Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****]
1. Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh [Sabak Bernam] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan setakat manakah kekurangan bekalan ayam yang dialami dalam pasaran sekarang dan nyatakan setakat manakah langkah membenarkan pengimportan ayam sejuk beku dari luar negara akan dapat mengatasi dan menyelesaikan masalah kekurangan bekalan ayam ini.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Sabak Bernam. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, purata keperluan ayam dalam negara adalah sebanyak 3,762 tan metrik sehari atau 113,220 tan metrik sebulan. Ini bersamaan dengan 2 juta ekor sehari atau 62.9 juta ekor sebulan. Pengeluaran ayam pada bulan Oktober 2021 adalah sebanyak 52.05 juta ekor dan pengeluaran tersebut telah menurun kepada 51.4 juta ekor pada bulan November 2021 iaitu kekurangan sebanyak 17.73 peratus berbanding dengan keperluan sebenar. Manakala unjuran pengeluaran ayam pada bulan Disember 2021 disasarkan hanya sebanyak 61 juta ekor.
Kekurangan bekalan ayam di pasaran, antara lain disebabkan oleh peningkatan permintaan yang mendadak setelah pembukaan semula sektor ekonomi bermula pada bulan Oktober 2021. Bagi mengatasi kekurangan bekalan berkenaan, kerajaan telah memberi kebenaran untuk mengimport ayam bulat sejuk beku sebagai langkah intervensi untuk memastikan bekalan ayam dalam pasaran sentiasa mencukupi dan harga yang stabil dan berpatutan.
Kebenaran pengimportan ini adalah sehingga 10,000 tan metrik sebulan atau bersamaan dengan 5.5 juta ekor sebulan bagi tempoh Disember 2021 hingga Februari 2022 tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Pengimportan ayam ini hanya dibenarkan dari loji penyembelihan luar negara yang telah disahkan dan diiktiraf oleh kerajaan. Langkah intervensi ini adalah bersifat sementara sehingga bekalan ayam dapat distabilkan oleh industri ayam tempatan. MAFI akan memantau pengimportan ini bagi memastikan pengimportan hanya bertujuan untuk menampung keperluan bekalan tanpa menjejaskan industri ayam tempatan.
MAFI menerusi Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah mengadakan sesi libat urus dengan pemain industri ayam tempatan supaya memberi komitmen untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran selaras dengan permintaan semasa. MAFI yakin bekalan ayam tempatan di pasaran akan stabil menjelang Februari 2022. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan pertama, sila Yang Berhormat Sabak Bernam.
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan jawapan sebentar tadi. Tahniah kerana berusaha untuk memasarkan hasil pertanian terutama ayam.
Soalan tambahan saya, apakah kerajaan- ayam beku yang diimport ini halal dan bermutu dan langkah kerajaan bagi memastikan penternak ayam tempatan tidak terjejas dan setakat manakah bekalan ayam ini dapat menstabilkan harga runcit ayam di pasaran kini yang mencecah sehingga RM10 lebih. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Menteri, dua minit.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Secara ringkasnya saya ingin katakan bahawa pengimportan ayam beku dari luar negara ini adalah selamat dan halal. Ia dibuat melalui Jawatankuasa Pengiktirafan Rumah Sembelih Bagi Pemprosesan Luar Negara yang dianggotai oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar
(DVS) dan juga JAKIM. Jawatankuasa ini adalah merupakan jawatankuasa yang membuat pengiktirafan.
Untuk makluman Yang Berhormat, pada ketika ini sembilan buah loji di Thailand dan dua buah loji di China diiktiraf oleh Jawatankuasa Pengiktirafan Rumah Sembelih Bagi Loji Pemprosesan Luar Negara. Jadi ia bukan kali pertama, pada ketika ini kita mengimport ayam keratan daripada sembilan loji Thailand dan dua buah loji daripada negara China. Ia dipantau oleh jawatankuasa dan pengiktirafan dibuat melalui jawatankuasa ini.
Tentu sekali pengimportan ayam sejuk beku ini merupakan satu langkah sementara dan kementerian dan kerajaan akan terus memantau bekalan ayam di pasaran tempatan sebaik sahaja ia stabil dan pulih, pengimportan langkah intervensi sementara ini akan diberhentikan.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Jadi, ia dibuat semata-mata untuk menampung kekurangan bekalan ayam yang sedang berlaku di negara kita. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan kedua saya jemput Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, masalah ayam ini bukanlah masalah semalam. Ia masalah bertahun-tahun lamanya. Setiap kali kita ada perayaan, setiap kali kita ada masalah iaitu harga ayam akan naik melambung.
Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa masalah harga ayam ini naik apabila dedak atau makanan ayam ini naik.
Jadi kita ada banyak institusi yang terlibat dalam mengkaji bahan-bahan yang boleh digunakan untuk buat dedak ini seperti MARDI dan lain-lain. Adakah kerajaan mempunyai rancangan untuk memastikan bahawa kita keluar sendiri dedak kita. Macam di Kedah dahulu kita bakar jerami, kita bakar padi yang tidak – macam-macam sedangkan ia boleh di-convert-kan menjadi dedak.
Adakah Yang Berhormat Menteri mempunyai program yang khusus yang jelas supaya masalah dedak ini diselesaikan dahulu. Once kita selesaikan masalah dedak ini saya yakin Tuan Yang di-Pertua, masalah harga ayam ini dapat kita kurangkan kalaupun sejak kita selesaikan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Sila Yang Berhormat Menteri, dua minit 30 saat.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, memang betul kos pengeluaran ayam di ladang sebahagian besar dipengaruhi oleh harga makanan. Antara komponen yang mempengaruhi harga kos pengeluaran industri ternakan ayam ini– anak ayam lebih kurang 23 peratus kosnya, makanan ayam 73 peratus, utiliti 2 peratus, vaksin dan ubat 1 peratus dan upah pekerja 1 peratus.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Sebarang kenaikan terhadap kos makanan ternakan akan meningkatkan kos pengeluaran dan memberi impak kepada harga pasaran. Tentu sekali dan sebahagian besar daripada komponen ternakan ini jagung dan bijian diimport dari Brazil, dari Argentina dari beberapa negara yang lain. Jadi kebergantungan kepada kos harga makanan tertakluk kepada harga pasaran antarabangsa yang mempengaruhi kos harga bijian dan juga jagung yang kita import.
Jadi ini merupakan faktor kenaikan harga pengeluaran ayam di negara kita. Tentu sekali sebagai langkah jangka masa panjang, kementerian akan terus mengubah dasar untuk mengurangkan impak kebergantungan kita terhadap jagung dan bijian dari negara luar tetapi itu merupakan satu langkah berterusan yang akan dibuat oleh kerajaan. Kita sedang mengolah melalui Dasar Agromakanan Negara 2.0 melihat tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh kementerian bagi mengurangkan kebergantungan kita terhadap komponen-komponen makanan ternakan yang diimport dari luar.
Ini melibatkan penumpuan terhadap penanaman jagung, penumpuan terhadap penyelidikan dengan institusi penyelidikan yang lain seperti yang digariskan dalam Dasar Agromakanan Negara 2.0. Jadi buat ketika ini kita akan berhadapan dengan masalah kenaikan harga makanan ayam ternakan yang mempengaruhi harga pasaran ayam di negara kita. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Ada sedikit masa lagi saya bagi peluang kepada Yang Berhormat Alor Gajah.
Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Tahniah kerana ada usaha-usaha yang sedang dilaksanakan untuk menstabilkan harga ayam.
Walau bagaimanapun, kalau kita lihat tadi disebutkan kita ini adalah sebuah negara yang boleh dianggap sebagai net importer apa segala barangan yang kita gunakan. Apakah rancangan kerajaan dalam Dasar Agromakanan Negara untuk memastikan – contohnya kalau keluaran tempatan berkisar lebih kurang 52 juta satu tahun dan permintaan lebih daripada itu, adakah program yang spesifik akan dilaksanakan untuk memenuhi permintaan itu dan boleh menstabilkan harga ayam bagi jangka masa yang panjang. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Sila, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ia banyak mempengaruhi – disebabkan oleh dasar yang sedia ada. Memang benar kita ada mengimport barang makanan, bahan makanan dari luar. Contohnya kita have been selesa dengan dasar 70:30 peratus bagi padi umpamanya.
Maknanya kita berpegang kepada dasar yang sedia ada. Dalam sektor padi beras kita selesa dengan dasar 70:30 iaitu kita keluarkan 70 peratus dan kita import 30 peratus.
Itu menyebabkan kita terus bergantung kepada pengeluaran dan pengimportan beras dari negara luar.
Begitu juga daripada sektor-sektor agromakanan yang lain. Akan tetapi, bagi ternakan ayam, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kita sebenarnya memenuhi kehendak SSL kita malah kita cuma mengimport ayam keratan untuk diproses sebagai nuget dan juga sosej. Akan tetapi, secara ayam bulat kita sebenarnya hampir 100 peratus malah almost there daripada segi SSL.
Akan tetapi disebabkan oleh PKP, pihak industri mengurangkan pengeluaran ayam tempatan dan keadaan ini menjadi kritikal apabila PKP ekonomi dibuka dan ruang pertumbuhan, permintaan untuk ayam bertambah. Ayam perlu diingat perlu dua bulan untuk diternak dan baru boleh digunakan. Maknanya pada laps dua bulan itu dan disebabkan oleh proses penternakan dua bulan itu menyebabkan kekurangan berlaku.
Oleh sebab itu, libat urus kita dengan pihak industri mereka meyakinkan kita bahawa bekalan akan menjadi stabil selepas bulan Februari ini dengan proses penternakan yang lebih banyak dilakukan pada ketika ini. Jadi ia merupakan satu masalah
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
sementara, as far as ternakan bekalan ayam tempatan is concerned. Jadi pihak industri dengan kerjasama MAFI dan sebagainya membuat libat urus dan assurance daripada mereka bahawa masalah ini adalah masalah sementara dan pengimportan yang dibuat oleh kerajaan sebagai langkah intervensi merupakan satu langkah sementara. Ia akan diberhentikan sebaik sahaja pengeluaran stabil. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Pertanyaan-pertanyaan Menteri seterusnya saya menjemput Tuan Cha Kee Chin
(Rasah).
2. Tuan Cha Kee Chin [Rasah] minta Perdana Menteri menyatakan apakah justifikasi atau bagaimanakah pengiraan yang mengesahkan pencapaian 90 peratus yang dianggap terlalu tinggi, dalam pentadbiran 100 hari YAB Perdana Menteri sambil mengumumkan kementerian yang memperolehi markah tertinggi dan markah terendah.
Apakah rancangan seterusnya untuk menambah baik apa-apa kelemahan yang sedia ada.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Rasah.
*Tari bukan sebarang tari, Tari direka hendak hilangkan resah, Mari bukan sebarang mari, Mari hendak jawab soalan Yang Berhormat Rasah.
[Tepuk]* Tuan Yang di-Pertua, tujuan utama pelaksanaan Aspirasi Keluarga Malaysia
(AKM) atau dahulunya dikenali sebagai Petunjuk Prestasi Utama (key performance indicator) dengan izin, adalah bagi memastikan setiap kementerian mempunyai hala tuju dan perancangan yang jelas daripada segi jangka pendek, sederhana dan panjang.
Pelaksanaan Aspirasi Keluarga Malaysia 100 hari ini juga bertujuan untuk memastikan setiap anggota Jemaah Menteri dan juga kementerian bekerja keras dalam tempoh 100 hari setelah dilantik atau dilantik semula menganggotai Kabinet. Penilaian prestasi Ahli Jemaah Menteri ataupun kementerian adalah dinilai berdasarkan kepada pencapaian terhadap sasaran-saran yang telah ditetapkan oleh Ahli Jemaah Menteri dan kementerian masing-masing.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Dalam hal ini, penilaian telah diukur berdasarkan kepada perkhidmatan teras kementerian sebanyak 50 peratus, penilaian prestasi Yang Berhormat Menteri yang membawa wajaran, 25 peratus. Maknanya 75 peratus empirikal dan kuantitatif sementara 25 peratus adalah persepsi awam terhadap Yang Berhormat Menteri dan kementerian yang turut membawa wajaran sebanyak 25 peratus.
Bagi memberi ruang kepada rakyat, MAMPU telah mengadakan tinjauan soal selidik mulai 1 November hingga 15 November 2021 dan dalam tempoh tersebut, seramai 190,914 orang rakyat selaku responden telah mengambil bahagian. Selain itu, MAMPU juga melaksanakan analisis sentimen melibatkan kesemua 31 orang Jemaah Menteri mulai 1 September hingga 5 Disember 2021.
Yang Berhormat Rasah minta supaya dinyatakan markah tertinggi dan juga markah terendah. Ini biarlah Tuan Yang di-Pertua, guru besar simpan. Tak perlu guru- guru kecil dapat tahu. Dia pun baru sahaja jadi guru besar, jadi bagi peluang kepada dia.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila soalan tambahan yang pertama, Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri yang menjawab bagi pihak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Tak ada masalah, biar guru besar simpan itu saya boleh terima. Cuma soalan saya macam ini, saya dengar dan saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Menteri tadi berkenaan dengan cara pemarkahan ataupun justifikasi 50 peratus, 25 peratus dan sebagainya. Persepsi rakyat dan sebagainya. Itu memang kita setuju. Kena ada indikator ataupun KPI yang tertentu untuk kementerian dan ada perancangan banyak.
Cuma satu saya nak sebut Yang Berhormat Menteri, kalau 90 peratus itu kalau SPM ke apa, dia ‘A+’ tahu. Ruang untuk tambah baik itu kira dah cukup sempit, dah payah sebab kita ini manusia. Kita tak akan capai 100 peratus. Saya minta maaflah, bukan sebab Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tak baik ke apa. Tak mungkin ada siapa-siapa capai 100 peratus, so 90 peratus itu terlampau tinggi. Itu saya kena sebut. Cuma, saya nak tanya. Ini saya minta maaflah, walaupun Yang Berhormat Menteri Tugas-tugas Khas yang jawab, dia ada berkaitan dengan ekonomi. Lebih menjurus kepada ekonomi.
Ada satu perkara yang saya rasa dalam 100 hari, kerajaan tak dapat selesaikan.
Saya kena sebut secara terbuka dan rakyat semua tahu iaitu kos sara hidup. Kos sara hidup, saya nak sebut bukan di bawah Kementerian KPDNHEP sahaja, ia melibatkan rentas kementerian. KPDNHEP, MITI sebab pengilangan, pertanian lepas itu perladangan. Kalau logistik, pengangkutan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Rasah, minta ringkaskan. Minta ringkaskan soalan ya.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Kalau subsidi, melibatkan MOF. Ya, saya ringkaskan. Jadi soalan saya, daripada JPM sendiri, apakah langkah pendek sebab semua benda naik sekarang ini? Kalau soalan pertama tadi pasal harga ayam, adalah langkah intervensi daripada MAFI tadi. Macam mana dengan benda lain?
Saya difahamkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada mempengerusikan satu mesyuarat pasal kos sara hidup pada hari Khamis yang lalu. Saya nak tahu, setakat manakah langkah-langkah jangka pendek, jangka sekarang ini yang terdesak yang akan dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah kos sara hidup khasnya subsidi minyak. Ini sebab saya difahamkan enam bulan terhutang subsidi kepada pengeluar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ringkaskan soalan ya.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Jadi pengeluar tak mahu keluarkan minyak dalam paket itu. Betul atau tidak? Saya mohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, panjang sikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, sila Yang Berhormat Menteri jawab. Jauh daripada soalan asal.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Panjang betul tadi. Jadi, banyak perkara yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Rasah itu saya pun dah lupa. Apa pun, dalam menentukan, Yang Berhormat Rasah kata tadi markah itu terlalu tinggi. Bukan kerana guru besar dia suka-suka sahaja bagi markah, markah ini ditetapkan oleh kementerian.
Dalam masa 100 hari, apa yang patut dipenuhi oleh kementerian itu. Jadi kalau tiga teras itu, kalau dia dapat penuhi dalam masa 100 hari, maka markahnya adalah 50 peratus.
Weightage-nya 50 peratus itu dia dapatlah 100 peratus.
Kemudian ada jawatankuasa yang menilai dari sudut empirikal, daripada sudut kualitatif di mana 25 peratus lagi prestasi sewaktu Yang Berhormat Menteri atau kementerian menjawab kepada jawatankuasa. Jadi kalau bagus, dapat 75 peratus. Cuma saya rasa kos sara hidup itu, ia melibatkan pelbagai Yang Berhormat Menteri dan merentas beberapa kementerian maka dia tidak masuk dalam 100 hari itu dan perlu dinyatakan dalam Dewan yang mulia ini bahawa 100 hari tu bukanlah titiknya. Itu koma sahaja kerana ada banyak lagi perkara-perkara yang perlu dipenuhi oleh kementerian dan juga Yang Berhormat Menteri bagi memastikan yang perkara-perkara pokok dapat kita laksanakan sepanjang, sewaktu Yang Amat Berhormat Ahli Parlimen Bera menjadi Perdana Menteri. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Jerai.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah minta Yang Berhormat Menteri memaklumkan bagaimanakah cara supaya rakyat di bawah sana di peringkat akar umbi mendapat makluman yang terperinci dan tepat mengenai aspirasi Keluarga Malaysia? Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Menteri.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jerai. Sambutan pada 9 Disember hingga 12 Disember 2021 itu amat memberangsangkan sehingga penganjur disaman oleh Kementerian Kesihatan. Pelan jangka panjang Jabatan Perdana Menteri adalah untuk memanjangkan ke negeri-negeri mulai bulan Januari bermula mungkin di Pahang kemudian diikuti tiap-tiap bulan. Tiap-tiap bulan itu kita akan pergi ke negeri-negeri dengan kerjasama negeri-negeri seluruh negeri.
Ada 14 buah negeri dan akhirnya pada bulan Ogos agaknya jika Dewan tidak dibubarkan, akan ada acara penutupnya Aspirasi Keluarga Malaysia di Putrajaya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Soalan tambahan ketiga?
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Satu soalan lagi boleh tak?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Pertanyaan- pertanyaan Menteri seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Kemaman, Tuan Che Alias bin Hamid.
3. Tuan Che Alias bin Hamid [Kemaman] minta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan usaha kementerian untuk menangani masalah buli di sekolah khususnya murid yang tinggal di asrama seperti yang dibangkitkan sejak kebelakangan ini.
Menteri Kanan Pendidikan - Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memandang serius isu buli yang melibatkan murid sekolah bawah KPM dan sentiasa mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya. Mengambil kira bahawa isu buli ini telah berlarutan sekian lama, KPM sedang merangka satu kerangka menyeluruh bagi membanteras buli di sekolah termasuk dalam kalangan murid asrama. Kerangka baharu ini melibatkan pengukuhan dan penambahbaikan kepada pendekatan sedia ada dengan tumpuan kepada empat komponen utama iaitu:
(i) penyedaran;
(ii) pelaporan;
(iii) penghukuman; dan
(iv) pemantauan.
Dalam konteks penyedaran, KPM akan memperkenalkan konsep ‘Sekolahku Sejahtera’. Pendekatan ini bertujuan memupuk dan menerapkan nilai-nilai penting kehidupan dalam kalangan warga sekolah termasuk murid. Nilai-nilai ini diterap dan dididik oleh guru secara langsung atau tidak langsung di dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Ini bagi memastikan murid dapat benar-benar menghayatinya seterusnya menjadi sebahagian daripada amalan dalam kehidupan mereka sama ada di sekolah atau di luar sekolah. Konsep ini memberi tumpuan kepada 14 elemen iaitu;
(i) S (selamat, seronok dan sihat);
(ii) E (etika dan empati);
(iii) J (jati diri);
Menteri Kanan Pendidikan - Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
(iv) A (adap sopan);
(v) H (harmoni);
(vi) T (tekun, teliti dan terampil);
(vii) E (eksplorasi);
(viii) R (rasional); dan
(ix) A (artikulasi)
Menteri Kanan Pendidikan - Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
Penerapan elemen selamat, sihat, seronok, empati, jati diri, adab sopan, harmoni dan rasional dalam kalangan warga sekolah akan dapat membentuk keperibadian murid yang menyedari bahawa buli perlu dibanteras sepenuhnya. Dalam konteks pelaporan, KPM telah menyediakan saluran pelaporan bagi membolehkan pihak sekolah melaporkan kes buli kepada kementerian. KPM juga telah menyediakan garis panduan mencegah dan menangani perbuatan buli dalam kalangan murid di sekolah dan buku panduan pengurusan menangani buli di sekolah sebagai panduan kepada pihak sekolah.
KPM akan terus menambah baik sistem pelaporan kes buli bagi memastikan pendekatan yang terbaik dapat dibangunkan. Pada masa ini KPM sedang merangka sistem pelaporan yang akan membolehkan warga sekolah termasuk murid dan ibu bapa mereka membuat aduan terus kepada pihak kementerian dan maklumat yang diterima akan dilindungi.
Berhubung dengan penghukuman di peringkat sekolah, KPM telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 8 Tahun 2010 yang menyentuh tentang hukuman terhadap pelaku buli di sekolah atau di asrama. KPM sedang meneliti hukuman ke atas murid yang melakukan perbuatan buli dengan membuat penambahbaikan kepada mana- mana hukuman yang tersenarai dalam SPI tersebut. Ini bagi memastikan hukuman yang dikenakan adalah setimpal dan menjadi pendekatan pencegahan yang berkesan.
Bagi aspek pemantauan pula, pada masa ini pemantauan di sekolah dilaksanakan oleh pentadbir, guru dan warden yang terdiri daripada kalangan guru. KPM menyedari bahawa komponen pemantauan ini perlu terus diperkukuhkan. Oleh itu perbincangan akan terus dilaksanakan dengan agensi pusat bagi memastikan jawatan warden sekolah diperkasakan selaras dengan tanggungjawab dan keperluan semasa mereka.
Sebagai tindakan segera, KPM akan mengarahkan semua sekolah melaksanakan Program Kesedaran Bersama Pegawai Perhubungan Sekolah dari Polis Diraja Malaysia tentang buli dalam minggu pertama sesi penggal ketiga pada Januari 2022. KPM sentiasa berusaha untuk mencari pendekatan yang terbaik bagi membanteras gejala buli di sekolah. Sekian, terima kasih.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan tadi. Kebanyakan kes buli yang berlaku dalam mana-mana institusi akan sedaya upaya cuba disenyapkan ataupun disembunyikan daripada pengetahuan pihak berkuasa untuk disiasat atas faktor menjaga nama baik institusi ataupun sekolah.
Soalan tambahan saya, adakah pihak kementerian berpendapat perlunya suatu tindakan yang tegas terhadap pihak pengurusan ataupun pentadbir institusi yang cuba menyembunyikan kes-kes buli yang berlaku sehingga mendatangkan kecederaan terhadap mangsa. Sekian, terima kasih.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
Terima kasih Yang Berhormat Kemaman.
Ya, sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Kemaman, ada keadaan dalam kes- kes tertentu mungkin ada kes yang disenyapkan untuk mengelakkan di ketahui oleh pihak luar. Sekiranya ini berlaku di mana-mana sekolah di bawah Kementerian Pendidikan, kita amat komited untuk memastikan tindakan segera dan tindakan tegas diambil kepada mana-mana sekolah yang cuba menyembunyikan apa jua kes buli yang berlaku di sekolah mereka.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
Oleh sebab itu, kita telah wujudkan sistem pelaporan. Maknanya pihak sekolah boleh melaporkan apa sahaja kes buli yang berlaku dalam sistem tersebut dan daripada itu kita mendapat tahu maklumat-maklumat berkaitan kes buli yang berlaku serta tindakan yang patut diambil. Terima kasih.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Papar, Papar.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, buli ialah satu kes lama yang sering berulang- ulang di asrama. Mengapakah warden asrama tidak mengekalkan disiplin untuk para pelajar? Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang. Seperti mana saya sebut tadi dan Ahli Yang Berhormat sebut bahawa buli ini dah berlaku lama. Oleh sebab itu pada masa ini kita sedang melihat secara menyeluruh bagaimanakah pendekatan yang kita boleh laksanakan. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Bintang tadi tentang satu komponen yang saya sebut tadi berkaitan dengan pemantauan oleh warden di asrama. Itu pun kita kata sedang diperkukuhkan.
Selain daripada itu, untuk mencegah buli ini, ia bukan sahaja dalam konteks pemantauan tetapi juga kita perlu memberi kesedaran kepada murid-murid ini tentang buli ini dan bilakah mereka patut melaporkan kes buli. Oleh sebab itu, perlu ada satu sistem yang kita sedang bangunkan tentang pelaporan kes buli yang lebih menyeluruh supaya murid tahu bahawa ia bukan sesuatu yang biasa. Kadang-kadang ia dianggap tradisi di sekolah.
Begitu juga dengan penghukuman. Selain daripada pemantauan oleh warden, hukuman itu juga penting supaya hukuman itu menjadi pendekatan untuk menyedarkan murid-murid ini bahawa sebarang tindakan buli boleh memberi kesan kepada masa depan mereka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Papar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Saya bagi peluang Yang Berhormat Papar untuk soalan tambahan. Ringkas Yang Berhormat Papar.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Memang buli ini adalah satu penyakit. Kalau kita tidak pantau daripada sekarang, ia akan merebak ke sekolah-sekolah. Jadi apa yang harus kita buat ialah selain daripada memantau dengan sepasukan guru, kita juga harus memikirkan kepada warden.
Warden yang sehari-hari melihat kepada mereka tetapi elaun yang dibagi kepada mereka itu kita— saya rasa tidak mencukupi. Jadi, untuk memotivasikan kepada warden- warden ini dan juga pasukannya kita berharap agar kementerian akan dapat review balik elaun-elaun yang dibagi kepada warden. Saya faham dan saya tahu bahawa warden ini adalah daripada guru-guru juga. Terima kasih.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
Terima kasih Yang Berhormat Papar.
Sepertimana saya sebut tadi bahawa kita akan terus melakukan perbincangan dengan agensi pusat bagi memperkasakan jawatan warden di sekolah. Pada masa ini perbincangan sedang berlangsung dan kita akan teruskan perbincangan ini supaya jawatan ini diperkukuhkan bagi memastikan pemantauan dapat dibuat dengan lebih baik di sekolah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan- pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
1. Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [Parit] minta Menteri Kesihatan menyatakan:
(a) berapa jumlah kerugian yang ditanggung oleh sektor pelancongan kesihatan sepanjang tempoh pandemik COVID- 19 melanda negara; dan
(b) apakah usaha dan langkah yang telah dilaksanakan oleh kementerian bagi merancakkan semula pelancongan kesihatan.
Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, bagi tempoh sepanjang 2020 hingga kini sektor pelancongan kesihatan mencatatkan kerugian yang ketara akibat pandemik COVID-19 disebabkan oleh penutupan pintu sempadan antarabangsa dengan anggaran penurunan pendapatan langsung sebanyak RM2.2 bilion.
Kerajaan sedang mempergiatkan lagi usaha pemulihan industri pelancongan kesihatan antarabangsa dengan kadar segera untuk memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan yang selamat dan dipercayai bagi pelancongan kesihatan di rantau Asia Pasifik. Dengan ini kementerian telah mewujudkan Malaysia Healthcare Travel Industry Blueprint 2021-2025 yang menggariskan perancangan lima tahun bagi memulihkan dan membangun semula. Antara inisiatif-inisiatif utama seperti berikut.
Pertama, promosi digital dan penjenamaan secara strategik melalui kempen Malaysia The World’s Healthcare Marvel dengan izin dan aktiviti-aktiviti atas talian seperti health talk, ekspo virtual serta kolaborasi promosi bersama ejen-ejen di negara sasaran.
Kedua, penjenamaan Malaysia sebagai destinasi rawatan niche melalui program dengan izin, Fertility and Cardiology Hubs of Asia dan Malaysia Cancer Care Centre of Excellence. Usaha ini akan menggalakkan lagi pelaburan swasta, modal insan, infrastruktur dan teknologi dalam bidang-bidang rawatan khusus ini.
Ketiga, mewujudkan kerangka digital industri pelancongan kesihatan dalam usaha meningkat serta memperbaiki pengalaman pelancong kesihatan di sepanjang rantaian penerimaan rawatan mereka di Malaysia. Ini termasuklah menggalakkan hospital-hospital untuk mengadaptasi konsultasi dan rawatan secara atas talian.
Keempat, melaksanakan Program Flagship Medical Tourism Hospital dalam usaha untuk mengenal pasti hospital-hospital ikon swasta ataupun iconic hospital yang benar-benar mempunyai komitmen untuk melonjakkan kepakaran dan keunggulan perubatan serta perkhidmatan mereka ke peringkat yang global.
Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Akhirnya, mengkoordinasi Program International Retirement Living yang menawarkan pengalaman yang selesa dan selamat bagi segmen pesara yang kian meningkat di rantau Asia. Limpahan sumbangan ekonomi akan dinikmati oleh sektor perubatan pelancongan, leisure hartanah dan juga pelaburan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan pertama, sila Yang Berhormat Parit.
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah pun menjelaskan mungkin kekangan daripada segi pandemik dan sebagainya. Jadi, soalan tambahan saya, berapakah sasaran pendapatan atau sumbangan sektor pelancongan kesihatan kepada ekonomi negara menerusi usaha pemulihan yang sebagaimana dinyatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Apakah perancangan Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) yang telah pun diasaskan pada tahun 2009, khususnya menyediakan doktor-doktor pakar bagi menarik pelancong kesihatan untuk datang ataupun menerima rawatan khususnya ke dalam negara kita? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Parit. Satu soalan yang penting untuk kejayaan program MHTC ini. Yang Berhormat, melalui pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang saya sebut tadi, yang digariskan di bawah Malaysia Healthcare Travel Industry Blueprint 2021-2025, kerajaan menyasarkan pendapatan langsung daripada sektor pelancongan kesihatan akan mencecah sebanyak RM800 juta bagi tahun 2022 dan sebanyak RM1.7 bilion bagi tahun 2025. Ini sasarannya dan pada ketika ini kita tahu Malaysia mendapat tempat di hati ramai, khususnya daripada Asia Pasifik tentang keselamatan, tentang kehebatan perubatannya.
Kalau kita dapat lihat, kebanyakan yang datang ke sini adalah untuk mendapat rawatan berkaitan dengan onkologi, kardiologi dan juga perkhidmatan reproduktif berbantu. Kebanyakannya datang daripada negara-negara di serantau kita hari ini. Jadi, pakar-pakar yang telah ada di Malaysia ini yang telah berada di hospital-hospital swasta adalah antara pakar terbaik yang ada yang telah memberikan perkhidmatan yang dapat menarik minat dunia hari ini.
Begitu juga KKM sendiri hari ini telah melatih lagi banyak pakar seperti yang telah saya terangkan dahulu banyak kali juga dalam jawapan di Parlimen ini. Kita telah mengadakan slot yang berlebihan, saluran platform untuk membuat kepakaran yang lebih lagi untuk melatih banyak lagi pakar di sini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Soalan tambahan kedua saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, di Johor khususnya di Iskandar Malaysia, Johor Bahru dan juga Pasir Gudang terdapat banyak hospital pakar yang juga terlibat dalam pelancongan kesihatan. Jadi, bolehkah berkongsi di Dewan ini adakah hospital- hospital pakar ini terjejas dengan pandemik COVID-19 dan kalau jawapannya ya, adakah pihak kerajaan ada bantu mereka? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Seperti yang saya nyatakan tadi, sepanjang pandemik ini disebabkan penutupan sempadan kepada orang dari luar, maka memang ada kesan yang ketara. Saya tidak dapat nyatakan secara spesifik di sini tetapi daripada segi hospital yang menerima pesakit-pesakit dari luar negara, memang mendapat kesan yang nampak dan jelas.
Akan tetapi kerajaan telah membenarkan health tourism ini dengan izin, sejak dari 1 Julai 2020 sehingga kini dengan bubble yang tersendiri, dengan SOP yang sangat ketat.
Tujuannya ialah untuk memberi laluan kepada penerimaan pesakit-pesakit ini dengan cara yang selamat. Mereka dari luar negara ingin datang ke Malaysia sebab mereka tahu pengurusan pandemik kita adalah antara yang terbaik dan kita telah mencapai kebaikan untuk menurunkan kadar pandemik di sini.
Oleh sebab itu, sejak 1 Julai itu saya katakan, contohnya penerimaan aplikasi dari luar negara 1,034 orang. Kita telah memberikan kebenaran kepada 930 orang. Akhirnya yang dapat datang 590 orang. Jadi ini memang datang ke hospital-hospital yang mengambil bahagian. Ada 73 buah hospital yang mendaftar dengan MHTC dan kebanyakannya adalah di Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan juga ada daripada Johor tetapi secara spesifiknya saya tidak dapat nyatakan kepada Yang Berhormat tentang angka, kekurangan yang mereka dapati semasa pandemik itu. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Soalan tambahan ketiga saya beri peluang Yang Berhormat Batu Gajah.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Merancakkan semula pelancongan kesihatan ini adalah satu usaha yang baik kerana ia membawa pendapatan yang agak lumayan kepada negara. Pada masa yang sama saya juga ingin tahu, apakah usaha-usaha yang telah diambil oleh kementerian untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk mendapat rawatan di negara kita sendiri.
Mereka pula tidak keluar ke negara lain untuk mendapatkan rawatan di negara lain sebab saya berpendapat bahawa dalam pada kita mendapat pendapatan dari luar dalam ecotourism ini, kita juga harus mengawal pengaliran keluar wang negara kita ke negara lain. Ini kerana ecotourism ini juga di negara lain. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Ketika ini 64 peratus rakyat Malaysia masih lagi menggunakan fasiliti kerajaan yang ada di sini. Oleh sebab itu kita lihat hospital kita dan klinik kita memang penuh pun sebenarnya. Rakyat Malaysia juga yang berkemampuan, yang ada insurans seumpamanya akan pergi ke hospital-hospital swasta untuk mendapat rawatan. Mereka yang selebihnya akan mendapat rawatan kepakaran di hospital-hospital kerajaan.
Kita menyediakan treatment, rawatan kepakaran di kebanyakan hospital besar ataupun melalui sistem hospital kluster di negara kita hari ini. Jadi, masih ada segelintir yang mungkin pergi ke luar negara untuk mendapatkan rawatan-rawatan yang tidak ada, mungkin tidak ada kepakaran yang tinggi di negara kita, itu satu. Mungkin ada segelintir yang mempunyai kemampuan kewangan akan pergi keluar negara untuk mendapat rawatan daripada pakar-pakar luar negara.
Akan tetapi pada ketika ini kepakaran kita di sini kita dapat buat macam-macam dan kita mendapat perhatian daripada dunia, khususnya dari Asia Pasifik untuk datang ke Malaysia ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan Jawab Lisan seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Taiping.
2. Tuan Teh Kok Lim [Taiping] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah kes yang terlibat dengan ‘Macau Scam’ serta jumlah amaun yang terlibat untuk setiap tahun 2016 hingga 2021.
Timbalan Menteri Dalam Negeri II - Datuk Jonathan bin Yasin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas soalan daripada Yang Berhormat Taiping. Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2016 hingga 10 Oktober 2021 sebanyak 10,032 kes telah disiasat oleh pihak PDRM berkaitan kes penipuan. Daripada jumlah tersebut, seramai 4,586 orang telah ditangkap dan 1,993 kes telah dituduh di mahkamah dan jumlah kerugian dianggarkan bernilai RM554,742,831.58.
Pecahan amaun kerugian mengikut tahun adalah seperti berikut, pada tahun 2016 kerugian yang dialami berjumlah RM18,398,086, tahun 2017 berjumlah RM45,227,002.81, tahun 2018 kerugian dialami RM139,769,462.47, pada tahun 2019 kerugian dialami RM121,895,100.39, pada tahun 2020 kerugian dialami RM172,710,823.64.
Sehingga Oktober 2021, kerugian yang dialami sebanyak RM56,729,356.27.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Soalan tambahan pertama. Sila, Yang Berhormat Taiping.
Tuan Teh Kok Lim - Taiping
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab soalan saya. Memandangkan masalah ini sudah teruk mengancam kesejahteraan ramai di antara rakyat yang terperangkap khasnya mereka dari golongan warga emas dan pihak berkuasa masih gagal menanganinya selama ini, mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan apakah rancangan kerajaan demi menghapuskan ancaman Macau Scam yang telah lama merompak secara online ini. Terima kasih.
Datuk Jonathan bin Yasin
Soalan tambahan tersebut, Tuan Yang di-Pertua, daripada Yang Berhormat yang bertanya sememangnya pihak PDRM terus menjalankan ceramah, taklimat dan sesi dialog kepada kakitangan kerajaan, syarikat swasta dan NGO- NGO secara berkala. Sesi ini melibatkan juga secara atas talian melalui media sosial, televisyen dan radio.
Pihak PDRM juga bekerjasama dengan SKMM untuk menurunkan iklan-iklan haram berkaitan penipuan atas talian ini. Malah PDRM juga mewujudkan akaun Facebook Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai skim pelaburan tidak wujud ini.
Satu portal juga telah dibangunkan oleh PDRM bagi memudahkan orang awam untuk membuat semakan nombor telefon sindiket atau akaun-akaun bank yang digunakan oleh sindiket dalam urusan penipuan. PDRM juga mewujudkan CCID Scam Response Centre di talian 03-26101559 atau 03-26101599 di mana orang ramai boleh membuat panggilan untuk mendapatkan maklumat dan menyemak kesahihan panggilan bagi sebarang transaksi yang meragukan.
Pihak kerajaan juga mengambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 bagi tujuan pembekuan dan pelucuthakan wang dari akaun sindiket juga diambil oleh pihak PDRM. Bagi mana-mana suspek yang tidak cukup keterangan untuk dituduh di mahkamah, mereka akan dikenakan tindakan di bawah undang-undang pencegahan seperti Akta Pencegahan Jenayah 1999. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Soalan tambahan kedua. Saya menjemput Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan serta tahniah kerajaan atas tindakan-tindakan yang telah diambil itu. Secara spesifiknya, saya ingin mengetahui perkembangan terkini siasatan terhadap ahli perniagaan Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee selepas disenaraikan dalam notis merah Interpol termasuklah 34 orang pegawai penguat kuasa yang dikatakan terlibat dalam Macau Scam ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Jonathan bin Yasin
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana soalan itu agak spesifik, maka izinkan pihak kami memberikan jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat yang bertanya.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Boleh benarkan satu lagi soalan tambahan dari Tebrau?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tuan Yang di-Pertua, minta satu lagi soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya benarkan soalan tambahan yang ketiga kepada Yang Berhormat dari blok sini... [Merujuk pada blok pembangkang] Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk soalan tambahan. Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Langkah-langkah yang diambil itu sebenarnya benda yang standard yang telah diambil selama ini. Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri KDN II tidak ada jawapan, mungkin Yang Berhormat Timbalan Menteri KDN I ada jawapan.
Soalan saya. Setuju tidak Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab, sebenarnya kerugian sebenarnya bukan figure yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi? Sebab, banyak kes mangsa tidak buat laporan polis. Ia jauh lebih baik. Mungkin berlipat ganda. Kalau sebut satu tahun RM100 juta, boleh jadi RM500 juta.
Jauh lebih banyak.
Jadi, saya mohon pihak KDN kena ambil serius, kena ada langkah-langkah yang efektif. Jangan asyik setiap kali jawab soalan, dia bagi jawapan yang ulangan sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila ajukan pertanyaan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Ya, soalan saya, setuju tidak Yang Berhormat Timbalan Menteri, kerugian sebenar bukan seperti yang disebutkan? Cuma, mangsa- mangsa tidak buat laporan polis. Kedua, ada tidak langkah-langkah yang lebih efektif bersempena dengan keluarga Malaysia ini supaya mangsa boleh buat tuntutan dan sebagainya dan Macau Scam ini kita boleh banteras dengan berkesan? Terima kasih.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Sedikit. Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Rasah dari segi jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Walaupun soalan saya itu soalan yang spesifik tetapi itu merupakan perkara yang sepatutnya dalam pengetahuan Yang Berhormat Timbalan Menteri ataupun Yang Berhormat Menteri kerana isu ini merupakan isu yang sangat berlegar di kalangan masyarakat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Jonathan bin Yasin
Saya sangat bersetuju dengan Yang Berhormat Rasah bahawa ada kemungkinan bahawa kerugian yang dialami oleh rakyat lebih tinggi di dalam Macau Scam ini. Walau bagaimanapun, sekiranya rakyat yang telah tertipu oleh Macau Scam ini tidak membuat laporan kepada polis dan pihak berwajib, maka kita tidak mendapat butiran yang penuh tentang kerugian yang mereka alami. Oleh sebab itu, saya sangat menggalakkan bagi mereka yang telah tertipu di dalam Macau Scam ini membuat laporan polis supaya kita mendapatkan maklumat penuh berkaitan dengan jumlah kerugian yang telah dialami.
Sekali lagi berkaitan dengan secara spesifik tentang Datuk Seri Nicky Liow, memang sebenarnya kami di pihak KDN, Menteri dan Timbalan Menteri yang terlibat mempunyai pembahagian tugas masing-masing. Oleh sebab itu, ada perkara-perkara yang sudah tentunya saya tidak mendapat latest information, maklumat terkini. Oleh sebab itu, sekali lagi saya mohon maaf, saya akan minta supaya berkaitan dengan Datuk Seri Nicky Liow itu akan diberikan secara bertulis kepada Yang Berhormat.
[****Soalan No. 3** – YB. Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) tidak hadir]
4. Tuan Su Keong Siong [Kampar] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan jumlah pekerja yang diberhentikan akibat penularan pandemik COVID-19. Nyatakan secara terperinci bilangan tuntutan dan jumlah pembayaran yang telah di bayar oleh PERKESO di bawah Skim Insurans Pekerjaan (SIP) untuk tempoh dari 1 Januari 2019 ke 30 September 2021.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kampar yang membangkitkan berkenaan dengan bilangan terperinci pembayaran yang dibuat oleh PERKESO.
Untuk makluman Yang Berhormat Kampar dan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, berdasarkan statistik Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO, bilangan permohonan faedah di bawah Insurans Pekerjaan yang diterima dari tempoh 18 Mac 2020 sehingga 5 November 2021 adalah sebanyak 148,926 permohonan dengan jumlah permohonan yang diluluskan daripada itu adalah sebanyak 119,500.
Jadi melalui perancangan kerajaan ini, PERKESO melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) telah meluluskan bayaran berjumlah, hasil daripada tuntutan ini, sebanyak RM629.2 juta kepada pekerja yang layak melibatkan kategori dan bayaran faedah seperti berikut iaitu, pertamanya, elaun mencari pekerjaan dengan bayaran sejumlah RM588.5 juta.
Kedua, elaun pendapatan berkurangan. Pendapatan mereka berkurangan akibat pandemik COVID-19 ini. Jadi, melalui Skim Insurans Pekerjaan ini, kita telah membayar sejumlah RM6.9 juta.
Seterusnya, iaitu yang terakhir, elaun bekerja semula awal. Apabila dia sudah diberhentikan kerja dan mendapat tawaran kerja semula di tempat lain, mendapat elaun iaitu dengan bayaran sejumlah RM33.8 juta.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan yang pertama. Sila, Yang Berhormat Kampar.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Daripada jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, memang kita telah lihat EMP iaitu Elaun Mencari Pekerjaan adalah jumlah yang paling besar iaitu RM588.5 juta.
Akan tetapi, pembayaran ini adalah untuk tempoh tiga hingga enam bulan sahaja. Jadi, apakah perlindungan kepada pekerja-pekerja yang hilang pekerjaan dan selepas enam bulan mereka masih tidak dapat mencari pekerjaan mereka? Adakah SIP Ini dapat membantu mereka sekiranya mereka masih tidak dapat mencari pekerjaan selepas enam bulan tersebut?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu minit.
Datuk Haji Awang bin Hashim
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada sahabat saya dari Kampar yang memberi peluang untuk saya menjawab.
Pertamanya kalau Yang Berhormat Kampar mengikuti pengumuman- pengumuman daripada kerajaan kepada mereka yang dalam program PENJANA dan PEMULIH, selepas itu disambung lagi— selepas enam bulan disambung tiga bulan dan tiga bulan. Jadi, mengikut statistik yang ada pada kita.
Keduanya bila mereka hilang pekerjaan, pihak Kementerian Sumber Manusia telah melalui agensinya iaitu PERKESO telah membuka satu portal yang dipanggil MYFutureJobs, untuk mereka mengisi, memohon kerja-kerja yang bersesuaian dengan kehendak, kelulusan dan juga skill yang mereka ada yang dipanggil MYFutureJobs yang selalu disebut dan dijawab dalam Dewan ini. Itulah prihatin kerajaan untuk menolong anak-anak kita ataupun pekerja-pekerja yang ada di Malaysia ini yang terlibat ketika menghadapi pandemik COVID-19 ini.
Jadi kita lihat sehingga statistik ini daripada Januari sehingga 5 November 2021 sebanyak 55,742 kehilangan pekerjaan yang telah direkodkan melalui sistem— yang direkodkan oleh PERKESO. Jadi, kita sudah ada datanya. Jumlah pengesyoran bayaran kepada 55,000 yang saya sebutkan tadi dalam Sistem Insurans Pekerjaan ini bagi tempoh tersebut adalah sebanyak RM324.6 juta. Jadi kita membantu mereka yang terlibat dalam pembuangan kerja dan pengurangan gaji kerja.
Datuk Haji Awang bin Hashim
Jadi insentif aktiviti yang dijalankan oleh kerajaan ketika menghadapi pandemik COVID-19 yang kita tidak jangka. Musuh yang ada di hadapan kita pun kita tak nampak.
Jadi susah kita hendak buat satu ramalan ataupun prediction. Jadi, kerajaan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini dengan menjalankan beberapa perancangan termasuk aktiviti insentif kepada majikan yang membuat pengambilan pekerja yang berusia 40 tahun ke bawah. Begitu juga insentif kepada majikan yang membuat pengambilan pekerja berusia 40 tahun ke atas.
Majikan juga kita bantu dengan memberi insentif-insentif termasuk OKU juga, kita mohon kepada majikan supaya mereka memberi ruang pekerjaan kepada mereka dan parol iaitu banduan-banduan yang telah bebas dan hampir keluar mereka diberi latihan dan dihantar ke tempat-tempat. Permintaan sangat baik kepada banduan-banduan yang akan keluar sekarang ini termasuk dalam kalangan elektronik yang mana gaji mereka— dan mereka mempunyai disiplin yang sangat baik setelah mereka keluar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, masa sudah tamat.
Datuk Haji Awang bin Hashim
Ini adalah satu kaedah pendidikan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik.
Datuk Haji Awang bin Hashim
Seterusnya, insentif pengambilan perantis dalam kalangan lepasan sekolah dan juga graduan 18 ke 30 tahun. perluasan insentif pengambilan pekerja di bawah program KerjayaGig. Seterusnya kita tengok program penempatan pekerjaan oleh agensi pekerjaan swasta (APS) dan juga Program Malaysianisation untuk menggalakkan majikan menggantikan pekerja asing dengan pekerja tempatan. Hasil daripada aktiviti kerajaan ini, ia merangkumi semua sektor, semua golongan— kita membuat suatu perlindungan kepada mereka ketika menghadapi pandemik COVID-19. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan kedua, saya jemput sebelah sini dahulu, Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Memandangkan masih ada ramai yang kata tidak dapat pekerjaan tetapi yang kita boleh nampak ekonomi sudah pulih dan banyak sektor sudah beroperasi. Jadi susah hendak faham mengapa masih banyak ada ramai orang yang tidak dapat bekerja. Jadi saya hendak minta Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah sebab-sebab ini dikenal pasti.
Adakah mereka yang memilih jenis kerja atau apa bidang kerja yang mereka ada pengalaman sudah tidak banyak business dalam bidang yang mereka suka sertai? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu minit.
Datuk Haji Awang bin Hashim
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tebrau.
Ya, kalau kita membuat satu assuming ataupun andaian berkenaan tak dapat kerja tanpa ada fakta dan data ini susahlah. Sebab kalau kita gunakan maklumat-maklumat media sosial— apa yang saya bentangkan tadi berdasarkan fakta-fakta dan data-data yang kita ada.
Jadi, kita minta Yang Berhormat kalau ada betul suara-suara yang mengatakan ramai lagi tak dapat pekerjaan— yang kita ada sebelum ada pandemik pun kita sudah ada 500,000 yang dalam pasaran yang tidak ada pekerjaan lagi ditambah dengan pandemik.
Jadi kita sedang berusaha untuk kita hendak narrow down ataupun hendak perkecilkan jumlah pekerja-pekerja kita dalam pasaran terutama mereka yang keluar daripada universiti, institusi-institusi awam dan swasta termasuk peringkat sijil dan diploma dan sebagainya untuk kita fulfil the potensi ataupun beri mereka peluang untuk mereka memohon melalui portal-portal yang kita sediakan mengikut kesesuaian mereka.
Jadi, insya-Allah fakta-fakta ini kita akan ambil dan kita akan buat satu simulasi dan juga inilah kita akan gabung dengan kementerian-kementerian yang lain yang perlu ada satu koordinasi, kolaborasi supaya peluang-peluang pekerjaan ini dapat dicipta
Datuk Haji Awang bin Hashim
termasuk MITI, EPU dan sebagainya. Dua, tiga kementerian lagi yang terlibat. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan ketiga, saya jemput Yang Berhormat Kapar.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terus kepada soalan. Pada SIP mengkaji— adakah kementerian berhasrat untuk mengkaji caruman dari pihak pekerjaan dan juga majikan di samping itu memudahkan birokrasi kelayakan untuk mendapatkan skim SIP ini untuk melebar luaskan peluang- peluang yang ada pada mereka yang terlibat secara renti-kerja sementara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Sila, satu minit.
Datuk Haji Awang bin Hashim
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya dari Kapar dan saya ucap terima kasihlah kerana bangkitkan perkara- perkara ini kerana mungkin kita ada perkara-perkara yang kita tak kelihatan, tak nampak.
Akan tetapi bila dibangkitkan ini kita akan upgrade atau tambah baik. Terima kasih sahabat saya dari Kapar.
SIP ini memang kita buat penambahbaikan yang sangat banyak terutamanya kita telah membuat satu program atau mengeluarkan satu produk yang dinamakan OBS
(orang bekerja sendiri) di mana dalam skim Sistem Insurans Pekerjaan ini ada faedahnya yang berbentuk kewangan dan bantuan pencarian pekerjaan seperti mana berikut termasuk perlindungan yang mana OBS ini mereka boleh mencarum bila mereka bekerja sendiri iaitu mencarum dalam PERKESO, berlaku perlindungan sekiranya musibah terhadap mereka akan berlaku.
Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kapar tadi, kementerian melalui PERKESO juga telah melancarkan elaun mencari pekerjaan. Ini inisiatif-inisiatif yang telah dibuat. Keduanya, elaun bekerja semula awal. Bila dapat bekerja diberi elaun dahulu untuk memulakan kehidupan mereka ataupun perbelanjaan untuk mereka memulakan ke tempat kerja.
Ketiga, elaun penempatan berkurangan. Bila pandemik COVID-19 ada sesetengah majikan mengurangkan gaji. Jadi, kerajaan dengan inisiatifnya memberi elaun tambahan kepada mereka yang bergaji kurang ini yang dibuat oleh majikan dan kita dalam masa yang sama membantu juga majikan dan juga membantu pekerja. Majikan juga tidak terkesan dengan perbelanjaan dan pekerja juga tidak terkesan dengan gaji mereka yang telah dikurangkan akibat daripada insentif yang dijalankan oleh kerajaan.
Begitu juga dengan pembiayaan fi latihan. Majikan pada ketika pandemik COVID- 19 ini mereka tidak ada jadual-jadual proses untuk memberi latihan kepada pekerja mereka untuk meningkatkan kemahiran. Akan tetapi pada ketika ini, kerajaan mengeluarkan insentif untuk memberi mereka latihan dengan mengeluarkan perbelanjaan bagi membantu majikan-majikan bagi majikan meningkatkan kemahiran kepada pekerja- pekerja mereka.
Begitu juga dengan bantuan pencarian pekerjaan oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan di PERKESO. Kita juga memberi bantuan menghantar pegawai-pegawai supaya memberi nasihat pekerjaan apa yang boleh termasuk dalam portal MYFutureJobs yang mana di situlah mereka boleh mendapat pekerjaan dengan mengisi maklumat di situ dan kesesuaian dan alhamdulillah sambutannya sangat baik dan hampir 90 peratus daripada mereka yang mengisi portal dalam MYFutureJobs ini mendapat pekerjaan.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan soalan lisan seterusnya, saya ingin jemput Yang Berhormat Lubok Antu tidak ada dalam Dewan. Seterusnya Yang Berhormat Datuk Ignatius Darell Leiking, Penampang.
[Soalan No. 5 – YB. Tuan Jugah a/k Muyang @ Tambat (Lubok Antu) tidak hadir]
6. Datuk Ignatius Darell Leiking [Penampang] minta Menteri Kesihatan menyatakan sekiranya proses tender projek pembinaan Klinik Kesihatan Penampang yang telah dimulakan oleh Kerajaan PH-Warisan dapat diteruskan menggunakan pelan pembangunan sedia ada tanpa menunggu perubahan untuk memasukkan fasiliti COVID- 19 kerana keperluan yang mendesak dari penduduk Penampang yang telah menunggu klinik baru ini sejak lebih kurang 20 tahun yang lalu kerana klinik sedia ada tidak dapat menampung pertambahan pesakit.
Timbalan Menteri Kesihatan II - Datuk Aaron Ago Dagang
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Projek Klinik Kesihatan
(Jenis 3) Penampang, Kota Kinabalu telah diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.
Projek ini melibatkan kerja awalan iaitu rawatan tanah yang telah dimulakan pada 15 Mac 2013 dan telah siap sepenuhnya pada 2 Jun 2015. Projek ini pada asalnya telah dirancang untuk dilaksanakan pada pertengahan tahun 2021. Walau bagaimanapun, projek ini telah tertangguh pelaksanaannya kerana terdapat keperluan menambah skop ‘infectious disease’ dan pindaan reka bentuk.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, ekoran pandemik COVID-19 yang sedang berlaku, semua kemudahan kesihatan yang akan dibina perlu terlebih dahulu dilengkapkan dengan keperluan rawatan penyakit berjangkit. Komponen seperti infectious disease, Teleprimary Care dan MedPCs ataupun sistem komputer kita masukkan dalam skop projek.
Ini merupakan sebahagian daripada usaha kementerian untuk menyediakan kemudahan kesihatan yang komprehensif. Proses pemilihan reka bentuk, penyediaan preliminary details abstract serta pindaan pelan tapak bagi Klinik Kesihatan (Jenis 3) Penampang ini sedang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia.
Sehubungan itu, proses tender perlu ditangguhkan dahulu sehingga selesai penambahbaikan reka bentuk kesemua jenis Klinik Kesihatan. Permohonan bagi fasa 2 iaitu kerja bangunan akan dimohon di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 Rolling Plan 3 iaitu pada tahun 2022, next year. Kementerian ini sedang bersama-sama JKR dan agensi- agensi kerajaan yang lain, sentiasa bekerja sama dengan erat bagi memastikan projek ini berjalan dengan lancar. Menjadi aspirasi kementerian ini agar projek-projek ini disiapkan pada masa, kos dan standard yang telah ditetapkan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan.
Sila, Yang Berhormat Penampang.
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. For the record, Tuan Yang di-Pertua, projek ini telah – tapak tanah ini dipecahkan pada bulan April 2013, iaitu sebelum penamaan calon pilihan raya tahun 2013 itu. Tapak in telah hand over kepada KKM pada 15 Mac 2013 seperti mana yang Yang Berhormat Timbalan Menteri jelaskan.
But, problemnya, ia dibatalkan pada bulan Julai 2018 kerana approval tidak diselesaikan. So, kita push sewaktu kita kerajaan dan dapat balik peruntukan ini.
Sekarang, we are now delayed again. It was supposed to be tendered pada tahun 2020, tetapi sekarang kerana alasan yang diberikan, kita terpaksa tunggu. Orang Penampang terpaksa tunggu.
Bolehkan Yang Berhormat Timbalan Menteri menjelaskan bahawa projek ini tidak akan lagi ditangguhkan sepertimana yang ditangguhkan sejak tahun 2013? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik Yang Berhormat Penampang. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu minit.
Datuk Aaron Ago Dagang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Memanglah, itulah kehendak kita untuk ia tidak ditangguhkan lagi.
Dalam hal ini, penyediaan kos untuk projek ini apabila kesemua keperluan untuk skop rumah penyakit berjangkit disiapkan – Dalam perancangan kita, ini akan siap dan tender akan dibuat pada next year, dalam quarter keempat.
Ini kerana, kalau kita melihat, bukan sahaja Klinik Kesihatan Penampang ini yang delayed. Ini kerana, apabila kita mendapati kebanyakan klinik-klinik kita di luar bandar terutamanya, apabila kita dilanda dengan COVID-19 ini kita amat– Kita ada masalah untuk berhubung. Kita ingin masukkan beberapa dan yang penting itulah – bukan sahaja di klinik, malah di hospital pun kadang-kadang kita tidak ada laluan untuk penyakit berjangkit ini.
Ruang untuk rawatan. Macam-macam, reka bentuk perlu diubah untuk kita mengambil kira dan menambahkan keperluan-keperluan ini. Penting adalah sistem Teleprimary Care seperti yang saya katakan tadi. Juga, bermacam-macam CCTV yang dapat digunakan oleh kita untuk berhubung secara virtual.
Sebagai contoh Yang Berhormat, di Sarawak pun, sebab saya selalu pergi ke sana, beberapa buah klinik jenis 4, 5 dan sebagainya perlu untuk ditambahkan keperluan- keperluan ini. Semua klinik ini pun kita tangguh-tangguhkan sedikit. Diharapkan, apabila ia selesai dengan reka bentuk yang baharu dan kos yang baharu, ia dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin.
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua, just satu soalan sahaja, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Oleh sebab, we are moving to an endemic stage dengan COVID-19 ini, adakah keperluan untuk COVID-19 ataupun peralatan COVID-19 masih perlu dalam reka bentuk ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ini sudah soalan tambahan.
Datuk Aaron Ago Dagang
Ini bukan untuk COVID-19 sahaja. Penyakit berjangkit ada banyak dan kita bersedia untuk masa hadapan. Bukan sahaja untuk COVID-19. Okeylah, kalau kita masuk ke endemic stage dengan COVID-19, masihlah.
Akan tetapi, keperluan-keperluan ini amat perlu dan bukan untuk COVID-19 sahaja.
Banyak lagi penyakit yang lain. Kita perlukan untuk dirawat dalam keadaan yang selesa dan cepat. Terima kasih.
Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong - Hulu Rajang
Hulu Rajang...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya hendak meneruskan kepada soalan– Seterusnya, kami sudah ada dua soalan tambahan. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Pengerang.
7. Dato' Sri Azalina Othman Said [Pengerang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan perancangan kerajaan dalam usaha mengatasi cabaran perkembangan kesihatan minda kanak-kanak di dalam tahanan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri II - Datuk Jonathan bin Yasin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Imigresen Malaysia komited dalam memastikan kebajikan dan keselamatan semua tahanan di depot imigresen, termasuklah kanak-kanak. Sehingga 11 Oktober 2021, terdapat seramai 1,475 orang ataupun sebanyak 7.5 peratus tahanan kanak-kanak daripada keseluruhan jumlah 19,732 orang tahanan di semua depot imigresen dan depot imigresen sementara di seluruh negara.
Antara langkah yang diambil kerajaan dalam menangani isu ini termasuk cabaran perkembangan kesihatan minda kanak-kanak dalam tahanan imigresen adalah melalui pelaksanaan projek rintis Alternative to Detention (ATD) bagi kanak-kanak tanpa penjaga dan terpisah yang diterajui oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Timbalan Menteri Dalam Negeri II - Datuk Jonathan bin Yasin
Projek rintis ATD yang dicadangkan untuk pelaksanaan di Malaysia merupakan satu penjagaan alternatif kepada kanak-kanak terpisah dan tanpa penjaga di depot imigresen yang mana kanak-kanak tersebut akan mendapat perlindungan dan perkhidmatan sokongan melalui pemeliharaan berasaskan keluarga, untuk memenuhi keperluan asas seorang kanak-kanak.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menyediakan prosedur operasi standard bagi pelaksanaan projek rintis ini dan Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Imigresen Malaysia komited dalam memberikan kerjasama bagi memastikan pelancarannya. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila soalan tambahan pertama, Yang Berhormat Pengerang.
Dato' Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ialah menurut Artikel 37(b) Convention on the Rights of the Child, dengan izin; “No child shall be deprived of his or her liberty unlawfully or arbitrarily. The arrest, detention or imprisonment of a child shall be in conformity with the law...”.
Jadi, soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah usaha lain yang digunakan oleh Kementerian Dalam Negeri dalam mengelakkan kanak-kanak dimasukkan ke dalam tahanan dalam elemen alternative to detention yang belum dimulakan? Juga, respons kementerian kepada diversion project yang hanya dimulakan pada tahun 2019 tetapi sehingga kini hanya dilaksanakan di Daerah Sepang, Seremban dan Port Dickson. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Pengerang. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Jonathan bin Yasin
Terima kasih atas soalan itu, Yang Berhormat Pengerang. Setakat ini, pilihan yang ada di pihak kerajaan adalah melalui alternative to detention (ATD). Sebenarnya, ia sudah pun pada peringkat yang hampir kita akan melaksanakannya. Hal ini kerana pada 23 Disember tahun ini juga, pada bulan ini, akan didakan pre-council meeting yang dihadiri oleh wakil daripada pihak KDN dan juga daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk memuktamadkan kerangka SOP yang akan dibangunkan.
Ini supaya kita dapat segera melaksanakan perancangan ATD untuk kanak-kanak yang dalam tahanan ini. Ini juga melibatkan NGO yang dilantik oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu seperti Yayasan Chow Kit. Juga, yang terlibat dalam melaksanakannya ialah SUKA Society iaitu badan NGO yang mana elemen kasih sayang dan sebagainya diambil kira dalam memberikan perlindungan bagi kanak-kanak yang ditahan ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan kedua, sila Yang Berhormat Kuala Kedah.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, kita ada undang-undang dan kita ada peraturan tetapi yang menjalankan undang-undang dan peraturan itu dan apa yang kita putuskan di atas kertas ialah manusia. Antara faktor terbesar, masalah terbesar yang timbul dalam menguruskan kanak-kanak dalam tahanan ialah faktor manusia kalau manusia itu tidak peka tentang kehendak kanak-kanak, tidak tahu mengendalikan masalah kanak-kanak, tidak tahu berkomunikasi dengan kanak-kanak.
Jadi, soalan saya ialah adakah ada kursus-kursus yang khusus untuk meningkatkan kualiti manusia yang mengendalikan kanak-kanak tadi dalam pengendalian kanak-kanak. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Jonathan bin Yasin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sangat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat sebentar tadi kerana kita bukannya berurusan dengan tembok tetapi dengan manusia yang mempunyai pelbagai perasaan.
Oleh sebab itu saya percaya elemen-elemen seperti kasih, sukacita, damai, sejahtera, kesabaran, kemurahan dan kebaikan kepada kanak-kanak ini sangat penting di dalam memberi mereka layanan yang baik supaya mereka mendapat kasih sayang di dalam tempoh tahanan mereka. Saya percaya bahawa perkara-perkara ini akan diambil kira oleh pihak-pihak kementerian yang berkenaan dalam menyediakan SOP yang terlibat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Klang, Tuan Charles Anthony Santiago.
8. Tuan Charles Anthony Santiago [Klang] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan rancangan kerajaan mengenai kajian semula, dan nilai terbaru gaji minima.
Adakah kerajaan bersedia untuk meningkat gaji minima kepada RM1,500? Adakah kerajaan sudi untuk memberi subsidi kepada SMEs yang tidak berkemampuan untuk menanggung gaji minima ketika tempoh peralihan tersebut?
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Klang yang menyentuh berkenaan dengan gaji.
Mengikut keadaan sekarang kerajaan melalui Majlis Perundingan Gaji Negara telah melaksanakan kajian semula Perintah Gaji Minimum 2020 dalam membuat kajian semula. Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara telah mengadakan perundingan awam dan sesi libat urus yang melibatkan wakil-wakil majikan, pertubuhan majikan, wakil pekerja, kesatuan sekerja dan orang awam bagi mendapat input tentang impak pelaksanaan gaji minimum ke atas sosioekonomi negara.
Proses kajian semula turut mengambil kira indikator-indikator sosioekonomi seperti Pendapatan Garis Kemiskinan, penengah gaji, keupayaan majikan untuk membayar gaji, kadar pengangguran, produktiviti buruh dan perubahan Indeks Harga Pengguna yang mencerminkan kos sara hidup. Indikator-indikator ini, penunjuk-penunjuk ini sebagai satu penunjuk sosioekonomi akan mencerminkan pasaran tenaga kerja semasa. Majlis Perundingan Gaji Negara sentiasa menggunakan pendekatan seimbang dengan mengambil kira kepentingan pihak majikan, pekerja dan kerajaan.
Kerajaan prihatin dengan kesan kenaikan gaji, kadar gaji minimum terhadap perusahaan mikro kecil dan sederhana. Oleh itu, peningkatan gaji minimum sewajarnya dilaksanakan secara berperingkat agar tidak memberi tekanan dan bebanan kepada majikan serta menjejaskan operasi syarikat dan mendedahkan pekerja kepada risiko kehilangan pekerjaan.
Selain daripada itu peningkatan kadar gaji minimum yang terlalu tinggi dan drastik boleh menjejaskan daya saing negara dan menyebabkan pasaran buruh negara akan berdepan dengan cabaran tinggi untuk mencipta pekerjaan baharu yang berkualiti dan berkemahiran tinggi. Majlis Perundingan Gaji Negara juga yang bersidang pada 9 Disember 2021 telah menyelesaikan perbincangan dan dalam proses penyediaan Kertas Jemaah Menteri untuk mengemukakan syor kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan persetujuan berkenaan dengan semakan gaji ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Soalan tambahan pertama, Yang Berhormat Klang.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. Saya ingin bawa perhatian Yang Berhormat Timbalan Menteri kepada satu kajian yang dibuat oleh Bank Negara pada tahun 2016 yang menganggarkan bahawa jumlah minimum yang diperlukan bagi standard
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
kehidupan yang boleh diterima di bandar adalah sekitar RM2,700 untuk bujang dewasa, RM4,500 untuk pasangan tanpa anak dan RM6,500 untuk pasangan dua orang anak.
Satu kajian tahun 2019 iaitu oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) menganggarkan sebanyak RM2,490 untuk seorang bujang dewasa, RM4,420 untuk pasangan tanpa anak, RM6,620 untuk pasangan dua anak manakala RM3,090 untuk pasangan tua.
Saya bangkit isu ini sebab bila saya dengar jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri ini merupakan kajian yang telah dibuat pada tahun 2016 tetapi sekarang kita akhir Disember 2021. Ini bermaksud bahawa kita ketinggalan dan kita memang takut bahawa kalau kita meningkatkan gaji minimum, maka ini akan ada impact kepada perusahaan- perusahaan dan sebagainya.
Saya memang terima pandangan itu. Oleh sebab itu jawapan nombor dua atau soalan nombor dua ialah apakah cadangan kerajaan untuk menolong SMEs ini yang mungkin akan menerima cabaran yang besar. Soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kerajaan telah menengok, meneliti pandangan yang telah dikemukakan pada tahun 2016 oleh Bank Negara Malaysia termasuk KWSP dan juga cara untuk menolong pekerja di Malaysia dan juga orang yang tidak ada kerja di Malaysia yang banyak unemployment.
Begitu juga saya minta apakah pandangan kerajaan untuk menolong SMEs yang mungkin akan mengalami dan menghadapi masalah tidak boleh membayar gaji minimum ini. Oleh sebab dalam negara-negara lain ada cara dia, ada fund dia, ada dana dia untuk tolong mereka. Minta pandangan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Datuk Haji Awang bin Hashim
Terima kasih. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat daripada Klang berkenaan dengan kajian yang dibuat oleh Bank Negara pada tahun 2016. Sekarang tahun 2021, sudah lima tahun perkara ini berlaku dan kajian-kajian ini belum lagi sehingga kini mencapai satu tahap yang berdasarkan kajian, ialah kajian.
Jadi, kajian tahun 2016 dan pada tahun 2020 kita menghadapi pandemik. Semasa kajian ini dibuat pandemik tidak ada. Kita tidak pernah fikir bahawa kajian ini, kita akan menghadapi pandemik COVID-19, tiba-tiba kita menghadapi pandemik COVID-19. Jadi, perkara-perkara begini telah membantutkan kajian tersebut.
Mungkin kajian ini dibuat untuk diangkat naik kepada Kabinet untuk dilaksanakan.
Ini kita kena pastikan. Walaupun kajian-kajian dibuat, kalau tidak diangkat naik ke peringkat yang bagi buat keputusan, jadi boleh kita ambil sebagai satu indicator, kajian ini sebagai satu benchmark ataupun tanda aras kita bagi kita mencapai dalam masa beberapa tahun. Ini yang pertama.
Keduanya saya hendak melihat apabila kita tidak mencapai berdasarkan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Klang ini, kita ada beberapa approaches bagi membantu SME iaitu dalam program ketika kita menghadapi pandemik COVID-19 ini program seperti PENJANA dan PEMULIH, kerajaan juga mengambil keputusan membantu majikan-majikan SME dan juga kita memberi insentif kepada pekerja termasuk dalam program Malaysianisation yang mana sekiranya mereka gaji RM2,000 pada ketika ini, kerajaan akan menambah lagi elaun kepada mereka sebanyak RM500 menjadi RM2,500.
Begitu juga kepada majikan-majikan, mereka boleh membuat tuntutan kepada kerajaan melalui agensi kementerian iaitu PERKESO sekiranya mereka tidak mampu untuk membayar gaji, jadi shortfall di antara gaji yang mereka bayar diberi insentif supaya majikan juga tidak mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi ketika mereka menghadapi pandemik COVID-19 yang mana production mereka, produk mereka akan berkurangan.
Begitu juga pekerja tidak mendapat kekurangan gaji ataupun kehilangan gaji seterusnya apabila kita menghadapi pandemik COVID-19 ini. Jadi, kerajaan secara menyeluruh melihat semua sudut termasuk mereka B40 ke atas ataupun mereka M40, B40 dan juga mereka termasuk majikan-majikan yang terlibat dalam pembangunan ekonomi cycle negara. Jadi, sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan kedua, sila Yang Berhormat Baling.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Memang panjang perbahasan, taklimat dan ucapan. Selama 10 tahun dalam Parlimen ini Dewan yang mulia ini saya dengar perkara yang sama, kajian, bincang bagaimana kita laksanakan.
Dalam kita hendak melaksanakan Keluarga Malaysia di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri daripada Bera, saya yakin dan percaya kalau kita tengok macam mana sahabat saya dari Klang sebutkan tadi sememangnya bukan satu, dua atau tiga malah lebih 10 kajian dibuat untuk memastikan negara kita, rakyat kita wajib dan harus diberikan itu pun paling minimum RM1,500 ini paling minimum, sepatutnya tidak cukup.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Akan tetapi sekadar untuk melihat dapat kita merealisasikan Keluarga Malaysia ini kestabilan demi kemakmuran rakyat jelata ini. Saya syorkan RM1,500 ini di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Bera dapat kita laksanakan.
Satu lagi yang berkaitan pelan kedua...
[Disampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Soalannya Yang Berhormat Baling. Soalannya.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Last, perkara kedua ini. Subsidi terlalu banyak. Dalam masa zaman pandemik COVID-19 ini terlalu banyak sumbangan bantuan. Kita boleh ambil contoh negara-negara maju bagaimana kita boleh laksanakan subsidi ini untuk kita berikan direct kepada pekerja-pekerja di bawah B40 yang mana gaji hari ini RM1,200 minimum. Saya pohonlah kerajaan pada hari ini dapat melaksanakan pemberian gaji RM1,500 minimum terdahulu pada tahun 2022.
Insya-Allah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Baling. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Haji Awang bin Hashim
Terima kasih sahabat saya daripada Yang Berhormat Baling yang memang dalam kaedah pengurusan moden, kajian itu adalah satu elemen. Kalau tidak ada kajian, apa kita hendak ukur. Jadi, kadang-kadang kita buat 10 kajian. Mungkin satu kita pakai. Jadi, kalaulah...
[Disampuk]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Kajian terlajak laris Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Haji Awang bin Hashim
Jadi, kalau kajian banyak itu betullah. Seperti memang mungkin sampai 20 ke 30. Kalau kita tidak buat kajian, kita tidak ada langsung benchmark ataupun indicator ataupun penunjuk aras yang mana kita hendak bergerak.
Jadi, itu adalah dipanggil pengurusan moden ataupun modern management dalam kita menunjukkan prudent management kita bagi kita melaksanakan tanggungjawab dalam melaksanakan kerajaan untuk kita membantu rakyat pada ketika ini yang mana seluruh dunia menghadapi musibah ini.
Jadi, kita saya setujulah tetapi untuk gaji yang dicadangkan sebagai gaji kenaikan sampai paras minimum RM1,500 insya-Allah kita akan tengok. Ini kerana saya dah sebut tadi, dalam soalan dan jawapan saya Majlis Perundingan Gaji Negara yang bersidang pada 9 Disember 2021 telah menyelesaikan perbincangan dalam proses penyediaan kertas Jemaah Menteri. Jadi, Yang Berhormat Baling belum faham kaedah pengurusan.
Bila naik peringkat ke atas, dah lulus baru boleh laksana. Kalau kajian setakat kajian sahaja tidak angkat ke peringkat untuk pelaksanaan terutamanya Kabinet. Jadi, kita tidak sampai. Tidak akan dapat tercapai.
Insya-Allah dengan usaha kita semua dengan sokongan dan juga support daripada semua Ahli Parlimen yang hendak kita beri satu sumbangan kepada rakyat yang lebih baik untuk mereka meneruskan kehidupan mereka. Insya-Allah pada 9 Disember ini telah diputuskan dan Jemaah Menteri akan diangkat naik kertas ini kepada Jemaah
Datuk Haji Awang bin Hashim
Menteri untuk kita syorkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan persetujuan.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang hebat. Tolong bawa. Laksanakan tahun depan juga.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Seterusnya, pertanyaan jawab lisan, saya jemput Yang Berhormat Lahad Datu.
9. Datuk Mohamaddin bin Ketapi [Lahad Datu] minta Menteri Kesihatan menyatakan bilakah kementerian akan melonggarkan SOP seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal memandangkan kebanyakan negara di Eropah khususnya di United Kingdom tidak mewajibkan lagi pemakaian pelitup muka.
Timbalan Menteri Kesihatan II - Datuk Aaron Ago Dagang
Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, pemakaian pelitup muka dengan cara yang betul adalah salah satu kaedah bagi mengekang penularan COVID-19 dengan mengelak pemakai dari mendapat jangkitan dari orang lain dan pada masa yang sama, dapat menghalang virus daripada pemakai tersebut kepada orang lain. Pemakaian pelitup muka ini telah diperakui keberkesanannya oleh badan-badan antarabangsa yang berautoriti seperti WHO dan CDC USA ataupun Center for Disease Control and Prevention.
Sementara itu, WHO mengesyorkan penjarakan fizikal adalah bertujuan untuk melambatkan penularan jangkitan dengan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dan mencegah jangkitan baru muncul. Kedua-dua kaedah ini turut boleh mencegah penularan penyakit berjangkit lain terutamanya yang tersebar melalui udara dan titisan pelepasan.
Pemakaian pelitup muka telah diwajibkan pada 1 Ogos 2020 bertujuan untuk menyekat penyebaran penyakit yang berjangkit melalui saluran pernafasan khususnya COVID-19 ia bertujuan untuk melindungi individu yang sihat atau untuk menghalang jangkitan seterusnya bagi individu bergejala. Walau bagaimanapun, penggunaan pelitup muka ini mestilah disekalikan dengan pematuhan SOP yang seperti lain seperti penjarakan fizikal, membasuh tangan dengan kerap serta lain-lain langkah mencegah kawalan penyakit COVID-19.
Penggunaan pelitup muka sangat berkesan untuk mengurangkan penyebaran virus daripada artikel yang diterbitkan oleh University of Texas, USA pada 26 Januari 2021didapati penggunaan pelitup muka dapat mengurangkan penularan jangkitan melalui pengurangan penyebar cecair pernafasan ataupun infected droplets baik semasa kajian makmal ataupun kajian klinikal.
Kajian yang telah dijalankan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia pada bulan Oktober 2021 berkaitan pematuhan kepada SOP mendapati 95 peratus responden masih patuh pada SOP norma baharu. Majoriti responden sangat bersetuju untuk terus mengamalkan norma baharu dan patuh pada SOP.
Pada tahun ini sehingga 13 Disember ini, seramai 3,011 individu telah dikenakan kompaun atas kesalahan tidak patuh kepada pemakaian pelitup muka dalam komuniti.
Manakala, 3,082 individu dikenakan kompaun kerana gagal mengamalkan penjarakan fizikal.
Oleh itu, kedua kaedah sepatutnya dijadikan amalan dan norma baharu setiap individu. Justeru, walaupun Malaysia telah beralih ke fasa endemik amalan ini perlu diteruskan dengan kemunculan varian baharu COVID Omicron. Kita dapati negara seperti United Kingdom telah menyarankan kembali agar rakyat di negara tersebut meningkatkan amalan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila Yang Berhormat Lahad Datu. Soalan tambahan pertama.
Datuk Mohamaddin bin Ketapi - Lahad Datu
Tiada soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Bukit Bintang.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ramai rakyat nampaknya tidak mengambil berat pemakaian pelitup muka di mana-mana pun dan nampaknya tiada tindakan penguat kuasa yang ke atas mereka yang melanggar SOP ini.
Minta komen dari Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Aaron Ago Dagang
Mungkin tidak berapa jelas. Itu soalan adalah ke arah...
[Disampuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Minta ulang sekali lagi Yang Berhormat Bukit Bintang. Ulang.
Datuk Aaron Ago Dagang
Patuhi. Mematuhi SOP.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Ya. Minta komen dari Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang ramai rakyat nampaknya tidak mengikut dan mengambil berat pemakaian pelitup muka di mana-mana tempat pun kita pernah nampak. Akan tetapi, tidak ada tindakan yang diambil mereka. Apakah komen dari Yang Berhormat Timbalan Menteri?
Datuk Aaron Ago Dagang
Yang Berhormat, seperti yang saya katakan tadi daripada kajian Kementerian Kesihatan 95 peratus sampling yang kita buat mereka memang bersetuju untuk mematuhi SOP dan norma baharu. Kalau kita melihat daripada kes-kes kompaun yang kita telah adakan, sama ada masa pilihan raya ataupun pada masa-masa yang dahulu, memang banyak kes kita telah dapati daripada pelbagai agensi yang kita dianugerahkan untuk mematuhi untuk menangkap mereka yang tidak patuh pada SOP.
Panjang list yang saya ada di sini. Kalau Yang Berhormat ingin, saya boleh sampaikan maklumat itu data-data yang mengatakan bahawa mereka yang tidak patuh kepada SOP sama ada tidak memakai pelitup muka dan sebagainya, penjarakan berada dalam keadaan yang tidak mengikut SOP memang ada dan baru-baru ini kita mengetahui pilihan raya di Melaka dengan SOP yang kita ada banyak juga kompaun telah kita sampaikan kepada mereka yang tidak mematuhi SOP. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya benarkan soalan tambahan ketiga, Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan. Saya nampak, saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan tadi.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya bersetuju dengan jawapan tersebut. Bagi saya itu jawapan yang dapat melindungi keselamatan dan kesihatan rakyat kita. Ini saya beri contoh. Saya sendiri pakai dua lapis [Sambil membuka satu lapis pelitup muka] . Bila bercakap itu saya buka satu lapis.
Cuma saya hendak minta komen daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Menteri KKM ada menyebut bahawa orang politik, pemimpin politiklah antara yang paling ingkar, paling banyak ingkar terhadap SOP ini, termasuk berkenaan dengan pemakaian pelitup muka.
Saya beri contoh, saya nampak kedua-dua orang Timbalan Menteri KKM – minta maaf ya. Buka pelitup muka ketika menjawab soalan. Jadi apakah kedua-dua orang Timbalan Menteri ini tidak mempunyai pendapat yang sama seperti Yang Berhormat Menteri? Saya bersetuju dengan Menteri, pemimpin politik – kita ini pemimpin politik.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Rakyat memandang kita, sebagai contoh. Kita mempunyai tanggungjawab asas untuk memberikan satu teladan yang baik. Ketika bercakap pun gunakan, pakai pelitup muka.
Saya hendak minta pandangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Datuk Aaron Ago Dagang
Terima kasih Yang Berhormat. Mungkin Yang Berhormat tidak berada dalam Dewan ini apabila sesiapa yang bercakap daripada Tuan Yang di-Pertua untuk membuka mask supaya percakapan kita lebih jelas. Jadi selepas ini saya akan pakai pelitup muka. Terima kasih.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Ya, saya tahu tetapi cuma keselamatan. Ini isu keselamatan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Jarang duduk dalam Dewan kah ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik. Petua kita sesiapa yang bercakap boleh tetapi yang bersebelahan kena tutup.
Seterusnya, jawab lisan – saya jemput Yang Berhormat Kapar.
10. Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kapar] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan komitmen kerajaan dalam menjamin perpaduan rakyat di antara kaum di sebalik serangan perkauman yang bersifat politik dan sebagainya.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sebagai komitmen kerajaan dalam mengekalkan keharmonian dan perpaduan antara kaum, Kementerian Perpaduan Negara telah menghasilkan Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 merupakan pelan induk dengan izin, master plan yang menggariskan program-program di bawah agenda perpaduan yang melibatkan pelbagai agensi sama ada yang berperanan sebagai peneraju atau pelaksana kepada program- program tersebut.
Pelan Tindakan Perpaduan Negara ini mempunyai tiga matlamat:-
(i) menyediakan kerangka rujukan bagi melaksanakan program dan aktiviti berteraskan usaha ke arah memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang etnik;
(ii) menjadikan pelan tindakan sebagai ukuran kejayaan Dasar Perpaduan Negara yang mahu penghayatan perpaduan suatu kebiasaan digerakkan secara konsisten; dan,
(iii) memperkasa cita-cita Rukun Negara sebagai pasak kepada Pelan Tindakan Perpaduan Negara sesuai dengan usaha mencipta sebuah masyarakat yang harmoni dan sejahtera.
Pelan tindakan ini dibangunkan dengan lima teras:-
(i) membentuk masyarakat yang menghargai dan mengamalkan perpaduan;
(ii) memelihara sistem demokrasi Raja Berperlembagaan;
(iii) memperkasa sosioekonomi yang adil dan saksama;
(iv) menjamin keterbukaan dan toleransi terhadap perbezaan agama dan tradisi kebudayaan; dan,
(v) membina masyarakat progresif melalui sains, teknologi dan inovasi.
Semua program ini disusun di bawah pelan induk, melibatkan kerjasama kesemua kementerian dan 34 buah agensi kerajaan sebagai peneraju ataupun agensi pelaksana.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara - Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal
Selain itu, Kementerian Perpaduan Negara juga turut membangunkan pelan- pelan pelaksanaan khusus bagi memantapkan pelaksanaan aktiviti perpaduan daripada peringkat kanak-kanak – kita ada Tabika Perpaduan sehingga ke dewasa seperti mediator Rukun Tetangga melalui pemerkasaan jentera-jentera perpaduan. Antaranya, Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga, Pelan Pendidikan Awal Kanak- kanak Tabika Perpaduan, Modul Pengurusan Program Sekretariat Rukun Negara dan Kelab Rukun Negara di sekolah dan universiti dan juga Pelan Pemerkasaan NGO Perpaduan.
Sebagai menyokong aspirasi Keluarga Malaysia, Kementerian Perpaduan Negara telah membangunkan juga pelan lima tahun yang bernama KAMI@Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia yang merupakan inisiatif berfokus dalam meraikan kepelbagaian di negara ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan pertama Yang Berhormat Kapar. Silakan.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terus kepada soalan. Apakah langkah kerajaan untuk mengawal selia peranan media sosial yang menjurus kepada perpecahan serta fitnah yang mengundang permusuhan terutama sekali ahli politik yang menggunakan media tanpa ada tindakan daripada penguat kuasa? Di samping itu, mencadangkan cintakan perpaduan di peringkat sekolah rendah dan menengah diberikan subjek wajib dalam mata pelajaran. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Untuk makluman Yang Berhormat Kapar, kami telah menjawab soalan ini beberapa kali dalam Dewan yang mulia ini.
Peruntukan-peruntukan perundangan memang banyak sebenarnya di bawah Kementerian Dalam Negeri dan juga Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Semua masalah yang melibatkan hasutan dalam media sosial oleh ahli politik mahupun individu, secara maknanya jelas ataupun kabur, semuanya boleh disiasat dengan akta-akta tersebut. Semuanya amat relevan di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk kita ambil dan tangani sebarang konflik-konflik yang ada.
Berhubung dengan penerapan subjek ataupun kuliah ataupun kandungan perpaduan, saya yakin di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia, silibus mata pelajaran Sejarah itu sendiri cukup kaya dengan pelbagai kandungan dan contoh untuk kita memperkukuhkan perpaduan. Dalam masa yang sama, kita juga perlu mendaulatkan dan memperkukuhkan pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu secara tertib dan teratur di peringkat sekolah, menengah dan juga di universiti. Kalau kita amalkan kesemua asas rukun-rukun perpaduan ini, saya yakin tidak ada timbul banyak masalah perpaduan dan salah faham kerana komunikasi jelas antara kaum pelbagai peringkat. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan yang kedua. Saya jemput Yang Berhormat Kinabatangan ya. Sila.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat mungkin maklum bahawa negara kita ini memang negara yang unik. Tidak ada terdapat di mana-mana dunia iaitu budaya beratus, bangsa dan sebagainya. Jadi apakah Yang Berhormat, kementerian ini akan mencadangkan satu strategi baharu ataupun pendekatan baharu seperti National Blue Ocean Strategy bekerjasama dengan pelbagai kementerian untuk memastikan bahawa perpaduan dalam negara kita ini benar-benar termateri dan boleh mengukuhkan perpaduan masa depan negara kita. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
[Dato’ Sri Azalina Othman Said [Pengerang]) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Benar sekali apa yang di telah oleh Yang Berhormat Kinabatangan. Sebenarnya agenda perpaduan ini bukan milik Kementerian Perpaduan Negara sahaja. Kami hanyalah kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk menggubal dasar.
Daripada segi pelaksanaannya, kami perlukan dengan izin, whole-of-government approach. Semua kementerian dan agensi kerajaan, hatta kerajaan negeri baru-baru ini dalam pelancaran Pelan Tindakan Perpaduan Negara yang 10 tahun itu, kita jemput semua EXCO negeri tidak kira kerajaan mahupun pembangkang dan semuanya hadir alhamdulillah untuk memberikan sokongan dan komitmen kepada pelan perpaduan ini.
Jadi kita harap, bukan sahaja Kementerian Perpaduan tetapi semua kementerian juga menyahut dan menyambut seruan ini untuk melaksanakan setiap satu item yang telah kita gariskan di peringkat kementerian/agensi sampailah ke peringkat Tabika Perpaduan di bawah. Itu sahaja, terima kasih.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Tebrau tadi bangun ya? Soalan tambahan ketiga, ada?
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Terima kasih. Memandangkan apa isu perpaduan, saya mendapati KRT memainkan peranan yang baik. Cuma saya dapati di kawasan bandar, kaum selain daripada Bumiputera tidak sertai program KRT. Jadi soalan saya, adakah kementerian ada penyelesaian atau pendekatan untuk mendapatkan kaum selain daripada Bumiputera untuk sertai program KRT? Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Seperti saya ucapkan tadi, kita memang ada Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga bagi 10 tahun akan datang, adequate of plan yang mana kita mahu lebih banyak penyertaan daripada pelbagai kaum dan juga bukan sahaja kaum tetapi juga daripada segi julat umur. Kita ada Jiran Muda yang sepatutnya kita bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan melibatkan anak muda pelbagai kaum menyertai Komuniti Rukun Tetangga dalam menjayakan misi-misi rondaan, program- program pembangunan masyarakat untuk kaum ibu, ibu tunggal, untuk urban farming, contoh dengan izin.
Jadi memang benar kita ada program ini, pelan ini dan kita mahu lebih ramai kaum daripada pelbagai latar menyertai Komuniti Rukun Tetangga di tempat masing-masing.
Terima kasih.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Sarikei.
11. Tuan Wong Ling Biu [Sarikei] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan di manakah 'jalan tikus' utama di Sarawak yang telah digunakan oleh pendatang asing tanpa izin masuk tanpa pelepasan imigresen. Berapa anggaran jumlah pendatang asing tanpa izin yang memasuki Sarawak pada masa lalu.
Timbalan Menteri Dalam Negeri II - Datuk Jonathan bin Yasin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak telah mengesan sejumlah jalan tikus di Wilayah Sarawak sepanjang tempoh pelaksanaan operasi-operasi semasa PGA. Secara keseluruhannya, terdapat sebanyak 41 laluan tikus dikesan melibatkan 10 daerah di Wilayah Sarawak. Senarai jalan tikus yang dikesan PGA adalah seperti berikut:
Timbalan Menteri Dalam Negeri II - Datuk Jonathan bin Yasin
| Daerah | Bilangan jalan tikus |
|---|---|
| Lundu | 5 |
| Bau | 3 |
| Padawan | 2 |
| Serian | 9 |
| Sri Aman | 6 |
| Lubok Antu | 4 |
| Kapit | 3 |
| Kota Marudu, Ulu Baram | 5 |
| Limbang | 2 |
| Lawas | 3 |
| Jumlah | 41 |
Statistik kes dan tangkapan melibatkan PATI bagi Briged Sarawak PGA untuk tempoh Januari hingga Disember 2020 adalah sebanyak 35 kes melibatkan 203 tangkapan. Manakala bagi Januari hingga September 2021 adalah sebanyak 181 kes melibatkan 871 tangkapan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Wong Ling Biu - Sarikei
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. Soalan tambahan saya. Di Sarawak, permohonan pekerja asing perlu melalui Jabatan Tenaga Kerja terlebih dahulu bagi mengambil pekerja asing. Ini sangat menyusahkan dan prosesnya merumitkan majikan. Adakah pihak kerajaan atau Kementerian Dalam Negeri mewujudkan pusat setempat (one stop centre) untuk menyelesaikan masalah ini?
Datuk Jonathan bin Yasin
Tuan Yang di-Pertua, ini adalah berkaitan dengan pengambilan pekerja asing. Cadangan daripada pihak Yang Berhormat Sarikei adalah baik. Saya akan bawa ke pihak kementerian untuk dipertimbangkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem - Serian
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sepertimana yang telah dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi, sembilan dari jalan tikus ini yang telah dikenal pasti di negeri Sarawak terdapat di Serian.
Soalan saya. Sememangnya kita mempunyai satu tempat di mana anggota PGA di Serian ditempatkan iaitu di tempat yang dinamakan Bunan Gega. Saya telah bangkitkan di Dewan yang mulia ini beberapa kali akan perlunya pusat atau pondok PGA yang bertempat di Bunan Gega itu diperbesarkan. Soalan saya, adakah kerajaan akan membesarkan pusat di mana anggota PGA di Bunan Gega dibesarkan? Sekian, terima kasih.
Datuk Jonathan bin Yasin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas soalan tambahan tersebut. Sebenarnya kerajaan berusaha keras untuk meningkatkan tahap keselamatan supaya keperluan untuk menghalang daripada PATI memasuki Sarawak itu dapat dikurangkan.
Dalam langkah tersebut, kita mempunyai 10 pos kawalan tetap yang berada di Sarawak pada masa sekarang dan dijaga oleh PGA. Kerajaan juga mempunyai rancangan untuk membuat lapan pos baharu di Sarawak iaitu di Pos Biawak, Lundu; Pos Sebubok, Bau; Pos Sapit, Padawan; Pos Ulu Sungai Paku-Undop, Sri Aman; Pos Tapak Megah, Belaga; Pos Raso, Lundu; dan Pos Temong Mura, Serian dan Pos Pagalungan, Keningau di Sabah.
Datuk Jonathan bin Yasin
Manakala pos sementara juga telah diwujudkan di 11 pos sementara oleh pihak kerajaan. Pada masa ini, kita punya anggota-anggota juga sudah ditambahkan yang bertugas di pos-pos yang sedia ada termasuklah di kawasan pos sementara.
Sama ada dibesarkan atau tidak pos-pos kawalan ini, sudah tentunya bila semua cadangan untuk membuat pos tetap yang baharu, tentunya penambahbaikan kepada pos- pos yang baharu ini juga akan dilaksanakan. Bagi pos-pos lama yang memerlukan lebih ramai anggota, kita juga minta kerjasama daripada Yang Berhormat untuk memberikan maklumat tambahan kepada kami supaya itu dapat dipertimbangkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
12. Puan Rusnah binti Aluai [Tangga Batu] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan langkah-langkah yang bakal kementerian lakukan untuk mengawal harga komputer riba memandangkan harga komputer riba pada masa ini agak tinggi dan membebankan pelajar-pelajar dari keluarga B40.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato’ Rosol bin Wahid
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian sentiasa memantau harga barang termasuk komputer riba di pasaran. Harga komputer riba yang berada di pasaran adalah bergantung pada spec dan jenis yang berbeza mengikut keperluan dan kemampuan pengguna. Walau bagaimanapun, kementerian mengambil maklum keperluan B40 yang perlu pada peralatan komputer riba pada harga yang berpatutan.
Terdapat banyak pilihan komputer riba yang boleh dipilih mengikut kemampuan masing-masing. Sekiranya pengguna mendapati ada kenaikan pada harga komputer riba yang dijual atau mengesyaki ada elemen pencatutan, maka pada penjualan komputer tersebut aduan boleh dibuat kepada pihak kementerian.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kementerian telah melaksanakan pemeriksaan dalam Ops Catut 8.0 bermula pada 25 Januari di mana kita telah mengeluarkan 227 notis pengesahan maklumat barangan telah dikeluarkan. Kita juga membuat pemantauan berterusan melalui semakan penjualan di atas talian ke atas lima pengendali e-dagang iaitu Shopee, Lazada, Mudah.my, PG Mall dan All IT Hypermarket. Pematuhan berterusan juga akan dibuat daripada semasa ke semasa untuk memastikan barang-barang tersebut tidak ada kenaikan atau tidak ada pencatutan.
Untuk makluman Dewan juga, setakat ini, cuma ada satu aduan diterima berkaitan kenaikan harga tersebut dan apabila disiasat, ia bukan ada elemen pencatutan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya mungkin ada sedikit rentas kementerian.
Apabila kenaikan harga pada gadget dilaporkan sehingga 70 peratus kenaikan tetapi tadi Yang Berhormat telah menjawab bahawa ada banyak pilihan. Jadi, oleh sebab masalah ini berlaku, kerajaan telah mengumumkan memberi bantuan sebanyak 150,000 unit komputer dan khabarnya masih ada lagi belum diselesaikan walhal sekarang sudah sampai hujung tahun 2021.
Apakah jaminan agihan bantuan komputer tahun 2022 akan dapat disempurnakan dalam tempoh masa yang ditetapkan kepada golongan sasar dan bukan hanya kepada beberapa sekolah sahaja? Mungkin ini rentas kementerian sedikit. Harap Yang Berhormat boleh juga memberikan respons.
Dato’ Rosol bin Wahid
Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Soalan ini sepatutnya ditujukan kepada Kementerian Pendidikan. Jadi, data-data berkaitan 150,000 itu tidak ada. Kita cuma jaga kenaikan harga dan keberadaan komputer dalam negara ini.
Cuma, untuk makluman Dewan yang mulia juga, bermula daripada 14 Disember, hari ini, sehingga 20 Mac, kita mengadakan pemeriksaan program Back to School dan
Dato’ Rosol bin Wahid
semuanya ini termasuk dalam peranti dan semua barang-barang untuk keperluan anak ke sekolah untuk tahun depan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya. Saya difahamkan kekurangan supply dari sudut bahan komponen untuk penghasilan komputer riba juga menjadi antara pendorong kepada peningkatan harga tersebut. Jadi, soalan saya, apakah kementerian melihat perkara ini serta apakah langkah-langkah yang diambil bagi mengatasinya? Terima kasih.
Dato’ Rosol bin Wahid
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Betul apa yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Tumpat tersebut. Kita ada bertemu dan mengadakan sesi libat urus dengan pengeluar-pengeluar dan juga penjual-penjual komputer. Elemen yang dinyatakan tersebut ialah kekurangan barang, kemudian masalah logistik dengan akibat pandemik COVID-19 yang melanda, kemudian kekurangan pekerja. Jadi, semua ini mendorong kepada kenaikan harga. Kita mencari jalan yang terbaik untuk memastikan bahawa barang ini mampu dimiliki.
Dato’ Rosol bin Wahid
Kita juga berterima kasih kepada pihak kementerian dan juga MOF yang telah mengeluarkan bantuan sebanyak 150,000 komputer kepada pelajar-pelajar yang akan menyambung pelajaran mereka untuk masa hadapan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan pada hari ini. Terima kasih semua Yang Berhormat. Ada usul.
[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga dibahaskan dan diputuskan DR.11/2021, Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 dan DR.12/2022, Rang Undang-undang Kewangan 2021 di No. 1 dan 2 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul- usul hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, Rabu, 15 Disember 2021”.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Yang menyokong?
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Langkah-langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan
Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kesihatan I [Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi dan salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan rang undang-undang bernama suatu Akta Perlembagaan (Pindaan) 2021 dibaca kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang yang akan saya bentangkan adalah Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2021. Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 ini adalah bagi meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan komitmen kerajaan terhadap Perjanjian Malaysia 1963.
Sebelum rang undang-undang ini di bentang, cadangan pindaan ini telah terlebih dahulu disetujui oleh kedua-dua Kerajaan Negeri Sabah dan negeri Sarawak. Cadangan pindaan ini juga telah dibawa ke Jawatankuasa Sekutu 11 Oktober 2021 dan telah disetujui di peringkat Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 pada 18 Oktober 2021 dan Jemaah Menteri pada 20 dan 29 Oktober 2021.
Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2021, digubal bertujuan untuk meminda perkara berikut:
(i) Fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan;
(ii) Tafsiran ‘the Federation’ di bawah Fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan;
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
(iii) Tafsiran baharu ‘Malaysia Day’ di bawah Fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan; dan
(iv) Fasal (6) dan (7) Perkara 161A Perlembagaan Persekutuan.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan Fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan semasa Malaysia ditubuh pada 6 September 1963, Fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan bagi negeri-negeri Persekutuan adalah seperti berikut. Dalam bahasa Inggeris dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.
*The name, states and territories of the Federation.
(1) The Federation shall be known, in Malay and in English, by the name Malaysia.
(2) The States of the Federation shall be;
(a) The State of Malaya, namely, Johore, Kedah, Kelantan, Malacca, Negeri Sembilan, Pahang, Penang, Perak, Perlis, Selangor and Terengganu;
(b) Borneo States, namely, Sabah and Sarawak; and
(c) The State of Singapore.* Walau bagaimanapun pada tahun 1976, peruntukan ini telah dipinda melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 1976 ataupun [Akta A354] bagi menyatakan satu persatu semua negeri anggota Persekutuan mengikut susunan abjad berkuat kuasa pada 27 Ogos 1976.
Pindaan kemudian dicadang pada tahun 2019 melalui Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 ataupun DR.7/2019 supaya diperuntukkan semula peruntukan yang sama sebagaimana yang dalam tahun 1963 dengan ubahsuaian yang perlu selaras Singapura keluar dari Malaysia dan mengeluarkan penggunaan perkataan ‘Negeri-negeri Melayu’ dan ‘Negeri-negeri Borneo’ dan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 ataupun DR.7/2019 itu kemudiannya dibentang untuk dibaca kali kedua pada 9 April 2019 dengan cadangan pindaan dalam Jawatankuasa untuk memasukkan perkataan ‘Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Borneo’, selaras dengan tuntutan Ahli Dewan Rakyat pada ketika itu.
Walau bagaimanapun, Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019, DR.7/2019 tersebut gagal mendapat sokongan majoriti dua pertiga Ahli Dewan Rakyat semasa dibentang pada bacaan kali kedua. Selaras dengan semangat dan hasrat Perjanjian Malaysia 1963, serta aspirasi dan harapan Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah, Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 sekali lagi dimohon untuk mempertimbangkan pindaan kepada Fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan berserta pindaan kepada tafsiran ‘the Federation’ di bawah Fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan kepada tafsiran ‘the Federation’ di bawah Fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan, dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Rakan Sekutu Bil. 1/2021 pada 8 Mac 2021, Kerajaan Negeri Sarawak telah membentangkan cadangan pindaan kepada tafsiran ‘the Federation’ di bawah Fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan seperti berikut. Dengan izin; “ ‘The Federation’ means the Federation established under Malaysia Agreement sign on the 9th July 1963…” Setelah kajian yang terperinci dibuat dan rundingan bersama Jabatan Peguam Negeri Sabah, Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak diadakan pindaan takrif ‘the Federation’ yang berikut telah dipersetujui.
“ ‘the Federation’ means the Federation that was first established under the Federation of Malaya Agreement 1957 and further pursuant to an Agreement concluded on the ninth day of July, nineteen hundred and sixty-three between the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, the Federation of Malaya, North Borneo, Sarawak and Singapore, the Federation is called Malaysia with the Colonies of North Borneo and
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Sarawak and the State of Singapore federated with the existing States of the Federation of Malaya as the States of Sabah, Sarawak and Singapore in accordance with the constitutional instruments annexed thereto but under and by virtue of the Agreement relating to the separation of Singapore from Malaysia as an independent and sovereign State dated seventh day of August, nineteen hundred and sixty-five, Singapore has ceased to be a state of Malaysia.”
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Pindaan tafsiran sedemikian adalah selaras dengan tuntutan asal Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak yang telah diperluaskan dengan mengambil kira sejarah evolusi pembentukan Persekutuan selepas tahun 1957, yang merangkumi Perjanjian Malaysia 1963 selepas pemisahan Singapura dari Malaysia pada tahun 1965.
Cadangan ini juga akan memberi pengiktirafan kepada Perjanjian Malaysia 1963 dalam Perlembagaan Persekutuan. Cadangan pindaan ini juga dibuat dengan merujuk kepada recital an Article I Perjanjian Malaysia 1963 yang memperuntukkan dengan izin Tuan Yang di-Pertua seperti berikut; “The United Kingdom of Great Britain and Northern Island, the Federation of Malaya, North Borneo, Sarawak and Singapore desiring to conclude an agreement relating to Malaysia agreed as follows; Article I; The Colonies of North Borneo and Sarawak and the State of Singapore shall be federated with the existing state of Federation of Malaya as a State of Sabah and Sarawak Singapore in accordance Constitutional instrument annexed to this Agreement and the Federation shall thereafter be called ‘Malaysia’”.
Pindaan ini juga telah mengambil kira peruntukan-peruntukan lain dalam Perlembagaan Persekutuan di mana ungkapan ‘The Federation’ yang diguna pakai masih merujuk kepada Persekutuan Tanah Melayu 1957. Tafsiran ‘The Federation’ yang dicadangkan ini hendaklah dibaca dalam konteks peruntukan yang berkenaan dalam Perlembagaan Persekutuan selaras dengan …… kepada Fasal 2, Perkara 160, Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan dengan izin seperti berikut; “(2) In this Constitution unless the context otherwise requires the following expression have the meaning hereby irrespectively assigned to them that is to say”. Jadi Tuan Yang di-Pertua, pindaan untuk memasukkan tafsiran ‘Malaysia Day’ di bawah Fasal II, Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara turut mencadangkan untuk memasukkan tafsiran ‘Malaysia Day’ di bawah Fasal 2, Perkara 160, Perlembagaan Persekutuan adalah disetujui oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Negeri Sarawak.
Tafsiran baharu yang menyatakan ‘Hari Malaysia’ ertinya 16 September 1963. Ini akan menjelaskan penggunaan ungkapan tersebut dalam Perlembagaan Persekutuan.
Contohnya dalam Fasal 3 Perkara 1, Fasal 1 Perkara 14, perenggan (e) Fasal 1, Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan, ia juga telah consistent dengan tafsiran ‘Hari Merdeka’ yang diperuntukkan di bawah Fasal 2, Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan kepada Fasal 6 dan Fasal 7 Perkara 161A Perlembagaan Persekutuan. Cadangan pindaan kepada Fasal 6 dan Fasal 7 Perkara 161A Perlembagaan Persekutuan berkenaan dengan ras-ras yang dikira sebagai ras asli bagi Sarawak bagi maksud takrif ‘anak negeri’ ini berbangkit sejak tahun 2019. Ini apabila Kerajaan Negeri Sarawak mengemukakan cadangan kepada Jabatan Peguam Negara untuk mengemas kini senarai ras di bawah Fasal 7 Perkara 161A Perlembagaan Persekutuan. Cadangan tersebut adalah untuk menambah nama ras ‘Iban’ sebagai alternatif kepada Sea Dayaks, nama ras ‘Bidayuh’ sebagai alternatif kepada Land Dayak dan nama ras ‘Lun Bawang’ sebagai alternatif kepada Murut.
Susulan daripada mesyuarat mengenai agenda kerajaan dengan Jabatan Peguam Negara pada 15 September 2021, saya telah mencadangkan agar pindaan kepada tafsiran ‘anak negeri’ dipertimbangkan. Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak turut memaklumkan pada 21 September 2021 bahawa terdapat takrifan dan pengertian ‘anak negeri’ terkini yang telah dibawa ke perhatian Kabinet Negeri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Cadangan pindaan tersebut telah dibincangkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bil.2 2021, pada 24 September 2021 dan telah disetujui untuk memperuntukkan bahawa perenggan (a) Fasal 1, Perkara 161A, Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan Sarawak ras yang dikira sebagai ras asli negeri Sarawak adalah seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang negeri (the State laws) dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Dengan senarai ras asli di bawah Fasal 7 Perkara 161A Perlembagaan Persekutuan adalah dipotong.
Cadangan pindaan kepada Perenggan (a), Fasal 6, Perkara 161A, Perlembagaan Persekutuan ini dibuat berdasarkan pengesahan dan maklum balas daripada Jabatan Peguam Negeri Sarawak. Melalui surat bertarikh 1 Oktober 2021, justifikasi pindaan perenggan (a) Fasal 6 dan Fasal 7, Perkara 161A adalah seperti berikut;
(i) perenggan (a) Fasal 6 Perkara 161A memberi maksud kepada perkataan ‘anak negeri’ di bawah Perkara 161A yang melibatkan kedudukan istimewa anak negeri di Sarawak;
(ii) Fasal 7 Perkara 161A menyenaraikan ras yang dikira sebagai ras asli negeri Sarawak bagi maksud takrif anak negeri dalam Fasal 6;
(iii) nama ras-ras asli yang disenaraikan di dalam Fasal 7 adalah nama yang telah diberi oleh Raja dan pentadbiran koloni pada ras-ras asli tersebut dan ia adalah sama seperti yang disenaraikan di dalam jadual Interpretation Ordinant 1958, Chapter 61, Sarawak.
(iv) semenjak Hari Malaysia, nama-nama ras asli tersebut telah berubah contohnya ‘Dayak Laut’ pada masa sekarang dikenali sebagai Iban dan sesetengah kumpulan ras-ras asli seperti ‘Lun Bawang’ telah memutuskan bahawa mereka harus dikenali sebagai nama ras mereka sendiri daripada menjadi sebahagian daripada ras yang dikenali sebagai Murut;
(v) pindaan ini akan memastikan dan akan memberi kuasa kepada undang-undang negeri untuk menentukan ras yang akan ditakrifkan sebagai anak negeri Sarawak yang akan tertakluk kepada Undang-undang Anak Negeri dan Adat yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri mengikut Butiran 13, Senarai IIA, senarai tambahan kepada senarai negeri bagi negeri Sabah dan Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, rang undang- undang ini digubal berdasarkan keperluan seperti berikut; Fasal 1 memperuntukkan tajuk ringkas yang dicadangkan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan; Fasal 2 bertujuan untuk menggantikan Fasal 2, Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan untuk menyatakan semua negeri yang membentuk Persekutuan dengan mengembalikan dengan ubahsuaian kedudukan Fasal 2 Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan semasa pembentukan Malaysia pada tahun 1963, kecuali rujukan terhadap Singapura; Fasal 3 bertujuan untuk memasukkan takrif ‘Hari Malaysia’ untuk menggantikan takrif ‘Persekutuan’ selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia bertarikh 9 Julai 1963 dan menurut perjanjian berhubung dengan pemisahan Singapura dan Malaysia bagi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat bertarikh 7 Ogos 1965.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Fasal 4 bertujuan untuk meminda Perkara 161A, Perlembagaan Persekutuan dan subfasal 4(a) bertujuan untuk menggantikan perenggan (a), Fasal (6), Perkara 161A Perlembagaan Persekutuan untuk memperuntukkan bahawa berhubung dengan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Sarawak, ras yang dikira sebagai ras asli bagi Sarawak adalah seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang negeri.
Subfasal 4(b) bertujuan untuk memotong Fasal 7, Perkara 161(A).
Tuan Yang di-Pertua, secara umumnya Fasal 3, Perkara 159, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan tidak boleh diluluskan di Parlimen melainkan jika rang undang-undang itu telah disokong kepada Bacaan Kali Kedua Dan Kali Ketiga dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan Ahli Parlimen.
Justeru, penetapan dasar yang jelas telah dilaksana untuk cadangan rang undang-undang ini melalui pelbagai sesi libat urus yang telah diadakan oleh:
(i) Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri;
(ii) Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri; dan
(iii) Jabatan Peguam Negara.
Saya sendiri telah mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak seperti berikut:
(i) sesi libat urus bersama Kerajaan Negeri Sabah, membentangkan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri 3 Oktober 2021;
(ii) pembentangan kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah 4 Disember 2021;
(iii) sesi libat urus bersama Kerajaan Negeri Sarawak. Pembentangan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri 15 Oktober 2021;
(iv) sesi libat urus bersama Ahli Parlimen GPS 28 Oktober 2021;
(v) sesi libat urus bersama pihak kerajaan, penyokong kerajaan Keluarga Malaysia, Barisan Nasional dan Perikatan Nasional 7 Oktober dan 2 Disember 2021;
(vi) sesi libat urus bersama pihak pembangkang, Pakatan Harapan 12 Oktober dan 7 Disember 2021;
(vii) libat urus bersama Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak 17 November 2021;
(viii) sesi libat urus bersama Ahli Parlimen Parti Warisan 6 Oktober dan 24 November 2021; dan
(ix) sesi libat urus bersama Ahli Jawatankuasa Transformasi dan Kestabilan Politik 24 November 2021.
Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan rang undang-undang ini adalah bagi mengukuhkan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.
Persefahaman dan kestabilan politik, ekonomi serta sosial di Malaysia yang dicapai melalui rang undang-undang ini adalah penting bagi membentuk asas yang kukuh dalam sebuah Keluarga Malaysia.
Pelaksanaan pindaan Perlembagaan Persekutuan ini juga adalah selaras dengan Agenda Transformasi Kerajaan untuk mengembalikan keyakinan rakyat termasuk pelabur asing terhadap kemampuan kerajaan yang memerintah demi memastikan kestabilan politik dan dasar negara ke arah pembangunan sosial ekonomi yang mampan. Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Terima kasih. Ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Saya akan sebut nama-nama pembahas – ketua pembangkang lapan minit, ahli- ahli biasa lima minit. Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Stampin, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Kota Samarahan, Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Igan, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Sepanggar, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, Yang Berhormat Baram, Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Tanjong Manis dan Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Keningau lapan minit. Diikuti dengan Yang Berhormat Stampin. Silakan.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang sebagai pembahas pertama dalam perbahasan pemindaan Perlembagaan yang berkaitan dengan Artikel 1(2) dan juga Artikel 160(2) Perlembagaan Malaysia mengenai anggota penubuhan Malaysia dan tafsiran Persekutuan.
Tuan Yang di-Pertua , kita perlu faham latar belakang penubuhan Malaysia sebelum membuat keputusan apa pindaan yang betul dan mengambil kira status dan taraf Sabah dan Sarawak dengan Malaya. Saya ingin menyatakan bahawa cadangan pindaan Rang Undang-undang 11/2021 ini pindaan Perlembagaan adalah sangat penting dan membawa impak dan kesan jangka panjang khasnya kepada Sabah dan Sarawak.
Oleh yang demikian, kita harus memberikan perhatian yang mencukupi supaya apa-apa juga kesan yang buruk dapat dielakkan supaya pindaan yang dicadangkan ini tidak membawa padah dan ketidakpuasan hati.
Apa pun saya ingin memperingatkan supaya tidak hilang fokus bahawa matlamat kita adalah untuk mengembalikan taraf Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi dalam Persekutuan Malaysia dan bukan setaraf dengan negeri-negeri di Semenanjung.
Tuan Yang di-Pertua, cadangan penggabungan Persekutuan Malaya dengan Singapura dan wilayah-wilayah di Borneo ini termasuk juga Brunei pertama kalinya dibangkitkan oleh Perdana Menteri Malaya pada masa itu Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961. Kenyataan penggabungan tersebut telah dilafazkan semasa perjumpaan dengan wartawan-wartawan Komanwel di Singapura.
Cadangan Malaysia atau The Malaysia Proposal telah bermula secara rasminya dalam perbincangan Anglo-Malayan pada tahun 1961, Anglo-Malayan Talks yang diadakan di London pada 20 November sehingga 22 November 1961 di antara Perdana Menteri Britain dan Perdana Menteri Malaysia bersama dengan Menteri-menteri mereka.
Pada penghujung perbincangan tersebut, kenyataan bersama atau joint statement telah dikeluarkan di mana dinyatakan persetujuan untuk mewujudkan Persekutuan Malaysia merangkumi Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara, Sarawak dan Brunei.
Persetujuan ini untuk mewujudkan, to create Persekutuan Malaysia dan diisytiharkan dalam Parlimen juga, Parlimen British oleh Secretary of State of Commonwealth Relations iaitu Mr. Duncan Sandys semasa menjawab soalan nombor 84 di Parlimen British. Dalam menjawab soalan itu, Secretary of State Commonwealth telah mengatakan dengan izin, “With permission, I will now answer question no. 84. As a result of discussion last week with the Prime Minister of Malaya and other Malayan Ministers, we agreed that the creation of a Federation of Malaysia, embracing Malaya, Singapore, North Borneo, Sarawak and Brunei, was a desirable aim in the interests of the people concerned”.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
We accordingly decided to set up a commission to ascertain the views of the inhabitants of North Borneo and Sarawak on this question and we made arrangements to consult the Sultan of Brunei. We also agreed that in the event of a Federation of Malaysia being established, the existing defense agreement between Britain and Malaya should be extended. Tuan Yang di-Pertua, selepas perbincangan Anglo-Malayan tersebut, Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan di antara Britain dan Malaya untuk mengkaji kebersediaan rakyat Sabah dan Sarawak terhadap pembentukan Persekutuan Malaysia.
Dalam Laporan Cobbold tersebut adalah dinyatakan bahawa persetujuan untuk mewujudkan atau menubuhkan Persekutuan Malaysia sebagai sebuah negara baru juga dinyatakan oleh Lord Cobbold dalam Laporan Cobbold yang ditubuhkan untuk mengkaji keinginan rakyat wilayah-wilayah Borneo mengenai pembentukan Malaysia.
Lord Cobbold telah menyatakan dengan izin, “It is a necessary condition that from the outset Malaysia should be regarded by all concerned as an association of partners, combining in the common interest to create a new nation by retaining their own individualities”. Dia sambung juga mengatakan, “If any idea were to take root that Malaysia would involve a ‘take-over’ of the Borneo territories by the Federation of Malaya and the submersion of the individualities of North Borneo and Sarawak, Malaysia would not in my judgment, be generally acceptable or successful”. Bagi pihak-pihak dan wilayah-wilayah yang terlibat di dalam pembentukan Persekutuan Malaysia mempunyai agenda yang berlainan iaitu masing-masing.
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Labuan.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
Nanti ya, terima kasih. Tidur sebentar tetapi mempunyai mimpi yang berlainan. Sebagai contoh, Britain. Apa dia punya agenda?
Untuk unloading dia punya burden of colonist and the cost of managing the colonies after the World War 2, Malaya expansion and the increase of sphere of influence in Southeast Asia and the Borneo territories Singapore termasuk matlamat asas untuk wilayah-wilayah Borneo dan Sabah dan Sarawak ini adalah untuk mencapai kemerdekaan sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, Brunei, Sabah dan Sarawak telah menolak penubuhan Malaysia at the beginning. Pemimpin-pemimpin tiga wilayah ini, Brunei, Sabah dan Sarawak telah menghantar satu memorandum kepada United Nations pada 9 September 1962 untuk membantah cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia tanpa hak menentu atau self-determination oleh rakyatnya dan memohon representasi kepada Committee on Colonial Colonist of the United Nations Organization. Malangnya representasi ini tidak dapat dibuat oleh kerana rusuhan atau oppressing yang telah berlaku di Brunei.
Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, the formation of Malaysia was then rushed through...
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
... by the British and the Malayan government for their own agenda.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Keningau.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
Boleh saya?
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Saya tak boleh bagi masa. Arahan saya, you have to finish dalam masa 30 saat. Minta maaf.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
Sekejap ya. Ya, then kita perlu memahami bahawa Malaysia was created through the formation of Malaysia...
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Yang Berhormat Keningau, Labuan ada soalan.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
Tunggu sekejap. Formation of Malaysia iaitu MA63 tetapi Malaysia Agreement yang ditandatangani pada 9 Julai itu, Sabah dan
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
Sarawak masih colony dan proses untuk menubuhkan Malaysia belum selesai.
Penubuhan Malaysia hanya selesai pada 16 September 1963. Maka ada pertentangan, contradiction dan kontradiksi inilah yang mengelirukan kita semua dan perlu diperjelaskan dan diperbetulkan.
Oleh sebab itu, saya ingin menyebut sedikit tentang kontradiksi ini dalam MA63
(Artikel 1), Penjajahan Sabah dan Sarawak disekutukan dengan negeri-negeri di Semenanjung.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
Then Persekutuan itu dinamakan Malaysia. Bererti change of name.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat, 28 lagi Ahli Parlimen. Yang Berhormat Menteri kena jawab pukul 4. Ini Perlembagaan, pindaan Perlembagaan. Jadi, saya terpaksa berhentikan Yang Berhormat. Your time is up. Saya minta maaf, lebih daripada lapan minit yang diberikan oleh Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
Saya percaya sebagai ketua parti, saya masih ada masa sedikit. Boleh minta?
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Tak ada. Dah lebih daripada lapan minit, Yang Berhormat.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
Okey, saya gulung.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Apa dia?
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
Terima kasih. Dalam pindaan Perlembagaan ini, saya perlu mengatakan bahawa pindaan Artikel 1(2) ini adalah baik, jauh lebih baik daripada apa yang ada sekarang. Ini disebabkan kita lari daripada menggelar Sabah sebagai negeri yang ke-12 dan ke-13 dan balik kepada isu rakan kongsi. Saya juga menyokong pindaan tafsiran Persekutuan disebabkan ia akan memberi satu tafsiran yang lebih tepat, mengambil kira sejarah-sejarah yang berlaku dan sebab itu saya mohon menyokong tetapi implikasinya bila mana kita balik kepada pre-76, saya percaya ada beberapa perkara yang berlaku pada tahun 1976 termasuklah penubuhan Perlembagaan Negeri Sabah dan Sarawak yang perlu juga dikembalikan supaya tafsiran Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah dan Sarawak dikembalikan kepada Yang di-Pertua Negara.
Dengan itu, saya mohon menyokong.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Terima kasih. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Port Dickson.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Sepatutnya Yang Berhormat Port Dickson dulu ya. Silakan Yang Berhormat, 10 minit.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Tak apa. Terima kasih. Saya bangun untuk menyokong rang undang-undang pindaan ini kerana ini adalah perkara utama dalam persefahaman kita dengan kerajaan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri malah kita berikan kata dua bahawa syarat diteruskan memorandum persefahaman adalah kelulusan pindaan Perlembagaan Perjanjian Malaysia 1963. Saya ucap terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri kerana usaha beliau mengadakan sesi libat urus mengambil kira beberapa pandangan.
Akan tetapi tidak boleh kita nafikan juga bahawa inisiatif yang bermakna telah dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2019, walaupun tidak mendapat dukungan kerana beberapa peruntukan lain tetapi inisiatif itu memenuhi tuntutan kita.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Kedudukan Wilayah Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak dan juga tentang memperkukuh kuasa yang dijanjikan pada tahun 1963 dengan beberapa pindaan selepas itu tahun 1966 dan tahun 1967.
Namun untuk memulakan, saya rasa elok kita beri penghargaan kepada pengasas negara kita, Malaysia kerana saya tidak mahu generasi kini lupa bahawa penubuhan Malaysia ini, negeri bertuah ini adalah dengan usaha gigih pemimpin- pemimpin Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak walaupun pada peringkat awalnya Singapura.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Maka harus Parlimen menggunakan majlis ini mengadakan penghargaan tokoh- tokoh besar negara kita, Almarhum Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Tan Siew Sin, Tun Sambanthan, Ong Yoke Lin dan S.A. Lim. Untuk Sabah masa itu dikatakan for North Borneo, Tun Datu Mustapha bin Datu Harun, Datuk Donald Stephens, Khoo Siak Chiew dan G. S. Sundang, di antara lain. Manakala untuk Sarawak, Tan Sri Temenggung Jugah, Abang Haji Mustapha, Ling Beng Siew dan Abang Haji Openg.
Saya memilih untuk menyebut kerana sejarah tidak boleh memadamkan peranan besar mereka. Apakah semangat yang ditekankan oleh mereka? Ini diungkapkan dalam bahasa Tunku Abdul Rahman tentang penyertaan negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak, “to ensure that our Malaysia is truly worthy of the aims and hopes we have shared, the trials and stress we have endured in working together to achieve our common destiny.” Kita tidak boleh melupakan bahawa kerana beberapa kelemahan di semua pihak menyebabkan perjanjian ini yang telah termateri 58 tahun yang lalu, hanya dimaknai dan diterjemahkan dalam pelaksanaannya sekarang. Kita generasi ini dan pimpinan sekarang harus mohon maaf dan menerima kenyataan dan kelemahan kita dalam memaknai dan melaksanakan janji yang disepakati oleh pemimpin-pemimpin besar, negarawan kita dari Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
Ini bagi saya lebih pentung daripada melihat pencerakinan peruntukan khusus yang telah kita persetujui iaitu matlamat kita untuk menegakkan negara demokratik dan adil. Bukan sekadar menjamin kuasa bagi negeri-negeri Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Ini telah kita selesaikan. Akan tetapi menjamin bahawa matlamat kita memelihara kepentingan rakyat itu berbeza dengan memelihara kepentingan negeri, memelihara kepentingan penguasa negeri dan elit politik negeri dengan kepentingan rakyat. Oleh sebab itu, kita hendak pastikan perjanjian ini dapat dilaksanakan sepenuhnya.
Saya beri contoh kecil yang kita bahaskan beberapa hari yang lalu soal pelaksanaannya, sekolah-sekolah daif, tidak mungkin kita teruskan negara kesatuan dan semangat ideal merdeka Malaysia ini sekiranya sekolah-sekolah daif itu tersebar luas melimpah di Sabah dan Sarawak walaupun ada di Semenanjung Malaysia, ya. Apakah tidak boleh dengan semangat Perjanjian Malaysia, pelaksanaan ini kita pastikan bukan memberikan anugerah kepada syarikat-syarikat ataupun orang-orang kaya tanah dan balak, itu bukan pertimbangan kita tetapi menjamin hal-hal yang basic. Asas api dan air, baik orang Kadazan, Bidayuh, Melanau, Iban atau orang Punan. Sekolah-sekolah daif ini saya sebut umpamaannya 85.6 peratus Sabah dan Sarawak. Sepatutnya ada dengan semangat pelaksanaan perjanjian ini, kita pastikan pelaksanaan itu diteruskan sekarang.
Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan
Sikit, Yang Berhormat Port Dickson.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Ini yang saya sebut. Masa tidak mengizinkan. Jadi saya tidak akan memberikan celahan kerana masa sangat terbatas, ramai yang akan hendak berucap. Jadi, sebab itu bagi kami bila memilih untuk menyokong dan meletakkan syarat dalam memorandum persefahaman ini bukan sahaja technicalities of the law, tetapi the spirit of the constitution dan semangat merdeka yang diluahkan dan dilontarkan oleh pemimpin negara pada ketika itu adalah memaknai kemerdekaan.
Kemerdekaan ini memberi harga yang besar berbeza dengan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 31 Ogos 1957, perjuangan besar tetapi tidak menghasilkan
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
bantahan seperti mana yang berlaku di Penubuhan Malaysia 1963 yang mengundang konfrontasi oleh Presiden Sukarno, Indonesia. Oleh sebab itu, kita juga melihat betapa perlunya Sabah dan Sarawak itu dipertahankan dan mengiktiraf peranan dan sumbangan pihak keselamatan negara, tentera dan polis yang mengorbankan tenaga mereka dan masa untuk mempertahankan wilayah yang tercabar oleh kuasa yang lebih besar, jiran kita pada ketika itu.
Alhamdulillah, keadaan sudah stabil dan aman tetapi jangan kita dan generasi sekarang melupakan sumbangan besar pemimpin-pemimpin ketika itu dan badan keselamatan, pasukan keselamatan, tentera, polis, rangers dan lain-lain pada ketika itu kerana ancaman itu real dan juga ancaman military, ketenteraan pasukan gerombolan komunis yang ada terutama di Sarawak dan di Sabah.
Jadi saya tekankan di sini juga satu hal yang juga harus dapat perhatian dan keprihatinan iaitu semangat ini jangan dilupakan, bukan sahaja oleh pemimpin di Semenanjung Malaysia tetapi oleh Sabah dan Sarawak. Ini bukan peralihan kuasa mereka tetapi kuasa rakyat mereka, ada beza ini. Ini kerana saya lihat dalam perbincangan ini mereka mohon kuasa yang lebih. Kita ambil contoh imigresen. Imigresen itu semangat kalau kita kesatuan Malaysia bukan untuk menyalahgunakan, sampaikan Ahli Parlimen tidak boleh masuk Sarawak. Ini bukan cara dia.
Semangat itu adalah untuk membina kesatuan yang hendak dilarang memberikan kuasa kepada Sabah dan Sarawak supaya mereka boleh memilih untuk menghalang kemasukan daripada negeri-negeri jiran yang akan mempersulit dari segi keselamatan atau akan menetap di situ tanpa kawalan. Saya hormat hak itu. Akan tetapi nampaknya digunakan termasuk dalam musim pilihan raya ini, menghalang kemasukan Ahli-ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat.
Ini saya fikir satu peringatan kepada pimpinan Sabah dan Sarawak. Pertama untuk memahami aspirasi kemerdekaan, memahami bahawa pasukan keselamatan majoriti dari Semenanjung Malaysia turut menjaga, mempertahan dan membela mereka dari segi kepentingan rakyat dan berikutnya menjaga supaya kuasa yang lebih itu bukan bermakna mereka boleh buat dan lakukan sewenang-wenangnya.
Lihat apa yang dibincangkan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan dikatakan kurang tetapi jangan dilupakan bahawa selama sejak merdeka 58 tahun ini, terlalu ramai pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak, pemimpin silih berganti, ketua silih berganti tetapi memunggah kekayaan yang luar biasa. Malah pada masa yang sama, memiskinkan rakyat. Ini bukan semangat penubuhan Malaysia. Penubuhan Malaysia itu menjamin keselesaan, keadilan bagi semua rakyat. Maka, kalau hasil itu dari Persekutuan, hasil itu diagih dengan adil. Kalau hasil itu di Sarawak atau Sabah, hasil itu juga harus diagihkan dengan adil dan jangan sampai kita dapat umpamanya syarikat-syarikat, kompeni dan kawan-kawan mereka, pimpinan politik dengan kekayaan yang luar biasa.
Ini harus dihentikan dan kita harus tegaskan dalam memaknai semangat Perjanjian Malaysia 1963.
Saya mulakan tadi dengan menyatakan penghargaan dan penghormatan kepada pemimpin-pemimpin besar, negarawan yang berpandangan jauh dari semua suku kaum penting negara kita. Jadi, jangan kita sebut hanya Tunku Abdul Rahman atau Tun Abdul Razak tetapi juga Temenggung Jugah, Tun Mustapha, Donald Stephens dan lain-lain.
Jadi, saya menyokong.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Stampin. Lima minit.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Berapa minit?
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Five.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Lima minit. terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Rang undang-undang ini memang merupakan satu rang undang-undang yang
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
dinanti-nantikan oleh rakyat Sarawak kerana ia merupakan satu langkah untuk membetulkan sesuatu kesalahan dan ketidakadilan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional sejak 1976 dengan menurunkan taraf rakan kongsi Sabah dan Sarawak dengan Malaya daripada tiga wilayah kepada salah satu daripada 13 negeri.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Rang undang-undang yang dibentangkan pada hari ini memang merupakan satu langkah pertama untuk membetulkan kesalahan yang dilakukan. Ia tidak akan berlaku kalau tidak ada political tsunami yang berlaku dalam tahun 2018. Ini kerana sejak tahun 1976, pindaan Perlembagaan lalu itu berlaku walaupun ada suara di kalangan rakyat Sarawak tentang ketidakadilan ini. Ketidakadilan ini bukan sahaja dari segi taraf kedudukan negeri Sarawak tetapi juga berkenaan peruntukan pembangunan atau taraf pembangunan untuk negeri Sarawak berbanding dengan Semenanjung.
Walaupun ada suara-suara yang kuat berkenaan perkara ini tetapi langsung tidak dipedulikan oleh Barisan Nasional pada zaman UMNO bermaharajalela. Pada zaman itu, kalau kita sebut hendak hak-hak Sarawak, masuk ISA. Akan tetapi, pada zaman sekarang khususnya selepas ada ambil alih kerajaan oleh Pakatan Harapan dalam tahun 2018, Kerajaan Pakatan Harapan yang mengambil langkah pertama itu untuk membentangkan rang undang-undang untuk membetulkan satu kesalahan yang dilakukan dalam tahun 1976.
Akan tetapi, malangnya, pada masa itu rang undang-undang kami telah ditolak oleh GPS yang bersekongkol dengan UMNO dan PAS. Oleh itu, saya rasa memang pada hari ini kita ada rang undang-undang yang serupanya dibentangkan. Kita akan sokong.
Walaupun sebelum itu GPS tidak sokong rang undang-undang yang kami bentang, tetapi kita tidak akan balas dendam. Ini kerana untuk Pakatan Harapan, untuk kami, kami mementingkan kepentingan Sarawak lebih daripada kepentingan politik. Tidak serupa dengan GPS. Oleh itu, kami akan sokong.
Akan tetapi, saya hendak sebutkan, these amendments comes two years late. Telah terlambat selama dua tahun. Ini kerana ia hanya merupakan satu langkah pertama untuk membetulkan apa-apa ketidakadilan yang dilakukan oleh Barisan Nasional sepanjang 50 tahun selepas pembentukan Malaysia.
Oleh itu, saya ada buat cadangan tentang autonomi pendidikan dan kesihatan supaya diturunkan kuasa kepada kerajaan negeri. Akan tetapi, malang lagi, ia ditolak.
Saya rasa kenapa Kerajaan Perikatan Nasional itu tergesa-gesa sekarang hendak membentangkan rang undang-undang ini kerana hendak menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak. Kalau tidak, selepas ‘Sheraton Move’, sudah dua tahun tidak buat apa-apa, tetapi sekiranya Pilihan Raya Negeri Sarawak datang, barulah ada rang undang- undang yang dibentangkan.
Oleh itu, saya rasa oleh sebab ia merupakan langkah pertama― dan ini hanya berkenaan dengan takrifan Malaysia. Ia adalah tidak bermakna kalau tidak disusuli dengan langkah kedua dan ketiga yang mana ia berkenaan dengan penurunan kuasa kepada negeri iaitu autonomi dalam bidang kesihatan, perubatan dan pendidikan.
Oleh itu, saya telah buat satu cadangan kepada pindaan kepada rang undang- undang ini. Malangnya, walaupun Yang Berhormat Menteri Undang-undang daripada GPS, dari Sarawak, nampaknya cadangan saya untuk penurunan kuasa kepada negeri itu dalam bidang perubatan, kesihatan dan pendidikan ini telah ditolak oleh Yang Berhormat Menteri Undang-undang.
Cadangan saya dimasukkan pada 30 November 2021. Ada selama dua minggu sampai hari ini. Takkanlah Kabinet tidak boleh bincang? Takkanlah Yang Berhormat Menteri Undang-undang tidak berbincang dengan kerajaan negeri? Apa sebabnya ia ditolak dan tidak diterima?
Bukankah GPS selalu di Sarawak melaung-laung kuat tentang hendak autonomi pendidikan, hendak autonomi kesihatan dan perubatan? Akan tetapi, cakap besar di negeri Sarawak, masuk ke Parlimen di ini, walaupun ada cadangan untuk penurunan kuasa kepada kerajaan negeri, tidak terima. Apakah sebabnya? Oleh itu, saya hendak....
Dato' Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat, your time is up.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Saya hendak minta satu penjelasan juga daripada Yang Berhormat Menteri Undang-undang.
Akhir kata, walaupun dua tahun terlambat, tetapi late is better than never lah. Late is better than never. Saya rasa pindaan ini tidak akan memberi apa-apa kesan atau tidak bermakna kalau tidak disusuli dengan penurunan kuasa kepada negeri Sarawak dalam beberapa bidang yang saya sebutkan itu.
Oleh itu, saya haraplah kerajaan jangan tunggu lagi sampai pilihan raya negeri yang akan datang, Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-13, barulah bincang perkara ini. Saya harap agar langkah kedua dan ketiga untuk membetulkan apa-apa ketidakadilan yang dilakukan oleh Barisan Nasional sepanjang 50 tahun lebih boleh dipercepatkan. Dengan kata-kata ini, saya menyokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih.
Dato' Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Batang Lupar. Lima minit.
Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Keluarga Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas kesempatan yang diberikan kepada Batang Lupar untuk mengambil bahagian dalam perbahasan berkenaan dengan Rang Undang-undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2021.
Untuk makluman Yang Berhormat Stampin, bukan kita tidak menyokong, Yang Berhormat Stampin. Kita abstain. Sebab apa? Tidak dimasukkan “Pursuant to MA63”. Jadi, sekarang ini sama-samalah kita menyokong, Yang Berhormat Stampin ya. Terima kasih, sebab dia menyokong tadi. Harapan saya juga agar ia dapat disokong oleh semua Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini.
Terlebih dahulu, setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada kerajaan atas keutamaan yang diberikan kepada rang undang-undang ini. Ia menjadi hari yang cukup bersejarah terutama buat kami warga Bumi Kenyalang, yang mana dengan pindaan yang dicadangkan ini akan memberi satu takrif baharu yang besar dan mendalam ertinya.
Tuan Yang di-Pertua, Parlimen pada tahun 1979 telah melakukan perubahan dengan menukar status Sabah dan Sarawak sebagai negeri ke-12 dan ke-13 dalam Persekutuan Malaysia yang mana kedua-dua negeri ini diletakkan sebaris dengan negeri- negeri lain dalam Persekutuan Tanah Melayu asal. Status Sarawak sebagai rakan kongsi Persekutuan Malaysia perlu dikembalikan kerana penurunan statusnya kepada sebuah negeri yang terjadi pada tahun 1976 tidak harus berlaku yang mana kita mahu status asal diberikan kembali kepada negeri ini seperti yang dipersetujui dalam tahun 1963.
Selain itu, cadangan pindaan kepada Perkara 160(2) iaitu menggantikan takrifan “the Federation” juga perlu dipertimbangkan agar ia merangkumi Perjanjian Malaysia yang ditandatangani pada 9 Julai 1963 dan perjanjian berhubung dengan pemisahan Singapura dari Malaysia yang ditandatangani pada 7 Ogos 1965.
Oleh yang demikian, pindaan kepada Fasal (2) Perkara 1 dan Fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan akan menjelaskan lagi kedudukan negeri-negeri di Malaysia selaras dengan semangat Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957, Perjanjian Malaysia 1963 dan kedudukan selepas Singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1965 serta penjelasannya dalam peruntukan tafsiran.
Hari Malaysia yang kita raikan pada setiap 16 September setiap tahun juga perlu dimasukkan sebagai tafsiran baharu dalam pindaan ini dengan mengiktiraf 16 September 1963 sebagai Hari Malaysia. Ia merupakan catatan sejarah yang amat penting dalam negara untuk memperingati pembentukan Malaysia bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura.
Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar
Tuan Yang di-Pertua, semangat dalam memastikan hak dan keistimewaan Sarawak dan Sabah dalam konteks Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diharap dapat dihormati dan difahami oleh seluruh rakyat Malaysia. Melihat kepada perkara ini, ia turut melibatkan pindaan Fasal (6) Perkara 161A untuk memperuntukkan bahawa berhubung dengan Sarawak, ras yang dikira sebagai ras asli bagi Sarawak adalah seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang negeri. Ia dapat dikaitkan dengan perkahwinan antara ras Sarawak dan bukan ras Sarawak. Status bumiputera Sarawak haruslah dikekalkan tanpa menidakkan hak dan keistimewaan serta waris.
Pindaan Artikel 160(7) kepada maksud “native” perlu dipadamkan dan digantikan dengan pindaan yang baharu ini dalam memastikan semua etnik dan bangsa di Sarawak dimasukkan dalam definisi. Ini kerana kita lihat etnik-etnik di Sarawak adalah pelbagai yang mana kebanyakannya daripada mereka yang tidak dimasukkan dalam takrif tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, saya bersama pemimpin Gabungan Parti Sarawak akan terus memperjuangkan hak-hak Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963. Ia adalah asas utama dalam penubuhan Malaysia. Saya sangat berharap, Tuan Yang di-Pertua, agar kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri dapat diteruskan bagi membangunkan Sarawak Bumi Kenyalang menjadi sebuah negeri maju menjelang tahun 2030.
Justeru, berdiri teguh saya di belakang kepimpinan Sarawak di bawah Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Patinggi Dr. Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg untuk terus menyuarakan perkara ini sehinggalah status Sarawak sebagai rakan kongsi dalam Malaysia dilaksanakan seperti yang termaktub dalam perjanjian MA63.
Tuan Yang di-Pertua, bagi saya peluang sedikit...
Dato' Sri Azalina Othman Said
Tidak boleh, Yang Berhormat.
Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar
Sedikit, sedikit. Ini sangat penting.
Dato' Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat. Yang Berhormat.
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Yang Berhormat Batang Lupar...
Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar
Tuan Yang di- Pertua, saya hendak berpantun sahaja.
Dato' Sri Azalina Othman Said
Okey. Tiga puluh saat.
Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar
Sekejap.
Nyiur gading puncak mahligai, Sayang ketupat berisi inti, Hancur badan tulang berkecai, Belum dapat belum berhenti. Inilah ikrar Almarhum Tok Nan yang kami pegang sehingga ke hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, Batang Lupar mohon menyokong.
Dato' Sri Azalina Othman Said
Terima kasih, Yang Berhormat Batang Lupar.
Saya pun minta maaflah ya, sebab Menteri hendak gulung pada jam 4.
Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan sekarang jam menunjukkan lebih daripada pukul 1 tengah hari, saya menangguhkan mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula pada jam 2.30 petang dengan dimulakan oleh Yang Berhormat Semporna. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.04 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Dato' Sri Azalina Othman Said
[****Tuan Yang di-Pertua** mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Kita teruskan perbahasan Rang Undang-undang Perlembagaan ini. Saya ingin menjemput Yang Berhormat...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, loceng sudah rosak.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, okey terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ramai di luar lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Dalam sahaja, di luar bunyi. Maaf. Ya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Semporna. Lapan minit Yang Berhormat lebih kurang, selaku ketua parti. Silakan.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas ruang yang diberikan. Saya sedar dan tahu bahawa perkara ini amat penting bukan hanya di negara kita dan di tempat-tempat seperti Sabah, Sarawak dan rakyatnya. Kerana kita tahu bahawa sejarah itu cukup penting. History is not only the part that has been left by the past, it can influence the present, it can shape the future dengan izin.
Maka dengan itu, perjanjian ini bukan hanya mengenai polemik politik yang ada.
Ia mengenai dengan perjanjian antarabangsa di antara beberapa wilayah yang ada.
Tanah Melayu ketika itu Malaya, diwakili oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman, North Borneo diwakili oleh Wilayah Sabah dan Sarawak, Wilayah Singapura. Ia merupakan perjanjian antarabangsa.
Perjanjian antarabangsa ini diperoleh menerusi pelbagai bukan hanya Cobbold Commission, Inter-Governmental Report seperti buku seumpama ini [Menunjukkan senaskah dokumen], termasuk juga kita melihat Perjanjian 63. Dalam Perjanjian 63 ini terkandung di sini beberapa permuafakatan yang ada. Sebahagian besar daripada Perlembagaan Malaysia yang ada iaitu Perlembagaan Malaysia yang ada diperoleh daripada Perjanjian 63.
Jadi ini bukan polemik politik, bukan fasal perkara yang remeh temeh. Harga barang, sain memorandum. Kita boleh sokong, bukan tidak boleh sokong kalau sekiranya ia berpatutan selaras dengan janji dan hak. Sebagai seorang Islam, bukan hanya orang Islam bahkan orang Kristian, saya yakin berdosa kalau kita ambil hak orang. Berdosa kalau kita tidak tunai janji. Janji yang telah diperoleh adalah untuk memastikan supaya pindaan untuk Perkara 1(2) yang kita katakan.
Sememangnya sudah lama kita nantikan Kerajaan PH dahulu bawa perkara ini tetapi malangnya bila sampai ke Parlimen, Perkara 1(2) pada 2019 pada masa itu ditolak.
Ditolak oleh Ahli Parlimen bukan hanya datangnya dari UMNO, datangnya daripada PAS yang bukan sebahagian daripada parti yang telah menandatangani Perjanjian 63.
Termasuk daripada Ahli-ahli Parlimen dari Sarawak. Fasal apa? Fasal mereka menuntut supaya ada diletakkan di situ ‘pursuant to 63’. Maknanya spirit Perjanjian 63, harus terkandung dalam pindaan Perlembagaan ini.
Saya telah bersama-sama dengan Yang Berhormat Petra Jaya dan juga daripada Yang Berhormat Tuaran bincang dengan Tun Mahathir di pejabat dia, menyatakan this is the matter yang kita kena bawa pindaan-pindaan akan datang. Tun nyatakan we will bring it up in the future kind of deal. Akan tetapi malangnya pindaan itu telah ditolak. Perkara 1(2) yang dibincangkan berbunyi:
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
“Negeri-negeri Persekutuan terdiri daripada negeri-negeri Tanah Melayu iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Selangor dan Negeri-negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.” Suka saya ingatkan bahawa apabila kita menyentuh mengenai Perkara 1(2), kita sedang bercakap mengenai dengan status Sabah dan Sarawak. Perjanjian 63 ialah untuk membolehkan supaya Wilayah Sabah dan Sarawak ini decolonize, dimerdekakan daripada belenggu penjajahan British.
Itu juga dinyatakan di situ kalau kita lihat Perjanjian 63 termasuk Inter- Governmental Report yang ada seperti yang saya nyatakan ini. Termasuk Cobbold Commission melaporkannya. Itu terkandung iaitu untuk membolehkan supaya penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 adalah penting dalam membantu gerakan kemerdekaan wilayah aman dan tidak berkuasa sendiri (trust territory and self-governing territories).
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menuntut agar semua negara mematuhi peraturan ini. Apabila ramai bertanya pada status Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia, maka dengan tegas saya katakan status Sabah dan Sarawak adalah dasar sama rata hak iaitu penentuan dari segi nasib sendiri, autonomi yang ada.
Ini adalah status yang ingin saya gambarkan dalam Perkara 1(2) yang diadakan pindaan ini. Perkara 1(2) bukan sahaja menyentuh mengenai dengan spirit kerjasama, spirit MA63, pursuant to antara Wilayah Borneo dengan Malaya. Malah apabila ia dipinda pada tahun 1976, ia mengenai pencabulan martabat Wilayah Sabah dan Sarawak kerana kita tahu bahawa ia diwakili oleh North Borneo.
Manakala Tanah Melayu, Malaya waktu itu diwakili oleh Almarhum Tunku. Fasal itu disebutkan Tanah Melayu. Kedaulatan raja-raja dimartabatkan. Di Johor sampai hari ini, Royal Military Force yang ada. Mana ada negeri yang ada Royal Military Force.
Kenapa kita kekalkan? Tidak tarik, tidak mansuhkan. Kenapa kita sebut Mahkamah Tinggi Malaya? Kenapa tidak Persekutuan? Fasal apa? Itu merupakan spirit perjanjian yang dikatakan.
Perkara 154 Perlembagaan Persekutuan menyebutkan tentang kita katakan bahawa pindaan yang berikut dikecualikan daripada peruntukan Perkara 3, iaitu tertakluk kepada Perkara 161E− “Apa-apa pindaan yang dibuat bagi atau berkaitan dengan penerimaan masuk mana-mana negeri ke dalam Persekutuan atau penggabungannya dengan negeri-negeri Persekutuan atau apa-apa ubah suai yang dibuat tentang pemakaian Perlembagaan ini bagi suatu negeri yang diterima masuk atau bergabung sedemikian sebelum ini.” Maksudnya walau apa pun dengan undi dua ataupun tiga seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 159(3), kemasukan kita dalam Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipinda, kecuali dengan diubahsuai iaitu pengubahsuaian yang akan menyamakan atau menggunakan kedudukan negeri itu di bawah Perlembagaan ini dengan kedudukan negeri-negeri Tanah Melayu.
Jadi, negeri-negeri Tanah Melayu yang disebut adalah kata nama majmuk tunggal. Ia merujuk kepada Malaya seluruhnya dan bukannya negeri-negeri di dalam Persekutuan Malaya itu sendiri. Jika sesekali cuba mengelirukan rakyat, Sabah dan Sarawak dengan kata-kata hari ini, mereka mungkin tidak sedar dan saya bimbang di masa akan datang.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Itu yang saya katakan *history is more than the past. It can influence the present.
It can shape more the future of this country.* Terlanjur menyebut tentang pindaan, selaras dengan Perlembagaan ini maka saya teruskan pula membawa perhatian Dewan yang mulia ini tentang Perkara 169C, yang memperuntukkan kita untuk merujuk kepada triti, perjanjian atau konvensyen yang dibuat sebelum Hari Malaysia. Saya bawa 30(2), jawatankuasa antara kerajaan, governmental report yang memperuntukkan satu pengaturan Perlembagaan Khas di peringkat DUN Sabah dan Sarawak.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Menurut pengaturan khas ini, DUN perlu setuju untuk menyediakan draf pindaan untuk diserahkan kepada Parlimen bagi undi mudah. Kita sudah bawa di peringkat negeri Sabah dan engagement Yang Berhormat Menteri pun ada. Akan tetapi, malangnya kita sebut tentang perkara ini tidak boleh sudah diubah. Saya harap di peringkat jawatankuasa, ubah kedudukannya.
Ini kerana, kita katakan perkara ini penting. Apa yang saya sebut hak. Hak fasal apa? Kita katakan Sabah negeri yang kaya, Sarawak negeri yang kaya tetapi miskin. Kata Dubai minyak banyak tetapi kaya-raya seperti Brunei. Ini yang saya katakan berkenaan dengan Perkara 1062 yang mengalu-alukan kemasukan terjemahan. Kita katakan bahawa Persekutuan, ia ada dua Persekutuan di sini dalam Malaysia. It should be not Persekutuan but Persekutuan Malaysia yang ada iaitu Federation of Malaysia. Not based on 1957. It should be based on 1963. Ini kerana, itu perjanjian pembentukan Malaysia yang kita katakan fasal dahulu Tanah Melayu. Bukannya Federation yang kita katakan tetapi dua Federation yang ada.
Apa yang perlu saya ingatkan, jelas di sini bahawa dua Persekutuan ini amat mengelirukan. Pertama, ialah Persekutuan Tanah Melayu iaitu Malaya. Kedua, ialah Persekutuan Malaysia dan harus digunakan bahawa Sabah bukan masuk dalam Malaysia. Sabah membentuk Malaysia yang ada. Pindaan ini cukup membimbangkan saya. Saya harap Yang Berhormat Menteri akan dapat memasukkan dalam pada peringkat jawatankuasa oleh sebab masa tidak mengizinkan.
Banyak perkara yang saya hendak sebutkan tentang contohnya– saya sedar dan tahu bahawa peringkat ini kita sudah tidak boleh membuat sebarang pindaan ke atas cadangan pindaan yang telah dibaca buat pertama kali ini. Akan tetapi saya harap, peringkat jawatankuasa, perkara tentang definisi Perkara 1(2), kita seharusnya mempertimbangkan juga pindaan kepada Perkara 1(3) Perlembagaan Persekutuan. Suka saya menyentuh di sini bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah dengan status di bawah Perkara 1(2) dan sempadan.
Bukannya seperti apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Menteri Undang-undang ini. Jadi, saya lihat perkara ini cukup penting untuk kita nyatakan tentang pindaan Perlembagaan. It is not politic polemic tetapi ia melibatkan undang-undang. Saya quote banyak subseksyen bukan hanya Inter-Governmental Report, bahkan juga Cobbold Commission. Bahkan juga Perjanjian Malaysia 63 yang ada. Ini yang perlu. The spirit of Perjanjian Malaysia 1963 dapat kita laksanakan sebaik mungkin.
Jadi, perlu saya ingatkan di sini bahawa kesemua Wilayah Persekutuan ini bukannya sebahagian dari negeri-negeri mewujudkan Malaysia. Ini perkara yang lain.
Bukannya negeri Perlis, bukannya negeri Johor. It was Wilayah Tanah Melayu yang telah membentuk Malaysia. It was wilayah– North Borneo iaitu Sabah and Sarawak dan it was wilayah Singapura yang telah membentuk Malaysia. Jadi, kita katakan bahawa perkara ini selaras dengan apa yang semangat, spirit of pursuance masa pindaan Perlembagaan pada tahun 2019. Ini tidak betul.
Tuan Yang di-Pertua, saya berharap sungguh kerana ini kita bukan hendak main politik. Hak rakyat yang ada. Sabah– Kita bukan tidak mahu berkongsi, kita hendak berkongsi kekayaan. Kita sayang negara kita. But touch the heart of all Malaysians. We are building a nation here. Kita bukan building political parties. Kita bukan hendak building supaya sokongan kita. Apa yang penting kepada kita, bina negara ini sebaik mungkin supaya kedaulatan kemerdekaannya akan dapat dinikmati oleh anak-anak kita masa akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan dan mengucapkan jutaan terima kasih atas peluang yang diberikan, masa...
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Semporna...
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Saya izinkan.
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
Yang Berhormat Semporna, sikit Yang Berhormat Semporna sebelum tutup. Bolehkah– terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri, kita pernah bincang berkenaan dengan Akta 26 iaitu Malaysia Act 1963. Adakah kerajaan akan menggunakan Akta 26 ini ataupun Malaysia Act 1963 yang menggambarkan Akta 35 di United Kingdom iaitu The Malaysia Act 1963 as well? Kenapakah kerajaan tidak melaksanakan pindaan ini dengan memakai Akta 26 iaitu Malaysia Act 1963?
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Tuan Yang di-Pertua, saya terima pandangan itu. Masukkan dalam ucapan saya. Saya juga ingin menyatakan di sini, penubuhan Malaysia adalah berlandaskan Perjanjian Bangsa-bangsa Bersatu Resolusi 1541 yang ada. The spirit kemasukan atau pembentukan Malaysia melalui Wilayah Sabah dan Sarawak bukan dengan tujuan untuk kita katakan, we are getting our independence through the formation of Malaysia. Itu yang kita katakan. Kita tak nak supaya dilihat status ia sama dengan Perlis, sama dengan Johor, tidak.
Sultan Johor masih ada dia punya tentera dia. Ini yang kita hendakkan.
Pertahankan supaya hak-hak Sabah, hak-hak Sarawak. Dengan ada pindaan ini, saya rasa ia akan terhakis hak ini pada masa akan datang kalau kita tidak teliti secara mendalam, tidak ada harus dan kelam kabut untuk pindaan ini tetapi penting kepada kita untuk menterjemahkan hak-hak dan janji itu. Kalau tidak ditunai, berdosa itu. Terima kasih banyak.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Yang Berhormat Kota Samarahan, lima minit.
Puan Rubiah binti Wang - Kota Samarahan
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.*
Tuan Yang di-Pertua
Waalaikumsalam.
Puan Rubiah binti Wang - Kota Samarahan
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas peluang untuk sama-sama berbahas dalam Undang-undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2021.
Tuan Yang di-Pertua, Sarawak dan Sabah merupakan salah sebuah negeri yang terbesar di dalam Malaysia. Jikalau digabung hampir 60 peratus dari kawasan Persekutuan Malaysia ini adalah di Sabah dan Sarawak. Malahan berdasarkan sejarah, Sarawak dan Sabah merupakan dua wilayah yang sama-sama membentuk Malaysia pada tahun 1963.
Oleh itu, wajarlah Sarawak dan Sabah diletakkan dalam status yang berbeza berbanding dengan negeri-negeri lain dalam Persekutuan Malaysia. Terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana mengangkat semula pindaan rang undang-undang ini. Satu perkara yang diharapkan dan ditunggu-tunggu oleh rakyat negeri Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2019 ketika Kerajaan Persekutuan ketika itu membentangkan rang undang-undang ini bagi meminda Perlembagaan Persekutuan terutama melibatkan Perkara 1(1) secara prinsipnya, Ahli-ahli Parlimen dari Sarawak bersetuju sekiranya pindaan tersebut dibuat dengan pindaan penambahan pursuant to Malaysia Agreement 1963. Turut merangkumi pindaan kepada tafsiran semula makna ‘Persekutuan’ atau ‘the Federation’ di bawah Perkara 160(2). Perlembagaan Persekutuan dengan tafsiran sedia ada buat masa sekarang adalah merujuk kepada Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan bukan merujuk kepada Persekutuan Malaysia yang dibentuk menerusi Perjanjian Malaysia 1963.
Tuan Yang di-Pertua, jika disusuri laporan antara kerajaan, Inter-Governmental Committee Report (IGC) tinjauan awal daripada Suruhanjaya Cobbold mendapati reaksi yang suram daripada penduduk di Borneo ketika itu terhadap cadangan pembentukan
Puan Rubiah binti Wang - Kota Samarahan
Persekutuan Malaysia. Jadi, dengan beberapa rundingan yang telah dilakukan maka Perjanjian 1963 dipersetujui dan ditandatangani dengan berpandukan beberapa kehendak rakyat Sabah dan Sarawak menerusi 18 dan 20 perkara yang berkaitan termasuklah mengenai kuasa-kuasa mengurus hal-hal imigresen, pendidikan, hal ehwal perubatan dan sebagainya.
Oleh itu, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan tahniah terhadap tokoh-tokoh yang terlibat iaitu antaranya Tun Abdul Razak, Tun Jugah Anak Barieng, Tun Fuad Stephens yang memastikan Perjanjian Malaysia 1993 ditandatangani dan didaftarkan oleh United Kingdom di pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 21 September 1970.
Tuan Yang di-Pertua, pelbagai isu ataupun perkara telah dibincangkan secara hangat oleh masyarakat di Sarawak dan Sabah tentang perkara ini iaitu kita mahu Kerajaan Persekutuan sama ada lambat ataupun cepat perlu melakukan perubahan, pembetulan serta penambahbaikan dalam perjalanan Perjanjian MA63.
Puan Rubiah binti Wang - Kota Samarahan
Kita menyambut baik komitmen daripada pihak kerajaan dalam menubuhkan Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia 1963 sebagai kesinambungan kepada usaha kerajaan sejak tahun 2016 untuk menyemak imbang serta memastikan perjalanan Perjanjian Malaysia 1963 ditadbir urus dengan sebaiknya.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menitipkan pesanan daripada wakil Sarawak iaitu mendiang Tun Jugah anak Barieng kepada wakil-wakil daripada Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu dengan pesanan, “Anang Malaysia baka tebu, manis dipun tabar di hujung” iaitu janganlah Malaysia ini seperti tebu, manis di awalnya, tawar pada hujungnya. Oleh itu kita mahu komitmen yang berterusan oleh Kerajaan Persekutuan untuk memastikan Sarawak dan Sabah kekal terpelihara sepertimana kita mula-mula membentuk Persekutuan Malaysia sejak tahun 1963.
Mewakili suara daripada anak Sarawak terutamanya Kota Samarahan, saya juga bersetuju dengan usaha pihak kerajaan untuk memasukkan fasal (3) Perkara 1 yang memasukkan takrifan bagi Hari Malaysia yang sememangnya perlu diingati dan dihayati oleh semua warga Malaysia sendiri termasuk di Semenanjung Malaysia.
Juga turut disokong ialah pindaan Perkara 160(2) yang mentakrifkan semula makna bagi Persekutuan daripada Persekutuan Tanah Melayu 1957 kepada Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, termasuk setelah perpisahan Singapura. Kewujudan Malaysia adalah gabungan Persekutuan Melayu, Wilayah Sarawak dan juga Wilayah Sabah.
Selain itu saya menyokong pindaan kepada fasal (6) Perkara 161A yang telah memperuntukkan bahawa berhubung dengan Sarawak yang dikira sebagai ras asli bagi Sarawak adalah sepertimana yang diperuntukkan dalam undang-undang negeri seperti tiada ras asli yang tertinggal daripada menikmati keistimewaan yang telah disediakan oleh Perlembagaan.
Tuan Yang di-Pertua, rakyat Sarawak mengharapkan pindaan ini agar dapat memantapkan lagi hubungan dan terus memastikan Wilayah Sabah dan Sarawak menjadi partner dalam pembangunan negara Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum mengakhiri ucapan saya, saya ingin hendak buat satu pantun juga.
Terbang Kenyalang, Terbang sampai ke puncak mahligai, Hilir Sarawak tetapi diperjuang, Walaupun jasad hancur berkecai. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong penuh Rang Undang- undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2021. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Putatan, silakan.
Tuan Awang Husaini bin Sahari - Putatan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang untuk saya membahaskan rang undang-undang.
Apabila kita bercakap tentang Perlembagaan, maka ia adalah menjadi tanggungjawab setiap Ahli Parlimen untuk memastikan dukungan dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Apa yang berlaku pada tahun 1976, pindaan Perlembagaan telah berlaku untuk menurunkan status Sabah dan Sarawak yang mana ini sepatutnya tidak berlaku. Kita pun nampak pada waktu itu terdapat unsur-unsur constitutional breach apabila pindaan Perlembagaan ini tidak dirujuk kepada Dewan Undangan Negeri Sabah.
Akan tetapi kita lupakan dengan harapan agar apa yang berlaku pada hari ini akan dapat direalisasikan agar Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 ini akan dapat diluluskan. Putatan mengucapkan syabas kepada kerajaan dan juga setiap Ahli Parlimen yang telah memberikan ilham agar program pindaan Rang Undang-undang Perlembagaan 2021 dapat dibentangkan pada petang ini.
Sebelum saya meneruskan perbahasan saya...
Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan
Sedikit Yang Berhormat Putatan.
Tuan Awang Husaini bin Sahari - Putatan
Ya.
Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan
Sedikit. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Putatan.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Putatan, adakah Yang Berhormat Putatan bersetuju Sabah sangat tertinggal dalam pembangunan disebabkan semangat pembentukan Malaysia melalui Perjanjian Malaysia 1963 dikikis selepas pindaan artikel ini pada tahun 1976?
Dalam semangat persamaan pembentukan Malaysia, Ahli-ahli Parlimen yang berasal daripada parti-parti Semenanjung harus menyokong bila mana ada usaha-usaha untuk mengembalikan hak-hak rakyat Sabah agar rakyat Sabah berlapang dada dalam menerima kehadiran parti-parti bukan local Sabah di setiap pilihan raya Sabah. Terima kasih.
Tuan Awang Husaini bin Sahari - Putatan
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Sebelum saya meneruskan perbahasan saya, Putatan ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada tokoh negara yang merupakan Ahli Parlimen pada waktu itu, tahun 1976 yang mana mereka telah bertindak untuk tidak menyokong pindaan Perlembagaan pada tahun 1976. Mereka ialah Yang Berhormat Lim Kit Siang, Yang Berhormat Dr. Tan Chee Khoon dan Yang Berhormat Lee Lam Thye.
Merekalah negarawan yang ada di Dewan ini yang mempertahankan agar Perlembagaan Persekutuan tidak sewenang-wenangnya dicorak robek.
Seterusnya selepas 40 tahun berlalu, barulah kita dapat menyaksikan usaha untuk meletakkan semula status Sabah dan Sarawak walaupun kita telah gagal pada percubaan tahun 2018. Saya ingin mengucapkan syabas kepada Ahli Parlimen bukan sahaja dari Sabah dan Sarawak tetapi kebelakangan ini saya melihat kesedaran daripada Ahli-ahli Parlimen daripada seluruh negara tentang betapa pentingnya Perjanjian Malaysia 1963 ini dinobatkan selari dengan perjanjian yang telah dimeterai di dalam Perjanjian Persekutuan Malaysia.
Walau bagaimanapun, saya bersetuju dengan apa yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat Semporna dan juga daripada Yang Berhormat Stampin bahawa untuk meletakkan Sabah dan Sarawak di tempat yang asal, tanpa ada unsur-unsur pelengkap iaitu inti pati Perjanjian Malaysia 1963 itu tertakluk kepada isi-isi perjanjian yang perlu dilaksanakan secepat mungkin.
Apa yang kita hadapi hari ini adalah cuma satu permulaan terhadap satu inti pati amat penting. Putatan ingin menuntut agar pelengkap seterusnya, tuntutan-tuntutan yang terletak di dalam isi-isi perjanjian Malaysia 1963 itu dilaksanakan. Ini kerana benda itu sudah termaktub dalam Perlembagaan. It has been incorporated. Apa yang perlu dilaksanakan adalah untuk melaksanakan sahaja. Kita tidak mampu lagi menunggu
Tuan Awang Husaini bin Sahari - Putatan
hingga 20 tahun, 15 tahun, lima tahun kerana telah berpuluh-puluh tahun masa itu berlalu dan ia merugikan anak-anak Sabah dan Sarawak seperti mana yang dikatakan oleh sahabat saya daripada Yang Berhormat Kalabakan tadi.
Seterusnya, saya juga ingin menyentuh tentang perjanjian MoU yang telah dipersetujui oleh kerajaan dan juga parti Pakatan Harapan. Di mana di dalam MoU ini, salah satu persefahaman adalah untuk meletakkan Perjanjian Malaysia 1963 itu ke arah landasan yang betul. Kita harap inti pati yang ada pada hari ini dapat merealisasikan apa yang termaktub di dalam MoU yang mana ini adalah satu impian rakyat Sabah dan Sarawak dan Malaysia keseluruhannya selaras dengan slogan Keluarga Malaysia yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri yang telah di– Saya bertanya kepada diri saya, apakah ertinya keluarga itu? Ertinya memastikan agar setiap keluarga di dalam negara ini dilindungi haknya sepertimana termaktub di dalam Perlembagaan.
Akhir sekali, untuk rekod yang terakhir, Hari Malaysia pertama kalinya diilhamkan oleh Yang Berhormat Port Dickson di dalam Deklarasi Kuching pada tahun 2008. Terima kasih. Sekian dan saya menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Kinabatangan, silakan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan
Tuan Yang di-Pertua, Perjanjian Malaysia 1963 ini, sebetulnya sudah memakan masa berpuluh-puluh tahun.
Apa yang diinginkan oleh rakyat Sabah dan Sarawak iaitu ikatan, komitmen Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan Wilayah Sabah dan Sarawak. As an equal partner, must be equal development. Akan tetapi pembangunan di Semenanjung lebih advanced, lebih baik dari Sabah dan Sarawak. Perkara itu Tuan Yang di-Pertua timbul apabila ramai anak muda Sabah datang ke Semenanjung dan mereka membawa kereta ke Gua Musang, ke Kuantan, ke Kota Bharu.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan
Perjalanan 600 lebih kilometer. Akan tetapi, jalan yang bagus mereka sampai empat jam, tiga jam. Di Sabah, perjalanan 200 kilometer tetapi perjalanannya tidak selamat. Lima jam, enam jam. Justeru itu, perjanjian ini tidak ada maknanya Tuan Yang di-Pertua kalau Kerajaan Persekutuan benar-benar tidak ada pendekatan baru untuk memastikan bahawa Sabah dan Sarawak perlu dibangunkan dengan pendekatan baharu dan perkara ini pernah dilakukan oleh Yang Berhormat Langkawi pada satu ketika dahulu, iaitu dia telah mengizinkan Sabah untuk diberi kebenaran membuat Projek Build, Lease and Transfer (BLT) termasuk PFI. Kita lihat banyak sekolah, klinik kesihatan, hospital, jalan raya semua open tender. Open tender makan masa enam bulan, satu tahun. Baru dilaksana.
Saya menyarankan Kerajaan Persekutuan, Yang Berhormat Menteri Kewangan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri lihat Sabah dan Sarawak dalam konteks perjanjian ini. Beri kami kebenaran untuk but PFI atau BLT. Contohnya, hospital. Kalau hendak dibuat RM80 juta, Kerajaan Persekutuan cuma buat ceiling price, cari kontraktor, siapkan bangunan ini, siap kami beli kami bayar. Sekolah-sekolah daif pun begitu. Baru kita boleh jalan. Kalau ikut sekarang ini, mati Sabah. Tidak ada apa-apa perjalanan dia.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Mati kita.
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ya. Jadi, kalau perjanjian ini balik-balik dibincang, hujung-hujung tiada juga apa-apa pencapaian dia. Contohnya lagi, peruntukan RM5.2 bilion, RM5 bilion di Sarawak bagilah sama Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak. Ini diurus melalui kementerian-kementerian di Persekutuan juga. Akhirnya, bajet yang tahun lalu pun belum dilaksanakan, peruntukan sudah hilang. Ini sepatutnya kita buang masa betul-betul lah. Saya mintalah...
[Disampuk]
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Kinabatangan.
Yang Berhormat Menteri Persekutuan tidak ada dari Sabah Sarawak kah? Menteri-
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
menteri Persekutuan? Bukan sebahagian dari Sabah Sarawak kah? Apa yang dilakukan oleh Menteri-menteri ini.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Duduklah Yang Berhormat Shah Alam. Ini bukan masalah Shah Alam. Tuan Yang di-Pertua, perkara sebetulnya.
Harus dilihat dengan pendekatan otak yang baiklah. Kita dikurniakan Allah SWT dengan pancaindera yang baik. Jadi, gunakanlah. Yang Berhormat Menteri Kewangan, Menteri- menteri lain, buatlah satu kolaborasi bincang macam mana hendak berikan Sabah ini equal development daripada segi pembangunan, infrastruktur, ekonomi, kesihatan, sosial dan infra apa ini termasuk internet dan sebagainya. Kalau kita ikut cara di Semenanjung Tanah Melayu ini, tender, tender, tender. Alamat Sabah dan Sarawak akan ketinggalan 50 tahun lagi.
Carilah apa mekanisme sekali pun, sebab perjanjian ini mematerikan Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab untuk membangun Sabah dan Sarawak. Orang Sabah ini tidak mahu keluar dari Malaysia ini. Tidak juga mahu mengasingkan diri. Akan tetapi, mereka terasa hak mereka diambil. Hak mereka tidak ditunaikan. Saya sendiri pun dapat merasakan macam mana peruntukan untuk Sabah dan Sarawak sama macam negeri- negeri yang lain di sini. Ini tidak adil. Ini betul-betul langsung tidak menggambarkan kemurnian, kesucian perjanjian ini secara langsung.
Jadi, untuk memurnikan perjanjian ini, buatlah satu pendekatan baharu, mekanisme baharu. Barulah rakyat Sabah dapat menikmati di atas perjanjian merdeka bersama-sama dengan Semenanjung Tanah Melayu. Kalau tidak, isu ini akan terus berlegar dalam semua platform sama ada di luar sana, dalam Dewan ini sebab keraguan sudah ada, di mana kita melihat Kerajaan Persekutuan langsung tidak ada komitmen yang tinggi untuk membangun Sabah dan Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya memang mengalu-alukan pindaan ini sebab ia akan melambungkan satu manifestasi yang boleh menceritakan sebenarnya.
Saya juga ingin mencadangkan Hari Malaysia pada 16 September akan datang nanti, jangan hanya Sabah atau Sarawak jadi tuan rumah. Biarlah di negeri Tanah Semenanjung ini pula jadi tuan rumah. Supaya kita mendapatkan gambaran penubuhan kewujudan negara Malaysia itu benar-benar dinikmati oleh semua pihak. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Seterusnya, Yang Berhormat Kota Raja. Lapan minit Yang Berhormat.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Tuan Yang di-Pertua, pindaan MA63 ini ke arah mengukuhkan Sabah, Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Persekutuan Malaysia. Ia ke arah mengukuhkan, bukan melonggarkan. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kinabatangan tadi soal pembangunan, saya bersetuju penuh dengan Yang Berhormat. Memang keadaan pembangunan di Sabah dan Sarawak perlu lebih ditumpu terutama dalam perhubungan jalan raya dari bandar ke bandar, kecil atau besar dan ke kampung-kampung. Itu adalah realiti. Apa yang paling penting sekali ialah soal kerana berada setaraf dengan Semenanjung, Sabah dan Sarawak, maka keselamatan perlu dipertingkatkan terutama sekali untuk menjamin dalam pembentukan Malaysia ini keselamatan Sabah dan Sarawak terjamin.
Perlu dipertingkatkan keupayaan pasukan keselamatan kita terutama untuk menjaga perairan antara Filipina dan Sabah. Ini kerana kebimbangan rakyat di situ masih ada. Pencerobohan sering berlaku. Oleh itu, peruntukan mesti dipertingkatkan supaya rakyat Sabah dan Sarawak merasai bahawa mereka terjamin keselamatan mereka.
Keselamatan di bawah field marshal yang paling utama iaitu Yang di-Pertuan Agong, five- star general.
Kita boleh berbangga kerana tidak ada lagi curiga antara satu sama lain sama ada ia berasal dari Sarawak, Sabah atau Semenanjung. Misalnya, Panglima Angkatan Tentera sekarang daripada anak jati Sarawak. Bila saya menjadi Menteri waktu itu ada
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
bisik-bisikkan kepada saya, bolehkan kita lantik orang Sarawak ini menjadi Panglima Angkatan Tentera? Saya kata, saya yakin penuh tentang integriti, ketaatan dan kesetiaan kepada Malaysia yang dibentuk pada tahun 1963.
Pada masa yang akan datang, kita harap akan ada nanti KSN dan jawatan- jawatan yang lain yang berasal dari Sabah dan Sarawak. Ini penting untuk membentuk integriti. Membentuk penghormatan antara kita.
Begitu juga, bila dalam perjanjian Perkara 20 dan sebagainya, termasuk hal imigresen, kita harap kedua-dua negeri ini bersifat berintegriti dan terbuka. Kita merasa sedih kadangkalanya kita boleh pergi ke Korea Utara, kita boleh pergi ke Cuba. Akan tetapi, tidak boleh pergi ke Sarawak. Ini satu perkara yang menyedihkan. Selepas lulusnya hari ini untuk mengukuhkan perpaduan antara tiga wilayah ini, perkara ini kita harap dapat diatasi dikurangkan melainkan mereka yang ada rekod jenayah, persona non grata baru tidak boleh masuk di sesebuah negeri. Akan tetapi, kerana perbezaan politik dan sebagainya, mesti diizinkan kerana kita pergi kepada kematangan dan integriti.
Saya sendiri kadangkalanya berasa menitis air mata bila dah sampai di Kuching, diarahkan patah balik. Kenapa tidak boleh masuk? Sedangkan saya boleh masuk ke mana-mana negara hatta hendak masuk Israel pun boleh kalau kita mahu. Mereka boleh cap di sekeping kertas tanpa cap di pasport. Oleh itu, kita harap perkara ini dapat dipertingkatkan supaya nilai integriti wilayah ini dapat dipertahankan dengan kuasa-kuasa yang diberi. Sabah, Sarawak dan Semenanjung ya, ada kuasa istimewa kepada suatu wilayah itu. Gunalah sebaik mungkin.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Oleh sebab itulah, kita harap dengan kita bersama meluluskan pindaan Perlembagaan ini, kita harap betul-betul Sabah, Sarawak, Semenanjung berada setaraf terutama di sudut pembangunan. Kita bersetuju, bila kita pergi ke sana, kita boleh melihat ketinggalannya mereka terutama dalam infrastruktur termasuklah jalan-jalan raya, termasuklah sekolah, termasuklah dalam bidang pertanian dan sebagainya.
Ini kita akui bersama, mesti dipertingkatkan dan juga penguasaan kapitalis- kapitalis tempatan dan luar sama ada dari dalam negeri itu sendiri yang mengaut kekayaan, bahkan musim pilihan raya ini kita lihat tokeh-tokeh balak ini menentukan arah tuju negeri. Ini yang kita tidak mahu berlaku di sesuatu negara. Biarlah rakyat dan parti- parti politik yang berwibawa menentukan arah tuju pembangunan sesebuah negara, integriti sebuah negara, bukan tokeh-tokeh balak.
Pengaruh tokeh-tokeh ini begitu hebat sekali seperti apa yang berlaku di New Caledonia sekarang ini. Bagaimana peranan tokeh-tokeh ini boleh mengubah pemikiran penduduk di situ untuk menyokong kuasa mana yang mereka mahu. Ini soal giant dalam hal ini mesti dikurangkan pada masa yang akan datang. Ini termasuk di Semenanjung ini pun, kita lihat bagaimana 1MDB cuba mengubah pendirian politik Malaysia sampai dibicarakan di seluruh dunia hal 1MDB ini.
Sampai Hollywood hendak buat filem, sudah dicari pelakon, bagaimana wajah bekas Perdana Menteri, wajah Yang Berhormat Langkawi dan sebagainya untuk dibuat filem menceritakan skandal kewangan yang terbesar yang menguasai corak kewangan Malaysia yang dilihat oleh pelabur-pelabur asing di seluruh dunia sekarang ini.
Oleh sebab itulah Sarawak dan Sabah dalam meneroka yang lebih baik pada masa yang akan datang, hindar skandal seperti ini kerana ia membawa imej yang buruk sekarang dan pada masa yang akan datang. Oleh sebab itulah...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat Kota Raja. Yang Berhormat Kota Raja. Pokok Sena.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
...Saya dengar di sana soal parti-parti yang menguasai politik ini dan mereka kadangnya mendapat projek yang berganda- ganda. Lepas dia, dia. Lepas dia, dia. Lepas dia, dia untuk mendapat konsesi balak dan sebagainya...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ya. Lepas dia, saya pula.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
...Mereka menguasai politik sesuatu tempat itu. Ini...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Pokok Sena.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Ya? Yang Berhormat Pokok Sena, ya.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Lepas dia, saya.
[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Saya juga baru balik dari Sarawak dalam dua tiga hari yang lepas. Saya lihat bahawa kawasan-kawasan pedalaman ini begitu ketinggalan, sedangkan kalau kita lihat gaji ADUN Sarawak ini antara yang tertinggi, malah lebih tinggi, beza sikit sahaja daripada basic Ahli Parlimen kalau tidak silap ingatan saya.
Malah, peruntukan saya difahamkan untuk pembangunan bagi seseorang ADUN, satu kawasan ADUN itu, RM8 juta setahun. Saya duk bayangkan masih ada lagi orang yang tinggal dalam keadaan yang begitu teruk. Jadi, sepatutnya kalau saya impikan, kalau RM8 juta itu untuk satu kawasan Parlimen di Semenanjung, saya fikir saya pun boleh buat setahun 100 buah rumah yang bernilai RM40,000 untuk beri kepada rakyat. Akan tetapi, tidak berlaku di Sarawak.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Ya. Saya bersetuju yang perlunya kita ambil tanggungjawab bersama. Tidak kira dari Sabah, Sarawak atau Malaysia, kita baiki pada masa yang akan datang supaya nilai integriti itu dapat dijelmakan kembali dan Malaysia akan muncul sebuah negara yang kembali menjadi harimau di Asia Tenggara ini pada masa akan datang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Yang Berhormat Sibuti, silakan.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang untuk Sibuti mengambil bahagian dalam perbahasan pindaan Perlembagaan pada hari ini. Banyak teks ucapan yang telah disediakan, tetapi saya telah mendengar dan juga meneliti beberapa pandangan daripada rakan-rakan dalam Parlimen ini. Saya ingin bercakap melalui hati saya yang ikhlas berkenaan tentang pindaan Perlembagaan ini.
Saya datang daripada generasi yang baharu. Saya belajar di sekolah diindoktrinkan berkenaan tentang Malaysia ini adalah merupakan sebuah kerajaan yang terdiri daripada 13 buah negeri. Juga, setelah saya membesar dan juga diberikan pendidikan melalui sistem pendidikan Malaysia, bahawa terdapat sedikit kepincangan ataupun sedikit keraguan berkenaan tentang penubuhan Malaysia.
Justeru itu, saya melihat dari dalam proses pembesaran dan penglibatan saya dalam politik dan juga melihat pemimpin-pemimpin politik selama ini menggunakan MA63 ini sebagai alat legitimasi bagi segala tuntutan politik yang dikaitkan dengan dokumen ini.
Fenomena ini bukan hanya berlaku sekarang, tetapi telah berlaku dalam tempoh yang agak lama.
Berkenaan tentang tuntutan MA63 ini adalah benar dan juga kita tidaklah menidakkan bahawa penubuhan Malaysia ini adalah satu proses yang gagal. Ramai dalam rekod-rekod di dalam census kita melihat pada tahun 1960, hanya 104 orang Melayu sahaja yang mendapat pendidikan hingga ke peringkat ijazah. Manakala Iban hanya 47 orang, Bidayuh 16 orang.
Akan tetapi, ketika ini kita dapat melihat ribuan ratusan masyarakat Melayu, Iban, India, Bidayuh, Melanau, Kedayan, Jati Miriek telah mendapat pendidikan melalui Persekutuan Malaysia ini. Juga, saya merasakan bahawa pujian terhadap pemimpin pada tahun 1976 yang mengatakan mereka menolak pindaan Perlembagaan, tetapi kita kena lihat pindaan Perlembagaan pada tahun 1976, pada 12 dan juga 13 Julai itu melibatkan 19 halaman, 48 klausa.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Juga, saya telah meneliti Hansard, terdapat lebih kurang 17 perkataan Sabah disebut, 16 perkataan Sarawak disebut pada 12 hari bulan. Pada 13 hari bulan, 36 perkataan Sabah, 57 perkataan Sarawak, tidak satu pun yang ada menyebut berkenaan tentang equal partners. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Tuan Lim Kit Siang ketika itu adalah fundamental of liberties. Tidak pun menyentuh perkataan Artikel 1(2).
Maka, saya merasakan pada tahun itu mungkin ketaksuban Ahli-ahli Parlimen untuk menegakkan parti ketika itu adalah sangat kuat. Juga, kesedaran ilmu dan juga pendidikan yang telah diberikan oleh sistem di dalam Persekutuan Malaysia ini menyebabkan rakyat mula sedar bahawa hak-hak yang terhakis yang pernah disebut oleh pemimpin kami Tok Nan bahawa kita perlu menuntut semula dan juga kita bukan ingin merombak MA63 tersebut.
Juga dengan ini saya sebagai wakil muda daripada GPS, sekiranya pihak daripada Pakatan Harapan merasakan pindaan Perlembagaan pada tahun 2019 adalah merupakan pindaan yang terbaik, tetapi kami bukannya menolak, hanya berkecuali memandangkan kami ingin mendapatkan pindaan yang lebih baik daripada tahun 2019.
Saya ingin memohon maaf, tetapi kita gunakan hari ini supaya untuk kita memberi sokongan dua pertiga kepada pindaan Perlembagaan.
Seterusnya pindaan ini akan membuka ruang kepada Sabah dan Sarawak untuk menuntut hak-hak yang terhakis selama ini. Kita sering bercakap, Yang Berhormat Kinabatangan berkenaan tentang pembangunan. Saya setuju, kita perlukan satu proses yang baik. Satu proses yang baharu untuk memberikan kesenangan kepada rakyat di Sabah dan juga di Sarawak.
Juga selain daripada itu, saya ingin menyatakan bahawa pindaan berkenaan tentang Perkara 160 yang meletakkan Hari Malaysia diiktiraf pada 16 September 1963, saya merasakan itu adalah merupakan satu pindaan yang baik dan juga perlu dihargai.
Juga, saya bersetuju kalau kerajaan mengelola ataupun meraikan Hari Malaysia, janganlah hanya meletak Hari Malaysia tersebut hanya khusus kepada Sabah dan Sarawak. Saya harap perayaan seperti sambutan Hari Malaysia dapat disambut bersama.
Selain daripada itu, saya pernah menyatakan kepada Tuan Yang di-Pertua, sekiranya kita ingin memahami lebih details dengan izin, berkenaan tentang MA63 ini, alangkah baik jika kerajaan dapat menerbitkan naskhah-naskhah berkaitan ataupun dokumen-dokumen berkaitan tentang MA63 ini dan diletak di atas setiap meja Ahli Parlimen dan juga kita dapat mempromosikan dokumen-dokumen bersejarah ini supaya kita dapat berbincang dalam suasana yang lebih intelektual dan juga dalam suasana yang lebih baik.
Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong. Juga, saya berharap agar pindaan ini akan memberikan kebaikan dan juga bapa-bapa perjuangan ataupun bapa- bapa mewujudkan Malaysia ini dapat tenang di atas sana. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Yang Berhormat Tuaran, silakan.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuaran bangun untuk menyokong Rang Undang-undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2021 iaitu melibatkan Artikel 1(2), Artikel 116(2) dan Artikel 161A(7).
Langkah ini tentunya akan memperkukuhkan lagi kesatuan serta perpaduan negara kita Malaysia. Kenapa? Sebab setiap kali perakuan-perakuan dalam Perjanjian Pembentukan Malaysia 1963 dilaksanakan dan setiap kali sejarah pembentukan Malaysia itu diberi pengiktirafan dan penghormatan, rasa kekitaan rakyat Malaysia bertambah.
Dengan lulusnya pindaan ini, maka akhirnya Malaysia mempunyai commencement date ataupun hari jadi secara perundangan dan bukan setakat
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
pentadbiran iaitu 16 September 1963 sepertimana yang termaktub di dalam Artikel 160(2) Perlembagaan Malaysia. Selepas ini, para pengkaji sejarah dan seterusnya penggubal kurikulum sejarah dalam sistem persekolahan Malaysia akan bertegas menyatakan fakta sejarah tersebut. Tuaran berharap agar kerajaan melalui Kementerian Pendidikan mengambil langkah-langkah proaktif dalam hal ini.
Namun, langkah-langkah pengukuhan perlu dilakukan. Langkah pertama ialah kerajaan hendaklah meraikan Hari Malaysia itu dengan lebih meluas, bukan setakat diadakan di Sabah dan Sarawak seperti yang diadakan sejak tahun 2011 seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Sibuti sebentar tadi.
Tuaran mencadangkan supaya Hari Malaysia pada tahun 2022 diadakan di ibu kota Kuala Lumpur. Paling cantik diadakan di Stadium Merdeka dan lakukan dengan iringan pameran sejarah pembentukan Malaysia yang sebenar.
Saya merasa kesal kerana ini kali keempat kali pada sesi ini saya menyebut perkara ini dan menteri yang berkenaan tidak menjawab. Menteri Komunikasi dan Multimedia yang bertanggungjawab tentang perayaan Hari Malaysia pun tidak menjawab dan begitu juga Menteri Perpaduan tidak menjawab. Saya berharap Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) ini akan menyentuh sedikit tentang perkara ini, menjawab. Bawa ke Kabinet dan buatlah sebagai satu sambutan kita. Kita raikan kelulusan pindaan Perlembagaan ini.
Tuan Yang di-Pertua, pembentangan Rang Undang-undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2021 ini memang ditunggu-tunggu sejak pengumuman Yang Berhormat Langkawi, Perdana Menteri ke-7 semasa sambutan Hari Malaysia di Kota Kinabalu pada 16 September 2018 bahawa Sabah dan Sarawak adalah rakan setaraf atau equal partners dengan Federation of Malaya perlu dilaksanakan melalui pindaan Artikel 1(2) Perlembagaan Persekutuan.
Seperti yang dinyatakan oleh rakan-rakan sebenar tadi bahawa Kerajaan Pakatan Harapan telah membentangkan di Dewan yang mulia ini, namun tidak mendapat sokongan dua pertiga pada ketika itu. Tuaran berharap pada kali walaupun pindaan ini sama sahaja, kepada mereka yang tidak menyokong dahulu ketika itu, haraplah pada kali ini dapat memberi sokongan.
Pindaan ini tidaklah sempurna. Entah dapatkah pindaan ini mencapai hasrat Yang Berhormat Langkawi itu. Namun, kita perlukan permulaan. Kalau pindaan ini tidak mencapai matlamat equal party itu, maka kita kaji balik dan ambil langkah sehinggalah matlamat itu tercapai.
Tuaran juga menyokong pindaan terhadap Artikel 161A(7) dengan tujuan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri semasa pembentangan pindaan ini. Namun, untuk mencapai hasrat yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri, maka perlulah Ketua Menteri Sarawak mengambil langkah-langkah untuk meminda perundangan yang berkaitan dengan interpretation of native di Sarawak dengan tujuan yang sama.
Tuaran berharap Yang Berhormat Menteri juga dapat menyentuh perkara ini kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah. Sebab, rang undang-undang pindaan terhadap Interpretation (Definition of Native) Ordinance Sabah juga menunggu pembentangan dan kelulusan Dewan Undangan Negeri Sabah.
Sehubungan itu, Tuaran juga ingin mengulangi cadangan yang sudah pun Tuaran sebut berkali-kali di Dewan yang mulia ini sejak tahun 2005 lagi bahawa Artikel 153(2) Perlembagaan Persekutuan hendaklah dipinda untuk memasukkan Orang Asli mendapat hak-hak keistimewaan sepertimana yang telah diberikan kepada orang Melayu serta native Sabah dan Sarawak.
Tuaran juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengulangi beberapa cadangan dan permintaan yang sudah Tuaran berkali-kali nyatakan di Dewan yang mulia ini iaitu minta kerajaan supaya mengembalikan hak-hak Sabah dan Sarawak agar kedua- dua TYT berhak melantik judicial commissioner sepertimana dalam sebutan asal Artikel 122 Perlembagaan Persekutuan.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Selain itu, Tuaran juga meminta kerajaan supaya mempertimbangkan untuk melaksanakan devolution of power ataupun to decentralise governance involving all states in the country. Harus disedari bahawa over centralisation of power and governance from Putrajaya tidaklah sihat, malah merugikan rakyat di negara ini. Untuk ini, minta supaya dimulakan dengan meminda Perlembagaan Persekutuan Jadual Kesembilan dan memasukkan pendidikan dan kesihatan ke dalam Senarai Bersama dalam Perlembagaan Persekutuan.
Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini berjaya dibuat hanya dengan MoU yang ditandatangani di antara Perdana Menteri dengan Pakatan Harapan. Walaupun MoU ini dikecam oleh sesetengah pihak, namun hal pelaksanaan MA63 adalah di antara syarat yang telah dipersetujui. Syukur, hari ini sebahagian daripada MoU ini dapat dilaksanakan.
Tiada MoU, tiada pindaan ini.
Saya juga mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri yang membentangkan kerana telah membuat banyak engagement terutama sekali mendapat persetujuan daripada Kerajaan Negeri Sabah, Kerajaan Negeri Sarawak tidak seperti pindaan yang dibuat pada tahun 1976, di mana tidak ada persetujuan dengan kerajaan negeri pun dibuat. Begitu juga dengan pindaan pada tahun 1994, Artikel 122, tidak ada persetujuan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak pun, dia buat juga. Sehinggakan hari ini kita tertanya-tanya sama ada Artikel 122 yang telah dipinda itu valid atau tidak valid. Jadi, tahniah kepada Yang Berhormat Menteri. Saya berharap inilah yang akan diadakan sebagai contoh. Apabila ada pindaan, constitution amendment melibatkan Sabah dan Sarawak, ikutlah contoh yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri yang ada pada hari ini. Sekian, terima kasih. Saya mahu menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Yang Berhormat Igan seterusnya.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi Igan kesempatan untuk berbahas mengenai Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 iaitu mengenai, satu, peruntukan fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan; kedua, mengenai tafsiran “the Federation” di bawah fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan; yang ketiga mengenai tafsiran baharu “Malaysia Day” di bawah fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan; dan yang keempat iaitu mengenai peruntukan perenggan (a) fasal (6) dan fasal (7) Perkara 161A Perlembagaan Persekutuan iaitu ras asli bagi Sarawak adalah seperti yang diperuntukkan dalam undang- undang negeri dan seterusnya memotong fasal (7) Perkara 161A Perlembagaan Persekutuan.
Tuan Yang di-Pertua, cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan ini adalah satu cadangan yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat di negeri Sarawak dan Sabah. Cadangan pindaan ini, jika diluluskan, akan menjadi satu detik yang amat bersejarah dan bermakna bukan sahaja bagi rakyat di negeri Sarawak dan Sabah tetapi bagi seluruh rakyat di Malaysia yang sentiasa menjunjung prinsip keluhuran Perlembagaan.
Daripada segi sejarah, pindaan 1(2) Perlembagaan Persekutuan telah dipinda sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1963, 1965 dan 1976.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan Perlembagaan Perkara 1(2) pada tahun 1976 inilah yang telah menyebabkan rakyat Sarawak dan Sabah merasa kurang berpuas hati.
Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1976 yang berkuasa hingga ke hari ini telah menyebabkan Sarawak dan Sabah dianggap mengalami penurunan taraf daripada rakan sekutu Persekutuan Tanah Melayu kepada anak atas sebab kedua-dua negeri ini telah diletakkan sebaris dengan negeri-negeri lain di dalam Persekutuan Tanah Melayu yang asal.
Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2019, cadangan pindaan kepada Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan sekali lagi dibentangkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Malangnya, cadangan pindaan berkenaan yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 9 April 2019 telah tidak berjaya. Ahli Parlimen daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada masa itu telah berkecuali, bukan menentang atau menolak cadangan pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan yang dicadangkan oleh kerajaan pada masa itu.
Untuk rekod, Ahli Parlimen daripada GPS pada masa itu telah meminta supaya cadangan pindaan berkenaan haruslah dibuat secara menyeluruh selaras dengan prinsip dan semangat yang terkandung di dalam Perjanjian Malaysia 1963 yang antara lain syarat-syarat yang dituntut oleh Ahli Parlimen GPS pada masa itu ialah:
(i) memohon supaya pindaan kepada Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan haruslah dirujuk terlebih dahulu kepada jawatankuasa terpilih Parlimen.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
(ii) meminta supaya pindaan berkenaan terlebih dahulu dibincangkan di peringkat Dewan Undangan Negeri Sarawak dan Sabah; dan
(iii) mendesak supaya memasukkan dengan jelas perkataan “berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963”. Tuan Yang di-Pertua, pada hari yang mulia ini, sekali lagi cadangan pindaan fasal
(2), Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan dibentangkan di Dewan Rakyat yang mulia ini.
Inti pati pindaan ini ialah menggantikan fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan dengan menjelaskan negeri-negeri yang membentuk Persekutuan semasa pembentukan Malaysia tahun 1963.
Tuan Yang di-Pertua, perlu diingat bahawa cadangan pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan tidak membawa makna yang signifikan dan komprehensif tanpa adanya pindaan terhadap Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan iaitu mengenai tafsiran “The Federation”. Pindaan Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan pada kali ini ialah dengan menggantikan tafsiran “The Federation” agar merangkumi Perjanjian Malaysia yang ditandatangani pada 9 Julai 1963. Oleh sebab itu, pindaan- pindaan Perkara 1(2) dan Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan haruslah dibuat bersekali supaya ia lebih membawa makna yang sebenar sejajar dengan Perjanjian Malaysia 1963.
Tuan Yang di-Pertua, kedua-dua pindaan ini amatlah penting dan perlu dilakukan supaya Perjanjian Malaysia 1963 dan perkara-perkara atau fasal-fasal yang termaktub di dalamnya diperakui menjadi sebahagian daripada Perlembagaan Persekutuan malah pindaan kepada Perkara 160(2) dengan memasukkan tafsiran baharu “Hari Malaysia” iaitu bermaksud 16 September 1963 telah melengkapkan matlamat dan pindaan Perkara 1(2) dan Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan. Pada masa ini, tidak ada dinyatakan mengenai “Hari Malaysia” di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Tuan Yang di-Pertua, cadangan pindaan fasal (6) Perkara 161A Perlembagaan Persekutuan untuk memperuntukkan bahawa berhubung dengan Sarawak, ras yang dikira sebagai ras asli bagi Sarawak adalah seperti yang diperuntukkan dalam undang- undang negeri Sarawak. Cadangan pindaan ini pasti akan memberi perkhabaran gembira bagi seluruh rakyat Sarawak. Pindaan kepada definisi ras asli ini amat penting kerana ia akan menentukan status anak negeri melalui undang-undang negeri Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, Igan dengan ini menyokong. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Igan. Seterusnya, Yang Berhormat Kota Belud. Silakan.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, apabila kita diintegrasikan dengan Persekutuan Malaya dan menubuhkan Persekutuan Malaysia, ia adalah atas dasar equality and self-
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
determination according to the principle under the United Nations Resolution 1514 (XV). Hak inilah yang ingin kita refleks di dalam pindaan. My question is, will this? Ini kerana apabila saya baca interpretasi kepada Persekutuan, sekali lagi gagal memisahkan Persekutuan Malaya dengan Persekutuan Malaysia. Maka, sekali lagi impaknya ialah Sabah, Sarawak menjadi sebahagian daripada Persekutuan Malaya.
13 tahun selepas menjadi satu dari pendiri utama Persekutuan Malaysia, status Sabah, Sarawak telah diturunkan ke tahap menjadi just another state seperti negeri-negeri lain di Malaya. A situation until his defeat in the 1976, Sabah State Election was fiercely guarded by Tun Mustafa. Sama ada sedar atau tidak, sebahagian MP Sabah yang menyokong penurunan pindaan tersebut mungkin didorong oleh keyakinan dan kepercayaan penuh kepada Kuala Lumpur mengurus tadbir hal ehwal Sabah akan membuahkan kemajuan, kemakmuran wilayah ini.
Sabah adalah negara kaya yang malang, yang sepatutnya mendapat manfaat daripada keputusan para MP sebelumnya. Seketika sahaja dari tahun 1976, kepesatan pembangunan dapat dilihat dengan jelas setanding dengan Selangor. The flow of rapid development for Sabah became slower after the change of premiership. Lebih lagi apabila PBS menjadi kerajaan, development came to a standstill. Sabah tidak sepatutnya dihukum atas pertukaran kerajaan negeri tetapi sepatutnya keputusan pengundi harus dihormati.
Walaupun akhirnya UMNO masuk ke Sabah dan menjadi kerajaan, tekanan yang sama juga berlaku apabila sistem penggiliran Ketua Menteri dilaksanakan. Ketika Persekutuan Malaysia mendapat jolokan Tiger of Asia, Sabah hanyalah tikus yang menjadi mangsa kepada political maneuvering melampau yang mahukan Sabah akur serta tunduk kepada kehendak Kuala Lumpur.
Sampai ke hari ini, maneuvering ini tidak berhenti. Political maneuvering ini memberi kesan yang sangat negatif kepada Sabah. Pada masa gemilang Persekutuan Malaysia, Sabah kehilangan golden moments and chances to be a very progressive wilayah. Sabah was always made to obey and to follow the whim and fancies of KL. Kita dipecah belah, dipecah dan diperintah sedangkan Sabah adalah pendiri utama kelahiran Persekutuan Malaysia. Kegagalan merealisasikan Wawasan 2020 adalah buah kepada hipokrasi pimpinan.
[Berucap dalam dialek Dusun] Mengembalikan MA63 kepada keadaan asal, ibarat kembali ke pangkal jalan. For Sabah to remain relevant with the Federation of Malaysia, kita kena membangun dan makmur. It is a must. We have been fooled for some time now, but we cannot be fooled at all times. Pemulihan MA63 kepada struktur asal harus dilaksanakan segera.
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Yang Berhormat Kota Belud, Labuan. Yang Berhormat Kota Belud, setujukah semangat MA63 dengan jelas Sabah dan Sarawak adalah equal partner dengan Federation of Malaya. Jadi, struktur yang betul yang sepatutnya dilaksanakan adalah Federation of Malaya, Sabah dan Sarawak di bawah the new federation. A federation of countries bukan a federation of state seperti Malaya. A new federation perlukan a new constitution, mengambil kira semangat MA63. Kalau selama 58 tahun ini ia tidak dilaksanakan, generasi kita kena betulkan.
Federation of Malaya yang diketuai oleh Ketua Menteri sepatutnya dikekalkan berada di bawah Federation of Malaysia. JPM, Pertahanan, Kementerian Luar Negeri, Kewangan, Alam Sekitar, MITI— inilah tanggungjawab di bawah Kerajaan Persekutuan Malaysia. Yang lain sepatutnya di-decentralise. Jadi seperti yang dipersetujui oleh Yang Berhormat Menteri semasa libat urus dengan Warisan, further amendment akan dibuat lagi mengikut keperluan sehingga matlamat tercapai.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk dimasukkan dalam ucapan saya.
Mengembalikan atau to reset MA63 kepada versi asal adalah jalan kembali ke pangkal dari keterpesongan tujuan asal pembentukan Persekutuan Malaysia. Sabah hanya mahu layanan yang adil dan sama rata sebagai pendiri bersama Persekutuan Malaysia. Today, Federation of Malaysia is an ailing nation and it only took COVID-19 to expose how weak and disjointed this administration of this nation.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Sebelum saya akhirkan perbahasan saya, saya ingin bertanya kepada kerajaan ini, Yang Berhormat Menteri. Do you agree that the Malaysia Agreement 1963 has already been inserted into our Federal Constitution by virtue of Act 26/63 and yet it has never been honored or implemented as it should be? Pesan saya juga yang di Sabah itu [Berucap dalam dialek Dusun] We must raise up, united, trusting and respecting one another. No individual or personality is bigger than the Federation of Malaysia. Sabahan and Sarawakian are no less of Malaysian than orang Malaya. Hence, it is important to restore the very foundation on which this nation of great potentials was build. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud.
Saya ingin menjemput Yang Berhormat Hulu Rajang sekarang. Silakan.
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bawa kita mengingati bersama kata-kata arwah Tun Jugah anak Barieng. Temenggung Jugah ada pernah menyebut [Berucap dalam dialek Iban] dengan izin, Malaysia should not be like sugar cane. Sweet at the head, getting less and less sweet toward the end. Tun Jugah merupakan seorang pejuang masyarakat Iban dan beliau merupakan kunci kepada penyatuan Sarawak bersama Sabah, Malaya dalam pembentukan Malaysia, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Kita harus juga menerima bahawa perbezaan yang wujud melibatkan negeri, wilayah, adat, budaya merupakan satu keunikan masih wujud sehingga hari ini. Kita seharunya mengingati sejarah yang telah wujud sekian lama Tuan Yang di-Pertua dan tidak mendiskriminasi sesiapa juga yang mempunyai fahaman dan berbeza. Saya pasti kita semua mempunyai acuan yang berbeza namun suatu yang menyatukan kita adalah bumi di tanah tumpah darahku.
Kita semua Tuan Yang di-Pertua, mendiang Tun Datuk Patinggi Temenggong Jugah anak Barieng juga pernah menyebut; “Idup ka nyawa dengan izin duluk, urat tegap baruk kita uleh berjako”. Dengan izin, “Give lives to yourself first, once your foundation is solid, then you can talk and act”.
Tuan Yang di-Pertua. Mendiang bapa saya seorang- Penghulu Kumbong Anak Gerinang yang telah meninggal dunia lebih setahun lalu yang juga merupakan di antara 51 ketua masyarakat kaum Iban di bahagian Kapit yang telah dipimpin oleh Tun Datuk Patinggi Temenggong Jugah anak Barieng bagi berjumpa bersama pasukan Cobbold Commission Tuan Yang di-Pertua dalam pembentukan Malaysia yang telah diadakan di Kapit pada 19 Mac 1962.
Pada ketika itu, bapa saya bersama rakan-rakan penghulu Iban yang lain bersetuju dengan pembentukan Malaysia kerana percaya akan kepimpinan dan visi yang telah diterangkan kepada mereka. Namun ia kini, menjadi sesuatu diminta tebu, diberikan tembakau. Selama 58 tahun kemerdekaan yang telah dikecapi oleh kaum kami di Sarawak, namun masih mencemburui pembangunan yang dinikmati oleh saudara serumpun kami di Semenanjung Tuan Yang di-Pertua.
Jika diperhatikan di dalam Perkara 1(2) yang asal pada tahun1963 ini, didapati bahawa terdapat sesuatu pengesahan yang jelas mengenai wilayah-wilayah yang membentuk Persekutuan Malaysia iaitu negeri-negeri Tanah Melayu, negeri-negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak serta negeri Singapura ketika dahulu. Walau bagaimanapun, melalui Akta A354 yang berkuat kuasa melalui 27 Ogos 1976, klausa (2) di dalam Perkara 1, Perlembagaan Persekutuan ini telah dipinda sepertimana yang terdapat sehingga hari ini.
Dengan pindaan yang berkuat kuasa sehingga hari ini, Sabah dan Sarawak telah diletakkan sebaris dengan negeri-negeri lain di dalam Persekutuan Tanah Melayu yang asal. Sekali gus menampakkan seolah-olah berlakunya penurunan taraf daripada rakan sekutu Persekutuan Tanah Melayu kepada anak kepadanya. Justeru itu, saya berpendapat pengambilan semula taraf atau status sebagai rakan sekutu kepada Sabah
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
dan Sarawak di dalam Persekutuan Malaysia adalah penting dalam membentuk asas kukuh untuk mengeratkan hubungan ketiga-tiga wilayah itu.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada isu itu iaitu rakan sekutu, terdapat beberapa perkara di dalam MA63 harus dihormati oleh semua pihak. Tidak dapat dinafikan sebalik semangat patriotisme yang membentuk Malaysia hak-hak dan kuasa autonomi yang diperuntukkan khas kepada wilayah Sabah dan Sarawak hendaklah sentiasa dipelihara malah ditambah baik selaras dengan perkara-perkara yang telah dipersetujui semasa pembentukan Malaysia atau ketika dahulu.
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penggabungan iaitu Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi pembentukan Malaysia. Namun, tiada langsung disebut mengenai Hari Malaysia pada 16 September dalam mana-mana klausa Perlembagaan Persekutuan.
Justeru itu di bawah semangat Keluarga Malaysia juga bagi generasi yang akan datang, bagi memahami kenapa dan mengapa sekiranya penting bagi kita rakyat Malaysia menghayati sambutan Hari Malaysia (Malaysia Day) disertakan bersama pindaan ini.
Pindaan ini akan membuka lambaran baharu dalam sambutan Hari Malaysia bagi tahun- tahun yang akan datang dan semangatnya akan dirasai oleh seluruh tanah air dan bukan hanya Sabah dan Sarawak sahaja Tuan Yang di-Pertua.
Saya menyokong penuh kepada pindaan yang bakal dilaksanakan ke atas Perlembagaan Persekutuan yang turut memohon semua rakan bagi bersama-sama menyokong rang undang-undang ini. Ayuh, kita ketepikan perbezaan dan tindakan politik demi rakyat Bumi Kenyalang dan Negeri di Bawah Bayu bagi memartabatkan hak kita bersama. Dengan itu, saya mohon menyokong Tuan Yang di-Pertua. Sekian terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat Bandar Kuching, silakan.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk membahas pindaan Perlembagaan yang sangat penting ini. Saya sebenarnya masih teringat hari pertama pindaan seperti ini dibawa ke Dewan yang mulia ini iaitu pada 9 April 2019. Pada masa itu saya antara yang pertama untuk membahaskan isu dan menyokong pindaan tersebut. Saya mulakan dengan frasa, “A journey of a thousand miles, begins with a first step”. Namun, apa yang sepatutnya menjadi detik bersejarah bagi negara tidak kesampaian kerana pada masa itu beberapa orang wakil rakyat telah memilih untuk meletakkan kepentingan politik mengatasi kepentingan Sabah dan Sarawak.
Sepatutnya rakyat Sabah dan Sarawak pada hari ini boleh mendapat manfaat daripada pindaan dua tahun lalu dan rundingan susulan untuk memulihkan hak rakyat mungkin dapat dijalankan pada kadar yang lebih pantas dan bukan kelewatan serta penangguhan yang kita alami pada hari ini. Malah perbincangan dan implementasi pula terbantut disebabkan pergolakan politik seperti Langkah Sheraton. Kerajaan Perikatan Nasional mengheret kaki untuk membuat langkah penting ke arah memulihkan pindaan Perlembagaan yang mereka telah gagalkan.
Walaupun dengan Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang khusus untuk hal ehwal Sabah dan Sarawak yang mengambil gaji tambahan dana daripada tabung awam, sedikit yang telah dilakukan daripada segi kemajuan apa yang telah dipersetujui sebelum ini terutamanya 17 daripada 21 perkara di bahawa Jawatankuasa Khas Pakatan Harapan. Sejak itu kami kehilangan bukan sahaja dua tahun untuk memulihkan status kami tetapi juga penurunan peruntukan kepada Sarawak, terutamanya di bawah Perkara 11D, Pemberian Khas kepada Sarawak dan Sabah.
Sebelum ini dalam tempoh kurang daripada dua tahun, PH telah menggandakan geran tersebut kepada Sarawak dan juga akan menggandakan empat kali dalam masa lima tahun. Akan tetapi, apabila Langkah Sheraton berlaku, PN telah menurunkan geran
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
tersebut dan disebabkan hari itu, ini kita kehilangan sekurang-kurangnya RM40 juta. Ini sangat penting diperlukan di Sabah dan Sarawak terutamanya.
Jangan sangka tambahan ini kecil. Sejumlah RM40 juta kita boleh buat banyak perkara. Kita boleh beli enam mesin MRI untuk Sarawak. Kita boleh beli 27 mesin CT untuk Sarawak. Kita boleh bina dua atau tiga klinik kesihatan terutamanya di kawasan pedalaman. Kita boleh membaiki sekolah daif, kita boleh membina rumah mampu milik.
Kita boleh beli 68,000 tablet untuk anak-anak kita semasa PdPR. Kita dapat membeli satu juta pack makanan untuk mereka yang terkesan akibat COVID-19.
Akan tetapi kita kehilangan semua ini dan banyak lagi kerana kerajaan lembap untuk menilai semula peruntukan khas malah mengurangkan apa yang telah diberikan semasa PH. Jadi, bagi saya kerajaan haruslah menjawab kepada rakyat Sabah dan Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyeru sekali lagi bahawa laporan akhir MA63 di bawah PH haruslah didedahkan dan dikeluarkan daripada OSA. Rakyat semua berhak untuk mengetahui apa yang dipersetujui kerana ini adalah hak kami. Jangan OSA digunakan sebagai alasan untuk tidak mahu melakukan apa yang dipersetujui atau digunakan sebagai alasan untuk kelembapan mengembalikan hak kami. Selain itu, ini sangat penting iaitu tentang 17 perkara telah dipersetujui, tetapi empat lagi belum dipersetujui. Ini khusus isu royalti minyak yang terkandung dalam MA63. Juga, kerajaan haruslah menyelesaikan isu jumlah tunggakan royalti minyak yang sepatutnya setiap lima tahun.
Banyak lagi, Akta Laut Wilayah, Akta Pelantar Benua haruslah diberi keutamaan.
Dalam dua tahun ini, bagaikan persepsi ia tidak diberikan keutamaan sampai sekarang kita tidak tahu apa yang berlaku. Tuan Yang di-Pertua, saya akan mengakhiri dengan ini – Selain mengemukakan pindaan Perlembagaan, saya berharap kerajaan akan mengambil langkah tambahan untuk memasukkan kesihatan dan pendidikan di bawah Concurrent List.
Ini sebagai asas dan langkah pertama untuk kita mendapatkan semula autonomi dalam dua sektor yang sangat penting ini. Ini memastikan penurunan kuasa yang lebih bermakna. Bagi saya COVID-19 telah menunjukkan kepentingan dan peranan kerajaan negeri dalam pengawalan penyakit berjangkit.
Peranan negeri sangat penting dan kita haruslah memperkasakan mereka terutamanya mereka ada local knowledge tentang bagaimana kita dapat lakukan. Yang ini penting bukan sahaja untuk hardware seperti infrastruktur tetapi software iaitu tentang bagaimana kita hendak mengupah guru-guru, doktor-doktor tempatan yang lebih memahami adat yang ada.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Jadi saya menyeru. Saya akan habiskan. Saya menyeru untuk memperkasakan kebolehan Sabah dan Sarawak untuk mengambil tanggungjawab ini, mungkin kerajaan dapat bersama kementerian yang sedia ada menyediakan satu pelan komprehensif devolution of power mungkin dalam masa 10 tahun dan dapat disemak dan dinilai setiap lima tahun. Apakah tempoh masa, timeline kita ada, apakah strategi, apakah mekanisme yang digunakan?
Bagaimana kita memperkasakan modal insan di Sabah dan Sarawak supaya mereka mempunyai kemampuan untuk mengambil tanggungjawab secara penuh. Apabila mereka mempunyai kemampuan tersebut, kita pinda sekali lagi untuk memasukkan kesihatan dan pendidikan dalam in a state list untuk memberikan autonomi penuh kepada kerajaan negeri.
Oleh itu saya menyeru marilah kita membuat komitmen di sini. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh buat komitmen di sini dengan ini digunakan sebagai modal politik setiap kali pilihan raya datang. Kita buat komitmen di sini dalam satu tahun ini, kita akan devolve kuasa education dengan healthcare kepada negeri Sabah dan Sarawak.
Saya rumuskan, tadi saya kata a journey of a thousand miles starts with the first step. Walaupun the first step sudah dua tahun terlambat, saya tetap akan menyokong
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
pindaan ini. Saya tidak akan mengulangi kesilapan untuk meletakkan kepentingan politik melebihi kepentingan Sarawak dan negara yang lebih luas. Dengan itu, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Saya jemput Yang Berhormat Tumpat. Silakan.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim.
[Membaca selawat]* Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 pada petang yang berbahagia ini.
Kiranya saya wakil tunggal daripada PAS yang mengambil bahagian. Dengan penuh kasih sayang kepada seluruh rakyat Malaysia, baik dari Sabah dan Sarawak mahupun dari Persekutuan Tanah Melayu serta perasaan tanggungjawab terhadap rakyat kita pada hari ini dan juga pada masa depan yang berbilang kaum dan berbagai-bagai agama ini, saya mengambil bahagian dalam perbahasan ini.
Selaku pembuat dasar, kita diamanahkan oleh Allah SWT untuk membuat satu keputusan yang besar untuk masa depan negara kita, masa depan Sabah, masa depan Sarawak dan masa depan Persekutuan Tanah Melayu juga sebenarnya dan secara langsung atau tidak langsung masa depan negara kita yang bernama Malaysia ini.
Pindaan ini perlu dibuat demi pengukuhan kedudukan semua wilayah ini ke dalam Malaysia dan bukan sebaliknya dan patut disokong oleh semua pihak. Saya ulangi, pindaan in perlu dibuat demi pengukuhan kedudukan semua wilayah ini ke dalam Malaysia dan bukan sebaliknya. Saya sebut satu keputusan yang cukup besar kerana yang hendak kita pinda ini ialah Perkara 1 dalam Perlembagaan Persekutuan daripada 183 perkara kesemuanya.
Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2019 yang lalu kita telah pun membahaskan mengenai pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan ini dan saya berpandangan banyak aspek telah mengalami perubahan dalam pindaan kali ini. Tuan Yang di-Pertua, pindaan kepada Perkara 1(2) ini dengan memasukkan frasa negeri-negeri Persekutuan yang merujuk kepada Negeri-negeri Tanah Melayu yang berada di bahagian Semenanjung serta mengkhususkan Negeri-negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.
Pada hemat saya, pindaan ini lebih menjustifikasikan prinsip berdiri sama tinggi, duduk sama rendah seperti yang pernah dijelaskan pada pindaan tahun 2019 yang lalu.
Perkara 160, Perlembagaan Persekutuan pula dipinda dengan memasukkan tafsiran terhadap frasa Persekutuan yang merujuk kepada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Selanjutnya menurut perjanjian yang dimuktamadkan pada 9 Julai 1963 antara United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura. Persekutuan yang dikenali sebagai Malaysia dengan koloni Borneo Utara dan Sarawak dan negeri Singapura bersekutu dengan negeri-negeri sedia ada dalam Persekutuan Tanah Melayu sebagai negeri Sabah, Sarawak dan Singapura mengikut Surat Cara Perlembagaan yang dilampirkan padanya.
Akan tetapi di bawah dan menurut perjanjian berhubung dengan pemisahan Singapura daripada Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat bertarikh 7 Ogos tahun 1965, Singapura telah tidak lagi menjadi sebuah negeri dalam Malaysia.
Saya berpandangan pindaan-pindaan ini sangat signifikan, pertama kerana ia selaras dengan pengamalan sistem federalisme yang diamalkan di Malaysia. Setiap institusi dan entiti di peringkat Persekutuan dan negeri ada bidang kuasa masing-masing berdasarkan kepada peruntukan yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kuasa Parlimen disenaraikan dalam senarai Persekutuan, dalam Jadual Kesembilan.
Kuasa Dewan Undangan Negeri di bawah kerajaan negeri pula terdapat dalam senarai negeri.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Kedua-dua badan perundangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ini juga mempunyai kuasa perundangan bersama dalam senarai bersama. Jadi, aspek yang paling teras, yang utama dalam perbahasan pindaan ini adalah memastikan peranan federalisme ini diperkukuhkan dalam negara. Sabah dan Sarawak ada hak dan kuasanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan sama seperti negeri- negeri Tanah Melayu yang lain. Persekutuan juga ada kuasanya yang tersendiri.
Kedua, pindaan ini merujuk kepada sebuah dokumen perundangan atau legal document iaitu Perjanjian Malaysia 1963 yang ditandatangani oleh United Kingdom of Great Britain dan Northern Ireland, The Federation of Malaya, North Borneo, Sarawak dan Singapura di London pada 9 Julai 1963 yang mengguna pakai istilah The Borneo States atau Negeri-negeri Borneo seperti yang tertera dalam Perjanjian Malaysia ini.
Tuan Yang di-Pertua, ketika pindaan pada tahun 2019, aspek equal partner sering kali dibangkitkan sehingga mewujudkan sama ada pengistilahan wilayah atau negeri untuk dirujuk kepada negeri-negeri Borneo ini. Saya ingin tegaskan bahawa soal equal partners ini berbangkit kerana faktor kemunduran sosio ekonomi masyarakat di Sabah dan Sarawak seolah-olah ada satu permasalahan terhadap delivery system atau sistem penyampaian kepada dasar-dasar dan peruntukan yang disalurkan kepada Sabah dan Sarawak.
Saya bercakap tentang sistem federalisme tadi yang perlu diperkukuhkan semula kerana saya sendiri merasainya sekian lama di negeri Kelantan. Hak royalti rakyat negeri Kelantan dinafikan hanya kerana berbeza parti politik pemerintah dengan Kerajaan Persekutuan pada masa itu. Jadi, di mana amalan federalisme di sini? Sering kali juga Ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak bercakap soal pembangunan sosio ekonomi dan kemunduran di sana. Mengapa ia masih menjadi isu selepas hampir 60 tahun Perjanjian Malaysia ditandatangani?
Oleh sebab itu, saya jelaskan di sini sudah sampai masanya kita mengambil berat terhadap amalan federalisme. Apa-apa yang tempang wajar dibetulkan semula. Saya berharap kitalah yang memulakan perubahan tersebut, insya-Allah. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Yang Berhormat Pasir Gudang. Silakan.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pasir Gudang yang mewakili Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Harapan menyokong rang undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan yang kita sedang bahaskan pada petang ini. Sekurang-kurangnya ada empat sebab utama mengapa Pasir Gudang menyokong pindaan ini.
Pertama, pindaan Perlembagaan Persekutuan ini menepati kehendak Perjanjian Malaysia 1963. Itu sebab yang pertama. Sebab yang kedua saya berpendapat pindaan ini membetulkan kesilapan yang dilakukan pada pindaan tahun 1976 yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional ketika itu. Jadi, saya berfikir sesat di hujung jalan, baliklah ke pangkal jalan. Jadi ini apa yang kita buat pada petang ini.
Ketiga, saya menyokong rang undang-undang pindaan ini kerana ia sesuai dengan konsep Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem federalism.
Sebab yang keempat, ini penting, dengan pindaan ini akan terhapuslah tuduhan dan anggapan selama ini bahawa Sabah dan Sarawak sebagai tanah jajahan Semenanjung.
Tuan Yang di-Pertua, tetapi saya berpandangan pindaan ini sahaja tidak mencukupi. Mestilah dilaksanakan semangat pindaan ini menjadi kenyataan oleh Kerajaan Persekutuan sama ada Kerajaan Persekutuan sekarang atau yang akan datang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Antaranya, saya senaraikan yang penting. Pertama, hasil bumi, hasil laut Sabah dan Sarawak seperti petroleum dan gas yang dicari gali oleh PETRONAS dari bumi Sabah
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
dan Sarawak itu mestilah diberi royalti yang adil, ikut Perjanjian Malaysia 1963. Tidak boleh dolak-dalik.
Kedua, kutipan cukai dari Sabah dan Sarawak sebahagiannya dipulangkan kepada Sabah dan Sarawak mengikut Perlembagaan dan juga Perjanjian Malaysia 1963.
Ketiga, saya menyokong saranan daripada Ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak iaitu atas konsep federalism, maka Kerajaan Persekutuan mestilah decentralised sisi dan turunkan kuasa-kuasa Kerajaan Persekutuan kepada Sabah dan Sarawak sekurang-kurangnya dalam hal kesihatan, pendidikan dan juga ekonomi berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963.
Tuan Yang di-Pertua, dalam pada waktu saya menyokong rang undang-undang ini, akan tetapi saya juga berharap pindaan ini tidak mewujudkan dua kluster dalam Persekutuan Malaysia di mana negeri-negeri di Semenanjung yang secara individu itu dianggap tidak sama taraf dengan Sabah dan Sarawak. Ertinya kalau ini berlaku amatlah sedih. Sebagai Ahli Parlimen daripada Semenanjung dari Johor kita menghormati aspirasi rakyat Sabah dan Sarawak tetapi tolonglah jangan anggap kami dari negeri-negeri di Semenanjung ini tarafnya kelas dua.
Seterusnya saya berharap daripada pindaan ini dapat dibina jambatan yang lebih kukuh yang menghubungi negeri-negeri di Semenanjung dengan Wilayah Sabah dan Sarawak yang terpisah oleh lautan yang luas.
Akhirnya, Tuan Yang di-Pertua jika pindaan Perlembagaan ini memberi kegembiraan kepada seluruh rakyat di Sabah dan Sarawak, maka saya anak dari Malaya dari Semenanjung menyokong pindaan ini demi mewujudkan Persekutuan Malaysia yang bersatu dan kukuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Padang Rengas. Silakan.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mewakili Padang Rengas kita menyokonglah pindaan yang dibuat dalam Perlembagaan Malaysia ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak terus pergi kepada perkara mengganti takrif Persekutuan dengan takrif yang berikut. Jadi sebenarnya saya merasa begitu embarrassed, I am bit embarrassed iaitu apabila kita telah merdeka, kita telah menubuhkan Malaysia pada tahun 63, maka kita tidak melihat kepada takrif ini. Takrif ini ‘Persekutuan’ kalau diikut Perlembagaan Malaysia ini; “Persekutuan ertinya Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957...”.
Akan tetapi ini Perlembagaan Malaysia, jadi telah beberapa tahun kita tubuh Malaysia dan kita tidak melihat perkara seperti ini. This is saya kata amat– very embarrassing lah ya. Saya hendak ucapkan tahniah kepada rakan saya daripada Santubong. Santubong kah- Santubong ya?
Seorang Ahli
Santubong.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
...Santubong, kerana telah membangkit perkara ini dan ini memang tepat dan patut dilakukan dan sekarang ini kita sebut Persekutuan sepertimana yang termaktub sekarang ialah merangkumi Sabah dan Sarawak dan juga menyatakan bahawa itu Singapura pun dah berpisah dengan kita. I think this is correcting to do and the proper thing to do. Tahniah saya ucapkan kepada Yang Berhormat Menteri.
Cuma saya hendak tanya sini kalau takrif ‘Persekutuan’ ini ia mengganti takrif lama. Akan tetapi di dalam pindaan Perkara 160 ini Perlembagaan Persekutuan, kita memasukkan selepas takrif “hak pencen” takrif yang berikut. Iaitu:
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
“Hari Malaysia” ertinya enam belas hari bulan September, tahun seribu sembilan ratus enam puluh tiga”.
Saya ingin tanya Hari Malaysia dimasukkan tetapi takrif merdeka masih dikekalkan iaitu kalau tidak silap sayalah takrif merdeka bermaksud:
“Hari Merdeka” ertinya tiga puluh satu hari bulan Ogos, tahun seribu sembilan ratus lima puluh tujuh”.
Dikekalkan. Akan tetapi Hari Merdeka ini tidak mempunyai makna kepada Persekutuan Malaysia. Jadi bagi saya sebenarnya kalau kita sudah masuk Hari Malaysia sebagai 15 September, saya kira Hari Merdeka...
Seorang Ahli
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
16 September, maka saya kira 31 Ogos Hari Merdeka ini mesti digugurkan, sebab ia akan menyebabkan ada dua pemikiran iaitu kita merdeka dan kita juga ada Hari Malaysia. Kalau betul hendak dimaksudkan sebagai kita sebuah negara, gugurlah Hari Merdeka itu. Pada saya, *to me it is history.
31st August* itu, gugurkan sebab akhirnya nanti apabila- inilah masalahnya, bila sebut Hari Malaysia Sabah dan Sarawak yang meraikan. Sebab apa, sebab ada Hari Merdeka. Jadi, kepada sayalah, pada saya Hari Merdeka sepatutnya bukan di masuk tetapi digantikan dengan Hari Malaysia. Ini kerana adalah Perlembagaan Malaysia, dia bukan Perlembagaan Malaya. Kita kena hentikanlah sentimen-sentimen berkenaan bahawa kita ini Semenanjung dan Sabah, Sarawak, this must have been a long time ago kita fikirkan tentang perkara seperti ini ya.
Jadi saya hendak cadangkan iaitu bahawa bukan dimasukkan Hari Malaysia tetapi Hari Malaysia itu mengganti Hari Merdeka. It’s okay to read in a history book that you know Semenanjung dan negeri-negeri sana independent in 1957, tetapi yang kita hendak raikan ke hadapan and in the future is Hari Malaysia. Jadi saya cadangkan ini supaya tidak lagi berbangkit soal kita dengar ucapan daripada ramai Ahli Parlimen tadi iaitu janganlah Sabah dan Sarawak sahaja yang meraikan Hari Malaysia. Akan tetapi ia tidak berlaku kerana apa? Ini kerana ada Hari Merdeka lagi di dalam perlembagaan ini.
Itu pertama yang saya hendak cakap tentang pindaan Perlembagaan inilah.
Kedua ini, saya juga hendak menyebut berkenaan dengan– saya terbaca iaitu bahawa pada– dia ada sebut di sini iaitu bahawa kita sebenarnya telah pun sebenarnya menyelesaikan satu masalah kita ini mengambil kira keputusan yang dibuat oleh mahkamah iaitu masalah di antara Federal of Malaysia, Persekutuan Malaysia dengan Sabah dan Sarawak ini diselesaikan di mahkamah. Kalau tidak silap saya, saya nampak ada poin di sinilah iaitu– nanti sekejap ya, saya minta maaf.
Disebut bahawa ada satu isu yang berbangkit di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak dengan Persekutuan. Dikatakan iaitu bahawa pada 13 Mac 2020, mahkamah telah membuat keputusan yang berpihak kepada Sabah dan Sarawak. Sarawaklah, dalam mengenakan cukai jualan ini. Saya rasa Tuan Yang di-Pertua iaitu orang ini selalu kalau kita dah kahwin ini, kalau kita hendak selesai masalah kita, kita ini bersama ini, Sabah, Sarawak dengan Semenanjung ini.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Akan tetapi kita perlu orang luar mahkamah untuk membuat keputusan. Buat keputusan mahkamah ini, sudah sampai tahap hendak bercerai ya.
Jadi, saya harap lain kalilah kalau ada apa-apa masalah yang berbangkit di antara Persekutuan Malaysia iaitu dengan Sarawak atau Sabah – wilayah Sabah dan Sarawak, tidak payahlah bawa ke mahkamah. Masing-masing ada kementerian. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan di Sarawak, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan di Persekutuan. Bincanglah dua-dua. Selesai sahajalah. Apa perlu sampai kita hendak pergi ke mahkamah because pergi ke mahkamah ini, dia sudah jadi orang kata apa adversarial. Adversarial ini maknanya you ada pendirian you, I ada pendirian I dan dibawa ke mahkamah secara terbuka.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Jadi kepada saya, saya harap we are one nation. Any issues yang berbangkit di antara kita, selesaikan sesama kita sudahlah. We have our state government, duduk dengan Federal Government. Masih boleh duduk. Bukan kita tidak duduk. Jadi, saya harap lain kali apa juga masalah yang berbangkit antara Persekutuan Malaysia dengan wilayah sama ada Sabah atau Sarawak ataupun Semenanjung Malaysia sekalipun, selesai sesama sendirilah. Tidak payah ke mahkamah kerana mahkamah ini adversarial dan telah menunjukkan bahawa kita sudah mempunyai perbezaan pendapat yang tidak sepatutnya kita luahkan kepada luar tetapi kita selesaikan sesama kita. Jadi oleh sebab itu, saya menyokong penuh dan saya hendak mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat minta rumuskan.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Minta maaf ada satu lagi ya. Ini kita buka Perlembagaan Malaysia ini dia tulis situ Laws of Malaysia Perlembagaan Persekutuan. Muka surat 19, paling awal sekali iaitu Perkara 1(2), dia kata negeri-negeri – yang pertama itu, “Persekutuan dinamai Malaysia dalam bahasa Melayu dan dalam bahasa Inggeris”. Kedua, “Negeri-negeri Persekutuan terdiri daripada Johor, Kedah...” ini semualah. Sabah dan Sarawak tidak sebut. Apa ini? This is our Constitution ya, Perlembagaan kita. Itu basic law yang bercakap tentang Malaysia tetapi definisi Malaysia, Sabah dan Sarawak tidak ada. This is very embarrassing. Saya harap perkara ini tidak akan berlaku di masa akan datang. Terima kasih saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Kota Kinabalu.
Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu
Tuan Yang di-Pertua, ya sebenarnya ini kali kedua saya berdiri di Dewan yang mulia ini dan berbahas tentang rang undang- undang yang dibangkit dibawa ini yang bertujuan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi sama rata dalam Persekutuan Malaysia ini.
Semasa kali pertama saya berbahas rang undang-undang yang lebih kurang sama ini, ianya dibawa oleh Kerajaan Pakatan Harapan, Warisan yang masa dua tahun yang lalu dan dibawa oleh mendiang Yang Berhormat Batu Sapi Datuk VK Liew. Sekarang beliau tidak lagi bersama-sama dengan kami dalam Dewan yang mulia ini. Saya harap ucapan saya ini dedikasi sama beliau kerana tanpa usaha beliau pada dua tahun yang lalu, tidak akan kita sampai ke hari ini.
Dahulu, semasa kita bentangkan rang undang-undang untuk meminda Artikel 1(2) dalam Perlembagaan Persekutuan ini, ada pihak-pihak tertentu mengguna pakai alasan bahawa pindaan perlembagaan yang masa kita— dahulu bawa itu tidak sempurna. So, tidak lengkap, tidak cukup komprehensif dan mereka atas alasan ini, mereka katanya tidak menolak tetapi berkecuali semasa buang undi untuk pindaan perlembagaan yang tersebut. Cuma saya hendak mengingatkan sikap kita berkecuali itu, dia sebenarnya adalah sama dengan kita menolak pindaan perlembagaan itu.
Kali ini Pakatan Harapan di sini walaupun dari pihak kami kita pun rasa pindaan perlembagaan kali ini pun bukan sempurna sangat. Saya bersama dengan Yang Berhormat Tuaran bersama dengan Yang Berhormat Stampin, kita ada membentangkan satu usul untuk menambah baik pindaan perlembagaan ini yang kita bertujuan untuk memasukkan bidang pendidikan dan bidang perubatan dalam Concurrent List, dalam Senarai Bersama Perlembagaan Persekutuan untuk kuasa negeri Sabah dan negeri Sarawak.
Walaupun usul tersebut telah ditolak atas sebab technicality oleh Tuan Yang di- Pertua, tetapi kita tidak guna pakai kerana sekarang memandangkan pindaan perlembagaan ini pun kurang komprehensif, tidak lengkap sangat so kita menolak atau kita terkecuali. Kita tidak main taktik politik yang begitu. So, hari ini kita tetap berdedikasi
Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu
untuk memastikan hari ini merupakan hari yang bersejarah kerana kita bersama-sama meminda Perlembagaan Persekutuan supaya Sabah dan Sarawak dikembalikan sebagai rakan kongsi sama rata dalam Persekutuan Malaysia ini. Ini kalau tiada Pakatan Harapan, tanpa MoU, perkara ini tidak mungkin akan jadi.
Saya hendak bangkitkan sekali lagi kenapa pentingnya education dan healthcare.
Pendidikan dan perubatan ini adalah penting supaya kita masukkan dalam senarai bersama kerana ini bukan perkara yang baru. Kalau menurut IGC Report yang Perkara 17 dengan izin education, “Although education will be a federal subject the present policy and system of administration of education in North Borneo and Sarawak including their present ordinances shall be undisturbed and remain under the control of the government of the state until that government otherwise agrees”. Ini maksudnya semangat IGC Report, pendidikan pun salah satu subjek walaupun diletakkan di bawah Federal List tetapi tidak seharusnya juga menghormati keputusan atau pendirian kerajaan negeri.
Begitu juga kita melihat kepada medicine and health di dalam Annex A di dalam IGC Report, “North Borneo Concurrent List until 31 December 1970” kerana “subject to an assurance that the local policy and the system of administering these subjects in Sarawak would not be disturbed until the state government otherwise concurs. The financial provision for the services would be federal. The local authority shall continue to exercise those functions in this respect which they now exercise under local legislation.” So, maksudnya bukan perkara yang baru apabila Pakatan Harapan, ketiga-tiga Yang Berhormat, kami untuk membentangkan untuk cuba membawa usul untuk menambah baik, memasukkan perubatan dan pendidikan ke dalam Concurrent List, senarai bersama untuk Sabah dan Sarawak. Walaupun kali ini tidak dapat dibuat, saya harap Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab akan meneruskan pindaan- pindaan Perlembagaan supaya akhirnya Sabah dan Sarawak lebih menjadi ini— salah satu status rakan kongsi sama rata kita ini betul-betul dianggap sama rata di dalam Persekutuan Malaysia ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih. Ini adalah satu perkara yang bersejarah kerana kita meminda Perlembagaan Persekutuan dan saya menyokong pindaan Persekutuan ini. Ada tiga perkara yang ingin saya nyatakan dalam perbahasan ini. Pertama, pembangunan hendaklah ditingkatkan lagi untuk Sabah dan Sarawak. Pembangunan yang ikonik dan terkemuka sebagai contoh, lebuh raya RM27 bilion tanpa tol, Pan Borneo – RM14.2 bilion, Telok Melano ke Lawas 786 kilometer – RM12.8 bilion. Sindumin, Sepitang, Ketawau, Sarawak 425 kilometer. Ini adalah contoh- contoh pembangunan yang mesti diteruskan untuk Sabah dan Sarawak setelah selesai kita meminda perlembagaan ini. Sebanyak RM746 juta untuk membaiki sekolah daif di Sabah dan Sarawak melibatkan 112 buah sekolah di Sabah, 165 buah sekolah di Sarawak.
Saya kira Tuan Yang di-Pertua, untuk masa-masa hadapan, tidak akan ada lagi istilah sekolah daif Sabah dan Sarawak kerana sepatutnya sekolah-sekolah itu sama sahaja sebagaimana sekolah-sekolah kita di kawasan negeri-negeri tanah Melayu yang disebut di sini, Johor, Kedah sampailah ke Terengganu, Selangor dan lain-lain. Kenapa sekolah-sekolah daif itu hanya berada di Sabah dan Sarawak, nampak sangat berlaku dwistandard pembangunan yang telah selama ini dilakukan. Jadi, kepada kita pembangunan mestilah diteruskan dan pembangunan itu mestilah dipertingkatkan dan dilajukan untuk Sabah dan Sarawak.
Perkara kedua ialah mengenai ras dan etnik Sarawak sebagaimana ada dalam pindaan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, jika orang Melayu Sarawak berkahwin dengan isterinya seorang Cina Sarawak, adakah anaknya boleh dianggap sebagai etnik Sarawak ataupun ras Sarawak? Itu satu soalan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Mungkin ia melibatkan menteri juga. Jika suaminya dari Sarawak dan isterinya dari Semenanjung, sebagaimana Yang Berhormat Menteri Kerja Raya, apa yang berlaku kepada anaknya? Adakah anaknya dianggap sebagai etnik dan ras Sarawak? Jika isterinya orang Sarawak dan suaminya orang Sabah, macam Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, adakah anaknya dianggap sebagai etnik dan ras Sarawak? Jika isterinya orang Sarawak dan suaminya orang Semenanjung, macam Pontian, sayalah itu – pada 12 Disember, perkahwinan bagi tahun ke-34. Isteri pertama.
Isteri kedua tidak ada. Selama 34 tahun saya telah berkahwin dengan isteri saya. Saya amat memahami apa yang telah berlaku di Sarawak. Saya telah pergi ke seluruh kawasan di Sarawak. Saya juga telah pergi ke 25 buah kawasan Parlimen di Sabah. Saya amat memahami apabila saya sebut pembangunan mesti dipertingkatkan.
Jadi, saya ingin bertanya. Jika isteri orang Sarawak dan suami orang Semenanjung, apakah status anak-anaknya dalam konteks pindaan Perlembagaan ini?
Itu perkara yang kedua.
Perkara yang ketiga ialah integrasi nasional, Tuan Yang di-Pertua. Integrasi nasional, penjawat-penjawat awam yang berasal dari Sabah dan Sarawak mesti diberikan peluang menjadi KSN, KSU, dan Ketua Pengarah untuk bertugas bagi manfaat seluruh rakyat Malaysia. Pelajar-pelajar Sabah dan Sarawak eloklah dimasukkan ke sekolah- sekolah berasrama penuh dan sekolah-sekolah yang terbaik di Semenanjung ini.
Perkahwinan campur antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak mestilah digalakkan. Saya amat kesal apabila membaca pada 25 Ogos tahun ini, KSU Kementerian Kesihatan menyebut bahawa daripada 300 orang doktor yang berstatus kontrak tetapi ditetapkan untuk bertugas di Sabah dan Sarawak, hanya 200 orang yang mendaftar dan 100 orang lagi tidak mahu bertugas di Sabah dan Sarawak.
Apabila orang bertanya kepada saya kenapa berkahwin dengan orang Sarawak, jauh bukan main, saya kata dari Kuala Lumpur ke Kuching hanya mengambil lebih kurang 1 jam 40 minit. Akan tetapi, dari Kuala Lumpur ke Pontian, ambil masa tiga jam. Jadi, dari Kuala Lumpur ke Pontian adalah jauh lebih lama perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuching.
Perkara begitu mestilah kita berfikir di luar kotak. Sabah dan Sarawak adalah sebahagian daripada kita. Semenanjung, Sabah dan Sarawak hendaklah sama-sama kita pertingkatkan dan lajukan pembangunannya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Pontian. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Sepanggar.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Sewaktu pindaan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 2019, pemimpin UMNO, PAS dan juga pemimpin GPS pada masa itu memberikan enam alasan untuk menolak ataupun tidak mengundi pindaan tersebut.
Alasan pertama, kononnya tiada Parliament Select Committee. Soalan saya, adakah Parliament Select Committee telah dilakukan pada hari ini?
Alasan kedua, kononnya perlu dibincangkan di peringkat kerajaan negeri dan Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak dahulu, kenapa tidak dibawa dahulu.
Persoalan saya, adakah pindaan ini telah dibawa ke peringkat Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak? Jawapannya, pastinya juga tidak ada.
Alasan ketiga, kononnya tuntutan-tuntutan seperti hasil 40 peratus, isu kewangan dan isu tanah tidak dimasukkan dalam pindaan ini. Soalan saya, adakah perkara-perkara ini dimasukkan dalam pindaan ini? Jawapannya, tiada juga.
Alasan keempat, Jawatankuasa Khas Kabinet sedang membincangkan perkara- perkara di bawah MA63, kononnya kenapa tidak tunggu dahulu keputusan jawatankuasa
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
ini. Soalan saya, adakah ditunggu keputusan perbincangan dalam Jawatankuasa Khas Kabinet tentang MA63? Jawapannya, tiada juga.
Alasan kelima, kononnya tiada perkataan “Pursuant to Malaysia Agreement 1963”. Soalan saya, ada atau tidak perkataan “Pursuant to Malaysia Agreement 1963” dalam pindaan ini? Jawapannya tiada.
Alasan keenam, saya quote, “First step, it has to be the right step.” Tuan Yang di-Pertua, apa yang disebut oleh mereka dalam alasan penolakan dahulu, pada hari ini juga tidak dimasukkan. Jadi, adakah oleh sebab tidak dimasukkan pada hari ini, it is already the right step? Jadi, persoalan saya, kalaulah tidak pindaan ini ditolak pada tiga tahun lepas, pindaan ini sepatutnya telah berlaku. Akan tetapi, we have wasted three years because of political gimmick yang kita mainkan sebelum ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk pula kepada Hansard Parlimen pada 15 Ogos 1963. Sewaktu membentangkan the Malaysian Bill, Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu menyebut kembali ucapan yang dibuat oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman yang berbunyi:
“The proposal to establish Malaysia, culminating in the signing of the Agreement in London last month, was the result of the desire of the peoples of Singapore, Sabah dan Sarawak to achieve independence through Malaysia and also the desire of us here in the Federation to help them to achieve this objective in view of our many close ties.” Jelas di sini bahawa penubuhan Persekutuan Malaysia adalah untuk memberi kemerdekaan kepada Sabah dan Sarawak melalui Malaysia. Saya ulang. Jelas di sini bahawa penubuhan Persekutuan Malaysia adalah untuk memberi kemerdekaan kepada Sabah dan Sarawak melalui Malaysia dan Kerajaan Persekutuan akan membantu mereka mencapai objektif ini. Jadi, adalah tidak salah untuk rakyat Sabah membincangkan soal kemerdekaan kerana setelah 58 tahun, objektif ini masih belum tercapai.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Papar minta sedikit. Papar minta sedikit.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Sabah masih lagi berstatus kerajaan sendiri ataupun self-government dan belum mencapai kemerdekaan. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, apakah langkah-langkah Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk memastikan objektif kemerdekaan ini tercapai?
Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mempersoalkan kami bahawa tidak menandatangani MoU PH dengan kerajaan seolah- olah kami tidak bersetuju dengan MA63. Ini kerana dalam MoU itu ada disebut MA63.
Saya ingin jelaskan sekali lagi bahawa kami bersetuju dengan perkara-perkara yang baik untuk negara dan untuk Sabah tanpa perlu menandatangani MoU. Namun, menyentuh tentang MoU ini, saya ingin bertanya, adakah dengan menandatangani MoU ini, kita juga perlu bersetuju apabila kerajaan menyerahkan pasport kepada penjenayah yang didapati bersalah di mahkamah untuk pergi ke luar negara?
Sekali lagi, sekiranya pindaan ini tidak memenuhi aspirasi sebenar Perjanjian Malaysia 1963, Yang Berhormat Menteri telah berjanji pada sesi libat urus dengan Ahli Parlimen Warisan bahawa akan ada pindaan. Jika pindaan pada hari ini tidak memenuhi aspirasi kami, akan ada pindaan.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Papar.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merekodkan bahawa kami boleh bersetuju terhadap pindaan ini tetapi kami ingin menuntut agar Yang Berhormat Menteri, jika ini tidak memenuhi aspirasi Perjanjian Malaysia 1963, bahawa akan datang akan ada pindaan Perlembagaan sekali lagi. Terima kasih.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Papar tumpang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Sepanggar.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Terima kasih. Terima kasih...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Tidak, tidak. Saya tidak― kena ikut senarai, Yang Berhormat Papar. Saya jemput seterusnya, Yang Berhormat Betong.
Datuk Robert Lawson Chuat - Betong
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan Perikatan Nasional yang telah memberikan komitmen untuk memperbetulkan semula Perlembagaan Persekutuan. Saya juga ucapkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Parlimen dan Undang-undang) iaitu Yang Berhormat Santubong atas jasa baik, usaha dan komitmen beliau bagi memastikan pindaan ini dibentangkan di Dewan yang mulia ini.
Pindaan rang undang-undang ini dibuat selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 yang dimeterai pada 9 Julai 1963. Selain bagi memenuhi aspirasi harapan kerajaan serta rakyat negeri Sabah dan Sarawak, ia harus dilihat sebagai satu keikhlasan dan komitmen pentadbiran kerajaan Keluarga Malaysia untuk merealisasikan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963. Pindaan ini amat bertepatan untuk membetulkan status rakan sekutu kepada Sabah dan Sarawak sebagaimana yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan Perkara 1 Fasal (2). Pada tahun 1976 melalui Akta 354 yang berkuat kuasa pada 27 Ogos 1976, status Sabah dan Sarawak telah bertukar kepada negeri ke-12 dan ke-13 di dalam Persekutuan Malaysia. Dengan ini, Sabah dan Sarawak telah dikelaskan setaraf dengan negeri-negeri asal di dalam Persekutuan Tanah Melayu. Dalam erti kata lain, Sabah dan Sarawak telah kehilangan status rakan sekutu.
Status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi pembentukan Malaysia harus diperbetulkan dengan menggantikan Fasal (2) Perkara 1 Perlembagaan Persekutuan dengan menjelaskan negeri-negeri yang membentuk Persekutuan semasa pembentukan Malaysia pada tahun 1963 tanpa merujuk kepada Singapura.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan Perkara 160. Pindaan bagi Perkara 160 dalam Fasal (2) akan memasukkan tafsiran baharu “Hari Malaysia” yang ditakrifkan pada 16 September 1963.
Datuk Robert Lawson Chuat - Betong
Tarikh ini sepatutnya diiktiraf sebagai Hari Malaysia secara rasmi. Pindaan ini memenuhi hasrat dan tujuan iaitu memberi pengiktirafan bahawa Sabah dan Sarawak bukan hanya negeri setara dengan mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia tetapi memulihkan statusnya sebagai rakan kongsi dalam pembentukan Malaysia yang mempunyai hak sama rata dengan asas kukuh untuk mengeratkan hubungan ketiga-tiga wilayah iaitu Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan kepada fasal (2) Perkara 160 menjelaskan lagi kedudukan ngeri-negeri di Malaysia selaras dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957, Perjanjian Malaysia 1963 dan kedudukan selepas Singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1965 serta penjelasannya dalam peruntukan tafsiran.
Perkara seterusnya 160 wajar dipinda bagi memastikan...
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Yang Berhormat Betong.
Datuk Robert Lawson Chuat - Betong
...Kedudukan Sarawak dan Sabah sebagai rakan sekutu dapat dikembalikan. Perkara 160 harus dipinda kerana ia hanya merujuk kepada Persekutuan Tanah Melayu 1957. Dalam perkara ini, tarikh Persekutuan dipinda dengan menggantikannya agar merangkumi Perjanjian Malaysia yang ditandatangani pada 9 Julai 1963 dan perjanjian berhubung dengan pemisahan Singapura dari Malaysia yang ditandatangani pada 7 Ogos 1965.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Yang Berhormat Betong.
Datuk Robert Lawson Chuat - Betong
Pemimpin dahulu yang menandatangani Perjanjian Malaysia 63 adalah dengan niat yang baik (good faith) dan percaya bahawa mereka menyumbang kepada pembangunan negara dengan melakukan persetujuan dalam semangat perkongsian kemakmuran bersama. Kita sudah bersama-sama dalam pembentukan Malaysia selama 58 tahun. Ini bererti jika pindaan Perlembagaan Persekutuan tidak dilakukan secara menyeluruh, roh dan inti pati semangat dalam Perjanjian Malaysia 63 ini tidak dikembalikan sepenuhnya.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Yang Berhormat Betong, sebentar.
Papar.
Datuk Robert Lawson Chuat - Betong
Pindaan ini perlu dilakukan...
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Papar, papar.
Datuk Robert Lawson Chuat - Betong
...Untuk kepentingan rakyat secara keseluruhan kerana kita mahu memperkukuhkan Malaysia bukan setakat Sabah dan Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan Perkara 161A, istilah ras asli akan memberi kuasa Kerajaan Negeri Sarawak untuk menentukan siapakah ras asli ataupun peribumi di Sarawak. Pindaan ini amat penting kerana definisi semasa tidak menggambarkan dengan tepat kepelbagaian bangsa dalam kalangan masyarakat Sarawak. Pindaan ini amat diperlukan sekali supaya suku kaum etnik Sarawak tidak lagi dikategorikan sebagai “lain- lain” dan sepatutnya dikategorikan secara rasmi mengikut kaum.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Papar, Papar.
Datuk Robert Lawson Chuat - Betong
Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya menyokong...
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Papar. Ini perbahasan.
Datuk Robert Lawson Chuat - Betong
Saya menyokong Rang Undang-undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) Perkara 1(2), Perkara 160(2) dan Perkara 161A.
Sekian, terima kasih.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Papar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Betong.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Papar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Dia sedang menghabiskan— Yang Berhormat Betong. Yang Berhormat Papar kemudian dalam senarai.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya hendak teruskan dengan menjemput Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut mengambil bahagian dalam membahaskan suatu pindaan yang mana merupakan satu pindaan yang bersejarah, pindaan Perlembagaan yang mengangkat martabat Sabah dan juga Sarawak. Tentunya di dalam hal ini, kita harus meletakkan perspektif pindaan ini bagaimanakah ia dapat memberikan manfaat kepada rakyat di Sabah dan juga Sarawak.
Seperti mana yang kita telah pun dengar di dalam Dewan yang mulia ini selain daripada pembentangan Menteri, kita juga dengar jawapan-jawapan daripada Menteri dan Timbalan Menteri. Antara perkara yang masih lagi menjadi isu ataupun perkara yang
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
membuatkan kita prihatin adalah persoalan berkait tentang kemiskinan. Jadi persoalan yang ingin saya bangkitkan ini walaupun mungkin bukan berada dalam kerangka Menteri, namun antara isu yang penting ialah bagaimana dengan pindaan ini boleh memberikan manfaat kepada rakyat agar jurang antara yang miskin dan yang kaya itu tidak terus melebar terutamanya di Sabah dan juga Sarawak.
Di dalam Dewan ini juga kita mendengar jawapan Menteri yang menyatakan bahawa kemiskinan di Sarawak itu antara perkara yang menjadi kebimbangan kita dan keprihatinan, justeru kita walaupun bersetuju dengan pindaan ini jadi bagaimana dengan pindaan ini? Ia bukan sekadar mengangkat martabat Sabah dan juga Sarawak tetapi juga rakyatnya. Jadi ini perkara yang pada saya amat fundamental kerana kita tidak boleh lari misalnya daripada membahaskan cogan kata dalam Jata Negara kita iaitu ‘Bersekutu Bertambah Mutu’. Kalau kita rujuk dalam pelbagai buku-buku definisi ataupun tafsiran, ‘Bersekutu Bertambah Mutu’ ini ia menjelaskan bahawa bersekutu itu bermaksud kita bekerjasama antara satu dengan yang lain dan bertambah mutu bermaksud dengan kerjasama tersebut, ia akan menaikkan kualiti kerja atau kualiti hasil yang mana tentunya akan dapat memberikan pulangan yang terbaik buat Malaysia, yang pada saya perkara yang amat penting untuk kita sama-sama dapat capai pada masa akan datang.
Sila Yang Berhormat Papar. Tadi kesian Yang Berhormat Papar, dia bangun.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Papar.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Terima kasih. Ya seperti mana yang kita tahu pada tahun 1974, Perkara 1(3) telah dipinda dan begitu juga Perkara 1(4) ditambah bersama beberapa pindaan selepas itu. Persoalan saya kenapa pada pindaan kali ini, Perkara 1(3) dan 1(4) tidak disentuh langsung demi menggambarkan semangat Perjanjian 1963? Ini kerana Federal Territories di bawah Perkara 1(4) bukan sebahagian daripada negeri-negeri Persekutuan yang mewujudkan Persekutuan Malaysia. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Terima kasih Yang Berhormat Papar. Saya percaya antara hujah ataupun inti kepada apa yang Yang Berhormat Papar bangkitkan itu penting kerana ia memberikan suatu pemahaman kepada kita tentang konsep federalisme iaitu ada gabungan kekuatan di antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan juga Sarawak. Jadi, bagaimana dengan federalisme ini memberikan kekuatan kepada negara kita supaya dari segi aspek kita lihat bagaimana rakyat boleh hidup dalam keadaan makmur dan juga sentosa dalam aspek ekonomi, aspek politik, aspek hormat-menghormati antara satu sama lain kerana kita percaya kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sering kali melaungkan Keluarga Malaysia, Keluarga Malaysia, Keluarga Malaysia.
Kalau dahulu kita dapat dengar 1Malaysia. Sekarang kita dengar Keluarga Malaysia. Sekarang ini dengan pindaan ini tentunya apa yang dihajati oleh kerajaan itu adalah mengarah kepada yang saya sebutkan tadi ‘Bersekutu Bertambah Mutu’. Jadi kita harap semangat ini Yang Berhormat Menteri, dapat dikongsi dengan semua pembuat dasar di Sabah, Sarawak dan apatah lagi di Semenanjung ini. Kerana kalau kita sekadar beretorik di dalam Dewan ini, hanya berikan tumpuan kepada tafsiran semata-mata dan pindaan-pindaan yang berkait tentang tafsiran tetapi intinya, asasnya itu tidak sama-sama kita hayati, kita juga akan berdepan dengan cabaran yang pada saya tidak memberikan sebarang makna kepada pindaan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuan Jaya. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Baram.
Tuan Anyi Ngau - Baram
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk terlibat dalam perbahasan ini yang saya percaya adalah satu RUU yang begitu penting untuk negara kita lebih-lebih lagi kita di Sabah dan Sarawak.
Kita tahu Tuan Yang di-Pertua bahawa inti pati RUU ini adalah untuk menyatupadukan negara kita tanpa kita mengira apa-apa demi Keluarga Malaysia. Ini perlu kita wujudkan
Tuan Anyi Ngau - Baram
ataupun perlu kita laksanakan oleh sebab ini juga tanggungjawab. Ini adalah tugas kita di dalam Dewan yang mulia ini.
Saya kagum dengar dengan apa yang telah diperkatakan dengan rakan-rakan lain yang mengatakan bahawa ini is one of the way forward untuk negara kita lebih-lebih lagi sebab ia melibatkan MA63 sebab kita tahu apabila negara kita ditubuhkan dalam tahun 1963, pokoknya ialah untuk kita membangunkan negara kita ini sama rata supaya kita tidak akan mengatakan ini Sabah, ini Sarawak, ini Semenanjung Malaysia. Ini tujuan dia, kita buat ini dahulu.
Tuan Anyi Ngau - Baram
Saya percaya dan saya kagum dengan pemimpin-pemimpin kita yang dahulu serta saya hormati apa yang kita sebutkan dalam Dewan ini yang mengatakan bahawa apa yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin lampau kita satu ketika dahulu perlu kita perjuangkan dan perlu kita teruskan. Kita lupakan sahaja apa yang telah berlaku dalam tahun 1974kah, 1976kah. Ini sudah kebelakangan. Apa yang penting ialah untuk kita look forward. We have to move forward for this country and for all the communities. Ini kerana, kita tahu Sabah Sarawak seperti juga yang selalu dibahaskan dalam Dewan yang mulia ini mengatakan bahawa kita di Sarawak, kita di Sabah memang kita semua – kita dalam Dewan ini tahu semua bahawa memerlukan pembangunan, memerlukan sentuhan- sentuhan ekonomi ini supaya kita tidak akan kata, “Okey, kita ini bangsa ini atau bangsa itu, tetapi kita akan kata, we are all Malaysian ini”.
Saya juga kagum dengan apa yang pihak-pihak Menteri kata bahawa berkenaan dengan ras ini. Ini kerana, kita di Sarawak saya Orang Ulu. Akan tetapi, dalam Orang Ulu ini Penan pun ada, Kayan pun ada, Lun Bawang pun ada, Pesayak pun ada. Kalau kita hapuskan ini ataupun if we leave all this to the jurisdiction of the State Assembly, saya percaya – tahniah kepada Yang Berhormat Menteri dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah mengatakan bahawa perkara-perkara ini akan diambil alih ataupun akan ditentukan oleh Dewan – the State Legislative Assembly.
Ini kerana, saya percaya dalam tafsiran ini yang kita ada pada hari ini, ada suku- suku kaum yang tertinggal ini. Seperti Sa'ban, seperti Berawan. Jadi, saya pernah bangkitkan ini dalam Dewan ini satu ketika dahulu dan jawapan yang saya dapati pada masa itu mengatakan bahawa ini balik dengan State Legislative Assembly. Jadi, moga- moga kaum-kaum yang kecil ini akan dipertimbangkan dan akan diambil berat sebagai natives of Sarawak ataupun natives of Sabah sebab kita tahu ini adalah untuk kebaikan kita bersama.
Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh rang undang-undang yang dibentangkan pada hari ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Baram. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Pulai.
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, Saya berbangga pada petang ini menjadi sebahagian daripada rakan- rakan Ahli Parlimen membahaskan pindaan undang-undang ini yang merupakan sejarah dirakamkan demi rakan-rakan kita di Sabah dan Sarawak yang kembali menjadi equal partner, dengan izin ataupun disebut smart partnership ataupun apa sahaja. Kita telah membuktikan bahawa tanpa dendam, tanpa kita menyimpan hasrat untuk kepentingan politik yang melampau, kita tampil untuk menyokong pindaan ini.
Saya masih ingat lagi waktu Yang Berhormat Permatang Pauh – sekarang Port Dickson. Tidak silap saya dalam ucapan membahas Titah Diraja tahun 2009, beliau telah membawa isu supaya disambut Hari Merdeka 16 September dan alhamdulillah atas usul itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu pada 19 Oktober 2009 iaitu Yang Berhormat Pekan telah mengisytiharkan pada 16 September tahun hadapan iaitu 2010 adalah hari cuti umum bagi negara Malaysia.
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Itulah antara sumbangan kita dalam Parlimen ini yang menyaksikan untuk kepentingan bersama people first, people interest adalah menjadi suatu kewajipan kita bersama. Tadi, disebut tentang bagaimana Akta 354 – A354, klausa 2 yang dipinda pada tahun 1976 di mana penentangan telah dibuat oleh Yang Berhormat Lim Kit Siang, Yang Berhormat Lim Lam Thye dan Dr. Tan Chee Khoon, pada waktu itu dan time will tell.
Sejarah telah membuktikan sama ada kita mengakui kesilapan ataupun tidak. Akhirnya, pada petang ini kita mengembalikan status itu. Akan tetapi, malangnya mereka ini Cina Tuan Yang di-Pertua. Kita boleh faham apakah isu yang dimainkan pada waktu itu antaranya Anti-Semenanjung, Anti-Melayu, Anti-Islam pada waktu itu. Malangnya mereka ini orang Cina.
Tadi kita mendengar ucapan daripada Yang Berhormat Padang Rengas yang saya anggap ucapannya sudah mencapai tahap negarawan iaitu supaya kita hanya celebrate satu sahaja Hari Merdeka ataupun Hari Malaysia iaitu 16 September dan jangan disambut lagi 31 Ogos 1957. Kalaulah yang bercakap itu Yang Berhormat Seremban, Yang Berhormat Bukit Bintang apakah akan jadi agaknya berita malam ini? Atas semangat itu saya rasa – atas semangat ini yang kita bersama pada hari ini as time goes by, dengan izin Tuan Yang di-Pertua kita harus melihat ini bukan lagi isu perkauman. Ini bukan lagi isu politik yang melampau.
Akan tetapi, telah ada di kalangan Ahli-ahli Politik dalam negara kita ini yang melihat negara ini lebih penting. Rakan-rakan Sabah dan Sarawak lebih penting. Sampai bilakah Yang Berhormat Baram, Yang Berhormat Betong, Yang Berhormat Papar hendak bercakap lagi fasal sekolah buruk, tidak ada lagi bekalan air? Sedangkan kita telah melalui fasa lebih kurang 58 tahun kalau kita mengambil tahun 1963. Kita harap sama ada, apa yang kita pinda pada petang ini akan menjadi suatu dengan izin the beacon of hope insya- Allah. Akan tetapi, paling tidak pun Pakatan Harapan pada petang ini membuktikan walaupun ditolak pindaan ini pada masa kita membentangkannya tetapi untuk kepentingan bersama kita akan merekodkan bahawa kita menyokong demi rakyat Sabah dan Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi yang saya harapkan adalah tidak lagi timbul isu- isu ramai di antara Ahli-ahli Parlimen kita hari ini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Waktu membangkitkan soal Sabah Merdeka. Walaupun kita tidak pernah bersetuju dengan ISA atau yang zalim tetapi ada di kalangan mereka ini yang telah ditahan. Dalam Pilihan Raya Umum Sarawak kali ini kita juga mendengar suara “Sarawak boleh merdeka’”.
Adakah suara-suara ini mahu lagi kita kedengaran? Saya yakin dan percaya Tuan Yang di-Pertua sekiranya keadilan ini tidak diberikan kepada mereka. Hak ekonomi dan hak bagaimana mereka sebagai equal partners itu mesti ditunaikan. Janganlah nanti ada lagi lahir tentera-tentera pemisah seperti IRA, berlakunya pembunuhan etnik di Bosnia Herzegovina. Itu tidak akan mungkin berlaku dalam negara kita. Sekiranya, insya-Allah atas pindaan ini kita memberikan hak kepada dan keadilan ini kepada seluruh rakan kita di Sabah dan Sarawak. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Beaufort.
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat pada petang ini amat berbangga dan bersyukur sebagai anak kepada seorang insan yang sama-sama dengan Allahyarham Tun Datu Mustapha memperjuangkan kemerdekaan untuk negeri Sabah dan seterusnya penubuhan Malaysia. Ini kerana, pada petang ini sama-sama membahaskan satu pindaan yang amat-amat bersejarah dalam negara kita, dalam sejarah Parlimen ini iaitu pindaan ini mengiktiraf kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi (equal partner) dalam negara tercinta yang bernama Malaysia.
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort
Sesungguhnya, kita semua adalah rakyat Malaysia. Sesungguhnya kita telah membuat keputusan untuk sama-sama menubuhkan sebuah negara yang kita namakan Malaysia. Hari ini kita akan sama-sama menyokong, memastikan pindaan ini akan diluluskan di dalam Dewan yang mulia ini. Saya ucapkan terima kasih, setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan, kepada kementerian yang bertanggungjawab, yang membawa rang undang-undang ini ke dalam Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua, adalah amat menjadi satu kebanggaan kepada kita menjadi rakyat dalam negara Malaysia yang tercinta ini. Setelah pindaan ini diluluskan nanti, insya- Allah oleh kita semua bersama-sama di Dewan yang mulia ini, maka segala perkara yang telah dibangkitkan oleh kawan-kawan, rakan-rakan di dalam Dewan yang mulia ini dari Sabah, Sarawak dan juga rakan-rakan kita dari Semenanjung Malaysia ini, akan dapat nanti diberikan perhatian untuk memastikan apa jua yang kita kemukakan ini bukan sahaja pada hari ini tetapi sebelum ini, setiap kali persidangan akan diberikan perhatian yang sewajarnya. Apa juga keperluan-keperluan untuk di negeri Sabah dan Sarawak itu akan mendapat perhatian yang sewajarnya dan akan diberikan penekanan dan fokus untuk memastikan tidak timbul lagi permasalahan untuk kita mengajukan masalah-masalah seperti ini di masa yang akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana pada tahun 2020 telah ditubuhkan satu kementerian yang menjaga hal ehwal negeri Sabah. Dari situ maka banyak perkara yang telah dibincangkan yang memberikan penekanan khusus kepada keperluan negeri Sabah dan Sarawak.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kerana di bawah MAFI telah pun memberikan satu kelulusan di mana kuasa Ketua Pengarah Perikanan meluluskan permit perikanan dalam kelas C2 dalam Akta Perikanan 1985 diturunkan kepada Pengarah Perikanan Negeri Sabah dan Sarawak. Nampak satu kecil tetapi ia adalah penting kerana kuasa itu telah diturunkan kepada negeri Sabah dan Sarawak.
Begitu juga saya amat berbangga dan terima kasih kerana terkini pada 7 Disember 2021 ini, satu perjanjian Commercial Collaboration Agreement telah ditandatangani antara Kerajaan Negeri Sabah dan PETRONAS yang merupakan satu era baharu dalam industri minyak dan juga gas di negeri Sabah. Mudah-mudahan segala yang dilakukan ini akan menjadi satu permulaan untuk kita memastikan kemajuan pembangunan dan keperluan rakyat di negeri Sabah dan Sarawak akan terus diberikan perhatian dan penekanan oleh kerajaan.
Saya yakin bahawa daripada apa yang saya dengar daripada perbahasan pada petang ini bahawa sesungguhnya kita semua di dalam Dewan yang mulia ini sebenarnya amat prihatin akan perkara yang ditimbulkan dan disuarakan bukan sahaja oleh wakil rakyat Ahli-ahli Parlimen di Dewan yang mulia ini tetapi juga rakyat di seluruh negara, khususnya di negeri Sabah dan Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya seperti yang saya sebutkan tadi hari ini adalah hari yang amat bersejarah untuk kita semua dan saya merasa kata orang tidak tahu apa hendak katakan tetapi amat merasa bangga bahawa sesuatu yang istimewa, sesuatu yang penting, sesuatu yang bersejarah akan berlaku di Dewan yang mulia ini dan ia adalah sesuatu yang menyahut aspirasi rakyat di seluruh negara.
Tidak akan timbul lagi saya harap selepas ini kawan-kawan kita di sini di Semenanjung Malaysia ini akan mengatakan, “Kami di Malaysia”, sedangkan kita semua adalah orang dalam Malaysia. Sabah dan Sarawak dan di Semenanjung adalah orang Malaysia. Tidak timbul lagi perkataan “Kami di Malaysia, kamu Sabah, Sarawak”. Itulah saya minta kepada semua. Terima kasih, saya menyokong pindaan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Yang Berhormat, saya menjemput sekarang Yang Berhormat Sibu, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Tanjong Manis, selepas itu Menteri akan menjawab lebih kurang pukul 5.00 petang. Dipersilakan Yang Berhormat Sibu.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk membahaskan dalam Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 ini.
Tuan Yang di-Pertua, MA63, isu ini dibangkitkan semula ya selepas 58 tahun. Ini sebenarnya adalah menunjukkan bahawa kegagalan Kerajaan Persekutuan untuk melayan Sabah dan Sarawak dengan saksama. Orang Sabah dan Sarawak memang berasa dipinggirkan selama ini oleh Kerajaan Persekutuan. Pindaan ini memang merupakan satu panggilan oleh rakyat Sabah dan Sarawak kerana mereka tidak puas hati selama ini. Mereka dipinggirkan daripada segi pembangunan dan juga sosioekonomi.
Pembangunan di Sabah dan Sarawak adalah 20 tahun lebih ketinggalan berbanding dengan Semenanjung Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun pindaan ini masih tidak sempurna tetapi saya rasa ia merupakan satu permulaan yang bagus. Saya berasa kredit harus diberikan kepada Kerajaan Pakatan Harapan kerana Kerajaan Pakatan yang memulakan pindaan Perlembagaan ini.
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, saya berasa kalau pindaan ini diluluskan pada hari ini dan Sabah dan Sarawak masih dipinggirkan, ia menunjukkan bahawa pindaan ini memang tidak bermakna. Jadi, saya berhasrat bahawa pindaan ini haruslah mempunyai implikasi kewangan yang sepatutnya dan melibatkan penurunan kuasa dan memberikan dana pembangunan yang sepatutnya kepada Sabah dan Sarawak. Saya meminta bahawa pindaan Perlembagaan ini tidak harus terhenti pada setakat ini. Ia harus secara progresif supaya ia mempunyai sambungan pindaan Perlembagaan yang selanjutnya dan membawa apa yang perlu oleh rakyat Sabah dan Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan Perlembagaan ini amat bermaksud kepada rakyat Sabah dan Sarawak supaya daripada segi kedaulatan Sarawak dan Sabah, tidak ditinggalkan dan pembangunan sosioekonomi dan kuasa juga di – dan juga meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan kuasa dipinda dalam Perlembagaan supaya pada masa yang akan datang, Sabah dan Sarawak tidak boleh dilayan secara setaraf dalam pembangunan Malaysia. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Sibu. Terakhir saya menjemput Yang Berhormat Tanjong Manis.
Tuan Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk sama-sama berbahas mengenai Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 yang penting dan bersejarah ini.
Terlebih dahulu saya ingin menzahirkan penghargaan kepada jasa dan pengorbanan oleh semua tokoh pejuang kemerdekaan negara yang telah berjuang sehingga negara kita mencapai kemerdekaan dan membentuk Malaysia pada tahun 1963.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan yang dimaksudkan dalam RUU Perlembagaan kali ini adalah pindaan Fasal 2 Perkara 1 Perlembagaan berhubung dengan penafsiran semula negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia kepada negeri-negeri dalam Malaya dan negeri-negeri Borneo State. Kedua, tafsiran “the Federation” di bawah fasal 2 Perkara 160 Perlembagaan adalah bermaksud “Federation established under Federation of Malaya Agreement 1957”. Pindaan ini akan menjelaskan lagi kedudukan negeri-negeri di Malaysia selaras dengan semangat Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957, Perjanjian Malaysia 1963 dan kedudukan selepas Singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1965. Juga pindaan kepada tafsiran baharu “Malaysia Day” di bawah fasal yang sama bersamaan dengan 16 September 1963 sejajar dengan tarikh sebenar penubuhan Malaysia pada tarikh tersebut.
Keempat, peruntukan Fasal 6(a) dan Fasal 7 Perkara 161 Perlembagaan yang bertujuan untuk memperuntukkan bahawa ras yang dikira sebagai ras asli bagi Sarawak adalah seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang negeri.
Tuan Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Tuan Yang di-Pertua, seperti juga rakan Ahli-ahli Parlimen Sarawak yang lain, saya juga menyuarakan perbahasan dan isu-isu yang sama dan berlandaskan fakta yang serupa. Kami Ahli-ahli Parlimen GPS dari Sarawak akan terus memperjuangkan hak-hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963. Semangat penubuhan Malaysia pada tahun 1963 adalah supaya setiap negeri dalam Malaysia dapat bergabung untuk berkongsi kekayaan dan berkongsi pembangunan dan kemajuan di setiap negeri dalam Malaysia.
Semenjak penubuhan Malaysia dari dahulu hingga sekarang, kita dapat melihat dan kita juga tidak dapat menafikan bahawa terdapat perbezaan taraf pembangunan antara wilayah Sarawak dan Sabah dengan negeri-negeri di Semenanjung. Begitu besar juga sekali jurang perbezaannya sekarang lebih-lebih lagi dengan keluasan negeri-negeri Sabah dan Sarawak yang lebih besar daripada Semenanjung.
Banyak lagi pembangunan asas seperti infrastruktur yang diperlukan untuk menyamatarafkan negeri-negeri Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung selari dengan semangat Keluarga Malaysia yang harus kita pupuk. Ada kawasan yang tiada jalan, terpaksa menggunakan bot, terpaksa menggunakan jalan balak yang sangat berbahaya.
Ada kawasan yang masih bergantung minum kepada air hujan ataupun air paip graviti.
Ada kawasan yang masih menggunakan genset dan minyak. Ada kawasan yang tidak dapat menggunakan handphone, apatah lagi data dan internet. Ini adalah fakta yang terdapat di beberapa buah kawasan di Sarawak dan mungkin juga di Sabah.
Jadi, adalah agak sedih dan terkilan rasanya apabila kita dalam satu Keluarga Malaysia yang besar ini ada di kalangan kita yang masih hidup dalam serba kekurangan seperti di Sabah dan di Sarawak. Pembangunan terutamanya seperti infrastruktur yang paling asas untuk setiap kawasan dan pelosok negeri Sabah dan Sarawak memerlukan lebih banyak peruntukan dana dan perhatian dari Kerajaan Pusat. Biarlah kita sama-sama membangun dan maju, supaya kami di sana tidaklah begitu jauh ketinggalan. Semoga dengan lulusnya rang undang-undang ini akan dapat mengupas lembaran baru dalam usaha kita semua untuk membangun semua negeri di Malaysia dengan lebih adil dan teratur.
Kita satu Keluarga Malaysia yang besar. Ada kalanya kita perlu ketepikan perbezaan politik demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama. Seperti Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Kinabatangan dan Yang Berhormat Tuaran sebutkan tadi, saya juga bersetuju Hari Malaysia pada 16 September yang akan datang diraikan bukan di Sabah, bukan di Sarawak tetapi bandar-bandar lain di Malaysia supaya ia dapat melambangkan semangat Keluarga Malaysia kita yang besar.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai pembahas terakhir, saya dengan ini menyokong Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 dan menyeru semua Ahli Parlimen yang hadir pada hari ini tanpa mengira pihak kerajaan atau bukan kerajaan untuk sama- sama menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis. Yang Berhormat, seramai 28 Ahli-ahli Yang Berhormat telah berbahas. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjawab, 30 minit Yang Berhormat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Keluarga Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, kalau terlebih mohon diberi tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Perkara ini adalah satu perkara penting, saya cuba hendak menjawab semua yang membangkitkan persoalan.
Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada 28 Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2021. Segala cadangan dan pandangan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat amat dihargai dan akan diberi perhatian yang sewajarnya.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Keningau telah membangkitkan mengenai isu proses penubuhan Malaysia sebelum selesai semasa Perjanjian Malaysia 1963. Ditandatangani pada 9 Julai 1963. North Borneo dan Sarawak masih koloni semasa Perjanjian Malaysia 1963 ditandatangani. Cadangan pindaan kepada tafsiran ‘the Federation’ di bawah Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan mengambil kira tiga aspek utama iaitu Perjanjian Persekutuan 1957, Perjanjian Malaysia 1963 dan tarikh 9 Julai 1963 dan perjanjian berhubung dengan pemisahan Singapura dari Malaysia bertarikh 7 Ogos 1965, Perjanjian Singapura.
Cadangan pentafsiran ini adalah bagi memberikan definisi yang betul dan tepat mengenai istilah ‘Persekutuan’ dalam Perlembagaan Persekutuan. Perjanjian Malaysia 1963 yang ditandatangani pada 9 Julai hendaklah dibaca bersama perjanjian lanjut yang ditandatangani oleh United Kingdom, The Great Britain, Northern Island dan Federation of Malaya, North Borneo Sarawak dan Singapura yang dimateraikan pada 28 Julai 1963 bagi meminda Artikel 2, Perjanjian Malaysia 1963 bagi menggantikan tarikh Hari Malaysia pada 30 Ogos 1963 kepada 6 September 1963. Akta Malaysia hendaklah berkuat kuasa pada 6 September 1963.
Jadi, di peringkat ini ingin saya menjawab bahawa apabila pada 16 September 1963, artikel keempat Perjanjian Malaysia mengatakan, dalam bahasa Inggeris Tuan Yang di-Pertua, minta izin. “The government of United Kingdom will take such steps as may be appropriate and available to them to secure the enactment by the Parliament of United Kingdom of an Act providing for the relinquishment, as from the Malaya Day, of Her Britannic Majesty's sovereignty and jurisdiction in respect of North Borneo, Sarawak and Singapore so that the said sovereignty and jurisdiction shall on such relinquishment vest in accordance with this Agreement and the constitutional instruments annexed to this Agreement. ” Daripada peringkat itulah Tuan Yang di-Pertua, Sarawak and Sabah menjadi negeri merdeka di bawah Perjanjian Perlembagaan Malaysia. Apabila diluluskan Act of Malaysia di Semenanjung pada ketika itu pada 20 Ogos 1963 di Dewan Rakyat dan 21 Ogos 1963 di Dewan Negara.
Dalam ini Act of Malaysia telah memasukkan tafsiran Gabenor bagi turut menunjuk kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah seperti yang berikut. "Governor" means the Head of State, by whatever style known, in a State not having a Ruler and in particular includes the Yang di-Pertua Negara in Sabah and the Yang di-Pertuan Negara in Singapore. Diperhatikan Perkara 1(1) Perlembagaan Negeri Sabah yang asal menggunakan istilah ‘Yang di-Pertua Negara’ dan hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan bertindak atas budi bicara dan selepas perundingan dengan Ketua Menteri.
Kemudian istilah ‘Gabenor’ telah diganti dengan istilah ‘Yang di-Pertua Negeri’ pada tahun 1976. Melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 1976, berdasarkan penyataan rasmi bertarikh 12 hingga 13 Julai 1976, pindaan tersebut telah mendapat lebih daripada dua pertiga sokongan majoriti di Dewan Rakyat pada ketika itu kerana menggantikan istilah ‘Gabenor’ dapat mengekalkan kekeliruan kedudukan kini dengan kedudukan semasa Sabah dan Sarawak di bawah jajahan British dan ditadbir oleh Gabenor British.
Selanjutnya pindaan pada istilah ‘Yang di-Pertua Negara’ dalam Perlembagaan Negeri Sabah kepada ‘Yang di-Pertua Negeri’ telah dibuat melalui Enakmen Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1976, Nombor 17 tahun 1976 dikuatkuasakan pada 27 Ogos 1976. Berdasarkan Perkara 1, Perlembagaan Negeri Sabah dan Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sarawak, ‘Ketua Negeri’, the Head of State di negeri Sabah dan Sarawak adalah ‘Yang di-Pertua Negeri’ selaras dengan seksyen 19A Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 1(1) Perlembagaan Negeri Sabah adalah seperti yang berikut, “1(1) There shall be the Head of State for Sabah to be called Yang di-Pertua
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Negeri to shall be appointed by the Yang di-Pertuan Agong acting in his discretion but after the consultation with the Chief Minister.” Oleh itu, boleh dirumuskan bahawa gelaran ‘Yang di-Pertuan Negara’ merujuk kepada jawatan yang sama ialah ‘Yang di-Pertua Negeri’ yang mana pelantikan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas budi bicara dan selepas berunding dengan Ketua Menteri. Apa-apa pindaan gelaran Yang di-Pertua negara tidak akan mengubah status negeri Sarawak dan Sabah.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Port Dickson telah menyatakan mengenai isu Sabah dan Sarawak tidak hanya berkaitan Perjanjian Malaysia, bahkan perlu beri perhatian kepada isu Sabah Sarawak terutamanya berhubung keperluan asas seperti pendidikan, kesihatan, infrastruktur asas sentiasa menjadi agenda utama kerajaan yang mana perkara ini sedang diteliti di bawah jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963. Isu-isu seperti keselamatan negeri, sosioekonomi merangkumi penambahbaikan infrastruktur asas, pendidikan, kesihatan, infrastruktur digital serta isu-isu perundangan.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat Stampin, Tuaran, Bandar Kuching dan Pasir Gudang telah membangkitkan mengenai cadangan pindaan Senarai III (a) Jadual Kesembilan, tambahan kepada Senarai Negeri bagi negeri Sabah dan Sarawak, perkara 95B(1)(a) bagi membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan, menurut cadangan pindaan rang undang-undang ini, beberapa prosedur libat urus perlu dilaksanakan terlebih dahulu seperti berikut, iaitu pertama, sesi libat urus dengan kedua-dua Peguam Besar Sabah dan Sarawak di mana pindaan kepada peruntukan yang dicadangkan perlu dibincangkan dan dipersetujui.
Kedua, pindaan kemudian perlu dibawa dan bersetuju oleh Jemaah Menteri masing-masing di peringkat negeri Sabah dan Sarawak. Ketiga, seterusnya dipersetujui oleh Jawatankuasa Rakan Sekutu di bawah Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963.
Keempat, dipersetujui oleh Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri-menteri yang berkaitan sosioekonomi, keselamatan dan perundangan yang mana turut dianggotai oleh Ketua Menteri Sabah dan Sarawak. Kelima, disahkan dan dipersetujui oleh Jemaah Menteri di peringkat Persekutuan. Oleh yang demikian, pindaan tambahan tidak dapat dimasukkan pada masa ini...
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
... Disebabkan prosedur dan proses tersebut di atas perlu dilaksanakan terlebih dahulu. Selain itu juga, mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Menteri, ada yang nak mencelah.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Sila.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Saya mencelah sedikit Yang Berhormat Menteri. Terima kasih. Tadi Yang Berhormat Menteri telah menyatakan tentang betapa perlunya kita mendapat persetujuan dan permuafakatan dengan kerajaan negeri, AG di peringkat negeri termasuk juga jawatankuasa- jawatankuasa yang ada. Kalau kita melihat rentetan daripada segi apa yang telah dilaksanakan sama ada menerusi perjanjian-perjanjian, sama ada Inter-Governmental Committee ataupun MA63, termasuk Cobbold Commission, sebarang pindaan yang harus dilakukan juga harus dirujuk kepada Dewan-dewan yang ada. Malangnya, bila kita bawa ke peringkat negeri Sabah, Dewan Undangan Negeri tolak usul itu untuk pemindaan
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Perlembagaan. Ini kerana penting kepada kita kerana ini membabitkan pindaan Perlembagaan yang kemungkinan negeri-negeri yang di peringkat yang ada.
Contohnya, di peringkat negeri Sabah, bila saya sebutkan Artikel Perlembagaan Negeri iaitu 46, Federation. What does Federation mean, dengan izin? It means that the Federation to be known, on and after Malaysia Day, by the name Malaysia”. Ini yang disebutkan dalam Perlembagaan Negeri Sabah yang ada sekarang ini. Jadi, ini yang sepatutnya kita katakan bahawa diselaraskan perundangan itu. It means Federation Malaysia. It means after Malaysia Day yang ada. Jadi, bukan 1957 contohnya. Ini yang saya hendak. Terima kasih banyak Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Baik. Sila Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya kalau kita lihat Yang Berhormat, tadi saya tertarik dengan ucapan Yang Berhormat Padang Rengas berhubung dengan apa yang kelemahan berlaku selama ini. Sebenarnya, kelemahan yang besar berlaku selama ini ialah Yang Berhormat, bahawa Malaysia Agreement itu tidak dimasukkan dalam Perlembagaan semenjak penubuhan Malaysia itu sendiri. Dalam masa yang sama, kalau kita lihat penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dahulu pada 1948, semua agreement antara Malacca Straits Settlements dan Pulau Pinang Straits Settlements dimasukkan dalam agreement 1948. Apabila penubuhan sebelum melaksanakan Perlembagaan 1957, agreement ‘57 itu merujuk kepada agreement 1948 yang mana telah terkandung di dalamnya rujukan Straits Settlements punya agreement. Akan tetapi malang sekali apabila penubuhan Malaysia dilaksanakan pada 1963, pindaan Perlembagaan tidak merangkumi, mengisi supaya Malaysia Agreement itu dimasukkan ke dalam Perlembagaan.
Jadi, apa yang kita laksanakan sekarang ini ialah untuk memasukkan Malaysia Agreement itu ke dalam Perlembagaan, dengan sendirinya, Inter-Governmental Committee Report akan jadi sebahagian daripada Perlembagaan Malaysia. Begitu jugalah Malaysia Agreement 1963 yang ditandatangani 9 Julai dan 28 Julai itu sebahagian menjadi constitutional instrument kepada Perlembagaan Malaysia. Jadi, boleh dirujuk dan boleh diguna pakai. Pihak Sarawak dan Sabah boleh menuntut apa sahaja perjanjian yang telah diletakkan di dalam tiga dokumen tersebut.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Minta penjelasan. Ya, tadi Yang Berhormat Menteri telah sebut ada beberapa sebab cadangan yang kita bentangkan berkenaan autonomi-autonomi kesihatan dan penurunan kuasa kesihatan, perubatan dan pendidikan, kami yang bentangkan itu tidak dapat diuruskan dalam pindaan rang undang- undang ini. Saya anggap itu semua ialah alasan-alasan. Seperti mana telah disebut oleh Yang Berhormat Sepanggar tadi, dulu semasa GPS menolak rang undang-undang yang dibentangkan oleh Pakatan Harapan, ada enam alasan yang diberi. Akan tetapi tadi Yang Berhormat Sepanggar sebut semua alasan yang diberikan oleh GPS untuk menolak rang undang-undang yang kita bentang pada masa itu, semua pun tidak wujud dalam sebelum pembentangan rang undang-undang sekarang. Oleh itu, saya rasa bolehkah Yang Berhormat Menteri berilah kami satu jangka masa di mana dalam masa itu, penurunan kuasa perubatan, kesihatan dan pendidikan boleh dibuat sekurang-kurangnya make it under the Concurrent List of power between the Federal and the two states, Sabah and Sarawak. There are specific Concurrent Lists iaitu dalam itu pindaan yang saya cadangkan iaitu specific to Sabah and Sarawak. Bilakah jangkaan? Jangan kita tunggu semasa PRN Ke-13 baru nak bentanglah. Okey? Terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Baik Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Stampin.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat. Saya tidak hendaklah mengatakan ini ada imputation yang kurang elok, tetapi biar saya ambil dengan secara ikhlas apa Yang Berhormat daripada tiga orang Yang Berhormat menghantar surat kepada Speaker untuk meminda pindaan ini yang
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
mana kita juga perlukan peraturan itu dipatuhi. Saya tidak terlibat langsung dengan penolakan. Saya serah bulat-bulat kepada Speaker. Kalau mengikut peraturan perkara ini sesuai, adalah hak seorang Ahli Parlimen untuk membawa mana-mana pindaan kepada mana-mana pindaan undang-undang dalam Dewan Parlimen ini. Jadi, dia tidak ada kena- mengena dengan kerajaan sebenarnya.
Walau bagaimanapun Yang Berhormat, saya ingin memberi penjelasan bahawa penurunan kuasa dalam bidang kesihatan, pendidikan, ini sudah ada dalam tindakan Kerajaan Negeri Sarawak dan berbincang dengan Kerajaan Pusat dengan menggunakan – tak payah pinda Perlembagaan, diletak di bawah jadual sebagaimana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Kita boleh menggunakan Artikel 80 iaitu distribution of executive powers yang mana pihak Kerajaan Pusat boleh menurunkan kepada kerajaan negeri menggunakan eksekutif autoriti mereka di bawah Perlembagaan ini kepada negeri Sarawak dan Sabah dan menubuhkan. Bahkan Sarawak sekarang telah bersetuju untuk menubuhkan sekolah-sekolah itu, Yang Berhormat.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Boleh minta penjelasan, Yang Berhormat Menteri?
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Itu executive power. Bukan legislative power.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Ya, boleh minta penjelasan?
Sebenarnya...
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Saya minta jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Saya soal tadi tentang berhubung kait apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Rentetan, proses that you have done to arrive to today. Sidang yang ada iaitu jawatankuasa [Tidak jelas] rujukan kepada kerajaan negeri, peguam negeri yang ada.
Akan tetapi, saya tanya tadi, mengapa tidak harus kita lakukan perkara yang ada sepakatnya tidak dibawa di peringkat Dewan Undangan Negeri? Ini kerana kalau saya melihat apa yang saya sebut tadi, Perlembagaan negeri Sabah iaitu Artikel 46, definisi Federation of Malaysia is best known is based berdasarkan dengan tahun 1963, not 57.
Tapi dalam Perlembagaan Malaysia pada tahun 1976 sudah diubah keadaan itu.
Maknanya Perlembagaan Persekutuan waktu itu tak selari dengan perlembagaan negeri- negeri yang ada.
Jadi, saya minta kepada Yang Berhormat Menteri, di masa akan datang kalau ada perubahan tentang Perlembagaan, bukan cukup untuk kita rujuk dengan peguam negeri, bukan cukup untuk kita rujuk kepada Ketua Menteri pasal ini membabitkan Perlembagaan.
Bukan hanya negara, Perlembagaan negeri Sabah, negeri Sarawak yang ada, it must be done. That was how we understood when we formed Malaysia.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Bandar Kuching, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Saya mengkaji Perlembagaan. Kalau kita lihat dalam Perlembagaan, apabila Perlembagaan hendak dipinda yang ada kena mengena dengan hak Sarawak dan Sabah, Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah mesti diberitahu. Ada beberapa level ya. Kalau di bawah Perkara 2 iaitu persempadanan, itu perlu kelulusan dalam Dewan. Yang ini tindakan oleh pihak negeri itu sendiri. Jadi maknanya kalau― macam dahulu ada pernah kita meminda Perlembagaan menggunakan kuasa darurat yang mana overcome Perkara 2 dalam Perlembagaan.
Akan tetapi, yang lain itu, memadai pada kita peringkat federal memberitahu kepada kerajaan negeri. Macam saya contoh dalam perkara ini, saya berjumpa dengan Ketua Menteri sendiri, saya berjumpa dengan Peguam Negara. Saya fikir saya tidak boleh memberi arahan, Tuan Yang di-Pertua, kepada Ketua Menteri untuk bawa ini ke Dewan
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
dan sebagainya. Ini adalah tugas dan tanggungjawab tiap-tiap negeri apabila dimaklumkan perkara ini ada hubung kait dengan pindaan Perlembagaan yang kena- mengena dengan Sabah dan Sarawak. Atas budi bicara merekalah mengambil tindakan yang sewajarnya di bawah Perlembagaan. Jadi...
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Tuan Yang di-Pertua, minta...
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Boleh minta penjelasan? Bandar Kuching.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Yang Berhormat Menteri, berkaitan dengan apa Yang Berhormat Menteri sebut tadi. Boleh ya? Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Selepas Yang Berhormat Sepanggar, Bandar Kuching ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Selepas Yang Berhormat Sepanggar. Baik, sila Yang Berhormat Sepanggar dulu.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Okey, berhubung kait dengan apa Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi, ia mengatakan bahawa hanya perlu kelulusan daripada kerajaan negeri. Akan tetapi, saya ingat saya masih rujuk kembali kepada dahulu sewaktu kita bawa pindaan rang undang-undang ini, di antara perkara...
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Saya jawab itu, Yang Berhormat. Saya dengar you punya tadi itu, Yang Berhormat.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
No, no, no. Saya kasi habis dulu, Yang Berhormat Menteri. Saya belum habis soalan. Soalan saya, di antara penolakan yang disebut, ada Ahli-ahli Parlimen daripada rakan kita GPS sendiri mengatakan bahawa kenapa tidak dibawa ke Dewan Undangan Negeri dahulu. Itu sewaktu GPS pada ketika itu menolak rang undang-undang itu dengan tidak mengundi, abstain sebab kononnya tidak dibawa ke Dewan Undangan Negeri. Hari ini Yang Berhormat Menteri sebut bahawa tidak perlu ke Dewan Undangan Negeri, hanya perlu Kabinet. Jadi, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, kenapa ada inconsistency di sana? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Sepanggar.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Saya cuma hendak tanya satu soalan.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, biar saya beri penjelasan sebenar. Saya berbincang dengan Menteri Kanan sekarang, Yang Berhormat Petrajaya, penolakan kita bukan berlandaskan libat urus dengan kerajaan negeri pada ketika itu. Bantahan kita ialah supaya pindaan itu juga meminda Artikel 160.
Akan tetapi, masalah pada ketika itu apabila blue paper dibentangkan di atas Dewan ini, kita ada hanya 10 hari sahaja kepada bacaan kali kedua. Jadi, kita tidak berupaya untuk membentangkan pindaan kita sendiri yang memerlukan 14 hari notis.
Jadi, bantahan Sarawak secara rasminya sebagaimana dibincangkan saya dengan Yang Berhormat Petrajaya ketika itu ialah sebabnya pindaan kepada Artikel 1(2) tidak mendatangkan makna yang besar kepada kita, hanya adalah, satu, untuk mengembalikan kepada sistem yang telah kita laksanakan atau arrangement yang kita buat pada tahun 1963. Jadi, apa yang penting kepada orang Sarawak pada ketika itu untuk membawa supaya Malaysia Agreement itu dimasukkan dalam Perlembagaan.
Itulah pindaan kepada Artikel 160(2) itu sangat penting bagi kita.
Selepas itu, kita tidak boleh meminda, kita minta supaya “Pursuant to Malaysia Agreement” itu dimasukkan dalam artikel pindaan itu sendiri tetapi telah juga ditolak.
Jadi maknanya, usaha kita untuk membawa Malaysia Agreement itu ke dalam Perlembagaan tidak berjaya. Itulah sebabnya kita tidak― bukan tidak menyokong. Itulah sebabnya kita berkecuali, Yang Berhormat.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Bukan berlandaskan Yang Berhormat sebut banyak-banyak tadi. Tak dibawa ke sini, tidak libat urus, tak Select Committee. Itu pandai-pandai lain cakap itu. Yang kita tahu, yang saya tahu sebabnya ialah sebab tidak memenuhi cita rasa yang sebenar iaitu MA63 itu dimasukkan ke dalam Perlembagaan.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Yang Berhormat Menteri, kalau saya...
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, kalau hendak gaduh macam ini, tak habis-habis, Yang Berhormat.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Sebab perbahasan daripada Ahli- ahli Parlimen pada masa itu ada di dalam Hansard, Yang Berhormat Menteri. Perkara yang saya sebutkan enam itulah di antara perkara-perkara yang menyebabkan rakan- rakan kita GPS tidak mengundi pada ketika itu. Itu minta Yang Berhormat Menteri kena faham. Hansard ada, Yang Berhormat Menteri.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Sekarang sebenarnya mereka mencari alasan. Mereka hendak cari alasan sebenarnya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, baik.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Saya teruskan, Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Okey, saya hendak tanya...
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Duduk, Yang Berhormat.
Sampai ke peringkat nama Yang Berhormat nanti, saya sebutkan.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Yang Berhormat Menteri, bukankah Yang Berhormat Menteri...
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Saya cakap penurunan kuasa.
Penurunan kuasa.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Tuaran telah membangkitkan mengenai kedudukan equal partner iaitu perbezaan dalam cadangan Suruhanjaya Cobbold dengan Perjanjian Malaysia 1963.
Semasa pembentukan Malaysia pada tahun 1963, Commission of Inquiry, North Borneo and Sarawak yang dipengerusikan oleh Lord Cobbold, Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi mendapatkan pandangan dan cadangan rakyat North Borneo dan Sarawak berhubung dengan penubuhan Malaysia.
Antara pihak-pihak yang terlibat dalam sesi rundingan dengan Suruhanjaya Cobbold ialah Malaysia Solidarity Committee yang terdiri daripada wakil daripada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara dan Sarawak termasuk ahli-ahli tidak rasmi daripada badan perundangan negeri-negeri berkenaan di dewan bandar raya, majlis daerah, pelbagai persatuan dan parti politik, dewan perdagangan dan kesatuan pekerja, pemimpin agama, anggota eksekutif dan badan perundangan, ketua komuniti anak negeri dan sebilangan besar orang awam.
Proses rundingan tersebut merangkumi sesi pendengaran awam dan memorandum secara bertulis dikemukakan surat dua hingga tiga laporan Suruhanjaya Cobbold. Setelah pandangan semua pihak diperoleh, Suruhanjaya Cobbold dalam pemerhatiannya menyatakan cadangan untuk membentuk Malaysia adalah demi kepentingan North Borneo dan Sarawak.
Suruhanjaya Cobbold turut mencadangkan agar dapatan daripada laporan ini dibincangkan antara kerajaan-kerajaan yang berkaitan dengan Suruhanjaya Cobbold dilaporkan di perenggan 237 dan 239 laporannya dan turut dijelaskan oleh Peguam Besar Negeri Sarawak dan Presiden Badan Perundangan North Borneo semasa usul untuk prinsip penubuhan Malaysia dibentangkan dan disetujui oleh Badan Pesuruhjaya Negeri Sarawak pada 20 September 1962, rujukan muka surat 20 Sarawak Legislative Council Debates bertarikh 26 September 1962, serta badan perundangan North Borneo pada 12
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
dan 13 September 1962, rujukan ucapan Datuk Mustapha bin Datuk Harun di muka surat 458 laporan mesyuarat legislative council pada 12 dan 13 September 1962.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Berikutan dapatan daripada Suruhanjaya Cobbold, suatu jawatankuasa dinamakan Inter-Governmental Committee (IGC) dianggotai oleh Kerajaan British, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak pula ditubuhkan bagi mengkaji constitutional arrangement including safeguards for special interest of North Borneo and Sarawak.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Bagi maksud peruntukan Persekutuan Malaysia, perenggan (10) Laporan IGC turut menyatakan bahawa, “The Federation will consist of the States of the existing Federation of Malaya, Sabah (at present known as North Borneo), Sarawak and Singapore and also, if agreement is reached on the admission of Brunei that State. The name of the Federation shall be Malaysia”. So, dalam laporan...
Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan
Yang Berhormat Menteri, boleh celah sikit?
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Sekejap lagi Yang Berhormat. So, dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold dan Laporan IGC setakat yang dipersetujui oleh Kerajaan British, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, North Borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Singapura pada masa itu telah diterjemah dalam Perjanjian Malaysia 1963 yang kemudiannya telah diperuntuk dalam Perlembagaan Persekutuan melalui Akta Malaysia [Akta 26] 1963, Malaysia Act. Undang-undang yang berkaitan, apa-apa cadangan yang dikemuka dalam Laporan IGC dan diperuntukkan dalam Perjanjian Malaysia 1963 telah menjadi sebahagian daripada peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan negeri dan undang-undang bertulis yang lain.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Sila, Yang Berhormat.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Yang Berhormat Menteri, saya ingin tanya. Menurut Yang Berhormat Menteri, Malaysia Agreement 1963 tidak pernah dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi suka saya bawa ke perhatian bahawa Akta Malaysia (26/63) telah pun mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong pada 29 Ogos 1963, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Saya dengar ucapan Yang Berhormat tadi. Saya cukup mengetahui apa Yang Berhormat maknakan. Act of Malaysia 1963 Yang Berhormat, ialah satu akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan 1957 dan pindaan itu dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan dan dinamakan Perlembagaan selepas pindaan itu Perlembagaan Malaysia tetapi Yang Berhormat, itulah kenapa kita bawa usul ini pada hari ini supaya Act of Malaysia 1935 dan Act of Malaysia Chapter 26 itu menjadi sebahagian daripada constitutional document yang boleh dirujuk apabila kita nak meminda Perlembagaan ini nanti. Kalau tidak, kita tidak ada sistem rujukan kenapa pindaan perubahan-perubahan. Contoh Yang Berhormat, saya nak bagi tahu dahulu. Contoh satu, dalam Act of Malaysia Chapter 26 ada mengadakan supaya diadakan Suruhanjaya Kehakiman di Sarawak dan Sabah tetapi hingga sekarang tak ada Suruhanjaya Kehakiman untuk Sarawak dan Sabah, cawangan daripada Persekutuan.
Hanya di pusat dan di Kuala Lumpur sahaja.
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Jadi kalau kita nak menuntut hak itu, Yang Berhormat, kita kena masukkan Agreement 63 dahulu ke dalam Perlembagaan Persekutuan.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Tuan Yang di-Pertua, this is fundamental dengan izin, kerana penting seperti apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Masukkan dalam Perlembagaan, di samping itu spirit of MA63 tetapi kalau saya lihat pindaan Perlembagaan yang ada pada hari ini, Artikel 160.
Definisi ‘Persekutuan’, ertinya Persekutuan yang pada mulanya ditubuhkan tahun 1957. Selanjutnya menurut Perjanjian 1963, it is also known Federation. Pengertiannya the spirit of MA63, kita tidak masuk dalam Tanah Melayu waktu itu, *Federation of 1957.
We formed Federation 1957*. Itu yang saya katakan kalau boleh the spirit of MA63 pursuant to it, Federation means, The Federation is to be known on and after Malaysia Day 1963. Terima kasih banyak.
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah sikit? To get to the point of the clarification, Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Saya jawab ini dulu, Yang Berhormat. Jawab ini dahulu.
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
Okey.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Kalau kita masuk hanya— itu cadangan Sarawak yang pertama, Yang Berhormat. Cadangan Sarawak yang pertama tetapi tidak boleh diterima oleh kerana sebab perpisahan Singapura pada tahun 1965 tak masuk. Jadi maknanya walaupun Singapura dah masuk, kita put 1963 sahaja, makna we are bringing back Singapore into Federation of Malaysia. Jadi itulah sebabnya tiga AG kita bincang perkara ini, kita tak mahu. Itulah kenapa yang dibaca Yang Berhormat itu tadi pindaan yang dipersetujui oleh tiga pakar undang-undang, penasihat undang-undang Malaysia iaitu penasihat undang-undang kepada negeri Sabah, penasihat undang-undang kepada negeri Sarawak di bawah Perlembagaan, Yang Berhormat. We have to be akur dengan penasihat ini dan penasihat undang-undang kepada Persekutuan Malaysia.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Saya setuju Yang Berhormat Menteri tetapi masalah dia, kalau kita lakukan tindak-tanduk seumpama itu, seakan-akan kita perakukan bila mana Brunei, Singapura keluar dari Malaysia. Bukan Brunei tetapi Singapura keluar dari Malaysia, status Sabah dan Sarawak diturunkan sebagai sebuah negeri. That’s what the interpretation is. Just because Singapore is out but bila Singapore out, irrespective of whatever happened, the status of Sarawak and Sabah must be based on the spirit of MA63.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, lima minit lagi boleh?
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Saya conclude jawapan saya.
Tuan Yang di-Pertua
Lima minit, lima minit. Boleh, Yang Berhormat Menteri?
Saya bagi lagi lima minit, boleh?
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
Yang Berhormat Menteri, penjelasan dan insurans daripada Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tuan Yang di-Pertua, saya ada sembilan muka. Kalau saya dibenarkan, tak ada interference, saya boleh baca semua.
Tuan Yang di-Pertua
10 minit.
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
Just Tuan Yang di-Pertua, just satu sahaja.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Keseluruhannya saya boleh menjawablah.
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
Satu sahaja. Yang Berhormat Menteri, just one.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, sekejap. Sekejap.
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
Akta 26 itu, will it be enforced? Will you enforce Akta 26 Malaysia Act 1963?
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Okey Yang Berhormat, jawapan saya mudah sahaja. Apabila pindaan Perlembagaan ini diluluskan, dengan sendirinya Akta 26 itu menjadi sebahagian daripada constitutional document, Yang Berhormat. Maknanya boleh dirujuk.
Tuan Yang di-Pertua, saya sambung lagi. Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan yang asal telah dipinda melalui seksyen 4 Malaysia Act memperuntukkan negeri di Persekutuan terdiri daripada Negeri-negeri Tanah Melayu, Negeri-negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak dan Singapura. Kedudukan di atas juga telah selaras dengan Artikel Perjanjian Malaysia 1963 dan preamble dalam Perjanjian Malaysia 1963 yang memperuntukkan bahawa, “…the Colonies of North Borneo and Malaysia and the State of Singapore shall be federated with the existing States of the Federation of Malaya as the States of Sabah, Sarawak and Singapore in accordance with the constitutional instruments annexed to this agreement and the Federation shall thereafter called Malaysia".
Walaupun terdapat tuntutan oleh beberapa pihak agar Sabah dan Sarawak mempunyai status sama rata atau equal status dengan Persekutuan Tanah Melayu, namun berdasarkan semakan, perkara tersebut tidak diperuntukkan dalam Malaysia Agreement 1963 mahupun Perlembagaan Persekutuan, Malaysia Act dan undang- undang yang berkaitan. Oleh itu, cadangan dan dapatan dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold bukanlah merupakan suatu instrumen yang mengikat pihak kepada Perjanjian Malaysia 1963 yang tidak boleh mengatasi peruntukan Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang.
Dalam hal ini, adalah jelas daripada segi undang-undang dan pada 16 September 1963, Colony North Borneo dan Sarawak telah disekutukan atau federated dengan negeri- negeri sedia ada dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Kemudian menjadi negeri Sabah dan negeri Sarawak dan membentuk Persekutuan dinamakan Malaysia.
Kemasyhuran Malaysia tuntut menyatakan secara khusus seperti yang berikut, “Whereas by an agreement made on the 9th day of July in the year 1963 between the Federation of Malaya, United Kingdom, North Borneo, Sarawak and Singapore, it has agreed that there shall be federated the States of Sabah, Sarawak and Singapore with the Federation of Malaya comprising the state of Pahang, Terengganu, Kedah, Johor, Negeri Sembilan, Kelantan, Selangor, Perak, Perlis, Penang, Malacca and Federation shall thereafter be called Malaysia’. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Semporna telah menyatakan mengenai pindaan kepada Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan yang dibawa oleh Kerajaan Pakatan Harapan tidak dipersetujui pada tahun 2019. Saya ingin menyatakan bahawa pindaan yang dibawa pada tahun 2019 itu tidak dipersetujui sebab oleh dua sebab utama iaitu perkataan ‘pursuant to Malaysia Agreement 1963’ tidak dimasukkan dalam pindaan tersebut Perkara 1(2) dan tidak pindaan kepada Perkara 160(2) di mana tafsiran Persekutuan yang mengambil kira Perjanjian Malaysia 1963 dimasukkan.
Pindaan pada tahun 2019 hanya dibuat kepada Perkara 1(2) ialah the Federal Constitution is amended in Article 1 by substituting the clause (2) following clause. (2), the states of the Federation shall be Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Penang, Perak, Perlis, Selangor, Terengganu and Sabah and Sarawak be. Oleh yang demikian pindaan ini tidak dapat ditimbang oleh Ahli-ahli Parlimen Sarawak pada ketika itu.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tuan Yang di-Pertua, ahli Yang Berhormat Kinabatangan, Yang Berhormat Kota Raja dan Yang Berhormat Bandar Kuching telah menyatakan mengenai peruntukan pembangunan negeri Sabah dan Sarawak tidak setaraf dan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Untuk makluman ahli Yang Berhormat sekian peruntukan pembangunan berjumlah khas kepada negeri Sabah dan Sarawak asalah satu jumlah
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
yang tertinggi mengikut fakta yang ada pada kita. Walau bagaimanapun Tuan Yang di- Pertua, perkara ini panjang sangat kalau hendak dibaca satu persatu. Saya mohon boleh diberi secara bertulis fakta ini.
Ahli Yang Berhormat Semporna telah menyatakan mengenai rujukan kepada ‘Persekutuan’ yang dibentuk pada tahun 1903 sahaja dan bukan ‘Persekutuan’ pada tahun 1957 dalam Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan. Persekutuan hari ini telah mengalami evolusi sejak ditubuhkan seperti berikut;
(a) Persekutuan Tanah Melayu 1948, yang ditubuhkan pada 1 Februari 1948, di bawah pentadbiran British lanjutan daripada Perjanjian Persekutuan 1948 bertarikh 21 Januari 1948. Ia telah ditandatangani antara Kerajaan British dengan semua Raja-Raja Melayu.
(b) Persekutuan Tanah Melayu 1957, yang merdeka telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957 lanjutan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 bertarikh 5 Ogos 1957 yang telah ditandatangani antara Kerajaan British dengan semua Raja-Raja Melayu. Melalui perjanjian tersebut juga Perlembagaan Persekutuan digubal dan dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal
Tuan Yang di-Pertua, minta izin.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Biar habis dahulu Yang Berhormat.
(c) Pembentukan Malaysia tahun 1963 di mana Perjanjian Malaysia 1963 telah ditandatangani oleh United Kingdom Great Britain and Northern Ireland dengan Federation of Malaya, North Borneo, Sarawak dan Singapura telah dimeterai pada 9 Julai 1963.
(d) pada tahun 1965 perjanjian perhubungan dan pemisahan dengan Singapura dari Malaysia pelbagai sebuah negeri yang merdeka dan berdaulat daripada 7 Ogos 1965 dan ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Singapura. Jadi cadangan untuk memberi tafsiran kepada ‘Federation’ yang hanya merujuk kepada Perjanjian Malaysia pada tahun 1963 sahaja adalah kurang sesuai Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak mempersoalkan sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Ini persoalan tentang hak dan janji. Janji MA63 hak daripada segi Sabah dan Sarawak. Apakah jaminan Yang Berhormat Menteri di masa akan datang.
Dalam Pakatan Harapan, WARISAN dahulu kita ada berunding 21 perkara yang kita bentangkan. Sejumlah 17 diluluskan, termasuk laut dalam, deep-sea fishing yang sudah lulus baru-baru ini termasuk SESB belum lagi dilaksanakan. Ada empat perkara termasuk continental shelf iaitu berkenaan dengan hak daripada segi berapa nautical mile yang ada dari benua Sarawak dan Sabah itu haruslah merupakan milik Sabah dan juga Sarawak. Adakah ini akan terus dimeterai oleh Yang Berhormat Menteri?
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tuan Yang di-Pertua, saya dimaklumkan oleh pihak AG Negeri Sabah dan Sarawak bahawa mempunyai senarai tertentu untuk dibawa ke Kerajaan Pusat untuk rundingan dibuat. Untuk makluman Yang Berhormat juga, pada tahun 2017, sebenarnya kita telah membuat keputusan 13 administrative arrangement yang telah dipersetujui pada penghujung tahun 2017.
Akan tetapi apabila Pakatan Harapan mengambil alih, ada sambungan daripada itu juga perbincangan dilaksanakan dan sekarang pun diperhebat lagi pada zaman Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin menjadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri seterusnya di bawah Yang Berhormat Bera sekarang ini.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Maknanya Yang Berhormat perbincangan di antara negeri Sarawak dan negeri Sabah akan diteruskan. Pindaan kepada Perlembagaan dalam situasi-situasi tertentu perlu dibuat dan kalau perlu dibuat saya cukup yakin kerajaan – saya tidak boleh jamin sebab mungkin saya bukan jadi Menteri lagi Yang Berhormat. Saya cukup yakin Kerajaan Pusat akan honor semua perjanjian dia untuk meneruskan perbincangan dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah iaitu tentang bagaimana kalau diluluskan undang- undang ini pada petang ini Yang Berhormat, bahawa apa yang terkandung dalam IGC Report, apa yang terkandung dalam Act of Malaysia, Chapter 26 akan juga diteruskan perbincangannya untuk mengembali kepada Sarawak dan Sabah.
Jadi saya teruskan Tuan Yang di-Pertua. Tafsiran tersebut akan mengubahkan maksud ‘Federation’ yang diguna dalam Perlembagaan Persekutuan. Hal ini disebabkan ‘The Federation’ pada asalnya ditubuhkan melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Persekutuan yang dibentuk pada tahun 1963 bukanlah penubuhan satu Persekutuan yang terbaharu, tetapi merupakan perluasan kepada Persekutuan yang ditubuhkan pada tahun 1957 yang dinamakan sebagai ‘Malaysia’ dianggotai negeri-negeri Sabah Sarawak dan Singapura bergabung dengan negeri-negeri sedia ada Persekutuan Tanah Melayu. “Shall be federated with the existing states the Federation of Malaya”.
Seterusnya, (b) cadangan tersebut boleh menyebabkan taksiran yang berbeza dan boleh menimbulkan kekeliruan dan menentukan istilah ‘Persekutuan’ yang diguna dalam Perlembagaan Persekutuan. Sama ada rujukan Persekutuan 1957 yang telah dihapuskan secara keseluruhannya. Kemudian, (c) cadangan ini akan memberi persepsi fakta yang salah daripada aspek sejarah (historical perspective) bahawa Persekutuan ditubuhkan pada tahun 1963 dan bukan 1957.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Penampang, Yang Berhormat Kota Belud telah menyatakan mengenai adakah patut dibaca Malaysia Act Chapter 35 UK dengan Akta Malaysia, Akta 26/63 Malaya, kenapa tidak dibaca bersekali selaras dengan kehendak di bawah Artikel 4 MA63 bagi membolehkan North Borneo, Sarawak dan Singapura bersekutu dengan negeri-negeri lain dalam Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia.
Malaysia Act 1963 Chapter 35 digubal oleh Parlimen di United Kingdom dan berkuat kuasa pada 31 Julai 1963. Subseksyen (1) akta tersebut secara khususnya memperuntukkan pelepasan (relinquishment) hak kedaulatan dan bidang kuasa Her Britannic Majesty ke atas North Borneo, Sarawak dan Singapura bermula pada tarikh North Borneo dan Sarawak bersekutu dengan negeri-negeri Malaysia iaitu “...on the day on which the new States are federated as aforesaid (in this Act referred to as ‘the appointed day'), it is Hari Malaysia. Berdasarkan kepada perjanjian demikian iaitu perjanjian Malaysia 1963, Hari Malaysia adalah pada 16 September 1963. Oleh sebab itu, North Borneo and Sarawak telah bebas daripada taklukan British pada tarikh tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Kota Raja telah menyentuh mengenai isu keselamatan. Untuk maklumat ahli Yang Berhormat, isu keselamatan sudah sememangnya menjadi salah satu fokus perbincangan di bawah Majlis Khas 1963. Antara isu yang sedang diteliti di peringkat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Sabah dan Sarawak adalah berhubung keselamatan persempadanan negeri di mana inisiatif untuk menambah baik kawalan sempadan melalui penambahan pos kawalan Pasukan Gerakan Am, Polis Diraja Malaysia turut dibincang dalam jawatankuasa ini.
Selain itu masalah kebanjiran pendatang asing tanpa izin di Sabah dibincangkan bersama stakeholder bagi meneliti cadangan penyelesaian berhubung masalah ini. Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat Bandar Kuching dan Pasir Gudang telah menyatakan berhubung dengan empat perkara yang berkaitan minyak dan gas. Pertama, royalti minyak dan pembayaran tunai petroleum, mineral minyak dan medan minyak, Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750] serta tiga hak negeri ke atas pelantar benua berhubung empat perkara tersebut.
Semua perbincangan berkaitan perkara tersebut adalah ditangguhkan buat sementara waktu bagi memberi laluan penyelesaian secara komersial yang sedang dibincangkan antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Negeri Sabah dan PETRONAS secara berasingan.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tuan Yang di-Pertua, ahli Yang Berhormat Bandar Kuching telah menyatakan mengenai Laporan Jawatankuasa Kabinet Untuk Menyemak Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963. Buat masa ini kerajaan kekal dengan pendirian bahawa tidak ada keperluan untuk membuat penarafan semula berhubung kerahsiaan Laporan Jawatankuasa Kabinet Untuk Menyemak Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963. Status kerahsiaan dokumen dan keputusan-keputusan Jawatankuasa Kabinet Untuk Menyemak Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 adalah tetap oleh kerajaan pakatan harapan pada masa tersebut.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Dari sudut pelaksanaan pula memandangkan keputusan yang telah dicapai oleh Jawatankuasa Kabinet untuk menyemak pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 hanya merupakan persetujuan dasar. Perkara-perkara tersebut masih memerlukan tindakan lanjut sebelum dapat dilaksanakan sepenuhnya. Justeru itu, Kerajaan Persekutuan wajar diberi ruang untuk meneruskan perbincangan dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak berhubung pelaksanaan perkara-perkara yang berkaitan. Sebarang kemajuan yang dicapai akan diumumkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Kinabatangan Yang Berhormat Tuaran, Bandar Kuching juga mencadangkan agar sambutan Hari Malaysia dibuat di Semenanjung dan lebih baik diadakan di Stadium Merdeka. Bagi perkara ini, perbincangan lanjut dengan kementerian yang berkenaan perlu diadakan. Tuan Yang di- Pertua, Ahli Yang Berhormat Sepanggar membangkitkan isu pindaan tidak dimasukkan tanpa menggunakan perbincangan di bawah Dewan Undangan Negeri dan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PAC) terlebih dahulu. Pindaan kepada Perkara 1(2), Perkara 160(2) telah selesai dibincangkan di bawah Jawatankuasa Khas bersama dengan pihak pemegang taruh iaitu Jabatan Peguam Negara, Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah dan Peguam Besar Negeri Sarawak yang diwujudkan di bawah Jawatankuasa Kerja Rakan Sekutu.
Oleh yang demikian, adalah tidak benar dakwaan bahawa pindaan ini dikemukakan sebelum perkara ini selesai dibincangkan. Cadangan draf rang undang- undang ini telah dibincangkan dan telah mendapat persetujuan sebulat suara dalam Mesyuarat Majlis Khas MA63 kali ketiga yang telah diadakan pada 18 Oktober 2021 yang lalu.
Tuan Yang di-Pertua, sekian, terima kasih. Kalau ada yang terlupa insya-Allah saya akan jawab secara bertulis Tuan Yang di-Pertua.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Oleh sebab mengikut peruntukan Perkara 159, Perlembagaan Persekutuan, Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 ini memerlukan sokongan pada bacaan kali yang kedua dengan undi sebanyak tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan Ahli Majlis Dewan ini. Maka mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 46(5), saya memerintahkan supaya satu belah bahagian diadakan sekarang.
Setiausaha sila bunyikan loceng selama dua minit.
[Loceng dibunyikan]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Saya ingin mengumumkan nama-nama penghitung undi dan juga pengiring-pengiring mereka untuk memastikan bahawa tidak ada apa-apa kesilapan. Bagi Blok A, Yang Berhormat Santubong diiringi oleh Yang Berhormat Tanjong Malim. Bagi Blok B Yang Berhormat Kepala Batas diiringi oleh Yang Berhormat Batu Gajah. Blok C, Yang Berhormat Hulu Terengganu diiringi Yang Berhormat Kangar. Blok B1 Yang Berhormat Jempol diiringi oleh Yang Berhormat Ledang. Blok B2 Yang Berhormat Kluang bersama-sama Yang Berhormat Sabak Bernam. Blok E, Yang Berhormat Lumut bersama Yang Berhormat Tasek Gelugor. Blok F, Yang Berhormat Lanang bersama Yang Berhormat Parit. Akhir sekali, Blok G, Yang Berhormat Sungai Petani diiringi oleh Yang Berhormat Sibuti.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagai penghitung undi, sila ambil tempat masing- masing di hadapan blok Yang Berhormat dan Ahli-ahli Yang Berhormat yang akan mengiring diminta mengundi dahulu sebelum mengiring penghitung-penghitung masing- masing. Kalau semua sudah bersedia, maka undian dijalankan sekarang.
[Dewan berbelah bahagi]
Tuan Yang di-Pertua
[Pengundian dijalankan]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat semua, inilah keputusan belah bahagian yang baharu dijalankan:
• Ahli-ahli yang bersetuju sebanyak 200.
[Tepuk] • Ahli yang tidak bersetuju tiada.
[Tepuk] • Ahli-ahli yang tidak mengundi dalam Dewan ini 20.
[Tepuk]
YAB. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Bera) 2. YB. Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali (Gombak) 3. YB. Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein (Sembrong) 4. YB. Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof (Petrajaya) 5. YB. Dato' Sri Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (Santubong) 6. YB. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Beluran) 7. YB. Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Kubang Kerian) 8. YB. Dato' Seri Hamzah bin Zainudin (Larut) 9. YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi (Kapit) 10. YB. Dato' Takiyuddin bin Hassan (Kota Bharu) 11. YB. Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Rembau) 12. YB. Datuk Seri Dr. Adham bin Baba (Tenggara) 13. YB. Dato' Sri Mustapa bin Mohamed (Jeli) 14. YB. Dato' Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota) 15. YB. Dato' Sri Hajah Nancy Shukri (Batang Sadong) 16. YB. Tan Sri Noh bin Haji Omar (Tanjong Karang) 17. YB. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim (Arau) 18. YB. Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu (Tambun) 19. YB. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz (Tanah Merah) 20. YB. Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) 21. YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah (Jasin) 22. YB. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin (Padang Besar) 23. YB. Dato' Mohd Rashid bin Hasnon (Batu Pahat) 24. YB. Datuk Seri M. Saravanan (Tapah) 25. YB. Datuk Seri Panglima Dr.Maximus Johnity Ongkili (Kota Marudu) 26. YB. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa (Ketereh) 27. YB. Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican (Kepala Batas) 28. YB. Dato' Dr. Noraini Ahmad (Parit Sulong) 29. YB. Datuk Seri Rina binti Mohd Harun (Titiwangsa) 30. YB. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad (Mersing) 31. YB. Dato' Seri Mahdzir bin Khalid (Padang Terap) 32. YB. Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin (Ampang) 33. YB. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique (Kota Tinggi) 34. YB. Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad (Lipis) 35. YB. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib (Maran) 36. YB. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said (Kuala Krau) 37. YB. Datuk Mastura binti Mohd Yazid (Kuala Kangsar) 38. YB. Dato' Kamarudin Jaffar (Bandar Tun Razak) 39. YB. Tuan Muslimin bin Yahaya (Sungai Besar) 40. YB. Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali (Bagan Serai) 41. YB. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Hj. Samsudin (Masjid Tanah) 42. YB. Dato' Rosol bin Wahid (Hulu Terengganu)
YB. Datuk Jonathan bin Yasin (Ranau) 44. YB. Dato' Seri Dr. Santhara (Segamat) 45. YB. Dato' Mansor Othman (Nibong Tebal) 46. YB. Datuk Ali bin Biju (Saratok) 47. YB. Datuk Willie Anak Mongin (Puncak Borneo) 48. YB. Dato' Henry Sum Agong (Lawas) 49. YB. Datuk Aaron Ago Dagang (Kanowit) 50. YB. Dato' Hajah Hanifah Hajar Taib (Mukah) 51. YB. Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah (Limbang) 52. YB. Datuk Arthur Joseph Kurup (Pensiangan) 53. YB. Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary (Pengkalan Chepa) 54. YB. Datuk Haji Awang bin Hashim (Pendang) 55. YB. Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim (Kuala Terengganu) 56. YB. Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng (Tanjung Piai) 57. YB. Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff (Rantau Panjang) 58. YB. Dato' Haji Jalaluddin bin Alias (Jelebu) 59. YB. Datuk Mohamad bin Alamin (Kimanis) 60. YB. Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa (Sipitang) 61. YB. Tuan Che Alias bin Hamid (Kemaman) 62. YB. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir (Setiu) 63. YB. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni (Sibuti) 64. YB. Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi (Igan) 65. YB. Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan (Keningau) 66. YB. Dato' Sri Hasan bin Arifin (Rompin) 67. YB. Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam (Kuala Langat) 68. YB. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz (Padang Rengas) 69. YB. Tuan Sabri bin Azit (Jerai) 70. YB. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman (Sik) 71. YB. Tuan Ramli Bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) 72. YB. Tuan Yusuf bin Abd Wahab (Tanjong Manis) 73. YB. Tuan Steven Choong Shiau Yoon (Tebrau) 74. YB. Puan Rubiah binti Wang (Kota Samarahan) 75. YB. Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (Julau) 76. YB. Tuan Anyi Ngau (Baram) 77. YB. Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (Pekan) 78. YB. Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang (Marang) 79. YB. Tan Sri Mahiaddin bin Mohd Yassin (Pagoh) 80. YB. Dato' Sri Azalina Othman Said (Pengerang) 81. YB. Dato' Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem (Serian) 82. YB. Datuk Seri Mohd Redzuan bin Yusof (Alor Gajah) 83. YB. Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor (Putrajaya) 84. YB. Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah (Lenggong) 85. YB. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz (Bachok) 86. YB. Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus) 87. YB. Dato' Sri Bung Moktar bin Radin (Kinabatangan) 88. YB. Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh (Besut) 89. YB. Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman (Pasir Salak) 90. YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan (Pontian) 91. YB. Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim (Batang Lupar) 92. YB. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub (Machang) 93. YB. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim (Baling) 94. YB. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari (Pasir Mas) 95. YB. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli (Dungun) 96. YB. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman (Kuala Krai) 97. YB. Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Haji Mohd Dun
(Beaufort) 98. YB. Datuk Abd. Rahim bin Bakri (Kudat) 99. YB. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya (Tasek Gelugor)
YB. Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong (Hulu Rajang) 101. YB. Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh (Sabak Bernam) 102. YB. Dato' Haji Salim bin Sharif @ Mohd Sharif (Jempol) 103. YB. Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria (Parit) 104. YB. Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi (Tumpat) 105. YB. Datuk Mohamaddin bin Ketapi (Lahad Datu) 106. YB. Datuk Zakaria bin Mohd Edris (Libaran) 107. YB. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris (Jerantut) 108. YB. Datuk Robert Lawson Chuat (Betong) 109. YB. Tuan Kesavan a/l Subramaniam (Sungai Siput) 110. YB. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji (Jelutong) 111. YB. Puan Wong Shu Qi (Kluang) 112. YB. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching) 113. YB. Puan Vivian Wong Shir Yee (Sandakan) 114. YB. Puan Rusnah Binti Aluai (Tangga Batu) 115. YB. Tuan Cha Kee Chin (Rasah) 116. YB. Tuan Teh Kok Lim (Taiping) 117. YB. Puan Noorita Binti Sual (Tenom) 118. YB. Tuan Haji Ahmad bin Hassan (Papar) 119. YB. Datuk Rozman bin Isli (Labuan) 120. YB. Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir (Jerlun) 121. YB. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) 122. YB. Dr. Maszlee bin Malik (Simpang Renggam) 123. YB. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman (Muar) 124. YB. Dato' Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah (Kubang Pasu) 125. YB. Tuan Su Keong Siong (Kampar) 126. YB. Dr. Azman bin Ismail (Kuala Kedah) 127. YB. Tuan Sim Chee Keong (Bukit Mertajam) 128. YB. Tuan Chan Ming Kai (Alor Setar) 129. YB. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh (Bukit Gelugor) 130. YB. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh (Ledang) 131. YB. Puan Kasthuriraani a/p Patto (Batu Kawan) 132. YB. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad (Setiawangsa) 133. YB. Tuan Wong Kah Woh (Ipoh Timur) 134. YB. Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli (Lumut) 135. YB. Tuan Khoo Poay Tiong (Kota Melaka) 136. YB. Tuan Charles Anthony Santiago (Klang) 137. YB. Tuan Sim Tze Tzin (Bayan Baru) 138. YB. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan (Segambut) 139. YB. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor) 140. YB. Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik (Balik Pulau) 141. YB. Tuan Chan Foong Hin (Kota Kinabalu) 142. YB. Puan June Leow Hsiad Hui (Hulu Selangor) 143. YB. Tuan Wong Hon Wai (Bukit Bendera) 144. YB. Tuan Hassan bin Abdul Karim (Pasir Gudang) 145. YB. Tuan Oscar Ling Chai Yew (Sibu) 146. YB. Tuan Noor Amin bin Ahmad (Kangar) 147. YB. Datuk Dr. Hasan bin Bahrom (Tampin) 148. YB. Tuan Wong Tack (Bentong) 149. YB. Puan Maria Chin binti Abdullah (Petaling Jaya) 150. YB. Tuan Awang Husaini bin Sahari (Putatan) 151. YB. Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Farkharudy (Kota Belud) 152. YB. Tuan Mordi anak Bimol (Mas Gading) 153. YB. Tuan Prabakaran a/l M. Parameswaran (Batu) 154. YB. Tuan Pang Hok Liong (Labis) 155. YB. Tuan Wong Ling Biu (Sarikei) 156. YB. Tuan Karupaiya a/l Mutusami (Padang Serai) 157. YB. Tuan Ma'mun bin Sulaiman (Kalabakan) 158. YB. Tuan Tan Kok Wai (Cheras)
YB. Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail (Pandan) 160. YB. Puan Nurul Izzah binti Anwar (Permatang Pauh) 161. YB. Tuan M. Kulasegaran (Ipoh Barat) 162. YB. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew (Wangsa Maju) 163. YB. Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) 164. YB. Dr. Lee Boon Chye (Gopeng) 165. YB. Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa (Parit Buntar) 166. YB. Datuk Ignatius Darell Leiking (Penampang) 167. YB. Tuan Loke Siew Fook (Seremban) 168. YB. Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar (Pokok Sena) 169. YB. Tuan R. Sivarasa (Sungai Buloh) 170. YB. Puan Alice Lau Kiong Yieng (Lanang) 171. YB. Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid (Kapar) 172. YB. Tuan Ong Kian Ming (Bangi) 173. YB. Tuan Wong Chen (Subang) 174. YB. Puan Yeo Bee Yin (Bakri) 175. YB. Puan Nor Azrina binti Surip (Merbok) 176. YB. Tuan Lim Lip Eng (Kepong) 177. YB. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (Port Dickson) 178. YB. Tuan Haji Mohamad bin Sabu (Kota Raja) 179. YB. Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal (Semporna) 180. YB. Tuan Lim Kit Siang (Iskandar Puteri) 181. YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail (Kulim Bandar Baharu) 182. YB. Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub (Pulai) 183. YB. Tuan Gobind Singh Deo (Puchong) 184. YB. Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) 185. YB. Dato' Johari bin Abdul (Sungai Petani) 186. YB. Tuan Chang Lih Kang (Tanjong Malim) 187. YB. Tuan Nga Kor Ming (Teluk Intan) 188. YB. Tuan Chong Chieng Jen (Stampin) 189. YB. Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir (Johor Bahru) 190. YB. Puan Fuziah binti Salleh (Kuantan) 191. YB. Tuan Khalid bin Abd. Samad (Shah Alam) 192. YB. Dr. Michael Teo Yu Keng (Miri) 193. YB. Datuk Mohd Azis bin Jamman (Sepanggar) 194. YB. Puan Teo Nie Ching (Kulai) 195. YB. Datuk Seri Shamsul Iskandar @Yusre bin Mohd Akin (Hang Tuah Jaya) 196. YB. Dato' Ngeh Koo Ham (Beruas) 197. YB. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil (Lembah Pantai) 198. YB. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin (Sepang) 199. YB. Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (Tuaran) 200. YB. Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu (Batu Gajah)
YB. Dato’ Eddin Syazlee bin Shith (Kuala Pilah) 2. YB. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam) 3. YB. Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh (Pasir Puteh) 4. YB. Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) 5. YB. Tuan Jugah Ak Muyang @ Tambat (Lubok Antu) 6. YB. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi (Bagan Datuk) 7. YB. Dato' Seri Tiong King Sing (Bintulu) 8. YB. Puan Hajah Natrah Binti Ismail (Sekijang) 9. YB. Dato' Masir Kujat (Sri Aman) 10. YB. Tuan Baru Bian (Selangau) 11. YB. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Langkawi) 12. YB. Datuk Dr. Shahruddin Bin Md. Salleh (Sri Gading) 13. YB. Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus (Hulu Langat)
YB. Datuk Christina Liew Chin Jin (Tawau) 15. YB. Datuk Wira Haji Mohd Anuar Mohd Tahir (Temerloh) 16. YB. Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong) 17. YB. Tuan William Leong Jee Keen (Selayang) 18. YB. Tuan Lim Guan Eng (Bagan) 19. YB. Tuan Tony Pua Kiam Wee (Damansara) 20. YB. Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji (Raub)
Tuan Pengerusi
Maka dengan itu belah bahagian ini mendapat undi dua pertiga yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan, maka rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih MoU Pakatan Harapan, MoU.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Terima kasih, terima kasih.
[Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 4 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Menteri Wilayah Persekutuan - Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim
Tuan Yang di-Pertua, bukan lebih suara bersetuju, bersetuju sebulat suara ya.
Tuan Yang di-Pertua
Saya tidak tahu nanti ada orang kompelin.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Dalam ini okey, dalam ini okey.
Tuan Yang di-Pertua
Semalam diberitahu mungkin ada yang berkecuali. Jadi saya tidak boleh kata sebulat suara.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Bajet dah habis.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jangan campur urusan Speaker.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Yang Berhormat Arau ini suka campur urusan orang.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Urusan Yang Berhormat Shah Alam bolehlah campur.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan bahawa rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan telah dipertimbang dalam Jawatankuasa dan telah
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
dipersetujui tanpa pindaan. Saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan dilulus sekarang.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, ada yang menyokong?
Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga sekarang dan oleh sebab sekali lagi mengikut peruntukan Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan, Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 ini memerlukan sokongan pada bacaan kali yang ketiga dengan undi sebanyak tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan Ahli Majlis Dewan ini, maka mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 46(5), saya sekali lagi memerintahkan supaya satu belah bahagian diadakan sekarang.
Setiausaha, sila bunyikan loceng selama dua minit.
[Loceng dibunyikan]
[Dewan berbelah bahagi]
Tuan Yang di-Pertua
[Pengundian dijalankan]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, inilah keputusannya:
• Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju 199 orang.
[Tepuk] • Tiada yang tidak bersetuju.
• Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak hadir 21 orang.
YAB. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Bera) 2. YB. Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali (Gombak) 3. YB. Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein (Sembrong) 4. YB. Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof (Petrajaya) 5. YB. Dato' Sri Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (Santubong) 6. YB. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Beluran) 7. YB. Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Kubang Kerian) 8. YB. Dato' Seri Hamzah bin Zainudin (Larut) 9. YB. Dato Sri Alexander Nanta Linggi (Kapit) 10. YB. Dato' Takiyuddin bin Hassan (Kota Bharu) 11. YB. Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Rembau) 12. YB. Datuk Seri Dr. Adham bin Baba (Tenggara) 13. YB. Dato' Sri Mustapa bin Mohamed (Jeli) 14. YB. Dato' Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota) 15. YB. Dato' Sri Hajah Nancy Shukri (Batang Sadong) 16. YB. Tan Sri Noh bin Haji Omar (Tanjong Karang) 17. YB. Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim (Arau) 18. YB. Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu (Tambun) 19. YB. Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz (Tanah Merah) 20. YB. Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) 21. YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah (Jasin) 22. YB. Datuk Zahidi bin Zainul Abidin (Padang Besar) 23. YB. Dato' Mohd Rashid bin Hasnon (Batu Pahat) 24. YB. Datuk Seri M. Saravanan (Tapah) 25. YB. Datuk Seri Panglima Dr.Maximus Johnity Ongkili (Kota Marudu) 26. YB. Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa (Ketereh)
YB. Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican (Kepala Batas) 28. YB. Dato' Dr. Noraini Ahmad (Parit Sulong) 29. YB. Datuk Seri Rina binti Mohd Harun (Titiwangsa) 30. YB. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad (Mersing) 31. YB. Dato' Seri Mahdzir bin Khalid (Padang Terap) 32. YB. Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin (Ampang) 33. YB. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique (Kota Tinggi) 34. YB. Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad (Lipis) 35. YB. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib (Maran) 36. YB. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said (Kuala Krau) 37. YB. Datuk Mastura binti Mohd Yazid (Kuala Kangsar) 38. YB. Dato' Kamarudin Jaffar (Bandar Tun Razak) 39. YB. Tuan Muslimin bin Yahaya (Sungai Besar) 40. YB. Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali (Bagan Serai) 41. YB. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Hj. Samsudin (Masjid Tanah) 42. YB. Dato' Rosol bin Wahid (Hulu Terengganu) 43. YB. Datuk Jonathan bin Yasin (Ranau) 44. YB. Dato' Seri Dr. Santhara (Segamat) 45. YB. Dato' Mansor Othman (Nibong Tebal) 46. YB. Datuk Ali bin Biju (Saratok) 47. YB. Datuk Willie Anak Mongin (Puncak Borneo) 48. YB. Dato' Henry Sum Agong (Lawas) 49. YB. Datuk Aaron Ago Dagang (Kanowit) 50. YB. Dato' Hajah Hanifah Hajar Taib (Mukah) 51. YB. Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah (Limbang) 52. YB. Datuk Arthur Joseph Kurup (Pensiangan) 53. YB. Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary (Pengkalan Chepa) 54. YB. Datuk Haji Awang bin Hashim (Pendang) 55. YB. Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim (Kuala Terengganu) 56. YB. Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng (Tanjung Piai) 57. YB. Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff (Rantau Panjang) 58. YB. Dato' Haji Jalaluddin bin Alias (Jelebu) 59. YB. Datuk Mohamad bin Alamin (Kimanis) 60. YB. Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa (Sipitang) 61. YB. Tuan Che Alias bin Hamid (Kemaman) 62. YB. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir (Setiu) 63. YB. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni (Sibuti) 64. YB. Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi (Igan) 65. YB. Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan (Keningau) 66. YB. Dato' Sri Hasan bin Arifin (Rompin) 67. YB. Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam (Kuala Langat) 68. YB. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz (Padang Rengas) 69. YB. Tuan Sabri bin Azit (Jerai) 70. YB. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman (Sik) 71. YB. Tuan Ramli Bin Dato’ Mohd Nor (Cameron Highlands) 72. YB. Tuan Yusuf bin Abd Wahab (Tanjong Manis) 73. YB. Tuan Steven Choong Shiau Yoon (Tebrau) 74. YB. Puan Rubiah binti Wang (Kota Samarahan) 75. YB. Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (Julau) 76. YB. Tuan Anyi Ngau (Baram) 77. YB. Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (Pekan) 78. YB. Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang (Marang) 79. YB. Tan Sri Mahiaddin bin Mohd Yassin (Pagoh) 80. YB. Dato' Sri Azalina Othman Said (Pengerang) 81. YB. Dato' Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem (Serian) 82. YB. Datuk Seri Mohd Redzuan bin Yusof (Alor Gajah) 83. YB. Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor (Putrajaya) 84. YB. Dato' Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah (Lenggong)
YB. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz (Bachok) 86. YB. Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali (Kuala Nerus) 87. YB. Dato' Sri Bung Moktar bin Radin (Kinabatangan) 88. YB. Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh (Besut) 89. YB. Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman (Pasir Salak) 90. YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan (Pontian) 91. YB. Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim (Batang Lupar) 92. YB. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub (Machang) 93. YB. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim (Baling) 94. YB. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari (Pasir Mas) 95. YB. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli (Dungun) 96. YB. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman (Kuala Krai) 97. YB. Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Haji Mohd Dun
(Beaufort) 98. YB. Datuk Abd. Rahim bin Bakri (Kudat) 99. YB. Datuk Haji Shabudin bin Yahaya (Tasek Gelugor) 100. YB. Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong (Hulu Rajang) 101. YB. Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh (Sabak Bernam) 102. YB. Dato' Haji Salim bin Sharif @ Mohd Sharif (Jempol) 103. YB. Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria (Parit) 104. YB. Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi (Tumpat) 105. YB. Datuk Mohamaddin bin Ketapi (Lahad Datu) 106. YB. Datuk Zakaria bin Mohd Edris (Libaran) 107. YB. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris (Jerantut) 108. YB. Datuk Robert Lawson Chuat (Betong) 109. YB. Tuan Kesavan a/l Subramaniam (Sungai Siput) 110. YB. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji (Jelutong) 111. YB. Puan Wong Shu Qi (Kluang) 112. YB. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching) 113. YB. Puan Vivian Wong Shir Yee (Sandakan) 114. YB. Puan Rusnah Binti Aluai (Tangga Batu) 115. YB. Tuan Cha Kee Chin (Rasah) 116. YB. Tuan Teh Kok Lim (Taiping) 117. YB. Puan Noorita Binti Sual (Tenom) 118. YB. Tuan Haji Ahmad bin Hassan (Papar) 119. YB. Datuk Rozman bin Isli (Labuan) 120. YB. Dato' Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir (Jerlun) 121. YB. Dr. Maszlee bin Malik (Simpang Renggam) 122. YB. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman (Muar) 123. YB. Dato' Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah (Kubang Pasu) 124. YB. Tuan Su Keong Siong (Kampar) 125. YB. Dr. Azman bin Ismail (Kuala Kedah) 126. YB. Tuan Sim Chee Keong (Bukit Mertajam) 127. YB. Tuan Chan Ming Kai (Alor Setar) 128. YB. Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh (Bukit Gelugor) 129. YB. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh (Ledang) 130. YB. Puan Kasthuriraani a/p Patto (Batu Kawan) 131. YB. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad (Setiawangsa) 132. YB. Tuan Wong Kah Woh (Ipoh Timur) 133. YB. Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli (Lumut) 134. YB. Tuan Khoo Poay Tiong (Kota Melaka) 135. YB. Tuan Charles Anthony Santiago (Klang) 136. YB. Tuan Sim Tze Tzin (Bayan Baru) 137. YB. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan (Segambut) 138. YB. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor) 139. YB. Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik (Balik Pulau) 140. YB. Tuan Chan Foong Hin (Kota Kinabalu) 141. YB. Puan June Leow Hsiad Hui (Hulu Selangor) 142. YB. Tuan Wong Hon Wai (Bukit Bendera)
YB. Tuan Hassan bin Abdul Karim (Pasir Gudang) 144. YB. Tuan Oscar Ling Chai Yew (Sibu) 145. YB. Tuan Noor Amin bin Ahmad (Kangar) 146. YB. Datuk Dr. Hasan bin Bahrom (Tampin) 147. YB. Tuan Wong Tack (Bentong) 148. YB. Puan Maria Chin binti Abdullah (Petaling Jaya) 149. YB. Tuan Awang Husaini bin Sahari (Putatan) 150. YB. Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Farkharudy (Kota Belud) 151. YB. Tuan Mordi anak Bimol (Mas Gading) 152. YB. Tuan Prabakaran a/l M. Parameswaran (Batu) 153. YB. Tuan Pang Hok Liong (Labis) 154. YB. Tuan Wong Ling Biu (Sarikei) 155. YB. Tuan Karupaiya a/l Mutusami (Padang Serai) 156. YB. Tuan Ma'mun bin Sulaiman (Kalabakan) 157. YB. Tuan Tan Kok Wai (Cheras) 158. YB. Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail (Pandan) 159. YB. Puan Nurul Izzah binti Anwar (Permatang Pauh) 160. YB. Tuan M. Kulasegaran (Ipoh Barat) 161. YB. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew (Wangsa Maju) 162. YB. Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) 163. YB. Dr. Lee Boon Chye (Gopeng) 164. YB. Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa (Parit Buntar) 165. YB. Datuk Ignatius Darell Leiking (Penampang) 166. YB. Tuan Loke Siew Fook (Seremban) 167. YB. Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar (Pokok Sena) 168. YB. Tuan R. Sivarasa (Sungai Buloh) 169. YB. Puan Alice Lau Kiong Yieng (Lanang) 170. YB. Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid (Kapar) 171. YB. Tuan Ong Kian Ming (Bangi) 172. YB. Tuan Wong Chen (Subang) 173. YB. Puan Yeo Bee Yin (Bakri) 174. YB. Puan Nor Azrina binti Surip (Merbok) 175. YB. Tuan Lim Lip Eng (Kepong) 176. YB. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (Port Dickson) 177. YB. Tuan Haji Mohamad bin Sabu (Kota Raja) 178. YB. Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal (Semporna) 179. YB. Tuan Lim Kit Siang (Iskandar Puteri) 180. YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail (Kulim Bandar Baharu) 181. YB. Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub (Pulai) 182. YB. Tuan Gobind Singh Deo (Puchong) 183. YB. Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) 184. YB. Dato' Johari bin Abdul (Sungai Petani) 185. YB. Tuan Chang Lih Kang (Tanjong Malim) 186. YB. Tuan Nga Kor Ming (Teluk Intan) 187. YB. Tuan Chong Chieng Jen (Stampin) 188. YB. Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir (Johor Bahru) 189. YB. Puan Fuziah binti Salleh (Kuantan) 190. YB. Tuan Khalid bin Abd. Samad (Shah Alam) 191. YB. Dr. Michael Teo Yu Keng (Miri) 192. YB. Datuk Mohd Azis bin Jamman (Sepanggar) 193. YB. Puan Teo Nie Ching (Kulai) 194. YB. Datuk Seri Shamsul Iskandar @Yusre bin Mohd Akin (Hang Tuah Jaya) 195. YB. Dato' Ngeh Koo Ham (Beruas) 196. YB. Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil (Lembah Pantai) 197. YB. Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin (Sepang) 198. YB. Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (Tuaran) 199. YB. Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu (Batu Gajah)
YB. Dato’ Eddin Syazlee bin Shith (Kuala Pilah) 2. YB. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam) 3. YB. Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh (Pasir Puteh) 4. YB. Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) 5. YB. Tuan Jugah Ak Muyang @ Tambat (Lubok Antu) 6. YB. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi (Bagan Datuk) 7. YB. Dato' Seri Tiong King Sing (Bintulu) 8. YB. Puan Hajah Natrah Binti Ismail (Sekijang) 9. YB. Dato' Masir Kujat (Sri Aman) 10. YB. Tuan Baru Bian (Selangau) 11. YB. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (Langkawi) 12. YB. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) 13. YB. Datuk Dr. Shahruddin Bin Md. Salleh (Sri Gading) 14. YB. Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus (Hulu Langat) 15. YB. Datuk Christina Liew Chin Jin (Tawau) 16. YB. Datuk Wira Haji Mohd Anuar Mohd Tahir (Temerloh) 17. YB. Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong) 18. YB. Tuan William Leong Jee Keen (Selayang) 19. YB. Tuan Lim Guan Eng (Bagan) 20. YB. Tuan Tony Pua Kiam Wee (Damansara) 21. YB. Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji (Raub)
Tuan Yang di-Pertua
Maka, terdapat undi majoriti lebih daripada dua pertiga yang bersetuju, maka rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.
[Rang undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan]
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam Keluarga Malaysia makmur dan sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990, Akta Penggalakan Pelaburan 1986, Akta Kewangan 2012 dan Akta Kewangan 2018 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Kewangan 2021 yang dicadangkan adalah bagi menguatkuasakan langkah-langkah cukai yang telah diumumkan dalam Bajet 2022 pada 29 Oktober 2021 yang lalu di samping melaksanakan keputusan kerajaan berkenaan penambahbaikan pentadbiran cukai yang memerlukan pindaan kepada akta- akta berkaitan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menjelaskan beberapa perkara penting yang dikemukakan melalui rang undang-undang ini. Rang undang-undang ini mempunyai 67 fasal yang dibahagikan kepada sembilan bab seperti berikut.
Tuan Yang di-Pertua, Bab I ialah permulaan. Bab ini merupakan pengenalan kepada Rang Undang-undang Kewangan 2021 dan skop pindaan akta-akta yang terlibat di bawahnya ialah Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
1976, Akta Setem 1949, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990, Akta Penggalakan Pelaburan 1986, Akta Kewangan 2012 dan Akta Kewangan 2018 Tuan Yang di-Pertua, Bab II ialah pindaan kepada Akta Cukai Pendapatan 1967.
Bab II yang terdiri daripada 26 fasal iaitu fasal 3 hingga 28 adalah bertujuan untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53] seperti berikut.
Pertama, fasal 3 bertujuan menyatakan tarikh kuat kuasa bagi pindaan-pindaan yang dibuat dalam bab ini.
Fasal 4, 13, 21, 23, subfasal 26(b) Bahagian XIX bertujuan untuk meminda subseksyen 5(1A), subseksyen 61 proviso kepada subseksyen 61(1A), subseksyen 127(5), dan memasukkan seksyen baharu 109DA dan Bahagian baharu XIX Jadual 1 bertujuan untuk mengenakan cukai kepada pelabur selain individu yang menerima agihan keuntungan daripada pendapatan faedah melalui pelaburan dana pasaran wang runcit.
Susulan itu, pengenaan cukai pada kadar 24 peratus melalui mekanisme cukai pegangan yang akan dibuat pada peringkat unit amanah akan dikenakan. Bagi pelabur pemastautin, mekanisme ini bukan cukai muktamad dan kredit cukai dibenarkan.
Manakala pendapatan yang diterima oleh bukan pemastautin yang tertakluk kepada potongan cukai di bawah seksyen baharu 109DA Akta 53 tidak akan diambil kira bagi maksud menentukan pendapatan kena cukainya. Sebaliknya, cukai yang dikenakan oleh bukan pemastautin merupakan cukai muktamad atau final tax, dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan-pindaan ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2022.
Subfasal 5(b), subfasal 26(b) Bahagian XX Jadual 1, subfasal 27(a) bertujuan memasukkan perenggan baharu 6(1)(p) Bahagian XX Jadual 1 dan membina perenggan 28 Jadual 6 untuk mengenakan cukai ke atas pendapatan yang diterima oleh pemastautin di Malaysia dari luar Malaysia. Pindaan ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2022.
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Walau bagaimanapun, satu kadar cukai tiga peratus akan dikenakan ke atas remitan yang diterima melalui 1 Januari 2022 hingga 30 Jun 2022 seperti di bawah Bahagian XX Jadual 1 kepada Akta 53. Pindaan ini berkuat kuasa dari 1 Januari 2022 hingga 30 Jun 2022.
Fasal 6 bertujuan untuk meminda perenggan 6D(3)(c) Akta 53 untuk melanjutkan tempoh permulaan operasi daripada sehingga 31 Disember 2021 kepada 31 Disember 2022 bagi syarikat atau perkongsian liabiliti terhad itu layak bagi rebat cukai. Pindaan ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2022.
Fasal 7 dan fasal 20 bertujuan bertujuan untuk memasukkan perenggan baharu 39(1)(s) dan seksyen baharu 107D untuk mengehendaki suatu syarikat memotong cukai pada kadar 20 peratus daripada bayaran tunai yang dibuat kepada ejen, pengedar atau pengagih yang terbit daripada jualan, transaksi atau skim yang dijalankan oleh orang itu.
Potongan itu perlu dibuat apabila jumlah keseluruhan bayaran sama ada dalam bentuk kewangan atau sebaliknya dibuat kepada ejen, pengedar atau pengagih pada tahun taksirannya melebihi RM100,000.00. Sekiranya syarikat tidak memotong dan meremitkan cukai tersebut, potongan tidak dibenarkan ke atas perbelanjaan berhubung dengan apa- apa bayaran tunai yang dibuat kepada ejen, pengedar atau pengagih. Pindaan ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2022.
Tuan Yang di-Pertua, fasal 8 bertujuan untuk meminda subseksyen 44(5F) untuk melanjutkan tempoh sekatan kerugian perniagaan yang tidak dapat diserap dalam tahun taksiran semasa boleh dibawa ke hadapan dari tujuh kepada 10 tahun berturut-turut.
Pindaan ini disifatkan telah berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2019.
Fasal 9 bertujuan untuk meminda subseksyen 46(1) seperti berikut. Subfasal 9(a) bertujuan untuk meminda subperenggan 46(1)(f)(iii) untuk menaikkan had pelepasan cukai bagi bayaran apa-apa kursus kemahiran yang diambil bagi maksud peningkatan kemahiran atau kemajuan diri daripada RM1,000 kepada RM2,000. Pindaan ini berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2022 dan 2023.
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Subfasal 9(b) bertujuan untuk menggantikan perenggan 46(1)(h) dengan perenggan baharu dengan memasukkan subperenggan baharu 46(1)(h)(i), (ii) dan (iii) bagi memperuntukkan pelepasan cukai sehingga RM1,000 ke atas perbelanjaan pemeriksaan perubatan penuh, perbelanjaan untuk pengesanan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19), dengan izin termasuklah ujian pengesanan kendiri yang dibelanjakan oleh seseorang individu untuk dirinya sendiri, pasangan atau anak dan perbelanjaan bagi pemeriksaan kesihatan mental atau konsultasi yang dilakukan oleh seseorang individu untuk diri sendiri, pasangan atau anak.
Subfasal 9(c) bertujuan untuk meminda subperenggan 46(1)(n) untuk menaikkan had pelepasan cukai daripada RM250 kepada RM350 dan skop pelepasan ini diperluaskan kepada caruman yang dibuat atau ditanggung oleh seseorang individu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial mengikut Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 [Akta 800].
Subfasal 9(d) bertujuan untuk meminda perenggan (c) proviso kepada perenggan 46(1)(r) untuk melanjutkan tempoh pelepasan cukai sehingga RM3,000 bagi bayaran fi kepada taman asuhan kanak-kanak yang berdaftar dengan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 [Akta 308] atau tadika yang berdaftar di bawah Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] bagi kanak-kanak yang berumur enam tahun dan ke bawah dari tahun taksiran 2021 kepada tahun taksiran 2023.
Subfasal 9(e) bertujuan untuk menggantikan perenggan 46(1)(s) dengan perenggan baharu untuk memasukkan subperenggan 46(1)(s)(i) dan (ii) bagi memperluaskan skop pelepasan cukai pelancongan domestik untuk merangkumi perbelanjaan pembelian pakej pelancongan domestik melalui ejen pengembaraan berlesen dan melanjutkan tempoh pelepasan cukai ini kepada tahun taksiran 2022.
Subfasal 9(f) bertujuan untuk meminda perenggan (a) proviso kepada perenggan 46(1)(t) untuk melanjutkan tempoh pelepasan cukai bagi pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet dari tahun taksiran 2021 kepada tahun taksiran 2022.
Subfasal 9(h) bertujuan memasukkan perenggan baharu 46(1)(v) untuk memperuntukkan pelepasan cukai sehingga RM2,500 bagi perbelanjaan berhubung bayaran pemasangan, sewaan, pembelian termasuk sewa-beli peralatan atau langganan bagi penggunaan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik bagi kenderaannya sendiri yang berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2022 dan 2023.
Tuan Yang di-Pertua, fasal 10 dan 11 bertujuan meminda perenggan 49(1)(b), subseksyen 49(2) dan subseksyen 50(3) untuk memperluaskan skop pelepasan cukai bagi caruman kepada Wang Kumpulan Simpanan Pekerja untuk meliputi caruman oleh pegawai berpencen mengikuti pengertian seksyen 2 Akta Pencen 1980 [Akta 227] dan caruman yang dibuat secara sukarela oleh orang yang bekerja sendiri mengikut pengertian seksyen 2 Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 [Akta 425].
Fasal 12 bertujuan untuk meminda bertujuan untuk meminda seksyen 60AA seperti berikut:
Subfasal 12(a) dan (d) bertujuan untuk meminda subperenggan 60AA(9)(a)(iii) dan 60AA(10)(a)(iii) untuk memperluaskan skop berkenaan cukai pendapatan bagi dana pemegang saham untuk termasuk fi wakalah dan caj lain yang berkaitan dengan dana keluarga.
Subfasal 12(b), (c), (e), (f) dan (g) untuk meminda subperenggan 60AA(9)(b)(iii), 60AA(9)(b)(iv), 60AA(10)(b)(iii), 60AA(10)(b)(iv) dan 60AA(10B) untuk memperluaskan skop potongan cukai yang dibenarkan bagi dana pemegang saham untuk termasuk apa- apa perbelanjaan yang berkaitan dengan dana keluarga.
Subfasal 12(h) bertujuan untuk memotong subseksyen 60AA(11) yang menganggap theme dengan izin pendapatan larasan dana pemegang saham sebagai pendapatan berkanun yakni supaya membenarkan tuntutan elaun modal dibuat di peringkat dana pemegang saham.
Subfasal 12(i) dan (j) bertujuan untuk memasukkan peruntukan subseksyen baharu 60AA(17A) (17B), (17C) dan (17D) bagi membenarkan tuntutan elaun modal
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
dibuat di peringkat dana pemegang saham ke atas aset baharu yang diperolehi dan digunakan dalam perniagaan dana tersebut mulai 1 Januari 2022 adalah dituntut terhadap pendapatan larasan dana pemegang saham dan tidak boleh diserapkan terhadap dana keluarga dan dana am. Maka melalui pindaan ini, baki tuntutan elaun modal yang dapat diserap yang dibawa ke hadapan hendaklah dituntut di bawah dana masing-masing sehingga diserap sepenuhnya. Pindaan ini berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2022 dan tahun-tahun taksiran berikutnya.
Fasal 14 bertujuan memasukkan seksyen baharu 66A bagi memberi Ketua Pengarah kuasa untuk memberikan nombor pengenalan cukai kepada seseorang yang boleh ditaksirkan dan boleh dikenakan cukai di bawah Akta 53 atau yang merupakan warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas.
Fasal 15 untuk meminda subseksyen 77A(4) untuk memperuntukkan bahawa jika suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah atau koperasi dikehendaki untuk menyediakan penyata kewangan mengikut mana-mana undang-undang bertulis, maka pengemukaan borang cukainya hendaklah dikemukakan berdasarkan pernyataan penyata kewangan itu.
Fasal 16 bertujuan untuk meminda seksyen 89 untuk menghendaki pembayar cukai untuk memberitahu pertukaran alamat menggunakan borang yang ditetapkan kepada Ketua Pengarah.
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Fasal 17, 24 dan 25 bertujuan meminda perenggan 97A(10)(a), 131(5)(a) dan 131A(5) untuk memperuntukkan bahawa permintaan pembayar cukai boleh dibuat menggunakan borang yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah memanjangkan permohonan pelepasan kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan.
Fasal 18 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 106A untuk memberi Ketua Pengarah kuasa mengarahkan institusi kewangan untuk memberi maklumat akuan bank pembayar cukai bagi tujuan tindakan garnismen. Mana-mana institusi yang tidak mematuhi arahan atau mendedahkan arahan Ketua Pengarah, ia merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan denda tidak kurang RM200 dan tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.
Fasal 19 bertujuan meminda subseksyen 107C(10A) untuk memperluaskan skop berkenaan kenaikan 10 peratus daripada cukai yang kena dibayar kepada perkongsian liabiliti terhad ke atas kegagalan mengemukakan anggaran cukai.
Subfasal 26(a) bertujuan memasukan subperenggan 2(2) ke dalam Bahagian I Jadual 1 untuk memperuntukkan kadar cukai 33 peratus kepada satu syarikat, selain yang tertakluk di bawah perenggan 2A Bahagian I Jadual 1 yang mempunyai pendapatan bercukai melebihi RM100 juta dalam tempoh asas bagi tahun taksiran 2022.
Subfasal 27(b) dan (c) bertujuan untuk meminda subperenggan 33A(2) Jadual 6 dan subperenggan 33B(2) Jadual 6 untuk memperluaskan skop sekatan pengecualian pendapatan faedah yang diterima oleh penerima bukan pemastautin daripada transaksi penawaran sukuk yang distrukturkan semula dengan asset-backed security, dengan izin ABS. Penerima bukan pemastautin berkenaan, merupakan syarikat yang berkaitan dengan originator, dengan izin bagi ABS tersebut. Cara ini terpakai kepada faedah yang dibayar atau dikreditkan oleh suatu syarikat bertujuan khas kepada satu syarikat menurut terbitan sekuriti bersandarkan aset yang diserah simpan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia melalui 1 Januari 2022.
Manakala, subfasal 27(d) bertujuan untuk memasukkan perenggan baharu 37 ke dalam Jadual 6 untuk mengadakan peruntukan bagi tafsiran syarikat pentauliahan khas.
Pindaan ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2022.
Fasal 28 bertujuan meminda Jadual 7A kepada Akta 53. Subperenggan 28(a)(i),
(ii), (iii) dan (iv) bertujuan meminda perenggan 2B Jadual 7A kepada Akta 53 untuk memperuntukkan bahawa suatu syarikat yang telah membuat tuntutan elaun pelaburan semula dan tempoh itu berakhir selewat-lewatnya tahun taksiran 2018 hingga 2023.
Syarikat itu layak menuntut elaun pelaburan semula hingga tahun taksiran 2024.
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Perenggan 28(b) bertujuan untuk meminda perenggan 4B Jadual 7A kepada Akta 53 untuk memperuntukkan bahawa dalam pelaburan semula yang tidak dapat dituntut di bawah perenggan 2B Jadual 7A kepada Akta 53 boleh dibawa ke hadapan bagi tempoh tujuh tahun taksiran berturut-turut sebaik sahaja selepas berakhir tempoh elaun pelaburan semula 15 tahun taksiran berturut-turut. Apa-apa amaun yang tidak diserapkan selepas tamat tempoh tersebut akan diabaikan.
Perenggan 28(c) bertujuan untuk memasukkan perenggan baharu 4C ke dalam Jadual 7A kepada Akta 53. Perenggan baharu 4C yang dicadangkan bertujuan untuk memperuntukkan bahawa apa-apa elaun pelaburan semula yang tidak dapat diserapkan berhubung perbelanjaan modal yang dilakukan selepas berakhir 15 tahun taksiran berturut-turut hingga tahun taksiran 2024 hendaklah hanya diberikan bagi tempoh tujuh tahun taksiran berturut-turut sebaik sahaja selepas tahun taksiran 2024. Apa-apa amaun tidak dapat diserapkan selepas tarikh akhir tempoh itu akan diabaikan. Pindaan fasal 28 ini berkuat kuasa Tuan Yang di-Pertua bagi taksiran 2022 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya.
Tuan Yang di-Pertua, Bab III pindaan kepada Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976. Bab III yang terdiri daripada tujuh fasal iaitu fasal 29 hingga fasal 35 bertujuan untuk meminda Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 [Akta 169] seperti berikut.
Fasal 29 bertujuan menyatakan tarikh kuat kuasa bagi pindaan-pindaan yang dibuat dalam bab ini.
Fasal 30 bertujuan menggantikan subseksyen 21B(1A) dengan subseksyen baharu untuk memperuntukkan bahawa pemeroleh hendaklah memegang simpan kesemua atau suatu jumlah yang tidak melebihi lima peratus daripada jumlah nilai balasan bagi pelupusan dalam tempoh tiga tahun selepas tarikh pemerolehan bagi pelupus di Bahagian II Jadual 5.
Fasal 31 bertujuan meminda subseksyen 32(1) untuk memperluaskan skop kesalahan di bawah seksyen ini kepada kegagalan membayar suatu jumlah wang atau hutang yang genap masa dan kena dibayar sebelum meninggalkan Malaysia dan menaikkan amaun denda. Bagi kesalahan di bawah seksyen ini daripada amaun tidak melebihi RM5,000 kepada tidak kurang daripada RM200 dan tidak melebihi RM20,000.
Fasal 32 bertujuan memasukkan seksyen baharu 57B untuk mengehendaki pembayar cukai menggunakan nombor pengenalan cukai yang diberikan oleh Ketua Pengarah bagi maksud akta ini.
Fasal 33 bertujuan meminda Jadual 2 seperti berikut.
Subfasal 33(a) bertujuan meminda sub-subperenggan 3(1)(b) untuk memperluaskan skop pemindahan aset kepada syarikat yang mana harga pelupusan disifatkan sebagai sama dengan harga pemerolehan adalah termasuk dalam transaksi melibatkan pelupusan oleh nominee atau pemegang amanah suatu individu, isteri individu itu atau kedua-duanya.
Subfasal 33(b) bertujuan meminda subperenggan 33(d) untuk membenarkan kerugian daripada pelupusan saham di bawah perenggan 34 sebagai tolakan terhadap keuntungan pelupusan aset yang lain.
Fasal 34 bertujuan meminda perenggan dua Jadual 4 untuk menjelaskan formula pengiraan pengecualian bagi pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai adalah termasuk bahagian syer di bawah perenggan 34 atau 34A Jadual 2 akta yang sama.
Fasal 35 bertujuan untuk meminda Bahagian I dan II Jadual 5 seperti berikut; Subfasal 35(a) bertujuan meminda Bahagian I untuk memperuntukkan kadar cukai bagi pelupusan dalam tahun keenam dan tahun berikutnya dipinda daripada lima peratus kepada tiada.
Subfasal 35(b) bertujuan meminda Bahagian II untuk memperuntukkan kadar cukai yang dinyatakan di bawah bahagian ini adalah turut terpakai kepada mana-mana
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
kumpulan orang yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis di Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, Bab IV. Pindaan kepada Akta Setem 1949. Bab IV terdiri daripada sembilan fasal iaitu fasal 36 sehingga fasal 44 bertujuan untuk meminda Akta Setem 1949 [Akta 378] seperti berikut.
Fasal 36 bertujuan menyatakan tarikh kuat kuasa bagi pindaan-pindaan yang dibuat dalam bab ini.
Fasal 37 dan 39 bertujuan memasukkan seksyen baharu 36D dan meminda seksyen 39 yang menjelaskan keadaan-keadaan apabila suatu taksiran duti setem sebagai muktamad dan konklusif dan tindakan bayaran balik duti setem hanya dibuat apabila taksiran menjadi muktamad dan konklusif seperti keputusan mahkamah di peringat yang tertinggi.
Fasal 38 bertujuan untuk memasukkan subseksyen baharu 37(2A) untuk memperuntukkan pengenaan fi pemprosesan RM10 bagi endorsement oleh pemungut ke atas suatu surat cara yang dikecualikan daripada duti setem yang melebihi RM10.
Fasal 40 bertujuan meminda perenggan (a) proviso kepada seksyen 57 untuk melanjutkan tempoh permohonan dan bayaran balik duti yang telah dikenakan ke atas setem yang rosak dari pemungut daripada 12 bulan kepada 24 bulan.
Fasal 41 bertujuan meminda seksyen 58 untuk melanjutkan tempoh permohonan bayaran balik duti yang telah dibayar bagi setem yang melebihi nilai yang sepatutnya yang digunakan dengan cara tidak sengaja atau duti yang telah dibayar bagi surat cara yang tidak dikenakan duti dari 12 bulan kepada 24 bulan.
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Fasal 42 bertujuan meminda subseksyen 77A(1) untuk membenarkan pembayar duti yang tidak berpuas hati dengan taksiran atau taksiran tambahan oleh pemungut untuk membuat notis bantahan serta permohonan bayaran balik duti di bawah seksyen 57, 58 atau 80b atau subseksyen 21(7), 39(4) atau 80(3) dengan cara perantaraan elektronik.
Fasal 43 bertujuan memasukkan seksyen baharu 77C untuk menghendaki pembayar duti menggunakan nombor pengenalan cukai yang diberikan oleh Ketua Pengarah bagi maksud akta ini.
Fasal 44 bertujuan menggantikan butiran 31 Jadual Pertama dengan butiran 31 baharu untuk menaikkan kadar duti bagi nota kontrak penjualan syer atau saham daripada RM1.00 kepada RM1.50.
Tuan Yang di-Pertua, Bab V. Pindaan kepada Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967. Bab V terdiri daripada tujuh fasal iaitu fasal 45 hingga 51, bertujuan untuk meminda Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, Akta 543 seperti berikut.
Fasal 45 bertujuan menyatakan tarikh kuat kuasa bagi pindaan-pindaan yang dibuat dalam bab ini.
Fasal 46 bertujuan meminda seksyen 37 untuk menghendaki pembayar cukai memberitahu pertukaran alamat menggunakan borang yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah.
Fasal 47, 50 dan 51 bertujuan meminda perenggan 41A(10)(a) subseksyen 66(5) dan 66(5)(a) untuk memperuntukkan bahawa permintaan pembayar cukai boleh dibuat menggunakan borang yang ditetapkan bagi Ketua Pengarah memanjangkan permohonan pelepasan kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan.
Fasal 48 bertujuan memasukkan subseksyen baharu 43(4) untuk memperuntukkan bahawa pembayar cukai yang terkilan dengan taksiran akibat daripada mematuhi ketetapan umum yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah atau apa-apa amalan Ketua Pengarah yang terpakai pada masa taksiran itu dibuat boleh mengemukakan rayuan di bawah seksyen 43 akta yang sama.
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Fasal 49 bertujuan memasukkan subseksyen bahar 65C(1A) untuk memperuntukkan bahawa Menteri diberikan kuasa untuk mengecualikan mana-mana orang yang boleh dikenakan cukai berhubung dengan mana-mana pendapatan atau kelas pendapatan daripada kesemua atau mana-mana peruntukan di bawah akta ini.
Tuan Yang di-Pertua, Bab VI pindaan kepada Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990. Bab VI yang terdiri daripada enam fasal iaitu fasal 53 hingga 58 bertujuan untuk meminda Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990, Akta 445 seperti berikut.
Fasal 53 bertujuan untuk memasukkan subseksyen baharu (1C), (1D) dan (1E) ke dalam seksyen 2B Akta 445 iaitu subseksyen baharu 2B(1C) Akta 445 yang dicadangkan bertujuan untuk menjelaskan bahawa keuntungan bersih yang disebut dalam perenggan 2B(1B)(a) Akta 445 tidak termasuk pendapatan yang diperoleh daripada hak harta intelek.
Subseksyen baharu 2B(1D) Akta 445 yang dicadangkan bertujuan untuk memperuntukkan bahawa apa-apa pendapatan yang diperoleh daripada hak harta intelek adalah tertakluk kepada cukai di bawah Akta 53. Subseksyen baharu 2B(1E) Akta 445 yang dicadangkan bertujuan untuk memperuntukkan bahawa istilah “hak harta intelek” dalam seksyen 2B Akta 445 mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 4(5) Akta 445. Pindaan ini Tuan Yang di-Pertua disifatkan telah berkuat kuasa pada 1 Januari 2019.
Fasal 54 pula bertujuan untuk meminda seksyen 8 Akta 445 untuk memperuntukkan bahawa suatu entiti Labuan yang menjalankan suatu aktiviti perniagaan Labuan yang tidak mempunyai tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, Ketua Pengarah boleh mengarahkan bahawa tempoh asas bagi tahun taksiran itu dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya untuk termasuk suatu tempoh atau tempoh-tempoh (yang mungkin menjadi apa-apa tempoh) sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu. Pindaan ini disifatkan telah mula berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2020 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya.
Fasal 55 bertujuan untuk meminda seksyen 10 Akta 445 untuk menghendaki suatu entiti Labuan yang menjalankan suatu aktiviti perniagaan yang merupakan aktiviti bukan perdagangan Labuan untuk memfailkan penyata keuntungannya dalam borang yang ditetapkan bersama dengan akuan berkanun. Pindaan ini berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2022 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya.
Fasal 56 bertujuan untuk meminda seksyen 11 Akta 445 untuk menghendaki suatu entiti Labuan yang menjalankan aktiviti perniagaan Labuan yang merupakan suatu aktiviti bukan perdagangan Labuan di bawah seksyen 10 Akta 445 semasa memfailkan akuan berkanun dan penyata keuntungannya bagi suatu tahun taksiran untuk membuat bayaran penuh cukai, jika ada, yang akan dikenakan bagi tahun taksiran itu atau yang akan dikenakan bagi tahun taksiran itu selepas pengurangan rebat di bawah seksyen 8A Akta 445. Pindaan ini berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2022 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya.
Fasal 57 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 16A ke dalam Akta 445 untuk mengadakan peruntukan bagi tanggungan pengarah pemastautin suatu syarikat berhubung dengan apa-apa cukai yang genap masanya dan kena dibayar oleh syarikat di bawah Akta 445. Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2022.
Fasal 58 bertujuan untuk meminda perenggan 23(b) Akta 445 untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan suatu entiti Labuan yang menjalankan suatu aktiviti perniagaan Labuan yang merupakan aktiviti bukan perdagangan Labuan untuk memfailkan akuan berkanun dan penyata keuntungannya sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 10 Akta 445. Pindaan ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2022.
Tuan Yang di-Pertua, Bab VII pindaan kepada Akta Penggalakan Pelaburan 1986. Bab VII terdiri daripada lima fasal iaitu fasal 59 hingga 63 bertujuan untuk meminda Akta Penggalakan Pelaburan 1986, Akta 327 seperti berikut.
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Fasal 60(a) dan 60(b) bertujuan untuk meminda seksyen 2 Akta 327 yang menjelaskan takrif “syarikat penyelidikan dan kemajuan” dan “syarikat penyelidikan dan kemajuan kontrak” bagi satu syarikat bertaraf penyelidikan dan kemajuan di bawah seksyen baharu 4H Akta 327.
Fasal 62 pula bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 4G, sehingga 4L ke dalam Akta 327 yang bertujuan untuk mewujudkan peruntukan bagi permohonan kelulusan, pemberian taraf, ketidakpatuhan, penarikan balik, penyerahan balik serta pelanjutan tempoh kepada syarikat bertaraf penyelidikan dan kemajuan.
Fasal 63 bertujuan untuk mengadakan peruntukan kecualian dan peralihan.
Tarikh kuat kuasa bagi fasal 62 dan fasal 63 adalah pada 1 Januari 2022.
Tuan Yang di-Pertua Bab VIII, pindaan kepada Akta Kewangan 2012. Bab VIII yang terdiri daripada dua fasal iaitu fasal 64 dan fasal 65 bertujuan untuk meminda Akta Kewangan 2012 seperti berikut.
Fasal 64 bertujuan menyatakan tarikh kuat kuasa bagi pindaan yang dibuat dalam bab ini.
Fasal 65 bertujuan menggantikan subseksyen 3(4) untuk melanjutkan tempoh pelepasan cukai bagi bayaran premium anuiti tertunda sehingga tahun taksiran 2022 sehingga tahun taksiran 2025.
Bab IX, pindaan kepada Akta Kewangan 2018.
Tuan Yang di-Pertua, Bab IX yang terdiri daripada dua fasal iaitu fasal 66 dan fasal 67 bertujuan untuk meminda Akta Kewangan 2018 seperti berikut.
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Fasal 66 bertujuan menyatakan tarikh kuat kuasa bagi pindaan yang dibuat dalam bab ini.
Fasal 67 bertujuan untuk meminda seksyen 11 Akta 812 untuk melanjutkan tempoh potongan dari tahun taksiran 2025 kepada tahun taksiran 2028 bagi apa-apa amaun yang ditentukan di bawah perenggan 43(3)(b) Akta 53 untuk dipotong di bawah subseksyen 43(2) Akta 53 dan apa-apa amaun sedemikian yang tidak dapat dipotong sepenuhnya berdasarkan subseksyen 43(2) Akta 53 selepas tahun taksiran 2028 tidak diambil kira.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini disifatkan mula berkuat kuasa bagi tahun taksiran 2019 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ada sesiapa yang menyokong?
Menteri Pengajian Tinggi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Petroleum Cukai Pendapatan 1967, Akta Cuka Aktiviti Perniagaan Labuan 1990, Akta Penggalakan Pelaburan 1986, Akta Kewangan 2012 dan Akta Kewangan 2018 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Saya ada senarai sini. Saya bacakan 12 Ahli Yang Berhormat. Saya mulakan dengan Yang Berhormat Pontian, kemudian Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Bangi, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Beruas dan Yang Berhormat Kluang. Saya mulakan dengan Yang Berhormat Pontian, lima minit.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jelutong ada?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Jelutong...
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Bukit Bendera juga, ada?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
...Ada di bawah ini.
Nanti kita— selepas yang ke-12.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, pertama saya ingin memberikan sokongan kepada empat perkara mengenai potongan perseorangan.
Pertama, disebut dalam rang undang-undang ini bahawa potongan perseorangan kepada cukai pendapatan boleh dibuat jika mereka berbelanja untuk memeriksa perubatan penuh dan perbelanjaan bagi ujian pengesanan penyakit COVID-19 termasuklah ujian pengesanan sendiri COVID-19 yang dibelanjakan oleh seseorang individu untuk dirinya sendiri, suami, isterinya atau anaknya.
Saya kira ini baik kepada rakyat kerana sebagai contoh, kita membayar sejumlah yang tertentu untuk membuat pemeriksaan sebelum ini. Sebelum ada test kit yang murah, kita pergi ke hospital-hospital untuk memenuhi keperluan-keperluan tertentu. Ada yang bayar RM200, ada yang bayar RM300. Jadi, potongan-potongan itu dengan disertakan resit-resitnya ia adalah satu perkara yang cukup baik menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada rakyat. Itu yang pertama yang disebut di sini.
Kemudian juga disebut bahawa pelepasan berhubung dengan bayaran fi asuhan kanak-kanak pada taman asuhan kanak-kanak yang berdaftar dan juga tadika yang berdaftar dengan Akta Pendidikan. Ini juga bagus untuk memberi galakan kepada ibu- bapa untuk meletakkan anak-anak di tempat-tempat taman asuhan yang berdaftar. Jika mereka meletakkan anak-anak mereka di situ untuk dijaga dengan baik, maka ada pelepasan cukai. Ini satu lagi perkara yang baik.
Satu lagi perkara baik yang saya lihat di sini ialah daripada segi pelepasan cukai untuk bercuti. Ini kita hendak bercuti ini ya. Saya hendak bercuti tidak jauhlah, pergi Janda Baik sahaja pun. Akan tetapi di sini bahawa ada potongan perseorangan untuk bayaran penginapan di premis yang...
Dr. Ong Kian Ming - Bangi
Kenapa tidak mempromosi Pontian ya Yang Berhormat?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ya?
Dr. Ong Kian Ming - Bangi
Cuti di Pontian pun boleh kan?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Itu lainlah. Ini kalau kita pergi ke tempat lain, di premis yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Pelancongan di bawah Akta Industri Pelancongan dan juga ke tempat tarikan pelancong. Pontian pun ada tempat tarikan pelancong. Kemudian, kita nyatakan bahawa di situ ada potongan perseorangan cukai pendapatan. Ini satu lagi perkara yang baik, yang ada dalam rang undang-undang ini.
Seterusnya satu lagi yang baik, apa dia? Sebelum ini kita telah menguar-uarkan agar dibuat caruman secara sukarela kepada orang yang bekerja sendiri untuk potong KWSP. Lama sudah kita uar-uarkan tentang perkara ini. Akan tetapi, dengan adanya potongan yang dibenarkan kepada mereka yang membuat caruman secara sukarela untuk KWSP terutama yang bekerja sendiri, ini adalah satu perkara yang baik untuk menggalakkan caruman KWSP.
Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, ini yang berhubung tentang cukai RM100 juta, syarikat melebihi— yang dikenakan cukai melebihi RM100 juta. Saya hendak tanya, berapa banyak syarikat di Malaysia yang mempunyai pendapatan boleh dikenakan cukai melebihi RM100 juta? Saya hendak tanya bahawa, apakah senarai syarikat itu? Saya hendak tahu, berapa jumlah syarikat sahaja?
Berapakah jumlah agaknya yang dikutip daripada peruntukan bagi dua kadar cukai baharu
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
ini? Ini satu perkara yang saya ingin tanyakan mengenai syarikat yang boleh dicukai lebih daripada RM100 juta.
Akhir ialah ada disebut sini mengenai Labuan. Saya hendak bertanya. Kita telah mengadakan apa yang dipanggil sebagai International Offshore Financial Centre (IOFC) untuk Labuan ini. Saya ingin tahu perkembangan Labuan bawah IOFC ini. Juga satu lagi ialah Akta Penggalakan Pelaburan, main banyak potongan cukai supaya pelabur-pelabur boleh masuk. Ini satu lagi kebaikan yang ada dalam rang undang-undang ini.
Seterusnya yang akhir ialah mengenai Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan.
Kalau kita ada masalah percukaian, katakanlah kita dikenakan cukai-cukai yang tertentu dan kemudian kita ingin mengurangkan cukai-cukai itu, kita boleh pergi ke Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan. Akan tetapi, saya hendak tahu prosedurnya. Tolong mudahkan prosedurnya supaya kalau ada pertikaian-pertikaian tentang cukai peribadi yang terlalu tinggi dan sebagainya, kita boleh pergi kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan.
Terima kasih, terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Akan tetapi isytihar kena ikhlas Yang Berhormat. Isytihar kena ikhlas.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih.
Cuma di sini saya hendak ingatkan bahawa fokus kepada pindaan-pindaan sahaja kerana bajet rang undang-undang telah pun diluluskan sebelum ini. Jadi, elakkan sentuh benda- benda yang dasar ataupun polisi ya. Rujuk kepada pindaan yang sedang dibahas. Sila Yang Berhormat Subang.
Tuan Wong Chen - Subang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua, saya tidak akan mengambil masa yang lama. Izinkan saya teruskan kepada isu teras. Perkara yang paling penting di dalam pindaan ini adalah mengenai penarikan dasar, foreign sources of income exemption. Dengan penarikan pengecualian ini, kerajaan akan mengenakan cukai terhadap pendapatan asing mulai 1 Januari 2022 iaitu tahun hadapan.
Adakah ini satu dasar fiskal yang baik atau tidak? Inilah soalan utama yang perlu dijawab di dalam Dewan yang mulia ini.
Daripada segi fiskal, dasar ini nampaknya baik untuk kerajaan kerana mengikut perkiraan kementerian sendiri, kerajaan bakal menerima cukai sebanyak RM1.2 bilion bagi tahun 2022. Saya ingin tahu, apakah formula dan perkiraan terperinci untuk mendapatkan angka RM1.2 bilion ini? Apakah tax rate akan dipakai? Apakah kuantum pendapatan asing yang diramal akan pulang ke Malaysia tahun hadapan? Adakah ia menggunakan kadar cukai biasa iaitu 24 peratus kepada syarikat dan kuantum sebanyak RM5 bilion setahun, tahun hadapan untuk mendapat RM1.2 bilion ini?
Saya juga difahamkan bahawa LHDN berhasrat mengenakan cukai tiga peratus sahaja, flat tax ke atas kesemua wang pendapatan asing yang dibawa pulang ke Malaysia bagi tempoh enam bulan pertama tahun 2022. Ini nampaknya adalah satu program tax amnesty yang berdasarkan good faith di mana LHDN memberi jaminan tidak akan membuat apa-apa siasatan lanjutan. Adakah tax amnesty ini satu keperluan? Itu penting ya. Atau adakah ini satu peluang keemasan bagi yang kaya-raya untuk membawa balik wang-wang asing ke Malaysia? Untuk apa tujuan hendak beli aset? Tanah kerajaan?
Hendak sokong pilihan raya?
Tuan Wong Chen - Subang
Kita sudah tahu tax rate adalah pada kadar tiga peratus. Jadi, apakah ramalan kuantum wang tax amnesty yang akan pulang dalam tempoh enam bulan melalui program ini? Soalannya, berapakah penerimaan cukai yang kerajaan bakal terima melalui program ini? Adakah penerimaan cukai ini sudah diambil kira sebagai sebahagian angka besar RM1.2 bilion cukai bagi tahun 2022?
Tidak dinafikan Tuan Yang di-Pertua, negara kita memang memerlukan dana RM1.2 bilion. Akan tetapi kerajaan juga perlu mengambil kira impak negatif dasar ini.
Syarikat dan individu akan cenderung untuk mengurangkan pemulangan wang asing akibat cukai ini. Pada zaman pandemik ini, kita memerlukan pemulangan wang asing
Tuan Wong Chen - Subang
sepenuhnya supaya negara kita boleh menerima pelaburan penuh untuk mengembangkan ekonomi kita.
Adakah surutan kuantum pemulangan wang asing ini sekiranya dasar ini dilaksanakan? Saya rasa memang akan berlaku. Saya difahamkan bahawa pada puratanya, syarikat dan individu membawa pulang wang asing sebanyak RM28 bilion setahun. Jadi, apabila dasar baharu ini dilakukan, adakah pulangan wang ini akan surut RM10 bilion setahun atau surut lebih teruk ke RM20 bilion setahun?
Tuan Yang di-Pertua, apa yang kita semua benar-benar perlukan dari Yang Berhormat Menteri adalah pendedahan cost-benefit analysis of this new tax policy. Kalau semua angka ini munasabah dan jelas menunjukkan ataupun boleh menunjukkan ia tidak akan menjejaskan ekonomi negara, saya rasa saya boleh terimalah pindaan ini.
Saya juga telah mengambil kira persoalan, sama ada dasar baharu ini akan menyekat pelaburan baharu di Malaysia dengan izin, I am aware of the argument that this new policy may scare off investors settling in Malaysia as an investment hub. Akan tetapi saya rasa argument ini ada merit, tetapi tidak banyak. Bagi saya, the truth is investors invest or not di Malaysia ini, ada reasons dia. This new tax is only a small negative component. Bagi saya, the bigger positive component is the fact that despite of dysfunctional political economy, investors are happy to invest here because we don’t have capital gains tax on shares. Tuan Yang di-Pertua, walaupun saya dulu seorang peguam korporat, I am not a new liberal prosperity preacher. Bapa saya seorang peniaga, tetapi mak saya memang berjiwa socialist. Yang Berhormat Port Dickson kerap bergurau, mengatakan setelah saya masuk Keadilan, saya telah menjadi lebih pro-rakyat dan tidak lagi pro-business. The truth of the matter is, saya tidak pernah pro-business walaupun saya hidup di dalam dunia perniagaan. Bagi saya, dunia ini sedang menghadapi masalah kesaksamaan yang sangat ketara. Saya percaya kaedah Keynesian economics perlu diangkat dan dijunjung semula.
Tuan Yang di-Pertua, saya percaya bahawa campur tangan kerajaan adalah sangat penting jika kita benar-benar serius dalam memerangi ketidaksamaan besar- besaran. Taxation if used properly and done in fairness, can be an effective tool to address inequality. Tuan Yang di-Pertua, masa saya sudah habis. Saya terpaksa ke satu diplomatic sit-down dinner yang saya memang sudah lewat. Ia bermula pada pukul 6.00 petang lagi.
Oleh yang demikian, saya minta maaflah kepada Yang Berhormat Menteri. Kalau Yang Berhormat Menteri boleh beri jawapan bertulis kepada saya nanti. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Subang. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Tebrau.
Akan tetapi sebelum itu, oleh sebab saya hendak habiskan semua, ada tambahan lagi lima orang termasuk Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Bukit Bendera untuk bahas petang ini dan hanya menggulung esok. Jadi, saya nak reduce, mengurangkan pembahas kepada empat minit. Dipersilakan Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Saya haraplah Tuan Yang di- Pertua boleh biarkan saya habiskan lima perkara sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Silakan.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Tuan Yang di-Pertua, perkara pertama pemastautin. Bajet 2022 telah mencatatkan bahawa pendapatan seorang yang bermastautin yang diterima di Malaysia dari luar negara bermula dari 1 Januari 2022 hingga 30 Jun 2022, akan dikenakan cukai pada kadar tiga peratus daripada pendapatan kasar dan selepasnya pada kadar yang biasa. Seksyen 7 Akta Cukai Pendapatan hanya menggunakan bilangan hari tinggal di Malaysia untuk memastikan status pemastautin seseorang individu itu.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Manakala seksyen 8 akta yang sama terpakai kepada syarikat dan badan orang di mana status pemastautin mereka ditentukan oleh tempat pengurusan dan kawalan atau management and control dilaksanakan. Jika ia tidak dilaksanakan di Malaysia, ia adalah pemastautin Malaysia.
Masalah di hadapan kita ialah individu atau syarikat atau badan orang yang bermastautin di salah satu negara juga mungkin menjadi pemastautin negara lain untuk tujuan perjanjian cukai dua kali atau double taxation agreement. Oleh itu, double taxation agreement yang ditandatangani dengan negara lain secara amnya mengandungi ujian pemutus ikatan atau tiebreaker untuk menentukan pemastautin semata-mata di salah satu negara bagi mengelakkan pendapatan yang sama dikenakan cukai dua kali.
Sekiranya tempoh konflik antara Akta Cukai Pendapatan dan double taxation agreement, yang keduanya akan diguna pakai. Oleh itu, cadangan cukai ke atas pendapatan pemastautin yang diperoleh di luar negara dan diterima di Malaysia adalah bercanggah dengan double taxation agreement yang hanya membenarkan cukai dikenakan cukai sekali atas pendapatan yang sama. Saya ingin Yang Berhormat Menteri menjelaskan kedudukan double taxation agreement ini bagi mengelakkan pertikaian apabila cadangan cukai ke atas pendapatan diterima di Malaysia dilaksanakan.
Kedua adalah pelepasan rawatan mental. Perbelanjaan rawatan mental dibenarkan di bawah pelepasan untuk perbelanjaan rawatan perubatan berkuat kuasa dari tahun taksiran 2022. Walau bagaimanapun, ramai yang mengalami masalah mental sejak tahun 2020 dan sedang mendapat rawatan. Oleh itu, adalah baik sekiranya tahun taksiran berkuat kuasa boleh dibawa ke hadapan ke tahun 2021.
Ketiga adalah dokumentasi harga pemindahan atau transfer pricing documentation. Seksyen 113B Akta Cukai Pendapatan menghendaki dokumentasi harga pindahan disediakan dalam tempoh 14 hari atas permintaan LHDN. Keperluan ini akan digunakan untuk kes audit pindahan harga yang telah bermula pada atau selepas 1 Januari 2021. Keperluan ini sangat membebankan SME dengan izin, terutamanya semasa tempoh pandemik COVID-19.
Bayaran yang dikenakan oleh perunding cukai untuk menyediakan dokumentasi tersebut adalah minimum RM20,000 setiap laporan walaupun terdapat hanya beberapa transaksi dengan pihak berkaitan atau related party, dengan izin. Dokumentasi mesti dikemaskinikan setiap tahun mengikut undang-undang. PKS merayu agar ambang ditetapkan untuk mengecualikan PKS daripada keperluan untuk mematuhi peraturan ini.
Kalau tidak dapat dilakukan, maka sekurang-kurangnya membenarkan pembayar cukai menuntut potongan cukai ke atas yuran yang ditanggung dalam penyediaan dan pengemaskinian.
Seterusnya, di bawah seksyen 33 atau untuk menuntut potongan khas di bawah cukai pendapatan, kaedah-kaedah yuran pemfailan di bawah cukai pendapatan. Ini adalah untuk mengurangkan beban PKS dan untuk menggalakkan mereka mematuhi keperluan dokumentasi harga pemindahan or transfer pricing documentation.
Terakhir, pendek sahaja. Ini adalah langkah kerja kutipan cukai. Cukai yang terlebih bayar sepatutnya dipulangkan secara automatik selepas penyerahan penyata cukai. Jika penyata cukai diisi dalam talian, bayaran balik dibuat dalam masa 30 hari bekerja. Jika ia diisi secara manual, maka bayaran balik dibuat dalam masa 90 hari bekerja. Walau bagaimanapun, ini tidak berlaku sejak tahun 2018 dan tahun 2019.
Setiap pembayar cukai pendapatan yang telah terlebih bayar dikehendaki menulis untuk meminta penyata kedudukan cukai bagi memastikan jumlah bayaran balik yang tepat selepas mengimbangi sebarang penalti cukai atau cukai tertunggak yang tidak dimaklumkan oleh LHDN kepada pembayar cukai. Selepas itu, hanya pembayar cukai atau ejen cukai beliau boleh menulis kepada LHDN untuk meminta bayaran balik cukai.
Masalahnya ialah LHDN tidak mengeluarkan penyata kedudukan cukai dengan segera dan juga tidak membenarkan ejen cukai mengakses e-Lejar pembayar cukai. Justeru, pembayaran balik cukai mungkin ditangguhkan bagi tempoh masa yang lama.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Saya ingin minta Menteri melihat perkara ini dan melakukan apa yang adil dan saksama kepada pembayar cukai. Itu sahaja dari Tebrau. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sekarang, saya jemput Yang Berhormat Bangi.
Dr. Ong Kian Ming - Bangi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya memberi fokus kepada pindaan Akta Cukai Pendapatan 1967 ataupun Akta 53 dengan merujuk kepada dua prinsip percukaian iaitu keadilan percukaian dan juga keberkesanan percukaian.
Daripada segi keadilan percukaian, kalau pendapatan telah dikenakan cukai di tempat di mana pendapatan itu dijana, ia memang tidak adil jikalau pendapatan yang sama dikenakan cukai di tempat yang lain di mana pendapatan itu tidak dijana. Daripada segi keberkesanan percukaian, kalau matlamat cukai adalah untuk menjana lebih hasil percukaian untuk kerajaan dan juga menjana pertumbuhan ekonomi tetapi matlamat ini terjejas akibat daripada polisi percukaian yang tidak berkesan, maka saya rasa cukai ini perlu dikaji semula.
Jadi, saya merujuk kepada apa yang telah dibangkitkan oleh saudara saya Yang Berhormat Subang tadi iaitu tax exemption on foreign-sourced income ataupun pengecualian cukai ke atas pendapatan sumber asing yang akan ditarik balik di bawah pindaan ini. Saya hendak tanya, apakah kesan kepada percukaian daripada segi keadilan dan juga keberkesanan yang saya telah bangkitkan tadi? Saya hendak memberi beberapa contoh untuk minta Yang Berhormat Timbalan Menteri memberi penjelasan yang selanjutnya.
Satu, pendapatan dijana misalnya di Indonesia oleh sebuah syarikat Malaysia dengan operasi di Indonesia. Pendapatan ini dikenakan cukai di Indonesia. Jadi, adakah keuntungan atau pendapatan ini apabila dibawa balik ke Malaysia di hujung tahun 2022 ini akan dikenakan cukai di bawah akta ini? Itu soalan pertama.
Soalan kedua ialah GLIC ataupun government-linked investment company seperti PNB, EPF dan Khazanah mempunyai banyak pelaburan di luar negara dalam segi bon, saham, hartanah dan sebagainya. Jikalau GLIC seperti ini membawa balik pendapatan ataupun keuntungan dari luar negara, adakah pendapatan ini akan dikenakan cukai pendapatan pada tahun 2022 akibat daripada pindaan ini? Ini kerana ini ada kesan negatif kepada pemegang saham EPF, pemegang saham PNB ataupun pencarum EPF atau KWSP.
Soalan yang ketiga ialah rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara ada simpanan persaraan mereka seperti misalnya simpanan CPF di negara Singapura.
Selepas mereka bersara jikalau mereka hendak membawa balik wang simpanan persaraan mereka dari Singapura ke Malaysia, adakah simpanan ini akan dikenakan cukai di bawah pindaan ini? Untuk makluman Dewan yang mulia ini, untuk simpanan KWSP, kalau dikeluarkan di Malaysia, memang tidak akan dikenakan cukai.
Keempat, individu ataupun syarikat Malaysia yang ada pelaburan di luar negara, misalnya di Amerika Syarikat dan selepas itu mereka menjual aset dengan keuntungan.
Adakah keuntungan ini apabila dibawa balik ke Malaysia akan dikenakan cukai pada tahun 2022? Adakah ini akan memberi disincentive, dengan izin, kepada individu atau syarikat ini untuk tidak bawa balik dana dan terus melabur keuntungan mereka di luar negara?
Kelima, Kementerian Kewangan telah menyediakan matching fund, dengan izin, di bawah Penjana Kapital kepada syarikat private equity (PE) di Malaysia. Ada sebahagian daripada PE fund ini melakukan fundraising exercise di luar negara. Jikalau dana yang dilaburkan dalam PE fund yang berasal dari luar negara dibawa masuk ke Malaysia, adakah dana ini akan dikira sebagai pendapatan dan dikenakan cukai pendapatan pada tahun 2022 di bawah pindaan ini?
Dr. Ong Kian Ming - Bangi
Last sekali, Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya, apakah kesan double taxation treaty dengan negara-negara perdagangan utama Malaysia seperti Singapura, Amerika Syarikat, Australia, UK, Hong Kong dan sebagainya kepada pindaan ini dari segi kesan cukai ke atas syarikat ataupun secara individu? Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin dapatkan pengesahan. Penggulungan akan berlaku esok?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Esok.
Dr. Ong Kian Ming - Bangi
Okey, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Sekarang saya jemput untuk bacaan usul.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), tanpa menghiraukan usul terdahulu, saya mohon mencadangkan bahawa mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 8 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi pada hari Rabu, 15 Disember 2021.” Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Menteri Kewangan I - Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik. Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Setiu. Empat minit.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertamanya, saya menyokong penuh usaha kerajaan untuk meminda Rang Undang-undang Kewangan ini bagi meningkatkan hasil pendapatan negara. Seperti yang diketahui umum, negara kehilangan hasil yang begitu tinggi akibat penularan pandemik COVID-19. Hal ini disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya Perintah Kawalan Pergerakan serta pemberian pelbagai bentuk bantuan bagi memastikan kelangsungan hidup rakyat yang terhimpit akibat PKP.
Oleh itu, pindaan yang bakal dibuat akan melibatkan lapan akta yang saling bersangkutan dengan hasil ekonomi negara. Antaranya ialah Akta Cukai Pendapatan
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Petroleum
(Cukai Pendapatan) 1967, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990, Akta Penggalakan Pelaburan 1986, Akta Kewangan 2012 dan Akta Kewangan 2018.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan beberapa isu berkenaan Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976. Pindaan akta ini secara tidak langsung akan melibatkan keupayaan rakyat untuk membeli rumah. Umum mengetahui pelbagai impak timbul di dalam industri perumahan dengan kesan paling ketara adalah lambakan harta tanah tidak laku di pasaran dan kini mencecah RM41 bilion. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mempengaruhi pembeli rumah di negara ini. Bukan hanya membabitkan pinjaman perumahan kerajaan dan bank, malah semua perkara yang mempengaruhi kuasa beli rakyat.
Oleh itu, menjadi kebimbangan saya di sini berkenaan pindaan akta ini. Adakah dengan meminda Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah ini akan meningkatkan peratusan cukai tersebut? Jika ya, apakah ini tidak menjejaskan kuasa beli rakyat untuk memiliki rumah tanpa mengira umur?
Selain itu, apakah langkah kerajaan bagi memastikan isu lambakan rumah dapat ditangani tanpa pengecualian cukai ini? Hal ini bagi memastikan hasil negara dapat dipertingkatkan dan dalam masa yang sama, rakyat mampu memiliki rumah sendiri tanpa perlu membayar cukai yang tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, perkara seterusnya berkaitan dengan cukai setem. Umum mengetahui cukai duti setem merupakan salah satu daripada cukai langsung kerajaan. Ia merupakan salah satu daripada sumber pendapatan negara. Namun begitu, adakah rang undang-undang ini akan meningkatkan cukai tersebut? Hal ini kerana peningkatan cukai boleh membawa kepada peningkatan kes jenayah seperti sindiket penjualan setem hasil kerajaan sebagaimana yang berlaku baru-baru ini, di mana SPRM berjaya menumpas sindiket penjualan setem hasil dan pelekat pas lawatan kerja sementara (PLKS) membabitkan kerugian hasil kerajaan mencecah RM15 juta.
Tuan Yang di-Pertua, perkara akhir yang saya ingin bangkitkan berkaitan dengan kedua-dua akta di atas. Saya meneliti insentif yang dijalankan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi membantu individu yang terjejas akibat pandemik dengan memberi pelbagai kelonggaran pembayaran termasuklah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah dan Akta Setem. Oleh itu, adakah insentif ini mendapat sambutan yang sepatutnya dan berapakah jumlah kutipan yang diterima daripada usaha tersebut?
Sekian, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua untuk mengizinkan saya turut terlibat dalam perbincangan rang undang-undang ini.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya ingin menyentuh soal isu yang berkaitan dengan cukai pendapatan sebab di sini kita melihat bahawa pindaan ini ialah untuk mengambil langkah-langkah melaksanakan langkah-langkah bajet bagi tahun 2022. Kalau kita lihat dalam pembentangan bajet ini, cukai pendapatan telah menyumbang sebagai sumbangan yang terbesar kepada pendapatan negara iaitu 35.7 peratus.
Apa yang saya hendak mohon penjelasan daripada pihak kerajaan, apakah jaminan pihak kerajaan khususnya Kementerian Kewangan iaitu LHDN untuk memastikan bahawa tidak ada sesiapa yang layak dicukai dapat dilindungi daripada memastikan mereka itu membayar cukai. Ini sangat penting kerana timbul berbagai-bagai persoalan hari ini bahawa ada orang-orang yang mempunyai kedudukan dan kekuasaan dilindungi dan terlepas daripada membayar cukai pada jumlah-jumlah yang sepatutnya.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ini juga telah berlaku kepada Yang Berhormat Pekan daripada 2011 sampai 2017, LHDN tidak mengambil apa-apa tindakan. Ini menunjukkan bahawa seolah-olahnya LHDN telah menjadi tunggangan kuasa politik dalam negara kita ini untuk melindungi seseorang daripada membayar dengan sejumlah cukai yang begitu besar.
Oleh sebab itu kalau kita lihat bahawa selepas daripada Yang Berhormat Pekan hilang kuasa, barulah langkah dan tindakan dibuat oleh LHDN kerana ada kemahuan politik iaitu political will daripada kerajaan yang memerintah untuk pastikan tidak ada sesiapa yang terlepas daripada peruntukan undang-undang untuk membayar cukai.
Oleh sebab itu, kita dapat lihat bagaimana tuntutan yang dibuat oleh LHDN terhadap Yang Berhormat Pekan sebanyak hampir RM1.7 bilion dan kepada anak Yang Berhormat Pekan juga iaitu hampir kepada RM37.6 juta. Maknanya walaupun mereka telah mendapat penangguhan tersebut tetapi isu yang saya hendak bangkitkan di sini ialah bagaimana LHDN ini tidak ada ketelusan.
Jadi kita bimbang bahawa dalam suasana dan keadaan begini, akhirnya menyebabkan kita telah terlepas daripada mendapat pendapatan yang sepatutnya kita perolehi untuk memajukan negara. Jadi sebab itu saya mohon penjelasan ini daripada pihak Yang Berhormat Menteri.
Akhir sekali, sewaktu pengumuman Cukai Makmur disebut oleh Yang Berhormat Menteri pada bajet baru-baru ini, pasaran telah kehilangan sebanyak hampir RM40 bilion.
Jadi belum ada jawapan, walaupun saya telah bangkit dalam peringkat dasar dan juga peringkat Jawatankuasa di peringkat bajet kita, iaitu saya hendak dapatkan penjelasan ekoran daripada kehilangan di pasaran. Oleh sebab keadaan dan situasi yang mengejutkan pasaran pada waktu itu, apakah kesan kepada PNB, KWSP, KWAP, Tabung Haji dan lain-lain. Dana-dana awam milik kerajaan ini yang mereka mempunyai pelaburan dalam pasaran saham ini, apakah kesan kehilangan dan berapakah jumlah-jumlah kehilangan yang telah pun dialami oleh dana-dana awam yang saya sebutkan tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Seterusnya Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Kewangan. Pindaan ini menyentuh pelbagai pindaan termasuklah terhadap Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Petroleum 1967 dan sebagainya.
Saya hanya ada beberapa perkara yang ingin dibangkitkan dlm pindaan ini yang berkait dengan soal hasil kerajaan. Perancangan hasil kerajaan jangka masa sederhana di struktur melalui rangka kerja fiskal jangka sederhana. Rangka kerja ini berfungsi sebagai panduan perancangan belanjawan dengan menetapkan unjuran mikro fiskal tiga tahun merangkumi kedudukan hasil dan perbelanjaan selain meneliti risiko fiskal berdasarkan situasi ekonomi global dan domestik.
Tuan Yang di-Pertua, pengurusan kewangan awam juga terikat dengan accountability serta kelulusan tadbir urusnya. Langkah pengenalan kepada Akta Tanggungjawab Fiskal wajar segera diberikan perhatian yang serius kerana ia merupakan langkah teras ke arah pengurusan kewangan awam yang cekap. Negara-negara luar yang lebih advance dalam soal perundangan tanggungjawab fiskal ini seperti New Zealand telah lama menggubal akta berkaitan bagi memastikan tadbir urus fiskalnya sistematik.
Namun begitu saya ingin bertanya apakah ada syor-syor lain terhadap penambahbaikan pengurusan fiskal kerajaan oleh Jawatankuasa Dasar Fiskal selain daripada pengenalan Akta Tanggungjawab Fiskal kelak. Begitu juga saya ingin mengetahui perkembangan terkini pelaksanaan pengintegrasian Data Raya dalam aspek
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
kutipan cukai serta pentadbiran hasil negara bagi memastikan kutipan hasil yang lebih efektif.
Tuan Yang di-Pertua, kita sedia maklum bahawa masih terdapat jurang kutipan terhadap tax-to-GDP disebabkan oleh shadow economy atau pasaran gelap serta segelintir masyarakat yang mengelak daripada membayar cukai. Ekonomi gelap berkait dengan aktiviti ekonomi yang tidak sah di sisi undang-undang dan sering kali dikaitkan dengan sindiket-sindiket tertentu termasuklah pengamalan rasuah dan salah laku.
Ia juga berkaitan dengan perniagaan yang bertujuan untuk mengelakkan pembayaran cukai serta aktiviti pengubahan wang haram. Kita tidak boleh menganggap shadow economy dalam negara ini isu yang kecil. Saiz ekonomi gelap ini sekitar 21 peratus kepada KDNK dengan nilaian mencecah RM300 bilion setahun. Jumlah ini sangat significant merangkumi pelbagai bentuk jenayah terancang yang sukar untuk dikesan oleh pihak berkuasa.
Oleh sebab itu, kita perlu ada satu pembangunan pentadbiran cukai yang benar- benar efisien bagi menutup ruang pasaran gelap ini daripada terus berkembang dalam negara. Selain penguatkuasaan yang telus bagi memerangi jenayah, aspek pentadbiran cukai yang efektif juga dapat membantu mengurangkan risiko penglibatan negara dalam pasaran gelap.
Dalam aspek pentadbiran cukai, saya ingin mengetahui setakat mana kerjasama dilaksanakan dengan agensi-agensi di bawah Collection Intelligence Arrangement melibatkan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Tambahan lagi sejauh mana intervensi pasaran gelap tembakau yang dibangkitkan dalam Belanjawan 2021 yang lalu berjaya mengurangkan penglibatan negara dalam pasaran gelap berkenaan.
Tuan Yang di-Pertua, kita boleh mengambil contoh pengamalan negara luar bagi memberikan input terhadap penggubalan Akta Tanggungjawab Fiskal yang dibentangkan kelak. Namun, suka untuk saya maklumkan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan telah memberikan contoh yang baik dalam konteks pengurusan kewangan awam.
Kecemerlangan pengurusan kewangan ini adalah legasi yang telah dibangunkan oleh Almarhum Tok Guru berasaskan prinsip membangun bersama Islam yang ditegakkan sejak 1990 dan ia boleh dijadikan sebagai contoh di peringkat Persekutuan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Seterusnya Yang Berhormat Kubang Pasu.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya yang ingin saya bangkitkan ialah mungkin penegasan semula terhadap Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri ini iaitu sementara kita mengharapkan LHDN menjadi agensi yang dapat mengutip sebanyak mungkin cukai daripada mereka yang sepatutnya membayar tetapi dalam masa yang sama kita kira seharusnya tidak ada double standard di dalam perkara ini.
Saya ingin tegaskan di sini bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda- [Membaca sabda Rasulullah SAW] “Sesungguhnya pemimpin yang mengenakan al-Maks ada dalam neraka”. Al-Maks ini adalah yang disebutkan sebagai pemungut cukai yang memungut cukai secara paksa daripada orang ramai. Apa yang saya sebutkan ini kerana terdapat tekanan-tekanan tertentu bagi mereka.
Saya hendak bagi contoh ini selepas berlakunya peneguran terhadap kes 1MDB suatu ketika dahulu, ada sekelompok mereka yang aktif membangkitkan tentang perkara ini, tiba-tiba diserbu oleh LHDN tentang cukai yang mereka perlu bayar. Setelah diselesaikan apa semua, kemudian berlaku pertukaran kerajaan, setelah berlaku sekali lagi pertukaran kerajaan, mereka sekali lagi diserbu oleh LHDN seolah-olah macam ada revenge terhadap perkara ini.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Akan tetapi ada pula sesetengah pihak yang setelah dikenakan cukai – kita kena ingat bahawa di bawah Akta Cukai, seksyen 103(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 mengatakan bahawa “tax payable under an assessment for a year of assessment shall be due and payable on the due date whether or not that person appeals”. Ini tidak berlaku.
Ada orang yang telah dikenakan cukai pendapatan RM1.7 bilion, anak pun kena sekali.
Tak dikutip dan kemudian membawa benda ini pergi ke mahkamah tetapi akhirnya sehingga Mahkamah Rayuan pun dah buat keputusan, masih belum dibayar. Kenapa perlu ada double standard dalam hal ini?
Jadi kita harap semoga LHDN – kita tahu ramai yang melaksanakan tugas dengan baik tetapi jangan ada campur tangan yang lain hingga menyebabkan rakyat di bawah yang marhaen ini dikenakan cukai tanpa ada belas ihsan. Dia kata ini yang dikenakan, you take it or you leave it. Kalau you tak mahu, I nak buka lagi lima tahun ke belakang. Ini yang berlaku. Jadi, kita harap supaya ada suatu keselarasan dalam hal ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan tentang apa yang dikatakan tadi dibangkitkan oleh sebahagian daripada rakan-rakan kita mengenai cukai pendapatan dari luar negara. Cuma saya ingin tanya, apa rasionalnya bahawa cukai ataupun pendapatan yang diterima dari 1 Januari 2022 hingga 31 Jun 2022 sahaja yang dikenakan cukai ini. Kenapakah hanya enam bulan? Mohon diberi jawapan dan akhirnya Tuan Yang di-Pertua, tentang Cukai Makmur. I think we have missed the boat, dengan izin.
Sebenarnya apabila dikenakan Cukai Makmur ini bagi tahun tafsiran 2022, sebenarnya kebanyakan industri dah pun kembali pulih seperti sedia kala. Yang sepatutnya dikenakan ini ialah dalam tahun 2020 ataupun mungkin tahun ini juga, 2021 sebahagiannya. Contohnya syarikat-syarikat yang mendapat keuntungan besar ketika berlaku pandemik yang membuat sarung tangan seperti Top Glove, RM1.79 bilion.
Ada peningkatan sebanyak 348 peratus. Kemudian, combination Hartalega, Kossan Rubber, Supermax, RM3.84 bilion. Ada peningkatan RM371 bilion tetapi mereka tak kena dahlah sebab akan mula dikira bagi tahun tafsiran 2022 yang telah kembali pulih seperti sedia kala dan akhirnya mereka ini bukan lagi membayar corporate tax at 24 percent tetapi selepas RM100 juta, mereka perlu membayar sehingga 33 peratus.
Jadi saya kira ini we have missed the boat tetapi apa pun kita harap ia tidak akan memberikan satu impak yang negatif kepada negara kita. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Kubang Pasu. Seterusnya, Yang Berhormat Dungun.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Akta Cukai Pendapatan 1967 – Pertama, saya dimaklumkan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri menawarkan Program Khas Peremitan Pendapatan (PKPP) kepada pemastautin di Malaysia yang mempunyai pendapatan disimpan di luar negara yang akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2022 hingga 3 Jun 2022, tahun depan.
Saya juga dimaklumkan bahawa PKPP akan dilaksanakan berdasarkan antara kriteria berikut iaitu kadar cukai tiga peratus kasar ke atas pendapatan yang dibawa masuk dalam tempoh tersebut sepertimana yang dicadangkan di bawah RUU ini iaitu tiada semakan audit, siasatan atau penalti terhadap pendapatan yang dibawa masuk dalam tempoh PKPP. Semua pendapatan yang dibawa masuk akan diterima secara suci hati oleh pihak LHDN.
Saya berpendapat sepatutnya perlu ada semakan audit dilakukan walaupun ringkas bagi memastikan wang yang masuk itu daripada pendapatan yang bersih dan tiada ikatan dengan mana-mana jenayah. Kita selalu mendapat tahu bahawa pihak yang cuba melakukan jenayah penggubahan wang haram sentiasa kreatif dalam memastikan wang yang digunakan oleh mereka pada akhirnya dikira sah mengikut undang-undang.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Cadangan saya ingin juga bagi mengelakkan masalah-masalah yang mungkin timbul di kemudian hari kerana saya percaya jika wang yang dibawa masuk ke dalam negara adalah daripada sumber yang tidak sah, potensi untuk wang tersebut dijadikan dana untuk aktiviti-aktiviti yang diragui adalah amat tinggi.
Seterusnya saya ingin merujuk kepada Program Khas Pengakuan Sukarela di bawah LHDN. Saya difahamkan bahawa program khas ini merupakan salah satu usaha kerajaan dalam melakukan reformasi percukaian bagi menggalakkan pembayar cukai tampil secara sukarela mengisytiharkan pendapatan bagi meningkatkan kutipan cukai untuk pembangunan negara. Program ini telah disebut untuk diteruskan pada Bajet 2022.
Soalan saya ialah pertama, adakah pembaharuan mekanisme yang dilaksanakan pada waktu ini bagi mempertingkatkan penglibatan lebih ramai individu pada masa ini.
Kedua, apakah pencapaian program ini sehingga kini. Seterusnya ialah Akta Setem. Saya dimaklumkan bahawa terdapat pengecualian yang wujud bagi pengenaan duti setem bagi pelupusan hartanah antara ahli keluarga. Contohnya antara ibu bapa dengan anak-anak, suami dan isteri.
Saya ingin menyentuh berkenaan pengecualian yang kedua iaitu pengecualian duti setem untuk pelupusan hartanah antara ahli keluarga. Sehingga kini, saya mendapat maklumat bahawa pertama, pengecualian duti setem sebanyak nilaian 100 peratus diberi kepada urusan pelupusan hartanah antara suami dan isteri.
Yang kedua, pengecualian duti setem sebanyak nilaian 50 peratus diberi kepada urusan pelupusan hartanah antara ibu bapa dan anak. Namun, saya dapati pengecualian ini tidak terpakai jika berlaku urusan pelupusan hartanah antara adik-beradik. Saya ingin mencadangkan pengecualian ini diberikan juga kepada adik-beradik atas beberapa alasan. Antaranya:
(i) ada kes pelupusan hartanah antara adik-beradik ini dibuat untuk memastikan tanah yang asalnya tanah pusaka namun tidak dapat diteruskan kerana kekangan kewangan untuk membayar cukai duti setem sepenuhnya yang mahal;
(ii) atas dasar pemberian kasih sayang antara ibu bapa dan anak- anak, kenapa pula perlu ada polisi yang tidak adil dalam proses pelupusan hartanah antara adik-beradik Saya mohon pertimbangan daripada kementerian untuk melihat perkara ini secara adil bagi membantu serba sedikit beban yang ditanggung oleh rakyat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Alor Setar.
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, hari ini saya hendak bahas Akta Cukai Pendapatan. Kita semua rakyat Malaysia sepatutnya semua ada tanggungjawab yang sama yang bayar cukai. Pada waktu yang sama tidak kira bangsa, agama ataupun kaum sepatutnya juga menikmati pelepasan potongan ataupun rebat yang sama.
Akan tetapi, setiap tahun apabila rakan-rakan kita bukan Islam nak isi borang E, borang B ini apabila nampak rebat zakat ini kita rasa sedih, apabila kita bukan Islam pun ada banyak sumbang nak tolong orang susah, miskin dan asnaf. Akan tetapi, kita tak boleh nak tuntut rebat. Sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua, kita kena tengok, kalau akta sekarang ini membenarkan syarikat bayar zakat rebat dapat tuntutan rebat zakat iaitu 2.5 peratus daripada agregat keuntungan tetapi individu yang tuntut rebat zakat tak ada limit. Dia kira berapa yang dia kenakan cukai, dia boleh potong semua, sekiranya dia bayar jumlah itu kepada zakat.
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
Maka, apa yang berlaku sekarang katakan kalau seorang ini mengikut pengiraan zakat dia kena bayar RM1,000, mengikut LHDN dia kena bayar RM2,000 sebenarnya dia kena bayar RM1,000 ke zakat lepas itu potong rebat itu bayar RM1,000 kepada LHDN.
Akan tetapi, di bawah undang-undang sedia ada, beliau boleh terus bayar RM2,000 kepada zakat lepas itu potong rebat itu sehingga bayar LHDN RM0. Seluruh Malaysia seranau 900,000 orang pembayar cukai yang menuntut rebat zakat setiap tahun. Satu pertiga, daripada mereka iaitu 280,000 orang selepas bayar ataupun selepas bayar dan tuntut rebat zakat, jumlah yang bayar kepada LHDN adalah RM0.
Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar
Jumlah rebat yang dapat adalah RM712 juta secara purata maknanya seorang itu dapat tuntutan rebat zakat sebanyak RM2,000. Kalau seseorang yang bayar zakat sampai RM2,000 bukan calang-calang orang. Ini kira kaya jugalah. Apa yang kita minta adalah berlaku adil kepada rakan-rakan kita yang bukan Islam juga dalam agama bukan Islam pun ada nilai-nilai murni yang sama memberi zakat yang bantu orang susah, asnaf.
Kita juga ada hendak bantu ke gereja, tokong sepertimana di bawah asnaf fi sabililah di bawah zakat. Inilah sepatutnya kita wujudkan satu tabung yang lebih kurang sama dengan konsep zakat di mana kita boleh uruskan kalau ada derma ataupun orang bukan Islam yang kita guna kita punya duit cukai kita, kita bantu dengan orang susah sepertimana di bawah asnaf dan di bawah zakat boleh juga layak tuntut di bawah satu rebat yang seperti mana rakan-rakan Muslim ini, barulah kita adil. Kalau tidak, seolah- olah sistem ini di mana cukai yang dibayar oleh rakan-rakan Muslim ini boleh dikeluarkan sebahagian yang hanya kongsi di antara Muslim, tetapi cukai yang dibayar oleh bukan Islam ini perlu dikongsi dengan semua.
Tuan Yang di-Pertua, jumlah tuntutan ataupun rebat cukai setiap tahun adalah RM2,000 juta iaitu lebih kurang 10 peratus daripada jumlah kutipan income tax setahun.
Bayangkan apa perasaan bukan Islam apabila kita pun buat juga sesuatu yang baik seperti dengan memberi bantuan kepada asnaf, tetapi kita tidak dilayakkan untuk tuntutan rebat seperti ini.
Maka saya minta kerajaan tolong kaji, wujudkan satu sistem sepertimana Lembaga Zakat di mana setiap negeri ada Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam yang turut juga boleh membenarkan rebat tersebut supaya wang tersebut juga apabila sama ada orang Kristian, sama ada orang Buddha, boleh membuat sesuatu kebaikan mengikut kebaikan ikut ajaran agama masing-masing turut menikmati rebat tersebut. Barulah kita akan nampak seperti satu keluarga yang adil, sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Seterusnya, saya menjemput Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk membahas Rang Undang-undang Kewangan 2021. Kita baru terima satu laporan PAC yang menyatakan bahawa Bank Negara Malaysia telah pada tahun 2017 menggunakan wang RM2.07 bilion untuk membeli satu lot tanah lot 41 daripada Kerajaan Persekutuan untuk membolehkan kerajaan membayar hutang 1MDB.
Amalan ini amat berbahaya kerana kita tahu Bank Negara Malaysia ini merupakan agensi yang memastikan kestabilan monetary, integriti kewangan dan pengeluaran mata wang.
Jadi kalau Bank Negara memerlukan tanah, Bank Negara merupakan agensi kerajaan, kerajaan patutlah memberikan tanah secara percuma. Akan tetapi saya hendak tahu berapa kali Bank Negara Malaysia mengeluarkan wang sedemikian untuk menolong kerajaan dan berapakah jumlah wang yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia dalam apa bentuk pun can be mata wang berbentuk kertas ataupun financial instrument. Adakah wang ini apabila diterbitkan perlu dilaporkan kepada The federal reserve system of Amerika Syarikat ataupun monetary authority negara-negara lain. Adakah pengeluaran wang tambahan ini memerlukan sekuriti seperti emas?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Isu kedua ialah pemansuhan pengecualian cukai pendapatan rakyat Malaysia dari luar negara. Ini satu polisi yang tidak baik kerana ia akan menghindarkan rakyat Malaysia daripada membawa balik pendapatan mereka. Saya hendak tanya kerajaan sama ada pindaan ini akan membatalkan dengan izin, double tax agreement yang kita tandatangani dengan beberapa negara. Saya hendak tahu berapa negarakah yang telah kita tandatangani double tax agreement ini. Which one will prevail, double tax agreement ataupun pindaan ini?
Isu ketiga Cukai Makmur. Kerajaan dianggarkan akan mendapat RM5 bilion daripada cukai dan daripada Bursa Saham ada 125 syarikat yang mendapat keuntungan lebih daripada RM100 juta. Antara mereka banyak juga yang adalah GLC. Saya hendak tanya, berapakah kerugian dalam syarikat-syarikat ini kerana selepas cukai ini diumumkan, saham-saham syarikat ini turun dengan agak banyak. Berapakah jumlah kerugian kerajaan dalam syarikat-syarikat GLC ini?
Isu keempat dengan izin had masa untuk membawa ke hadapan kerugian sesuatu perniagaan. Ini hendaklah dilanjutkan dari tujuh tahun ke-10 tahun. Akan tetapi untuk industri menanam pokok balak yang digalakkan oleh kerajaan, sepuluh tahun ini tidak mencukupi. Saya memohon kepada kerajaan supaya mengecualikan industri menanam pokok balak ini, kerana sebelum pokok balak hendak dituai, biasanya memerlukan lebih daripada 15 tahun. Saya memohon agar ia dikembalikan kepada keadaan sebelum tahun 2019 untuk industri ini tidak ada masa di mana kerugian boleh dibawa ke hadapan.
Kelima, saya hendak tanya kerajaan janganlah susahkan rakyat. Setiap kali minta rakyat to have withholding tax. Dicadangkan bayaran kepada agen, dealer dan distributor yang melebihi RM100,000 mesti ada withholding tax. Ini juga sudah berlaku kepada seperti satu perkara lumrah sekarang, sikap kerajaan sekarang, jual beli pun minta withholding tax, kita mesti bayar kepada kerajaan dan apabila tidak dibayar didenda pula 10 persen. Akan tetapi hendak minta balik tunggu berbulan-bulan kadang-kadang bertahun-tahun kerajaan tidak bayar balik. Jadi, saya harap tugas ini untuk mengutip cukai lepas ada cukai barulah kita minta dari rakyat.
Akhir sekali kuasa Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri untuk meminta butir-butir akaun pembayar-pembayar cukai dari bank. Saya mendapat aduan daripada rakyat Malaysia yang sudah lama, seorang doktor di Singapura sudah 35 tahun dikatakan kerana Lembaga Hasil Dalam Negeri boleh menganggarkan cukai dengan sendiri kerana rakyat Malaysia di Singapura, dia dapat surat minta hantar borang untuk assessment of tax mereka tidak tahu.
Akhirnya, Lembaga Hasil Dalam Negeri ini memfailkan saman, dia pun tidak terima. Dapat judgement in default, akhirnya mungkin harta disita tanpa diberitahu. Last sentence. Jadi, peruntukan bahawa bank tidak boleh beritahu kepada pemegang akaun tentang permintaan ini oleh Director-General Lembaga Hasil Dalam Negeri adalah tidak patut. Orang tiba-tiba balik dari Singapura dapati semua hartanya dalam bank telah disita diambil oleh bank. Sebab itu berlakulah adil kepada rakyat, hendak sita bagi tahu defendant ataupun pembayar cukai yang kita hendak kenakan cukai itu. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli Yang Berhormat, tadi saya sebut sampai Yang Berhormat Kluang yang terakhir. Akan tetapi saya hendak tanya ada sesiapa lagi yang hendak berbahas?
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Bukit Bendera.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Oleh kerana ada lapan orang, tadi usul sampai pukul 8, saya kena reduce untuk menepati usul. Yang Berhormat Kluang mulakan dengan tiga minit. Silakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Kluang dahulu, yang lain selepas ini.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Esok boleh? Boleh sambung esok?
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Boleh sambung besok?
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Boleh sambung besok, kita okey jer.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Bermula dengan Yang Berhormat Kluang dahulu.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya terus hendak masuk ke isu yang saya hendak bangkitkan ini. Pemansuhan pengecualian cukai ke atas pendapatan sumber asing sebenarnya mempunyai impak yang besar kepada ekonomi tempatan khususnya di Johor Bahru dan mungkin seluruh Johor.
Sebelum wabak pandemik COVID-19, kita mempunyai lebih 400,000 anak Malaysia yang berulang-alik setiap hari antara Johor Bahru dan Singapura. Mereka datang dari seluruh Malaysia, bermastautin di Johor Bahru dan bekerja di Singapura untuk menampung kos sara hidup yang kian meningkat di Malaysia dengan penukaran mata wang gaji yang mereka terima di Singapura
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Walaupun majoriti mereka terpaksa bermastautin di Singapura buat sementara akibat penutupan sempadan kedua-dua negara, harapan mereka sebenarnya adalah duduk bersama dengan ahli keluarga di Malaysia. Dahulu ramai mereka sebenarnya bangkit tidur jam 4, 5 pagi bertolak ke Singapura sebelum subuh dan selepas satu hari kerja, sampai di rumah hampir lewat malam.
Malah mereka menjalani kehidupan yang langsung tidak berkualiti ini adalah untuk meningkatkan pendapatan keluarga, menanggung kos pendidikan anak dan membeli rumah dan sebagainya. Majoriti mereka adalah pekerja kolar biru atau putih yang biasa sahaja. Mereka bukan top 20 yang boleh menyumbang lebih banyak kepada tabung kerajaan.
Kumpulan ini mungkin boleh ditafsirkan sebagai M40 selepas penukaran mata wang gaji mereka. Sebahagian besar pendapatan mereka juga dibelanjakan untuk menampung kos hidup harian keluarga mereka. Cukai ke atas pendapatan mereka hanya akan mengurangkan perbelanjaan mereka di Johor Bahru malah seluruh Johor. Saya minta pihak Putrajaya bertindak lebih adil kepada negeri Johor apabila pihak Putrajaya mulakan pengutipan caj permit kemasukan kenderaan asing iaitu VP sebanyak RM20, saya sebagai ADUN Johor ketika itu telah menyarankan Putrajaya untuk kongsikan 50 peratus pendapatan ini dengan Kerajaan Negeri Johor.
Malangnya kadar masih ditetapkan 25 peratus Johor dan 75 peratus bagi Persekutuan, padahal ekonomi tempatan yang terjejas dengan perlaksanaan caj tersebut.
Sekarang cerita sama berulang sekali. Putrajaya ingin mengenakan cukai ke atas rakyat Malaysia yang membawa pendapatan lebih tinggi dan membelanjakan sebahagian besar di Johor. Pihak yang untung adalah Kerajaan Persekutuan dan yang rugi adalah perniagaan tempatan di negeri Johor.
Ekonomi Johor Bahru terjejas teruk dalam penyekatan pergerakan dan penutupan sempadan negara. Sepanjang dua tahun ini, kami di Johor hanya berharap ekonomi tempatan akan pulih sekiranya anak Malaysia yang bekerja di Singapura boleh balik berbelanja di Johor. Kami tidak sangka, kini “sudah jatuh ditimpa tangga” lagi.
Justeru, saya minta Menteri Kewangan menjelaskan sama ada pendapatan gaji atau simpanan anak Malaysia di Singapura akan dikenakan cukai sekiranya mereka mengirim balik ke Malaysia? Adakah Artikel 15 dalam Perjanjian Antara Malaysia dengan Singapura untuk mengelakkan double taxation dengan izin, avoidance of double taxation agreement masih berkuat kuasa?
Paling penting sekali, adakah ini bermakna anak Malaysia yang bekerja di Singapura juga perlu mengisytiharkan pendapatan mereka walaupun ada kemungkinan tidak perlu membayar cukai di Malaysia. Jangan lupa bahawa ada sekumpulan mereka bekerja makan gaji harian. Mereka pekerja 3D, sekiranya mereka kerja di Malaysia, tidak
Puan Wong Shu Qi - Kluang
akan dikenakan cukai langsung pun. Sekarang, pendapatan gaji mereka di Singapura mungkin dikenakan cukai atau perlu mengisytiharkan pendapatan mereka dengan LHDN.
So, untuk proses ini, untuk pengisytiharan pendapatan sumber asing ini adalah satu proses yang rumit dalam proses undang-undang. Ramai antara mereka mungkin perlu bantuan profesional seperti akauntan untuk mengelakkan kesilapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat, minta rumuskan Yang Berhormat. Masa sudah tamat.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Ya saya akan gulung. Ini bermaksud kos tambahan bagi mereka, so seorang akauntan maklumkan saya bahawa kos untuk proses ini sekurang-kurangnya adalah RM400. So, mereka mungkin tidak perlu membayar cukai namun mereka masih perlu menanggung kos untuk mengisytiharkan pendapatan setiap tahun kepada LHDN.
So, adakah Kementerian Kewangan merancang untuk mengecualikan pengisytiharan bagi golongan ini. Misalnya pendapatan tahunan yang kurang daripada RM34,000 tidak perlu mengisytiharkan walaupun itu pendapatan sumber asing. Paling penting sekali, adakah kerajaan merancang untuk mengambil tindakan sekiranya mereka tidak membuat pengisytiharan pendapatan di Malaysia ketika mereka membeli rumah, kenderaan atau membuat pinjaman dengan bank di Malaysia.
Minta Menteri memberi pencerahan secara terperinci ke atas semua isu ini, semua senario ini kerana ramai di luar sana bimbang hard own money mereka akan dikenakan cukai hanya kerana mereka sudi berulang alik setiap hari antara dua buah negara bagi gaji yang lebih tinggi. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memandangkan masa tidak mengizinkan, saya akan ringkaskan. Saya cuma risau tentang peruntukan iaitu peruntukan pindaan seksyen 65C. Kalau Tuan Yang di- Pertua ada iaitu peruntukan 49, seksyen 60C akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (1), “The Minister may, in any particular case, exempt any chargeable person from all or any of provision of this Act, either generally or in respect of any income of a particular kind or any class of income of a particular kind.” Maksudnya, Menteri tersebut boleh memberi pengecualian kepada mana-mana individu yang terpaksa ataupun diwajibkan untuk membayar cukai. Seperti yang telah dibahaskan oleh Yang Berhormat Pokok Sena, kita masih lagi ingat apa yang berlaku ketika Yang Berhormat Pekan menjadi Menteri Kewangan. Ketika beliau berbuih-buih pernah melaungkan membayar cukai merupakan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia.
Akan tetapi beliau sendiri tidak bayar cukai. Kita tahu, saya tidak mahu mengulangi RM1.75 bilion masih lagi dihutang. Beliau masih dibenarkan untuk keluar negara. Anak, bininya masih lagi hutang RM31 juta. Beliau masih lagi boleh keluar pergi ke Singapura kononnya melawat anaknya, pergi bermain golf. Jadi, saya berfikir walaupun betapa rupanya indah undang-undang ini, terdapat kemungkinan ia boleh disalahgunakan.
Sekarang kita dapat tahu bahawa Menteri Kewangan sekarang mempunyai akaun di persisiran pantai, offshore account. Kalau beliau ingin membawa balik wang tersebut, siapa yang akan memberi pengecualian? Bagaimanakah kita ingin mengelakkan penyalahgunaan undang-undang ini? Kita tahu, pada hari ini kita ada berita dalam Free Malaysia Today, dua orang Menteri, dua orang Timbalan Menteri dan dua orang Menteri mempunyai akaun di luar negara, offshore accounts dengan izin.
Kalau mereka ingin membawa balik wang tersebut, siapa yang akan memberi pengecualian? Jadi, kerisauan saya adalah undang-undang ini boleh disalahgunakan di
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
saat di mana negara ini masih lagi merangkak dan ingin keluar daripada belenggu masalah ekonomi. Kita sekarang dengan meluluskan undang-undang ini akan mengusir pelabur-pelabur asing. Di saat, di mana pelabur asing ingin melabur dalam negara ini, memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia, kita mengenakan macam- macam cukai.
Jadi, permintaan saya adalah kita tangguhkan undang-undang ini. Buat masa sekarang, pada hemat saya, pengenaan cukai ini akan membawa kesan negatif kepada negara kita, di mana pelabur-pelabur asing tidak akan datang dan ia juga akan merompak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang masih lagi sedang cuba untuk keluar daripada masalah-masalah yang disebabkan oleh masalah COVID-19. Saya membantah dengan keras. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Sila Yang Berhormat Bukit Bendera.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya terus merujuk kepada klausa 27 iaitu pindaan terhadap para 28, Schedule 6, Akta Cukai Pendapatan 1967 yang menarik balik pengecualian cukai untuk pendapatan yang terbit dari sumber luar Malaysia dan diterima di Malaysia.
Saya faham, yang terdapat perubahan landskap untuk percukaian antarabangsa yang turut memberi impak kepada Malaysia. Antaranya European Union yang meletakkan Malaysia dalam Annex 2, Grey List dan juga Organization for Economic Co-operation and Development (OECD) mengemaskinikan Base Erosion and Profit Shifting (BEPS) 2.0 yang akan memberikan impak bagaimana multinational company menjalankan perniagaan di seluruh dunia termasuk di Malaysia.
Pada pandangan saya, the guiding principal ialah Malaysia perlu terus memastikan ia menjadi tarikan kepada pelaburan dan pada masa yang sama striking a balance dan flexible dari segi pendekatan untuk memenuhi obligasi percukaian antarabangsa.
Perubahan sistem percukaian ini menjadikan ia dari territorial tax system kepada satu worldwide tax system dengan mengenakan pendapatan asing oleh tax resident Malaysia apabila wang itu diremit balik ke Malaysia. Ini akan menolong pada pandangan saya foreign resources income exemption ini untuk syarikat dilaksanakan sejak tahun 1998 dan individu sejak tahun 2004 dengan tujuan untuk menggalakkan penghantaran wang tersebut kembali ke Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, jurutera-jurutera di kilang semikonduktor di Pulau Pinang mempunyai Employee Stock Option Scheme (ESOS), di mana syarikat multinational company sebagai additional package memberikan syarikat multinational di stock option di Nasdaq ataupun di New York Stock Exchange yang apabila dijual dan dihantar balik ke Malaysia akan subject to tax kerana ia sumber dari Malaysia yang akan diterima di Malaysia apabila dijual dan dihantar balik.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Wang tersebut sebelum ini akan di-remit balik ke Malaysia untuk perbelanjaan dan membantu menjana ekonomi tempatan. Selepas pelaksanaan tax regime FSIE yang baharu akan mendorong wang tersebut terus disimpan di akaun luar negara dan tidak dihantar balik di Malaysia. Penarikan pengecualian FSIE ini akan mengurangkan daya saingan Malaysia untuk menarik syarikat-syarikat antarabangsa untuk mendirikan Global Operations Centre di Malaysia. Ini kerana profits dari luar negara akan remit balik kepada Global HQ di Malaysia dan ini akan subject to income tax. Maka Malaysia akan hilang daya saingan sebagai Global Operations Centre berbanding Singapura dan Hong Kong.
Saya ingin mendapat penjelasan Menteri terhadap pelbagai retirement scheme, pension ataupun provident fund sama ada dikecualikan daripada cukai kerana unit trust fund yang membuat pelaburan antarabangsa, EPF membuat pelaburan antarabangsa,
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
private investment fund membuat pelaburan antarabangsa akan mendapat impak kepada rejim FSIE yang baharu.
Tuan Yang di-Pertua, saya minta penjelasan Menteri sama ada pembayar cukai akan mendapat double tax relief memandangkan Malaysia mempunyai double taxation agreement dengan banyak negara. Saya dapat research ialah 74 buah negara. Sila sahkan angka tersebut. Apakah usaha tambahan untuk memeterai lebih banyak double taxation agreement dengan negara-negara yang belum dimeterai?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Last, last paragraph Tuan Yang di- Pertua. Saya berpandangan model Hong Kong boleh diambil pertimbangan di mana FSIE untuk individu kekal tetapi untuk syarikat masih terdapat certain tax exemption berdasarkan kriteria-kriteria tertentu. Singapura juga tiada dalam European Union Grey List tetapi masih ada dalam kategori-kategori tertentu yang diberikan pengecualian terhadap pendapatan bersumber asing. Saya harap mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Sila Yang Berhormat Kuala Selangor. Last three minutes.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut untuk menyebut secara ringkasnya bertapa Rang Undang- undang (RUU) Kewangan 2021 ini meskipun membabitkan lapan akta sebagai untuk melaksanakan langkah-langkah Bajet 2022 tetapi sebenarnya yang diberikan perhatian rata-ratanya oleh akauntan dan juga analyst adalah dalam aspek Akta Cukai Pendapatan 1967 itu. Selainnya Akta Setem, Akta Petroleum, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan, Akta Penggalakan Pelaburan dan sebagainya itu hanyalah dari sudut sifatnya adalah lebih teknikal, Tuan Yang di-Pertua.
Lalu saya masuk terus kepada mahukan penjelasan. Meskipun kita tahu bahawa negara dalam keadaan terkekang dengan fiscal space dengan izin, ataupun keupayaan untuk berbelanja kerana tidak dapat menjana pendapatan dan revenue yang besar. Maka tax system yang lebih bersifat broad-based itu mahu dimajukan ataupun digunakan, termasuk yang terkini adalah apabila kita semacam berpatah balik daripada memberi pengecualian semasa Asian Crisis dulu dalam tahun 1998 dan juga kepada syarikat- syarikat untuk tidak mengenakan mereka apa yang diistilahkan sebagai pengecualian cukai pendapatan ataupun company, syarikat daripada sumber pendapatan yang didapati dari luar negara dan juga pada tahun 2004 kita kuatkuasakan ke atas individu.
Lalu mutakhir ini ketika ataupun dengan rang undang-undang ini ia satu yang sangat counter-intuitive, counter-productive saya kira kerana akan mencetuskan pelbagai persepsi buruk dan demi untuk mendapatkan cukai tetapi pada akhirnya akan meninggalkan persepsi buruk yang telah pun disebutkan oleh ramai rakan saya tetapi mungkin ringkasnya, kalau boleh saya sebutkan, ini akan meninggalkan akhirnya Malaysia tidak lagi berdaya saing untuk menarik pelaburan yang baik. The good quality kerana reinvestment kembali sebab yang hendak bawa balik pendapatan mereka, to repatriate dan remunerate balik pendapatan sama ada individu ataupun syarikat mereka tahu bahawa mereka akan dikenakan cukai, double taxation. Sementara kita punya tidak kurang daripada 70 lebih double taxation agreement
(DTA) dengan negara-negara yang lain. Jadi kenapa sebegini gusar dan sebegini istilahnya dengan izin, reckless, tidak kita cermati perkara ini kerana kita lebih nampak short-term gain dengan long-term loss yang meninggalkan satu impak yang buruk kepada negara.
Saya punya banyak lagi poin-poin yang hendak saya sebutkan termasuklah juga Cukai Makmur kita itu yang hampir saya berkata, we have missed the train, tetapi kita kenakan juga, itu pun satu lagi. Bila kita berharap untuk mendapatkan RM3 bilion atau
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
RM4 bilion kita rugi RM40 lebih bilion ataupun paling tidaknya RM30 lebih bilion. Dengan kata lain kita ini dengan istilahnya dengan izin, Tuan Yang di-Pertua adalah penny wise, pound foolish nampaknya kita ini.
Jadi oleh sebab itu, saya tidak punya waktu yang banyak lagi perkara yang saya hendak singgung atas rang undang-undang ini. Begitu sahaja dulu, terima kasih atas peluang ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan hingga jam 10.00 pagi, Rabu 15 Disember 2021. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.16 malam]