Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum semua, selamat pagi. Saya mempersilakan Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim, Baling.
1. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling] minta Menteri Kewangan menyatakan:
(a) apakah pihak bank berkuasa untuk menutup akaun pengguna secara serta merta hanya berdasarkan kepada fakta-fakta bahawa ada transaksi yang mencurigakan dalam akaun pelanggan tanpa melakukan siasatan atau inkuiri terhadap pemegang akaun; dan
(b) apakah langkah-langkah yang sepatutnya dilakukan oleh pihak bank sebelum memutuskan bahawa akaun-akaun tersebut wajar ditutup serta merta.
Menteri Kewangan - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Baling. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menerbitkan garis panduan dan amalan terbaik bagi membantu pihak perbankan di Malaysia dalam melaksanakan usaha ketekunan wajar pelanggan, this is customer due diligence dengan izin, memprofailkan risiko pelanggan secara berkesan, mengenal pasti kewujudan sesuatu penipuan kewangan melalui petunjuk ataupun dengan izin red flags serta memahami kaedah- kaedah dan trend jenayah kewangan terkini.
Secara amnya, tertakluk kepada terma dan syarat yang dipersetujui semasa pembukaan akaun, pihak bank boleh mengenakan sekatan ke atas mana-mana pelanggan atau akaun bank yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan akaun atau aktiviti jenayah.
Sekiranya transaksi-transaksi sesebuah akaun menimbulkan kecurigaan, pihak bank boleh mengenakan sekatan sementara ke atas akaun tersebut bagi membolehkan penilaian secara menyeluruh dapat dilaksanakan. Di samping memastikan wang daripada aktiviti penipuan atau pun aktiviti-aktiviti jenayah lain tidak dikeluarkan daripada akaun tersebut.
Ini dilaksanakan berdasarkan kepada analisa yang dijalankan oleh pihak bank.
Antara bentuk sekatan yang boleh dikenakan oleh pihak bank adalah seperti menyekat kemudahan perbankan internet, kad debit atau mesin juruwang automatik selain penutupan akaun setelah pihak bank berpuas hati dengan hasil penilaian mereka.
Menteri Kewangan - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Setelah melaksanakan langkah-langkah tersebut dan menilai tahap risiko yang sewajarnya, pihak bank boleh, tertakluk kepada perintah sekatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa mengambil keputusan untuk meneruskan transaksi atau urusan perniagaan dengan pemegang akaun tersebut ataupun berdasarkan faktor-faktor tertentu memutuskan untuk tidak meneruskan transaksi atau menutup akaun pelanggan.
Langkah penutupan akaun hanya diambil setelah pelaksanaan penilaian yang menyeluruh telah dilakukan dan setelah memberi notis dalam tempoh yang munasabah kepada pelanggan. Secara ringkas, penamatan hubungan antara bank dengan pelanggan bukanlah keperluan di bawah undang-undang. Ia adalah panggilan perniagaan oleh pihak perbankan atau institusi kewangan berdasarkan penilaian risiko dalaman mereka.
Terima kasih Yang Berhormat Baling.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, silakan soalan tambahan pertama.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jawapan agak menyeluruh.
Akan tetapi, saya pohon Yang Berhormat Menteri yang melaporkan kepada pihak Bank Negara be a little bit more prudent dengan izin. Sebab cara kaedah sekarang ini tidak berlaku macam itu, dia terus tutup, sehinggakan orang itu gaji tidak boleh masuk. Dia ada income tidak dapat, hendak bayar income tax tidak boleh. Oleh sebab akaun ditutup terus tanpa dipanggil untuk pembelaan, ini berkaitan dengan yang disebutkan bagi saya- bank.
Ada satu lagi perkara di kesempatan– bukan mudah hendak dapat Menteri MQT ini, terima kasih, dapat pada hari ini. Saya minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan bagaimana juga Bank Negara mengawal selia syarikat-syarikat multiline insurance, insurance company yang beroperasi di Malaysia. Ini kerana terdapat kes di mana ada individu-individu telah dihalang untuk mendapatkan perlindungan insurans, sama ada medical card. Maknanya dahulu dia ada medical card. Akan tetapi kerana ada kekangan- kekangan, dia ada kes mahkamah dan sebagainya, dia tidak boleh hendak renew medical card untuk anak, isteri dan sebagainya.
Jadi, apakah tindakan kerajaan di bawah Kementerian Kewangan untuk kenal pasti isu ini agar janganlah kerana seorang ayah, belum lagi ditentukan hukum jatuh atau tidak, baru disiasat. Akan tetapi renewal of insurance ataupun hendak beli insurans baharu untuk anak mereka yang baharu lahir dan sebagainya, ini telah menidakkan oleh syarikat- syarikat– saya boleh berterus terang, seperti syarikat Zurich Insurance...
Tuan Yang di-Pertua
Baik, Yang Berhormat sudah panjang Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
...Mereka tidak mahu entertain. Jadi, saya bagi tahu kepada Yang Berhormat Menteri untuk melihat apakah tindakan yang boleh Yang Berhormat Menteri bantu rakyat kita. Terima kasih.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sekali lagi Yang Berhormat Baling.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, syarikat yang beroperasi di Malaysia adalah tertakluk kepada keperluan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. Di bawah akta ini Yang Berhormat, syarikat-syarikat insurans dikenakan kepatuhan yang seragam di mana dengan izin, there is a fair treatment of financial consumer policy document lah sepatutnya.
Antaranya, syarikat insurans ini dikehendaki untuk memberikan layanan yang adil, dia kena menjadi profesional kepada semua pengguna kewangan ataupun pelanggan.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Ini termasuklah kena beri maklumat yang jelas relevan dan tepat. Bagi polis, yang disebutkan tadi yang diperbaharui secara tahunan (yearly renewal), syarikat insurans secara lazimnya akan menilai semulalah sepatutnya risiko pemegang polisi sebelum memperbaharui sesuatu polisi. Pemegang polisi ini digalakkan menghubungi ejen atau pihak syarikat insurans masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut serta memahami terma dan syarat polisi.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Yang Berhormat Baling sebutkan tadi, saya pun faham. Saya akan bangkitkan pada Bank Negara dan juga kalau masih lagi yang ada di luar sana tidak berpuas hati juga, kita— seumpamanya dengan pihak insurans dan ejen...
[Tidak jelas] juga, pemegang polisi juga bolehlah membuat aduan kepada pihak Bank Negara Malaysia.
Akan tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Baling kerana membangkitkan isu ini. Yang Berhormat, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Permatang Pauh.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan. Soalan susulan saya, adakah Bank Negara Malaysia bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan yang lain dan apakah bentuk kerjasama yang dilakukan yang mampu mengelakkan berulangnya transaksi curiga 1MDB yang terlepas pantauan BNM, berbanding akaun rakyat sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Baling tadi yang dibekukan bawah CIMB atas insiden kesilapan pemprosesan CIMB sendiri. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kita ataupun pihak kerajaan melalui Bank Negara Malaysia bekerjasama dengan pelbagai agensi. Ini termasuklah Polis Diraja Malaysia. Ini kerana Polis Diraja Malaysia adalah agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab menjalankan siasatan ke atas kes yang melibatkan aktiviti penipuan seperti yang disebut tadi dan juga penipuan sindiket, ada beberapa banyak lagi penipuan keldai ataupun mule accounts dan juga penipuan secara dalam talian.
Jadi, kalau kita lihat kerjasama ini termasuklah perkongsian maklumat mengenai taktik terkini. Kita melakukan program kesedaran pengguna secara umum dan juga kadang-kadang secara bersasar dan perkongsian maklumat risikan. Selain itu, Bank Negara Malaysia juga— Yang Berhormat kita juga bekerjasama dengan SPRM terutamanya melalui perkongsian maklumat untuk kes dalam siasatan, contohnya kes siasatan yang disebutkan tadi lah mengenai 1MDB.
Secara keseluruhan, Bank Negara bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan, bersama-sama dengan bank juga, juga dengan persatuan pengguna, badan bukan kerajaan (NGO) serta persatuan-persatuan perniagaan dan perindustrian dalam menyampaikan maklumat kesedaran kepada pengguna supaya mereka faham bahawa isu-isu ini mungkin akan melibatkan penutupan akaun dan contohnya yang telah diberi tadi lah. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Bagan, ringkas ya.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada jawapan tadi oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan.
Saya hendak tanya, adakah mana-mana bank account ditutup oleh mereka yang terbabit dengan skandal 1MDB dan jika ya, bolehkah berikan maklumat. Pada masa yang sama, apakah komen tentang dakwaan oleh Yang Berhormat Pekan bahawa pihak kerajaan tidak bayar satu sen pun tentang hutang pinjaman 1MDB yang kalau masuk faedah adalah sebanyak RM51 bilion. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Itu tidak ada kena mengena dengan soalan asal itu Yang Berhormat. Akan tetapi saya serahkan kepada Yang Berhormat Menteri lah.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Mengenai isu penutupan akaun, saya tidak ada maklumat pada masa ini dan saya akan panjangkan maklumat ini kepada Yang Berhormat Bagan secepat, seawal yang mungkin.
Soalan kedua itu mengenai sama ada kita telah membayar atau tidak hutang 1MDB. Setakat ini, setakat akhir bulan ini, kalau kita lihat andaian kadar tukaran wang asing sekarang, lebih kurang USD1 to RM4.20. Baki komitmen kita— setelah saya pun baru sahaja difahamkan ialah lebih kurang RM38 bilion ataupun RM38.5 bilion ke RM38.8
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
bilion. Ini prinsipalnya RM32 bilion. RM32.3 bilion dan faedahnya pula sebanyak RM6.5 bilion.
Jadi, dakwaan bahawa belum lagi kita bayar prinsipal hutang 1MDB ini adalah tidak berasas. Memandangkan prinsipal hutang-hutang tersebut hanya akan matang lambat lagi. Contohnya, prinsipal bon terbitan 1MDB Energy Limited pada 11 Mei 2022 sebanyak RM7.35 bilion. Bon terbitan 1MDB Energy Langat sebanyak 2022 sebanyak RM7.35 bilion, bon terbitan 1MDB Global Investment sebanyak RM12.6 bilion, sukuk IMTN terbitan 1MDB sebanyak RM5 bilion.
Jadi, sebanyak RM32.3 bilion ini dia punya tarikh matang antara tahun 2022 hinggalah tahun 2039, jadi belum lagilah dibayar, ini prinsipal ya. Akan tetapi kita sudah mula membayar faedahnya. Faedahnya seperti saya sebutkan tadi. Setakat itu sahajalah Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kewangan.
Walaupun tidak ada kena mengena dengan soalan asal, telah dijawab degan butir-butir yang sangat baik. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Puan Kasthuriraani.
2. Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan adakah wujud konsultasi dengan golongan OKU berhubung JKMPay dan mengapa program ini ditangguhkan.
Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Bismillahi Rahmani Rahim, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang melaksanakan satu inisiatif iaitu projek bayaran bantuan kewangan tanpa tunai (cashless) atau dikenali sebagai JKMPay. Projek ini berstatus projek rintis dilaksanakan ke atas penerima bantuan kelulusan baharu sahaja dan tidak melibatkan penerima bantuan sedia ada.
Skim bantuan kewangan yang terlibat adalah semua skim bantuan bulanan Persekutuan iaitu Bantuan Kanak-kanak, Bantuan Warga Emas, Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya, Bantuan Penjagaan OKU Pesakit Kronik, Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja dan juga Bantuan Anak Pelihara.
Projek JKMPay ini dilaksanakan antara lain tujuannya adalah untuk membantu penerima bantuan untuk mengurus dan mengawal perbelanjaan wang bantuan secara berhemah dan bermanfaat dan juga untuk memastikan penerima bantuan dapat memenuhi keperluan asas harian khususnya melibatkan keperluan makan, minum, ubat- ubatan asas dan keperluan harian rumah antara lain.
JKMPay ini dilaksanakan secara rintis mulai bulan Februari 2021. Setiap lokasi projek rintis dilaksanakan, kementerian melakukan konsultasi dan libat urus bersama dengan kerajaan negeri dan juga bagi menjelaskan projek rintis ini, peserta-peserta daripada kalangan orang kurang upaya, warga emas, keluarga warga miskin juga telah diberikan taklimat bagi penggunaan kad dan aplikasi agar mereka memahami konsep tanpa tunai dan bagi membimbing mereka dalam penggunaan JKMPay.
Sebagai inisiatif tambahan, kementerian juga telah melaksanakan sesi libat urus bersama 23 buah pertubuhan sukarela kebajikan yang telah diadakan pada bulan Februari bagi memberikan penjelasan mengenai JKMPay dan seterusnya mendapat maklum balas berkaitan pelaksanaan program ini.
Memandangkan projek ini masih lagi projek rintis, maka apabila telah dilaksanakan selama enam bulan dari bulan Februari sehingga bulan Julai, pada bulan Oktober telah siap adakan kajian yang melibat seramai 1,066 orang peserta mendapati bahawa sebanyak 76 peratus setuju cashless memudahkan, sebanyak 80 peratus menyatakan cashless lebih selamat berbanding perbelanjaan tunai, sebanyak 80 peratus menyatakan kawalan perbelanjaan mereka lebih baik melalui kaedah cashless dan sebanyak 73 peratus berpuas hati dengan transaksi dan jumlah kedai di kawasan.
Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Projek ini bukan sahaja membantu penerima bantuan, malahan ia dapat mewujudkan prasarana ekonomi yang baik di kalangan pekedai runcit dan kedai-kedai kecil di seluruh negara. Antara manfaat yang boleh diperoleh, membantu penerima bantuan mengurus dan mengawal perbelanjaan dan program ini fleksibel dan boleh diubah dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan jabatan dan juga penerima bantuan.
Dalam masa yang sama juga, setelah setahun, maka akan diadakan lagi satu kajian yang menyeluruh daripada projek ini dan kerana itulah memandangkan pendigitalan penyampaian perkhidmatan ini merupakan agenda masa depan negara. Ini kerana kita juga menyokong ke arah mewujudkan masyarakat digital selaras dengan rangka Tindakan Blueprint Ekonomi Digital Malaysia 2021 dan memacu transformasi perkhidmatan digital sektor awam melalui kerjasama sektor korporat.
Jadi oleh itu, satu kajian menyeluruh akan diadakan bagi memastikan satu hala tuju dan dasar berkaitan projek ini dapat ditentukan.
Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Dalam masa tempoh tersebut, projek ini akan kekal berstatus projek rintis di lokasi sedia ada dan ditangguhkan peluasan ke negeri dan daerah lain sehingga laporan kajian dinyatakan dan juga dibentangkan. Kementerian sentiasa mengalu-alukan dan membuka peluang kepada semua pihak untuk memberikan pandangan dan juga cadangan dalam menambahbaikkan pelaksanaan program ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Soalan tambahan pertama.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang telah diberikan yang saya sudah sedia maklum daripada kenyataan media. Yang Berhormat Menteri hanya baca apa yang saya sudah tahu.
Akan tetapi, saya ingin tahu di sini, Yang Berhormat Menteri tidak jawab soalan saya. Adakah wujud konsultasi dengan NGO-NGO yang terlibat? Saya hendak tahu sama ada kementerian mengambil approach, rights-based approach untuk golongan OKU.
Nothing about us and without us. Hari ini kita lihat banyak protes golongan NGO yang kata bahawa JKMPay ini harus dimansuhkan, bukan ditangguhkan. Penangguhan ini hanya peluasan. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, betul kah ada konsultasi secara jujur dengan golongan OKU ini? Jika ada, mengapakah Yang Berhormat Menteri sendiri tidak hadir konsultasi ini? Yang pergi hanya KSU. Yang Berhormat Timbalan Menteri pun tidak ada.
Seorang Ahli
Gaji buta.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Ini kita hendak masuk dalam Majlis Pelan Tindakan OKU tahun 2016 sehingga tahun 2022. This is the year for it and this is how you do things? There is no consultation dengan golongan OKU. Hari ini semua minta termasuk Yang Berhormat Senator kita yang OKU...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, jangan bahas.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Senator Datuk Ras Adiba binti Mohd Radzi. Beliau juga mohon untuk JKMPay ini dimansuhkan. This is the lack of leadership by your government. No consultation with OKU. You implement this...
Tuan Yang di-Pertua
Okey, Yang Berhormat. Baik.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Sekejap Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ini kerana tidak ada bahas.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Adakah Yang Berhormat Menteri tahu 250 buah kedai yang terlibat dalam JKMPay ini, ada barrier-free access? Boleh orang yang bawa kerusi roda naik ke kedai itu untuk beli? Kalau ada kecemasan, you only give them half of the money, half in the card, half not there.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, habiskan.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Saya hendak beritahu di sini, bank ...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, habiskan. Lima saat. Tidak ada perbahasan.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Soalan saya ada. Memang bukan perbahasan tetapi ini isu and it is over one year.
Tuan Yang di-Pertua
Tanya soalan saja. Tolong.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II - Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh
Tanya soalan saja.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Di Pulau Pinang, hanya ada lima buah Bank Islam. Tidak ada satu pun di SPS. Penduduk di Pulau Aman kena naik bot datang cari satu Bank Islam untuk to do all this paperwork on JKMPay? These shops 250 buah, siapa yang dapat kontrak daripada kerajaan? Saya mohon agar JKMPay ini dimansuhkan, buat konsultasi, lantik OKU sebagai pemantau bebas untuk pastikan usaha ini ...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Okey, Yang Berhormat.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Okey, sudah banyak sudah. Silakan Yang Berhormat Menteri. Saya pun tidak tahu berapa soalan tadi.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Saya hendak umumkan di sini. Terima kasih Yang Berhormat ‘Pulau Pinang’. Daripada jumlah mereka yang terlibat...
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Batu Kawan, bukan Pulau Pinang.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Dalam JKMPay ini tidak termasuk Pulau Pinang. Ya, sekarang ini...
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Maksudnya, OKU di Pulau Pinang tidak ada lah bantuan ini?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Saya– Jadi, jangan buat tuduhan. Saya sudah katakan ini projek rintis.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Jadi, seluruh negara hanya beberapa negeri sahaja?
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Ya, saya. Ya ...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat duduk. Tolong. Jangan kita transformasikan MQT jadi perbahasan. Tolong. Ya.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, kita di sini jangan hendak politikkan semua perkara. Kita hendak buat ini untuk kebaikan rakyat. Apabila disebut, negeri-negeri – Sebagai contoh ya. Kita hanya ada negeri Perlis, Kedah, Melaka, Terengganu, Kelantan dan Selangor. Tidak termasuk Pulau Pinang. Ini hanya projek rintis sebab kita hendak membantu mereka ini. Kena faham.
Kita kena tahu juga ada dalam kalangan mereka yang penerima bantuan ini, kadang-kadang apabila cash, duitnya hilang. Ada juga digunakan untuk membeli perkara lain. Jadi, untuk kita menjaga kebajikan sekurang-kurangnya, pakaian, makanan, minuman, ubat-ubatan mereka ini mesti dibeli. Maksudnya, keperluan asas mereka itu harus dijaga. Ini disebabkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat ini bukannya satu bantuan yang besar jumlahnya. Tidak. Jadi, kita hendak sekurang-kurangnya yang asas ini turut dijaga.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Untuk JKMPay ini, ia bukan hanya untuk golongan OKU. Jangan salah faham.
Kita tidak mendiskriminasikan sesiapa.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Saya tidak salah faham. Ini isu spesifik OKU, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Ya, jadi untuk semua. Jadi, oleh sebab itu...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, tolong.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Saya katakan tadi, projek ini projek rintis.
Satu kajian akan dibuat. Kita sudah buat kajian bagaimana untuk menambah baik setiap program ini sebelum dilaksanakan. Oleh sebab itu, kita kata ini masih lagi dalam projek rintis.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Projek rintis tanpa konsultasi dengan OKU. Mengapa?
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Soalan Yang Berhormat tadi, adakah wujud konsultasi dengan golongan OKU? Soalannya ya, ini soalan yang saya baca.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Ya.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Soalannya ini – Jawapannya, apabila penerima OKU ini juga terlibat, kita pun buat konsultasi dengan mereka. Kita bukan buat– Kita buat juga konsultasi dengan penerima-penerima yang juga adalah golongan OKU.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Sebelum keputusan dibuat, sebelum...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, tolong. Janganlah.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Please. Tadi, Yang Berhormat sudah tanya soalan dan saya sudah benarkan sampai dua minit. Soalan 30 saat. Saya benarkan dua minit. Jadi, beri pula Yang Berhormat Menteri menjawab sekarang. This is how it is done. Sorry. Tolong.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Sekarang ini projek rintis... [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, tolong jangan berbahas ya.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Projek rintis ini masih ada lagi ruang untuk penambahbaikan. Nama pun projek rintis. Belum dijadikan dasar dan polisi lagi.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Sebelum itu patut ada konsultasi dengan OKU...
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Astaghfirullah Al ‘Azim. Nama pun...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Jangan bahas. Yang Berhormat, tolong. Okey, Yang Berhormat Menteri. Saya rasa Yang Berhormat Menteri sudah tekankan rintis sudah banyak kali sangat. Ada soalan tambahan dua di sebelah sini? Silakan.
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya faham bahawa program ini adalah program rintis. Saya percaya, kementerian akan menambahbaikkan dari semasa ke semasa supaya dapat memberikan manfaat kepada kumpulan sasar termasuklah OKU.
Saya faham bahawa kementerian dan juga JKM– Saya tabik kepada mereka yang selama ini telah melaksanakan pelbagai usaha untuk membantu OKU dalam negara kita Malaysia yang tercinta ini.
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, cuba berikan saya detail, apakah program-program dan usaha yang telah dilaksanakan oleh kementerian dan kerajaan selama ini untuk membantu orang kurang upaya dalam negara kita ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ya, kita tidak pernah mendiskriminasikan golongan OKU. Malahan, kementerian melalui kerajaan juga sentiasa memberikan perhatian kepada golongan OKU. Ini termasuk juga apabila pengumuman bajet diumumkan baru-baru ini di mana RM30 juta diperuntukkan untuk membantu akses kepada premis-premis kerajaan.
Selain daripada itu, untuk OKU yang bekerja– kalau sebelum ini, Elaun Pekerja OKU sebanyak RM450 ini kepada mereka yang berpendapatan minimum RM1,200.
Sekarang kita naikkan. Kalau gaji mereka RM1,500 pun, mereka boleh mampu untuk layak menerima bantuan Elaun Pekerja OKU ini. Selain daripada itu, MySTEP melalui ini pun kita galakkan supaya mereka ini bekerja daripada satu peratus MySTEP ini juga kita mengkhususkan untuk golongan OKU.
Di samping itu di bawah kementerian, MyDaftar OKU, kita tahu ramai lagi OKU yang tidak berdaftar. Kita hendak memudahkan lagi cara pendaftaran mereka. Maka, kita telah buatkan MyDaftar OKU untuk memudahkan pendaftaran secara atas talian kepada golongan-golongan OKU ini. Jadi saya harap, ada banyak lagi program selain daripada PDK kita dan juga bantuan kepada independent living centre yang telah dinaikkan untuk tahun ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Bukit Gantang. Dipersilakan.
3. Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [Bukit Gantang] minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan setakat tahun 2022 berapa banyak projek kerajaan yang terbengkalai dan projek gajah putih yang terbiar tanpa dibangunkan semula? Apakah langkah-langkah proaktif kerajaan dengan melibatkan kerjasama pintar bersama pihak swasta agar duit pembayar cukai tidak terus dibazirkan dan dapat membawa pulangan ekonomi serta peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun 2022.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) - Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Bukit Gantang.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke- 11 2016-2020, sebanyak 8,963 buah projek atau program dengan kos berjumlah RM255 bilion telah diluluskan oleh kerajaan. Daripada bilangan tersebut, sebanyak 4,040 buah projek telah siap manakala 4,923 buah projek sedang disambung dalam Rancangan Malaysia Ke-12.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) - Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Untuk tahun ini iaitu tahun kedua Rancangan Malaysia Kedua Belas, sebanyak 6,755 projek di bawah perbelanjaan pembangunan dengan peruntukan RM75.6 bilion sedang dilaksanakan. Daripada jumlah tersebut, kira-kira sebanyak 5,400 projek merupakan projek sambungan. Unit Penyelarasan Pelaksanaan di bawah Jabatan Perdana Menteri ataupun ICU bertanggungjawab untuk memantau pelaksanaan semua projek pembangunan Kerajaan Persekutuan. Dalam sistem pemantauan projek ICU, terdapat dua kategori projek yang didefinisikan sebagai projek bermasalah iaitu:
(i) projek lewat jadual– apabila kemajuan sebenar menunjukkan kelewatan sehingga 20 peratus daripada peratus kemajuan jadual; dan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) - Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
(ii) projek sakit– apabila kemajuan kerja fizikal mengalami kelewatan lebih 20 peratus daripada yang dijadualkan.
Tuan Yang di-Pertua, sehingga tahun 2021 daripada jumlah 6,755 projek pembangunan yang dipantau oleh ICU, terdapat sebanyak 160 yang dikategorikan sebagai projek sakit. Sebanyak 92 daripada projek tersebut sedang dan telah diambil tindakan intervensi atau problem solving oleh ICU. Sebanyak 41 projek berjaya dipulihkan dan mengikut jadual pelaksanaan projek yang dirancang manakala sebanyak 51 projek lagi dalam tindakan pemulihan pihak ICU.
Tuan Yang di-Pertua, di kawasan Bukit Gantang, terdapat satu projek di Changkat Jering yang sebahagiannya mungkin boleh dianggap sebagai projek “gajah putih”.
Mengikut pihak Majlis Perbandaran Taiping, pada awalnya projek Laman Changkat Jering mendapat peruntukan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebanyak RM2.8 juta. Selepas itu, pada tahun 2012 saya difahamkan ICU menyediakan tambahan peruntukan sebanyak RM3 juta. Projek ini siap sepenuhnya pada tahun 2014. Adalah difahamkan projek ini mempunyai empat komponen iaitu:
(i) sebanyak 20 buah gerai basah;
(ii) 150 buah gerai kering;
(iii) 30 buah gerai makanan; dan
(iv) 12 buah kios.
Pada masa ini, sebanyak 20 buah gerai basah dan sebanyak 150 buah gerai kering masih lagi kosong. Saya difahamkan bahawa pihak Majlis Perbandaran Taiping sedang berbincang dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia untuk mencari penyelesaian.
Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan projek pembangunan penting untuk menjana aktiviti ekonomi negara. Pelaksanaan projek pembangunan perlu dipantau rapi oleh kerajaan. Ini juga ditekankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Titah Diraja sempena pembukaan Parlimen pada 28 Februari lalu. Bagi memastikan projek pembangunan dilaksanakan dengan lancar, saya bersama dengan Ketua Setiausaha Negara mempengerusikan Jawatankuasa Pemudah Cara Pelaksanaan Projek Pembangunan Negara untuk mempercepatkan pelaksanaan projek pembangunan.
Sejak penubuhannya pada Disember 2020, jawatankuasa ini telah bermesyuarat sebanyak 10 kali dan yang terakhir ialah pada 31 Januari 2022 untuk memastikan segala projek yang dirancang dapat dilaksanakan pada jadual waktu yang telah ditetapkan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan pertama.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah ikut menyentuh secara khusus projek terbengkalai di Parlimen Bukit Gantang. Laman Changkat Jering merupakan satu pusat perniagaan yang strategik yang berada betul-betul di simpang susur keluar dua lebuh raya iaitu PLUS dan WC.
Sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan telah pun meluluskan sebanyak RM2 juta dua tahun yang lepas. Sehingga kini belum ada lagi apa-apa usaha yang nyata untuk menaik taraf dan membina semula Laman Changkat Jering ini. Apakah mungkin disebabkan oleh delivery system yang tidak berkesan dengan izin, menyebabkan projek terbengkalai ini tidak dapat dipulihkan.
Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, yang kedua, ada satu lagi projek terbengkalai di Bukit Gantang iaitu Kompleks Kuarters Institusi Pendidikan Matang yang dibangunkan di atas tanah dengan keluasan 203 ekar terbiar setelah siap 20 tahun yang lepas. Kawasan ini telah dicerobohi, dicuri kabel elektrik, besi pagar dipotong, pintu, tingkap, siling dan bumbung bangunan habis rosak. Adakah kerajaan bersedia memberi laluan kepada pihak swasta bagi projek kerjasama pintar dan menjadikan kompleks
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
pendidikan yang lengkap dengan kemudahan sepertimana yang pernah dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan dalam Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua
Tolong habiskan Yang Berhormat.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Soalan saya, setelah pihak kerajaan dan kementerian mendengar rintihan dan keluhan Ahli-ahli Parlimen serta cadangan penyelesaian yang dikemukakan bagi projek-projek terbengkalai di kawasan masing-masing. Adakah kerajaan dan pihak kementerian berhasrat untuk memanggil Ahli-ahli Parlimen berkenaan bagi libat urus untuk menyelesaikan perkara ini dengan segera? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mengambil berat pandangan dan saranan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang. Kita ucapkan terima kasih kerana Ahli-ahli Parlimen memanglah sentiasa menjadi mata dan telinga kerajaan. Saya amat menyokonglah cadangan Yang Berhormat supaya diadakan libat urus dengan Ahli-ahli Parlimen. Insya-Allah kita akan laksanakan cadangan ini. Jadi sementara itu, saya harap Ahli-ahli Parlimen yang ada masalah projek di kawasan masing- masing, yang gajah putih atau lambat, kita ada sistem pemantauan, ICU ada, JKR ada, dalam kerajaan. Mungkin pemantauan itu kurang lengkap.
Jadi, saya cadangkan semua Ahli Parlimen yang ada pengalaman sendiri di kawasan masing-masing kerana Yang Berhormat lebih faham keadaan setempat kita.
Jadi, saya cadangkan boleh kemukakan kepada kami secara bertulis dan kita akan pastikan perkara yang disebutkan tidak berulang.
Dua perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi. Pertama ialah Laman Changkat Jering dan kedua ialah kuarters kerajaan. Laman Changkat Jering tadi saya difahamkan bahawa antara isunya dua iaitu:
(i) keluasan gerai basah dan juga gerai kering itu kecil katanya, itu antara masalah yang dihadapi; dan
(ii) lokasi itu betul strategik tetapi saya difahamkan bahawa tapak sekarang ini agak sesuai dan ada keengganan di pihak beberapa orang peniaga untuk berpindah ke tempat baru.
Apa pun, Ahli Parlimen lebih faham perkara ini dan kita ambil berat. Pihak ICU akan diarahkan untuk segera mengambil tindakan dan mencari penyelesaian kerana projek sudah pun dilaksanakan, wang sudah dibelanjakan tetapi tidak mendapat manfaat sepenuhnya.
Kedua berkaitan kuarters. Kerajaan sedar bahawa beberapa buah kuarters KPM di seluruh negara menghadapi masalah. Sesetengah itu gajah putihlah, siap tetapi tidak digunakan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sekarang ini pihak Kementerian Pendidikan sedang membuat satu kajian menyeluruh tentang perkara ini iaitu kuarters- kuarters termasuklah kuarters yang disebutkan oleh Yang Berhormat di Changkat Jering.
Pertama, untuk mendapat pencerahan kenapa ini berlaku, tidak digunakan dan yang penting ialah untuk mencari kaedah penyelesaian. Bagaimana kuarters yang telah dibina ataupun yang tergendala ini dapat dipulihkan ataupun tindakan-tindakan lain yang sesuai yang boleh diambil oleh kerajaan.
Jadi, saya ucapkan terima kasih dan saya mohon supaya semua Ahli Yang Berhormat menjadi mata dan telinga kerajaan untuk melaporkan kesemua projek yang dianggap tidak berjaya oleh Yang Berhormat supaya langkah-langkah pembetulan akan dapat diambil. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Papar, ringkas ya sebab kita dah 10.37.
Sebenarnya sehingga 10.30 saja, saya hendak habiskan.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Papar.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan ya.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ia masih berkenaan dengan projek kerajaan yang terbengkalai dan projek gajah putih yang terbiar, yang hendak diteruskan oleh kerajaan.
Soalan saya, apakah kriteria yang akan digunakan oleh kerajaan ataupun kementerian untuk membolehkan projek yang terbengkalai dan projek gajah putih ini mesti diteruskan? Bagaimana pula implikasi kewangan kepada kerajaan? Bagaimanakah caranya kerajaan ingin mengurangkan kerugian yang dialami oleh projek-projek yang terbengkalai ini? Adakah kontraktor-kontraktor yang berkenaan sudah dibawa ke pengadilan? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Tiga soalan itu.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Saya jawab ringkas Tuan Yang di-Pertua.
Pertamanya, umumnya ada tiga jenis projeklah ataupun empat iaitu:
(i) yang berjaya dan berjaya sama ada disiapkan mengikut jadual dan juga berjaya untuk menyampaikan perkhidmatan yang diharapkan;
(ii) projek-projek yang lewat. Lewat ini ada dua jenis iaitu satu ialah lewat kurang 20 peratus dan satu lagi sakit, lebih 20 peratus;
(iii) projek terbengkalai, buat separuh jalan, tidak selesai maka kerajaan perlu panggil satu tender lain untuk diselamatkan oleh kontraktor penyelamat; dan
(iv) projek-projek “gajah putih” lah, umpamanya tadi Laman Changkat Jering tadi, sebahagiannya bukan semua.
Sebahagian projek tersebut boleh dianggap sebagai “gajah putih”.
Jadi pembaziran ini satu perkara yang tidak boleh kita benarkan kerana ini wang rakyat. Jadi kalau melihat kepada kajian yang dibuat oleh pihak ICU, daripada 52 projek yang dikaji oleh ICU, 34 projek yang lewat dikaji ini adalah melibatkan kontraktor, sebabnya kontraktor kerana pemilihan kontraktor yang tidak tepat.
Ini kita sedia maklum dalam kerajaan dan tindakan-tindakan akan diambil oleh semua pihak untuk pastikan pemilihan kontraktor itu tepat. Jadi memanglah kalau projek lewat, dua masalah. Pertama, kosnya meningkat dan keduanya ialah rakyat marah. Satu hospital, saya tidak perlu sebutlah tempatnya. Apabila setahun terbengkalai maka rakyat mengharapkan perkhidmatan.
Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Maka rakyat mengharapkan perkhidmatan. Maka marahlah rakyat kepada kerajaan, itu yang pertama. Keduanya apabila lewat kos meningkat. Sekarang ini harga bahan-bahan binaan naik umpamanya. Jadi, kadang-kadang kos meningkat sampai 20 peratus. Jadi, kalau asalnya RM100 juta naik RM120 juta. RM20 juta rugi ya, semata-mata kerana kelewatan kontraktor. Jadi, sekali lagi saya hendak tekankan kerajaan memandang berat perkara ini. Itu sebabnya ditubuhkan Jawatankuasa Pemudah Cara pada Disember tahun 2020, saya dan KSN mempengerusikannya.
Sudah diadakan 10 mesyuarat, terkini 31 Januari lalu dan kita akan terus memastikan bahawa apa yang berlaku sebelum ini dapat dikurangkan. Hendak selesaikan 100 peratus mustahil tetapi kita akan cuba sedaya upaya untuk pastikan bahawa masalah yang berlaku sebelum ini tidak berulang lagi. Terima kasih. Sekali lagi saya harap Ahli Yang Berhormat akan terus menjadi mata dan telinga kerajaan untuk pastikan segala kelemahan sebelum ini tidak berulang lagi. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Tuan Yang di-Pertua, satu sahaja soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Maaf, maaf.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Bertulis pun tidak apa.
Tuan Yang di-Pertua
Sudah habis masa Yang Berhormat, maaf. Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
1. Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Menteri Tenaga dan Sumber Asli menyatakan statistik kes tunggakan pembahagian pusaka mengikut negeri dan apakah langkah segera Kementerian dalam menyelesaikan masalah ini.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, sahabat saya Yang Berhormat Jerai untuk soalan yang pertama. Tuan Yang di-Pertua, jumlah keseluruhan kes tunggakan bagi pembahagian pusaka sehingga 31 Disember tahun 2021 adalah sebanyak 72,348 kes dan tunggakan mengikut negeri adalah seperti berikut.
Untuk Perlis 616 kes, Kedah 13,423 kes, Pulau Pinang 2,965 kes, Perak 6,868 kes, Selangor 10,358 kes, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan 2,050 kes, Negeri Sembilan 4,300 kes, Melaka 4,326 kes, Johor 9,062 kes, Pahang 6,242 kes, Terengganu 4,724 kes, Kelantan 7,414 kes, jumlahnya 72,348 kes.
Tuan Yang di-Pertua, suka saya menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa tunggakan ini sebahagiannya berlaku disebabkan oleh negara kita dilanda dengan pandemik COVID-19 yang melibatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jika tidak, tunggakan ini tidaklah sebanyak ini.
Tuan Yang di-Pertua, langkah segera telah dirangka dan diambil oleh kementerian bagi menyelesaikan masalah-masalah tunggakan yang ada ini antaranya pertama menggerakkan pasukan petugas khas ataupun task force di bawah waran perjawatan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) bagi membantu perbicaraan kes pusaka dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri.
Dalam hal ini yang keduanya satu tindakan mengadakan klinik penyelesaian tunggakan kes pusaka telah pun dimulakan. Pada 14 Februari 2022 yang lalu sebuah majlis pelancaran telah dibuat di negeri Kedah untuk kes negeri Kedah kerana agak tinggi jumlahnya yang telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Kedah itu sendiri.
Ketiga, langkah diambil oleh kementerian adalah kita mengemukakan permohonan khusus kepada JPA dan juga Kementerian Kewangan bagi memohon lantikan kakitangan tambahan atas dasar kontrak perkhidmatan ataupun contract of service dan dalam hal ini mesyuarat terkini akan diadakan pada 7 Mac ini bersama JPA dan juga MOF. Itulah antara tindakan yang telah diambil dan sedang diambil oleh pihak kementerian ini. Terima kasih.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penjelasan yang telah diberikan secara panjang lebar. Jika dilihat dalam konteks Malaysia, terdapat pelbagai agensi yang boleh menguruskan harta pusaka dan sering kali menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat apabila dibahagi-bahagikan mengikut jenis harta dan nilaian tertentu seperti Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG), mahkamah sivil dan syariah serta Amanah Raya Berhad (ARB).
Soalan saya; apakah dasar kerajaan dalam isu pengurusan harta pusaka demi memberikan kemudahan kepada rakyat agar tidak menimbulkan kekeliruan, lebih fokus di samping mengatasi masalah harta beku yang tidak dituntut dan penggunaan sumber yang lebih optimum berbanding agensi yang pelbagai? Sekian.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Terima kasih, Yang Berhormat Jerai. Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan tambahan tersebut pertamanya saya hendak maklumkan bahawa punca kuasa atau source of power bagi pembahagian harta pusaka dalam negara kita ini yang merupakan satu tanggungjawab Kerajaan Persekutuan adalah di bawah Perlembagaan Persekutuan, Jadual Kesembilan, Senarai 1, Para 4(e)(1).
Sebenarnya, di Malaysia ini tidak ada kekeliruan mengenai agensi yang dipertanggungjawabkan untuk penyelesaian harta pusaka ini kerana masing-masing ada bidang kuasanya tersendiri. Sebagai contohnya, Mahkamah Tinggi bahagian sivil setelah pindaan Akta Pembahagian Harta Pusaka Kecil (Akta 98) ini dikuatkuasakan, bidang kuasa mahkamah telah dinaikkan untuk nilaian harta pusaka si mati lebih daripada RM5 juta. Itu bidang kuasa Mahkamah Tinggi sivil yang mana ia melibatkan pembahagian harta wasiat dan sebagainya untuk bukan Islam.
Kemudian JKPTG, harta yang tidak melebihi RM5 juta sama ada harta tidak alih dan juga harta alih. Harta tidak alih ini tanah, rumah dan sebagainya. Harta alih kenderaan dan sebagainya. Manakala Amanah Raya Berhad (ARB) nilainya kurang daripada RM600,000.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak maklumkan bahawa pada tahun 2021, kita telah dapat menguruskan sebanyak 43,519 kes yang nilaian hartanya RM11.2 bilion telah diselesaikan dan juga daripada itu fi sebanyak RM14.5 juta telah dikutip sebagai pendapatan kepada Kerajaan Persekutuan. Dengan pindaan Akta 98 ini kita harap dapat mempercepatkan tempoh penyelesaian kes, keberkesanan sistem penyampaian yang optimum dan memperkemaskan pengurusan harta pusaka. Terima kasih.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, soalan tambahan saya ataupun soalan yang saya hendak tanyakan, isu harta pusaka ini pada dasarnya memang agak straightforward. Akan tetapi, ia menjadi rumit apabila berlakunya kes-kes di mana adanya perkahwinan campur ataupun isu pemelukan Islam.
Sebagai contoh, ada beberapa undang-undang – saya hendak bagi contoh undang-undang KWSP di mana di sana undang-undang itu – ini cerita Tuan Yang di- Pertua saya terpaksa declare my interest – pernah berlaku kes di mana Tuan Yang di- Pertua, apa yang berlaku ialah undang-undang itu hanya membenarkan contohnya kalau seorang ahli yang mencarum KWSP tiba-tiba mereka menukar nama penama (nominee) daripada asalnya orang itu orang bukan Islam, tiba-tiba dia tukar nama penama itu kekal ketika dia mati sedangkan dia telah masuk Islam.
Ia akan berlakunya satu conflict of jurisdiction ataupun berlakunya kes di mana dalam undang-undang itu membenarkan orang bukan Islam untuk menjadi pentadbir harta pusaka orang bukan Islam sedangkan itu melibatkan isu-isu yang melibatkan hukum- hakam Islam.
Jadi, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Adakah pihak kerajaan bercadang untuk mengkaji segala undang-undang yang berkaitan dengan isu-isu nominee ini untuk membolehkan satu penyelesaian yang muktamad terhadap kes-kes ini. Kalau tidak kes ini akan terus berlangsung, akan terus timbul dan ini akan mendatangkan masalah..
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Sepang yang membangkitkan mengenai pembahagian yang melibatkan keluarga yang melibatkan orang Islam dan juga ada ahli keluarga ataupun waris yang bukan Islam.
Khususnya bagi kes yang melibatkan contohnya KWSP dan sebagainya, saya rasa perkara ini sedang dan telah diambil tindakan termasuk semasa Yang Berhormat Sepang menjadi Timbalan Menteri Undang-undang dahulu, telah diambil tindakan dalam perkara ini.
Apa pun, secara umumnya saya ingin menyatakan bahawa pembahagian pusaka bagi rakyat Malaysia sama ada beragama Islam ataupun bukan beragama Islam mempunyai agensi mengikut bidang kuasa masing-masing.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Kalau orang Islam, ia melibatkan Mahkamah Syariah, melibatkan faraid dan sebagainya. Saya yakin dan percaya untuk pewaris yang bukan beragama Islam sama ada si mati itu bukan beragama Islam tetapi ada pewaris yang beragama Islam, ada sistem perundangan tersendiri untuk menyelesaikan perkara ini. Itu jawapan saya secara umum, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Rasah, pendek sahaja ya.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Boleh satu lagi soalan?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Rasah sudah minta lama.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri kata tiga cara. Cuma saya mohon cadangkan, apakah ada cara keempat iaitu review secara online. Saya pernah sebutkan kepada Yang Berhormat Menteri pada tahun lepas ketika perbahasan untuk usul tersebut.
Oleh sebab saya rasa tunggakan kes yang berlaku sekarang ini kena diselesaikan dengan cepat sebab esok bila threshold dia naik daripada dua juta kepada lima juta, yang melibatkan harta tidak alih sahaja, lambakan kes ataupun tunggakan kes ini akan berterusan. Jadi, adalah elok kita selesaikan tunggakan kes yang banyak ini dalam masa yang singkat ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Rasah yang membangkitkan soal tunggakan kes dan sebagainya. Sebagaimana yang telah saya sebutkan tadi Tuan Yang di-Pertua, pelbagai tindakan telah diambil oleh pihak kerajaan. Saya nak beritahu kepada Yang Berhormat Rasah, saya sendiri dan Yang Berhormat Menteri Besar Kedah, kami hadir dalam satu klinik penyelesaian tunggakan kes-kes di negeri Kedah dahulu yang mana Kedah ini ada banyak.
Kami telah membuat suatu perancangan untuk mewujudkan balai-balai penghulu di Kedah sebagai tempat untuk perbicaraan kes-kes pusaka ini. Itulah seriusnya kita mengambil tindakan ini untuk menyelesaikan kes tunggakan perbicaraan kes-kes pusaka ini. Saya percaya apa yang dilaksanakan oleh mahkamah, sama ada mahkamah sivil ataupun mahkamah syariah iaitu perbicaraan online juga menjadi sebahagian daripada opsyen yang akan diambil oleh kementerian untuk menyelesaikan masalah tunggakan ini dalam waktu terdekat ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
2. Tuan Kesavan a/l Subramaniam [Sungai Siput] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan statistik jumlah orang kurang upaya (OKU) berdaftar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga 31 Disember 2021 dan pecahan mengikut jenis OKU dan kategori jantina lelaki dan perempuan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Sungai Siput.
Pendaftaran orang kurang upaya adalah tertakluk kepada Akta OKU 2008 dan ia dilakukan secara sukarela atas dasar tanggungjawab sosial. Berdasarkan rekod sistem maklumat orang kurang upaya terkini sehingga setakat 28 Februari 2022, sejumlah 597,355 OKU telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Daripada jumlah tersebut, seramai 389,241 orang ataupun 65 peratus adalah merupakan lelaki dan 208,114 orang ataupun 35 peratus adalah merupakan wanita.
Pecahan bilangan OKU yang mendaftar mengikut kategori adalah seperti berikut:
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
| KATEGORI | PERATUS PECAHAN |
|---|---|
| Pembelajaran | 35.8 |
| Fizikal | 35.0 |
| Penglihatan | 8.8 |
| Mental | 8.4 |
| Pendengaran | 6.9 |
| Pertuturan | 0.5 |
| Pelbagai | 4.6 |
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Soalan tambahan pertama.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tadi.
Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Menteri, mohon berikanlah statistik berapa ramai OKU asal. Apa yang saya maksudkan OKU asal adalah mereka yang lahir dengan kecacatan anggota dan OKU kategori penyakit di mana mereka ini lahir sebagai sempurna tetapi kemudian mereka sakit. Sebagai contoh, pesakit dialisis, pesakit diabetes yang telah potong kaki dan sebagainya.
Jadi saya mohon statistik kepada kategori OKU asal dan kategori OKU berpenyakit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mempunyai maklumat itu sekarang dan saya akan jawab secara bertulis. Cuma apa yang boleh saya kongsikan di sini, saya mempunyai maklumat mengikut negeri dan juga pendaftaran mengikut umur dan juga mengikut jantina. Nanti daripada maksud Yang Berhormat tadi itu, yang berkaitan dengan dilahirkan sempurna kemudian menjadi OKU dan sebagainya itu, kita akan jawab secara bertulis. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salah satu matlamat kementerian memperkenalkan JKMPay adalah untuk membantu golongan OKU menguruskan perbelanjaan dan menangani masalah salah guna bantuan. Pada 30 Januari yang lalu, Yang Berhormat Menteri ada menyatakan bahawa terdapat di antara mereka yang dibantu untuk membeli barangan yang tidak perlu termasuklah rokok.
Soalan saya, apakah asas Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa terdapat salah guna bantuan dan di kalangan OKU yang menerima bantuan? Apakah terdapat data ataupun statistik mahupun kajian yang telah dilakukan oleh kementerian untuk melihat penyalahgunaan bantuan tersebut? Mohon jawapan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, silakan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Terima kasih Yang Berhormat. Sekali lagi ingin saya nyatakan, JKMPay bukan hanya untuk golongan OKU. Ia untuk keseluruhan penerima bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Jadi, ada aduan yang diberikan. Sebagai contoh apabila kita turun ke bawah, mereka yang sakit, kenaikan elaun bulanan untuk JKM ini telah dinaikkan mulai dari tahun 2021. Contohnya, untuk pesakit terlantar daripada RM350 naik kepada RM500. Tujuan kita menaikkan adalah untuk membantu mereka membeli keperluan-keperluan asas seperti barang makanan, ubat- ubatan dan keperluan harian.
Jadi, inilah antara lain yang kita mahukan bahawa penggunaan bantuan ini digunakan dengan sebaik-baiknya. Ia ada banyak senarai barang yang boleh dibeli dan kalau kita senaraikan itu, banyak. Jadi yang kita sekat adalah pembelian rokok dan juga
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
arak. Ini untuk kita membantu dan menjaga kebajikan penerima-penerima bantuan.
Sekurang-kurangnya makan kena ada, sekurang-kurangnya ubat kena ada, sekurang- kurangnya pampers yang diguna itu sepatutnya dibeli untuk keperluan mereka. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Hj Ahmad Nazlan bin Idris.
Dato’ Hj Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Izinkan saya menyampaikan serangkap pantun.
PRN di Melaka dan Sarawak telah di laksana, Kini di Johor pula menyusul, Tuan Yang di-Pertua bijak laksana, Soalan tiga dari Jerantut menyusul.
3. Dato’ Hj Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan bentuk kerugian yang ditanggung oleh agensi pelancongan umrah apabila perjalanan umrah ditangguhkan sementara akibat penularan COVID-19 varian Omicron.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan untuk memberi maklum balas kepada pertanyaan oleh Yang Berhormat Jerantut ini, izinkan saya untuk turut menjawab soalan ini bersekali dengan pertanyaan nombor 67 oleh Yang Berhormat Hulu Langat bertarikh 9 Mac 2022 kerana ia menyentuh isu yang sama.
Tuan Yang di-Pertua, seperti Yang Berhormat sedia maklum, kerajaan pada 1 Januari 2022 yang lalu telah mengumumkan keputusan untuk menggantung sementara perjalanan umrah untuk rakyat Malaysia selama sebulan bermula 8 Januari 2022.
Keputusan ini walaupun sukar adalah wajar dilaksanakan mengambil kira kebimbangan terhadap varian Omicron COVID-19 pada waktu tersebut.
Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor termasuklah data- data yang dikumpul oleh pihak-pihak berkaitan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta memberi ruang kepada kerajaan untuk menilai dan meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) umrah bagi menambah baik dan mengemas kini selaras dengan perkembangan keperluan semasa.
Selain itu, penangguhan tersebut juga memberi peluang untuk jemaah yang ingin melaksanakan ibadah umrah mengatur temu janji bagi mendapatkan dos penggalak vaksin COVID-19 yang sebelum itu tidak dijadikan syarat wajib. Tidak dinafikan penangguhan sementara ini secara tidak langsung telah memberi implikasi kepada bukan sahaja bakal jemaah yang telah membuat bayaran pakej tetapi juga kepada syarikat pengendali umrah.
Penangguhan sementara selama sebulan ini dianggarkan membabitkan penangguhan perjalanan kepada lebih kurang 19,000 orang bakal jemaah. Walau bagaimanapun, jumlah mereka yang terpaksa menanggung kerugian kerana tidak boleh mendapatkan bayaran balik bagi sesetengah pembayaran yang telah dibuat dianggarkan jauh lebih rendah daripada jumlah keseluruhan tersebut.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri
Lanjutan daripada arahan penangguhan ini, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya telah mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi meminimumkan impak kepada semua pihak, terutamanya bakal jemaah dan syarikat pengendali umrah. Ini termasuklah mengadakan libat urus dan perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan, termasuklah agensi-agensi kerajaan seperti KKM, Kementerian
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri
Pengangkutan, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), syarikat penerbangan dan juga wakil penggiat industri bagi mencari penyelesaian terbaik untuk semua pihak.
Antara keputusan yang berjaya dirunding dan dicapai adalah berhubung pembayaran balik serta penukaran tarikh tanpa penalti bagi tiket penerbangan yang telah dibayar, tertakluk kepada terma dan syarat.
Di samping itu juga, Tuan Yang di-Pertua, sebagai kerajaan prihatin, kerajaan telah bersetuju agar jemaah umrah Keluarga Malaysia yang terkesan dan terjejas teruk atas penangguhan sementara perjalanan umrah ini untuk menerima bayaran sagu hati, MOTAC yakin bantuan ini dapat membantu jemaah untuk mengurangkan kerugian yang dialami lanjutan arahan penangguhan sementara perjalanan umrah tersebut.
Sementara itu, berhubung dengan SOP umrah, saya ingin mengambil ruang ini untuk menegaskan bahawa SOP yang dibangunkan oleh kerajaan tidaklah bertujuan untuk membebankan mana-mana pihak tetapi adalah untuk melindungi keselamatan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia. Izinkan saya lanjutkan sedikit sebab banyak yang bertanya mengenai perkara ini.
Dakwaan Yang Berhormat Hulu Langat yang mengatakan SOP umrah kerap berubah dan telah menyusahkan umat Islam, adalah tidak tepat sama sekali. Ini kerana sejak SOP umrah pertama dikeluarkan apabila perjalanan umrah dibenarkan semula pada 18 Oktober 2021 yang lalu, ia hanya berubah sekali iaitu selepas pengumuman penangguhan sementara perjalanan umrah awal tahun ini.
Manakala bagi mereka yang pulang dari mengerjakan umrah pada bulan Januari tahun ini, tahun 2022, yang lalu, iaitu selepas pengumuman penangguhan sementara diumumkan dan diarahkan menjalani kuarantin, mereka telah diberi pilihan sama ada berurusan terus dengan stesen kuarantin swasta atau stesen kuarantin yang diuruskan oleh kerajaan.
Jadi pada masa itu, bagi penempatan kuarantin yang diurus kerajaan, person under surveillance (PUS) iaitu jemaah yang negatif ujian saringan COVID-19 oleh KKM telah ditempatkan di hotel atau pusat latihan awam bergantung kepada ketersediaan bilik pada hari ketibaan. Bagi pilihan ini, kos urusan kuarantin ditanggung oleh pihak kerajaan, termasuk makan minum serta pengangkutan dari lapangan terbang.
Sedikit lagi...
Tuan Yang di-Pertua
Ya, panjang itu.
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri
...Tuan Yang di-Pertua. Sementara itu, SOP umrah yang telah dikemaskinikan berkuat kuasa 14 Februari tidak lagi mewajibkan jemaah yang pulang untuk menjalani kuarantin wajib di pusat kuarantin tetapi mereka kini dibenarkan menjalani kuarantin wajib di kediaman masing-masing tanpa memohon Kelulusan Home Quarantine Application (HQA) sepertimana mereka yang pulang dari luar negara.
Pada masa yang sama, mereka juga jemaah dibenarkan memilih menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin swasta dengan kos penginapan, makan minum dan rawatan ditanggung oleh mereka sendiri.
Justeru, saya sekali lagi ingin menegaskan kerajaan tidak pernah ingin menyusahkan rakyat tetapi sentiasa menjaga kebajikan mereka. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Silakan.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan kerana peka terhadap masalah yang ditanggung oleh peserta umrah. Cuma, saya ingin bertanya apakah 19,000 orang ini akan mendapat kemudahan sepertimana yang telah diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri kerana saya yakin sudah pasti ada sebahagian yang daripadanya terdiri daripada mereka dari Jerantut. Kita minta kaedah memperoleh bayaran ini tidaklah disusahkan kepada bakal- bakal jemaah tadi. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri
Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, walaupun lebih kurang 19,000 bakal jemaah pada masa itu yang terkesan jadual mereka. Namun, jumlah mereka yang terpaksa menanggung kerugian kerana tidak boleh mendapatkan bayaran balik atau refund bagi sesetengah pembayaran yang tekah dibuat, dianggarkan jauh lebih rendah. Ini kerana majoriti yang terkesan langsung adalah membabitkan mereka yang dijadualkan untuk berlepas antara 8 hingga 14 Januari 2022 iaitu kurang dua minggu dari tarikh pengumuman oleh kerajaan.
Manakala bagi mereka yang dijadualkan berlepas pada tarikh yang kemudian, mereka mempunyai ruang yang cukup untuk membuat perubahan jadual sewajarnya.
Antara kriteria yang ingin diketahui oleh Yang Berhormat— antara kriteria dan syarat pemberian bayaran sagu hati ini adalah;
(i) Jemaah menggunakan syarikat pengendalian Malaysia dengan MOTAC,
(ii) Tempoh penerbangan adalah antara 8 Januari hingga 7 Februari 2022; dan
(iii) Telah memiliki visa perjalanan.
Jadi, jemaah yang memenuhi kriteria ini boleh menghantar permohonan melalui persatuan-persatuan agensi pelancongan yang boleh dibantu oleh syarikat umrah yang mereka berurusan. Ada dua perenggan lagi, Tuan Yang di-Pertua. Sebanyak lebih kurang 8,500 permohonan telah diterima daripada jemaah melalui persatuan-persatuan industri pelancongan yang tidak dapat menjalankan ibadah umrah bermula 8 Januari hingga 7 Februari.
Bagaimanapun, saringan awal MOTAC mendapati jumlah itu adalah termasuk dengan permohonan berulang dan ada juga tidak memenuhi kriteria. Bilangan mereka yang dikenal pasti layak menerima bayaran sagu hati ini juga adalah lebih rendah. Ini bermakna jumlah mereka yang terkesan dari segi kewangan ekoran penangguhan sementara tersebut terbabit adalah minimum. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Silakan, soalan tambahan kedua. Yang Berhormat Hulu Langat.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan juga Menteri berkenaan. Saya bercakap tentang keselarasan kerja di peringkat kerajaan melalui kementerian-kementerian yang ada. Saya percaya Kementerian Kesihatan telah membuat kajian, penelitian dan membuat prediction, jangkaan apabila Omicron ini mula tersebar di peringkat antarabangsa, di peringkat dunia.
Apabila lambat membuat tindakan untuk memantau, mengizinkan jemaah umrah keluar negara dan mengizinkan travel agents itu membuat kerja, ia telah menyusahkan rakyat itu sendiri.
Jangan kata mereka yang pergi umrah itu tidak mengadu keperitan dan kesusahan SOP yang diberikan, terutamanya bila balik dan dipaksa untuk pergi membuat kuarantin di tempat-tempat tertentu dan kemudiannya baru dibetulkan balik, ia sangat menyusahkan.
Jadi saya ingin mengingatkan, bertanya kepada Kerajaan Malaysia, tidak kira kementerian apa, supaya membaiki sistem-sistem yang ada dan akhirnya kerajaan terpaksa menanggung keperitan yang ada dan saya ucapkan terima kasih. Tanggungan itu cukup baik tetapi ia telah menyusahkan dan merugikan negara dalam urusan yang seperti ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya kita apabila ia berlaku, lepas itu kita mengadakan libat urus bersama dengan penggiat industri.
Kita tidak dapat bertindak secara rushing, dengan izin, sebab saya sendiri pun hendak mengetahui apa sebenarnya apabila kementerian lain membuat pengumuman, saya hendak tahu dari segi fakta, cerita bagaimana keadaan itu berlaku.
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri
Jadi, kita mengadakan sesi libat urus bersama Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA), Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH) dan Malaysian Association of Tour and Travel Agents dan semuanya kita dengar daripada mereka untuk kita mengetahui dan kita bersama-sama bersetuju untuk memutuskan bagaimana untuk membantu mereka.
Bukan itu untuk menyusahkan, itu adalah untuk menyelamatkan orang-orang kita terutama sekali mereka yang mengerjakan umrah ini. Kita juga hendak mengetahui bagaimana kita dapat memudahkan lagi. Jadi sebab itu, memanglah kerajaan terpaksa membantu untuk memberi sagu hati tadi, bayaran itu kerana mereka yang terbabit itu ada juga yang telah— ada opportunity loss dia.
Jadi, sebab itu tidaklah untuk menyusahkan, Yang Berhormat. Kita di sini adalah untuk facilitate, dengan izin, memudahkan segala yang berlaku. Omicron ini bukan kita panggil tetapi itulah yang menyebabkan kita terpaksa bersiap sedia untuk mengambil tindakan, apa sahaja tindakan dia. Ya, terima kasih kepada Yang Berhormat yang prihatin kepada rakyat. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Permatang Pauh silakan.
4. Puan Nurul Izzah binti Anwar [Permatang Pauh] minta Menteri Kewangan menyatakan peranan kerajaan dalam memantau dan meregulasi mata wang serta aset kripto dan sama ada kerajaan mempunyai perancangan jelas untuk mewujudkan mata wang digital, mengambil kira penglibatan BNM dalam Project Dunbar untuk pemindahan wang antarabangsa menggunakan teknologi blockchain.
Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Tuan Yang di-Pertua, mata wang kripto (cryptocurrency) dengan izin, yang guna dikenali sebagai aset digital
(digital asset) tidak diiktiraf sebagai mata wang yang sah diperlakukan, legal tenet Malaysia dan merupakan instrumen pembayaran yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Aset digital seperti Bitcoin dan Ethereum tidak sesuai digunakan sebagai instrumen pembayaran disebabkan aset-aset ini tidak menunjukkan ciri-ciri universal wang dan secara umumnya aset digital bukanlah penyimpan nilai dan medium pertukaran yang baik.
Ini disebabkan keadaan aset digital yang terdedah kepada turun naik harga yang tidak menentu akibat pelaburan spekulatif. Sebagai contoh pada bulan April 2021, harga Bitcoin mencecah nilai puncaknya sebanyak USD65,000 dan minggu berikutnya ia susut 50 peratus.
Satu lagi ialah risiko kecurian dan dalam statistik antara 2011 sehingga 2021, aset digital bernilai USD12 bilion telah dicuri melalui serangan siber dan penggodaman
(hacking). Ketiganya adalah kekurangan dari segi boleh skala. Bitcoin hanya mampu memproses sehingga 10 transaksi sesaat berbanding dengan 65,000 transaksi sesaat untuk sistem pembayaran yang sedia ada seperti Visa.
Terakhir yang saya rasa penting juga ialah kesan yang besar terhadap alam sekitar kerana tenaga elektrik yang digunakan untuk memproses satu Bitcoin boleh memproses 1.2 juta transaksi Visa dan pada tahun 2020, rangkaian Bitcoin telah menggunakan 132 Terawatt sejam. Ini bersamaan dengan penggunaan tenaga elektrik bagi seluruh negara Argentina.
Walau bagaimanapun kita faham yang landskap pembayaran dan aset digital yang cepat berubah telah mendorong bank-bank pusat untuk menilai kewajaran mengeluarkan Mata Wang Digital Bank Pusat atau Central Bank Digital Currency (CBDC).
CBDC ini merupakan instrumen pembayaran digital yang dikeluarkan oleh bank pusat dan sedang diteroka dan dikaji oleh pelbagai bank pusat di dunia.
Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Namun begitu pada masa ini BNM belum lagi memutuskan untuk mengeluarkan CBDC dalam masa terdekat kerana di Malaysia, sistem pembayaran domestik termasuk platform Pembayaran Runcit Masa Nyata atau Real-Time Retail Payments Platform (RPP) terus beroperasi dengan selamat dan cekap untuk menyokong keperluan ekonomi dan membolehkan pembayaran digital masa nyata. Jadi di samping itu, alat dasar monetari dan kewangan sedia ada juga kekal berkesan dalam memelihara kestabilan monetari dan kewangan negara. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Silakan.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. Persoalan saya memandangkan mata wang crypto tidak diiktiraf sebagai mata wang yang sah diperlakukan, you mentioned legal tender. Mengapakah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
(SC) membenarkan dagangan aset digital melalui Bursa-bursa Aset Digital (DAX)?
Kedua adalah bila bercakap tentang pembayaran digital, saya fikir kita cuba bergerak ke arah masyarakat tanpa tunai. Apakah langkah-langkah yang diperkenalkan oleh Kementerian Kewangan supaya golongan rentan tidak marginalized, tidak terpinggir dalam peralihan ini? Terima Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Terima kasih atas soalan susulan. Mata wang kripto atau aset digital tidak diiktiraf sebagai mata wang yang sah diperlakukan kerana ia tidak sesuai digunakan sebagai kaedah pembayaran. Namun demikian aset digital mempunyai pelbagai kes penggunaan termasuklah sebagai kelas aset yang boleh dilaburkan.
Dalam hal ini, pihak SC sebagai pengawal selia pasaran modal di Malaysia telah menetapkan yang aset digital sebagai sekuriti di bawah undang-undang dan bertanggungjawab dalam pengawalseliaan aktiviti dagangan aset digital serta pemerolehan dana melalui Tawaran Awal Bursa (IEO).
Dalam hal ini, Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah memeterai pengaturan penyelarasan untuk aktiviti aset digital dan pengaturan ini bertujuan untuk memastikan aktiviti aset digital mematuhi undang-undang dan peraturan di bawah bidang kuasa BNM dan SC. Ini termasuk Dasar Pertukaran Asing yang dikeluarkan oleh BNM dan keperluan pencegahan pengubahan wang haram dan pencegahan pembiayaan keganasan yang ditadbir oleh SC.
Bagi penggunaan aset digital sebagai kaedah pembayaran pada golongan rentan.
Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan kenyataan awam dari semasa ke semasa untuk mengingatkan orang ramai bahawa aset digital bukanlah wang yang sah diperlakukan legal tender di Malaysia dan bukan instrumen pembayaran dikawal selia oleh BNM.
Justeru orang ramai selalu kita nasihati agar berhati-hati dalam menilai risiko berkaitan dengan urusan aset digital. Di samping itu, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat Malaysia secara keseluruhan tentang urus niaga dan pelaburan aset digital ini termasuk mendidik pelabur dalam Investmark dan inisiatif pendidikan dianjurkan oleh Security Development Corporation dan Bursa-bursa Aset Digital (DAX) yang didaftar oleh SC.
Jadi orang ramai adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada senarai Bursa Aset Digital (DAX) yang dikeluarkan oleh SC dan hanya berurusan dengan DAX yang didaftar oleh SC. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ada soalan tambahan kedua? Tidak ada?
Saya menjemput Yang Berhormat...
[Disampuk]
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh
Sedikit kasih Tuan Yang di- Pertua, kalau boleh? Since there is no other follow-up.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh
Saya ingin hendak menanyakan jawapan yang lebih lanjut berkait dengan usaha-usaha kementerian supaya golongan rentan di pedalaman tidak terpinggir apabila kita bergerak ke arah penggunaan digitalization sekarang ini because if you look at even RFID dan semua teknologi terkini, sememangnya golongan rentan selalunya akan terpinggir. At least some steps sebelum kita bergerak to digital world. Thank you.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Kementerian akan ambil kira. Ini adalah soal akses, *accessibility to the technology.
This is something very important* dan kita akan mengambil langkah-langkah tersebut. Kita akan bincang dan kita akan pastikan tidak ada yang ketinggalan dalam akses teknologi seperti RFID dan juga aset digital. Terima kasih.
5. Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [Libaran] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan bagaimanakah kementerian memastikan keselamatan makanan negara dipelihara berikutan rantaian bekalan makanan mengalami gangguan besar sejak awal tahun 2020 ekoran sekatan yang dicetuskan oleh krisis kesihatan global.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II - Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam Keluarga Malaysia. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Libaran.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
(MAFI) komited dalam memastikan sebarang gangguan terhadap bekalan makanan yang dihadapi pada awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dapat diatasi dengan lebih cekap dan teratur.
Hal ini jelas terlihatkan menerusi beberapa langkah yang telah dilaksanakan oleh MAFI bagi memastikan kelancaran rantaian bekalan makanan untuk menjamin ketersediaan makanan secara domestik. Antara tindakan yang diambil:
(i) meningkatkan kecekapan rantaian bekalan melalui pusat pengumpulan, penyimpanan, pemprosesan, pengedaran dan pemasaran serta kemudahan logistik dan pengangkutan;
(ii) memperluaskan akses pasaran petani melalui outlet pemasaran seperti pasar tani, pasar nelayan, AgroBazaar dan Myfarm Outlet. MAFI juga menyediakan platform e-dagang dengan kerjasama seperti AgroBazaar online, NEKMATBIZ, dan platform kerjasama strategik dengan pihak swasta yang lain;
(iii) melaksanakan kerjasama strategik dengan industri bagi memastikan bekalan makanan import utama seperti bawang, kentang dan sebagainya sentiasa mencukupi;
(iv) menyediakan bantuan dan sokongan kepada pengeluar makanan seperti geran dan pinjaman;
(v) merancakkan aktiviti pengeluaran makanan dengan pemberian subsidi dan insentif input tanaman seperti benih, baja, racun dan lain-lain khususnya untuk tanaman utama seperti padi; dan
(vi) meningkatkan keberkesanan pengeluaran dengan menambah baik infrastruktur dan kemudahan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II - Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh
Di samping itu, MAFI juga telah merangka beberapa strategi untuk merancakkan pengeluaran bahan makanan secara domestik di bawah Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara (DSMN) 2021-2025. Khusus bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap sumber import ke arah menjamin kestabilan sistem makanan negara, MAFI:
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II - Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh
(i) menggalakkan kerjasama dengan sektor swasta menerusi Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB);
(ii) menubuhkan Lembaga Ruminan Negara (LRN);
(iii) memperluaskan aktiviti pertanian bandar dan kebun komuniti;
(iv) memperkasakan penyediaan pembangunan berteraskan sekuriti makanan untuk menghasilkan baka benih berimpak tinggi; dan
(v) meningkatkan produktiviti serta menjamin kemapanan pengeluaran makanan ternakan.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat ya.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Secara relatifnya, tahap keselamatan makanan negara kita adalah di tahap yang memuaskan. Namun, terdapat masih banyak ruang dan peluang bagi Malaysia untuk menambah baik kepada aspek ini.
Ini khususnya untuk memastikan kesejahteraan rakyat yang lebih terjamin di negara kita.
Justeru itu, dalam konteks isu-isu yang dihadapi oleh keselamatan makanan negara, persoalan saya, apakah kebolehupayaan kerajaan pada hari ini dalam menangani isu seperti kos pengeluaran tanaman, harga produk, produktiviti pengeluaran, masalah bio keselamatan serta penggunaan teknologi demi meningkatkan lagi keselamatan makanan negara kita secara menyeluruh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Silakan.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Libaran.
Berkenaan dengan tahap keselamatan di mana negara kita mempunyai ruang- ruang yang banyak untuk memastikan food security di dalam negara kita sentiasa diawasi dan dijaga. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan telah menyusun dan sedang menyusun dan pastinya akan terus menyusun strategi-strategi yang sesuai di dalam negara kita untuk menjamin bekalan makanan negara kita sentiasa mencukupi.
Apa pun, persediaan daripada pihak kerajaan ini memerlukan kepada tempoh masa yang agak panjang daripada satu musim ke satu musim. Kita sentiasa menaik taraf sebagaimana yang saya sebut tadi yang terbaru ini kita memperkenalkan sistem SMART SBB di dalam negara kita. Ternyata ia memulangkan hasil kepada para petani ini lebih kurang sekali ganda paling minimum dan ada yang kita capai sampai dua kali ganda.
Begitu juga teknologi-teknologi yang canggih yang datang ini serentak apabila kita bekerjasama dengan pihak syarikat-syarikat swasta yang besar ataupun syarikat kerajaan, maka pengendalian pertanian ini disusuli oleh teknologi-teknologi yang tinggi seperti penggunaan dron, penanaman padi menggunakan machinery. Begitu juga perkara-perkara yang lain.
Jadi, kita sentiasa mengambil cakna dalam perkara ini dan insya-Allah kerajaan akan sentiasa memberi perhatian kepada isu yang dibangkitkan oleh pihak Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
[Bangun]
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Maaf Yang Berhormat Bukit Bintang, Yang Berhormat Bukit Bendera dahulu. Yang Berhormat Bukit Bendera bangun dahulu.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Berkenaan dengan sekuriti makanan. Sebelum ini saya terbaca juga kenyataan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa perang Rusia-Ukraine tidak menjejaskan
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
sekuriti makanan. Saya tidak bersetuju dengan kenyataan itu kerana perang Rusia- Ukraine ini telah menyebabkan harga minyak mentah, crude oil prices mencecah USD104 semalam. Ini akan meningkatkan kos logistik untuk pengimportan bahan-bahan makanan ke Malaysia.
Soalan saya, ketika kita mengetahui bahawa crude oils harga logistik dan juga bekalan yang terputus, rantaian bekalan makanan terganggu, apakah usaha kita untuk baru-baru ini harga ayam, harga telur, harga sayur-sayuran telah melambung tinggi?
Apakah usaha-usaha serius oleh MAFI untuk menstabilkan harga-harga makanan asas untuk rakyat Malaysia ini? Apakah usaha-usaha yang konkrit dalam ketidaktentuan rantaian bekalan makanan?
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****] Sekuriti makanan bukan sahaja availability tetapi harga bagaimana kita dapat menstabilkan harga itu. Itu soalan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab satu minit.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Bukit Bendera.
Berkenaan dengan peperangan yang berlaku di antara Rusia dan Ukraine yang saya jelaskan ia tidak memberi kesan yang direct begitu tetapi tidak dinafikan betul, Yang Berhormat sebut apabila harga petroleum melonjak naik, apa pun ia akan memberi kesan kepada semua sektor bukan sahaja petroleum tetapi rolling ekonomi, international economy ini pun ia memberi kesan kepada mana-mana negara yang ada di dalam dunia ini.
Apa pun insya-Allah di sudut harga dan diberi contoh tadi kenaikan harga ayam, harga telur dan seumpamanya kerajaan mengambil pendekatan yang drastik. Sebagai contoh, harga ayam. Kita mengeluarkan subsidi sebanyak 60 sen untuk satu kilogram dan harga telur lima sen untuk satu biji dan angka ini walaupun kita nampak kecil tetapi ia mencecah RM550 juta dalam tempoh satu bulan.
Kerajaan ada pelan tersendiri di antaranya iaitulah kita akan mengurus selia penternakan ayam di dalam negara kita ini. Kita sedang rangka proses ini supaya harga ayam, harga telur di dalam negara kita, kita tidak boleh bagi jaminan ia tidak akan naik selepas daripada ini kerana kebergantungan kita kepada makanan dan seumpamanya yang kita import daripada negara luar.
Namun, kita juga tidak mahu berlaku sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku di dalam negara kita semacam saya hendak sebut dengan bahasa apa, semacam boikot ke dan ada pihak yang ambil kesempatan dalam situasi negara menghadapi COVID-19, menghadapi kekangan ekonomi yang begitu rupa, ada pihak yang cuba buat sesuatu supaya harga ayam ini meningkat dengan mendadak.
Di MAFI ini, kita tahu tindakan-tindakan yang dibuat dan insya-Allah pihak kerajaan akan susuli dengan tindakan-tindakan yang wajar dalam jangka masa yang panjang untuk menangani isu-isu yang seumpama ini insya-Allah. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Sedikit, sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya beri peluang kepada Yang Berhormat Jempol, ringkas.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Terima kasih. Tadi berkaitan dengan bekalan ayam, rantaiannya disebut tadi memang saya harap perkara ini ada kesudahan. Sekian
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
lama isu ayam ini tidak berlaku kesudahan kerana apabila pengeluar ayam boikot, baka anak ayam dan sebagainya kita terpaksa menuntut supaya ayam itu dinaikkan.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Di mana agensi-agensi yang ada yang boleh menternak ayam ini? Kalau boleh kita wujudkan satu agensi pengeluaran khas syarikat besar untuk mengeluarkan ayam dan peranan yang kedua, FAMA. FAMA tanam semua tanam boleh tanam, bila hendak beli FAMA mengenakan bayaran yang rendah berbanding dengan pasaran luar. Apakah tindakan untuk memelihara pengeluar, pekebun sayur yang ada ini dapat menyara hidupnya dengan harga yang cukup baik. Apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.
Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh
Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Jempol yang membangkitkan isu sebahagian daripadanya saya sebut secara mendatar sekejap tadi. Itu adalah di antara pelan, insya-Allah yang akan dibuat oleh pihak kerajaan di dalam negara kita untuk memastikan bekalan makanan negara ini, satu, mencukupi dan yang kedua di sudut harga ini tidak dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Tadi Yang Berhormat sebut dibakarnya anak ayam dan sebagainya. Kita dengar berita-berita yang seumpama ini dan insya-Allah pihak kerajaan akan mengambil pendekatan-pendekatan strategik, pendekatan yang tegas untuk kita selesaikan isu ini.
Cuma kita mengambil sedikit masa Yang Berhormat dan saya mengharapkan Yang Berhormat juga akan memberi kerjasama yang secukupnya kepada kerajaan untuk kita memacu dan bergerak ke hadapan dalam isu ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Tuan Baru Bian dari Selangau.
6. Tuan Baru Bian [Selangau] minta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan jumlah sekolah yang mempunyai bangunan daif yang ada di Parlimen Selangau. Daripada jumlah ini, berapa sekolah yang berada di tahap tujuh. Berapa banyak yang telah diganti/dibaiki sejak Januari 2020.
Timbalan Menteri Pendidikan I - Dato’ Dr. Mah Hang Soon
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited dalam menyediakan infrastruktur pendidikan yang selamat dan kondusif untuk kegunaan murid dan warga sekolah di seluruh negara termasuk negeri Sarawak.
Berdasarkan rekod KPM, sehingga 28 Februari 2022 terdapat 487 buah sekolah yang mempunyai bangunan daif di negeri Sarawak. Daripada jumlah tersebut 44 buah sekolah mempunyai bangunan daif berskala tujuh dan 443 buah sekolah mempunyai bangunan daif berskala enam.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, khusus di Parlimen Selangau terdapat sembilan buah sekolah yang mempunyai bangunan daif di sekolah. Daripada jumlah tersebut, sebuah sekolah mempunyai bangunan daif berskala tujuh dan lapan buah sekolah mempunyai bangunan daif berskala enam.
Selain itu, sejak Januari 2020 sebanyak sembilan projek naik taraf dan membangunkan semula bangunan daif di sekolah telah diluluskan melibatkan kos berjumlah RM67.42 juta. Daripada jumlah tersebut sebanyak enam projek dalam pembinaan dan tiga projek di peringkat pra bina. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan, sila Yang Berhormat Selangau.
Tuan Baru Bian - Selangau
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan dari kerajaan. Adakah yang sembilan kategori dianggapkan daif tadi itu
Tuan Baru Bian - Selangau
dimasukkan dalam pelan atau rancangan kementerian untuk memulihkan dengan harga yang dikatakan tadi, iaitu RM67.42 juta.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Selangau. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri satu minit.
Dato’ Dr. Mah Hang Soon
Sila ulang, tidak berapa clear tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang sembilan tadi.
Yang Berhormat Selangau minta ulang.
Tuan Baru Bian - Selangau
Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan tadi bahawa sembilan buah sekolah dalam kategori daif, lapan dalam kategori berskala tujuh kalau tidak silap saya, satu kategori enam, begitu?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Dr. Mah Hang Soon
Ya, sebuah berskala tujuh dan lapan berskala enam.
Tuan Baru Bian - Selangau
Rancangan kerajaan adalah untuk menggantikan atau memulihkan semula sekolah ini? Adakah ini semua termasuk dalam ongkos yang telah dikatakan tadi.
Dato’ Dr. Mah Hang Soon
Terima kasih, Yang Berhormat Selangau.
Sebenarnya sama ada kerja-kerja naik taraf atau membangunkan semula terpulang kepada keadaan bangunan daif di sekolah tersebut. Ingin saya maklumkan di sini bahawa senarai sembilan projek naik taraf dan membangunkan semula bangunan daif di sekolah di Parlimen Selangau sejak Januari 2020 sehingga 2022, jadi ianya pelbagai.
Ada yang naik taraf dan ada yang dibangunkan semula. Bergantung kepada keadaan bangunan sekolah yang daif tersebut dengan kos dan semuanya akan saya salurkan sebab ada satu senarai yang agak panjang di sini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
[Beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan yang kedua, sebelah sini tidak ada. Baik saya bagi Yang Berhormat..
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Hang Tuah Jaya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya kena pergi sebelah sini. Sila, Yang Berhormat Sibuti.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Berkenaan tentang masalah sekolah daif di Sarawak. Memandangkan pandemik COVID-19 berlaku hampir dua tahun, terdapat projek-projek sekolah daif yang dibangunkan tergendala. Adakah pihak kerajaan telah meneliti projek-projek yang telah diluluskan ini terdapat peningkatan kos dari sudut segi bahan-bahan, memandangkan ketika ini banyak bahan pembinaan seperti besi telah meningkat sehingga 20 percent daripada kadar kos.
Jika ingin mengelakkan kecacatan ataupun kelewatan untuk projek ini, adakah pihak Kementerian Pendidikan telah meneliti hal tersebut. Bagi kawasan Parlimen Sibuti saya ingin mendapatkan status secara bertulis berkenaan tentang projek bangunan pendidikan Daerah Subis.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Dr. Mah Hang Soon
Terima kasih kepada Yang Berhormat Sibuti yang telah membangkitkan beberapa perkara yang saya rasa sangat penting di sini, khususnya untuk sekolah yang mempunyai bangunan daif di Parlimen Yang Berhormat Sibuti itu akan saya salurkan kemudian. Pandangan untuk kita mengkaji semula saya ambil maklum dari
Dato’ Dr. Mah Hang Soon
segi kos pembinaan semakin meningkat dan sebagainya. Kesemua ini akan kita ambil maklum dan kita kaji semula. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Hang Tuah Jaya, satu soalan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya hendak teruskan ada banyak lagi soalan. Saya jemput Yang Berhormat Datuk Wilson Ugak anak Kumbong
(Hulu Rajang).
7. Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong [Hulu Rajang] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan:
(a) bilangan WiFi komuniti yg telah dipasang di rumah-rumah panjang di Parlimen P.216 Hulu Rajang; dan
(b) status menaik taraf menara-menara telekomunikasi di Parlimen P.216 Hulu Rajang di bawah program Jalinan Digital Negara
(JENDELA).
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Datuk Zahidi bin Zainul Abidin
Okey, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon izin untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Hulu Rajang bersekali dengan pertanyaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Serian pada 3 Mac, nombor soalan 78, Yang Berhormat Yang Berhormat Betong pada 21 Mac, nombor soalan 7 dan Yang Berhormat Baram pada 24 Mac, soalan 38. Saya menjawab soalan (b) dahulu sebab ini berkaitan dengan connectivity kerana kita hendak jawab WiFi kemudian.
Jadi untuk makluman Yang Berhormat, kementerian sentiasa cakna dan memberikan tumpuan kepada penambahbaikan perkhidmatan komunikasi melalui pelaksanaan inisiatif yang menyeluruh menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) bagi menangani isu-isu akses kepada internet berkualiti termasuk negeri Sarawak.
Antara inisiatif untuk mendapatkan jurang digital di Sarawak melalui Pelan JENDELA ini, Fasa 1 pada 31 Januari 2022 adalah seperti berikut:
(i) Perancangan tapak menara baru sebanyak 836 dan yang siap 83.
| Parlimen | Perancangan Tapak Menara Baru | Projek yang siap | ||||
|---|---|---|---|---|---|---|
| Baram | 111 | 1 | ||||
| Betong | 23 | Tiada | ||||
| Hulu Rajang | 60 | Tiada | Serian | 25 | 2 |
(ii) Naik taraf stesen pemancar, perancangan untuk – 3,213 dan yang siap baru 2,576.
| Parlimen | Perancangan Naik taraf Stesen Pemancar | Projek yang siap | ||||
|---|---|---|---|---|---|---|
| Baram | 63 | 38 | Betong | 72 | 46 |
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Datuk Zahidi bin Zainul Abidin
| Hulu Rajang | 50 | 35 |
|---|---|---|
| Serian | 88 | 66 |
Peratusan liputan 4G di kawasan berpenduduk di Sarawak juga telah meningkat kepada 82 peratus berbanding 73.67 peratus pada tahun 2021.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Datuk Zahidi bin Zainul Abidin
Jadi, manakala liputan Parlimen Baram, Hulu Rajang dan Serian adalah seperti berikut. Untuk liputan jalur lebar 4G kawasan berpenduduk, Baram sebelum JENDELA ialah 25.97 peratus, tetapi kini telah meningkat kepada tahun 2021 sebanyak 34.12 peratus. Betong dengan 70.6 peratus dan yang terkini 78 peratus, peningkatan 8.65 peratus. Hulu Rajang dengan 11.21 peratus dan telah meningkat kepada 18.31 peratus.
Serian dari 54.27 peratus meningkat kepada 78.75 peratus. Sebab apa dia tidak sampai 100 peratus? Oleh sebab, saya kata tadi kawasan berpenduduk.
Terdapat sebanyak 105 lokasi telah dipasang dengan jalur lebar satelit termasuk 100 lokasi di kawasan rumah panjang di Parlimen Hulu Rajang. Pembinaan 62 buah menara baharu di Parlimen Hulu Rajang telah mula dilaksanakan dan dijangka siap secara berperingkat bermula suku keempat tahun 2022 sehingga suku ketiga tahun 2023.
Manakala, terdapat sebanyak 15 stesen pemancar sedia ada di Parlimen Hulu Rajang yang sedang dinaiktarafkan di bawah projek penaik taraf stesen pemancar dan dijangka siap sepenuhnya pada suku keempat tahun 2022.
Bagi menjawab soalan (b) tadi, saya hendak terus kepada WiFi tadi menjawab pertanyaan Hulu Rajang mengenai pemasangan WiFi Komuniti. Sehingga kini terdapat tiga lokasi WiFi Komuniti di rumah panjang iaitu Kampung Uma Daro dan Kampung Balui Ukap. Manakala, satu lokasi lagi di Kampung Sungai Asap. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan mengkaji keperluan untuk meneruskan projek WiFi Komuniti ini atau menyediakan jalur lebar teknologi lain pada masa hadapan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Soalan tambahan sila Hulu Rajang.
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Timbalan Menteri, di kawasan rumah panjang saya di kawasan Parlimen Hulu Rajang, kita 376 buah rumah panjang. Parlimen Hulu Rajang Timbalan Menteri, dia terbesar Parlimen di Malaysia. Ia 34,080 square kilometer.
Jadi, dalam era COVID-19 ini, saya faham, tadi ada yang macam 62 peratus menara belum lagi, lokasi di Uma Daro, WiFi dan juga di Hulu Rajang dengan 60 internet dah naik taraf daripada 11 peratus kepada 18 peratus Yang Berhormat Menteri. Jadi, saya mintalah oleh sebab dalam era COVID-19 ini, pelajar di pedalaman sangat sukar untuk mengendalikan PdPR di rumah panjang kerana tiada seluruhnya ke WiFi Komuniti.
Selain daripada itu, adakah KKMM kita mempunyai perancangan Yang Berhormat Timbalan Menteri, mengambil alih sistem WiFi CONNECTme daripada MEASAT agar perkhidmatan WiFi dapat disediakan secara menyeluruh dengan cepat dan diberikan percuma kepada masyarakat pedalaman. Ini perlu untuk secara dekat untuk mengatasi masalah ini. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin
Okey, terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, macam saya kata tadilah. Kalau kita lihat bahawa kalau kita hendak seluruh kawasan bermakna kita hendak ada liputan– contohnya sekarang ini apabila saya bagi tadi perancangan-perancangan ada yang belum siap dan sebagainya, kita mengambil kira kalau boleh dua tahun lagi baru siap semuanya.
Maknanya, tentang pembinaan menara, begitu juga tentang gentian fiber optic yang kita hendak buat ke kawasan-kawasan termasuk baru-baru ini kita ada tender point of presence (PoP) ke kawasan-kawasan the last mile ataupun kawasan-kawasan di luar bandar.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin
Jadi, untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, WiFi yang kita bagi WiFi Komuniti ini bukan sahaja MCMC tetapi kerjasama juga dengan syarikat multimedia di Sarawak.
Oleh sebab itu, kalau boleh maknanya kita akan terus berbincang dengan syarikat multimedia di Sarawak ini untuk kita tambahkan lagi. Jadi untuk pengetahuan Yang Berhormat, pertama Yang Berhormat boleh minta kepada MCMC bagi makluman kepada kita supaya kita dapat tambah lagi kawasan-kawasan mana yang kita boleh tambahkan WiFi Komuniti.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat juga, sekarang ini kita tengah bercadang untuk mencari satelit yang dapat menyeluruh antara Sabah, Sarawak, Laut China Selatan dan juga Selat Melaka, keseluruhannya. Oleh sebab bukan Sabah Sarawak sahaja kawasan yang tidak dapat liputan, di Semenanjung Malaysia juga begitu termasuklah juga di kawasan-kawasan contoh Selat Melaka. Nelayan, pengangkutan laut dan sebagainya tidak mendapat liputan. Jadi kalau boleh maknanya kita tengah berusaha sebab MEASAT hari ini ada dua, satu dah jatuh, jadi maknanya dia tidak dapat – Tender-tender satelit yang kita keluarkan pun belum dapat disiapkan. Jadi, terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Padang Serai.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan kedua, saya jemput Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jawapan tadi menyatakan bahawa kerajaan memang mahu melibatkan swasta seperti MEASAT dan sebagainya untuk mendapatkan teknologi satelit. Akan tetapi daripada segi peruntukan yang ada, semalam saya juga bangkitkan kerajaan sudah ada bajet untuk membina menara-menara telekomunikasi sampai RM4 bilion lebih. Adakah kerajaan sebenarnya sudah menetapkan bajet untuk tujuan hal-hal penglibatan satelit ini?
Maknanya untuk membina receiver dan sebagainya di temat-tempat terpencil. Adakah ada bajet untuk tujuan ini, satelit untuk tujuan ini? Terima kasih.
Datuk Zahidi bin Zainul Abidin
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, daripada segi tender yang telah dikeluarkan, saya tidak tahu angka yang tepat tetapi 800 lebih kawasan yang kita minta dan kita keluarkan bajet peruntukan untuk satelit. Satelit tadi bukan satelit yang besar menyeluruh satu negara ini, tetapi satelit untuk kawasan- kawasan tersebut sahaja. Akan tetapi untuk pengetahuan, sampai sekarang ini ada syarikat-syarikat yang tidak mampu melaksanakan perkara tersebut. Jadi kadang-kadang kawasan itu dah kita beritahu satelit, tetapi tidak dibuat.
Begitu juga tentang menara telekomunikasi. Saya sebut ini dia mengambil masa sebab kita lihat untuk pengetahuan Yang Berhormat, untuk memohon kawasan untuk mendirikan menara, dia melibatkan kerajaan tempatan, kerajaan negeri, tuan tanah, kawasan Orang Asli dan sebagainya. Ia mengambil masa. Oleh sebab itu, kalau boleh maknanya saya sebut tadi, kita tengah berusaha kalau kita dapat satelit seluruh negara.
Daripada segi bajetnya mungkin kita akan melibatkan pihak swasta untuk kita dapatkan perkhidmatan satelit untuk seluruh negara termasuk kawasan Sabah, Sarawak dan juga kawasan di Semenanjung. Terima kasih.
8. Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji [Raub] minta Menteri Tenaga dan Sumber Asli menyatakan pada bulan Januari lepas (2022) seorang Orang Asli di Perkampungan Sau, Pos Bihai, Gua Musang, Kelantan telah dibaham oleh harimau belang. Berapakah kos yang telah PERHILITAN belanjakan dalam operasi untuk menangkap harimau- harimau tersebut serta kaedah apa yang digunakan bagi mengesan harimau-harimau tersebut memandangkan kawasan yang terlibat begitu besar keluasannya.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya daripada Raub mengenai isu Harimau Malaya ini. Terlebih dahulu bagi pihak kementerian, saya mengambil kesempatan ini untuk mengecapkan setinggi-tinggi takziah sekali lagi kepada mangsa yang telah terkorban dalam tragedi dibaham harimau di Kampung Sau, Pos Bihai di Daerah Gua Musang iaitu mendiang Anek bin Along. Saya ingin maklumkan kepada
Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Dewan ini bahawa saya telah meminta Timbalan Menteri saya, Timbalan Menteri KeTSA untuk melawat keluarga mendiang ini pada satu ketika baru-baru ini.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian KeTSA melalui Jabatan PERHILITAN telah membelanjakan sejumlah RM201,250 iaitu pada bulan Januari dan Februari bagi menangani konflik manusia-harimau yang melibatkan operasi mengesan serta menangkap harimau belang di Daerah Gua Musang dalam kejadian baru-baru ini. Kos tersebut melibat perolehan peralatan. Peralatan ini termasuklah perangkap harimau, ubat pelalian, umpan untuk memerangkap harimau dan juga elaun-elaun petugas 24 jam di kalangan anggota PERHILITAN, PGA, JAKOA dan juga PDRM serta masyarakat Orang Asli. Itu kosnya.
Keduanya, kos logistik yang melibatkan sewaan kenderaan-kenderaan yang sesuai iaitu kita telah menyewa tambahan tiga kenderaan four-wheel drive yang telah di- upgrade yang sesuai untuk menangkap harimau ini. Operasi ini masih dijalankan di kawasan seluas 88 kilometer persegi menggunakan beberapa kaedah bagi mengesan harimau belang di kawasan terbabit seperti berikut. Pertamanya, kita memasang sebanyak 64 unit perangkap kamera di sekitar kawasan perkampungan dan denai laluan hidupan liar bagi memantau kehadiran harimau belang.
Kedua, memantau dan mengesan menggunakan drone di lokasi yang mudah dilihat seperti di jalan-jalan balak. Ketiga, menempatkan kakitangan PERHILITAN di kawasan lokasi kejadian untuk memantau dan membuat rondaan kawalan. Keempat, juga untuk mendapatkan kerjasama penduduk tempatan untuk melaporkan kepada petugas operasi sekiranya terdapat kesan-kesan baharu kemunculan harimau belang ini. Terima kasih.
Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji - Raub
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri ya. Ada negeri-negeri yang bergantung sumber kewangan negeri pada aktiviti-aktiviti pembalakan menafikan aktiviti-aktiviti pembalakan terpilih ini yang menyebabkan harimau belang ini keluar dari kawasan habitatnya. Malah, Jabatan Perhutanan negeri tersebut menyatakan aktiviti-aktiviti pembalakan terpilih ini dapat menjanakan tumbuhan baharu tumbuh dan membolehkan mangsa-mangsa harimau belang ini membiak dan seterusnya berpotensi menyumbang kepada kepadatan harimau yang lebih tinggi.
Soalan saya, apakah pendirian PERHILITAN dengan kenyataan ini dan tindakan jangka masa pendek dan panjang bagi memastikan kes harimau belang ini tidak berulang di kawasan lain? Terima kasih.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Terima kasih Yang Berhormat Raub yang membangkitkan perkara yang melibatkan pembalakan dan juga populasi harimau belang ini. Saya suka mengesahkan bahawa apa yang dirujuk oleh Yang Berhormat Raub itu ialah kenyataan Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan dalam satu kenyataannya yang mengatakan pembalakan bagus untuk harimau dan ia telah disanggah oleh beberapa NGO dan juga beberapa pihaklah.
Saya hendak menyebutkan bahawa itu adalah pandangan yang telah diberikan oleh Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan yang mengatakan bahawa pembalakan yang dibuat secara tersusun di kawasan hutan pengeluaran, bukan di kawasan sembarangan yang berdasarkan kepada catuan tebangan tahunan (CTT) yang ditetapkan.
Saya ingin menyatakan bahawa saya juga mengkaji perkara ini apabila dikeluarkan kenyataan tersebut. Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan sebenarnya dikatakan merujuk kepada satu kajian, satu research yang dibuat oleh pakar WWF mengenai populasi harimau yang selari dengan kenyataan ini yang mengatakan bahawa salah satu, bukan keseluruhannya, salah satu pembalakan yang dibuat secara tersusun di kawasan hutan pengeluaran boleh menyebabkan pertumbuhan populasi harimau belang ini kerana apabila pokok-pokok ditebang secara tersusun, ia akan menyebabkan kawasan itu ditumbuhi oleh anak-anak pokok yang membawa kepada wujudnya binatang mangsa seperti kancil, seperti babi hutan dan sebagainya yang menjadi binatang yang dimakan oleh harimau.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Jadi, atas dasar itu sahaja pandangan yang dibuat oleh Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan. Bagi pihak PERHILITAN, sebahagiannya kita terima. Teori ini kita terima sebahagiannya sebagai salah satu daripada faktor yang boleh menambah populasi dan juga mengelak kepupusan harimau ini. Ini sebab sekarang ini harimau tidak mempunyai makanan yang cukup. Jadi dengan ada pembalakan yang seumpama ini, ia salah satu punca boleh membanyakkan prey species ataupun makanan untuk harimau ini. Terima kasih.
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Terima kasih, di blok sini. Selain daripada harimau, hidupan liar seperti babi sering mengganggu ketenteraman rakyat di luar bandar seperti berlaku di Palong 7, Jempol di mana terdapat penduduk telah meninggal dunia sekitar dua tahun lepas akibat disondol babi hutan. Jadi dalam keadaan ia merosakkan kawasan tersebut dan masuk dalam perumahan perkampungan, saya hendak bertanya soalan, adakah kementerian bercadang untuk memberi pengecualian atau kebenaran khas kepada petani, pekebun untuk menembak, menjerat dan membunuh babi hutan yang mengganggu kacau kawasan penempatan? Terima kasih.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Terima kasih Yang Berhormat Jempol.
Soalannya realistik yang berlaku dalam masyarakat kita iaitu ancaman babi hutan ini yang mengancam tanam-tanaman dan kebun-kebun. Saya, kerajaan amat sedar perkara ini.
Sebagaimana Yang Berhormat Jempol maklum bahawa binatang yang menjadi pengancam kepada tanaman dan kebun-kebun ini boleh diambil tindakan yang sewajarnya termasuk ditembak ataupun dijerat dan sebagainya.
Akan tetapi saya hendak sebut dalam konteks harimau ini, ada satu teori mengatakan bahawa banyaknya ataupun ramainya babi hutan berkeliaran ini disebabkan oleh populasi harimau semakin berkurangan. Ini kerana apabila harimau kurang, babi hutan yang sepatutnya menjadi makanan kepada harimau itu semakin banyak. Itu evolusi yang berlaku. Di bawah Akta 716, ia membenarkan - Saya hendak maklum kepada Yang Berhormat Jempol ya, dibenarkan oleh undang-undang untuk melupuskan babi hutan yang menjadi ancaman dan gangguan kepada tanaman dan juga masyarakat. Terima kasih.
9. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan apakah inisiatif dan bantuan kementerian untuk membantu mahasiswa dan mahasiswi golongan B40 yang terkesan dengan musibah banjir baru-baru ini.
Menteri Pengajian Tinggi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Datuk Seri Baling atas soalan yang telah diberikan.
Tuan Yang di-Pertua, banjir yang berlaku baru-baru ini sudah semestinya memberi kesan kepada negara. Dalam hal ini, Kementerian Pengajian Tinggi dan institusi pengajian tinggi sangat prihatin terutamanya terhadap mahasiswa, warga IPT dan komuniti yang terkesan dengan banjir pada tahun lepas dan juga yang terkini di Terengganu dan di Kelantan.
Dalam hubungan ini, KPT telah mengambil beberapa tindakan awal bagi memantau dan menyelaras penyaluran bantuan kepada warga IPT yang terlibat. Antara usaha yang telah diambil adalah untuk mengaktifkan bilik gerakan KPT. Malah, kita juga menyeru dan memastikan pihak universiti awam turut mengaktifkan bilik gerakan dan talian hotline di universiti masing-masing.
Warga IPT yang terlibat sebagai mangsa banjir adalah untuk makluman Dewan, berjumlah 8,570 orang mangsa banjir yang terdiri daripada 7,264 pelajar dan 1,306 kakitangan KPT. Secara umumnya, operasi bantuan banjir KPT melibatkan tujuh buah negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Pahang, Johor dan Sabah dengan kira-kira 76 buah daerah disantuni termasuk dua daerah angkat yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan kepada IPT iaitu di Kuala Langat di Selangor dan Temerloh di Pahang.
KPT bersama Majlis Sukarelawan Universiti Malaysia (MASKUM) telah menggerakkan seramai 23,745 sukarelawan yang terdiri daripada pelajar dan warga universiti awam di seluruh negara untuk menghulurkan bantuan pasca banjir. Pelbagai
Menteri Pengajian Tinggi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
bentuk bantuan bagi menyokong keperluan mangsa banjir telah disumbangkan oleh pihak KPT.
Sehingga 7 Februari 2022, antara bantuan yang telah diberikan adalah termasuklah 52,406 kotak sumbangan dengan nilai RM4.14 juta yang merangkumi makanan dan keperluan asas, bantuan komputer riba kepada para pelajar yang mengalami kerosakan dan kehilangan komputer riba akibat musibah banjir. Sumbangan berbentuk kewangan berjumlah RM385,903 kepada mahasiswa dan warga KPT juga telah disediakan dan diagihkan kepada mangsa banjir.
Untuk makluman Dewan juga, jumlah ini tidak termasuk bantuan-bantuan yang diberikan secara terus oleh IPT dan juga politeknik kepada mangsa banjir. Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN sebanyak tiga bulan bermula 28 Disember kepada peminjam yang terjejas dan terkesan disebabkan bencana banjir, bantuan penyelenggaraan motosikal atau kereta, pendawaian elektrik di rumah dan pembaikan barangan elektrik secara berterusan dan IPT juga dijadikan pusat perlindungan sementara banjir dan menyediakan kemudahan klinik bergerak dan klinik bergerak veterinar.
KPT ingin mengambil peluang ini Tuan Yang di-Pertua, untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak sama ada agensi kerajaan, sukarelawan- sukarelawan, NGO, warga KPT dan IPT serta individu yang telah bertungkus-lumus membantu menjayakan misi bantuan banjir KPT. Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Satu jawapan yang amat jelas, komprehensif. Tahniah saya ucapkan kepada KPT. Jadi, daripada segi bantuan kebajikan kepada anggota keluarga KPT, pelajar dan tenaga pelajar. Soalan tambahan saya, saya juga hendak ucapkan tahniah atas Yang Berhormat Menteri telah active kan balik MASKUM iaitu sukarelawan universiti yang telah dilahirkan pada tahun 2007. Saya difahamkan Yang Berhormat Menteri telah aktifkan balik dan pantau secara micromanage. Ini satu perkara yang baik kerana kita musibah banjir ini sedang berlaku, setiap kali, jadi kita boleh gerakkan.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Untuk meramaikan lagi lebih ramai sukarelawan ini, apakah insentif atau apakah bentuk cadangan yang kementerian hendak buat untuk memberi insentif, sumbangan atau apa cara untuk menarik minat lebih ramai anak muda untuk turut bersama-sama dalam MASKUM untuk membantu apa jua bencana alam yang berlaku dalam negara kita. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Baling di atas soalan dan sokongan yang diberikan kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Untuk makluman Dewan juga, seperti yang Yang Berhormat Baling katakan tadi kita telah mengarusperdanakan MASKUM ini dan untuk rujukan juga dua fungsi utama MASKUM ini adalah yang pertama bantuan kemanusiaan dan yang kedua pula bantuan kebajikan.
Saya juga dalam ucapan, jawapan asal kami di KPT telah menggerakkan lebih daripada 23,000 sukarelawan dan antara keistimewaan yang kita berikan kepada sukarelawan ini adalah yang pertama seperti penghargaan pemberian sijil penghargaan.
Yang kedua juga antara lainnya kita juga memberikan kredit melalui kursus kokurikulum ataupun citra di IPT dan yang ketiga antara lainnya pula keistimewaan yang diberi, keutamaan juga kita berikan pada sukarelawan ini dalam penempatan di hostel dan kolej kediaman melalui merit yang diberikan.
Seterusnya bencana banjir ini memang memberi kesan kepada keluarga pelajar yang terkesan disebabkan banjir. Kerana itu lah KPT telah menawarkan penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan seperti yang saya umumkan juga seperti yang saya nyatakan di dalam soalan asal Yang Berhormat Baling kepada peminjam yang terjejas dan terkesan dari segi kewangan disebabkan banjir ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan yang kedua. Saya jemput Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, laporan pada surat khabar The Star hari ini melaporkan bahawa lebih kurang 26,000 mangsa telah pun dipindahkan ke pusat penempatan sementara di Kelantan dan di Terengganu. Ini adalah akibat masalah pasca banjir yang telah melanda dua negeri ini.
Persoalan saya, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian untuk menghulurkan bantuan kepada pelajar-pelajar di kawasan-kawasan yang terlibat dan boleh kah Yang Berhormat Menteri pertimbangkan supaya pembayaran semula apa- apa yuran universiti itu kalau boleh digantung sementara. Kalau boleh sehingga setahun ataupun diberi pelepasan sehingga setahun. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Sila, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong di atas keprihatinan dan saya memang tahu dan saya maklum bahawa Yang Berhormat Jelutong sentiasa prihatin terutamanya kepada golongan muda terutamanya mahasiswa dan mahasiswi.
Mengenai langkah-langkah dalam usaha kita untuk membantu mangsa-mangsa banjir di dua negeri yang terbaharu ini. Untuk makluman Dewan juga, semalam ke dua hari lepas semasa lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Terengganu. UMT, Universiti Malaysia Terengganu juga telah memberi bantuan yang berbentuk bantuan asas kepada mangsa-mangsa banjir dan ia telah kita berikan kepada tiga kawasan yang terlibat di Terengganu.
Mengenai pembayaran semula yuran itu. Yang Berhormat daripada Jelutong, saya akan membuat perbincangan lebih lanjut dengan pegawai-pegawai dan juga pihak universiti berkenaan dan apa-apa juga kita akan maklumkan kemudian pada Yang Berhormat Jelutong. Terima kasih banyak.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang juga sentiasa prihatin.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Boleh tambahan sedikit?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Last saya bagi peluang Yang Berhormat Tampin soalan tambahan ketiga. Sila.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Kementerian telah berusaha membantu warga IPT yang terkesan akibat banjir. Soalan saya, apakah pelan jangka panjang KPT dalam mendepani masalah pelajar yang berhadapan dengan masalah banjir ataupun apa-apa jua bencana, bukan sahaja banjir.
Apakah saluran bantuan ini juga meliputi pelajar-pelajar IPTS.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Menteri. Satu minit.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat daripada Tampin. Mengenai bantuan kepada pelajar-pelajar IPTS ini sudah semestinya Yang Berhormat. Sebab kita IPTS juga seperti IPTA sangat prihatin terhadap apa juga musibah yang ditanggung oleh pelajar-pelajar. Bukan hanya pelajar tetapi juga warga universiti berkenaan. Dan kita ada pengurusan risiko yang merupakan satu aspek yang sangat penting untuk memastikan kesiapsiagaan dalam mendepani kemungkinan berlakunya apa-apa juga situasi krisis termasuklah bencana banjir. Dia bukan hanya fokus kepada bencana banjir sahaja, Yang Berhormat.
Oleh kerana itu lah bila-bila masa sahaja universiti mahupun KPT memang disiapkan, sentiasa bersedia dengan activate ataupun dengan memulakan seperti contoh
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
hotline dan pelbagai yang berkaitan termasuk itu. Dan KPT juga mempunyai seperti yang saya katakan tadi mempunyai MASKUM yang kita boleh gerakkan untuk membantu mangsa-mangsa banjir.
Ini adalah satu yang kita telah arusperdanakan seperti jawapan saya sebelum ini.
Kita arusperdanakan dan aset yang paling penting di kementerian dan juga IPT adalah tenaga pelajar itu sendiri yang sentiasa bersemangat untuk menjadi sukarelawan apabila apa-apa juga bencana itu berlaku dan kita akan gerakkan mereka ini untuk membantu di tempat yang diperlukan.
Selain itu juga Yang Berhormat, ada satu yayasan yang dinamakan yayasan sukarelawan siswa. Yang ini milik kerajaan yang ditubuhkan di bawah KPT turut secara berterusan menjalankan misi-misi sukarelawan yang memerlukan menghulurkan apa-apa juga bantuan yang diperlukan terutamanya apabila bencana dan musibah ini berlaku.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 6.30 petang dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 7 Mac 2022.”
Timbalan Menteri Kerja Raya - Dato’ Eddin Syazlee bin Shith
Kuala Pilah menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perhutanan Negara 1984; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli [Datuk Ali anak Biju]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
Standing order. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk Ahli Parlimen Pekan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 36(12) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Perkara ini telah pun disampaikan ke Pejabat Tuan Yang di-Pertua dalam bentuk surat.
Namun saya hendak bangkitkan bahawa beliau telah semalam dalam ucapan beliau mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan dan boleh disifatkan sebagai menghina Majlis. Secara spesifiknya beliau telah mengelirukan Dewan dalam beberapa perkara yang dibangkitkan termasuk nombor satu, beliau berkata bahawa satu sen pun prinsipal hutang wang 1MDB tidak pernah dibayar oleh kerajaan. Ini adalah palsu kerana kerajaan telah pun membayar sebanyak RM8.8 bilion prinsipal dan faedah, semasa beliau menjadi Menteri Kewangan.
Keduanya, beliau telah pun menyebut bahawa penjimatan kepada penyelesaian perjanjian berat sebelah IPP peninggalan zaman PM keempat yang diselesaikan dengan bantuan 1MDB dengan mengambil alih IPP ini telah pun menjimatkan sebanyak RM50 bilion.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
Ini adalah palsu langsung sekali kerana 1MDB telah pun mengambil alih IPP dengan harga yang terlampau tinggi yang menyebabkan kerugian berbilion-bilion ringgit.
1MDB rugi, bukan untung RM50 bilion. Itu satu figment of his imagination. Ketiga, beliau menyebut bahawa penjimatan ini adalah antara sebab rizab tunai PETRONAS naik daripada RM30 bilion kepada RM176 bilion pada tahun 2018. Rizab PETRONAS adalah langsung tidak berkaitan dengan sebarang IPP sama ada diambil alih oleh 1MDB ataupun tidak diambil alih. Rizab PETRONAS adalah wang PETRONAS sendiri, tiada kaitan langsung. So, Yang Berhormat Pekan telah pun menipu Dewan Rakyat ini.
Akhir sekali, beliau telah menyebut juga Bandar Malaysia bernilai RM140 bilion.
Ini juga adalah palsu. Beliau sebagai Menteri Kewangan patut tahu nilai tanah Bandar Malaysia adalah antara RM9 bilion hingga RM12 bilion. Yang RM140 bilion itu gross development value ataupun nilai pembangunan yang boleh dilaksanakan di atas tanah tersebut. Bukan nilai Bandar Malaysia.
So, sebagai mantan Menteri Kewangan beliau patut tahu apanya fakta, beliau tahu apa dia fakta tetapi beliau telah pun sengaja mengelirukan Dewan ini, menghina Dewan ini untuk menyelamatkan beliau diri sendiri atas pentas politik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Damansara. Baik.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
Kita harap Tuan Yang di-Pertua akan berikan kebenaran untuk merujuk beliau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Setuju. BN bohong Najib. BN bohong Najib.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Sama, sama. Ini kerana pagi ini, Tuan Yang di- Pertua mungkin tidak ada. Pagi ini semasa saya tanya Yang Berhormat Menteri Kewangan tentang perkara yang sama pada soalan pertama MQT, Tuan Yang di-Pertua.
Beliau telah menyatakan dengan jelas, apa yang didakwa oleh Yang Berhormat Pekan adalah tidak berasas sama sekali. Sekarang, kita ada kedudukan di mana seorang Menteri Kewangan masa kini dan bekas, saya sebagai mantan Menteri Kewangan. Dua-dua cakap bahawa Yang Berhormat Pekan bohong. Tidak ada alasan selain merujuk Yang Berhormat Pekan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Saya tidak mahu sebut dia telah pun didapati bersalah, dihukum 12 tahun penjara, dihukum denda RM210 juta. Ini saya tidak mahu sebut. Akan tetapi di dalam Dewan yang mulia ini, jangan tipu dan bohong. Jangan mengelirukan Dewan yang mulia ini. So, adalah penting bahawa...
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Sebut sahaja. Sebut sahaja.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
...Yang Berhormat benarkan dia dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih Yang Berhormat Bagan. Pejabat Tuan Yang di-Pertua akan mempertimbangkan surat tersebut. Pejabat akan buat jawapan sewajarnya. Terima kasih.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Undi sahajalah, undi sahaja.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Bila?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya tidak tahu, nanti saya akan rujuk pejabat Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ya, kerana Tuan Yang di-Pertua pun ada semasa Menteri Kewangan, Senator Tengku Zafrul menyatakan tidak berasas. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ya. Baik, terima kasih Yang Berhormat Bagan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, macam mana nasib saya? Saya yang diusir keluar kelmarin?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
[Ketawa]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya hendak menuntut keadilan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin teruskan dengan urusan perbahasan menjunjung kasih. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Baling untuk memberikan perbahasan.
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah; “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya; “Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam persidangan Parlimen memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih titah ucapan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Kelima Parlimen yang Keempat Belas”. [2 Mac 2022]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Baling 12 minit. Kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Bakri, kemudian Yang Berhormat Beaufort, kemudian Yang Berhormat Lembah Pantai, kemudian Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Hulu Langat dan Yang Berhormat Bintulu. Sila Yang Berhormat Baling.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Keluarga Malaysia. Alhamdulillah, saya diberikan kesempatan di dalam Dewan yang mulia ini untuk menjunjung kasih dan menyokong Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada persidangan kali ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu projek tebatan banjir dan penyelesaiannya. Dalam Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, baginda menyatakan dengan jelas tentang pentingnya kesiapsiagaan infrastruktur tebatan banjir di dalam negara kita. Fenomena banjir adalah sesuatu peristiwa yang amat dekat dengan hati saya kerana melalui perjuangan NGO malah perjalanan politik saya juga hampir 20 tahun, saya melakukan kerja-kerja dan misi-misi bantuan untuk rakyat Malaysia. Seluruh negara saya telah berhijrah dalam bentuk misi bantuan kemanusiaan banjir.
Saya berpendapat dan berpandangan sudah tiba masanya kerajaan perlu melaksanakan rancangan jangka masa panjang dan lebih berani dan komprehensif bagi mengatasi impak banjir ini. Baru-baru ini kalau kita tengok isu di Terengganu, sepatutnya tidak berlaku banjir. Lazimnya bulan Februari, bulan Mac ini pasca banjir. Inilah yang berlaku hampir 30 tahun yang lalu. Akan tetapi dalam tempoh empat hari daripada 24 hingga 27 Februari 2012, taburan hujan di Terengganu melebihi kebiasaan ketika musim tengkujuh, Monsun Timur Laut.
Secara umumnya purata hujan tahunan di Terengganu ialah 3,000 milimeter.
Pada musim tengkujuh, purata semusim adalah 500 hingga 600 milimeter. Namun demikian pada 27 Februari, hujan 544 milimeter di stesen Kampung Jengai, Dungun; 543 milimeter di stesen JPS Kampung Embun, Hulu Terengganu; 413 milimeter di stesen JPS Kampung Dura, Hulu Terengganu. Dalam tempoh empat hari sahaja, jumlah hujan dicatatkan melebihi 1,070 milimeter di Kampung Embong.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Ini sehingga memungkinkan untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Pulau Perhentian dan Pulau Redang tidak pernah banjir. Kali ini, Pulau Redang pun banjir sehingga begitu. Ini kerana semua projek kumbahan dan rawatan kumbahan paip air pembetungan di kawasan pusat perhentian dan pembetungan di kawasan Pasir Panjang di Pulau Redang, semuanya terbantut pada tahun 2018 setelah habis sahaja pilihan raya.
Inilah projek-projek yang patut dilaksanakan, ia terbantut.
Kerajaan perlu mengambil contoh negara Thailand umpamanya, sudah berjaya menyiapkan projek tebatan banjir di kawasan sempadan Sungai Golok, Kelantan.
Kerajaan Thailand membina tembok tebatan banjir untuk mengurangkan kesan banjir yang lebih buruk. Akan tetapi malangnya di kawasan kita, kita tidak dapat menyiapkan lagi. Oleh sebab itu lah, baru-baru ini banjir yang begitu melimpah di kawasan penduduk khususnya di kawasan Rantau Panjang dan persekitaran. Nasib baik tiada kemalangan jiwa.
Justeru, saya amat yakin bahawa dengan bajet sebanyak RM4.172 bilion yang diumumkan kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) yang mana RM1.6 bilion diberi peruntukan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk pembinaan tebatan banjir khususnya di kawasan yang berisiko dapat disegerakan.
Keperluan kepada kerja-kerja menstabilkan tebing, sungai, menaik taraf tali air seperti projek mendalam dan menyelenggara sungai dan kolam-kolam takungan di kawasan bandar juga seperti Kolam Takungan Air Batu, Kolam Takungan Nanyang, Kolam Takungan Delima, Wahyu di kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang pun wajib dan harus dilakukan.
Tahun ini kita melihat pada penghujung tahun yang lalu di mana Shah Alam, Klang, Hulu Langat, Hulu Selangor, Kuala Langat, habis semua ini adalah satu fenomena banjir yang luar biasa yang tidak pernah kita jangka. Jadi, saya berharap sekiranya dana kerajaan tidak mencukupi, saya harap kita boleh cari. Pihak EPU boleh mencadangkan kepada kerajaan bahawa boleh juga kita lakukan secara private finance initiative (PFI) yang mana syarikat-syarikat boleh melakukan.
Ini kerana fenomena ini telah terlalu lama Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita tengok pada kali ini, apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri— Allah mengangkat darjat menjadi Perdana Menteri. Hari pertama setelah mengangkat sumpah. Saya masih ingat lagi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terus lari ke kawasan Jerai di mana kepala air di sana telah pecah dan ada hampir lima hingga enam orang meninggal dunia di situ.
Dari situ sampailah ke hari ini, fenomena banjir ini tidak terhenti-henti dan berlakunya musibah ini.
Jadi saya berharap dengan izin Allah jua, mungkin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Allah mengangkat pada kali ini untuk menyelesaikan masalah banjir di seluruh negara sebab ini sudah menjadi lebih 50 tahun. Dahulu di negeri Pahang, Terengganu dan Kedah mungkin kita menganggap ia pesta. Hujung tahun adalah satu pesta banjir.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Akan tetapi dalam peribahasa, “Kecil-kecil kawan, sudah besar menjadi lawan”.
Jadi hari ini, fenomena banjir bukan lagi satu pesta. Justeru, saya menyeru kepada kerajaan untuk menyelesaikannya. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengeluarkan banyak sumbangan, bantuan dalam konteks banjir melalui NADMA dan sebagainya. Saya berharap sangat satu solusi jangka masa pendek dan panjang harus dan wajib kita dapat laksanakan. Kalau tidak, setiap tahun kita hanya mendengar kerugian RM5 bilion, kerugian RM6 bilion.
Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, sedar atau tidak, pasca banjir, agony, dengan izin kesusahan, kepayahan rakyat kita yang menanggung isu masalah selepas pasca banjir. Itu yang amat merumitkan dan merugikan negara. Jadi saya harap, ia akan dapat dilaksanakan dengan segera tindakan kementerian-kementerian yang berkaitan. Dalam hal ini, saya telah menyatakan kepada Yang Berhormat Jeli baru-baru ini. Yang Berhormat Jeli sebagai Menteri Ekonomi yang bijak pandai, yang mempunyai pengalaman yang luas,
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
fikirkan kaedah. No money, tidak apa. Kita buat PFI. Janji masalah banjir jangka masa panjang dapat kita langsaikan.
Tuan Yang di-Pertua, pemulihan ekonomi sesebuah negara amat penting untuk dipelihara oleh kerajaan dan rakyat sesebuah negara. Seperti kita sedia maklum, pandemik COVID-19 telah memberi implikasi besar kepada taraf sosioekonomi kebanyakan rakyat. Bukan sahaja COVID-19 telah memberi kesan juga dalam pasaran saham, perniagaan, syarikat dan institusi-institusi ekonomi. Sebagai sebuah kerajaan, perkara asas adalah bagaimana untuk membentuk keyakinan rakyat menghadapi pasca era pandemik COVID-19 ini.
Saya menyambut baik usaha kerajaan dalam menjayakan program PEMERKASA atau nama penuhnya Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi. Saya baru- baru ini berjumpa dengan pelbagai pihak khususnya rakan-rakan yang di golongan M40 ini. Mereka di antaranya pada hari ini telah meminta kepada saya, sebagai M40, pendapatan mereka RM4,800 hingga ke RM10,000. Kategori T20, berpendapatan RM10,000 ke atas. Golongan ini adalah seperti mewakili juruterbang, mereka bekerja di perkapalan dan sebagainya.
Mereka memohon kepada saya untuk menyampaikan hasrat mereka. Ini adalah airline pilots, co-pilots, malah pramugara, pramugari senior, malah pekerja-pekerja engineer perkapalan dan sebagainya. Mereka minta saya sampaikan, malah ada jurutera, akauntan pentadbiran yang tertinggi yang hari ini tidak bekerja. Mereka menyatakan kepada saya bahawa mereka ada simpanan di KWSP lebih RM300,000, RM500,000 malah mencecah RM1 juta.
Akan tetapi mereka kata, mereka sudah berhenti kerja. Dia tidak ada tanah untuk mengadakan kelapa sawit, getah dan sebagainya. Mereka hendak mulakan hidup baharu.
Mereka minta bahawa pihak KWSP mengambil kira berkaitan dengan mereka, untuk memberi ruang dan peluang untuk mereka hendak berniaga. Malah rumah-rumah mereka, bayangkan Tuan Yang di-Pertua, kalau gaji dia RM30,000, takkan dia beli rumah PPRT.
Mestilah dia beli rumah yang sebulan instalment nya RM4,000, RM5,000.
Jadi, hari ini mereka tidak ada pekerjaan. Jadi mereka berharap EPF boleh melihat balik, boleh revisit untuk mereka untuk memberi peluang mereka hendak berniaga.
Mereka hendak keluarkan wang mereka untuk teruskan hidup mereka dan untuk khususnya pendidikan anak-anak mereka. Ini yang telah disampaikan kepada saya.
Oleh yang demikian, ia juga amat bertepatan dengan titah ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Agong agar kelangsungan perniagaan, penjanaan dan semua aktiviti ekonomi negara dipertingkatkan. Jadi saya sekali lagi memohon kepada pihak KWSP untuk membenarkan kategori yang disebutkan di atas bagi membolehkan mereka menggunakan simpanan mereka sendiri untuk tujuan perniagaan ataupun menjana pendapatan bagi membolehkan mereka meneruskan kehidupan.
Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi isu integriti. Saya hendak mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah berani melaksanakan, meluluskan RCI Tabung Haji. Ia juga amat dekat dengan saya sebab saya yang membawa berkali-kali dalam Dewan yang mulia ini untuk diadakan RCI.
Sememangnya Pakatan Harapan dalam manifesto mereka terdahulu, mereka menjanjikan RCI Tabung Haji akan dilakukan. 22 bulan hancur, tidak buat. Akhirnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Bera dengan beraninya telah melaksanakannya. Jadi permohonan saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahawa saya pohon biarlah setelus- telus, seadil-adilnya saya minta zaman PN disiasat oleh RCI, zaman Pakatan Harapan pun wajib harus disiasat iaitu berkaitan dengan UJSB yang telah dipindahkan hak milik RM19.6 bilion tanpa ada sokong, tanpa ada guarantee (jaminan) daripada kerajaan.
Selain hanya mereka ada ialah surat sokongan. Surat sokongan tidak sah, tidak sah.
Yang Berhormat Bagan sudah keluar. Saya hendak ingatkan lagi sekali, Yang Berhormat Bagan sudah bagi surat sokongan pada waktu itu. Sama juga isu penjualan tanah yang mana Tamaco di Sarawak telah dijual hampir 50,000 hektar tetapi akhirnya dibatalkan. Ada pula cerita dalam itu mereka turunkan harga. Jadi saya harap selain
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
daripada apa yang polis sudah siasat selama ini, SPRM dia siasat selama ini, kali ini RCI, biarlah kita tumpukan yang mana belum disiasat.
Mana yang telah disiasat oleh polis dengan SPRM, biarlah mereka putuskan.
Sampai ke hari ini, tidak ada keputusan. Jadi kita minta RCI ini dibuat sampai tahun 2020.
Itulah harapan saya agar kita dapat keluarkan semua ungkapan ataupun tuduhan-tuduhan sehingga semalam masih ada lagi Tuan Yang di-Pertua kononnya Tabung Haji rugi zaman Barisan Nasional. Diutarakan oleh Yang Berhormat Shah Alam semalam, tetapi inilah harus kita rungkaikan Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Dengan adanya RCI yang telus, seluruh rakyat Malaysia bukan sahaja pendeposit Tabung Haji yang berjumlah 9.8 juta orang, malah seluruh rakyat Malaysia hendak tahu apa yang berlaku pada zaman Barisan Nasional memerintah dan zaman Pakatan Harapan memerintah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Saya difahamkan –ya saya hendak gulung. Saya difahamkan zaman Pakatan Harapan memerintah, hari ini RM1.4 billion in payment pun tidak dapat bayar sehingga akan ada kerugian di Tabung Haji yang akan datang. Jadi insya-Allah, saya harap RCI ini akan merungkai.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, ini pun saya ramai kawan suruh bercakap. Kita ketelusan integriti yang di titah oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Agong dan disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berulang-ulang kali – Yang Amat Berhormat Perdana Menteri daripada Bera, terima kasih, syabas dan tahniah.
Apa yang dinyatakan, kita tidak akan melindungi sesiapa. Saya hendak ucapkan syabas dan tahniah kepada SPRM kerana telah membawa pulang RM15.4 juta yang milik suami dan keluarga bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Aziz dari Singapura telah dikembalikan. Semalam Tan Sri Azam sebut lagi sekali bahawa mereka tidak menyiasat ini. Pihak yang menyiasat hal ini adalah Polis Diraja Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tan Sri Azam Baki, SPRM hanya berjaya membawa tasking pulang wang tersebut. Jadi saya minta pihak Polis Diraja Malaysia, cepatkan siasatan ini dan serahkan kepada pihak Peguam Negara. Seluruh rakyat Malaysia ingin tahu apakah yang telah berlaku sebenarnya. Tidak ada masalah Tuan Yang di-Pertua. Saya tidur lokap 10 malam, tidak ada masalah.
Akhirnya, mahkamah akan putuskan salah atau tidak. Kita tidak menghukum sesiapa.
Jangan tuduh dan klusterkan mana-mana pihak selagi keputusan mahkamah tidak dibuat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas. Dengan ini, saya Baling menyokong titah ucapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia dengan ucapan junjung sejunjung kasih, setinggi-tingginya junjung kasih terhadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Agong.
Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Bakri. 12 minit.
Puan Yeo Bee Yin - Bakri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan Bakri untuk turut serta dalam perbahasan menjunjung kasih Titah Ucapan Tuanku. Hari ini saya hanya hendak membangkitkan dua perkara.
Puan Yeo Bee Yin - Bakri
Pertama adalah polisi yang berkenaan dengan pembukaan sempadan terutamanya pembukaan sempadan Malaysia dan Singapura. Tuan Yang di-Pertua, sempadan Malaysia dan Singapura merupakan salah satu sempadan yang paling sibuk di seluruh dunia. Sebelum COVID-19, hanya Tambak Johor dan juga second link sahaja setiap hari kita ada 360,000 orang keluar masuk Johor Bahru dan Singapura yang kebanyakannya merangkumi adalah rakyat Malaysia yang berulang alik untuk bekerja di Singapura dan juga pelancong dari Singapura.
Pada awal tahun 2020, angka ini dijangka akan meningkat 400,000 setiap hari tetapi wabak COVID-19 dan sempadan pun ditutup. Dalam dua tahun ini, kita telah pun mengharungi tempoh yang paling susah apabila gelombang Delta berlaku dan juga kadar vaksinasi yang sangat rendah.
Sekarang dua tahun kemudian, hampir 80 peratus populasi Malaysia telah pun di vaksinasi penuh, 90 peratus di Singapura di vaksinasi penuh.
Puan Yeo Bee Yin - Bakri
Dengan kadar dos penggalak 45 peratus di Malaysia, 61 peratus di Singapura. Ini adalah masa kita untuk membuka semula sempadan Malaysia dan Singapura. Kita perlu membuka dengan selamat. Oleh itu, kita boleh menggunakan kaedah uji dan lepas atau test and release iaitu seseorang yang masuk ke Malaysia perlu diuji dan jika didapati negatif, tidak perlu dikuarantin lagi.
Minggu lepas Yang Berhormat Menteri Kesihatan telah mengumumkan bahawa kontak rapat yang asymptomatic 18 tahun ke atas dan yang telah menerima suntikan penggalak tidak perlu menjalani kuarantin mulai 1 Mac. Mereka hanya perlu menjalani RTK Antigen Test. Kalau didapati negatif dan perlu didapati negatif pada hari pertama dan ketiga selepas terdedah kepada kes positif.
Kontak rapat kes positif sebenarnya mempunyai risk profile yang lebih tinggi daripada seseorang yang masuk dari Singapura. Dengan itu, Bakri berpendapat bahawa adalah saintifik dan juga wajar kerajaan menggunakan standard yang sama dengan kontak rapat iaitu jika seseorang asymptomatic telah menerima dos penggalak untuk mereka yang 18 tahun ke atas dan telah pun diuji negatif maka dia boleh dilepaskan tanpa kuarantin.
Jika tidak dapat membuka sempadan negara dengan sepenuhnya pun, kerajaan perlu mengambil langkah supaya untuk meningkatkan VTL jumlah VTL yang dibenarkan setiap hari. Saya bagi satu contoh, kereta dan juga motosikal yang ada risiko yang jauh lebih rendah daripada bas dan juga kapal terbang. Sekarang, tidak dibenarkan masuk lagi.
Saya menggesa kerajaan kalau kita tidak dapat membuka sepadan dengan secepat mungkin, kita boleh meningkatkan jumlah VTL yang dibenarkan dan membukalah peluang ini kepada kenderaan individu iaitu kereta dan juga motosikal.
Tuan Yang di-Pertua, pembukaan semula sempadan Johor Bahru dan Singapura adalah sangat penting untuk memulihkan ekonomi di Johor terutamanya di Johor Selatan.
Penutupan sempadan telah melumpuhkan ekonomi setempat Johor Bahru. Kalau kita pergi Johor Bahru hari ini, kita boleh nampak banyak kedai telah pun ditutup. Banyak perniagaan telah pun “gulung tikar”.
Perniagaan seperti restoran, gerai-gerai di pasar malam ataupun pasar pagi, kedai gunting rambut, kedai servis kereta, motosikal, tayar, hotel, taksi, sektor hiburan dan banyak lagi telah pun sangat terjejas oleh penutupan sempadan ini. Bukan di Johor Bahru sahaja, kalau kita di Johor seluruhnya, di Muar, Segamat, Kluang, Yong Peng dan lain- lain banyak tempat lagi di Johor ekonomi terjejas akibat penutupan sempadan Malaysia- Singapura.
Mereka yang bekerja di Johor– ada ramai rakyat Johor yang bekerja di Singapura, biasanya mereka balik hujung minggu dan mereka berbelanja di hometown mereka sendiri. Sekarang, ramai di antara mereka terkandas di Singapura. Kedai-kedai setempat yang bergantung kepada weekend crowd dengan izin telah pun mengalami penurunan pendapatan yang mendadak selama dua tahun.
Puan Yeo Bee Yin - Bakri
Perbelanjaan pelancong Singapura yang masuk ke Malaysia untuk berbelanja during weekend dan juga yang dahulunya dia membawa kira-kira RM20 bilion pendapatan kepada negara. Pada tahun 2021, kita hanya mencatat beberapa juta sahaja. Oleh itu, pembukaan sempadan terutamanya pembukaan sempadan Malaysia-Singapura perlu disegerakan tetapi dengan SOP yang baik.
Setiap hari pembukaan sempadan Malaysia dilambatkan, ekonomi kita mengalami kerugian sebanyak puluhan juta. Bukan sahaja ekonomi, ada ramai rakyat terutamanya mereka di Johor tetapi bukan limit to Johor sahaja. Ada ramai ibu bapa yang bekerja di Singapura tetapi anak di Malaysia. Sudah dua tahun mereka berpisah daripada anak mereka.
Ada juga yang bersalin di Malaysia, baby atau bayi mereka di Malaysia. Dua tahun dia tidak pernah jumpa baby sendiri selepas dia balik ke Singapura untuk bekerja. Saya berharap bahawa kerajaan boleh memahami dan ada empati kepada rakyat di Johor dan juga di Malaysia yang bekerja di Singapura, yang sangat-sangat berharap untuk balik ke kampung halaman.
Oleh itu, saya tengok Yang Berhormat Menteri Kesihatan kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri– minggu lepas Yang Berhormat Menteri Kesihatan kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan mengumumkan tarikh pembukaan sempadan.
Saya looking forward, tidak ada pengumuman.
Dua hari yang lepas, Yang Berhormat Menteri Kanan Pertahanan sekali lagi kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan mengumumkan tarikh pembukaan sempadan. Kalau ada tarikh, umumlah cepat sedikit. Beberapa pengumuman sebelum pengumuman oleh berapa Yang Berhormat Menteri yang perlu dibuat? Bakri sangat berharap kerajaan boleh mengumumkan rancangan pembukaan sempadan dengan secepat mungkin.
Ini adalah supaya syarikat-syarikat boleh mempersiapkan diri dengan supply mereka, dengan perkhidmatan mereka untuk menampung permintaan yang dijangka akan meningkat dengan mendadak apabila sempada dibuka. Mereka memerlukan masa untuk mempersiapkan diri. Oleh itu, saya amat berharap bahawa kerajaan boleh dengarlah rintihan rakyat dan juga perniagaan di Johor dan di Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang Bakri ingin bangkitkan adalah berkenaan dengan jerebu. Memang pada masa sekarang kita tidak berdepan dengan masalah jerebu lagi tetapi kita memang tahu hampir setiap tahun apabila musim monsun barat daya antara Jun dan September kita akan mengalami jerebu dan jerebu merentasi sempadan.
Jerebu akan mendatangkan kesan yang serius kepada alam sekitar, ekonomi, kesihatan dan keselamatan rakyat. Pada tahun-tahun di mana jerebu menjadi serius, kerugian negara boleh mencecah lebih daripada RM1 bilion. Oleh itu, Bakri ingin ingatkan kerajaan untuk bersiap sedia menghadapi jerebu. Untuk pembakaran terbuka tempatan, kerajaan perlu memperbanyakkan kelengkapan seperti Bombardier dalam pemadaman api. Di samping itu, di lokasi-lokasi tanah gambut yang berisiko tinggi, kerajaan perlu memperbanyakkan check dam dan juga tube well untuk mencegah dan memadam kebakaran tanah gambut iaitu peak fire ya.
Jika tidak dapat ditambah juga kelengkapan, saya menggesa kerajaan untuk memastikan setiap kelengkapan itu adalah berfungsi dengan baik. Buatlah maintenance sekarang, buatlah persiapan inventori sekarang. Jangan sampai apabila kita perlukan kelengkapan-kelengkapan ini baharu dapati bahawa ada yang tidak berfungsi ataupun tidak lengkap.
Untuk jerebu merentasi sempadan terutamanya jerebu dari Indonesia. Bakri sekali lagi ingin menggesa kerajaan untuk membentangkan “Rang Undang-undang Jerebu Rentas Sempadan”. Kita memerlukan Transboundary Haze Act. Akta ini membenarkan kerajaan untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana individu ataupun syarikat Malaysia yang menyebabkan jerebu di Malaysia tanpa mengira di mana-mana pembakaran berlaku.
Puan Yeo Bee Yin - Bakri
Singapura telah pun meluluskan undang-undang ini pada 2014. Selepas krisis jerebu pada 2019, kami telah pun menugaskan Akademi Sains Malaysia untuk menjalankan kajian mengenai isyarat dan keperluan kerangka undang-undang berkenaan dengan pencemaran rentas sempadan.
Pada 12 Februari 2020, Kabinet Pakatan Harapan telah membincangkan Kajian ASM dan bersetuju untuk memperkenalkan Rang Undang-undang Transboundary Haze Act ini. Walau bagaimanapun, kami tidak dapat melaksanakannya kerana tidak lama kemudian, ‘ “ “Langkah Sheraton” telah pun berlaku.
Saya telah pun membangkitkan isu ini pada sidang yang lepas, pertama kali kerajaan ditukar. Yang Berhormat Menteri masa itu kata Kerajaan Perikatan Nasional tiada keinginan untuk membawa rang undang-undang tersebut. Saya kali ini sekali lagi ingin membangkitkan isu ini. Saya hendak tanya kerajaan Keluarga Malaysia, adakah pendirian yang sama diambil?
Bakri sangat-sangat berharap bahawa kerajaan boleh menimbang semula. Ada suara yang kata akta ini hanya akan menjadi hiasan, kosmetik sahaja memandangkan bukti pembakaran terbuka perlu diperolehi oleh pihak berkuasa di Indonesia dan pendakwaan luar negara boleh menjadi sangat mencabar.
Puan Yeo Bee Yin - Bakri
Ya dari segi penghukuman, Transboundary Haze Act ini adalah kurang efektif tetapi ia boleh bertindak sebagai deterrent yang mencegah syarikat-syarikat Malaysia daripada terlibat dalam pembakaran terbuka di Indonesia. Sebagai contoh, akta in boleh memasukkan perundangan dan juga peraturan yang mengarah syarikat-syarikat yang beroperasi di Indonesia untuk:
(i) menyediakan data satelit untuk semua ladang mereka dan mengambil tindakan sekiranya hotspots dikesan melalui satelit;
(ii) menyediakan penyata pembelian tanah baharu dan bagaimana tanah tersebut dilapangkan sebelum pembelian kepada kerajaan setiap tahun.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta rumuskan ya Yang Berhormat. Rumuskan.
Puan Yeo Bee Yin - Bakri
Ya. Ini adalah untuk mencegah orang tempatan daripada slash-and-burn dengan izin, menebang dan membakar dan kemudiannya menjual tanah yang slash-and-burn ini kepada syarikat-syarikat besar Malaysia.
Secara jujurnya, saya berpendapat bahawa Malaysia tidak dapat menghentikan kejadian jerebu merentas sempadan dengan hanya ada Transboundary Haze Act di Malaysia memandangkan jerebu dari Indonesia sebenarnya kebanyakan berpunca daripada pengusaha-pengusaha kecil (smallholders) di Malaysia.
Namun, akta ini adalah sangat penting untuk mencegah syarikat-syarikat Malaysia supaya tidak terlibat dengan pembakaran tersebut. Tambahan pula, dengan peningkatan ketelusan industri perladangan kita, imej negatif Malaysia sebagai punca utama pembakaran hutan Asia Tenggara yang sering diconteng oleh negara maju ke atas negara kita dapat dibersihkan.
Itu sahaja yang saya hendak bangkitkan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Bakri. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Beaufort. 12 minit.
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. *Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Pada hari ini kita melihat peperangan, kekacauan berlaku di banyak negara di seluruh dunia ini. Ada yang berlanjutan setelah
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort
sekian lama dan masih lagi belum selesai dan ramai yang terjejas. Terbaharu, kita melihat Rusia menyerang Ukraine dan setakat ini sudah lebih hampir 500,000 orang rakyatnya menjadi pelarian.
Selamatkah, amankah, tenangkah kita di Malaysia yang tercinta ini? Pada 3 Februari 2022, tahun ini, 10 orang lelaki bersenjata telah menyelinap masuk ke Lahad Datu yang dikatakan mereka ini mungkin daripada orang-orang Filipina. Ini dalam kawasan ESSZONE di negeri Sabah. Kemungkinan mereka ini berada di negara kita, dalam negeri Sabah dan ramai mungkin mereka berada di dalam negeri Sabah terkini.
Ingatkah peristiwa Tanduo di Lahad Datu? Ini semua adalah perkara yang menakutkan kita.
Untuk negeri Sarawak pula, Beting Patinggi Ali yang selalu disebut oleh Yang Berhormat Arau, armada negara China meronda-ronda di perairan laut negeri Sarawak.
Apakah tujuan mereka? Pulau Batu Putih di selatan Semenanjung Malaysia sudah pun menjadi hak orang lain. Jadi persoalannya, selamatkah kita? Amankah kita? Tenangkah kita di Malaysia yang tercinta ini?
Cukupkah buat pertahanan kita– kapal perang kita masih belum siap lagi dibina walaupun sudah berbelanja yang besar, RM6 bilion setakat ini. Ini adalah soal penting dan serius untuk diberikan perhatian oleh kerajaan. Betulkah kita serius menjaga negara dan rakyat atau agenda politik yang mendominasi pemikiran dan perancangan kerajaan pada masa ini. Tuanku bertitah bantu dan mudahkan segala urusan rakyat untuk membina semula kehidupan mereka, dengan rasa selamat, aman dan makmur demi negara kita yang tercinta.
Tuanku Yang di-Pertuan Agong optimis dengan keadaan politik masa kini.
Menjunjung kasih Tuanku. Pantun nasihat Tuanku memberi gambaran kepada situasi terkini yang pada hemat saya seperti retak menanti belah. “Cukuplah berpolitik siang dan malam, fokuskan menjaga kepentingan rakyat”. Titah Tuanku dalam pantun yang cukup bermakna. Akan tetapi, situasi dalam negara memberikan gambaran bahawa politicking untuk agenda diri mengatasi kepentingan dan kesejahteraan rakyat. Lihatlah dengan kes COVID-19 yang masih tinggi, PRN berjalan di Johor. Janganlah jadi negara Rusia yang ingin mengembalikan kegemilangan USSR sebagai kuasa dominan di Eropah Timur, akan langgar terus tanpa peduli siapa yang terkorban.
Saya mengalu-alukan konsep Keluarga Malaysia. Ia sungguh sesuai dalam negara Malaysia yang berbilang kaum ini. Kami dari Sabah tentu dapat merasainya.
Namun, dalam keluarga Parlimen ini yang sepatutnya menjadi contoh kepada rakyat, semangat kekeluargaan semakin pudar, renggang; conflicting and confusing, dengan izin.
A marriage of convenience yang tiada kasih sayangnya.
Kita mahu berbincang tentang food security dalam negara kita. Kebergantungan kepada makanan import yang semakin meningkat dari 2015 sebanyak RM45 bilion kepada tahun 2020 sebanyak RM55 bilion. Sepatutnya dilihat serius. Penggunaan tanah yang ada tentu sekalinya di Sabah dan Sarawak patut dimaksimumkan untuk menghasilkan bahan dan produk makanan, bukan sahaja untuk Malaysia malah untuk dieksport ke luar negara.
Saya amat sedih, kecewa. Kita mengimport makanan dari negara jiran kita Singapura yang tidak mempunyai tanah. Selain itu, perlu ada usaha ke arah pengeluaran makanan dengan teknologi baharu, dengan mendedahkan rakyat Malaysia khususnya orang muda, para pelajar di Sabah dan Sarawak, di luar bandar untuk menguasai bidang ini sekali gus menyokong usaha basmi kemiskinan dalam negara kita, khususnya di Sabah dan Sarawak.
Kita sepatutnya memberi perhatian kepada isu produk-produk kita yang masa kini disekat daripada masuk ke US, Kanada dan mungkin juga negara-negara sekutu mereka atas alasan penggunaan forced labour dan human trafficking. Ia sudah tentu akan merugikan kita, merugikan negara, merugikan rakyat, merugikan perniagaan kita. So, sekali lagi saya sebutkan di sini seperti Titah Tuanku, kurangkan politik dan tumpukan usaha untuk kemakmuran Malaysia dan rakyatnya yang tercinta kalau benar-benar kita mencintai rakyat dan kita mencintai negara kita.
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort
Alhamdulillah, PETRONAS telah mengumumkan keuntungan untung bersih sebanyak RM48.6 bilion untuk tahun 2021. Dengan harga minyak petrol yang meningkat sekarang, maka akan bertambah pendapatan negara apatah lagi dengan perang yang berlaku di Ukraine. Justeru, saya meminta agar lebih banyak peruntukan disalurkan kepada Sabah dan juga Sarawak terutama sekali dalam gerakan untuk membasmi kemiskinan.
Mohon fokus kepada daerah yang termiskin, disebutkan lapan ini terdapat di negeri Sabah yang di mana terdapat poket-poket kemiskinan dalam daerah-daerah di negeri Sabah dan Sarawak. Bukan setakat memberikan ikan tetapi memberikan pancing yang membolehkan mereka mendapat banyak ikan untuk diri dan dapat dijual yakni memberikan pendapatan yang sustainable kepada rakyat yang memerlukan. Rakyat marhaen.
Kerajaan yang prihatin kepada rakyat hendaklah menggunakan segala kepakaran yang ada dalam negara, di universiti dan di mana-mana sahaja institusi. Bukan berfikir tetapi turun padang dan lihat apakah kekuatan yang ada di kawasan-kawasan yang dikenal pasti termiskin ini dan bagaimanakah daerah-daerah tersebut dan penduduk- penduduknya boleh di-transform-kan kepada kawasan produktif dan sekali gus mengatasi masalah kemiskinan ini, menjadikan rakyat yang dikatakan miskin ini yang lebih maju, yang mempunyai pendapatan yang tetap dan sustainable.
Jadikanlah Sabah sebagai hab food production untuk negara dan eksport. If there is a will, there is a way dengan izin. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort
Kita tidak mahu dengar lagi alasan-alasan. Berbelanjalah untuk merubah kehidupan rakyat yang amat memerlukan adalah sesuatu yang wajib dilaksanakan.
Bukan berbelanja RM10 juta untuk rumah di London kepada seorang wanita tetapi kita mahu banyak wang ini dibelanjakan untuk membantu rakyat kita keluar daripada kepompong kemiskinan dengan erti kata yang sebenar-benarnya.
Kami di Sabah dan Sarawak inginkan juga tambahan kerusi dengan keluasan wilayah Sabah dan Sarawak yang merupakan 60 peratus dari Malaysia yang tercinta ini.
Sekurang-kuranya satu pertiga Ahli-ahli Dewan Rakyat ini iaitu MPs hendaklah dari wilayah Sabah dan Sarawak. Ini juga telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Pensiangan satu ketika dahulu. Ini adalah mengikut MA63, IGC Report dan juga dokumen- dokumen yang lain ke arah menuju negara Malaysia yang tercinta ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan GRS Sabah di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang dalam tempoh singkat setahun lebih telah mula membangkitkan dan memulihkan ekonomi pembangunan Sabah untuk rakyat Sabah yang berbilang kaum dan agama. Alhamdulillah, bajet untuk tahun 2022 menampakkan peningkatan yang cukup baik walaupun berhadapan dengan pandemik COVID-19. Bajet surplus RM110.68 juta. Alhamdulillah, dengan anggaran kutipan hasil RM4.707 bilion dan anggaran perbelanjaan RM4.596 bilion. Jangan sekali-kali mengatakan kami di Sabah ini ular. Mungkin sebenarnya naga yang berdiam akan bangkit dan menghembuskan api yang menyala-nyala dari Gunung Kinabalu, insya-Allah.
Oleh sebab itu adalah amat penting sekali lagi saya katakan di Dewan yang mulia ini supaya kita menghilangkan ataupun kita meninggalkan berpolitik yang berpanjangan ini, sehinggakan kita bermasam muka mengata yang bukan-bukan sesama sendiri.
Apakah contoh yang kita berikan kepada rakyat yang melihat kita di luar sana? Apakah contoh yang kita berikan kepada rakyat yang melihat kita sebagai wakil rakyat mewakili mereka? Kami di Sabah, rakyat yang berbilang kaum. Apa khabar orang Sabah?
[Berucap dalam dialek Sabah] Macam-macam lagi. Perkataan yang saya tidak boleh sebut di sini kerana terlalu ramai etnik grup di negeri Sabah.
Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan
[Berucap dalam dialek Sabah]
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Terima kasih. [Berucap dalam dialek Sabah]
Seorang Ahli
Hau.
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Ada juga. Semua kita berbilang kaum. Kita kasih-mengasihi di antara satu sama lain. Apakah harapan rakyat di luar sana?
Tentulah ingin melihat kita di sini mencari penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat yang ada di luar sana terutama sekali selepas berhadapan dengan pandemik COVID-19 ini. Bukan cerita-cerita politik hentam-menghentam di antara satu sama lain yang mereka mahu dengar. Apa yang mereka dengar, apakah usaha kita untuk membangkitkan semula ekonomi dalam negara kita dan fokus untuk melihat keadaan mereka yang ada luar bandar dan di persisiran pantai. Kita usaha bagaimana mereka ini boleh dapat hidup dalam keadaan yang baik dan sustainable…
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
...serta bangkit semula ekonomi mereka baru negara kita akan dilihat sebagai sebuah negara yang sayangkan rakyat, yang mahu memajukan rakyat yang boleh bersaing di peringkat antarabangsa.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat. Masa sudah...
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Malu kita Tuan Yang di-Pertua, apabila kita mengimport bahan makanan dari Singapura yang tiada tanah. Sedangkan kita mempunyai tanah yang luas dan kita tidak usahakan dengan sebaik mungkin. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Lembah Pantai, saya akan bacakan keseluruhan yang akan berbahas pada hari ini.
Selepas ini Yang Berhormat Lembah Pantai. Kemudian Yang Berhormat Kinabatangan ditukar kepada Yang Berhormat Bintulu. Kemudian Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Kulai, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Sungai Buloh, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Ipoh Timur dan Yang Berhormat Kuala Kedah.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Lembah Pantai, 12 minit. Mungkin nanti pukul 1 kita berhenti dan kita sambung selepas break. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih, 12 minit Tuan Yang di-Pertua. Pertama, saya ingin mohon kalau boleh kita perbetulkan kita punya sistem sekarang ini. Apabila dua atau tiga orang bercakap, dia punya jata atau transition itu agak mengganggu. Bukan untuk kita di sini tetapi mereka yang menonton secara online.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Kalau boleh dipertimbangkan, diubah seperti yang dahulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ambil perhatian, baik.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Saya ingin mulakan dengan membangkit satu perkara yang rata-rata ramai yang merasakan sangat terkesan iaitu harga test kit ujian saringan COVID-19 RTK yang mahal dan juga PCR yang mahal. Kita pada hari Selasa yang lalu telah melihat Kertas Statut 13,14 dan 15 yang memberi satu kemudahan kepada Ahli-ahli Parlimen untuk menuntut bayaran balik fee
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
dan charge ujian pengesanan COVID-19 termasuk untuk Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua dan semua ahli Dewan Rakyat.
Jadi saya rasa agak tidak munasabah sekiranya kita mendapat manfaat tetapi rakyat yang hampir setiap hari, kalau anak mereka, adik-beradik mereka, emak ayah mereka kena buat test hendak pergi kerja atau hendak pergi sekolah. Kalau harga test kit itu terlalu mahal. Jadi pada pandangan saya, saya pohon pihak kerajaan pertimbangkan mengurangkan dan meletakkan harga siling kepada test kit ini sekitar RM5, RM4.90 itu bagi saya sudah agak baik.
Akan tetapi kalau belasan ringgit ataupun RM10, ia terlalu mahal terutama bagi mereka yang tidak layak untuk membayar cukai. Kita tahu rata-rata kumpulan B40 mereka mungkin tidak perlu membayar cukai, jadi rebat cukai RM1,000 untuk ujian itu tidak terpakai untuk mereka. Jadi saya pohon untuk dikurangkan.
Kedua, berkenaan dengan isu banjir yang sebelum ini berlaku pada 18 dan 19 Disember. Saya difahamkan contoh di kawasan saya di Lembah Pantai, ada 155 orang daripada 321 yang telah memohon bantuan RM2,500. Sejumlah 155 orang masih belum terima sehingga ke hari ini. Ini sudah masuk bulan Mac. Jadi, apa yang sebenarnya berlaku? Adakah kerajaan tidak cukup duit untuk bayar bantuan RM2,500? Ini kerana mereka telah tunggu terlalu lama dan sering berhubung dengan pejabat saya. Jadi saya mohon Yang Berhormat Menteri untuk memberikan penjelasan.
Berkenaan dengan JKMPay. Pagi tadi kita mendengar bagaimana Yang Berhormat Menteri telah menegaskan bahawa ini adalah satu projek perintis. Bagi saya tidak payahlah perintis, kita perintah stop terus. Itu yang kami dengar daripada warga OKU yang paling terkesan dengan sistem yang pada pandangan umum tidak membantu rakyat yang terbanyak. Jadi, saya pohon Yang Berhormat Menteri tidak payah buat perintis. Bagi ramai di luar sana, mereka perlukan cash in hand. Mereka menggunakan untuk macam-macam perkara. Jadi, saya pohon Yang Berhormat Menteri pertimbangkan cancel, perintahkan untuk dihentikan dahulu.
Saya ingin bangkitkan satu perkara yang diminta oleh beberapa orang yang menghubungi saya iaitu isu bekas Naib Canselor di UPSI. Sebelum ini timbul satu isu yang mengatakan— ada satu dakwaan bahawa berlaku isu pencabulan, gangguan seksual di situ, di UPSI. Jadi saya pohon pihak kerajaan untuk nyatakan, adakah benar berlaku satu kejadian pencabulan dan apakah status kes itu? Jika tidak, kenapa mereka yang telah membangkitkan isu ini tidak dihadapkan ke muka pengadilan? Apakah sekiranya berlaku, kenapa individu tersebut yang merupakan seorang yang memang kanan masih dibenarkan berkhidmat dalam— saya difahamkan dalam sebuah badan hari ini?
Saya ingin bertanya tentang isu 1MDB. Kita tengok sekarang ini siri expose yang diberikan oleh Tim Leissner di sebuah mahkamah di New York. Beberapa hari yang lalu, Yang Berhormat Timbalan Menteri telah menyatakan bahawa isu siasatan polis terhadap suami mantan Gabenor Bank Negara terhalang sebab isu VTL. Adakah isu 1MDB dan duit yang dimaksudkan ini begitu remeh sehingga satu perkara administratif, VTL menjadi penghalang untuk siasatan itu dilakukan?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Bagi saya jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri pada waktu itu – saya tergamam sehingga saya tidak terfikir bahawa itu adalah satu jawapan yang bagi ramai susah untuk kita terima. Ini kerana, bagaimana isu seperti ini, pada ketika Menteri-menteri boleh pergi ke Dubai untuk World Expo dan sebagainya. Kenapa pihak polis— saya difahamkan sukar untuk melakukan siasatan ini akibat daripada isu VTL.
Sebenarnya yang ingin kita ketahui ialah— setakat ini kita cuma tahu ada sebuah rumah bekas kekasih. Berapakah lagi kekasih-kekasih dan rumah-rumah yang mungkin kita belum tahu?
Itulah sebabnya kita tegaskan iaitu pihak kerajaan mesti melakukan usaha government-to-government (G2G) dan memohon maklumat yang dipunyai oleh Department of Justice di Amerika Syarikat supaya kita tidak— rakyat Malaysia tidak perlu membaca berita-berita mengaibkan ataupun seperti Yang Berhormat Kota Raja kata,
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
‘meningkatkan martabat wanita’. Jadi, saya rasa perkara ini kita perlukan satu komitmen daripada pihak kerajaan untuk kita leraikan. Tuan Yang di-Pertua, boleh saya teruskan?
Mungkin tidak panjang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Okey, teruskan.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Enam minit supaya jam 2.30 petang nanti yang lain boleh teruskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Silakan, saya benarkan.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih. Saya ingin menyentuh isu 5G dan DNB. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan, sehingga hari ini, berapakah wang rakyat yang telah disuntik ke dalam DNB? Berapakah perbelanjaan DNB untuk membeli iklan-iklan? Kita tengok dalam surat khabar, dalam media sosial termasuk Twitter, Facebook dan sebagainya.
Berapakah yang telah dibelanjakan oleh DNB yang menggunakan wang yang disuntik oleh Kementerian Kewangan sehingga ke hari ini? Berapakah yang telah diguna oleh DNB untuk menempah dan menyewa sebuah pejabat yang mewah, sebuah pejabat yang besar yang saya difahamkan di TRX. Berapakah juga yang telah dibelanjakan oleh DNB untuk menghantar— saya difahamkan 17 orang pegawai ke Mobile World Congress di Barcelona yang bermula pada 28 Februari hinggalah ke hari ini?
Jadi, ini jumlah-jumlah yang besar. Persoalannya, pada ketika DNB belum memungut apa-apa hasil pun tetapi perbelanjaannya bukan main besar. Kita perlu ingat pada lebih kurang semalam, timbul satu berita yang agak bagi saya merisaukan iaitu melibatkan sebuah entiti yang mana DNB ini berkait secara langsung dengan Ericsson. Ia dikatakan telah— kita tahu kita telah menandatangani satu perjanjian untuk membeli kelengkapan 5G daripada Ericsson.
Akan tetapi, berita yang diterbitkan oleh Reuters— saya ingin baca jika boleh dengan izin, “Ericsson, which has been at the center of a scandal over possible payments to Islamic State, said U.S. authorities determined it failed to make sufficient disclosures about its activities in Iraq before entering a deferred prosecution agreement in 2019 with the Justice Department to resolve a probe into years of alleged corruption in China, Vietnam and Djibouti.” Apakah maknanya berita ini?
Kalau Ericsson pada saat ini telah timbul satu perkara yang maha besar, kemungkinan berlaku corruption, bukan di Malaysia tetapi di banyak operasi yang lain.
Saya gesa Dewan yang mulia ini mengarahkan agar kontrak dengan Ericsson itu disiasat dan diteliti. Saya mohon, saya minta dan saya gesa pihak SPRM untuk melakukan siasatan penuh. Adakah ada apa-apa elemen rasuah yang terlibat dalam pemberian kontrak tersebut? Ini sangat penting Tuan Yang di-Pertua kerana kita lihat pada waktu ini timbul satu berita yang merisaukan tentang Ericsson dan cara ia melakukan aktiviti-aktiviti perniagaan.
Ini juga mengingatkan kita bagaimana sebelum ini dalam isu 1MDB, kita ada Goldman Sachs. Kita lihat bagaimana— what happened there? dengan izin. Adakah dengan DNB ini kita hendak lihat perkara yang sama kita hendak elak daripada Ericsson menjadi seperti itu? Kita hendak elak. Jadi saya pohon pihak kerajaan untuk meneliti semula kontrak tersebut. Saya gesa Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara untuk melakukan audit penuh terhadap DNB dan meneliti kontrak dengan Ericsson ini.
Saya ingin menyentuh dalam minit-minit terakhir berkenaan dengan memorandum persefahaman di antara kerajaan dan Pakatan Harapan di pihak pembangkang yang telah dalam Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah di— Tuanku telah bertitah tentang perkara tersebut. Ini kita lihat telah memberi satu kestabilan kepada perjalanan kerajaan dan juga suasana politik negara kita. Malangnya, ia tidak diterjemahkan ke negeri-negeri dan ini menjadi satu keadaan yang amat malang.
Kita lihat bagaimana di Johor tidak ada ribut, tidak ada taufan, tidak ada guruh, tiba-tiba ada pihak yang tekan button. Ada pihak yang merosakkan dan meranapkan
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
sehingga berlaku satu keadaan. Kita lihat rakan-rakan kita yang turun berkempen di Johor, ramai yang telah terkesan akibat COVID-19. Ramai kawan yang di kiri dan kanan saya kembali dari Johor positif. Apatah lagi ramai di kalangan para pengundi yang mungkin risau untuk keluar mengundi.
Pada saat ini bukanlah saat yang terbaik untuk kita lakukan pilihan raya. Apatah lagi dengan SOP yang mencengkam dan hanya memenangkan satu pihak, itu yang kita hendak elak. Akan tetapi, yang saya hendak tegaskan sekiranya kita boleh kaji MoU ini dan laksanakan di negeri-negeri, apalah salahnya sekiranya ia dilaksanakan di negeri- negeri seperti di Sabah contohnya, di Kedah dan negeri-negeri yang lain. Bukan setakat janji mulut daripada Ketua Menteri daripada Premier, daripada Menteri Besar tetapi termaktub sebagai sebuah dokumen seperti yang kita lakukan di Parlimen yang mulia ini.
Akhir sekali, berkenaan dengan banyak yang saya sebut tadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mesti kita reformasi. Selaras dengan usaha kita untuk mengangkat satu Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen yang menjamin kebebasan Parlimen, sebuah badan seperti SPRM itu mesti diletakkan di bawah jagaan dan seliaan Parlimen. Akhir kalam, saya ingin menyajikan kita sebelum kita makan tengah hari dua rangkap pantun.
*Dari Kampung Kerinchi ke Bukit Aman, Singgah sebentar di Taman Botani, Dari berpolitik kita bersefahaman, Demi rakyat yang terkesan hari ini.
Apa guna berjalan-jalan, Kalau yang dapat lapar, dahaga dan letih, Apa guna jaja kestabilan, Kalau yang manfaat kartel, kroni dan kekasih.* Sekian, wabillahi taufik walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Ahli Yang Berhormat, Majlis berhenti rehat dan disambung semula pada jam 2.30 petang. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.
[Mesyuarat ditempohkan pada jam 1.08 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Baiklah, kita sambung perbahasan Usul Titah Diraja. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Bintulu, selaku ketua parti selama 20 minit.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk turut mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja di Dewan yang mulia pada petang ini.
Pertama sekali, saya menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-14 pada Isnin lalu.
Tuan Yang di-Pertua, negara kita sekarang memang dengan izin, we have one more round COVID-19 dalam negara kita. Jadi, memang dalam ini boleh kata rakyat tidak begitu serius tetapi rakyat memang ada pening, keliru dalam pandemik COVID-19.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Kenapakah rakyat keliru atau pening? Ini kerana sehingga hari ini dia nampak numbers of COVID-19 patients meninggal walaupun sekali kala turun, selepas itu naik semula terutama sekali beberapa hari yang lalu, kita nampak double digits orang meninggal dunia.
Akan tetapi, semalam sudah masuk tiga digit. Sudah 150 orang yg meninggal dunia.
Jadi, rakyat persoalkan. Kita boleh terima penyakit ini endemik tetapi are we ready? Kita frontliner bolehkah bagi perkhidmatan kepada rakyat apabila dia ada sore throat, apabila ada sakit atau fever semua, dia pergi hospital, kita boleh coup kah tidak?
Kalau tidak boleh, apakah cadangan ataupun rancangan KKM untuk dinaiktarafkan?
Janganlah sampai masa, kita hanya mengumumkan dalam media, “Oh! Our CCU and ICU sudah over, berapa peratus, berapa peratus”. That one – dengan itu tidak boleh diselesaikan masalah ataupun isu rakyat. Dia orang punya fikiran pening-pening walaupun kita suruh dia kuarantin di rumah, ini lagi teruk.
Tuan Yang di-Pertua, saya sendiri kena COVID-19 baru-baru ini. Betul-betul perasaan kita SOP tujuh hari sahaja boleh lepas. Akan tetapi meletup ini Omicron day five, barulah saya dapat berasa high fever, badan lemah. Saya check CT value less than 14. Sebanyak 14 sahaja. Sampai saya kira dari hari pertama saya dijangkiti – 14 hari bulan saya dijangkiti sampai kalau dikira tujuh hari, 21 hari bulan, CT value saya baru 25 sahaja.
Saya masih boleh pass dengan orang lain, boleh infect kalau kita punya SOP cuma hanya tujuh hari. Semua tujuh hari. Sepatutnya SOP kita based on CT value, berapa sudah baru boleh atau tidak boleh. Kalau kita pergi check PCR, memang kita masih lagi positif. Ada pakar kata ikut WHO, “Oh! Ini tidak akan infection kepada orang lain” tetapi siapa atau manakah satu pakar ada test bersama-sama dengan COVID-19 patient? Boleh bersama-sama cuba. Ataupun CT value sudah 33, 34, kita test dengan dia, bawa dia sekali duduk sama-sama tengok kita kena infected-kah tidak?
Kalau tiada, we had no research. Jadi, ICR ini patut kita buat research. Sampai hari ini apa punya research kita sudah ada? Apakah yang dapat dibuktikan kepada rakyat?
Tiada. Cuma Menteri, dia sendiri umum sahaja. Sampai sekarang pun kata, kalau no symptom walaupun positif ataupun close contact tidak perlu kuarantin. Rakyat tanya dengan saya, frontliner pun serupa. Kalau semua frontliner close contact ataupun tidak ada simptom, mereka berjumpa dengan patient lagi semua. Lagi banyak rakyat kena.
So, saya sebagai wakil rakyat, saya tidak tahu bagaimana menjawab kepada rakyat. Rakyat kata kita mengawal tetapi macam mana kita mengawal? Kalau ini macam punyai mengawal, orang tepi jalan pun pandai. Sepatutnya, kita mesti ada satu SOP yang jelas kepada rakyat sebab kita. Fasal kita sekarang, masalahnya COVID-19 ini boleh hilang nyawa. Kalau kita endemik dan kita ada ubat, bukan kata 100 peratus. Kalau segelintir sedikit sahaja orang yang betul-betul sakit, kita hilang nyawa tidak apa. Akan tetapi, masuk kita nampak sekarang rakyat minta saya tanya di Dewan yang mulia ini, tanya KKM ini. Sudah berapa banyak perkuburan disediakan? Untuk kubur.
Kita nampak sekarang gambar pun viral kereta van jenazah. Sebuah kuburan ada tujuh, lapan van queue di sana hendak menguburkan mayat. So, why you can leave this thing in a fear among the society, dengan izin. Kenapakah kita tidak fikir kalau ini kena dengan keluarga sendiri macam mana perasaan kita? Janganlah cakap ini WHO, inilah itulah. Cakap semua. Akan tetapi berapa orang sudah cuba apa yang WHO kata.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Termasuklah vaksin Tuan Yang di-Pertua. Masalahnya apabila kita vaksin, banyak ibu bapa persoal, kenapa umur 18 tahun ke bawah, students semua ataupun budak-budak semua, MySejahtera tetap mestilah semua guna Pfizer. Walaupun dia mungkin ada baik tetapi kita mesti mahu bagi peluang sama ibu bapa pilihan. Dia hendak Pfizer kah, hendak Sinovac kah, atau CanSino kah, ataupun Sinopharm? Kenapa kita tidak boleh bagi pilihan? Kenapa kita bergantung sangat sama Pfizer? Nobody can prove that Pfizer punya. Kalau you inject tidak boleh kena lagi COVID-19 tetapi ada orang kena juga.
Tuan Yang di-Pertua masalah isunya, kalau orang pergi ambil vaksin Pfizer, ada side effect dan ada cases keluar. Memang kita tidak ada jawapan. Kita jawab senang sahaja. Ada complication seperti jantunglah, high blood lah, blood sugar lah. Ini siapapun
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
boleh jawab. Sampai hari ini kita ada betul-betul ada guna kita punya research centre buat research atau tidak?
The worst part is that kita bagitahu end of February, kalau siapa tidak ambil booster – dia punya MySejahtera akan blank. Kenapa kita buat threatening? Sampai sekarang orang sudah marah, cakap end of March. Ini Yang Berhormat Menteri KKM ini, tidak boleh fikirkah? Satu cara yang terbaik, bagilah didikan sama rakyat. Bagi tahu rakyat kita tidak ambil booster ataupun macam mana, jadi kita tidak boleh pergi sini, tidak boleh pergi sana. Macam mana kita booster serta kebaikannya. Bagi peluang mereka pilihan, mana satu booster. Janganlah paksa orang ambil closed door itu. Closed door orang mati tetapi pun tak ada jawapan. Memang ada complication.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Bintulu.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Janganlah buat macam ini. Bagi sama rakyat tiada satu pilihan. Mereka pun takut juga. Mereka nanti buat booster itu semua, tiada pilihan – mereka buat closed door, esok mereka mati macam mana. Mereka punya keluarga macam mana?
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Bintulu. Sedikit Yang Berhormat Bintulu. Apa pandangan Yang Berhormat Bintulu mengenai kes-kes di mana doktor sendiri memberikan surat kepada patient mengatakan bahawa patient ini memang tidak boleh menerima booster memandangkan patient ini mengalami isu kesihatan seperti masalah pendarahan dan sebagainya. These are legitimate cases where the doctor says you cannot take the booster. Jika 31 Mac, sama ada status dalam MySejahtera mereka akan hapus – keluar status penerimaan vaksin satu dan dua. Apakah pandangan Yang Berhormat Bintulu?
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Memang Tuan Yang di-Pertua, inilah saya mahu persoalkan. Ada punya kes macam tadi Yang Berhormat Batu Kawan kata. Itu memang saya memang tidak boleh setuju. Doktor sudah bagi tidak boleh ambil booster, tidak boleh ambil vaksin tetapi kita paksa sama dia. Kalau dia meninggal, complication.
Rakyat bagi tahu sama saya dan tanya sama saya. Kerajaan ada bagi kalau dalam vaksin, kalau ada apa-apa boleh claim setengah juta ringgit. Akan tetapi, dia kata dalam Malaysia ini kemungkinan dua orang sahaja boleh claim ini setengah juta ringgit kalau dia betul- betul kena kemalangan dalam vaksin ini.
Kita cuma fikir untuk rakyat, jangan buat ugutan tetapi bagilah pendidikan termasuklah macam rokok. Jangan kata tahun 2005, apabila dia lahir, kita tidak boleh bagi rokok kepada dia. Kenapa tidak ada satu cadangan yang baik dengan bekerjasama?
Kementerian Pendidikan ajar murid-murid macam mana dan kenapa tidak boleh merokok.
Boleh terjejas kesihatan itu semua. Kenapa hari-hari kita buat ugutan? Orang kata kita Keluarga Malaysia tetapi bukan Keluarga Malaysia, ugutan Malaysia. Kita ugut sahaja.
Kenapa kita tidak mendidik sama rakyat, what happened?
Ini Yang Berhormat Menteri KKM jangan degillah. Fikirlah untuk rakyat. Saya punya kawan dua orang, apabila dia ambil booster, dia punya tangan sekarang tidak boleh pulih. Tidak boleh keras. Dia tidak boleh pegang barang, tidak boleh hold apa-apa barang.
Apabila pergi hospital? Oh, ini complication. Sekarang dia baring atas katil sahaja. So, apa ini Yang Berhormat Menteri KKM tanggung ataupun DG Kesihatan. Apakah yang dia tanggung?
Saya sudah bagi tahu dan meminta kepada kementerian dan juga saya minta kerajaan kalau kita punya Ketua Pengarah ini tidak cukup pengalaman dalam public health, kita cari pakar. Dalam negara kita banyak pakar public health. Carilah, minta dia punya pandangan. Jagalah macam mana kesihatan rakyat. Jangan kongkalikung kali-kali kita fikir sahaja itu orang terbaik. Kalau terbaik negara tidak akan jadi macam turun naik, turun naik macam share market atas ini COVID-19. Kita nampak negara Hong Kong. Jika Menteri tidak cakap betul-betul ambil tindakan terus. Dia kena tukar habis. Orang baharu ambil alih terus mengawal kes COVID-19. Kenapa kita buat tidak tahu sahaja? Hei! Cukup sedih nampak macam ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya sebagai Ahli Parlimen Bintulu, saya tidak setuju mana- mana pihak kalau belum mengambil booster, MySejahteranya akan diblank. Memang
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
saya tidak setuju. Saya minta Yang Berhormat Menteri Kementerian Kesihatan fikirlah baik-baik atas orang kenapa tidak mahu ambil booster. You must be able to convince them. Jangan buat ugutan. Nanti rakyat ugut sama kita balik, lagi kita susah. Rakyat sudah kata saya nampak – dia sendiri pun boleh nampak viral di sosial media. Dia kata, “Ini kalilah dalam PRU kita akan kasi kubur sama dia politik dalam kuburan ini.” Kenapa kita kena orang buat tuduhan sebegitu. Buatlah, fikirlah untuk rakyat punya nyawa. Mereka punya nyawa cuma sekali, tiada dua kali, Tuan Yang di-Pertua, satu lagi monopoli di Malaysia Airports – international, antarabangsa, airport antarabangsa. Kenapa kita bagi satu BP lab? Kenapa banyak lagi lab lain kita tidak boleh kasi? Harga cukup mahal cukup – rakyat tidak tahu macam mana hendak cerita. Cerita ini cukup mahal, macam mana mahal. Dia kata saya sudah numb.
Begitu banyak lab, kita boleh terima. biasa punya masa, they are coming out with the results bekerjasama dengan KKM.
Akan tetapi sekarang airport kita cuma hanya boleh lantik satu? Kenapa kita tidak boleh lantik lebih? Kenapa kita boleh open for all, free for – siapa-siapa boleh recognize daripada KKM, kasi kepada mereka. What is the purpose kita buat macam ini? Siapa dapat benefit di belakang ini atas monopoli ini? Satu kali test, berapa ratus. Biasa di luar test, RM100 lebih. RT-PCR, RM200. Sekarang airport – kalau kita buat test di sana, RM300,RM400 dan RM500. Why we allow this thing to happen?
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Yang Berhormat Bintulu, sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Saya amat bersetuju dengan pandangan daripada Yang Berhormat Bintulu sebentar tadi. Saya rakyat pun maklum bahawa kos RT-PCR dikenakan oleh lab di seluruh negara sangat mahal berbanding negara-negara lain. Jadi amat terkesan dengan ekonomi yang tadi berapa baik. Dalam keadaan ini juga adakah kerajaan mengenakan satu siling kerana dua tahun ini, sudah pasti mesinnya digunakan, apa equipment yang digunakan sudah boleh balik modal. Kita tidak mahu mereka ini meraih keuntungan dalam keadaan kesempitan rakyat pada hari ini. Apakah pandangan Yang Berhormat Bintulu?
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Memang saya setuju Yang Berhormat Jempol. Inilah kadang-kadang kita, contoh KKM, dia tidak fikir. Atas ini – kita punya pandemik COVID-19 rakyat sudah susah. Kenapa kita bagi peluang lagi satu lab ini monopoli dan juga dia buat apa suka dia buat sahaja kepada orang?
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Orang kata ini macam punya keadaan situasi sebegini kita lagi mahu bagi lagi peluang orang cas kaw-kaw sama rakyat. Ini memang orang kata tuhan sekali akan panggil sepatut apa dia mahu panggil. Kita janganlah semua bukan saya buat tuduhan.
Saya sudah fed up. Kenapakah kita create monopoli dalam pekerjaan kita? Kenapa kita tidak boleh memikir terutama sekali kita sekarang kerajaan Keluarga Malaysia. Kita fikir tidak orang punya keluarga, keluarga punya masalah. Kesusahan pandemik COVID-19, rakyat sudah susah tiada wang kadang-kadang dia punya anak mahu balik sampai airport berapa ratus mahu kena? Janganlah kita buat andaian yang tidak betul punya. Jadi Tuan Yang di-Pertua saya ambil isu mengenai ini banjir float navigation projek. Itu hari saya memang Dewan bersidang khas saya sudah persoalkan mengenai isu ini mendalamkan sungai-sungai.
Akan tetapi, sampai hari ini belum lagi apa-apa jawapan. Saya mahu tanya ini semua kementerian berkenaan. Saya hendak tanya, saya minta mendalamkan deepening di Bintulu, deepening Sungai Kemena and Sungai Sibiyu, Sibu Sungai Rajan dan Sungai Igan. Macam mana ia punya cadangan dan rancangan untuk projek tersebut ini? Sekali lagi saya mengulang balik ini kita pun tahu semua kalau banjir sekali kecemasan berapa dalam bencana ini berapa banyak kerugian kerajaan? Do not take things lightly. Kalau boleh secepat mungkinlah kita buat.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya mesyuarat rakyat meminta janganlah buat banyak-banyak lagi GLC company. Kalau ada peluang rakyat minta kerajaan open floor bagi peluang sama rakyat participate dalam opportunity yang ada. Janganlah semua kalau
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
bagus punya opportunity semua kerajaan GLC masuk and then semua mereka makan gaji besar-besaran ini. Tuan Yang di-Pertua, saya terima kasih atas peluang di bagi.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Saya menjemput Yang Berhormat Hulu Langat, silakan. 13 minit, Yang Berhormat.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Baik, terima kasih.
Bismillahi Rahmani Rahim. Kita berdoa dan berharap agar bencana alam yang menimpa negara seperti banjir di Pantai Timur segera pulih. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta terima kasih kepada semua warga kerja barisan hadapan yang telah bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa bencana khasnya di Hulu Langat akhir tahun lalu.
Agensi dan jabatan kerajaan NGO, syarikat berkaitan kerajaan, syarikat swasta mahupun orang perseorangan bekerja bersungguh-sungguh membantu mangsa bencana. Antara pasukan beruniform yang agak tertinggal dalam perjawatan adalah Angkatan Pertahanan Awam (APM) seperti agensi-agensi keselamatan dan penguatkuasaan yang lain.
Saya hendak mengulangi cadangan agar JPM mewujudkan kenaikan pangkat KP42 untuk pegawai tetap APM. Pegawai tetap APM di daerah dan di negeri sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan bekerja 24 jam apabila bencana berlaku. Ini menyebabkan mereka tidak ada masa dan tidak ada peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Namun pengalaman mereka di akar umbi adalah sangat berharga.
Beberapa orang pegawai APM yang masih di usia muda namun mereka sudah mencapai Gred KP38. Apakah masa depan kerjaya mereka yang membantu mangsa bencana ini? Apakah JPM hendak membiarkan mereka duduk statik berpuluh-puluh tahun di pangkat yang sama sehingga mereka pencen?Justifikasi mereka dinaikkan ke Gred KP42 adalah bertepatan dengan saiz daerah. Jumlah penduduk besar yang dijaga serta faktor-faktor lain yang tidak disemak sejak sekian lama. Mereka berkempen menambah sukarelawan, ini bukan usaha mudah. Mohon Menteri berkenaan menghargai jasa pegawai-pegawai ini.
Jabatan kerajaan seterusnya yang sangat penting apabila berlaku bencana ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sehingga hari ini sudah lebih setahun JKM tidak mempunyai Ketua Pengarah. Perkara ini di ketahui oleh semua rakyat. Apakah masalah besar sehingga bertahun-tahun tiada pergerakan pengisian jawatan? Apakah Menteri- menteri sedang berbalah mahu kroni-kroni mereka sahaja memegang jawatan nombor satu jabatan ini? Sangat memalukan.
Ingat, rakyat menilai JKM adalah jabatan penting menjaga kebajikan rakyat apatah lagi semasa bencana. Menteri wanita kena kurangkan berpolitik dan ambil berat permasalahan rakyat yang semakin menderita akibat wabak serta keadaan ekonomi yang sukar. Jangan pula nanti diambil pegawai yang terlalu junior. Hari minggunya sibuk di padang golf atau hanya tahu mengarah sahaja.
Ketua jabatan sepatutnya menasihatkan Menteri agar jangan bazirkan wang rakyat. Jangan sibuk buat majlis besar-besaran bercorak kosmetik sahaja. Kalau buat sistem IT, fikirkan rakyat kebanyakan bukan semua orang ada telefon canggih dan langganan Internet sepenuh masa. Dalam konteks JKM client mereka OKU, warga emas dan golongan berpendapatan rendah yang tidak mampu serta mereka yang sukar hendak mengendalikan urusan bantuan dalam talian. Syarikat yang dapat projek makin kaya.
Menteri kena turun ke bawah mendengar rintihan client JKM. Pembayaran wang bantuan jangan disukarkan, beri terus tunai kepada penerima. Pemilihan bank dan kedai yang ditentukan oleh kerajaan telah menyusahkan OKU serta warga emas. Menteri kena kaji semula peraturan ini.
Tuan Yang di-Pertua, konflik Ukraine-Rusia adalah peringatan kepada dasar luar Malaysia apabila kita sibuk menghadapi wabak dan menangani masalah ekonomi, dasar luar negara terhadap penindasan ke atas Palestin, Kashmir, Rohingya, Ogor dan lain-lain
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
umpama tidak mendapat perhatian. Pada masa ini bukan kitanya kita patut sibuk terhadap diplomasi kebudayaan. Serahkan ini kepada kementerian berkenaan, bukan kerja utama Kementerian Luar Negeri sebenarnya.
Bagaimanakah keadaan keselamatan kedutaan kita di nagara-negara berisiko tinggi? Apakah cukup penasihat tentera di kedutaan-kedutaan berkenaan? Janganlah nanti pegawai kedutaan kita menyertai pelarian keluar negara berkonflik seperti apa yang berlaku di Ukraine. Cukup kah CCTV, Pagar berduri atau ciri-ciri lain keselamatan kedutaan kita dalam melindungi rakyat Malaysia di seberang laut itu?
Urusan Wisma Putra bukan sekadar makan angin di luar negara mempamerkan kemewahan pegawai-pegawai kerajaan ketika dunia sedang berhadapan dengan kemungkinan konflik yang serius.
Rakyat Malaysia yakin peranan kita dalam OIC akan terus di suarakan oleh Yang Berhormat Menteri Luar Negeri pada 48th Session of the OIC Council of Foreign Ministers
(CFM) dengan izin yang bakal diadakan di Pakistan pada 22 Mac hadapan. Forum OIC adalah pentas utama Malaysia memperjuangkan isu-isu berkaitan umat Islam. Yang Berhormat Menteri Luar Negeri harus lebih lantang dan rakyat akan menunggu sekembalinya beliau selepas persidangan itu nanti.
Satu lagi isu antarabangsa yang berkaitan ialah kalau kita lihat kerajaan Singapura telah membenarkan jururawat-jururawatnya untuk memakai tudung ketika bertugas. Saya sedang menantikan komen daripada kerajaan Malaysia terutama Menteri- menteri yang berkaitan dengan wanita yang cukup memperjuangkan kononnya hak menutup aurat ini.
Saya ingin menantikan apakah pendirian Kerajaan Malaysia terhadap negara yang tidak membenarkan pelajar-pelajar bertudung. Ini adalah hak asasi wanita yang perlu dihormati seluruh negara tidak kira kita ada kepentingan ekonomi atau tidak tetapi biarlah ia diluahkan dengan penuh kesopanan.
Setiap kali Titah Diraja, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak pernah lupa untuk menitahkan tentang terhadap keupayaan keselamatan dan pertahanan negara.
Saya menyokong apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Beaufort tadi yang saya kira adalah merupakan suatu yang sangat penting keadaan keselamatan di Sabah yang sepertimana yang disebutkan pagi tadi.
Kita juga perlu melihat pos-pos Pasukan Gerakan Am (PGA), PDRM. Pos-pos itu perlu dibangunkan semula demi keselamatan anggota yang menjaga sempadan negara itu. Saya dapati pos-pos tersebut berada dalam keadaan yang sangat daif dan kemudahan-kemudahan yang disediakan cukup memalukan dan kerajaan sepatutnya bertindak segera untuk memastikan pos-pos itu dapat diurus dengan baik.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
PGA dan pasukan Marin PDRM patut dilengkapi dengan bot-bot tambahan untuk meronda pesisir pantai bagi membantu APMM. Bot-bot ini boleh digunakan untuk membantu mangsa banjir sekiranya diperlukan di kawasan bencana yang berkepadatan penduduk tinggi. Pesisir pantai kita sangat luas. Bomba dan pertahanan awam juga tidak mempunyai bot penyelamat yang cukup. Kombinasi dan kolaborasi ini sangat penting dalam kerajaan pada hari ini.
Seperti kastam, PGA kerap menggagalkan percubaan penyeludupan.
Kementerian Kewangan seharusnya mempertimbangkan ganjaran atau dengan izin reward kepada PGA selaras dengan nisbah nilai rampasan yang mereka berjaya membanteras. Ini akan menaikkan moral dan semangat anggota PGA serta diharap dapat menjauhkan amalan rasuah di kalangan penguat kuasa. Mereka juga kadang-kadang diugut dengan samseng.
Ekonomi Malaysia mengalami penguncupan 5.6 peratus pada tahun 2020 akibat Langkah Sheraton dan ditadbir oleh kerajaan yang gagal. Kerajaan sepatutnya menggalakkan lagi pengeksportan barangan kita ke luar negara secara agresif. Apakah kerajaan akan menambah pejabat-pejabat MPOB dan MPOC di seberang laut? Apakah status kempen minyak sawit kita di peringkat antarabangsa sehingga hari ini? Cukupkah
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
satu penjawat MPOB hendak menjaga beberapa buah negara serantau? Adakah kempen minyak sawit kita cukup agresif untuk berhadapan dengan mereka yang anti minyak sawit?
Saya tidak mewakili Menteri, saya tidak mewakili kementerian berkenaan, akan tetapi saya telah berpeluang untuk memberi teguran kepada Timbalan Presiden Iran kerana mereka mengenakan duti import sebanyak 40 peratus kepada minyak sawit kita, sedangkan minyak bunga matahari dan minyak soya 20 peratus sahaja. Kita mengharapkan kerajaan akan membawa isu ini kepada negara Iran supaya dengan itu akan dapat menambah lagi minat mereka yang berada di luar untuk mengimport minyak sawit kita.
Kita bersyukur peruntukan pembangunan Rolling Plan kedua tahun 2022 RMKe- 12 berjumlah RM75.6 bilion telah diumumkan. Akan tetapi kami berharap pengagihannya biarlah adil. Bukan kepada negeri-negeri yang berfahaman politik tertentu sahaja. Salah guna kuasa perlu dielakkan. Kepayahan dan kesusahan rakyat tidak mengira fahaman politik. Rakyat tahu ketidaktentuan politik ini dibuat oleh pihak yang kemaruk kuasa.
Bukannya berlaku secara semula jadi. Apakah mereka yang terlibat tidak merasa malu?
Pilihan Raya Negeri secara mengejut juga membuang masa. Peruntukan untuk PRN boleh digunakan untuk membina infrastruktur yang uzur pada hari ini. Apakah Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya 2030 mengambil kira jajaran jalan raya yang kerap berlaku bencana? Sememangnya jalan raya di Lembah Klang telah lengkap dibina.
Namun kekerapan kerosakan jalan raya di kawasan bandar mencemarkan imej negara dalam kalangan pelancong asing serta menyusahkan.
Kemudahan tempat-tempat pelancongan di sekitar Lembah Klang seperti di Hulu Langat juga patut dipertingkatkan bagi memberi pilihan kepada warga kota untuk melancong dalam negara. Kemudahan-kemudahan ini rosak teruk akibat banjir.
Memerlukan perhatian khusus daripada Kementerian Pelancongan.
Apabila saya ke luar negara, ramai yang bertanya tentang isu 1MDB. Skandal 1MDB sememangnya telah mengotorkan nama Malaysia di mata dunia. Walaupun ramai rakyat Malaysia yang masih tidak mempercayainya, ramai di kalangan rakyat Malaysia yang masih tidak mempercayainya, namun KKM harus melakukan suatu agar imej negara tidak terus tercalar.
Pelabur asing akan menjauhi Malaysia sekiranya mereka terlibat dengan isu 1MDB tidak diadili secepat mungkin dan telah terbukti banyak syarikat-syarikat dalam dunia perindustrian telah meninggalkan negara kita dan berhijrah ke negara jiran kerana negara jiran berpotensi untuk menjadi negara yang lebih bersih daripada Malaysia yang semakin comot, kotor dan menjijikkan ini. Apakah tidak merasa malu kepada masyarakat antarabangsa dalam keadaan begini?
Saya juga ingin mengambil kesempatan dalam ucapan saya ini agar kita semua sentiasa menumpukan tenaga, menumpukan fikiran untuk membina balik negara, membangunkan dan memulihkan ekonomi negara, memikirkan urusan rakyat lebih daripada memikirkan urusan kepentingan peribadi. Memikirkan urusan kepentingan politik tertentu. Kita telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian MoU demi untuk menstabilkan negara. Akan tetapi kita lihat pihak yang di sebelah sana yang sengaja membiarkan mereka bercakaran sesama mereka sehingga rakyat berada dalam keadaan susah dan payah.
Marilah kita selamatkan negara kita dan marilah kita bersama-sama untuk menjunjung Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah bertitah dalam keadaan ingin memberikan amaran kepada seluruh Ahli Parlimen, tidak kira Menteri, Timbalan Menteri ataupun kerajaan, bukan kerajaan, agar kita sama-sama memikirkan rakyat, agar bersama-sama kita memerangi rasuah, pembaziran dan sebagainya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong titah diraja ini.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sibuti. Masa 13 minit Yang Berhormat.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kerana memberi peluang kepada Sibuti untuk mengambil bahagian dalam ucapan titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi Persidangan Penggal Kelima, Parlimen Keempat Belas.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin terus merujuk kepada satu kes yang berulang- ulang dan viral di dada surat khabar Sarawak mengenai seorang kanak-kanak bernama Jenny Liyana Ating berusia sembilan tahun, apabila ibu beliau telah menerima satu kiriman mesej untuk tidak membenarkan Jenny bersekolah bagi sesi persekolahan yang akan datang. Jenny berusia sembilan tahun dan beria-ia untuk melanjutkan persekolahan beliau untuk tahun yang ketiga.
Untuk makluman, sijil kelahiran kanak-kanak tersebut tercatat nama bapanya tetapi pasangan ibu bapa tersebut dikatakan tidak mempunyai ikatan perkahwinan dan lambat mendaftar perkahwinan mereka. Ini adalah merupakan masalah yang sering kita jumpa selaku wakil rakyat dan NGO yang terlibat secara langsung mengenai isu kewarganegaraan di Sarawak. Ini bukan pertama kali saya berjumpa dengan kes sebegini dan kes Jenny Liyana Ating ini berlaku di Lawas.
Ini bukan kali pertama berlaku tetapi setiap tahun ada sahaja isu ini berulang. Isu besar yang dibangkitkan adalah mengenai status kanak-kanak yang tidak mempunyai sijil kelahiran akibat pendaftaran lewat. Ditinggalkan kepada keluarga angkat. Lahir dan membesar di Sarawak tanpa bernegara.
Permohonan Kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan yang mengambil tempoh lama diluluskan menyebabkan penderitaan pemohon kerana dinafikan hak untuk mendapatkan pendidikan. Terdapat dua kementerian yang memainkan peranan penting iaitu Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pendidikan dalam kes Jenny Liyana Ating ini yang berusia sembilan tahun diberhentikan daripada sekolah kerana status kewarganegaraannya. KDN bertanggungjawab dan mempunyai kuasa di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan untuk memberi jawapan tersebut.
Masa dan tempoh untuk tindakan melulus atau tidak permohonan kewarganegaraan mengambil masa yang terlalu lama. Ini adalah merupakan komen daripada Menteri iaitu Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah di Sarawak dan juga Perkara 15A menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan boleh dalam apa-apa keadaan khas yang difikirkan patut menyebabkan mana-mana orang di bawah umur 21 tahun didaftar sebagai warganegara.
Jawatankuasa Khas Kewarganegaraan yang dibentuk di bawah Perkara 15A dihidupkan semula. Walaupun demikian, permohonan yang banyak tetapi jawapan yang diperolehi daripada pihak kementerian adalah sangat mengecewakan. Berbalik kepada isu Jenny tersebut yang tidak dapat melanjutkan pelajarannya, saya masih ingat di bawah kerajaan Pakatan Harapan, Menteri Pendidikan Dr. Maszlee bin Malik melalui cara pentadbiran selagi kanak-kanak itu boleh menunjukkan bukti bahawa permohonannya untuk mendapat kewarganegaraan yang sedang diproses, kanak-kanak tersebut dibenarkan untuk bersekolah. Dasar yang baik perlu disokong dan juga dipuji.
[Tepuk] Kanak-kanak tidak dinafikan hak asasi untuk mendapatkan pendidikan. Walaupun mereka tidak bernegara melalui kaedah pentadbiran khas. Mengapa Kementerian Pendidikan tidak membenarkan? Adakah wujud Little Napoleon di dalam Jabatan Pendidikan?
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Menteri Kanan Pendidikan, Senator Dr. Mohd Radzi pada bulan Oktober, Menteri kami di Sarawak mengirim surat berkenaan tentang kanak-kanak tanpa kerakyatan bersekolah, tiada jawapan. Maka saya ingin membawa pandangan rakyat dan juga rakan- rakan NGO di Sarawak, masyarakat, Tuai Rumah, Pemanca dan Temenggong bahawa
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
perlunya penurunan kuasa ataupun devolution of power KDN kepada negeri Sarawak.
Perkara ini adalah bersesuaian kerana kami lebih faham berkenaan tentang hak adat perkahwinan orang peribumi dan juga kadang-kadang Sarawak Adoption Ordinance pun tidak terpakai di peringkat KDN.
Perkara ini boleh dilakukan sekiranya Yang di-Pertuan Agong menggunakan Perkara 95C kuasa untuk memperluaskan kuasa perundangan atau eksekutif melalui Perintah *“(1) Tertakluk kepada peruntukan mana-mana Akta Parlimen yang diluluskan selepas Hari Malaysia, Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah membuat berkenaan dengan mana-mana Negeri apa-apa peruntukan yang boleh dibuat melalui Akta Parlimen—
(a) bagi memberi kuasa Badan Perundangan Negeri itu membuat undang- undang sebagaimana yang disebut dalam Perkara 76A.”* Perkara 95C ini dapat diguna pakai untuk penurunan kuasa dari sudut kesihatan, pendidikan dan banyak hal dan mungkin penurunan kuasa ini akan dapat membantu beban Kerajaan Persekutuan yang mempunyai tanggungjawab yang besar.
Saya pergi kepada perkara seterusnya Tuan Yang di-Pertua Akta A1642 berkuat kuasa pada 11 Februari. Saya mengucapkan terima kasih Kerajaan Persekutuan semua rakan Parlimen yang telah memberi sokongan kepada pindaan Perlembagaan 2021.
Pindaan ini adalah merupakan satu pindaan yang akan kami ingati selama-lamanya.
Kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang kini sedang berdepan dengan krisis politik, saya akan ingati jasa beliau yang membenarkan pindaan Perlembagaan ini dibaca dan juga diluluskan bersama dengan rakan-rakan di dalam Dewan ini.
Saya pernah membangkitkan isu yang sama pada persidangan Julai 2020 mengenai pandangan Sarawak berhubung tuntutan kerusi satu pertiga yang diperoleh bagi Sabah dan Sarawak bagi mengimbangi keputusan dan juga Demokrasi Berparlimen.
Kita juga perlu mengambil kira pertambahan kerusi dari sudut potensi dan keluasan geografi Sabah dan Sarawak. Ini tercatat di dalam dokumen Suruhanjaya Cobbold. Saya yakin pandangan ini agak kurang senang diterima tetapi kita perlu berbincang dan juga mewujudkan mana-mana jawatan khas ataupun jawatankuasa bagi membincangkan perkara tersebut.
Saya juga ingin menyampaikan hasrat Kerajaan Sarawak berkenaan tentang Financial Provisions dengan izin yang tercatat di dalam IGC, Perkara 24(1) terdapat ayat dengan izin, “...In addition, the Borneo States should each be represented on a Malaysian Board of Income Tax…”, yang membawa maksud wakil Sabah dan Sarawak perlu berada dalam Ahli Lembaga LHDN bagi menggambarkan berapakah pendapatan yang diperoleh oleh kerajaan. Ini akan dapat membantu Sabah dan Sarawak mengetahui perincian hasil yang diperoleh dan ini memudahkan usaha Kerajaan Negeri Sarawak yang ketika ini menuntut formula pemberian geran khas di bawah Perlembagaan 112D.
Seterusnya saya juga ingin melihat Perlembagaan 2021 juga adalah merupakan titik jelas penurunan kuasa ataupun devolution of power ataupun autonomi Kerajaan Persekutuan diturunkan kepada Kerajaan Negeri Sarawak dapat dipraktikkan melalui pindaan berkaitan penentuan senarai etnik yang sebelum ini dimansuhkan dalam Perlembagaan. Maka hasil yang diperoleh oleh rakyat Sarawak pada ketika ini adalah banyak etnik yang sebelum ini tidak tersenarai telah pun disenaraikan di dalam pindaan Perlembagaan Sarawak pada 15 Februari 2022.
Tuan Yang di-Pertua, kini masuk Penggal Kelima Persidangan Parlimen. Buat kali kelima juga, isu sekolah daif sangat dekat dalam inti perbahasan saya. Beberapa perkara ingin saya ungkitkan adalah saya ingin bertanya kepada pihak kementerian dan kerajaan, adakah berlaku peningkatan kos bahan binaan bagi projek-projek sekolah daif memandangkan kos bahan binaan meningkat dan dikhuatiri projek yang dirancang akan lambat dilaksanakan.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Perkara kedua, saya ingin mendapatkan jawapan daripada kementerian mengenai status pembinaan Pejabat Pendidikan Subis yang telah diberikan kepada kontraktor tetapi tiada perkembangan. Saya juga ingin mendapatkan jawapan semula mengenai cadangan gantian penuh sekolah daif kawasan Parlimen Sibuti untuk tahun 2022 dan tahun 2023. Adakah sekolah berikut tersenarai- SK Tinggi Pakut, SK Sungai Bakas, SK Beliau Isa, SK Kampong Bungai dan juga SK Beliau Ahad yang sering terdedah dengan masalah banjir ketika ini. Status perolehan tapak tanah baharu SK Batu Niah adakah akan diselesaikan?
Saya juga ingin membangkitkan isu adakah pengambilan guru secara one-off memenuhi keperluan guru Sarawak terutama sekali di pedalaman Sarawak dan luar bandar. Persoalannya berapa bulan lepas banyak aduan yang diterima mengenai perpindahan guru pulang semula sehingga menyebabkan berlakunya shortage of teachers in Sarawak dengan izin. Terdapat juga aduan guru-guru graduan muzik disisihkan dalam pengambilan guru walaupun mereka mempunyai kelayakan dan juga mempunyai diploma ataupun ijazah pendidikan dan juga mempunyai minor dalam beberapa subjek dan mampu untuk mengajar.
Pandemik COVID-19 memberi kesan kepada persekolahan negara walaupun jumlah pelajar luar bandar tidak seramai pelajar bandar tetapi golongan inilah yang disenaraikan dalam masalah lost generation yang sangat kritikal. Masalah pembelajaran secara atas talian, kemiskinan digital, sekolah ditutup, guru berkurangan dan juga terdapat sekolah yang hanya 10 meter daripada tangga rumah panjang tidak dapat dibuka, ini menjadi kekhuatiran kepada masyarakat. Guru-guru struggle dengan izin menghantar kerja rumah kepada anak-anak sekolah. Ini memerlukan satu perincian polisi dan dasar baharu. Saya juga berharap agar kerajaan dapat memikirkan satu kaedah bagaimana untuk mendapatkan peranti yang terbaik kepada pelajar-pelajar.
Saya ingin memohon kepada pegawai-pegawai kerajaan dan juga Menteri supaya tidak cepat terpesona dengan pembekal ataupun kontraktor yang membekalkan peranti dengan janji yang setinggi langit. Ada yang mengatakan jom berikan peranti kepada kanak-kanak kerana kanak-kanak boleh belajar coding tetapi tidak semua pelajar akan menjadi pakar coding. Ada cadangan untuk memberikan peranti tetapi ada cakap-cakap ibu bapa risau pelajar akan ketagihan, itu sudah pasti. Jika mahu pendidikan kita dapat berasimilasi dengan penggunaan peranti secara optimal, kementerian khususnya perlu bersiap sedia dari sudut modul pengajaran, sudut pedagogi dan juga latih khusus bagi meningkatkan kemahiran penggunaan peranti di kalangan guru-guru.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bercakap sebelum saya menamatkan, saya telah meneliti titah Tuanku, baginda telah menekankan bahawa untuk pembangunan infrastruktur hendaklah dipercepatkan bagi pusat pertumbuhan ekonomi baharu berikutan perpindahan ibu kota Indonesia ke Borneo. Saya ingin berharap agar kerajaan dapat mempercepatkan Projek Sabah–Sarawak Link berukuran 425 kilometer yang beranggaran jumlah RM5.2 bilion dan juga perlu dipercepatkan berbanding dengan pelan asal sembilan ke 10 tahun.
Tuan Yang di-Pertua, isu berkenaan tentang terputusnya perhubungan antara Sabah dan Sarawak adalah merupakan satu isu yang kritikal. Pandemik COVID-19 ini juga membuktikan bahawa kerajaan di dalam Malaysia gagal untuk memastikan bahawa rakyat ini dapat dihubungkan. Dengan penutupan sempadan Brunei dan juga levi ataupun fi yang dikenakan oleh Kerajaan Brunei telah memberi beban kepada masyarakat dan juga kos untuk pergi ke Miri ataupun daripada Limbang ke Lawas untuk pergi ke Sabah dan ke Miri memakankan masa dan juga banyak yang terkorban kerana tidak dapat melalui Kerajaan Brunei.
Selain daripada itu, saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Beaufort berkenaan tentang relokasi ibu negara Indonesia. Ini akan memberi tekanan keselamatan dan juga saya faham bahawa nasihat tuanku bukan hanya untuk sudut ekonomi tetapi memberi arahan kepada badan keselamatan ataupun kementerian keselamatan untuk melihat bahawa adakah penempatan Nusantara Indonesia ini benar-benar akan memberikan kebaikan kepada rakyat ataupun memberi cabaran yang besar kepada negara.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Saya dengan ini menyokong Titah Diraja dan sebelum ini saya juga memohon Kementerian Kesihatan untuk memberi jawapan berkenaan tentang pembinaan Klinik Kesihatan Sepupok yang ketika ini tidak mempunyai berita. Saya menyokong Titah Diraja untuk kali ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Saya menjemput Yang Berhormat Kalabakan, 13 minit Yang Berhormat.
Tuan Ma'mun bin Sulaiman - Kalabakan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Kalabakan ingin turut serta membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong sempena pembukaan Penggal Kelima Parlimen Keempat Belas pada 28 hari bulan yang lalu. Pelbagai pernyataan nasihat yang Tuanku lontarkan dan utarakan untuk kita renungi bersama demi menjaga kestabilan negara dan kemakmuran rakyat pada keseluruhannya.
Menarik sekali bila Tuanku meminta ahli-ahli politik supaya berhenti daripada terlalu bermain politik sehingga kita lupa akan agenda-agenda yang lebih penting iaitu tugas-tugas membela rakyat yang sekarang menghadapi pelbagai cabaran kehidupan semasa kita masih bergelut dengan penangan pandemik COVID-19.
Kepayahan hidup yang dihadapi sesungguhnya perit bila sebahagian rakyat kehilangan punca pendapatan untuk menyara keluarga sama ada syarikat tempat mencari rezeki telah pun mengalami kebankrapan atau proses mengurangkan saiz keperluan pekerja terpaksa dilakukan untuk syarikat terus bertahan. Tidak kurang juga peniaga- peniaga kecil yang terus menghadapi kehilangan punca pendapatan bila tidak dapat menjalankan perniagaan mereka akibat pelbagai permasalahan.
Lebih dua tahun kita lalui bersama dengan pelbagai usaha yang dilakukan.
Pelbagai inisiatif dilaksanakan seperti kawalan pergerakan, lockdown kawasan yang terinfeksi tinggi, proses vaksinasi yang meluas dan sehingga hari ini kita masih tidak terlepas dari dugaan yang amat malang ini. Kita amat faham apa pun keadaan yang melanda, usaha manusia tidak boleh terhenti untuk kita terus selamat dan meneruskan kehidupan.
Untuk bangkit semula daripada kemelut ekonomi yang dihadapi, sudah semestinya rakyat amat mengharapkan sokongan dan dukungan dari sebuah kerajaan yang stabil dan prihatin. Sejak pilihan raya umum pada tahun 2018, kita sudah melalui pelbagai kemelut politik. Belum pun sampai habis penggal lima tahun, kita sudah dipimpin oleh tiga orang Perdana Menteri. Tunggang terbalik dalam arena politik negara telah kita saksikan. Yang menang pilihan raya kini menjadi penghuni blok pembangkang, yang tewas pula telah ditabalkan menjadi pemerintah.
Esok apa bakal berlaku, tiada siapa yang boleh meramalkan. Mungkin pucuk pimpinan bertukar sekali lagi seperti yang berlaku dalam beberapa bulan kebelakangan ini bila beberapa buah kerajaan negeri dibubarkan dan pilihan raya negeri diadakan. Kita akur ianya dibolehkan dalam sistem demokrasi yang kita amalkan tetapi menjadi tanda tanya kepada sanubari rakyat Malaysia, adakah ia sangat perlu untuk diadakan pada saat kita belum pulih daripada kemelut kesihatan dan perekonomian negara dan masyarakat.
Duit rakyat dibelanjakan dengan sewenang-wenangnya untuk menampung kos-kos mengadakan pilihan raya. Apa sebenarnya motif dan tujuan kita menjadikan pentas politik sebagai gelanggang untuk mencatur untung nasib rakyat di negara ini?
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai arahan pembayaran pampasan RM62.5 bilion atau USD14.92 bilion kepada waris Sultan Sulu yang diputuskan oleh Mahkamah Arbitrasi Paris di Perancis. Kami dari Warisan ingin menegaskan bahawa kedaulatan Sabah dan negara ini adalah yang paling utama dan tidak akan sesekali berkompromi berkenaan tuntutan tersebut. Peguam Negara hendaklah bertindak secara segera mengetepikan penghakiman yang diperoleh di Mahkamah Arbitrasi Paris, Perancis
Tuan Ma'mun bin Sulaiman - Kalabakan
dan bukan hanya mengeluarkan kenyataan bahawa kita tidak mengiktiraf tuntutan tersebut tanpa menghantar bantahan rasmi ke sana.
Saya mohon penjelasan sama ada sementara menunggu keputusan bantahan daripada pihak Malaysia, adakah kita perlu membayar tuntutan tersebut? Adakah kita terikat dengan New York Convention yang membabitkan foreign arbitral award? Saya juga mohon penjelasan, adakah benar kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas di dalam bukunya bahawa kita telah bersetuju untuk meneruskan pembayaran tahunan berjumlah RM5,300 kepada Kesultanan Sulu seperti yang dibuat sebelum 2013 namun wakil Sulu tidak bersetuju dan menuntut berbilion ringgit.
Tuan Yang di-Pertua, Yang di-Pertuan Agong juga ada menyentuh isu ketidakseimbangan pembangunan di negara ini. Wilayah-wilayah di Malaysia Timur, terutamanya Sabah telah jauh tertinggal dalam pelbagai aspek. Bila Tuanku menyebut projek-projek ECRL, Central Spine Road yang sedang rancak dilaksanakan, projek Pan Borneo Jajaran Sabah hanya pada tahap 20 peratus kemajuan pelaksanaannya.
Jalan-jalan utama satu lorong sedia ada di Sabah yang menghubungkan bandar- bandar utama dari Kota Kinabalu ke Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Nabawan, Keningau telah tidak diselenggara dengan bagus. Walaupun kebanyakan jalan ini adalah jalan negeri, adalah juga menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan mengambil kira permasalahan pengguna jalan raya di Sabah jika kerajaan negeri tidak mampu melaksanakan pembaikan yang seharusnya dilaksanakan.
Sabah juga sebahagian daripada Persekutuan Malaysia. Hasil-mahsul ekonomi yang dikorek dari negeri Sabah juga dihantar kepada kantung perbendaharaan di Persekutuan. Kembalikanlah apa yang sepatutnya menjadi hak Sabah agar rakyat Sabah juga boleh menikmati erti pembangunan sebenar setelah kita membentuk Persekutuan Malaysia selama 58 tahun. Keperluan-keperluan infrastruktur asas seperti air, elektrik, jalan raya dan perhubungan yang baik masih jadi angan-angan kepada kebanyakan rakyat negeri Sabah. Banyak lagi penempatan yang tiada penyaluran air bersih, kampung yang tidak dapat bekalan elektrik dan kampung-kampung yang belum diberi kemudahan akses jalan gravel mahupun yang bertar.
Menteri-menteri berkenaan silalah hantar pegawai-pegawai kementerian untuk membuat kajian keperluan infrastruktur di bawah. Lawatlah kampung-kampung seperti Kampung Sungai Pukul, Kampung Pisak Pisak, Kampung Sungai Melayu, Kampung Sungai Haji Kuning di Pulau Sebatik yang tidak dapat bekalan air bersih. Lawatlah Kampung Serudong Laut yang tidak ada dibina sekolah walaupun hanya sekolah rendah dan anak-anak tempatan di kawasan ini tidak pernah dapat akses pendidikan yang sepatutnya disediakan oleh kerajaan.
Kita merasa terkilan bila menyaksikan Kerajaan Indonesia yang sangat prihatin dengan pendidikan warganya dan sanggup menghantar guru-guru mereka dan menyewa bangunan sekolah untuk mengajar anak-anak pekerja import dari Indonesia yang bekerja di syarikat-syarikat perladangan di sekitar kawasan Parlimen Kalabakan.
Tuan Yang di-Pertua, pendidikan yang baik dan berkualiti adalah faktor paling utama dalam kemenjadian sebuah peradaban manusia. Kita akui pada awal kemerdekaan Sabah dari Kolonial British, memang kita kekurangan bakat terlatih dan pemimpin yang berpendidikan dan ia berlarutan sehingga tahun 70-an. Kampus Yayasan Sabah - Institut Teknologi MARA (Ys-ITM) hanya wujud pada tahun 1973 di Kota Kinabalu dan hanya menawarkan kursus-kursus peringkat diploma dan Sabah hanya memperoleh universiti awam pertama iaitu Universiti Malaysia Sabah pada tahun 1996.
Jika dibandingkan dengan kemudahan pendidikan asas dan lanjutan yang diperoleh oleh rakyat di Semenanjung, memang kita di Sabah agak ketinggalan beberapa puluh tahun jika dibandingkan dengan negeri sekecil Perlis dengan jumlah penduduk hanya 2,500 jiwa dan Sabah yang mempunyai 3.9 juta orang penduduk. Bilangan universiti awam, MRSM dan sekolah berasrama penuh adalah sama. Kita sangat terkesan bila saja anak-anak Sabah terpaksa dihantar sehingga ke negeri Perlis, Kelantan, Pahang untuk melanjutkan pelajaran walaupun ia hanya di peringkat diploma sahaja. Kos
Tuan Ma'mun bin Sulaiman - Kalabakan
perjalanan berulang-alik dari kampung halaman ke kampus-kampus ini bukanlah murah dan terpaksa ditanggung oleh ibu bapa anak-anak tersebut.
Kita ada kampus UiTM di Tawau yang sudah wujud lebih 10 tahun tetapi dihadkan untuk pembelajaran peringkat pra diploma sahaja. Apakah kekangan yang dihadapi sehingga kampus yang besar ini tidak dinaiktarafkan untuk tawaran pembelajaran peringkat diploma dan juga ijazah? Dengan adanya penawaran lanjutan pembelajaran tinggi di lokaliti, sudah tentu ibu bapa yang berada di Kalabakan, Tawau, Kunak, Semporna dan Lahad Datu akan merasa tidak terbeban dengan kos-kos perjalanan anak- anak mereka.
Tuan Yang di-Pertua, poin terakhir yang saya ingin ungkapkan dalam perbahasan Titah Diraja ini adalah pernyataan Tuanku mengenai peluang yang sepatutnya kita rai dan manfaatkan dengan perpindahan ibu kota Republik Indonesia ke Penajam Paser di Kalimantan. Sudah pasti Tuanku mendapat nasihat yang berguna tentang manfaat yang bakal dinikmati bersama oleh wilayah-wilayah negara kita yang berkongsi Pulau Borneo dengan lokasi ibu kota Indonesia baru ini.
Parlimen Kalabakan adalah lokasi yang paling dekat dan bersempadan dengan Kalimantan Utara. Kerajaan terdahulu pernah dalam pembentangan Bajet 2020 meluluskan pembinaan Projek Lebuh Raya Trans Borneo, Kompleks CIQS dan perumahan kerajaan berjumlah kos sebanyak RM600 juta di Serudong Kalabakan sebagai pintu masuk negara yang pertama di Sabah dari Simanggaris di Kalimantan Utara. Akan tetapi malangnya projek yang diluluskan dimansuhkan begitu sahaja apabila kerajaan baharu Perikatan Nasional merampas tampuk pemerintahan daripada Kerajaan Pakatan Harapan Plus.
Inilah nasib orang Sabah, selalu sahaja diberi kegembiraan seketika dengan kelulusan projek itu dan ini tetapi bila sampai masanya untuk pelaksanaan, pada kebiasaannya akan dicari 1001 alasan untuk dinafikan dana daripada diturunkan. Saya sangat merayu agar projek ini dapat diluluskan semula dan dilaksanakan demi kemandirian perekonomian penduduk Kalabakan khasnya dan Sabah amnya.
Tuan Ma'mun bin Sulaiman - Kalabakan
Pos kawalan sempadan di seluruh Kalabakan sedang dibina oleh pihak ATM dan diharap bukan sahaja setakat kawalan dipertingkatkan. Perekonomian dan sosialisasi antara dua buah negara juga harus diangkat bersama. Negara jiran kita Indonesia bakal menjadi kuasa ekonomi terbesar dunia dalam lima hingga 10 tahun mendatang. Jika peluang di depan mata kita tidak diperhatikan dengan cermat, tidak hairan jika rakyat Malaysia yang bakal berhijrah ke negara jiran untuk mencari pekerjaan.
Kita harus selalu berusaha untuk bersaing daripada segi ekonomi dan kemakmuran rakyat. Dengan negara-negara jiran dengan membuka lebih banyak peluang perekonomian untuk rakyat sendiri. Sabah adalah wilayah yang bertuah dengan anugerah tuhan. Atas sumber semula jadi hasil galian yang banyak, tanah-tanah yang subur untuk pertanian dan perladangan.
Lokasi-lokasi yang menarik dan indah untuk industri pelancongan dan kedudukan geografi yang strategik berdekatan dengan ekonomi besar dunia seperti negara China, Jepun, Korea, Indonesia bahkan Filipina. Laluan maritim yang kedua tersibuk sekarang selain Selat Melaka adalah Selat Makassar yang melalui Laut Sulu di Sabah.
Jika kita dapat sediakan pelabuhan persinggahan di Kudat, sudah pasti satu lagi peluang pendapatan untuk negara dapat diwujudkan. Sabah adalah kawasan yang paling berpotensi di negara ini tetapi selalu dinafikan dan keutamaan hanya diberikan kepada beberapa buah negeri di Semenanjung. Ratusan ribu warga Sabah yang terpaksa keluar meninggalkan Sabah demi mencari rezeki di luar disebabkan potensi Sabah tidak dieksploitasi sepenuhnya.
Tiada usaha yang konkrit selama ini mewujudkan perindustrian ringan dan berat di Sabah untuk menghasilkan produk akhir untuk eksport. Sabah hanyalah pembekal bahan mentah dan akhirnya diproses di luar Sabah. Negeri-negeri lain menerima bahan mentah dari Sabah sudah pasti dapat mewujudkan pekerjaan untuk rakyat. Rakyat Sabah
Tuan Ma'mun bin Sulaiman - Kalabakan
yang terpaksa berpindah keluar kerana kegagalan kita sendiri tidak dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan.
Pelabur dari luar pasti tidak berminat untuk datang melabur atau membuat pelaburan di Sabah jika dua aspek penting tidak dibangunkan iaitu pembangunan infrastruktur yang berkualiti dan sistem pendidikan yang baik dan berkesan. Kita Ahli-ahli Parlimen daripada Sabah baik daripada blok pembangkang atau blok kerajaan, saban tahun berbahas dengan hujah yang sama dan semakin keras yang menuntut apa yang sepatutnya menjadi hak Sabah.
Bertitik tolak daripada keputusan majoriti besar yang diperoleh dalam pembentangan pindaan Artikel 1(2) Perlembagaan Persekutuan kepada yang asal akhir tahun lalu adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk mengembalikan semua tuntutan yang menjadi hak Sabah yang termaktub dalam 20 perkara laporan IGC dan Suruhanjaya Cobbold. Orang Sabah juga mahu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan rakan kongsi yang sama-sama beraspirasi untuk negara Malaysia yang lebih aman, adil dan saksama.
Akhir sekali, saya menggesa agar kerajaan yang ada sekarang berlaku adil kepada seluruh rakyat Malaysia. Kawasan-kawasan Parlimen yang diwakili oleh Ahli Parlimen Pembangkang yang tidak menandatangani MoU harus juga diberikan peruntukan walaupun tidak melalui Ahli Parlimen. Dengan itu, saya menjunjung kasih kepada titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan sekarang Yang Berhormat Kulai, 13 minit.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu pertama yang saya ingin bangkitkan dalam perbahasan saya pada hari ini adalah tentang isu kerakyatan. Mahkamah Persekutuan telah pada 19 November tahun yang lalu memberikan kerakyatan Malaysia kepada seorang remaja lelaki yang dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 2004.
Selepas itu, remaja ini diambil sebagai –Beliau dilahir oleh wanita yang tidak dikenali dan kemudian telah diambil sebagai anak angkat oleh pasangan warga Malaysia.
Jadi, pada tahun 2021, beliau diberikan kerakyatan. KDN juga telah ikutlah keputusan Mahkamah Persekutuan dan beri kerakyatan kepada beliau.
Akan tetapi, kita tidak haruslah henti di sana. Banyak lagi kes yang sedemikian tetapi masih tunggulah satu keputusan daripada KDN. Saya hendak beri beberapa contoh.
Adik Salahuddin bin Jallollah lahir di Malaysia dan ditinggalkan oleh kedua-dua ibu bapa kandungnya. Selepas itu, diangkat sebagai anak angkat oleh Encik Oman bin Hanif dan juga Puan Norizah binti Mohamad Noor sejak tahun 2015.
Mereka buat permohonan kerakyatan di bawah Perkara 15A pada tahun April 2015. Sampai sekarang, hampirlah tujuh tahun, mereka masih menunggu satu keputusan KDN. Bukan itu sahaja adik Wong Chun Siang juga sama, ditinggalkan oleh ibu bapa kandungnya. Selepas itu, diangkat oleh Puan Lo Siau Kuan dan suaminya pada 2 Oktober 2014. Mereka telah membuat permohonan di bawah Perkara 15A pada Disember 2014.
Selepaslah tujuh tahun, masih tunggu lagi satu keputusan daripada KDN. Jadi, saya hendak tanya KDN di sini ialah selepas keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan, sama ada mereka ada ambil langkah untuk pastikan bahawa anak angkat yang telah melalui prosedur mahkamah atau JKM, telah menjadi anak angkat kepada pasangan mereka. Mereka turut dapat kerakyatan supaya masalah yang dihadapi oleh mereka, tidak akan ulang lagi.
Kalau KDN tidak ambillah satu inisiatif untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh golongan ini, dalam pandangan saya, mereka adalah tidak menghormati keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan. Sebagailah Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, beliau perlulah mengambil berat tentang isu ini dan tunjuklah kemampuan kepada
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Mahkamah Persekutuan. Janganlah satu kita tunggu ibu bapa, satu demi satu bawa kes ini, pergi ke mahkamah barulah KDN ambil tindakan. Sebagai Yang Berhormat Menteri, beliau perlulah lebih proaktif sikit.
Selepas itu, saya juga ingin hendak bergerak kepada isu pendidikan. Tadi Ahli Parlimen Sibuti telah sebut tentang kes yang dihadapi adik Jeniliyana Anting yang berumur sembilan tahun. Beliau dibenarkan untuk bersekolah di sekolah kerajaan pada tahun 2020 semasa Pakatan Harapan adalah kerajaan.
Adik Jenni ini lahir di Malaysia. Ibu bapanya juga telah daftarkan perkahwinan mereka pada tahun 2016. Jadi, saya tidak faham apa masalah dengan KPM sekarang.
Kenapa tidak benarkan adik Jenni untuk sambung bersekolah. Menurut NGO, kita lebih kurang ada 300,000 orang kanak-kanak tanpa kerakyatan ataupun tanpa dokumen dan tidak bersekolah di Malaysia.
Itulah sebab Pakatan Harapan kita melaksanakan Dasar Sifar Penolakan (Zero Reject Policy) pada tahun 2018. Ini supaya golongan ini juga berhak untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti. Amat jelas adik Jenni merupakan salah satu orang yang dibenarkan untuk bersekolah oleh sebab dasar tersebut. Akan tetapi, saya perlu tanya apalah pendirian KPM terhadap Zero Reject Policy ini?
Seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Sibuti tadi, polisi yang bagus haruslah dan wajiblah diteruskan oleh kerajaan sekarang. Jangan menyusahkan anak-anak kita.
Kita sepatutlah simplify, mempermudahkan prosedur ini dan bukanlah merumitkan prosedur dan menyusahkan kanak-kanak yang tidak berdosa ini. Buat apalah Yang Berhormat Menteri Kanan Pendidikan? Yang Berhormat Menteri Kanan Pendidikan bukan Yang Berhormat Menteri yang biasa. Yang Berhormat Menteri Kanan tetapi tidak mendengar dan tidak mengambil berat tentang isu-isu ini.
Selepas Langkah Sheraton, saya menerima semakin ramai aduan daripada kanak-kanak tanpa kerakyatan ini. Ini kerana sekarang mereka diminta untuk mengemukakan pasport untuk sambung belajar. Yang Berhormat Menteri Kanan tidak faham isu yang berlaku kah? Mereka dipanggil kanak-kanak tanpa kerakyatan. Tanpa kerakyatan. Bagaimanakah hendak tunjuk pasport? Kalau mereka ada pasport, mereka bukan kanak-kanak tanpa kerakyatan!
Satu isu yang begitu simple. Yang Berhormat Menteri Kanan kita tidak faham.
Tidak faham, langsung tidak faham. Pendidikan adalah hak asasi dan KPM haruslah menjadi juara untuk memperjuangkan hak pendidikan untuk semua kanak-kanak. Kalau KPM tidak mempertahankan hak belajar kanak-kanak, siapakah lagi yang akan menjadi suara murid-murid kita?
Kenapa nampaknya KPM sekarang lebih tumpu kepada isu dokumen, isu teknikal dan bukanlah kemenjadian kanak-kanak kita.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Saya nak bagi satu contoh lagi. SJK(C) Khai Chee yang berada di Segambut, satu bangunan lima tingkat didirikan oleh pengelola sekolah ini di tapak mereka. Mereka guna dana sendiri untuk beli tapak untuk mendirikan satu bangunan lima tingkat untuk menjadi bilik darjah tetapi oleh sebab pengelola sekolah sekarang tidak memindah milik tapak tersebut kepada KPM, KPM sekarang tidak membenarkan guru-guru dan murid-murid untuk mengguna pakai bangunan baharu tersebut.
Oleh demikian, sekolah ini akan ditukar daripada sekolah satu sesi kepada sekolah dua sesi pada 21 Mac 2022. Isu hak milik tapak, ya ia penting tetapi apa yang lagi penting adalah keselesaan murid-murid dan guru-guru. Isu teknikal penting tetapi apa yang lagi penting adalah matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
PPPM memang menyasarkan pertukaran sepenuhnya sekolah dua sesi kepada sekolah satu sesi pada akhir 2025 dan untuk mencapai matlamat tersebut, KPM sepatutnya menyediakan bilik darjah yang mencukupi, sekolah yang mencukupi supaya membolehkan pelaksanaan sekolah satu sesi.
Akan tetapi sekarang mereka tak izin SJK(C) Khai Chee ini untuk mengguna pakai bangunan yang didirikan oleh mereka sendiri walaupun bangunan itu mempunyai CCC.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Apa maksud CCC? Maksudnya bangunan ini adalah selamat untuk diguna pakai. Di bawah KPM, kami mempunyai lebih daripada 500 buah bangunan yang tanpa CCC. Mana satu isu yang lebih penting? Mana satu isu yang akan dan memang menjejaskan keselamatan murid-murid kita? Kenapa KPM hanyalah nak tumpu fokus kepada isu teknikal dan bukanlah kepada kesejahteraan murid-murid? Saya langsung tak faham. Kita cakap isu yang lebih penting iaitu tentang kemenjadian murid.
Dalam pandangan saya, pentaksiran bilik darjah adalah satu perkara, satu polisi yang cukup penting. Pentaksiran bilik darjah dilaksanakan sejak tahun 2011. Akan tetapi apabila saya mengemukakan satu soalan kepada seorang guru di Facebook, apa pandangan beliau tentang pentaksiran bilik darjah. Jawapannya adalah PBD ini tidak telus dan ramai lagi ibu bapa yang mengatakan bahawa mereka tak percaya terhadap PBD dalam ruang komen dalam FB Live tersebut. Ramai ibu bapa yang minta UPSR dikembalikan.
Ini adalah satu kegagalan kami. Saya juga menyokong pentaksiran bilik darjah kerana saya percaya itu adalah satu pentaksiran yang lebih bersifat holistik, yang memainkan peranan penting bagi melahirkan murid-murid yang seimbang dalam pelbagai aspek dan apabila kita mansuhkan peperiksaan Tahap 1 pada tahun 2019, kita banyakkan bengkel untuk guru, kita banyakkan dialog dan forum untuk ibu bapa tetapi saya nak tanya, selepas Langkah Sheraton, apalah usaha Yang Berhormat Menteri Kanan Pendidikan untuk menjelaskan manfaat PBD dan juga hala tuju KPM.
Bukan itu sahaja, isu graduan pendidikan. Ramai graduan PAKK dan juga ISMP Muzik tidak diambil oleh SPP meskipun mempunyai rekod yang cemerlang. Graduan PAKK dan ISMP Muzik secara majoritinya tidak berjaya dalam urusan temu duga. KPM haruslah jawab apa sebab graduan ini tidak dilantik menjadi guru dalam pengambilan one- off dan berapakah kuota kekosongan guru yang dikhususkan oleh KPM bagi graduan PAKK dan juga ISMP Muzik dan juga mengapakah kedua-dua ijazah ini tidak diberikan peluang untuk memohon opsyen-opsyen yang lain seperti Bahasa Melayu, Sejarah dan juga subjek yang berkaitan.
Beribu-ribu graduan pendidikan menunggu jawapan daripada Yang Berhormat Menteri Pendidikan tetapi beliau buat tak tahu. Where is our Education Minister’s leadership in all this issue? Seruan saya kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan, fokuslah kepada kemenjadian murid. Fokuslah kepada kesejahteraan guru dan juga fokus kepada keberhasilan pembelajaran. Bukan isu teknikal, bukan isu prosedur dan bukanlah isu dokumen. KPM perlulah mempertahankan hak bersekolah anak-anak kita dan jugalah menjadi tulang belakang graduan pendidikan dan bukanlah menjadi pihak yang menindas mereka.
Jangan menafikan hak kanak-kanak untuk bersekolah oleh sebab kesilapan ibu bapa mereka. Kanak-kanak tanpa dokumen ini, mereka tidak berdosa, mereka tidak bersalah. Bantulah graduan pendidikan kita. Mereka dapat degree. Adakah munasabah untuk kita expect mereka pergi ke swasta menjadi guru di tadika dan gaji sebulan kurang daripada RM2,000? Adakah ini munasabah? Apabila IPTA kami tawarkan program PAKK untuk remaja kita, untuk generasi muda kita, kita perlu pastikan bahawa mereka boleh dapat satu pekerjaan yang decent dalam negara kita. Ini adalah tanggungjawab KPM, ini adalah tanggungjawab KPT dan ini adalah tanggungjawab kerajaan ini.
Laksanakan tugas anda dengan bagus, dengan baik untuk kesejahteraan Malaysia. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Kulai. Seterusnya Yang Berhormat Tangga Batu, silakan. 13 minit, Yang Berhormat.
Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bismillahi Rahmani Rahim. Menjunjung Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas keprihatinan Tuanku terkait pelbagai persoalan mendesak yang melanda negara pada ketika ini. Perbahasan saya kali ini akan menyentuh beberapa isu yang
Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
menuntut keprihatinan seluruh Yang Berhormat serta Yang Berhormat Menteri bertanggungjawab terutamanya kepada perkara-perkara yang melibatkan soal pendidikan, pembangunan belia, kebajikan rakyat dan wanita.
Isu keciciran dalam bidang pendidikan di sekolah sangat memprihatinkan kita semua. Dilaporkan hampir 21,316 orang telah berhenti sekolah disebabkan kekangan wabak pandemik COVID-19. Walaupun angka ini lebih rendah daripada yang dicatatkan pada tahun 2018 iaitu sebanyak 34,074 orang, kerajaan harus mengambil langkah yang lebih proaktif bagi membendung isu keciciran pendidikan terutamanya dalam aspek kemahiran membaca, menulis dan mengira. Terkait perkara ini, saya merujuk kepada garis panduan daripada laporan UNESCO bertajuk Pendidikan dan COVID-19 bagi menilai semula penglibatan pelajar dalam pendidikan. Prinsip asas untuk kembali kepada kaedah pendidikan normal iaitu pengajaran secara bersemuka adalah dengan mengembalikan minat pelajar untuk ke sekolah.
Saya mendapat aduan bahawa terdapat pelajar-pelajar yang tidak ke sekolah dan berkeliaran, bermain di kampung. Ini boleh menjuruskan kepada terjebaknya mereka kepada gejala sosial. Semua pihak berkepentingan perlu duduk dan bincang secara tuntas tentang masalah ini kerana jika kita gagal, harga yang kita perlu bayar pada masa hadapan adalah sangat tinggi.
Begitu juga saya ingin mendapatkan penjelasan apakah langkah yang diambil bagi mengembalikan rasa ingin ke sekolah daripada kalangan pelajar terutamanya tahun satu dan tahun dua di samping disertakan bersama laporan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran iaitu PdPR bagi rujukan kita semua. Adakah hasil kajian dapatan telah ada untuk menjadi dengan izin, terms of reference dalam membuat tindakan pembetulan.
Ini penting bagi kita mengukur indikator keberkesanan kaedah pendidikan pasca pandemik dan kesediaan kanak-kanak kita belajar menghadapi pedagogi baharu pendidikan berasaskan sibergogi.
Cabaran ini menuntut kita semua bersama-sama bagi memastikan akses pendidikan berkualiti kepada rakyat dapat dilaksanakan. Justeru, saya memohon mencadangkan agar kementerian melaksanakan Pelan Pemulihan Pendidikan Negara sebagai satu usaha bagi menyemak semula Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013-2025 mengambil kira perkembangan dunia pendidikan yang serba mencabar.
Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
Rentetan daripada perkara berikut, saya ingin penjelasan lanjut berkaitan inisiatif Sekolahku Sejahtera. Perkara-perkara yang berkaitan isu kesihatan mental, pembangunan sahsiah murid dan perlindungan daripada gangguan seksual perlu dimasukkan dalam pelaksanaan inisiatif ini di semua sekolah di Malaysia.
Dilaporkan para mahasiswa akan mula pulang berperingkat ke kampus masing- masing mulai Mac 2022. Sungguhpun begitu, kita wajar untuk bimbang dengan peningkatan kes-kes di institusi pendidikan utama di universiti-universiti. Saya menerima laporan, wujud keluhan dalam kalangan mahasiswa, terutamanya yang sedang dikuarantin, bahawa kebajikan mereka terabai. Saya berpandangan, apabila mahasiswa itu sudah berada dalam universiti, mahupun rumah sewa, menjadi tanggungjawab pihak universiti bagi memastikan para mahasiswa yang sedang kuarantin ini tidak diketepikan soal makan minum, kebersihan dan kebajikan mereka.
Kementerian Pengajian Tinggi diminta menjelaskan status terkini kes positif dalam kalangan mahasiswa di universiti serta apakah langkah yang diambil bagi menjaga kebajikan mahasiswa yang akan kembali ke universiti. Kita tidak mahu proses pembelajaran anak-anak ini terjejas disebabkan ketidakupayaan pihak bertanggungjawab mengurus selia kebajikan mereka apabila mereka pulang ke universiti.
Pendidikan TVET mesti dibela, meletakkan ia di bawah 11 kementerian adalah tidak berfokus dan tidak membantu melonjakkan institusi TVET kepada peranan sebenar yang akan menguntungkan negara.
Saya juga melahirkan rasa terima kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan keprihatinan Baginda kepada
Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
perkara-perkara yang membabitkan wanita dan kanak-kanak. Perkara yang menuntut keprihatinan kita adalah isu-isu berkaitan perlindungan kepada wanita, yang menjadi kes kepada keganasan rumah tangga dan penderaan fizikal. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat wajar untuk menyemak semula Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 yang terakhir dipinda pada tahun 2017.
Antara cadangan yang boleh dimasukkan dalam pindaan adalah pembentukan mahkamah khas keluarga atau dengan izin, family court, bagi mempercepatkan pengendalian kes melibatkan keganasan rumah tangga. Bagaimana kita boleh berdiam diri apabila wanita Malaysia bersekedudukan selama 10 tahun didedahkan di mahkamah di Amerika Syarikat, sedangkan wanita Islam di India disekat ke sekolah universiti kerana memakai tudung? Ini sangat menyedihkan.
Kepimpinan wanita dalam sektor pentadbiran juga menjadi perkara yang wajar diberikan perhatian. Pada masa pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH), Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri adalah seorang wanita dan juga Yang Berhormat Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, ramai wanita diberi tempat dan kedudukan penting dalam soal pembuatan dasar dan pentadbiran. Jadi, hasilnya terbukti.
Pada masa itu, ia merupakan kementerian yang paling berkesan menjalankan fungsinya. Jacinda Ardern, Angela Merkel dan Tsai Ing-wen menjadi pesona baharu global yang membuktikan keupayaan pemimpin wanita dunia menangani krisis COVID- 19. Ketinggian empati, kebergantungan kepada sains, teknologi serta pakar-pakar kesihatan, polisi yang efisien, berserta komunikasi efektif menjadi latar kepada keberhasilan mereka menangi krisis. Malahan negara-negara Skandinavia yang ramai Perdana Menteri mereka adalah wanita adalah negara-negara yang paling bahagia dan sangat berkebajikan kepada rakyatnya.
Dalam Dewan yang mulia ini pun, peratusan Ahli Parlimen wanita tidak sampai 30 peratus. Saya rasa 14 sahaja agaknya. Begitu juga lantikan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas daripada kalangan wanita, hanya dua jawatankuasa yang dipengerusikan oleh wanita. Justeru, perkara ini harus diberi penekanan dan memerlukan kerjasama daripada semua pihak bagi merealisasikan peranan wanita dalam pembangunan negara.
Wanita berada di hadapan bukan untuk mengambil alih tugas dan tanggungjawab asas lelaki. Sebaliknya, untuk saling melengkapi dalam menyumbang kepada kesejahteraan negara.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh mengenai pembangunan belia.
Dalam Model Baharu Pembangunan Belia 2021-2030, tidak wajar kita sampingkan peranan Majlis Belia Malaysia dan pertubuhan belia yang lain, bagi kita rangkul bersama- sama ke arah pembangunan karakter belia unggul. Kita mahu kementerian dapat bekerjasama dengan baik serta melibatkan pertubuhan belia dalam apa-apa dasar, polisi dan program berkaitan belia.
Lebih-lebih lagi dalam pelaksanaan Undi 18, kita memerlukan sokongan dan usaha sama pertubuhan belia seluruh negara bagi menegakkan, menggerakkan agenda pendidikan demokrasi dan kenegaraan bagi memastikan pengundi baharu ini memilih pemimpin yang betul, tidak terlibat dengan rasuah dan sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa.
Tidak melupakan isu banjir yang berlaku pada pertengahan Disember, sebaik sahaja Dewan Rakyat selesai bersidang mesyuarat yang lalu. Bencana ini berulang sekarang di Kelantan, Terengganu dan beberapa buah negeri lain. Tangga Batu berharap kita belajar daripada bencana yang berlaku. Belajar jangan bertindak, “Apabila terhantuk, baru tengadah”. Belajar jangan terlalu banyak red tape, dengan izin, dalam kecemasan.
Kalau terpaksa, NADMA turunkan kuasa kepada negeri untuk mempercepatkan bantuan dan tindakan. Belajar jangan ganggu ekologi, perkukuhkan dasar, dengan izin, sustainable development kerana alam semula jadi, bila rosak, hampir mustahil untuk diperbetulkan.
Saya juga ingin menyentuh isu frontliner yang banyak berkorban. Baru-baru ini saya pun ke hospital kerana COVID-19. Mereka yang bekerja itu, tidak kiralah apa
Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
kategorinya, tetapkanlah jawatan mereka. Berilah sedikit penghargaan kepada mereka untuk membantu mereka.
Harga barang, kenaikan harga ayam contohnya. Barangan lain yang semakin membebankan rakyat. Saya pernah bertanya, kenapa harga ayam ini tidak boleh diturunkan? Akan tetapi dijawab Yang Berhormat Menteri, harga ayam yang mahal disebabkan makanan ayam yang diimport. Saya hairan, kita punyai pakar-pakar penyelidik. Tidakkah perkara ini boleh menghasilkan— penyelidikan-penyelidikan boleh menghasilkan makanan ayam sendiri? Sampai bilakah kita perlu bergantung kepada import makanan ayam? Adakah kita perlu menunggu adik yang berumur 11 tahun itu, yang menghasilkan makanan ternakan daripada kulit siput menamatkan pelajaran universiti? Ini sangat berkait rapat dengan keselamatan makanan negara.
Tuan Yang di-Pertua, mengakhiri perbahasan saya, saya ingin menyampaikan dua pantun, *Ramai YB tiada di Dewan, PRN Johor penyebab keadaan, Bekerja dengan jiwa jadikan amalan, Kepentingan rakyat kita dahulukan.
Kekasih gelap mendapat keistimewaan, Duit rakyat menjadi korban, Bukalah mata hati pengundi sekalian, Apakah jenis kerajaan yang anda inginkan*?
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tangga Batu menjunjung titah Tuanku.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat Tangga Batu. Seterusnya, Yang Berhormat Jelutong silakan, tiga belas minit.
Tuan Sanisvara Nethaji a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya juga berterima kasih atas kesempatan yang telah diberikan kepada saya untuk bersama-sama menjunjung kasih membahaskan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Kali ini, ada beberapa perkara yang ingin saya menyentuh. Perkara-perkara itu mungkin perkara-perkara yang telah dibahaskan. Namun, saya mohon diberi kesempatan untuk membahaskannya.
Pertama, saya ingin menyentuh tentang isu MITRA yang telah saya bangkitkan dalam Dewan yang mulia ini sebelum ini. Kita lihat bahawa sebelum ini ketika sidang Dewan Rakyat pada bulan Disember tahun lalu, saya telah bertanya kepada Tuan Yang di-Pertua dan juga telah mengusulkan beberapa usul dan dimaklumkan oleh Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri Perpaduan bahawa kita perlu menghormati penyiasatan yang dilakukan oleh pihak SPRM. Saya akur.
Tuan Sanisvara Nethaji a/l Rajaji - Jelutong
Ketika itu saya telah melontarkan beberapa soalan. Tidak membuat tuduhan, saya ingin menjelaskan. Saya telah tanya sama ada Presiden MIC Tan Sri Dato’ Sri SA.
Vigneswaran telah menerima jumlah sebanyak RM9 juta daripada Kementerian Perpaduan Negara? Ini adalah berkenaan dengan program yang dianjurkan oleh Yayasan Strategik Sosial dan beberapa orang pemimpin MIC, termasuk juga Datuk Asojan Muniyandy, Setiausaha Agung MIC, sama ada beliau juga telah menerima RM3 juta.
[Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Sanisvara Nethaji a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, Saya membangkitkan perkara ini kerana saya juga ingin menyatakan baru-baru ini juga, sebelum itu pengarah tertinggi MACC, Ketua Pengarah telah mengeluarkan kenyataan bahawa beberapa individu akan dituduh di mahkamah berkenaan dengan penyelewengan dana MITRA.
Kenyataan-kenyataan ini telah dikeluarkan pada tahun lalu di mana umum telah dimaklumkan bahawa kertas penyiasatan telah dihantar ke Jabatan Peguam Negara dan Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki telah mengeluarkan kenyataan tersebut dan ia dilaporkan di dalam beberapa buah laman laporan portal berita.
Baru-baru ini kita lihat cuma hanya seorang sahaja telah dihadapkan dengan pertuduhan dan pertuduhan itu dibuat ke atas seorang ahli perniagaan yang dinamakan B. Reghu di mana beliau telah dituduh di mahkamah di atas 23 pertuduhan melibatkan tuntutan palsu berkenaan dengan dana MITRA.
Jadi persoalan saya, adalah apakah benar atau tidak benar berkenaan dengan perkara atau berita yang menyatakan Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran, Presiden MIC ini telah menerima dana MITRA sebanyak RM9 juta? Saya mohon penjelasan sama ada Tan Sri Dato’ Sri SA. Vigneswaran telah dipanggil untuk dirakam percakapan. Kita lihat juga pendedahan yang dibuat baru-baru ini melibatkan seorang bekas eksekutif Astro di mana berkaitan dengan dana 1MDB selepas berita ini dilaporkan berkenaan dengan perbicaraan yang berlangsung di Amerika Syarikat. MACC dengan begitu pantas telah mengarahkan bekas pegawai eksekutif Astro yang dikatakan mengadakan perhubungan sulit untuk tampil berjumpa dengan pihak MACC, SPRM untuk dirakamkan percakapan.
Hari ini saya difahamkan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Prof. Dr. P.
Ramasamy telah dipanggil untuk pergi ke Bukit Aman untuk menghadapi penyiasatan yang dijalankan oleh pihak polis berkenaan dengan satu berita yang telah keluar ataupun yang telah dinyatakan. Kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Menteri II Prof. Dr. P. Ramasamy yang hanya sekadar mempertahankan seorang ibu tunggal Loh Siew Hong, di mana beliau telah kehilangan tiga orang anak beliau, di mana selepas beliau memperoleh perintah mahkamah untuk mendapat penjagaan ke atas kanak-kanak itu, beliau mendapati bahawa kanak-kanak tersebut telah pun bertukar agama dan memeluk agama Islam.
Saya ingin menyatakan di sini kenapakah berlakunya double standard? Apabila Prof. Dr. P. Ramasamy mengeluarkan kenyataan mempertahankan ibu tunggal itu dan menuntut supaya kanak-kanak itu dikembalikan kepada Loh Siew Hong, ada pihak yang membuat laporan polis dan Prof. Dr. P. Ramasamy telah dipanggil ke Bukit Aman untuk dirakamkan percakapan walaupun beliau hanya sekadar mempertahankan hak seorang ibu tunggal yang telah kehilangan hak penjagaan tiga orang anak.
Berbanding dengan isu MITRA melibatkan isu rasuah, isu penyalahgunaan dana MITRA, isu yang melibatkan pemimpin-pemimpin MIC, kita lihat begitu sunyi sepi sahaja.
Tidak ada sebarang respons daripada pihak SPRM. Ini adalah perkara yang saya minta Dewan yang mulia ini dan Menteri-menteri berkenaan memberi maklum balas. Kenapakah dua standard? Di satu pihak, kita lihat ada tuduhan menyatakan pemimpin MIC terlibat dalam rasuah, melibatkan RM9 juta wang rakyat yang sepatutnya diguna untuk rakyat India yang miskin, SPRM tidak melakukan sebarang penyiasatan, pemimpin-pemimpin MIC tidak menghadapi sebarang penyiasatan, tidak dipanggil untuk memberi percakapan.
Dalam satu lagi pihak, Prof. Dr. P. Ramasamy hanya mempertahankan hak seorang ibu untuk memperoleh hak penjagaan menurut perintah mahkamah dan ada pihak yang buat laporan polis, beliau terus dipanggil untuk dirakam percakapan. Why are these double standards? Itu adalah permintaan dan saya mohon penjelasan atas perkara ini.
Perkara kedua yang saya ingin mohon penjelasan, saya perlu berterima kasih kepada Menteri Perpaduan Negara, Yang Berhormat Kota Tinggi. Ini adalah isu melibatkan SOP semasa Thaipusam dan perayaan Chingay. Saya menggunakan Dewan yang mulia ini dan maklumkan kepada Tuan Yang di-Pertua, rata-rata rakyat Malaysia khususnya yang beragama Hindu dan berbangsa Cina tidak begitu berpuas hati tentang SOP yang dikenakan semasa perayaan Thaipusam.
Tuan Sanisvara Nethaji a/l Rajaji - Jelutong
Di Pulau Pinang umpamanya, perayaan Thaipusam diadakan secara besar- besaran. Saya berterima kasih kepada Menteri Perpaduan Negara kerana beliau telah pun bertungkus-lumus datang ke Pulau Pinang, mengadakan sesi libat urus, walaupun saya secara kebetulan berada di tempat di mana mesyuarat diadakan, saya telah bersama-sama dengan beliau dan beliau telah mengambil maklum balas daripada pihak kami. Saya tidak menyalahkan beliau.
Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Perpaduan Negara, Yang Berhormat Kota Tinggi atas tindakan yang telah diambil untuk beliau memahami keadaan di Pulau Pinang. Begitu juga di Batu Caves.
Beliau telah turun ke padang dan mendapat laporan.
Di Pulau Pinang, larangan dikenakan terhadap orang-orang yang boleh mengikuti perarakan Thaipusam. Perarakan Thaipusam semasa perarakan chariot merupakan perarakan yang terbesar. Nombor satu, larangan dikenakan. Orang-orang yang boleh ikut terhad. Kedua, tidak ada thaneer panthal iaitu tempat khemah-khemah didirikan untuk memberikan makanan dan minuman. Tidak ada kavadi dan orang-orang yang boleh pergi untuk sembahyang semasa Thaipusam juga dihadkan. Kepada semua yang berumur 18 tahun dan ke bawah, larangan dikenakan di Batu Caves dan juga di Pulau Pinang.
Akan tetapi alangkah terkejutnya saya apabila saya melihat laporan berita ada dijemput Yang Berhormat Pekan pada hari Thaipusam, di mana rata-rata beliau tidak mematuhi semua SOP. Beliau telah pergi ke perkarangan kuil di Batu Caves, telah dijemput oleh Yang Berhormat Tapah dan telah diberi penghormatan. Persoalan, saya adalah apakah SOP ini hanya terpakai kepada rakyat Malaysia beragam Hindu dan bukan kepada Yang Berhormat Pekan?
Saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Tapah, kenapakah tidak penghormatan itu diberikan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri? Bukankah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Bera yang sepatutnya dijemput ke perkarangan kuil di Batu Caves? Kenapa Berhormat Tapah menjemput seorang perompak, penyamun, pencuri semasa hari perayaan Thaipusam? Ini adalah persoalan saya. Saya menuntut penjelasan.
Saya juga ingin tanya perkara-perkara melibatkan tentang perarakan yang dibuat, demonstrasi Tangkap Azam Baki.
Tuan Sanisvara Nethaji a/l Rajaji - Jelutong
Saya begitu teruja dengan kesiapsiagaan pihak polis dalam menyekat jalan raya di kota raya pada hari tersebut. Saya tidak menyalahkan Polis Diraja Malaysia. Saya ingin merakamkan di sini, mereka hanya sekadar menjalankan tugas. Saya juga mendapat berita bahawa laluan-laluan LRT juga telah pun disekat, di mana kereta api-kereta api di atas landasan LRT tidak berfungsi pada hari itu dan tidak berjalan ke lokasi-lokasi ataupun ke destinasi.
Begitu baik kesiapsiagaan langkah-langkah yang diambil untuk melarang pihak- pihak yang ingin menunjuk perasaan pada hari tersebut. Kalaulah tahap kesiapsiagaan itu digunakan untuk bersiap siaga semasa banjir, bayangkan berapa nyawa yang boleh diselamatkan. Untuk rekod Tuan Yang di-Pertua, 55 orang hingga 59 orang telah pun kehilangan nyawa. Ini adalah apa yang telah dilaporkan semasa kita mengadakan sesi sidang khas untuk membincangkan isu banjir.
Persoalan saya adalah, kenapakah pihak atasan, pegawai-pegawai yang bertugas hanya menumpukan perhatian berkenaan kesiapsiagaan untuk melarang demonstrasi, menghalang pihak-pihak yang hanya ingin menuntut keadilan? Sepatutnya kesiapsiagaan itu sekarang digunakan di Kelantan dan di Terengganu kerana rakyat di kedua-dua negeri ini sedang merana akibat banjir yang keadaannya semakin teruk.
Saya di sini ingin menuntut penjelasan, kenapakah tindakan diambil terhadap pihak-pihak yang menjalankan demonstrasi aman berkenaan dan menuntut tentang penyiasatan terhadap Tan Sri Azam Baki? Ini adalah persoalan saya. Tuan Yang di- Pertua, saya mohon diberi satu, dua minit sahaja atas dua lagi perkara.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Jelutong, saya bagi tiga minit.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih. Saya berterima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin juga tanya isu berkenaan dengan arwah Muhammad Adib bin Mohd Kassim. Ini adalah perkara yang menyentuh saya dan saya telah membangkitkan perkara ini sejak sesi sidang dua, tiga kali. Akan tetapi, sehingga hari ini saya tidak mendapat sebarang penjelasan.
Bilakah apa yang menimpa mangsa – arwah Muhammad Adib bin Mohd Kassim ini akan mendapat keadilan? Apakah tindakan yang akan diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat? Saya mohon Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri memberi penjelasan atas isu ini.
Saya juga ingin menyentuh perkara yang melibatkan kawasan saya Jelutong dan di mana saya berharap supaya tindakan akan diambil untuk melaksanakan projek tebatan banjir di kawasan Jelutong terutamanya di Sungai Pinang untuk memastikan bahawa banjir yang kerap kali berlaku apabila berlakunya hujan lebat tidak berlaku di kawasan Jelutong.
Di samping itu, saya juga ingin menuntut penjelasan bilakah Kerajaan Persekutuan akan membantu negeri Pulau Pinang? Berulang kali sebagai Ahli Parlimen kawasan Pulau Pinang, Ahli Parlimen Negeri Pulau Pinang saya telah bertanya tentang projek-projek infrastruktur. Kalau Tuan Yang di-Pertua boleh datang ke kawasan Jelutong, datang ke kawasan Pulau Pinang, saya sendiri dapat membawa Tuan Yang di-Pertua ke kawasan-kawasan di mana berlakunya kesesakan lalu lintas yang begitu teruk. Ini terutamanya sekarang kerana selepas saban hari semuanya terpaksa berkurung di rumah, semuanya hendak melancong ke Pulau Pinang kerana tarikannya begitu banyak.
Makanannya enak, tempatnya begitu indah, dua buah jambatan yang begitu besar, pandangannya begitu baik dan kita lihat juga terdapat juga tarikan-tarikan lain seperti pantai, Bukit Bendera dan sebagainya. Akan tetapi, masalahnya apabila pada waktu puncak berlakunya kesesakan lalu lintas yang begitu teruk.
Permintaan saya kepada semua menteri kerajaan adalah tolonglah beri perhatian supaya kita dapat membina sistem LRT yang baik. Ini supaya kita dapat menghidupkan semula perkhidmatan feri yang telah pun mati akibat tindakan yang diambil oleh kerajaan sekarang yang tidak menyuntik dana untuk kita meneruskan dengan perkhidmatan feri.
Saya juga minta supaya diberi perhatian perkara melibatkan dengan penaikan taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Hospital Besar Pulau Pinang.
Akhir sekali, memandangkan Tuan Yang di-Pertua telah memberi masa tiga minit saya cuma ingin mengakhiri dengan menuntut supaya bukan sahaja Akta Antilompat Parti dibentangkan semasa sesi Parlimen kali ini tetapi pindaan kepada Perlembagaan juga dibuat.
Ini kerana kalau kita cuma membentangkan Akta Anti Lompat Parti, saya risau Ahli-ahli Parlimen yang melompat parti mungkin akan mencabar undang-undang itu dan mengatakan undang-undang itu adalah tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menjunjung kasih dan menyokong perbahasan ini.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih, Yang Berhormat Jelutong. Berikutnya dipersilakan ...
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak kepada Yang Berhormat Menteri Perpaduan yang seorang duduk di situ.
Tidak kosong.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Dipersilakan Yang Berhormat Sungai Buloh.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua membenarkan saya ruang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan atas Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja. Saya ingin mula perbahasan saya dengan tumpu kepada pengurusan sistem keadilan, khususnya berkenaan dengan jenayah ataupun dengan izin, the administration of the criminal justice system. Saya akan bangkitkan dua kes. Satu kes berkenaan dengan jenayah pembunuhan dan yang kedua adalah berkaitan dengan jenayah rasuah. Kes yang pertama itu adalah berkaitan dengan pembunuhan Altantuya. Kita tahu ini dalam ruang awam perbicaraan sudah habis. Dua orang anggota polis Inspektor Azilah dan Koperal Sirul telah didapati bersalah dan dihukum dengan hukuman mati. Inspektor Azilah sekarang ada di penjara dalam negara dan Koperal Sirul sekarang ada di Australia.
Akan tetapi, seluruh dunia tahu ada satu masalah dengan keputusan itu. Memang mereka adalah orang yang membunuh Altantuya, meletakkan C4 atas badan, meletupkan badan dan sebagainya. Akan tetapi, semua tahu mereka tidak ada motif untuk jenayah itu.
Jadi, inilah kelemahan besar atas kes ini. Perkembangan baharu yang berlaku pada akhir 2019 adalah ini. Inspektor Azilah memfailkan satu permohonan di Mahkamah Persekutuan dan menulis serta mendedahkan kepada ruang awam. Ini diberikan kepada media semua. Semua boleh lihat dalam internet dan baca surat akuan itu menerangkan apa yang sebenarnya berlaku.
Dia mendakwa– ini dakwaan Inspektor Azilah, iaitu dia menerima arahan untuk membunuh Altantuya direct, secara langsung daripada, pada masa itu, Timbalan Perdana Menteri Yang Berhormat Pekan. Beliau menjadi Perdana Menteri selepas itu. Inilah versi Inspektor Azilah.
Kes itu masih– dia membuat permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk semak semula keputusan dalam kesnya. Ini berlaku seperti saya sebut pada akhir tahun 2019. Semasa itu, Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas pada masa itu apabila beliau terima dokumen ini, beliau arahkan seorang DPP kanan terus pergi ke Australia, jumpa Koperal Sirul di pusat tahanan di Villawood, Sydney dan interview beliau secara detailed, apakah versi Koperal Sirul.
Ini telah diterangkan secara terperinci dalam buku yang diterbitkan oleh Tan Sri Tommy Thomas di mana beliau berkata– ini penting. Dengan izin saya baca dalam bahasa asal.
“Sirul’s version corroborated Azilah’s.” Maksudnya mengesahkan; dua-dua konsisten versinya.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
“Their joint version was credible”. Maksudnya boleh dipercayai. “Particularly taking to a consideration that they were incarcerated in different detention centers in two countries with no means of contacting each other”. Mereka memberi versi di negara yang berlainan, jauh daripada satu sama lain tanpa peluang untuk berkomplot untuk buat satu versi yang sama, tidak.
Dia berpendapat, dia kata dalam buku itu dia puas hati bahawa dua-dua ini bercakap benar dan dia arahkan sebagai Peguam Negara siasatan dibuka semula. Ini yang berlaku pada akhir tahun 2019 dan awal 2020. Mengikut versi yang ditulis oleh Tan Sri Tommy Thomas, 40 saksi dikenal pasti, bakal saksi ditemu duga dan pada masa itu siasatan itu berjalan.
Tan Sri Tommy Thomas meletak jawatan pada akhir bulan Februari 2020.
Kerajaan tukar selepas itu. Saya hendak tahu, saya tanya kepada kerajaan supaya memberi penjelasan yang terperinci dan tepat. Apakah status siasatan ini? Oleh kerana merupakan – ini bukan pembunuhan biasa. Pembunuhan ini melibatkan – pada masa itu tahun 2007, individu nombor dua dalam negara – yang selepas itu jadi Perdana Menteri.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Mengikut fakta kes yang tidak dapat dinafikan ia melibatkan anggota polis iaitu UTK yang dilatih untuk membuat beberapa tugas-tugas khas. Jadi, ini bukan pembunuhan biasa. Ini melibatkan integriti sistem pemerintahan negara, institusi yang penting. Kes ini mesti diselesaikan.
Mengikut pendapat Tan Sri Tommy Thomas, peguam yang berpengalaman, memang banyak yang perlu disiasat dan tindakan perlu dibuat. Jadi dua tahun sudah berlalu dan tidak ada apa-apa keputusan, tidak ada apa-apa berita. Saya minta kerajaan memberitahu apakah status siasatan, berapakah saksi-saksi yang telah ditemu duga dan apakah rancangan kerajaan tentang kes ini?
Kita tidak boleh tutup mata, kita tidak boleh duduk diam dan harap perkara ini boleh diselindung atau boleh disorok. Ini tidak boleh sebab soalan yang besar perlu dijawab. Jadi saya menunggu...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, sebagai seorang peguam saya ingin tanya soalan.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Ya, tetapi ringkas ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya. Adakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya, dalam kes-kes jenayah bukan sahaja orang yang melakukan sesuatu kesalahan boleh dituduh tetapi orang-orang yang telah berkonspirasi.
Kalau Yang Berhormat Pekan telah memberi arahan dan telah memberi arahan untuk membunuh, bukankah benar Yang Berhormat Pekan boleh dituduh sekarang juga untuk kesalahan itu?
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Betul. Saya setuju, Yang Berhormat Jelutong tetapi pada saya, bukan ini konspirasi. Dia terlibat secara langsung dalam jenayah itu apabila dia arahkan. Jadi semua akan dituduh di mahkamah atas kesalahan membunuh secara sengaja, deliberate willful murder in that sense, dengan izin. Kes yang kedua – Jadi itulah soalan saya kepada kerajaan. Saya harap dapat jawapan.
Kes yang kedua ialah kes berkaitan rasuah dan ini adalah kes yang melibatkan Datuk Hasanah Abdul Hamid. Datuk Hasanah ialah orang yang dilantik oleh Yang Berhormat Pekan semasa dia Perdana Menteri untuk mengetuai satu agensi penting di bawah Jabatan Perdana Menteri. Agensi macam intelligence lah, kutip intelligence, risik iaitu agensi risikan. Bajet besar diberikan dan sebagainya.
Datuk Hasanah disiasat oleh SPRM dan dituduh di mahkamah membuat CBT atas jumlah wang RM50 juta. Ini duit besar, ini bukan duit peribadi. Ini ialah duit rakyat yang dikutip oleh kerajaan dalam bentuk cukai dan macam-macam pendapatan supaya digunakan untuk kebaikan rakyat. Akan tetapi diCBT atau dicuri, dituduhlah ini tuduhan kes itu berjalan. Tiba-tiba pada 12 April 2021 tahun lepas, pendakwa raya diarahkan untuk tarik balik kes dan Hakim Mahkamah Tinggi, Dato’ Ahmad Shahrir diberitahu pada masa itu kes Datuk Hasanah akan dituduh semula dalam kes ini dan kes ditarik balik.
Akan tetapi, selepas itu sampai sekarang hampir satu tahun, tiada apa-apa tindakan. Jadi ,saya hendak tanya kepada kerajaan, macam mana jaminan itu diberikan kepada mahkamah di mahkamah terbuka dan tiada apa-apa tindakan sekarang. Satu lagi yang menarik yang cukup mengejutkan berlaku dalam kes ini, apabila Datuk Hasanah dibebaskan dia di-DNAA. Maksudnya discharge not amounting acquittal, dia boleh dituduh semula. Dia minta duit dia RM50 juta. Perkara yang mengejutkan didapati apabila mereka lihat dalam peti besi di SPRM, sebahagian besar hilang dan digantikan dengan duit palsu.
Selepas itu, kalau RM50 juta lebih kurang RM30 juta hilang dan digantikan dengan wang palsu akhirnya selepas siasatan, seorang pegawai SPRM didakwa di mahkamah, dia mengaku salah. Saya sudah tanya kepada kerajaan melalui soalan lisan mustahil seorang pegawai sahaja yang terlibat. Ini kerana, macam mana hendak dapat duit palsu RM30 juta? Macam mana hendak buka peti besi di SPRM? Macam mana hendak tukar wang itu. Mustahil ini semua dibuat oleh seorang sahaja. Akan tetapi semasa dapat jawapan, inilah yang ditunjuk dalam siasatan.
Akan tetapi, soalan ini baru dibangkitkan dalam surat khabar hari ini, The Sun oleh Tan Sri Robert Phang, mantan anggota Lembaga Penasihat SPRM sendiri yang tanya
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
soalan yang sama. Siapakah lagi terlibat? Ini mesti diselesaikan. Jadi, isu saya yang saya hendak tanya kepada kerajaan ialah RM30 juta yang hilang ini, apa sudah jadi dengan duit itu.
Adakah dapat balik daripada pegawai yang dituduh yang telah dihukum di mahkamah? Macam mana dengan baki? Adakah baki itu diserahkan kembali Datuk Hasanah, RM20 juta duit besar. Macam mana dengan jaminan kepada Mahkamah Tinggi yang diberikan pada April tahun lepas bahawa Datuk Hasanah akan dituduh semula?
Mereka tarik balik secara sementara sebab ada masalah teknikalkah, ada bukti baharukah macam itu tetapi jaminan itu diberi kepada mahkamah. Akan tetapi, sampai sekarang kita tidak dapat lihat apa-apa tindakan. Jadi, itulah soalan saya kepada kerajaan yang saya minta jawapan.
Isu yang seterusnya saya ingin sentuh Tuan Yang di-Pertua ialah isu penukaran agama anak-anak muda di bawah umur 18 tahun. Penukaran agama mereka kepada – biasanya yang berlaku ialah masuk dalam agama Islam oleh ibu atau ayah tanpa pengetahuan, tanpa persetujuan ibu atau ayah yang bukan Islam. Ini yang telah berlaku.
Isu ini telah diselesaikan di mahkamah dan prinsip telah diputuskan. Dalam kes pada tahun 2018 dalam kes Indra Gandhi telah diputuskan bahawa ini tidak dibenarkan. Ini melanggar Perkara 12(4) Perlembagaan Malaysia, itu sudah settled. Isu sekarang, yang saya minta kerajaan bagi penjelasan dan apakah tindakan yang kita ambil ialah di peringkat beberapa negeri – bukan semua negeri. Kita ada enakmen-enakmen yang masih membenarkan salah satu daripada ibu atau bapa menukar agama itu dengan cara itu. Boleh tukar agama masuk Islam dan tukar agama semua kanak-kanak yang muda. Jadi kita ada percanggahan dalam sistem kita, sistem perundangan Malaysia.
Di peringkat perlembagaan sudah selesai melalui Mahkamah Persekutuan yang tafsirkan Perkara 12 kata, “Tidak boleh dan dua-dua mesti setuju sebab pada masa mereka kahwin dan pada masa mereka ada anak itu mereka kedua-dua ialah bukan Islam”. Ini bagi saya ialah mencerminkan keadilanlah. Tidak adil apabila seorang boleh tukar agama anak muda tanpa merujuk kepada pasangan.
Akan tetapi, undang-undang di peringkat negeri berlainan dan bercanggah. Jadi kerajaan ialah bertanggungjawab. Kita tidak boleh tutup mata dan tidak buat apa-apa biarkan pertikaian ini berlarutan dan ini jadi isu emosi dan sebagainya. Kerajaan yang bertanggungjawab akan bertindak. Jadi saya ingin cadangkan kepada kerajaan panggil wakil negeri-negeri, pemimpin-pemimpin negeri yang terlibat dan runding macam mana hendak selesaikan ini.
Kita tidak boleh berterusan dalam keadaan di mana undang-undang macam ini bercanggah di peringkat Federal, di peringkat Persekutuan dan di peringkat negeri. Kalau perlu, kerajaan di peringkat Persekutuan perlu sedia pergi ke mahkamah. Boleh buat permohonan atau kes di Mahkamah Persekutuan untuk selesaikan kes ini. Apa yang teruk sekarang ialah keadaan ini dibenarkan berlarutan. Tuan Yang di-Pertua, saya minta dua minit lagi sahaja untuk habiskan poin-poin yang penting saya.
Dato' Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Silakan Yang Berhormat Sungai Buloh, dua minit.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Terima kasih ya. Jadi, soalan saya kepada kerajaan ialah apakah pelan tindakan kita untuk selesaikan isu ini? Jangan biarkan situasi ini berlarutan dan kita mesti ambil tindakan serta-merta runding dengan negeri- negeri.
Isu seterusnya Tuan Yang di-Pertua ialah berkaitan dengan amalan buruh paksa yang dituduh dilakukan oleh Sime Darby Berhad. Apa yang telah berlaku baru-baru ini ialah Amerika Syarikat melalui agensi mereka kastam Amerika Syarikat telah melarang kemasukan kelapa sawit khusus yang diperbuat oleh Sime Darby Berhad atas tuduhan bahawa amalan di estet-estet kelapa sawit Sime Darby melibatkan amalan buruh paksa
(forced labour).
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Saya mengaku dan saya setuju sangat, saya akan sokong pindaan yang sekarang dicadangkan oleh kerajaan dan kita mungkin akan lulus dalam mesyuarat ini pindaan kepada Akta Kerja supaya pekerja-pekerja diberi perlindungan yang lebih baik daripada amalan buruh paksa. Akan tetapi isu berlainan. Sekarang apa yang saya – masa itu Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia berkata siasatan akan dilakukan oleh kerajaan.
Jadi, saya minta Dewan yang mulia ini diberitahu apakah hasil siasatan ini. Betul atau tidak dakwaan oleh kastam Amerika Syarikat. Apakah fakta-fakta yang berlaku?
Apakah tindakan kerajaan untuk memastikan ini tidak akan berlaku? Oleh sebab, ini bukan imej syarikat swasta macam Top Glove dan sebagainya. Ini melibatkan Sime Darby, GLC perdana milik kerajaan dan milik rakyat Malaysia. Imej negara terlibat, tercemar.
Minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Just satu isu last sekali iaitu berkaitan dengan isu masyarakat OKU. Saya adalah di antara Ahli Parlimen dalam rombongan pada hari Selasa pagi di mana lebih kurang 55 pertubuhan NGO OKU kumpul di luar Parlimen hantar satu memorandum meminta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kaji semula dan batal satu dasar baharu yang dibuat oleh mereka.
Ini kerana, sumbangan bulanan yang diberi kepada masyarakat OKU sekarang ada perubahan dalam dasar 50 peratus dimasukkan di dalam satu kad – satu dasar baharu bernama JKMPay yang mereka tidak boleh gunakan melalui wang tunai. Mereka hanya boleh gunakan separuh iaitu hanya 50 peratus duit itu di dalam kedai-kedai premis yg didaftar dengan Bank Islam, kad itu dengan Bank Islam, duit itu. Hanya boleh digunakan tanpa cash untuk membeli barang-barang tertentu dari premis-premis yang tertentu.
Aduan mereka adalah satu, kementerian tidak runding perubahan besar ini dengan kita. Dasar ini tidak menguntungkan kita. Dasar ini ia menjejaskan status kewangan kita. Mereka minta ini dikaji semula. Saya minta kerajaan memberi jawapan, adakah kerajaan sanggup semak semula dasar-dasar ini.
Last sekali Tuan Yang di-Pertua isu kawasan, ringkas. Ini berkaitan dengan sebahagian kawasan Sungai Buloh, Parlimen Sungai Buloh bernama Saujana Utama.
Bilangan penduduk besar 78,000 orang penduduk. Kita ada dua buah sekolah rendah dan satu sekolah menengah. Kerajaan dahulu sudah membuat keputusan tambah sekolah menengah. Pembinaan telah bermula tahun 2017 sampai sekarang belum habis.
Jadi, saya hendak minta kepada KPM tolong beritahu status sekarang. Saya difahamkan ialah lebih kurang 85 peratus. Bilakah sekolah ini akan dibuat? Ini kerana, rakyat Saujana Utama menantikan masa anak-anak mereka boleh pergi ke sekolah menegah ini yang baharu. Saya ucap terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas kelonggaran yang diberi kepada saya. Saya memohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh. Seterusnya, Yang Berhormat bukit Bendera.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin menyertai perbahasan ucapkan terima kasih kepada Titah Diraja Yang di- Pertuan Yang di-Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, hari ini ialah World Wild Life Day, Hari Antarabangsa Bagi Hidupan Liar dengan tema ‘Recovering Key Species for Ecosystem Restoration’ atau dalam bahasa Melayu, ‘Pemulihan Ekosistem untuk Menyelamatkan Spesies Utama’. Hal ini juga dibentangkan atas meja Ahli-ahli Parlimen dalam bacaan pertama pindaan Akta Perhutanan. Oleh itu, adalah penting untuk melindungi flora dan fauna bukan sahaja di hutan tetapi juga di lautan.
Sebagai Ahli Parlimen mewakili Bukit Bendera yang mendapat status UNESCO Biosphere Reserve saya terpanggil untuk menyeru di Parlimen supaya pembangunan lestari diadakan dan pada yang sama pemuliharaan kelestarian alam sekitar perlu diberi perhatian serius. Bukit Bendera sebagai kawasan yang ketiga di Malaysia yang disenaraikan sebagai UNESCO Biosphere Reserve dan antara dua yang lain Tasik Chini di negeri Pahang dan juga Crocker Range di Sabah.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Di Bukit Bendera, biosphere reserve bukan sahaja atas Bukit Bendera tetapi juga termasuk marine iaitu lautan antara lain juga Center for Marine and Coastal Studies
(CEMACS) USM. Saya mencadangkan Tuan Yang di-Pertua, satu dasar lautan negara
(National Ocean Policy) yang komprehensif diadakan. Malaysia telah ada dasar perhutanan tetapi tiada satu dasar lautan. Malaysia sebagai satu maritime nation dengan kekayaan sumber lautan tetapi kita tiada satu dasar lautan.
Kita perlu untuk menyediakan satu dasar lautan untuk memelihara kepentingan biodiversity dan security makanan daripada segi sumber perikanan, alam sekitar serta kedaulatan sempadan air negara sejajar dengan matlamat SDG ataupun Matlamat Pembangunan Mampan, Sustainable Development Goal (SDG14) berkaitan dengan sumber lautan dan juga hasil daripada persidangan COP26 di Glasgow.
Kita boleh merujuk The UK Marine Policy Statement yang antara lainnya meliputi marine protected areas, defence and national security, energy production, ports and shipping, telecommunication cabling, fisheries, ecocultures, tourism management, oil spill management. Saya meminta Kementerian Alam Sekitar dan Air menjadi satu agensi untuk memimpin untuk mengusahakan dan menggerakkan satu Dasar Lautan Negara (National Ocean Policy).
Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini US Congress telah meluluskan Creating Helpful Incentives to Produce Semiconductors (CHIPS) for American Act. Ia adalah satu undang-undang untuk menggalakkan industri semikonduktor di Amerika. European Union juga sedang melancarkan satu European Chips Act. Ini berikutan supply chain shortage untuk semiconductor chip di seluruh dunia.
Saya meminta pihak kementerian MITI untuk mengadakan insentif-insentif dan dana untuk menggalakkan pertubuhan industri semikonduktor bukan sahaja di negeri Pulau Pinang, Selangor dan Johor serta negeri-negeri lain. Ini memandangkan industri semikonduktor merupakan strategi aset untuk masa depan yang juga akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan yang bergaji tinggi. Juga, memandangkan bahawa di negara Amerika Syarikat dan Europe telah berjalan ke arah tersebut kita perlu juga mengadakan policy response dengan memberikan galakan tambahan kepada industri semikonduktor dalam negara.
Daripada segi trading partner juga, negara China merupakan major trading partner dengan Malaysia. Dengan kemasukan Malaysia sebagai Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) Malaysia boleh mengambil advantage dengan perniagaan free trade dengan negara-negara anggota lain RCEP.
Saya ingin meminta penjelasan daripada Menteri MITI bahawa apakah usaha free trade agreement iaitu perjanjian free trade antara Malaysia dengan European Union memandangkan European Union merupakan trading partner yang kelima dan terbesar di Malaysia.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Apakah kemajuan (progress) FTA antara EU dan Malaysia yang telah diumumkan dan telah dimulakan perbincangan pada tahun 2010? Begitu juga dengan CPTPP, apakah progress ataupun pencapaian terkini yang sedang diusahakan oleh MITI. Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, saya mendapat satu jawapan, saya telah menanyakan soalan berkenaan dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Saya menanyakan apakah statistik kelulusan penolakan untuk bantuan khas kematian COVID-19 di bawah NADMA. Ini kerana, sebelum ini diumumkan bahawa sekiranya ada kematian atas sebab COVID-19, kerajaan akan memberikan bantuan ehsan sebanyak RM5,000? Saya telah mendapat banyak maklum balas dan juga aduan daripada keluarga-keluarga si mati yang telah meninggal dunia akibat COVID-19.
Jawapan yang saya terima Tuan Yang di-Pertua adalah setakat 18 Februari 2022, NADMA menerima sebanyak 38,431 permohonan Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19. Hanya 17,867 permohonan diluluskan dan disalurkan RM5,000. Ini bermakna, hanya 41 peratus sahaja pemohon-pemohon memohon tetapi hanya 41 peratus sahaja disalurkan bantuan RM5,000 itu. Apa terjadi dengan 59 peratus yang tidak diluluskan?
Saya berasa dukacita kerana sebagai satu kerajaan yang melaungkan Keluarga Malaysia
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
dan slogan begitu, terdapat begitu ramai, banyak permohonan tetapi melebihi 20 ribu permohonan yang belum diluluskan, yang masih diproses. Apakah yang terjadi? Saya bukan sahaja – menanyakan soalan itu kerana saya mendapat maklum balas daripada orang ramai bahawa mereka telah memohon.
Saya ada satu e-mel yang saya telah terima hari ini. Keluarga si mati, Encik Tan Ken Yo telah memohon, keluarganya telah memohon pada Oktober tahun lalu. Akan tetapi, hari ini sudah Mac, sudah sampi ke bulan Mac, sudah lima bulan permohonan itu – Beliau menulis surat, telah memohon melalui sistem e-mel, telefon tetapi tiada jawapan daripada e-mel yang tiada jawapan diterima oleh pemohon tersebut. Apabila memanggil telefon tiada jawapan. Lima bulan. Apabila kerajaan melaung-laungkan kerajaan prihatin ingin memberikan RM5,000 tetapi kes – bukan satu-satu kes saja, saya kata 20 ribu kes yang tidak menerima bantuan tersebut.
Saya meminta pegawai-pegawai, pemimpin-pemimpin, Menteri-menteri, Menteri Tugas-tugas Khas janganlah duduk di air conditioning room sahaja. Perlu mengerahkan pegawai-pegawai di bawah NADMA untuk memanggil, untuk berjumpa, untuk hantar RM5,000 ini kepada mangsa-mangsa keluarga mereka. Sudah beberapa bulan. Ada sampai lima bulan yang masih belum terima wang tersebut. Oleh itu, apa yang diumumkan hanya “indah khabar daripada rupa”. Saya bukan membuat tohmahan kosong, saya ada satu jawapan rasmi sendiri oleh Menteri Tugas-tugas Khas bahawa 41 peratus sahaja diluluskan. Lain-lain masih diproses dan ada yang berbulan-bulan belum mendapat wang tersebut.
Oleh itu, tidak hairanlah apabila Perdana Menteri mengumumkan akan memberikan RM10 ribu kepada mangsa banjir, tunggulah. Saya akan tanya soalan lagi beberapa bulan kemudian atau sesi depan, saya ingin tanya pula kerana begitu banyak kes dan berapakah peratus permohonan tersebut. Sila – apabila pemimpin-pemimpin, kementerian, Menteri-menteri membuat pengumuman, sila tunaikan janji anda. Apabila kata RM5,000 kepada mangsa COVID-19, dalam masa 30 hari, sila buat demikian.
Jangan tunggu pemohon-pemohon kena telefon, kena e-mel tidak jawab dan telefon tidak ada angkat. Itu masalah dia. Saya perlu datang ke Parlimen untuk menanyakan satu soalan, perlu menegur Menteri. Saya harap bahawa perkara ini diselesaikan dengan cepat. Sebanyak 20 ribu permohonan COVID-19, khairat kematian boleh diselesaikan dalam masa 30 hari seperti dalam SOP dan bukanlah empat bulan sampai tiada jawapan dalam e-mel. Tuan Yang di-Pertua, berikutan peperangan yang berlaku di antara Rusia dan Ukraine. International brent oil price mencecah ke USD104 setong semalam. Gas asli juga naik kerana kita tahu bahawa Rusia sebagai second largest oil producer, negara kedua terbesar mengeluarkan petroleum dan merupakan pembekal natural gas yang besar. Saya ingin menanyakan apakah polisi respons – penjelasan daripada kerajaan, apakah polisi respons terhadap perkara ini kerana kenaikan petroleum tinggi?
Ini kerana, Malaysia kita mempunyai banyak subsidi sama ada petroleum subsidy, LPG subsidy, subsidi ayam, subsidi telur, minyak masak kita subsidi. CPO price mencecah RM8,000 se tan. Apakah terjadi dengan cooking oil subsidy? So, apakah polisi responsif kita berikutan dengan peperangan Rusia-Ukraine dan dengan kenaikan brent crude oil price dan juga apakah dasar– sebelum ini telah diumumkan dasar tenaga yang baharu.
Apakah kemajuan dasar tenaga yang baharu berikutan RON 97 pagi ini telah naik kepada RM3.45 sen seliter, naik 16 sen walaupun RON 95 ditetapkan pada harga RM2.05 sen.
Bajet 2022 kita berdasarkan USD67 per barrel mengikut international brent crude oil price. Saya meminta penjelasan Menteri Kewangan sama ada perlu ada satu penyelarasan terhadap bajet kita dan melihat sama ada apakah implikasi terhadap subsidi petroleum, subsidi diesel, subsidi LPG kita yang kita hadapi.
Saya minta tambahan sikit. Ada satu isu sahaja. Saya mendapat satu permintaan daripada mahasiswa-mahasiswa, mereka telah menyertai temu duga pada bulan November 2021 berkenaan dengan pengambilan khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 secara contract of service tahun 2021 oleh Kementerian Pendidikan.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Sampai hari ini, sudah empat bulan tiada jawapan terhadap keputusan temu duga.
Apakah terjadi dengan keputusan temu duga kerana terdapat ramai pemohon terhadap perkhidmatan ini. Saya minta supaya diberikan satu jawapan dan di-update status kepada pemohon-pemohon yang berjaya serta pemohon-pemohon yang kurang berjaya. Dengan ini saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Dipersilakan Yang Berhormat Hulu Selangor.
Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Hulu Selangor bangkit untuk membahaskan Usul Menjunjung Kasih ke atas Kebawah Duli Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong .
Tuan Yang di-Pertua, perkara pertama yang ingin dibangkitkan adalah mengenai infrastruktur jalan raya. Memandangkan Projek ECRL Jajaran C2 telah diputuskan akan melalui Gombak, Serendah, Port Klang maka adanya keperluan baharu dan mendesak agar jalan raya utama di daerah iaitu FT01 dari Templer Park ke Tanjung Malim dapat dinaiktarafkan secara berperingkat dengan segera.
Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor
Kepesatan pembangunan di sekitar kawasan Serendah menjadi faktor penyokong keperluan untuk menaik taraf keupayaan jalan sedia ada agar ia seiring dengan perkembangan pembangunan semasa. Daerah ini akan bertambah sesak apabila UMW High Value Manufacturing Park yang berkeluasan 871 ekar dibangunkan sepenuhnya juga bertempat di mukim Serendah.
Selain itu, cadangan ini juga dapat mengurangkan kesesakan trafik terutamanya di simpang Sungai Choh dan Batang Kali ketika waktu puncak dan musim perayaan.
Sekiranya ia diluluskan, pastinya akan dapat melicinkan perjalanan lalu lintas, menjimatkan masa dan kos perjalanan serta memberikan pengalaman yang baik untuk pengguna jalan raya.
Selain itu, AT1208 persimpangan Kampung Koskan ke Sungai Buaya sering melibatkan kemalangan kenderaan berat. FT3208, missing link dari simpang FT01 Sungai Choh ke Bukit Beruntung juga antara jalan raya yang juga kritikal dan perlu diberi perhatian oleh kerajaan. Ini kerana, saban tahun peningkatan kes kemalangan berlaku dan keselamatan rakyat haruslah diberi keutamaan. Oleh itu, sekali lagi Hulu Selangor mohon perhatian kerajaan terhadap perkara ini. Menjadi hasrat rakyat di sini agar jalan raya ini dapat dinaiktarafkan untuk keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya.
Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang ingin Hulu Selangor tekankan adalah isu kesenjangan ekonomi rakyat yang kian melebar dan membimbangkan. Era pandemik COVID-19 ini telah meninggalkan sejarah hitam buat keseluruhan masyarakat. Setiap individu sedikit sebanyak terkesan kehidupannya akibat hampir dua tahun hanya hidup dalam ruang lingkung rumah tanpa interaksi fizikal di luar. Lebih parah apabila ramai juga yang diberhentikan kerja, dipotong gaji dan tidak kurang juga hilang punca pendapatan seharian buat golongan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Justeru itu, kerajaan harus lebih peka dalam merangka bentuk-bentuk bantuan yang bermatlamatkan untuk dipertingkatkan taraf ekonomi masyarakat. Paras gaji minimum juga wajar dinaikkan lagi sebagai satu usaha untuk menangani cabaran ini.
Kerajaan juga harus prihatin terhadap penjaja-penjaja kecil yang masih berusaha sedaya mampu untuk bertahan meneruskan kehidupan. Bimbinglah mereka, bantulah mereka.
Jangan hanya mengharapkan kerajaan negeri dan tempatan sahaja yang perlu mendampingi mereka. Dicadangkan kerajaan dapat memberi bantuan one-off bagi penjaja kecil berlesen yang terkesan pandemik COVID-19 ini untuk meneruskan perniagaan mereka.
Seterusnya, ingin disentuh sedikit mengenai permasalahan harga test kit di pasaran. Kemunculan variant Omicron ini kini mengakibatkan kadar ke boleh jangkitan
Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor
kian meningkat dengan tinggi. Ini mengakibatkan panik berlaku dalam masyarakat dan masalah bekalan test kit yang berkurangan pula telah timbul. Bukan sahaja masalah kekurangan bekalan, lebih mengharukan apabila harga test kit di pasaran kini di antara RM5 hingga RM15 per set. Sebagai contoh, sebuah keluarga mempunyai lima isi keluarga mahu menjalani ujian pengesahan pada awal dan pada hujung tempoh kuarantin sedangkan test kit yang ada di pasaran pula hanya tinggal stok yang berharga RM15. Di sini sahaja telah menelan kos untuk satu keluarga RM150.
Ini belum lagi kadangkala adanya permintaan tambahan dari tempat kerja yang hanya mahukan keputusan ujian yang dijalankan di klinik. Maka, bertambah kos di sini.
Rakyat begitu berusaha untuk mematuhi SOP. Namun, jangan dipandang sepi kesusahan rakyat ketika ini. Hulu Selangor mohon agar kerajaan memperhalus sekali lagi perkara ini.
Ini permintaan rakyat. Turunkan lagi harga kawalan bagi test kit ujian kendiri. Turunkan juga harga ujian COVID-19 yang dilakukan di klinik. Ringankan beban rakyat yang sememangnya telah berat bebannya menghadapi kesusahan hidup. Janganlah kita begitu rakus bermain politik menghadapi PRN demi PRN tetapi kebajikan rakyat dianaktirikan.
Tuan Yang di-Pertua, perkara ketiga adalah menyentuh aspek perumahan kos rendah dan mampu milik buat rakyat B40 di negara kita. Hulu Selangor pasti hasrat murni mana-mana kerajaan yang mahukan setiap rakyatnya mampu untuk memiliki rumah sendiri atau sekurang-kurangnya satu keluarga, satu kediaman. Hulu Selangor mohon agar kerajaan dapat merangka dan meluluskan lebih banyak projek-projek perumahan mampu milik di bawah paras RM250 ribu.
Perumahan mampu milik ini tidak semestinya perlu berada di kawasan-kawasan bandar kerana ia akan mengakibatkan harga pasaran rumah yang tinggi. Sebagai contoh, kawasan pinggir bandar seperti di Hulu Selangor dan Tanjong Malim amat bersesuaian untuk dibina perumahan mampu milik kerana jarak untuk ke bandar tidak jauh dan mempunyai market value yang baik. Justeru itu, cadangan ini harap dapat dipertimbangkan untuk pembangunan pada masa hadapan demi mencapai hasrat sekurang-kurangnya satu rumah bagi setiap satu Keluarga Malaysia.
Hulu Selangor juga ingin menyentuh sedikit mengenai permasalahan projek- projek terbengkalai yang masih berlarutan di seluruh pelosok negara. Di Hulu Selangor sendiri, saban tahun pastinya akan dibangkitkan semula di dada akhbar media cetak mahupun elektronik kisah kebuntutan pemilik unit projek terbengkalai yang turut menanggung rugi akibat pemaju yang gulung tikar. Hulu Selangor sedar perkara ini amat rumit dan tidak hanya dapat diselesaikan melalui butir bicara.
Namun, kerajaan harus mencerminkan kesungguhan untuk membantu mencari titik penyelesaian bagi masalah projek terbengkalai ini. Dicadangkan kerajaan untuk mempertimbangkan agar diwujudkan satu klausa khas untuk melindungi pemilik unit apabila suatu projek itu terbengkalai. Klausa seperti penangguhan sementara pembayaran pembiayaan rumah ini dapat mengurangkan beban rakyat. Sudahlah projek terbengkalai, pembeli pula dihantui hutang yang tidak berpenghujung. Perkara ini wajar untuk dipertimbangkan namun harus diteliti daripada pelbagai sudut pandangan perundangan dan pihak berkepentingan agar tidak menimbulkan masalah baharu di kemudian hari.
Tuan Yang di-Pertua, perkara keempat adalah menyentuh aspek pendidikan tinggi. Hulu Selangor bersetuju langkah proaktif kerajaan dalam meneruskan agenda untuk memperkasakan program TVET di negara kita. Kerajaan menerusi IPT awam mahupun IPT swasta harus meningkatkan lagi kerjasama dua hala antara pihak IPT dan industri. Kerajaan harus mengambil peluang terutamanya terhadap pemain industri yang menerima bantuan geran insentif daripada pihak kerajaan dengan melibatkan mereka secara langsung dalam pembangunan kemahiran TVET negara. Tidak mustahil sekiranya tenaga berkemahiran tinggi daripada industri institusi tempatan ini dapat terus disalurkan kepada pemain industri setelah tamatnya latihan.
Selain itu, dengan pembangunan kemahiran TVET ini, perlu juga dilihat agar tidak berlakunya ketidakpadanan dalam pasaran buruh. Tidak guna kita menghasilkan ramai tenaga kerja berkemahiran tinggi tetapi pasaran kerjanya adalah terhad. Pemutihan institusi kemahiran juga harus dilakukan agar jumlah tenaga mahir yang tamat latihan
Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor
memenuhi jumlah keperluan industri. Hulu Selangor juga masih berharap agar ada sebuah institusi pendidikan tinggi seperti institusi kemahiran di kawasan Hulu Selangor khususnya di Serendah dalam bidang TVET.
Hal ini kerana ini melibatkan pelbagai industri berteknologi tinggi dan juga kerjasama terus dengan pelabur besar dapat diwujudkan bagi memastikan keberkesanan institusi pendidikan ini dan memenuhi kehendak pasaran semasa. Ini di samping dapat membantu para ibu bapa mengurangkan kos perbelanjaan bagi menghantar anak-anak mereka ke institusi pendidikan tinggi di luar daerah Hulu Selangor. Kewujudan institusi awam ini juga dapat memangkinkan kepelbagaian pembangunan ekonomi penduduk setempat.
Tuan Yang di-Pertua, perkara kelima adalah menyentuh aspek pembangunan generasi belia negara. Hulu Selangor ingin meminta pandangan kerajaan mengenai perancangan masa akan datang untuk membina satu generasi belia yang mampan.
Apakah rangka masa depan untuk belia berhadapan dengan arena global yang semakin mencabar? Hal ini kerana, isu besar bagi golongan belia pada masa ini adalah kurangnya peluang pekerjaan yang mengakibatkan peratusan pengangguran semakin meningkat.
Pada dasarnya, belia mahu kerja tetapi, peluang pekerjaan ini yang menjadi persoalannya. Sedih mengenangkan nasib anak muda kita yang kian tersepit dengan kehidupan.
Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor
Oleh itu apakah inisiatif terbaharu kerajaan dalam membantu belia yang terjejas akibat pandemik COVID-19 terutamanya isu pekerjaan dan pengangguran ini. Apakah perancangan kerajaan untuk mengurangkan kadar ketidakpadanan kerajaan dalam kalangan belia? Berapakah ramai belia menganggur yang berjaya untuk menceburi keusahawanan secara serius dan mapan? Sehingga kini, apakah pencapaian yang telah berjaya diselesaikan oleh kerajaan dalam isu belia ini?
Tuan Yang di-Pertua, perkara keenam adalah mengenai isu pelancongan. Hulu Selangor masih konsisten dalam memohon pihak kerajaan negeri membantu untuk menaik taraf kemudahan para pelancong yang berkunjung ke Bukit Fraser. Ada keperluan untuk memperbaiki jalan perhubungan tersebut. Ini demi memastikan keselamatan dan keselesaan para pelancong untuk ke puncak Bukit Fraser.
Laluan Bukit Fraser ini juga sering menjadi daya tarikan penunggang basikal yang ingin menguji ketahanan fizikal dan mental mereka mengayuh basikal di laluan yang mencabar ini sambil menikmati pemandangan indah, kehijauan alam dan udara nyaman segar di puncak bukit. Jalan sedia ada hanya satu lorong dan laluannya sempit. Curam dan gaung di selekoh-selekoh jalan yang turut membahayakan nyawa para pelancong terutamanya yang menaiki bas.
Oleh sebab itu, mohon kerajaan dapat mengkaji permohonan ini dan sokongan kerajaan untuk menyediakan kemudahan yang bersesuaian untuk pelancong berbasikal agar keselamatan mereka juga dapat kita utamakan. Apabila infrastruktur ini dapat dinaikkan dan dalam keadaan selesa, pastinya ia akan menarik lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke Bukit Fraser yang turut dikenali sebagai dengan izin, The Little England. Tuan Yang di-Pertua, perkara kelapan adalah menyentuh aspek pekerja asing juga dilihat semakin meruncing di negara kita. Ia juga bersangkutan dengan lambakan pendatang asing tanpa izin. Akibat bilangannya yang terlalu ramai, pelbagai masalah sosial telah timbul sehingga mengganggu ketenteraman hidup rakyat. Perkara yang membimbangkan masyarakat apabila sebahagian daripada yang turut mengancam keselamatan penduduk tempatan. Diharapkan pihak kerajaan dapat memperketat kawalan pekerja asing. Jika boleh pihak majikan perlu bertanggungjawab untuk mengawal selia aktiviti mereka. Jika perlu, penambahan juga harus dibuat terhadap akta-akta yang berkaitan di samping memaksimumkan penguatkuasaan. Tuan Yang di-Pertua, saya minta tiga minit lagi.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Dua.
Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Perkara ketujuh adalah mengenai isu akses terhadap mod pengangkutan awam ini. Masih lagi tidak berkesudahan sehingga kini, lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar.
Jika akses ada pula, pastinya isu kekerapan jadual perjalanan menjadi persoalan. Hal ini mengakibatkan rakyat kita kurang gemar untuk menggunakan pengangkutan awam terutamanya bagi penduduk di luar bandar. Situasi di luar bandar, ketidaksambungan batuan pertama dan akhir ini masih lagi membelenggu masyarakat.
Ini punca utama masyarakat luar bandar tidak menggunakan pengangkutan awam kerana akses terhadap mod ini jauhnya dari kawasan penempatan penduduk.
Maka, sudah tibanya masa untuk memfokuskan pembangunan akses pengangkutan awam di luar bandar terutamanya yang berdekatan dengan Lembah Klang seperti di daerah Hulu Selangor dan Tanjong Malim. Tingkatkan kecekapan dan kekerapan mod pengangkutan awam ini agar pembudayaan penggunaan pengangkutan awam dapat dipertingkatkan juga khususnya di kawasan luar bandar.
Perkara yang terakhir Tuan Yang di-Pertua adalah berkaitan pelbagai skandal yang terbaru yang dibongkarkan oleh gerakan Edisi Siasat yang terpalit dengan kepimpinan di negara kita. Skandal MARA Corporation, skandal HRDF, skandal PTPK dan juga yang terbaharu sedang dibongkarkan mengenai skandal PERKESO yang tersebar luas di media sosial dan menjadi tatapan umum dunia. Ini belum lagi melibatkan kes-kes orang kenamaan.
Yang lebih menghairankan di negara kita, mereka yang mendedahkan salah saku diburu bagai pesalah menanti hukuman mati. Akan tetapi, yang melakukan kesalahan seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa dan dana awam masih disanjung tinggi hingga ke langit. Apa yang menjadi persoalan adalah pihak-pihak berkenaan tidak memberi maklum balas lanjut membenarkan segala pertuduhan tersebut.
Ini lah pentingnya Jawatankuasa Parlimen terus direformasikan dan diperkasakan fungsinya. Jawatankuasa yang bebas dan terus melibatkan kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang harus meneliti isu-isu penting terutamanya perkara yang melibatkan salah laku di dalam pengurusan negara. Kuasa mutlak juga harus diberikan kepada jawatankuasa untuk memanggil pihak-pihak yang terlibat bagi mendapatkan pencerahan lanjut.
Mengapakah negara lain begitu profesional Jawatankuasa Parlimen dan mempunyai kredibiliti yang tidak diragui oleh mana-mana pihak. Hulu Selangor memohon di Dewan yang mulia ini agar kerajaan juga jangan seolah-olah membaling batu, sembunyi tangan. Betapa malunya kita sebagai pimpinan negara di Dewan yang mulia ini sendiri menjadi medan kenyataan yang mengelirukan rakyat kita.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup atas dasar semangat memorandum persefahaman yang telah ditandatangani tahun lepas, Hulu Selangor berharap agar kerajaan dapat mempertimbangkan segala permasalahan yang telah dibangkitkan dan usul yang dicadangkan dalam perbahasan menjunjung kasih ke atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Perjalanan ini kian tiba di penghujungnya. Namun, api perjuangan ini masih menyala dan kekal utuh dengan semangat untuk meneruskan agenda reformasi di negara kita. Mungkin langkah kita berhenti di sini, tetapi ingatlah “yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti”. Obor perubahan ini akan terus diangkat oleh barisan pimpinan baharu yang dipilih oleh rakyat nanti. Episod duka pengkhianatan ini juga akan dihukum rakyat...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Hulu Selangor, sila gulung.
Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor
Hanya pemimpin yang terus berkhidmat, ikhlas menyelami denyut nadi rakyat pasti akan kembali menggegar negara, memacu perubahan yang benar-benar diperlukan oleh rakyat...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Hulu Selangor.
Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor
Sekian, Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Hulu Selangor dengan ini menjunjung kasih atas Titah Diraja.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Dipersilakan Yang Berhormat Batu Kawan.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas peluang untuk Batu Kawan mengambil bahagian dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tempoh hari.
Tuan Yang di-Pertua, setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Dato’ Syed Mohamad Hasrin Aidid yang telah membawa harapan dan kepercayaan rakyat Malaysia ke PBB yang telah mengundi ‘Ya’ sebagai tanda setuju menyokong resolusi PBB untuk mengecam keras Rusia yang menceroboh Ukraine.
Malaysia tergolong di antara 140 negara lain yang telah mengundi ‘Ya”, lima yang menolak dan 35 negara yang berkecuali. Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk Hal Ehwal Antarabangsa adalah antara yang pertama mengeluarkan kenyataan media untuk mengecam dengan keras tindakan pencerobohan Rusia terhadap kedaulatan Ukraine dan mengalu-alukan keputusan wakil tetap untuk menyokong usul ini dan berharap Wisma Putra serta Jabatan Perdana Menteri juga mengambil pendirian yang sama.
Ini kerana, kenyataan media daripada Perdana Menteri tidak langsung menyebut nama ‘Rusia’. Sebagai sebahagian daripada anggota UN Human Rights Council adalah tanggungjawab Kerajaan Malaysia untuk menegakkan keadilan, menjunjung prinsip hak asasi manusia dan memastikan tiada yang ditinggalkan dengan izin, leaving no one behind. Saya juga ingin menggesa untuk Kerajaan Malaysia berlapang dada dan turut mengkaji laporan joint investigation team yang dianggotai oleh negara Netherlands, Australia termasuk Malaysia, Belanda dan Ukraine yang mendedahkan bahawa missile BUK yang digunakan untuk menembak pesawat MH17 pada 17 Julai 2014 itu datang daripada kawasan dengan izin, a disputed area di Ukraine tetapi daripada dengan izin, Russian-backed rebels. Penembakan pesawat ini mengakibatkan 298 penumpang dan krew terbunuh. Kita perlu berjuang untuk keadilan mereka. Setakat ini, belum lagi ada apa-apa berita baharu atau niat dan hasrat negara Malaysia untuk mendalami ataupun untuk membawa perkara ini ke International Criminal Court. Dalam nafas yang sama, saya ingin membawa suara ibu-ibu warganegara Malaysia yang melahirkan anak di luar negara yang masih menunggu-nunggu keputusan rayuan Kerajaan Malaysia terhadap permasalahan mereka. Pada 23 Mac tahun ini, seluruh rakyat Malaysia akan melihat dan mendengar keputusan mahkamah atas rayuan Peguam Negara terhadap penganugerahan kerakyatan Malaysia kepada anak-anak yang lahir kepada ibu-ibu Malaysia di luar negara.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Memandangkan perkara ini berada di bawah bidang kuasa mahkamah, saya hanya boleh berharap bahawa mahkamah akan membuat keputusan yang memihak kepada kepentingan kanak-kanak dan kepada para ibu, sama seperti hak yang diberikan kepada kaum bapa. Dewan yang mulia ini dimaklumkan, tahun lepas bahawa cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan hanya akan diputuskan setelah perkara ini dibawa untuk rundingan di Majlis Raja-Raja. Maka ingin saya bertanya di sini, sudahkah perkara ini dibawa ke perhatian Majlis Raja-Raja oleh pihak kerajaan? Jika ya apakah keputusannya dan jika tidak, bilakah ia akan dibawa.
Sehari demi sehari kelewatan kerajaan dalam memberi keputusan yang positif bagi ibu-ibu ini, masa depan anak-anak mereka ini semakin gelap. Tuanku bertitah kepada Ahli Parlimen agar kepentingan rakyat harus diletakkan atas kepentingan politik. Maka,
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
saya merayu agar kerajaan berlapang dada untuk berunding dengan pihak ibu, NGO, Ahli Parlimen untuk mencapai satu kata sepakat agar Perlembagaan Persekutuan dipinda supaya tiada diskriminasi lagi di antara ibu atau bapa warganegara Malaysia dalam penganugerahan kerakyatan Malaysia kepada anak-anak mereka yang lahir di luar negara.
Dalam kes Puan Loh dan tiga anaknya yang ditukar agama oleh si bapa, apakah pendirian kerajaan dalam perkara ini? Bukankah jelas takrifan ‘parent’ dalam Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan; (4) For the purposes of clause (3) the religion of a person under the age eighteen years shall be decided by his parent or guardian…”. Ia meliputi kedua-dua ibu dan bapa.
Walaupun isu ini bersangkut paut dengan isu agama, namun pendekatan kerajaan haruslah dalam dengan izin, best interest of the child. Apakah jawapan Kementerian Dalam Negeri apabila PDRM lemah atau lewat untuk menjejaki bekas suami Indira Gandhi, Riduan Abdullah dan bekas suami Puan Loh atas keputusan mahkamah untuk menyelamatkan kanak-kanak ini dan menghantar mereka kembali ke dakapan ibu.
Adakah kerajaan akan meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menetapkan sekali gus perkataan ‘parent’ sebagai kedua-dua ibu dan ayah memandangkan isu Puan Loh telah mendedahkan anak-anak bawah umur beliau ini telah menjadi bualan umum.
Gambar mereka terpapar dan identiti mereka didedahkan dalam beberapa minggu yang lepas ini.
Jika kerajaan Keluarga Malaysia dengan izin, pick themselves seriously maka pindaan ini harus dibentangkan dalam sidang Parlimen yang akan datang supaya konflik antara status Mahkamah Sivil dan Syariah, pandangan ulama dan mufti, pandangan pakar undang-undang dan akademia serta pendapat wakil rakyat tidak akan berkocak-kocak dalam arena perbualan isu ini. Ia boleh disalahgunakan oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan peribadi. Kepentingan kanak-kanak harus menjadi tunjang jenis lensa yang patut kita gunakan untuk melihat kes seperti ini.
Tuan Yang di-Pertua, keluar berita dua orang pemain bola sepak dari England dan Argentina yang bakal akan mendapat kerakyatan selepas bermain bola sepak di Malaysia selepas lima tahun melalui proses naturalisasi. Saya ingin bertanya, jika warga asing yang bermain bola sepak boleh bergelar sebagai rakyat Malaysia selepas lima tahun mengapakah kerajaan masih tertagak-tagak dalam pemprosesan permohonan kerakyatan bagi mereka yang lahir di sini di bawah dengan izin, various circumstances yang terpaksa tunggu berdekad untuk mendapatkan satu kata putus.
Di manakah KPI untuk pemprosesan kelayakan untuk temu duga atau untuk penganugerahan kewarganegaraan? Di manakah SOP untuk menetapkan tempoh masa untuk memproses permohonan ini? Di manakah tempoh masa untuk Menteri menandatangani dokumen pengesahan terakhir untuk memberi taraf Warganegara Malaysia kepada mereka ini? Tak perlu berhujah semangat panjang untuk menjelaskan erti anugerah kerakyatan kewarganegaraan bagai di Dewan yang mulia ini jika selebriti, isteri VVVIP, pemain bola sepak dan orang kenamaan yang lain mendapat kerakyatan Malaysia dengan cepat walhal kanak-kanak yang lahir di luar negara kepada ibu Malaysia tidak diproses seperti permohonan VVIP ini.
Mengapakah kanak-kanak yang mempunyai bapa warganegara Malaysia dan ibu warganegara asing tidak dibenarkan untuk menghadiri sekolah seperti kanak-kanak lain, seperti dalam Dasar Pakatan Harapan pada tahun 2018. Apakah justifikasi hari ini untuk kerajaan ini menggunakan pekeliling lama tahun 2017 yang menyusahkan dan memberikan trauma kepada kanak-kanak dan dinafikan haknya ke sekolah kerana kerajaan mengambil keputusan untuk mempolitikkan isu ini.
Saya mahu mendengar komitmen Kementerian Pendidikan memberi jaminan bahawa dasar Pakatan Harapan 2018 akan diguna pakai untuk membenarkan kanak- kanak yang boleh membuktikan bahawa proses permohonan kerakyatan mereka sedang berjalan. Jangan gadaikan masa depan mereka atas ketidakcekapan pengurusan kita dalam hal ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengulas sedikit jawapan yang telah saya
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
terima pada semalam daripada Menteri Dalam Negeri berhubung dengan isu kerakyatan.
Dalam jawapan ini dikatakan; “Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penganugerahan kewarganegaraan Malaysia kepada individu bertaraf bukan warganegara merupakan anugerah tertinggi dan hak eksklusif Kerajaan Persekutuan yang tidak ditawarkan dan diberikan dengan sewenang-wenangnya...”*.
These are the words of the Ministry Home Affairs, not mine* Tuan Yang di-Pertua.
Sewenang-wenangnya. Main bola sepak di negara kita, lima tahun boleh dapat kerakyatan Malaysia. Orang dah tunggu sampai jadi warga emas 90 tahun, 100 tahun duduk dalam kerusi roda baru diberikan kad biru. Itu pun belum tentu boleh dapat MyKad atau tidak.
So, double standard ini harus berhenti. Sudah lama ramai Ahli Parlimen yang membawa isu ini di Dewan yang mulia ini. Berapakah kali pegawai-pegawai hendak recycle jawapan yang diberikan untuk kami. Kami pun jenuh hendak baca sebab satu jawapan itu template itu dikongsi dengan semua Ahli Parlimen yang lain. Kami mahu lihat kesudahan kepada krisis di negara kita dalam pemberian kewarganegaraan. Saya faham kalau perlu ada masa untuk pemohon menunggu but it has to be realistic, not 50 years, not 60 years. If some people can get their citizenship in six years because they are married to a VIP, then I think children and warga emas should be accorded the same privileges. Tuan Yang di-Pertua, saya membawa suara rakyat di sini berhubung harga ujian PCR atau RTK yang berbeza-beza yang ada di luar. Kalau bayar lebih boleh dapat keputusan dalam tiga jam. Kalau bayar lebih daripada itu boleh dapat keputusan dalam satu jam. Adakah ini satu polisi atau dasar yang Kementerian Kesihatan tahu dan jika tahu apakah tindakan mereka? Untuk makluman Dewan yang mulia ini, ramai warga Malaysia yang berada di luar negara tidak perlu untuk membayar untuk ujian PCR sebagai keperluan untuk mereka menaiki pesawat kapal terbang kembali ke tanah air.
Rakyat Malaysia tidak perlu membayar untuk ujian PCR di negara asing. Namun di Malaysia perlu membayar beratus-ratus untuk ujian PCR ini. Saya memohon untuk Kementerian Kesihatan mengkaji semula dan menetapkan satu kadar minima untuk ujian PCR ini. Jika negara lain yang mempunyai jauh lebih banyak kes positif berlipat ganda daripada negara kita yang boleh membekalkan ujian PCR secara percuma untuk Warganegara Malaysia dan juga untuk pelawat-pelawat daripada negara lain seperti dari Malaysia, mengapa negara Malaysia dengan kadar kes positif yang jauh lebih rendah masih mengenakan satu caj atau bayaran yang tinggi untuk ujian saringan COVID-19 ini.
Tuan Yang di-Pertua, ramai rakyat Malaysia telah menerima kotak kit COVID-19 Keluarga Malaysia daripada pihak kerajaan. Berapa kit COVID-19 Keluarga Malaysia ini telah diedarkan setakat ini? Berapakah kos untuk satu kotak tersebut? Berapakah kos untuk Majlis Pelancaran Kad Laporan 100 hari Perikatan Nasional?
Satu demi satu pelbagai majlis feel-good telah dianjurkan oleh pihak kerajaan syok sendiri dengan pencapaian mereka. Namun, adakah perhatian dan kesungguhan yang sama diajukan dan ditujukan kepada pembangunan infrastruktur di negara kita.
Sekolah-sekolah masih dalam keadaan daif, permohonan dana untuk membaiki infra di sekolah untuk keselesaan dan keselamatan anak-anak kita – Ha! Tunggu berbulan-bulan untuk dapat jawapan daripada Kementerian Pendidikan. Barangkali jawapannya yang selalu diterima adalah tidak ada dana, lambat proses, sekolah lain yang lebih daif, carry over dari tahun lepas dan pelbagai alasan yang lain.
Saya tak faham, kalau bulan 1, bulan 2, tahun ini sekolah tersebut memasukkan permohonan untuk membaik pulih atau untuk repair works untuk pengubahsuaian masih boleh dapat jawapan daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri bahawa dana sudah habis atau dana tidak cukup. We are just in the beginning of the year and the Education Ministry gets the biggest budget from the national budget. I don’t understand why in February you can still have no money to repair parts of school that need repairing.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Walaupun Ahli Parlimen mempunyai peruntukan pembangunan untuk digunakan di kawasan kami dan untuk sekolah-sekolah, namun persoalan ke manakah perginya peruntukan pembangunan daripada pihak kerajaan? Bukan itu sahaja, pembangkang juga tidak dibenarkan untuk memeriksa perkakas yang kami sumbangkan ataupun dibenarkan untuk masuk sekolah untuk melihat projek-projek kecil yang telah menggunakan dana daripada bajet Ahli Parlimen. Saya menggesa untuk Kementerian Pendidikan agar membenarkan semua wakil rakyat untuk dibenarkan masuk ke sekolah di kawasan mereka untuk lawatan kerja, untuk melihat keadaan sekolah tersebut. Kita kena ingat pesan tuanku, usahlah politikkan pendidikan di negara kita ini untuk masa depan anak- anak kita.
Tuan Yang di-Pertua, hospital kerajaan juga menghadapi masalah yang sama.
Sudah masuk tahun 2022, tetapi keadaan hospital kerajaan masih lagi seolah-olah terperangkap di era zaman penjajahan Jepun. Ventilasi yang kurang di wad kelas 3 wanita dan lelaki, keadaan tandas yang uzur dan usang, peralatan dan perkakasan yang lama yang masih digunakan dan yang paling buruk, kekurangan hospital kerajaan di negara kita. Sudah sembilan tahun sejak 2013, saya merayu untuk sebuah hospital dibina di Parlimen Batu Kawan. Sememangnya sebuah hospital kerajaan amat diperlukan di situ.
Jika pihak kementerian khuatir kekurangan tenaga kerja...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat, sila gulung.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Baik, dua minit lagi Tuan Yang di- Pertua.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Ya, saya sudah bagi dua minit.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Terima kasih. Jika pihak kementerian khuatir kekurangan tenaga kerja untuk berkhidmat di hospital baharu, maka inilah platform yang terbaik untuk pihak kerajaan memberi peluang pekerjaan kepada graduan baharu atau sebagai promotion kepada ramai yang telah bekerja dalam sektor kesihatan ini. Seraplah doktor-doktor kontrak untuk bekerja di Hospital Batu Kawan.
Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh menjelaskan mengapa wujud budaya doktor- doktor yang bekerja on call dan overtime untuk 36 jam atau lebih yang jelas menjejaskan kesihatan mereka dan kualiti perkhidmatan mereka. Doktor manusia juga. Ramai graduan kursus jururawat masih tidak mendapat placement lagi.
Maka, saya ingin bentangkan sekali lagi agar Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat, sila gulung.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Baik. Rayuan saya agar sebuah hospital dibina di Batu Kawan sekurang-kurangnya melalui satu JV dengan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).
Tuan Yang di-Pertua, setakat 26 Februari, seramai 11 orang telah meninggal dunia dalam tahanan polis dan imigresen. Saya ingin tanya di sini, apakah nasib mereka yang mati dalam lokap polis? Apakah peranan EAIC dalam kematian-kematian ini? Pada Mac tahun lalu...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Satu minit lagi Tuan Yang di- Pertua.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Ini sudah lebih ini, lima minit dah saya beri ini.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Satu minit lagi saya gulung.
Keluarga pemandu lori Chandran, keluarga Kamarulnizam, keluarga Benedict, ketiga-tiga
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
keluarga ini telah diberikan pampasan oleh pihak kerajaan. Akan tetapi, tiada tindakan undang-undang diambil terhadap anggota polis yang bertanggungjawab terhadap kematian ini.
Saya menggulung Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tahu isu kawasan, saya mohon untuk kementerian-kementerian mengambil peka dan mendengar keluhan dan rintihan Ahli Parlimen terutama saya di kawasan Parlimen Batu Kawan. Kesesakan lalu lintas di Batu Kawan Industrial Park, jalan-jalan JKR di bawah kawasan Kementerian Kerja Raya di bawah Kerajaan Persekutuan, Jalan Bukit Tengah dari Bulatan Bukit Tengah sehingga Jalan Permatang Tinggi. Saya ingin pemantauan yang lebih baik terhadap parit- parit dan sungai-sungai di bawah JPS.
Sedikit lagi, mengenai polisi dan dasar untuk rumah mampu milik. Tuan Yang di- Pertua, kita tahu hari ini rumah-rumah mampu milik secara dasarnya tidak boleh disewa kepada orang lain sebab ia khas untuk golongan B40. Akan tetapi melihat kegawatan ekonomi, ramai yang tidak dapat membeli rumah, maka terpaksa menyewa. Maka, saya ingin cadangkan satu rundingan yang diadakan oleh KPKT bersama dengan Ahli-ahli Parlimen bagaimana kita boleh membantu golongan yang sudah membeli rumah, tidak dapat membayar ataupun golongan yang mahu menyewa.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas masa yang telah diberikan. Terima kasih saya ucapkan.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih.
Dipersilakan Yang Berhormat Wangsa Maju.
Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew - Wangsa Maju
Tuan Yang di-Pertua, tidak lama lagi negeri Johor akan mengadakan pilihan raya negeri. Bukan saya ingin berkempen di Dewan yang mulia ini, tetapi sebagai wakil rakyat, saya terpanggil untuk mengingatkan rakan-rakan yang duduk di sebelah tanggungjawab kita terhadap negara dan rakyat. Langkah Sheraton dan perkembangan politik seterusnya di negara ini telah mendedahkan permainan politik yang paling hodoh dan kotor dalam sejarah. Ketamakan kuasa dan wang bukan sahaja menggugat kestabilan negara, tetapi telah menelan sumber negara, menyebabkan kebangkitan wabak dan penderitaan rakyat yang tidak berkesudahan.
Pilihan Raya Negeri Johor baru-baru ini hanya mempamerkan kerakusan kuasa Barisan Nasional dan pembaziran dana awam. Saya mohon SPR memaklumkan kepada Dewan ini, berapakah jumlah wang yang telah dibelanjakan untuk pilihan raya negeri ini?
Rakyat di Johor haruslah menolak Barisan Nasional dalam pilihan raya ini supaya pada masa hadapan tiada parti politik akan menyebabkan pilihan raya yang tidak perlu dan mengorbankan berjuta-juta dana awam. Ia sepatutnya boleh digunakan untuk membantu golongan miskin dan mereka yang menganggur. Pilihan Raya Negeri Johor juga mendedahkan ratusan ribu pengundi kepada jangkitan virus COVID-19.
Tuan Yang di-Pertua, pada ketika kita membahaskan Titah Diraja, beribu-ribu penduduk di Kelantan dan Terengganu kini sedang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir. Hanya beberapa bulan lalu banyak negeri dilanda banjir teruk dan kita diberitahu bahawa banjir telah disebabkan oleh perubahan iklim. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, dalam kes Kelantan dan Terengganu, musibah banjir ini telah menjadi acara tahunan di beberapa tempat selama beberapa dekad. Berjuta-juta harta benda musnah dan nyawa terkorban setiap tahun dalam banjir selain berjuta-juta yang dibelanjakan untuk aktiviti menyelamat. Kita memerlukan penyelesaian pelan jangka panjang untuk kawasan dan penempatan yang terdedah kepada bencana banjir ini.
Saya diberitahu penduduk kampung yang dilanda banjir bahawa mereka terpaksa tinggal di kawasan banjir kerana tidak mampu membeli rumah di luar kampung mereka.
Penyelesaian jangka panjang sepatutnya adalah dengan memindahkan seluruh kampung keluar dari kawasan banjir dan menempatkan semula penduduk di kawasan bertingkat di tanah negeri berhampiran. Ia pernah berlaku sebelum ini. Pada tahun 1926 di Selangor,
Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew - Wangsa Maju
seluruh bandar Kuala Kubu telah dipindahkan ke tapak Kuala Kubu Bharu sekarang selepas kejadian banjir besar. Ia boleh dilakukan.
Tuan Yang di-Pertua, bagi perubahan iklim, kita ingin tahu apakah tindakan yang telah diambil kerajaan untuk mencegah bencana banjir pada masa hadapan. Kita menyokong penuh seruan Yang di-Pertuan Agong dalam Titah Diraja bahawa 50 peratus keluasan tanah negara hendaklah diliputi kawasan hutan. Selain itu, kita memerlukan langkah tebatan banjir segera yang lain seperti mengenal pasti dan memelihara dataran banjir ataupun floodplain dan membina kolam takungan di kawasan bandar. Kita juga memerlukan garis panduan baharu untuk perancangan perbandaran di kawasan bandar dan kelulusan bagi bangunan baharu terutamanya di kawasan bandar dengan mengambil kira kemungkinan banjir yang lebih teruk disebabkan perubahan iklim.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew - Wangsa Maju
Kita perlu ada kelulusan yang lebih ketat. Tiada lagi dataran banjir atau kolam takungan yang diasingkan atau alienate untuk tujuan perumahan atau komersial dan tiada lagi kompromi mengenai perkara ini kerana campur tangan daripada pihak berkepentingan.
Saya berasa amat meluat kerana DBKL masih membenarkan pembangunan perumahan dan komersial diteruskan pada empat daripada enam kolam takungan di Kuala Lumpur, selepas banjir besar melanda di ibu kota baru-baru ini.
Kita tidak boleh menerima alasan bahawa tiada halangan daripada jabatan teknikal untuk menyerahkan kolam takungan untuk tujuan pembangunan. Di manakah political will untuk mempertahankan kolam takungan di Kuala Lumpur dan menyelamatkan warga ibu kota daripada bencana banjir?
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, saya ingin menyentuh statistik terkini yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan mengani populasi menua di negara ini. Banci penduduk terkini menunjukkan pada tahun 2021, penduduk berumur 65 tahun ke atas merupakan tujuh peratus daripada jumlah penduduk negara dan 7.4 peratus pada tahun 2022. Ini bermakna dalam tempoh 10 tahun lagi negara kita akan berhijrah kepada masyarakat penuaan atau aging society. Pada masa yang sama, kadar kesuburan atau kadar kelahiran semakin menurun. Pada tahun 2021, kadar kesuburan dalam usia reproduktif turun kepada 1.9 iaitu lebih rendah daripada kadar penggantian minimum iaitu 2.1.
Menurut satu kajian mengenai kesan penduduk menua terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia, nisbah tanggungan ataupun dependency ratio akan mencapai 49.5 menjelang tahun 2040 iaitu bagi setiap 100 orang pekerja produktif terdapat 49.5 orang kanak-kanak dan orang tua yang tidak produktif dan memerlukan sokongan mereka.
Adakah ini beban yang mampu ditanggung masyarakat? Saya ingin tahu apakah pelan tindakan untuk mengatasi masalah populasi negara yang semakin menua?
Ini sahaja Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Kuala Selangor, 13 minit.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera semuanya.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Kuala Selangor akan menumpu hanya atas satu tajuk yang terkait perkara yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong akan noktah 74, Tuan Yang di-Pertua. Kuala Selangor menjunjung kasih mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan menjunjung kasih untuk diberikan ruang berbahas atas titah ini.
Noktah 74 daripada 80 noktah saya kira adalah paling mustahak paling penting dalam menentukan masa depan dan kesinambungan survival negara ini. Tatkala Yang di- Pertuan Agong menyebutkan titahnya “Dalam membina sebuah negara bangsa telus dan berintegriti, Beta memandang serius tentang isu rasuah yang berlaku. Beta percaya kerajaan sedang melaksanakan dasar dan inisiatif Pelan Anti Rasuah Nasional menerusi tindakan penguatkuasaan, pencegahan dan pendidikan bagi membanteras segala bentuk jenayah rasuah”. Tuan Yang di-Pertua, tidak perlu saya mengulangi, menyebut-nyebut betapa negara telah merudum dalam indeks persepsi rasuah di kaca mata dunia. Saya kira sudah cukup memalukan apabila kita sendiri tahu dengan kenyataan-kenyataan dan penegasan- penegasan yang dibuat oleh kepimpinan khasnya, kalau boleh saya ingatkan kembali mantan Ketua Polis Negara yang menyebutkan ketika beliau menyatakan betapa kecewanya beliau memerhatikan amalan rasuah yang berleluasa dalam pasukan Polis Diraja Malaysia. Namun, pada waktu yang sama mengkritik secara sangat tajam akan golongan yang kerap menuduh dan mentohmah pasukan polis. Tidak lain dan tidak bukan adalah golongan pimpinan politik ataupun politikus sendiri.
Beliau mahukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan langsung. Hari ini, lebih mengecewakan kita berdepan dengan suasana custodian of integrity, pelindung dan penjaga integriti negara ketua pesuruhjayanya sendiri dalam pertikaian dan beberapa laporan-laporan yang terkait akan pegawai-pegawai tertinggi mereka yang pecah amanah, salah guna kuasa dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, apakah lagi dasar, pelan, undang-undang yang perlu digubal yang perlu dikedepankan untuk membanteras jenayah rasuah ini. Mungkin lebih mudah kalau mengambil pendekatan negara seumpama komunis China yang tembak mati sahaja golongan penjenayah ini.
Namun Tuan Yang di-Pertua, lebih mengecewakan sedikit waktu dahulu parti- parti politik dan kohesi politik yang mengangkat kononnya perjuangan agama, perjuangan bangsa dan hari ini kita perhatikan bahawa kereputan seluruh institusi negara ini bukan hanya menyinggung dan terkait dengan badan-badan penguatkuasaan yang kita sebutkan sebentar tadi PDRM, SPRM, imigresen dan sebagainya. Bahkan ianya, sarat dan membarah dalam seluruh amalan mana pun bidang dan sektor muamalat ataupun kegiatan-kegiatan ekonomi, perniagaan, penguatkuasaan, segala-galanya. Lalu, dalam hal ini juga saya membangkitkan betapa kecewanya kita. Apakah apabila melihatkan bahawa negara-negara majoriti umat Islam yang tersenarai corot.
Bahkan negara kita ini Malaysia yang kita berdepan dengan bencana dan malapetaka rasuah ini adalah antara yang tertinggi, bahkan yang tertinggi pada tangga 40 setelah semua negara-negara maju OECD dan yang lain, Scandinavian countries, Denmark, Finland, Switzerland dan semuanya tertera dalam tangga-tangga yang atas itu, kita Malaysia ini pada tangga 40 dari segi indeks yang dikatakan integriti itu. Sangat malang.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut titah Yang di-Pertuan Agong ini bagi mengingatkan kita bahawa tidak akan ada cara untuk kita tangani ini.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Kalaulah nilai agama kita sendiri pun sudah kita ke tepi dan kesampingkan.
Walaupun anjuran daripada lisan dan hadis Nabi banyak menegaskan, namun hari ini semacam sudah menjadi dibiasakan dan dinormalisasikan dalam Dewan ini juga ada cubaan itu. Penjenayah yang mahu dianggap dan hari ini disanjung ketika mana Rasulullah SAW menyebutkan yang melakukan jenayah seumpama ini yang beri dan yang terima [Berucap dalam bahasa Arab] keduanya dicampakkan di neraka jahanam.
Fin nar - dan kita tidak takut apa yang sebenarnya disebutkan oleh Rasulullah SAW yang menjadikan juga satu yang seharusnya pimpinan negara ini perhatikan khususnya yang
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
berjuang di atas landasan agama dan sebagainya. Memperjuangkan bangsa dan kononnya. Namun apabila kita perhatikan lisan Rasulullah SAW mengingatkan kita, kalau kita sudah sarat dan pimpinan sepertimana yang disebutkan oleh mantan KPN yang saya sebutkan tadi, kalau itulah cara bagaimana kita menyalahgunakan kuasa untuk mendapatkan pengaruh kedudukan pemerintahan kerajaan dan menjatuhkan dengan pengkhianatan seluruhnya membawa kita kepada kehidupan muamalat yang sangat bertentangan dengan anjuran agama.
Maka saya diperingatkan oleh hadis Rasulullah SAW akan bagaimana Rasulullah SAW menggambarkan seorang berdiri di padang pasir mengangkat tangan Ya Rab, Ya Rab berdoa bermunajat, tetapi seluruhnya ditolak. Kerana apa? [Membaca sepotong hadis] Pakaiannya, makanannya, minumannya, seluruhnya adalah daripada sumber- sumber haram yang terbit daripada salah guna kuasa, pecah amanah dan rasuah.
[Membaca sepotong hadis] Masakan Allah mengabulkan doa-doa.
Kita sudah sampai ke peringkat itu di mana hari ini, kita berhadapan dengan bala bencana yang tidak ada putusnya-putusnya. Saya tidak mendakwa seluruhnya kita begitu, tetapi pimpinan tertinggi hari ini, di Dewan yang mulia ini— kalau benar-benar mulia.
Sebelah sana ataupun sebelah sini, kitalah antara pimpinan politik yang mencetuskan amalan budaya yang sarat dengan segala yang bertentangan dengan agama itu.
Justeru Tuan Yang di-Pertua, saya mahu menyinggung sedikit apa yang hari ini saya sebutkan awal tadi, seolah-olah mahu menormalisasikan dengan izin atau mahu membiasakan salah laku jenayah, pecah amanah dan salah guna kuasa itu, sebagai satu yang akhirnya dianggap ‘Malu Apa Bossku’.
Ini adalah saya kira mulanya kehancuran umat ini yang sudah terbiasa dengan segala yang dianggap biasa ,yang sudah dianggap normal sementara Rasulullah mengingatkan kita dalam hadis dalam lisannya, [Membaca sepotong hadis] Kalau kamu sudah tidak tahu malu, maka lakukanlah sepertimana yang kita saksikan hari ini. Sudah sabit kesalahan di High Court, di Mahkamah Rayuan, tetapi masih lagi didewa-dewakan, masih lagi disanjung dan lebih mustahak daripada itu Tuan Yang di-Pertua, cuba dinormalisasikan, cuba dihujahkan bahawa apa yang berlaku yang dilakukan itu adalah tidak membawa apa-apa kesan dan mudarat dan bencana dan bahaya dan bahana kepada rakyat dan khasnya negara ini dan rakyat ataupun kekayaan ataupun dirompak dan diperkosa yang telah kita maklumi hari ini sebagai the greatest kleptocracy, the heist of the century. Begitu mereka menggambarkan rompakan yang berlaku ke atas 1MDB.
Hari ini sudah menjadi the greatest shame. A national embarrassment dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin hanya mahu menyebutkan betapa Yang Berhormat Pekan baru ini menyebutkan bahawa tidak ada taxpayer’s money, tidak ada dana awam dan wang rakyat yang digunakan ketika mana cuba untuk menghujahkan seolah-olah 1MDB itu masih lagi satu yang sifatnya yang membawa kebaikan. Saya sedikit menyebutkan dalam tulisan- tulisan saya yang saya terbitkan 2014 lagi, ketika itu saya tidak berada di Parlimen. Saya banyak menulis tentang perkara ini dan saya koleksikan dalam buku ini *“Najibnomics:
Rahmat atau Malapetaka?”.* Satu chapter atas 1MDB. Bukan menuduh, tetapi mahukan rakyat celik atau literate, peka dan prihatin akan perkara-perkara yang hari ini sudah menjadi satu indication, mengesahkan apa pun yang telah dikemukakan dan telah saya huraikan dalam beberapa makalah yang ditulis. Hari ini sudah semua sedia maklum dengan Department of Justice (DOJ) mendedahkan semua perkara itu.
Cuma sedikit Tuan Yang di-Pertua yang dikatakan tidak menggunakan dana awam itu adalah sangat misleading Dewan, menyimpang jauh daripada kebenaran dan bukannya 1MDB lagi, baru SRC International, anak syarikat 1MDB. Baru itu pertuduhan itu, sudah cukup menggambarkan betapa Yang Berhormat Pekan bukan sahaja perlu tarik balik cubaan beliau untuk membiasakan dan menormalisasikan untuk dianggap perkara itu biasa dan tidak malu untuk perkara itu ditayang dan dipaparkan. Hutang yang dibayar dengan ketika itu kalau boleh diizinkan saya menyebutkan RM4 bilion loan yang akhirnya diterbitkan untuk SRC, sudah awal-awal lagi pada 2015 ketika beliau memimpin negara ini.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
MOF atau Kementerian Kewangan telah pun menerbitkan tiga loan, tiga pinjaman berjumlah RM650 juta untuk membayar supaya takut default. Kalau default, maka kerajaan akan terpaksa bayar RM4 bilion itu. Maka dengan kata lain, hanya saya mengambil satu contoh, bahkan saya boleh mengambil pelbagai lagi contoh bayaran kepada IPIC dan bagaimana kononnya beliau menyebut seolah-olah bagi saya cuba untuk membayangkan bahawa aset yang ada dalam 1MDB itu akan mampu membayar hutang- hutang.
Tuan Yang di-Pertua, kalau saya diizinkan dua minit lagi. Saya menyebutkan dalam salah satu tulisan ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta rumuskan ya.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Ya, insya-Allah. Terima kasih. Meminjam RM11.55 bilion, tetapi hanya terima RM6 bilion. Yang selainnya bagaimana? Itu adalah segala cara songlap, secara money laundering kalau dengan mudahnya saya sebutkan dan hari ini sudah menjadi pengetahuan awam seluruh dunia, Tuan Yang di-Pertua.
Justeru dengan itu, rumusan saya bangkitkan ucapan saya ini adalah untuk mempertegaskan betapa khasnya umat Islam, amnya semua supaya tidak boleh menormalisasikan jenayah sama ada jenayah itu jenayah rasuah, sama ada ia pecah amanah ataupun ia menyalah guna kuasa dan seandainya kepimpinan negara terus- terusan berbuat demikian khasnya dalam kerakusan merebut kedudukan, merebut kuasa, merebut kerajaan, menjatuhkan satu sama lain dengan cara yang lain, dengan cara yang paling khianat dan paling curang ini, negara ini akan pastinya hancur Tuan Yang di-Pertua.
Atas itu saya menyokong, menjunjung kasih ucapan Yang di-Pertuan Agong khasnya pada noktah 74. Sekian, terima kasih sekali lagi. Assalamualaikum.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Petaling Jaya. 13 minit.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Terima kasih atas peluang untuk membahas Titah Diraja. Saya bimbang kerajaan sekarang tidak serius dalam menangani isu-isu utama yang menjadi ancaman kepada rakyat Malaysia. COVID-19 bukanlah satu krisis yang kita hadapi pada masa ini. Masalah sosial ekonomi semakin meruncing. Terdapat krisis mata pencarian, livelihood crisis dengan izin, dalam kalangan isi rumah berpendapatan rendah.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Satu segmen masyarakat yang sangat terjejas oleh harga barangan yang lebih tinggi dan hutang yang semakin meningkat. Kita juga dibebani isu perubahan iklim (climate change), dengan izin yang memberi kesan kepada alam sekitar dan juga ada kaitan dengan kemiskinan, keselamatan makanan (food security), kesihatan, pendidikan dan keperluan asas. Perubahan iklim saling berkaitan dengan sumber pendapatan rakyat.
Adakah Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar dan Air memahami dan mempunyai strategi yang kukuh, mampan dan holistik untuk melindungi alam sekitar kita?
Seperti yang dinyatakan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, ada keperluan untuk memberi tumpuan kepada pelan dan program- program rangkuman sosial. Pentadbiran negara ini telah hilang sinarnya. Terdapat defisit kepercayaan yang serius disebabkan oleh keengganan kerajaan untuk membawa pembaharuan struktur kepada pentadbiran semasa.
Tuan Yang di-Pertua, malangnya kita kini mempunyai politik yang baharu. Politik gosip tetapi tidak bertindak. Kemunculan semula kes Goldman Sachs di mana perbicaraan Roger Ng sedang berlangsung di US yang menyaksikan Tim Leissner mengambil pendirian untuk membuat pendedahan menggemparkan mengenai kes 1MDB dan eksploitasinya di Malaysia. Ini menimbulkan persoalan mengapa pihak berkuasa di
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Malaysia terus membisu mengenai kes kecurian wang 1MDB yang melibatkan bekas Perdana Menteri sejak tahun 2006 yang masih belum diselesaikan.
Mengapakah pihak berkuasa tidak menyoal beliau sekarang, apabila berlakunya lebih banyak pendedahan? Sebaliknya, kita lihat beliau berkempen dalam pilihan raya Johor seolah-olahnya beliau tidak bersalah. Diharap Menteri Undang-undang boleh menjawab. Di Parlimen, perkara ini di perkecilkan dengan merujuk isu ke Kamar Khas dan bukannya dibentangkan secara terbuka di Dewan Rakyat walaupun ia melibatkan dana awam dan merupakan soal kepentingan awam.
Kes Azam Baki juga menuju ke jalan buntu dengan perkara itu seperti ‘disapu di bawah tikar’. Persoalannya masih tidak terjawab iaitu mengapa seorang penjawat awam membenarkan adiknya menggunakan akaunnya untuk menjual beli syer walaupun Securities Commission yang ada prosedur yang tidak membenarkan perkara ini berlaku.
Ada banyak persoalan yang belum kita dapat jawapannya. Bukankah ia masih satu konflik kepentingan? Saya berharap Menteri Undang-undang boleh menjawab.
Dalam tempoh dua bulan pertama tahun 2022 ini, kita telah menyaksikan 10 insiden kematian dalam tahanan dan masih tiada keadilan bagi mangsa-mangsa yang terlibat. Bilakah reformasi penjara akan berlaku? Perlu juga ada desakan sebenar menyahut IPCMC dan bukannya rang undang-undang yang telah dibentangkan oleh kerajaan semasa ini. Saya harap Menteri Dalam Negeri dan Menteri Undang-undang boleh mengkaji semula IPCC ini dan reject IPCC dan mengadakan IPCMC instead. SOP yang tidak sensitif mengenai COVID-19 telah mengakibatkan pengusaha kecil menderita. Salah satu contohnya ialah Merdekarya di Petaling Jaya di mana persembahan muzik secara langsung kini tidak dibenarkan tanpa memberi amaran yang sewajarnya. Pemilik premis tersebut telah mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN dan Kementerian Kesihatan tetapi masih diberitahu oleh pihak berkuasa bahawa dia tidak dibenarkan beroperasi.
Saya ada soalan, tidakkah MKN dan Kementerian Kesihatan boleh berfikir secara logik dan mencari cara alternatif untuk menyokong pengusaha kecil, artis, penghibur dan ramai lagi daripada sektor hiburan yang telah menanggung beban ekonomi akibat wabak ini? Pindaan Akta 342 mesti dikaji semula dan tidak diluluskan di Parlimen secara tergesa- gesa.
Tuan Yang di-Pertua, perumahan awam dan kos rendah diselenggarakan dengan teruk tanpa jalan penyelesaian yang jelas. Pesuruhjaya Bangunan (COB) dan KPKT, kedua-duanya gagal menyelesaikan isu perumahan dan sebaliknya menjadikan kebanyakan kawasan perumahan ini menjadi kawasan setinggan (ghetto). Saya telah membangkitkan isu ini berulang kali di Parlimen tetapi langsung tidak diberi tumpuan oleh Menteri atau Timbalannya.
Kita pernah mengalami banjir paling teruk di Selangor dan lain-lain negeri dan kita sedang melihat bagaimana perubahan iklim menjejaskan Kelantan dan Terengganu di mana biasanya pada bulan Januari dan Februari, hujan lebat jarang berlaku. SOP NADMA masih tidak memadai untuk menangani bencana alam. Perlu ada rombakan sistem secara menyeluruh dengan segera untuk menangani bencana negara ini dengan lebih baik. Lebih banyak nyawa tidak sepatutnya terkorban dalam menunggu dan berharap sesuatu penyelesaian sistemik akan dilaksanakan.
Laporan Risiko Global Forum Ekonomi Dunia 2022 menyebut isu alam sekitar sebagai risiko global terbesar terutamanya apabila berhadapan dengan cuaca ekstrem, kegagalan tindakan iklim dan ancaman kepada biodiversiti. Namun, kemajuan ke arah peralihan hijau dan keupayaan untuk lebih bersedia menghadapi kecemasan iklim masih dipenuhi dengan tindak balas yang tidak memuaskan. Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar dan Air, saya berharap Yang Berhormat akan menjawab, di manakah dasar perubahan iklim segera yang diperlukan untuk memelihara masa depan?
Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin mengemukakan cadangan mustahak untuk melaksanakan dasar perlindungan sosial dan pelan tindakan yang lebih kukuh.
Saya berharap ini akan diambil oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Pertama ialah melaksanakan konsep decent work atau pekerjaan wajar yang mesti bermula daripada masa seseorang dilahirkan sehingga hari dia bersara. Dasar- dasar dan tindakan untuk pekerja bukan sahaja untuk mencari nafkah bagi menyara hidup malah sebagai hala tuju dan juga identiti sendiri. Ini bermakna, mewujudkan perlindungan sosial untuk mencegah kemiskinan dan membina daya tahan dalam menghadapi pasaran buruh yang kian mencabar.
Kedua, melabur dalam manfaat kanak-kanak sejagat supaya tiada kanak-kanak yang ketinggalan semasa melalui peringkat perkembangan kognitif, fizikal dan sosial ini.
Ketiga, ialah melaksanakan gaji minimum secepat mungkin iaitu RM1,500 sebulan atau pada kadar yang berpatutan. Gaji minimum ini merupakan satu keadilan sosial yang akan membantu orang ramai memenuhi keperluan hidup pada masa ini.
Keempat, terdapat daripada kalangan rakyat kita sendiri yang tidak mampu untuk menyediakan makanan yang secukupnya untuk mereka sekeluarga, membayar kos sewa, kemudahan dan sebagainya.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Ini bukan lagi kes di mana golongan yang menerima gaji minimum akan mempunyai wang tambahan untuk menikmati hidup tetapi diperlukan untuk membiayai kos keperluan asas untuk meneruskan kehidupan.
Kelima ialah prinsip leave no one behind atau tiada sesiapa ketinggalan, mesti dihormati oleh kerajaan. Realitinya walaupun kita ada Akta Keselamatan Sosial Pekerja dan juga Akta Sistem Insurans Pekerjaan, apa yang sudah jadi ialah lebih ramai masih tercicir dan tidak ada Skim Insurans Pekerjaan.
Pada masa kini hanya 30 peratus rakyat mencarum dalam Skim Insurans Pekerjaan. Dalam kalangan wanita umur bekerja pula, hanya 40 peratus mempunyai majikan yang dipertanggungjawabkan untuk membayar pekerja mereka yang mengambil cuti bersalin. Memperluaskan perlindungan mandatori Skim Insurans Sosial kepada pekerja yang bekerja sendiri. Mempunyai pekerjaan luar biasa atau tidak formal dan juga mereka di luar tenaga kerja rasmi seperti suri rumah. Ini adalah yang penting.
Kelapan ialah melindungi dan memastikan simpanan hari tua mencukupi. Perlu wujudnya Pension Insurance Social. Malaysia juga akan mencapai status negara tua menjelang pada tahun 2030. Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat nampak masih tidak lagi bersedia. Kita juga jauh daripada merealisasikan Pelan Tindakan Warga Emas Negara supaya dapat memastikan warga tua dapat meneruskan kelangsungan hidup khasnya daripada aspek kesihatan, ekonomi, kebajikan dan keselamatan.
Last sekali, dua minit lagi. Last sekali ialah membina institusi keselamatan sosial negara dan pendaftaran berpusat atau centralised untuk mentadbir dan melaksanakan inisiatif perlindungan sosial yang disyorkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya setuju juga dengan Yang Berhormat Padang Rengas berhubung dengan pindaan Perlembagaan yang perlu dijelaskan berkenaan dengan kewarganegaraan serta istilah ibu bapa. Saya ingin dan berharap perkara berikut dan saya hendak menjelaskan apakah pindaan yang hendak dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan oleh kerajaan. Yang penting ialah Malaysia mesti merangkumi bahawa parent atau perkataan ibu bapa. Parent bermakna ibu bapa. Ini perlu diberikan, sesiapa ibu atau bapa boleh memberikan kewarganegaraan kepada anak-anak mereka.
Isu pertukaran secara unilateral oleh bapa atau ibu tanpa perundingan tidak boleh berlaku di Malaysia. Ini adalah penting. Saya rasa kedua-duanya mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk menyampaikan sebarang keputusan yang mereka ingin buat untuk anak-anak mereka.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Petaling Jaya, minta habiskan.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Last paragraph. Malaysia perlu pulih, fokus semula tenaga untuk menghadapi pertarungan ekonomi sukar yang menanti
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
pada masa terdekat. Kita telah berjuang dan bertahan menentang pandemik COVID-19 namun daya tahan kita mesti terus bersinar demi masa depan. Saya menggesa semua untuk mengetepikan perbezaan kita demi kebajikan rakyat seperti yang digesa oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Sekiranya kita memilih untuk menyusuri jalan kehancuran tiada lagi Malaysia yang akan tinggal. Kita semua perlu ingat akan perjuangan untuk memastikan hasrat martabat untuk semua tercapai. Dengan ini saya menyokong Titah Diraja. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Ipoh Timur, 13 minit.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya menyertai dalam perbahasan Titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Tuan Yang di-Pertua, satu aspek yang diberikan penekanan yang serius dalam Titah Tuanku adalah berkenaan dengan isu rasuah. Tuanku telah bertitah bahawa Tuanku memandang serius tentang isu rasuah yang telah berlaku.
Tuanku telah pun juga bertitah bahawa dasar dan inisiatif Pelan Antirasuah Nasional telah diberikan pengiktirafan dan keyakinan oleh Tuanku yang mana bagi saya ia adalah amat jelas suatu pengiktirafan kepada Kerajaan Pakatan Harapan yang telah memerintah selama 22 bulan dan yang telah memulakan segala usaha pembasmian rasuah di negara ini.
Tuan Yang di-Pertua, apabila kita berbincang tentang berkenaan dengan isu rasuah, masalah rasuah di negara kita. Baru-baru ini Indeks Persepsi Rasuah atau dikenali dengan izin, Corruption Perception Index tahun 2021 telah membawa satu amaran yang keras kepada negara kita. Pada tahun 2021, kedudukan kita telah jatuh ke suatu kedudukan 62 iaitu lebih teruk jika berbanding dengan tahun 2018 apabila pada masa itu isu 1MDB sedang melanda. Pada ketika itu adalah dianggap sebagai zaman yang paling serius yang mana isu rasuah sedang berleluasa, tahun 2018. Kedudukan ke- 61.
Tahun ini kedudukan ke-62. Lagi teruk, lebih teruk daripada apa yang berlaku pada tahun 2018. Skor kita juga jatuh daripada 51 peratus kepada 48 peratus. Buat kali pertama sejak tahun 2012 Malaysia di kelompok dalam suatu kelompok dua per tiga negara dengan skor di bawah 50 peratus daripada satu jumlah skor 100 peratus. Only 48 marks out of the full hundred marks.
Ini menjadikan Malaysia salah sebuah negara yang di kelompok dalam dua per tiga negara di bawah skor 50. Jika berbanding di bawah zaman pemerintahan Pakatan Harapan, bagi tahun pertama tahun 2019 kedudukan skor bagi Malaysia adalah pada 53.
Pada tahun 2019 kedudukan kita telah pun melonjak 10 tingkat, 10 kedudukan daripada 61 pada tahun 2018 sehingga 51 pada tahun 2019.
Apa yang berlaku pada tahun 2020 apabila Langkah Sheraton dilaksanakan dan terdapat pertukaran kerajaan, sekali lagi kedudukan Malaysia jatuh. Masa Pakatan Harapan kedudukan 51. Masa Perikatan Nasional, 57. Masa sekarang kita tidak tahu Kerajaan BN kah atau PN sekarang, jatuh kepada 62.
Jelas Tuan Yang di-Pertua, adalah amat sedih kerana pada hari ini kita telah kembali kepada zaman 1MDB yang mana Malaysia telah pun diklasifikasikan sebagai sebuah negara kleptokrat yang dipimpin oleh segolongan pimpinan, oleh seorang pemimpin yang dinamakan ‘Malaysian Officer 1’.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Walau bagaimanapun, saya tidak nampak kerajaan sekarang adalah serius dalam memandang keputusan ataupun kedudukan indeks persepsi rasuah kita. Hari semalam – dua hari yang lepas pada 01 Mac 2022, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri apabila beliau menjawab soalan daripada Ketua Pembangkang dan juga bersama-sama dengan
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
soalan daripada ahli-ahli Parlimen yang lain termasuk saya, nampaknya kerajaan tidak begitu serius berkenaan dengan indeks persepsi rasuah.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan bahawa “...*walau bagaimanapun ukuran CPI dilaksanakan berdasarkan persepsi melalui kajian oleh institusi-institusi antarabangsa dan antara perkara yang mempengaruhi skor dan kedudukan negara dalam CPI adalah soalan berbeza yang digunakan di antara mereka.
Walau bagaimanapun kita harus ingat – walau bagaimanapun kerajaan melalui GIACC telah mengadakan beberapa sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan agar laporan CPI tersebut lebih adil dan memberikan gambaran yang sebenar*.” Nampaknya kerajaan menganggap bahawa indeks persepsi rasuah yang baru diumumkan itu tidak adil dan tidak memberikan satu persepsi yang sebenar.
Akan tetapi, apabila kita duduk dalam Dewan yang mulia ini semalam kita dengar perbahasan daripada Yang Berhormat Pekan yang terus terang berbohong dalam Dewan ini yang menyatakan bahawa tidak ada satu sen pun wang rakyat digunakan untuk pembayaran wang prinsipal hutang wang 1MDB.
Bagaimanakah negara kita boleh progress? Bagaimanakah kerajaan yang disokong oleh Yang Berhormat Pekan ini boleh menunjukkan keyakinan ataupun tekad kerajaan untuk membasmi rasuah? Hari ini kita nampak Yang Berhormat Menteri Kewangan telah pun menyangkal kenyataan daripada Yang Berhormat Pekan. Bekas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu Yang Berhormat Pagoh juga telah menyarankan supaya Yang Berhormat Pekan dirujuk kepada Privilege Committee.
Seruan yang sama telah diberikan oleh Yang Berhormat Damansara daripada Pakatan Harapan di blok pembangkang supaya Yang Berhormat Pekan dirujuk kepada Privilege Committee. Sama ada kerajaan akan berbuat demikian demi menjaga martabat Parlimen ini, itu kita akan nampak dan kita akan evaluate dalam beberapa hari akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, kita tidak serius dalam isu menangani masalah rasuah. Kita ada nampak isu Ketua Pesuruhjaya SPRM iaitu Tan Sri Dato' Sri Haji Azam bin Baki, yang mana isu pemegangan saham oleh beliau sampai hari ini rakyat tidak diberi tahu apa keadaan sebenar dan apakah terjadi ke atas isu pemegangan saham oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Semalam Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjawab bahawa kes ini telah pun selesai antara Securities Commission Malaysia dengan Tan Sri Dato' Sri Haji Azam bin Baki. I was – when I read the news I was thinking what is happening, dengan izin. Apabila saya membaca, saya tertanya – saya sendiri, apa yang berlaku. Apakah yang telah pun selesai?
Saya tidak nampak isu ini telah pun selesai. Akan tetapi, apa yang saya nampak adalah apabila Tan Sri Dato' Sri Haji Azam bin Baki disiasat, the next two days, dengan izin, dua hari lagi Securities Commission Malaysia telah pun disiasat oleh MACC. Ini bukan –sekiranya ini bukan penyalahgunaan kuasa, apakah yang kita boleh rujuk, tindakan- tindakan sebegini?
Tuan Yang di-Pertua, selepas desakan demi desakan kita nampak pada bulan Januari Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri telah mahu memanggil prosiding dan memanggil Tan Sri Dato' Sri Haji Azam bin Baki untuk datang ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dan memberikan keterangan beliau.
Akan tetapi, apa yang berlaku adalah saksi tidak mahu datang. Tan Sri Dato' Sri Haji Azam bin Baki, dia bagi beberapa – tiga alasan menyatakan bahawa:
(i) dia ada satu kes defamation di mahkamah;
(ii) panggilan itu tidak ikut prosedur; dan
(iii) dengan alasan-alasan yang sebagainya.
Apa yang berlaku adalah pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen telah pun membuat keputusan “Oh! Nampaknya ada bantahan daripada Tan Sri Dato' Sri Haji
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Azam bin Baki so saya tidak panggillah.” What is happening to our Parliamentary reforms and the Parliamentary system? Apa yang berlaku terhadap pembaharuan Parlimen kita?
Kita menubuhkan suatu jawatankuasa pilihan khas untuk menyiasat perkara- perkara yang berkaitan tetapi pada masa yang sama pengerusi jawatankuasa pilihan khas tersebut bersikap lemah dan juga Yang di-Pertua Dewan Rakyat sendiri bersikap lemah dan tidak mengambil apa-apa tindakan ke atas saksi yang enggan untuk hadir ke prosiding.
Sekiranya ini membuka kepada satu precedent, apa yang akan terjadi dengan saksi-saksi yang akan dipanggil oleh PAC dan Jawatankuasa Pilihan yang lain pada masa hadapan? Saya hendak bangkitkan di sini, Tuan Yang di-Pertua. Bagi PAC, saya dilantik sebagai Pengerusi PAC sejak satu tahun setengah yang lepas.
Sepanjang masa ini PAC memang, sebelum ini ada berlakunya yang mana Ketua Pengarah Kesihatan kata pada bulan Ogos yang lepas kata sekarang Parlimen ada COVID-19, tidak boleh adakan apa-apa prosiding termasuk untuk menghadiri prosiding PAC. Beliau kata beliau cadangkan supaya prosiding PAC ditangguhkan.
Saya kata tidak. *I said a straight no to him. At the end of the day, when everyone was forced not to be in the Parliament, we PAC managed to have the proceeding done.
We called the then* Menteri Kesihatan and we called the then DG.
Itulah yang kita patut buat apabila Ahli-ahli parlimen ataupun Yang di-Pertua kata kita hendak satu pembaharuan Parlimen. Kuasa ataupun mandat yang diberikan oleh Parlimen itu haruslah dilaksanakan dengan teguh, dengan sikap yang sepatutnya dan bukan dengan satu sikap yang lemah.
Dua hari lepas saya dengar Yang di-Pertua ada kata “Oh! Saya pun tidak bersetuju dengan tindakan Tan Sri Dato' Sri Haji Azam bin Baki.” Akan tetapi, what are the actions being taken? Di sini saya menyeru supaya pihak kerajaan dalam isu Tan Sri Dato' Sri Haji Azam bin Baki ini menubuhkan satu jawatankuasa siasatan khas yang ditubuhkan oleh Kabinet untuk menyiasat perkara ini dan untuk membentangkan satu laporan kepada Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua, dalam MoU yang telah pun ditandatangani kita selalu kata kita akan melaksanakan pembaharuan institusi Parlimen dan untuk mengembalikan status Parlimen supaya ia adalah independent, dengan izin, dan bebas daripada kekangan Eksekutif.
Saya hendak tanya beberapa soalan di sini. Pertama, bilakah prosiding PAC dan juga Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang lain boleh dibenarkan untuk disiarkan secara langsung atas talian? Ini amat penting Tuan Yang di-Pertua, kerana Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen dan PAC kita bekerja keras. Kita memanggil segala saksi; Menteri, Ketua Setiausaha, Ketua Jabatan kita semua panggil.
Semua ini haruslah dilaksanakan secara lebih transparent, lebih telus dan lebih cekap dengan adanya suatu siaran langsung atas talian. Kenapa sampai sekarang tidak buat? Saya difahamkan bahawa sememangnya sebelum ini telah ada usaha supaya live telecast ini dilaksanakan tetapi apa yang telah menjadi penghalangnya. Saya memohon supaya pihak kerajaan boleh memberikan satu jawapan. Last sekali, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila rumuskan.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Bagi Jawatankuasa PAC dan juga Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Tiada waran perjawatan tetap atau kontrak untuk staf sokongan dalam Seksyen Jawatankuasa Pilihan dan Sekretariat PAC. Cuma yang ada berstatus MySTEP sedangkan mereka sudah dilatih untuk mengendalikan lebih 100 mesyuarat bukan sahaja untuk PAC tetapi untuk Jawatankuasa Pilihan lain. Saya hendak bertanya kenapa sampai sekarang tidak ada usaha pembaharuan terhadap memberikan pengiktirafan kepada staf-staf sokongan ini.
Point yang terakhir yang saya hendak bangkitkan adalah berkenaan dengan pemeliharaan bukit batu kapur di sekitar Lembah Kinta. Saya hendak bertanya kepada
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
kerajaan apakah usaha kerajaan yang akan diambil untuk memelihara bukit batu kapur di sekitar Ipoh yang merupakan warisan semula jadi yang penting dan unik serta tindakan yang diambil terhadap pengawalan kuari batu kapur. Hari ini kita menghadapi masalah perubahan iklim.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Sekarang ribut tidak kira musim dan tornado telah pun berlaku di Kampung Tawas di Ipoh. Banjir kilat juga sering berlaku di kawasan Ipoh. Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan untuk membantu rakyat dalam menghadapi masalah-masalah sebegini. Dengan itu saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang mengizinkan saya untuk berbahas pada petang ini dan sekian daripada saya perbahasan daripada Ipoh Timur. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat, pembahas terakhir Yang Berhormat Kuala Kedah. 13 minit.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk turut membahaskan Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pembukaan Parlimen baru-baru ini. Tuan Yang di-Pertua, kita sekarang sedang mengalami gelombang Omicron dan seperti yang berlaku di semua tempat lain di dunia bermula pada bulan November lepas di Afrika Selatan. Ini adalah gelombang terakhir.
Omicron dikatakan sebagai dengan izin, the last variant of concern. Maksudnya selepas ini kita akan ke fasa endemik. Mungkin lagi seminggu atau dua minggu sahaja di Malaysia dan telah beberapa belas negara mengisytiharkan bahawa pandemik ini telah berakhir seperti Britain, United Kingdom, Denmark, Sweden dan lain-lain lagi. Untuk itu, wajar kita melihat cabaran-cabaran yang akan kerajaan hadapi pada fasa endemik dan berakhirnya pandemik. Ada banyak cabaran antaranya rasuah yang ada disebut rakan saya tadi dan oleh Ketua Pembangkang kelmarin dan cabaran-cabaran lain. Akan tetapi, saya hendak memfokuskan pada cabaran naiknya kos kehidupan khususnya inflasi dan khususnya pada mahalnya harga barang serta bahan makanan kepada rakyat Malaysia sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, kita ada – cabaran-cabaran ini latar belakangnya kita ada penganggur lebih daripada 694,000 orang di Malaysia sekarang. Graduan menganggur lebih daripada 200,000 orang. Itu masih sejak beberapa tahun yang lepas dan ia masih kekal. Lebih memeritkan lagi ialah 20 peratus M40, middle income 40 –golongan pertengahan M40, 20 peratus daripada mereka telah turun menjadi B40. Ini figures atau angka yang diberikan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri iaitu lebih 580,000 orang yang dahulunya M40 sekarang B40. Kos kehidupan memang tinggi dan sangat memeritkan kepada rakyat terutama pada kala gaji masih kekal seperti sebelum ini.
Apakah faktor yang menyumbangkan pada kos kehidupan yang tinggi ini khususnya kos bahan makanan yang tinggi? Pertamanya, kita mengimport 60 peratus makanan. Apabila kita import turunnya ringgit, naiklah harga barang. Cukup memeritkan rakyat. Sayur dengan 54 peratus diimport. Buah-buahan, 39 peratus, beras 30 peratus dan daging lembu 75 peratus, daging kambing 89 peratus. Hasil tenusu 95 peratus diimport. Ini latar belakangnya.
Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, kita juga – untuk menyelesaikan masalah ini.
Kita ada dua aset besar dengan izin, two major assets that nation has yang kita harus hargai. Pertamanya, kita ada rakyat kita dan rakyat yang menganggur tadi 200,000 lebih graduan itu semua yang tidak graduan juga merupakan rakyat yang terbukti pernah memacu pertumbuhan yang kuat di Malaysia serta terbukti rakyat yang berpendidikan, yang berdisiplin dan reputasinya cukup baik sebagai sebahagian daripada tenaga kerja
(workforce) kita. Kita ada tanah subur yang luas yang masih belum digunakan di Semenanjung Malaysia, di Sabah dan Sarawak juga.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, ada masalah yang terkait dengan rakyat kita dan pertanyaan ini. Pertamanya pemilikan tanah. Pemilikan tanah memang bermasalah.
Kebanyakan daripada B40 kita, mereka tidak ada tanah. Tiada tanah yang mereka miliki.
Oleh sebab itu, mereka termasuk dalam satu kitaran ganas kemiskinan. Tidak ada tanah, mereka tidak boleh mendapat beberapa bentuk pertolongan bagi orang yang ada tanah kerana mereka tidak ada geran tanah dan apa-apa yang boleh dirujukkan sebagai tanah untuk digunakan sebagai modal atau mendapatkan pinjaman. Jadi kerana itu, mereka miskin. Miskin tidak ada tanah dan tidak ada tanah lagi miskin. Itu kitaran yang perlu kita pecahkan.
Tuan Yang di-Pertua, kesedaran bahawa pertolongan ini perlu diberikan kepada mereka tanpa mengambil kira. Mereka tidak ada tanah itu – alhamdulillah, ada saya nampak saya bercakap dengan pegawai-pegawai daerah misalannya ada kesedaran.
Akan tetapi, itu belum menyeluruh kerana tidak ada arahan khas atau dasar kerajaan yang jelas. Maka, saya mengesyorkan supaya diadakan satu revolusi baharu seperti dulu kita kena ada Revolusi Buku Hijau. Akan tetapi, kita hendaklah melakukannya dengan cara yang lebih bijak dan cara yang lebih tepat dan sesuai dengan keadaan sekarang.
Dengan izin, it cannot be business as usual. Kita kena bukan sahaja berfikir di luar kotak, kita juga kena melaksanakan sesuai dengan zaman sekarang apabila kita ada teknologi, kebolehan internet dan kebolehan digital. Itu kita kena gunakan. Saya tidak bersetuju dengan pencerobohan tanah kerajaan tetapi saya perlu menyebutkan bahawa tanah kerajaan terbiar banyak tempat di Malaysia, di kawasan saya di tepi-tepi laut misalnya.
Tanah-tanah subur kerajaan yang dimaksudkan satu-satu projek yang tidak pernah dilakukan berpuluh-puluh tahun. Itu semua perlu digunakan. Mungkin kerajaan boleh membuat satu dasar iaitu rakyat yang tidak pernah pecah tanah ini. Landless peasant dan poor ini boleh menggunakan tanah dengan satu perjanjian dan apabila sampai masanya mereka menyerahkan.
Apabila keadaan perlu mereka menyerahkan balik tanah tadi. Kalau digunakan untuk pertanian menanam sayur-sayuran misalnya, tanah itu tidak rosak dan kerajaan boleh ambil balik. Kalau mereka telah keluar dapat keluar daripada perangkap kemiskinan tadi dengan penggunaan tanah itu, mereka perlulah membayar beberapa harga ataupun mereka perlu berpindah daripada tanah itu. Sedangkan tanah-tanah yang baik ini dibiarkan. Itu sangat tidak patut.
Di kawasan saya Tuan Yang di-Pertua, saya dapat lihat di tepi laut, tanah yang sangat baik untuk diternak haiwan misalnya kerana rumputnya dan tumbuh-tumbuhannya yang boleh dimanfaatkan oleh haiwan herbivor. Haiwan-haiwan yang makan rumput dan daun. Akan tetapi, tidak dapat digunakan kerana akan dituduh menceroboh tanah kerajaan. Sedangkan pernah digunakan secara curi-curi dan hasilnya cukup baik. Kita boleh misalannya mengadakan satu peraturan yang fleksibel terutamanya selepas daripada pandemik ini memudahkan kerja rakyat.
Teknologi yang ada sekarang ini akan membuatkan segala masalah yang sebelum ini ada dapat diselesaikan. Misalannya sebelum ini masalah dalam sektor pertanian adalah pemasaran tetapi dengan teknologi komputer dan digital yang ada sekarang ini kita boleh mencari pelanggan dan juga menemukan pelanggan yang memerlukan sesuatu produk pertanian itu dengan pengeluaran pertanian dengan baik. Itu berlaku di negara-negara lain di India, di Korea – petani Korea misalannya.
Di peringkat lokal juga saya sebut sekali lagi kawan saya dan pengundi kawasan saya yang membuka ladang padi organik antara yang terbaik di dunia di Belantik. Di Belantik, Kedah misalnya Sri Lovely Organic Farm. Beliau telah berjaya menggunakan teknologi digital tadi dengan baik atau komputer tadi dengan baik. Itu membantu dalam pertanian beliau. Nelayan-nelayan di Kuala Kedah juga mereka mencari pasaran untuk memasarkan ikan dengan menggunakan teknologi komputer internet. Rakyat telah ada inisiatif tadi. Maka kerajaan perlu memberikan insentif, galakan dan juga bantuan-bantuan yang khusus pada tempat tertentu.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Pemasaran yang dijalankan oleh pihak rakyat sendiri misalannya – kita ada Shopee dan Lazada sebagai contoh, mereka berjalan sendiri tanpa bantuan kerajaan dan berjalan cukup baik. Saya sebutkan ini kerana pernah ada penternak-penternak itik di Kuala Kedah. Mereka sangat berjaya. Penternak itik tetapi apabila berlaku masalah lambakan telur itik, mereka gagal terus industri tadi. Itu boleh diatasi dengan beberapa langkah dan dasar yang baik dan penggunaan teknologi yang ada sekarang.
Penternak itik di kawasan saya misalannya mereka gagal kerana itik yang lebih murah datang dari Thailand. Itu perlu kita kawal. Kita tidak perlu rasa apologetic atau bersalah untuk mengawal kepentingan kita. Pada keadaan tertentu, apabila kita telah – penternak kita dan juga petani kita telah boleh berdiri atas kaki mereka sendiri, berdikari maka kita buka perlahan-lahan dengan keadaan yang sesuai pasaran kita tadi.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Ini dilakukan oleh semua negara, Jepun lakukan, Thailand lakukan, semua negara lakukan. Misalannya di Perancis, kejunya lebih murah, cheese is cheaper in France. Akan tetapi di England, pengeluar keju pengeluar keju masih boleh survive, masih boleh mengeluarkan keju dan masakan keju. Kenapa? Apabila kita bertani, Thailand mengeluarkan sesuatu murah kita tidak dapat buat apa-apa? Habis pertanian kita. Habis lingkup tidak boleh bersaing. Sedangkan kita perlu mengadakan polisi-polisi dan dasar- dasar melindungi petani-petani kita yang berkesan, yang baik dan yang tidak merosakkan terus pertanian mereka dan tidak merosakkan terus pasaran. Kita kena ada kawalan yang tepat. Itu boleh dilakukan kalau kita ada kemahuan yang sungguh.
Kerana ini Tuan Yang di-Pertua, menyangkut kepada food security ataupun sekuriti makanan kita, berkait sangat dengan kestabilan negara kita dan berkait sangat dengan keselamatan negara kita. Dengan itu, maka saya mengesyorkan supaya dilihat kembali pertanian kaum marhaen atau rakyat marhaen ini diberikan insentif dan pertolongan dan dijadikan ia pertanian ini sebagai satu yang menarik dan melibatkan seluruh lapisan masyarakat di luar bandar, di pinggir bandar dan lain-lain lagi khususnya dengan teknologi yang canggih yang ada sekarang yang lebih akan membantu dan membuatkan hasilnya lebih dan memberikan minat lebih masyarakat kepada pertanian.
Penting juga seperti yang saya telah sebutkan hendaklah ditanam dan diusahakan segala variety dan juga tanaman yang berkualiti tinggi dan yang tinggi nilainya. Saya terpaksa menyebutkan herba-herba perubatan termasuk ketum, kita kena fikirkan dengan serius. Kalau petani dan penganggur yang ramai tadi dan sebahagiannya mempunyai kebolehan untuk menjayakan pertanian mereka dengan baik dengan teknologi tinggi. Kalau mereka menanam tumbuhan yang berkualiti tinggi tadi memasarkannya secara peringkat internasional antarabangsa, ia akan memberikan kesan atau impak yang cukup baik kepada ekonomi kita.
Itu peringkat rakyat marhaen tetapi peringkat swasta juga kerajaan hendaklah mempermudah semua usaha pihak swasta untuk terlibat sungguh-sungguh dalam pertanian. Kita ada contoh baik, Farm Fresh. Farm Fresh akan disenaraikan di Bursa Saham pada bulan depan. Farm Fresh jenama ini ialah pengeluar hasil tenusu, jenama ini sudah dapat nombor satu di Singapura dan nombor tiga di Malaysia. Ia akan disenaraikan. Itu satu contoh. Akan tetapi ia memerlukan dasar-dasar yang baik yang memerlukan bantuan yang baik.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin sebut sikit isu kawasan saya, seminit ya. Ada satu projek di kawasan saya yang juga melibatkan orang-orang yang tidak bertanah. Projek menaik taraf Laluan 7 dari Persimpangan Lencongan Barat ke Persimpangan 3 Kemboja, Kedah. Ini projek Kementerian Kerja Raya Malaysia. Ada 100 keluarga yang lebih kurang yang terlibat. Mereka ada yang telah tinggal di situ 50 tahun, ada yang lebih dari 50 tahun rumah pusaka. Sekarang jalan itu Jalan Putra disebut di Kedah, Jalan Alor Setar – Kangar hendak diperbesarkan. Semua rakyat termasuk saya menyokong usaha membesarkan jalan.
Akan tetapi sebelum jalan itu dibesarkan, mereka telah menerima surat bahawa mereka telah didapati menceroboh tanah rizab MADA. MADA ditubuhkan pada tahun 1972, ada orang situ yang merupakan rumah pusaka yang lebih lama tinggal di situ. Kita
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
faham kedudukan geografi telah berubah. Lebih 50 tahun telah berubah. Jadi, ini ialah merupakan perkampungan-perkampungan, rumah-rumah sebahagiannya rumah tradisional. Mereka dibina di tanah sedemikian tetapi 50 tahun, 30 tahun atau 40 tahun dahulu keadaannya berlainan.
Tidaklah wajar mereka tiba-tiba diberikan surat dituduh sebagai penceroboh dan diugut akan didakwa dan hukumannya sampai denda RM500,000. Hampir kebanyakan mereka ini B40 dan ada ibu tunggal dengan anak kecil yang itu rumah pusaka yang diwarisi sejak tahun 1972. Ke manakah beliau akan pergi? Ketika semua rakyat perit sekarang dengan keadaan ekonomi yang sangat mencengkam selepas pandemik, saya rasa adalah tidak wajar kita mengenakan satu deraan yang begitu kepada rakyat kita sendiri. Ia bertentangan dengan prinsip kemanusiaan, ia bertentangan dengan semangat Perlembagaan dan Rukun Negara.
Maka, saya minta supaya Menteri menjawab supaya sekurang-kurangnya kalau tidak dapat diberikan pampasan secara legal kerana memang itu tanah bukan kepunyaan mereka di atas kertas walaupun mereka mendudukinya berpuluh tahun maka diberikan pampasan yang munasabah menunjukkan bahawa kita menghargai kemanusiaan mereka dan mereka sebagai manusia diberikan Wang Ehsan dan sebagainya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang diberikan. Saya menyokong Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Isnin, 7 Mac 2022. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.35 petang]