Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sekarang, saya jemput Yang Berhormat Tuan Ahmad Johnie bin Zawawi, Igan.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya mulakan sesi pertanyaan bagi jawab lisan kita pada pagi ini dengan serangkap pantun kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Orang kampung sudah tahu, Soalan Igan nombor satu, Kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang serba tahu, Mohon jawapan yang paling jitu.
1. Tuan Ahmad Johnie bin Zawawi [Igan] minta Menteri Kanan Kerja Raya menyatakan status terkini mengenai Fasa 2 Projek Pan Borneo Sarawak yang telah dibatalkan Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini. Ini susulan pengumuman YAB Perdana Menteri semasa melawat Serian, Sarawak pada Disember 2021 bahawa projek berkenaan akan diteruskan. Apakah perkembangan terkini susulan pengumuman Perdana Menteri.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Arthur Joseph Kurup
Selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon izin untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan-soalan yang berikut kerana ia menyentuh isu yang sama iaitu berkenaan dengan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak iaitu daripada Yang Berhormat Igan yang dijadualkan pada 10 Mac 2022 dan Yang Berhormat Sarikei yang dijadualkan pada 22 Mac 2022.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, daripada keseluruhan Fasa 1 Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak sepanjang 786 kilometer, status pelaksanaan sehingga Januari 2022 adalah 78 peratus siap. Beberapa pakej dan seksyen telah dibuka untuk pengguna jalan raya seperti berikut:
(i) pakej Telok Melano ke Sematan yang telah siap sepenuhnya pada 6 Januari 2019;
(ii) seksyen Julau bagi Pakej Kerja 07, persimpangan Bintagor ke persimpangan Julau telah siap pada 28 Oktober 2021;
(iii) seksyen Serian bagi Pakej Kerja 03, bulatan Serian ke Balai Ringin yang telah siap pada 4 Disember 2021; dan
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Arthur Joseph Kurup
(iv) seksyen Nyabau bagi Pakej Kerja 10, simpangan Nyabau ke Sungai Tanggak telah siap pada 26 Januari 2022; Seperti yang dinyatakan sebelum ini, tarikh siap keseluruhan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Fasa 1 mengikut terma-terma kontrak adalah pada penghujung tahun 2022. Walau bagaimanapun, sama seperti projek-projek kerajaan lain pandemik COVID-19 telah memberi kesan ke atas kemajuan kerja dan kos pembinaan projek ini.
Justeru itu, dianggarkan beberapa pakej akan mengalami sedikit kelewatan dan anggaran tarikh siap mungkin akan melangkaui suku pertama tahun hadapan.
Namun demikian, pihak KKR dan JKR Sarawak akan sentiasa memantau dan membuat pelbagai pelan mitigasi. Antara lainnya penyelarasan semula jadual pembinaan dan lanjutan masa ataupun dengan izin extension of time bagi memastikan kelancaran serta kelangsungan beberapa pakej dalam projek ini agar tarikh penyiapan tidak terlalu jauh daripada tarikh yang asal.
Kementerian Kerja Raya turut mengambil langkah proaktif untuk memantau prestasi kemajuan secara berterusan melalui lawatan berkala dan sesi libat urus bersama kontraktor dan perunding yang terlibat. Ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan tindakan mitigasi dan penambahbaikan yang boleh diambil bagi memastikan kelancaran pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak.
Manakala bagi fasa 2, susulan daripada lawatan yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke negara Brunei Darussalam pada 14 dan 15 Februari dan juga semasa majlis perasmian seksyen Serian pada 5 Disember tahun lalu, kerajaan telah meluluskan beberapa projek berimpak tinggi termasuk pelaksanaan jajaran Trans-Borneo merangkumi jajaran Fasa 2 Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang telah dibatalkan oleh kerajaan terdahulu dan fasa 2 untuk jajaran Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) yang merupakan kesinambungan Fasa 1 SSLR bagi menambah baik jaringan jalan raya dari Miri, Limbang dan Lawas. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan. Sila Yang Berhormat Igan.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang begitu jelas yang diberikan. Alhamdulillah, 78 peratus daripada 786 kilometer Pan Borneo telah siap dilaksanakan.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, Igan bangkitkan persoalan berkenaan dengan Projek Pan Borneo ini khususnya mengenai fasa 2 iaitu jajaran dari Limbang ke Lawas kerana rakyat teruja dan ingin tahu statusnya kerana Projek Pan Borneo ini adalah sebuah projek mega di negeri Sarawak.
Soalan tambahan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah perkembangan terkini dan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk memastikan fasa-fasa Projek Pan Borneo ini termasuk Projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR), bilakah ia akan dilaksanakan dan siap sepenuhnya?
Saya juga ingin tahu, adakah pelaksanaan Projek Pan Borneo ini dan Projek SSLR ini akan meningkatkan nilai Road Development Index dengan izin di negeri Sarawak. Ini kerana jika berdasarkan Road Development Index negeri Sarawak amat ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Yang Berhormat Igan. Fasa 2 Lebuhraya Pan Borneo Sarawak termasuk juga SSLR dan juga Trans Borneo merupakan projek yang berimpak tinggi dan kerajaan akan memberi komitmen untuk mengutamakan jajaran ini di mana objektifnya adalah untuk melancarkan trafik tanpa melalui negara Brunei Darussalam.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek ini untuk Fasa 1 dari Lawas ke Persimpangan Long Lopeng kini dalam fasa pembinaan dan cadangan pelaksanaan projek bagi Fasa 2 telah mendapat kelulusan secara prinsip berdasarkan mesyuarat Kabinet pada 4 Mac tahun ini. Kedua-dua projek tersebut dijangka akan bermula pada tahun ini dan siap sepenuhnya pada tahun 2028.
Berkaitan pula dengan road development index, projek ini memang akan meningkatkan road development index. Antara sebab kenapa road development index di Sabah dan Sarawak adalah rendah berbanding dengan Semenanjung adalah kerana di Semenanjung, kawasannya kecil dan penduduknya padat, tetapi di Sabah dan Sarawak, kawasannya luas dan penduduknya berselerak. Akan tetapi, melalui projek mega seperti ini, ia akan melancarkan trafik dan akan meningkatkan road development index dalam masa yang akan datang. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Papar.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ya, memang orang Papar dan juga orang-orang Sabah mengalu-alukan projek Pan Borneo.
Akan tetapi, apa yang kita lihat di Sabah ini, Projek Pan Borneo begitu lambat.
Baru-baru ini, saya mendapat aduan daripada orang-orang Kampung Kawang di mana mereka ini tertanya tiap-tiap hari membazir minyak. Kenapa membazir minyak?
Katanya sepatutnya kerajaan harus peka dengan permohonan mereka iaitu untuk membuat U-turn di Kampung Kawang. Apa yang terjadi sekarang ini ialah mereka terpaksa menjalani ataupun untuk mendapatkan U-turn sahaja mereka terpaksa membuang minyak iaitu dalam jarak empat kilometer. Jadi, ini adalah suatu yang tidak munasabah, kata mereka.
Jadi, mereka mahu kerajaan peka dengan apa yang mereka pohon sejak tahun 2019 di mana sampai sekarang tidak ada tindakan yang diambil oleh kerajaan― maksudnya JKR ataupun penguasa Pan Borneo. Jadi, mereka mahu supaya kerajaan dapat membuat sesuatu untuk mereka kerana kalau tiap-tiap hari empat kilometer dibuang begitu sahaja, kita fikirkan dan kalau kita lihat orang-orang di kampung itu, sehari mereka akan keluar daripada Kampung Kawang dua kali. Jadi ini akan menyebabkan mereka membazir banyak minyak. Jadi, saya meminta dan memohon kepada kerajaan supaya memberikan mereka satu U-turn yang terbaik. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Papar. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih sahabat saya dari Papar. Kelewatan faktor Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah berbanding dengan Sarawak akibat daripada beberapa faktor. Pertamanya, Sarawak mula dahulu iaitu daripada tahun 2015 dan Sabah hanya mula pada tahun 2016.
Keduanya adalah kaedah pelaksanaan di Sabah telah berubah susulan daripada penamatan perjanjian PDP pada tahun 2019 oleh kerajaan yang lalu. Maka apabila ini berlaku, kaedah pelaksanaan itu telah berubah dan memberi kesan kepada prestasi dan pentadbiran projek-projek termasuk perubahan kontrak, kebajikan kakitangan-kakitangan dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, pada minggu yang lalu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengeluarkan suatu kenyataan di mana kerajaan memberi komitmen untuk menyiapkan baki 19 pakej Lebuhraya Pan Borneo Sabah dalam tempoh lima tahun. Ini adalah satu kaedah yang sangat agresif tetapi ia menunjukkan komitmen daripada kerajaan untuk mengurangkan jurang Sabah, Sarawak dan juga Semenanjung.
Berkaitan pula dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat berkaitan dengan U-turn di kawasan itu, saya minta Yang Berhormat Papar sekiranya boleh berilah detail yang lebih terperinci di mana lokasi U-turn itu supaya saya boleh buat siasatan.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Sebetulnya, daripada tahun 2019 sudah ada permohonan dibuat tetapi tidak ada mendapat reply yang memuaskan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Papar. Saya beri peluang soalan tambahan ketiga daripada Yang Berhormat Lanang.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak bagi jajaran dari Sibu ke Bintulu, semasa projek ini dijalankan, kualiti penyelenggaraan pembinaan jajaran dari Sibu ke Bintulu adalah tidak memuaskan. Saya ingin tanya sama ada peruntukan tambahan untuk membaiki jalan- jalan sementara ini ada ditambah dan berapa kalikah pemantauan dibuat setiap bulan?
Minta penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Yang Berhormat. Pertamanya, saya akan check sekiranya jalan itu termasuk dalam jalan persekutuan dan sekiranya itu termasuk dalam jajaran Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak. Sekiranya ada, memang main contractor mesti melakukan kerja-kerja penyelenggaraan sewaktu kerja pembinaan sedang berlangsung. Jadi, terima kasih kepada Yang Berhormat. Saya akan check secara spesifik dan saya akan beri jawapan secara bertulis. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
2. Tuan Charles Anthony Santiago [Klang] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan analisis “cost-benefit” mengenai CPTPP akan dibentangkan di Parlimen, dan adakah ia termasuk kesan pandemik COVID-19 terhadap keupayaan Kerajaan untuk mengambil semua langkah perlu yang mungkin melanggar mana-mana peruntukan dan komitmen CPTPP.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Klang.
Kajian analisa kos faedah atau, dengan izin, cost-benefit analysis (CBA) bagi mengenal pasti impak dan juga kesan daripada penyertaan Malaysia di dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans Pasifik (CPTPP) telah selesai pada bulan Februari 2020.
CBA ini bertujuan untuk mengenal pasti isu-isu berkepentingan kepada Malaysia bagi memastikan kesiapsiagaan kerajaan, industri dan rakyat bagi meraih manfaat yang optimum daripada penyertaan Malaysia di dalam CPTPP. Selain itu, CBA juga mengesyorkan penyelesaian yang bersesuaian bagi menangani sebarang isu atau kos yang mungkin timbul hasil daripada pelaksanaan CPTPP.
CBA ini turut mengambil kira kesan pandemik COVID-19 termasuk keupayaan dan langkah-langkah yang boleh diambil oleh kerajaan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara tanpa melanggar mana-mana peruntukan dan komitmen di bawah CPTPP.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kajian CBA akan dibentangkan untuk makluman Jemaah Menteri dalam masa terdekat.
Susulan itu, sepertimana yang saya tegaskan dalam penggulungan di sesi Parlimen pada 7 Disember 2021, bagi tujuan ketelusan atau, dengan izin, transparency, MITI akan memuat naik dokumen CBA ini ke laman sesawang MITI untuk makluman pihak yang berkepentingan. MITI juga merancang untuk mengadakan sesi libat urus dengan pemegang-pemegang taruh yang berkaitan untuk berkongsi dapatan CBA bagi memastikan semua pihak yang berkepentingan memahami dengan jelas hak dan obligasi Malaysia di bawah Perjanjian CPTPP.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat tujuh bab dalam CBA ini termasuk analisa sektoral yang terkandung dalam Bab 5 iaitu implikasi ke atas 14 sektor ekonomi utama. Manakala di dalam Bab 6 pula, ia meliputi dapatan thematic ataupun, dengan izin, thematic findings bagi lapan aspek yang terkandung di dalam Perjanjian CPTPP. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sila Yang Berhormat Klang, soalan tambahan pertama.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan tadi.
Tujuan saya bertanya soalan kepada Yang Berhormat Menteri ialah untuk memahami keupayaan kerajaan untuk― adakah semua langkah COVID-19 telah diambil dalam part of the CBA. Akan tetapi, minta maaf, Yang Berhormat Menteri, dalam jawapan Yang Berhormat Menteri, saya tak nampak satu jawapan yang terus terang menyatakan apakah the findings yang mengatakan bahawa COVID-19 measures telah dimasukkan dalam kajian CBA.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Saya mengatakan ini sebab pertama bahawa CBA ini dibuat dalam keadaan pandemik COVID-19 dan implikasi itu mesti diambil perhatian dalam CBA berkenaan. So juga ini ada impak pada masa depan. Walaupun CPTPP ini telah ditandatangani pada tahun 2020, tetapi implikasi CPTPP ini akan berlaku dia punya impak itu, akan ditunjukkan dalam 20 tahun yang akan datang. So, adakah deadly pandemic yang lain yang mungkin akan datang, mungkin kita akan alami? Adakah itu telah difaktorkan dalam CBA itu?
Juga untuk pengetahuan– untuk membawa perhatian dalam isu Menteri...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Nyatakan soalan ya.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Ya. Adakah MITI sedar bahawa ada banyak international law firms yang mengatakan bahawa ISDS boleh diguna pakai kalau kerajaan hendak membuat export bans dan juga kawalan harga kepada pelitup muka
(face mask)? Ini telah dikeluarkan oleh international law firms yang menggunakan ISDS.
Juga kalau Kerajaan Malaysia dalam satu masa yang akan datang, mungkin akan membuat satu loan deferral payment kalau ada masalah dalam ekonomi. So, ini kalau kita gunakan ISDS itu, ini bercanggah dengan national interest. Tadi Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa CPTPP ini akan ditulis dengan panduan daripada pihak Constitution Malaysia. Akan tetapi jelas ISDS akan bercanggah dengan sovereignty of a nation. Minta pandangan Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Klang. Sila Menteri Kanan.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya telah menjelaskan perkara ini dalam penggulungan dalam sesi Parlimen yang lalu di mana apabila kita meratifikasikan perjanjian CPTPP dan juga ini adalah dapatan daripada CBA yang kita laksanakan. Ia perjanjian CPTPP ini memberikan kelonggaran ataupun fleksibiliti dan juga ruang dasar policy space kepada sesebuah negara ahli untuk menggubal dasar dan juga mengawal selia kebajikan dan kepentingan awam terutamanya yang melibatkan kesihatan awam, alam sekitar dan juga keselamatan. Selain itu, syarikat-syarikat Malaysia boleh menggunakan peruntukan ISDS untuk melindungi pelaburan-pelaburan mereka di negara-negara anggota CPTPP.
Kedua Tuan Yang di-Pertua, CBA juga mendapati bahawa sekiranya Malaysia meratifikasi CPTPP, kerajaan masih mempunyai ruang dasar (policy space) yang memadai bagi meneruskan serta memperkasakan agenda pembangunan ekonomi negara, tanpa melanggar mana-mana peruntukan dan komitmen di bawah CPTPP.
Saya ingin memberikan satu contoh seperti yang telah saya kemukakan dalam penggulungan yang lalu, undang-undang Malaysia memperuntukkan perlindungan paten selama 20 tahun dan ini kekal di bawah perjanjian CPTPP. Tempoh masa 20 tahun ini
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
adalah konsisten dengan obligasi Malaysia yang terkandung dalam perjanjian Trade- Related Aspects of Intellectual Property Rights (TRIPS) di bawah WTO.
Jadi oleh yang demikian, dakwaan bahawa perlindungan paten di bawah perjanjian CPTPP akan menyebabkan kenaikan harga ubat ataupun barangan perubatan yang lain adalah tidak benar sama sekali. Perjanjian CPTPP juga tidak menjejaskan kebolehan Malaysia untuk merundingkan harga terbaik untuk ubat-ubatan, produk farmaseutikal dan juga perkhidmatan kesihatan.
Justeru, saya ingin mengesahkan hasil daripada dapatan CBA ini, kepentingan rakyat daripada segi akses kepada perkhidmatan kesihatan dan juga ubatan yang mampu milik akan terus terjamin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan yang kedua, sebelah sini. Tidak ada. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, selamat pagi. Saya tadi mendengar dengan jelas jawapan oleh Menteri. Soalan saya, memandangkan cost-benefit analysis (CBA) telah diluluskan pada bulan Februari 2020 dan pihak Menteri menjawab bahawa akan upload pada website, sama ada dapatan dalam cost-benefit analysis (CBA) akan dibentangkan dan dibahaskan dalam Parlimen?
Apakah peranan Parlimen dalam ratifikasi CPTPP kerana ini merupakan satu perjanjian yang amat penting untuk peringkat antarabangsa? Sama ada perlu apa-apa pindaan undang-undang sebelum ratifikasi CPTPP? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Sila Menteri Kanan untuk menjawab.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Soalan ini kalau diizinkan oleh Tuan Yang di-Pertua boleh saya mohon izin untuk menjawab bersekali dengan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Bangi kerana beliau juga ingin mengetahui apakah rang undang-undang yang perlu dipinda dalam meratifikasikan perjanjian CPTPP.
Untuk makluman Yang Berhormat dan juga Yang Berhormat Bangi, untuk meratifikasikan dan seterusnya menguatkuasakan CPTPP ini, sejumlah 14 akta di peringkat Persekutuan perlu dipinda. Seperti yang saya pernah nyatakan di dalam Dewan yang mulia ini, pindaan tersebut bukan sahaja bagi memenuhi komitmen negara di bawah CPTPP, malah ia juga dilihat amat penting untuk melaksanakan structure reform ataupun pembaharuan struktur di peringkat domestik, selain memastikan undang-undang negara sentiasa dikemas kini dan selaras dengan perjanjian dan piawaian antarabangsa.
Sehingga kini, sebanyak sembilan akta di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah dibentangkan dan diluluskan dalam Parlimen. Akta-akta tersebut adalah seperti:
(i) Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981;
(ii) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009;
(iii) Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966;
(iv) Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990;
(v) Akta Perhubungan Perusahaan 1967;
(vi) Akta Cap Dagangan 1976;
(vii) Akta Paten 1983;
(viii) Akta Petunjuk Geografi 2000; dan,
(ix) Akta Hak Cipta 1987.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Manakala baki lima lagi akta yang masih perlu dipinda dan diluluskan dalam Parlimen adalah seperti berikut:
(i) Akta Kerja 1955;
(ii) Akta Kesatuan Sekerja 1959;
(iii) Ordinan Buruh (Sabah Bab 67);
(iv) Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76); dan
(v) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Kelima-lima akta yang saya nyatakan tadi masih dalam proses pindaan dan dijangka akan dibentangkan mengikut jadual kementerian-kementerian yang bertanggungjawab.
Bagi menjawab soalan Yang Berhormat yang pertama tadi, saya telah nyatakan di peringkat awal dalam menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Klang bahawa kajian CBA ini akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk mendapat makluman daripada Jemaah Menteri dalam masa yang terdekat. Kemudian kita akan memuat naik untuk makluman awam khususnya mereka yang berkepentingan. Sekiranya Ahli Yang Berhormat berminat untuk mendapatkannya, saya percaya maklumat itu tersedia ada di dalam laman sesawang MITI. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Kemaman.
3. Tuan Che Alias bin Hamid [Kemaman] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan perancangan terkini kementerian berhubung dengan program biodiesel negara memandangkan Indonesia telah melaksanakan program biodiesel B40 pada bulan lalu.
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillah. Terima kasih Yang Berhormat Kemaman masuk on time ya. Alhamdulillah, Yang Berhormat Kemaman minta Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan perancangan terkini kementerian berhubung dengan program biodiesel negara memandangkan Indonesia telah melaksanakan program biodiesel B40 pada bulan lalu.
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Untuk pengetahuan Yang Berhormat Kemaman, Malaysia telah mula Program Biodiesel B20 ini sejah tahun 2011. So, 2011 kita telah bermula dengan B5. So, B5 kita telah buat di zon tengah. Zon tengah itu termasuk Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor. Juga zon selatan, Johor. Zon utara; Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Perak. Di zon timur ialah Pahang, Terengganu dan Kelantan. Ini untuk B5. Itu antara tahun 2011 sehingga 2014.
So, pada 2014 kita telah upgrade kepada B7. B7 kita buat di Semenanjung pada November 2014 dan Disember B7 kita buat di Sabah, Sarawak dan Labuan. Untuk B10, Disember 2012 kita telah buat secara berfasa seluruh Malaysia. Itu pada Februari 2019 mandatori sampai ke tahap B20. Kita juga telah complete, telah sempurnakan penggunaan B7 di peringkat industri ini. Ada pengangkutan. Jadi, untuk B20 yang terkini sekali kita telah buat B20 kita bermula pada 1 Januari 2020 di Langkawi dan juga 15 Januari 2020 di Wilayah Persekutuan Labuan dan pada 1 September 2020 di Sarawak kecuali Bintulu.
Jadi, memang Indonesia telah menjalankan, melaksanakan Program Biodiesel B20 pada bulan lalu kerana keperluan Indonesia dengan Malaysia adalah berbeza. Ini kerana Indonesia adalah negara import minyak. Kita bukan negara import minyak. Jadi, untuk memastikan bahawa kegunaan minyak sawit yang dikeluarkan oleh Indonesia digunakan dalam adunan minyak kerana ia akan membantu kegunaan petrol atau kegunaan minyak untuk pengangkutan di negeri Indonesia. Jadi, oleh sebab itu mereka
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
amat cepat melaksanakan program-program upgrading ataupun naik taraf pusat pengadunan biodiesel ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila, Yang Berhormat Kemaman. Soalan tambahan yang pertama.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan tadi.
Malaysia berpotensi menghasilkan bahan api biojet menggunakan minyak sawit dalam industri penerbangan bagi menggantikan penggunaan petroleum. Saya percaya ini merupakan langkah yang terbaik dalam mengurangkan pencemaran udara selain dapat meningkatkan produktiviti minyak sawit negara.
Soalan saya, apakah cabaran yang perlu diatasi bagi memastikan proses peralihan daripada bahan api konvensional kepada biojet yang berjalan dengan lancar?
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kemaman. Sila Yang Berhormat Menteri jawab soalan.
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
KPPK amat komited untuk memastikan bahawa Program Biodiesel B20 ini akan terus dinaiktarafkan.
Memandangkan ia adalah satu keperluan untuk SDG dan juga untuk carbon emission untuk greenhouse emission.
Jadi, oleh sebab itu, baru-baru ini telah ada syarikat-syarikat yang telah memberikan proposal ataupun cadangan untuk membina pusat-pusat biojet fuels ini iaitu di Pengeram dan satu lagi di KK. Ketika ini masih lagi dalam peringkat research kajian dan peringkat pembinaan, perancangan infrastruktur dan sebagainya. Jadi, memandangkan produktiviti palm oil sawit Malaysia ini insya-Allah akan dapat kita tambahkan. Jadi, kemungkinan besar kita akan menjadi satu pemain industri yang mampu untuk mengadun minyak biojet. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan yang kedua saya jemput sebelah sini ya. Yang Berhormat Merbok. Sila.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan saya adalah kalau menurut jawapan sebelum ini pada 22 November 2021. Kementerian ada sebutkan bahawa pengeluaran biodiesel sawit bagi tahun 2019 adalah sebanyak 610 ribu tan dengan nilai RM1.6 bilion.
Kemudian, tahun 2020, 310 ribu tan ataupun RM1.35 bilion. Manakala bagi tempoh Januari hingga September 2021, 273 ribu tan ataupun RM1.37 bilion. Soalan saya, penggunaan biodiesel ini kita memang tahu sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kemaman tadi ia akan mengurangkan pelepasan debu dan juga asap. Ia tidak ada masalah bila digunakan dalam kenderaan. Akan tetapi, sejauh manakah sebab dasar kita di peringkat kerajaan boleh membantu lebih 650 ribu orang pekebun-pekebun kecil dengan kita betul-betul meningkatkan penggunaan biodiesel ini secara meluas. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Sila Yang Berhormat Menteri.
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Untuk penggunaan biodiesel ini di peringkat dalam negara kita tidak perlu banyak supply ataupun keperluan untuk penambahan ataupun penambahan untuk production of our palm oil, minyak sawit. Akan tetapi, walau bagaimanapun, memandangkan 650 ribu seperti apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Merbok tadi tentang pekebun-pekebun kecil sudah tentu sekiranya kita menggunakan banyak lagi palm oil, minyak sawit ini dalam negara untuk buat pengadunan untuk naik taraf biodiesel. Ia akan membantu kita dalam formula kita untuk kos minyak kita untuk pengangkutan. Itu yang akan dapat kita bantu, satu.
Keduanya ialah kita in line dengan sejajar dengan keperluan SDG dan greenhouse emission dan sebagainya. Jadi, saya lihat ini tidak menjadi masalah kerana
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
kita masih lagi ada masa untuk meningkatkan lagi kita punya pusat-pusat biodiesel ini.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya buka. Saya jemput Yang Berhormat Alor Gajah.
Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana menjawab soalan. Saya cuma hendak mengambil hendak bertanyakan hari ini kalau terlihat consumption of diesel, penggunaan diesel untuk industri dan juga pengangkutan berkisar lebih kurang 12 bilion liter satu tahun. Berapakah peratus anggaran penggunaan biodiesel hari ini dan adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk memastikan peratusan itu ditingkatkan ataupun tidak ditingkatkan? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Menteri.
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Ketika ini apa yang saya difahamkan anggaran kegunaan minyak sawit untuk biodiesel is about 10 percent sahaja ketika ini. Memandangkan minyak petrol kita yang telah kita kasi subsidi adalah pada kategori yang ke bawah sahaja. Jadi, ia tidaklah memerlukan lebih banyak minyak sawit untuk diadun ke dalam biodiesel. Mandatori untuk transportation industri dan juga heavy weight itu sudah telah dilaksanakan ketika ini. Jadi, saya kira ini tidak lagi – bukan tidak perlu, perlu untuk long term. Akan tetapi, belum lagi menjadi satu terdesaknya untuk kita melihatkan biodiesel ini untuk palm oil untuk digunakan untuk biodiesel. Terima kasih.
4. Tuan Haji Mohamad bin Sabu [Kota Raja] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah langkah yang diambil oleh Malaysia bersama dengan ASEAN untuk menangani isu Republik Rakyat China yang dikatakan selalu menceroboh atau mengganggu perairan negara khususnya di zon ekonomi eksklusif tanpa melibatkan kuasa-kuasa luar dari rantau ini.
Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato’ Haji Kamarudin Jaffar
Assalamualaikum, salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Raja yang menanyakan mengenai kedudukan Malaysia, Republik Rakyat China, zon ekonomi eksklusif di Laut China Selatan kita.
Seperti mana Dewan yang mulia ini sedia maklum, isu berkaitan Laut China Selatan merupakan isu yang kompleks berikutan tuntutan-tuntutan bertindih antara negara-negara di rantau ini. Dalam hal ini Malaysia tetap komited untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai. Pendirian negara ini juga telah disuarakan secara konsisten di platform-platform antarabangsa khususnya ASEAN. Malah dalam beberapa bulan kebelakangan ini, kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Luar Negeri khususnya telah beberapa kali menyuarakan pendirian kepada para pemimpin negara yang mempunyai kaitan dengan isu Laut China Selatan bahawa semua pihak perlu bekerjasama dalam usaha mengelakkan insiden yang sama ada disengajakan atau sebaliknya di perairan berkenaan.
Kementerian berpandangan sebarang konflik yang berlaku hanya akan meningkatkan ketegangan sekali gus menggugat keamanan, keselamatan dan kestabilan di Laut China Selatan.
Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato’ Haji Kamarudin Jaffar
Atas sebab itu, sebarang perbezaan dan pertikaian yang timbul perlu diselesaikan secara aman tanpa menggunakan kekerasan atau ancaman kekerasan menerusi dialog, rundingan atau lebih tepat lagi jalan diplomasi. Tuan Yang di-Pertua, sebagai langkah untuk memastikan keamanan, kestabilan dan mengelakkan ketegangan di Laut China Selatan, negara-negara ASEAN dan China juga telah memeterai deklarasi tatalaku pihak- pihak berkepentingan di Laut China Selatan atau dengan izin, the Declaration on the
Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato’ Haji Kamarudin Jaffar
Conduct of Parties in the South China Sea (DOC) pada 4 November 2002; 20 tahun yang lalu.
Pada masa ini, negara-negara ASEAN dan China sedang merundingkan kod tatalaku di Laut China Selatan atau dengan izin Code of Conduct in the South China Sea
(COC). COC dilihat sebagai satu kod tatacara untuk mengelakkan konflik dan ketegangan di Laut China Selatan tanpa melibatkan kuasa-kuasa luar dari lautan ini. Ia juga adalah tanpa prejudis terhadap tuntutan wilayah dan maritim negara masing-masing. Dalam melaksanakan rundingan COC tersebut, Malaysia sentiasa memastikan bahawa COC akan dirundingkan tidak sekali-kali mengetepikan kedaulatan dan hak kepentingan negara kita. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila, Yang Berhormat Kota Raja. Soalan tambahan.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Tuan Yang di-Pertua, jawapan tadi konkrit, baik dan polisi yang dijalankan oleh Malaysia dan ASEAN. Kita menyokong polisi- polisi itu. Akan tetapi, kita kena lihat kuasa besar dunia kadangkalanya tidak peduli soal keselamatan serantau. AUKUS diwujudkan antaranya provokasi terhadap China yang akhirnya menimbulkan perang seperti yang berlaku di Ukraine dan Rusia sekarang ini, provokasi daripada NATO. Apa perang pun kita tidak setuju. Apakah langkah-langkah lebih konkrit supaya provokasi kuasa besar ini tidak menimbulkan ancaman? Biarlah negara ASEAN sendiri mengepalai pakatan mereka untuk berdiplomasi dengan China daripada AUKUS yang dari jauh yang datang membawa provokasi. Akhirnya, berlaku seperti apa yang berlaku di Ukraine, Rusia sekarang ini. Minta penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato' Haji Kamarudin Jaffar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Kita sepandangan dalam konteks ini. Kita menganggap bahawa sebagaimana jawapan asalnya tadi iaitu perkembangan pergolakan ataupun apa- apa tuntutan di rantau kita ini mestilah diselesaikan dalam konteks ASEAN dan negara- negara yang berkaitan. Konsep ‘ASEAN centrality’ ini kita ambil berat dan kita utamakan sebagai kaedah kita berdiplomasi dengan negara-negara lain termasuklah kuasa-kuasa besar itu. Apa-apa perjanjian dalam kalangan negara-negara di luar rantau kita adalah di luar daripada kuasa kita untuk memutuskan.
Akan tetapi, apa pun pendirian kita sebagaimana Yang Berhormat kehendaki tadi adalah sama iaitu memastikan bahawa tidak ada penglibatan kuasa luar dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan dalam rantau dan negara kita. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua saya jemput Yang Berhormat Sibuti.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Sibuti ingin bertanya kepada pihak kementerian berkenaan tentang pencerobohan dan baru-baru ini kita dapat lihat ada satu video viral di mana kapal China Coast Guard telah kelihatan di kawasan perairan Malaysia dan juga berdekatan dengan aset-aset kerajaan terutama sekali cari gali minyak.
Juga, kita tahu bahawa sebuah kapal China, Da Yang Hou merupakan sebuah kapal penyelidik sering kelihatan di kawasan Beting Patinggi Ali dan James Shoal dan juga kita tahu kawasan tersebut merupakan kawasan West Capella yang banyak simpanan minyak. Berapa banyakkah nota-nota diplomatik ataupun pertanyaan yang telah diajukan kepada Kedutaan China? Juga, saya ingin mengetahui untuk tatalaku di Laut China Selatan (COC) ini, apakah timeline yang telah ditetapkan bagi negara-negara ASEAN untuk China mematuhi tatalaku ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Sila.
Dato' Haji Kamarudin Jaffar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Sibuti. Sebagaimana yang ditanya berkaitan dengan pencerobohan- pencerobohan, sebagai amalan biasa untuk menangani isu-isu seperti ini kerajaan kita melibatkan beberapa jabatan dan penguat kuasa-penguat kuasa. Ia melibatkan bukan sahaja Kementerian Luar Negeri, tetapi juga Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan juga Tentera Laut Diraja Malaysia.
Semua agensi yang saya sebutkan tadi bertugas 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mengawasi, mengawal dan mencari maklumat berkaitan dengan apa-apa pencerobohan yang berlaku terhadap wilayah kita. Apabila pencerobohan-pencerobohan berlaku sebagaimana Yang Berhormat Sibuti bayangkan tadi, Wisma Putra akan mengambil tindakan-tindakan yang berkaitan. Ia sebagaimana juga yang dibayangkan tadi melibatkan pengeluaran nota-nota bantahan dan juga jika perlu memanggil duta-duta desar berkaitan ke Wisma Putra untuk diberikan bantahan kita kepada mereka.
Amalan-amalan ini berlaku dan sebanyak mana nota-nota dan sebagainya dilakukan, untuk maklumat asas sahaja pada tahun lepas 2021, kita telah memanggil Duta Besar Republik Rakyat China sebanyak dua kali berkaitan dengan pencerobohan- pencerobohan yang berlaku iaitu pertama pada 3 Jun 2021 apabila 16 buah pesawat Tentera Udara mereka kita lihat mencerobohi wilayah kita dan keduanya pada 4 Oktober 2021 apabila kita sebagaimana yang dibayangkan juga oleh Yang Berhormat Sibuti terdapat berlakunya keberadaan dan aktiviti-aktiviti kapal-kapal China termasuk kapal penyelidikan di Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia di luar pesisir Sabah dan Sarawak.
Jadi, sebagaimana yang dipohon tadi tugas untuk menjaga negara kita dilakukan alhamdulillah oleh semua agensi negara kita yang berkaitan, dipimpin sudah tentunya oleh Kementerian Luar Negeri kita, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih– dan Kementerian Pertahanan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ada soalan tambahan ketiga...
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Yang Berhormat Papar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya jemput Yang Berhormat Papar.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Jadi, kerajaan harus memandang serius tindakan pencerobohan kapal China Coast Guard ini yang mana ia boleh disifatkan sebagai satu ancaman ataupun provokasi terhadap kerajaan Malaysia.
Soalan saya ialah berapa banyakkah rundingan-rundingan yang telah diadakan bersama negara-negara ASEAN dengan negara China untuk menangani masalah ini?
Kedua, adakah pencerobohan ini berpunca daripada kekurangan aset pertahanan yang diperlukan oleh Maritim Malaysia ataupun TUDM? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Papar. Baik.
Dato' Haji Kamarudin Jaffar
Terima kasih, Yang Berhormat sahabat saya Yang Berhormat Papar. Berkaitan dengan aset pertahanan, saya fikir baiklah Yang Berhormat Timbalan Menteri yang hadir yang hadir memberikan jawapan jika perlu. Akan tetapi berkaitan dengan rundingan-rundingan, ia berlaku sebagaimana yang saya sebutkan tadi; bermula pada tahun 2002 lagi dengan Declaration of Conduct dan keduanya melalui proses seterusnya iaitu Code of Conduct. Rundingan-rundingan berkaitan dengan memuktamadkan Code of Conduct ini telah pun berlaku beberapa tahun yang lalu, bermula dengan aktif pada tahun 2017, tergendala oleh sebab COVID-19 ini tetapi telah bermula kembali beberapa bulan yang lalu dan seterusnya mesyuarat yang ke-35 yang dipanggil Jawatankuasa Khas Joint Working Group on the Declaration of Conduct ini akan diadakan pada 8-9 Mac yang akan datang ini.
Jadi, rundingan dan perbincangan berlaku dengan aktif dan kalau pandemik ini menjadi endemik, ia mungkin akan berjalan dengan lebih lancar lagi, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih.
Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Alor Gajah hendak? Tidak boleh sudah, peraturan kata tiga maksimum. Saya minta maaf.
Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah
Pernah ada empat.
[Soalan No. 5 – YB. Dato' Haji Salim Sharif (Jempol) tidak hadir]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya jemput Tuan Karupaiya a/l Mutusami, Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mulakan dengan sebuah pantun.
Cantik bergaya ramai berkenan, Kekal sihat selalu bersenam, Harap bersedia Timbalan Menteri Pertahanan, Saya tujukan khas soalan nombor enam. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
6. Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai] minta Menteri Kanan Pertahanan menyatakan penyelarasan pencen veteran ATM di antara pencen sebelum tahun 2012 dan selepas tahun 2012. Apakah hasil kajian yang telah dibuat oleh Kementerian mengenai perkara ini.
Timbalan Menteri Pertahanan - Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz
Yang Berhormat saya jawab di hujung sekali ya. Bukan cantik, *“chantik”.
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Salam sejahtera, salam keluarga Malaysia. Sebelum saya menjawab soalan lisan yang dikemukakan oleh sahabat saya Yang Berhormat Padang Serai, saya ingin mengajak semua Ahli Dewan yang mulia ini untuk mengingati peristiwa pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu, Sabah genap sembilan tahun yang lalu. Semoga nama-nama pahlawan negara daripada Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia yang terkorban dalam melaksanakan Ops Daulat pada Mac 2013 di Lahad Datu, Sabah akan sentiasa dicucuri rahmat dan segar terpahat dalam sejarah tanah air.
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Padang Serai yang saya tahu pernah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia selama 21 tahun, seorang yang cukup prihatin, cukup cakna kepada veteran serta masalah rakyat, Ahli Parlimen yang tinggi komitmennya. Tahniah Yang Berhormat Padang Serai.
Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Padang Serai mengenai isu penyelarasan jurang pencen ini, semakan yang dijalankan oleh kementerian mendapati penyelarasan ini sekiranya dilaksanakan akan melibatkan implikasi kewangan yang tinggi.
Namun, kementerian sedang berusaha untuk mendapatkan opsyen-opsyen terbaik dalam mengatasi cabaran permasalahan ini memandangkan kementerian mengakui Skim Perkhidmatan ATM adalah berbeza dengan Skim Perkhidmatan Awam yang lain.
Untuk pengetahuan semua, penjawat awam daripada perkhidmatan kerajaan selain tentera menikmati pencen sehingga 60 peratus, manakala majoriti veteran ATM yang telah berkhidmat sehingga 21 tahun hanya layak menerima pencen sebanyak 50 peratus, memang ada jurang di situ. Sebagai alternatif, kementerian sedang menilai kesesuaian opsyen agar pemberian Elaun Kenangan kepada veteran ATM yang menerima Pingat Jasa Malaysia dapat dilaksanakan. Ini kerana sebahagian besar veteran yang terkesan dalam isu jurang pencen ini adalah terdiri daripada mereka yang menerima pingat PJM.
Timbalan Menteri Pertahanan - Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz
Pingat PJM ini untuk pengetahuan semua kepada veteran-veteran ATM yang berkhidmat pada era darurat menentang pengganas komunis pada tahun 1969 hingga tahun 1990. Sekiranya opsyen ini mampu dilaksanakan, masalah jurang pencen di kalangan veteran ATM yang berkaitan akan dapat dikurangkan.
Untuk makluman lagi, kerajaan pernah memperuntukkan sejumlah RM60.9 juta bagi pemberian Elaun Kenangan PJM ini kepada 121,816 orang warga veteran ATM pada tahun 2020. Sejumlah RM20.7 juta kepada balu dan waris pada tahun 2021. Justeru, kita berharap sangatlah kepada pihak Kementerian Kewangan dapat mempertimbangkan lagi peruntukan baru untuk pemberian Elaun Kenangan PJM ini pada tahun ini dan juga pada tahun-tahun akan datang. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan pertama, sila.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang sentiasa komited terhadap veteran. Soalan tambahan Padang Serai, saya ingin mencadangkan supaya Majlis Veteran Kebangsaan (MVK) yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Kanan Pertahanan dapat bersidang dan membincangkan mengenai isu penyelarasan pencen untuk veteran ATM serta membuat ketetapan jelas supaya penyelarasan pencen ini dapat dibuat dengan segera. Ini adalah penting bagi mempengaruhi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk bersetuju. Dengan usaha ini memandangkan veteran ATM adalah perkhidmatan yang berbeza dengan perkhidmatan kerajaan yang lain. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz
Kenyataan terakhir Yang Berhormat Padang Serai yang veteran adalah berbeza saya setuju 100 peratus. Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai atas cadangan yang cukup baik. Untuk makluman Yang Berhormat dan Ahli Dewan yang mulia ini, perkara berkaitan penyelarasan pencen, jurang pencen veteran ATM akan dipertimbangkan untuk dijadikan sebagai salah satu agenda dalam mesyuarat Majlis Veteran Kebangsaan (MVK) yang akan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kanan Pertahanan.
Selain daripada itu, cadangan pemberian Elaun Kenangan Pingat Jasa Malaysia yang telah saya sebutkan tadi juga akan diteliti dan diperhalusi untuk dibentangkan dalam mesyuarat MVK tersebut memandangkan ianya akan melibatkan implikasi kewangan yang tinggi di pihak kerajaan. Sudah pasti MVK yang ditubuhkan di bawah Akta Veteran 2020 merupakan wahdah paling tepat untuk isu-isu ini diputuskan.
Untuk makluman lagi Yang Berhormat semua, di bawah teraju kepimpinan Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kanan Pertahanan pelbagai inisiatif lain melibatkan kebajikan veteran ATM seperti Inisiatif Perumahan Bina Baru dan Baik Pulih, Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan, bantuan kemudahan perubatan untuk veteran ATM dan juga tanggungan mereka serta lain-lain bantuan akan sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa. Ini adalah selaras dengan pendekatan Yang Berhormat Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein sendiri bagi menjayakan Aspirasi Teras Strategik Transformasi Kesejahteraan Veteran ATM sebagai salah satu teras penting di bawah Pelan Strategik MINDEF 2021–2025. Terima kasih.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Libaran, mohon Libaran.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Soalan tambahan yang kedua saya menjemput Yang Berhormat sebelah sini ya. Yang Berhormat Libaran.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kuala Krai bangun dulu tadi.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di- Pertua, isu perumahan juga merupakan satu isu yang dekat dengan anggota veteran ATM. Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan, apakah usaha-usaha terkini kementerian dalam menyediakan bantuan perumahan
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
kepada anggota veteran ATM untuk tahun 2022. Berapa peruntukan yang disediakan oleh pihak kementerian? Mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Terima kasih Yang Berhormat Libaran.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Switch on the mic.
Tolong on mic Yang Berhormat.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz
Terima kasih Yang Berhormat Libaran sahabat saya yang saya tahu seorang cakna kepada masalah rakyat khususnya kepada masalah veteran. Pada tahun 2022, kementerian Pertahanan sekali lagi, okey Yang Berhormat Libaran sebut mengenai isu perumahan untuk veteran ATM ya. Pada tahun 2022 Kementerian Pertahanan sekali lagi meneruskan komitmen berkaitan Inisiatif Perumahan Veteran ATM dengan memperuntukkan sebanyak RM2.59 juta bagi sasaran pembinaan sebanyak 20 buah rumah bina baru, 80 buah rumah untuk di baik pulih di seluruh negara. Secara keseluruhannya program ini merupakan satu usaha murni kerajaan bagi menghargai jasa dan bakti veteran ATM khususnya veteran ATM dari kelompok kurang kemampuan dan dari kelompok B.40.
Akhir kata Tuan Yang di-Pertua, saya nak akhir kata kepada rakyat Johorlah khususnya anggota veteran dan yang lain-lain yang akan mengundi awal esok, saya ingin berpesan, setiap satu kertas undi amat berharga. Justeru, buatlah satu keputusan terbaik bagi mewujudkan sebuah kerajaan berkebolehan dan berintegriti demi masa depan bangsa Johor. Tuan Yang di-Pertua, ibarat kita hendak pilih menantulah kena pilih yang beriman, berakhlak dan yang beradab.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Yang telah bersatu.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz
Okey, debaran. Okey, saya hendak jawab pantun kawan saya Yang Berhormat Padang Serai tadi.
*Debaran PRN Johor semakin terasa, Esok anggota tentera keluar mengundi, Demi bangsa Johor yang sejahtera, Pilihlah calon daripada parti berintegriti.
Terima kasih.*
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya buka soalan tambahan yang ketiga. Saya jemput Yang Berhormat Sungai Siput.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua mengizinkan Sungai Siput mengemukakan soalan tambahan yang ketiga. Soalan saya di mana Parlimen Sungai Siput juga terdiri daripada lebih 500 anggota veteran ATM.
Jadi dalam beberapa siri pertemuan dengan mereka ini, mereka berbangkit pelbagai persoalan termasuk yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Serai dan Yang Berhormat Libaran.
Jadi, soalan yang dikemukakan oleh mereka adalah apakah status Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia dan kementerian manakah yang bertanggungjawab sama ada Kementerian Pertahanan atau kementerian yang lain? Berapa banyak kah wang yang terkumpul setakat ini dalam Tabung Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia serta saya juga hendak tanya, adakah kerajaan menyediakan blueprint menyelesaikan permasalahan-permasalahan veteran Angkatan Tentera Malaysia khususnya kepada golongan B40 selepas tamat perkhidmatan mereka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Saya jemput Timbalan Menteri menjawab.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Seorang lagi— oleh sebab isu veteran ini memang kita akui lah veteran-veteran ini banyak isu veteran, ya. Oleh sebab itu saya kata veteran ini kita sebagai rakyat Malaysia, mereka sudah banyak berkorban dan berbakti. Kita kena ambil berat dan cakna kepada mereka. Ini kerana veteran ini berbeza. Akan tetapi namun harus diingati bahawa dalam semua kementerian, hanya Kementerian Pertahanan sahaja yang ada Jabatan Veteran.
Okey, mengenai Yayasan Veteran ini di bawah siapa. Memang Yayasan Veteran ini di bawah MINDEF malah di bawah KSU sendiri, di bawah jabatan. Kemudian masalah seperti yang kedua tadi yang lompat, lampin, susu dan alat-alat perubatan ini memang sebenarnya kita bagi berbagai-bagai bantuan seperti lampin, susu dan alat-alat perubatan juga kita bagi kepada veteran-veteran yang tidak berkemampuan dan juga kepada veteran yang uzur. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan jawab lisan seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun, Yang Berhormat Beaufort.
7. Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun [Beaufort] minta Menteri Kanan Kerja Raya menyatakan jumlah projek pembangunan infrastruktur baru bagi negeri Sabah yang telah diluluskan dan status pelaksanaannya serta pemantauan projek-projek tersebut.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga bulan Februari 2022 sebanyak 16 projek infrastruktur jalan dan juga Jambatan Persekutuan telah diluluskan bagi negeri Sabah oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kerja Raya.
Berdasarkan jumlah projek yang telah diluluskan sebanyak enam projek adalah merupakan projek pembinaan Jalan Persekutuan manakala baki 10 projek yang telah diluluskan adalah merupakan projek pembinaan dan menaik taraf jambatan bagi Jalan Persekutuan.
Bagi pelaksanaan enam buah projek infrastruktur Jalan Persekutuan, status terkini adalah sebanyak empat buah projek sedang dalam fasa pembinaan yang dilaksanakan oleh agensi pelaksana iaitu Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah dan dijangka akan siap pada pertengahan tahun 2022. Baki dua projek lagi sedang berada dalam fasa perancangan dan reka bentuk. Jumlah keseluruhan kos projek bagi keenam-enam projek tersebut adalah sebanyak RM1.6 bilion. Manakala status terkini bagi 10 projek pembinaan dan menaik taraf infrastruktur jambatan pula adalah satu projek sedang dalam fasa pembinaan manakala sembilan lagi kini berada dalam fasa perolehan dan dijadualkan akan bermula pertengahan tahun 2022. Jumlah keseluruhan kos projek bagi kesemua projek jambatan adalah sebanyak RM122.13 juta.
Selain itu, bagi pelaksanaan Projek Lebuh raya Pan Borneo Sabah pula, satu pakej yang baharu yang melibatkan laluan dari Serusop ke Pituru sepanjang 20.8 kilometer telah diluluskan dalam RMKe-12 sebagai kesinambungan kepada pelaksanaan 15 pakej kerja sepanjang 221 kilometer yang kini dalam fasa pembinaan. Pakej kerja yang melibatkan kos berjumlah RM513 juta ini sedang dalam fasa perancangan dan dijangka akan di tender pada suku kedua tahun 2022.
Sehubungan itu, sebanyak 16 pakej kerja yang telah komited pelaksanaannya pada masa kini. Bagi memastikan semua projek yang dilaksanakan siap mengikut tempoh masa yang ditetapkan, Kementerian Kerja Raya telah melaksanakan beberapa kaedah pemantauan seperti yang pertama di peringkat kementerian di mana kita mengadakan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian Kerja Raya dilaksanakan secara bulanan di pengerusi oleh Yang Berhormat Menteri Kanan Kerja Raya atau KSU.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Arthur Joseph Kurup
Kedua, mengadakan Mesyuarat Koordinasi Permasalahan Kontrak (CCP) yang dipengerusikan oleh KSU berdasarkan keperluan dan yang ketiga, mesyuarat berkala bersama agensi pelaksana.
Peringkat yang kedua adalah di peringkat agensi pelaksana di mana mereka akan mengadakan mesyuarat teknikal, mesyuarat status kemajuan projek secara bulanan dan lawatan pemeriksaan dan pengauditan projek. Kementerian Kerja Raya akan sentiasa komited untuk memastikan projek-projek pembangunan ini yang diluluskan hendaklah disiapkan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Timbalan Menteri. Sila Yang Berhormat Beaufort soalan tambahan pertama.
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Akan tetapi, saya memerhatikan walaupun dikatakan tadi pemantauan dilaksanakan tetapi saya memerhatikan bahawa Projek Pan Borneo ini daripada Kota Kinabalu menuju ke Beaufort, menuju ke Sipitang, masih lagi lewat dan bermasalah.
Dalam perjalanan saya ke Sipitang baru-baru ini, saya dapati bahawa amat teruk sekali keadaan di sana, jalan yang sedia adapun rosak binasa dan Projek Pan Borneo pun macam tidak bergerak sahaja. Jadi, saya ingin tahu Yang Berhormat apakan tindakan yang dibuat bagi memastikan projek ini betul-betul dilaksanakan mengikut masa dan dapat memberikan manfaat kepada pengguna di negeri Sabah.
Saya juga ingin tahu dalam projek-projek yang disebutkan tadi ini diluluskan dan sedang dilaksanakan atau akan di tender ini, berapakah yang terdapat di kawasan Parlimen Beaufort iaitu di daerah Beaufort dan daerah Kuala Penyu? Apakah status projek-projek tersebut pada masa ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Beaufort, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Bagi Lebuh raya Pan Borneo di Sabah, kita sedang melaksanakan 15 pakej di mana 52 peratus sudah siap mengikut jadual pelaksanaan dan yang baki itu akan dijangka siap pada penghujung tahun 2024. Di dalam ini, kita masih ada 19 pakej yang belum mula dilaksanakan melibatkan 367 kilometer. Akan tetapi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah buat pengumuman pada minggu yang lalu di mana kita memberi komitmen untuk memastikan ini akan siap dalam tempoh lima tahun.
Jadi pada masa yang sama, memang ada kelewatan daripada segi pelaksanaan yang disebabkan oleh COVID-19. Akan tetapi di pihak kementerian, kita telah menubuhkan satu jawatankuasa bertindak untuk memantau dan menambah baik selain daripada pelaksanaan juga Pelan Pengurusan Trafik untuk memastikan keselamatan dan juga ada langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan ketidakselesaan waktu tempoh pembinaan. Di dalam waktu pembinaan sememangnya akan ada ketidakselesaan tetapi kita buat yang terbaik untuk mengurangkan ketidakselesaan itu supaya kerja itu boleh disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan yang kedua saya jemput Yang Berhormat Kota Kinabalu.
Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu
Kota Kinabalu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ini adalah merujuk kepada Menteri EPU pernah mengatakan bahawa di seluruh negara ini 92 projek sakit dan daripada ini, 16 projek sakit adalah daripada Sabah iaitu projek sakit yang paling tinggi berada di Sabah. So, apa yang berlaki dengan keadaan ini dan apakah sebabnya dan macam mana kita hendak memastikan pemantauan yang baik supaya ini tidak berulang lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu.
Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia ini, sebuah projek boleh dikatakan ataupun
Datuk Arthur Joseph Kurup
dikategorikan sebagai projek sakit sekiranya ia mengalami kelewatan melebihi dua bulan ataupun lebih daripada 20 peratus ataupun kontraktor itu telah mengisytiharkan bahawa dia tidak lagi berupaya untuk memperbaiki prestasinya.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Jadi berkenaan dengan pengumuman ataupun kenyataan akhbar yang dikeluarkan baru-baru ini, jumlah projek sakit yang ada di bawah Jabatan Kerja Raya, di bawah Kementerian KKR hanyalah sebanyak 19 projek daripada 641 projek di seluruh negara. Daripada 19 buah projek ini, hanya dua projek sakit itu berkaitan dengan negeri Sabah. Yang pertama adalah Hospital Papar dan kedua adalah Hospital Tawau.
Jadi untuk langkah-langkah yang diambil oleh KKR kita mengambil beberapa langkah seperti memantau prestasi kontraktor, menambah kekerapan untuk mesyuarat di tapak, membenarkan kerja diteruskan dalam tempoh berdenda ataupun LAD, mempertimbangkan lanjutan masa sekiranya ada asas yang kukuh ataupun mengeluarkan surat amaran dan memulakan proses penamatan sekiranya perlu untuk mengangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Problem Solving. Untuk kita sama-sama menyelesaikan masalah supaya projek itu walaupun sakit, objektifnya adalah untuk menyiapkan projek itu untuk keselesaan dan kesejahteraan rakyat dengan kos yang ditetapkan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan jawab lisan yang seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Penampang, tidak ada dalam Dewan. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Datuk Zakaria bin Mohd. Edris, Libaran.
[Soalan No.8 - Y.B. Datuk Ignatius Darell Leiking (Penampang) tidak hadir]
9. Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [Libaran] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan apakah perkembangan terkini Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) dan Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI) yang disasar untuk menjadikan negara sebagai antara hab pengeluar vaksin.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab bersekali dengan pertanyaan ini bersama dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Pandan bertarikh 10 Mac 2022 dan Yang Berhormat Ipoh Timur bertarikh 16 Mac 2022 kerana menyentuh isu yang sama iaitulah status pembangunan vaksin negara serta kos yang terlibat dalam penghasilannya.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berhubung perkembangan Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin (PPVN) dan MGVI sehingga kini PPVN dan penaik tarafan Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI) telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 1 November 202. Objektif PPVN adalah untuk meningkatkan kapasiti penghasilan vaksin tempatan bagi membangun dan mengeluarkan produk vaksin manusia secara tempatan yang berkualiti, berkesan dan selamat.
Keduanya untuk menjadikan Malaysia sebagai bakal negara pengeluar vaksin manusia di dalam tempoh 10 tahun yang akan datang. Selaras dengan hasrat ini, sebanyak RM349.9 juta diperlukan untuk pemerkasaan MGVI bagi tempoh empat tahun dari tahun 2022 hinggalah tahun 2025. Keperluan peruntukan ini adalah untuk mengatasi jurang yang telah dikenal pasti dalam penghasilan vaksin sendiri iaitulah yang pertamanya kita ketiadaan makmal untuk melaksanakan kajian pra klinikal dan klinikal yang menepati piawaian seperti Good Laboratory Practice (GLP) dan Good Manufacturing Practice
(GMP).
Serta yang keduanya, kesukaran untuk mendapatkan pakar klinikal terutamanya untuk mengawal selia kajian pra klinikal dan kajian klinikal fasa satu di dalam manusia.
Pada ketika ini, MOSTI giat mengambil tindakan mengikut perancangan seperti yang berikut:
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim
(i) mewujudkan pejabat pengurusan Projek Pembangunan Vaksin Malaysia (MVPO) bagi menjayakan perancangan di dalam pelan hala tuju pembangunan vaksin dan menyelesaikan isu-isu yang berkaitan pembangunan vaksin;
(ii) memuktamadkan spesifikasi teknikal perolehan peralatan makmal bertaraf GLP dan GNP oleh MGVI;
(iii) menyelaraskan pembangunan vaksin di peringkat R&D dan pra klinikal bagi vaksin kolera dan vaksin untuk kanser leher dan kepala bagi memastikan ia dilaksanakan mengikut jadual; dan
(iv) pengenalpastian dan pelantikan pakar ataupun subject matter expert di dalam bidang vaksin.
Selain daripada itu, Jawatankuasa PEMANDU Pembangunan Vaksin Kebangsaan (NASCOV) yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri MOSTI serta Mesyuarat Pertama Kumpulan Kerja Sektor dan Vaksin Malaysia (MVSWG) yang dipengerusikan oleh KSU MOSTI dan KSU KKM akan diadakan pada 10 Mac 2022.
Peranan NASCOV adalah untuk memastikan strategi dan inisiatif di bawah pelan hala tuju pembangunan vaksin dilaksanakan dengan kemas dan teratur. Manakala MVSWG berperanan untuk memantau dan menentukan hala tuju pelaksanaan keseluruhan strategi dan inisiatif pelan hala tuju pembangunan vaksin negara.
Berhubung dengan status terkini pembangunan vaksin COVID-19, saya ingin menjawab pertanyaan Yang Berhormat Pandan dan Yang Berhormat Ipoh Timur terhadap perkembangan penyelidikan dan pembangunan vaksin keluaran negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia terdapat dua jenis vaksin COVID-19 dan dibangunkan oleh IMR menggunakan peruntukan di bawah KKM dan suku prihatin dalam lingkungan RM3.4 juta yang tertumpu pada variant of concern yang terdapat di Malaysia.
Pertama, vaksin yang dilemahkan, kedua adalah vaksin MRND. Sekiranya pembuktian konsep kedua-dua vaksin ini berjaya pelaksanaan penghasilan vaksin ini mestilah dilakukan di dalam makmal yang telah diakreditasi sebagai GLP dan GMP. Di bawah MOSTI pula, terdapat dua projek penyelidikan berkaitan COVID-19 yang dibiayai oleh MOSTI melalui MOSTI Combating COVID-19 Fund (MCCOF) dan yang kedua, dua projek penyelidikan di bawah geran penyelidikan strategik atau strategic research fund. Dua penyelidikan ini adalah pertama development of module mucosal vaccine platform using generally regarded as safe material against COVID-19, pembiayaan sebanyak RM2.23 juta yang dilaksanakan di Universiti Malaya. Kedua, construction of recombinant Newcastle disease virus expressing receptor-binding domain protein of SARS CoV2 virus as a vaccine candidate yang ini pembiayaan sebanyak RM2.7 juta. Ini sedang dalam fasa pra klinikal vaksinasi model haiwan.
Bagi projek penyelidikan di bawah geran penyelidikan strategik atau strategic research fund development of an oral vaccine against COVID-19 using and assonated Vibrio cholerae strain dengan pembiayaan sebanyak RM1.57 juta disalurkan pada bulan Disember 2021. Dilaksanakan oleh Universiti Sains Malaysia bersama Universiti AIMST.
Ini akan melaksanakan R&D calon-calon vaksin oral, biasa cucuk ini oral untuk melawan COVID-19 menggunakan strain Vibrio cholerae yang dilemahkan.
Kedua, projek development of a vaccine pan-coronavirus subunit vaccine dengan pembiayaan sebanyak RM1.79 juta. Projek ini akan bermula pada tahun 2022 hingga tahun 2024 dan kini masih dalam proses mencari calon-calon vaksin yang berkenaan.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sila Yang Berhormat Libaran soalan tambahan yang pertama.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang konkrit dan terperinci. Kita semua sedia maklum bahawa inisiatif PPVN dan MGVI dapat meningkatkan lagi keyakinan ke atas penggunaan vaksin dan memberi kesan positif
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
kepada sudut ekonomi, sosial dan teknologi. Maka pelaksanaan PPVN dan penubuhan MGVI ini juga dapat menghasilkan modal insan yang berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang pendidikan.
Justeru itu, walaupun pembangunan R&D merupakan satu pelaburan yang tinggi, soalan saya ialah minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan potensi berapakah pelaburan ini memberi pulangan jangka panjang dan memanfaatkan kepada rakyat di negara kita Malaysia ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Libaran. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim
Pelan pembangunan vaksin ini akan memberikan manfaat kepada mereka yang di dalam bidang kepakaran- kepakaran yang mana yang telah dikenal pasti termasuklah antara lain yang berkaitan dengan kepakaran dalam pembangunan vaksin virus yang tidak activated, di dalam bidang kepakaran berkait juga imunologi manusia dan juga di dalam bidang kepakaran berkait dengan pharmacology clinical dan juga kepakaran GLP-GMP, bidang farmaseutikal, pakar patologi dan sebagainya.
Pada masa sekarang, dalam usaha kerajaan untuk memastikan pengekalan mereka yang telah pun sedia terlibat di dalam bidang pembangunan vaksin ini. Kerajaan telah mengenal pasti setakat ini empat orang subject matter expert di dalam pembuatan vaksin yang telah dikenal pasti dan telah di-engaged.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim
(i) Profesor Dr. Sazaly bin Abu Bakar, seorang Virologi, Bakteriologi, pengurusan risiko bio dari Universiti Malaya;
(ii) Profesor Datin Paduka Dr. Khatijah Mohamad Yusoff, Biologi Molekular, biologi daripada Universiti Putra Malaysia;
(iii) Profesor Dr. Norazmi Mohd Nor, Molekular Imunologi daripada Universiti Sains Malaysia; dan
(iv) Dr. Kalaiarasu M. Peariasamy, Pakar Kajian Klinikal.
Seperti mana yang kita tahu bahawa Malaysia berbelanja dengan besar bagi tujuan pembelian vaksin. Dengan adanya pelan pembangunan vaksin ini, bukan sahaja daripada segi penglibatan daripada pihak kerajaan, ia akan merangsang penglibatan pihak-pihak swasta yang sudah tentunya berminat di dalam menghasilkan vaksin secara tempatan ini.
Antara lain, antara kelebihan yang ada dalam inisiatif ini adalah tentang potensi untuk melibatkan daripada awal proses penghasilan vaksin yang mengenal pasti aspek- aspek berkait dengan halal dan sebagainya, yang mana kita tahu bahawa pasaran bagi vaksin halal ini adalah besar. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Ipoh Timur.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Hulu Langat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Pertanyaan soalan tambahan kedua, tadi disebut Yang Berhormat Pandan dan Yang Berhormat Ipoh Timur.
Saya ingat saya memberikan peluang kepada Yang Berhormat Ipoh Timur.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Yang ketiga Kuala Krai.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Tuan Yang di-Pertua, dua soalan tambahan daripada saya. Pertama, saya hendak tanya bahawa Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara ini pada masa sekarang hanya tertumpu kepada vaksin COVID-19 atau juga termasuk vaksin-vaksin yang lain?
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Kedua, saya menyemak maklumat-maklumat lama sebelum ini yang mana Yang Berhormat Menteri MOSTI pernah menyatakan bahawa vaksin COVID-19 akan disediakan dalam masa 10 tahun tetapi ada satu lagi kenyataan daripada Pengarah IMR iaitu Tahir Aris yang menyatakan bahawa COVID-19 vaksin akan disediakan pada tahun 2024. So, saya hendak tanya tahun 2024 ataupun dalam masa 10 tahun seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri MOSTI? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim
Ya, seperti mana pernah dijelaskan sebelum ini dan dalam jawapan saya, saya menyebut bahawa Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara ini tidak terhad semata-mata bagi tujuan penghasilan vaksin COVID-19 semata-mata tetapi juga melibatkan kapasiti secara umumnya bagi membolehkan Malaysia menghasilkan vaksin manusia secara tempatan.
Ini kerana setakat ini, kita cuma mempunyai kapasiti untuk menghasilkan vaksin haiwan sahaja. Maka dalam jawapan yang telah saya sebutkan tadi selain daripada vaksin COVID-19 termasuk yang telah disebut adalah vaksin berkait dengan kanser leher dan yang dijawab tadi. Bermakna setakat itu – itu adalah antara vaksin yang sedang dibangunkan sekarang.
Selain daripada itu juga melihat kepada vaksin-vaksin yang diberikan dengan kaedah yang berbeza. Seperti mana yang kita ketahui, antara yang menjadi ketakutan rakyat antara lain takut kepada jarum ini, takut kepada suntikan. Maka, antara pembangunan yang sedang dibangunkan adalah termasuk juga pemberian vaksin secara oral dan juga secara nasal spray.
Apa yang disebut tadi berkaitan dengan tempoh sepuluh tahun adalah dari segi pembangunan kapasiti, supaya di dalam tempoh sepuluh tahun kita ada kapasiti untuk menghasilkan sepenuhnya dari segi pengeluaran vaksin secara tempatan dan candidate untuk vaksin seperti mana yang telah disebut tadi ada beberapa yang telah pun melepasi fasa pra klinikal, selepas ini ia akan ada ujian kepada terhadap manusia.
Insya-Allah, kalau melihat kepada tahap kajian yang telah dilaksanakan itu dalam tahun 2024 kita ada calon untuk vaksin COVID-19 yang pertama. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Soalan tambahan ketiga?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya hendak teruskan dengan soalan Jawab Lisan seterusnya, ingin menjemput Yang Berhormat Tuan Tan Kok Wai.
10. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta Perdana Menteri menyatakan keadaan kemiskinan dalam bandar dan luar bandar dan juga jurang pendapatan dalam negara.
Apakah pencapaian dan kegagalan program yang dirangka dan di laksana untuk mewujudkan masyarakat yang lebih saksama.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) - Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kadar kemiskinan negara telah menurun dengan ketara berbanding dengan lima dekad yang lalu. Kadar kemiskinan mutlak peringkat nasional turun daripada 49.3 peratus tahun 1970 turun ke 5.6 peratus pada tahun 2019.
Kadar kemiskinan di bandar turun daripada 21.3 peratus kepada 3.8 peratus dalam tempoh yang sama. Manakala, kadar kemiskinan luar bandar turun daripada 58.7 peratus kepada 12.4 peratus.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) - Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Tuan Yang di-Pertua, Pekali Gini berjaya dikurangkan daripada 0.513 kepada 0.407 dalam tempoh yang sama. Nilai Pekali Gini berada di antara 0 hingga 1, di mana 0 menunjukkan agihan pendapatan yang saksama, manakala, nilai 1 menunjukkan agihan pendapatan yang paling tidak saksama. Antara faktor yang menyumbang kepada pencapaian yang baik ini termasuklah kadar pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan.
Secara keseluruhan dalam tempoh lima dekad pertumbuhan ekonomi negara secara purata berkembang sebanyak 5.8 peratus setahun iaitu di antara tahun 1971 hingga 2021. Umpamanya, bagi tempoh 1971 hingga 1990, KDNK negara kita berkembang sebanyak 6.7 peratus. Satu angka yang amat membanggakan.
Kedua, Dasar Ekonomi Baru yang memberi tumpuan kepada antara lain membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.
Ketiga, penubuhan institusi seperti MARA, UDA, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, FELDA, FELCRA yang telah menyokong pembangunan taraf sosioekonomi bumiputera, antaranya dalam meningkatkan peluang pekerjaan, pendidikan keusahawanan.
Tuan Yang di-Pertua, namun di sebalik pencapaian tersebut ada beberapa isu dan cabaran yang masih wujud dalam negara kita. Di antaranya, kelompok kemiskinan masih wujud di kalangan kumpulan tertentu ataupun kawasan tertentu terutamanya di:
(i) kawasan Projek Perumahan Rakyat dalam bandar;
(ii) kawasan Orang Asli; dan
(iii) kawasan pedalaman di luar bandar.
Keduanya, pampasan kepada pekerja ataupun compensation for employees (CE) daripada keseluruhan pendapatan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar di Malaysia masih rendah iaitu 37.2 peratus berbanding di beberapa buah negara maju sekitar 50 peratus. Ini berkaitan dengan gaji dan upah yang rendah.
Ketiga, ketidaksamaan pembangunan antara wilayah dan negeri serta kawasan bandar dan luar bandar terus wujud. Umpamanya pada tahun 2020, nisbah jurang pendapatan KDNK per kapita Wilayah Sabah berbanding Wilayah Tengah (Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan) adalah 2.8, ini sebagai contohnya.
Tuan Yang di-Pertua, selain itu, penularan pandemik COVID-19 telah memberi impak yang besar kepada pendapatan isi rumah dan seperti telah dimaklumkan dalam Dewan ini, pada tahun 2020 kadar kemiskinan meningkat kepada 8.4 peratus dan Pekali Gini juga dianggarkan meningkat daripada 0.407 kepada 0.411.
Saya ingin maklumkan kepada Dewan ini juga bahawa Jabatan Perangkaan akan menyemak semula kadar kemiskinan, kalau pada masa ini peringkat nasional Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah RM2,208 bagi satu keluarga, household dan bagi miskin tegar ialah RM1,169 bagi satu household dan angka ini akan disemak dan dijangka pada suku pertama tahun depan akan dipinda sewajarnya.
Saya hendak maklumkan juga bahawa kerajaan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas mempunyai komitmen yang tinggi untuk menghapuskan miskin tegar. Miskin tegar ini pendapatan puratanya RM1,169 satu isi rumah. Kita komited untuk menghapuskan miskin tegar pada tahun 2025 di bandar dan luar bandar melalui pendekatan baharu yang holistik, yang komprehensif, yang lebih berkesan insya-Allah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sila soalan tambahan yang pertama Yang Berhormat Cheras.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Esok 8 Mac adalah Hari Wanita Antarabangsa iaitu hari yang menghargai sumbangan dan pengorbanan wanita sedunia termasuklah Malaysia.
Tuan Tan Kok Wai - Cheras
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Walaupun hari ini penting tetapi kita pun sedar bahawa diskriminasi ekonomi terhadap wanita di negara kita ini masih berlaku dan terus melebar. Soalan saya, apakah usaha kerajaan untuk merapatkan jurang pendapatan antara golongan lelaki dan wanita supaya wanita dapat keluar dari kancah kemiskinan bandar dan luar bandar? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat, Silakan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Cheras. Mengikut kajian yang dibuat oleh pihak UNICEF, ada empat kajian miskin bandar.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Antara yang paling teruk terkesan semasa COVID-19 ialah ketua-ketua isi rumah yang diketuai ataupun isi rumah yang diketuai oleh wanita dan juga ibu tunggal. Kerajaan sedar tentang perkara ini dan Yang Berhormat juga membuat rujukan kepada jurang pendapatan ataupun gaji dan upah yang jauh berbeza antara lelaki dengan perempuan.
Kita sedia maklum yang pertamanya kalau di bandar, kajian menunjukkan bahawa yang terkesan teruk di bandar apabila COVID-19 ini melanda kita ialah wanita.
Kedua, memang ada perbezaan antara gaji wanita dengan lelaki secara keseluruhannya.
Umumnya tidak ada perbezaan kalau kita lihat secara spesifik dalam kerajaan, kita tidak bezakan gaji wanita dengan lelaki, dalam swasta pun begitu juga. Cumanya oleh kerana wanita sebahagian besar mereka berada di kumpulan pekerjaan yang lebih rendah pendapatannya. Begitulah yang menyebabkan secara puratanya gaji upahan wanita rendah berbanding dengan gaji upahan lelaki.
Berkaitan dengan miskin bandar tadi, insya-Allah bermula bulan April ini kita akan dengan izin roll out satu program untuk menangani miskin tegar dan kita telah memilih beberapa kawasan di DBKL khusus untuk miskin tegar dan kita dapati bahawa di beberapa PPR memang bilangan isi rumah yang diketuai oleh wanita tinggi.
Pendekatan khusus yang holistik dan baru akan diperkenalkan dengan kerjasama semua pihak termasuklah CSO, pihak universiti dan juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Kementerian Wilayah Persekutuan. Ini akan kita laksanakan bermula penghujung bulan April akan datang. Dengan kaedah ini maka miskin tegar di kalangan ketua isi rumah yang di ketuai oleh wanita ini kita harap dapat dihapuskan pada tahun 2025. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Dipersilakan Yang Berhormat Beaufort. Maaf saya kena sebelah sini.
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan syabas kerana ada tindakan untuk menangani masalah miskin tegar terutamanya di kawasan Kuala Lumpur ini. Tadi Yang Berhormat Menteri sendiri mengakui ada perbezaan di antara wilayah, yang disebutkan Sabah dengan Wilayah Tengah.
Jadi mengenali dan memahami keadaan ini, apakah tindakan, rancangan dan strategi kerajaan untuk memastikan nanti tidak ada lagi ketidakseimbangan ini ataupun perbezaan yang begitu ketara di antara wilayah terutama sekali Sabah, Sarawak dengan wilayah Semenanjung Malaysia.
Terutama sekali, kalau kita tahu kerana lapan daerah yang dikatakan termiskin dalam negara kita ini terdapat di negeri Sabah dan ada poket-poket kemiskinan juga di dalam negeri Sabah itu, di wilayah negeri Sabah. Jadi saya minta kepada Yang Berhormat Menteri apakah perancangan dan strategi yang betul-betul akan dapat memberikan perubahan kepada keadaan kemiskinan di negeri Sabah ini. Terima kasih.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Beaufort memang kerajaan mengakui bahawa jurang pendapatan antara wilayah Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung dan juga kadar kemiskinan Sabah dan Sarawak adalah antara tertinggi. Itu sebabnya kerajaan ini komited untuk merapatkan jurang.
Yang Berhormat Beaufort sedia maklum bahawa untuk kita hapuskan sama sekali jurang ini mustahil tetapi kerajaan ini komited untuk merapatkan jurang dan ini dapat dilihat daripada komitmen kerajaan dalam mesyuarat yang telah diadakan beberapa kali. Dalam majlis khas berkaitan dengan Perjanjian MA63, beberapa tindakan telah pun diambil, ada masih dalam perancangan.
Dalam konteks sosioekonomi, saya hendak maklumkan bahawa satu Jawatankuasa Sosioekonomi telah ditubuhkan, saya pengerusi jawatankuasa tersebut.
Beberapa mesyuarat telah diadakan. Kita telah mendengar pandangan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak atas keperluan infrastruktur termasuk jalan raya, kemudahan kesihatan, pendidikan dan bekalan air.
Ini sedia maklum banyak yang perlu kita lakukan juga beberapa perbincangan telah pun diadakan dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan berkaitan pembangunan di kawasan sempadan dalam konteks Kalimantan yang mempunyai potensi pertumbuhan yang lebih rancak apabila ibu negara Indonesia dipindah daripada Jakarta ke Nusantara umpamanya.
Jadi tindakan-tindakan yang diambil dan saya yakin bahawa kerajaan-kerajaan ini mempunyai komitmen yang tinggi untuk merapatkan jurang pembangunan antara Wilayah Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Soalan tambahan kedua.
Tuan Yang di-Pertua
Tuaran ringkas ya.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Ya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Sudah habis masa.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Ya. Pendek sahaja.
Purata kadar kemiskinan seluruh negara ialah 8.4 peratus seperti mana Yang Berhormat sebutkan tadi. Akan tetapi di Sabah ialah 25 peratus. Pertanyaan saya di sini ialah adakah ini disebabkan kerana warga asing yang mempunyai kewarganegaraan yang diragui telah dimasukkan sebagai penduduk Sabah dan telah menambahkan penduduk miskin di negeri Sabah.
Kalau ini benar, adakah pihak EPU telah membuat kajian bagaimana kita dapat mengeluarkan mereka ini sebab mereka ini tidak berhak dan ini menyebabkan 25 peratus.
Oleh sebab apa pun langkah yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, jika sekiranya perkara ini tidak diselesaikan, 25 peratus ini tidak akan dapat ditunaikan sebab ini kemiskinan import daripada negara luar. Terima kasih.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Angka- angka kemiskinan iaitu 5.6 peratus tahun 2019, 8.4 peratus tahun 2020 merujuk kepada warganegara Malaysia. Ia tidak meliputi bukan warganegara. Itu persoalan dan jawapan ringkas pada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.
Sekali lagi saya hendak ulangi bahawa kerajaan komited untuk menghapuskan miskin tegar. Miskin tegar ini pendapatan isi rumahnya ialah kira-kira separuh daripada pendapatan garis kemiskinan. Kalau PGK tahun 2019 ialah RM2208 satu keluarga, maka bagi miskin tegar separuh daripada itu iaitu RM1169.
Sabah dan Sarawak akan diberi penekanan yang khusus dalam projek rintis yang pertama yang kita laksanakan bermula akhir April. Sebanyak 10 kawasan akan dipilih daripada Sabah dan 10 daripada Sarawak, melebihi bilangan bagi negeri-negeri yang lain.
Ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk memberi tumpuan yang lebih kepada Sabah dan Sarawak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 6.30 petang dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 8 Mac 2022.”
Tuan Yang di-Pertua
Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid
Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah; “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam persidangan Parlimen memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih titah ucapan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Kelima Parlimen yang Keempat Belas”. [3 Mac 2022]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat-Yang Berhormat, untuk sesi sehingga pukul 1.00 tengah hari, perbahasan akan dimulakan oleh Yang Berhormat Kota
Tuan Yang di-Pertua
Samarahan diikuti oleh Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Pengerang, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Tumpat dan Yang Berhormat Kulai.
Saya anggarkan semua Yang Berhormat ini dapat berbahas sehingga pukul satu.
Saya jemput sekarang Yang Berhormat Kota Samarahan, 12 minit. Dipersilakan.
Puan Rubiah binti Wang - Kota Samarahan
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan Titah Diraja bersempena dengan Pembukaan Penggal Kelima, Parlimen Ke-14.
Pada kesempatan ini, patik ingin menzahirkan ucapan dirgahayu dan menjunjung kasih atas keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong yang sentiasa peka dan mengambil berat soal kebajikan dan keperluan rakyat.
Moga Seri Paduka Baginda Tuanku kekal bersemayam di atas takhta dengan limpah rahmat dan hidayah daripada Allah S.W.T serta diberi keafiatan yang berpanjangan untuk terus memayungi rakyat jelata.
Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2021 sekali lagi Dewan yang mulia ini mencipta satu sejarah yang penting dalam usaha memartabatkan kembali semangat Perjanjian Malaysia 1963 iaitu dengan meminda Perlembagaan Persekutuan.
Puan Rubiah binti Wang - Kota Samarahan
Setinggi-tinggi penghargaan dam terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan semua Ahli Yang Berhormat di Dewan Rakyat dan juga di Dewan Negara yang telah menyokong pindaan Perlembagaan ini dan sekali gus menghidupkan roh Perjanjian Malaysia 1963 dan semangat Keluarga Malaysia yang jitu dan kukuh.
Sebagai usaha yang berterusan, saya turut bersetuju dengan saranan sahabat saya, Ahli Parlimen Hulu Rajang yang memohon supaya bilangan kerusi Parlimen ditambah untuk Sabah dan juga Sarawak. Berikutan dengan hal ni, Sarawak dan Sabah memerlukan sekurang-kurangnya 28 kerusi tambahan bagi membolehkan kuota lebih satu pertiga Dewan yang mulia ini diberikan kepada wilayah-wilayah yang berkenaan. Perkara ini juga mustahak sebagai usaha melindungi hak-hak keistimewaan dan pengiktirafan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi dalam pembentukan Malaysia. Satu usaha digesa untuk melakukan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen khasnya Sarawak dan Sabah bagi menambah bilangan kerusi tersebut. Tambahan pula, satu-satu kawasan Parlimen di kawasan Sarawak dan Sabah amat luas.
Tuan Yang di-Pertua, dengan pindaan yang dilakukan pada fasal 2, perkara 1 Perlembagaan Persekutuan yang telah dilakukan pada tahun lepas, maka wajarlah kedudukan Sarawak dan Sabah dinilai semula sebagai sebuah wilayah. Kedudukan ini harus dinilai bukan sahaja dari sudut gelaran wilayah semata-mata, tetapi meliputi segenap aspek termasuk memberi peruntukan tahunan untuk usaha-usaha pembangunan dan peruntukan undang-undang khas kepada Sarawak dan juga Sabah.
Kita boleh mengambil contoh yang telah dilaksanakan di negara-negara Komanwel lain, misalannya wilayah Queensland...
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Yang Berhormat Kota Samarahan, boleh beri, Kota Samarahan? Sekejap, saya tolong mengenai persempadanan semula tadi.
Puan Rubiah binti Wang - Kota Samarahan
Okey.
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kota Samarahan. Contoh, di kawasan Parlimen saya terbesar di Malaysia. Maknanya saya sebagai wakil rakyat yang biasa susah sangat untuk kawasan yang begitu besar. So, saya mohon pada kerajaan supaya
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
persempadanan semula kawasan-kawasan Parlimen di Sarawak harus dipersetujui oleh kerajaan yang ada sekarang. Terima kasih Yang Berhormat Kota Samarahan.
Puan Rubiah binti Wang - Kota Samarahan
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang. Masukkan celahan Yang Berhormat Hulu Rajang dalam ucapan saya. Kita boleh mengambil contoh-contoh yang telah dilaksanakan di negara-negara Komanwel lain, misalannya wilayah Queensland di Australia dan wilayah Ontario, Kanada yang mana kedua-dua wilayah mempunyai struktur pentadbiran yang berbeza dengan negeri-negeri yang lain dalam negara tersebut. Ia turut diketuai oleh seorang premier, bukannya Ketua Menteri seperti kebiasaan.
Kerajaan Persekutuan juga dimohon agar melihat beberapa perkara termasuk yang dilaporkan dalam IGC Report berkaitan dengan peruntukan kewangan yang menyatakan perkara 24(1) yang menyatakan Sarawak dan Sabah perlu mempunyai wakil dalam Jawatankuasa Lembaga Hasil Negara untuk sama-sama mengetahui tentang kedudukan pendapatan negara. Keadaan ni memudahkan Kerajaan Persekutuan untuk menyalurkan peruntukan untuk Sabah dan Sarawak.
Begitu juga saya ingin memohon penjelasan daripada kerajaan, apakah status pemberian peruntukan khas di bawah 112D Perlembagaan Persekutuan yang harus dikaji semula supaya kadar dan mekanisme pemberian peruntukan berkenaan bersesuaian dengan keperluan semasa. Peruntukan ini amat perlu disegerakan dan perlu ada formula khas bagi Kerajaan Persekutuan untuk tujuan berkenaan. Selain pada itu, suatu akta perlu diwujudkan juga bagi mencerakinkan keperluan-keperluan yang perlu dipenuhi dalam memartabatkan semula kedudukan Sarawak dan Sabah serta Perjanjian Malaysia 1963 supaya dengan peruntukan perundangan sebegini, ia dapat memastikan keharmonian sebagai sebuah Keluarga Malaysia dapat dikekalkan pada masa akan datang.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Boleh mencelah Yang Berhormat Kota Samarahan?
Puan Rubiah binti Wang - Kota Samarahan
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon maaf sebab saya banyak isu hendak dikemukakan. Rasanya saya tidak dapat memberi celahan. Mohon maaf.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Okey.
Puan Rubiah binti Wang - Kota Samarahan
Tuan Yang di-Pertua, pertumbuhan populasi yang meningkat dengan pantas akibat proses urbanisasi dan kewujudan taman-taman perumahan menyebabkan keperluan penduduk di Kota Samarahan semakin meningkat terutamanya dari sudut jaringan jalan raya dan berkaitan dengannya.
Pada masa ni, penduduk Kota Samarahan bergelut dengan kesesakan lalu lintas setiap hari. Kira-kira 23,000 orang pengguna jalan raya melalui dua buah laluan utama ke Kuching iaitu laluan Samarahan–Kuching Expressway, dan Laluan 8101, Jalan Datuk Mohd Musa yang kini sedang dalam proses naik taraf. Terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang melaksanakan projek menaik taraf Laluan 8101, Jalan Datuk Mohd Musa yang bernilai RM229 juta pada tahun 2020 yang menyediakan kemudahan jalan raya yang selesa, selamat dan mengurangkan masalah kesesakan nanti.
Namun begitu, saya ingin tahu perkembangan terkini perjalanan projek naik taraf berkenaan dan adakah ia mampu disiapkan mengikut jadual? Kita takut projek ini terjejas akibat kenaikan harga barangan pembangunan baru-baru ini. Selain pada itu, saya juga ingin mengetahui status pelaksanaan projek pembinaan jalan akses kawasan selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang difahamkan akan dibina di persimpangan Bukit Berangan ke persimpangan Stutong di Kuching yang melibatkan pembinaan tiga buah jambatan konkrit, dua buah lorong dua hala merentasi Sungai Kuap, Sungai Setampin dan juga Sungai Sangkoh.
Selain itu juga, saya juga mohon pencerahan daripada Kementerian Kerja Raya, adakah cadangan untuk membina flyover di beberapa kawasan terpilih sepanjang laluan Samarahan-Kuching Expressway terutamanya di roundabout G3 berhadapan dengan
Puan Rubiah binti Wang - Kota Samarahan
INTAN ataupun SELCRA kerana usaha ini boleh memecahkan bottle neck yang berlaku yang menjadi punca utama kesesakan lalu lintas di Kota Samarahan.
Tuan Yang di-Pertua, saya menjunjung kasih titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong yang prihatin dengan tahap kesihatan mental rakyat dan baginda turut mengajak rakyat untuk amalkan gaya hidup yang sihat. Berikutan dengan itu, saya ingin mencadangkan beberapa penambahbaikan terhadap fasiliti kesihatan khasnya di Kota Samarahan yang pada 20 tahun dahulu hanya sekitar 20,000 populasi. Kini meningkat lima kali ganda iaitu lebih 100,000 orang tidak termasuk pengunjung tambahan iaitu yang terdiri daripada penuntut-penuntut UNIMAS dan UiTM dalam lingkungan 20,000 orang penuntut. Populasi sebesar ini bergantung penuh dengan perkhidmatan yang disediakan oleh Klinik Kesihatan Kota Samarahan selain Klinik Komuniti Samarindah.
Saya ingin majukan semula cadangan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menaik taraf Klinik Kesihatan Kota Samarahan menerusi pembinaan blok-blok bangunan tambahan sebagai usaha meningkatkan bilangan kapasiti pesakit luar. Begitu juga keadaan-keadaan di beberapa buah klinik yang daif yang masih bergantung dengan bangunan lama daripada binaan kayu seperti Klinik Kesihatan Sambir dan juga Klinik Lubok Ria. Begitu juga saya ingin hendak tahu status pembinaan klinik kesihatan kawasan Stakan.
Terdapat juga klinik yang mengalami kekurangan peralatan dan kemudahan sehingga menyukarkan proses rawatan terutamanya jika berlaku kecemasan, misalannya di Klinik Kesihatan Asajaya dan Klinik Kesihatan Kota Samarahan hanya mempunyai sebuah ambulans sahaja dan tidak mempunyai fasiliti mesin haemodialisis. Harapan kita pihak kementerian dapat mengambil perhatian terhadap keperluan ini. Saya juga berterima kasih kepada pihak kerajaan yang telah meluluskan pembinaan Hospital Pengajar dan Pusat Kesihatan Prima Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang bukan sahaja boleh dijadikan sebagai pusat melahirkan pegawai-pegawai perubatan yang berkualiti di Sarawak, malah ia juga boleh dimanfaatkan oleh orang ramai khasnya di Kota Samarahan. Saya mohon pencerahan daripada kementerian mengenai kemajuan projek berkenaan.
Tuan Yang di-Pertua, pada 20 Januari 2022 yang lepas, adik Alicia murid Tahun 2 telah terjatuh dari beranda sekolah di SK Long Bemang, Baram dan kejadian ini telah mengakibatkan kecederaan kepada adik Alicia.
Puan Rubiah binti Wang - Kota Samarahan
Kita memahami keadaan sekolah yang uzur dan daif bukan disengajakan, namun ia didorong oleh usia bangunan yang dahulunya kebanyakannya dibina menggunakan struktur kayu dan kebanyakan sekolah sudah hampir berumur setengah abad. Oleh itu, saya mohon kepada Kementerian Pendidikan tentang status sekolah daif di Samarahan.
Mohon pencerahan daripada kementerian tentang status kemajuan projek pembinaan SMK Seri Samarahan dan projek gantian penuh SMK Muara Tuang memandangkan sekolah ini amat padat dan juga uzur.
Begitu juga kita mohon agar pihak kerajaan untuk mempertimbangkan sekolah berasrama penuh seperti MRSM yang lengkap dengan pelbagai kemudahan yang canggih di Kota Samarahan memandangkan kemudahan ini dikongsi bersama dengan penduduk-penduduk di bandar raya Kuching yang sudah semestinya sudah padat dengan bilangan pelajar yang ramai. Begitu juga saya memohon dengan pihak kementerian untuk memaklumkan kepada kita tentang status cadangan kolej pelajar-pelajar prauniversiti atau kolej tingkatan 6 yang amat diperlukan di Kota Samarahan yang mana telah dikemukakan oleh Jabatan Pendidikan Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, salah satu lagi isu yang hebat di Sarawak ialah isu kewarganegaraan. Saya mohon penjelasan daripada pihak Kementerian Dalam Negeri berkaitan dengan isu kewarganegaraan yang diproses terlampau lambat, yang memakan masa yang panjang sehingga lima tahun. Kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada kementerian yang telah meluluskan Jawatankuasa Khas Kewarganegaraan bagi negeri Sarawak. Cuma kita mohon kepada kementerian untuk memastikan mesyuarat- mesyuarat yang diadakan lebih kerap, sekurang-kurangnya sebulan sekali dan juga kita
Puan Rubiah binti Wang - Kota Samarahan
mohon kementerian untuk mempertimbangkan keputusan semasa Kerajaan Barisan Nasional dahulu yang mana memberi taraf kewarganegaraan kepada anak-anak yang ditempatkan di pusat peliharaan Jabatan Kebajikan Masyarakat setelah proses perundangan dilaksanakan. Ini bagi tujuan memberi kemudahan sosial kepada kanak- kanak tersebut.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyampaikan isu rakyat yang berkaitan dengan masalah golongan petani dan peladang di luar bandar yang banyak bergantung kepada hasil pertanian. Jadi, kita ingin memohon pencerahan daripada kerajaan, apakah langkah-langkah dan tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk membantu para petani dan peladang atas kenaikan harga racun dan baja yang dimaklumkan naik 100 peratus? Ini secara tidak langsung menjejaskan keperluan masyarakat luar bandar khususnya dalam bidang pertanian. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Kota Samarahan mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Kota Samarahan.
Pengumuman sedikit. Yang Berhormat Pulai akan diganti oleh Yang Berhormat Lumut.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Langkawi. Silakan, selaku ketua parti, 20 minit. Yang Berhormat hendak berdiri atau hendak duduk Yang Berhormat?
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya ingin menarik perhatian Dewan ini dan juga orang ramai bahawa negara kita ini ditubuhkan dengan diadakan perlembagaan iaitu negara kita ditubuhkan dengan undang-undang. Undang-undang ini termasuk undang- undang yang menentukan arah mana kerajaan kita dan kuasa yang ada pada kerajaan kita dalam pentadbiran mereka untuk negara kita ini. Perlembagaan menentukan bahawa undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan tidak boleh diluluskan. Apa yang berlaku sekarang ialah tindakan kerajaan tidak sama sekali menghormati perlembagaan, bahkan tidak menghormati undang-undang yang diluluskan oleh Dewan ini semasa perbahasan dan sebagainya. Apa yang kita lihat ialah kerajaan bersikap seolah-olah kerajaan mempunyai kuasa lebih daripada perlembagaan, boleh buat apa sahaja dan tidak perlu pun merujuk kepada Dewan ini.
Dalam satu kes ialah berkenaan dengan hadiah kepada bekas-bekas Perdana Menteri. Sebenarnya tidak ada undang-undang yang menentukan hadiah ini. Akan tetapi atas timbang rasa dan kuasa yang sedikit yang ada kepada kerajaan, ada yang bersetuju bahawa satu hadiah perlu diberi kepada Perdana Menteri yang bersara sebagai satu tanda bahawa kita menghargai apa yang dilakukan ataupun sumbangan Perdana Menteri kepada negara. Akan tetapi dalam pada itu, kita juga tentukan bukanlah hadiah ini terlalu besar, sebaliknya kalau kita lihat di pihak swasta, mereka juga mengamalkan golden handshake dan dalam golden handshake mereka ini, biasanya pegawai yang berjasa yang memajukan syarikat akan diberi hadiah, tetapi terhad kepada mungkin satu jam Rolex. Itu sahaja yang diberi sebagai tanda penghargaan. Akan tetapi kita lihat dalam kerajaan, apa yang dicadangkan bahkan diberikan kepada bekas Perdana Menteri adalah luar lebih besar daripada jam Rolex.
Walaupun ini bukanlah amalan dahulu. Dahulu pada zaman Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj, Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein, Tun Hussein bin Dato’ Onn, hanya rumah lama diberi sebagai hadiah kepada bekas-bekas Perdana Menteri ini. Akan tetapi apabila sampai kepada Tun Abdullah bin Ahmad Badawi, kita dapati hadiah yang diberikan ini bernilai RM70 million. Ini satu angka yang besar yang beratus kali ganda lebih daripada gaji yang dibayar kepada Perdana Menteri semasa bertugas. Jumlah RM70 juta diberi dan ini dilakukan tanpa rujukan kepada Dewan ini ataupun mana-mana undang- undang yang boleh menentukan berapa banyaknya nilai hadiah ini. Kita juga dengar bahawa semasa Perdana Menteri keenam bersara, dia menulis surat kepada kerajaan meminta supaya dihargai jasanya dengan memberi kepadanya sebanyak RM100 juta, sebuah bangunan RM60 juta dan wang sebanyak RM40 juta. Ini bukan sagu hati atau golden handshake yang biasa diberi oleh swasta, bahkan oleh kerajaan. Tiada peruntukan
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi
dalam undang-undang yang berkata amaun yang begini besar boleh diberi kepada bekas Perdana Menteri.
Ini adalah sesuatu tindakan yang di luar undang-undang, bahkan tiada dalam undang-undang. Kita mempunyai undang-undang dalam negara kita. Kita harus ikut the rule of law iaitu kita membuat sesuatu mengikut undang-undang. Akan tetapi di sini kita lihat walaupun tiada apa-apa undang-undang yang melarang, tetapi tindakan yang diambil adalah luar biasa, luar daripada peruntukan. Sebanyak RM100 juta untuk seorang Perdana Menteri, konon kerana jasanya. Kita semua tahu bahawa jasanya ialah mencuri duit sehingga dihukum oleh mahkamah 12 tahun jail.
[Tepuk]
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi
Jadi, undang-undang yang ada dalam negara kita ini tidak dipedulikan, tidak dihargai. Jasa yang tidak ada, diadakan. Untuk jasa ini kononnya boleh beri hadiah sebanyak RM100 juta. Bagi Perdana Menteri yang kelima, saya diberitahu – walaupun maklumat tidak diberi, tidak ada perbahasan dalam Dewan tetapi nilai hadiah yang diberi kepada Perdana Menteri yang kelima ialah sebanyak RM70 juta. Ini juga ada dalam undang-undang. Kerajaan bertindak seolah-olah kerajaan boleh buat apa sahaja keputusan dan keputusan itu tidak boleh dipertikai oleh rakyat.
Ini adalah sesuatu cara yang tidak baik kerana negara perlu mematuhi kepada undang-undang. Kita bercakap berkenaan pemerintahan mengikut undang-undang (the rule of law). Akan tetapi, apabila tidak ada undang-undang maka the rule of law itu diketepikan dan tindakan sesuka hati diambil. Saya mengaku saya juga bekas Perdana Menteri tetapi saya tidak ambil satu sen pun daripada hadiah kepada saya.
[Tepuk] Mungkin kerana jasa saya itu tidak ada, tidak cukup hendak dapat hadiah.
Akan tetapi, saya mengaku ada tawaran hendak beri kepada saya sekeping tanah. Saya tolak dan saya sebaliknya menawar untuk membeli tanah, bukan dapat percuma. Itu kerana dalam masa saya jadi Perdana Menteri, saya diberi gaji yang cukup tinggi iaitu RM20,000 sebulan. Itu bagi saya amat besar kerana dulu saya cuma medical practitioner dan juga pegawai kerajaan yang dapat gaji cuma RM1,700 sebulan. Ini saya dapat RM20,000, lebih daripada cukup. Bahkan kerajaan juga memberi segala-galanya yang diperlukan. Saya diberi rumah, diberi api elektrik, diberi air, transport beberapa buah kereta, kapal terbang pun diberi juga kepada saya. Apakah lagi yang perlu diberi kepada saya setelah saya bersara?
Oleh sebab itu saya tidak ambil barang satu sen pun tetapi apabila datang kepada masa Perdana Menteri yang ketujuh, berasas kepada apa yang diberi kepada Perdana Menteri yang kelima sebanyak RM70 juta, dia minta lebihlah kerana jasa dia lebih banyak.
Dia curi lebih banyak.
[Tepuk] Jadi, kita perlu bagi hadiah lebih banyak iaitu sebanyak RM100 juta. Apa yang menjadi masalah ialah keputusan-keputusan ini dibuat tanpa rujukan kepada mana-mana undang-undang seolah-olah kerajaan berhak untuk membuat apa sahaja keputusan tanpa mengikuti undang-undang, tanpa merujuk kepada Dewan ini seolah-olah Dewan ini tidak ada. Kerajaan sahaja yang ada dan mereka boleh buat undang-undang apa sahaja yang mereka ingin.
Kita juga dapati bahawa kerajaan sering membuat badan-badan tertentu untuk tujuan-tujuan yang sudahpun mempunyai badan kerajaan untuknya. Badan-badan baharu ini diluluskan entah setakat yang saya tahu tidak diluluskan dalam Dewan, sebaliknya ditubuhkan dan badan-badan ini pula diketuai oleh pegawai-pegawai yang gaji mereka begitu tinggi sehingga terpaksa dirahsiakan. Badan ini ditubuhkan tanpa rujukan kepada undang-undang. Akan tetapi, sebenarnya sudah ada undang-undang untuk menubuhkan badan-badan ini tetapi tidak dihiraukan. Inilah yang berlaku dengan kerajaan-kerajaan yang tidak patuh kepada undang-undang. Ini akan rosakkan negara kerana kita mempunyai undang-undang supaya pentadbiran berjalan dengan baik mengikut aturan peraturan dan undang-undang, mengikut the rule of law. Kita juga dapati dengan kerana tidak ada tidak menghormati undang-undang, ada pihak yang cuba tukar nilai iaitu daripada benda yang salah dikatakan tidak salah. Dengan itu, tidak perlu dibicarakan dan dihukum kerana dia tidak bersalah. Apa yang dapat saya kenal ialah apabila sesuatu jenayah yang memalukan, dikatakan tidak memalukan.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi
Bermakna jenayah itu bukan jenayah tetapi sesuatu yang halal. Ini pendapat yang dibawa baharu daripada luar. Kita dapati ramai juga yang terima nilai baharu ini sehingga sanggup cium tangan pun kepada orang yang tidak berasa malu apabila melakukan jenayah.
Kalau kita terima pendapat seperti orang ini dan dia sedang berusaha kembali untuk jadi Perdana Menteri – kalau pendapat ini dikembangkan dalam negara kita maka akan rosaklah masyarakat kita. Ingat, fikirkanlah. kalau kita berasa tidak malu apabila kita lakukan sesuatu yang salah daripada segi undang-undang, maka kita mungkin akan lakukan benda-benda yang pelik. Saya telah jelaskan bahawa kalau kita tidak malu dengan mencuri, apa pula dengan perbuatan-perbuatan yang lain? Umpamanya kita manusia, amat malu kalau kita berbogel di depan orang tetapi dapati kalau benda seperti itu tidak memalukan, maka ramailah pemimpin kita akan berbogel. Mungkin ke dalam Dewan ini.
[Ketawa] Ini apabila kita tidak tahu perasaan malu.
Jadi, kita sekarang ini menghadapi ancaman penolakan undang-undang dan peraturan-peraturan. Kita perlu kembali kepada Perlembagaan negara kita iaitu tiap sesuatu yang hendak dilakukan mestilah dilakukan mengikut cara yang tertib yang telah disusun dan Dewan ini perlu menjadi Dewan rujukan kepada tiap sesuatu yang hendak dilakukan oleh kerajaan. Biar kita beri kerajaan kuasa tetapi kuasa itu terhad. Ia mengikut undang-undang yang telah kita gubalkan khususnya Perlembagaan. Perlembagaan menentukan setakat mana boleh kita buat undang-undang. Ada kalanya tidak ada undang-undang yang diperlukan maka pada masa itu bolehlah kita perkenalkan undang baharu tetapi tidak undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan.
Saya khuatir kalau negara kita ini ketepikan undang-undang, huru-hara akan berlaku terutama kalau tidak ada perasaan malu apabila membuat sesuatu yang ganjil yang tidak boleh diterima oleh masyarakat. Banyak yang boleh dilakukan dan dengan itu kita akan dapati kita hidup dalam satu masyarakat huru-hara, masyarakat yang tidak teratur yang mana tindakan apa sahaja boleh dilakukan. Seperti mana kita tahu, ada negara-negara yang mana undang-undang tidak dihormati bahkan kerajaan boleh tangkap dan kurung sesiapa sahaja. Apakah kita berjalan ke arah itu? Iaitu untuk ketepikan undang-undang sama sekali dan menjalankan pemerintahan mengikut sesuka hati Perdana Menteri ataupun Kabinetnya ataupun tidak mengikut apa-apa, cuma kehendak diri seseorang saja?
Tuan Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih kerana diberi peluang untuk bercakap dengan perkara yang penting ini.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Langkawi.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi
Iaitu negara kita mesti kembali kepada undang-undang (the rule of law). The rule of law ini amat penting kerana kalau tidak ada peraturan-peraturan, Dewan ini pun tidak boleh bersidang.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat Shah Alam minta mencelah.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi
Kita bersidang mengikut aturan peraturan, kita membahas mengikut aturan peraturan, kita lagak berlagak sebagai orang yang siuman yang mengikut segala aturan peraturan kerana ia membawa kestabilan kepada negara kita.
Saya harap pihak kerajaan jangan lagi buat keputusan yang di luar daripada undang-undang. Mana-mana kerajaan pun perlu akur kepada undang-undang. Dengan itu, negara kita akan menjadi stabil dan kita tahu apabila kita salah atau apabila kita lakukan sesuatu yang halal. Inilah sesuatu yang perlu diambil berat kepada kerajaan.
Saya dapati dalam titah ucapan, tiada sebutan berkenaan dengan perkara ini.
Saya membawa perhatian kepada perkara ini kerana ia begitu penting untuk menstabilkan negara kita. Mengadakan aturan peraturan dalam segala urusan kita dan dengan itu negara kita akan mencapai kemajuan.
Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Langkawi, boleh saya bertanya?
Tuan Yang di-Pertua
Ya, sila.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Langkawi, boleh saya bertanya berhubung dengan ucapan tadi? Saya takut saya tersilap dengar.
Yang Berhormat Langkawi menyatakan bahawa bekas Perdana Menteri itu telah menulis meminta hadiah bernilai RM100 juta. Dia sendiri yang menulis dan memintanya ataupun ia jumlah yang ditawarkan oleh kerajaan? Itu pertama.
Kedua, adakah apabila dia menulis dan meminta itu, selepas ataupun sebelum dia didapati bersalah merompak bagi pihak 1MDB ataupun melalui 1MDB jumlah yang berbilion-bilion? Saya harap Yang Berhormat Langkawi boleh memberikan penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi
Tuan Yang di-Pertua, saya mendapat tahu bahawa sebenarnya bekas Perdana Menteri ini mengenal pasti tempat yang diminta, mengenal pasti tanah itu dan dia bersetuju dengan― ditunjuk dua keping tanah, tetapi dia pilih yang satu yang nilainya amat tinggi, dan dengan itu dia menulis surat kepada kerajaan. Saya tahu, saya dengar. Saya boleh percaya apa yang saya dengar.
Ini kerana orang ini tidak akan bohong kepada saya.
Jadi, sebenarnya bekas Perdana Menteri meminta supaya dihadiahkan. Bukan kerana kerajaan buat keputusan tetapi dia meminta dan sebanyak dua kali dan diluluskan.
Kali kedua, diluluskan. Ini memang berlaku.
Sewaktu dia mendapat itu, saya fikir dia dibicarakan dan keputusan dibuat bahawa dia bersalah tetapi dia membuat surat kepada kerajaan. Saya tidak dapat tentukan tarikh tetapi inilah yang berlaku. Tidak ada perasaan malu kerana orang ini mendakwa bahawa tidak perlu malu. Minta duit daripada orang kerana curi duit, tidak malu. Apa hendak malu kerana dia bos...
[Ketawa] Itulah sebenarnya yang berlaku.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pengerang. Silakan Yang Berhormat, 12 minit.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua sebab memberikan saya dalam masa 12 minit untuk membahaskan Titah Diraja oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Penggal Kelima, Parlimen Ke-14.
Saya merujuk kepada para lima, enam, tujuh dan lapan, Tuan Yang di-Pertua, yang mana Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia menyebut tentang kematangan politik.
Tuanku menyatakan bahawa Tuanku bersyukur dengan kestabilan politik menerusi kerjasama dwi partisan melalui Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang telah ditandatangani antara pihak kerajaan dan pembangkang.
Saya ingin menyatakan di sini, Tuan Yang di-Pertua, bahawa kalaulah MoU ini yang saya melihat tidak sebagai satu dokumen undang-undang, lebih setakat kepada understanding atau persefahaman, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan kalau hendak dirujuk kepada fasa 2.0 sebelum memorandum ini tamat umurnya, mencadangkan kepada kerajaan dan juga pihak pembangkang untuk melihat bahawa MoU tidak seharusnya dihadkan kepada dana pembangunan kawasan pilihan raya sahaja (constituency development fund), dengan izin, dan rang undang-undang anti lompat parti ataupun mana-mana undang-undang yang hanya merujuk kepada pindaan Perlembagaan.
Saya melihat bahawa perlu kita lihat dan kita tekan satu peranan yang boleh dimainkan oleh MoU ini ialah merujuk kepada apa yang telah disebut oleh Tuan Yang di-
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Pertua sendiri pada 1 Mac 2022 tentang agaknya kekeliruan berkenaan dengan, contohnya, kuasa PSSC.
Saya tidak hendak ditegur daripada segi sama ada pegawai kerajaan hadir ataupun tidak apabila dipanggil. Akan tetapi, apabila kita dirujuk kepada Peraturan Mesyuarat, apa yang Tuan Yang di-Pertua cakap di sini ini memang betul bahawa dalam pembacaan di bawah Standing Order 83(2) dan seksyen 17, 18 *Houses of Parliament
(Privileges and Powers) Act 1952,* dengan izin, terdapat satu lacuna yang begitu besar di dalam Standing Order kita, Tuan Yang di-Pertua. Bahawa kita tidak tahu sama ada adakah dipanggil sebagai ‘surat jemputan’ ataupun dipanggil sebagai ‘satu sepina’ Selagi kekeliruan ini tidak dinyatakan― saya sebenarnya ingin menyatakan di sini bahawa ramai pegawai kerajaan akan berada dalam keadaan tidak begitu yakin bahawa kehadiran itu diwajibkan atas apa platform sekalipun. Mungkin mereka hadir kerana mereka menghormati dijemput.
Akan tetapi, cabaran yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, ialah apa yang disebut sebagai bila hadir. Pertama sekali, kalau kita lihat, tidak ada wujudnya satu templat dalam bahasa Malaysia yang boleh dipakai bagi semua jawatankuasa pilihan. Kalau kita di mahkamah, kita ada serve of order notice seperti mana Tuan Yang di-Pertua dan saya sebagai mantan peguam. Di mahkamah, kalau tidak hadir, dikenakan contempt. Akan tetapi, di dalam Parlimen sebagai badan ketiga besar dalam Perlembagaan― institusi kehakiman, institusi eksekutif, institusi legislatif― tidak adanya taring dan gigi. Ahli Parlimen marah kepada speaker, speaker memberikan penerangan, terdapat lacuna daripada segi undang-undang.
Keduanya, Tuan Yang di-Pertua, apabila hadir pun, apa yang boleh dan tidak boleh dinyatakan oleh pegawai kerajaan tersebut. Sebab, dalam elemen classified information, sebagai contoh, Official Secrets Act atau Akta Rahsia Rasmi, tidak semua maklumat boleh diberikan oleh pegawai kerajaan yang hadir. Ini juga perlu diterangkan supaya kita Ahli Parlimen tahu apa yang boleh ditanya dan apa jawapan yang boleh kita dapat.
Seterusnya, kalau kita tengok kepada negara-negara lain, kalau mereka tidak dapat mewujudkan pindaan Perlembagaan ataupun kepada undang-undang yang wujud, boleh diwujudkan satu, dengan izin, informal guideline yang mana MoU ini yang ditandatangani oleh pihak kerajaan dan pihak pembangkang boleh bersetuju. Sebagai contohnya yang terjadi di Australia, Kanada, New Zealand, United Kingdom yang mana contohnya ada Government Guideline for Official Witness before Parliamentary Committees, Note on the Responsibility of Public Servant in Relation to Parliament Committees, Official and Select Committee’s Guideline, dengan izin. Maknanya, Tuan Yang di-Pertua, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Saya pun ingin tekankan di sini bahawa kalaulah Ahli-ahli Parlimen itu sendiri yang datang ke Parlimen hendak bertanya soalan, sama ada dalam Dewan ataupun Kamar Khas― dan yang paling dahsyat sekali, Tuan Yang di-Pertua, saya sendiri tulis surat pun tak nak dijawab.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Satu, tidak tahulah sahabat-sahabat saya Yang Berhormat lain pun berhadapan dengan masalah yang sama ataupun tidak.
Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan
Terima kasih Yang Berhormat. Boleh sedikit?
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Sekejap. Sekejap. Nanti dahulu.
Mungkin dia jawab tetapi tidak ada timeline hendak jawab. Saya hendak tekankan di sini Tuan Yang di-Pertua ya. Saya bangga bahawa badan kehakiman di Malaysia dilihat sebagai badan yang bebas dan dihormati.
[Tepuk] Oleh sebabnya Tuan Yang di-Pertua, keputusan itu nampak sangat keputusan yang tidak berat sebelah. Akan tetapi kami sebagai ahli politik dan wakil rakyat, seolah-olah kami ini kata orang, bertanya pun tidak dijawab, panggil pun tidak datang. Seolah-olah kami ini hanya sekadar designated pegawai kebajikan dan kadang-kadang sudah macam kontraktor, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan
Ya. Yang Berhormat Pengerang.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Bagi saya, kalau itulah peranan MoU hanya memberi kuasa yang lebih kepada mana-mana pihak, bererti dengan izin Tuan Yang di-Pertua. We betray the trust of the voters kepada diri kita.
Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan
Ya. Yang Berhormat Pengerang. Sedikit.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya berharaplah Tuan Yang di-Pertua pujuklah kepada kepimpinan negara, kepada wakil- wakil daripada parti pembangkang, lihat dengan lebih mendalam. Terutama sekali dalam elemen. Saya ucap terima kasihlah, tambahan PSSC.
Saya ucap terima kasih pada adanya bajet tambahan ya. Tuan Yang di-Pertua banyak membantu. Adanya pegawai-pegawai hendak diwujudkan. Akan tetapi kita hendak lebih daripada itu Tuan Yang di-Pertua. Kita hendak apabila kita panggil, kita bincang, kita tanya. Rakyat tahu bahawa sebagai wakil rakyat, kita juga buat kerja bukan sahaja dalam Dewan sidang Parlimen. Silakan sahabat saya Yang Berhormat.
Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan
Terima kasih Yang Berhormat Pengerang.
Saya rasa terpanggil apabila dengar perbahasan Yang Berhormat. Demi menjaga kemuliaan institusi Parlimen, setujukah Yang Berhormat Pengerang supaya kedua-dua pihak kita menggesa Tuan Yang di-Pertua segera rujuk perkara ini. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pengerang kepada jawatankuasa perintah tetap yang dipengerusikan oleh Tuan Yang di-Pertua sendiri supaya pindaan-pindaan dibuat pada sesi ini juga memastikan Parlimen menjadi harimau yang bertaring, bukan harimau tanpa gigi.
[Tepuk] Ini adalah peranan amat penting menjaga doktrin pengasingan kuasa. Tuan Yang di-Pertua pun tidak boleh lari daripada tanggungjawab tersebut. Dengan hormatnya.
Terima kasih.
[Tepuk]
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Terima kasih. Saya sebenarnya tahu yang Tuan Yang di-Pertua tidak lari. Dia hanya menerangkan undang-undang dan untuk berlaku adil. Lacuna itu ada. Kita tidak boleh betul-betul hendak kata orang, “lebih sudu daripada kuah” sebab naratifnya tidak begitu tepat ya. Kita ini seperti kata Yang Berhormat Langkawi. Undang-undang perlembagaan adalah undang-undang yang paling utama. Banyak lagi undang-undang kita yang perlu dengan izin law reform. Wujudkan law commission, banyak ketinggalan zaman.
Kalaulah mahkamah tidak nyatakan keputusan tentang isu kewarganegaraan, sampai kiamat pun tidak selesai Tuan Yang di-Pertua. Takkanlah dapat keputusan mahkamah tertinggi pun, enam atau tujuh jam hendak tunggu keluarkan sijil sebab sistem rosak. Mana maruah kita sebagai negara yang kononnya ke arah tahun 2022, 2023. Tidak boleh Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab yang merana adalah rakyat di luar. Kita di sini hanya 220 orang sahaja. Kita ini Yang Berhormat yang patut jadi Yang Berkhidmat tetapi rakyat menjadi mangsa kerana bukan sahaja kejahilan tetapi sifat mereka yang tidak mempunyai dengan izin empathy ya.
Yang Berhormat Tun sebut tentang kemungkinan moral compass. Saya sebut tentang empathy compass. Silakan Yang Berhormat.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Saya setuju dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pengerang sebentar tadi bahawa sebuah jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk menyiasat satu perkara setelah diberi kuasa oleh Dewan Rakyat ini sepatutnya mempunyai kuasa untuk memanggil pegawai-pegawai kerajaan untuk datang menjawab.
Pada waktu yang sama, saya juga faham apa yang disebut tadi berkaitan dengan pegawai kerajaan itu tertakluk pada rahsia rasmi kerajaan. Akan tetapi setuju atau tidak Yang Berhormat Pengerang bahawa sekiranya apa yang hendak dibangkitkan oleh jawatankuasa khas itu berkait dengan peribadi ataupun satu perkara yang melibatkan keperibadian pegawai tinggi sebuah agensi itu, maka itu tidak tertakluk di bawah OSA dan seharusnya dia menjawab seikhlas-ikhlasnya. Terima kasih.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Betul lah. Akan tetapi Yang Berhormat Jerlun, saya rasa ramai kami di sini yang
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
seorang peguam. A person is innocent until proven guilty ya. Orang itu adalah didapati tidak bersalah sehinggalah didapati bersalah. Walaupun bersalah, dia boleh merayu. Akan tetapi kalau kita ini orang politik, selalunya didapati bersalah dahulu barulah kita ini dikatakan tidak bersalah. Akan tetapi yang mana Yang Berhormat kata itu memang betul.
Termasuk juga, tidak kisah siapa pun termasuk pegawai kerajaan, mereka perlu diberikan platform untuk membela diri kalau mereka didapati bersalah. Akan tetapi disebabkan sistem kita, bukan sahaja dalam elemen kehadiran Tuan Yang di-Pertua. Isu berkenaan dengan sub judice. Kalau dia ada kes di luar, kemudian dia hendak datang ke Parlimen, memang betul lah akan berlakunya satu konflik di antara dua badan tertinggi kehakiman dan juga Parlimen.
Jadi saya hendak lompat pada, tinggalnya kurang satu minit berkenaan dengan Kementerian Wanita. Saya tengok sudah lebih 20 tahun, Tuan Yang di-Pertua. Kita ini rank dari segi Gender Gap Index ke-73 ya. Saya rasa mungkin tiba masanya lah kerajaan muhasabah diri, memotong Kementerian Wanita kepada dua segmen iaitu Kementerian Wanita dan Kanak-kanak. Oleh sebab isu kanak-kanak, isu wanita begitu banyak perangkaan dalam negara kita 15.9 juta wanita, 9 juta kanak-kanak.
Jadi dengan jumlah yang begitu besar yang lebih kepada, hendak dekat kepada berapa peratus yang begitu tinggi di dalam negara kita. Kemungkinan, pengkhususan kementerian kepada Kementerian Wanita dan Kanak-kanak ini boleh memberikan sesuatu nilai yang lebih tinggi. Kemudian saya juga hendak cadangkan di sini bahawa kebajikan dan juga isu keluarga boleh ditolak kepada Kementerian Perpaduan.
Oleh sebab Kementerian Perpaduan sebagai contoh Menteri Perpaduan kita yang begitu berpengalaman sebagai exco negeri dan sekarang Menteri Kabinet mempunyai pengalaman untuk mengendalikan isu-isu perpaduan adalah isu keluarga. Keluarga adalah juga isu kebajikan dan kebajikan adalah isu perpaduan. Jadi itulah kemungkinan harapan saya dalam MoU ini, kerajaan boleh lebih peka untuk mengambil kesempatan untuk membuat beberapa perubahan dan menambah baik.
Akhir sekali, saya ucap tahniah kepada Tuanku Duli Yang Maha Mulia Yang Di- Pertuan Agong menyebut tentang pelantikan Malaysia ke majlis hak asasi manusia. Bagi saya, Tuan Yang di-Pertua. Tiada gunanya kita dalam majlis hak asasi manusia, kalau laporan SUHAKAM pun, hendak bahas pun punyalah susah. Bagi saya, Tuan Yang di- Pertua, saya harap MoU 2.0 ini kalau wujudlah kita fokus pada laporan SUHAKAM ini dibahaskan tiap-tiap tahun dalam isu hak asasi.
Tidak guna kita di mata dunia seolah-olah kita melindungi hak asasi. Akan tetapi hak asasi rakyat Malaysia kita juga, kita lupa hendak sebut dan juga dengan itu hendak berlindung. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih Pengerang menyokong pada Titah Tuanku. Sebelum saya duduk, saya hendak sebut di sini, Pengerang jaga Pengerang. Johor jaga Johor. Insya-Allah, N.38 dan N.39 dimenangi oleh calon Barisan Nasional. Terima kasih.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Seterusnya Yang Berhormat Ipoh Barat. Silakan, 12 minit Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mulakan perkara mengenai gaji minimum yang kali terakhir di-review adalah pada tahun 2020 di mana gaji minimum telah dinaikkan dari RM1,100 ke RM1,200 pada Februari 2020. Akan tetapi mengikut akta berkenaan iaitu akta gaji minimum, ada perlunya kerajaan mengkaji balik gaji setiap sekurang-kurangnya dua tahun sekali dan ini sudah melampaui dua tahun. Akan tetapi gaji minimum belum lagi di-review dan saya difahamkan Majlis Perunding Gaji Negara pun telah membuat beberapa rekomendasi kepada kerajaan, kepada Menteri. Akan tetapi tidak lagi dibawa ke Kabinet untuk kelulusan.
Saya hendak tanya, apakah sebab ia dilambat-lambatkan. Walhal kalau Pakatan Harapan menerajui kerajaan sekarang, gaji minimum adalah RM1,400 sepatutnya dan tahun hadapan RM1,500. Kalau negara-negara lain dapat menaikkan gaji minimum
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
seperti UK, Kanada, Australia dan sebagainya. Hari ini di Singapura pun gaji minimum dinaikkan kepada pekerja-pekerja dari negara asing. Kalau boleh buat sedemikian, menjadi asas dan kita perlu ingat bahawa ramai di antara yang mendapat gaji minima adalah daripada golongan B40. Mereka perlu diberikan keutamaan, galakan dan sebagainya kerana kalau gaji minimum dinaikkan, didapati dari researches bahawa lebih rakyat akan terlibat untuk bekerja.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Sekarang, kerana gaji minimum sangat kurang, hasrat untuk mereka bekerja tidak ada dan ini perlu diberi keutamaan.
Tuan Yang di-Pertua, Independent Committee on Foreign Workers Report ini telah disiapkan semasa Pakatan Harapan menerajui kerajaan. Di sana ada lebih dari 40 rekomendasi. Saya difahamkan bahawa report itu belum lagi diimplementasikan oleh kerajaan. Ini menyusahkan dan tidak masuk akal kerana kalau kita tengok asas-asas kenapa kita dalam tier tiga trafficking in persons, adalah kerana tidak mengikut rekomendasi-rekomendasi oleh Independent Committee on Foreign Workers di mana komiti ini diketuai oleh Dato’ Seri Mohd Hishamuddin bin Md Yunus.
Oleh sebab keluasan yang terlampau di mana kes buruh paksa menjadi-jadi dan ini tidak dapat dihadkan kerana tidak ada inisiatif, tidak ada polisi yang tertentu oleh kerajaan untuk mengawal kes buruh paksa (forced labour). Baru-baru ini bila kerajaan membenarkan ratusan ribu orang datang bekerja di negara ini, apakah kriteria yang telah dikenakan supaya buruh paksa tidak ada in build dalam recruitment pekerja-pekerja ini? Saya difahamkan oleh NGO dan ramai di antara mereka meragui sistem yang sedia ada yang tidak mengawal isu buruh paksa. Jika ia berlanjutan, negara kita akan menjadi satu masalah iaitu kita akan dapat cession oleh sebab kita sekarang sudah dalam tier tiga trafficking in persons. Jika tindakan tidak diambil, masalah yang sangat besar akan berlaku kepada ekonomi di negara kita.
Jadi, kita dapat tahu baru-baru ini ratusan syarikat tidak dapat menghantar atau eksport barang-barang ke negara Amerika khususnya kerana dikatakan syarikat-syarikat itu ada terlibat dalam buruh paksa. Maka apa yang perlu dibuat adalah mengadakan polisi- polisi dan rekomendasi-rekomendasi yang sedia yang telah dibuat oleh Independent Committee on Foreign Workers diimplementasikan seberapa segera yang boleh untuk mengatasi masalah ini.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun pengangguran dikatakan adalah di antara 4.5 persen ke lima persen tetapi pengangguran yang mendadak adalah pengangguran di antara belia. Saya difahamkan seramai 359 ribu orang belia tidak ada kerja dan menjadi penganggur iaitu 13.9 peratus. Apa yang telah dibuat oleh kerajaan nampaknya tidak efektif. Walaupun skilling, reskilling, upskilling dan cross skilling adalah satu inisiatif yang bagus tetapi nampaknya institusi-institusi di negara ini yang menjalankan pelbagai skills training ini nampaknya adalah tidak lagi relevan or not current dalam skilling dan reskilling.
Ini menjadi satu masalah yang besar.
Baru-baru ini kerajaan telah berpendapat dan memberi sokongan kepada Kementerian Sumber Manusia supaya HRDF mengambil alih semua institusi yang membuat skilling and reskilling di negara ini. Saya difahamkan walaupun ini adalah satu hasrat oleh kerajaan tetapi nampaknya ia tidak berfungsi dan nampaknya ia telah gagal kerana banyak di antara institusi dan politeknik yang sedia ada dengan kementerian- kementerian lain enggan atau tidak ingin berhasrat untuk bekerjasama dengan HRDF supaya dalam satu payung untuk mengatasi masalah ini.
Tuan Yang di-Pertua, mengadakan skilling and reskilling itu sahaja tidak cukup, yang mustahak ialah practical training di mana sekurang-kurangnya 70 peratus yang diajar di sana adalah practical training. Akan tetapi, di politeknik-politeknik kita, training mereka 70 ke 80 persen adalah teori. Itulah sebab bila anak-anak kita keluar dari institusi tersebut, gaji mereka sangat kurang, kurang dari orang yang datang bekerja dari luar negara kerana sistem yang sedia ada nampaknya tidak mengambil kira mengadakan lebih practical training. Ini adalah perlu diberi perhatian.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, saya telah bertanya satu soalan kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri mengenai jumlah travel pass negeri minggu lalu. Beliau telah mengatakan dalam jawapan tersebut, lebih kurang enam ribu orang telah dibenarkan masuk tahun dulu hingga Februari sekarang. Akan tetapi masa yang sama, bulan September tahun dulu, Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia telah mengatakan bahawa border ini ditutup, maka tidak ada pekerja asing yang datang.
Jadi siapa yang cakap benar? MAID Online digunakan untuk membawa pekerja- pekerja dari luar negara yang dikendalikan oleh Kementerian Dalam Negeri Malaysia senyap-senyap macam ada dua government dalam satu government. “Tangan kanan tidak tahu apa yang dibuat oleh tangan kiri”. Itulah sebab rekomendasi oleh Independent Committee on Foreign Workers telah dengan terus mengatakan bahawa keperluan Kementerian Sumber Manusia mengambil alih semua perkara ini supaya menyelesaikan perkara ini kerana ini yang diikuti oleh beberapa buah negara di dunia ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada penukaran agama. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Undang-undang. Adakah kerajaan akan mengikuti iaitu kes keputusan Indira Gandhi pada tahun 2018 di mana terikat dan terus terang mengatakan bahawa penukaran agama hanya boleh dibuat jika ibu dan bapa memberi sokongan.
Kalau tidak, kalau hanya ibu atau bapa sahaja, penukaran agama itu tidak boleh diterima dan tidak sah daripada segi undang-undang. Akan tetapi, saya difahamkan ada beberapa buah negeri di negara ini di mana mengadakan undang-undang unilateral convention, bertentangan dengan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan yang bersependapat dan menghalusi interpretasi Federal Constitution. Jadi soalan yang saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri Undang- undang, adakah arahan apa-apa dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Undang-undang untuk negeri-negeri ini mengambil tindakan untuk menyetarafkan mengikut pandangan dan keputusan yang dibuat oleh kes Indira Gandhi pada tahun 2018.
Dalam kes MITRA Tuan Yang di-Pertua, tahun dulu Yang Berhormat Menteri telah memberi Aku Janji bahawa akan mengadakan perjumpaan dengan Ahli-ahli Parlimen.
Sekarang sudah lebih kurang empat bulan tidak ada perjumpaan. Lagipun, apakah sudah jadi kepada Pelan Tindakan Masyarakat India?
Saya difahamkan, ada berjuta-juta ringgit yang telah diambil oleh ahli-ahli politik tetapi sehingga sekarang tidak ada tindakan diambil terhadap mereka. Ada di antara mereka yang bekerjasama dengan kementerian dan menutup mata dan tidak ada tindakan sedalam-dalamnya yang perlu diambil kerana mereka adalah dalam kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak juga membangkitkan perkara iaitu Attoney General dan Solicitor General di negara ini. Kedua-dua jawatan itu kosong, bermakna kerajaan tidak dapat mendapat pandangan dari Peguam Negara atau Solicitor General sekarang. Bukankah ini satu penamaan calon yang sangat mustahak yang patut dibuat beberapa minggu dahulu supaya ia dapat direstui oleh Yang di-Pertuan Agong tetapi kelambatan ini menunjukkan satu yang tidak efektif oleh kerajaan.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Kerajaan yang weak ini, melambat-lambatkan satu keputusan yang mustahak.
Adakah ini kerana court cluster yang sedang ada dan mereka terlibat? Peguam Negara ini yang sedang meneruskan kes-kes ini mungkin dipaksa atau tidak– mengikut arahan oleh beberapa orang yang terlibat dalam hal ini.
Jadi, dengan tidak melanjutkan atau menamakan seorang Peguam Negara yang sepatutnya patut sudah ada dan jadi, menunjukkan satu kelalaian yang besar oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ini khusus kuasa kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan majistret-majistret seperti kita tahu, yang dilantik tidak ada polisi yang baharu. Di UK, sekurang-kurangnya perlu ada mature magistrate diberikan jawatan sedemikian sekurang-kurangnya selama tujuh tahun telah berkhidmat sebagai seorang peguam. Saya harap perkara itu diambil kira kerana
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
ramai antara majistret adalah frontliners berbanding dengan Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan sebagainya, the first contact dengan orang ramai di negara ini.
Mereka memainkan peranan yang besar dan jangan kita membenarkan majistret- majistret yang terlampau muda. Baru keluar dari universiti dilantik sebagai majistret. Akan tetapi, semasa dulu saya boleh faham. Tahun 70-an dan 80-an, kita tidak cukup peguam, tidak cukup majistret dan sebagainya. Sekarang, ada terlampau ramai peguam.
Kita perlu ada mature students dan sekurang-kurangnya ada experience yang tertentu sebelum mereka dilantik. Judicial Commissioner pun sedemikian juga. Baru-baru ini, Judicial Commissioner yang betul-betul bekerja kuat, baik, menulis law reports dan keputusan-keputusan yang baik tiba-tiba tidak dilanjutkan kontrak mereka. Apakah asas dan sedemikiannya? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Seterusnya Yang Berhormat Tumpat, silakan 12 minit ya Yang Berhormat.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Keluarga Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah dititahkan pada 28 Februari lalu semasa membuka Penggal Kelima Parlimen Keempat Belas Memulakan ucapan pada tengah hari ini, Tumpat menjunjung kasih serta mengucapkan syabas dan tahniah atas titah ucapan yang padat dan merangkumi penuh dengan nasihat dan pandangan-pandangan sesuai dengan kedudukan baginda sebagai payung negara.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam titahnya, telah memperlihatkan dan menunjukkan keprihatinan baginda terhadap kestabilan politik dan agenda pembangunan demi kepentingan rakyat dan juga masa depan negara. Baginda kagum dan bersyukur dengan kestabilan politik yang dikecap kini hasil kerjasama politik dwipartisan melalui Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani oleh pihak kerajaan serta pembangkang.
Hasilnya, landskap politik negara kini lebih stabil dan ia menjadi pemangkin kepada kejayaan pembangunan demi kepentingan rakyat dan masa depan negara.
Sehubungan itu, baginda telah menyeru agar kita Ahli-ahli Yang Berhormat untuk terus mengekalkan persefahaman yang terbina ini demi kemaslahatan rakyat.
Alhamdulillah pada masa ini, Pilihan Raya Negeri Johor sedang berlangsung– kempen pilihan raya sedang berlangsung. Dalam masa yang sama walaupun masing- masing ahli-ahli politik berkempen untuk parti masing-masing, namun di dalam Parlimen kita pada hari ini, kita dapat melihat bagaimana kemesraan Ahli-ahli Parlimen dengan teratur menyusun dan menyertai perbahasan-perbahasan dengan baik.
Jadi, ini adalah merupakan satu budaya politik baharu yang sepatutnya ditunjukkan contoh oleh pemimpin-pemimpin politik kepada anak-anak muda di seluruh negara. Budaya politik matang sejahtera ini adalah merupakan budaya politik yang telah dipelopori oleh parti PAS yang patutnya menjadi contoh kepada parti-parti politik yang lain.
Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun, saya tidak menafikan di luar sana, ada tokoh-tokoh politik yang memang mendapat keuntungan daripada perpecahan- perpecahan yang berlaku dan mereka itu menjadi unsur kepada perpecahan. Mereka berusaha untuk melebarkan fitnah dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, dalam kesempatan ringkas yang diberikan kepada saya ini, ingin saya menyentuh beberapa perkara yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, terutama yang terkait dengan isu-isu rakyat terutamanya kepada rakyat Kelantan dan khususnya rakyat Tumpat. Tuan Yang di-Pertua, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menyentuh dengan panjang
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
lebar mengenai RMKe-12 yang bermatlamat, “Keluarga Malaysia Makmur, Inklusif dan Mampan.” Bagi menjayakan RMKe-12, baginda memperingatkan soal pemantauan, komitmen tinggi kerajaan, kesiapan projek mengikut jadual dan mematuhi kualiti yang ditetapkan. Kemuncak daripada itu, baginda menitahkan agar ketidakseimbangan pembangunan dan ekonomi antara kelas pendapatan wilayah dan negeri serta etnik hendaklah dikurangkan bagi memastikan kemakmuran negara dapat dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat walau di mana sekalipun mereka berada.
Tuan Yang di-Pertua, titah Tuanku untuk keseimbangan pembangunan dan ekonomi ini adalah amat tepat sekali memandangkan isu ini masih lagi menjadi belenggu dalam membangunkan ekonomi negara walaupun soal keseimbangan wilayah sentiasa menjadi tema utama setiap kali perbahasan RMK daripada RMKe-1 sehinggalah RMKe- 12 yang telah dibentangkan oleh kerajaan pada bulan September 2021 yang lalu.
Sebagai contoh, dalam pemacu perubahan ketujuh RMK-12, soal keseimbangan wilayah sekali lagi disebut bagi menggandakan pertumbuhan negeri yang kurang membangun. Dalam soal ini, Kelantan dikatakan negeri kurang membangun walaupun rakyat memang ramai yang kaya dan hebat-hebat. Tumpat dikatakan antara daerah termiskin di Malaysia.
Sehubungan itu, saya mengharapkan kerajaan benar-benar serius dan memberikan perhatian yang bersungguh-sungguh terhadap isu pembangunan di wilayah- wilayah yang kurang membangun ini, khususnya di negeri Kelantan dan lebih khusus lagi dalam kawasan Parlimen Tumpat.
Tuan Yang di-Pertua, hari ini 7 Mac 2022. Banjir yang melanda Kelantan hujung Februari yang lalu, masih belum surut sepenuhnya. Sehingga hari ini, masih terdapat rakyat yang terpaksa – di Tumpat, yang terpaksa yang terpaksa menggunakan perahu untuk sampai ke rumah masing-masing. Inilah yang dinamakan banjir termenung yang berlaku saban tahun dalam Parlimen Tumpat.
Beberapa hari yang laku, kampung-kampung ini bagaikan lautan airnya akibat limpahan air dari Sungai Golok. Tuan Yang di-Pertua, hal ini sebenarnya sangat terkait dengan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok. Saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air yang prihatin mengemukakan cadangan pelaksanaan Projek Tebatan Banjir Fasa 2 yang membabitkan kos RM1.3 bilion yang dijangka boleh menyelesaikan masalah banjir di Rantau Panjang, Pasir Mas serta banjir termenung di Tumpat.
Projek ini dikatakan dirancangkan dalam tiga fasa. Ini perlu segera disiapkan mengambil kira kerugian dan kesusahan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat dan juga kerajaan dalam jumlah yang cukup besar hanya kerana tertangguhnya projek-projek yang sudah dikenal pasti dapat menyelesaikan masalah yang menimpa rakyat pada setiap tahun. Kadang-kadang, sampai tiga kali dalam setahun.
Ia juga termasuk dalam titah ucapan diraja yang meminta agar projek-projek untuk rakyat disegerakan. Apatah lagi, ia membantu pertumbuhan ekonomi sekali gus membantu keseimbangan wilayah dan negeri sebagaimana yang dititahkan dengan jelas dan kuat oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, masih dalam isu banjir yang melanda kawasan Parlimen Tumpat. Pada 28 Februari yang lalu, kita digemparkan dengan berita bahawa seluruh penduduk di Kepulauan Teluk Renjuna yang terdiri daripada 11 buah pulau terpaksa bergelap ekoran kerosakan talian Tenaga Nasional Berhad kerana dilanggar kapal korek yang dihanyutkan oleh air deras di Sungai Kelantan sewaktu banjir memuncak pada penghujung Februari yang lalu.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Walau bagaimanapun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tenaga Nasional Berhad yang telah mengambil tindakan segera dalam membantu memastikan penduduk di kepulauan Teluk Renjuna ini tidak bergelap pada jangka masa yang lama
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
dalam keadaan sebahagian daripada rumah-rumah mereka ditenggelami air, manakala mereka yang lain pula terdedah kepada kemungkinan ditenggelami air.
Walaupun proses pembaikan dijangka mengambil masa yang lama, namun pihak Tenaga Nasional Berhad telah mengusahakan dengan membawa unit-unit genset sejauh dari Kuantan, Pahang diangkut ke kepulauan ini untuk mengadakan bekalan elektrik.
Bayangkan betapa susahnya mengangkat genset yang berat ini dengan menggunakan bot-bot dan kren melalui air deras sungai kerana tiada jambatan yang menghubungkan kepulauan ini dengan tanah besar.
Sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih bagi pihak rakyat di kepulauan ini kepada Tenaga Nasional Berhad atas tindakan segera mereka. Cuma apa yang saya hendak sebutkan di Dewan yang mulia ini, kali ini mereka bergelap tatkala rumah-rumah mereka digenangi air. Dua tahun yang lalu, viral mengenai 3,000 orang penduduk di kepulauan ini yang keputusan bekalan makanan selama dua atau tiga hari kerana bekalan tidak dapat dibawa masuk akibat banjir dan arus sungai yang begitu kuat. Manakala pada musim kemarau tahun lalu, tatkala COVID-19 memuncak, melanda kepulauan dan dikenakan PKPD, telah viral pula satu berita mengenai barisan hadapan yang terpaksa mengusung mayat merentasi sungai kerana bot tidak dapat digunakan kerana air yang cetek.
Di samping itu, adalah menjadi kebiasaan kepada penduduk di sini menghadapi pelbagai masalah seperti kecemasan, sakit, pelajar-pelajar tidak dapat ke sekolah, tidak dapat menduduki peperiksaan dan sebagainya. Di kepulauan inilah, saya telah memohon agar satu jambatan dibina menghubungkan kepulauan ini ke tanah besar bagi menyelesaikan masalah yang sentiasa menghantui penduduk-penduduk di kepulauan ini.
Perbincangan saya dengan pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan mendapati bahawa Unit Perancang Ekonomi Negeri telah mengangkat sebagai senarai keutamaan negeri bagi pelaksanaan Rolling Plan Ketiga RMKe-12 negeri Kelantan yang dipohon di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Saya mengharapkan ia menjadi satu realiti dalam jangka masa terdekat agar rakyat kawasan ini tidak jauh ketinggalan dalam arus pembangunan negara dan dapat mengatasi masalah-masalah berlarutan yang dihadapi oleh penduduk di sini.
Tuan Yang di-Pertua, masih dalam isu keseimbangan wilayah, negeri dan etnik, dalam hal ini saya sekali lagi di Dewan ini, ingin menekankan agar kerajaan memberikan keutamaan terhadap perancangan terdahulu yang dibuat berdasarkan kajian terperinci yakni tumpuan terhadap pembangunan di bahagian sempadan negara kita menuju selatan Thailand. Ia melibatkan rancangan pembinaan Jambatan Pengkalan Kubor-Tak Bai serta laluan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3. Rancangan projek pembinaan jambatan ini sebenarnya sudah lama dan merupakan sebahagian daripada projek pembangunan strategik bersama bagi wilayah sempadan di antara Malaysia dan Thailand yang ditandatangani sejak tahun 2012.
Walau bagaimanapun, perkembangan agak sejuk di pihak Malaysia sedangkan di pihak Thailand, mereka telah membangunkan jalan pengangkutan dan infrastruktur menuju sempadan Malaysia sehinggalah ke ibu kota Thailand di kota Bangkok.
Bayangkan betapa banyaknya peluang meningkatkan pembangunan wilayah dan ekonomi yang diabaikan seperti hubungan perdagangan dua hala, import-eksport serta pelancongan dan peningkatan percukaian serta kesan berganda yang boleh dinikmati oleh rakyat.
Bukan setakat Jambatan Pengkalan Kubor-Tak Bai yang tidak terlaksana setakat ini, bahkan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 yang sepatutnya mengunjur daripada Gemuruh, Kuala Terengganu sehinggalah ke Pengkalan Kubor, Tumpat juga tidak dilaksanakan setakat ini. Padahal pembinaan LPT3 boleh menjadi pemangkin kepada pembangunan sempadan yang mampan, bukan sahaja kepada sosioekonomi setempat, bahkan penting kepada pertumbuhan ekonomi negara, seterusnya mengakibatkan mengimbangkan jurang ekonomi dan pembangunan wilayah.
Seterusnya, saya juga ingin menyinggung mengenai projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang telah tiga kali berlaku perubahan jajaran hanya disebabkan oleh
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
berlakunya perubahan tampuk pemerintahan negara, bukannya alasan ekonomi yang berteraskan kepada kajian. Semasa Yang Berhormat Pekan yang menerajui kepimpinan negara, dengan kajian yang mendalam dan terperinci pada masa itu, dalam kawasan Parlimen Tumpat terdapat dua stesen iaitu di Wakaf Baharu dan stesen terakhir ECRL di Pengkalan Kubor di sempadan negara iaitu sempadan Thailand.
Kemudian apabila Yang Berhormat Langkawi mengambil alih pentadbiran negara, Kerajaan PH yang dikuasai oleh DAP pada masa itu, telah mengurangkan tiga stesen ECRL di Kelantan, termasuk dua di Tumpat. Konon kerajaan yang dikuasai DAP ini telah berjaya menjimatkan perbelanjaan kerajaan dalam projek ECRL...
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Fitnah itu, fitnah.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
...Sedangkan yang dijimatkan ialah memotong tiga stesen di negeri Kelantan.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Tumpat gila lah.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Oleh sebab itu, saya bukanlah sangat Tuan Yang di-Pertua, ingin memuji Yang Berhormat Pekan. Cuma rakyat Kelantan memang mengakui bahawa Yang Berhormat Pekan, pada masa beliau sebagai Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, lebih mesra kepada rakyat Kelantan khususnya dalam soal pembangunan dan projek-projek ekonomi rakyat.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Penjelasan.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Manakala di bawah pentadbiran Yang Berhormat Bera ini, saya sekali lagi...
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Tuan Yang di-Pertua. Penjelasan.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
...Yang Berhormat Bera juga sangat dekat di hati rakyat Kelantan. Orang Kelantan ramai yang mengakui bahawa Yang Berhormat Bera ini dari Kelantan. Saya mengharapkan Yang Berhormat Bera dapat mengembalikan stesen-stesen yang telah ditetapkan...
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Penjelasan.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
...Di bawah pentadbiran Yang Berhormat Pekan dahulu yang telah dipotong oleh pentadbiran Pakatan Harapan supaya dikembalikan di Kelantan, di Tumpat, sesuai makna dalam usaha untuk membangunkan wilayah sempadan negara itu supaya ia dapat menghubungkan terus dengan negara Thailand.
Jadi mudah-mudahan, ia dapat mengimbangkan ekonomi wilayah dan membantu menjanakan pendapatan melalui kesan-kesan berganda yang boleh didapati melalui projek tersebut. Jadi itulah harapan saya, walaupun masih banyak benda saya hendak sebut. Saya tidak tahu, ada sahabat kita yang bangun tadi. Masih banyak benda yang saya hendak sebut. Cuma oleh sebab masa tidak mengizinkan, saya menyudahi ucapan saya ini dan sekali lagi, saya menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan saya mohon menyokong. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat Tumpat. Yang Berhormt Lumut, terpaksa kita sambung pukul 2.30 nanti ya sebab ada dua minit lagi. Ya, silakan.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Kalau boleh habiskanlah, try tidak panjang insya-Allah. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua mengizinkan saya turut berbahas menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan Penggal Kelima, Parlimen Ke-14 pada 28 Februari yang lalu.
Saya ingin menyentuh beberapa perkara. Pertama, kegembiraan Tuanku mengenai kestabilan politik yang ada di Malaysia termasuk juga yang ada di dalam Dewan Rakyat kita ini, harus dipuji. Apa yang kita maksudkan dengan kestabilan politik ialah di
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
mana kita boleh duduk semeja untuk berbincang hal-hal rakyat tetapi tidak masuk di dalam kestabilan politik ialah mengadakan pilihan raya berulang-ulang, daripada satu negeri ke satu negeri.
Kalau itu yang berlaku, saya tidak nampak hasrat Yang di-Pertuan Agong itu diterima oleh parti-parti politik sehingga berlaku pilihan raya demi pilihan raya, dalam suasana kita hendak menstabilkan politik kita. Ada yang menuntut supaya pilihan raya Parlimen pun diadakan segera. Kalau inilah yang dapat kita fahamkan tentang kestabilan politik, saya khuatir apa yang dihasratkan oleh Tuanku Yang di-Pertuan Agong tidak akan tercapai dan kita akan terus berbalah.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh beberapa perkara mengenai Kementerian Pertahanan di sini. Saya banyak menerima saranan dan rungutan daripada veteran-veteran angkatan tentera kita yang memohon sesangat supaya ditinjau semula dan diselaraskan pencen-pencen tentera ini, veteran ini, dengan perkhidmatan- perkhidmatan lain dalam kerajaan.
Kita pun dengar hakim-hakim senior pun telah mengemukakan tuntutan supaya pencen mereka dilihat semula. Sudi apalah kiranya supaya tuntutan veteran ini, saya rasa layak dipertimbangkan kerana kalau pencen berdasarkan gaji-gaji semasa mereka tamat perkhidmatan, memang mereka ini akan sentiasa tergolong dalam golongan yang berpendapatan kecil. Ini tidak akan memberikan semangat yang kukuh kepada veteran- veteran kita yang telah memainkan peranan mereka.
Salah satu lagi cara penghargaan yang diberikan oleh kerajaan selama ini ialah dengan mengurniakan Pingat Jasa Malaysia, yang ini dimaklumkan masih berjalan. Pada suatu ketika diberikan imbuhan one-off kepada penerima-penerima pingat ini tetapi sekarang sudah tidak lagi diberikan.
Saya memohon juga supaya dipertimbangkan untuk pemberian one-off kepada penerima-penerima PJM ini pada masa yang akan datang. Saya menerima maklumat bahawa veteran-veteran ini telah menubuhkan jawatankuasa ataupun taskforce mereka untuk melihat semula tuntutan-tuntutan ini untuk dikemukakan kepada pihak kerajaan dan saya harap pihak kerajaan berlapang dada untuk berbincang dengan veteran ini sebaik mungkin.
Seterusnya, saya ingin bertanyakan kepada kementerian mengenai keadaan pembinaan littoral combat ship (LCS) yang dilaksanakan di Boustead Naval Shipyard di Lumut, kawasan saya. Apakah yang telah diputuskan oleh Kabinet, oleh kerajaan mengenai langkah-langkah pemulihan projek ini? Ini kerana kita dimaklumkan bahawa Kabinet perlu membuat keputusan, apa way forward dengan izin, projek ini yang telah tertunggak begitu lama dan dimaklumkan kita hanya akan mendapat kapal yang pertama, bukan tahun 2019 seperti dalam perancangan tetapi tahun 2025, jauh lari daripada sasaran. Dengan kos yang begitu tinggi dan dengan belanja yang akan digunakan sebanyak RM9 bilion akan hanya menghasilkan dua buah kapal LCS ini, berbanding enam buah seperti yang dirancang.
Jadi ini suatu, kepada sayalah, suatu malapetaka bagi sistem pertahanan kita.
Pertama, kita lambat mendapat perolehan kapal untuk melindungi perairan kita. Kedua, kos yang terlibat dan jumlah kapal yang akan dikomisenkan pun berkurangan. Kita dimaklumkan bahawa audit forensik telah dilakukan dan ada beberapa nama yang telah diambil tindakan dalam siasatan dan dibawa ke mahkamah dalam kes penyalahgunaan dalam pembinaan LCS ini.
Saya memohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah sebenarnya kedudukan forensic audit ini? Apakah tempoh auditing ini dibuat daripada awal projek ini bermula dan sampai tahun bila ia dilakukan? Ini kerana kita tidak mahu audit yang separuh-separuh. Kita hendakkan audit forensik yang terakhir kerana laporan daripada satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan tiga tahun yang lalu mendapati ada khabar-khabar kehilangan sejumlah wang RM1 bilion lebih daripada peruntukan yang diberikan untuk projek ini.
Jadi, kita hendak tahu bagaimana perbelanjaan ini telah berlaku, bukan sekadar orang-orang tertentu, siapa orang-orang tertentu, tetapi adakah cara proses penggunaan
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
wang ini melalui penubuhan, anak-anak syarikat yang menjadi perantara kepada shipyard ini untuk membeli barangan-barangan kontrak dan sebagainya. Jadi ini mesti disiasat sampai ke tempoh hari ini, supaya kita dapat jelas di mana masalah yang telah berlalu sehingga kita terlewat menerima kapal perang ini yang sangat penting bagi kekuatan tentera kita, khususnya TLDM.
Kami dimaklumkan bahawa projek ini sudah memesan barangan-barangan untuk enam buah kapal ini, ada di shipyard tersebut. Jadi saya khuatir barangan-barangan, peralatan-peralatan termasuk senjata mungkin yang telah dibeli terlalu awal, mungkin telah luput tarikh penggunaannya dan mungkin sudah tidak setanding dengan keupayaan- keupayaan ketenteraan pada masa ini.
Jadi, saya hendak melihat bahawa suatu siasatan perlu dibuat dengan teliti. Kalau perlu, Royal Commission of Inquiry pun saya setuju kalau ia dapat membongkar di mana salah silapnya sehingga perbelanjaan negara telah dikeluarkan dengan banyak dan hasilnya belum dapat dilihat lagi. Begitu juga dengan perolehan enam buah helikopter McDonnell Douglas baru-baru ini, seperti yang telah dihebohkan, lama menunggu perolehan helikopter ini, bertahun-tahun jauh daripada tarikh yang telah ditetapkan.
Akhirnya kita menerima enam buah helikopter ini yang saya dimaklumkan, adalah helikopter yang kecil hanya dua seater yang boleh membuat penerbangan lebih kurang dalam satu jam setengah, total untuk jarak lebih kurang 426 kilometer.
Akan tetapi bukan sebuah helikopter yang boleh membantu angkatan tentera kita melakukan tindakan-tindakan ketenteraan seperti helikopter Apache yang kita biasa dengar, yang boleh terlibat dalam combat dengan kereta-kereta kebal di bumi, kereta perisai di bumi, tetapi yang kita peroleh enam buah ini dengan harga RM320 juta ini hanyalah helikopter-helikopter kecil yang saya rasa sesuai untuk digunakan oleh pihak polis udara, untuk melihat perjalanan trafik di kota raya, misalnya.
Hendak dijadikan helikopter pengangkut pun tidak boleh kerana hanya ada dua tempat duduk. Two-seater helicopter, jadi bagaimana, setelah menunggu begitu lama, bertahun-tahun untuk enam buah helikopter ini, ini yang kita dapat? Apakah ini asalnya yang memang kita hendak pesan atau pun ada berlaku kekurangan-kekurangan daripada proses tersebut sehingga kita dapat hasil yang begini?
Kita juga hendak tahu sebenarnya siapa yang jadi perantara, orang tengah di dalam dealing untuk memperoleh helikopter ini kerana kita khuatir dan saya dimaklumkan ada juga unsur-unsur campur tangan orang politik, ketua-ketua bahagian kah atau pun pemimpin tempatan yang menjadi orang tengah dalam perolehan ini. Kalau ini berlaku, sudah pasti apa yang kita akan peroleh adalah kurang daripada yang our money is worth, dengan izin.
Jadi, ini saya rasa perlu dilakukan siasatan yang teliti. Kalau tidak, kita punya angkatan tentera tidak akan dapat berhadapan dengan suasana perubahan ini dalam persekitaran kita. Bukan hanya persekitaran lautan kita yang sentiasa dimasuki oleh tentera-tentera asing, tetapi juga suasana keselamatan di daratan kita yang perlu kita jaga.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itulah sahaja yang saya bahas untuk menyokong usul. Terima kasih kepada Tuanku. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Sebelum saya berhentikan persidangan pada pukul 1.00 ini, saya ingin mengumumkan pembahas- pembahas berikut, yang bermula dari pukul 2.30 adalah seperti berikut, Ahli-ahli Yang Berhormat berikut, Pagoh, Kota Belud, Baram, Segambut, Kinabatangan, Sungai Petani, Jerai, Puchong, Machang, Pokok Sena, Betong, Putatan, Bukit Gelugor, Kapar, Beruas, Hang Tuah Jaya dan akhir sekali, Sibu.
Oleh itu, saya berhentikan persidangan ini dan akan dimulakan pada pukul 2.30 nanti. Terima kasih. Assalamualaikum.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.08 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Tuan Yang di-Pertua
[Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan
Mesyuarat] Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Kita sambung perbahasan kita di Majlis ini, dipersilakan Yang Berhormat Pagoh.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memulakan ucapan perbahasan saya dengan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas kesudian Kebawah Duli Tuanku berangkat untuk bertitah di Istiadat Pembukaan Penggal Kelima, Parlimen Keempat Belas pada 1 Mac yang lalu.
Titah nasihat serta keprihatinan Kebawah Duli Tuanku terhadap kesejahteraan rakyat dengan mengingatkan kita semua agar sentiasa menjaga kesihatan, keharmonian dan keselamatan adalah amat dihargai oleh rakyat. Sesungguhnya rakyat keseluruhannya menyanjung tinggi keprihatinan Kebawah Duli Tuanku.
Tuan Yang di-Pertua, pada 2 Mac yang lalu, Dewan yang mulia ini telah dicemarkan oleh kenyataan Yang Berhormat Pekan berkenaan hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Beliau mendakwa, hutang tersebut tidak dibayar menggunakan wang rakyat dan inilah suatu kenyataan yang tidak benar dan mengelirukan Ahli-ahli Yang Berhormat.
Saya hairan Yang Berhormat Pekan sebagai bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan boleh terlupa bahawa hutang-hutang 1MDB adalah dijamin oleh kerajaan.
Apabila 1MDB gagal membayar hutang-hutang termasuk faedah yang keseluruhannya berjumlah lebih RM50 bilion, maka kerajaan lah yang terpaksa membayar hutang-hutang ini.
Sepertimana yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan di Dewan yang mulia ini pada 3 Mac yang lalu, setakat akhir Februari 2022 jumlah hutang 1MDB yang masih perlu dibayar adalah bernilai RM38.8 bilion merangkumi RM32.3 bilion hutang prinsipal dan RM6.5 bilion faedah hutang. Yang Berhormat Menteri Kewangan pada bulan Januari yang lalu juga turut memaklumkan bahawa kerajaan sudah membayar hutang 1MDB berjumlah RM13.3 bilion setakat ini.
Maknanya ini duit rakyatlah. Mungkin apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Pekan ialah oleh sebab kerajaan telah berjaya merampas semula sebahagian wang dan aset 1MDB yang telah dicuri maka gunalah wang dan aset itu untuk membayar balik hutang 1MDB. Antara aset yang berjaya dirampas semula ialah sebuah kapal layar mewah bernilai USD130 juta, sebuah jet peribadi bombardier bernilai USD35 juta dan aset-aset mewah milik anak tiri Yang Berhormat Pekan iaitu sebuah town house bernilai GBP23.2 juta di London, sebuah rumah mewah bernilai USD17.5 juta di Beverly Hills dan sebuah kondominium mewah bernilai USD35.5 juta di New York.
Kesemua aset ini tentunya dibeli bukan untuk tujuan pelaburan yang menguntungkan 1MDB tetapi sebaliknya dikeroyok oleh orang-orang yang rapat dengan Yang Berhormat Pekan menggunakan sebahagian wang berjumlah USD4.5 bilion yang dicuri daripada 1MDB. Nasib baiklah Barisan Nasional kalah dalam PRU yang ke-14, maaf Tuan Yang di-Pertua dan Najib tidak lagi ataupun Yang Berhormat Pekan tidak lagi menjadi Perdana Menteri.
Maka, kerajaan telah menubuhkan sebuah pasukan petugas khas untuk merampas semula wang dan aset 1MDB yang dicuri. Semasa saya menjadi Perdana
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh
Menteri, saya telah pun mengarahkan pasukan petugas khas ini untuk menjejak dan mendapatkan kembali wang dan aset 1MDB yang disorok di negara-negara asing. Saya difahamkan setakat ini lebih RM20 bilion wang dan aset 1MDB telah berjaya dirampas semula oleh kerajaan terdahulu dan dimasukkan ke dalam Akaun Amanah mendapatkan kembali aset yang akan digunakan untuk membayar sebahagian hutang 1MDB.
Bayangkan jika Yang Berhormat Pekan masih lagi Perdana Menteri? Saya tidak fikir dia akan menubuhkan sebuah pasukan petugas khas untuk mencari wang dan aset 1MDB yang hilang kerana yang menghilangkan wang dan aset itu pun dia. Jadi, benarlah Yang Berhormat Pekan ini seorang yang cerdik, cerdik berbohong.
Seperti yang sudah banyak kali saya jelaskan dan tegaskan, kerosakan akan melanda negara jika integriti tidak dijadikan pegangan pemimpin yang mentadbir kerajaan apa lagi yang kesnya terkenal seantero dunia dengan izin, ‘the biggest scandal of the century’ yang melibatkan rantaian penyangak kewangan global atau the plundering idiot yang mencetuskan national embarrassment. Tuan Yang di-Pertua, kita semua sedar pada tahun 2020, ekonomi negara telah menguncup pada kadar 5.6 peratus dan berkembang semula pada kadar 3.1 peratus pada tahun 2021. Ini bermakna ekonomi kita dari segi jumlah pengeluaran atau total input belum lagi pulih sepenuhnya ke tahap seperti pada tahun 2019. Hasil daripada usaha- usaha yang dimulakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional untuk menangani COVID-19, bermula dengan kejayaan program vaksinasi diikuti bantuan-bantuan ekonomi dan kewangan serta pembukaan hampir semua sektor ekonomi di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) telah membolehkan ekonomi berkembang, pendapatan meningkat dan pengangguran dibendung daripada menjadi bertambah buruk lagi.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh
Dari aspek kesihatan walaupun kes-kes COVID-19 masih tinggi ekoran ancaman varian baru termasuk Omicron kita bersyukur kerana Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah berjaya memberikan suntikan vaksin pada lebih 90 peratus penduduk negara ini dengan 60 peratus telah mendapat dos penggalak.
Beberapa indikator daripada data badan pendidikan seperti Malaysian Institute of Economic Research (MIER) menunjukkan proses pemulihan ekonomi semakin kukuh.
Daripada aspek pelaburan, Malaysia telah berjaya menarik lebih RM220 bilion pelaburan yang diluluskan pada tahun 2021 untuk sektor pembuatan dan perkhidmatan. Begitu juga indeks pengeluaran serta eksport sektor pembuatan adalah positif sepanjang tahun 2021.
Indeks bagi sektor perkhidmatan khususnya jualan borong dan runcit dan indeks pinjaman bank perdagangan dan perbankan Islam juga adalah positif sepanjang tahun 2021.
Walaupun demikian, angka-angka ini masih di bawah data masa biasa ataupun normal years. Ini menunjukkan bahawa kita perlu jangka masa dua tahun atau tiga tahun lagi sebelum ekonomi pilih sepenuhnya. Sebagai contoh, sektor berkaitan pelancongan seperti perhotelan dan pengangkutan masih belum rancak kerana kita belum membuka sempadan sepenuhnya untuk kemasukan para pelancong asing.
Sehubungan itu, Majlis Pemulihan Negara telah mencadangkan supaya pembukaan sempadan negara sepenuhnya dilaksanakan mulai awal Mac dengan pematuhan SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia supaya industri pelancongan, perdagangan dan sektor ekonomi berkaitan dapat dirancakkan kembali.
Saya tidak nampak alasan kenapa keputusan untuk membuka sempadan ini hendak dilengah-lengahkan lagi sedangkan negara-negara lain yang program vaksinasinya tidak sehebat negara kita sudah pun berbuat demikian.
Tuan Yang di-Pertua, putaran pendapatan (income circulation) semasa tempoh ekonomi negara kita merudum akibat pandemik COVID-19 adalah amat penting. Dengan izin, our nation’s income must be circulated in order to spur the economy. Tuduhan yang dilemparkan oleh Yang Berhormat Pekan dengan mengatakan saya membazir wang hanya kerana Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan saya waktu itu menyediakan pakej- pakej bantuan rakyat dan rangsangan ekonomi bernilai lebih RM530 bilion untuk membantu rakyat dan perniagaan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 adalah amat tidak bertanggungjawab. Tuduhan ini amat tidak sensitif terhadap kesusahan yang
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh
kita tahu dihadapi oleh rakyat dan komuniti perniagaan di waktu pandemik dan masih lagi sehinggalah ke saat ini.
Ramai individu yang saya temui mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas pelbagai bentuk bantuan yang mereka telah terima. Ini termasuk Makcik Kiah, Pak Salleh dan lain-lain peniaga, penjaja kecil dan orang-orang biasa yang menerima bantuan kerajaan semasa pandemik. Ini termasuk pelbagai bentuk bantuan tunai bernilai RM17 bilion yang disalurkan terus kepada rakyat pada tahun lalu sahaja. Program Subsidi Upah bernilai RM20 bilion juga telah banyak membantu pekerja memperoleh gaji dan pemilik perniagaan meneruskan operasi perniagaan semasa pandemik walaupun ekonomi terjejas teruk.
Selain itu, pakej-pakej rangsangan ekonomi yang saya umumkan telah menyumbang sebanyak 3.7 hingga 4.0 mata peratusan KDNK pada tahun 2020 menjadi antara penyumbang utama pemulihan ekonomi pada masa ini. Ini menunjukkan bahawa pakej-pakej bantuan dan rangsangan ekonomi yang disediakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional telah memberikan banyak kesan positif kepada kehidupan rakyat dan ekonomi negara.
Hakikatnya, dunia semasa dan pasca pandemik memerlukan negara-negara termasuk Malaysia mengambil langkah luar biasa. Kerajaan Perikatan Nasional pada ketika itu memastikan perniagaan dapat terus berjalan, gaji dan upah pekerja tidak terhenti dan makanan berada di atas meja untuk keluarga yang terjejas. Peruntukan yang besar tersebut tidak masuk ke akaun peribadi saya tetapi untuk kepentingan rakyat yang benar- benar terkesan akibat pandemik ini. Pembelian vaksin, bantuan tunai terus ke akaun rakyat, pembukaan pusat-pusat kuarantin dan PPV semuanya untuk rakyat. Di manakah dikatakan saya membazir?
Kesemua wang yang diperuntukkan ini adalah bagi membantu rakyat dan negara menjana pendapatan yang menyumbang kepada kesan berganda ekonomi atau dengan izin multiplier effect. Oleh sebab itu, sejumlah peruntukan yang besar telah dibelanjakan secara telus dan bersasar bagi maksud pemberian pelbagai bentuk insentif dan bantuan kepada rakyat dan perniagaan termasuk perusahaan kecil, mikro dan sederhana (PKMS) dan industri yang amat terkesan sepanjang dua tahun suram yang turut dirasai di seluruh dunia akibat pandemik COVID-19 ini.
Saya sebenarnya hairan dengan sikap Yang Berhormat Pekan apabila saya sebagai Perdana Menteri menyalurkan bantuan bernilai ratusan bilion ringgit kepada rakyat dan perniagaan dikatakan susah, dikatakan membazir. Akan tetapi ketika dia menjadi Perdana Menteri, Yang Berhormat Pekan puluhan bilion duit rakyat lesap begitu sahaja dan tidak pula dikatakan membazir. Mungkin kerana dia agaknya mendapat untung, tidaklah membazir bagi dia.
Tuan Yang di-Pertua, berbalik kepada isu pemulihan, Pelan Pemulihan Negara telah pun meletakkan proses pemulihan pada landasan yang betul. Ada tiga aspek pemulihan. Pertama, pemulihan output atau jumlah pengeluaran. Ini mungkin tercapai dalam setahun dua lagi. Kedua ialah pemulihan jumlah pekerjaan (total employment).
Ketiga ialah kualiti hidup (quality of life). Aspek kedua dan ketiga memerlukan pertemuan ekonomi yang mampan (sustainable economic growth). Ini saya istilahkan sebagai *Recovery Plus Plus.
Recovery Plus Plus* ini memerlukan polisi dan program yang mantap berteraskan kepada pelaburan yang berkualiti, produktiviti yang tinggi serta penciptaan dan perluasan perdagangan agar pertumbuhan ekonomi bagi tempoh 2023–2025 dan seterusnya mantap dan mampan. Jika tidak, kita mungkin terperangkap dalam double deep growth iaitu pertumbuhan ekonomi yang merosot dua kali atau istilah ekonomi yang disebut W- shaped recovery.
Justeru untuk tujuan ini saya sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara telah mengesyorkan kepada kerajaan supaya memulakan segera Agenda Pelan Pemulihan Negara 2.0 (PPN2.0) yang mempunyai dasar dan strategi yang sesuai serta tuntas dengan berpaksikan dengan izin quality investment, high productivity and trade creation.
Saya mengesyorkan agar PPN2.0 yang terasnya adalah Recovery Plus Plus perlulah
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh
bersifat inclusive dan melibatkan pihak-pihak berkepentingan melalui pendekatan bersepadu seluruh negara ataupun whole-of-nation approach.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tegaskan bahawa usaha-usaha pemulihan perlulah bersifat luar bisa dengan izin out of the box dan surpetition bagi mewujudkan pertumbuhan yang mantap dan gemilang serta mampu meletakkan Malaysia kembali di landasan yang betul untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi. Usaha- usaha pemulihan ekonomi juga mestilah dilaksanakan secara bertanggungjawab oleh kepimpinan yang berintegriti, cekap dan prihatin rakyat. Saya berdoa mudah-mudahan ekonomi negara dan kehidupan rakyat pasca pandemik COVID-19 akan segera pulih dan kita semua akan mengecap kehidupan yang makmur dan sentosa.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong. Terima kasih.
.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Pagoh. Dipersilakan Yang Berhormat Kota Belud.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, wilayah Sabah ini seperti letaknya di bulan, didendang dan dipuja selalu tetapi tidak diambil perhatian dan dilayan dengan adil.
Kenapa saya katakan demikian? Highlights dan perhatian Kerajaan Persekutuan lebih tertumpu pada perilaku kawan-kawan lama kami yang berpindah pelabuhan atas alasan demi kebajikan rakyat di kawasan yang mereka wakili.
Walhal tindakan mereka adalah jalan keluar dari didakwa dan pendakwaan yang sedang berjalan. Timbunan masalah seharian rakyat tidak diberi jalan penyelesaian, tidak dihiraukan dan tidak dipedulikan. Tumpuan kerajaan hanya kepada berpolitik untuk terus berkuasa. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, kestabilan politik konon, yang sebenarnya kestabilan poket.
Tuan Yang di-Pertua, dalam keadaan rakyat merangka, membina semula kehidupan pasca COVID-19, tiba-tiba rakyat dibedil dengan ledakan kenaikan harga barang-barang binaan seperti simen, besi, keluli sehinggakan paip PVC dan kabel elektrik pun meningkat dari 30 peratus sehingga peratus. Harga barangan asas melambung tinggi. Tidak cukup dengan itu, there is an acute shortage of plastic packed cooking oil. Minyak masak sebenarnya ada tetapi dikawal oleh kementerian. Satu orang hanya dibenarkan membeli dua paket sahaja dalam sehari. Bagaimana nasib peniaga- peniaga kecil, bayangkan mereka terpaksa berulang setiap hari, berebut untuk membeli.
Sepatutnya kita memudahkan kehidupan mereka terutamanya waktu sekarang. Kegilaan apakah ini?
Tanaman sawit di Sabah merangkumi 30 peratus tanaman di seluruh negara.
Namun amat malang buat kami kerana faedah langsung kepada rakyat Sabah seolah- olah tidak dirasai. Kata pengeluar utama kelapa sawit tetapi minyak sawit pun tidak ada di pasaran. Semasa Kerajaan Warisan memerintah Sabah, kita telah dirikan dan lancarkan tiga kilang minyak masak GOLD di Sandakan, BESS di Tawau dan ONSOI di Keningau dalam hanya 26 bulan menjadi kerajaan.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah statement dari Yang Berhormat Menteri semasa di Sabah Januari lalu akan mengambil maklum dan memberi amaran tegas kepada syarikat yang terlibat dalam menyelesaikan masalah, dapat menyelesaikan masalah. Setiap kali ada masalah kekurangan minyak di pasaran, inilah kenyataan standard, inilah jawapan standard Pak Menteri yang diulang-ulang.
Adakah ini helah untuk mengurangkan subsidi kepada rakyat? Saya dengar kerajaan sampai berhutang kepada pengilang. Inikah gambaran mengenai kedudukan kewangan negara Yang Berhormat Pagoh pernah maksudkan? Kalau iya pun mahu
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
menghalang penyeludupan minyak, janganlah menghukum rakyat, menyusahkan orang.
Sepatutnya kerajaan burulah orang yang menyeludup, tingkatkan penguatkuasaan, luaskan pemantauan.
Tuan Yang di-Pertua, tahun lalu saya pernah menyuarakan berkenaan golongan vaccine hesitant. Namun, Yang Berhormat Menteri dengan santai menjawab bahawa kadar penerimaan vaksin adalah tinggi dan jawapan yang diberikan seolah-olah meremehkan kewujudan mereka dan tiada pun langkah spesifik bagi meyakinkan golongan ini daripada menerima suntikan vaksin COVID-19. Saya mohon kementerian jelaskan kepada saya beberapa isu pokok yang menjadi persoalan rakyat mengenai vaksin ketika ini iaitu:
(i) adakah kajian saintifik menunjukkan mereka yang mengambil booster tidak boleh menyebarkan COVID-19?
(ii) berapakah peratusan viral load di kalangan mereka yang telah menerima booster berbanding mereka yang hanya menerima dua dos lengkap?
(iii) berapakah peratusan kanak-kanak di Malaysia yang telah dijangkiti COVID-19 dan peratusan mereka yang telah sembuh?
(iv) berapakah peratusan mereka yang berada di tahap empat dan lima?
(v) apakah hasil kajian berkenaan kadar antibodi dan imuniti kanak- kanak yang belum dan telah menerima vaksin bagi melawan virus COVID-19?
Persoalan yang paling banyak diajukan pada saya dan saya minta kementerian jelaskan ini. Berapakah jumlah vaksin yang telah tamat tempoh dan nilainya serta berapakah jumlah vaksin terkini mengikut jenis yang ada di dalam simpanan kementerian dan berapakah daripada vaksin tersebut yang bakal tamat tempoh?
Saya lihat rakyat bengang dengan pendirian KKM yang sekejap-sekejap berubah.
Tuan Yang di-Pertua, pada sesi Parlimen tahun lepas, sewaktu sesi perbahasan belanjawan yang lalu, Yang Berhormat Menteri KPLB memberi jawapan bahawa jalan- jalan berikut, Jalan Tengkurus, Gandukut, Lahanas, Jalan Talungan, Terintidon Sayap, Jalan Dudar, Taburan, Mendawang akan mula dibina pada tahun ini. Namun sudah menginjak ke bulan Mac, saya tidak nampak ada tanda-tanda bahawa projek ini akan dimulakan.
Saya inginkan jaminan dan soalan saya, bila bah jalan raya ini akan betul-betul dibina? Saya tidak mahu peruntukan yang sepatutnya dikhaskan untuk projek-projek ini digunakan membuat perkara-perkara lain, unnecessary event. Contohnya PRN Melaka, PRN Johor yang menelan ratusan juta ringgit. What’s next? PRU-15, bila? Namun sebelum itu berlaku, saya ingin bertanya apakah undang- undang yang jelas, yang boleh mendakwa seseorang yang menggunakan handphone di dalam saluran mengundi bagi tujuan membeli undi. Jawapan lisan yang diberikan kepada Yang Berhormat Sepanggar sangat mengecewakan. Transformasi pilihan raya yang sedang dibuat ini sia-sia kerana unsur-unsur rasuah yang jelas dan diketahui umum tetapi tidak diendahkan.
Sejumlah kira-kira 5.8 juta pengundi muda, 18 tahun ke atas yang buat pertama kali akan membuang undi untuk menentukan masa depan negara. “Kalau kamu undi saya, saya bagi kamu duit tetapi bagi saya bukti dulu gambar undi kamu dan saya bagi kamu duit lepas itu.” Is this the value that you want to teach the young Malaysian? Inikah nilai yang kita mahu ajarkan kepada generasi muda Malaysia. Well, kalau inilah yang kita didik kepada generasi muda negara ini dengan rasuah, tahniahlah.
Tuan Yang di-Pertua, baru-baru saya terganggu dan keliru dengan jawapan lisan yang diberikan kepada Yang Berhormat Penampang oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan berkenaan jumlah cukai dan jumlah yang telah dipulangkan kepada Sabah di bawah Artikel 112C dan 112D.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Beliau menyebut bahawa formula 40 peratus di bawah Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama subseksyen 2(1) Bahagian IV Jadual Kesepuluh tidak lagi terpakai oleh kerana kajian semula ke atas pemberian khas telah dijalankan dan dipersetujui bersama di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan dalam tempoh 1969 hingga 1973 dan kadar pemberian khas tersebut berkuat kuasa sehingga kini.
I want to know, saya mahu tahu bila Kerajaan Negeri Sabah bersetuju? Siapa pemimpin yang terlibat dan adakah perkara ini telah mendapatkan kelulusan dan persetujuan Dewan Undangan Sabah? Selama ini kami wakil rakyat dari Sabah tidak pernah dimaklumkan berkenaan perkara ini sedangkan setiap kali sesi Parlimen setiap tahun kami mempersoalkan dan menuntut hak kami seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan. Saya ingin tanya, adakah 40 peratus atau 2/5 dalam Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan tidak lagi dipakai dan jika tidak kenapa pindaan perlembagaan tidak dibuat dan adakah tawaran baru lebih tinggi daripada 40 peratus kepada Sabah?
Tuan Yang di-Pertua, pindaan Perlembagaan baru-baru ini yang diluluskan tidak bermakna sekiranya ia tidak diiringi segera dengan peningkatan peruntukan yang besar mengikut keperluan sebenar rakyat Sabah dan Sarawak yang masih jauh ketinggalan berbanding Persekutuan Tanah Melayu.
Selaras dengan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu Persekutuan Tanah Melayu, kami berhak mendapatkan hak kami. What we want is the money to come to Sabah. Kalau begitu kompleks untuk memulangkan semula hak kami, lebih baik cukai yang dipungut di Sabah, stay di Sabah. Biar cukai kami diurus dan ditadbir di Sabah sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, pada 12 September 1962, Presiden Diasdado Macapagal telah menyuarakan tuntutan Filipina ke atas sebahagian wilayah Sabah berasaskan kepada surat pajakan yang ditandatangani oleh Sultan Sulu pada tahun 1878.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Kerajaan Malaysia membuat pembayaran kepada waris Kesultanan Sulu sehingga tahun 2013. Bagi mengukuhkan tuntutan ke atas Sabah, Republic Act No 5446 of The Philippine dalam era pentadbiran Presiden Marcos yang diluluskan pada 18 September 1968 menyebut “the territorial sea around the territory of Sabah situated in North Borneo over which the Republic of Philippines has acquired dominance and sovereignty.” Walaupun semasa persidangan ASEAN Summit 1977 di Kuala Lumpur, Presiden Marcos menyuarakan “Philippines will take definite steps to eliminate one of the burden of ASEAN” iaitu merujuk kepada tuntutan Filipina terhadap Sabah. Marcos mengulangi kenyataan serupa semasa pertemuan dengan Tun Mahathir pada tahun 1984. Namun, ia hanya tinggal cakap kosong Marcos sahaja.
Presiden Corazon Aquino juga pernah dikatakan bakal melepaskan tuntutan ke atas Sabah. Namun, kenyataan itu dinafikan. Philippine Supreme Court rule on the 16 July 2011 stated that the Sabah claim is returned and may be pursued in the future. Bagi saya, Peristiwa Tanduo adalah percubaan Filipina menguji kemampuan Malaysia mengekalkan Sabah. Oleh sebab sikap bodoh sombong dan leka kita meremehkan Filipina, kita tiba- tiba dikejutkan dengan keputusan Mahkamah Arbitrase Paris.
Persoalannya, ke mana wakil Malaysia semasa prosiding dijalankan? Adakah kita tidak diberi maklum? Apa kita mahu buat sekarang? Mahu bayar? Lebih baik RM 63 bilion itu diberi kepada Sabah untuk memenuhi obligasi Kerajaan Persekutuan kepada Sabah.
Gross idiocy and incompetence on the part of responsible personnel mungkin sahaja telah menjadi pemula kepada tindakan daripada pihak Filipina di masa akan datang. We cannot compromise the sovereignty of our country. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Ketua Kerajaan Persekutuan Malaysia harus tangkas, harus menunjukkan satu sifat sateria ketika diajukan tentang permasalahan ini. We cannot put the statement to some other days. Kita tidak boleh
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
melengahkan apa bentuk tindakan yang perlu diambil untuk mempertahankan Wilayah Sabah. *We must be firm.
Diplomatic matters are meant to be handled with subtle and tact. Dynamic of politics* boleh berubah-ubah dan sukar untuk dijangka. Lihat sahaja apa yang berlaku ke atas Rusia dan Ukraine sekarang. So let’s focus on the nation. Kita tidak boleh duduk diam, selesa menganggap seolah-olah tidak ada perkara buruk yang akan berlaku.
Jangan sesekali kita meremehkan dan memandang rendah kepada penuntut kerana di belakang mereka adalah negara mereka.
Kalau perkara ini boleh dituntut di Mahkamah Antarabangsa, saya percaya penuntut juga didukung oleh pihak yang punya kuasa lebih besar. Saya ulang semula pendirian saya. Letakkan lah aset military kita di tempat yang strategik di antara Kudat dan Pantai Timur Sabah. Don’t waste our limited resources. Walaupun kita tidak berperang, kita harus ada kesiap siagaan untuk mempertahankan wilayah kita. Kita mesti menunjukkan kesungguhan dan kemampuan kita mempertahankan kedaulatan negara.
Minyak kita yang dia orang intai ini bukan gunung Kinabalu.
Tuan Yang di-Pertua, Titah Yang di-Pertuan Agong agar semua wakil rakyat fokus kepada menangani COVID-19 dan pemulihan ekonomi negara harus diutamakan.
Hentikanlah politiking melampau yang menyusahkan rakyat, menyusahkan negara.
Sampai masa kita akan kembali kepada rakyat juga. Remember none of us is bigger or more important than the Federation of Malaysia. Terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highland
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Dipersilakan Yang Berhormat Baram.
Tuan Anyi Ngau - Baram
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dewan ini pada Isnin yang lepas.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan kita telah meluluskan 12 Rancangan Malaysia dan beberapa bajet tahunan sejak penubuhan Malaysia pada tahun 1963. Rakyat tahu dan pasti tahu bahawa bertrilion ringgit nilai projek pembangunan telah disalurkan untuk menangani masalah pembangunan, bukan sahaja di satu tempat tetapi di seluruh negara kita ini.
Anehnya sehingga hari ini topik pembangunan masih lagi menjadi inti pati dan menjadi topik utama kita dalam Dewan ini. Sudah jelas dan pendek kata pembangunan khususnya di kawasan-kawasan luar bandar seperti di Sarawak dan Sabah perlu diambil berat dan perlu diberi penekanan semula oleh Kerajaan Persekutuan, oleh kerajaan negeri dan oleh kerajaan Keluarga Malaysia ini supaya perpaduan negara kita ini akan terus kekal dan menjadi lebih makmur pada masa-masa yang akan datang.
Justeru, dengan peluang ini sekali lagi, saya ingin mengulangi apa yang telah dan mungkin akan lagi ditekankan oleh kita sebagai wakil rakyat. Kita akan menekankan dan mengulangi lagi bahawa kita perlu buat pembangunan yang mampan, yang kita kata yang boleh kita kata untuk semua lapisan masyarakat seperti yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Justeru, Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat dan saya menyeru kepada kerajaan supaya dapat meluluskan satu rancangan pembangunan khas ataupun satu Rolling Plan Khas sebagai tambah nilai kepada Rancangan Malaysia Kedua Belas ini yang khusus menangani ataupun yang khusus untuk menyelesaikan masalah-masalah pembangunan yang kurang di kawasan-kawasan luar bandar seperti Baram.
Sudah dinyatakan oleh kita yang dalam Dewan ini bahawa kemudahan- kemudahan seperti jalan raya, kemudahan sekolah, klinik, bekalan elektrik, kemudahan- kemudahan yang laink, perlu ditingkatkan dan perlu dan wajib menjadi tanggungjawab kita bersama agar seperti yang dititahkan oleh Tuanku bahawa kita memerlukan kestabilan ataupun perpaduan negara di negara kita ini.
Tuan Anyi Ngau - Baram
Jadi, saya percaya dengan penubuhan Jawatankuasa Khas ini ataupun dengan Rolling Plan Khas ini, untuk menambah nilai untuk Rancangan-rancangan Malaysia, kita akan menjadi lebih fokus, lebih tertumpu untuk menangani masalah-masalah kemudahan asas ini di kawasan-kawasan pedalaman seperti Baram dan Hulu Rajang ini.
Oleh yang demikian, saya sangat setuju dan ini pun memang berulang-ulang kali kita sebut bahawa pembangunan di kawasan ataupun di wilayah Sarawak dan Sabah perlu ditangani dengan segera dan satu tindakan unprecedented move perlu diambil.
Tuan Anyi Ngau - Baram
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi isu yang sering kita sebut-sebut ataupun yang selalu disebut oleh rakyat kita di kawasan pedalaman ialah berkenaan dengan tempoh pelaksanaan projek ini yang memakan masa hampir satu dekad pun ada. Saya ambil contoh beberapa projek di kawasan saya. Ini bukanlah projek yang berbilion, yang berjuta- juta ringgit, bahkan juga yang berpuluh-puluh ataupun beratus ribu sahaja. Akan tetapi ia memakan masa yang begitu lama untuk dilaksanakan.
Kita juga sering dimaklumkan alasan yang kita terima semasa dua tahun yang lepas, COVID, COVID, COVID. Akan tetapi di sebalik itu kita juga dengar bahawa ada juga alasan yang mengatakan masalah kontraktor, masalah cuaca tetapi ada juga yang mengatakan bahawa satu daripada faktor yang menyebabkan kelambatan ini adalah oleh sebab penyediaan spesifikasi projek yang memakan masa yang lama.
Justeru, saya berpandangan dan menyeru kepada pihak-pihak dan agensi-agensi kerajaan yang melaksanakan projek ini supaya think outside of the box ataupun mengambil langkah-langkah yang tertentu supaya ini dapat diselesaikan dengan segera.
Saya berpandangan bahawa jika ataupun sekiranya projek-projek jalan khususnya jalan ataupun yang memerlukan tapak tanah, saya berpandangan bahawa masalah birokrasi ini dapat kita tangani sekiranya peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan disalurkan terus kepada agensi ataupun disalurkan kepada Kerajaan Negeri Sarawak dan yang saya percaya yang lebih fasih dan lebih tahu berkenaan dengan local condition di Sarawak.
Saya percaya ini boleh mempercepatkan lagi pelaksanaan projek-projek yang berkenaan dengan yang memerlukan tapak ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan banjir ini. kita di kawasan Baram tahun lepas, 4,000 keluarga ataupun KIR telah dilanda banjir.
Saya percaya kalau ada pertandingan banjir, mungkin atau besar kemungkinan Baram ini akan menjadi johan keseluruhan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mohon lah supaya masalah banjir ini bukan sahaja kita memberi bantuan makanan. Terima kasih lah kita ucapkan kepada kerajaan kerana telah membantu dengan bantuan makanan.
Malahan di samping itu, ada di tempat-tempat saya, ada beberapa tempat di kawasan Baram seperti Long Ikang, Long Wat, Long Bemang, Kampung Kuala Tutoh dan sebagainya. Tapak rumah panjang mereka ini pun terjejas ataupun kemudahan- kemudahan asas yang ada dekat situ tapak dia terjejas oleh sebab hakisan tebingan Sungai Baram ini.
Jadi syukurlah pada minggu yang lepas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri meluluskan peruntukan bernilai dalam angka RM15 bilion untuk menangani masalah- masalah tebatan tebing sungai ini. Saya mohon supaya dalam masa yang terdekat ini, masalah tebingan sungai yang terhakis juga dapat ditangani dengan segera. Di samping itu, saya juga mahu bertanya sama ada peruntukan ini dapat diguna untuk membina baru kemudahan-kemudahan asas yang terjejas ini bahkan untuk membina baharu rumah panjang-rumah panjang yang tapak keselamatan ataupun tapak rumah panjang yang sudah terjejas akibat daripada hakisan sungai ini.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya ialah berkenaan dengan vaksin. Vaksin saya ingat kita sudah lebih satu tahun kita bervaksin, vaksin, vaksin ini. Akan tetapi saya mahu tahu daripada pihak Kementerian Kesihatan berapa bilangan penduduk yang layak divaksinkan di kawasan Baram ini yang telah menerima vaksin? Sebab saya difahamkan suatu masa dahulu ada sesetengah orang atau penduduk di kawasan Baram yang enggan divaksinkan. Jadi, saya mahu minta maklum balas daripada pihak kementerian supaya dapat memberi jumlah ataupun peratusan yang telah di vaksin dan berapa yang akan
Tuan Anyi Ngau - Baram
divaksin dan apa tindakan susulan kerajaan supaya mereka ini akan diberi vaksin dos pertama dan seterusnya.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengambil kesempatan ini bangkit berkenaan dengan Klinik Kesihatan Long Lama yang dilanda hakisan tanah pada lebih kurang satu tahun yang lepas. Pada masa ini, klinik ini beroperasi dari Dewan Masyarakat Long Lama dan ia memang tidak sesuai. Jadi, saya minta maklum balas dan tindakan segera daripada pihak kementerian supaya dapat mempercepatkan pelaksanaan ataupun repair klinik ini agar untuk memberi kemudahan-kemudahan kepada rakyat.
Akhir kata, saya juga menyokong apa yang disebut oleh rakan saya, Yang Berhormat Kota Samarahan dan Yang Berhormat Hulu Rajang yang mengatakan bahawa perlu kawasan ataupun bilangan kerusi Parlimen di Sarawak dan Sabah ini ditambah.
Seperti kawasan saya yang seluas mungkin yang kedua terluas dari Hulu Rajang jadi kita memerlukan kawasan ini di re-alienated lagi supaya rakyat mempunyai apa orang kata, they will have the right as normal citizens, dengan izin.
Akhir kata, saya ingin ulangi sekali lagi Tuan Yang di-Pertua bahawa di kawasan pedalaman seperti Baram, satu game changer yang kita rasa yang paling sesuai untuk mengubah nasib rakyat di kawasan luar bandar ialah untuk kita laksanakan jaringan jalan ini. Jalan yang pergi ke kawasan pedalaman. Di kawasan Baram, saya mohon supaya jalan dari Lapok ke Pario dan jalan dari Lapok ke Long Aya dan juga jalan dari Long Lama ke Long Bedian dan seterusnya ke kawasan pedalaman diluluskan.
Kita harap ini tidak akan menjadi Rolling Plan, tetapi akan menjadi Rolling Plan yang kita dapat laksanakan. Mudah-mudahan setelah COVID-19, setelah kita membelanjakan ataupun memperuntukkan RM530 bilion untuk pembangunan ataupun untuk menangani post-COVID-19 ini, jalan-jalan yang saya sebut ini dapat dipertimbangkan dan diluluskan...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat, sila gulung.
Tuan Anyi Ngau - Baram
...Dalam masa yang dekat. Dengan itu, saya mohon untuk sokong titah Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Baram. Dipersilakan Yang Berhormat Segambut.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Segambut hendak membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Saya hendak mulakan isu pertama iaitu isu pelaksanaan pengoperasian SJK(C) Khai Chee, Jalan Segambut secara dua sesi yang telah banyak keluar dalam berita beberapa hari ini. Ramai ibu bapa telah menghubungi pejabat saya selepas Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan mengenai keputusan untuk melaksanakan dua sesi jika bangunan baru sekolah tidak diserahkan kepada kerajaan.
Saya menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia terutamanya Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ Dr. Mah Hang Soon untuk menangguhkan pelaksanaan dua sesi atas sebab-sebab berikut; Pertama, tidak mencukupi ruang untuk mematuhi SOP COVID-19 sedia ada jika bangunan baru tidak dapat digunakan. KPM kata mereka semua kena balik kepada bangunan lama.
Kesesakan trafik yang teruk di Jalan Segambut kerana sesi pagi dan sesi petang akan bertembung untuk pick-up dan drop off. Gangguan kepada sistem aliran trafik sedia ada akan menjejaskan semua penduduk kawasan Parlimen Segambut kerana jalan di depan sekolah ini adalah arteri utama kawasan Parlimen Segambut.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Ketiganya, sekarang bukan masanya sesuai untuk menggubah segala pengendalian operasi sekolah memandangkan kes COVID-19 sangat tinggi di Malaysia sekarang. Setiap hari kes beribu-ribu masih berlaku.
Saya juga menyokong penuh pendirian Lembaga Pengurus Sekolah (Board of Governors) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang telah mencadangkan sewa atau pajakan bangunan baru dengan kadar nominal kepada KPM seperti RM1 sahaja.
Saya berharap KPM akan segera mengadakan perbincangan untuk meneliti cadangan daripada pihak ibu bapa dan guru.
Saya juga berpendapat masalah perundangan tidak seharusnya menjadi halangan kepada operasi bangunan baru kerana bangunan baru telah pun digunakan sejak tahun 2018 dan struktur keselamatan bangunan baru bukan satu isu dalam kes ini.
KPM mesti segera menangguhkan pengoperasian sekolah secara dua sesi kerana syarat ini langsung tidak praktikal untuk dilaksanakan dengan izinnya, impractical and impossible to implement dalam suasana kes COVID-19 yang tinggi dan keselamatan pelajar mesti diberi keutamaan.
Kementerian kedua, Kementerian Dalam Negeri (KDN). Saya hendak menyentuh isu tanah rizab untuk balai polis. Bukan sahaja balai polis, kita lihat balai-balai yang telah diwartakan untuk balai bomba dan klinik kesihatan, sewa yang diberikan sekarang untuk tapak yang belum dibangunkan sewa diberikan kepada pihak ketiga dan ada juga pihak ketiga yang sublet kepada orang lain. Saya hendak mulakan dengan meminta KDN sebagai permulaan berikan senarai tanah-tanah rizab seperti ini di kawasan Kuala Lumpur. Berapa sewa yang sedang dikutip oleh pihak KDN untuk tapak tanah balai polis di Kuala Lumpur?
Saya tahu ada yang bayar sewa kepada KDN mungkin sewa nominal, tetapi pihak ketiga ini kemudian keluar menyewa tapak ini untuk tujuan komersial. Jadi sepatutnya sewa seperti ini diberikan balik, dipulangkan balik kepada kerajaan ataupun gunakan sewa yang telah dikutip selama ini untuk bangunkan tapak baru, balai baru untuk polis.
Kalau kita lihat kebajikan polis sekarang agak teruk, perumahan mereka tak cukup, office mereka kawasan kecil, bilik kecil, tak cukup tingkap untuk ventilation. Dalam PKP kita lihat sekarang jangkitan kes COVID-19 di kalangan pegawai polis agak serius juga. Jadi saya minta kebajikan polis dijaga, diutamakan oleh KDN dan pastikan tempat bekerja dan tempat tinggal mereka selesa untuk mereka mematuhi SOP.
Kalau polis sendiri tempat tinggal mereka tak mungkin untuk mereka mengamalkan diri dengan SOP, untuk menjaga kesihatan mereka, susah untuk mereka keluar melaksanakan ataupun menguatkuasakan SOP yang dibuat oleh kerajaan.
Untuk MCMC pula, semasa PKP ramai yang telah kehilangan kerja dan kita tahu juga semasa PKP trend online gaming ataupun judi online berleluasa. Jadi apakah usaha yang telah diambil oleh MCMC untuk block IP address semua site ini. Saya rasa tidak mungkin, tidak mustahil MCMC tidak tahu dan saya tak nak melihat MCMC kata polis harus ambil tindakan dan polis pula bertanya mengapa MCMC tidak boleh block IP address ini ya.
Isu seterusnya KPKT. Proposed Residential Tenancy Act (RTA) ataupun cadangan kajian dan penggubalan Akta Sewaan Kediaman yang sedang dijalankan untuk mendapatkan maklum balas penduduk secara online. Saya menerima banyak bantahan penduduk yang mengatakan cadangan untuk kerajaan menyimpan deposit untuk perjanjian sewa adalah satu tindakan birokrasi yang tidak wajar, seharusnya duit ini disimpan oleh pemilik rumah dan bukan kerajaan duit deposit. Berdasarkan House Buyers Association dalam artikel media mereka, justifikasi intervensi kerajaan juga dikatakan tidak komprehensif dan tidak mewakili populasi mereka yang terkesan. Hanya lebih kurang 3,000 responden sahaja yang telah dikutip untuk sampel kajian dan tertumpu di Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur sahaja. Ini ternyata tidak menyeluruh dan tidak mewakili populasi Malaysia.
Jadi saya mahu KPKT melaksanakan lebih banyak lagi stakeholder engagement sebelum memuktamadkan rang undang-undang ini. Pengisytiharan harta, dulu semasa
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Pakatan Harapan mentadbir proses ini dilakukan setiap tahun dan dilaporkan online untuk semua rakyat mempunyai akses. Itu sebab kita tahu Menteri Wanita bila dia declare aset dia tak mencukupi untuk duit yang dikatakan digunakan untuk menyelesaikan hutang beliau. Akan tetapi sekarang kita lihat, langsung tidak ada usaha kerajaan untuk mengisytiharkan harta Menteri dan Timbalan Menteri mereka.
Saya pergi akses website mereka mydeclaration.sprm.gov.my hanya memaparkan status terkini untuk Menteri bertarikh dua tahun yang lalu. Kita tengok kalau ada Menteri-menteri dan Timbalan Menteri ada yang pengisytiharan harta mereka bertarikh 2019. Jadi saya minta mereka perlu update ini kalau Perdana Menteri hendak menunjukkan usaha serius untuk melawan rasuah.
Seterusnya MoU dengan Indonesia untuk pekerja asing. Apakah status terkini dan saya menggesa supaya kerajaan hentikan pengenalan sistem-sistem ataupun apps yang baru. Setiap kali ada pertukaran kerajaan ataupun ada Menteri baru masuk, sistem itu akan bertukar. Kalau bertukar menjadi lebih baik tak apa, tapi kalau bertukar untuk memberikan kontrak kepada kroni ataupun kontrak baru untuk menyusahkan lebih ramai lagi rakyat, saya rasa ini patut dihentikan.
Seterusnya isu saya menggesa kerajaan membenarkan pelarian iaitu refugees yang telah berdaftar dengan UNHCR untuk bekerja. Sekarang ini mereka tak dibenarkan bekerja, tak dibenarkan menerima bantuan kewangan daripada mana-mana agensi kerajaan, bagaimana mereka boleh hidup setiap hari dan setiap bulan. Sampai kita ada kes baru-baru ini dua kanak-kanak mati dipercayai memakan racun daripada tong sampah. Jadi isu seperti ini tidak harus wujud lagi di Malaysia pada tahun 2022. Saya meminta ada koordinasi untuk pastikan kita ambil sikap prihatin bukan sahaja untuk warga Malaysia tetapi untuk melihat persekitaran kita.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Ada banyak komuniti yang mempunyai komuniti refugees tetapi semua orang tahu mereka perlukan kerja tetapi kerajaan tak nak bantu mereka, tak benarkan kerja, tak benarkan makan. Jadi ini saya rasa tidak wajarlah. Seterusnya isu pengemis, golongan gelandangan di Malaysia. Kebanyakan kes ataupun aduan yang saya terima sekarang di Kuala Lumpur terutamanya. Bila kita dapat WhatsApp ada pengemis ataupun ada golongan yang tak ada rumah di bawah jambatan, kita akan laporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Apabila JKM pergi ke site, JKM akan kata, “Yang Berhormat ini kes kesihatan mental. Mereka adalah pesakit mental dan JKM tidak ada bidang kuasa untuk mengambil mereka...”. Jadi saya pun bertanya, “Apakah langkah seterusnya?” JKM kata ini bukan bawah bidang kuasa mereka kita tunggu sepatutnya KKM ataupun polis. Jadi tiada penyelarasan antara agensi kerajaan dan aduan seperti ini akan berkekalan. Jadi setiap orang yang buat aduan mereka akan diberitahu maaf ini kes kesihatan mental, jadi mereka tunggu KKM ambil tindakan.
Akan tetapi kalau kita pergi pandu seluruh Kuala Lumpur sekarang, saya rasa kesian melihat pengemis kerana ada betul-betul yang memerlukan rawatan dan saya rasa tindakan ataupun taskforce. Mereka perlu pergi dan bantu KKM kerana trend kesihatan mental sekarang semakin meningkat dan kalau kita biarkan sahaja macam ini okey, kes- kes bunuh diri juga akan meningkat. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, penggiliran kehadiran pelajar di sekolah.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Cikgu sekarang terpaksa ulang-ulang mengajar perkara yang sama pada minggu seterusnya dengan murid-murid yang berlainan. Jadi, pemahaman murid-murid yang berbeza sukar dinilai oleh guru dan follow-up juga agak susah. Objektif untuk kefahaman murid pada sesuatu subjek ataupun bab akan susah dicapai.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Jadual bekerja ibu bapa juga tidak dapat diselaraskan dengan teratur kerana semua sektor ekonomi telah pun dibuka tetapi ada ibu bapa yang tidak dibenarkan bekerja dari rumah. Ada majikan yang kata mesti balik ke pejabat. Jadi, kanak-kanak dibiarkan di rumah dan kita lihat sudah ada banyak kes baru-baru ini di mana anak kecil terjatuh dari aras tinggi pangsapuri mereka.
Di mana penyelarasan untuk kerajaan memulihkan ekonomi negara? Setiap kementerian masih dilihat membuat kerja ad hoc tanpa melihat impak terhadap seluruh lapisan masyarakat dan yang paling terkesan adalah anak-anak kecil yang tidak bersalah.
Akhir sekali, isu kewarganegaraan. Ini telah pun banyak kali dibangkitkan oleh semua Ahli Parlimen. Kalau kita lihat jawapan KDN kepada Yang Berhormat Batu Kawan apabila ditanya mengenai bilangan permohonan yang telah pun ditolak. Dalam sembilan tahun, 4,870 permohonan untuk kes di mana individu dilahirkan di luar negara mempunyai ibu bertaraf warganegara berkahwin dengan bapa bertaraf bukan warganegara.
Daripada jumlah itu, sejumlah 117 sahaja permohonan yang diluluskan dan 1,728 permohonan telah ditolak. Akan tetapi, kalau kita campur dua angka ini, jumlahnya bukan 4,870. Bermaksud, ada banyak lagi permohonan yang pemohon tidak tahu status sama ada lulus atau pun ditolak dan mereka tunggu untuk bertahun-tahun. Dalam sembilan tahun, ada kes yang masih menunggu. Apabila mereka menerima jawapan, tidak ada jawapan, hanya kata ditolak.
Jadi, apabila kes melibatkan anak-anak kecil dan tidak ada dokumen, tidak ada kewarganegaraan, yang bersalah ini adalah mungkin ibu bapa tetapi yang saya pasti bukan kesalahan kanak-kanak. Jadi, saya rasa tidak wajar untuk kanak-kanak menjadi mangsa seperti kes ini.
Kalau kita lihat jawapan mereka, KDN kata fakta dan dokumen bukti yang dikemukakan oleh setiap pemohon akan diteliti mengikut giliran yang sewajarnya sebelum keputusan dikeluarkan. Sehubungan dengan itu― jawapan Parlimen ya. KDN kata tiada tempoh tertentu yang ditetapkan bagi pengeluaran keputusan dan ia berbeza-beza mengikut keperluan kes.
Bila kita ada generic kuasa-kuasa mutlak seperti ini di dalam tangan seorang Menteri dan pemohon ataupun rakyat yang hendak betulkan permohonan mereka, mereka tidak ada tempat di mana mereka tidak ada garis panduan yang jelas untuk mereka ikuti. Kes seperti ini, saya rasa tidak wajar lagi kita berikan hanya dalam tangan satu Menteri.
Jadi, saya menggesa supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melihat semula kes kewarganegaraan yang melibatkan anak-anak kecil, terutamanya dan membantu keluarga-keluarga yang terjejas.
Ini termasuk kes pengangkatan (adoption cases) di mana perintah mahkamah telah diberikan kepada ibu bapa tetapi mereka tidak dapat kewarganegaraan untuk anak kecil tersebut. This is too cruel in today’s world, in today’s time to impose such uncertainty on these affected families. Itu sahaja yang saya mampu bahas dalam masa yang singkat ini. Saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih kepada Yang Berhormat Segambut. Saya sekarang ini menjemput Yang Berhormat Kinabatangan. Masa 14 minit, Yang Berhormat.
Silakan.
Dato’ Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, dengan izin. Sebelum Yang Berhormat Kinabatangan bermula, saya ingin mendapatkan
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
penjelasan sedikit daripada Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan usul yang telah diusulkan oleh Ahli Parlimen Damansara.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sudahkah Tuan Yang di- Pertua membuat sebarang keputusan mempertimbangkan perkara itu?
Tuan Yang di-Pertua
Sebagaimana amalan saya yang biasa, saya telah menulis kepada Yang Berhormat Pekan untuk meminta penjelasan serta juga Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk memberi penjelasan terhadap apa yang beliau katakan di Dewan tempoh hari dan saya sedang menunggu jawapan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Maafkan saya. Tuan Yang di-Pertua, maksudnya Tuan Yang di-Pertua telah menulis kepada Yang Berhormat Pekan untuk mendapatkan penjelasan terlebih dahulu?
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bilakah dijangkakan Yang Berhormat Pekan akan memberi penjelasan?
Tuan Yang di-Pertua
Saya meminta beliau memberi penjelasan hari Rabu ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Iaitu lusa lah?
Tuan Yang di-Pertua
Lusa. Akan tetapi, saya tidak tahulah sama ada beliau dapat memberi penjelasan pada hari itu, saya pun tidak tahu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf. Pada asalnya, saya tidak berhasrat untuk mendesak atas perkara ini. Akan tetapi, Tuan Yang di-Pertua sedia maklum bahawa PRN Johor sedang berlangsung.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dan perkara ini juga akan menyebabkan sedikit sebanyak perkembangan di PRN Johor kerana rakyat― saya pun baru balik dari Johor berkempen. Jadi, rakyat di sana ingin tahu apakah sebenarnya yang berlaku mengenai 1MDB.
Tadi juga kita telah mendengar perbahasan Yang Berhormat Pagoh, mantan Perdana Menteri yang sedikit sebanyak telah merungkai kebenaran mengenai perkara ini.
Rata-rata di mana Yang Berhormat Pagoh telah menyatakan bahawa isu 1MDB adalah isu yang sebenarnya berlaku di mana Yang Berhormat Pekan telah pun mengelirukan Dewan lah. Daripada perbahasan Yang Berhormat Pagoh, itu adalah apa yang kita dapat memahami.
Dato’ Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya ingat cukuplah, Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya cuma minta sebentar, Yang Berhormat Kinabatangan. Saya cuma minta supaya...
Dato’ Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya hendak bahas sudah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya cuma minta supaya perkara ini diputuskan dengan seberapa cepat yang mungkin.
Dato’ Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Saya cuba, Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih.
Dato’ Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Akan tetapi, itu amalan saya yang biasa. Saya mesti minta penjelasan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan, Yang Berhormat Kinabatangan.
Dato’ Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Menjunjung Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Saya ingin merakamkan terima kasih kepada kerajaan sebab baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bersetuju untuk meluluskan Fasa 1 Pakej Pan Borneo, 19 pakej, untuk Sabah. Seharusnya keputusan ini lama diambil sudahlah. Sebab, di Sarawak, negeri jiran kita di Sabah, Pan Borneo ini sudah hampir 85 peratus siap tetapi di Sabah baru hendak bermula. Ini baharu fasa 1. Akan ada lagi fasa 2, akan ada lagi fasa 3.
Jadi, saya harap Kerajaan Persekutuan terus serius untuk memberi peruntukan bagi membangun negeri Sabah dalam menjanakan urusan jalan raya ini. Sebab, Sabah ini ketinggalan betul disebabkan lebuh rayanya tidak siap-siap seperti dijanjikan.
Satu lagi perkara, Tuan Yang di-Pertua. Saya sudah cakap perkara ini tetapi saya kata saya akan ulang. Saya minta Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja Raya Malaysia untuk memberi pengiktirafan kepada Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah dan Sarawak sebagai agensi teknikal bertauliah untuk negeri Sabah dan Sarawak.
Kenapakah berat sangat untuk memberi? Apa masalah? Yang Berhormat Menteri JKR kita pun macam tidak ada suara. Saya minta Yang Berhormat Menteri JKR Persekutuan melihat perkara ini untuk kebaikan Sabah dan juga Sarawak.
Di Sabah ini, Tuan Yang di-Pertua, selepas hujan lebat berminggu-minggu, selepas banjir, sudah tentu banyak jalan raya yang rosak, banyak cerun yang runtuh, banyak jambatan yang putus. Di kementerian saya, saya telah mengemukakan kepada Kementerian Kerja Raya untuk memohon peruntukan.
Rakyat Sabah ini sebilangan kecilnya spesies yang susah sikit, sebab dia minta menteri buat jalan raya. Saya kata mana ada menteri dalam dunia ini buat jalan raya.
Yang buat jalan raya adalah Jabatan Kerja Raya, bukan Menteri Kerja Raya. Tetapi dia tidak faham. Dia minta― “Mana Menteri?”, dia bilang.
Apa jalan raya rosak? Jalan Sandakan ke Kota Kinabalu, Sandakan ke Tawau ke Lahad Datu. Banyak kereta yang rosak. Jadi, saya harap Kementerian Kerja Raya melihat perkara ini. Bangunkan jalan-jalan yang rosak ini, bagi kami peruntukan seperti dijanjikan.
Tuan Yang di-Pertua, saya telah menyuarakan juga perkara ini dan saya dengar sahabat dari Baram iaitu Kerajaan Persekutuan harus melihat pendekatan yang baharu untuk membangun negeri Sabah dan Sarawak sebab kedua-dua negeri ini besar, bukan macam negeri-negeri Semenanjung. Apabila negeri besar, sudah tentu peruntukan tidak boleh disamakan. Dan kita sudah melalui berpuluh-puluh tahun. Mungkin tender terbuka sudah tidak sesuai.
Dato’ Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sebab apa tidak sesuai? Kerajaan Persekutuan kena melantik konsultan.
Melantik konsultan sudah tiga ke enam bulan. Lepas konsultan dilantik, konsultan hendak buat design dan sebagainya, satu tahun. Lepas itu open tender, satu tahun, dua tahun setengah sudah. Lepas itu dia hendak buat open tender satu tahun, tiga tahun setengah baru jalan satu jalan. Ini yang masalah Sabah dan Sarawak sukar membangun.
So saya kata kena ada pendekatan baharu, kita bincang. Apa pendekatan paling sesuai untuk membangun Sabah dan Sarawak. Kalau tidak boleh juga saya sudah
Dato’ Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
cadangkan peruntukan RM5 bilion itu letak sahaja kepada kerajaan negeri Sabah atau Sarawak, biar kita rancang. Kita boleh tentukan di mana dia kita agihkan.
Kalau tidak, RM5 bilion tiap-tiap tahun yang di umum ini hanya dapat dilaksanakan 38 peratus tiap-tiap tahun, yang RM5 bilion itu sedikit sahaja dipakai. Dicarry forward lagi akan datang, umum lagi RM5 bilion pada hal yang terpakai RM1 bilion lebih.
Ini kita diperbudak-budakkan, kita dipermain-mainkan. Jangan permain-mainkan kami. Rakyat Sabah pun pandai marah. Jangan main-main petua tidak boleh. Ini kerajaan tidak boleh main-main dengan rakyat Sabah dan Sarawak. Bagilah, carilah pendekatan baharu bagaimana RM5 bilion itu dapat kita habiskan dalam satu tahun.
Tuan Yang di-Pertua, Perjanjian MA63 memperuntukkan satu pertiga kerusi parlimen untuk Sabah dan Sarawak. Singapura sudah keluar, bermakna kerusi-kerusi yang ada di Singapura itu harus dipindah kepada Sabah dan Sarawak. Kita bercakap soal apa yang di keadilan sejagat, persamaan wilayah, pembangunan seimbang. Akan tetapi ini bukan seimbang, ini berat sebelah. Betul, tidak ada pun satu pertiga.
Justeru itu saya setuju dengan rakan-rakan yang lain, tambah kami 28 kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak. Ini perlu untuk kita perlihatkan. Dalam masa yang sama juga kerajaan harus melihat siapa sahaja kerajaan lepas PRU akan datang. Beri pengiktirafan kepada pemimpin-pemimpin dari Sabah dan Sarawak diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri dari negeri masing-masing. Satu daripada Semenanjung, satu dari Sabah, satu dari Sarawak.
Apa yang susah sangat di Cambodia negara kecil pun sembilan Timbalan Perdana Menteri. Di Laos lapan atau tujuh. Malaysia ini negara besar, negara membangun. Jadi bagilah peluang orang Sabah dan Sarawak untuk menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada kerajaan apa hala tuju kita berhadapan dengan COVID-19 ini. Kalau kita terus berkurung, sudah tentu ekonomi kita akan menguncup. Sudah tentu ruang-ruang pekerjaan tidak dapat kita capai. Sudah tentu yang berniaga-berniaga, pelancongan dan sebagainya mengeluh Tuan Yang di-Pertua.
Sudah lama kita terkunci.
Saya mintalah Menteri, siapa yang termasuk Pengarah, jangan lah terlalu reject Pengarah Kesihatan. Jangan rosakkan rakyat kita dengan berkurung, dengan berkunci.
Tidak boleh buka sempadan kita. Benarkan pelancong masuk. Kita pun ada pelancong yang kita benarkan, pelancong yang sihat. Kalau tidak sihat, kita tidak benarkan yang melabur pun, pelabur yang sihat dengan data-data kesihatan mereka. Apa terlalu rigid sangatlah.
Rakyat tidak boleh terima Tuan Yang di-Pertua. Keputusan kerajaan yang begitu rigid sekali terlampau takut tetapi akhirnya kita dilanda oleh musibah yang lebih besar.
Saya juga ingin bertanya kepada kerajaan, apa yang berlaku di Mahkamah Antarabangsa melalui Mahkamah Arbitrasi di antarabangsa mahu mengikut Madrid Protocol 1885.
Itu di mana mahkamah di Spain telah menjatuhkan hukuman denda RM63 bilion kepada Kerajaan Malaysia untuk dibayar kepada Sultan Sulu. Ini perkara seharusnya tidak timbul sekiranya Kementerian Luar kita ada awareness ataupun ada kesedaran bahawa perkara ini amat membimbangkan dan memalukan negara kita.
Saya pasti Tuan Yang di-Pertua Filipina memang tidak ada hasrat pun untuk menggugurkan tuntutan ke atas Sabah sebab mana-mana Presiden Filipina yang menggugurkan tuntutan ke atas Sabah akhirnya mereka akan kalah. Sebab itu siapa sahaja Presiden Filipina bertanding, mereka akan announce mereka akan mempertahankan tuntutan Filipina terhadap Sabah. Ini berlaku apabila ada Pilihan Raya di Filipina.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun kerajaan telah membuat keputusan tetapi rakyat Sabah banyak meminta saya untuk menyuarakan iaitu diberikan kebenaran untuk mengeluarkan simpanan dalam KWSP melalui i-Sinar sebab rakyat sekarang Tuan Yang di-Pertua, mereka banyak menderita. Yang penting kerajaan kena analisa mengikut
Dato’ Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
simpanan masing-masing. Kalau pun mungkin tidak boleh RM10,000 mungkin RM5,000 dan tidak perlu dibagi habis.
Walaupun kita tahu dahulukan ekonomi negara tidak baik, tetapi ini ada juga kepentingannya, ada juga kebetulannya untuk rakyat. Mereka merasakan itu duit mereka dan mereka perlu untuk mengatasi kehidupan harian mereka. Mereka berhutang Tuan Yang di-Pertua, lama-lama seluruh rakyat Malaysia jadi berhutang dengan along saya nampak, sebab sudah tidak ada pendapatan, sudah tidak ada sumber.
Tuan Yang di-Pertua, tadi saya dengar ada orang yang bersyukur Barisan Nasional kalah tetapi selepas Barisan Nasional kalah, orang yang sama juga memerintah dalam Pakatan Harapan dia tidak buat apa-apa.
Bahkan dia rosakkan ekonomi negara, dia rosakkan perpaduan kaum, provokasi melampau. Ini yang masalah. Selepas itu, 22 bulan dia hancurkan kerajaan dia. Ini yang berlaku. Cakap soal integriti, sendiri tidak berintegriti.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya kepada kerajaan siapa yang membiayai Yayasan Perdana ini. Sebab kalau saya tidak silap, dahulu Yang Berhormat Langkawi ada semasa jadi Perdana Menteri Keempat, ada mengumumkan bahawa Yayasan Perdana ini, bangunan dia adalah untuk bekas-bekas Perdana Menteri.
Saya mahu tanya Yang Berhormat Langkawi, adakah dia undang Perdana Menteri yang keenam, Perdana Menteri yang kelapan, yang keempat, yang kelima untuk duduk di Yayasan Perdana ini. Oleh sebab saya nampak hanya Perdana Menteri keempat dan ketujuh sahaja yang duduk, yang bermewah-mewah dalam Yayasan Perdana ini dan siapa yang membiayai dia? Adakah ini kerajaan ataupun dia sendiri membiayai? Ini yang kita mahu tanya supaya rakyat di luar sana maklum tentang perkara ini.
Terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya mintalah kerajaan ambil perhatian apa yang kita cakap dan sebelum itu saya ingin mengulas sedikit Yang Berhormat Kota Belud punya ucapan. Dia kata semasa Warisan wujudkan tiga buah kilang minyak sawit, sebetulnya Yang Berhormat Kota Belud, tidak ada kilang itu. Yang ada cuma outsourcing yang ada tumpang-tumpang.
Jadi, ambil kredit benda tidak ada, nanti balik di Sabah rakyat tanya bawa melawat kilang, kilang tidak ada. Saya meminta Yang Berhormat Kota Belud jangan buat cerita- cerita yang tidak baik nanti. Kalau mahupun ambil kredit, study dahulu.
Saya sudah study, saya sudah check di Sandakan. Saya sudah check di Kota Kinabalu, tidak ada kilang itu yang ada dia tumpang outsource, proses di sana-sini. Akan tetapi dia katakan itu adalah tindakan Kerajaan Warisan untuk membohong rakyat.
Saya faham juga bahawa kenaikan harga barang-barang ini bukan dinaikkan oleh kerajaan semata-mata. Ia adalah berdasarkan tuntutan semasa. Apabila COVID-19 melanda, kilang-kilang tidak mahu proses. Maka apabila dibuka, demand tinggi production kurang. Itulah akibatnya apabila production kurang, sudah tentu harganya meningkat.
Dato’ Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tuan Yang di-Pertua, saya minta kerajaan berilah perhatian. Bangunkan Sabah, bangunkan Sarawak seperti dalam perjanjian kita. Hormati perjanjian ini. Ini adalah sebabnya Sabah terus miskin. Saya tidak boleh terima, Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak boleh terima. Negara miskin, negeri miskin, rakyat susah. Jalan raya tidak ada, lebuh raya tidak ada. Belanjalah duit itu banyak-banyak, jangan belanja untuk Semenanjung Malaysia sahaja, untuk Kuala Lumpur sahaja. Belanjalah untuk Sabah juga. Tidak boleh, saya tidak boleh terima.
Selagi saya jadi pemimpin, saya akan bantah perkara ini. Sabah dan Sarawak perlu dibangunkan sesuai dengan slogan kita, “Wilayah yang seimbang, pembangunan yang seimbang”. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Bukit Gelugor. Silakan, 14 minit Yang Berhormat.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk membahas ataupun mengambil bahagian di dalam perbahasan menjunjung titah Duli Yang di-Pertuan Agong.
Beberapa perkara yang ingin saya membangkitkan Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali berkenaan dengan berita baru-baru ini daripada EAIC berkenaan dengan dakwaan ataupun tuduhan dengan izin Tuan Yang di-Pertua dirty cops. Dirty cops yang telah pun ditimbulkan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Seri Panglima Abdul Hamid bin Bador di mana telah pun ditimbulkan oleh beliau bahawa terdapat kartel. Wujudnya kartel di dalam police force, ataupun PDRM yang menentukan arah dan bagaimana pengedalian PDRM dan juga isu-isu rasuah dan sebagainya yang timbul daripada kartel tersebut.
Now EAIC ini telah pun membuat siasatan dan mendapati bahawa tiada apa ataupun pada setakat ini, tiada apa bukti ataupun keterangan daripada witnesses ataupun saksi-saksi bahawa wujudnya kartel tersebut. Isu yang timbul di sini Tuan Yang di-Pertua adalah kita mendapat berita ini ataupun dakwaan ini bukan daripada mana-mana pihak.
Akan tetapi, daripada bekas IGP sendiri. Bekas Ketua Polis Negara. Ini of course dibuat pada sejurus sebelum beliau bersara. Akan tetapi, ia mesti dibuat dengan pengetahuan bahawa wujudnya kartel tersebut.
Jadi dalam isu ini, apa yang perlu dan lebih-lebih lagi kami juga mendapat berita baru-baru ini bahawa EAIC tersebut juga telah pun membuat kenyataan bahawa Tan Sri Dato’ Seri Panglima Abdul Hamid bin Bador tiada mempunyai hak untuk menyentuh perkara ini oleh kerana beliau tidak menimbulkan semua ini pada masa beliau menjadi IGP ataupun sebelum beliau bersara.
Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya mahu bertanya, apakah – what is the scope, apakah skop penyiasatan EAIC dalam perkara ini? Adakah siasatan yang wajar dan memadai telah pun diadakan untuk memastikan wujudnya kartel tersebut? Adakah statement yang memadai daripada Tan Sri Dato’ Seri Panglima Abdul Hamid bin Bador sendiri diambil untuk memastikan ataupun menyiasat perkara ini dengan wajarnya?
Now, sekiranya satu siasatan yang confidential ataupun dilindungi, diberi perlindungan dibuat, saya yakin bahawa ada pihak yang akan tampil ke depan untuk mendedahkan kartel-kartel ini. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, is protection being given? Adakah terdapat protection dalam isu ini kepada mereka yang mendedahkan isu kartel ini? Ini adalah perkara yang amat penting. Adakah EAIC memberi perlindungan tersebut?
Sekiranya tidak, sudah tentunya tiada siapa akan tampil ke depan untuk mendedahkan perkara ini. Tiada gunanya untuk membuat siasatan di bawah EAIC.
Sebenarnya bekas IGP dengan sendirinya juga telah pun bertanya adakah Whistleblowers Protection Act 2010 dipakai ataupun boleh dipakai dalam perkara ini? Kita tahu bahawa the Whistleblowers Protection Act 2010 ada banyak hadnya ataupun limitations, Tuan Yang di-Pertua. Contohnya, sekiranya seorang ingin menuntut perlindungan, beliau perlu membuat aduannya kepada pihak-pihak ataupun agensi- agensi yang tertentu di bawah *Whistleblowers Protection Act 2010.
Now* dalam keadaan tersebut ini akan sudah tentunya tidak akan menggalakkan orang untuk keluar untuk membuat aduan terutamanya aduan terhadap pihak berkuasa.
Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, how is it possible for a person to be expected to go and report his grievance to an authority when it is very likely that authority will be investigating him?
Sekiranya kita mahu mendapat jawapan-jawapan daripada ataupun berkenaan dengan isu dirty cops ini ataupun isu kartel yang didedahkan oleh bekas IGP tersebut, sudah tentunya pihak EAIC perlu memberi perlindungan kepada pengadu-pengadu tersebut. Saya hendak bertanya Kementerian Dalam Negeri, sama ada ini telah pun dirancangkan dengan EAIC sama ada the whistleblower ataupun protection akan diberi kepada pengadu-pengadu tersebut.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Perkara selanjutnya yang berkaitan Tuan Yang di-Pertua. Ia juga berkenaan perlindungan kepada whistleblower. Sudah tentu kesemua kami tahu tentang isu rasuah Tuan Yang di-Pertua yang berleluasa di negara ini sekarang. Isu rasuah yang berleluasa di mana kami mempunyai satu buah agensi iaitu SPRM yang diketuai oleh Ketua Pengerusi ataupun SPRM tersebut, Tan Sri Azam Baki yang tidak boleh dikecualikan sama ada beliau terlibat dalam skandal.
Satu skandal yang amat besar berkenaan dengan pemegangnya (shareholding) ataupun pembelian sahamnya beberapa tahun yang lalu. Kami telah pun menimbulkan perkara ini untuk beliau datang ke Parlimen. Datang ke Dewan yang mulia ini untuk menjawab ataupun menghadirkan diri sebagai saksi di hadapan jawatankuasa yang berkenaan. Akan tetapi beliau angkuh. Sikapnya angkuh, beliau berkata “I am not a peanut, I don’t have to come. It is a mere invitation.” Tuan Yang di-Pertua kita perlu lihat masalah ini daripada segi Indeks Persepi Rasuah ataupun The Corruption Perception Index (CPI) 2021. Baru-baru ni telah dilaporkan bahawa Malaysia terus merekodkan Tuan Yang di-Pertua penurunan dalam Indeks Persepsi Rasuah tersebut buat dua tahun berturut-turut apabila jatuh lima anak tangga kepada kedudukan 62 daripada keseluruhan 180 buah negara di dunia – ataupun yang dalam indeks tersebut.
Berkenaan perkara ini Tuan Yang di-Pertua, Presiden Transparency International Malaysia (TIM), Dr. Muhammad Mohan telah menyatakan seperti berikut. Saya quote, “Namun antara sebab kemerosotan skor adalah kerana tindakan yang sangat terhad daripada kerajaan sedia ada dan kerajaan sebelum ini dalam membendung aktiviti rasuah politik dan mengukuhkan hak asasi manusia di Malaysia. Begitu juga dengan draf RUU Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang dilonggarkan kepada versi tidak efektif dan dijenamakan semula sebagai RUU Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC)”.
Saya ingin menimbulkan perkara yang mungkin sedikit berlainan daripada apa yang telah pun saya sediakan untuk ucapan saya hari ini berkenaan dengan apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Langkawi hari ini. Ia adalah berkenaan dengan bekas- bekas Perdana Menteri kami yang menerima hadiah-hadiah dalam bentuk property ataupun harta.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Kami hari ini boleh lihat seorang yang disabitkan di mahkamah, Yang Berhormat Pekan, disabitkan oleh dua mahkamah setakat ini, dipanggil seorang, dengan izin saya quote dalam bahasa asal, ‘a national embarrassment’. A national embarrassment yang berkempen di Johor. Tiada apa-apa masalah untuk beliau berkempen di Johor. Sekiranya kita membenarkan ataupun kita...
Dato’ Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh minta penjelasan?
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Ya, yes.
Dato’ Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat, Yang Berhormat seorang peguam yang terulung. Sepatutnya Yang Berhormat tidak boleh – dia belum – masih ada rayuan lagi di mahkamah. Dia berkempen, berkempenlah.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Memang masih ada.
Akan tetapi at this point of time, he is a national embarrassment.
Dato’ Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
What is the problem?
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Sekiranya keputusan itu disabitkan...
Dato’ Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Dia belum masuk penjara. Yang Berhormat daripada DAP pun sudah kena, masih dibenarkan juga.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Apakah persoalan Yang Berhormat Kinabatangan?
Dato’ Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Don’t double standard. Soalannya, apakah masalahnya dia berkempen di Johor? What’s the problem?
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tidak ada apa-apa masalah. Akan tetapi, ini akan...
Dato’ Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Dia bukan ada masalah pun. Don’t double standard. Yang Berhormat sebagai pemimpin pun kena juga, berkempen juga.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Mahu saya jawab?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, tolong.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih.
Masalahnya adalah ini, inilah punca kemerosotan kita dalam CPI seperti yang saya katakan tadi. This is why we have dropped drastically in the standards when it comes to corruption.
Dato’ Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Why don’t you advise Yang Berhormat Bagan?
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Saya tidak membenarkan.
Dato’ Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Why don’t you advise Yang Berhormat Bagan?
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Saya tidak membenarkan, saya sudah jawab.
Dato’ Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Advise itu Yang Berhormat Bagan. Talk to Yang Berhormat Bagan.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Saya sudah jawab, Tuan Yang di-Pertua. Sekiranya saya memberikan kebenaran, saya tidak ada masa lagi.
Saya akan meneruskan Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan tidak boleh hanya memberi lip service Tuan Yang di-Pertua, kepada menangani isu rasuah ini dan seharusnya mengambil tindakan yang proaktif dalam membasmi rasuah.
Rakyat seharusnya diberikan jaminan bahawa gejala rasuah dalam sektor awam terutamanya akan dihapuskan dan kerajaan memandang serius terhadap isu ini. Rakyat harus diberikan keyakinan bahawa mereka selamat untuk melaporkan atau menyuarakan sebarang aktiviti rasuah kepada umum dan ini akan menunjukkan ketelusan pihak kerajaan dalam usaha untuk membasmi rasuah.
Saya berbalik kepada isu yang saya timbulkan tadi. Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini kita dengar berita berkenaan seorang wartawan, Lalitha Kunaratnam yang membuat pendedahan berkenaan salah guna kuasa ataupun aktiviti rasuah oleh Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM yang telah pun disiasat oleh polis atas dasar beliau telah membuat pendedahan tersebut. Lalitha Kunaratnam. Lalitha sebagai seorang whistleblower Tuan Yang di-Pertua, dalam keadaan ini telah sebaliknya disiasat oleh polis selama tiga jam oleh kerana beliau mendedahkan satu salah laku oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM tersebut.
Saya dengan hormatnya Tuan Yang di-Pertua, berpandangan bahawa siasatan terhadap Lalitha tersebut sebagai seorang whistleblower telah memberikan satu tanggapan yang buruk dan menakutkan orang umum untuk memberikan apa-apa maklumat berkenaan sebarang salah laku melibatkan pegawai-pegawai kanan dalam kerajaan.
Sebagai seorang whistleblower, beliau seharusnya dilindungi kerana telah pun berani untuk tampil dan membuat pendedahan tersebut terhadap seorang ketua dalam badan yang ditubuhkan iaitu SPRM dalam kes ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, persoalan
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
juga timbul iaitu bagaimanakah kerajaan bercadang untuk memerangi rasuah apabila Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri terpalit dalam isu salah laku rasuah di dalam negara ini.
Pada bulan Mac ini, Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri telah pun menjawab soalan yang berkenaan siasatan terhadap Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki di mana Yang Berhormat Menteri telah mengesahkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih meneruskan siasatan berhubung pemilikan saham ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki biarpun Suruhanjaya Sekuriti (SC) juga menutup ataupun sudah menutup siasatan terhadapnya.
Walaupun Yang Berhormat Menteri telah memberi pengesahan tersebut, terdapat beberapa persoalan penting yang mesti dijelaskan oleh kerajaan berkenaan perkara ini.
Bolehkah saya diberikan beberapa saat Tuan Yang di-Pertua? Saya akan habiskan topik ini.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, apakah sebab kelewatan dalam melengkapkan siasatan terhadap Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki, lebih-lebih lagi apabila aduan alam perkara ini adalah suatu aduan rasuah berprofil tinggi dan satu isu kepentingan awam?
Keduanya, apakah jaminan bahawa siasatan terhadap Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki akan dijalankan dengan bebas, telus dan tidak akan ada sebarang cover- up? Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun secara terburu-buru atau prematurely menggesa semua pihak menerima keputusan SC tersebut yang mengatakan tiada kes terhadap Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki walaupun keputusan tersebut jelasnya adalah bertentangan dengan penjelasan Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki tersebut.
Ketiganya Tuan Yang di-Pertua, sama ada keputusan hasil enquiry SC tersebut telah pun dirujuk kepada Peguam Negara bagi pertimbangan Peguam Negara. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, isu pokok di sini adalah are we going to protect people who come out and expose corruption or are we going to prosecute them. Kalau kita lihat cara kerajaan sekarang, nampaknya macam mereka yang keluar untuk dedahkan rasuah, mereka yang kena pendakwaan, mereka yang disiasat.
With this kind of attitude Tuan Yang di-Pertua, it is obvious we are going to continue slipping down in the corruption perception index (CPI). Saya ada banyak isu lagi Tuan Yang di-Pertua, tetapi masa tidak membenarkan. Akan tetapi, saya ingin mengakhiri ucapan saya dengan itu dan saya mengucapkan terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana diberi peluang tersebut.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Seterusnya, Yang Berhormat Betong.
Datuk Robert Lawson Chuat - Betong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menjunjung kasih atas Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Malaysia Keempat Belas pada 28 Februari yang lalu. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk turut serta dalam perbahasan Titah Diraja ini. Setelah mendengar dan meneliti Titah Diraja, pada kesempatan ini izinkan saya mewakili seluruh rakyat di kawasan Parlimen Betong untuk menzahirkan ucapan syukur dan terima kasih kepada Tuanku atas keprihatinan baginda kepada kerajaan serta rakyat keseluruhannya yang kini masih berusaha sebaik mungkin untuk meneruskan kehidupan di kala COVID- 19 masih menular di negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, ingin saya menzahirkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada semua Ahli Parlimen yang telah mengetepikan perbezaan merentasi ideologi politik dengan kesepakatan yang kukuh. Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63 yang bertujuan mengukuhkan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia
Datuk Robert Lawson Chuat - Betong
diluluskan Dewan Rakyat dengan undian 100 peratus daripada ahli Parlimen yang hadir pada dua kali undi belah bahagian dilakukan.
Penilaian pindaan Perlembagaan ini telah dilakukan dalam semangat setia kawan, saling menghormati dan sikap tolak ansur yang tinggi antara kita. Dengan lulusnya rang undang-undang tersebut, ia memberi manfaat yang dapat menjelaskan kedudukan negeri Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 selain turut memberi pengiktirafan kepada perjanjian itu dalam Perlembagaan Persekutuan yang sebelum ini tiada rujukan dibuat dalam Perlembagaan Persekutuan.
Maka, saya amat berterima kasih kepada Ahli-ahli Parlimen. Kesepakatan ini juga harus kita teruskan kerana sokongan padu kepada rancangan kerajaan secara konsensus untuk memberi pengiktirafan autonomi secara maksimum termasuk mengupas kesemua hak dan keistimewaan yang harus dinikmati Sabah dan Sarawak seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963.
Dengan mengiktiraf MA63 dalam Perlembagaan Persekutuan, kerajaan kini boleh merujuk kepada semua janji yang dibuat pada 1963 secara terperinci dan dinyatakan dalam Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC Report) yang merupakan kajian mendalam Laporan Suruhanjaya Cobbold mengenai tuntutan Sabah dan Sarawak.
Persefahaman dan kestabilan politik, ekonomi serta sosial di Malaysia yang dicapai melalui rang undang-undang ini penting bagi membentuk asas kukuh dalam sebuah keluarga Malaysia.
Datuk Robert Lawson Chuat - Betong
Pemimpin terdahulu yang menandatangani Perjanjian Malaysia 1963 adalah dengan niat yang baik, in good faith dan percaya bahawa mereka menyumbang pada pembangunan negara dengan melakukan persetujuan dalam semangat perkongsian, kemakmuran bersama. Inilah yang terbaik. Perlu dilakukan untuk kepentingan rakyat secara keseluruhan kerana kita mahu memperkukuhkan Malaysia bukan setakat Sabah dan Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong sepenuh suara-suara Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak yang meminta kerajaan memperhalusi serta mempertimbangkan cadangan pindaan berkaitan penambahan jumlah kerusi Parlimen bagi Sarawak dan Sabah. Namun sebaiknya ia haruslah dilakukan dengan pelaksanaan persempadanan semula kawasan-kawasan Parlimen di negeri ini kerana dua negeri ini mempunyai keluasan yang besar serta rupa bentuk bumi yang mencabar.
Sarawak adalah hampir seluas Semenanjung Malaysia. Jadi dengan penambahan kawasan Parlimen, maka khidmat kepada rakyat dapat dilakukan dengan lebih menyeluruh. Setakat ini hanya 56 kerusi sahaja diperuntukkan bagi kedua-dua negeri ini dalam Parlimen iaitu Sabah 25 kerusi dan Sarawak 31 kerusi. Jumlah kerusi ini jauh berbeza dengan semangat yang diwujudkan dalam Perjanjian Malaysia 1963.
Tuan Yang di-Pertua, dengan kesempatan ini saya ingin memohon untuk menaik taraf Hospital Betong yang telah dibuka pada tahun 1991 sehingga kini tidak pernah diubahsuai. Penduduk Betong berjumlah hampir 130,000 orang, sudah tentunya akan terus meningkat. Justeru itu, amatlah memerlukan penambahbaikan kemudahan memandangkan hospital ini merupakan pusat perubatan merangkumi kawasan Skrang dan Lubok Antu.
Dalam menangani wabak penyakit seperti COVID-19 yang akan memasuki fasa endemik, makmal biomolekuler wajar ditubuhkan di Betong. Oleh kerana ini dapatlah melaksanakan dengan izin analysis in-situ, selain daripada menghantar COVID-19 swab ke Kuching atau Sibu.
Malah umum dinyatakan bahawa pada tahun yang lalu, ambulan dari Hospital Betong terlibat dalam kemalangan jalan raya dalam perjalanan ke Bandar Raya Kuching.
Hospital Betong juga memerlukan penambahbaikan daripada segi bangunan dan wad baharu, bangunan baharu hemodialisis dan penambahan mesin hemodialisis untuk
Datuk Robert Lawson Chuat - Betong
menampung peningkatan pesakit. Menaik taraf kuarters kakitangan dan menambah tempat letak kereta untuk masyarakat Betong.
Bagi Klinik Kesihatan Mid-Layar Betong, saya ingin memohon penaiktarafan ruang farmasi, mesin X-ray, ambulans, kuarters staf dan kenderaan untuk kakitangan melawat ke rumah panjang dan kampung. Bagi Klinik Kesihatan Nanga Lesu Betong, saya ingin memohon untuk membina baharu klinik ini yang telah uzur dan daif dan menambahkan kuarters staf untuk menampung penambahan pekerja.
Tuan Yang di-Pertua, daerah Betong telah dinaik taraf menjadi bahagian pada tahun 2002 di mana pembangunan dan pertumbuhan ekonomi semakin pesat berkembang. Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo dan jaringan jalan raya sebagai laluan utama penduduk dalam sektor perdagangan menambah pada kegiatan ekonomi yang memberangsangkan untuk menaik taraf kehidupan penduduk. Namun demikian implikasi pertambahan bilangan dan populasi penduduk serta kepesatan ekonomi merupakan antara faktor penyumbang pada peningkatan kes jenayah dan gejala sosial.
Untuk makluman, IPD Betong mempunyai lima buah balai polis di bawah pentadbirannya iaitu Betong, Spaoh, Debak, Pusa dan Beladin. Oleh itu, saya ingin memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk mempertimbangkan supaya menambah baik dan meningkatkan bilangan perjawatan serta aset yang diperlukan agar bersesuaian dengan keadaan semasa demi mengimbangi aspek keselamatan dan kesejahteraan rakyat Betong secara keseluruhan.
Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang di zahir oleh Baginda Tuanku supaya tumpuan perlu diberikan pada penyediaan infrastruktur luar bandar yang lebih baik dan berkualiti bagi menjamin kesejahteraan masyarakat luar bandar. Di samping pembangunan wilayah yang lebih seimbang dan inklusif juga akan diberi tumpuan agar dapat mengurangkan jurang pembangunan antara negeri-negeri serta kawasan bandar dan luar bandar. Maka saya akan mengambil peluang ini untuk mengetengahkan cadangan keperluan atau permasalahan yang dihadapi di kawasan saya yang dianggap sebagai kawasan luar bandar.
Saya ingin menyentuh isu ekonomi luar bandar yang telah terkesan akibat pandemik COVID-19. Penduduk yang tinggal di luar bandar, kebanyakannya adalah petani, pekebun kecil, nelayan dan juga usahawan kecil. Kebelakangan ini harga input pertanian seperti baja dan racun telah naik dengan kadar yang amat tinggi.
Bagi petani yang terlibat dengan pengeluaran makanan, ia secara langsung telah menyebabkan harga hasil pertanian meningkat naik. Ini memberi kesan kenaikan kos bahan makanan seperti sayur dan buah-buahan. Apakah strategi kerajaan daripada segi dasar bagi menangani masalah ini? Saya mengharapkan solusi jangka pendek dan jangka panjang kerajaan untuk menyelesaikan isu ini.
Tuan Yang di-Pertua, pengeluaran komoditi makanan di Malaysia tidak memiliki kapasiti bertahan kerana sangat sensitif pada gejala alam dan perubahan pasaran.
Kejutan krisis mendedahkan daya tahan sektor makanan negara yang tipis sehingga menggugat sekuriti makanan. Apakah option kepada Malaysia untuk membendung kenaikan harga ini? Penyelesaian jangka pendek mudah dilaksanakan. Akan tetapi penyelesaian yang lestari memerlukan perancangan dan komitmen politik yang jitu.
Satu strategi menggunakan syarikat swasta atau anchor company yang mempunyai rantaian bekalan yang lengkap mengusahakan pengeluaran bahan makanan dan melibatkan petani dan pekebun kecil di luar bandar. Dengan strategi ini petani akan didedahkan pada proses pengeluaran yang teratur, sistematik dan mempunyai pasaran yang tersedia untuk hasil tanaman mereka.
Kerajaan boleh membantu daripada segi modal kepada petani dan kepada syarikat agro industri pertanian. Kerajaan boleh bantu daripada segi lebih banyak suntikan pelaburan infrastruktur, insentif, sokongan institusi dan research and development.
Mengambil pengalaman di luar negara, pendorong utama pada pertumbuhan adalah faktor teknologi. Teknologi boleh membantu daripada segi kecekapan kos, produktiviti dan nilai tambah yang tinggi. Dengan cara ini pengeluaran makanan boleh dibuat secara besar-besaran untuk kegunaan dalaman atau dieksport ke luar negara.
Datuk Robert Lawson Chuat - Betong
Tuan Yang di-Pertua, bagi pekebun kecil sawit, lada dan getah saya mengesyorkan kerajaan untuk meneruskan dasar membantu mereka dalam tanaman semula atau tanam baru tanaman komoditi. Program ini telah menunjukkan kesan positif.
Kita lihat pada tahun 2013, apabila kerajaan memperkenalkan dana untuk program ini, ramai pekebun kecil telah mengambil bahagian. Hari ini ramai di antara mereka tersenyum lebar apabila harga komoditi sawit melambung tinggi dan sekali gus meningkatkan taraf hidup mereka.
Jadi saya mohon kerajaan memperkenalkan semula program tersebut kerana telah terbukti membantu rakyat di luar bandar. Selain daripada petani dan pekebun kecil di luar bandar, ramai juga pengusaha industri kecil yang turut terkesan. Saya menyeru dan memohon Kementerian Luar Bandar melalui agensi mereka untuk mempergiatkan dan menambah bajet bagi program sokongan pengukuhan keusahawanan luar bandar yang bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi masyarakat luar bandar melalui program keusahawanan.
Ramai pengusaha kecil dan usahawan di kawasan luar bandar yang komited ingin mengembangkan perniagaan mereka. Saya sarankan kerajaan untuk lebih aktif dan perkembangkan penggunaan teknologi dan inovasi lebih-lebih lagi di Sarawak supaya dengan menyediakan lebih banyak kemudahan, modal dapat meningkatkan keupayaan keluaran dan perkhidmatan mereka.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Titah Tuanku mahukan kerajaan untuk terus memperkukuhkan ekonomi negara supaya Malaysia tidak terus ketinggalan.
Antaranya adalah memperkasakan penerapan sains dan digital dalam pasaran negara.
Datuk Robert Lawson Chuat - Betong
Ini termasuk usaha kerajaan yang sedang menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan melalui inisiatif Kerajaan Digital secara hujung ke hujung supaya lebih telus, cekap dan profesional.
Turut ditegaskan supaya strategi yang dirangka di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas yang bernilai RM400 bilion harus dilaksanakan mengikut ketetapan yang dijadualkan demi kepentingan ekonomi negara.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga menyokong usaha kerajaan memperkenalkan modal baharu Pembangunan Belia 2021/2030 dan melihat pelaksanaan Undi18 sebagai usaha membuka dimensi baharu pada belia dalam menentukan masa depan dan kepimpinan negara terutamanya kini di kala landskap politik negara kini dilihat lebih stabil dalam menjamin serta menjayakan agenda pembangunan demi kepentingan rakyat untuk masa hadapan negara.
Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, saya mewakili seluruh rakyat P.204 Betong, mohon menyokong Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 28 Februari 2022. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Betong. Silakan Yang Berhormat Pokok Sena, 14 minit Yang Berhormat.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk turut terlibat dalam perbahasan Titah Diraja baru-baru ini dan apa yang lebih penting ialah antara persoalan yang ditekankan oleh Kebawah Duli Tuanku ialah meminta supaya kerajaan memberikan tumpuan dan menyeru kepada ahli-ahli politik ini cukup- cukuplah berpolitik siang dan malam.
Seharusnya memberikan fokus tumpuan kepada kehidupan masyarakat dan rakyat yang sedang berhadapan dengan permasalahan kehidupan.
Akan tetapi, nampaknya Tuan Yang di-Pertua, kita lihat isu bermain politik di kalangan ahli-ahli politik dalam kerajaan pada hari ini masih berterusan dan bercakaran
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
sehingga kita tidak dapat hendak kenal pasti adakah di kalangan mereka ini betul-betul berada dalam sebuah kerajaan.
Jikalau di hari pembukaan sidang Parlimen nampak mereka duduk di kerusi bersimpuh elok, tetapi akhirnya malam di Johor, mereka bertokak sesama sendiri sehingga kita tidak dapat hendak mengenal pasti yang mana di kalangan mereka ini daripada sebuah kerajaan. Ada parti dari dalam kerajaan, Yang Berhormat Marang khususnya menyeru rakyat untuk jangan membuat kesilapan kerana memangkah UMNO dan Barisan Nasional, 60 tahun dah kesilapan ini dilakukan.
Ini ayat-ayat bahasa yang digunakan oleh Yang Berhormat Marang ini sejak sebelum menyertai kerajaan. Akan tetapi, Yang Berhormat Marang terlupa di waktu Pilihan raya Kecil di Tanjong Piai, Yang Berhormat Marang bersama-sama dengan UMNO dan Barisan Nasional menyeru untuk menyokong calon MCA. Rakan kita.
Jadi, kita lihat bahawa ini soal permainan politik yang akhirnya mengheret dan menjebakkan rakyat dalam satu kancah tanpa kita dapat membawa keluar masalah kehidupan, beban sara hidup yang dihadapi oleh kerajaan dan juga khususnya oleh rakyat.
Di Johor, kalau kita lihat bahawa tempoh untuk mereka memerintah masih ada sehingga tahun 2023. Akan tetapi dibubarkan Dewan Undangan Negeri, mereka membuang kuasa walaupun mereka sedang berkuasa. Mereka boleh lagi berkuasa untuk sampai 2023 tetapi akhirnya mereka buang kuasa dan mereka meminta pula rakyat untuk memberi kuasa kepada mereka.
Yang Berhormat Pagoh menyalahkan UNMNO dan Barisan Nasional, sedangkan dialah yang menyerahkan kerusi Menteri Besar yang dipegang oleh Dato' Dr. Sahruddin bin Jamal daripada Bersatu, Perikatan Nasional kepada UMNO pada Februari 2020. Jadi, orang jadi bercelaru, apakah ini merupakan suatu keadaan yang boleh memberikan kelegaan kepada kehidupan masyarakat dan rakyat.
Jadi, saya hendak menyeru kepada semua pihak khususnya kepada kerajaan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berhentilah daripada dok pergi kempen di Johor, buat apa. Ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri macam merestui pilihan raya dibuat di Johor sedangkan ini tidak sepatutnya berlaku. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sepatutnya menasihati Menteri Besar. Walaupun dia ada prerogatif yang berasingan, tetapi sewajarnya bagi saya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menasihati Menteri Besar untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri.
Pada hari ini saya lihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri masih mendiamkan diri apabila Timbalan Presiden UNMO menyatakan bahawa pendirian UNMO, Barisan Nasional selepas Pilihan raya Negeri Johor ini, mereka akan pastikan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen.
Orang dalam keletihan baru lepas pilihan raya di Johor, tiba-tiba dihadapkan pula dengan Pilihan raya Umum di seluruh negara kita. Ini suatu yang menyebabkan ketidakstabilan politik berlaku dalam negara kita menyebabkan pelabur-pelabur tidak memberikan keyakinan kepada masa depan untuk mereka datang melabur ke negara kita.
Jadi, saya hendak minta pendirian tegas dan jelas daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, apakah pendirian beliau terhadap kenyataan yang dibuat dan pendirian yang dibuat oleh parti beliau sendiri iaitu UNMO dan Barisan Nasional yang mahu dia untuk menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi memohon dibubarkan Parlimen. Akan tetapi, apa yang saya hendak sebut di sini ialah bahawa sepatutnya kerajaan memberikan penumpuan kepada masalah meringankan kos sara hidup.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kos Sara Hidup Negara, saya nampak tidak berjaya untuk memikirkan bagaimana untuk hendak meringankan beban sara hidup rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, isu penanam padi, Yang Berhormat dari kawasan jelapang padi di Sanglang. Tuan Yang di-Pertua dan kita semua makan beras murah ini hasil sumbangan Pak Tani, kita dapat harga beras murah. Mereka berdepan dengan beban kos
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
yang meningkat, harga baja yang tidak dapat diselesaikan. Kenaikan harga baja lebih daripada 35 peratus. Kenaikan harga racun hampir 100 peratus yang tidak boleh diselesaikan.
Walaupun ada tambahan subsidi sebanyak RM100 untuk seekar, tidak menyelesaikan masalah. Mereka berhadapan dengan tidak berlaku peningkatan pendapatan mereka. Ada setengah daripada mereka merosot pendapatan bersih mereka, kerana apa? Ini kerana peningkatan harga baja, mesin naik daripada RM110 kepada RM120 ada RM130. Ini upah untuk traktor untuk musim akan datang, akan naik lagi.
Jadi, semua ini tidak dipedulikan oleh pihak kerajaan bagaimana untuk hendak meringankan beban hidup mereka. Sedangkan mereka menyumbang kepada makanan utama negara kita iaitu nasi yang dihasilkan daripada beras. Tuan Yang di-Pertua, depa tanam padi, kos sudah tinggi, dia jual padi, harga dia berapa? RM1.20 sekilogram. Dia pergi kedai beli tauge, RM3.00. Tauge RM3.00 sekilogram, dia hendak buat apa? Hendak buat goreng toyu. Bayangkan macam mana dia menyumbang makanan utama negara kita, kita boleh harga beras masih murah tetapi dia tanam padi dengan kos yang meningkat, tetapi kerajaan menetapkan hanya harga RM1.20 sekilogram. Jadi, bayangkan bagaimana mereka hendak mengharungi kehidupan yang serba menekan kehidupan mereka ini.
Jadi, sebab itu saya hendak minta supaya kerajaan perlu buat semakan semula, sama ada semakan terhadap harga padi yang mungkin bagi saya agak sukar untuk kerajaan hendak buat semakan harga padi. Ini kerana jawapan standard yang diberikan oleh kerajaan ialah kalau kita naikkan harga padi akan menyebabkan berlaku kenaikan harga beras.
Saya terima, mungkin saya boleh terima, tetapi perlu ada semakan semula kepada subsidi harga padi untuk membantu petani-petani padi ini mengurangkan kos mereka dan menambahkan pendapatan mereka dan kita seharusnya berterima kasih kepada petani-petani yang telah memberikan satu sumbangan yang sangat besar kepada negara kita.
[Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands) **mempengerusikan Mesyuarat****] Jadi, ini yang saya mohon supaya semakan terhadap subsidi harga khususnya dan kalau boleh subsidi harga padi kalau boleh kepada subsidi harga padi itu sendiri.
Kemudian, saya hendak tanya tentang laporan menyatakan bahawa LPP sekarang ini telah pun mengeluarkan satu pekeliling untuk membolehkan kumpulan-kumpulan pengurusan tertinggi, pengurusan profesional ini ditanggung pembiayaan yuran Kelab Golf mereka sehingga RM4,000 menggunakan dana daripada LPP. Sedangkan, bagi saya ini sesuatu yang tidak sewajarnya.
Apabila dana LPP Pak Tani peladang ini digunakan hanya untuk satu jenis sukan golf yang tidak mendatangkan manfaat kepada kelompok Pak Tani dan peladang- peladang. Mereka main golf juga, mereka bawa tajak, pergi ke bendang dan sebagainya untuk membersihkan sawah padi mereka ataupun kebun mereka dan sebagainya.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Akan tetapi dalam konteks pengurusan tertinggi tiba-tiba keluar pekeliling untuk membenarkan supaya pegawai-pegawai yang di peringkat pengurusan tertinggi dan profesional ini boleh claim sepanjang perkhidmatan mereka untuk menyertai kelab golf ini RM4,000. Jadi, saya minta supaya kerajaan menjelaskan kepada saya berapakah jumlah yang telah pun diguna untuk pembiayaan ini untuk kita dapat telus dengan ahli-ahli kepada Lembaga Pertubuhan Peladang itu sendiri.
Kemudian, soal isu integriti. Soal integriti. Dalam waktu Kerajaan PH kita telah pun menubuhkan satu Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Perolehan Kewangan Kerajaan (JKS) di bawah Jabatan Perdana Menteri dalam tahun 2018. Saya telah pun
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
difahamkan daripada satu jawapan pada Disember yang lalu bahawa jawatankuasa ini telah pun telah ditamatkan, tidak disambung, mereka telah pun berakhir, jawatankuasa ini tempohnya telah berakhir dan tidak disambung semula sedangkan JKS ini telah pun mengenal pasti 39 kes perolehan tadbir urus dan kewangan kerajaan untuk siasatan.
Siasatan berkaitan melibatkan lapan kementerian dan secara keseluruhannya jumlah siasatan telah dibuat berdasarkan kepada kementerian adalah seperti berikut.
Kementerian Pertahanan – 26 siasatan. Ini di bawah Tan Sri Ambrin Buang. Kementerian Pengangkutan Malaysia – dua siasatan, Kementerian Pendidikan Malaysia – empat siasatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan – satu siasatan, Kementerian Alam Sekitar dan Air – satu siasatan, Kementerian Kesihatan – dua siasatan, Kementerian Dalam Negeri – satu siasatan, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli – satu siasatan, dan Kementerian Sumber Manusia – satu siasatan.
Jadi, saya hendak tahu bahawa apakah hasil siasatan itu? Apakah penemuan- penemuan siasatan itu dan apakah cadangan-cadangan yang telah pun dibuat oleh jawatankuasa ini kepada kementerian dan apakah langkah-langkah yang telah pun diambil untuk memberikan jawapan yang sepatutnya kepada jawatankuasa ini? Saya hendak tanya bahawa kenapa jawatankuasa ini ditamatkan tempoh dan tidak disambung semula sedangkan ia sangat memberikan faedah yang besar untuk memastikan satu pemantauan terhadap pengurusan perolehan kewangan yang telah pun dijalankan di dalam setiap kementerian.
Kemudian akhir sekali yang saya hendak sebut ialah berkaitan dengan gaji sektor awam. Gaji sektor awam. Saya melihat bahawa soal gaji sektor awam ini perlu diberikan perhatian oleh pihak kerajaan kerana ada lebih daripada jawapan yang diberikan kepada saya lebih daripada 600,000 orang gaji mereka ini di bawah paras kemiskinan, di bawah paras pendapatan kemiskinan. Sudah tentu ini akan menyebabkan satu keadaan yang tidak baik kepada sektor awam dan mereka harus diberikan perhatian yang serius oleh pihak kerajaan.
Ini kerana bagi saya bahawa macam mana kita hendak capai seperti pernah yang saya sebut dalam Dewan ini sebelum ini, bagaimana kita hendak capai apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam RMKe-12 iaitu pendapatan isi rumah sebanyak RM10,000.
Kalau gaji sektor perkhidmatan awam ini ada lagi 600,000 orang yang gaji mereka itu di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Jadi, macam mana mereka hendak capai kalau satu isi rumah itu hanya seorang ataupun dua orang sahaja bekerja. Jadi, perlu kepada sampai empat ataupun lima orang dalam isi rumah itu gaji RM2,500 baru mereka boleh capai untuk pendapatan isi rumah sebanyak RM10,000.
Jadi, saya mohon supaya pihak kerajaan dapat memberikan ataupun membuat satu semakan semula terhadap persoalan gaji ini, soal pendapatan ini. Jangan di waktu mereka sedang bekerja mereka sudah pun berada dalam keadaan yang sangat menekan kehidupan mereka. Jadi, itulah yang saya minta supaya pihak kerajaan dapat memberikan satu penjelasan yang serius supaya kita dapat memastikan apa yang telah pun dititahkan oleh Kebawah Duli Tuanku Yang di-Pertuan Agong itu akan dapat diberikan perhatian. Ia bukan satu bahan hanya untuk dikupas atau untuk dibahaskan di Dewan yang mulia ini tetapi tiada tindakan yang dibuat oleh pihak kerajaan.
Kita tidak mahu mereka berikrar. Hari ini masing-masing hendak tunjuk Tuan Yang di-Pertua, masing-masing hendak tunjuk hero lawan rasuah, hero lawan rasuah. Yang Berhormat Pekan mari sini pun hendak tunjuk katakan dia hero lawan rasuah sedangkan kita tahu mahkamah telah pun menjatuhkan hukuman kepada dia. Yang Berhormat Pagoh pun minta calon-calonnya di Johor ikrar anti-rasuah sedangkan dia dapat menjadi Perdana Menteri melalui skim opting. Apakah kita hendak nafikan skim opting ini juga adalah bukan merupakan rasuah?
Maka sudah tentu kita harus akui bahawa skim opting ini juga adalah sebahagian daripada unsur rasuah. Jadi, kadang-kadang rakyat dan naik muak ikrar hendak lawan rasuah tetapi mereka inilah merupakan pelopor kepada rasuah. Yang Berhormat Pagoh
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
merupakan pelopor kepada skim opting dan dalam negara kita ini yang akhirnya membawa kucar-kacir politik negara kita sampai pada hari ini. Sekian, terima kasih.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Dipersilakan Yang Berhormat Machang.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas ruangan yang diberikan untuk saya turut sama membahaskan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari Isnin lepas. Jelas Tuan Yang di-Pertua, Yang di-Pertuan Agong bertitah agar pihak kerajaan mengambil langkah untuk memastikan jurang antara kawasan bandar dan luar bandar ini dapat segera diatasi.
Kalau kita bercakap soal jurang antara bandar dengan luar bandar ini Tuan Yang di-Pertua, jelas kepada kita ia tidak hanya tertumpu kepada satu atau dua perkara tetapi keterangkumannya amat luas seperti yang saya hendak bangkitkan beberapa perkara di sini ialah termasuklah daripada segi bidang ekonomi, pendidikan dan kemudahan capaian internet sesuai dengan zaman dunia yang penuh dengan cabaran dunia digital pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan data ekonomi tahun 2020, pendapatan penengah rakyat Malaysia adalah sebanyak RM3,828 bagi mereka yang menetap di luar bandar. Contohnya bagi Daerah Machang, pencapaian penengah adalah sebanyak RM3,708 iaitu masih kurang RM120 berbanding pendapatan penengah keseluruhan rakyat luar bandar dalam negara yang lain. Oleh sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, perkara ini mesti dilihat oleh pihak kerajaan secara serius.
Semenjak kita merdeka, sudah hendak hampir 65 tahun usaha ini berterusan.
Akan tetapi apa yang kita dapati bahawasanya ia seperti suatu perkara yang tidak ada kesudahannya. Maka bagi kita usaha kerajaan ini perlu dipertingkatkan untuk memastikan jurang ini dapat dirapatkan dalam kadar yang segera memandangkan kepada keadaan hari ini kesempitan hidup, kos sara hidup dan pelbagai perkara yang ditanggung oleh rakyat dan masyarakat di luar bandar ini bebanannya semakin meningkat daripada sehari ke sehari.
Tuan Yang di-Pertua, ini melambangkan kedudukan pendapatan rakyat yang masih belum mencapai standard nasional. Kalau saya ambil contoh di negeri Kelantan, masih berada di tempat pertama dalam kemiskinan mutlak yakni sebanyak 12.4 peratus.
Ini bukan sahaja berdasarkan kepada penilaian ekonomi tetapi perkara-perkara lain jelas menunjukkan bahawasanya negeri Kelantan ini masih tertinggal agak jauh berbanding dengan negeri-negeri di Pantai Barat. Sedangkan dalam masa yang sama, kita melihat bahawasanya kepentingan kedudukan negeri Kelantan dan rakyat negeri Kelantan adalah menjadi suatu perkara yang perlu diberi perhatian, Tuan Yang di-Pertua.
Oleh sebab itulah saya ingin meminta pihak kerajaan, di dalam usaha menarik pelabur-pelabur asing masuk ke dalam negara ini supaya melihat juga Kelantan ini sebagai salah satu tempat dijadikan destinasi pelaburan dengan mengalihkan sedikit pandangan ke negeri Kelantan supaya dengan cara ini juga kita di Kelantan ini dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Penghijrahan anak-anak muda belia dari negeri Kelantan ke bandar-bandar besar di negeri-negeri pantai barat ini jelas begitu ketara. Kalau kita lihat setiap perayaan Tuan Yang di-Pertua, perayaan seperti Hari Raya, cuti sekolah dan Tahun Baru Cina maka kesesakan antara Pantai Barat dan Pantai Timur khususnya di negeri Kelantan ini begitu jelas. Ini menunjukkan bahawasanya penghijrahan, kekurangan peluang pekerjaan di negeri Kelantan ini begitu ketara dan kita minta supaya pihak Kerajaan Pusat juga membantu dalam perkara ini.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Begitu juga dalam soal kemudahan capaian internet Tuan Yang di-Pertua. Di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), sebanyak RM700 juta telah diperuntukkan bagi meningkatkan fasiliti digital di Kelantan sehingga tahun 2022. Akan tetapi apa yang dapat kita lihat hari ini, capaian internet di kawasan luar bandar dan juga di kawasan separuh bandar di Kelantan itu banyak lagi yang tidak mendapat capaian internet. Lebih-lebih lagi apabila saat pandemik COVID-19 yang belum berakhir hari ini, kita tahu bahawasanya soal pendidikan memerlukan capaian internet ini.
Tuan Yang di-Pertua, kawasan luar bandar terutamanya. Apabila mereka belajar secara atas talian atau PdPR ini, ternyata murid-murid di kawasan luar bandar ini jelas kepada kita tercicir dalam soal ini. Perkara ini mesti dipandang serius juga oleh pihak kerajaan kerana walaupun pelbagai usaha dan daya telah dikemukakan oleh pihak kerajaan tetapi jelas bolehlah saya sifatkan ia masih gagal Tuan Yang di-Pertua.
Mengapakah saya berkata begitu? Ia sebab apabila kita memasuki kawasan-kawasan tertentu, bukan sahaja capaian Internet tetapi line telefon pun tidak ada.
Oleh sebab itu, pihak telco sendiri perlu melihat perkara ini. Kita tahu mereka mempunyai satu rangkaian perniagaan yang besar, untungnya sampai berbilion tetapi soal CSR, perkara-perkara begini nampaknya diketepikan. Kalau begitu bagi saya, pihak kerajaan mesti melihat dan mengkaji balik tentang apa yang disumbangkan oleh syarikat- syarikat telco ini kepada masyarakat di luar bandar.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara yang saya hendak sebutkan di sini ialah berkenaan dengan pengeluaran KWSP i-Citra ini. Saya berpandangan kalau kita minta pihak kerajaan untuk mengkaji balik pengeluaran KWSP i-Citra ini, bukan bererti kita tidak menyokong kerajaan. Jangan kata kalau kita meminta kerajaan supaya mempertimbangkan untuk membolehkan rakyat mengeluarkan wang simpanan mereka daripada KWSP, seolah-olah kita tidak menyokong kerajaan yang ada pada hari ini. Ini adalah tuntutan daripada rakyat.
Kalau di kawasan saya Machang Tuan Yang di-Pertua, apabila saya turun ke kawasan, jelas mereka meminta supaya saya menyuarakan pandangan ini di Parlimen agar membolehkan mereka mengeluarkan simpanan mereka. Kita tahu dalam tiga tahun yang terakhir ini keadaan rakyat dibelenggu oleh kesempitan kehidupan. Ada di kalangan mereka yang sudah pun berhutang. Ada di kalangan mereka yang sampai bergolok dan bergadai kerana hendak meneruskan kehidupan.
Kita bercakap Tuan Yang di-Pertua, soal masa depan. Simpanan untuk masa depan. Bagaimana kita hendak memikirkan masa depan kalau hari ini pun kita berada dalam keadaan kesusahan? Maka bagi saya, kita mesti melihat dan mengkaji balik pihak kerajaan supaya memberi kebenaran kepada rakyat untuk mengeluarkan simpanan mereka kerana mereka berada dalam keadaan yang cukup terdesak sekarang ini.
Ada yang keretanya terpaksa serah balik kerana tidak mampu hendak bayar instalment. Ada yang terpaksa keluar dari rumah kerana tidak mampu untuk membayar sewa. Yang telah diberhentikan kerja setahun dua yang lepas masih lagi tidak mempunyai pekerjaan. Maka untuk meneruskan kehidupan ini, mungkin walaupun sedikit duit yang mereka keluarkan, boleh mereka menggunakan untuk perniagaan secara kecil-kecilan.
Tuan Yang di-Pertua, saya sempat mendengar tadi banyak ucapan daripada Ahli- ahli Yang Berhormat, rakan-rakan kita di dalam Dewan yang mulia ini. Akan tetapi sebahagiannya seolah-olah jelas kepada kita menjurus kepada mencari sokongan, meraih sokongan dalam pilihan raya negeri di Johor ini. Macam-macam yang diperkatakan, seolah-olah itu tidak kena, ini tidak kena sedangkan antara perkara-perkara yang dibangkitkan oleh sebahagian daripada Ahli-ahli Parlimen ini kadang-kadang adapun yang tidak berasas.
Bagi saya, sudah-sudahlah Tuan Yang di-Pertua. Ada yang mengatakan Ahli Parlimen Pagoh contoh sekejap tadi, mengatakan bahawasanya rakyat menyesal memilih Barisan Nasional. Rakyat tersilap memilih Barisan Nasional dalam pilihan raya umum yang lepas, akhirnya kekalahan Barisan Nasional. Akan tetapi hari ini apa yang kita lihat Tuan Yang di-Pertua, rakyat sudah merasakan kehilangan Barisan Nasional. Oleh sebab
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
itulah di dalam pilihan raya kecil sejak akhir-akhir ini, Barisan Nasional menang di dalam pilihan raya kecil, menang di Melaka.
Saya rasa insya-Allah rakyat di Johor juga akan kembali memilih Barisan Nasional. Walau apa yang hendak diperkatakan, biarlah kita serahkan kepada rakyat.
Tidak perlulah kita meraih sokongan melalui cara menggunakan Dewan yang mulia ini untuk melemparkan tuduhan dan tohmahan kepada mana-mana pihak.
Oleh sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan yang ringkas ini saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Bera. Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 yang lepas, kita sudah ada tiga orang Perdana Menteri. Selepas pilihan raya keempat belas, tempoh yang singkat, kita ada tiga orang Perdana Menteri. Bagi saya Tuan Yang di-Pertua, berbanding dengan dua orang Perdana Menteri yang lepas, saya menganggap bahawasanya Ahli Parlimen Bera adalah antara Perdana Menteri yang terbaik yang kita ada pada hari ini.
Jelas kepada kita Tuan Yang di-Pertua. Walaupun pihak pembangkang bersetuju untuk membuat suatu perjanjian persefahaman terus menyokong sehingga Julai ini tetapi atas kebaikan dan keprihatinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah juga melayani mereka, memberikan peruntukan dengan baik, bukan sahaja diasaskan oleh kerana sokongan yang diberikan sehingga Julai.
Oleh sebab itu, saya menyeru kepada Dewan yang mulia pada hari ini dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, walaupun andai kata pihak pembangkang sudah menghentikan perjanjian persefahaman ini, maka peruntukan yang diberikan kepada pembangkang, saya mencadangkan agar diteruskan kerana kita mesti melayan rakyat secara adil dan sama rata. Tidak kira sama ada pembangkang ataupun pihak kerajaan, patut beri peruntukan, kita bagilah kerana di mana sahaja berada, mereka adalah juga rakyat Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyebut dua perkara lagi di kesempatan masa dua minit lagi iaitu di kawasan Machang. Soal pengairan bagi tanaman padi di Machang ini.
Machang juga merupakan – terdapat kawasan luar jelapang yang agak luas tetapi masalahnya ialah pengairan. Sebahagian dari kawasan luar jelapang ini tidak mempunyai pengairan yang cukup untuk membolehkan padi ditanam dua kali setahun. Bercakap soal food security ini, maka saya meminta supaya pihak kerajaan dan pihak kementerian untuk membuat kajian yang lebih menyeluruh kerana kita sayang kawasan yang subur tetapi padi tidak dapat ditanam.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, soal pekerja asing di sektor perladangan ini.
Hari ini kita lihat bahawasanya harga sawit begitu tinggi. Tidak pernah pun capai sehingga 8,000 CPO, minyak sawit mentah sehingga 8,000 tidak pernah berlaku dalam sejarah.
Akan tetapi hari ini kita tahu bahawasanya kita kekurangan tenaga-tenaga buruh yang bekerja di sektor perladangan ini.
Saya memohon pihak kerajaan agar mempertimbangkan segera agar sektor perladangan buruh di sektor perladangan ini diberi keutamaan dan diberi peluang kemasukan tenaga-tenaga buruh ini kerana kita tahu bahawasanya walaupun sawit harga tinggi tetapi banyak di kalangan pengusaha ladang, GLC dan syarikat-syarikat besar yang tidak dapat mengutip hasil sawit mereka kerana kekurangan pekerja. Perkara ini perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Ini disebabkan bukan sahaja GLC rugi, pemilik-pemilik ladang rugi dan juga syarikat-syarikat besar ini rugi tetapi kerajaan juga mengalami kerugian yang besar hasil daripada tidak dapat mengutip windfall tax yang begitu besar. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih banyak-banyak atas ruangan masa yang telah diberikan kali ini. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Machang. Dipersilakan Yang Berhormat Putatan.
Tuan Awang Husaini bin Sahari - Putatan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada Putatan membahaskan titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Putatan menjunjung kasih atas Titah Ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia yang amat prihatin terhadap pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.
Izinkan saya pada pembuka tirai ini dengan menyentuh tentang tadbir urus PETRONAS dan penyeliaannya dari sudut kaca mata antarabangsa. Memang tidak dapat dinafikan bahawa syarikat konglomerat negara iaitu PETRONAS ini telah mencapai satu kejayaan yang tinggi di peringkat nasional dan juga di peringkat antarabangsa.
Walau bagaimanapun, terdapat sebuah entiti iaitu Extractive Industries Transparency Initiative (EITI) yang dianggotai oleh 56 buah negara pengeluar minyak, gas dan sumber asli dari seluruh dunia. Indonesia, Philippines dan Myanmar adalah antara negara ASEAN yang menganggotai badan penyelia antarabangsa.
Standard EITI ini adalah untuk mengawal selia negara-negara dan firma-firma pengeluar minyak untuk memperincikan operasi mereka dan untuk disclose segala maklumat tentang tadbir urus sumber ini terutama daripada segi aspek pengeluaran, revenue collection, kontrak dan pelesenan, jumlah yang diperuntukkan untuk pembangunan sosioekonomi rakyat bagi tiap-tiap negara tersebut.
Atau dengan kata lain dengan maaf, “Extractive Industries Transparency Initiative is a the global standard to promote the open and accountable management of oil, gas and mineral resources”. Untuk rekod, terdapat beberapa penyelewengan daripada beberapa buah firma cari gali minyak antarabangsa seperti Exxon dan Chevron yang di negara- negara yang tidak menganggotai EITI ini, maka apabila mereka gagal untuk melampirkan butiran cukai-cukai dan lain-lain bayaran kepada kerajaan tertentu.
Persoalan saya ialah kenapakah Malaysia tidak menganggotai EITI ini agar sumber minyak negara ini dapat dikawal selia oleh satu entiti antarabangsa dengan lebih berkesan? Secara kebetulan pula, di negara kita ini, PETRONAS selaku syarikat minyak negara cuma bertanggungjawab terus kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan bukannya di Parlimen.
Oleh itu, laporan-laporan dan juga tadbir urus daripada PETRONAS ini cuma dapat diselia terus kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang bertanggungjawab berdasarkan kepada Development Acts 1974. Ia sudah tentunya sesuatu jawapan yang tidak begitu digemari oleh rakyat. Oleh itu, persoalannya sekali lagi saya mengatakan di sini, adakah kiranya kerajaan berkira untuk menganggotai entiti antarabangsa ini?
Tuan Yang di-Pertua, persoalan tidakkah ada hasrat kerajaan untuk meminda Akta PETRONAS agar PETRONAS bukan sahaja answerable to– answerable kepada Parlimen di bawah PAC tetapi juga kepada kedua-dua badan ini. Selaras itu, Putatan juga ingin bertanyakan tentang kewujudan Malaysia Petroleum Trust Fund yang mana pada suatu ketika dulu pernah ditubuhkan.
Jikalau kita lihat di negara-negara pengeluar minyak yang utama di dunia seperti Norway, mereka ada satu trust fund yang dikenali sebagai Norway Trust Fund. Begitu juga di negara-negara pengeluar seperti UEA, mereka mempunyai syarikat-syarikat trust fund untuk memastikan rakyat di negara tersebut dapat menikmati hasil daripada minyak ini.
Saya berharap Yang Berhormat Menteri berkenaan dapat menjelaskan kepada Dewan yang mulia ini tentang perkembangan Malaysia Petroleum Trust Fund sebagaimana yang pernah dinyatakan pada suatu ketika dahulu.
Tuan Yang di-Pertua, saya seterusnya menyentuh tentang French Arbitration Court pada awal Mac ini yang mengarahkan Malaysia untuk membayar USD19.9 bilion kepada pewaris Sultan Sulu ekoran daripada Perjanjian 1878. Ini berlaku apabila Malaysia menghentikan bayaran cession sejak tahun 2013. Malaysia ialah antara negara 167 buah negara signatory kepada New York Convention dan keputusan Arbitration ini adalah enforceable kecuali Malaysia mencabar keputusan ini di France.
Tuan Awang Husaini bin Sahari - Putatan
Tuan Yang di-Pertua, semenjak Sabah menubuhkan Malaysia bersama-sama Sarawak dan juga Semenanjung Tanah Melayu, faktor utama penubuhan ini dan faktor utama yang mendorong kepada Sabah mengambil langkah ini adalah faktor keselamatan.
Sejak berpuluh-puluh tahun dari tahun 1963, semenjak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia yang pertama hinggalah sekarang ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Kesembilan, masalah tentang tuntutan-tuntutan dari Filipina ini tidak ada kesudahan.
Apa yang saya lihat, terdapat dua tuntutan yang berbeza Tuan Yang di-Pertua.
Pertama, tuntutan yang direct daripada Manila. Tuntutan ini adalah tuntutan kepada perluasan wilayah hinggalah merangkumi wilayah Sabah. Tuntutan ini ada berbeza sedikit kerana tuntutan ini adalah daripada pewaris Sultan Sulu ekoran daripada perjanjian yang telah ditandatangani pada tahun 1878.
Isu ini adalah bukan sahaja isu negeri Sabah tetapi adalah isu nasional dan kita berharap terutama sekali rakyat di Sabah agar Kerajaan Malaysia dapat mengambil sesuatu langkah yang konkrit agar masalah ini dapat diselesaikan once and for all. Keputusan ini juga Tuan Yang di-Pertua bertentangan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada tahun 2020 yang menyebelahi Kerajaan Malaysia yang mengatakan tidak ada bind agreement dan pewaris sultan tersebut. Perkembangan ini amatlah dikesali. Rakyat Malaysia menunggu tindakan kerajaan dan Wisma Putra agar isu ini diselesaikan dengan segera selepas memakan masa berpuluh-puluh tahun.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya menjunjung kasih kepada Titah Tuanku agar penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri hendaklah dilaksanakan secara berterusan dan mapan. Di Dewan yang mulia ini, kita mendengar keluhan daripada begitu ramai Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak di mana tidak ada penyelarasan yang kita lihat dalam hubungan antara federalism dengan state. Memang kita akui bahawa Malaysia ini adalah sebuah negara federalism. Akan tetapi, sebagai contoh, tentang belanjawan yang dibentangkan setiap tahun di Dewan yang mulia ini.
Tahun demi tahun, keluhan daripada rakyat Sabah dan Sarawak tidak henti-henti.
Kenapakah Putatan berkata demikian? Ini kerana tahun demi tahun, belanjawan yang diterima oleh Sabah dan Sarawak itu dianggap terlalu sedikit jika dibandingkan dengan belanjawan-belanjawan yang diterima dari wilayah yang lain.
Apa yang saya lihat di sini ialah apabila Kerajaan Negeri Sabah menghantarkan permohonan peruntukan untuk dibentangkan dalam belanjawan tiap-tiap tahun tetapi pembentangan itu cuma berakhir di satu pihak. Katakanlah Kerajaan Sabah dan Sarawak menghantar satu belanjawan yang diperakui sebanyak RM10 bilion. Akan tetapi apabila Kerajaan Persekutuan cuma memberikan RM4.9 bilion, setakat itu sahaja di mana tidak ada perundingan atau tidak ada apa-apa usaha untuk menjurus kepada perundingan yang sepatutnya.
Tuan Awang Husaini bin Sahari - Putatan
Bagi saya ini adalah satu bentuk— kerajaan yang berbentuk unitary. Selagi kerajaan ini berbentuk unitary, selagi itulah proses-proses yang kita lalui sejak beberapa tahun yang lalu, ia tidak akan henti-henti dan sejak— dan ketidakpuasan hati daripada rakyat Sabah dan Sarawak itu akan berterusan.
Selaras dengan pindaan perlembagaan yang telah diputuskan di Dewan yang mulia ini pada beberapa bulan yang lalu, Putatan berharap agar pindaan Perlembagaan yang meletakkan semula Sabah dan Sarawak itu ke tempat asalnya dapat merungkaikan kembali agar unitary system ini dapat dihapuskan dan kembalikanlah sistem federalisme yang sebenarnya.
Tuan Yang di-Pertua, saya meneruskan dengan agenda yang lain yang menyentuh sedikit tentang unilateral conversion di negara ini. Putatan senada dengan beberapa Ahli Parlimen yang lain seperti Yang Berhormat Padang Rengas dan juga Yang Berhormat Pengerang. Bagi saya, Islam itu adalah agama yang adil dan adalah tidak adil jika salah seorang ibu bapa menukar nama agama anak mereka yang di bawah penjagaan mereka tanpa persetujuan kedua-dua ibu bapa.
Tuan Awang Husaini bin Sahari - Putatan
Seterusnya, saya beralih kepada kawasan saya. Pada persidangan Parlimen tahun 2018, saya telah memohon untuk mendapatkan peruntukan pembinaan bagi stadium daerah di kawasan Putatan. Permohonan saya itu telah pun diluluskan dan pada tahun 2019, saya telah difahamkan oleh Jabatan Belia dan Sukan bahawa semua drawing dan juga bentuk-bentuk asas telah pun disediakan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan, apakah status terakhir pada tahun ini? Saya berharap agar tidak ada kelewatan kerana saya masih ingat peruntukan yang disalurkan dan diluluskan pada tahun 2018 tersebut ialah RM8.8 juta. Itu sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menjunjung kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Putatan. Dipersilakan, Yang Berhormat Puchong.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya juga ruang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan ini. Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang kita semua sedia maklum, Malaysia adalah sebuah negara di mana kita ada sistem demokrasi dan dalam sistem ini kita ada seorang peguam yang menasihatkan Kerajaan Malaysia. Beliau juga adalah seorang yang melaksanakan fungsi sebagai Pendakwa Raya.
Orang itu Tuan Yang di-Pertua, adalah Peguam Negara kita dan beliau diberikan kuasa di bawah Artikel 145, Perlembagaan Persekutuan, buat tujuan-tujuan tertentu, khususnya berkaitan dengan membuat keputusan selepas adanya siasatan dan sekiranya perlu, untuk ada pendakwaan dalam kes-kes tertentu. Jawatan ini sangat penting, Tuan Yang di-Pertua dan kita semua lihat bagaimana keputusan seseorang itu, apabila dibuat tidak atau pun hampir tidak dapat dicabar oleh mana-mana pihak dan kita perlu terima keputusan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, kita dalam satu keadaan yang agak aneh kerana saya dimaklumkan bahawa pada masa ini soal berkenaan dengan siapa yang menjadi Peguam Negara di Malaysia adalah soal yang terbuka. In other words, it would appear that in this point in time we do not have an Attorney-General. Saya hendak minta kepada kerajaan untuk memberikan penjelasan sebenarnya apa telah berlaku?
Kita sebelum daripada ini, ada Peguam Negara, Tan Sri Dato’ Sri Idrus bin Azizan @ Harun dan kita lihat, apa yang disebut sebagai perkhidmatan dia telah pun tamat.
Walaupun begitu, tidak ada sebarang berita yang kita terima berkaitan dengan siapakah yang dilantik untuk menggantikan beliau atau pun sekiranya beliau telah pun dilanjutkan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara.
Tuan Yang di-Pertua, ini sangat penting kerana kita lihat banyak kes besar yang sedang berlangsung di mana ada pendakwaan, kes-kes yang telah pun menarik perhatian bukan sahaja mereka di rantau ini tetapi juga di seluruh dunia. Berkaitan dengan kes-kes tertentu, adakah lantikan atau pun tidak- lantikan Peguam Negara ini akan mempunyai kesan terhadap kes-kes tersebut?
Tuan Yang di-Pertua, saya juga di situ atau pun berkenaan dengan topik ini, hendak menyatakan bahawa kita lihat Jabatan Peguam Negara baru-baru ini. Banyak perkara yang berlaku tetapi kita lihat bagaimana sunyi sepi, tidak ada sebarang penjelasan diberikan. Keputusan-keputusan dibuat dalam siasatan-siasatan tertentu. Baru-baru ini disebut atau pun diumumkan bahawa kes melibatkan Yang Berhormat Pagoh umpamanya, dia kata tidak ada kes. Itu adalah hasil daripada jawapan di dalam Dewan yang mulia ini tetapi tidak ada alasan diberikan. Bagaimana kalau ada laporan siasatan dilaksanakan, kemudian dia kata tidak ada kes? Begitu sahaja.
Jadi kita hendak tahu, adakah peranan Peguam Negara tidak juga termasuk perlu untuk memberikan penjelasan bila ada masa sistem perundangan diungkit, orang tanya soalan berkenaan dengan kes-kes tertentu, ada isu-isu perundangan yang berbangkit, tidakkah ada sebarang tanggungjawab dalam peranan Peguam Negara untuk keluar dan beri penjelasan tersebut?Ini saya rasa cukup basic. Kita ambil satu kes sebagai contoh.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Baru-baru ini, ada berita berkaitan dengan tuntutan Sultan Sulu terhadap negara kita dan ramai yang memberikan pendapat-pendapat yang berbeza. Tuan Yang di-Pertua, jumlah dia bukan kecil. Jumlah dia cukup besar. Saya baca mencecah RM65 bilion. Dalam keadaan tersebut, kenapa tidak ada sebarang penjelasan atau pun statement yang dikeluarkan oleh pihak atau pun Jabatan Peguam Negara? Takkan kita ada Peguam Negara yang duduk dan tidak memberi sebarang penjelasan? Kes itu tidak diwakili pihak dari Malaysia. Kita hendak tahu kenapa.
Kemudian, sekarang ada keputusan ini, siapa yang akan tanggung? Bagaimana akan ditanggung? Apakah tindakan seterusnya? Adakah perlunya kita sebagai rakyat Malaysia menerima begitu sahaja suatu keputusan? Apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan? Ini perkara-perkara yang saya rasa ada peranan Peguam Negara. Beliau harus bersuara dalam keadaan-keadaan sedemikian.
Jadi kita lihat, Tuan Yang di-Pertua, peranan Peguam Negara sangat penting dalam kes-kes ini. Kes-kes di mana pertuduhan-pertuduhan ditarik balik, misalnya. Ada penama-penama yang telah pun dituduh. Dituduh, dibawa ke mahkamah, kemudian ia ditarik balik. Bukankah Peguam Negara seharusnya memberi satu penjelasan kenapa.
Kalau ada asas dalam representasi dan sebagainya, kita kena jawab.
Kita kena beri tanggungjawab. Kes yang berlaku melibatkan suami Tan Sri Dr.
Zeti Akhtar Aziz, misal katanya. Ramai yang tanya soalan hari ini. Kenapa tidak ada tindakan dan sebagainya? Ini satu perkara yang harus dijawab oleh Peguam Negara, tetapi tidak ada jawapan. Sunyi sepi, kenapa?
Pada saya, kalau ada kes, kalau ada aduan dibuat, perlu ada siasatan, kita siasat.
Jangan kita ada keadaan di mana kita hendak mempersalahkan pihak-pihak tertentu.
Saya baca ada kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri, dia kata oleh sebab MCO pihak polis tidak boleh pergi ke Singapura. Tuan Yang di-Pertua, you have experience yourself. That cannot be. Tidak perlu untuk kita memberhentikan siasatan kerana ada MCO.
Bukan sahaja itu Tuan Yang di-Pertua, saya baca, saya lihat banyak daripada wakil-wakil atau pegawai kerajaan yang pergi ke Singapura ada ruang untuk kita ini meneruskan dengan siasatan. Lagipun kalau kita lihat, Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat pada Singapore, Singapore itu ada polis sendiri. Kalau kita perlu bantuan, maka bantuan itu perlu kita pohon daripada polis di sana. Mereka ada jurisdiction di situ. Bukan pihak polis dari sini kita pergi ke Singapura dan terus kita pergi ketuk pintu orang dan ambil statement. It doesn’t work that way. Saya lihat bagaimana kita ada kenyataan daripada IGP yang dahulu, Tan Sri Musa bin Tan Sri Hj. Hassan. Beliau kata ini alasan sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, kita tidak boleh ada keadaan sedemikian. Apabila kita lihat kes-kes begini tidak ada sebarang respons daripada Peguam Negara, kemudian kita ada ulasan atau pun kita ada statement, komen daripada bekas IGP, ramai pegawai polis yang juga tanya soalan itu. Saya rasa ini satu perkara yang Yang Berhormat Menteri perlu memberi penjelasan. Kenapa kita ada Peguam Negara yang langsung tidak memberi sebarang penjelasan berkenaan dengan apa jua kes? Ini saya rasa cukup penting.
Yang Berhormat Bukit Gelugor ada bangkitkan tadi, berkaitan dengan isu Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC). Baru-baru ini, Tuan Yang di-Pertua, ada satu aduan yang dibuat. Saya bangkitkan juga di dalam Dewan yang mulia ini, berkenaan dengan pihak atau pun anggota polis yang telah pun dikatakan mewujudkan satu kartel di dalam PDRM. Jadi, perkara itu dibawa ke EAIC dan saya tengok ada berita dikeluarkan di mana EAIC mengatakan bahawa tidak ada asas untuk kita terima apa yang disebut dalam aduan tersebut.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Ini apa yang dibaca dengan izin Tuan Yang di-Pertua, “EAIC could not confirm ex- IGP’s allegation of cartel in the police force”. Ini apa yang disebut. Kemudian, esok harinya kita ada kenyataan balas daripada Tan Sri Abdul Hamid Bador yang membuat aduan itu pada masa itu beliau kata, “EAIC findings on alleged police cartel ‘shallow and incorrect’”.
We can’t leave it hanging like this, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Kita tidak boleh ada keadaan di mana pegawai-pegawai yang paling tinggi di dalam kerajaan ataupun di dalam sistem siasatan polis atau SPRM, bila ada aduan dibuat atau aduan terhadap mereka ini, di mana Peguam Negara? Peguam Negara perlu memberikan penjelasan. Adakah apa yang disebut sebagai findings ini betul? Saya hendak tahu, adakah Tan Sri Abdul Hamid Bador dipanggil sebagai saksi? Adakah EAIC ini minta daripada beliau untuk memberi kenyataan, kemudian siasat dan sebagainya?
We need to know this. Kemudian yang lebih penting kepada saya, kalau kita lihat kepada apa yang disebut oleh EAIC ini Tuan Yang di-Pertua, dia kata begini, “EAIC Chairman, Tan Sri Mohd Sidek Hassan said, however, the commission found support for allegations that some police officers were involved with criminal syndicate based on witnesses’ testimony and documents obtained by EAIC”. Maknanya memang benarlah apabila ada siasatan, commission menjumpai ada keterangan yang menunjukkan bahawa ada pihak-pihak polis yang tertentu yang terlibat dalam apa yang disebut sebagai sindiket jenayah ini.
Seterusnya, “He added that the commission’s findings have been submitted to Chief Secretary to the Government, Tan Sri Mohd Zuki Ali”. Saya hendak tanya, kita buat siasatan, siasatan menunjukkan ada pihak-pihak yang terlibat dengan sindiket jenayah, kenapa laporan itu dihantar kepada Chief Secretary? Bukankah seharusnya perkara ini dilaporkan dan tindakan diambil oleh Jabatan Peguam Negara?
Inilah masalahnya Tuan Yang di-Pertua. Kita ada keadaan di mana pegawai- pegawai tertinggi membawa ke depan isu-isu yang melibatkan pihak polis atau badan siasatan yang berlainan, ia disiasat secara dalaman kerana kononnya perkara-perkara yang akan dibangkitkan itu adalah sensitif. But after that, there is no action. Apa berlaku?
Di sini saya ingin petik berkaitan dengan Tan Sri Azam Baki.
Tuan Yang di-Pertua, kita semua tahu soalan dibangkitkan berkaitan Tan Sri Azam Baki itu adalah soalan yang telah pun menarik perhatian umum. Di situ disebut bahawa laporan polis juga dibuat. Apa berlaku kepada laporan polis itu? Kenapa senyap?
Where is our AG? Kenapa tidak ada jawapan daripada beliau?
Kita lihat Perlembagaan Persekutuan sangat penting undang-undang itu. Beri kuasa kepada dia, tetapi hari ini ada AG atau tidak pun kita tidak tahu. Apa sudah jadi kepada kerajaan ini? Perdana Menteri kita kena jawab. This is not good governance. Bagaimana kita hendak berdiri di sini dan kita ini hendak support such a position. Itu suatu perkara yang harus dijawab oleh Perdana Menteri di dalam Dewan yang mulia ini, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, dalam keadaan yang sama Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini kita lihat ada kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pagoh. Beliau di dalam suatu acara di Johor telah pun membuat kenyataan dan beliau kata sebegini. Dalam laporan dia saya petik daripada Malay Mail bertarikh 19 Februari 2022. Ini judulnya, “Ex-PM Muhyiddin claims Malaysia’s finances wearing very thin, promises to reveal more in time”, Tuan Yang di-Pertua. Hari ini apa dia kata, “Malaysia is more financially troubled than what is being painted by the UMNO-led Federal Government, according to former Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin”. Dia tanya, “How long can we last? How long will our annual revenue be able to pay salaries and support our national development? Will we have enough money to support our huge pension payments?” Ini apa yang dibangkitkan oleh bukan sahaja Ahli Parlimen, tetapi seorang bekas Perdana Menteri. Beliau kata beliau ada access kepada dokumen-dokumen tertentu.
Apabila beliau menyatakan perkara itu, beliau kata dia akan exposed dokumen-dokumen dalam masa terdekat, “I will leak it in time the position of our national finances”. Tuan Yang di-Pertua, selepas daripada itu kita lihat bagaimana ada jawapan diberikan oleh Menteri Kewangan kita. Menteri Kewangan kita memang dia tidak setuju, dia kata, “I am confident that we can recover based on our plans and continueto draw investors to Malaysia”. Dalam masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, kita lihat laporan-laporan polis dibuat. Laporan-laporan polis dibuat terhadap Yang Berhormat Pagoh di mana dikatakan dokumen-dokumen yang diberikan kepada Yang Berhormat Pagoh itu adalah dokumen- dokumen yang diklasifikasikan sebagai dokumen sulit di bawah Official Secrets Act (OSA).
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Kita semua tahu ada dokumen-dokumen yang mungkin terklasifikasi di bawah undang- undang tersebut, tetapi ini bukan berkenaan dengan dokumen tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, kita hendak tahu fakta dia. Adakah apa yang disebut oleh Yang Berhormat dari Pagoh betul atau apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan kita betul? Both cannot be telling the truth. They are inconsistent, one is not true. Jadi, apa sudah berlaku? Kenapa Yang Berhormat Pagoh sekarang tidak berani hendak dedahkan perkara itu? Dedahkan dalam Parlimen, beritahu sebenarnya apakah maklumat yang sedia ada di dalam tangan beliau. Is this government lying to the people of Malaysia? Adakah satu pembohongan di hadapan kita yang perlu kita bongkarkan?
Pimpinan Ismail Sabri, Perdana Menteri kita sekarang, adakah mereka tidak membawa apa yang benar kepada rakyat Malaysia di mana keadaan ekonomi kita sangat teruk sekarang? Walaupun ekonomi sangat teruk, masih boleh kerajaan kita membuat keputusan untuk mengadakan pilihan raya-pilihan raya negeri. Jadi saya di sini minta kerajaan kita, Perdana Menteri kena ikhlas. *Come to the Dewan, answer this question.
Number one*, adakah kita mempunyai seorang Peguam Negara sekarang?
Siapakah beliau? Kedua, adakah beliau mempunyai tanggungjawab untuk memberikan respons-respons, penjelasan-penjelasan apabila isu-isu undang-undang berlaku? Apakah tindakan kerajaan terhadap tuntutan ataupun keputusan yang dibuat berkaitan dengan tuntutan Kesultanan Sulu seperti mana saya sebut tadi? Of course, the most important thing berkaitan dengan apa yang dibuat pendedahan bahawa keadaan ekonomi kita memang tenat. Saya hendak tahu, adakah ini benar dan apakah sebenarnya yang kita didedahkan di dalam dokumen-dokumen yang disebut dan dirujuk oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin itu? Kalau tidak ada kebenaran dalam keadaan itu, adakah tindakan akan diambil terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana beliau telah pun membuat pendedahan- pendedahan tersebut seperti mana dilaporkan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Saya mempersilakan Yang Berhormat Kapar.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk menyertai perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Saya ingin menyinggung satu perkara sahaja iaitu EPF. Seperti mana yang umum tahu bahawa EPF, objektifnya adalah untuk masa depan, hari tua dan perkara ini tidak boleh dikompromikan oleh mana-mana pihak kerana ia adalah untuk memastikan jaminan masa depan itu dapat diberikan kepada mereka yang terlibat dalam caruman EPF.
Pada tahun 2019, unjuran ataupun maklumat yang diterima sebanyak 7.57 juta pencarum yang mencarum dalam EPF dan 65 peratus purata simpanan adalah berjumlah pada tahun 2019, RM14,278 dan purata simpanan 24 peratus berjumlah RM22,176.
Kumpulan ini ialah kumpulan M40 ke bawah. Apa yang merunsingkan saya seperti mana yang Yang Berhormat Port Dickson maklumkan, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim dengan jelas menakutkan ialah apabila kalau diambil wang ini, ia akan menjurus kepada kemuflisan ataupun tidak berwang pencarum-pencarum yang akan lalui setelah mereka bersara dalam usia 60 tahun kerana purata 89 peratus daripada kumpulan ini ialah 50 tahun ke atas. Jadi, mengapa jadi begitu? Mengapa pencarum mendesak diberikan tabungan mereka sendiri untuk dikeluarkan supaya mereka boleh meneruskan penghidupan?
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Ini yang mengkhuatirkan kita. Secara rasionalnya, simpanan wang ini sepatutnya untuk hari tua tetapi tidak berlaku demikian. Kita dah maklum satu dunia, negara-negara yang berada di dalam dunia ini tidak berbuat demikian, mengizinkan simpanan tua itu diberikan kepada pekerja-pekerja ataupun pencarum-pencarum. Tetapi berbeza dengan Malaysia dan ia merunsingkan.
Pada tahun lepas, kita dah benarkan keluar RM10,000. Kalaulah sekiranya unjuran kalau RM14,000 yang berada dalam posisi tahun 2019 itu telah diambil
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
RM10,000, maka hasil daripada simpanan itu hanya berkisar lebih kurang RM5,000.
Kalau RM5,000 diambil, apa akan berlaku pada tabungan para pencarum ataupun pekerja tersebut? Jadi, kita hendak tahu kenapa boleh berlaku begitu.
Pertama, yang harus kita sedar atau tidak, disebabkan oleh terdesaknya pencarum itu untuk mengambil tabungan mereka ialah kerana kos sara hidup. Kos sara hidup ini tidak boleh kita nafikan bahawa ia melonjak luar biasa dan kegagalan demi kegagalan kerajaan ini yang mendesak kos sara hidup itu terpaksa ditanggung oleh pekerja atau pencarum-pencarum. Ini tidak boleh kita nafikan. Bila kita melihat daripada kos sara hidup yang melonjak keterlaluan ini berlaku kerana kegagalan kerajaan untuk merangka dan membuat dasar yang lebih memihak kepada pekerja yang terpaksa dilalui penghidupan dalam kepayahan. Oleh sebab itu pekerja mendesak. Saya melihat bahawa kerajaan tidak bersungguh-sungguh untuk memastikan bahawa pekerja-pekerja ini diberikan penumpuan untuk pembelaan.
Seterusnya, pekerja kehilangan pekerjaan yang berlaku dalam pandemik selama dua tahun ini dan dimaklumkan menghampiri satu juta. Walaupun kita ada Skim Insurans Pekerja (SIP) tetapi ia hanya berkisar dalam waktu tertentu iaitu enam bulan. Selepas situ, apa berlaku pada mereka? Ini tidak langsung ada inisiatif kerajaan untuk memastikan bahawa persambungan atau berterusan daripada faedah-faedah tersebut dapat diberikan kepada pekerja dalam proses untuk memberikan mereka keselesaan hidup. Seperti mana yang berlaku di Jerman yang tidak ada inisiatif tambahan, tidak ada cadangan daripada kerajaan untuk menambah atas hasil tabungan daripada SIP untuk membantu daripada mereka dalam kelompok atau kumpulan pekerja yang telah mereka lalui pembuangan yang tidak boleh sesiapa nafikan atas kesusahan yang mereka tanggung ini.
Perkara ketiga atas musabab ataupun di atas berlakunya COVID-19 ini telah menjuruskan banyak kesusahan dan kesengsaraan rakyat yang tidak boleh siapa nafikan, tetapi tidak ada dasar kerangka yang memberikan faedah-faedah itu kepada pekerja.
Tidak ada langsung. Inilah yang membuahkan hasil mereka yang menjadi pencarum dah tidak ada tempat mereka untuk berpaut. Mereka terpaksa mendesak supaya tabungan akhir hayat tugas mereka itu dapat berpaut. Ini yang berlaku. Akan tetapi, tidak ada langkah untuk memastikan mereka ini dapat diberikan pembelaan dan membantu sedikit sebanyak mereka yang dalam kesusahan dan kesengsaraan COVID-19.
Keempat, apabila berlakunya COVID-19, maka tiba-tiba kita dikejutkan dengan banjir yang luar biasa yang melanda negara. Tidak habis daripada berlakunya COVID- 19, tiba-tiba banjir telah memberikan kesan yang paling ketara kepada mangsa-mangsa banjir yang terpaksa dihidupkan semula dalam kehidupan mereka. Akan tetapi, tidak diambil langkah oleh kerajaan untuk membantu mereka seperti mana berlaku pada tahun 1971, menyediakan penambahbaikan kelengkapan perumahan dan sebagainya. Tidak berlaku begitu. Kenapa tidak berlaku? Kerana ketidakadaan kejujuran (sincerity) kerajaan, tidak ada perikemanusiaan daripada kerajaan untuk melihat kesusahan rakyat yang ditanggung oleh mereka yang terlibat banjir yang tidak ada tolok bandingnya kesusahan yang mereka lalui.
Nombor lima, atas barangan keperluan yang naik. Barang-barang ini kalau kita tengok, Tuan Yang di-Pertua, merumitkan. Telur itu, kalau tengok di Kedah itu pun, tidak ada supplier, tidak ada telur. Kenapa? Telur itu, tidak tahulah, telur itu menyorok dekat mana. Akan tetapi, dekat Kedah atau dekat mana-mana negeri, tidak ada telur untuk diberikan atau dijual kepada rakyat. Kerana apa? Dulu sepapan RM8. Sekarang dah naik RM12. Hendak demand RM17. Ini apa ini? Kita meletakkan harga nilai pada rakyat yang dahlah hidup sengsara, merana dan mereka ditekan dengan barangan harga naik yang luar biasa. Sampaikan 60 peratus kenaikan.
Ayam, tengok masa kita perintah 22 bulan. Saya hendak tegaskan kenyataannya.
Masa kita pegang, sekilo RM5.70, Tuan Yang di-Pertua. Sekarang ini dah melonjak hampir RM10. Bila kita jerit-jerit, dibuat kawalan harga RM8. Boleh pun kawalan harga RM8. Kenapa tidak boleh turunkan RM6 untuk mengurangkan beban? Persoalannya ialah tidak ada keikhlasan kerajaan yang telah gagal untuk memberikan keselesaan kepada rakyat. Ini masalahnya. Ini tidak boleh dinafikan. Segala barangan semua naik.
Kenapa naik?
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Sedangkan minyak masak pun kalau kita pergi ke pasar raya, Tuan Yang di- Pertua, boleh ambil dua sahaja plastik beg. Dulu harga RM2.50. Sekarang dah meningkat RM4.70. Ini apa ini? Hendak mencarut tidak boleh dalam Dewan. Hendak menjaga keharmonian Dewan. Tetapi inilah sebangsat-bangsat yang saya lihat bahawa tidak boleh memberikan kesan baik atau mengawal dan memberikan keselesaan kepada rakyat.
Rakyat hidup susah. Oleh sebab itu mereka hendak keluarkan duit EPF. Sedangkan tidak boleh, hendak dikeluarkan lagi. Bila keluar, mereka akan hidup parah dalam usia persaraan mereka.
Seterusnya, apakah langkah kerajaan untuk menyelesaikan masalah rakyat ini?
Saya nampak penindasan, penganiayaan, kezaliman berlaku luar biasa yang tidak boleh sesiapa nafikan. Maka, kerajaan bertanggungjawab dengan kegagalan itu menyebabkan derita rakyat. Balik-balik nak adakan pilihan raya, balik-balik nak adakan pilihan raya.
Sana RM100 juta, yang sini RM97 juta. Ini apa ini? Saya pun tak fahamlah.
Apa yang saya hendak masukkan, Tuan Yang di-Pertua, EPF ini pun ia tidak diberikan tumpuan untuk mereka dijaga dana ini. EPF, kalau kita lihat sehari ini digunakan khususnya untuk pinjaman kepada syarikat-syarikat tertentu macam 1MDB. Akhirnya, duit itu pergi ke mana? Dia joli, dia boleh bagi gelang untuk perempuan simpanannya.
Dia pergi mabuk, dia pergi tempat judi. Lepas itu, dia bagi pula pinjaman yang ada kepentingan EPF, duit RM2.5 bilion untuk syarikat perjudian dan perkapalan. Ini apa ini?
Saya pun tak fahamlah. Duit EPF untuk kumpulan kayangan dan bangsawan dibenarkan.
Mereka ini bermewah dengan hasil caruman daripada pekerja yang derita dan sengsara.
Pekerja diberikan tekanan, diberikan penindasan dalam segi pendapatan dan sara hidup harian mereka.
Ini telah dibuktikan apabila pihak-pihak bank memberikan pinjaman kepada syarikat perjudian dan perkapalan berjumlah RM2.5 bilion. Oh, dahsyat! Duit pencarum yang ada kepentingan pun tidak ada pemantauan. Oleh sebab itu kalau kita tengok Kumpulan Wang Disatukan, pemantauan di pihak Kementerian Kewangan tidak menjurus kepada kawal selia yang begitu serius untuk mengawal wang EPF.
Melalui sedemikian, dalam rumusan saya― cepat betul masa hendak habis.
Wang EPF ini tiada dasar kerangka yang jelas untuk membantu rakyat dan kegagalan kerajaan yang langsung tidak membantu. Saya percaya― terpulang pada pencarum― saya merasai bahawa kenapa Yang Berhormat Port Dickson begitu sedih apabila wang yang ada sedikit itu hendak dikeluarkan lagi sedangkan kerajaan berupaya menyelesaikan masalah-masalah yang saya bangkitkan tadi.
Saya melihat bahawa jangan disalahertikan. Objektif utama EPF adalah untuk memastikan bahawa pencarum-pencarum itu mendapat hasil apabila mereka telah pun bersara. Ini kerana, kutipan-kutipan hasil percukaian itu patut deliver, patut diberikan balik kepada rakyat. Rakyat kena cukai dan rakyat kena tanggung harga barang naik sedangkan kerajaan bertanggungjawab mengutip cukai.
Maka, saya sarankan kepada Kementerian Kewangan dan Kerajaan Malaysia supaya memberi tumpuan membantu rakyat yang miskin dalam kumpulan B40, M40 memastikan bahawa mereka dijamin keselesaan hidup dan ini tidak boleh kita kompromi.
Jangan lupa bahawa kita telah mengangkat sumpah, waktu itu kita telah berjanji sesungguhnya kita akan memastikan kita akan membantu― Ini tidak sentuh lagi Ukraine dengan Rusia punya akibat peperangan ini. Esok dengan minyak harga melambung esok, habis semua barang naik lagi. Rakyat akhirnya akan menangis tidak ada pautan ataupun tidak ada pohon yang mereka hendak rendangkan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Oleh sebab Timbalan Speaker baru masuk, jadi bagi saya lagi 15 minit. Terima kasih, saya teruskan. Yang ketiga, yang seterusnya ialah kawasan Parlimen Kapar. Saya
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
hendak bagi tahu hospital tapak sudah ada Tuan Yang di-Pertua, sudah ada. Notis pun sudah dibuat, ini kawasan larangan untuk dibina hospital. Tapi tidak ada berlaku penebasan ataupun perataan jalan itu. Saya minta Kementerian Kesihatan supaya berlaku jujurlah kerana bajet itu telah lulus Tuan Yang di-Pertua, sudah lulus sudah pun.
Apa hendak berlengah-lengah waktu lagi. Makin parah orang-orang Kapar kalau hendak dapat rawatan. Maka saya hendak memberikan penegasan bahawa segera kan lah hospital itu. Letih saya dibuatnya.
Lepas itu Jalan Persekutuan, walaupun tidak 100 percent tapi dia sudah pun diturap. Saya minta supaya diturapkan sepenuhnya Jalan Persekutuan 52 kilometer itu supaya mendapat keselesaan yang sepatut dan sewajarnya. Saya juga ingin menyinggung tentang dua perkara lagi. Satu tentang rumah, perumahan di Rantau Panjang. Saya sudah jumpa Yang Berhormat Menteri, saya kata Yang Berhormat Menteri saya bagi dokumen semua, saya minta perumahan terbengkalai di Rantau Panjang ini perlu, wajib disegerakan. Orang sudah bayar bulan-bulan, sudah potong gaji dan pemaju masih berlengah waktu dan hanya ada dua, tiga orang pekerja untuk meneruskan projek yang seluasnya berpuluh ekar. Apa ini, saya pun tidak fahamlah. Tolonglah, sudah refer dekat Yang Berhormat Menteri pun tidak boleh lepas-lepas lagi. Letih saya dibuatnya.
Kemudian yang seterusnya saya hendak bagi tahu sekolah, sekolah di Rantau Panjang dan juga di Meru, kepadatan pelajar itu sungguh memberikan kesan yang begitu membimbangkan. Maka dengan keadaan Covid dan sebagainya hari ini, saya minta supaya Kementerian Pendidikan supaya segerakan tapak yang ada di Sekolah Rantau Panjang disegerakan pembinaannya supaya penampungan pelajar-pelajar dapat diselesaikan. Maka yang demikian saya dengan rendah hati menyokong Titah Ke Bawah Duli Tuanku. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Yang Berhormat, kita ada masa satu jam sebelum 6.30 petang.
Kita ada tiga pembahas. Maknanya kalau 60 minit, tiga pembahas, 20 minit seorang kerana di awal tadi ada empat pembahas yang tidak dapat berbahas hari ini, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Sungai Petani dan juga Yang Berhormat Pulai. Maka saya hendak menanya kepada pembahas yang tiga orang ini, boleh saya bagi 20 minit seorang ataupun...
Seorang Ahli
Boleh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Kalau tidak, kena ada usul kata hendak menangguhkan sebelum 6.30 petang. Boleh saya bagi 20 minit.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Yang Berhormat Hang Tuah Jaya boleh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik. Yang Berhormat Sibu boleh?
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Bolehlah, boleh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik, jadi sekarang saya jemput Yang Berhormat Beruas. 20 puluh minit, bonus.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk membahas Titah Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong. Saya mengalu-alukan Titah Tuanku supaya kita membina sebuah negara, bangsa yang tulus dan berintegriti dan kita mestilah memerangi rasuah dengan secara serius.
Tuan Yang di-Pertua, negara kita ini sedang menghadapi satu krisis yang terbesar ialah kualiti pemimpin kita melainkan pemimpin-pemimpin yang rasuah, yang salah guna kuasa, yang menjadi pengkhianat dan mereka tidak merasa malu pun pemimpin- pemimpin ini direhatkan. Negara kita tidak akan mempunyai satu masa depan yang cerah.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua, kita tahu Yang Berhormat Pekan telah disabitkan kesalahan salah guna kuasa, pecah amanah dan dengan izin money laundering tetapi beliau tidak rasa malu. Masih lagi pergi berkempen dengan slogan “Malu apa bossku”. Dalam Dewan ini, Yang Berhormat Pekan pula menyatakan skandal terbesar kewangan dunia yang beliau terlibat itu tidak menyebabkan rakyat kerugian satu sen pun tetapi Yang Berhormat Menteri Kewangan telah menyangkal apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pekan iaitu kerajaan perlu membayar bunga sahaja RM6.5 bilion dan baki pinjaman ibu sebanyak RM32.3 bilion masih belum dibayar.
Begitu juga dengan Yang Berhormat Pagoh, bekas Perdana Menteri dan juga Presiden Bersatu merupakan seorang yang mengkhianati rakan-rakan dalam Pakatan Harapan untuk menjadi Perdana Menteri. Kita orang yang mengkhianati ini bukan sahaja rakyat Malaysia tidak akan mempunyai kepercayaan kepada beliau, tetapi dunia yang akan, ada apa-apa kita kata perhubungan dengan beliau pun akan takut kepada mana- mana orang yang suka mengkhianati.
Begitu juga dengan Timbalan Presiden Bersatu iaitu Menteri Belia Sukan, semasa beliau di Perak menjadi Menteri Besar Perak, beliau juga telah mengkhianati rakannya di dalam Pakatan Harapan untuk bersama dengan parti-parti lawan iaitu UMNO dan PAS untuk menjadi Menteri Besar Perak.
Juga Perdana Menteri sekarang iaitu Yang Berhormat Bera juga telah pernah berbohong dan memfitnah saya sebagai seorang yang terkenal anti Islam dan anti Melayu.
Beliau enggan menarik balik kenyataan tersebut. Saya terpaksalah menyaman beliau di Mahkamah Tinggi Ipoh. Di Mahkamah Tinggi Ipoh beliau tidak dapat menunjukkan satu ungkapan percakapan saya yang menghina Islam ataupun orang Melayu. Akhirnya beliau mengaku beliau telah berbohong dan telah memfitnah saya dan dengan persetujuan tersebut, mahkamah telah memerintahkan beliau membayar pampasan sebanyak RM80 ribu dan kos RM5 ribu kepada saya.
Tuan Yang di-Pertua, kalau pemimpin-pemimpin sedemikian tidak direhatkan untuk Pilihan raya ke-15 ini. Negara kita tidak akan mempunyai masa depan yang baik dan saya merayu kepada pengundi-pengundi di Johor untuk menyampaikan mesej yang jelas bahawa pemimpin-pemimpin ini, kita rakyat Malaysia akan menolak mereka dan janganlah mengundi calon-calon daripada parti-parti yang dipimpin oleh pemimpin- pemimpin ini.
Tuan Yang di-Pertua, kita kagum dengan pencapaian negara China dalam beberapa dekad ini. Kejayaan mereka bukannya senang. Mereka perlu menandingi mereka yang rasuah dengan sekeras-kerasnya. Sejak 2010 setiap tahun lebih daripada 130 ribu pegawai Parti Komunis China didakwa di mahkamah kerana rasuah. Akhir-akhir ini dari tahun 2018 hingga 2020 setiap tahun lebih daripada 600 ribu pegawai Parti Komunis China didakwa di mahkamah. Ini menunjukkan ketegasan mereka memerangi rasuah. Itulah juga kita perlu buat di Malaysia. Kalau kita hendak Malaysia membangun untuk menjadi satu ekonomi yang berkembang dan yang kaya supaya rakyat kita boleh mendapat pendapatan yang lebih.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga baru-baru ini dapat tahu Presiden MCA, Yang Berhormat Ayer Hitam juga sudah mencontohi mereka pemimpin-pemimpin dari Barisan Nasional. Tidak rasa malu berbohong siang hari dan juga calon MCA pun telah pun mengikuti jejak langkah Yang Berhormat Datuk Seri Ir. Wee Ka Siong ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, menyentuh tentang pemimpin-pemimpin, Yang Berhormat telah menyentuh tentang UMNO dan MCA.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat berkenaan dengan pemimpin MIC juga kerana kita telah mendapati bahawa dalam isu MITRA. Pengerusi MIC, Tan Sri S A Vigneswaran juga telah dikatakan menerima dana yang begitu banyak, lebih kurang RM9 juta. Apakah pendapat Yang Berhormat tentang pemimpin-pemimpin MIC? Sama ada rakyat di Johor patut memberi apa-apa sokongan kepada parti MIC kerana di MIC empat DUN ditandingi oleh calon-calon MIC. Minta pandangan Yang Berhormat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tadi gesaan saya untuk menolak semua pemimpin yang rasuah, semua parti yang terlibat dalam rasuah itu terpakai untuk semua.
Sama ada di MIC atau tidak.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ayer Hitam telah berbohong kepada rakyat bahawa harga pasaran kelapa sawit naik mendadak kerana ada penukaran kerajaan.
Dikatakan masa Pakatan Harapan menjadi kerajaan, kerana masalah hubungan diplomatik dengan negara India dan China, harga kelapa sawit telah menurun. Isu utama sama ada harga pasaran antarabangsa itu adalah isu harga pasaran kelapa sawit ini adalah ditentukan oleh dengan izin supply and demand. Permintaan dan bekalan.
Saya harap Yang Berhormat Menteri Komoditi dan Industri Utama dapat memastikan pembohongan ini tidak berterusan dan dengan segera memberi penjelasan kenapa harga sawit antarabangsa ini naik mendadak baru-baru ini. Permintaan dan bekalan untuk minyak sawit adalah dikaitkan dengan keadaan iklim cuaca. Harga dan pengeluaran minyak makanan yang lain dan juga polisi negara pembeli dan juga negara pengeluar. Satu daripada polisi negara pengeluar utama sawit iaitu Indonesia telah memberi kesan yang sangat ketara kepada harga sawit pasaran antarabangsa. Polisi yang ditetapkan baru-baru ini ialah 20 peratus daripada minyak yang hendak dieksport mesti dijual dalaman ataupun secara domestik.
Kerajaan Indonesia telah pun mengenakan cukai dan levi eksport yang tinggi, dikenakan cukai eksport USD166 dan levi eksport sebanyak USD175. Keseluruhan cukai dan levi eksport adalah USD341 atau bersamaan dengan lebih kurang RM1432. Dengan cukai eksport yang begitu tinggi dan dengan kekurangannya bekalan untuk pasaran dunia.
Ini telah menyebabkan harga pasaran dunia telah naik mendadak. Tambahan lagi dengan peperangan yang baru mula di mana negara Rusia telah pun menyerang Ukraine. Ini pun satu fakta yang menyebabkan harga pasaran sawit antarabangsa itu naik.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi pembohongan yang dibuat di MCA di Johor ialah Yang Berhormat Bagan semasa menjadi Yang Berhormat Menteri Kewangan telah membuat polisi cukai yang untuk menekan orang Cina. Inilah cara Barisan Nasional buat di depan orang Cina, ia kata “DAP menekan orang Cina”. Di kalangan orang Melayu, ia kata “DAP menekan orang Melayu. Ini satu pembohongan. Jadi, dengan izin izinkan saya menggunakan Bahasa Inggeris kerana ini isu cukai.
Tuan Yang di-Pertua, ada satu cukai yang memang tidak adil sama sekali.
Presumed profit dengan izin. Dikatakan sesiapa yang meminjam kepada syarikat sendiri atau syarikat yang berkaitan sungguhpun tidak ada bunga dikenakan dianggap telah dikenakan bunga dan profit ini dikenakan cukai. Dengan izin, Section 140A of the Income Tax Act 1967 bermula dari 1 Januari 2009, “Requires a transaction with associated person for accusation of supply or property or supplies to be carried out in an arm-length basis” atau dengan izin dalam bahasa accounting, transfer pricing. Bermula dari 1 Januari 2021, seksyen baru, Seksyen 113B, Section 1 Income Tax Act 1967. A company which fails to furnish dengan izin. “Contemporaneous transfer pricing document upon request by in rank revenue board can be prosecuted. Fine between RM20 thousand to hundred thousand and imprisonment up to six months. Previously no penalty in transfer pricing adjustment shows no additional tax”. Sekarang ini dengan seksyen baru seksyen 140A(3C), “Provided a surcharge up to five percent would be imposed on all transfer pricing adjustment and it is applied irrespective of whether there is a tax payable on the adjustment”. This is totally unfair. Ini memang tidak adil. Orang itu tidak dapat apa-apa keuntungan, dianggap untung dan kalau kita melaporkan ini boleh dikenakan surcharge sampai lima persen.
Ini undang-undang dibuat dalam tahun 2009 semasa Barisan Nasional menjadi kerajaan dan undang-undang penalti ini bermula pada 1 Januari 2021 ini dibuat di bawah Finance Bill atau Finance Act 2021 di bawah kerajaan Perikatan Barisan Nasional. Ini undang-undang atau cukai yang tidak adil. Bukan dibuat oleh Pakatan Harapan. Jadi, saya mohon rakyat tahu. Jangan tersilap faham dan pembohongan MCA ini jangan termakan.
Saya mohon kerajaan supaya memansuhkan peruntukkan ini yang tidak adil.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa satu perkara kawasan tempatan saya iaitu tentang jejantas merentasi FT5 ke Sekolah Kebangsaan Ayer Tawar yang menelan belanja RM7.7 juta di persimpangan Batu 16 yang ada lampu isyarat. Ini tidak masuk akal.
Kenapakah bina satu jejantas yang bersebelahan dengan simpang jalan yang ada lampu isyarat? Orang ramai boleh pergi sekolah melalui jalan biasa. Kenapakah hendak bina satu jejantas? Di sana pihak masjid, orang ramai di tempat tersebut pun rasa ia tidak masuk akal. Saya hendak tanya JKR kenapa projek ini diluluskan?
Saya telah pun memberi cadangan yang lebih baik iaitu membina satu jalan besar di sempadan sekolah itu ke masjid di mana orang ramai boleh pergi ke masjid, boleh pergi ke sekolah. Jalan tersebut 66 kaki luasnya. Boleh juga digunakan sebagai tempat letak kereta. Ia akan menelan belanja kurang daripada RM2 juta. Jadi, saya hendak tanya sama ada cadangan ini dibuat daripada JKR Manjung ataupun dari orang atasan di mana saya rasa kenapa? Tidak akanlah engineer ataupun pengarah-pengarah JKR yang profesional ini boleh mencadangkan satu cadangan yang memang tidak masuk akal. Oleh demikian, saya memohon untuk mendapatkan satu penjelasan.
Akhir sekali, saya dapati jawapan kepada soalan saya secara bertulis tidak lengkap. Harap Yang Berhormat Menteri dapat memberi jawapan yang lebih lengkap kepada soalan saya. Soalan saya ialah, berapakah kes dadah yang nilai pasarannya melebihi 100 ribu tidak didakwa di mahkamah?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Saya hendak tanya berapa kes kesemua sejak lima tahun ini tetapi saya hanya diberikan jawapan jumlah kes yang tidak didakwa di mahkamah. Saya juga hendak tahu berapakah jumlah kes keseluruhan lima tahun ini di mana rampasan dadah melebihi 100 – berapakah kes di mana dadah yang terlibat melebihi RM100,000? Ini kerana saya – rakyat mengadu kenapa kes-kes besar kita nampak dalam surat khabar tetapi tidak nampak mereka didakwa di mahkamah. Adakah berlaku apa-apa rasuah, salah guna kuasa ataupun apa yang berlaku hinggakan kes-kes dadah yang besar ini yang menyebabkan kalau dibenarkan dijual di pasaran akan menyebabkan malapetaka kepada rakyat kita. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Beruas. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.
20 minit.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam reformasi. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua atas kesempatan untuk Hang Tuah Jaya turut mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai Titah Yang di- Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, perkara pertama yang dibangkitkan oleh Yang di-Pertuan Agong di dalam titah baginda ialah mengenai kestabilan politik dan tentunya dalam ucapan ataupun titah baginda itu perkara yang menjadi tumpuan Yang di-Pertuan Agong adalah memastikan agar negara berperanan menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat dan meletakkan itu sebagai satu keutamaan yang paling penting.
Namun ada kalangan, ada semacam satu kegilaan pilihan raya sekarang ini oleh pimpinan parti-parti tertentu yang tentunya menjadi komponen kerajaan yang seolah-olah memanfaatkan undang-undang yang ada itu untuk mencetuskan keadaan ketidakstabilan di dalam negara seperti mana yang kita lihat sekarang ini di negeri Johor berlaku pilihan raya dalam keadaan kes Omicron mencecah lebih daripada 30,0000. Semalam 34,000; hari ini mungkin 30,000 lagi. Rakyat terpaksa berdepan dengan pilihan raya.
Saya tidak tahu mungkin selepas ini kut-kut ada juga cadangan untuk buat pilihan raya negeri di tempat yang lain. Justeru, saya ingin mengangkat tema ini sebagai satu maudhu’ yang paling penting dalam ucapan perbahasan ini dengan menggesa dan meminta kerajaan terutamanya menteri yang berkaitan untuk melihat semula undang-
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
undang yang berkaitan dengan pilihan raya ini. Seperti mana Tuan Yang di-Pertua sedia maklum, dalam Perlembagaan kita tempoh pilihan raya selepas tiga tahun boleh buat pilihan raya sehingga lima tahun. Justeru, ada ruang yang boleh digunakan oleh pihak- pihak yang berkepentingan ini untuk mendesak supaya diadakan pilihan raya. Kita masih tidak lupa lagi tahun lepas sewaktu kes Delta sedang meningkat, ramai yang masuk ke hospital, ramai yang telah pergi meninggalkan kita namun ada kalangan yang ingin membuat pilihan raya di negeri Melaka. Kemudian, dikemukakanlah SOP yang tidak masuk akal iaitu seolah-olah tidak boleh berkempen walaupun hendak diadakan pilihan raya, Tuan Yang di-Pertua.
Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin minta supaya kerajaan terutamanya menteri yang berkaitan melihat semula peruntukan undang-undang Perlembagaan Persekutuan ini. Saya ingin minta dan ingin bertanya kepada menteri supaya biarlah ditetapkan tarikh pilihan raya itu fixed, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.
Tetap lima tahun. Apa pun berlaku, lima tahunlah penggalnya. Tidak perlu ada pembubaran lebih awal. Sekarang ini Tuan Yang di-Pertua bayangkanlah, setiap negeri sekarang ini kena buat pilihan raya tidak bersama-sama dengan pilihan raya umum.
Kalau dahulu kita hanya ada Sarawak, pilihan raya negeri. Kemudian, kita selaraskan di Sabah. Sekarang di Sabah pun ada pilihan raya negeri yang lain berbanding dengan pilihan raya umum. Sekarang ini ada Melaka pula yang akan ada pilihan raya berbeza dengan pilihan raya umum. Di Johor kemungkinan akan ada pilihan raya negeri yang berbeza dengan pilihan raya umum.
Apakah isunya Tuan Yang di-Pertua? Isunya ialah belanja, ongkosnya, perbelanjaannya yang sepatutnya diberikan tumpuan kepada membantu rakyat pasca pandemik COVID-19 ini, membantu rakyat yang sedang dihimpit dengan permasalahan ekonomi, membantu orang-orang muda terutamanya, membantu mereka untuk maju dan memulakan perniagaan bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan setelah dihimpit dua tahun ini tetapi kita belanjakan ke tempat yang lain.
Oleh sebab itulah saya hendak minta kerajaan untuk menjawab persoalan ini.
Saya hendak desak Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri ataupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri. Kita baru-baru ini bincang untuk tetapkan tarikh, untuk tetapkan had masa Perdana Menteri, Tuan Yang di-Pertua. 10 tahun. 10 tahun Perdana Menteri tetap, untuk pinda Perlembagaan. Saya hendak cadangkan supaya dipinda juga Perlembagaan biar pilihan raya itu tetap lima tahun sekali supaya jangan ada mana-mana pihak yang mengambil kesempatan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri lebih awal dalam usaha untuk mewujudkan keadaan yang kita sebutkan sebagai ketidakstabilan ini.
Dalam masa yang sama, dengan nada yang sama Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendesak Perdana Menteri untuk memastikan ataupun menyahut cabaran ini atau menyahut kata-kata Titah Yang di-Pertuan Agong ini supaya dapat memberikan kita satu final date. Satu tarikh yang khusus bila hendak dibuat pilihan raya umum. Kita lihat beberapa buah negara yang lain telah pun menggunakan pendekatan ini. Bila ada pembubaran Dewan, pilihan raya, lima tahun sekali sudah ada tarikhnya bila akan ada pilihan raya yang akan datang.
Jadi, rakyat sudah diberitahu lebih awal. Mereka tidak perlu bimbang lagi tentang bila; ingin berteka-teki dengan pilihan raya. Parti-parti politik yang banyak sekarang ini tidak perlu berteka-teki lagi tentang tarikh pilihan raya. Sudah ada tarikh tetapnya. Jadi, kalau kita sedang bergerak ke arah perubahan, reformasi di dalam negara ini, saya ingin mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan minta supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri masukkan sekali pindaan ini supaya ada satu tarikh yang tetap diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bilakah masanya tarikh pilihan raya umum yang akan datang. Ini tentunya akan menyenangkan pelbagai pihak, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua yang dinyatakan oleh ataupun dalam Titah Yang di-Pertuan Agong ialah tentang persoalan rasuah. Saya mengikuti dengan rapat ataupun tekun apa yang telah dibahaskan oleh Ketua Pembangkang yang menceritakan tentang keadaan yang panjang lebar mengenai rasuah dan penyelewengan
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
yang kita sekali lagi dimalukan dalam media-media antarabangsa dengan perbicaraan Tim Leissner di New York, dengan hujah-hujah dan bukti-bukti yang dikemukakan.
Namun, perkara yang paling serius Tuan Yang di-Pertua ialah berkait mengenai undang-undang; Akta Pencegahan Rasuah ini. Kalau kita masih ingat sewaktu Ketua Pembangkang menjadi pemangku Perdana Menteri pada tahun 1997, undang-undang dipinda yang berkait dengan Akta Pencegahan Anti Rasuah ini. Undang-undang dipinda dengan lebih ketat lagi untuk memastikan agar personaliti ataupun individu sama ada yang berada dalam kerajaan baik di swasta ataupun mana-mana pihak orang perseorangan, apabila mereka melakukan rasuah dan penyelewengan diberikan hukuman yang ketat.
Justeru, undang-undang itu menyaksikan bagaimana Ketua Pembangkang akhirnya melalui jalan yang penuh berliku dalam politik sehingga disumbat ke dalam penjara sebanyak dua kali. Sekarang ini masanya saya ingin bertanya kepada kerajaan; bagaimanakah pendirian kerajaan apabila disebut oleh ataupun dititahkan oleh Yang di- Pertuan Agong mengenai Pelan Anti Rasuah Nasional? Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya mengkaji semula dan melihat semula undang-undang ini untuk menghalang institusi pula daripada terbabit dengan penyelewengan dan penyalahgunaan wang rakyat ini. Ini kerana kita lihat misalnya 1MDB, ia bukan lagi bentuk individu, Tuan Yang di-Pertua. Ia dalam bentuk institusi yang berkait dengan Bank Negara, yang berkait dengan pelbagai lagi institusi.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Bermakna kalau tidak ada pemantauan yang ketat, kalau tidak ada undang- undang yang ketat akan berlaku kebocoran yang menyebabkan bukan sekadar jutaan, bilion wang rakyat dibazirkan.
Sebab itu saya merasakan bahawa sudah sampai masanya agar Parlimen ini melaksanakan atau mewujudkan bipartisan committee agar kita dapat teliti betul-betul agenda pemerkasaan pencegahan rasuah ini agar kedua-dua pihak dapat bersama-sama di dalam jihad kita untuk membanteras rasuah ini terutamanya sekarang ini sudah sampai ke peringkat institusi diwujudkan untuk menyamun dan merompak harta perbendaharaan negara.
Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya tidak hairan apabila baru-baru ini kita dengar dan kita di dalam Dewan ini kita mendengar Ahli Parlimen Pekan tanpa ada rasa malu menyatakan bahawa tidak ada satu sen pun wang rakyat yang digunakan untuk membayar prinsipal hutang 1MDB. Kemudiannya dijawab oleh Menteri Kewangan, hutang prinsipal 1MDB adalah sebanyak RM32.3 bilion. Sementara RM6.5 bilion lagi adalah bayaran faedah yang pada saya ini merupakan perkara yang memalukan. Sebab itulah saya tidak hairan apabila untuk pengetahuan Dewan dan juga Tuan Yang di-Pertua, saya baru sahaja dapat surat saman daripada Ahli Parlimen Pekan berkait tentang RM2.6 bilion.
Akan tetapi tak mengapalah itu bagi saya jawab nanti di dalam mahkamah untuk sama-sama kita saksikan bagaimana kita berdepan dengan skandal yang paling besar.
Saya percaya kalau saya boleh di saman, Tuan Yang di-Pertua saya ingat ramai lagi rakyat Malaysia boleh di saman berkaitan tentang perkara ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Sila Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang Berhormat. Pertamanya saya ingin menawarkan perkhidmatan sebagai seorang peguam...
[Tepuk] untuk mewakili Yang Berhormat secara percuma untuk kita lawan habis-habisan Pekan.
Pada masa yang sama saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat, kita lihat bahawa Yang Berhormat Pekan bukan sahaja menipu dan mengelirukan Dewan yang mulia ini. Kalau Yang Berhormat Pekan setelah merompak, mencuri wang berbilion- bilion ringgit sanggup datang ke Dewan yang mulia ini dan menipu Dewan yang mulia ini
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
dan juga speaker bukankah rakyat di luar sana perlu sedar bahawa ‘Malu Apa Bosskur’ ini adalah seorang perompak yang bersedia untuk menipu rakyat sekali lagi semata-mata untuk meraih sokongan untuk Barisan Nasional di PRN Johor. Apa pendapat Yang Berhormat atas perkara ini?
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Saya setuju Yang Berhormat Jelutong, saya percaya bahawa perkara ini kita telah bangkitkan di dalam Dewan untuk kita sama-sama rujuk Ahli Parlimen Pekan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Waktu itu pun saya percaya Tuan Yang di-Pertua yang mempengerusikan sidang pada pagi itu ya. Sidang dipengerusikan oleh Tuan Yang di-Pertua. Pada saya ini pilihan raya Johor mungkin, bukan mungkinlah hendak gunakan untuk skor politik sampaikan ada orang WhatsApp kepada saya. Minta maaflah saya percaya Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang lain baik kan sebab dia kata BN itu maksudnya ‘bohong Najib’. Saya minta maaflah kalau ada yang terasa.
Akan tetapi saya hendak sebut begini, faktanya apa Tuan Yang di-Pertua, faktanya ialah kita perlu kepada suatu pemerkasaan yang membabitkan kedua-dua pihak sama ada pihak kerajaan dan juga pihak pembangkang untuk memastikan kebocoran, rasuah, penyelewengan tidak lagi berlaku dan ditamatkan sekarang dan menjadi satu perkara yang jelik dan jijik kepada rakyat tidak kiralah di peringkat mana. Sama ada mereka itu berpendidikan tinggi, berpendidikan sederhana atau rakyat biasa, mereka tidak mahu kepada perlakuan ataupun menolak pemimpin yang terbabit dengan rasuah dan penyelewengan ini.
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang penting juga yang dibangkitkan oleh Yang di- Pertuan Agong ialah soal bencana. Kita tahu sekarang ini kita berdepan dengan keadaan yang mencabar Tuanku membangkitkan tentang pengurusan banjir. Saya ingin membangkitkan di dalam Dewan ini perkara yang kepada saya penting dan ada kaitan dengan perkara ini iaitu tentang climate change. Saya ingin bertanya kepada kementerian yang menjaga perkara ini, bagaimana perancangan kerajaan untuk memastikan bahawa kita benar-benar sebagai sebuah entiti kerajaan dan juga rakyat memahami tentang kepentingan perubahan iklim ini.
Apakah kita sudah bergerak ke arah memastikan segala undang-undang yang berkaitan dengan the new green deal ini dilaksanakan. Bagaimana pula rangka kerja dasar hijau yang tentunya merentasi kementerian, industri, NGO, orang perseorangan, di peringkat sekolah, di peringkat universiti, di peringkat pembuat dasar, pemikir-pemikir untuk menjadikan bahawa amalan prihatin terhadap perubahan iklim ini menjadi satu perkara yang diberikan titik berat kepada kita. Sebab itulah saya minta sungguh-sungguh kepada kementerian yang menjaga hal ehwal tentang perubahan iklim ini jangan sekadar memberi tumpuan kepada carbon trading semata-mata tetapi kita mesti ada satu pendekatan yang holistik yang menyeluruh terhadap perkara yang berkait dengan perubahan iklim ini.
Tuan Yang di-Pertua, ini sekarang waktu kita sedang berbahas dalam Dewan ini Kuala Lumpur tadi viral, banjir. Saya tengok tadi di Kuchai Lama gambar kesian pemandu, a salah seorang pemandu dalam kereta terpaksa keluar ikut bumbung dia kerana arus yang cukup dahsyat dan hujan yang cukup lebat. Ini perkara ini dahulu kalau kita dengar kementerian dia kata sekarang ini mereka sedang bergerak ke arah makluman lebih awal kepada mereka yang berada di sekitar yang akan terkena dengan bencana ini. Saya tidak terima sebarang mesej, sama ada SMS ataupun WhatsApp yang memberitahu lebih awal bahawa akan ada hujan yang lebat di kawasan kita ini yang meminta supaya rakyat berhati-hati.
Jadi sampai bila kita hendak bebankan rakyat dengan keadaan ini. Saya simpati Tuan Yang di-Pertua pun tahu di kawasan pun selalu banjir, bila banjir dan bencana apa yang rakyat dapat? RM200, RM500 atau RM1,000 walhal kalau kena bencana sekali tak apa banyak kali dalam setahun dengan perabotnya rosak, dengan segala kelengkapannya musnah. Hanya kerajaan bagi RM1,000 maksimum. Jadi ini perkara yang kadang-kadang tidak masuk akal Tuan Yang di-Pertua dan hendak mintalah kementerian ini biarlah bersungguh-sungguh untuk memastikan dan saya minta dan tuntut jawapan di dalam Dewan ini untuk memastikan agar hal-hal yang berkait dengan
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
perubahan iklim, pengurusan bencana ini diberikan keutamaan sementelahan kita telah pun berhadapan dengan pelbagai cabaran itu sejak tahun lepas sehinggalah tahun ini.
Bayangkan kalau dulu hujan hanya bulan Disember, sekarang hujan bulan Februari masih lagi hujan dan masih lagi berdepan dengan bencana banjir dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang seterusnya saya ingin membangkitkan ialah berkait tentang suatu keadaan yang sedang mengganggu rakyat sekarang ini iaitu tentang kegiatan scam. Saya telah mendapat jawapan daripada soalan yang saya tanyakan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia. Kita tahu ramai juga Ahli-ahli Parlimen dan ramai juga aduan yang kita dapat di pusat khidmat berkaitan tentang scam ini.
Saya ingin bertanya, in fact saya telah bertanyakan kepada kementerian strategi mereka, mereka sebut telah menyaring ada 2.6 bilion Tuan Yang di-Pertua panggilan yang telah disaring. Namun saya ingin bertanya kepada kerajaan, sedar atau tidak kementerian bahawa apabila seseorang itu mendapat laporan ataupun ditipu, apabila ditipu scam dia kena buat laporan polis. Setelah dibuat laporan polis dia kena bawa kepada perhatian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Masuk dalam tribunal, daripada satu segi kita ada Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Di satu sudut yang lain kita ada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah tidak ada suatu kerjasama ataupun task force yang dibuat secara bersama ataupun biarlah misalnya hal yang berkaitan dengan scam ini terus di letak di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Tidak perlu diletakkan di kementerian yang lain. Ini kerana tentunya rakyat akan berdepan dengan kerenah birokrasi. Mereka laporkan di dalam jawapan ada sebanyak kalau tak silap saya 2,232 aduan awam.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Saya ingin tanya kepada kementerian tentang aduan awam berkait dengan scam ini, apa keputusannya? Apakah hasilnya? Berapa percent telah pun berjaya dibantu rakyat yang berdepan dengan keadaan scam ini? Jadi, saya harap kementerian akan mengambil berat tentang hal ini.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, minta sedikit berkaitan dengan scam.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Silakan.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Terima kasih. Semalam untuk makluman Yang Berhormat saya ada terima satu laporan daripada rakyat Malaysia di luar negara.
Secara khususnya di Cambodia yang melaporkan bahawa terdapat sejumlah rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan dibawa ke sana daripada usia belasan tahun sampai lebih kurang dalam 20 tahun lebih.
Mereka ini dibawa ke sana ditipu, dikurung. Mereka dibawa ke sana kononnya ada peluang pekerjaan tetapi akhirnya menjadi ejen yang melakukan scam kepada rakyat di Malaysia, Indonesia dan sebagainya.
Jadi, mereka ini sedang berhadapan dengan ketakutan kerana mereka menjadi mangsa sekarang dikurung, dipukul dan mereka berharap Kementerian Luar dapat membantu mereka dan menyelamatkan mereka.
Jadi, saya pun telah sampaikan laporan ini kepada pihak di Wisma Putera. Jadi, saya harap sebab ia ada kaitan dengan scam. Di mana rakyat Malaysia telah diperdaya ke sana. Saya harap ada tindakan lanjut tentang ini.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Hang Tuah Jaya time. Baik.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Saya gulung ya. Terima kasih Yang Berhormat Kangar dan saya minta jadikan sebahagian daripada ucapan saya dan minta kementerian untuk memberikan jawapan.
Terakhir Tuan Yang di-Pertua, sebagai menggulung perbahasan hari ini. Kita tahu kerajaan baru-baru ini di dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bersama-sama dengan masyarakat antarabangsa untuk menyokong berlakunya aggression, dengan izin terhadap Ukraine.
Saya ingin tanya kepada kerajaan terutamanya Kementerian Luar dan kementerian-kementerian yang berkaitan, bagaimana unjuran keadaan negara kita akibat daripada konflik ini? Oleh sebab, kita semua tahu bahawa Ukraine ini merupakan pembekal utama dunia terutamanya berkaitan dengan tepung.
Misalnya, pagi tadi saya breakfast minum pagi kedai mamak. Mamak kata, “mungkin sekarang roti canai boleh naik harga sebab tepung naik harga”. Ini sebelum jadi, kita sebut dahulu Tuan Yang di-Pertua supaya kementerian ambil tindakan segera.
Termasuk yang ingin saya bangkitkan akhirnya ini ialah procurement persenjataan yang kita semua sedia maklum kita beli 18 unit Sukhoi, 18 unit MiG dan banyak lagi peralatan ketenteraan daripada Rusia. Saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri Kanan Pertahanan bagaimana kontrak-kontrak ini? Apa perancangan kerajaan?
Apakah kita hendak terus belikan? Kalau kita sudah ambil keputusan undi aggression bersama-sama dengan masyarakat dunia kita harus ada tindakan segera dan apakah alternatifnya untuk pastikan agar daripada segi pertahanan negara kita, kita sentiasa bersiap siaga?
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan sekali lagi terima kasih atas peluang ini.
Sekian, Hang Tuah Jaya mengundur diri. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Sekarang saya jemput pembahas terakhir Yang Berhormat Sibu.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk membahaskan dalam Menjunjung kasih Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan masalah tentang ketidakstabilan bekalan air di kawasan Bawang Assan, Sibu. Kebanyakan masalah ini adalah berpunca daripada kekurangan tekanan air akibat paip yang usang dan sering bocor apabila mengalami tekanan yang besar.
Selain itu, paip air itu juga terlalu kecil dan ia mengehadkan jumlah bekalan air yang boleh disalurkan kepada permintaan kawasan Bawang Assan, dan kawasan- kawasan di sekitarnya.
Masalah ketidakstabilan bekalan air di bawah Asahan ini adalah masalah yang sudah lama. Masalah bekalan air di Bawang Assan akan menjadi teruk, ia akan menjadi lebih teruk dan membawa kesulitan kepada rakyat apabila peningkatan permintaan air pada musim perayaan iaitu Tahun Baru Cina dan perayaan lain.
Saya berharap keutamaan kerajaan adalah memperuntukkan dana yang mencukupi untuk menaik tarafkan sisa paip bekalan air di kawasan Bawang Assan, Sibu dan memastikan pembangunan di sana tidak terjejas akibat masalah bekalan air ini.
Tuan Yang di-Pertua, selain dari kawasan Bawang Assan, kawasan seperti Sibu Jaya, Ulu Sungai Merah, Rantau Panjang Jaya juga mengalami masalah yang sama walaupun kawasan tersebut adalah di kawasan bandar.
Jadi, saya berharap peruntukan untuk membangunkan sistem bekalan air tidak seharusnya semua tertumpu di kawasan pedalaman. Kerajaan juga harus sedar bahawa
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
kawasan bandar merupakan kawasan yang membangun dan berkembang dengan paling cepat berbanding dengan kawasan-kawasan lain.
Pertimbangan harus juga diberikan untuk memastikan sistem pembekalan air di bandar juga dinaiktarafkan mengikut permintaan semasa. Kalau tidak, ia akan memberikan satu persepsi bahawa infrastruktur negara kita amatlah ketinggalan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin hendak menyentuh tentang masalah kemiskinan di Sarawak dan Sabah. Mengenai masalah kemiskinan, ini bukan sesuatu masalah yang boleh diselesaikan oleh sistem kebajikan yang baik. Polisi kebajikan hanya satu penyelesaian bagi jangka masa pendek.
Akan tetapi, untuk penyelesaian jangka masa panjang kita harus bertumpu dengan bagaimana kita meningkatkan ekonomi di kawasan pedalaman. Ini supaya penduduk-penduduk di kawasan pedalaman tidak berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki.
Kerajaan boleh menggalak mereka dan membantu mereka kekal di kawasan asal mereka dan mencari rezeki di kawasan pedalaman melalui bidang pertanian yang boleh membawa pendapatan yang lumayan.
Kalau lebih pemuda-pemudi kita di pedalaman menceburi bidang pertanian, ia juga akan membantu dalam masalah food security kita dan mengurangkan kebergantungan sumber makanan kita melalui pengimportan dari luar negara.
Tuan Yang di-Pertua, saya berasa adalah tidak munasabah bagi penduduk- penduduk di kawasan pedalaman kita yang mempunyai tanah yang luas dan tidak menggunakan tanah itu dengan sepenuhnya supaya menjana rezeki tetapi semua berlumba-lumba ke kawasan bandar.
Akhir dan akibatnya, mereka akan menghadapi pengangguran sebab peluang pekerjaan yang tidak mencukupi dan juga banyak tidak dapat mencari peluang pekerjaan yang bergaji tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa projek-projek seperti SCORE atau projek besar yang di-initiate oleh Kerajaan Persekutuan adalah baik tetapi apabila projek besar-besar seperti SCORE di Sarawak ini sudah gagal, saya berasa Kerajaan Persekutuan harus cepat menukarkan atau replace the project with another project. Kalau tidak ia hanya membazirkan masa sahaja. Bagi Projek SCORE di Sarawak di Tanjung Manis yang merupakan halal hab dan merupakan satu projek yang sangat besar dan kerajaan sudah pada masa itu menyatakan projek besar ini akan memberikan dan menawarkan peluang pekerjaan yang sebanyak 1.6 juta kepada rakyat Sarawak.
Akan tetapi pada masa sekarang, kita sudah tahu dan sedar bahawa Projek SCORE ini ia sudah gagal. Jadi, saya nampak Kerajaan Persekutuan masih menyalurkan banyak dana kepada Projek SCORE ini tetapi tidak ada alternatif pelan kalau projek ini sudah gagal.
Ini mengakibatkan kawasan pertengahan di Sarawak yang banyak bergantung kepada yang amat dalam perancangan kerajaan ialah mengadakan perkembangan pembangunan ekonomi di pertengahan Sarawak ini tetapi ia sudah gagal sekarang. Akan tetapi, apakah perancangan alternatif untuk membantu membangunkan ekonomi di pertengahan Sarawak?
Jadi, Sibu merupakan satu bandar besar di pertengahan Sarawak. Kita amat memerlukan satu ekonomi perancangan ekonomi supaya membantukan penduduk- penduduk di kawasan pertengahan Sarawak tidak ketinggalan.
Jadi, saya meminta memohon Kerajaan Persekutuan mengkaji semula Projek SCORE ini. Kalau ia sudah gagal, tolonglah cari satu perancangan rancangan yang alternatif untuk membantu membangunkan kawasan pertengahan Sarawak supaya pemuda-pemudi kita boleh mencari atau mencari rezeki atau mencari mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik dan masalah kemiskinan di pertengahan Sarawak ini boleh dikurangkan melalui projek yang baik boleh berjaya punya.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Sekarang saya ingin memohon penjelasan dari kerajaan mengenai Rancangan Tepatan Banjir Sibu. Sekarang saya hendak menyentuh tentang Rancangan Tepatan Banjir Sibu. Mengikut berita dan jawapan yang diberikan oleh Kementerian KASA, Rancangan Tepatan Banjir Sibu fasa 4 yang sebanyak RM120 juta adalah dibiayai oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Sefahaman saya, apabila projek fasal ketiga dimulakan, berita surat khabar juga menyatakan bahawa projek yang RM100 juta juga dibiayai oleh kerajaan Sarawak. Akan tetapi Rancangan Tepatan Banjir Sibu ini merupakan projek Kerajaan Persekutuan. Mengapa kos pembinaan ini adalah dibiayai oleh kerajaan Sarawak? Ini memang mengelirukan dan mengejutkan saya. Projek ini adalah projek Kerajaan Persekutuan, tetapi untuk fasa ketiga dan fasa keempat mengapa ia dibiayai Kerajaan Negeri Sarawak?
Jadi, saya memohon penjelasan daripada pihak kementerian. Adakah apabila kerajaan Sarawak mengeluarkan dana ini terlebih dahulu atau apa? Jadi, saya minta penjelasan dari kementerian ataupun kementerian sudah membatalkan projek ini, tidak hendak melanjutkan projek ini. Jadi, akibatnya Kerajaan Negeri Sarawak harus melanjutkan mereka sendiri dengan pembiayaan dari dana Sarawak sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, banyak kawasan di Sibu sering dilanda banjir seperti kawasan Setapau, Sungai Assan, Sungai Bidut dan Bawang Assan. Akan tetapi kawasan- kawasan ini tidak dirangkumkan dalam Rancangan Tepatan Banjir Sibu dan pelaksanaan Rancangan Tepatan Banjir Sibu ini amat lambat. Masih banyak tempat di bawah Rancangan Tepatan Banjir Sibu masih dilanda banjir sekarang. Jadi, saya ingin menyeru kepada kerajaan supaya memperluaskan kawasan yang diliputi dalam Rancangan Tepatan Banjir ini supaya kawasan-kawasan seperti Setapau, Sungai Assan, Sungai Bidut dan Bawang Assan juga boleh dirangkumkan dalam Rancangan Tepatan Banjir Sibu ini.
Saya juga ingin tahu, memohon penjelasan dari kementerian KASA untuk tahun 2022— dalam jawapan yang diberikan oleh kementerian bahawa dalam tahun 2022, satu jumlah RM490,000 telah diperuntukkan untuk lima kerja di Sibu untuk membantu dlm projek pemulihan sungai untuk mengurangkan risiko banjir ini. Jadi, saya meminta kementerian senaraikan lima kerja yang diberikan dalam jawapan kementerian apakah projek yang akan dilakukan dalam lima kerja ini. Saya minta penjelasan daripada kementerian.
Tuan Yang di-Pertua, saya amat kecewa kerana Kementerian Kesihatan telah membatalkan projek tempat letak kereta bertingkat atau multistorey car park di Hospital Sibu. Tuan Yang di-Pertua, untuk membantu meringankan masalah kekurangan masalah tempat letak kereta di Hospital Sibu pada tahun 2019, saya telah mengeluarkan sejumlah RM500,000 daripada peruntukan saya di bawah Kerajaan Pakatan Harapan untuk membina satu tempat letak kereta yang mempunyai kapasiti untuk 124 kereta di Hospital Sibu. Akan tetapi sekarang atas sebab COVID-19, satu bangunan untuk dijadikan wad kepada pesakit COVID-19 telah didirikan di atas car park saya itu.
Jadi, sekarang masalahnya di Hospital Sibu masih mengalami kekurangan tempat letak kereta dan ini menjadi lebih teruk dengan bertambahnya pesakit-pesakit di Hospital Sibu. Jadi, saya ingin meminta kementerian terangkan mengapa projek multistorey car park di sibu yang sudah lulus beberapa tahun lalu, mengapa pada tahun lepas ia suddenly dibatalkan. Di sini saya ingin memohon dan meminta Kementerian Kesihatan supaya berikan jawapan dan penjelasan.
Saya sebagai ahli Parlimen di Sibu, saya juga ada rancangan untuk memperuntukkan peruntukan saya pada tahun ini untuk membina lagi atau meluaskan tempat letak kereta di Hospital Sibu itu. Saya merancang untuk mengeluarkan RM500,000 dalam peruntukan saya untuk membina tempat letak kereta baharu di Hospital Sibu. Jadi, saya memohon kepada Kementerian Kesihatan atau Jabatan Perdana Menteri untuk menolong top up sebanyak RM500,000 lagi supaya saya boleh di Sibu membina satu tempat letak kereta berjumlah RM1 juta untuk membantu meringankan masalah kekurangan tempat letak kereta di Hospital Sibu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Sibu, terima kasih. Saya minta laluan juga Atas isu yang sama.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Boleh.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua juga tahu di Pulau Pinang, Hospital Besar Pulau Pinang keadaan tempat letak kereta amatlah terhad di mana kita lihat pesakit-pesakit yang terpaksa mendapat rawatan di Hospital Besar Pulau Pinang sekarang meletak kereta di padang polo dan terpaksa melintas jalan ke Hospital Besar Pulau Pinang. Jadi, saya minta juga perkara ini diambil maklum oleh pihak Menteri Kesihatan dan memberi maklum balas ketika beliau membuat penggulungan nanti. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ya Yang Berhormat Jelutong. Sila Yang Berhormat sibu.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Ya, ya. Masukkan sebagai sebahagian dalam ucapan saya.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak lanjutkan perbahasan saya dengan tajuk yang lain sekarang mengenai kesesakan jalan raya di Sibu semakin menjadi satu masalah di bandar Sibu. Saya merasa masalah ini adalah disebabkan kerana jumlah kereta semakin meningkat dan kerajaan tidak membina jalan baharu di Sibu. Sekarang di Sibu hanya ada satu jalan dari Lapangan Terbang Sibu ke bandar Sibu merupakan jalan Persekutuan.
Jadi, saya berpendapat bahawa Kerajaan Persekutuan boleh menambahkan satu lagi jalan yang menghubungkan Jalan Teku kepada Jalan Hulu Sungai Merah dan seterusnya berhubung dengan Jalan Deshon. Dengan adanya jalan baharu ini, keadaan kesesakan jalan yang paling teruk di Jalan Ling Kai Cheng boleh dikurangkan. Ia boleh membantu mengurangkan kesesakan jalan yang selama ini menjadi kesulitan kepada rakyat di Sibu. Jadi, saya mengharapkan Kerajaan Persekutuan boleh mengeluarkan satu tanah membina jalan baharu di Sibu.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga amat tertarik kepada apa yang dibangkitkan oleh kawan-kawan saya dari Sarawak mengenai kerusi Parlimen. Satu per tiga kerusi dalam Parlimen haruslah diberikan kepada Sabah dan Sarawak. Saya amat bersetuju dengan cadangan ini dan ini memang selari dengan MA 63 atau Malaysian Agreement 1963. Akan tetapi apa yang dihuraikan oleh kawan-kawan saya dari Sarawak ialah mereka meminta persempadanan baharu dilakukan dan mengikut keluasan kawasan. Jadi ini saya amat tidak bersetuju. Mengapa? Saya rasa kalau persempadanan yang baharu yang dilakukan, ia haruslah bergantung kepada orang, bukan keluasan kawasan. Ini kerana di Sarawak ratio distribution di Sarawak lebih kurang 30, 30, 30 iaitu Cina 30, orang native Iban lebih kurang— Dayak 30 dan muslim 30 peratus.
Jadi saya mencadangkan supaya jangan mengikut persempadanan ini baharu jangan mengikut keluasan kawasan. Akan tetapi boleh mengikut kepala, mengikut orang.
Di Sarawak kita menghadapi satu masalah ialah di bandar, di kawasan-kawasan bandar kepadatan populasi adalah lebih tinggi. Jadi, kawasan-kawasan Parlimen yang diagihkan kepada kawasan bandar adalah lebih berkurang— lebih kurang berbanding dengan kawasan-kawasan di pedalaman. Jadi saya mencadangkan kalau satu per tiga Parliament seats diberikan kepada wilayah Sabah dan Sarawak, ia haruslah berdasarkan populasi, bukan keluasan kawasan supaya satu orang, satu undi. Semangat ini boleh diutamakan.
Akan tetapi sebelum itu saya rasa yang penting sekarang Sabah dan Sarawak sudah dianggap sebagai wilayah equal partner dengan Semenanjung Malaysia. Ini amatlah merupakan semangat di dalam MA63. Akan tetapi yang penting saya rasa bukan bagaimana kita mengagihkan kerusi di dalam Parlimen, yang penting sekarang ialah bagaimana kita boleh ada menurunkan kuasa daripada peringkat Persekutuan kepada kerajaan wilayah Sabah dan Sarawak. Jadi, yang penting yang kawan-kawan saya di Sarawak juga menerangkan bahawa kita meminta lebih banyak daripada segi kewangan diberikan kepada wilayah Sabah dan Sarawak. Kalau boleh satu per tiga dalam bajet negara, perbelanjaan negara. Cubalah diberikan kepada wilayah Sabah dan Sarawak untuk pembangunan yang amat ketinggalan oleh wilayah Sabah dan Sarawak.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Saya rasa daripada segi penurunan kuasa kita juga boleh memikirkan adakah— is there any possibilities kita turunkan kuasa pendidikan dan juga kesihatan kepada wilayah Sabah dan Sarawak. Ini adalah supaya kita boleh menunjukkan bahawa wilayah Sabah dan Sarawak ini kita memang wilayah, bukan salah satu negeri di dalam Persekutuan Malaysia. Ini merupakan sesuatu yang lebih penting daripada kita mendapatkan one third of the seats from the Parliament. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Sibu. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menangguhkan mesyuarat, saya hendak memaklumkan esok 8 Mac 2022 adalah Hari Wanita Sedunia ataupun International Women’s Day.
Ahli-ahli Yang Berhormat mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi esok, hari Selasa, 8 Mac 2022. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.32 petang]