Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Tuan Yang di-Pertua, cukup kuorum atau tidak?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Siapa yang bertanya itu?
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Tampin.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta Bentara bilang kuorum. Yang Berhormat Tampin, sebahagian besarnya tengah buat RTK-Saliva.
Dengan izin, they will be coming in selepas RTK-Saliva. Saya teruskan. Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menjemput Yang Berhormat Bukit Gantang – tiada dalam Dewan.
Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub, Pulai.
[****Soalan No. 1** – YB. Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) tidak hadir]
2. Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub [Pulai] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan status Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis.
Timbalan Menteri Dalam Negeri II - Tuan Jonathan bin Yasin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pulai. Tuan Yang di-Pertua, pada 18 Julai 2019, Rang undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Parlimen oleh mantan Menteri Undang- undang di Jabatan Perdana Menteri.
Walau bagaimanapun, susulan pertukaran kerajaan pada 1 Mac 2020, Mesyuarat Jemaah Menteri atau MJM pada 1 April 2020 telah bersetuju supaya tanggungjawab RUU IPCMC diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri dan dibentangkan semula di Parlimen setelah mendapat persetujuan Jemaah Menteri.
Timbalan Menteri Dalam Negeri II - Tuan Jonathan bin Yasin
Susulan daripada keputusan MJM tersebut, KDN melalui Jawatankuasa Teknikal telah menjalankan kajian terperinci bagi tujuan penggubalan RUU yang baharu bagi menggantikan RUU IPCMC. RUU yang baharu ini dinamakan semula sebagai RUU Suruhanjaya Bebas Tata Kelakuan Polis (IPCC).
RUU IPCC telah dibuat bacaan kali pertama pada 26 Ogos 2020 di Dewan Rakyat. Namun bacaan kali kedua yang dijadualkan pada 27 Ogos 2020 telah ditangguhkan dan akan dibaca di sidang Parlimen pada penggal ini iaitu ia tersenarai dalam AUM nombor 7 giliran yang terakhir dalam sidang penggal ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Sila soalan tambahan pertama, sila.
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan itu. Kita sentiasa memberikan penghargaan kepada pihak Polis Diraja Malaysia di atas jasa dan juga komitmen, terutama menjadi barisan hadapan dalam isu pandemik COVID-19 dan juga isu-isu yang bersabitan dengan keselamatan negara.
Namun begitu Tuan Yang di-Pertua, pada 18 Mac 2021, bekas IGP menyatakan wujud kartel dalam PDRM. Kemudian pada 13 Oktober, berlakunya satu isu pembelian pangkat Superintenden dalam kalangan anggota polis bernilai RM100,000. Kemudian 13 April, Ketua Polis Johor yang masih berkhidmat, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengatakan ramai pegawai tinggi polis terlibat dalam isu Geng Nicky dan juga Menteri Dalam Negeri sendiri pada 6 Disember mengatakan wujud elemen jenayah dalam kematian dalam tahanan.
Semua isu ini Tuan Yang di-Pertua adalah isu yang sangat penting. Kalau dahulu, mungkin ada isu yang mengatakan hearsay. Cakap-cakap di luar tetapi ini datang daripada bekas IGP, Ketua Polis Johor yang masih berkhidmat dan juga bekas-bekas pegawai tinggi polis. Jadi soalan saya pada pagi ini, adakah rang undang-undang ini pastinya akan dibawa, bukan untuk kita mencemarkan nama baik pasukan polis tetapi untuk kita mencegah dan mengembalikan nama harum PDRM pada masa akan datang.
Jadi, saya mahu jawapan kepastian adakah benar-benar rang undang-undang ini akan dibawa dalam Parlimen ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab. Satu minit.
Tuan Jonathan bin Yasin
Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Setakat ini memang itulah rancangan kerajaan iaitu mengemukakan rang undang-undang ini pada penggal ini. Setakat ini tiada perubahan Yang Berhormat Pulai. Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Soalan tambahan yang pertama, saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya ialah berkaitan isu salah laku dalam kalangan anggota dan pegawai polis masih berada pada tahap yang agak tinggi ataupun serius apabila 88 peratus daripada 750 aduan diterima Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan dalam tempoh tujuh bulan tahun ini melibatkan agensi itu.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Sejauh mana isu salah laku ini disiasat dan apakah status kepada aduan ini di saat ini? Terima kasih.
Tuan Jonathan bin Yasin
Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana soalan itu agak spesifik, kita akan bagi jawapan bertulis kepada Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Papar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya jemput untuk soalan tambahan ketiga, Yang Berhormat Papar.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sememangnya saya menyokong RUU Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis ini.
Akan tetapi kenapa ada salah laku polis. Secara holistik kita harus melihat dahulu kenapa ia berlaku. Memang disebabkan oleh kebajikan mereka tidak terjaga, gaji mereka, tempat tinggal mereka, keselesaan tempat kerja. Jadi kita harus memikirkan ini dahulu sebelum kita membuat sesuatu. Jadi saya memohon kepada kerajaan supaya kebajikan polis ini diberi keutamaan. Saya rasa dan saya yakin, perkara-perkara yang tidak baik yang dilakukan oleh polis tidak akan terjadi. Kalau boleh dapat diminimumkan. Terima kasih.
Tuan Jonathan bin Yasin
Terima kasih Yang Berhormat Papar. Daripada kenyataan yang dibuat itu, sebenarnya tidak ada soalan yang telah dikemukakan. Cuma minta supaya kebajikan pihak polis diambil kira. Namun memang pihak Kementerian Dalam Negeri sudah pun menimbang beberapa elaun untuk anggota-anggota polis dan juga kemudahan-kemudahan pihak polis juga telah cuba dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
3. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [Sibuti] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah langkah untuk memastikan bekas pesakit positif COVID-19 yang mengalami Long COVID mendapat akses perubatan yang mencukupi di seluruh negara dan adakah kementerian mempunyai data mengenai jumlah Long COVID melebihi 12 minggu setakat Oktober 2021.
Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Sibuti.
Kebanyakan pesakit yang dijangkiti COVID-19 akan pulih. Akan tetapi sebilangan kecil akan mengalami keadaan yang berpanjangan yang dipanggil long COVID.
Antara langkah-langkah yang telah dilaksanakan untuk memastikan akses perubatan mencukupi di seluruh negara ialah pertamanya, pesakit COVID-19 yang telah mendapat rawatan akan diberikan janji temu sejurus discaj dari hospital, terutamanya bagi yang mengalami komplikasi tertentu atau yang dijangka mengalami gejala long COVID.
Mereka akan diberi janji temu sama ada di klinik pakar yang bersesuaian dengan diagnosis akhir mereka.
Kedua, bagi pesakit yang turut mempunyai penyakit kronik atau komorbid, seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Mereka akan diminta untuk meneruskan rawatan susulan di fasiliti kesihatan seperti yang telah dijadualkan sebelum mereka dijangkiti COVID-19. Sekiranya mereka tidak mempunyai rawatan susulan biasa, mereka akan dirujuk kepada pakar tertentu dan diberikan janji temu. Bekas pesakit COVID-19 juga boleh mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan awam dan swasta yang berhampiran secara walk-in. Bagi pesakit yang mengalami gejala dan simptom yang semakin teruk, semasa dalam pemantauan dan memerlukan rawatan segera, mereka akan dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
KKM juga telah menggariskan strategi kesiapsiagaan, daripada segi kelengkapan logistik dan tenaga kerja di semua fasiliti kesihatan bagi memberikan akses perubatan yang mencukupi kepada semua bekas pesakit COVID-19. Sehingga November 2021, soalan ini tanya hingga Oktober tetapi kita ada jawapan sampai November. Seramai 19,890 bekas pesakit COVID-19 yang discaj dari hospital telah diberi janji temu dan datang untuk rawatan susulan di fasiliti kesihatan.
Berdasarkan pemantauan ke atas pesakit, terdapat lima gejala utama yang dihidapi, iaitu:
(i) kelesuan, 78.9 peratus;
(ii) sesak nafas, 52.9 peratus;
(iii) batuk, 18 peratus;
(iv) kesukaran tidur, 14.5 peratus; dan
Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
(v) keresahan, 10.4 peratus.
KKM akan terus memantau dan memberi rawatan kepada pesakit long COVID yang mempunyai indikasi berdasarkan Garis Panduan Pengurusan COVID-19, Post COVID-19 Management Protocol dan memastikan akses perubatan yang mencukupi kepada golongan ini. Terima kasih.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Terima kasih. Meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, saya mendapati isu long COVID ini adalah merupakan satu isu yang perlu kita tangani dan juga seluruh dunia menceritakan berkenaan tentang long COVID. Data-data yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi telah menyatakan antara simptom-simptom yang sangat ketara adalah kelesuan, anxiety ataupun keresahan.
Ini adalah merupakan salah satu faktor yang saya rasa akan menjejaskan prestasi kerja ataupun majikan akan teragak-agak untuk mengambil bekas-bekas pesakit. Apakah jaminan pihak kementerian ataupun nasihat kementerian kepada majikan-majikan agar tidak menyisih bekas pesakit COVID-19 yang mengalami long COVID ini. Terima kasih.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Seperti yang saya sebut tadi, bahawa kita memberikan janji temu kepada semua yang ada komplikasi dan juga dijangka ada komplikasi. Mereka akan mendapat rawatan, sama ada di klinik kesihatan ataupun di hospital. Mereka juga yang mempunyai gejala lagi mungkin akan dimasukkan ke pusat- pusat rehabilitasi seperti yang ada di Hospital Sungai Buloh dan lebih khusus tentang respiratori umpamanya di hospital pengajar universiti di UiTM. Kita mengharapkan bahawa...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jelutong.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Dengan kesihatan mereka yang lebih terjamin selepas ini, maka majikan-majikan seperti yang disarankan tadi, tidaklah menidakkan kehadiran mereka dan mudah-mudahan mereka dapat pulang balik ke pangkuan pekerjaan dan memberikan prestasi yang lebih baik. Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan COVID-19, kita juga telah dengar bahawa varian Omicron telah pun menular dan ada seorang yang telah pun membawa varian Omicron ini ke negara Malaysia. Jadi soalan saya– kita juga telah lihat laporan mengatakan bahawa pesakit tersebut telah pun diberi rawatan dan keadaan berada dalam keadaan terkawal.
Jadi, soalan saya apakah nombor pesakit-pesakit yang sekarang dijangkiti dengan varian Omicron, nombor satu. Berkaitan dengan perkara itu, soalan saya adalah juga, adakah apa-apa langkah-langkah yang akan diambil bagi tujuan mempertingkatkan lagi penyediaan persediaan Kementerian Kesihatan untuk menghadapi varian-varian yang baharu. Terima kasih.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong begitu prihatin tentang Omicron. Akan tetapi seperti yang mana yang semua tahu telah dimaklumkan, bahawa di Malaysia ini ada satu kes yang telah datang daripada seorang pelajar daripada Afrika Selatan. Beliau telah melalui kuarantin yang sepenuhnya dan taat kepada SOP kuarantin dengan baiknya dan tidak mempunyai gejala langsung.
Kaedah kesihatan awam telah dijalankan dengan ketat dan mereka ini telah dikuarantin dan juga telah dibuat ujian semula. Ujian terkini pada hari Jumaat lepas, keputusan yang didapati adalah kesemua mereka yang close contact, kontak rapat dan juga pelajar yang datang daripada Afrika itu, result-nya adalah negatif. Tidak ada masalah.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Satu soalan tambahan, long COVID.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya jemput Yang Berhormat Kuala Selangor.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kembali kepada soalan long COVID Tuan Yang di-Pertua. Terutama di kalangan kanak-kanak ataupun children. Satu daripada tujuh yang didapati dari real data yang terbit mutakhir ini dan khususnya bukan sahaja daripada aspek fizikal ataupun respiratori ataupun juga kardiovaskular tetapi daripada aspek pembangunan kognitif adalah juga terjejas cognitive ability mereka. Kalau orang tua, mungkin akan menghadapi dementia. Akan tetapi kanak-kanak adalah cognitive ability. Apakah perancangan dan langkah-langkah MOH atau KKM untuk menangani gejala seumpama ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Satu soalan yang penting. Ini disebabkan long COVID ini kita tidak tahu kebanyakannya pesakit-pesakit COVID-19 sembuh. Akan tetapi ada segolongan yang berpanjangan, yang empat hingga 12 minggu. Malahan ada yang lebih daripada 12 minggu. Contohnya kanak-kanak tadi. Bukan sahaja bidang respiratori ataupun kardiovaskular ataupun aspek mental dan sebagainya. Jadi, dengan aspek cognitive function dan sebagainya.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Jadi, kita lihat - sebab itu kita, KKM menyediakan perkhidmatan yang kepelbagaian daripada, dengan izin, all aspects of – departments. Semua, daripada perubatan, pembedahan, mental dan sebagainya. Jadi, ini tentu bahagian neurological, umpamanya, melihat kepada masalah kognitif yang kita di sini tidak ada data yang tepat begitu sekali. Apa yang saya hendak sarankan Yang Berhormat, bahawa perkhidmatan rehabilitasi komprehensif yang kita buat ini.
Contohnya yang saya sebut tadi di Hospital Sungai Buloh, pelbagai bidang kepakaran terlibat, khususnya sebagai one-stop center. Jabatan Perubatan, Psikiatri, Mental dan juga saya hendak sebut tentang kewujudan Hospital Universiti UiTM yang juga memberikan perkhidmatan respiratori komprehensif.. Selain daripada itu, susulan juga terdapat di 41 buah fasiliti perubatan rehabilitasi di seluruh negara yang memberi perkhidmatan kepada pesakit long COVID iaitu 32 di KKM, tiga di Hospital Universiti, empat buah hospital swasta dan satu Pusat Rehabilitasi Kementerian Sumber Manusia.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, sudah tentu KKM akan meneliti perkara ini dan akan memperhalus perkara ini kerana ini melibatkan kanak-kanak yang kita hendak sayangi dan kita akan memberikan vaksinasi tidak lama lagi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Timbalan Menteri. Pertanyaan seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Kuantan- tidak ada dalam Dewan. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Kuala Krai.
[Soalan No. 4 – YB.Puan Fuziah binti Salleh (Kuantan) tidak hadir]
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya dalam bentuk pantun, untuk menceriakan suasana pagi yang hening ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Silakan.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Ke Manik Urai mencari delima, Bersama penghulu menahan lukah, Soalan saya nombor lima, Untuk kebaikan pekebun getah.
5. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan berapa subsidi skim tanaman semula getah yang diperuntukkan bagi menggantikan pokok getah yang tidak ekonomik dan berapa orang pekebun kecil yang berjaya mendapat kelulusan skim tersebut sepanjang tempoh RMKe-11.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Krai. Untuk makluman Yang Berhormat, sebagai makluman Yang Berhormat, kementerian melalui RISDA melaksanakan Program Tanam Semula Getah ke Getah (TSGG) yang memberi bantuan kepada pekebun kecil bagi menanam semula kebun getah tua atau kebun lain yang tidak ekonomik dengan benih getah baharu berhasilan tinggi.
Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-11, sejumlah RM589.19 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan program ini. Dengan peruntukan tersebut, bilangan pekebun kecil yang berjaya diberi kelulusan adalah seramai 64,863 orang. Sekian, terima kasih.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang telah diberikan.
Saya ingin bertanya soalan tambahan, pekebun kecil yang menyertai Program Tanam Semula Getah ini akan kehilangan sumber pendapatan mereka selama antara lima sehingga tujuh tahun dalam tempoh getah ini ditanam, sementara menunggu pokok getah mengeluarkan hasil.
Jadi, apa tindakan kementerian bagi memastikan pekebun kecil tersebut dapat meneruskan kelangsungan kehidupan mereka dengan baik? Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Sebagai makluman, kementerian melalui RISDA sebenarnya menyasarkan pokok getah yang ditoreh boleh mengeluarkan hasil lebih kurang dalam empat tahun setengah. Akan tetapi sekiranya mereka mengamalkan amalan pertanian JAP, bimbingan dan latihan JAP sentiasa diberikan oleh pihak RISDA melalui program pengembangan.
Bagi memastikan pekebun kecil dapat meneruskan kelangsungan kehidupan sementara menunggu pokok getah mengeluarkan hasil, RISDA menyediakan bantuan di bawah Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) dan pembangunan usahawan. Ini memberi bantuan keperluan perniagaan, pemasaran dalam bentuk mata benda, peralatan dan bahan input pengeluaran serta membimbing dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan kepada pekebun kecil dan ahli isi rumah sepanjang ini.
Dalam Rancangan Malaysia Ke-11, RM165.64 juta diperuntukkan kepada 11,591 orang usahawan pekebun kecil menerima manfaat. Selain itu, Program Hasil Baharu Agromakanan turut disediakan kepada pekebun kecil. Program ini menyediakan bantuan seperti peralatan dan input pertanian kepada pekebun kecil yang boleh memberi hasil yang kadar segera. Program ini bermula 2020, di mana jumlah RM10 juta diperuntukkan dan seramai 520 orang pekebun kecil menerima manfaat. Kesimpulan, kementerian sentiasa prihatin kepada permasalahan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan saya adalah- jawapan-jawapan yang diberi oleh Timbalan Menteri bagi saya ialah penyelesaian pada jangka masa pendek. Jadi, soalan saya adalah macam mana hendak mengatasi masalah kekurangan pendapatan pekebun-pekebun getah pada jangka masa panjang? Macam mana- apa ada perancangan untuk membantu mereka supaya mereka pada masa yang akan datang tidak mengalami masalah sekarang? Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Sebenarnya, apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Tebrau saya sangat bersetuju, untuk penyelesaian jangka masa panjang. Oleh sebab itu, bermula pada tahun 2020 seperti jawapan saya, yang kita nyatakan aktiviti
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
ekonomi tambahan, yang kita- berbentuk yang saya nyatakan sebentar tadi, yang telah kita berbelanja sepanjang 2020, RM10 juta itu adalah kepada pekebun kecil yang kita minta supaya ia dijadikan sebagai aktiviti tambahan. Aktiviti ekonomi tambahan.
Kalau dia bergantung sahaja kepada getah, sudah pasti apa yang dinyatakan oleh pihak Yang Berhormat Tebrau sebentar tadi, ia menjadi nyata. Akan tetapi kalau mereka ada sedikit kemahuan, apa yang kita bantu dan untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, di kawasan saya telah terlalu ramai mengambil bantuan daripada segi aktiviti ekonomi tambahan ini. Mereka berjaya dan telah menjadi pemenang Anugerah Desa Cemerlang di peringkat KPLB. Jadi, saya berharap supaya mereka ini, Yang Berhormat galakkan adakan aktiviti ekonomi tambahan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Boleh satu lagi soalan tambahan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya jemput Yang Berhormat Merbok, soalan tambahan yang ketiga.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, kerajaan ada mengenalkan Model Perancangan Strategik RISDA (MPSR) 2021-2025. Jadi saya ingin bertanya, apakah impak atau inisiatif di bawah model tersebut? Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sebenarnya, kami RISDA sentiasa mencari pembaharuan untuk pekebun-pekebun kecil.
Walaupun sekarang harga agak meningkat, telah mencecah pada hari ini RM3.30 bagi sekerap, tetapi aktiviti-aktiviti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, ini yang kita memberi latihan yang begitu banyak. Boleh dikatakan setiap masa pihak pengembang kita turun padang untuk memastikan bahawa kita dapat mencapai sasaran.
Ini yang digalakkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar kepada agensi- agensi kita, sama ada RISDA ataupun FELCRA sendiri, ataupun agensi-agensi seperti KETENGAH, KESEDAR dan sebagainya. Kita minta mereka turun padang supaya kita dapat laksanakan, khususnya kita tahu permasalahan ketika COVID-19.
Ini yang kita sarankan supaya ia menjadi lebih efisien kepada mereka untuk menambah pendapatan di masa mendatang ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
6. Puan Teo Nie Ching [Kulai] minta Menteri Kesihatan menyatakan nisbah doktor kepada penduduk di Malaysia dan matlamat KKM menjelang tahun 2022 dan tahun 2025.
Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kulai. KKM telah membuat unjuran keperluan doktor dalam negara yang disediakan mengikut rancangan lima tahun.
Sekarang ini RMKe-12 lah.
Sebagai contoh, RMKe-12 sasaran nisbah kepada penduduk 1:400 pada tahun 2025, berbanding 1:450 dalam Rancangan Malaysia Ke-11. Nisbah 2020 adalah 1:441 dan anggaran pada tahun 2022 ialah 1:425. KKM sentiasa berusaha memastikan tahap akses perkhidmatan bagi penduduk untuk mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti dan selamat.
Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Bagi menentukan keperluan pegawai perubatan termasuk pakar, urusan ini dibuat berdasarkan norma keperluan sumber manusia untuk kesihatan bagi fasiliti KKM.
Penetapan norma ini berdasarkan beberapa perkara. Ada lima perkara.
Pertama, jumlah penduduk dan jumlah kedatangan pesakit.
Kedua, kategori fasiliti KKM seperti hospital negeri, hospital pakar major, hospital pakar minor, hospital tanpa pakar, institusi perubatan khas dan juga klinik kesihatan.
Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Ketiga, skop perkhidmatan disediakan bagi fasiliti tersebut seperti bidang kepakaran dan sub kepakaran yang ada di sesebuah fasiliti.
Keempat, dengan izin, level of care. Level of care primary, secondary, tertiary dan long-term care. Bergantung kepada perkara itu.
Kelima, beban penyakit.
Keperluan perjawatan di setiap fasiliti kesihatan KKM ini sentiasa diteliti dan ditambah baik bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan yang terbaik.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila, Yang Berhormat Kulai. Soalan tambahan.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya rasa agak kecewalah dengan jawapan tersebut. Ini kerana tahu tidak, Yang Berhormat Timbalan Menteri, bahawa matlamat Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) telah menetapkan matlamat bahawa menjelang tahun 2020, nisbah doktor kepada penduduk akan meningkat kepada seorang bagi setiap 400 orang penduduk? Akan tetapi sekarang, kami telah tidak boleh mencapai matlamat tersebut. Matlamat tersebut sekarang telah ditunda ke tahun 2025.
Jadi saya hendak tanya, apakah langkah yang akan diambil oleh KKM untuk pastikan bahawa satu matlamat yang telah ditetapkan pada tahun 2015 itu yang tidak mampu kita capai menjelang tahun 2020 akan akhirnya dicapai pada tahun 2025?
Pada masa yang sama, kalau kita cakap kita memang hendak nisbah seorang doktor bagi setiap 400 orang penduduk tetapi untuk kawasan Parlimen Kulai, Daerah Kulai, kita ada 320,000 orang penduduk tetapi nisbah doktor di kawasan Kulai...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Soalan.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
...Tak capailah nisbah 500. Saya rasa, kami sampai sekarang pun tidak dapat mencapai nisbah tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Soalan. Soalannya, Yang Berhormat Kulai.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Jadi saya hendak tanya, pada masa yang sama, kita ada hartal doktor kontrak di mana banyak doktor itu tidak dapat kontrak mereka...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kulai.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
...Tidak dapat jawatan tetap mereka tetapi pada masa yang sama, KKM gagal untuk mencapai satu matlamat...
Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah
Soalan, soalan. Ini bukan bahas. Soalan.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
...Yang ditetapkan oleh kerajaan yang sama pada tahun 2020.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya pun sedih tengok cara dia tanya soalan yang berulang-ulang, yang menyebabkan keresahan dan anxiety kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain. Macam mana hendak capai matlamat macam itu?
Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat, kita yang pentingnya kita bermatlamat.
Apabila kita meletakkan matlamat, kita akan berusaha. Sepertimana yang saya terangkan tadi, kita ada lima perkara yang kita kaji. Perkara ini adalah dinamik bergantung kepada keadaan yang berlaku di setiap hospital dan di negeri-negeri dan juga di daerah-daerah, mungkin seperti apa Yang Berhormat sebut tadi.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Jadi, seperti yang saya katakan tadi, kita sudah letakkan. Sekarang ini mengikut rancangan lima tahun dan pada RMKe-12, kita letakkan 1:400. Jadi, sekali lagi saya hendak sarankan, yang pentingnya kita bermatlamat dan kita tetap mencari satu matlamat untuk kita usahakan dan insya-Allah, satu hari kita akan capai matlamat ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Matlamat tidak dicapai. Itu masalahnya. Buat apa kita ada matlamat tetapi tidak ada langkah yang proaktif untuk memastikan kita boleh capai matlamat tersebut?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Kulai, kita bagi peluang orang lain pula.
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort
Bagi pada Sabah atau Sarawak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan yang kedua. Saya jemput...
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort
Sabah atau Sarawak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
...Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort
Untuk sini semua. Mana boleh Johor semua.
[Ketawa] [Tepuk]
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertama, apakah langkah kementerian untuk mengatasi dua masalah ini?
Pertama, masalah kekurangan doktor pakar. Kedua ialah isu doktor kontrak. Itu sahaja soalan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pontian. Soalan yang ringkas dan memerlukan jawapan yang cukup panjang sebenarnya.
Walau bagaimanapun, kerajaan telah menggariskan banyak perkara. Kita sudah terangkan beberapa kali. Dalam bajet pun diterangkan. Beberapa perkara penambahbaikan yang dilakukan untuk doktor kontrak dan kita ke arah untuk berusaha supaya kita dapat memberikan penempatan kepada doktor kontrak seperti jawatankuasa khas diwujudkan untuk membincangkan masalah dengan pindaan undang-undang umpamanya.
Berkenaan dengan Akta Perubatan, Akta Pergigian, Akta Farmasi dan juga kita hendak bincang tentang Akta Pencen dengan JPA. Kita hendak fikir macam mana supaya penambahbaikan dapat dilakukan untuk doktor siswazah, untuk fleksibiliti, untuk membuat kepakaran dan sebagainya. Jadi, ini yang kita buat.
Untuk menambahbaikkan lagi doktor pakar, kita telah menambahkan slot-slot untuk pengajian kepakaran di hospital, menambahkan lagi peluang-peluang untuk parallel pathway, dengan izin, umpamanya. Juga kita berusaha supaya kita dapat menarik lebih ramai doktor-doktor yang bekerja di luar untuk bekerja dalam negara dan juga telah memberikan bermacam-macam insentif kepada doktor-doktor pakar supaya mereka tetap setia dan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk negara kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Soalan tambahan yang ketiga. Saya jemput Yang Berhormat Beaufort.
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, saya ingin bertanya, kerana
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort
kalau Sabah dan Sarawak ini, memang keperluan doktor itu lebih lagi tinggi. Oleh kerana itu, saya ingin bertanya, apakah perancangan dan juga cadangan kementerian untuk menghantar lebih ramai doktor-doktor ke hospital-hospital di negeri Sabah dan Sarawak termasuk di kawasan luar bandar, termasuklah doktor-doktor pakar?
Keduanya, apakah perancangan kementerian untuk menggalakkan para doktor memulakan private practice mereka termasuk di pekan-pekan di luar bandar untuk merapatkan lagi nisbah di antara penduduk dan doktor? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Soalan yang penting sebenarnya. Kekurangan tidak cukup doktor pakar, tidak cukup doktor ini bukan sahaja di Sabah dan Sarawak, juga di Semenanjung. Akan tetapi di Sabah dan Sarawak memang kita jelas lihat.
Seperti yang saya sebutkan tadi, usaha-usaha kerajaan untuk menghantar lebih banyak pegawai perubatan dan juga pakar ke Sabah dan Sarawak kerana tempat itu luas.
Kerajaan, umpamanya, telah memberikan peluang yang lebih baik kepada doktor-doktor muda dari Sabah dan Sarawak untuk melanjutkan pelajaran kepakaran.
Keduanya, menambahkan insentif bagi mereka yang sudi untuk pergi bekerja atau berkhidmat di Sabah dan Sarawak. Contohnya lagi, kalau di bandar, imbuhannya lain, kalau di luar bandar, imbuhannya lebih tinggi umpamanya. Jadi, ini semua untuk menambahkan insentif, memberi semangat, memberi rasa prihatin lagi kepada kawasan- kawasan yang di luar bandar dan sebagainya.
Jadi, Yang Berhormat Beaufort, kita akan teruskan perjuangan kita untuk menambahkan doktor-doktor pakar dan juga untuk menghantar lebih banyak doktor untuk membantu di Sabah dan Sarawak. Terima kasih.
7. Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor [Cameron Highlands] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan apakah perancangan yang dirangka oleh pihak kementerian bagi melahirkan lebih ramai golongan profesional di kalangan masyarakat Orang Asli.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Cameron Highlands.
Kementerian Pembangunan Luar Bandar melalui JAKOA telah merangka pelbagai program dan inisiatif bagi melahirkan lebih ramai golongan profesional dalam kalangan masyarakat Orang Asli. Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli
(JAKOA) sentiasa komited bagi melahirkan masyarakat Orang Asli yang mempunyai pencapaian pendidikan dan kemahiran arus perdana.
Berdasarkan kepada Pelan Strategik JAKOA 2016-2021 di bawah Fokus 3: Modal Insan dan Kemahiran Belia telah menggariskan teras strategik utama iaitu membangunkan modal insan masyarakat Orang Asli dan meningkatkan kemahiran belia dan beliawanis di kalangan masyarakat Orang Asli. Berdasarkan kepada teras strategik ini, yang dibahagikan kepada program seperti berikut:
(i) program pendidikan awal kanak-kanak;
(ii) program kecemerlangan pendidikan;
(iii) program jejak siswa (PJS);
(iv) program pembangunan modal insan; dan
(v) program latihan, kemahiran dan kerjaya.
Dalam merancang pembangunan modal insan di kalangan masyarakat Orang Asli, pihak JAKOA telah merangka pelan tindakan menempatkan pelajar lepasan Sijil
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia kepada dua segmen pendidikan iaitu akademik dan bidang latihan kemahiran.
KPLB melalui JAKOA juga menjalinkan kerjasama strategik bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang melibatkan institusi pengajian tinggi awam dan swasta seperti Universiti Teknologi Mara
(UiTM), Institut Pendidikan Guru Malaysia, Universiti Kuala Lumpur dan German- Malaysian Institute.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Berdasarkan kepada maklumat kerjaya di kalangan masyarakat Orang Asli dari tahun 2010 hingga 2021, dengan terbahagi kepada sektor awam dan swasta, dalam sektor awam pada tahun 2010, seramai 1,416 orang. Manakala tahun 2021, seramai 3,281 orang. Ini telah menunjukkan peningkatan sektor awam sebanyak 56.8 peratus.
Bagi sektor swasta pula, pada tahun 2010 seramai 722 orang dan bagi tahun 2021 seramai 1,555 orang. Ini pula telah menunjukkan peningkatan 53 peratus. Selain itu, melalui kerjasama bersama Kementerian Sumber Manusia, masyarakat Orang Asli diberikan pendedahan dan menceburi bidang kemahiran dan kerjaya melalui Program Penjana PERKESO iaitu MyFutureJobs. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan yang pertama, sila Yang Berhormat Cameron Highlands.
Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Pada awal bulan November, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menyatakan ada inisiatif khas untuk laluan masyarakat Orang Asli ke Universiti Pertahanan Nasional. Adakah program- program begini akan dipanjangkan kepada IPTA-IPTA awam di masa akan datang sebagaimana yang telah dilaksanakan semasa Dasar Ekonomi Baru dahulu?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Cameron Highlands. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.
Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Cameron Highlands. Sebenarnya laluan khas kemasukan pelajar Orang Asli ini, kita telah laksanakan pada September 2021 iaitu di UPNM. Seramai empat orang setakat ini yang telah melalui program itu iaitu seorang asasi dan tiga orang ijazah sarjana muda.
Selain daripada UPNM, laluan khas kemasukan bagi pelajar Orang Asli juga disediakan oleh IPTA dan IPTS seperti Universiti Malaysia Pahang, UNITEN, Universiti Teknologi MARA, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Universiti Kuala Lumpur dan German-Malaysian Institute. Selain itu juga, kerjasama bersama antara intake UTM dan laluan khas bagi pelajar Orang Asli bagi kursus teknologi. Ini akan ditawarkan kemasukannya pada tahun 2022. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah Kementerian Pembangunan Luar Bandar berhubung soal Orang Asli, bercadang pada jangka panjangnyalah untuk meminda Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 153(2) untuk memasukkan Orang Asli supaya menikmati keistimewaan pendidikan dan perjawatan profesional? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Setakat ini, Perkara 163 adalah perkara
Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
yang berkaitan dengan dasar. Ini tidak mungkin saya boleh jawab di dalam Parlimen ini.
Daripada segi untuk memastikan bahawa masyarakat Orang Asli ini lebih jauh ke depan, kita telah banyak inisiatif yang kita lakukan setakat ini yang bermula beberapa tahun ini.
dan telah nampak perubahan-perubahan yang telah berlaku di Kementerian Pembangunan Luar Bandar di bawah JAKOA ini sendiri.
Akan tetapi untuk perkara itu, kita perlu dapat penelitian daripada segi Perlembagaan dan sebagainya. Jadi, terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Gudang yang mencadangkan dan kita akan teliti dalam perkara itu untuk merubah sesuatu perkara perlembagaan ini. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan ketiga, saya jemput Yang Berhormat Sungai Siput.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Dalam Rancangan Malaysia Ke-12, kesejahteraan masyarakat Orang Asli akan dipertingkatkan bagi memastikan komuniti ini boleh menikmati pembangunan sosioekonomi negara dengan lebih bermakna. Buat masa ini kemiskinan dalam kalangan Orang Asli adalah 33.6 peratus malah tahap pendidikan yang rendah telah mengurangkan mobiliti sosial dan kebolehpasaran kaum ini.
Soalan saya, apakah Pelan Pembangunan Masyarakat Orang Asli meningkatkan pembangunan sosioekonomi kaum ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Oleh sebab itu, daripada segi awalan jawapan saya, boleh dikatakan persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sungai Siput agak menyeluruh.
Jadi, sebab itu perancangan kita sebagaimana yang saya nyatakan tadi di bawah Program Lima Fokus Utama yang tidak perlu saya sebutkan lagi. Kita semua tahu bahawa kalau keluarga kita sendiri pun bahawa kalau kita hendak membangunkan diri dan keluarga kita sendiri, saya berpendapat bahawa kita kena membangun daripada segi pendidikan. Ini bermakna, kita fokus kepada pendidikan sebab itu kita letakkan lima teras utama.
Kalau pendidikan ini dapat kita merubah kepada masyarakat Orang Asli selain daripada pembangunan infra dan daripada segi pembangunan lain-lain, sudah pasti saya percaya dalam jangka masa beberapa dekad ini kita mungkin boleh membangunkan Orang Asli, pertamanya melalui pendidikan.
Kemudian daripada segi pendidikan, selepas itu barulah yang saya nyatakan tadi latihan-latihan yang juga tidak perlu saya sebutkan lagi daripada segi untuk kita membantu masyarakat Orang Asli ini tidak jauh ketinggalan daripada kita yang di luar ini. Jadi terima kasih kepada Yang Berhormat yang sentiasa prihatin. Saya tahu Sungai Siput merupakan salah satu kawasan Orang Asli yang agak membangun sedikit daripada tempat lain. Kita tahu sebenarnya. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Johor Bahru.
8. Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [Johor Bahru] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan langkah yang diambil bagi memastikan proses penyelenggaraan dilaksanakan mengikut jadual khususnya di rumah-rumah kos rendah dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Keluarga Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru di atas keprihatinan tentang masalah perumahan rakyat di Malaysia.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sentiasa peka dan prihatin terhadap permasalahan yang dihadapi oleh penduduk PPR berhubung isu penyelenggaraan. Sehingga 30 September 2021, terdapat 154 buah projek atau 97,196 unit rumah PPR telah siap dibina oleh KPKT. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 54 projek adalah rumah landed manakala 100 projek pula merupakan rumah pangsapuri.
Daripada 100 projek PPR rumah pangsapuri tersebut, sebanyak lapan PPR diurus dan diselenggarakan oleh KPKT. Sebanyak 92 PPR rumah pangsapuri pula adalah di bawah pengurusan kerajaan negeri melalui SUK Perumahan Negeri atau Lembaga Perumahan Negeri masing-masing. PPR yang diuruskan oleh KPKT diselenggarakan mengikut tatacara pengurusan aset teralih bagi bangunan-bangunan kerajaan mengikut Pekeliling Bil. 2 Tahun 2012.
Pemantauan secara berkala setiap bulan dilaksanakan oleh agen pengurusan dan penyelenggaraan bangunan bersama pihak Jabatan Perumahan Negara bagi memastikan pengurusan dan kerja-kerja pembaikan PPR dapat dilaksanakan secara teratur dan berjadual.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, bagi PPR yang diuruskan oleh kerajaan negeri melalui Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) atau Lembaga Perumahan Negeri, kos penyelenggaraan rumah PPR berkenaan ditampung melalui yuran penyelenggaraan yang dibayar oleh penghuni sendiri di samping peruntukan tambahan yang disalurkan oleh pihak kerajaan negeri kepada Agensi Penyelaras PPR Negeri.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga turut menyediakan bantuan penyelenggaraan melalui Program Penyelenggaraan Perumahan bagi membantu kerajaan negeri untuk menampung kos penyelenggaraan di perumahan awam swasta.
Tuan Yang di-Pertua, KPKT juga turut menyediakan peruntukan melalui Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) bagi membantu penghuni-penghuni perumahan berstrata kos rendah dan kos sederhana rendah swasta untuk membaik pulih dan menyelenggara harta bersama.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPKT juga telah memperkenalkan inisiatif baharu yang dikenali sebagai MyBeautiful Keluarga Malaysia bagi meningkatkan imej perumahan berstrata jenis kos rendah awam yang tidak mempunyai joint management body / management corporation (JMB/MC). Melalui inisiatif ini, sebanyak 68 projek yang melibatkan 35 skim perumahan telah dikenal serta dibaiki untuk dibaik pulih dan selenggara dengan melibatkan kos sebanyak RM14.95 juta.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib
Selain itu untuk makluman Yang Berhormat, KPKT juga akan melaksanakan Penilaian Indeks PPR Berdaya Huni. Program ini dilaksanakan sebagai satu platform kepada komuniti PPR Malaysia untuk mengenal pasti amalan terbaik dalam mengawal selia pengurusan PPR negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan, sila Yang Berhormat Johor Bahru.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak bawa pemerhatian daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri soal rumah kos rendah dan sederhana, terutamanya di bandar-bandar ini berbentuk strata. Jadi apabila strata ini
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
diletakkan di bawah pengurusan pesuruhjaya bangunan (COB). Cuma yang berlaku sebagai contoh di Johor Bahru dan saya percaya mungkin berlaku di bandar-bandar yang lain, COB ini terlalu underpowered.
Maklumat yang saya terima daripada segi rumah ataupun tapak-tapak rumah ini, ada lebih daripada 1,008 unit, 1,008 buah kawasan perumahan. Manakala kalau kita hendak kira unit buah rumah dekat Johor Bahru berstrata ini, 180,000 unit dalam keadaan untuk kos rendah ini di kalangan yang paling bawah. Maksudnya penglibatan penduduk itu kurang, daripada segi bayaran itu banyak yang tertunggak dan sebagainya.
Apabila kita sebut soal penyelenggaraan, COB hanya bertindak atas aduan.
Maksudnya, dia tiada kekuatan untuk semak secara berkala dan sebagainya. Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh atau tidak KPKT yang saya mohon supaya semak balik COB-COB di setiap negeri ataupun bandar raya ini supaya setimpal lah dengan pembangunan yang pesat berlaku.
Kedua, isu penyelenggaraan itu bukannya hanya perlu permohonan apabila keadaan terlalu lumpuh ataupun teruk. Lif sudah jatuh ataupun berlubang dan sebagainya, sedangkan penyelenggaraan itu perlu buat secara berkala. Jadi yang saya mohon daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagaimana kita memastikan penyelenggaraan secara berkala boleh berlaku dalam keadaan ada laporan joint management body (JMB) di kos rumah rendah ini, ada yang empat lima tahun tidak ada mesyuarat JMB dan sebagainya sebab penglibatan itu agak rendah. Jadi mohon respons daripada KPKT. Sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru. Saya cukup tertarik dengan isu yang dibawa oleh Yang Berhormat Johor Bahru. Pertama ialah dari segi peranan JMB dan juga management corporation (MC) ini. Memang kita akui antara sedikit kelemahan adalah dari segi pengurusan JMB dan juga MC ini. Kedua, daripada segi penyelenggaraan yang Yang Berhormat sebutkan tadi, bahawa— terima kasih banyak berikan pandangan.
Sebenarnya kita sentiasa prihatin tentang keperluan penyelenggaraan di rumah-rumah PPR ini.
Oleh sebab itulah, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kita menyediakan dua bentuk peruntukan penyelenggaraan. Pertama ialah Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) sepertimana yang disebutkan tadi dan kedua ialah Program Penyelenggaraan Perumahan yang di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Saya sebenarnya ada maklumat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Johor Bahru, tentang jumlah peruntukan yang telah pun kita keluarkan termasuk negeri Johor.
Negeri Johor memanglah di antara- umpamanya tahun 2016 hingga 2021, sejumlah RM17,162,753 telah pun kita keluarkan, bagi kita membantu penyelenggaraan rumah- rumah PPR di negeri Johor dan juga pada keseluruhannya kalau kita lihat, sejumlah 2016 hingga 2021 ini ialah RM23,893,937 wang telah pun kita keluarkan bagi penyelenggaraan negeri Johor.
Yang Berhormat, kita akui bahawa memang terdapat juga kadang-kadang kerosakan-kerosakan. Oleh sebab itulah kita minta supaya MC— juga pihak pengurusan dan kerajaan negeri dapat membantu kita bagaimana supaya kita memberikan kesedaran kepada penduduk, penghuni-penghuni rumah, supaya mereka menjaga bersama dengan kita, keadaan rumah ini dan tidak berlaku vandalism yang boleh melibatkan kerosakan kepada rumah-rumah berkenaan. Sebenarnya ada enam...
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
COB sedikit, Yang Berhormat Timbalan Menteri, komen.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib
COB ini dia- apa Yang Berhormat tadi? Minta maaf.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Pesuruhjaya bangunan yang agak understaffed macam di Johor Bahru hanya ada empat, lima pegawai sahaja.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib
Saya sudah sebut tadi Yang Berhormat. Antara kelemahan-kelemahan. Ini melibatkan juga kerajaan negeri sebenarnya Yang Berhormat. Kita sebenarnya meneliti antara isu-isu yang saya sebutkan tadi, antaranya ialah dari segi kelemahan dan juga pengurusan JMB, COB dan sebagainya. Jadi insya-Allah kita akan lihat. Dalam konteks penyelenggaraan ini, kita ada enam skop penyelenggaraan yang terpaksa kita lakukan walaupun Yang Berhormat sebutkan tadi ada lif-lif yang lama rosak. Jadi kita perlukan feedback, bukan sahaja daripada penyelenggaraan, pengurusan perumahan tadi dan kita perlukan juga maklumat daripada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dan sebagainya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan kedua, saya menjemput Yang Berhormat Tebrau. Johor lagi.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab soalan dari Yang Berhormat Johor Bahru. Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan saya adalah macam mana pendekatan kontraktor penyelenggaraan dipilih untuk membuat kerja penyelenggaraan dan adakah prestasi mereka dikawal dan dipantau dan adakah mereka yang tidak perform disenaraihitamkan?
Saya hendak bagi satu contoh. Di kawasan saya, PPR Desa Mutiara, peruntukan telah dijatuhkan untuk menggantikan bumbung beberapa blok. Kontraktor sudah buka bumbung, tetapi sudah dua, tiga minggu belum dipasang bumbung yang baharu atas alasan atap yang baharu belum sampai atau tidak ada stok. Jadi, macam mana ini boleh berlaku yang menyusahkan penduduk-penduduk di sana. Jadi saya berharap ada kaedah untuk menyenaraihitamkan kontraktor yang tidak prihatin kepada rakyat dan tidak buat kerja dengan standard yang bagus. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya dari Tebrau yang sering menimbulkan masalah perumahan- perumahan di kawasan beliau. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak tahu sama ada isu kelewatan kontraktor ini disebabkan kita berhadapan dengan COVID-19 ini ataupun masalah kontraktor itu sendiri.
Namun demikian, dalam kita melaksanakan projek-projek perumahan, termasuklah projek-projek lain, masalah kontraktor, masalah kewangan mereka juga merupakan sebab berlakunya kelewatan kepada pelaksanaan apa juga kerja yang dilakukan oleh kontraktor ini. Namun Tuan Yang di-Pertua, Desa Mutiara saya akan tengok Yang Berhormat sebab kita ada dua bentuk pembaikan penyelenggaraan.
Pertama ialah peruntukan dari kerajaan negeri, diuruskan oleh kerajaan negeri, yang kedua ialah di bawah KPKT. Oleh sebab itulah pelantikan kontraktor adalah secara kaedah tender, sebut harga mengikut kaedah perolehan kerajaan. Kontraktor yang telah disenaraihitamkan tidak akan dilantik semula.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya akan tengok dengan Yang Berhormat Tebrau, apa isu sebenar di Tebrau sehingga atap telah dibuka tetapi tidak boleh dipulihkan semula menyebabkan penghuni-penghuni menghadapi masalah. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Dato’ Sri Azalina Othman Said, Pengerang.
9. Dato' Sri Azalina Othman Said [Pengerang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan kadar vaksinasi tahanan di semua tempat tahanan pada ketika ini dan langkah-langkah proaktif kerajaan dalam memastikan tahanan di semua tempat tahanan akan mendapat vaksinasi.
Timbalan Menteri Dalam Negeri II - Tuan Jonathan bin Yasin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Pengerang. Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, statistik Jabatan Penjara Malaysia sehingga 7 Disember 2021, menunjukkan seramai 53,299 orang atau bersamaan dengan 79.71 peratus orang banduan telah lengkap menerima vaksin dos dua dan dos tunggal dan yang selebihnya telah mendapat dos satu berjumlah 6,262 orang. Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Penjara Malaysia telah mengambil langkah proaktif bagi melaksanakan Program Pemberian Vaksinasi COVID-19 kepada banduan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri II - Tuan Jonathan bin Yasin
Ini terbukti apabila program pemberian vaksinasi telah pun dilaksanakan secara berperingkat bermula beberapa bulan yang lepas sehingga berjaya mencapai jumlah yang tinggi dalam tempoh beberapa bulan sahaja. Inisiatif ini juga telah digerakkan di peringkat negeri dan kerjasama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia di mana pemberian suntikan vaksin COVID-19 dilaksanakan oleh pejabat kesihatan daerah yang berhampiran. Dalam masa yang sama, program ini akan terus dilaksanakan dan diperhebatkan dari semasa ke semasa di bawah Program Vaksinasi COVID-19, immunisation task force atau CITF.
Untuk makluman Yang Berhormat, di depot tahanan Imigresen seluruh negara sehingga 10 November 2021, yang telah divaksin dan telah menerima dos satu adalah berjumlah 18,385 orang dan yang telah mendapat dos kedua adalah seramai 5,748 orang.
Sekian, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan pertama, sila Yang Berhormat Pengerang.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga saya ucap terima kasih kerana mereka di dalam penjara tidak dianaktirikan. Soalan saya seterusnya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri ialah, apakah dasar kerajaan terhadap golongan sedemikian yang ditahan? Pertama sekali, mereka yang di dalam tahanan imigresen, adakah mereka divaksin? Kedua, mereka yang ditahan dalam kategori reman, adakah mereka juga divaksin? Paling akhir Tuan Yang di- Pertua, mereka dalam death row, kematian, yang 1,000 lebih moratorium, adakah mereka diberikan COVID-19 vaksin ataupun tidak?
Tuan Jonathan bin Yasin
Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana soalan itu sangat spesifik, kita akan beri jawapan bertulis kepada Yang Berhormat Pengerang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih.
Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Kota Raja.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang diketahui, penjara ini penuh sesak dan di antara penyebaran awal COVID-19 di Malaysia ini, Penjara Kajang dan Penjara Alor Setar. Untuk mengelakkan kesesakan di pusat tahanan dan penjara, apakah kerajaan bercadang– sudah buat pun tetapi tambahkan lagi – membebaskan mereka yang tidak serius tuduhan untuk digantikan dengan khidmat masyarakat.
Ini seperti yang dilakukan di Amerika dan negara-negara Eropah yang lain yang dinilai tidak lagi berbahaya, maka dibebaskan awal untuk mengelakkan kesesakan penjara supaya penyebaran COVID-19 ini dapat dikawal dan mereka digantikan dengan khidmat masyarakat. Apakah kerajaan bercadang untuk berbuat demikian?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Jonathan bin Yasin
Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Sebenarnya di negara kita sudah pun melaksanakan pelepasan banduan secara berlesen bagi mereka
Tuan Jonathan bin Yasin
untuk berkhidmat dan ada yang bekerja, ada juga yang melakukan kerja-kerja di lapangan, berbakti, melibatkan khidmat masyarakat.
Jadi, ia akan diperbaiki lagi supaya penjara-penjara kita tidak terlalu sesak. Ada juga pusat-pusat penjara sementara yang telah dibina. Ia akan dipertimbangkan sama ada ada keperluan untuk menambahkan lagi pusat-pusat tahanan sementara ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Soalan Jawab Lisan seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Segambut.
10. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan [Segambut] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan langkah-langkah yang telah dan akan diambil untuk melindungi golongan penghantar makanan atau barangan yang bermotosikal/berkereta dan memastikan sektor ini kekal relevan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Segambut ini yang terus bersangkut dengan ekonomi gig. Jadi, pekerjaan ekonomi gig mendapat sambutan yang amat baik oleh rakyat dan telah menjadi trend semasa untuk dijadikan sebagai kerjaya tetap ataupun sementara. Apatah lagi ketika kita menghadapi pandemik COVID-19 ini, ekonomi gig ini banyak membantu dalam economic cycle negara.
Rakyat juga kini bersaing untuk mendapatkan pekerjaan yang tersedia melalui platform tempatan seperti Grab, Grabfood, Lalamove, Foodpanda dan sebagainya. Atas keprihatinan kerajaan terhadap pekerja ekonomi gig terutamanya rakyat kita yang menghadapi situasi yang tidak dijangka ini, kerajaan mengambil langkah aktif dengan menyediakan perlindungan sosial iaitu Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).
Walaupun pada mulanya Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri hanya terpakai secara mandatori kepada pemandu teksi yang bekerja sendiri, kemudian ia diperluaskan kepada pemandu e-hailing bermula 1 November 2018.
Menyedari perusahaan perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran barangan atau makanan telah mulai mendapat permintaan dalam pasaran dan juga penawarannya yang tinggi, kerajaan telah mewajibkan pekerja perusahaan ini secara mandatori mendaftar dan mencarum dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri mulai 1 Oktober 2021, sebagai salah satu pelan memastikan kategori tersebut mempunyai perlindungan keselamatan sosial.
Ini kerana mereka merupakan golongan yang berisiko tinggi mengalami kemalangan semasa menjalankan pekerjaan. Langkah ini memperlihatkan keprihatinan kerajaan terhadap ekonomi gig yang banyak membantu negara mengekalkan rantaian ekonomi di saat pandemik COVID-19 ini.
Berdasarkan kepada maklumat ini, OBS atau orang bekerja sendiri aktif sehingga 3 Disember 2021 dalam sektor penghantaran barangan dan makanan adalah seramai 210,516 orang yang telah mendapat manfaat daripada pendaftaran ini, daripada sistem PERKESO yang telah dilancarkan ini. Daripada jumlah tersebut yang mewakili orang bekerja sendiri yang paling ramai mendaftar dalam program PERKESO ini seramai 348,663 orang pencarum secara aktif yang bekerja sendiri, yang tanpa majikan.
Jadi, dengan itu dalam perkembangan ini kita tengok sama ada dasar dan undang-undang yang bersesuaian akan dicadangkan setelah kementerian mendapatkan maklumat yang menyeluruh bagi keperluan alam pekerjaan gig bagi melindungi mereka di masa akan datang. Keprihatinan kerajaan terhadap perkara tersebut dihasratkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Bagi tahun 2021 hingga 2025 dengan menetapkan jaminan untuk menyokong pembangunan ekonomi gig.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim
Walau bagaimanapun, negara menuju ke peralihan fasa daripada pandemik kepada endemik. Ini bermakna permintaan dan penawaran terhadap perkhidmatan ekonomi gig ini dijangka akan berterusan dan meningkat. Bukan itu sahaja, kerajaan juga telah menyalurkan sejumlah peruntukan khas di bawah kementerian atau mana-mana agensi berkaitan bagi memacu perusahaan ini agar terus berdaya saing. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila soalan tambahan Yang Berhormat Segambut.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Terima kasih. Soalan saya sebenarnya bagaimana kita hendak pastikan sektor ini kekal relevan. Jadi persoalan sekarang di luar sana ramai orang mengatakan industri ini sekarang mempunyai kawal selia yang terlampau, overregulation kerana ada banyak kementerian mula terlibat. Kita ada Kementerian Pengangkutan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, kita juga ada Kementerian Sumber Manusia.
Jadi, apabila terlalu banyak kementerian, terlalu banyak pendaftaran, ia hilang flexibility. Jadi, bagaimana Kementerian Sumber Manusia boleh pastikan there is no overregulation untuk sektor ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Segambut. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Haji Awang bin Hashim
Terima kasih Yang Berhormat Segambut.
Memang bagus apabila banyak kementerian terlibat, bagi kita fulfill the vacancies for the unemployed in the market. So, cuma KSM, Kementerian Sumber Manusia ...
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
[Bangun]
Datuk Haji Awang bin Hashim
Sekejap, tidak apa. Bagi saya jawab, bagi saya jawab. Tidak mengapa. Kementerian Sumber Manusia mengambil inisiatif untuk memberi perlindungan kepada mereka yang dipanggil OBS, yang mana *contract for service.
Contract for service* bermakna mereka tidak ada majikan seperti mana mereka kita katakan tadi subkontraktor. Pekerja-pekerjanya tidak ada perlindungan.
Jadi, tugas dan tanggungjawab Kementerian Sumber Manusia memberi perlindungan kepada mereka yang terlibat dalam e-hailing, gig economy ini yang mana sekarang ini memberi pulangan yang sangat bagus bagi membantu negara bagi menyediakan pendapatan kepada pekerja-pekerja yang tidak ada dalam pasaran. Jadi saya sarankan lagi banyak kementerian yang terlibat lagi bagus. Sekian, terima kasih.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Ini saya rasa kalau boleh Kementerian Sumber Manusia kena lead. Ini kerana kalau terlalu banyak kementerian, ia akan jadi isu birokrasi.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Walaupun niat mereka adalah untuk melindungi mereka tetapi bila ada birokrasi, sektor ini akan jadi tidak relevan. Orang akan tercicir. Terima kasih.
Datuk Haji Awang bin Hashim
Terima kasih. Jadi kita bangkit kepada soalan ini. Memang Kementerian Sumber Manusia mengetuai bagi memberi perlindungan kepada mereka ketika mereka bekerja akan tidak dijangka menerima musibah kemalangan dan sebagainya.
Memang mereka terdedah kepada risiko musibah yang sangat tinggi dengan mereka. Kadang kita ambil contoh sebagai Foodpanda yang mana mereka membawa motor untuk menghantar permintaan ini. Jadi, mereka terdedah kepada kemalangan, kemungkinan sesuatu yang di luar jangkaan berlaku. Jadi, Kementerian Sumber Manusia melalui agensinya telah membuat satu inisiatif bagi memberi perlindungan kepada mereka. Maknanya secara tidak langsung, kita mengetuailah, indirectly mengetuai pekerja-pekerja gig ini dalam mereka mendapat sumber pendapatan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Papar.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan (DOSM), jumlah orang bekerja sendiri (OBS) adalah seramai 2.4 juta orang. Manakala jumlah pekerja sendiri yang mencarum secara aktif hanya seramai 337,443 orang iaitu sebanyak 14.2 peratus sahaja.
Jumlah tersebut merangkumi semua sektor pekerjaan sendiri, daripada penghantaran barang-barangan atau makanan hinggalah petani atau nelayan. Saya percaya Skim Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri (SKSPS) ini merupakan satu program yang sangat bagus apabila ia menyediakan jaringan keselamatan sosial kepada golongan orang-orang bekerja sendiri (OBS).
Soalan saya, apakah langkah yang telah diambil oleh pihak Kementerian Sumber Manusia bagi meningkatkan jumlah pekerja sendiri yang mencarum dalam SKSPS dan adakah kementerian mempertimbangkan untuk melantik ejen-ejen perseorangan yang turut ke padang secara khusus bagi mempromosikan skim tersebut hingga ke akar umbi.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Papar. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Haji Awang bin Hashim
Terima kasih sahabat saya dari Papar. Ya, memang kita akui daripada jumlah 2.4 juta yang bekerja sendiri telah mendaftar sebanyak 337,443 orang. Ketika kita menghadapi pandemik COVID-19 lebih kurang setahun lebih, kita berjaya mendaftar e-hailing ini ataupun bekerja sendiri (OBS) ini sebanyak 337,443 yang mendaftar di bawah skim perlindungan OBS yang dijalankan oleh agensi Kementerian Sumber Manusia.
Jadi, bagi mempertingkatkan jumlah pekerja sendiri mencarum dengan SKSPS ini, Kementerian Sumber Manusia melalui PERKESO telah melantik 11 agensi, persatuan- persatuan, NGO dan juga ejen keselamatan sosial pekerjaan sendiri juga ataupun ejen korporat bagi melaksanakan, memungut dan mengutip caruman skim keselamatan sosial pekerjaan sendiri. Pelantikan ejen korporat ini adalah mengikut ketetapan di dalam terma dan syarat-syarat bagi maksud pungutan dan penerimaan bayaran caruman. Ejen SKSPS ini adalah ejen korporat yang bertanggungjawab melaksanakan aktiviti promosi, publisiti dan pemudah cara bagi tujuan tuntutan faedah SKSPS ini sekiranya berlaku sesuatu musibah.
Hasil pelantikan ejen korporat tersebut, seramai 44,646 orang yang bekerja sendiri telah berjaya didaftar dan dicarumkan sebagai pencarum PERKESO dengan kutipan caruman sebanyak RM6.9 juta mulai dari Januari 2021 sehingga kini. Baru hampir 12 bulan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Datuk Haji Awang bin Hashim
Pada tahun 2022, PERKESO dalam tindakan melaksanakan pelantikan ejen ini ataupun ejen individu untuk turut serta bergiat aktif dalam usaha mendaftarkan lebih ramai pekerja sendiri dengan SKSPS, termasuk mempromosikan serta sebagai pemudah cara dan cara-cara membuat tuntutan faedah.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Boleh ada tambahan? Pendek sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Masa dah cukup panjang untuk soalan ini. Saya jemput soalan seterusnya.
11. Tuan Che Alias bin Hamid [Kemaman] minta Menteri Kesihatan menyatakan:
(a) kadar hayat penggunaan katil dan fasiliti kesihatan di hospital; dan
(b) sama ada kementerian berhasrat menukar katil dan juga fasiliti lain di Hospital Kemaman yang telah usang.
Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kemaman, jiran saya ini.
Jangka hayat katil yang ideal adalah 10 hingga 15 tahun tetapi ianya bergantung kepada tempoh penggunaan dan kekerapan kerosakan. KKM telah memperuntukkan sejumlah RM4.5 juta kepada Hospital Kemaman bagi perolehan peralatan perubatan sepanjang tempoh 2020 sehingga Oktober 2021 mengikut keutamaan pihak hospital dan JKM.
Peralatan ini termasuk peralatan perubatan yang diperlukan dalam menangani wabak COVID-19 di Hospital Kemaman. Daripada peruntukan ini, pihak hospital telah memperoleh lima unit katil ICU berserta kelengkapan lain bagi perawatan pesakit di hospital ini. Pihak kementerian akan sentiasa memantau keperluan dalam penambahan dan penggantian katil ini daripada semasa ke semasa agar perkhidmatan kesihatan di hospital ini tidak akan terjejas. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Soalan tambahan, sila Yang Berhormat Kemaman.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas maklumat dan jawapan yang diberi. Untuk makluman Dewan, sebelum ini ketika berlakunya peningkatan kes COVID-19 yang memuncak di Kemaman, sebahagian ruang dan katil wad pesakit wanita di Hospital Kemaman ini terpaksa digunakan untuk merawat pesakit-pesakit COVID-19. Hal ini menyebabkan sebahagian daripada pesakit wanita terpaksa berkongsi wad dengan pesakit lelaki lantaran kekurangan katil dan juga ruang mencukupi untuk merawat pesakit COVID-19.
Soalan tambahan saya, apakah langkah-langkah yang dilaksanakan oleh pihak kementerian agar situasi ini tidak lagi berulang pada masa hadapan agar rawatan pesakit di hospital dapat dijalankan dalam keadaan mesra dan selesa. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat sekali lagi. Berkenaan dengan katil ini, terutamanya kalau dia bersangkutan dengan masalah COVID-19, bila ada peningkatan kes seperti yang berlaku di banyak tempat juga dan seperti yang berlaku baru-baru ini di Lembah Klang, di mana ada surge capacity dibuatkan untuk membantu masalah-masalah katil di ICU ataupun katil di wad dan sebagainya.
Ini memang KKM mengambil perhatian yang serius sebab apa, kita tak boleh biarkan pesakit duduk atas lantai. Itu perkara yang penting. Jadi, kalau kita dapat maklumat dan kalau dapat maklumat daripada JKN, tentulah JKN akan mengetahui perkara ini terlebih dahulu. Maka, tindakan-tindakan akan diambil. Walau bagaimanapun Yang Berhormat, KKM akan meneliti perkara yang berlaku di Hospital Kemaman ini dan kita akan ambil tindakan yang sewajarnya untuk membantu rakyat di sana. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Soalan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mohon menyatakan kesediaan kerajaan dalam mendepani varian baru yang lebih bahaya. Kedua, bagaimana kementerian akan memberi jaminan jangkitan varian baru tidak akan jangkit kepada murid- murid sekolah untuk meyakinkan ibu bapa yang akan hantar anaknya ke sekolah. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Sedikit bagi kesihatan, sebab masih lagi Kementerian Kesihatan.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Soalan asal ini mengenai katil. Katil ke vaksin.
[Ketawa] Saya pun Tuan Yang di-Pertua, ini terkeluar sikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ya, terkeluar sikit.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Walau bagaimanapun, kalau kita bimbang anak-anak kita nak pergi sekolah, keselamatan, maka kita pastikan anak-anak kita mendapat vaksin sepenuhnya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Soalan tambahan, tentang katil.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan, saya bagi Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Yang Berhormat nak tanya tadi, lagi awal.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, di kemuncak kes COVID-19 baru-baru ini di Melaka, kita bukan sekadar berdepan dengan masalah tidak cukup katil di ICU tetapi kita juga berdepan dengan bekalan oksigen yang kritikal. Saya ingin tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah perkara ini boleh dirungkai dengan segera supaya tidak berlaku di masa akan datang.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Kedua, berkait tentang rehab untuk pesakit long COVID. Apakah ada perancangan kementerian terutama di negeri Melaka ini? Ini kerana kita tahu Melaka antara negeri yang lambat mendapat vaksin dan justeru memberikan kesan kepada rakyat Melaka. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Hang Tuah Jaya. Ya, sudah tentu apabila berlaku peningkatan yang mendadak ataupun berlaku ketidakcukupan katil, maka kita akan melihat apa laporan daripada pengarah hospital. Apa laporan daripada JKN dan kerajaan/KKM akan turun secepat mungkin. Kita sudah melalui perkara ini yang berlaku di Lembah Klang contohnya dan juga di tempat-tempat yang lain.
Perkara tentang tangki oksigen, perkara tentang katil, tentang ICU dan sebagainya. Kita ada melakukan contohnya dengan izin repurpose wad, repurpose tempat supaya kita dapat alihkan kalau sudah penuh di ICU itu, maka kita gunakan tempat lain.
Jadi ini perkara yang penting.
Soalan tentang itu tadi itu adalah soalan yang sudah terlepas tadi.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Long COVID-19.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali]
Kalau yang akhir long COVID-19 itu sudah long being asked there’s is no more long here. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Soalan jawab lisan seterusnya, you tidak boleh more than three. Minta maaf Yang Berhormat Kulai. Saya jemput Yang Berhormat Setiawangsa.
12. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan mengapakah PERKESO yang ditubuhkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja (1971) terlibat di dalam skim insurans kenderaan penjawat awam dan MyFutureJobs.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya daripada Setiawangsa.
Jadi, bagi berkaitan dengan soalan yang dibangkitkan ini bagi meningkatkan dana pelaburan, kerajaan melalui PERKESO telah mengambil langkah untuk melabur dalam Skim Insurans Kenderaan Penjawat Awam berdasarkan kepada peruntukan seksyen 75 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4] yang memperuntukkan wang pertubuhan yang tidak digunakan dengan segera hendaklah dilaburkan. Manakala MyFutureJobs adalah portal pekerjaan nasional yang diperkenalkan untuk membantu majikan dan pencari kerja mendapatkan pekerjaan.
Pada 18 Disember 2019, Kabinet telah meluluskan Sistem Insurans Pekerjaan
(SIP) yang dijalankan oleh PERKESO bagi melaksanakan peranan perkhidmatan pekerjaan awam untuk semua tenaga kerja yang menggantikan JOBS Malaysia.
Kerajaan pada 15 Jun 2020 melalui Inisiatif PENJANA, MyFutureJobs mempunyai mandat untuk menjadi satu portal padanan pekerjaan nasional yang bertindak sebagai platform pasaran buruh aktif. Portal ini adalah terbuka kepada awam dan boleh dilayari secara percuma. Tiada sebarang cas dikenakan kepada pencari kerja dan majikan yang berdaftar dan menggunakan portal MyFutureJobs berbanding penyedia perkhidmatan pekerjaan swasta yang lain.
Semenjak pelancaran MyFutureJobs pada tahun 2020 sehingga 12 November 2021, seramai 1.25 juta jumlah pencari kerja telah akses ataupun telah didaftarkan dalam MyFutureJobs dan seramai 414,339 orang pencari kerja telah berjaya mendapat pekerjaan walaupun baharu diperkenalkan dalam tahun ini.
Sesungguhnya pencapaian portal MyFutureJobs sewajarnya perlu dihargai dan pastinya pihak kementerian akan terus menerus meningkatkan lagi usahanya melalui agensinya iaitu PERKESO dan akan terus menambah baik daripada semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan pertama. Sila Yang Berhormat Setiawangsa.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertama sekali Setiawangsa ingin bertanya, berapakah jumlah wang yang dibelanjakan untuk operasi MyFutureJobs?
Kedua, apakah semakan atau pantauan yang dibuat supaya kita melihat MyFutureJobs ini benar-benar berkesan. Oleh sebab kita terima banyak aduan daripada pemohon bahawa mereka sukar mendapat kerja dan majikan hanya menggunakan MyFutureJobs ini supaya mereka mendapat subsidi upah daripada pihak kerajaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Haji Awang bin Hashim
Terima kasih sahabat daripada Setiawangsa terima kasih. Alhamdulillah dengan soalan ini boleh kita merungkaikan kekusutan yang berlaku di antara majikan dan pekerja.
MyFutureJobs ini bukan sahaja selain daripada jumlah yang dibangkitkan berapa perbelanjaan untuk kita bina MyFutureJobs punya portal ini. Yang itu kita tunggu selepas
Datuk Haji Awang bin Hashim
31 Disember 2021 ini closing of account akan berlaku. Jadi kita akan dapat maklumat sebab la ini belum lagi tengah running. So, itu yang pertama.
Keduanya, kita buka juga MyFutureJobs ini bukan sahaja kepada majikan yang kita boleh mendapat pekerjaan melalui mereka yang mencari kerja. Individu juga boleh akses untuk melihat peluang-peluang pekerjaan dalam MyFutureJobs ini.
Jadi, insya-Allah kita tidak mengikat MyFutureJobs ini hanya kepada majikan. Kita buka kepada semua pencari kerja dalam pasaran dan insya-Allah setakat last seperti yang saya sebut tadi sambutan daripada pencari-pencari kerja sangat menggalakkan walaupun dalam masa setahun kita baharu melancarkan MyFutureJobs. Sekian, terima kasih.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Yang jumlah itu boleh bagi secara bertulis?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Secara bertulis. Mike.
Datuk Haji Awang bin Hashim
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...According to the accounting system, dia akan closing Disember 31. Then, Januari kita boleh bagilah jawapan dia secara keseluruhan berapa kita belanja. Sekarang ini tengah running on okey? Okey, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan kedua saya jemput Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih jawapan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menyebutkan setakat ini ada RM1.5 juta lah sudah daftar melalui MyFutureJobs dan lebih kurang RM500,000 sudah dapat pekerjaan.
Saya pun tahu melalui skim ini kerajaan ada bagi elaun bagi sesiapa yang sudah daftar dan pergi interview tetapi tidak dapat ditawarkan pekerjaan. Jadi saya hendak tanyalah adakah RM1.5 juta tolak apa yang sudah dapat pekerjaannya semua sudah terima elaun itu dan berapa sudah disalurkan setakat ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Haji Awang bin Hashim
Terima kasih. Memang dalam sistem portal MyFutureJobs ini bila pencari kerja mendaftar sahaja akan diberi bulan pertama sebanyak RM300. Seterusnya kalau tidak dapat kerja lagi diberi lagi RM300, bila mendaftar sahaja.
Bila mendapat kerja yang ditawarkan oleh mana-mana majikan melalui sistem MyFutureJobs, bulan pertama, hari pertama dia melaporkan diri bekerja di mana-mana tempat MyFutureJobs melalui sistem ini akan memberi satu imbuhan lagi sebanyak RM400 bagi mereka itu, pencari kerja itu, orang itu untuk memulakan kehidupan sebagai pekerja yang baharu, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Soalan tambahan ketiga sila Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau kita lihat salah satu masalah sebenarnya di kalangan mereka yang ingin mencari kerja ialah– saya sendiri Lembah Pantai kami ada pusat kerja tetapi rata-rata ada masalah di antara mereka yang mohon kerja dan yang akhirnya mendapat kerja.
Apakah yang kementerian boleh lakukan untuk membantu terutama anak-anak yang tinggal di kawasan bandar lebih mempunyai semangat untuk menerima apa-apa sahaja kerja yang ada supaya sekurang-kurangnya mereka tidak menganggur. Ini satu masalah yang besar. Apakah langkah-langkah kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai, sila.
Datuk Haji Awang bin Hashim
Terima kasih. Kita mendapat data dari Jabatan Perangkaan ataupun DOSM berkenaan dengan pencari-pencari kerja. Jadi, salah satu rangsangan kerajaan ataupun tindakan kerajaan bagi mereka mendapat kerja dengan kita menyediakan seperti portal MyFutureJobs.
Kedua, kita membantu gig ekonomi ataupun e-hailing ini yang terlibat dalam e- hailing ini dengan memberi perlindungan kepada mereka supaya mereka lebih bersemangat. Bila berlaku sesuatu musibah ketika mereka menjalankan kerja seperti mana kerajaan telah mengumumkan bahawa subsidi ataupun skim bantuan kepada mereka yang mendaftar sebagai pencarum OBS ini diberi subsidi ataupun bantuan sehingga 70 peratus subsidi yang mereka masuk sebagai pencarum hanya mengeluarkan 30 peratus.
Datuk Haji Awang bin Hashim
Jadi, kalaulah berlaku dalam masa setahun, apa-apa musibah ketika itu, mereka akan dilindungi. Bukan sahaja mereka, mungkin kalau mereka ada keluarga, anak-anak mereka juga dilindungi berdasarkan pada skim-skim yang ditawarkan oleh Kementerian Sumber Manusia melalui agensinya yang ada, dipanggil segmentation ataupun segmentasi perlindungan pencarum yang mereka mendapat benefits. Jadi, sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Dengan ini Ahli-ahli Yang Berhormat, tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Usul.
[Sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid
Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan dalam peringkat Jawatankuasa Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2022 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2022 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 9 Disember 2021”.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Pendidikan II - Datuk Mohamad bin Alamin
Tuan Yang di- Pertua, saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2022 dan Anggaran Pembangunan 2022 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kesebelas] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ada dapat senarai yang panjang, akan mengehadkan 23 Ahli-ahli Yang Berhormat akan berbahas di peringkat Jawatankuasa, dimulakan dengan:
(i) Yang Berhormat Port Dickson;
(ii) Yang Berhormat Kota Samarahan;
(iii) Yang Berhormat Lembah Pantai;
(iv) Yang Berhormat Libaran;
(v) Yang Berhormat Batu Kawan;
(vi) Yang Berhormat Kuala Krai;
(vii) Yang Berhormat Pokok Sena;
(viii) Yang Berhormat Jerai;
(ix) Yang Berhormat Papar;
(x) Yang Berhormat Jerantut;
(xi) Yang Berhormat Tuaran;
(xii) Yang Berhormat Jempol;
(xiii) Yang Berhormat Ledang;
(xiv) Yang Berhormat Setiu;
(xv) Yang Berhormat Kepong;
(xvi) Yang Berhormat Dungun;
(xvii) Yang Berhormat Tangga Batu;
(xviii) Yang Berhormat Kemaman;
(xix) Yang Berhormat Kluang;
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
(xx) Yang Berhormat Baling;
(xxi) Yang Berhormat Wangsa Maju;
(xxii) Yang Berhormat Tebrau;
(xxiii) Yang Berhormat Kota Melaka; dan
(xxiv) Yang Berhormat Tumpat.
Dengan ini saya menjemput Yang Berhormat.....
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Pengerusi, isu peraturan. Sebelum Yang Berhormat Port Dickson berbahas. Saya pun mengambil kesempatan, memandangkan Yang Berhormat Port Dickson ada. Saya berharap Yang Berhormat Port Dickson juga akan menyokong perkara yang dibangkitkan. Kelmarin, Menteri Perpaduan Negara telah menjawab satu soalan. Saya membangkitkan perkara ini di bawah Peraturan 18(1) iaitu perkara berkepentingan awam yang dikehendaki disegerakan iaitu menjawab soalan mengatakan bahawa disebabkan oleh penularan varian Omicron, perarakan semasa Thaipusam dan Chingay akan dibatalkan atau dilarang.
Maka, saya telah memasukkan satu usul memohon supaya perkara ini dibahaskan. Sebabnya ialah selepas berita itu dilaporkan, terdapat banyak maklum balas, rintihan, aduan dan ketidakpuasan hati rakyat di luar sana yang bertanya kalau Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri di Melaka boleh diadakan, Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak boleh diteruskan. Memandangkan juga 95 peratus daripada orang dewasa di Malaysia telah pun menerima suntikan vaksin, kenapakah larangan ini dilakukan, diarahkan oleh kementerian? Ia juga boleh menyebabkan kegusaran serta masalah-masalah lain yang boleh menggugat keharmonian di negara kita.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jadi, saya berharap supaya notis usul saya ini akan diterima dan dibenarkan untuk dibahaskan. Saya akan menggunakan kesempatan ini untuk merayu kepada Kementerian Kesihatan bagi semua pihak Ahli-ahli Pembangkang di sebelah ini dan juga kepada Kementerian Perpaduan Negara supaya menyemak semula keputusan itu. Kalau Pilihan Raya Melaka, Pilihan Raya Sarawak boleh dibenarkan dengan SOP-SOP yang ketat. Saya cuma merayu supaya perarakan semasa Thaipusam dan Chingay dibenarkan dengan pematuhan SOP yang ketat.
Satu lagi perkara. Menteri Perpaduan Negara telah mengatakan bahawa tidak ada perarakan akan dibenarkan iaitu perarakan Silver Chariot dan juga Kavadi tetapi SOP yang ketat akan dikenakan. Untuk makluman Tuan Pengerusi, kemuncak perayaan Thaipusam dan Chingay ialah perarakan Kavadi, Silver Chariot dan Chingay. Kalau tidak ada perarakan, tidak ada sebarang perayaan. Jadi, saya memohon untuk perbetulkan perkara itu, merayu supaya perkara itu diberi perhatian. Sebelum Dewan Yang Mulia ini ditangguhkan. Untuk makluman Tuan Pengerusi, kedua-dua perayaan ini akan berlaku pada tahun hadapan, satu pada bulan Januari dan satu lagi pada bulan Februari.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik. Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
So, cuma rayuan saya adalah supaya usul saya diterima dan dibahaskan dengan segera. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong dengan usul tersebut akan diterima oleh Pejabat Yang Dipertua. Nanti keputusan akan dimaklumkan kemudian.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih. Telah pun dihantar pagi tadi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik. Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat. Kepala Bekalan B.47 dan Kepala Pembangunan P.47 di bawah
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Kementerian Komunikasi dan Multimedia terbuka untuk dibahaskan. Oleh itu, saya menjemput Yang Berhormat Port Dickson untuk membahaskan. Lima minit.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Butiran 31000 – Pembangunan. Pertama sekali, saya ingin merujuk pada kenyataan Menteri semalam. Sedikit melegakan tentang 5G bahawa belum ada keputusan muktamad. Kesediaan beliau mengangkat kepada untuk pertimbangan Kabinet supaya ada penilaian semula, melihat pada semua pertimbangan, concern yang dibangkit oleh kebanyakan pihak, termasuk MNOs atau telcos.
Satu perkara yang juga membimbangkan ialah bahawa 5G ini akan memusatkan perhatian kawasan bandar. Itu yang disebut, saya minta penjelasan daripada Menteri.
Oleh kerana kalau ini berlaku, kesenjangan itu lebih melebar dan kedudukan masyarakat desa, luar bandar, pedalaman ini akan lebih terkesan. Sudahlah tidak ada 4G sekarang pun. Kita buat 5G, kita tinggalkan mereka juga. Jadi, ini satu hal yang mesti diberikan perhatian. Apakah yang hal-hal yang dibangkitkan? Lobi oleh pihak syarikat itu memang agresif betul. Bukan sahaja di sebelah kerajaan tetapi juga di sebelah pembangkang.
Kita bukan soal setuju atau tidak. Akan tetapi hal yang dibangkitkan ialah pertamanya, apakah sistem monopoli begini boleh dipertahankan dalam negara kita?
Apakah kesan monopoli ini? Itu yang pertama. Keduanya, soal kontrak itu harus lebih telus. Tanpa ketelusan ini, kita tidak tahu mengapa anugerah kepada Ericsson? Tidak kepada Huawei atau syarikat-syarikat lain? Apakah kos dan tendernya? Mengapa dirahsiakan?
Berikutnya, apakah kos sebenarnya? Kenyataan itu bukan daripada Yang Berhormat Menteri tapi sebelumnya. RM15 bilion, RM18 bilion ataupun RM 20 bilion. Ini sudah hampir besar dengan 1MDB. Saya hendak ingatkan Yang Berhormat Menteri, kalau calang-calang, silap nanti, berakhir dengan masalah 1MDB di mahkamah. Jadi, saya harap ini diberikan perhatian supaya kos itu dapat diketahui, dapat dikesan dari sekarang.
Kemudian, telco ataupun mobile network operators (MNO) ini melahirkan kebimbangan. Kos katanya tinggi, membebankan mereka. Mengapa tidak boleh diberikan satu ruang untuk ada persaingan yang lebih telus dan bebas? Semua ini dibangkitkan dalam keadaan negara harus lebih matang. Memilih satu cara dan kaedah yang lebih telus dan adil. Sekarang ini, memang kerajaan boleh menggunakan kuasa memaksa ataupun mempengaruhi telco sebab kebanyakan telco ini ada pegangan saham daripada syarikat- syarikat kerajaan. Akan tetapi ini bukanlah petanda sihat untuk menjamin suatu keadaan ekonomi yang boleh dirangsang secara lebih meyakinkan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Kalau ini tidak dilakukan secara lebih telus, saya bimbang ia akan menghakiskan keyakinan pelabur dalam dan luar negara terhadap keupayaan kita. Hal-hal ini saya minta diperjelaskan sebab, Tuan Pengerusi, bila kita kemukakan kepada Menteri Kewangan dua kali, peringkat dasar dan peringkat jawatankuasa, langsung diketepikan, tidak dijelaskan.
Oleh sebab itu, saya minta supaya Menteri beri penjelasan.
Terkait dalam perkara ini tentang penerangan umumnya dengan pengalaman Yang Berhormat Menteri dan dengan yang dikatakan kematangan politik Malaysia, saya harap Kementerian Komunikasi dan Multimedia ini berilah pendekatan lebih lunak supaya perbahasan lebih terbuka dan jangan jadi media di bawah kementerian itu alat propaganda, incessant propaganda untuk pertahankan keadaan kerajaan tanpa memberi ruang yang secukupnya kepada pandangan-pandangan lain, bukannya sahaja pembangkang, civil society, tokoh akademik. Kerana kalau ini dilakukan, tidak usahlah bicara tentang Keluarga Malaysia, kematangan politik dan kewarasan kita.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
[Dato’ Sri Azalina Othman Said [Pengerang] **mempengerusikan Jawatankuasa****] Jadi, saya harap dua perkara ini― kerana 5G ini dia mengaitkan banyak isu.
Ketelusan, kaedah mengurus perniagaan cara lama, dia balik kepada kaedah lama, tindakan kerajaan tanpa ketelusan, tanpa kos yang jelas semuanya dirahsiakan. Itu yang pertama. Keduanya ialah masalah penerangan dan komunikasi ini. Apakah di dalam keadaan sekarang dengan media sosial yang lebih luas, kita ada satu pihak yang dikuasai oleh kerajaan yang terhad dengan captive mind, pemikiran usang lama yang anggap media ini― seperti mana George Orwell ini, kisah ini, maknanya dia boleh kontrol dengan propaganda. Malaysia mesti matang sebagai suatu negara demokrasi yang menghormati prinsip kebebasan dan keadilan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kota Samarahan.
Puan Rubiah binti Wang - Kota Samarahan
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Pengerusi, terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengerusi kerana memberi ruang untuk saya sama-sama berbahas mengenai Belanjawan 2022 peringkat jawatankuasa Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Tuan Pengerusi, saya ingin mulakan dengan menyentuh Butiran 030400 – Perlindungan Data Peribadi (JPDP). Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri mengenai situasi masa kini yang melibatkan dakwaan berlakunya kebocoran data peribadi melibatkan seramai kira-kira empat juta penduduk sebagaimana yang telah disahkan oleh Polis Diraja Malaysia pada 28 September yang lalu.
Perlindungan data peribadi ini sangat penting terutamanya melibatkan data-data berkaitan perbankan dan kewangan yang kita khuatir kebocoran maklumat ini akan menyebabkan lebih ramai menjadi mangsa kepada penipuan skim-skim dalam kalangan mereka yang berusia dan juga pesara-pesara kerajaan serta swasta yang rata-ratanya dilaporkan baru-baru ini menjadi mangsa kepada jenayah ini.
Tuan Pengerusi, seterusnya saya ingin menyentuh Butiran 31000 – Projek Jalur Lebar di bawah Maksud Pembangunan 47 mengenai menara komunikasi yang dibangunkan di negeri Sarawak. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kementerian yang telah pun menyediakan perkhidmatan sebanyak 742 menara komunikasi yang telah didirikan di negeri Sarawak. Sehingga kini, masih banyak menara- menara yang telah siap dibina tetapi tidak beroperasi. Misalannya di kawasan saya di Asajaya yang masih menyaksikan menara-menara ini kekal kosong dan tidak memberikan apa-apa manfaat kepada penduduk kawasan setempat.
Oleh itu, saya ingin hendak sekali lagi bertanya kepada pihak kementerian, apakah pelan tindakan ataupun usaha yang dilaksanakan oleh kementerian untuk mempercepatkan sistem perkhidmatan komunikasi ini supaya ia dapat memberi kemudahan kepada penduduk khususnya di luar bandar?
Selain daripada itu, saya hendak mencadangkan kepada kementerian di bawah projek jalur lebar ini untuk mengetengahkan pemasangan talian tetap menggunakan gentian optik bagi membolehkan kawasan-kawasan di sekitar Kota Samarahan dapat menikmati perhubungan komunikasi yang lebih mampan khasnya di kawasan sekolah- sekolah yang kini ke arah pendigitalan pendidikan pasca era COVID-19. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mulakan dengan menyentuh sama seperti Yang Berhormat Port Dickson tadi berkenaan dengan 5G. Saya juga mengalu-alukan kenyataan Yang Berhormat Menteri bahawa kerajaan mempertimbangkan cara yang lain untuk melaksanakan 5G. Ini kerana kalau kita lihat, isu monopoli bukan setakat oleh syarikat DNB tetapi persoalan yang dibangkitkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia sendiri tentang kewajaran spektrum itu diberi kepada DNB dan bukannya kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Maka saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, adakah boleh diambil semula dan diserah kepada SKMM? Seperti Yang Berhormat Menteri sendiri sebut sewaktu perbahasan di peringkat dasar tentang bagaimana kerajaan boleh menerima jumlah antara RM5 bilion ke RM15 bilion dari jualan terus spektrum tersebut.
Jadi ini akan mendatangkan satu keuntungan kepada kerajaan dan juga rakyat Malaysia secara terus berbanding dengan DNB yang pada waktu ini kita cuma tahu dia ada hutang.
Dia belum lagi ada income.
Jelas bila dibaca laporan-laporan media, di mana MNO ataupun syarikat-syarikat telekomunikasi belum lagi bersedia untuk menandatangani apa-apa perjanjian. Malah kita lihat usaha keras dilakukan, saya difahamkan oleh pihak SKMM sendiri untuk menggesa syarikat-syarikat telekomunikasi ini menandatangani perjanjian tersebut tetapi tidak berganjak. Maka kita lihat apa yang disebut atau apa yang dibayangkan oleh Yang Berhormat Port Dickson tadi, kita risau ia menjadi satu realiti di mana hutang demi hutang dikumpul tetapi tanpa ada, orang kata, business model yang jelas. Apakah masa depan bagi syarikat seperti itu?
Saya dalam keadaan kita melalui Pilihan Raya Umum DUN Sarawak juga ingin menyentuh tentang jalur lebar dan juga dari segi pelaksanaan 4G. Kalau kita lihat, SKMM pada 30 September yang lalu menyatakan bahawa liputan 4G di seluruh negara telah mencecah 94 peratus dan pada 5 Disember yang lalu, Yang Berhormat Menteri sendiri menyatakan liputan Internet 4G di Sarawak akan capai 92 peratus menjelang tahun 2022.
Akan tetapi, SOP yang kita baca daripada SPR sendiri menyatakan bahawa 78 peratus daripada DUN di Sarawak mempunyai kadar liputan 4G yang rendah. Tujuh puluh lapan peratus. Ini bermaksud 64 daripada 82 DUN di Sarawak mempunyai liputan 4G yang rendah. Memang jelas ini yang berlaku. Kenapakah Dana USP, contohnya, tidak digunakan untuk menyegerakan, ataupun seperti yang disebut oleh sahabat saya tadi, kalau di Asajaya ada menara tetapi tidak aktif? Jadi, apakah sebenarnya masalah yang berlaku?
Saya juga ingin menyentuh berhubung dengan 5G juga iaitu ada disebut sebelum ini isu technology neutrality tentang spektrum ini. Saya pohon Yang Berhormat Menteri sekiranya boleh dibincangkan juga dan membenarkan spektrum lain yang sebelum ini boleh dibangunkan dari 2G ke 3G ke 4G dibenarkan untuk dibangunkan kepada 5G juga sekiranya boleh dipertimbangkan. Ini penting kerana― ia seperti kita ada sebidang tanah dan tanah itu kita boleh bina apa sahaja tetapi tidak boleh bina rumah, contoh, walaupun memang sesuai untuk dijadikan rumah. Jadi, saya harap isu technology neutrality ini boleh kita atasi untuk kemakmuran negara dan untuk manfaat Keluarga Malaysia.
Akhir sekali, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri tentang Butiran 01600 – Cybersecurity Malaysia dan juga Butiran 030400 – Perlindungan Data Peribadi
(JPDP).
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Sebelum ini kita dengar bagaimana ada beberapa kes high-profile, dikatakan kecurian data (data leak) yang berlaku. Adakah Yang Berhormat Menteri boleh memberikan penjelasan tentang apakah status siasatan ataupun kajian ataupun dapatan daripada CyberSecurity Malaysia tentang tahap kebocoran maklumat yang berlaku
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
terutama yang melibatkan agensi-agensi kerajaan. Hal ini kerana kita risau sebab sebelum ini kita mendengar bagaimana data daripada CTOS kalau tidak silap saya, terpaksa dihalang untuk seketika waktu untuk mengelakkan data daripada dicerobohi.
Jadi, saya pohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Libaran.
Tidak ada? Yang Berhormat Batu Kawan. Lima minit ya.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Terima kasih, Tuan Pengerusi atas peluang untuk Batu Kawan berbahas pada peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Tuan Pengerusi, saya ingin memetik Butiran 01600 – Cybersecurity Malaysia yang melihat kenaikan daripada sebanyak RM26.7 juta kepada RM49 juta. Saya ingin tahu di manakah kenaikan ini disalurkan? Adakah cyber security juga merangkumi keselamatan pengguna kanak-kanak?
Tuan Pengerusi, dalam tempoh masa tahun 2006 sehingga 2021, dua orang penjenayah seksual kanak-kanak ternama iaitu Richard Huckle yang ditangkap pada tahun 2014 di Lapangan Terbang Gatwick dan Alladin Lanim daripada paedophiles wanted list yang duduk di Sarawak ditangkap di sini. Kedua-dua kes ini mendapat perhatian umum selepas pihak polis Queensland, Australia memberi maklumat kepada PDRM dan anggota penguat kuasa di sini.
Sehingga kini, apakah status teknologi di Malaysia untuk menjejaki penjenayah seksual kanak-kanak di alam maya dan dark web, dengan izin? Untuk selama 17 tahun, saya rasa cukup masa untuk kita menggunakan Australia dan negara lain sebagai teladan untuk melindungi kanak-kanak di Malaysia. Saya pernah bangkitkan isu ini. Pada masa itu, Yang Berhormat Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan bahawa tidak cukup peruntukan, kena tanya kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan. Saya rasa sudah tiba masanya kita memberikan kepentingan kepada pengguna kanak-kanak di alam maya ini supaya negara Malaysia tidak akan atau tidak perlu bergantung pada negara lain untuk mendapatkan maklumat mengenai keselamatan kanak-kanak.
Saya beralih kepada Butiran 94000 – Projek Berimpak Tinggi dengan kenaikan daripada RM650,000 kepada RM2,000,000. Tuan Pengerusi, saya ingin tahu, apakah projek, kos dan di mana projek ini akan dilaksanakan? Adakah ia sebuah projek infrastruktur atau projek penggubalan rang undang-undang?
Tuan Pengerusi, saya juga ingin tahu apakah status Rang Undang-undang Antibuli Siber? Pada tahun 2020 iaitu tahun lepas, seorang anak muda di kawasan saya Thivya Nayagi menjadi mangsa buli siber sehingga membunuh diri atas tekanan yang dihadapi di alam maya. Mantan Yang Berhormat Menteri telah mulakan rundingan dengan agensi dan kementerian kerajaan seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga Pejabat Peguam Negara serta KDN dan PDRM. Maka saya ingin tahu, adakah pimpinan baharu ini akan meneruskan usaha supaya Rang Undang- undang Antibuli Siber ini akan dibentangkan supaya kami dapat bahas dan luluskan agar anak-anak muda, lelaki, wanita dan kanak-kanak diberikan perlindungan yang secukupnya di alam maya.
Tambahan pula, pada tahun ini sahaja Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia melaporkan bahawa daripada 15,238 kes gangguan online. Dalam tempoh masa tahun 2016 sehingga bulan September tahun ini, hanya 963 kes sahaja yang disiasat iaitu sebanyak enam peratus sahaja. Saya ingin tahu, apakah status 94 peratus aduan yang lain?
Kita galakkan pengguna internet sama ada anak-anak muda, kanak-kanak mahupun dewasa untuk membuat laporan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sekiranya menjadi mangsa scam, gangguan online, sexual harrasment dan mangsa buli juga. Akan tetapi, apabila laporan dibuat, kita lihat statistiknya sangat-sangat
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
mendukacitakan. Enam peratus sahaja. Apakah pilihan lagi untuk pengguna alam maya?
So, saya rasa perlu ada satu jawapan yang baik dan rancangan jangka panjang yang perlu dimaklumkan kepada Dewan yang mulia ini.
Tuan Pengerusi, butiran saya yang terakhir adalah Butiran 33000 – Multimedia Development Corporation (MDEC) yang melihat peruntukan sebanyak RM45 juta. Saya ingin tahu justifikasi lantikan Wan Izzana Fatimah Zabedah Salleh iaitu anak bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia ini. Memandangkan beliau ada liabiliti di atas kepala beliau, saya rasa kami semua perlu ada satu jawapan mengapa lantikan ini dibuat. Hal ini kerana, memandangkan beliau juga memegang jawatan-jawatan yang lain. Takkanlah negara kita ini ketandusan pakar-pakar yang boleh duduk dalam MDEC untuk memberikan nasihat yang baik, bernas dan progresif. Ataupun adakah lantikan ini semata-mata untuk memuaskan hati beberapa orang yang mungkin sakit hati atau hati mereka terguris dengan landskap politik di negara kita?
Saya harap saya akan dapat jawapan yang bernas daripada pihak kementerian.
Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi, kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan pada peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Saya mulakan dengan Kepala B.47 pada Butiran 020700 – Penyiaran (RTM).
Tuan Pengerusi, kemunculan internet membawa banyak perubahan dalam landskap media massa. Media konvensional telah beralih kepada format digital dan membentuk satu penggabungan media yang mampu menarik minat khalayak terutama golongan remaja.
Apakah rancangan komprehensif RTM untuk menjadikannya sebagai media massa utama negara dan pilihan rakyat Malaysia pada saat kemunculan media digital?
Saya mencadangkan RTM lebih fokus kepada penggunaan media baharu agar ia lebih diterima terutamanya kepada generasi baharu. Dalam masa yang sama, saya menyambut baik dan mengalu-alukan komitmen RTM dalam menjadikan komunikasi orang kurang upaya sebagai teras baharu dalam Pelan Transformasi RTM, termasuk meningkatkan jumlah jurubahasa isyarat untuk program-program utama saluran televisyen RTM.
Kedua, Tuan Pengerusi ialah Butiran 020800 – Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA). Seperti yang kita maklum, maklumat pada hari ini merupakan satu perkara yang sangat penting kepada kita semua. Maklumat haruslah tepat, cepat dan semestinya benar. BERNAMA haruslah dibentuk dan dijadikan sebuah sumber berita yang paling utama. Ia harus mempunyai elemen-elemen di atas bagi mengungguli berita- berita utama dan rujukan kepada portal-portal internet lain di Malaysia.
Pada hari ini, kita melihat BERNAMA masih belum berada di tempat teratas sebagai sumber berita dan rujukan utama. Apakah perancangan kerajaan dalam meningkatkan peranan BERNAMA sebagai sumber maklumat yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia?
Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada kepala P.47 pada Butiran 01600 – Cybersecurity Malaysia. Banyak peningkatan dalam butiran ini untuk peruntukan tahun 2022. Apakah peranan utama Cybersecurity Malaysia dan adakah Cybersecurity Malaysia mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pesalah-pesalah siber? Apakah perbezaan antara Cybersecurity Malaysia dengan SKMM dan tidakkah berlaku pertindihan kuasa antara keduanya? Berapakah jumlah kes dan apakah tindakan yang
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
telah diambil terhadap pesalah-pesalah siber yang telah menyerang laman web utama termasuk laman web kerajaan?
Tuan Pengerusi, Butiran 31003 – Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang juga mempunyai kenaikan yang cukup ketara dan memberangsangkan. Terima kasih saya ucapkan dan tahniah kepada kementerian. Saya melihat kenaikan peruntukan yang sangat tinggi pada butiran ini menunjukkan kerajaan sangat serius dalam menyelesaikan kesenjangan perhubungan antara bandar dan kawasan-kawasan pedalaman.
Seperti yang kita ketahui, Kuala Krai merupakan antara daerah di selatan Kelantan yang mempunyai geografi yang berbukit-bukau dan sangat luas. Sudah tentu jaringan telekomunikasi amat-amat diperlukan. Kuala Krai sendiri ketika pengumuman Yang Berhormat Menteri baru-baru ini telah menerima sebanyak 28 buah menara baharu, sebanyak 60 naik taraf stesen pemancar 4G/LTE yang sudah siap manakala sebanyak 88 buah lagi masih dalam pelaksanaan. Ini berserta, sebanyak 684 ketersediaan sambungan gentian optik manakala sebanyak 1,610 yang masih dalam pelaksanaan. Tentunya saya ingin mengucapkan rasa syukur dan terima kasih atas pengurniaan ini.
Tuan Haji Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Insya-Allah dalam masa yang tidak lama lagi, masalah yang membelenggu Kuala Krai dapat diselesaikan. Dalam masa yang sama Tuan Pengerusi, saya ingin menanyakan berapakah menara yang sudah mula dibina dan bilakah 28 buah menara ini akan siap dan mula beroperasi sepenuhnya? Adakah dengan siapnya semua perancangan JENDELA ini, mampu menyelesaikan masalah-masalah utama telekomunikasi di Kuala Krai khususnya? Apakah perancangan jangka panjang kerajaan untuk mengurangkan jurang telekomunikasi antara kawasan-kawasan luar bandar dan bandar?
Selain itu, adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju kita sedikit terlambat dalam menerima 5G berbanding negara-negara jiran kita seperti Singapura, Thailand dan Indonesia? Apakah sebab utama kelewatan ini berlaku dan adakah kita sudah berada di landasan yang betul untuk menerima 5G? Adakah terdapat kajian khusus penerimaan penduduk dan masyarakat terhadap 5G dan apakah keputusan kajian tersebut. Bilakah jangkaan pihak kerajaan untuk negeri Kelantan menerima 5G dan adakah ianya nanti tidak akan membebankan pengguna dengan kadar bayarannya?
Terakhir, Tuan Pengerusi ialah, Butiran 32000 – Schoolnet Fasa Dua, juga mempunyai kenaikan yang cukup ketara daripada RM1.5 juta kepada RM100 juta. Saya melihat terdapat kenaikan yang mendadak ini dan tahniah sekali lagi dan semoga persoalan-persoalan yang berbangkit sebelum ini akan dapat diselesaikan. Apakah elemen yang terdapat dalam Schoolnet Fasa Dua ini dan adakah ianya adalah kesinambungan Schoolnet yang terdahulu?
Projek Schoolnet ini melibatkan penyediaan capaian internet jalur lebar kepada 10,000 buah sekolah di seluruh negara. Adakah projek ini mencapai sasarannya? Apakah penerimaan murid-murid dan guru-guru terhadap projek ini dan adakah ianya berjaya mengurangkan jurang pendidikan antara luar bandar dan juga bandar? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh B.47 Butiran 020000 – Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif bersekali dengan Butiran 020700 – Penyiaran (RTM) dan juga Butiran 020900 – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) serta P.11031 - Kajian Pembangunan Dasar Muzik dan Filem Negara. Semua itu ada kaitan antara satu sama lain. Jadi isu yang saya hendak bangkitkan di sini Tuan Pengerusi ialah, soal hala tuju perfileman dalam negara kita dan juga industri kreatif dalam negara kita.
Kita melihat bahawa daripada sudut pembangunan filem dalam negara kita ini masih jauh untuk menjadi satu industri menyumbang kepada KDNK dalam negara kita, berbanding dengan apa yang berlaku di India, di Korea, di Jepun, di Europe. Mereka
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
mempunyai industri perfileman yang benar-benar dapat membantu kepada pembangunan dan menyumbang kepada KDNK dalam negara mereka. Walaupun kita telah pun melancarkan Dasar Industri Kreatif Negara kita ini yang bertujuan untuk menjadikan filem dan juga lain-lain itu sebagai penyumbang ke arah KDNK negara kita, tetapi ia masih jauh sehingga akhirnya kita melihat kelemahan daripada sudut untuk kita menembusi— filem- filem kita ini masih tidak berupaya untuk menembusi pasaran antarabangsa.
Kita lihat bahawa sebaliknya negara kita yang banyak membawa filem-filem dari luar, contoh dari Korea, Jepun, India, Europe dan sebagainya yang masuk ke dalam pasaran negara kita. Akan tetapi saya ingat agak terlalu kecil filem-filem tertentu yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Mungkin kita hanya pergi setakat festival filem antarabangsa tetapi untuk membawa kepada tayangan yang menjadi harian ditonton oleh masyarakat di sana sama ada melalui panggung ataupun melalui stesen TV, sangat berkurangan kalau tak silap saya seperti mana yang dilaporkan.
Jadi oleh sebab itu, saya hendak dapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan.
Apakah perancangan kerajaan untuk memastikan supaya satu hari nanti maknanya kita dapat menembusi pasaran antarabangsa. Oleh sebab itu yang saya harap juga ialah saya dimaklumkan oleh penggiat-penggiat filem ini, mereka juga menghadapi masalah kerana bayaran yang mereka terima melalui stesen-stesen TV ini, khususnya stesen TV swasta ini, sudah lebih 30 tahun Yang Berhormat Menteri, tidak naik dia punya kadar bayaran tersebut. Mungkin RTM agak naik juga dalam beberapa tahun lepas antara 10 peratus ke 15 peratus kenaikan bayaran untuk satu-satu slot filem ataupun drama dan sebagainya.
Akan tetapi untuk TV-TV swasta ini, tidak mempunyai hasrat untuk menaikkan kadar bayaran tersebut. Jadi sebab itu saya minta untuk dinaikkan ...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Pokok Sena, setuju dengan saya lebih baik daripada bayar NY, kita bayar duta-duta khas ke sana ke sini. Lebih baik bayar...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Sudah tentu, sudah tentu Yang Berhormat Jelutong. Jadi, ini yang seharusnya untuk kita bantu kalau kita berkeinginan untuk membawa industri filem kita lebih meluas kepada peringkat antarabangsa.
Kemudian saya juga melihat bahawa masalah kepada industri filem ini, mereka memiliki pekerja freelance yang tidak mempunyai majikan, Tuan Pengerusi. Jadi, mereka ini harus diberikan perlindungan sebab 95 peratus warga seni filem dan TV yang tidak bermajikan ini, mereka tidak ada satu perlindungan yang akhirnya menyebabkan mereka boleh dipermainkan oleh syarikat-syarikat, penerbit filem dan sebagainya. Jadi perlu kita cari, cuma saya ingat semasa saya berada di Kementerian Sumber Manusia, kita cuba memberikan perlindungan daripada sudut SOCSO sahaja tetapi daripada sudut lain-lain itu, perundangan lain-lain itu, kita harus melihat untuk dimasukkan dalam akta pekerjaan dan sebagainya untuk membolehkan mereka ini dilindungi oleh satu undang-undang itu sendiri.
Ketiga, Tuan Pengerusi, ialah dalam Butiran 11031 ini, ada disebut Kajian Pembangunan Dasar Muzik dan Filem Negara. Jadi ini menunjukkan bahawa kita tidak mempunyai dasar yang jelas tentang hala tuju masa depan filem negara. Jadi sebab itu saya minta apakah hasil daripada kajian yang dibuat itu untuk dikongsi bersama oleh mereka yang terlibat dalam industri filem. Saya juga ingin mencadangkan supaya pihak kerajaan dalam usaha untuk kita mem-promote filem kita kerana bila kita mem-promote filem kita ini, kita akan dapat mem-promote budaya bangsa Malaysia itu sendiri, seni dan sebagainya kepada masyarakat antarabangsa.
Jadi saya harap jika ada lawatan-lawatan kerajaan ke luar negara, lawatan- lawatan pelaburan dan sebagainya, perlu untuk membawa wakil-wakil daripada industri filem ini untuk terlibat sama dalam usaha untuk hendak membawa imej dan juga mempromosi filem-filem dan juga budaya dari negara kita ini yang sangat penting dan perlu dilakukan.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Akhir sekali ialah hak cipta. Jadi, saya juga ingin mencadangkan supaya pihak kerajaan melihat kembali soal hak cipta ini sebab hak cipta bila diberikan kepada RTM, diberikan kepada TV swasta dan sebagainya, ia sudah menjadi bertukar milik hak cipta itu menjadi hak milik stesen TV tersebut. Tidak lagi menjadi hak milik kepada penerbit atau kepada syarikat pengeluar tersebut lalu menyebabkan stesen TV bila ada ulang tayang, mereka akan mendapat dan memperoleh keuntungan yang lumayan, sedangkan bagi syarikat penerbit ini, mereka hanya mendapat sekali sahaja.
Jadi sebab itu kita harus kaji kembali seperti mana yang pernah dibuat oleh Allahyarham Datuk Mohd Rahmat yang saya difahamkan satu ketika dahulu, dia pernah membuat iaitu bila selepas dua tahun menjadi hak milik stesen TV ini, dipulangkan hak milik itu kepada penerbit asalnya iaitu kepada pengeluar asalnya. Jadi ini yang seharusnya dilakukan oleh pihak kerajaan pada kali ini untuk kita memberikan suntikan semangat kepada penggiat-penggiat seni khususnya kepada industri filem ini akan lebih maju ke hadapan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Jerai.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Pertama, berkaitan B.47 Butiran 030400 – Perlindungan Data Peribadi (JPDP).
Masalah integriti petugas telco yang menjual data peribadi pelanggan terutama kepada jurujual kian meningkat. Terdapat juga mereka yang membeli data peribadi berkenaan bertujuan untuk melakukan kegiatan jenayah siber. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 perlu diperkasakan oleh pihak kementerian ekoran peningkatan platform e-dagang yang mana lebih mudah untuk menggunakan data peribadi pelanggan untuk melakukan urusan penipuan.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Menurut laporan akhbar, kes jenayah siber ini telah meningkat sebanyak 60 peratus sejak 10 tahun yang lalu. Tahun ini sahaja kerugian yang dialami adalah sebanyak 17,537 kes penipuan dari bulan Januari hingga Oktober 2021 atas talian yang melibatkan kerugian sebanyak RM449.5 juta. Penguatkuasaan di peringkat petugas telco perlu ditingkatkan kerana ketirisan banyak berlaku di sini. Soalan saya, apakah tindakan yang diambil oleh pihak kementerian untuk menghalang daripada penyerahan data peribadi ini?
Kedua, B.47 Butiran 020900 – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
(FINAS). Peruntukan pada tahun 2021 adalah sebanyak RM35 juta, kekal jumlah yang sama pada tahun 2022. Kerajaan seharusnya meneliti perkara ini dengan sebaik mungkin.
Pihak kementerian perlu mengambil kira akan keadaan pandemik COVID-19 yang melanda negara sehingga menyebabkan negara terpaksa mewujudkan PKP. Kebanyakan produksi tidak dapat menjalankan sebarang aktiviti seperti penggambaran. Hal ini nyata memberikan kerugian kepada mereka. Seharusnya peruntukan untuk tahun 2022 perlu ditambah bagi membantu pemain industri ini, terutama sekali selepas tempoh yang lama mereka tidak dapat bekerja.
Terakhir, Butiran 31003 – Jalinan Digital Negara (JENDELA). Capaian Internet di sesetengah kawasan luar bandar sangat rendah, terutama semasa waktu kemuncak.
Seharusnya dengan kemajuan teknologi tinggi, masalah rangkaian Internet ini sepatutnya tidak lagi kedengaran. Seharusnya juga semua orang dapat menikmati capaian Internet yang stabil tanpa mengira waktu. Talian Internet ini perlu diperhebatkan lagi kerana secara tidak langsung, ia dapat merapatkan lagi jurang di antara masyarakat bandar dan luar bandar.
Jika ditakdirkan berlaku lagi pergerakan kawalan PKP, maka semua perlu melaksanakan pembelajaran di atas talian. Masalah capaian Internet khususnya di kawasan luar bandar negeri ini antara yang kerap disuarakan oleh ibu bapa yang kecewa,
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
apabila sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah PdPR anak-anak mereka sering terganggu.
Di Parlimen saya, Jerai antara salah satu lokasi yang tidak mempunyai liputan rangkaian line telefon ialah di Simpang Empat Kampung Sedaka. Ini bukan soal rangkaian Internet, tetapi kampung ini masih belum mempunyai line telefon biasa. Sekiranya kerajaan masih belum mampu untuk melaksanakan rangkaian 5G dengan segera, mohon disegerakan untuk menaik taraf rangkaian 4G yang lebih baik ke semua kawasan agar rakyat dapat menikmati capaian Internet dengan baik. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Papar.
Tiada? Yang Berhormat Jerantut.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi bagi saya peluang untuk turut sama mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa ini untuk Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Saya terus kepada Butiran 020600 – Penerangan (JaPen), di bawah Butiran 06003 – Menaiktaraf Pejabat Penerangan Negeri, Bahagian dan Daerah Seluruh Negara. Saya ingin bertanya, adakah dengan peruntukan ini Pejabat-pejabat Penerangan, khususnya di daerah-daerah terutamanya Daerah Jerantut ini mempunyai kelengkapan, terutamanya dari segi peralatan.
Apa yang menjadi pengalaman lalu, peralatannya tidak mencukupi. Mungkin hanya ada satu set. Kalau ada function di daerah itu, atau di Parlimen itu, urusan rasmi kerajaan, menyebabkan Pejabat Penerangan tidak mampu untuk membantu perjalanan majlis tersebut.
Keduanya, daripada segi kenderaan. Apakah ianya meliputi kenderaan- kenderaan yang diberikan kepada setiap daerah agar kerja-kerja yang dilakukan oleh Pejabat Penerangan Daerah itu dapat berfungsi dengan baik. Juga, peralatan-peralatan terbaru misalnya kita melihat ada sekarang ini perkembangan di mana parti-parti politik ini, seolah-olah mengatasi Jabatan Penerangan sendiri dari segi kelengkapannya.
Mereka ada kenderaan yang siap dengan skrin besar untuk memberitahu bila pilihan raya. Jadi, di Pejabat Penerangan Daerah tiada perkara begini. Apakah ada pertimbangan dari pihak kementerian agar pihak Pejabat Penerangan Daerah juga mempunyai kelengkapan seperti ini supaya setiap apa sahaja yang hendak disampaikan kepada rakyat, maklumat kerajaan itu dapat sampai terus melalui kenderaan seperti ini.
Perkara yang seterusnya ialah Butiran 31003 – Jalinan Digital Negara (JENDELA) di mana berkaitan dengan jalinan digital negara. Isu yang berkait rapat ialah jalur lebar berkelajuan tinggi kebangsaan ini merupakan satu saranan atau cadangan yang sangat baik yang dibuat oleh pihak kerajaan. Cuma kekhuatiran kita ialah beberapa perkara.
Pertamanya daripada segi monopoli.
Hak monopoli ini seolah-olah hanya satu agensi sahaja yang bertanggungjawab dalam sistem digital ini. Apakah yang berlaku nanti apabila monopoli ini berjalan? Adalah lebih baik monopoli ini sepatutnya dikawal selia dengan lebih baik agar pihak-pihak lain juga boleh mengambil bahagian yang sama untuk mengelakkan manipulasi daripada segi pasaran.
Selain daripada itu juga, saya bimbang perancangannya baik, tetapi daripada segi pelaksanaan. Pengalaman yang telah lalu kita melihat bila kerajaan membuat perancangan-perancangan, terutamanya berkaitan dengan sistem komunikasi negara ini, mereka rakyat di luar bandarlah yang menjadi golongan yang terakhir yang menerimanya.
Banyak masalah, terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman, sistem capaian
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Internetnya jauh rendah, tidak sama dengan apa yang ada di bandar ataupun di bandar- bandar kecil.
Kita lihat, kita dapat dalam media, rakyat kita terutama di pedalaman Sabah dan Sarawak terpaksa naik hujung pokok, menggunakan perahu untuk mendapat capaian Internet. Adakah perkara-perkara ini telah diambil kira dan sejauh manakah nanti daripada segi tempohnya, rakyat kita seluruh bandar ini tidak lagi perlu panjat pokok, buat pondok atas pokok, terutama pelajar sekolah, naik perahu duduk di kuala-kuala sungai mendapat capaian Internet yang lebih laju.
Saya hendak bertanya kepada kerajaan, bagaimanakah dari segi agihan kerja- kerja untuk melaksanakan projek jalur lebar ini. Adakah agihan pada kerja-kerja ini mengambil kira kontraktor-kontraktor tempatan atau masih lagi kita beri keistimewaan kepada golongan-golongan tertentu, terutamanya mereka dari luar negara kerana alasan kita keistimewaan mereka dari segi pengetahuan untuk melaksanakan kerja-kerja itu. Jadi, saya berharap ini diambil kira, diambil perhatian oleh kementerian.
Perkara yang terakhir ialah Tuan Pengerusi, Butiran 3200 – SchoolNet Fasa 2.
Apabila melibatkan sekolah ini, saya lihat pengalaman kita yang lalu apabila dilaporkan terutama sehingga dalam Parlimen ini sendiri, jawapan yang diberikan oleh pihak kerajaan, kita akan berusaha untuk meningkatkan capaian, kita sedang berusaha dan sebagainya. Akan tetapi masalahnya, halangannya, realitinya masih di takuk lama.
Jadi, saya berharap agar kerajaan mengambil kira pengalaman-pengalaman yang telah lalu ini. Tidak membebankan kepada kementerian-kementerian lain, khususnya kepada Kementerian Pendidikan. Mereka mengatakan hendak belajar daripada segi hendak menggunakan Internet ini tetapi hakikatnya sekolah-sekolah, pelajar-pelajar sekolah, rakyat di luar bandar masih lagi tidak dapat menggunakan kemudahan yang dinikmati oleh rakyat di kawasan bandar. Jadi Tuan Pengerusi, terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberikan peluang pada Tuaran untuk turut serta bahaskan bajet 2022 peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Saya mulakan dengan Maksud Bekalan 47 Butiran 040600 – Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. Untuk butiran ini, sebanyak RM20 juta telah diperuntukkan iaitu penurunan daripada RM24 juta dari tahun 2021.
Tuan Pengerusi, sambutan ini Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia ini bukan setakat acara rutin. Bukan acara yang semata-mata diadakan setiap tahun akan tetapi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia ini kita adakan sebagai satu proses untuk mendidik rakyat Malaysia ke arah pembinaan sebuah negara Malaysia yang bersatu padu, yang bangga dengan negaranya dan patriotik terhadap negaranya. Inilah yang kita mahu capai dalam sambutan ini.
Apa yang penting dalam sambutan Hari Malaysia? Semasa dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 baru-baru ini, Tuaran juga telah mencadangkan supaya sambutan Hari Malaysia ini bukan sahaja disambut di Kota Kinabalu ataupun di Kuching sepertimana yang telah dibuat selama ini bermula daripada sambutan Hari Malaysia yang diadakan pertama kalinya pada tahun 2011. Selepas itu di Kuching, selepas itu Kota Kinabalu dan sebagainya, sehinggalah pada tahun ini.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Belum lagi pernah sambutan Hari Malaysia ini diadakan di ibu kota Kuala Lumpur mahupun di Pusat Pentadbiran Putrajaya. Apa yang menarik ialah mudah-mudahan pada minggu depan apabila nanti dibentangkan pindaan Perlembagaan Artikel 160(2) nanti, di mana tarikh Hari Malaysia ini akan dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Dengan lain perkataan, setelah nanti tarikh Hari Malaysia itu ataupun Pembentukan
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Malaysia itu dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, maka secara perlembagaan, secara perundangan Hari Malaysia itu perlulah dan hendaklah diraikan ataupun diadakan pada masa yang telah ditetapkan dalam perlembagaan.
Oleh sebab itu kalau selama ini difikirkan ataupun secara pentadbirannya hanya diraikan di Kota Kinabalu ataupun di Kuching, maka saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah kerajaan pada tahun hadapan nanti bercadang ataupun telah merencanakan ataupun telah merencanakan untuk mengadakan sambutan Hari Malaysia di ibu kota Kuala Lumpur mahupun di Pusat Pentadbiran Putrajaya?
Pada Tuaran, masa sudah tiba, pada ketika pada tahun ini, satu perubahan yang besar apabila nanti mudah-mudahan pada minggu depan, apabila dibentangkan pindaan Perlembagaan Artikel 1(2) itu dikembalikan kedudukan sebenarnya Persekutuan Tanah Melayu ataupun negeri-negeri di Persekutuan Tanah Melayu ataupun Semenanjung Malaysia ini dan negeri-negeri Sabah dan Sarawak ini dikembalikan seperti asal dalam perlembagaan kita.
Pada masa yang sama dipinda juga Artikel 1(2) berkenaan dengan takrifan Persekutuan dan akhirnya Hari Malaysia itu dan sebagainya dan kejayaan ini diluluskan pada tahun ini, pada minggu depan. Tahun depanlah permulaannya kita mahu membina Malaysia sepertimana yang telah termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.
Jadi Yang Berhormat Menteri, adakah kerajaan mahu mempertimbangkan ini?
Oleh sebab setakat ini masih lagi ada persoalan, apa itu Hari Malaysia? Kenapa mahu diraikan di sini dan sebagainya? Ini kerana bukan setakat di Sabah, bukan hubungan setakat di Sarawak dan sebagainya.
Saya juga ingin bertanya, apabila nanti diadakan sambutan Hari Malaysia di ibu kota Kuala Lumpur ini, apakah program-program penting yang akan diletakkan di situ?
Apakah Yang Berhormat Menteri akan mempertimbangkan supaya diadakan pameran yang besar-besaran tentang proses dan bagaimana kita telah membina Malaysia ini, telah membentuk Malaysia ini? Sejak dari mulanya, cabaran-cabaran yang kita telah hadapi, perjanjian-perjanjian, perakuan-perakuan, jaminan-jaminan yang telah dibuat dan sebagainya.
Ini supaya kita dapat memahami keunikan tempat-tempat tertentu di Malaysia, di Sabah dan Sarawak dan sebagainya. Kenapa pentadbiran itu ada sedikit kelainan dan sebagainya. Oleh sebab sekiranya ini semuanya tidak dibuat Yang Berhormat, masih lagi persoalan bermacam-macam. Oleh sebab itu ada permasalahan kita, kita tidak mahu mencapai matlamat untuk mendirikan dan membina sebuah negara Malaysia yang bersatu padu, yang bangga dengan negaranya. Tuan Pengerusi, itu sahaja. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Papar.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. ketohadan, da jia hao. B.47, Butiran 040300 – MERS 999. Tahun lalu diperuntukkan RM100 juta namun tahun ini tiada peruntukan di bawah butiran ini. Saya mohon penjelasan. Pada bulan September yang lalu, berlaku satu insiden di mana empat sekeluarga rentung dalam kebakaran di Taman Hungab, Penampang. Kejadian ini amat menyedihkan apabila kita dimaklumkan berlaku kelewatan tindak balas kecemasan oleh MERS, oleh kerana SOP yang tidak sistematik.
Tidak sepatutnya isu kecemasan seperti ini yang terjadi di Sabah perlu dirujuk ke Kuala Lumpur terlebih dahulu hingga mengambil masa untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap. Justeru, saya ingin bertanya, adakah prosedur operasi standard atau SOP Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999 di Sabah telah dikaji semula agar bantuan terus disambung kepada pihak yang berkaitan dan daerah yang berdekatan.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
B.47, Butiran 04000 - CyberSecurity Malaysia. Saya ingin persoalkan, mengapa ancaman global yang semakin meningkat dan menakutkan hari ini, kerajaan hanya memberi penambahan RM1 juta berbanding tahun ini kepada CyberSecurity Malaysia.
Justeru, saya ingin bertanya sekali lagi. Pertama, berapakah jumlah sebenar yang dipohon oleh kementerian ini kepada Kementerian Kewangan?
Kedua, berapakah jumlah pegawai keselamatan siber ketika ini, memandangkan setakat Disember 2020, kerajaan memaklumkan bahawa kita masih kekurangan seramai 7,917 orang pakar siber.
Ketiga, dengan peruntukan yang kecil seperti ini, adakah sasaran kerajaan untuk melahirkan 20,000 orang pegawai keselamatan siber pada tahun 2025 akan tercapai?
Apakah kelulusan-kelulusan yang diperlukan untuk jawatan ini?
Keempat, apakah strategi kerajaan bagi meningkatkan kesedaran keselamatan siber, khususnya kepada golongan yang berumur memandangkan mereka sangat berisiko untuk dipergunakan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.
Kita selalu mendengar dan membaca, bukan sahaja golongan yang berumur bahkan juga penjawat awam, profesional yang terjebak dalam penipuan siber.
B.47, Butiran 3100 – Projek Jalur Lebar. Butiran 06003 – Jalinan Digital Negara
(JENDELA). Peruntukan di bawah kedua-dua butiran ini melibatkan peruntukan sebanyak RM50 juta dan RM700 juta, yang mana ia merupakan satu jumlah yang besar. Aspek capaian akses dan kualiti capaian Internet di Sabah masih jauh ketinggalan berbanding di Semenanjung. Bukan itu sahaja, jurang perbezaan di antara bandar dan luar bandar di Sabah juga sangatlah ketara.
Walau bagaimanapun, kerajaan menyatakan bahawa Sabah dan Sarawak akan diperuntukkan sebanyak RM7 bilion bagi tempoh lima tahun untuk Sabah dan Sarawak beralih kepada teknologi 5G. Kualiti capaian Internet sedia ada di Sabah harus diperbaiki dan dipertingkatkan.
Di Parlimen Papar misalnya, kebanyakan kawasan masih lagi mengalami masalah capaian Internet yang sampai ke peringkat mendukacitakan. Ini memberikan masalah kepada rakyat di sini yang merangkumi pelajar-pelajar sekolah, pelajar-pelajar universiti, guru-guru, usahawan dan juga peniaga yang menjalankan aktiviti harian.
Saya ingin tekankan di sini Tuan Pengerusi, kerajaan tidak boleh hanya menekankan isu infrastruktur sahaja semata-mata tanpa menitik beratkan isu kualiti capaian Internet. Ini menjadi masalah besar kepada kami. Apabila tengok di telefon, tulisannya 4G tetapi apabila melayari seperti kura-kura. Jadi, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, di bawah dua butiran ini yang melibatkan peruntukan sebanyak RM750 juta, berapakah jumlah sebenarnya yang akan dibelanjakan untuk meningkatkan pencapaian dan kualiti Internet dan komunikasi di kawasan luar bandar di Sabah, terutamanya di Parlimen Papar?
Perlu diingat, sekolah-sekolah rendah dan menengah di Daerah Papar banyak yang tidak dapat capaian Internet terbaik. Tidak payahlah kita cakapkan di sini, yang penting kerajaan mestilah kerajaan prihatin. Kita semua sedia maklum bahawa Internet merupakan perkara asas dan kerajaan harus bersikap adil kepada masyarakat luar bandar. Kalau diikut, sebenarnya masyarakat di luar bandar membayar lebih mahal untuk mendapatkan perkhidmatan Internet berbanding mereka yang berada di bandar kerana kualiti yang diterima tidak setimpal dengan apa yang dibayar.
Tadi kita sebut pasal capaian Internet yang terdapat peruntukan bagi meningkatkan capaiannya dan sebagainya. Namun Tuan Pengerusi, kami khususnya Ahli Parlimen dari luar bandar di Sabah, setiap minggu, setiap bulan menerima permohonan daripada ibu bapa dan pelajar universiti untuk mendapatkan peruntukan untuk membeli lap-top. Selagi kami Ahli Parlimen, kami boleh tolong, kami apa yang boleh tetapi sampai bila? Kami sudahlah tertekan dengan tiadanya peruntukan. Jadi kami di sini memohon kepada kementerian supaya dapat menangani isu daripada anak-anak sekolah ini. Baru- baru ini, Yang Berhormat Menteri...
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat, panjang sangat.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Sedikit lagi, sedikit – Baru-baru ini Yang Berhormat Menteri memaklumkan bahawa Sarawak merupakan penerima terawal dalam perancangan pelaksanaan rangkaian 5G tahun hadapan. Saya ingin bertanya, apakah nasib Sabah? Bilakah ia akan dilaksanakan di Sabah?
Terakhir Tuan Pengerusi, semalam dilaporkan bahawa Kabinet akan mempertimbangkan mengenai model borong tunggal bagi pelancaran rangkaian 5G menjelang Januari 2022 setelah menerima maklum balas daripada syarikat telekomunikasi dan peserta industri. Saya mohon penjelasan, apakah maklum balas yang diberikan oleh mereka sehingga kerajaan terpaksa mempertimbangkan semula keputusan yang telah dibuat sebelum ini?
Tuan Pengerusi, sekian terima kasih. Papar mengundur diri, ampiti bah sedikit untuk Sabah. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Setiu.
Tuan Shahrizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Saya pergi kepada Butiran 020500 – Pembangunan Kandungan. Berdasarkan kajian, anak muda yang terlibat dalam aktiviti samseng disebabkan pengaruh televisyen yang memaparkan aksi-aksi negatif. Jadi mereka merasakan seperti melakonkan semula aksi yang ditonton oleh mereka. Begitu juga dengan isu perzinaan yang berlaku akibat terangsang daripada aksi-aksi lucah di televisyen. Selain itu, unsur LGBT juga diserap sehinggakan sesetengah pihak seolah-olah cuba menormalisasikan budaya berkenaan dalam minda masyarakat.
Oleh itu, kandungan yang tersiar di platform digital seperti televisyen, Netflix, tonton.my dan sebagainya seharusnya ditapis dan dikawal bagi memastikan minda anak muda serta rakyat keseluruhannya terdidik dengan pengaruh positif. Justeru, sejauh manakah pengawalan terhadap isi kandungan platform digital ini dijalankan? Apakah syarat yang digariskan oleh kementerian bagi membenarkan sesuatu kandungan filem yang dimuatkan dalam platform digital tersebut.
Seterusnya, merujuk kepada Butiran 030100 – Infrastruktur dan Aplikasi. Saya meneliti sasaran kementerian yang akan menamatkan siaran 3G bagi membawa rakyat keseluruhannya ke arah teknologi 4G. Perkara ini amat wajar sekali bagi memastikan negara kita terus berdaya saing seiring dengan perkembangan teknologi digital. Namun begitu, berdasarkan kajian terdapat sebanyak 900,000 orang rakyat yang masih menggunakan peranti 3G.
Ini bermakna masih terdapat segelintir rakyat yang masih belum menyambut usaha kerajaan ke arah pembangunan 4G. Perkara ini akan membebankan mereka apabila negara beralih kepada penggunaan 4G secara keseluruhannya. Oleh itu, apakah inisiatif kementerian bagi memastikan mereka yang masih menggunakan peranti 3G beralih kepada 4G dalam masa terdekat? Selain itu, sejauh manakah kerjasama kementerian dan syarikat-syarikat telco bagi menangani masalah tersebut?
Butiran seterusnya ialah Butiran 020800 – Pertubuhan Berita Nasional Malaysia.
Bertepatan dengan fungsi Kementerian Komunikasi dan Multimedia sebagai sebuah agensi pengurusan maklumat dan perhubungan awam dalam memastikan hanya berita dan maklumat sahih sahaja yang disebarkan kepada rakyat Malaysia dan masyarakat
Tuan Shahrizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
antarabangsa. Namun begitu, saya meneliti isu berita yang tidak sahih semakin berleluasa.
Sebagai contoh, akhbar-akhbar memaparkan berita kenaikan sayur sehingga 200 peratus yang menimbulkan kemarahan rakyat. Walhal apabila kementerian membuat semakan, perkara tersebut tidak berlaku. Oleh itu, apakah tindakan kementerian bagi memastikan berita yang benar-benar sahih sahaja dipaparkan lebih-lebih lagi sebagai persiapan menghadapi PRU yang akan datang bagi mengelak berita-berita tidak sahih tersebut sekali gus mampu mencetus kemarahan rakyat?
Tuan Pengerusi, perkara terakhir Butiran 31000 – Projek Jalur Lebar. Saya meneliti KPI pihak kementerian sempena 100 hari Keluarga Malaysia yang menggariskan teras tiga sebagai teras bagi meningkatkan kesejahteraan sosial. Tidak dinafikan pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah membuka ruang yang lebih luas kepada penggunaan teknologi digital dalam keadaan industri dan rakyat secara menyeluruh.
Pasca pandemik membawa jurang yang semakin meluas antara rakyat luar bandar dan bandar khususnya dalam perkembangan teknologi. Oleh itu, selain daripada insentif JENDELA yang sedang dijalankan, apakah pelan jangka pendek yang boleh dijalankan bagi merapatkan jurang tersebut sesegera mungkin?
Saya memohon agar kementerian menjadikan daerah Setiu sebagai sebuah daerah dan kawasan pedalaman diberi keutamaan dalam projek jalur lebar ini. Sekian Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera.
Saya terus pergi ke Butiran 70000 – PPP/PFI ataupun mungkin juga boleh Butiran 31000 – Projek Jalur Lebar. Ini berkaitan dengan 5G juga Yang Berhormat Menteri. Saya lihat dalam media semalam 7 Disember, Yang Berhormat Menteri telah pun menyebut bahawa Kabinet akan membuat keputusan berkenaan dengan penilaian semula kaedah pemborong rangkaian tunggal (single network wholesale) untuk pelaksanaan 5G pada Januari tahun depan.
Saya sambut baik perkara ini kerana saya telah bangkitkan berkenaan dengan keperluan untuk kita betul-betul membuat penilaian akan model yang sebaik-baiknya untuk negara sebelum kita bermula lebih jauh. Cumanya saya juga merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan di laman web kementerian pada 25 November yang lalu. Dalam kenyataan ini, Yang Berhormat Menteri Kewangan menyebut dengan yakin bahawa pendekatan single wholesale network yang ini memberi manfaat penjimatan yang besar, syarikat-syarikat telekomunikasi boleh tawar perkhidmatan 5G dengan lebih cepat, harga kepada pengguna yang lebih murah dan lain- lain.
Malah dalam kenyataan tersebut serta kenyataan dan jawapan Menteri Kewangan dalam Dewan yang sebelum ini pun, proses penepatan harga 5G sudah hampir selesai dan beliau percaya syarikat telekomunikasi akan tertarik dengan penetapan yang dibuat. Malah Yang Berhormat Menteri, saya juga difahamkan Ketua Pegawai Komersial Digital Nasional Berhad (DNB), saudara Ahmad Taufik Omar menyebut pada 6 Disember bahawa DNB sedang aktif berunding dengan syarikat-syarikat telekomunikasi untuk bersama dalam inisiatif 5G ini.
Jadi kalau kita tengok, ada satu kontradiksi yang amat jelas berlaku sekarang ini.
Apakah ada perbezaan pendapat antara Kementerian Kewangan dan Kementerian Telekomunikasi dan Multimedia dalam isu kaedah pelaksanaan inisiatif ini? Ini juga berlaku dalam Dewan ini, banyak berlaku taici di antara KKMM dan Kementerian Kewangan. Jadi saya minta sangat supaya ada satu penjelasan yang telus, yang teliti, yang cermat disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri untuk menjelaskan benar-benar tentang perkara ini.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Saya juga ingin sebutkan di sini bahawa kebimbangan yang besar berkenaan dengan ini ialah isu di luar belanjawan (off-budget). Ini pun kita dah sebut sebab isu ini isu real, isu yang benar kerana jumlahnya bukan sedikit tetapi berbilion-bilion. Negara-negara luar sendiri telah pun beralih angin, mereka tidak lagi mengamalkan kaedah single network wholesale ini kerana ia dilihat gagal. Malah kalau kita tengok pelaksanaan 5G di Korea Selatan umpamanya, ia tidak menggunakan sistem model single network wholesale ini.
Jadi bagi saya, kita kena lihat betul-betul, teliti perkara ini Yang Berhormat Menteri dan rungkaikan supaya tidak timbul isu tadi yang disebut oleh Yang Berhormat Port Dickson berkenaan dengan isu monopoli, isu tidak telus, isu berkenaan dengan kos yang mungkin akan meningkat dan meningkat berkali-kali ganda.
Seterusnya Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyebut berkenaan Butiran 020600 – Penerangan (JaPen). Saya mohon Yang Berhormat Menteri untuk menjelaskan berkenaan dengan pengurangan peruntukan bagi JaPen sedangkan kita semua maklum bahawa penyampaian mengenai dasar dan wawasan negara kini di sana dan di sini rancak. Bahkan saya juga ingin mengambil perhatian Yang Berhormat Menteri untuk jelaskan berkenaan dengan fenomena SMS blast ataupun limpahan SMS ataupun kita boleh sebut ledakan SMS secara borong kepada rakyat pada ketika ini.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Saya dan ramai daripada kalangan rakyat melihat bahawa kita sangat kerap juga menerima SMS blast ini, yang datangnya daripada kadang-kadang kodnya adalah MKN, kadang-kadang kodnya adalah MCMC, kod KKMM dan terkini ada kod GOV. Jadi, saya hendak minta, kalau misalnya mesej ini adalah mesej yang berguna. Sebagai contoh ketika COVID-19 dulu, kita menerima mesej berkenaan dengan situasi COVID-19, berkenaan dengan larangan-larangan tertentu, yang itu saya rasa tidak ada masalah, kita sokong.
Cumanya, saya lihat apabila ia melibatkan mesej-mesej yang agak kuat propagandanya. Contohnya, yang terkini ini ialah berkenaan dengan tiga aspek penilaian Ahli Jemaah Menteri. Ini saya rasa apa gunanya kepada rakyat dan kepada masyarakat?
Mereka akhirnya langsung tidak memberikan perhatian pada mesej yang sepatutnya digunakan, dimanfaatkan untuk tujuan memberi maklumat yang tepat kepada masyarakat dan kepada rakyat.
Justeru, saya memohon kepada kerajaan untuk menjelaskan, sebenarnya berapa jumlah kos yang terlibat dalam pelaksanaan sistem SMS blast ini? Jelaskan juga sekiranya pendekatan ini benar-benar memberi manfaat dan impak yang baik kepada rakyat dan kepada negara. Oleh kerana saya bimbang kosnya adalah tinggi. Apabila contohnya, kita menukarkan kod nombor SMS blast ini kepada kod MKN, GOV, KKMM dan sebagainya. Ini ada kosnya, ada nilainya. Jadi, kalau dihantar kepada berjuta-juta rakyat, itu adalah satu kos yang tinggi dan membimbangkan. Itu sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Baling.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Keluarga Malaysia. Salam kestabilan demi kemakmuran rakyat. Butiran saya berkaitan dengan perbahasan Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Assalamualaikum Yang Berhormat Menteri. Butiran 31003 – Jalinan Digital Negara (JENDELA). Kita sedia maklum visi dan misi Kementerian Komunikasi dan Multimedia ialah untuk memperkasakan jaringan dan infrastruktur telekomunikasi digital dan komunikasi sosial serta memacu pertumbuhan ekonomi digital.
Pelan Infrastruktur Digital Negara yang dikenali sebagai Jalinan Digital Negara iaitu JENDELA dianggarkan menelan belanja RM21 bilion. Syabas dan tahniah saya
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
ucapkan kepada Yang Berhormat Menteri kerana dengan izin Allah, dapat melaksanakan pada kali ini. Sudah dua, tiga tahun kita dengar tetapi alhamdulillah pada zaman Yang Berhormat Menteri dari Ketereh, kita yakin dan percaya dengan pengalaman yang luas yang ada pada Yang Berhormat Menteri, dapat dilaksanakan dengan jayanya.
JENDELA kini dalam fasa meningkatkan liputan jalur lebar mudah alih 4G, daripada 91.8 peratus kepada 96.9 peratus di kawasan berpenduduk. JENDELA diperkenalkan dengan tujuan untuk memberi kemudahan akses kepada rakyat Malaysia menerusi perkhidmatan jalur lebar yang berkualiti. Sekali gus membuka jalan bagi peralihan digital negara ke arah teknologi 5G.
Saya difahamkan bahawa JENDELA melibatkan peruntukan kira-kira RM21 bilion dan perlaksanaannya yang akan dibuat dalam beberapa fasa. Bagi meneruskan matlamat beberapa pelan terdahulu yang ditetapkan, Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP). Persoalannya ialah, sejauh manakah ia membantu rakyat dalam menghasilkan capaian Internet meliputi kawasan-kawasan pedalaman seperti kami di Baling? Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Menteri, kawasan kami di Baling ini sudah letih. Panjat pokok petai Tuan Pengerusi, panjat reban, panjat gunung untuk memasang booster demi mendapatkan line 3G.
Jadi, saya harap nilai eksport e-dagang pada tahun 2020 dilaporkan adalah sebanyak RM4.166 bilion. Kementerian Komunikasi dan Multimedia memperuntukkan sejumlah RM1.736 bilion bagi tahun 2021 dan 2022 untuk perbelanjaan pembangunan.
Namun di Baling, peniaga-peniaga online mengadu kepada saya bahawa jualan mereka jatuh, drop begitu dahsyat kerana Facebook mengenakan syarat yang ketat dan restriction-nya, dengan izin, yang amat-amat stringent ke atas peniaga-peniaga online sehingga menyukarkan mereka untuk hendak iklankan produk-produk di Baling.
Tuan Pengerusi, jual kerepek di Baling, jual ubat rambut, jual majun, jual ubat kuat dan produk-produk SME yang di kawasan luar bandar di Baling pun susah pada hari ini untuk mereka mencari makan. Harapan mereka para peniaga online ini, setelah pandemik COVID-19, MCO agar dapat mempermudahkan urusan periklanan mereka melalui Facebook, ADS dan laman sosial yang lain.
Jadi, saya harap, apa yang bakal dilaksanakan oleh kementerian, ini semua akan dapat diselesaikan. Kesian mereka, khususnya anak-anak muda yang berniaga online di seluruh negara. Apatah lagi di kawasan- kawasan luar bandar seperti di Baling. Saya ada 71 orang anak-anak muda ada perniagaan online. Saya menjemput Yang Berhormat Menteri datang, jumpa mereka, bagi taklimat kepada mereka.
Apakah yang sedang dilakukan oleh kementerian untuk mereka, juga tolong menguar-uarkan kepada hampir 670 ribu orang klien mereka. Saya juga ingin bertanyakan kepada Yang Berhormat Menteri, platform radio TV pula dilihat semakin tidak relevan kepada generasi TikTok yang menghabiskan masa dengan telefon ataupun handphone.
Apa strategi jangka masa pendek dan panjang kerajaan, RTM juga dalam mendampingi generasi muda dalam menerapkan segala aspek aspirasi- aspirasi kerajaan?
Terutamanya dalam kita mendepani generasi muda 18 tahun yang akan keluar mengundi bagi memilih kerajaan yang akan menerajui generasi masa hadapan. Jadi soalan saya, apakah tindakan yang boleh kita lakukan untuk kita?
Bukanlah saya kata RTM tidak bagus. Bagus. Akan tetapi hari ini generasi muda, mereka hanya ada telefon. Telefon itulah RTM nya, telefon itulah ASTRO nya, telefon itulah CNN nya, telefon itulah segala-galanya untuk mereka. Jadi, saya harap kementerian akan mainkan peranan yang proaktif. Saya yakin dan percaya sekali lagi, Yang Berhormat Menteri seorang Menteri Kanan yang mempunyai pengalaman yang begitu luas dalam hal ini. Saya harap Yang Berhormat Menteri dapat melaksanakan. Adakan satu legasi Yang Berhormat Menteri apabila meninggalkan kementerian ini suatu hari nanti.
Akhir sekali, 2.0 saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, Butiran 030000 – Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital. Kita lihat kerugian lebih RM10 juta, kecurian kabel, peralatan komunikasi di seluruh negara. Kehilangan kabel dan peralatan komunikasi ini pada menara komunikasi ini telah menyebabkan berlaku gangguan-gangguan talian di towers kami di Baling. Ini semuanya berlaku kerana towers
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
itu telah dirosakkan, dicuri kabel-kabelnya. Saya juga difahamkan pelbagai siasatan polis telah lakukan. Akhirnya, mendapati orang biasa Yang Berhormat Menteri, orang biasa tidak boleh curi. Dia tidak pandai. Minta maaflah kalau setakat drug addict, dia tidak boleh hendak masuk pergi mencuri. Ini mesti orang-orang yang ada pengalaman.
Jadi, saya hendak bagi tahu kepada Yang Berhormat Menteri, apakah Yang Berhormat Menteri ada membuat penelitian syarikat-syarikat yang dilantik? Syarikat- syarikat yang diberi peluang pekerjaan. Apakah integriti mereka bagus? Apakah ini “gunting dalam lipatan” ataupun “harapkan pegar, pegar makan padi”? Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri boleh melihat latar belakang kontraktor-kontraktor. Ada kontraktor-kontraktor yang berwibawa, yang bagus.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Baling.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Akan tetapi kadang-kadang pekerja-pekerja mereka, kakitangan mereka. Jadi, saya harap ini langkah boleh diambil untuk kementerian mengekang berlakunya kecurian kabel dan peralatan komunikasi di seluruh negara pada masa yang akan datang. Saya harap inilah yang saya hendak sebutkan Yang Berhormat Menteri mengambil maklum dan kalau boleh tengok teliti. Silalah beri laporan, khususnya kepada anak-anak muda saya di Baling yang berniaga online, yang menghadapi kesukaran dengan Facebook. Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Kepong.
Yang Berhormat Kepong tidak ada. Yang Berhormat Dungun.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus ke Butiran 020300 – Komunikasi Strategik. Pertama, sehingga kini agenda dan pencapaian Kerajaan Persekutuan masih lagi belum difahami dan belum dihayati sepenuhnya oleh majoriti rakyat Malaysia. Soalan saya ialah bagaimanakah peranan komunikasi strategik bagi memastikan segala maklumat, agenda dan pencapaian kerajaan sampai kepada rakyat?
Kedua, apakah peranan JKOM yang sehingga kini belum dilihat fungsinya secara jelas?
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Butiran 020700 – Penyiaran (RTM). Pada hemat saya, RTM walaupun dengan usaha yang berterusan masih tidak berjaya menarik perhatian rakyat untuk mengikuti rancangan-rancangan yang direncanakan. Soalan saya, apakah rancangan drastik yang akan dibuat oleh RTM bagi mengembalikan semula rating siaran yang tinggi kepada rancangan-rancangan TV RTM?
Kedua, pemberitaan TV oleh RTM masih lagi memerlukan penambahbaikan.
Apakah rancangan dalam RTM memfokuskan program pemberitaan sama seperti berita- berita yang datang daripada penyiaran luar seperti Al-Jazeera dan CNN daripada segi kualiti dan kandungan program pemberitaan?
Ketiga, bagi memastikan golongan rakyat atau penonton yang bersikap matang terdidik dalam pendidikan politik, adakah RTM mempunyai perancangan untuk menyiarkan lebih banyak program dan diskusi yang memberi kesedaran tentang isu-isu semasa dan dasar-dasar berkaitan pembangunan negara?
Secara khususnya, lebih banyakkan program yang melibatkan undi 18 tahun supaya difahami keperluan mereka untuk menjadi pengundi ketika ianya digazetkan dan selepas daripada itu mereka boleh memberi satu daripada tanggungjawab untuk menjadi pengundi yang bertanggungjawab.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Butiran 030200 – Kawalan Pematuhan. Pertama, adakah akta yang sedia ada sudah mencukupi bagi memberi kuasa kepada SKMM dalam mengawal dan memantau aktiviti-aktiviti yang berkaitan undang-undang telekomunikasi?
Kedua, apakah usaha-usaha yang dirancang oleh kementerian bagi mendapatkan kerjasama dari pihak penyedia perkhidmatan luar negara seperti Facebook dan Google dalam menurunkan hantaran dalam media sosial yang berbaur hasutan dan perkauman?
Ketiga, belia sangat aktif dalam media sosial dalam memuat naik status di media sosial peribadi seperti Twitter, Facebook, Page, Messenger dan TikTok. Ada yang memuat naik status secara purata lima hingga 12 kali sehari. Ada yang memuat naik status mengikut musim dan isu-isu yang berlaku pada satu-satu masa. Dengan mengambil kira realiti ini, adakah SKMM ada menyediakan garis panduan penggunaan media sosial dalam kalangan belia?
Akhir, Tuan Pengerusi, ialah Butiran 040400 – CyberSecurity Malaysia. Apakah keberkesanan agensi dalam memastikan tahap kesiapsiagaan pertahanan siber negara kita terutamanya dalam menghadapi serangan penggodam antarabangsa? Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Tangga Batu.
Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
Assalamualaikum. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi dan juga Yang Berhormat Menteri atas peluang yang diberikan.
Saya merujuk kepada Butiran 030000. Capaian Internet di kawasan Tangga Batu masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Malahan, tiada perkembangan yang boleh dibanggakan dalam tahun-tahun kebelakangan ini sedangkan kehidupan moden banyak bergantung kepada media sosial apatah lagi semasa pandemik.
Untuk keluar rumah dan menjalankan aktiviti, semuanya memerlukan rangkaian Internet. Nombor wahid ialah aplikasi MySejahtera. Hendak masuk kedai, restoran, supermarket, klinik, semuanya perlukan rangkaian Internet yang baik. Hendak berniaga pun banyak menggunakan Internet. Hampir dua tahun persekolahan dijalankan melalui PdPR yang sudah tentu bergantung kepada capaian Internet.
Melaka baru sahaja mengadakan Pilihan Raya Negeri. Hampir semua menteri dan Ahli-ahli Parlimen mengunjungi Melaka untuk berkempen atau menjadi pelancong politik. Jika melalui Hutan Simpan Masjid Tanah ke Sungai Udang, Internet langsung tiada.
Semua komunikasi telefon terhenti. Mungkin ianya kawasan latihan ketenteraan, kita boleh faham. Namun, apabila masuk sahaja ke Pekan Sungai Udang, ke Pekan Tangga Batu dan Tanjung Kling, talian terputus-putus apatah lagi jika ingin download, dengan izin, video ataupun dokumen yang dihantar.
Dari Sungai Udang melalui Lebuh Raya SPA ke Cheng juga begitu. Di Bertam Hulu, cukup teruk. Begitu juga di kawasan Tesco ataupun Lotus’s Cheng. Dalam kedai- kedai pun kalau kita hendak telefon sesiapa yang berada di dalam kompleks itu pun memang putus-putus dan tidak dapat. Dari Cheng ke Malim, sama sahaja. Ini belum lagi dari Cheng ke Krubong ataupun ke Ayer Keroh.
Butiran 030400 – Perlindungan Data Peribadi. Apakah status cadangan pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi? Kerajaan telah mengadakan konsultasi awam tentang pindaan ini. Apakah aspek yang telah diterima untuk dipinda? Adakah kerajaan bercadang agar sektor awam juga tertakluk kepada akta ini?
Tadi kita dengar Yang Berhormat Kota Samarahan menceritakan pasal kebocoran data peribadi yang menyebabkan banyak sangat kes-kes scammer ataupun penipu-penipu yang menipu terutamanya orang-orang yang sudah pencen habis duit simpanan dan gratuiti.
Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
Kita ada menerima laporan daripada Yang Berhormat Menteri Komunikasi mengenai pencapaian Program JENDELA. Butiran 31003. Namun, secara amnya, pencapaian Internet di kawasan Parlimen P.136 Tangga Batu belum mencapai tahap yang memuaskan.
Moto BN yang baharu membentuk kerajaan negeri iaitu “Makmur dan Stabil” itu perlu dibuktikan dengan mereka boleh dengan cepat stabilkan talian ataupun rangkaian Internet di Melaka amnya, Tangga Batu khasnya, sebelum boleh mewujudkan kemakmuran kepada rakyat.
Sebagai seorang Ahli Parlimen beragama Islam, saya juga ingin mengingatkan kementerian agar lebih teliti dalam mengawal media sosial dan aplikasi-aplikasi. Saya terbaca ciapan Twitter Napsiah Khamis pagi ini tentang filem gay lelaki Melayu mula disiar dalam aplikasi gay, Blued. Tajuk filem, Stay Away From Me.
Islam adalah agama rasmi Persekutuan mengikut Perkara 3 Perlembagaan dan pelakon remaja yang berumur 17 tahun itu adalah seorang Melayu dan mengikut Perkara 160 Perlembagaan mendefinisikan Melayu itu beragama Islam. Saya tidak menyentuh hak orang bukan Islam ya.
Seperkara lagi ialah banyak sangat iklan-iklan produk yang berbaur lucah.
Sungguh menjijikkan dan memalukan Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Seperkara lagi, saya juga menerima keluhan pengusaha kebun yang mana tanah mereka digunakan oleh TNB untuk laluan kabel rentas desa, bukan pencawang. Tuan punya tanah perlu membayar cukai tanah sepenuhnya walaupun pampasan RM3,000 sehingga RM5,000 dibuat 20 tahun dahulu. Jadi, pekebun-pekebun ini hanya boleh mengusahakan kebun dengan keluasan tanah yang tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana laluan kabel tersebut.
Adakah kementerian sedar tentang masalah ini dan bagaimana kementerian dapat membantu tuan-tuan punya kebun mengatasi masalah ini dan kemungkinan mengecualikan cukai kepada tanah yang digunakan laluan kabel tersebut? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.
[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Dato’ Sri Azalina Othman Said (Pengerang) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat, selepas ini ada tujuh lagi pembahas, kemudian jawapan daripada Yang Berhormat Menteri ya sebab saya dimaklumkan oleh Tuan Pengerusi. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula jam 2.30 petang. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Kita teruskan dengan perbahasan di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Kemaman. Silakan.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberikan kesempatan untuk saya bersama di dalam Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Saya terus kepada Butiran 020900 – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Saya ingin menyentuh mengenai sejauh mana kerajaan mengambil serius cadangan FINAS untuk diwujudkan suatu akta bagi mengawal selia kandungan filem atau program yang disediakan di platform digital terutama video atas permintaan yakni VOD atau penyediaan pen-stream-an video.
Saya berpandangan perancangan jangka pendek dan segera yang proaktif untuk mewujudkan dan menguatkuasakan akta ini adalah perlu memandangkan kandungan digital seperti Netflix tidak ditapis selain mempunyai rangkaian yang lebih meluas berbanding rangkaian televisyen tempatan.
Saya berpendapat kerajaan perlu memandang serius cadangan ini memandangkan kandungan program yang mengandungi unsur-unsur keganasan, seksual dan unsur-unsur negatif lain yang keterlaluan bakal memberi kesan terhadap pembangunan minda khususnya pada generasi muda kita.
Seterusnya Tuan Pengerusi Butiran 040400 – CyberSecurity Malaysia. Saya ingin membangkitkan mengenai isu kebocoran data peribadi. Sehingga kini, apakah hasil dapatan kajian forensik siber yang dijalankan bagi menjejaki tahap keseriusan kebocoran data peribadi oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan juga Jabatan Imigresen Malaysia yang tular baru-baru ini?
Sehingga kini, sejauh mana isu kebocoran data peribadi bukanlah isu yang boleh dipandang ringan lebih-lebih lagi dunia siber hari ini yang memungkinkan data peribadi mana-mana individu boleh digunakan untuk tujuan jenayah oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, umpamanya isu penipuan atas talian yang melibatkan kerugian sebanyak RM58 juta yang direkodkan pada enam bulan tahun ini juga asasnya berpunca daripada kebocoran data peribadi mangsa itu sendiri.
Seterusnya Tuan Pengerusi, berkenaan Butiran 030100 – Infrastruktur dan Aplikasi. Sejauh manakah komitmen kerajaan bagi menghalang akses laman web pornografi yang semakin membimbangkan dalam kalangan rakyat di negara kita pada hari ini? Statistik pada tahun 2020 menunjukkan rakyat Malaysia paling ramai di Asia melayari laman web lucah ini sepanjang tempoh kawalan pergerakan. Walaupun statistik yang dikeluarkan adalah dalam tempoh kawalan pergerakan, saya yakin bahawa individu yang terjebak menonton adegan pornografi ini sebahagian besarnya akan menghadapi ketagihan terhadap bahan seumpama itu.
Oleh itu, saya berpandangan kerajaan perlu melakukan satu tindakan ataupun langkah-langkah yang lebih berkesan untuk membendung dan menyekat laman-laman web yang seumpama ini kerana ketagihan terhadap pornografi bakal melahirkan generasi yang mungkin sihat secara fizikalnya tetapi ia mempunyai mental yang berpenyakit.
Seterusnya dan yang terakhir Butiran 31003 – Jalinan Digital Negara (JENDELA).
Di bawah butiran ini saya ingin menyentuh mengenai kesenjangan jurang teknologi antara golongan urban yang tinggal di bandar dengan golongan tua yang menetap di kawasan luar bandar dan juga pedalaman seumpamanya. Apakah langkah-langkah yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi mengurangkan jurang ini?
Kita teruja dengan pelaksanaan rangkaian 4G yang bakal dilancarkan awal tahun hadapan. Namun, pada masa yang sama kita sedia maklum bahawa golongan tua terutamanya yang menetap di kawasan-kawasan pedalaman ini kebanyakannya amat tidak mahir teknologi ini bahkan peranti yang digunakan mereka juga mungkin tidak mesra 4G. Oleh itu, saya mohon pihak kementerian atau Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan terhadap isu ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Kemaman. Yang Berhormat Kluang, silakan.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 020900 – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di bawah Perbelanjaan Mengurus dan Butiran 47000 – FINAS di bawah Perbelanjaan Pembangunan masing- masing dengan sejumlah RM35 juta dan RM32.5 juta. Saya mendapati perbelanjaan pembangunan FINAS ada peningkatan iaitu RM32.5 juta berbanding dengan RM21 juta pada tahun ini. Minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan sebab peningkatan perbelanjaan tersebut.
Kita pun tahu juga industri perfileman terjejas teruk dalam dua tahun ini. Kerajaan juga memperuntukkan sejumlah yang besar untuk membantu mereka terus berusaha dalam industri ini. Namun begitu, masalah yang kita hadapi di sini adalah satu masalah struktur industri. So, kita ada bakat untuk animasi, design dan rakaman. Teknologi itu semua bukan masalah.
Namun begitu kita masih dilihat kurang terserlah daripada segi penulisan cerita yang baik. Tanpa cerita baik kita akan menjadi sebuah filem yang menarik yang berkualiti.
So, sekiranya kita mahu menggalakkan lebih ramai anak pemuda menceburi dalam industri kreatif ini kita mesti menyediakan peluang yang mencukupi seperti geran kajian yang lebih besar. Kita boleh menjemput juri-juri bebas untuk memberi nasihat kepada mereka yang tersenarai untuk menerima geran dalam festival filem dan sebagainya.
Kedua, saya minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan Butiran 02057 – Sistem Mobile Journalist (MOJO) yang diperuntukkan sejumlah RM1 juta di bawah Perbelanjaan Pembangunan. Apakah sistem MOJO ini Yang Berhormat Menteri? Siapakah pengguna sistem ini dan apakah objektif pelaksanaan sistem tersebut.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Sebagai seorang mantan wartawan, kita tahu bahawa mobile journalism adalah satu fenomena baharu dengan kegunaan telefon bimbit yang umum. Hampir setiap orang boleh jadi wartawan sivik yang boleh merakam, menulis dan mengemas kini laporan peristiwa yang sedang berlaku.
Justeru, keistimewaan dengan mobile journalism adalah akses yang mudah dan meluas bagi semua orang dengan kos yang rendah dan teknologi dalam tangan. Adakah kerajaan berhasrat untuk melatih lebih ramai wartawan sivik ataupun untuk kegunaan agensi lain? Sila beri pencerahan.
Butiran 31003 – Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang berjumlah RM700,000,000. Saya ingin mengucapkan terima kasih terlebih dahulu kepada Yang Berhormat Menteri dan juga SKMM kerana telah ambil tindakan yang pantas untuk selesaikan isu ketiadaan isyarat telekomunikasi di Kampung SC, Kluang. Semua orang anggap bahawa kawasan Kluang adalah kawasan bandar, namun masih ada lokasi dan tempat yang langsung tiada akses kepada isyarat telekomunikasi.
Ketika pasukan saya mahu masuk kampung untuk daftar penduduk setempat bagi Program Vaksinasi COVID-19, cabaran pertama adalah tiada Internet. Kena pakai borang kertas, tulis tangan. Saya percaya bahawa masalah yang sama bukan berlaku di sebuah kawasan tetapi di seluruh negara. Hampir semua kawasan. Daripada NFCP kepada JENDELA, saya rasa tiada seorang pun Ahli Parlimen dalam Dewan yang mulia ini membantah pelaksanaan program tersebut.
Masalah yang kita hadapi sebenarnya adalah jurang antara rancangan dengan realiti yang kita hadapi adalah terlalu besar. Misalnya, setiap kali dalam perjalanan balik ke kawasan saya, sekiranya dapat panggilan masuk, saya perlu maklumkan orang yang panggil saya bahawa saya sekarang dalam perjalanan, line tidak baik. Ada kemungkinan akan putus nanti. Di luar negara, pengguna yang ambil high-speed rail boleh terus menggunakan telefon bimbit untuk bekerja, berhubung dengan kawan-kawan. Langsung tidak ada gangguan.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Berbanding dengan Internet connectivity dan mobile signal yang kita ada di Lebuhraya Utara-Selatan, kita perlu naik taraf dengan segera. Bukan sahaja di semua taman perumahan, perindustrian, tempat kerja dan juga kampung, malah juga lebuh raya dan landasan kereta api dengan ramai pengguna yang memerlukan akses semasa dalam perjalanan. Kita perlu lebih banyak menara telekomunikasi supaya signal tidak terputus- putus.
Selain itu, saya ingin meminta supaya Yang Berhormat Menteri menjelaskan pengumuman dalam satu sidang akhbar semalam berkenaan pelaksanaan 5G melalui rangkaian pemborong tunggal (single wholesale network) atau mempunyai beberapa jenis sistem lagi bagi membolehkan persaingan.
Sekiranya kerajaan memilih model persaingan, adakah syarikat bukan telco juga akan diizinkan untuk memperoleh spektrum untuk membina private network bagi kegunaan industri masing-masing, khususnya bagi industri automatif yang telah kita lihat berlaku di Jerman, Audi dan beberapa pembina automatif juga memperoleh spektrum tersendiri bagi industri automatif mereka.
Butiran terakhir yang saya hendak bangkitkan; Butiran 33000 – Multimedia Development Corporation (MDEC). Saya ingin minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan pelantikan seorang anak perempuan pemimpin UMNO baru-baru ini sebagai pengarah bukan eksekutif bebas. Minta dijelaskan, apakah kriteria untuk pelantikan ini dan apakah keistimewaan pelantikan calon ini? Hal ini kerana nampaknya dia bukan sahaja dilantik dalam MDEC tetapi juga sudah memegang satu jawatan di TalentCorp.
Jadi, minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan, adakah tiada calon lain? Tiada pemimpin perempuan lain yang berbakat, berpotensi boleh pegang jawatan ini di MDEC tetapi pun dia satu-satunya sahaja? Kena dilantik bukan sahaja di MDEC tetapi sudah pun pegang satu jawatan di TalentCorp. Tiada calon lainkah? Ataupun kita seharusnya memberi peluang ini kepada lebih ramai perempuan yang berbakat dan berpotensi yang harus diberi peluang di luar sana. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya, Yang Berhormat Jempol.
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Salam Keluarga Malaysia. Terima kasih Tuan Pengerusi, yang telah mengizinkan saya untuk berbahas mengenai RUU Bekalan 2022 pada peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Menteri yang hadir bersama dalam mendengar perbahasan dan juga pastinya beberapa soalan yang diutarakan akan diselesaikan dengan tuntas dan segera.
Butiran 06003 – Menaik taraf Pejabat Penerangan Negeri, Bahagian dan Daerah Seluruh Negara. Berdasarkan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia pada 17 Jun 2021, surat yang bertarikh 21 Jun 2021 yang lepas – Mesyuarat tersebut telah membuat ketetapan bahawa mana-mana perolehan bagi kerja-kerja menaik taraf, ubah suai dan penyelenggaraan Pejabat Penerangan Daerah, Negeri dan juga seluruh negara yang belum dikeluarkan SST ditangguhkan pelaksanaan ke tahun 2022.
Kesemua peruntukan yang terlibat dalam penangguhan tersebut, sekatan perlu dipulangkan semula kepada kementerian. Saya ingin menjelaskan– Penjelasan lanjut daripada kementerian berkaitan penangguhan dan sekatan peruntukan yang telah dibuat pada tahun ini.
Soalan saya, mengapakah kementerian menyekat dan menangguhkan semua kerja menaik taraf Pejabat Penerangan bahagian daerah di seluruh negara? Sedangkan kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM40 juta dalam RMKe-12 bagi kerja- kerja tersebut yang dijalankan oleh JKR bagi tempoh dua tahun, iaitu bermula dari tahun 2021 dan juga 2022.
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Perkara ini berlaku dan amat mendukacitakan saya dan semua kakitangan Pejabat Penerangan khususnya di Jempol kerana terdapat keperluan mendesak untuk menyelenggarakan dan menaik taraf pejabat tersebut. Keadaan siling dan juga Pejabat Penerangan Jempol semasa sekatan peruntukan ini dibuat adalah sangat membimbangkan dan boleh membahayakan kakitangan yang bertugas di sana. Menerusi peruntukan sebanyak RM36 juta pada tahun 2022, saya harap agar kerja-kerja baik pulih ini disegerakan dengan secepat mungkin supaya dapat mewujudkan persekitaran yang selamat di pejabat.
Butiran 31000 – Projek Jalur Lebar. Saya difahamkan bahawa Digital Nasional Berhad (DNB) iaitu syarikat yang dilantik untuk membangun dan menguruskan 5G di seluruh Malaysia telah selesai mengadakan pelbagai ujian 5G Radio Access Network
(RAN). Walau bagaimanapun, berdasarkan maklumat yang saya terima, tiada syarikat telekomunikasi Malaysia yang bersetuju untuk menggunakan rangkaian 5G yang dimiliki penuh oleh DNB yang telah pun diperbadankan.
Saya hendak bertanya; siapakah CEO yang hebat yang mana kita tahu bahawa – Ada dikatakan bahawa CEO ini ada isu di sebaliknya. Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Menurut kenyataan akhbar sebelum ini, DNB menawarkan spektrum 5G secara borong tanpa kos kepada semua pengendali rangkaian mudah alih bermula dari 15 Disember 2021 sehingga 31 Mac 2022 sempena pelancaran komersial rangkaian tersebut di Malaysia. Syarikat telekomunikasi merasakan bahawa rangkaian borong tunggal ini akan melahirkan monopoli dan memberi kesan kepada peniaga serta mengehadkan akses kepada teknologi pada masa hadapan.
Rancangan kerajaan ini juga dikatakan akan melaburkan sebanyak RM45 bilion nilai pasaran meliputi semua syarikat telekomunikasi termasuklah Axiata, Digi dan Maxis.
Soalan saya; sejauh manakah kebenaran dakwaan tersebut dan apakah pelan intervensi kementerian berhubung permasalahan yang sedang berlaku? Hal ini kerana untuk menghidupkan rangkaian meliputi 500 buah tapak menjelang penghujung bulan Disember 2021 memerlukan sekurang-kurangnya sebuah syarikat telekomunikasi untuk menyertainya.
Berkaitan DNB pula; apakah faktor yang mempengaruhi kementerian untuk melantik syarikat tersebut untuk menerajui pembangunan 5G? Pada masa ini, fokus DNB adalah untuk membangunkan perkhidmatan 5G di tiga buah kawasan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya. Bilakah kawasan luar bandar seperti Jempol boleh memanfaatkan perkhidmatan 5G daripada DNB dengan lebih pantas berbanding sekarang.
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Butiran 01600 – CyberSecurity Malaysia. Keselamatan siber perlu berada pada tahap yang tinggi bagi memastikan keselamatan data maklumat peribadi sentiasa selamat daripada mana-mana anasir penggodam. Kebergantungan kepada teknologi dan Internet yang meningkat dengan ketara telah menyebabkan ancaman serangan siber yang turut melalui kitaran dinamik serta mendedahkan masyarakat kepada pelbagai ancaman.
Meskipun senario keselamatan siber negara pada tahap yang stabil dan tidak membimbangkan, namun ia tidak bermakna negara bebas daripada ancaman dan serangan siber yang berlaku saban hari. Soalan saya, apakah perancangan kementerian untuk memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat terhadap keselamatan siber?
Saya difahamkan jumlah insiden keselamatan siber telah meningkat dan menyaksikan rakyat menjadi mangsa sebagai pelbagai jenis insiden keselamatan siber serta mengalami kerugian membabitkan jutaan ringgit. Berdasarkan statistik Cyber999, Malaysia telah merekodkan sebanyak 40,000 insiden sepanjang empat tahun bermula pada tahun 2017.
Manakala 10,500 pada tahun 2020 dan 10,700 pada tahun 2019. Begitu juga pada tahun 2018, 10,000 dan tahun 2017 sebanyak 6,000 lebih. Soalan saya, apakah inisiatif
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
yang telah dirangka dan akan dilaksanakan oleh kementerian pada tahun 2022 untuk memastikan tahap keselamatan dan kesejahteraan ruang siber negara?
Bermula suku pertama tahun 2022, Malaysia akan memperkasakan bank digital di mana segala aktiviti dan urusan perbankan akan dilakukan secara dalam talian menerusi aplikasi. Soalan saya, sejauh manakah penglibatan kementerian dalam memastikan tahap keselamatan sekuriti platform bank digital yang akan membawa dimensi baharu kepada pengalaman perbankan? Apakah bentuk kerjasama yang telah dilakukan oleh kementerian bersama Bank Negara Malaysia untuk memastikan kelancaran pelaksanaan bank digital?
Tuan Pengerusi
Boleh habiskan Yang Berhormat?
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Last. Butiran 030400 – Perlindungan Data Peribadi (JPDP). Kebelakangan ini kerap berlaku penghantaran mesej spam yang mempromosikan perjudian dalam talian dan pinjaman tidak berlesen menerusi sistem pesanan ringkas. Saya difahamkan sejak tahun 2018 sehingga 31 Oktober 2021, sebanyak 20,000 talian telefon telah ditamatkan atas kesalahan tersebut. Tindakan tersebut merupakan pendekatan jangka pendek dan bersifat sementara kerana mereka yang terlibat masih boleh membeli nombor lain untuk mengulanginya.
Soalan saya, apakah pelan intervensi kementerian untuk menangani isu ini dengan lebih menyeluruh bagi jangka masa panjang agar ia lebih berkesan? Apakah perkara yang lebih mustahak adalah bagaimana sindiket tersebut boleh mendapat data serta maklumat nombor telefon yang masih aktif? Adakah ia bocor untuk memberi maklumat ini kepada orang luar? Adakah kementerian mengkaji perkara ini dalam keadaan kita pada hari ini yang cukup bahaya pelbagai tindakan yang lain?
Tuan Pengerusi
Habiskan Yang Berhormat, habiskan.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Jadi oleh kerana masa yang begitu mencemburui, insya-Allah apa yang saya bangkitkan ini – Menteri pun ada, dapat diambil tindakan. Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Pengerusi
Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Jempol.
Yang Berhormat Wangsa Maju, silakan.
Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew - Wangsa Maju
Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 020000 – Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif. Saya ingin membangkitkan isu yang sama yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Kawan dan Yang Berhormat Kluang tadi tentang pelantikan seorang anak bekas Menteri, Izzana Salleh sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif MDEC.
Banyak pihak yang telah mempersoalkan pelantikan ini. Saya digesa oleh pengundi saya di Wangsa Maju untuk membangkitkan soalan ini di Parlimen. Isu ini penting sebab ia bukan sahaja melibatkan integriti MDEC dan kementerian tetapi pembangunan masa depan GLC yang telah diamanahkan memimpin ekonomi digital Malaysia ke hadapan.
Soalan berkaitan yang ditanya semua pihak tetapi masih enggan dijawab oleh Menteri ialah mengapa MDEC melantik seorang yang disaman oleh kerajaan dalam kes NFC yang melibatkan penyalahgunaan dana RM250 juta. Bukan itu sahaja, dia juga disaman oleh Maybank Singapore pada Julai tahun ini setelah didakwa gagal membayar dua pinjaman perumahan.
Persoalan ini bukan tentang pelantikannya salah sah atau tidak di bawah undang- undang tetapi sama penting dengan ini adalah pelantikan ini mencerminkan prinsip tadbir urus yang baik (good governance) dan bagaimana ia bakal menjejaskan imej MDEC.
Pelantikan ini tentu akan menghantar mesej, imej yang salah kepada pelabur dalam dan di luar negara dan juga kepada golongan muda di negara ini.
Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew - Wangsa Maju
Tuan Pengerusi, banyak pihak juga mempersoalkan kelayakannya dalam memberikan pendapat profesional dalam ekonomi digital. GLC memerlukan kepakaran dan idea daripada sektor swasta untuk lebih berkembang dan berdaya saing dalam industri. Oleh itu, pemimpin sektor swasta bagi industri tertentu yang mempunyai pengetahuan mendalam dan pengalaman luas amat dialu-alukan menyertai GLC.
Sebagai Ahli Lembaga Pengarah, pelantikan Izzana jelas tersasar daripada objektif ini. Izzana dalam usia 30-an tidak memiliki rekod menjalankan perniagaan dengan mana-mana syarikat dengan berjaya. Syarikatnya RISE Human Capital telah diperbadankan hanya pada Januari tahun ini dengan modal berbayar hanya RM1,000.
Beliau merupakan pemilik tunggal dan juga pengarah syarikat. She is the sole owner and director of the company. Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberitahu Dewan ini bagaimanakah dia dapat menyumbangkan kepakarannya kepada MDEC? Izzana bukan sahaja dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah MDEC, beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah TalentCorp dan juga menganggotai panel pelaburan PERKESO. Berjuta-juta tanah kerajaan dikendalikan oleh GLCs ini.
Dalam kes PERKESO yang mempunyai aset bernilai RM31.4 bilion ditubuhkan bagi menyediakan perlindungan kepada jutaan pekerja di negara ini. Oleh itu, pihak yang mempunyai kuasa melantik ahli lembaga agensi kerajaan dan badan berkanun, perlulah sangat berhati-hati kerana pelantikan ini merupakan tanggungjawab kepada rakyat dan di bawah pengawasan rakyat. Jangan pelantikan ini digunakan sebagai political favour atau ganjaran untuk mendapatkan sokongan.
Tuan Pengerusi, rakyat sedang marah. Saya membangkitkan soalan ini di sini untuk memberikan peluang kepada Menteri memberi justifikasi. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Terima kasih Tuan Pengerusi, mengizinkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan ini.
Tuan Pengerusi, di bawah Butiran 030100 – Infrastruktur dan Aplikasi. Baru-baru ini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah melancarkan rangkaian 5G pada tahun ini di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya dan pada tahun hadapan akan ditumpukan pula di negeri yang padat penduduk termasuk Pulau Pinang, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Salah satu tujuan adalah memastikan rakyat mempunyai platform untuk ikuti perkembangan teknologi digital yang terbaharu atau menjalankan perniagaan secara e- dagang secara meluas.
Oleh yang demikian Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya berapakah pencawang akan didirikan untuk mencapai matlamat ini di setiap tempat dan di seluruh negara. Berapa rapatnya kerana ini akan menjadi satu soalan pada rakyat yang biasa yang takutkan keselamatan mereka dan adakah ini akan merosakkan keindahan alam di taman-taman.
Apakah kesannya kepada orang yang masih menggunakan peranti 3G atau 4G?
Adakah caj perkhidmatan akan meningkat selepas pelaksanaan 5G di semua kawasan. Macam mana dengan kawasan pedalaman yang kini 3G pun tiada seperti di Kampung Pasir Salam, Kampung Pendaram, Ladang Lam Heng dan Kampung Perigi Acheh di Parlimen Tebrau. Jadi, saya kena jawab kepada mereka. Jadi, saya harap ada jawapan daripada Yang Berhormat Menteri.
Seterusnya, adalah Butiran 020600 – Penerangan (JaPen). Tuan Pengerusi, bagi butiran ini Jabatan Penerangan merupakan nama yang diguna pakai pada tahun 1950
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
menggantikan Department of Public Relations, dengan izin. Selaras dengan fungsinya sebagai lidah rasmi kerajaan dalam menerangkan kepada rakyat mengenai falsafah, dasar serta wawasan negara. Saya ingin Yang Berhormat Menteri menyatakan tahap kejayaan Jabatan Penerangan dalam usaha memberikan penerangan yang benar dan tepat mengenai aspirasi visi dan misi mengikut konsep Keluarga Malaysia iaitu Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan lain-lain lagi.
Tuan Pengerusi, saya tidak melihat semua mesej penting ini dapat disalurkan kepada semua kaum dan masyarakat. Ini jelas dilihat pada tempoh PKP dilaksanakan mesej SOP atau ordinan baharu tidak disampaikan kepada semua rakyat dan mesej pun tidak mudah difahamkan maksud sesuatu mesej. Maka, saya minta pihak kementerian mengkaji semula kaedah dan pendekatan yang digunakan supaya prestasi Jabatan Penerangan dapat ditingkatkan.
Tuan Pengerusi, di bawah kementerian ini terdapat komuniti Keluarga Malaysia yang telah ditubuhkan di setiap kawasan di bawah Jabatan Penerangan Daerah untuk tujuan menyampaikan maklumat yang pantas, tepat dan mudah difahami rakyat. Akan tetapi, seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri pada 22 September 2021, fungsi atau matlamat menghadapi masalah penularan maklumat salah dan palsu.
Maka, pusat kawalan komunikasi perlu diubahsuai bagi meningkatkan keberkesanan penyaluran maklumat kepada golongan sasar serta RTM, BERNAMA dan Jabatan Penyiaran diarah untuk memastikan maklumat yang tidak sahih dapat disekat.
Akan tetapi, maklumat palsu atau fake news, dengan izin masih berleluasa buat masa ini.
Oleh itu, saya ingin Yang Berhormat Menteri menjawabkan sudahkah usaha- usaha untuk menyekat penularan fake news atau berita palsu masih belum dilaksanakan.
Sekiranya, ia telah dilaksanakan, apa sebabnya penularan fake news atau berita palsu masih berleluasa.
Tuan Pengerusi, jenayah siber adalah berleluasa khususnya scam yang menipu mangsa-mangsa yang biasanya daripada kalangan yang kurang sedar ada sindiket yang hari-hari memancing dan memburu mangsa. Soal saya, adakah kementerian ada satu pendekatan yang efektif untuk kenal pasti sindiket dengan serta-merta dan dimaklumkan kepada pihak PDRM untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Adakah satu kerjasama diwujudkan di antara dua-dua pihak. Itu sahajalah daripada saya kerana tidak cukup masa. Itu sahaja dari Tebrau. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Yang Berhormat Kota Melaka, silakan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Pengerusi, “Capaian liputan Internet 4G di seluruh Sarawak akan meningkat ke tahap 92 peratus menjelang tahun 2022 selepas selesainya pelaksanaan Fasa Satu Pelan Jalinan Digital Negara”, kata Yang Berhormat Menteri Komunikasi. Katanya lagi, bahawa tahun depan Sarawak akan menerima liputan Internet 4G yang hampir sama dengan semua negeri di seluruh negara apabila kerajaan mempercepatkan proses menaik taraf prasarana dan infrastruktur jalur lebar dengan perbelanjaan mencecah RM4 bilion.
Maka, saya merujuk kepada Butiran 31003 – Jalinan Digital Negara (JENDELA).
Di mana untuk tahun depan hanya sekadar RM700 juta sahaja. Jadi, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri bagaimana boleh capai sasaran yang dijanjikan oleh Yang Berhormat Menteri iaitu 92 peratus pada tahun depan. Kalau dalam statement dia, dia kata akan belanja RM4 bilion tetapi tahun depan hanya diperuntukkan RM700 juta sahaja. Itu soalan saya.
Ini kerana saya lihat, saya khuatir ini adalah janji Yang Berhormat Menteri untuk menjelang pilihan raya negeri di Sarawak. Satu janji yang barangkali di masa akan datang dia akan jadi satu janji kosong sahaja. Kenapa saya kata begitu? Hujung minggu yang lepas saya baru pergi ke Sarawak. Perjalanan dua jam dari Kuching sudah tidak ada liputan. Bukan jangan cakap liputan Internet. Liputan untuk talian telefon pun sudah tidak
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
boleh dapat. Jadi, bagaimana dia boleh capai 92 peratus. Saya rasa ini hanya cuma untuk memancing pengundi di Sarawak.
Dalam statement tersebut Yang Berhormat Menteri kata untuk suku tahun ketiga tahun ini sudah mencapai 83 peratus liputan Internet dia. Adakah ini satu angka yang tepat? Saya amat meragui. Kenapa saya kata begitu, Tuan Pengerusi. Ini kerana SOP Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengatakan bahawa ceramah fizikal boleh dijalankan di kawasan yang tiada capaian Internet.
Sebanyak 62 DUN dibenarkan untuk adakan ceramah fizikal. Daripada 82 DUN hanya 64 dibenarkan. Statement ini ataupun SOP ini memberitahu kepada kita ialah apa?
Banyak kawasan di Sarawak tidak ada liputan Internet. Oleh sebab itu, dia benarkan 64 DUN dibenarkan adakan ceramah fizikal. Jadi, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Bagaimana 83 peratus yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri sudah dapat liputan Internet. Bolehkah tunjuk kepada kita, di manakah kawasan-kawasan tersebut?
Butiran kedua yang saya hendak bangkitkan ialah berkaitan dengan Butiran 01600 – CyberSecurity Malaysia. Di mana kita boleh lihat hari ini jenayah siber begitu berleluasa. Tambah pula kalau mengikut pakar, mereka kata oleh sebab pandemik COVID-19 ramai berada di rumah mereka lebih senang terkena siber jenayah ini. Jadi, saya hendak tumpu kepada dua jenis jenayah siber.
Pertama ialah tentang siber perjudian. Di mana kita lihat siber perjudian ini sudah begitu berleluasa sekali di masyarakat kita dan apakah yang akan dilakukan oleh kementerian untuk mengatasi masalah ini. Kita lihat mereka menggunakan pelbagai cara hampir setiap bulan, setiap minggu ada cara yang baharu. Cara penipuan yang baharu.
Bagaimanakah kementerian hendak mengatasi cabaran ini supaya rakyat kita tidak sengsara daripada siber perjudian ini. Begitu juga dengan siber penipuan dalam Internet ini. Bagaimana kementerian hendak bantu mereka. Bolehkah— kelajuan kita juga harus secepat seperti sindiket jenayah siber ini. Dengan itu, sekian. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Pertamanya, saya ingin sentuh Butiran 020300 – Komunikasi Strategik. Baru-baru ini muncul satu trailer sebuah cerita bersiri, ‘Stay Away From Me’ yang berunsurkan LGBT yang ditayangkan melalui penstriman video. Saya kira pihak kementerian sewajarnya lebih terkehadapan dalam menangani kemunculan video-video sebegini yang boleh merosakkan masa depan masyarakat dalam negara, terutamanya anak-anak muda kita.
Kita perlukan ketangkasan dan ketegasan.
Jika tidak, normalisasi LGBT dalam masyarakat akan terus berlaku. Ini sesuatu yang harus kita bimbangkan dan perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan. Oleh itu, saya mahu penjelasan kementerian berhubung dengan penularan cerita ini, khususnya sejauh manakah pengawalan yang dilakukan oleh kementerian terhadap kandungan media sosial yang boleh merosakkan pemikiran masyarakat serta penyerapan budaya normalisasi LGBT ini?
Seterusnya Butiran 020600 – Penerangan (JaPen). Kita sedia maklum, negara berhadapan dengan situasi infodemik yang meruncing apabila tersebarnya berita-berita palsu sehingga mengganggu perancangan kerajaan ketika bangkit daripada pandemik, termasuklah pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara. Saya ingin bertanya, sejauh
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
manakah langkah strategik yang diambil oleh kementerian bagi mengatasi isu infodemik dalam negara?
Berapa jumlah yang telah didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sepanjang tahun ini? Berapa peratus kes yang berkait dengan penyebaran berita palsu melibatkan pandemik COVID-19? Apakah kementerian merancang untuk meminda Akta Komunikasi dan Multimedia ini dalam usaha mengekang infodemik serta penyebaran berita palsu secara jangka masa panjang?
Di sini, peranan media juga sangat penting bagi memastikan pengawalan berita yang sahih serta memastikan masyarakat mendapat berita yang tepat. Kita sedia menghormati kebebasan media, namun apakah ada libat urus dengan pihak media bagi memastikan saluran maklumat yang berkesan supaya masyarakat tidak dikelirukan dengan penularan berita-berita palsu?
Seterusnya Butiran 040300 – MERS 999. Peruntukan mengurus di bawah butiran ini telah ditiadakan, berbanding sejumlah peruntukan RM100 juta pada tahun 2021. Saya ingin bertanya, apakah ada peruntukan lain seumpama ini yang disalurkan di bawah butiran ini? Apakah justifikasi kementerian terhadap ketiadaan peruntukan seperti yang dinyatakan dalam buku anggaran perbelanjaan ini? Seterusnya Butiran 030400 – Perlindungan Data Peribadi (JPDP). Kementerian menjelaskan 20,025 kes talian telefon ditamatkan atas kesalahan mesej spam kerana mempromosikan judi dalam talian, pinjaman tidak berlesen dan sebagainya sepanjang 2018 sehingga 31 Oktober 2021.
Saya menyambut baik sikap responsif kementerian dalam hal ini. Cuma apa yang menjadi persoalan saya adalah bagaimana data maklumat peribadi nombor pihak yang dihubungi itu boleh bocor kepada mereka? Siapa yang membocorkannya dan bagaimana mekanisme yang digunakan oleh kelompok scammer ini untuk mendapatkan data-data peribadi itu?
Adakah ada siasatan yang mendalam terhadap perkara ini? Apakah kementerian berhasrat untuk meminda Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 bagi menutup kelompangan perundangan sedia ada dalam menjamin keselamatan terhadap perlindungan data peribadi ini?
Saya juga ingin mengetahui hasil siasatan terhadap isu perlindungan data melibatkan syarikat AirAsia yang didakwa menjual data peribadi kepada sebuah firma di Amerika Syarikat dengan nilaian tawaran sehingga USD1 bilion. Kes ini telah dibangkitkan sejak tahun lalu. Oleh itu, saya ingin mengetahui apakah hasil siasatan terhadap kes ini telah siap serta apakah tindakan susulan yang dicadangkan daripada pihak kementerian?
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Akhir sekali, Yang Berhormat Kepong.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 020900 – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Peruntukan bagi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Apakah pencapaian FINAS semenjak perubahan lembaga pengarah serta apakah projek-projek khusus yang telah dilakukan bagi membantu industri perfileman negara?
Di kala pasca COVID-19, apakah pelan jangka panjang untuk menggiatkan lagi industri seni dan perfileman negara? Memandangkan industri tersebut kini tidak dikawal selia dengan baik. Banyak isu yang dapat kita lihat dengan industri seni kita buat ketika ini.
Misalnya, pengarah filem lebih gemar mengambil pelakon yang mempunyai pengikut sosial media yang tinggi, berbanding mereka yang mempunyai ijazah di dalam bidang seni dan mempelajari seni lakonan dan teater dari ASWARA. Ini adalah antara perkara yang sentiasa diperdebatkan dengan hangat di media sosial tetapi tiada campur tangan daripada pihak berkaitan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Selain itu, bagi Lembaga Pengarah FINAS juga hanya lima daripada 11 orang di dalam lembaga pengarah tersebut adalah daripada latar belakang perfileman dan penyiaran. Pengerusi FINAS pula tiada langsung pengalaman di dalam bidang perfileman atau penyiaran. Memetik kata-kata Pengerusi FINAS sendiri, beliau mengimpikan agar filem-filem Malaysia mencapai taraf Hollywood. Akan tetapi apakah kepimpinan industri seni negara dan usaha-usaha pihak kerajaan bersedia untuk ke arah tersebut, Hollywood? Seterusnya, di sini juga kita dapat permasalahan pembahagian kuasa dalam pengurusan bahan-bahan sastera. Misalnya, Lembaga Penapisan Filem (LPF) berada di bawah Kementerian Dalam Negeri dan bukan di bawah FINAS. Selain itu, badan tersebut juga mengambil sesiapa yang dirasakan layak untuk menjadi Ahli Lembaga Penapisan Filem.
Bukankah lebih logik agar mereka yang mempunyai latar belakang di dalam bidang sastera untuk menjadi ahlinya? Sesungguhnya perkara ini masih janggal dan sememangnya sangat wajar FINAS sebagai badan yang mengurus hal-hal perfileman bagi menguruskan urusan penapisan filem.
Seterusnya, merujuk kepada Butiran 050100 – Program Penyiaran TV, bagi program one-off untuk program penyiaran TV.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Kepong, boleh sekejap?
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Pihak kementerian perlu menjelaskan untuk RM11 juta. Apakah butiran-butiran berkenaan program ini? Siapa individu atau badan yang terlibat di dalam program ini serta perkhidmatan penyiaran tersebut? Sikit, sikit lagi.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Okey.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Balik kepada Butiran 990100 – Media City.
Sebagaimana yang diketahui sidang rakyat yang mulia, Media City adalah inisiatif yang dijalankan bagi mewujudkan sebuah hab penyiaran negara dan sudah pun bermula semenjak tahun 2018. Saya nak tahu, apakah status Projek Media City ini? Akhirnya, saya merujuk kepada Butiran 020800 – Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).
Saya nak mencadangkan agar BERNAMA untuk membenarkan pihak pembangkang mencadangkan seorang individu yang dirasakan layak untuk menjadi sebahagian daripada Lembaga Pengarah BERNAMA. Dalam semangat Keluarga Malaysia yang bersifat terbuka ini, sudah tiba masanya agensi seperti BERNAMA menjadi sebuah badan penyampai informasi yang neutral. Seorang lembaga pengarah daripada cadangan pihak pembangkang ini dilihat dapat menjadi individu yang menjalankan proses semak dan imbang di dalam organisasi BERNAMA.
Ya, silakan Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih kepada sahabat saya, Yang Berhormat Kepong. Tuan Pengerusi, saya nak tanya. Tadi Yang Berhormat menyentuh tentang FINAS. Adakah Yang Berhormat setuju dengan saya bahawa FINAS ini pada dasarnya ia buat filem-filem yang boleh menaikkan nama negara, filem yang mungkin ada national interest, bukan national embarrassment. Apa pendapat Yang Berhormat Kepong?
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Saya harap kementerian akan jawab soalan daripada Yang Berhormat Sepang. Itu sahaja, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, 20 minit Yang Berhormat. Saya syorkan kalau Ahli Yang Berhormat yang menanya itu tidak ada, maka boleh dijawab secara bertulis, kecuali Yang Berhormat Menteri memikirkan bahawa perkara itu mendesak dan memerlukan jawapan di sini. Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Menteri Komunikasi dan Multimedia - Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Pengerusi, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada 23 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian akan perbincangan di peringkat Jawatankuasa bagi perkara-perkara yang terkait di bawah Belanjawan Mengurus dan Pembangunan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Menteri Komunikasi dan Multimedia - Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
Sesungguhnya saya perlu mengakui bahawasanya begitu banyak sekali perkara- perkara yang telah dibangkitkan yang tidak memungkinkan saya menjawabnya di sini satu persatu. Akan tetapi, saya akan memberikan feedback kepada perkara yang dibangkitkan itu secara berasingan kepada setiap Yang Berhormat yang bertanya dan saya akan menggunakan peluang yang ringkas ini untuk menjawab beberapa isu utama yang telah dibangkitkan.
Pertama sekali, Yang Berhormat Kota Melaka. Saya ambil ini― walaupun ucapannya ke belakang, tetapi saya fikir perlu saya dahulukan. Nasihat saya kepada Yang Berhormat, kita sebagai Ahli Parlimen harus teliti dalam membuat satu-satu teguran kerana ia akan memberikan refleksi yang tidak baik kepada kita sendiri.
Misalnya, mengambil quotation daripada laporan akhbar kemudian dibawa ke dalam perbincangan tanpa menyemak fakta boleh menjadikan satu argument itu sangat tersasar kerana dalam data-data belanjawan, itu hanya merujuk kepada peruntukan- peruntukan daripada consolidated fund yang dibentangkan dalam belanjawan. Akan tetapi, perancangan-perancangan kerajaan tidak hanya bergantung kepada sumber kewangan dalam belanjawan, banyak peruntukan secara off-budget.
Yang Berhormat telah merujuk kepada kenyataan saya di Sarawak dan Yang Berhormat membuat tuduhan seolah-olah saya ini cuba hendak memancing undi dengan memberikan fakta yang salah. Itu satu tuduhan yang serius, Yang Berhormat. Kita sebagai Ahli Parlimen dan juga sebagai pentadbir mesti sentiasa mempamerkan kebertanggungjawaban. Hendak berkempen, boleh berkempen tetapi kita mesti menjaga decorum dalam kempen untuk memberikan fakta-fakta yang betul.
Oleh kerana Yang Berhormat tersasar― saya ambil masa sedikit agar menjadi contoh teladan di masa hadapan. Dalam belanjawan kita, yang RM700 juta itu, Yang Berhormat, merujuk kepada perbelanjaan di bawah point of presence, program-program fiberisation yang dibiayai secara langsung daripada dana consolidated fund Kementerian Kewangan dan dibentangkan dalam belanjawan. Akan tetapi, dalam pelaksanaan program yang berkaitan dengan jalur lebar, sekurang-kurangnya ada tiga sumber yang besar yang kita gunakan untuk menaikkan taraf bekalan jalur lebar kita.
Selain daripada direct funding, sepertimana yang digunakan untuk point of presence yang berjumlah RM700 juta dalam belanjawan, kita ada setiap tahun kutipan hampir RM1.5 bilion di bawah USP Fund dan itu digunakan semula terutama sekali dalam menaikkan taraf bekalan khidmat jalur lebar di luar-luar bandar dan kawasan terpencil. Ini kerana USP Fund itu diwujudkan khusus untuk create satu situasi yang lebih balance kepada penyediaan prasarana perkhidmatan jalur lebar. Dan sebahagian daripada perbelanjaan di bawah JENDELA menggunakan peruntukan daripada USP b. Itu yang pertama.
Yang kedua, sumber satu laginya ialah pelaburan yang dibuat oleh syarikat- syarikat MNO dan telco sendiri yang jumlahnya lebih besar lagi daripada apa yang ada di bawah USP Fund.
Jadi, gabungan ketiga-tiga ini dilaburkan di Sarawak mencecah hampir RM4 bilion selain daripada POP di bawah program JENDELA di bawah kelolaan SKMM yang dilakukan daripada Dana USP dan juga daripada dana syarikat-syarikat.
Jadi, yang saya sebutkan itu ialah pelaburan bagi keseluruhan di negeri Sarawak sejumlah itu. Fakta-fakta itu adalah fakta-fakta yang verified, bukan fakta yang sengaja diadakan kononnya, Yang Berhormat kata, untuk hendak kempen. Jadi, nasihat saya
Menteri Komunikasi dan Multimedia - Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
kepada Yang Berhormat agar berhati-hati dalam membuat perbahasan dalam Dewan yang mulia ini.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ya, Yang Berhormat Menteri.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
Sila, Yang Berhormat.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Jadi, mengikut laporan berita tersebut yang telah disebut oleh Yang Berhormat Menteri, tahun hadapan ialah RM4.09 bilion dan Yang Berhormat Menteri sudah beri penerangan bahawa ia datang dari tiga sumber.
Jadi, bolehkah Yang Berhormat Menteri berikan secara detailed bagi setiap sumber itu, saluran itu berapa supaya kita boleh dapat RM4.09 bilion? Kalau kata ada private sector yang mereka akan melabur, kita ingin tahu berapakah jumlah yang mereka akan labur. Terima kasih.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat tengok balik dalam jawapan-jawapan kementerian sebelum pada ini, sewaktu menjawab menggulung Rancangan Malaysia Ke-12 dan juga sewaktu kita menggulung di peringkat dasar, pecahan itu pernah diberikan. Pecahan berapa daripada sumber USP, berapa daripada sumber kerajaan, berapa daripada sumber syarikat, itu saya pernah bentangkan dalam Dewan ini.
Walau bagaimanapun, untuk kepentingan Yang Berhormat, saya akan cuba minta pegawai menyediakan sekali lagi data-data itu sepertimana Yang Berhormat pohon. Saya tidak ada masalah. Saya cuma memberi nasihat kepada Yang Berhormat supaya menjaga apabila menyampaikan fakta itu haruslah fakta-fakta yang berasas.
Macam saya kata tadi, Yang Berhormat, saya juga hendak memberi sedikit penjelasan tentang apa yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang berhubung dengan dakwaan bahawasanya ketidaktelusan dalam perolehan dan pemilihan syarikat Ericsson.
Walaupun ini di bawah Kementerian Kewangan, tetapi saya tidak hendak meletakkan, ataupun orang kata hendak passing bola begitu sahaja kerana sebenarnya Kementerian Kewangan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia melaksanakan secara bersama.
Jadi, untuk kefahaman Ahli-ahli Yang Berhormat, saya hendak menjelaskan bahawa proses tender pelaksanaan Program 5G ini bukan dibuat secara bersembunyi.
Mungkin Ketua Pembangkang sekali lagi terlepas pandang iaitu apabila proses itu berlaku, barangkali tidak sampai pengetahuan itu kepada beliau. Jadi, walaupun beliau tidak ada dalam Dewan ini, Tuan Pengerusi, saya memilih untuk memberi gambaran ini untuk tujuan rekod kerana ia dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang yang kita hormati.
Proses tender 5G ini dimulakan pada bulan April yang lepas. Penilaian telah dibuat ke atas 14 buah syarikat pembekal pelaksanaan rangkaian ataupun network equipment provider. Ini adalah satu tender terbuka secara global dan syarikat-syarikat yang dipilih itu adalah syarikat antarabangsa yang telah ditinjau dan dikenal pasti melalui tinjauan pasaran. Daripada senarai tersebut, lapan buah NEP telah dijemput untuk mengemukakan expression of interest (EOI) berdasarkan kepada kriteria-kriteria berikut:
(i) pengalaman melaksanakan rangkaian 5G yang telah terbukti; dan
(ii) ada local presence, dengan izin, atau mempunyai operasi di Malaysia.
Daripada lapan syarikat yang telah menyertai atau mengambil bahagian dalam RFP, hanya empat buah syarikat NEP sahaja yang telah mengemukakan tawaran secara muktamad dalam proses penilaian tender.
Pada bulan Mei dan Jun 2021, penilaian telah dilakukan di mana 55 peratus diberikan kepada penilaian teknikal, 30 peratus penilaian komersial, 15 peratus penilaian sosioekonomi yang telah ditetapkan untuk menentukan pembida yang berjaya. Ericsson telah mendapat penilaian tertinggi bagi ketiga-tiga kriteria tersebut.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
Daripada segi teknikal, Ericsson telah mencadangkan teknologi rangkaian ramalan dan autonomi next generation yang kalis masa hadapan ataupun future-proof yang mampan dengan fungsi keselamatan siber yang jitu. Daripada segi komersial, Ericsson telah menawarkan harga paling kompetitif berbanding tawaran kedua terbaik.
Dari segi sosioekonomi pula, Ericsson telah memberi komitmen kepada program pembangunan sosioekonomi paling berimpak melalui pelaburan-pelaburan yang dilakukannya.
Jadi, ada kriteria-kriteria di situ yang telah dilakukan, maka Ericsson dipilih dalam proses tender yang diuruskan oleh Kementerian Kewangan. Jadi, sebenarnya tidaklah ada perkara apa-apa yang dirahsiakan pun.
Cuma, saya hendak menyebutkan, saya mengakui bahawa pada masa ini keputusan untuk menggunakan konsep single wholesale network itu sedang berjalan.
Proses rundingan antara DNB dengan telco dan MNO juga sedang berjalan dengan dikawal selia rundingannya oleh MCMC.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
Sementara proses itu berjalan, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, kerajaan pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengambil pendekatan untuk mendengar segala keluhan dan pandangan termasuk daripada Ahli-ahli Parlimen pembangkang dan juga telah meminta supaya DNB membuat engagement dengan wakil- wakil rakyat, backbenchers dan juga pihak pembangkang, juga diminta supaya mereka memberikan update kepada Jemaah Menteri.
Berdasarkan kepada engagement yang telah dilakukan itu, Jemaah Menteri berpandangan ada asas untuk Jemaah Menteri diberikan penjelasan lebih lanjut sebelum apa-apa keputusan hendak mengubah, kalau hendak diubah, hendak mengubah apa yang diputuskan setakat ini, di mana negara kita memilih model single wholesale network system dengan membentuk sebuah syarikat milik penuh kerajaan untuk mengendalikan pembinaan prasarana sementara syarikat-syarikat telco akan melaksanakan tindakan ataupun peranan untuk menjalankan perniagaan 5G runcit. Wholesale dikendalikan oleh DNB.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
[Bangun]
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
Jadi itu yang diputuskan setakat ini. Jadi berdasarkan kepada feedback yang datang, kerajaan mengambil pendekatan bersikap terbuka dan memberi peluang untuk perkara ini dibincang dan di-revisit. Belum ada sebarang keputusan muktamad mengenai perkara tersebut. Sila.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi. Ringkas sahaja. Yang Berhormat Menteri sebelum ini pernah sebut yang pihak Digital Nasional Berhad (DNB) ingin mengadakan perbincangan ataupun pertemuan dengan Ahli-ahli Parlimen termasuk dari blok pembangkang.
Setakat ini saya rasa mereka belum datang bertemu dengan kami. Mereka cuba hendak jumpa dengan saya direct tetapi saya rasa kurang sesuai. Marilah jumpa kami di Parlimen contohnya seperti yang dibuat dengan backbenchers. Jadi mungkin Yang Berhormat Menteri boleh sampaikan kepada mereka kerana mesej daripada Yang Berhormat Menteri itu sudah beberapa minggu yang lalu.
Jadi itu yang pertama. Itu mesej yang saya hendak sampaikan. Kalau Yang Berhormat Menteri boleh minta mereka datang ke Parlimen dan kita boleh luangkan masa untuk bertemu dengan mereka di Parlimen beramai-ramai.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
Boleh, insya-Allah malah itu yang saya hasratkan kerana mereka sudah ada buat dengan backbenchers, tidak memadai. Mereka harus juga buat dengan pembangkang. Kita mahu transparent
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
dalam soal pelaksanaan 5G ini adalah kepentingan nasional itu mengatasi segala-galanya dan kita ingin ia berjalan secara baik dan kita mahu roll-out program ini mencapai kejayaan. Itu yang penting bagi kita. Oleh sebab itu saya tidak ada masalah dan saya akan menyampaikan hasrat Yang Berhormat kepada pihak DNB.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Yang Berhormat Menteri, boleh celah sedikit? Ledang juga tadi ada membangkitkan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tadi telah bangkitkan berkenaan dengan perbezaan pendapat yang keluar, kenyataan yang keluar daripada Yang Berhormat Menteri dan bezanya dengan Yang Berhormat Menteri Kewangan.
Begitu juga dengan DNB pada 6 Disember, baru sahaja lepas. Jadi, apakah perkara ini telah dibincangkan bersama-sama dengan Kementerian Kewangan dan juga DNB bahawa ada usaha untuk kaji semula tentang single wholesale network tersebut?
Oleh sebab saya nampak ada kecelaruan di situ. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Ledang.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
Sebenarnya tidak ada kecelaruan. Penjelasan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan menghuraikan keputusan semasa. Apa yang saya terangkan sekarang ini adalah perkara- perkara yang berbangkit dan tindakan yang sedang dilakukan, in response kepada perkara-perkara yang dibangkitkan termasuk oleh pembangkang.
Perkara yang dijelaskan oleh Menteri Kewangan itu dasar-dasar pada masa ini.
Misalnya, apa rasionalnya kita menggunakan single wholesale network. Contoh lagi, apakah perkara-perkara yang diharapkan dapat dicapai melalui single wholesale network.
Misalnya, mengelakkan duplikasi penyediaan prasarana, supaya tidak berulang kelambatan proses roll-out macam 3G, 4G di mana memakan masa lapan tahun untuk cover 80 peratus, sedangkan 5G kita menyasarkan hanya dalam masa tiga tahun untuk cover 30 peratus.
Jadi semua alasan itu ataupun asas-asas yang digunakan itu, yang diterangkan oleh Kementerian Kewangan berdasarkan kepada keputusan semasa yang sedia ada. Ini kerana seperti mana Yang Berhormat maklum, DNB ini sudah pun ditubuhkan, sudah pun beroperasi, sudah pun memulakan langkah-langkah kerja-kerja mereka menyediakan prasarana dan mereka juga sedang dalam proses berunding dengan semua telco. Itu sedang berjalan. Kita tidak halang atau pun tidak stop. Proses itu berjalan seperti biasa.
Sementara pendapat-pendapat kedua yang dikemukakan kerana kita secara jujurnya, kita dapati ada merit tertentu. Misalnya, isu yang berbangkit tentang soal apakah kita mahu adakan sistem monopoli ataupun hendak menggalakkan competition? Pada saya, walaupun dibangkitkan oleh pembangkang, ia ada meritnya. Kita juga ada undang- undang yang berkaitan dengan anti monopoli.
Maka kerajaan mengambil pendirian terbuka untuk revisit tanpa sebarang cenderung kepada mana-mana dan memberi peluang, juga meminta Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Kewangan untuk membuat joint paper untuk membawa balik kepada Kabinet dan memberi peluang Jemaah Menteri melihat kepada semua perkara yang dibangkitkan. Ini termasuk perkara-perkara yang dibangkitkan dalam Parlimen. Oleh sebab kita perlu memandang serius perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen, kita tidak boleh bulldoze begitu sahaja.
Kerajaan berpandangan eloklah kita teliti satu persatu perkara yang telah dibawa oleh Ahli-ahli Parlimen. Jadi begitu. Jadi tidak ada perbezaan langsung antara kementerian dengan Kementerian Kewangan cuma mungkin apa isu yang di-address dan dalam konteks apa yang disampaikan kepada setiap satu masa.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Yang Berhormat Menteri, ringkas sahaja. Lembah Pantai. Berkenaan, ringkas.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
Nampaknya saya banyak perkara tidak sempat sentuh. Saya tinggal dua minit sahaja lagi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ada tiga minit.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
Okey tidak mengapalah, sila, sila.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Berkenaan dengan Nota Jemaah Menteri, sekiranya saya boleh pohon pertimbangan Yang Berhormat Menteri untuk masukkan sekali bukan setakat isu monopoli ataupun Single Wholesale Network dan setakat itu tetapi juga isu technology neutrality mengehadkan perkembangan spektrum lain selain daripada 26,000, 23,000 megahertz untuk dibangunkan dari 4G ke 5G, sekiranya boleh diberikan komitmen seperti itu. Cadangan saya.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
Ya saya faham Yang Berhormat. Sebenarnya tiga spektrum yang dikhususkan untuk 5G dan exclusively dikendalikan oleh DNB. Sementara spektrum lain yang sedang digunakan secara teknikalnya juga sememangnya boleh digunakan untuk 5G. Cuma kalau diberikan kebebasan atas prinsip spectrum neutrality atau kebebasan tadi itu ....
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Technology neutrality.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
Dianggap sebagai neutrality, ia akan menjejaskan konsep single wholesale network. Itu sahaja asasnya, technically memang boleh dilakukan tetapi aspek ini juga sedang kita visit. Kita telah meninjau konsep-konsep yang dipakai oleh semua negara lain. Akan tetapi pada masa ini, kerana kita mahukan satu kapasiti yang cukup tinggi, maka tiga spektrum itu dikhususkan untuk 5G sementara spektrum yang lain digunakan untuk 4G dan kita tutup 3G. Kita membiarkan sebahagian spektrum yang terlibat dengan 2G. Kita merasakan kaedah begitu menjamin efficiency yang lebih baik tetapi ia pula ada kekangan lain di mana ia menghalang pemegang-pemegang spektrum yang lain daripada tiga spektrum ini daripada menggunakannya untuk tujuan 5G. Jadi, itu sahaja yang mungkin boleh kita tengok secara lebih mendalam.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Tentang FINAS dan BERNAMA.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Okey, sedikit Yang Berhormat Menteri, Jempol. Sedikit ya. Mengenai dengan DNB ini, saya dapati board of directors-nya melibatkan warga asing dan adanya mereka adalah bekas daripada telco yang lain.
Apakah kriteria yang membolehkan mereka berada dalam syarikat milikan kerajaan ini.
Dibimbangkan ada perkara yang tidak begitu baik. Kriteria ini, adakah pihak menteri maklum perkara ini berlaku? Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Menteri, kalau boleh jawab dan rumuskan.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
Terima kasih Tuan Pengerusi. Kita sedar ada pandangan-pandangan sedemikian. Proses pelantikan ini telah dilakukan oleh Kementerian Kewangan dengan cukup teliti dan mereka yang dipilih itu adalah kerana merit yang tertentu. Saya percaya bukanlah seseorang itu lengkap serba- serbi tetapi daripada sudut penglibatan. Ada yang membangkitkan tentang penglibatan Bumiputera dalam keputusan dan sebagainya. Sebenarnya itu diberikan perhatian yang serius oleh Kementerian Kewangan dan ia dijamin tidak melangkaui atau melanggar mana-mana dasar kerajaan yang sedia ada. Mereka yang diambil itu adalah berdasarkan kepada kepakaran-kepakaran dan track record mereka dalam bidang yang berkenaan.
Oleh kerana masa dah habis Tuan Pengerusi, saya hendak menyebut sedikit kerana ada dibangkitkan tentang pelantikan Puan Izzana Salleh sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bukan Eksekutif di MDEC. Saya hendak menjelaskan bahawasanya pelantikan ini telah pun dibuat oleh Kementerian Kewangan. Walau bagaimanapun saya memberikan
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
sedikit ulasan oleh kerana nampaknya ada di kalangan sahabat-sahabat kita yang telah membangkitkan beberapa orang.
Pertama, pelantikan ini telah dibuat oleh Kementerian Kewangan mengikut peraturan sedia ada dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyambut baik pelantikan tersebut. Pelantikan dibuat adalah berdasarkan kepada merit seseorang yang dilantik. Puan Izzana adalah seorang wanita muda yang berkelulusan tinggi, graduate daripada Imperial College, graduate daripada Harvard, mempunyai track record dan juga pengalaman yang tersendiri. Cuma sekarang ini beliau dikaitkan dengan masalah yang dikatakan dihadapi oleh keluarganya.
Saya merasakan kita harus bersikap adil. Kalau kita sebagai ibu bapa menghadapi masalah, kita tidak mahu anak-anak kita yang muda dibuat harassment sedangkan beliau mempunyai merit yang tertentu. Pelantikan beliau adalah berasaskan kepada merit beliau sendiri. Beliau adalah seorang wanita muda yang saya kata tadi, mempunyai kelulusan yang baik. Beliau harus diberikan peluang dan jawatan beliau adalah jawatan Pengarah Bukan Eksekutif. Kementerian berkeyakinan beliau boleh memberikan sumbangan dan mewakili suara wanita muda dalam satu syarikat yang penting seperti MDEC.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri, boleh saya minta sedikit penjelasan? Terima kasih. Terima kasih di atas jawapan yang diberikan tadi mengenai pelantikan Wan Izzana Fatimah. Saya dengar dengan teliti bahawa beliau seorang graduate daripada Imperial College Business School, daripada Universiti Harvard tetapi saya tidak pasti kalau Yang Berhormat Menteri tahu, beliau juga pengarah di TalentCorp. dan ahli panel pelaburan Pertubuhan Keselamatan Sosial
(PERKESO). Saya rasa dengan dua jawatan yang agak berat ini, mampukah beliau menjalankan tanggungjawab di MDEC walhal di luar sana ada ramai graduan bukan sahaja daripada Harvard tetapi daripada universiti tempatan juga yang pada pandangan saya selayaknya atau mungkin lebih layak daripada wanita ini.
Maka saya harap dengan beliau memegang jawatan di dua entiti yang lain, mungkin Yang Berhormat Menteri selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia boleh cadangkan kembali kepada Kementerian Kewangan. Kami berharap mungkin akan ada orang lain yang kami boleh ambil selain daripada orang ini. Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
Saya mengharapkan Yang Berhormat membela wanita ya.
[Ketawa]
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Oh ini bukan isu wanita Yang Berhormat Menteri, ini ialah isu kelayakan dan seorang yang telah memegang dua lagi jawatan yang lain. Beliau menghindari wanita lain untuk mendapat tempat di MDEC ini.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
Pertama, dari segi kelayakan jelas beliau layak malah lebih daripada layak, dari segi kelayakan. Saya ingin jelaskan, jawatan yang dilantik oleh Menteri Kewangan ini adalah jawatan non-executive, bermakna bukanlah dia kena duduk sepanjang masa buat kerja di situ. Dia hanyalah sebagai non-executive director yang hadir dalam mesyuarat, beliau tidak ada kuasa untuk mengendalikan day-to-day operation. Seperti mana kita tahu, Yang Berhormat pun faham, seseorang duduk dalam banyak syarikat sebagai director, tidak menjadi masalah tetapi ini adalah non-executive director, ahli lembaga bukan eksekutif. Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Yang Berhormat Menteri, boleh? Ini Tuaran.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terpulang kepada Yang Berhormat, habis dah? Hendak rumuskan habis, saya bagi.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
Saya tidak ada masalah, kalau Tuan Pengerusi benarkan, saya boleh benarkan.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Boleh saya minta.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Last dan ringkas Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Okey terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada beberapa perkara yang telah saya bangkitkan dalam perbahasan. Saya mohon supaya dapat dijawab secara bertulis Yang Berhormat.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Bertulis. Baik Yang Berhormat.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
Terima kasih. Ya, saya minta maaf kepada semua Ahli Yang Berhormat sebab 23 orang yang membangkitkan, saya baru sentuh tiga isu sahaja. Ada lebih kurang 60 lebih isu yang dibangkitkan. Saya faham setiap yang membangkitkan di peringkat Jawatankuasa mengharapkan dapat jawapan. Saya akan sediakan jawapan bagi setiap satu perkara yang dibangkitkan dan saya akan sampaikan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan. Saya cuma tadi memilih perkara-perkara yang memerlukan saya membuat penjelasan sendiri dalam Dewan yang mulia ini.
Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih kepada semua rakan Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi sokongan dan dukungan kepada program-program yang telah dilakukan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Semua pandangan dan teguran banyak sekali termasuk daripada Yang Berhormat Pokok Sena tentang filem tadi dan saya sangat sependapat dengan dia. Akan tetapi itu pun juga saya akan berikan jawapan atas cadangan yang berkaitan dengan soal perfileman. Saya tidak sangka pula dia adalah antara orang yang begitu mendalami tentang perjalanan dunia perfileman ya.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya hanya suka pada filem, bukan pada artis.
[Ketawa]
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
Ya terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Waalaikumusalam warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Multimedia.
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM888,362,300 untuk Kepala B.47 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2022 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.47 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.47 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2022 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.47 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kepala Bekalan B.48 dan Kepala Pembangunan P.48 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terbuka untuk dibahas.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya ada senarai dan dihadkan kepada 21 orang Ahli Yang Berhormat. Ia bermula daripada Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Segambut, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Sekijang, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Kemaman, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Labuan dan Yang Berhormat Merbok.
Saya mulakan dengan menjemput Yang Berhormat Kuala Krai, lima minit.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Bismillaahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Pertama sekali saya ingin menyentuh Kepala B.48 Butiran 020100 – Kebajikan Masyarakat. Melalui butiran ini, saya ingin bertanya dan mencadangkan beberapa isu.
Pertama ialah memperkasa Majlis Kebangsaan Bagi Orang-orang Kurang Upaya. Isu OKU bukan hanya berlegar dari hal kebajikan dan bantuan, ia adalah isu-isu yang merentasi pelbagai sektor. Malah pastinya ia melibatkan pelbagai kementerian dan agensi.
Saya ingin menyarankan bagi menangani keperluan OKU yang sifatnya merentas sektor ini dengan lebih baik dan tuntas. Majlis Kebangsaan Bagi Orang-orang Kurang Upaya (MKBOKU) hendaklah benar-benar diperkasa. Kita wajarlah melihat keberadaan MKBOKU itu bukan sekadar formaliti dan diambil secara mudah. Pemerkasaannya haruslah dibuat dengan lebih serius dan mengambil kira pandangan semua pihak yang mana akhirnya MKBOKU ini dapat benar-benar menjadi pemain utama kepada golongan OKU.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Isu yang sama Tuan Pengerusi, ialah program-program kerohanian bagi OKU dalam butiran yang sama. Dewan yang mulia ini pernah dimaklumkan bahawa Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri telah memulakan pembentukan Pelan Tindakan OKU Muslim. Saya difahamkan juga bahawa pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah juga memasukkan keperluan kerohanian kepada kumpulan sasar ini dalam Pelan Strategik KPWKM 2021 - 2025. Saya ingin mencadangkan agar program kerohanian ini dapat diselaraskan memandangkan OKU berhadapan cabaran keperluan yang pelbagai dan kompleks.
Selain itu, kita hendaklah memastikan juga melalui pendekatan kerohanian ini, kefahaman masyarakat terhadap OKU dapat ditambah baik. Golongan OKU tidak lagi dipandang sebagai masyarakat kelas kedua dan menyusahkan.
Tuan Pengerusi, kepala B.48 pada Butiran 030400 – Kurang Upaya Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Saya ingin menanyakan tentang isu independent living centre
(ILC). Ia adalah merupakan inisiatif KPWKM yang dimulakan dalam RMKe-11. Ia bertujuan memperhebat lagi pembangunan OKU dalam masyarakat. Sebagai mana yang pernah saya utarakan di Dewan yang mulia ini, Kelantan mempunyai penggerak- penggerak OKU yang sangat proaktif dan berketerampilan. Bahkan, pada 5 Disember baru-baru ini, Kelantan melalui Exco ataupun Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita telah melancarkan ‘Duta OKU Kelantan’.
Duta OKU Kelantan ini bertujuan untuk merangsang komuniti OKU di negeri- negeri lain untuk turut mempunyai keterampilan sebagai mana para penggerak OKU Kelantan. Justeru, saya merayu kepada pihak kementerian supaya membantu penggerak-
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
penggerak OKU di Kelantan ini agar dapat mewujudkan ILC mereka di Kelantan. Saya menaruh sepenuh kepercayaan bahawa pengalaman dan gerak kerja mereka selama ini mampu menghasilkan satu natijah yang baik untuk dijadikan panduan kepada penggerak- penggerak OKU di seluruh negara. Oleh itu, saya sendiri, insya-Allah jika diberi peluang, sanggup untuk menjadi penghubung antara OKU di Kelantan dengan pihak kementerian dalam merealisasikan penubuhan ILC ini yang telah dipohon oleh mereka sejak tahun 2020. Namun, sehingga sekarang masih belum berjaya.
Tuan Pengerusi, kepala B.48 bagi Butiran 031500 – Pusat Aktiviti Warga Emas
(PAWE). Saya tertarik dengan butiran ini dan dengan jumlah kenaikan peruntukan bagi tahun 2022 nanti. Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi berkaitan dengan PAWE ini. Saya ingin tanyakan; berapakah jumlah PAWE di seluruh negara yang telah ditubuhkan dan berapakah jumlahnya di Kelantan?
Saya difahamkan bahawa di bawah PAWE ini juga terdapat pusat aktiviti untuk warga emas mengikuti program PAWE di pondok-pondok pengajian agama. Soalan saya; berapakah jumlah pondok yang telah melakukan kolaborasi dengan PAWE setakat ini?
Cadangan kolaborasi dengan pondok ini adalah satu inisiatif yang sangat baik dan bertepatan dengan warga emas kerana mereka sudah pun berada di pusat pengajian ataupun di pondok-pondok yang mengendalikan warga emas ini dan hanya perlu kolaborasi, pemantauan dan bantuan daripada pihak kementerian sahaja. Dalam masa yang sama, saya ingin menanyakan berapakah jumlah warga emas yang terlibat dengan aktiviti PAWE ini dan sejauh manakah keberkesanannya kepada mereka.
Tuan Pengerusi, yang terakhir ialah kepala B.48 bagi Butiran 020200 – Pembangunan Wanita. Mungkin isu yang saya hendak sebutkan di sini tidak ada kaitan atau lari sedikit daripada butiran ini tetapi cukup penting bagi pertimbangan pihak kementerian, iaitu saya ingin menanyakan berkaitan hak pramugari Muslimah untuk berpakaian menutup aurat semasa bertugas di dalam kapal terbang. Adakah pihak kementerian bercadang memperjuangkan hak pramugari ini untuk membenarkan mereka memakai pakaian yang sesuai sebagai wanita Muslimah, khususnya menutup aurat? Hal ini kerana terdapat daripada kalangan mereka yang menutup aurat ketika di rumah atau di darat. Tiba-tiba, kerana tugas dan sesuap nasi mereka ketika di udara, maka mereka terpaksa membuka aurat mereka. Mohon perhatian pihak kementerian. Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Krai. Sila, Yang Berhormat Segambut.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya terus ke Butiran 010000 – Pengurusan.
Kita ada beberapa rang undang-undang yang masih memerlukan kerja. Jadi, saya hendak tahu timeline mana satu yang akan jalan dahulu; Rang Undang-undang Gangguan Seksual, Rang Undang-undang Kesaksamaan Gender, pindaan Akta OKU dan Rang Undang-undang Warga Emas yang telah dijanjikan untuk dibuat.
Satu lagi adalah bilakah kita boleh update dan naik taraf ataupun pinda Akta Pusat Jagaan dan Akta Orang Papa supaya ia lebih relevan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh banyak institusi pada hari ini.
Satu lagi ialah untuk staf rumah kanak-kanak; penstrukturan semula untuk pengurusan rumah jagaan mangsa pemerdagangan manusia. Saya rasa saya telah bangkitkan untuk KDN lebih sesuai untuk mengambil rumah seperti ini. Jadi, apakah rancangan KPWKM untuk serahkan pusat jagaan ini kepada KDN?
Butiran 010600 – Pengurusan Maklumat. Saya rasa sudah tiba masa untuk kita wujudkan satu database untuk ibu tunggal yang komprehensif dan menyeluruh supaya bantuan yang diberikan oleh kerajaan kita boleh check dengan betul-betul dan kita ada cara untuk memantau penggunaan dana atau bantuan yang diberikan kepada mereka.
Sekarang ini, kita tidak ada database yang komprehensif untuk bantu golongan ini.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Butiran 020100 – Kebajikan Masyarakat. Sejak PKP bermula, banyak kes permohonan bantuan kebajikan. Saya tahu bahawa bantuan kebajikan telah naik jumlah amaun yang diberikan kepada mereka. Akan tetapi, permohonan di semua JKM daerah sangat tinggi. Jadi, kalau kita lihat di Wilayah Persekutuan sahaja, sepatutnya setiap permohonan kita ambil masa satu hingga dua bulan untuk siasatan dan turunkan bantuan kepada mereka. Akan tetapi, di Kuala Lumpur kerana banyak sangat permohonan, tiga hingga empat bulan pun staf tidak boleh selesai kerana terdapat beribu-ribu permohonan yang masuk.
Jadi, kita di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ada lima buah daerah. Staf hanya terdapat 35 orang sahaja yang menjaga unit ini. Kita ada penerima bantuan sahaja seramai 12,000 orang. Jadi, kalau kita ada produk yang bagus tetapi tidak cukup tenaga kerja untuk selesaikan permohonan ataupun untuk proses permohonan, orang yang memerlukan bantuan tidak ada akses kepada bantuan ini. Jadi, saya mohon kita bantu JKM Wilayah Persekutuan dan JKM daerah yang lain yang memerlukan tenaga kerja yang banyak untuk tambah staf, untuk bantu mereka untuk selesaikan proses siasatan dengan cepat.
Butiran 020200 – Pembangunan Wanita. Baru-baru ini dalam Twitter di media sosial, ada tweet yang membangkitkan isu MyKasih Kapital seakan MLM. Jadi, tuduhan di luar sana adalah bantuan modal perniagaan khas untuk wanita sebanyak RM1,000 ini yang diturunkan kepada golongan wanita hanya sebanyak RM500. Saya hendak tahu sama ada tuduhan ini betul atau tidak dan kenapa KPWKM di-tweet tetapi mereka tidak jawab isu ini.
Saya lihat untuk pembangunan wanita, kita sudah ada satu kementerian khas iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Mereka mempunyai skil untuk melatih usahawan. Kalau kita sudah ada kementerian yang khas, kenapa KPWKM mahu membuat program usahawan kerana saya lihat ini kerja bertindih. Saya rasa Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak ada skil untuk buat business. Lebih baik kita serahkan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk mereka uruskan kerana mereka ada tenaga kerja dan pakar-pakar di situ untuk membantu. Jadi, saya hendak jawapan ini ya.
Untuk Butiran 030000 – Program Khusus pada Butiran 030200 – Emolumen Kakitangan Kontrak, terdapat peningkatan berganda. Jadi, kita hendak tahu apakah sebab peningkatan berganda ini.
Satu lagi, dengan peningkatan sebanyak tiga kali ganda; Butiran 031700 – Home Help. Daripada jumlah sebanyak RM5,488,200 kepada RM17,800,000. Jadi, macam mana duit ini akan dibelanjakan?
Akhir sekali, untuk Butiran 030300 – Pembangunan dan Perkembangan Kanak- kanak. Saya percaya, KPWKM, sudah tiba masa untuk wujudkan lebih banyak institusi autisme untuk membantu golongan B40 yang memerlukan perkhidmatan ini. Jadi, saya hendak dapatkan maklum balas daripada KPWKM.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Segambut. Saya jemput Yang Berhormat Sabak Bernam.
Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi.
Saya ingin menyentuh Butiran 020000 – Kesejahteraan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, khususnya pada Butiran 020100 – Kebajikan Masyarakat yang mendapat peruntukan sebanyak RM403,765,100 pada tahun 2022 berbanding sebanyak RM397,657,000 bagi tahun 2021, iaitu peningkatan sebanyak RM6.7 juta atau 3.9 peratus.
Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam
Tumpuan saya adalah berhubung dengan kebajikan warga emas, terutama kerana negara kita akan menjadi negara menua menjelang tahun 2030.
Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam
Tahniah kepada kerajaan, khususnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang menyediakan peruntukan khusus kepada warga emas dalam tahun 2022 seperti wang saku warga emas. Butiran 030600 – Wang Saku Institusi Warga Emas sebanyak RM870,000, Butiran 031500 – Pusat Aktiviti Warga Emas
(PAWE), sebanyak RM7.9 juta tahun 2022 berbanding RM4.8 juta tahun 2021 dan lain- lain peruntukan kepada warga emas.
Saya menyambut baik langkah kerajaan yang prihatin kepada rakyat, khususnya warga emas. Ini merupakan jaringan sosial yang sangat penting untuk memastikan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan warga emas dalam konteks Keluarga Malaysia memandangkan warga emas sudah tidak lagi mempunyai pekerjaan dan sumber pendapatan lagi. Tambahan pula kebanyakan warga emas juga tidak mempunyai simpanan.
Bantuan warga emas ini bukan sahaja penting untuk menyara kehidupan tetapi juga untuk tujuan rawatan kesihatan dan perubatan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang telah menaikkan kadar bantuan warga emas dari RM350 kepada RM500 sebulan. Saya ingin mendapat penjelasan kerajaan, berapakah ramai penerima bantuan warga emas yang masa kini? Apakah kriteria-kriteria bagi melayakkan seseorang penerima bantuan warga emas ini? Sekiranya terdapat dua orang ataupun suami isteri warga emas, adakah kedua-duanya layak untuk menerima bantuan warga emas?
Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) untuk tahun 2021 adalah sebanyak RM2,208. Kita menyedari warga emas bergantung kepada bantuan warga emas yang diberikan kerajaan. Ini memandangkan mereka tidak mampu lagi untuk bekerja untuk mendapatkan ataupun menjana pendapatan diri.
Saya ingin mencadangkan agar yang pertama, kerajaan mengkaji semula kadar bantuan warga emas ini dan mencadangkan dinaikkan daripada RM500 sebulan kepada RM1,000 berdasarkan PGK masa kini. Kedua, kerajaan memberi potongan ataupun diskaun kepada semua warga emas dan OKU untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan seperti bas ekspres, kereta api dan kapal terbang, penginapan di hotel dan makanan di restoran seperti mana yang diamalkan oleh kebanyakan negara-negara maju.
Ketiga, Bantuan Warga Emas (BWE) ini dibuka kepada semua bekas penjawat awam dan swasta yang berjawatan kontrak yang tidak mendapat faedah persaraan pencen dan ini kebanyakannya tergolong dalam golongan B40.
Sehubungan ini, saya berharap khususnya Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat melaksanakan pendaftaran bagi Bantuan Warga Emas ini secara lebih komprehensif dan inklusif serta meluas bagi memastikan jaringan sosial untuk warga emas ini benar-benar menyeluruh dan memberikan manfaat yang terbaik untuk semua warga emas yang memerlukan bantuan.
Akhirnya, berhubung dengan warga emas ini juga, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa Malaysia menuju kepada negara menua menjelang tahun 2030 apabila peratus warga emas melebihi umur 60 tahun dijangka meningkat secara drastik iaitu kepada 5.3 juta dalam masa 10 tahun akan datang.
Pada tahun 2020, terdapat 3 juta orang warga emas di negara ini dan dijangka meningkat sebanyak 15.3 peratus iaitu kepada 5.3 juta pada tahun 2030 dan seterusnya 30 peratus pada tahun 2050. Saya ingin mendapat penjelasan kerajaan, apakah perancangan jaringan sosial untuk warga emas di negara ini? Sama ada perancangan jangka pendek dan juga jangka panjang, khususnya daripada segi keperluan asas kediaman, makanan, kesihatan, mental dan emosi serta kerohanian ataupun spiritual.
Berhubung dengan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), saya ingin mendapat penjelasan berapa banyak PAWE yang terdapat di seluruh negara pada masa kini? Berapa ramai warga emas yang manfaat PAWE ini?
Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam
Berapakah peruntukan yang diberikan kepada setiap PAWE ini untuk membelanjakan pengurusan dan menjalankan aktiviti serta apakah langkah-langkah kerajaan untuk menarik lebih ramai warga emas mengikuti dan menyertai aktiviti dan kegiatan di Pusat Aktiviti Warga Emas ini? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Sekijang.
Puan Hajah Natrah Ismail - Sekijang
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Bekalan B.48 Butiran 030100 – Bertugas Ke Luar Negara. Dalam butiran ini memperuntukkan sejumlah RM1 juta pada tahun 2022 berbanding dengan RM1.04 juta pada tahun ini. Saya ingin tahu, apakah misi dan tugasan yang dilaksanakan di luar negara di kala negara masih berhadapan dengan pandemik COVID-19? Apakah impak dan hasil daripada tugasan di luar negara ini kepada institusi kebajikan negara?
Seterusnya, Butiran 030200 – Emolumen Kakitangan Kontrak. Bajet yang diperuntukkan bagi tahun 2022 meningkat kepada RM20.1 juta. Ini memperlihatkan pertambahan yang begitu drastik. Saya ingin tahu perincian perbelanjaan ini, berapa ramai kakitangan kontrak baharu yang akan diambil? Apakah keperluan mendesak untuk mengambil kakitangan kontrak yang begitu ramai berbanding membuat pengambilan kakitangan di jawatan tetap?
Butiran 030400 – Kurang Upaya Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Peruntukan bagi tujuan ini juga berlaku sedikit peningkatan. Saya ingin tahu, berapakah jumlah PDK yang ada di seluruh negara? Berapa jumlah murid terkini yang telah didaftarkan? Apakah istimewa PDK ini jika dibandingkan dengan pusat pemulihan yang lain? Saya juga ingin tahu sejauh mana keberkesanan PDK dalam membantu anak-anak yang berkelainan upaya ini untuk memastikan bahawa mereka akan boleh hidup berdikari pada masa akan datang?
Beralih pula pada Butiran 030500 – Wang Saku Institusi Kanak-kanak, Butiran 030600 – Wang Saku Institusi Warga Emas dan Butiran 030700 – Wang Saku Institusi Kurang Upaya. Saya ingin tahu berapakah jumlah pemberian wang saku kepada ketiga- tiga golongan ini yang telah dibuat secara bulanan? Apakah kriteria utama dan kelulusan yang akan diberikan pada mereka yang layak untuk memohon? Apakah jumlah had pembelian wang saku bulanan ini? Adakah semak semula dan ditambah ekoran daripada peningkatan kos sara hidup pada masa ini?
Selanjutnya Butiran 031500 – Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE). Dalam butiran ini juga menunjukkan peningkatan peruntukan bagi tahun hadapan. Saya ingin tahu, berapakah jumlah PAWE terkini yang tersedia dan beroperasi di seluruh negara? Adakah terdapat PAWE yang sakit dan tidak beroperasi? Bagaimana pula pengoperasian PAWE sepanjang pandemik COVID-19 ini? Bilakah pembinaan PAWE yang baharu akan ditubuhkan di kawasan Parlimen Sekijang?
Saya juga pernah bangkitkan isu ini, di mana sehingga kini tidak ada sebuah PAWE yang beroperasi di kawasan Sekijang. Saya telah mencadangkan sebuah tempat yang sesuai dijadikan PAWE Sekijang. Perbincangan dan persetujuan oleh pihak JKM Daerah Segamat juga telah diperoleh pada tahun 2019. Namun, sehingga kini tiada tindakan yang diambil bagi membolehkan sebuah PAWE beroperasi di kawasan Parlimen Sekijang. Saya mohon perhatian dan tindakan daripada pihak kementerian akan isu ini.
Terakhir, Butiran 031800 – Taska OKU. Saya ingin tahu jumlah terkini Taska OKU yang ada di seluruh negara? Apakah Taska OKU ini diwujudkan sekurang-kurangnya satu taska di setiap daerah? Bagaimanakah pihak JKM memantau dan membantu golongan OKU ini dalam mendapatkan pelajaran, bimbingan dan bantuan yang sepatutnya untuk pembangunan diri dan sahsiah golongan ini?
Puan Hajah Natrah Ismail - Sekijang
Saya ingin bertanya sama ada, adakah golongan autisme juga akan ditempatkan bersama-sama dengan golongan OKU yang lain? Bagaimanakah pula bahan dan peralatan yang digunakan? Adakah mencukupi dan sesuai digunakan untuk golongan OKU dan autisme ini? Pihak kementerian seharusnya perlu lebih prihatin dalam mengambil kira soal keperluan anak-anak kelainan upaya ini, yang mana kaedah pembelajaran dan bimbingan mereka yang berbeza tingkah laku dan minat mereka juga berbeza serta perhatian dan pemantauan yang khusus juga berbeza antara satu sama lain. Seorang guru juga tidak boleh mengawal dan memantau lebih daripada dua atau tiga orang murid OKU dan autisme ini. Saya mohon agar pihak kementerian dapat mempertimbangkan masalah ini demi keperluan anak-anak istimewa di seluruh negara.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Libaran. Tidak ada.
Seterusnya Yang Berhormat Parit Buntar. Yang Berhormat Parit Buntar? Yang Berhormat Libaran ada, Yang Berhormat Libaran? Ya, saya tidak nampak dia. Sila. Dah dipanggil dah. Sila. Baik, tidak dengar dia. Dia duduk ke bawah sikit. Sila.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2022 peringkat Jawatankuasa*. Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
S*aya ingin menyentuh kepada perkara di bawah Maksud Bekalan 48 di bawah Butiran 020000 – Kesejahteraan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dunia hari ini menyaksikan globalisasi meninggalkan impak yang besar dalam kehidupan wanita.
Globalisasi telah pun membawa kepada pencapaian maklumat yang lebih pantas. Ini seolah-olah dunia makin kecil ruangnya.
Kepesatan dalam bidang ini telah memberi pelbagai impak implikasi sama ada yang baik ataupun yang buruk tentunya dalam konteks pembasmian kemiskinan khususnya di kalangan ibu tunggal. Hakikatnya, pengabaian kepada akses untuk mendapatkan sumber keperluan asas akan menyebabkan golongan ini ketinggalan dan berhadapan dengan masalah yang menjejaskan kehidupan mereka.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Parlimen Libaran dengan kerjasama daripada APPGM SDG, persekutuan dan negeri serta sokongan daripada NGO telah pun melancarkan kursus pembuatan produk usahawan wanita di mana ia mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat setempat. Kursus pembuatan produk usahawan wanita merupakan satu program untuk golongan wanita khususnya golongan ibu tunggal tanpa mengira status keturunan supaya mereka memiliki suatu kemahiran unik demi mencapai kelestarian hidup mereka.
Difahamkan bahawa kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah melancarkan program inisiatif Wanita Bangkit menerusi program Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) 100 hari untuk melahirkan usahawan wanita. Saya sangat mengalu-alukan inisiatif ini dan berharap program wanita di kawasan luar bandar tidak akan ketinggalan dan tidak tercicir untuk mendapatkan manfaat seperti ini. Hal sedemikian adalah penting dan selaras dengan aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030). Berdasarkan perkembangan semasa terutama dalam kemajuan teknologi globalisasi, masyarakat tidak boleh ketinggalan daripada menguasai ilmu dan kemahiran baharu.
Saya ingin bertanya, adakah Libaran juga disenaraikan dalam program ini? Kalau tidak, mohon KPWKM buat program di kawasan ini. Ini untuk mencapai program Aspirasi Keluarga Malaysia. Saya melihat bahawa ramai lagi ibu-ibu, usahawan wanita yang sangat memerlukan, yang sangat aktif yang mereka mahu untuk menambahkan
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
pendapatan keluarga. Saya mohon kepada kementerian ini supaya program ini dibawa ke kawasan Libaran demi melahirkan usahawan wanita di kawasan ini.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Libaran. Seterusnya Yang Berhormat Parit Buntar.
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya ada beberapa butiran yang saya hendak minta penjelasan daripada Menteri.
Pertama, untuk membuat satu penilaian kepada satu program berpandukan kepada Butiran 020200 iaitu program kedua di bawah Kesejahteraan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tadi telah disinggung oleh rakan saya tentang apa yang dinamakan sebagai MyKasih Kapital. Saya difahamkan peruntukan itu adalah sebahagian daripada rangsangan untuk empower wanita. Lebih kurang dalam RM5 juta, saya difahamkan begitu.
Namun, daripada aduan yang kita dapat melalui media sosial yang tidak terjawab oleh Yang Berhormat Menteri dan saya mohon mendapat jawapannya pada petang ini iaitu program yang sepatutnya mereka para usahawan wanita ini mendapat RM1,000 tetapi dibuat aduan bahawa hanya― bukan buat aduan tetapi dicakap dalam media sosial secara open begitu, mereka hanya dapat RM500. So, itu satu soalan yang perlu diberi penjelasan. Kemudian juga difahamkan mereka untuk mendapat RM1,000 itu yang akhirnya mereka dapat RM500, dia kena pergi satu kursus yang disediakan di mana kursus itu pula mereka terpaksa bayar RM1,300.
Jadi, saya tidak mahulah Yang Berhormat Menteri ini nanti dianggap bagi tangan kanan, lepas itu ambil tangan kiri daripada poket yang memberi itu. Jadi, saya rasa perkara ini perlu diberi penjelasan agar perkara tersebut dapat dilunaskan seperti mana yang layak seperti yang ditetapkan ya.
Kedua, saya masuk kepada penjenayahan perkahwinan kanak-kanak ataupun Butiran 010200 di mana saya boleh faham Yang Berhormat Menteri sukar untuk membuat satu undang-undang yang mengehadkan umur perkahwinan kanak-kanak kerana kita ada masalah di peringkat negeri-negeri yang mengizinkan perkahwinan di bawah umur. Saya tahu perkara tersebut sebab dahulu kita pernah buat satu komiti khas untuk membincangkan soal perkahwinan bawah umur ini yang mana ia sangat kompleks, Tuan Pengerusi, melibatkan negeri-negeri. So, engagement― dan ada isu-isu latar belakang hukum hakam agama.
Walaupun dalam konteks itu kita telah mendapat pandangan para ulama dan para mufti yang menyatakan bahawa apa yang harus itu boleh sahaja kita haramkan kalau ia memerlukan satu maslahat. Bukan satu benda yang haram kita hendak halal atau yang halal kita hendak haram tetapi benda harus yang boleh kita haramkan dalam konteks siasah syariah bagi memelihara kepentingan kanak-kanak. Kesannya sangat panjang khususnya hari ini dalam konteks COVID-19 yang mana takut-takut perkahwinan bawah umur ini akan menjadi satu perdagangan kerana susahnya hidup dan akhirnya merosakkan masa depan kanak-kanak. So, boleh diberi sedikit penjelasan. Selagi Yang Berhormat Menteri tidak selesai engagement dengan pelbagai pihak khususnya pihak- pihak yang di peringkat negeri agama, maka selagi itu apa sahaja undang-undang yang kita hendak buat tidak akan tercapai.
Seterusnya, Butiran 030000 atau Butiran 031400 – Membanteras Pemerdagangan Orang. Ini pun satu yang mungkin tidak ramai highlight bahawa baru- baru ini, Jabatan Negara Amerika Syarikat telah meletakkan Malaysia dalam konteks pemerdagangan manusia ini pada tahap tiga, third tier. Ini sangat menyedihkan kerana
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
kalau kita berapa pada tahap tiga, itu tandanya kerajaan hari ini tidak commit dalam hendak menangani masalah pemerdagangan.
Saya rujuk kepada tajuk ini kerana melihat kepada butiran ini, peruntukan untuk tujuan tersebut iaitu membanteras pemerdagangan orang telah menurun sebanyak 18.2 peratus. Jadi, agak mengecewakanlah. Patutnya kalau kita tahu kita hadapi masalah dan kita ada komitmen untuk menyelesaikan masalah ini, peruntukan itu patutnya dipertingkatkan.
Akhirnya, saya juga ingin memohon penjelasan Butiran 030500 – Wang Saku Institusi Kanak-kanak yang menurut butiran ini juga turun hampir 10 peratus dalam keadaan COVID-19 yang kesannya, kita tahu ramai kanak-kanak yang jadi yatim piatu ataupun dibiayai oleh ibu tunggal. Maka, wang saku institusi kanak-kanak ini juga perlu diberi perhatian penambahan dalam keadaan kita berada dalam era pasca pandemik ini.
Sekian, terima kasih, Tuan Pengerusi, dan mohon jawapan yang jujur dan ikhlas daripada Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar. Seterusnya Yang Berhormat Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus pada Butiran 030800 – Sosioekonomi Keluarga Miskin. Sebelum itu bagi pihak saya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan JKM Sik yang telah bertungkus-lumus menguruskan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) bersama dengan anggota Pejabat Daerah Sik, RELA, APM dan sukarelawan-sukarelawan menguruskan lebih 13,000 bakul makanan yang telah diagihkan sepanjang PKP sejak awal tahun ini.
Seterusnya, saya ingin bangkitkan berkaitan dengan – pada tahun 2019 pengiraan semula nilai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) mendapati 150,100 orang atau 12.4 peratus penduduk di luar bandar dikategorikan miskin. Sekali gus lebih dua kali ganda berbanding kadar kemiskinan nasional iaitu 5.6 peratus. Hal ini menjadi lebih runcing jika kita lihat situasi pada tahun 2021 iaitu setelah pandemik COVID-19 melanda.
Keperluan merapatkan jurang perbezaan antara dua golongan iaitu golongan berpendapatan rendah dan berpendapatan tinggi boleh dikatakan amat mendesak kerana kesannya yang sangat besar kepada seluruh masyarakat. Dalam butiran ini iaitu Sosioekonomi Keluarga Miskin, saya ingin bertanya apakah perincian program yang akan dilaksanakan bagi tujuan meningkatkan taraf hidup penduduk khususnya di daerah Sik?
Berapakah sasaran golongan yang akan dimasukkan di bawah program ini?
Seterusnya Butiran 031200 – Bantuan Sosioekonomi Lain. Saya ingin bangkitkan berkaitan dengan peruntukan dan perbelanjaan kepada rumah anak-anak yatim yang telah diberi bantuan dipanggil peruntukan Geran Rangsum Harian. Rumah anak-anak yatim ini sebahagiannya diuruskan oleh pihak swasta ataupun pertubuhan-pertubuhan sukarela.
Pada ketika ini Geran Rangsum ini iaitu untuk kos makanan harian yang diberikan sebanyak RM8 untuk seorang untuk enam kali makan. Namun, jumlah ini sangat rendah kerana ketika hari ini kos untuk menyediakan makanan, kos bahan mentah, kos memasak dan sebagainya sangat mendadak kenaikannya. Perkara ini pernah dibangkitkan oleh Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Malaysia (PRYATIM). Di daerah Sik juga, saya mempunyai Rumah Anak-anak Yatim Gemilang yang menempatkan lebih 30 orang anak- anak yatim dan orang-orang miskin. Jadi, di sini saya ingin memohon pihak kementerian untuk menyemak kembali Geran Rangsum Harian ini supaya dinaikkan sekurang- kurangnya RM16 untuk sehari bagi menampung kos bahan makanan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Seterusnya Butiran 031300 – Komuniti. Jumlah yang diperuntukkan bagi butiran ini adalah sebanyak RM19.57 juta. Jadi saya ingin bertanya apakah sasaran golongan bagi peruntukan komuniti ini terutamanya di daerah Sik dan apakah bentuk program yang akan dilaksanakan?
Seterusnya yang terakhir Butiran 031700 – Home Help. Program ini, berapakah sasaran sukarelawan yang disasarkan bagi seluruh negara untuk menjayakan program ini? Bagaimanakah perincian program Home Help ini bagi daerah Sik dan berapakah sasaran bagi golongan sasar yang akan mendapat bantuan daripada sukarelawan ini melalui program yang akan dilaksanakan ini? Tuan Pengerusi, sekian terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Seterusnya Yang Berhormat Kalabakan.
Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Jawatankuasa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Saya menganggap kementerian ini sangat penting untuk meningkatkan keharmonian kekeluargaan di negara kita dalam suasana pandemik sekarang. Saya juga mengalu-alukan peruntukan RM790 juta untuk golongan OKU yang dianggap munasabah dan harus dibelanjakan sepenuhnya untuk membantu golongan ini.
Butiran pertama yang ingin saya sentuh ialah Butiran 030800 – Sosioekonomi Keluarga Miskin dan Butiran 030900 - Sosioekonomi Kurang Upaya. Pertama, saya lihat peruntukan Sosial Ekonomi Keluarga Miskin ini tidak berubah dari tahun ini dan tahun hadapan iaitu RM350 juta. Saya ingin tahu berapakah jumlah keluarga yang telah jatuh ke dalam kategori miskin sejak pandemik bermula hingga hari ini berdasarkan rekod kementerian?
Kedua, saya ingin tahu apakah bentuk bantuan serta latihan sosioekonomi yang diberikan kepada keluarga miskin ini? Bagaimana kementerian dapat memastikan tiada satu pun keluarga miskin yang tercicir khususnya mereka yang tiada di dalam rekod kementerian? Ketiga, daripada rekod tersebut, berapakah jumlah ahli keluarga miskin dari Sabah amnya dan dalam Parlimen Kalabakan khususnya.
Butiran seterusnya ialah Butiran 030800 – Bantuan Am dan Butiran 031200 – Bantuan Sosioekonomi Lain. Kedua-dua butiran ini diberikan peruntukan masing-masing berjumlah RM9.5 juta dan RM15 juta. Saya memohon diberikan penjelasan, apakah bentuk bantuan yang disediakan di bawah butiran ini? Saya ingin menyentuh mengenai isu bakul makanan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Sabah. Sehingga ke hari ini, senarai penyelaras dan senarai penerima bakul bantuan makanan masih lagi belum diberikan atau disediakan. Apakah puncanya?
Kedua, saya ingin bertanya adakah benar pendaftaran ataupun pengagihan bakul makanan adalah hanya melalui database eKasih di Sabah atau ada cara lain bagi mendaftar penerima-penerima tersebut? Menyentuh mengenai database eKasih ini, apakah pembaharuan yang dilakukan oleh kementerian mengenai data ini? Ramai rakyat khususnya di Sabah mengeluh mengatakan bahawa data ini sudah tidak relevan kerana ia tidak mencerminkan jumlah sebenar penerima bantuan. Ada daripada mereka yang dikategorikan dalam data eKasih bukan lagi dalam kategori miskin. Akan tetapi, masih lagi nama mereka dalam data ini.
Dalam memastikan tiada golongan yang tercicir, saya ingin bertanya adakah kementerian bekerjasama dengan ketua kampung, ketua masyarakat atau wakil rakyat sama ada daripada kerajaan mahupun pembangkang dalam proses mengagihkan bantuan-bantuan ini. Ini kerana, data daripada mereka lebih jadi pelengkap pada data yang direkodkan oleh kementerian.
Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan
Seterusnya Butiran 030900 – Sosiokonomi Warga Emas, Butiran 031500 – Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), Butiran 031600 – Unit Penyayang Warga Emas, Butiran 030900 – Sosioekonomi Warga Emas dan terakhir Butiran 010001 – Pusat Jagaan Harian Warga Tua. Saya menyentuh semua butiran ini kerana semuanya berkait. Pada tahun 2020, terdapat 3.7 juta orang warga emas di negara ini dan ia dijangka meningkat seramai 15.3 peratus iaitu kepada 5.3 juta orang pada tahun 2030.
Dalam tempoh 10 tahun sahaja jumlah ini akan meningkat hampir sekali ganda.
Walaupun saya menyokong inisiatif-inisiatif yang dibuat, namun peruntukan yang berkaitan warga emas ini saya lihat tidak mencerminkan persediaan kementerian bagi menghadapi status negara tua. Justeru saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah persediaan dan strategi kerajaan bersama-sama dengan kementerian lain untuk membantu bakal-bakal warga emas ini? Ini supaya mereka pada masa yang akan datang tidak tergolong dalam golongan miskin. Saya khuatir kerana definisi ‘kemiskinan’ selalu dikaitkan dengan faktor kaum, faktor wilayah, pendidikan dan sebagainya. Namun, faktor usia khususnya golongan warga emas ini tidak diambil kira.
Kedua saya ingin bertanya, mengapakah program Pusat Aktiviti Warga Emas
(PAWE) ini, berapakah jumlahnya di Sabah? Sehingga ke hari ini tidak terdapat di Parlimen Kalabakan. Apakah usaha kementerian bagi menggalakkan lebih ramai warga emas di Sabah terlibat dalam program-program yang dianjurkan oleh kementerian? Itu sahaja daripada saya. Sekian terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Seterusnya Yang Berhormat Kuala Langat.
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
Terima kasih Tuan Pengerusi. Kuala Langat hendak ambil bahagian di dalam peruntukan bajet Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Saya rujuk pada Butiran 20000 – Perkhidmatan Bekalan. Tuan Pengerusi. Saya hendak tanya Jabatan Kebajikan Masyarakat ini, adakah mereka ini untuk bantu semua orang di dalam kawasan ataupun mereka memilih siapa yang akan diberi bantuan dan sebagainya.
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
Saya minta kementerian mengkaji semula kerja Jabatan Kebajikan Masyarakat ini sebab apa yang saya dengar dari kawasan saya dan juga kawasan-kawasan luar ini, ada juga pegawai-pegawai di dalam JKM ini, mereka tidak ikut SOP yang sudah pun disediakan tetapi mereka buat kajian atas isu pilih kasih kepada siapa yang datang kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Orang yang pergi kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat ini ialah orang yang paling miskin dan hendak dapat bantuan dari pegawai-pegawai di dalam Jabatan Kebajikan Masyarakat. So, saya minta untuk kementerian kaji dan janganlah ikut warna kulit dan agama mereka bila mereka datang untuk cari bantuan.
Bantuan itu telah ditetapkan. Saya ingat sekarang dengan kerajaan Keluarga Malaysia, kita kena amalkan Keluarga Malaysia di dalam semua jabatan juga. Ini penting untuk kita faham bahawa orang-orang yang datang kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat ialah orang yang paling miskin dan tidak boleh dapat bantuan dari mana-mana pihak. Mereka tangguh kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Juga, kalaulah kementerian hendak buka pejabat-pejabat baharu JKM ini di dalam kawasan-kawasan, tentukan bahawa jabatan itu ialah di satu tempat di mana ada kenderaan awam (public transport) yang senang untuk orang ini naik bas ataupun ambil kenderaan untuk pergi dan dapatkan bantuan mereka. Malangnya, ada beberapa buah pejabat kebajikan ini, dia ialah di dalam satu tempat di mana tidak ada kenderaan awam.
Mereka miskin hendak pergi kepada sana untuk dapat bayaran bulanan, bayar teksi RM30 hingga RM40. Dari apa dia dapat? Dari RM100 hingga RM120, contohnya lah. So, bayaran sukunya sudah pun pergi kepada bayaran teksi dan sebagainya. So, pastikan bahawa bila kita ada pejabat kebajikan masyarakat, itu mesti ditempatkan di satu tempat di mana mereka senang dihubungi dan senang untuk mereka yang akan pergi kepada pejabat ini untuk dapat bantuan dan sebagainya.
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
Kedua ialah tentang Bakul Makanan. Saya pun hendak bangkitkan perkara ini.
Sampai sekarang pejabat saya Parlimen tidak dapat Bakul Makanan dari JKM. Akan tetapi, saya dengar ada lah arahan daripada Kabinet juga, bila ada program-program yang telah dikenalkan oleh kerajaan, kena melalui pejabat-pejabat Ahli Parlimen. Akan tetapi, kita tidak dapat. Saya sebagai Ahli Parlimen Kuala Langat sampai sekarang, tidak dapat satu peti Bakul Makanan pun dari JKM untuk diberi kepada orang di dalam kawasan. Akan tetapi, saya dengar ada lah JKM yang bagi kepada NGO-NGO di dalam kawasan. NGO- NGO ini saya tidak tahu siapa dia dan dia hendak pergi bagi kepada orang di dalam kawasan dan sebagainya.
Pastikan dari sekarang kalaulah ada bantuan-bantuan ini yang akan diberikan, tolonglah berikan kepada Ahli-ahli Parlimen di dalam kawasan untuk kita yang serahkan kepada penduduk dan kita yang faham, lebih faham dalam situasi yang ada di dalam kawasan-kawasan tertentu. Janganlah bagi kepada parti-parti politik untuk gunakan kesempatan ini untuk bagi kepada orang-orang di bawah. Apa yang terbaik ialah untuk bagi kepada Ahli-ahli Parlimen untuk buat kerja mereka di dalam kawasan masing-masing.
Tuan Pengerusi, kementerian ini nama dia ialah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Perkataan keluarga ini penting. Saya hendak minta kementerian ini untuk ambil berat dengan isu anak-anak yang ada di dalam keluarga ini.
Ini kerana saya bawa perkara ini Tuan Pengerusi sebab ramai yang datang kepada pejabat saya, anak-anak ini tidak ada kertas-kertas pendaftaran ataupun registration, tidak boleh pergi sekolah dan sebagainya. Siapa akan jaga mereka ini? So, saya minta kementerian untuk ambil tindakan buat satu jawatankuasa khas just sahaja untuk jaga anak-anak kita. The children of this country need to be taken care of. Ini ialah satu tugas di bawah kementerian ini dan saya harap kementerian ini akan ambil tugas ini sebagai satu tugas yang serius untuk atasi masalah-masalah yang dihadapi oleh ibu bapa-ibu bapa masing-masing atas anak-anak ini yang mana ramai tidak dapat sijil pendaftaran dan tidak boleh pergi sekolah dan sebagainya. Ini saya ingat kita kena buat sesuatu terbaik untuk masa depan yang datang sebagai kerajaan Keluarga Malaysia untuk semua dapat kemudahan-kemudahan yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk masa depan yang akan datang. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Seterusnya, Yang Berhormat Batu Kawan.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang untuk Batu Kawan membahas peringkat Jawatankuasa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang hanya menerima kurang satu peratus daripada Belanjawan Negara ini.
Saya mulakan dengan Butiran 00300 – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Saya nampak ada peningkatan daripada RM2 juta sehingga RM16 juta.
Maka, ingin saya tahu apakah justifikasi peningkatan yang begitu tinggi ini. Adakah kerajaan akan menetapkan kursus perkahwinan mandatori bagi pasangan yang mahu berkahwin dan jika ada NGO dan badan-badan lain yang mahu membantu kerajaan untuk merealisasikan program ini, apakah tatacara ataupun method untuk mereka offer servis mereka ini?
Saya juga ingin tahu apakah KPI LPPKN untuk tahun hadapan memandangkan tahun ini diberikan RM2 juta dan untuk tahun hadapan RM16 juta. Mesti ada rancangan atau pelan bagi LPPKN. Saya mohon Yang Berhormat Menteri nyatakan apakah KPI-nya.
Seterusnya, saya memetik Butiran 030500 – Wang Saku Institusi Kanak-kanak.
Saya nampak di sini ada pengurangan daripada RM2 juta sehingga RM1.8 juta. Mungkin satu pengurangan yang tidak begitu signifikan. Namun, saya ingin tahu apakah justifikasi bagi pengurangan ini.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Tuan Pengerusi, saya teruskan dengan Butiran 031100 – Bantuan Am dan Butiran 031200 – Bantuan Sosioekonomi Lain. Saya ingin tahu di manakah letaknya RM2 juta yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri untuk 2,000 orang penerima yang berkelayakan dalam program bantuan daripada pihak kementerian yang telah disebut oleh Yang Berhormat Segambut dan Yang Berhormat Parit Buntar yang dikatakan modal yang diumumkan adalah RM1,000 tetapi yang berjaya hanya diberitahu RM500 akan diberikan.
Itu pun bukan tahun ini tetapi tahun hadapan.
Saya rasa ada cadangan lain. Ada peluang lain untuk kerajaan sendiri menganjurkan program seperti ini, program keusahawanan ini. Tuan Pengerusi, kerajaan sendiri ada Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) yang sudah ada trainer atau pelatih yang hebat belaka. Apakah kriteria syarikat swasta yang Yang Berhormat Menteri pilih dan terus percaya kos yang rendah yang ditetapkan anggaran dalam RM50 sehingga RM100 di INSKEN ini boleh untuk digunakan untuk kursus satu hingga dua hari. Jadi yang juga boleh di-sponsor oleh pihak kementerian. Maka, saya ingin tahu adakah benar yang dijanjikan RM1,000 akan dibayar RM500 dan jika ya, adakah ia akan dibayar tahun depan dan jika ya, mengapa bukan tahun ini.
Tuan Pengerusi, seterusnya saya menyentuh Butiran 020200 – Pembangunan Wanita. Saya tidak nampak perkataan Skuad Wanita Anti Jenayah (Skuad WAJA) ini dalam Belanjawan 2022. Walaupun ada modul di bawah kementerian ini yang diberikan kepada semua wanita, kira-kira 30,000 lebih wanita yang mendaftar untuk menjadi ahli dalam Skuad WAJA ini. Skuad WAJA ini memang dah wujud sebelum ini. Kita nampak ada banyak perkongsian gambar-gambar, program-program sebelum ini dengan nama yang sama, yang dihadiri oleh ramai anggota Kabinet, Menteri dan Timbalan Menteri sebelah sana, Yang Berhormat Ketereh pun pernah ada. Muka dia ada atas banner dalam program Skuad WAJA ini.
So, saya mohon kalau ia satu program yang recycle, kita tidak perlu dengan gahnya buat program pelancaran konon. Walhal, sebelum ini memang sudah ada. Akan tetapi, saya juga ingin tahu apakah KPI Skuad WAJA ini. Ini kerana saya nampak bulan Jun tahun ini, Skuad WAJA juga terlibat dalam program untuk mengagihkan Bakul Makanan. Jika, ya siapa yang sponsor Bakul Makanan tersebut? Adakah daripada pihak kementerian ataupun dari NGO dan jika benar, adakah ini tanggungjawab mereka. Saya mohon satu penjelasan daripada pihak kementerian.
Tuan Pengerusi, saya menyentuh Butiran 010200 – Dasar dan Perancangan Strategik.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Sejauh manakah pelan strategik kebangsaan bagi menangani punca perkahwinan bawah umur hari ini? Seramai 445 kanak-kanak tercicir dari sekolah untuk berkahwin. Apakah komen dan pendirian pihak kementerian mengenai isu ini?
Kes bunuh diri. Tuan Pengerusi, dalam satu jawapan Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa tiada pendakwaan yang akan diambil terhadap kes cubaan bunuh diri dari bulan Mac 2020 sehingga Ogos 2021. Namun, jawapan yang saya terima daripada KDN di bulan September menunjukkan 398 orang telah didakwa dari tahun 2020 sehingga Jun tahun ini. Saya hendak tahu siapa yang mengelirukan Dewan? Adakah benar cubaan bunuh ini didakwa ataupun ada moratorium? Ini disebabkan saya mendapat jawapan yang berbeza daripada dua kementerian yang lain di Parlimen ini.
Tuan Pengerusi, seterusnya saya ingin juga ...
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta rumuskan. Masa sudah tamat.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Di bawah Dasar dan Perancangan Strategik ini untuk bertanyakan kepada pihak Yang Berhormat Menteri. Saya difahamkan bahawa tahun ini Rang Undang-undang Akta Gangguan Seksual akan dibentangkan.
Namun setakat ini belum lagi apa-apa taklimat bersama dengan Ahli-ahli Parlimen Pembangkang mahupun BEBAS untuk kami memberikan input seperti yang dilakukan
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
oleh Yang Berhormat Santubong, Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Parlimen yang hari ini mengadakan taklimat untuk Undi 18, tempoh hari untuk MA63.
Maka, saya ingin mengingatkan kepada Yang Berhormat Menteri, kami bukan musuh anda. Kami mahukan satu rang undang-undang yang baik untuk semua. Jangan kita sudah bentangkan, nampak ada kelompangan, ada lacuna dalam rang undang- undang tersebut. Maka harus ditarik balik untuk buat pindaan, pergi ke Jabatan Peguam Negara, pergi sini, pergi sana, maka hilang satu hari nanti. Saya tidak mahu satu keadaan macam itu. Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri dalam tempoh masa ini, buatlah satu taklimat, jemputlah kami Ahli Parlimen Pembangkang untuk memberikan komitmen kami untuk memberikan input.
Last point Tuan Pengerusi, Butiran 00800 – Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri/Daerah. Saya ingin tahu, berapakah peruntukan secara keseluruhan bagi negeri Pulau Pinang, pejabat-pejabat JKM negeri Pulau Pinang terutama sekali JKM di SPT dan SPS?
Saya juga ingin menyentuh sistem pengisian borang JKM 18 ini. Saya rasa ada ruang untuk penambahbaikan. Masa COVID-19, banyak kali pejabat ditutup, pegawai pun tidak boleh keluar. So, pemohon JKM yang betul-betul perlukan bantuan, mereka akan hanya mencari Yang Berhormat. Maka saya ingin mencadangkan, satu ruang dengan kakitangan yang dapat bertutur dalam pelbagai bahasa Tamil, Cina, dialek-dialek di Sabah dan Sarawak, untuk membantu pemohon mengisi borang JKM.
Pada masa yang sama, daripada kita terus menggunakan kertas dalam era IR 4.0 ini, saya ingin mencadangkan peranti diberikan kepada pegawai untuk scan dokumen- dokumen, scan IC, scan kad OKU apabila lawatan dibuat bersama dengan pejabat Yang Berhormat untuk melicinkan proses permohonan bantuan kebajikan agar tidak perlu dua, tiga kali ambil gambar, pergi print lagi. Kita just scan sahaja. Kalau boleh bawa portable printer, lagi baik.
Saya harap saya akan dapat jawapan yang baik daripada pihak kementerian.
Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Seterusnya, Yang Berhormat Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya pergi kepada Butiran 020200 – Pembangunan Wanita. Kerajaan hari ini telah memperuntukkan pelbagai agenda bagi memperkasakan wanita terutamanya dalam bidang keusahawanan. Antara lainnya peruntukan terbesar sebanyak RM230 juta akan disalurkan untuk pembiayaan usahawan wanita melalui pelbagai institusi kewangan dan institusi pembangunan usahawan terpilih. Antaranya program DanaNITA di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan TEKUNITA melalui TEKUN Nasional. Namun begitu, apakah insentif kerajaan bagi menarik minat para suri rumah terutamanya wanita dalam kalangan anak muda yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa?
Tuan Pengerusi, seterusnya Butiran 031000 – Sosioekonomi Warga Emas.
Sebagai persediaan negara untuk menghadapi negara tua 2030, kerajaan disarankan agar membangunkan skim khas yang berkaitan dengan warga emas yang masih lagi bekerja dalam sektor tidak informal. Hal ini kerana apa yang berlaku hari ini, masih terdapat warga emas yang bekerja dalam sektor tidak formal namun tidak apa-apa skim khusus yang melindungi mereka. Golongan ini paling rentan. Ini memerlukan satu polisi khusus yang mampu melindungi mereka. Oleh itu, saya memohon pertimbangan pihak kementerian untuk memperuntukkan satu skim khusus untuk menjaga kebajikan warga emas yang masih bekerja.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Saya meneliti kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa kerajaan akan membentangkan Akta Perlindungan Warga Emas pada tahun hadapan. Oleh itu saya berharap agar cadangan ini turut dimasukkan ke dalam akta tersebut.
Butiran seterusnya ialah Butiran 020100 – Kebajikan Masyarakat. Masyarakat khususnya golongan ibu tunggal yang kematian suami akibat COVID-19, mereka kehilangan sumber pencari nafkah secara mengejut, kehilangan sumber pendapatan keluarga dalam sekelip mata. Lebih membebankan apabila mereka yang sebelum ini tergolong dalam kalangan M40 jatuh ke status B40 secara tiba-tiba.
Seperti yang diketahui umum, pihak kerajaan telah menyalurkan pelbagai bantuan daripada segi kewangan kepada golongan ibu tunggal ini. Namun begitu, saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah bentuk bantuan yang diberikan kepada golongan ini khususnya bagi memastikan mereka mendapat peluang pekerjaan baharu bagi menampung keperluan hidup seharian mereka?
Seterusnya, berkait dengan bantuan baiki rumah. Sekarang ini saya dimaklumkan maksimum untuk bantuan baiki rumah kepada klien JKM hanyalah RM8,000. Saya mencadangkan supaya bantuan ini dinaikkan kepada RM13,000 sebagai mana yang diamalkan di peringkat KPLB, ICU JPM dan lain-lain. Saya juga memohon supaya dapat dipertimbangkan permohonan baiki rumah ataupun baiki rumah dalam bentuk menambah bilik kepada tiga buah bilik. Sekarang ini kalau sekiranya hendak tambah tiga buah bilik, tidak dapat dipertimbangkan kerana kita semua maklum bahawa konsep perumahan Islam mesti mempunyai tiga bilik. Ada bilik untuk suami isteri, ada bilik untuk anak lelaki dan ada bilik untuk anak perempuan.
Seterusnya Butiran 032000 – Anjung Singgah. Saya ingin mengetahui sejauh manakah sambutan kepada program Anjung Singgah ini? Apakah insentif yang diberikan oleh kementerian kepada sesiapa yang menginap di Anjung Singgah ini? Sejauh manakah program ini diuar-uarkan kepada golongan B40?
Untuk yang akhir sekali Tuan Pengerusi, Butiran 010800 – Pembangunan. Di Setiu terdapat satu asrama anak yatim di bawah kelolaan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (PERKAYA) di Pondok Paku Jabi di mana kebocoran atap asrama ini yang perlu diberi bantuan untuk baik pulih segera. Di samping itu juga, mereka memerlukan kenderaan untuk membolehkan dapat mengangkut para pelajar yang ditempatkan di sini yang bersekolah di sekolah-sekolah menengah dan rendah di sekitar asrama ini, di samping kemudahan bilik IT dan lain-lain. Sekian, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Seterusnya, Yang Berhormat Petaling Jaya.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Saya hendak merujuk kepada Butiran 020000 – Kesejahteraan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kenaikan harga barang dan bahan mentah secara tidak langsung telah memberikan kesan kepada peniaga-peniaga kecil dan sederhana yang terdiri daripada ibu tunggal, golongan miskin bandar, warga OKU, anak muda dan juga generasi emas.
Harga bahan mentah seperti beras, gula, minyak masak, tepung dan sebagainya telah meningkat dengan mendadak dan ini telah menyukarkan para peniaga untuk menyediakan produk seperti nasi lemak, nasi goreng dan kuih-muih. Seterusnya, mereka tidak ada pilihan selain daripada menaikkan harga dan jualan barangan mereka.
Akibatnya berlaku penurunan jualan disebabkan oleh kekurangan pelanggan dan sebagainya. Sesetengah daripada mereka adalah dengan izin, sole breadwinner atau pencari nafkah tunggal untuk keluarga mereka.
Saya hendak tanya dan dapat penjelasan daripada kerajaan. Mereka tidak ada jaringan keselamatan seperti pihak Menteri.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Yang Berhormat Menteri minta kereta baru, kerajaan beri. Yang Berhormat Menteri minta hias dan ubah suai pejabat, kerajaan beri. Akan tetapi apabila rakyat susah, apa yang Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Keluarga Malaysia ini lakukan dalam program dan Bajet 2022 ini?
Baru-baru ini timbul isu bahawa lebih 21,000 anak-anak kita yang telah keciciran sekolah dari bulan Mac 2020 sehingga Julai 2021 disebabkan oleh pelbagai faktor yang berpunca daripada pandemik COVID-19. Saya nak tanya, apakah program dan peruntukan yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk memastikan kebajikan mereka ini terjamin.
Saya merujuk kepada butiran yang sama, Butiran 020000 – Kesejahteraan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Saya setuju dengan Yang Berhormat Batu Kawan dan juga Yang Berhormat Parit Buntar tentang program bantuan MyKasih Kapital dan saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Butiran 030900 – Sosioekonomi Kurang Upaya. Bajet ini tidak ada perubahan.
Memandangkan minggu lepas adalah tahun untuk orang kurang upaya, saya ingin menjelaskan perkara berikut. Pada 3 Disember merupakan Tahun Orang Kurang Upaya dan Malaysia pun telah menandatangani konvensyen mengenai hak orang kurang upaya pada Ogos 2010. Setakat ini, terdapat isu hak asasi manusia yang tidak dipenuhi bagi mereka yang kurang upaya seperti memastikan satu peratus daripada tenaga kerja kerajaan dikhaskan untuk orang kurang upaya yang tidak sesuai dengan jangkaan.
Kadar keciciran bagi kanak-kanak OKU adalah kebimbangan utama disebabkan kekurangan akses ke sekolah untuk kanak-kanak yang menggunakan kerusi roda, kekurangan kemudahan, program dan kakitangan terlatih untuk membantu kanak-kanak bermasalah pembelajaran.
Apa yang amat mengecewakan ialah peraturan pendidikan negara bahkan mengecualikan tidak boleh dididik dari sekolah. Apakah program yang telah diperuntukkan oleh kerajaan untuk membantu golongan OKU kanak-kanak untuk meningkatkan akses mereka dan juga mempertahankan hak mereka.
Saya rasa menuju kepada Butiran 030000 – Program Khusus. Di bawah butiran ini, saya ada nampak peruntukan untuk Sosioekonomi Warga Emas iaitu Butiran 031000, Butiran 031500 – Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan Butiran 031600 – Unit Penyayang Warga Emas (UPWE). Saya setuju dengan program ini tetapi masalah warga emas ialah mereka yang duduk di perumahan warga emas yang tidak berlesen kerana MCO yang terpanjang. Banyak perumahan yang berlesen dan juga tidak berlesen perlu ditutup atau tidak cukup dana untuk teruskan beroperasi di masa hadapan. Adakah tindakan dan adakah peruntukan disediakan untuk membantu perumahan warga emas yang masih tidak berlesen dan masih terjejas kerana MCO.
Akhir sekali di bawah Butiran 030000 – Program Khusus. Bolehkah kementerian menjelaskan di manakah bajet untuk gender-based budgeting dan berapa telah diperuntukkan. Di manakah peruntukan untuk latihan gender dan sokongan institusi yang akan membantu mangsa-mangsa gangguan seksual. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Jerai.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kerana memberi ruang kepada saya, Tuan Pengerusi untuk menyertai sesi perbahasan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Saya ingin menyentuh berkaitan perkara di bawah B.48 Butiran 020200 – Pembangunan Wanita. Peruntukan untuk tahun 2022 dilihat berkurang sebanyak
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
RM708,400 berkaitan MyKasih Kapital iaitu modal perniagaan untuk wanita berniaga secara atas talian sebanyak RM1,000 yang melibatkan sebanyak 5,000 orang wanita termasuk 2,000 ibu tunggal.
Pada pandangan saya, program sebegini sangatlah baik untuk membantu golongan wanita dan ibu tunggal yang memerlukan modal untuk berniaga secara atas talian. Secara langsung dapat meningkatkan ekonomi mereka ke tahap yang lebih baik.
Namun baru-baru ini saya mendapat aduan daripada beberapa peserta di kawasan saya yang terpilih bahawa mereka perlu menyertai seminar usahawan anjuran beberapa penceramah motivasi perniagaan yang terkenal sebelum layak untuk mendapatkan bantuan ini.
Saya juga difahamkan seminar ini percuma untuk kali pertama tetapi peserta perlu membayar yuran yang agak mahal dan setelah itu barulah mereka lulus dalam permohonan MyKasih Kapital ini. Jadi soalan saya, apakah penjelasan Yang Berhormat Menteri berkaitan perkara ini agar rakyat tidak terbeban untuk memohon bantuan yang disediakan dan seterusnya dapat menjaga imej kementerian.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****] Yang kedua, di bawah butiran yang sama. Minta kementerian melihat semula tentang ketiadaan rumah perlindungan wanita di seluruh negara. Sekarang hanya terdapat 38 buah rumah perlindungan wanita NGO yang telah diwartakan oleh JKM.
Memandangkan kes melibatkan penganiayaan kepada wanita dan masalah sosial dalam kalangan masyarakat kita kian bertambah, wajar kah kiranya pihak kementerian menambahkan lagi rumah perlindungan ini? Cadangan saya, jadikan masjid setiap daerah atau negeri sebagai pusat perlindungan seperti yang dilakukan di Masjid Wilayah. Ini juga boleh membuatkan masjid diperkasakan aktiviti sosial dan tidak tertumpu sebagai pusat ibadah semata-mata.
Seterusnya P.48 Butiran 031900 – Penyelenggaraan Institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kenderaan jabatan kebanyakan di daerah di Kedah termasuk di daerah saya, daerah Yan telah digunakan hampir 14 tahun dan hanya satu kenderaan sahaja yang dibekalkan kepada kebanyakan daerah. Kenderaan jabatan ini sering mengalami kerosakan dan kos pembaikan tinggi disebabkan usia penggunaan kenderaan yang terlalu lama. Ini menyebabkan peningkatan kos yang perlu ditanggung setiap tahun. Kenderaan jabatan sering digunakan untuk perjalanan jarak jauh bagi menghantar klien jabatan ke institusi JKM dan kenderaan yang sering rosak tidak sesuai untuk digunakan kerana membahayakan kepada penumpang terutamanya klien jabatan.
Soalan saya, apakah tindakan kementerian dalam usaha menangani masalah ini.
Seterusnya di bawah butiran yang sama berkaitan dengan mini depoh atau dipanggil stor simpanan barangan keperluan bencana. Mini depoh sangat diperlukan bagi penyimpanan stor barangan keperluan bencana seperti tikar, selimut, khemah dan barangan pasca bencana seperti sabun mandi dan sebagainya.
Ruang pejabat yang sempit menyebabkan hanya satu bilik sahaja dapat digunakan sebagai stor dan sebahagian barang-barang tersebut terpaksa disimpan di luar bilik stor. Ini mengganggu pergerakan kakitangan dan menyebabkan keadaan pejabat tidak terurus. Dengan ketiadaan stor ini akan mengakibatkan risiko berlakunya kehilangan barangan tersebut apabila tidak disimpan dengan baik.
Walaupun daerah Yan terletak berdekatan dengan depoh simpanan keperluan bencana Bidong tetapi stor di daerah juga memerlukan stok yang mencukupi untuk kesiapsiagaan menghadapi bencana. Ini kerana apabila tiada stok yang mencukupi di depoh, daerah perlu meminjam daripada daerah yang lain dan ianya melibatkan logistik, petugas dan masa. Penyaluran bantuan kepada mangsa terjejas akan menjadi lambat dan ini menyebabkan berlakunya aduan serta menjejaskan imej jabatan.
Sejak berlakunya tragedi bencana kepala air di Gunung Jerai pada 18 Ogos yang lalu, daerah Yan adalah antara kawasan berisiko banjir apabila berlakunya hujan lebat.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Oleh itu, stok keperluan bencana yang mencukupi perlu disediakan untuk kesiapsiagaan menghadapi bencana. Soalan saya, adakah pihak kementerian mempunyai perancangan dalam membantu pejabat setiap daerah dalam mewujudkan fasiliti ini.
Seterusnya, yang terakhir P.48 Butiran 00800 – Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri, Daerah.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Dalam Belanjawan 2022, pihak kerajaan telah mengumumkan bayaran insentif RM200 kepada Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 dan Pembantu Perawatan Kebajikan Gred U11 dan U14. Mohon pertimbangan pihak kerajaan agar bantuan ini turut diberi kepada semua kakitangan kumpulan sokongan yang berada dalam Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana peranan dan sumbangan besar mereka dalam menjaga kebajikan rakyat ketika bencana alam dan menyalurkan bantuan ketika pandemik COVID-19 baru-baru ini.
Peranan kakitangan JKM perlu dihargai dan diletakkan sebaris bersama barisan hadapan negara yang lain. Oleh itu, saya mencadangkan kerajaan mewujudkan elaun khas barisan hadapan kepada semua kakitangan di institusi JKM dan juga kumpulan sokongan yang sedang berkhidmat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Yang Berhormat Sandakan.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang bagi saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasa peringkat Jawatankuasa bagi belanjawan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Tuan Pengerusi, pertama sekali saya ingin merujuk kepada muka surat 434, Butiran 030800 – Sosioekonomi Keluarga Miskin dan Butiran 031000 – Sosioekonomi Warga Emas, yang mana mewakili item belanjawan terbesar untuk kementerian ini pada tahun 2022. Bajet yang diperlukan untuk sosioekonomi keluarga miskin pada tahun 2022 adalah betul-betul sama dengan tahun 2021. Manakala bajet yang diperuntukkan untuk sosioekonomi warga emas hanya mempunyai peningkatan kecil sebanyak 0.06 peratus.
Pada tahun-tahun yang lepas, pusat khidmat saya juga telah menerima lebih banyak permohonan untuk mendapatkan bantuan daripada mereka yang cuba untuk memohon bantuan orang tua atau bantuan keluarga miskin buat kali pertama dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sama ada ia tidak berjaya atau langsung tidak mendapat maklum balas daripada jabatan itu. Bolehkah Yang Berhormat Menteri memberikan jumlah permohonan baru yang telah diterima bagi dua skim bantuan itu di Sabah dalam tempoh setahun yang lalu, terutamanya data untuk Sandakan? Berapakah jumlah permohonan baru ini telah diluluskan?
Kedua, saya ingin merujuk kepada Butiran 031100 - Bantuan Am, 031200 - Bantuan Sosioekonomi Lain dan 031300 - Komuniti. Pandemik COVID-19 telah membuatkan kehidupan yang sangat tertekan dan susah bagi kebanyakan rakyat Malaysia khasnya golongan ibu bapa tunggal. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah terdapat sebarang skim sokongan dan bantuan tambahan yang disediakan untuk ibu bapa tunggal ini? Saya amat berharap kementerian juga akan melihat untuk menyediakan lebih banyak bajet bagi menyediakan lebih banyak bantuan kepada ibu bapa tunggal ini. Ramai daripada mereka menderita dan meminta pertolongan di setiap pelosok negara.
Tuan Pengerusi, akhirnya saya ingin merujuk kepada Butiran 032000 – Anjung Singgah dan Butiran 01300 – Kompleks Penyayang. Ketika ini, hanya terdapat lima buah Anjung Singgah yang ada di negara ini iaitu di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang,
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Kuching dan Ipoh. Akan tetapi malangnya berdasarkan jumlah yang diperuntukkan untuk itu, kementerian tiada perancangan untuk membina lebih banyak Anjung Singgah di negara ini.
Yang Berhormat Menteri, kita amat memerlukan Anjung Singgah di negara ini, khasnya di kawasan Parlimen saya, Sandakan. Setiap hari terdapat ramai lelaki, wanita dan kanak-kanak yang tidur di jalanan di Sandakan. Saya juga boleh memberitahu situasi kepada Yang Berhormat Menteri bahawa tempat kegemaran mereka untuk tidur pada waktu malam adalah di hadapan luar pintu masuk beberapa buah kawasan mesin juruwang automatik (ATM) di beberapa buah bank kerana udara sejuk selalu keluar dari celah di bawah pintu berkenaan. Kita pastinya memerlukan campur tangan dengan segera daripada kementerian untuk menangani isu gelandangan ini.
Selain daripada isu gelandangan ini, saya juga ingin merayu kepada kementerian untuk mengambil berat atau menjaga wanita kita yang mengalami penderaan di rumah.
Kebanyakannya mangsa yang saya temui ini tidak mempunyai tempat perlindungan sementara untuk mereka berlindung. Di seluruh Sabah, hanya terdapat sebuah pusat tempat perlindungan sedemikian yang terletak di Kota Kinabalu. Adalah hampir mustahil untuk mengatur seseorang yang berada di Sandakan untuk pergi ke sana iaitu di Kota Kinabalu kerana ia terlalu jauh dan untuk ia menjadi lebih praktikal. Oleh itu, sangat penting bagi kementerian untuk melihat lebih banyak bantuan bagi golongan yang terdedah ini dengan membina rumah perlindungan untuk mereka di Sandakan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Yang Berhormat Kemaman, silakan.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi, memberi peluang untuk saya bersama dalam membahaskan peringkat Jawatankuasa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Saya teruskan kepada Butiran 030300 – Pembangunan dan Perkembangan Kanak-kanak. Saya ingin menyentuh mengenai Jabatan Pembangunan Kanak-kanak sebagai agensi baru di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Jabatan ini yang dirangka untuk menjaga urusan melibatkan 9.24 juta orang kanak-kanak di seluruh negara yang melibatkan tiga fasa. Namun sehingga kini, kementerian belum menetapkan suatu garis masa khusus melibatkan penubuhan jabatan tersebut.
Soalan saya, adakah kerajaan bercadang untuk menubuhkan agensi di bawah Jabatan Pembangunan Kanak-kanak ini di setiap negeri agar urusan kebajikan kanak- kanak di seluruh negara boleh dilaksanakan secara bersasar dan mencakupi segenap lokaliti yang ada? Daripada aspek sumber manusia pula, berapakah jumlah kakitangan kontrak mengikut negeri yang bakal dilantik untuk menggerakkan Agensi Pembangunan Kanak-kanak ini? Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Seterusnya, Butiran 030800 – Sosioekonomi Keluarga Miskin. Sistem eKasih merekodkan sejumlah 262,888 orang ketua isi rumah yang berstatus miskin tegar di seluruh negara yang didominasi oleh kaum Melayu paling ramai iaitu 54.8 peratus.
Manakala India dan Cina masing-masing sebanyak 4.5 peratus dan 2.9 peratus. Golongan yang paling banyak tersenarai dalam pendapatan garis kemiskinan pula adalah di serata bandar iaitu 54 peratus berbanding luar bandar iaitu 46 peratus.
Saya telah meneliti jawapan daripada pihak kementerian berkaitan isu ini, bahkan fokus untuk mengurangkan jurang pendapatan antara Bumiputera dan bukan Bumiputera turut dimasukkan dalam agenda utama RMKe-12. Namun, apakah mekanisme yang digunakan oleh kerajaan bagi memastikan agenda untuk mengurangkan jurang kemiskinan berdasarkan kaum ini tercapai dalam jangka waktu yang ditetapkan? Hal ini kerana kalau kita lihat ke belakang jurang pendapatan antara kaum miskin bertambah dari
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
tahun ke tahun, apatah lagi selepas wabak COVID-19 melanda negara kita ini. Kita dapat lihat ramai di kalangan yang bertukar status kepada miskin tegar adalah orang Melayu, mohon penjelasan.
Seterusnya Tuan Pengerusi, Butiran 020200 – Pembangunan Wanita. Saya menyambut baik inisiatif kerangka 4K yang diperkenalkan oleh kementerian iaitu kemahiran, kewangan, keseimbangan dan kesaksamaan dalam usaha memperkasakan wanita di negara ini. Di bawah kerangka keseimbangan, apakah mekanisme yang digunakan oleh kerajaan untuk mengukur sejauh mana seseorang wanita itu menikmati keseimbangan kehidupan? Sehingga kini, apa bentuk program yang dilaksanakan kerajaan bagi mempromosikan kehidupan seimbang ini dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan wanita?
Selain itu, saya juga berpandangan bahawa peranan golongan lelaki, khususnya para suami yang memahami turut memainkan peranan yang penting. Oleh itu, selain menekankan kerangka keseimbangan daripada aspek wanita itu sendiri, adakah kementerian berhasrat untuk mewujudkan program yang turut sama melibatkan golongan suami? Memandangkan mereka turut bertindak sebagai salah satu faktor yang mendorong kepada wanita ke arah keseimbangan kehidupan dalam segenap aspek.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Seterusnya, Butiran 020400 – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Saya ingin menyentuh berkaitan inisiatif program NUR@rumah yang diwujudkan untuk menyampaikan perkhidmatan perancangan keluarga dan juga kesihatan reproduktif kepada kumpulan sasar yang layak. Saya difahamkan inisiatif ini diperkenalkan bagi mendidik wanita dan kaum keluarga untuk merancang keluarga bagi meningkatkan status kesejahteraan dan kualiti hidup para wanita dan keluarga mereka.
Soalan saya, adakah inisiatif NUR@rumah ini dilaksanakan di cawangan LPPKN di seluruh negara atau cawangan-cawangan tertentu sahaja? Sehingga kini, berapa peratuskah golongan B40 dan ke bawah yang terlibat dalam program ini? Apakah inisiatif kementerian bagi memastikan manfaat program ini sampai kepada golongan sasar yang ditetapkan?
Seterusnya, yang terakhir, Tuan Pengerusi, Butiran 031400 – Membanteras Pemerdagangan Orang. Saya ingin bertanya mengenai status terkini mangsa pemerdagangan yang telah ditempatkan di rumah perlindungan KPWKM. Apakah bentuk- bentuk bantuan yang diberikan oleh kementerian terhadap mangsa tersebut? Adakah sesi kaunseling bagi mangsa mengalami trauma turut diberikan secara khusus? Selain itu, adakah bantuan yang diberikan kerajaan turut melibatkan warga asing atau hanya khusus untuk warga tempatan sahaja? Mohon penjelasan. Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Kemaman. Yang Berhormat Tangga Batu, silakan.
Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 010000. Peruntukan telah diturunkan hampir RM10 juta.
Mengapa peruntukan ini diturunkan dan apakah kategori dalam butiran ini yang diturunkan?
Merujuk kepada Butiran 020100 – Kebajikan Masyarakat, Aktiviti 1, antaranya meningkatkan keupayaan prestasi, memberi nafas baharu kepada jabatan, meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kebajikan kepada golongan sasar. Terdapat lebih RM6,100,000 pertambahan peruntukan bagi aktiviti ini. Ini adalah sangat membantu jika nafas baharu diberikan kepada JKM dan penyampaian perkhidmatan sampai ke golongan sasar.
Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
Saya ingin mengetahui, apakah contoh penyampaian perkhidmatan yang telah diperbaiki? Adakah pesakit-pesakit terlantar sudah tidak perlu dipapah untuk ke JKM memperoleh pendaftaran bantuan? Berapa ramai keluarga-keluarga susah yang telah terkesan COVID-19 yang baru dikenal pasti layak menerima bantuan dengan cara turun ke bawah? Adakah kementerian mempunyai data tentang hal ini? Contohnya di Melaka ataupun di Tangga Batu. Adakah kementerian mempunyai data berapa ramai dari jumlah lebih dari 28,000 kematian akibat COVID-19 dalam kategori B40 atau M40 yang telah dibantu atau dipastikan kebajikan mereka dan adakah telah dipastikan persekolahan anak-anak itu dijamin? Adakah jabatan membuat follow-up visit, dengan izin, dari kaunselor, contohnya, untuk memastikan mereka tidak murung atau mengalami gangguan mental?
Adakah kementerian sedar bahawa banyak juga keluarga yang tertekan kerana terpaksa pergi membuat swab test, dengan izin, secara sendiri dengan harga RM60 seorang apabila mereka terlibat dengan kontak rapat? Jika keluarga ada lima orang untuk swab test sahaja, ia memerlukan RM300. Saya diminta menyuarakan tentang perkara ini dan sama ada kementerian boleh cadangkan agar keluarga-keluarga dalam kategori ini boleh dikecualikan bayaran atau, jika tidak pun, dikurangkan separuh daripada bayaran sekarang.
Merujuk kepada Butiran 020200 – Pembangunan Wanita, terdapat pengurangan peruntukan RM708,400 atau lebih daripada RM700,000. Mengapakah peruntukan pembangunan wanita dikurangkan dan dalam aspek apa? Sedangkan kita tahu ramai yang terkesan kehilangan pekerjaan dan memerlukan kemahiran-kemahiran baharu untuk terus survive, dengan izin.
Butiran 030800 – Sosioekonomi Keluarga Miskin. Apabila kita turun kawasan dan menziarahi keluarga-keluarga miskin, sering kali menjumpai kes-kes seperti bapa sakit dan tidak boleh bekerja, ibunya menjaga suami yang sakit dan menguruskan anak-anak kecil di rumah. Anak-anak yang awal belasan tahun tidak pergi ke sekolah dan bekerja di kedai-kedai makan, berniaga kecil-kecilan untuk membantu keluarga.
Bagaimana persekolahan anak-anak ini? Bagaimanakah masa depan pelajaran mereka? Bagaimana perkembangan sosial anak-anak ini? Anak-anak yang begini sudah hilang minat untuk bersekolah. Dalam kesusahan ini, adakah tidak mustahil untuk mereka mencari jalan mudah terlibat, contohnya keluarga itu sendiri, dengan judi online yang sangat mudah didapati di kedai-kedai top-up? Ini juga banyak berlaku dalam kes-kes suami ditahan di penjara atau pusat serenti kerana terlibat dadah. Adakah kementerian mempunyai program support system, dengan izin, secara bersungguh membantu masalah-masalah ini?
Jika kita gagal melakukan ini, kita akan terus menghadapi masalah ini dalam masyarakat. Keluarga-keluarga ini tidak akan dapat memutuskan rantaian kemiskinan ini dan ia akan berterusan dari generasi ke generasi.
Akhir sekali, keluarga-keluarga ini biasanya tinggal di rumah sewa yang uzur.
Bolehkah saya cadangkan kementerian bekerjasama rentas kementerian menggunakan rumah-rumah ataupun kuarters kerajaan yang tidak digunakan, contohnya kuarters hospital, klinik kesihatan ataupun kuarters guru, dengan sewa yang minimum dalam jangka masa yang ditetapkan? Ini komitmen bersama. Saya juga menyeru rakyat Malaysia terutamanya sukarelawan dapat membantu sekurang-kurangnya luangkanlah masa dan tenaga jika tidak pun menyumbang kewangan.
Tuan Pengerusi, terima kasih atas peluang yang diberi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Yang Berhormat Tebrau, silakan.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi, butiran yang saya ingin sentuh adalah Butiran 020100 – Kebajikan Masyarakat. Peranan utama Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah satu agensi kerajaan
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial, kerja-kerja kebajikan dan pembangunan masyarakat dalam prinsip kebajikan tanggungjawab bersama.
Mengapakah perlu pemohon hadir ke pejabat JKM untuk serah permohonan?
Mengapa tidak memperkasakan sukarelawan kebajikan untuk membuat kerja lawatan, siasatan, cadangan serta menyokong sesuatu kes permohonan atau memperbaharui bantuan sekiranya apa yang dimatlamatkan adalah untuk membantu dan menolong orang yang perlu dibantu?
Tuan Pengerusi, kini JKM bergantung kepada ketua kampung dan wakil rakyat untuk mengesahkan maklumat peribadi seseorang pemohon. Ini bukan kerja utama wakil- wakil rakyat atau pembantu-pembantunya yang memerlukan masa dan juga pengetahuan atau kepakaran untuk menyiasat sesuatu kes.
Saya juga mendapat tahu SOP yang diguna pakai akan menolak sesuatu permohonan sekiranya pemohon mempunyai TV LED, Astro atau kereta tanpa mengambil kira bila benda itu diperolehi atau itu sudah lama dibeli. Saya tidak mahu satu kes yang betul-betul memerlukan bantuan kewangan JKM ditolak semata-mata oleh sebab perkara tersebut.
Ada juga pejabat JKM diletak di tempat yang sukar bagi pemohon yang menggunakan kerusi roda untuk mengakses atau datang ke pejabat JKM seperti JKM Daerah Johor Bahru. Saya berharap pejabat yang tidak mesra kepada orang kurang upaya dipindah secara berperingkat kepada tempat yang senang diakses oleh semua.
Saya juga minta Menteri menyatakan, adakah semua pegawai JKM termasuk sukarelawan dilatih atau mempunyai pengetahuan serta pengalaman untuk mendidik, menasihati sesuatu pemohon untuk berdikari dari segi kewangan dan bebas dari kebergantungan kepada bantuan JKM, wakil rakyat serta NGO-NGO?
Tuan Pengerusi, Butiran 020400 – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Saya ingin Menteri menyatakan sejauh manakah kejayaan LPPKN dalam misinya untuk mewujudkan keluarga yang kukuh ke arah melahirkan masyarakat penyayang, penduduk berkualiti dan bangsa Malaysia yang progresif.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Tuan Pengerusi, LPPKN diwujudkan sejak tahun 1966. Akan tetapi, selain daripada populasi penduduk semakin meningkat, kes-kes seperti rogol, gangguan seksual, perkahwinan bawah umur, berhenti sekolah pada usia awal, keluarga besar di kalangan miskin, keganasan rumah tangga makin meningkat. Masalah sosial yang semakin teruk dan mencabar seperti gangsterism dengan izin dan vandalism dengan izin makin berleluasa. Perceraian ibu bapa makin meningkat. Anak-anak dijaga oleh orang lain selain daripada ibu bapa menjadi kebiasaan.
Tuan Pengerusi, isu-isu yang saya sebutkan amat serius di kalangan keluarga B40 di bandar raya. Sistem pendidikan sekolah dan peranan ibu bapa adalah asas seseorang anak dapat dididik untuk melahirkan seorang insan yang bersahsiah baik.
Namun, keadaan ini tidak kelihatan berjaya oleh sebab keluarga B40 semakin meningkat.
Tuan Pengerusi, walaupun program-program LPPKN telah dilaksanakan hampir 55 tahun, malangnya kita masih dianggap oleh warga asing sebagai satu negara yang tidak selamat, kotor dengan sampah kerana tidak dijaga dan menyayangi alam sekitar, mengamalkan penyeludupan manusia, tidak mematuhi undang-undang, tidak jujur, suka menipu dan sebagainya. Walaupun saya setuju tetapi ini adalah gambaran daripada warga asing. Saya memohon agar kerajaan mengambil langkah atau tindakan yang serius supaya kita dapat membersihkan imej negara pada masa yang akan datang.
Tuan Pengerusi, butiran yang terakhir adalah 030300 – Pembangunan dan Perkembangan Kanak-kanak. Perkembangan seorang kanak-kanak itu dipengaruhi pelbagai faktor. Antaranya genetik, neurologi fizikal, persekitaran dan emosi. Sejauh manakah kerajaan telah berjaya dalam usaha ini? Saya minta Yang Berhormat Menteri
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
menyatakan statistik kanak-kanak di bawah umur 15 tahun yang tidak bersekolah serta statistik kanak-kanak di bawah umur 15 tahun yang bekerja.
Saya juga minta Yang Berhormat Menteri menyatakan statistik majikan yang telah diambil tindakan undang-undang berhubung buruh kanak-kanak atau child labour dengan izin. Sekiranya sektor perkilangan atau perladangan di Malaysia yang mengambil pekerja di bawah umur, ini akan mendatangkan kesan pada ekonomi negara kerana negara luar yang menolak eksploitasi terhadap buruh kanak-kanak tidak akan membeli produk kita sekiranya kita mengambil pekerja di bawah umur.
Lagi 30 saat lagi saya akan habis. Tuan Pengerusi, saya juga melihat ramai kanak-kanak yang terbiar tanpa pemantauan ibu bapa. Mereka sering bergaul serta mengubahsuai basikal menjadi basikal lajak, membuang brek dan sebagainya. Mereka juga sering keluar bersama kawan-kawan dengan membawa basikal dalam keadaan yang membahayakan keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain seperti kes pada 18 Februari 2017 yang meragut nyawa seramai lapan orang remaja yang berumur 13 hingga 16 tahun yang berbasikal lajak di Jalan Lingkaran Dalam Johor Bahru pada jam 3.30 pagi.
Waktu ini adalah sepatutnya waktu tidur bagi mereka, tetapi tidak bagi mereka.
Saya ingin bertanya apakah sebab-sebab ini berlaku kerana situasi seperti ini tidak berlaku di negara lain. Apakah cara penyelesaian yang sewajarnya dan adakah undang- undang yang sedia ada mencukupi untuk membendung isu tersebut daripada berlaku?
Sekian, itu sahaja daripada Tebrau.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Pokok Sena, silakan.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 010000 – Pengurusan dalam kementerian ini. Pertama sekali saya hendak sebut adalah apakah langkah yang dibuat oleh kementerian ini dalam untuk memastikan penempatan satu peratus OKU dalam sektor awam sebagai kakitangan atau pegawai di sektor awam? Ini kerana, sasaran ini telah pun begitu lama diletakkan untuk dicapai iaitu satu peratus.
Sedangkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri beberapa hari yang lalu telah menyatakan bahawa dia meletakkan KPI untuk hujung tahun 2022, semua kementerian mesti capai satu peratus tersebut. Jadi, saya hendak minta penjelasan supaya Yang Berhormat Menteri boleh menyenaraikan kepada saya tentang kedudukan semasa peratusan OKU di setiap kementerian dan jabatan dalam sektor awam ini untuk kita lihat berapa banyak lagi yang perlu diberikan penempatan untuk mencapai satu peratus OKU dalam sektor awam.
Ini kerana, saya fikir bahawa ini merupakan langkah tanggungjawab yang perlu diambil oleh kementerian ini yang bertanggungjawab terhadap permasalahan- permasalahan yang berkaitan dengan OKU, walaupun sektor awam itu berada di bawah Jabatan Perdana Menteri. Akan tetapi, kementerian inilah yang mesti memantau untuk push supaya Jabatan Perkhidmatan Awam itu perlu memastikan pencapaian satu peratus itu mesti dicapai.
Yang keduanya ialah Butiran 010000 – Pengurusan. Saya hendak mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri tentang isu runding terus satu Program Perception Intelligence System yang telah pun dibuat memakan belanja hampir setengah juta. Pada waktu – tadi kita bincang soal kebajikan masyarakat– di waktu masyarakat berhadapan dengan isu perut, iaitu kelaparan dan kelangsungan hidup akibat daripada kenaikan kos yang begitu tinggi dalam kehidupan harian hari ini dengan harga barang naik dan sebagainya. Tiba-tiba saya lihat bahawa satu program yang dibuat dalam projek runding terus ini iaitu Perception Intelligence System.
Apakah keperluan untuk dibuat program ini? Saya hendak dapatkan penjelasan, adakah sistem ini hanya diguna untuk melihat pengukuran pencapaian Yang Berhormat Menteri, persepsi kepada Yang Berhormat Menteri kepada Yang Berhormat Timbalan
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Menteri dan juga kepada kementerian yang saya difahamkan bahawa KPI Menteri ini adalah antara yang terendah dalam berbanding dengan KPI kepada Yang Berhormat Menteri-menteri yang lain.
Jadi, apakah keperluannya? Saya hendak dapatkan penjelasan ialah apakah keperluan di saat kelaparan rakyat di saat perut rakyat sedang berhadapan dengan permasalahan dengan tidak kecukupan makanan, tiba-tiba kementerian Yang Berhormat Menteri boleh membuat satu program yang dinamakan Perception Intelligence System.
Ini sesuatu yang mengejutkan saya.
Sepatutnya melihat kepada kebajikan dan melihat kepada rintihan rakyat. Bukan hendak melihat persepsi rakyat kepada Yang Berhormat Menteri, kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan kepada kementerian. Rakyat sekarang ini sudah pun memberikan persepsi yang jelas iaitu kelaparan. Kami lapar – kami berhadapan dengan permasalahan kehidupan dan kelangsungan hidup. Jadi ini yang perlu diberikan penjelasan kepada Dewan.
Keduanya, kenapakah pula dibuat secara runding terus? Apakah perlu dibuat secara runding terus? Ketiga, kenapa tidak menggunakan institusi yang telah sedia ada dalam kerajaan, di dalam kementerian sendiri – Kita ada Unit Komunikasi Korporat yang boleh menjalankan tugas ini dengan peruntukan perbelanjaan yang sedia ada untuk melihat apakah persepsi rakyat terhadap Yang Berhormat Menteri, terhadap Yang Berhormat Timbalan Menteri– terhadap Yang Berhormat Menteri kerana potongan yang sudah langsing sekarang, tidak seperti dahulu dengan pakaian yang cantik dan sebagainya.
Kita boleh dapat dari Unit Komunikasi Korporat, tidak perlu untuk kita berikan satu projek runding terus yang memakan belanja hampir setengah juta. Jadi, bagi saya ini sesuatu pembaziran yang hanya dibuat hanya semata-mata untuk kepentingan diri seseorang. Sekian terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Tumpat. Silakan.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Alhamdulillah, diberikan peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Pertamanya, saya ingin menyentuh Butiran 020400 – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara. Peruntukan di bawah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara ini telah dinaikkan daripada RM59.16 juta kepada RM61.75 juta.
Di bawah butiran ini, saya ingin bertanya apakah pihak kementerian akan terus memperkasakan Kempen ‘Say No 2 Zina’ yang pernah dilancarkan pada tahun 2018 dan 2019. Sejauh mana kempen-kempen ini dirancang untuk digerakkan di peringkat sekolah bagi memastikan anak remaja kita selamat daripada masalah ini.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Saya juga ingin mendapatkan perkembangan mengenai talian bantuan sokongan psikososial. Berapakah jumlah panggilan yang diterima sejak pembukaan semula sektor sosial dan ekonomi oleh pihak MKN? Apakah bentuk-bentuk sokongan dan bantuan emosi yang berjaya dikenal pasti? Saya juga ingin mengetahui, apakah ada perubahan jumlah panggilan ketika dalam tempoh pandemik dan pelaksanaan PKP dengan jumlah panggilan apabila pembukaan serta kelonggaran sekatan dilaksanakan?
Seterusnya saya juga ingin mengetahui jumlah kaunselor yang berdaftar di bawah LPPKN ketika ini? Adakah kementerian bercadang untuk menambah lagi jumlah kaunselor sedia ada ini? Apakah kementerian juga merancang untuk menaik taraf modul-
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
modul latihan kepada para kaunselor, termasuklah ilmu-ilmu asas psychologist dan psychiatrist bagi memastikan intervensi yang lebih komprehensif dan menyeluruh?
Seterusnya saya ingin menyentuh Butiran 020100 – Kebajikan Masyarakat.
Dalam pembentangan belanjawan tempoh hari, kerajaan telah mengumumkan penubuhan Yayasan Keluarga Malaysia oleh Jabatan Perdana Menteri bagi memberikan perlindungan kanak-kanak yatim piatu akibat virus COVID-19 dengan nilaian RM25 juta.
Saya ingin bertanya, sejauh manakah peranan kementerian ini dilibatkan dengan penubuhan Yayasan Keluarga Malaysia itu? Apakah bentuk perlindungan jangka panjang yang disediakan oleh pihak kementerian terhadap kanak-kanak berkenaan?
Seterusnya Butiran 031400 - Membanteras Pemerdagangan Orang. Peruntukan ini di bawah butiran ini mengalami sedikit pengurangan daripada RM2.6 juta kepada RM2.1 juta pada tahun hadapan. Dalam butiran ini saya ingin bertanya, berapakah tempat perlindungan mangsa pemerdagangan orang yang masih ada sehingga ke hari ini?
Apakah rancangan jangka panjang yang akan dilakukan bagi menjaga kebajikan mangsa serta sejauh mana penglibatan pelbagai pihak whole-of-society, daripada NGO dan syarikat swasta dilibat urus?
Selain itu, sebelum ini ada dibangkitkan mengenai pembayaran pampasan serta insentif kepada mangsa pemerdagangan orang ini untuk meyakinkan mereka memberi keterangan di mahkamah untuk pensabitan kes. Saya ingin bertanya, adakah cadangan tersebut telah dilaksanakan?
Seterusnya Butiran 031900 – Penyelenggaraan Institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat. Saya ingin bertanya sejauh mana kementerian merancang untuk mengurangkan birokrasi urus tadbir JKM, khususnya kepada golongan OKU bagi memastikan keperluan kebajikan golongan ini dapat dipenuhi? Sebelum ini mereka juga pernah mengadukan mengenai masalah bayaran elaun bulanan termasuklah elaun pekerja cacat yang tergendala kerana masalah birokrasi.
Oleh itu saya memohon penjelasan kementerian, apakah permasalahan ini telah ditangani sebaiknya oleh pihak kementerian? Saya juga ingin mengetahui nisbah seorang pegawai JKM dengan penduduk setempat yang menepati piawaian kementerian? Apakah ada JKM yang mengalami masalah kekurangan pegawai sehingga mendorong kepada ketidak efisiennya penyampaian dasar dan bantuan daripada kerajaan? Apakah ada langkah-langkah disediakan bagi mengatasi masalah ini? Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Yang Berhormat Labuan. Silakan.
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus ke Butiran 020100 – Kebajikan Masyarakat. Kalau dilihat pada Belanjawan 2020, peruntukan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah RM417 juta. Agak menghairankan ketika mana pandemik teruk melanda negara, peruntukan ini dikurangkan pula kepada RM397 juta pada tahun 2021. Pada tahun ini masih rendah daripada tahun 2020, iaitu hanya RM403 juta.
Saya berpandangan peruntukan JKM ini perlu dinaikkan berlipat ganda. Perlu mencukupi. Sebelum pandemik COVID-19 melanda negara pun, memang sudah peruntukan JKM terlalu kecil sehinggalah budaya di mana kerja-kerja kebajikan ini dibuat oleh parti-parti politik, pemimpin-pemimpin politik. Saya rasa sudah sampai masanya untuk kita berubah di mana pemimpin-pemimpin politik, wakil-wakil rakyat fokus dalam usaha-usaha untuk memperbaiki dasar-dasar kerajaan dan menjadi suara kepada rakyat dan juga menjadi checks and balances pada pelaksanaan polisi yang sudah dibuat.
Dengan pandemik, dengan pasca COVID-19 ini yang sebenarnya keadaan menjadi lebih teruk. Sebelum ini pun kalau di Labuan, sudah ramai mereka yang B40 yang sakit tetapi terpaksa ke Kota Kinabalu untuk mendapatkan rawatan di hospital di sana perlukan bantuan kewangan. JKM selalunya tidak mempunyai peruntukan yang cukup, terutamanya kepada non-Muslim sebab mereka tidak dapat bantuan daripada Baitulmal.
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Jadi saya berharap polisi kita berubah di mana bantuan ini kita fokuskan untuk dilaksanakan oleh JKM, bukan oleh pemimpin-pemimpin politik.
Butiran 030800 - Sosioekonomi Keluarga Miskin, Butiran 030900 - Sosioekonomi Kurang Upaya, Butiran 031100 – Bantuan Am dan Butiran 031200 – Bantuan Sosioekonomi Lain. Dua butiran ini iaitu Sosioekonomi Keluarga Miskin dan Sosioekonomi Kurang Upaya ini merangkumi hampir 50 peratus daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan mengurus kementerian. Justeru, terdapat beberapa persoalan yang saya ingin bangkitkan.
Pertama, saya ingin tahu jumlah keluarga miskin di Labuan yang dibantu dan jenis-jenis bantuan di bawah Butiran Sosioekonomi Keluarga Miskin dan Butiran Sosioekonomi Kurang Upaya. Dengan COVID-19 ini, saya ingin tahu berapakah kenaikan kumpulan B40 ataupun miskin di Labuan yang memerlukan bantuan bulanan? Begitu juga dengan dua lagi butiran iaitu Butiran Bantuan Am dan Butiran Bantuan Sosioekonomi Lain.
Saya memohon perincian bantuan tersebut.
Ketiga, adakah JKM sudah mengenal pasti mereka yang telah mengalami masalah mental, khususnya golongan B40 atau berpendapatan rendah di seluruh negara semasa tempoh pandemik ini dan bantuan yang disediakan?
Keempat dan terakhir Tuan Pengerusi, apakah kaedah yang dirasakan sesuai oleh JKM dalam memastikan isu kekurangan nutrisi kanak-kanak daripada golongan keluarga yang terkesan dapat dibantu? Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Yang Berhormat Merbok, silakan.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Labuan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini adalah kementerian yang seharusnya menjadi kementerian barisan hadapan dan menerima peruntukan yang munasabah untuk rakyat. Kebajikan rakyat ini adalah bukan politik murahan.
Saya terus kepada Butiran 030300 – Pembangunan dan Perkembangan Kanak- kanak. Di bawah butiran ini, apakah yang kementerian usahakan dalam butiran ini, khususnya dalam membantu isu keciciran dalam perkembangan dan pembangunan kanak-kanak sepanjang berlakunya pandemik? Apakah program kerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam menangani isu keciciran yang akan membantutkan pembangunan dan perkembangan kanak-kanak ini? Ini kerana sebelum ini Yang Berhormat Menteri pernah menyatakan bahawa lebih 4,000 orang kanak-kanak yang menjadi yatim atau yatim piatu akibat kematian kedua-dua ibu bapanya kerana COVID- 19. Jadi, sekiranya nama-nama ini boleh diagih-agihkan kepada Parlimen yang terlibat, maka ia boleh dipantau secara bersama.
Seterusnya Butiran 030400 – Kurang Upaya Pemulihan dalam Komuniti (PDK).
Sekiranya kerajaan ada mengkaji semula elaun kenaikan anak-anak OKU, daripada RM150 kepada RM300 dan saya juga ingin mencadangkan untuk menaikkan peruntukan utiliti daripada RM500 hingga ke RM1,000 termasuklah penyelenggaraan bangunan PDK.
Selain daripada itu, memang elaun penyelia dan petugas sebelum ini tidak pernah naik tetapi sudah naik dan kalau boleh dalam mendepani pandemik dan kos sara hidup yang sangat tinggi ini, maka sekiranya kementerian boleh berusaha meningkatkan kepada RM1,500 ataupun RM2,000.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Butiran 031500 – Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE). Terdapat peningkatan di bawah butiran ini. Yang Berhormat Menteri pernah mengumumkan akan memperluaskan lagi PAWE daripada jumlah 150 sedia ada kepada semua setiap Parlimen.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Jadi, berapa lagi kah jumlah PAWE yang akan disiapkan dalam butiran tersebut, maksud saya dalam peruntukan tersebut bolehkah kementerian memberikan statistik dan tahap keaktifan PAWE sedia ada?
Seterusnya Butiran 00300 – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. Saya cuma ingin Yang Berhormat Menteri memperincikan dalam butiran tersebut kerana kelihatannya sangat tinggi peningkatannya daripada RM2,189,500 kepada RM16,500,100.
Oleh sebab apabila kita melalui Jalan Raja Laut itu memang ada bangunan LPPKN yang tersergam indah. Jadi, adakah peruntukan itu untuk renovasi atau sebagainya?
Seterusnya saya ingin menyentuh Butiran 00602 – Taman Sinar Harapan. Dalam butiran ini peruntukannya hanyalah RM100,000 sahaja sedangkan kita ada tujuh Taman Sinar Harapan di bawah JKM yang memberi penjagaan, perlindungan dan pemulihan kepada Orang Kurang Upaya kategori masalah pembelajaran. Jadi, apakah rasionalnya dengan bajet yang sangat sedikit ini?
Seterusnya Butiran 00800 - Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri/Daerah. Saya mengharapkan peningkatan sebanyak RM5 juta ini terutamanya digunakan untuk memperbaiki fasiliti ataupun kemudahan di kebanyakan Pejabat Kebajikan Masyarakat seluruh negara walaupun saya jangkakan jumlah ini masih tetap kecil.
Seterusnya Butiran 01001 – Pusat Jagaan Harian Warga Tua. Negara kita akan menuju status ke negara tua menjelang tahun 2030. Saya melihat peruntukan untuk PAWE ini ia lebih tinggi berbanding dengan pusat jagaan orang tua.
Saya difahamkan terdapat lebih 1,700 buah pusat jagaan harian orang tua tetapi yang berlesen hanyalah 382. Apa yang menjadi kebimbangan adalah rata-rata para pengusaha pusat jagaan harian orang tua sukar mendapatkan lesen daripada pihak PBT.
Ini seolah-olah tidak sehala dengan polisi kebangsaan ataupun negara yang mengatakan bahawa negara kita menuju ke negara tua. Jadi, penuaan menurut LPPKN akan meningkat RM1.5 juta kepada warga emas 4.5 juta. Jadi, melihat realiti di Malaysia, faktor-faktor kesihatan yang kritikal membawa mereka memulakan pusat jagaan harian orang tua secara profesional dan memuliakan warga tua.
Akhir sekali, berkenaan Butiran 01100 – Penyelidikan Sains Sosial. Siapakah penerima geran dalam penyelidikan ini? Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kuala Langat tadi ada sebutkan kementerian ini bukan untuk wanita sahaja tetapi penting melihat kepada pembangunan keluarga. Terlalu banyak kisah-kisah sedih, keganasan rumah tangga sehingga mengakibatkan kematian dan sekiranya ingin saya cadangkan ada usaha yang bersungguh-sungguh untuk mengembalikan figura ketua keluarga. Seorang ayah sebagai hero sebenar dalam keluarga bukan lagi cerita-cerita ngeri seperti “haruan makan anak” dan sebagainya.
Akhir sekali, saya mohon kepada kementerian bilakah agaknya RUU Gangguan Seksual akan dibentangkan? Terima kasih.
Tuan Pengerusi
Terima kasih. Akhir sekali, Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Terima kasih Tuan Pengerusi.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Butiran 020200 – Pembangunan Wanita. Isu yang melibatkan kanak-kanak dan wanita semakin banyak berlaku terutamanya yang melibatkan keselamatan mereka. Isu- isu ini perlu diselesaikan secara bijaksana dalam memastikan kebajikan mereka terus terjaga dan melindungi dengan undang-undang yang sedia ada.
Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM19.7 juta untuk Butiran Pembangunan Wanita dengan kod 020200. Maka persoalan saya yang ingin saya
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
bangkitkan adalah apakah langkah kerajaan dalam memastikan lebih ramai penglibatan wanita dalam sektor awam dan swasta?
Saya melihat masih kurang penglibatan wanita dalam sektor-sektor ini terutama yang melibatkan pentadbiran. Saya juga ingin bangkitkan tentang keadilan kepada wanita terutama dari sudut penerimaan gaji berdasarkan gabungan beberapa data. Wanita masih mendapat gaji yang lebih rendah berbanding lelaki.
Perkara ini sudah lama berlaku dan saya melihat sebelum ada sinar bahawa perkara ini akan diselesaikan dalam masa terdekat. Boleh kerajaan menyatakan dengan jelas apakah faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku dan apakah solusi kerajaan mengenai perkara ini?
Butiran 030800 – Sosioekonomi Keluarga Miskin. Pandemik ini menyaksikan ramai rakyat terkesan terutama daripada segi pendapatan dan apa yang lagi menyedihkan adalah dengan meningkatkan harga yang berlaku yang akhirnya menambah derita rakyat dengan kenyataan kementerian yang langsung tidak pedulikan kerisauan rakyat.
Kerajaan melalui Perbelanjaan 2022 telah memperuntukkan RM350 juta untuk Butiran Sosioekonomi Keluarga Miskin. Boleh kerajaan terangkan secara terperinci, bagaimana peruntukan ini akan digerakkan? Ini kerana menjadi persoalan kepada saya adalah langkah yang akan digerakkan oleh kerajaan bersifat jangka panjang atau tidak?
Saya percaya dalam kita membantu rakyat, langkah kita mesti bersifat inklusif dan jangka masa panjang kerana kita kena memastikan dengan bantuan kita, rakyat mampu membina pendapatan yang stabil seterusnya memberi kesan sejahtera keluarga mereka.
Butiran 020000 – Kesejahteraan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Saya juga ingin bertanya, pada tahun 2019, Jabatan Perangkaan mencadangkan RM980 kepada RM1,196 tetapi Pendapatan Garis Kemiskinan nasional adalah RM2,208.
Seterusnya, pada tahun 2022 akan datang, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah berkata Pendapatan Garis Kemiskinan akan dikaji semula. Soalan saya, adakah kementerian akan bersama untuk dikaji semula dalam hal ini? Saya juga mahu dikaji semula atas pemberian bantuan wang dari RM350 ke RM500 kepada wanita atau ibu tunggal yang mempunyai anak tiga orang ke atas.
Pada masa yang sama, pemberian bantuan tidak mencukupi memandangkan kos sara hidup semakin naik. Cadangan saya agar pemberian bantuan dari RM500 naik ke RM800 kepada setiap keluarga. Mohon beri penjelasan. Saya juga melihat dan menerima aduan daripada wanita suami yang tinggalkan dan tidak ada hubungan atau tidak balik bersama, wanita-wanita daripada kaum India yang jadi mangsa. Pada masa yang sama, tidak dapat menerima bantuan.
Kerajaan bagi tahu buktikan suami ada dan sebagainya, mereka tidak dapat bukti kerana suami tidak balik selama tiga tahun. Saya bercadang agar suami yang tinggal dan tidak ada hubungan selama tiga tahun agar terus dibatalkan sijil perkahwinan. Dengan ini wanita boleh kahwin semula, mudah dapat bantuan, harta wanita dapat diterima oleh anak sepenuhnya sekiranya mereka meninggal dan sebagainya. Ini adalah satu masalah yang kita hadapi pada masa ini. Ramai wanita ini yang daripada kaum India menghadapi masalah-masalah suami tinggal tidak balik dan sebagainya dan sentiasa mereka ini– Sekiranya ada hubungan dengan lelaki lain, mengandung, bersalin, anak itu tidak dapat sijil kelahiran. Inilah punca-punca yang akan dihadapi sebab mereka tidak dapat bantuan kerana sijil perkahwinan tidak dibatalkan dan sebagainya. So, kalau kita hendak bawa ke court dan sebagainya, suami isteri kena datang untuk batalkan perkahwinan itu.
So, ini adalah satu masalah dalam masyarakat. Saya harap kementerian akan ambil perhatian dan bawa ke tengah untuk selesaikan masalah ini. Dengan ini, terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Dengan itu, tamatlah perbahasan di peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pembangunan
Tuan Pengerusi
Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Selama 20 minit. Saya syorkan agar kalau pembahas tidak ada, maka dijawab secara bertulis kecuali Yang Berhormat Menteri berpendapat perkara itu adalah perkara yang mendesak. Silakan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Bismillahi Rahmani Rahim, terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia.
Tuan Pengerusi, terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengerusi dan seramai 21 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 di peringkat Jawatankuasa. Insya-Allah, segala cadangan, pandangan dan teguran oleh Ahli-ahli Yang Berhormat amat dihargai dan akan diberi perhatian yang sewajarnya.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Sebagaimana Tuan Pengerusi sedia maklum, bagi tahun 2022 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah diperuntukkan sebanyak RM2.68 bilion. Daripada jumlah ini, sebanyak RM2.5 bilion adalah di bawah peruntukan mengurus manakala RM175.42 juta di bawah peruntukan pembangunan. Malah daripada jumlah tersebut, kementerian turut mendapat pertambahan peruntukan sebanyak RM116 juta iaitu pertambahan sebanyak 4.56 peratus.
Selepas dua tahun mengharungi kesukaran akibat pandemik COVID-19, rakyat memerlukan bantuan dan sokongan kerajaan untuk bangkit semula. Alhamdulillah, Bajet 2022 adalah bajet yang sangat prihatin terhadap kebajikan rakyat, terutama yang memerlukan bantuan selari dengan tema Belanjawan 2022 iaitu “Keluarga Malaysia Makmur dan Sejahtera”. Saya mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada kerajaan atas keprihatinan menambah baik bantuan yang disebutkan.
Tuan Pengerusi, memahami rakyat terpaksa bergelut dalam situasi ekonomi yang getir hari ini kementerian telah mengkhususkan sebanyak 71 peratus atau RM1.772 bilion daripada jumlah peruntukan RM2.5 bilion belanja mengurus kepada bantuan kebajikan bagi membantu mereka yang memerlukan untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Daripada RM1.772 bilion banyak disebutkan tadi banyak disebutkan tadi yang berkaitan dengan warga emas. Bantuan warga emas adalah bantuan yang paling tinggi iaitu RM607.2 juta diikuti oleh elaun pekerja OKU iaitu sebanyak RM434.5 juta dan diikuti oleh bantuan-bantuan lain yang telah disediakan.
Dalam belanjawan ini juga kerajaan telah memutuskan menaikkan Pendapatan Garis Kemiskinan daripada 980 iaitu garis kemiskinan pada tahun 2016 kepada Pendapatan Garis Kemiskinan Makanan 2019 iaitu 1,169 yang melibatkan kenaikan tambahan RM200 juta. Selain daripada itu kenaikan ini juga adalah kenaikan-kenaikan untuk membantu keluarga khidmat bantu di rumah bagi OKU dan warga emas juga telah dinaikkan sebanyak RM12.31 juta iaitu RM17.8 juta bagi tahun 2022 berbanding RM5.49 juta pada tahun 2021.
Kenaikan ini adalah bagi menampung kos agih sagu hati kepada sukarelawan khidmat bantu di rumah daripada RM150 kepada RM400 sebulan bagi sekali lawatan untuk empat orang klien dengan kekerapan lawatan empat kali sebulan bagi setiap minggu serta sagu hati, buah tangan kepada klien dalam bentuk barangan keperluan kepada klien daripada RM30 kepada RM80 sebulan.
Di samping itu, kerajaan tidak pernah melupakan sumbangan petugas-petugas kebajikan kepada masyarakat. Buktinya kerajaan telah bersetuju untuk memberikan bayaran insentif sebanyak RM200 bagi penjagaan warga emas, orang kurang upaya, orang papa dan pesakit mental yang bertugas di 24 institusi kebajikan di bawah JKM.
Insentif kepada pembantu pembangunan masyarakat Gred 19 dan juga pembantu
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
perawatan kebajikan Gred U11 dan U14 membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM2.43 juta dan dijangka memberi manfaat kepada 1,000 orang.
Tuan Pengerusi, soalan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat banyak bertanyakan tentang isu-isu yang saya lihat tadi banyak berkisar daripada warga emas daripada OKU.
Seperti yang telah disebutkan tadi oleh Yang Berhormat dari Kuala Krai yang menanyakan tentang majlis MKBOKU yang diminta untuk supaya merentasi kementerian serta harus diperkasakan pelaksanaan MKBOKU ini.
Jadi, untuk makluman Yang Berhormat, penubuhan MKBOKU ini yang seperti dinyatakan di bawah seksyen 31, Akta Orang Kurang Upaya 2008 yang telah dilancarkan pada tahun 2008 itu adalah salah satu lagi untuk membincangkan isu-isu OKU di peringkat atasan kerana majlis ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sendiri. Matlamat penubuhan MKBOKU ini adalah selaras dengan Dasar Orang Kurang Upaya dan Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya dalam masyarakat Untuk menyampai matlamat ini satu usaha kolektif telah dibuat oleh majlis dengan menggunakan pendekatan multi-sectoral dan multi-collaboration dengan agensi- agensi berkaitan yang lain. Jadi ia bila mengadakan majlis ini ia bukan sahaja terdiri daripada agensi-agensi di bawah kementerian tetapi juga dilantik daripada golongan NGO, aktivis dan juga wakilnya daripada agensi serta kementerian-kementerian lain.
Ini kerana fungsi utama MBOKU ini adalah untuk menyelia pelaksanaan dasar negara dan pelan tindakan negara pergi berhubung dengan OKU untuk membuat syor kepada kerajaan mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan OKU seperti sokongan, penjagaan, perlindungan, rehabilitasi, pembangunan dan kesejahteraan OKU.
Selain daripada mesyuarat yang diadakan, ia bukan sahaja sekadar mesyuarat.
Diadakan juga jawatankuasa-jawatankuasa yang dibentuk yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia KSU kementerian. Jadi, jawatankuasa juga ada diwujudkan seperti Jawatankuasa Reka Bentuk Sejagat dan Alam Bina, Jawatankuasa Pengangkutan, Jawatankuasa Pekerjaan dan juga pendidikan.
Dalam masa yang sama saya juga mengambil maklum tentang Yang Berhormat Kuala Krai yang sebut tentang pusat aktiviti warga emas ya. Di sini saya suka juga untuk memaklumkan kepada semua Ahli Yang Berhormat tentang pusat aktiviti warga emas.
Sehingga kini pusat aktiviti warga emas yang ada di negara kita yang berjumlah 152 yang terdapat di 140 Parlimen. Jadi masih ada lagi 88 Parlimen yang belum ada lagi pusat aktiviti warga emas. Jadi saya mengalu-alukan daripada Ahli-ahli Parlimen yang ada di sini kalau saya boleh bacakan senarai Parlimen-parlimen yang belum mempunyai pusat aktiviti warga emas.
Saya mengambil contoh kalau di Kelantan masih ada lagi dari Kota Bharu, Kubang Kerian dan Ketereh. Di Pulau Pinang sendiri, di Bagan, Batu Kawan, Nibong Tebal, Bukit Bendera, Tanjong Jelutong, Bukit Gelugor yang masih...
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Menteri, Batu Kawan dah masukkan permohonan masih tunggu kelulusan dari Putrajaya.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Ya. Jadi ini yang senarai yang saya ada.
Jadi, inilah saya hendak maklumkan juga kepada semua Ahli Parlimen.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Saya masih menunggu kelulusan daripada Putrajaya.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Kalau begitu Yang Berhormat Batu Kawan nanti saya semak tentang...
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Terima kasih.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Ya. Jadi ini saya hendak beritahu juga kepada Ahli-ahli Parlimen semua supaya mengambil inisiatif untuk mewujudkan pusat
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
aktiviti warga emas di kawasan masing-masing. Jadi, kepada Ahli-ahli Parlimen yang masih lagi belum lagi mempunyai pusat aktiviti warga emas kita ada peruntukan RM1.5 juta untuk tahun 2022 yang akan memperuntukkan sekurang-kurang 15 pusat aktiviti warga emas, maka kita boleh membuat sesi penglibatan bersama Ahli-ahli Parlimen yang berminat untuk menubuhkan pusat warga emas di kawasan masing-masing.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Yang Berhormat Menteri Terengganu kawasan mana yang belum ada?
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Negeri mana?
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Terengganu.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Terengganu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu yang belum ada lagi PAWE. Okey, jadi untuk bilangan warga emas ya dan Yang Berhormat dari Kuala Krai bertanyakan status sekolah pondok sebagai PAWE.
Bahagian warga emas bersama JKMN Kelantan telah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan pondok di Kelantan. Walau bagaimanapun, perbincangan lanjut akan diadakan bagi menentukan pondok yang sesuai untuk dijadikan PAWE. Sebagai projek rintis JKM menyasarkan sebuah PAWE pondok akan ditubuhkan pada tahun 2022.
Seterusnya Yang Berhormat Kuala Krai juga ada menyebut tentang isu pemakaian uniform daripada pramugari. Isu ini tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia di mana hal ehwal kebajikan pekerja dinyatakan dalam Akta Kerja 1955. Ia juga tertakluk kepada dasar syarikat penerbangan berkenaan yang tidak memerlukan keputusan daripada Kabinet. Walau bagaimanapun, kita mengambil maklum tentang cadangan yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Terima kasih. Seterusnya tentang soalan daripada Yang Berhormat Segambut tentang perundangan akta tentang Rang Undang- undang AGS dan juga pelan tindakan OKU. Jadi, Rang Undang-undang Anti Gangguan Seksual insya-Allah disasarkan untuk bacaan kali pertama pada sidang kali ini. Rang Undang-undang Kesaksamaan Gender dalam perancangan untuk tahun 2023 selepas Rang Undang-undang AGS ini selesai. Kementerian juga telah merancang untuk semakan Pelan Tindakan OKU dan Akta Jagaan.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Pelan Tindakan OKU ini akan tamat pada tahun 2022. Semua ini telah dimasukkan dalam Pelan Pelaksanaan Dasar RMKe-12. Untuk Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya, kementerian telah mengedarkan surat yang bertarikh 28 September 2021 kepada 20 buah agensi peneraju bagi mendapatkan maklum balas status pencapaian program tindakan di bawah Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya untuk tahun 2016 hingga 2022. Sehingga 8 Disember 2021, 19 buah daripada agensi peneraju telah mengemukakan maklum balas.
Bagi status semakan Akta OKU 2008, satu mesyuarat bagi membincangkan penubuhan pasukan Projek Khas Semakan Akta OKU 2008 telah diadakan pada 3 November 2021. Mesyuarat bersetuju supaya semakan Akta OKU 2008 ini dipengerusikan oleh wakil daripada JKM. Senarai keahlian akan diperhalusi dan mengadakan bengkel bagi menyediakan input semakan Akta OKU 2008 ini.
Selain itu, ada ditanyakan tentang pembangunan dan perkembangan kanak- kanak. Kerajaan sentiasa berusaha untuk membangunkan pembangunan kanak-kanak yang mana kita telah pun melantik sebanyak 140 pasukan pelindung kanak-kanak dan juga sebanyak 133 pasukan kebajikan kanak-kanak. Juga, dalam masa yang sama KPWKM juga akan sentiasa membantu dalam kita meningkatkan lagi perkembangan kanak-kanak.
Seterusnya, ada juga dinyatakan tentang pengurusan maklumat ibu tunggal yang lebih komprehensif. Terima kasih saya ucapkan kepada cadangan daripada Yang Berhormat Segambut. Sekarang ini, kementerian memang sedang bekerjasama dengan
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
kementerian-kementerian lain supaya kita mempunyai maklumat ibu-ibu tunggal ini. Jika kita lihat kepada pembentangan Bajet 2022 pada baru-baru ini, ada disebutkan tentang bantuan tunai langsung dan juga kebajikan iaitu Bantuan Keluarga Malaysia yang disasarkan.
Selain daripada bantuan tambahan yang diberikan kepada Keluarga Malaysia ini, kita juga ada kadar tambahan isi rumah iaitu ibu dan bapa tunggal. Jadi, dalam bajet tersebut, dijangkakan hampir 500 ribu orang ketua isi rumah yang merupakan ibu bapa tunggal. Ini sudah pastinya akan menjadi satu juga, antara sumber supaya di pihak kementerian kita akan dapat mempunyai satu sistem yang lebih komprehensif, terutama kepada ibu-ibu dan bapa-bapa tunggal ini.
Selain itu, saya mengambil maklum tentang perbahasan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Segambut yang mana proses di Wilayah Persekutuan, kita tahu apabila dalam keadaan COVID-19 melanda negara, ia bukan hanya di luar bandar yang terjejas.
Dalam proses penerimaan bantuan JKM ini, kita lihat penerima bantuan di bandar ini semakin meningkat kerana mereka ini, golongan miskin bandar ini juga terjejas apabila berlakunya COVID-19 ini.
Jadi, kerana itu di pihak kementerian, kita juga akan memantau dan menambah baik melalui Program MySTEP dan sebagainya untuk membantu mempercepat proses- proses, terutamanya permohonan di bawah JKM. Sekarang ini, warga kerja JKM di seluruh negara jumlahnya tidak sampai 7 ribu orang yang menjaga hampir 32 juta orang rakyat di Malaysia ini.
Ada juga disebutkan tadi tentang bagaimana program-program yang dibuat oleh pihak kementerian, disebutkan tadi bahawa program-program keusahawanan dan juga ada perkara yang di-viral-kan di Twitter yang tidak dijawab oleh kementerian. Untuk makluman, kementerian telah pun mengeluarkan satu kenyataan media yang bertarikh 1 Disember yang menyatakan di sini bahawa kementerian melaksanakan kolaborasi strategik dengan banyak syarikat lain yang berpotensi yang mana mesej di Twitter tersebut menuduh bahawa ia adalah kronisme dan juga ia tidak membantu– Tidak memberikan sebanyak RM1 ribu.
Soalan saya sebenarnya, dari manakah dengar RM1 ribu? Saya tidak pernah pun mengeluarkan kata-kata bahawa bantuan itu akan diberikan sebanyak RM1 ribu. Itu yang pertama. Kedua, apabila Program MyKasih Kapital ini dilancarkan semasa Hari Wanita pada bulan Mac 2021, ketika itu tiada pun bajet tambahan yang diberikan. Kita menggunakan bajet sedia ada di Yayasan Kebajikan Negara untuk membantu wanita.
Mengapa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini sibuk-sibuk hendak buat Program Wanita Bangkit ini? Apabila tadi ada juga beberapa soalan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertanyakan tentang Program Wanita Bangkit. Program Wanita Bangkit ini, ia bukan sekadar hanya keusahawanan. Program Wanita Bangkit juga adalah untuk membantu wanita mendapatkan peluang pekerjaan.
Sekiranya mereka ingin menceburkan diri dalam perniagaan juga, mereka diberikan ruang dan peluang.
Tuan Pengerusi, kenapakah kementerian bersama dalam Program Wanita Bangkit ini? Apabila kami turun ke bawah berjumpa dengan ramai rakyat melalui program- program bakul makanan, bakul makanan bukan sekadar bakul makanan. Apabila kita hadir ke rumah memberikan bantuan, kita lihat ada wanita yang terpaksa berhenti kerja kerana untuk menjaga ahli keluarga yang sakit.
Ada wanita yang telah pun berhenti kerja sebelum pandemik dan adalah lebih malang bagi dia, sewaktu itu suaminya pula diberhentikan kerja. Bak kata pepatah, “sudah jatuh ditimpa tangga”, wanita ini pula diceraikan. Mempunyai ramai anak. Terpaksa tinggal di rumah kerana tiada siapa yang menjaga anak-anaknya. Dalam masa yang sama, mereka perlu untuk menjana pendapatan.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Alhamdulillah Ahli-ahli Yang Berhormat, di bawah kementerian kita mempraktiskan whole-of-society dan whole-of-government kerana kita juga mendapat kerjasama dari pelbagai pihak. Program Wanita Bangkit Berniaga yang dilancarkan itu telah pun mendapat penyertaan lebih daripada 40 ribu orang. Saya– Tadi ada soalan bertanya kenapa tidak guna INSKEN? Tadi sahabat saya Yang Berhormat Batu Kawan pun tanya, kita ada banyak agensi dan sebagainya.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Menteri, sedikit.
Tadi Yang Berhormat Menteri kata, bila masa yang Yang Berhormat Menteri sebut bahawa sebanyak RM1 ribu akan diperuntukkan untuk Program MyKasih Kapital. Akan tetapi mantan Perdana Menteri iaitu Yang Berhormat Pagoh telah mengeluarkan kenyataan bahawa di bawah Program MyKasih Kapital, sebanyak RM1 ribu akan diperuntukkan untuk seramai 2 ribu orang peserta yang layak. Ini juga– Saya difahamkan bahawa Program MyKasih Kapital ini adalah satu program di bawah Yayasan Kebajikan Negara, melainkan ada program yang lain.
So, kerajaan andalah – Kerajaan Yang Berhormat Menterilah yang menyatakan bahawa RM1 ribu itu memang akan diberikan. So, saya rasa tidak wajar untuk kata, “bila masa saya sebut RM1 ribu?”. Sekarang, apa yang kami tanyakan, RM1 ribu yang diberitahu akan diberi. Pada hari ini peserta dimaklumkan bahawa hanya RM500 akan diberikan. Itu pun hanya akan dibayar pada tahun hadapan, bukan tahun ini.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan yang begitu prihatin tentang nasib wanita. Saya– Untuk penerima bantuan MyKasih Kapital, sehingga kini seramai 4 ribu orang telah pun diberikan. Daripada sebanyak RM2 juta peruntukan itu, seramai 4 ribu orang telah pun mendapat manfaat dengan jumlah sebanyak RM500. Kenapa saya katakan– Apabila kita melakukan perbincangan dan ia merupakan peruntukan daripada Yayasan Kebajikan Negara. Jadi, apabila kita lihat sebenarnya macam saya katakan tadi, kenapa kita pilih Program Wanita Bangkit, mengapakah program itu diadakan?
Hal ini kerana apabila kita membuat kolaborasi dan kita membuat sesi libat urus bersama dengan usahawan-usahawan ini, ada bantuan-bantuan untuk memulakan perniagaan ini daripada serendah RM500. Jadi, kita boleh membina dan kita boleh membantu lebih ramai wanita. Alhamdulillah, untuk tahun hadapan diberikan tambahan peruntukan. Sebelum ini tidak ada termasuk dalam bajet.
Jadi ini, alhamdulillah telah pun diberi peruntukan untuk tahun 2022. Saya hendak kongsikan di sini, banyak sangat perkara-perkara negatif yang ditimbulkan berkaitan Program Wanita Bangkit Berniaga. Mengapakah saya memilih syarikat-syarikat tersebut?
Siapakah mereka ini?
[Merujuk kepada senaskhah buku] Saya– Di sini saya ada buku, ‘100 Usahawan Jutawan’, yang saya kira kalau ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berminat untuk mendapatkan, saya boleh bagi secara percuma.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Ini kerana di sini apabila saya berjumpa dengan usahawan-usahawan ini, mereka ini adalah kebanyakannya merupakan wanita. Ada usahawan ini yang hampir-hampir hendak bunuh diri. Ada usahawan ini yang sebenarnya mempunyai masalah rumah tangga― dipukul dan sebagainya. Akan tetapi, siapakah mereka pada hari ini? Mereka adalah jutawan.
Jadi, inilah yang saya hendak kongsikan bersama dengan wanita-wanita. Kita boleh cakap kerana kita tidak mengalaminya. Mereka kali ini mereka hendak bangkit dalam tempoh dua tahun ditinggalkan, diceraikan, anak-anak yang ramai. Jadi, mereka hendak perlu untuk bangkit. Apakah yang mereka perlu? Paling utama, motivasi. Hendak bangun dan bangkit semula. Antara usahawan-usahawan yang berjaya yang bersama- sama membantu wanita dalam Wanita Bangkit adalah juga seorang OKU.
Saya hendak ceritakan juga, OKU ini dia hanya boleh gerak tiga jari. Tiga jari sahaja dan hanya boleh gerakkan kepala dia dan dia adalah duduk di atas wheelchair.
Kerusi roda. Bayangkan seorang yang hanya boleh menggerakkan tiga jari untuk dia gerakkan mouse dengan hanya boleh menggerakkan kepala dia tetapi mampu untuk membuat pendapatan jutaan ringgit.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Jadi, ini yang saya hendak. Semangat-semangat begini yang kita hendak terapkan kepada wanita-wanita supaya mereka juga yang ada yang hendak bunuh diri, ada yang ditindas supaya mereka dapat sama-sama bangkit.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
[Bangun]
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Jadi, saya harap tidak ada lagi perkara- perkara yang menyebut― dalam masa yang sama, saya hendak sebut tadi juga, kita ada kerjasama dengan INSKEN. Jadi, ini hanya permulaan. Modalnya sedikit kalau hendak ikutkan dengan harga bantuan yang diberikan, bukan sampai puluhan ribu tetapi kita ada kolaborasi dengan MARA, kita ada kolaborasi dengan Kementerian Pembangunan Usahawan melalui INSKEN dan sebagainya. Supaya apabila mereka ini ada mindset yang betul, mereka ini tahu bahawa mereka tidak keseorangan, mereka dikelilingi oleh mereka yang ingin sama-sama berjaya, maka kita akan salurkan mereka ini kepada jabatan-jabatan dan juga kementerian-kementerian lain yang berkaitan.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Menteri. Terima kasih atas penjelasan. Isunya masih sama dan belum dijawab. Bila diumumkan, diuar- uarkan dikatakan RM1,000 untuk 2,000 peserta. Hari ini, Yang Berhormat Menteri kata ada 4,000 peserta. Maka, betullah kiraan RM500 satu kepala. So, ini saya rasa tidak baik untuk kita bagi tahu wanita-wanita yang ada di luar sana yang mengharapkan RM1,000 itu sebagai modal keusahawanan dan bila kerajaan, tiba-tiba tengah jalan itu buat keputusan, tidak apalah, kita buka lagi, bagi 4,000 tetapi RM500 satu kepala.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Yang Berhormat, bila kita memberi ini, kita tidak beri pada semua. Bila memberi, ia ada datang dengan permohonan. Bila datang dengan permohonan, kita memberi taklimat. Jadi, mereka ini semua tahu bahawa berapakah jumlah yang akan diberikan kepada mereka. Kita tidak ada kata perkara yang sebaliknya.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Ini bukan isu wanita, Yang Berhormat. Saya katakan apa yang keluar daripada mulut kerajaan, 2,000 peserta akan menerima RM1,000 seorang. Maka, jumlahnya RM2 juta. Betul? How can you change it halfway to 4,000 people and RM500 without telling them beforehand?
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
[Bangun]
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Yang Berhormat.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
That is what I want to know. Saya faham prosesnya. Hendak mohon, shortlisted. Itu semua saya faham.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Tidak apa. Tidak apa. Nanti kita tengok balik.
Ayat yang sebenar yang digunakan― saya kira ayat yang digunakan adalah maksimum RM1,000. Jadi, kita tengok ayatnya.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Jadi...
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Saya kira ayat yang digunakan adalah maksimum RM1,000.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
[Bangun]
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Baik, maksimum RM1,000. Kalau 2,000 peserta, RM2 juta.
Tuan Pengerusi
Okey, Yang Berhormat Batu Kawan.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Itu kiraannya.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Batu Kawan last ya.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Dalam masa yang sama, Yang Berhormat, sebab bila kita menerima permohonan itu, kita bagi tahu. Bukannya kita bagi tahu yang lain, maka dia jadi yang lain.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Jadi, dalam masa yang sama, saya minta juga supaya dapat menyokong program-program kementerian yang sekarang ini kita hendak membantu wanita. Ramai yang terjejas. Bukan sahaja wanita, saya kira lelaki juga. Jadi, inilah program-program Wanita Bangkit yang sehingga hari ini kita telah pun membantu hampir dekat 6,000 orang dan 40,000 yang telah menyertai dan ada lagi yang kita akan bantu mereka ini. This is not only a one-off program. Program ini akan berterusan sehingga tahun hadapan dan akan diadakan pemantauan dari semasa ke semasa.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Menteri, kalau kementerian telus dengan perbelanjaan, telus dengan kiraan, telus dengan peruntukan...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat Batu Kawan.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
...Ada integriti, kami boleh sokong.
Tidak ada masalah.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Yang Berhormat, saya kira di bawah Yayasan Kebajikan Negara pun dia akan ada audit. Dia akan ada mereka yang akan audit perkara-perkara begini. Terima kasih Yang Berhormat.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Yang Berhormat Menteri, kalau boleh minta penjelasan ya. Sebab, antara yang selalu disebut juga adalah kerjasama dengan syarikat RichWorks International Sdn. Bhd. Terima kasih.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Seperti yang saya sebutkan tadi, Yang Berhormat Merbok, kenapa kita memilih RichWorks kerana dia telah pun melatih ramai ratusan jutawan yang telah pun mempunyai latar belakang yang berbeza. Saya kira latar belakang jutawan-jutawan yang telah dibimbing itu adalah merupakan apa yang telah dirasai dan turut dirasai oleh ramai rakyat Malaysia. Seperti yang saya katakan tadi, salah seorangnya adalah yang hendak bunuh diri. Bermula daripada hendak membunuh diri tetapi, alhamdulillah, dalam tempoh empat tahun, beliau ini berjaya menjadi seorang jutawan.
Ada juga di kalangan mereka ini yang bermula hanya jadi suri rumah, bergaduh juga suami dan isteri dengan mengambil upah jahit RM20 yang saya kira ini juga adalah merupakan apa yang turut dialami oleh ramai wanita. Akhirnya daripada hanya RM20 menjahit sehelai baju, sekarang jumlah jualan beliau yang telah direkodkan lebih daripada RM100 juta. Ini adalah bukan cerita omong kosong. Ini adalah realiti.
Jadi, inilah yang kita hendak bangkitkan daripada bagaimana mereka ini daripada hendak bunuh diri, daripada OKU, daripada yang tidak ada apa-apa, daripada kes keganasan rumah tangga, dan akhirnya mereka bangkit dan mereka jadi berjaya. Ini yang diperlukan oleh wanita-wanita sekarang apabila mereka ini yang terutamanya terkesan.
Mungkin Yang Berhormat tidak ada yang terkesan tetapi ramai lagi yang di luar itu yang terkesan...
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Yang Berhormat, minta maaf ya.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
...Dan mereka memerlukan motivasi dan sumbangan.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Yang Berhormat.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Boleh saya teruskan kepada isu seterusnya?
Tuan Pengerusi
Masa dah habis dah, Yang Berhormat. Berapa lama lagi hendak?
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Saya hendak cerita juga fasal, ya lah, isu- isu saya kira di pihak kementerian. Ada juga tadi isu yang berkaitan dengan Skuad Waja yang dibangkitkan yang mengatakan program ini adalah merupakan program lama. Kalau program lama, kenapa hendak diberitahu, “Oh! Ini program baharu”? Kenapa hendak dibuat begitu? Dikatakan program ini telah bermula pada tahun 2014. Saya tertanya-tanya juga program apa yang dimulakan pada tahun 2014.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Di hadapan saya, saya ada Modul Skuad Waja. Modul Skuad Waja ini diterbitkan cetakan pertama pada tahun 2021. Penasihatnya Dr. Zurina Abdul Hamid yang merupakan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita yang baru sahaja bersama dengan kementerian semenjak tahun 2020. Jadi, saya tak pasti program apa yang disebutkan.
Bersama saya adalah juga merupakan jumlah bilangan peserta. Jika dilihat daripada yang ada ini, daripada Januari kita bermula dengan kosong, tak ada orang.
Februari dengan jumlah 18 orang, kemudian meningkat kepada 149, kemudian meningkat kepada 2,000, meningkat kepada 10,000 dan kepada 20,000 dan akhirnya pada Disember berjumlah 102,000 orang.
Jadi, kita hendak maklumkan bahawa program ini juga...
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Minta maaf, Yang Berhormat.
Walaupun ada program-program yang disebutkan, boleh saya tahu, macam mana maklumat ini dapat sampai ke golongan B40? Ini kerana mereka tak pernah dengar program ini.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Terima kasih Yang Berhormat. Hendak daftar Skuad Waja, tak ada saya sorok-sorok. Ini untuk parti politik kah, ini untuk orang tertentu kah. Tidak. Boleh scan sahaja QR code untuk jadi ahli Skuad Waja. Kita akan sebarkan. Saya akan maklumkan kepada tadi Yang Berhormat Petaling Jaya untuk kita adakan.
Alhamdulillah, untuk tahun hadapan, kita akan perkukuhkan lagi Skuad Waja kita ini dengan latihan-latihan. Kalau sekarang ini mereka mempunyai hanya bimbingan asas untuk psikososial, tahun hadapan kita akan pertingkatkan lagi. Kalau sekarang kita ada 100,000, saya sasarkan pada tahun hadapan kita ada satu juta orang. Terima kasih Yang Berhormat.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Menteri. Tuan Pengerusi, sedikit penjelasan mengenai program Skuad Waja ini. Nama sahaja Skuad Waja tetapi sebelum ini pada tahun 2016, ada Program Wanita Anti Jenayah (WAJA) anjuran Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Johor dan disokong oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Program Wanita Anti Jenayah (WAJA) tahun 2014 yang juga berlangsung di Gelang Patah, Johor. Program Wanita Anti Jenayah yang juga berlangsung di Bachok pada tahun 2015.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
So, maksudnya Yang Berhormat Menteri hanya letakkan perkataan ‘Skuad WAJA’ tetapi Program Wanita Anti Jenayah (WAJA) memang wujud beberapa tahun yang lepas.
Tidak ada isu kalau Yang Berhormat hendak mulakan Skuad WAJA ini. Niat itu baik tetapi saya juga ada soalan lain yang saya tanya iaitu apakah KPI Skuad WAJA ini? Saya lihat mereka ini terlibat dalam memberikan bakul makanan pada bulan Jun. Ada laporan, ada gambar. Memang niat yang baik tetapi saya rasa hasrat penubuhan Skuad WAJA ini adalah untuk membantu daripada segi psikososial dan sebagainya untuk golongan yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga, jenayah seksual dan sebagainya.
But what I see is bantuan untuk bakul makanan– Jika ya, siapa yang sponsored bakul makanan itu? Siapakah yang berikan kepada mereka untuk mereka agihkan dan bagaimana penerima tersebut semua dapat dikenal pasti? Terima kasih.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Terima kasih Yang Berhormat. Saya sebutkan tadi, di hadapan saya ini ada modul. Modulnya diterbitkan pada tahun 2021.
Saya tidak pastilah yang tahun 2014 tetapi ini yang kita telah adakan modul supaya ia adalah lebih bersistem dan kita adakan supaya bimbingan psikososial ini diberikan.
Dalam masa yang sama untuk menjawab tadi pertanyaan Yang Berhormat, jangankan ahli Skuad WAJA yang turun beri bakul makanan, saya Menteri pun turun beri bakul makanan. Jadi kita lihat di sini, sebenarnya memang...
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Itu bukan isunya Yang Berhormat Menteri...
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Betul.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Kami pun semua turun beri bakul makanan...
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Betul. Jadi, maksudnya Yang Berhormat...
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
I am talking about Skuad WAJA.
Don’t run away from the subject.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Maksudnya Yang Berhormat, WAJA ini maksudnya Wanita Anti Jenayah, wanita berjaya. Kita hendak memperkasakan wanita di peringkat komuniti. Jika diminta untuk mereka ini ada sumbangan daripada NGO yang hendak membantu minta daripada Skuad WAJA, boleh atau tidak tolong sampaikan?
Adakah kita kata “Tidak boleh. Kami tidak boleh untuk membantu mereka?”. Tidak. Jadi kita dalam keadaan pandemik, dalam keadaan orang memerlukan makanan. Sesiapa sahaja yang menghulurkan bantuan, kita hulurkan kepada mereka.
Saya kira yang lain itu Tuan Pengerusi, saya akan menjawab secara bertulis.
Terima kasih.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Sedikit lagi Tuan Pengerusi...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Perception Intelligence System itu.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Isu mengenai cubaan bunuh diri.
Saya bangkitkan isu ini agak serius kerana ada pertindihan jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri dan jawapan daripada KDN.
Jawapan Yang Berhormat Menteri kepada soalan Yang Berhormat Kota Belud adalah daripada Mac tahun lepas sehingga Ogos tahun ini, “Tiada pendakwaan untuk kes cubaan membunuh diri”. Akan tetapi, jawapan yang saya terima, dari tahun lepas sehingga Julai 2021, 398 pendakwaan untuk cubaan membunuh diri. So, which one is true? You say there is no pendakwaan from last year to this year, which is good. Kalau betul, memang baik. Saya sokong. Akan tetapi, jawapan daripada kementerian yang lain menunjukkan ada pendakwaan, 398.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Yang Berhormat, kalau ini yang berkaitan dengan KDN, boleh saya jawab secara bertulis untuk kita buat semakan supaya tidak ada berlaku salah faham dan salah fakta.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Saya rasa jawapan Parlimen ini kami beri dua minggu sebelum Parlimen bersidang...
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Harus diselaraskan jawapannya.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ya.
Tuan Pengerusi
Last– Menteri sudah jawab tadi. Dia akan selaraskan dengan Kementerian Dalam Negeri...
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Terima kasih.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat Menteri, yang Pokok Sena itu. Perception Intelligence System, projek runding terus itu.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Itu saya akan jawab secara bertulis kerana saya apabila semak, saya tidak ada maklumat itu sekarang.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak ada maklumat?
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Hah! Pelik ini projek runding terus tidak ada maklumat.
Tuan Pengerusi
Yalah, spesifik itu.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ya?
Tuan Pengerusi
Spesifik agaknya.
[Ketawa]
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya ingat pegawai boleh beritahu siapa yang dapat projek tersebut. Apakah keperluan projek tersebut? Apakah keperluan untuk hendak...
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Akan tetapi walau bagaimanapun Yang Berhormat, apa yang saya boleh katakan di sini, setiap projek yang dikeluarkan oleh kementerian, sudah pasti ia akan memberi manfaat kepada rakyat. Jadi saya harap Yang Berhormat juga...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Apakah manfaat kepada rakyat untuk hendak ambil persepsikah daripada rakyat kepada Menteri, kepada kerajaan, kepada kementerian? Kenapakah tidak guna Unit Komunikasi Korporat?
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Ya, ya. Itulah saya pun hairan daripada mana Yang Berhormat dapat maklumat sebegitu. Saya kira apa Yang Berhormat sebutkan ini, dirakamkan dan kita akan semak. Sekiranya tuduhan itu adalah merupakan tuduhan, jadi saya...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya bukan tuduh. Saya ada dokumen.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Ya, terima kasih.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya ada dokumen.
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat akan jawab. Silakan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat-Yang Berhormat semua, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM2,506,876,600 untuk Kepala B.48 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2022 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.48 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]
Tuan Pengerusi
Yang Berhormat semua, masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.48 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2022 hendaklah diluluskan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.48 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih tuan Bentara. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis esok, 9 Disember 2021. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.25 petang]