Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****]
1. Tuan Haji Yusuf bin Abd Wahab [Tanjong Manis] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan adakah kementerian akan menambah jumlah aset dan anggota di Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Manis kerana sering terjadi insiden bot karam, kes serangan buaya dan kebakaran hutan di kawasan ini.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Keluarga Malaysia. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya ucapkan syabas dan terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong Manis kerana cukup prihatin tentang kebajikan masyarakat di kawasan beliau dan dalam istilah yang lain, kadangkala kita letih menjawab panggilan daripada Yang Berhormat tentang keprihatinan, tentang perkhidmatan bomba kepada masyarakat di kawasan beliau. Terima kasih Yang Berhormat dan tahniah.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Manis merupakan balai bomba kategori D yang mula beroperasi pada tahun 2018 dengan perjawatan seramai 28 orang anggota. Pada masa ini pengisian perjawatan adalah sebanyak 22 orang dan masih berbaki enam kekosongan.
Walau bagaimanapun kekosongan ini hanya bersifat sementara sahaja kerana Jabatan Bomba dan Penyelamat baru sahaja menerima seramai 1,000 orang pelatih Gred KB19 yang melaporkan diri pada 7 Februari 2022 di tiga buah akademi bomba dan penyelamat Malaysia iaitu di Terengganu, Sabah dan juga Sarawak. Pelatih-pelatih ini dijangka menamatkan kursus asas kebombaan pada bulan Julai 2022 dan proses penempatan akan dilaksanakan di balai-balai bomba yang terlibat di seluruh negara termasuk Balai Bomba Tanjong Manis.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Manis ini dilengkapi dengan sebuah fire rescue tender (FRT) dengan izin, sebuah volunteer fire rescue vehicle, dua buah kenderaan utiliti dan sebuah bot penyelamat aluminium. Buat masa ini penyediaan jentera, kelengkapan dan peralatan bomba adalah mencukupi untuk Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Manis ini.
Dalam menangani sebarang kes yang melibatkan insiden kecemasan atau kebakaran termasuklah bot karam, kes serangan buaya dan kebakaran hutan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia juga sedang dalam proses untuk memperoleh aset-aset yang baharu seperti bot penyelamat, jet ski, kenderaan pacuan empat roda, kenderaan angkut dan logistik serta lain-lain keperluan di pejabat-pejabat bomba. Aset-aset baharu ini akan diagihkan ke balai-balai bomba seluruh negara termasuklah, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Tanjong Manis, bagi Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Manis, sekiranya keperluan adalah amat mendesak.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib
Untuk makluman Yang Berhormat juga, Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Manis mendapat bantuan khidmat kebombaan dari balai bomba berhampiran iaitu lebih kurang 81.8 kilometer melalui darat dan lebih kurang 30 minit kalau melalui air. Jadi, sudah tentulah keperluan ini amat perlu Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih banyak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Silakan soalan tambahan pertama, Yang Berhormat Tanjong Manis.
Tuan Yusuf bin Abd. Wahab - Tanjong Manis
Terima kasih atas jawapan tadi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana telah turun padang ke kawasan saya tahun lepas. Syabas diucapkan.
Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, selain daripada aset dan anggota, kita juga memerlukan ramp untuk menurunkan bot sebab ramp yang terdekat terletak lebih kurang 30 kilometer dari balai bomba. Jadi sukarlah, mengambil masa untuk menurunkan bot sekiranya terjadi kapal karam ataupun orang lemas dan juga serangan buaya.
Jadi, kita perlukan sebuah ramp untuk menurunkan bot. Juga, di Pulau Bruit yang berdekatan, kira-kira 40 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Manis. Kita memang memerlukan sebuah balai bomba sebab di situ terdapat 12 buah kampung dan sebuah rumah panjang. Jadi, banyak penempatan di situ. Kita perlukan sebuah balai bomba di kawasan Pulau Bruit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis. Sebenarnya kita amat prihatin dan melihat keperluan balai-balai bomba tambahan di seluruh negara, Tuan Yang di-Pertua. Bukan sahaja di Sabah, di Sarawak, di Semenanjung– macam di Sarawak kita ada 36 buah balai bomba keseluruhannya.
Akan tetapi, di negeri-negeri seperti di Sabah dan Sarawak ini lokaliti kawasannya agak jauh. Umpamanya saya sudah pergi ke Pulau Bruit ini. Memang kalau ada berlaku kemalangan, kebakaran dan sebagainya, untuk menyelamatkan di kawasan-kawasan ini amat susah. Memang perlu. Cuma mungkin kekangan kewangan menyebabkan kita terpaksa memikirkan manakah projek yang lebih awal perlu kita utamakan.
Namun, kita beri sokongan. Pulau Bruit perlu sebuah balai bomba dan bagi ramp tadi Tuan Yang di-Pertua, insya-Allah seingat saya akan cuba bantu Yang Berhormat Tanjong Manis pada tahun ini. Kita cuba dapatkan, bagi memudahkan perkhidmatan lebih cekap kepada– dalam kita membantu mangsa-mangsa, berbagai-bagai kemalangan di kawasan Tanjong Manis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Ya, Bukit Bendera.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan yang kedua...
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Papar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
...saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya mendengar jawapan Yang Berhormat Menteri dan juga pertanyaan Yang Berhormat Tanjong Manis bahawa memang coverage ataupun bidang tugas pasukan bomba amat berat meliputi kawasan yang luas. Apakah usaha kerajaan dan kementerian untuk membantu ataupun memperkasakan pasukan bomba sukarela (PBS)?
Ini kerana pasukan bomba sukarela boleh memenuhi dan membantu pasukan bomba kerajaan. Apakah usaha memperkasakan? Apakah usaha untuk meminda Akta Perkhidmatan Bomba 1988 untuk memberikan pengiktirafan dan juga bidang tugas
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
ataupun kuasa yang lebih besar kepada pasukan bomba sukarela di seluruh negara?
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera di atas keprihatinan tentang membela nasib dan masa depan peranan dimainkan oleh pasukan bomba. Untuk makluman Yang Berhormat, pasukan bomba sukarela ini di seluruh negara, kalau tidak silap saya kita ada 382 pasukan yang terdiri daripada 13,600 orang ahli keseluruhannya.
Memang saya ucapkan terima kasih banyak kepada pasukan bomba sukarela dan juga pasukan khas bomba yang cukup banyak membantu kita sebelum ketibaan pasukan- pasukan dari balai bomba khas yang berada di kawasan-kawasan berkenaan kerana tidak semua tempat ada balai bomba. Jadi insya-Allah, terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Kita akan beri perhatian dan kita akan cuba menaikkan taraf kecekapan dan juga latihan pada ahli-ahli bomba sukarela di semua tempat di seluruh negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Papar minta laluan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ya, soalan tambahan yang ketiga saya jemput Yang Berhormat Papar.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Memang pasukan bomba ini sangat perlu untuk kita. Ini kerana apa yang berlaku di tempat saya baru-baru ini, di mana seorang nelayan dari Kampung Beringgis hilang dan sampai sekarang pun tidak dapat.
Jadi, mereka ini bekerja terus-menerus. Hari-hari turun ke laut untuk mencari mangsa ini. Jadi, di sini apabila kita melihat mereka ini memang terlalu prihatin dengan kerja mereka. Apa yang saya ingin utarakan di sini ialah dengan kerja mereka yang begitu luas skopnya. Jadi saya menyeru kepada kerajaan supaya memberikan mereka ini sesuatu insentif iaitu gaji yang baik, tempat yang baik supaya mereka ini dapat bekerja dengan baik juga. Jadi, saya memohonlah kepada kerajaan supaya kebajikan mereka ini dapat diberi keutamaan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Papar. Sekali lagi saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat atas keprihatinan tentang tanggungjawab pasukan bomba.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya bomba ini bukan terhad kepada memadamkan api sahaja, hari ini semua tugas dilakukan oleh pasukan bomba. Bahkan baru-baru ini banjir sekarang pun masih berlaku banjir di Kelantan, Terengganu dan sebagainya, banjir pun ada sebahagian daripada pegawai kita yang mereka tidak sedar bahawa rumah mereka tenggelam oleh banjir. Lebih kurang lebih daripada 500 orang anggota bomba terlibat dengan banjir.
Saya bersetuju memang ini kita telah berikan perhatian supaya peluang-peluang kenaikan pangkat diberikan kepada pegawai-pegawai bomba. Sesuai dengan jawatan dan tanggungjawab mereka yang berat. Begitu juga gaji dan sebagainya. Oleh sebab itulah kita hendak kalau boleh peluang ini diperluaskan lagi supaya lebih ramai pegawai bomba kita diberikan insentif ataupun lain-lain kebajikan serta kedudukan yang lebih baik setanding dengan pasukan-pasukan beruniform yang lain.
Jadi di Sabah ini Tuan Yang di-Pertua, kita ada 25 buah balai bomba keseluruhannya. Insya-Allah, terima kasih Yang Berhormat Papar atas keprihatinan.
Insya-Allah, kita akan bawa dalam penelitian kita sepanjang hari terutama kepada pasukan bomba. Terima kasih banyak.
2. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan sebab-sebab Persatuan Badminton Malaysia menghalang pemain-pemain daripada bergerak secara profesional, termasuk melarang mereka daripada menyertai kejohanan antarabangsa dan langkah-langkah yang diambil untuk membetulkan tindakan yang salah ini.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Dato’ Sri Ti Lian Ker
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, soalan ini sepatutnya ditujukan kepada Persatuan Badminton Malaysia dan bukan kepada Kementerian Belia dan Sukan.
Ini kerana pihak kementerian tidak mempunyai bidang kuasa untuk campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran mahupun dasar persatuan kecuali jika terdapat isu-isu yang telah diajukan, diserahkan ataupun dipanjangkan kepada kementerian melalui Pesuruhjaya Sukan.
Namun begitu, perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Selayang iaitu isu dua pemain yang membuat keputusan untuk bermain secara bersendirian dan di luar naungan Persatuan Badminton Malaysia telah pun mendapat atau mencuri perhatian peminta-peminat sukan bukan sahaja Malaysia tetapi juga di arena antarabangsa.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kementerian bersama-sama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mempunyai perancangan jangka panjang dan rapi untuk mewujudkan kecemerlangan atlet dan sukan serta memerlukan pelaburan yang besar dan komitmen yang tinggi bagi melahirkan seorang atlet yang bertaraf antarabangsa.
Pelaburan ini meliputi komitmen kerajaan, peranan persatuan Sukan Kelab Kebangsaan (PSK) dan juga kesinambungan penajaan dalam memastikan program- program pembangunan atlet daripada peringkat akar umbi sehinggalah peringkat antarabangsa dapat dirancang dan dilaksanakan dengan licik.
Atlet yang membuat keputusan untuk bergerak secara bersendirian ataupun secara profesional dan mengetepikan komitmen akan menjejaskan matlamat badan sukan berkenaan dan perancangan awalan ataupun asal untuk atlet dan pasukan. Ini akan memberi kesan dan impak yang besar serta membawa implikasi kepada PSK di mana ia akan mewujudkan konflik antara badan sukan, pasukan atlet dan juga penaja.
Badan sukan yang berkaitan berkemungkinan juga akan diambil tindakan undang-undang disebabkan perjanjian yang telah dimeterai dengan mengambil kira kehadiran atlet-atlet yang dikenal pasti dalam program sukan berkenaan. Walau bagaimanapun, langkah penyelesaian semasa telah ditemui oleh Persatuan Badminton Malaysia untuk atlet-atlet yang berhasrat untuk melangkah ke dunia profesional dengan keputusan seperti berikut:-
(i) memberikan pelepasan kepada atlet yang berhasrat untuk bergerak secara profesional;
(ii) menarik balik pergantungan pemain-pemain profesional; dan
(iii) memberi kebenaran untuk atlet-atlet bertanding di kejohanan temasya antarabangsa.
Dengan ini pihak kementerian berharap Persatuan-persatuan Sukan Kebangsaan
(PSK) yang lain turut memperhalus dan memperkemaskan kedudukan perjanjian antara atlet dan penaja dan juga pihak-pihak yang berkaitan bagi memastikan kepentingan dan kesinambungan perkembangan sukan negara dapat diberi keutamaan seimbang dengan perkembangan kerjaya dan keperluan peribadi atlet.
Ini adalah konsisten dan selari dengan keputusan bahawa pemain profesional pernah mewakili Malaysia sebelum ini. Sebagai contohnya, pemain beregu campuran Chan Peng Soon, Goh Liu Ying dan pemain perseorangan wanita, Sonny Leah Cheah.
Walaupun digelar pemain profesional telah pun berlatih bersama pemain-pemain Persatuan Badminton Malaysia dan menyarung jersi negara pada temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo tahun lalu. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Selayang, soalan tambahan pertama.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri. Walaupun kementerian tidak terlibat dalam kontroversi Lee Zii Jia tetapi kerajaan memang bertanggungjawab untuk melihat bahawa sukan badminton dan sukan yang lain akan mengharumi nama negara dan kita akan membimbing pemain yang akan menjadi jaguh kepada negara kita.
Soalan tambahan saya ialah, adakah kementerian setuju dengan pendekatan yang telah diambil? Bahawa BAM nampaknya hendak memberikan kepentingan lebih kepada keuntungan, daripada sponsorship dan menjadi satu monopoli pemain badminton sehingga mampu hendak memusnahkan karier seorang pemain sebab hendak menjadi profesional. Atau objektif yang sepatutnya ialah untuk membimbing pemain sehingga kita mengadakan seorang jaguh dunia.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Kalau objektif itu ialah untuk membimbing bakat, apa salahnya untuk BAM bekerjasama dengan pihak profesional seperti yang dibuat oleh negara lain seperti Denmark. Mengapa menjadi profesional, menjadi satu lawan kepada BAM, sampai menjadi seperti satu musuh, bukankah kita boleh bekerjasama untuk memastikan bahawa negara kita akan melahirkan jaguh, akan menang balik Thomas Cup. Terima kasih
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.
Dato’ Sri Ti Lian Ker
Kerajaan memang komited dan mengambil tahu perkembangan sukan atlet-atlet dan juga persatuan-persatuan. Namun begitu, kita tidak dapat mengetepikan ataupun menafikan kewujudan komitmen-komitmen asal antara atlet, persatuan sukan dan juga penaja-penaja.
Sepertimana yang diketahui umum, Persatuan Badminton Malaysia telah memberi satu keputusan untuk memberi ruang kepada pemain-pemain tersebut untuk mengemukakan rayuan apabila tindakan diambil dari dasar dan segi kaca mata pihak ketiga, pihak persatuan hanya boleh mengikut proses yang telah ditetapkan.
Seperti juga yang diketahui umum dan Yang Berhormat Selayang, pihak kementerian mengambil inisiatif juga untuk berbincang dengan kedua-dua belah pihak yang terlibat dan telah pun menyelesaikan masalah memberi nasihat dan masalah telah pun diselesaikan dengan memuaskan.
Pihak persatuan BAM telah menjaga pemain-pemain sejak mereka dari bangku sekolah 13 tahun dan apabila mereka menjadi senior, adalah menjadi tanggungjawab mereka juga untuk menentukan Program Pembangunan Remaja terus dijalankan terutamanya dalam menarik pelaburan daripada pihak penaja dan kepentingan- kepentingan yang wujud.
Datuk Lee Chong Wei telah pun bersama BAM selama 19 tahun dan bersama- sama persatuan ketika senang dan juga susah. Ini adalah semangat yang telah ditekankan oleh pihak persatuan dan pihak kementerian cuma boleh menasihatkan semua pihak yang terlibat untuk mengutamakan kepentingan negara. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan kedua, saya menjemput Yang Berhormat Alor Gajah.
Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tahniah kepada Kementerian Belia dan Sukan. Jawapan yang jelas. Cumanya disebutkan tadi kita memperuntukkan pelaburan yang tinggi dan juga atas sebab untuk melaksanakan beberapa perancangan untuk menaiktarafkan badminton negara kita.
Saya cuma memohon supaya kementerian menjelaskan sedikit lagi selain daripada untuk membangunkan badminton menerusi dari bangku sekolah.
Adakah program-program yang berstruktur, contohnya kalau dilihat sukan bola sepak, kita ada program-program daerah. Adakah ini di dalam perancangan Kementerian Belia dan Sukan termasuk juga bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan? Kalau disebutkan tadi kita mahu membangunkan bakat-bakat ini dari bangku sekolah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Sri Ti Lian Ker
Sememangnya kerajaan telah mempunyai pelbagai Program Tunas dan juga The National Football Development Programme (NFDP) dan sebagainya. Pihak kementerian juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak kerajaan yang telah pun juga meluluskan ataupun menambah RM240 juta bagi Program Podium di bawah peruntukan pembangunan.
Rancangan Malaysia Kedua Belas, Majlis Sukan Negara akan menerima peruntukan berjumlah RM60 juta setahun mulai tahun ini sehingga tahun 2025 nanti.
Kementerian bersama Majlis Sukan Negara sedang menyusun semula program latihan atlet dengan memberikan tumpuan kepada temasya-temasya utama iaitu Sukan Komanwel Birmingham 2022, Sukan Asia Para Asia Hangzhou 2022, Sukan SEA 2022, Sukan SEA Para ASEAN 2023 hingga 2025 dan Sukan Olimpik Paralimpik, Paris 2024.
Elemen-elemen yang akan diberikan penekanan adalah kriteria pemilihan atlet, program latihan, jurulatih, pendedahan latihan dan kejohanan luar negara, perkhidmatan sains dan perubatan sukan serta lain-lain lagi. Sekian, terima kasih.
Tuan Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi soalan. Soalan saya keluar nombor 26 tetapi tidak sempat Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak menjawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ya, saya bagi peluang soalan tambahan ketiga. Sila Yang Berhormat Tanjong Manis.
Tuan Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya keluar nombor 26, akan tetapi tidak sempat bertanya. Adakah terdapat perancangan untuk mendirikan sebuah kompleks sukan di Bandar Baru Tanjong Manis? Kemudahan ini sangat diperlukan untuk menggalakkan aktiviti bersukan di kalangan masyarakat di kawasan saya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.
Dato’ Sri Ti Lian Ker
Terima kasih atas soalan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan pada masa ini tiada perancangan untuk membina sebuah pusat kemudahan sukan di Bandar Baru Tanjong Manis. Walau bagaimanapun, pihak Yang Berhormat boleh mengemukakan permohonan secara rasmi kepada kementerian untuk dipertimbangkan dalam Rolling Plan Rancangan Malaysia Kedua Belas. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan Jawab Lisan yang ketiga, Yang Berhormat Pasir Mas tidak ada dalam Dewan. Saya melangkau pertanyaan seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Tuaran.
[Soalan No. 3 – YB. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari (Pasir Mas) tidak hadir]
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya bertanya, saya ingin tambah tiga lagi batang jalan dalam pertanyaan saya iaitu jalan menuju ke SK Guakon Baru, jalan ke SK Linungkuan dan jalan ke SK Togop.
4. Datuk Seri Panglima Madius Tangau [Tuaran] minta menteri pembangunan luar bandar menyatakan bilakah Jalan Sinulihan-Pahu, Jalan Kotunuan-Wasai, Jalan Tinuhan-Wangkod, Jalan Tombolaoung, Jalan Hamad-Kitapol, Jalan Tomboilik-Tiong Koburon dan Jalan Rungus-Gayoratau semuanya di kawasan Parlimen Tuaran, akan dinaik taraf kepada Jalan Aspal.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II - Datuk Haji Hasbi bin Habibollah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tuaran.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat, Jalan Sinulihan- Pahu, Jalan Kotunuan-Wasai, Jalan Tinuhan-Wangkod, Jalan Tombolaoung, Jalan Hamad-Kitapol, Jalan Tomboilik-Tiong Koburon dan Jalan Rungus-Gayoratau termasuk yang mungkin Yang Berhormat baharu sebut tadi. Kawasan Parlimen Tuaran, saya terus terang secara jujur, maklumat untuk jalan ini tidak sampai dan tidak di captured dalam senarai projek yang diluluskan di bawah program luar bandar Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Akan tetapi saya sendiri Yang Berhormat ada membuat search sejak semalam apabila dapat soalan, bahawa saya memang mengakui saya melihat memang betul jalan ini ada berdekatan dengan sekolah, sekolah di hujung kampung, seperti Jalan Sinulihan- Pahu ini ada sembilan kampung, Jalan Kotunuan-Wasai ada dua buah kampung, Jalan Tinuhan-Wangkod ada empat buah kampung, Jalan Tombolaoung ada empat buah kampung, Jalan Hamad-Kitapol ada enam kampung, Jalan Tomboilik-Tiong Koburon ada empat kampung, Jalan Rungus-Gayoratau ada tiga buah kampung. Itu search saya sendiri, ada 32 buah kampung semuanya.
Jadi Yang Berhormat, since sini tidak dicaptured, jadi saya mohon kerjasama Yang Berhormat tetapi ada juga nanti dalam jawapan tambahan saya iaitu kerjasama, kalau boleh saya minta kepada Yang Berhormat supaya permohonan ini dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah untuk dimasukkan dalam senarai keutamaan negeri sebelum diangkat kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU) JPM bagi kelulusan rolling plan berikutnya.
Jadi, ini adalah dalam jangka masa panjang. Mungkin ini sebagai jalan kampung.
Jadi, itu kena go through the EPU. Akan tetapi di peringkat kementerian mungkin kita akan melihat sendiri bagaimana cara jangka pendek sementara menunggu untuk EPU ini.
Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas keprihatinan dan jawapan yang telah diberikan.
Kesemua jalan yang saya sebut ini adalah jalan raya JKR Negeri dan sepertimana yang Yang Berhormat nyatakan tadi bahawa kesemua jalan termasuk tiga jalan yang saya sebutkan tadi menuju ke sekolah.
Pertanyaan saya di sini ialah apa sebenarnya, adakah kementerian mempunyai pangkalan data tentang jalan-jalan raya yang menuju ke sekolah?
Adakah menjadi dasar kerajaan untuk pastikan supaya kesemua jalan yang menuju ke sekolah, road access to school akan menjadi keutamaan untuk menaik taraf?
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Sebenarnya, untuk makluman Yang Berhormat, saya selaku Menteri dahulu saya telah menyatakan sendiri kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika itu menyatakan jalan-jalan ini dan sebenarnya persetujuan telah diberikan terutama sekali Jalan Hamad Kitapol, Jalan Tegap dan sebagainya. Sudah pun dinyatakan, sudah pun diluluskan. Jadi kalau tiada rekod di kementerian, ertinya something is wrong.
Selain daripada itu, Yang Berhormat, jalan-jalan raya seperti ini di seluruh negeri Sabah sebenarnya banyak lagi dalam keadaan yang sama. Oleh sebab itu, adakah pihak Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan bekerjasama memastikan supaya kesemua road access kepada sekolah itu dapat dinaiktaraf supaya memastikan guru-guru dan para pelajar selesa sampai ke sekolah? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.
Datuk Haji Hasbi bin Habibollah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Haji Hasbi bin Habibollah
Kementerian ini mengambil maklum dan menyambut baik hasrat Yang Berhormat dalam usaha menaik taraf jalan-jalan luar bandar khususnya jalan yang menjadi perhubungan bagi golongan pelajar sekolah dan guru. Yang ada dalam data maklumat kementerian ialah jalan perhubungan desa. Ini memang betul, macam saya katakan tadi dalam jawapan soalan pertama itu tadi, iaitu tentang apabila sekolah itu dalam kampung, jadi sekolah itu secara automatik mendapat manfaat dari jalan perhubungan desa.
Jadi, berdasarkan siasatan awal kementerian mendapati― sejak semalam lah.
Apabila dapat soalan ini, saya personally with my pegawai, dengan izin, mendapati memang sekolah-sekolah yang dinyatakan ini berhampiran dengan kawasan kampung.
Jadi, ertinya kalau ada sekurang-kurangnya jalan perhubungan desa, sekolah ini, insya- Allah, mendapat manfaatlah terus. Jadi oleh yang demikian, kementerian akan mempertimbangkan untuk penyelesaian jangka masa pendek iaitu dengan membina jalan perhubungan desa. Itulah kami bincangkan semalam sampai pagi ini tadi.
Pada masa sama, pejabat KPLB Sabah akan diminta turun kelapangan untuk melakukan siasatan tapak dan menyediakan anggaran peruntukan yang diperlukan khususnya jalan utama ke kampung ini dan teruslah ke sekolah.
Melalui semakan dengan pihak JKR― kita ada menyemak juga dengan JKR semalam. Sabah, dimaklumkan bahawa sebahagian jajaran jalan-jalan ini memang betul, Yang Berhormat, ia telah ada dalam senarai perancangan JKR. Akan tetapi, bukan KPLB.
[Ketawa] Memang ada. Untuk dibina jalan luar bandar.
Walau bagaimanapun, cadangan pembinaan jalan ini akan dirujuk kepada UPEN negeri Sabah juga sebagai dijadikan keutamaan dalam rolling plan yang akan datang.
Ada sedikit tambahan, Tuan Yang di-Pertua. Just to complete the answer. Namun demikian― sebagai maklumat tambahan dan juga kepada Yang Berhormat dalam kawasan Tuaran ya. Antara kriteria utama jalan luar bandar ialah menyediakan perhubungan yang berkualitilah dan selamat kepada penduduk luar bandar ke institusi penting seperti sekolah, klinik dan sebagainya.
Ada juga projek-projek yang telah pun diluluskan di kawasan Yang Berhormat iaitu nama projeknya dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas ialah jalan Mantob-Gonipis- Tebobon bernilai RM40 juta. Proses lantikan perundingan sedang dilaksanakan. Jalan Tudan-Poring-Tebobon, Tuaran, Sabah bernilai RM47 juta.
Proses lantikan perundingan sedang dilaksanakan. Juga naik taraf Jalan Saradan Penimbawan, Tuaran Fasa 2 bernilai RM22 juta juga baru selesai proses lantikan agensi pelaksana dan sebagainya. Itu sebagai maklumat tambahanlah kepada Yang Berhormat dalam kawasan Tuaran pada masa ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Papar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan yang kedua. Ada sebelah sini? Saya jemput Yang Berhormat Merbok. Sila.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Papar.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya, adakah pihak kementerian KPLB ada mengetengahkan bagaimana untuk melaksanakan pembinaan turapan jalan menggunakan cup lump modified asphalt iaitu menggunakan getah beku yang mana terbukti bahawa menggunakan getah beku ini bukan sahaja free maintenance tetapi ia juga menguntungkan dalam jangka masa panjang? Saya mohon penerangan daripada kementerian. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Sila.
Datuk Haji Hasbi bin Habibollah
Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Jadi, memang betul ya. Kadang-kadang setengahnya apa yang kita laksanakan kalau di jalan- jalan kampunglah khususnya, apatah lagi kalau ia hanya diturap dengan batu. Kita buat tiap-tiap tahun. Kena hujan, rosak. Buat lagi sekali. Memang kaedah ini saya sendiri secara peribadi pun telah menyuarakan. Bukan hanya menggunakan cup lump.
Datuk Haji Hasbi bin Habibollah
Mungkin jalan-jalan kampung ini setengahnya kalau kita dapatlah melalui proses kewangan dan sebagainya― because menggunakan cara volume low scale-lah iaitu― bukan hanya menggunakan cup lump. Satu yang pernah saya suarakan yang menggunakan cement stabilization untuk kampung. Jadi, tidak payahlah kita tiap-tiap tahun repair. Another one is this cup lump lah.
Kita telah pun ada juga berbincang dengan Kementerian Kerja Raya tentang penggunaan ini. Bagaimana kalau ia dapat diserap, digunakan sebagai salah satu kaedahlah untuk di bawah jalan kampung. Ini ialah untuk memastikan ia tidak berulang- ulang lah repair jalan kampung ini. Sebab, kita tidak bina jalan kampung standard untuk bawa lori besar-besar. Kita faham ya semua ini.
Jadi, insya-Allah memang kalau ia satu usaha yang berkesan yang lebih baik yang lebih cost saving in terms of maintenance untuk jalan-jalan kampung kita di seluruh negara ini, insya-Allah why not, if it is better in the long run. Then, can save cost. Insya-Allah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Papar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya hendak teruskan sebab panjang sudah jawapan tadi.
[Soalan No. 5 – YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan (Pontian) tidak hadir]
6. Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu] minta Menteri Kesihatan menyatakan keseriusan Omicron berbanding dengan varian lain serta juga jumlah kematian yang berlaku mengikut varian. Nyatakan cara-cara kementerian untuk mencegah kes peratus Omicron atau COVID-19 daripada meningkat, adakah cara kementerian untuk mengatasi Omicron sama dengan varian Delta.
Menteri Kesihatan - Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kes pertama varian Omicron telah dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia oleh Afrika Selatan pada 24 November. Varian Omicron ini mempunyai 32 mutasi pada protein spike dengan keupayaan jangkitan 2.7 hingga 3.7 kali ganda lebih tinggi berbanding varian Delta.
Kes pertama di Malaysia telah dilaporkan pada 3 Disember melibatkan pelajar dari Afrika Selatan. Sejak itu, varian Omicron mula merebak dengan cepat di kalangan komuniti berbanding varian Delta. Kes-kes varian Omicron pada bulan Disember adalah dari pintu masuk antarabangsa sahaja. Namun, situasi tersebut berubah pada bulan Januari 2022 apabila kes penularan tempatan varian Omicron mula dilaporkan di seluruh negara.
Trend peningkatan kes COVID-19 yang baharu melebihi angka 10,000 sehari yang disebabkan varian Omicron dicatatkan bermula pada 6 Februari. Manakala pada 24 Februari yang lepas, sejumlah 32,070 kes positif baharu telah dicatatkan menjadikan ia sebagai kes harian tertinggi semenjak pandemik melanda negara.
Walaupun peningkatan mendadak ini direkodkan, lebih 99 peratus kes harian dicatatkan pada kategori satu dan dua sahaja. Walaupun terdapat trend peningkatan dalam kemasukan ke hospital ketika gelombang Omicron ini, kadar discharge dari hospital juga naik dengan mendadak memandangkan kadar sembuh yang tinggi dan tempoh rawatan di hospital yang tidak berpanjangan.
Berbanding dengan varian Delta, didapati varian Omicron lebih suka menjangkiti dan membiak pada bahagian atas saluran pernafasan ataupun upper respiratory tract, dengan izin. Sifat ini memberikan nilai tambah kepada keupayaannya untuk menjangkiti secara mudah serta pantas.
Di samping itu juga, varian Omicron didapati kurang berkapasiti untuk menjangkiti tisu paru-paru. Ini mungkin menjelaskan mengapa individu yang dijangkiti oleh varian tersebut mempunyai jangkitan yang lebih ringan berbanding dengan varian Delta.
Menteri Kesihatan - Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Walaupun peningkatan direkodkan― minta maaf. Sejak minggu epid yang kelima, berlaku peningkatan bilangan pengisian katil ICU serta kematian harian.
Walaupun begitu, jumlah ini adalah 80 hingga 90 peratus lebih rendah berbanding dengan pelaporan pada Ogos tahun lalu ketika gelombang Delta walaupun kes ketika itu adalah lebih tinggi.
Menteri Kesihatan - Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Kesan decoupling yang membolehkan indikator sistem kesihatan terkawal ini berlaku sebab beberapa faktor. Antaranya liputan vaksinasi yang tinggi, kadar regresi pesakit COVID-19 kepada kategori 3 hingga 5 yang rendah, kadar sembuh yang tinggi serta tempoh rawatan di hospital yang tidak berpanjangan. KKM juga telah melaksanakan pelbagai langkah dalam menghadapi cabaran gelombang Omicron.
Antaranya ialah pelaksanaan pemberian dos penggalak, menambah baik pengurusan COVID-19 melalui pendekatan FTTIS yang diautomasikan, usaha sama fasiliti kesihatan swasta dalam pengurusan COVID-19 dan membangunkan COVID-19 clinical care pathway bagi tujuan memulakan ubat anti viral yang terkini yang akan diberikan kepada pesakit COVID-19 berisiko tinggi pada peringkat lebih awal semasa mereka bergejala ringan bagi mencegah jangkitan menjadi lebih teruk. Mengaktifkan semula National COVID-19 Rapid Response Task Force bermula 7 Februari.
Objektif utama penubuhan pasukan ini adalah memastikan akses ke Pusat Kuarantin dan Rawatan (PKRC) dan hospital terjamin serta melakukan pemantauan kes COVID-19 melalui pusat penilaian COVID-19 secara maya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan pertama.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, memberi jawapan yang panjang lebar. Saya rasa Menteri juga ada memaklumkan bahawa PPV akan mengizinkan walk-in untuk budak-budak yang berumur 5 sampai 11 tahun untuk mendapatkan vaksinasi mereka. Akan tetapi sampai sekarang, di kawasan saya belum ada lagi PPV yang membenarkan secara walk-in untuk budak-budak. Dalam tiga minggu cuti sekolah ini saya rasa adalah patut kerajaan kita atau kementerian kita untuk memastikan kebanyakan budak-budak kita diberikan vaksinasi. Ini kerana kebanyakan penyakit COVID-19 ini sekarang merebak di dalam sekolah.
Jadi, yang membawa balik rumah dan menjangkiti ahli-ahli keluarga mereka. Jadi, saya rasa untuk memvaksinasikan budak-budak adalah amat penting untuk waktu sekarang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Sibu. Sila Yang Berhormat Menteri menjawab.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Terima kasih Yang Berhormat. Di Sarawak sudah pun mencapai kadar yang agak tinggi. Sarawak sekarang ini adalah yang paling tinggi di Malaysia. Di mana 57 peratus daripada golongan kanak-kanak sudah pun menerima dos yang pertama. Namun yang demikian, sudah pasti kita akan memudahkan lagi proses vaksinasi di Sarawak dan Program PICKids ini dilaksanakan dan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri I - Ahli Yang Berhormat Bagan Serai.
Saya akan maklumkan kepada beliau cadangan Ahli Yang Berhormat untuk kita buka PPV secara walk-in, terutamanya di kawasan-kawasan yang mana tidak lagi ada appointment ataupun semua yang sudah minta temu janji dah diselesaikan, bolehlah dibuka secara walk-in. Saya akan maklumkan kepada beliau untuk memberi perhatian kepada kawasan Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan yang kedua, cari sebelah sini dulu ya, sila Yang Berhormat Alor Gajah.
Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak memohon kepada Kementerian Kesihatan Yang Berhormat Menteri, kalau dilaporkan hari ini berpuluh ribu kes positif dalam dapatan data-data terkini.
Juga kita menerima data-data terkini mengenai jumlah rakyat Malaysia telah pun diberi vaksinasi dan juga yang telah menerima dos penggalak.
Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah
Soalan saya, adakah kerajaan bersedia untuk berkongsi data berapa peratuskah di kalangan rakyat yang telah menerima dos penggalak masih lagi dijangkiti COVID-19 varian Omicron ataupun Delta walaupun ia bertahap 1 dan 2? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Alor Gajah, sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Ya, kita memang ada maklumat tersebut di database gig hub kita. Sekiranya Yang Berhormat perlukan data tersebut, saya akan bagi secara bertulis sebab memang kita terbitkan data tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ya, terima kasih.
Soalan tambahan ketiga, sila Yang Berhormat Kuala Selangor.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
[Bangun] Jempol.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, kita sedia maklumi meskipun Omicron membawa jumlah kemasukan hospital ataupun hospitalization, dengan izin, dan variant nya agak rendah berbanding Delta, kita sedar bahawa di sana wujud beberapa juta orang penerima Sinovac berumur lebih 50 tahun ya. Apakah tindakan yang wajar untuk kementerian memastikan ia mendapat booster dose? Mengapa KKM dan Menteri menangguhkan booster dose ini ke 31 Mac? Apakah ia bersabitan dengan PRN Johor atau apakah ya seterusnya? Apakah sebenarnya? Jadi, kalau dapat sedikit penjelasan.
Terima kasih.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Ya, terima kasih Yang Berhormat. Masih terdapat beberapa orang yang belum lagi mendapat booster di kalangan kumpulan yang disebutkan oleh Ahli Yang Berhormat tadi. Oleh sebab itu kita telah membuat keputusan untuk memastikan bahawa yang pertamanya, kita sudah pun memperluaskan pemberian booster kepada semua melalui walk-in iaitu melalui walk-in kepada PPV untuk booster, itu yang pertama.
Kedua adalah untuk kita memberi pilihan booster kepada mereka yang belum lagi mendapat dos penggalak mereka. Oleh sebab ada keengganan di kalangan beberapa orang penerima vaksin untuk mendapat vaksin yang bercampuran daripada dos primer mereka. Jadi, sekarang ini di beberapa PPV, kita bagi pilihan Pfizer, AstraZeneca, Sinovac dan sebagainya.
Ini telah membantu menaikkan sedikit liputan-liputan vaksinasi di kalangan mereka yang sebelum ini mungkin tidak mahu mengambil booster. Tempoh yang kita beri ini adalah bukan berkaitan dengan pilihan raya negeri tetapi lebih kepada untuk kita memberi masa sedikit bagi mereka untuk melengkapkan booster. Ada banyak permintaan supaya dilanjutkan sedikit masa. Jadi, lanjutan masa ini pun adalah yang terakhir, yang muktamad. Pada akhir bulan ini, sekiranya mereka tidak mendapat dos penggalak mereka, maka status vaksinasi mereka adalah tidak lengkap.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Sikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta maaf Yang Berhormat Jempol, saya tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 24(3) - Maksimum 3 soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Jempol, terima kasih tadi Yang Berhormat Kepong juga. Pertanyaan jawab lisan yang seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Dato’ Mohd. Nizar bin Haji Zakaria; Parit.
7. Dato’ Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [Parit] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan adakah pihak kementerian bercadang untuk menukar geran-geran bantuan yang diberikan sebelum ini kepada geran padanan boleh ubah di mana sekiranya pembiayaan tersebut berupaya merangsang perniagaan hingga berjaya, maka geran padanan itu boleh diubah menjadi geran percuma mengikut terma yang dipersetujui.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Tan Sri Noh bin Haji Omar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk maklumat Yang Berhormat Parit, MEDAC melalui SME Corp. Malaysia ada menyediakan insentif pelaksanaan Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) yang menyediakan bantuan berbentuk geran dengan nilai maksimum sehingga RM500,000 bagi tujuan peningkatan kapasiti dan keupayaan perniagaan PMKS.
Walau bagaimanapun, Program BEEP ini tidak menyediakan geran secara keseluruhan tetapi diberikan dalam bentuk geran padanan dan tertakluk kepada kelulusan peratus bantuan geran boleh dipertimbangkan mengikut saiz syarikat seperti berikut:
(i) 90 peratus geran untuk syarikat bersaiz mikro;
(ii) 60 peratus geran untuk syarikat bersaiz kecil; dan
(iii) 50 peratus untuk syarikat bersaiz sederhana.
Bagi tahun 2021, sejumlah RM38.7 juta telah diluluskan dan memberikan manfaat kepada 310 buah syarikat PKS. Geran padanan ini dilaksanakan bagi memastikan adanya komitmen dipihak syarikat untuk menanggung sebahagian kos dan merupakan antara kaedah kawalan risiko di pihak kerajaan bagi memastikan syarikat komited untuk meneruskan projek yang diluluskan sehingga selesai.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Tan Sri Noh bin Haji Omar
Bagi syarikat PKS yang memohon pembiayaan untuk menambah baik perniagaan di bawah Program Pembiayaan Digital (PMKS), Digital Financing Initiative (DFI) mereka layak untuk mendapat penukaran geran sehingga 50 peratus, hanya maksimumnya RM250,000 daripada perbelanjaan yang layak dimohon seperti mana cadangan daripada Yang Berhormat Parit. Kita ada convert daripada pinjaman kepada geran. Namun demikian, ia tertakluk kepada beberapa syarat seperti:
(i) pembelian mesin dan juga peralatan;
(ii) aplikasi sistem e-commerce;
(iii) pembungkusan dan produk pembungkusan;
(iv) pengiklanan dan juga promosi;
(v) pensijilan dan juga sistem pengurusan kualiti.
Sehingga Oktober 2021, sejumlah 20 PKS telah mendapat kelulusan penukaran geran melibatkan kos berjumlah RM4.7 juta di bawah SME Corp Malaysia yang mana skim ini kita baru mulakan di hujung tahun lepas. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan pertama, sila Yang Berhormat Parit.
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tahniah saya ucapkan kepada Yang Berhormat Menteri yang telah pun menjelaskan bagaimana bantuan-bantuan yang diberikan kepada kerajaan khususnya untuk membantu golongan peniaga dan juga usahawan-usahawan kita. Jadi, saya mengharapkan mewakili peniaga-peniaga dan usahawan supaya banyak lagi bantuan- bantuan yang boleh dibantu oleh kerajaan melalui kementerian apatah lagi dalam tempoh pandemik ataupun endemik ini mereka memerlukan bantuan.
Jadi soalan tambahan saya, selain daripada geran kepada PKS melalui SME Corp, apakah inisiatif kerajaan dalam membantu perusahaan mikro dan juga informal terutamanya akibat bencana banjir yang melanda negara kita baru-baru ini. Saya mohon supaya banyak lagi insentif-insentif yang dibantu khususnya kepada peniaga ataupun usahawan-usahawan kita yang terjejas termasuklah banjir ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Parit. Sila Yang Berhormat Menteri.
Tan Sri Noh bin Haji Omar
Terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat Parit terhadap usahawan PMKS. Kita sedia maklum sekarang ini orang kata, sudah jatuh ditimpa tangga. Bila habis pandemik, kena banjir pula. Soalan pandemik kita sedia maklum telah berbagai-bagai inisiatif telah pun dilaksanakan.
Tan Sri Noh bin Haji Omar
Untuk banjir ini untuk makluman Yang Berhormat, kita ada dua kategori. Pertama, ialah kategori informal dan juga mikro. Ini akan diuruskan oleh TEKUN di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang begitu prihatin mengenai masalah usahawan ini telah pun bersetuju untuk memberikan sumbangan secara geran RM3,000 kepada usahawan mikro dan juga informal yang diuruskan oleh TEKUN.
Kumpulan yang kedua ialah kumpulan IKS ini diuruskan oleh SME Corp di mana di bawah IKS ini dia akan diberikan pinjaman maksimum RM100,000 tanpa interest dan moratorium diberi sehingga setahun. Insya-Allah, petang ini kumpulan pertama akan menerima sumbangan daripada TEKUN sebanyak RM3,000 seorang yang akan saya adakan di Shah Alam. Insya-Allah petang ini kita akan mulakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Bukit Bintang.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, golongan manakah yang mendapat manfaat geran padanan pinjaman kerana biasanya golongan ini yang tidak mendapat sokongan politik pemerintah akan diketepikan. Mengapa kah pihak yang bertanggungjawab tidak memberhentikan kelakuan ini yang tidak adil kepada pemohon yang geran padanan ini.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Menteri.
Tan Sri Noh bin Haji Omar
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang. Yang Berhormat cuba mengatakan bahawa bantuan-bantuan ini berdasarkan kepada sokongan politik. Itulah maksudnya sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput semalam. Saya hendak bagi tahu Yang Berhormat bahawa kerajaan yang ada ini dia adil.
Tadi yang saya sebut ini adalah untuk bumiputera. Untuk bukan bumiputera juga ada skim kita, dipanggil skim BAP, skim ini pun kita open, boleh dapat geran juga. Itu yang pertama. Tidak ada beza. Bumiputera dengan bukan bumiputera. Akan tetapi untuk bumiputera ada skim, bukan bumiputera juga ada skim. Dua skim ini. Itu yang pertama.
Kedua, mengenai politik tidak ada. Kita tidak adapun dalam borang itu sebut, ahli politik daripada mana. Tidak ada. Kita hanya berdasarkan kepada kemampuan mereka sebagai seorang usahawan dan dibuat penilaian, bukan daripada latar belakang politik tetapi penilaian yang dibuat daripada kemampuan mereka dan juga bagaimana mereka menjalankan perniagaan.
Oleh sebab itu, di dalam kita memberikan bantuan saya lihat beribu yang saya sebut tadi, saya pun tidak tahu. Dia ini orang mana-mana daripada parti daripada mana- mana parti. Apa yang penting bagi kita untuk memajukan dan membela nasib usahawan, ketepikan fahaman politik tetapi mereka ini lah yang harus kita bantu demi untuk membangunkan semula ekonomi negara kita yang terjejas ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya lihat Yang Berhormat Alor Gajah sudah dua kali.
[Disampuk] Mungkin Yang Berhormat Kepong tadi hendak bertanya, Yang Berhormat Kepong? Saya bagi peluang.
Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah
Bagi peluang mantan tanya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik. Tidak apa. Baik, dengan ringkas.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Terima kasih. Saya hendak tanya— ya, ya, ya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya apa perancangan Menteri bagi geran insentif kepada usahawan Malaysia yang mendapat bahan mentah mereka semua buatan Malaysia dan juga mengupah pekerja semua warga Malaysia tanpa pekerja asing.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kepong.
Tan Sri Noh bin Haji Omar
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Ini satu pandangan yang baik. Jadi selain daripada saya kata tadi, kita berikan kepada kumpulan bumiputera dan juga bukan bumiputera. Malah mungkin kita juga boleh timbang seperti Yang Berhormat Kepong mengatakan bahawa yang mana-mana usahawan yang 100 persen menggunakan produk tempatan dan juga menggunakan pekerja-pekerja tempatan, mungkin kita boleh memberikan satu galakan.
Malah skim yang baharu yang kita akan laksanakan iaitu usahawan-usahawan yang bermula dengan modal sendiri, dia tidak ada pinjam dengan mana-mana agensi tetapi hari ini dengan modal poket dia sendiri, dia telah berjaya di dalam perniagaan. Ini pun kumpulan yang kita akan berikan perhatian untuk kita memberikan kemudahan kepada mereka untuk mendapatkan apa juga bantuan dan juga kategori-kategori sepertimana Yang Berhormat kata tadi dan juga yang kata usahawan-usahawan yang mula dengan modal sendiri ini kita letakkan dalam fast lane. Ertinya prosedur-prosedurnya mungkin akan dikurangkan kalau dibandingkan dengan usahawan-usahawan yang lain.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya terhad tiga sahaja. Minta maaf. Pertanyaan jawab lisan seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Puan Rosnah binti Aluai, Yang Berhormat Tangga Batu.
Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri.
Semasa banjir berlaku kecemasan, Abang Viva pantas ke depan, Soalan saya nombor lapan, Sila Menteri berikan penjelasan.
8. Puan Rusnah binti Aluai [Tangga Batu] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan bagaimanakah pemilihan untuk mendapatkan rumah dalam Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dilakukan memandangkan ada rakyat yang benar- benar susah tidak dapat keutamaan dalam penerimaan bantuan ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II - Datuk Haji Hasbi bin Habibollah
Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. *Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Jadi, soalan Yang Berhormat ialah bagaimanakah, ya?
Program bantuan rumah (PBR) adalah lebih dikenali sebagai Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) merupakan salah satu inisiatif pembasmian kemiskinan luar bandar dalam memastikan kumpulan sasar dan miskin tegar dapat mendiami kediaman yang selamat dan selesa, insya-Allah. Secara umumnya asas pemilihan penerima adalah melalui bank data sistem eKasih. Ini secara umum ya. Walau bagaimanapun, kementerian masih lagi menerima dan menimbangkan permohonan selain daripada sistem berkenaan iaitu melalui perakuan dan pengesahan daripada Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan peringkat daerah (FGD) atau negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri dan juga daerah.
Selain itu, kementerian turut mengadakan inisiatif dengan izin, search and assist oleh pegawai-pegawai kementerian dan agensi di bawah kementerian dari semasa ke semasa. Permohonan individu juga boleh dibuat secara dalam talian dan akan dipertimbangkan dalam jawatankuasa yang di peringkat kementerian berdasarkan syarat- syarat yang ditetapkan.
Walau bagaimanapun, selain menepati kriteria dalam kumpulan miskin dan miskin tegar, penerima haruslah juga memenuhi syarat pemilikan tanah tapak rumah berkenaan.
Syarat pemilikan tanah ini amat penting untuk dipenuhi bagi mengurangkan risiko perebutan hak milik setelah bantuan disalurkan.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II - Datuk Haji Hasbi bin Habibollah
Justeru itu, bagi menangani isu permohonan yang layak namun tidak mempunyai tanah, pihak kementerian mohon penglibatan daripada kerajaan negeri masing-masing menyediakan tapak yang bersesuaian bagi tujuan ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan. Sila Yang Berhormat Tangga Batu.
Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
Terdapat penerima rumah PPRT telah menyalahgunakan kemudahan ataupun keistimewaan ini dengan memberi sewa kepada orang lain. Adakah kementerian telah mengenal pasti golongan yang berbuat demikian dan kenapa ia berlaku dan apakah tindakan yang dibuat untuk mencegah ia dari berulang?
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Haji Hasbi bin Habibollah
Terima kasih Yang Berhormat. Senario begini, banyak Yang Berhormat. Ada yang siap rumah PPRT, sehari sebelum pindah, meninggal.
Hendak bagi orang lain diami, keluarga itu tidak bagi. Keluarga itu tidak juga layak untuk diami di situ. Ada yang baru masuk dua hari, meninggal. Pun rumah kosong. Anak-anak tiada. Tidak mahu diami situ. Rumah itu kosong macam itu. Apa yang disewakan kepada kontraktor untuk pasang tiang elektrik pun ada. Kita jumpa semua itu. Ini kerja memang tidak patut. Kalau sudah kita susah, kerajaan hendak bantu, gunakanlah seelok-eloknya.
Kita pun mengharapkan sama-sama kejujuran kita. Kerajaan jujur hendak bantu sedaya upaya dan kalau boleh yang diberikan hak ini juga bekerjasama. Terutama sekali apabila yang memohon keluarga susah, memang miskin, dekat-dekat hendak miskin.
Kalau boleh ibu bapa itu yang sudah ataupun keluarga yang kes meninggal tadi, janganlah dihantar ke rumah PPRT.
Akan tetapi memang layak. Why not jagalah di rumah seperti apa yang berlaku tersebut. Kerajaan tahu fasal apa yang berlaku ini. Akan tetapi inilah ada berkaitan dengan tanah. Saya bagi contoh. Sayang rumah macam itu. Hendak bagi orang lain diami, keluarga tidak bagi. Tanah orang lain.
Jadi, antara permasalahan dijumpai banyak sebenarnya, Yang Berhormat.
Seluruh negara perkara ini, di Sabah, di Sarawak. Saya yakin di Semenanjung ada juga.
Jadi, insya-Allah kerajaan— kita pun mengingatkan juga agensi-agensi dalam focus group. Kalau selain daripada garis panduan yang ada ini gunalah juga budi bicara menimbang tentang apabila hendak memberikan rumah ini. Pemilihan ini memang betul, ia susah— layak tetapi kalau sudah sehari dua pun sudah hendak ini, ada orang lain lagi yang memerlukannya.
Jadi, kita juga minta kepada agensi yang telah membuat pemilihan ini untuk menggunakan budi bicara kita juga melihat tentang keperluan-keperluan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua, sebelah sini [Merujuk kepada blok penyokong kerajaan] saya tengok ada tiga yang berdiri. Yang awal berdiri saya tengok Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memahami keadaan yang mana perumahan rakyat termiskin ini memang satu perkara yang tidak habis, tidak ada penghujungnya kerana pelbagai isu yang dikaitkan sebentar tadi. Di mana saya mahu supaya ia dilonggarkan. Soal tadi backlog eKasih telah pun diselesaikan.
Namun, yang keduanya soal tanah. Tanah ini kadang-kadang ada kalanya diberi surat akuan aku janji ataupun sebagainya pakai PA kepada orang yang miskin tersebut.
Keduanya saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Keadaan rumah ini saiznya hanyalah 660 kaki per segi yang mana harganya RM56 ribu dan mempunyai tiga buah bilik.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Adakah pihak kementerian memikirkan bahawa keselesaan terhadap mereka ini spesifikasi yang sedia ada supaya ia dilengkapkan RM56 ribu dalam kadar sekarang ini harga yang mahal sudah pasti ia tidak memberi satu buah hadiah kepada warga ataupun rumah PPRT pada warga yang susah.
Ketiga, susah tiba-tiba akibat banjir ini banyak rumah rosak. Berapakah peruntukan diperlukan untuk membaik pulih rumah tersebut? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Haji Hasbi bin Habibollah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Dua dalam satu ya. Saya sentuh fasal banjir sedikit ya.
Apa yang berlaku di negara kita tahun lepas musibah menimpa warga rakyat kita.
Kerajaan telah pun membuat penilaian dan taksiran bagi pelaksanaan sebanyak 2,835 buah unit rumah untuk 70 buah bina baharu dan selebihnya ialah untuk baik pulih akibat banjir di seluruh negara. Sehingga kini, 28 Februari sebanyak 110 buah unit sudah siap dibaiki dan 1,572 buah unit sedang dalam pelaksanaan pembaikan dan juga pembinaan baharu.
Jadi berkaitan dengan saiz ini hendak bagi latar belakang sedikit. Pertama ialah tentang peningkatan kos binaan. Peningkatan daripada 10 peratus ke-15 peratus khususnya dalam tempoh pasca pandemik ini kita akui sukar sekarang hendak cari kontraktor dan ada ramai tidak mahu buat kerja. Dia kata harga rendah dan implikasi ini menyebabkan kelewatan pembinaan dan bantuan lewat disampaikan kepada kontraktor.
Jadi, antara cadangan yang dibuat ialah cadangan kenaikan kos rumah perlu dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri untuk kelulusan kerana ia memberikan implikasi kewangan pada kerajaan.
Di samping itu, sebagaimana disebut oleh Yang Berhormat Jempol tadi iaitu tentang kos saiz rumah yang ada sekarang. Jadi, kalau kita hendak mencadangkan untuk menambah lagi saiz ini. Sudah pastinya kos ini juga akan direview semula. Peningkatan kos dan ditambah floor area untuk rumah ini. Saya yakin insya-Allah mudah-mudahan kita tengok bagaimana rumah PPRT ini kalau anak banyak memang tidak tahu apa hendak kata. Kalau boleh dibesarkan sedikit itu, kita pun hendak sebenarnya.
Jadi, kementerian dalam tindakan menyediakan cadangan kenaikan untuk dibentangkan untuk diluluskan oleh Jemaah Menteri adalah seperti berikut. Bina baharu di semenanjung, 56,000 buah kepada 64,000 buah. Ini cadangan yang dibawa kepada Jemaah Menteri. Bina baharu di Sabah dan Sarawak pula daripada 68,000 buah kepada 78,200 buah. Ini yang dicadangkan kenaikan sebanyak 15 peratus untuk dibawa kepada Jemaah Menteri.
Jadi, cadangan semakan semula reka bentuk baharu termasuk kos pembinaan adalah berdasarkan harga semasa. Ertinya semua ini Yang Berhormat Jempol diambil kira dan mungkin ada satu tambahan. Mungkin nama PPRT ini pun mungkin kita sedang bicara untuk boleh tidak ubah nama ini kepada nama yang lebih soft. Insya-Allah mudah- mudahan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Boleh satu lagi Tuan Yang di-Pertua? Fasal rumah PPRT.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya bagi peluang soalan tambahan ketiga. Sila Yang Berhormat Baling.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Timbalan Menteri yang telah memberi jawapan yang begitu baik. Cuma saya di Kedah, di kawasan saya di Baling untuk makluman Yang Berhormat sejak 2018 habis sahaja pilihan raya terencat semua pembinaan rumah. Di Kedah untuk makluman Timbalan Menteri, KEDA yang mengurus-tadbirkan berkaitan dengan rumah PPRT ini.
Jadi, soalan saya apakah perancangan untuk merancakkan semula? Sebab backlog itu terlalu banyak di kawasan kami yang mana Penghulu dan DO semua
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
pemimpin masyarakat telah memaklumkan siapa yang patut wajib dapat rumah tetapi sampai hari ini masih ada masalah tidak dapat lagi. Jadi saya harap Yang Berhormat Menteri boleh tanyakan dengan pihak KEDA dan maklumkan kepada pihak kami. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Baling. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Haji Hasbi bin Habibollah
Terima kasih Yang Berhormat Baling. Mungkin secara terperinci daripada KEDA saya tidak ada jawapan sekarang. Akan tetapi untuk pengagihan untuk 2022 ini, saya boleh bacakan sedikit di sini iaitu Kedah akan menerima bina baharu sebanyak 140 buah Kedah dalam tahun 2022 ini. Dengan jumlah peruntukan RM9 juta. Selepas itu baik pulih pula untuk Kedah sahaja 580 buah dengan jumlah peruntukan RM7 juta, insya-Allah.
Jadi, ini yang di bawah— mungkin dimasukkan terus kepada sama ada di bawah KEDA ataupun mungkin di bawah pejabat daerah dan sebagainya. Jadi ini yang figures ada pada saya. Mungkin apa yang dibuat oleh KEDA mungkin melalui peruntukan khusus ke mana-mana. I can get the details. Insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat.
9. Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof [Alor Gajah] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan perancangan kementerian di dalam memastikan keberkesanan sistem pengasingan sisa bagi usaha memelihara alam sekitar.
Timbalan Menteri Perumahan dan kerajaan Tempatan - Dato’ Sri Dr. Hj Ismail bin Abd Muttalib
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam keluarga Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Alor Gajah.
Timbalan Menteri Perumahan dan kerajaan Tempatan - Dato’ Sri Dr. Hj Ismail bin Abd Muttalib
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang merangka dasar peralihan pengurusan sisa pepejal ke arah ekonomi kitaran yang menekankan amalan penggunaan dan pengeluaran yang mampan, Sustainable Consumption and Production (SCP) dan telah menyasarkan untuk meningkatkan Kadar Kitar Semula Kebangsaan kepada 40 peratus menjelang tahun 2025.
Sehubungan itu, KPKT melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) komited dalam melaksanakan pelbagai usaha dan inisiatif untuk memastikan keberkesanan sistem pengasingan sisa sebagai usaha memelihara alam sekitar seperti berikut:
(i) membangunkan sistem WEGIS atau Waste Executive Geographical Information System untuk memudahkan orang awam mencapai pangkalan data kemudahan pengurusan sisa kitar semula seperti pusat dan tong kitar semula berhampiran secara atas talian;
(ii) membangunkan kerangka kerja bagi pelaksanaan perluasan tanggungjawab pengeluar atau Extended Producer Responsibility (EPR) terhadap produk yang dikeluarkan sehingga ke peringkat post-consumer dalam kitaran hidup produk tersebut bagi menggalakkan pengasingan sisa di punca dan meningkatkan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat;
(iii) meneruskan pelaksanaan Sistem Pemberian Ganjaran
(Trash to Cash) secara fizikal atau elektronik untuk merangsang penglibatan masyarakat dalam melaksanakan program SAS;
(iv) meningkatkan bilangan kemudahan kitar semula untuk memudahkan orang awam menghantar sisa ke kitar semula; dan
Timbalan Menteri Perumahan dan kerajaan Tempatan - Dato’ Sri Dr. Hj Ismail bin Abd Muttalib
(v) mengadakan sesi libat urus bersama pemain-pemain industri kitar semula bagi menambah baik industri kitar semula.
Selain itu, SWCorp juga akan meneruskan pelbagai kempen kesedaran dan memperluaskan program pendidikan bagi meningkatkan penglibatan pelbagai peringkat masyarakat untuk membudayakan amalan kebersihan 3R – reduce, reuse dan recycle dengan izin seperti berikut:
(i) program Komuniti Sifar Sisa (KOSIS) melibatkan komuniti di 17 buah Program Perumahan Rakyat (PPR);
(ii) program SAS secara mandatori di sektor isi rumah, sektor industri, komersial dan institusi serta sektor pembinaan di tujuh negeri yang menerima pakai Akta 672;
(iii) program World Cleanup Day dari 6 hingga 19 September bagi menyahut cabaran badan penganjur dunia yang menyasarkan lima peratus daripada populasi dunia bersama- sama melakukan pembersihan kawasan secara serentak untuk menangani masalah sisa pepejal termasuk sisa di laut;
(iv) Pertandingan Waste to Art yang merupakan pertandingan seni berasaskan barangan kitar;
(v) kempen buang sampah ke dalam tong sampah dan kempen berani tegur; dan
(vi) kempen harga makanan elak pembaziran, Daily Food No Waste yang dilaksanakan pada setiap rumah, setiap musim perayaan untuk mengelakkan pembaziran sisa makanan.
Tuan Yang di-Pertua, kementerian juga menggalakkan syarikat swasta atau kontraktor kitar semula menggunakan aplikasi Trash4Cash secara atas talian selaras dengan perkembangan semasa dan Revolusi Industri 4.0. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan, Yang Berhormat Alor Gajah.
Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah
Terima kasih, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Cumanya saya selain daripada jawapan yang telah saya terima dan amat baik cuma komen saya kalau dilihat secara umum, negara kita sebagai negara maju jauh ketinggalan dalam pengurusan sisa pepejal.
Pelbagai inisiatif telah disebutkan termasuk juga kitaran semula untuk menjadikan tenaga. Setakat ini bolehkah kementerian memperincikan ataupun memberi penjelasan kejayaan kita dalam bidang ini contohnya di Kuala Lumpur yang banyak mengeluarkan sisa pepejal. Adakah kita menggalakkan ataupun menggunakan dasar-dasar yang disemak semula untuk memastikan konsesi ini, skop konsesi itu dikaji semula dan dirangkumkan dasar yang akan dipinda.
Ini membolehkan negara bekerjasama dengan negara-negara lain yang mempunyai teknologi-teknologi terkini untuk memastikan kita mencapai tahap yang disebutkan SDG dan negara kita mahu mengamalkan ESG iaitu environmental, social dan governance.
Jadi, saya mohon kementerian untuk memberi sedikit maklumat mengenai tahap mana kejayaan kita dan tahap mana pindaan akan dibuat daripada segi konsesi untuk menguruskan sisa pepejal di negara kita ini. Kalau kita tidak melihat secara holistik, maka satu pun kitar semula untuk digunakan penjanaan tenaga dan kuasa tidak dapat dilaksanakan kalau dilihat setakat ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Sri Dr. Hj Ismail bin Abd Muttalib
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Alor Gajah. Kita terima dan kita akui seperti mana yang saya sebutkan tadi Tuan Yang di-Pertua bahawa kita cuba menyasarkan supaya kadar
Dato’ Sri Dr. Hj Ismail bin Abd Muttalib
kitar semula kebangsaan kita kepada 40 peratus maknanya masih di belakang, Yang Berhormat sepatutnya kita sudah meningkat.
Ini bukan sahaja daripada segi pelaksanaan kita dan yang penting ialah kesedaran masyarakat supaya bagaimana kita tidak menjayakan bahan-bahan sampah ini ataupun waste ini semakin bertambah sebaliknya kita cuba membantu kerajaan dalam menyelesaikan masalah sampah-sampah ini.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat kita ada beberapa pendekatan dalam kita menangani isu pengurusan sisa pepejal umpamanya kita ada tapak pelupusan sanitari ada lapan buah tapak sanitari di negara kita. Kita ada 14 buah tapak pelupusan bukan sanitari, yang sanitari ini dia ada sedikit chemical, teknikal dan sebagainya, Tuan Yang di-Pertua dan yang 14 buah tapak pelupusan bukan sanitari ini ialah pengumpulan sampah biasa ini.
Ketiga, kita ada loji rawatan thermal ataupun incinerator ada empat di seluruh negara dan dua buah stesen pemindahan dan kita ada sembilan loji rawatan air larut atau resap (LPP) dan satu lagi ialah seperti mana Yang Berhormat sebutkan WTE – Waste to Energy dan setakat ini kita ada empat lokasi yang melibatkan loji Waste to Energy ini, Tuan Yang di-Pertua iaitu WTE Kuala Lumpur, WTE Bukit Payung, Johor, WTE Sungai Udang, Melaka, WTE Ladang Tanah Merah, Negeri Sembilan.
Tiga daripadanya atas tadi iaitu di Bukit Payung, Johor, Kuala Lumpur dan Melaka, projek yang telah pun dilantik kontraktor untuk melaksanakan program WTE ini.
Bagi satu daripada yang empat itu iaitu di Ladang Tanah Merah di Negeri Sembilan projek belum lagi dilantik kontraktor.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya bersetuju sebab itulah daripada segi konsesi ini kita setakat ini ada tiga konsesi yang melaksanakan pengeluaran sisa pepejal ini iaitu di bawah SWCorp., Alam Flora dan setengah di Kuala Lumpur, Pahang dan sebagainya.
Di selatan satu dan juga di utara dan yang menjadi juga isu kepada kita kerana tidak semua negeri yang menerima pakai akta ini dan kita ada tujuh buah negeri sahaja.
Oleh sebab itulah kita perlu melihat kembali supaya pelaksanaan Akta 672 ini dapat diperluaskan lagi kalau boleh supaya keberkesanan kita dalam menguruskan sisa pepejal ini dapat kita pertingkatkan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan yang kedua, ramai yang berdiri. Saya jemput Yang Berhormat Sri Gading.
Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh - Sri Gading
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyebut soal dan perkataan Bukit Payung di Johor. Masalahnya timbul ialah kerana sampah-sampah yang dikumpulkan dari kawasan bandar dibawa untuk dilupuskan di kawasan di luar bandar. Jadi yang mendapat bahananya ialah orang di kawasan luar bandar.
Adakah satu mungkin rancangan kerajaan untuk memastikan bahawa sampah- sampah yang dibuang oleh rumah di kawasan bandar itu ditimbang dan dikenakan yuran supaya dengan itu dapat mengurangkan banyak daripada segi pembuangan sisa-sisa pepejal, itu sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Sri Gading. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Sri Dr. Hj Ismail bin Abd Muttalib
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Maksud Yang Berhormat tadi di mana sampah-sampah ini daripada perumahan- perumahan ini ditimbang, dijual dan dibayar?
Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh - Sri Gading
Ditimbang dan maknanya sendiri membayar berapa banyak bahan yang hendak dibuang supaya dengan itu barulah pengguna itu tahu bahawa dia kena bayar dan dia akan kurangkan pembuangan sampah itu.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib
Okey, okey, terima kasih Yang Berhormat. Malah, Tuan Yang di-Pertua, kerajaan lebih baik daripada itu.
Sampah-sampah yang dibuang oleh pengeluar-pengeluar sampah ini termasuk di rumah-rumah, kita beli pula. Trash to cash maknanya hendak memberikan kesedaran kepada masyarakat supaya sampah-sampah tidak dibuang begitu sahaja.
Sebaliknya, kita memberikan nilai kepada sampah-sampah ini dengan mempunyai harga-harga yang tertentu Tuan Yang di-Pertua, umpama saya ambil contoh minyak masak terpakai RM1.10 sekilo, kalau sudah tidak dipakai, jangan dibuang begitu sahaja supaya tidak menjadi sisa sampah kepada masyarakat.
Banyaklah lain-lain Tuan Yang di-Pertua. Televisyen yang buruk-buruk ini jangan buang begitu sahaja, kita boleh beli RM4 satu unit daripada televisyen buruk dan lain-lain lagi, banyak lagi Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat kerana bukan sahaja kita hendak denda pada pengeluar tetapi kita beri pula insentif, kita beli barang-barang, sampah-sampah yang mereka keluarkan ini. Itu baiknya kerajaan dan kita harap kesedaran masyarakat mesti ada kepada kita semua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Tuan Yang di-Pertua kalau boleh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Teruskan sebab panjang.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Tambahan, Bukit Payung.
Timbalan Yang di- Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya menjemput Yang Berhormat Datuk Dr.
Hasan bin Bahrom, Tampin.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sebelum saya membuka soalan saya, hendak betulkan pembayaran elaun khas bukan bonus.
10. Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [Tampin] minta Menteri Kesihatan menyatakan pembayaran elaun khas kepada pekerja barisan hadapan dalam kalangan kakitangan kesihatan. Apakah semua mereka yang terlibat diberikan, apakah ada di kalangan mereka tidak mendapat elaun khas tersebut? Bagaimana syarat atau proses itu diberikan dan apakah yang menyebabkan mereka tidak diberikan manfaat tersebut.
Menteri Kesihatan - Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Tuan Yang di- Pertua, menerusi pembentangan Belanjawan 2022, kerajaan telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah, termasuk petugas barisan hadapan di Kementerian Kesihatan Malaysia.
Bantuan Khas Kewangan ini telah dibayar pada 25 Januari 2022. Secara khususnya, bilangan warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia yang menerima Bantuan Khas Kewangan adalah seramai 290,892 dengan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM203.6 juta.
Kerajaan juga menyediakan pelbagai manfaat bersifat kewangan dan bukan kewangan kepada petugas barisan hadapan yang terlibat secara langsung di dalam menangani penularan pandemik COVID-19.
Pemberian Elaun Khas COVID-19 kepada petugas barisan hadapan, contohnya doktor, jururawat, pemandu ambulan yang mana kadarnya telah dinaikkan daripada RM400 kepada RM600 sebulan bermula bulan April 2020. Sehingga 31 Disember 2021, sejumlah RM1.1 bilion telah dibayar kepada petugas barisan hadapan bagi Elaun Khas COVID-19.
Menteri Kesihatan - Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Prinsip yang melayakkan pembayaran Elaun Khas COVID-19 adalah anggota kesihatan perlu diarahkan melaksanakan tugas dalam rantaian skop pengurusan wabak COVID-19 dan bayaran dibuat berdasarkan borang tuntutan yang dibuat oleh pegawai kepada pusat tanggungjawab (PTJ) masing-masing, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan pertama, silakan Yang Berhormat Tampin.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan itu.
Namun, apakah dalam pengetahuan Yang Berhormat Menteri masih lagi terdapat isu yang timbul di mana terdapat perkara yang perlu diselesaikan oleh kementerian dalam memastikan kebajikan frontliners ini dapat diberi keutamaan? Saya dimaklumkan elaun khas kepada mereka tidak diberikan sepenuhnya, daripada RM600 hanya diberikan RM300 sahaja.
Terdapat juga yang tidak diberikan kerana tidak memenuhi kriteria seperti vaksin tidak lengkap walaupun ia telah disahkan mempunyai alergi kepada dirinya. Jadi, demikian juga dalam soal jumlah hari tugasan mesti mencukupi empat hari dan sebagainya.
Ini satu perkara yang perlu penjelasan daripada kementerian tentang perkara yang ditimbulkan, terima kasih.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Ya, terima kasih kepada Yang Berhormat.
Memang kita ada beberapa syarat termasuklah lengkap vaksinasi.
Namun demikian, bagi mereka yang tidak dapat di vaksinasi atas sebab-sebab perubatan, maka mereka dikecualikan dan layak untuk menerima elaun khas mereka.
Untuk syarat-syarat yang lain ia semunya telah pun dimaklumkan kepada anggota kesihatan yang layak dibayar elaun tersebut. Antaranya:
(i) melaksanakan aktiviti pengesanan dan saringan kesihatan wabak COVID-19;
(ii) mereka yang menerima, mengumpul dan mengangkut ujian sampel;
(iii) menguruskan kemasukan dan perawatan pemulihan bagi individu yang disyaki atau pesakit COVID-19;
(iv) menguruskan kemasukan dan perawatan pemulihan bagi individu yang disyaki;
(v) bertugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma di Hospital; dan
(vi) menguruskan pesakit yang disyaki COVID-19.
Jadi, ini semua adalah syarat-syaratnya. Jika ada dan juga doktor dan juga anggota kesihatan yang diarah layak dibayar elaun khas berdasarkan jumlah hari bertugas sama ada RM600 bagi tempoh 15 hari dan ke atas dalam sebulan atau RM300 bagi tempoh kurang daripada 15 hari dalam sebulan yang berada di CPRC yang menganggotai Rapid Assessment Team.
Jadi, ini semua syaratnya. Kalau sekiranya ada aduan tertentu daripada Yang Berhormat, boleh di tujukan kepada saya, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan tadi.
Selain daripada jawatan-jawatan yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri, Jurupulih Perubatan Fisioterapi dan Jurupulih Perubatan Pemulihan Cara Kerja juga turut terdedah dengan pelbagai penyakit di hospital semasa bekerja, lagi-lagi dalam pandemik COVID-19 ini. Namun, saya difahamkan bahawa mereka ini hanya menerima bonus biasa seperti penjawat awam di sektor-sektor lain.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Soalan saya ialah apakah kerajaan tidak berhasrat untuk menimbangkan agar mereka juga turut menerima elaun barisan hadapan kerana mereka juga berada di barisan hadapan merawat pesakit dan juga terdedah kepada risiko jangkitan? Terima kasih.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Terima kasih Yang Berhormat. Kumpulan yang layak untuk menerima elaun khas ini akan kita semak dan akan kita kemas kini dari semasa ke semasa.
Contohnya, mungkin sekarang ini ada keperluan difikirkan untuk diperkembangkan kepada mereka yang layak terutamanya fisioterapi yang terlibat dalam rawatan long covid dan sebagainya. Saya akan ambil kira cadangan Yang Berhormat dan kita akan melihat kepada kriteria kelayakan dan seterusnya, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Soalan tambahan?
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Soalan tambahan kedua
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Padang Serai.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Yang Berhormat Padang Serai.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Gopeng.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri mengenai isu doktor kontrak. Saya jelas bahawa kerajaan telah menambah lebih 8,000 jawatan tetap bermula tahun ini hingga 2025.
Mohon Yang Berhormat Menteri jelaskan berapa ramai doktor kontrak yang telah diserap masuk sehingga sekarang? Berapa dijangka di kalangan doktor kontrak akan diserap masuk tahun ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, silakan.
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Memang keluar tajuklah tetapi semalam kita telah mengiklankan jawatan tetap bagi pegawai perubatan di laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Ini di mana kekosongan untuk tahun ini yang akan diisi oleh doktor kontrak sebagai pegawai perubatan tetap adalah seramai 3,586 orang, terima kasih.
11. Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan sejauh mana penguatkuasaan pematuhan garis panduan oleh pemaju terhadap pembinaan perumahan di kawasan berisiko tinggi.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttali
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kajian Tempatan (KPKT) telah meletakkan aspek penguatkuasaan, pematuhan garis panduan oleh pemaju terhadap pembinaan perumahan di kawasan berisiko tinggi di bawah seksyen 585 (a) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 ataupun Akta 133 yang diwartakan sebagai Akta (a) 1588.
Seksyen ini melibatkan penguatkuasaan pemeriksaan bangunan dan cerun secara berkala untuk mengesahkan keselamatan bangunan dan kestabilan cerun.
Pemeriksaan perlu dijalankan setiap 10 tahun bagi bangunan melebihi lima tingkat dan setiap lima tahun bagi cerun melebihi 25 darjah dengan ketinggian menegak melebihi 10 meter.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttali
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pemaju perlu mematuhi syarat-syarat peringkat permohonan kelulusan pelan kemajuan yang telah ditetapkan dalam manual
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttali
One Stop Center 3.0 Plus (OSC 3.0 Plus), terutamanya di kawasan berisiko tinggi seperti laporan environmental impact assessment (EIA), ulasan teknikal Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan sebagainya.
Manual OSC 3.0 Plus telah digunakan oleh 98 buah pihak berkuasa tempatan di Semenanjung Malaysia sejak tahun 2020 sebagai inisiatif kerajaan untuk menyelaraskan dan menyeragamkan prosedur kelulusan pelan pemaju di sektor pembangunan.
Selain itu, pelbagai garis panduan berkaitan perancangan dan pengurusan pembangunan bagi rujukan PBT telah disediakan oleh KPKT dan agensi teknikal. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman ahli Yang Berhormat juga, pihak berkuasa tempatan
(PBT) di setiap negeri turut melaksanakan penguatkuasaan terhadap pematuhan garis panduan pembinaan perumahan di kawasan berisiko tinggi oleh pemaju.
Contohnya, PBT di Pulau Pinang akan mengenakan kompaun dan mengeluarkan notis berhenti kerja serta surat tunjuk sebab kepada pemaju yang ingkar manakala PBT di Selangor pula akan mengenakan kompaun kepada pemaju atas syarat kelulusan Kebenaran Merancang (Borang C1) yang diberikan termasuk syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Sensitif Alam Sekitar (JKSAS).
Sehingga 15 Februari 2022, sebanyak sepuluh tindakan penguatkuasaan terhadap pemaju yang meliputi kompaun dan penalti telah dikenakan oleh PBT di seluruh Perak, Pahang, Pulau Pinang dan juga Selangor. PBT di Kedah, Perak dan Pulau Pinang juga mengadakan audit berkala terhadap perakuan siap dan pematuhan (CCC) bagi pemajuan pembinaan perumahan di kawasan berisiko tinggi. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Soalan tambahan satu.
Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ucapkan tahniah atas usaha kerajaan untuk sentiasa memantau pematuhan oleh para pemaju ini.
Akan tetapi, pada masa yang sama adakah kementerian juga mempunyai program untuk memberi kesedaran kepada para pembeli rumah agar mereka memilih rumah yang berisiko rendah untuk berlaku kes-kes yang melibatkan cerun dan sebagainya.
Ini kerana apabila kesilapan berlaku walaupun kenakan denda kepada para pemaju dan sebagainya tapi rakyat telah kerugian yang besar, melibatkan angka yang besar, melibatkan pinjaman mereka dengan bank.
Adakah kementerian telah menyediakan pelan, nasihat ataupun kesedaran kepada para pembeli rumah sebelum mereka membeli rumah di kawasan yang berisiko tinggi? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, silakan.
Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Nerus. Sepatutnya kita ada dua pendekatan, Tuan Yang di-Pertua. Pertama ialah pihak berkuasa kerajaan sendiri; Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga PBT memastikan supaya pembinaan rumah-rumah ini tidak mendatangkan risiko kepada pembina ataupun tuan punya projek perumahan dan juga pembeli-pembeli ataupun pemilik rumah yang akan datang termasuklah seperti mana yang saya sebutkan tadi.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
[Bangun]
Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib
Di samping itu, kita ada 12 panduan untuk memastikan supaya pengurusan dan pembinaan di kawasan-kawasan cerun ini dapat dipatuhi. Ini melibatkan kawasan pihak berkuasa tempatan, PLANMalaysia, Jabatan Kerja Raya dan juga jabatan-jabatan yang lain. Kita Tuan Yang di-Pertua, di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Bahagian Perumahan), untuk makluman pembinaan rumah ini melibatkan lebih kurang 15 agensi di seluruh negara.
Sebab itulah kita cadangkan untuk kita selaraskan di bawah National Housing Corporation (NHC) yang telah pun disetujukan oleh Kabinet untuk kita wujudkan bagi memastikan supaya penyelarasan pembinaan rumah-rumah ini dapat kita lakukan bagi memastikan supaya tidak ada rumah-rumah yang begitu mudah dibina, sehingga dibina
Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib
di kawasan-kawasan cerun yang boleh mendatangkan kemusnahan ataupun kerosakan pada rumah-rumah yang dibina.
Dalam masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Nerus, sebenarnya kita sentiasa memberikan kempen-kempen kepada pembeli-pembeli rumah supaya mereka melihat mana rumah yang paling sesuai untuk mereka beli, untuk mereka miliki supaya tidak mendatangkan kerugian pada masa hadapan. Jadi, dua pendekatan ini kita gunakan. Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Nerus atas peringatan tersebut.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Jerai.
Tuan Yang di-Pertua
Maaf. Akhir sekali Yang Berhormat Bukit Bintang.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ringkas ya.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Ya. Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Benarkah kelemahan penguat kuasa menjadikan– menyebabkan bertambah pembinaan bangunan tinggi di atas cerun-cerun bukit yang tinggi seperti yang berlaku di Taman Supreme, Cheras dan di kawasan-kawasan bukit tinggi yang lain? Mengapakah tidak ada ketegasan petugas atau PBT dan dibiarkan ini berlaku di kawasan ini? Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Thank you.
Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Bintang ya. Seperti mana yang saya sebutkan tadi, kita ada 15, Tuan Yang di-Pertua, pelaksana pembina-pembina rumah termasuklah KPKT sendiri, kerajaan negeri, PBT, kementerian-kementerian lain dan juga pihak swasta yang sudah tentu tidak di bawah bidang kuasa KPKT sendiri untuk menjalankan semuanya.
Sebab itulah kita cadangkan supaya National Housing Corporation itu ditubuhkan supaya kita dapat menyelaraskan.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya terdapat juga agensi yang lain yang terlibat dalam memastikan supaya tidak ada rumah yang di mana – di tempat-tempat ataupun lokasi yang bahaya. Umpamanya, kita ada Jabatan Alam Sekitar yang akan menentukan kualiti alam sekitar di bawah Akta 127. Kita ada Jabatan Kerja Raya di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133). Kita ada Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (Akta Pembangunan Mineral) (Akta 525) dan PLANMalaysia (Akta Perancangan Bandar dan Desa) (Akta 1372). Ini antara agensi yang juga terlibat, yang perlu memberikan pandangan sebelum satu-satu projek perumahan dapat dibina. Sebab itulah tidak semudah itu syarikat-syarikat perumahan boleh membina di mana-mana rumah yang mereka ingin bina tanpa mendapat keizinan atau mendapat komen daripada agensi- agensi yang terlibat.
Saya ingat terima kasih atas pandangan Yang Berhormat Bukit Bintang. Itu satu pandangan yang baik dan insya-Allah kita akan beri perhatian. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Okey, Jerai.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Yang Berhormat Jerai. Ringkas sahaja sebab sudah habis mana ini.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apakah tindakan kementerian bagi melindungi rakyat bagi kes rumah yang dibeli tidak disiapkan oleh pemaju perumahan yang tidak bertanggungjawab sedangkan bayaran bulanan sudah pun berjalan? Ada juga dalam kalangan projek ini di bawah projek kerajaan PPA1M.
Mohon penjelasan.
Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih, Yang Berhormat. Sebenarnya kita akui – saya lupa, saya tidak ada maklumat di sini. Terdapat projek-projek yang terbengkalai, projek-projek yang sakit yang sedang kita beri perhatian bahkan Yang Berhormat Menteri kita – kita telah tubuhkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini satu war room; bilik gerakan khas untuk kita memastikan supaya rumah-rumah yang terbengkalai ini dapat kita selesaikan segera. Sebab itulah kita akan ambil tindakan. Bahkan sedang dan telah pun
Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib
diambil tindakan. Akan terus memastikan termasuklah kita menamatkan kontraktor yang tidak mampu ini dan kita melantik kontraktor penyelamat bagi menyelesaikan pembinaan rumah-rumah yang terbengkalai ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat semua, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih, semua Yang Berhormat.
[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 6.30 petang dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Khamis, 3 Mac 2022.”
Tuan Yang di-Pertua
Ada yang menyokong.
Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah; “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya; “ Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam persidangan Parlimen memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Kelima Parlimen yang Keempat Belas.” [1 Mac 2022]
Tuan Yang di-Pertua
Saya ingin menjemput Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Port Dickson. Masa yang diperuntukkan kepada beliau ialah 90 minit. Sebelum itu, saya ingin secara peribadi mengucapkan takziah pada Yang
Tuan Yang di-Pertua
Berhormat Port Dickson dan keluarga atas pemergian adinda beliau, Allahyarham Rusli bin Ibrahim. Saya doakan agar roh arwah dicucuri rahmat Allah dan diletakkan bersama orang-orang yang beriman. Takziah Yang Berhormat. Silakan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua atas ucapan takziah juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang ramai daripada pelbagai parti telah sampaikan kepada saya semalam dan pagi tadi serta juga masyarakat yang bersama. Mudah-mudahan Allah SWT merahmati dan mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Saya mulakan dengan mengucapkan dan menjunjung kasih ke atas ucapan dan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang agak menyeluruh, menyentuh awalnya soal memorandum persefahaman, pengangguran, COVID-19, banjir, pengurusan hutan dan sebagainya. Jadi, izinkan saya Tuan Yang di-Pertua untuk membahaskan isi kandungannya dan memohon perhatian kerajaan terutamanya tentang permasalahan yang dirungkaikan.
Pertama, saya ingin menjelaskan tentang memorandum persefahaman yang telah sampaikan di sini tetapi masih digunakan termasuk di Pilihan Raya Negeri Johor seolah-olah kita memberi laluan mudah kepada kerajaan. Petang semalam saya, Yang Berhormat Kelana Jaya dan Yang Berhormat Bagan menemui Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Apa yang dibincangkan? Pelan dan ketegasan melawan rasuah, kepastian meluluskan Akta Anti-Lompat Parti. Tanpa memorandum ini, saya tidak fikir Undi18 akan diluluskan. Ramai yang boleh claim mereka berjasa dalam bidang itu, saya tidak nafikan tetapi adalah kepastian dalam memorandum ini yang menetapkan tanpa tolak ansur mesti diluluskan sebelum akhir tahun lalu.
Begitu juga pakej rangsangan menangani masalah ekonomi dan COVID-19 sejumlah RM45 bilion, RM10 bilion untuk rakyat miskin. Semua itu diluluskan pra belanjawan atau pasca belanjawan kerana ada rundingan. Politik kita harus matang. Kita tidak boleh mewarisi sistem yang lama. Apabila orang tidak bersetuju, tempatnya di penjara. Kalau bersetuju, diangkat dan diberi anugerah tambahan.
Jadi, sikap dendam kesumat, nafsu serakah politik ini harus dihentikan.
[Tepuk] Jadi memorandum persefahaman ini bermaksud untuk mematangkan suasana politik tetapi soal lawan, bantah, kita terus. Tidak langsung ada tolak ansur dalam soal pengurusan kerajaan, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan kita tanya terus kepada Perdana Menteri, bukan berselindung sama ada di Dewan, di luar Dewan, di khalayak umum ataupun bersama dalam rundingan dengan Perdana Menteri atau rakan-rakan yang lain.
Jadi, saya ingin tegaskan hal yang sedemikian supaya kita faham maksud memorandum ini tidak untuk memberi laluan mudah kepada Perdana Menteri mengekalkan kuasa. Bukan perjanjian untuk memberikan isyarat nyata bahawa Perdana Menteri akan kekal tanpa dicabar.
Tidak ada peruntukan yang melarang cabaran, bantahan atau penolakan kedudukan Perdana Menteri tetapi selagi ada persefahaman dan ada perundingan seperti mana dengan kerjasama Tuan Yang di-Pertua, suatu kemajuan yang besar dalam soal reform Parlimen. Saya ucap terima kasih, select committees dan perundingan- perundingan diteruskan dan tentunya tidak menepati semua matlamat kita.
Kita tahu dalam Pakatan Harapan kita bukan pemerintah tetapi kita juga tahu bahawa dalam keterbatasan yang ada, ada kemajuan yang tidak boleh dinafikan tetapi ia tidak memenuhi maksud kita. Tentang kebebasan badan kehakiman, kebebasan badan penguatkuasaan, kebebasan SPRM, itu yang tertera dalam matlamat kita yang belum tertunai. Akan tetapi kemajuan ke arah itu sebahagian besarnya telah dapat dirungkai.
Ini saya tidak mahu jelaskan supaya suara-suara yang agak terdesak di luar sana dapat juga dimengerti supaya tidak ada tohmahan yang keterlaluan, tidak ada salah untuk orang menegur. Saya tidak ada masalah tetapi untuk mengatakan bahawa ini laluan
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
mudah supaya memberikan ruang terbuka untuk kerajaan melakukan apa sahaja. Ini saya fikir tidak benar.
Saya hendak mulakan juga dengan satu soal tentang permasalahan yang kita hadapi. Semalam dalam jawapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan ada sekurang-kurangnya dahulu dalam penguatkuasaan atau pendakwaan terpilih, selective prosecution.
Semasa itu giliran saya sudah habis. Ia sama ada selective prosecution atau malicious prosecution, itu diketahui umum, dibangkitkan oleh Majlis Peguam, ditegur oleh badan-badan guaman antarabangsa dan international legal fraternity, berlaku dengan parah sejak dahulu.
Jadi, kalau Perdana Menteri mengandaikan di bawah Kerajaan Pakatan Harapan berlaku pendakwaan terpilih, tidak ada halangan sama sekali untuk Peguam Negara membuka fail-fail tersebut. Jangan bagi alasan dan berikan sindiran seolah-olah ada.
[Tepuk] Kalau ada, silakan. Ada dibangkitkan seorang konglomerat besar yang dilindungi kerana anaknya terlibat dadah, siasat.
Saya tidak berada di sini untuk mempertahankan konglomerat kaya yang rasuah, tidak. Akan tetapi saya syorkan kepada Perdana Menteri supaya memastikan Peguam Negara sama ada yang sekarang atau yang dahulu, dan yang sekarang ini boleh buka semula fail. Ia tidak ada time bar untuk kes-kes jenayah.
Jadi, oleh yang demikian, kalau benar dakwaan Perdana Menteri sekarang, sila buka. Bagi saya ada baiknya supaya kadang-kadang orang yang berdegar-degar cakap soal rasuah itu tahu hadnya apabila dia sendiri atau keluarganya terpalit dengan jenayah atau rasuah.
[Tepuk] Oleh sebab itu saya menolak andaian yang mengatakan umpamanya ini soal sikap terutama orang Melayu ini boleh terima rasuah. Pandangan sedemikian itu masih berterusan di kalangan pemimpin-pemimpin Melayu. Ini penyakit yang harus diubati bermula dengan sikap pemimpin. Mula Melayu malas, kemudian Melayu senang terima rasuah dan menjadi budaya. Ini pandangan diberikan town Filipino, masyarakat Indonesia, orang Jawa. Ini pandangan-pandangan yang sebenarnya sangat jumud dan kolot.
Saya hendak sebut umpamanya pada tahun 1890, Jose Rizal yang saya anggap sebagai the Picasso of Asian Renaissance dalam La Solidaridad 1890 menyebut bagaimana sikap Eropah terutama Sepanyol yang menganggap orang-orang Filipino ini malas dengan menganggap mereka ini indolent colonist, badly nourished, has no hope, toils for others and works only under force and compulsion. Jose Rizal, 1890 telah meneka sikap yang ditanam oleh penjajah Sepanyol ke atas minda rakyat Filipina. Di kalangan elit, golongan terdidik juga terpukau dengan kempen dan pandangan yang sedemikian. Banyak kupasan yang lain.
Selepas itu Paulo Freire, Pedagogy of the Oppressed yang menganggap pandangan yang sedemikian itu sehingga menebal tetapi sikapnya bermula daripada elit, penguasa. Elit penguasa yang menjadi tali barut penjajah walaupun mereka ini kata mereka pejuang kebangsaan dan pejuang nasionalis tulen tetapi mereka terperangkap captive mind, kata Syed Hussein Alatas.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Sebentar ya. Saya hendak selesaikan tajuk ini. Iaitu kata Syed Hussein Alatas tentang The Myth of the Lazy Native yang saya anggap wajib dibaca oleh Ahli-ahli Parlimen.
[Tepuk] Maka begitulah sikap tidak...
[Tidak jelas] dituduh terhadap kaum Melayu, Filipina, Jawa. Mereka memberi reaksi terhadap keadaan ditimbulkan oleh kekuasaan penjajah.
Mereka dipaksa bekerja dan menyediakan pelbagai hasil utuh daripada tenaga mereka.
Bagi orang Eropah pada awalnya dan penguasa peribumi yang ditakluki oleh orang Eropah sibuk menghimpun kekayaan untuk diri mereka sendiri.
Saya tambah apa yang dilakukan oleh penjajah pasca kemerdekaan, orang yang menguar-uarkan tentang kemerdekaan. Kemerdekaan itu bukan bererti menolak penjajah
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
semata-mata, menolak sistem rakus kezaliman penganiayaan golongan rakyat dan juga penyisihan golongan miskin.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Boleh?
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Sekarang ini apa yang berlaku adalah penjajah itu diganti oleh pemuka-pemuka peribumi. Dahulu, penjajah rakus berkuasa mengisi bolok mereka sendiri, tembolok mereka sendiri. Sekarang, pemimpin peribumi yang mengambil alih. Saya ambil sedikit ayat itu sahaja.
Akan tetapi mereka sibuk mengumpul kekayaan untuk diri mereka sendiri.
Penjajah yang diganti oleh pemimpin peribumi tanpa meninggalkan sesen pun kepada yang lain. Terus menerus mengumpul kekayaan, melebihi batas dan kehidupan yang enak bagi golongan atasan.
Bagi sejumlah besar penduduk, tidak ada motif rasional mahupun peluang yang cukup untuk memperoleh kekayaan melampau yang diperlukan untuk hidup. Kalau sudah merempat miskin di kawasan Manek Urai tanpa program pemasaran, tanpa usaha untuk menambah produktiviti mereka. Apakah motivasi mereka untuk meningkatkan? Ini teori yang dijawab oleh semua pakar ekonomi.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Saya kurang bersetuju dengan Ketua Pembangkang. Kata orang Melayu tidak peka soal rasuah ini. Bahkan baru-baru ini apabila ada orang yang mencuri di masjid ditangkap, dimandikan seolah-olah mayat. Itu yang curi beberapa ringgit, orang Melayu peka. Ini kata tadi tidak peka. Saya yakin yang mencuri berjuta nanti akan ditangkap, dimandikan, dikapankan dan diusung ke kubur.
Setuju atau tidak?
[Ketawa]
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Minta, minta.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Apa yang saya sebut, yang saya cuba hendak ulas ini saya tidak setuju dengan pandangan itulah iaitu yang mengatakan orang Melayu ini atau Filipina atau Jawa ataupun masa Inggeris cuba ganggu budaya Cina, menganggap orang Cina ini semua kaki opium, maka menyebabkan Opium War.
Kemudian orang India yang dianggap malas dan memang kotor. Ini sikap penjajah yang diwarisi oleh golongan elit politik termasuk pemimpin Melayu. Ini yang saya hujah ini.
Jadi betul Yang Berhormat Kelana Jaya kalau hendak kata sikap mereka begitu.
Orang curi di masjid dibelasah setengah mati. Orang curi berbilion-bilion duit 1MDB masih bergentayangan di mana-mana. Jadi ada – tetapi salahnya adalah sikap pimpinan politik yang tidak menunjukkan ketuntasan atau konsistensi dalam pandangan mereka.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua memberi laluan kepada saya. Adakah Yang Berhormat Port Dickson bersetuju dengan saya bahawa pada zaman Tun Hussein Onn, dia ada kasi teguran kepada Kabinet dia, Menteri-menteri? “Apabila you mahu jadi Menteri, jauh daripada rasuah. Kalau you mahu jadi kaya, you masuk bidang perniagaan”.
Adakah setuju dengan saya semangat ini harus diteruskan di kerajaan sekarang atau kerajaan akan datang? Adakah setuju? Terima kasih.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Terima kasih. Tun Hussein Onn memang dikenali sebagai orang yang lebih tegas menangani permasalahan rasuah. Itu memang dikenali dan saya tahu benar sebab apabila saya menjadi Menteri Kewangan, harta pusaka Tun Hussein itu dirujuk ke kementerian untuk dibayar cukai.
Jadi apabila melihat seluruh failnya, saya kecualikan sebab harta yang ada pada beliau pada ketika itu sangat rendah untuk dianggap sebagai seorang mantan Perdana Menteri dan keluarga mantan Menteri Besar, Datuk Onn Jaafar, pengasas, Menteri Besar Johor pada ketika itu. Akan tetapi keluarga pendapatan yang sangat sederhana. Saya tidak dapat jamin keluarga dia yang lain tetapi saya jamin setakat Tun Hussein Onn. Jadi dia ada rekod.
Almarhum Tun Abdul Razak sebelum itu – Tuan Yang di-Pertua mungkin ingat.
Pernah menyebut negara ini menghadapi permasalahan besar 3C pada masa itu. Dia sebut 3C. Maknanya, soal rasuah ini sudah mula dikesan. Dia sebut tentang communism pada ketika itu ya. Communalism banyak sikap perkauman yang juga bangkit dan belum terhakis dan corruption. Dia 3C; communism, communalism, corruption. Dia kata, “The
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
problem of 3C’s. They will be continued to haunt this country”, melainkan kita ambil tindakan-tindakan tegas. Kita kalau tengok rekod Tun Abdul Razak, ada orang setuju tidak setuju tetapi isu politik.
Akan tetapi keprihatinannya tentang masyarakat luar bandar tidak boleh dipertikai dan keduanya, tentang kehidupannya yang jauh lebih sederhana. Sekali lagi tidak boleh saya jamin, keluarga dia yang lain.
[Tepuk] Jadi dari situ, saya sambung tentang soal daripada sikap ini tentang apa yang saya bangkitkan semalam. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana beri ruang kepada saya dan rakan-rakan membangkitkan soal Bank Negara. Memang saya lihat, perhatikan jawapan pagi tadi.
Soalnya pertama terkait dengan apa Perdana Menteri sebut tentang selective prosecution. Jadi, kalau itu diteruskan, maknanya pendakwaan itu diteruskan, dia memberi gambaran bahawa keadaan itu masih ada asasnya dan mesti terus dikupas. Ada rakan-rakan yang di sebelah sana, sebahagian dari sana. Sana pun ada sebahagian.
Hendak kata satu pihak, tidak boleh, pihak kerajaan ini.
Dia kata, pembangkang atau PH tidak ada modal lain, asyik 1MDB sahaja tetapi 1MDB ini bukan cerita sejarah. Dia cerita yang berterusan yang kita bangkitkan, yang Speaker memberi keizinan kepada saya itu sebab ini fakta baharu yang dikemukakan di US District Court New York. Apabila kita teliti lagi pembongkaran itu, harus mencuit perasaan kita dan menggesa rakyat bangkit menolak. Maknanya kalau kita lihat kisah ini sahaja 1MDB, maknanya corruption yang diberi amaran oleh Tun Abdul Razak 40 tahun lebih dahulu, setengah abad yang dahulu, itu sudah menjadi satu yang systemic, hampir dibudayakan.
Saya tegaskan, mustahil isu 1MDB boleh berlaku jika tidak ada kerosakan dalam seluruh sistem. Kementerian Kewangan, kalau ikut pengalaman saya, KSP nya dan pegawai-pegawai, amat teliti dan selalu memberi nasihat tidak setuju kalau ada dianggap pelanggaran hukum. Ini KSP nya bersekongkol dan terus pertahankan, menjadi alat dan tali barut pemerintah untuk menekan dan mengaut keuntungan.
Dalam keterangan yang baru dibongkar lagi, tiga jenis bon dikeluarkan. Bon dipanggil Projek Magnolia, bon dipanggil Projek Maximus dan Bon Projek Catalyze. Jumlah anggaran dana aliran wang 1MDB yang disahkan oleh Department of Justice United States of Amerika USD4.5 bilion, RM18.88 bilion.
Tahun 2009, bekas Pengerusi Goldman Sachs, Lloyd Blankfein bertemu Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak pada tahun 2009 untuk meleraikan bon RM6.5 bilion dan ini terkait dengan kepentingan anak-anak.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Saya tidak perlu panjangkan hal itu tetapi saya hendak sebut di sini, ada yang mengatakan ini hearsay. Ini pengakuan bersumpah dengan dokumen. Jadi itulah sebabnya mengapa semalam, Tuan Yang di-Pertua, saya gesa bukan sahaja Bank Negara Malaysia – bagaimana Bank Negara Malaysia boleh bolos macam itu? Orang sekarang bawa keluar wang RM50,000 kena isi pelbagai borang. Ya, isi untuk Bank Negara Malaysia. Orang boleh keluarkan berbilion Ringgit, terpadam daripada penglihatan Gabenor dan team Bank Negara Malaysia. Ya, dia kena jawab soal ini dan siasat.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Boleh tanya? Yang Berhormat Ketua Pembangkang, kita kalau hendak tahu rumah kita senget, kita kena duduk jauh baru nampak rumah senget. Duduk dalam rumah tidak nampak senget. Oleh sebab itu, orang luar nampak Malaysia senget sekarang, bukan kita yang duduk dalam ini. Setuju atau tidak?
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Yang tidak nampak Yang Berhormat Kota Raja, itu yang mata dia rabun. Kalau dia itu seorang pemimpin bertanggungjawab, tidak kira daripada parti mana, tidak kira Melayu, Cina, India, Iban atau Kadazan, dia tidak akan menjadi pelapor, pengampu dan penjilat bagi orang yang terlibat dalam rasuah sebegini rupa. Ini kerana dalam hal ini, buktinya ada. Laporan DOJ itu bukan baharu.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Laporan Department of Justice, Tuan Yang di-Pertua, itu saya baca, kalau tidak salah saya tahun 2016, diseludupkan ke penjara. Ini penyeludupan yang sah kerana dianggap sebagai bahan dokumen guaman. Saya kata ada kes mahkamah jadi saya beritahu pegawai penjara, “Ini bahan dokumen guaman, tebal, saya kena baca.” Saya baca itu, saya terkejut.
Pertama, diceritakan wang 1MDB digunakan untuk membayar perjudian di Caesars Palace, Los Angeles, ya. Itu pun masih ada lagi parti yang mengatakan – yang Melayu dan Islam mengatakan, “Oh! Kita dapati tidak ada kesalahan.” Bacalah dahulu laporan. Wang 1MDB disahkan, digunakan money trail itu ya. Los Angeles (LA), Chicago, New York, London, Singapura.
Maknanya bila pergi ke casino, dia kena berikan bukan sahaja wang tunai yang ada di situ atau pun credit card, tetapi juga bank account. Jadi ini yang ditrail dan dibayar oleh wang yang bersumberkan 1MDB.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Yang Berhormat Port Dickson.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Kemudian beli lukisan, termasuk Monet. Ya, lukisan yang mahal. Pelukis Perancis yang terkenal. Bukan monyet. Yang Berhormat Kota Raja kata monyet. Bukan, Monet. Kemudian, bangunan-bangunan, harta.
Jadi yang banyak. Jadi semua sekarang ini menyatakan perkara ini tidak berlaku dan sudah berlalu. Berlalu bagaimana? Kita kena bayar berpuluh bilion.
Saya perlu jelaskan sini, Tuan Yang di-Pertua, saya bingung kalau sikap begini, untuk memberi laluan mudah. Maknanya sekarang ini jangan bimbang kes rasuah. Kalau kita menang pilihan raya, kita berkuasa semula, semua ini terpadam dengan sendirinya.
Bukankah ini bermakna institusi itu di kompromi?
Oleh sebab itu, saya tanya, minta supaya institusi SPRM, LHDN, Bank Negara Malaysia dan Jabatan Siasatan Jenayah, polis itu, benar-benar bermaruah dan berintegriti. Jadi siapa juga jadi kerajaan, parti mana juga memerintah, rasuah besar ini tidak boleh dipertahankan. Baru boleh kita ini dianggap betul-betul merdeka.
[Tepuk]
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Yang Berhormat Port Dickson.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Ini soal Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dan suami Datuk Tawfiq Ayman, saya sudah sebut sebahagiannya semalam.
Jawapan saya sangat kesal dan tidak memuaskan daripada yang saya teliti tadi tetapi Singapura lebih dahulu kerana maklumat yang diperoleh, yang mencurigakan kerana masuk ke Bank UBS di bawah nama Iron Rhapsody Ltd., dimiliki oleh Tawfiq Ayman yang mempunyai nama yang sama, melainkan ada Tawfiq Ayman yang lain yang juga suami kepada Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dan seorang anak lelaki yang dipercayai anak kepada beliau.
Jadi aliran masuk itu, tahun 2008, 2009, 2015 dan 2016. Tuan Yang di-Pertua, saya bawa di Parlimen ini tahun 2010 dan ditempelak dahsyat oleh kawan-kawan, rakan- rakan Yang Berhormat di sebelah sana. Seolah-olah saya menipu, merekayasa bahan bukti dan tidak ada asas kerana sentimen dan permusuhan politik. Tahun 2010, 2011, kalaulah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri Kewangan dan Kabinet ketika itu prihatin, dia boleh sekurang-kurangnya meleraikan sedikit demi sedikit permasalahan itu. Akan tetapi, tidak.
Jadi kalau ada orang menganggap kita berucap di sini, dia dengar, kemudian ada tindakan, itu sebenarnya palsu. Dia naif dari segi politik kerana sementara kita keluarkan, masih ada rakan-rakan, sebahagiannya sekarang sebelah sini ya, yang masih mempertahankan. Tahun 2013 dalam kempen pilihan raya Pakatan Rakyat pada ketika itu, 1MDB itu disuarakan tetapi masih ada yang mempertahankan. Jadi, dia mengambil masa untuk rakyat bangkit dan sedar.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Ketua Pembangkang.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Sebenarnya Tuan Yang di- Pertua, sebab itu saya tidak setuju kalau kita katakan rakyat, tidak. Ini kerana 1MDB itu menjadi satu gegaran dalam kalangan rakyat...
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Yang Berhormat Ketua Pembangkang.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
...Yang merasakan ada satu ketempangan dalam sistem pentadbiran dan pengurusan di negara kita.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Yang Berhormat Ketua Pembangkang ini barangkali kurang sedar. Orang Islam ini ada pintu taubat. Dia buat jahat macam mana pun, dia ada pintu taubat. Orang bukan Islam tidak ada pintu taubat. Orang yang ada pintu taubat ini, dia jahat kah, dia rasuah kah, kita kena sokong. Kena faham sedikit, ada argumen itu di Malaysia ini.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Yang Berhormat Port Dickson, Lembah Pantai. Boleh? Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Kita semalam sewaktu Yang Berhormat Ketua Pembangkang bahas dalam Kamar Khas berkenaan dengan Tim Leissner, satu perkara yang agak mendukacitakan ialah bagaimana siri pendedahan ini berlaku hampir setiap hari. Maksudnya, maklumat yang dipunyai oleh Jabatan Peguam Negara ini sangat kurang, sehingga kita disajikan hampir setiap hari dengan pembongkaran-pembongkaran besar yang baharu. Malah, sekiranya tidak berlaku pembongkaran oleh Tim Leissner di New York, kita tidak akan tahu ada rumah USD10 juta yang telah dibelikan menggunakan duit rakyat Malaysia untuk kekasihnya di London.
Jadi berkenaan dengan isu ini, adakah Yang Berhormat Port Dickson bersetuju dalam aspek unsur jenayah di bawah Kanun Keseksaan dan harus ada pendakwaan di mahkamah Malaysia kerana bukan sahaja tentang isu ini tetapi menyimpan maklumat berkenaan rasuah. Maksudnya, kekasih tersebut tidak tampil untuk memberitahu, hampir sembilan tahun menyimpan rahsia rumah ini. Apa pandangan Yang Berhormat Ketua Pembangkang?
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Soalan tambahan. Apakah kita tidak berbangga wanita Malaysia nilainya harga RM44 juta? Ini RM80, RM200 buat apa? Nilai dia itu kena lihat, wanita Melayu pula itu. Kita kena sokong nilai-nilai wanita seperti ini.
Yang Berhormat Ketua Pembangkang setuju atau tidak?
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Terima kasih. Daripada keterangan semalam, Yang Berhormat Kelana Jaya dan Yang Berhormat Lembah Pantai...
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Yang Berhormat Kota Raja bukan Yang Berhormat Kelana Jaya.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Oh! Yang Berhormat Kota Raja.
Yang Berhormat Kota Raja dan Yang Berhormat Lembah Pantai bangkitkan isu yang dibongkar oleh Leissner. Soalan yang kita kemukakan, bagaimana agensi penguatkuasaan penyiasatan tidak mampu mengetengahkan lagi soal ini seolah-olah kes ini tertutup, walaupun ada siri pendakwaan di mahkamah? Akan tetapi bahan-bahan ini, kita terpaksa tunggu sehingga terbongkar, pertamanya dahulu oleh Department of Justice, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dan keduanya sekarang di mahkamah di Amerika Syarikat, sebahagiannya.
Jadi, saya tekankan semalam, maknanya walaupun SPRM ada menjawab bahawa sebahagian kes Bank Negara Malaysia ini disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah dan SPRM telah pun memanggil wanita berkenaan mengenai rumah.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Akan tetapi, saya telah cadangkan mesti ada pasukan khas, sekurang-kurangnya empat agensi ini, menyelaraskan tindakan kerana isu ini isu yang sangat besar. Berpuluh- puluh bilion dan ada orang cuba memadamkan yang mengatakan, “Oh! Ini tak ada isu lain, isu 1MDB”. Dia ingat ini wang siapa begini ini? Wang negara sampai RM30, RM40 bilion hilang pun tak ada apa-apa.
Beli rumah, buat pergi tempat perjudian guna wang negara dan kita anggap it’s all right, no problem, small matter, don’t politicize it. Saya tak fahamlah. Apatah lagi kalau orang itu sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Raja, cakap soal Melayu,
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
soal Islam. Malah, ini soal kemanusiaan. Saya tidak fikir seorang rakyat Malaysia apa kaum, apa agama pun, yang boleh tolerate hal yang sedemikian.
Yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Raja, kita bangga dengan integriti. Kita bangga dengan maruah, kita bangga dengan akhlak. Kita bukan bangga dengan wang yang diambil dengan cara yang tidak sah apatah lagi kalau dibeli rumah berapa kos pun, itu masalah dia, tetapi dikait dengan wang negara. Wang Kerajaan Malaysia yang harus dibayar oleh rakyat.
[Tepuk] Ini yang kita bantah.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Port Dickson, Tuan Yang di-Pertua. Saya pernah ditegur, dikatakan, “Tak habis-habis isu rasuah, rasuah, 1MDB. Kita tak minat nak dengar. Yang kita hendak dengar ialah soal pekerjaan. Yang kita hendak dengar ialah soal pendapatan, mana nak dapat duit. Makanan untuk rakyat.” Saya rasa ramai tidak memahami bahawa oleh kerana berlakunya rasuah ini, maka pekerjaan tak dapat dihasilkan. Tidak ada industri, tidak ada sekolah-sekolah baharu, tidak ada hospital baharu, tidak ada perniagaan baharu oleh kerana duit habis masuk dalam poket orang dan digunakan untuk menenangkan kekasih dan sebagainya.
Lalu saya rasa, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, persoalan rangkaian ataupun hubungan di antara rasuah dan bagaimana ianya merugikan rakyat perlu kita kupas supaya orang faham. Ini bukan soal kita jealous, kita cemburu yang dia orang ini dapat duit berbilion-bilion. Tetapi ini merugikan rakyat. Ini merugikan negara dan memang rakyat kena bangkit, tolak amalan rasuah ini. Apa pandangan Yang Berhormat Port Dickson?
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Yang Berhormat Port Dickson, sikit. Kuala Nerus. Saya cuma nak minta pandangan daripada Yang Berhormat Port Dickson tentang apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Raja sebentar tadi. Saya bimbang berlaku salah faham masyarakat terhadap konsep taubat dalam Islam kerana taubat dalam Islam tidak menafikan hukuman. Contoh, berkaitan dengan mencuri.
Jadi, saya minta penjelasan lanjut daripada Yang Berhormat Port Dickson, ulasan kepada apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Raja tadi. Terima kasih.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Terima kasih. Pertama, Yang Berhormat Shah Alam menekankan satu aspek yang penting kerana ada orang hendak meremehkan soal rasuah ini. Kemudian kalau dijawab pun, dia kata yang lain pun rasuah.
Kalau SPRM ada bukti, dia ambil tindakan. Saya tidak ada isu tersebut, tidak mahu melindungi.
SPRM pernah, semasa PH dalam kerajaan, memaklumkan kepada saya tentang beberapa siasatan, mengingatkan saya tentang beberapa rakan yang dicurigai telah mengaut kekayaan. Apa jawapan saya? Silakan. Jangan guna parti atau kedudukan mereka dalam kerajaan. Kalau orang lain melindungi, bukan tugas saya. Jadi, sebab itu saya minta supaya ditanya. Tak ada halangan. Ada yang mengatakan mengapa bekas menteri-menteri kewangan yang kaya-raya, berbilion itu semua tidak ada dengar siasatan.
Saya tidak pernah bersetuju untuk melindungi mereka.
Jadi, oleh yang demikian, kata-kata Yang Berhormat Shah Alam itu tepat. Jadi bukan dia kata, “Oh! 1MDB”. Kita tak pernah kata ini satu 1MDB sahaja walaupun skala dana 1MDB itu besar. Kalau ada bukti yang lain, silakan. Sebaiknya, saya rasa, sudah sampai ketikanya bila ada tekad politik (political will) dalam kerajaan itu membongkar supaya ia jadi pengajaran untuk generasi kini dan akan datang. Kalau tidak, kalau dahulu ada satu skandal, sekarang sambung skandal. Jadi, ia berterusan.
Orang guna kuasa itu, rebutan kekuasaan itu untuk memperkayakan diri, keluarga, sanak saudara. Ini yang berlaku dalam negara kita. Sebab itu saya kata pimpinan silih berganti. Nak berikan high moral standing, tidak boleh. Sebab, kalau dibongkar, banyak yang tercalar.
Jadi, sebab itu saya setuju dengan Yang Berhormat Shah Alam, satu ketegasan dan penerangan kepada rakyat. Tetapi kalau polemik di kalangan elit politik ini cuba memadamkan dan cuba pula membesarkan, mendewakan orang-orang yang terpalit
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
besar dengan rasuah, ini mengaibkan dan menjatuhkan maruah rakyat negara ini. Orang ketawa di dunia. Bagaimana mungkin hal ini berlaku?
Yang Berhormat Kuala Nerus menyebut tentang taubat. Sebenarnya yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Raja itu menyindir kerana ada orang menganggap biarlah kalau dah taubat, boleh. Memang dalam Islam dibolehkan bertaubat. Ada. Akan tetapi, kalau kita mencuri semua, dia taubat, proses hukuman kena jalan. Itu pertama.
Keduanya, kalau dia ambil bilion-bilion lepas itu taubat, tak ada― betul apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Nerus, bukan maksudnya itu. Jadi kalau betul dia curi, dia kena bayar balik. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Kuala Nerus tetapi apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Raja itu hanya menyindir orang memudahkan isu taubat ini dibangkitkan.
[Tepuk] Baik, Yang Berhormat Timbalan Menteri Undang-undang semalam di Parlimen bercakap tentang kelewatan penyiasatan itu alasannya sekatan VTL antara Malaysia ditutup. Ini bagaimana Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh jawab begitu? Apakah ada bukti dirujuk ke Kerajaan Singapura? Saya nak tahu, apakah Kerajaan Singapura tidak bersedia memberi kerjasama terhadap penyiasatan rasuah berskala besar di Malaysia?
Yang saya tahu, ada kerjasama. Jadi kita nak gunakan technical point, tidak ada kiriman surat secara sulit, tidak ada itu― hal ini berlaku memang boleh. Cuma, sekali lagi, ia menggambarkan kelesuan, kelembapan, keengganan bertindak tegas dalam hal ini yang menyebabkan perkara ini berlarutan sekian lama.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Yang Berhormat Port Dickson, dengan tajuk yang sama, boleh saya tanya sedikit pandangan Yang Berhormat Port Dickson?
Semalam Yang Berhormat Timbalan Menteri juga menjawab usul segera Yang Berhormat Port Dickson dengan berkata inilah kali pertama agensi kerajaan dapat mendengar fakta-fakta seperti yang didedahkan oleh Tim Leissner di US District Court.
Berkenaan dengan apartmen USD10 juta itu mungkin kita boleh terima itu tetapi pendedahan Tim Leissner yang penting sekali adalah cara di mana Bank Negara meluluskan pemindahan wang RM1 bilion dalam masa yang sangat-sangat cepat dan itu memberi maksud yang jelas bahawa pemantauan oleh Bank Negara memang lembap, tak berkesan dan membenarkan duit 1MDB itu dicuri sehingga rakyat Malaysia sekarang kena membayar hampir RM53 bilion.
Jadi, pada pandangan saya, mustahil kita tidak tahu tentang fakta penting itu iaitu kelembapan pemantauan Bank Negara daripada dahulu apabila episod ini bermula pada tahun 2008 atau 2009. Jadi, saya minta pandangan Yang Berhormat Port Dickson dalam hal ini.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh. Yang Berhormat Sungai Buloh ada sejarah dengan ini. Saya sebut tadi, laporan DOJ atau Jabatan Kehakiman itu yang saya baca itu tahun 2015, 2016. Di situ, bahan dan fakta terlalu banyak. Terlalu banyak. Termasuk yang saya sebut tadi, beberapa isu ini.
Jadi isu yang baharu, kalaupun baharu, atas alasan hal ini baharu, tetapi yang beratus hujah tentang mesyuarat, tentang minit, tentang property, itu bukan andaian, bukan hearsay. Dia bagi, ini bangunan sekian dibayar pada tarikh sekian. Perjudian di Caesers Palace pada sekian hari bulan, akaunnya sekian. Jadi, siasatlah. Saya bukan hakim untuk menghukum, betul. Akan tetapi, saya bantah kerana tiada siasatan dan beri alasan yang sangat remeh, memperbodohkan rakyat seolah-olah ini bahan baharu. Yang dokumen besar itu tidak― kalaupun disiasat, nampak disiasat dalam keadaan kegelapan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Pada 6 November 2013, Leissner dalam Projek Catalyze menyatakan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada ketika itu, Tabung Haji telah bersetuju untuk memberi beberapa bon tersebut. Umpamanya, ia melibatkan Tabung Haji, harus ada persoalan. Ada atau tidak email, ada atau tidak rekod, adakah persetujuan dari Tabung Haji? Oleh sebab itu, saya kata masalah ini systemic, ia melibatkan terlalu banyak agensi
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
dan kerana kelemahan ini menyebabkan apa yang kita katakan bahawa rasuah itu sudah rangkul seluruh sistem atau yang dikatakan systemic.
Dokumen yang dibawa dan dikemukakan oleh Singapore CAD kepada penyiasat Malaysia ini sebanyak USD16.22 juta itu masuk ke akaun Jho Low. Jadi, kalau ikut yang hal Jho Low terlalu panjang, saya tidak bermaksud untuk menyebut di sini. Akan tetapi saya hendak katakan bahawa bagaimana maklumat ini menjadi rahsia umum walaupun media terkawal?
Media terkawal, contoh yang saya sebut semalam ialah Astro. Astro itu dimiliki oleh seorang pengusaha millionaire yang besar, kemudian di bawah Ralph Marshall dan Datuk Rohana Rozhan. Kalau mereka itu terlibat dalam melindungi 1MDB, mana hendak harap media akan beri kerjasama. Ia telah terlibat, compromised principle ia dengan 1MDB dan parti yang berkenaan.
Jadi, tentunya tugas ia adalah memburukkan imej pembangkang dan menunjukkan kekuatan parti yang memerintah dan ini...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Port Dickson.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
...daripada penguatkuasaan kepada Bank Negara, kepada Tabung Haji, kepada media, jadi seluruh sistem itu berpakat. Ini ‘muafakat nasional’ mereka ini untuk menghentam pembangkang. Ini yang berlaku dalam kes yang disebut dalam Laporan Tim Leissner baru-baru ini. Saya masih mengesyorkan supaya laporan itu dibaca sekali gus dengan Laporan DOJ yang melibatkan juga judi dan sebagainya.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Port Dickson.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
DOJ Report yang berikutnya adalah pada 1 November 2018, di mana pengakuan bersalah oleh Tim Leissner - conspiring to launder money and violate the Foreign Corrupt Practices Act related to 1MDB. Jadi, ini tidak berkesudahan dari tahun 2009. Ini laporan tahun 2018 dan sehinggalah yang terbaharu iaitu the Grand Jury charges terhadap Jho Low yang terbaharu dengan Tim Leissner.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Port Dickson, Baling?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Port Dicson, Bayan Baru.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Sedikit?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam pendedahan Tim Leissner ini, ada satu pendedahan yang sangat besar iaitu Projek Catalyze itu. Komisen tidak dapat diberi kepada Tim Leissner dan terpaksa dibayar untuk Pilihan Raya Umum Ke-12 pada tahun 2013.
Jadi, ini ialah satu pendedahan yang besar di mana wang berbilion-bilion ringgit– kalau kita masih ingat pada PRU 2013, berbilion-bilion ringgit digunakan untuk tujuan pilihan raya. Di Pulau Pinang, kita tahu bahawa ada pihak-pihak tertentu bawa Psy, Korea punya K-Pop Star (Psy) ke Pulau Pinang. Di Pulau Pinang, banyak ceramah, lepas makan free, ada bagi minum free, selepas itu ada beer, arak free diberikan kepada pengundi- pengundi.
Jadi, kita tahu bahawa kalau pembelian undi menggunakan duit ialah satu kesalahan daripada segi kesalahan Akta Pilihanraya. Jadi, saya minta penjelasan atau komen daripada Ketua Pembangkang, adakah ini satu pembelian undi? Kenapa tiada siasatan daripada SPR tentang blatant buying of votes dengan duit minum, semua ini dan juga sogokan pelbagai jenis? Adakah perlu siasatan? Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Sedikit, kalau boleh Yang Berhormat Port Dickson, saya tambah.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Baling. Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson, terima kasih kerana memberi laluan. Yang Berhormat Bayan tadi itu betullah. Kalau pada tahun 2013 pun Pulau Pinang, DAP
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
menang juga. Bagi minum kah, apa kah, itu tidak mengapalah. Cuma saya hendak tanya sedikit penjelasan dengan Yang Berhormat Port Dickson berkaitan dengan pendedahan tadi, berkaitan isu Tabung Haji.
Ada termasuk dalam penjelasan yang diberikan oleh Tim Leissner itu. Saya– apakah pandangan dan pendapat Yang Berhormat Port Dickson. Sekarang ini memandangkan kita tengah buat RCI, apakah elok masukkan topik dalam RCI tersebut untuk kita mendapat jawapan yang betul dan rakyat– sebab kita ada 9.7 juta orang pendeposit. Jadi, harus kita tekankan dan kalau kita hendak telus, kita masuk dalam RCI tersebut untuk kita mendedahkan. Apakah pandangan Yang Berhormat Port Dickson?
Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Kuala Selangor.
Sedikit, Yang Berhormat Port Dickson. Menyambut daripada beberapa MP sebentar tadi.
Kita memerhatikan on record, Bank Negara ketika itu Yang Berhormat Port Dickson, mengenakan satu hefty fine terhadap AmBank pada Disember 2015. Saya membangkitkan perkara ini dan mahukan- ketika itu mengapa hanya dikenakan RM53.7 juta sebagai fine kepada salah laku yang dilakukan oleh AmBank?
Sementara pada ketika itu lagi kita lihat J.P. Morgan dikenakan satu penalti sebanyak RM8.5 bilion dan HSBC USD1.92 bilion. Ketika itu lagi andainya kalau tidak ada rot seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Subang kalau tidak silap saya tadi, menyebutkan kalaulah kereputan dan- the system rot dalam banking system kita itu yang dilindungi, ketika itu lagi kita telah dapat membongkar pengubahan wang yang dilakukan oleh 1MDB.
Perkara ini telah menjadi satu yang sangat sarat- the systemic rot sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Port Dickson. Terima kasih.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya akan teruskan nanti tanpa banyak pencelahan sebab saya hendak habiskan tajuk lain.
Tuan Yang di-Pertua
Boleh saya komen sedikit. Sebenarnya banyak yang kita salah guna pencelahan itu kan? Pencelahan itu hanya untuk penerangan atau untuk penjelasan. Akan tetapi ramai mengambil kesempatan untuk berbahas. Jadi, tidak cukup lah masa untuk Yang Berhormat Ketua pembangkang, saya bagi selama 90 minit.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Bayan Baru tanya sebab jika ada bukti tentang rasuah, SPR perlu bertindak. Akan tetapi kita tahu memang ada masalah di sini, saya setuju dengan Yang Berhormat Bayan Baru supaya ada siasatan. SPR juga sebagai sebuah badan, lebih berintegriti untuk mengambil langkah-langkah yang lebih berani, tegas untuk menghalang rasuah yang ketara dalam sistem pilihan raya kita.
Yang Berhormat Baling mengusulkan supaya kes yang saya bangkitkan tadi tentang bon Tabung Haji itu disiasat oleh Suruhanjaya Diraja. Saya setuju kerana perkara ini tuduhan yang agak besar, yang melibatkan pencarum Tabung Haji yang ramai. Jadi, saya setuju kalau Suruhanjaya dan juga mengambil kira keterangan Leissner tentang wang Tabung Haji juga digunakan dalam kes 1MDB.
Yang Berhormat Kuala Selangor membangkitkan tentang– bukan sahaja tentang bank yang didenda tetapi Goldman Sachs. Semua sekarang orang tahu bahawa yang dikatakan kejayaan oleh Menteri Kewangan– denda Goldman Sachs itu terlalu kecil kita timbang berbanding dengan apa yang berlaku. Di sini dianggap major success tetapi kalau kita lihat apa yang berlaku, J.P. Morgan, HSBC itu jauh lebih tinggi.
Jadi, ada permasalahan besar dalam bentuk rundingan ini dan kita hendak tahu peguam mana yang digunakan? Apakah peguam itu pula dapat komisen dalam penyelesaian mudah begini? Saya tanya siasatan itu harus diadakan. Sudahlah kita kena tipu, sudahlah rugi, kemudian tampok tipu lagi. Rakyat hendak dapat RM40 tambahan pun tidak ada, cuma masa pilihan raya ada lah kut dapat RM100 setiap pengundi. Akan tetapi yang kita rugi ini puluhan bilion ringgit.
Saya dalam satu sidang Conference Bloomberg di Singapore. Semasa itu Pengerusi Goldman Sachs di hadapan saya. Saya sebut, 1MDB ini tidak mungkin berlaku
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
kalau badan-badan kewangan antarabangsa seperti Goldman Sachs itu tidak complicit in the crime. Ia tidak berani saman saya, saya sebut begitu.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
If international financial institution such as Goldman Sachs is not complicit to the crime, this cannot happen. Jadi, maknanya— Ya, lah tetapi baguslah dia tidak samanlah saya. Saya cakap itu di depan Pengerusinya dan nyata dia tidak boleh nafi. Jadi, apa yang berlaku ialah rundingan dengan Kementerian Kewangan untuk selesaikan. Tuan Yang di- Pertua, hal ini harus menyentuh. Bagi saya mengulas apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semalam tentang pendakwaan terpilih.
Saya ingin tegaskan di sini soal rasuah ini mesti dihadapi dan tangani secara menyeluruh cara bebas. Kita bukan di sini untuk pertahankan sesiapa. Apa yang disebut ya tetapi tidak meyakinkan kerana masih ada kelemahan-kelemahan asas, masih ada seperti mana yang kita tahu tokoh-tokoh yang masih bermaharajalela bicara tanpa ada kesungguhan kerana pertimbangan politik.
Jadi, saya harap untuk mengakhiri tajuk ini, kita ingat betul-betul. Saya hendak bawa hadis Rasullah SAW.
[Membaca sepotong Hadis] Ini antara hadis riwayat Ibnu Majah yang sangat mengesankan. Apa maknanya? Rasullah SAW bersabda daripada Abu Hurairah Radiyalahu Anhu, “Akan datang tahun-tahun penuh dengan kedustaan yang menimpa manusia. Pendusta dipercaya, orang yang jujur didustakan. Amanat diberikan kepada pengkhianat, orang yang jujur dikhianati”.
[Tepuk]
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul, betul.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
...dan ruwaibidhah turut bicara.
Lalu, ditanya kepada Rasulullah SAW. Apakah ruwaibidhah itu? Rasullullah SAW menjawab, “Orang yang bodoh yang menguruskan perkara am”. Yakni amanah diserahkan kepada orang yang tidak berkelayakan. Ini peringatan kepada kita semua.
Jangan anggap saya tuju ini kepada pemerintah.
Ini satu peringatan kalau kita ini Ahli Parlimen dan dianggap elit politik, tidak ada satu tekad untuk membersihkan negara ini, pasti akan menuju malapetaka kehancuran.
Tidak ada orang yang siuman yang yakin bahawa kita sungguh-sungguh hendak membanteras rasuah di negara kita. Oleh yang demikian, harus ada suatu semangat dan azam baharu untuk mengikis penyakit ini.
Saya bawa sekarang kes yang sebenarnya menyentuh rakyat selain daripada rasuah tadi. Kos sara hidup dan inflasi, ya. Inflasi meningkat walaupun selalu dikatakan peningkatan itu tidak seteruk negara-negara jiran ataupun negara-negara lain. Akan tetapi, kita tahu indeks inflasi negara yang diukur daripada indeks harga pengguna meningkat 2.3 peratus kepada 124.09 berbanding 122 pada tahun yang sama sebelumnya.
Makanan yang paling terkesan 3.6 peratus maknanya tinggi daripada yang lain.
Harga minyak sayuran rekod tertinggi selepas meningkat 10 peratus pada Oktober 2021.
Harga bijirin meningkat lebih 22 peratus berbanding tahun sebelumnya. Gandum sebanyak 40 peratus dalam tempoh 12 bulan. Kos produk tenusu meningkat sebanyak 16 peratus.
Peratus-peratus ini tidak meyakinkan. Angka dan data ini boleh mengelirukan.
Statistics do lie kerana realiti di bawah itu adalah susah orang hidup dengan makan dalam keadaan harga barang naik dan gaji tidak naik. Ini soal gaji juga ada kaitan dengan soal harga barang. Ada syarikat-syarikat yang catat untung puluhan bilion. Akan tetapi, apabila kita cakap soal gaji minima bukan sahaja kerajaan, yang swasta pun ada keengganan.
Ladang-ladang, syarikat balak, ladang-ladang kelapa sawit yang untungnya cukup tinggi tetapi pulangan bagi golongan pekerja rendah itu sangat kecil. Jadi, oleh yang demikian, kita harap supaya tindakan kerajaan itu harus lebih menyeluruh. Bukan setakat pengawalan harga tetapi ini soal Approved Permit (AP) ini menjadi masalah yang besar.
Dahulu AP kereta, sekarang AP kubis, AP ayam.
Jadi, semua AP ini di-controlled oleh satu kelompok yang tertentu. Ini monopoli, monopsoni, semua orang tahu ini basic economic. Kalau kita benar-benarkan monopoli, dia yang tentukan harga dan kita tidak berikan ruang untuk orang lain terlibat kerana AP
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
ini diberikan kepada ketua-ketua bahagian parti tertentu. Jadi, kalau kita tengok senarai— patutnya Yang Berhormat Menteri berikan senarai. Siapakah yang dapat AP di bidang mana?
Jadi, barulah kita ada ketelusan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebut kaedah di bawah pimpinan beliau akan ada ketelusan dan transparensi. Okey, setuju.
Beri. Siapakah yang dapat AP dan berikan maklumat ini kepada awam dan kepada Ahli Parlimen. Kemudian, soal food security atau keselamatan makanan dibangkitkan dan kita tahu yang di antara yang paling terkesan adalah petani-petani dan pesawah padi dan pekebun-pekebun kecil.
Akan tetapi, lagi harus ada langkah-langkah yang lebih proaktif oleh Lembaga Pemasaran juga. Ini kerana kalau kita lihat kesenjangan perbezaan harga di antara Kuching, Kuala Lumpur atau Labuan, Kuala Terengganu dan Perlis, itu jauh sangat. Kalau kata di Semenanjung sahaja, bawang merah di Kuala Terengganu ialah RM5.00, Perlis ialah RM8.00. Jadi, ia ada kelemahan apa yang Profesor Diraja Ungku Aziz menyebut, irregularities in the marketing infrastructure. Dia tulis 61. It is still irregular. Walaupun kita ada FAMA sekarang.
Semasa itu belum ada FAMA. Ada FAMA tetapi tidak. Kalau dibandingkan dengan Labuan lagi teruk. Kuala Terengganu ialah RM5, Perlis ialah RM8.00 dan Labuan ialah RM25.00. Maknanya orang kalau berpendapatan rendah, tidak belilah bawang merah. Cili merah Kulai, Kuching ialah RM28.00 manakala Kuala Lumpur ialah RM18.00. Ayam proses standard, Kota Bharu ialah RM9.50 manakala Kota Kinabalu ialah RM10.90.
Jadi, ini yang kita sebut monopoli kartel makanan. Hari itu kita sebut tentang kartel daging yang heboh sebentar. Kemudian dilupakan. Jadi, Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Asas Tani memberikan jawapan tentang tindakan yang diambil terhadap bantahan dan skandal yang dibangkitkan soal kartel daging tempoh hari. Kita juga bicara tentang pengangguran yang disebut ada kejayaan tetapi yang tidak disebut ialah kadar pengangguran belia berumur 15 hingga 24 tahun adalah sebanyak 13.2 peratus. Kategori ini seramai 312,000 orang yang menganggur.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Kadar pengangguran belia 15 hingga 30 tahun sebanyak 8.7 peratus. Jadi jika kita mahu lebih objektif, kita harus perhatikan jumlah sebenarnya. Kalau kita hendak rangka dasar, fakta itu harus jelas. Umpamanya, masalah terbesar yang mencecah lebih 1.7 juta adalah pengangguran tidak ketara (underemployment). Kalau kategorinya, dia kerja satu jam seminggu, itu dia masuk dalam kategori bekerja. Akan tetapi hal-hal ini harus dijelaskan supaya Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan, jana kerja dan lain-lain yang disebut itu ada kejayaan yang terbatas.
Saya sentuh tadi sepintas lalu tentang gaji minimum. Ada bantahan daripada konglomerat. Yang Berhormat Perdana Menteri jawab baru-baru ini, saya dah bincang dengan syarikat-syarikat besar, semua tidak setuju. Ini Yang Berhormat Perdana Menteri, dia wakil syarikat besar kah wakil rakyat? Mana dalam di dunia ini, tengok yang popular Bernie Sanders sekarang ini kerana dia menjadi juru bicara kepada rakyat bawahan.
Kalau tanya syarikat-syarikat besar, takkan buat. Oleh sebab itu ada Kesatuan Sekerja.
Dalam sejarah political economy Tuan Yang di-Pertua, menunjukkan bahawa hanya dengan Kesatuan Sekerja barulah syarikat-syarikat besar gergasi ini mula memberi layanan lebih baik kepada pekerja. Sebelum wujudnya Kesatuan Sekerja, tidak ada. Jadi sebab itu bagi saya, ada langkah yang serius untuk memperkukuh semula Kesatuan Sekerja yang cuba dimatikan 10, 20 tahun yang lalu. Jadi kita kena bangkitkan balik supaya ia boleh berunding dan mendesak. Ini syarikat untung RM8 bilion, gaji pekerja tidak naik, produktiviti bertambah.
Jadi sebab itu pernah saya sebut di Parlimen dulu, beberapa tahun yang lalu.
Contoh produktiviti, peningkatan produktiviti dan peningkatan upah. Peningkatan upah di Malaysia ini jauh lebih rendah daripada peningkatan produktiviti berbanding atau kita timbang Korea atau beberapa buah negara lain. Bila peningkatan produktiviti itu harus juga bawa kepada peningkatan upah pekerja.
Jadi saya masih tegaskan di sini, Yang Berhormat Perdana Menteri harus mendengar suara rakyat bawahan untuk meneruskan dengan Dasar Gaji Minimum untuk
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
pekerja dan jangan tunduk kepada syarikat-syarikat atau tauke-tauke besar sama ada syarikat glove, kelapa sawit ataupun industri-industri yang besar. Mesti ada proses rundingan yang melibatkan syarikat dan juga pekerja. Jadi sebab itu kalau lihat memang ada laporan Bank Negara juga, ini yang positif sikit. The Living Wage: Beyond Making Ends Meet. Baik, Yang di-Pertuan Agong juga menyebut tentang pesara tentera. Saya tidak pasti sama ada ini tuanku masukkan kemudian, bukan kertas daripada kerajaan. Kalau kertas daripada kerajaan, sepatutnya ada sudah langkah diambil tetapi ini seruan daripada tuanku supaya diberi perhatian kepada veteran tentera yang tidak ada pencen. Ini adalah masalah mereka, mereka telah berkhidmat kemudian tidak ada upah atau pencen yang tetap. Sebahagian besar dan pengalaman saya di Port Dickson, memang ada masalah.
Ribuan keluarga yang pencen dan menetap di Port Dickson dan saya lihat tanpa ada satu usaha khusus untuk mereka dan tanpa pencen, kehidupan mereka itu agak sukar.
Satu perkara yang disentuh oleh Yang di-Pertuan Agong ialah alam sekitar dan perubahan iklim. Ini agak menarik kerana penekanan yang diberi itu tinggi. Oleh sebab itu kita telah cadangkan mesti ada green new deal for Malaysia yang lebih jelas. Walaupun ada permulaan ke arah itu yang diumumkan oleh Yang Berhormat Perdana Menteri tetapi saya tegaskan di sini, apa yang disebut tetapi tidak dijawab.
Banyak hal yang tidak dijawab oleh Yang Berhormat Menteri-menteri. Jadi Tuan Yang di-Pertua kata memang tidak boleh diarah tetapi saya ingat Parlimen ada satu sistem di mana kita senaraikan persoalan yang dibangkitkan dan jawapan yang belum diberikan.
Jadi sekurang-kurangnya kita tahu. Kalau tidak kita bercakap di sini, dia tidak jawab.
Saya sebutkan hari itu berapa banyak? Banjir di beberapa buah negeri termasuk Pahang yang melibatkan syarikat balak. Balak besar sampai ke tangga rumah dia. Dia tidak dapat, dia dapat bala bukan balak, bala. Saya cadangkan sekurang-kurangnya syarikat balak itu bagilah ganti rugi sedikit kepada rumah-rumah yang terjejas oleh banjir.
Tidak ada jawapan, yang setakat hari ini saya tahu belum. Padahal peningkatan eksport kayu balak ini dari segi angka yang saya berikan itu kurang tepat kerana saya lihat daripada rekod lain.
Akan tetapi saya semak balik daripada Prestasi Eksport Kayu Malaysia 2017 hingga 2021 Lembaga Kayu Malaysia. Pada 2018 sebanyak RM22.3 bilion. Pada 2020 sebanyak RM22 bilion dan pada tahun 2021 sebanyak RM17.9 bilion. Takkanlah tidak boleh dipastikan semua rumah, semua kawasan yang terjejas akibat pembalakan ini diberi sedikit ganti rugi oleh syarikat.
[Tepuk] Akan tetapi belum ada jawapan.
Saya takut kalau tanya Jabatan Perhutanan, “setelah kita membuat kajian yang rapi dan teliti, maka didapati banjir tidak terkesan oleh balak”. Hei! Saya masih ingat sebab saya Menteri Pendidikan. Ada laporan dari Universiti Utara Malaysia. Kawasan Universiti Utara kita kata jangan ada, hentikan pembalakan, pakat dengan kerajaan negeri, henti.
Kemudian, ada lori balak keluar, saya dapat laporan. Rujuk ke Jabatan Perhutanan, dia kata tidak nampak. Saya kata kalau jarum keluar tidak nampak, ini lori balak keluar pun tidak nampak. Demikianlah keadaannya.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Yang Berhormat, ringkas saja.
Sebenarnya hendak tebang balak banyak itu untuk membiakkan harimau. Kena faham, kena belajar daripada pemimpin Kelantan.
[Ketawa] Kalau balak ditebang, anak-anak pokok tumbuh, harimau akan banyak, itu tujuannya, kena faham sedikit Yang Berhormat Port Dickson.
[Ketawa]
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Itu Harimau Malaya. Itu kadang- kadang, kalau pandangan macam itu sebenarnya tidak payah jawab saja. Saya cadangkan kepada Yang Berhormat Kota Raja, lain kali jangan bacalah cerita-cerita itu.
Hati pun sakit, jawapan tidak selesai, masalah tidak selesai. Kalau itu teorinya, maknanya harimau banyak di New York sebab semua pokok ditebang.
[Ketawa] Baik, jadi sebab itu kita kata ini natural asset yang disebut oleh Yang di-Pertuan Agong dan saya harap ini diberikan keutamaan sebelum terlambat.
Sedikit tentang pertahanan. Kita nampak ramai yang sukacita kerana helikopter dah sampai, helikopter MD530G yang sepatutnya tiba pada tahun 2016. Jadi lewat 43 bulan. Jadi saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri Pertahanan, dah lewat ini kalau
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
ikut LAD ada dendanya sebanyak RM147 juta tetapi ada dendalah, 43 bulan. Jadi saya hendak tanya, ada dibayar atau tidak? Atau dibayar kepada syarikat kerana syarikat ini syarikat UMNO Subang dululah.
Jadi, saya hendak ada penjelasan kerana Yang Berhormat Menteri Pertahanan ini selama ini kita dok tanya beberapa hal tentang light combat aircraft yang diberi kepada Korea Aerospace, itu yang bernilai RM4 bilion. Saya minta penjelasan kerana selama ini saya tengok Kementerian Pertahanan memang mengelak daripada memberi jawapan kepada soalan-soalan yang dibangkitkan selain daripada jawapan umum. Baik, helikopter selesai.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Soal luar negara ini, soal Palestin dan konflik Rusia–Ukraine. Soal Palestin pertamanya, saya harap kerajaan konsisten menyuarakan kerana keganasan Israel berterusan di kawasan yang dirobohkan, dirampas masih lagi bertambah. Jadi, selama ini Malaysia daripada segi ini konsisten. Saya harap Yang Berhormat Menteri Luar Negeri terus menyuarakan dengan lebih lantang hal-hal sedemikian. Begitu juga tentang konflik Myanmar. Myanmar ini jiran kita. Jadi kalau kita cakap soal Palestin, Ukraine kemudian kita juga lemah sedikit tentang Myanmar dan nasib Rohingya, saya tidak fikir munasabah.
Mengenai konflik Rusia–Ukraine ini, memang ada kontroversi sedikit kerana ada yang mengatakan seolah-olah kita ini ikut selera Amerika Syarikat. Saya hendak sebut, keganasan dan penaklukan Amerika Syarikat baik di Iraq atau campur tangan di Syria ataupun Libya tak pernah kita sokong. Maka harus kita lantang menentang. Akan tetapi dalam nada yang sama, kita juga tidak boleh mengizinkan dengan apa alasan pun penaklukan Rusia ke atas Ukraine. Membantah pendirian Rusia menakluki Ukraine tidak bermakna kita menyokong Barat dalam salah laku mereka di tempat-tempat yang lain.
Jadi biar Malaysia ini konsisten menolak apa juga tindakan kuasa besar membuli, menakluki, merampas hak negara-negara kecil yang lain. Oleh sebab itu Malaysia harus lebih tegas dalam soal konflik Rusia dengan Ukraine kerana ini bertentangan dengan Konvensyen Geneva dan negara seperti kita kalau kita diam, risikonya juga akan menimpa kita.
Saya hendak akhir – sedikit sahaja sentuh tentang Johor. Ini kerana ada dibangkitkan soal oleh Yang di-Pertuan Agong tentang kestabilan politik, jangan politik siang malam. Sudah ada pilihan raya, kena politik siang malam lah Tuan Yang di-Pertua.
Sebab itu bagi kita tidak ada sebab mengapa dipaksa ada pilihan raya. Hanya kerana keangkuhan satu buah parti kononnya kalau menang besar di Melaka, ia hendak tunjuk gagahnya. Belum tentu.
Kadang-kadang orang mula tersasul kerana terpukau dengan kemenangan sedikit, dia rasa dia mesti menang semua. Akan tetapi soalnya dengan COVID-19 Omicron macam ini, berapa orang– saya dengar hari pertama 22 Ahli Parlimen yang positif. Kita tidak kempen, tidak boleh. Kempen walaupun SOP itu ketat, tidak munasabah tetapi diadakan pilihan raya. Yang hendak sangat pilihan raya sebab apa?
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Boleh saya hendak menyentuh fasal semalam? Yang Berhormat Ketua Pembangkang, semalam saya menghadiri satu ceramah di Johor, sebelah Iskandar Puteri. Kemudian didenda kompaun RM3,000 di atas tiga kesalahan.
Pertama, penceramah tidak pakai mask sedangkan dalam Parlimen pun kita tidak pakai bila bercakap. Kedua, tiada lorong masuk dan keluar sedangkan ceramah di luar dewan. Hendak masuk ikut mana, keluar ikut mana? Ketiga, SOP.
Jadi didenda RM3,000 bagi kami ini memang teruk sangat lah. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berjanji – saya semalam bercakap dengan Perdana Menteri, kita kempen boleh atau tidak sampai pukul 11? Perdana Menteri kata kenapa tidak sampai pukul 12? Apakah beza COVID-19 pukul 10 dengan COVID-19 pukul 12? Akan tetapi cakap lain, yang dilaksanakan di sana lain. Ini yang menjadi masalah kepada kita. Setuju atau tidak Yang Berhormat Ketua Pembangkang?
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Semalam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pertemuan kita memberi pengakuan untuk dilonggarkan sedikit.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Pilihan raya kita tidak setuju. Ada orang kata kita takut. Akan tetapi masalahnya inilah.
Ada pilihan raya tidak boleh kempen. Ada kempen, 100 orang. Tempat dalam dewan. Jadi banyak syarat-syaratnya.
Kalau kita buat SOP, maknanya ada social distance, saya setuju. Mesti pakai mask, saya setuju. Akan tetapi kena berilah kelonggaran. Pilihan raya apa kalau macam ini? Akan tetapi sebenarnya motifnya ialah memenangkan satu pihak. Ia tidak adil prosesnya. Ini kerana kita dengan keterbatasan kita, tidak ada jentera. Yang caranya ada menyampaikan maklumat kepada rakyat melalui ceramah-ceramah dan ini memang dihalang.
Akan tetapi isu di Johor ini ialah isu pengangguran, upah murah dan 400 orang pekerja Malaysia kebanyakan rakyat Johor yang di Singapura dan kita tidak izinkan mereka balik untuk mengundi dan ada sekatan-sekatan yang diteruskan.
Kemudian, pembangunan ekonomi Johor yang tidak seimbang. Ya, kalau adapun sedikit pembangunan, di Johor Selatan. Kalau pergi kawasan-kawasan Johor Tengah, Johor Timur, itu tidak ada. Jadi ia ada lagi kesenjangan. Jadi, saya rasa ada kelemahan besar daripada segi konteks pembangunan yang disebut. Pembangunan rakyat, meningkat taraf kehidupan rakyat yang disebut dalam titah diraja hari Isnin. Kemudian yang lain juga ialah soal perumahan. Perumahan rakyat adalah di antara isu besar yang dihadapi oleh rakyat terutamanya di Johor Selatan.
Jadi saya percaya sepatutnya pilihan raya ini menyentuh hal-hal yang sedemikian.
Rekod kerajaan sebelum ini tidak begitu membanggakan dalam menangani ketiga-tiga masalah tersebut. Jadi saya harap sekali lagi isu-isu yang saya bangkitkan ini...
[Disampuk]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Ketua Pembangkang, boleh? Cuma hendak tanya pendapat Yang Berhormat Port Dickson, tentang kekeliruan yang sekarang ketara di minda rakyat di antara PN dan BN. Sedangkan dalam kerajaan, mereka bersama tetapi semasa berkempen kita lihat Yang Berhormat Pagoh membuat kenyataan-kenyataan menghentam Yang Berhormat Pekan dan juga sebaliknya. Jadi rakyat dalam keadaan begitu keliru, siapakah yang sebenarnya mentadbir kerajaan. Apakah komen Yang Berhormat mengenai perkara ini? Terima kasih.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Yang Berhormat Ketua Pembangkang, boleh? Hang Tuah Jaya. Sedikit.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Betul. Memang rakyat yang keliru saya nasihatkan kalau PN kutuk BN, BN kutuk PN, kita pilih PH dengan KEADILAN lah.
[Tepuk] Akan tetapi ini daripada segi maksud yang ditanya itu ialah kerana kacau bilau. Di Persekutuan ada satu kerajaan tetapi dua mazhab. Kemudian di kempen di bawah itu, serangan bertubi-tubi di antara satu sama lain. Jadi, katanya rakyat keliru. Jadi, saya cadangkan supaya rakyat balik kepada pokoknya, bukan permusuhan peribadi, bukan permusuhan parti tetapi melihat kepada agenda parti dan harapan kepada rakyat untuk bawa perubahan.
Harapan daripada rakyat bahawa perubahan seperti mana di Johor, penyelesaian masalah ekonomi yang lebih seimbang, menyelesaikan masalah pengangguran dan menyelesaikan masalah perumahan. Ini bagi saya terkait dengan apa yang saya tekankan di peringkat awal. Ini isu governance. Kita tidak boleh terus kelihatan lemah sehingga diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu. Kita mesti berikan satu harapan kepada rakyat dan mengakui apa keterbatasan sebelum ini dan meneruskan agenda pembangunan. Saya percaya ini boleh diluruskan dengan mandat diberikan sepertimana mandat pada tahun 2018 kepada Pakatan Harapan dan KEADILAN dalam pilihan raya ini.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Yang Berhormat Ketua Pembangkang, boleh sedikit?
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Sebab itu saya minta supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri melihat semula SOP supaya beri keadilan.
Mereka yang putuskan ada pilihan raya, mereka harus sedia untuk terima SOP yang lebih adil. Saya harap SPR jangan dianggap sebagai perkakas untuk memihak kepada–
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
memberi kepentingan kepada satu pihak sehingga menjejaskan proses pilihan raya yang adil.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Boleh Tuan Yang di-Pertua? Yang Berhormat Ketua Pembangkang– terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini berkait tentang isu rasuah yang dibangkitkan awal tadi. Saya fikir penting untuk dapatkan perhatian Dewan ini.
Semasa Yang Berhormat jadi Pemangku Perdana Menteri tahun 1997, kita telah memperketat Akta Pencegahan Rasuah ini dan kita lihat ketika itu Yang Berhormat sebagai Pemangku Perdana Menteri melalui jalan yang cukup sukar, diuji dengan penjara dan sebagainya. Jadi sekarang ini kita lihat selain daripada manusia atau individu yang melakukan rasuah, sekarang ini sudah jadi satu institusi dibuat untuk menyamun duit rakyat. Jadi saya hendak lihat pemikiran Yang Berhormat Ketua Pembangkang bagaimana untuk ke depan ini?
Adakah perlu kita revisit semula dengan izin, Akta Pencegahan Rasuah ini dan sistem kewangan negara kita yang kita lihat boleh dengan senang dibolosi dengan transaksi yang besar yang tentunya membebankan kewangan negara kita. Terima kasih.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Memang saya akan tamatkan ucapan sekarang untuk beri ruang kepada rakan lain. Akan tetapi pindaan Akta BPR pada ketika itu memang suatu yang kontroversial. Ada peruntukan mengatakan andai kata seorang Menteri atau penjawat awam itu didapati mengumpulkan harta yang banyak dan dikesan hanya lima tahun atau 10 tahun kemudian, beliau masih boleh didakwa.
Sebahagian besar daripada rakan-rakan saya di Jemaah Menteri menentang. Tidak di depan saya, mereka lapor pada Perdana Menteri ketika itu yang di luar negara.
Jadi, saya bangkitkan balik kepada Jemaah Menteri kerana saya kata “Yang Berhormat saudara-saudara, tidak ada rasuah, tidak harus takut kalaupun terbukti.” Kerana kalau tidak, orang mengumpulkan harta disimpan di luar, diam seketika– macam Pandora Papers dan dia pencen dua tiga tahun, dia keluarkan.
Itu sebabnya peruntukan ini bagi saya sangat penting walaupun pada masa itu mendapat tekanan yang sangat kuat. Jadi saya setuju dengan Yang Berhormat Hang Tuah Jaya bahawa peruntukan ini sebenarnya ada dirangkul dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tetapi ia memerlukan satu kekuatan dan mulai dengan tekad politik juga. Oleh sebab itu walaupun saya tengok ada juga kritikan keras kepada SPRM, saya masih berpendapat ia terikat dengan tekad politik. Kalau pimpinan politik itu tegas, saya percaya seluruh jentera itu akan mempunyai haluan yang jelas. Saya ucap terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Oleh sebab masa telah melebihi pukul 1 tengah hari, maka saya berhentikan Mesyuarat ini sehingga pukul 2.30 petang. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat tengah hari.
[Mesyuarat ditempohkan pada jam 1.03 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Tuan Yang di-Pertua
[Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) mempengerusikan
Mesyuarat] Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Bismillahi Rahmani Rahim. Kita mulakan sesi petang. Dipersilakan Yang Berhormat Pekan.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Maaf Tuan Yang di-Pertua, isu kuorum.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Pekan, silakan.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Tuan Yang di- Pertua, kuorum. Kuorum tidak cukup.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Bentara sila semakkan kuorum.
[Bilangan ahli dikira - kurang daripada 26 orang hadir]
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Tidak cukup ya.
Bunyikan loceng sekali lagi.
[Loceng dibunyikan]
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Semak balik.
[Bilangan ahli dikira - lebih daripada 26 orang hadir]
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Cukup? Baik, alhamdulillah kuorum cukup, 28 dengan izin. Dipersilakan Yang Berhormat Pekan untuk meneruskan.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnianya saya dapat berpeluang sekali lagi berdiri di Dewan yang mulia ini kali ini melafazkan ucapan menjunjung kasih dan menyokong di atas Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merasmikan sidang Parlimen Keempat Belas, Penggal kelima.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan perbahasan ini, saya ingin mengajak semua ahli Dewan mendoakan keadaan banjir di negeri-negeri Pantai Timur segera pulih. Begitu juga semoga semua mangsa terlibat tabah menghadapi ujian ini.
Insya-Allah saya yakin semua pihak berkaitan akan sentiasa membantu memastikan kebajikan dan bantuan untuk mangsa banjir dapat disalurkan secepat mungkin.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh mengenai keadaan kewangan negara. Minggu lepas Yang Berhormat Pagoh telah mengugut untuk membongkar keadaan kewangan negara. Akan tetapi sehingga kini nampaknya belum ada apa-apa perkembangan. Tidak apalah, biarlah saya perjelaskan.
Tuan Yang di-Pertua, akibat pemansuhan cukai perkhidmatan dan barangan
(GST) yang dilakukan semata-mata sebagai langkah populis, ditambah lagi aset-aset negara yang selama ini memberi pulangan yang baik tetapi dijual serta prestasi ekonomi yang lembab di bawah kerajaan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional selepas PRU- 14 defisit tahunan kerajaan yang turun lapan tahun berturut-turut semasa Kerajaan Barisan Nasional dahulu telah naik semula.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Akibatnya, hutang langsung negara telah naik lebih 46 peratus atau kenaikan sekitar RM320 bilion daripada RM687 bilion pada tahun 2017, kepada lebih RM1.03 trilion hari ini. Nisbah hutang kerajaan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga naik daripada 48.7 peratus kepada lebih 63 peratus hari ini, iaitu jauh melebihi had nisbah hutang 55 peratus yang ditetapkan semasa Kerajaan BN.
Bukan sahaja rizab tunai PETRONAS sebanyak RM176 bilion yang ditinggalkan Kerajaan BN pada masa PRU14 telah dijarah tetapi tabung KWAP, KWAN dan Khazanah turut mengalami nasib yang sama dikorek Kerajaan PH dan PN. Sedangkan sepanjang tempoh KWAP ditubuhkan dan beroperasi, satu sen pun tidak pernah diambil daripada tabung ini pada era BN. Hakikatnya nilai aset tabung KWAP naik daripada RM55 bilion pada tahun 2008 kepada RM140 bilion...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
...pada akhir 2017.
Malangnya...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
...bermula tahun 2018...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, saya ada minta penjelasan daripada Yang Berhormat Pekan.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Saya tidak bagi jalan, Tuan Yang di-Pertua ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bukankah beliau yang menyokong Yang Berhormat Pagoh...
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Nanti, nanti.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...ketika Yang Berhormat Pagoh...
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Saya tidak bagi...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...menjalankan Langkah Sheraton.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Saya tidak bagi penjelasan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Pekan yang menyokong Yang Berhormat Pagoh.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Pekan yang menyokong Yang Berhormat Pagoh untuk menubuhkan kerajaan.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Tidak apa, nanti.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
...37(1) adalah jelas.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Saya tidak bagi penjelasan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, saya minta penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua. Ketika itu Tuan Yang di-Pertua juga merupakan seorang Ahli Parlimen yang menyokong Kerajaan Perikatan Nasional semasa Langkah Sheraton.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Jelutong.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Tunggulah ucapan saya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Pekan juga menyokong Yang Berhormat Pagoh. Jadi, kenapa beliau menghentam Yang Berhormat Pagoh sekarang?
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Sila duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Sila duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...saya minta penjelasan daripada...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Amaran pertama.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Boleh beri penjelasan atau tidak? Tak salah saya minta penjelasan.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Sila duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, saya minta penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua. Kalau boleh...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Sila duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...bolehkah beri penjelasan? Kalau tidak boleh beri, beritahu tidak boleh.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Sila duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Maksudnya, Tuan Yang di- Pertua tidak boleh...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Amaran kedua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, saya minta penjelasan. Kalau tidak boleh beri penjelasan, tidak apa.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Sila duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Maksudnya, Tuan Yang di- Pertua...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Sila duduk!
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...tidak boleh beri penjelasan.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Baik, bagus macam itu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, maksudnya Tuan Yang di-Pertua juga tidak boleh memberi penjelasan...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Sila duduk!
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya minta penjelasan demi rakyat. Sini Yang Berhormat...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Sila duduk!
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Yang Berhormat Pekan sedang menghentam Yang Berhormat Pagoh.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Dewan ini ada peraturan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya tahu Tuan Yang di- Pertua. Sebab itu saya tanya penjelasan.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak boleh tanya, kita semua keluarlah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya minta penjelasan yang berwibawa. Tuan Yang di-Pertua yang berwibawa. Beri penjelasan kepada saya lah.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Patutlah tidak ada kuorum, tidak boleh tanya. Ermm.
[Dewan ketawa]
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Saya ingat kita semua keluarlah. Kita semua keluar.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Sila duduk.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Biar tidak ada kuorum balik.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Dewan ini ada peraturan.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Apa guna hadir, kalau tidak boleh bertanya.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Sekarang Yang Berhormat Pekan sedang bercakap. Perkara 37(1) amat jelas. Dibenarkan oleh Yang Berhormat Pekan, silakan. Ini Yang Berhormat Pekan tidak memberi laluan.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Oh! Dia tidak bagi laluan. Kita semua keluarlah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bukanlah salah kami hendak tanya penjelasan.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Cuma hendak dengar sahaja. Apalah gunanya macam ini. Semua hendak bercakap. Hendak dengar sahaja.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kami hendak tanya penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua yang berwibawa. Tuan Yang di-Pertua yang berwibawa. Tak salah kami tanya penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Peraturan Mesyuarat 37(1) adalah jelas.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Tidak betul, Yang Berhormat Jelutong ini.
Kaedah pertanyaan itu tidak betul.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Silakan Yang Berhormat Pekan.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Terima kasih.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Maknanya, Yang Berhormat Pekan tidak berani beri penjelasan.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Dia hendak cakap seorang diri sahaja.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Saya hendak teruskan ucapan saya.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Memang tidak malu. Malu apa bossku kan?
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Sepanjang tempoh KWAP– sahajalah dia hendak ganggu.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Eh! Cakap seorang diri senang.
Semua orang boleh bercakap seorang diri.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
You might as well stay in the room and talk to yourself lah, look in the mirror.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Saya banyak lagi perkara saya hendak sebut di sini, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(12) sekarang. Kalau Tuan Yang di-Pertua tidak mahu memberi penjelasan, saya bangkitkan peraturan. Saya minta Tuan Yang di-Pertua menjelaskan kepada saya. Tuan Yang di-Pertua yang berwibawa, yang bijaksana, yang terpelajar, Peraturan Mesyuarat 36(12).
Minta Yang Berhormat Pekan duduk. “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan...”. Di sini, Yang Berhormat Pekan sedang menghentam Yang Berhormat Pagoh. Akan tetapi, bila Langkah Sheraton diadakan, bukankah Yang Berhormat Pekan yang menyokong Yang Berhormat Pagoh?
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua, don’t allow him. This is an abuse. Abuse!
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya minta penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sudahlah, don’t give him a…
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jangan bagi muka.
Ini muka hendak mengacau.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bukankah ini mengelirukan Dewan?
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Jelutong.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Final warning.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Saya...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Pasir Salak, you are not the Speaker lah.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Saya sudah bercakap.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Hendak jadi duta pun tidak boleh.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Jelutong.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Apa fasal pula ini?
Apa kena mengena dengan jadi duta?
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ini kurang ajar ini.
Apa pula meleret ke sana...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Hei! You kurang siumanlah, you kurang siuman.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Apa kurang siuman, you lah! What are you trying to do? Alamak. I have been keeping quiet, doesn’t mean that you can bully him again in the Dewan.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Pasir Salak. Okey, Yang Berhormat Pekan. Sila jalan.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Saya hendak teruskan Tuan Yang di-Pertua. Sedangkan sepanjang tempoh KWAP ditubuhkan dan beroperasi, satu sen pun tidak pernah diambil daripada tabung ini pada era BN. Hakikatnya, nilai aset tabung KWAP naik...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Hanya ambil pinjaman sahaja.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
...daripada RM55 bilion..
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Ambil pinjaman atau rompak?
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
...dari tahun 2008...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Rompak bank.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
...kepada RM140 bilion pada akhir tahun 2017. Malangnya, bermula tahun 2018 di mana RM4.5 bilion dikeluarkan oleh Kerajaan PH. Sebanyak RM19.5 bilion telah dikeluarkan dari KWAP setakat ini berbanding dengan sifar, yakni kita tidak pernah sentuh sama sekali pada zaman BN. Sebaliknya bertambah peruntukan setiap tahun. Begitu juga dengan tabung KWAN, di mana nilai tabung naik daripada RM4 bilion pada tahun 2008 kepada RM17 bilion pada akhir tahun 2017. Sebaliknya, sebanyak RM15 bilion juga telah dikorek keluar oleh Kerajaan PN.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, peraturan Dewan...
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Nilai aset Khazanah Nasional yang naik berganda daripada RM33 bilion...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan Mesyuarat 36...
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
...kepada RM116 bilion...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan Mesyuarat 36(6).
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Jelutong, apa dia? Peraturan Mesyuarat 36...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kenyataan Yang Berhormat tadi, Peraturan Mesyuarat 36(6), saya baca. Saya baca Tuan Yang di-Pertua.
“Seseorang Ahli Dewan tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa Ahli lain”. Kenyataan Yang Berhormat Pekan tadi menyatakan Kerajaan PH telah mengorek duit dan mengeluarkannya adalah sesuatu yang tidak benar, berbanding dengan perkara-perkara melibatkan beliau sendiri seperti 1MDB.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya minta penjelasan.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Jelutong. Kongsi atas topik yang dia bercakap ya. Sila teruskan.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Terima kasih.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
...saya hendak tanya.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Tuan Yang di-Pertua, saya bercakap atas fakta, ya.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Tadi Yang Berhormat Pekan sudah sebut tentang GST.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Nilai aset...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Saya hendak mendapatkan penjelasan. Adakah Yang Berhormat Pekan masih ingin melaksanakan GST itu?
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Kalau sekiranya dapat kerajaan kembali dan beliau menjadi sebagai Perdana Menteri. Fasal tadi dia sebut fasal GST.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Walaupun memalukan negara lah kalau dia menjadi Perdana Menteri sekali lagi.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Pekan, adakah membenarkan...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Akan tetapi, kita hendak tahu adakah dia hendak melaksanakan GST...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Malu besar.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Adakah dia hendak melaksanakan GST balik?
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Saya hendak meneruskan ucapan saya, Tuan Yang di-Pertua. Dia ada peluang hendak bercakap nanti. Nilai aset Khazanah yang naik berganda...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Kita cakap kita akan benarkan orang tanya, Tuan Yang di-Pertua. Apabila kita bercakap kalau dia hendak mencelah, tanya soalan, kita akan jawab. Kita harap dia pun mempunyai sifat yang sama iaitu apabila dia membuat kenyataan berhubung dengan GST, menyalahkan PH...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
...tak melaksanakan GST...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
...saya hendak tanya sama ada itukah perancangan mereka?
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Ya?
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Jika dibenarkan dan diberikan laluan oleh Yang Berhormat Pekan, silakan. Sekarang ini Yang Berhormat Pekan tidak membenarkan. Nanti masa Yang Berhormat bercakap nanti, silakan ya.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Apabila saya bercakap saya akan membenarkan dia tanya, kalau dia hendak tanyalah. Saya bukan macam dia, tak tahu malu tetapi pengecut. Tidak benarkan orang bertanya.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Duduk, duduk Yang Berhormat. Teruskan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas teguran. Saya berterima kasih...
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Saya hendak teruskan.
Banyak lagi Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...atas teguran. Akan tetapi Yang Berhormat Pekan tidak boleh membuat kenyataan yang mengelirukan Dewan.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Jelutong, duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih. Saya berterima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang memberi teguran tetapi tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Duduk. Teruskan Yang Berhormat Pekan.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Ya, saya tidak mengelirukan Dewan Tuan Yang di-Pertua, ini fakta. Dia cakap itu, auta.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
1MDB itu auta?
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Nilai-nilai aset Khazanah Nasional...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tim Leissner auta? 1MDB auta Yang Berhormat? Come on lah Yang Berhormat.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
...yang naik berganda dari...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
You stole billions of ringgit, you have no shame. Have some shame lah.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
You stole the people’s money.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Jelutong, saya menarik kepada Peraturan Mesyuarat 42, “Apabila seorang itu bercakap, Yang Berhormat yang lain itu tolong diam”.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, apa yang auta itu Tuan Yang di-Pertua? 1MDB, auta?
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Dan Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
He must have some shame. He stole billions of ringgit. Curi duit rakyat, tidak malu kah?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Peraturan Mesyuarat 36(6), sangkaan jahat daripada Yang Berhormat Pekan terhadap Yang Berhormat Jelutong yang menuduh Yang Berhormat Jelutong auta tadi. Saya rasa Tuan Yang di-Pertua kena minta Yang Berhormat Pekan tarik balik.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Rasah, duduk.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Peraturan mesyuarat Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Okey, apa dia?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Peraturan Dewan menyatakan bahawa seseorang ahli tidak dibenarkan menyebut— tidak, dia kata tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat di bawah peraturan.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Apa dia?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Dia tuduh...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dia kata 1MDB itu auta.
You tell me Tuan Yang di-Pertua, is 1MDB auta? You tell me Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tidak boleh buat tuduhan macam ini. Ini sangkaan jahat oleh Yang Berhormat Pekan.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Jelutong, duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
This man has got no shame.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Rasah, duduk.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Dia ganggu ucapan saya berucap.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Saya ada hak hendak berucap, itu saya maksudkan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Dia buat tuduhan, sangkaan jahat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jangan tipu di sini*. You are a shame man. Have some...
[Pembesar suara dimatikan]*
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sambung ya.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Silakan.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Nilai aset Khazanah Nasional yang naik berganda, dari RM33 bilion ke RM116 bilion dalam tempoh sembilan tahun sebelum PRU-14 juga telah menurun kepada RM82 bilion pada akhir tahun 2020, setelah aset bernilai berpuluh-puluh bilion ringgit yang sepatutnya memberi pulangan yang baik telah dijual oleh Kerajaan PH. Ia jelas bahawa nilai-nilai rizab dan tabung simpanan kerajaan ketika ini sudah jauh lebih rendah berbanding sebelum PRU-14.
Akibatnya penarafan kredit fasal yang diberi oleh Syarikat Fitch telah diturunkan taraf daripada gred A ke gred B pada tahun 2020 buat kali pertama dalam fasallaysia.
Malaysia kehilangan gred A. Kesimpulannya, bukan sahaja rizab PETRONAS, Khazanah, KWAP dan KWAN dikorek atau dijarah tetapi hutang kerajaan juga melonjak naik sebanyak RM320 bilion iaitu kenaikan lebih 46 peratus sejak PRU-14.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan berhadapan dengan keadaan yang cukup mencabar untuk memulihkan semula tabung-tabung dan rizab negara setelah kerosakan teruk yang ditinggalkan oleh Kerajaan PH dan PN terdahulu. Yang Berhormat Pagoh bukan tidak tahu keadaan kewangan negara, sedangkan beliau pernah menjawat jawatan Menteri Kanan dalam PH dan kemudiannya menjadi Perdana Menteri dalam Kerajaan PN.
Sebenarnya selepas PRU-14, Yang Berhormat Pagoh berada dalam dua buah kerajaan yang merosakkan kewangan negara. Beliau juga pernah mengaku berbelanja RM16 bilion untuk menunjukkan keprihatinannya semasa menjadi PM...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
...sehinggakan mengaku kerajaan tidak mempunyai dana lagi. Dari mana...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Peraturan nombor berapa?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Peraturan, sebentar Yang Berhormat Pekan. Peraturan berapa?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis.
Saya telah bertanya Tuan Yang di-Pertua beberapa kali kenyataan Yang Berhormat Pekan berulang kali menyatakan Yang Berhormat Pagoh telah merosakkan kewangan negara. Yang Berhormat Pekan sendiri telah menyokong Yang Berhormat Pagoh semasa Yang Berhormat Pagoh mengkhianati Pakatan Harapan.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Jelutong, sila duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya hendak minta penjelasan Tuan Yang di-Pertua. Adakah Tuan Yang di-Pertua hendak benarkan Yang Berhormat Pekan ini...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Apabila Yang Berhormat...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...berbohong di Dewan yang mulia ini?
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
...Jelutong nanti berucap, Yang Berhormat Jelutong boleh bangkitkan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Akan tetapi Tuan Yang di- Pertua yang berwibawa, tidak boleh membenarkan Yang Berhormat Pekan menggunakan Dewan ini untuk menjana penipuan.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Jelutong, saya minta duduk ya.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Ya Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
[Bangun]
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Ya, Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, actually, tidak betul apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pekan. Yang Berhormat Pagoh ada dalam kerajaan untuk ketiga-tiga kerajaan. Sekarang ini dia masih dalam kerajaan. Lalu macam mana dia boleh kata Yang Berhormat Pagoh ada dalam Kerajaan PH dan PN sahaja?
Tidakkah Yang Berhormat Pagoh dalam kerajaan sekarang? So, kenapa dia menipu?
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Sekarang ini Yang Berhormat Shah Alam...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Kenapa dia hendak kelirukan...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Shah Alam...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
...Yang Berhormat Pekan tidak memberi laluan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Ya, saya faham tetapi faktanya tidak betul. Yang Berhormat Pagoh sebahagian daripada Kerajaan Barisan Nasional sekarang ini.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Nanti Yang Berhormat Shah Alam boleh bangkitkan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta penjelasan. Ini adalah seolah-olah Yang Berhormat Pagoh dan Yang Berhormat Pekan dalam rumah tidur sekali.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Jelutong...
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Pernah menjadi Perdana Menteri...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Pagoh dan Yang Berhormat Pekan tidur sekali, keluar bergaduh. Tidak malu kah?
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Jelutong, anda ini sudah buang masa banyak sudah ini. Kita hari ini ada...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bukan buang masa Tuan Yang di-Pertua, saya bertanggungjawab untuk tanya demi rakyat. Rakyat keliru sekarang.
Yang Berhormat Pagoh dan Yang Berhormat Pekan ini kawan atau lawan?
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Saya hendak mengendalikan Mesyuarat ini sebaik mungkin. Saya akan menggunakan peraturan- peraturan yang berkaitan, anda telah dua kali diberi amaran. Silakan Yang Berhormat Pekan.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Dari mana dia mendapat dana sebanyak RM600 bilion ini jika bukan daripada rizab RM2 trilion pada masa BN dahulu? Ataupun dengan menambah hutang negara? Setakat hendak membelanjakan duit, semua orang boleh. Hanya tahu berbelanja tetapi gagal dalam menambahkan hasil negara.
Tuan Yang di-Pertua, dalam Dewan yang mulia ini, janganlah kita memberikan alasan hutang 1MDB sebagai merosakkan kewangan negara. Hakikatnya...
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Nantilah, saya bagi— nanti saya bagi penjelasan. Hakikatnya, satu sen pun prinsipal hutang 1MDB tidak pernah dibayar. Pada tahun 2018, hutang 1MDB berjumlah RM32 bilion. Pada 2019, hutang 1MDB RM32 bilion. Pada 2020, RM32 bilion...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Debt servicing...
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Tahun 2021 hutang RM32 bilion.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Pekan, janganlah buat tidak faham. Ada debt servicing...
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Adalah tidak betul...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Bunga yang kena dibayar pun sudah berbilion.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Nanti, nanti, nanti.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Janganlah menipu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, tolonglah jangan benarkan perkara ini. Saya minta Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Please don’t lie.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...tolong jangan benarkan beliau untuk meneruskan perbahasan. Tolong, tolong, please.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Sudahlah kamu merompak negara, hendak tipu lagi.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Shah Alam, saya minta duduk dahulu.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Akan tetapi debt servicing, kita kena bayar bunga untuk RM32 bilion itu bukan jumlah yang kecil.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Teruskan Yang Berhormat.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Tuan Yang di-Pertua, adalah tidak betul untuk mencanangkan bahawa rakyat perlu membayar atau menanggung hutang 1MDB. Misalnya, bayaran sebanyak RM16.4 bilion yang diterima dari Goldman Sachs bukanlah dari wang rakyat. Itu wang Goldman Sachs yang boleh digunakan untuk bayar hutang 1MDB. Begitu juga...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Gfasaln Sachs bayar pasal apa?
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Bacalah.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
...dana-dana lain yang diterima...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Pekan. Yang Berhormat Pekan, Goldman Sachs +bayar pasal apa? Pasal dia menipu. Dia sekongkol, menipu. Itu yang dia bayar balik.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Sila teruskan.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Apa Goldman Sachs bagi duit free sahaja kah?
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Shah Alam...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jho Low kenal atau tidak Jho Low?
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Please lah Yang Berhormat Pekan, jangan hendak kelentong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jho Low kenal atau tidak Yang Berhormat Pekan, saya tanya. Kenal atau tidak Jho Low? Kenal atau tidak Jho Low Yang Berhormat Pekan?
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Jelutong, duduk.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bagi penjelasan. Ini semua ganggu saya.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Memandang...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kami hendak tanya demi rakyat. Kami hendak tanya demi rakyat di Dewan ini.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Jelutong.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Dengarlah ucapan saya dahulu Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Pekan ganggu negara, lagi teruk daripada kita ganggu Yang Berhormat Pekan. The effect that you have on the country on the economy is devastating.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat, duduk.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
So, don’t...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Remember, you stole the people’s money! You stole the people’s money!
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Pekan. Memandangkan gangguan, saya tambahkan lagi tiga minit.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Baik. Terima kasih. Banyak lagi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sudahlah Tuan Yang di- Pertua. Kami sudah muak dengarlah. Sudahlah!
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Tuan Yang di-Pertua, dana- dana lain yang diterima...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Jelutong, this is my last warning ya. Saya sudah bagi amaran kepada kamu dua kali. This is the last. After this, kita akan ikut peraturan. Teruskan.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Begitu juga dana-dana lain yang diterima dari DOJ RM3 bilion, AmBank RM2.83 bilion, KPMG RM340 juta, Deloitte RM324 juta. Kesemuanya ini berjumlah hampir RM23 bilion. Ini bukan wang rakyat. Sepatutnya wang ini boleh digunakan untuk membayar hutang 1MDB.
Tuan Yang di-Pertua, ini tidak termasuk aset-aset 1MDB. Penjimatan pada penyelesaian perjanjian berat sebelah IPP, peninggalan zaman Perdana Menteri Keempat yang diselesaikan dengan bantuan 1MDB, dengan mengambil alih IPP. Ini telah menjimatkan sebanyak RM50 bilion. Penjimatan ini adalah antara sebab reserve tunai Petronas naik daripada RM30 bilion kepada RM176 bilion pada tahun 2018...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, saya gunakan peraturan Dewan.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Sebelum dijarah...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
36(2).
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Sebentar. Okey.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
“Tidak boleh disebutkan apa-apa perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah sekiranya pada timbangan Pengerusi harus merosakkan kepentingan pihak yang berbicara”. Yang Berhormat Pekan telah pun disabitkan di mahkamah. Beliau seolah-olah menggunakan Dewan ini untuk menipu rakyat di luar sana.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat, Yang Berhormat Pekan berbincang mengusul perkara ini. Benda ini sudah ke lain sudah ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Akan tetapi kes 1MDB sedang dibicarakan di mahkamah. Ada yang sudah selesai, ada yang belum lagi selesai.
Ada di mana Yang Berhormat Pekan telah pun disabitkan dan ia tidak boleh dibicarakan di sini.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Jelutong, masa anda berbahas nanti bangkitkan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, ini adalah peraturan Dewan, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Ya.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Dia salah mengelirukan kenyataan Dewan, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sepatutnya Tuan Yang di- Pertua yang memberhentikan Yang Berhormat Pekan.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Saya memutus memberi petua, duduk. Duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Apa petua ini Tuan Yang di-Pertua?
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Tuan Yang di-Pertua kena tambah masa lagi Yang Berhormat Pekan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Pekan disabitkan di mahkamah atas kes 1MDB. Di sini beliau menipu, di Dewan yang mulia ini.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Duduk! Duduk!
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, maksudnya peraturan ini tidak...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Bentara.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, saya minta penjelasan.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Iring Yang Berhormat Jelutong keluar.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya Yang Berhormat Pekan. Adakah mengikut hujahnya, 1MDB itu menguntungkan negara? Saya hendak tanya dia. Fasal berdasarkan pada hujah dia...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Sebentar Yang Berhormat Shah Alam. Saya hendak menyelesaikan Yang Berhormat Jelutong ini dahulu ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, apa kesalahan saya? Apa kesalahan saya?
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Bentara, jalankan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Apa kesalahan saya?
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Mengelirukan Dewan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya mengelirukan Dewan?
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Jalankan Bentara.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, saya berhak untuk mengetahui berapa hari saya digantung.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Kalau saya tidak sebut, dua hari. Sekarang saya sebut, sehari.
[Yang Berhormat Jelutong meninggalkan Dewan]
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Baik Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Sebentar.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Saya hendak...
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pekan ini kena tambah lagi masa dia cakap oleh kerana banyak diganggu oleh Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Eh! Saya tidak ganggu. Saya tanya soalan. Adakah mengikut pandangan Yang Berhormat Pekan...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Silakan keluar. Dengan syarat Pekan benarkan...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Pekan, 1MDB ini menguntungkan negara? Adakah sepatutnya beliau diberi pingat kerana terlibat...
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Yang Berhormat Pekan tidak perlu jawab.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Akan tetapi penghujahan dia begitu.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Yang Berhormat Pekan tidak perlu jawab soalan itu.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Menguntungkan, dapat duit banyak hasil 1MDB.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Pekan kena beri laluan.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Ya, ya. Saya tanya dia. Pasal dia cakap mungkin dia tidak sedar.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Pekan kempen untuk Johor.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Dia tidak sedar implikasi cakap- cakap dia itu macam seolah-olah 1MDB ini satu projek yang menguntungkan negara.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Saya faham apa Yang Berhormat Shah Alam cakap. Sekarang dia benarkan? No.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Itu saya hendak dapat penjelasan daripada dia. Ya terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Teruskan.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Tuan Yang di-Pertua, penjimatan inilah antara sebab reserve tunai PETRONAS naik daripada RM30 bilion kepada RM176 bilion pada tahun 2018.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Oleh kerana 1MDB? Masha-Allah.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Bandar Malaysia bernilai RM140 bilion yang dinilai sebagai aset terbaik Malaysia. Yang Berhormat Bagan ...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat, satu minit lagi. Gulung.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Banyak dikacau. Tambahlah masa lagi, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Bandar Malaysia bernilai RM140 bilion yang dinilai sebagai aset terbaik Malaysia. Yang Berhormat Bagan semasa menjadi Menteri Kewangan pernah menyifatkan Projek TRX sebagai antara aset terbaik negara dan Yang Berhormat Langkawi, semasa dia melancarkan semula Bandar Malaysia, menyifatkannya sebagai projek paling strategik.
Tuan Yang di-Pertua, saya pun pelik. Sebelum itu heboh kata projek-projek ini jual negara. Selepas itu, tiba-tiba menjadi aset paling baik dan paling strategik pula. Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana banyak gangguan tadi, saya terpaksa memendekkan ucapan saya. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebut di sini bahawa...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
“1MDB menguntungkan negara”, sebutlah.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Tuan Yang di-Pertua, saya percaya ketika saya bangun membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, pasti ada komen-komen di media sosial yang mahu saya membangkitkan soal i-Citra. Inilah kali keempat saya mendesak kerajaan memenuhi permintaan rakyat untuk pengeluaran kali terakhir.
Sekarang ini saya lebih optimis sebab seorang Ahli Dewan sebelum ini yang pernah menggelarkan usaha saya membangkitkan soal pengeluaran i-Citra ini seumpama meminang Puteri Gunung Ledang, ini sudah menyokong pula. Menteri-menteri dan pemimpin PN pun sudah U-turn dan menyokong.
Jadi kepada Menteri Kewangan, saya merayu supaya permintaan UMNO berhubung perkara ini dan kini disokong oleh parti lain dalam kerajaan, dipenuhi. Siapa hendak claim kredit, tak kisahlah. Asalkan permintaan pengeluaran kali terakhir ini yang sangat-sangat diharapkan oleh rakyat dapat dipenuhi kerajaan dengan segera.
Sehubungan dengan itu, semasa dan sepanjang Kerajaan BN memerintah, visi utama Tabung Haji ada dua iaitu pengurusan haji terbilang dan kedua, tonggak kejayaan ekonomi ummah. Selari dengan visi-visi ini, hibah Tabung Haji biasanya lebih tinggi berbanding dividen KWSP. Namun, ia sudah bertukar selepas PRU-14 apabila Kerajaan PH menyatakan bahawa Tabung Haji tidak perlu berniaga ataupun melabur dalam pasaran ekuiti. Sebaliknya Tabung Haji hanya akan menyimpan ke dalam pelaburan simpanan tetap ataupun fixed income asset. Ia benar...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Bila pula Kerajaan PH cakap begitu?
Bila pula Kerajaan PH cakap begitu iaitu tidak boleh melabur dan tidak boleh berniaga?
Apa yang PH tentukan ialah biarlah hibah itu berdasarkan kepada prestasi sebenar.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Tuan Yang di-Pertua, dia kena minta izin daripada saya.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Dia ini merapu.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Shah Alam kena minta izin daripada Yang Berhormat Pekan.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Itu peraturan.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Dia tidak hendak bagi. Dia sudah cakap awal-awal dia tak bagi. Dia hendak cakap seorang-seorang. Itu yang masalah.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Dia sendiri yang tidak mengikut peratuan, Tuan Yang di-Pertua. Ia benar bahawa melabur ke dalam fixed income asset adalah lebih selamat dan lebih berisiko rendah.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Akan tetapi kadar pulangan yang diperolehi juga terhad dan biasanya adalah pada kadar faedah bon kerajaan. Bon kerajaan pada masa kini hanya membayar faedah kepada kadar 3.5 hingga 3.7 peratus setahun, sekiranya keseluruhan pelaburan Tabung Haji hanya antara 3.5 hingga 3.7 peratus. Maka selepas menolak kos subsidi haji dan kos pengurusan, hibah Tabung Haji yang mampu dibayar pada setiap tahun hanya sekitar 3 hingga 3.2 peratus.
Sekiranya visi dan misi Tabung Haji masih untuk memperkasakan ekonomi ummah dan memacu kejayaan ummah, maka Tabung Haji pula mengembalikan strategi pelaburan mereka dan fokus kembali kepada pelaburan ekuiti dan projek pembangunan hartanah.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Pekan, sila gulung.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Ya, Tuan Yang di-Pertua.
Akhir sekali saya hendak...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, Tabung Haji telah didapati completely mismanaged, completely mismanaged di bawah Barisan Nasional.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Laporan Ketua Audit Negara cukup jelas menunjukkan bahawa bawah BN, Tabung Haji dirompak!
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Tak betul.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Tak betul pula.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Nanti, tunggu laporan RCI nanti.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Saya hendak gulung, poin yang terakhir Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Tak apa, saya akan jawab dalam ucapan saya.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Ya elok, elok, jawab, jawab.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Cara dia.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Masa itu hendak mencelah boleh.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Saya juga ingin membangkitkan perkara berkaitan high-speed rail (HSR), pelebaran Lebuhraya Utara- Selatan dari Yong Peng ke Johor Bahru iaitu pertambahan dari dua lorong kepada empat lorong, rapid transit system (RTS) dan electric train service dan perumahan generasi kedua FELDA dan perumahan rakyat.
Projek-projek ini adalah amat penting terutama sekali dalam konteks pembangunan negeri Johor serta keselesaan hidup warga Johor. Saya amat berharap, projek-projek yang saya sebutkan tadi itu yang telah ditangguhkan ataupun dilewatkan oleh kerajaan sebelum ini saya amat berharap kerajaan akan terus menyambung projek- projek ini dengan segera kerana inilah yang dikehendaki oleh rakyat negeri Johor. Rata- rata saya pergi, mereka minta projek-projek ini dilaksanakan secepat mungkin.
Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana masa tidak mengizinkan, saya ucap terima kasih dan saya menyokong Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Dewan menjemput Yang Berhormat Labuan, 12 minit.
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi peluang kepada saya untuk turut serta di dalam perbahasan menjunjung kasih titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari ini. Ekonomi Malaysia pada tahun 2021 telah menunjukkan pemulihan apabila berkembang 3.1 peratus setelah mengalami penguncupan sebanyak 5.6 peratus pada tahun 2020 akibat pandemik COVID-19. Namun ia masih lagi belum mencapai paras prapandemik 2019 pada kadar 4.3 peratus.
Pada Oktober tahun lepas, kita sebulat suara meluluskan usul meningkatkan had statutori hutang negara kepada 65 peratus daripada KDNK. Pelbagai kejadian luar jangka yang berlaku di dalam dan di luar negara pada tahun ini memungkinkan jumlah hutang akan mencecah 65 peratus, memerlukan perhatian dan strategi rapi dari kerajaan bagi menguruskan hutang negara. Dimaklumkan juga pada sesi kali ini kerajaan akan membentangkan belanjawan tambahan 2022 dan ini sekali gus akan memberikan tekanan
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
kepada defisit negara sekiranya perbelanjaan-perbelanjaan yang bakal dibuat tidak memberikan impak langsung yang baik dan berkesan ke atas sosioekonomi rakyat.
Dua minggu yang lalu, Yang Berhormat Pagoh ada menyatakan bahawa kedudukan kewangan negara ketika ini tidak seperti yang dilaporkan dan mempersoalkan sejauh manakah kerajaan mampu untuk terus bertahan menampung pelbagai bayaran dan kos. Kenyataan ini keluar daripada mulut bekas Perdana Menteri dan sama ada ia benar atau tidak kenyataan seperti ini akan sedikit sebanyak memberikan kesan kepada sistem kewangan dan kepercayaan komuniti perniagaan serta pelabur antarabangsa.
Walaupun Yang Berhormat Menteri Kewangan telah menafikan perkara tersebut, saya mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri di dalam Parlimen ini. Apakah kedudukan terkini kewangan negara dan adakah kerajaan benar-benar mampu untuk membiayai dan melaksanakan obligasi-obligasi yang dibuat sebelum ini. Tuan Yang di- Pertua, walaupun kerajaan telah pun memberikan jaminan bahawa cukai baharu hanya dilaksanakan selepas menilai potensi impak kepada rakyat dan mengambil kira proses pemulihan negara, Malaysia perlu segera meluas dan mempelbagaikan hasil agar defisit fiskal dapat diturunkan dan kemapanan fiskal terjamin.
Cabaran yang dihadapi kerajaan ketika ini adalah mencari titik keseimbangan untuk meningkatkan hasil cukai sambil mengekalkan status mesra perniagaan, daya saing negara dan mengurangkan cabaran yang dihadapi rakyat khususnya golongan B50 dan M40. Kerajaan perlu terus berusaha mencari penyelesaian dalam mengurangkan shadow ekonomi yang menyumbangkan 18 peratus kepada KDNK Malaysia pada tahun 2019.
Terdapat cara untuk kerajaan mengatasi kebocoran ini khususnya melalui penggunaan teknologi yang optimum dalam mengenal pasti dan menyelesaikan isu-isu berbangkit yang sebelum ini sukar untuk diselesaikan.
Selain daripada itu, mahu atau tidak walaupun mendapat bantahan dari sesetengah pihak saya merasakan bahawa capital gains tax perlu diperkenalkan pada masa ini dengan sasaran kepada pelabur jangka pendek dan spekulator yang sepatutnya membayar cukai yang saksama dan pada masa yang sama tidak menjejaskan pelabur jangka panjang yang tulen. Namun, saya berharap sebelum ianya diperkenalkan kerajaan perlu membuat engagement dengan pihak-pihak yang berkaitan sepenuhnya agar peruntukan-peruntukan yang bakal diperkenalkan kelak adalah mudah dan jelas untuk difahami.
Tuan Yang di-Pertua, tindakan ketenteraan Russia ke atas Ukraine pada ketika ini menggusarkan dunia. Pelbagai sekatan telah dikenakan ke atas Russia dan dibalas pula dengan bunyi ugutan yang terbaru daripada pihak Russia yang meletakkan pasukan nuklear negara tersebut di dalam keadaan special combat readiness. Sememangnya situasi ini amatlah tidak menyenangkan ketika mana Malaysia dan negara-negara lain di seluruh dunia di dalam proses pemulihan daripada kesan pandemik COVID-19.
Persoalannya, sejauh manakah kesan konflik ini akan memberikan kesan kepada Malaysia secara khusus?
Menurut Moody’s Analytics impak langsung ke atas Asia Pasifik kekal kecil walaupun sekatan dipertingkatkan lagi. Russia bukanlah rakan dagangan utama dengan negara-negara Asia Pasifik. Manakala penganalisis dan penyelidik tempatan pula berpendapat serangan ke atas Ukraine dijangka tidak akan menjejaskan pemulihan ekonomi Malaysia dan prestasi kewangan syarikat korporat. Sekali gus membolehkan pasaran saham tempatan meneruskan trend peningkatan kebelakangan ini. Malaysia bersama Indonesia dan Thailand mendapat manfaat daripada syarat positif kejutan perdagangan yang berpunca daripada kenaikan harga makanan dan tenaga.
Pun begitu masih terlalu awal untuk kita menyatakan bahawa kesan konflik ini ke atas negara yang kecil dan memberikan kelebihan kepada kita. Terdapat pihak menjangkakan krisis ini akan berpanjangan dan memberikan kesan rantaian yang lebih besar sama ada daripada segi ekonomi mahupun keselamatan serantau. Kesan tidak langsung inflasi harga tenaga global yang berlarutan lebih lama disebabkan oleh premium risiko ke atas produk tenaga di tapis dan mentah akan memberikan kesan kepada ekonomi rantau ini.
Belanjawan isi rumah berkaitan produk makanan di rantau ini adalah lebih tinggi berbanding Eropah dan Amerika Utara. Dengan kenaikan kebanyakan harga input
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
makanan sebelum konflik telah pun berlaku, kerajaan tidak boleh memandang ringan ke atas kesan konflik ini yang memungkinkan pemulihan ekonomi negara terjejas.
Tuan Yang di-Pertua, semasa pembentangan Belanjawan 2022 kerajaan mengandaikan harga minyak berada pada sekitar USD66 satu tong. Namun, sejak 1 Januari 2022 sehingga hari ini, harga berdasarkan Brent Crude Oil telah meningkat daripada USD78 dan berlegar sekitar USD99 sehingga USD104 ketika ini.
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Manakala kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives bagi Mac 2022 melonjak ditutup tinggi kepada RM7,093 satu tan metrik iaitu peningkatan sebanyak RM739. Kedua-dua situasi ini mungkin akan berpanjangan jika konflik Rusia-Ukraine dan negara barat berterusan.
Walaupun situasi ini memberikan manfaat kepada kerajaan melalui dividen daripada PETRONAS yang akan bertambah serta cukai yang lebih tinggi dapat dikutip daripada syarikat-syarikat minyak sawit negara, kerajaan juga perlu menggunakan lebihan pendapatan ini untuk mensubsidikan harga minyak runcit. Lagi tinggi harga di pasaran antarabangsa, lagi banyak subsidi yang perlu dibayar.
Ini memberikan tekanan kepada kerajaan kerana tindakan menetapkan subsidi bersasar adalah satu tindakan yang tidak popular lebih-lebih lagi tahun ini dijangkakan pilihan raya akan diadakan. Tiadanya political will untuk melaksanakan reform kaedah subsidi sedia ada akan memangsakan rakyat pada jangka panjang. Manakan tidak, projek-projek dan dana yang sepatutnya dibelanjakan bagi sektor pendidikan dan kesihatan terpaksa dihadkan dan digunakan untuk membiayai subsidi petrol.
Mengikut kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Malaysia mempunyai perbelanjaan kesihatan berbanding keluaran dalam negara kasar yang lebih rendah berbanding negara-negara ASEAN yang lain. Pada tahun 2019, perbelanjaan kesihatan di Malaysia hanyalah bersamaan dengan 3.8 peratus daripada keseluruhan saiz ekonomi negara. Angka ini lebih kecil berbanding perbelanjaan kesihatan Kemboja 6.0 peratus, Vietnam 5.9 peratus dan Myanmar 4.8 peratus.
Sebahagian besar perbelanjaan kesihatan di Malaysia turut dibiayai oleh duit poket sendiri, out of pocket). Di Malaysia, hanya 45 peratus kos kesihatan dibiayai oleh kerajaan, manakala 35 peratus lagi ditanggung oleh pesakit sendiri. Di negara-negara maju seperti United Kingdom, sebanyak 77.8 peratus oleh kerajaan dengan rakyat hanya membelanjakan 16.7 peratus sahaja daripada wang poket sendiri. Manakala di Jerman yang merupakan pelopor insurans kesihatan sosial, sebanyak 78.1 peratus daripada keseluruhan kos kesihatan dibiayai oleh sumber tersebut. Perbelanjaan poket sendiri hanyalah 12.5 peratus.
Sekali lagi saya tekankan, walaupun akan ada pihak yang tidak gembira dengan kenyataan ini, kerajaan perlu segera melaksanakan subsidi secara bersasar bagi memastikan projek-projek kritikal khususnya berkenaan kesihatan tidak terus dikorbankan bagi memenuhi hawa nafsu politik yang memungkinkan negara semakin terkebelakang.
Mahu tidak mahu, Tuan Yang di-Pertua, rakyat perlu bersedia untuk menghadapi kenaikan harga barangan sekiranya konflik Rusia-Ukraine berpanjangan.
Dunia dan Malaysia tidak terkecuali daripada cabaran besar yang sedang dihadapi seluruh dunia iaitu tidak lain tidak bukan adalah inflasi. Kadar inflasi negara adalah 3.2 peratus pada Disember 2021 berbanding pra pandemik iaitu satu peratus pada tahun 2018 dan 2019. Manakala di US pula, kadar inflasi mencecah 7.5 peratus pada Januari 2022. Ia merupakan kadar tertinggi bagi tempoh 40 tahun.
Indeks Freight Kontena Shanghai meningkat lima kali ganda. Tekanan kerana kos pengangkutan yang mendadak ini akan membuatkan impak langsung kepada kuasa membeli rakyat khususnya golongan yang mudah terkesan iaitu golongan B50 dan B30.
Tuan Yang di-Pertua, sebahagian besar aktiviti ekonomi negara melibatkan barangan yang diimport. Pada tahun 2020, misalnya, 800 bilion barangan telah diimport ke Malaysia.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat, sila gulung.
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Saya akan menutup, Tuan Yang di-Pertua. Ini bukanlah suatu angka yang kecil. Jika kerajaan tidak memandang serius dan tidak menyediakan langkah segera bagi mengurangkan impak inflasi dan kenaikan kos pengangkutan, seluruh rantaian daripada pengeluar hinggalah penjual terpaksa menaikkan lagi harga barangan sekali gus membebankan pengguna runcit yang majoritinya rakyat Malaysia.
Seluruh Malaysia, harga barang, kos hidup sudah pun meningkat tetapi Labuan adalah paling teruk, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya memohon kerajaan memberikan perhatian dengan keadaan di Labuan.
Sebelum saya mengakhiri, satu isu yang sangat panas di Labuan, rakyat Labuan meminta saya pesankan iaitu paip bekalan air pecah di sana sini. Dalam masa dua bulan yang lepas ini, lebih 35 notis gangguan bekalan air oleh Jabatan Bekalan Air dikeluarkan.
Sesetengah tempat melebihi dua minggu tanpa air. Saya memohon bajet emergency diturunkan supaya kita adakan short-term solution ataupun penyelesaian jangka pendek.
Penyelesaian jangka panjang memang kita tahu akan dibuat dan ia akan memakan masa yang panjang tetapi mohon adakan satu penyelesaian jangka pendek.
Dengan itu, saya menjunjung kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Mesyuarat menjemput Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya terlebih dahulu ingin menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan ingin mengucapkan setinggi tahniah atas titah ucapan baginda di dalam Dewan ini.
Tuanku telah berpesan dalam ucapan baginda iaitu kita Ahli-ahli Dewan khususnya, hendaklah fokus kepada beberapa perkara yang membawa kepada kepentingan rakyat daripada segi ekonomi, peluang pekerjaan, kesihatan dan sebagainya. Tuanku juga berpesan perlunya kestabilan politik (political stability) dan juga kestabilan kerajaan. Alhamdulillah, pada hari ini, kerajaan kita boleh dikatakan stabil di atas kerjasama parti-parti politik yang menyokong kerajaan ini, kerajaan Keluarga Malaysia.
Saya berharap supaya tidak ada mana-mana pihak yang akan cuba berbuat sesuatu yang menggugat kestabilan kerajaan dan kestabilan politik di peringkat pusat ini.
Apa yang berlau di Johor, PRN Johor, biar di Johor. Jangan bawa ke dalam Dewan ini kerana kita mempunyai agenda besar iaitu untuk menyelesaikan banyak masalah berkaitan dengan kepentingan rakyat, nasib rakyat dan juga ekonomi negara dan sebagainya.
Saya berasa kesal dengan kenyataan Timbalan Presiden UMNO, parti saya sendiri, yang telah mengeluarkan kenyataan seolah-olah menekan Perdana Menteri untuk mengadakan pilihan raya secepat mungkin dan beliau mendesak Perdana Menteri untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong supaya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 ini diadakan secepatnya. Beliau telah memberikan kata-kata dua atau ultimatum sekiranya Perdana Menteri gagal untuk meyakinkan Yang di-Pertuan Agong, maka Perdana Menteri hendaklah meletak jawatan. Apa punya statement ini? Apa punya statement ini?
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Ini statement seolah-olah menekan Perdana Menteri. Saya merasa kesal kerana ia datang daripada salah seorang pemimpin besar parti saya sendiri. Akan tetapi, oleh sebab ia dibuat, ia begitu menjejaskan dan menggugat kestabilan kerajaan Perdana Menteri untuk meneruskan kerja-kerja. Fokus kepada kerja-kerja untuk kepentingan rakyat. Kalau kita tekan Perdana Menteri, macam manalah kerajaan hendak terus
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
berusaha dengan berbagai-bagai inisiatif dan usaha untuk kepentingan rakyat? Tentunya tidak mungkin.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tentunya tidak mungkin. Jadi, sudah lah. Stop. Sorry lah saya orang kecil dalam parti, dalam Dewan ini terpaksa bersuara.
Di samping itu juga, ada dua, tiga perkara yang dibangkitkan iaitu i-Citra. Tadi Yang Berhormat Pekan ada bersuara tentang i-Citra. Walaupun saya membela Yang Berhormat Pekan tadi supaya ia tidak diganggu apabila dia berucap. Akan tetapi tidak bermakna saya setuju dengan segala apa yang di utarakan. Cumanya jangan ganggu masa dia berucap. Kita ada giliran kita masing-masing. Akan tetapi Yang Berhormat Jelutong dengan Yang Berhormat Shah Alam langsung tidak peduli dan seolah-olah mengambil peluang kepada Tuan Yang di-Pertua yang orang baharu hendak dibuli. This is not the way. Ini budaya tidak elok yang diberi contoh.
Jadi, saya minta berkenaan dengan i-Citra ini, pengeluaran wang KWSP ini.
Perdana Menteri sudah buat statement. Keputusan Kabinet telah dibuat. Hormatilah. Yang Berhormat Pekan pun patutnya tadi menghormati keputusan Perdana Menteri, keputusan Kabinet, keputusan kerajaan yang tidak dapat untuk mempersetujukan. Bukannya kerana kepentingan peribadi. Bukan kepentingan orang-orang tertentu. Mereka juga memikirkan kepentingan rakyat, masa hadapan rakyat.
Kalau sekiranya keluar habis semua. “Oh! Ini duit aku. Keluar habis semua.” Esok apa akan jadi masa akan datang? Kita tahu apa akan jadi akan datang. Kesusahan, penderitaan, kesengsaraan kalau semua sudah habis. Betul lah duit ini duit mereka. Akan tetapi kita sebagai pemimpin, kita sebagai kerajaan, kita mesti menasihati, mendidik, menjaga orang ramai. We don’t play to the gallery. Ini main politik. Play to the gallery.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jadi, sebab itu–
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
No, saya tidak benarkan. Tiada masa. Please sit down.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Sungai Siput minta sedikit penjelasan.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tidak benar. Saya kata tidak benar, tidak benar lah. Don’t try to be like what they did just now. Please sit down.
Tuan Yang di-Pertua
Duduk Yang Berhormat Sungai Siput.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jadi, kasar ya? Kalau tidak kasar, you all tidak faham. You all hendak kena macam itu baru faham. Jadi Tuan Yang di-Pertua,- Sit down, please. Your time will come. You say what you want to say.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Tadi saya hendak tanya adakah–
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
I’m not entertaining lah.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sungai Siput, tolong lah. Tolong duduk.
Tolong duduk. Tolong duduk. Yang Berhormat, tolong buka mikrofon.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Keputusan telah dibuat. Kita sebagai pengikut, kita ikut lah. Berilah kepercayaan, keyakinan. Kalau everything, apa juga yang dibuat oleh Perdana Menteri, dibuat oleh Kabinet kita tidak bersetuju, kita ganggu, kita gugat, apa hendak jadi ini? Kerajaan apa yang kita hendak ini? Saya rasa tidak sewajarnya lah. Kita mempunyai agenda besar. Kita hendak negara kita ini menjadi negara maju.
Kerajaan mempunyai program, punyai dasar, itu dan ini. Kalau tidak dilaksanakan, bagaimana kita hendak menjadi negara maju? Sudah lah yang sudah-sudah ini kita tidak
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
tercapai. Wawasan 2020 kita tidak tercapai. Sekarang kita set the goal. We set the new goal. Jadi, 2030 pula untuk mencapai wawasan maju. Macam mana kita hendak capai 2030 kalau asik bercakaran, bertelagah, berantakan tidak habis-habis? Masa dalam Dewan dihabiskan dengan menunjukkan kehebatan individu berucap dan sebagainya.
Jadi, berkaitan dengan menuju ke negara maju ini, hendak memajukan negara kita ini bukan sahaja di bandar-bandar. Luar bandar pun. Saya banyak kali saya sebut.
Pembangunan jangan tunggu kepada kawasan bandar atau semi bandar. Hendak lah juga dibawa ke kampung-kampung. Fikirkan caranya. Saya ada cara tetapi hendak buat macam mana, kita tidak duduk dalam itu. Kalau kita dalam Kabinet, kita boleh lah bagi- Dalam Dewan masa sedikit. Hendak cakap banyak karang habis masa.
Cuma saya hendak ingatkan di sini. Untuk melaksanakan itu, Kabinet, Menteri- menteri, Timbalan Menteri, pegawai-pegawai tinggi kerajaan, pegawai bawah kerajaan mesti komited, sehati sejiwa dengan kerajaan untuk melaksanakan RMKe-12, melaksanakan program itu, program ini. Duit sudah kita bagi. Bajet sudah kita luluskan.
What is the problem? Bukan tidak ada duit. Duit ada tetapi pelaksanaan, delivery. Saya sudah bawa perkara ini semalam bila Perdana Menteri menjawab. Akan tetapi saya hendak elaborate hari ini. Menteri-menteri mesti komited. Jangan fikir parti berlainan, maka tidak sokong apa juga agenda Perdana Menteri. Ini tidak boleh. Dalam parti sendiri pun, sama parti pun, jangan cuba untuk bermain politik. Saya hendak ingatkan di sini.
Tuan Yang di-Pertua, apa yang berlaku? Kita dapati ada berlakunya little napoleon dalam kerajaan. Apakah itu little napoleon? Orang-orang yang lebih berkuasa daripada Menteri, lebih berkuasa daripada Kabinet. PM bagi arahan hendak buat itu, buat ini, hendak tolong rakyat, hendak laksanakan itu, laksanakan ini. Tidak dilaksanakan.
Tidak dibuat. Diperap begitu sahaja kerana tidak suka dengan perkara yang hendak dibuat itu. Jadi, apa akan jadi kepada perancangan kerajaan? This little napoleon ini, kita ada bukti, Tuan Yang di-Pertua.
Kalau sekiranya diminta, saya akan keluarkan buktinya. The little napoleon. Some of them are Ministers. Kesian Perdana Menteri. Dia orang baik. Dia tidak reti hendak marah orang. Tidak reti hendak sack orang. Hendak buang orang, dia tidak reti. Karang buang, merajuk. Pull the plug lah, itu lah, inilah. Betul tidak? Ada yang mengugutnya. Kita tarik lah sokongan. Ini yang susahnya.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ada masa lagi.
Tunggu dulu sekejap. Karang saya bagi. Sudah habis dah. Jadi, ini tidak boleh. Ada sesetengah itu, rakyat buat permohonan itu, permohonan ini. Permohonan kecil-kecil sahaja. Bukan besar pun. Lima, enam bulan tidak berjawab. What is going on? Antaranya kementerian-kementerian yang berkenaan. Kang saya sebut kang, payah hendak jawab.
Muka hendak letak dekat mana?
Akan tetapi siapa yang makan cili, dia terasa pedas. Lima, enam bulan tidak berjawab. Lulus, tidak lulus, jawab lah. Apa susah sangat hendak jawab? Engkau sudah besar sangat sebagai Menteri, tidak boleh hendak jawab? Betul tidak? Tepuk lah sedikit.
Saya hendak sebutkan, ini bukan permohonan daripada kerajaan sahaja, backbenchers sahaja. Permohonan daripada wakil rakyat, pembangkang pun mesti dilayan. Betul tidak?
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Amin, amin, amin.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Oleh kerana mereka pun ada kawasan. Ada rakyat yang hendak dijaga. Kalau mereka tidak diendahkan, tidak dipedulikan, maknanya kegagalan mereka untuk berkhidmat kepada kawasan itu, kita ada saham dalamnya. Kita menyebabkannya. Kita penyebab. Allah SWT tahu. Jadi, jangan bermain politik lebih-lebihan. Kita hendak berkhidmat kepada rakyat, kepada negara dan sebagainya. Ya, apa pertanyaan?
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Di mana saya meneliti ucapan Yang Berhormat Pasir Salak. Di mana meluahkan ketidakpuasan hati terhadap beberapa orang pemimpin yang sentiasa siang dan malam buat percaturan politik sehingga menimbulkan keadaan yang tidak stabil politik. Semalam dalam Titah Tuanku telah mengingatkan semua Ahli-ahli Parlimen.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Berilah kepentingan rakyat dahulu. Ketepikan lah perbezaan dan juga percaturan politik dalam keadaan negara yang kita hadapi, COVID-19 dan juga rakyat yang susah di bawah ini. Jadi, saya melihat bahawa seolah-olah Yang Berhormat Pasir Salak ini, segala yang dibangkitkan, tuju kepada President UMNO, Ahli Parlimen Bagan Datuk. Betul ke?
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Itu tidak betul. You are playing politics again. That’s why Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mahu benarkan mereka ini. Always trying to twist and turn; and play politics.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Yang Berhormat Pasir Salak, saya hendak tanya sedikit boleh?
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jadi, saya hendak bagi tahu di sini, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Please do not tolerate this nonsense lah. You are going to waste a lot of your time and dia buli kita. Itu saya tidak boleh tahan. Dia ingat dia pandai sangat, kita tidak tahu kah apa yang hendak dibuat itu.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Yang Berhormat Pasir Salak, boleh tanya sedikit.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jadi berbalik kepada ini saya sudah hendak habis masa pun. Saya hendak ingatkan sekali lagi kita mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memajukan negara, membela rakyat. Everybody, semua orang mesti komited, full commitment from the top to the bottom and the middle. Semua peringkat. Jangan ada perbezaan daripada segi komitmen. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Salak. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Jerlun, selaku ketua parti 20 minit, silakan.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua
Waalaikumsalam.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Tuan Yang di-Pertua, saya turut berdiri untuk menyertai perbahasan menjunjung setinggi-tinggi kasih atas titah ucapan yang telah disampaikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini sempena perasmian sidang Parlimen penggal ini.
Tajuk perbahasan saya ialah untuk mempertahankan kedaulatan negara Malaysia kita ini dan salah satu daripada aspek yang telah disentuh oleh Yang di-Pertuan Agong ialah mengenai jaminan bekalan makanan.
Seperti mana yang kita sedia maklum, prinsip di sebalik jaminan bekalan makanan ialah bahawa pembekalan itu ialah pembekalan tempatan. Maksudnya pengusaha-pengusaha tempatan kitalah yang perlu berusaha untuk mengeluarkan jumlah makanan yang mencukupi untuk kegunaan rakyat kita sendiri dan tidak lah kita bergantung kepada import makanan. Kalau itu dapat kita laku maka barulah boleh dikatakan kita mempunyai jaminan bekalan makanan seperti mana yang kita harapkan.
Oleh sebab itu, saya lihat bahawa kerajaan perlu serius bekerjasama sepenuhnya dengan pengeluar-pengeluar tempatan agar apa juga yang perlu kita lakukan untuk memudahkan usaha mereka perlu kita sediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu mereka. Contohnya seperti permit, lesen dan sebagainya perlulah diluluskan tanpa apa- apa syarat dan tanpa kerenah birokrasi dan sebaiknya secepat mungkin.
Contohnya, saya bercakap dengan beberapa pengusaha ternakan ayam di negeri Johor dan mereka mengadu kepada saya mengenai masalah untuk mendapatkan permit, itu satu. Kedua ialah input makanan yang semakin hari semakin tinggi. Mereka terpaksa mengimport bahan-bahan makanan seperti bijirin jagung, soya, gandum yang mana
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
ramuan itulah yang dijadikan dedak untuk diberikan kepada ayam-ayam mereka. Oleh sebab kekurangan ataupun peningkatan harga kos input ini akibat daripada kenaikan kadar pertukaran wang berbanding Ringgit kita, maka mereka sangat tertekan.
Atas sebab itu, margin ataupun keuntungan mereka juga berkurangan apabila kerajaan menetapkan siling harga ayam pada kadar RM8.90 sekilo. Jadi, itu bahawa hal input. Kedua ialah soal pekerja asing. Tentunya ladang-ladang ini baik ladang ternakan ataupun ladang sawit, getah dan sebagainya memerlukan pekerja asing ataupun tenaga kerja yang mencukupi. Antara pekerja tempatan dan asing ini mereka menghadapi masalah untuk mendapat jumlah pekerja asing yang mencukupi untuk memastikan bahawa buah dipetik ataupun ternakan terjaga ataupun ladang-ladang ini diuruskan dengan baik.
Atas sebab itulah, kita dapati walaupun harga sawit pada ketika ini pada kadar yang antara paling tinggi dalam sejarah kita tetapi atas sebab kekurangan pekerja termasuklah pekerja asing, maka buah-buah ini tinggal busuk di atas pokok. Jadi, syarikat- syarikat tempatan kita termasuk yang besar-besar seperti Sime Darby dan sebagainya tidak mendapat meraih keuntungan yang sepatutnya apabila kita ada bumper crop iaitu pada kadar harga yang begitu tinggi.
Ini menyebabkan pembekalan kita pun berkurangan. Jadi baru-baru ini kita lihat bekalan ayam tidak cukup. Jadi, bila tidak cukup akibat daripada masalah yang seperti mana yang saya sebutkan tadi, maka kerajaan telah membuat keputusan pula untuk membenarkan ayam diimport. Jadi, bila ada kenyataan seperti itu maka pengeluar tempatan pula rasa risau mengurangkan kadar pengeluaran mereka kerana takut ada lambakan ayam nanti.
Akan tetapi akhirnya yang diimport pun kurang, tidak banyak. Jadi, itulah antara sebabnya kita lihat ada kekurangan bekalan ayam sehinggakan begitu mengejutkan.
Kalau Tuan Yang di-Pertua sendiri bawa anak-anak pergi makan KFC, ada masalah kadang-kadang KFC pun tidak cukup ayam. Jadi, ini sangat membingungkan bila kita tahu hendak pergi KFC ini tentulah hendak makan ayam tetapi tidak cukup ayam.
Selain daripada itu, saya ingin tanya sebenarnya berkaitan dengan masalah kekurangan pekerja asing ini. Apa sebenarnya masalah yang dihadapi oleh Kementerian Sumber Manusia termasuk juga Kementerian Dalam Negeri dalam rundingan mereka dengan dua negara iaitu Indonesia dan Bangladesh.
Ada dakwaan kita dengar bahawa antara masalahnya ialah kerana ada levi-levi baru tambahan yang dikenakan ke atas pekerja asing yang datang daripada Indonesia dan Bangladesh dan juga ada lantikan agensi-agensi ataupun syarikat-syarikat ejen di mana pekerja asing ini perlu membayar kepada mereka dan ini tidak diluluskan ataupun tidak diperkenan oleh Bangladesh dan juga Indonesia.
Jadi, dalam keadaan kita sekarang ini dibelenggu dengan masalah pengeluaran yang terkesan akibat daripada kekurangan pekerja termasuk pekerja asing, saya harap dalam soal kedaulatan negara ini kita perlu mengatasi masalah ini secepat mungkin dengan memeterai perjanjian dengan kedua-dua negara tersebut dan juga negara-negara lain sekiranya setelah kita telah mengatasi masalah pengangguran di kalangan pekerja tempatan.
Seterusnya ialah mengenai pengukuhan industri tempatan besar-besaran untuk pasaran global. Lazimnya kita ini bila kita bercakap mengenai pertumbuhan ekonomi, penyediaan peluang pekerjaan, kerajaan akan menggunakan angka pelaburan langsung asing ataupun FDI. Itu dilihat sebagai satu tanda aras, kalaulah kita mempunyai FDI yang berjumlah puluhan bilion, maka itu bermakna kerajaan ini ataupun apa yang dilakukan oleh kerajaan diyakini oleh pelabur asing dan ini ditonjolkan sebagai satu imej, satu indeks bahawa ekonomi kita sebenarnya diuruskan dengan baik.
Pada waktu ini kita lihat apabila dunia dilanggar oleh pandemik seperti COVID- 19, banyak negara bersaing dengan kita termasuklah negara-negara jiran kita seperti Indonesia, Vietnam, Thailand malah Filipina pun di mana mereka juga berusaha untuk menarik FDI. Selain daripada itu kita lihat sudah ada pelabur asing yang melabur dalam negara kita sampai mencecah bilion-bilion ringgit kerana masalah-masalah tertentu
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
mungkin sepertimana yang saya sebutkan tadi kerenah birokrasi dan sebagainya mereka memutuskan untuk menghentikan operasi, tutup kilang, pindah ke negara lain.
Jadi ini satu, saya sebagai bekas Timbalan Menteri MITI dahulu saya faham bahawa untuk sebuah syarikat asing itu membuat keputusan untuk melabur dalam negara kita ini ialah satu keputusan yang begitu besar. Tambah-tambah bila ia melibatkan jumlah wang yang begitu besar. Akan tetapi untuk melabur di sini, sudah bertapak di sini, sudah ambil pekerja di sini, sudah melabur teknologinya di sini kemudian buat keputusan untuk menutup, tutup kilang buka semua mesin-mesin kemudian pindah kepada negara yang lain, ini satu keputusan yang luar biasa. Satu keputusan yang begitu besar untuk dilakukan mestilah ada sebab-sebab tertentu yang berat-berat yang menyebabkan mereka membuat keputusan seperti itu.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Maka saya tertanya-tanya adakah FDI ini satu tanda aras yang perlu kita pegang setiap kali? Tidakkah tiba masanya untuk kita memberi perhatian kepada pelaburan langsung tempatan ataupun Domestic Direct Investment (DDI) yang mana saya kira begitu banyak sekali syarikat-syarikat tempatan kita yang mendambakan perhatian seperti mana yang FDI sudah dapat sebelum ini?
Kerajaan biasanya akan memberi pelbagai insentif kepada FDI selain daripada pengecualian cukai buat satu tempoh yang tertentu. Kadang-kadang dapat tanah dan sebagainya ataupun pada kadar harga yang begitu rendah dan macam-macam insentif yang lain. Kadang-kadang ada juga geran untuk mengambil pekerja, geran untuk penyelidikan dan pembangunan. Macam-macam ditawarkan kepada syarikat-syarikat asing ini supaya kita dapat menarik pelaburan mereka ke sini. Tidakkah boleh kita tawarkan benda yang sama kepada syarikat tempatan kita?
Ini kerana apabila syarikat tempatan kita terpaksa bersaing dengan FDI yang datang ke negara kita ini yang mana mereka diberikan macam-macam insentif kadang- kadang ia satu bentuk diskriminasi terhadap syarikat tempatan kita walhal FDI ini datang kadang-kadang untuk menembusi pasaran tempatan kita yang tidak sebesar mana.
Walhal syarikat tempatan kita pula tidak mampu atau pun begitu payah untuk menembusi pasaran dari mana FDI itu datang. Kalaulah FDI itu datang daripada Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan, China contohnya bukan semudah itulah bagi syarikat tempatan kita pula untuk menembusi pasaran mereka kerana ada sahaja rintangan- rintangan non-tariff barriers dan sebagainya.
Jadi saya harap kerajaan boleh mengenal pasti sektor mana sebenarnya yang mana syarikat tempatan kita mempunyai kelebihan berbanding dengan pasaran global yang mana kita dengan bantuan bukan sedikit bantuan kalau boleh sebanyak mungkin bantuan yang kita berikan kepada mereka itu maka mereka ini boleh menembusi dan menguasai pasaran di luar sana.
Contohnya sarung tangan getah (rubber gloves) yang mana secara kebetulan agaknya apabila tercetusnya pandemik COVID-19, permintaan untuk rubber gloves ini memuncak sampai ke tahap yang begitu luar biasa. Sekarang ini kita lihat misi-misi kita dalam satu hari itu mungkin empat, lima pasang sarung tangan getah yang mereka pakai.
Sekali pakai buang, sekali pakai lagi buang.
Jadi, pakai buang ini pada jumlah yang begitu besar dan ini bukan seorang dan dua orang tetapi ribuan orang dalam satu negara dan banyak negara menggunakan hendak katakan semua negara di dunia ini mengamalkan SOP yang sama iaitu bila kita mendekati pesakit, kita suntik ataupun kita hendak buat RTK ataupun PCR sekalipun pakai sarung tangan getah.
Jadi, kebetulan kita adalah pengeluar getah yang antara yang terbesar di dunia.
Jadi kita menambah nilai di atas getah itu saya tahu bahawa nitrile sudah digunakan untuk sarung tangan getah ini tetapi akhirnya syarikat-syarikat tempatan kitalah yang menguasai 60 peratus daripada pasaran dunia.
Jadi ini adalah satu contoh di mana kalaulah kita boleh mengenal pasti apa sebenarnya bahan mentah yang dikuasai oleh Malaysia saya lihat tentulah getah, sawit.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Salah satu lagi yang menjadi kelebihan kita berbanding dengan banyak negara-negara yang lain ialah sektor elektronik dan elektrik.
Di Kedah dan Pulau Pinang sahaja antara dua buah negeri ini sahaja kalau hendak masukkan sekali Selangor dan Johor pun ada, kilang-kilang pengeluar elektronik dan electrical components ini begitu besar, cekap dan kosnya rendah dan mereka ini boleh mengeksport komponen mereka ke seluruh dunia. Malah kalau kita lihat bahan-bahan elektronik ini yang dipasarkan oleh China dan juga Korea Selatan termasuk Jepun, saya boleh jamin bahawa tentu ada sebahagian daripada komponen itu yang datangnya dari Pulau Pinang ataupun daripada Kedah dan ini sangat membanggakan kita. Tidakkah boleh syarikat-syarikat seperti itu yang datangnya daripada pelaburan tempatan ini diberikan insentif sebaik-baiknya supaya mereka ini boleh berkembang lebih besar lagi.
Seterusnya saya ingin sentuh sedikit mengenai kesan perang Rusia di Ukraine.
Saya lihat bahawa ini satu perkara yang perlu kita beri perhatian yang sewajarnya kerana mahu tidak mahu kita sebagai sebuah negara pedagang akan tentunya terkesan akibat daripada sekatan ekonomi yang dilancarkan oleh kuasa-kuasa barat setelah Rusia melanggar sempadan Ukraine.
Baru-baru ini kita dengar laporan bahawa sebuah kapal tangki minyak dalam perjalanan daripada Rusia ke Malaysia ini disekat di Lautan Hindi oleh kuasa Amerika Syarikat. Jadi ini baru satu kapal, saya lihat akan banyak lagi kejadian-kejadian seperti ini yang tentunya akan merugikan kita semua.
Terbaharu sekali kita juga dengar laporan bahawa Amerika telah sekat bank-bank daripada Rusia daripada menggunakan code SWIFTnya. Jadi, ini juga akan memberi kesan kepada segala bentuk transaksi jual dan beli dan kalau kita bertransaksi bukan hanya dengan Rusia tetapi juga dengan rakan-rakan dagang Rusia tentunya kita akan terkesan akibatnya.
Jadi, saya rasa kita sudah perlu bersiap-sedia untuk menghadapi krisis ekonomi yang besar termasuk krisis mata wang malah saya ingat bursa saham kita pun akan terkesan akibat daripada perang di Rusia dan Ukraine.
Akhir sekali, saya hendak sentuh mengenai rasuah yang tentunya secara langsung akan memberi impak kepada kedaulatan negara kita. Kita dengar sebentar tadi Yang Berhormat dari Pekan cuba hendak mempertahankan 1MDB.
Saya lihat ini satu perkara yang sangat luar biasa dan menjijikkan sebenarnya apabila setiap hari kita hendak mendapatkan berita baharu daripada Amerika Syarikat setelah berlakunya perbicaraan melibatkan Tim Leissner dan Roger Ng. Saya hairan kenapalah jenayah yang melibatkan wang negara kita yang wang rakyat Malaysia kita ini, walaupun ia melibatkan bank di luar negara seperti Goldman Sachs dan sebagainya, dibicarakan di Amerika Syarikat tidak langsung dibangkitkan dalam negara kita ini. Saya tahu kita ada kes yang melibatkan Yang Berhormat Pekan dan beberapa orang yang lain tetapi dalam soal Roger Ng dan Tim Leissner ini kenapa tidak peguam negara kita mengheret mereka ke Mahkamah di sini?
Apa yang berlaku di Amerika Syarikat itu satu hal yang lain, silap-silap nanti mereka jugalah yang akan membayar pampasan kepada DOJ dan sebagainya tetapi wang itu sebenarnya datang dari sini. Kenapa tidak kita yang menuntut hak kita untuk mendapatkan balik wang kecurian yang telah hilang daripada kantung kita?
Malah yang lebih teruk lagi Tuan Yang di-Pertua, ialah sambil wang itu hilang, kita masih lagi menanggung hutang yang kita kena bayar. Jumlah yang mulanya RM53 bilion sekarang ini entah berapa lagi tinggal mungkin RM38 bilion. Ini satu angka yang begitu luar biasa. Satu angka yang begitu besar.
Saya kata tadi menjijikkan kerana pada waktu ini sebenarnya banyak lagi keperluan-keperluan kita sepatutnya kerajaan belanja untuk rakyat. Sebaliknya kita terbelenggu dengan masalah 1MDB ini yang tidak berkesudahan. Saya ingat lagi sewaktu saya bertanya dengan Yang Berhormat Pekan sewaktu beliau masih lagi Perdana Menteri saya waktu itu Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah.
Saya tanya apa masalah 1MDB sebenarnya? Ini pada tahun 2015 sebenarnya dan beliau telah menjawab pada saya bahawa don’t worry dalam masa enam bulan
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
masalah ini akan selesai. Akan tetapi, itu pada tahun 2015 sekarang sudah tujuh tahun berlangsung sudah berlalu dan masih lagi tidak selesai malah pendedahan demi pendedahan yang kita dengar. Benda yang kita tidak pernah tahu rumah USD10 juta dan sebagainya.
Ini satu kemungkaran yang saya takut lagi hendak tunggu lama-lama, lagi banyak kemungkaran yang akan berlaku yang menggerunkan kita semua. Jadi, saya rasa masalah rasuah ini perlu kita perangi habis-habisan kerana akhirnya ia akan melibatkan kedaulatan negara kita. Bayangkanlah kalau ada kuasa-kuasa asing yang tahu kerenah kepimpinan negara kita ini mudah untuk di rasuah tentunya kita akan kehilangan banyak hak kita yang akan menjejaskan kedaulatan kita dalam masa yang terdekat dan juga dalam jangka masa yang panjang.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Jadi saya merayu sangat-sangat. Kita perlu serius untuk memperkasakan SPRM.
Tidak boleh ada kepimpinan SPRM yang terpalit dengan apa-apa kes yang kita minta supaya kes yang melibatkan Tan Sri Azam Baki ini didedahkan dan disiasat. Kita tidak menuduh tetapi bila ada dakwaan, saya ingat bagi seorang yang memegang jawatan yang begitu disanjung tinggi, ada reputasi SPRM yang begitu baik, maka perlu ada kesungguhan untuk membersihkan nama dahulu dengan cara yang betul. Tidak bolehlah dia yang dituduh, dia sendiri yang kata dia tidak bersalah. Tidak boleh macam itu. Jadi kita harap bahawa kerajaan akan mengambil serius perkara ini. Lantiklah RCI ke, apa kah untuk siasat perkara ini sedalam-dalamnya.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menekankan sekali lagi bahawa semua perkara saya bangkitkan tadi adalah mempunyai impak kepada kedaulatan negara kita.
Dalam waktu ini adalah tanggungjawab kita bersama untuk menjaga negara kita ini terus berdaulat dan jangan benarkan sebarang anasir baik dari luar ataupun dalam yang akan menjejaskan kedaulatan negara kita ini dan dengan itu saya menyokong ucapan menjunjung kasih terhadap titah ucapan Tuanku Agong. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Untuk meneruskan perbahasan, saya jemput Yang Berhormat Padang Rengas. Dua belas minit Yang Berhormat.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang telah memberi kesempatan untuk saya mengambil bahagian. Hari ini saya ingin menyentuh berkenaan dengan isu yang telah berbangkit di negara kita yang bermula pada bulan dua hari itu iaitu berkenaan dengan forced conversion kepada anak-anak yang beragama Hindu kepada Islam yang dilakukan oleh bapanya yang saya difahamkan sekarang ini berada di dalam jel tahanan dan ibunya sudah pun berada di luar, keluar dari hospital dan telah pun diberikan oleh mahkamah untuk diberikan hak pemeliharaan kepada ibunya kepada tiga orang anak ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong keputusan dari mahkamah yang telah diberikan kepada ibu dan saya ingin menyatakan iaitu bahawa saya tidak bersetuju langsung dengan paksaan penukaran agama kanak-kanak ini berdasarkan kepada empat perkaralah.
Pertama sekali saya ingin menyebutkan iaitu bahawa dalam Islam kita tidak ada paksaan untuk sesiapa memeluk agama kita. Penganutan agama Islam mestilah secaranya sukarela dan kalau sekiranya tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa ada kesukarelaan, maka itu merupakanlah paksaan. Maka oleh sebab itu conversion dilakukan itu sebenarnya tidak boleh kita terima.
Saya ingin menyatakan iaitu bahawa dalam soal agama ini, budak-budak yang tiga orang, kita kena lihat kepada waktu ibu bapanya berkahwin dulu, mendaftar, apakah sebenarnya agama common religion kedua-dua ibu bapa itu waktu mereka berkahwin, mendaftarkan. Apakah common religion-nya dan saya difahamkan itu bahawa walaupun ibu itu merupakan seorang daripada masyarakat Cina, tapi agamanya ialah agama Hindu.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Bermakna iaitu bahawa waktu mereka berkahwin dan mendaftar perkahwinan secara sivil, agama yg menjadi common kepada kedua ibu bapa ialah Hindu.
Jadi oleh sebab itu kita faham iaitu bahawa di Malaysia ini semuanya ada agama.
Kita punya prinsip iaitu ada Tuhan, bila ada Tuhan maknanya kita semuanya beragamalah. Jadi tidak berbangkit soal bahawa kalau dia 18 tahun, dia belum ada agama. Kita tahu iaitu bahawa di peringkat umur kita yang paling muda sekalipun, kita sudah mengamalkan, bukan saja kita ada agama, mengamalkan agama.
Macam saya sebagai oleh sebab bapa saya juga Islam dan ibu saya Islam, maka agama saya Islam lah dan saya bukan saja sekadar menganut agama Islam, saya mengamalkan. Waktu umur kita muda, 5 tahun, 6 tahun kita telah digalakkan untuk berpuasa. Kita juga telah diajar untuk sembahyang lima waktu dan kita pada tiap-tiap minggu juga di bawah umur 18 tahun, waktu kita 5 tahun, 6 tahun sudah pun pergi ke masjid sembahyang Jumaat.
Bermakna setiap manusia walaupun dia kanak-kanak, sudah pun ada agama. Apa agamanya ialah agama kepada ibu bapa, common religion of the parents waktu mereka bernikah. Jadi pertama sekali saya hendak menyatakan kalau dikatakan iaitu bahawa 18 tahun tidak ada agama, tidak betul. Kita punya prinsip Rukun Negara kita ialah kepercayaan kepada Tuhan. Bermakna kita setiap rakyat Malaysia mesti sudah ada agama. Kalau ada agama, adalah Tuhan. Itu pertama saya hendak sebut.
Keduanya kalau kita tengok daripada segi penggunaan, the common usage of parents. Parents ini memang ibu bapa. Parents ini ibu bapa dan kita pun dalam Bahasa Malaysia kita tidak sebut ibu dan bapa, kita sebut ibu bapa.
Ini bermakna itu bahawa unilateral conversion tidak dibenarkan dan sekalipun dikatakan boleh mengikut sesetengah pihak yang mengatakan itu bahawa Perlembagaan Malaysia mentafsirkan parents sebagai ibu atau bapa, but the common usage dalam Bahasa Inggeris ataupun dalam Bahasa Malaysia, ibu bapa ialah parents ialah ibu bapa.
Jadi tidak bolehlah kita kata iaitu bahawa seorang bapa ataupun seorang ibu boleh unilaterally menukarkan agamanya daripada satu agama ke agama yang lain melainkan dia....
Tuan P. Prabakaran - Batu
[Bangun]
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Yang Berhormat Batu.
Tuan P. Prabakaran - Batu
Ya. Mohon mencelah.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Mencelah. Belum habis bercakap lagi hendak mencelah?
Tuan P. Prabakaran - Batu
Okey, okey habiskan dulu.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Ini membangkang atau hendak sokong ini saya? Mana dia?
Tuan P. Prabakaran - Batu
Di sini.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
You hendak sokong kah hendak bangkang saya.
Tuan P. Prabakaran - Batu
Saya hendak sokong.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Okey, sokong boleh.
[Dewan ketawa]
Tuan P. Prabakaran - Batu
Berkaitan dengan isu yang dibangkitkan oleh rakan saya. Saya hendak tanya komen berkaitan dengan isu yang sama. Apakah pandangan saudara Yang Berhormat Padang Rengas berkaitan dengan individu-individu yang selalu dengan izin create a lot of racial issues. Contoh seperti seorang individu yang bernama Zamri Binut yang selalu mengecam agama ataupun other religion dengan izin. Adakah kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap individu-individu sebegini walaupun
Tuan P. Prabakaran - Batu
kes itu sudah muktamad di mahkamah? Ada individu tersebut yang selalu membuat komen-komen yang tidak sopan berkaitan dengan agama lain. Terima kasih.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Tuan Yang di- Pertua, [Tidak jelas] orang ini. To me, he is not important, he is not relevant and I don’t give a damn whatever he says. It’s not going to affect my life and saya tidak fikir dia boleh menggugatkan kita. Keduanya, ini lah yang kita tuntut, pembangkang pun tuntut iaitu bahawa freedom of speech. So if this is freedom of speech maknanya kalau kita tidak tahan dengar pun tidak usah pedulilah, ini freedom of speech. Saya pun ada kalanya tidak tahan dengar juga apa yang bercakap dalam Dewan ini. Tapi *that is a freedom of speech.
So freedom of speech* ini bukan hanya untuk kita bebas bercakap tapi kita juga kena bebas dengar apa orang cakap ya.
Ketiganya saya ingat pembangkang pun tidak setuju hari itu suruh buang Sedition Act. Akan tetapi inilah sebenarnya tujuan Sedition Act ialah untuk menghalang orang seperti ini daripada terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh menyakitkan perasaan masyarakat satu-satu kaum. So, I hope kalau Yang Berhormat Batu bangkit benda ini, sokonglah supaya Sedition Act ini diteruskan. Sebab kalau dalam akta-akta lain tidak boleh diambil tindakan terhadap beliau. Akan tetapi di bawah Akta Hasutan we can take action against him because kita negara berbilang kaum dan kita mesti menjaga dan memelihara hubungan baik di antara kaum yang ada di dalam negara kita ini.
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Jadi, saya hendak balik Yang Berhormat Batu. Saya hendak balik kepada isu parent tadi. Tidak betul kalau one unilateral conversion ini, seorang bapa dia tukar agama, kemudian hendak tarik anak-anaknya. Tidak boleh. Saya punya pendirian, apa sekalipun jawabnya adalah tidak boleh. Bapa itu tidak berhak untuk menukar agama anak-anaknya melainkan kalau dia berunding dengan isterinya sebab common religion itu sudah ada dan religion kepada budak-budak ini pun sudah ada.
Jadi, pada saya kalau kita benarkan iaitu bahawa bapa itu boleh convert, then it will be what we call kepada sayalah, constructive coercion. Constructive coercion maknanya kalau kita convert seorang tanpa kebenaran daripada ibu, pihak yang lain that constructive coercion. You still paksa walhal orang itu sudah pun ada anak.
Jadi pada sayalah, it is very important that we should not allow this. Saya pun hendak sebut di sini iaitu soal kedua mesti ada keadilan. Islam mengutamakan keadilan.
Adakah adil seorang kanak-kanak macam kes Indra Ghandi dahulu. Anak baru lahir dirampas daripada ibunya waktu masih lagi menyusu. Dirampas daripada ibunya kemudian ditukar agama ke Islam.
Saya sebagai orang Islam, saya tidak bangga dengan perkara seperti ini. Jadi, oleh sebab itu, pada saya Islam mahukan ada keadilan dan memang tidak adil kalau sekiranya seorang daripada ibu dan bapa menukar agama anak mereka yang sudah pun ada agama. Tukar agama tanpa persetujuan, itu adalah tidak adil.
Kalau kita tidak suka ketidakadilan, kalau kita tidak mahu ketidakadilan, jangan kita melakukan ketidakadilan kepada orang yang lain. Don’t do to others what you don’t want others do to you. Jadi, saya daripada segi keadilan pun memang tidak ada keadilan.
Ibu itu masuk hospital, kemudian tiba-tiba masuk hospital kononnya dipukul oleh suaminya. Tiba-tiba keluar anak sudah tidak ada. Ini apa? There’s no fairness in this. Oleh sebab itu kepada saya, soal kedua ketidakadilan, saya tidak setuju dengan forced conversion yang telah dilakukan.
Ketiganya yang saya tidak bersetuju ialah kerana sebagai orang Islam dan sebagai sebuah negara yang mana Islam itu merupakan agama Persekutuan, we have the responsibility, tanggungjawab untuk menjaga kepentingan minoriti. The rights and interest of the minority must be taken care of. Betullah 60 persen Islam dalam Perlembagaan Persekutuan itu mengatakan bahawa Islam agama Persekutuan tetapi kita tidak boleh menyatakan bahawa dengan itu kita boleh menindas minoriti.
Kepada saya, seperti ini kalau kita tidak lakukan apa yang patut dilakukan, we are actually menindas kaum minoriti. I mean those non-Muslims will live in fear because every time kalau berlaku pergaduhan di antara suami isteri yang bukan Islam selalunya akan berlaku, disalahgunakan mereka. Saya tidak mahu mempertikaikan sama ada dia ikhlas
Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
ataupun tidak ikhlas masuk Islam tetapi selalunya kerana sudah empat, lima kes gaduh suami isteri yang bukan Islam, maka suaminya akan convert. Apabila convert, convert anaknya sekali. That is not fair, and we are not taking care of the interest of the minority. Tidak boleh ya.
Oleh sebab itu saya tidak setuju. Saya tahu masa tidak mencukupi. Saya hendak bertanya di sini kepada Yang Berhormat Menteri yang jaga undang-undang iaitu bahawa saya difahamkan bahawa kita akan pinda perlembagaan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Undang-undang, apakah dalam pindaan perlembagaan ini kita akan juga memasukkan pindaan untuk mengetepikan tafsiran yang tidak betul kepada saya iaitu kalau takrif parent itu ialah ibu atau bapa. Ini mesti dihapuskan. Parents are parents, both husband and wife. Jadi, itu pertama saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri.
Keduanya saya hendak tanya tentang hak citizenship kepada isteri orang Malaysia, ibu Malaysia yang bernikah di luar negara. Kemudian apabila balik ke negara kita mungkin bercerai atau apa, apakah- saya difahamkan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri iaitu bahawa beliau minta, beliau merayu kes ini kerana tujuannya ialah untuk memakan masa supaya kita akan dapat pinda perlembagaan untuk memberi hak kepada ibu Malaysia yang melahirkan anak di luar negara, memberikan hak citizenship kepada anak-anak mereka.
Ini seperti diputuskan oleh mahkamah. Jadi, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri Undang-undang kedua-dua perkara ini. Sudahkah ataupun akan dilakukan pindaan perlembagaan. Pertama untuk takrif semula iaitu bahawa parent ialah ibu dan bapa, bukan ibu atau bapa. Ibu dan bapa, parents are father and mother.
Keduanya, kita difahamkan bahawa kerajaan akan merayu kes mahkamah yang memberikan hak kepada ibu untuk mendapatkan anak-anak mereka itu yang lahir di luar negara hak kewarganegaraan. Apakah pindaan juga akan dibuat terhadap perkara ini supaya ibu itu akan mendapat hak memberikan warganegara kepada anak-anak mereka.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas.
Seterusnya saya persilakan Yang Berhormat Tuaran, 20 minit selaku ketua parti.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Tuaran untuk turut serta membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Diraja yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Jempol.
Tuan Yang di-Pertua, titah tuanku pada point lima, muka surat tiga, Titah Ucapan Diraja memang benar dan berasas bahawa melalui Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani antara kerajaan dan Pakatan Harapan telah memberi banyak manfaat kepada rakyat jelata, hasil daripada kestabilan dikecapi ketika negara berhadapan dengan krisis kesihatan, krisis ekonomi dan krisis politik.
Namun, rakyat pada ketika ini masih menghadapi pelbagai kesusahan kerana kehilangan pekerjaan dan perniagaan. Oleh sebab itulah Tuaran menyokong tuntutan rakyat agar pengeluaran RM10,000 KWSP itu walaupun mungkin yang terakhir dapat diluluskan oleh kerajaan sebab duit itu adalah milik rakyat.
Beberapa pindaan Perlembagaan Persekutuan yang telah dibentangkan dan seterusnya diluluskan oleh Dewan yang mulia ini berjaya hanya kerana atas sokongan padu dari blok pembangkang. Contohnya kelulusan memasukkan Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63 serta pendaftaran pemilih secara automatik dan Pakatan Harapan terus mendesak agar dalam sidang Parlimen Penggal Kelima pada kali ini, Rang Undang- undang Antilompat Parti juga dapat dibentangkan oleh pihak kerajaan.
Jadi suara-suara sumbang yang mempersendakan MoU itu perlulah dihentikan sekarang. Namun dalam hal pendaftaran pengundi secara automatik, Tuaran meminta supaya sebuah jawatankuasa audit ditubuhkan untuk mengaudit senarai pengundian
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
didaftarkan secara automatik itu dapat dibersihkan daripada pengundi yang memegang dokumen kad pengenalan yang diragui, terutama sekali di Sabah dan juga dibersihkan daripada pengundi yang sudah meninggal dunia sebelum ia digunakan dalam PRU-15.
Pelbagai kajian telah dibuat oleh para sarjana tentang gejala pertumbuhan penduduk Sabah yang sangat luar biasa dengan lebih satu juta orang pemegang kad pengenalan yang diragui. Oleh itu, integriti senarai pemilik di Sabah sangatlah penting untuk diperbetulkan.
Selain itu, kerajaan harus akui dan pertimbangkan dengan teliti tentang kesaksian individu seperti Jabar Khan dan Encik Hassnar Ebrahim semasa sesi sidang pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Integriti yang diadakan di Bangunan Parlimen pada 26 Februari tahun 2007. Kenyataan kedua-dua saksi tersebut yang sememangnya terdapat dalam Hansard Parlimen perlu disangkal dan perlu diperjelaskan oleh mana- mana pihak pada ketika ini termasuklah daripada pengkhianat yang telah disebut oleh kedua-dua orang saksi.
Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai kebanjiran pendatang asing tanpa izin di Sabah juga sarat dengan pembuktian yang telah disampaikan oleh pelbagai saksi. Namun sudah sembilan tahun berlalu dan sudah tiga orang Ketua Menteri Sabah dan empat Perdana Menteri Malaysia berganti, namun satu pun rekomendasi dalam laporan tersebut belum dilaksanakan.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Di manakah maruah negara apabila berkali-kali mengadakan RCI tetapi rekomendasi gagal dilaksanakan? Siapa yang mahu percaya dengan Malaysia. Oleh sebab terdapat 1 juta orang penduduk Sabah yang mempunyai dokumen kewarganegaraan yang diragui. Maka, Dewan yang mulia ini hendaklah membuat ketetapan agar sebuah jawatankuasa audit dan forensik pemilih yang dianggotai oleh pakar-pakar kependudukan dan wakil daripada parti-parti politik hendaklah ditubuhkan untuk mengaudit kesahihan senarai pengundi tersebut dan seterusnya menyiasat latar belakang setiap pemilih yang memiliki dokumen kewarganegaraan yang diragui.
Selain itu, kadar kemiskinan di Sabah adalah yang tertinggi di Malaysia. Pada tahun 2021, kadarnya ialah 25 peratus. Selain daripada kemerosotan ekonomi akibat pandemik COVID-19, keadaan ini juga bertambah buruk kerana tindakan kerajaan memasukkan penduduk yang memiliki dokumen kewarganegaraan yang diragui ke dalam senarai penduduk Sabah di mana penduduk ini adalah rata-rata berpendapatan di bawah garis kemiskinan. Dengan lain perkataan, sebahagian daripada penduduk miskin di Sabah adalah terdiri daripada orang miskin yang diimport dari negara jiran dan kini menjadi beban kepada Sabah dan negara kita Malaysia.
Negara lain seperti Singapura mengimport penduduk kaya. Malaysia pula mengimport penduduk miskin. Walhal Malaysia sendiri mempunyai cabaran membasmi gejala kemiskinan melibatkan penduduk tempatan. Para pengkhianat yang gila kuasa dan pangkat sanggup memiskinkan Sabah dengan peralatkan PPI untuk menumbangkan kerajaan pimpinan tempatan yang ada pada ketika itu, iaitu pada tahun 1991. Sangat sedihnya Tuan Yang di-Pertua, para pengkhianat ini masih bermaharajalela tanpa rasa bersalah.
Saya perlu sebut di sini dalam perkara ini Tuan Yang di-Pertua, bahawa dan saya sebut beberapa kali di Dewan yang mulia ini tentang masalah kewujudan pertumbuhan penduduk yang sangat luar biasa di Sabah iaitu bertumbuh daripada 454,591 orang pada tahun 1991 dan setibanya tahun 2021 meningkat kepada 3.8 juta berbanding penduduk Sarawak pada tahun 1960 yang sudah ada 744,529 orang tetapi setibanya tahun 2021 penduduk Sarawak hanyalah 2.8 juta orang.
Penduduk Sabah mengatasi penduduk Sarawak dengan lebih 1 juta orang.
Pertumbuhan penduduk luar biasa di Sabah adalah disebabkan oleh perbuatan khianat pemimpin-pemimpin yang gila kuasa dan pangkat sepertimana yang telah disebut oleh Encik Jabar Khan dan Encik Hassnar Ebrahim dalam kesaksian mereka.
Masalah penduduk Sabah dirumitkan lagi dengan masalah kewujudan stateless children ataupun kanak-kanak tanpa kewarganegaraan. Perkara ini berlaku atas pelbagai
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
faktor termasuklah orang tempatan yang bersekedudukan atau berkahwin dengan pendatang asing tanpa izin tanpa dokumen perkahwinan.
Ada yang berada di Sabah puluhan tahun dan berada di Sabah tanpa dokumen.
Contohnya, kes Wong Kueng Hui seorang yang dilahirkan di Keningau, Sabah daripada seorang ibu yang dipercayai berasal dari Indonesia dan bapanya berasal dari Sarawak berketurunan Tionghoa.
Menurut undang-undang, anak ini memerlukan perintah mahkamah sebagai asas untuk memohon kewarganegaraan Malaysia. Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan sudah pun membuat perintah bahawa anak ini boleh memohon kewarganegaraan tetapi lagi-lagi kerajaan membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan supaya anak ini jangan diberi hak memohon untuk menjadi warganegara Malaysia.
Bolehkah kerajaan menyatakan berapakah kes stateless children ataupun budak seperti ini di seluruh negara? Adakah kerajaan membiarkan setiap mereka ini untuk pergi ke mahkamah untuk mendapat court order? Kalau kita kaji statelessness yang ada di Sabah yang mungkin beribu-ribu; apakah tindakan kerajaan ini wajar? Pada UPKO ini dan pendirian Tuaran bahawa masalah kebanjiran pendatang asing tanpa izin di Sabah perlu diselesaikan secara tuntas dan dia hendaklah diselesaikan mengikut kategorinya iaitu terdapat empat kategori utama seperti berikut:
(i) Pendatang tanpa izin (PTI) iaitu mereka yang datang tanpa dokumen atau datang dengan dokumen tetapi overstayed;
(ii) pelarian perang Filipina iaitu mereka yang lari ke Sabah apabila berlaku perang saudara di Selatan Filipina pada awal tahun 70 an;
(iii) stateless children iaitu anak-anak pendatang asing tanpa izin berkahwin dengan orang tempatan tanpa dokumen perkahwinan dan dokumen sijil kelahiran; dan
(iv) pendatang asing tanpa izin yang memiliki dokumen kewarganegaraan yang diragui sama ada melalui projek IC ataupun melalui rasuah.
Dalam konteks empat kategori PTI tersebut, Tuaran meminta pihak kerajaan untuk menyatakan di bawah kategori manakah Kad Warga Asing yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Sabah pada Kerajaan Persekutuan yang diumumkan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri baru-baru ini.
Janganlah kelirukan rakyat dan janganlah kelirukan Dewan yang mulia ini. Tuaran mendesak agar adakan – pastikan adanya ketelusan, keikhlasan dan integriti dalam perkara yang semakin buruk ini. Tuaran juga meminta supaya Unit Perancang Ekonomi
(EPU) bersama-sama dengan Unit Hal Ehwal Sabah dan Sarawak di Jabatan Perdana Menteri supaya menyiasat penduduk Sabah dengan dokumen kad pengenalan yang diragui yang telah dimasukkan ke dalam senarai rakyat termiskin di Sabah.
Apakah ini benar? Jika perlu sebuah lagi Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai kemiskinan tinggi di Sabah harus ditubuhkan demi mencari penyelesaian tuntas tentang kemiskinan di Sabah yang sangat tinggi dan juga pertumbuhan penduduk yang sangat luar biasa, maka teruskanlah. Tubuhkanlah RCI untuk tujuan ini.
Perang membasmi kemiskinan mesti diteruskan. Senarai eKasih sebagai asas Program Pembasmian Kemiskinan perlu dimurnikan. Peranan dan fungsi focus group perlu disusun semula. Pada ketika ini focus group berperanan mempertimbangkan kedudukan seseorang yang dicadangkan ataupun memohon masuk ke dalam senarai eKasih.
Masalahnya ialah pertimbangan focus group ini tidak menyeluruh walaupun mereka bermesyuarat dan turun padang. Namun ia hanya dibuat apabila ada yang mengisi borang rakyat termiskin untuk dipertimbangkan. Bagaimanakah pula mereka yang tidak berpeluang untuk mengisi borang tersebut? Adakah mereka akan dibiarkan dan tidak layak untuk diberi bantuan rakyat termiskin?
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Tuaran mencadangkan supaya kerajaan mempelajari bagaimana negara China mengenal pasti senarai dan seterusnya memperkenalkan program pembasmian penduduk miskin di satu-satu petempatan. Mereka bukan sahaja melibatkan kakitangan kerajaan seperti focus group tetapi juga melibatkan setiap ketua keluarga dalam petempatan tersebut.
Kakitangan kerajaan hanya terlibat dalam membuat kajian pendapatan isi rumah sebenar dan mereka yang disenaraikan sebagai rakyat termiskin diputuskan oleh ketua- ketua isi rumah melalui satu proses pemilihan in situ. Seterusnya kakitangan kerajaan mencadangkan program untuk mengatasi masalah kemiskinan bersasar mengikut kedudukan sosioekonomi keluarga yang berkenaan.
Pendekatan seperti itu penting dan strategik untuk mengelakkan program bantuan kerajaan tidak diberikan berulang-ulang kepada sebuah keluarga yang sama sedangkan yang lain belum dapat-dapat. Sabah memang terbelakang dalam banyak hal di Malaysia atau apa orang Sabah bilang uncit.
Pencapaian dalam kesemua peperiksaan kita uncit, penetrasi internet kita uncit, pembasmian kemiskinan kita uncit, pembangunan jaringan pengangkutan darat dan laut kita uncit, perindustrian sektor pembuatan kita uncit. Antara kekangannya ialah peruntukan pembangunan termasuk infrastruktur sangat terhad.
Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo terbantut oleh peruntukan yang terhad.
Malah pelancaran demi pelancaran Lebuh Raya Pan Borneo sudah menjadi bahan gurauan di negeri Sabah. Sabah memerlukan perhatian yang bermaruah, telus dan berintegriti daripada kerajaan. Di kawasan Parlimen Tuaran, mantan Perdana Menteri pernah mengumumkan projek menaik taraf jalan luar bandar Togop, Jalan Hamad Kitapol seterusnya Jalan Tibabar-Poturidong dengan kos sebanyak RM100 juta.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Akan tetapi sehingga pada hari ini tidak dilaksanakan. Tuaran minta agar projek ini dapat diteruskan sebab ia melibatkan road access utama ke beberapa buah sekolah rendah.
Negeri Sabah memerlukan beribu-ribu menara telekomunikasi sebab setakat ini baru ada 400 buah menara dan dana peruntukan sebanyak RM4.09 bilion yang telah diumumkan, membina hanya 636 buah menara di seluruh negara dengan kos sebanyak RM6.4 juta untuk sebuah menara. Tuaran bertanya kepada kerajaan, sampai bilakah kita menunggu agar pendigitalan itu dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya? Adakah kerajaan masih meneruskan dengan strategi pembinaan menara sahaja?
[Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) **mempengerusikan Mesyuarat****] Kalau ya, kenapa setakat dengan strategi pembinaan menara semata-mata?
Adakah ini hanya kerana untuk beri kontrak kepada kroni? Apakah kerajaan tidak terfikir untuk menyelesaikan masalah internet connectivity secara tuntas dengan kadar yang segera? Mengapa kerajaan tidak mahu mengambil sedikit daripada RM4.09 bilion tersebut untuk melaksanakan telekomunikasi luar bandar dengan menggunakan teknologi satelit?
Tuaran mencadangkan supaya sekurang-kurangnya RM500 juta diberikan untuk melaksanakan telekomunikasi luar bandar di Sabah dengan menggunakan teknologi satelit. Kerajaan perlu bekerjasama dengan pihak swasta seperti MEASAT untuk melaksanakan ini semua demi mempercepatkan dan memperluaskan sebaran jalur lebar.
Tuan Yang di-Pertua, Perjanjian Malaysia tahun 1963 akhirnya telah diperlembagakan atau pun di-constitutionalised. Selama lebih 60 tahun dokumen asas pembentukan Malaysia yakni MA63, hanyalah satu dokumen rujukan. Syukurlah kini dengan pindaan Artikel 1(2), Artikel 160 dan Artikel 161 Perlembagaan Persekutuan, dapat kini MA63 sudah di-constitutionalised. Namun perakuan yang terkandung dalam Inter-Governmental Committee Report (IGC) iaitu salah satu daripada 12 annexes dalam MA63 belum lagi dikaji pelaksanaannya. Sedangkan sepatutnya ia dikaji 10 tahun selepas
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
pembentukan Malaysia iaitu pada tahun 1973. Walaupun sudah terlambat, but it’s better late than never. Tuaran mencadangkan supaya IGC 2.0 ditubuhkan untuk membuat review terhadap IGC yang terkandung dalam MA63 tersebut. Tuaran juga mencadangkan supaya kajian itu hendaklah melibatkan setiap negeri di Malaysia dan bukan hanya terhad kepada wilayah Sabah dan Sarawak. Kajian ini sangatlah penting dan kritikal sebab persetujuan dalam MA63 itu juga menyatakan bahawa 40 peratus daripada pungutan Cukai Persekutuan dari Sabah hendaklah diberikan kepada Sabah. Ini adalah entitlement, ini adalah hak Sabah tetapi barangkali apabila perkara ini dituntut dan mahu dilaksanakan, tentunya negeri-negeri lain pun akan bertanya. Kenapa Sabah sahaja yang diberi sampai 40 peratus? Sedangkan ini sudah terkandung dalam Perjanjian Malaysia, ya.
Akan tetapi di negeri Sabah kita boleh berbincang dan boleh mendengar pandangan-pandangan dan pendapat negeri-negeri lain. Kalau negeri lain— negeri Selangor, Negeri Sembilan kah mahu supaya 10 peratus daripada pungutan Cukai Persekutuan dari negeri itu perlu diserahkan kepada negeri yang berkenaan, kita boleh bincang. Di sinilah letaknya, kita perlu bincangkan semula IGC itu. Di sini letaknya kenapa perlu ditubuhkan majlis IGC 2.0 yang saya nyatakan tadi sebab dalam kesemua negeri dan wilayah dalam Malaysia ini sebaik-baiknya semua mendapat keadilan yang sebaik- baik mungkin. Tuaran mencadangkan supaya Dewan yang mulia ini membuat ketetapan agar sebuah majlis IGC 2.0 ditubuhkan dengan segera untuk mengkaji pelaksanaan IGC secepat mungkin.
Tuan Yang di-Pertua, dalam hal mengenai gejala rasuah di negara ini, penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan lima jawatankuasa utama iaitu:
(i) Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah,
(ii) Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah,
(iii) Jawatankuasa Aduan,
(iv) Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah; dan
(v) Panel Penilaian Operasi.
Sebenarnya, kesemua ini telah meletakkan institusi ini sebagai salah satu daripada institusi yang paling bebas di Malaysia berbanding dengan Biro Pencegahan Rasuah (BPR) sebelum ini. Namun, kerana pelbagai kepincangan berlaku dalam urus tadbir SPRM— Sebagai contoh, apakah sudah jadi dengan kes rasuah Jabatan Air Sabah? Seluruh rakyat masih ingat duit yang masuk dalam ice box dan sebagainya. Apa sudah jadi pada hari ini? Kemudian kes integriti Azam Baki dan sebagainya. Pada Tuaran, semua ini berlaku kerana lima buah jawatankuasa yang telah ditubuhkan melibatkan lebih 40 orang individu telah gagal menjalankan tugas mereka.
Tuaran minta Yang Berhormat Menteri menyatakan berapa kali kah kelima-lima jawatankuasa tersebut bermesyuarat sepanjang tahun lepas? Pernahkah mana-mana jawatankuasa tersebut memanggil Azam Baki memberi keterangan tentang percanggahan dalam kenyataan terkait Azam Baki? Tuaran minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan, berapa kali kah kelima-lima jawatankuasa bermesyuarat ya? Ini kerana dalam kes Azam Baki pernah kah dibincangkan di setiap jawatankuasa tersebut? Bagaimanakah pula kesudahannya kes rasuah Jabatan Air Sabah yang sudah sekian berlalu?
Dalam hal pendidikan, Tuaran mengucapkan terima kasih kerana akhirnya kerajaan bersetuju dengan tuntutan rakyat tentang peperiksaan SPM yang bermula pada hari ini, Rabu, 2 Mac, diadakan hanya pada hari Isnin hingga Khamis. Tuaran ingin mencadangkan agar keputusan ini dijadikan sebagai satu dasar iaitu peperiksaan awam hanya diadakan pada...
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat, sila gulung.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
...Isnin hingga Khamis dan tidak ada pelaksanaan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Tuaran juga minta supaya
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
dasar ini juga diguna pakai di Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Dalam kesempatan ini, saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan, bilakah peperiksaan semester satu akan diadakan bagi para pelajar STPM yang tidak dapat hadir dalam peperiksaan tersebut baru-baru ini akibat jangkitan Omicron?
Terakhir Tuan Yang di-Pertua, Tuaran minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan mengapakah Malaysia berhenti membayar pampasan sebanyak RM5,000 kepada pewaris Sultan Sulu pada tahun 2013? Kenapakah Malaysia tidak membuat representation dalam arbitration yang dibawa oleh pewaris Sultan Sulu di Perancis? Akhirnya membawa kemenangan kepada mereka di mana Malaysia perlu membayar pampasan sebanyak RM43 bilion. Adakah kerajaan sedar bahawa pewaris Sultan Sulu mempunyai ruang dan peluang untuk menguatkuasakan penghakiman arbitration tersebut di bawah New York Convention? Apakah pula kesan penghakiman tersebut terhadap kedaulatan Malaysia serta kedudukan tuntutan Filipina terhadap Sabah?
Tuan Yang di-Pertua, dengan itu saya mohon menyokong. Terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Dipersilakan, Yang Berhormat Kota Raja.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Saya ingin menyambung hujah-hujah yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Tuaran tadi. Soal keutuhan wilayah, di mana sekarang ini wujud tiga buah wilayah utama, iaitu wilayah Semenanjung, wilayah Sabah dan wilayah Sarawak. Oleh itu, integrated tiga buah wilayah ini perlu diperkukuhkan untuk menjamin keutuhan Malaysia. Kalau ada apa-apa pertelingkahan atau perbezaan pandangan, hendaklah dibawa ke meja rundingan.
Kita melihat tren kebelakangan ini, terutama tunjuk-tunjuk perasaan yang diadakan di Australia untuk menuntut soal kalau boleh tidak berada dalam integrated Malaysia ini, perlu diambil perhatian secara serius. Kalau soal pembangunan didapati tidak seimbang, kita cuba seimbangkan ketiga-tiga wilayah ini supaya ia menjadi lebih utuh dan kuasa Federal Government itu dapat dilihat oleh rakyat di semua wilayah. Oleh sebab itulah soal jaminan keselamatan mesti diberikan oleh Federal Government kepada wilayah-wilayah, terutama di wilayah Malaysia Timur.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Kalau mereka di sana merasakan bahawa kehidupan mereka terancam, maka mereka akan mencari keamanan secara lain. Sebab itu saya yakin Federal Government memberi jaminan keselamatan kepada semua wilayah yang berada di Malaysia. Kita juga hendaklah menjaga supaya tuntutan Kesultanan Sulu ini tidak membawa satu pergolakan baharu di Sabah sekarang ini kerana sebarang cucukan dari luar atau usikan dari luar atau adu domba dari luar boleh menjebakkan rakyat dalam satu kancah.
Saya yakin perkara ini tidak akan berlaku di Malaysia tetapi berhati-hatinya amat perlu untuk menjaga keutuhan wilayah dan integrasi antara wilayah-wilayah. Di antaranya soal pembangunan dan keselamatan hendaklah menjadi perkara utama dalam memelihara kedaulatan Malaysia ini.
Perkara yang kedua saya ingin sentuh pada hari ini ialah kerajaan hendaklah buat secara jangka panjang, infrastruktur yang baik terutama di Lembah Klang kerana di sinilah nadi ekonomi Malaysia. Kita lihat kejadian banjir baru-baru ini, kita lihat ada pihak kementerian itu menyalahkan kementerian ini, kementerian ini menyalahkan kementerian ini. Mesti disatukan, dipadukan terutama di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk menyelaraskan pembangunan di Lembah Klang yang penduduknya lebih kurang 7 juta, yang menjadi nadi kepada pembangunan di Malaysia ini. Segala bentuk pembangunan, pelajaran, pelancongan, pusat ekonomi, MITI dan sebagainya berada di Lembah Klang ini.
Oleh sebab itulah bila berlaku banjir mengejut, yang rakyat dan juga kerajaan hilang berbilion ringgit ini hendaklah menjadi satu iktibar, perhatian kepada kita semua
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
khasnya mereka yang berkuasa untuk melihat perkara ini secara serius, supaya kalau berlaku lagi malapetaka pada masa akan datang, maka kerosakan tidaklah berlaku sebegitu teruk seperti yang berlaku pada tahun ini.
Menyelaras bantuan kepada mangsa-mangsa banjir mesti diteruskan dan perincian banci menyeluruh perlu dibuat. Mesti ada kerjasama antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan secara insentif untuk membantu rakyat ini. Jangan ada langsung pilih kasih soal parti, soal kaum, soal agama dan yang pentingnya, mangsa ini perlu dibantu. Inilah seruan dan di kawasan saya sendiri, banyak lagi mereka yang mengalami kerosakan harta benda belum dapat gantian yang agak sempurna ataupun untuk meneruskan hidup mereka yang lebih sempurna pada sekarang dan juga pada masa yang akan datang.
Saya juga ingin menyentuh soal apa yang disebut oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, soal veteran tentera. Memanglah kali ini, ia menjadi Titah Diraja kerana soal ini soal yang telah lama berkumandang terutama di kalangan bekas-bekas tentera.
Mereka memang yang berpencen pun kadangkalanya umur 40 tahun sudah pencen sebab tentera lain-lain pangkat. Mereka yang berpangkat bawah tidak boleh bekerja sampai umur 60 tahun. Mereka pencen umur 39 tahun, umur 40 tahun, umur 41 tahun dan mereka masih berada dalam baru membentuk keluarga dan sebagainya, tiba-tiba mereka pencen. Oleh itu, mereka perlu dibantu dengan kewangan negara yang kita boleh rancang daripada semasa ke semasa.
Tambahan pula mereka yang mendapat pencen tahun 2004 ke bawah di mana pencen seorang jeneral lebih kurang sama dengan pencen seorang leftenan sekarang ini kerana jarak pencen itu memanglah masa saya jadi Menteri Pertahanan pun kita berbincang perkara ini, bagaimana hendak merapatkan jurang pendapatan ini. Sebab mereka yang berpencen sebelum tahun 2004, berada dalam paras kemiskinan walaupun dia berpangkat kapten, berpangkat mejar dan sebagainya kerana pencen mereka hanya RM1,000 ke RM2,000. Dalam keadaan kos sara hidup yang ada sekarang, mereka berada di bawah paras kemiskinan.
Sekarang, harga minyak naik melambung. Lebih daripada USD100 satu tong.
Mungkin akan berlanjutan agak lama kerana kita tidak tahu krisis yang berlaku antara Ukraine dan Rusia ini bila akan berakhir. Kenaikan harga minyak ini dan Petronas mendapat pendapatan yang agak baik dan negara sudah tentulah akan menggunakan pendapatan ini. Di antaranya, lihatlah veteran termasuklah bekas polis kah bekas tentera kah, mereka yang terpaksa bertarung hidup setelah mereka bersara terutamanya sekali saya kata tadi tentera, kerana saraan mereka dalam umur yang begitu muda, melainkan yang berpangkat agak tinggi.
Oleh itu kita harap perkara ini menjadi satu tindakan setelah Yang di-Pertuan Agong sendiri membuat suruhan soal supaya golongan veteran ini diambil perhatian khusus dan ia boleh di bincang di semua kementerian termasuk di JPM dan JPA dan semua di bawah Jabatan Perdana Menteri berbincang bagaimana kalau perlu pinda enakmen dan sebagainya, bawa ke Parlimen ini dan kita boleh menyokong untuk membantu mereka ini.
Perkara seterusnya ialah saya ingin menyentuh soal 1MDB. Saya sendiri memang bukan seorang ahli ekonomi, seorang ahli statistik dan sebagainya. Saya tahu hal 1MDB ini macam sebelum pilihan raya dahulu. Saya bercakap bagaimana bila berlaku pemusatan kuasa antara mereka yang berkuasa dalam 1MDB menjadi Menteri Kewangan dan Perdana Menteri, orang yang sama.
Oleh itu bila 1MDB tidak cukup duit, dia minta pada Menteri Kewangan. Menteri Kewangan pula kata nanti saya tanya Perdana Menteri dahulu. Akhirnya Perdana Menteri bermesyuarat dengan Menteri Kewangan, mesyuarat dengan 1MDB, tiga entiti orang yang sama. Akhirnya berlakulah skandal yang sebegitu rupa, yang kita tahu soal bayaran yang dibuat oleh Raja Arab yang berjumlah lebih daripada RM2 bilion.
Kita ingat setakat itu sahaja tetapi bila munculnya apa yang berlaku di mahkamah di Amerika itu, paling mengejutkan kita. Mengejutkan kerana ia ada benda-benda baharu yang selama ini kita tidak tahu, ia menjadi tahu. Bagaimana pula penglibatan Gabenor Bank Negara yang saya sendiri amat menghormati Gabenor Bank Negara ini kerana beliau adalah anak kepada Profesor Diraja Ungku Aziz, seorang yang amat berjasa dalam
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
pendidikan di Malaysia. Tiba-tiba terdedah bagaimana Gabenor ini meluluskan begitu mudah wang dalam hal 1MDB ini kepada apa yang berlaku dan diterangkan dalam mahkamah di Amerika itu dan melibatkan tiga wanita lagi.
Saya sebut kalau soal peribadi mereka, dengan siapa mereka hendak kawan, mereka hendak bercinta dengan siapa, itu soal lain, itu hak mereka tetapi bila melibatkan wang negara, kerajaan kena siasat. Jabatan Agama Islam kena siasat kedudukan mereka dan sebagainya dan juga MACC ataupun Badan Pencegah Rasuah mula siasat.
Akan tetapi kita hairan kenapa penyelewengan berlaku oleh rakyat Malaysia di antaranya di negara kita, negara lain mendedahkannya terlebih dahulu. Ini yang berlaku ‘pelik bin ajaib’ sedangkan kita tahu Malaysia terutama pasukan polisnya mempunyai satu sistem risikan yang cukup hebat. Kadang-kadang itu, kita bermesyuarat tertutup bagaimanapun dalam bilik mesyuarat kita, pihak Cawangan Khas tahu. Kerana apa?
Kerana mereka ada peralatan dan ada berbagai-bagai cara untuk mereka mendapatkan maklumat.
Kami daripada pembangkang kadangnya bila ditangkap, soalan-soalan dikemukakan oleh pihak Cawangan Khas itu, mereka tahu apa yang kita bincang dalam mesyuarat yang tertutup. Begitu hebatnya. Akan tetapi kenapa tidak tahu hal penyelewengan yang berlaku begini sehingga mahkamah di Amerika mendedahkan hal- hal seperti ini. Inilah yang kita lihat bagaimana kita rasa pelik apabila pendedahan yang berlaku ini dan kita tidak mahu wanita kita menjadi, dilihat sebegitu rupa di peringkat antarabangsa. Walaupun global leader bagi anak-anak muda ini, disebut di antaranya di peringkat antarabangsa yang terkenal ialah Nurul Izzah, Hannah Yeoh, Yeo Bee Yin, Steven Sim, Syed Saddiq. Seorang lagi walaupun dia bukan daripada kalangan kita tetapi dia disebut iaitu Khairy Jamaluddin.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Tahniah kepada mereka ini kerana mereka diiktiraf sebagai Young Global, yang orang-orang muda yang menjadi ketua pada masa yang akan datang dan sekarang.
Akan tetapi kita tidak mahu antarabangsa melihat kemunculan terutama orang- orang Melayu dalam bidang yang tidak sepatutnya mereka cebur dalam bidang itu dan lebih memalukan apabila terlibat dalam skandal-skandal sebegitu, yang melibatkan rasuah dan sebagainya, yang melibat peras ugut, yang melibatkan rasuah, yang melibatkan beri rumah dan sebagainya kerana khidmat apa kita tahu, yang diberi kepada orang yang terlibat dalam 1MDB.
Inilah yang kita melihat keadaan Malaysia sekarang ini sudah dipersendakan oleh dunia. Walaupun tadi Yang Berhormat Pekan cuba membela kedudukannya tetapi saya ingat lagi dia bela, lagi dia terjerut. Ini kerana apa yang di cakap di Parlimen ini berlainan dari apa yang dipersembahkan di mahkamah. Oleh sebab di mahkamah kita tahulah, kita biasa masuk mahkamah berkali-kali, dia tidak boleh merapu. Ini kerana kalau kita memberi pandangan yang lain ada pihak peguam yang lain pula akan mencelah dan juga membetulkan keadaan itu. Fakta dalam mahkamah lebih jauh jelas daripada ucapan secara bebas di Parlimen ini.
Oleh sebab itu Yang Berhormat Pekan boleh cakap apa sahaja yang dia hendak bela diri dia, itu haknya. Akan tetapi mahkamah telah menentukan dia bersalah di dua buah mahkamah sudah, hanya tinggal sebuah mahkamah sahaja lagi. Ditambah pula soal sumpah dan sebagainya. “Sumpah saya tidak kenal Jho Low”. Sekarang apabila berlaku perbicaraan di mahkamah, di Amerika, kita lihat gambar-gambarnya dengan Jho Low. Jadi, orang boleh sumpah, orang boleh cakap itu, dia tidak kenal itu, tidak kenal ini tetapi apabila berlaku perbicaraan di mahkamah, terdedah segala-galanya. Perkara yang...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Sekejap. Yang Berhormat Kota Raja, Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apa pandangan Yang Berhormat Kota Raja apabila Yang Berhormat Pekan ingin menggambarkan bahawa 1MDB itu tidak merugikan negara. Dia seolah-olah sebagai seorang pencuri yang telah mencuri, selepas itu tuan rumah, dia buat claim insurance dan dia dapat bayaran daripada syarikat insurans. Maka, pencuri itu berkata “Alhamdulillah saya curi pun tetapi tuan rumah ada untung” dia kata.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
“Tidak rugi 1MDB” dia kata. Pencuri yang tidak tahu malu! Apa pandangan Yang Berhormat Kota Raja.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Ini memanglah satu perkara yang pelik, cuba menegakkan benang yang basah sedangkan ia telah dibicarakan di mahkamah, bukan tuduhan palsu atau rekaan. Ia dibicarakan di mahkamah Malaysia dan mahkamah di Amerika.
Mungkin selepas ini ada lagi perbicaraan di mahkamah-mahkamah lain negara soal 1MDB ini. Oleh sebab itulah ia semakin membesar, bukan semakin mengecil.
Perkara seterusnya yang saya ingin sentuh ialah soal pilihan raya yang berlaku di Johor sekarang ini. Semalam saya hadir dalam majlis ceramah, majlis kami kena fine sebanyak RM3,000 kerana di antaranya saya sebut tadi iaitu tidak pakai mask. Sedangkan dalam Parlimen kita berucap tidak perlu pakai mask. Kedua, jalan masuk dan jalan keluar mesti ada, sedangkan kita buat di hadapan pejabat, orang berada di hadapan, tidak ada jalan masuk dan jalan keluar.
Satu lagi soal SOP. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berjanji untuk melonggarkan, saya sebut dalam – bertemu dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kelmarin kata, “Kenapa tidak boleh kita boleh buat ceramah kehadiran seramai 100 orang sehingga pukul 11.00?” Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata, “Kenapa sampai pukul 11.00, kenapa tidak pukul 12.00?” Ini kerana COVID-19 pukul 10.00 dengan COVID-19 pukul 12.00 serupa sahaja.
Jadi kita lihat, pengakuan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri lain. Apa yang berlaku di lapangan, lain. Oleh itu kita harap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membuat arahan-arahan kepada pegawai-pegawai supaya bertindak dengan sense. Di Malaysia ini memang rakyat jenis patuh. Jikalau di negara barat kita lihat mereka tidak puas hati terhadap SOP, keluar demokrasi seperti di Kanada menggunakan kontena dan sebagainya untuk menyekat jalan dan sebagainya. Demonstrasi di England dan sebagainya. Kita tidak seperti itu. Akan tetapi pihak pegawai-pegawai kerajaan menjalankan tugas dengan wisdom. Jangan kita lihat golongan ini boleh, golongan ini tidak boleh. Apa yang penting, kita hendaklah menjaga keharmonian untuk semua.
Seterusnya, saya ingin menyentuh soal, kita memanglah tidak setuju sama sekali Rusia menyerang Ukraine. Akan tetapi yang hendak mengkritik Rusia itu siapa? Amerika.
Amerika tiada hak langsung untuk mengkritik negara lain menceroboh sesebuah negara kerana Amerikalah bapa penceroboh dunia. Dia menceroboh Vietnam, menceroboh Afghanistan, menceroboh Syria, menceroboh Iraq, menceroboh Libya, menceroboh Yamen. Bilang berapa buah negara yang Amerika tidak ceroboh? Dia menjadi koboi dunia.
Memang apa yang berlaku di Ukraine itu satu perkara yang kita tidak boleh terima, hujah yang Rusia negara kuat, negara besar perlu menyerang negara tersebut. Provokasi ini kita kena jaga. Oleh sebab itu, Australia, United Kingdom and United States (AUKUS) membuat satu ikatan ketenteraan mereka, rondaan laut dan sebagainya di sebelah Asia Pasifik ini, terutamanya di Laut Pasifik, seolah-olah ia membuat satu provokasi kepada satu negara yang lain.
Provokasi inilah akhirnya melahirkan satu lenting ataupun melentingnya negara yang dilihat cuba membuat provokasi. Mereka membuat provokasi di Laut China Selatan, membuat provokasi di Lautan Pasifik atas nama AUKUS ini. Mengapa perlu ada AUKUS, mengapakah tidak mahu bincang dengan negara ASEAN untuk hadapi rantau ini?
Mengapakah perlu AUKUS? AUKUS ini provokasi terhadap China. Provokasi terhadap dan menggunakan Taiwan sebagai provokasi terhadap China.
Satu hari kalau berlaku, tercetusnya tindakan balas daripada China dan sebagainya, yang akan menganggung masalah ialah negara di sebelah rantau ini. Lihat Amerika, dia boleh masuk untuk menyerang negara-negara kecil. Akan tetapi dengan Rusia, Presidennya kata “Kami tidak akan hantar tentera untuk berdepan dengan Rusia”.
Kenapa? Dengan Iraq kamu boleh, dengan Afganistan boleh, dengan Libya boleh, di Syria boleh, di Iraq boleh, di Vietnam boleh. Akan tetapi apabila hendak bertentang dengan Rusia, kami hanyalah hendak buat economic sanctions sahaja, bukan kami hendak bertindak di sudut ketenteraan.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Ini kerana, dia tahu kekuatan Rusia dan kalau dua ini bertembung maka akan berlakulah barangkali kehancuran dunia ini. Oleh itu, Malaysia di antara negara yang boleh memainkan peranan di peringkat antarabangsa. Oleh sebab itulah dahulu kita tidak bersetuju apabila kita hantar tentera bersama dengan the coalition yang diketuai oleh Amerika, Arab Saudi dan sebagainya untuk menyerang Yemen kerana ia meletakkan Malaysia tidak lagi bersifat berkecuali. Apabila Malaysia bersifat berkecuali, ia boleh memainkan peranan yang lebih hebat seperti Malaysia memainkan peranan di Bosnia, di Somalia dan beberapa buah tempat yang lain. Ini kerana Malaysia dihormati atas pendirian berkecualinya itu.
Oleh sebab itu, kita bertindak cepat, kita mahu kalau hendak hantar ke luar negara biarlah atas nama United Nations iaitu atas nama pasukan pengaman, bukan pasukan penggempur mana-mana negara. Sekian, terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Seterusnya, dipersilakan Yang Berhormat Bukit Mertajam.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya terlebih dahulu ingin menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan oleh itu saya hendak mulakan untuk membincang satu isu yang mungkin dekat di hati tuanku sebab tuanku memang disanjung, bukan sahaja di dalam, malah di luar negara sebagai seorang tokoh sukan.
Namun sejak kebelakangan ini, sukan negara kita menghadapi pelbagai krisis terutamanya seramai 253 orang atlet kebangsaan telah dipecat dan telah diberhentikan elaun latihan mereka baru-baru ini. Ini tidak termasuk lagi atlet yang mengalami pemotongan elaun secara mendadak seperti atlet olahraga negara Rayzam Shah Wan Sofian yang mendakwa bahawa elaun beliau telah dipotong dari RM2,000 sebulan kepada hanya RM800 sebulan.
Ada juga atlet negara yang telah mengumumkan persaraan mereka seperti Cheong Jun Hoong, pemegang pingat perak Olimpik dalam acara Terjun Air. Ini kerana kontrak beliau tidak di perbaharui oleh MSN. Ini disusuli pula dengan pengumuman pengunduran pemain badminton utama negara Lee Zii Jia dari BAM dan juga atlet Olimpik acara renang, Welson Sim daripada skuad kebangsaan.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Apa yang sedang berlaku di sini? Saya sebenarnya telah memberi amaran dalam ucapan perbahasan saya dalam Belanjawan 2022 pada bulan November yang lalu bahawa pentadbiran sukan dan pengurusan kewangan yang tidak cekap yang kita lihat di sebelah kerajaan akan membawa kepada akibat yang kita lihat pada hari ini.
Saya hendak tunjukkan. Tuanku telah bertitah tentang Visi Sukan Negara 2030 iaitu pelan strategik untuk kemajuan sukan dalam tempoh masa 10 tahun yang akan datang sehingga tahun 2030. Akan tetapi, sekarang sudah tahun 2022. Hanya tinggal lapan tahun lagi tetapi Visi Sukan Negara 2030 itu belum lagi kita lihat.
Jadi, saya rasa kerajaan harus ambil serius terutamanya KBS. Selepas diberi amaran dan dihentam bertubi-tubi, akhirnya kerajaan umumkan minggu lepas bahawa akan memperuntukkan RM240 juta sehingga tahun 2025 untuk sukan acara Program Podium dengan peruntukan lebih kurang RM60 juta setahun. Saya hendak tanya di sini kepada Yang Berhormat Menteri. Dengan peruntukan baharu ini, berapa orang atlet daripada jumlah 253 orang itu yang dipecat dahulu itu telah ditawarkan semula kontrak dan elaun mereka?
Namun, untuk saya, pengurusan kewangan yang lebih mapan perlu dilaksanakan selain peruntukan kerajaan secara berterusan sebegini. Saya ada memberikan beberapa cadangan.
Pertama, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu mencari sumber kewangan baharu untuk membiayai pembangunan sukan. Saya beri contoh. Semasa pentadbiran Pakatan Harapan, KBS berjaya mendapatkan persetujuan Kabinet untuk menyalurkan
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
RM30 juta hasil cukai gula bagi tujuan pembangunan sukan. Jadi, saya hendak tanya ya, cukai gula adakah kita gunakan untuk pembangunan sukan? Ini kerana kita kenakan cukai gula untuk kesihatan rakyat. Saya rasa munasabah hasil cukai itu digunakan untuk pembangunan sukan negara kita.
Di bawah pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional dan kini Barisan Nasional
(BN), cabutan khas judi telah ditambah daripada lapan kali hingga 22 kali. Jadi, cukai judi
(gaming tax) yang sebahagiannya disalurkan kepada pembangunan sukan juga seharusnya ditingkatkan. Dari sini, saya lihat, mungkin sekurang-kurangnya boleh menjana RM50 juta hingga RM100 juta setahun untuk pembangunan sukan.
Ketiganya, kerajaan wajar memperkenalkan pelepasan cukai korporat untuk tajaan atlet acara sukan dan pembangunan sukan secara am bagi menggalakkan sumber kewangan daripada pihak swasta. Saya telah bangkitkan perkara ini berkali-kali di Parlimen.
KBS juga patut memperluaskan lagi program Track yang diperkenalkan semasa pentadbiran PH di bawah MSN untuk menempatkan atlet-atlet kita bekerja secara flexi hours di syarikat-syarikat swasta ataupun syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Ini bukan sahaja boleh menambahkan pendapatan atlet malah memberikan platform kerjaya alternatif kepada mereka. Program Malaysian Athlete Career and Education (MACE) harus diperkasakan untuk mewujudkan satu ekosistem kerjaya sukan serta pasca kerjaya sukan yang lebih baik kepada atlet.
KBS juga patut meningkatkan keupayaan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan
(YAKEB) untuk memastikan semua atlet, bekas atlet negara kita mendapat perlindungan yang sewajarnya di bawah program kebajikan YAKEB. Saya sarankan supaya satu peruntukan tambahan sebanyak RM5 juta disalurkan kepada YAKEB.
KBS dan persatuan-persatuan sukan juga perlu melaksanakan strategi perbelanjaan berhemah seperti penjimatan melalui tender terbuka. Hentikan budaya membiayai percutian sukan sama ada untuk pegawai-pegawai menteri, penjawat awam kanan mahupun pegawai-pegawai persatuan sukan dengan alasan mengiring atlet ke temasya sukan.
Akhirnya, KBS perlu menggalakkan pembangunan kelab-kelab sukan profesional yang mampu mencungkil bakat sukan di samping menarik pelaburan swasta. Sebagai contohnya, semasa pentadbiran PH, KBS berjaya mendapat persetujuan BAM untuk membenarkan pemain profesional bertanding mewakili negara kita. Ini telah membolehkan beberapa orang pemain kebangsaan menjadi pemain profesional yang dibiayai oleh pihak swasta dan pada masa yang sama diberikan peluang mewakili negara di temasya antarabangsa. Sistem kelab ini kita lihat memang memberikan kejayaan bukan sahaja di negara kita tetapi di negara-negara lain bukan sahaja dalam bidang badminton tetapi dalam sukan-sukan yang lain.
Isu seterusnya yang saya hendak bangkitkan ialah kos ujian saringan PCR COVID-19 dan juga RTK yang saya rasa masih mahal. Saya baru saja menjalankan pemeriksaan PCR sebelum datang ke Parlimen bersama pembantu saya di sebuah klinik swasta kerana tidak dapat bergegas ke Kuala Lumpur untuk membuat PCR secara percuma di Parlimen. Harga yang saya perlu bayar ialah RM220 seorang. Dua orang ialah RM440. Ini PCR. RTK mungkin sekarang― tadi baru saya beli ada sampai RM8 ke RM10.
Saya rasa kos ini masih mahal lagi.
Saya harap kerajaan boleh mendengar keluhan rakyat. Kalau kita betul-betul hendak orang kata masuk ke dalam situasi endemik, maka segala keperluan untuk berdepan dengan pandemik atau wabak ini perlu mudah diakses oleh rakyat termasuk pelitup muka, hand sanitizer, oximeter, kit ujian saringan sama antigen ataupun PCR.
Saya harap ya, kit ujian saringan PCR boleh diberikan subsidi. Mungkin tetapkan di bawah harga RM100. Untuk ujian RTK antigen pula mungkin ditetapkan di bawah harga RM5.
Seterusnya tentang Vaccinated Travel Lane (VTL). Saya hendak tanya, bilakah kerajaan akan betul-betul melaksanakan VTL untuk Pulau Pinang dan Singapura?
Mengikut Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG), permohonan sudah dibuat tahun lepas, berbulan-bulan lamanya tetapi sampai sekarang kerajaan masih lagi gagal membuka VTL untuk Pulau Pinang dengan Singapura. Selepas KLIA, Lapangan Terbang
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Antarabangsa Pulau Pinang patut dibuka kepada laluan VTL memandangkan peranannya sebagai gerbang koridor ekonomi wilayah utara. Pelaburan bukan sahaja di negeri Pulau Pinang, malah Kedah, utara Perak, Perlis semuanya terjejas dengan kelewatan pelaksanaan VTL tersebut.
Juga, apakah rancangan kerajaan untuk VTL Pulau Pinang bukan sahaja Singapura tetapi destinasi-destinasi strategik yang lain seperti China, Taiwan, Amerika Syarikat dan Eropah? Sudah tentu apabila saya bangkitkan pelaksanaan VTL ini dan gelembung-gelembung perjalanan yang lain, kerajaan juga perlu memastikan langkah- langkah keselamatan dikuatkuasakan agar rakyat kita terlindung daripada wabak COVID- 19.
Saya hendak juga bangkitkan isu tentang― dalam dua tahun ini, selain rakyat Malaysia yang menghadapi pelbagai kesusahan dan cabaran, golongan pelarian ataupun pemohon suaka (asylum seeker), refugees menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan mereka. Salah satu masalahnya ialah akses kepada perkhidmatan kesihatan.
Hospital swasta memanglah dia tidak mampu. Hospital kerajaan pun dia kena bayar lebih mahal dan faktor-faktor birokrasi dan perundangan serta sebagainya mungkin menyebabkan golongan ini takut untuk pergi ke hospital kerajaan. Akhirnya, masalah kesihatan dalam komuniti ini bukan sahaja mencetus krisis kesihatan yang menular dalam kalangan mereka malahan dalam kalangan masyarakat rakyat Malaysia.
Saya berkesempatan baru-baru ini untuk bertemu dengan wakil UNHCR di Malaysia dan antara usul oleh Agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tersebut ialah untuk mewajibkan satu skim insurans ataupun takaful kesihatan ke atas pemohon suaka ini. Saya sokong cadangan ini. Saya harap kerajaan boleh mempertimbangkannya sebab ini bukan sahaja memudah cara akses pemohon suaka kepada perkhidmatan kesihatan malah akan meringankan beban pembayar cukai Malaysia daripada kita yang menanggung kos kesihatan kepada golongan ini ya.
Saya rasa perkara ini boleh dilaksanakan melalui kerjasama UNHCR juga dengan melalui pelaksanaan pindaan tahun 2015 kepada Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran yang membenarkan golongan migran ini termasuklah pemohon suaka untuk bekerja secara sah di Malaysia. Apabila mereka dibenarkan bekerja melalui penguatkuasaan akta ini, maka mereka kena wajib mendapatkan insurans kesihatan.
Oleh sebab masa tidak begitu mencukupi, saya hendak ingin menutup dengan membangkitkan dua isu di kawasan saya sebagai penutup. Satu, bilakah kerajaan akan melaksanakan cadangan naik taraf jalan persekutuan dari Permatang Tinggi hingga ke Bukit Tengah termasuk membina ROB di persimpangan Jalan Bukit Minyak? Sebenarnya perkara ini kita sudah bangkitkan di peringkat jabatan berulang kali. Akan tetapi, jawapannya tetap sama. Tunggu peruntukan Persekutuan. Setiap hari berlaku kesesakan jalan raya yang teruk dan kadangkala berlaku kemalangan terutamanya pada waktu puncak. Kita sudah bangkitkan di peringkat yang lebih bawah. Jadi, saya hendak mohon di Parlimen ini kepada kerajaan, luluskan peruntukan dan harap-harap tahun ini.
Keduanya, saya juga mohon kerajaan untuk menyegerakan projek river of life di Sungai Junjung dan Sungai Juru bagi mengatasi masalah banjir di dua lembangan sungai- sungai tersebut. Sebab, apa yang terjadinya ialah bukan sahaja apabila kita melaksanakan projek tersebut banjir di kawasan Bukit Mertajam dapat diatasi tetapi juga di kawasan-kawasan yang berhampiran.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Mungkin ada sedikit masa lagi. Saya hendak bangkitkan juga Kementerian Pengangkutan tentang apa yang dikatakan RFID- ‘reverse-forward, insya-Allah detect’. Ini bukan saya yang kata tetapi netizen yang kata. Saya sendiri telah berulang kali, berkali- kali kena masalah RFID ini. Saya harap kita boleh selesaikan isu ini. Kita dah pada zaman, abad ke-21, saya rasa RFID ini bukan teknologi baru.
Mengapa di Malaysia ini, di tol-tol kita, kita terpaksa melihat gelagat lucu kereta yang terpaksa reverse dan forward setiap kali guna laluan RFID? Saya harap kerajaan boleh benar-benar menyelesaikan masalah ini. Oleh sebab benda ini bukan sahaja menyebabkan kesesakan di pintu tol tetapi juga menyebabkan kemalangan kalau ada kereta yang tidak memerhatikan kereta depan, tiba-tiba hendak reverse.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Jadi, saya harap kerajaan akan memberikan tumpuan. Oleh sebab dah lama dan dah banyak kali dibangkitkan, bukan sahaja oleh Ahli Parlimen, orang politik tetapi juga oleh pengguna jalan raya dan netizen. Sekian, terima kasih dan saya menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Dato’ Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. Dipersilakan Yang Berhormat Selayang.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk mengambil bahagian dalam Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja. Perkara pertama ialah pencerobohan Ukraine oleh Rusia. Saya merujuk kepada kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa Malaysia amat prihatin peningkatan konflik di Ukraine. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak menggunakan istilah ‘pencerobohan’. Ini adalah berbeza berbanding dengan kenyataan oleh Singapura dan Indonesia. Saya setuju dengan pendirian Yang Berhormat Port Dickson dan Yang Berhormat Kota Raja. Saya hendak tambah bahawa negara kita harus mengambil pendirian yang lebih tegas terhadap Rusia.
Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine melanggar protokol hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa. Rusia telah melakukan tindakan agresif, an act of aggression. Dunia dan Setiausaha Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah berkata dengan jelas, Rusia secara terang-terangan melanggar norma dan prinsip asas undang- undang antarabangsa, piagam PBB, melanggar kedaulatan dan integriti wilayah Ukraine.
Tentera Rusia di Ukraine bukanlah pasukan pengaman, mereka ialah penceroboh.
Cara yang terbaik untuk negara kita untuk menahan diri daripada tindakan agresif kuasa besar ialah untuk memastikan negara-negara besar atau kecil mengikut undang- undang antarabangsa. Oleh yang demikian, negara kita dan semua negara lain harus bersolidariti dengan Ukraine sebagai mangsa tindakan agresif. Kita harus mengutuk dengan kuat pencerobohan oleh Rusia. Jikalau kita tidak melakukan demikian, lain kali tidak ada negara-negara lain yang akan mempertahankan kita bila ada kuasa besar menceroboh negara kita.
Perkara kedua ialah COVID-19 dan vaksin dos penggalak. Saya merujuk kepada kenyataan Yang Berhormat Menteri Kesihatan bahawa semua penerima vaksin COVID- 19 yang gagal mendapatkan dos penggalak sebelum Mac akan hilang status vaksinasi lengkap dan status mereka akan ditukar kepada status tidak lengkap. Pada pandangan saya, kerajaan harus memberikan maklumat yang penuh, lengkap serta dengan bukti saintifik yang kukuh terhadap keperluan mengadakan vaksin dos penggalak.
WHO dalam kenyataan interim bertarikh 22 Disember 2021 menasihatkan seperti di bawah, dengan izin; “introducing booster doses should be firmly evidence based and targeted to the population groups at the highest risk of serious disease and those necessary to protect their health system. To date, the evidence indicates a minimum to modest reduction of vaccine protection against severe disease for the sixth months after the primary series. More data will be needed to understand the potential impact of booster vaccination against severe disease, but also against mild disease, infections and transmission, particularly in the context of emerging variant”.
Dalam kenyataan bertarikh Januari 2022, WHO juga memberi amaran pemberian dos penggalak COVID-19 secara berulang bukan strategi berdaya maju menangani kemunculan varian baru. Dengan izin, “a vaccination strategy based on repeated booster doses of the original vaccine combination is unlikely to be appropriate or sustainable”.
Oleh yang demikian, saya meminta kerajaan memberikan maklumat penuh, lengkap serta dengan bukti saintifik yang kukuh bahawa vaksin dos penggalak diperlukan. Kerajaan juga harus memberikan maklumat tentang kesan sampingan (side effects booster shot) beberapa kes kesan sampingan serius dan berapa yang meninggal dunia sebab dos penggalak dan mereka yang mendapat penyakit myocarditis atau, dengan izin, blood clot dan kes serius yang lain.
Perkara ketiga ialah tentang pil Monoparavil dan kegunaan Ivermectin. Saya meminta kerajaan memberikan alasan tentang pendekatan berbeza yang diambil oleh
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
kerajaan terhadap pil Monoparavil dan Ivermectin. Pil Monoparavil belum mendapat kelulusan Drug Control Authority (DCA). Walau bagaimanapun, kerajaan telah mengeluarkan pesanan untuk membeli pil ini. Manakala, kerajaan masih tidak membenarkan Ivermectin digunakan selain untuk ujian klinikal. Selepas kajian ITEC, kerajaan telah mencadangkan kajian kedua. Saya meminta maklumat status ujian kedua Ivermectin bertajuk Randomized, Double Blind, Flexible Control Clinical Trial of Ivermectin for Post Exposure, Prophylaxis for COVID-19 Infection Among Close Contacts. Dengan kerajaan masih mengekalkan pendirian terhadap Ivermectin, saya meminta penjelasan sama ada kerajaan telah mengambil kira beberapa perkara seperti di bawah. Pertama, dalam kajian pertama ITEC Ivermectin, beberapa perkara telah menunjukkan bahawa Ivermectin berkesan dan ini ialah petikan daripada kajian ITEC iaitu ICU case control group - 3.2 percent. Ivermectin - 4.2 percent. Yang perlukan medical ventilation, control group – four percent dan Ivermectin – 1.7 percent. Yang mati dalam ITEC control group ialah 10, yang menggunakan Ivermectin ialah tiga. Juga side effect ialah hanya cirit-birit dan kesan sampingan Ivermectin tidak serius.
Apakah kesalahan memberikan pilihan kepada pesakit COVID-19 menggunakan Ivermectin, memberikan mereka opsyen antara mati atau cirit-birit? Dua kajian yang dikeluarkan baru-baru ini juga iaitu kajian syarikat Jepun, Kova Company bersama Universiti Kitasato, Tokyo mendapati bahawa Ivermectin berkesan menangani varian termasuk Aufa, Delta dan Omicron. Kajian kedua ialah kajian Cornell University, Amerika Syarikat yang melaporkan antara drug yang dikaji, Ivermectin adalah yang berkesan terbaik terhadap Omicron. Oleh yang demikian, saya meminta kerajaan melihat dan mengkaji semula pendekatan mereka.
Jangan tunggu sampai kajian yang kedua kerana perikemanusiaan hendak diambil kira.
Kita tidak boleh mengadakan tunggu lagi 10 orang pesakit mati dalam control group, di mana tiga yang mengambil Ivermectin itu, adakah tujuh orang lagi perlu mati dalam kajian kedua sebelum keputusan boleh diterima?
Perkara yang keempat, memansuhkan kartel dan monopoli. Adakah kerajaan mempunyai iltizam politik untuk memansuhkan sistem kartel dan monopoli yang telah wujud selama ini? Kenaikan harga barang seperti ayam, telur dan makanan ialah sebab kekurangan undang-undang yang lengkap terhadap mencegah amalan anti persaingan dan penguatkuasaan yang lemah.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Sebahagian besar ekonomi Malaysia adalah bersifat monopolistic. Kegiatan kartel dan monopoli berleluasa adalah kesan proses kronisme dalam pentadbiran kerajaan sejak dahulu. Kenaikan harga barangan makanan menunjukkan bukan sahaja ketidakcekapan tetapi juga percubaan sengaja oleh kartel dan monopoli yang berkuasa untuk mengaut keuntungan besar sehingga rakyat memikul beban yang berat. Sebenarnya masalah ini telah jadi systemic di Malaysia melalui AP, permit import dan eksport, lesen monopoli dan sebagainya. Sistem direka untuk memperkayakan elit politik. Reform telah lama diperlukan untuk menggalakkan persaingan lebih adil supaya kita dapat menghapuskan AP dan juga memberikan peluang untuk mengadakan harga yang berpatutan.
Perkara kelima ialah tentang incinerator di Rawang landfill. Adakah kajian EIA dibuat sebelum keputusan diambil untuk mengadakan incinerator atau loji waste-to- energy di kawasan yang dipanggil Rawang landfill? Tanah ini adalah 0.5 kilometer sampai 1.5 kilometer daripada kawasan kediaman. Incinerator adalah yang tidak mampan untuk menangani sumber dan cara paling mahal untuk menguruskan sisa dan menghasilkan elektrik.
Proses incinerator ataupun pembakaran mengubah sisa kepada abu yang toksik dan pencemaran udara dan air. Jumlah abu yang berbahaya yang mencecah hingga sebanyak 30 peratus daripada jumlah sisa yang terbakar. Abu bawah (bottom ash) dari incinerator perlu ditanam manakala abu terbang (fly ash) yang dianggap sisa terjadual perlu dirawat dan dilupuskan juga.
Semua incinerator ini bukan risiko yang besar kepada kesihatan dan persekitaran masyarakat berdekatan serta penduduk umum. Incinerator adalah punca utama pelepasan toksik dan furans yang menyebabkan bara. Oleh yang demikian, tidak wajar
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
untuk mengadakan incinerator waste-to-energy di kawasan kediaman di Rawang. Sejarah incinerator ini adalah lama, daripada Broga sampai ke Kepong, Jinjang dan sekarang ke Rawang. Semua tempat ini adalah dekat dengan kediaman penduduk yang padat dan tidak sesuai. Oleh itu saya meminta kerajaan untuk mengkaji semula untuk menempatkan incinerator di tempat yang sesuai yang selamat untuk semua.
Sekian, terima kasih.
Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Dipersilakan Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Salam sejahtera, salam harapan dan Salam Keluarga Malaysia. Saya dengan rendah hati ingin membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Istiadat Pembukaan Parlimen Penggal Kelima. Kita semua sedar bahawa negara masih mengharungi wabak pandemik COVID-19. Walaupun Malaysia sudah mula dapat mengawal wabak ini dengan meningkatkan jumlah rakyat Malaysia mendapat vaksinasi tetapi kita mesti bersedia untuk hidup dengan wabak ini.
Kos sara hidup rakyat. Tuan Yang di-Pertua, pandemik ini mengajar banyak perkara kepada kita semua. Pandemik ini menyaksikan bahawa sistem kesihatan kita belum cukup kuat dalam mendepani dugaan seperti ini di masa hadapan. Malah pandemik ini juga menunjukkan bahawa ekonomi negara jatuh terus dan banyak syarikat jatuh muflis di saat ini. Akan tetapi apa yang saya ingin bangkitkan di sini, kos sara hidup rakyat.
Kita dapat lihat berlaku ketidaktentuan dalam kenaikan harga terutama bagi barangan asas seperti ayam, minyak dan barangan keperluan harian yang lain. Apa yang mengecewakan saya adalah ketiadaan langkah efektif oleh kerajaan dalam menangani perkara ini. Dengan fasa pemulihan ekonomi rakyat, kenaikan harga barang ini sudah pasti akan membebankan rakyat. Saya mohon penjelasan daripada kerajaan mengenai perkara ini terutama sekali mengenai apakah langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang yang telah dirancang dalam menangani isu ini.
Seterusnya, saya ingin menyentuh mengenai kekurangan stok dan kenaikan harga bagi kit ujian sendiri di pasaran. Saya bersama pasukan saya telah membuat tinjauan mengenai perkara ini. Memang berlaku kekurangan stok kit ujian sendiri ini malah harga ada mencecah sehingga RM9.00 ke atas. Mohon penjelasan daripada kerajaan mengenai perkara ini. Apakah punca kepada perkara ini dan apakah langkah yang telah digerakkan oleh kerajaan dalam menyelesaikan perkara ini? Kit ujian sendiri adalah satu keperluan kepada rakyat dalam meneruskan hidup seperti biasa di saat pandemik ini.
Akan tetapi jika harga naik hampir dua kali ganda, sudah pasti ini akan memberi beban kepada rakyat.
Seterusnya, rasuah. Rakan-rakan Ahli Parlimen sekalian, jika rasuah dan judi adalah haram maka adakah rasuah itu halal? Pada pendapat saya, arak dan judi merosakkan orang yang berkenaan sahaja tetapi rasuah boleh merosakkan masa depan generasi muda dan negara tersebut. Kini, banyak kes rasuah yang berlaku di negara kita.
Sungguhpun Malaysia ditadbirkan oleh kerajaan Melayu Islam, disebabkan isu rasuah banyak pelabur asing telah lari ke negara jiran dan syarikat MNC yang lama beroperasi di negara kita telah menamatkan perniagaan juga disebabkan kes rasuah. Apa yang jelas kelihatan adalah kerajaan seumpama tutup mata mengenai isu ini. Kerajaan harus bertindak tegas dengan merampas dan membekukan semua aset milik individu, keluarga dan juga saudara mara yang terlibat bersama.
Seterusnya, isu pendidikan. Sidang persekolahan bagi sesi 2022 bakal bermula tidak lama lagi. Jika kes COVID-19 melonjak dan kluster pendidikan semakin meningkat, adakah kerajaan bercadang untuk melaksanakan PdPR sepertimana yang telah dilaksanakan sebelum ini? Ramai pelajar yang hilang minat untuk hadir ke sekolah selepas sekian lama mengikuti PdPR. Apakah tindakan kerajaan dalam menarik balik minat pelajar untuk hadir ke sekolah dan mencapai sifar ponteng?
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Keperluan pekerja asing. Banyak sektor perkhidmatan seperti restoran, hotel dan pembersihan, sektor pembinaan dan perladangan memerlukan pekerja asing. Kerajaan perlu memberi perhatian dalam isu ini. Jika tidak, banyak restoran yang terpaksa menggulung tikar kerana kekurangan tenaga kerja. Ekonomi negara juga boleh terjejas kerana isu ini.
Seterusnya, kebajikan veteran ATM. Tuan Yang di-Pertua, semasa Titah Baginda Yang di-Pertuan Agong ada disebutkan mengenai kebajikan golongan veteran yang selalu dilupakan oleh pihak kerajaan. Yang di-Pertuan Agong adalah pemerintah tertinggi di Malaysia telah menyebut tentang kebajikan golongan veteran ini. Maka, apakah lagi yang kerajaan ingin kerajaan ingin menyatakan terhadap perkara ini?
Saya mewakili veteran ATM telah beberapa kali menyuarakan isu penyelarasan pencen di mana perbezaan antara pencen lama dan pencen baharu amat ketara. Saya sentiasa mendengar keluhan dari golongan veteran yang masih menerima pencen lama tentang bila kerajaan akan buat penyelarasan pencen. Saya amat berharap pihak kerajaan akan mengambil satu keputusan dengan segera.
Selain itu, kebajikan veteran yang tidak berpencen juga harus diutamakan. Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa ada veteran yang tidak mempunyai pencen dan apa puncanya. Kita mesti faham bahawa terma perkhidmatan semasa dibenarkan anggota Angkatan Tentera menamatkan perkhidmatan antara 10 hingga 18 tahun. Ini adalah menyebabkan mereka menjalankan kehidupan yang susah pada masa kini dan kerajaan lah yang harus dipersalahkan dalam hal ini. Selain itu, saya juga ingin memberitahu bahawa elaun pingat jasa Malaysia masih belum diperoleh dan ini melibatkan 121,816 veteran yang berhak menerima elaun ini tetapi hak mereka diabaikan begitu sahaja.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Pihak kerajaan yang beria-ria untuk memberi pingat dan menjanjikan elaun ini tetapi kini kerajaan berdiam diri. Saya mohon penjelasan daripada pihak Kementerian Pertahanan Malaysia mengenai isu ini.
Keselamatan dan kedaulatan negara. Dunia menunjukkan bahawa sedang berlaku pertembungan kuasa-kuasa besar dunia. Sudah pasti Malaysia juga akan merasa tempias daripada pertembungan ini. Sebelum ini kita menyaksikan telah berlaku pencerobohan ruang udara oleh negara China. Perkara ini terus merisaukan kerana melibatkan kedaulatan dan keselamatan Malaysia seperti dinyatakan oleh Yang di- Pertuan Agong Malaysia mesti memperkuatkan kerjasama dua hala antara negara jiran terutama di Asia Tenggara.
ASEAN mampu memberi tekanan kepada kuasa besar jika bersama dalam hal ini. Selain kerjasama dua hala, peningkatan aset pertahanan juga perlu diutamakan.
Malaysia mesti fokus dalam penggunaan teknologi baru ketenteraan bagi tujuan pertahanan. Ini bagi memastikan Malaysia bersedia berdepan dengan apa-apa kemungkinan yang akan berlaku pada masa hadapan.
Saya juga ingin menyentuh mengenai pendidikan dan teknologi ketenteraan negara. Malaysia kena bermula untuk meningkatkan pengeluaran teknologi ketenteraan tersendiri dalam kekurangan kebergantungan kepada negara luar dalam perolehan alat- alat ketenteraan.
Kesimpulan Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan sekalian, kita mesti jelas bahawa tahun 2022 merupakan titik tolak dalam kejayaan kerajaan dalam menangani pandemik dan memulihkan ekonomi negara. Maka, pelbagai persoalan perlu dijawab oleh kerajaan agar kami jelas dengan langkah akan diambil oleh kerajaan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****] Terdapat keperluan untuk semua perkara yang disuarakan oleh saya diambil serius dalam memastikan setiap polisi atau langkah yang dibuat oleh kerajaan akan memberi manfaat secara maksimum kepada rakyat Malaysia. Saya ingin mengakhiri ucapan saya dengan serangkap pantun.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Naik kereta hendak ke pekan, Pergi bersama dengan rakan, Kepentingan politik perlu diabaikan, Kesejahteraan rakyat harus diutamakan. Dengan ini Padang Serai menyokong Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Ahli Yang Berhormat sekarang saya menjemput Yang Berhormat Papar. Saya ingin mengurangkan kepada 10 minit sebab satu jam ada enam orang lagi.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Kasihanlah ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Tidak, sebab peringkat awal tadi telah ada kekurangan masa tadi.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Kesianlah Tuan Yang di-Pertua, Papar dari jauh ini Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Tidak apa. Boleh teruskan dulu. Saya akan adjust.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Adjust ya Tuan Yang di-Pertua. Okey terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, kopivosian, da jia hao. Terima kasih atas peluang yang diberi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin berpantun sedikit dalam bahasa Papar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
*Umpil bukan sebarang umpil; Umpil dengan ranting biabas; Tampil bukan sebarang tampil, Tampil untuk mengusul bahas.
Saling mada bertapuk di dalam uras; Lipat kain bertapas-tapas; Bahasa diusul bukan dibidas; Mohon pertimbangan pihak di atas.* Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini ada berita tular di mana waris Sultan Sulu menang kes mahkamah di mana Kerajaan Malaysia diarahkan untuk membayar pampasan berjumlah RM62.596 bilion kepada waris Sultan Sulu yang diputuskan oleh Mahkamah Arbitrasi Paris di Perancis. Soalan saya, adakah Kerajaan Malaysia melalui pejabat Peguam Negara dalam menghantar wakil atau melantik peguam di negara Perancis bagi tujuan bantahan.
Tuan Yang di-Pertua, Tuanku ada menitahkan berkenaan dengan MoU antara kerajaan dan pembangkang untuk memungkinkan kestabilan politik dapat dicapai. MoU menyatakan akan mempertahankan hak dan tanggungjawab Ahli Parlimen untuk berfungsi semak dan imbang dalam mengawasi, meneliti dan memastikan kerajaan bertanggungjawab kepada Parlimen.
Dulu kami dijanjikan di Dewan yang mulia ini bahawa semua Ahli Parlimen yang menandatangani MoU atau tidak akan mendapat peruntukan Parlimen. Akan tetapi pada realitinya tidak sama sekali. Semua itu satu pembohongan. Jadi apa sebenarnya erti
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Keluarga Malaysia kalau ada ratusan ribu orang rakyat masih dipinggirkan. Sudahlah kami dipinggirkan projek-projek yang kami pohon menjadi keutamaan dan mendesak untuk rakyat pun tidak dipedulikan. Orang Sabah kata cakap tidak serupa bikin.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan terhadap perlembagaan yang telah diluluskan di Parlimen pada sesi lalu memberikan harapan kepada rakyat Borneo. Namun, sehingga kini kerajaan masih lagi belum meletakkan apa-apa sasaran mahupun tempoh pelaksanaan pindaan perlembagaan susulan yang berkaitan dengan perjanjian Malaysia.
Saya tidak mahu bahawa pindaan ini hanya bersifat kosmetik dan tidak membawa apa- apa makna kepada rakyat Sabah dan Sarawak.
Justeru, saya memohon kerajaan untuk menyenaraikan lengkap serta tarikh terperinci pindaan-pindaan yang akan dibuat sama ada pindaan perlembagaan ataupun pindaan rang undang-undang yang sedia ada bagi memastikan setiap perkara di bawah perjanjian MA63 dapat dilaksanakan sepenuhnya. Sekali lagi saya ingatkan bahawa pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan dan Warisan dahulu sebanyak 17 Perkara telah diluluskan daripada 21 Perkara di bawah Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menyemak pelaksanaan MA63.
Terdapat empat perkara yang perlu dilaksanakan dengan segera iaitu pembayaran petroleum, galian minyak dan medan minyak selain persoalan mengenai Akta Laut Wilayah 2012, Akta 750 dan hak negeri ke atas pelantar benua. Saya mohon kerajaan tetapkan tarikh bilakah ia akan dilaksanakan.
Dalam melindungi hak dan keistimewaan kedua-dua wilayah Sabah dan Sarawak dan juga bagi mencerminkan Sabah dan Sarawak sebagai sekutu Persekutuan Tanah Malaya seperti yang tertakluk dalam Perjanjian 1963, Kerajaan Persekutuan perlu segera menambah kerusi-kerusi Parlimen kepada satu pertiga ataupun 30 peratus daripada jumlah keseluruhan kerusi Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua, isu petani, pesawah, nelayan, peladang dan penternak cukup dekat di hati saya. Setiap kali saya turun kawasan, mereka ini tidak pernah saya lupakan walaupun peruntukan tidak ada, saya cuba membantu mereka sedaya mungkin walaupun terpaksa menggunakan gaji sendiri. Kerap kali saya mendengar keluhan dan luahan mereka di mana mereka cukup terkesan dengan kenaikan harga input pertanian, racun, peralatan, jentera dan semua barangan dan apa yang mereka hadapi ini seolah- olah tidak didengari oleh kerajaan. Tiadanya penyelesaian dan kurangnya bantuan yang disampaikan oleh agensi-agensi kerajaan.
Di sini saya senaraikan apa yang mereka perlukan dan saya mohon sangat agar kerajaan dapat mengambil tindakan secepat mungkin. Satu, peruntukan untuk membeli jentera membajak dan menuai yang baru dan terkini untuk Jabatan Pertanian dan Peladang. Subsidi padi harus ditingkatkan, harga padi harus dinaikkan. Sistem perairan harus diperbaiki untuk memudahkan penanaman padi mengikut jadual.
Harga getah mesti diseragamkan dan dikawal supaya pekebun-pekebun di Sabah dapat memperoleh jumlah pendapatan yang berpatutan. Nelayan-nelayan pantai memerlukan subsidi dan elaun tengkujuh untuk menangani kenaikan sara hidup yang mereka hadapi. Semasa musim tengkujuh awak-awak tidak dapat turun ke laut disebabkan mereka tidak mempunyai bot dan kad nelayan mereka tidak dapat elaun.
Di sini saya mengharapkan pertimbangan daripada kerajaan supaya mereka ini dapat diberi elaun. LKIM harus memainkan peranan pembangunan kepada nelayan- nelayan ini di mana saya difahamkan dana ehsan daripada PETRONAS ataupun SOGT ada diberikan kepada kementerian perikanan untuk kegunaan-kegunaan nelayan.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Jadi saya menyeru kepada LKIM supaya dapat menggunakan dana ini untuk kegunaan nelayan. Kementerian harus berbincang dengan pihak kerajaan negeri supaya dapat melonggarkan peraturan di mana nelayan-nelayan pantai dapat berteduh di kawasan-kawasan pulau yang telah digazet semasa ribut lautan. Kita mohon juga supaya kawasan-kawasan yang telah digazet itu diperkecil untuk memberi ruang yang lebih kepada nelayan-nelayan ini menangkap ikan di mana mereka telah menangkap ikan berdekad-dekad lamanya tanpa ada halangan di kawasan ini.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Industri pertanian di Sabah ketika ini berhadapan dengan cabaran dan isu yang menghalang pembangunan. Oleh itu, saya amat mengalu-alukan peruntukan yang lebih besar daripada Persekutuan kepada Sabah dan diuruskan sendiri oleh Kerajaan Negeri Sabah kerana mereka lebih arif dan mengenal pasti permasalahan sebenar yang dihadapi oleh pelaburan serta industri yang sesuai di Sabah.
Menurut statistik dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, penganggur di negara ini sejak pandemik sebanyak 700,000 orang. Namun berdasarkan penilaian jumlah siswazah yang menganggur dikira masih tinggi iaitu dalam 75,000 orang. Graduan muda ini bekerja walaupun tidak bersesuaian dengan kelulusan mereka. Atas keterdesakan ini, mereka akan terdedah dengan penindasan dan eksploitasi oleh pihak majikan. Jika ini dibenarkan berterusan berlaku, ia akan menjadi satu kebiasaan dan pada akhirnya, kita akan hilang potensi dan bakat sepenuhnya.
Begitu juga dengan anak-anak muda yang mengeluh kesukaran untuk mencari pekerjaan yang sesuai jika ada peluang pekerjaan sekalipun, ia tidak setimpal dengan kenaikan kos sara hidup dan harga barang yang semakin menaik. Justeru itu, saya ingin kerajaan menjawab berapakah bilangan pekerjaan baharu yang telah dicipta pada tahun 2021 dan suku pertama 2022 serta pecahan pekerjaan mahir dan separuh mahir dan berapakah kekosongan yang ada di Sabah?
Berapakah jumlah kekosongan jawatan tersebut yang telah diisi dan adakah pekerjaan tersebut mengikut kelayakan? Berapakah jumlah syarikat yang telah mendapatkan keuntungan yang besar semasa pandemik COVID-19 menyediakan peluang pekerjaan kepada anak-anak muda dan golongan mahasiswa?
Tuan Yang di-Pertua, jutaan pekerja terutamanya golongan B40 sedang melihat dan memerhatikan kesungguhan kerajaan untuk memberikan gaji minimum RM1,500 yang dicadangkan baru-baru ini. Bilakah ia akan dilaksanakan memandangkan kos sara hidup ini semakin meninggi?
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bercakap berkenaan dengan kenaikan elaun pembantu guru taska. Ketika ini terdapat lebih kurang 10,000 orang pembantu guru KEMAS di seluruh negara yang menerima elaun hanya RM500 sebulan. Bayangkan RM500 sebulan pada ketika ini, harga barang naik, harga makanan naik, apakah yang mereka boleh buat? Fikir-fikirkanlah. Kerajaan harus menaikkan kepada RM1500 gaji minimum. Semoga kementerian dapat mempertimbangkan perkara ini demi menghargai perkhidmatan mereka.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta rumuskan Yang Berhormat.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Begitu juga dengan elaun warden asrama di mana ketika ini elaun tersebut hanyalah RM240, tidak setimpal dengan bebanan tugas yang dipikul siang dan malam. Cadangan saya, naikkanlah elaun mereka ini kepada yang berpatutan bagi menaikkan semangat mereka untuk menjalankan tugas secara tidak langsung mungkin akan mengurangkan kes-kes buli di sekolah.
Saya juga mencadangkan supaya kerajaan dapat menaikkan gaji anggota- anggota polis, bomba dan agensi yang lain sebagai penghargaan ke atas jasa mereka yang sangat menyeluruh, kebajikan dan tempat tinggal mereka harus diberi keutamaan dan diperbaiki.
Tuan Yang di-Pertua, ada sedikit lagi yang harus saya sampaikan iaitu berkenaan dengan KWSP. Kerajaan perlu bertindak dan mendengar keluhan daripada rakyat marhaen berkenaan dengan isu RM10,000 one-off KWSP kerana ramai yang benar-benar tersepit dengan kelangsungan hidup mereka. Rata-rata golongan ini merupakan B40 dan M40 yang benar-benar terjejas walaupun ekonomi telah dibuka, namun kesan pelaksanaan PKP lebih dua tahun ini benar-benar mendatangkan kesan yang bukan kepalang kepada mereka ini.
Tuan Yang di-Pertua, seperti biasa siang dan malam kita menyuarakan bekalan air dan juga bekalan elektrik di Sabah sampai bilakah masalah gangguan bekalan air dan bekalan elektrik di Sabah ini dapat diselesaikan? Soalan saya, apakah penyelesaiannya?
Berapakah peruntukan-peruntukan yang akan disediakan dan apakah cadangan-
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
cadangan dan kaedah baru bagi menyelesaikan masalah yang telah lama membelenggu rakyat Sabah dan juga rakyat P.175 Papar?
Begitu juga dengan kompleks sukan Beringgis, saya ingin menyarankan kepada kerajaan binalah kompleks sukan ini di mana kita telah memohon begitu lama. Dengan adanya, pendidikan juga Tuan Yang di-Pertua, kami ingin memohon pembinaan sekolah menengah baharu di Kampung Gana demi mengurangkan kesesakan murid-murid yang dihadapi oleh sekolah-sekolah menengah yang berhampiran. Begitu juga dengan sekolah sukan, saya mencadangkan supaya dibuat di Kampung Benoni kerana sekolah ini ada mempunyai tempat yang sesuai untuk membina sekolah sukan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila rumuskan Yang Berhormat.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Ya, saya akan rumuskan. Ada sedikit lagi. Berkenaan dengan pelaksanaan inisiatif dan juga insentif di bawah Bajet 2022, saya menyeru kepada kerajaan supaya melaksanakannya dengan tulus dan jujur seperti menaikkan taraf Internet. Saya ingin bertanya, apakah situasi terkini keadaan perkhidmatan Internet di Sabah kerana kualiti Internet di Sabah masih jauh ketinggalan dan tidak mencerminkan data-data yang diberikan oleh kementerian.
Lagi, adakah kerajaan bercadang untuk menyediakan tempat letak kereta di Hospital Papar? Adakah kerajaan sudah menambah bilangan-bilangan katil yang sedia ada? Saya juga memohon status terkini pembinaan blok baru Hospital Papar. Berkenaan dengan kebajikan ibu tunggal...
[Disampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sudah lebih tiga minit Yang Berhormat.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Okey, okey. Berkenaan dengan kebajikan ibu tunggal, apakah penambahbaikan yang telah dibuat bagi memastikan kebajikan ibu tunggal khususnya di Papar dan di Sabah dapat dibela kerana ramai daripada mereka ini mempunyai anak.
Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan rumah PPR. Adakah kerajaan sedar bahawa mereka yang menduduki rumah PPR di PPR Segindai dan PPR Kinarut tidak mendapat moratorium sewa bulanan, adakah kerajaan akan menyediakan skim jualan jual beli untuk penghuni-penghuni ini? Isu kebersihan juga perlu diberikan perhatian oleh kementerian dan pihak kerajaan tempatan.
Sebelum saya mengundur diri, saya ingin juga menyentuh berkenaan dengan jambatan kedua Papar yang mana sangat diperlukan oleh penduduk Papar. Saya dengan ini menyokong dan menjunjung Titah Diraja. Papar dengan ini mengundur diri. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Kota Kinabalu, 10 minit.
Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu
Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Isu yang pertama saya ingin bangkitkan adalah berkenaan juga dengan MoU, Memorandum Persefahaman di antara kerajaan dan juga Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan.
Tuanku telah menyatakan bahawa Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 berjaya diluluskan melebihi dua per tiga Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara pada Disember tahun lalu hasil kesepakatan dan kematangan politik ini. Saya amat setuju dengan baginda bahawa peristiwa Pindaan Perlembagaan Persekutuan tersebut bakal terpahat sebagai detik bersejarah buat seluruh rakyat Malaysia.
Namun demikian, saya juga ingin menegaskan bahawa Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 hanya merupakan langkah pertama untuk pengiktirafan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi dalam Persekutuan Malaysia. Masih banyak lagi kerja yang belum siap. Yang Berhormat Kota Marudu baru-
Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu
baru ini mengumumkan bahawa Sabah akan menerima peningkatan hampir lima kali ganda dalam pemberian khas atau geran tahunan.
Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu
So, kalau menurut beliau, ini adalah dua kali ganda lebih daripada Pakatan Harapan yang kita janjikan. Cuma saya hendak mempersoalkan, macam mana formula kiraan lima kali ganda ini. Ini kerana sejak tahun 1972, geran khas ini ditetapkan pada tahap RM26.7 juta tak pernah disemak sampai tahun 2011 hingga tahun 2019 semasa Pakatan Harapan. Kita pernah membentangkan dalam Bajet 2020 untuk mendua kali gandakan RM26.7 juta ini kepada RM53.4 juta.
Akan tetapi selepas Langkah Sheraton ini tidak dilaksanakan. Sekarang apa yang Yang Berhormat Kota Marudu yang buat pengumuman ini, saya hendak tanya apakah jumlah yang dikatakan lima kali ganda untuk geran tahunan ataupun pemberian khas untuk Sabah ini. Macam mana formula dia dan bilakah yang akan dilaksanakan?
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin merujuk kepada Titah Diraja Yang di- Pertuan Agong berkenaan dengan COVID-19. Baginda telah mengajak semua pihak mengukuhkan strategi dan ketahanan dalam mendepani cabaran COVID-19 agar pemulihan ekonomi negara dapat disegerakan supaya negara tidak ketinggalan. Di sini saya ingin membangkitkan isu ini, kadar vaksinasi kanak-kanak berumur 5 ke-11 tahun di Sabah setakat ini cuma 12.5 peratus berbanding dengan 24.8 peratus untuk peringkat nasional. Kadar vaksinasi remaja di Sabah adalah 69.5 peratus berbanding dengan 90 peratus untuk peringkat nasional iaitu negeri yang terendah dan juga kadar vaksinasi dewasa di Sabah adalah 77.5 peratus berbanding dengan 97.5 peratus peringkat nasional iaitu kita juga merupakan negeri yang terendah.
Satu lagi statistik yang amat merisaukan ialah setakat 21 Februari yang lalu ini, less than 14 percent of Sabah population have gotten the booster dose dengan izin. So dengan kadar statistik yang merisaukan ini, saya ingin bertanya kepada kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan, adakah sebarang program anjakan vaksinasi untuk kanak-kanak dan orang dewasa di Sabah especially, terutamanya untuk booster dan juga untuk kanak-kanak.
Kalau kita tak dapat menyelesaikan masalah ini, kita tidak dapat meningkatkan, mengkali gandakan vaksinasi ini, kita tidak boleh memberi keyakinan kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka untuk mengikut sekolah secara fizikal. Jadi, saya hendak menggesa Kementerian Kesihatan mesti mengkali gandakan kadar vaksinasi di Sabah sebelum kita betul-betul hendak balik kepada sekolah secara fizikal. Kalau tidak, lebih baik kita buat PdPR. Biarlah sekolah-sekolah yang membuat keputusan bahawa sekolah mereka hendak mengadakan PdPR ataupun balik ke sekolah secara fizikal.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya hendak masuk ke ini isu untuk Rancangan Malaysia Ke-12 dan pemantauan pelaksanaan projek-projek RMKe-12. Saya ingin membangkitkan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Yang Berhormat Jeli telah melaporkan dan mengatakan bahawa terdapat 92 buah projek yang bermasalah atau sakit di seluruh Malaysia. Sakit ini maksudnya projek tersebut mengalami kelewatan melebihi 2 bulan atau 20 peratus berbanding dengan jadual pelaksanaan.
Dalam jumlah 92 projek ini, Sabah tertinggi dengan 16 projek sakit berada di Sabah. Saya mohon yang mana projek-projek 16 ini, senaraikan ke semua 16 projek sakit di Sabah. Saya hendak tahu kenapa dan sebab berlakunya projek sakit tertinggi di Sabah.
Adakah proses dibuat tender ini yang bermasalah kah? Apakah langkah-langkah atau tindakan daripada kementerian untuk memperbaiki keadaan ini supaya tidak berlaku lagi projek tergendala di Sabah.
Selepas itu saya masuk ke isu pembinaan projek Lebuh raya Pan Borneo. Kita semua tahu, Yang Berhormat Kinabatangan selalu mempromosikan cara inisiatif kewangan swasta PFI sebagai kaedah yang paling baik untuk mempercepatkan pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah. Ini kerana tanpa menunggu wang disalurkan daripada Kerajaan Persekutuan. Menurut beliau, ini sangat-sangat lewat tetapi namun demikian Menteri Kewangan baru-baru ini apabila beliau melawat ke Sabah, beliau berkata dalam kes Lebuhraya Pan Borneo Sabah, PFI tidak sesuai sebab dengan izin, not commercially viable.
Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu
Menteri Kewangan berkata Lebuhraya Pan Borneo not commercially viable kerana tanpa tol dan jika kerajaan meletakkan tol di sana caj akan terlalu mahal untuk pengguna. Tanpa tol, tiada pihak swasta akan membiayai lebuh raya tersebut secara PFI.
So, saya ingin bertanya di sini, apakah cara untuk mempercepatkan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah kerana Yang Berhormat Kinabatangan selalu mempromosikan PFI dan Kerajaan Persekutuan sampai sekarang belum mengambil sebarang kata putus untuk macam mana mempercepatkan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah berbanding dengan proses yang cepat di Sarawak.
Selepas itu saya masuk ke isu untuk rasuah. Dalam Titah Tuanku, rasuah merupakan sesuatu isu yang serius. Di sini saya ingin hendak bangkitkan isu untuk bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah Teo Chee Kong dibebas tanpa dilepaskan
(DNAA) bagi 146 pertuduhan pengubahan wang haram di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu pada 18 Februari yang lalu. Tertuduh turut dikenakan bayaran kompaun RM30 juta oleh pihak SPRM mengikut seksyen 92 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
Skandal Jabatan Air Sabah ini adalah di antara kes rasuah yang terbesar di negara ini. Presiden Persatuan Undang-undang Sabah (SLS) Roger Chin, mempersoalkan apakah justifikasi dan alasan SPRM untuk memutuskan, menghentikan pendakwaan dan sebaliknya menggunakan cara bayaran kompaun untuk melepaskan atau membebaskan Teo Chee Kong tetapi tidak melepaskan dia. So, kita harapkan Menteri Undang-undang memberikan alasan-alasan untuk memberikan keyakinan kepada kalangan ramai kenapa kita melepaskan seorang tertuduh yang terlibat dalam kes rasuah terbesar di negara ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan isu kad khas untuk warga asing yang sudah lama menetap di Sabah yang diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri pada 10 Februari yang lalu. Beliau mengatakan bahawa Kerajaan Sabah yang mengusulkan cadangan ini tetapi sebaliknya Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji bin Noor dia menyarankan rakyat di negeri Sabah tidak membuat andaian terburu-buru mengenai cadangan pemberian kad warga asing di Sabah atas sebab pemberian kad ini masih di peringkat cadangan. Saya hendak tahu, ini cadangan daripada Kerajaan Persekutuan kah atau dari Kerajaan Negeri Sabah. Ini sesuatu yang confuse, mengelirukan rakyat.
Apakah kelainan, apakah perbezaan di antara kad warga asing yang sekarang dicadangkan oleh kerajaan sekarang berbanding dengan Pas Sementara Sabah waktu terdahulu yang dicadangkan oleh Pakatan Harapan dan Warisan. Apakah perbezaannya?
Isu yang terakhir sekali...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik.
Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu
Untuk ini saya hendak minta untuk menambah baik kerana ketiadaan fasiliti imbasan PET-CT di hospital kerajaan di Kota Kinabalu. Ini adalah amat penting kerana setiap tahun, secara purata ada peningkatan 1,683 kes setiap tahun dari 2012 hingga 2016. Untuk yang PET di Sabah ini memang kita tidak ada. Di seluruh Malaysia cuma ada 17 hospital di seluruh Malaysia yang ada tetapi tidak ada satu pun di Sabah. So, saya minta Kementerian Kesihatan untuk tolonglah menyumbangkan PET-CT ini untuk warga Kota Kinabalu kerana kita sama satu dalam satu Keluarga Malaysia. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Tawau 10 minit.
Datuk Liew Chin Jin - Tawau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya merujuk kepada Rang Undang-undang Anti Gangguan Seksual 2021, Anti-Sexual Harassment Bill 2021 yang telah dibentangkan untuk bacaan kali yang pertama di dalam Dewan Rakyat pada 15 Disember 2021. Matlamat utama rang undang-undang adalah untuk menubuhkan tribunal untuk mendengar aduan dan tuntutan bantuan seksual.
Datuk Liew Chin Jin - Tawau
Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi pemerhatian saya bersama NGO-NGO tentang kelemahan Rang Undang-undang Antigangguan Seksual 2021. Kita memerlukan takrifan menyeluruh tentang gangguan seksual untuk memasukkan semua bentuk pelanggaran terhadap pengadu. We need a comprehensive definition of sexual harassment to include all forms of violation against the complainant, dengan izin. Maaf. Rang undang-undang untuk mengklasifikasikan sebarang kelakuan khusus sebagai gangguan seksual atau kesalahan di bawah rang undang- undang. Sila jelaskan perkara yang layak sebagai gangguan seksual atau pengganggu seksual.
Tuan Yang di-Pertua, nampaknya peruntukan untuk mengatasi gangguan seksual secara khusus di tempat kerja jelas tiada. Ini harus dilaksanakan memandangkan kebanyakan kes berlaku di tempat kerja. Rang undang-undang anti gangguan seksual tidak menyatakan perkara yang perlu dilakukan oleh mangsa jika diganggu secara seksual di tempat kerja. Kita perlu ada keperluan untuk majikan mewujudkan saluran untuk melaporkan kes.
Tuan Yang di-Pertua, tiada perwakilan undang-undang dibenarkan seperti yang ditetapkan dalam rang undang-undang walaupun adalah baik bahawa perbicaraan tidak akan dibuka kepada orang ramai. Pihak-pihak dalam prosiding itu walau bagaimanapun tidak dibenarkan diwakili oleh peguam bela dan peguam cara kecuali jika pihak dalam prosiding itu minor atau cacat mental. Itu pun diwakili oleh next of kin atau penjaga sahaja dan bukan peguam bela dan peguam cara. Representasi undang-undang harus dibenarkan untuk memastikan keadilan dalam perbicaraan.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Yang Berhormat Tawau, mohon penjelasan. Boleh saya tanya Yang Berhormat Tawau berkenaan dengan gangguan seksual? Isu tribunal. Mengikut pindaan-pindaan yang dicadangkan, tribunal ini ditubuhkan bagi tujuan mendengar kes-kes seksual ataupun *sexual harassment.
Now, walau bagaimanapun kalau tidak diberi peluang untuk diwakili peguam dalam tribunal-tribunal tersebut, adakah Yang Berhormat Tawau setuju bahawa kes-kes yang mangsa-mangsa* atau sexual victims tidak akan mempunyai insentif ataupun motivasi untuk melaporkan kes-kes kepada tribunal. Oleh sebab mereka takut, mereka tidak akan dibela oleh peguam. Bukankah itu tujuan kita ada peguam?
Seperti dalam kes-kes Industrial Court. Industrial Court juga merupakan satu tribunal, Tuan Yang di-Pertua. It is the same thing seperti apa yang dicadangkan dalam pindaan ini. Akan tetapi, dalam Industrial Court we are allowed to have counsel and representation. So, kenapa terdapatnya perbezaan antara tribunal di sini dan tribunal di Industrial Court? Apakah pandangan Yang Berhormat Tawau? Terima kasih.
Datuk Christina Liew Chin Jin - Tawau
I was about to go into that already sebab ini tidak adil, banyak mangsa atau victims merasa takut kalau tidak ada peguam mewakili mereka atau just to accompany them to the hearing. So, I was about to mention that later on in my speech. So, I was saying representasi undang-undang harus dibenarkan untuk memastikan keadilan dalam perbicaraan tribunal. Thank you for your advice.
Tuan Yang di-Pertua, terdapat gesaan daripada pelbagai kumpulan aktivis hak wanita di negara ini supaya rang undang-undang itu mempunyai mekanisme pembetulan yang berpaksikan mangsa terselamat atau survivor-centric redress mechanisms, dengan izin. Sebagai contoh, sekiranya pelaku menjadi majikan atau atasan atau orang yang mempunyai kedudukan berkuasa, pengadu akan berada dalam kedudukan yang kurang bernasib baik kerana dia mungkin berasa gentar atau takut.
Dia memerlukan perlindungan daripada tindakan balas atau dendam oleh pesalah selepas perintah tribunal (tribunal award order) dengan izin telah dikeluarkan. Aspek khusus ini tidak dinyatakan dalam rang undang-undang. Ia juga tidak melarang gangguan masa depan terhadap pengadu yang sama yang jelas berada dalam kedudukan yang terdedah. The bill, dengan izin, the bill also does not prohibit future harassment against the same complainant who is clearly in a vulnerable position.
Datuk Christina Liew Chin Jin - Tawau
Saya berharap kelemahan rang undang-undang ini akan diperbaiki sewajarnya dan kali ini saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Tawau. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Rasah kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Tampin dan yang terakhir Yang Berhormat Bayan Baru.
Silakan, Yang Berhormat Rasah. Sepuluh minit.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan pada petang ini. Saya mohon mungkin sepuluh minit itu tambah sedikit sebab Tuan Yang di-Pertua ada budi bicara untuk lanjutkan 15 minit selepas ini.
Saya mulakan perbahasan saya pada petang ini untuk membahaskan Usul Titah Ucapan Diraja dengan SOP yang sedia ada. Saya dimaklumkan bahawa kerajaan khasnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan mengumumkan tarikh kita buka sempadan. Cuma nasihat saya, boleh buka cuma SOP itu kena betul. Sebab saya nampak SOP yang ada sekarang ini tidak berkesan untuk mengawal keadaan semasa domestik di negara kita.
Saya bagi contoh, kes harian sekarang dalam lingkungan 20 hingga 30 ribu. Kes kematian sudah mencecah ke tahap 70 kes sehari. Takkan kita hendak tunggu sampai bulan – kembali pada bulan Ogos tahun lepas. Di mana setiap hari ada kematian dua hingga tiga ratus, baru kita hendak ketatkan SOP yang sedia ada. Jadi, saya minta Yang Berhormat Menteri Kanan (Keselamatan) khasnya dengan jawatankuasa beliau supaya menyemak semula ya SOP yang sedia ada. Pastikan sama-sama kita membendung penularan pandemik COVID-19.
Cuma satu, Tuan Yang di-Pertua. Saya tahu Yang Berhormat Tan Sri Yang di- Pertua Dewan Rakyat memberikan kebenaran kepada Ahli Dewan dalam Dewan yang mulia ini untuk membuka pelitup muka ketika berbahas. Akan tetapi, saya rasa itu budi bicara. Seeloknya, walaupun yang duduk itu timbalan tetapi tidak apa. Saya mohon – saya nampak Yang Berhormat Tan Sri Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Dato’ Timbalan Yang di-Pertua sepanjang masa memakai pelitup muka.
Akan tetapi, ramai yang sebenarnya mengambil kesempatan. Supaya jangan bagi kelonggaran macam ini. Sebab kita pemimpin. Rakyat di luar tengok kita berbahas. Kalau Ahli Parlimen dalam Dewan yang mulia ini dibenarkan buka pelitup muka ketika bercakap dan berbahas, macam mana rakyat di luar? Mereka bercakap pun boleh buka face mask dan sebagainya.
Jadi, saya minta pemimpin – yang menjadi pemimpin. Kalau mengaku dirinya pemimpin dalam mesyuarat, dalam ceramah dan sebagainya supaya sentiasa patuhi SOP, tutup muka supaya – ia benda asas. Kecuali mana-mana Ahli dalam Dewan yang mulia ini yang ada masalah kesihatan. Itu kes yang speciallah. Jadi, saya mohon supaya Tuan Yang di-Pertua boleh mempertimbangkan semula, menyemak semula permintaan ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya tahu ramai yang mungkin tidak puas hati dengan sayalah. Akan tetapi, sejak tahun lepas saya tidak pernah buka pelitup muka ketika berbahas dalam Dewan yang mulia ini. Ketika Kerajaan Keluarga Malaysia merayakan 100 hari menjadi kerajaan, dikatakan markahnya 90 markah. Ketika itu saya tanya soalan dalam Dewan yang mulia ini dikatakan kos sara hidup bukan indication ataupun petunjuk sebagai prestasi kerajaan. Saya rasa kecewa. Ia tidak sepatutnya berlaku sebab kos sara hidup adalah perkara yang paling dekat dengan rakyat. Kita tengok apa yang terjadi hari ini, minyak masak dalam beg plastik satu kilogram kekurangan stok.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Hari ini saya dapat jawapan daripada kementerian yang mengakui bahawa kelewatan pihak MOF membayar subsidi kepada pembekal yang menyebabkan kekurangan stok di pasaran. Perkara ini telah menyusahkan dan mendatangkan masalah kepada golongan khasnya B40 yang tidak mampu hendak membeli minyak masak yang mahal. Kenapakah benda ini terjadi? Harga komoditi sawit meningkat. Sepatutnya kita dapat untung lebih. Kalau dapat untung lebih, bagilah subsidi lebih. Bagilah subsidi dengan cepat supaya pasaran tidak terjejas.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Jadi saya mohon kerajaan supaya ambil berat perkara ini. Bukan setakat minyak masak sahaja, perkara lain seperti harga telur, harga roti, harga sayur. Ia perlukan satu komitmen. Bukan sahaja KPDNHEP, tetapi rentas kementerian, rentas agensi. Saya tahu ada satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, tetapi apakah kesan? Apakah langkah yang telah diambil? Rakyat dijanjikan bahawa harga ayam akan stabil sedikit masa lagi dan sebaginya. Akan tetapi, janji tinggal janji.
Hendak tunggu berapa lama? Rakyat tengah menunggu. Ia adalah perkara yang paling asas. Ia melibatkan wang dalam saku rakyat.
Jadi saya mohon kerajaan supaya serius, ambil tindakan yang segera. Kita pastikan bukan setakat peruncit sahaja, bukan kita pergi check harga dekat kedai sahaja tetapi rantaian pengedaran tersebut daripada asalnya, sumbernya sehingga kepada peruncit. Ia perlu diberikan subsidi yang secukupnya supaya harga sentiasa stabil di pasaran.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi berkenaan dengan KPDNHEP. Saya pada 23 September tahun lepas pernah menyarankan bahawa harga kit ujian kendiri RTK— ketika itu kerajaan baru umumkan harga silingnya RM19.90. Saya pernah menyarankan ketika itu. Saya kata, “Okey, September betullah RM19.90. Bulan Oktober kita turunkan RM15.00, November turunkan kepada RM10.00, Disember kita turunkan pada RM5.00.” Memang harga pasaran semasa pada Disember RM5.00 walaupun kerajaan tidak menurunkan harga silingnya. Akan tetapi, bulan lepas apabila kes naik, permintaan lebih, harga pasaran naik balik dalam sekitar RM7.00, RM8.00 hingga RM9.00.
Jadi saya mohon supaya kerajaan boleh menyemak semula harga siling ini, sebab apa? Sekarang ini jenama yang dibenarkan oleh MDA sudah lebih seratus jenama.
Dahulu setakat tiga, lima atau tujuh jenama sahaja. Kita perlu pastikan harga sentiasa sesuai dan rendah untuk membolehkan semua rakyat Malaysia tidak kira M40, B40 semua orang boleh beli kit ini untuk uji sendiri sebagai salah satu langkah untuk mengawal penularan pandemik. Kalau rakyat tidak mampu hendak beli, dia hendak uji apa? Hendak buat PCR berapa harga ia? Jadi kita kena pastikan kit ini harganya murah supaya ramai mampu beli. Akhirnya ia sebagai salah satu langkah peting untuk kita mengawal penularan COVID-19 dalam negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan vaksinasi untuk kanak-kanak di bawah lima hingga 11 tahun yang bermula pada bulan lepas. Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan dapat melaksanakan. Cuma ada beberapa perkara yang saya rasa perlu tambah baik. Apa yang berlaku di kawasan saya, murid-murid sekolah terpaksa dijadualkan ataupun ditempatkan untuk vaksinasi untuk satu jarak luar kawasan sejauh 30 kilometer, di sebuah kompleks membeli-belah. Ia bukan suatu yang baik. Ia akan menyebabkan kesesakan dan juga risiko kepada anak-anak. Oleh sebab anak-anak ini akan ditemani oleh ibu bapa mereka. Jadi ia akan menyebabkan ramai yang bersesak-sesak dan berkumpul dalam pasar raya tersebut.
Jadi, saya mohon sekiranya dibenarkan, pihak KKM dengan kerjasama KPM ke sekolah. Kalau sekolah itu muridnya tidak ramai sangat, sekolahnya kecil, mungkin digabungkan dua atau tiga buah sekolah di tempat yang berdekatan. Kita kumpul di salah sebuah sekolah ataupun dewan yang berdekatan dalam lingkungan jarak lima kilometer supaya ia tidak mendatangkan risiko daripada segi logistik tidak menyusahkan ibu bapa, anak-anak kita dan juga pihak sekolah. Ia untuk kepentingan bersama.
Berkenaan dengan isu ini juga, saya mohon KPM sebab KPM sesi persekolahan baru akan bermula pada 21 Mac ini, dua minggu setengah lagi. Saya memohon KPM mempertimbangkan kemungkinan untuk pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
Oleh Sebab apa? Anak-anak kita di sekolah rendah hanya mendapat dos pertama, itu pun bukan semua, tidak ramai yang dapat. Dos kedua lapan minggu dari dos pertama, lambat lagi. Sudahlah kes banyak. Sekarang kes sudah lebih 20,000.
Jadi, saya mohon KPM supaya mempertimbangkan PdPR sementara anak-anak di sekolah rendah belum lagi dapat vaksinasi lengkap dan kes juga lebih 10,000. Kalau kes sudah turun 2,000 atau 3,000 dan anak-anak kita semua sudah divaksin secara lengkap, bolehlah kembali ke sekolah. Jadi, saya mohon satu jawapan daripada KPM berkenaan dengan cadangan ini.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Seterusnya berkenaan dengan KPM juga. Benda ini sudah berulang kali saya sebut tetapi tidak pernah dapat jawapan daripada Menteri Kanan KPM. Kali ini saya mohon jawapan. Ketika Pakatan Harapan menjadi kerajaan dahulu, pernah disebutkan bahawa di bawah RMKe-12— ini sudah masuk tahun kedua, akan dibina dua buah sekolah. Sekolah Menengah Kebangsaan S2 Heights dan Sekolah Kebangsaan S2 Heights di kawasan saya. Saya pernah tanya tahun lepas, tidak ada jawapan.
Jadi, saya mohon kali ini ada jawapan tegas dari kementerian sama ada perkara yang telah dijanjikan ketika menjadi Kerajaan Pakatan Harapan dahulu akan diteruskan oleh kerajaan hari ini atau pun tidak. Untuk pembinaan sebuah sekolah Tamil, SJK(T) di Parlimen Rasah, khasnya di kawasan Rasah Jaya. Sama ada benda ini akan dilaksanakan ataupun setakat cakap-cakap sahaja. Mohon jawapan daripada KPM.
Seterusnya kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air, khasnya JPS. Benda ini pun saya sudah banyak kali sebut. Di bawah Rancangan Tebatan Banjir untuk Sungai Linggi Fasa 5, tahun lepas saya pernah mendapat jawapan bahawa fasa 5 ini akan dilaksanakan di bawah Rolling Plan ke-2, RMKe-12. Ini sudah masuk Rolling Plan ke-2, tahun kedua RMKe-12 sebanyak RM150 juta.
Sekiranya Rancangan Tebatan Banjir ini dilaksanakan, sebahagian besar dari Parlimen Rasah akan terhindar daripada musibah banjir pada masa akan datang. Ia amat penting untuk kepentingan penduduk khasnya mereka yang duduk di sekitar tebing Sungai Linggi. Jadi, saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri KASA bagi jawapan sama ada perkara ini akan dilaksanakan tahun ini ataupun tahun hadapan tetapi wajib dilaksanakan demi kepentingan rakyat di sana. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon dua minit, ada sedikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila rumuskan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Ya. Berkenaan dengan KASA juga, ada dua batang sungai. Sungai Jijan dan Sungai Batang Labu ada limpahan air hujan ketika banjir pada 18 Disember tahun lepas yang menyebabkan hampir 300 isi rumah terjejas. Jadi, saya mohon apakah ada peruntukan khas untuk memperbaiki keadaan tebing kedua-dua sungai ini? Oleh sebab ia sangat penting. Kita tidak mahu musibah yang berlaku pada 18 Disember lepas berulang pada masa akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, semalam Yang Berhormat Menteri Kanan Kerja Raya ada menyebut pasal MyRFID. Saya hendak tegur satu. Soal jangka panjang itu semua, okeylah tetapi cuma satu benda. Apabila pihak konsesi operator lebuh raya dia tutup lorong Smart Tag digantikan dengan RFID secara tiba-tiba tanpa notis, pada hal tidak ramai yang menggunakan RFID pada bulan lepas menyebabkan kesesakan, long queue di lorong SmartTAG. Ia sesuatu yang tidak wajar. Jadi, saya mohon KKM ambil langkah segera pastikan perkara ini tidak berulang, supaya tidak berlaku kesesakan yang tidak sepatutnya berlaku. Oleh sebab di lorong RFID itu lancar, tetapi lorong untuk SmartTAG itu kena beratur lama. Saya sendiri tersangkut di situ.
Benda terakhir yang saya hendak sebutkan bawah satu minit Tuan Yang di- Pertua, berkenaan dengan KDN, khasnya di bawah Artikel 15A dan Artikel 18 di bawah Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan kewarganegaraan untuk anak-anak kita.
Isunya begini, anak-anak yang lahir di Malaysia, bapanya rakyat Malaysia, ibunya warga asing. Bapa tidak sempat hendak daftarkan perkahwinan dengan wanita asing.
Selepas anak itu lahir, baru dia daftarkan perkahwinan dia. Sudah tentu dia bukan warganegara anak itu ketika dilahirkan. Walaupun selepas kelahiran anak tersebut, ayah dan ibu telah daftarkan perkahwinan dengan JPN. Adik-adik yang lahir selepas itu warga negara Malaysia. Isunya sekarang, laporan DNA dari Jabatan Kimia tidak dilayan, tidak diiktiraf oleh KDN untuk memberikan taraf kewarganegaraan. Ini bukan bayi atau kanak- kanak yang kita import dari mana. Ini yang tidak sepatutnya stateless. Ini anak-anak Malaysia, anak-anak Keluarga Malaysia yang lahir di bumi Malaysia.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Jadi saya mohon, kalau betul lah kita ada konsep Keluarga Malaysia, inilah anak- anak kepada Keluarga Malaysia yang patut kita santuni ataupun anak-anak yang diangkat secara sah melalui mahkamah. Memang anak sah taraf. Ini bukan kita import dari
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Mongolia kah, dari mana kah yang akhirnya kita kata Keluarga Malaysia tetapi memang kelahiran Malaysia, dengan semua dokumen kelahiran di depan kita.
Cuma disebabkan hendak kata salah itu mungkin ayah dia, mak dia salah lah.
Akan tetapi anak-anak itu tidak berdosa. Jadi saya mohon budi bicara daripada KDN, khasnya Menteri KDN di bawah konsep Keluarga Malaysia supaya anak-anak ini diberikan peluang. Ini sebab kalau kita tidak bagi dia kerakyatan di Malaysia, mana kita hendak hantar dia? Negara mana hendak terima dia? Betul atau tidak? Kalau berlaku di negara lain pun, kita tidak akan terima. Akan tetapi inilah anak-anak kita.
Jadi saya ucapkan terima kasih atas kelonggaran masa yang diberikan oleh Tuan Yang di-Pertua untuk saya pada petang ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Tampin.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan kesempatan kepada Tampin untuk turut serta menjunjung kasih Titah Yang di-Pertuan Agong ketika Majlis Pembukaan Mesyuarat Penggal Kelima Parlimen Keempat Belas. Banyak isu yang dibangkitkan oleh Yang di- Pertuan Agong. Namun dalam masa yang terbatas, Tampin ingin membangkitkan beberapa isu yang difikirkan sempat untuk diketengahkan.
Pertama, perumahan rakyat di mana Yang di-Pertuan Agong telah menyentuh soal isu perumahan rakyat. Gesaan Yang di-Pertuan Agong berkaitan dengan penyediaan rumah mampu milik dan mesra pendapatan harus menjadi agenda utama kerajaan.
Kerajaan haruslah menyediakan satu kerangka besar dalam menangani permasalahan pemilikan rumah bagi golongan yang kurang berkemampuan yang lebih inklusif, praktikal dan mampan. Pembangunan taman-taman perumahan yang dibangunkan oleh kerajaan ataupun swasta, mestilah berasaskan kepada mampu milik oleh semua lapisan masyarakat dengan meletakkan satu asas yang jelas di mana satu keluarga satu rumah kediaman.
Oleh sebab itu kerajaan bukan sahaja perlu memiliki garis panduan yang menyeluruh dan konsisten, tetapi juga harus mempunyai nilai tata kelola yang baik dan bersesuaian dalam memastikan dasar itu dapat diterjemahkan. Taman-taman perumahan yang dibangunkan itu bukan sahaja mampu dimiliki setiap rakyat tetapi juga kawasan perumahan tersebut mampu menjana kehidupan yang lebih aman, ceria dan seimbang.
Isu kemiskinan sering dibahaskan, malah pelbagai rancangan telah dirangka oleh kerajaan untuk membasmi kemiskinan tegar. Wawasan Kemakmuran Bersama dapat dinikmati bersama yang telah diuar-uarkan itu mestilah menjadi pegangan dan keazaman yang sungguh-sungguh oleh semua pihak. Ia harus diterjemahkan dalam bentuk yang lebih jelas, tuntas dan membumi. Bukan hanya slogan orang-orang besar yang mengaut keuntungan besar daripada kekayaan negara. Sedangkan rakyat terbanyak terkapai- kapai mencari sesuap nasi, terhimpit dengan tekanan hidup yang melingkar kehidupan mereka seharian.
Untuk mereka mencari rezeki, tidak ada pekerjaan. Untuk mereka berniaga atau terlibat dengan usahawan, tidak ada modal dan tidak ada orang dan institusi yang hendak membantu. Ada institusi yang menyediakan kemudahan pinjaman, namun syarat yang diberikan amat membebankan, yang tidak mampu untuk dipenuhi. Ada institusi menyediakan modal dalam bentuk geran tetapi tidak dapat memenuhi permintaan ramai daripada masyarakat yang teramai.
Untuk mereka mengusahakan pelbagai bentuk pertanian, tanah tidak ada.
Kalaupun tanah ada dan telah mengusahakan pertanian, namun tanaman mereka dimamah dengan rakus oleh haiwan-haiwan perosak. Untuk menyelamatkan tanaman, peralatan dan kemudahan tidak mencukupi, sebagaimana yang selalu dikemukakan dalam persidangan. Untuk menangkap haiwan perosak dan dialih di kawasan yang lain, ia menjadi haiwan perosak di tempat yang baharu. Oleh sebab itu, Tampin memohon
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
supaya melihat perkara ini secara lebih holistik agar Wawasan Kemakmuran Bersama dapat dinikmati dan dapat diterjemahkan dengan lebih bermakna.
Tuan Yang di-Pertua, pendidikan memainkan peranan yang penting dalam menentukan kelangsungan dan ketamadunan sesuatu bangsa dan negara. Pada masa akan datang, sekiranya sistem pendidikan tidak dicermati dengan lebih baik, disusun atur dengan teliti dan tuntas, sudah pasti hasrat ataupun tujuan pendidikan untuk melahirkan segolongan insan kamil dan syamil ataupun insan rabbani tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.
Apalah adanya slogan ‘Sekolahku Sejahtera’ sekiranya ia tidak mampu dihayati oleh semua pihak. Falsafah Pendidikan Negara yang dibangunkan pada tahun 1984 masih belum dapat dihayati sedalam mungkin oleh semua pihak. Kurikulum bersepadu merentasi sempadan pendidikan belum dapat dibina secara tuntas dan mendalam.
Kaedah pendidikan untuk membina kemenjadian murid dalam aspek kemampanan sahsiah dan ketinggian akhlak belum begitu sempurna dilaksanakan. Apakah mungkin pembinaan Sekolahku Sejahtera juga menemui jalan dan liku yang bersimpang siur dan terawang-awang?
Dikhuatiri tenaga pengajar akan dibebani dengan tanggungjawab tambahan, kadang-kadang bukan tugas yang sepatutnya dilakukan. Para guru dituntut untuk memahami tetapi belum pasti ia faham dan sejauh mana mereka boleh faham. Mereka juga dituntut untuk menterjemahkannya, belum pasti dapat diterjemahkan dan sejauh mana ia dapat diterjemahkan dalam bentuk penyampaian di segmen mata pelajaran.
Kita tidak menolak untuk mencernakan nilai-nilai selamat, seronok, sihat, empati, jati diri, beradab sopan, harmoni, tekun, teliti dan keterampilan dapat dibina seandainya anak murid dibebani dengan beban buku yang boleh merosakkan tulang belakang dan pendidikan masih berpaksikan dengan peperiksaan. Tampin berpandangan, agar kementerian merencana masa depan pendidikan lebih holistik dan bersepadu, membangun sistem pendidikan masa depan berasaskan manusia dan kemanusiaan yang bukan berasaskan kepada peperiksaan semata-mata.
Tuan Yang di-Pertua, isu pengangguran graduan sering diperkatakan. Kita tidak boleh menafikan kerajaan telah pun berusaha sedaya mungkin untuk menangani permasalahan ini daripada semasa ke semasa dengan menyediakan peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang sama ada dalam institusi kerajaan ataupun swasta. Namun, pengangguran tetap berlaku kerana peratusan keluaran tenaga manusia daripada institusi pengajian tinggi meningkat setiap tahun. Apakah mungkin isu ini dapat diselesaikan?
Mengapa dan bagaimana ia boleh diselesaikan?
Usaha kerajaan menubuhkan Majlis TVET Negara, Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan dan Pelan Tindakan Keusahawanan IPT, satu pendekatan yang baik. Namun, sekiranya tidak diurus selia dan di kendali dengan baik, ia hanyalah sekadar pelan dasar yang tidak membumi dan belum dapat menyelesaikan masalah pengangguran graduan. Apakah pelan yang dibangunkan ini mampu membina kemandirian graduan mencipta kerjaya sendiri dan mampu membina kerjaya untuk orang lain? Sejauh mana pelan ini mampu membina kesanggupan graduan melibatkan diri dalam keusahawanan tani, ternakan ataupun industri perikanan dan makanan.
Sedangkan bidang tersebut memiliki masa depan yang amat cerah dan berdaya maju.
Negara terpaksa membelanjakan berbilion ringgit mengimport keperluan asas rakyat. Bagaimana kerajaan merangka pelan jangka panjang dalam membina keyakinan graduan menyumbang penghasilan produk makanan bagi mengurangkan ataupun memberhentikan langsung kebergantungan negara mengimport bahan-bahan keperluan asas dan harian dari negara luar.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Kerajaan harus menyediakan prasarana yang holistik, mudah dan meringankan dalam mendorong dan menarik minat golongan graduan melibatkan diri dalam industri agromakanan yang mampan dan lestari. Oleh kerana itu, kerajaan bukan sahaja ada mempunyai dasar, kerajaan juga perlu ada pelan tindakan dan pelan tindakan itu mesti difahami dan dilaksanakan serta dipantau dengan teliti sehingga menghasilkan sesuatu natijah yang baik. Bukan sahaja kepada para graduan yang masih menganggur untuk
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
terlibat dalam industri agromakanan tetapi juga kepada pengeluaran makanan negara yang tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin menyentuh berkaitan dengan hasrat kerajaan merangka inisiatif melalui Program SMART Sawah Berskala Besar dalam memastikan peningkatan penghasilan dan mutu padi tempatan yang boleh membawa pesawah keluar daripada garis kemiskinan. Sesuatu yang kita boleh sokong dan juga amat baik. Namun, apa yang berlaku di lapangan tidak mencerminkan hasrat yang direncanakan.
Apa yang berlaku, sawah tidak dapat diusahakan, padi tidak dapat ditanam dan beras tidak dapat dikeluarkan kerana saliran ataupun parit sawah tidak diselenggarakan dengan baik. Empangan air untuk sawah tidak berfungsi dengan sempurna kerana telah rosak. Bagaimana mungkin pengeluaran beras negara dapat dipertingkatkan sekiranya persoalan yang saya bangkitkan itu tidak diurus kendali dengan baik.
Saya berharap dengan inisiatif yang dicadangkan itu, kerajaan betul-betul bertekad tinggi, political will, bersungguh-sungguh dalam memastikan pengeluaran makanan negara meningkat, bukan sahaja sekadar lakaran indah sedangkan prasarana dan ketersediaan kemudahan tidak menggambarkan sebagaimana yang diharapkan.
Kerana itu, berilah perhatian sepenuhnya kepada para petani dan pesawah jika kerajaan benar-benar ingin melihat golongan ini terangkat daripada garis kemiskinan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Yang terakhir, saya menjemput Yang Berhormat Bayan Baru. 10 minit.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bangun untuk membahaskan Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan tadi saya tengah fikir hendak bahas atau tidak kerana saya nampak di sebelah sana langsung tidak ada Ahli Parlimen. Mujurlah ada dua. Seorang Menteri dan seorang Timbalan Menteri masuk ke Dewan untuk dengar perbahasan saya. Saya ucapkan terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri. Tahniah!
Kita berbahas kerana kita mahu membawa isu rakyat. Oleh sebab itu saya harap bahawa Menteri, Timbalan Menteri dan anggota pentadbiran berada dalam Dewan untuk dengar suara-suara daripada Ahli Parlimen membawa suara hati dari kawasan.
Isu pertama yang ingin saya bangkitkan adalah isu harga ayam. Baru-baru ini kerajaan melaksanakan beberapa dasar untuk mengawal kenaikan harga ayam. Saya tidak mempertikaikan dasar-dasar tersebut tetapi saya nampak bahawa dasar yang mereka laksanakan sekarang adalah ad hoc dan pada masa yang tidak berpanjangan.
Contohnya, masalah pertama adalah kawalan harga ayam yang sepanjang 121 hari. Ini tidak pernah dengar dalam sejarah kerana biasanya kawalan harga itu diadakan hanya 12 hari, 14 hari masa musim perayaan. Akan tetapi kerajaan melaksanakan kawalan harga ayam 121 hari.
Ini ada implikasi yang sangat serius kepada penternak kerana penternak sudah mengalami kerugian. Isu utama kenaikan harga adalah kerana kenaikan harga dedak dan juga kos pekerja. Tiada pekerja. Jadi, isu ini tidak diselesaikan. Akan tetapi apabila kerajaan melaksanakan kawalan harga maka penternak mengalami kerugian. Kalau mereka mengalami kerugian maka mereka tidak mahu menternak kerana kalau kawalan harga ditetapkan 121 hari mereka rasa, “Saya hanya comply to my supplier contract sahaja. Yang lebih saya tidak mahu menternak.” Maka sekarang berlakunya kekurangan di pasaran kerana isunya adalah dasar kerajaan yang tidak tepat. Jadi, saya rasa kerajaan harus kaji semula kerana kawalan harga itu distortion of market. Jadi, kita mahu bahawa KPDNHEP janganlah panjang sangat. Sekejap untuk musim perayaan, okey. Akan tetapi 121 hari terlalu panjang.
Isu kedua adalah tentang AP. Sekarang kerajaan memberi AP untuk mengimport ayam bulat. Kita tahu bahawa 35 syarikat dapat. Pemberian AP ini selama ini MAFI dan juga DVS, resist, dia cuba halang pengimportan AP ayam bulat kerana kalau kita banyak
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
import, ia bergantung pada pengimportan bergantung pada negara lain. Penternak di negara Malaysia ini akan terjejas. Mereka yang kecil-kecil itu tidak dapat bersaing dengan syarikat besar daripada Vietnam dan China.
Maka untuk memastikan penternak lokal ini boleh survive – kita memang bagus juga, banyak yang menghasilkan ayam dan tidak perlu import. Apabila kita buka AP, it opened a floodgate dan negara ini terlalu bergantung pada pengimportan. Akhirnya penternak lokal ini tidak boleh bersaing, mereka lingkup. Akhirnya kita forever akan bergantung pada pengimportan.
Jadi, saya mohon supaya Jawatankuasa Khas Kabinet Menangani Kos Sara Hidup ini kaji balik. Tutup semula AP. Jangan bagi AP lagi. Untuk kali ini, saya hendak tanya siapakah 35 syarikat yang dapat AP import? Berapa matriks tan yang mereka diberikan dan sudah masuk berapa matriks tan?
Apakah kesannya dan kita tahu bahawa AP ini selalu disalah gunakan oleh golongan daripada ketua-ketua bahagian, ketua-ketua di kawasan yang ada rantaian politik. Mereka dapat dan mereka jualkan AP kepada orang lain. Mereka merupakan web rent seekers. AP kubis pun macam itu. AP macam-macam pun macam itu. Sekarang kita buka satu AP lagi untuk mereka jadi cepat kaya. Jadi, saya mahu skim cepat kaya ini dihentikan kerana itu tidak menguntungkan negara dan hanya menguntungkan orang- orang golongan rent seekers yang berkabel politik ini.
Tuan Yang di-Pertua, kita baru-baru ini dapat pendedahan Tim Leissner. Ini adalah kes rasuah raksasa. Saya tahu bahawa Tim Leissner ini dia pernah cakap dalam testimoni, dia kata bon ketiga 1MDB iaitu projek Catalyze, code name Catalyze itu diguna pakai untuk membiayai pilihan raya PRU-13 tahun 2013. Kita tahu Tuan Yang di-Pertua dahulu pun Penang. Jadi, Ketua Menteri masa itu first time bertanding. Kita tahu, kita tengok dengan diri sendiri betapa hebatnya masa itu dengan jamuan makan free flow. Ada free flow of beer. Dibelanjakan untuk pengundi-pengundi di Pulau Pinang. Ada juga lucky bonus. Di mana kawasan-kawasan tertentu jika parti pemerintah masa itu menang, mereka akan dapat RM100, RM200. Tuan Yang di-Pertua pun tahu, masih ingat.
Jadi, ini jelas-jelas, terang-terang salah dari segi Akta Kesalahan Pilihan Raya membeli undi. That is a corruption. Massive corruption in Penang 2013 dan begitu juga di seluruh Malaysia. Kita tahu. Kita tahu dalangnya adalah Jho Low. I want to name it here Jho Low. Jadi kita ini, saya mahu bahawa SPR – dahulu kita buat laporan polis. Masih ingat Tuan Yang di-Pertua, masih ingat kita buat report polis. Akhirnya, Parlimen jawab bahawa no case, no further action.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Sekarang dengan pendedahan Tim Leissner yang terbaharu, saya demand SPRM, SPR dan juga PDRM, polis, kena buat siasatan. Buka fail semula buat siasatan terhadap pendedahan ini kerana ini massive corruption buying of votes semasa PRU yang ke-13.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga membangkitkan isu asset declaration di kalangan anggota pentadbiran. Kita tahu bahawa memang itu adalah pelan tindakan transparency dan good governance oleh kerajaan. Ia dimulakan oleh Kerajaan PH dan diteruskan oleh Kerajaan PN dan saya harap ia diteruskan oleh Kerajaan BN sekarang.
Asset declaration ini, semua anggota pentadbiran, menteri, timbalan menteri dan juga setiausaha politik harus declare. Akan tetapi, baru-baru ini saya check dengan website asset declaration itu, sudah tidak ada update yang terbaharu. Dahulu, semua details diletakkan. Berapa aset rumah ada, kereta ada, berapa nilai gaji seseorang.
Semua details boleh download, boleh baca sendiri. Sekarang ia hanya tunjuk sudah declare atau tidak.
Dan yang terbaharu, Menteri yang terbaharu, contohnya Menteri Belia dan Sukan yang baru dilantik dan Menteri Agama yang baru dilantik, saya cuba cari tapi tidak ada asset declaration. Jadi saya hendak tanya, adakah Kerajaan Barisan Nasional sekarang, Keluarga Malaysia kah, mereka masih menjunjung prinsip ketelusan, transparency, accountability? Jadi, saya harap Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri jawab isu ini.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Saya juga ingin bertanya kepada Menteri Kewangan. Saya ingin menanya sama ada kontrak membekal dan mengurus fleet Kerajaan Malaysia, berapakah total cost kontrak tersebut? Kepada syarikat siapakah kontrak tersebut diberikan? Berapa lamakah kontrak tersebut dan sama ada kontrak tersebut dipanggil secara open tender?
Kepada Menteri Pengangkutan, saya ingin bertanya, apakah rancangan penempatan semula kampung-kampung penduduk sekitar dan juga yang melibatkan SJKC Chung Shan akibat projek pengembangan dan pelebaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang menjejaskan kawasan Parlimen Bayan Baru? Saya ingin dapat penjelasan daripada Menteri.
Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Tolong rumuskan, Yang Berhormat.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Ya. Ini mungkin adalah sesi Parlimen yang terakhir sebelum pilihan raya. Saya sungguh bertuah dipilih oleh pengundi Bayan Baru ke dalam Parlimen itu mewakili mereka.
Parlimen ke-14 ini menyaksikan politik yang paling bergelora dalam sejarah politik negara. Pilihan raya dijalankan lima tahun sekali. Yang menang jadi kerajaan, yang kalah menjadi pembangkang. Akan tetapi di Malaysia, yang menang jadi pembangkang, yang kalah menjadi kerajaan.
Dalam Parlimen ke-14 ini juga, dalam satu penggal, pertukaran kerajaan tiga kali, pertukaran Perdana Menteri tiga kali juga. Saya anggap semua ini adalah satu ujian ke atas sistem demokrasi dan institusi negara kita. Sebelum PRU-14, tidak ada orang percaya bahawa kerajaan boleh ditumbangkan. Jadi, saya nampak ada hikmahnya dalam Parlimen ke-14 ini.
Pertama, rakyat sudah cerdik dan mereka tahu bahawa mereka mempunyai kuasa untuk memilih wakil rakyat dan memilih kerajaan masing-masing. Kedua, kesetiaan kakitangan kerajaan adalah pada government of the day. Mereka menjalankan tugas secara profesional dan ini saya rasa satu yang profesional. Ketiga, penyelewengan dan rasuah elit politik itu tidak dapat disembunyikan kerana suatu hari kerajaan mungkin akan tukar.
Jadi saya rasa the test on the institution of Malaysia ini amat penting dan saya nampak bahawa rakyat sudah cerdik. Walaupun saya menjadi mangsa, walaupun menang tetapi jadi pembangkang, tetapi saya rasa the test is for the future and we need to build a better democracy for the country. For Malaysia to be successful, kita perlu berusaha lagi.
Kecelaruan itu harus berhenti dan kita harus balik kepada Perlembagaan, balik kepada sistem demokrasi yang baik dan kerajaan dan pembangkang must work together.
Sekarang ada MoU, saya rasa itu something yang positif tetapi we have to work together to make democracy work and we have to make Malaysia proud and Malaysia bina semula negara kita. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru.
Ahli-ahli Yang Berhormat, usul pagi tadi, kita mesyuarat sehingga 6.30 petang.
Saya ada maksimum membolehkan tambahan 15 minit. Memang sharp 15 minit saya maksimum. Jadi, oleh itu, Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Khamis, esok, 3 Mac 2022. Terima kasih Ahli- ahli Yang Berhormat.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.45 petang]