Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera. Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan segala hormatnya ingin saya memaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Dewan Rakyat telah memaklumkan kepada saya pada 6 Januari 2022 supaya diadakan suatu Mesyuarat Khas pada hari ini selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 11(3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Tujuan Mesyuarat Khas ini adalah untuk membincangkan berkenaan penerangan daripada Menteri-menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i), seperti dalam Aturan Urusan Mesyuarat yang telah diedarkan kepada semua Ahli Yang Berhormat iaitu seperti berikut:
(i) Penerangan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan Situasi Bencana Banjir Penghujung Tahun 2021;
(ii) Penerangan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) berkenaan Pengurusan Bencana Banjir;
(iii) Penerangan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan berkenaan Bantuan Bencana Banjir; dan
(iv) Penerangan oleh Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar dan Air berkenaan Perancangan Jangka Panjang Bencana Banjir.
Menyedari kepentingan isu yang dibawa pada Mesyuarat Khas ini dan untuk membolehkan isu tersebut diperhalusi dengan sebaik-baiknya oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan Rakyat ini, saya telah memutuskan untuk membenarkan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk meminta penjelasan dan memberikan pandangan selepas selesai penerangan daripada Yang Berhormat Menteri-menteri dan ianya akan diakhiri oleh Yang Berhormat Menteri-menteri berkenaan untuk menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semua.
Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi membolehkan seramai mungkin Ahli-ahli Yang Berhormat dapat memberikan pandangan, adalah dicadangkan mesyuarat hari ini bersidang secara terus tanpa berhenti rehat. Oleh itu, saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk mencadangkan usul Peraturan Mesyuarat 12(1). Yang Berhormat Menteri, silakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua; “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari dan akan bersidang secara terus sehingga selesai semua urusan dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan.”
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Ada yang menyokong?
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Tuan Yang di-Pertua, Point of Order.
Tuan Yang di-Pertua
Saya.
Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Tuan Yang di-Pertua, saya telah menghantar satu notis usul 18(1). Saya faham isi kandungan itu yang telah diberikan jawapan kepada saya tetapi di sini ada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana itu hak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mengizinkan satu tajuk atau satu agenda untuk diperdebatkan atau dibahas pada persidangan kali ini.
Saya tidak menafikan pentingnya banjir yang telah melanda negara kita tetapi isu yang mendatang ialah isu yang melibatkan integriti. Suatu isu yang melibatkan penjawat awam, Ketua Pengarah SPRM. Jadi, apa salahnya dengan izin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kalau usul ini diterima pun hanya satu jam nanti pukul 4.30 petang. Apa salahnya isu ini kita perdebatkan, ia sama penting kepada isu negara dan kita boleh bahas isu-isu banjir bersekali dan saya mohon perkara ini untuk dipertimbangkan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Pulai.
Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan
Tuan Yang di-Pertua, perkara saya juga memfailkan isu tergempar.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, sama.
Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan
Di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) berkenaan dengan skandal pemilikan saham Tan Sri Azam Baki demi mempertahankan integriti SPRM dan ini adalah peranan utama Parlimen kita supaya memainkan peranan penting dalam semak dan imbang.
Saya terima surat pagi ini, saya juga berpendirian menyokong supaya usul Yang Berhormat Pulai atau Yang Berhormat Teluk Intan dibenarkan, dibahas sama ada dalam Kamar Khas ataupun di dalam Dewan yang mulia ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat semua. Saya mengakui menerima usul tersebut dua hari lepas dan saya telah menjawab bahawa sidang khas dipanggil oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di bawah kuasa mutlak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di dalam Aturan 11(3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua
Mengikut peraturan tersebut, agenda sidang khas yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah di bawah kuasa mutlak beliau dan beliaulah yang menyusun atur agenda tersebut. Perkara ini juga adalah sama di dalam House of Commons di mana sekiranya House of Commons direcall, di sana dipanggil recall of House of Commons, di sini ialah Special Sitting. Maka apabila House of Commons itu direcall, maka the business of the day shall also be appointed by the government. Jadi, oleh sebab itulah saya tidak ada kuasa untuk menetap atau menerima usul-usul tersebut.
Akan tetapi, seperti yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Pulai, of course agenda hari ini ditetapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Akan tetapi sehingga hari ini saya tidak mempunyai apa-apa notis daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai usul tersebut. Maka saya anggap bahawa usul itu tidak akan dimasukkan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini. Jadi, kita perlulah menjalankan Mesyuarat hari ini mengikut Aturan Urusan Mesyuarat. Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Perdana Menteri should say something.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada di sini, tanya beliau lah.
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Beliau ada kuasa.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Amat Berhormat?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Amat Berhormat tidak berniat untuk menyatakan apa-apa.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Puchong, seminit boleh? Sebab saya ada 70 orang hendak bercakap.
[Disampuk] Maaf.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 14. Tuan Yang di-Pertua telah pun merujuk tadi kepada Peraturan Mesyuarat...
Tuan Yang di-Pertua
Peraturan Mesyuarat 11(3).
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) iaitu “Penerangan daripada Menteri-menteri”.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Peraturan Mesyuarat 14(1)(i), Tuan Yang di-Pertua, dalam keadaan ini kita ada dalam aturan untuk hari ini apa yang disebut sebagai “Penerangan daripada Menteri-menteri” dan disenaraikan di situ Tuan Yang di-Pertua, empat Menteri yang akan memberi penerangan.
Yang Berhormat Menteri yang pertama adalah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan sepertimana Tuan Yang di-Pertua dengar tadi, kita semua hendak bincang berkenaan dengan banjir yang cukup serius di dalam Dewan yang mulia hari ini. Saya rasa itu perkara yang perlu diberi keutamaan. Akan tetapi pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, saya hendak penjelasan, kalau kita lihat kepada perkataan yang digunakan dalam Peraturan Mesyuarat 14, di mana disebut “Penerangan daripada Menteri-menteri”, bukan kementerian.
Jadi soalnya, adakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan hadir selepas penerangan beliau untuk menjawab soalan kita dan soalan-soalan itu akan juga merujuk kepada isu KP SPRM, Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki dan adakah pihak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh memberi pengesyoran bahawa beliau akan hadir selepas penerangan ini untuk menjawab soalan-soalan tersebut kerana ini merupakan perkara yang cukup penting. Kita akan bahas perkara banjir dan juga bangkitkan isu Ketua Pengarah SPRM. Boleh saya mendapat pengesyoran daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga arahan daripada Tuan Yang di-Pertua.
*We should be given full latitude to raise all issues that are important and connected to this issue.
[Tepuk]* Saya hendak tahu daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang, saya dimaklumkan beberapa perkara berlaku di Kabinet semalam, umpamanya, did the Cabinet yesterday give the Securities Commission a direction to issue a statement, did that happen yesterday for example? This is only one question.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Akan tetapi kita hendak bangkitkan perkara-perkara lain. Saya hendak tahu, adakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan berada di sini untuk menjawab soalan-soalan ini ataupun wakil lain akan hadir untuk menjawab bagi pihaknya. Ini adalah kerana peraturan mesyuarat itu menyebut ‘Menteri’ bukan ‘Kementerian’. So, it’s specific to the Minister Tuan Yang di-Pertua. Saya minta penjelasan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Seperti yang saya katakan, hari ini agendanya banjir, bukan agenda SPRM atau rasuah. Jadi, apa-apa yang berkaitan, saya pasti Menteri-menteri yang berkenaan akan menjawab. Kalau tidak berkaitan, macam mana hendak menjawab. Jadi, kita teruskan dengan Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
...Saya ingin menjemput sekarang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memberi penerangan berkenaan situasi bencana banjir penghujung tahun 2021. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, silakan.
[Tepuk]
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, sebelum bermula, point of order, point of order. Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja. Tuan Yang di-Pertua, tidak ada mana-mana dalam peraturan menyatakan bahawa hari ini perkara Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki tidak boleh dibincangkan, isu SPRM. Ini sangat mustahak Tuan Yang di-Pertua.
[Dewan riuh]
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada di sini, bolehkah beliau mengesahkan bahawa beliau tidak ingin membincangkan perkara tersebut.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, saya faham.
Menteri Wilayah Persekutuan - Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Perkara berapa point of order?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Let him, *Speaker no need to reply for him.
Let the Prime Minister reply.*
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Point of order perkara berapa Yang Berhormat?
Tuan Yang di-Pertua
Point’s taken. Yang Berhormat, saya sudah buat ruling hari ini Peraturan Mesyuarat 11(3) agendanya ditetapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai banjir. Silakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Terima kasih.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Isu Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki sebulan akan datang baharu panggil sidang Dewan.
Perdana Menteri - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Boleh buka ya? [Sambil menanggalkan pelitup muka]
Tuan Yang di-Pertua
Ya, sila.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita masih ingat sewaktu persidangan kita tambah satu hari untuk membincangkan pindaan Akta 342, ramai di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat minta supaya kita membincangkan isu banjir. Oleh sebab itu saya menulis surat kepada Tuan Yang di- Pertua untuk memohon perbincangan satu hari suntuk mengenai isu banjir.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Lambat, patutnya hari itu.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Oleh kerana banyak kekeliruan telah pun disebut, pelbagai tuduhan. Cuma saya tidak tuduh sesiapapun di sebelah sana walaupun Ahli Parlimen sepatutnya terlibat dalam banjir tetapi saya tidak sebut sekalipun.
[Tepuk] Tidak pernah saya sebutkan. Jadi, pada hari ini saya tak nak merujuk kepada sesiapa, saya akan menerangkan perkara sebenar yang berlaku supaya rakyat faham apa sebenarnya yang berlaku ketika banjir berlaku.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan menzahirkan perasaan dukacita terhadap bencana alam yang telah melanda negara bermula penghujung tahun 2021 disebabkan oleh taburan hujan yang luar biasa. Bencana banjir dan tanah runtuh telah berlaku di beberapa buah negeri iaitu di Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Kelantan dan juga Sabah dan beberapa buah negeri yang lain. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada 1 November 2021, Jabatan Meteorologi Malaysia ataupun MET Malaysia telah mengumumkan bahawa Monsun Timur Laut atau MTL di Malaysia akan bermula pada 3 November 2021 hingga Mac 2022.
MET Malaysia menjangkakan sebanyak empat hingga enam episod hujan lebat berterusan akan berlaku dalam tempoh tersebut. Sehingga 11 Januari 2022, sebanyak empat episod hujan lebat berterusan telah berlaku.
Episod pertama 10 November 2021. Episod 1, negeri-negeri yang terlibat banjir adalah Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Johor, Melaka dan Perak.
Episod kedua, 2 hingga 4 Disember 2021. Negeri-negeri yang terlibat adalah Terengganu, Kedah, Johor dan Sarawak.
Episod ketiga, 12 hingga 19 Disember 2021. Negeri yang terlibat banjir adalah Terengganu, Kelantan, Pahang, Selangor, Sabah, Kedah, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Episod keempat, pada 27 Disember 2021 hingga 4 Januari 2022. Negeri-negeri yang terlibat adalah Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor, Terengganu dan Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini saya ingin menjelaskan sekali lagi bahawa persediaan menghadapi Monsun Timur Laut 2021-2022 adalah berdasarkan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Nombor 20. Berdasarkan arahan ini Agensi Pengurusan Bencana Negara ataupun NADMA selaku Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat ataupun JPBP pada setiap tahun akan merancang persediaan menghadapi musim Monsun Timur Laut.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Pada kali ini, saya sendiri telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) pada 13 September 2021 yang dihadiri oleh menteri- menteri besar, ketua-ketua menteri, setiausaha-setiausaha kerajaan negeri selaku pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri serta wakil-wakil agensi Persekutuan dan juga negeri. Agenda utama mesyuarat ini ialah pembentangan mengenai kesiapsiagaan bagi menghadapi Monsun Timur Laut tahun 2021/2022.
Mesyuarat juga bersetuju supaya peruntukan sebanyak RM9.5 juta daripada Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) disediakan bagi kesiapsiagaan Operasi Monsun Timur Laut 2021/2022 dengan agihan pecahan seperti berikut:
(i) RM100,000 diagihkan kepada setiap agensi tindak balas iaitu ATM, PDRM, JBPM, KKM, JKM, APM dan RELA;
(ii) RM20,000 bagi setiap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri di 14 buah negeri; dan
(iii) RM50,000 bagi setiap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.
Lanjutan daripada mesyuarat ini, pada 5 Oktober 2021, NADMA telah mengaturkan sesi libat urus Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas- tugas Khas) selaku Menteri yang bertanggungjawab terhadap pengurusan bencana negara bersama semua setiausaha kerajaan negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.
Sesi ini menekankan kepada keperluan kesiapsiagaan semua jentera pengurusan bencana di setiap peringkat untuk menghadapi Monsun Timur Laut 2021/2022. Inilah peranan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai mengingatkan kerajaan negeri untuk bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Selain daripada itu, NADMA juga telah mengambil tindakan-tindakan seperti berikut:
(i) menyelaras dan mengadakan latihan amal serta simulasi pengurusan bencana yang melibatkan agensi-agensi tindak balas, kerajaan negeri, pejabat-pejabat daerah dan badan- badan bukan kerajaan (NGO);
(ii) mengeluarkan arahan pengaktifan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) negeri dan daerah pada 2 November 2021 kepada semua pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri iaitu setiausaha kerajaan negeri sejurus selepas pengumuman MET Malaysia pada 1 November 2021 bahawa permulaan Monsun Timur Laut dari 3 November 2021 sehingga bulan Mac 2022 bagi memastikan penyelarasan tindak balas operasi bencana di setiap peringkat berjalan lancar;
(iii) mengeluarkan notis kesiapsiagaan melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) kepada semua agensi tindak balas dari semasa ke semasa berdasarkan amaran terkini yang dikeluarkan oleh MET Malaysia dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS); dan
(iv) hebahan amaran banjir melalui media massa dan khidmat pesanan ringkas (SMS).
Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, MET Malaysia telah pun mengeluarkan amaran hujan berterusan bagi kategori merah iaitu kategori bahaya pada Sabtu, 18 Disember 2021, susulan hujan lebat berterusan di kebanyakan wilayah di Semenanjung Malaysia. Angin Monsun Timur Laut yang sepatutnya bertiup ke Laut Andaman telah melalui Selat Melaka ekoran sistem tekanan
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
rendah di perairan tersebut. Keadaan ini telah mencetuskan hujan lebat yang luar biasa terutamanya di negeri Selangor.
MET Malaysia telah mengeluarkan sebanyak enam kali amaran cuaca signifikan yang boleh mengakibatkan hujan lebat. Namun, amaran cuaca ini tidak diendahkan oleh sesetengah pihak yang terlibat secara langsung dalam pengurusan bencana kerana andaian iaitu hanya negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang akan terjejas akibat banjir yang dibawa oleh hujan lebat berterusan akibat luruan monsun.
Persediaan bagi menghadapi musim tengkujuh juga telah banyak tertumpu pada negeri- negeri di Pantai Timur dan banjir luar biasa di Selangor yang berlaku adalah di luar jangkaan banyak pihak.
Banjir di negeri Selangor bermula pada 18 Disember 2021 telah berlaku akibat daripada jumlah purata taburan hujan luar biasa iaitu 380 mililiter pada hari tersebut yang menyamai jumlah purata taburan hujan bagi tempoh sebulan. Pada masa yang sama, kejadian air pasang telah menyebabkan banjir ini bertambah lebih buruk.
Berikutan keadaan banjir luar biasa yang tidak disangka ini, situasi kelam-kabut telah berlaku pada hari pertama pengurusan banjir di Selangor dan telah mengakibatkan pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk menjalankan operasi kerana berlakunya kompleksiti banjir bandar (urban flooding). Malah, pengurusan banjir di Selangor masih tidak menunjukkan perubahan yang ketara pada hari kedua dan ketiga sehingga menyebabkan ketidakpuasan hati mangsa-mangsa berikutan kelewatan operasi menyelamat dan penghantaran bantuan.
Menyedari situasi banjir yang semakin kritikal di Selangor, pada malam Sabtu, 18 Disember 2021, iaitu pada malam hari pertama banjir berlaku, saya telah bergegas ke Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) bagi mendapatkan maklumat dan mengetahui situasi sebenar di lapangan melalui penerangan oleh Ketua Pengarah NADMA. Di sana, saya sendiri telah mengambil tindakan segera dengan mengaktifkan talian hotline bagi memudahkan aduan dan pertanyaan berkaitan banjir melalui NDCC.
Saya sendiri telah menghubungi Panglima Angkatan Tentera (PAT), Panglima Tentera Darat (PTD) dan Ketua Polis Negara (IGP) bagi menggerakkan anggota dan aset tambahan milik Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia dari negeri berhampiran ke negeri Selangor bagi membantu pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta lain-lain agensi yang sedang giat melaksanakan operasi menyelamat. Ini kerana sebahagian besar aset seperti bot penyelamat telah siap sedia ditempatkan di negeri-negeri lain khususnya Pantai Timur yang dijangkakan berisiko berhadapan dengan banjir besar.
Pada malam yang sama, saya juga telah membuat live PC untuk memberikan penjelasan terkini mengenai tindakan yang sedang dan akan dilakukan oleh kerajaan dalam menghadapi situasi banjir yang baru bermula ketika itu.
Susulan daripada komunikasi tersebut, PAT telah mengarahkan Panglima 11 Briged untuk serta-merta mengatur gerak anggota dan aset tambahan ke kawasan yang terjejas. IGP juga telah mengarahkan tambahan anggota dan aset dari negeri-negeri yang berhampiran untuk membantu pasukan sedia ada.
Jadi, suka saya jelaskan, pada waktu yang sama, selain dari Selangor, negeri- negeri lain juga menghadapi banjir. Pahang menghadapi banjir yang besar, Kelantan dan lain-lain negeri Pantai Timur. Jadi, aset sebenarnya telah pun digerakkan ke seluruh negara. Jadi di peringkat awal kalau ada kekurangan aset di Selangor, ia kerana telah diagih-agihkan ke negeri-negeri lain.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Walau bagaimanapun tindakan segera telah pun dilakukan oleh Angkatan Tentera Malaysia dan juga PDRM untuk menambahkan aset-aset tersebut dengan mengerakkan aset dari negeri-negeri lain yang belum lagi banjir ketika itu. Sejurus selesai di NDCC, saya telah melakukan tinjauan situasi dan juga proses pemindahan banjir di Kampung Bukit Lanchong, Putra Heights sehingga lewat pagi.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Jadi, kalau kata saya tiada, tidak nampak muka waktu banjir, hari pertama pun malam itu saya sudah keluar berada di lapangan. Cuma saya tidak tahulah rakan-rakan lain.
[Tepuk] Saya tidak tahu mungkinlah saya tidak nampak rakan-rakan lain pun Ahli Parlimen, ADUN dan sebagainya bekerja waktu malam itu okey.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Kami bekerja turun padang.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Yang Berhormat Shah Alam hilang.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri gagal...
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Mungkin...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
...Mengerakkan... [Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Ada Yang Berhormat Menteri pergi melambai- lambai tangan sahaja.
Tuan P. Prabakaran - Batu
Siapakah pergi cuti?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ada beberapa Ahli Parlimen yang dianggap hilang ketika itu. Keesokannya pada Ahad 19 Disember 2021...
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Umrah, umrah, umrah lebih penting.
Umrah lebih penting.
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Saya juga telah melawat mangsa banjir...
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Yang Berhormat Kota Raja pun hilang.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
...Yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Telok Gong, Klang dan PPS Sekolah Kebangsaan Johan Setia.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, berikutan kelewatan operasi menyelamat dan penghantaran bantuan yang diselaraskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah di Selangor sehingga mendapat reaksi negatif daripada rakyat. Saya telah mengambil inisiatif dan keputusan untuk mempengerusikan beberapa siri mesyuarat.
Pertama, Mesyuarat Khas pada 19 Disember 2021 di Pejabat Daerah dan Tanah Klang yang dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor dan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Pengerusi JBPN bagi mendapatkan penerangan situasi semasa dan isu yang memerlukan tindakan segera yang juga dihadiri oleh Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara yang ketika itu dimaklumkan tentang kekurangan yang ada di Selangor dan tindakan segera telah pun dilakukan ketika itu.
Sepatutnya bukan saya mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Selangor.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tidak bersedia langsung kerajaan Selangor.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Patut bukan saya. Patutnya sudah ada jawatankuasa yang telah pun diwujudkan di negeri-negeri.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Ya, patutnya siapa? Tan Sri Noh bin Haji Omar?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Di negeri-negeri Selangor.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kerajaan negeri lah.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Tan Sri Noh bin Haji Omar sepatutnya.
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort
Kerajaan negeri.
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat, tolong.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ikut peraturan ya, ikut peraturan. Hendak mencelah, beritahu saya insya-Allah saya benarkan.
[Dewan riuh]
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Ya, saya hendak mencelah.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Okey, sepatutnya tidak ada.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Duduklah Yang Berhormat Shah Alam, hilang sahaja. Duduk.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Saya hendak mencelah.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Yang Berhormat Shah Alam duduk.
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Kenapa hendak mencelah ini?
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Saya hendak mencelah.
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Tidak ada pencelahan. Yang Berhormat.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Perdana Menteri...
[Dewan riuh]
Menteri Wilayah Persekutuan - Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Selamat Pengantin Baharu Yang Berhormat Shah Alam.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Sekejap lagi bahaslah Yang Berhormat Shah Alam.
[Dewan riuh]
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Shah Alam.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tidak ada sudah? Hilang. Polis cari.
[Dewan riuh]
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ini, Tuan Yang di-Pertua. Duduklah, duduk, duduk. Ahli Parlimen Shah Alam dikatakan hilang tiada dalam radar. Duduk.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, bawa bertenang, bawa bertenang.
Silakan.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Sudah hilang, sudah hilang.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Okey, kalau turun padang baguslah. Bagus, bagus, bagus.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Kita cari penyelesaian, bukan blame game.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Bagus, bagus.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Kita tidak mahu majlis blame game. Majlis cari penyelesaian itu yang kita hendak. Itu sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Terima kasih.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Amat Berhormat, teruskan.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua, point of order. Very short.
Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Tidak boleh sindir-sindir orang macam itu.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Duduk, duduk.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Point of order, very short.
Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Jangan sindir-sindirlah.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Ya.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Puchong.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Gambar Yang Berhormat Shah Alam hari pertama lagi ada.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Sindir saya dari hari pertama lagi sebenarnya.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Bukan sindir. [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat semua. Kita hendak membincangkan masalah banjir jadi marilah kita bincangkan secara berhemah ya. Yang Berhormat Puchong, point of order seminit sahaja seminit.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Sekejap Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta arahan daripada Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan apabila ada ucapan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di bawah Aturan Mesyuarat 14. Adakah Aturan Mesyuarat 36 juga terpakai?
Tuan Yang di-Pertua
Aturan Mesyuarat 36?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Aturan Mesyuarat 36. Ini kerana di dalam penerangan yang diberikan itu kalau ada perkara yang tidak betul dan sebagainya, seharusnya beliau ini tidak dibenarkan untuk menyelarkan sedemikian.
Tuan Yang di-Pertua
Mestilah terpakai.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Betul,betul.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
He takes the floor. Patut dia berani untuk memberikan jawapan kalau ada perkara-perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, mesti terpakai.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Dia kena jawab siapa sebenarnya? Tidak boleh begini.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Sudah dijawab. Yang Berhormat Shah Alam...
Menteri Wilayah Persekutuan - Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Sudah dijawab Yang Berhormat Shah Alam...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Yang Berhormat sila. Saya buat ruling sekarang.
Memang semua peraturan mengenai ucapan adalah terpakai kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat ya. Yang Amat Berhormat, silakan jawab.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Jadi dalam keadaan itu Tuan Yang di- Pertua Yang Berhormat Shah Alam ada bangkitkan perkara peraturan...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Shah Alam hilang dari radar Tuan Yang di-Pertua. Dia...
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Saya tidak akan benarkan. Yang Berhormat, saya tidak benarkan pencelahan semasa penerangan Yang Berhormat Menteri ya. Tidak ada.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Okey terima kasih. Ikut peraturanlah tiada pencelahan ya. Okey.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Ya, silakan. Nanti saya— Saya akan benarkan perbincangan selepas ini.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Ada pencelahan ke?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Ini peraturan mesyuarat. Tuan Yang di- Pertua kena buat ruling.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Amat Berhormat, silakan,
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Okey saya bentangkan dan saya pun tidak menyebut nama kawasan.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Ya kena sebut.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Sebutlah.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Secara menyeluruh, general. You are the lawyer.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Kena sebut itu yang kita hendak. Hendak beritahu berkenaan dengan Selangor sebut.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Sebutlah.
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Puchong.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Saya tidak sebut nama pun.
Tuan Yang di-Pertua
Ini penerangan Yang Amat Berhormat. Boleh bangkitkan selepas inilah.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Okey, okey saya hendak teruskan. Duduk.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
You hendak teruskan, jawab. You take the floor.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Puchong, tolong.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Saya pun pergi ke Puchong itu hari ya untuk makluman.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
You pergi ke merata tempat tetapi tidak panggil Ahli Parlimen. Kalau hendak betul tahu masalah tempat itu, panggil Ahli Parlimen.
Ini masalah...
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sudahlah.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Banjir ini kecemasan, banjir ini kecemasan ya.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Be a gentleman. Bukan macam ini hendak politikkan perkara besar.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Banjir tidak payah pakai surat jemputan.
Tuan Yang di-Pertua
Cukup, cukup, cukup.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Banjirnya...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Kemudian datang ke Dewan, tak nak bagi jawapan.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, cukup.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Ini masalah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. What is the point of view?
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Banjir...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Puchong, tolong.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Kalau banjir, banjir ini kecemasan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Mana boleh dimaklumkan.
Yang Berhormat, sebut di mana?
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
All right, Yang Berhormat semua Yang Berhormat-Yang Berhormat semua.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Jadi saya turun saya tidak beritahu Ahli Parlimen yang berkenaan kerana banjir ini kecemasan. Jadi, tiada jemputan dikeluarkan.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Amat Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri datang satu minggu kemudian, bukan dalam masa itu. Tell the truth.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, tolong. Please Yang Berhormat.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Kedua, Mesyuarat Kedua Khas Penyelarasan Bencana Negara pada 20 Disember 2021 bersama anggota-anggota Kabinet dan Ketua- ketua Setiausaha Kementerian di Parlimen bagi menyelaras tindakan-tindakan menyelamat dan pemberian bantuan kepada mangsa dengan mengerakkan anggota dan aset tambahan ke kawasan terjejas banjir bagi memastikan rakyat di selamatkan serta ditempatkan di Pusat PPS secepat mungkin.
Ketiga, Mesyuarat Khas bersama Yang Berhormat Menteri Besar dan Yang Berhormat Ketua Menteri pada 21 Disember 2021 bagi mendapatkan maklum balas semua negeri berhubung isu banjir.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, bermula pada petang Sabtu 18 Disember 2021, PDRM, JBPM, ATM dan APM sebenarnya telah pun mengerakkan
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
pasukan masing-masing bagi memindahkan mangsa. Namun, menghadapi kesukaran kerana suasana yang semakin gelap dan terdapat ramai mangsa yang masih enggan meninggalkan kediaman mereka ketika itu. Kejadian banjir yang berlaku ini...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri salahkan mangsa sekarang ini baguslah itu.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tidak, kita tidak salahkan. Ini cerita yang sebenar.
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Jangan bohonglah, jangan bohonglah! Banyak sangat bohong ini.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kalau sudah kantoi...
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Sudahlah. Yang Berhormat.
[Mengetuk tukul]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Saya...
Tuan Yang di-Pertua
Saya bagi amaran pertama ya.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Saya memaklumkan ya.
Tuan Yang di-Pertua
Selepas ini saya akan benarkan sesiapa yang mengacau untuk keluar makan angin dekat luar. Okey? Amaran pertama. Yang Amat Berhormat, silakan.
Tuan Yang di-Pertua
Kejadian banjir yang berlaku ini melebihi kemampuan jentera tindak balas Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Selangor. Selangor juga jarang berdepan dengan banjir luar biasa seperti kali ini. Biarpun amaran hujan berterusan telah dikeluarkan, impak taburan hujan yang tinggi ini sangat tidak diduga oleh semua pihak. Sebagai contoh, meskipun penduduk di Taman Sri Muda, Shah Alam sudah biasa berdepan banjir kilat akibat hujan lebat, namun mereka tidak menjangka air akan naik begitu cepat dan tinggi pada kali ini.
Agensi penyelamat juga menghadapi kesukaran mendapatkan kerjasama penduduk untuk berpindah dengan segera. Rata-rata mangsa memberikan alasan hendak menyelamatkan harta benda. Jarak PPS yang agak jauh dari rumah, bimbang rumah dimasuki pencuri serta bimbang risiko jangkitan COVID-19 di PPS.
Berikutan itu, apabila paras air naik secara mendadak, ramai penduduk terperangkap dan memerlukan pertolongan segera. Namun demikian, kerja-kerja menyelamat menjadi lebih sukar berikutan kenderaan yang terperangkap di jalan utama sehingga menghalang kenderaan penyelamat memasuki kawasan perumahan sehingga ada keadaan yang mana aset-aset penyelamat terpaksa dipikul ke kawasan terlibat.
Selain daripada itu, bot-bot penyelamat juga sukar untuk bergerak di dalam kawasan banjir kerana tersangkut pada kenderaan yang tenggelam di kawasan terjejas.
Kelewatan kerja-kerja menyelamat juga adalah disebabkan alamat rumah yang diberikan oleh pemanggil tidak dapat dikenal pasti kerana sudah ditenggelami air. Untuk makluman Yang Berhormat, sokongan aset dan kekuatan anggota penyelamat serta petugas dari lain-lain negeri pula berhadapan dengan kesukaran kerana tidak arif dengan selok-belok kawasan yang ditenggelami banjir dan memerlukan jurupandu.
Selain daripada itu, sekolah dan fasiliti yang telah diwartakan sebagai PPS pula turut ditenggelami air. Justeru, PPS ad hoc diwujudkan seperti penggunaan surau, masjid, malahan khemah sementara juga telah didirikan dengan kadar segera bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir yang diselamatkan.
Ketiadaan bekalan elektrik dan infrastruktur komunikasi yang terputus akibat banjir menyebabkan penduduk tidak dapat menghubungi agensi penyelamat untuk bantuan. Inilah antara cabaran yang dihadapi oleh pasukan penyelamat dan petugas di
Tuan Yang di-Pertua
lapangan dalam operasi bencana yang luar biasa ini. Tuan Yang di-Pertua, pada 26 Disember 2021, saya telah mengarahkan satu task force ditubuhkan bertujuan untuk menyegerakan operasi pembersihan dan penyampaian bantuan kepada mangsa-mangsa yang terjejas, di samping perbelanjaan gelombang kedua banjir.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya mencelah?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Task force ini yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara...
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Sekejap, berkaitan dengan PPS ad-hoc tadi.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, tiada pencelahan. Nanti bangkitkan perkara itu.
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
...mempunyai lima kluster utama seperti berikut:
(i) kluster penyaluran Bantuan Kewangan Ihsan (BWI) yang diterajui oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM);
(ii) kluster komunikasi strategik yang diketuai oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM);
(iii) kluster pemulihan infrastruktur yang diterajui oleh Jabatan Kerja Raya;
(iv) kluster pemulihan kelestarian dan kebersihan awam yang diterajui oleh KPKT dan Kementerian Alam Sekitar dan Perairan (KASA); dan
(v) kluster pemulihan kesihatan awam yang diterajui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Perlu saya tekankan di sini bahawa banjir di Selangor merupakan suatu kejadian yang luar biasa. Berikutan kelemahan yang dikenal pasti di peringkat negeri dan daerah menyebabkan saya terpaksa campur tangan. Umum mengetahui pada tempoh yang sama, terdapat beberapa buah negeri lain yang turut dilanda banjir, malah ada negeri telah dilanda banjir daripada skala yang lebih buruk seperti di negeri Pahang. Namun, disebabkan jentera pengurusan bencana di peringkat negeri dan daerah adalah teratur dan bersedia, bencana ini dapat dikendalikan dengan baik walaupun terdapat beberapa cabaran. Arahan Majlis...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat boleh? Mengelirukan ini.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Arahan Majlis Keselamatan Negara No.20...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Hari ini cakap Pahang. Selangor...
[Perkataan kurang jelas] ...dari Pahang. Jangan bohonglah.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Yang Berhormat Sepang, duduk.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
...berkaitan dasar dan mekanisme...
[Perkataan kurang jelas]
Menteri Wilayah Persekutuan - Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Sudahlah masa banjir tidak nampak muka.
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Arau, jangan cakap kalau tidak tahu ya, Yang Berhormat Arau.
[Pembesar suara dimatikan] [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Tolong. Yang Berhormat, duduk. Yang Berhormat, duduk, duduk!
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Arahan Majlis Kementerian Negara No.20 berkaitan dasar dan mekanisme pengurusan bencana negara dengan jelas menggariskan peranan dan tanggungjawab setiap jawatankuasa pengurusan bencana...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Pahang lagi hebat, pasal banjir balak, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Daripada segi perintah kawalan. Pos kawalan tempat kejadian...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Pahang lagi hebat. Dikendalikan dengan baik, pasal banjir balak. Balak datang ke rumah.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, tolong. Duduk, duduk.
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Dikendalikan...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Dikendalikan oleh kayu balak.
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Dikendalikan oleh ketua polis daerah dan pejabat bomba daerah masing-masing, bertindak sebagai komander dan timbalan komander operasi bencana. Manakala, PKOB perlu dibuka oleh urus setia jawatankuasa pengurusan bencana di peringkat yang berkaitan. Pengerusi JPPD bersama-sama dengan komander operasi bencana bertanggungjawab membuat penilaian mengenai bencana yang berlaku dan keupayaan agensi-agensi di peringkat daerah dalam mengendalikan bencana tersebut.
Setelah penilaian dibuat dan tindakan awalan diambil tetapi didapati bahawa kejadian bencana tersebut tidak dapat ditangani di peringkat daerah. JPBD hendaklah memaklumkan kepada JPBN dan seterusnya, JPBP untuk mendapatkan bantuan segera.
Tuan Yang di-Pertua, sejak Monsun Timur Laut tahun 2021 dan tahun 2022 bermula, PKOB Pusat telah diaktifkan. Mulai 18 Disember 2021 sehingga hari ini, PKOB Pusat beroperasi 24 jam sehari dengan kehadiran wakil-wakil agensi secara full, many.
Selain itu, tindakan-tindakan yang telah diselaraskan PKOB Pusat antara lain mengadakan mesyuarat penyelarasan secara harian melibatkan semua PKOB negeri, agensi-agensi penyelamat dan teknikal.
Maklumat dan data harian daripada mesyuarat ini dijadikan panduan kepada bilik gerakan PKOB Pusat ataupun MDCC untuk penyelarasan segera semua agensi serta PKOB negeri dan daerah. Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah mengambil tindakan segera bagi penyediaan makanan dan keperluan mangsa-mangsa yang berpindah ke PPS yang diwartakan mahupun dibuka secara ad hoc.
Di samping itu, NADMA telah mengatur gerak Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dalam membantu operasi tindak balas bencana di lapangan.
Pasukan pemantauan iaitu NADMA Emergency Support Team (NEST) turut diatur gerak ke lapangan untuk membantu tindakan strategik dan memudah cara pengurusan di negeri-negeri dan daerah ketika bencana.
Jabatan Kerja Raya (JKR) daripada semasa ke semasa melaporkan maklumat penutupan jalan serta peta atau pelan laluan alternatif. Bagi situasi jambatan runtuh, JKR bersama pihak Angkatan Tentera Malaysia dan NADMA melaksanakan kerja-kerja pembaikan segera bagi kawasan yang terputus hubungan melalui pemasangan jambatan Bailey.
Kerajaan juga telah menyediakan talian hotline bagi memudahkan aduan dan pertanyaan berkaitan banjir melalui NDCC dan MyGCC. Selain itu, nombor perhubungan PKOB negeri dan daerah juga telah dimuat naik ke portal NADMA dan di media-media sosial. Mohon kebenaran minum air.
[Memegang botol air mineral]
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
[Dewan riuh]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Boleh.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Talian itu hot sahaja, line tidak ada.
[Dewan riuh]
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Yang Berhormat Sepang pun tidak turun.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Hotak kau! Kalau tidak tahu, jangan cakap!
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang. Nanti – Yang Berhormat Sepang, rehat.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sepang cool sedikit, nanti serangan jantung.
[Dewan ketawa]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua tidak ada kawasan banjir, Tuan Yang di-Pertua mana tahu. Tuan Yang di-Pertua tahu hendak pergi lindungi orang lain sahaja, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Yang Berhormat Sepang belum makan ubat itu.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
You have been defending orang lain sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak boleh terima ahli pembohong ini.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sepang, tolong.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Menteri pembohong.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Sepang yang bohong. Duduk lah.
Tuan Yang di-Pertua
Jangan lah. Tolong, tolong. Tidak elok cakap orang bohong macam itu. Yang Berhormat, tolong. Silakan Yang Amat Berhormat.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Tuan Yang di-Pertua, ini sesi Perdana Menteri defend diri dia ini apa kah?
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Lepas ini boleh berbahas.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Semua salah orang sahaja, tidak ada salah dia.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Saya hendak minta penjelasan. Kalau macam ini kita hendak dengar, tulis lah buat satu write-up dalam mana- mana, keluar surat khabar. Kita boleh baca. Tidak perlu sidang hari ini.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Berdasarkan maklumat daripada JKM, secara keseluruhannya sejak Monsun Timur Laut tahun 2021-2022 bermula...
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Ini hendak defend diri dia, macam mana ini dibenarkan? Beri perhatian.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tak payah defend lah, kamu bersalah pun.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tiga belas buah keluarga telah dipindahkan ke 1,112 pusat pemindahan sementara yang melibatkan 136,030 mangsa. Meskipun Monsun Timur Laut masih belum tamat, yang dijangka berakhir pada bulan Mac 2022, pada ketika ini semua PPS di seluruh negara telah ditutup sepenuhnya tetapi sentiasa bersedia pada sebilangan masa, sekiranya perlu dibuka semula. Manakala PDRM pula telah melaporkan sebanyak 55 kes kematian akibat bencana banjir luar biasa yang mengakibatkan 40 orang lelaki dewasa, 20 orang perempuan dewasa, dua orang kanak-
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan. Seramai dua orang mangsa dilaporkan masih hilang.
Saya ingin merakamkan ucapan takziah serta menzahirkan rasa simpati yang amat mendalam terhadap mereka yang telah kehilangan ahli keluarga akibat bencana ini dan turut mengakibatkan kerosakan dan kemusnahan kediaman serta harta benda.
Tuan Yang di-Pertua, bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa- mangsa banjir kali ini, pada 29 Disember 2021 saya telah mengumumkan Bantuan Keluarga Malaysia berjumlah RM1.4 bilion seperti berikut.
Pertama, Bantuan Wang Ihsan sejumlah RM1,000. Sehingga 19 Januari 2022, sejumlah RM125.504 juta telah disalurkan menggunakan Tabung Kumpulan Wang Amanah Bencana kepada negeri-negeri yang terjejas bagi tujuan pengagihan Bantuan Wang Ihsan kepada setiap keluarga, ketua isi rumah.
Sehingga 18 Januari 2022, bagi mangsa yang berpindah ke PPS, prestasi pengagihan adalah sebanyak 97.3 peratus daripada bilangan ketua isi rumah yang layak bagi gelombang pertama banjir yang meliputi lapan buah negeri manakala prestasi pengagihan bagi gelombang kedua adalah sebanyak 57.3 peratus meliputi negeri Terengganu, Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang, Sabah dan Johor. Bagi mangsa banjir yang tidak berpindah ke PPS, prestasi pengagihan adalah sebanyak 50.8 peratus.
Kedua, Bantuan Pembelian Keperluan Asas (BPKA). NADMA telah menyalurkan RM25 juta kepada ICU menggunakan Tabung Bencana bagi tujuan pengagihan bantuan ini kepada ketua isi rumah yang layak. Bantuan ini telah mula diberikan sejak 8 Januari 2022. Peruntukan tambahan diberikan dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan semasa.
Ketiga, Bantuan Membina dan Membaiki Rumah.
(i) Kategori 1. Bantuan pembaikan ini berjumlah kurang RM5,000 menggunakan Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana yang diberikan secara tunai kepada ketua isi rumah yang layak. Ia diselaraskan oleh ICU dengan kerjasama agensi- agensi teknikal dan kerajaan negeri;
(ii) Kategori 2. Bantuan pembaikan ini berjumlah antara RM5,000 hingga RM15,000. Kategori bandar dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) manakala kategori luar bandar dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB);
(iii) Kategori 3. Bantuan pembinaan rumah baharu akibat kemusnahan keseluruhan yang berjumlah RM56,000 untuk seunit. Kategori bandar dilaksanakan oleh KPKT manakala kategori luar bandar dilaksanakan oleh KPLB;
(iv) Baucar diskaun pembelian alat elektrik dan rebat bil elektrik bulan Disember 2021. Bantuan berjumlah RM500 bagi setiap ketua isi rumah yang layak;
(v) GLIC serta GLC Disaster Recovery Network (GDRN).
Sumbangan sebanyak RM139.2 juta bagi membantu menyediakan keperluan asas kepada ketua isi rumah yang terkesan.
(vi) Pinjaman Mikro Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk isi rumah. Pinjaman tanpa faedah sehingga RM10,000 dengan enam bulan moratorium bayaran balik dalam tempoh tiga tahun.
Ini saya difahamkan adalah tiada interest pun dikenakan. Menteri Kewangan ya?
Tiada interest. Keempat, pinjaman TEKUN untuk perusahaan mikro kecil dan sederhana.
Pinjaman maksimum RM100,000, pinjaman juga adalah tanpa faedah bagi perusahaan
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
mikro sehingga RM1,000 dan moratorium selama setahun. Kemudahan pinjaman bantuan bencana untuk PMKS disediakan oleh Bank Rakyat Malaysia dan pinjaman maksimum RM500,000. Moratorium pinjaman mangsa banjir. Permohonan moratorium sehingga enam bulan bagi pinjaman sedia ada.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, jumlah RM1.4 bilion ini adalah bantuan secara terus oleh kerajaan kepada mangsa banjir yang terkesan. Selain daripada jumlah ini, kerajaan juga telah menyediakan peruntukan bagi pembaikan infrastruktur kerosakan dan sebagainya yang jauh melebihi nilai tersebut.
Pihak kerajaan sedang membuat penilaian bagi semua kerja yang dimaksudkan ini.
Sehingga 18 Januari 2022, secara keseluruhannya sebanyak 99.67 peratus telah siap dilaksanakan bagi kerja-kerja pembersihan fasa 1 yang melibatkan enam buah negeri iaitu Johor, Pahang, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Manakala 100 peratus bagi fasa 2 yang melibatkan dua buah negeri iaitu Negeri Sembilan dan Melaka telah dibersihkan. Jumlah sisa terkumpul yang dibersihkan bagi fasa 1 dan 2 adalah sebanyak 85,516 tan.
Sehingga 11 Januari 2022, semua kawasan yang terjejas bekalan elektrik telah disambung semula. Sehingga 19 Januari 2022, sebanyak 1,058 dari 1,066 infrastruktur komunikasi atau 99 peratus daripada jumlah keseluruhan lokasi infrastruktur komunikasi telah diperbaiki. Dalam pada itu, terdapat kerosakan infrastruktur awam, premis-premis kerajaan, kerugian perniagaan, kediaman rakyat dan kerosakan lain-lain sedang dinilai oleh agensi berkaitan. Setakat ini sebanyak 2,180 unit pencawang elektrik, 1,066 unit menara komunikasi, lima lokasi jambatan runtuh rosak dan 61 lokasi jalan telah mengalami kerosakan.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan situasi pengurusan bencana yang telah berlaku, kerajaan telah mengenal pasti tiga cabaran utama yang perlu diberi perhatian untuk diperbaiki dan ditambah baik dengan segera, iaitu pemahaman terhadap Arahan MKN 20 dan saya berpandangan bahawa masih terdapat kelemahan daripada segi pemahaman dalam kalangan agensi-agensi berkaitan di peringkat pusat, negeri dan daerah serta badan berkanun, pihak swasta dan badan-badan bukan kerajaan berkaitan tanggungjawab mereka di bawah Arahan MKN 20 di peringkat sebelum, semasa dan selepas bencana.
Kedua, kelemahan perintah dan kawalan. Ketiadaan NADMA di negeri dan daerah menyukarkan koordinasi secara terus dengan agensi-agensi di lapangan.
Kerjasama rapat pelbagai pihak seperti kerajaan negeri dan kerajaan tempatan penting dalam memastikan keberkesanan pengurusan bencana negara pada tahap optimum dan seterusnya struktur organisasi sedia ada juga membataskan keupayaan NADMA untuk menyelaras tindakan pengurusan bencana yang melibatkan penduduk setempat, badan- badan bukan kerajaan dan kerajaan tempatan. Kekangan ini menyebabkan NADMA tidak dapat menguruskan bencana secara terus di peringkat negeri dan daerah.
Ketiga, kelemahan pengurusan maklumat dalam pengurusan bencana.
Pengurusan bencana negara sangat bergantung pada maklumat dinamik yang tepat dan cepat dari lapangan. Pada masa ini, pengurusan bencana negara masih mengamalkan kaedah pengumpulan maklumat secara konvensional dan tidak seiring dengan perkembangan teknologi semasa.
Situasi ini menyebabkan proses penyediaan laporan, penganalisaan, pembuatan keputusan dan pengurusan data mempunyai kelemahan yang ketara dan penyaluran maklumat dengan lebih pantas dan tepat kepada agensi-agensi tindak balas dan mangsa banjir masih perlu diperbaiki.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah mengarahkan agensi yang bertanggungjawab supaya mempercepatkan pembangunan fasa kedua Program Ramalan dan Amaran Banjir yang diuruskan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran meliputi 38 lembangan sungai utama seluruh negara bagi membolehkan ramalan awal banjir yang lebih tepat dikeluarkan.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Dari segi hebahan kepada orang awam, kaedah terbaik dan terpantas untuk mengeluarkan amaran awal dan arahan bersedia khususnya kepada penduduk di kawasan rendah dan berisiko banjir perlu ditambah baik. Misalnya, menggunakan aplikasi Whatsapp push notification, melalui kerjasama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi.
Penghasilan visual simulasi banjir, infografik dan sebagainya juga perlu diberi perhatian yang boleh disebarluaskan melalui media massa dan media sosial.
Bagi penyediaan makanan kepada mangsa banjir pula, penggunaan teknologi retort ataupun makanan sedia dimakan (meals ready-to-eat) untuk diedarkan kepada mangsa banjir kerana kaedah pembungkusan tersebut lebih tahan lama dan kalis air.
Pengerusi dan agensi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana di setiap peringkat perlu mahir dan memainkan peranan masing-masing selaras dengan Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 20. Sudah tiba masanya kita juga memperkasakan peranan dan sumbangan organisasi sivil (civil society organisation) dalam pengurusan bencana serta mengalu-alukan penglibatan mereka. Penglibatan CSO secara terselaras dapat melancarkan lagi proses penyampaian bantuan kepada mereka yang terjejas.
Selain itu, pemerkasaan komuniti perlu dipertingkatkan lagi bagi mewujudkan masyarakat yang berdaya tahan terhadap bencana. Peranan setiap ahli komuniti sebagai first responder apabila berlaku sebarang bencana perlu diterapkan dan bukan hanya bergantung pada agensi penyelamat semata-mata.
Tuan Yang di-Pertua serta Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, aspek pengurusan risiko bencana atau disaster risk reduction (DRR) juga tidak boleh dipandang remeh. DRR perlu ditambah baik secara whole-of-society approach dan diterapkan dalam segenap aspek melalui pembangunan ekonomi, pendidikan, kesihatan dan sebagainya. Ini kerana pengurusan bencana adalah urusan semua pihak. Komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam merupakan kunci yang perlu dilaksanakan secara berterusan bagi membentuk budaya perkongsian tanggungjawab termasuk dalam DRR.
Selain daripada itu, pihak berkuasa tempatan perlu sentiasa memainkan peranan seperti memastikan saluran longkang monsun khususnya di bandar dan pinggir bandar sentiasa berada dalam keadaan baik dan tidak tersumbat dengan sampah-sarap. Ini bagi mengurangkan risiko berlakunya banjir kilat yang juga boleh membawa kerugian akibat kerosakan harta benda.
Saya melihat bencana bukan sahaja daripada aspek kerosakan yang dibawa tetapi juga dari sudut positif yang mana ia adalah peluang untuk kita belajar, mengambil pelajaran serta iktibar agar kita lebih bersedia dan berdaya tahan terhadap bencana pada masa hadapan. Saya juga telah mengarahkan NADMA mempercepatkan penggubalan Akta Pengurusan Bencana.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum mengakhiri ucapan saya – Pembentangan saya ini, saya ingin memaklumkan juga bahawa bagi butiran terperinci mengenai pengurusan bencana akan diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Yang Berhormat Menteri Kewangan akan memberikan butiran jelas mengenai bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan. Akhir sekali, Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) akan memberikan penerangan mengenai pelan jangka pendek dan jangka panjang yang telah dirancang.
Akhir sekali, saya tekankan bahawa pengurusan bencana adalah tanggungjawab kita bersama dari peringkat komuniti hinggalah kerajaan Persekutuan. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang memainkan peranan penting dalam menghulurkan bantuan bukan sahaja dari segi kewangan dan material malahan bantuan sokongan psikososial yang sangat diperlukan untuk mangsa banjir untuk bangkit semula dan meneruskan kehidupan. Saya amat terharu melihat semangat Keluarga Malaysia yang telah disemai bersama di waktu-waktu sukar ketika ini. Inilah Keluarga Malaysia, keluarga kita.
Sekian, terima kasih. *Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Tepuk]*
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas penerangan Yang Amat Berhormat. Seterusnya, saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) untuk memberi penerangan berkenaan pengurusan bencana banjir.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Saya difahamkan Yang Berhormat Menteri akan mengambil 20 minit. Silakan.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, point of order Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, ini mengenai penjelasan yang dibuat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Nampaknya dia khususkan kepada Selangor sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Kepada apa?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Ketika banjir ini di seluruh negara, pembalakan dan sebagainya tidak...
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
Pahang, Pahang.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Pahang dan sebagainya– Adakah...
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Mana penjelasan tentang balak?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Adakah suatu masa yang lain Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan memberi keterangan...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, terima kasih. Saya rasa Yang Amat Berhormat memberi satu penerangan mengenai seluruh Malaysia. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merujuk kepada semua negeri yang terkena bencana banjir.
Saya persilakan Yang Berhormat Menteri sekarang. Silakan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Kita telah mendengar satu jam lebih sedikit penerangan yang agak terperinci daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai apa yang terjadi sewaktu monsun timur laut 2021-2022.
Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua untuk menambah sedikit maklumat-maklumat mengenai pengurusan bencana banjir, khususnya mengenai NADMA supaya Ahli-ahli Yang Berhormat selepas habis kenyataan daripada Yang Berhormat Menteri dapat memberi maklum balas, tambah nilai mengenai perkara-perkara yang perlu bagi memastikan NADMA lebih efisien dan lebih efektif.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Tuan Yang di-Pertua, Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 26 Ogos 2015 telah bersetuju antara lain supaya Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) ditubuhkan bagi mengambil alih pengurusan bencana daripada Majlis Keselamatan Negara. Pembentukan NADMA adalah menyerap fungsi-fungsi Bahagian Pengurusan Bencana dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) di Majlis Keselamatan Negara serta Unit Pemulihan Pasca Bencana, Jabatan Perdana Menteri
(UPPB JPM). Saya pasti Ahli-ahli Yang Berhormat masih ingat lagi bahawa kita berhadapan dengan banjir besar pada Disember 2014.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Ekoran daripada isu tersebut, maka perlu diwujudkan satu agensi yang mengurus bencana ini yang mana Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang dahulunya ditubuhkan ekoran daripada terjadinya runtuhan Highlands Tower pada tahun 1993. Di MKN juga ada satu Unit Pemulihan Pasca Bencana di Jabatan Perdana Menteri.
Gabungan agensi dan fungsi jabatan-jabatan ini, maka tertubuhlah NADMA.
Penubuhan NADMA bertujuan untuk memperkemaskan struktur pengurusan bencana negara serta mewujudkan sinergi antara agensi-agensi, tindak balas dan bantuan. Fungsi NADMA adalah untuk mengurus sebarang kejadian bencana dengan cekap dan berkesan, selaras dengan dasar pengurusan bencana seperti berikut:
(i) mengarusperdanakan pengurusan pengurangan risiko bencana dengan izin, disaster risk reduction, bagi meminimumkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda dan kerugian ekonomi;
(ii) membina masyarakat yang berdaya tahan dengan izin, resilient society, terhadap bencana seperti yang telah ditunjukkan oleh majoriti daripada masyarakat yang mengalami bencana di enam buah negeri termasuk yang ada di Taman Sri Muda; dan
(iii) menjamin kesejahteraan masyarakat selepas dilanda bencana.
NADMA bertindak sebagai Urus Setia Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Manakala Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri diuruskan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri.
Sementara Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) adalah pegawai daerah.
Pendekatan ini telah pun diguna pakai sejak arahan berkuat kuasa pada tahun 1997 sebelum NADMA ditubuhkan.
Memandangkan Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai daerah merupakan jawatan yang berpengaruh dan terpenting di peringkat negeri dan daerah masing-masing dan paling sesuai untuk menyelaras serta menerajui pengurusan bencana di peringkat masing-masing. Di samping itu, sekretariat di peringkat negeri dan juga daerah adalah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang bertindak sebagai urus setia.
Sehingga kini, mekanisme pengurusan bencana masih lagi mengguna pakai prinsip perintah dan kawalan di bawah apa yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Arahan MKN 20 dan ia masih relevan.
Tuan Yang di-Pertua, Arahan MKN 20 Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara bertitik tolak daripada kejadian runtuhan kondominium Highlands Tower di Hulu Klang pada Disember 1993, Arahan MKN 20 telah dikeluarkan pada 11 Mei 1997, yang bertujuan untuk memberi satu dasar pengurusan dan bantuan bencana darat mengikut tahap bencana serta mewujudkan satu mekanisme pengurusan yang menentukan peranan dan tanggungjawab agensi-agensi yang terlibat semasa bertindak menangani sesuatu bencana yang berlaku.
Dengan adanya arahan ini yang bersifat sebagai satu panduan, setiap agensi yang terlibat dalam pengendalian bencana akan dapat menjalankan tugas dengan lebih teratur, terselaras dan mengelakkan daripada berlakunya pembaziran, kekeliruan, konflik dan percanggahan semasa menangani sesuatu kejadian bencana.
Selaras dengan perubahan semasa, corak serta kerumitan kejadian bencana pada masa ini, arahan ini telah disemak semula oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Keenam pada 30 Mac 2012 dengan mengambil kira pendekatan secara menyeluruh yang mana pengurusan bencana meliputi peringkat iaitu sebelum— iaitu pencegahan dan kesiapsiagaan bencana, semasa iaitu tindak balas bencana dan selepas, iaitu pemulihan atau mitigation sesuatu kejadian bencana.
Arahan yang dikemas kini ini meluaskan lagi skop, peranan dan tanggungjawab agensi-agensi kerajaan, badan berkanun, pihak swasta, badan-badan bukan kerajaan atau civil society organization dalam berhadapan dengan bencana.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Tumpuan utama kepada pengurusan bencana adalah ke arah disaster risk reduction secara berterusan melalui program-program pencegahan, peredaan dan kesiapsagaan menghadapi bencana. Arahan ini juga jelas menggariskan tatacara serta perintah dan kawalan pengendalian urusan tindak balas terhadap bencana melalui penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Pusat, Negeri dan Daerah.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada NADMA, ada juga agensi-agensi peneraju yang tidak perlu saya nyatakan secara detil, umpamanya kalau berlakunya bencana maritim, agensi peneraju adalah APMM. Jika bencana udara, agensi penerajunya adalah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Civil Aviation Authority of Malaysia- CAAM). Atau jika bencana jerebu, banyak kali kita berhadapan dengan bencana jerebu, ini dikendalikan oleh Jabatan Alam Sekitar berdasarkan kepada Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.
Sementara wabak penyakit pandemik yang kita lalui sekarang ini, agensi yang bertanggungjawab adalah Kementerian Kesihatan Malaysia. Jika bencana melibatkan kimia seperti di Sungai Kim Kim, radiologi atau nuklear, agensi peneraju adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat. Manakala Lembaga Pelesenan Tenaga Atom bertanggungjawab sebagai agensi peneraju dalam memberikan khidmat dan kepakaran teknikal dan pengurusan bencana radiologi dan nuklear.
Tuan Yang di-Pertua, sikit lagi Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Sila.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Kalau kita melihat kepada apa yang berlaku sewaktu di Monsun Timur Laut ini, kita boleh kategorikan kepada beberapa tahap bencana. Tahap 1, maknanya kejadian bencana yang berlaku di suatu kawasan sahaja, yang dapat ditangani dengan berkesan oleh agensi-agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana di peringkat daerah yang memerlukan penggemblengan sumber di peringkat daerah dengan bantuan daripada peringkat negeri dan pusat yang terhad.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Sebagai contoh, banjir di Pokok Sena. Yang Berhormat Pokok Sena telefon saya, saya kata benda ini semua ini diuruskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Daerah. Alhamdulillah, Yang Berhormat Pokok Sena sudah settle dengan DO di Pokok Sena. Itu Tahap I. Kalau pengurusan bencana di Tahap II, dia melibatkan lebih daripada satu daerah Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) atau Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di dalam beberapa daerah dalam satu negeri, itu di peringkat kedua.
Sementara di peringkat ketiga, ia melibatkan beberapa negeri dan beberapa daerah. Oleh sebab itu, apa yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sepatutnya beliau tidak mempengerusikan jawatankuasa tersebut adalah memang benar kerana di Selangor Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Negeri adalah Setiausaha Kerajaan Negeri, bukan Menteri Besar. Menteri Besar, dia duduk dalam Jawatankuasa Peringkat Pusat bersama-sama dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan saya, Menteri Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri.
Tindak balas bencana, Tuan Yang di-Pertua, daripada Arahan MKN 20 yang menggariskan sistem perintah dan kawalan yang terdiri daripada Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB). Pos Kawalan Tempat Kejadian dikendalikan oleh Ketua Polis Daerah dan pegawai bomba daerah masing- masing bertindak sebagai komander dan Timbalan Komander Operasi Bencana.
Manakala PKOB pula dibuka oleh Urusetia Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat yang berkaitan.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah masing-masing dengan Komander Operasi Bencana bertanggungjawab membuat penilaian mengenai bencana yang berlaku dan keupayaan agensi-agensi di peringkat daerah dalam mengendalikan bencana tersebut.
Setelah penilaian dibuat dan tindakan awal diambil tetapi didapati kejadian bencana tersebut tidak dapat ditangani di peringkat daerah maka Jawatankuasa Pengurusan Peringkat Daerah hendaklah memaklumkan kepada Jawatankuasa
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Pengurusan Bencana Negeri dan seterusnya Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat untuk mendapatkan bantuan segera. Dalam tindak balas terhadap pengurusan bencana setiap agensi kerajaan, sektor swasta, NGO perlu melaporkan penglibatan sesuatu bencana di PKOB dan PKTK bagi maksud pemakluman dan penyelarasan.
Dalam perkara ini, pihak pengurusan bencana di daerah lebih mudah untuk menyelaras dan mengatur gerak semua pihak yang terlibat mengikut peranan dan kepakaran masing-masing. Tuan Yang di-Pertua, dalam pengurusan bencana, empat peringkat utama yang diguna pakai adalah iaitu
(i) pencegahan dan peredaan dengan izin, prevention and mitigation;
(ii) persediaan atau preparedness;
(iii) tindak balas atau response; dan
(iv) pemulihan dan pembangunan semula atau recovery and rehabilitation.
Pengurusan bencana tidak hanya tertumpu pada aspek-aspek tindak balas dan pemulihan semata-mata.
Sebaliknya, sekiranya pencegahan dan persediaan bencana dapat dilakukan lebih awal oleh pelbagai agensi yang terlibat sama ada dalam bentuk struktur dan bukan struktur seperti mengarusperdanakan disaster risk reduction dalam pelaksanaan dasar, perancangan dan pengurusan negara dapat mencegah atau mengurangkan sekurang- kurangnya impak bencana kepada masyarakat dan negara. Berdasarkan kepada laporan bersempena International Day for Disaster Risk Reduction (DRR) pada tahun 2021, kajian menunjukkan bahawa setiap USD1 yang dilaburkan bagi tujuan pencegahan dan DRR dapat dijimatkan di antara USD3 ke USD15 kerugian akibat bencana.
Beberapa pendekatan DRR dalam tindakan pencegahan dan peredaan, kesiapsiagaan, tindak balas pemulihan semula berbentuk struktur dan bukan struktur telah dijalankan oleh pelbagai agensi berkaitan termasuk NADMA.
Tuan Yang di-Pertua, isu-isu dan cabaran telah dinyatakan secara detail tadi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, cuma saya hendak highlight kan sedikit mengenai peranan masyarakat bagi memastikan tahap kesediaan dari sudut mental sejajar dengan apa yang berlaku di satu kajian yang dibuat oleh Kerajaan Jepun, di mana berlakunya gempa bumi di Kobe pada tahun 1995 yang mendapati dalam kajian tersebut 77 peratus mangsa telah diselamatkan oleh ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat setempat. Itu satu.
Kedua, badan pengurusan bencana iaitu Federal Emergency Management Agency (FEMA), kita semua tahu FEMA ini bila puting beliung Catarina yang berlaku pada tahun 2004 ke 2005, di mana bencana yang diurus oleh FEMA di Amerika Syarikat juga menerapkan kepentingan individu dan masyarakat untuk bersedia mengambil tindakan awalan menyelamatkan diri apabila berlakunya bencana.
Pemisahan tanggungjawab bagi isu-isu rentas sectoral seperti adaptasi, perubahan iklim, climate change adaptation (CCA) yang akan diterangkan oleh sahabat saya Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar sebentar nanti akan memberikan gambaran yang lebih mendalam bahawa amaran awal, persediaan tindak balas bencana, Build Back Better (BBB) dan insurans.
Tuan Yang di-Pertua, hala tuju pengurusan bencana juga telah dinyatakan secara detailed oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebentar tadi. Saya sedia untuk menerima cadangan-cadangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat bagi memastikan sama ada NADMA yang asalnya disusun atur, ditambah baik ekoran daripada tiap kali kita berhadapan dengan bencana.
Semoga dengan berakhirnya persidangan ini nanti kita akan dapat memberi satu solution mungkin NADMA 2.0 bagi memastikan kita betul-betul dapat menggarap bahawa pengurusan bencana ini bukan hanya di peringkat pusat tetapi dia juga merupakan peringkat negeri dan juga di peringkat daerah. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas).
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma tidak mahu mencelah tadi, saya mengikut arahan dan nasihat Tuan Yang di-Pertua. Cuma di bawah Peraturan Mesyuarat 11(3) sekali lagi, saya hendak tanya Tuan Yang di-Pertua kita sudah duduk di sini mendengar penjelasan selama satu jam setengah.
Perdana Menteri telah bagi tahu bahawa 55 orang rakyat Malaysia telah meninggal, dua lagi masih lagi hilang akibat bencana banjir. Penjelasan daripada Menteri NADMA, yang rakyat hendak tahu mana pergi bot-bot penyelamat? Mana pergi bantuan- bantuan untuk mangsa banjir?
Tuan Yang di-Pertua
Bangkitkan nantilah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang kita dengar― let me finish, Tuan Yang di-Pertua― adalah berkenaan Highland Towers, berkenaan dengan puting beliung Katrina...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat telah disenaraikan di nombor 39. Boleh bangkitkan nanti.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bolehkah Tuan Yang di- Pertua minta Yang Berhormat Menteri tumpukan perhatian kepada yang berlaku? Macam mana kita hendak memastikan perkara ini tidak berlaku lagi?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, saya tiada kuasa untuk memaksa mana- mana Yang Berhormat Menteri untuk mengatakan itu dan ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Akan tetapi itu adalah tujuan...
Tuan Yang di-Pertua
Ya, terpulang kepada...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, itu adalah tujuan...
Tuan Yang di-Pertua
Natijah dan kandungan syarahan, saya tidak ada kuasa menentukannya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Akan tetapi, Tuan Yang di- Pertua, Tuan Yang di-Pertua perlu faham keluhan rakyat di luar yang tidak berpuas hati dengan agensi NADMA dan Menteri-menteri lain.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, rakyat di luar juga hendak mendengar penerangan daripada menteri-menteri.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ya, tetapi penerangan bukan sekadar penerangan. Perlu ada penjelasan yang jitu.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tidak ada penerangan langsung.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Penerangan apa?
Tuan Yang di-Pertua
Tolong duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dan saya hadir di sini...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kita hadir di sini untuk membangkitkan perkara-perkara...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...Berkenaan dengan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat. Terima kasih. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Kewangan sekarang untuk memberi penerangan berkenaan dengan bantuan bencana banjir. Tiga puluh minit, Yang Berhormat. Silakan.
Menteri Kewangan - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, sejak sebulan yang baru sahaja berlalu ini, negara kita telah menempuh episod duka yang amat panjang. Bencana banjir kali ini bukan sahaja mengakibatkan keluarga besar kita hilang harta benda malah turut menggadai nyawa insan yang tersayang. Saya dan seluruh warga Kementerian Kewangan turut bersimpati dan berdukacita atas dugaan yang ditanggung oleh setiap mangsa banjir.
Pada persidangan khas ini, saya selaku Menteri Kewangan telah diberi amanah untuk memberi penerangan berhubung setiap bantuan dan kemudahan kepada mangsa- mangsa banjir yang sedang kerajaan laksanakan. Insya-Allah.
Seperti yang diketahui semua, Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 29 Disember 2021 merupakan sebuah pakej bantuan yang komprehensif, berkesan dan menyeluruh serta, dengan izin, unprecedented.
Kerajaan ini amat komited dalam melaksanakan pelbagai bantuan dan kemudahan kepada mangsa-mangsa banjir dengan nilai keseluruhan RM1.4 bilion.
Namun, mengambil kira pelaksanaan pelbagai bantuan di samping keperluan pembaikan rumah dan fasiliti awam, nilai keseluruhan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia dijangka mencecah RM2 bilion.
Umumnya, NADMA dan ICU telah bertindak dalam menyelaras senarai mangsa- mangsa banjir yang layak menerima Bantuan Banjir Keluarga Malaysia. Bagi memastikan segala bantuan ini diproses dan sampai ke tangan mangsa secepat mungkin, Kementerian Kewangan telah menyalurkan peruntukan seawal 28 Disember 2021.
Setakat ini, MOF telah pun menyalurkan peruntukan berjumlah RM300 juta untuk bencana banjir Monsun Timur Laut 2021/2022 di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN).
Sebelum ini, bantuan banjir yang diberikan lazimnya tertumpu kepada pemberian bantuan tunai wang ihsan (BWI) di samping kerja-kerja pembersihan dan pembaikan rumah serta infrastruktur awam. Pada kali ini, selain menambah baik kadar dan skop BWI bagi Monsun Timur Laut, kerajaan turut membantu mangsa banjir antaranya melalui pemberian baucar diskaun pembelian barangan elektrik, diskaun membaiki kenderaan, bantuan pembelian barangan keperluan asas serta bantuan pembaikan kecil rumah.
Tuan Yang di-Pertua, umumnya Bantuan Banjir Keluarga Malaysia terbahagi kepada tiga kategori merangkumi bantuan tunai, inisiatif komuniti serta kemudahan pinjaman. Izinkan saya menerangkan setiap bantuan dan kemudahan yang sedang dilaksanakan di bawah pakej ini.
Pertama, berhubung dengan bantuan tunai langsung. Pemberian BWI merupakan sumbangan tunai yang kerajaan akan salurkan kepada mangsa-mangsa banjir setiap kali berlakunya bencana banjir. Sebagai perbandingan, penyerahan BWI bagi tahun 2014 telah melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM142 juta, manakala bagi tahun 2016 sehingga 2020 pula adalah berjumlah antara RM5.4 juta sehingga RM26 juta. Bagi
Menteri Kewangan - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
tahun 2021, seperti yang diumumkan sebelum ini, kerajaan telah melaksanakan beberapa penambahbaikan berhubung kadar dan skop BWI. Antaranya ialah:
(i) meningkatkan kadar BWI daripada RM500 kepada RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir;
(ii) menyalurkan kepada semua KIR yang terkesan termasuk mereka yang tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS);
(iii) kadar BWI untuk kematian buat waris mangsa juga dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000; dan
(iv) mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir boleh menuntut BWI setiap kali bencana menimpa berbanding sebelum ini hanya sekali sahaja semasa berlakunya Monsun Timur Laut.
Sejak 27 Disember sehingga kini, seramai 75,000 KIR telah menerima sumbangan BWI dengan penyaluran berjumlah RM75 juta. Berhubung bayaran BWI untuk kematian pula, seramai 46 orang waris telah menerima bantuan RM10,000.
Sehingga kini, lebih RM125 juta telah pun disalurkan kepada negeri-negeri yang terlibat dengan banjir bagi menyelaras pemberian BWI dan BWI untuk kematian kepada KIR yang terlibat.
Kedua, seperti yang diumumkan, Tenaga Nasional Berhad bersetuju memberi pengecualian bayaran bil elektrik bagi bulan Disember 2021 kepada pengguna domestik yang terjejas dengan bencana banjir. Setakat ini, seramai 45,000 isi rumah yang terkesan akibat banjir telah menerima manfaat ini.
Selanjutnya yang ketiga, kerajaan ini juga telah menyediakan baucar diskaun pembelian peralatan elektrik kepada mangsa-mangsa banjir bagi pembelian barangan elektrik yang telah rosak. Melalui inisiatif ini, setiap KIR yang layak akan mendapat baucar diskaun pembelian peralatan elektrik bernilai RM500 semasa membuat pembelian sama ada secara fizikal di kedai berdaftar atau di platform e-dagang yang diiktiraf oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA). Alhamdulillah, setakat data terkini yang diperoleh, baucar diskaun pembelian peralatan elektrik telah memanfaatkan kira-kira 5,100 KIR dengan nilai keseluruhan baucar digunakan berjumlah hampir RM2.5 juta.
Tuan Yang di-Pertua, keempat, bencana banjir yang melanda ini pastinya telah merosakkan rumah kediaman buat mangsa yang terkesan. Ada yang rosak kecil, ada yang memerlukan pembaikan serius, malah ada yang rosak teruk sehingga memerlukan kediaman baharu.
Maka, bagi meringankan beban kepada KIR yang mengalami kerosakan kecil rumah kediaman mereka, kerajaan akan menyediakan bantuan tunai pembaikan kecil rumah sehingga RM5,000. Manakala bagi mana-mana KIR yang kekal pasti mengalami kerosakan rumah dengan nilai melebihi RM5,000 pula, kerajaan akan melantik kontraktor dengan kadar sehingga RM15,000 untuk baik pulih rumah dan sehingga RM56,000 untuk bina baharu rumah kediaman.
Alhamdulillah, setakat data yang terkini, seramai 439 KIR telah dikenal pasti layak untuk menerima sumbangan bantuan tunai pembaikan kecil rumah sehingga RM5,000.
Manakala bagi pembaikan rumah bernilai RM5,000 sehingga RM15,000, hampir 10,000 buah rumah telah dikenal pasti layak menerima kemudahan baik pulih rumah oleh kerajaan. Selanjutnya, seramai 259 orang mangsa banjir pula setakat ini dikenal pasti memerlukan kemudahan bina baharu rumah kediaman mereka oleh kerajaan.
Agensi kerajaan berkaitan masih giat mengenal pasti KIR yang memenuhi kriteria untuk pembaikan rumah dan bina baharu. Insya-Allah, semua mangsa banjir yang layak akan menerima manfaat daripada inisiatif ini.
Kelima, selain rumah kediaman, kerajaan juga sedar bahawa barangan asas rumah seperti perabot telah rosak akibat ditenggelami air. Sehubungan dengan itu, buat pertama kalinya kerajaan akan menyalurkan bantuan barangan keperluan asas sebanyak RM2,500 kepada KIR yang dikenal pasti.
Menteri Kewangan - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Keenam, kerajaan sedar dalam tempoh musibah ini, mangsa-mangsa banjir turut mengalami kerosakan kenderaan peribadi mereka. Seperti yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, buat pertama kalinya kerajaan telah berjaya mendapatkan persetujuan syarikat Proton dan Perodua untuk memberikan perkhidmatan tunda secara percuma dan diskaun ke atas alat ganti sebanyak 50 peratus di pusat-pusat servis mereka yang berdaftar. Bagi syarikat kereta lain pula, semua telah bersetuju menyediakan perkhidmatan tunda secara percuma dan diskaun sekurang-kurangnya 25 peratus ke atas alat tukar ganti.
Sebagai tambahan, buat julung-julung kalinya, kerajaan turut menyediakan Bantuan Automotif Keluarga Malaysia sebanyak RM1,000 untuk kegunaan mangsa banjir sama ada bagi tujuan pembaikan kereta atau pembelian baharu akibat kenderaan yang telah rosak. Setakat ini, lebih 20 buah syarikat automotif dengan rangkaian lebih daripada 1,800 pusat servis dan bengkel berdaftar telah bersetuju menyertai inisiatif Program Bantuan Automotif Keluarga Malaysia. Kerajaan pastinya akan terus mengemas kini senarai pusat servis berdaftar bagi memperluas liputan program ini.
Untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat, sehingga kini, hampir 5,000 buah kereta telah dihantar ke pusat servis kereta yang berdaftar untuk memanfaatkan bantuan tersebut. Selain itu, kerajaan juga telah bersetuju untuk mewujudkan kaedah alternatif kepada mangsa banjir bagi membuat tuntutan tunai dalam keadaan kenderaan mereka telah dibaiki di bengkel yang tidak berdaftar.
Menteri Kewangan - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Secara keseluruhan suka untuk saya kongsikan di sini bahawa sekiranya ditambah jumlah bantuan tunai langsung yang disebutkan tadi setiap kiraan yang layak akan menerima bantuan tunai sehingga RM10,000. Bagi yang dikenal pasti mendapat kemudahan pemindahan rumah baharu, nilai bantuan yang diterima adalah sehingga RM61,000.
Tuan Yang di-Pertua, ketujuh, di bawah kategori Inisiatif Komuniti, kerajaan ini telah memperuntukkan sejumlah RM200 juta termasuk RM50 juta khusus untuk negeri Selangor dan Pahang bagi menggerakkan kerja-kerja pengurusan pasca banjir.
Peruntukan ini antaranya digunakan bagi melaksanakan urusan pembaikan dan pembersihan rumah dan fasiliti awam yang rosak.
Kelapan, bagi mempercepat dan memudahkan proses perolehan, MOF telah melonggarkan kaedah perolehan supaya pengurusan pasca banjir dapat dilaksanakan dengan segera dan berkesan. Antaranya MOF telah melonggarkan syarat perolehan iaitu bagi perolehan kerja sehingga RM200,000 kini dibenarkan dilaksanakan secara lantikan terus dan mana-mana yang melebihi RM200,000 dibuat secara proses sebut harga.
Selain itu, bagi perkhidmatan sokongan sehingga RM50,000 dalam satu kontrak dibenarkan untuk dilaksanakan secara pembelian terus. Selain itu, pengecualian AP182 juga diberikan bagi memberi ruang kepada agensi pelaksana mempercepat pelaksanaan projek tanpa perlu merujuk atau menunggu keputusan penilaian daripada agensi teknikal.
Kesembilan, seperti diketahui, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melalui GLIC/GLC Disaster Response Network (GDRN) turut menggerakkan usaha menangani dan menghulurkan bantuan kepada mangsa- mangsa banjir. Melalui GDRN, sebanyak 10 agensi kerajaan 33 NGO serta hampir 4,000 orang sukarelawan telah turut bersama turun kelapangan dalam membantu mangsa- mangsa banjir. Aset-aset GLC dan GLIC seperti gudang, kenderaan, set jana elektrik dan lain-lain juga telah dimanfaatkan bagi misi banjir kali ini.
Untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat, dana terkumpul di bawah GDRN kini telah mencecah hampir RM140 juta. Setakat ini GDRN telah pun membantu kira-kira 71,000 orang mangsa banjir. Antara bantuan yang disediakan termasuklah pengagihan pek makanan panas, barangan keperluan asas, kit kebersihan, kerja-kerja pembersihan, wang tunai, perubatan dan banyak lagi.
Tuan Yang di-Pertua, kesepuluh seperti yang diumumkan bagi menambah akses tunai kepada mangsa banjir yang memerlukan, Bank Simpanan Nasional buat pertama
Menteri Kewangan - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
kalinya telah menawarkan pembiayaan pada kadar kosong peratus termasuk moratorium bayaran balik selama enam bulan untuk jumlah pinjaman sehingga RM10,000.
Pada asalnya inisiatif ini diumumkan dengan penyediaan dana sebanyak RM100 juta. Namun, mengambil kira permintaan yang tinggi oleh mangsa-mangsa banjir, kerajaan bersetuju untuk meningkatkan dana bagi tujuan ini kepada RM200 juta.
Permohonan untuk BSN telah mula dibuka pada 27 Disember 2021 lalu. Untuk makluman, setakat 19 Januari BSN telah meluluskan permohonan dengan nilai pinjaman berjumlah hampir RM189 juta.
Selanjutnya, Bank Negara juga telah menyediakan dana RM500 juta di bawah Kemudahan Bantuan Bencana (DRF) melalui bank komersial iaitu sehingga RM500,000 kepada pengusaha PKS dan sehingga RM75,000 kepada usahawan mikro. Tempoh pembiayaan adalah sehingga lima tahun termasuk moratorium bayaran balik selama enam bulan dengan kadar pembiayaan sehingga 3.5 peratus setahun. Sejak mula dibuka pada 27 Disember tahun lalu, DRF yang telah diluluskan pinjaman bernilai RM30.4 juta.
Selanjutnya TEKUN juga dengan dana keseluruhan sebanyak RM30 juta telah menawarkan pinjaman sehingga RM10,000 pada kadar kosong peratus serta moratorium selama 12 bulan kepada pengusaha-pengusaha mikro. Setakat 19 Januari, nilai pinjaman yang diluluskan berjumlah RM2.9 juta. Bagi usahawan TEKUN sedia ada yang terjejas akibat banjir, moratorium bayaran balik pinjaman selama enam bulan turut ditawarkan bermula Disember 2021 sehingga Mei 2022 melibatkan implikasi kewangan lebih daripada RM7 juta. Sebagai tambahan sektor perbankan juga telah bersetuju untuk memberikan moratorium bayaran balik semua jenis pinjaman kepada mangsa-mangsa banjir sehingga enam bulan.
Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) juga bersetuju menawarkan penangguhan bayaran balik ansuran bulanan selama tiga bulan bagi pelanggan LPPSA yang terjejas. Selain itu, agensi kerajaan lain seperti MARA bersetuju untuk turut memberi kelonggaran untuk penjadualan semula bayaran balik pinjaman MARA.
Tuan Yang di-Pertua, bermula dengan cabaran penularan varian baharu COVID- 19 yang membimbangkan pada awal tahun lalu kemudian disusuli dengan musibah banjir dan penularan varian Omicron, sesungguhnya tahun 2021 merupakan tahun yang dipenuhi dengan pelbagai dugaan yang telah menguji seluruh Keluarga Malaysia. Namun, ingin saya tegaskan bahawa kerajaan ini telah mengambil langkah yang segera dalam menagani cabaran-cabaran tersebut serta untuk bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada masa hadapan.
Kini dengan sokongan rakyat dan terus patuh kepada SOP dan mengamalkan kawalan kendiri bersama-sama pendekatan negara melalui PPN dan PICK, alhamdulillah kita dapat lihat sinar yang nyata ke arah landasan-landasan pemulihan ekonomi yang kukuh pada tahun ini.
Buat pertama kali sejak April 2020, bilangan penganggur pada November 2021 telah menurun iaitu kurang daripada 700,000 orang dengan kadar pengangguran yang beransur pulih kepada 4.3 peratus berbanding nilai tertinggi pada Mei 2020 iaitu 5.3 peratus. Selain itu, dalam bulan yang sama pada November tahun lepas, indikator lain seperti Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) negara telah meningkat 9.4 peratus tahun ke tahun dipacu oleh peningkatan dalam indeks pembuatan elektrik dan perlombongan.
Semua sektor pembuatan telah mencatat nilai jualan tertinggi berjumlah lebih RM142 bilion iaitu peningkatan sebanyak 18.8 peratus tahun ke tahun.
Jualan perdagangan borong dan runcit negara mencatatkan paras tertinggi iaitu peningkatan tujuh peratus tahun ke tahun kepada RM118.1 bilion. Aktiviti perdagangan pula telah mencecah RM2 trilion selepas meningkat 24.6 peratus bagi tempoh Januari hingga November 2021 berbanding tempoh sama tahun 2020. Keyakinan pelabur asing pula kekal teguh terhadap keutuhan dan prospek pemulihan negara. Malaysia mencatatkan pelaburan langsung asing bersih atau net FDI berjumlah RM30 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama 2021 lebih tinggi berbanding keseluruhan tahun 2020 iaitu RM14.6 bilion.
Menteri Kewangan - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Selain itu keyakinan tersebut dicerminkan di pasaran kewangan negara. Bagi minggu berakhir 14 Januari, pelabur asing telah mencatatkan pembelian bersih berjumlah RM400 juta di pasaran saham negara. Bagi pasaran bon tempatan pula, pelabur asing telah mencatatkan pembelian bersih berjumlah RM33.6 bilion untuk keseluruhan tahun 2021 iaitu nilai yang tertinggi berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Tuan Yang di-Pertua, bencana banjir yang melanda negara pada bulan Disember sedikit sebanyak telah menjejaskan aktiviti ekonomi khususnya kawasan yang terkesan.
Dianggarkan bahawa bencana ini yang akan menyebabkan pengurangan nilai pengeluaran sektor ekonomi antara RM4 bilion hingga RM8 bilion. Walau bagaimanapun, mengambil kira indikator utama yang menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang memberangsangkan bagi keseluruhan tahun 2021, unjuran pertubuhan KDNK negara kekal antara tiga hingga empat peratus.
Apa yang lebih utama ialah momentum pemulihan tersebut dijangka berterusan sepanjang tahun ini iaitu ekonomi kita dijangka akan terus berkembang antara 5.5 peratus hingga 6.5 peratus sejajar dengan unjuran IMF dan bank dunia. Pemacu utama pertubuhan Malaysia termasuklah pembukaan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial susulan peralihan seluruh negara ke fasa keempat PPN.
Tuan Yang di-Pertua, ketahuilah bahawa kerajaan ini sentiasa komited bagi membantu seluruh Keluarga Malaysia terutamanya dalam membina semula kehidupan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan kini bencana banjir. Melangkah ke hadapan, kerajaan akan terus berusaha untuk meningkatkan ketahanan negara daripada ancaman bencana melalui sudut yang lebih holistik iaitu lebih kepada pencegahan dan bukan pemulihan. Tumpuan untuk mengenal pasti dan melaksanakan penyelesaian jangka panjang ke arah mengurangkan kesan serta kemusnahan ditanggung akibat banjir atau apa-apa bencana akan diberi keutamaan.
Selain itu kita juga harus akui bahawa antara punca lain yang menyebabkan bencana alam adalah kerana fenomena perubahan iklim dan pembangunan yang tidak lestari. Oleh itu dalam Bajet 2022, Kementerian Kewangan telah memperuntukkan RM450 juta untuk memelihara kelestarian alam sekitar dan biodiversiti serta inisiatif-inisiatif lain yang berteraskan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu seperti geran padanan berjumlah RM1 bilion untuk perniagaan beralih ke arah amalan rendah karbon, penubuhan Voluntary Carbon Market oleh Bursa Malaysia, insentif cukai untuk geran elektrik serta geran padanan kepada NGO berjumlah RM100 juta.
Akhir sekali, kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan, Kementerian Kewangan telah pun membangunkan sebuah portal iaitu bantuanbanjir.com bagi memudahkan semua mengetahui segala maklumat dan kriteria berhubungan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia. Kerajaan akan terus berusaha untuk memastikan segala bentuk bantuan dan kemudahan dapat disalurkan dengan segera dan diharap dapat membantu dapat meringankan beban yang ditanggung oleh semua mangsa banjir ketika ini.
Marilah kita berdoa semoga segala urusan yang diikhtiar ini diredai Allah SWT dan kehidupan Keluarga Malaysia dapat kembali semual seperti sedia kala. Amin ya rabbal alamin. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kementerian Kewangan. Akhir sekali, saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar dan Air untuk memberi penerangan berkenaan perancangan jangka panjang bencana banjir.
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
*Bismillahi Rahmani Rahim...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran]* Tuan Yang di-Pertua, seluruh Ahli Mesyuarat. Pertama sekali, terlebih dahulu saya ingin mewakili Kementerian Alam Sekitar dan Air, ingin merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa banjir yang terkesan dengan fenomena banjir Disember 2021 yang lalu. Terima kasih juga diucapkan kepada anggota penyelamat, agensi kerajaan, NGO dan sukarelawan yang membantu dalam memulihkan pasca banjir di kawasan-kawasan yang terjejas.
Bagi pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air, kita ingin jelaskan kepada Dewan yang mulia ini mengenai perancangan jangka pendek, jangka panjang yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air dalam menangani fenomena banjir pada masa akan datang.
Saya tidak berhasrat untuk mengulangi perbahasan mengenai situasi banjir dan pengurusan banjir yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) walaupun ia menyentuh sedikit sebanyak fungsi Kementerian Alam Sekitar dan Air.
Tuan Yang di-Pertua, kejadian banjir yang berlaku pada Disember 2021 ialah susulan daripada fenomena luar jangka, terutamanya taburan hujan yang luar biasa dan fenomena ini juga turut disebabkan oleh faktor-faktor seperti:
(i) pembangunan dalam kawasan dataran banjir, dan rizab sungai yang menyebabkan pengurangan kapasiti takungan air;
(ii) aliran air sungai yang terhalang disebabkan oleh tiang jambatan dan kemudahan utiliti dengan adanya debris ataupun puing yang mengandungi sampah, sisa, sedimen dan bahan buangan;
(iii) jajaran asal sungai yang telah diluruskan dan dikonkritkan menyebabkan aliran sungai lebih laju di kawasan hilir atau downstream;
(iv) pembukaan tanah di kawasan tadahan menyebabkan aliran air permukaan lebih laju ke dalam sungai, berlakunya runtuhan di tebing dan membawa kelodak dan puing-puing seterusnya yang menyebabkan banjir di kawasan hilir; dan
(v) pam dan pintu air yang tidak dapat berfungsi dengan sempurna akibat timbunan sampah sarap dan terputusnya bekalan elektrik yang terpaksa dipotong oleh pihak TNB kerana keselamatan awam, namun akibatnya ia menjejaskan fungsi pam kita yang sedia ada.
Tuan Yang di-Pertua, setelah mengambil kira faktor-faktor tersebut, Kementerian Alam Sekitar dan Air memaklumkan melalui agensi JPS, MET Malaysia dan NAHRIM telah pun melaksanakan beberapa tindakan berikut:
(i) Kawalan pintu empangan, pam dan pintu air. Pelepasan air dalam kawasan empangan dan pintu air dilaksanakan secara terkawal mengikut peraturan tetap operasi. JPS mempunyai 1,645 unit pintu air, 653 buah rumah pam dan 288 unit pam mudah alih di seluruh negara. Secara umumnya, semua pam dan pintu air ini beroperasi semasa kejadian banjir.
Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
| Negeri | Jumlah pam bergerak | Jumlah pam Kekal Operasi |
|---|---|---|
| Selangor | 68 | 49 |
| Pahang | 7 | 20 |
| Kelantan | 12 | 8 |
Saya juga dimaklumkan bahawa kawalan SMART kita pada waktu banjir telah pun naik pada mode 4 selama 22 jam, berbanding pada tahap biasa tiga jam sahaja sejak ia mula dioperasi; dan
(ii) sistem lencongan banjir dan sistem takungan.
Saya ingin memberi fokus kepada penyelesaian sebagaimana yang diminta kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air untuk membentang pada kali ini. Di antara langkah-langkah yang dilaksanakan bagi penyelesaian jangka pendek atau jangka sederhana ialah:
(i) memastikan kesiapsiagaan infrastruktur tebatan banjir yakni pam, pintu air dan genset dengan kerjasama kerajaan negeri supaya berfungsi pada tahap optimum dengan anggaran keperluan kos menjelang tahun 2023 sebanyak RM185 juta;
(ii) menyelenggarakan, mendalam dan membersihkan saliran utama sungai serta kolam takungan banjir bagi meningkatkan kapasiti aliran dan takungan air larian permukaan dengan anggaran keperluan menjelang tahun 2023 ialah sebanyak RM200 juta;
(iii) menaik taraf 516 buah stesen siren sedia ada dengan penambahbaikan kepada sistem suara atau suara siren tersebut supaya lebih berkesan serta dapat dibezakan dengan sistem siren ambulan ataupun pihak polis. Untuk makluman Dewan yang mulia, 155 sistem kamera web sedia ada akan juga dinaiktarafkan, di samping membina 361 buah stesen kamera web yang baru.
Kerja-kerja ini melibatkan penambahbaikan kepada aspek perkongsian visual keadaan semasa di kawasan lembangan sungai dan orang ramai agar lebih bersedia apabila paras air sungai mencapai tahap yang berbahaya. Kedua-dua kerja ini melibatkan anggaran menjelang tahun 2023 ialah sebanyak RM160 juta;
(iv) mempertingkatkan Program Penyelidikan dan Pembangunan R&D kesan perubahan iklim sebagaimana yang telah disentuh oleh banyak pihak;
(v) mewujudkan prosedur tetap operasi bagi makluman taburan hujan dan aras air serta mewujudkan flood equation map, di mana kita telah membangunkan 36 kawasan lembangan sungai dan 15 kawasan yang sedia dalam penyelidikan;
(vi) memberikan amaran awal kepada penduduk dengan fenomena air pasang besar dan kenaikan aras laut;
(vii) menaik taraf 100 buah stesen pencerapan cuaca permukaan automatik yang sedia ada, yang sebahagiannya telah pun perlu dinaiktarafkan untuk lebih menepati, lebih canggih dengan data- data dan maklumat sedia ada;
(viii) meningkatkan keupayaan dan pembangunan aplikasi mudah alih MyCuaca menggunakan teknologi cloud services untuk menyampaikan maklumat kritikal dan efisien dan berkesan kepada orang ramai;
Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
(ix) meningkatkan penglibatan pakar ramalan cuaca numerikal sedia ada bersama dengan pakar-pakar daripada beberapa buah negara maju, termasuk di UK, US dan Jepun;
(x) penyelidikan implikasi khusus kepada produk-produk model ramalan cuaca numerikal untuk keperluan pemegang taruh seperti ramalan banjir, keadaan alam sekitar, penerbangan dan perkapalan; dan
(xi) meningkatkan saiz storan ataupun pengkomputeran sedia ada bagi operasi ramalan terperinci beresolusi sub kilometer bagi kawasan rentan dan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, terutama di kawasan bandar utama seluruh negara.
Di antara langkah yang diambil dan disusun oleh pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi jangka panjang ialah kita perlu memperkasakan tadbir urus adaptasi perubahan iklim sektor air melalui pembangunan Akta Adaptasi Sektor Air sebagai strategi jangka panjang dengan mengambil kira keperluan peningkatan tahap perlindungan infrastruktur saliran dan pantai negara.
Di bawah akta ini, KASA akan mencadangkan penubuhan sebuah tabung khas atau Kumpulan Wang Amanah untuk peningkatan kapasiti adaptasi sektor air dan kawasan pesisiran melalui pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur yang mengambil kira faktor perubahan iklim.
[Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Mohd Rashid Hasnon] mempengerusikan Mesyuarat] Kedua, membangunkan Pusat Adaptasi Kebangsaan di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menyelaras dasar dan pelaksanaan adaptasi perubahan iklim, integrasi pengurangan risiko bencana dan pencegahan kehilangan dan kerosakan akibat kesan perubahan iklim yang menyebabkan sektor-sektor yang mudah terancam.
Ketiga, membangunkan struktur dan reka bentuk infrastruktur tebatan banjir yang berkonsepkan make room for water seperti menaik taraf sistem pengurusan banjir, pantai, sungai-sungai utama serta menaik taraf benteng atau ban pantai, sungai dan parit dengan meningkatkan tahap perlindungan Kala Purata Ulangan (ARI), reka bentuk infrastruktur saliran dan pantai daripada 100 tahun ARI kepada 200 tahun ARI.
Keempat, penggunaan pendekatan nature-based solutions seperti pembinaan denai sungai sebagai platform penglibatan masyarakat dalam aktiviti perlindungan, pembersihan dan pemuliharaan sungai.
Kelima, meningkatkan kapasiti takungan air banjir melalui pelaksanaan Projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) dan empangan bagi tujuan tebatan banjir dan sumber air.
Keenam, penggunaan mandatori pelan-pelan dan garis panduan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) dan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) oleh kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan memperkasakan pematuhan Pelan Hakisan Kelodak (ESCP).
Ketujuh, meningkatkan kesedaran awam dengan public outreach program dan Program Kesedaran Alam Sekitar melalui pendekatan- seperti latihan menghadapi banjir atau flood drills, dengan izin. Pendekatan ini akan dilaksanakan di peringkat sekolah, masyarakat dan juga melalui agensi Rukun Tetangga untuk meningkatkan kesedaran rakyat menghadapi amaran banjir dan langkah yang perlu diambil jika berdepan dengan ancaman ini.
Kelapan, memperkasakan pelaksanaan pendekatan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) dalam pengurusan lembangan sungai melalui empat objektif utama.
Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Pertama, memastikan air mencukupi, yang kedua memastikan air bersih, yang ketiga mengurangkan risiko banjir dan yang keempat melestarikan alam sekitar.
Untuk makluman Dewan yang mulia, melalui Pembangunan Pelan IRBM, cadangan perancangan dan pembangunan sumber air di dalam sesebuah lembangan mestilah dijadikan rujukan mandatori oleh pihak kerajaan negeri dan semua pihak berkepentingan. Dalam merancang pembangunan, kesan terhadap kelestarian alam sekitar perlu diberi perhatian, terutamanya sumber air yang sangat diperlukan oleh negara.
Kesembilan ialah mewujudkan Pusat Ramalan Cuaca Numerikal Kebangsaan yang merangkumi pembangunan pusat komputer prestasi tinggi serta pembangunan pengoperasian dan penyelidikan model cuaca. Di samping itu, KASA juga mengambil sikap terbuka untuk mempelajari pengalaman-pengalaman negara-negara lain dalam pengurusan banjir. Dalam hal ini saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, bahawa Kerajaan Belanda telah menawarkan bantuan kepada Malaysia melalui Kedutaan Belanda di Kuala Lumpur.
Antara bantuan yang ditawarkan ialah penghantaran pasukan Dutch Risk Reduction Team (DRR) ke Malaysia bagi menilai impak fenomena banjir dan cadangan penyelesaian yang bersesuaian. KASA juga sedang mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak bagi menjayakan kolaborasi ini. Tuan Yang di-Pertua, kita menyedari bahawa risiko banjir meninggalkan kesan dan kerosakan yang sangat besar. Namun usaha-usaha yang perlu kita buat juga menelan belanja yang sangat besar. Kita meletakkan sasaran daripada 100 ARI kepada 200 ARI. Bermakna ia akan meningkatkan kos jangka panjang keseluruhan dalam tempoh 50 tahun sehingga tahun ‘2010’.
Keseluruhan anggaran yang kita jangkakan menelan belanja lebih daripada RM300 bilion bagi mengatasi cabaran perubahan iklim ke atas negara termasuk juga pembinaan tebatan banjir, pembinaan benteng, naik taraf ban-ban yang sedia ada dan pencegahan hakisan pantai dan semua ini menelan kos yang sangat besar. Namun, dalam jangka masa yang panjang, negara perlu melaksanakan beberapa langkah yang telah saya nyatakan tadi sekurang-kurangnya bagi mengurangkan risiko pada masa hadapan.
KASA percaya cadangan penyelesaian segera, jangka pendek dan jangka panjang, impak fenomena banjir dari segi kemusnahan harta benda mahupun kehilangan nyawa setidak-tidaknya dapat kita minimumkan. Kejayaan pelaksanaan penyelesaian ini bergantung kepada kerjasama semua pihak sama ada agensi Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, NGO, masyarakat dan seluruhnya. Mudah- mudahan apa yang kita hasratkan itu dipermudahkan oleh Allah SWT dan kita bersama- sama menjayakan apa yang telah dirancang oleh pihak kementerian bagi keselamatan masa hadapan negara.
Tuan Yang di-Pertua, saya fikir itu sahaja yang saya benarkan bagi perancangan masa hadapan negara kita, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat tengah hari.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Walaikumusalam, dan terima kasih Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar dan Air. Ahli-ahli Yang Berhormat, penerangan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri Kewangan dan Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar dan Air ini terbuka untuk ahli-ahli meminta penjelasan dan memberikan pandangan.
Ahli Yang Berhormat, saya ada menerima seramai – ahli-ahli yang begitu ramai.
Saya akan sebutkan – dalam sesi meminta penjelasan ini dimulakan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang selama satu jam, Pengerusi backbenchers dan ketua-ketua parti 15 minit, dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain lima minit.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tuan Yang di- Pertua, minta tujuh minit boleh? Tujuh minit. Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, mana boleh lima minit yang lain-lain. Tidak cukup.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ini yang telah kami putuskan...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
At least tujuh minit tidak boleh, tujuh minit?
Tuan P. Prabakaran - Batu
Saya sokong tujuh minit, lima minit apa boleh cakap?
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Tuan Yang di-Pertua, ini isu penting. Kalau boleh kita berikan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Bagi saya habiskan dahulu. Dimulakan dengan Yang Berhormat Port Dickson, kemudian Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Lima minit tidak cukup.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Kemudian Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Bintulu, Yang Berhormat Bukit Bintang, Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Sekijang, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Raub, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Pengerang, Yang Berhormat Sepanggar, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Lenggong, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Kemaman, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Cameron Highlands dan Yang Berhormat Permatang Pauh. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Port Dickson.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, sepatutnya kawasan-kawasan yang telah mengalami peristiwa banjir itu diberikan keutamaan. Di Cameron Highlands saya rasa tidak banjir. Lenggong pun saya tidak tahulah, saya rasa tidak banjir. Sepatutnya disusun mengikut kawasan-kawasan yang mengalami. Itu pandangan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Rasa Shah Alam tidak ada dalam itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Senarai ini semua daripada Ketua-ketua Whip yang memberikan...
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Lembah Pantai pun banjir. Tuan Yang di-Pertua, Lembah Pantai pun banjir.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Port Dickson, silakan Yang Berhormat.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Port Dickson memang terlibat dan dalam rekod sebelum Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turun ke Shah Alam, saya sudah turun ke Port Dickson.
[Tepuk]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Saya ingin memulakan dengan menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberikan ruang kepada Parlimen membahaskan dengan penjelasan tambahan oleh Yang Berhormat Menteri-menteri.
Cuma untuk peringatan Tuan Yang di-Pertua, seandainya kita diizinkan bahas pada 20 Disember, tambah baiklah jadi perencanaan dan pelaksanaannya. Akan tetapi, Tuan Yang di-Pertua telah mengambil satu sikap pendirian yang sangat keras, teknikal walaupun pada masa itu ada krisis banjir. Ini kerana kalau kita benarkan perbahasan itu berlaku, apa yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hari ini dengan input daripada Ahli-ahli Parlimen, tentunya akan membantu dan melihat kita sebagai satu pasukan menangani masalah banjir ini. Akan tetapi, itulah keadaannya apabila ada krisis sejak 18, 20 kita bersidang, kita hendak bincang katanya tidak ikut sedikit sebanyak peraturan kecil yang tidak sepatutnya mengatasi masalah rakyat. Apa masalahnya? Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyebut angka-angka yang sebenarnya membimbangkan, menyentuh hati nurani kita. Berapa angka kematian?
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebut...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Port Dickson saya hendak mencelah sedikit sahaja. Yang Berhormat Port Dickson, sekejap.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
... angka terakhir NADMA 55, tetapi saya lihat dalam kenyataan terakhir, 59. Ini saya hendak tentukan. Kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri harus diteliti oleh agensi terlibat, Yang Berhormat Menteri berkenaan NADMA pun ada, ini kenyataan daripada NADMA sebut 59. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebut 55. Mangsa, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebut, sekitar 136,000. Dalam angka terakhir 208,643. Jadi saya hendak berikan teguran, untuk menghormati Parlimen dan memastikan ada tahap keyakinan rakyat terhadap angka yang disebut oleh kerajaan, hal-hal ini tidak harus diulang. Mesti pastikan angka tersebut.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Akan tetapi yang saya hendak maksudkan di sini apa? Iaitu masalahnya besar, masalah nyawa rakyat, masalah kehilangan harta benda dan oleh yang demikian, kita harus ambil sikap yang lebih terbuka, berani membuat teguran, tetapi berani menyatakan penghargaan. Saya tidak mahu ada kekeliruan di sini. Tidak ada sesiapa yang menafikan bahawa setelah berlaku beberapa hari ataupun seminggu, memang jentera Kerajaan Persekutuan, negeri kerana saya tahu Selangor lapan hari berturut-turut saya di bawah, di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Oleh yang demikian, kita harus akui jentera berjalan. Saya naik trak tentera di Sri Muda, trak tentera kerana terpaksa melalui kawasan air yang sudah melepasi keupayaan kita berjalan. Maka saya lihat pasukan tentera, kehebatan, disiplin, kesungguhan mereka itu luar biasa. Jadi sepatutnya kita hari ini memberikan penghargaan yang luar biasa kepada mereka.
[Tepuk] Bomba, polis, pengangkutan awam. Jadi terlalu ramai yang terlibat yang menunjukkan kesungguhan mereka yang luar biasa dan kita janganlah dalam perdebatan ini lupa mengenang jasa mereka.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Ada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyebut sedikit tentang Civil Society Organization tetapi saya hendak jelaskan di sini bukan sahaja parti politik dan badan-badan sukarela ini, ramai lagi gerakan rakyat yang bersendirian, kelompok- kelompok kecil, membeli barang, turun ke bawah, khidmat (serve) yang di Selangor. 4,000 orang majoriti anak-anak mahasiswa, persatuan kebajikan dari Ipoh, Perak, 3,000 orang turun. Jadi, jangan kita nafikan sumbangan mereka kerana ini menunjukkan, gurdhwara, masjid, surau yang mengambil semua Islam, bukan Islam itu dianggap sebagai satu pasukan yang dibantu semua. Ini belum kita saksikan begitu rupa kekuatan, semangat, perpaduan rakyat dalam menyelesaikan atau menangani masalah atau krisis negara kita.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Akan tetapi kita juga harus tahu kebangkitan rakyat begini rupa kerana kadang- kadang mereka rasa lelah, penat dan sangsi tentang kesungguhan kerajaan, terutama di peringkat awal menangani masalah ini. Agak perlahan dan lembap, tidak ada penjelasan dan kita tahu sebab itu Jeneral Tan Sri Affendi Buang, semasa itu Panglima Angkatan Tentera terpaksa mengeluarkan kenyataan mengambil tindakan awal kerana NADMA lembap dalam mengambil tindakan ini.
[Tepuk]
Beberapa Ahli
Ya.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Baik, mungkin ada penjelasan dari Yang Berhormat Menteri, tidak apa. Saya ada sedikit pengalaman dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tahu. Bila ada krisis umpamanya pada tahun 1995, berlaku di Sri Muda. Sidang tergempar MKN dan Jawatankuasa Keselamatan pada masa itu segera diadakan, ditanya kepada Panglima Angkatan Tentera. Berapa lama diperlukan untuk turun ke medan dan gelanggang? Dia jawab empat jam. Jadi, jam 4 petang mesyuarat, jam 8 malam itu sudah turun seluruh kekuatan tentera, polis, bomba di kawasan berkenaan.
Saya lihat sendiri jam 10 malam, menyaksikan sendiri gerakan yang begitu rupa.
Jadi, tidak boleh nafikan walaupun mesyuarat mungkin diadakan tetapi ramai Menteri hilang, tidak dilihat di lapangan. Betul, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada tetapi Menteri hilang. Ini bukan saya sebut di sini. Selepas sidang Parlimen, saya beritahu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, ada yang memilih untuk pergi menjalani umrah. Ini dia yang ajar kita fiqh awlawiyyat, fiqh ikut keutamaan. Rakyat mati, rumah hanyut dan kita pilih untuk melaksanakan umrah.
[Tepuk] Hal-hal ini mesti dibetulkan, beri penjelasan kepada rakyat supaya perkara ini jangan berulang. Kalaupun pergi sebelum itu Yang Berhormat, balik segeralah kerana tanggungjawab kita sebagai Menteri. Ini tidak, orang di sini hanyut, mati, di sini kita labbaikallah. Jadi kita tidak boleh nafikan keupayaan, keutamaan dan saya bukan hendak meremehkan.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
...Yang Berhormat Ketua Pembangkang.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Saya bukan hendak meremehkan keperluan umrah tetapi saya hendak beritahu tentang keutamaan yang disebutkan.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Apakah satu konsep sekarang ini untuk orang-orang agama ini dia menyeru orang, untuk dia tidak apa. Awlawiyyat ini saya dengar daripada awal, daripada Menteri inilah dulu mengajar kami tetapi sekarang dia boleh tinggalkan keadaan mula banjir.
Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Saya akan jawab nanti, saya akan jawab nanti. Biar faham situasi dan keadaan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tidak payah jawablah.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Jawab. Jangan perlekehkan agama di Malaysia.
Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Jangan tuduh sembarangan. Banding umrah dengan pergi main salji, mana yang lebih penting? Terima kasih.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Baik, putus dah saya punya ini. [Merujuk kepada face mask]
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Baik, terima kasih.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Port Dickson.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Memang ada waktu Yang Berhormat Menteri jawab tadi. Saya hanya mencari penjelasan kerana ini dibangkitkan dan untuk maklumat Tuan Yang di-Pertua, saya memang maklum dengan baik kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri, saya kata mana dia Menteri-menteri yang ramai ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Shah Alam bangun.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Ia kerana ditegur banyak Ahli Parlimen tidak hadir.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Patut Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pecat Menteri macam ini.
[Ketawa]
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Kalau Ahli Parlimen dan...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Kota Raja kena tanya Yang Berhormat Hulu Langat sama.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Di bawah kelolaan saya, saya hendak beri jaminan kepada Yang Amat Berhormat.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Yang Berhormat Hulu Langat ada di luar negara, kemudian dia balik.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Saya hendak pantau hadir tak, sama ada boleh turun ke lapangan atau tidak. Kalau prestasinya lemah di masa banjir, saya bagi jaminanlah orang itu akan digugurkan sebagai calon untuk pilihan raya akan datang tetapi saya pantau setiap hari. Jadi, untuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyindir seolah-olah di Parlimen ada yang tidak hadir, tidak kelihatan, saya tidak rasa adil kerana kita harus dapat maklumat yang teliti dan saya lihat ia merentas parti sebenarnya. Jentera, parti, semuanya turun, ada yang lebih dan ada yang kurang.
Begitu juga macam sukarelawan, sukarelawati dan juga persatuan-persatuan kebajikan yang lain.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Port Dickson.
Dato' Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Port Dickson, boleh tanya?
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Saya hendak tambah sedikitlah berhubung dengan sidang pada 20 hari bulan.
Dato' Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Port Dickson, adakah juga Yang Berhormat Shah Alam akan digugurkan sebab tidak berada di kawasan?
[Ketawa]
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Saya dapati bahawa tadi Yang Berhormat Port Dickson sebut Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya bukan salah Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada. Kalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari itu menuntut supaya isu banjir dibincang dan dibahas pada hari itu juga, saya yakin Tuan Yang di-Pertua akan akur. Akan tetapi malangnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri buat tidak tahu, tidak kisah sedangkan kita sedang menghadapi bencana pada ketika itu, tidak mahu bincang pada hari itu. Hadir satu hari, belanja RM1 juta lebih.
Dato' Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Akan tetapi malangnya Yang Berhormat Shah Alam tidak ada di kawasan. Macam mana?
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
RM1 juta lebih belanja, tidak bincang apa-apa.
Dato' Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Shah Alam tidak ada di kawasan, ini yang masalah.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Rang Undang-undang 344, 342 tidak bincang.
Dato' Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Shah Alam boleh cakap tetapi Yang Berhormat Shah Alam hilang dari radar.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Sekarang ini panggil balik, panggil balik, datang sekali lagi, belanja berjuta.
Dato' Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini hipokrit tidak mahu jadi, ini pembohong.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Hanya satu hari.
Dato' Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ini pembohong Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Minta, minta yang mana yang tidak hadir pun, jangan cakaplah.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, minta kedua-duanya duduk.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
[Bercakap tanpa pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Port Dickson.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Terima kasih. Oleh sebab itu saya mulakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat semuanya tenang, duduk. Saya minta Yang Berhormat Ketua Pembangkang teruskan, Yang Berhormat Port Dickson teruskan.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Semuanya turun, cuma kadang- kadang turun dengan kasut lain itu, tidak apalah tetapi maknanya turun. Cuma saya hendak nasihatkan ada peraturan khas esok Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kalau Menteri turun itu biarlah pakaian yang sesuai, nanti silap hendak pergi ke situ ke atau ke kelab malam, nampak kasut itu, tidak apa.
Untuk menyentuh pandangan Yang Berhormat Shah Alam, memang kita bangkitkan dan pada ketika itu secara spontan Tuan Yang di-Pertua telah membuat keputusan tidak mengizinkan.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Port Dickson.
Dato' Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Port Dickson, boleh tanya sedikit?
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Saya harap perkara ini diberi perhatian oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Port Dickson, Simpang Renggam.
Dato' Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Mana satu? Kinabatangan atau Simpang Renggam?
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Yang Berhormat Simpang Renggam dulu. Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Kinabatangan.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Yang Berhormat Kinabatangan kepada Yang Berhormat Simpang Renggam.
Dato' Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Yang Berhormat, memang sebetulnya dalam keadaan itu apabila emergency, semua pemimpin kelam kabut. Ada yang di luar negara, mahu balik pun mungkin susah. Ada yang dalam kawasan pun tidak nampak. Saya mahu tanya Yang
Dato' Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Berhormat Port Dickson, adakah juga wakil-wakil rakyat daripada parti Yang Berhormat yang di kawasan tetapi tidak nampak. Dia on-off, on-off.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila, minta Yang Berhormat Simpang Renggam.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Terima kasih. Saya tidak pantau semua tetapi kalau Ahli Parlimen yang terlibat itu, saya pantau setiap hari mesti ada laporan kepada sekretariat, kepada setiausaha agung dan juga kepada saya.
Dato' Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih. Akan tetapi Yang Berhormat Shah Alam macam nampak tidak ada.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Saya pergi ke Shah Alam sebab itu Ahli Parlimen Shah Alam memang bersama.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Baling.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Yang Berhormat Port Dickson, Tuan Yang di-Pertua, setuju atau tidak bagi saya, Menteri-menteri tidak perlu turun pergi tengok itu, dia kena ada di bilik gerakan. Saya bagi Yang Berhormat Menteri Kewangan turun dengan botnya yang penuh, saya setuju.
[Ketawa] Orang complained kerana Yang Berhormat Menteri Kewangan tidak menyelamatkan orang, bukan tugas Yang Berhormat Menteri Kewangan. Dia pergi tengok, balik buat bajet untuk bantu rakyat. Itu betul.
Menteri-menteri ini kena ada di bilik gerakan, bukan pergi berlakon scoop ini, itu tidak perlu. Bilik gerakan dan buat arahan-arahan kepada pegawai kerajaan, itu kerja Menteri.
[Dewan riuh]
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Bukan pergi angkut sana, ini lakonan. Jadi tinggalkan lakonan itu, mari kita memerintah cara yang betul.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Port Dickson, bagi Baling dua minit. Yang Berhormat Port Dickson, Baling dua minit.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Terima kasih. Tadi Yang Berhormat Simpang Renggam. Waktu saya terbatas juga.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Port Dickson, lepas Yang Berhormat Simpang Renggam, Baling ya dua minit saja.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Port Dickson, jikalau kita lihat dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi, ada dua perkara yang saya lihat. Pertama, dia menyinggung tentang di mana MP-MP yang tidak turun.
Kedua, di penghujungnya diucapkan tahniah kepada ramai pihak yang terlibat.
Akan tetapi saya rasa di sini kita perlu lihat bahawa kita perlu acknowledge juga beberapa pihak, beberapa orang individu yang kita lihat setiap hari turun. Contohnya seperti kita punya Menteri Besar Selangor, dia turun langsung, kita tahu di media sosial menyelamatkan orang dan sebagainya. Kita bertanyalah, ke mana pergi Menteri Besar Pahang pada waktu itu? Balak saja kita nampak.
[Ketawa] Okey dan juga beberapa orang MP kita.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Contohnya kita lihat yang telah berumur seperti Yang Berhormat Puan Hajah Natrah, Sekijang turun mengharungi banjir walaupun umurnya yang saya kira lebih tua daripada yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Shah Alam tak ada Yang Berhormat, macam mana Yang Berhormat?
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Kemudian kita lihat Presiden..
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Shah Alam Yang Berhormat?
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Kita lihat Yang Berhormat Muar Presiden MUDA yang boleh- setiap hari kita lihat di lapangan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Muar okeylah, tetapi Yang Berhormat Shah Alam? Apakah komen Yang Berhormat Shah Alam?
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Ini perlu diberikan penghargaan dan ramai yang lain.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tidak mahu komen Yang Berhormat Shah Alam?
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Kinabatangan diamlah.
Keduanya, mungkin saya ingin mencelah tadi bila dia sebutkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebutkan tentang PPS Ad Hoc mahu ataupun tidak mahu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita perlu berikan penghargaan kepada Pustaka Raja Tun Uda Shah Alam di bawah kendalian Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.
Perpustakaan pertama di Malaysia yang mengambil inisiatif sendiri untuk dijadikan PPS Ad Hoc. Tahniah kepada Pustaka Raja Tun Uda Shah Alam.
[Tepuk] dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Terima kasih. Yang Berhormat Baling sekejap.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Baling. Sila Yang Berhormat Baling.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tuan Yang di- Pertua, Baling sekejap satu minit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Baling, satu minit.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Port Dickson, you are the man, you are the biggest ever leader dalam Dewan yang Mulia ini yang orang hormat.
Jadi, saya minta bila mana kita dengar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyebutkan satu jam lebih dengan terjemahannya, dengan sebagainya, saya harap kita janganlah tuduh menuduh.
Oleh sebab hari ini kalau kita kalau Yang Berhormat Port Dickson bawa perkara ini dengan betul tidak menggalakkan dua-dua pihak ini, rakyat sedang menilai kita. Rakyat tengok what is the moving forward punya program Yang Berhormat Port Dickson.
Jadi, kalau hendak cerita bab bantuan, bukanlah saya hendak ungkit, hendak takbur, hendak riak. Pada malam pertama, saya ada dekat Kota Raja. Pada malam kedua, saya berada dalam kawasan taman mangsa banjir yang orang duduk di atas bumbung itu.
I was there and I told- saya beritahu pada Yang Berhormat Shah Alam dan saya beritahu pada Yang Berhormat Hulu Langat.
Yang Berhormat Hulu Langat ada di luar negara. Beliau texted saya, tolong sahabat bantu hantar jet, water jet, saya pergi bantu. Kalau kita hendak ungkit mengungkit, these things tidak ada ending. Hari ini kita hendak dapatkan satu solusi.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah mula tadi, ini masalahnya.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Jadi, tidak perlu.
Kalau hendak cerita panjang lagi, saya pergi Dengkil dia kata wakil rakyat dia sudah mati, lama sudah. Saya pergi Dengkil, jadi maknanya kita tidak payah.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Baik, terima kasih.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Jadi, saya mintalah Yang Berhormat Port Dickson bawalah...
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Port Dickson.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Terima kasih, pandangan yang baik. Oleh sebab itu saya mulakan dengan beri penghargaan....
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
..perbahasan satu jam ini untuk kita bincang how to move forward. Terima kasih.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
...dan saya minta supaya Dewan ini mengambil kira sumbangan semua pihak. Akan tetapi ada juga yang tadi tersinggung sebab bila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebut Ahli-ahli Parlimen tidak kelihatan.
Jadi, sebab itu saya ambil peluang untuk menjelaskan sebenarnya dua-dua pihak dan saya juga mendapat makluman...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Ya, as a Prime Minister beliau menasihati dua-dua pihak, dua-dua pihak.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Ya, ya.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri suruh Yang Berhormat Menteri pulang balik. Maknanya dua- dua pihak.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Okey Yang Berhormat Baling cukup Yang Berhormat Baling.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Baik, terima kasih.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Port Dickson boleh?
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Sepatutnya tidak perlu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengarahkan Yang Berhormat Menteri pulang. Kalau Yang Berhormat Menteri itu tahu tanggungjawab, segera dia pulang.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Port Dickson?
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Okey boleh saya sambung? Saya sambung sekejap.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Setengah minit sahaja Yang Berhormat Port Dickson? Saya ingin meminta supaya dimasukkan dalam ucapan Yang Berhormat Port Dickson dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri penghargaan kepada Pustaka Raja Tun Uda Shah Alam, perpustakaan pertama yang dijadikan PPS Ad Hoc, terima kasih.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Ya, saya maklum. Memang sudah diambil perhatian.
NADMA, dia ada Pelan Strategik NADMA 2019-2023. Jadi, sepatutnya Yang Berhormat Menteri penjelasan dia, apa yang berlaku? Apa tindakan yang dibuat kerana kekuatan NADMA itu kita akui dia dapat menjangka bila ada peningkatan air hujan dan juga kemungkinan air pasang dan banjir yang melanda.
Jadi, kalau kita lihat daripada segi penjelasan dan juga tentang kelembapan tindakan sehinggakan saya kaitkan dengan kenyataan Panglima Angkatan Tentera, memang ada yang harus diperbaiki ya. Tujuan saya ialah, menekankan keperluan kita memperbaiki. Ada disentuh juga tentang kedudukan tindakan Selangor.
Saya tidak mahu kita membuat andaian kerana saya tahu dari segi jumlah kewangan dan arahan tindakan daripada Yang Berhormat Menteri Besar dan seluruh kerajaan negeri itu sepenuhnya. Akan tetapi juga kita tahu ada beberapa kelemahan dalam struktur kita yang saya minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ambil tindakan, umpamanya kedudukan Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri.
Dia ada kuasa, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tahu bila ada bencana, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan serah pada MKN. Begitu juga di negeri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Kedudukan Yang Berhormat Menteri Besar itu tidak sama dengan Pengerusi MKN. Yang hendak ambil Pengerusi MKN yang tidak ada kena-mengena dengan jentera kerajaan negeri, mengapa?
Jadi sekarang saya minta itu dibetulkan supaya ada penyelarasan. Tidak apalah dia daripada parti pembangkang tetapi arahan itu mesti datang dari Pengerusi MKN yang juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Dia tidak boleh buat tindakan sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri berasingan daripada ketetapan yang dibuat oleh MKN.
Jadi, saya tidak fikir ada masalah sekiranya Yang Berhormat Menteri Besar atau Yang Berhormat Ketua Menteri automatik harus diangkat sebagai Pengerusi MKN. Ini terbukti di Selangor kerana Pengerusi MKN tidak ada upaya hendak - yang bukan Yang Berhormat Menteri Besar tidak ada upaya hendak buat penyelarasan dengan efektif atau berbanding dengan Yang Berhormat Menteri Besar. Jadi ini saya harap dapat ...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Siapakah Yang Berhormat Port Dickson? Siapakah Pengerusi MKN Negeri Selangor?
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Ini kerana kita juga tahu umpamanya bila tidak ada tindakan dan ada kelompangan di situ, akhirnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga minta Yang Berhormat Menteri Besar mempengerusikan. Itu saya ucap terima kasih kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga sedia maklum kalau ini tidak berlaku, penyelarasan dengan jabatan di peringkat daerah dan negeri itu akan tergendala, dan ini dilakukan.
Malah, pada 20 hari bulan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memaklumkan pada saya bahawa dalam Mesyuarat pada petang itu mula dipanggil Yang Berhormat Menteri Besar Selangor untuk hadir. Jadi, ada beberapa tindakan tetapi struktur awal itu yang menyebabkan masalah itu berbangkit.
Jadi, saya harap perkara ini dapat dibetulkan supaya jangan nampak kita membuat tudingan pada mana-mana pihak kerana dalam keadaan krisis nasional, kita harus muafakat untuk bekerjasama bagi menangani dan menyelesaikan.
Kita tahu tentang jumlah hujan dan sebagainya tetapi untuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyebut bahawa Pahang tidak ada masalah kerana ada pengalaman.
Ini pun masalah juga. Saya hendak sebut kerana saya juga ke Pahang, ada ke daerah, saya boleh beri catatan terperinci ke satu kawasan. Satu minggu setelah banjir, tidak ada langsung jentera dari pejabat daerah, negeri atau Persekutuan yang sampai di situ. Ada kelemahan, tidak bermakna orang tidak kerja, tidak bermakna Pejabat Daerah Mentakab atau Bentong tidak melakukan kerja.
Akan tetapi, saya hendak tunjukkan bahawa ada kelemahan-kelemahan ini yang harus ditangani sekiranya kita ada road map, kita ada pemantauan yang jauh lebih berkesan kerana pengalaman Pahang ini banjir tiap-tiap tahun. Jadi sepatutnya tahap kecekapannya itu harus jauh lebih baik dan kalau ini berlaku, saya ucap terima kasih ya.
Akan tetapi, terkait dengan masalah di Pahang ini bukan sahaja soal hujan, tetapi pembalakan dan ini serius. Jadi, saya tidak anggap ini sebagai suatu sikap politik kepartian.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Port Dickson, sedikit.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Bagaimana boleh kita biarkan atau anggap sepi kenyataan yang terang tanpa bersuluh iaitu balak itu turun laju sampai ke depan rumah orang. Semua kajian menunjukkan tidak keseluruhannya tetapi sebahagian besarnya masalah yang berbangkit itu adalah kerana pembalakan.
Ada yang disebut, ada yang balak karam. Ini Yang Berhormat Menteri berkenaan memberitahu, bahawa ada yang tidak ikut kelulusan - pembalakan haram yang saya dengar dari dahulu. Saya ingat masa kita hendak buat - tubuh UUM, ada pembalakan haram dan jabatan mengatakan dia tidak nampak.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Saya kata bukan jarum yang keluar, lori balak keluar pun dia tidak nampak tetapi hal ini harus dihentikan dengan ketegasan.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Port Dickson. Hal sedikit.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Keduanya, tentang kelulusan.
Memang betul Yang Berhormat Menteri boleh jawab ini urusan kerajaan negeri tetapi kerajaan negeri nampak - akan menjawab kami perlu peruntukan kewangan. Ini alasan ekonomi. Biar jahanam rumah orang, biar mati, biar hanyut rumah kerana ekonomi itu perlu.
Jadi, patut ada satu tahap penyelesaian. Dasar yang tegas memantau, ada dasarnya, ada pemantauannya. Akan tetapi kalau kita lihat kesannya di Kelantan dan terutama di Pahang baharu-baharu ini, jangan kita nafikan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Permasalahan balak ini sangat serius dan saya cadangkan pertama, hentikan!
Moratorium hentikan semua termasuk yang sudah diluluskan sehingga dikenal pasti.
Kalau kajian menyatakan dan kenal pasti pembalakan area ini selamat, itu soal lain.
Keduanya, janganlah beri kelulusan baharu pembalakan tanpa mengira kedudukan, darjat, pengaruh politik, tidak kira. Akan tetapi kalau ada ketegasan, Parlimen akan memberi sokongan penuh tanpa kira siapa.
[Tepuk] Akan beri sokongan penuh kalau ada ketegasan pihak Perdana Menteri dan Menteri-menteri Besar yang berkenaan supaya masalah ini tidak berlarutan. Janganlah kita anggap perkara ini kecil kerana seperti yang kita tahu. Saya percaya laporan ini sudah sampai kepada kerajaan dan Kabinet tentang pembalakan hutan berhampiran Sungai Gapoi, Sungai Telemong di selatan Karak yang begitu buruk sehingga memberikan kesan yang sangat teruk di kawasan Karak, Bentong.
Saya lihat sudah lebih daripada 400 pertubuhan-pertubuhan sukarela yang buat desakan supaya kerajaan memberi perhatian. Oleh kerana ini dikaitkan dengan Penilaian Kesan Alam Sekitar dan saya percaya Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar dan Air boleh bersetuju bahawa tanpa beberapa tindakan seperti ini yang tegas, saya tidak fikir kita boleh kawal. Bukan sahaja soal alam sekitar, perubahan iklim tetapi kesan kepada rakyat yang miskin.
Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan
Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Port Dickson. Boleh saya? Yang Berhormat Port Dickson?
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Seperkara yang lain seperti diketahui oleh Perdana Menteri dan kerajaan iaitu apabila kita sebut COVID-19...
Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan
Yang Berhormat Port Dickson.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Dan juga banjir, mangsa yang paling ketara adalah di kalangan yang miskin. Ya, ada rumah orang kaya yang terlibat.
Akan tetapi Menteri Kewangan sedia maklum kalau turun ke bawah, kawasan tebing sungai, kawasan perumahan yang rendah itu melibatkan kelompok B40 dan orang miskin, besar.
Jadi, apabila menjadi mangsa banjir itu tidak ada simpanan, tidak ada keupayaan selain daripada menunggu bantuan. Oleh itu, saya ucap sekali lagi terima kasih kepada jentera kerajaan dan sukarelawan dan sukarelawati yang menyegerakan bantuan makanan, minuman kepada rakyat yang terkesan. Jadi, ini terkait juga soal KWSP. Ada pandangan menyatakan bahawa perlu kita berikan kelonggaran bagi pencarum mengambil wang mereka sendiri dan ini telah kita lakukan.
Akan tetapi, saya cenderung untuk mengatakan walaupun tidak popular pada setengah pihak bahawa kita tidak boleh memberi laluan mudah kerana wang ini yang sedikit itu untuk menjamin masa depan mereka dan ini kumpulan yang agak miskin.
Kalau diambil wang ini, lima atau enam tahun setelah bersara tidak ada harapan mereka boleh jamin keselamatan hidup mereka dan keluarga. Akan tetapi, kalau jawapan Menteri Kewangan setakat itu sahaja noktah, tidak cukup. Maknanya kita kena pantau
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
orang-orang ini dan harus beri bantuan tambahan supaya mengurangkan beban. Jadi maknanya, mengehadkan ataupun menghentikan peluang pencarum mengambil wang daripada KWSP dipersetujui tertakluk dengan syarat peruntukan tambahan kepada mangsa yang berkenaan.
Baru dia agak dapat diimbangi. Saya tahu ini melanggar keputusan UMNO.
Jadi, saya hendak bagi tahu kepada Perdana Menteri keputusan parti mana pun kita sokong kalau betul. Akan tetapi kalau keputusan itu umpamanya populis dan tidak memberikan manfaat besar pada masa depan keluarga ini, kita harus bersedia mengkaji semula. Kajian semula itu, menghentikan tetapi mesti mengganti dengan dana tambahan sekurang-kurangnya RM5,000 atau maksimum RM10,000 bagi yang terjejas, kata rumahnya hilang.
Saya pergi umpamanya di Negeri Sembilan sendiri pun, ada rumah dinding hilang umpamanya. Hal-hal sedemikian harus dibantu. Dia tidak ada pilihan. Oleh sebab itu, fakta peringkat granular ini, bukan secara menyeluruh, bukan general perception bagi semua masalah...
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Yang Berhormat Port Dickson.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Ya.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Terima kasih. Setuju atau tidak Yang Berhormat Port Dickson, kita sebenarnya sudah ada peruntukan untuk baiki rumah silingnya RM13,000 ganti rumah ataupun membina rumah baharu sebanyak RM50,000.
Kenapa tidak kita masukkan satu lagi baris syarat kelayakannya ialah kepada mangsa- mangsa bencana?
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Setuju. Ini banyak sangat jentera.
Banyak sangat jawatankuasa. Banyak sangat kementerian yang terlibat dalam hal yang sama. Jadi, kalau ada keperluan umpamanya Perdana Menteri selaras, Perdana Menterilah. Kalau perlu Menteri Kewangan, Menteri Kewanganlah. Akan tetapi tidak boleh umpamanya projek perumahan itu pelbagai oleh masing-masing Menteri untuk menentukan ikut keutamaan yang mereka fikirkan. Harus ada penyelarasan dalam bidang ini. Ini termasuk masalah tempatan banjir. Berapa jabatan terlibat? Umpamanya dalam soal sungai ini pun. Ini masalah besar.
Dasar, kalau tengok pelan memang menarik. Kalau kita baca pelan 20 tahun yang lalu tidak ada banjir teruk lagi sekarang. Kalau kita laksanakan pelan 10 tahun yang lalu, masalah itu boleh diselesaikan. Sekarang ada plan baharu. Kalau keadaan yang sama, saya fikir 10 tahun lagi, 20 tahun lagi anak-anak kita berbincang, masalah banjir masih sama. Jadi, saya akan sentuh juga tentang bentuk penyelesaian harus dilakukan untuk memastikan ini tidak berulang.
Akan tetapi sebelum saya pindah ke kawasan lain, saya hendak jelaskan. Saya minta betul-betul Perdana Menteri dan Menteri berkenaan bagi penegasan. Berapa keuntungan syarikat-syarikat balak ini? Menilai perolehan eksport satu tahun. RM18 bilion, RM19 bilion setahun. Itu yang di rekodlah. Kadang-kadang Menteri Kewangan tahu.
Kadang-kadang dia ada juga buku kedua. Dia lari daripada cukai yang ini. Akan tetapi andaiannya ialah RM18 bilion.
Apabila ada berlaku mangsa yang mengalami kerosakan, kerugian akibat banjir, harus ada ketetapan memaksa syarikat-syarikat balak ini bayar sebahagian ganti rugi.
Tidak perlu hanya kerajaan. Jangan dia jawab kita sudah bayar cukai. Dia bayar cukai bukan untuk rosakkan rumah orang. Dia bayar cukai bukan untuk menyebabkan banjir.
Kalau tidak, kita nampak umpamanya lemah dalam menghadapi golongan-golongan atasan. Golongan kaya ini tidak dibebankan walaupun mereka yang menyebabkan kerosakan bagi rumah-rumah miskin ini.
Jadi, saya dalam hal ini hendak bercakap bagi pihak orang-orang kampung yang miskin ini kerana dia tidak upaya hendak bantah. Kalau dia bantah sedikit, datang wakil rakyat, ketua jabatan bagi dia RM200. Dia terpaksa diam sekejap. Kalau tidak, tidak dapat RM200 itu. Akan tetapi yang kita hendak bangkitkan di sini adalah arahan tindakan keras daripada kerajaan memaksa syarikat-syarikat balak yang menyebabkan kerugian rakyat
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
membayar ganti rugi. Ini tidak termasuk Sabah atau Sarawak atau Kelantan, Pahang, Terengganu.
Saya hendak tengok keberanian pimpinan Melayu ini, apakah berani dan sanggup mengambil tindakan tegas membela nasib orang-orang yang miskin di bawah ini!
[Tepuk]
Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan
Yang Berhormat Port Dickson.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Selangor kenapa tidak sebut, Selangor?
Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan
Yang Berhormat Port Dickson.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Ya termasuk Selangor, ya.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
[Ketawa]
Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan
Ya Yang Berhormat Port Dickson, terima kasih. Saya baru terima maklumat Yang Berhormat Port Dickson, bahawa ada 19 lesen projek diluluskan untuk hutan ladang dan pembalakan di Pahang pada tahun lepas. Akan tetapi apabila ada permohonan kepada Jabatan Alam Sekitar untuk melihat, mendapatkan salinan EIA. Saya dimaklumkan bahawa Jabatan Alam Sekitar Pahang tidak membenarkan mengeluarkan laporan tersebut.
Saya ingin tanya Yang Berhormat Port Dickson. Perlukah Jabatan Alam Sekitar dedahkan siapa yang dapat lesen ini dan dedahkan semua yang sudah dapat lesen sebelum ini supaya boleh rakyat beri pertanggungjawaban kepada mereka untuk bayar ganti rugi kepada rakyat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Port Dickson, oleh kerana Pahang adalah negeri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya secara peribadi mencabar Perdana Menteri untuk mengambil tindakan yang tegas, menentukan bahawa segala salah guna, penyelewengan dan pembalakan yang berlaku di negeri Pahang itu dihentikan. Oleh kerana amat jelas, memang amat jelas apa yang berlaku tidak mengikut peraturan yang seperti mana yang sepatutnya. Please, terima kasih.
Menteri Wilayah Persekutuan - Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Selangor, Selangor macam mana? Selangor?
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Saya hendak tambah gesaan dari Yang Berhormat Shah Alam supaya Parlimen diberi maklumat oleh Menteri yang berkenaan tentang semua kelulusan pembalakan yang diluluskan oleh kerajaan negeri kerana maklumat ini dalam pemantauan kementerian.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Memang bidang kuasa kerajaan negeri, tetapi pemantauan oleh Kerajaan Persekutuan dan kita hendak maklumat ini sampai. Ini kerana kalau tidak kita berikan pendedahan ini seperti yang digesa oleh Yang Berhormat Shah Alam, saya rasa perkara ini terus berulang.
Soal kerajaan negeri memberikan penjelasan ikut jadual ataupun tidak ada pelanggaran hukum, itu soal lain. Kita boleh kepilkan sekali. Akan tetapi, kita hendak tahu sejumlah kelulusan sejak lima tahun yang lain, umpamanya, supaya dapat maklumat ini, termasuk untuk negeri Pahang, kepada awam.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Kuala Selangor.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Sambut sedikit, Yang Berhormat Port Dickson.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Ya.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Dalam nafas yang sama, saya juga menerima― persoalan ini bukan mana negeri ya, Selangor kah, Pahang kah. Persoalannya apabila berlaku seumpama apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Port Dickson― saya memerhatikan Jabatan Alam Sekitar mahu diberikan kuasa untuk melindungi― di mana kalau saya boleh sebutkan di sini, pendedahan yang dibuat mengejutkan.
Jabatan Alam Sekitar Pahang pada tahun 2021 meluluskan 46 penilaian kesan alam sekitar atau environmental impact analysis (EIA) termasuk untuk pembalakan dan perladangan, Yang Berhormat Port Dickson ya. Sementara Jabatan Alam Sekitar lah yang diberi kuasa untuk melindungi alam sekitar kita, bukit kita, hutan kita, sungai, laut dan atmosfera kita dan tidak menyekat kemusnahannya. Ini sangat malang, Yang Berhormat Port Dickson.
Saya juga ingin untuk melanjutkan. Pada persidangan, apa yang dikatakan sebagai COP26 ataupun Conference of Parties 26 di Glasgow baru-baru ini yang berakhir di mana Malaysia telah menyatakan komitmen untuk menghentikan penebangan hutan dan mencapai sifar bersih pelepasan menjelang tahun 2050. Apa komitmen Menteri?
Yang Berhormat Port Dickson, kalau boleh dimasukkan dalam ucapan Yang Berhormat Port Dickson. Terima kasih.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Menteri KASA pun daripada Pahang.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Terima kasih. Penilaian kesan alam sekitar ini adalah tanggungjawab Persekutuan ya. Jadi sebab itu, kita mahu satu penjelasan bagaimana kelulusan pembalakan yang berlesen, bukan yang haram, boleh diluluskan dan kita lihat kesannya sampai kerosakan rumah-rumah kampung. Jadi sebab itu, Menteri harus jelaskan bagaimana pelan EIA ini boleh diluluskan...
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Yang Berhormat Port Dickson, ini satu.
Dalam 30 saat.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
...Dalam keadaan kesan yang kita lihat seperti mana berlaku di Pahang baru-baru ini.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Saya tengok orang marah kepada tauke balak bila berlaku bencana. Akan tetapi, bila dekat pilihan raya nanti, tauke balak itu datang, semua senyum. Ini selalu berlaku kerana politik wang masih kuat di Malaysia ini.
Bersetuju tidak dengan saya? Tauke balak menguasai orang-orang politik. Tidak kira mana-mana negeri.
[Dewan riuh]
Menteri Wilayah Persekutuan - Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Ya.
Betul, betul. PH yang kutip duit banyak.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Abang Mat ada pengalaman kah itu?
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Tidak. Betul. Yang Berhormat Kota Raja ada alasannya. Bukan sahaja tauke balak. Parti politik dan kita tidak boleh ditentukan oleh syarikat-syarikat kaya dari mana-mana pun termasuk balak kerana ini akan merosakkan dasar yang kita hendak ketengahkan.
Baik. Soalnya sekarang, Perdana Menteri dan juga Yang Berhormat Menteri ada menyebutkan tentang langkah-langkah yang diambil. Saya tertarik kerana ini adalah untuk menyelesaikan masalah masa hadapan. Kita telah teliti dan kita tahu masalahnya tetapi saya hendak pastikan bahawa assessment atau penilaian itu harus tepat. Bukan sahaja dari penilaian yang biasa kita lakukan tetapi kita dengar harus ada pandangan daripada persatuan-persatuan alam sekitar dan lain-lain tentang masalah ini.
Ini kerana, umpamanya, kalau kita menggunakan pendekatan yang sama, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tahu, maknanya banjir akan berulang setiap tahun di Pahang. Jadi, apa kemungkinan lain untuk mengurangkan, kalau tidak boleh menyelesaikan? Saya gunakan istilah mengurangkan kerana...
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Port Dickson.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
...Pandangan biasa ialah tentang natural disasters. Ini juga kita dengar berulang kali menteri-menteri sebut, “Ini natural disasters, hujan terlalu banyak dan air pasang, oleh itu berlaku”. Betul. Akan tetapi, ini half-truth. Half-truth turns into absolute. Ini kerana sebenarnya seperti mana yang disebutkan oleh seorang pakar political ecologist, there is nothing natural about natural disasters. Most of what we call natural disasters (tornadoes, droughts, hurricanes) are indeed natural, though human contributions may increase their likelihood or intensity. In every phase and aspect of a disaster― causes, vulnerability, preparedness, results and response, and reconstruction― the contours of disaster and the difference between who lives and who dies is to a greater or lesser extent a social calculus. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, ada langkah yang harus kita ambil. Oleh sebab itu, dalam Al-Quran dibezakan tentang kerosakan dan fasad fil-ard. Maknanya yang kita bincangkan di sini bukan natural disasters sebenarnya tetapi fasad. Fasad ini berlaku kerana soal rasuah. Bagaimana boleh kelulusan yang melanggar semua pertimbangan termasuk keselamatan rakyat kerana rasuah...
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Port Dickson.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
...Kerana tamak haloba. Ini tanggungjawab kita untuk kenal pasti dan cuba selesaikan sedikit ya.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Port Dickson, boleh saya celah?
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Saya hendak sentuh hal ini kerana Perdana Menteri sebut mengenai langkah-langkah dan kita harus dalam perbincangan hari ini menumpukan tentang langkah-langkah yang diambil ini. Kadang- kadang perlu juga outside the box. Umpamanya, kalau standard jawapan JPS, apa dia?
Korek sungai, luruskan sungai dan mungkin ada tebing. Itu standard dan ada kebenarannya. Akan tetapi, apakah itu cukup? Kadang luruskan sungai― sekarang ada bincang juga di Sungai Klang ini. Bila kita luruskan banyak, dia hilang dia punya main drain itu dan mungkin ada juga kesannya.
Dahulu kita buat smart tunnel― itu sebahagian― tetapi ia berakhir di situ. Ada cadangan macam di negeri China, sponge city. Ada di Pulau Pinang. Tahniah kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana buat tadahan― bukan tadahan tapi simpanan air yang besar di Sungai Pinang. Jadi sejak itu disiapkan, banjir di Sungai Pinang, Tuan Yang di-Pertua lebih maklum, itu jauh lebih berkurangan. Kemudian, di Permatang Ara, di Permatang Pauh dibuat. Kawasan-kawasan ini. Wilayah ada umumkan― umumkan. Itu bukan laksanakan ya. Okey.
Jadi, saya fikir ini cadangan-cadangan baharu yang kita harus beri pertimbangan iaitu menyimpan air. Kalau tidak, Malaysia ini musim kemarau, air tidak ada. Musim hujan, banjir. Di Amman, air enam inci satu tahun. Kita 3,000 inci kalau tinggi. Akan tetapi, enam inci setahun, dia boleh simpan untuk tanaman dia untuk satu tahun. Akan tetapi itu contoh ekstrem kerana hampir semua rumah ada ladang, dia ada simpanan air yang besar. Ini memberikan kos.
Menteri Kewangan risau tentang kos. Akan tetapi, saya hendak bagi pandangan, jangan kita penny-wise, pound-foolish. Apa kata Menteri Ekonomi sekarang? Kerugian mungkin mencecah entah berapa puluh bilion. RM15 bilion? Ada yang kata RM6 bilion.
Akan tetapi, ada pakar ekonomi mengatakan kalau dilihat keseluruhan ekonomi, dan Menteri Kewangan boleh beri penjelasan, bukan kerugian pada ketika itu tetapi keseluruhan ya, kerana mengambil masa untuk mengangkat kadar pertumbuhan, itu mungkin mencecah jauh lebih.
Jadi kalau kita mengambil kira ini, maknanya langkah-langkah seperti mana yang saya sebutkan tadi, soal pelan, adaptasi perubahan iklim, itu harus dilakukan dan minta pegawai-pegawai, pakar-pakar di JPS dan lain-lain itu memikirkan tindakan-tindakan yang di luar daripada pertimbangan biasa.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Yang Berhormat Port Dickson, teknologi.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Port Dickson.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Fasal teknologi sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Kalau kita tengok dalam kes di Seri Muda, kenapa air bergenang tidak dapat dikeluarkan adalah kerana TNB terpaksa menutup elektriknya sebab air sudah terlalu tinggi. Jadi mungkin juga patut dipertimbangkan beberapa aspek teknologi supaya mungkin pada masa akan datang, kita dapat sediakan generator elektrik yang lebih sesuai yang mungkin boleh terapung ketika banjir. Kalau kita tengok di Empangan Klang Gate misalnya, sebab ia binaan yang lama, binaan yang puluhan tahun yang lalu yang memerlukan spillway.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Jadi, ini pun juga satu lagi aspek teknologi yang boleh dipertimbangkan. Kalau kita tengok di Jepun, sekarang ini banyak dibina apa yang dipanggil sebagai empangan Sabo. Jadi, mungkin ini juga patut dipertimbangkan oleh kerajaan untuk memperbanyakkan. Sekarang ini yang saya tahu telah mula dibuat di Jitra. Jadi, ini mungkin boleh dikembangkan di negeri-negeri lain.
Saya juga hendak sebut sedikitlah. Mungkin sebab tadi disebut tentang ramalan yang tidak tepat, dijangka hujan ataupun Taufan Rai itu lebih pada Pantai Timur, tetapi akhirnya turun di bahagian tengah. Jadi, mungkin kita juga perlukan satu teknologi yang dapat meramal dengan lebih tepat.
Terakhir, saya hendak masukkan juga dalam ucapan ialah daripada segi perjawatan. Kalau kita tengok di daerah-daerah ini, jurutera JPS ini hanya gred 41. Jadi, dia mungkin tidak cukup pengalaman dan juga tidak cukup daripada segi kuasa untuk menggerakkan.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Baik, terima kasih. Saya akan masukkan.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Port Dickson, pendek sahaja.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Ya, satu minit. Saya hendak habis sudah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Simpang Renggam, satu minit.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Okey, pendek sahaja. Tadi Yang Berhormat Port Dickson ada sebutkan dua perkara. Pertamanya berkaitan dengan bagaimana parti politik tidak sepatutnya dikuasai oleh cukong-cukong dan juga para pemodal. Kemudian, disebut dilanjutkan lagi tentang fasad atau kerosakan yang dilakukan bersebabkan oleh pendanaan sedemikian. Akhirnya, syarikat balak bermaharajalela.
Begitu juga banyak isu lain termasuk internet di sekolah pada suatu waktu dahulu.
Jadi, saya ingin menarik perhatian. Kalau boleh dimasukkan perlunya kita kembali membentangkan di Dewan yang mulia ini Akta Pendanaan Politik. Saya kira dahulu Yang Berhormat Muar kerap membawanya....
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Itu tidak terlibat secara langsung tetapi saya setuju. Terima kasih.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Terima kasih.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Yang Berhormat Port Dickson, boleh saya tanya just satu soalan yang pendek? Berkenaan dengan isu yang timbul banjir pada bulan Disember. Kami juga telah pun mengalami satu banjir kilat dalam bulan Ogos di Yan ataupun dekat dengan Gunung Jerai di Kedah. Itu telah pun juga mengakibatkan flash floods yang tidak diramalkan dan sebagainya. Itu merupakan satu fenomena yang telah pun diakibatkan mengikut banyak pandangan oleh sebab climate change.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Jadi, adakah- kami telah pun- have we learnt any lesson from this episode di Yan, Kedah pada bulan Ogos? Adakah sekiranya kerajaan mengambil langkah yang proaktif, kami dapat mengelakkan kerosakan yang teruk yang berlaku dalam bulan Disember?
Contohnya, kami memberi amaran ataupun kerajaan memberi amaran yang lebih efektif yang akan mengelakkan kesusahan dalam bulan Disember. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila, Yang Berhormat Port Dickson.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Terima kasih. Saya ingat saya juga bangkitkan isu tersebut, Yang Berhormat Bukit Gelugor. Akan tetapi jawapan Yang Berhormat Menteri ialah bahawa kita tidak tebang di- Jawapan Yang Berhormat Menteri pada ketika itu, tidak tebang di kawasan berkenaan. Akan tetapi, jawapan itu saya kira tidak tepat. Ia di sekitar itu dan memang ditunjukkan bukti-bukti tidak di kawasan- kawasan di lereng, di sebelahan itu, memang ada. Kesannya ada. Kalau tanya saya, saya tidak ada kepastian apa yang puncanya. Akan tetapi sepatutnya Yang Berhormat Menteri mengatakan kita patut buat kajian yang lebih menyeluruh dan tidak hanya hendak pertahankan kerajaan negeri berkenaan kerana kebetulan parti yang sama.
Baik, Taman Sri Muda ini isu besar. Saya harap kerajaan boleh menilai. Ada yang mengatakan ini sebab tidak sepatutnya pembangunan dibuat di situ. Itu harus kita juga teliti ya. Saya bukan hendak pertahankan kerajaan mana-mana, tetapi kita hendak tahu mengapa kalau benar laporan pada ketika itu. Seperti mana yang kita belajar daripada pengalaman Highland Towers berpuluh-puluh tahun yang lalu. Akan tetapi, hendak kata kita belajar daripada pengalaman itu, saya belum pasti. Kita hanya ada kejutan apabila berlaku masalah. Selepas itu, selang lima, enam bulan kita lupa dan terus business as usual. Baik, itu satu hal yang pertama.
Kedua, yang juga disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tentang- sebelumnya Rancangan Malaysia Ke-12, tentang this Green New Deal. Jadi, saya rasa kerajaan tentu harus pastikan program ini berjalan terus kerana ini sahaja yang dapat menjamin kemampanan dan daya tahan dan juga soal yang dianggap peningkatan- meningkatkan agroforestry, agroecology, dalam konteks Green New Deal untuk negara kita ini.
Saya tidak akan singkatkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ada 11 minit lagi.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Ya, tetapi saya hendak bagi peluang kepada yang lain-lain.
Jadi, berbalik kepada langkah dan tindakan. Daripada segi dasar, saya tidak banyak berbeza pendapat kerana pengumuman itu mengambil kira input yang betul dan diagnosis tentang permasalahan yang berlaku. Apa yang saya kurang yakin ialah program pelaksanaan itu kerana apabila kita ambil langkah yang lebih kurang sama seperti mana pembalakan ataupun pelurusan air tanpa kesediaan untuk memperbaiki infrastruktur secara besar-besaran.
Soal tebatan banjir ini bukan baharu. Saya ingat saya mula masuk kerajaan pada tahun 1982 sudah ada Laporan JICA pada masa itu. JICA Jepun memberi cadangan tentang program tebatan banjir besar-besaran. Akan tetapi pada masa itu kita tidak fikir ada keupayaan untuk berbelanja berpuluh-puluh bilion dan ini ditangguhkan. Dilakukan, dilaksanakan secara berperingkat.
Jadi, saya harap dengan berlakunya malapetaka baru-baru ini, saya usulkan supaya hal ini diteliti semula. Tentunya ada kajian-kajian baharu yang lebih sesuai dengan keadaan yang ada sekarang. Jadi, saya harap langkah-langkah seperti pelurusan sungai, sponge city itu dan penyelarasan yang jauh lebih berkesan kerana saya tahu di peringkat bawah apabila umpamanya ada masalah banjir di Port Dickson, saya tahu kena perbincangan JKR, JPS. Lima, enam itu mengambil masa. Orang itu jawab macam ini, macam itu. Hal ini kerana penyelarasan itu belum cukup berkesan. Jadi, saya sekali lagi gesa supaya perkara ini diberi perhatian.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Akhirnya, saya hendak sentuh tentang keperluan maintenance. Apa yang berlaku di Selangor ini, JPS boleh jawab dua buah pam, satu buah pam rosak. Tinggal satu- pam.
Kemudian, kita lihat umpamanya program-program tebatan itu, dengan machinery-nya itu kadang-kadang kurang berkesan. Jadi, kita lihat umpamanya keupayaan kita menggunakan fasiliti yang ada terbatas lantaran kita tidak menggunakan dana yang secukupnya untuk mengawal selia, maintenance mesin-mesin yang berikut.
Jadi, saya harap selain daripada menyatakan penghargaan kepada puluhan ribu- rakyat yang bangkit daripada semua kaum dan semua agama yang menunjukkan bahawa semangat kemanusiaan mereka itu cukup kuat dan gigih. Kita harus juga gesa supaya kerajaan lebih peka tentang permasalahan ini dan mengambil tindakan bersama mengurangkan beban yang berlaku. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Port Dickson. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Pasir Salak- 15 minit.
Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian.
Kita sudah mendengar tadi banyak ulasan dan pandangan yang diberikan, termasuk daripada Ketua Pembangkang. Ramai lagi yang mencelah pun menyuarakan pandangan dan juga perasaan mereka terhadap bencana banjir yang menimpa kita ini.
Saya tidak mahu untuk mengulanginya. Ada yang mereka sebut itu betul dan ada juga yang berbaur politik, untuk kepentingan politik masing-masing. Akan tetapi ada juga yang baik untuk kepentingan negara dan rakyat pada keseluruhannya. Jadi, pihak kerajaan saya percaya akan mengambil maklum akan pandangan dan pendapat atau kritikan yang dikemukakan itu.
Saya ambil kesempatan yang sedikit ini untuk memberikan pandangan bagaimana sepatutnya kita mengambil pendirian untuk menghadap masa hadapan. We do not want to repeat the same experience, pengalaman yang sama. Kita ingin kalau boleh mengelakkan berlakunya apa-apa yang tidak diingini apabila berlakunya bencana banjir seperti ini.
Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Cadangan saya yang pertama ialah penempatan semula. Penempatan semula penduduk-penduduk yang duduk di kawasan-kawasan yang flood prone ataupun kawasan yang mudah ditimpa banjir ini iaitu biasanya di kawasan yang rendah dan juga di tepi-tepi sungai, di tepi-tepi parit dan sebagainya. Akan tetapi saya sedia maklum bahawa bukan senang untuk resettle atau membuat penempatan semula ini kerana ada beberapa sebab.
Satu, kadang-kadang mereka itu sendiri enggan berpindah dan biasa duduk di situ, datuk dan nenek dia situ, hendak pindah dari rumah dia rasa beratlah. Jadi dengan sebab itu, it is not easy, but we have to try. Pihak kerajaan ialah pihak yang bertanggungjawab untuk melihat perkara ini tidak berlaku lagi, perlu berusaha ke arah itu iaitu untuk melakukan resettlement. Dalam Dewan tidak boleh berucap tanpa mask kah?
Seorang Ahli
Boleh.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Itu apa diberi signal itu? Bentara bagi signal kenapa? Ini yang ambil gambar pula ini untuk apa? Hendak hantar ke mana? Bagilah chance Ahli Parlimen, kebebasan.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Yang Berhormat Pasir Salak sikit, fasal settlement.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Hendak ambil gambar, selepas itu hendak tunjuk di mana-mana?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Teruskan Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Hendak viral?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Pukul 1 tidak ada break, jadi terus.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tidak bolehkan? Who is this brother? Halau dia keluar, menyibuk sahaja. Selain daripada itu, untuk mencari tempat yang sesuai bukan mudah ya. Tanah-tanah tinggi dan juga perbelanjaan kos untuk membina semula rumah-rumah itu adalah banyak. Akan tetapi untuk kepentingan jangka panjang, kerajaan sepatutnya mengambil pendekatan bahawa ini merupakan pelaburan.
It is investment kepada rakyat di negara kita. Sebenarnya kalau dibuat pun, ia akan generate economy, akan menjadi catalyst kepada pembangunan ekonomi negara juga.
So, it is not orang kata satu perbelanjaan yang merugikan kerajaan, daripada kita akan kerugian lagi seperti mana yang berlaku hari ini, sebanyak RM6 bilion kerugian yang kita tanggung disebabkan oleh kemusnahan-kemusnahan pelbagai kategori yang telah disebutkan itu.
So, orang kata, dengan izin, in a long-term, it’s better to spend more money now untuk kita melakukan membuat projek-projek yang boleh menyelesaikan masalah banjir ini buat masa jangka panjang. Itu satu cadangan saya kalau boleh diambil tindakan oleh pihak kerajaan, bagi pihak Yang Berhormat Menteri Kewangan, sudah bangun. Mungkin dia tidak mahu dengar apa saya cakap ini sebab saya dapati Yang Berhormat Menteri Kewangan kita ini cakap bukan main lagi hebatnya tetapi kita dapati juga banyak peruntukan kerajaan cantik diumumkan. Sekian-sekian banyak, buat itu, buat ini tetapi penyampaiannya kadang-kadang lambat, lambat. Delivery is slow. Jadi, kadang-kadang peruntukan ada, sudah diluluskan oleh Kabinet, diluluskan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tetapi pihak yang sepatutnya menerima bantuan terpaksa menunggu sekian lama.
Tunggu dan tunggu dan tunggu. Ini tidak membantu kepada mereka yang menjadi mangsa banjir itu.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Yang Berhormat Pasir Salak, sikit fasal rumah tadi.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ada pertanyaan.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Siapa?
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Kangar, Kangar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Kangar.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tidak payahlah, saya masa pun sikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Okey, teruskan.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Malaslah hendak melayan.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Fasal rumah tadi itu.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Rumah?
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Tadi resettlement itu.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Cakap di luar, nanti kita ceritalah. So, selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, mangsa-mangsa banjir ini mereka telah kehilangan pekerjaan, kehilangan perniagaan dan pelbagai kehilangan.
Jadi, bantuan kerajaan bukan sahaja sekadar untuk mereka menghadapi masalah sekarang, makan minum, barang-barang makanan, barang-barang atau kemudahan rumah, peralatan rumah dan sebagainya. Kita kena berfikir bagaimana mereka ini akan bangkit semula menjadi orang atau rakyat yang boleh hidup semula seperti biasa. Ada
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
pekerjaan yang baik dan ada peluang ekonomi yang baik. Jadi, perancangan kerajaan untuk membantu mangsa-mangsa banjir ini kena lihat daripada segi yang holistik. It is not only the aid. The aid dalam bentuk kotak makanan, bakul makanan dan sebagainya. Itu pun penting. Kalau tidak, apa hendak makan pula ya? Macam mana Yang Berhormat Baling buat pergi bagi berlori-lori hantar makanan itu, kita pujilah. Kita ucap syabaslah kepada beliau dan beberapa NGO yang lain.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ahli-ahli Parlimen pun ya. Yang Berhormat Baling, dia daripada dahulu sampai sekarang memang dia punya brand begitu.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Pasir Salak. Saya hendak sokong Yang Berhormat Pasir Salak ini.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tidak payah sokonglah.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Sikit sahaja, tambah-tambah. Sikit.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tidak payah sokong.
Tadi you sudah banyak bercakap.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Sikit sahaja, sikit sahaja.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jadi, saya ingin mengingatkan kita semua...
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
...bahawa bantuan yang dibuat ini daripada segi makanan, bakul makanan dan beri pocket money, bagi duit RM5,000, RM10,000 is good. Kita sokong tetapi in long term, these people need to survive and live a normal life. Banyak keperluan, keperluan anak-anak sekolah, keperluan...
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Pasir Salak, berkaitan sekolah tadi, kita ada guru-guru yang terjejas. Laptop habis semua dan...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ini...
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Mereka perlu digantikan dengan laptop baharu kesan daripada banjir ini. Yang Berhormat Pasir Salak setuju dimasukkan?
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Simpang Renggam ini tidak reti bahasa kah?
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Kita hendak minta Yang Berhormat Pasir Salak masukkan, untuk berikan tumpuan kepada guru.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
You Yang Berhormat, seorang yang terpelajar, seorang bekas Menteri. This is not the way for you to behave in Parliament.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Okey, Yang Berhormat Pasir Salak, terima kasih.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
You keep on interrupting.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Okey, Yang Berhormat Pasir Salak tidak bersetuju berikan kepada guru laptop baharu ya?
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Okey, terima kasih, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Simpang Renggam, sila duduk Yang Berhormat. Dia tidak beri.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Okey, terima kasih pak duta.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya tadi duduk diam dengar Ketua Pembangkang bercakap sejam. Saya tidak kisah, ada benda saya tidak setuju, ada saya boleh beri pandangan. But, it is okay, I don’t want to waste his time. So, saya tidak sampai masa macam pembangkang, Ketua Pembangkang sejam. Saya ada 10 minit tidak sampai kut, lima minit pun jadilah kalau tidak ada kacau. So, Tuan Yang di- Pertua, saya berharap kepada kerajaan supaya membuat perancangan yang hebat untuk membangkitkan semula masyarakat itu. Daripada segi pembangunan ekonomi, daripada segi pelajaran anak-anak dan segala-galanya. It is not just an aid, begitu ya. Jadi, ini memerlukan maknanya pemikiran yang di luar kotak, yang harus dibuat.
Jadi— tadi pembangkang pun kata Menteri kita ini ada yang patut letak jawatan sahaja. Tidak usahlah kata begitu. Nanti kalau mereka letak jawatan, kami pula jadi Menteri.
[Ketawa] Backbenchers. Sudah kami jadi Menteri esok, pembangkang pun tidak suka juga, bukan? We are not up to your standard. You see what is the point? Let the Ministers be there and biar mereka buat kerja sebaik mungkin. Kita sokong sahaja. Jadi, maknanya pembangkang pun tidak adalah payah-payah esok berhadapan dengan kami pula. Betul atau tidak? Think positive. Kita tahu Menteri-menteri tadi disebutkan waktu banjir baru-baru ini ada yang tidak berada di lapangan dan sebagainya. Kepada saya, memang boleh dijadikan isu tetapi sebenarnya tidak perlu dibesar-besarkan isu itu pun, yang hendak buat kerja menangani banjir ini bukannya Menteri seorang. Kalau Menteri ada urusan keluar negara, sama ada umrah kah, lawatan kerja kah dan sebagainya, Timbalan Menteri ada.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Itu ramai Timbalan Menteri menunggu sahaja peluang, bila hendak bagi peluang ini ke depan. Ini asyik menteri sahaja keluar di surat khabar, televisyen itu kan yang Timbalan Menteri duduk sahaja apa hal? So I would suggest, mencadangkan Tuan Yang di-Pertua, Menteri-menteri kalau ada hal, ada urusan di luar, bagilah Timbalan ini betul atau tidak?
[Tepuk] Sekali-sekala Yang Amat Berhormat Perdana Menteri jemput Timbalan Menteri masuk Kabinet, barulah dia tengok hendak macam mana hendak jadi menteri ini. Ini semua bakal-bakal betul atau tidak? Gurau, gurau juga, tetapi I’m serious. Mesej penting, jadi janganlah jadi Timbalan Menteri bawa beg [Ketawa] ke hulu ke hilir. Saya tahulah saya pernah menjadi Timbalan Menteri. Kalau bos Menteri tidak bagi, apa nama ini, assignment ataupun apa-apa tugas, tidak ada apa kerjanya, duduk sahajalah. Orang datang Timbalan Menteri tetapi selalunya kalau Timbalan Menteri duduk tingkat 14, Menteri 16, orang datang naik lif tingkat 14, tidak adalah dia berhenti, dia berhenti setakat 16. Tidak ada apa, so, what I’m trying to say Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri give the Deputy Minister some empowerment ya dak bagi tugas, bagi kerja, bagi kuasa dan sebagainya.
Gaji tidak payahlah naik yang itu...
[Ketawa] . Jadi soalnya kalau Menteri tidak ada, ada urusan, kita boleh maafkan, kita boleh faham. Tambah hujung tahun, selalunya hujung tahun hendak annual leave. Everybody wants to take annual leave hendak habiskan cuti, tidak habis cuti pula kan, burn lah cuti kita itu ya, pergi juga. Walaupun kadang-kadang ada hal, terpaksa pergi kerana hendak menghabiskan cuti. Ini pun satu hal juga, saya dulu bekerja dengan kerajaan, Timbalan Menteri lah, chairman GLC lah apa benda, saya tidak pernah ambil cuti pun. Tidak pernah cuti, Tuan Yang di-Pertua I’m telling you. Akan tetapi sekarang ini, sikit-sikit hendak cuti. Kalau dia tidak hendak cuti orang rumah pula ajak bercuti [Ketawa] , ini masalah dia. Hendak jaga hati orang rumah pula lebih daripada hendak jaga rakyat. Ya atau tidak? Lepas itu orang rumah pula bukan satu, dua, tiga. Ini problem, it’s a problem. Jadi kalau keadaannya begitu, pandai-pandailah Menteri. Pandai-pandai delegate you punya kerja itu, tugas itu kepada orang bawah dan begitu juga bukan Menteri sahaja, Timbalan Menteri sahaja bertanggungjawab, Tuan Yang di-Pertua dalam hal ini. Pegawai-pegawai kerajaan juga, KSU, TKSU, pengarah- pengarah, SUB dan sebagainya, pergi mana mereka ini?
Ini bila Menteri cuti, eh KSU pun cuti, TKSU pun cuti, semua cuti. Kita orang ramai ini, the public, ada urusan apa-apa tergendala. Pergi jumpa hendak buat itu, buat ini, hendak berurusan, eh ini KSU cuti, TKSU cuti...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Pasir Salak masa sudah habis, rumuskan.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Selepas itu maknanya kalau tidak ada mereka, mereka cuti jentera kerajaan jem, stop, is that what it’s supposed to be? Ini kalau dia cuti jentera kerajaan terus berjalan, delegate-lah bagilah tugas kepada pegawai-pegawai yang lain.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak terima kasih.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jadi Tuan Yang di- Pertua, saya berharaplah— saya mengucapkan terima kasih, tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana he’s– ini bukan I’m telling we can see with our own eyes, dia turun dengan turun pagi, petang, siang, malam. Yalah kita pun naik kesian tengok. Hendak tolong tidak boleh, dia tidak ajak kita [Ketawa] . Kalau dia ajak kita, bolehlah kita tolong-tolong, angkat-angkat apa yang patut ye dak? Ini tidak boleh [Ketawa] , dia buat seorang sahaja. Itu Menteri semua pergi cuti, Menteri lain tidak ada [Ketawa] .
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Kita ini yang tidak Menteri, kita ada masa banyak. Bagi tahu bila-bila no problem, panggil sahaja bila-bila, Aziz tunggu, betul atau tidak Aziz?
[Ketawa] Jadi that’s it.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Jangan salahkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, jangan salahkan Menteri apa-apa semua. Kita sama-sama gembleng tenaga, berfikiran secara positif, kelemahan yang lalu kita jadikan pengajaran dan kita buat yang baru yang lebih baik lagi supaya masa depan kita lebih baik. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Bagan kemudian Yang Berhormat Batang Lupar. Sila Yang Berhormat Bagan 15 minit. Switch on the mic.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ya terima kasih. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Selepas mendengar penerangan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Menteri-menteri, memang ketara di sini adalah bahawa ia adalah satu usaha untuk membuat damage control dan juga menebus balik nama baik dan reputasi selepas kegagalan yang amat jelas sekali oleh pihak Kerajaan Persekutuan semasa menangani bencana banjir, bukan sahaja di Semenanjung Malaysia baru-baru ini. Akan tetapi juga di negeri Sabah di mana ia berlaku di Tenom pada bulan Mei dan di Penampang pada bulan September tahun lepas. Ini telah sekali lagi menyerlahkan kegagalan Kerajaan Persekutuan dalam pencegahan banjir, bantuan bencana, usaha menyelamat dan juga pemulihan pasca bencana sehingga mengorbankan sekurang- kurangnya 55 nyawa di mana dua masih hilang dan kerugian ekonomi yang dianggarkan sebanyak RM20 bilion.
Tuan Yang di-Pertua, tiada yang menunjuk kegagalan Kerajaan Persekutuan berbanding prestasi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri yang mengecewakan di mana mereka kelihatan tidak berminat atau tidak bermaya langsung untuk melakukan bantuan yang diperlukan. Siapa boleh lupa keadaan ataupun optik yang begitu menyayat hati, di mana kita lihat penduduk-penduduk yang terpaksa meringkuk di atas bumbung di Taman Sri Muda sehingga tiga hari tanpa sebarang bantuan untuk menyelamatkan mereka. Macam sudah tidak ada kerajaan dan ini adalah satu realiti yang harus diakui oleh pihak kerajaan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Selagi kita tidak mengakui kegagalan ini, macam mana kita boleh pastikan keadaan sedemikian tidak akan berulang sekiranya bencana berlaku semula? Kegagalan kerajaan ini telah menyebabkan badan-badan amal, NGO-NGO seperti Tzu Chi dan wakil rakyat, khususnya daripada parti pembangkang terpaksa mencari jalan sendiri untuk membantu mangsa banjir bila sudah tidak ada kerajaan berfungsi. Lebih teruk lagi, agensi pengurusan bencana khususnya seperti NADMA menolak tanggungjawab dan sebaliknya menyalahkan kerajaan negeri. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu kegagalan systemic iaitu dari aspek kepimpinan dan juga struktur pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Perlu ada satu anjakan paradigma ataupun paradigm shift daripada kaedah kini yang tidak berkesan, di mana Putrajaya membuat keputusan bagaimana menjalankan kerja-kerja menyelamat dari bilik berhawa dingin, beratus-ratus kilometer dari lokasi bencana. Memandangkan Kerajaan Persekutuan sekali lagi telah membuktikan ketidakcekapan dan ketidakupayaan menangani krisis banjir negara dan mahu menyalahkan kerajaan negeri, tadi kita dengar juga menyalahkan pejabat daerah, maka saya syorkan kerajaan harus melakukan decentralisation atau desentralisasi.
Lebih-lebih lagi, bila kerja-kerja mitigasi dan pemulihan dijalankan menerusi pejabat daerah di bawah kerajaan negeri, akhirnya bila kerja-kerja mitigasi dan penyelamatan dijalankan terpaksa juga menerusi pejabat daerah. Lebih baik NADMA diletakkan di bawah kerajaan negeri yang lebih tahu macam mana uruskan banjir secara real-time semasa ia berlaku dan bukannya secara remote control, beratus atau beribu batu daripada kejadian. Dalam aspek ini, kami ingin mencadangkan desentralisasi dalam usaha pencegahan banjir, bantuan bencana, usaha menyelamat dan pengurusan pemulihan kepada kerajaan negeri dengan memberi peruntukan secara tahunan iaitu RM100 juta kepada setiap negeri ataupun 20 peratus daripada sumbangan cukai negeri tersebut.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ini membolehkan kerja-kerja penyelamatan dijalankan dengan cepat dan pantas.
Sumbangan kewangan sedemikian tidak akan menjejaskan belanjawan Persekutuan dengan menyalurkan apa yang telah pun diperuntukkan di kementerian sedia ada kepada kerajaan negeri. Ini bermakna kerajaan negeri akan bertanggungjawab ke atas isu perparitan, pembetungan, kerja-kerja tempatan banjir termasuk penyelenggaraan cerun bukit, bantuan bencana, kerja-kerja penyelamatan dan pemulihan dalam pembersihan dan mengembalikan kehidupan mangsa banjir kepada normal melalui bantuan kewangan yang diperlukan.
Saya harap perkara ini dapat diberikan perhatian kerana selama ini kita lihat NADMA tidak berfungsi sehingga Yang Berhormat Menteri sendiri menyatakan pada masa itu ‘bukan masalah NADMA’.
Jadi ini saya rasa menunjukkan bahawa biar kita decentralise dengan membolehkan kerja-kerja ini dijalankan oleh pihak kerajaan tempatan. Kalau bukan, sekurang-kurangnya kerajaan negeri.
Dalam keadaan di mana kita lihat kehilangan ekonomi sebanyak RM20 bilion, macam mana kita boleh bantu isi rumah, keluarga dan syarikat-syarikat menebus balik kehilangan harta dengan kehilangan sebesar ini. Kita lihat beribu-ribu kenderaan hanyut, jalan dan infrastruktur yang rosak, premis perniagaan dalam rumah yang pecah sama sekali. Adakah bantuan RM1.4 bilion ataupun RM2 bilion sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri mencukupi untuk membantu mereka atau mangsa-mangsa tersebut dengan pemberian RM1,000 setiap orang. Sungguhpun ada jumlah untuk membaiki rumah. Akan tetapi sehingga sekarang kita lihat daripada aspek pelaksanaan, ia masih belum memuaskan.
Oleh itu selain daripada bantuan yang disyorkan, kami juga ingin mengesyorkan bahawa pengecualian faedah ataupun moratorium pinjaman bank dilanjutkan untuk enam bulan lagi apabila ia tamat pada akhir bulan Februari ini. Ini adalah ekoran daripada MoU yang ditandatangani oleh pemimpin Pakatan Harapan dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dan ia akan berakhir. Ada yang bulan ini, ada yang bulan hadapan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Syorkan, lanjutkan untuk enam bulan lagi. Pada masa inilah bank-bank harus membuat sumbangan kepada rakyat dengan keuntungan kira-kira RM20 bilion yang mereka catatkan pada tahun lepas. Seluruh negara sedikit sebanyak terjejas dengan bencana banjir kali ini. Khususnya apabila kita lihat Selangor adalah satu pusat ekonomi yang begitu penting dan rantaian bekalan barangan juga banyak yang terputus.
Contohnya sebagai satu contoh spesifik, penghantaran kereta X50 yang diminati oleh orang ramai. Kalau sebelum ini mungkin kena tunggu enam bulan tetapi sekarang kena tunggu sampai setahun oleh sebab kesan daripada banjir tersebut. Yang menjadikan banjir lebih rumit ialah pembalakan yang dijalankan secara berleluasa. Khususnya di negeri Pahang sehingga balak yang dihanyutkan oleh banjir nampak oleh pihak berkuasa.
Kini pembalakan disambung semula seperti tidak ada banjir besar yang berlaku. Banyak aduan yang dibuat. Takkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang berasal dari Pahang tidak ketahui perkara ini?
Tuan Yang di-Pertua, dalam Belanjawan 2022, Kementerian Kewangan telah memperuntukkan RM450 juta untuk memelihara kelestarian alam sekitar. Sejauh manakah peruntukan ini berkesan dengan pembalakan yang begitu berleluasa? Sehingga sekarang, masih tidak mahu akui bahawa pembalakan ini adalah salah satu punca di mana banjir menjadi begitu teruk di negeri Pahang. Ini adalah satu penafian atau ‘sense of denial’ oleh pihak kerajaan.
Sekiranya tidak berdepan dengan masalah ini, saya rasa kita tidak akan cari penyelesaian selama-lamanya. Tambah juga sikap Menteri, saya rasa sikap Menteri itu penting. Kalau sebelum ini, cakap sesuatu, sekarang pula cakap lain.
Kalau kita lihat ada Menteri, ini saya kena komen sedikit Yang Berhormat Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang menyatakan tentang orang utan. Saya pun tidak faham macam mana dia boleh sebut bahawa kalau kita jumpa orang utan, orang utan akan bunuh kita dahulu. Itulah sikap yang saya rasa salah.
Sama juga kalau kita lihat tentang pembalakan. Satu isu yang kita tahu semua menjadikan banjir lebih teruk tetapi tidak mahu diakui. Sama juga dengan Menteri tersebut. Itu bukanlah penyelesaian yang dihasratkan oleh rakyat. Oleh itu, saya rasa kerajaan negeri boleh bertindak dengan lebih berkesan dalam melaksanakan tebatan banjir, kerja-kerja menyelamat dan juga pemulihan sekiranya mendapat bantuan yang sewajarnya, melainkan desentralisasi dilaksanakan. Kitaran suram rakyat Malaysia tenggelam dalam kegagalan pengurusan bencana banjir pasti akan berulang tanpa sebarang penyelesaian.
Tadi Yang Berhormat Menteri menyatakan keyakinan pelabur asing dicerminkan di pasaran kewangan bagi minggu berakhir 14 Januari. Pelabur asing telah mencatatkan pembelian bersih berjumlah RM400 juta di pasaran saham negara. Ini sebelum krisis atau skandal berkaitan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki apabila beliau menyatakan bahawa beliau membolehkan Central Depository System (CDS) account dia ataupun akaun saham dia digunakan secara proksi oleh adiknya.
Saya rasa selepas dinyatakan digunakan secara proksi, Suruhanjaya Sekuriti menyatakan bahawa ini bukanlah satu kesalahan. Rupanya selepas itu, bukan yang adik gunakan akaun saham secara proksi, tetapi itu satu pembohongan kerana akaun saham digunakan oleh beliau sendiri. He is the sole operator of the account.
Di sinilah macam mana kita boleh pastikan keyakinan pelabur, boleh terus dikekalkan sekiranya perkara seperti ini tidak diuruskan dengan pantas, dengan tegas oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti. Mujurlah selepas dikhabarkan bahawa mereka telah membersihkan Tan Sri Azam Baki daripada kesalahan, mujurlah satu kenyataan dikeluarkan semalam, di mana Suruhanjaya Sekuriti menyatakan sebenarnya tindakan tidak diambil ke atas pengurusan dan perdagangan secara proksi di dalam akaun Tan Sri Azam Baki kerana ia tidak digunakan secara proksi.
Sebenarnya digunakan secara keseluruhan oleh Tan Sri Azam Baki, menunjukkan bahawa tidak wujud langsung perdagangan secara proksi. Kerana kita tahu macam semua negara, semua pasaran dana di dunia tidak benarkan perdagangan saham
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
secara proksi. Malaysia juga tidak ketinggalan. Sekiranya ini dibenarkan, saya rasa keyakinan pelabur-pelabur akan terus jatuh menjunam.
Dengan keadaan sedemikian, kami hendak tanya khususnya Yang Berhormat Menteri, bolehkah jawab, apakah tindakan yang akan diambil apabila kita lihat Suruhanjaya Sekuriti menyatakan satu penipuan dibuat oleh Tan Sri Azam Baki, di mana ia tidak menguruskan akaun dia secara proksi, digunakan sendiri untuk beli saham. Beli saham dengan kuantum dan volume yang begitu besar, dikhabarkan kadang-kadang satu transaksi RM3 juta. Bolehkah kita dapatkan jawapan tentang perkara ini? Adakah ini dibenarkan? Ketua Pesuruhjaya SPRM bila buat urusan saham, ada perdagangan sampai RM3 juta, selain daripada memiliki berjuta-juta waran dan saham syarikat yang disenaraikan di dalam Bursa Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta rumuskan Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Sedikit lagi. Oleh sebab itu adalah penting Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Janganlah cuba tutup skandal ini. Kita harus ada satu tindakan yang jelas, rehatkan Tan Sri Azam Baki. Buat lah satu siasatan oleh panel yang bebas, oleh yang diyakini.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Minta penjelasan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Sila.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Minta laluan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Yang Berhormat Bagan, saya merujuk kepada satu kenyataan yang disiarkan dalam MalaysiaKini semalam, 19 Januari pada jam 7.42 petang. Ini membuat rujukan kepada kenyataan seorang Menteri yang mana Yang Berhormat Menteri tersebut telah pun menyatakan, saya baca Tuan Yang di-Pertua, *The Cabinet today discussed the controversial share ownership involving MACC Chief Commissioner, Azam Baki, said Minister in the Prime Minister's Department
(Parliament and Law), Wan Junaidi Tuanku Jaafar.* Ini apa yang disebutkan seterusnya, it was discussed at length, Tuan Yang di-Pertua, the pros and cons relating to Azam’s share ownership in the Cabinet meeting at this morning. Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin Perdana Menteri mengesahkan perkara ini dibincangkan. Keduanya, saya hendak tahu apakah pros and cons yang dinyatakan di situ. SC telah pun membuat siasatan. Kabinet bincang hal ini tetapi disebut kabinet bincang pros and cons. Saya hendak tanya di sini adakah Kabinet semalam memberi arahan kepada SC untuk mengeluarkan kenyataan kedua? Ini perkara yang sangat penting kerana kalau benar dan Perdana Menteri kena ambil tanggungjawab berkenaan dengan hal ini. Kalau benar ianya bermaksud bahawa ada interference dalam siasatan ataupun keputusan yang dibuat.
Kemudian Tuan Yang di-Pertua, kita semua tahu Malaysia, kita ada Perlembagaan Persekutuan. Artikel 145(3) menyatakan dengan cukup jelas bahawa yang diberikan kuasa untuk mendakwa seseorang, menimbang satu kes untuk membuat keputusan, ada atau tidak perlanggaran undang-undang, itu terletak haknya di dalam tangan atau budi bicara Peguam Negara. Jadi bagaimana kita ada keadaan di mana SC membuat siasatan, kemudian Kabinet menimbangkan, membincangkan pros and cons dan selepas daripada itu Perdana Menteri yang mengatakan kita kena akur dan terima keputusan itu.
Apakah berlaku kepada tugas Peguam Negara? Adakah Peguam Negara diasingkan? Bagaimana keadaan sebegini berlaku? Kita sebagai Parlimen kena hormat Perlembagaan Persekutuan. Kalau kuasa diberikan kepada Peguam Negara, Peguam Negara kena membuat keputusan berkenaan perkara ini. Perdana Menteri dan Kabinet tidak ada kuasa untuk menghalang ataupun melalui Peguam Negara. Saya mahu tahu.
Perdana Menteri kena jawab soalan ini kerana sekarang, bukan sahaja di Malaysia Tuan Yang di-Pertua, seluruh dunia lihat kepada kes ini yang dilaporkan negara-negara
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
lain. Kita tidak mahu perkara ini dijadikan bahan perbincangan di luar negara, khususnya di mana Perdana Menteri membuat kenyataan begitu.
Adakah Perdana Menteri tahu Tuan Yang di-Pertua bahawa keputusan SC dalam surat yang pertama, mereka kata tiada keputusan konklusif. Tiada keputusan konklusif maknanya tidak tahu ada pelanggaran ataupun tidak. Kemudian beberapa jam, the next day, selepas Kabinet meeting kenyataan keluar, tidak bersalah. Apa ini?
Apa kerajaan ini? Perdana Menteri yang lemah, langsung tidak ada pendirian tegas.
Minta untuk satu siasatan dan kita bincang berkenaan dengan dana. Dana yang ...
berkaitan dengan banjir.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa isu transparensi cukup penting. Saya sokong apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Bagan. Saya minta Perdana Menteri datang balik petang ini, jawab soalan ini. Kita semua mahu tahu, apakah jawapan beliau.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Baik, masa sudah habis.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih, saya satu baris sahaja.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Sila.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya memang setuju apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Puchong. Ini jadi sebahagian daripada ucapan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Tentulah saya rasa saya minta Yang Amat Berhormat jangan gadaikan maruah anda semata-mata untuk mempertahankan seorang yang nyata telah melanggar undang-undang. We do not want a lawmaker to be a lawbreaker. We don’t want a lawman to be an outlaw, dengan izin. Ini telah berlaku apabila kita lihat dalam skandal saham Tan Sri Azam Baki. Kalau Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terus hendak melindungi Tan Sri Azam Baki, akhirnya beliau juga akan terlibat dalam kemelut saham yang salah dan melanggar undang-undang ini.
Harap buatlah yang betul, jangan terus sesat lagi, balik ke pangkal jalan, minta Tan Sri Azam Baki untuk direhatkan, sementara siasatan yang dijalankan oleh panel yang bebas. Kalau tidak, ia akan merosakkan imej negara. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Batang Lupar.
Kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Kota Raja dan kemudian Yang Berhormat Pontian. Sila Yang Berhormat Batang Lupar, lima minit.
Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar
Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Di mana semua Menteri termasuk Perdana Menteri Tuan Yang di-Pertua? Tuan Yang di-Pertua, kita ada di sini membincangkan isu banjir, mana?
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Lunch, lunch.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Where are your Ministers? Mana Perdana Menteri? Bukankah mereka simpati tentang rakyat yang susah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Tidak apa.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
No. Satu hari tidak makan tidak bolehkah? Mana mereka? Where are they?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Mungkin mereka di luar, boleh mendengar.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua. Saya tahu Timbalan Yang di-Pertua sendiri cuti di luar negara semasa rakyat susah di kawasan Tuan Yang di-Pertua sendiri. Tolonglah. Hari ini hadir.
Kita hendak tahu apa berlaku, mana pergi bot penyelamat? Mana makanan untuk mangsa banjir?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Jelutong you have your time afterwards...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Mana Menteri-menteri di sini?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Jelutong saya bagi arahan, jangan ganggu....
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bukan ganggu. Saya menuntut penjelasan bagi rakyat di luar sana. Saya sendiri turun membantu mereka di kawasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Nanti dia jawab.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II - Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh
Ini Menteri ramai ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Saya minta Yang Berhormat Batang Lupar teruskan. Switch on the mic.
Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Keluarga Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas kesempatan yang diberikan kepada Yang Berhormat Batang Lupar mengambil bahagian dalam mesyuarat khas Dewan Rakyat pada hari ini. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan rasa simpati saya terhadap mangsa bencana banjir baru-baru ini dan mereka yang terkesan daripada nya.
Terima kasih juga kepada masyarakat Malaysia yang sangat prihatin, yang tidak putus-putus untuk terus membantu mereka yang berada di dalam kesusahan akibat daripada musibah ini. Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang gigih menangani bencana ini dan mengambil kesempatan juga untuk mengucapkan juga happy belated birthday kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, mengikut hasil perbincangan bersama pakar-pakar setempat APPGMSDG, terdapat tiga faktor utama yang berinteraksi antara satu sama lain yang meningkatkan tahap risiko bencana banjir baru-baru ini, iaitu perubahan iklim, kesiap siaga dan respons, perancangan pembangunan. Hasil penyelidikan pasukan APPGMSDG pada tahun 2020 dan 2021 mendapati terdapat kawasan-kawasan lain di Malaysia termasuk kawasan Parlimen Batang Lupar yang merekodkan banjir akibat pembangunan dan aktiviti tukar guna tanah yang tidak dirancang dengan betul tanpa penilaian risiko yang mencukupi.
Pada masa hadapan kesan banjir akan menjadi lebih buruk dengan peningkatan penduduk, kadar urbanisasi dan pembangunan ekonomi di kawasan terdedah banjir, ditambah pula dengan peningkatan kekerapan dan intensiti cuaca ekstrem akibat perubahan iklim. Perlu ditekankan bahawa matlamat pembangunan lestari tidak akan tercapai tanpa pengurangan risiko bencana yang berkesan.
Tuan Yang di-Pertua, nampaknya seolah-olah kita tidak belajar daripada bencana besar banjir di Manik Urai, Kelantan pada tahun 2014, apabila berlaku
Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar
bencana besar ini dan pelbagai pendekatan pengurusan banjir dan pasca banjir dilaksanakan. Ia sangat bermanfaat sehingga NADMA ditubuhkan dan di Kemaman pada tahun 2015 berjaya memenuhi piawaian gold standard iaitu satu tahap yang sangat tinggi yang mana persediaan dilakukan pada peringkat pra banjir. Di sini saya ingin mengutarakan beberapa cadangan yang dibincangkan bersama di peringkat APPGMSDG yang dianggotai oleh pakar-pakar dalam pelbagai bidang. Cadangan ini boleh dikategorikan kepada 11 cadangan dalam tiga tema utama.
Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar
Tema pertama, akauntabiliti dan ketulusan. Cadangan pertama, menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menjalankan penyiasatan berkenaan ketersediaan menghadapi bencana.
Cadangan kedua, menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat secara mendalam tentang faktor-faktor setempat di kawasan terjejas yang memburukkan lagi risiko bencana banjir.
Cadangan ketiga, menubuhkan sebuah Suruhanjaya Perubahan Iklim atau, dengan izin, Climate Change Commission sebagai sebuah badan pengawasan bebas, dengan izin, independent oversight untuk mengawal selia hal ehwal berkenaan perubahan iklim termasuk adaptasi dan pengurusan risiko bencana.
Tema kedua, perancangan guna tanah dan pembangunan. Cadangan keempat iaitu mengkaji semula perancangan guna tanah negara termasuk rancangan struktur negeri dan rancangan tempatan dan proses penyahwartaan hutan simpan kekal di Malaysia.
Cadangan kelima, menyegerakan penghasilan Pelan Adaptasi Kebangsaan yang telah dirancang sejak tahun 2015 dan Rancangan Malaysia Kesebelas. Pelan ini sudah dinanti lama dan sangat kritikal untuk memudah cara proses perancangan adaptasi di peringkat Kerajaan Pusat, negeri, tempatan dan sektor utama.
Cadangan keenam, dalam memperkasakan perancangan pembangunan, rangka kerja perundangan perlu diwujudkan untuk mewajibkan penilaian strategik alam sekitar atau Strategic Environmental Assessment (SEA) untuk semua dasar pelan dan program.
Cadangan ketujuh, ekosistem semula jadi sebagai khazanah alam negara perlu dimanfaatkan sebagai nature-based solution dalam pengurusan risiko bencana dan adaptasi iklim yang juga selaras dengan matlamat SDG 15 iaitu pemuliharaan ekosistem darat.
Cadangan kelapan, mentransformasikan kawasan perbandaran ke arah pengurusan air yang lebih holistik dan inovatif. Contohnya, konsep Sponge City yang sekali gus mampu menangani isu banjir kilat dan isu-isu lain seperti kekurangan bekalan air, urban heat island, kualiti udara dan kemerosotan ekosistem.
Cadangan kesembilan, mengkaji semula dan menghentikan pembangunan di kawasan sensitif alam sekitar, dan tema ketiga...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat, minta rumuskan Yang Berhormat.
Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar
Sedikit Tuan Yang di-Pertua. Tema ketiga, kesiapsiagaan dan pemulihan bencana iaitu menguruskan risiko bencana berasaskan komuniti atau Community-based Disaster Risk Management di seluruh negara dan kesebelas- pembangunan bingkas pulih atau built back better di mana kita ingin untuk mengurangkan daripada segi menambah baik infrastruktur pemulihan sumber pendapatan, penyediaan insurans pampasan untuk lost dan damages.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua saya menyeru agar kesemua cadangan yang dinyatakan tadi boleh dipertimbangkan bagi pihak kerajaan untuk kita memastikan something is long-term. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Seterusnya Yang Berhormat Kota Raja.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Tuan Yang di-Pertua, saya memanglah tadi beremosi sedikit. Ini kerana Parlimen Kota Raja, Sri Muda kematian seramai tujuh orang dan seramai 15 dari Sri Muda itu. Mayat seramai dua orang tua kaum Tionghoa yang tidak sempat diselamatkan oleh bomba, mayatnya saya lihat bagaimana keluarganya menangisi kedua orang tuanya yang mati lemas di rumah satu tingkat itu.
Saya berterima kasih kerana Sri Muda dilawati oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri-menteri, NGO dan juga orang-orang perseorangan yang memberi bantuan. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua. Memang banjir telah berlaku dan akan berlaku. Hujan yang turun satu hari isi padunya sama dengan sepatutnya sebulan turun menyebabkan ia berlaku banjir.
Masalah kita di sini ialah bagaimana hendak menguruskan keadaan banjir itu dan juga mengurangkan keadaan yang akan berlaku pada masa yang akan datang dan yang paling penting mengambil pengurusan, bantuan kepada mereka yang terkesan dengan banjir. Memang global warming satu perkara yang kita akui sekarang. Di Mekah, Arab Saudi turunnya salji, di Kanada berlaku kemarau dan amat panas, kebakaran hutan tahun lepas berlaku hampir majoriti negara Eropah dan juga Australia. Ertinya, global warming sudah menjadi satu perkara yang mengubah keadaan cuaca dan keadaan lazim yang berlaku.
Begitu juga di Malaysia ini. Pihak yang memberi tahu laporan tentang cuaca, mereka menyebut hujan lebat akan berlaku di Malaysia tetapi disebut di Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan sebagainya, tidak sebut Selangor. Ertinya, Selangor ini hanyalah hujan di sana-sini, petir di sana-sini, tidak fokus pada waktu itu. Hanya disebut Selangor selepas berlaku red alert iaitu bila keadaan sudah merah, jam seluruh Lembah Klang ini dan air banjir sudah naik, barulah pihak ramalan cuaca mengatakan bahawa Selangor juga sudah berada dalam kawasan bahaya.
Kita tahu, Lembah Klang merupakan sebuah pusat ekonomi Malaysia. Tidak kiralah siapa yang memerintah, siapa menang di situ, itu sebuah pusat ekonomi. Klang Valley ini ada lebih kurang tujuh juta orang penduduk. Sebanyak 30 buah universiti awam dan swasta. Daripada segi kehidupan orang atasan ada lebih kurang 40 buah padang golf, ertinya juga di sini ada lebih 50 buah hotel Lima Bintang, sebanyak dua buah lapangan terbang antarabangsa. Ertinya, di Lembah Klang ini penduduknya daripada billionaire sampai kepada B40. Dia macam sebuah pusat ekonomi bagi Malaysia ini.
Oleh itu, menjaga Lembah Klang ini, memperbaikinya dan juga membuat pembaikannya, rakyat akan bersetuju terutama dalam usaha untuk menangani masalah banjir. Saya bersetuju dengan Menteri Alam Sekitar dan Air tadi walaupun bila air datang dia tidak ada. Kalau Menteri jaga elektrik tidak ada tidak mengapa juga, ini Menteri jaga air.
Setuju supaya kita belajar dari Belanda. Oleh sebab bandar-bandar di Belanda mereka berada di bawah paras laut. Untuk panggil expert di sana atau kita hantar pegawai belajar dari sana dan membawa teknologi sana ke sini, berbelanjalah, rakyat tidak marah.
Rakyat marah apabila belanja misalnya baiki rumah Perdana Menteri. Apakah perlu baiki- baiki sampai dekat RM100 juta? Malaysia ini fokus pembangunannya masih perkara- perkara yang tidak perlu diutamakan.
Perkara yang perlu, kalau berbelanja misalnya untuk menaik taraf, membina kehidupan dan juga menghadapi masalah disaster yang akan datang. Diumumkan berbilion, kita akan sokong, kita akan sokong. Akan tetapi, selalunya kita lihat perbelanjaan itu tidak ditumpu kepada perkara-perkara seperti ini, ini yang perlu kita sebut di sini.
Apabila berlaku banjir, ya kita senang menuding jari, orang ini menuding orang ini, orang ini menuding orang ini, itu senang. Kita hendak cari penyelesaian tetapi kelemahan kita kena akui. Kita kena akui kelemahan masing-masing. Selama tiga hari pertama itu memang kelam kabut, memang berada dalam keadaan kelam kabut. Menteri ini kata begini, orang ini kata begini, kemudian Yang Amat Berhormat Menteri Besar pula
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
tidak diberi kuasa sebagai Pengerusi Keselamatan Negeri dan sebagainya. Selepas itu baru diberi kuasa, beliau dapat menjalankan tugas dengan agak baik.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Ertinya, berlaku ketidakcekapan di sini. Sedangkan disaster di Malaysia ini semakin tahun semakin hebat. Memang negeri-negeri maju pun tidak terlepas daripada malapetaka seperti ini. Jepun di antara negara yang paling banyak disaster. Oleh sebab itulah kalau disaster ini, yang paling cekap pegawai-pegawai mereka ialah Jepun, Korea, Turki disebut tadi, kerana mereka banyak berlaku berbagai-bagai disaster di negara mereka.
Kita sekarang, hal ini perlu diperbesarkan sudah. NADMA mesti dipertingkatkan kedudukannya supaya bila berlaku suatu bencana, NADMA ini ada kuasa yang begitu hebat dan kuat untuk mereka menyelaraskan bagi pihak di semua kementerian.
Memang kita ada perjanjian di peringkat antarabangsa pun hal disaster ini. Kalau kita tidak mampu, kita boleh panggil rakan kita dari Jepun, Korea, Australia. Kita ada perjanjian termasuk di peringkat ASEAN ini. Seperti berlaku banjir besar di Laos, Malaysia memainkan peranan untuk membantu Laos dalam menghadapi limpahan air dan dam mereka pecah pada waktu itu. Begitu juga bila berlaku gerak gempa di Indonesia. Mereka minta bantuan Malaysia. Kita hantar dan kita memberi bantuan dan sebagainya.
Malaysia dalam keadaan cemas, jangan malu untuk meminta bantuan daripada negara-negara yang ada perjanjian hal disaster dengan kita. Jangan kita segan. Kita kata kita boleh buat. Ya, kita boleh buat tetapi kalaulah kita tidak mampu, maka kita boleh mencari ataupun memanggil kawan-kawan kita untuk membantu.
Tuan Yang di-Pertua, saya bila berlaku banjir besar di Selangor, saya melihat tentera ramai berada di Sri Muda. Ketika itu, saya sendiri melihat bagaimana supermarket Mydin dipecahkan. Saya berada di dalam perahu kecil yang muat empat orang- dua orang NGO dan saya dengan pembantu- tengok sahaja. Pihak polis pun tengok bagaimana mereka pecahkan Mydin dan mengambil barang-barang dalam supermarket itu. Kita tidak buat apa-apa. Saya disuruh beredar kerana hal-hal keselamatan dan kita lihat tidak ada satu pencegahan pada waktu itu yang dilaksanakan oleh pasukan keselamatan.
Pergi pula ke tebing, ramai tentera di situ. Semasa itu, air sungai sudah rendah daripada paras banjir. Saya tanya kenapa air ini lambat surut, mereka kata pam tidak ada elektrik. Maka dicarilah pam untuk pam air keluar. Air banjir hendak dipamkan keluar.
Bayangkanlah. Saya bukan Menteri lagi. Saya bercakap pada jeneral-jeneral tentera di situ, tidak bolehkah pergi bom pam yang rosak itu supaya air dapat keluar dengan cepat.
Kenapakah C4 digunakan untuk bom Altantuya? Inilah masanya!...
[Ketawa] [Tepuk] Setelah dibom rosak, buat lain, repair lain. Kita boleh bayar interest berbilion dengan 1MDB, apakah salahnya kita bina baharu di tempat itu?...
[Tepuk] Malaysia ini selalu suka belanja tempat yang tidak tentu fasal. Sekarang kita pikul 1MDB, berapa bilion rakyat kena bayar? Akan tetapi bila untuk faedah rakyat hendak buat sesuatu, kita takut. Saya tahu pihak tentera mereka tidak boleh buat apa-apa, mereka tidak ada arahan. Oleh sebab itu bila kita tunjuk perasaan, FRU bersedia daripada awal dengan shieldnya, dengan gas pemedih matanya. Bersedia. Dia bertindak bila bunyi loceng. Bunyi loceng teng-teng-teng, dia tidak kira sudah. Dia datang, dia suraikan kita dengan apa cara sekalipun.
Ertinya, loceng itu tidak dibunyikan. Loceng itu daripada siapa? Daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kah, Menteri kah, siapakah? Ini menyebabkan ramai yang pergi lihat banjir, melihat bagaimana Sri Muda itu tenggelam. Ramai di situ...
[Disampuk] Pelancong banjir. Wakil-wakil Rakyat termasuk ADUN, termasuk Ahli Parlimen Shah Alam beli bot. Kenapakah bot tidak boleh sampai?
Saya tidak boleh terima bila kita kata tentera tidak boleh datang dari tempat ini kerana tersekat jalan. Itu bukan kerja tentera. Tentera ini kalau disuruh dan diarahkan mereka, setakat satu kilometer itu, mereka boleh berenang. Mereka ada PASKAL...
[Tepuk] Saya tahulah, saya biasa jadi Menteri Pertahanan. Sebab, mereka ini sedia
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
berkhidmat tetapi pengarahan jadi kelam kabut. Itu yang pak guard jadi penonton. Tiga hari pertama memang jadi begitu.
Belajarlah pengalaman ini supaya – jangan kita doa pula supaya berlaku disaster akan datang. Kita belajar pengalaman ini supaya tidak berulang benda-benda seperti itu.
Jadi kelam kabut. Pakat mari tengok, jadi penonton.
Kenapa bila datang Perdana Menteri, datang Menteri, orang-orang besar, saya tidak pergi sambut? Oleh sebab kalau kita pergi, kita menambahkan jam. Ada Menteri yang pergi dengan enam, tujuh buah kereta, mengganggu orang. Hendak tunjuk. Bagi saya, Menteri-menteri tidak perlu pergi jenguk-jenguk itu. Berada dalam Bilik Gerakan bersama pegawai kerajaan mengeluarkan arahan...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ambulans pun tak boleh lalu.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Ambulans pun tidak boleh lalu kerana ada Menteri banyak dok pergi. Dok tunjuk skup itulah, skup inilah. *No need!...
[Ketawa]* Ada orang hentam, kritik Menteri Kewangan. Dia naik bot, dia tidak tolong orang.
Saya setuju, dia naik bot meninjau. Bila dia melihat keadaan itu, dia balik, maka buatlah bajet bagaimana untuk membantu mangsa banjir. Itu betul. Bukan Menteri Kewangan hendak pergi berenang, pergi selamatkan orang itu. Bukan. Itu ada pengkhususannya dalam hal-hal kerja seperti itu.
Memanglah bila berada di Bilik Gerakan mengarahkan pegawai kerajaan, bermesyuarat, itu tidak popular tetapi lebih popular walaupun pakai kasut tinggi, macam modelling pergi skup sedikit ataupun sembur sedikit satu dindingkah, maka gambar keluar, tengok Menteri bekerja. Sampai bilalah kita buat lakonan seperti itu?
Seorang Ahli
Betul.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Tidak apalah negara kita kecil tetapi kalau negara seperti Amerika Syarikat, seperti China, takkan Presiden China hendak turun setiap tempat banjir itu? Tentulah dia membuat mesyuarat dalam politburonya mengarahkan perkara-perkara sesuatu. Ini hendak buat arahan, tidak boleh. Patutnya Menteri yang jaga air bila dengar air naik, batalkan pergi umrah kerana umrah sunat.
Seorang Ahli
Betul.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Menjaga nyawa rakyat ini wajib tetapi pergi umrah, balik kena COVID-19 pula itu, rehat lagi. Yang rakyat ini sedang lemas.
Semua ini, perkara-perkara ini kita belajar soal aulawiyat yang mana perlu diutamakan.
Yang berada di luar negeri, bila berlaku kejadian begini, baliklah cepat untuk membantu.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Pencelahan.
Pencelahan daripada...
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Ini termasuklah daripada Yang Berhormat Hulu Langat. Saya minta dia balik dan dia balik. Dia walaupun orang hentam macam mana pun, dia balik, dia terus berkhidmat, terus bekerja. Ini yang kita mahu supaya kita pergi tackle perkara yang betul.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Minta rumuskan, Yang Berhormat. Ada 30 saat lagi.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Untuk akan datang ini, saya harap apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar dan Air tadi, perancangan untuk masa depan, saya tidak dengar pun satu kajian yang menyeluruh perlu dibuat. Konsortium antarabangsa itu kita hendak lihat.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Pencelahan sedikit, Yang Berhormat.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Pembangunan yang panjang supaya bukan sahaja Lembah Klang bahkan di seluruh Malaysia ini. Hal balak ini dan sebagainya, saya sebut tadilah, kita pung-pang, pung-pang bila berlaku masalah, tetapi kita tahu
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
kebanyakan tauke-tauke balak inilah yang menguasai orang-orang politik di Malaysia.
Sebab itu politik wang semakin meningkat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat, masa sudah tamat.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Belanja pilihan raya semakin meningkat.
Melainkan kalau kita yang tidak ada duit ini, lainlah, kita belanja ikut kemampuan kita.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Kota Raja.
Saya jemput seterusnya Yang Berhormat Pontian, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Semporna.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Saya pergi ke-26 Parlimen membantu dengan sukarelawan dan telah membuat cadangan-cadangan mengenai bagaimana kaedah, pada pandangan saya dalam media sosial, untuk membaiki apa yang sedang berlaku mengenai banjir ini.
Di sini saya ingin menambah lagi. Bagaimanakah industri insurans membantu pemilik kenderaan yang terjejas banjir?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Insurans sepatutnya turut memberi perlindungan kepada rumah dan kenderaan akibat bencana banjir. Kedua, apakah respons Kementerian Kewangan bagi mempercepatkan proses perolehan bagi memperbaiki kerosakan prasarana seperti jalan raya, jambatan, bangunan-bangunan awam dan berapa anggaran peruntukan untuk pembaikan.
Ketiga, mohon berikan maklum balas Suruhanjaya Siasatan Diraja yang disebut oleh Yang Berhormat Batang Lupar yang juga dicadangkan oleh kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia mengenai Matlamat Pembangunan Lestari termasuk ahli akademik dan juga NGO. Keempat, perbaiki apps aplikasi di handphone seperti MySejahtera.
Wujudkan seperti MySejahtera bolehlah disebut sebagai Apps Banjir atas Awas Banjir atau Sedia Banjir atau Info Banjir. Yang ada sekarang ini MyPublic Infobanjir perlu disebar luas agar rakyat tahu kewujudannya.
Kelima, difahamkan bahawa Pusat Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) sedang menyediakan program ramalan amaran banjir dijangka siap 2023. Mungkin itu sudah terlalu lambat. Mesti disiapkan segera, boleh beri ramalan cuaca dua atau tiga hari lebih awal sebagai early warning system (EWS) atau sistem amaran awal yang berkesan.
Seterusnya yang keenam ialah konsep DLL iaitu dalamkan, luruskan, lebarkan sungai, parit dan saliran di kawasan yang sering berlaku banjir sangat berkesan dan ia berlaku di Pontian dan Pontian kini tidak ada lagi berlaku banjir besar kerana telah didalamkan, diluruskan dan dilebarkan sungai-sungai yang besar.
Ketujuh, minta kementerian yang berkaitan memberi penjelasan dan cadangan agar dibina semula Canal City. Terusan 18 kilometer antara Sungai Klang dan Sungai Langat yang boleh menjadi kawalan banjir pembangunan bandar dan juga produk pelancongan yang baik.
Kelapan, SMART Tunnel di KL sangat berkesan. Selain membantu menyelesaikan banjir kilat, boleh mengurangkan trafik. Apakah ada keperluan untuk dibina sebuah lagi SMART Tunnel di KL?
Kesembilan, banjir kilat, banjir termenung, banjir biasa dan banjir besar itu antara perkara-perkara yang kita selalu dengar dan malam tadi pun ada lagi banjir kilat libatkan 250 buah rumah di Ipoh. Lain tempat lain puncanya. Oleh itu Jawatankuasa Kabinet
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Mengenai Banjir, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat wajar meneliti the best practices di luar negara mengikut target spesifik bagi menangani perubahan iklim dan pemanasan global yang menjadi isu besar, global warming dan climate change, dengan izin.
Kesepuluh, mengujudkan skuad banjir di kalangan masyarakat dan NGO seperti bomba sukarela. Membantu Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team
(SMART) atau Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia. Saya ingin bertanya apa peranan SMART ketika banjir baharu-baharu ini. Mohon penjelasan.
Kesebelas, Halatuju Inovasi Air Kebangsaan 2021-2040 disediakan oleh Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) antara lain penggunaan IR4.0, sistem bersepadu sungai, tasik, pantai. Setakat mana perkembangan hala tuju ini.
Kedua belas, berapa kos dan setakat mana kelulusan untuk pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) yang JPS telah sediakan iaitu 14 untuk Semenanjung Malaysia, empat untuk Sabah dan tujuh untuk Sarawak yang meliputi antara lain 70 peratus keluasan Semenanjung Malaysia.
Ketiga belas, peralatan banjir kepada rakyat diberi kepada ketua-ketua masyarakat NGO, rukun tetangga, anggota RELA di kawasan banjir. Contoh bot angin, inflatable boat di Lazada cuma RM377, di Shopee RM219 hingga RM256. Perlu ada selain daripada itu generator, lampu bateri dan lampu solar perlu dibekalkan untuk tujuan- tujuan kecemasan.
Keempat belas, penyelenggaraan parit dan saliran di kampung perlu kerap dilakukan. Serah semula kepada JPKK seperti sebelum ini agar ia lebih berkesan.
Seterusnya saya ingin bertanya kepada Kementerian Kewangan, apakah langkah-langkah kerajaan untuk membantu pencarum yang kini simpanan kurang daripada RM10,000 dari sudut peningkatan pendapatan secara jangka masa sederhana dan panjang lebih-lebih lagi jika mereka ini ditimpa bencana. Saya juga ingin bertanya bahawa ada 6.83 juta pencarum memiliki lebih daripada RM10,000 malahan ratusan ribu KWSP. Adakah mereka dibenarkan untuk mengeluarkan akibat banjir atau juga akibat COVID-19 dengan PKP 1.0 dan 2.0?
Seksyen 54 Akta KWSP 1991 menyebut, “(k) ahli Kumpulan Wang itu memerlukan pembiayaan bagi maksud kelestarian hidup” boleh mengeluarkan. “(l) ahli Kumpulan Wang itu memerlukan pembiayaan untuk menambah pendapatannya bagi maksud keberterusan hidup” juga boleh mengeluarkan. Saya mohon penjelasan yang tuntas daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan’. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Seterusnya Yang Berhormat Semporna selaku ketua parti, 15 minit.
Silakan.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas ruang yang diberikan untuk saya turut serta dalam perbahasan ini kerana kita juga berhadapan dengan masalah banjir. Tuan Yang di- Pertua, sebenarnya kalau kita melihat dunia pada hari ini berhadapan dengan masalah bukan hanya banjir, COVID-19 dan ia kesannya bukan hanya nyawa manusia, malahan ekonomi. Climate change ini memang real. Ini akan berlaku di seluruh dunia.
Ada di kawasan yang dilanda oleh banjir, ada kawasan yang dilanda oleh kebakaran. Jadi perkara ini kita harus faham. Banjir di Malaysia ini bukan semalam, bukan akan datang. Sudah bertahun berlaku di negara kita. Akan tetapi malangnya kita melihat bahawa kerajaan gagal mengurus tadbir disasters seumpama ini oleh kerana kita mengutamakan pengurusan politik semata-mata, bukan menguruskan kehidupan manusia, kelangsungan supaya negara kita dalam keadaan yang terjaga terkawal.
Bayangkan apabila banjir berlaku baru-baru ini. Depan mata bukan hanya di negara kita, di dunia.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Yang Berhormat Menteri Besar Selangor, Yang Berhormat Menteri dari Kerajaan Persekutuan mempertikaikan siapa yang bertanggungjawab. Sepatutnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku CEO. Dia CEO negara kita memainkan peranan untuk membolehkan kerana sudah 27 orang meninggal dunia. He should take charge as a Prime Minister of this country, call every Menteri Besar, call every Ministers and relevant body dengan izin, seperti Kementerian Pertahanan, bala tentera, Ketua Polis Negara membincangkan tentang masalah ini. Jangan tunggu sampai 50 orang meninggal dunia, kerana nyawa manusia, kerana kerugian akan melanda negara kita.
Akan tetapi kita sedar dan tahu banjir sudah berlaku berpuluh tahun. Kita ada template dia. The template is not improvised. Macam mana kita tidak improvise, no proper coordination. Prime Minister should tell everyone, tidak kira Selangor PKR, PH you are the Menteri Besar, Negeri Sembilan you PKR, PH Government, Penang you DAP, PH you opposition, government yang ada. Yang ini kerajaan, yang ini pembangkang. Ini bukan masalah politik, ini masalah negara, masalah nyawa manusia.
[Tepuk] Sepatutnya selaku CEO yang mempunyai kuasa, dia punya kuasa melebihi Menteri, dia punya kuasa melebihi kerajaan negeri tentang keselamatan negara, tentang keselamatan umat nyawa dia. Takkan kita tidak nampak? Mana peranan kita?
Termasuklah kawan-kawan saya. Sign memorandum. Buat apa hendak sign? Nyawa manusia yang ada. Saya masuk ke Hulu Langat, saya masuk ke Sri Muda, Subang.
Selepas itu pergi Penampang. Masuk ke kawasan-kawasan. Kota Marudu, banjir. Berapa orang yang susah? Banjir di Penampang tidak pernah berlaku seteruk ini. Bayangkan.
Saya dahulu Timbalan Menteri Pertahanan, saya masyarakatkan masa itu, libatkan bala tentera yang ada untuk buat rumah sebab ramai masyarakat yang tidak mempunyai rumah. Kita bukan berhadapan dengan peperangan, kita bukan berhadapan dengan masalah keselamatan. Akan tetapi nyawa manusia negara kita yang kita sedar bahawa kerajaan belanja duit berbilion untuk kementerian itu, kementerian ini, beli bot, beli helikopter, beli macam-macam.
Di Penampang tidak sampai satu kaki Lok Kawi Camp. Berapa batalion Kem Lok Kawi banjir sampai atas dinding, sampai atas atap manusia. Tidakkanlah kita tidak ada mata, tidak ada telinga hendak mendengar. But how can you mobilize this? Dahulu kita ada Majlis Keselamatan, sekarang APMM memainkan peranan. Majlis Keselamatan bagi arahan supaya semua agensi kerajaan. Apa ertinya kita belanja duit berbilion untuk kementerian itu sedangkan kita berhadapan dengan masalah kita katakan nyawa manusia kerugian? Dianggarkan RM6.5 bilion untuk Yang Berhormat Menteri. Lebih daripada itu sebenarnya. Akan tetapi bayangkan kalau kita selaku pemerintah kena sedar UMNO sudah perintah berapa tahun di negara ini, sudah berhadapan dengan banjir berapa kali sudah.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Takkan tidak tahu templatnya, takkan tidak tahu syarat-syarat bagaimana ramalan kaji cuaca dianggarkan berlaku? Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar dan Air pula berucap, di mana? Di Scotland. Di mana berucap bagi jaminan Malaysia akan terkawal daripada bencana alam, kenapa di Jepun, di Filipina? Selepas itu, berlaku pula banjir di Malaysia. Kita tidak dijemput dalam jawatankuasa perkara ini.
Bayangkan, takkanlah kita tidak mempunyai kemudahan peralatan prasarana seperti kajian cuaca yang ada di negara kita yang mempunyai kepakaran. We should be able to know, dengan izin, beforehand forecast, BBC ada, CNN, cuaca buruk melanda Pantai Timur Sabah, melanda Shah Alam, Selangor. Bayangkan keadaan ini, tidak ada koordinasi, tidak ada persediaan. Seperti kawan-kawan kata, cuti. Ya lah, dia cuti tetapi kita selaku pemerintah, nyawa manusia, makanannya tidak cukup.
Saya masuk ke Hulu Langat, ya Rabbi, air tidak ada, lampu tidak ada. Kesannya apa dia? We must have a template, banjir berhadapan, kena sedia peralatan dan siapa yang akan bergerak? Daripada kita berbelanja berbilion untuk Kementerian Pertahanan, berbilion untuk keselamatan, jabatan-jabatan lain. Why can’t we utilize for the benefit of the country, for the benefit of the people? Minimize operating expenditure in this country.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Oleh sebab itu, hutang negara kita RM1.2 trilion. Saya bimbang siapa hendak bayar ini, di mana kita hendak curi duit? Ini saya dengar lagi ada arahan, semua projek pembangunan yang telah pun digunakan, akan digunakan untuk mengatasi masalah banjir juga. Saya takut nanti kawan-kawan saya yang signed memorandum RM3 juta, gunakan duit itu untuk banjir.
Tuan Yang di-Pertua, we must lay out. Terima kasih banyak kerana ruang diberikan kepada kita, cadangan proper coordination yang ada perlu kita lakukan sebaik mungkin untuk memastikan supaya kesiapsiagaan negara kita dapat mengatasi keadaan ini. Peranan yang utama seperti yang saya sebutkan, Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar dan Air, keadaan yang ada. Itu sunat, umrah itu. Daripada kita katakan ini wajib, sunat muakkad ke, apa ke, wajib menyelamatkan, kita dipertanggungjawabkan.
Bayangkan hari ini berlaku banjir, yang main peranan NGO, yang main peranan rakyat, sukarela. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka. Mereka yang tidak ada gaji pun, yang tidak ada peruntukan pun. Kerajaan berperuntukan berbilion-bilion, RM300 bilion, RM200 bilion belanjawan. Rakyat terpaksa sukarela, terpaksa menyelamatkan nyawa. Siapa menyelamatkan? Jiran dia. Siapa menyelamatkan? Bantu mereka? Where did we go wrong? The government failed. Kerajaan ini gagal mengurus tadbir, bukan hanya kewangan tetapi kehidupan manusia dan nyawa manusia.
[Tepuk] Ini kita kena sedar.
Maka dengan itu, saya berharap sungguh supaya langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan, jangan kita denial syndrome, tolonglah. Saya cukup bimbang sebagai seorang ahli politik, country is not going down the drain, it’s already dead, dah mansuh dah. Keadaan pengangguran, keadaan kemiskinan, keadaan kematian, prasarana yang ada yang kita hendakkan. Bayangkan banjir di Penampang, siapa yang datang? Bagi peruntukan, diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri RM18 juta. Dari RM18 juta, RM17 juta untuk COVID-19, RM1 juta sahaja untuk banjir. Ke mana duit ini?
Selepas itu dilanda banjir Kota Marudu, Kinabatangan.
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
Yang Berhormat Semporna.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Kinabatangan pun ada banjir, bukan tidak ada tetapi saya tidak nampak Yang Berhormat Kinabatangan pergi sana.
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
Yang Berhormat Semporna.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Ya.
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
Boleh minta laluan sedikit? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Semporna. Banjir ini sudah biasa di Sabah dan jarang dihighlight nationally. We can see dengan pengumuman beratus juta berkenaan dengan penempatan banjir and until today, kita kerap kali menyoal Kerajaan Pusat. Kenapakah peruntukan penempatan banjir ini tidak dipenuhi di Sabah? It is not brought down. In fact, projects for flood mitigation, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, selalu ditangguhkan kerana tidak mencukupi allocationnya.
Jadi Yang Berhormat Semporna, setujukah bahawa adanya masalah dalam pentadbiran dan juga enforcement kita berkenaan dengan pembersihan parit dan juga pembalakan sepertimana di Selangor dan juga di Sabah. We can see di Semenanjung baru-baru ini dikeluarkan bahawa pembalakan ialah satu punca dan di Sabah pun sama.
Is this because adanya failure in monitoring ataupun adanya unsur-unsur rasuah ataupun senang diatur? Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Terima kasih Yang Berhormat Penampang membangkitkan beberapa perkara. Pertama, mengenai dengan environment, pembalakan. Semasa kita jadi kerajaan, tidak sampai satu tahun, saya umumkan tidak ada pengeksportan kayu balak dari negeri Sabah. Waktu itu, setiap sebulan ataupun dua bulan sekali, gajah mati di merata tempat, di Kinabatangan, di Sandakan terdapat gajah mati. Kenapa gajah? Disalahkan gajah is wild animal. Ia wild tetapi kita ini makhluk tuhan, dalam Al-Quran itu ada diperingatkan.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Tangan-tangan manusia inilah yang akan menghancurkan muka bumi ini kalau kita tidak pandai mengurusnya dengan baik, mengikut hawa nafsu kita, bukan mengikut kemanusiaan yang ada untuk kita pertimbangkan. Binatang juga makhluk Tuhan yang diciptakan oleh Allah SWT. Kalau kita yakin bahawa Tuhan itu almighty, Allah SWT itu almighty, maknanya Tuhan ini bukan untuk hanya kepada parti itu, kepada orang itu, kepada bangsa itu, termasuk makhluk Tuhan seperti binatang.
Maka dengan itu, kita haramkan. Baru-baru di Sabah ini dah diumumkan pula balak lagi. Sampai bila kita, enforcement yang perlu kita lakukan dengan ada ketegasan?
Adakah poket, duit dan jawatan menjadi imbuhan? Kalau saya mahu duit, kalau saya mahu jawatan, saya boleh masuk. Jadi Menteri, saya di sebelah ini. Akan tetapi itu bukan niat saya.
Saya hendak beramal, saya hendak berkhidmat kepada rakyat di negara ini. Akan tetapi saya tidak mahu paksa orang hendakkan saya, khidmat saya dan amalan saya kerana itu bukan rukunnya dalam amalan seorang manusia. Penting kepada kita melihat patut ketegasan dari Pusat, no more export of logs coming from Malaysia. Seperti apa yang berlaku di Indonesia, Jokowi sendiri menyatakan tidak ada pengeksportan mineral, harta, aset-aset yang ada. Ketegasan daripada pimpinan atas.
Kalau di atas itu baik, di bawahnya baik. Percayalah. Ini dalam kita dapat mengurus keadaan yang ada di banyak negara. Bimbang saya. Saya masih ingat masa saya Timbalan Menteri Pertahanan. Saya tidur di Lubok Antu, saya tidur di Bukit Kayu Hitam, malam.
Bila saya tidur di Lubok Antu, saya tengok macam mana keadaannya. Buka puasa, kita makan. Saya beritahu dengan Tan Sri Azumi, waktu itu dia Panglima Angkatan Tentera Sabah – Wilayah. Kasihan orang-orang Indonesia itu, makan pun tidak ada, dia merokok saja. Can you call them, buka puasa dengan kita, panggil mereka. Jangan mereka nampak kita makan, mereka tidak makan.
Hari ini Indonesia punya border is far much better than us daripada segi keadaannya. Kita tidak ada koordinasi. Sudahlah tidak ada koordinasi, tidak ada enforcement of law. Longkang, parit ini, sungai ini ciptaan Allah SWT. Bila dicipta sungai oleh Allah SWT untuk membolehkan umat waktu itu tidak ada kapal terbang, waktu itu tidak ada bas, tidak ada kereta, untuk membolehkan supaya ziarah, kita boleh berjalan berhijrah dari satu tempat ke satu tempat. Ini tidak, ada sungai, ditimbus. Buat perumahan, bangunan. Oleh sebab itu, tidak ada laluan sungai-sungai yang ada. Berlakulah bila hujan volume yang begitu besar, turun tidak pernah berlaku di Hulu Langat, di Selangor, banjir because the volume of water is so huge yang kita katakan.
Mana kita punya planning? Town plan, planning yang ada, sudah ada rancangan town planning, but we don’t subscribe to it. Yang subscribe kita bila ada kontraktor hendakkan jalan, hendakkan buat bangunan, buat perumahan. Kita dengar cadangan pihak kontraktor, kita tidak dengar negara kita, bangsa kita, rakyat kita sebab kontraktor itu bawa duit. Akan tetapi akibatnya, seperti yang saya sebutkan, dalam Al-Quran, tangan- tangan manusia. Kalau kita tidak hati-hati, Malaysia akan berhadapan dengan banyak masalah. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya banyak perkara yang saya hendak sebutkan dan cadangkan supaya selain daripada proper coordination di negara kita, tindakan tegas daripada pihak pemerintah hari ini dan kurangkan perbelanjaan dengan kita mengambil langkah lebih awal.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Terkadang kita tahu hari ini sebanyak RM6 bilion dianggarkan, lebih daripada RM6 bilion, we could have reduced the money kalau kita ada kesiapsiagaan kita. Gunakan semua aset yang ada. You ada CEO, if the company is having problems, the CEO must play the role. Undang-undang yang ada, kerajaan-kerajaan negeri yang ada, make sure enforce. Kalau ada sungai widen it. Kalau tidak ada, buat supaya laluan air sampai ke lautan yang ada. Kita tidak ada proper planning for the future generation yang ada. Ini yang Tuan Yang di-Pertua saya cukup bimbang. Saya berharap sungguh agar usaha untuk membantu kesiapsiagaan, proper coordination, the right template yang ada. Hari ini banjir, esok saya forecast akan
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
ada kebakaran di negara Malaysia. Musim kemarau apa akan jadi? Rumah terbakar, plantation terbakar.
Bila plantation terbakar pekerjaan akan hilang, cuaca environment tetapi kita kena ada kesiapsiagaan now, telling all the companies in Sabah, in Semenanjung, mana plantation company, mana setinggan-setinggan, jangan tidak ada kesiapsiagaan akan berlaku kebakaran di negara Malaysia dalam bulan April, Mei, Jun. Musim panas-panas ini akan lain daripada panas lain.
Tidak akan ada bekalan air yang mencukupi untuk rakyat minum, maka saya berharap bukan hanya banjir perlu diurus, dari segi kemarau perlu diurus dengan baik.
Jangan tidak ada kesiapsiagaan kita. Ini yang alhamdulillah kita ada sidang Parlimen untuk diperingatkan, kita bagi cadangan sebaik mungkin bukan hanya kita criticize.
Manusia kena belajar bukan hanya daripada kesilapan orang lain. Manusia kena belajar daripada kesilapan dia. A wiser man, a wiser leader. Country yang ada learn from not only others’ mistake but your own mistake, rectify them, dengan izin perbetulkan supaya kita sudah tidak ada duit, bukan banyak duit negara kita.
Kurangkan perbelanjaan ini adviser after adviser. Kita lantik sana, lantik sini. Mana duit kita? Musim banjir, setakat mana kita mampu untuk menyediakan? How long another banjir berlaku di negara kita? Another kebakaran di negara kita? Di manakah kita hendak ambil duit untuk hendak tampung supaya ini menjadi kebajikan kita pada rakyat? Kita tidak boleh bergantung dengan rakyat.
Rakyat di bawah sudah muak sudah, dia fed up with us as a politician dan saya bimbang sangat. Saya cadangkan beberapa perkara itu perlu koordinasi, pematuhan rang undang-undang, town planning yang ada kena ditegaskan dan ini mula daripada atas.
CEO, the Prime Minister must play the role. Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab masa tidak mengizinkan saya, saya tidak hendak ambil masa orang lain. Banyak perkara sebenarnya yang saya hendak lahirkan dan saya berdoa kepada Allah SWT mudah-mudahan negara kita dan rakyat ini akan sentiasa dalam keadaan landasan ihdinashshirathal mustaqim. Sekian, terima kasih banyak.
Tuan Yang di-Pertua
Amin, terima kasih Yang Berhormat Semporna. Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Kuala Langat saya hendak buat pengumuman sedikit.
Nombor 38 Yang Berhormat Kemaman sekarang diganti oleh Yang Berhormat Kuala Nerus, kemudian oleh sebab kita ada sedikit masa maka saya boleh tambah lagi tiga orang. Selepas Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Parit, kemudian disusuli Yang Berhormat Puchong dan kemudiannya Yang Berhormat Kinabatangan.
Dijemput sekarang Yang Berhormat Kuala Langat. Lima minit.
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak ucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebab kita ada satu perbahasan khususnya untuk banjir. Ini kerap kali kita adakan satu hari yang kita bincangkan banjir. Banjir ini bukan satu perkara baharu di dalam negara kita.
Banjir ini telah berlaku beberapa tahun sudah dan kalau saya tahu banjir yang kita hadapi sebagai di negeri Selangor ini kerap kali menjadi dalam 20 tahun sekali ataupun 50 tahun sekali. Bila saya turun padang di Bukit Changgang, saya bertemu dengan sebuah keluarga di sana, di mana beliau kata banjir macam ini telah berlaku pada tahun 1971. Ini bukan perkara yang baharu.
Di Sri Muda, tahun 1995 banjir besar juga macam apa yang kita hadapi baharu ini. Di Kelantan, Terengganu dan Pahang, tiap-tiap tahun kita tahu sudah banjir dan penduduk di ketiga-tiga negeri ini termasuk Johor baru, mereka tahu dengan banjir yang akan mereka hadapi pada tiga bulan dan mereka sedia.
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
Kalau you tanya mana-mana orang Kelantan mereka tahu sudah apa hendak buat bila banjir. Akan tetapi, bila banjir ini menjadi satu disaster atau fenomena besar, apa yang berlaku di dalam negeri Selangor di mana hujan turun dengan hebat sekali, itu ada efeknya kepada penduduk di dalam kawasan. Sebagai negeri Selangor sebab negeri Selangor ini padat dan bila banjir susah untuk kita hadapi.
Akan tetapi, saya ingat apa yang kita patut buat sekarang ialah untuk kita ada rancangan pendek dan juga rancangan jangka panjang that is short-term and long-term planning has to be done as far as banjir is concerned.
Saya baca banyak tentang isu lepas COP26 juga, isu climate change dan sebagainya. Kita boleh katakan ini ialah satu perkara sebab climate change tetapi tidak ada bukti sangat ya, there are a lot of grey areas di dalam ini. Saya baca baru-baru ini oleh Frank Bures yang katakan the end of the world as we know it. Ini ada masalah dengan NGO-NGO dan Ahli-ahli Parlimen juga dan penduduk di sini di mana kita uar-uarkan isu climate change itu sebagai dunia kita akan hilang dalam masa yang akan datang. So, saya hendak bagi tumpuan kepada apa yang kita hendak buat sebagai sebuah kerajaan di negara kita untuk atasi masalah banjir di dalam negara kita.
We can reduce banjir tetapi kita tidak boleh katakan 100 peratus kita akan berhentikan berlaku banjir di dalam kawasan. Ada pelan atau tidak dalam kementerian- kementerian mengenai dengan banjir dan sebagainya di JPS, NAHRIM dan semua itu.
Ada pelan atau tidak mereka?
Kalau you tanya NAHRIM sekarang dia boleh tunjukkan simulasi untuk negara kita dalam masa depan 10 tahun, 20 tahun apa akan jadi. Dia ada simulasi, they have it.
Kalau you tanya JPS apa yang kita akan buat untuk atasi masalah banjir, mereka pun ada juga pelan dan cadangan ini yang telah dikemukakan kepada EPU dengan juga kepada Kabinet dan semua agensi lain.
Masalah dia ialah perbelanjaan kewangan yang kita tidak ada. Where are we going to get the revenue? yang kita hendak katakan untuk gunakan di dalam perkara banjir di dalam negara kita untuk kita menurunkan akibat banjir di dalam masa yang ada. This needs planning. So, saya minta sangat sebab tidak ada masa. Lima minit tidak cukup Tuan Yang di-Pertua, kalau kita hendak bincang tentang banjir.
Immediate plan yang saya minta ialah kita kena buat cost analysis. Kita mesti adakan cost-benefit analysis kita mesti adakan. Di mana kita akan dapat revenue? Bila agensi tanya untuk RM10 juta, kewangan luluskan RM1 juta sahaja. Apa you hendak agensi buat bila mereka sudah ada pelan dan cadangan untuk buat demikian? Kita ada *five-year plan.
So*, saya minta yang saya nampak sekarang ini kalau kita hendak menurunkan akibat banjir di dalam negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang, we have to spend a lot of money. Cadangan saya kalau dapat, we have to drown hundreds of acres in Kelantan.
Ada sudah, pelan ini ada. Adakah kita berani untuk luluskan sahaja?
So, untuk apa yang jadi di Selangor, the Klang River and Langat— Sungai Klang dan Sungai Langat ini sudah berapa tahun sudah kita tidak dredge dua-dua sungai ini?
Kita kena dredge dua-dua sungai ini, terus-menerus. This is short-term. Kita kena belanja sampai RM40 juta untuk baiki ban-ban yang ada di Hulu Langat, di Sungai Kuala Langat.
Sungai Langat Fasa 2— RTB Fasa 2 kena diluluskan oleh EPU. Harga dia RM500 juta, akan ambil lima tahun sudah sebab kawasan ini padat dan ini kena dibuat. Ini penting untuk kita lakukan dan saya minta kementerian yang berkenaan dengan cuaca, environment ataupun climate, kita mesti ada sedikit fikiran yang luar biasa. We can launch microsatellites untuk make sure that we are safe. Kalau tidak ada kita tidak tahu kita gantung kepada BBC kah, kita gantung kepada CNN kah, kita gantung kepada CNA kah, kita sendiri tidak ada alat-alat ini semua dan saya minta kita mesti adakan.
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
Kita takkan benarkan orang membina rumah di tepi sungai. We have to be very strong about this dan juga sekarang saya nampak di kampung-kampung pembinaan rumah-rumah ini tidak mengikuti prospek ataupun tidak mengikuti undang-undang yang ditetapkan oleh local council. Ini kita kena lakukan sebab mereka membina rumah di kawasan-kawasan rendah. Apabila hujan dan apabila banjir, kita akan ada masalah. So, kita kena mesti adakan satu think tank di mana kita akan lihat untuk jangka masa panjang apa kita nak buat. Tadi Yang Berhormat Menteri kata dia hendak buat 200-year flood plan.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan tambahan Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
Saya ingat tidak payahlah, 100-year flood plan pun cukuplah Tuan Yang di-Pertua. Tidak payah 200 years flood plan. Akan tetapi kita nak laksanakan itu, kita kena ada revenue. Macam mana kita kena dapat revenue? Daripada mana kita hendak dapat revenue? Itu kita kena fikir. So, saya minta, akhir sekali saya nak kata tentang isu climate change dengan apa rakan-rakan kita akan bawa sebab climate change. Sekarang kita ada satu perkataan yang baharu, eco-anxiety dengan izin Tuan Yang di-Pertua. *Eco-anxiety has affected children’s ability to function. It’s clearly clouding their views of the future and admit a constant drumbeat of dire predictions with politicians announcing we only have something like 12 years left to fix climate change. It’s no wonder.
Telling kids over and over again, that the fate is sealed by what happens in the next 10 years. It’s not only not true, it's cruel and it's unethical.* Ini kita kena tahu apa yang kita bincang di dalam Dewan ini ada kesannya kepada anak-anak muda kita di luar.
Tuan Yang di-Pertua
Habiskan Yang Berhormat. Tolong habiskan.
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
So, saya minta kerjasama daripada semua pihak untuk kita pastikan bahawa isu ini kita boleh tangani.
Akhir sekali, peranan saya adalah untuk memastikan bahawa anak-anak dan cucu saya tahu bahawa perubahan iklim climate change merupakan suatu isu yang harus ditandatangani dan kami tengah melakukan perkara tersebut. Saya akan memberitahu kepada mereka bahawa solusi bagi visi tersebut sedang berjalan dan ianya penting walaupun tanggapan terhadapnya berbeza pada ketika ini. I hope we can all work together to overcome the issue that we are facing it. Thank you Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat ambil masa sembilan minat sebenarnya. Jadi empat minit rombakan masa orang lain. Seterusnya Yang Berhormat Jerlun selaku ketua parti, 15 minit Yang Berhormat. Silakan.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mulakan perbahasan saya dengan menyatakan bahawa pada awalnya kita semua faham bahawa banjir ini adalah sebahagian daripada hidup rakyat Malaysia dan ialah bukan lagi dianggap sebagai satu fenomena. Oleh kerana sejak turun temurun lagi musim tengkujuh dan musim ribut datang melanda Pantai Timur, Pantai Barat hampir pada bulan-bulan yang tertentu sahaja. Seterusnya ini jadi lebih teruk apabila berlakunya perubahan iklim dan pemanasan global. Maka konsistensi hujan berubah, daripada aspek tempoh kekerapan dan juga jumlah taburan hujan.
Justeru kita tidak lagi boleh anggap kejadian banjir ini sebagai suatu yang luar biasa ataupun di luar jangkaan kita sepertimana disebut oleh Yang Berhormat Bera tadi.
Kalau tanpa fenomena pemanasan global pun, tindakan diambil untuk mitigasi banjir yang berlaku setiap tahun tentunya tindakan jangka pendek dan jangka panjang juga wajib dibuat, kalau kita terima iklim negara semakin membawa bencana yang besar.
SOP untuk menangani banjir adalah SOP yang paling tua di dalam negara kita.
Ia ditubuhkan ataupun diwujudkan jauh-jauh sebelum merdeka lagi. Namun, kekerapan dan tahap banjir kebelakangan ini menuntut supaya kita segera membawa kepada satu pendekatan menyeluruh bagi menangani masalah isu ini agar memberi kesan yang berpanjangan.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Keadaan dalam kerajaan saya lihat agak tidak terurus dalam hal ini. kalau dulu pada tahun 2018, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi bertukar menjadi Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC).
Kini MESTECC sekali lagi dipecahkan balik pada tiga kementerian, yang mana aspek perubahan iklim ini seolah-olah tidak lagi dilihat keutamaannya di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA). Sangat tidak membantu sebenarnya, apabila strategi untuk menangani perubahan iklim dibahagi-bahagikan antara beberapa kementerian dan agensi tanpa diselaras oleh satu autoriti.
Satu dunia mengambil serius soal perubahan iklim ini. Akan tetapi di Malaysia seolah-olah, “melepaskan batok di tangga” sahaja. Oleh kerana memang susah untuk mengatasi cuaca yang severe ini dengan izin, maka pendekatan mitigasi dan adaptasi diambil oleh kebanyakan negara. Akan tetapi perlu dipastikan pendekatan itu juga tidak pula menambahkan mudarat kepada penduduk setempat. Contohnya jika sungai dipindah, perlu dipastikan tiada mudarat lebih besar boleh berlaku akibat daripada perubahan iklim.
Apa maknanya sebenarnya jika lembah takungan air digazet semula sebagai kawasan perumahan di mana tentunya mengakibatkan kerosakan besar apabila berlaku banjir dan akhirnya kerajaan juga terpaksa berbelanja lagi untuk bina ban dan sebagainya sebagai mitigasi. Saya kira ini satu pembaziran wang dan boleh mudah diatasi sekiranya kita mempunyai pendekatan dan strategi yang betul dan ditepati sebenarnya. Setiap kali kita membuat keputusan untuk meluluskan ataupun menolak sebarang permohonan untuk pembangunan.
Dua perkara sebenarnya yang saya hendak tekankan. Satu ialah peranan JPS.
Saya melihat laman web JPS disenaraikan semua akta dan perundangan yang berkaitan dengan jabatan ini. Sampai ke hari ini, belum ada lagi satu akta JPS. Akta JPS, yang mana memberikan penguatkuasaan kepada JPS, mengambil tindakan terhadap mana- mana pihak yang melanggar perundangan berkait dengan sungai kita. Yang adapun adalah akta-akta yang melibatkan agensi-agensi lain dan JPS ini seolah-olah sekadar memantau. Kalaulah ada pelanggaran dilaporkan kepada pihak lain untuk diambil tindakan. Ini saya ingat tidak wajar kerana JPS tentunya kita tahu memainkan peranan sangat penting untuk pastikan bahawa lembangan sungai kita ini pada tahap yang terbaik dan tidak tercemar dengan pelbagai bahan yang memudaratkan.
Satu perkara lagi yang saya lihat berlaku apabila banjir telah melanda kita pada bulan 12 yang lepas ialah peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sepertimana yang kita tahu, JKM sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting juga untuk membantu rakyat ataupun mangsa bencana. Dalam keadaan mereka kemurungan kerana kehilangan rumah, harta benda hilang ataupun rosak, tidak boleh dipakai lagi, waktu inilah Jabatan Kebajikan Masyarakat memainkan peranan yang penting iaitu untuk membantu mereka.
Saya dimaklumkan, sejak bulan November tahun lepas, setelah Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat telah bersara, sampai ke hari ini belum dilantik lagi seorang KP yang baharu. Ini membawa masalah apabila JKM dituntut untuk membantu rakyat kali ini mangsa bencana tetapi tidak dapat dilakukan. Antara lain sebab kepimpinan dalam jabatan itu sendiri pun tidak ada. Jadi saya tidak tahu apa sebenarnya masalah, yang saya dengar ada dua timbalan ketua pengarah yang sudah ada di situ, yang boleh menjalankan tugas. Jadi kenapa tidak salah seorang ataupun sesiapa jugalah dilantik sebagai Ketua Pengarah JKM ini untuk memastikan bahawa kebajikan rakyat yang dilanda bencana ini dapat dijaga dengan baik.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya sebenarnya turut merasai kekecewaan rakyat apabila dilihat bahawa kerajaan ini seolah-olah melengah-lengahkan keputusan dan tindakan untuk membantu mangsa-mangsa bencana, apabila ianya berlaku pada bulan Disember yang lepas.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Hari ini kita mendengar Yang Amat Berhormat Bera menyatakan bahawa pada hari pertama bencana berlaku, polis dan tentera telah diarahkan untuk bergerak. Walhal
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
kita lihat bahawa setelah empat lima hari bencana berlaku, ada kenyataan media yang menyatakan bahawa angkatan tentera membuat keputusan untuk bergerak tanpa mendapat arahan daripada pihak atas kerana mereka tentunya mempunyai aset-aset yang mudah digunakan untuk menyelamatkan nyawa dan tidak perlulah sampai berapa tadi, 55 hingga 56 nyawa terkorban akibat daripada banjir ini.
Jadi saya nampak macam seolah-olah ada satu masalah besar dalam soal membuat keputusan. Hierarki keputusan itu tidak berfungsi dengan baik, tambahan lagi bila keputusan perlu dibuat dengan segera bila berlakunya bencana seperti ini. Saya rasa hairan kerana kerajaan yang ada sekarang pun bukannya beza jauh dengan Kerajaan Barisan Nasional sebelum-sebelum ini, tahun 2018 dan sebelumnya. Jadi sebelum ini pun bencana ini sudah selalu berlaku. Kenapa tidak digunakan sahaja pengalaman yang ada daripada dahulu untuk memastikan bahawa kerja-kerja membantu atau menyelamat ini dapat digerakkan segera tanpa perlu terkorban nyawa rakyat.
Jadi saya rasa kecewa dengan apa yang telah berlaku dan saya mendengar penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) yang bertanggungjawab ke atas NADMA yang mana penjelasan tadi yang saya lihat sekadar memberi cerita sejarah penubuhan dan bukannya menjelaskan mengenai apa yang dibuat oleh NADMA itu sendiri sewaktu bencana berlaku baru-baru ini. Kalaupun ada kelemahan, mungkin atas dasar ketelusan, mengakui sahaja di mana ada kelemahan dan apa tindakan yang hendak dibuat untuk mengatasinya, supaya ia tidak berulang lagi selepas ini.
Sebaliknya yang kita dengar ialah penjelasan mengenai sejarah penubuhan agensi tersebut. Itu bukan benda yang kita hendak dengar sebenarnya. Saya rasa sangat sesuai kalau Menteri ini letak jawatan sahaja lah kalau dia tidak boleh untuk menanggung tanggungjawab yang penting ini, yang dianggap mungkin sekali skala sahaja timbul. Akan tetapi bila ia timbul, jelas menunjukkan ianya sangat-sangat mustahak supaya kita dapat menyelamatkan keadaan.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya rasakan biar lah kejadian ini menjadi satu pengajaran bagi kita semua. Kita ambil iktibar daripada apa juga kesilapan yang telah dibuat. Saya ingat kurang sihat kalau tidak diakui kesilapan. Malah menuding jari ke pihak yang lain pula, walhal kita lihat hashtag #kitajagakita itu menjadi satu yang memang menular sewaktu berlaku bencana kerana begitu ramai sekali rakyat yang membantu rakyat yang lain kerana tidak kelihatan peranan kerajaan. Jadi saya rasakan penting untuk saya kemukakan rasa kecewa dan tidak puas hati dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan baru-baru ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Seterusnya Yang Berhormat Sabak Bernam. Silakan, lima minit.
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Pertama, izinkan saya terlebih dahulu memulakan perbahasan ini supaya berkat dengan memetik firman Allah SWT Al-Karim di dalam Al- Quran yang mafhumnya; “Dan pasti kami akan menguji kamu dengan sesuatu daripada perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, kehilangan jiwa dan kekurangan hasil tanaman. Khabarkanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar”. Allah SWT yang menguasai sekalian alam ini menjanjikan ujian yang pelbagai kepada hambanya. Ada ujian dengan peperangan yang mengakibatkan ketakutan, kematian dan kehancuran. Ada ujian dengan kehilangan ahli keluarga dan seumpamanya, malah ada ujian yang berbentuk kemewahan dan kedudukan yang tinggi. Kesemua itu berlaku dengan izin dan kehendak Allah SWT, pastinya mengandungi hikmah dan sebaliknya.
Banjir yang berlaku di negeri Selangor dan Pahang bermula dengan hujan yang lebat dan akhirnya menyebabkan banjir bermula 17 Disember 2021. Banjir yang berlaku
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam
agak mendadak dan luar biasa, sehinggakan kawasan ataupun tempat yang jarang juga dilanda banjir.
Tuan Yang di-Pertua, jelaslah selain faktor hujan yang luar biasa, banjir ada juga disebabkan aliran dan limpahan air sungai daripada sungai-sungai di Selangor yang tidak diurus dengan cekap dan baik. Saya ingin mendapat penjelasan kerajaan khususnya Kementerian Alam Sekitar dan Air, apakah langkah kerajaan bagi meningkatkan lagi pengurusan sungai supaya lebih lestari seperti mendalamkan dan membersihkan sungai dan sebagainya bagi mengelakkan banjir. Apakah tindakan dan langkah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi memastikan semua pintu-pintu air di seluruh Selangor di selenggara secara berkala bagi memastikan semua pintu-pintu air berkeadaan dan berfungsi dengan baik.
Saya juga membantu di kawasan Klang dan juga Hulu Langat. Banjir yang berlaku di Selangor melibatkan banyak taman perumahan, antara yang terjejas ialah Taman Seri Muda. Akibat daripada banjir telah menyebabkan kerugian dan kerosakan harta benda seperti rumah, perabot, peralatan elektrik dan kenderaan. Lebih menyayat hati adalah kehilangan nyawa. Banjir di kawasan taman-taman perumahan ini adalah berpunca daripada saliran air dan longkang di kawasan taman perumahan.
Saya ingin mendapat penjelasan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, bilangan taman perumahan di negeri Selangor yang dilanda banjir baru-baru ini dan nyatakan sebab-sebab berlakunya banjir kilat di kawasan taman perumahan ini.
Apakah langkah dan tindakan kerajaan khususnya kerajaan tempatan seperti majlis daerah, majlis perbandaran dan juga majlis bandar raya bagi menyediakan longkang- longkang yang lebih sesuai dan di sekitar di taman-taman perumahan khususnya, bagi mengatasi masalah banjir di kawasan perumahan?
Tuan Yang di-Pertua, banjir telah menyebabkan kerugian harta benda seperti rumah, perabot, alat elektrik dan saya ingin menyentuh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) yang dilaporkan mengatakan banjir baru-baru ini melibatkan 5,612 orang petani, penternak dan nelayan dengan keluasan 8,380.37 hektar tanah pertanian dengan anggaran kerugian sebanyak RM70 juta.
Kawasan pertanian di Sabak Bernam juga ditenggelami banjir dengan kerosakan tanaman terutamanya pokok pisang, pokok kelapa sawit, sayur-sayuran, buah-buahan dan juga herba botani. Seramai 39 orang terlibat dengan banjir di kawasan Parlimen Sabak Bernam. Sehubungan dengan ini, saya memohon Kementerian Pertanian dan Industri Makanan memberikan peruntukan untuk membantu usahawan tani terutama golongan muda yang terjejas dan terkesan dengan banjir.
Untuk Kementerian Luar Bandar, saya ingin bertanyakan setakat manakah kerajaan menyediakan peruntukan untuk membina setiap unit rumah baharu dan membiayai baik pulih rumah yang terjejas di kawasan luar bandar. Setakat mana kah kerajaan telah melaksanakan kerja-kerja baik pulih infrastruktur termasuklah jalan kampung, jambatan dan sebagainya?
Akhirnya, yang pertama, apa kah perancangan jangka pendek dan jangka panjang kerajaan bagi mengatasi banjir di seluruh negara, khususnya di Selangor termasuk kajian tentang keperluan mewujudkan kawasan tadahan air ataupun tadahan hujan, tebatan banjir dan saliran air. Kedua, apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang kerajaan khususnya Kementerian Kewangan untuk memulihkan ekonomi mangsa banjir dalam meningkatkan sumbangan dan bantuan bencana banjir kepada mangsa banjir?
Ketiga, setakat mana kah bantuan telah diberikan kepada mangsa banjir melalui Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara baru-baru ini dan setakat mana kah NADMA telah menyalurkan peruntukan pengoperasian bencana banjir dan bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir.
Keempat, setakat mana kah kerjasama dan keberkesanan NADMA dengan badan-badan bukan kerajaan berkaitan bencana, khususnya bencana banjir baru-baru ini.
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam
Akhir kalam, yakinlah bahawa banjir baru-baru ini adalah ujian yang menimpa bukan sia-sia. Sudah pasti ada hikmahnya. Anggaplah...
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua, jam tidak berjalan.
Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam
...sebagai satu lumrah dalam kehidupan dan keadaan seseorang yang berkeadaan dalam sifat reda iaitu ketika hatinya merasa bahagia sewaktu menerima takdir yang mendukacitakan.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Saya mempersilakan Yang Berhormat Muar selaku Ketua Parti, 15 minit. Tahniah Yang Berhormat Muar, parti telah didaftarkan.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Alhamdulillah, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, we are in a climate emergency. Kita berada dalam keadaan yang teramat unik yang mana negara bukan sahaja dilanda dengan banjir tetapi pelbagai jenis cabaran dan rintangan yang makin lama makin teruk. Sebelum ini di Pahang contohnya, banjir besar hanya berlaku paling banyak pun sekali setahun. Akan tetapi, pada tahun lepas sebanyak dua kali. Sekali pada bulan Januari dan dilanda lagi sekali pada bulan Disember dengan keadaan yang jauh lebih teruk.
Kita lihat dalam tempoh masa satu minggu sahaja banjir, lebih 54 buah keluarga kehilangan anggotanya. Diragut nyawanya. Kerugian ekonomi dianggarkan pada kadar RM6.5 bilion. Lebih 50 ribu buah keluarga di seluruh Malaysia terkesan dengan begitu teruk sekali. In one week time, satu minggu sahaja, sebanyak RM6.5 billion worth of losses. Dianggarkan RM6.5 bilion ini jika disuntik kepada ekonomi dapat mencipta sekurang-kurangnya sebanyak 300 ribu peluang pekerjaan.
Apa maksudnya? Isu perubahan iklim (climate change) bukanlah isu kecil lagi di Malaysia. Akan tetapi, harus diangkat dan harus diiktiraf sebagai isu nasional yang wajib diambil kira oleh semua parti politik, pemimpin politik, korporat dan badan-badan yang lain. It means there must be a national emergency and a sense of urgency untuk semua kementerian, Kabinet, wakil-wakil parti pembangkang untuk ketengahkan idea-idea dan jalan penyelesaian melalui sistem bipartisanship supaya akhirnya kesilapan sebegini tidak akan berulang lagi.
With that in mind, kita perlu lihat apa yang berlaku baru-baru ini dan apa lagi yang boleh kita lakukan untuk pastikan bahawa tragedi pada bulan Disember tidak akan berulang lagi. Saya ingin kongsikan salah satu status posting yang dikeluarkan oleh salah seorang penjawat awam, which has rang the bell much earlier. Pada bulan Ogos 2020, pegawai Yang Berhormat Menteri KASA di mana dia kongsikan bahawa wujudnya keperluan untuk kerajaan membelanjakan sekurang-kurangnya RM300 juta untuk takungan air pinggiran sungai. Ini pada bulan Ogos 2020. Yang Berhormat Menteri, ini oleh Secretary General. Akan tetapi, apabila warnings ini diabaikan kerana kita masa itu berdepan dengan darurat yang berlainan (kesihatan), akhirnya kerana kelalaian kita, impak banjir itu jauh lebih teruk. The failure to spend RM300 million has caused Malaysians to lose RM6.5 billion dalam tempoh masa seminggu sahaja.
Saya tidak ingin memperkecilkan mana-mana pihak, tetapi ini menunjukkan bahawa kerajaan perlu mengambil usaha lebih proaktif dan preventative. Bukan menunggu apabila kita dilanda banjir, bantu keluarga tetapi setiap tahun perkara ini berterusan berkali-kali. Akan tetapi, saya faham jika kita lihat landskap politik negara pada hari ini agak sukar untuk kita bincangkan isu perubahan iklim. Ini bukan isu yang seksi.
Hanya apabila kita dilanda dengan masalah banjir, barulah isu ini dihangat-hangatkan tetapi selepas sebulan, diam tidak ada perbincangan. Apabila ada permohonan belanjawan, dilupakan dengan begitu sahaja.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Sebab itu, perkara pertama yang saya ingin cadangkan adalah untuk semua parti politik mengiktiraf kedudukan negara pada hari ini in a very risky position and to acknowledge that this is a climate emergency. Ini bukan soal yang mana kita hanya lihat gambar-gambar panda yang mungkin terkesan di luar negara. It is not. It is about life and death and the position of our country moving forward. Isu kedua ialah berkenaan bantuan-bantuan yang disampaikan baru-baru ini.
Saya cuba empati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebentar tadi bahawa ada wakil-wakil rakyat yang tidak turun. Sebagai Ahli Parlimen Muar, saya cuba sebaik mungkin dan saya rasa kita semua perlu cari jalan tengah untuk mendalami kritikan tersebut.
Akan tetapi, apa yang saya boleh katakan adalah sebulan sebelum banjir di Johor, Muar telah dilanda banjir dahulu kerana air pasang dan air naik. Saya ingat pada masa tersebut, di dalam Dewan yang mulia ini juga, saya merayu kepada pihak kerajaan untuk meneruskan projek-projek yang telah diluluskan pada tahun 2019. Benteng-benteng banjir, program mitigasi banjir yang telah diluluskan. Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali turun ke Muar, luluskan. Akan tetapi, kini kita tidak dengar lagi maklumat.
Akhirnya Muar terkesan lagi sekali. Ini sangat teruk. Bukan itu sahaja. Pada bulan November, saya merayu lagi dalam Dewan yang mulia ini berikan peruntukan kepada Parlimen Muar. Bantu mereka before it is too late. Lagi sekali dilupakan dengan begitu sahaja. Hanya apabila dilanda banjir, walaupun Parlimen Muar kali ini tidak teruk terkesan, tetapi Daerah Muar seperti Pagoh, Tangkak– Baru kita sedar dan barulah di situ bantuan ini diturunkan.
Apa maksudnya di sini? Apabila negara dilanda banjir, kita perlu menggembleng tenaga pada peringkat awal lagi, proaktif untuk keluarkan jalan penyelesaian jangka masa panjang. Kedua, apabila itu berlaku, put politics aside and work together. Sebab itu, saya terhutang budi kepada rakyat Malaysia.
Terhutang budi kerana walaupun saya merupakan Ahli Parlimen Bebas pada masa tersebut, dalam tempoh masa tiga minggu misi banjir, rakan-rakan kepimpinan Muda berjaya mobilisasi dan rekrut seramai 11 ribu sukarelawan di seluruh Malaysia dan kerahkan mereka untuk bantu mangsa-mangsa banjir dan berjaya mengutip dana daripada lebih 62 ribu orang rakyat Malaysia yang akhirnya jumlahnya mencecah RM3.5 juta untuk membantu mangsa-mangsa banjir.
Ini bukan kerana Muda atau pimpinannya, tetapi kerana rakyat Malaysia melihat apabila ada kelompongan dan masalah, mereka tidak berdiam diri tetapi mereka cepat bangkit, bantu, jalan ke hadapan dan jalan tegak terus tanpa menunggu yang lain. Ini adalah budaya yang harus kita teruskan, di mana kita berlumba-lumba untuk lakukan kebaikan dan untuk berkhidmat kepada masyarakat di luar sana.
Akan tetapi, bantuan one-off tidak cukup. Lazimnya, untuk kita adakah perubahan struktur, it must come from a whole-of-nation approach. Sebab itu kalau kita lihat sebelum ini ada perbincangan berkenaan keperluan untuk kita meminda atau memperkenalkan a Climate Change Act. Akta Perubahan Iklim. Akan tetapi selepas perubahan kerajaan, diam terus. Kenapa perkara ini penting? Hal ini kerana untuk kita pastikan kita dapat tangani isu banjir dengan baik, it must be included in the development budget. Ia bukan sekali setiap tahun, kita runding-runding perkara yang sama. Akan tetapi, pelan jangka masa yang panjang; lima tahun, sepuluh tahun, 20 tahun. Hal ini kerana bajetnya, belanjawan itu agak besar.
Dengan adanya akta yang baharu ini, lebih mudah untuk kita adakan salah satu sistem, in which we can integrate all ministries untuk ambil isu perubahan iklim ini dengan lebih serius dan supaya kita lebih komited. Pada masa yang sama, kita juga perlu tangani isu-isu ekonomi yang mungkin kita dapat kebaikan dan nikmatnya pada jangka masa pendek tetapi negara teruk terkesan. Mungkin ramai takut untuk bincangkan isu balak. It is a very big issue. Saya tahu ini isu besar, kerana apabila saya di Pahang, saya dimaklumkan oleh rakan-rakan media pada peringkat awal Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan turun ke kawasan ini, yang penuh dengan lautan balak. Orang
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
panggil banjir balak. Di kawasan-kawasan lain, mungkin air naik, barangan elektronik dan rumah hancur.
Akan tetapi, bagi perkampungan-perkampungan yang berdekatan dengan kawasan pembalakan, hancur dan hilang terus. A concrete, brick house hilang. Kalau hendak cakap gantikan sebanyak RM5,000 atau RM10,000 takkan cukup. Ini rumah nenek moyang. Saya pergi jumpa, sudah tidak nampak rumah tersebut kerana yang datang bukan air tetapi air dengan balak-balak besar. Di kawasan itu sahaja, seramai lima orang meninggal, mati. Bayangkan kalau keluarga kita bukan sahaja mati lemas tetapi tersepit di tengah balak-balak besar, datang ke depan kamu. It is unbelievably scary. Itu apa yang mereka lalui. Akan tetapi, tidak ada keberanian iltizam politik.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Ini bukan hendak salahkan mana-mana parti atau kerajaan negeri. Sit down, set up a proper commission and inquiry dan dedahkan kepada Parlimen secara telus dan adil.
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Yang Berhormat Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Letakkan moratorium, pembalakan sampai isu ini diselesaikan. Paksa Peguam Negara tolong ya. Paksa tauke- tauke balak ini untuk bayar ganti rugi bukan RM1,000, bukan akhirnya orang turun beri RM500. Payback for their houses. Their lives were destroyed.
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Yang Berhormat Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Satu rumah, anggaran pembayaran semula RM200,000 hingga RM300,000.
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Yang Berhormat Muar, boleh beri ruang sikit?
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Minta maaf. Saya ada masa sikit sahaja.
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Saya hendak sikit sahaja.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
This is a very big issue.
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Tidak beri laluan?
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Oleh sebab itu kalau kita tidak ada perubahan berskala besar, kita akan mungkin rasa beremosi sekali setiap tahun apabila kita dilanda banjir besar tetapi selepas itu kita lupa semula. Oleh sebab itu, saya berharap perkara ini diambil dengan serius.
Kedua, untuk kita perkasakan bipartisanship dan untuk kita tunjuk bahawa kita berada dalam keadaan climate emergency, saya berharap Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh bersetuju untuk adakan parliamentary select committee khas berkenaan perubahan iklim. Kalau kita akui bahawa ini adalah isu besar, kalau kita boleh ada parliamentary select committee berkenaan isu luar negara, hubungan antarabangsa, kenapa isu iklim yang berkait isu yang teramat penting masih belum ada jawatankuasa khas yang agak khusus supaya kerajaan dan pembangkang dapat duduk bersama, scrutinize issue development budget, bantu Menteri dalam mencari jalan penyelesaian?
Saya dengar teliti ucapan yang dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata kita ingin achieve carbon neutrality pada tahun 2050. That is a very good statement untuk capai carbon neutrality tahun 2050. Akan tetapi untuk kita capai carbon neutrality tersebut, komitmen yang awal perlu dibuat dengan sokongan kerajaan dan pembangkang dengan dana yang sangat besar, dengan buy-in daripada sektor swasta.
Perubahan-perubahan ini agak sukar dari sudut ekonomi tetapi kalau kita ada iltizam politik untuk lakukan, saya agak yakin kita dapat lakukan perkara tersebut.
Ketiga, saya ingin cadangkan di sini juga bahawa salah satu the way of accountability forward. Sebab, kalau ada yang kata bahawa kita sudah mobilisasikan— tadi kita dengar, “Saya sudah ada on the ground sejak hari pertama”, semua orang boleh
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
kata. Akan tetapi yang jelas di sini, setiap tahun ada dana khas bagi NADMA, MKN untuk membeli aset-aset yang agak mahal. Kita lihat dua bulan sebelum banjir besar itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada buat launching besar-besaran. Gagah tunjukkan segala jenis amphibious vehicles yang sangat mahal baru dibeli, tunjuk boleh masuk air, keluar air.
Akan tetapi, sebagai salah seorang yang berkhidmat di Taman Sri Muda pada hari pertama sampai hari keempat yang agak teruk, yang saya nampak lebih banyak, sejujurnya, adalah wakil-wakil sukarelawan bawa white water rafting punya bot, kayak- kayak yang baru dibeli, bot-bot sampan kerana saya pinjam daripada nelayan-nelayan Muar. Itu saya lihat sekurang-kurangnya 90 percent is from this group of people. Maksudnya, bukan sahaja there is a break in chain of command, tetapi mana kita menempatkan aset-aset itu juga memainkan peranan yang sangat penting. So, apabila dikeluarkan arahan mobilisasi, ia datang juga dengan agak cepat dan tidak lewat. So, there must be a proper scrutiny and accountability with what happened. Mana pergi aset- aset mahal dan luar biasa ini? Kenapa kita tidak berjaya mobilisasikan dalam tempoh masa yang singkat? Selepas itu kita boleh tahu supaya apabila kita dilanda banjir lagi, kita lebih bersedia.
Terakhir, saya berharap selepas musim banjir ini, kita tidak lupakan isu perubahan iklim, a climate emergency which we are in today. Ini kerana mudah untuk kita lupakan.
Mudah untuk kerajaan negeri kata kita perlukan duit-duit daripada tauke-tauke balak kerana itu adalah sumber pendapatan negara. Mudah untuk kita katakan isu carbon neutrality tidak penting kerana kita perlukan industri-industri besar, manufacturing industry untuk pastikan bahawa kita ada peluang pekerjaan yang baik. Akan tetapi kalau kita tidak berani berfikiran 20 atau 30 tahun yang akan datang, untuk kita buat pelaburan yang besar in building a green economy, a sustainable and expensive green economy, agak sukar untuk kita kendalikan isu ekonomi kerana realitinya what could be seen as a liability can be an asset. Lihat negara China. Sebelum ini, China merupakan salah satu pengeluar karbon yang paling tinggi di dunia dan di peringkat awal, mereka tidak ingin ubah kerana kata they need the factories, they need the jobs, they need the opportunities. Tetapi akhirnya dengan pelaburan yang sangat besar, govern a whole-of-nation approach, bukan sahaja mereka dapat kurangkan tetapi pada masa yang sama, mereka dapat jadikan isu perubahan iklim as a job creator. Di Amerika Syarikat, di bawah Presiden baharu Joe Biden - Build Back Better, USD1.5 trilion dibelanjakan.
Ini contoh-contoh yang perlu kita semua yang berada dalam Dewan ini bersama di meja kerajaan dan pembangkang untuk kita keluarkan a green new deal bersama jangka masa panjang supaya walaupun ada perubahan kerajaan lima kali setahun pun, kita tidak akan tersasar daripada perkara ini dan kita bersedia untuk berdepan dengan isu perubahan iklim yang makin lama makin teruk.
We are in climate emergency. Kalau dalam tempoh masa seminggu kita boleh rugi RM6.5 bilion, hilang 52 nyawa, lagi dua masih belum dapat kita cari, lebih 50,000 keluarga terkesan, bayangkan 10 tahun daripada sekarang jika kita bertindak seperti hari ini, apa akan jadi kepada negara kita? Situasi sama bukan berlaku sekali setahun tetapi mungkin 10 kali setahun. Only when it is too late, we will regret. We need to act today. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Muar. Seterusnya Yang Berhormat Kuala Krai. Silakan.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan kepada saya untuk mengambil ruang serta memberi pandangan dalam persidangan Dewan Rakyat Khas pada kali ini berhubung dengan bencana banjir yang melanda negara kita baru-baru ini.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Tuan Yang di-Pertua, dulu-dulu, banjir ini sinonim dengan negeri-negeri di Pantai Timur. Antara yang paling besar dan teruk ialah pada akhir Disember 2014, di mana negara kita telah dilanda antara banjir terburuk khususnya di Pantai Timur, dan Kuala Krai adalah kawasan yang paling teruk mengalaminya. Akan tetapi, penghujung tahun 2021, sekali lagi kita dikejutkan dengan musibah banjir besar yang melanda bukan sahaja negeri-negeri Pantai Timur tetapi negeri lain termasuk Selangor, Johor, Melaka, Negeri Sembilan bahkan Sabah dan Sarawak.
Menurut kajian yang dibuat oleh seorang profesor di universiti, beliau menganggarkan kerugian hampir RM15 bilion akibat banjir tersebut. Jumlah kerugian yang besar ini tentunya akan memberi impak yang sangat besar kepada penduduk yang terlibat dan juga negara kita. Banjir yang berlaku secara mendadak dan luar biasa ini akibat daripada hujan yang sangat lebat selama dua hari sehingga kawasan atau tempat yang jarang dilanda banjir telah dinaiki air sehingga melebihi dua meter berserta arus yang deras daripada limpahan air sungai-sungai yang berdekatan.
Tuan Yang di-Pertua, isu bantuan segera pihak kerajaan. Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan tahniah kepada kerajaan dan agensi yang terlibat seperti NADMA, JKM, APM, polis, bomba, RELA, KKM serta agensi lain yang dengan begitu tangkas menghulurkan bantuan. Tentunya tidak dilupakan NGO, pihak swasta, Jabatan Amal Khidmat Malaysia dan orang perseorangan yang turut terlibat membantu mereka yang terkesan akibat banjir tersebut.
Di samping itu, bantuan wang ihsan sebanyak RM1,000 yang telah disalurkan segera kepada mereka yang terlibat dengan banjir, saya difahamkan sekitar satu hingga dua minggu sahaja berbanding sebelum ini sekitar tiga hingga lima bulan barulah mereka menerima bantuan daripada pihak kerajaan. Ini menunjukkan kerajaan Keluarga Malaysia ini di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri begitu mengambil berat serta memahami kepayahan mereka yang terkesan dengan bencana ini. Bahkan arahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri cukup jelas agar dipercepatkan bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir ini sebelum mereka balik ke rumah dari pusat pemindahan sementara (PPS). Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan atas perubahan yang drastik dan amat baik ini.
Tuan Yang di-Pertua, perlu juga diberi kesedaran kepada masyarakat agar mengambil serius pengumuman dan amaran cuaca oleh Jabatan Meteorologi. Jangan berpendapat banjir hanya berlaku di negeri-negeri Pantai Timur sahaja. Tindakan ini menyebabkan apabila berlaku bencana alam seperti banjir di kawasan lain selain Pantai Timur, ramai yang tidak bersedia untuk menghadapinya.
Jabatan Meteorologi ataupun MET Malaysia menyediakan pelbagai aplikasi yang memberitahu mengenai cuaca, angin, ombak laut dan semua keadaan cuaca negara.
Namun, berapa ramai yang melihat dan mengambil berat? Sekarang semua mula lihat kepentingan ramalan cuaca ini.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Dalam masa yang sama, saya ingin mencadangkan ke Jabatan Meteorologi memperkemas pembangunan dan penyelidikannya untuk berhadapan dengan kemungkinan cuaca yang lebih ekstrem pada masa hadapan dan mempelbagaikan kaedah penyampaian yang lebih berkesan kepada seluruh rakyat. Mungkin sudah sampai masanya negara perlu sistem yang lebih canggih bagi meningkatkan keyakinan rakyat kepada ramalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.
Jika kita menonton siaran TV segmen kaji cuaca di negara-negara Arab, penyiar akan sebut [Membaca sepotong ayat Al-Quran] atau dengan kehendak Allah. Akan berlaku sebagaimana kajian yang dilaporkan, di Malaysia juga saya cadangkan penyiar TV untuk segmen kaji cuaca juga turut mengambil langkah yang sama sebagai tanda semua yang akan berlaku adalah dengan kehendak Allah SWT.
Tuan Yang di-Pertua, isu berkaitan dengan masalah banjir kilat secara berterusan. Pepatah ada menyatakan, “sudah terhantuk, baru tengadah”. Saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan agar dapat melihat dengan lebih serius isu banjir
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
kilat di kawasan saya, contohnya di Kuala Krai. Banyak kawasan yang rendah yang sentiasa mengalami banjir kilat dan dilanda banjir kilat apabila hujan secara berterusan hanya selama beberapa jam sahaja.
Saya mencadangkan kerajaan secara seriusnya perlu menyelesaikan masalah banjir kilat ini. Kajian yang menyeluruh melalui agensi yang terlibat seperti Jabatan Parit dan Saliran (JPS) perlu untuk menyelesaikan masalah longkang yang tersumbat dan aliran sungai yang tersekat serta memperdalamkan sungai khususnya anak-anak sungai.
Sudah sampai masanya masalah ini ditandatangani sebaiknya dan tidak hanya menanti untuk diselesaikan selepas banjir besar yang tentunya akan mengakibatkan kerugian yang lebih besar. Penumpuan harus diberikan kepada kawasan-kawasan utama yang sering dilanda banjir kilat ini. Semoga dengan menyelesaikan masalah-masalah ini dengan lebih serius, isu banjir kilat ini dapat diselesaikan.
Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir ialah berkaitan dengan takaful kenderaan.
Menurut portal careta.my sebanyak 50,000 buah kenderaan yang ditenggelami air akibat banjir baru-baru ini dan menganggarkan hampir RM10,000 hingga RM20,000 diperlukan bagi membaiki sebuah kereta. Pada masa yang sama, mereka yang terkesan dengan banjir ini turut kehilangan harta benda yang lain termasuk rumah dan peralatannya. Ini tentunya sangat menyukarkan mereka. Saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan mewajibkan takaful untuk banjir bagi setiap kenderaan. Pada masa sekarang, takaful untuk banjir bagi kenderaan adalah add-on ataupun pilihan sahaja. Dengan penambahan sebanyak sekitar RM130 untuk perlindungan sebanyak RM10,000 ke bawah tentunya ia akan membebankan pemilik kereta akibat kenaikan jika dilaksanakan. Oleh itu, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan menanggung penambahan ini untuk golongan B40 bahkan M40.
Sebelum akhir, saya doakan semoga supaya mereka yang terkesan dengan banjir supaya diberikan kesabaran atas musibah yang melanda. Insya-Allah, Allah akan gantikan dengan yang lebih baik daripada Allah SWT.
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Ya Allah, berikanlah ganjaran kepada mereka di atas musibah yang dihadapi dan gantikanlah dengan yang lebih baik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Amin. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Saya sekarang mempersilakan Yang Berhormat Kuantan. Silakan.
Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bismillahi Rahmani Rahim. Saya ingin memulakan perbahasan saya ini dengan mengucapkan takziah kepada 59 keluarga yang kehilangan ahli keluarga mereka dalam banjir baru-baru ini. Saya sebagai seorang ibu amat terkesan apabila kita membaca mendengar berita berkenaan dengan ibu, anak yang duduk di atas bumbung di mana anaknya tak disusu selama dua hari, ada bayi 10 bulan jatuh ke dalam air dan hilang. Ada keluarga yang duduk di atas jambatan untuk berlindung daripada hujan dan banjir tetapi dilanda dengan balak setinggi 80 meter sehingga membunuh, rumah yang tinggal tangga, rumah pusaka yang hilang segala-galanya tinggal tangga.
Bagaimana trauma yang dirasakan oleh mereka? Saya sempat berjumpa dengan orang tua-tua yang merasakan banjir besar pada tahun 1971. Kita pernah mengalami banjir besar tetapi mereka kata 50 tahun selepas itu pada tahun 2021 banjir kali ini lebih besar, lebih teruk daripada apa yang mereka ingat pada tahun 1971. Itu 50 tahun selepas tahun tersebut. Kemudian ada juga ramalan yang mengatakan bahawa pada tahun 2050, bandar-bandar di pinggiran laut, di pesisiran pantai juga akan tenggelam akibat daripada perubahan iklim.
Tuan Yang di-Pertua, adakah negara kita bersedia untuk berhadapan dengan keadaan fenomena ini? Adakah kita belajar daripada kesilapan-kesilapan kita di masa lampau? Pakar-pakar berkata bahawa ini adalah fenomena geologi berantai, ribuan tanah runtuh, aliran puing, ratusan gelinciran tanah, banjir balak berlaku di cerun yang lebih daripada 40 darjah, ketinggian lebih 400 meter dan mengakibatkan balak dan puing yang
Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan
begitu banyak. Tuan Yang di-Pertua, ini amaran daripada Tuhan, amaran kepada manusia yang menguruskan bumi.
Harus kita pay respect dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Harus kita dengar dan ambil berat berkenaan dengan amaran-amaran ini. Adakah pembalakan puncanya? Ia dinafikan contohnya di Kerajaan Negeri Pahang menafikan bahawa ia punca daripada balak. Akan tetapi kenapa tahun lepas, 19 projek diluluskan untuk buat hutan ladang, untuk pembalakan tetapi bila rakyat minta EIA, tak diluluskan.
Tidak dibenarkan, tak tengok pun EIA tersebut sedangkan Jabatan Alam Sekitar harus menyimpan EIA tersebut dalam perpustakaan. Menteri ada dengar, saya hendak tanya kepada Menteri. Kenapa saya terima aduan yang sebegini? Kenapa senang- senang sahaja hutan simpan kekal yang tak seharusnya tidak diusik dinyahwartakan, digazet supaya boleh diadakan pembalakan atau ditukar status kepada perladangan.
Saya juga hendak bertanya Yang Berhormat Menteri, benarkah bahawa di Selangor belum ada Program Ramalan Awal Banjir? Yang ada cuma amaran-amaran sahaja berkenaan dengan monsun dan sebagainya. Akan tetapi belum ada Program Ramalan Awal Banjir seperti di Pantai Timur. Saya juga melihat kepada laporan JPS memang ada siren dibunyikan di Taman Seri Muda.
Berderet siren dibunyikan tetapi apabila saya mendengar Menteri cakap tadi, Menteri kata perlu ditambah baik mungkin orang tak faham pun siren itu. Mungkin sama bunyi dengan siren ambulans kah ataupun apa dia sebenarnya sampaikan siren yang dibunyikan tahap amaran bermula dari pagi, daripada kalau tengok ini tahap waspada pukul 2.00 pagi sehingga pukul 8.00 malam tak henti-henti siren dibunyikan tetapi orang tak faham juga.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Yang Berhormat Kuantan, mencelah.
Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan
Ya kenapa kita tak buat fire drill macam— kalau kebakaran kalau tak buat fire drill, kena buat banjir drill lah juga mungkin supaya rakyat faham apa maksud siren-siren ini.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Yang Berhormat Kuantan mencelah.
Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan
Kejap ya, Tuan Yang di-Pertua. Masa saya sikit.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, minta maaf satu minit sahaja. Sebenarnya kalau tak boleh berdebat, saya minta satu minit. Adakah Yang Berhormat Kuantan bersetuju dengan saya iaitu saya telah membangkitkan sebelum ini longkang dan parit serta peruntukan membina takungan air dilaksanakan di setiap kawasan berisiko di kawasan Sungai Klang yang melumpurkan air dari Gombak, Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam. Serta Kerajaan Persekutuan wajib memberikan peruntukan lebihan membantu mangsa banjir yang luar biasa terutama sekali di Kapar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan
Terima kasih Yang Berhormat Kapar.
Bukan sahaja di Kapar, sebenarnya peruntukan memang berkurangan untuk maintenance sebelum monsoon season memang itu masalah JPS setiap tahun. Saya tahu bukan sahaja di Kapar, di seluruh negara beri saya izin Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan Sungai Belat, Kuantan ini dikepung oleh beberapa sungai. Tahun 2013, Sungai Kuantan melimpah, perkampungan Sungai Isap, seluruh Taman Sungai Isap itu banjir melimpah tetapi selepas sistem tebatan banjir siap, Sungai Isap sudah tak ada masalah.
Akan tetapi Sungai Belat punya sistem tebatan banjir harus siap pada Januari 2021 tetapi terbengkalai sampai sekarang tak siap. Itu melibatkan 4,000 rumah total lost oleh kerana terbengkalainya sistem itu. Minta Yang Berhormat Menteri jawab, kenapa terbengkalai. Saya tengok jawapannya kerana PKP dan saya seharusnya tak terima.
Seharusnya semua 4,000 itu patut saman kerajaan kenapa tak siap dan menyebabkan banjir begitu besar, melibatkan lebih kurang 4,000 rumah yang total lost di kawasan tersebut.
Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya pernah mengusulkan di dalam Dewan yang mulia ini untuk membentuk satu Jawatankuasa Pilihan Khas berkenaan dengan alam sekitar dan climate change, perubahan iklim. Saya kira ini tiba masanya untuk kita menambah satu lagi Parliamentary Select Committee. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Seterusnya Yang Berhormat Bintulu selaku ketua parti, 15 minit Yang Berhormat. Silakan.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, beri peluang kepada saya untuk ambil bahagian dalam perbahasan isu ini, terlibat dengan banjir.
Pertama, saya ucapkan takziah kepada mana-mana keluarga terlibat dalam banjir ini yang kehilangan nyawa. Tuan Yang di-Pertua, dalam isu flash flood atau banjir ini, bukan berlaku hari ini. Sudah begitu lama. Ini dalam saya punya kawasan, berapa kali kita sudah perbahasan dengan EPU, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Alam Sekitar dan Air, sekarang ada nama baharu.
Kita sudah berkali-kali bahas. Diminta mendalamkan sungai. Kalau sungai semua sudah siltation, macam mana hendak discharge air pergi ke laut? Contoh seperti di Klang, saya difahamkan dalam 2005 atau 2006, ada orang buat proposal ke kementerian tersebut untuk meluaskan sungai terus sampai ke laut. 100 meter luas dan 10 meter dalam. Kalau kita buat betul-betul kajian dalam isu ini, kemungkinan dalam 10 meter tidak cukup, kita buat 15 meter. Sekarang sungai di seluruh Klang ini boleh jadi retention pond dalam masa kecemasan tetapi semua kementerian, terutama EPU, semua hari-hari kata mahal. Tidak payah buat.
Saya difahamkan, termasuk anggaran ini hanyalah RM3 bilion sahaja. Mengambil balik tanah sudah dekat RM1 bilion. RM2 bilion mendalamkan sungai tetapi tidak mahu buat. Hari ini, apakah kita hendak buat? Kita kerugian RM6 bilion. Apakah yang kita dapat?
Sungai pun belum buat lagi. Belum dalam lagi.
Saya memohon kementerian ini, pegawai daripada kementerian-kementerian, termasuk Menteri, turun padang dan lihat masalah-masalah tersebut. Jangan kongkalikung sahaja. “Yes, yes, saya akan ambil perhatian, saya akan pertimbangkan.” Inilah pertimbangkan. Sampai hari ini, rakyat hilang nyawa. Apakah guna? Orang sudah, kejadian sudah. Kecemasan sudah berlaku. Saya harap Menteri EPU juga ada, Kementerian Alam Sekitar dan Air juga ada, buatlah kajian betul-betul.
Contoh, macam di Sarawak ini, ada hidro. Bukan mini hidro, hidro yang besar, Bakun Dam. Kalau esok jadi macam Selangor ini, kalau dam itu tidak boleh hold, buka ia punya tidal gate, bukan sahaja Selangor, Sibu juga tenggelam. Banyak lagi kampung- kampung akan tenggelam. Kalau buka gate sekali, hujan pun ia tidak tahu bila hujan, hujan boleh berapa hari. Kita sudah minta, contoh di Bintulu, Kemena River, Sungai Sibiu, minta mendalamkan, bukan banyak. Sungai Sibiu baharu less than RM50 milion. Sungai Kemena saya tidak tahulah. Dahulu anggaran mereka buat sampai RM200 juta. Tidak mahu buat. Tidak tahulah esok hendak tunggu Bintulu kalau banjir sudah tenggelam serupa seperti Selangor, barulah kita kelam-kabut lagi. You think people will say thank you to what you do at that time? You think that time Menteri turun, dia orang senang hati nampak muka anda? Cuba fikir.
Kalau berlaku, terkena kita punya keluarga, macam mana perasaan kita? Contoh macam saya, di kawasan baharu ini, Dudong di Sibu, Igan, Sungai Rajang? Pun semua siltation. Rakyat di sana beritahu kepada saya kalau 365 hari, sekurang-kurangnya 300 hari ia di bawah air. Nak tanam apa-apa tanaman, tidak boleh jadi kerana hari-hari banjir.
Kalau hujan berapa jam sahaja, mesti banjir. Kalau tanam sayur-sayuran, mesti habis.
Janganlah degil.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Menteri-menteri faham kalau tidak boleh bertugas, saya minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tukar Menteri. Kita tidak payah recycle Menteri. Recycle Menteri kalau otaknya tidak berpusing, kita tukar mereka suruh mereka balik ke rumah untuk fikir dahulu macam mana mahu pusing dia punya kepala. Janganlah buat rakyat jadi sengsara. Jangan buat rakyat susah. Rakyat sekarang marah.
Harap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri faham, boleh lihat. Sekarang Yang Amat Berhormat on the ground, kita kasihan dengan mereka. Rakyat semua marah dengan dia tetapi ini masalah yang lama. Kita tidak selesaikan. Macam tadi ada bekas Menteri daripada Pakatan Harapan. Dia boleh bercakap besar. Dalam 22 bulan jadi kerajaan, apakah yang dia sudah buat? Itu masa, kita soalkan isu projek cadangan yang dia cancel semua. Tolonglah jawab sama rakyat. Janganlah kita hari-hari buat publisiti sahaja. Saya harap hari ini banyak pembangkang kata “Marilah kita simpan isu-isu rakyat di tepi. Buatlah apa yang sepatutnya, kerajaan dengan pembangkang bersama-sama menyelesaikan masalah rakyat”. Saya harap cerita ini yang benar dan betul. Jangan kongkalikung lagi. Sampai membuat publisiti di dalam surat khabar. Nak syok sendiri, kita buat lagi. Nanti cerita, buat lagi cerita lain.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Alam Sekitar dan Air dan juga EPU, apakah rancangan dan cadangan untuk menyelesaikan Sungai Sibiu? Bilakah hendak cadang untuk pergi buat hydraulic survey dan bila hendak mendalamkan sungai ini dan Sungai Kemena? Termasuk kawasan Dudong saya, Sungai Rajang dan Sungai Igan. Bilakah hendak mendalamkan? Kita hari-hari buat pumping station, buat ban. Kita harap kementerian boleh faham. Sungai Rajang, 300- batu. Kalau kiri dan kanan, 700- batu.
Berapa panjangkah ban yang kita boleh buat? Cuba kira kos. Kenapakah kita tidak boleh mendalamkan sungai? Dahulu sungai belum lagi kena siltation, Sarawak punya kawasan banjir tidak begitu teruk. Cuma sedikit sahaja. Ada buat aktiviti-aktiviti di atas Kapit side.
Selepas itu semakin lama semakin teruk. Kenapa kita sehingga hari ini kita belum ada lagi satu rancangan dalam bajet untuk penyelenggaraan, maintenance sungai-sungai ataupun streams, natural stream? Sampai hari ini kita nampak dalam bajet setiap tahun, Rancangan Malaysia ke Rancangan Malaysia, manakah ada bajet untuk penyelenggaraan? Even river cleaning juga tiada. Pokok-pokok masuk ke sungai juga tiada kos. Apabila kita tanya DID, DID cakap tiada peruntukan. Kalau perangai begini, kalau sistem kita begini, esok pasti kita kena ini sekali lagi kecemasan ini.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Bintulu.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Saya cukup sedih. Nampak kita beberapa kali soal di dalam Dewan yang mulia ini. Menteri-menteri duduk di kerusi, tidak faham ataupun choose not to understand. Saya harap kali ini kita marilah bersama-sama belajar mana-mana kelemahan kita, kita boleh siap sedia naik taraf mana-mana kita punya kelemahan...
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Bintulu.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Saya juga ingin mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat, kita terus buat satu belanjawan tambahan untuk menaiktarafkan mana-mana yang tidak begitu besar, kita naik taraf sungai-sungai atau monsoon drain.
Kalau ada yang besar, kita cari jalan bagaimana buat PFI punya projek, buat dahulu.
Jangan kata ini tidak mampu, itu tidak mampu. Hari ini, sudah kejadian ini jadi kecemasan, hilang RM6 bilion. Macam mana? Kita juga hendak cari wang. Hendak cari peruntukan juga untuk selesaikan. Kalau daripada awal kita selesaikan, kos kerugian akan dikurangkan.
Tuan Yang di-Pertua...
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Minta laluan, Yang Berhormat Bintulu.
Lanang.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Okey.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Adakah Yang Berhormat Bintulu setuju bahawa kerajaan perlu membuat satu kajian baru untuk mengupah expert datang untuk mengkaji semula pelan tebatan banjir yang sebanyak lima fasa di Sibu kerana ia telah bermula sejak tahun 2008 tetapi sampai hari ini masalah banjir tidak diselesaikan tetapi menjadi semakin teruk.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****] Jadi adakah Yang Berhormat Bintulu setuju kerajaan untuk membuat satu kajian baru dan sama ada masalah itu adalah berpunca daripada Sungai Rajang. Kalau ia berpunca daripada Sungai Rajang mungkin kerajaan perlu meluluskan satu peruntukan untuk mengorek Sungai Rajang. Setujukah Yang Berhormat Bintulu?
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Yang Berhormat Lanang terima kasih.
Memang saya setuju tetapi sebelum ambil pakar ini, memang dalam DID, dalam kementerian ini, tiada pakar juga. Akan tetapi pakar mesti mahu turun padang. The most important kita mesti mahu buat hydrographic study. Survey sungai itu dulu. Kita baru tahu mana jadi masalah, mana dia punya punca ini. Ini baru mustahak. Bukan kata di Sungai Rajang, Sungai Igan tetapi di seluruh negara kita mestilah mahu buat hydrographic survey. Buatlah, jadilah satu peruntukan.
Kita ada jabatan survey, survey department. Minta mereka turun padang.
Dalam sana ramai expertise. Begitu juga Tuan Yang di-Pertua, saya minta NADMA ini janganlah kita kongkalikung sahaja. Kata kita NADMA tidak terlibat dengan mana-mana ada kecemasan. Kita ingat kita punya kementerian ataupun kita punya department sepatut NADMA kita ini, what is the meaning of NADMA. Jangan kata ada apa-apa kecemasan bencana ini berlaku kita cuma beri wang kepada mana-mana negeri ataupun mana-mana tempat.
Sepatutnya kita sebagai sekretariat tadi, saya difahamkan sekretariat, kita mesti mahu terus command beritahu semua negeri macam mana hendak buat, agensi- agensi macam mana terlibat. Kalau kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pagi tadi sudah beritahu sudah ada amaran itu semua, kenapa NADMA tidak mengambil perhatian, NADMA tidak bersedia? Inilah kelemahan kita. Kita mestilah mahu ambil serius perkara ini. Apa yang sudah terjadi jangan lain kali berlaku.
Saya minta semua Menteri, semua KSU buatlah apa yang sepatutnya kita buat.
Be proactive. Negara kita sekarang kebanyakan kementerian, kita cuma reactive sahaja. Boleh cerita kongkalikung cerita banyak, on paper cerita banyak, banyak cantik, burung pun boleh jatuh dari pokok. Akan tetapi akhir sekali rakyat jadi sengsara, jadi susah.
Tuan Yang di-Pertua, inilah saya punya perbahasan. Saya ucap terima kasih sekali lagi beri peluang kepada saya ambil bahagian ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bukit Bintang. Kemudian diikuti dengan Yang Berhormat Keningau. Bukit Bintang lima minit.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Kejadian hujan lebat yang mengakibatkan banjir besar melanda negara, termasuk Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang dan negeri-negeri lain pada 17 dan 18 Disember 2021 meninggalkan banyak persoalan yang tidak terjawab. Dalam kejadian banjir yang lalu, selain pusat bandar, kawasan sekitar terbabit, pertemuan Sungai
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Klang dan Sungai Gombak, Lebuh Ampang, kawasan Tiong Nam dan Brickfields yang terkesan.
Saya sering membangkitkan keutamaan menyiapkan projek tebatan banjir Sungai Klang dan Sungai Gombak dalam sidang Dewan Rakyat. Kos projek yang diperuntukkan hanya kecil dan lambat dilaksanakan. Pembersihan sungai, longkang, parit, kolam dan takungan perlu diutamakan dan bila berlaku banjir kilat di sana sini baru tindakan pembersihan dijalankan.
Sebagai wakil rakyat pembangkang yang tidak ada kemampuan besar untuk membantu mangsa banjir, saya hanya mampu menggunakan peruntukan sendiri dan bantuan kawan-kawan dan orang awam untuk membantu mangsa di kawasan Tiong Nam iaitu pada hari yang ketiga menghulurkan cash sebanyak RM500 kepada 165 buah keluarga yang mempunyai ahli keluarga yang seramai 1,000 orang lebih. Menghulurkan bantuan peralatan dapur di samping melakukan kerja pembersihan mencuci kawasan menggunakan tenaga teamwork sendiri seperti cuci sekolah, sekolah di Brickfields, sekolah SJK(C) St. Teresa dan SK St. Teresa dan La Salle School. Ini dibantu oleh team di kawasan saya.
Saya dimaklumkan Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL hanya menghulurkan bantuan tunai RM1,000 kepada mangsa-mangsa yang sempat di... [Tidak jelas]. Setakat ini saya tidak maklumkan berapa jumlah bantuan yang terkumpul dan dihulurkan kepada mangsa banjir seluruh Wilayah Persekutuan dan Kuala Lumpur. Di Selangor bukan sahaja kerajaan negeri menghulurkan bantuan tetapi kerajaan pusat turut membantu. Akan tetapi di Wilayah Persekutuan bagaimana pula? Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan memberitahu berapa huluran oleh DBKL dan juga Kementerian Wilayah Persekutuan.
Saya mohon pihak kerajaan terutama Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL menyemak semula nama mangsa-mangsa yang tercicir dari mendapat bantuan, kepada siapa mereka harus mengadu setelah tempoh permohonan tamat. Juga kepada kerajaan sendiri yang tidak boleh mencuci tangan, kita patut berterima kasih kepada NGO, korporat, orang yang berseorangan yang telah membantu dalam menghulur bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.
Kepada para peniaga yang rugi teruk dan tidak mampu untuk memutarkan semula perniagaan mereka bagi meneruskan kehidupan walaupun mendapat bantuan RM1,000 sehingga RM2,500 mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bantuan modal kerajaan. Kena mewujudkan satu mekanisme tabung insurans seperti...
[Tidak jelas] bagi menyalurkan bantuan ke atas tuntutan yang dibuat. Mereka masih terkesan dengan pandemik COVID-19 di mana mereka baru memulakan kehidupan dan perniagaan sejak dua tahun dihimpit pandemik.
Tuan Yang di-Pertua, hanya satu soalan ialah dalam masa 18 Disember dan 19 Disember bulan yang lalu saya mengalu-alukan bahawa Datuk Bandar Kuala Lumpur memberi bantuan banyak kepada kawasan Tiong Nam. Pada masa 12 lebih pagi 19 hari bulan saya telefon dan WhatsApp kepada dia meminta bantuan untuk membekal satu atau dua kapal kecil kepada kawasan Tiong Nam untuk menyelamatkan orang tua dan OKU di sana. Dalam masa hanya satu jam dia telah menyelesaikan masalah yang saya minta.
Saya mengalu-alukan bahawa kerjasama dari Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Tuan Yang di-Pertua, saya minta kerajaan patut mengkaji semula sebab Tiong Nam satu kawasan yang amat penting dan juga dalam 50 tahun yang lalu ada satu banjir yang amat dahsyat, tinggi paras air setinggi 10 kaki. Kali ini tinggi ialah lapan kaki. Banyak perabot musnah.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Setiap rumah rugi sebanyak RM10,000 hingga RM50,000. Saya minta bantuan dari kerajaan khususnya Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL untuk membantu mereka. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Keningau, 15 minit.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu banjir memang isu yang sudah lama kita hadapi, tetapi semakin lama, banjir ini semakin teruk dan ia akan menjadi lebih teruk lagi di masa yang akan datang. Disebabkan perubahan iklim akibat daripada pencemaran, pembalakan dan sebagainya yang harus dihentikan.
Di Sabah, isu banjir menjadi lebih teruk disebabkan rancangan tebatan banjir yang telah dikemukakan kepada Kerajaan Pusat tidak mendapat layanan yang sepatutnya dan tidak diberikan peruntukan. Kadang-kadang diberi pun cubit-cubit sahaja yang tidak menyelesaikan masalah. Maka itu, masalah yang harus diselesaikan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, Rancangan Malaysia Kesebelas dan sehinggalah sekarang.
Maka itu, saya harap...
Tuan Ma'mun bin Sulaiman - Kalabakan
Minta sedikit Yang Berhormat Keningau.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
Diharap di masa yang akan datang Kerajaan Pusat akan mempertimbangkan dan melayani permohonan-permohonan Rancangan Tebatan Banjir yang dikemukakan. Oleh sebab di Sabah ini banyak sungai...
Tuan Ma'mun bin Sulaiman - Kalabakan
Bagi Yang Berhormat Keningau sedikit.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
Ya.
Tuan Ma'mun bin Sulaiman - Kalabakan
Kalabakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Kalabakan, minta.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
Okey. Cepat sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Bagi cepat sedikit dia kata.
Tuan Ma'mun bin Sulaiman - Kalabakan
Terima kasih. Sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya setuju dengan saranan Yang Berhormat Keningau supaya peruntukan di Sabah juga dipertingkatkan sebab banjir di Sabah pun sering berlaku dan acara tahunan berlaku.
Jadi, saya minta Yang Berhormat Keningau juga bersetuju dengan saya bahawa pembalakan di Sabah juga harus dikurangkan atau dihentikan sama sekali untuk kita mengawal banjir. Seperti apa yang kita lihat di Pahang, banjir baru-baru ini datang dengan balak-balak sekali menghancurkan perkampungan. Jadi, minta baru-baru ini kerajaan Sabah telah membenarkan eksport kayu balak bulat. Pembalakan berleluasa sekarang, jadi minta dikawal di Sabah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Sila.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
[Ketawa] Terima kasih kepada sahabat saya di Kalabakan. Kalau permohonan-permohonan yang lalu ini tiada dipertimbangkan, saya mohonlah kali ini ada beberapa cadangan saya yang tidak termasuk di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas dan Rancangan Malaysia Kedua Belas.
Akan tetapi, ia sudah menjadi satu perkara yang– satu program yang – satu projek yang amat-amat emergency. Satu daripadanya ialah isu ‘baraj’ di Likas yang perlu diwujudkan untuk memastikan Kota Kinabalu–Likas ini tidak tenggelam. Oleh sebab, disebabkan tiga batang sungai bertembung dan keluar dalam satu muara dan apabila
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
sungai-sungai ini dilanda ban banjir, ia tidak dapat keluar kerana paras laut sudah naik dan bila air pasang, air pun tidak boleh keluar. Maka, ini adalah satu permohonan yang amat-amat penting yang perlu dipertimbangkan sebanyak RM850 juta.
Begitu juga dengan program-program tebatan banjir yang lain. Umpamanya di Sungai Moyog, Penampang, sebanyak RM480 juta. Di Penampang ini, setiap kali hujan, banjir dan banjir itu bukan mahu tunggu setahun atau hujung tahun, dia dua tiga kali hujan dan hujan ini mengakibatkan banjir.
Begitu juga, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Likas sebanyak RM150 juta.
Rancangan Tebatan Banjir Sungai Tawau, sebanyak RM124 juta, Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Giling, Tuaran sebanyak RM38 juta. Rancangan Tebatan Banjir Lembangan di Daerah Pitas. Baru-baru ini Pitas juga dilanda banjir, sebanyak RM145 juta. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Sembulan di Bandar raya Kota Kinabalu sebanyak RM49 juta dan keseluruhannya berjumlah RM986 juta.
Tuan Yang di-Pertua, perkara-perkara ini yang saya sebutkan tadi bukan satu perkara yang remeh-temeh. Oleh sebab baru-baru ini banjir yang luar biasa telah melanda Penampang di Sugud. Walaupun berhampiran dengan bukit, tetapi paras air sehingga di bumbung dan sehingga hari ini, bantuan-bantuan belum lagi sampai kepada mangsa- mangsa, terutamanya sekali bantuan-bantuan untuk kerosakan rumah.
Saya mohon supaya apa jua bantuan yang diberikan kepada mangsa-mangsa banjir di Semenanjung, Selangor dan sebagainya juga dibagi dan disampaikan, dipanjangkan kepada mangsa-mangsa banjir yang ada di Sabah, Penampang, Sugud, Kota Marudu, Pitas dan sebagainya.
Penting juga adalah disebabkan oleh banjir-banjir ini yang mengakibatkan sungai- sungai dipenuhi pasir dan sebagainya, saya mohon supaya kementerian dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mempertimbangkan menurunkan kuasa untuk...
Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu
Yang Berhormat Keningau...
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
Sabah untuk– tunggu sekejap. Untuk Sabah diberikan kuasa mengendalikan dan mengeksportkan pasir bumi Sabah ini disebabkan kontraktor-kontraktor yang kita minta korek sungai ini dan pembayarannya adalah pasir. Akan tetapi, mereka gagal kerana tidak dapat menjual pasir-pasir ini.
Jadi, dengan penurunan kuasa pada kerajaan negeri, boleh lah kerajaan negeri juga mengeksportkan pasir-pasir ini.
Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu
Yang Berhormat Keningau, boleh?
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
Ya, silakan.
Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu
Pada pandangan Yang Berhormat Keningau, kerana Yang Berhormat Keningau juga merupakan Menteri yang jaga Rancangan Tebatan Banjir di negeri Sabah. So, saya dengar, tadi dalam ucapan Yang Berhormat Keningau, semua projek yang diperlukan untuk tebatan banjir di Sabah ini Yang Berhormat Keningau juga mengutarakan di Parlimen ini.
So, apakah pandangan daripada Yang Berhormat Keningau, kenapa Kerajaan Persekutuan tidak layan apa yang diminta oleh kamu sebagai Menteri yang mewakili Kerajaan Negeri Sabah.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
Itu dahulu, sekarang ini saya percaya kerajaan yang ada sekarang akan memberi perhatian dengan serius kepada kerajaan yang telah menjadi kerajaan sekarang.
Saya mohon sekali lagi dipertimbangkan apa yang saya sebutkan sebentar tadi oleh Kerajaan Pusat dan kementerian-kementerian yang telah bertanggungjawab terhadap isu-isu banjir dan kewangan ini. Sekian, saya mohon mencadang, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Keningau. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Sekijang, kemudiannya diikuti oleh Yang Berhormat Jempol dan kemudian Yang Berhormat Arau.
Silakan Yang Berhormat Sekijang.
Puan Hajah Natrah Ismail - Sekijang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hanya hendak menyentuh sedikit sahaja perkara apa yang berlaku di dalam kawasan saya iaitu di Parlimen Sekijang.
Menyorot semula apa yang berlaku pada bulan Oktober, saya telah menerima laporan daripada penduduk-penduduk di Kampung Abdullah iaitu mengenai ada sekatan di lencongan Sungai Segamat ke Sungai Genuang. Iaitu, satu apa yang dipanggil blockade telah dibuat di sungai tersebut ada sebanyak tiga blockade yang satu itu sudah dibuka iaitu untuk menyekat aliran sungai, yang kedua dan yang ketiga itu masih tidak dibuka.
Alasan mereka berjumpa saya ialah untuk saya memohon kepada pihak YTL iaitu syarikat yang membina landasan kereta api daripada Gemas ke Johor Bahru.
Puan Hajah Natrah Ismail - Sekijang
Jadi blockade ini telah dibuat di bawah jambatan kereta api lama dan mereka menerangkan kejadian banjir pada awal tahun 2019 disebabkan halangan daripada blockade ini untuk air mengalir terus. Jadi, apabila saya sendiri pergi ke sungai tersebut dan melihat dan diberikan penjelasan, saya telah berjumpa dengan wakil daripada syarikat YTL untuk meruntuhkan dua blockade ini ataupun penghalang ini.
Pada awal bulan November setelah saya sentiasa minta dipercepatkan meruntuhkan blockade ini sebab pada bulan Disember nanti dijangkakan akan berlaku hujan lebat dan juga dijangkakan bahawa banjir akan berlaku di kawasan Sekijang. Jadi alhamdulillah, syarikat YTL telah bersetuju dan mereka telah membuat kerja meruntuhkan dua blockade ini dan pada 1 Januari 2022 awal tahun, hari pertama saya sendiri telah pergi ke sungai tersebut dan masya-Allah, saya lihat air mengalir dengan begitu laju sekali iaitu setelah blockade dibuka.
Sekiranya penghalang ini tidak dibuka, sudah pasti Kampung Abdullah dan juga Kampung Jawa akan ditenggelami air. Tidak berlaku banjir di Kampung Abdullah tetapi di Kampung Jawa berlaku juga banjir tetapi tidak seteruk seperti pada tahun-tahun lepas iaitu pada tahun 2017, 2011 ataupun 2006. Jadi ini merupakan suatu usaha saya mendengar keluhan dan rintihan rakyat di kawasan Kampung Abdullah tersebut.
Keduanya, pada 1 Januari juga, awal pagi setelah menerima panggilan daripada beberapa orang mengatakan kawasan mereka akan dinaiki air dan sebagainya. Ada yang telah dipindah ke tempat tertentu tetapi tidak boleh masuk dalam dewan itu sebab dewan terkunci dan sebagainya. Akan tetapi saya tidak ada masalah, saya pergi pada awal pagi itu dan melihat mangsa yang telah dipindahkan iaitu mereka ini keluarga yang dikuarantinkan di rumah, kerana COVID-19.
Jadi pagi itu saya berjumpa dengan mereka yang masih berada di luar Dewan Serbaguna Jalan Genuang, Segamat. Saya tanya mereka, sudah makan atau belum, belum. Macam mana pindah sini, dia kata mereka telah menghubungi JPAM dan apabila JPAM membawa mereka ke dewan serbaguna itu dan diberitahu kepada JKM. Pihak JKM telah datang untuk memberi cubical kepada mereka- sekeluarga, untuk tinggal di situ tetapi di luar dewan.
Akan tetapi itu tidak ada masalah, saya telah jumpa dengan beberapa orang berbincang dan sebagainya. Apa yang saya mempertikaikan di sini ialah, kami sebagai Ahli Parlimen dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri daripada pihak PH tidak langsung dibawa untuk berunding, berbincang atau apa-apa sahaja yang ada kaitan dengan banjir di kawasan-kawasan kami. Jadi saya hendak tahu. apakah sebab? Kami ada lah Wakil Rakyat, dibayar gaji oleh kerajaan, dibayar elaun oleh kerajaan tetapi kami tidak boleh memainkan peranan, kami langsung tidak dihubungi, sehingga saya terpaksa berjumpa beberapa orang ketua kampung untuk mendapatkan penjelasan.
Ada juga Ketua Kampung yang sangat memberikan komitmen, sangat bekerjasama dengan saya memberitahukan yang sungai ini dalam keadaan alert, sungai ini pula warning, sungai ini dan ada lah taraf-tarafnya tetapi saya tidak boleh buat apa-apa tentang air sungai tersebut. Akan tetapi yang saya lebih ambil perhatian ialah bagaimana
Puan Hajah Natrah Ismail - Sekijang
mangsa-mangsa banjir ini. Bagaimanakah mereka dibawa ke tempat, di manakah tempat- tempat mereka ditempatkan, dan di manakah PPS itu?
Saya tidak langsung dimaklumkan apa-apa, saya cari sendiri. Di satu ketika itu apabila air sudah naik, saya pergi ke PPS yang baru sahaja di set up dan saya tanya macam mana orang ini hendak makan, hendak minum. Jadi Ketua Kampung itu kata JKM akan sediakan. Okey, sekarang sudah pukul 2 petang, JKM sudah sediakan atau belum dan belum lagi. Saya pergi bawa makanan panas untuk memberi 16 orang ini makan di satu buah pusat, dan juga saya terfikir, esoknya mungkin air akan naik lagi. Saya telah order makanan panas untuk beberapa buah tempat, contohnya di pusat pemindahan mangsa banjir ini di SJKC Kampung Tengah.
Betul, apabila saya tiba masa itu air pun sudah mula naik. Tanya semua mereka 34 orang sudah makan atau belum, belum. Sekarang sudah pukul 2 lebih. bila makanan akan sampai, dia orang kata tidak tahu tetapi saya dapat dengar makanan itu sampai memang lambat. Bayangkan keluarga yang ada anak kecil, ada anak-anak yang kelaparan, yang kesejukan, tidak diberi makanan dan saya tidak menyalahkan JKM. Saya hanya diberitahu dari mulut ke mulut iaitu makanan mereka di PPS ini akan disediakan oleh JKM. Bayangkan JKM hendak sediakan satu buah kawasan Segamat dan di Sekijang, mampukah atau bolehkah JKM melakukan sedemikian?
Jadi yang penting di sini, saya hendak bertanya mengapakah kami, Ahli-ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri tidak dibawa berbincang apa-apa pun. Saya nekad apabila seorang Ketua Kampung mengatakan kampung dia hampir menjadi sebuah pulau. Jadi saya kata macam mana saya hendak pergi, dia kata dia boleh bawa bot. Saya dengan nekad pergi ke tempat itu menaiki bot dan bot itu hanya, saya dan pemandu tidak boleh bawa lebih daripada dua, tiga orang, sebab berbahaya dan air pun sedang naik dan arusnya memang kencang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat, minta rumuskan, Yang Berhormat.
Puan Hajah Natrah Ismail - Sekijang
Saya tengok tempat itu.... Ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Rumuskan, masa sudah tamat, Yang Berhormat.
Puan Hajah Natrah Ismail - Sekijang
Saya tengok tempat itu dan memanglah, memang teruk sekali dan PPS nya pun dibuat sendiri tetapi tidak ada sesiapapun dari Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) yang telah pergi ke situ. Saya buatlah apa yang sepatutnya dan esoknya saya datang lagi, saya tidak boleh bawa barang-barang sebab bot itu tidak boleh bawa muatan berat, saya hanya membawa wang ringgit dan saya berjaya membantu 204 keluarga, di situ...
[Tepuk] Juga beberapa hari kemudian seorang ketua kampung telah memanggil, telah menelefon mengatakan mengapa saya tidak datang ke tempat dia. Saya pun hairan, saya kata Paya Besar ini adakah banjir, adakah mangsa banjir? Dia kata, ada. Saya pergi juga tengok memang ada tempat itu memang berlaku banjir dan saya datanglah kita bagi bantuan dan sebagainya. Akan tetapi malam itu ada orang menelefon kenapa Yang Berhormat tidak melaporkan diri kepada PKOB. Saya kata saya hendak melaporkan diri?
Apakah sebab? Sedangkan saya sudah buat kerja selama enam tujuh hari, tidak ada sesiapapun menghalang, kali ini pula saya tidak lapor diri. Adakah itu suatu kesalahan?
Jadi saya haraplah perkara ini tidak berlaku lagi. Dalam masa bencana kita ketepikan hal-hal politik. Kita Wakil Rakyat, kita hendak bantu dan jangan pinggirkan kami.
Sekian, terima kasih.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Sekijang.
Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Keluarga Malaysia. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan pada hari ini.
Jempol merupakan kawasan yang dilanda banjir pada 31 Disember tengah malam tahun baru pada tahun 2022 yang lalu. Jempol adalah kawasan yang sangat terkesan berbanding dengan yang lain tidak mengalami banjir. Terlebih dahulu juga saya mengucapkan takziah kepada semua mangsa banjir di seluruh negara.
Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada semua kakitangan awam, NGO dan orang ramai yang telah melanda termasuklah MOF, ICU, Bomba, JKM dan lain-lain. Syabas dan terima kasih kepada mereka yang prihatin dan sikap tanggungjawab yang ditunjukkan. Semoga semangat Keluarga Malaysia ini akan terus tersemat di hati sanubari semua rakyat Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, fenomena banjir bukanlah suatu perkara yang asing khususnya apabila tiba Monsun Timur Laut pada setiap tahun. Kebiasaan kawasan yang bakal terlibat telah pun dijangka awal seperti negeri di Pantai Timur. Sebelum ini membincangkan perkara yang lebih besar, saya ingin mengetahui, sejauh mana perjalanan kita untuk mengatasi masalah banjir yang berulang dan telah dijangka lebih awal. Mengapa kah negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu dan sebagainya mesti diletakkan pada setiap tahun banjir? Apakah tindakan pencegahan yang telah dilakukan oleh kerajaan bersama kerajaan negeri yang terlibat untuk mengatasi masalah banjir yang berulang?
Kesiapsiagaan kerajaan negeri sudah pasti ia banyak terlibat pada kerajaan- kerajaan negeri yang mana Jawatankuasa Bencana di setiap negeri telah pun ditubuhkan.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Banjir yang melanda lapan negeri bermula 18 Disember yang baharu ini yang sangat membimbangkan, puluhan rakyat menjadi korban dan puluhan ribu rakyat terpaksa dipindahkan. Banjir besar berlaku di Selangor ataupun di Lembah Klang adalah tragedi yang diingati selepas ini. Pada hari kejadian, ribuan pengguna jalan raya terperangkap dan puluhan ribu mangsa terbiar lebih 24 jam tanpa menerima bantuan sehingga mereka terpaksa meminta bantuan sukarelawan dan membuat rayuan di media sosial.
Kebanyakan mangsa pula hanya dapat keluar selepas 48 jam terperangkap iaitu setelah air mula surut.
Di manakah kerajaan negeri pada hari kejadian dan apakah peranan sebenar sepatutnya dimainkan oleh kerajaan negeri? Kesepakatan kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan. Sesungguhnya tiada sesiapapun menjangkakan kemusnahan dahsyat yang berlaku di beberapa kawasan lokaliti dan penempatan, termasuklah di Jempol. Musibah yang berlaku telah menunjukkan kepada kita bahawa tiada persiapan yang rapi dan kesepakatan jelas antara kerajaan negeri dan juga Kerajaan Persekutuan. Misalnya di Jempol, PPS di Kampung Jawa tidak dibuka walaupun ketika itu mangsa banjir hendak menuju ke tempat tersebut kerana tidak mendapat arahan daripada pegawai daerah untuk membuka.
Ini telah pun menunjukkan di kampung. Kampung ini berdekatan, maknanya kawasan banjir Kampung Dato’ Johan yang mana kawasan ini adalah kawasan penempatan banjir tetapi tidak mendapat izin daripada ketua kampung. Maka mereka ini bersadai di luar selama lima hingga enam jam kerana tidak dapat masuk kawasan penempatan tersebut. Ini juga menunjukkan kelemahan sistem ataupun kesiapsiagaan kita di setiap negeri. Begitu juga negeri-negeri perlu memikirkan bagaimana pemindahan warga yang kerap kali duduk di tepi-tepi sungai ini dipindahkan ke lot-lot baharu, yang mana lot tersebut jauh dari sungai dan mungkin ianya tidak dilanda banjir.
Ini peranan kerajaan negeri yang perlu dibuat bersama dan Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan membina rumah sebanyak RM51,000. Infrastruktur yang disiapkan di PPS menunjukkan kita perlu menambahbaikkan kebanyakan peralatan yang digunakan. Contohnya PPS di sekolah. Sekolah ini kebanyakan adalah bilik-bilik belajar
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
sekolah kerana tempat pembelajaran, untuk menyediakan tandas, bilik sembahyang dan sebagainya. Ia tidak mencukupi.
Jadi, diharap pusat PPS ini dikenal pasti supaya ia dijadikan penempatan banjir, yang mana perlu diadakan surau, perlu diadakan bilik mandi yang selesa, begitu juga dengan tandas. Ia telah berlalu dengan begitu lama dan isu ini sepatutnya kita tidak lagi menuding jari kepada mana-mana pihak. Kementerian yang bertanggungjawab, contohnya Kementerian Pendidikan perlu menyediakan kawasan penempatan banjir sementara yang telah disebutkan sebentar tadi.
Mengenai agihan wang Bantuan Wang Ihsan sebanyak RM1,000, saya ucapkan tahniah kepada kerajaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Hanya tempoh 10 hari sahaja. Ada kalanya mereka ini tidak sempat balik ke rumah, duit RM1,000 ini telah pun diberi kepada rakyat yang terkesan ataupun mangsa banjir yang saya sebutkan tadi. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, ICU, Jabatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan lain-lain yang telah bertindak secara tuntas dan tidak lupa juga kepada NADMA. Ia juga menyalurkan peruntukan berupa bantuan khemah dan sebagainya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Masa sudah tamat.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Sedikit lagi, sedikit lagi. Oleh sebab kawasan banjir ini dia kena– Jadi, saya mohon juga kepada Yang Berhormat Menteri tentang kemudahan bantuan bencana. Siapakah individu yang layak memohon dan berapakah jumlah pembiayaan maksimum PKS dan perusahaan mikro di bawah kementerian tersebut? Begitu juga aset-aset bomba yang saya difahamkan telah memohon peruntukan sebanyak RM16 juta iaitu pembelian bot 60 biji, pembelian utiliti 4x4 sebanyak 50 unit, pam angkut dan peralatan 80 unit dan sebagainya. Ini adalah kemudahan-kemudahan yang perlu kita beri keutamaan kerana mereka inilah, bomba ini akan sampai dahulu ke tempat banjir tersebut.
Yang lain, dari segi sukarelawan, saya harap perkara ini dapat kita centralizekan.
Sukarelawan ini ramai datang membantu, datang dari jauh. Ada kata Abang Viva yang datang dengan bot di atas, kalau boleh kita centralizekan supaya bantuan ini dapat dicapai atau dapat dibantu dengan segera. Saya ucapkan terima kasih juga ke Kelab Anak Muda Jempol, Persatuan Belia FELDA dan juga lain-lain yang terlibat, termasuklah Yayasan RISDA membantu menyalurkan bantuan kepada rakyat yang berada dalam keadaan kesusahan ketika itu.
Lagi satu, saya hendak menyentuh soal Program Jualan Keluarga Malaysia ketika banjir ini. Saya berharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ini bertanggungjawab kerana jualan-jualan di musim banjir ini rakyat susah. Janganlah melepaskan hanya batok di tangga kerana barang-barang yang dijual ini tidak memberangsangkan rakyat kerana dalam keadaan rakyat susah ini menyediakan potongan harga yang baik. Kalau ia pergi ke kampung, biarlah jualan keluarga rakyat ini benar-benar mendapat impak kepada rakyat. Jadi, saya harap perkara ini mendapat pertimbangan dalam isu berkaitan dengan banjir dan juga pada masa hadapan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Raub, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Jerai.
Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji - Raub
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada beberapa perkara yang perlu dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini. Pengalaman banjir yang baharu melanda dan menimpa kita banyak memberi pengajaran kelemahan tahap kesediaan kita di dalam menguruskan bencana yang tidak diduga ini tanpa pelan kontingensi.
Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji - Raub
NADMA lambat bertindak walaupun MET Malaysia telah melaporkan secara umum. Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang.
Berkata arahan bersiap siaga telah diberi dua bulan sebelum banjir berlaku. ATM turun membantu mangsa banjir tanpa kelulusan Agensi Pengurusan Bencana Negara
(NADMA). Minta penjelasan.
Rakyat mengeluh dan berdukacita, mereka ingat masa epidemik COVID-19 ini sahaja ‘kita jaga kita’. Rupanya masa banjir pun ‘kita jaga kita’. Sepatutnya kerajaan jaga rakyat. Tuan Yang di-Pertua, Parlimen Raub, Parlimen Temerloh dan Parlimen Bentong adalah yang paling terkesan di kawasan negeri Pahang. Ada yang menyamakan banjir yang lepas sama atau lebih teruk daripada banjir pada tahun 1971, yakni 50 tahun yang lepas. Kalau kita lihat di Bentong, di Benus, sebelum ini belum ada banjir dan yang paling menyedihkan di kawasan Telemong, Karak, banjir balak.
Secara umumnya kita boleh melihat tahap persediaan dan tindakan di Lembah Klang, khususnya di Taman Sri Muda, Kuala Langat, Bentong, Karak amat menyedihkan.
Bantuan keselamatan lambat dan amaran awal tiada untuk pihak terbabit mengambil tindakan. Kawasan Taman Sri Muda difahamkan dahulunya adalah kawasan tadahan hujan. Bagaimana ia ditukar syarat atau dizonkan kepada kawasan perumahan?
Jika ia memang dibolehkan untuk dimajukan untuk penempatan ataupun perumahan, sepatutnya mestilah ada satu pelan kontingensinya sekiranya berlaku banjir atau bencana seperti SMART Tunnel. Di mana ia boleh dialihkan ke tempat yang lain dalam masa yang singkat. Pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air sepatutnya sudah membuat kajian baharu berkenaan dengan fenomena ini. Ia tidak hanya bergantung kepada pelan lama seperti PRAB ataupun Program Ramalan dan Amaran Banjir. Kena faham peta topografi Lembah Klang ini adalah kawasan yang rendah dan lembah. Ada sebahagian di kawasan Lembah Klang ini di bawah paras laut.
Walaupun pada kebiasaannya purata hujan normal sekitar 20 hingga 30 mm sehari. Akan tetapi dalam perubahan iklim sekarang, ianya boleh meningkat sekitar 60mm hingga 80mm sehari. Bayangkan sekiranya ia turun selama tiga hari berturut-turut di suatu kawasan yang mana ia boleh menyebabkan banjir yang tidak diduga atau disangka. Pihak kementerian kena lebih advance atau ke hadapan dalam merancang tindakan-tindakan persediaan ini.
Dalam sistem PRAB, selain daripada data-data paras air sungai diambil dan sudah tiba masanya diperbanyakkan sistem pengukuran hujan di hutan-hutan tadahan dibina. Ia dapat mengesan kemungkinan kepala air boleh berlaku pada peringkat awal.
Begitu juga di kawasan-kawasan bandar atau taman-taman yang rendah atau berhampiran dengan sungai, stesen pengukuran hujan perlu dibina bagi tujuan pengiraan isi padu hujan yang turun mengikut jam.
Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji - Raub
Sistem amaran awal pertama boleh digerakkan jika pengiraan menunjukkan kebolehan banjir akan berlaku dalam masa yang singkat dan pengiraan kelebatan hujan ini mengikut jam dan kawasan yang terbabit. Di sini ada beberapa syor tindakan yang perlu diambil oleh kerajaan.
Pertama, Bank Dunia telah menganggarkan lebih kurang USD1.3 bilion atau bersamaan dengan RM5.5 bilion jika berlakunya perubahan iklim yang disebabkan oleh banjir. Bayangkan kerugian yang kita hadapi. Oleh sebab itu, bajet untuk JPS kali ini harus ditambah atau dibesarkan untuk tujuan penyelenggaraan parit-parit lama, sungai serta ban-ban tebatan banjir yang telah rosak, runtuh dan juga pembinaan stesen-stesen hujan perlu dibanyakkan.
Kedua, rakyat dihimpit sebelum ini dengan PKP, maknanya dua tahun kehidupan susah dan ditimpa pula dengan banjir yang sangat dahsyat. Kerajaan kena mewujudkan insurans bencana yang dikawal oleh pihak kerajaan yang berdasarkan kepada kebajikan, bukan perniagaan atau keuntungan.
Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji - Raub
Ketiga, Agensi Meteorologi Malaysia, NADMA, JPS, Jabatan Alam Sekitar hendaklah duduk di meja bulat untuk menyelesaikan masalah perubahan iklim ekstrem ini.
Keempat, rakyat hendaklah dilatih menggunakan apps bencana untuk mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih.
Kelima, latihan kecemasan bencana kepada orang ramai, pekerja taman, sekolah dan sebagainya haruslah dibuat setiap enam bulan sekali bagi membiasakan rakyat dalam keadaan kecemasan supaya tidak panik serta mengikut arahan.
Akhir sekali, saya hendak sentuh juga di sini berkenaan dengan pembalakan. Kita harap pembalakan ini diadakan moratorium supaya ia diberhentikan serta-merta. Kalau kita kait-kaitkan sedikit berkenaan dengan harimau di Gua Musang, saya difahamkan oleh keadaan bencana dan juga binatang-binatang untuk dimakan oleh harimau tidak ada, ia pergi ke kampung Orang Asli. Kita difahamkan dua Orang Asli telah dibaham harimau.
Makanan harimau seperti babi, rusa tiada lagi di kawasan tersebut. Saya harap Kerajaan Negeri Kelantan tidak menafikan ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Raub. Seterusnya, Yang Berhormat Jerai.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Waalaikumsalam.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menyertai perbahasan ini.
Tanggal 18 Ogos 2021, Daerah Yan yang berada di bawah Parlimen Jerai dikejutkan juga dengan satu kejadian banjir kepala air yang sangat menakutkan. Kejadian ini meninggalkan kesan yang sangat mendalam dalam hidup masyarakat setempat.
Masyarakat sekitar yang terlibat masih lagi trauma memikirkan detik-detik kejadian kerana ada dalam kalangan mereka yang kehilangan orang yang tersayang. Kejadian ini turut melibatkan Daerah Kuala Muda. Pelbagai langkah telah diambil bagi memastikan kejadian ini tidak lagi berulang.
Kejadian ini dipercayai berpunca daripada kepala air dari kawasan air terjun di kaki Gunung Jerai dan mengakibatkan limpahan air deras ke kawasan kediaman sehingga menyebabkan kerosakan jalan raya dan kediaman di sekitar Gunung Jerai ini. Seramai 1,301 orang penduduk terlibat dengan musibah ini dan enam orang kehilangan nyawa.
Mukim Yan melibatkan 886 orang, Mukim Singkir seramai 200 orang dan Mukim Gurun seramai 215 orang. Selain daripada penduduk setempat, musibah ini juga turut melibatkan kerosakan kepada inap yang beroperasi di Daerah Yan.
Tragedi ini juga melibatkan agensi Jabatan Mineral dan Geosains di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli. Jadi dalam kesempatan ini, saya ingin menarik perhatian Kementerian Tenaga dan Sumber Asli kepada iaitu:
(i) keperluan pemetaan terperinci risiko berlakunya bencana geologi;
(ii) pemasangan sistem amaran awal tanah runtuh dan aliran debris;
(iii) keperluan penubuhan Pusat Kawalan Amaran Bencana Geologi Tanah Runtuh dan Aliran Debris Negara yang melibatkan fungsi JMG;
(iv) memperkasakan komuniti terhadap ancaman bencana geologi tanah runtuh dan aliran debris dengan memberi peranan kepada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG); dan
(v) pemerkasaan JMG dan peranan dan tanggungjawab baharu JMG dengan memberi perjawatan yang lebih baik dan menghargai pegawai. Ada pegawai yang berpuluh-puluh tahun masih di Gred
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
44, namun mereka tetap tabah dan meneruskan khidmat bakti tanpa keluh kesah.
Bencana ini juga, Tuan Yang di-Pertua, melibatkan peranan Kementerian Alam Sekitar dan Air. Bagi mengelak tragedi ini berulang, dua buah empangan sabo dalam proses pembinaan di Titi Hayun, Yan dan Tupah yang dijangka siap pada Jun 2023.
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menyerahkan surat setuju terima (SST) tender tapak projek pembinaan struktur empangan sabo kepada kontraktor yang berjaya iaitu Damai Construction Sdn. Bhd. yang bernilai RM22.8 juta. Projek pembinaan ini juga melibatkan kerja-kerja pemulihan bencana banjir akibat banjir lumpur Ogos lalu dan dijangka siap pada Jun 2023. Pertanyaan saya ialah adakah sistem empangan ini akan diperluaskan di tempat berisiko bencana air dari gunung?
Akhirnya, di kesempatan ini juga, saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia yang mengambil tindakan segera menyalurkan peruntukan khas bagi membolehkan kerja-kerja baik pulih dilakukan dengan kadar segera. Selain itu juga, terima kasih diucapkan kepada semua pihak sama ada individu mahupun berkumpulan yang turut menyalurkan sumbangan kewangan dan barangan serta ada yang turun padang dengan melibatkan diri dalam aktiviti mencuci dan membersihkan terutamanya yang digelar sebagai ‘semut merah’, NGO Khidmat Malaysia.
Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada pihak agensi penyelamat yang berkorban masa, tenaga dan nyawa dalam misi mencari dan menyelamat. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Seterusnya, Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana membenarkan saya untuk mengambil alih daripada Yang Berhormat Pulai untuk berbahas.
Pertamanya, saya mengucapkan juga terima kasih kepada pihak kerajaan kerana sudi mengadakan sidang ini untuk kita boleh membincangkan isu banjir ini. Akan tetapi, saya harus kata juga bahawa ia tidak bermula dengan baik kerana pada peringkat awal lagi ucapan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya lihat tidak bermula dengan satu yang baik kerana lebih kepada seperti, orang kata, blame game.
Ucapan beliau telah pun dilaporkan dalam beberapa buah media tadi. Antaranya beliau mengatakan bahawa seolah-olah Kerajaan Negeri Selangor, khususnya agak lemah dari segi soal pentadbiran isu banjir ini sedangkan negeri-negeri seperti Pahang dikatakan agak lebih baik dari segi pentadbiran isu banjir ini. Sedangkan hakikatnya, sebaliknya yang berlaku. Saya rasa kita kena bersikap jujur dan adil dari segi kita menilai soal-soal kerja membantu mangsa-mangsa banjir ini.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun ada fitnah-fitnah yang dikatakan kononnya Ahli Parlimen tidak turun dan sebagainya tetapi saya rasa rakyat tahu siapa yang turun atau tidak turun. Saya hendak katakan, Tuan Yang di-Pertua, pada hari pertama dan kedua iaitu pada 18 dan 19 Disember itu, boleh dikatakan bantuan daripada NADMA hampir tidak ada khususnya di Parlimen Sepang. Sedangkan pada ketika itu, tahap bantuan itu amat diperlukan kerana ketika itu keadaan begitu gawat sekali, hujan begitu lebat tidak berhenti dan paras air naik begitu tinggi sekali. Masa itu, apa yang kita fikirkan ialah soal menyelamatkan nyawa manusia.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Apabila kita dapati NADMA tidak turun, tidak memberikan bantuan, ia mengakibatkan alat-alat prasarana untuk membantu mangsa banjir hampir dikatakan, saya kata ada tetapi tidak begitu memuaskan sehingga kita terpaksa kata orang itu terpaksa memikirkan bagaimana untuk kita bantu.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Ya?
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Sedikit Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Siapa...?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Kuala Selangor.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Silakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ringkas sahaja.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Yang Berhormat Sepang sahabat saya.
Tuan Yang di-Pertua, NADMA mentakrifkan tahap pengurusan bencana pada tiga. Tahap 1 peringkat daerah, Tahap 2 peringkat negeri dan Tahap 3 peringkat Pusat Persekutuan. Nah jelasnya, apa yang berlaku ya bermula 18 Disember itu merupakan Tahap 3. Dengan tidak mahu- dengan tidak bermaksud untuk menuding jari Yang Berhormat Sepang ya, kepada mana-mana pihak, nyata bahawa sementara persoalan clarity kejelasan kepimpinan MKN ini negeri Selangor ini tidak diberikan kepada Yang Berhormat Menteri Besar ya dan pula kepada yang- bukan Yang Berhormat Menteri Besar. Seorang Yang Berhormat Menteri ya. Nyata bahawa perkara ini perlu kita selaraskan kerana sama seperti ketikanya dibuat Yang Berhormat Sepang ya oleh Brigedier Jeneral Datuk Dr. Mohd Arshil Moideen yang menyebutkan tentang pengurusan COVID-19.
Persoalan koordinasi, persoalan pengurusan, tindakan arahan dan sebagainya itu berlaku ketika pengurusan banjir ini juga di mana ATM sebagai contohnya terpaksa turun memberi bantuan tanpa apa-apa kelulusan dan green light daripada NADMA...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik terima kasih, baik.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
...Sudah sampai waktunya kita kena luluskan perkara ini Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Okey, saya rasa saya minta supaya ucapan daripada Yang Berhormat Kuala Selangor itu dimasukkan sebagai sebahagian daripada ucapan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya tamatkan ini, saya ingin mengatakan bahawa proses pemberian bantuan juga perlu dikaji semula.
Apa yang berlaku Tuan Yang di-Pertua, pihak NADMA memang mengatakan bahawa akan memberi bantuan tetapi tidak ada taklimat langsung kepada ketua kampung.
Ketua kampung lah yang hendak kena beritahu kepada mangsa-mangsa ini. Memang pihak NADMA menyediakan hotline seperti saya kata hotline Tuan Yang di-Pertua hanya hot sahaja. Berita dia hot tetapi line tidak ada. Line tidak ada langsung, orang telefon tidak dapat. Orang akan kembali kepada ketua kampung.
Jadi, saya harap proses ini mungkin boleh difikirkan. Jangan kita hanya buat hotline tetapi tidak ada orang yang sambut, tidak ada orang yang berikan bantuan, tidak ada orang yang berikan respons dan akhirnya rakyat yang menjadi mangsa. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Beaufort.
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. *Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Pertamanya saya ingin mengucapkan takziah kepada semua mangsa banjir yang terlibat pada hujung Disember 2021 di mana juga mereka berada. Terima kasih juga saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kepada kerajaan dan kepada semua agensi kerajaan yang terlibat serta NGO dan semua pihak yang telah bekerjasama untuk membantu mangsa banjir yang luar biasa itu.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada MARA dan para guru dan pelajar Institusi Pendidikan MARA yang turut membantu mangsa banjir di negeri-negeri yang terlibat.
Membersihkan, membaiki peralatan rumah dan kereta-kereta yang rosak disebabkan oleh banjir tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya banjir ini bagi Parlimen Beaufort merupakan perkara yang sudah biasa. Banjir telah saya alami sejak saya masih kanak-kanak lagi.
Namun demikian, tidak berertinya kita dapat menerimanya dengan begitu sahaja. Ini kerana banjir merupakan bencana yang menimpa ramai penduduk kampung. Misalnya, pada tahun lalu 2021 walaupun tidak diuar-uarkan seperti mana yang berlaku di Selangor, tetapi berlaku empat kali banjir semasa kita menghadapi COVID-19 dan tentulah banyak kampung yang terlibat. Ada antara mereka yang terpaksa dipindahkan di pusat-pusat sementara banjir.
Walaupun begitu, kita terima ini dengan keadaan yang tenang dan saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan penghargaan. Tahniah kepada semua pihak yang bekerjasama di daerah yang telah memastikan mangsa banjir dapat dipindahkan dan mereka yang tidak berpindah dapat dibantu. Oleh sebab itu, saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan bantuan yang datang membantu kami di Beaufort sama ada daripada pihak kerajaan, daripada agensi kerajaan dan juga NGO dan orang-orang perseorangan.
Namun demikian, saya ingin mengatakan sini ingin mengambil kesempatan dalam masa yang singkat ini untuk memohon supaya kerja-kerja untuk kita memastikan banjir ini dapat kita tangani dengan sebaik mungkin ya. Antara lainnya supaya projek- projek tebatan banjir untuk Daerah Beaufort-Sungai Padas itu dapat diteruskan supaya banjir ini dapat kita tangani dengan sebaik mungkin. Selain daripada itu kita juga telah memohon supaya Sungai Padas Beaufort itu dapat didalamkan lagi kerana kita perlu mengalirkan air yang banyak dalam satu masa apatah lagi apabila berlaku hujan yang luar biasa yang menyebabkan berlakunya banjir dengan cepat. Proses pemendapan dan pembuangan barang-barang buangan telah menyebabkan Sungai Padas itu menjadi cetek.
Oleh sebab itu, adalah amat perlu dan saya bersetuju dengan apa disebutkan oleh Yang Berhormat Keningau tadi supaya peruntukan dapat diturunkan kepada negeri Sabah untuk melakukan kerja-kerja untuk memastikan sungai-sungai yang cetek ini dapat kita perbaiki lagi. Sistem perparitan yang tidak teratur juga boleh diselenggarakan secara berkala oleh pihak yang berkenaan dan ini memerlukan peruntukan yang banyak.
Saya selalu mengemukakan permohonan-permohonan ini bagi kawasan saya.
Namun, saya dapati memang agak susah kerana tiada saya selalu dijawab bahawa tidak ada peruntukan, tidak cukup peruntukan. Maka dengan itu, maka mudahlah banjir berlaku di kampung-kampung kita yang menyebabkan kerugian kepada rakyat sama ada daripada segi tanaman mereka, rumah mereka yang menjadi rosak dan sebagainya.
Begitu juga saya melihat bagi pembinaan Jalan Pan Borneo Beaufort ke Kota Kinabalu, saya lihat juga tiada sistem perparitan yang teratur. Di sinilah saya meminta kepada semua pihak yang terlibat seperti JKR dan JPS supaya dapat bekerjasama di antara agensi-agensi kerajaan ini ada kerjasama yang baik untuk memastikan apa juga perancangan dan projek yang dilaksanakan oleh kerajaan yang berniat baik untuk membantu rakyat benar-benar memberikan manfaat.
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort
Ini kerana saya melihat sejak permulaannya pembinaan ini berlaku banjir di tempat-tempat yang tidak pernah banjir sudah pun mula berlaku kerana tidak ada sistem perparitan yang baik, yang betul ataupun ada langsung tidak ada parit yang dibina. Oleh sebab itu, adalah penting bagi agensi-agensi kerajaan bekerjasama dengan erat bagi memastikan mereka mengenal pasti masalah yang perlu diatasi dan dengan itu dapat projek-projek ini memberikan manfaat kepada rakyat yang memerlukan.
Saya juga ingin mengatakan yang ini saya sudah sebut dahulu bahawa sekarang ini disebabkan oleh climate change ya tempat-tempat yang tidak sebenarnya berlaku banjir kawasan-kawasan daerah seperti daerah dalam Parlimen saya Daerah Kuala Punya sepatutnya bukan kawasan banjir. Beaufort itu memang kawasan banjir. Akan tetapi, kawasan tidak banjir ini pun tidak boleh berlaku banjir tiba-tiba dan menyebabkan kerosakan kepada rumah rakyat kita, harta benda mereka dan ini sesuatu yang perlu dilihat secara juga secara detail dan kajian dibuat oleh pihak yang berkenaan supaya kita dapat cari jalan bagaimana untuk menanganinya dengan sebaik mungkin.
Begitu juga saya menyebut sekali lagi berkenaan dengan jalan-jalan yang dibina.
Kita ucap terima kasih kerana kerajaan prihatin untuk membina jalan-jalan diperlukan oleh rakyat tetapi sistem perparitan itu lagi perlu diwujudkan dengan sebaik mungkin supaya dia tidak menjadi satu bencana kepada rakyat. Itulah saya mohon...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort
...Perkara seperti ini diberikan perhatian.
Sambil itu saya juga ingin mengemukakan Jawatankuasa PKOB Beaufort juga meminta supaya memudahkan lagi kerja-kerja mereka untuk membantu mangsa-mangsa ini mangsa yang banjir kerana kita tidak lari banjir akan berlaku. Mereka memerlukan peralatan seperti lori lima tan, bot yang ringan untuk memudahkan menyelamat membawa bot melalui jalan yang cetek dan dalam seperti Jalan Suasa dan Lagu ini di dalam Parlimen Sipitang. Mereka juga telah meminta supaya saya sampaikan mereka memerlukan drone supaya mereka dapat memantau daripada udara bagi mengesan mangsa dan tempat yang telah terputus hubungan.
Akhirnya, saya juga meminta supaya kerajaan memberikan pertimbangan untuk membina empangan yang baharu di Ulu Tenom itu supaya Tenom Pangi yang sekarang ini tidak dapat menampung air yang banyak- hujan yang banyak. Saya bukan mahu menyalahkan Empangan Tenom Pangi tetapi saya mengatakan bahawa dia disebabkan apabila hujan terlalu banyak, air yang terlalu banyak tidak dapat ditampung lagi, dikeluarkan semua pintu dibuka maka tentunya banjir akan berlaku di Daerah Beaufort.
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort
Ini ialah sesuatu yang tetap akan berlaku. Oleh kerana itu, maka sudah sampai ketikanya empangan baharu Hulu Tenom itu dibina oleh kerajaan bagi memastikan banjir ini tidak akan terus berlaku ataupun dapat dikurangkan. Oleh sebab setiap kali banjir berlaku, kerugian rakyat itu bukannya sedikit. Kalau di sini baru berlaku sekali...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat, masa sudah tamat, Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort
...semua kita heboh. Jadi, kita minta maaf. Saya minta maaf Tuan Yang di- Pertua, kerana perkara ini berjalan setiap tahun, maka saya perlu sampaikan di Dewan yang mulia ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Petaling Jaya.
Kemudian Yang Berhormat Pengerang dan kemudian Yang Berhormat Sepanggar. Sila Yang Berhormat Petaling Jaya.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Ringkas sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas peluang untuk berucap. Kawasan saya juga terkesan dengan banjir seperti di DUN Taman Medan dan juga Sri Setia. Saya rasa terlalu kecewa dengan penjelasan Perdana Menteri. Oleh kerana ini bukan masanya untuk kita menang dalam debat atau menuding jari atau rasa ini ialah masalah yang akan hilang selepas kita sudah buat sesuatu.
Kalau begitu, saya rasa kerajaan ini telah gagal. You have not shown your statesmanship. Kerajaan telah mesti mengiktiraf bahawa mereka slow dalam respond.
Tidak sedia sama sekali. Saya rasa sedih kerana mereka masih tidak mahu menerima kelemahan dan kegagalan mereka dalam isu banjir ini. Bukan hanya di Selangor tetapi berada di lain-lain negeri. Kerajaan kurang ada koordinasi crisis management, dengan izin. Poor emergency response dan menyebabkan ramai orang terjejas dan juga hilang nyawa. Hilang nyawa and I think that should mean something.
Pada masa ini, kerajaan kata mereka telah menggunakan berjuta-juta ringgit.
Akan tetapi ramai di Petaling Jaya yang datang ke pejabat saya, masih belum dapat apa- apa sumbangan daripada Kerajaan Pusat. Akan tetapi sudah dapat bantuan daripada Kerajaan Negeri Selangor. Soalannya ialah so siapa yang benar-benar bantu atau siapa yang menipu? Saya setuju dengan- penting untuk mengakui kelemahan dan bersedia untuk bekerjasama semula untuk memastikan kami mempunyai plan pengurusan risiko dan bencana yang mantap. Ramai sudah cakap tentang kegagalan kerajaan dan saya hendak mencadangkan seperti berikut.
Satu, sistem pengurusan bencana negara yang ramai Yang Berhormat telah sentuh. Kita perlu mengukuhkan sistem ini ataupun mekanisme ini dengan segera untuk menjamin pendekatan kesihatan planet ini. Kita bukan sahaja perlu menguruskan bencana banjir tetapi juga satu set cabaran kesihatan dan kebajikan sosial yang baharu.
Plan pasti diperlukan yang mesti melibatkan pelbagai pihak berkepentingan dan mengamalkan pendekatan pelbagai risiko yang membangunkan jawapan yang lebih seluruh. We need a working disaster management plan.
Kedua, segera melakukan kajian hidrologi atau dataran banjir untuk Lembah Klang atau lain-lain negeri yang terjejas kerana akibat banjir ini. Oleh kerana perubahan iklim (climate change) akan menyebabkan banjir lebih kerap. Sebarang bencana pasti akan menjejaskan penduduk. Saya rasa kajian harus mencadangkan langkah tebatan banjir untuk jangka masa panjang serta rancangan dan sumber untuk melaksanakan plan itu.
Kita tahu seperti di Lembah Klang ialah dataran banjir dan kajian ini mesti mendalami pemahaman tentang tempat mengalir. Termasuk dari sungai, bukit, longkang, tempat hujan berlaku dan cara hujan disalirkan ke sungai, longkang atau kolam. Kajian akan memberitahu kapasiti galas beban untuk air dan juga sekarang lebih kerap akan berlaku, especially semasa monsun. Kajian ini diperlukan dan akan memberitahu sama ada sungai, longkang monsun, kolam dan sebagainya adalah mencukupi untuk menguruskan banjir yang akan datang. Malaysia ada pakar yang boleh menguruskan kajian ini. Satu cara ialah bagaimana terowong pintar Kuala Lumpur membantu mengurangkan banjir dan mengalir ke dalam beberapa buah kolam.
Ketiga, saya tahu yang mana Kerajaan Malaysia telah ambil dana daripada UNFCC. Saya rasa jumlah ini yang diminta oleh Kerajaan Malaysia adalah terlalu sedikit, RM12.56 juta untuk merancangkan plan untuk menghadapi climate change. Jumlah ini saya rasa perlu diguna untuk implementation juga. Bukan hanya untuk mengadakan plan. Oleh kerana ini ialah masa untuk kita mengambil tindakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat, habis masa, Yang Berhormat.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Satu lagi ialah saya rasa setiap isi rumah perlu mendapat pampasan bergantung pada kerosakan yang dialami antara
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
RM50,000 hingga ke RM10,000. Tidak ada pengeluaran daripada KWSP untuk membiayai kerosakan ini. Kita boleh dapat bajet daripada lain-lain agensi. PETRONAS ialah satu contoh yang mana PETRONAS pada masa ini telah menerima harga minyak yang lebih tinggi dan mungkin boleh digunakan seperti satu emergency tax.
Satu lagi, last sekali ialah strategi pembangunan perlu diubah. Ini adalah kaitan dengan cara kita guna tanah dan juga plan pembangunan. Kami memerlukan pembangunan yang akan meningkatkan pelaburan dan pengambilan penyelesaian berasaskan alam semula jadi. Tindakan tersebut mestilah melindungi dan juga menguruskan dan memulih alam semula jadi atau memulih pula ekosistem kita untuk mengubahsuai yang menangani cabaran masyarakat secara berkesan dan adaptive.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat. Masa sudah tamat Yang Berhormat.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Saya harap ya, last sekali ialah tindakan segera yang boleh diambil sekarang ialah gazetkan hutan tadahan air.
Gazettement of water catchment mechanism untuk mengagihkan kewangan untuk memberi insentif kepada kerajaan negeri dan juga moratorium pembalakan dan menukarkan pada ladang monoculture di hutan simpanan kekal. Dengan ini, saya harap cadangan saya akan diambil serius supaya kita boleh membina semula negara ini dan lebih bersedia dalam mitigasi dan pengurusan krisis kita. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Pengerang.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya rasa lima minit diberi mungkin tidak sempat bagi semua oranglah untuk hari ini tetapi kita cuba sedaya baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Pertama sekali Tuan Yang di- Pertua, saya ingin tekan di sini bahawa kita tidak boleh dalam denial state. Kita tidak boleh menafikan bahawa zaman demi zaman, tahun demi tahun, disaster management, dengan izin, akan menjadi salah satu daripada pendekatan hidup kita disebabkan oleh pembangunan yang begitu drastik dalam negara seperti negara Malaysia. Jadi, saya hendak tengok contoh-contoh negara seperti negara luar yang memang mengalami banyak cabaran daripada bencana seperti di Manila, di Jepun, di Indonesia, di Taiwan.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Ada juga negara-negara yang mengisytiharkan hari tertentu, mungkin kita pun boleh ikut sebagai National Disaster Prevention Day, dengan izin. Mungkin Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab dari segi NADMA boleh menggunakan tarikh Disember itu untuk mengingatkan semua rakyat Malaysia bahawa kita tidak boleh mengambil alam sekitar dan juga keadaan kedudukan kita dalam kawasan perumahan dengan izin, for granted. Saya juga ingin menyatakan di sini bahawa kalau kita tengok dalam semua pembacaan dari segi bencana, terdapat empat langkah dalam kitaran sistem pengurusan bencana. Pertama, mitigasi. Kedua, kesediaan. Ketiga, respon dan keempat, pemulihan.
Dari siang tadi, kita mendengar semua Ahli-ahli Yang Berhormat bercakap tentang peranan yang perlu dimainkan oleh kerajaan negeri dan juga Kerajaan Pusat.
Akan tetapi bagi saya sebagai Ahli Parlimen kawasan luar bandar di mana Tuan Yang di-Pertua pun dari kawasan luar bandar, kita berhadapan di mana masyarakat setempat banyak memainkan peranan dalam dengan izin, community-based disaster management. Kita tahu di kawasan luar bandar, kawasan kampung-kampung, kita ada JKK. Kita ada ketua kampung, kita tahu siapa kita hendak panggil. Ini sebab hendak tunggu NADMA turun, hendak tunggu bomba, hendak tunggu polis, kadang-kadang kawasan kita begitu jauh, kawasan luar bandar.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Itu sebabnya kemungkinan kita-kita yang berada dalam kedudukan di kawasan bandar, urban development dengan izin, kita tidak boleh menganggapkan bahawa apa yang berlaku tidak akan berlaku kepada kita. Kalau hendak bercakap tentang pengurusan yang berlaku dalam kerajaan tempatan, saya menekankan banyak dari mula perbahasan saya, berkenaan daripada dahulu tentang konsep decentralisation pentadbiran dalam kuasa kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat.
Akan tetapi saya tidak mahu bercakap hari ini tentang pilihan raya kerajaan tempatan tetapi bagi saya mungkin itu salah satu cara untuk membantu masyarakat supaya rakyat boleh bersuara sama ada pembangunan itu diterima ataupun tidak. Akan tetapi ini satu perkara yang begitu sensitif, saya tidak tahu lah, mungkin MoU antara kerajaan dan juga parti pembangkang boleh bercakap tentang pilihan raya kerajaan tempatan sebagai satu langkah untuk mencegah penyalahgunaan kuasa pihak-pihak berkuasa dalam menjalankan pentadbiran membantu masyarakat di kawasan perumahan dan kawasan luar bandar.
Apabila saya bercakap tentang mitigasi, kesediaan, respons dan pemulihan, kita tidak boleh lari daripada peranan komuniti. Saya tahu di sini daripada perbahasan semua Ahli-ahli Yang Berhormat mengatakan bahawa masalah kita ialah masalah apa yang perlu dilakukan oleh masyarakat. Itu sebabnya saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab dari segi NADMA, mungkin melihat bahawa peranan yang perlu dimainkan oleh komuniti dalam aspek mitigasi membantu pengumpulan data untuk penilaian kawasan dan masyarakat berisiko tinggi mengenai pastikan adanya focal point community penglibatan dalam perancangan bencana dalam kawasan-kawasan mereka.
Dalam aspek kesediaan dari segi aspek komuniti, sistem amaran komuniti, bunyi siren, talian kecemasan, kesediaan di dalam rumah, memulihara dokumen penting perlu diwujudkan kesedaran seperti yang berlaku di negara-negara sebagai contoh di Jepun yang selalu adanya gempa bumi, mereka mempunyai sistem yang mana masyarakat luar bandar dan dalam bandar bersedia bila berhadapan dengan bencana tersebut.
Kemudian, dalam aspek cycle ketiga dengan izin Tuan Yang di-Pertua, iaitu respons di mana peranan komuniti dan pemimpin tempatan sebagai first respondent sebelum agensi-agensi penyelamat kerajaan sampai, kerajaan tempatan, kerajaan negeri dan juga Kerajaan Pusat. Siapakah yang bertanggungjawab dalam komuniti tersebut?
Dahulu kita ada Rukun Tetangga, kita ada kawasan residents association (RA), kita ada JKK kawasan luar bandar, mungkin kita kena wujudkan satu jawatankuasa di peringkat masyarakat setempat.
Akhir sekali, dalam aspek recovery iaitu pemulihan, membantu untuk mengenal pasti keperluan bagi kawasan dan komuniti, menilai keberkesanan pelan tindak balas
(post-mortem). Dengan itu, harapan saya kepada pihak kerajaan kerana hari ini kita berhadapan dengan kerajaan campuran. Tuduh-menuduh tidak akan menyelesaikan cabaran yang dihadapkan oleh rakyat. Saya hendak duduk di sini, sebelum saya duduk, satu sahaja saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan. Bukankah sudah tiba masanya kita hendak buka sistem insurans dalam negara kita supaya adanya klausa untuk menuntut berlakunya kerosakan disebabkan oleh banjir.
Saya dimaklumkan dalam sistem insurans kereta tidak ada isu tentang natural disaster, Tuan Yang di-Pertua. Apa yang ada keadaan yang boleh dilihat akan berlaku tetapi bukan kepada keadaan bencana yang berlaku dengan tiba-tiba sebagai salah satu daripada fasal tuntutan insurans. Dengan itu saya menyokong kepada tindakan kerajaan dalam mengendalikan sesi kita pada hari ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Sepanggar, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Setiu. Kemudian Yang Berhormat Ipoh Barat, dan kemudian Yang Berhormat Dungun. Sila, Yang Berhormat Sepanggar.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua atas kesempatan yang diberikan. Dimaklumkan bahawa setakat 5 Januari, terdapat 20 buah syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan telah berikrar untuk menyumbang sebanyak RM63.4 juta bagi membantu mereka yang terkesan dengan banjir. Saya mengucapkan terima kasih kepada syarikat-syarikat tersebut. Saya amat bersimpati kepada semua mangsa banjir, “berat mata memandang pasti berat lagi bahu mereka memikul”. Namun, saya ingin menzahirkan rasa kekecewaan kami khususnya terhadap GLC seperti PETRONAS, yang seolah-olah lupa bahawa sumber minyak yang wujud di Sabah, disedut setiap hari oleh mereka dan apabila rakyat Sabah menghadapi musibah banjir, jangankan sumbang, ucap takziah pun tidak kedengaran.
Realitinya Tuan Yang di-Pertua, banjir yang berlaku setiap tahun di Sabah semakin buruk dan kerap serta kerugian yang dialami oleh penduduk di Sabah berjumlah puluhan hingga ratusan juta ringgit nilainya setahun. Tahun 2020 dan 2021, Sabah telah mengalami bencana banjir yang teruk dan ada daerah yang telah dilanda banjir sebanyak lapan kali dalam tempoh setahun. Setahu saya, amat menyedihkan apabila tiada satu pun bantuan yang diberikan oleh GLC dan GLIC di peringkat Persekutuan kepada kami di Sabah.
Seingat saya, kali terakhir PETRONAS membantu penduduk Sabah yang terjejas akibat banjir adalah pada tahun 2014 iaitu sejumlah RM5 juta disumbangkan kepada Tabung Bencana Negeri Sabah. Namun, apabila bencana besar berlaku di Lembah Klang, GLC seperti PETRONAS, KWSP dan lain-lain pantas memberikan respons dengan mengumumkan jumlah bantuan yang besar kepada mangsa-mangsa banjir.
PETRONAS menyalurkan peruntukan RM25 juta, KWSP menyediakan RM10 juta, malah Kementerian Kewangan menyediakan pula geran padanan sebanyak RM25 juta melalui GLC/GLIC Disaster Recovery Network bagi membantu mangsa banjir.
Adakah mereka hanya sedar akan kesan banjir apabila berlaku di Semenanjung tetapi tidak apabila berlaku di Sabah? Mengapakah nasib mereka tidak dibela sebaik ini sedangkan setiap tahun banjir di Sabah semakin teruk dan lebih kerap berlaku.
Sekali lagi saya tekankan, saya tidak mempersoalkan hak mangsa-mangsa banjir untuk dibantu, khususnya di Semenanjung dan sememangnya mereka wajib dibantu. Apa yang saya persoalkan, mengapakah sikap double standard kepada rakyat Sabah ini berterusan di bawah kerajaan yang kononnya membawa konsep Keluarga Malaysia.
Mana sudah janji slogan jika Sabah sealiran dengan Kerajaan Persekutuan, Sabah akan lebih menikmati nikmat pembangunan.
Selangor tidak sealiran dengan Kerajaan Persekutuan, tetapi PETRONAS sumbang RM25 juta. Faktanya daripada 10 daerah termiskin di Malaysia, lapan daerah terletak di bumi Sabah. Itulah nikmat sealiran dengan Kerajaan Persekutuan. Bagaimana tidak rakyat Sabah merasakan mereka dianaktirikan? Ini merupakan salah satu buktinya.
Mana mungkin Selangor yang tidak mempunyai walau setitik minyak petroleum, malah negeri terkaya di Malaysia, mereka boleh diberikan keutamaan berbanding Sabah yang hasil buminya disedut setiap saat oleh PETRONAS.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan yang memperuntukkan lebih RM1.4 bilion melalui Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang merangkumi pelbagai bantuan. Antaranya bantuan tunai, pembelian peralatan rumah dan pembaikan serta bina rumah baru. Namun, pecahan jumlah bantuan yang bernilai bilion ringgit ini tidak dinyatakan dengan jelas seperti berapakah jumlah yang diperuntukkan untuk Bantuan Wang Ihsan, berapakah peruntukan untuk diskaun dan baucar membaiki kenderaan dan sebagainya. Saya mohon penjelasan daripada kerajaan.
Menyentuh mengenai bantuan kepada kerajaan negeri, saya dimaklumkan bahawa RM50 juta akan disalurkan secara terus kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Pahang. Justeru, saya ingin bertanya, adakah peruntukan secara terus ini akan diuruskan sepenuhnya oleh negeri dan berlainan dengan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia?
Bagaimana pula dengan negeri lain dan bagaimana pula untuk Sabah?
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Pada 8 Januari, setelah air hampir ke semua kawasan terjejas di Sabah telah surut dan rumah mangsa banjir telah dibersihkan, Perdana Menteri Keluarga Malaysia datang ke Sabah kononnya untuk melawat mangsa banjir. Bagi menunjukkan keprihatinan Kerajaan Persekutuan kepada Sabah, diperuntukkan kononnya RM108.15 juta peruntukan pasca banjir diperlukan untuk memulihkan pelbagai kerosakan akibat banjir yang melanda beberapa buah daerah.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup. Pada hari ini saya ditunjukkan lagi satu surat yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah EPU bertarikh 7 Januari 2022 kepada semua KSU kementerian. Saya dapat – kalau saya dapat ringkaskan surat ini, JPM – daripada surat ini JPM tiada halangan dengan cadangan penggunaan peruntukan pada tahun 2022 bagi membiayai kerja-kerja pembaikan baik pulih projek-projek fizikal dan infrastruktur yang rosak bagi kegunaan jangka panjang.
Jadi persoalan, adakah surat ini bermaksud sekali lagi projek-projek asas di Sabah terpaksa dikurangkan.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Bukan kami minta menara tinggi, bukan juga diminta gunung emas. Kami hanya minta keperluan asas kami dibina, sekolah daif kami ditambah baik. Jadi, saya tidak mahu kejadian sewaktu COVID-19, yang mana banyak peruntukan DE di negeri Sabah telah diguna pakai untuk penyelesaian masalah COVID-19 dan saya tidak mahu masalah banjir ini juga, peruntukan DE juga diambil daripada yang telah diperuntukkan kepada negeri Sabah.
Tuan Yang di-Pertua sebagai penutup, khususnya mengenai empat buah kawasan di Parlimen saya, saya mohon agar bot-bot ditempatkan di balai polis atau balai bomba. Saya sudah semak, di Sepanggar memang tiada bot penyelamat disediakan.
Apabila berlaku banjir, kita terpaksa berusaha cari bot-bot yang boleh diguna pakai daripada kalangan penduduk. Kedua, bajet segera perlu diturunkan bagi projek pembersihan dan pelebaran parit dan longkang yang tersumbat dan mendalamkan sungai yang cetek bagi memastikan pengaliran air yang lancar dapat dilaksanakan.
Ketiga, kawasan Dewan Undangan Negeri Inanam merupakan kawasan industri dan pusat ekonomi. Kebanyakan jalan di kawasan ini ditenggelami air ketika musim banjir kerana jalan yang rendah. Oleh yang demikian, amat perlu kepada kerajaan untuk memperuntukkan peruntukan yang secukupnya bagi memastikan agar jalan-jalan ini dapat dinaikkan dan ditinggikan bagi mengelakkan rakyat yang ingin balik ke rumah mereka tidak terkandas di tengah jalan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Sepanggar.
Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahi rabbil'alamin. Wassalatu wassalamu‘ala asrafil ambiya‘iwal mursalin, wa'alaalihi wasahbihi ajma'in. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang pada Setiu untuk sama-sama memberi pandangan dalam sidang khas berkaitan banjir pada kali ini.
Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan takziah kepada semua mangsa banjir khususnya yang kehilangan ahli keluarga dan waris terdekat. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada pihak kerajaan, agensi-agensi yang terlibat serta frontliners, para petugas daripada pelbagai pihak termasuk NGO-NGO yang telah menghulurkan pelbagai bantuan sama ada semasa berlaku banjir ataupun pasca banjir.
Operasi pembersihan yang dilakukan selepas berlaku banjir telah mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh mangsa banjir. Banjir luar jangka yang berlaku ini telah
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
menyedarkan kita betapa perlunya kita meningkatkan kemudahan dan menambah peralatan seperti bot dan lain-lain pada masa yang akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memohon penjelasan daripada pihak kementerian berkaitan bentuk medium disaster alert yang telah digunakan bagi mendepani pelbagai bencana di kemudian hari. Hal ini kerana sebarang kelemahan kerajaan mengambil berat akan amaran-amaran tersebut menyebabkan rakyat juga turut leka. Sedangkan persediaan infrastruktur yang lengkap dan sempurna serta kelengkapan banjir sepatutnya dilakukan secepat mungkin terutamanya setelah menerima amaran tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga memohon penjelasan pihak kementerian berkaitan sejauh manakah kajian telah dilakukan bagi setiap pusat perpindahan sementara (PPS) yang disediakan. Apakah syarat yang ditetapkan bagi memastikan PPS tersebut sesuai untuk dijadikan tempat perpindahan mangsa banjir?
Saya mencadangkan agar PPS yang lebih besar seperti dewan dibina bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir yang dikenal pasti jumlahnya terlalu ramai di sesuatu tempat menggantikan balai raya yang kecil dan usang dan kadang-kadang ada yang turut tenggelam akibat banjir. PPS yang lebih besar ini amat diperlukan untuk mengelakkan kesesakan berlaku di PPS tersebut. Dalam masa yang sama dapat diadakan pengasingan antara lelaki dan perempuan yang sudah pasti memberi keselesaan kepada mangsa-mangsa banjir.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan agar APM dan NADMA digabungkan agar pengurusan bencana yang dijalankan bagi kedua-dua agensi ini lebih holistik dan efisien. Umum mengetahui fungsi utama APM are the disaster management, humanitarian services, public training, and awareness dan banyak lagi, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. Ini tidak terdapat pada mana-mana Akta Persekutuan yang lain.
Begitu juga pada NADMA. Oleh itu, pihak kerajaan tidak seharusnya membahagikan sekretariat bencana di pusat di bawah kelolaan NADMA. Manakala APM pada peringkat negeri. Perkara ini akan menjadikan pengurusan bencana menjadi rumit sebagaimana yang berlaku dalam pengurusan bencana baru-baru ini.
Tuan Yang di-Pertua, perkara seterusnya yang ingin saya bangkitkan berkenaan isu di Taman Sri Muda. Saya ingin mendapatkan penjelasan pihak kementerian tentang sejauh manakah kebenaran berkenaan dakwaan yang mana kawasan Taman Sri Muda merupakan tempat takungan air dan tidak selamat untuk diduduki. Apakah wujud petempatan seperti di Taman Sri Muda di negeri-negeri lain?
Seterusnya berkenaan bantuan pasca bencana. Saya mendapat maklum bahawa bantuan yang diterima oleh mangsa banjir tidak selari dengan bantuan yang diperlukan menyebabkan lambakan barang keperluan yang melebihi keperluan. Saya mencadangkan agar diberikan surat penghargaan kepada NGO-NGO yang terlibat dalam melaksanakan operasi bantuan banjir di samping menyumbangkan sedikit dana sebagai sagu hati kepada mereka.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bangkitkan isu yang berlaku dalam kawasan saya. Sudah kerap saya bangkitkan beberapa isu. Sebagai contoh, isu Jambatan Tok Nandung di DUN Langkap yang sering ditenggelami air menyebabkan penduduk terputus hubungan masih belum diselesaikan walaupun sudah dalam penduduk dibelenggu masalah tersebut terutamanya ketika musim banjir. Oleh itu, saya mencadangkan agar pembinaan jalan alternatif yang boleh dilalui terutama ketika banjir dibina dengan kadar segera. Saya juga ingin mencadangkan agar pembinaan rancangan tebatan banjir (RTB) di Sungai Chalok dan RTB Sungai Renek dibina bagi menyelesaikan isu air limpahan jalan ketika banjir yang merosakkan tanaman padi yang berlaku di kawasan pertanian padi.
Sebagai penutup perbahasan, bencana banjir baru-baru ini jelas sekali menzahirkan perpaduan yang utuh dalam masyarakat kita. Kita bersama-bersama membantu mangsa yang dalam kesusahan sama ada daripada pihak kerajaan, NGO- NGO malah rakyat biasa turut bersama-sama membantu mangsa banjir. Jelas sekali menzahirkan kita merupakan satu Keluarga Malaysia.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Saya memohon agar kerajaan perlu menyegerakan baik pulih kerosakan akibat banjir untuk kesejahteraan rakyat dan meletakkan prioriti dalam agenda pembangunan negara. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Setiua.
Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kita telah disummonkan untuk menghadiri Parlimen pada hari ini. Seramai 220 orang Ahli Parlimen perlu bincang hal luar biasa mengenai banjir dalam tempoh satu hari. Tak masuk akal dan saya percaya semua Ahli Parlimen perlukan lebih masa untuk membincangkan perkara ini supaya ia lebih efektif. Sekurang-kurangnya, Parlimen patut bersidang satu minggu supaya perkara ini boleh dihalusi dan tindakan dan cadangan-cadangan boleh diambil kira. Nampaknya kita mengadakan satu mesyuarat pada hari ini semata-mata untuk mengadakan satu mesyuarat. Nampaknya ini adalah eye-wash. Semalam Tuan Yang di-Pertua di kawasan saya, dua buah tempat telah dilanda banjir kilat. Ini saya difahamkan disebabkan selain daripada climate change dan sebagainya, iaitu pembalakan yang terjadi di atas sungai, at the top. Ini berleluasa. Tiba- tiba apabila hujan lebat, Taman Desa Impian dengan hampir 200 buah rumah, semua dilanda banjir hampir tiga ke-empat kaki. Banyak antara harta benda mereka rosak. Akan tetapi, kalau kita tengok di seluruh negara Tuan Yang di-Pertua, banyak tempat yang banjir ini bukan tempat-tempat orang kaya. Kenapa ya...?
Ramai- kalau tengok, kebanyakan di taman-taman ini semua orang miskin atau B40. Macam Taman Sri Muda juga. Saya rasa pergi ke Taman Sri Muda semalam, saya jumpa dengan mereka dan mereka kata tempat itu pun merupakan tempat yang mana retention ponds sebelum itu. Sama juga dengan Taman Desa Impian, juga retention pond yang telah diambil alih, dijual kepada pemaju. Pemaju kompromi semua ini, rumah dibina dan dijual kepada B40, orang-orang miskin dan sebagainya. Ini adalah satu antara sebab yang mana kompromi telah dibuat. Kita compromised. Jadi, apakah yang kita perlu buat?
Pada pandangan saya Tuan Yang di-Pertua, kita perlu mengadakan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja supaya seluruh negara di mana rumah-rumah ini dibina, tindakan susulan boleh diambil dan juga kita mengelak daripada membina rumah-rumah yang mana retention ponds ada di seluruh negara.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Saya difahamkan di Taman Sri Muda ini, saya jumpa mereka semalam. Mereka cadangkan bahawa perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan dan sebagainya. Saya setuju, saya rela untuk menolong mereka dalam hal ini. Akan tetapi yang lebih mustahak adalah hari ini Yang Berhormat Menteri Kewangan kata wang-wang telah dihulurkan. Saya difahamkan dekat ratusan rumah di sana, mereka langsung tidak mendapat apa-apa bantuan sehingga hari ini. Macam mana Yang Berhormat Menteri boleh kata lebih daripada 90 peratus telah mencapai hasrat mereka untuk menyalurkan wang tetapi masyarakat yang menghadapi masalah banjir ini tidak mendapat wang tersebut.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Ini perlu satu tindakan dan juga saya telah pergi ke Karak di Sungai Seri Telemong. Ini orang asal punya tempat. Ramai di antara kita semua ingat rakyat Malaysia sahaja tetapi orang asal, kita lupa. Saya pergi di sana dekat sungai, semua rumah sudah di-washed away, sudah habis tenggelam, hilang.
Mereka pada hari itu apabila banjir, mereka lari ke atas bukit menyelamatkan diri mereka, satu golongan orang asal. Sekarang sudah lebih sebulan, satu orang pun dari kerajaan tidak pergi berjumpa dengan mereka untuk menghulurkan makanan dan sebagainya.
Hanya NGO-NGO dan ADUN di sana yang memberi bantuan.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Apa sudah jadi kepada situasi ini? Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Ipoh Barat, satu minit boleh? Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat, Tuan Yang di-Pertua. Daripada maklumat sedia ada, KASA ataupun Kementerian Alam Sekitar dan Air mengetahui kemungkinan satu gelombang hujan yang besar akan datang ke West Malaysia pada 12 Disember 2021. Akan tetapi amaran early warning system hanya diberikan pada 18 Disember iaitu delay of enam hari. So, saya minta pandangan Yang Berhormat Ipoh Barat, mengapakah delay ini telah berlaku? Adakah tindakan disiplin diambil terhadap kementerian, pegawai tertinggi dan juga Menteri berkait isu ini? Minta pandangan.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Saya memohon ucapan beliau ini menjadi sebahagian daripada ucapan saya. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, banjir yang baru- baru ini berlaku, saya rasa kesalahan besar telah dilakukan oleh kerajaan. Sekurang- kurangnya patut Menteri-menteri yang terlibat, kalau ada kehormatan, tolong meletakkan jawatan. Kalau tidak, saya harap masyarakat di luar ini sangat-sangat marah kepada kerajaan sekarang. Saya juga pohon agar kerajaan sekurang-kurangnya meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana kegagalan, a failed government di mana kalau tindakan susulan yang baik diambil pada masa yang tetap, sekurang-kurangnya kematian yang hampir 50 orang dapat dikurangkan dan kebinasaan harta benda yang rugi disebabkan oleh banjir ini dapat dikurangkan.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, saya percaya bahawa kita boleh complain dan sebagainya, tetapi kita perlu berniat baik dan cari jalan untuk— usaha untuk menyelesaikan banjir.
Bukan sekarang sahaja, saya percaya banjir akan berlaku tidak lama lagi pada tahun hadapan. Apakah cara untuk mengatasi masalah ini? Selain daripada— kalau kita menubuhkan satu siasatan diraja, untuk mendapat pandangan seluruh rakyat Malaysia, untuk mendapat pelan-pelan yang tertentu untuk menyelesaikan perkara-perkara macam ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Saya persilakan Yang Berhormat Dungun, silakan.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Waalaikumsalam.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin untuk mengucapkan takziah kepada mangsa-mangsa banjir, lebih- lebih lagi kepada mereka yang kehilangan keluarga.
Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin untuk kerajaan melihat sistem Pengurusan Bencana Banjir Negara yang dahulu hanyalah mungkin sistem pengurusan banjir pada waktu banjir biasa. Akan tetapi pada tahun 2021, berlaku banjir luar biasa.
Maka keperluan untuk kita merangkakan satu pelan banjir yang melibatkan bencana dari bencana luar biasa ini dirangka selepas 65 tahun kita merdeka.
Oleh itu, sistem yang rapuh akan menyebabkan pertahanan yang rapuh. Saya pohon supaya kerajaan melakukan penilaian semula pelan tahap kesediaan menghadapi banjir luar biasa dan dinilai serta dilihat untuk kita menghadapi bencana banjir ini pada masa akan datang. Perlu ada kawasan-kawasan yang dikenal pasti, yang berisiko banjir besar dalam negara kita. Yakni mesti ada profiling yang dibuat di kawasan-kawasan tersebut supaya kita meletakkan asas bila berlaku, kita mempunyai maklumat.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Kedua, berkait dengan musibah banjir besar baru-baru ini, terserlah secara jelas kepentingan sistem telekomunikasi alternatif yang perlu ada bagi memudahkan usaha menyelamatkan mangsa dan memberi bantuan sedia ada. Seperti sistem alatan telekomunikasi yang kecil, walkie-talkie yang sangat besar manfaat dan faedahnya ketika tujuan menyelamat dan juga perhubungan di antara agensi-agensi dan sukarelawan yang berkaitan.
Ketiga, yang juga penting untuk diambil kepentingan ialah bagaimana keperluan adanya dron-dron bagi tinjauan melibatkan keperluan apabila pihak penyelamat tidak dapat sampai, sekurang-kurangnya ada maklumat daripada tujuan untuk kita memantau melalui dron-dron yang ada di udara. Seterusnya life jacket bagi semua tenaga kerja penyelamatan termasuk daripada pihak sukarelawan-sukarelawan yang hadir dari seluruh negara, di mana-mana tempat yang terlibat banjir.
Diharapkan juga supaya kepada penduduk disediakan life jacket ini kerana mungkin walaupun tidak dapat dan tidak sempat untuk diselamatkan dalam suasana masa yang berlaku, sekurang-kurangnya ada life jacket yang boleh menyebabkan ketahanan tiga hari. Walaupun mereka mungkin berada dalam kawasan air yang terlibat dengan banjir itu tetapi sekurang-kurangnya mereka ada urusan-urusan untuk dapat membantu diri sendiri dengan sebab adanya life jacket itu.
Kemudian, saya juga pohon dalam masa yang singkat ini supaya kita juga melihat kepada kepentingan kerajaan menumpukan kepada sistem tenaga solar iaitu tenaga boleh baharu kerana sebahagian daripada— apabila taburan hujan yang lebat, ia akan masuk ke dalam kawasan empangan hidroelektrik yang menyebabkan terpaksa dilepaskan air yang sudah sedia ada dengan taburan hujan yang banyak, maka mungkin juga akan berlaku banjir.
Oleh itu yang akhir sekali, saya minta juga supaya dilihat kepada perkara yang berkait dengan— dilihat laluan-laluan di LPT1 sebagai contohnya, Lebuh raya Karak baru- baru ini juga yang terlibat dengan terhalangnya perjalanan kerana berlaku runtuhan. Jadi, saya pohon kalaulah kawasan-kawasan yang sepatutnya menjadi laluan bantuan tetapi tersekat, maka hendaklah juga diberikan perhatian.
Terakhir, saya pohon supaya kerajaan juga melihat kepada sistem amaran awal tsunami kerana kita juga pernah terlibat pada bulan Disember tahun 2004. Saya bimbang, takut ia berulang dan kita tidak ada persediaan.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Jadi, saya pohon dibuat persediaan untuk kepentingan pertahanan ketika berlakunya tsunami. Mudah-mudahan kita akan dapat menerangkan bahawa kita telah mengambil berapa langkah yang perlu untuk menyelamatkan keadaan ketika berlaku.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Seterusnya, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Silakan.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Waalaikumsalam.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Saya hari ini memang pakai baju batik yang bercorakkan kawasan hutan yang ditarah di Pahang dalam gambar ini. Jadi, biar register dengan izin, dalam pemikiran kita bahawa isu pemuliharaan alam sekitar terutamanya isu balak ini merupakan satu perkara yang penting.
Saya ingin follow-up apa yang Ketua Pembangkang sebut pagi tadi iaitu kesiapsiagaan. Kerajaan sewajarnya menyediakan ataupun memberikan kepada kita
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
syarikat-syarikat yang diberikan kontrak ini ataupun diberikan kebenaran ini kerana kita ingin menggalakkan rakyat memanfaatkan mekanisme sosial iaitu memulakan tindakan saman atas kesalahan tort. Yang mana kita lihat berlaku kecuaian sehingga telah memudaratkan orang ramai. Kita tahu ini berlaku dan ada buktinya dan sudah pastinya ini merupakan satu tindakan yang penting untuk kita sama-sama ambil satu tindakan yang tegas. Ini kerana kita tahu banjir ini satu perkara yang merunsingkan pemikiran rakyat.
Kebun luas ditanam kentang, Tumbuh satu pohon pinang, Kalau banjir sudah datang, Fikiran panik hati pun tidak tenang. Tuan Yang di-Pertua, yang kedua saya ingin bangkitkan ialah berkait tentang aset-aset kerajaan kerana kita tahu bahawa apabila melihat keadaan pengurusan banjir yang lepas, saya ingin tanya kerajaan, berterus teranglah di Parlimen semasa menjawab nanti, apakah aset kita mencukupi untuk berhadapan dengan situasi bencana sebesar ini?
Berskala ini? Oleh kerana kalau kita turun ke bawah sewaktu membantu kawan-kawan dan rakyat yang terkena banjir ini, mereka sampai tanya, di manakah pasukan tentera ini?
Mereka meletakkan harapan yang tinggi kepada angkatan tentera. Jadi, saya tak mahulah menyalahkan angkatan tentera tetapi saya ingin bertanya kepada Menteri Kanan Pertahanan, kita dimaklumkan beliau berada di luar negeri ketika banjir ini. Akan tetapi tak mengapalah, berada di luar negeri kerana urusan keluarga dan sebagainya, sekarang kita ada WhatsApp dan sebagainya boleh sahaja kita mengkoordinat atau mengaturkan segala aset yang ada untuk membantu rakyat yang terperangkap ini. Jangan biarkan wakil-wakil rakyat yang tak ada pengalaman langsung menguruskan bencana ini untuk sama-sama terjun membantu rakyat.
Ini kerana kita tahu apa pun berlaku mereka akan turut membantu tetapi dari segi kepakaran itu tidak ada kepada mereka. Jadi, saya hendak minta kerajaan, senaraikanlah aset-aset ini, kalau perlu Kementerian Kewangan peruntukan sejumlah dana yang besar untuk menyelesaikan perkara ini.
Ini kerana daripada segi keselamatan Tuan Yang di-Pertua, kalau sayalah yang membuat analisa keselamatan dalam negara kita ini, kalau hendak melakukan serangan, kalau ada musuh di luar hendak lakukan serangan terhadap negara kita tidak perlu guna peluru, kita guna air hujan sahaja. Jadi, ini menyebabkan keadaan huru-hara dan sebagainya kerana pengurusan kita lembap dan lemah.
Jadi saya minta selepas ini, saya setuju dengan pandangan wakil-wakil rakyat sebelum ini yang menyatakan bahawa selepas ini kalau sudah selesai mungkin isu ini akan senyap. Saya fikir kita tidak boleh mengambil pendirian seperti itu, kita mesti siap- siaga daripada sekarang. Sesi yang lepas Tuan Yang di-Pertua, saya bangkitkan mengenai masalah banjir di kawasan saya, pada ketika itu saya bangkitkan rakyat di kawasan itu naikkan bendera merah. Ketika orang naikkan bendera putih, rakyat di kawasan saya terutama di kawasan Bukit Beruang saya boleh namakan di dalam Dewan ini, mereka naikkan bendera merah kerana rasa lemah sudah, rasa terpaksa berdepan dengan pandemik, keadaan ekonomi, kemudian kena banjir lagi.
Bukan sekali, bukan dua kali, berkali-kali dan sudah pasti ini merupakan satu perkara yang membebankan mereka. Jadi saya hendak tanya kepada kerajaan, sekarang ini wacana kita di peringkat antarabangsa bercakap tentang daya tahan, kalau kita tengok misalnya yang dibahaskan baru-baru ini dipanggil Cornwall Consensus di dalam G7 iaitu bagaimana kita menyediakan suatu pelan ataupun strategi daya tahan negara.
Jadi, saya ingin tanya kepada kerajaan, apakah di sana terdapat usaha untuk mengambil wacana-wacana antarabangsa seperti ini agar kita menggubal satu strategi daya tahan negara dalam kita menyediakan rakyat berdepan dengan pelbagai bencana yang mungkin juga mendatang ini.
Ini kerana kita tahu ada 6R yang menjadi teras dalam kita menilai semula daya tahan Malaysia iaitu resolve, resilient, restart, recovery, revitalize dan juga reform. Jadi,
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
saya ingin bertanya kepada kerajaan ini kerana kita tahu bahawa banyak perkara telah pun disentuh tetapi idea-idea yang baru ini seperti mana yang diungkapkan oleh misalnya ahli ekonomi Richard Davies di dalam bukunya yang bertajuk Extreme Economies yang menilai tentang bagaimana Aceh bangkit semula setelah tsunami yang besar.
Jadi, perkara-perkara seperti ini penting supaya kita tidak terikat dalam wacana tokenism, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak akhir, wacana tokenism bila ada banjir bagi sedikit RM200, RM500 tetapi tiada perancangan yang menyeluruh. Datang balik, datang balik kita bagi balik bantuan dan sebagainya. Jadi saya fikir tindakan tokenism ini mesti kita hentikan, harus ada perancangan yang besar, harus ada peruntukan yang besar, harus ada penyelarasan di antara kementerian, supaya bila berlaku bencana tidak lagi berlaku tuding menuding, tuduh menuduh antara satu sama lain. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Yang Berhormat Bentong, silakan. Yang Berhormat Bentong.
Tuan Wong Tack - Bentong
Tuan Yang di-Pertua, pagi tadi Perdana Menteri kata pengurusan banjir Pahang sangat bagus kerana kerajaan negeri dan semua agensi kerajaan tempatan cukup bersiap sedia. Saya hendak tanya, adakah Perdana Menteri turun ke Bentong dan lihat sendiri keadaan sebenar rakyat ataupun cuma lambai dari kereta. Pada malam banjir melanda, rakyat duduk di atas bumbung tunggu berjam-jam, tak ada yang datang selamatkan.
Mana pergi jentera kerajaan? Kenapa mereka tidak digerakkan? Saya yakin pasukan tentera kita sudah bersedia untuk bertindak, kenapa tidak ada arahan? Pada ketika rakyat amat memerlukan sedikit bantuan tunai, itu pun tidak boleh dilakukan dengan segera. Janji RM1,000, sampai hari ini masih ada yang belum dapat. Apa yang susah sangat? Di Karak pula bekalan air dan elektrik terputus sampai dua minggu, bayangkan sampai hari ini banyak longkang masih lagi tersumbat dengan lumpur, debu berterbangan.
Sudah lebih daripada satu bulan banjir berlaku, mangsa banjir masih belum dapat bantuan untuk baiki dan bina semula rumah.
Mereka dalam keadaan homelessness. Adakah semua ini dikatakan pengurusan banjir yang bagus – Persekutuan dan negeri di Pahang? Perdana Menteri Yang Berhormat Bera adalah anak Pahang. Akan tetapi saya hendak kata di sini, *you have failed your people, big time.
[Tepuk]* Selepas banjir hampir seluruh Daerah Bentong diliputi lumpur atau serpihan kayu. Dari Gohtong Jaya ke Sungai Pedak banyak cerun yang runtuh, serpihan kayu yang melimpah ke Lebuh raya Karak sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas. Longgokan sisa kayu telah bertimbun di Kampung Sungai Pedak dan Sungai Kerau, ini jelas bukan banjir biasa tetapi tsunami balak.
Saya setuju perubahan iklim adalah faktor utama berlakunya banjir tetapi aktiviti manusia memburukkan lagi keadaan banjir sehingga menjadi begitu dahsyat. Selama bertahun-tahun ribuan ekar tanah perhutanan di Bentong termasuk kawasan sensitif alam sekitar seperti cerun, curam di Gohtong Jaya, di Janda Baik, di Bukit Tinggi, reparian sungai, paya dan tadahan air telah dibersihkan untuk pembangunan dan pertanian yang tidak mampan. Semua ini secara kumulatif telah menambah kesan buruk banjir. Pada awal bulan ini demi redakan kemarahan rakyat, moratorium pembalakan diumumkan.
Jelas ini wayang sahaja, cakap moratorium tetapi kita lihat chainsaw sudah mula beroperasi di Hutan Simpan Kuala Raka dan kawasan tadahan air Sungai Kapur yang terletak di hulu loji rawatan air untuk 50,000 orang penduduk. Lori-lori balak pula dilihat beratur di sepanjang Jalan Mancis dan Lebuh raya Karak.
Tuan Wong Tack - Bentong
Kita baru sahaja belanja beratus juta ringgit untuk siapkan Pakej 5, Central Spine Road (CSR) dari Raub ke Bentong, dan sekarang satu- jalan pintas sedang dibuka melalui Hutan Simpan Kuala Raka. Ini memang tidak ada tujuan lain. Amat jelas untuk curi balak sahaja.
Tuan Wong Tack - Bentong
Saya juga dimaklumkan satu projek perumahan PR1MA akan dilaksanakan di kawasan hutan simpan ini. Ini tidak masuk akal sebab tempat yang sangat curam dan tinggi nilai ekologinya. Jadi, samalah. Ini pun jelas scam curi balak sahaja.
Tuhan telah beri kita satu tamparan yang kuat. Jadi, kita mesti sedar dan belajar daripada episod ini. Kalau kerajaan ini betul-betul sayang kepada rakyat, haramkan pembalakan segera. Ban all logging particularly in the hilly area of Bentong. Ada satu lagi perkara yang saya ingin beri amaran. Baru-baru ini, DOA telah luluskan EIA Lynas untuk membuang lebih daripada satu juta tan sisa radioaktif di Gebeng, Kuantan. Gebeng ini terletak di kawasan tanah rendah tetapi tepi pantai yang terdedah kepada risiko banjir besar. Dalam radius lima kilometer sahaja, ada kampung nelayan selain lima buah penempatan dan sembilan buah institusi pendidikan dalam radius 30 kilometer, ada 700 ribu orang penduduk.
Dalam era perubahan iklim, apa pun boleh berlaku termasuk tsunami. Sebelum ini, siapa sangka ‘tsunami balak’ boleh berlaku? Lihat apa yang sudah terjadi. Saya hendak ingatkan, Gebeng cuma tiga kilometer dari Laut China Selatan.
Oleh itu, saya mohon Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Kubang Kerian tarik balik kelulusan EIA Lynas dengan segera. Jangan gadai nyawa rakyat demi menjaga kepentingan sebuah syarikat asing dan segelintir orang yang tamak. Jangan lepas ‘tsunami balak’, rakyat terpaksa berhadapan dengan ‘tsunami radioaktif’ pula. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Dijemput sekarang Yang Berhormat Sik. Silakan. Lima minit, Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
*Assalamualaikum warahmatullah.
Bismillahi Rahmani Rahim.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bencana alam yang melanda negara kita saban tahun meninggalkan kesan buruk kepada pembangunan negara terutamanya banjir. Bencana yang berlaku ini harus dinilai melalui dua sudut iaitu punca semula jadi dan tindakan manusia itu sendiri.
Jika dilihat kejadian banjir yang berlaku di Selangor khususnya, termasuk di negeri lain, termasuklah di sekitar Hulu Langat yang mengalami banjir yang sangat dahsyat, antara punca kejadian ini merupakan beberapa gabungan sungai yang akhirnya tidak berupaya menampung kapasiti air harian akibat hujan yang lebat dan tidak henti- henti dalam tempoh yang lama. Fenomena ini yang dipanggil kepala air di mana aliran air semakin membesar dan berubah fizikal menjadi gelombang.
Antara faktor yang lebih kritikal merupakan kemampuan hutan hujan tropika kita sebagai kawasan tadahan hujan semakin menipis akibat pembalakan, penarahan bukit, aktiviti kuari yang tidak terkawal yang menjadi antara punca bencana banjir ini.
Satu garis panduan harus disusun bagi mengurangkan risiko akibat bencana alam ini terutama banjir yang boleh mendatangkan mudarat kepada seluruh rakyat. Pemilihan pokok gantian balak yang ditebang haruslah mempunyai tumbesaran dalam tempoh empat sehingga lima tahun sebagai salah satu kaedah pemantapan semula kawasan tadahan hujan. Sebagai contoh, proses penanaman semula menggunakan pokok benih paulownia seperti di Sarawak. Pokok ini boleh membesar sehingga 20 kaki dalam satu tahun dan mencapai ketinggian 30 kaki dalam dua tahun. Proses ini pastinya akan dapat menghijaukan kembali kawasan yang ditebang dalam masa yang cepat.
Seterusnya di peringkat agensi dan jawatankuasa, tindakan pemetaan kawasan banjir menggunakan teknologi dron dan satelit di kawasan terjejas sebagai panduan pada masa hadapan apabila sistem amaran banjir yang dijadualkan lengkap bagi pengoperasian pada tahun 2023 kelak. Hal ini penting kerana kerajaan harus memposisikan semula kawasan yang rendah supaya risiko kehilangan harta benda, haiwan ternakan atau juga pada pertanian dapat dikurangkan sekali gus menyelamatkan nyawa penduduk.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Selain itu, saya mencadangkan Jabatan Meteorologi Malaysia harus sentiasa bersedia dan mengemas kini maklumat apabila berlaku perubahan monsun atau iklim dari luar dan dalam negara. Satelit cuaca atau meteorological mampu melaksanakan pencerapan analisis sinoptik, dan meramal sistem cuaca pada setiap masa. Sistem penyampaian amaran banjir perlu dipertingkatkan keberkesanannya melalui pelbagai ruang khususnya di media-media sosial dan media-media arus perdana.
Begitu juga dengan peralatan dan aset-aset agensi pengurusan bencana harus sentiasa diselenggarakan dan dikemas kini supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik untuk dioperasi. Selain itu, aset-aset harus ditambah dalam setiap bajet tahunan supaya tidak bergantung pada bot-bot awam yang dioperasi oleh individu dan badan- badan bukan kerajaan bagi kesesuaian operasi dan meningkatkan tahap keselamatan, selain meningkatkan kecekapan pengendalian aset tersebut.
Terima kasih kepada seluruh sukarelawan dari seluruh negara yang telah pun melaksanakan misi bantuan banjir di Selangor, Pahang dan di tempat-tempat lain. Terima kasih kepada Khidmat Malaysia, Jabatan Amal Malaysia dan agensi-agensi yang terlibat bagi operasi mencari dan menyelamat khususnya.
Begitu juga bagi operasi menyelamat pesakit kronik yang terlantar yang memerlukan satu tindakan yang sangat pantas kerana terputus hubungan komunikasi melalui internet dan talian telefon serta sistem elektrik yang dihentikan bagi mengelakkan risiko berlakunya renjatan elektrik. Pihak Berkuasa Agensi Pengurusan Bencana Negara
(NADMA) perlu mewujudkan mekanisme SAR yang berkesan dan pantas supaya mangsa-mangsa banjir tidak panik akibat bencana yang melanda. Selain itu, data pesakit kronik termasuk alat lokasi GPS harus dikemas kini dengan menggunakan teknologi IoT seperti blockchain supaya data dan maklumat pesakit kronik disimpan lebih teratur.
Seterusnya bagi sistem pengairan dan saliran, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran harus menyelia sistem pengaliran air sungai kerana isu air bertakung tidak dapat dialirkan disebabkan oleh kerosakan sistem pintu bukaan saliran atau watergate, dengan izin, seterusnya mengakibatkan air berkumpul dan meninggi susulan hujan yang tidak berhenti.
Yang terakhir saya ingin membangkitkan berkaitan dengan kesan perubahan iklim ini terhadap industri pertanian khususnya bekalan makanan kita, termasuklah industri pengeluaran padi di Dataran Muda, Kedah dan di tempat-tempat lain.
Ini juga perlu diambil perhatian oleh pihak kerajaan khususnya ketika berlaku peningkatan suhu, kesan langsung kepada aktiviti pertanian ini telah dapat dilihat termasuklah yang terbaru data purata pengeluaran padi di kawasan Muda di Kedah bagi tahun 2015 sehingga 2020 didapati kejadian bencana, khususnya banjir, secara tidak langsung turut memberi impak kepada pengeluaran padi negara. Perkara-perkara ini perlu diberi perhatian untuk kita menjaga keselamatan makanan negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Seterusnya, Yang Berhormat Hulu Langat. Silakan.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terlebih dahulu, ingin saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang bakti kepada mangsa-mangsa banjir seluruh negara termasuk di Hulu Langat. Senarainya terlalu panjang, meliputi agensi jabatan kerajaan di peringat persekutuan, negeri, PBT, NGO, syarikat korporat, GLC, sukarelawan seperti Tim Selangor, SERVE dan juga ARiF Malaysia.
Tentunya taburan hujan yang mencurah-curah beberapa hari sebelum kejadian banjir besar telah diikuti dengan kepala air yang turun daripada beberapa pergunungan sekitar telah menyebabkan keadaan semakin parah. Mengingatkan kepada kita Firman
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Allah SWT...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Antaranya bermaksud, “Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengerakkan awan, kemudian mengumpulkannya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatan oleh mu hujan keluar dari celah-celahnya.” Urusan menurunkan air dari langit merupakan urusan mutlak Allah SWT tetapi apabila air itu jatuh ke muka bumi, ia bertukar menjadi urusan manusia. Malangnya, manusia di muka bumi ini berebut-rebut hendak menunjukkan mereka adalah juara dan akhirnya mengabaikan mengurus sungai, perparitan, hutan, balak dan industri-industri yang ada sehingga menyebabkan berlaku perubahan alam yang tidak dapat dikawal.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Kita bimbang ketika bala dan ujian yang menimpa ini ramai yang mengambil kesempatan untuk mencari kelemahan pihak tertentu menjadi ‘lauk’ di medsos. Saya meneliti ucapan Perdana Menteri sebentar tadi. Saya bimbang mereka yang menyediakan ucapan Perdana Menteri secara tidak sengaja telah memalukan Perdana Menteri sendiri.
Kenyataan Perdana Menteri tadi menyebut mangsa-mangsa banjir tidak mahu berpindah sedangkan mereka yang berada di atas bumbung rumah menjerit-jerit untuk diselamatkan. Mereka berjam-jam menunggu bertarung nyawa. Mengapakah Perdana Menteri boleh bercakap begini?
Saya mengingatkan kepada mereka yang menyediakan teks itu supaya berhati- hati jangan memalukan Perdana Menteri Malaysia. Tidak wajar penyedia teks ucapan Perdana Menteri merendahkan pasukan penyelamat termasuk ATM yang mengalami kesukaran untuk memulakan operasi kerana keadaan semakin gelap katanya. Apakah ini penilaian terhadap pasukan penyelamat atau mereka yang menyediakan teks ucapan ini mempunyai niat yang lain? Apakah bot-bot agensi penyelamat cukup untuk menyelamatkan beribu-ribu mangsa banjir yang berlaku itu?
Jika kerajaan negeri dan daerah hendak dipersalahkan, maka pihak berkenaan telah menyalahkan pegawai kerajaan di negeri dan daerah itu juga. Komunikasi dan keselarasan antara agensi di Putrajaya sehinggalah kepada peringkat penghulu serta ketua-ketua patut diperkukuhkan semula. Pertambahan staf di daerah yang kependudukan ramai seperti di Hulu Langat mendesak daripada menambah tenaga kerja di Putrajaya sahaja.
Peranan seorang pegawai menanggung pelbagai tugas kononnya multitasking dan tidak berfokus sudah tidak relevan lagi. Kini kepakaran serta pengkhususan terhadap sesuatu bidang seperti bencana perlu dikendalikan oleh mereka yang terlatih bukannya sekadar mengisi kekosongan jawatan daripada skim yang tidak berkaitan. Dua Timbalan Ketua Pengarah NADMA mungkin sesuai diisi oleh pegawai JKM dan seorang lagi dalam kalangan bomba ataupun APM.
Tuan Yang di-Pertua, sejak mewakili Hulu Langat pada 9 Mei 2018, saya telah kerap kali di Dewan yang mulia ini berbahas tentang kebajikan pegawai serta anggota Angkatan Pertahanan Awam. Pertambahan staf Jabatan Kebajikan Masyarakat dan elaun awam mereka yang sepatutnya dikaji semula kerana bertugas semasa bencana. Nah, kini apabila banjir berlaku, apakah kita masih tidak ambil iktibar? Seorang sukarelawan APM sanggup bertarung nyawa berbanding pegawai tinggi yang berada di Putrajaya.
Malah pada 6 Oktober 2021 di Kamar Khas, saya telah bangkitkan tentang taraf pembesaran jalan yang mana jalan itu perlu dibaiki dan kini jalan itu telah musnah dan rosak disebabkan banjir. Sejak berpuluh-puluh tahun lalu kepadatan penduduk di Hulu Langat tidak diseimbangkan dengan kemudahan asas seperti balai bomba di Batu 11, atau di Batu 14, Hulu Langat sepatutnya telah dibina sebuah balai bomba di situ. Mohon Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melihat perkara ini dengan kadar segera.
Bagi Jabatan Kebajikan Masyarakat pula saya hendak syorkan agar diwujudkan satu unit khas di peringkat negeri yang fokus dalam menjaga bencana. Jika bencana tidak berlaku, unit ini harus melawat ke daerah-daerah bagi melihat persiapan depot simpan makanan, cadangan tempat PPS dan mengatur koordinasi pelbagai pihak. Saya ingin menyebutkan di sini pegawai itulah yang tangkap pengemis, pegawai itulah yang sama
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
ke mahkamah dan pegawai itu jugalah yang akan jaga pusat perpindahan sementara di mana Menteri menilai tugas-tugas pegawai mereka.
Saya telah sentuh banyak tentang Angkatan Pertahanan Awam dan saya juga ingin menyebutkan banjir terburuk dalam sejarah moden ini perlu kita ringkaskan dengan satu ucapan yang pernah disebutkan sebagai akhir Tuan Yang di-Pertua iaitu kata-kata Tun Hanif Omar bekas Ketua Polis Negara pada 26 Disember 2021, “Ada pihak hendak akan kuasa dan kejar kemasyhuran. Malangnya mereka ini tidak tahu buat kerja kerana tidak terlatih.” Inilah yang menyebabkan lambatnya bantuan sampai untuk menyelamatkan dalam keadaan yang sangat mencemaskan itu.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyebutkan bahawa para petani khususnya penanam-penanam serai di mukim Beranang, mereka telah meletakkan target untuk menuai serai mereka pada bulan Ramadhan dan bulan Syawal ini. Akan tetapi segala-galanya telah musnah.
Kami mengharapkan agar Kementerian Pertanian dan Industri Makanan untuk memikirkan bagaimana untuk membantu petani-petani, penanam serai tersebut, pemilik- pemilik kolam ikan yang telah hanyut ikannya dan juga penternak-penternak lembu. Kita mengharapkan agar kerajaan ini lebih bertanggungjawab kepada negara daripada sibuk untuk mengekalkan jawatan dan kuasa. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Yang Berhormat Shah Alam. Silakan.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin merakamkan bahawa sekiranya kerajaan menganggap isu bencana banjir ini sebagai satu isu yang penting sepatutnya ia dibahaskan pada 20 Disember, hari terakhir sidang yang sebelum ini yang mana saya tidak salahkan Tuan Yang di-Pertua.
Akan tetapi saya menganggap ia kecuaian yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri sendiri kerana tidak membenarkan dan mengarahkan supaya isu banjir itu dibincangkan dan dibahaskan pada 20 Disember itu sendiri.
Pada 20 Disember itu hari sidang tambahan satu hari untuk membahaskan Rang Undang-undang 342 tetapi akhirnya ia tidak di bahas. Adakah kita terfikir berapa banyak pembaziran yang telah dilakukan dengan memanggil wakil-wakil rakyat daripada seluruh negara datang hadir, tidak bincang Rang Undang-undang 342. Pada ketika itu kemuncak banjir kita minta hendak bahas tentang banjir pun tidak dibenarkan. Ia merupakan satu sikap yang tidak menganggap peristiwa banjir ini satu peristiwa yang penting.
Akhirnya, dipanggil sidang hari ini 20 Januari sebulan selepas 20 Disember, sebulan selepas peristiwa banjir. Sekali lagi, jumlah belanja untuk sehari bersidang? Yang datang untuk membuat test PCR pada hari Isnin dari Sabah dan Sarawak. Kalau mereka balik kena bayar tambang flight. Kalau mereka tidak balik, kena bayar kos hotel. Lepas itu kita buat sidang satu hari. Apakah maksud ini? Just a whitewash. Hendak bersihkan imej supaya Perdana Menteri boleh beritahu saya bukan saya tidur. Saya datang, saya buat ini, saya buat itu.
Kita bukan hendak tahu apa yang kamu buat. Minta maaf. Kita hendak tahu kenapa rescue, operasi rescue, operasi menangani banjir itu tidak dijalankan dengan berkesan. *We are not interested in you are going here, going there, doing this, doing that.
That is not the issue.* Soalnya rakyat duduk atas bumbung memohon pertolongan, tiada tindakan. Tidak payahlah kita hendak cuba whitewash dengan memberikan alasan-alasan yang remeh membazir duit rakyat dan duit negara panggil sidang satu hari supaya hendak boleh beritahu saya buat ini, saya buat itu. The fact of the matter hakikatnya kerajaan gagal dalam menangani bencana banjir ini kerajaan telah gagal dengan sejelas-jelasnya.
Seorang Ahli
...Rakyat menderita teruk.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Saya hendak rakamkan juga Parti Amanah Negara telah menunda konvensyennya yang sepatutnya dilakukan pada 19 Disember, hari banjir. Berlaku banjir 18 Disember petang start, 19 Disember dah berlaku banjir. Parti Amanah Negara tunda konvensyennya. Parti Pribumi Bersatu Malaysia teruskan konvensyennya. Ini sikap yang acuh tidak acuh. Negara sedang dilanda banjir, kamu buat tidak tahu sahaja.
Shah Alam telah dilanda banjir dan pada 18 Disember, saya telah uruskan masalah seorang ayah yang kehilangan sembilan orang ahli keluarganya dalam kemalangan jalan raya. Semua orang baca. Saya hendak uruskan jenazahnya, hendak uruskan penempatan untuk keluarga-keluarga yang datang dari Melaka, hendak ziarah dan sebagainya terperangkap dengan banjir hendak balik pun tidak boleh. Hotel di Shah Alam semua penuh, saya uruskan...
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Oleh sebab itulah Shah Alam tidak berada di kawasan banjir lah, sebab mengurus hal lain.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Itu di Shah Alam lah, kamu faham atau tidak? Itu di Shah Alam, berlaku kemalangan itu fasal hujan lebat tengah banjir, hendak banjir.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya lah.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Seramai sembilan orang ahli keluarga dia meninggal.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Shah Alam tidak...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Don’t make fun of this, Yang Berhormat Kinabatangan! This is not a joke!
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tidak ada sana Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
I was in Shah Alam. Saya uruskan.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Shah Alam tidak ada di sana macam mana?
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Esoknya...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Sila ikut peraturan.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
...19 hari bulan...
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Shah Alam ini meroyanlah.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
...saya pergi ke Decahtlon...
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Dia bukan ada di kawasan pun.
Tuan Yang di-Pertua
[Pembesar suara dimatikan] Yang Berhormat, tolong.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Pada 19 hari bulan, esoknya, pagi- pagi saya pergi ke Decathlon. Saya beli sebanyak tiga buah kayak, saya ucapkan terima kasih kepada Decathlon, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Masa sudah habis.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Dia benarkan saya ambil sebanyak tiga buah kayak itu, dia kata kamu pakai dahulu, kerana tengah banjir. Kalau selepas banjir ini kamu tidak hendak, kamu pulangkan, kita anggap pinjam. Saya ucapkan terima kasih.
[Tepuk] Sikap yang begitu bersungguh...
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tidak bagi bungalow? Bagilah bungalow kah, penthouse kah, kan bagus.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat, tolong.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Saya hendak ucapkan supaya orang semua tahu. Pusat Operasi Banjir Shah Alam telah membuka empat buah dapur, empat buah dapur rakyat.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Masa habis.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Kita telah membekalkan hampir 3,000 pek makanan sehari selama seminggu, kerana apa?
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Bungalow tidak bagi?
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Oleh sebab Jabatan Kebajikan tidak muncul. Kita bagi makanan sebanyak 3,000 pek sehari.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya- lah bolehlah bagi, bungalow pun bagi, apa jua makanan? Saya setuju.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Bersama NGO-NGO yang lain membantu. Tuan Yang di-Pertua, terakhir. Saya cabar Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, ulangi tuduhan saya hilang dari radar di Shah Alam pada hari banjir. Ulangi di luar, jangan tunjuk hero dalam Dewan.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Radar menyatakan Yang Berhormat Shah Alam hilang.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Please, buat PC. Repeat it out of the Dewan.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Di Dewan ini lah yang kita cakap. Yang Berhormat Shah Alam hilang daripada radar.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Janganlah berlindung di sebalik Dewan. Don’t be a coward.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya pun turun ke kawasan Shah Alam...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Okey, terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih kerana...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Sila ulangi, please, I’ll wait.
Tuan Yang di-Pertua
[Pembesar suara dimatikan] Okey, terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat kerana telah membawa kita keluar daripada kebosanan di petang hari.
Yang Berhormat Kota Belud, silakan.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Saya cabar Yang Berhormat Kinabatangan, tunjuk ada telur.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, cukup, cukup.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Dia terkapit telur dia tu.
Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya ulang lagi sekejap ini.
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Yang Berhormat Kota Belud, silakan.
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Jangan lupa surat jemputan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kota Belud, silakan.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Tambahan masa ada Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Yang di-Pertua
Mula balik lima minit, mula balik lima minit.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara yang telah kehilangan nyawa, kehilangan pendapatan serta harta benda. Semoga Allah SWT memberikan kemudahan, kesenangan dan perlindungan kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
Tuan Yang di-Pertua, banjir teruk yang melanda Lembah Klang dan lebih 50 buah daerah lain di seluruh negara telah mengakibatkan kerugian fizikal keseluruhan mencecah sehingga RM6.5 bilion. Ini mengikut kajian impak banjir yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, belum lagi mengambil kira kerugian ataupun impak langsung kepada rantaian bekalan perniagaan, perkhidmatan dan makanan yang mana Lembah Klang merupakan penyumbang lebih daripada 30 peratus kepada KDNK negara.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.4 bilion bagi Bantuan Banjir Keluarga Malaysia dan anggaran sebanyak RM108 juta diperlukan bagi membantu daerah-daerah yang terjejas di Sabah. Namun, terdapat beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh kerajaan. Pertamanya, memandangkan 90 peratus daripada jumlah bantuan pada Sabah ini akan digunakan bagi membaik pulih infrastruktur, saya mohon penjelasan.
Adakah peruntukan ini merupakan peruntukan tambahan atau peruntukan yang telah disediakan di dalam Belanjawan 2022? Sekiranya menggunakan Belanjawan 2022, saya ingin tahu, projek daerah mana kah yang terpaksa ditangguhkan atau dibatalkan?
Sudahlah basic necessities kami masih jauh ketinggalan, saya khuatir sekiranya projek- projek pembangunan asas, bina jalan raya, bina kemudahan air dan elektrik yang akan menjadi mangsa untuk cover kepada inisiatif banjir ini.
Saya tidak mahu projek asas yang sepatutnya dibangunkan tahun ini tergendala.
Dalam masa yang sama juga, ingin saya rekodkan di dalam Dewan yang mulia ini.
Terdapat banyak daerah di Sabah yang sangat terdedah kepada risiko banjir. Banjir ini bukannya perkara baharu kepada kami. Daerah-daerah yang saya maksudkan adalah Kota Belud, daerah saya sendiri yang mana dalam masa setahun entah berapa puluh kali dilanda banjir tetapi jarang sekali mendapat liputan media utama.
Penampang, Sepanggar, Beaufort, Tenom dan baru-baru ini Daerah Kota Marudu dan Pitas, Kudat. Bayangkan ada ahli keluarga yang berada di Pusat Penempatan Sementara SK Taritipan Kota Marudu, kalau boleh saya mention di sini. Terpaksa balik ke rumah untuk mandi, di rumah yang masih banjir kerana Pusat Penempatan Sementara tidak ada air.
Kita tidak dapat menjangka bila banjir akan berlaku. Mengapa kerajaan tidak bangunkan Pusat Penempatan Banjir yang lengkap di kawasan-kawasan prone to banjir, Sabah dan di beberapa buah tempat di Malaysia? Sekiranya daerah-daerah yang saya sebutkan tadi dilanda banjir, adakah senarai bantuan di bawah inisiatif bantuan banjir yang diumumkan akan diteruskan kepada kami di Sabah?
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Yang Berhormat Kota Belud. Yang Berhormat, selain kawasan yang disebutkan tadi, Labuan juga sebenarnya sering dilanda banjir kilat.
Baru-baru ini kami agak terkejut sebab skala banjir itu luar biasa besar. Banyak kawasan di mana-rumah-rumah dimasuki air dengan tingginya dan agak lama membuatkan banyak kerosakan peralatan dalam rumah. Banyak juga kereta turut ditenggelami air.
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Apa yang menyedihkan, bantuan kerajaan yang diterima mangsa cuma ala kadar sahaja. Saya mohon projek-projek infrastruktur untuk mitigasi banjir jangka panjang di seluruh negara dan juga jangan lupakan Labuan, dilaksanakan dengan seriusnya.
Sementara itu, pastikan peruntukan bantuan untuk mangsa di Labuan dan Sabah ditambah secukupnya. Terima kasih.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua masukan Labuan dalam ucapan saya. Sama ada sedar atau tidak, usaha manusia mengejar pembangunan dan keuntungan ialah penyebab utama mala petaka banjir. Faktor campur tangan keterlaluan manusia melalui aktiviti pembangunan dan perlakuan tidak lestari memburukkan lagi kejadian banjir di sesuatu kawasan.
Dahulu, banjir pun berlaku juga tetapi tidak membawa kemusnahan seperti yang berlaku sekarang. We are not strict when it comes to how environment is handled. Langkah utama mengatasi banjir adalah dengan mempunyai dasar perancangan dan pelan tindakan mengurangkan risiko banjir yang mantap. Pelan ini perlu diintegrasikan dengan pelan pembangunan sosial dan ekonomi supaya dapat dilaksanakan secara berkesan dan berterusan. Disebabkan oleh fenomena cuaca ekstrem yang melanda negara kita baru-baru ini dan telah menyebabkan banjir dan juga kehilangan nyawa, wajar satu pendekatan holistik diambil berkaitan perubahan iklim.
Dalam hal ini, mungkin sudah tiba masanya satu kerangka undang-undang yang menyeluruh dibangunkan dalam pendekatan whole-of-nation approach untuk menangani ancaman perubahan iklim. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya akhiri perbahasan saya, saya minta dari Kota Belud dan saya mohon ini untuk semua Ahli-ahli Parlimen dan juga Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri daripada pembangkang untuk diberi hak yang sama rata menghadiri dan menganggotai Mesyuarat Operasi Bencana di daerah masing- masing. Ini tidak, kalau Yang Berhormat pembangkang, jangankan dipanggil untuk mesyuarat bencana, WhatsApp operasi daerah pun disekat daripada mendapat maklumat terkini.
Berpolitik lebih penting daripada mengurus hal banjir, sedangkan banjir tidak melihat kepada parti anutan yang diwakili. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Seterusnya, Yang Berhormat Libaran, silakan.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Banjir Malaysia 2021/2022 merupakan satu kejadian banjir yang melanda kawasan Semenanjung Malaysia pada Disember 2021 serta Tanah Besar Sabah dan Sarawak pada Januari 2022.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Banjir ini disifatkan sebagai banjir 100 tahun dibandingkan dengan banjir Kuala Lumpur 1971 dan banjir Malaysia 2014 yang paling teruk. Akibat cuaca buruk melanda Pantai Timur dan Utara Sabah, negeri Sabah juga tidak terlepas daripada menjadi negeri dilanda banjir dengan mencatatkan lebih daripada 3,000- mangsa banjir meliputi ribuan keluarga yang membabitkan enam buah daerah iaitu Daerah Kota Marudu, Pitas, Paitan, Sandakan dan Telupid.
Tuan Yang di-Pertua, Parlimen Libaran, perkampungan di Kampung Semawang telah dilanda banjir dengan teruk sehingga rumah dimasuki air, peralatan perkakas rumah turut rosak, kereta terendam dalam air, bahkan tanaman dan ternakan turut dirosakkan banjir. Selain itu, banjir ini juga merosakkan jalan, jambatan serta infrastruktur awam di kawasan ini.
Selain banjir yang melanda Kampung Semawang ini, satu fenomena besar, bencana gabungan angin, ombak turut melanda di Kampung Tinusa 2 pada sebelah malam 2 Januari tahun 2022. Angin yang kencang serta ombak yang kuat telah meruntuh
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
dinding dan siling rumah serta memusnahkan jambatan merupakan- ini laluan penting buat penduduk kampung di kawasan ini.
Tuan Yang di-Pertua, bencana mempunyai kesan sosial dan ekonomi yang nyata atas komuniti atau negara yang dilanda bencana, sama ada bencana alam atau bencana akibat daripada kelalaian manusia. Apabila bencana melanda, individu, industri dan kerajaan perlu bekerjasama dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa terlibat bagi mengurangkan kesusahan dan tekanan yang dihadapi.
Malaysia juga sebagai sebuah negara yang membangun dan konsep sebagai sebuah negara yang berkebajikan ini juga perlu menggubal dasar berkaitan dengan pengurusan bencana negara yang lebih sistematik dan berkesan serta efisien. Justeru itu, demi keprihatinan dan kesedaran rakyat, kerajaan memerlukan sistem pengurusan air pembetungan banjir yang berkesan serta perparitan air yang berfungsi dengan baik demi menangani luruhan angin Monsun Timur Laut.
Dalam konteks ini Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini supaya memberi perhatian kepada sistem pengurusan air dan pembetungan banjir beberapa buah kawasan di Parlimen Libaran yang sering dilanda banjir iaitu Sungai Memanjang, Kampung Sungai Gum-Gum, Taman Fajar serta Taman Rajawali di DUN Sungai Sibuga. Saya mahu bertanya kepada kementerian dan kerajaan bilakah diambil tindakan untuk menyelesaikan masalah ini?
Seterusnya, adalah wajar sistem penyampaian bantuan kepada mangsa banjir ini turut diberikan perhatian sewajarnya bagi memudahkan pengurusan bantuan bagi tujuan penyaluran bantuan kewangan, bukan sahaja kewangan yang lebih efisien, saya cadangkan dana juga tabung dan maklumat sehenti diwujudkan bagi memudahkan lagi pengumpulan sumbangan dan pengagihan bantuan dilaksanakan.
Kesan daripada bencana amat besar kepada mangsa yang mengalaminya kerana ia bukan sahaja melibatkan kerosakan dan kemusnahan harta benda, bahkan ia juga melibatkan kehilangan nyawa. Oleh sebab fenomena ini sering berlaku saban tahun, maka pengurusan komprehensif perlulah dirancang oleh pihak kerajaan bagi mengatasi masalah pasca banjir ini.
Apa yang saya ingin titik beratkan di sini ialah daripada segi aspek psikologikal pasca banjir terhadap mangsa sewajarnya, pengurusan aspek keselamatan psikologikal serta strategik, taktikal dan secara operasi harus menjadi teras kepada bantuan dan pengurusan banjir.
Tuan Yang di-Pertua, Kampung Memanjang telah dilanda banjir dengan teruk baru-baru ini tetapi masalahnya mangsa-mangsa banjir ini tidak ada penempatan dan hanya ditempatkan di tempat-tempat sementara sahaja. Saya pohon kepada kerajaan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) supaya dapat membina sebuah dewan serbaguna di Kampung Memanjang ini untuk penempatan mangsa-mangsa banjir berkemungkinan pada masa yang terdekat atau pada masa yang akan datang.
Sejarah telah membuktikan bahawa fenomena banjir merupakan satu fenomena biasa yang akan berlaku saban tahun, setiap tahun. Justeru, pengurusan daripada pelbagai aspek perlu dititikberatkan supaya ia mampu membantu mangsa banjir. Tuan Yang di-Pertua, sekian terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat Libaran. Yang Berhormat Sungai Petani, dipersilakan lima minit.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, apabila kita menghadapi bencana, sudah tentu dua perkara akan berlaku. Pertama ialah benda yang di luar kawalan kita dan yang kedua ialah benda yang dalam kawalan kita. Dalam kes banjir ini benda yang di luar kawalan kita ialah hujan
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
yang turun dengan jumlah yang banyak dan mengambil masa yang lama, itu di luar kawalan kita.
Namun pun begitu, yang dalam kawalan kita ialah bagaimana kita manage air hujan atau banjir ini. Oleh sebab itu, saya yakin Tuan Yang di-Pertua selepas kita ‘hoo- ha’ ini, selepas the dust has settled, saya yakin orang akan memandang ini perkara- perkara yang biasa dan perkara-perkara biasa ini business as usual. Oleh sebab itu saya katakan ini- sebab kita tengok apa yang berlaku di bawah di sana di mana setiap tahun kita melihat ini bukan suatu yang luar biasa. Banjir ialah suatu yang sentiasa berlaku di kawasan kita tetapi apa yang berlaku ialah jeritan-jeritan bagaimana sungai-sungai tidak diuruskan, bagaimana longkang-longkang tidak diuruskan oleh PBT, bagaimana kerajaan-kerajaan negeri meluluskan projek-projek yang sepatutnya tidak berlaku di satu-satu kawasan, bagaimana hutan-hutan terus ditebang, bagaimana aset-aset tidak dimobilisekan dan ini ialah suatu yang rutin yang bercakap demi cakap demi cakap.
Oleh sebab itu saya kira kalau betul-betul kita serius, maka Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar dan Air harus melihat secara serius bahawa kalau betul-betul kita sayang akan rakyat dan negara, maka Menteri kena buat sesuatu yang amat-amat luar biasa. Mengambil ini sebagai suatu benchmark bahawa worse will be coming, worse than least. Ini suatu amaran wake-up call yang harus Menteri mengambilnya sebagai suatu yang serius kerana kalau ini boleh terjadi pada tahun ini, mungkin tahun-tahun hadapan juga akan lebih teruk dari ini.
Oleh sebab itu saya kira overhaul yang harus Menteri buat ialah suatu yang luar biasa. Tanggungjawab ini tanggungjawab besar daripada alam sekitar bila menguruskan apa yang berlaku, bukan sahaja aset-aset tetapi bagaimana aset-aset dimobilisekan.
Bukan sahaja hutan-hutan, bagaimana hutan-hutan ini dipelihara. Bukan sahaja sungai, bagaimana projek-projek tebatan banjir ini harus diselesaikan.
Saya masih ingat lagi bagaimana Rantau Panjang, contohnya setiap tahun saya sudah hampir 15 tahun dalam Dewan ini, wakil rakyat Rantau Panjang setiap tahun mengatakan bahawa lihatlah bagaimana di Thailand mereka telah pun menyelesaikan masalah mereka oleh sebab mereka menyelesaikan masalah mereka maka air sungai di kawasan telah pun masuk di kawasan saya.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tolonglah saya. Setiap tahun Ahli Parlimen Rantau Panjang akan menyebut.
Saya amat yakin masalah di Rantau Panjang tidak juga diselesaikan. Kerana apa? Kerana ini adalah suatu yang dianggap enteng. Ini ialah suatu yang dianggap telah biasa. Akan tetapi apabila berlaku di Selangor, sesuatu yang dianggap luar biasa. Jadi, saya mencadangkan supaya Yang Berhormat Menteri melihat balik keseluruhannya, kalau perlukan akta-akta yang perlu diperkenalkan dan bawa ke Parlimen, saya ingat kita kena bawa sebab saya yakin dengan perubahan cuaca dan apa yang berlaku dalam global warming ini, ini fenomena yang akan berlaku bukan 100 tahun sekali tetapi apa yang akan mungkin berlaku, setiap tahun akan berlaku.
Jadi, saya mencadangkan kalau kita betul-betul serius maka kita harus melihat keseluruhannya bahawa ini ialah satu wake-up call yang kita kena ambil secara serius.
Yang keduanya Tuan Yang di-Pertua, ini juga saya hendak bayangkan, ini baharu banjir, apa kata kalau ada masalah dengan peperangan contohnya. Apa kan jadi? Bagaimana kita telah bersiapsiaga dalam menghadapi musuh kita dari luar? Dalam keadaan banjir pun kita kelam kabut, kalaulah kita ada ancaman dari luar negara, saya tidak dapat bayangkan apakah persediaan-persediaan yang telah pun kita sediakan.
Apakah persediaan-persediaan yang boleh kita laksanakan? Bagaimana kita train anggota-anggota dan penjawat-penjawat awam kita, bagaimana kita train mereka yang terlibat dalam mempertahankan negara ini? Saya yakin kalau inilah cara kita mengendalikan apa juga yang sepatutnya kita kendalikan, saya yakin kita menghadapi masalah dan kita menghadapi suasana yang amat getir sekali. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Seterusnya, Yang Berhormat Kuala Nerus, silakan.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah wassalatu wassalamu ala Rasulillah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
[Membaca sepotong hadis] Maksudnya, “Dan kami pasti akan uji kamu dengan sedikit daripada kebimbangan, kelaparan, kekurangan pada harta, kekurangan pada jiwa dan juga buah-buahan dan berilah khabar gembira kepada orang- orang yang sabar.” Surah Al-Baqarah, ayat 155. Dalam ayat ini Allah SWT berfirman kepada kita perkara yang pasti menjadi ujian kepada manusia. Pertamanya, ujian kebimbangan dan ketakutan, kedua ujian kelaparan, yang ketiga ujian kurang harta, yang keempat ujian kurang nyawa dengan maksud mati, yang kelima ujian kurang buah-buahan dengan makna bahan-bahan pertanian.
Kelima-lima perkara inilah yang dihadapi oleh rakyat yang berhadapan dengan musibah banjir. Bimbang, lapar, kurang harta, kurang nyawa, mati dan juga bahan-bahan pertanian. Banjir satu musibah yang berlaku saban tahun bagi mereka yang biasa berada di Pantai Timur setiap kali masuk tengkujuh akan berlaku banjir. Cuma tahun ini alhamdulillah tidak berlaku banjir di Terengganu, di kawasan saya sendiri. Oleh kerana sifatnya berulang tentulah kita perlukan suatu perancangan jangka masa panjang dan tidak bersifat segera dan urgent, bersifat jangka masa panjang.
Hari ini apa yang dihadapi oleh semua orang, bilamana datang banjir, datang rasa bimbang, datang lapar, di-cover segera oleh NADMA, di-cover oleh kebajikan, di-cover oleh polis, di-cover oleh tentera untuk menghilangkan kebimbangan dan kelaparan. NGO- NGO yang membantu dan sebagainya dari seluruh Malaysia, membantu rakyat untuk tenang dan hilangkan kelaparan segera.
Akan tetapi yang bersifat jangka masa panjang ialah kerosakan harta benda yang memerlukan mereka cover kehidupan mereka yang dahulu mereka simpan bertahun- tahun lamanya, semua hilang sekelip mata sahaja. Tentulah perasaan mereka sangat sukar. Berhadapan dengan kekurangan harta yang perlu diganti segera dan sistem yang ada pada hari ini baik insurans, baik takaful, tidak cover pengurusan banjir, tidak cover kesan daripada banjir boleh hilangkan harta benda ini. Begitu juga dengan nyawa. Tidak ada yang cover nyawa disebabkan oleh banjir. Begitu juga dengan buah-buahan dan pertanian. Tidak ada sistem yang cover kerosakan tanaman-tanaman akibat banjir.
Oleh kerana itu saya melihat bahawa untuk jangka masa panjang, kerajaan perlu melihat satu penyelesaian jangka masa panjang. Saya mencadangkan supaya satu majlis yang mana kita panggil sebagai Majlis Banjir Negara, walaupun hari ini ada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), saya mencadangkan Majlis Banjir Negara kerana sifatnya adalah tahunan, tetap, ia akan berlaku.
Majlis inilah nanti yang akan menjalankan semua perkara melibatkan banjir kerana saya faham apabila berlaku banjir baharu-baharu ini timbul saling menuding jari bahawa ini kena buat ini dan sebagainya maka penting penyelesaian, itu yang pertama.
Akan tetapi yang saya lebih tekankan ialah tentang bagaimana hendak cover keperluan takaful atau tabung. Maka perlu ada satu tabungan yang tetap disediakan oleh kerajaan.
Mungkin berbentuk hiasan di bawah majlis yang sama untuk satunya, menyediakan tabung daripada kerajaan untuk cover pengurusan banjir, semuanya disatukan. Bukan lagi kena tarik sedikit oleh kebajikan, tarik sedikit oleh NADMA, tarik sedikit itu, ini, negeri dan sebagainya.
Satu tabung khas yang disediakan dana oleh kerajaan dan tabung itu pula boleh bersifat sebagai pelaburan, mendapat income jangka masa panjang untuk menambahkan lagi tabungan dan masa yang sama juga menerima dana CSR daripada pelbagai pihak untuk memperkasakan dana yang ada pada tabung supaya kalau hari ini kita hanya boleh bagi RM1,000, kerajaan boleh bagi. Alhamdulillah, menerusi pelbagai peruntukan yang disediakan kemudahan pinjaman dan sebagainya.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Akan tetapi kita hendak yang lebih sustain. Bukan setakat itu, majlis ini, bahkan yayasan ini juga perlu merangka satu sistem takaful yang tidak bersifat berorientasikan keuntungan untuk cover kerugian mangsa banjir yang akan berlaku. Macam mana caranya? Serahkan mereka yang berkepakaran, yang penting saya lontarkan idea hari ini.
Terima kasih, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Walaikumsalam Yang Berhormat Kuala Nerus, terima kasih. Yang Berhormat Jelutong, silakan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut serta dalam perbahasan pada hari ini. Rata-rata ada yang bertanya kenapa saya juga terlibat dalam perbahasan. Saya bangun untuk menyatakan pada hari ini bahawa apabila berlaku bencana banjir di seluruh negara, kerajaan Pulau Pinang, wakil-wakil rakyat DAP dari Pulau Pinang telah pun turun bersama-sama dengan pasukan-pasukan sukarelawan kami, pasukan bomba untuk pergi bantu merata di seluruh Malaysia.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga telah mengerahkan pihak berkuasa tempatan Seberang Perai dan juga di Pulau Pinang untuk turut serta pergi melakukan kerja-kerja pembersihan di seluruh negara. Saya tertarik dengan pembentangan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, yang telah saya dapat senaskah ucapan beliau tadi, beliau mengatakan seperti berikut.
Dalam ucapan tadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan, “*Pada kali ini saya sendiri telah mempengerusikan Mesyuarat JPBP pada 13 September 2021 yang dihadiri oleh Menteri-menteri Besar, Ketua Menteri, Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri dan selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri serta wakil- wakil agensi persekutuan dan juga negeri, agenda utama mesyuarat ini adalah pembentangan mengenai kesiapsiagaan bagi menghadapi musim MTL 2021.
Mesyuarat juga bersetuju supaya memperuntukkan sebanyak RM9.5 juta daripada Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara disediakan bagi kesiapsiagaan operasi MTL dan pengagihan-pengagihan adalah dinyatakan seperti berikut. Sebanyak RM100 ribu diagihkan kepada setiap agensi tindak balas iaitu ATM, PDRM, JPBM, KKM, JKM, APM dan RELA.*” Saya berdiri di sini dan ingin tanya soalan. Kalaulah ada yang menonton siaran ini secara live di kampung Benus, di Bentong di Dun Ketari. Ini adalah pengalaman yang diceritakan kepada saya oleh penduduk di sana, di mana seorang makcik yang tinggal di rumah itu terpaksa berpaut kepada tiang rumah satu malam apabila naiknya air dari sungai, bermula daripada pukul 7 malam sehinggalah hari kemudiannya 9 pagi, apabila ada bot sukarelawan sampai untuk menyelamatkan beliau.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Soalan saya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, mana pergi bot-bot penyelamat? Mana pergi pasukan penyelamat daripada NADMA, tentera, polis dan sebagainya? Ini adalah keluhan yang dinyatakan kepada saya. Mana pergi pihak berkuasa tempatan daripada Pahang? Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengatakan bahawa keadaan banjir di Pahang diuruskan dengan teratur berbanding dengan Selangor. Itu bukan perkara yang sebenarnya.
Saya sendiri telah hadir bersama-sama dengan rakan-rakan saya, Ahli-ahli Parlimen dari Bukit Gelugor yang juga telah pergi ke kawasan Bentong untuk menghulurkan bantuan. Rata-rata kami dengar tidak adapun bot-bot penyelamat, pasukan penyelamat yang sampai untuk memberi bantuan. Saya di sini bangun untuk menyatakan keluhan dan ketidakpuasan hati rakyat di luar sana. Saya ingin menyatakan 55 orang telah meninggal dunia. Yang Berhormat Port Dickson mengatakan seramai 59 orang. The blood is in your hands.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, tell this government, the blood is in your hands. You are responsible. Rakyat di luar sana marah sebab kerajaan ini bukanlah kerajaan yang dipilih oleh mereka. Mereka marah. Sekarang mereka mula tanya kerajaan ini, bolehkah mereka melaksanakan tanggungjawab mereka? Masa banjir pun tidak dapat menyelamatkan mereka, makanan-makanan tidak dapat dihantar pada masa yang diperlukan. Rata-rata semua di luar sana marah.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengambil kesempatan untuk tanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, apakah jawapan beliau kepada mangsa-mangsa yang telah meninggal? Dalam pembentangan yang telah dinyatakan tadi, saya lihat macam-macam bantuan kerajaan telah dinyatakan. Akan tetapi apakah bantuan yang akan diberikan kepada 55 orang yang meninggal dunia, kepada keluarga mereka? Saya ingin mencadangkan sekurang-kurangnya seorang itu dibayar RM500,000 disebabkan mereka kehilangan nyawa disebabkan oleh sikap semberono dan sikap kerajaan ini yang tidak mengambil serius bencana banjir.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga di sini mengambil kesempatan untuk menyatakan bahawa saya cukup dukacita dengan satu berita yang telah tular dalam laman sosial iaitu saya baca dalam portal berita Free Malaysia Today. Saya mengambil kesempatan ini untuk bertanyakan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Berita itu bertajuk seperti berikut “PM’s convoy got priority over ambulance as safety measure”.
Ini adalah satu berita di mana konvoi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memberhentikan sebuah ambulans yang sedang bergegas untuk menyelamatkan seorang mangsa banjir di Hulu Langat. Apakah ini menunjukkan sikap kerajaan kita memberi kepentingan kepada konvoi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berbanding kepada sebuah ambulans yang sedang bergegas untuk menyelamatkan seorang mangsa banjir di Hulu Langat?
Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih di atas kesempatan yang diberikan.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Saya hendak minta celah sedikit, 20 saat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Celahan, okey silakan.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Okey terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya hendak bertanya berkenaan dengan isu banjir ini sama ada Yang Berhormat Jelutong boleh bersetuju dengan saya. Dalam keterangan Menteri-menteri pagi tadi, kerajaan tidak memberikan keterangan berkenaan dengan dua isu yang penting yang merupakan faktor berlakunya banjir iaitu perubahan iklim dan juga pembangunan yang tidak terancang yang mana pada hari semalam sahaja Bandar raya Ipoh telah pun dilanda dengan banjir kilat yang serius.
Ada di kawasan yang tidak pernah berlaku dan ada di kawasan yang pernah berlaku seperti di Taman Perpaduan, Taman Cempaka Bercham dan sebagainya.
Fenomena ini adalah tidak sihat dan amat luar biasa. Sama ada Yang Berhormat Jelutong bersetuju dengan saya, kedua-dua itu merupakan punca utama yang mana kerajaan telah gagal untuk menangani.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jawapan saya adalah kerajaan pintu belakang ini memang telah gagal. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Seterusnya Yang Berhormat Cameron Highlands, silakan.
Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya berterima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan.
Pertama sekali, saya ingin membetulkan tuduhan daripada Yang Berhormat Shah Alam di mana beliau telah menyatakan bahawa kawasan Cameron Highlands tidak ada banjir. Saya menunjukkan ini gambar saya membantu masyarakat Cameron Highlands
Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
semasa banjir.
[Sambil menunjukkan gambar] Walaupun Orang Asli terkenal dengan ilmu batinnya tetapi saya tidak mengamalkan ilmu hantu raya, berada di dua buah tempat pada masa yang sama.
[Tepuk] Saya selaku Ahli Parlimen Cameron Highlands sendiri turun padang dan membantu.
Selain itu, saya juga ingin menyanggah kenyataan bahawa Menteri Besar Pahang tidak turun ketika banjir yang melanda di negeri Pahang baru-baru ini. Pada 19 hari bulan, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang telah hadir di enam buah Pusat Penempatan Semula (PPS) Banjir. Pada 20 Disember, maaf awalnya pada 19 Disember. Pada 20 Disember, tiga buah PPPM di Kuantan telah dilawati dan meninjau operasi menyelamat banjir di Kuantan. Pada 21 Disember di Raub, pada 22 Disember di enam buah PPS merata di negeri Pahang. Pada 23 Disember, di Semantan, Temerloh dan Bandar Mentakab yang tenggelam. Pada 24 Disember, di dua buah PPS dan di merata-rata.
Saya mengenali Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang begitu dekat.
Kebanyakan masanya meluangkan masa untuk melaksanakan tugasnya dengan sebaik mungkin melayani rakyat negeri Pahang. Berikut juga saya ingin membuktikan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang juga tidak mengamalkan ilmu hantu raya. Ini gambar- gambar beliau sendiri turun ke padang dan membantu rakyat negeri Pahang. [Sambil menunjukkan gambar] Selain itu, untuk makluman Dewan, Kerajaan Negeri Pahang telah mengeluarkan sejumlah peruntukan dari dana negeri Pahang sejumlah lebih kurang RM36 juta untuk membantu masyarakat di negeri Pahang. Begitu juga, lain-lain ADUN di negeri Pahang membantu setiap waktu sepanjang tempoh tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, kejadian banjir yang berlaku mulai 18 Disember tahun lalu di negeri Pahang menimbulkan pelbagai reaksi dan pandangan oleh segelintir masyarakat Malaysia. Yang paling hangat diperkatakan dan isu yang dimainkan oleh segelintir pihak yang konon celik alam sekitar seumpamanya sebagai profesional dalam isu berkenaan, terutamanya di sebelah sana begitu mudah menuding ke arah aktiviti pembalakan bila melihat sisa kayu hanyut dan tersangkut seperti kejadian di Sungai Telemong. Tidak pula ini ditimbulkan atau dikaitkan di Lembah Kelang sedangkan kejadian banjir buruk berlaku di kedua-dua kawasan ini pada masa dan ketika hampir sama terutama di negeri Selangor.
Walaupun dengan fakta oleh pakar iaitu Ketua Setiausaha, Kementerian Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang yang mengenai jumlah hujan diterima semalaman melebihi purata hujan sebulan, namun masih ada segelintir pihak terus memainkan isu pembalakan sebagai punca utama. Majoriti rakyat Malaysia berpelajaran, celik pendidikan berbanding dengan rakyat di beberapa buah negara lain tetapi sayangnya masih ada yang berpegang kepada rasa, tanpa fakta untuk membuat sesuatu kenyataan bila kerajaan boleh dilihat dengan mata. Tidak pula ingin mengetahui kenapa dan bagaimana kejadian berikut, sama ada perbuatan manusia atau kudrat Allah Taala.
Saya tertarik dengan penjelasan daripada Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo di mana beliau telah menyatakan bahawa kejadian hujan berterusan ini dan jumlahnya yang tinggi mengakibatkan lebih banyak kejadian kegelinciran tanah terutama di kawasan tanah tinggi yang boleh mencetekkan sungai pada hari kejadian dan meningkatkan paras air dengan cepat sehingga membentuk banjir puing.
Sisa-sisa kayu daripada pokok-pokok yang tumbang bersama dengan segelintir tanah ini akan terkumpul untuk satu tempoh dan ketika. Tambahan lagi dalam konteks ini, sumber kayu dan sisa kayu akibat dibawa arus bukan sahaja datang dari hutan asli atau hutan simpan kekal akibat dari penggelinciran tanah tetapi juga daripada fenomena alam lain seperti pokok mati akibat penyakit, panahan petir, tua termasuk dahan-dahan patah dan sebagainya.
Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Ada juga sumber yang datang dari kawasan tanah hak milik persendirian, hak milik swasta dan hak milik kerajaan dan tanah atau kawasan yang di usaha oleh pekebun kecil. Tindakan Kerajaan Malaysia yang mendukung usaha dalam Perjanjian Paris COP26, yang penting dilihat daripada peruntukan dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling ya.
Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Berikutan itu, sisa-sisa kayu yang telah rebah hasil daripada aktiviti ini telah turut bersama dalam aliran air yang menurun ya. Okey, memandangkan masa begitu mencemburui, saya ingin menegur pihak kerajaan walaupun saya wakil rakyat kerajaan ya. Bila sesuatu kejadian itu berlaku bencana dan sebagainya, effectiveness dengan izin, sesuatu agensi itu perlu ditest atau diuji sebelum kejadian berikut. Umpamaannya, sebelum kejadian ini, seumpamanya letaklah katakan negeri-negeri yang Pahang, Pantai Timur yang biasa melalui perkara ini, seumpamanya di negeri Selangor.
Adakah pegawai daerah, Setiausaha Kerajaan Negeri melakukan operasi andaian? Adakah satu praktikal telah dilaksanakan secara praktik, real move on the ground? Andaian benda itu berlaku. Do we have the manpower, the equipment? Walau yes, MKN 20 menyatakan prosedur dan sebagainya, adakah prosedur berkenaan efektif dalam melaksanakan?
Ini saya pohon daripada Yang Berhormat Menteri, untuk menjawab beberapa kali dilaksanakan di negeri Selangor latihan amali, practical aspect real move jika berlaku sesuatu bencana? Saya percaya the real move don’t exist. Saya tidak mahu panjang memandangkan masa begitu. Hanya saya ingin menyatakan dua perkara sahaja.
Pertama, bantuan kepada rakyat. Khusus pada masyarakat Orang Asli. Bila memberi bantuan pada masyarakat Orang Asli itu, janganlah berpandu kepada jumlah rumah yang ada di kampung itu. Berpandulah kepada ketua isi rumah kerana kadang- kadang dalam satu rumah itu ada tiga, empat kepala isi rumah. So, bantuan itu jangan berpandu kepada isi rumah tetapi kepada ketua isi rumah.
Selain itu akhirnya, kepada rakyat jelata yang terutama sekali mereka yang peniaga kecil ini, mereka kehilangan hampir keseluruhan modal-modal yang ada. Jadi, saya pohon jika boleh kerajaan memberi bantuan one-off untuk membantu mereka membina balik perniagaan-perniagaan yang kehilangan. Sekian, saya berterima kasih kerana membenarkan saya berucap.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Cameron Highlands.
Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Permatang Pauh.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam hormat dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tiada beza sebenarnya, yang membezakan kita antara anggota UMNO ataupun Keadilan, PAS mahupun DAP, sedang kita sesak bernafas dalam lumpur. Jadi, banjir yang baharu melanda ini Tuan Yang di-Pertua, dikatakan hanya berlaku akibat kecemasan iklim setiap 100 tahun sebenarnya merupakan banjir kedua terbesar sejak tahun 2014.
Ketika itu 300,000 isi rumah menjadi mangsa maka lahirlah NADMA. Kali ini kita sebaiknya mengibarkan bendera separuh tiang bagi memperingati 57 nyawa yang terkorban dengan dua orang lagi yang masih hilang. Sebenarnya kita semua terkesan.
Mungkin kali ini Pulau Pinang, Permatang Pauh terkecuali namun ia memberi peluang kepada kita di kawasan-kawasan tidak terkesan untuk turut turun menyalurkan bantuan selagi kita mampu untuk meringankan beban.
Bayangkan kerugian yang di umum antara RM5.3 bilion hingga RM6.5 bilion, membabitkan satu pertiga daripada 160 daerah seluruh negara terkesan akibat banjir tetapi Malaysia merupakan satu-satunya negara ASEAN yang tidak mempunyai undang- undang khusus berkait dengan pengurusan bencana.
Hanya menerusi sebuah jawatankuasa independent perubahan iklim mampu membincangkan Green New Deal, dicadang oleh Yang Berhormat Batang Lupar tadi, Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Ahli-ahli Parlimen lain, untuk pengurusan bencana pasca perbahasan hari ini memperlihatkan hasil konkrit dan membolehkan insya-Allah perbincangan terperinci Akta Pengurusan Bencana serta meneliti KPI pelaksanaan agensi sebagai mana yang dirancang dalam blueprint.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh
DOSM anggar RM10,436 bagi sebuah keluarga tetapi anak seorang, seorang lagi bayi, 10 kali ganda daripada RM1,000 yang di salur menerusi fasa pertama. Saya pohon Ahli Parlimen Jeli, kalau boleh melaksanakan ukuran pelbagai dimensi atau MPI bermula dengan isi rumah yang terkesan dengan tragedi darurat banjir di kala pandemik, rakyat hilang tempat berteduh, wang simpanan, status keberadaan dan juga kewarganegaraan.
Jadi, bila mereka hilang sijil, you know, termasuklah later on the post-traumatic stress disorder, ini harus kita ambil kira dengan menyeluruh.
Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2019, PLANMalaysia terbitkan garis Panduan Perancangan Bandar Berdaya Tahan Bencana Malaysia. Persoalan saya, adakah darurat banjir yang sedang kita bincangkan menghiraukan kewujudan blueprint tersebut?
Apakah status terkini garis panduan? Siapa yang pantau pelaksanaan dan kalau tidak laksana, siapakah yang akan dikenakan tindakan? Bagaimanakah pula dengan Pelan Induk Cerun Negara yang masih lagi dikemas kini oleh JKR? Saya minta, mereka kata berstatus rahsia. NADMA pula apa status Dasar Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan setakat 2021, dasar tersebut? Jawapannya masih dirangka. Please update me if I did not get the latest.
Kedua-dua jenis bencana iaitu banjir dan tanah runtuh bertambah parah dengan climate changes. Maka, aplikasi berkaitan bencana harus dibangunkan dan ini selari dengan Rancangan PLANMalaysia. Akan tetapi, saya mendapat bantuan daripada beberapa orang sukarelawan untuk membangunkan aplikasi di peringkat beta sudah siap kerana kita kena satukan the existing applications, ramalan cuaca, termasuklah struktur hidraulik bawah JPS sebagai mana yang dipaparkan dalam laman web iHYDRO untuk JPS negeri Sarawak.
Kita juga harus satukan segala usaha yang wujud di lapangan. Yang Berhormat Menteri kata tadi look at Kobe. Kobe successful because adanya support daripada keluarga, daripada kejiranan dan juga daripada NGO. Maka, kita kena pastikan kita paparkan dalam satu laman aplikasi yang menyeluruh semua NGO yang telah menyalurkan their help, seiring dan selari dengan agensi pihak kebangsaan dan juga negeri. Kita mudahkan integrasi dan kita insya-Allah akan bentangkan kepada PLANMalaysia dan JPS.
Tuan Yang di-Pertua, sebuah kertas penyelidikan Historical Landslide Event in Malaysia oleh LESTARI dan UKM mendedahkan sejak 1961 ada peningkatan trend kejadian tanah runtuh. Until 2019, seramai 600 orang meninggal dunia akibat tanah runtuh. Di Malaysia, kaitan lazim tanah runtuh dengan pembangunan yang tidak terkawal termasuk membabitkan pembangunan di kawasan tanah tinggi maka reformasi undang- undang jika di peringkat Pusat hendak wujudkan undang-undang bencana peringkat negeri dan PBT. Wajib menyemak semula pembangunan di bawah cerun tiga, memperkenalkan undang-undang bagi memaksa pemaju laksana mekanisme ‘bandar span’ termasuklah pembatalan lesen ladang hutan.
Kementerian Pendidikan juga harus ambil kira aspek pengurusan risiko bencana dijadikan sebagai salah satu mata pelajaran dalam pendidikan IPT dan sekolah. Ini selari dengan saranan PLANMalaysia.
Jadi, saya rasa kita wajib ketemu enam bulan selepas hari ini menerusi jawatankuasa khas yang mampu mengintegrasikan dan mengukur keberkesanan kementerian Pusat dan negeri, jabatan dan agensi yang dipertanggungjawabkan bagi mengurus bencana baharulah berhasil dengan Malaysia yang kalis bencana dan cabaran masa hadapan.
Tuan Yang di-Pertua, saya berharap semua ini dijawab. Kita wajib bertemu lagi dengan menilai KPI dan menilai pelaksanaan. I hope to see all of you in six months, membincangkan hasil daripada apa yang kita bawakan hari ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Yang Berhormat Baling, silakan.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Keluarga Malaysia. Alhamdulillah, Baling diberikan peluang dalam perbahasan khas isu banjir.
Hari ini kalau kita melihat fenomena banjir di Lembah Klang, ia hampir menyamai bencana banjir besar yang melanda negeri-negeri di Pantai Timur sejak dulu lagi, apatah lagi yang paling dahsyat pada tahun 2014, di mana curahan hujan dalam tempoh itu bersamaan dengan jumlah kuantiti hujan bagi jangka masa sebulan. Situasi ini bertambah buruk apabila berdepan dengan air pasang besar. Beberapa kawasan di Selangor sebelum ini tidak pernah dinaiki air juga hampir tenggelam. Bencana yang melanda adalah suatu yang luar jangkaan.
Antara lokasi yang saya sendiri terkejut ialah di kawasan Putra Height di Puchong, Kampung Tengah, di kawasan Batu 3, di kawasan Taman Sri Muda yang dahulu pernah naik air tapi kali ini tidak pernah sama sekali kita menjangkakan.
Saya mengamati seluruh rakan-rakan yang bermula daripada Yang Berhormat yang dimuliakan Ketua Pembangkang tadi sejam dan seterusnya disusuli oleh rakan- rakan. Ramai pihak yang telah menyatakan apa yang telah berlaku.
Saya secara peribadi mempunyai sedikit pengalaman dalam konteks misi bantuan banjir dalam negara kita sejak tahun 2000, saya bermula dengan Pemuda, sehinggalah hari ini tahun 2021, saya masih lagi meneruskan sebab minatnya saya untuk membantu. Apatah lagi pengalaman yang ada sedikit kepada saya.
Pada malam pertama, saya ada di tempat Abang Mat di Kota Raja. Saya pergi membantu di sana. Saya nampak sendiri apa yang berlaku waktu itu. Betul, banyak bot belum sampai dan waktu itu ada anak-anak muda bawa kayak, bawa jet ski dan sebagainya hendak cuba menyelamat.
[Tepuk] Saya berada di situ. Kita belikan nasi kandar masa itu. Masa itu nasi kandar, Abang Mat, panas-panas, suruh budak-budak mat jet ski ini naik pergi hantar ke flat-flat yang mereka duduk di atas bumbung. Naik kayak.
Cuma pergi hantar nasi sahaja― jangan buat apa-apa― dan beritahu di mana mereka ini berada. Apabila bomba sampai, kita hantar. Itu berlaku di kawasan Kota Raja.
Seterusnya saya ke Padang Jawa 1, Padang Jawa 2. Alhamdulillah, Dengkil, Hulu Langat, Yang Berhormatnya whatsapp saya dari luar negara. *“Adinda, tolong.
Kakanda akan balik. Apa yang boleh bantu, bantu. Hantarkan jet ski, hantarkan water jet dan sebagainya.”* Okey, alhamdulillah. Inilah dia yang disebutkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh tadi, kita bersama. UMNO, PAS, AMANAH semua dalam konteks bencana, inilah kesatuan kita yang ada khususnya kita yang berada dalam Dewan yang mulia ini selaku wakil rakyat.
Di sini, Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mahu sentuh apa yang rakan-rakan yang telah sentuh. Sedikit pengalaman yang ada pada saya, izinkan saya untuk menyampaikan kepada kementerian yang bertanggungjawab.
Saya merasakan, secara peribadi, setalah saya berkecimpung dalam misi bantuan banjir ini tadi, saya berharap satu jawatankuasa khas harus dilaksanakan oleh Jabatan Perdana Menteri khususnya di bawah JPM iaitu Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah Yang Berhormat Jeli. Sebab saya sendiri ada pengalaman dengan Yang Berhormat Jeli. Beliau berada dalam Dewan ini pada tahun 2014. Kami ke Dabong. Masa itu tenggelam cuma Allah sahaja yang tahu. Waktu itu memang tsunami yang telah berlaku di negeri Kelantan.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Yang Berhormat Baling, sedikit. Yang Berhormat Baling, saya hendak tanya.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
I don’t have time.
I takut masa I.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Sedikit sahaja. Tadi tengok Yang Berhormat Baling seorang pakar daripada segi bantuan banjir ini. Berapa banyak Yang Berhormat
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Baling bagi bantuan sampai ke Shah Alam, ke Cheras dan sebagainya? Sedangkan, ketika itu, ada MP yang di sana tidak turun pun.
[Tepuk] Mungkin terputus hubungan kah apa. Apa pandangan Yang Berhormat?
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tapi atas semangat kita dalam Dewan yang mulia ini atas semangat setia kawan, kita mesti bersangka baik. Mungkin waktu itu― macam Yang Berhormat Permatang Pauh sebut tadi, nampak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri datang dengan kasut cantik. Kita mesti bersangka baik. Mungkin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bukan plan untuk ke sana. Dia ada program, dapat tahu banjir, dia tidak fikir apa pakaian dia, dia terus pergi hendak menyelamat. Pergi tengok apa yang berlaku. Jadi, kita bersangka baik. Mungkin mereka ada yang datang.
Yang penting sekarang, what is the endgame? Hala tuju kita. Rakyat di luar sana di seluruh negara hari ini menanti dan hendak dengar apakah tindakan susulan untuk kita khususnya Ahli Dewan Rakyat yang mulia ini untuk dapat menyelesaikan jangka masa panjang.
Tuan Yang di-Pertua, please give me little bit more, Sir. Saya hendak menyatakan saya minta Yang Berhormat Jeli tolong. You know very well what happened to us in Dabong. Kita naik bot, air 16 kaki. I don’t know whether you remember or not. Kita naik, kita pegang lampu. Bukan tiang lampu. Tiang lampu sudah habis. Lampu. Nasib baik masa itu TNB sudah padam. Kalu tidak, you, saya dengan Panglima Tentera Masa itu Tan Sri ZZ mati sudah kita masa itu. Ingat, satu malam sampai pagi baru kita balik.
So, makna kata, you know very well, Sir, dengan izin. You are there. Please fine- tune. You can tell the Cabinet members. You are the senior Minister. You tahu sebab kalau you hendak tuduh Kementerian Kewangan, you hendak tuduh NADMA, you hendak tuduh KASA, saya rasa rakyat tidak faham. Sebenarnya adalah di bawah tangan Jabatan Perdana Menteri iaitu Unit Perancang Ekonomi. You have to rancang betul-betul, adakan tajuk, serahkan tajuk itu kepada Kementerian Kewangan. Kementerian Kewangan akan serahkan kepada KASA untuk dapat menyelesaikan isu banjir yang sekian lama melebihi 30 tahun.
Dahulu betul, kecil-kecil kita jadi kawan. Sudah besar hari ini, macam rakan- rakan, Yang Berhormat Jelutong sebut tadi, 55 orang, 59 orang― nauzubillah.
Sepatutnya apa yang berlaku pada hari ini pada tahun bulan 12 hari itu, lebih 3,000 orang sepatutnya meninggal dunia tetapi Allah selamatkan bumi bertuah Malaysia ini...
[Tepuk] Hanya dengan 50 lebih orang sahaja yang meninggal.
Justeru, saya minta Yang Berhormat Jeli, you are the senior Minister, with full respect to you, jangan lagi kaji, kaji dan kaji. This time around, you have to do it.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Baling...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
If you can’t do it, Sir, you have to ask somebody else to do it.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Baling, masa sudah tamat.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Lagi pun, ini di negeri you. Apatah lagi di negeri Kelantan, you sudah jadi Menteri 25 tahun― Menteri Kewangan, menteri itu, menteri ini. Kelantan punya masalah banjir sampai ini hari tidak selesai lagi. Apatah lagi negeri-negeri lain.
Tuan Yang di-Pertua, fair. Give me, Sir. This is my floor. I sudah minta. Bagi saya dua minit. Dua minit lagi. Tolong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Rumuskan. Baik.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Ya, betul. Saya hendak beritahu last, Tuan Yang di-Pertua. Ini masalah hilang nyawa. Kita buat special.
Oleh sebab itu saya hendak bercakap ini ada pengalaman dan berfakta. Saya bukan merapu.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Saya minta satu lagi kepada Yang Berhormat Menteri. Hari ini, Tuan Yang di- Pertua, kerana apa kecoh ini? Kerana apa selama ini lebih 30 tahun kita hadapi masalah banjir, kenapa tidak jadi kecoh macam hari ini?
One reason, Sir. Allah SWT hendak bagi hidayat kepada rakyat Malaysia apabila negeri Selangor, rumah orang besar-besar, rumah orang kaya-kaya sudah jadi banjir dan ada yang meninggal dunia yang tidak pernah dalam sejarah dia orang duduk di atas bumbung masjid dua hari dua malam, berak kencing atas masjid, atas bumbung atas rumah, berlaku di Selangor, seluruh netizen hari ini rakyat Malaysia yang sudah mempunyai kesedaran sendiri, tanpa orang panggil, datang membantu melihat dengan media sosial yang ada, mereka telah terjemahkan sehingga gegaran dunia kita khususnya negara tercinta Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Baik.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Justeru, saya mohon kita semua, ayuh kita hentikan menuding jari. Janganlah kata orang itu datang cuci taik cicak, orang ini datang cuci itu, orang ini― tidak payah. Siapa datang tolong, alhamdulillah. Siapa yang tidak boleh tolong, mereka mendoakan.
Yang penting, bagaimana kerajaan Keluarga Malaysia yang hendak sayangkan negara kita bagaimana kita hendak bantu untuk menyelesaikan adalah di bawah Jabatan Perdana Menteri iaitu Economic Planning Unit. Itulah jabatan, itulah satu kementerian yang wajib buat kajian dan salurkan maklumat itu kepada Kementerian Kewangan. Bagi tajuk kepada Kementerian Kewangan kena buat reservoir di sini, kena panjangkan sungai, kena korek sungai di sini, kawasan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Baling, masa sudah habis lima minit sudah.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Selepas itu berikan kepada KASA untuk KASA melaksanakan. Insya-Allah, kalau ini seperti Yang Berhormat Permatang Pauh sebut tadi, enam bulan daripada sekarang kita boleh kaji, teliti, insya-Allah, kita akan melihat the light at the end of tunnel, insya-Allah, kita boleh selesaikan masalah ini daripada pengumuman demi pengumuman. Apa dia pengumuman?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Baling.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Jeli mengumumkan tahun ini banjir kita rugi RM5.6 bilion. Tahun depan banjir rugi RM6 bilion, tahun depan banjir, rugi....
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, apa ini Tuan Yang di-Pertua?
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Jadi saya harap inilah...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya sudah beritahu Yang Berhormat Baling. Masa lebih lima minit— baik.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
...Yang sepatutnya kita buat dan saya harap kerajaan ambil maklumat. Ini adalah saya punya cadangan, sedikit pengalaman untuk kita laksanakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat kedua yang terakhir, Yang Berhormat Puchong.
Kemudian diikuti Yang Berhormat Kinabatangan. Sila Yang Berhormat Puchong, lima minit.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana juga memberikan saya peluang untuk membahas isu yang cukup penting kepada kita semua berkaitan banjir yang baru-baru ini berlaku.
Tuan Yang di-Pertua, isu banjir ini atau masalah banjir ini bukan masalah baharu.
Kita dengar semua Ahli-ahli Parlimen yang sebut panjang lebar hari ini berkaitan dengan berlakunya masalah banjir di kawasan mereka masing-masing, bertahun-tahun. Saya berdiri di dalam Dewan yang mulia ini sejak tahun 2008 berkali-kali saya bangkitkan isu banjir di Seri Serdang. Saya minta supaya dana diberikan, saya minta supaya perhatian diberikan. Saya telah pun memberikan ada video-video yang ditunjukkan kepada pihak- pihak yang berkaitan. Menunjukkan kepada mereka kesan selepas banjir, menunjukkan kepada mereka kesusahan yang dialami rakyat semasa banjir.
Akan tetapi apa yang berlaku Tuan Yang di-Pertua? Kita lihat ia kerap berulang.
Berulang kerana kita tahu bahawa walaupun ada perbincangan demi perbincangan demi perbincangan, tidak ada tindakan diambil yang boleh membawa kepada satu solution bagaimana kita boleh selesaikan masalah ini. Saya ada sebut. Saya sebut ulangi sekali lagi di dalam Dewan yang mulia ini. Bila kita lihat cuaca mendung, semua ini risau. Kita tidak tahu, orang yang kerja di luar tidak tahu kalau hujan setengah jam lebat, kawasan perumahan kita banjir, selepas daripada itu kerosakan yang berlaku. Kenapa masalah ini tidak boleh diselesaikan?
Kita berbincang hal ini hari ini. Saya bawa dari tahun 2008. Tuan Yang di-Pertua RMKe-12, ada keputusan dibuat. RM300 juta diketepikan untuk menyelesaikan masalah banjir di Puchong. Apa yang dilihat di situ kononnya dan saya ada laporan perkara-perkara yang harus dilihat. Aras sungai adalah menjadi masalah khususnya ara sungai Sungai Kuyoh, kolam Serdang, anak Sungai Kuyoh dan sebagainya. Sungai itu penuh melimpah semasa hujan lebat.
Kapasiti sistem perparitan dalaman di kawasan perumahan yang tidak mencukupi bagi menumpang air larian hujan yang mengakibatkan banjir kilat. Sistem perparitan dalaman tidak sempurna, air tidak mengalir ke sungai dengan baik. Keadaan longkang disebut undersized, missing link dan low lane area. Kemudian, ada disebut berkenaan dengan kolam takungan, pam-pam yang berkaitan. Semua ada di dalam laporan ini dan keputusan dibuat. Wang sebanyak RM300 juta diketepikan, Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi apa yang berlaku? Statusnya masih belum mula projek tersebut. Harap akan dimulakan tahun 2023. This is the problem. Kita datang ke sini bincang, bincang, bincang, buat keputusan. Akan tetapi apakah sebenarnya tindakan yang kita ambil?
Tuan Yang di-Pertua, kita kena serius. Kali ini saya lihat banjir di kawasan saya, kawasan perkampungan, Kampung Tengah A, Kampung Tengah B, Kampung Seri Aman, Kampung Kenangan, kawasan Puchong. Cukup teruk keadaan dia. Macam mana kita hendak selesaikan masalah ini?
Jadi saya hendak dengar jawapan dari Perdana Menteri. Perdana Menteri ingin menuding jari kepada pihak-pihak tertentu dan sebagainya. Saya hendak masalah ini diselesaikan. Kita cari apakah yang menjadi punca masalah ini. Saya hendak tanya, kenapa kalau kita tahu ada masalah yang cukup serius, cuaca ini bertukar setiap hari.
Setiap tahun kita ada hujan lebat. Tidak akan kita akan bagi tahu kepada rakyat. Tunggu tiga tahun untuk kita laksanakan program yang kita ada. Hujan itu tetap akan tiba masa dan musim hujan lebat.
Jadi saya hendak jawapan kenapa kalau wang sudah diketepikan, masalah itu kita tahu, punca itu kita tahu, kenapa tidak ada tindakan lagi? Sehingga bila kita kena tunggu? Sekarang kita lihat bagaimana banyak nyawa yang kehilangan.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya soalan kepada Perdana Menteri. Kita buat perbahasan, sesi Parlimen hari ini. Kemudian kita ini akan sebut apakah sebenarnya langkah yang akan kita ambil. Akan tetapi siapa akan pastikan bahawa tindakan yang perlu diambil itu akan diambil? Apakah mekanisme dia? Adakah kita datang ke Parlimen
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
hari ini, kita bincang masalah ini, buat keputusan tetapi selepas daripada itu enam bulan disebutkan di Permatang Pauh, enam tahun tidak diselesaikan.
Jadi kita kena ingat. Ini suatu perkara yang kita perlu berdepan, kita semua sebagai rakyat Malaysia, sebagai Ahli Parlimen, untuk selesaikan. Saya minta adakah kita akan hanya biarkan perkara ini selepas hari ini without some form of mechanism by which we can make sure that the problem is solved. Apakah tindakan kerajaan? Bukankah kita hendak melaksanakan satu proses khususnya untuk masalah ini.
Misalnya kita ada RCI ataupun satu jawatankuasa yang ditetapkan supaya kita dapat selesaikan masalah ini. Menteri Kewangan ada di sini. Kalau beliau ingin salurkan kewangan untuk selesaikan masalah ini, is he not interested? Bagaimana kita pastikan kewangan yang disalurkan itu digunakan untuk tujuan yang baik, tujuan yang tertentu dan masalah ini diselesaikan. Saya minta supaya kerajaan ambil serius perkara ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Kita kena selesaikan masalah ini. Tuan Yang di-Pertua pun kena serius.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, sila.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Kita semua kena buat kerja, pastikan bahawa masalah ini kita tidak lalui sekali lagi. Tuan Yang di-Pertua, kita semua sebut hujan berlaku luar biasa. Akan tetapi kita kena tahu harus faham bahawa ini cuaca fenomena yang baharu. Kita akan lihat lebih hari-hari sebegini dalam masa akan datang.
We must be prepared. Jadi kita perlu ambil tindakan dan saya harap kerajaan ini dapat memberikan cadangan-cadangan yang bernas dan kita ambil tindakan, make sure keputusan-keputusan yang kita buat itu, kita laksanakan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Pembahas yang terakhir, saya jemput Yang Berhormat Kinabatangan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua diberi penghormatan untuk menggulung perbahasan penutupan pada petang ini.
[Disampuk] Tuan Yang di-Pertua, memang betul pun bahawa bencana banjir ini, musibah ini bukan perkara baharu. Ia sudah berpuluh-puluh tahun. Saya selaku wakil memang telah membahas perkara ini tetapi kerajaan seolah-olah tidak memandang serius benda ini. Apa yang kita— cuaca sudah berubah. Bukan macam dahulu, kita boleh adjust. Bila hujan, bila kemarau. Sekarang ini nampak-nampak tidak ada kemarau sudah, macam hujan terus.
Bulan Mac pun hujan, bulan Mei pun hujan. Sudah tentu, sudah tahu Tuan Yang di-Pertua bulan November must be prepared everything. Tidak tahu pula di Selangor tenggelam macam itu, di Shah Alam. Kalau tahu-tahu mungkin persiapan akan diadakan.
Oleh sebab itu, air tenang jangan disangka tidak berbuaya. Sudah tahu ini musibah dan boleh mengakibatkan ekoran daripada bencana ini harta benda hilang, nyawa hilang. Semua ekonomi lumpuh dan sebagainya. Kita berbelanja berbilion-bilion ringgit. Justeru itu, saya meminta kerajaan, hari ini membuat pelan strategik, pelan jangka pendek, pelan satu tahun apa dia. Pelan tiga tahun apa. Lima tahun macam mana. 10 tahun selesai. Bermakna tidak ada lagi negeri-negeri yang ditenggelami oleh limpahan hujan dan air ini.
Di Sabah contohnya, selepas banjir ini jalan raya rosak, rumah runtuh. Macam- macam dan permohonan dari negeri Sabah untuk memperbaiki infrastruktur yang rosak RM285 juta baru dibagi dari tahun 2019 tetapi kerajaan baru bagi RM55.6 juta. Jadi, macam mana keadaan begini? Seharusnya kerajaan meminta kerajaan negeri masing- masing, give them enam bulan, bagi cadangan untuk mengurangkan bencana banjir ini di
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
negeri-negeri masing-masing. NADMA kena berpositif, EPU kena positif. Jangan tidur.
Menteri-menteri tidak boleh tidur. Rakyat marah. Sebab itu orang marah Yang Berhormat Shah Alam. Dia mungkin ada di kawasan tetapi tidak tahulah. Dan Perdana Menteri....
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Kalau tidak tahu, jangan cakap.
Kalau tidak tahu, jangan cakap.
Dato' Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya tidak- bukan saya tidak- cakap. Viral di media sosial bahawa mencari di mana Yang Berhormat Shah Alam, Ahli Parlimennya. Itu sahaja. Jadi, kita ini kalau kena viral...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Siapa yang tulis di media sosial sendiri pun bukan di Shah Alam.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Sabah - Kinabatangan
Tidak tahulah. Akan tetapi kalaupun ya, terima sahajalah. Apa mahu buat. Itulah yang berlaku.
Jadi oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, kerajaan kena fokus melihat bencana banjir ini. Diramalkan oleh pakar-pakar pada tahun 2050, beberapa buah negeri dan negara dalam dunia ini akan tenggelam, termasuk di Semenanjung, di Sarawak, Sabah dan sebagainya.
Justeru, kita melihat benda ini sebagai benda serius. Minta negeri-negeri untuk mempersiapkan pelan strategik masing-masing. Kalau kosnya sebanyak RM300 bilion, carilah RM300 bilion, bina balik sungai-sungai kita ini. Kita lihat di Eropah dan China, mereka jaga sungai mereka. Bersih dan indah dipandang. Sungai paling jelik, paling buruk dalam dunia di Malaysia inilah. Tidak ada sungai pun yang kita boleh cermin muka kita.
Semua sungai yang kotor. Akan tetapi kita berbelanja ke arah yang tidak baik.
Jadi, kerajaan kena insaf benda-benda ini. Jangan biarkan. Oleh sebab rakyat merana. Rakyat merana, mereka marah kerajaan, mereka marah wakil rakyat. Apabila berlaku begini, bagaimanakah kita hendak mengurus ekonomi kita? Sudahlah kita berhadapan dengan COVID-19 dan sebagainya. Macam-macam lagi berlaku. Kena fokus.
Saya pun mahu dengar apa pelan strategik kerajaan mengatasi banjir di seluruh kawasan ini, termasuk di kawasan saya. Di Sabah pun, dua buah daerah telah pun lumpuh, Kota Marudu dan juga Beluran. Ini yang berlaku.
Kenapakah berlaku? Semua pun bertanya kenapa. Justeru, gunalah konsultan yang pakar membuat kajian demi kajian bagi negeri-negeri selama enam bulan atau satu tahun, mempersiapkan pelan jangka panjang. Ini yang penting. Kalau tidak ada duit, pinjamlah dengan mana-mana negara untuk kebaikan kita.
Oleh sebab kalau tidak, negara kita ini akan ditenggelami sebab manusia meningkat, manusia bertambah. Infrastruktur di bawah tidak bertambah, tidak meningkat.
Perparitan kita teruk, tersumbat berpuluh-puluh tahun. Inilah antara faktor yang menyumbang kepada bencana alam banjir ini. Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir. Saya memohon Kerajaan Persekutuan pertimbangkan permohonan kerajaan negeri melalui kementerian- Jabatan Kerja Raya Sabah iaitu untuk memulihkan infrastruktur di Sabah dengan memperuntukkan sebanyak RM285 juta dengan segera. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Ahli-ahli Yang Berhormat, tamatlah sesi minta penjelasan dan memberikan pandangan.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Tugas-tugas Khas) untuk memberikan jawapan. 20 minit.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam Keluarga Malaysia, Tuan Yang di-Pertua.... [Membaca sepotong ayat
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Al-Quran] Surah Al-Baqarah, “*Berita gembira bagi mereka yang sabar. Dan apabila berlaku musibah atau bencana, mereka menyatakan bahawa ia datang daripada Allah...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Mereka ini orang-orang yang selamat dan orang- orang yang penuh kasih sayang. Dan mereka juga daripada golongan ‘muhtadun’ iaitu orang-orang yang berjaya”* Seramai 44 orang Ahli Dewan Rakyat yang membincangkan, mengeluarkan pandangan, saranan dan cadangan yang begitu bernas. Saya duduk di sini pada sekian lama. Betul, suasana yang berlaku pada hari ini yang diutarakan dan dilontarkan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat, saya rasa Ahli-ahli Yang Berhormat adalah antara orang-orang yang sabar. Sabar dengan kerenah pengundi-pengundi Ahli-ahli Yang Berhormat dan saya selaku Menteri yang mengurus pengurusan bencana juga harus bersabar.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Boleh saya bertanya kepada Yang Berhormat Menteri? Adakah Yang Berhormat Menteri menganggap bahawa segala keluhan yang disampaikan oleh rakyat yang merupakan mangsa banjir ini sebagai ‘kerenah’ pengundi-pengundi dan tidak dapat memahami bahawa ini semua ialah peristiwa yang terhasil oleh sebab kita tidak- kita telah gagal menguruskan bencana yang menimpa?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Itu tafsiran Yang Berhormat Shah Alamlah yang tidak perlu saya jawab kerana saya tidak tahu apa yang ada dalam kalbu...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Saya tidak tahu apa yang ada dalam dada Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Saya pun tidak tahu, itu yang saya tanya.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Fasal saya tidak tahu, saya tanya Yang Berhormat Menteri. Sila jawab.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Kena sabarlah juga dengan kerajaan.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Justeru...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
‘Kena sabar dengan kerenah pengundi’? What are you saying? My God.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Dalam mengurus bencana ini, kita tidak pernah menuding jari kepada mana-mana pihak. Oleh sebab itu saya bersabar mendengar pandangan-pandangan dan segala pandangan itu daripada yang dilontarkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, kita ambil kira dalam cadangan-cadangan yang akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali – oleh sebab itu dipanggil bencana. Kalau kita boleh– macam-macam sekarang. Kita ada A.I. tetapi kita tidak boleh mengambil urusan hal-hal yang bersangkut paut dengan kuasa the Creator. Tidak siapa sangka banjir yang berlaku di- hujan yang berlaku di Hulu Langat, sebelah gunungnya adalah Jelebu.
Kalau kita naik sedikit ke Banjaran Titiwangsa, kita akan lalu kawasan Bentong.
Jadi, tiga buah kawasan yang rendah ini, rendah tekanannya yang mana kawasan tinggi akan pergi ke kawasan rendah dan awan yang begitu berat akan menyedut udara dan hujan mula turun. Oleh sebab itu di Selangor, ia hanya ada tiga batang sungai yang besar, di Jelebu ada sungai yang menyalurkan hujan yang begitu lebat lebih daripada purata sebulan mengalir ke Jelebu dan juga di kawasan Raub dan Bentong.
Hujan yang sebegini rupa berlaku tidak lama. Ia hanya berlaku pada 16, 17 dan 18 hari bulan. Pada 19 dan 20 hari bulan itu sudah tidak ada hujan lagi. Jadi, kita...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Menteri, boleh saya tanya?
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Belum lagi.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Okey.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Ekoran daripada itu, kita berhadapan dengan banjir yang kita katakan tadi ‘banjir genang’. Urusan mengurus banjir genang tidak sama dengan mengurus awal-awal banjir. Justeru, saya ingin terus menjawab perkara- perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang yang ingin mengetahui kenapa ada jumlah mangsa yang meninggal dunia ekoran daripada bencana banjir berbeza-beza.
Ingin saya nyatakan bahawa apa yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu seramai 55 orang yang mana pecahannya 12 orang perempuan dewasa, lelaki 40 orang, dua orang kanak-kanak lelaki, seorang kanak-kanak perempuan dan dua orang mangsa dilaporkan masih hilang.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Berdasarkan maklumat daripada JKM, secara keseluruhannya sejak Monsun Timur Laut bermula, seramai 38,113 buah keluarga telah dipindahkan melibatkan 1,112 buah PPS yang melibatkan 136,000 mangsa.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Adalah ditekankan di sini bahawa angka yang dinyatakan ini adalah yang berpindah di PPS. Oleh sebab itu, apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat tadi mengatakan bahawa, kenapa tidak terima? Ini kerana mereka yang dipindahkan ini ada dua kategori. Ada mereka yang adalah mangsa tetapi mereka tidak berpindah ke PPS. Mereka duduk di rumah mereka. Justeru, oleh sebab Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan...
Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji - Raub
Yang Berhormat Menteri, boleh minta laluan sikit?
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Saya tidak bagi lagi.
Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji - Raub
Raub, Raub. Saya hendak tambah, saya bukan saya hendak kutuk. Saya hendak tambah sikit. Begini Yang Berhormat Menteri...
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Nanti dahulu, bagi saya habis dahulu.
Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji - Raub
Yang Berhormat Menteri saya hendak beritahu, nanti saya rasa tidak habis, masa tidak ada. Sekejap saya hendak tambah, ini benda yang baik. Sebenarnya macam ini Yang Berhormat Menteri...
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Saya hendak habiskan sikit sahaja. Nanti saya bagi.
Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji - Raub
Nanti, nanti.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
This is my floor.
Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji - Raub
Saya hendak sebab nanti pergi ke tempat lain. Tadi melompat-melompat. Apa ini banjir bertenang apalah. Sekarang saya hendak beritahu sikit...
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Raub, bagi Yang Berhormat Menteri habiskan.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Selepas ini saya bagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ini sesi jawapannya.
Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji - Raub
Okey.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Menteri, mengenai mangsa yang masih hilang. Apakah langkah yang sedang diambil untuk mengesan dan mencari mereka?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Okey Yang Berhormat Jelutong, baik. Teruskan.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab bilangan mereka yang tidak berpindah di PPS ini perlu satu cara untuk di-confirm-kan, maka ia mengambil masa untuk ICU memberikan bantuan RM1,000 dan juga bantuan-bantuan lain yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Yang Berhormat Menteri Kewangan. Yang Berhormat Raub.
Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji - Raub
Okey Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Raub.
Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji - Raub
Ini pengalaman di Raub. Mungkin sama di tempat lain ya. Apa yang saya hendak katakan di sini, kita sebenarnya ataupun kerajaan boleh menggalakkan mangsa-mangsa ini tinggal dengan saudara-mara supaya suasana tidak menjadi huru-hara ataupun menjauhkan COVID-19, cuma mendaftar. Jadi, kebanyakan kalau— contohnya di Parlimen Raub, ada yang lebih pergi kepada saudara- mara, mungkin lambat daftar.
Jadi, saya minta kerajaan lebih open atau lebih terbukalah sebabnya kadang- kadang mereka tidak ada masa ataupun mereka takut kepada COVID-19. Jadi mereka pergi kepada saudara-mara. Jadi di pihak kerajaan mesti memberitahu kepada mangsa- mangsa ini, kalau tidak mereka rasa oh, tidak perlu mendaftar. Selepas itu daftar lambat, kemudian tidak dapat dia punya macam tapisan.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Tidak apa Yang Berhormat, itu dari sudut pengurusan. Biasanya mereka ini dia kena lapor ke Pusat Kawalan Operasi Bencana
(PKOB)...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Supaya...
Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji - Raub
Yang Berhormat Menteri, minta maaf saya cakap. Banyak birokrasi. Saya kena betulkan di peringkat bawah, birokrasi terlalu banyak. Itu saya hendak katakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Raub.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Tidak apa. Yang Berhormat Raub, kalau ada antara mereka nama yang ini, terus beritahu NADMA kerana NADMA memproses ini berasaskan kepada data yang diberikan oleh PKOB daerah. Okey.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Menteri, saya ucapkan terima kasihlah kerana menjelaskan bahawa bencana ini adalah kerja Allah SWT, menurunkan hujan dan sebagainya. Tidak ada siapa mempertikaikannya. Apa yang dipersoalkan dan dipertikaikan ialah tindakan yang dilakukan oleh kita sebagai khususnya, sebagai kerajaan bila berlakunya bencana. Itu isunya. Soal sabar, soal the work of the Creator dan sebagainya, tidak ada orang yang timbulkan, tidak ada orang pertikai. So, please do not berselindung di sebalik...
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Cukuplah itu Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Perkataan-perkataan ini ya.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Tidak ada siapa yang selindung pun, tidak ada siapa yang selindung. Kita transparent dalam hal bencana.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Menteri, adakah langkah-langkah masih diteruskan untuk mencari mangsa-mangsa yang masih hilang?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Sila.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Saya tidak bagi pun dia mencelah.
[Ketawa]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya tanya bagi pihak...
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Dia mencelah, saya jawablah.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri, kalau boleh Kuala Selangor.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
NADMA pun baru dapat dicari.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri, kalau boleh Kuala Selangor sikit.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Proses mencari ini masih dijalankan oleh pihak berkuasa polis. Kalau ada maklumat, kita akan beritahu.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Yang Berhormat Port Dickson menyatakan bahawa— mencadangkan supaya Yang Berhormat Menteri Besar ataupun Ketua-ketua Menteri menjadi Pengerusi Keselamatan Negeri. Elok diberitahu bahawa merujuk Arahan MKN No. 1, Pengurusan Keselamatan Negara dilaksanakan melalui Majlis Keselamatan Negara, sidang MKN yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Keselamatan adalah isu Federal.
Di peringkat negeri pula, pelaksanaan pengurusan keselamatan peringkat negeri dilaksanakan melalui Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKKN) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar atau Ketua Menteri. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa buah negeri yang pengerusinya telah dilantik daripada kalangan Menteri Pusat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Lantikan sebagai Pengerusi Keselamatan Negeri ini tidak ada sangkut paut mengenai pengurusan bencana. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh melantik antara Menteri Kabinet sebagai Pengerusi MKN Negeri disebabkan hal-hal keselamatan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Ketiga...
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Penjelasan Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Dalam kes Selangor, jawapan ini tidak tepat sebab mesyuarat itu membincangkan soal keselamatan dan menangani permasalahan banjir. Yang Berhormat Menteri Besar tidak dibenarkan sehingga dua hari selepas itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberitahu dia boleh mempengerusikan. Jadi, macam mana jawapan dia kata sama? Tidak betul. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi penjelasan lain. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata masa itu pengerusinya lain. Jadi apabila ada masalah berbangkit dan arahan dikeluarkan itu tidak dapat dilaksanakan kerana arahan harus datang dari Majlis Keselamatan Negara dan Majlis Keselamatan Negeri.
[Disampuk] Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Sila.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Pengerusi dia ada dua perkara yang berbeza Yang Berhormat Port Dickson. Satu, hal-hal keselamatan negara di bawah Akta MKN di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengeluarkan Arahan Nombor 1 bagi urusan keselamatan di mana isu keselamatan adalah isu Federal, it is a Federal list.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Akan tetapi dalam hal-hal pengurusan bencana ia di bawah Arahan MKN 20 di mana Pengerusi Pengurusan Bencana di peringkat negeri adalah Setiausaha Kerajaan Negeri dan di daerah adalah DO. Jadi dua perkara yang berbeza.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Tidak jawab. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri meminta Yang Berhormat Menteri Besar Selangor meneruskan mesyuarat itu kerana kekeliruan yang berlaku sebelumnya. Jawapan Yang Berhormat Menteri tidak tepat dengan apa arahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Sebenarnya benda ini tidak timbul. Jika ada dasar hendak tukar di mana Yang Berhormat Menteri Besar...
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Kalau begitu bagi nasihat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya jelas. Jangan bagi nasihat kepada Ahli Parlimen. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya minta penjelasan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Okey, sila Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, saya dengar penjelasan 15 minit tadi. Kita datang ke sini, kita ini meluahkan perasaan berkenaan dengan— dan juga pertanyaan berkenaan dengan masalah berlaku. Kita tahu masalahnya seperti yang disebut tadi, soalnya apakah tindakan yang akan diambil untuk kita ini memperbaiki NADMA supaya kita tidak melihat perkara ini berulang kali lagi? This is what we want to know.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Jadi kita tunggu untuk kita mendapat jawapan sebegitu. Kalau boleh go straight to the point.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Yang Berhormat Puchong...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Kita hendak tahu Yang Berhormat Menteri ini...
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Saya menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan oleh...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Sekejap, sekejap. Sebentar, sebentar.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
... 44 Ahli Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Jadi kita hendak tahu, apakah tindakan yang akan diambil supaya masalah ini tidak berulang lagi? Ini kerana dalam kes ini, ada 50 lebih orang yang kehilangan nyawa. Beribu-ribu orang yang melalui kerosakan yang cukup tinggi.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Betul.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Can you tell us what are you going to do to make sure it doesn’t happen again? Let’s get to the point, Mr. Minister.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Sila Yang Berhormat Menteri.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Tuan Yang di-Pertua, kalau saya tidak diberi peluang untuk menjawab semua sekali perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, ada dekat - saya diberi masa 20 minit saya boleh jawab secara bertulis dan saya wrap-up sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, teruskan Menteri.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Haa, terima kasih. Bagilah peluang.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Cakap, dalam ini Dewan Rakyat. Dewan Rakyat, kita tengah cakap. Menteri kena bersuara, itu tugas Menteri ya, sila cakap, kita hendak dengar.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Ya, bagi peluanglah saya bercakap. Ya kalau banyak gangguan, macam mana saya hendak cakap.
[Dewan riuh]
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Yang Berhormat Pasir Salak membangkitkan dua perkara iaitu sama ada kita ingin memindahkan mereka yang terlibat dalam banjir yang berulang-ulang agar satu dasar yang mana pemindahan tapak yang kekal yang sesuai bagi penempatan semula di lokasi yang kerap berlaku bencana meskipun usaha mengurangkan impak melalui aktiviti pencegahan dan mitigasi telah pun dilaksanakan. Antara asas-asas yang dipertimbangkan adalah pertama sekali, cadangan menempatkan semula mestilah mengambil kira keselamatan penduduk yang terlibat, sekiranya dia ditempatkan di kawasan yang sama dan berhadapan dengan pelbagai risiko setiap tahun.
Justeru, penempatan semula ini perlu dilaksanakan selepas tindakan-tindakan mitigasi yang dilaksanakan tidak dapat menyelesaikan masalah di kawasan yang dilanda bencana. Kos...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Menteri...
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Kos bagi pemulihan semula di kawasan yang berulang kali ini akan membebankan kerajaan. Justeru...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Menteri...
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Penempatan semula adalah merupakan langkah yang terbaik untuk jangka panjang.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Menteri, 51 saat sahaja lagi tinggal.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Walau bagaimanapun, bila kita bercakap...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
You only have 47 more seconds, boleh tak jawab soalan yang utama? Apakah tindakan yang akan diambil untuk menentukan perkara ini tak akan berlaku lagi? That’s the main issue. Soalan-soalan lain boleh jawab secara bertulislah. You have 31 seconds.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Itu sahaja. Just one question itu jawab kepada kita.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Okey. Tuan Yang di-Pertua, yang paling penting adalah kita perlu ambil semua pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat. Kita apa yang seperti dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Perdana Menteri akan panggil satu jawatankuasa selepas ini bagi menilai semua cadangan, supaya pengurusan bencana sekarang dan di masa-masa akan datang akan diambil kira sebagai satu cadangan bipartisan daripada...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Apa cadangan itu? Apa cadangan itu?
Boleh bagi tahu?
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Akhirnya kerajaan tidak tahulah apa hendak buat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Spell it out, spell it out.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Ya cadangan, kita hendak tahu cadangan daripada kerajaan. Ini...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Apa cadangan?
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri, kalau you tak boleh jawab few sentences makna you did not know your job, after all this. Jawab Menteri ringkas, tuntas.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Terutama sekali, kita akan memastikan urusan bencana itu akan lebih mendalam dan tuntas. Perlu ada satu punca kuasa.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
NADMA tidak ada punca kuasa kah Menteri?
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
NADMA ada, MKN ada, Perdana Menteri ada. Yang Berhormat...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
ATM bertindak tidak menunggu NADMA sudah kerana NADMA slow. Sangat lewat, lembap.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Yang Berhormat ingin saya nyatakan di sini, kita dalam proses untuk menggubal Rang Undang-undang Pengurusan Bencana yang bersifat omnibus antara lain meliputi aspek tabir urus, penguatkuasaan, kesiapsiagaan, disaster risk, tindak balas, pemulihan dan pembangunan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, kalau berlaku banjir sekali lagi habislah kita. Inilah standard Menteri. Kalau berlaku banjir sekali lagi habislah kita.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Oleh sebab Menteri macam inilah mesti ada banjir.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Kita juga mengambil kira keperluan- keperluan seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Batang Lupar...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
We are doomed, we are doomed.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Cadangan daripada Yang Berhormat Permatang Pauh. Semua ini kita sudah catat sudah dan sudah jawab. Bila Ahli-ahli Yang Berhormat...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Jadi tidak ada cadangan daripada pihak sanalah. Hanya bacakan untuk kita daripada hari berlaku banjir sehingga sekarang.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Ada. Boleh saya bacakan. You said just now I have only 90 seconds.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Kerajaan tunggu sahaja, tidak tahu apa hendak buat, tidak ada cadangan langsung. Kita ada sesi khas Mesyuarat Parlimen, datang ke sini hendak dengar cadangan daripada kita, but you are the government.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Oleh sebab itu...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Ini kerajaan yang cukup-cukup ...[Tidak jelas] Yang Berhormat. Terima kasih, terima kasih.
Menteri Wilayah Persekutuan - Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Kerajaan PH gagal.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Yang Berhormat, masa Yang Berhormat dulu pembangkang kemudian Yang Berhormat jadi kerajaan 22 bulan, Yang Berhormat pun tidak buat apa-apa.
[Tepuk]
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Banjir berlaku sekarang, bukan 22 bulan yang lalu.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Dulu punya Menteri bagus.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Sama sahaja.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Banjir yang berlaku dua minggu lalu. So kena jawab soalan.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Maknanya komitmen Yang Berhormat sewaktu Yang Berhormat jadi Ahli Parlimen tak ada kesan.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Jangan emosional, jawab sahaja soalan.
Bukan untuk saya, ramai di luar sana. Rakyat di luar sana lihat, mereka semua lihat.
Semua rakyat melihat sesi ini. Kita hendak tengok kehandalan Menteri kita, kerajaan kita ..
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Kami tunggu daripada tadi, tak dengar jawapan.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, Segambut.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Nampaknya gagal terus.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, boleh saya bagi tambahan sedikit masa? Haa sekejap, sekejap-sekejap saya beri saya perlu bercakap dengan yang menjawab.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Yang Berhormat Ipoh Barat saya sudah jawab.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Rakyat tak lupa Menteri kata pakai bot sendiri.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat tak jawab soalan, letak jawatan sahajalah.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tak ada strategi langsung.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Yang Berhormat saya dilatih jadi doktor [Tepuk] saya tak akan tinggalkan pesakit saya yang sedang dalam operation [Tepuk] .
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Boleh saya bagi masa tiga minit?
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Yang Berhormat Menteri saya hendak tanya satu soalan sahaja kerana ini sesi penjelasan. Tadi Menteri jawab isu NADMA ialah isu punca kuasa. Saya rasa ini isu yang sangat serius...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di- Pertua...
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Ini kerana NADMA berada dalam Jabatan Perdana Menteri dan dulu dipegang oleh Timbalan Perdana Menteri.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
No, it’s not fair, Tuan Yang di-Pertua, they are bullying the Minister.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
This is not bullying, punca-punca kuasa NADMA sangat penting.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
*He is trying to answer everything, he is trying to answer but you people to try to bully him! It’s not fair! You know!
It’s not fair!*
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Oleh sebab itu adalah penting untuk kita gubal punca kuasa.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
*You try to bully him!
Come on man.*
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Punca kuasa itu penting.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Itu sebab saya tanya soalan punca kuasa NADMA. Adakah Menteri kita, NADMA...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
... pembangkang. He is trying to answer every question. Macam-macam soalan dijawab but you are bullying him! Sudahlah! What quality do you have?
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Yang Berhormat, NADMA adalah satu proses. Kita banyak kali menerima pelbagai bencana.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Bully Minister, buli kerajaan, balik-balik kerajaan, kerajaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli Yang Berhormat, saya minta... Ahli Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Yang Berhormat Pasir Salak tak perlu jadi peguam Menteri, Yang Berhormat Pasir Salak. Menteri ini doktor, tidak akan tinggalkan pesakit. Rakyat sekarang sudah masuk ICU sudah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bagi Yang Berhormat Pasir Salak ganti, bagi Yang Berhormat Pasir Salak ganti.
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta untuk rumuskan dalam tiga minit dan yang lain boleh teruskan.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Oleh sebab itu daripada awal lagi saya sudah beritahu Dewan yang mulia bahawa Arahan 20 adalah bawah Arahan Majlis Keselamatan Negara.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Apa ini orang jawab you kata tak jawab. Jawab tak jawab, jawab tak jawab! Ini kerajaan tak bagus, kerajaan tak pandai, you all masa jadi kerajaan, pandai kah? Pandaikah?
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Ya, setuju-setuju dengan Yang Berhormat Pasir Salak, setuju-setuju.
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta semua Ahli Yang Berhormat duduk, ini adalah sesi.. teruskan. Baik, duduk-duduk.
[Dewan riuh]
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Diamlah Yang Berhormat Pasir Salak.
Two trains kiss each other, jangan lupa, Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya ada di sini lama, jangan tunjuk pandai. Masa bagi jawatan jadi Menteri, jadi itu jadi ini, apa buat? Ini Menteri Wilayah pun, what did you do? What did you do? Halamak!
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Menteri, saya hanya berminat hendak dengar punca kuasa NADMA.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
*I know all of you. I know your standard, your quality!
[Sistem pembesar suara dimatikan]*
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Tak, saya tak benarkan. Duduk, sila minta Ahli-ahli Yang Berhormat duduk. Yang Berhormat Pasir
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Salak, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Shah Alam, please sit down. Baik, okey.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Oleh sebab itu perlu ada satu punca kuasa. NADMA sudah...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Kita ucapkanlah takziah kepada bakal-bakal duta ke Indonesia.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Shut up! Shut up! You shut up! Yang Berhormat Shah Alam shut up!
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Pasir Salak, duduk. Saya tak benarkan.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Yang Berhormat Pasir Salak jangan panas-panas, nanti sakit jantung.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Point of order.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
[Bercakap tanpa menggunakan sistem pembesar suara]
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Menteri saya cadangkan, jangan cuba jawab 50 ucapan itu, jawab satu sahaja. Rumusan sahaja, apa tindakan NADMA.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Saya rasa Parlimen kena dengar mengapa Menteri kata NADMA tidak ada punca kuasa. Ini isu yang sangat penting, punca kuasa NADMA.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik Yang Berhormat Segambut.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Sudahlah Menteri, tidak payah jawab. Wrap up, jangan layan ini semua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pasir Salak jadi Speaker kah?...
[Dewan riuh]
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
...Kepentingan pengurusan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta semua Ahli Yang Berhormat duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
What’s wrong with Yang Berhormat Pasir Salak?
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
...Dinamik, tepat dan cepat bagi membantu dalam perancangan pelaksanaan operasi memberi bantuan pemulihan awal dan pembangunan semula. NADMA akan memperkasakan Pusat Kawalan Bencana Negara atau National Disaster Command Centre supaya seiring dengan perkembangan teknologi semasa. Antara perkara yang akan diberi fokus untuk memastikan data-data bencana daripada pelbagai agensi adalah seragam, terkini dan mempunyai ciri-ciri impact forecasting serta demand sensing bagi membantu di dalam membuat keputusan.
Jemaah Menteri pada 22 Disember, supaya meneliti semula NADMA untuk memperkukuh peranannya sebagai agensi peneraju di peringkat negara dan pada waktu yang sama, tindakan NADMA bersama Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Perkhidmatan Awam merupakan perkara yang diteliti, wujudnya NADMA di peringkat negeri dan juga di peringkat daerah.
Akhir sekali, saya mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, 44 orang semuanya. Saya mungkin tidak dapat jawab secara semua sekali. Saya akan jawab secara bertulis dalam masa lima hari. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Kewangan, 20 minit.
Menteri Kewangan - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan bagi Persidangan Khas Pengurusan Bencana Banjir kali ini.
Tidak kurang daripada 44 orang Ahli Yang Berhormat telah berbahas dan mengambil peluang menyatakan cadangan, teguran serta maklum balas masing-masing berhubung pengurusan bantuan banjir. Saya hargai semua pandangan Ahli Yang Berhormat. Sekarang saya akan menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan sepanjang tempoh perbahasan kali ini.
Yang Berhormat Port Dickson memberi pandangan dan bersetuju bahawa sebarang pengeluaran simpanan persaraan oleh pencarum yang terkesan dengan bencana banjir haruslah dielakkan. Yang Berhormat Port Dickson seterusnya menggesa supaya bantuan yang lebih diberikan kepada mangsa-mangsa banjir antara RM5,000 sehingga RM10 ribu. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Port Dickson.
Persoalan pengeluaran daripada simpanan KWSP tidak berbangkit seperti yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Pun begitu, dalam masa yang sama, kerajaan sedar bantuan tambahan diperlukan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir.
Oleh itu di bawah Pakej Bantuan Banjir Keluarga Malaysia, setiap mangsa banjir yang layak akan menerima bantuan sekurang-kurangnya menerima bantuan tunai langsung sehingga RM10 ribu. Malah, bagi yang dikenal pasti mendapat kemudahan pembinaan rumah baharu, nilai bantuan yang diterima adalah sehingga RM61 ribu.
Buat pertama kalinya, setiap ketua isi rumah atau KIR yang layak akan menerima bantuan pembelian peralatan elektrik dan barangan tunai keperluan asas seperti pembaikan kenderaan, contohnya. Di samping itu, Bantuan Wang Ihsan turut telah dinaikkan kadar serta diperluaskan skopnya. Bantuan tunai RM10 ribu itu merangkumi antaranya Bantuan Wang Ihsan sebanyak RM1,000, bantuan tunai barang keperluan asas sebanyak RM2,500, rebat pembelian peralatan elektrik bernilai RM500, bantuan pembaikan kenderaan RM1,000 dan juga pembaikan kecil rumah sehingga RM5,000.
Seperti yang dijelaskan juga, sekiranya kerosakan nilai rumah itu melebihi RM5,000, kerajaan akan melantik kontraktor dengan kadar sehingga RM15 ribu untuk baik pulih rumah dan sehingga RM56 ribu untuk bina baharu rumah kediaman...
[Tepuk] Selain bantuan tunai secara langsung, kerajaan juga menyediakan kemudahan pembiayaan kepada setiap KIR melalui BSN sehingga RM10 ribu pada kadar...
[Disampuk]
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Boleh saya bertanya sekejap?
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
...Faedah kosong peratus. Sekejap, satu lagi. Jadi, bagi kemudahan pinjaman BSN pula, sejak dilancarkan sehingga 19 Januari, sejumlah RM189 juta telah diluluskan, yang mana RM96 juta sudah pun diterima oleh 10 ribu isi rumah. Ya, Yang Berhormat Kota Raja.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Yang Berhormat Menteri Kewangan, pengumuman-pengumuman itu baik dan hari itu saya dengan Timbalan Menteri dari Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid, Yang Berhormat Kuala Kangsar. Kita beri bantuan bersekali.
Saya beri bantuan pihak negeri Selangor dan Yang Berhormat Kuala Kangsar beri bantuan bagi pihak kerajaan Federal. Itu cukup baik. Sekarang ini masalah dia, Menteri
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Kewangan kena pantau. Misalnya ada kawasan, ada yang dapat RM1,000 dari negeri, di Sungai Kandis, ada yang tidak dapat daripada Federal. Ada yang dapat RM4,500. Saya memang dalam hal banjir, dalam hal malapetaka, kita jangan main politik langsung. Tidak kira apa-apa parti, tidak kira apa-apa kaum, supaya kita selaraskan bantuan ini. Kalau hari itu kerjasama Federal dan negeri ini perlu dipererat dalam menyerahkan bantuan. Jadi, kita harap Menteri Kewangan mengambil perhatian khas dalam hal ini sebab kepincangan ini kalau tidak dikawal akan berlaku.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Kita akan pantau dan juga kita ambil maklum dan akan ambil tindakan yang sewajarnya. Selanjutnya Yang Berhormat Bagan dan juga Yang Berhormat Pasir Salak mencadangkan pemberian bantuan RM1,000 ini kepada mangsa banjir perlu disalurkan setiap kali berlakunya bencana banjir.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagai penambahbaikan, kita bersetuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bagan dan juga Yang Berhormat Pasir Salak. Jadi Bantuan Wang Ihsan (BWI) ini merupakan sumbangan tunai yang sememangnya kerajaan akan salurkan setiap kali berlaku bencana banjir.
Bagi tahun 2021, ingin saya tekankan sekali lagi, kerajaan telah melaksanakan beberapa penambahbaikan RM500 kepada RM1,000. Menyalurkan kepada semua PKIR yang terkesan termasuk mereka yang tidak berpindah dahulu. Hanya mereka yang pindah sahaja. Sekarang yang tidak pindah pun akan dapat. Kadar BWI untuk kematian juga kita tingkatkan daripada RM5,000 kepada RM10 ribu dan juga mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir boleh menuntut BWI setiap kali bencana menimpa. Dahulu hanya sekali sahaja boleh menuntut. Silakan Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mendapati bahawa bantuan yang diberikan amat dialu-alukan. Hanya daripada segi pengurusannya. Ada yang ikut nombor IC dan bukan mengikut alamat rumah. Ini menimbulkan masalah kerana kadangkala berdasarkan kepada nombor IC itu, orang yang di dalam satu buah rumah yang sama mendapat dua kali.
Lalu saya hendak cadangkan supaya pengurusan pemberian sumbangan ini diuruskan dengan lebih baik dan menentukan bahawa ia berdasarkan kepada alamat rumah dengan pengesahanlah bahawa kawasan itu dan rumah-rumah itu memang berlakunya banjir dan bukan berpandukan semata-mata atas IC.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Memang saya akui memang ada juga yang dapat dua kali tetapi sepatutnya seperti yang disebut tadi, KIR patut dapat satu kali sahaja. Kita akan pantau lebih mengenai perkara ini.
Yang Berhormat Port Dickson dan Yang Berhormat Bagan telah membangkitkan sebab-sebab bantuan banjir tidak disalurkan terus kepada kerajaan negeri. Seperti yang semua Ahli Yang Berhormat sedia maklum, pengurusan bencana merupakan tanggungjawab bersama Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri. Ini jelas dinyatakan di bawah Jadual Kesembilan, Senarai Pertama Perlembagaan Persekutuan bahawa pertahanan yang turut merangkumi isu bencana adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.
Namun dalam jadual yang sama tetapi di Senarai Kedua pula menyatakan tanggungjawab mengenai guna tanah kerajaan tempatan serta pengurusan sungai dan saliran adalah di bawah kerajaan negeri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Yang Berhormat Shah Alam balik, ya?
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, Kerajaan Persekutuan sentiasa bersedia untuk menerima permohonan daripada kerajaan negeri berhubung infrastruktur yang rosak akibat banjir serta keperluan pemulihan pasca banjir.
Keperluan pembaikan akan diselaraskan melalui KKR untuk membaik pulih jalan dan cerun, KPKT dan KPLB pula untuk pembaikan rumah serta KASA untuk projek tebatan banjir. Seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, peruntukan RM50 juta disediakan khusus untuk projek pembaikan di Selangor dan juga RM50 juta di Pahang. Di samping itu, saya juga mengesahkan kepada Yang Berhormat Kota Belud bahawa peruntukan RM90 juta untuk pembaikan infrastruktur Sabah seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merupakan peruntukan baharu untuk negeri Sabah.
Dalam isu yang sama, untuk makluman Yang Berhormat Sabak Bernam, sebagai langkah kesiapsiagaan bagi menghadapi Monsun Timur Laut 2021-2022, Kerajaan Persekutuan pada 13 September telah memutuskan penyaluran peruntukan dibuat kepada agensi dan juga kerajaan negeri. Sehingga 17 Disember, sejumlah RM9.5 juta telah disalurkan oleh NADMA. Silakan Yang Berhormat...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Sedikit sahaja.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Silakan Yang Berhormat.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya minta semak kembali Yang Berhormat iaitu bantuan yang diumumkan tadi itu, yang disebutkan tadi itu merupakan bantuan pada waktu dua minggu yang lalu. Akan tetapi saya ingat sepanjang yang saya semak, kes banjir kepala air di Yan, di Kawasan Parlimen Jerai macam tidak sama dia punya bantuan.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jadi saya harap, kalau boleh, supaya diberikan juga kepada mereka seperti mana yang diberikan kepada mangsa-mangsa banjir yang terbaru ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Jerai setuju.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Sikit, Yang Berhormat Menteri. Sikit.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Menteri.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Saya hendak menyentuh tentang bantuan yang disebutkan sebentar tadi. Bantuan banjir ini setiap kali banjir, bantuan ini akan diberi.
Apakah spesifikasi banjir yang dimaksudkan? Adakah satu kaki, dua kaki air di rumah ini― macam mana? Ataupun banjir yang di sekitar di keliling rumah? Ini pun tuntutan ini akan dibuat. Jadi, beri penjelasan cara macam mana yang dimaksudkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila, Yang Berhormat Bagan ya.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih.
Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji - Raub
Yang Berhormat Menteri, Raub boleh?
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Yang Berhormat Segambut. Yang Berhormat Segambut dulu.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Yang Berhormat Segambut dulu ya.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Menteri, saya hendak bangkitkan mengenai penyampaian wang ini. Di Kuala Lumpur, ia disampaikan bukan oleh PBT. Jadi, saya cadangkan kalau boleh wang ini diberikan kepada DBKL dan DBKL bagi kepada setiap rumah. Kerana sekarang melalui lantikan politik majlis perwakilan penduduk. Bila mereka
Puan Hannah Yeoh - Segambut
bagi duit itu di padang, ada banner MCA. Padahal duit itu duit pembayar cukai, bukan duit MCA. Tolong betulkan.
Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji - Raub
Yang Berhormat Menteri, Raub.
Boleh? Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana pada Januari 2021 ada datang Parlimen Raub.
Akan tetapi, saya ingin bangkitkan di sini ada beberapa yang tidak diselaraskan.
Maksudnya kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat apabila buat perjanjian ataupun bagi harapan kepada mangsa-mangsa banjir, tidak ada satu dokumen yang bertulis. Hanya mulut sahaja. Bila kita tanya, “Mengapa tidak siap rumah ini?” “Oh, ini tok empat.” “Kenapa tidak siap ini?” “Ini tok penghulu.” Akan tetapi, tidak ada satu pun yang hitam putih ya. Di mana kami walaupun Ahli Parlimen ataupun ADUN pembangkang kawasan mana-mana pun, kami boleh follow-up. Jadi, saya harap selepas ini Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri ada satu persefahaman. Bagi surat kepada mangsa ini supaya kami boleh follow-up.
Untuk pengetahuan semua, di Parlimen Raub, sampai sekarang ya― hendak cerita ini. Sampai sekarang banjir yang kedua, rumah baru dibaiki. Dah banjir kedua.
Janji pada banjir pertama Januari 2021, baru buat sekarang. Itu masalah birokrasi.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Raub.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih. Saya ingin rujuk hanya kepada itu bantuan untuk memperbaiki rumah sebanyak RM15,000 dan juga rumah baharu sebanyak RM56,000. Masalahnya ialah kena lantik kontraktor. Kalau kita lihat, ini ialah rumah di kawasan bandar. RM15,000 untuk memperbaiki rumah tidak cukup. Bukankah lebih mudah kalau kita berikan wang tunai dan bukanlah melantik kontraktor? Ini yang pertama.
Kedua, tentang kos pembinaan rumah. Sekiranya ia juga tidak mencukupi, bolehkah ia juga diberikan secara wang tunai sebanyak RM56,000?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Sila.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Boleh saya jawab dulu Yang Berhormat Pokok Sena tadi? Ini sebenarnya adalah penambahbaikanlah apa yang kita buat, berbanding yang sebelum ini, kepada mangsa banjir yang kita umumkan untuk Monsun Timur Laut 2021/2022 memandangkan tahap banjir yang jauh lebih teruklah berbanding dengan sebelum ini. Jadi, manfaat ini tidak boleh kita backdated, dengan izin, tetapi going forward, kita akan gunakan kadar baru inilah.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Akan tetapi, bagi saya, banjir kepala air itu teruk. Teruk sama sepertimana yang berlaku di Selangor, di Lembah Klang ini.
Semua orang tahu banjir kepala air pada hari pertama Yang Berhormat Bera menjadi Perdana Menteri. Jadi, saya fikir seharusnya dipertimbangkan untuk kepentingan penduduk di kawasan yang terlibat.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Okey, Yang Berhormat Pokok Sena, kita akan pertimbangkan.
Mengenai soalan yang ditujukan daripada Yang Berhormat Segambut tadi, kita akan berbincang dengan Yang Berhormat Menteri Wilayah yang ada di sini bagaimana kita hendak selaraskan semula ataupun perbaiki apa yang telah dibuat sekarang bersama dengan DBKL, yang dicadangkan, dengan juga bersama NADMA. Ini kerana duit itu disalurkan kepada NADMA dan NADMA berhubung dengan setiap PKOB dan juga kerajaan negeri dan PBT dan sebagainya.
Yang Berhormat Bagan, sebenarnya lebih RM5,000 memang kita menggunakan― kalau di bandar, kita menggunakan KPKT, di kawasan luar bandar, KPLB. JKR pun ada juga involvement atau penglibatan JKR. Kerisauan kita ialah
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
bagaimana kita hendak, dengan izin, to check whether it is true apa yang telah dibelanjakan. Itu sebenarnya check and balance yang perlu kita lakukan kerana jumlah itu agak besar kalau lebih daripada RM5,000. Itulah sebabnya dari segi pemantauan itu kita rasa lebih efektif kalau kita gunakan kementerian-kementerian yang sedia ada. Di bandar, contohnya, KPKT melalui PBT akan memantau dari segi berapakah kos pembaikan rumah-rumah yang diperlukan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Kalau wang tunai, lebih cepat sikit. Kontraktor, dia lambat. So, terus beri wang tunai. Harap boleh dipertimbangkan.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Okey, terima kasih, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Jempol tadi.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Yang Berhormat Jempol...
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Jempol fasal banjir.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Yang Berhormat Jempol tadi soalan apa? Sorry.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Soalan saya tadi spesifikasi banjir ini. Setiap kali banjir, tabung ataupun kewangan akan dibantu. Wang ihsan.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Oh ya.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Jadi, apakah dia punya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Kriteria.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Okey, ini definisi kalau satu kaki, dua kaki atau tiga kaki tadi, bukan? Kita di sini di Kementerian Kewangan, kita dari segi peruntukan, kita telah memberikan kepada NADMA. NADMA yang akan membuat keputusan sama ada sesuatu bencana itu akan mendapat bantuan wang ihsanlah. Kita akan rely, dengan izin, list daripada NADMA. Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Ini saya ada jumpa dengan penghuni- penghuni di Taman Sri Muda semalam. Lebih kurang 10 orang katakan tidak ada apa- apa bantuan yang dijanjikan telah diberi kepada mereka. Itu nombor satu.
Nombor dua adalah adakah benar bahawa jika ada mana-mana penyewa di sana, mereka tidak layak untuk mendapat bantuan daripada kementerian?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih. Yang Berhormat Ipoh Barat, boleh tidak kongsi dengan saya list itu nanti siapa yang tidak dapat?
Kerana dalam list kita, yang mana 98 peratus telah dapat yang di PPS lah. Mungkin kerana ramai di Taman Sri Muda ini dia tidak pindah, jadi kita akan check. Kalau boleh bagi saya list itu, saya akan usul, crosscheck dengan NADMA.
Mengenai penyewa itu, betul. Dia cuma boleh minta satu sahaja. Jadi, dia kena coordinate bersama penyewa dengan the owner, dengan izin. Ini kerana kita bagi KIR untuk satu rumah. Kadang-kadang dua-dua minta. Penyewa minta dan juga the owner minta. Jadi, kita buat keputusan kita boleh beri kepada satu sahaja. Ini untuk pembaikan rumahlah.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Kalau hendak tolong orang miskin itu, we don’t look at dia penyewa ataupun pemilik, bukan? Kita patut memberi pertolongan kepada mereka.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
So, sekarang kerana telah banyak isu ini telah dibangkitkan terutamanya di kawasan-kawasan yang lebih terkesan, kita akan berbincang dengan pihak NADMA dan jawatankuasa khas yang
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
dipengerusikan oleh KSN untuk memberi lebih adillah. Because, memang betul, setengah itu tidak dapat masuk rumah. Jadi dia kena bayar sewa di luar sementara renovation atau apa-apa yang perlu dibuat. Di sini pun kita sedang berbincang bagaimana kita hendak menolong mereka yang terpaksa menyewa rumah sementara rumah diperbaiki. Akan tetapi, maaf, saya tidak ada the details yet. Kita masih lagi dalam perbincangan.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Sikit, Yang Berhormat Menteri. Sikit. Jempol, Jempol. Saya ucapkan terima kasihlah kerana bantuan ini cukup tepat.
Cuma, ada sedikit rumah kediaman rumah kedai tidak diberi. Maknanya peraturan 20 itu, pegawai daerah (DO) akan mengesahkan segala nama tersebut tetapi pegawai daerah enggan untuk tandatangan permohonan lebih kurang 30 buah rumah kedai yang digenangi air. Tidak bayar. Jadi, adakah ia bermaksud rumah kedai itu rumah kediaman?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Jempol.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Untuk PKS mikro, memang kita beri bantuan dari segi bantuan tunai kepada mereka sampai RM5,000 juga kepada setengah mereka yang terkesan terutamanya daripada BSN sebanyak RM10,000 dan daripada TEKUN juga.
Akan tetapi, apa yang diminta sekarang oleh PKS mikro dan juga PKS yang kecil ini ialah mereka minta geran daripada kerajaan. Kerana sebelum ini ada peruntukan SME Corp untuk membantu mereka yang terjejas akibat banjir. Jadi, di sini kita di Kementerian Kewangan telah meminta list nama-nama syarikat yang telah terkesan daripada SME Corp. Sekarang SME Corp tengah collect the data supaya kita dapat melihat apakah bantuan yang kita boleh beri daripada segi geran kepada mereka yang betul-betul terkesan terutamanya PKS yang kecil dan mikro.
Silakan, Yang Berhormat Puchong.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri hanya ada lebih— saya minta laluan memberi pandangan sedikit. Yang Berhormat Menteri, kita sebut berkenaan dengan dua perkara. Pertama, di mana kita boleh hulurkan bantuan kepada mereka yang terkesan melalui banjir ini.
Akan tetapi selain daripada itu, kita juga ada masalah dari sudut lain di mana seperti mana yang saya sebut dalam ucapan saya Yang Berhormat Menteri, banyak projek perlu dilaksanakan untuk kita boleh mengelakkan masalah banjir ini daripada berlaku dan di situ kita lihat kemungkinan besar kos yang akan berkaitan itu tinggi. Jadi, saya minta kalau boleh— dua perkara, satu, adakah kementerian ada satu mekanisme bagaimana kita dapat lihat dan pastikan bahawa semua projek yang diluluskan buat tujuan ini disalurkan dana dan diselesaikan.
Juga dalam masa yang akan datang untuk projek-projek sedemikian rupa, bolehkah kita ada satu mekanisme yang berasingan untuk pastikan bahawa untuk bencana ini kita dapat teruskan dengan projek-projek supaya ia tidak berlaku dalam masa akan datang. Kalau pun berlaku, kerosakan tidak sehingga tahap yang mana kita lihat ini Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Menteri jawab dan rumuskan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Okey. Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Saya setuju dengan pandangan ini supaya kita laksanakan the longer term plan. Mengurangkan kesan kerosakan akibat banjir pada masa hadapan.
Umumnya kalau kita lihat daripada segi tahap kerosakan akibat bencana seperti yang diunjurkan oleh DOSM. Unjuran kerosakan adalah lebih kurang RM6 bilion, tetapi terdapat unjuran sampai RM20 bilion. Namun, anggaran awal kerosakan banjir DOSM
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
lebih kurang RM6 bilion. Selain itu industri insurans juga telah membuat anggaran.
Anggaran mereka lebih kurang RM2 bilion hingga RM3 bilion iaitu termasuk kerosakan rumah kediaman, kenderaan dan premis perniagaan. Hakikatnya kita kena komited memenuhi keperluan menangani dan meminimumkan kesan bencana banjir.
Antaranya, kementerian yang berkaitan telah diarahkan untuk menyesuaikan peruntukan bagi tahun 2022 bagi mengutamakan kerja-kerja pembaikan kerosakan banjir.
Sebagai contoh, KPKT dengan KPLB telah memulakan kerja-kerja membaiki dan membina semula rumah yang rosak dengan menggunakan terlebih dahulu sehingga RM100 juta peruntukan sedia ada dahulu di kementerian.
Pada masa yang sama Kementerian Kewangan juga turut menyediakan peruntukan tambahan serta kelonggaran tatacara perolehan mengikut keperluan. Setakat ini kita telah mengagihkan sebanyak RM300 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) ini untuk memenuhi segala operasi banjir.
Di samping itu, Kementerian Kewangan juga telah meluluskan perolehan secara darurat. Ini Yang Berhormat Bagan tahulah, AP55 bagi kementerian yang berkenaan.
Antaranya kelulusan tambahan kita, kalau melebih RM10 juta, contohnya KPKT perlukan untuk pembersihan. Akan tetapi ini semua short-term-lah. Apa yang ditanya tadi apakah the longer term.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Salah satu bolehkah kita lanjutkan itu pengecualian faedah dan juga moratorium pinjaman bank, sekurang-kurangnya selama enam bulan. Bila ia akan tamat, bulan ini atau bulan hadapan. Ini kerana sungguhpun banjir hanya di Selangor dan juga di Pahang, tetapi Selangor amat penting daripada segi ekonomi. Ia telah putuskan rantaian bekalan dan kesannya amat besar. So, saya rasa semua perniagaan terjejas. Bolehkah kelonggaran diberikan, lanjutkan moratorium pinjaman bank dan juga pengecualian faedah. Terima kasih.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Yang Berhormat Bagan. So, saya jawab Yang Berhormat Puchong dahulu. Jadi dari long-term plan itu selepas Yang Berhormat KASA akan memberi briefing. Di sini Kementerian Kewangan juga telah memberi input peruntukan yang diperlukan. Ini kerana kita dapat lihat kos untuk membiayai kos ganti rugi ini pun sudah berapa bilion. We have to look at the longer term supaya every year instead of masukan duit untuk ganti rugi, kita patut membina balik semula dari segi long-term planning kita lah.
Yang Berhormat Bagan ini topik Yang Berhormat Bagan selalu bangkitkan.
Sebenarnya betul, akhir bulan Januari ini habis yang biasa punyalah. Akan tetapi untuk banjir ada enam bulan lagi dan juga mutakhir bayar moratorium untuk enam bulan. Cuma cadangan Yang Berhormat ialah untuk kita lanjutkan program yang kita umumkan sebelum ini yang akan berakhir akhir bulan Januari. Di sini saya akan bangkitkan ini dengan bank-bank dan saya akan reveal baliklah terutamanya bagi mereka yang terkesan kerana banjir.
Terima kasih Yang Berhormat semua kerana soalan-soalan yang ditujukan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan orang yang meninggal dunia, mangsa yang meninggal dunia.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Oh! Yang RM500,000 you kata itu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Akan tetapi tidak ada sebarang cadangan dalam pembentangan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Bagaimana dengan permintaan. Tidak ada sebarang pengumuman tentang pemberian pampasan kepada 55 orang ahli keluarga ini.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Pampasan yang diberi yang kita sudah umumkan yang kita naikkan sebanyak RM5,000 hingga RM10,000 itulah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Akan tetapi, kalau sudah meninggal dunia seramai 55 orang, I mean RM5,000.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
RM10,000.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
RM10,000 memang tidak memadai.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Okey, terima kasih Yang Berhormat Jelutong, saya akan bincang dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Terima kasih, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kewangan dan seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar dan Air, 20 minit.
Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang semua. Pertama sekali saya ingin merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada 44 orang pembahas yang telah pun memberi cadangan-cadangan dan pihak kementerian mengambil maklum terhadap cadangan-cadangan yang baik yang dikemukakan untuk kita terus melaksanakan pelan tindakan bagi jangka masa pendek dan jangka masa panjang.
Dalam pembentangan pada waktu pagi tadi saya telah membentangkan beberapa perancangan di peringkat kementerian yang melibatkan hala tuju jangka pendek yang melibatkan hampir RM500 juta peruntukan, manakala jangka panjang melibatkan lebih RM300 bilion yang akan kita selesaikan dalam tempoh Rancangan Malaysia 50 tahun akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, saya dengan masa yang ada saya yakin saya tidak akan mampu menjawab semua, tetapi saya akan cuba semaksimum mungkin untuk menjelaskan jawapan tersebut. Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Muar dan Yang Berhormat Penampang membangkitkan isu EIA terutama isu EIA melibatkan pembalakan.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) memperincikan apa-apa projek yang tertakluk kepada keperluan penyediaan laporan EIA menerusi Perintah EIA 2015 di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Jabatan Alam Sekitar menilai Laporan EIA dan mengeluarkan kelulusan Laporan EIA sekiranya semua impak pencemaran dikenal pasti serta langkah-langkah kawalan dan mitigasi telah pun mencukupi.
Kelulusan EIA dibuat melalui Jawatankuasa Penilaian Teknikal EIA yang terdiri daripada pelbagai agensi di peringkat Persekutuan dan negeri serta pakar-pakar alam sekitar. Perlu dijelaskan bahawa Jabatan Alam Sekitar (JAS) tidak meluluskan projek pembalakan. Daripada segi kelulusan projek, perkara ini perlu merujuk kepada pihak berkuasa yang melulus yang berkaitan di bawah peringkat negeri. Semua Laporan EIA, Jadual Kedua yang akan dinilai dan diluluskan boleh di akses melalui laman web JAS dan tempat-tempat tertentu untuk pameran awam. Manakala bagi Jadual Satu, laporan tersebut boleh di akses dengan merujuk kepada Jabatan Alam Sekitar negeri yang berkenaan.
Berhubung dengan aktiviti pembalakan di kawasan Telemung yang melibatkan EIA. Suka saya jelaskan bahawa, pihak kementerian menerima sebanyak dua permohonan tentang EIA kawasan tersebut, tetapi tidak melibatkan kawasan pembalakan.
Kelulusan EIA melalui jawatankuasa yang terdiri daripada pelbagai agensi peringkat Persekutuan dan negeri serta pakar-pakar di mana kelulusan tersebut melibatkan dua projek. Pertama, di kawasan Hutan Simpan Kekal Lintang iaitu projek pembinaan transmission line oleh Tenaga Nasional Berhad diluluskan pada 12 Oktober 2017. Kedua, pembangunan pusat komersial dan perumahan seluas 1.65 ekar di Mukim Bentong,
Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Pahang yang telah diluluskan pada 27 Ogos 2020. Itu sahaja kelulusan yang ada di kawasan yang dibangkitkan, selain daripada itu kita tidak menerima sebarang permohonan untuk EIA.
Suka saya jelaskan bahawa bukan semua projek perlu kelulusan EIA. Kawasan- kawasan yang bukan sensitif alam sekitar, kawasan-kawasan lebih kurang daripada 50 hektar dan kawasan-kawasan yang tidak digazetkan oleh kerajaan negeri dan dalam MET Malaysia, dia tidak termasuk dalam syarat-syarat EIA.
Saya juga maklumkan bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Port Dickson tentang cadangan untuk membina...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Penjelasan. Saya bangkitkan mengenai Kampung Telemung ini di mana satu di antara sebab ramai orang mati pada hari itu adalah kerana pembalakan yang terlampau yang terus datang dengan sungai itu dan semalam bila saya pergi pun saya nampak ratusan balak di sana.
Semua sekarang ditulis nombor untuk dijual. Saya difahamkan lebih kurang 5,000 tan balak yang telah di-harvested di sana dan banyaknya adalah tanpa kebenaran.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Adakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya? Apakah pendirian kementerian supaya perkara macam ini tidak berlaku? Adakah pembalakan di sana akan diberhentikan?
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Terima kasih. Saya jelaskan bahawa kelulusan pembalakan bukan di bawah bidang kuasa kementerian dan ini di bawah hak kerajaan negeri. Saya fikir perkara ini pernah dirujuk kepada pihak yang berkenaan. Untuk makluman...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Saya tahu, Yang Berhormat. Kerajaan yang sama, kerajaan yang sama, Federal and state.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Oleh sebab itu saya tidak boleh jawab bagi pihak kerajaan. Saya tidak boleh jawab bagi pihak...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Itu macam mengelak perkara inilah kan.
Saya di sini senang sahaja. Yang Berhormat boleh jawab ada apa-apa tindakan ataupun pendirian diberi atau advice bagi sama mereka. Tidak tahu?
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Saya tegaskan bahawa bidang kuasa kelulusan bukan terletak di bawah bidang kuasa kementerian kita.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Kita tahu Yang Berhormat, kita tahu. Tidak perlu Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Dan, dan saya hendak jelaskan bahawa saya tidak boleh menjawab bagi pihak orang lain.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Itulah sebab bila kita...
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Kita harus faham bahawa walaupun saya setuju secara peribadi...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Bukan, bila kita bangkitkan perkara macam ini, Yang Berhormat patut tanya kepada kerajaan negeri dan boleh jawab. Itulah tugas seorang Menteri bukan mari kata, kita tahu.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Terima kasih lah, terima kasih. Saya ingat kita kena faham bidang kuasa masing-masinglah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Teruskan.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Soal yang dicadangkan untuk membina simpanan air bagi kegunaan semasa kemarau yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Port Dickson, walaupun tidak ada di sini, saya hendak sebut bahawa cadangan ini telah pun mempunyai dasar semasa kerajaan untuk memperbanyakkan pembinaan Takungan
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Air Pinggiran Sungai (TAPS) bagi tujuan membekalkan sumber air yang mencukupi semasa musim kemarau. Sebagai contoh, TAPS Sungai Labu dan TAPS Mengkuang telah siap dibina dan mampu menyimpan air masing-masing sebanyak 9 juta meter padu dan 74 juta padu.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Tuan Yang di-Pertua, pertanyaan.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Selain daripada itu, beberapa lagi cadangan TAPS akan dilaksanakan seperti TAPS Johor, TAPS Jernih dan TAPS Tasik Biru di Melaka...
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
...TAPS Rasau di Selangor dan juga beberapa perancangan lain.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Yang Berhormat Menteri, pertanyaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila, Yang Berhormat Kota Raja.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Tadi dalam ucapan Yang Berhormat Menteri ada sebut iaitu Kedutaan Belanda menghubungi. Apakah pihak kementerian ada perkara yang serius untuk berhubung dengan Kerajaan Belanda? Terutama Belanda ini ialah negeri yang bandarnya kebanyakannya di bawah paras laut, supaya kita panggil mereka datang atau kita pergi mengkaji teknologi dan Menteri Kewangan pun ada. Kita buat satu projek jangka panjang untuk mengatasi, terutama kawasan yang di bawah paras laut seperti di Sri Muda. Kajian serius bersama Belanda. Kalau ini hendak dibuat, kita boleh terima sebab ia ialah satu usaha yang baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Terima kasih. Saya hendak maklumkan sebagaimana pagi tadi bahawa kita telah menerima kunjungan daripada Duta Belanda untuk mengadakan perbincangan. Walau bagaimanapun, suka saya maklumkan bahawa Belanda telah meletakkan sasaran ARI seribu tahun. Seribu tahun ARI dan kita meletakkan sasaran untuk 200 tahun.
Sekarang ini 100 tahun, kita naik sekali ganda lagi. Itu pun menelan belanja hampir RM400 bilion. Kita harus ingat bahawa walau bagaimanapun pengalaman Belanda itu saya fikir boleh ada perkara yang kita boleh berkongsi sebagaimana dibangkitkan tadi, kawasan-kawasan yang rendah yang mungkin kita boleh tengok dan perbincangan akan diteruskan dengan pihak Kedutaan Belanda. Terima kasih.
Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Sik dan Yang Berhormat Pengerang membangkitkan isu amaran dan siren sewaktu berlakunya banjir. Dalam pembentangan pagi tadi saya telah jelaskan bahawa KASA akan naik taraf 516 buah siren di stesen hidrologi JPS yang sedia ada dengan penambahbaikan kepada sistem siren tersebut, khususnya untuk mengelak kekeliruan. Terutama bila siren itu sebahagiannya pada waktu berlakunya insiden banjir yang serius dan keadaan kecamuk. Kadang-kadang semua benda berbunyi, kenderaan juga berbunyi, sistem bank juga berbunyi dan sebagainya yang menyebabkan fokus kepada apa sebenarnya siren kita perlu ditingkatkan. Satu, daripada segi modenya dan kedua, daripada segi kadar.
Ini telah pun saya jelaskan bahawa kita akan belanja bagi menaik taraf ini sebanyak 516 buah siren sebanyak RM121.3 juta dengan peruntukan yang telah saya nyatakan tadi. Program Ramalan Awal Banjir Selangor yang melibatkan Lembangan Sungai Bernam, Sungai Selangor, Sungai Klang, Sungai Buloh dan Sungai Langat untuk Fasa 2 dalam perancangan dan dijangka siap pada tahun 2024, manakala Fasa 1 telah pun siap kita laksanakan.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
[Bangun]
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
JPS mempunyai siren amaran banjir ditempatkan di kawasan berisiko banjir. Namun, pelaksanaan drill banjir memerlukan
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
kerjasama dengan pelbagai agensi, termasuklah pasukan penyelamat, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan. Untuk makluman Dewan yang mulia...
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Yang Berhormat Menteri, boleh saya tanya tentang sistem amaran awal itu?
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Baik.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
You see, I think sistem siren ini sudah macam sistem lama. Sekarang dalam zaman sekarang kita perlu alihkan kepada radio, TV, SMS blasting secara tersasar dan sebagainya. Akan tetapi di sini saya hendak kaitkan dengan tanggungjawab dan tugasan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia). Di sini saya nampak, hujan lebat sudah mula hari Khamis, 16 Disember tetapi tidak berterusan. Jumaat sudah berterusan dan kebanyakan banjir berlaku hari Sabtu tetapi warning atau amaran yang diberikan hanya pada Jumaat, tidak ada amaran langsung berdasarkan maklumat dari dalam konteks Selangor, saya tidak sebut tentang negeri lain.
Pada 18 Disember, ini yang sangat pelik. Sampai 12 tengah hari, MET Malaysia keluarkan amaran hujan berterusan- waspada sahaja. Kita ada tiga tahap- waspada, buruk dan akhirnya, bahaya. Apa yang pelik sekarang untuk 18 Disember, hari Sabtu, dua jam selepas itu terus ia dilompatkan kepada tahap bahaya, amaran hujan berterusan
(bahaya). Jadi, inilah menunjukkan MET Malaysia memang macam gagal dalam hal ini.
Banjir berlainan kita boleh ramalkan dalam sains dan teknologi sekarang, banyak negara mengamalkan dua tiga hari depan bahawa jumlah hujan akan turun. Dengan JPS kita memantau tahap di sungai dengan rapi dan kita tahu bahaya akan turun mungkin dalam 12 jam atau satu hari. Kalau kita dapat bagi amaran itu kepada penduduk dan mereka boleh jimat dan selamatkan harta mereka. Mereka boleh alih kereta mereka, mereka boleh keluarkan barang mahal dari rumah. Apa yang penting sekali, kita selamatkan nyawa. Oleh sebab warga emas, kanak-kanak, bayi, semua boleh diselamatkan.
Jadi, di sini saya hendak cadangkan, saya akan habis, kepada Yang Berhormat Menteri. Kita kena kaji apakah perlu oleh Jabatan MET Malaysia? Bagi peruntukan lebih besar, teknologi lebih canggih. Kita perlu tumpu untuk masa depan pada sistem amaran awal yang meramalkan apa yang akan berlaku bila hujan lebat dan bersama dengan JPS memantau tahap sungai. Boleh saya dapat pandangan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Okey, terima kasih.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri, soalan susulan, sama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Daripada maklumat sedia ada Yang Berhormat Menteri, KASA telah mengetahui bahawa kemungkinan besar satu gelombang hujan yang besar akan datang menerusi Pahang ke Selangor dan sebagainya pada Disember 12. Akan tetapi amaran awal ataupun early warning tidak diberikan sehingga 18 Disember iaitu selepas banjir berlaku.
So, ini menunjukkan bahawa enam hari telah lalu dan KASA tidak membuat apa- apa persediaan untuk memberi amaran kepada orang ramai bahawa satu banjir besar- besaran dan juga taburan hujan yang begitu besar akan berlaku, 700 mm. Soalan di sini ialah, adakah kerajaan di sini pihak KASA ini negligent dan tidak bertanggungjawab? Itu soalnya.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Okey, okey. Terima kasih.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Oleh sebab KASA sudah tahu, pada 12 Disember sudah tahu.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Okey, saya hendak jelaskan bahawa MET Malaysia telah pun mengeluarkan amaran hujan berterusan bermula 11 Disember 2021.
Ini melibatkan beberapa buah negeri, termasuk negeri Pantai Timur dan dikemas kini pada 11 hingga 19 Disember 2021.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Untuk makluman, pada 17 Disember pada pukul 3.45 petang, amaran hujan berterusan dikemas kini dengan tambahan kawasan berpotensi terkesan di Selangor.
Apabila intensity sistem cuaca tersebut kembali menguatkan, MET Malaysia telah menaik taraf amaran hujan berterusan di peringkat waspada kepada amaran hujan lebat berterusan di peringkat bahaya pada 17 Disember 2021, 3.45 petang.
Sehubungan dengan itu, kita naik taraf naik kod kuning ke kod merah bagi negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 2 petang. Oleh sebab itu, saya hendak nafikan bahawa tidak ada amaran awal. Walaupun saya bersetuju dengan pandangan bahawa kita perlu menaik taraf menyebarluaskan maklumat dan sebagainya.
Saya akui bahawa ada perkara yang mungkin kita boleh tambah baik kepada sistem kita yang ada.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Point saya Yang Berhormat Menteri ialah macam kita setuju, 2 petang hari Sabtu, 18 Disember ialah tarikh di mana amaran bahaya dikeluarkan tetapi banjir sudah berlaku. Di kawasan saya Kampung Kubu Gajah, Kampung Sungai Pelong, Merbau semua banjir sudah berlaku. Itu sangat lewat.
Sepatutnya MET Malaysia mesti ada kemahiran untuk meramalkan. Kita kena bagi amaran awal, maksudnya sebelum banjir berlaku dan bukan apabila banjir berlaku.
Terima kasih.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Penafian pun tidak masuk akal Yang Berhormat Menteri, sebab amaran awal bermaksud as soon as the ministry knows, you should already inform and get the people prepared, sediakan orang ramai. Akan tetapi, mengambil lima hari. Kalau 17 Disember pun, lima hari.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Ya, amaran itu ada dua tahap. Satu amaran kuning, satu lagi amaran tahap merah. Untuk makluman, MET Malaysia kita bersama kolaborasi dengan beberapa agensi termasuklah Joint Typhoon Warning Centre di Hawaii, di mana sistem cuaca tekanan rendah mencapai tahap lekukan tropika pada 2 pagi 17 Disember 2021. Susulan itu, MET Malaysia telah pun naik taraf amaran hujan lebat berterusan di peringkat buruk kepada bahaya. Dengan erti kata lain, kalau 17 Disember kita beri keluar amaran, sebenarnya kita boleh bersedia. Oleh sebab itu berlaku pada 18 Disember dan sebelum itu amaran tahap kuning telah dikeluarkan lebih awal daripada itu. Akan tetapi, walau bagaimanapun saya akui bahawa inilah maklumat data yang ada dan 16 kali amaran telah dikeluarkan supaya masing-masing berwaspada dengan kemungkinan berlakunya hujan lebat yang berterusan.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
[Bangun]
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Saya ada masa tiga minit, kalau boleh ringkaskan.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya Yang Berhormat Puchong.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, yang kita terima maklumat dalam satu mesyuarat, amaran awal itu tidak termasuk Selangor, hanya amaran kedua termasuk Selangor. Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh semak perkara itu. Soalan yang saya hendak tanya dalam tiga minit yang ada lagi, Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan projek penaiktarafan di kawasan Sri Serdang, masalah banjir saya bangkitkan dalam ucapan saya. Kita lihat bahawa wang sejumlah RM300 juta diketepikan, tetapi tidak ada sebarang tindakan yang diambil sehingga sekarang. Saya dimaklumkan ada masalah dengan UPM di mana di situlah perlu mereka ini meletakkan kolam takungan. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri kerana perkara ini merupakan cukup besar di kawasan saya.
Saya minta bantuan. Apakah sebenarnya masalah dia dan bolehkah kerajaan cuba untuk kita mempercepatkan proses ini kerana kita tahu dalam masa beberapa bulan yang akan datang ini, mungkin akan berlaku lagi masalah banjir sekali lagi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Terima kasih, perkara ini saya akan rujuk balik dan saya akan menjawab bertulis secara spesifik tetapi perkara ini. Baik, terima kasih. Saya ingin meneruskan bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tentang kesan jangka panjang, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Kelana Jaya, Yang Berhormat Beaufort , Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Kota Raja dan Yang Berhormat Sabak Bernam. Untuk makluman, selain daripada apa yang saya telah sebutkan dalam pembentangan tadi, kita juga telah melakukan pembinaan Struktur Sabo yang merupakan pendekatan inovatif dalam menangani isu banjir akibat kepala air. Kadar ini terbukti berkesan dan digunakan secara meluas di Jepun, malah turut digunakan di beberapa buah negara ASEAN seperti Indonesia dan Filipina. Dalam konteks Malaysia pembinaan Struktur Sabo akan diperluaskan ke tempat-tempat lain sebagai mekanisme menangani isu banjir.
Soal Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kuyoh telah pun diluluskan untuk— sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, projek berjumlah RM300 juta dijangka pelaksanaan dilaksanakan pada tahun 2023, Sungai Kuyoh dan...
[Disampuk]
Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji - Raub
Yang Berhormat Menteri, Raub, Raub. Mohon mencelah sedikit.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Saya jawab dahululah sebab saya ada soalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Raub ada di sini.
Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji - Raub
Bukan, tadi Yang Berhormat Menteri ada cakap ‘Sabo’, ‘Sabo’. Adakah ia ‘sabo dam’ kah? Empangan sabo?
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Sabo ini kali pertama kita laksanakan di Jerai.
Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji - Raub
Kalau sabo dam atau sabo, dia berlaku di Parlimen Raub, tetapi tidak berfungsi, kalau benda yang sama. Terima kasih.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Untuk makluman Yang Berhormat kerajaan telah melaksanakan projek tebatan banjir, Lembangan Sungai Padas, Beaufort, Sabah dalam Rancangan Malaysia ke-10 dan 11 dengan kos RM9.9 juta dan projek ini telah pun dimulakan pada tahun 2014 dan insya-Allah ia akan mendapat manfaat kepada lima ribu orang penduduk dan mengurangkan keluasan kawasan banjir sebanyak 85 hektar.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Yang Berhormat Menteri, tadi ada menyebut mengenai Sungai Kuyoh, saya tidak dapat dengar. Sudah mula proses dia?
Minta maaf, ulang lagi jawapan tadi.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
RTB Sungai Kuyoh ini telah pun diluluskan sebanyak RM300 juta.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Baik.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Pelaksanaannya dijangka akan dimulakan pada tahun 2023 kerana proses reka bentuk … [Tidak jelas] sedang berjalan sekarang.
Makna projek sudah ada, projek itu tidak batal, sebagaimana Yang Berhormat sebut dan projek itu akan kita teruskan.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Boleh dibawa ke hadapan? Tahun 2023 ini...
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Kita akan cuba cepatkan. Itu komitmen saya. Sekiranya proses reka bentuk siap, kita akan teruskan projek ini dan saya harap kita boleh mula lebih awal daripada tarikh yang kita jangkakan.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Kita di peringkat negeri juga sentiasa bekerjasama supaya kita boleh teruskan projek dengan cepat. Terima kasih.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Terima kasih. Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Kuantan dan Yang Berhormat Muar membangkitkan soal pengurusan perubahan iklim. KASA menyambut baik cadangan daripada Yang Berhormat berkenaan dengan cadangan-cadangan pemantapan
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
pengurusan perubahan iklim negara. Bagi menangani perubahan iklim, merupakan keutamaan kerajaan pada masa kini.
Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian telah pun menyiapkan kerangka undang-undang perubahan iklim pada Disember 2021 dan kerangka tersebut akan menjadi asas kepada pembangunan Rang Undang-undang Perubahan Iklim Negara.
Antara kandungan Rang Undang-undang Perubahan Iklim ialah tadbir urus yang mengandungi peruntukan mengenai kerangka institusi, mengenai tadbir urus perubahan iklim negara, peranan dan fungsi entiti khususnya yang bertanggungjawab dan sebuah jawatankuasa perubahan iklim akan dibentuk bagi memastikan bahawa adaptasi perubahan iklim dapat kita laksanakan bagi mengurangkan impak banjir dan sebaginya.
Perkara yang kedua, mitigasi perubahan iklim dan mekanisme pematuhan kepada peraturan dan undang-undang yang kita bina. Kita harapkan ini akan dapat banyak membantu negara sebab kita perlukan Akta Adaptasi Perubahan Iklim ini dan Akta Perubahan Iklim untuk mengawal cuaca pada masa hadapan. Tuan Yang di-Pertua, saya masih banyak lagi soalan yang dibangkitkan...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri, sebelum habis.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Saya akan menjawab secara bertulis komitmen saya dalam masa lima hari bekerja, kita akan hantar jawapan kepada semua.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri, satu soalan sahaja. Satu ramalan mengatakan bahawa daerah Klang di Selangor akan tenggelam dalam 10 tahun lagi. Ini adalah satu ramalan yang begitu serius dan saya minta pandangan Yang Berhormat Menteri, apakah kementerian boleh buat untuk menukar drainage and irrigation di Klang supaya kita boleh gunakan Klang itu untuk satu dekad lagi atau tiga dekad lagi. Sepuluh tahun itu satu ramalan yang tidak begitu bagus. Terima kasih.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Sabar Yang Berhormat. Kawasan Yang Berhormat masih ada, boleh bertanding lagi. Saya hendak sebut bahawa sebenarnya...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Tenggelam tidak boleh Yang Berhormat.
[Ketawa]
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Saya hendak bangkitkan bahawa sebenarnya isu ini, sekiranya dunia tidak mengambil sebarang langkah ke arah mengekalkan kepanasan global 0.4 darjah Celsius menjelang tahun 2050. Persidangan di UNESCO baharu ini telah pun berikan komitmen seluruh dunia bahawa seluruh negara perlu melaksanakan program bagi mengurangkan impak kepada GHG. Kalau sekiranya ini yang dibuat dan kita akan buat semakan pada setiap tahun persidangan dan saya yakin bahawa beberapa pelan ke arah mengatasi kepanasan global dapat kita laksanakan, insya-Allah Yang Berhormat Klang masih boleh bertanding di kawasan Klang. Menang tidak menang, belum pasti.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri, saya bangkitkan...
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Terima kasih banyak, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang.
Tuan Yang di-Pertua
Waalaikumsalam.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri, maaf. Sedikit sahaja, 30 saat Yang Berhormat Menteri. Saya bangkitkan perkara ini dalam mencelah perbahasan kerana saya tidak dapat berbahas tetapi tidak mendapat apa-apa komen secara lebih tuntas dan konkrit daripada Yang Berhormat Menteri.
Perkara ini harus diberikan penumpuan atas perkara yang telah Yang Berhormat Menteri buat komitmen pada COP26 dengan apa pun janji-janji yang dibuat ketika itu. Perkara ini perlu dibentangkan kembali di Dewan yang mulia ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kalau boleh jawab sedikit.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Kita telah pun ada perbincangan dengan Ahli Parlimen berhubung komitmen kerajaan dalam COP26 dan hasilnya sangat positif.
Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang hadir dalam perbincangan tersebut dan kita telah pun berjanji bahawa kementerian akan mengadakan sesi kedua bagi menjelaskan komitmen kerajaan dalam persidangan COP26 baru-baru ini. Saya yakin bahawa persidangan untuk kali kedua ini saya harap Yang Berhormat dapat hadir bersama untuk sama-sama kita mendengar apakah komitmen kerajaan dan langkah- langkah yang dibuat oleh pihak kerajaan, terima kasih.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian pada hari ini dalam sidang khas ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua, adakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan hadir untuk menjawab?
Tuan Yang di-Pertua
Tidak ada.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Ini masalah dia. Saya sudah sebut pagi tadi, kita tanya soalan penting tetapi dia tidak berani hendak jawab dalam Dewan.
Tuan Yang di-Pertua
Saya rasa semua soalan telah dijawab oleh Yang Berhormat Menteri-menteri yang berkenaan.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Ada lagi soalan-soalan lain yang masih belum dijawab.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Ada soalan yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kena jawab, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Sepatutnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hadir untuk menjawab soalan-soalan itu.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Prime Minister as a leader patut datang.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri? Ini perkara yang cukup serius.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Ini pasal banjir.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Ini masalah dia, dia tidak berani hendak jawab dalam Dewan ini.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Mana boleh?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Lari pergi mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri-menteri berkenaan telah menjawab, Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Lari daripada tanggungjawab.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Mana ada dia jawab. Apa macam punya jawapan ini?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Dia patut datang. He is the leader of the House.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Kami tunggu sampai malam Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Where is the Prime Minister, Speaker?
Tuan Yang di-Pertua
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian, kepada Yang Berhormat Menteri-menteri dan
Tuan Yang di-Pertua
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah membentangkan perkara tersebut.
Semua, terima kasih.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bentang sahaja tetapi lari selepas itu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, Prime Minister kena hadirlah. Kita ada tujukan soalan.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan hari ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan. Terima kasih, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan selamat malam.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.11 malam]