Dec022021

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera semua. Saya menjemput Yang Berhormat Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim, silakan.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih Tuan yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh. Salam perjuangan khas buat seluruh petani, pesawah, peladang, penternak Keluarga Malaysia.

final • 10:00 AM

1. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan:

(a) sejauh manakah kaedah kementerian mengawal dan mengurus trend perubahan harga bekalan baja dan racun yang naik mendadak; dan

(b) adakah wujud inisiatif khas untuk menaikkan pendapatan petani dan peladang bagi menampung kenaikan harga kos bekalan input pertanian.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Baling. Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 10:00 AM

Menteri Pertanian dan Industri Makanan - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Baling. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) prihatin terhadap isu kenaikan harga kos input pertanian, khasnya racun dan baja yang berlaku semenjak pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia.

Harga baja telah didapati telah meningkat hampir 30 peratus, manakala harga racun pula telah meningkat hampir 100 peratus. Kenaikan harga ini ditentukan oleh kuasa pasaran. Kebanyakan baja dan racun yang digunakan oleh petani dihasilkan daripada bahan mentah seperti unsur nitrogen, fosfat dan kalium diimport dari negara luar seperti China, USA, India dan Indonesia.

Antara faktor yang dikenal pasti mempengaruhi kenaikan harga ini adalah perubahan polisi dari negara pengeksport yang mengurangkan bekalan, kenaikan kos bahan mentah yang melibatkan hasil petroleum dan sumber asli, peningkatan kos logistik serta kadar tukaran mata wang asing. Kenaikan harga ini sememangnya membebankan para petani dan pengusaha sehingga mengakibatkan kos pengeluaran sekali gus mengurangkan pendapatan petani.

final • 10:00 AM

Menteri Pertanian dan Industri Makanan - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Kumpulan petani yang terkesan dengan kenaikan harga baja dan racun adalah seramai 276,621 orang, merangkumi tanaman buah, sayur, tanaman ladang kontan, kelapa, bunga-bungaan, herba dan rempah ratus dengan keluasan beberapa jenis tanaman seluas 405,509 hektar. Manakala seramai 356,000 orang pesawah padi dengan keluasan bertanam sebanyak 608,000 hektar juga turut terkesan.

Secara umumnya, petani mengalami peningkatan kos input pertanian sebanyak 21 peratus bagi kategori sayur daun dan 17 peratus masing-masing bagi kategori sayur- sayuran dan buah-buahan berikutan peningkatan harga baja dan racun. Manakala pesawah padi, mengalami peningkatan kos sebanyak 11.9 peratus khususnya disebabkan peningkatan harga racun.

Dalam hal ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baharu-baharu ini telah mengumumkan beberapa langkah intervensi khususnya bagi membantu petani dan pesawah yang terjejas. Antaranya:

(i) dana sebanyak RM200 juta sebagai pinjaman agromakanan pada kadar faedah sifar peratus dengan moratorium bayaran balik pinjaman selama enam bulan yang akan disalurkan melalui TEKUN dan Agrobank; dan

(ii) peruntukan tambahan sebanyak RM62 juta melalui Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bagi subsidi dan insentif padi di bawah Bajet 2022 di mana bantuan subsidi racun makhluk perosak untuk pesawah dinaikkan daripada RM200 sehektar semusim kepada RM300.

Pada masa yang sama, MAFI juga telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Kewangan untuk kerajaan menawarkan insentif tambahan kepada petani yang terjejas. Cadangan tersebut masih di peringkat penelitian dan perbincangan lanjut bersama dengan Kementerian Kewangan.

Yang Berhormat, kerajaan akan terus mengambil langkah menangani kenaikan harga baja dan racun bagi memastikan produktiviti pengeluaran tidak terjejas dan bekalan sentiasa mencukupi dengan harga yang stabil dan berpatutan. Sekian.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Baling.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya menyambut baik usaha dan inisiatif yang telah diambil oleh pihak MAFI, khususnya dalam menangani isu ini, apatah lagi memberi bantuan kepada LPP dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) daerah malah negeri, semua dapat peruntukan. Saya ucapkan syabas dan terima kasih.

Saya cuma ingin menyatakan bahawa apa usaha yang dibuat oleh MAFI dan KPDNHEP kerana menubuhkan sebuah jawatankuasa kecil untuk menangani isu harga baja ini. Kalau kita tengok pada hari ini, memandangkan perubahan angin monsun timur laut daripada segi taburan air hujannya yang mendadak, menjejaskan seluruh petani dan negara. Jadi, saya harap dengan apa yang dilakukan, kenaikan harga baja dan racun pada hari ini sangat membebankan petani, peladang dan pesawah. Kenaikan yang berterusan ini boleh menjejaskan kualiti pengawalan kerana kesukaran para petani, peladang membeli baja dan racun seperti biasa.

final • 10:00 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Tuan Yang di-Pertua, saya minta sedikit masa sebab ini saya buat kajian, dua minggu saya buat kajian khas berkaitan dengan ini.

Hari ini kalau kita tengok harga baja, kalau dulu harga baja pada tahun ini, harga baja jenama Taaveekun. Tahun 2021 bulan Februari, harga RM180 untuk 20 liter tong.

Hari ini sudah mencecah RM550 setong. Bermakna naik 57 peratus. Di antara baja yang naik pada hari ini kalau kita tengok dulu RM130, hari ini RM190 yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi.

Jadi soalan saya pada hari ini, memandangkan hari ini bukan manusia sahaja kena COVID-19 Tuan Yang di-Pertua, this is a fact. Dengan jujur, di Baling pokok getah

final • 10:10 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

pun hari ini kena COVID-19, habis daun-daun bertaburan jatuh. Ini bukan melawak, betul Tuan Yang di-Pertua. Apatah lagi dengan hujan yang bertaburan di luar jangkaan pada hari ini kerana perubahan iklim tadi.

Jadi soalan saya, saya percaya apa yang dilakukan oleh kementerian. Jadi saya hendak tahu, bagaimanakah dan apakah tindakan seperti Yang Berhormat Menteri menyebut tadilah, mengimport komponen-komponen untuk baja sintetik dan racun. Jadi, apakah kaedah-kaedah alternatif dalam mengurangkan dan mungkin untuk jangka masa yang panjang bagi menghapuskan penggunaan baja dan racun sintetik tanpa menjejaskan produktiviti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi? Malah hasil pengeluaran dapat ditingkatkan.

Saya amat yakin dan percaya apa Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi dalam usaha-usaha inisiatif Yang Amat Berhormat Perdana Menteri daripada Bera yang juga bekas Menteri Pertanian yang cukup mempunyai pengalaman yang luas dan Menteri MAFI sekarang ini yang begitu prihatin...

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Habiskan.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

...Saya harap kita dapat menyelesaikan masalah yang menimpa seluruh peladang, pesawah, penternak, pekebun kecil di dalam negara Malaysia ini.

Di samping itu, saya harap...

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Habiskan Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

...Dalam masa yang terdekat ini, kita dapat selesaikan demi kelangsungan Keluarga Malaysia, kestabilan demi kemakmuran negara.

Saya harap dapat jawapan yang betul dan bagaimana in the short term kita boleh dapat bantu seluruh petani yang ada hampir 973,281 orang, 60 peratus merupakan mereka yang hendak subsidi ini yang terjejas. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Allah akan selamatkan mu.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Terima kasih Yang Berhormat Baling, memang benar Tuan Yang di-Pertua, harga racun serangga umpamanya dulu RM66 sekarang dijual pada harga RM197.50, kenaikan 199 peratus. Racun kulat naik 20.7 peratus.

Racun siput naik hampir 20 peratus. Begitu juga baja sebatian Yara Blue umpamanya naik 19.4 peratus, Agrobridge naik 19.1 peratus, NPK Blue naik 14.5 peratus.

Memang benar kenaikan yang ketara dan real yang berlaku disebabkan oleh harga pasaran dunia yang di luar kawalan MAFI Tuan Yang di-Pertua. Ini memberikan kesan secara langsung kepada kos pengeluaran yang ditanggung oleh para petani di negara kita.

Kalau melihat tentang isu kenaikan harga ini Tuan Yang di-Pertua, kita harus melihat kepentingan consumer yang membeli sayur dan produk makanan. Kita juga harus melihat kepentingan para petani di luar sana yang sebahagian besar daripadanya merupakan petani yang berskala kecil.

Oleh sebab itu, soalan apa alternatif, langkah-langkah yang perlu diambil oleh kerajaan. Memang benar kita menggalakkan pengurangan kebergantungan kepada baja kimia. Kita menggalakkan petani untuk beralih untuk menggunakan pertanian organik umpamanya.

Oleh sebab itu, di kementerian ini kita mengolah pelbagai pendekatan. Membuat extension servis pengembangan untuk mengalihkan pertanian kebergantungan pertanian melalui baja kimia kepada baja organik. Antara langkah dan inisiatif umpamanya:

(i) mengaplikasikan Teknologi Efektif Mikroorganisma (TEM), menggalakkan penggunaan semula bahan sisa pertanian seperti pereputan jerami padi dan juga bahan baja organik;

final • 10:10 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

(ii) memperkenalkan sisa pertanian iaitu jerami padi sebagai media tanaman;

(iii) memperkenalkan penggunaan cacing sebagai ejen pengkomposan sisa pertanian; dan

(iv) pengamalan pengurusan perosak bersepadu IPM iaitu kombinasi kaedah pengurusan tanaman secara kultur, kawalan fizikal dan kawalan biologi.

Namun demikian, Tuan Yang di-Pertua, langkah-langkah ini merupakan satu langkah jangka masa panjang. Kita masih tidak lari daripada bergantung dengan baja kimia, cara pertanian konvensional yang sedang diamalkan oleh petani-petani di negara kita. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Kubang Pasu kah tadi. Maaf... Silakan.

final • 10:10 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Pokok Sena.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Bangun dulu tadi.

final • 10:10 AM

Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh - Sri Gading

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, tadi Yang Berhormat Baling ada menyebutkan bahawa alternatif dan juga Menteri juga telah menyebutkan bahawa alternatif kepada baja kimia dan juga racun sintetik adalah untuk menggantikannya baja organik.

Jadi saya hendak tahu, sejauh mana langkah-langkah kerajaan yang betul-betul sudah lakukan ke arah menghasilkan baja organik. Ini kerana kita tahu bahawa negara kita banyak bahan buangan seperti bahan makanan, tinja haiwan dan sebagainya.

Jadi, sejauh mana sebenarnya kerajaan sudah memulakan untuk menggunakan baja organik ini? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Memang banyak produk baja organik di pasaran pada ketika ini yang berasaskan kepada plants. Ada juga berasaskan kepada ikan dan sebagainya. Jadi kita mempunyai keluaran baja organik yang agak besar di negara kita.

Walau bagaimanapun untuk mengubah cara pertanian konvensional kepada pertanian organik memerlukan penglibatan pihak petani dan juga pihak pemain industri.

Walaupun ia belum berlaku secara meluas Yang Berhormat tetapi sedang berlaku di negara kita.

Beberapa orang petani ataupun pengusaha tanaman sayur-sayuran di Cameron Highlands umpamanya telah pun beralih daripada pertanian konvensional kepada pertanian organik dengan mengaplikasikan teknologi integrated pest management (IPM) di mana pengawalan serangga tidak menggunakan bahan racun tetapi menggunakan biological control integrated pest management. Ia sedang berlaku.

Namun, tentu sekali usaha ini perlu disambut oleh lebih banyak pengusaha- pengusaha pertanian supaya kita dapat mengeluarkan produk pertanian yang dikeluarkan melalui pertanian organik.

Jadi, sebenarnya pertanian organik akan memberi pulangan yang lebih tinggi kepada pengusaha pertanian. Walau bagaimanapun, ia memerlukan kos permulaan yang agak tinggi. Sebab itu, petani-petani yang berskala kecil masih berpegang, masih mengamalkan pertanian konvensional yang menggunakan baja dan racun kimia yang ada sekarang.

MAFI akan terus mengadakan gerakan-gerakan perkhidmatan pengembangan- extension untuk membawa konsep pertanian tanpa racun ini dalam kalangan petani- petani terutamanya yang berskala kecil di negara kita. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Satu lagi Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Soalan tambahan.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Maaf saya tinggal 12 minit, ada dua soalan lagi.

final • 10:10 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Penting ini.

final • 10:10 AM

2. Tuan Wong Hon Wai [Bukit Bendera] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan, jumlah graduan yang tamat pengajian di Fakulti Perubatan dan Fakulti Undang-undang IPTA dan IPTS pada tahun 2020-2021, dan sama ada angka ini melebihi keperluan pasaran kerja, dan apa strategi untuk memastikan satu imbangan yang sihat antara keperluan dan permintaan pasaran kerja dan aspirasi negara.

final • 10:10 AM

Menteri Pengajian Tinggi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Bendera atas soalan yang diajukan.

Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2020, seramai 2,967 orang graduan perubatan telah dihasilkan oleh institusi pendidikan tinggi dalam negara. Jumlah ini merangkumi 958 orang graduan daripada universiti awam dan 2,009 orang graduan keluaran institusi pendidikan tinggi swasta.

final • 10:10 AM

Menteri Pengajian Tinggi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Pelan Strategik KKM 2016-2020 menetapkan sasaran nisbah doktor perubatan Kerajaan Persekutuan, penduduk di Malaysia menjelang tahun 2025 adalah sebanyak 1:400. Bagi mencapai nisbah tersebut, purata keperluan tambahan setiap tahun adalah seramai 4,000 orang. Dengan merujuk kepada statistik sedia ada, keluaran graduan perubatan tempatan berada di bawah unjuran keperluan KKM.

Walau bagaimanapun, di bawah Akta Perubatan 1971, semua graduan perubatan termasuk dari luar negara wajib mendaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia untuk menjalani khidmat wajib. Bagi memastikan satu imbangan yang sihat antara keperluan dan permintaan pasaran kerja dan aspirasi negara, KPT dari semasa ke semasa memantau pengambilan pelajar Sarjana Muda Perubatan yang kini ditetapkan berdasarkan kepada kapasiti IPT dan tertakluk kepada kuota yang ditetapkan oleh pihak Majlis Perubatan Malaysia.

Dalam hal ini, berikut adalah antara langkah yang telah diambil oleh KPT.

Pertama, melaksanakan penilaian kapasiti pengambilan pelajar perubatan di IPT setiap lima tahun. Ini dilaksanakan berdasarkan penilaian yang ketat oleh MQA dengan tujuan untuk memastikan jumlah pengambilan pelajar yang munasabah mengikut keperluan semasa negara. Ketika ini kapasiti pengambilan pelajar perubatan di IPT dalam negara adalah berdasarkan kuota sedia ada iaitu sebanyak 4,820 orang pelajar bagi semua IPT.

Keduanya pula memperkemas mekanisme kelulusan pengubahan fakulti dan penawaran program baharu perubatan. Melalui penubuhan Jawatankuasa Teknikal Program Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan Pergigian, jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi turut dianggotai oleh wakil KKM, Majlis Perubatan Malaysia, Majlis Pergigian Malaysia, Majlis Dekan Perubatan, Majlis Dekan Pergigian dan MQA.

Jawatankuasa ini berperanan menilai semula permohonan-permohonan baharu.

Bagi maksud program undang-undang pula, pada tahun 2020, seramai 1,704 orang graduan telah dikeluarkan oleh IPT tempatan. Ini merangkumi 1,098 orang graduan universiti awam dan 606 orang graduan IPTS.

Suka juga saya hendak kongsikan di sini bahawa ketika ini, moratorium program undang-undang yang telah dilaksanakan hampir 15 tahun masih lagi berkuat kuasa.

Secara relatifnya, ratio nisbah peguam kepada penduduk di Malaysia adalah selaras dengan nisbah peguam kepada penduduk di beberapa negara lain.

Berdasarkan Laporan Kajian Semakan Semula Moratorium Undang-undang pada tahun 2017, UK yang mempunyai penduduk seramai 63.74 juta orang mempunyai nisbah peguam kepada penduduk sebanyak 1:500, Korea pula 1:3,891 sementara Singapura

final • 10:20 AM

Menteri Pengajian Tinggi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

pula 1:1,203. Berdasarkan unjuran peningkatan penduduk negara ini, seorang peguam berkhidmat kepada 1,305 penduduk pada tahun 2020 berbanding dengan 1:1,857 pada tahun 2016.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, KPT sedang menjalankan kajian impak dan hala tuju pengajian undang-undang di Malaysia bagi meneliti impak moratorium ke atas graduan undang-undang serta mengenal pasti cadangan penambahbaikan bagi memantapkan lagi penawaran program undang-undang. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

[Bangun]

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Bukit Bendera.

final • 10:20 AM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mendengar dengan jelas penjelasan Yang Berhormat Menteri. Saya ingin membela nasib doktor-doktor muda dan juga peguam pelatih ataupun peguam muda kerana sering kita membaca dalam surat khabar dan juga terdengar rungutan ada doktor muda yang keluar daripada profesion, ada pelatih peguam yang mengadu bahawa peluang untuk menceburi kerjaya guaman juga semakin berkurangan.

Soalan saya, bilangan graduan perubatan dan peguam berlipat ganda, bilangan universiti awam dan swasta berlipat ganda dalam masa satu hingga dua dekad ini. Apakah perancangan ataupun blueprint oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk bukan sahaja mengawal kualiti tetapi juga kuantiti untuk pelatih doktor dan juga pelatih peguam supaya apabila mereka memasuki kerjaya, halangan-halangan yang sering mereka adukan boleh dikurangkan.

Apakah national blueprint kerana kedua-dua profesion ini ramai yang menceburi dan ibu bapa terpaksa belanja ratusan ribu untuk hantar anak belajar perubatan, untuk hantar anak belajar guaman. Taxpayer, pembayar cukai juga membayar ratusan ribu untuk melatih seorang doktor dan melatih seorang peguam. Apakah – begitu banyak rungutan. Apakah national blueprint untuk soalan-soalan yang saya bangkitkan tadi?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bukit Bendera ulang soalan tiga kali.

Silakan Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera di atas keprihatinan Yang Berhormat Bukit Bendera terhadap graduan di dalam perubatan dan juga undang-undang. Sebenarnya kementerian memang ada blueprint yang dinamakan Malaysia Education Blueprint 2015-2025 (Higher Education) dengan izin, di mana lonjakan pertama adalah menghasilkan graduan holistik yang seimbang termasuklah graduan perubatan.

Untuk makluman Yang Berhormat Bukit Bendera juga, pihak kementerian memang sentiasa fokus pada pembangunan bakat di kalangan pelajar tempatan. Justeru itu, hendak memastikan bahawa IPT mengeluarkan graduan perubatan memenuhi kehendak dan keperluan negara sebab keputusan ini adalah keputusan bersama dengan beberapa kementerian lain.

Jadinya, KPT memang sentiasa bekerjasama dengan pihak KKM dan juga Malaysian Medical Council untuk memastikan bahawa pengeluaran bakat dalam bidang perubatan ini dikawal berdasarkan kepada unjuran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Jawatankuasa bersama ini adalah satu mekanisme untuk mengawal kemasukan pelajar yang mendapat tempat di IPT di dalam bidang perubatan. Jawatankuasa ini adalah lebih kepada graduan di dalam negara.

Macam saya katakan di dalam jawapan asal saya, kalau ikut unjuran yang telah ditetapkan oleh KKM, kita masih lagi di bawah unjuran. Ini adalah langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kementerian bersama dengan pihak berkepentingan untuk memastikan graduan perubatan negara ini dikeluarkan bersesuaian mengikut masa. Ini insya-Allah Yang Berhormat Bukit Bendera, pandangan Yang Berhormat Bukit Bendera kita akan ambil kira dan ini sajalah jawapan saya. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan yang di-Pertua

Yang Berhormat Jempol, silakan.

final • 10:20 AM

Dato' Haji Salim Sharif - Jempol

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang bijaksana, lagi bergaya. Berkenaan isu imbangan permintaan pasaran kerja dan jumlah graduan yang dilahirkan pada setiap tahun selain bidang perubatan, saya juga mendapati terdapat bidang lain perlu diberi perhatian oleh kementerian. Antara bidang pengajian yang susah hendak dapat pekerjaan kerana persaingan yang sengit dan peluang pekerjaan yang terhad ialah pengurusan perniagaan, sains gunaan, perakaunan, seni, sumber manusia dan lain-lain.

Jadi, soalan saya apakah pelan intervensi kementerian terhadap bidang-bidang pengajian yang kurang peluang pasaran kerja dan juga pada setiap tahun dan sumbangan kepada kadar pengangguran yang tinggi. Bagaimanakah kementerian hendak mengawal perkara supaya tidak terus berlarutan menjadi isu besar seperti bidang perubatan yang disebutkan tadi? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Jempol.

Akan tetapi saya akan lebih menjawab kepada cara kita hendak mengawal bilangan graduan dan penawaran di dalam program perubatan Yang Berhormat Jempol. Untuk makluman Dewan juga, susulan moratorium ini sebenarnya insya-Allah akan tamat tahun ini. Akan tetapi IPT masih lagi tertakluk kepada kuota yang ditetapkan oleh KKM dan juga MMC dalam menentukan pengambilan pelajar dalam bidang perubatan ini.

Pengambilan pelajar juga dikawal berdasarkan kuota yang telah ditetapkan seperti yang saya maklumkan. Hanya akan ada semakan semula oleh mana-mana institusi ini secara berkala dalam tempoh lima tahun sekali antara MQA dengan kerjasama MMC ataupun Majlis Perubatan Negara.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Kapasiti institusi juga akan ditentukan berdasarkan nisbah tenaga pengajar kepada pelajar seperti yang ditetapkan dalam Standard Program Sarjana Muda Perubatan. Jadinya, dalam waktu yang sama bercakap mengenai graduan perubatan, IPTS juga disarankan mungkin boleh mengambil melalui kuota mereka dalam kalangan pelajar antarabangsa bagi memastikan kapasiti dan ruang mereka dapat dipenuhi selain memberi laluan kepada pelajar-pelajar di dalam negara yang berminat dalam bidang perubatan. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Masa dah tak ada Yang Berhormat Papar. Maaf ya. Yang Berhormat Puan Kasthuriraani a/p Patto.

final • 10:30 AM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebelum saya ajukan soalan saya, ingin saya mengucapkan tahniah dan syabas atas kemenangan pingat gangsa oleh atlet karate pekak negara, V. Yilamaran di bawah jurulatih karate kebangsaan Persatuan Sukan Pekak Malaysia, V. Vicnesvaran yang baru berlangsung di Tehran, Iran.

Sekalung penghargaan juga kepada Yang Berhormat Menteri dan pegawai kementerian atas sumbangan RM40 ribu untuk skuad kita. Ini berita baik menjelang sambutan Hari OKU Sedunia esok, 3 Disember 2021. Saya harap lebih perhatian dan peruntukan dilabur terhadap golongan ini.

final • 10:30 AM

3. Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, apa usaha kementerian untuk turut membantu dalam usaha membanteras perkahwinan bawah umur di Malaysia.

final • 10:30 AM

Menteri Belia dan Sukan - Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua.

Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Batu Kawan atas soalan yang diajukan dan juga terima kasih atas usaha yang telah dibawa oleh sahabat saya Yang Berhormat Batu Kawan, hingga membolehkan rakan-rakan kita berjaya di persada antarabangsa dalam sukan karate bagi golongan kurang upaya.

final • 10:30 AM

Menteri Belia dan Sukan - Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Untuk makluman Yang Berhormat Batu Kawan, isu berkenaan perkahwinan bawah umur ini diterajui oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Pada tahun 2020, KPWKM telah membangunkan satu Pelan Strategik Kebangsaan bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur. Pelaksanaan program ataupun tindakan ini melibatkan 61 buah agensi Kerajaan Persekutuan, agensi- agensi kerajaan negeri, pertubuhan bukan kerajaan serta pertubuhan antarabangsa. KBS merupakan salah sebuah kementerian yang turut terlibat dalam melaksanakan inisiatif- inisiatif yang telah digariskan dalam pelan strategik berkenaan.

Pelan strategik ini telah menggariskan enam faktor utama yang menjadi punca kepada perkahwinan bawah umur di Malaysia. Ia turut menggaris strategi dan tindakan- tindakan yang perlu diambil oleh pelbagai pihak bagi menangani perkara ini. Di bawah pelan ini, KBS terlibat secara langsung dengan pelaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah faktor satu, iaitu punca pendapatan yang rendah dan kemiskinan dengan objektif meningkatkan keberkesanan perlindungan sosial dan bantuan sara hidup kepada kumpulan isi rumah B40.

KBS turut terlibat dengan inisiatif-inisiatif di bawah faktor tiga iaitu kekurangan akses kepada pendidikan dan kehadiran ke sekolah yang rendah di bawah objektif meningkatkan akses kepada pendidikan dan kehadiran ke sekolah melalui dasar perundangan program dan advokasi.

Di bawah faktor satu strategi tiga, memperkukuh penyelarasan dan penumpuan kepada program sokongan sosioekonomi dan outreach sedia ada, KBS terlibat dalam pelaksanaan program peningkatan pendapatan atau keusahawanan melalui Program Inkubator dan Makerspace-MyBiz Hub@ILKBS. Selain itu, di bawah strategi ini juga KBS turut melaksanakan program latihan dan kemahiran kerjaya atau TVET serta melaksanakan latihan TVET kepada keluarga B40.

Melalui faktor tiga pula di bawah strategi tiga iaitu menambah baik dasar dan perundangan mengenai pendidikan dan pendidikan wajib. KBS telah menawarkan pendidikan TVET dan kemahiran kepada belia yang telah tercicir daripada pendidikan.

KBS melalui ILKBS telah menawarkan latihan kemahiran sepenuh masa kepada belia yang tercicir bagi kursus-kursus soft skills yang mempunyai syarat kelayakan minimum mulai tahun 2021.

Di samping itu juga, kementerian sangat menggalakkan para remaja dan belia di negara ini terlibat secara aktif dalam program-program anjuran KBS seperti Program Kem Anak Muda, Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda, Program Reben Kuning dan juga program berbentuk kesukarelawanan.

Dengan melibatkan diri dalam program-program yang berbentuk pemantapan jati diri dan pembinaan karakter serta membangun potensi diri, kami yakin ia secara tidak langsung akan mengurangkan kecenderungan remaja atau belia untuk berkahwin awal dan seterusnya dapat membantu membanteras perkahwinan bawah umur. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Batu Kawan.

final • 10:30 AM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dengan pengumuman penetapan umur 18 tahun sebagai kelayakan mengundi, maka saya berharap Yang Berhormat Menteri juga akan memikul tanggungjawab untuk turut serta dalam usaha untuk membanteras perkahwinan bawah umur atau perkahwinan kanak-kanak.

Yang Berhormat Menteri, dari tahun 2020 sehingga kini, jumlah anak muda yang dikesan berhenti sekolah atas alasan berkahwin seramai 445 orang, dengan 411 orang perempuan dan 34 orang lelaki. Satu angka yang amat mengejutkan dan membimbangkan. Akan tetapi, saya juga ingin ucapkan terima kasih atas kerajaan ini yang meneruskan Program Pelan Strategik Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur yang diterbitkan oleh Pakatan Harapan.

Namun, saya ingin tahu di sini, apakah KPI penglibatan dan implementasi enam strategi yang telah dimaklumkan tadi oleh Yang Berhormat Menteri? Sekadar mana

final • 10:30 AM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

efektifnya implementasi strategi ini sebab kita lihat tahun lepas, dan tahun ini ada 400 lebih pelajar yang keluar daripada sekolah dan alasannya untuk berkahwin. So, something is wrong somewhere.

Saya harap Yang Berhormat Menteri dapat memberikan satu- pelan perancangan bukan sahaja atas strategi yang diterbitkan oleh Pakatan Harapan tahun lepas, tetapi pelan tindakan oleh kementerian sendiri seperti di negara Bangladesh dan Zambia yang bukan sahaja Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang terlibat dalam usaha untuk membanteras perkahwinan bawah umur tetapi Kementerian Belia dan Sukan juga. Mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Saya amat bersetuju dengan kebimbangan rakyat dan kita berkenaan dengan peningkatan yang begitu tinggi dalam kalangan remaja yang berkahwin bawah umur ini sehingga jumlah 445 orang.

Satu perkara yang perlu kita sama-sama lakukan ialah untuk memperbanyakkan lagi program-program yang dapat mengisi masa mereka untuk mereka lebih mendapat pengaruh daripada rakan sebaya dalam program-program yang baik untuk mereka lebih dapat membuka peluang daripada segi pelajaran dan juga skil untuk mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik instead daripada kita mencari jalan mudah dengan berkahwin dalam usia yang begitu muda.

Jadi, ini perkara yang perlu kita memperkemaskan lagi dan perbanyakan lagi.

Saya berpandangan bahawa program-program yang pihak Kementerian Belia dan Sukan sendiri lakukan perlu diperkemas dan diperbanyakkan lagi dengan bantuan semua pemimpin masyarakat. Jika kita dapat bekerjasama dengan baik, insya-Allah masalah yang kita sebutkan ini dapat dikurangkan.

Soalan tadi berkenaan dengan KPI, saya mohon ampun dan maaf kerana saya sendiri tidak ada maklumat mengenai apakah KPI, tetapi saya sendiri tidak berpuas hati dengan apa yang telah kita laksanakan. Kita sebenarnya semua sepatutnya buat kerja lebih lagi untuk memastikan permasalahan ini dapat kita rungkai dan selesaikan dengan lebih baik. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Sibuti. Maafkan saya, Sibuti dah bangun lama.

final • 10:30 AM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Persoalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Kawan ini juga pernah dibangkitkan oleh Sibuti pada ucapan dasar berkenaan tentang peranan Kementerian Belia dan Sukan.

Ini memandangkan program-program yang dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terlampau kepada wanita-centric ataupun hanya tertumpu kepada golongan perempuan bawah umur memandangkan kejadian berlakunya perkahwinan bawah umur ini adalah antara lelaki dan perempuan.

Juga, masalah ini banyak berlaku di kawasan luar bandar terutama ketika pandemik. Saya ingin mengetahui, adakah kerajaan ataupun Kementerian Belia dan Sukan dan Yang Berhormat Menteri sendiri bersedia untuk menerajui program-program berkaitan tentang awareness berkenaan tentang perkahwinan bawah umur ini Yang Berhormat Menteri?

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Jawapan kepada persoalan itu tentunya saya bersedia untuk menerajui program-program awareness untuk mengelakkan perkahwinan bawah umur ini dan memastikan anak-anak muda kita lebih memberi fokus kepada pendidikan dan juga memajukan diri dalam mendapatkan skil-skil yang boleh memajukan diri mereka, memudahkan mereka mendapat peluang pekerjaan dengan gaji yang lebih tinggi.

Ini perkara yang perlu diberikan fokus. Termasuk di kawasan-kawasan luar bandar yang kita bimbang jika ada golongan ibu bapa pula yang ingin menyelesaikan masalah dengan mencari jalan mudah mengahwinkan anak dalam usia yang muda.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Jadi, saya faham dan akan bertindak dengan bersungguh-sungguh supaya Kementerian Belia dan Sukan lebih membantu the lead ministry iaitu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mengerakkan lebih banyak program yang boleh memberi awareness kepada anak-anak muda ini. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pasir Mas, ringkas boleh?

final • 10:40 AM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Satu jawapan yang bagus.

Cuma, setujukah Yang Berhormat Menteri sekiranya saya turut mencadangkan bahawa dalam isu perkahwinan bawah umur ini, pihak berkuasa agama negeri juga perlu untuk dilibatkan? Ini kerana enakmennya berbeza di setiap negeri. Saya ambil contoh di Selangor, Enakmen Keluarga Islam 2003 menunjukkan perkahwinan boleh diakadnikahkan di bawah enakmen ini bagi lelaki berumur 18 tahun dan perempuan berumur 16 tahun. Dan ia berbeza setiap negeri.

Jadi, setuju kah Yang Berhormat Menteri bahawa pihak berkuasa agama negeri, mereka juga perlu dilibatkan dan dalam masa yang sama, mereka perlu diminta pandangan berhubung dengan isu perkahwinan bawah umur ini tentang apakah relevancy dan apakah rasional di sebalik penetapan enakmen-enakmen ini? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat dari Pasir Mas. Saya bersetuju dengan pandangan tersebut. Persoalan itu lebih kepada saya terima sebagai satu pandangan yang akan mengerakkan saya dan kementerian untuk bekerjasama dengan pihak-pihak negeri untuk sama-sama kita mencari jalan agar ianya dapat diselaraskan dan permasalahan berkenaan dengan perkahwinan anak yang begitu muda ini di kalangan umur belasan tahun ini dapat kita kurangkan. Terima kasih dan, insya-Allah, sama-sama kita dapat lakukan perkara ini.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat semua, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat semua.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

final • 10:40 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

[Soalan No. 1 – YB. Datuk Robert Lawson Chuat (Betong) tidak hadir]

2. Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah] minta Menteri Kesihatan menyatakan sama ada doktor-doktor pakar bukan klinikal yang mempunyai kelayakan ikhtisas yang diiktiraf oleh kerajaan juga diberi layanan yang sama rata dengan doktor- doktor pakar klinikal dari segi perjawatan, penggajian, kenaikan pangkat dan sebagainya.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kesihatan II - Datuk Aaron Ago Dagang

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan Malaysia hingga 30 September 2021, jumlah pakar perubatan adalah seramai 6,066 orang iaitu 6,042 orang adalah pakar perubatan lantikan tetap dan 24 adalah pakar perubatan lantikan kontrak. Daripada jumlah tersebut, seramai 457 orang adalah merupakan pakar perubatan keluarga dan 467 orang lagi merupakan pakar kesihatan awam.

Doktor-doktor pakar bukan klinikal yang mempunyai kelayakan ikhtisas yang diiktiraf oleh kerajaan juga diberi layanan yang sama rata dengan doktor-doktor pakar klinikal daripada segi penggajian dan kenaikan pangkat.

Pada masa ini, laluan kerjaya pegawai perubatan yang berkhidmat di kementerian dibahagikan kepada dua laluan iaitu laluan pakar dan laluan bukan pakar.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kesihatan II - Datuk Aaron Ago Dagang

Penentuan laluan pakar memerlukan syarat-syarat tertentu seperti pegawai mempunyai kelulusan sarjana perubatan yang diiktiraf dan diwartakan sebagai pakar oleh Jawatankuasa Khas Perubatan ataupun National Specialist Register di bawah Majlis Perubatan Malaysia.

Mulai 9 Mac 2010, kementerian juga telah membuat penambahbaikan melalui pelaksanaan kenaikan pangkat pakar lebih cepat mengikut tempoh pakar tersebut berkhidmat di KKM ataupun time-based promotion, dengan izin. Bagi kenaikan pangkat pakar perubatan, pegawai perubatan yang telah ditawarkan sebagai pakar yang telah berkhidmat selama sembilan tahun, mereka boleh dipertimbangkan terus kepada gred UD54. Kenaikan pangkat pakar perubatan ke gred utama serta gred khas C adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan perlu mendapat kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam.

Sehubungan itu, bagi menambahbaikkan peluang kenaikan pangkat pakar perubatan sebelum pegawai dipertimbangkan ke gred utama dan gred khas, kerajaan telah mewujudkan satu lapisan gred baharu iaitu gred pakar UD56 berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017. Antara kriteria kenaikan pangkat ini adalah pegawai telah ditawarkan sebagai pakar perubatan daripada atas gred 54 bagi tempoh tidak kurang daripada lima tahun. Inisiatif pewujudan lapisan gred pakar UD56 ini membolehkan mereka menikmati faedah yang lebih baik atas gred lebih tinggi.

Daripada aspek saraan, pakej yang ditawarkan kepada pakar perubatan adalah menarik. Faedah yang diberikan bukan sahaja bersifat monetary malah tawaran juga diberikan dalam bentuk bukan monetary. Jumlah gaji dan elaun tetap yang diterima oleh pakar perubatan gred 54 dan gred 56 adalah antara RM11,000 kepada RM21,000 sebulan. Manakala pakar perubatan di gred kanan yang lebih tinggi pula menerima gaji lebih kurang dalam RM16,000 hingga RM37,000 sebulan. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tahukah Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa terdapat doktor-doktor perubatan kerajaan yang memperoleh Sarjana Etika Penyelidikan Kesihatan dari Universiti Malaya masih digelar sebagai pegawai perubatan dan tidak diiktiraf sebagai pakar etika penyelidikan kesihatan? Mereka tidak menerima sebarang kenaikan gaji atau apa-apa insentif yang lain. Bukankah kepakaran bukan klinikal juga perlu diberi kepentingan yang sama rata demi memperkasakan sektor kesihatan di negara kita? Mohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Aaron Ago Dagang

Terima kasih Yang Berhormat. Kita mempunyai senarai specialist yang boleh diiktiraf. Ini adalah mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Majlis Perubatan Malaysia (MPM) dan mereka adalah badan registry untuk mendaftarkan mereka ini sama ada mereka dapat dimasukkan ke dalam kategori pakar atau subkepakaran.

Dalam soalan Yang Berhormat ini, saya akan menyelidik kisah ini untuk tentukan adakah ia ini termasuk dalam senarai kepakaran yang sedia ada. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tebrau.

final • 10:40 AM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Tuan Yang di-Pertua, Libaran.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Maaf. Yang Berhormat Tebrau bangun dahulu.

final • 10:40 AM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memberi jawapan ke atas jawapan daripada Yang Berhormat Batu Gajah.

Oleh sebab Yang Berhormat Batu Gajah membangkitkan isu ini, ini bermakna masalah ini memang real ya, benar. Jadi, soalan saya adalah sekiranya ini adalah benar, bolehkah kementerian memberikan maklumat, berapa doktor-doktor ini yang berstatus ini sudi meneruskan jawatan mereka di hospital? Ini kerana kita hendak elakkan kehilangan pakar-pakar kita kepada negara lain. Jadi, kalau ada kadar pengekalan atau retention rate, sila memberikan maklumat kepada Dewan ini. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Aaron Ago Dagang

Tuan Yang di-Pertua, tidak berapa jelas soalan yang diberi oleh Yang Berhormat.

Akan tetapi, kalau kita melihat kepakaran di negara kita ini, memang kita masih memerlukan begitu banyak. Masalah kita adalah kita membuat training kepada pakar- pakar ini tetapi selepas mereka dapat lulus kepakaran, kebanyakan mereka-mereka ini yang masih tidak berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan, mereka pergi ke hospital swasta dan sebagainya sebagai specialist di tempat-tempat masing-masing. Inilah satu daripada kekangan kita, masalah kita daripada segi kita mendapat kepakaran yang mencukupi di negara kita.

final • 10:40 AM

Datuk Aaron Ago Dagang

Memang kita tahu terutama di Sabah dan Sarawak, kita masih memerlukan banyak kepakaran tetapi KKM dengan sedaya-upayanya untuk menyelesaikan masalah ini dengan beberapa langkah yang telah dibincangkan. Terima kasih.

final • 10:50 AM

3. Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor [Cameron Highlands] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, apa langkah yang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi menyelesaikan isu Orang Asli yang masih tidak mempunyai dokumen yang sah sehingga kini.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri II - Tuan Jonathan bin Yasin

Terima kasih kepada soalan daripada Yang Berhormat Cameron Highlands.

Tuan Yang di-Pertua, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 [Akta 299] bagi Semenanjung Malaysia, Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian bagi negeri Sabah dan Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian bagi negeri Sarawak memperuntukkan bahawa setiap kelahiran di Malaysia hendaklah didaftarkan.

Dalam hal ini, semua kelahiran kanak-kanak di Malaysia termasuk kelahiran anak bagi pasangan Orang Asli perlu didaftarkan dan dikeluarkan dokumen sijil kelahiran.

Semua kanak-kanak Orang Asli yang telah mencapai umur 12 tahun hendaklah memohon kad pengenalan berdasarkan sijil kelahiran tersebut.

Kementerian melalui JPN sentiasa mengambil langkah proaktif dalam memastikan urusan pendaftaran dokumen pengenalan diri individu yang berkelayakan dapat dilaksanakan dengan mudah di seluruh negara termasuk di kawasan pedalaman melalui inisiatif berterusan iaitu Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR). Program ini merangkumi Program Pendaftaran Bergerak (Unit Mobile) dan Bas Mobile.

Program MEKAR menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuklah khidmat nasihat berkaitan pendaftaran kad pengenalan, kelahiran dan kematian. Kerjasama bersama agensi berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) turut dilaksanakan oleh JPN bagi memastikan proses pendaftaran dokumen pengenalan diri di kalangan Orang Asli dapat dilaksanakan dengan lebih mudah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Salah satu isu yang timbul merupakan pengesahan anak itu dilahirkan di dalam negara sebagai anak Orang Asli. Jadi adakah dalam pengesahan ini dicadangkan- yang dapat pengesahan bahawa ini merupakan anak Orang Asli, dicadangkan Tok Batin, Penghulu Mukim atas siasatan oleh Pegawai JAKOA Daerah. Pohon perkara ini juga diambil kira dalam isu penyelesaian sebagaimana kad pengenalan di Sabah dan Sarawak, ada satu Jawatankuasa. Adakah pihak KDN akan mengambil maklum sekali perkara ini?

final • 10:50 AM

Tuan Jonathan bin Yasin

Terima kasih atas soalan tambahan daripada Yang Berhormat Cameron Highlands. Sebenarnya pihak JPN mengambil kira pengesahan yang dibuat oleh Tok Batin. Sehingga setakat ini, tidak ada pengesahan yang diberi oleh tok batin telah ditolak oleh JPN, semuanya diterima.

Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, hanya lapan permohonan yang telah ditolak. Ia kerana bila dipanggil, ada di antara mereka yang tidak hadir dan ada pula dokumen tidak mencukupi. Itu sebab ditolak dalam tempoh lima tahun ini hanya lapan sahaja yang menjadi masalah.

final • 10:50 AM

Tuan Jonathan bin Yasin

Jika ada lagi kes-kes spesifik, Yang Berhormat Cameron Highlands sendiri tahu, kita sangat mengalu-alukan supaya maklumat-maklumat yang belum lagi permohonan mereka dapat diproses, dapat dikemukakan dan kita akan berusaha untuk membantu sebaik dan secepat yang mungkin. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Simpang Renggam.

final • 10:50 AM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Jikalau tadi dibicarakan isu anak-anak Orang Asli yang masih tidak mempunyai dokumen yang sah. Saya ingin membawa perhatian Yang Berhormat Timbalan Menteri kepada isu anak-anak warga yang tidak mempunyai dokumen. Sekitar tahun 2018 dan 2019, KPM telah bekerjasama dengan JPN di peringkat daerah. Di antara PPD dan juga JPN untuk menyelesaikan dua masalah.

Pertamanya, membawa anak-anak yang tidak ada dokumen masuk ke sekolah melalui Zero Reject Policy yang dilakukan oleh KPM dan bekerjasama dengan JPN antara sekolah, PPD dan juga JPN mendaftarkan anak-anak tersebut supaya mempunyai dokumen yang sah. Kini kita tidak mendengar apa-apa kehangatan lagi mengenai Zero Reject Policy di peringkat KPM tetapi kita ingin tahu di pihak Jabatan Pendaftaran Negara

(JPN) di peringkat daerah, apa masih ada lagi usaha, kerjasama dengan KPM untuk mendaftarkan anak-anak yang tidak ada dokumen ini yang masuk sekolah? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Tuan Jonathan bin Yasin

Terima kasih atas soalan itu. Sebenarnya, soalan asal yang telah dikemukakan jauh daripada soalan Yang Berhormat sebentar tadi. Namun, berkenaan dengan perkara ini saya fikir ia melibatkan banyak perkara dan banyak kementerian.

final • 10:50 AM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Mungkin jawapan bertulis Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:50 AM

Tuan Jonathan bin Yasin

Kita akan bagi jawapan bertulis yang melibatkan polisi juga. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Soalan tambahan.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Maaf.

final • 10:50 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Soalan tambahan, Padang Serai.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak cukup masa, maaf.

final • 10:50 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Ini surat beranak Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Maaf, maaf.

final • 10:50 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Ini hal besar dalam negara kita sekarang.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Maaf, tiada masa. Yang Berhormat Sekijang, silakan.

final • 10:50 AM

4. Puan Hajah Natrah binti Ismail [Sekijang] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan, jumlah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang sedia ada di seluruh negara, dan apakah perancangan pihak kementerian dalam mewujudkan lebih banyak MRSM baharu di seluruh negara bagi menampung keperluan pelajar-pelajar.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II - Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Sekijang.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II - Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Sehingga kini, terdapat 55 buah MRSM telah beroperasi di seluruh negara termasuk dua buah MRSM yang baharu memulakan operasi pada tahun ini iaitu MRSM Bera, Pahang dan MRSM Bagan Datuk, Perak. Kapasiti pelajar bagi keseluruhan 55 buah MRSM adalah berjumlah 42,189 orang.

Selain itu, sebanyak tujuh buah MRSM baharu telah diluluskan di dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Daripada jumlah tersebut, sebanyak tiga buah MRSM sedang dalam pembinaan dan selebihnya adalah dalam peringkat pra pelaksanaan.

Justeru, menjelang tahun 2025, dijangka sebanyak 62 buah MRSM secara keseluruhannya akan beroperasi di seluruh negara dengan kapasiti pelajar berjumlah 46,539 orang.

Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini MARA akan memberi penumpuan terhadap operasi 55 buah MRSM sedia ada dan memastikan tujuh buah MRSM yang sedang dan akan dibina di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Namun, sekiranya terdapat sebarang cadangan pembinaan MRSM baharu, ia adalah tertakluk kepada keperluan dan kelulusan yang diberikan oleh pihak kerajaan.

Jadi perancangan dalam masa jangka panjang, perancangan jangka masa panjang MARA adalah untuk mewujudkan MRSM di kawasan Lembah Klang bagi menampung permohonan yang tinggi di kalangan para pelajar dari Lembah Klang yang merangkumi 50 peratus daripada keseluruhan jumlah permohonan semasa. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Puan Hajah Natrah Ismail - Sekijang

Soalan saya kedua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan pertama dulu ya.

final • 10:50 AM

Puan Hajah Natrah Ismail - Sekijang

MRSM mengesahkan bahawa telah menerima sebanyak 74,472 permohonan dari seluruh negara bagi kemasukan bagi tahun 2022. Daripada jumlah ini, sudah pasti kapasiti MRSM sedia ada tidak mampu untuk menampung jumlah permohonan yang tinggi saban tahun.

Soalan saya, adakah pihak kementerian berhasrat untuk menyasarkan sekurang- kurangnya sebuah MRSM diwujudkan di setiap daerah? Apakah status pembinaan MRSM di Parlimen Sekijang yang pernah dirancang sebelum ini? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Terima kasih Yang Berhormat Sekijang.

Memang betul kemasukan pada tiap-tiap tahun itu memang tinggi. Jadi di sini, terutamanya sebagaimana saya jawab tadi di Lembah Klang, 50 peratus daripada keseluruhan jumlah permohonan semasa adalah daripada Lembah Klang. Jadi di sini iaitu tentang tiap-tiap daerah boleh dikatakan dalam tiap-tiap sebuah negeri. Memang tiap-tiap negeri ada MRSM dan ada yang lebih dari sebuah, itu sudah pastinya ya.

Jadi insya-Allah, sebagaimana yang kita ketahui permohonan memang tinggi tetapi kita kena mengikut saringanlah melalui ujian kemasukan ke MRSM ini. Dari sana, itu merupakan kaedah kita ya untuk menyaring kemasukan. Tentang di Sekijang tersebut, terus terang saya tidak ada faktanya. Saya pun hendak tahu juga. Saya akan check dengan kementerian. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

[Bangun]

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ada soalan tambahan sebelah sini?

final • 10:50 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah

[Bangun]

final • 10:50 AM

Dato' Haji Salim Sharif - Jempol

[Bangun]

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya ada, Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 10:50 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Krai bangun dulu.

final • 10:50 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan soalan pertama tadi adalah daripada sebelah sana, Tuan Yang di-Pertua dan yang kedua adalah dari sini. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. Saya ingin bertanya, apakah KPI pengambilan pelajar bagi tahun 2022 nanti setelah UPSR dimansuhkan oleh pihak KPM dan apakah langkah bagi memastikan pelajar-pelajar MRSM ini terus cemerlang dengan syarat kemasukan baharu nanti?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Datuk Haji Hasbi bin Habibollah

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Jadi, tentang kemasukan kualiti kecemerlangan student yang masuk ke MRSM ini sebagaimana kita ketahui sekarang ini ujian Tingkatan 3 pun sudah tidak ada. Jadi, so far, kita tetap mengadakan ujian kemasukan ini pada dua tahap iaitu kemasukan untuk naik Tingkatan 1 dan juga yang dikekalkan untuk naik Tingkatan 4. Jadi, dari sini kita memastikan kecemerlangan quality of student memasuki MRSM ini dijaga dengan baik.

Ini tetap dikekalkan. Jadi, rasanya itulah jawapan saya. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Maaf tadi saya silap. Sebenarnya soalan tambahan kedua sepatutnya sebelah sini.

final • 11:00 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Boleh tambahan sedikit tak Tuan Yang di- Pertua? Tambah sedikit yang tadi.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Cukuplah.

final • 11:00 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Tidak berapa jawab tadi.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah habis dah. Yang Berhormat Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub. Silakan.

final • 11:00 AM

5. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [Machang] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah langkah yang akan dilaksanakan kementerian bagi mengatasi masalah isu p-hailing yang tiada perlindungan keselamatan sosial, gaji tetap, pengiktirafan sebagai pekerja dan perlindungan di bawah Akta Kerja 1955.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat, Yang Berhormat Machang.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan soalan yang dibangkitkan ini, kerajaan memang mengakui yang buat masa sekarang pekerja dalam sektor p-hailing ini tidak diliputi di bawah undang-undang buruh seperti Akta Kerja 1955 [Akta 265]. Liputan Akta 265 adalah khusus kepada pekerja yang ditakrifkan di bawah jadual pertama Akta 265 iaitu yang memasuki kontrak perkhidmatan dan bersetuju untuk berkhidmat dengan majikan. Akta 265 tidak meliputi hubungan contract for service sebagaimana dimeterai oleh pekerja yang terlibat dalam kontrak bebas ataupun contract for service seperti mana sektor p-hailing. Walau bagaimanapun, bagi menjaga kebajikan mereka, jaringan keselamatan bagi pekerja sektor p-hailing disediakan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS). Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 iaitu Akta 789 yang dikuatkuasakan oleh PERKESO bermula 1 Oktober 2021.

Pekerja dalam sektor ini dikehendaki secara mandatori mendaftar dan mencarum di bawah Akta 789 sebagai salah satu pelan bagi memastikan kategori tersebut mempunyai perlindungan sosial. Ini kerana mereka merupakan golongan yang berisiko mengalami kemalangan semasa menjalankan pekerjaan.

Pihak kementerian kini sedang dalam proses untuk meminda Akta 265. Antara cadangan pindaan akta tersebut adalah bagi memasukkan seksyen 101C baharu yang memperuntukkan iaitu seksyen 101C yang baharu, yang memperuntukkan takrifan berhubung pekerja dan majikan. Cadangan pindaan ini adalah salah satu usaha kerajaan

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim

untuk memperjelaskan hubungan pekerjaan pada masa hadapan seperti dalam ekonomi gig. Ini kerana, pada masa sekarang terdapat lacuna – bahasa undang-undang lacuna ataupun bahasa kita jurang, terutamanya dalam menentukan kategori kontrak sama ada kontrak perkhidmatan ataupun contract of service ataupun kontrak untuk perkhidmatan, contract for service. Kementerian Sumber Manusia sedang mengadakan beberapa siri sesi libat urus bersama dengan pihak-pihak berkepentingan seperti penyedia perkhidmatan dan pemain industri. Ini bertujuan untuk melihat dengan lebih mendalam sama ada terdapat keperluan untuk menggubal sebuah perundangan baharu khusus untuk melindungi dan menjaga kepentingan serta kebajikan mereka yang terlibat dalam ekonomi gig. Kerajaan juga akan memperhalus bentuk perlindungan tambahan yang diperlukan oleh pekerja dalam ekonomi gig yang meliputi sektor p-hailing bagi memastikan golongan ini menerima perlindungan yang sewajarnya. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Machang.

final • 11:00 AM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih atas jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya bersetuju sekiranya pihak kementerian ingin membawa pindaan terhadap akta yang mewajibkan semua yang terlibat dengan p-hailing ini akan diwajibkan mendaftar dalam PERKESO dan juga SOCSO kerana kita tahu mereka ini sememangnya mudah terdedah kepada kemalangan yang terlalu berisiko.

Soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada atau tidak data ataupun dalam rekod kementerian berapa ramai kah semua mereka yang terlibat dengan p-hailing ini dan berapa ramai kah juga di kalangan mereka yang telah terlibat dalam kemalangan dan tidak mempunyai perlindungan PERKESO dan juga SOCSO? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Silakan.

final • 11:00 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Terima kasih sahabat yang membangkitkan. Dari segi data yang kita ada, untuk maklumat terkini soalan yang terakhir tadi. Ada tiga perkara yang dibangkitkan.

Pertamanya, berkenaan dengan pelindungan. Keduanya berkenaan dengan data mereka yang terlibat dengan kemalangan. Seterusnya, mereka yang telah mendaftar sebagai pencarum PERKESO. Alhamdulillah, kita terus berusaha bagi pihak PERKESO dengan kita melaksanakan beberapa program iaitu bagi kita memberi perlindungan kepada golongan-golongan seperti yang disebutkan tadi iaitu p-hailing dan juga e-hailing ini.

Dengan kita merangsang satu program yang dinamakan Foodpanda, Grab Food, Shopee Food yang mana mereka ini kita sarankan, kita menggalakkan mereka supaya mencarum di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial yang berkuat kuasa pada 1 Oktober 2021.

final • 11:00 AM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Jumlah mereka yang telah mendaftar dan yang belum mendaftar?

final • 11:00 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Seperti saya sebut tadi. Jumlah nanti saya akan bagi secara bertulis. Saya tidak dapat fakta lagi.

final • 11:00 AM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Okey, bertulis tidak apa. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Okey, terima kasih. Yang seterusnya, kita juga terus memberi perlindungan kepada golongan ini di mana kita turut menyediakan elaun sebanyak RM600 sebulan selama tempoh maksimum enam bulan bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan. Bila mendapat pekerjaan dalam bentuk p-hailing dan juga e- hailing ini juga dalam masa bulan dalam perkhidmatan gig ini, yang mana mereka

final • 11:00 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim

mendaftar dengan PERKESO, mereka juga akan menerima RM200 sebulan bagi setiap pekerja yang telah digaji.

Itu adalah insentif-insentif rangsangan bagi kita meringankan beban mereka dan juga memberi perlindungan mereka sekiranya berlaku apa-apa musibah ataupun benda yang di luar jangkaan pada mereka. Keluarga mereka juga dilindungi dalam skim ini termasuk dalam program yang kita sebut orang yang bekerja sendiri (OBS) yang tiada ada majikan. Akan tetapi, mereka ada e-hailing dan p-hailing yang beroperasi bekerja di rumah sepertimana bentuk mereka dalam membuat tempahan dalam online system ini.

Sekian terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ada soalan tambahan? Tiada ya. Tidak ada, saya teruskan dengan Yang Berhormat Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy.

final • 11:00 AM

6. Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy [Kota Belud] minta Menteri Kesihatan menyatakan ada kementerian bercadang untuk memberikan kuasa autonomi kepada Kerajaan Negeri Sabah bagi menguruskan perancangan dan peruntukan kesihatan dengan lebih berkesan.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kesihatan II - Datuk Aaron Ago Dagang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 September 2018 telah bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet ataupun PEMANDU bagi menyemak dan membuat mengesyorkan kepada kerajaan berhubung pelaksanaan hak-hak dan autonomi Sabah dan Sarawak selaras dengan peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia 1963 dan perkara-perkara yang terkandung di dalam carta 3 Annex A dan B IGC ataupun Inter-Governmental Committee Report 1962. Susulan daripada itu, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet atau PEMANDU ini – untuk menyemak pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963, bilangan 2, tahun 2019 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri. Pada 17 Mei 2019 telah bersetuju supaya Kementerian Kesihatan Malaysia menubuhkan satu jawatankuasa khas atau mengadakan satu sesi libat urus secara berkala antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak untuk membincangkan perkara berkaitan dengan isu-isu kesihatan di kedua-dua negeri.

Berdasarkan keputusan tersebut maka Kementerian Kesihatan Malaysia telah menubuhkan jawatankuasa khas membincangkan isu-isu kesihatan negeri Sabah dan Sarawak dan mesyuarat berkenaan perkara ini diadakan secara berasingan bagi kedua- dua negeri tersebut.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Kesihatan II - Datuk Aaron Ago Dagang

Antara peranan jawatankuasa ini adalah untuk menjadi platform untuk sesi libat urus berterusan yang akan membincangkan isu-isu kesihatan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.

Kedua, untuk mewujudkan suasana dan kerjasama yang lebih kondusif antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Ketiga memantapkan kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Susulan daripada keputusan tersebut, Kementerian Kesihatan telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Khas bagi membincangkan isu-isu kesihatan negeri Sabah pada 29 Mac 2021 yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia dan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.

Isu-isu utama negara seperti penularan pandemik COVID-19 yang mendadak pada – dapat dibincangkan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Pelaksanaan langkah-langkah pencegahan secara pantas berkesan dan seragam dapat dilaksanakan secara holistik.

Justeru, Kementerian Kesihatan menyasarkan agar isu-isu pengurusan, perancangan operasi, peruntukan dan lain-lain yang berkaitan isu kesihatan dapat

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Kesihatan II - Datuk Aaron Ago Dagang

dibincangkan dan ditangani secara bersama oleh kedua-dua pihak dengan baik dan berhemah melalui jawatankuasa ini terutamanya untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan dan tahap kesihatan rakyat di negeri Sabah. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud.

final • 11:10 AM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak nafikan bahawa sistem kesihatan semakin bertambah baik.

Akan tetapi, di manakah kedudukan Sabah sekarang? Nisbah doktor kepada penduduk Sabah yang paling tinggi di Malaysia 1:850 berbanding Kuala Lumpur 1:244 dan juga berbanding nisbah nasional 1:454.

Lebih teruk lagi, lebih satu pertiga penduduk Sabah tinggal lebih daripada lima kilometer daripada segala jenis kemudahan kesihatan di mana hospital dan klinik kesihatan kami kurang pakar, kakitangan, fasiliti juga peralatan perubatan.

So, sudah tiba masanya pada kita, pada saya kerajaan menukar pendekatan dan mencari kaedah baharu. Soalan tambahan saya, adakah kementerian akan memberikan sepenuhnya peruntukan dan kuasa kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dalam menetapkan sendiri strategi, perolehan, projek serta rancangan-rancangan yang lebih selari dan sesuai dengan keperluan rakyat Sabah.

Soalan tambahan saya kedua, adakah kita bersedia terutamanya daerah luar bandar menghadapi sekiranya gelombang yang kita tidak jangka bila akan berlaku ini.

Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:10 AM

Datuk Aaron Ago Dagang

Terima kasih Yang Berhormat. Memanglah dalam hal kesihatan ini di bawah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kementerian Kesihatan kita telah membincangkan banyak isu, tidak kurang daripada 10 isu. Selain daripada wabak COVID-19, kita juga dalam Jawatankuasa Khas itu antara Kementerian Kesihatan dan juga Kerajaan Negeri Sabah kita membincangkan isu-isu yang betul-betul menjadi masalah kepada kita seperti dan selalu disebutkan apabila kita ingin membangunkan fasiliti kesihatan. Masalahnya adalah dari segi tanah, mendapat tanah yang boleh tempat kita membuat fasiliti berkenaan.

Juga di Sabah kita memang difahamkan masalah air yang belum sepenuhnya mendapat rawatan sewajarnya ataupun yang bersih. Kita juga faham keadaan hospital ataupun klinik yang mungkin dikatakan tidak mencukupi, kita sedar semua ini. Oleh sebab itu dalam pelbagai perbincangan ini di bawah Jawatankuasa Kementerian Kesihatan, semua ini telah kita rungkai dan telah kita senaraikan sebagai isu yang amat penting, bukan sahaja untuk Sabah, juga untuk Sarawak.

Kita memang mengetahui, dari segi fasiliti, dari segi kekurangan pakar dan sebagainya, kita memang mengetahui masalah ini. Oleh sebab itu, kita amat bekerja sesungguhnya supaya ia dapat ditangani, mungkin bukan dalam jangka masa yang singkat, tapi dalam masa yang panjang, yang penting sekarang kita sudah ada strategi, sudah ada libat urus di antara kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Daripada segi soalan kedua tadi untuk memohon supaya JKNS diberi kuasa autonomi untuk mengadakan sendiri peruntukan dan sebagainya, sekarang ini pun sistem kerajaan memang begitu. Dari kerajaan negeri, setiap jabatan kita menyuruh dalam setiap bajet adalah diunjurkan oleh jabatan-jabatan berkenaan. Ini kemudian dibawa pada peringkat nasional untuk dipertimbangkan. I think, tadi, yang lain saya sudah lupalah.

Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ada soalan tambahan sini? Tidak ada, silakan Yang Berhormat Papar.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya secara peribadi memang menyokong kalau kuasa autonomi ini dapat diberikan kepada negeri Sabah berkenaan dengan perancangan hal ehwal kesihatan.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Kenapakah saya cakap begitu? Ini kerana di Daerah Papar kita ada hospital baharu, kononnya hospital baharu, tetapi sampai sekarang pun hospital ini belum siap- siap. Siapakah yang rugi? Rakyat Papar yang rugi, rakyat sekeliling yang rugi. Jadi di mana kesilapannya. Kalau ada kesilapan di sini, kalau misalkan kontraktor ini tidak dapat menyelesaikan pembinaan hospital ini, maka kita ganti dengan kontraktor yang berkemampuan.

Saya di sini sangat kesal, kerana apa? Kalau misalkan hospital ini tidak siap, orang Papar yang akan susah. Mereka tidak dapat merasai keselesaan hospital baharu.

Jadi di sini juga kenapa saya harus menyokong, kalau boleh kuasa autonomi itu harus diturunkan ke negeri Sabah supaya pemantauan dapat dibuat secara konsisten dan ini akan dapat memantau setiap pembangunan yang telah dilaksanakan itu akan dapat dilaksanakan dengan cepat dan sempurna. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Aaron Ago Dagang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, memang kita semua sedar dengan isu autonomi ini sedang hebat dibincangkan dan pelbagai jawatankuasa telah pun ditubuhkan untuk membincangkan isu autonomi dan Malaysia Agreement 1963. Kita faham ia berjalan, tetapi dari segi Hospital Papar yang dikatakan oleh Yang Berhormat ini, saya kana buat jawapan bertulis. Saya tahu, bukan sahaja di Sabah, di Sarawak juga banyak hospital sakit yang memerlukan penjelasan yang sepatutnya.

Saya memang dari tadi telah pun mengatakan mengapa isu autonomi ini amat perlu dibincangkan dengan selanjutnya. Akan tetapi sekarang ini, dari Kementerian Kesihatan kita memang bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan isu-isu yang amat penting pada setakat ini. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Seputeh.

final • 11:10 AM

[Soalan No. 7 – YB. Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi (Tumpat) tidak hadir]

8. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah Jabatan Tenaga Kerja dalam proses menghapuskan sistem pengrekrutan dan penempatan pembantu rumah memandangkan lebih satu ribu agensi pekerja asing tidak mempunyai bekalan pembantu rumah asing sejak 2016.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kakak saya Yang Berhormat Seputeh.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada soalan yang dibangkitkan, kerajaan menerusi Jabatan Tenaga Kerja mengeluarkan lesen kepada agensi pekerjaan swasta yang ingin menjalankan aktiviti merekrut pembantu rumah asing untuk bekerja di Malaysia.

Sehingga 30 September 2021, terdapat sebanyak 773 buah agensi pekerjaan swasta yang aktif di bawah kategori B dan kategori C.

Berdasarkan data Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), sehingga 31 Oktober 2021 terdapat seramai 88,752 orang pembantu rumah asing sedang bekerja di negara ini. MoU ataupun memorandum persefahaman di antara Kerajaan Malaysia dan Indonesia mengenai penggajian pembantu rumah asing telah tamat pada tahun 2016.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim

Oleh sebab itu, tiada sebarang kemasukan baru pembantu rumah asing secara terus dari negara Indonesia. Buat masa ini, kerajaan masih lagi berunding dengan pihak Kerajaan Indonesia bagi mencapai kesepakatan untuk memeterai satu perjanjian baharu.

Walaupun agensi pekerjaan swasta tidak dibenarkan membuat pengambilan pembantu rumah dari negara Indonesia, kerajaan tidak menghalang mana-mana agensi pekerjaan swasta untuk membuat pengambilan dari negara sumber yang lain sepertimana Filipina ataupun Kemboja.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim

Dalam masa itu, kerajaan juga tidak bercadang untuk menghapuskan sistem pengrekrutan ataupun pengambilan dan penempatan pembantu rumah sedia ada tetapi akan memperhalusi dan membuat penambahbaikan agar sistem sedia ada lebih berkesan dan efisien. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Jempol. Ya.

final • 11:20 AM

Puan Teresa Kok - Seputeh

Ya, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Maaf. Maaf. Maaf...

[Ketawa] Yang Berhormat Seputeh dahulu.

final • 11:20 AM

Puan Teresa Kok - Seputeh

Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hairanlah, kita punya MOU dengan pihak Indonesia. Sejak tahun 2016 sehingga sekarang pun belum ada apa-apa pencapaian. Saya juga difahamkan bahawa pada tahun 2018, kerajaan membenarkan maid online. Macam kita boleh tempah pembantu rumah melalui online macam kita tempah barang dari Shopee dan Lazada. Sebenarnya sistem ini membuka ruang kepada human trafficking. Itu sebab yang Malaysia ini sekarang masih di bawah – di dalam tier 3 daripada segi perdagangan manusia.

Kita juga tahu terdapatnya pembantu rumah dari Indonesia masuk dengan visa pelancong. Semua ini, saya rasa Jabatan Tenaga Kerja tidak boleh lepas tangan macam ini. Kita pun perlu ada rundingan yang lebih baik dan juga kena ada Akta Penggajian – Employment Act atau Akta Kerja yang memberi perlindungan kepada pembantu rumah seperti bagi mereka off-time, tempoh masa untuk kerja dan juga yang ada gaji mereka dimasukkan dalam bank dan sebagainya.

Seperti apa yang pekerja asing yang kerja dengan syarikat di luar yang bukan dalam bentuk rumah itu. Jadi, soalan saya ialah apakah sekarang kementerian akan cuba menyelesaikan masalah ini kerana Malaysia memang perlu pembantu rumah. Ini tidak dapat dinafikan.

Akan tetapi, banyak agensi pekerjaan sekarang ini, mereka tidak dapat source daripada khususnya dari Indonesia. Saya rasa ini satu perkara yang Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh beri perhatian kerana kita haruslah bagi pembantu rumah asing kita ini mendapat kesemua faedah sama seperti pekerja asing yang kerja di syarikat di luar lingkungan rumah.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Terima kasih kerana menyebut, kita sedang dalam tier 3. Insya-Allah, kita sedang berusaha untuk kita memenuhi daripada tier 3 turun kepada tier 2. Oleh sebab itulah, sejak tahun 2006 pengambilan dan penggajian perkhidmatan domestik Indonesia untuk bekerja di Malaysia dilakukan melalui beberapa siri memorandum persefahaman ataupun MOU yang telah ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Republik Indonesia.

Jadi protokol amending MOU 2011 telah berakhir pada 30 Mei 2016. Beberapa siri telah kita lakukan sejak November 2017 dan November 2018. Namun, buat masa ini gagal memuktamadkan MOU baharu. Mungkin dalam tahun ini ataupun awal tahun hadapan, kita akan memuktamadkan MoU sepertimana yang Yang Berhormat Seputeh sebut tadi.

Seterusnya, kita terus mengadakan satu jalinan untuk meneruskan pekerja asing ini dari Indonesia dengan membuat dua hala. Satu mesyuarat dua hala iaitu dinamakan Joint Working Group (JWG) yang mana dijadualkan pada November 2019 di Kuala Lumpur untuk dimuktamadkan MOU tersebut bagi pengambilan dan penggajian perkhidmatan domestik Indonesia ke Malaysia telah ditangguhkan disebabkan oleh beberapa perkara yang kita tidak dapat elakkan. Berikutan isu-isu yang tidak mendapat kesepakatan antara kedua-dua belah pihak. Antara isu-isu tersebut ialah sistem maid online, ‘one maid, one task’ dan juga kos pengrekrutan yang tinggi.

Terkini satu perbincangan telah diadakan pada 23 Julai 2021 antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Indonesia mengenai draf MOU penggajian dan perlindungan domestik Indonesia ke Malaysia. Secara prinsipnya, Malaysia menyatakan

final • 11:20 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim

bahawa one-channel system seperti yang diusulkan dalam draf MOU merujuk pada proses pengrekrutan yang akan dilakukan oleh sistem dalam talian yang digunakan oleh Kerajaan Malaysia sepertimana yang dikehendaki oleh Yang Berhormat Seputeh tadi...

[Ketawa] Jadi, itu perkara-perkara yang ada lagilah. Dalam saya hendak jawab daripada segi fakta, saya ingat saya boleh jawab dalam lain masa fakta-fakta antara sebab ini very sensitive, kita tidak boleh sebut fakta yang kita tidak pasti. Ada fakta-fakta yang pasti, yang tepat yang kita akan umumkan dari semasa ke semasa, insya-Allah. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Jempol.

final • 11:20 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Puan Teresa Kok - Seputeh

Kalau ada masalah, kakak Seputeh sedia bantu ya. Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:20 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Okey amoi. Okey amoi.

final • 11:20 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Terima kasih kakak.

final • 11:20 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terdapat agensi ataupun agen pembantu rumah yang tidak bertanggungjawab membuat keuntungan segera dengan mengeksploitasikan rakyat Malaysia yang terdesak untuk mendapatkan pembantu rumah ini. Jadi ada yang mengecas seorang pembantu rumah ini dengan kadar RM13 ribu hingga RM15 ribu. Ini macam jual orang lagi untunglah daripada jual barang lain.

Jadi dalam keadaan ini di mana pembantu rumah susah didapati. Jadi adakah kementerian mengkaji semula peraturan 773 yang dimaksudkan tadi itu, berapakah agensi yang melanggar peraturan daripada segi caj yang digunakan? Rekrut orang ini bagi, kemudian ambil semula, tidak ganti, hilang dan sebagainya. Akhirnya mereka yang dapat pembantu rumah ini, hanya bertahan sekadar satu atau dua minggu tetapi rugi RM15 ribu. Apakah tindakan kepada agensi tersebut?

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Jempol. Ya, memang kerajaan telah meletakkan syarat untuk pengambilan dan latihan setiap seorang pekerja dari Indonesia ataupun maid ini dengan tidak melebihi RM5,400 setiap pengrekrutan yang kita buat ini. Jadi apabila macam ini, apabila ada berlaku pelanggaran daripada agensi swasta yang mana disebut oleh Yang Berhormat Jempol tadi, sehingga RM15 ribu.

Jadi keadaan ini, kita tengok satu keadaan yang tidak sihat. Jadi peningkatan dan enforcement sedang dilakukan dan insya-Allah, saya akan mendapat maklumat secara terperinci daripada segi fakta dari Jabatan Imigresen Malaysia daripada segi pendakwaan yang kita buat dan menjawab secara bertulis. Insya-Allah, sekian terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya menjemput Yang Berhormat Sabak Bernam, Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh.

final • 11:20 AM

9. Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh [Sabak Bernam] minta Menteri Kesihatan menyatakan, setakat manakah kejayaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan setakat manakah pencapaian imuniti kelompok di kalangan warga dewasa di negara ini mengikut negeri serta nyatakan apakah keperluan dan kepentingannya untuk suntikan vaksin booster iaitu suntikan vaksin COVID-19 dos ke-3 dan seterusnya.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kesihatan II - Datuk Aaron Ago Dagang

Tuan Yang di- Pertua. Status pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ataupun PICK sehingga 30 November ini adalah seperti berikut. Di peringkat dewasa, 96.9 peratus sudah mendapat dos lengkap ataupun 22.689 juta orang. Di peringkat remaja yang lengkap dos merupakan 86.1 peratus ataupun 2.7 juta orang.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kesihatan II - Datuk Aaron Ago Dagang

Jadi, keseluruhannya sekarang ini rakyat Malaysia yang sudah mendapat dos lengkap merupakan 77.8 peratus, atau bersamaan dengan 25.4 juta orang. Jadi difahamkan juga, semua negeri telah mencapai liputan pemberian vaksin melebihi 85 peratus bagi populasi dewasa kecuali negeri Kelantan dan Sabah yang mendapat 80.3 peratus dan 75 peratus kedua-duanya.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kesihatan II - Datuk Aaron Ago Dagang

Walau bagaimanapun, pusat pemberian vaksin masih terus dibuka untuk populasi yang masih belum mendapatkan vaksinasi mereka. Kejayaan PICK ini boleh dilihat daripada segi keberkesanan vaksin ini di dalam mengurangkan risiko jangkitan, risiko jangkitan serius dan kematian akibat COVID-19.

Satu kajian keberkesanan pemberian vaksin ini telah pun diadakan oleh PICK bersama-sama dengan Institut Penyelidikan Klinikal di bawah Institut Kesihatan Negara

(NIH) dan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) yang dijalankan pada 1 April hingga 12 September ini yang melibatkan 1.2 juta penerima vaksin.

Daripada hasil kajian ini didapati keberkesanan vaksin secara keseluruhan dalam mengurangkan risiko jangkitan adalah 88 peratus, mengurangkan risiko bergejala dengan 86 peratus, mengurangkan kemasukan ke ICU sebanyak 83 peratus dan mengurangkan risiko kematian sebanyak 88 peratus.

Jadi vaksinasi lengkap ini telah dapat mengurangkan risiko mendapat jangkitan COVID-19 sebanyak 9.5 kali dibandingkan dengan mereka yang tidak mendapat vaksin.

Vaksin lengkap ini juga dapat mengurangkan risiko kematian sebanyak 18 kali dan berbandingkan mereka yang tidak menerima vaksin.

Secara keseluruhan vaksin-vaksin yang telah diberi di dalam PICK adalah berkesan dalam mencegah dan mengurangkan jangkitan termasuk jangkitan bergejala penyakit COVID-19 serta jangkitan serius dan kematian di kalangan pesakit COVID-19. Ia juga berkesan dalam mengurangkan beban dalam sistem kesihatan negara.

Kementerian kesihatan Malaysia telah memulakan pemberian vaksin penggalak satu dos tambahan bermula pada 13 Oktober tahun ini. Tujuan ini adalah untuk memastikan imuniti yang diperoleh selepas menerima dos lengkap dapat dikekalkan untuk tempoh yang maksimum atau optimum khususnya terhadap jangkitan varian Delta.

Inisiatif ini juga dilaksanakan untuk mengelakkan peningkatan semua kes COVID- 19 di negara ini, terutamanya di kalangan kumpulan berisiko tinggi. Dos penggalak ini diberikan kepada individu dewasa berumur 18 tahun ke atas dengan keutamaan kepada kumpulan rentan dan berisiko tinggi. Keutamaan juga diberi kepada mengikut umur dan juga kepada petugas barisan hadapan, petugas dan penghuni di pusat jagaan kesihatan, individu yang mempunyai comorbidity, wanita yang sedang mengandung kepada mereka yang perlu ke luar negara.

Sehingga 30 November, bilangan penerima dos penggalak (booster dose) adalah 2.5 juta ataupun bersamaan dengan 10.8 peratus bagi penduduk dewasa di seluruh negara dan yang terbanyak adalah di Sarawak dengan 648,885 penerima. Sekian terima kasih.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan

final • 11:30 AM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Soalan tambahan pertama. Dipersilakan Sabak Bernam.

final • 11:30 AM

Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Kita dapati walaupun kerajaan telah memberikan vaksin dos pertama, dos kedua dan juga kali ini menggunakan booster – Kita masih dapati bahawa rakyat di sana mereka yang menerima vaksin masih lagi positif. Sebagai contoh di Parlimen ini; semenjak dari 22

final • 11:30 AM

Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam

Oktober hingga 31 November 2021, 84 kes positif dan ada kematian di kalangan petugas dan juga sebagainya. Soalan tambahan saya, setakat manakah dos penggalak booster mampu menghadapi serangan varian Omicron COVID-19 dan nyatakan langkah kerajaan bagi menghalang varian Omicron ini daripada merebak ke negara ini. Sekian terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Sabak Bernam. Dipersilakan Timbalan Menteri menjawab.

final • 11:30 AM

Datuk Aaron Ago Dagang

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua memanglah – sebab itu daripada segi kita menghadapi virus ini, bukan bermakna yang sudah mendapat vaksin ini akan kebal daripada virus COVID-19 ini. Memang banyak kes yang disebutkan oleh Yang Berhormat di Parlimen dan di seluruh negara ini dikatakan breakthrough bagi mereka yang sudah mendapat vaksin tetapi masih juga terkena virus ini.

final • 11:30 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

[Bangun]

final • 11:30 AM

Datuk Aaron Ago Dagang

Inilah satu-satunya – Ini kerana, yang daripada kajian kita vaksin yang diberi Pfizer, Sinovac dan sebagainya dalam beberapa bulan dia punya imuniti turun; waning effect. Oleh sebab itu, bagi kita yang sudah menerima vaksin Pfizer ini dapati selepas enam bulan dia punya imuniti menurun dan sebab itu booster dose ini diberi untuk meningkatkan, mengembalikan imuniti kepada individu-individu. Bagi Sinovac, dflap gatealam kajian, ia menurun selepas tiga bulan dan sebab itu booster dose ini diberi kepada mereka. Selepas menerima dose primer tiga bulan atau lebih vaksin- vaksin booster diberi adalah Pfizer, Sinovac dan sekarang ini AstraZeneca.

Bagi soalan selanjutnya berkenaan dengan nama varian Omicron ini, kerajaan memang sedar dan kita telah pun – Menteri telah pun membuat press statement semalam...

final • 11:30 AM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 11:30 AM

Datuk Aaron Ago Dagang

Menegaskan supaya kita ini – nombor satu ialah tidak ke luar negara, terutamanya bagi yang dewasa. Sebenarnya kita pun belum mengetahui sebenarnya behaviour virus Omicron ini. Seluruh dunia sedang membuat kajian, bukan sekadar jangkitan dan sebagainya. Sekian, terima kasih.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Satu soalan pendek.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Soalan tambahan yang kedua. Saya jemput Padang Serai. Dia bangun dahulu tadi.

final • 11:30 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin mohon penjelasan daripada kerajaan. Apakah kerajaan bersedia untuk menghasilkan vaksin. Jika ya, bilakah vaksin ini bersedia untuk digunakan? Terima kasih Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Timbalan Menteri sila.

final • 11:30 AM

Datuk Aaron Ago Dagang

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan ini telah pun saya jawab dalam beberapa minggu yang dahulu yang berkenaan dengan kerajaan yang sedang memajukan vaksin sendiri. Ada dua cara yang kita telah pun adakan. Oleh sebab saya sekarang tiada maklumat yang penuh dengan itu, saya akan memberi jawapan bertulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Satu soalan pendek sahaja.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik. Tidak apa. The next question is on kesihatan juga. Boleh add in the next question. Saya teruskan pertanyaan jawab lisan dengan menjemput Yang Berhormat Dr. Azman bin Ismail, Yang Berhormat Kuala Kedah.

final • 11:30 AM

[Soalan No.10 – YB. Puan Rusnah binti Aluai (Tangga Batu) tidak hadir]

[Soalan No.11 – YB. Datuk Abd Rahim bin Bakri (Kudat) tidak hadir]

12. Dr. Azman bin Ismail [Kuala Kedah] minta Menteri Kesihatan menyatakan sains dan data yang dirujuk oleh kementerian dalam memutuskan tentang keperluan dos ketiga vaksin COVID-19.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Menteri Kesihatan atau Timbalan menjawab sekali lagi.

final • 11:30 AM

Timbalan Menteri Kesihatan II - Datuk Aaron Ago Dagang

Mohon sekejap – Saya cari fail..

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sebelum itu saya hendak memaklumkan bahawa soalan yang lebih awal Yang Berhormat Tangga Batu tidak ada dalam Dewan. Yang Berhormat Kudat pun tidak ada dalam Dewan. Oleh sebab itu, melangkau ke soalan seterusnya. Dipersilakan Timbalan Menteri.

final • 11:30 AM

Datuk Aaron Ago Dagang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berdasarkan Interim Statement on Booster Dose for COVID-19 bertarikh 4 Oktober 2021 oleh World Health Organization, definisi dos tambahan ialah merupakan dos vaksin yang diberikan selepas menerima dos primer untuk mendapat rangsangan imun yang optimum dan perlu diberikan kepada individu yang layak sebahagian daripada dos primer.

Definisi dos penggalak adalah merupakan dos yang diberikan kepada penerima vaksin dos primer yang telah mendapat rangsangan imun dan optimum tetapi tahap imuniti menurun selepas enam bulan menerusi dos primer lengkap.

Oleh yang demikian sebelum sebarang keputusan muktamad bagi pemberian dos tambahan mahupun dos penggalak dilaksanakan Kementerian Kesihatan Malaysia menggunakan pendekatan berlandaskan bukti dan sains melalui hasil dapatan kajian real-world data yang mendapat panel pakar perubatan sama ada dalam ataupun luar negara.

final • 11:30 AM

Datuk Aaron Ago Dagang

Antara bukti saintifik yang menjelaskan keperluan dos tambahan adalah seperti berikut. Ini panjang jawapannya.

Hasil dapatan kajian bertajuk Three Doses of an mRNA COVID-19 Vaccine In Solid-Organ Transplant Recipient dengan yang diterbitkan di dalam New England Journal of Medicine oleh N. Kamar et al. telah membuktikan pemberian vaksin Comirnaty dos ketiga kepada penerima transplantasi organ menunjukkan peningkatan immunogenicity vaksin yang ketara antara 40 hingga 68 peratus.

Tiada kesan sampingan yang serius dilaporkan. Vaksin CoronaVac telah diberikan enam hingga lapan bulan selepas dos kedua menghasilkan peningkatan kadar antibodi yang luar biasa dan menunjukkan bahawa pemberian dos kedua terdahulu menghasilkan memori imun yang baik.

Mutakhir ini, terdapat bukti daripada kajian real-word data bahawa terdapat kesan pengurangan imuniti (waning immunity) terhadap SARS ataupun COVID-19 selepas beberapa bulan lengkap vaksinasi dan berlaku peningkatan kes jangkitan semula

(breakthrough). Selain daripada itu, kemunculan variant of concern (VOC) juga memberi kesan di mana ia lebih mudah merebak dan mampu merebak di dalam komuniti dalam tempoh yang singkat.

Hasil dapatan kajian tempatan iaitu kajian RECoVaM mendapati terdapat breakthrough infection dan kadar keseluruhan breakthrough infection adalah 1.3 bagi 100 orang. Separuh daripada kesemua breakthrough infection adalah di dalam lingkungan 30 hari selepas divaksin. Kadar breakthrough infection meningkat dengan peningkatan hari sejak penerima dos lengkap vaksin dan kadar jangkitan adalah 5.2 hingga 5.3 dalam tempoh 120 hari selepas dos lengkap.

final • 11:40 AM

Datuk Aaron Ago Dagang

Analisa interim selepas enam bulan kajian post-COVID bagi vigilant telah melaporkan terdapat 10 peratus petugas kesihatan mendapat jangkitan COVID-19 breakthrough selepas menerima vaksin lengkap Comirnaty.

Manakala antara kajian luar negara yang telah digunakan sebagai rujukan adalah seperti berikut iaitu kajian di The Lancet, UK pada 1 September 2021 telah mendapati terdapat breakthrough infection di kalangan individu yang divaksinasi. Seramai 2,370 individu atau pun 0.2 peratus daripada 971,000 orang didapati positif setelah tujuh hari vaksinasi. Tempoh breakthrough infection adalah dalam median 44 hari.

Kajian keberkesanan pelbagai vaksin sebagai dos penggalak telah dijalankan di Chile dan di Thailand dan menunjukkan vaksin tersebut berkesan ke atas jangkitan COVID-19.

Saya ingat itu sahaja. Saya akan berikan jawapan yang bertulis ini kepada Yang Berhormat sebab ia agak panjang. Sekian, terima kasih.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila, Yang Berhormat Kuala Kedah, soalan tambahan pertama.

final • 11:40 AM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya dengar tadi penjelasan yang diberikan dan kajian yang disebut itu merupakan kajian-kajian di kalangan populasi pesakit dan orang- orang yang berisiko tinggi.

Soalan saya adalah, vaksin ialah ubat dan ia ada adverse effect, kesan sampingan dan itu diketahui. Dalam masa yang sama, vaksin juga tidak menghalang orang dari terkena COVID-19 walaupun telah menerima vaksin. Maka, tanpa kita mengukur tahap antibodi pada orang yang akan kita berikan dos ketiga, apakah kita telah mengambil risiko yang tinggi dengan kita memberikan dos ketiga kepada semua orang, bukan kepada yang berisiko tinggi sahaja?

Maksudnya, pada saya, lebih baik kita ukur tahap antibodi seseorang pesakit berisiko tinggi yang mungkin memerlukan dos ketiga. Kalau antibodi tahapnya rendah, baru kita beri. Kalau tidak, kita tidak berikan. Ini kerana vaksin ada kesan adverse reaction, adverse effect. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab. Satu minit.

final • 11:40 AM

Datuk Aaron Ago Dagang

Terima kasih Yang Berhormat. Memang betul apa Yang Berhormat katakan tadi. Kementerian pun sedar adverse effect dan sebagainya.

Selepas kita menerima dos lengkap pun, imuniti kita menurun. Setakat ini, saya ingat kementerian pun mungkin perlu membuat kajian yang very specific untuk ia diberi kepada mereka yang berisiko tinggi dan sebagainya.

Akan tetapi, terima kasih Yang Berhormat. Saya ingat saya akan bawa hasrat ini untuk kementerian mengkaji semula, ataupun mungkin saya tidak pun sedar adakah kajian ini telah diadakan untuk ia diberi kepada targeted group seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat.

Akan tetapi, untuk makluman semua, adverse effect ini memang ada dan kita telah pun menjawab beberapa kali di Dewan yang mulia ini. Adverse effect yang juga begitu banyak tetapi tidak ada yang bawa mudarat kematian dan sebagainya. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya bagi blok sini dahulu. Sila Yang Berhormat Tebrau.

final • 11:40 AM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Setelah menerima jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga alasan yang diberi Yang Berhormat Kuala Kedah, memang isu dos ketiga ini mengelirukan ramai warga di luar. Setahu saya – kalau tidak, betulkan saya – hampir 30 hingga 40 peratus rakyat yang menolak diberikan dos yang ketiga.

final • 11:40 AM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Jadi, soalan saya, macam mana kerajaan akan mengatasi masalah ini dengan sikap warga begini? Adakah kerajaan ingin menukarkan maksud selesai divaksinkan daripada yang habis dua dos ini kepada mesti habis dos ketiga barulah dimaksudkan sudah selesai divaksin seperti negara lain yang sudah melaksanakan? Terima kasih.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:40 AM

Datuk Aaron Ago Dagang

Terima kasih Yang Berhormat. Kita memang sedar yang pemberian dos ketiga ini agak slow. Tadi saya pun sudah memberi angka iaitu cuma 10.83 peratus rakyat Malaysia telah pun mengambil dos ketiga dan kebanyakannya adalah di negeri Sarawak.

Apa Yang Berhormat katakan itu adalah benar tetapi kita tidak boleh membuat compulsory ataupun diwajibkan terima dos. Sama juga dos satu dan dos kedua dahulu.

Ini adalah bergantung kepada individu. Akan tetapi, kita selalu membuat saranan terutama sekali sekarang ini apabila variant of concern baharu Omicron ini telah pun timbul. I think itulah kita akan lebih bersungguh-sungguh bagi mereka yang dewasa untuk mendapatkan booster dose. Mungkin boleh dapat dos ketiga. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih. Saya benarkan soalan tambahan ketiga. Sila, Yang Berhormat Kuala Selangor. Ringkas.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Amat menarik persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah dan juga Yang Berhormat Tebrau sebentar tadi. Akan tetapi, saya tidak mahu melanjutkan isu yang perlu diperhatikan oleh KKM itu terutama tentang perkara-perkara yang bersangkutan yang terkait dalam persoalan immunologic memory, humoral immunity dan juga cellular-mediated immunity. Perkara itu sangat penting.

Namun, saya beralih, Tuan Yang di-Pertua. Kalau bolehlah, bagi meningkatkan lagi dos booster ataupun dos penggalak ataupun dos ketiga, kalau dimaksudkan dengan Sinovac itu, apakah langkah strategic communication yang boleh dilakukan oleh kerajaan? Mungkin saya boleh mencadangkan sekali gus bahawa berapa peratus sebenarnya di kalangan kakitangan KKM sendiri yang tertinggi, kakitangan-kakitangan KKM tertinggi dan juga Ahli Kabinet kerajaan yang telah pun mengambil dos penggalak ini?

Kalau boleh, mereka lakukan secara terbuka dan mengadakan sedikit media event untuk menjadi satu bukti bahawa mereka pertama-tamanya adalah komited, kalau benar perkara itu perlu dijadikan satu tindakan yang penting, walaupun tidak boleh dijadikan satu yang mandatori. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Minta pencerahan.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya yang pertama yang ambil dos penggalak. Terima kasih.

Sudah masuk dalam media. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:40 AM

Datuk Aaron Ago Dagang

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat. Memang soalan Yang Berhormat itu amat tepat bagi healthcare workers sendiri. Berapakah jumlah mereka yang telah mendapat dos ketiga ini? Angka ini saya tidak ada di sini. Saya akan memberi jawapan bertulis dalam hal ini. Tetapi itulah satu daripada yang dikatakan Yang Berhormat ada cadangan supaya healthcare workers ini perlu mendapat booster dose sebelum orang lain – ada dapat juga booster dose. Kita memang amat sukar sedikit dalam hal ini tetapi daripada kesedaran yang ada sekarang ini, kita memang mengharapkan ubat vaksin ini adalah amat-amat berkesan dalam menangani virus-virus COVID-19 ini. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Tuan Sabri bin Azit, Yang Berhormat Jerai.

final • 11:50 AM

13. Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah- langkah terkini bagi semakan elaun anggota polis dan anggota penguatkuasa agensi bawah KDN yang perlu bersesuaian dengan peningkatan kos sara hidup masa kini.

final • 11:50 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri II - Tuan Jonathan bin Yasin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada soalan daripada Yang Berhormat Jerai. Tuan Yang di-Pertua, dalam memastikan kebajikan penjawat awam sentiasa terbela, kerajaan sentiasa berusaha untuk menambah baik pelaksanaan pemberian elaun dalam perkhidmatan awam selaras dengan hala tuju semasa perkhidmatan dan keperluan yang dinamik.

Melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2019 Tuan Yang di-Pertua, tiba pengukuhan pelaksanaan pemberian elaun dan perkhidmatan awam bagi Sistem Saraan Baru (SSB) 1992 dan Sistem Saraan Malaysia 2002, kerajaan menyemak dan mengukuhkan pelaksanaan pemberian elaun agar ia kekal relevan dan memenuhi keperluan serta kehendak perkhidmatan selain memastikan kebajikan penjawat awam terbela.

Kementerian Dalam Negeri sentiasa peka dan prihatin dalam usaha menjaga kebajikan penguat kuasa jabatan, agensi di bawahnya terutamanya berkaitan penambahbaikan pemberian elaun. Antara langkah yang diambil oleh kerajaan ialah melaksanakan semakan kadar elaun sedia ada bagi memastikan ia kekal relevan, memanjangkan elaun sedia ada kepada jabatan, agensi di bawah KDN yang melaksanakan tugas yang setara bagi memastikan kesaksamaan dalam pemberian elaun dan memohon elaun-elaun baharu berdasarkan keunikan tugas anggota penguat kuasa.

Antara yang telah dipertimbangkan oleh pihak KDN ialah satu kenaikan kadar dan pemanjangan pemberian insentif penguatkuasaan banduan, Jabatan Penjara Malaysia.

Ini elaun antara RM90 hingga ke RM200 dan juga pemberian elaun khas iaitu ini telah dipanjangkan kepada semua di barisan hadapan (frontliners) dalam menghadapi pandemik COVID-19 dan ia telah dibayar kepada 60,000 anggota penguat kuasa daripada Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan ESSCOM.

Selain yang ketiga juga ada elaun kesusahan pada anggota-anggota polis, JIM, RELA yang bertugas di kawasan pedalaman dan ia telah dilaksanakan sejak tahun 2020 di mana bagi mereka yang bertugas di kawasan pedalaman RM500, pedalaman 1, RM500 akan diberikan, yang bertugas pula di pedalaman 2, RM1,000 akan diberi kepada anggota berkenaan dan di kawasan pedalaman 3 yang jauh daripada kawasan-kawasan hutan, mereka akan menerima elaun sebanyak RM1,500.

Yang masih dalam kajian sekarang ialah:

(i) bayaran insentif jurulatih Polis Diraja Malaysia;

(ii) kenaikan kadar bayaran insentif penyelam Polis Diraja Malaysia;

(iii) kenaikan kadar bayaran insentif Pasukan Simpanan Persekutuan Polis Diraja Malaysia;

(iv) pemanjangan bayaran insentif penguat kuasa...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Minta rumuskan Yang Berhormat. Masa sudah tamat.

final • 11:50 AM

Tuan Jonathan bin Yasin

...Dan

(v) bayaran insentif Unit Trup Tindakan Cepat, Institusi Jabatan Penjara Malaysia; dan

(vi) kenaikan kadar bayaran insentif pengawasan pelatih di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN), Agensi Antidadah Kebangsaan.

final • 11:50 AM

Tuan Jonathan bin Yasin

Akan tetapi ia banyak bergantung kepada kemampuan kewangan negara. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambah pertama, sila Yang Berhormat Jerai dulu.

final • 11:50 AM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Untuk pesara polis yang bersara pada tahun 2010 dan sebelumnya, kebanyakan mereka hanya menikmati wang saraan kurang dari RM500 hingga RM600 sebulan.

Keadaan ini menyebabkan pesara-pesara terpaksa bekerja walaupun keadaan kesihatan semakin merosot. Saya mohonlah bagi pihak pesara polis yang telah pun menerima pencen saraan yang saya sebutkan tadi, agar pihak kementerian mengkaji semula sesuai dengan kos hidup semasa. Sekian, terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu minit.

final • 11:50 AM

Tuan Jonathan bin Yasin

Ya saya, terima kasih atas soalan tambahan itu. Saya juga bersimpati dengan para pesara. Perkara ini sudah tentu akan dibawa dan dibincang dalam kementerian nanti. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih. Soalan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Teluk Intan.

final • 11:50 AM

Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk membawa suara rintihan hati anggota polis khususnya mereka yang berpangkat rendah. Baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, saya telah melawat beberapa pejabat polis termasuk ibu pejabat daerah. Saya mendapati dengan sendiri di mana keadaan cukup daif dalam beberapa pejabat polis termasuk tidak ada kertas A4 untuk pegawai siasatan, tidak ada printer, kena beli sendiri. Air cond rosak, tidak ada peruntukan. Kemudian, polis kena ambil gaji untuk install air cond sendiri.

Saya hendak tanya di sini, Yang Berhormat Timbalan Menteri, setiap tahun Kementerian Dalam Negeri, tahun depan akan dapat RM17 bilion peruntukan. Apakah langkah-langkah kementerian untuk menjamin – Tadi jawapan memang cantik atas kertas.

Akan tetapi dia indah khabar dari rupa.

Apakah langkah sebenar akan dilakukan, arahan dikeluarkan kepada kementerian pastikan di mana kebajikan anggota polis khususnya golongan berpangkat rendah, kebajikan mereka dibela dan sesuai dengan keperluan dinamik untuk memastikan khidmat polis ini, kebajikan mereka dijaga dengan sebaik-baiknya. Sekian, terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Teluk Intan. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab. Satu minit.

final • 11:50 AM

Tuan Jonathan bin Yasin

Walaupun rentetan pertanyaan daripada Yang Berhormat sebentar tadi terkeluar sedikit daripada keseluruhan soalan asal, namun kerajaan sebenarnya memang berusaha keras supaya kebajikan anggota-anggota polis yang bertugas serta kemudahan fasiliti untuk mereka bekerja diambil berat oleh kerajaan.

Kerajaan sentiasa berusaha melalui peruntukan-peruntukan yang sudah disediakan, ia dapat memperbaiki perkhidmatan mereka dan kebajikan para anggota. Namun, ia juga tertakluk kepada peruntukan yang tersedia daripada kerajaan kerana kita tahu bahawa tidak semuanya dapat diselesaikan secara sekali gus. Akan tetapi kita berusaha supaya fasa demi fasa pembaikan akan dapat dilakukan dan anggota polis dapat menikmati kemudahan sebagai anggota polis dan juga tempat kerja yang lebih selesa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih.

final • 11:50 AM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Soalan tambahan satu lagi. Tuan Yang di-Pertua, satu saja lagi. Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Saya bagi soalan tambahan yang ketiga, yang terakhir. Sila Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 11:50 AM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pada dua tahun yang lepas saya telah dijanjikan di dalam Dewan ini, Kementerian Dalam Negeri akan menyelaraskan elaun-elaun seluruh anggota polis. Saya masih dapati bahawa anggota FRU mendapat elaun terendah disebabkan kononnya FRU banyak stand by daripada bertugas. Saya mohon jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:50 AM

Tuan Jonathan bin Yasin

Terima kasih atas soalan itu. Pihak KDN akan meneliti saranan daripada pihak Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik. Ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk...

final • 11:50 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tidak lepas juga.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

...Waktu pertanyaan- pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini.

final • 11:50 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Aik, tidak lepas juga. Tidak lepas juga Pokok Sena, tiga orang tidak datang pun tidak lepas juga...

[Ketawa]

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sudah cukup tiga, tidak boleh empat. Maksimum tiga.

final • 12:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tidak, soalan saya nombor 14 sahaja. Tiga orang datang, hari ini saya tidak lepas juga ya. Tidak pernah naik lagi soalan...

[Ketawa]

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Okey, saya beri peluang. Sila Yang Berhormat Dato’ Mahfuz bin Haji Omar.

final • 12:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Baik, terima kasih. Saya duk harap, saya duk tunggu sebab tiga orang tidak datang, saya ingat boleh naik.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Boleh, boleh. Saya bagi peluang.

final • 12:00 PM

14. Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan:

(a) berapa jumlah pusat bertauliah TVET swasta menutup operasi ekoran kesan dari pandemik COVID-19; dan

(b) apakah rancangan persiapan baru TVET pasca COVID-19 dalam menghadapi era baru.

final • 12:00 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Ada dua soalan yang dibangkitkan di sini. Saya terus menjawab dengan masa yang singkat ini.

Tuan Yang di-Pertua, jadi soalan pertama berkenaan dengan TVET, jumlah dan yang kedua berkenaan dengan rancangan baharu TVET pasca COVID-19. Kerajaan terus bertindak untuk melihat keadaan pandemik COVID-19 dengan pelaksanaan latihan secara dalam talian menjadi medium utama bagi memastikan program latihan di institut latihan TVET dapat diteruskan.

Jadi bilangan pusat bertauliah yang masih aktif sehingga September 2021 sebanyak 1,233 yang melibatkan 4,961 program berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS). Daripada rekod itu hanya dua buah pusat latihan di

final • 12:00 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim

bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran yang telah menutup operasi kesan pandemik COVID-19.

Seterusnya, saya ingin menyentuh berkenaan dengan perancangan baru iaitu mengharungi cabaran pasca COVID-19 ini, Jabatan Pembangunan Kemahiran iaitu yang meneliti pembangunan kemahiran iaitu TVET akan menggiatkan pelaksanaan program modular secara sepenuh masa dan separuh masa berdasarkan kategori yang telah digariskan oleh NOSS. Program modular ini boleh memberikan peluang kepada mereka yang terkesan kepada mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19 ini untuk mendapatkan kemahiran dalam masa yang singkat.

Selain itu juga, program ini turut menyasarkan pekerja industri dan juga sektor- sektor yang lain yang sedia ada untuk meningkat dan mempelbagaikan kemahiran mereka berdasarkan permintaan pasaran. Selain itu, kerajaan juga melalui Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia iaitu di bawah JTM seperti ILP, ADTEC dan JMTI menyediakan tempat latihan bagi individu yang hilang pekerjaan untuk meningkatkan kemahiran.

Latihan ini terbuka kepada semua individu walaupun mereka bukan pencarum di bawah skim insurans pekerjaan. Program latihan ini dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan melalui skim PERKESO. Selain itu, institut latihan Jabatan Tenaga Manusia turut melaksanakan kursus jangka pendek yang berkonsepkan modular ataupun customised, dengan izin, terbuka kepada individu yang berhasrat untuk meningkatkan kemahiran sedia ada ataupun mempelajari kemahiran-kemahiran baharu.

Pelatih akan ditauliahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia menerusi kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu dan dibimbing untuk membangunkan portfolio berdasarkan pengalaman yang dimiliki sebelum verifikasi oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran. Sekian, terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Soalan tambahan pertama, sila.

final • 12:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Walaupun disebut tadi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, dua buah pusat bertauliah yang ditutup. Akan tetapi kalau ikut Persatuan Pusat Bertauliah itu mengatakan 16 yang telah pun ditutup. Tidak apalah, tetapi bagi saya walaupun dua ditutup itu satu kerugian kepada negara kita kerana kita hendak letakkan bahawa TVET ini akan menjadi satu arus perdana dalam tempoh pelaksanaan RMKe-12 nanti.

Apa yang saya hendak minta ialah apakah bentuk bantuan yang boleh kita berikan kepada pusat-pusat bertauliah ini akibat daripada mereka kekurangan pendapatan sepanjang COVID-19 tempoh hari untuk membolehkan mereka itu bangkit dan bernafas secara lebih baik untuk meneruskan aktiviti pendidikan TVET.

Keduanya ialah apa persiapan kita untuk menghadapi kemungkinan berlakunya sekali lagi penutupan akibat daripada merebaknya virus baharu ini? Tidak cukup hanya kita melihat kepada pendidikan melalui online kerana ia hanya membabitkan isu yang berkaitan dengan teori sedangkan di pusat-pusat bertauliah ini 60 ke-70 peratus adalah berasaskan kepada praktikal. Jadi, macam mana kita hendak hadapi situasi ini kalau berlaku sekali lagi memaksa kerajaan menutup semua pusat pendidikan ini?

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 12:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena.

Pertamanya berkenaan dengan bantuan untuk kita hendak meneruskan aktiviti TVET di pusat-pusat awam dan swasta ini. Insya-Allah kita ada persatuan dari pusat TVET swasta iaitu mereka menjalankan kursus-kursus yang telah diiktiraf oleh Jabatan Tenaga Manusia seperti mana yang kita sebut tadi bahawa melalui persatuan ini, kita akan mendapati dalam perbincangan untuk kita mengesan masalah-masalah yang dihadapi oleh pusat latihan swasta ini bagi kita menolong membantu mereka di bawah Jabatan Tenaga Manusia ini dengan peruntukan-peruntukan khas, geran setiap tahun yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Sumber Manusia.

final • 12:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Keduanya, berkenaan dengan sistem yang kita- sekiranya berlaku sistem pengajian TVET ini. Buat masa sekarang kerajaan telah membuat pengumuman tidak akan melaksanakan MCO di tempat-tempat tertentu kecuali ada tempat-tempat yang dikatakan merebak, akan berfokus iaitu ditutup di tempat yang tertentu sahaja.

Tidak kepada keseluruhan tempat. Katalah, TVET, ILP di Malaysia ini ada 32 buah tempat. Sekiranya berlaku sesuatu yang di luar jangkaan di satu ILP itu, hanya satu itu sahaja difokuskan dan akan ada penumpuan ataupun pemantauan yang secara terperinci untuk kita meneruskan agenda-agenda pengajian TVET ini di peringkat seluruh Malaysia ini. Sekian, terima kasih.

final • 12:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik Ahli-ahli Yang Berhormat. Maka, tamatlah Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Usul.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 12:00 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahaskan dan diputuskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Wilayah Persekutuan dan juga Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2022 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2022 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 6 Disember 2021”.

final • 12:07 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ada yang menyokong?

final • 12:07 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Tuan Muslimin bin Yahaya

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 12:07 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 12:07 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH P.M 18(1)
ISU KENAIKAN HARGA BARANG ASAS

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri KPDNHEP yang hadir bersama pada pagi ini. Saya Salahuddin bin Ayub, Ahli Parlimen Pulai, saya mohon mengemukakan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2) seperti berikut. Bahawa saya diberikan kebenaran merunding perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, pada 30 November 2021, saya telah menerima surat rayuan supaya harga barang dapat diturunkan daripada seorang rakyat biasa, peniaga kecil Shamsuri Mohd Zin di perkarangan Parlimen untuk diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negara dan Hal Ehwal Pengguna.

Sehubungan dengan itu, antara isu yang menjadi perhatian saya adalah seperti berikut. Perkara ini perlu disegerakan kerana isu kenaikan harga barang asas secara mendadak seperti yang dilaporkan oleh akhbar rasmi dan saya juga telah mendengar banyak rintihan dan aduan daripada orang ramai. Selain itu, isu ini juga dibangkitkan oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini.

Oleh itu saya rasa perlu mendapat perhatian dan maklum balas pihak kementerian yang berkaitan dengan segera dan ini merupakan perkara yang berkaitan dengan kepentingan orang ramai, memandangkan kenaikan harga barang asas tanpa kawalan ini menjejaskan kos sara hidup dan memberikan tekanan bukan sahaja kepada pengguna, bahkan kepada golongan peniaga kecil.

final • 12:08 PM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Saya percaya bahawa isu-isu ini adalah berkenaan kepentingan ramai yang berkehendakkan disegerakan selari dengan Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2). Oleh itu, adalah wajar untuk saya diberikan kebenaran untuk merunding perkara-perkara tersebut supaya jalan penyelesaian dapat dicapai terhadap isu ini. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu pemberitahu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) oleh Yang Berhormat Pulai pada hari Selasa, 30 November 2021. Usul itu adalah seperti yang dibacakan oleh Yang Berhormat Pulai sebentar tadi.

Bagi membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat, saya sebagai Tuan Yang di-Pertua hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu memenuhi tiga syarat. Syarat yang pertama ialah bahawa perkara itu tertentu. Kedua, adalah bagi kepentingan orang ramai. Ketiga, ialah ia berkehendakkan disegerakan.

Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah meneliti dan mendapati bahawa tertentu ya, perkara ini adalah perkara yang tertentu. Kepentingan orang ramai, ia adalah kepentingan orang ramai. Berkehendakkan disegerakan, perkara ini perlu disegerakan.

Oleh yang demikian, saya membenarkan usul ini untuk dirundingkan pada hari ini. Hari Khamis di Kamar Khas pada jam 2.30 petang. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas persetujuan itu. Cuma, dalam kes seperti ini, sepatutnya dibahaskan di Dewan.

Bukan Kamar Khas. Oleh sebab seperti mana yang kita tahu, ia memberikan ruang bukan sahaja kepada Ahli Yang Berhormat, tetapi seluruh Ahli Dewan terlibat.

Tuan Yang di-Pertua harus faham bahawa ini pun bukan melibatkan satu kementerian. Sekarang ini kalau diminta perbahasan begitu, yang akan menjawabnya

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

hanya Menteri Kapit tadi. Akan tetapi kita tahu bahawa isu ini melibatkan pertanian, melibatkan kewangan. Jadi, sebab itu konteks tidak boleh di Kamar Khas itu kerana dia akan terbatas.

Jadi, saya sekali lagi menggesa Tuan Yang di-Pertua mengkaji semula keputusan untuk membolehkan perbahasan dalam keadaan rakyat menanti tindakan segera yang tidak boleh dilakukan oleh satu kementerian. Itu pandangan saya dan sepatutnya Perdana Menteri atau Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan memberikan penegasan tindakan segera. Maknanya hari ini atau esok untuk meredakan tekanan rakyat.

Kita turun ke bawah, ada rakyat di bawah yang miskin ini B40 sudah tidak beli sayur dah berminggu-minggu. Jadi kita tidak boleh. Ayam, tidak makan lagi sudah. Jadi, kita tidak boleh katakan kita boleh bincang secara terhad. Jadi, sekali lagi saya tekankan jangan tunggu sehingga kemarahan rakyat itu meluap-luap kerana tekanan. Minta lah supaya perbahasan ini dibawa. Alasan terkuat adalah kerana kepentingan rakyat sekarang.

Keduanya melibatkan terlalu banyak kementerian. Ia bukan satu sahaja. Saya bukan hendak pertahankan Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi saya hendak bagi tahu bahawa tanggungjawab ini tanggungjawab bersama. Pertanian, kewangan, ekonomi. Ini kalau keputusan Tuan Yang di-Pertua bahawa keputusan ini hanya di Kamar Khas, saya tidak fikir yang akan memenuhi keperluan dan tuntutan sekarang.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih.

final • 12:10 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong cadangan Ketua Pembangkang tadi.

[Tepuk] Ini perlu diberikan perhatian supaya isu besar seperti ini perlu dibahaskan di dalam Dewan penuh ini.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Keputusan telah dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Sekiranya perbahasan ini di Kamar Khas pun boleh memuatkan. Perlu ada tambahan perbahasan kehadiran daripada Ahli-ahli Yang Berhormat lain pun boleh hadir.

Cuma tempat itu adalah agak terhad. Keputusan telah dibuat, terus akan dibuat perbincangan pada petang ini, Yang Berhormat Port Dickson.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jelaskan bahawa bukan soal kehadiran Ahli-ahli Yang Berhormat di sini. Juga kehadiran Menteri-menteri berkenaan. Dia Menteri Kewangan, Menteri Ekonomi, Menteri Pertanian dan Menteri Pengguna. Jadi minimum yang saya tahu ada empat. Jadi, kalau keputusan Tuan Yang di-Pertua, apakah sudah ada jaminan bahawa keempat-empat Menteri ini akan hadir di Kamar Khas.

final • 12:10 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Dengan izin, Hulu Langat. Tuan Yang di-Pertua, Kamar Khas perbincangannya adalah one way, dengan izin.

Tidak ada perbahasan, tidak ada perdebatan untuk kami berhujah di situ. Saya menyokong apa yang telah disebutkan oleh Ketua Pembangkang. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Hulu Langat, bila peraturan 18(1) bukan one way. Peraturan kalau one way itu ialah 17(1). Ini peraturan 18(1) boleh dibahaskan di sana.

final • 12:10 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Okey, minta maaf.

terima kasih.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih. Ahli Yang Berhormat, saya hendak teruskan dengan sambungan perbahasan.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua belum menjawab apakah perbincangan mengenai harga barang yang menekan kehidupan rakyat ini di adakan di Kamar Khas dengan terbatas kepada satu kementerian atau jika serius Parlimen dan kerajaan memastikan perbahasan itu melibatkan saya kata sekurang-kurangnya empat kementerian ekonomi, pengguna, kewangan dan pertanian.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih.

Saya buat unjuran di sini terpulang kepada Menteri yang agensinya sekarang ini adalah

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

KPDNHEP. Terpulang kepada Menteri kalau ingin menjemput mana-mana Menteri yang lain. Keputusan daripada Tuan Yang di-Pertua adalah KPDNHEP.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh saya sedikit. Di peringkat eksekutif jemaah menteri kerana seriusnya isu harga barang ini, Majlis Tindakan Kos Sara Hidup yang dahulu dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri. Sekarang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri. Itu di peringkat eksekutif.

Jadi, di peringkat Parlimen, bila tajuk ini hendak dibawa atau dikemukakan usul.

Tidak akan lah hendak dibawa ke Kamar Khas. Kamar Khas ini dimulakan oleh Yang Berhormat Tan Sri Pandikar Amin Mulia suatu ketika dahulu. Pertimbangan pada waktu itu. Kerusi speaker ini boleh sahaja membuat keputusan untuk perbincangan itu di peringkat majlis.

Kalau Jemaah Menteri sudah menunjukkan seriusnya untuk menyelesaikan masalah ini dengan Perdana Menteri sendiri menduduki kerusi Majlis Tindakan Kos Sara Hidup. Apa sangatlah soal Tuan Yang di-Pertua membuat ketetapan segera terus terang tanpa selindung supaya memberikan gambaran institusi Parlimen ini kita menunjukkan keprihatinan yang tinggi terhadap keresahan rakyat di luar sana terkait isu harga barang.

Itu sahaja.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

final • 12:10 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, usul ini bukan 17(1) yang disebut Kamar Khas. Akan tetapi ini adalah usul 18(1) boleh dibuat di sana. Perbahasan boleh dibuat di sana. Oleh sebab waktu sekarang ini adalah waktu usul peringkat jawatankuasa. Dengan izin, we have already got the schedule.

final • 12:10 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, saya tengok dalam peraturan itu Tuan Yang di-Pertua boleh menangguhkan Mesyuarat pada jam 5.30.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Kita sudah ada atur cara di sini.

final • 12:10 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Betul. Itu atas kuasa Tuan Yang di- Pertua. Kalau kuasa Tuan Yang di-Pertua mengatakan bahawa kita tangguh mesyuarat itu pada jam 5 ataupun 5.30 untuk membolehkan usul Yang Berhormat Pulai itu dibahaskan di sini. Kuasa Tuan Yang di-Pertua. Ini kita hendak bincang isu Keluarga Malaysia.

final • 12:10 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Setuju, setuju.

final • 12:10 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Isu keluarga Malaysia. Keluarga Malaysia sedang menangis.

final • 12:10 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya, ya. Sekejap ya.

Silakan.

final • 12:10 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, dua hari yang lepas Menteri KPDNHEP sendiri telah menyatakan bahawa ini bukan hanya tanggungjawab kementerian beliau sahaja. Jadi kalau beliau sendiri sudah menyatakan sebegini dan kita hantar beliau ke Kamar Khas, maka benda yang sama dia akan ulangi dan perkara ini tidak akan selesai. Memang ada banyak aduan dan keluhan. Bukan sahaja daripada rakyat biasa tetapi dari peniaga-peniaga kecil.

Jadi, saya harap Tuan Yang di-Pertua akan benarkan supaya perkara ini dibahaskan di Dewan yang mulia ini juga. Kalau tidak, sekurang-kurangnya seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Port Dickson tadi. Bagi satu petua supaya Menteri-menteri yang lain turut hadir bersama untuk menjawab soalan ini sebab saya tidak hendak nanti

final • 12:10 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

lihat kalau pergi ke sana sekali lagi Menteri KPDNHEP pula menolak tanggungjawab kepada kementerian-kementerian yang lain.

final • 12:10 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Jadi perkara ini tidak akan selesai Tuan Yang di-Pertua. Minta petua yang lebih adil dan saksama dan melihat kepada kepentingan rakyat biasa di bawah sana. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Tuan Yang di-Pertua, saya turut ingin mencelah.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Boleh saya panggil minta...

final • 12:20 PM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Sebelum panggil Menteri, saya fikir bukan tugas Menteri hendak arah Menteri lain.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Faham-faham, saya faham.

final • 12:20 PM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Ia hanya tugas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi saya hendak minta maaf, kena tegur Tuan Yang di- Pertua dalam hal ini. Kalau tanya Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri dah jawab bahawa ada dalam bidang tugas beliau tentang penguat kuasa dan sebagainya.

Monopoli dan kartel import itu pertanian. Kewangan, suntikan tambahan atau tidak, itu Kementerian Kewangan. Daripada segi mikro, keupayaan, EPU atau ICU, menambah peruntukan itu Menteri Ekonomi.

Kalau kita teruskan dengan perbahasan terbatas, ia tidak memenuhi tuntutan sekarang supaya ada rangka penyelesaian segera. Jadi saya hendak memberitahu, Timbalan Yang di-Pertua boleh memberitahu Tuan Yang di-Pertua, keputusan Kamar Khas yang melibatkan seorang Menteri tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah kenaikan harga barang yang menekan rakyat sekarang ini. Jadi, kalaupun Menteri kata dia akan mempersilakan, itu hanya cadangan.

Saya hendak mendapat ketegasan, apakah empat orang Menteri itu boleh hadir dalam Kamar Khas untuk bincang. Walaupun tuntutan awal kita perbahasan di sini tetapi kalau Tuan Yang di-Pertua berkeras memutuskan Kamar Khas, ia mestilah memenuhi syarat yang kita tetapkan.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik.

final • 12:20 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Saya beri kebenaran, sila.

final • 12:20 PM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Tuan Yang di-Pertua, kalau pandangan saya, memandangkan mendengar pandangan daripada Yang Berhormat Port Dickson tadi, mungkin usul ini dari mulanya tidak menepati, mungkin salah tujuannya kalau hendak mendengar keseluruhannya.

Terima kasihlah, kerana bagi saya, saya telah menjelaskan pada menjawab MQT ataupun pada hari Selasa. Jadi, mungkin usul ini tajuknya perlu diperluaskan selain daripada terlalu khusus kepada KPDNHEP. Cuma kalau hendak mendengar dari KPDNHEP, mungkin saya ulang jawapan pada hari Selasa itu. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih.

Saya perlu rumuskan benda ini, saya tidak mahu berpanjangan.

final • 12:20 PM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Tuan Yang di-Pertua, last iaitu Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri KPDNHEP telah menjelaskan untuk petang ini dia akan hanya mengulangi penjelasan yang telah dibuat. Oleh sebab itu, ia mesti melibatkan Kementerian Kewangan, Ekonomi dan Kementerian Pertanian. Jadi kena buat keputusan walaupun soalan itu khusus, betul. Harga barang kita tanya Menteri

final • 12:20 PM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

berkenaan tetapi penyelesaiannya tidak mungkin terikat dengan satu kementerian. Itu yang kita tekankan.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik, baik.

final • 12:20 PM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Kalau keputusannya hendak terus bawa, saya nanti fikir kita tentu buat bantahan keras. Ini soal mendesak yang melibatkan rakyat. Kalau ini bukan lagi krisis nasional, saya tidak tahu apa lagi krisis lain. Tunggu orang serang bersenjata barulah ada krisis. Ini krisis nasional yang melibatkan kehidupan rakyat, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Tidak payah, tidak payah. Saya hendak...

final • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Kita memerlukan satu pendekatan.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Saya hendak merujuk kepada usul asal. Usul ini merupakan Usul daripada Yang Berhormat Pulai, usul yang dibacakan tadi diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Usulnya begitu, jawapannya telah dijawab oleh Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat tadi. Saya ingat, Yang Berhormat Port Dickson, Usul yang dibawa ini adalah kepada KPDNHEP tetapi saya serahkan kepada perbahasan yang lebih menyeluruh kerana ini Peraturan Mesyuarat 18(1), bukan 17(1) boleh dibahaskan di peringkat Kamar Khas.

final • 12:20 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

[Bangun]

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Tidak apa, saya dah buat keputusan.

final • 12:20 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, tidak menyelesaikan masalah yang...

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Saya perlu teruskan kepada – kita tidak mahu membuang masa, kita ada agenda hari ini. Silakan.

final • 12:20 PM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2022 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2022 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2022 dan Anggaran Pembangunan 2022 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kelapan] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

final • 12:20 PM
Kepala B.22 [Jadual] - Kepala P.22 [Anggaran Pembangunan 2022] -

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita sambung perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Saya ada senarai yang telah dibacakan semalam. Ia bermula dengan Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Baram, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, Yang Berhormat Tebrau dan Yang Berhormat Papar.

Maka dengan itu, saya ingin menjemput Yang Berhormat Port Dickson. Masa dah termakan tadi, saya bagi empat minit seorang. Dipersilakan Yang Berhormat Port Dickson.

final • 12:20 PM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Tuan Pengerusi, oleh sebab saya bantah keputusan tadi, bagi saya perbincangan kementerian ini walaupun penting, tidak boleh mengatasi perkara yang mendesak iaitu kedudukan masalah harga barang dalam negara kita sekarang yang melibatkan rakyat. Kalau kita bincang, kalau itu pun tidak boleh, lebih baiklah saya serah kepada kawan-kawan lain membincangkan soal Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Saya hendak tegaskan di sini bahawa Tuan Yang di-Pertua harus lebih prihatin terhadap masalah rakyat dan harga barang...

[Tepuk] kerana saya turun sendiri dua hari yang lalu ke Shah Alam, semalam ke Kampung Kerinchi dan kehidupan orang memang mendesak, tengok sikapnya dan marahnya.

Oleh sebab itu kita minta supaya ada jawapan yang tegas daripada kerajaan.

Berapa suntikan? Apakah peranan FAMA? FAMA bukan bawah KPDNHEP. FAMA di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Ambillah sayur itu, bawa ke tempat penjualan untuk pengguna. Ini yang harus kita tegaskan. Kalau kita hendak minta Menteri yang berkenaan sahaja jawab, dia tidak boleh jawab bagi pihak kementerian lain. That is how the Cabinet works.

Oleh sebab itu, kita katakan ada keperluan untuk empat kementerian minimum untuk berbuat sesuatu, mengambil tindakan segera. Apakah yang belum boleh dibuat umpamanya? Sayur dikeluarkan di Hulu Selangor, bawa sayur itu dengan lori FAMA, jual di sini. Benda itu kita dah buat – pasar tani dah berpuluh-puluh tahun, ini belum dilakukan.

Ini sekurang-kurangnya boleh kurangkan sedikit harga penjualan. Akan tetapi hendak jawab harga baja mahal, import dan sebagainya. Ya lah, belajar daripada pengalaman.

Tahun 1974 Tuan Yang di-Pertua, bila berlakunya demonstrasi Baling, harga getah jatuh. Apakah jawapan Menteri pada ketika itu tahun 1974? Ini kerana stockpile Amerika Syarikat, maka sabar-sabarlah tuan-tuan. Orang hendak mentekedarah pun tidak cukup...

[Tepuk] Jadi sekarang ini jawapannya sama daripada tahun 1974 rusuhan Baling sampai sekarang, Menteri-menteri belum belajar lagi pengalaman dan derita rakyat.

Jadi sebab itu saya katakan, orang tidak mahu dengar masalahnya apa, orang hendak tanya bagaimana boleh tolong selesaikan, ringankan sedikit beban hidup kami. Itu saja diminta. Jadi sebab itulah saya gunakan peluang ini hanya untuk menekankan hal yang sedemikian iaitu Parlimen lemah kalau tidak boleh beri ruang membahaskan isu yang mendesak hari ini yang menekan rakyat. Janganlah tunggu sampai timbul lagi demonstrasi besar-besaran ini. Kalau boleh, kita sedang fikirkan kemungkinan itu. Terima kasih.

final • 12:25 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Port Dickson, saya hendak sokong apa yang diucapkan oleh Yang Berhormat Port Dickson di mana kita telah dapati bahawa sebenarnya harga barang-barang, bahan pertanian dan sebagainya, sebenarnya agak rendah di ladang dan di kebun tetapi peranan yang dimainkan oleh orang tengah.

final • 12:25 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Inilah di mana pihak kerajaan kena step in, dia kena berperanan untuk menentukan bahawa tidak ada mana-mana pihak mengambil kesempatan daripada suasana yang sedia ada yang menyebabkan harga ayam, harga sayur-sayuran dan sebagainya semua melambung.

Kalau kerajaan hendak lepas tangan dan kata serah kepada kuasa pasaran semata-mata, kita dapati bahawa kuasa pasaran dikuasai dan dipengaruhi oleh kartel, oleh golongan yang mempunyai monopoli dan sebagainya.

final • 12:25 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya, terima kasih Yang Berhormat Shah Alam.

final • 12:25 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Maka kita hendak pihak kerajaan, Kabinet bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ini...

[Tepuk] Bukan memberi alasan demi alasan. Terima kasih.

final • 12:25 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Saya harap Yang Berhormat Shah Alam hadir Mesyuarat Kamar Khas pada petang ini.

final • 12:25 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya jemput seterusnya Yang Berhormat Dungun tidak ada di dalam Dewan.

Saya jemput Yang Berhormat Tampin.

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tampin mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Merujuk kepada Butiran 030000 – Pengupayaan Ekonomi Luar Bandar. Peruntukan yang diberikan adalah sejumlah RM1.648 bilion yakni membina nilai keusahawanan di kalangan masyarakat luar bandar adalah penting khususnya generasi muda agar mereka bersama-sama membangun kampung atau desa.

Minda keusahawanan ini perlu dibangunkan agar generasi muda tetap tinggal di desa supaya kampung tidak hanya dihuni oleh warga emas kerana generasi muda berminat dan ramai berhijrah ke bandar untuk mendapatkan pekerjaan. Ini kerana, beranggapan desa tidak mempunyai sumber pendapatan yang sesuai.

Justeru itu saya mencadangkan agar kerajaan mengatur strategi yang berfokus dalam memastikan generasi muda kekal dalam membangun desa dengan semangat keusahawanan yang berdaya saing. Butiran 040100 – Komuniti Desa dan Butiran 040200 – Institut Kemajuan Desa (INFRA). Peruntukan yang diberikan sebanyak RM14 juta mesti diurus dengan baik. Saya ingin mengemukakan beberapa persoalan adalah berapa banyak kursus ataupun latihan seminar dan bengkel yang telah dikendalikan?

Berapakah ramai masyarakat desa terlibat dalam latihan yang dianjurkan? Sejauh manakah latihan bengkel ataupun kursus yang telah dilaksanakan memberi kesan kepada para peserta yang terlibat sehingga mampu membangun masyarakat desa.

Seterusnya Tuan Pengerusi Butiran 050000, Butiran 050300 – Pusat Komuniti Desa (PKD) yang diperuntukkan sejumlah RM3.3 juta. Sejauh manakah PKD ini telah memberi manfaat dan digunakan semaksimum mungkin oleh masyarakat desa? Salah satu fungsi PKD adalah sebagai pusat pengumpulan produk usahawan desa.

Soalnya, apakah PKD telah betul-betul melaksanakan tugasnya sebagai pusat pengumpulan produk desa atau fungsinya hanya sekadar catatan dalam kertas cadangan sahaja. Apakah produk desa yang telah berjaya dikumpulkan sebagai hasil usaha yang dilakukan dan berapa banyak produk usahawan desa telah berjaya dijana dalam meningkatkan sumber pendapatan desa?

Seterusnya Butiran 050700 – Elaun Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK). Apakah fungsi yang dimainkan oleh JPKK? Apakah fungsi JPKK sama dengan peranan yang telah dilakukan oleh Majlis Pembangunan Komuniti Kampung

(MPKK) yang ada di negeri Pakatan Harapan?

final • 12:30 PM

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

Kalau fungsinya sama sahaja mengapa ia perlu ditubuhkan di negeri Pakatan Harapan? Tidakkah ia akan berlaku pertindihan tanggungjawab yang menyebabkan pembaziran peruntukan perbelanjaan kerajaan.

Malahan, ini kurang mencerminkan masyarakat desa sebagai satu Keluarga Malaysia sebagai mana yang dilaung-laungkan kerana terdapat dua nakhoda dalam satu kapal. Justeru itu, saya mencadangkan supaya kewujudan JPKK di negeri yang dikuasai oleh Pakatan Harapan difikirkan semula kedudukannya supaya ia benar-banar mencerminkan kesepakatan dan keharmonian hidup bersama masyarakat desa.

Akhir sekali, saya hendak menyentuh perkara yang berkaitan dengan kemudahan awam yang mencakupi Butiran 02200 sehingga Butiran 02401 – Jambatan Luar Bandar, Jalan Luar Bandar dan Kemudahan Awam. Saya difahamkan beberapa kemudahan awam yang terdapat di kawasan Parlimen Tampin telah diluluskan seperti pembinaan jambatan di Kampung Kurnia Diraja dan Kampung Pasir Besar, Gemas. Ini bagi menggantikan jambatan gantung yang sentiasa rosak apabila banjir berlaku.

Kedua, jalan pintas antara Felda Bukit Jalung ke Pekan Gemas. Saya ingin bertanya apakah peruntukan dalam perbelanjaan tahun 2022 termasuk dua perkara yang saya sebutkan tadi. Kalau ya bilakah ia dilaksanakan dan bila ia dijangka siap? Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Tampin.

final • 12:30 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Tuan Pengerusi, Sungai Buloh sini.

Saya hendak bangkitkan Peraturan Mesyuarat berkaitan dengan jawapan dan persoalan sebab dalam peringkat Dasar dalam perbahasan saya, saya telah melontarkan beberapa soalan spesifik kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Khususnya tentang jumlah penerimaan student ke dalam MRSM iaitu student bukan bumiputera berdasarkan kuota 10 peratus. Walaupun itu di peringkat dasar sudah lama saya masih belum terima jawapan-jawapan kepada soalan saya. Boleh Tuan Pengerusi mengarahkan jawapan itu dihantar kepada saya serta-merta. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Sungai Buloh biasanya jawapan kena diberi dalam tempoh lima hari bekerja...

final • 12:30 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Betul, tetapi saya sudah buat. Ini saya bangkitkan dalam peringkat Dasar. Sudah lebih daripada lima hari kerja. Jadi, saya bangun untuk mengingatkanlah.

final • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik, ambil perhatian. Baik, terima kasih.

final • 12:30 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

...dan minta bantuan Tuan Pengerusi supaya kementerian bagi jawapan itu. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih. seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Parit.

final • 12:30 PM

Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberikan peluang kepada saya. Saya terus kepada Butiran 030100 – Pembangunan Usahawan Desa. Saya melihat kerajaan telah memperuntukkan RM2.56 juta ke dalam butiran ini dan saya yakin serta percaya bahawa peruntukan ini sudah tentu ia akan membantu kerajaan untuk membangunkan semula perniagaan usahawan desa yang terkesan akibat pandemik COVID-19 ini.

Saya ingin tahu adakah peruntukan yang sedia ada ini mencukupi untuk menjalankan program-program pembangunan usahawan desa dan melalui peruntukan ini juga saya ingin mendapatkan penjelasan tentang apakah usaha-usaha yang akan dilaksanakan oleh kementerian bagi merapatkan jurang pembangunan dan pendapatan

final • 12:36 PM

Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit

antara bandar dan luar bandar? Apakah bentuk program memperkasakan usahawan luar bandar yang akan diwujudkan bagi memberikan sumber pendapatan alternatif kepada para usahawan desa?

Seterusnya Butiran 051000 – Bantuan Makanan Tambahan KEMAS. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan atas peruntukan Bantuan Makanan Tambahan KEMAS sebanyak RM140 juta. Menerusi peruntukan ini, bagaimanakah jumlah peruntukan ini akan dibagikan kepada sesebuah Tabika dan Taska KEMAS?

Adakah diberikan secara purata atau per kepala mengikut kapasiti Tabika dan Taska KEMAS tersebut? Saya ingin mengetahui adakah menu makanan tambahan ini akan disemak semula bagi memastikan menu yang disediakan benar-benar menepati standard untuk membangunkan minda kanak-kanak? Saya juga ingin mengetahui sejauh manakah penyediaan makanan ini disediakan berasaskan menu yang mengikut selera kanak-kanak di sesuatu kawasan seperti Pantai Timur, Pantai Barat dan juga utara yang mungkin berbeza-beza?

Seterusnya Butiran 00604 – Institut Kemahiran MARA. Kita sedia maklum bahawa penubuhan GIATMARA bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar di dalam bandar bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di dalam negara.

GIATMARA telah menempa pelbagai kejayaan sama ada dalam negara mahupun juga di luar negara. Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan sekiranya dapat dilaksanakan pembinaan sebuah GIATMARA khusus kepada masyarakat Orang Asli bagi meningkatkan sosioekonomi masyarakat Orang Asli yang ada di dalam negara kita. Saya yakin dan percaya sekiranya perkara ini dapat dilaksanakan, sudah tentu ia akan memberi manfaat kepada masyarakat khususnya Orang Asli.

Seterusnya Butiran 03100 – Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah

(FELCRA). Saya menyambut baik terhadap usaha kerajaan dalam membina perumahan generasi kedua FELCRA bagi anak-anak FELCRA. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian adakah terdapat sebarang perancangan dan makluman bagi cadangan pembinaan rumah generasi kedua di Felcra Nasaruddin Belia di dalam kawasan saya Parlimen Parit?

Saya mohon kepada kerajaan supaya turut mempertimbangkan projek perumahan generasi kedua di Felcra Nasaruddin Belia di kawasan saya. Seterusnya saya juga ingin mengutarakan masalah yang berlaku di Felcra Nasaruddin Belia iaitu perumahan mereka tidak mempunyai sistem perparitan yang baik.

final • 12:36 PM

Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Jadi, saya mohon kementerian untuk mengambil perhatian terhadap masalah ini dan juga memohon kepada kerajaan untuk mempertimbangkan jalan dari Seri Iskandar ke Felcra Nasaruddin Belia bagi memudahkan akses perjalanan penduduk untuk ke Felcra Nasaruddin Belia mahupun ke Seri Iskandar. Pada masa yang sama, boleh juga membantu- kerana di Seri Iskandar, penempatan anak-anak di sekolah tidak mencukupi dan bila ada akses perjalanan tersebut, anak-anak, murid-murid, pelajar boleh untuk belajar, khususnya di Felcra Nasaruddin. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Parit. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Kangar.

final • 12:40 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Kangar bangun untuk membahaskan Maksud Bekalan/Pembangunan 22, Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Pertama, tentang Butiran 010700 – Pelaburan dan Kawal Selia Anak Syarikat.

Saya merujuk kepada Aktiviti 7 di bawah Program 1 kementerian di mana digariskan tiga fungsi dalam muka surat 211. Saya tidak pasti bagaimana fungsi ini dapat berjalan apabila melihat jumlah peruntukannya terlalu kecil iaitu tidak sampai RM1.5 juta.

final • 12:40 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Sudahlah begitu, jumlah besar perbelanjaan adalah untuk emolumen. Daripada RM1.5 juta ini, kebanyakannya pergi kepada emolumen. Hanya sebanyak RM300 ribu lagi untuk perkhidmatan dan bekalan. Jadi, di manakah aspek pelaburannya? Apakah jenis pelaburan yang dibuat dan berapakah pulangan dari tahun ke tahun sejak lima tahun lalu?

Jadi, saya ingin tahu perkara itu.

Kedua, saya difahamkan di bawah Butiran 040300 – Kemajuan Masyarakat

(KEMAS), elaun seramai 10 ribu orang pembantu Tabika KEMAS di seluruh negara masih terlalu rendah iaitu sebanyak RM500, jauh daripada paras gaji minimum. Jadi, saya minta kementerian untuk menjelaskan apakah usaha kementerian untuk membolehkan semua pembantu Tabika KEMAS ini kebajikan mereka dapat ditingkatkan, sekurang-kurangnya mencapai gaji minimum.

Saya tidak jumpa dalam perincian di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar ini tentang pembaikan rumah, di mana ia menjadi salah satu daripada kegiatan kementerian. Mungkin ia diletakkan di bawah GIATMARA kerana selama ini GIATMARA lah yang menjalankan kerja-kerja pembaikan rumah.

Jadi, saya memetik di bawah Butiran 00611 – Program GIATMARA. Saya ingin mohon daripada kementerian senarai penerima rumah baharu dan juga pembaikan rumah sejak tahun 2018, khususnya di Parlimen Kangar. Saya pernah sebut di Dewan ini beberapa kali agar syarat ini diperluaskan kerana selama ini penerima pembaikan rumah ini, dia mestilah merupakan seorang yang berada dalam senarai eKasih. Jadi, tidak semua orang yang berada dalam senarai eKasih ini rumah dia rosak.

Jadi, saya minta kementerian juga mempertimbangkan perkara ini. Sekiranya tidak ada, saya bimbang kerana mungkin aktiviti yang sebegini baik tidak dapat dilakukan sedangkan orang yang susah ini, yang mungkin tidak berada dalam senarai Kasih, untuk dia ada RM13 ribu untuk buat pembaikan tidaklah mudah untuk dia menyimpan.

Di bawah Butiran 00614 – Bangunan Perniagaan. Saya tahu banyak premis MARA kosong. Contoh yang terbaik- kerana kita baru habis Pilihan Raya Negeri Melaka.

Di Melaka, pernah premis milik MARA kosong selama lebih empat tahun. Jadi, berapa sebenarnya premis MARA yang kosong? Saya ingin tahu. Berapakah kerugian ditanggung oleh MARA kerana perkara ini?

Juga di bawah MARA, Butiran 00620 – Program Penajaan Pendidikan MARA.

Tadi Yang Berhormat Sungai Buloh menyebut tentang kuota bukan Melayu dan juga bukan Bumiputera di MARA kini yang telah diletakkan sebanyak 10 peratus. Jadi, adakah mereka ini juga layak untuk menerima penajaan pendidikan MARA? Jika ya, berapa ramai yang telah menerimanya? Berapa ramai yang menerimanya di dalam negara dan juga di luar negara?

Butiran 02001 – Bekalan Air Luar Bandar Semenanjung. Saya minta kementerian memberi tumpuan kepada negeri-negeri yang mempunyai masalah besar daripada segi air tidak berhasil – non-revenue water seperti negeri Perlis. Ramai orang kampung yang menghadapi masalah tekanan air rendah, bekalan air tidak sampai ke rumah secukupnya dan selalu terputus. Jadi, kalau boleh, dapatlah kementerian membantu kementerian yang menangani isu air dalam menyelesaikan masalah ini Terakhir, Tuan Pengerusi, saya hendak sebut walaupun di kawasan saya dan negeri saya tidak ada Orang Asli. Saya melihat perbelanjaan untuk komuniti Orang Asli ini banyak dalam pelbagai butiran. Misalnya Butiran 030300 – Kemajuan Orang Asli

(JAKOA), Butiran 050800 – Peningkatan Taraf Hidup Orang Asli dan sebagainya termasuklah pejabat JAKOA. Jumlah keseluruhannya saya tengok adalah lebih kurang RM270 juta.

Jadi, saya merujuk kepada Aktiviti 3 berkaitan Kemajuan Orang Asli. Ada tiga fungsi dinyatakan. Saya hendak tahu, berapakah kadar kemiskinan di kalangan Orang Asli? Dengan jumlah kecil penduduk dan juga perbelanjaan yang besar, bilakah dijangka pembasmian sepenuhnya kemiskinan di kalangan Orang Asli dapat dicapai?

Saya juga ingin dapatkan maklumat, berapa ramai mahasiswa Orang Asli yang telah graduan sejak lima tahun lalu? Berapa yang kini berada di IPTA atau IPTS dan juga

final • 12:40 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

berapa yang mungkin berjaya belajar di luar negara? Serta berapa ramai juga yang tercicir dalam pelajaran? Jadi, saya minta Menteri menjelaskan sebab-sebab keciciran, sekiranya ada dan juga langkah yang telah diambil bagi menanganinya.

Itu sahaja, Tuan Pengerusi. Sekian, terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Baram.

final • 12:40 PM

Tuan Anyi Ngau - Baram

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengatakan di sini dengan memulakan penglibatan kita dalam peringkat jawatankuasa untuk KPLB untuk mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana sudi untuk membuat lawatan ke kawasan Baram pada minggu yang lepas yakni pada 26 Oktober 2021.

Seterusnya, saya ingin sentuh berkenaan dengan Butiran 01702 – Bekalan Elektrik Luar Bandar Sarawak. Saya mohon untuk dimaklumkan supaya ini dapat disebarkan kepada rakyat di kawasan Baram. Di manakah dan jumlah peruntukan yang akan disalurkan kepada Parlimen Baram dalam tahun yang akan datang? Kita mahu tahu juga sebab di sesetengah tempat di kawasan Baram sekarang ini, projek SARES telah pun dilaksanakan. Sama ada pihak kementerian akan menunaikan ataupun akan mengamalkan untuk 50-50 per cent ini dahulu? Oleh sebab ini janji masa BN dahulu.

Seterusnya, saya hendak sentuh berkenaan dengan Butiran 02002 – Bekalan Air Luar Bandar Sarawak. Saya mohon supaya tiga buah tempat ataupun tiga buah kawasan yang melibatkan saya rasa dalam lingkungan 5,000 orang penduduk ini iaitu, satu, kawasan Pengelayan, Marudi seperti Rumah Assam, Rumah Michael, Rumah Gelengkong, Rumah George, mereka ini perlu dibekalkan dengan air.

Kawasan kedua yang saya hendak mohon kementerian untuk pertimbangkan dalam tahun hadapan ialah berkenaan dengan bekalan air luar bandar di kawasan Peking.

Kawasan Peking ini dalam tiga, empat tahun yang lepas, mereka pergi mandi dekat sungai dan di situ memang banyak buaya. Terdapat tragedi-tragedi tertentu di mana, yang saya tahu, seramai dua orang mangsa dekat situ. Jadi, kawasan ini perlu juga dibekalkan dengan bekalan air luar bandar ini.

Ketiga ialah kawasan yang sebelah dengan kawasan Peking ini, kawasan Sebubu. Mereka ini juga perlukan bekalan air. Sebab saya rasa- Long Banyok, Sebubu, Long Ikang dan kawasan-kawasan yang berdekatan dengan kawasan ini.

Terakhir, Tuan Pengerusi, ialah berkenaan dengan topik yang selalu saya bawa.

Ini berkenaan dengan jalan raya. Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar. Saya sudah cadangkan beberapa buah jalan untuk dibina dalam tahun hadapan dan saya mohon daripada pihak kementerian, daripada peruntukan yang diluluskan untuk negeri Sarawak, berapa peruntukan akan disalurkan kepada Parlimen Baram, dan di manakah jalan-jalan yang akan dibina dalam tahun hadapan?

Saya mohon ini sebab saya rasa kita punya penduduk di kawasan pedalaman, dia dengarlah berkenaan dengan peruntukan yang besar ini. Jadi, mohon ini diperjelaskan untuk just to satisfy or – so that they know what to do next, dengan izin.

Dengan itu, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:45 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Baram. Saya jemput sekarang Yang Berhormat Kota Belud.

final • 12:50 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Tuan Pengerusi, saya terus ke Butiran 040300 – Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

final • 12:50 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Diperuntukkan RM122 juta iaitu pengurangan RM24 juta berbanding tahun lalu. Pertama, saya lihat dalam anggaran perbelanjaan kementerian dapat banyak butiran lain yang melibatkan KEMAS di bawah program khusus melibatkan enam peruntukan lain bernilai RM498 juta. Saya mohon kementerian jelaskan mengapa tidak disatukan sahaja dibawah satu butiran.

Saya ingin bangkitkan isu Tadika-tadika KEMAS, khasnya di kawasan saya.

Pertama, Tadika KEMAS Kampung Rangalau di mana selalu kena banjir. Saya mohon perhatian. Kemudian Tadika KEMAS Kampung Merabau. Saya pernah bangkitkan pada tahun lepas. Yang ini pula Tadika KEMAS Kampung Merabau ini kerana masalah tanah.

Jadi, apabila masalah tanah terjadi, maka tidak dapat diperbaiki.

Kemudian, Tadika KEMAS Kampung Singgah Mata Taginambor. Ini pula masalahnya tanah okey tetapi apabila diminta, alasan yang diberikan adalah tiada peruntukan. Kemudian, saya juga ingin membangkitkan Tadika KEMAS Kampung Timbang Dayang. Perkara yang sama juga dengan Kampung Rangalau tadi, isu banjir beberapa kali air naik dan kemudian pendawaian yang lama yang berjuntai sampai ke kawasan parit. Bagaimanakah kita mahu selenggarakan? Permohonan-permohonan Tadika KEMAS ini kerana sebenarnya permohonan Tadika KEMAS ini banyak kami terima di pusat khidmat Parlimen Kota Belud.

Kemudian Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar dan Butiran 020400 – Jalan Perhubungan Desa. Terima kasih kepada beberapa buah jalan utama yang telah pernah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri pada bahas RMKe-12 yang lalu. Cuma kita Kota Belud looking forward kepada bermulanya pembinaan jalan raya ini yang telah lama kami minta seawal tahun 2022 yang telah diumumkan. Saya cuma berharap bahawa pembinaan jalan-jalan utama ini tidak terkesan akibat kenaikan harga barang pembinaan ya.

Saya juga ingin bercakap untuk bagi sahabat saya Yang Berhormat Labuan kerana tidak dapat untuk menurut serta dalam perbahasan KPLB peringkat Jawatankuasa. Mohon selaraskan agar Perbadanan Labuan dapat peruntukan juga daripada KPLB untuk pembangunan luar bandar. Walaupun dalam Wilayah tetapi Labuan juga punya jalan-jalan kampung daripada segi baik pulih rumah, longkang dan juga balai raya.

Kemudian, Butiran 03200 – Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat. RM384 juta diperuntukkan di bawah butiran ini yang mana saya dimaklumkan peruntukan ini disediakan bagi tujuan membaik pulih rumah serta membina baru rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Bagaimana ingin memohon dan di Parlimen Kota Belud, beberapa buah rumah yang akan dibina di bawah program ini. Saya mohon maklumat tentang itu.

Kemudian, Butiran 02503 – Pembangunan Ekonomi Luar Bandar dan di bawah Butiran 02600 – Pembangunan Ekonomi Komuniti. RM15.3 juta diperuntukkan untuk Pembangunan Ekonomi Luar Bandar dan RM16 juta bagi pembangunan ekonomi komuniti pada tahun hadapan. Saya ingin bertanya, apa jenis-jenis pembangunan ekonomi dan komuniti di bawah butiran ini yang akan dibelanjakan. Berapa pula yang akan diperuntukkan untuk Sabah?

Kemudian, sejauh manakah peranan kementerian membangunkan usahawan luar bandar pasca COVID-19 dan bantuan-bantuan yang disediakan? Saya juga ingin tahu setakat ini berapakah jumlah yang diluluskan di bawah Program Desa Lestari, Program Peningkatan Pendapatan serta Rural Tourism KPLB di bawah kawasan Parlimen Kota Belud. Terakhir Tuan Pengerusi, apakah program dan bantuan yang disediakan pada tahun 2022 kepada usahawan-usahawan wanita luar bandar di Sabah?

Sebelum itu, saya juga ingin petik Butiran 02003 – Bekalan Air Luar Bandar Sabah. Diperuntukkan RM129 juta untuk tahun 2022 iaitu pengurangan hampir sekali ganda ya berbanding tahun ini iaitu RM239 juta. Jadi, saya juga mohon untuk kementerian ini melihat kepada keperluan bekalan air dan loji kami di Kota Belud. Untuk itu Tuan Pengerusi, terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Yang Berhormat, kita ada tiga lagi Ahli-ahli Yang Berhormat. Kalau ikut senarai ini kita ada terhad dengan masa. Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya dan Yang Berhormat Papar, saya beri masa tiga minit sebelum kita break.

Silakan. Ini kerana Yang Berhormat Menteri hendak menjawab pada 2.30 petang.

final • 12:50 PM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 020000 – Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Asas.

Pembangunan boleh memberi kesan terhadap sosioekonomi sesebuah kawasan.

Pembangunan juga yang berlaku sama ada di bandar atau luar bandar boleh mengubah landskap sesebuah tempat yang sama. Ada merangkumi sudut ekonomi pendidikan, sosial, politik mahupun infrastruktur.

Sehubungan itu Tuan Pengerusi, demi kesejahteraan masyarakat memantapkan pembangunan. Saya ingin menarik perhatian Kerajaan Persekutuan supaya mengambil maklum pembangunan infrastruktur struktur asas di kawasan iaitu di kawasan Parlimen Libaran yang merangkumi jalan, bekalan elektrik, air dan juga jambatan. Jadi daripada segi naik taraf jalan luar bandar yang merangkumi naik taraf jalan dari Kampung Dangdulit ke Kampung Kuala Gum Gum, naik taraf jalan dari Kampung Wawasan Desa ke Kampung Semawang dan naik taraf jalan di Kampung Memanjang.

Jalan ini untuk makluman Tuan Pengerusi, jalan ini ialah memang jawapannya saya tahu diserahkan kepada kerajaan negeri. Akan tetapi, memandangkan jalan ini diperlukan dan memang begitu teruk sekali untuk digunakan oleh masyarakat yang tinggal di sana. Jadi, saya mohon supaya kerajaan memberi peruntukan untuk memperbaiki jalan ini dan seterusnya menaik taraf.

Daripada segi bekalan air luar bandar pula, termasuk bekalan air dari Kampung Wawasan Desa ke Kampung Semawang. Bekalan elektrik di Kampung Beriawa, bekalan panel solar di Libaran dan Kampung Pembaguan. Daripada segi bekalan air luar bandar, ia terdiri daripada saluran bekalan paip daripada- air bersih dari Tanah Besar ke Kampung Pulau Nunuyan yang mempunyai penduduk yang begitu padat sekali. Saluran air bersih ke Kampung Lubok juga.

Selain itu, saya juga ingin sentuh ialah isu peruntukan bantuan pembaikan rumah untuk golongan miskin. Saya menyambut baik agenda ini, namun terdapat ketidakcukupan daripada segi pelaksanaan. Difahamkan bahawa kerajaan akan merujuk kepada kerajaan tempatan untuk memilih individu yang memerlukan setiap kelulusan.

Namun ramai rakyat, semua akan merujuk kepada Ahli Parlimen dan mohon juga untuk peruntukan ini disalurkan ke kawasan saya di Libaran.

Justeru, saya ingin minta Kerajaan Persekutuan supaya rujuk kepada Ahli-ahli Parlimen juga sebelum sebarang keputusan atau kelulusan dibuat memandangkan Ahli Parlimen juga merupakan barisan utama yang faham akan keperluan rakyat dan mereka yang memerlukan bantuan yang sebenarnya. Terima kasih.

final • 12:55 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Libaran. Seterusnya Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

final • 12:55 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Bawah RMKe-12 telah pun dinyatakan bahawa antara strategi Kementerian Pembangunan Luar Bandar ini ialah untuk mencergaskan industri kotej di luar bandar.

Saya lihat dalam butiran perbelanjaan ini dalam program KESEDAR, ada baru-baru ini dinyatakan tentang Program Industri Kotej Bersepadu bagi menjana ekonomi.

Jadi saya ingin tanya Kementerian Pembangunan Luar Bandar, apakah hanya di KESEDAR sahaja ataupun di tempat-tempat yang lain? Ini kerana kita tahu ini merupakan-

final • 12:58 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

satu perkara yang paling penting dalam usaha untuk menjana pendapatan, keusahawanan terutamanya ataupun perniagaan dan juga pendapatan di luar bandar.

Kedua juga Tuan Pengerusi, berkaitan dengan RMKe-12. Lebih ramai penyertaan wanita dan belia diharapkan ataupun dirancang untuk dimasukkan dalam pengurusan ataupun kepimpinan JPKK. Ini ada di dalam Butiran 050700 berkaitan dengan elaun.

final • 12:58 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Kita sekarang bergerak ke arah itu dengan kesaksamaan gender dan dengan adanya Undi 18 ini, saya percaya ia menjadi perkara yang lebih mustahak lagi untuk kita memasukkan yang muda-muda ini Tuan Pengerusi ke dalam kepimpinan JPKK ataupun sebagai negeri MPKK. Jadi saya ingin tanya, apakah perancangan kementerian berkaitan tentang hal ini? Apakah kita hanya sekadar akan ikut cara lama ataupun ada circular ataupun peraturan-peraturan yang baharu yang akan memaksa paling tidak pun penyertaan anak-anak muda dan juga wanita ini di peringkat JPKK?

Ketiga Tuan Pengerusi ialah tentang Butiran 050300 – Pusat Komuniti Desa

(PKD). Kita memperuntukkan RM3 juta. Saya senada dengan rakan-rakan, ramai Ahli Parlimen ini terutamanya Ketua Pembangkang iaitu berkaitan dengan harga barang yang meningkat ini. Adakah boleh dijadikan Pusat Komuniti Desa ini sebagi sebuah tempat dalam keadaan sekarang ini dengan menggunakan peruntukan sedia ada untuk kita membangun pusat penjualan desa yang tentunya kalau tidak ada masalah daripada segi orang tengah dan sebagainya. Boleh terus pergi Tuan Pengerusi ke Pusat Komuniti Desa ini. Maka harga barang itu akan pasti akan jauh lebih murah untuk manfaat rakan-rakan ataupun rakyat di kawasan luar bandar terutamanya.

Keempat Tuan Pengerusi, ialah berkaitan dengan MRSM. Kita lihat ada peruntukan tentang MRSM. Saya hendak sebut di Selangor ini Tuan Pengerusi. MRSM yang pertama di Jasin tahun 1981, kemudian ada untuk anak-anak tentera di Terendak pada 1983. Adanya di Alor Gajah tahun 2007. Sekarang yang belum ada Tuan Pengerusi, hanya di Hang Tuah Jaya sahaja yang belum ada lagi. Jadi, kita hendak tanya kepada kementerian. Ada tidak masuk dalam senarai supaya di kawasan Parlimen Hang Tuah Jaya ada diwujudkan satu MRSM keperluan dan manfaat rakyat di kawasan itu?

Terakhir ialah KEMAS. Masa terbatas, cuma saya hendak tanya kepada kementerian. Ada dalam senarai saya ini ada 41 Tabika KEMAS dalam kawasan Hang Tuah Jaya. Jadi kalau saya kira-kira ini, ada kurang lebih dalam satu perempat yang perlukan penambahbaikan yang perlukan penyelenggaraan. Jadi saya hendak minta kalau boleh kementerian, Yang Berhormat Menteri benarkan saya kemukakan senarai ini...

final • 1:00 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Mencelah.

Mencelah sikit.

final • 1:00 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

...Supaya kita boleh pastikan peruntukan sedia ada ini...

final • 1:00 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

final • 1:00 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

...Diberikan untuk menyenggara terutamanya bantuan KEMAS ini.

final • 1:00 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Kalau izinkan Tuan Pengerusi.

final • 1:00 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Saya bagi. Silakan.

final • 1:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik.

final • 1:00 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Oleh sebab saya tidak berkesempatan untuk berbahas di peringkat Jawatankuasa kementerian ini.

final • 1:00 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Saya sekadar untuk merakamkan. Begitu juga keadaannya di beberapa Tabika KEMAS, Tuan Pengerusi. Kerana sangat daif bangunan yang sudah usang, pagar sudah hampir tumbang dan runtuh. Jadi, ingin saya nyatakan dengan jujur dan andainya perkara ini dapat diberikan peruntukan yang munasabah, wajar untuk anak-anak kita di prasekolah mendapat pendidikan yang baik termasuk di beberapa Tabika Kemas di Kuala Selangor.

Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

final • 1:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Sila.

final • 1:00 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Saya setuju Yang Berhormat Kuala Selangor dan minta masuk juga dalam ucapan.

Tambahkan lagi peruntukan untuk ini, Tuan Pengerusi. Oleh sebab pada tahun 2020, sebanyak RM7 juta. Pada tahun 2021, sebanyak RM9.5 juta. Pada tahun hadapan pun sebanyak RM9.5 juta, walhal kita perlukan penambahbaikan KEMAS ini. Saya percaya Ahli Parlimen dalam Dewan ini semua sama kerana kita tahu bahawa anak-anak kita belajar di situ. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 1:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Terakhir, saya jemput Yang Berhormat Papar.

final • 1:00 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada bekalan elektrik luar bandar yang mana diberi peruntukan RM300 juta iaitu ada peningkatan dua kali- ganda.

Untuk pengetahuan Dewan, Parlimen Papar ada tiga DUN dan 100 lebih buah kampung. Semua kampung ini terkesan menghadapi gangguan elektrik disebabkan bekalan elektrik tidak cukup dan banyak peralatan yang rosak. Justeru itu, saya menyeru kepada kerajaan supaya dapat menambah bekalan kuasa elektrik. Memandangkan banyak taman perumahan yang telah dibuat oleh pemaju kerajaan.

Kata orang Papar, “Ampiti kami sedikit bah, jangan diambil semua barang-barang atok, peruntukan atok...”

final • 1:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

[Ketawa]

final • 1:00 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Kepala P.22 Butiran 02003 – Bekalan Air Luar Bandar. Dengan pengurangan peruntukan ini, seolah-olah kerajaan tidak mahu mendahulukan keperluan rakyat iaitu di mana rakyat memerlukan bekalan air. Ini seharusnya diberi sesuatu oleh kerajaan iaitu dengan membuat loji-loji air modular yang compact dan sesuai untuk setiap kampung di pedalaman.

Jadi, walaupun saya maklum air sebenarnya berada di bawah kuasa kerajaan negeri, namun saya sangat mengharapkan Kerajaan Persekutuan dan kementerian mengambil berat tentang masalah air di Parlimen Papar ini. Semua kampung di Parlimen Papar sangat mengharapkan Kerajaan Keluarga Malaysia dan untuk membantu penduduk-penduduk yang terjejas. Akan tetapi, jangan pula jadi Keluarga MOU, di mana sesiapa yang sign MOU sahaja dapat peruntukan seperti kami impi-impi pembangkang.

Ini memberikan gambaran bahawa Kerajaan Malaysia seolah-olah tidak tulus dan tidak ikhlas untuk membantu rakyat di Papar.

Kedua ialah Butiran 02200 – Jambatan Luar Bandar. Sebanyak RM14.8 juta diperuntukkan. Seperti mana yang kita tahu jambatan kedua Papar melintasi sungai Papar hanya sepanjang 150 meter. Takkanlah kalau jambatan 150 meter tidak dapat dibuat.

Kalau dilihatkan di Semenanjung Malaysia ini, jambatan dua tingkat yang panjang boleh dibuat, apa lagi kalau hanya yang 150 meter. Jadi janganlah cakap orang Papar, jangan memalukan diri sendiri. Itu yang paling penting. Tolonglah mereka ini.

Jalan luar bandar juga iaitu Butiran 02300. Ini merupakan satu harapan orang- orang kampung di mana Sabah harus diberikan peruntukan yang besar terutamanya di kampung Papar di mana di kampung sendiri, Kampung Benoni. Kerja-kerja melebar dan naik taraf jalan aspal telah dihentikan walaupun ia telah diluluskan setelah kita bertukar kerajaan.

final • 1:00 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Sedikit Yang Berhormat Papar kalau laluan diberi. Yang Berhormat Papar, 30 saat Kuala Selangor.

Oleh sebab tidak sempat untuk berbahas, saya menyambut pandangan Yang Berhormat Papar tadi kerana bukan sahaja di Papar, Sabah. Akan tetapi juga di Kuala Selangor, Tuan Pengerusi yang memerlukan jalan-jalan luar bandar ini diberikan perhatian dengan peruntukan RM1 bilion lebih itu. Kita mengharapkan jalan-jalan di Sungai Buloh di Kampung Bukit Kuching, Jeram, Jalan Mawar di kampung Bukit Kuching, Jeram juga. Di Jeram sahaja ini semua, di Kampung Simpang Tiga, Jeram.

Yang Berhormat Papar, terima kasih di atas laluan ini kerana saya juga mahukan perhatian diberikan kepada jalan-jalan luar bandar di Kuala Selangor, khususnya tempat- tempat saya sebutkan. Terima kasih Yang Berhormat Papar.

final • 1:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Minta rumuskan Yang Berhormat Papar.

final • 1:00 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Jadi saya merayu kepada kerajaan apabila kerja untuk melebar jalan di kampung saya ini dihentikan, saya merayu sekali lagi supaya ia diteruskan. Ini kerana kita- walaupun sebagai Wakil Rakyat Pembangkang, tidak semestinya semua rakyat yang tinggal di Kampung Benoni itu pembangkang.

Jadi yang kedua ialah banyak jaringan jalan di kampung-kampung yang masih belum dibuat ataupun dibaik pulih. Saya merayu sekali lagi kepada kerajaan supaya memberi perhatian kepada penduduk-penduduk yang terjejas kerana tiadanya jalan-jalan penghubung yang baik di kampung. Ini telah menyulitkan mereka untuk bergerak dari sebuah tempat ke sebuah tempat. Kata orang Papar, “Tolong tahabis sedia atur bah, kerana peruntukan ini pun untuk rakyat juga.” Terima kasih. Papar mengundur diri.

final • 1:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan

final • 1:00 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditempohkan dan akan disambung semula pada jam 2.30 petang dengan jawapan daripada Menteri. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 1:00 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.10 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan

final • 2:30 PM

Jawatankuasa] Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya jemput Menteri Pembangunan Luar Bandar untuk menjawab perbahasan di peringkat Jawatankuasa. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri. Masa 20 Minit.

final • 2:30 PM

Menteri Pembangunan Luar Bandar - Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Pengerusi. Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun membuat perbahasan dalam sesi perbahasan belanjawan peringkat Jawatankuasa bagi Belanjawan 2022 untuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

final • 2:33 PM

Menteri Pembangunan Luar Bandar - Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Bermula dari hari semalam, Yang Berhormat Cameron Highlands, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Sepanggar, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Tuaran dan Yang Berhormat Dungun. Itu pada 1 November 2021.

Butiran yang ada di sini untuk hari semalam, Yang Berhormat Cameron Highlands telah membangkitkan perkara-perkara berkaitan dengan perkampungan Orang Asli khususnya di Lemoi, Sendrut, Kampung Utama, Pos Telanok, Sungai Koyan. Apakah kekangan yang dihadapi dalam melaksanakan bantuan? Terdapat juga jalan kegunaan Orang Asli di Gua Musang yang tidak diselenggarakan.

Kementerian mengambil maklum akan permohonan Yang Berhormat. Senarai- senarai disebut oleh Yang Berhormat ada yang telah dikemukakan dan ada yang belum dikemukakan. Kementerian akan mengikut garis panduan sepertimana yang selalu dibuat iaitu prioriti yang diberi oleh kerajaan negeri dan kita akan follow ataupun ikut projek-projek itu untuk kita laksanakan. Garis panduan perlaksanaan Jalan Perhubungan Desa dan Program Ameniti Sosial yang berkuat kuasa serta mengikut peruntukan tahunan semasa.

Bekalan Air Luar Bandar (KPLB) adalah dipertimbangkan juga mengikut senarai keutamaan daripada UPEN negeri yang diangkat untuk kelulusan kerajaan. Bagi bekalan air retikulasi kampung Orang Asli 2022, projek baru diperuntukkan sebanyak RM39 juta dan untuk negeri Pahang retikulasi air negeri Pahang 2022, jumlahnya RM5 juta.

Retikulasi bekalan air luar bandar Kampung Pantus dianggar kos bernilai RM2.24 juta, manfaat untuk 60 buah rumah.

Bagi penyaluran bantuan khusus 2022, diperuntukkan sebanyak RM6.5 juta bagi PPRT Orang Asli melibatkan 48 binaan rumah baru. Sebanyak 230 unit baik pulih. Ini merupakan peningkatan sebanyak 47.9 peratus berbanding dengan tahun 2021 RM4.4 juta.

Bagi Parlimen Cameron Highlands, diunjurkan sebanyak empat unit dan 15 unit baik pulih dengan jumlah RM414 ribu diperuntukkan tahun 2022.

Tuan Pengerusi, pada tahun 2021 JAKOA telah diluluskan peruntukan pembangunan sebanyak RM102.7 juta sehingga 28 November 2021, baki peruntukan pembangunan dan sebanyak RM48 juta. Peruntukan tersebut telah disalurkan kepada JAKOA negeri dan agensi pelaksana tujuan pelaksanaan projek pembangunan yang telah dirancang pada tahun semasa.

Pada tahun 2021 di peruntukan untuk negeri Pahang bagi masyarakat Orang Asli sebanyak RM11 juta manakala peruntukan di Parlimen Cameron Highlands RM4.865 juta dan projek-projeknya ada disenaraikan di sini seperti bina baru tadika, bekalan air terawat, infrastruktur, ameniti sosial, ekonomi usahawan dan bantuan rumah.

Untuk maklum Yang Berhormat, sebanyak 853 perkampungan Orang Asli di seluruh semenanjung yang diiktiraf, sejumlah 147 buah kampung Orang Asli masih tidak menerima bekalan elektrik. Manakala di Pahang yang mempunyai 264 perkampungan masih terdapat 61 buah yang tiada bekalan elektrik. Di Cameron Highlands, kampung Orang Asli yang tidak mendapat bekalan elektrik merupakan sebanyak 42. KPLB dan JAKOA sedang berusaha menyediakan kemudahan tersebut dan perancangan pembangunan tersebut dilaksanakan secara berterusan berdasarkan peruntukan yang telah diluluskan oleh kerajaan.

Bagi tahun 2022, beberapa siri perbincangan di antara TNB dan juga NGO bagi bekalan alternatif tenaga Solar dan membangunkan mini hidro sedang diusahakan dan bakal dilaksanakan di Pos Lenjang, Titom, Lemoi dan beberapa perkampungan di Pos Sendrut. Bagi tahun 2022 perancangan peruntukan sebanyak RM95 ribu akan dibelanjakan bagi melaksanakan sebanyak dua projek pembekalan elektrik di negeri Pahang. Pemasangan meter elektrik di Kampung Gerigih, Bera Pahang RM50 ribu dan pemasangan meter elektrik di kampung Sungai Dua Hulu Bentong, Pahang sebanyak RM45 ribu.

final • 2:33 PM

Menteri Pembangunan Luar Bandar - Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Untuk makluman Yang Berhormat, bekalan air bagi perkampungan Orang Asli, 853 buah kampung Orang Asli, 303 buah kampung menggunakan air terawat daripada sistem retikulasi yang dibekalkan oleh pihak berkuasa air negeri dan 403 buah kampung Orang Asli pula menggunakan sistem alternatif.

Untuk makluman Yang Berhormat, JAKOA Pahang sentiasa berusaha untuk menyelesaikan isu ini dengan mengadakan sesi libat urus dengan mesyuarat bersama kementerian, JAKOA, Ibu Pejabat KPLB Pahang dan Pengurusan Air Negeri Pahang.

final • 2:33 PM

Menteri Pembangunan Luar Bandar - Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Untuk makluman Yang Berhormat, JAKOA Pahang akan mengenal pasti dan mencadangkan senarai kampung Orang Asli untuk diangkat dalam permohonan Projek Bekalan Air Luar Bandar dan kelulusan cara berperingkat berdasarkan kelulusan peruntukan Kerajaan Pusat kepada kementerian dan JAKOA.

Tahun 2022, RM2,483,190 diperuntukkan untuk melaksanakan sembilan projek bekalan air terawat bagi negeri Pahang dan lokasi kampung Orang Asli terbabit yang akan dikenal pasti sewajarnya.

Jalan perhubungan desa, kos keseluruhan RM250 juta bagi membina, menaik taraf, menyenggara jalan perhubungan di kampung Orang Asli. Membina jalan perhubungan desa dari Kampung Orang Asli Simui Lama RPS Lenjang, Lipis, Pahang sepanjang 27 kilometer. anggaran kos RM30 juta. Menaik taraf, membaik pulih, menyenggara jalan sedia ada di perkampungan Orang Asli termasuk Parlimen Cameron Highlands dan Lipis di negeri Pahang dengan kos keseluruhan RM2 juta.

Program pembangunan infra dan ameniti sosial perkampungan Orang Asli dengan kos keseluruhan RM319 juta bermula daripada Rancangan Malaysia Ke-10 sehingga tahun 2021. JAKOA telah membelanjakan peruntukan RM312 juta bagi tujuan penyediaan kemudahan prasarana yang selamat dan kondusif di 853 buah kampung Orang Asli dan penyediaan kemudahan seperti bekalan elektrik, dewan orang ramai, kemudahan sukan dan sebagainya secara tidak langsung untuk memberi kemudahan accessibility dalam aspek pembelajaran kanak-kanak untuk Orang Asli.

Tuan Pengerusi, peruntukan bagi Rancangan Malaysia Ke-12, JAKOA telah diluluskan peruntukan sebanyak RM40 juta bagi membina dan menaik taraf, menyenggara jalan perhubungan sedia ada di perkampungan Orang Asli. Kerja menaik taraf jalan perhubungan Pos Senderut, Lipis Pahang, kerja menaik taraf jalan perhubungan Lubuk Muman, Pos Senderut, Lipis Pahang dan kerja-kerja di Kampung Orang Asli Bertang.

Akhirnya rumah PPRT dan bantuan Orang Asli. Peruntukan diperuntukkan tahun 2022 sebanyak RM5 juta bagi Program Bantuan Rumah Orang Asli. JAKOA Pahang telah mengenal pasti sebanyak 600 unit untuk mendapat bantuan baik pulih. Justeru itu, dengan peruntukan sebanyak RM910,000 JAKOA Pahang berupaya merancang untuk sebanyak 70 buah rumah dibaik pulih dan disasarkan pelaksanaannya 30 projek baik pulih.

Kementerian juga memperuntukkan sebanyak RM6.5 juta untuk melibatkan pembinaan 48 unit bina baharu dan 237 unit baik pulih rumah. Ini ada peningkatan sebanyak 47.9 peratus. Ini Yang Berhormat Cameron Highlands membangkitkan.

final • 2:40 PM

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Terima kasih. Yang Berhormat Pokok Sena?

final • 2:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Pokok Sena tidak ada.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Yang Berhormat Jempol? Yang Berhormat Jempol, permohonan tiga buah rumah kawasan berkenaan. Pelaksanaan Projek JPD tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam garis panduan. Yang Berhormat boleh mengemukakan permohonan JPD berkenaan dan kementerian akan melaksanakan siasatan dan tindakan selanjutnya.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Tuan Pengerusi, untuk kampung Orang Asli bagi Parlimen Jempol, antara perancangan yang dilaksanakan adalah melibatkan ameniti sosial, bekalan elektrik, bekalan air, pembaikan dan pembinaan jalan perhubungan desa serta Program Bantuan Rumah Orang Asli. Ini termasuk jugalah Program Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi dan Pertanian termasuk pembekalan input pertanian (hands-holding) melalui Program Quick Win JAKOA yang menyasarkan penduduk Orang Asli di bawah Program Pembangunan Insan.

Cadangan peruntukan RM437,500 bakal disalurkan kepada penduduk Orang Asli di Parlimen Jempol khususnya di Kampung Langkap Dangi, Sungai Klebang, Jeram Padang, Lubok Tenggalan, Sungai Raya, Panchor, Lubok Lawang, Batu Peti, Temarum.

Ia akan memberi manfaat kepada penduduk Orang Asli seramai 507 orang ahli isi rumah.

final • 2:40 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Untuk maklumat Yang Berhormat juga, projek membina jalan dari Sungai Sebaling ke Bahau, Jempol Negeri Sembilan telah diluluskan oleh Economic Planning Unit (EPU) Jabatan Perdana Menteri dalam Rolling Plan Pertama RMKe-12, siling RM119 juta. Skop projek ini membina jalan sepanjang lapan kilometer, menaik taraf sepanjang tujuh kilometer dengan spec JKR2 dan tiga buah jambatan agensi pelaksana JKR. Projek ini dijangka di tender awal tahun 2022 dan dijangka siap pada tahun 2025.

Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2022 kementerian telah diperuntukkan RM384 juta di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat. Daripada jumlah tersebut, RM361 juta diperuntukkan untuk melaksanakan bantuan PPRT dan sebanyak RM178 juta buah komponen bina baharu, RM182 juta untuk baik pulih yang melibatkan 13,956 buah rumah dan memanfaatkan 69 ribu orang ahli keluarga. Ini saya bercakap keseluruhan bajetlah Yang Berhormat.

Manakala RM10 juta disediakan untuk Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya

(PLKK), RM10 juta untuk Program Peningkatan Pendapatan (PPP), RM2 juta untuk Program Komuniti Sejahtera (PKS) dan RM1 juta untuk Program Bina Insan yang dijangka akan memberi manfaat 3,610 orang peserta dan lebih 8,000 orang ahli isi rumah golongan B40.

Bagi menarik penduduk di luar bandar dalam aktiviti keusahawanan, KPLB melalui Bahagian Pembangunan Usahawan Desa telah melaksanakan program sepanjang tahun 2021. Antaranya Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar, Program Pembangunan Keusahawanan Start Right, Skim Pembiayaan Ekonomi Desa yang mana telah memberi manfaat hampir 700 orang usahawan dengan peruntukan sebanyak RM3.8 juta.

Kementerian melalui Program Desa Mall beriltizam melatih penduduk luar bandar ke arah menarik minat menceburi bidang keusahawanan seperti pemasaran produk melalui platform e-dagang. Tahun 2022, peruntukan sebanyak RM15.3 juta iaitu peningkatan sebanyak RM4.3 juta dari tahun sebelumnya, KPLB dan juga agensi telah merencanakan beberapa program secara menyeluruh bagi membantu usahawan meningkatkan taraf hidup ekonomi mereka.

Program-program tersebut termasuklah Program Rural Business Challenge 2.0, PSR KPLB, Program Usahawan Bergerak, Rural Business Outlet, Program SPKLB dan juga Program Outreach Usahawan.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah

Yang Berhormat Menteri, mohon kalau boleh mencelah.

final • 2:40 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Ya.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah

Alor Gajah Tuan Pengerusi. Saya menyokong penuh segala inisiatif yang akan dan dilaksanakan oleh KPLB cumanya kalau diberi ruang untuk penambahbaikan disebutkan keusahawanan tadi kalau kita lihat pagi tadi pun disebutkan MARA, contohnya sedang membangunkan banyak lagi Maktab Rendah Sains MARA dan kalau kita lihat banyak IPTS hari ini ada separuhnya sukar hendak dilestarikan tentang pengoperasian institusi-institusi begini.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah

Jadi antara lain kalau kita lihat khususnya pendidikan persendirian contohnya German-Malaysian Institute yang dianggap sudah berkurangan tarikan kepada ramai penuntut-penuntut yang mahu meningkatkan skill dan juga pengajian tinggi.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah

Bolehkah kerajaan mempertimbangkan supaya IPTS yang disebutkan tadi sukar mahu hidup, mati pun tidak mahu diangkat untuk menjadi sebuah institusi kemahiran dan keusahawanan selain daripada INSKEN dan sebagainya. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Alor Gajah.

final • 2:50 PM

Dato' Seri Mahdzir bin Khalid

Terima kasih. Saya ambil maklum dan ambil perhatian apa yang disebut oleh Yang Berhormat berkaitan dengan IPTS sebentar tadi.

Saya terpaksa meneruskan jawapan dulu. Kemudian, yang selebihnya adalah berkaitan dengan keusahawanan. Pada September 2021, seramai 5,378 orang usahawan telah diluluskan pembiayaan mereka sebanyak RM383 juta. Ini di bawah Program MARA dan kalau saya hendak detail out Yang Berhormat satu persatu satu sini banyak. Akan tetapi dia ada sudah senarai yang berkaitan dengan peruntukan yang telah disediakan di bawah MARA. Yang Berhormat Jerai.

final • 2:50 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Yang Berhormat Sepanggar, Yang Berhormat Sepanggar.

final • 2:50 PM

Dato' Seri Mahdzir bin Khalid

Yang Berhormat Hulu Selangor.

final • 2:50 PM

Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor

Ada.

final • 2:50 PM

Dato' Seri Mahdzir bin Khalid

Ada ya. Ada. Yang Berhormat Hulu Selangor juga bercakap mengenai dengan Orang Asli. Jadi, saya mendapat maklumat untuk perkampungan Orang Asli. Adakah infra akan disediakan pada tahun 2022. Saya kira semua sekali ameniti sosial yang dikemukakan oleh JAKOA Yang Berhormat untuk tiap- tiap kawasan di tiap-tiap negeri. JAKOA negeri yang akan menukarkan kepada kerajaan khususnya kepada KPLB untuk mendapat. Jadi JAKOA telah kemukakan. Saya tidak dapat satu persatu halusi tentang permohonan dari JAKOA di tiap-tiap negeri di Malaysia ini, yang ada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli termasuk di Selangor.

Keduanya Yang Berhormat berkaitan dengan MARA. Ini berkaitan dengan inisiatif pengurangan kemudahan pinjaman. Kadar pengurangan pinjaman pelajaran terkini yang diberikan sebanyak 50 peratus sehingga maksimum 90 peratus kepada peminjam yang layak tertakluk kepada syarat serta peraturan yang berkuat kuasa. Kemudahan ini adalah tanpa faedah dan bayaran balik minimum. Kesemua kemudahan ini dimohon oleh peminjam MARA secara atas talian melalui portal MARA.

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Menteri, masa sudah tamat Yang Berhormat Menteri. Kalau Menteri hendak...

final • 2:50 PM

Dato' Seri Mahdzir bin Khalid

Boleh saya ambil sikit lagi masa. Saya hendak jawab Yang Berhormat Sepanggar.

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Sepanggar.

Ya.

final • 2:50 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Ada, ada. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota belud

Yang Berhormat Kota Belud juga Yang Berhormat Menteri.

final • 2:50 PM

Dato' Seri Mahdzir bin Khalid

Okey. Yang Berhormat Sepanggar. Pertamanya Yang Berhormat, tahun 2020 hanya RM449 juta peruntukan dibelanjakan daripada RM880 juta. Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2019, jumlah keseluruhan peruntukan negeri Sabah sebanyak RM835 juta dan dibelanjakan RM819 juta.

Bagi tahun 2020, jumlah keseluruhan wilayah Sabah RM797 juta dan dibelanjakan RM768 juta bersamaan RM90.36 juta. Manakala bagi tahun 2019, untuk

final • 2:50 PM

Dato' Seri Mahdzir bin Khalid

Jabatan Air Luar Bandar (JALB), RM256 juta telah diperuntukkan. Daripada tersebut RM254 juta atau 99.15 telah dibelanjakan.

Tahun 2020 wabak COVID-19 melanda, sebanyak RM271 juta telah diperuntukkan bagi jalan luar bandar di Sabah. Daripada jumlah tersebut RM270 juta telah dibelanjakan. Bekalan elektrik luar bandar RM274 juta, tahun 2019. Dibelanjakan RM271 juta. Manakala pada tahun 2020, RM142 juta dan dibelanjakan RM124 juta iaitu 87 peratus.

JPD dari tahun 2019, RM37 juta perbelanjaan. Bajet sebanyak RM37 juta, perbelanjaan RM36.8 juta. Manakala tahun 2020, RM44.64 juta dan perbelanjaan RM44.17 juta. PPRT 2019, 2,600 buah rumah telah terlibat dengan baik pulih dan bina baharu sejumlah peruntukan RM63.19 juta. Perbelanjaan RM63.18 juta. Manakala tahun 2020, peruntukan RM54.6 juta dan telah dibelanjakan secara keseluruhannya 2,289 peratus, tahun 2020. Maknanya perbelanjaan RM54 juta, 98.16 peratus.

Keduanya Yang Berhormat bangkit mengenai dengan KPTM Semporna. Saya akui bahawa ini keputusan yang telah dibuat oleh Majlis MARA iaitu hasil daripada kerugian terkumpul RM28.5 juta sejak beroperasi dan kerugian lebih kurang RM2.45 juta setahun. Oleh yang demikian Majlis MARA telah membuat keputusan pada waktu itu untuk mencadangkan supaya KPTM ini ditutup pada Julai 2022.

Namun begitu Yang Berhormat, sebagai Menteri yang baharu mengambil tugas Kementerian Luar Bandar, saya bersama dengan pasukan di kementerian sedang berbincang dan akan memanggil pihak MARA sendiri untuk melihat pros and cons, adakah baik, adakah buruk apabila ditutup ini.

Saya sedar pelajarnya sedikit, kapasitinya 600. Jadi kami di peringkat kementerian hendak ambil jalan yang terbaik sebab kita tahu, kita sedar kalaupun ditutup, ia tidak mendatangkan kebaikan. Kalau diteruskan juga, bagaimana kalau cara hendak diteruskan Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Boleh minta peluang. Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya amat menghargai. Jadi kenyataan Yang Berhormat Menteri bahawa Yang Berhormat Menteri akan menilai semula keputusan menolak KPTM Semporna.

Cuma bercerita tentang rugi Yang Berhormat Menteri, saya bekas Pengerusi Kolej Poly-Tech MARA dahulu, saya tahu situasi sebenar yang berlaku di Kolej Poly-Tech MARA. Sewaktu cadangan membuka KPTM Semporna ini dahulu, dasar MARA pada ketika itu adalah ingin membawa pendidikan ke luar bandar kerana isunya pada ketika itu adalah the influx of all – majoriti anak-anak muda dari luar bandar berhijrah ke bandar.

Di samping itu juga kerana faktor kos. Ramai anak-anak muda kita di luar bandar tidak dapat melanjutkan pelajaran mereka ke bandar atas faktor selain daripada tuition fees yang agak tidak berkemampuan untuk mereka bayar tetapi juga isu jarak itu. Jadi itu sebabnya pada ketika itu dasar MARA membawa pendidikan ke luar bandar.

Kalau disentuh tentang rugi Yang Berhormat Menteri, saya tahu, in fact kolej-kolej kampus yang lain juga mengalami kerugian yang sama. Sebab saya telah sebut dalam perbahasan saya tahun 2019, kampus KPTM Kuantan rugi RM2.1 juta. Tahun 2020, RM700 ribu lebih rugi. Alor Setar juga rugi, Ipoh juga rugi. Jadi persoalan kita Yang Berhormat kena...

final • 2:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Sepanggar, minta rumuskan cepat.

final • 2:50 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Ya, ya. Kenapa KPTM Semporna.

KPTM Semporna ini adalah satu-satunya kampus MARA yang berada di negeri Sabah, in fact di Sarawak pun tidak ada. Bagi orang Semenanjung, kalaupun KPTM Kuantan tutup, sekurang-kurang mereka boleh naik kereta ke Ipoh, ke Kedah dan sebagainya.

Akan tetapi kita di Sabah Yang Berhormat Menteri, kalau KPTM Semporna tutup, tiket kapal terbang pergi Semenanjung pun lagi mahal. Kalau kita pergi United Kingdom lagi murah ke United Kingdom berbanding ke Kuala Lumpur. Jadi, mintalah kalau boleh

final • 2:50 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

pihak kementerian mempertimbangkan agar KPTM Semporna ini dapat dikekalkan.

Terima kasih.

final • 2:50 PM

Dato' Seri Mahdzir bin Khalid

Terima kasih Yang Berhormat Sepanggar. Saya mengkaji perkara ini dan biarlah kami buat satu keputusan. Nanti kita boleh bercerita di luar sana bagaimana cara dan kaedah. Terima kasih Yang Berhormat Sepanggar.

final • 2:50 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 2:50 PM

Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor

Mohon pencerahan, Tuan Pengerusi. Hulu Selangor.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Ya.

final • 3:00 PM

Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Cuma Hulu Selangor mohon, apakah projek infrastruktur yang akan diangkat pada tahun 2022 untuk sebanyak 16 perkampungan Orang Asli di Hulu Selangor? Saya mohon Yang Berhormat Menteri boleh senaraikan. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Yang Berhormat Hulu Selangor, saya akan memberikan jawapan secara bertulis setiap kampung yang ada dalam kawasan Hulu Selangor.

final • 3:00 PM

Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor

Oleh sebab tahun ini, peruntukan untuk Hulu Selangor amat kecil. Jadi, saya mohon kali ini boleh dipertimbangkan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Yang Berhormat Menteri, jangan lupa Hang Tuah Jaya, jawapan bertulis. Tabika KEMAS.

final • 3:00 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Jawapan bertulis Kangar.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Yang Berhormat Hang Tuah Jaya confirm saya bagi jawapan bertulis.

final • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Jawapan bertulis, baik.

final • 3:00 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Kota Belud, Yang Berhormat Menteri.

final • 3:00 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Kangar ya, jawapan bertulis. Kangar.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Yang Berhormat Kangar...

final • 3:00 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Kuala Selangor.

Yang Berhormat Menteri, Kuala Selangor ya.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Sibuti...

final • 3:00 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Kota Belud.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Yang Berhormat Kota Belud, last. Tuan Pengerusi, boleh lagi kah?

final • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya bagi tiga minit lagi.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Tuaran, Tuaran.

final • 3:00 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Especially tadika.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Saya jawab untuk Yang Berhormat Kota Belud sahaja.

final • 3:00 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Tadika ya.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Tuaran, Yang Berhormat Menteri.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Yang lain saya jawab secara bertulis sahaja.

final • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang lain bertulis.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Tuaran?

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Yang Berhormat Tuaran, kita jawab bertulis.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Okey, okey. Boleh, boleh.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Untuk Yang Berhormat Kota Belud, ada soalan yang berkaitan dengan jalan. Saya ingat jalan ini Yang Berhormat sudah tahu. Menaikkan taraf jalan Dudar-Taburan-Mendawang. Menaikkan Jalan Sayap dan menaikkan jalan Tengkurus-Lahanas Siba-Lahanas Sokid. Ada banyak nama jalan di sini. Kemudian ada yang berkaitan dengan pembangunan usahawan luar bandar.

final • 3:00 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Tadika, Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Kemudian, ada lebih kurang RM1.3 juta untuk luar bandar. Kemudian, loji bekalan air ada disediakan di Kota Belud. Lima semuanya sekali.

final • 3:00 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Tadika KEMAS?

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Tadika? Sekejap bah. Oh! Tadika tidak ada di sini. Saya akan jawab secara bertulis, Yang Berhormat.

final • 3:00 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Boleh.

Terima kasih.

final • 3:00 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Jadi, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta maaf kerana masa sudah habis. Jadi, saya akan jawab semua secara bertulis dan, insya-Allah, saya akan bagi semua detail berkaitan dengan pembangunan di kawasan masing-masing.

Kita ada senarai ikut Parlimen yang ada di kementerian sama ada jalan raya, sama ada bekalan elektrik, bekalan air, ameniti sosial dan juga kesejahteraan rakyat. Baik pulih rumah, rumah baharu, rumah PPRT dan juga pembangunan usahawan. Saya ucapkan terima kasih banyak.

Tuan Pengerusi, terima kasih kerana ini adalah peringkat jawatankuasa dan saya mengucapkan terima kasih kepada 25 orang yang terlibat dalam membahaskan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Walaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan itu.

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM3,520,264,300 untuk Kepala B.22 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2022 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.22 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 3:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.22 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2022 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.22 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

final • 3:00 PM
Kepala B.32 [Jadual] – Kepala P.32 [Anggaran Pembangunan 2022] –

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Kepala Bekalan B.32 dan Kepala Pembangunan P.32 di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan terbuka untuk dibahas.

Ahli-ahli Yang Berhormat, ada 18 orang ahli yang ingin turut berbahas peringkat jawatankuasa. Bermula dari Yang Berhormat Kuala Krai, kemudian Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Alor Gajah, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Bukit Bintang, Yang Berhormat Setiawangsa, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Segambut dan Yang Berhormat Batu.

Saya mulakan dengan menjemput Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 3:00 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Wilayah Persekutuan.

Saya ingin menyentuh Maksud B.32 Butiran 020000 – Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar. Saya tertarik untuk mengetahui sama ada Indeks Kebahagiaan yang diletakkan dengan sasaran sebanyak 80 peratus selama dua tahun berturut-turut ini realistik ataupun tidak. Selain itu, komponen lain di dalam butiran yang sama menggariskan nisbah kes aduan berkaitan kacau ganggu awam kepada 10,000 berkekalan pada nisbah 10 seperti tahun lalu.

Kita faham bahawa suatu akta iaitu Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] telah pun digubal dan perlu dipatuhi. Namun, kebelakangan ini menjadi polemik yang hangat dalam kalangan masyarakat kita tentang isu kemalangan membabitkan pengguna basikal di jalan raya terutamanya apabila kes kemalangan maut penunggang basikal semakin meningkat pada tahun 2021. Masing-masing mahukan hak mereka untuk menggunakan jalan raya secara selamat dan tidak mengganggu ketenteraman awam.

Sebagai kerajaan, kita sememangnya boleh menguatkuasakan undang-undang dan akta sedia ada. Pihak polis pula berhak menyaman pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang. Namun, persoalannya ialah adakah undang-undang semasa ini meraikan hak semua rakyat untuk memandu atau menunggang apa juga jenis kenderaan yang dibenarkan di jalan raya?

Saya kira perlu untuk kita fikirkan solusi dan mempertimbangkan peruntukan untuk membina trek berbasikal yang bukan sahaja di kawasan riadah tetapi juga di bandar-bandar utama bagi membolehkan rakyat kita berbasikal secara selamat. Hal ini secara tidak langsung menyumbang kepada culture ataupun budaya hidup yang lebih sihat seperti yang dilaksanakan oleh Kerajaan Jepun yang menggalakkan penggunaan basikal di bandar-bandar utama.

Butiran yang sama juga, Tuan Pengerusi. Kadar kemiskinan bandar masih disasarkan sama dengan tahun lalu iaitu pada kadar satu peratus. Kita memahami bahawa isu kadar kemiskinan ini bukan suatu masalah yang boleh diselesaikan secara one-shot. Namun begitu, dengan peningkatan anggaran pembangunan, sepatutnya perkara ini menjadi fokus utama yang diberikan perhatian oleh jawatankuasa pelaksana.

Walaupun peratus sasaran dikekalkan sama seperti tahun 2021, diharapkan usaha ke arah pembasmian kemiskinan ini dapat dipergiatkan. Hal ini kerana elemen di bawah perbelanjaan pembangunan menunjukkan usaha yang bersasar untuk memperbaiki infrastruktur sedia ada tanpa ada pengkhususan inisiatif bagi kadar kemiskinan ini.

final • 3:05 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Tuan Pengerusi, Maksud B.32 Butiran 020500 – Majlis Sukan Wilayah Persekutuan. Saya tertarik apabila membaca fungsi ketiga Majlis Sukan Wilayah Persekutuan yang menyebut, “Memastikan kontinjen Wilayah Persekutuan berada pada kedudukan lima terbaik dalam SUKMA”. Ini merupakan suatu sasaran yang saya kira berkualiti. Namun, cadangan saya adalah sebaiknya kita meletakkan juga sasaran dan usaha bagi meningkatkan juga kualiti Para SUKMA agar peluang untuk atlet Para SUKMA ini tidak didiskriminasikan. Tidak dapat kita nafikan bahawa atlet-atlet OKU kita juga mempunyai potensi dan bakat yang dapat digilap di persada dunia.

Saya mengambil peluang pada kesempatan ini ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan Kuala Lumpur City FC yang baru memenangi Piala Malaysia edisi ke- 100. Tidak lupa juga kepada pasukan JDT yang mara ke perlawanan akhir.

Tuan Pengerusi, butiran seterusnya ialah di bawah B.32 Butiran 30000 – Aset. Di bawah kod ini, anggaran perbelanjaan mengurus menunjukkan anggaran perbelanjaan aset yang meningkat sebanyak 53 peratus berbanding tahun sebelumnya. Persoalannya, apakah aset yang akan dibeli dan sejauh mana aset ini menyumbang kepada produktiviti pengurusan secara efektif? Kita mahu memastikan agar impaknya dapat dirasai secara tidak langsung untuk kesejahteraan rakyat.

Tuan Pengerusi, Maksud P.32 Butiran 08000 – Baikpulih Sungai. Selain itu, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan pada kali ini yang telah masukkan satu komponen baharu iaitu usaha-usaha membaik pulih sungai dengan anggaran RM10 juta yang melibatkan jumlah anggaran harga projek sekitar RM60 juta.

Ini merupakan suatu usaha yang selari dengan hasrat negara kita yang menyambut usaha Sustainable Development Goals (SDGs) di peringkat global.

final • 3:05 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Mungkin persoalan yang boleh saya tanyakan, berapa banyak dan apakah sungai yang akan terlibat dalam usaha-usaha membaik pulih ini agar ia setimpal dengan usaha perbelanjaan yang dianggarkan. Saya bayangkan suatu hari nanti Kuala Lumpur akan dapat diwujudkan sungai yang boleh selusuri dengan bot sebagaimana dengan Sungai Seine di Paris dan saya yakin dengan Menteri yang baharu ini.

Terakhir Tuan Pengerusi ialah Butiran 020200 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengucapkan tahniah kepada DBKL yang telah melarang penjualan arak di kedai runcit, serbaneka dan kedai ubat Cina yang telah pun diumumkan oleh Menteri sebelum ini. Ini satu tindakan yang baik, tegas dan sangat bertanggungjawab. Saya yakin ia akan memberi berjuta kebaikan kepada rakyat akhirnya.

Saya ingin menarik perhatian semua. Kelantan telah mengehadkan lesen premis menjual arak berdasarkan jumlah penduduk bukan Islam dan tidak boleh dijual secara terbuka bermula sebaik sahaja PAS mengambil alih tampok pemerintahan tahun 1990 sehingga sekarang. Keputusan ini yang dibuat oleh Allahyarham Tok Guru Nik Aziz agak kontroversi pada awalnya. Namun, akhirnya diterima dengan penuh terbuka oleh semua pihak termasuk bukan Islam. Ini jelas menunjukkan ia adalah sebuah peraturan yang baik dan berkehadapan. Bukan berkaitan dengan racist dan kehendak agama.

Saya harap Yang Berhormat Jelutong juga mengambil perkara ini apabila merujuk kepada Tok Guru Nik Aziz. Jika Yang Berhormat Jelutong kagum dengan Tok Guru Nik Aziz, saya yakin Yang Berhormat Jelutong juga menyokong sama larangan ini termasuk isu larangan lesen premis judi yang telah dikuatkuasakan di Kelantan seawal Tok Guru Nik Aziz menjadi MB dan kini diikuti oleh MB Kedah. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Seputeh.

final • 3:10 PM

Puan Teresa Kok - Seputeh

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Bekalan B.32, Butiran 020200 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Butiran

final • 3:11 PM

Puan Teresa Kok - Seputeh

020500 – Majlis Sukan Wilayah Persekutuan. Tuan Pengerusi, saya hendak mulakan dengan ucapan tahniah kepada pasukan bola sepak Kuala Lumpur yang mana telah berjaya tewaskan pasukan bola sepak di Johor dua hari yang lepas. Saya rasa kita sebagai warga Kuala Lumpur, kita semua gembira.

Walaupun saya seorang – I’m not a football fan. Saya tidak menonton bola sepak tetapi saya tahu selepas berpuluh-puluh tahun baru menang semula. Tahniah. Akan tetapi saya rasa sebagai wakil rakyat di Kuala Lumpur, kalau Menteri hendak melihat kepada pemain bola sepak yang menang piala itu, bagilah. Kalau hendak bagi RM1 juta untuk satu orang, teruskanlah.

Akan tetapi jangan mengumumkan cuti. Umum secara tiba-tiba esok. Ini kerana bukan semua orang adalah peminat bola sepak. Bukan semua orang perlu cuti seperti ini.

Tengok yang pengumuman ini sekolah tidak dapat buka. Ada yang tengah belajar menghadapi peperiksaan dan juga tidak ada banyak syarikat seperti bank, sektor industri dan sebagainya. Tiba-tiba mereka – mungkin sudah aturkan pengeluaran dalam kilang ataupun ada business appointment dan sebagainya, tiba-tiba semua ini kena cancel.

final • 3:11 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Yang Berhormat.

final • 3:11 PM

Puan Teresa Kok - Seputeh

Nasib baik kita tidak ada sidang Parlimen pada hari Jumaat. Kalau tidak, sidang Parlimen pun terpaksa dibatalkan dan kita menghadapi.

final • 3:11 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Yang Berhormat.

final • 3:11 PM

Puan Teresa Kok - Seputeh

Siapa itu?

final • 3:11 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Setiawangsa, KL.

final • 3:11 PM

Puan Teresa Kok - Seputeh

Okey.

final • 3:11 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Setiawangsa cuma hendak bertanya pendek. Apa pandangan Yang Berhormat tentang laporan bahawa ada beberapa sekolah di Johor sudah awal-awal bagi cuti kerana mereka confident sangat menang Piala Malaysia?

final • 3:11 PM

Puan Teresa Kok - Seputeh

Ini saya bagi wakil rakyat Johor nanti jawab apakah pandangan mereka. Akan tetapi saya rasa yang pengumuman cuti ini secara tiba-tiba ini, kita – yang Kuala Lumpur ini adalah capital city, ibu negara. Saya rasa pengumuman cuti harus lebih berhati-hati selepas konsultasi dengan banyak pihak, baru umumkan. Kalau tidak, saya rasa sebagai kerajaan, kita boleh memberi hadiah yang lumayan kepada para pemain bola sepak itu. Saya rasa ini adalah lebih berkesan untuk memberi galakan kepada mereka. Daripada sekarang mendapat rungutan daripada banyak pihak.

Tuan Pengerusi, saya hendak rujuk kepada DBKL ini. Kita tahulah. Saya sebenarnya Ahli Parlimen di Kuala Lumpur sebanyak 21 tahun. Yang Berhormat Cheras, Yang Berhormat Bukit Bintang sebenarnya mereka ini lebih lama daripada saya. Saya rasa pertama kali di Dewan Rakyat ini di mana kita harus dipaksa untuk bahas isu berkenaan dengan liquor, minuman keras dan sebagainya.

Ini kerana selama ini memang bukan – ia tidak dijadikan satu isu di Kuala Lumpur kerana memang tidak mempunyai masalah seperti apa yang berlaku di Kuala Krai, kita tidak tahulah. Akan tetapi di Kuala Lumpur selama ini, ia tidak dijadikan satu masalah sehingga kerajaan pintu belakang mentadbir negara ini menjadi Menteri Wilayah Persekutuan. Jadi, baru ia jadi satu masalah. Saya rasa kesal kerana sebagai wakil rakyat tidak harus bahas isu yang lebih penting tetapi kita terpaksa bahas ini.

Saya hendak mengingatkan Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya Yang Berhormat Menteri dalam ucapan penggulungan yang lepas itu kata kerajaan telah pun memberi kelulusan bagi kedai serbaneka, kedai runcit hendak jual liquor. Akan tetapi sekarang garis panduan pun tidak dikeluarkan. Saya hendak tahu manakah garis panduan itu. Saya hendak beritahu Yang Berhormat Menteri, penjual liquor perlu mendapat lesen selepas mereka mendapat lesen daripada DBKL, mereka mesti dapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan, bomba, polis dan kastam, baru mereka dapat lesen dikeluarkan oleh lembaga eksais ataupun pelesenan.

final • 3:11 PM

Puan Teresa Kok - Seputeh

Saya rasa yang – kerana saya lihat Yang Berhormat Menteri, saya tidak pasti siapa yang draf garis panduan dan cara-cara permohonan lesen minuman keras DBKL ini. Ini kerana saya rasa format pembentangan ini teruk sangat. Kalau tidak ada orang untuk draf betul-betul, boleh minta bantuan daripada pihak sini. Kami boleh draf dengan cara yang lebih terang dan juga jelas kerana apa yang ditunjukkan tidak jelas.

Juga bagi mereka anggota dalam lembaga pelesenan liquor ini. Saya rasa mereka ini pun tidak tahu. Mereka as blurred as the Minister. Mereka tidak tahu dengan undang- undang. Mereka tidak tahu dengan industri penjualan arak. Mereka tidak tahu prosedur dan yang teruk sangat ialah yang saya tahu surat daripada industri yang penjual liquor ini bila mereka hantar kepada Menteri, Menteri tidak baca. Mereka hantar kepada lembaga pelesenan liquor ini, mereka juga tidak baca. Tidak tahu isi kandungan, mereka tidak faham. Apa yang mereka buat ialah Menteri kata mereka ikut jadi pak turut sahaja. Ini adalah masalah yang kita hadapi di dalam KL ini.

final • 3:11 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Seputeh, masa sudah tamat. Rumuskan.

final • 3:11 PM

Puan Teresa Kok - Seputeh

Okey, saya hendak rumuskan. Tuan Pengerusi, saya hendak minta Yang Berhormat Menteri. Perdana Menteri kata setiap anggota Jemaah Menteri harus dinilai oleh orang ramai selepas 100 hari kan. I think your 100th day is coming. Kalau hendak tanya warga kota Kuala Lumpur, what is your impression on the Minister. Menteri yang jaga Kuala Lumpur ini. Mereka akan bangkitkan isu ini.

Oh! Dia larang penjualan arak. Dia sendiri pun tidak faham apa itu. Dia campurkan yang arak dengan samsu haram dan sebagainya. Ini menunjukkan yang mereka memang tidak tahu, jabatan pelesenan penjualan liquor ini juga tidak tahu. That is a problem we are facing in KL now. So, saya hendak mintalah Yang Berhormat Menteri. Your 100th day is coming. Please stop this – hentikan isu ini. Biarkan kita – Kuala Lumpur adalah satu bandar yang aman. Biarkan isu ini tamatkan.

final • 3:11 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Rumuskan. Masa sudah agak lewat.

final • 3:11 PM

Puan Teresa Kok - Seputeh

Okey, saya hendak hentikan. Saya hendak minta Yang Berhormat Menteri sekarang jangan selalu kata win, win. Tiada isu siapa who wins, who loses. Yang sekarang ialah ahli politik yang bangkitkan isu ini dan kecoh satu negara.

Saya berharap isu ini akan ditamatkan dan saya berharap yang isu ini Menteri sudah ada banyak perbincangan dengan pihak industri dan juga Ahli Parlimen. Saya rasa janganlah mainkan isu ini dan dijadikan satu isu di Kuala Lumpur dan merosakkan imej baik dan merosakkan kebebasan dan juga keamanan di kalangan warga kota Kuala Lumpur. Sekian, terima kasih.

final • 3:11 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Padang Rengas. Tiada dalam Dewan.

Saya jemput Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 3:11 PM

Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew - Wangsa Maju

Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 020200 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Ketika kita membahaskan Belanjawan Persekutuan, saya terpanggil membangkitkan proses belanjawan oleh DBKL.

Sukar dipercayai bahawa bajet DBKL yang lebih besar dari Selangor dirancang, diputuskan dan dilaksanakan oleh hanya lima orang individu sahaja iaitu Datuk Bandar dan empat orang pengarah eksekutif yang dilantik oleh beliau. Tiada perbahasan wakil rakyat mengenai bajet, tentang bagaimana cukai harus dikutip dan bagaimana dana tersebut dibelanjakan dan tiada Jawatankuasa PAC untuk menyemak ketirisan perbelanjaan.

final • 3:20 PM

Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew - Wangsa Maju

Tuan Pengerusi, Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 telah diberikan hampir kuasa mutlak kepada Datuk Bandar dan empat orang pengarah eksekutif yang dilantik beliau bagi memutuskan belanjawan dan semua dasar pembangunan di ibu kota. Sementara di semua negeri lain di negara ini, wakil rakyat boleh memberikan input mereka untuk pembangunan dalam negeri, membahaskan, meluluskan atau menolak belanjawan negeri di Dewan Undangan Negeri.

Kuasa wakil rakyat ini dinafikan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan keputusan-keputusan yang dibuat oleh pegawai-pegawai yang tidak accountable secara langsung kepada rakyat. Tiada semak dan imbang atau checks and balances dalam pentadbiran dan yang paling teruk tidak ada tempat untuk rakyat mengemukakan idea dan bantahan mereka terhadap dasar pembangunan di Wilayah Persekutuan. Akibatnya, kita melihat masalah yang serius dalam kegagalan perancangan, pembaziran besar-besaran tanah DBKL, penyelewengan dalam penjualan tanah dan hartanah DBKL serta peningkatan paras kemiskinan di ibu kota.

Tuan Pengerusi, tiba masanya untuk memansuhkan Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 yang sudah lapuk, yang digubal 61 tahun lalu ketika Kuala Lumpur hanya sebuah pekan kecil. Undang-undang dan struktur baru harus diperkenalkan bagi tadbir urus yang lebih baik dan yang selaras dengan masa kini. Ahli Parlimen yang mewakili suara rakyat di Wilayah Persekutuan mesti diberi kuasa untuk memutuskan bagaimana pentadbiran DBKL harus dijalankan dan menentukan hala tuju pembangunan dan dasar-dasar ibu kota kita.

Sementara kita menunggu penggubalan akta yang baru, saya menggesa Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan memperkenalkan beberapa langkah sementara bagi mencerminkan prinsip demokrasi dalam pentadbiran DBKL iaitu:

(i) menghidupkan semula Mesyuarat Majlis Menteri di mana Ahli- ahli Parlimen di Kuala Lumpur boleh mengadakan pertemuan berkala dengan Menteri, Datuk Bandar dan pegawai-pegawai kanan;

(ii) belanjawan hendaklah dibentangkan kepada Mesyuarat Majlis Menteri untuk diteliti sebelum diluluskan; dan

(iii) menubuhkan jawatankuasa serupa Jawatankuasa PAC untuk memantau perbelanjaan DBKL.

Jika Perikatan Nasional adalah untuk reformasi seperti yang didakwa, inilah yang rakyat harap Menteri akan lakukan. Sekian, terima kasih.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Dungun.

final • 3:20 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Di bawah Butiran 020100 – Sosioekonomi. Apakah bentuk-bentuk program atau aktiviti pembangunan insan dan komuniti bagi mempertingkatkan keupayaan pengetahuan serta inovasi penduduk Wilayah Persekutuan?

Kedua, sehingga kini berapa banyak kah projek-projek program perumahan mampu milik telah dibuat bagi menampung keperluan rakyat di ibu kota ini?

Ketiga, apakah perkembangan projek pembinaan Rumah Transit khusus buat golongan belia dan pasangan muda yang baru berkahwin sebagai rumah sementara yang dilancarkan pada tahun lepas?

Keempat, adakah kementerian merancang membuka tapak-tapak perniagaan yang baru bagi memberi rung kepada penjaja-penjaja kecil yang belum mendapat tapak lagi?

final • 3:25 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Kelima, sejauh manakah pengurusan untuk tapak penjaja-penjaja kecil bebas daripada suasana pentadbiran yang kadang-kadang tidak telus dan bebas?

Seterusnya Butiran 020200 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Saya dimaklumkan terdapat tujuh buah tapak perlombongan yang terbiar di bandar Kuala Lumpur. Adakah DBKL merancang untuk menjadikan tapak-tapak perlombongan ini diubah menjadi taman rekreasi untuk kegunaan penduduk ibu kota?

Seterusnya, adakah DBKL merancang untuk tidak mengenakan saman kepada motosikal yang diparkir di tempat-tempat yang memang tiada ruang parkir khusus untuk motosikal? Apakah perancangan DBKL untuk menyediakan tempat-tempat parkir khusus ini?

Ketiga, apakah pelan jangka masa panjang oleh kementerian untuk menyelesaikan masalah gelandangan yang masih wujud di sekitar Bandar Raya Kuala Lumpur?

Keempat, bagaimanakah DBKL akan menyelesaikan masalah kebersihan di Kuala Lumpur? Sebagai contohnya di kawasan Pasar Chow Kit.

Kelima, apakah perancangan oleh DBKL bagi penyelesaian cukai pintu yang sekian lama tertunggak?

Seterusnya Butiran 020300 – Perbadanan Putrajaya. Pertama, apakah tindakan yang dibuat oleh Perbadanan Putrajaya untuk memastikan harga hartanah di Putrajaya tidak melambung sehingga ia mencecah harga di luar kemampuan rakyat?

Kedua, adakah kuarters-kuarters penjawat awam yang dibina di Putrajaya sudah mencukupi bagi menampung keperluan sedia ada?

Ketiga, apakah perancangan Perbadanan Putrajaya pada waktu ini bagi menjadikan Putrajaya sebagai salah sebuah tempat pelancongan sesuai dengan berakhirnya PKP pada tahun ini?

Keempat, sejauh manakah tahap pengangkutan awam telah disediakan di Putrajaya pada waktu ini?

Seterusnya, Butiran 020500 – Majlis Sukan Wilayah Persekutuan. Peruntukan telah dikurangkan kepada RM9,046,300 pada tahun 2022 sedangkan perancangan- perancangan sukan bagi menghadapi SUKMA yang melibatkan pertandingan di peringkat nasional melibat seluruh negeri. Pohon penjelasan bagaimana peruntukan ini akan dibelanjakan dan digunakan dengan pengurangan yang ada.

Kedua, adakah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan menghulurkan sokongan dan bantuan berterusan pada waktu ini agar prestasi kecemerlangan sukan seperti sukan hoki sentiasa dapat dipertingkatkan di peringkat Wilayah Persekutuan. Saya berharap bahawa pasukan hoki di Wilayah Persekutuan dengan adanya sebagai satu feeder pemain kepada pasukan hoki negara kita melihat sekarang ini pasukan hoki kebangsaan bawah 21 tahun dalam Hoki Piala Dunia Remaja sangat cemerlang prestasinya.

final • 3:25 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Jadi saya mengharapkan supaya Majlis Sukan Wilayah Persekutuan akan menjadi pembekal kepada pemain-pemain hoki bagi kecemerlangan sukan hoki negara.

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Dungun. Yang Berhormat Padang Rengas ada di Dewan. Sila saya jemput Yang Berhormat Padang Rengas.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas

Tuan Pengerusi, terima kasih. Saya hendak merujuk kepada Butiran 020200 – Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur dan juga Butiran 02000 – Jalan-jalan dan Jambatan-jambatan.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas

Tuan Pengerusi, kita semua sedia maklum iaitu bahawa Kuala Lumpur ini adalah ibu negara Malaysia, ibu pentadbiran mungkin Putrajaya lah. Jadi, Kuala Lumpur ini terkenal sebagai ibu negara Malaysia. Apa yang saya hendak sebutkan di sini akhir-akhir ini kita tengok itu seolah-olah Kuala Lumpur ini sudah menjadi sebagai London ia ibu negara United Kingdom.

Ini kerana jalan-jalan di Kuala Lumpur ini dan juga berbagai-bagai bangunan baharu yang dibina, saya tengok kebanyakan daripada mereka ialah nama-namanya itu nama-nama Inggeris seperti Hampshire building dan banyak lagi lah ya. Malah, jalan-jalan pun tetapi dan juga development pembangunan kawasan, taman-taman perumahan di kala kita tengok nama-namanya semua itu merupakan nama-nama Inggeris ya.

Saya rasa iaitu bahawa setiap pembangunan kawasan itu sudah tentulah perlu mendapat kebenaran daripada pihak bandar raya untuk menentukan nama tempat di pembangunan itu. Akan tetapi seperti mana yang saya sebut tadilah ya kita tengok itu bahawa nama-nama sudah pun nama-nama Inggeris ini telah pun masuk dalam bandar raya kita.

Ada orang kata itu bahawa terpaksa nama itu ditukar dalam bahasa Inggeris kerana dia akan dapat menarik perhatian pembeli-pembeli yang mahu membeli bangunan-bangunan ataupun rumah-rumah kalau sekiranya dia mempunyai nama Inggerislah. Kadangkala tempat itu pun kalau walaupun ada nama dalam bahasa Malaysia tetapi ia ditukar kepada nama Inggeris seperti Bangsar South.

Saya rasa Bangsa South itu kita perkataan bahasa Malaysia ia selatan. Apa salahnya kita panggil Bangsar Selatan. Siapakah ini?

final • 3:30 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Lembah Pantai kawasan saya.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas

Yang Berhormat Lembah Pantai you curi masa I buat apa?

final • 3:30 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Saya setuju, saya setuju.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas

Okey, kalau setuju saya duduk.

final • 3:30 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Saya setuju.

final • 3:30 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Lain kali Yang Berhormat Padang Rengas janganlah masuk lambat.

[Ketawa]

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Lembah Pantai.

final • 3:30 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Saya setuju dan – saya setuju sebab itulah dari awal saya dipilih saya perjuangkan nama Kampung Kerinchi.

Saya harap ke mana sahaja Yang Berhormat Padang Rengas pergi, kita boleh pertahankan sama ada Yang Berhormat Padang Rengas pergi ke mana-mana termasuklah ke Switzerland katakan pertahankan nama seperti Kampung Kerinchi, Kampung Abdullah Hukum. Apakah pandangan Yang Berhormat Padang Rengas?

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Switch on the mic.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas

Betul Yang Berhormat Lembah Pantai sebut itu betul kerana ini tidak silap saya kawasan dia. Memang waktu kita bersekolah dahulu tempat itu namanya Kampung Kerinchi malah ada sekolah yang dibina untuk mereka yang peralihan dari sekolah kebangsaan Melayu ke sekolah kebangsaan Inggeris.

Banyak dibina Kampung Kerinchi ya betul. Dia nama ini dia ada kaitan dengan tempat itu ya tetapi kalau hendak dikatakan kita paksa tukar kerana orang hendak beli

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas

tetapi saya rasa itu kalau tanya kepada developer yang penting dalam pemasaran ialah location number one, location juga number two dan location number three. Orang beli kerana tempat itu mungkin lebih dekat dengan bandar raya ke apa ke.

Jadi, tidak boleh kalau kita kata semata-mata kerana hendak melariskan penjualan kita tukar kepada Bahasa Inggeris, ini tidak betul ya. Kadangkala kita ini terlalu sangat hendak mengutamakan nama-nama dalam Bahasa Inggeris, amat susahlah kita.

Makna, kita tidak mengagungkan Bahasa Malaysia. Jadi, sebab itu dalam masa yang singkat ini saya hendak minta kepada pentadbiran bandar raya Kuala Lumpur. Nama Kuala Lumpur; lumpur sahaja tetapi sebenar terkenal di seluruh dunia. Apakah ada pada nama saya hendak tanya? Jadi sebab itu saya minta supaya Dewan Bandaraya Yang Berhormat Menteri sahabat karib saya ada di sini datang dari hulu Malaya pun daripada Perlis, ya sila pertahankan nama tempatan ya.

Jadi, inilah permintaan saya kepada orang hulu sana. Saya pun orang hulu juga jadi kita mesti pertahankan nama-nama dalam bandar raya kita supaya lebih mencerminkan bahawa bandar raya itu adalah bandar raya ibu negara Malaysia. Terima kasih.

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Padang Rengas. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Shah Alam.

final • 3:30 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Sebelum saya masuk bab Maksud Bekalan dan Pembangunan bawah B.32.

Pada mulanya saya hendak ucapkan terima kasihlah kepada semua yang mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak KL City yang merupakan pasukan bola sepak yang dimiliki oleh KLFA. Saya masih sebagai Presiden KLFA daripada 2019 hingga 2023 walaupun bukan lagi Menteri Wilayah Persekutuan.

Saya hendak sebutlah bahawa kejayaan itu tidak mungkin tercapai tanpanya sokongan yang padu daripada Kementerian Wilayah Persekutuan dan juga daripada DBKL dan saya harap bahawa sokongan ini akan berterusan ya di bawah Yang Berhormat Menteri Wilayah yang baharu.

final • 3:37 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Tidak jelas]

final • 3:37 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

...yang telah hadir bersama tetapi malangnya tidak dijemput untuk turun.

final • 3:37 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Ketawa] Hendak tanya itulah itu.

final • 3:37 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Itu saya rasa cukup kesal.

final • 3:37 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

It’s okay, it’s okay.

final • 3:37 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Saya pun tidak dijemput tetapi saya ambil dasar ‘malu apa bossku’. Walaupun tidak dijemput saya turun sahaja kerana saya tahu – ini tidak samalah dengan malu apa bossku. Dalam kes saya, saya berhak kerana sebagai Presiden KLFA sama ada dijemput ataupun tidak jemput bila team saya menang, memang sepatutnya saya ada di sana ya.

So, saya harap bahawa Yang Berhormat Menteri Wilayah yang baharu akan kembalikan Stadium Kuala Lumpurlah ya kepada KLFA ataupun paling kurang tidak hendak beri kepada KLFA, kembalikan kepada pasukan bola sepak KL City Football Club kerana pasukan bola sepak memerlukan satu stadium.

Malangnya ia sekarang ini diserahkan kepada syarikat swasta yang tidak ada kena mengena dengan pasukan bola sepak itu ya. Saya harap bahawa Yang Berhormat Menteri boleh mempertimbangkan keputusan itu kembali untuk memberikan sokongan yang lebih padu.

final • 3:37 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Tahun depan insya-Allah saya minta maaflah kepada Johor, kepada Kedah, kepada Terengganu dan sebagainya. Tahun depan kita akan jadi juara Liga dan juga juara Malaysia Cup insya-Allah ya.

final • 3:37 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila.

final • 3:37 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Merujuk kepada 32 tahun penantian, penungguan untuk hendak dapatkan juara ini dan kedudukan yang baik menjadi sebagai salah satu pasukan bola sepak yang terunggul, ada juga isu-isu yang lain yang Kuala Lumpur mengharapkan penyelesaian dan telah menunggu berdekad-dekadlah ya.

Saya hendak sentuh Butiran 030200 – Perbadanan Pembangunan Kampung Baru ya yang saya rasa Yang Berhormat Menteri pun memahami.

final • 3:37 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Sekali lagi kita membelanjakan sebanyak RM3.6 juta untuk Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu tetapi malangnya kita tidak nampak satu anjakan ke arah pembangunan yang benar-benar dirancang dan diusahakan. Saya hendak ingatkan bahawa kalau dibelanjakan sebanyak RM7 bilion ataupun RM6 bilion untuk membeli tanah-tanah ini maka ia merupakan satu fiscal injection yang boleh menghasilkan kekayaan di kalangan masyarakat Melayu.

Di mana ramai jutawan Melayu akan terhasil dan dengan itu akan mengubah corak pemilikan hartanah dan harta di kalangan bumiputera yang merupakan masalah yang sering disebut-sebut tetapi penyelesaiannya tidak ada. Lalu kalau kita bangunkan Kampong Bharu, kita beli tanah-tanah itu dengan fiscal injection sebanyak RM6,000,000, ia juga boleh menyelesaikan banyak masalah property overhang kerana di mana pemilik- pemilik di Kampong Bharu, mereka terpaksa beli rumah-rumah baharu.

Dengan itu, yang mana ada property overhang di Kuala Lumpur, developers yang masih ada apartments yang tidak dapat dijual dan sebagainya, maka pemilik-pemilik di Kampung Baru akan membelinya. Sambil itu, kita akan membangunkan property yang baharu di kawasan Kampong Bharu yang akan menjadi sebagai satu impetus untuk ekonomi dan pembangunan di kawasan Kuala Lumpur.

Maka, jangan dilihat ia sebagai satu tindakan kebajikan ataupun hendak tolong orang Melayu. Ini bukan soal hendak tolong, ini soal hendak unlock the value, kekayaan sedia ada yang terpendam oleh sebab Kampong Baru itu tidak dibangunkan dan kita boleh menyelesaikan banyak permasalahan.

Saya juga melihat bahawa dalam bajet untuk Kementerian Wilayah Persekutuan, ada penurunan yang begitu ketara daripada segi jumlah bajetnya. Kalau kita bandingkan tahun 2018, tahun 2019, tengok carta itu jelas di mana dia punya pembangunan dan pengurusan jauh berbeza. Dahulu, kalau macam tahun 2019, kita ada sebanyak RM1.1 bilion untuk pembangunan dan sebanyak RM314 juta untuk pengurusan.

Sekarang ini untuk tahun 2021 dan tahun 2022 lebih-lebih lagi untuk pengurusan sebanyak RM256 juta dan untuk pembangunan hanya sebanyak RM414 juta sahaja iaitu kurang hampir, menjadi hampir satu pertiga. Saya perlu mendapatkan penjelasan. Saya lihat bahawa persoalan pembangunan itu perlu diberikan keutamaan untuk menjamin kualiti kehidupan di kawasan Kuala Lumpur.

Oleh sebab masa tidak mengizinkan, satu sahaja lagi soalan iaitu berhubung dengan Labuan. Di mana semasa saya...

final • 3:40 PM

Menteri Wilayah Persekutuan - Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Yang Berhormat, Yang Berhormat setuju dengan cuti tak?

final • 3:40 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

[Ketawa] Dengan cuti itu saya hargai.

Apa yang telah dicadangkan, tempoh yang diberi bukanlah notis 24 jam. Ada satu hari, memang kita memahami akan ada gendala dan masalah. Akan tetapi dengan tempoh yang diberi itu, insya-Allah kita boleh kurangkan dia punya impak yang negatif.

Bank Negara pun telah mengumumkan bahawa semua bank akan teruskan business as usual kerana cuti ini bukanlah satu cuti yang diwartakan. Maka, boleh ada

final • 3:40 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

tempoh untuk mana-mana yang menghadapi masalah boleh difikirkan macam mana hendak ditangani dan saya rasa dia tidaklah seteruk macam apa yang hendak dilakukan di Johor iaitu hari ini menang, esok cuti terus.

Akan tetapi dalam kes kita, sudah menang, sudah beri notis, ada lah tempoh sehari dua untuk membuat sedikit pengubahsuaian dan pengurusan persoalan cuti yang tergempar. Akan tetapi ia bukan cuti yang diwartakan, maka di situ mungkin sefaham saya pihak majikan boleh menimbangkan opsyen-opsyen yang boleh dan perlu diambil.

Namun demikian, saya juga setuju bahawa untuk masa-masa yang akan datang, kita boleh bincang bersama cara yang terbaik, cara untuk hendak menunjukkan penghargaan kepada pencapaian kerana kita yakin bahawa tahun hadapan pun kita akan menang lagi. So bagi saya, yang lebih bermakna dengan mengembalikan stadium itu kepada KLFA ataupun kepada KL City F.C. supaya kita boleh mencapai impian kita untuk mendapat double bagi tahun hadapan.

Hanya dalam soal jambatan untuk Labuan ini, saya hendak tahu ia punya status.

Apa keadaannya kerana semasa kita berhenti dahulu, kita dapati bahawa persoalan survey hendak dilakukan dan akan ada ia punya proposal pembangunan dan pembinaan jambatan bagi Labuan. Sekian, terima kasih.

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Alor Gajah.

final • 3:40 PM

Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Bekalan 32, Kementerian Wilayah Persekutuan.

Butiran 020000 – Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar dan juga sosioekonomi yang perbelanjaan dianggarkan lebih kurang jumlahnya sebanyak RM150 juta.

Saya ingin menarik perhatian Kementerian Wilayah Persekutuan berkenaan pengumuman komitmen kerajaan dalam inisiatif pelepasan karbon sifar bersih atau net- zero emissions seawal tahun 2050. Ini sangat menarik minat saya dalam agenda memperkasa Kuala Lumpur selaku ibu negara yang juga boleh dipanggil smart city dalam masa akan datang dan juga bandar raya terbesar di Malaysia. Tambah lagi keluasannya seluas 243 kilometer persegi merupakan pusat perdagangan dan kewangan antarabangsa yang menjadi tarikan akan datang.

Sehingga hari ini, terdapat 17 buah negara telah membuat sasaran untuk menjadi negara yang 100 peratus zero carbon emissions menjelang tahun 2050. Menurut sumber kandungan CO2 ataupun karbon dalam bandar di Malaysia berada di kedudukan particulate matter (PM2.5) dengan izin, 2.5 mikron iaitu 50 peratus lebih tinggi berbanding dengan tanda aras oleh World Health Organization.

Ini mesej yang sangat jelas menunjukkan bandar di Malaysia mengalami masalah pencemaran alam sekitar. Sehubungan dengan itu, melalui Butiran 020100 – Sosioekonomi dan Butiran 020200 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Saya berpandangan agar peruntukan perlu diberi keutamaan yang lebih bagi melestarikan agenda karbon sifar bersih, di dalam Ibu Negara kita iaitu Kuala Lumpur melalui penggunaan kemajuan teknologi terkini.

Bandar yang menggunakan kemajuan teknologi dapat menangani isu-isu perbandaran yang meningkatkan kehidupan, pertumbuhan ekonomi, kemapanan alam sekitar dan pengurusan bandar yang lebih efisien dan selamat.

Antara implementasi atau pelaksanaan penggunaan kemajuan teknologi yang paling mudah dan paling pantas buat masa ini adalah menggalakkan penggunaan kenderaan electric vehicle, dengan izin, di dalam Bandaraya Kuala Lumpur. Pengguna electric vehicle mampu mengurangkan asap pencemaran dari ekzos, dapat meningkatkan indeks kesihatan penduduk di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur sekali gus mengurangkan masalah kesihatan dan kos yang disebabkan oleh pencemaran udara.

final • 3:46 PM

Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah

Untuk makluman semua, di Malaysia kadar pengguna kenderaan elektrik pada tahun 2020 masih lagi sekitar 10 unit sehingga 120 unit yakni masih lagi berada dalam skala yang begitu kecil. Antara faktor Malaysia masih lagi kurang menggunakan kenderaan elektrik adalah kerana stesen pengecasan kenderaan elektrik masih lagi terhad dan berskala kecil dan tidak digalakkan penggunaannya.

Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan insentif tertentu untuk menggalakkan penggunaan electric vehicle dan kalau dapatan terkini menampakkan begitu ramai rakyat yang mahu menggunakan electric vehicle. Sehubungan dengan itu, pada pandangan saya pihak kerajaan perlu bersikap yang proaktif dengan segera mengadakan lebih banyak program atau kempen kesedaran berkenaan kelebihan dan pentingnya perubahan ke arah penggunaan electric vehicle serta membangunkan infrastruktur bagi menggunakan kenderaan elektrik ini secara berskala di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur yang dinampakkan boleh memimpin ke arah menuju kepada zero carbon di bandar raya yang lain.

Secara tidak langsung, inisiatif dan compliment – dengan izin, with the 5G initiative rollout yang telah pun bermula dan akan menjadikan Malaysia sebagai tempat yang boleh menggunakan penggunaan teknologi terkini melalui Internet yang akan dilangsungkan, dilaksanakan oleh Digital Nasional Berhad.

final • 3:46 PM

Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah

Ini boleh disamakan, boleh diselaraskan dengan menjadikan Bandar Raya Kuala Lumpur sebagai ibu negara yang zero carbon dan juga smart city. Ini akan merancakkan lagi tarikan minat-minat pelaburan tempatan dan juga luar negara untuk melabur di Bandar Raya Kuala Lumpur. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Alor Gajah. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Labuan.

final • 3:50 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Tuan Pengerusi, Kod 30000 – Aset

(Perbelanjaan Pembangunan). Diperuntukkan sejumlah RM245 juta bagi tahun 2022 bagi pembelian aset berbanding tahun 2021, 2020 dan 2019 yang tidak disediakan peruntukan bagi pembelian aset. Ini menimbulkan persoalan. Aset apakah yang terlibat? Kerana jumlah yang besar ini meliputi 60 peratus daripada jumlah keseluruhan peruntukan pembangunan. Saya juga mohon penjelasan, daripada enam butiran projek di dalam anggaran pembangunan kementerian, yang manakah melibatkan pembelian aset?

Mohon diberikan perincian setiap satu butiran yang terlibat.

Kod 40000 – Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap (Perbelanjaan Pembangunan). Diperuntukkan sejumlah RM144 juta pada tahun hadapan berbanding RM674 juta bagi tahun 2021. Pengurangan yang begitu besar bagi peruntukan ini, saya mohon penjelasan, apakah pemberian dan kenaan bayaran tetap yang dibelanjakan pada tahun 2021 dan yang akan dibelanjakan pada tahun 2022?

Butiran 020400 dan Butiran 05000 mengenai Perbadanan Labuan. Sejumlah RM39.2 juta diperuntukkan bagi tujuan mengurus dan RM16.1 juta bagi tujuan pembangunan bagi tahun 2022.

Pertama, saya ingin bertanya, mengapa daripada tiga perbadanan iaitu Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan, hanya peruntukan mengurus Perbadanan Labuan sahaja yang berkurangan? Saya ingin tahu mengapa. Kutipan daripada hasil kadaran Labuan hanya RM14 juta setahun. Tidak seperti DBKL mengutip RM1.3 bilion, Putrajaya mengutip RM220 juta. Jadi, RM39.2 juta sahaja peruntukan tidak cukup untuk maintain Labuan.

Peruntukan patut ditambah, bukan dipotong.

Kedua, bagi tahun 2021 dan 2022, peruntukan pembangunan bagi Perbadanan Labuan menurun berbanding tahun 2019 dan 2020. Saya juga hendak tahu, adakah peruntukan pada tahun 2019 dan 2020 semuanya dibelanjakan?

final • 3:50 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2022 dan 2021 menunjukkan bahawa pada tahun 2020, peruntukan disediakan bagi pembangunan di Labuan adalah RM57.5 juta di mana hanya sebanyak RM2.2 juta atau 3.8 per cent sahaja dibelanjakan. Manakala pada tahun 2019, peruntukan disediakan bagi pembangunan di Labuan adalah RM83.4 juta di mana hanya sebanyak RM2 juta atau 2.4 per cent sahaja yang dibelanjakan.

Mengapa begitu teruk?

Tuan Pengerusi, saya inginkan penjelasan lanjut daripada kementerian. Apakah projek yang terlibat? Ke manakah peruntukan yang sepatutnya dibelanjakan itu digunakan? Berapa bilangan projek baharu diluluskan di Labuan dan berapa jumlah peruntukan?

Saya juga ingin menyatakan di sini bahawa kos bahan mentah di Labuan untuk pembinaan sudah naik hampir 40 peratus. Manakala untuk bahan makanan naik sehingga 15 peratus. Apa tindakan Kementerian Wilayah Persekutuan?

Apa perancangan kementerian untuk mengatasi masalah pengangguran yang mana Labuan mencatatkan yang tertinggi dalam negara ini?

Kementerian Wilayah Persekutuan juga ada menguar-uarkan pembinaan Rumah Prihatin Keluarga Malaysia. Berapakah peruntukan yang disediakan untuk Labuan?

Butiran 040200 – Emolumen Kakitangan Kontrak. Kenaikan RM1 juta pada tahun 2022 berbanding tahun 2021. Saya ingin bertanya, ianya membabitkan perjawatan kontrak apa dan di mana? Saya ingin tahu, berapa anggaran perjawatan baharu di Perbadanan Labuan? Berapa peratuskah anak-anak Labuan dan Sabah yang bekerja di perbadanan ini? Adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan kuota khas bagi anak Labuan menjawat jawatan di Perbadanan Labuan? Ini amat penting kerana kadar pengangguran di Labuan adalah sangat tinggi dan paling tinggi di Malaysia.

Bercakap mengenai pengangguran, apakah strategi kementerian bagi meningkatkan peluang pekerjaan di Labuan khususnya dalam bidang teknologi baharu selari dengan perkembangan ekonomi terkini?

Butiran 02000 – Jalan-jalan dan Jambatan-jambatan. Diperuntukkan sejumlah RM32 juta pada tahun 2022 berbanding RM152 juta dan RM141.5 juta pada tahun 2021 dan 2020. Peruntukan yang berkurangan ini merisaukan saya kerana di Labuan masih terdapat banyak jalan-jalan yang memerlukan perhatian perlu diselenggara.

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Masa sudah tamat sudah ini.

final • 3:50 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Sedikit lagi. Justeru, saya ingin tahu, berapakah peruntukan di bawah butiran ini yang diperuntukkan untuk Labuan?

Butiran 08000 – Baikpulih Sungai. Setelah dua tahun berturut-turut tiada peruntukan bagi tujuan ini, RM10 juta diperuntukkan bagi tujuan baik pulih sungai pada tahun 2022. Pertama, adakah jumlah ini mencukupi? Kerana ianya melibatkan tiga wilayah. Kedua, berapakah jumlah peruntukan bagi baik pulih sungai di Labuan?

Sebagai penutup, Jambatan Labuan-Sabah, saya ingin tahu, berapakah syarikat yang membeli dokumen RFP dan berapakah yang menghantar cadangan apabila ianya ditutup pada 1 November yang lepas? Terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Kepong.

final • 3:50 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk pada Butiran 020500 – Majlis Sukan Wilayah Persekutuan. Memandangkan pada tahun ini dan tahun hadapan negara berada pada tempoh COVID-19, apakah jenis-jenis aktiviti yang dilakukan oleh Majlis Sukan Wilayah Persekutuan? Kebanyakan pertandingan dan aktiviti sukan pada ketika ini tidak dapat dilaksanakan. Oleh yang sedemikian, di manakah peruntukan tersebut disalurkan? Apakah aktiviti dan pelan-pelan jangka panjang yang dirangka dan akan dijalankan oleh Majlis Sukan Wilayah Persekutuan?

final • 3:57 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Dalam pada itu, tentang cuti esok yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, saya ada tiga soalan untuk Yang Berhormat Menteri jawab.

Soalan pertama, adakah pengumuman cuti mendadak esok ini telah mendapat kelulusan daripada Kabinet Menteri? Sekiranya tidak, adakah mana-mana Menteri boleh umum pada bila-bila masa mengikut budi bicara mereka hari cuti umum?

Soalan kedua, berapa kerugian ekonomi yang akan diakibatkan esok oleh pengumuman cuti am ini? Pembatalan kelas-kelas, peperiksaan, mesyuarat, conference dan juga pembatalan hari bicara di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan di Putrajaya, Mahkamah Tinggi di Jalan Duta, majistret di Labuan dan juga pembatalan tiket kapal terbang, bilik-bilik hotel, siapa akan tanggung? Adakah Menteri akan tanggung kerugian semua ini?

Soalan ketiga, hari cuti bukan satu ganjaran yang sesuai untuk semua pemain pasukan KL City FC ini bagi jasa kemenangan bola sepak mereka. Mengapa Menteri tidak berikan mereka ganjaran, reward dalam bentuk kewangan? Mungkin RM50,000 seorang atau lebih. Ganjaran dalam bentuk kewangan ini akan menggalakkan, bukan hanya pemain bola sepak KL City FC, ia akan juga menggalakkan semua ahli-ahli sukan di seluruh Malaysia untuk lebih rajin dalam pertandingan mereka untuk strive for the best, dengan izin.

Itu soalan sahaja. Terima kasih.

final • 3:57 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Lembah Pantai.

final • 4:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Maaf saya berdiri di tepi tadi. Saya ingin merujuk Butiran 020100 – Sosioekonomi. Saya ingin mulakan dengan bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apa status rancangan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk menyediakan perumahan Rumah Mampu Milik bagi golongan berpendapatan rendah.

Apakah sasaran bagi Kementerian Wilayah Persekutuan untuk melaksanakan Residensi Prihatin Keluarga Malaysia dan status perlaksanaannya dan pada masa yang sama di kawasan Kuala Lumpur kita sedia maklum ramai yang mohon rumah PPR kerana Rumah Mampu Milik ini sering kali bagi ramai warga miskin kota mereka tidak anggap rumah mampu milik tetapi rumah mampu lihat.

Berapakah unit PPR yang masih kosong? Berapa ramai yang mohon untuk tinggal di rumah-rumah PPR? Begitu juga- adakah perancangan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk menambah jumlah rumah PPR kerana bagi mereka yang tinggal di rumah PPR, jarang mereka berpeluang untuk membeli Rumah Mampu Milik seperti yang saya sebutkan tadi, lebih sebagai rumah mampu lihat.

Seterusnya saya ingin menyentuh Butiran 020200 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dibaca bersekali dengan Butiran 030100 – Perancangan dan Pengurusan Pembangunan.

Saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri, apakah status persiapan draf terbaharu Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2040? Apakah perancangan bilakah ia akan di wartakan? Apakah statusnya sekarang? Adakah sesi pendengaran diteruskan? Adakah Ahli-ahli Parlimen di Kuala Lumpur khususnya akan dilibatkan secara terus atau directly untuk mendapatkan maklum balas serta pemahaman kami tentang isu-isu kawasan dalam usaha mewartakan Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2040?

Walaupun Yang Berhormat Shah Alam merupakan sahabat saya tetapi saya harus sebut di sini ramai di kalangan Ahli-ahli Parlimen merasa sedikit janggal bila Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 yang lalu telah diwartakan sebelum berbincang dengan

final • 4:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

kami dan akhirnya begitu banyak masalah melibatkan isu tanah yang timbul. Apa pun itu yang berlaku beberapa tahun yang lalu, ke hadapan tolong libatkan kami supaya tidak timbul masalah di kemudian hari.

Apakah juga status penggubalan ataupun penyiapan satu- draf undang-undang baharu untuk membantu pembangunan semula khusus di kawasan Kuala Lumpur? Kalau Yang Berhormat Menteri kita pergi di banyak tempat di Kuala Lumpur, kita akan lihat bangunan-bangunan yang mungkin perlu dibangunkan semula. Kawasan-kawasan strata yang telah usang dan tidak terjaga, sukar untuk bayar maintenance, kutip maintenance banyak masalah tetapi untuk bangunkan semula kita tidak mempunyai akta yang khusus.

Apakah status dan apakah perbincangan dengan pihak KPKT berkenaan dengan isu ini?

Saya pohon Yang Berhormat Menteri sama seperti dua Menteri Wilayah Persekutuan sebelum Yang Berhormat Menteri untuk meneruskan Majlis Menteri Wilayah dengan melibatkan Ahli-ahli Parlimen di Kuala Lumpur supaya kami boleh sentiasa memberi maklum balas kepada Yang Berhormat Menteri dalam sidang yang formal, bukan secara informal agar perkara-perkara yang dibangkitkan daripada segi dasar dan juga masalah-masalah khusus boleh kita selesaikan bersama.

Untuk DBKL juga saya pohon Yang Berhormat Menteri sebelum ini kita ada lancarkan laluan-laluan bas GO Kuala Lumpur ataupun bas Go KL. Saya difahamkan syarikat baharu telah dilantik menjadi kontraktor untuk melaksanakan perkhidmatan bas percuma ini. Namun kekerapannya telah berkurangan. Adakah jumlah yang sama dibelanjakan? Apa yang boleh dilakukan oleh kementerian untuk memastikan perkhidmatan bas percuma ini bukan sahaja ditingkatkan kekerapannya sama seperti dahulu, tetapi laluan-laluan yang baharu boleh ditambah kerana bagi ramai warga kota, mereka amat menghargai dan memerlukan perkhidmatan seperti ini.

Seperti yang Yang Berhormat Shah Alam bangkitkan tadi tentang kalau bagi KLFA dan KL City FC mereka inginkan Stadium Kuala Lumpur dikembalikan. Saya bagi Lembah Pantai, kami tidak mahu sebuah stadium, cuma padang-padang bola Yang Berhormat Menteri yang ada contohnya di Kampung Pasir. Warga anak-anak di Kampung Pasir itu mohon agar padang bola yang ada di situ dibaiki semula supaya mereka boleh main. Kalau tidak, banyak masalah. Jadi pohon bantuan Yang Berhormat Menteri.

Akhir sekali...

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Minta rumuskan Yang Berhormat.

final • 4:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Baik. Akhir sekali, saya ingin bertanya sudah lama pejabat cawangan DBKL Lembah Pantai tidak berada dalam Lembah Pantai. Yang Berhormat Menteri harap boleh dibantu supaya warga Lembah Pantai khususnya di kawasan Kampung Kerinchi tidak perlu merentas masuk ke Bukit Bintang untuk bertemu dengan team Lembah Pantai. Itu sahaja. Terima kasih.

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Bukit Bintang.

final • 4:00 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk Butiran 08000 – Baikpulih Sungai dan mendapatkan peruntukan sebanyak RM10 juta dan Butiran 94000 – Sewerage Non-River and River of Life yang mendapat peruntukan sebanyak RM225 juta.

Adakah peruntukan ini merupakan peruntukan tebatan banjir atau sekadar projek menaik taraf sungai supaya kelihatan cantik sedangkan masalah banjir kilat dalam Bandaraya Kuala Lumpur adalah...

[Suara kurang jelas] bermusim yang sering berulang kali terjadi, apatah lagi pada musim hujan akan tetapi kerja-kerja membersihkan asas hanya dilakukan bila ada aduan dan desakan penduduk-penduduk. Sejauh mana Projek River of Life Sungai Klang dan Sungai Gombak berjaya disiapkan? Saya minta penjelasan dari Yang Berhormat Menteri.

final • 4:06 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Merujuk Butiran 040300 – Penyelenggaraan Bas Putrajaya sebanyak RM4,500,000. Berkenaan perkhidmatan percuma bas Go KL merupakan usaha yang baik untuk warga kota dan para pelancong. Saya perhatikan perkhidmatan bas percuma ini masih belum mendapat sambutan sepenuhnya. Masih kosong bila melalui jalan-jalan di Kuala Lumpur. Saya ingin bertanya, berapakah kos operasi bulanan. Siapakah yang menanggungnya? Promosi perkhidmatan hendak diperhebat dalam media sosial.

Tuan Pengerusi, berkenaan Butiran 020200 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang mendapat peruntukan sebanyak RM4 juta bagi projek pembangunan komuniti dan kesejahteraan bandar.

Soalan saya, bagaimana kementerian dan DBKL hendak menyelesaikan aduan kerosakan lif di rumah pangsa dan PPR yang sudah lama berlarutan dan berulang kali baik pulih dan rosak kembali. Apakah tidak ada satu rancangan untuk berganti baharu?

Banyak lif yang sering rosak seperti lif-lif di Blok A dan B Perumahan Awam Jalan Hang Tuah, Salak Selatan dan sebagainya.

Tuan Pengerusi, saya juga ingin membangkitkan terdapat lebih kurang 40 ribu pemohon untuk menyewa rumah pangsa dan PPR dalam senarai menunggu sedangkan projek pembinaan rumah baharu sangat lambat. Apakah usaha untuk meningkatkan pembinaan baru lebih banyak di blok PPR Kuala Lumpur ini?

Tuan Pengerusi, selain itu apa kedudukan rancangan pembangunan semula rumah pangsa yang lama tertangguh sangat lama sehingga penduduk-penduduk dan penyewa mula bosan dan sudah mencapai usia emas seperti projek Jalan San Peng, Loke Yew, Cheras dan Bandar Tun Razak.

Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 010000 – Pengurusan peruntukan sebanyak RM52 juta lebih.

final • 4:06 PM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Saya ingin bertanya Yang Berhormat, apakah kedudukan tentang Jalan Scott Villa. Menteri ada janji mahu jumpa pembantah-pembantah di Jalan Scott ini untuk menyelesaikan masalah ini. Saya harap dalam tempoh satu atau dua minggu, boleh jumpa mereka untuk menyelesaikan masalah yang mereka bantah. Sekian, terima kasih.

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Setiawangsa.

final • 4:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat sekalian. Setiawangsa ingin turut serta dalam perbahasan Butiran 010000 – Pengurusan dan Kod 20000. Setiawangsa hanya ingin fokus tentang governance DBKL.

Isu pilihan raya tempatan atau local council elections dengan izin, sering menjadi polemik sejak pembatalannya pada tahun 1965 di atas alasan ancaman konfrontasi dengan Indonesia. Kemudian syor Suruhanjaya Diraja yang telah mengesyorkan untuk diadakan semula pilihan raya tempatan.

Sering dimomokkan bahawa pilihan raya tempatan akan dikuasai oleh golongan bukan Melayu, khususnya masyarakat Tionghoa kerana pada zaman merdeka dahulu, merekalah majoriti di kota-kota di seluruh negara. Pada tahun 1970-an, hanya 15.5 peratus daripada warga kota di Semenanjung terdiri daripada masyarakat Melayu.

Namun, pada tahun 2016, 68 peratus daripada masyarakat bumiputera tinggal di bandar dan kedua, 56 peratus warga kota adalah daripada masyarakat bumiputera.

Justeru, memang soal polemik kaum ini tidak sepatutnya timbul lagi. Namun, ketika mana polemik ini terus bermain, mengapa kita tidak boleh laksanakan dahulu pilihan raya tempatan di DBKL sebagai percubaan ataupun pilot project dengan izin, supaya kemudian kita belajar daripada pengalaman tersebut selepas kita tidak mengadakan pilihan raya tempatan sejak tahun 1965.

final • 4:11 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Saya berharap wakil-wakil rakyat UMNO akan menghargai bahawa ikatan UMNO dan MCA ini sebenarnya mula lahir di dalam pilihan raya tempatan di Kuala Lumpur pada tahun 1952. Itulah bibit percintaan UMNO dan MCA ketika itu.

Kita pada hari ini, kami di Wilayah Persekutuan, di Kuala Lumpur, di Putrajaya, di Labuan, pengundi-pengundi kami hanya ada satu undi iaitu undi Ahli Parlimen. Tidak ada undi kedua seperti mana warga negeri-negeri yang lain. Kalau kita lihat negara-negara yang lain; Canberra di Australia, ia ditadbir menerusi Australian Capital Territory.

Washington, D.C. di Amerika Syarikat ditadbir oleh District of Columbia. London ditadbir oleh Greater London Authority. Jakarta di Indonesia ditadbir oleh Daerah Khusus Ibukota Jakarta dan setiap ibu kota-ibu kota ini, mereka mempunyai pilihan raya kerajaan tempatan yang membolehkan warga Canberra, Washington, D.C., London malah Jakarta memilih pentadbiran mereka, bukan hanya memilih wakil rakyat di peringkat pusat.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****] DBKL ialah ibu kota, our capital. PBT yang terbesar daripada segi hasil dan belanjawan dan taraf hidup warga DBKL adalah hampir sama dengan ekonomi-ekonomi maju di seluruh Asia. Namun, tidak seperti PBT lain yang ada di Malaysia pun, tidak ada political governance yang kuat di dalam DBKL. Walaupun kita tidak ada pilihan raya kerajaan tempatan di PBT yang lain, namun mereka mempunyai ahli majlis yang dilantik oleh pihak berkuasa negeri.

Lembaga Penasihat DBKL betul ada, ada di dalamnya lantikan politik tetapi sebahagian besarnya adalah golongan profesional sebagaimana termaktub di dalam Peraturan Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur 1989. Begitu juga, semalam kita berbahas panjang tentang soal Majlis Perwakilan Penduduk. Tidak payah hendak pusinglah. Kita tahu MPP ini lantikan politik, dibuat oleh Barisan Nasional dahulu. Ya, sebahagiannya kita teruskan pada zaman Pakatan Harapan dan hari ini hendak dikembalikan semula oleh kerajaan yang ada pada hari ini.

Soalnya, kita hendak ada satu political governance yang jelas untuk DBKL. Tidak boleh hanya Menteri Wilayah Persekutuan, tidak kiralah Menteri Wilayah Persekutuan itu dari Yang Berhormat Shah Alam, Menteri Wilayah Persekutuan itu daripada Yang Berhormat Ketereh atau daripada Yang Berhormat Arau sekalipun, there has to be proper political governance untuk Kuala Lumpur.

Saya hendak habis Tuan Pengerusi. Masalah besar politik kita yang pernah ditegur oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ialah gejala ‘winner takes all’, dengan izin. Pada hari ini dilihat seolah-olah Pakatan Harapan ini kuat di Kuala Lumpur.

Saya percaya, sekiranya kita ada pilihan raya kerajaan tempatan, kita ada gambaran politik yang lebih seimbang di Kuala Lumpur dan ini bukan sahaja baik untuk warga Kuala Lumpur, baik juga untuk parti-parti yang mungkin dilihat tidak kuat di Kuala Lumpur pada hari ini.

Justeru, di akhir ucapan saya, Setiawangsa berharap perundangan seperti Akta Ibu Kota Persekutuan 1960, Peraturan Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur 1989 perlu dikaji semula untuk tujuan ini. Setiawangsa ingin memuji mantan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang sebelum ini begitu ghairah, Yang Berhormat Ampang, untuk mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan dari tahun 2018 hingga 2020 tetapi tersekat di tengah jalan tetapi kalau susah sangat, kita mulakan dahulu dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

final • 4:11 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Yang Berhormat Hulu Langat. Silakan.

final • 4:11 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Tuan Pengerusi, Butiran 020500 – Majlis Sukan Wilayah Persekutuan. Saya singgah untuk mengucapkan

final • 4:17 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

tahniah kepada Yang Berhormat Shah Alam kerana telah membawa Kuala Lumpur City ke mercu kejayaan setelah 32 tahun ketandusan kejuaraan.

[Tepuk] Tahniah juga kepada JDT kerana bukan mudah hendak tumbangkan Bangsa Johor ini sebenarnya. Namun, semangat kesukanan mengatasi segala-galanya. Ketika saya duduk dalam anggota PAC, Yang Berhormat Shah Alam semasa menjadi Menteri Wilayah juga berjaya melaksanakan perundingan balik harga tanah yang dijual rendah daripada nilai pasaran semasa. Ini telah menjimatkan lebih RM500 juta wang kerajaan.

Kejayaan 22 bulan Pakatan Harapan.

Mewakili rakyat di Hulu Langat yang bersempadan dengan Parlimen Cheras di Kuala Lumpur, kami amat sensitif dengan pelbagai isu di Wilayah Persekutuan kerana ramai pemastautin di Hulu Langat yang mencari rezeki di ibu kota negeri itu.

Salah satu fungsi Kementerian Wilayah Persekutuan sepatutnya memastikan penjualan rumah bagi Program Perumahan Mampu Milik dilaksanakan secara sistematik tetapi kelihatan masih gagal. Kuala Lumpur dipenuhi dengan kondominium dan apartmen mewah bernilai jutaan ringgit yang hanya mampu dilihat oleh golongan berpendapatan rendah. Keluarga Malaysia sampai tua tidak mampu hendak beli rumah di Kuala Lumpur seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Lembah Pantai tadi.

Butiran 020000 – Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar. Khususnya Butiran 020100 – Sosioekonomi yang hanya diperuntukkan RM6 juta. Fungsi sosioekonomi adalah memastikan aktiviti pembangunan dan pengurusan penjaja serta peniaga kecil dapat dilaksanakan dengan berkesan. Kebetulan sebelum masuk ke Dewan ini saya sempat berinteraksi dengan penjaja kecil di Kampong Bharu.

Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan, apakah status Majlis Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil Wilayah Persekutuan terkini? Masih hidup lagi kah organisasi ini? Antara rintihan peniaga dan penjaja kecil sejak berlakunya wabak COVID-19 ialah mengapa waktu operasi penjaja di pasar-pasar seliaan DBKL dihadkan sehingga tengah hari sahaja? Peniaga-peniaga ini ingin menambah jualan mereka akibat kesempitan ekonomi.

Menteri kena susun balik peraturan-peraturan yang membebankan. Saya hendak cadangkan waktu operasi di pasar-pasar ini dilanjutkan sehingga lewat petang. Bukankah penguat kuasa boleh memantau SOP dan menjaga kebersihan premis jika wabak mahu dibendung sepenuhnya.

final • 4:17 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Kampong Bharu dan kawasan persekitarannya seperti di Jalan Chow Kit dan Jalan Tuanku Abdul Rahman adalah nadi utama Kuala Lumpur. Apakah status projek pembangunan di Pasar Jalan Raja Bot. Sudah bertahun-tahun tidak selesai. Kembalikan kegemilangan Chow Kit Road. Bukan sahaja untuk pelancongan namun untuk pembangunan ekonomi bumiputera dan warga Malaysia keseluruhannya bukan menjadi tumpuan peniaga pendatang tanpa izin.

Sudah 64 tahun merdeka tapi peniaga kecil khasnya bumiputera masih bersepah- sepah di tepi jalan yang mengundang bahaya. Untuk sosioekonomi hanya RM6 juta peruntukan tapi untuk kod objek am 30000 Aset diberikan RM245 juta. Kementerian kecil namun asetnya besar. Duit ini sepatutnya membantu B40 dan miskin bandar.

Seterusnya Tuan Pengerusi, Butiran 020000 – Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar, 020500 – Majlis Sukan Wilayah Persekutuan hanya RM9 juta berkurang RM1 juta berbanding tahun lepas. Kebetulan KL City menjuarai Piala Malaysia, saya hendak mencadangkan ditambah peruntukan untuk bola sepak serta pertambahan program-program yang melibatkan belia bandar. Akhir sekali berapa banyak Kementerian Wilayah Persekutuan beri kepada Yayasan Wilayah Persekutuan. Harap-harap Yayasan Wilayah Persekutuan tidak menjadi alat politik parti-parti tertentu untuk pilihan raya akan datang.

Semasa PKP berkuat kuasa, apabila NGO-NGO hendak memberi bantuan di PPR, MKN serta jabatan kebajikan beri lampu hijau. Akan tetapi Yayasan Wilayah Persekutuan sibuk tanya macam-macam. Ini aduan kepada kami. Mereka letak pelbagai

final • 4:20 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

syarat yang menyusahkan bantuan untuk di salurkan kepada rakyat. Yayasan Wilayah Persekutuan hendak kawal semuanya, seolah-olah begitu. Jangan lebih sudu daripada kuah. Ini aduan daripada rakyat sejak tahun lalu. Mohon Yang Berhormat Menteri beri pencerahan. Janganlah semua projek besar di Wilayah Persekutuan ini kroni hendak sapu. Kasihan kontraktor kecil yang sudah tiada projek lagi. Jangan menyusahkan warga kota Wilayah Persekutuan, adalah cerminan kepada keseluruhan Malaysia. Jagalah imej Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan di mata pelancong serta pelabur asing. Jauhi rasuah serta ketirisan. Sekian, Tuan Pengerusi. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Segambut.

final • 4:20 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang pertamanya untuk kod 010000 saya mulakan dengan pujian bagi Yang Berhormat Timbalan Menteri Kementerian Wilayah kerana setakat ini kerajaan baharu ini, jawapan yang paling memuaskan dalam sidang selalunya datang dari Yang Berhormat Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan. Bila sesi soal jawab, beliau datang bersedia dan jawapannya lengkap.

Untuk kedua, untuk Yang Berhormat Menteri saya lihat kali ini Yang Berhormat Menteri ini lebih ramah mesra berbanding Menteri yang dulu, Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa kerana bulan pertama sudah berjumpa dengan ahli Parlimen pembangkang tetapi cadangan penambahbaikan saya kepada Yang Berhormat Menteri adalah jangan bagi kita notis selalu last minute. Satu jam sebelum mesyuarat call kita, suruh kita datang. Kuala Lumpur besar Yang Berhormat Menteri, bukan macam Arau. Sangat besar, satu jam memang kita tidak sempat untuk datang.

Kalau kita lihat pengumuman cuti awam juga, saya hanya hendak untuk rekod sama ada, ada persetujuan Kabinet atau tidak kerana kita lihat Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia sudah ada keluarkan kenyataan yang dilihat bercanggah. Jadi agak keliru untuk warga Kuala Lumpur di luar sana. Yang ketiganya dalam belanjawan ini saya tidak nampak ada belanjawan untuk persiapan kalau COVID-19 melanda kita sekali lagi.

Kalau kita ada lockdown, kalau kita perlukan buat saringan percuma untuk golongan B40, saya tidak lihat di mana bajetnya kerana PKPD yang lalu semua tidak ada bajet. Ahli Parlimen semua kena pergi cari dana untuk bantu sumbangan makanan dan kotak-kotak untuk bantu penduduk yang kena lock up ya.

Yang keempat Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam. Saya tidak lihat ada dalam Kementerian Wilayah ini, belanjawan ini dan saya minta boleh tidak kita adakan lebih banyak lagi, wujudkan lebih banyak lagi krematorium ataupun fasiliti untuk golongan bukan Islam di Kuala Lumpur. Seterusnya untuk kod yang sama, pengurusan Yayasan Wilayah Persekutuan. Kita lihat sudah ada dua laporan yang telah dibentangkan dalam Parlimen ini, satu laporan PAC, satu lagi laporan Ketua Audit Negara. Rata-rata mempunyai cadangan penambahbaikan untuk pengurusan di Wilayah Persekutuan.

Jadi saya hendak tahu apa langkah-langkah penambahbaikan yang telah diwujudkan untuk menambah baik ketelusan pentadbiran di Kuala Lumpur. Satu lagi untuk rumah Residensi Wilayah Keluarga Malaysia. Kita tidak ada bantahan terhadap projek seperti ini, Cuma lokasinya selalu dipilih tidak sesuai. Langsung tidak ada akses kepada pengangkutan awam. Belakang bukit. Tempat yang jauh-jauh yang tidak ada transport. Jadi bila masuk kawasan seperti ini dan density-nya sangat tinggi, 800 unit, 1,000 unit, perumahan di sekitar mesti bising kerana sudah tidak ada tempat untuk tempat letak kereta tidak ada. Jadi saya minta cari lokasi yang sesuai, yang ada akses kepada KTM dan LRT.

Seterusnya untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 020200. Setakat ini mereka agak bekerjasama dengan Ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan. Cuma saya minta menambah ahli jurutera kerana sekarang ini selalu tidak cukup. Jadi bila kita hantar laporan ataupun permintaan kita tunggu beberapa bulan kerana mereka terlalu banyak skop kerja mereka dan tidak boleh cover untuk semua orang.

final • 4:22 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Butiran 030200 – Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu. Saya hanya minta kalau boleh tahun depan kita tambah lagi kampung seperti Kampung Sungai Penchala supaya ada dana untuk bantu kampung-kampung seperti ini. Nombor tujuh, 030300 – Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan. Saya hendak dapatkan pengesahan sama ada betul atau tidak semua kerja penguatkuasaan di Wilayah Persekutuan sekarang semua on hold. Saya hendak tahu betul atau tidak.

Lagi satu adalah saya minta Yang Berhormat Menteri carikan tapak padang awam untuk kawasan seperti Mont Kiara yang mempunyai density tinggi. Mereka sekarang semua berekreasi di atas jalan raya dan semasa lock down memang kita lihat dalam kondo itu tidak cukup dan populasi sini sangat tinggi. Butiran 040300 – Penyelenggaraan Bas Putrajaya. Ini bagus tetapi untuk kawasan yang lain seperti yang kita bangkitkan, kita tidak lihat lagi kawasan Ahli Parlimen yang lain, kita tidak ada laluan bas seperti ini untuk memberikan perkhidmatan percuma kepada penduduk kita.

Akhir sekali untuk 02000 – Jalan-jalan dan Jambatan-jambatan. Saya hendak tahu apakah status, berapakah aduan pothole yang Yang Berhormat Menteri telah terima setelah mengumumkan nombor telefon Yang Berhormat Menteri. Kalau boleh bentangkan di sini supaya kita tahu kerana kita tahu peruntukan ini memang tidak cukup untuk kita turap jalan-jalan yang kerap digunakan dan banyak jalan berlubang.

Jadi, ini satu masalah serius di Kuala Lumpur. Akhir sekali 08000 – Baikpulih Sungai. Saya minta pertimbangan khas untuk Sungai Toba dan pastikan tempat ini tidak banjir lagi kerana kampung-kampung di sekitar Sungai Toba ini setiap kali banjir kilat, kerosakan mereka agak teruk. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:22 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Segambut. Yang Berhormat Batu, ada Yang Berhormat Batu. Ya.

final • 4:22 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan KL City dan juga ahli Parlimen Shah Alam, Presidennya atas juara Piala Malaysia dan juga tahniah kepada JDT. Saya terus kepada Butiran 020500 – Majlis Sukan Wilayah Persekutuan di mana nampak ada penurunan RM1.02 juta di mana bagi kerisauan kepada saya. Dengan penurunan ini akan memberi kesan buruk kepada Majlis Sukan Wilayah terhadap penyediaan atlet-atlet di mana tahun depan kita akan ada SUKMA. So saya memohon Yang Berhormat Menteri untuk mempertimbangkan, untuk menaikkan peruntukan untuk Majlis Sukan Wilayah Persekutuan.

Saya ingin bangkitkan satu inisiatif pada 2019, pada kerajaan Pakatan Harapan di mana Yang Berhormat Menteri Wilayah, Ahli Parlimen Shah Alam telah menubuhkan satu Tabung Amanah Sukan Wilayah Persekutuan dan inisiatif ini antara Yayasan Wilayah dan juga Majlis Sukan Wilayah Persekutuan di mana mereka menandatangani satu MoU, memorandum persefahaman untuk menubuhkan Tabung Amanah Sukan Wilayah untuk pengurusan kemudahan sukan, program latihan atlet dan bantuan kebajikan dan pendidikan atlet. Apakah status Tabung Amanah Sukan Wilayah Persekutuan dengan pimpinan baharu? Saya pergi ke Butiran 030100 – Perancangan dan Pengurusan Pembangunan.

final • 4:28 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

Saya ingin bangkitkan masalah yang dihadapi di kawasan saya iaitu loji batching plant, loji simen YTL di mana ada dalam sebuah kawasan yang padat dengan kawasan perumahan dan juga sekolah dan juga pasar. Adakah loji simen ini ada lesen untuk menjalankan loji ini dan jika ada bolehkah Yang Berhormat Menteri bagi keterangan bagaimana boleh ada lesen ataupun kebenaran untuk menjalankan loji ini sekitar sekolah, ada hampir lima buah sekolah, ada satu buah pasar raya, ada kawasan perumahan yang padat. Oleh sebab ini memberikan impak kepada penduduk sekitar di mana banyak kenderaan berat lori simen hari-hari keluar masuk. So, saya minta Yang Berhormat Menteri menjawab selepas ini.

final • 4:30 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

Lagi satu lagi berkaitan dengan masalah PPR Sri Aman walaupun sudah banyak kali dibangkitkan pada DBKL dan juga sekali kepada Yang Berhormat Menteri. Saya harap isu ini akan selesai. Sebenarnya isu adalah berkaitan dengan PPR Sri Aman, kebanyakan rumah hampir lebih daripada 50 peratus ada masalah leakage, dengan izin. PPR itu baru dibangunkan empat tahun. Dalam rumah dan di luar rumah didapati ada masalah leaking di mana punca daripada kontraktor-kontraktor semasa pembangunan itu tidak menggunakan waterproofing yang berkualiti. Kalau hujan atau masalah paip cepat bocor ia leaking dalam rumah dan di tempat lif. Ini akan memberi satu kesan keselamatan untuk penduduk di sana dan juga masalah penyelenggaraan di PPR Sri Aman.

Saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri untuk mengadakan satu perjumpaan dengan Persatuan Penduduk dengan pejabat saya atau saya untuk membangkitkan masalah-masalah di PPR Sri Aman. Apabila kita bangkitkan tiada apa- apa respons daripada DBKL. Akan tetapi apabila kita bangkitkan kepada pihak media, baru DBKL masuk ke kawasan itu buat touch up sedikit. So, saya harap pihak Yang Berhormat Menteri yang sangat prihatin sekarang boleh menjemput kami bersama persatuan penduduk untuk duduk dan berbincang bagi menyelesaikan masalah ini.

Saya ke Butiran 02000 – Jalan-jalan dan Jambatan-jambatan. Saya ternampak ada penurunan peruntukan daripada RM152 juta ke RM32 juta. Ini satu penurunan yang sangat ketara. Saya ingin mendapat satu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, kenapa ada penurunan yang sangat ketara. Bagi jalan-jalan bandar, ada banyak lagi jalan- jalan yang ada pada tahap yang buruk ataupun teruk sekali.

Walaupun Yang Berhormat Menteri ada bagi phone number, saya harap inisiatif itu akan membantu dalam pembaikan jalan-jalan. Saya rasa pihak Yang Berhormat Menteri perlu serius dan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk turun dan memantau keadaan jalan. Contoh di Jalan Sentul. Setiap kali kontraktor-kontraktor buat piping atau TNB buat wiring, tidak turap dengan betul. So, jadi masalah di mana jalan itu menjadi teruk, berlubang dan tidak stabil. Jadi, saya rasa pihak kementerian perlu turun ke Jalan Sentul ini especially Jalan Sentul turap balik supaya penduduk di sana selesa dengan jalan itu.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi

Tolong habiskan Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

Saya rasa itu sahajalah, terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Yang Berhormat Selayang. Selepas Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Cheras.

final • 4:30 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 020200 – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan juga Butiran 030100 – Perbadanan Putrajaya.

Saya meminta Yang Berhormat Menteri mengkaji semula keputusan untuk membina sebuah pusat penyembelihan ayam di Pasar Borong Selayang. Penduduk telah lama membantah untuk mengadakan pusat ini kerana memang tidak sesuai. Ada tiga bantahan yang telah diberikan. Pertama ialah kesesakan jalan, kedua ialah kekhuatiran selesema burung H1N1 dan kesihatan. Ini kerana tempat itu tidak sesuai dan padat dengan penduduk. Ini ialah kawasan kediaman, ada masjid, surau dan sekolah.

Hari ini dengan adanya COVID-19, ini menunjukkan bahawa kekhuatiran penduduk itu berasas dan oleh itu meminta Yang Berhormat Menteri untuk mengkaji semula. Saya telah bincang dengan Yang Berhormat Menteri Besar Selangor dan Yang Berhormat Menteri Besar Selangor setuju untuk menukar sebidang tanah di Selangor di tempat yang lebih sesuai, jauh dari kediaman dan penduduk seperti operasi untuk pusat ini dapat dijalankan tanpa menjadi satu bahaya kepada penduduk.

final • 4:34 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

Yang Berhormat, saya mohon mencelah. Kawasan Batu itu. One minute, 30 saat. Terima kasih kepada Ahli Parlimen Selayang, kawasan yang dibangkitkan adalah di bawah Batu. Saya menyokong penuh ucapan Yang

final • 4:34 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

Berhormat Selayang di mana tempat sekitar Pasar Selayang itu sangat padat dan tidak boleh ada projek penyembelihan ayam tersebut dan memang tidak cukup parkir lagi.

Saya memohon dengan Yang Berhormat Menteri untuk mengkaji balik, pastikan tukar kawasan itu pergi ke Selangor, tempat yang luas, senang untuk mereka adakan projek penyembelihan ayam halal. Memang memberi kesan buruk kepada penduduk di sana. Sekian, terima kasih.

final • 4:34 PM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih. Saya minta dimasukkan dalam ucapan saya dan saya ulang lagi bahawa Menteri Besar Selangor setuju untuk berbincang dan memberikan sebuah tempat yang lebih sesuai. Oleh itu, saya minta Yang Berhormat Menteri untuk mengkaji semula keputusan ini demi kesihatan semua rakyat Kuala Lumpur atau Selangor. Sekian, terima kasih.

final • 4:34 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Akhir sekali Yang Berhormat Cheras, silakan.

final • 4:34 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu saya ingin juga mengucapkan tahniah kepada pasukan KL City FC yang menjuarai piala Kuala Lumpur tahun ini. Syabas kepada Yang Berhormat Shah Alam yang merupakan mantan Menteri Wilayah, merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur. Rasa simpatilah saya kepada Menteri semasa, yang tidak dijemput turun padang untuk menikmati kegembiraan dan keriangan kemenangan.

Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada perasmian Penyempurnaan Puncak Menara Merdeka 118 dua hari yang lalu oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Saya mohon penjelasan dan soalan saya adalah, bagaimana Puncak Menara Merdeka Kuala Lumpur pemangkin baharu ekonomi Kuala Lumpur yang dilaungkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga berkata puncak Menara Merdeka 118 ia akan memberi peluang komuniti setempat membangunkan perniagaan seperti Jalan Petaling, Kampung Atap, Pudu dan sebagainya. Apakah perangsangan yang dapat menambah tarikan di sekitar puncak Menara Merdeka 118 ini?

Saya ingin tanya juga, di samping itu apakah Program Geran Komuniti Merdeka 118 yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang dapat mengaktifkan semula komuniti dan membina lebih banyak peluang untuk pertumbuhan sosioekonomi dan sebagainya. Saya ingin memohon penerangan yang lanjut.

Juga satu persoalan mengenai sekitar kawasan Menara Merdeka 118 iaitu misalnya Jalan Petaling, Jalan Balai Polis dan sebagainya. Saya mendapati kebanyakan kawasan itu ada terdapat bangunan-bangunan dan kemudahan awam, jalan-jalan dan lorong-lorong tepi dan belakang yang kini dalam keadaan usang dan rosak. Kalau Menara Merdeka 118 ini menjadi satu kebanggaan kepada negara tetapi kawasan sekitarnya tidak, ini akan defeat the purpose. Saya harap satu perhatian dapat diberikan oleh pihak kementerian dan DBKL untuk mempertingkatkan keseluruhan kawasan itu.

final • 4:37 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

Seterusnya, Tuan Pengerusi, saya ingin tanya, bilakah Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 akan disediakan untuk pameran dan pendengaran awam? Pelan ini sepatutnya dilancarkan pada awal tahun 2021, tahun ini, tetapi kelewatan dan penangguhan pelancarannya terlalu lama dan sukar diterima. Perintah Kawalan Pergerakan tidak harus dijadikan “kambing hitam” yang melengahkan pelancaran ini.

Apakah sebab sebenarnya kelewatan ini?

Saya juga ingin merujuk kepada prestasi Yang Berhormat Menteri. Juga sepertimana yang dirujuk oleh Yang Berhormat Batu tadi mengenai sebuah loji pembancuh simen di kawasannya, di kawasan Cheras iaitu di Jalan Chan Sow Lin merupakan sebuah kawasan yang teruk sekali di mana terdapat 11 buah loji pembancuh simen dalam lingkungan tidak melebihi satu kilometer. Saya menganggap ini merupakan kawasan yang mempunyai paling banyak loji pembancuh simen dalam dunia ini. Ia satu

final • 4:40 PM

Tuan Tan Kok Wai - Cheras

masalah besar kepada komuniti tempatan kerana pencemaran yang bertoksik akibat kegiatan loji-loji ini sudah wujud lebih 10 tahun kebelakangan.

Saya telah banyak kali membentangkan perkara ini di peringkat kementerian dan DBKL tetapi tidak dapat diselesaikan. Saya pun ada mendapat janji daripada menteri semasa yang telah memberi jaminan bahawa lawatan akan dibuat ke tapak untuk mengkaji perkara ini pada minggu yang pertama, atau kedua Yang Berhormat menjawat jawatannya.

Akan tetapi, janji tetap janji dan beberapa kali diperingatkan, lawatannya belum dihormati dan juga beberapa kali Yang Berhormat Menteri janji akan pergi, akan pergi, tetapi sampai hari ini, hampir 100 hari, janji memang tidak dikotakan. Saya juga memerlukan satu jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat semua. Tamatlah sesi perbahasan Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Wilayah Persekutuan.

Saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab dalam masa 20 minit.

Kalau boleh, jawab kepada mereka yang berada di Dewan, Yang Berhormat Menteri.

Yang tidak ada, kita boleh buat secara bertulis. Silakan.

final • 4:40 PM

Menteri Wilayah Persekutuan - Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Tuan Pengerusi, pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyertai perbahasan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Seramai 17 orang Ahli Parlimen yang telah menyertai perbahasan. Ahli Parlimen di Wilayah ini ialah 13 orang. Sekali 17 yang berbahas. Jadi, makna kata, ramai daripada Ahli Yang Berhormat yang prihatin tentang Wilayah Persekutuan. Jadi, saya ucap terima kasih.

Lagi sekali saya ingin realisasikan visi Wilayah Persekutuan iaitu Wilayah Persekutuan yang maju, sejahtera serta peneraju pembangunan yang mampan melalui konsep ‘Our city, our home’ selaras dengan moto Wilayah Persekutuan, Wilayah prihatin, sihat dan selamat.

Saya ucap terima kasih tetapi saya akan jawab- sebab tiap-tiap Yang Berhormat ini telah menimbulkan banyak perkara dan banyak perkara ini berhubung dengan dasar.

Ia bukan jawatankuasa. Jawatankuasa ini ialah caranya kita memperincikan perbelanjaan yang telah dibentangkan. Akan tetapi, kita cakap fasal dasar.

Walau bagaimanapun, sebab benda ini telah berterusan begitu lama di Parlimen ini iaitu banyak perkara Jawatankuasa ini dibincangkan di Peringkat Dasar, jadi, saya menghormati. Ahli Yang Berhormat, saya akan jawab tetapi oleh sebab tiap-tiap Yang Berhormat telah timbulkan banyak perkara, saya akan jawab satu dan yang lain saya akan jawab bertulis. Semua bersetuju? Setuju. Terima kasih.

Jadi, sekarang ini nama yang ke-14 ini pembahasnya ialah Yang Berhormat Segambut. Saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Segambut. Saya bincang yang ini dahulu sebab ada sedikit melegakan hati Menteri, Timbalan Menteri di sini. Yang Berhormat Segambut yang saya ingat sentiasa kritikal dan agak kontroversi ini, tiba-tiba pada hari ini dia telah menjadi seorang yang realis...

final • 4:44 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Saya bantah. Tuan Pengerusi, perkataan ”kontroversi”. Kontroversi apa, Yang Berhormat Menteri?

final • 4:44 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Tidak. Tidak kontroversi. Sekarang sudah ada tanda berbaik-baik, Tuan Pengerusi.

Yang Berhormat Segambut telah puji Timbalan Menteri yang telah menjawab semua persoalan di Parlimen. Timbalan Menteri akan menjawab semua persoalan di Parlimen untuk penggal ini atas kesibukan yang luar biasa untuk mencapai prestasi yang terbaik 100 hari. Saya hendak beritahu Yang Berhormat, pada hari ini, Menteri Wilayah

final • 4:44 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Persekutuan telah mencapai tahap 101 daripada 100 hari yang kita ada lagi sembilan hari.

Kita telah pun mencapai tahap 101 untuk melawat kawasan.

Dan Jalan Chan Sow Lin yang merupakan janji saya, sebenarnya secara rasminya saya kena bagi tahu kepada Yang Berhormat Cheras tetapi saya tidak maklumkan kepadanya lagi, tetapi secara tidak langsung sudah berlaku lawatan di tempat-tempat pembancuh simen. Malaysia sebagai negeri yang sentiasa mengutamakan dunia dalam pertandingan, jadi mengikut Yang Berhormat, tempat loji pembancuh simen yang terbesar di dunia ialah di Jalan Chan Sow Lin. Saya belum mengiktiraf lagi keputusan dunia ini.

Saya akan memaklumkan kemudian.

Berhubung dengan Yang Berhormat Segambut yang juga maklumkan tentang libat urus yang dibuat, dalam masa tiga bulan ini, kita telah berjumpa dengan Ahli Parlimen empat kali. Walaupun sesetengahnya notis agak pendek, tetapi kita terus berjumpa sebab dalam keadaan masa-masa begini, kita kena berjumpa dengan Ahli Yang Berhormat dan kita berbincang. Sesetengahnya telah kita persetujukan dan sesetengahnya kita bawa untuk pertimbangan. Akan tetapi, dalam keadaan sekarang, saya rasa antara Menteri yang paling banyak jumpa Ahli Parlimen merupakan Ahli Parlimen Wilayah. Akan tetapi, kompelin pun banyak dari sini juga.

Jadi, walau bagaimanapun, terima kasih Yang Berhormat Segambut sebab memahami tentang apa yang berlaku. Saya jawab satu sahaja Yang Berhormat iaitu berhubung dengan aduan jalan berlubang. Semua aduan jalan berlubang 100 peratus kita ambil tindakan. Malah ada tempat yang orang tidak complainpun kita pergi tampal sebab semasa kita lalu, kita berjumpa dengan jalan berlubang. Jadi, berhubung tentang prestasinya, saya akan maklumkan selepas 100 hari ini. Dalam keadaan sekarang ini, di mana sahaja jalan berlubang Yang Berhormat maklum, kita akan sampai dalam tempoh dua jam.

final • 4:44 PM

Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin

Tuan Pengerusi, Rompin. Rompin, Tuan Pengerusi. Rompin ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Pada keseluruhannya, lif-lif bagi rumah murah di sekitar Kuala Lumpur ini dalam keadaan yang sangat daif dan memberi satu keadaan yang kurang menyenangkan di kalangan penduduk. Adakah kerajaan hendak beri peruntukan untuk menyelenggarakan seluruh penyelenggaraan lif PPR ini di Bandar Raya Kuala Lumpur ini?

final • 4:44 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Yang Berhormat Menteri, Lembah Pantai. Berkait dengan Yang Berhormat Segambut.

final • 4:44 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Sebab soalan ini soalan Yang Berhormat Segambut dahulu. Yang Berhormat Segambut punya persoalan.

final • 4:44 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Jalan berlubang, saya rasa di Kuala Lumpur masih banyak jalan berlubang, Yang Berhormat Menteri. Jadi, kalau kata dua jam selesai patching, saya rasa kurang tepat.

final • 4:44 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Dua jam action akan diambil. Makna kata, saya akan maklum kepada Datuk Bandar. Datuk Bandar ada di belakang. Datuk Bandar akan maklum kepada pasukannya dan lawatan dibuat segera.

Berhubung sama ada berlaku tampalan atau tidak, Yang Berhormat kena bagi maklum balas balik kepada saya. Contohnya, ada beberapa orang yang sentiasa melaporkan kepada saya. Jalan Maarof di Bangsar, Jalan Hartamas, Selayang – Mereka ini maklum kepada saya balik jalan telah ditampal. Jadi, saya tengok rekod.

Sesetengahnya rekod, dia bagi dalam masa dua jam, tiga jam.

final • 4:44 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Saya perhati perkara ini dengan detailed kerana saya beri nombor telefon peribadi dan saya monitor secara peribadi. Jadi, hal lain-lain pun Datuk Bandar pun ada nombor telefon, timbalan pun ada nombor telefon. Jadi, kami tiga-tiga menerima panggilan telefon dan selalunya SMS untuk memaklumkan tentang perkara ini.

Walau bagaimanapun Yang Berhormat, kalau masih terdapat perkara-perkara yang disebut bahawa tidak ditampung dan sebagainya, Yang Berhormat boleh SMS saya.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Yang Berhormat boleh maklumkan kepada saya dan Yang Berhormat boleh telefon saya.

Sebenarnya saya cukup menunggu panggilan telefon daripada Yang Berhormat dan Yang Berhormat tidak pernah berbuat demikian.

final • 4:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:50 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Yang Berhormat Menteri, saya hargai komitmen seperti ini tetapi saya rasa masa dan gaji Menteri tidak seharusnya digunakan untuk menyelesaikan pothole. Walaupun saya hargai, nombor telefon kita beri kepada orang awam tetapi saya rasa secara dasar isu pothole ini sepatutnya autopilot mode.

Bermaksud setiap hari tidak payah tunggu aduan. Setiap hari ada kumpulan patching yang keluar untuk buat rondaan dan tampal segera...

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Ya.

final • 4:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Gaji Menteri yang diberi kepada Menteri Wilayah Persekutuan saya ingat cukup wajar. Saya bekerja lebih daripada gaji seorang Menteri. Yang Berhormat tahu bila saya libat urus Yang Berhormat, saya terpaksa mengambil masa pada malam hari dan siang hari saya melakukan kerja-kerja yang sewajarnya. Walau bagaimanapun Yang Berhormat, semua tindakan kita akan ambil dengan sewajarnya.

final • 4:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Yang Berhormat Menteri, Lembah Pantai.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Fasal Segambut? Fasal Segambut?

final • 4:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Yang Berhormat Menteri menyebut Jalan Maarof tadi.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Ya.

final • 4:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Ini satu contoh yang mana ditampal berkali-kali, berkali-kali, berkali-kali tetapi masalahnya bukan the pavement tetapi ada masalah di bawah itu. Jadi Datuk Bandar ada di sini, saya pohon Yang Berhormat Menteri, it’s not just fasal menampal tetapi kalau tidak tahan sebulan, dua bulan, kalau Yang Berhormat lalu hendak pergi Bangsar Shopping Centre, ia seperti ada bonggol di Jalan Maarof itu sendiri.

Jadi, there is something more underneath. Jadi saya pohon Yang Berhormat Menteri, ia mesti baiki longkang-longkang yang ada di situ. Kalau tidak, tampallah sebanyak mana pun, ia akan berlopak dan berlubang semula dalam masa terdekat.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Okey, akan diambil perhatian Yang Berhormat dan kita tahu beberapa buah tempat yang menghadapi masalah yang sama.

Kita tampung, ia turun. Kita telah mengambil beberapa tindakan segera termasuk tindakan jangka panjang untuk membuat pemetaan mengenai apa yang berlaku. Insya-Allah kita akan umumkan dari semasa ke semasa.

final • 4:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Terima kasih.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Kita maklum perkara ini dan kita ucap terima kasih sebab Yang Berhormat, kawan-kawan saya ini prihatin tentang perkara ini.

Jadi yang keduanya ialah tadi Yang Berhormat Rompin dia tidak berucap, dia cuma tanya fasal lif. Lif ini Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan baru-baru ini bahawa semua lif di PPR dan juga PPA akan diperbaiki yang berjumlah RM136 juta, lebih kurang begitu. Akan diperbaiki. Kita bermula sekarang, tahun depan dan seterusnya. Jadi kita akan cuba sedaya-upaya untuk melaksanakan selewat- lewatnya pada tahun hadapan. Selewat-lewatnya habis pada tahun hadapan ya.

Jadi kemudian Yang Berhormat Segambut juga telah menyebut tentang cuti.

Pertama sekali kita hendak ucapkan terima kasih dan tahniah kepada KL City FC. Kita

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

tahu bahawa bola sekarang, pertama kita ada KLFA. Presidennya ialah Yang Berhormat Shah Alam, tahniah Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Shah Alam pun terlupa beritahu bahawa saya hadir- sejak saya jadi Menteri ini, saya hadir di semua perlawanan bola sepak untuk memberi sokongan, semangat dan mungkin kalau Menteri Wilayah Persekutuan hadir, tentulah mereka melihat ada sesuatu yang merupakan bonus kepada mereka. Jadi saya hadir dan kita menang. Syukur alhamdulillah.

Keduanya, untuk menguruskan perlawanan, ia dibuat oleh KL City FC yang mana presidennya ialah Tan Sri Annuar Musa. Jadi kena ucap tahniah kepada kedua-dua mereka dan mereka telah menarik Piala Malaysia di padang sana dan saya tak turun pun, okeylah itu sebab kalau terlampau ramai tidak bagus. Jadi, saya berada di pentas memerhatikan kawan-kawan kita yang bergembira mengambil piala kerana ia berlaku.

Walaupun Yang Berhormat Seputeh, saya ingat dia hendak ucap terima kasih, ucaplah terima kasih.

Kalau saya pergi kepada Facebook sekarang, majoriti warga Wilayah akan menyokong saya tentang cuti yang telah diberikan. Semua Ahli Parlimen berseronok, Yang Berhormat Shah Alam pun seronok, Yang Berhormat tidak tahu menghargai bola.

Ini kali yang 100 tahun. Tidak ada umur yang ada 100 tahun di Parlimen ini. Kali yang 100 tahun KL telah menang Piala Malaysia, kali yang ke-100, cukup bermakna. Orang berebut hendak ambil 100 tetapi 100, dengan izin Allah SWT, kita menang di Kuala Lumpur.

Terima kasih dan kita berterima kasih sebab seronok dan menyatakan syukur kita kepada Allah SWT. Kita bagi kelegaan pada Wilayah Persekutuan untuk bercuti pada hari Jumaat. Kita tidak bagi cuti serta-merta pada esok hari yang sering kali dibuat oleh semua negeri yang menang Piala Malaysia tetapi di Wilayah ini kita bagi tempoh sampai hari Jumaat setelah saya merujuk perkara ini kepada pihak kerajaan.

Kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya ucapkan terima kasih dan KSN telah memaklumkan bahawa saya baca ini ya, “Kerajaan telah bersetuju supaya hari Jumaat, 3 Disember 2021 diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sempena kejuaraan pasukan KL City FC. Perisytiharan pelepasan am tambahan ini dibuat selaras dengan subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 [Akta 369] bagi Wilayah Persekutuan.” Jadi kalau Yang Berhormat bertanya, adakah dirujuk ke Kabinet dan sebagainya, saya di antara Menteri-menteri- dibandingkan dengan Perdana Menteri, Menteri-menteri sekarang semua standard lah. Di antara Menteri yang tidak memikirkan kalau jadi Menteri, oh! Kita berkuasa penuh untuk buat itu dan ini. Tidak, saya tidak pernah buat demikian.

Bagi saya yang penting, semua orang ada seorang sedikit kuasa, dikumpulkan, saya membuat keputusan terakhir.

Keputusan untuk bercuti setelah ditekan dengan teruknya oleh warga Wilayah, maka kita telah merujuk kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah merujuk kepada Ketua Setiausaha Negara dan inilah keputusan yang dibuat. Saya cuma umum sahaja. Sebenarnya saya tidak mahu umum, saya hendak beri orang lain umum tetapi nampaknya mereka kata saya yang paling layak mengumumkannya sebab pada malam tersebut nama saya tidak diumumkan, jadi saya umumlah pada hari tersebut...

[Ketawa] Jadi Ahli-ahli yang bersetuju tentang cuti ini, kata setuju.

final • 4:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Kasihan.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Jadi setuju. Jadi, banyak suara bersetuju kecuali Yang Berhormat Seputeh yang mengatakan bahawa wajar ataupun tidak. Saya hendak beritahu bank-bank tidak bercuti sebab saya telah mendapat makluman daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan tentang kesannya untuk minggu ini tetapi pasaran saham BSKL mengatakan cuti dan semua yang lain mengambil cuti.

Jadi Yang Berhormat, yang lain-lain itu boleh difikirkan daripada segi perundangan tetapi cuti untuk Wilayah setelah 32 tahun menunggu. 30 tahun dahulu- pada zaman Yang Berhormat Tuan Khalid Samad jadi Presiden, Tan Sri Annuar jadi Presiden KL City FC dan saya Menteri Wilayah Persekutuan...

[Tepuk]

final • 4:50 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

Yang Berhormat Menteri, hendak celah.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Timbalan Menteri saya ialah dari Jelebu dan kita menang bola. Terima kasih kepada semua.

final • 4:50 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

Yang Berhormat Menteri, saya hendak celah.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Jadi saya jawab bola dan cuti itu. Saya ingat sekali gus menerima sokongan yang padu daripada rakyat Malaysia. Kita tahu bahawa semua negeri, bila negeri umum, tiada orang gaduh dah tetapi Wilayah ini masalah tekniknya sebab Wilayah sendiri bukan diduduki oleh orang Wilayah sahaja, ada orang Kelantan, ada orang Johor. Sudah pasti Johor akan menyokong Johor.

final • 4:50 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

Yang Berhormat Menteri, mohon mencelah.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Perlis akan sokong Wilayahlah sebab ikut Menterinya. Jadi demikian juga orang Kelantan juga menyokong Wilayah, Selangor akan sokong Wilayah.

final • 4:50 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Pahang sokong Wilayah. Negeri-negeri lain semua menyokong Wilayah, meminta Wilayah menembusi juara yang menang tidak berhenti, kita cuba sedaya-upaya. Kita kata, kalah dalam tangan, menang belum tahu.

final • 4:50 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Syukur alhamdulillah kita menang.

final • 4:50 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Tuan Pengerusi, tinggal lima minit sahaja, banyak lagi isu belum dijawab.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Now we are the champion.

final • 4:50 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:50 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Tinggal lima minit sahaja, banyak lagi isu.

final • 4:50 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

Yang Berhormat Menteri, saya ucapkan tahniah.

Boleh masuk dalam 100 hari pencapaian bagi cuti Jumaat esok. Saya hendak jawapan yang saya bangkitkan tadi, Batu.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Ya, lain kali saya tidak akan jemput kamu hadir mana-mana majlis saya lagi...

[Ketawa] Saya jemput semua majlis saya, saya jemput Yang Berhormat Batu, menghargai dia Ahli Parlimen tetapi kalau dok ganggu saya ini, saya tidak jemput dah.

final • 4:50 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

Terima kasih Yang Berhormat Menteri jemput saya tetapi saya hendak jawapan...

[Ketawa]

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Jemput okey. Minta tolong elok-elok lain kali ya. Okey Yang Berhormat, sekarang saya pergi satu persatu untuk menjawab soalan berikut berdasarkan kepada mereka cakap. Kalau Tuan Pengerusi bagi saya masa berlebihan, sudah pasti...

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi

Lima minit sahaja Yang Berhormat, ada lima minit.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Okey, jangan ganggu lagi sebab saya hendak mula menjawab sekarang ya. Pertama Yang Berhormat Kuala Krai, saya jawab soalan satu.

Jadi cuti tadi, lagi sekali saya tengok semua Menteri hanya puji Yang Berhormat Shah Alam tetapi mereka terlupa kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan dari Ketereh yang memberi sumbangan sakan dan mereka lupa doa dan juga sokongan yang saya bagi pada saat terakhir. Walau bagaimanapun, saya ucapkan terima kasih, tahniah.

Tahniah KL City FC, tahniah Kuala Lumpur, tahniah Wilayah Persekutuan...

[Tepuk] Okey sekarang ini soalan yang pertama ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai iaitu berhubung dengan – saya jawab satu ya Yang Berhormat Kuala Krai iaitu

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Putrajaya telah merancang 300 kilometer laluan basikal yang mana tujuh dari 13 laluan tersebut diasingkan dari laluan kenderaan.

final • 4:50 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Laluan ini menghubungkan laluan kediaman, kawasan pekerjaan, kawasan riadah dan taman-taman awam. Untuk makluman, DBKL juga sedang merancang dan membina rangkaian hijau yang menghubungkan Wangsa Maju ke KLCC dengan jarak lebih kurang lapan kilometer, berkonsepkan laluan basikal, pejalan kaki dengan teduhan pokok-pokok rendang.

Selain itu, perancangan laluan basikal, pejalan kaki bermula dari Bukit Damansara melalui Taman Botani, bersambung ke laluan River of Life dengan jarak 18 kilometer yang juga diteliti oleh DBKL. Selain daripada perancangan untuk menjadikan tujuh buah kawasan tasik di utara Kuala Lumpur sebagai pusat rekreasi riadah yang pasif dan aktif. Ia termasuk jajaran laluan basikal sepanjang 62.5 kilometer, melibatkan kawasan sekitar tujuh buah tasik dengan laluan sambungan hingga ke Taman Eko Rimba Kuala Lumpur.

Keduanya, perkara yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat Seputeh. Yang Berhormat Seputeh berminat arak, saya tahu. Saya telah menjawabnya dengan sewajarnya dan saya ulang sekali lagi Yang Berhormat Seputeh berhubung dengan arak.

Semua jawapan yang saya bagi ini saya telah libat uruskan dengan semua pihak, yang saya tidak libat uruskan lagi ialah dengan mereka yang protes tentang arak ini, yang terdiri daripada pelbagai pihak.

Di antaranya ialah Hindu Sangam, Malaysia Hindu Dharma Mamandram, Pertubuhan Perpaduan dan Integrasi Hindu, persatuan Buddhist dan juga persatuan Kristian. Mereka ini protes. Apabila protes, maka ia telah dibuat keputusan lagi dari tahun 2020, setelah dilibat urus pelbagai pihak dan ditangguhkan keputusannya sehingga 2021.

Saya tangguhkan sebulan lagi untuk membolehkan kita libat urus lagi sekali dengan semua Ahli-ahli Parlimen dan keputusan itu telah kita buat. Keputusan yang kita buat, saya telah umumkan semasa di peringkat dasar dahulu dan keputusan itu telah diterima oleh pelbagai pihak.

Di antaranya, yang penghabisan sekali itu ayat yang berbunyi iaitu sekiranya telah ditolak permohonan mereka, mereka boleh membuat rayuan kepada Jawatankuasa Eksais Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Jadi, saya ingin semua pihak telah menerimanya dan kita tahu bahawa persatuan penjual, pengeluar arak dan Yang Berhormat pengguna arak, jadi mereka telah bersetuju pada dasarnya.

Kemudian, secara rasminya jawapannya adalah seperti berikut. Setakat ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur masih mengekalkan Garis Panduan Lesen Minuman Keras yang telah diumumkan sebelum ini, pada 1 November 2021. Saya ingin merujuk kepada sesi libat urus yang terakhir bersama Lembaga Pelesenan Eksais dan pengeluar, pembotolan, pengedar, pemborong, peruncit, termasuk pemilik kedai serbaneka pada 20 November 2021 yang lalu.

Untuk makluman Tuan Pengerusi, hasil daripada sesi libat urus tersebut, saya ingin menyatakan di sini bahawa tindakan penguatkuasaan akan diberi penekanan atas penjualan illicit liquor atau yang diharamkan penjualan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang dijual secara berleluasa di merata tempat. Tindakan penguat kuasa akan dilakukan secara bersepadu melibatkan semua agensi kastam, polis dan juga Kementerian Kesihatan.

Walau bagaimanapun, ini yang saya rasa Yang Berhormat patut dengar, sekiranya terdapat penolakan permohonan ke atas lesen minuman keras berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan, pemohon boleh mengemukakan rayuan ke Lembaga Pelesenan Eksais bagi pertimbangan semula. Penguatkuasaan dan pengeluaran lesen arak baharu pada tahun hadapan akan diperketat. Kemudian Tuan Pengerusi, berapa minit boleh saya sambung?

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi

Sepuluh minit Yang Berhormat Menteri.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Sepuluh minit. Alhamdulillah Tuan Pengerusi.

final • 5:00 PM

Puan Teresa Kok - Seputeh

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Ya, Yang Berhormat Seputeh.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Ya, dalam ucapan penggulungan Yang Berhormat Menteri yang lepas itu, kata...

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Sekarang ini kita pergi kepada- apa...?

final • 5:00 PM

Puan Teresa Kok - Seputeh

Kedai serbaneka, kedai runcit itu semua dibenarkan, ini semua dilaporkan dalam surat khabar tetapi dalam guideline, garis panduan DBKL ini, saya masih tunggu apakah black and white kerana Yang Berhormat Menteri cakap dalam Dewan Rakyat tetapi ia tidak dikeluarkan oleh DBKL dalam bentuk garis panduan yang baharu.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Ya, Yang Berhormat, kita telah jumpa- tetapi hendak cakap pasal arak lama sangat tidak berapa bagus, banyak benda lain yang harus diberi perhatian.

Yang ini dia orang sudah faham, yang tidak faham Yang Berhormat ya. kita telah berbincang dengan pengeluar, kita telah berbincang dengan bottler dan juga pengedar, kita telah bincang dengan peruncit. Yang Berhormat, mereka telah bersetuju termasuk kedai serbaneka dan juga kedai ubat. Mereka telah faham dan mereka telah bersetuju, saya bawa Lembaga Pelesenan Eksais duduk sekali.

Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah, kita buat supaya dengan cara tersebut semua pihak berpuas hati. Semua pihak berpuas hati cuma semasa kita membuat libat urus itu kali yang pertama saya libatkan Ahli-ahli Parlimen. Akan tetapi kali yang kedua dan ketiga, saya tidak berani libatkan Ahli Parlimen sebab mereka sering marah pada saya pasal notis. Kata saya bagi notis pendek, dua jam dan sebagainya. Mereka kata ini bukan Arau, ini hulu Malaya lah, Arau tidak – Arau merupakan negeri yang moden, bandar diraja.

Jadi, Yang Berhormat jangan memikirkan bahawa seolah-olahnya kita keciwi dengan izin, tentang Kuala Lumpur ini. Kita datang ke Kuala Lumpur lebih awal daripada Yang Berhormat. Saya duduk ada di Kuala Lumpur ini pada tahun 1970 begitulah seterusnya.

Okey, kemudian yang berikutnya ialah perkara yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 5:00 PM

Puan Teresa Kok - Seputeh

Tidak jawab soalan saya. Adakah garis panduan baharu akan dikeluarkan?

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Ada, ada...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, tolong Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Puan Teresa Kok - Seputeh

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, tolong.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Ya. Jadi Yang Berhormat berpuas hati tentang perkara ini sebab secara rasmi saya sudah jawab, itu yang kita akan laksanakan.

Kemudian, Yang Berhormat Wangsa Maju. Yang Berhormat Wangsa Maju telah menimbulkan beberapa perkara iaitu berhubung dengan kononnya bandar raya ini dikawal oleh datuk bandar dan juga empat orang pegawai eksekutif.

Yang Berhormat, kita ada Lembaga Penasihat Bandaraya dan kita ada Yang Berhormat Menteri lagi dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi, bermakna tidak ada satu perkataan mereka buat kerja dengan secara berleluasa. Dibuat dengan teratur dan cukup baik. Kalau Yang Berhormat tidak percaya tanya Yang Berhormat Shah Alam bahawa dia berpuas hati dengan apa yang telah berlaku di bandar raya itu sebab dia tidak

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

bangun. Kalau tidak, kalau berani dia bangunlah tanya, kata dia tidak berpuas hati, sudah tentu puas hati. Terima kasih kerana dia telah berpuas hati.

final • 5:00 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Saya bangun, pasal stadium itu saya tidak puas hati.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Stadium tidak berpuas hati.

final • 5:00 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Itu hendak kena buat satu keputusan.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Akan dibagi jawapan dengan hebatnya sekejap lagi kerana...

final • 5:00 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Banyak lagi isu tetapi tidak sempat hendak tanya.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

...Dia mengganggu kertas-kertas saya hendak jawab ini menyebabkan saya ada masalah. Okey, Yang Berhormat. Jadi, bandar raya sekarang ini ditadbir adil dan saksama dengan cara pendekatan saya dan Yang Berhormat Timbalan Menteri saya bawa sekarang menunjukkan bahawa kami bukan sahaja melibatkan Ahli-ahli Yang Berhormat daripada segi pelaksanaan tetapi daripada segi perancangan. Kita akan libatkan Yang Berhormat untuk sama-sama melihat perancangan Bandaraya Kuala Lumpur 2040.

final • 5:00 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Menteri, saya mengesyorkan bahawa Yang Berhormat Menteri memulakan balik Majlis Mesyuarat Majlis Menteri yang melibatkan semua Ahli-ahli Parlimen dalam perbincangan bersama dengan Datuk Bandar, DBKL dan sebagainya.

Ini termasuklah persoalan meluluskan bajet, perancangan dan sebagainya kerana mereka merupakan wakil rakyat. Benda ini telah ditimbulkan – saya rasa hampir semua Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan saya harap Yang Berhormat Menteri akan melakukan itu ya. Ia merupakan satu-satunya platform untuk diadakan forum dan perbincangan.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Telah dirancang dengan hebatnya. Saya telah bercadang untuk memanggil mereka selepas 9 hari bulan, selepas 100 hari saya melibatkan mereka sebab sekarang ini hendak bagi perhatian kepada benda-benda yang saya rasa berbangkit, yang perlu diberi perhatian serta-merta.

Jadi, yang itu sudah termasuk, sebelum buat libat urus dengan mereka Yang Berhormat, saya ada jumpa mereka empat kali, secara tidak rasmi berkali-kali, saya beritahulah ya. Jadi dengan itu tidak ada masalah.

final • 5:00 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Bukan, ini bukan soal jumpa, sembang-sembang Yang Berhormat Menteri.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Tidak, bukan jumpa sembang-sembang.

Ini adalah secara rasminya jangan ya, kita akan jemput mereka.

final • 5:00 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Ya, secara rasmi institusikan kerana itu platform yang penting.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Kalau pernah Menteri dahulu buat, yang baik saya akan ikut jadi, tidak ada masalah. Yang Berhormat pernah buat dahulu saya tengok baik saya akan ikut tetapi ada benda Yang Berhormat tidak baik dahulu, saya tidak ikutlah. Akan tetapi yang baik. Okey, kemudian yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat Dungun, bagaimana kita hendak mempertingkatkan hoki dan juga lain-lain sukan.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Saya hendak beritahu Yang Berhormat, kita telah meletakkan matlamat bahawa kita hendak menang semua pertandingan sukan yang diadakan. Kita meletakkan untuk jadi champion dalam slogan ‘We Are The Champion’. Yang Berhormat, kita akan letakkan

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

sukan di hadapan. Saya juga sebagai seorang daripada presiden sukan, saya masih pegang Persatuan Renang Malaysia, kita akan pastikan kita adalah yang terbaik.

Yang Berhormat Padang Rengas...

final • 5:10 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

Yang Berhormat Menteri, mohon mencelah...

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Yang Berhormat Padang Rengas menyebut tentang bandar-bandar – nama-nama di Kuala Lumpur, bandar raya cantik tetapi nama pun seolah-olahnya banyak yang telah di bahasa Inggeris-kan. Jadi, seolah- olahnya kalau tidak bahasa Inggeris, tidak lakulah bangunan.

Yang Berhormat, saya setuju Yang Berhormat bahawa bukan nama tersebut yang boleh melakukan apa-apa usaha perniagaan yang kita buat. Akan tetapi, lokasinya dan juga Kuala Lumpur sendiri, Kuala Lumpur ini di mana-mana sahaja kita buat pembangunan, dia akan mendapat sambutan. Cuma pada masa yang lepas, kadang- kadang orang melihat nama tersebut tidak berapa diminati untuk rumah harga mahal, untuk M40 ataupun high-end tetapi sekarang ini kita kena lihat high-end telah berlaku sampai ke Selangor dan juga Negeri Sembilan. Ini menunjukkan bahawa – saya setuju, bukan nama yang sebenarnya yang menentukan bahawa tempat itu boleh maju ataupun tidak.

Jawatankuasa Penamaan Bangunan yang ditubuhkan DBKL dengan sokongan Dewan Bahasa dan Pustaka sebelum ini telah mempertimbangkan dan pada 30 Ogos 2012, nama baharu bagi Bangsar South telah ditukarkan kepada Bangsar Selatan. Ini mungkin – ini tahun 2012 Yang Berhormat. Jadi bermakna kata – terima kasih dan banyak nama-nama lain yang kita rasa...

final • 5:10 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Seolahnya macam kalau tidak nama Inggeris, kita tidak jadi hebat, kita akan pertimbangkan semula. Contoh macam Kerinchi, saya berada di Kerinchi sebelum Yang Berhormat lahir lagi. Ya, silakan.

final • 5:10 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Saya jaga Kerinchi sekarang. Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat setuju sekiranya kita wartakan sebuah kawasan itu sebagai Kampung Kerinchi supaya selam-lamanya nama, identiti, sejarah Kampung Kerinchi itu akan terpahat dan tidak boleh dibuang oleh sesiapa pada masa hadapan. Adakah boleh kita lakukan?

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Ya. Yang ini kita akan pertimbangkan.

final • 5:10 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Saya pernah bawa, tetapi macam-macam halangan yang timbul. Adakah Yang Berhormat Menteri boleh, mungkin kita boleh jumpa untuk uruskan segera isu ini.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Ya. Benda ini akan diberi pertimbangan.

Sebab saya kena tengok dahulu Yang Berhormat. Saya boleh beri jawapan bertulis, tetapi saya hendak beritahu bahawa sebahagian besar daripada apa yang telah pun kita buat sekarang kita akan kekalkan sepanjang masa.

Contohnya, kawasan hijau dan kawasan riadah, kita mesti pertahankan sampai – kalau boleh sampai Hari Kiamatlah. Akan tetapi, kalau tidak pun mungkin sampai masa memang tanah seluruh dunia sudah tidak cukup, masa itu kita terpaksa, itu lainlah. Akan tetapi, kalau boleh kawasan hijau dan kawasan lapang, kawasan riadah ini kena wartakan sampai – macam saya letakkan dahulu kawasan hutan mestilah dikekalkan selagi ada bulan dan matahari, sampai Hari Kiamat.

Jadi, kita tidak boleh ubah lagi. Kalau kita ubah, maka apa yang telah dicadangkan oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat berhubung dengan pengurangan karbon ini, tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kalau sekiranya kita tidak buat apa-apa tindakan.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat tinggal seminit Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Yang Berhormat Shah Alam menimbulkan fasal stadium. Sudah habis dah masa, bagi saya jawab dengan cepat dan laju. Berhubung dengan stadium dan Kampong Bharu, insya-Allah stadium saya sudah jawab Yang Berhormat. Saya akan beri secara bertulis, Kampung Bharu juga kita akan bagi secara bertulis. Cuma Yang Berhormat kena sokong Rang Undang-undang Tanah yang dibawa pada zaman Yang Berhormat untuk kita luluskan di Parlimen ini.

Akan tetapi, AG belum siap lagi, kalau AG siap, kita bawa ke Parlimen dan kita luluskan berhubung dengan Rang Undang-undang Tanah dan Rang Undang-undang Tanah akan Kampung Bharu ini lebih baik daripada Rizab Melayu kerana dia tidak boleh tukarkan hak milik tetapi dia boleh dipajak.

Jadi, kita akan menjadikan rang undang-undang kita yang terbaik dan mungkin negeri-negeri lain boleh ikut. Bahawa tidak boleh ditukar milik sebab setengah daripada rizab Melayu ini ditukar milik dan walaupun diganti, tetapi ditukar milik. Kampong Bharu tidak boleh kekal di situ, selamanya.

final • 5:10 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Yang Berhormat Menteri, KL City Plan?

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Yang Berhormat Alor Gajah berhubung dengan low carbon ini menjadi perhatian Wilayah Persekutuan di mana kita letakkan syarat bahawa sebanyak 1,000,000 batang pokok akan ditanamkan serta-merta pada tahun hadapan.

Selepas itu tentang electricity dan juga kereta elektrik. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah merupakan orang yang pertama menggunakan kereta ini dan selepas itu diikuti oleh kami semua dan selepas itu anggota kerajaan dan selepas itu semua pihak akan menggunakan kereta elektrik setelah kemudahan...

final • 5:10 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2040.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, masa sudah tamat.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Yang Berhormat Labuan, kita akan jawab secara bertulis. Yang Berhormat Kepong...

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi

Gulung, gulung.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Gulung. Yang Berhormat Kepong saya akan jawab secara bertulis, Yang Berhormat Lembah Pantai saya jawab secara bertulis.

final • 5:10 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Jambatan Labuan.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Jambatan Labuan telah pun – request for proposal telah ditutup. Jumlahnya semua saya akan maklumkan. Yang Berhormat Bukit Bintang, hello Yang Berhormat, malam itu tidak sempat mari. Jadi, walau bagaimanapun kita akan bagi perhatian. Yang Berhormat Setiawangsa, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Segambut yang telah saya jawab dengan panjang untuk – supaya dia berpuas hati. Yang Berhormat Shah Alam kemudian Yang Berhormat Selayang, Cheras semua akan dijawab secara bertulis. Ada lagi tak orang yang telah bercakap saya tidak cakap lagi?

final • 5:10 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

Batu, Batu.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Yang Berhormat Batu itulah adanya, saya jawab Yang Berhormat Batu, berhati-hati dengan cara percakapan sebab saya ini bertolak ansur dengan semua pihak dan saya akan bagi ruang dan masa pada semua pihak. Saya jadi Menteri atau jadi pemerintah di sini bukan saya, semua kawan saya, kami bukan untuk memberi keutamaan kepada orang-orang kami, kami memberi keutamaan kepada rakyat jelata. Kepada semua pihak.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah

Betul, betul, betul.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Kita jadi Menteri kepada rakyat dan saya telah banding dengan PH dahulu kami adalah yang terbaik. Ini kerana kita tidak utamakan parti kita, tidak. Kita berikan keutamaan kepada rakyat.

final • 5:10 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Sudahlah, janganlah hendak kempen politik pula.

[Ketawa]

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Tidak. Yang Berhormat saya sudah bagi ucap tahniah Yang Berhormat dengan hebatnya. Walaupun Yang Berhormat tidak sebut nama saya macam pengacara majlis pada malam itu. Akan tetapi, saya akan bagi sokongan. Saya hendak beritahu bahawa kita juga akan memberi bonus dengan izin kepada semua pemain tetapi kita tidak suka tayang dan tunjuk pada orang ramai. Kita akan bagi secara perlahan-lahan dalam bentuk tangan kanan memberi, tangan kiri tidak nampak dan sebagainya.

Datuk Bandar yang merupakan penaja utama akan dinobatkan sebagai orang yang telah menaja KLFA dan juga KL City sehingga dia menjadi johan. Dia tidak akan jadi johan kalau tidak ada duit dan sebagainya. Jadi, kepada semua yang berucap saya ucap terima kasih. Yang tidak dapat saya jawab, saya akan jawab secara bertulis dan kepada semua pihak kita hendak beritahu wilayah sebagai wilayah masa hadapan pembangunan mampan, sejahtera, sihat dan juga selamat akan diteruskan dengan hebat dan dahsyatnya.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 5:10 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Dia angkat bakul sendiri nampak.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dengan itu tamatlah perbahasan dan jawapan Menteri di peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Wilayah Persekutuan. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM256,601,400 untuk Kepala B.32 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2022 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.32 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.32 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2022 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.32 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

final • 5:10 PM
Kepala B.33 [Jadual] – Kepala P.33 [Anggaran Pembangunan 2022] –

Tuan Pengerusi

Kepala Bekalan B.33 dan Kepala Pembangunan P.33 di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air terbuka untuk dibahas.

Saya diberi senarai seramai 30 orang pembahas tetapi oleh sebab kekangan masa, saya hanya dapat mendengar, menjemput seramai 18 orang sahaja. Ia akan dimulakan oleh Yang Berhormat Baling, dituruti oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berikut.

Yang Berhormat Kulim Bandar Baru, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Raub, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Wangsa Maju, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Tumpat dan akhir sekali Yang Berhormat Sungai Siput.

Sekiranya yang tidak hadir, maka saya akan ganti yang seterusnya, iaitu yang tidak tersenarai sekaranglah iaitu Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Bangi, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi

Beruas, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, Yang Berhormat Rasah dan Yang Berhormat Batu Gajah.

Kalau tidak ada yang 18 orang tadi, tidak ada, saya akan jemput mereka yang kemudian ini. Silakan Yang Berhormat Baling.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada Baling dalam perbahasan Kementerian Alam Sekitar dan Perairan (KASA).

Butiran 020000 – Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Kita semua sedia maklum fenomena perubahan iklim dan hujan lebat menyebabkan banjir yang teruk berlaku di negeri Kedah khususnya di kawasan di Baling dan Sik. Menurut Pengarah Meteorologi Kedah, negeri dijangka menerima hujan melebihi purata tahunan dalam tempoh tiga bulan bermula September. September hingga kini, kami telah menerima banjir air setinggi sembilan kaki lebih enam kali. Ianya berikutan fasa peralihan monsun, dari Monsun Barat Daya kepada Monsun Timur Laut yang menyebabkan berlaku tiupan angin dari pelbagai hala dan berubah-ubah selain hujan dan ribut petir.

Berdasarkan purata taburan hujan dalam tempoh 30 tahun, peningkatan ini amat dahsyat dijangka melebihi 30 peratus dalam masa tiga bulan ini. Purata taburan hujan juga yang mana lazimnya kita menerima hanya 50 hingga 150 milimeter, kini sudah mencecah melebihi 350 milimeter. Jadi saya selaku Ahli Parlimen dan pejabat saya sendiri, kami telah mengambil inisiatif untuk tidak mahu melihat isu banjir sangat serius yang berlaku dalam kawasan daerah kami kerana kerugian besar dijangka masa panjang amat-amat memedihkan.

Apatah lagi untuk mereka memulakan kehidupan, will take them at least three months, sir. Itulah yang sedang berlaku di negeri Kedah. Jadi pihak kami, selain daripada cadangan, saya selaku Ahli Parlimen telah mengambil inisiatif sendiri untuk menyewa backhoe, excavator untuk mengorek dan melebarkan sungai atas inisiatif sendiri.

Justeru, pada perbahasan bajet yang lalu. Saya telah memaklumkan kepada Dewan Yang Mulia ini agar satu peruntukan khas menjadikan satu projek pilot di kawasan daerah Parlimen Baling dan Sik yang hanya memerlukan RM100 juta untuk menyelesaikan 100 peratus kelebaran sungai, korek sungai, luruskan sungai, caruk-caruk di kawasan kami. Jadi, ini amat penting. Justeru, saya mohon agar kementerian ambil tindakan dengan segera demi kestabilan dan kemakmuran Keluarga Malaysia yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Sekali lagi saya mohon Kementerian Kewangan untuk menyalurkan peruntukan yang mencukupi kepada Kementerian Alam Sekitar dan Perairan (KASA) agar fenomena banjir ini dapat diselesaikan. Bukan sekadar dibendung, akan tetapi diselesaikan. Kalau ianya berjaya, Baling dan Sik ini di kawasan pilot project, ini akan menjadi template untuk seluruh negara. Saya tahu kawan-kawan saya di Kelantan sudah mula risau hendak balik kawasan mereka di Rantau Panjang, di Tumpat dan sebagainya.

Jadi tidak mahu fenomena kecil-kecil jadi kawan, sudah besar jadi lawan. Ini amat bahaya. Apatah lagi banjir adalah fenomena jangka masa panjang yang bukan sahaja merugikan rakyat malah boleh mencabut atau menghilangkan nyawa dalam apa yang sedang berlaku pada tahun-tahun yang lalu. Jadi di kawasan saya, ini satu perkara lagi yang penting Tuan Pengerusi yang saya kena cakap. Sudah empat kali saya cakap dalam Dewan Yang Mulia ini, saya harap hari ini Yang Berhormat Menteri dengar dan tindakan akan diambil secara terus, jangan tunggu lama-lama.

Saya hendak bagi tahu di kawasan Baling dan Sik terpaksa berkongsi seorang jurutera daerah iaitu JPS di Merbok. Kawasan Merbok, Tuan Pengerusi orang Kedah.

Merbok jauh hendak pergi ke Sik dengan Baling itu jauh. Hendak lintas nu ke Kuala Ketil baru nak mai. Jadi saya minta biarlah Merbok jaga Merbok, kalau Sungai Petani sudah

final • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

ada satu, bagilah satu jurutera daerah iaitu jurutera daerah JPS untuk jaga Baling dan juga Sik.

final • 5:20 PM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

Setuju dengan Yang Berhormat Baling.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Saya mohon agar pihak KSU, agar pihak kementerian...

final • 5:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Setuju dengan Yang Berhormat Baling. Sik setuju sangat.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Okey tidak apa.

Saya mohon pihak kementerian, Ketua Setiausaha Negara (KSU) dan Ketua Pengarah JPA mengambil tindakan yang wajar untuk mewujudkan jawatan, perjawatan khas untuk jurutera daerah bagi kawasan Baling dan Sik. Saya tidak kedekut, Tuan Pengerusi. Saya boleh cakap hanya untuk kawasan saya. Oleh sebab Baling dan Sik berpisah tiada. Kami sungai sama, caruk sama, semua sama. Jadi saya minta, saya harap perkara ini dapat dilakukan.

Cadangan ini juga saya hendak bagi tahu sekali lagi, gred ini juga sekurang- kurangnya gred 48 manakala jurutera di bawah JD mesti dilantik gred 44 atau 48.

Sedangkan pada hari ini, saya respek. Bukan saya pertikai. Saya hendak compare sahaja.

JD kalau kita tengok guru besar dan juga pengetua sekolah boleh dapat gred 54, takkanlah JD hendak jaga satu kawasan yang besar. Baling dan Sik ini lebih besar dari Melaka, lebih besar dari Perlis, lebih besar daripada negeri-negeri yang lebih besar. Dua daerah ini sahaja. Jadi, saya harap perkara ini dapat dilakukan.

Last ya, saya sudah minta. Saya hendak puji pula. Apa yang betul, saya kena cakap betul.

[Membaca sepotong ayat al-quran] Bercakaplah kamu benar, walaupun pahit. Akan tetapi, ini tidak pahit, ini betul. Saya hendak mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan syabas dan tahniah kepada Kementerian KASA, khususnya kepada Yang Berhormat Menteri dan team-nya dan seluruh anggota KASA kerana dapat menjayakan program Denai Sungai Kebangsaan (DSK) yang telah dilancarkan hampir 10,000 kilometer akan menjadi kenyataan dalam tahun 2030. Jadi, saya juga difahamkan terdapat 2,986 lembangan sungai di seluruh negara yang telah terbentuk daripada 10,198 aliran sungai yang berjarak 60,593 kilometer.

Projek DSK ini memberi manfaat dan membantu Jabatan Alam Sekitar (JAS) memantau kualiti air sungai di samping mencegah berlaku pencemaran sungai. Hal ini, sekali gus menghalang pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikan sungai sebagai lokasi pencerobohan dan tempat pembuangan sisa.

Komuniti Keluarga Malaysia juga boleh beriadah sambil melestarikan alam sekitar serta menggiatkan aktiviti-aktiviti ekopelancongan. Kolaborasi dan kerjasama KASA dengan kementerian-kementerian lain dan agensi-agensi kerajaan khususnya KPKT, KKR, MOTAC, JKR dan pihak PBT amat bertepatan. Saya juga mencadangkan agar KASA perlu melibatkan NGO-NGO dan pihak swasta sebagai rakan strategik.

Persoalan saya, apakah strategi dan pelan tindakan bagi program DSK ini?

Bagaimana dari segi tadbir urus dan pelaksanaan program ini? Di manakah target area dan berapa jumlah lokaliti kawasan denai-denai yang akan dibangunkan sehingga tahun 2030? Tolong jangan lupa Baling dan Sik. Kami mempunyai sungai yang indah, cantik demi kestabilan dan kemakmuran negara untuk buat khas Keluarga Malaysia. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Baling. Yang Berhormat Kulim- Bandar Baharu, silakan.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

final • 5:27 PM

Tuan Pengerusi

Waalaikummussalam.

final • 5:27 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Tuan Pengerusi, terima kasih.

Butiran 030200 – Perkhidmatan Pembetungan. Tuan Pengerusi, di kawasan saya di Pantai Jerejak ada satu projek Persekutuan di bawah Jabatan Pembetungan iaitu projek yang dinamakan Rangkaian Paip Pembetungan Bayan Baru, Pulau Pinang (Fasa 2).

Projek ini milik tapaknya 9 Oktober 2015, tarikh siap 8 Oktober 2018. Sekarang sudah Disember 2021. Sudah lima kali extension ataupun sambungan kerja dibagi. Kelewatan sudah lebih 330 hari dan di kawasan saya itu ditinggalkan sembilan lubang besar.

Pada 30 November tahun lepas berlaku kemalangan pemandu motosikal jatuh lubang itu. Jadi saya bangkitkan ini di bawah butiran Perkhidmatan Pembetungan, mahukan jawapan segera daripada kementerian, bila projek ini patut siap? Sebab satu, kesesakan. Kedua, ancaman kepada khalayak. The extension sudah bagi lima kali. Sudah lambat, hampir dekat setahun. Jadi kalau ikutkan denda lewat sehari itu sudah RM32,000 sehari.

Jadi, saya ingin tahu bila patut siap? Apa sebenarnya halangannya? Selain daripada pengalihan utiliti seperti TIME dotCom ataupun penemuan hard material yang lain. Saya hendak tahu apa punca kegagalan projek ini disiapkan mengikut jadual di sebalik izin sambungan sudah lima kali diberikan.

Kedua, Butiran 06500 - Rancangan Bekalan Air Negeri Kedah dan Butiran 26000 - Rancangan Bekalan Air Negeri Pulau Pinang. Ini berkaitan Rancangan bekalan Air Kedah dan Pulau Pinang. Tuan Pengerusi, dalam bab air ini sebenarnya kita ada dua masalah utama iaitu kawasan tadahan air yang menjadi sumber air mentah dan kedua adalah tarif air.

final • 5:27 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Saya ingin tahu reaksi kementerian. Ketua Menteri Pulau Pinang pada 30 Mac telah menulis kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri waktu itu mengangkat cadangan supaya diwujudkan Ulu Muda Basin Authority ataupun Pihak Berkuasa Lembangan Ulu Muda. Kawasan hutan seluas 163,000 hektar yang terdiri dari hutan berusia ratusan juta tahun yang bila hujan turun, hutan ini menampung air mengalir mengikut Sungai Muda dan ia menjadi punca air, 70 peratus punca air untuk Perlis, 95 peratus sumber air untuk Kedah, 80 peratus sumber air Pulau Pinang.

Ini negeri terletak di bawah Northern Corridor Economic Region (NCER) dan KDNK tiga negeri ini sahaja berjumlah RM148 bilion dan cukai persekutuan bernilai RM17 bilion. Demikian pentingnya kawasan tiga negeri ini. Sudah tentu air ini adalah mother of all economic activities, dengan izin.

Jadi, saya ingin tahu, pertama, apakah reaksi terhadap syor yang diangkat oleh Pulau Pinang untuk mewujudkan Ulu Muda Basin Authority yang dimodelkan dengan Murray-Darling Basin Authority? Idea utamanya adalah supaya kawasan tadahan air ini dipelihara dari keselamatannya, daripada segi kuantiti airnya dan daripada segi kualiti airnya supaya tidak terjejas.

Supaya tidaklah nanti kita terdengar isu-isu yang berlegar di keliling seumpama Kerajaan Kedah minta Pulau Pinang bayar RM50 juta, Kerajaan Negeri Kedah minta Kerajaan Pusat bayar pampasan RM100 juta. Itu, saya sebagai Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu, tidak ada khilaf. Kerajaan Negeri Kedah patut dapat tetapi bukan Pulau Pinang patut bayar. Dia patut ambil daripada biayai Kerajaan Persekutuan sebenarnya sebagai harga kepada Kerajaan Negeri Kedah terlepas akibat daripada tidak boleh melakukan aktiviti pembalakan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Di bawah butiran ini juga, Tuan Pengerusi, saya ingin tahu – kita sedia maklum Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan Water Services Industry Act adalah

final • 5:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

punca kuasa yang menyelia, supervise dan yang regulate perkhidmatan bekalan air di negara kita. Melalui punca kuasa ini, Kerajaan Pusat ada autoriti dalam sistem bekalan air dan perkhidmatan bekalan air. Di situ diwujudkan Pengurusan Aset Air Berhad dan diletakkan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan untuk mengambil alih semua aset air negeri yang melakukan migrasi dan Pengurusan Aset Air ini juga mengambil alih pinjaman negeri kepada Persekutuan iaitu hutang untuk mewujudkan prasarana bekalan air...

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Minta rumuskan, Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

...Kemudian akan memajak semula kepada negeri. Saya ingin tahu, bolehkah kementerian jelaskan prestasi negeri yang telah melakukan migrasi dengan prestasi negeri yang belum melakukan migrasi?

Prestasi ini diukur dari sudut, pertama, tarif air bagi setiap negeri dan kedua, apa lagi kekangan yang mengakibatkan negeri-negeri ini terhalang daripada melakukan migrasi ini sebab saya percaya ini adalah model yang terbaik. Jika sekiranya migrasi ini dipersetujui seperti mana model Pulau Pinang pada tahun 2011, hutang sebesar RM700 juta mengecil tinggal RM60 juta menjadikan Pulau Pinang negeri yang paling kecil hutang dengan Persekutuan dan negeri yang paling murah tarif air kepada rakyat di bawah PBAPP. Ini Timbalan Menteri tahu sebab dari Pulau Pinang, Tuan Pengerusi pun tahu.

Kedua-duanya dari Pulau Pinang. Jadi, saya minta injury time sedikit, dengan izin.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Jadi, Tuan Pengerusi, isu yang saya hendak bangkitkan ini adalah kerana ada dua isu utama yang saya faham daripada isu air ini.

Pertama adalah water catchment area yang perlu segera diwartakan. Kalau zon utara, Ulu Muda seluas 163,000 hektar itu kalau ada autoritinya – sekarang tidak ada autoriti yang mengawalnya. Jika berlaku gangguan terhadap bekalan air ini, ia akan menjejaskan aktiviti ekonomi dan kehidupan. Peri pentingnya kepentingan Ulu Muda ini, maka ia perlu satu autoriti dan perlu satu biayai punca kuasa dan ia perlu digazet segera.

Ini akan memberi kelegaan kepada potensi pelaburan yang masuk ke negara ini.

Jadi, itu sebahagian daripada hujah saya mengambil bahagian dalam peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Alam Sekitar dan Air. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 5:30 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Kuala Langat hendak ambil bahagian juga. Saya hendak refer kepada Kod 20000 – Perkhidmatan dan Perbekalan.

Tadi saya dengar Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, saya dengar Yang Berhormat Baling telah berucap tentang isu air. Saya ingat sekarang kita sudah sampai dah ke tahap di mana kementerian kena ada rancangan jangka panjang dan juga jangka pendek untuk kita pastikan bahawa air ini jangan jadi satu isu pada musim-musim yang akan datang. Ada negeri-negeri yang tidak ada air dan lepas itu kita buat firefighting untuk bawa air kepada mereka semua. Saya ingat kita kena faham bahawa suasana cuaca sekarang pun sudah berubah dan kita kena pastikan bahawa negeri-negeri masing- masing ada air.

Oleh sebab itu, saya ingat kita sudah sampai kepada satu tahap di mana Akta WASIA ini kena dilihat balik sekali. Kita telah gubal WASIA pada tahun 2000. Sekarang tahun 2021. Ada banyak yang telah berubah dalam 21 tahun ini. Akta WASIA ini saya ingat sekarang kita kena lihat daripada segi macam mana Persekutuan akan main

final • 5:35 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

peranan lebih besar daripada negeri-negeri masing-masing dengan pastikan bahawa negeri-negeri ini akan adakan air yang cukup di dalam tempoh 30 tahun yang akan datang.

Sebab itu saya minta juga negeri-negeri ini negeri pun janganlah ghairah sangat dan juga katakan sungai ini sungai saya, you tidak boleh dapat air dan sebagainya. Kalau begitu, saya ingat kita kena gubal satu akta baharu di mana semua kedudukan dengan industri air ini dibawa kepada kementerian sahaja.

So, saya minta sangat sebab kita akan belanja besar. Tengok perbelanjaan untuk air sahaja banyak. Beberapa juta ringgit ataupun permintaan kita berbilion-bilion ringgit untuk baiki satu sistem yang ada. So, saya minta Menteri dan kementerian untuk kaji dan buat sesuatu. Negeri Kedah, negeri Pulau Pinang, negeri Melaka, negeri Johor, Perlis akan ada masalah air kalau kita tidak buat sesuatu sekarang.

Contohnya, negeri Pulau Pinang. Kalau kita tidak berbuat sesuatu dalam tahun 2025, 2026, negeri Pulau Pinang akan ada masalah besar dengan air. Kedah, masalah dia ialah ada kekurangan air. Apa yang kita hendak buat? Tadi Yang Berhormat Baling kata banjir. We have an abundance of water; what do we do? Macam mana kita hendak gunakan keadaan yang ada banjir itu? Air itu bolehkah kita buat sesuatu? Boleh.

Stormwater storage. Dia boleh buat pilot project. Boleh. Kita boleh buat tapi ini semua kita kena ada rancangan. Langkawi, selalu pada musim drought ini tidak ada air. Apa yang kita hendak buat? Saya tahu sudah. Kita ada banyak rancangan tetapi belum mula lagi, tetapi saya harap itu akan bermula.

So, saya minta Akta WASIA ini kita kena lihat balik dan bagi kekuatan kepada Kerajaan Pusat lebih baiklah, lebih gigih untuk buat sesuatu. Tarif air ini satu isu besar.

Tadi Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu tanya kita negeri mana yang telah pun migrasi pada isu ini.

Kalau kita tidak berani untuk menaikkan tarif air di dalam negara kita, industri ini akan bergantung kepada dana daripada Persekutuan sahaja. Sekarang kalau kita hendak bina loji baharu, harga dia ialah harga sekarang. Akan tetapi, untuk tarif air, ini ialah tarif air yang 15 tahun ataupun 20 tahun ke belakang kita. There is a huge difference.

final • 5:35 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

Ini kita kena datang kepada satu keputusan, sudah lama. Tarif air, tarif IWK dan sebagainya ini kita kena ada satu keputusan keberanian di dalam Dewan ini untuk pastikan bahawa industri ini cukup dengan dana dan syarikat-syarikat air ini boleh jalan terus tanpa ada bantuan daripada Kerajaan Pusat. Itu penting.

Negeri Kelantan, Menteri dari Kelantan. Negeri Kelantan ini kalau kita tidak buat sesuatu, ada masalah besar dengan air juga. Oleh sebab dia ambil air di bawah tanah dan sekarang ada masalah dengan air bawah tanah di Kelantan. Give me a bit of time, please. Ini masalah yang penting untuk kita hadapi dan kita mesti buat sesuatu.

So, sebab itu saya minta untuk Menteri dan juga kementerian untuk adakan satu pelan tindakan lama untuk kita pastikan bahawa air ini cukup. Memang kita ada air, negeri- negeri kena kongsi air ini. Ini satu human rights yang air ini. Air ini mesti dikongsi. Negeri- negeri tidak boleh berhenti negeri lain untuk dapatkan air. Are you going to step aside and see your neighbour suffering when you have enough water? Tidak boleh. So, itulah saya katakan Akta WASIA ini kena – WASIA ini kena kuatkuasakan dan juga untuk lihat balik.

Akhir sekali Tuan Pengerusi, untuk alam sekitar. Saya hendak ucap tahniah kepada Menteri. Baru-baru ini beliau pergi COP26, berucap di sana dan sudah bagi guarantee negara kita bagi tahun 2030, kita akan capai net-zero carbon emissions ini.

Akan tetapi saya hendak beritahu juga, janganlah dengar orang putih selalu. Ini bukan sesuatu yang saya hendak bawa tetapi saya ingat, that we don’t have to be very condescending to them. Kita ada cara kita untuk kita buat sesuatu dan kita kena ikut apa yang kita hendak juga.

So, ini penting untuk kita faham. Saya faham bahawa Malaysia sebuah negara yang biodiversiti yang besar dan kita kena buat sesuatu untuk negara-negara lain untuk pastikan bahawa kitalah yang pastikan macam mana kita hendak hidup untuk masa depan

final • 5:40 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

yang akan datang. Ini penting untuk kita sebagai satu suara di dalam ASEAN juga untuk keseluruhannya.

So, untuk itu lagi sekali saya minta sangat, buat sesuatu keputusan di atas tarif air di dalam negara kita dan juga tarif air IWK di negara kita sebab bagikan mereka lanjutkan industri ini dengan cara yang terbaik. Selepas itu semua boleh dapatkan air 24 jam sehari, 360 hari setahun. Sekian, terima kasih.

final • 5:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Raub.

final • 5:40 PM

Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji - Raub

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Saya pergi kepada Butiran 95000 – NRW Nasional. Saya ingin mendapatkan status terkini Program Projek NRW di Pahang khasnya di Parlimen Raub kerana banyak lagi tangki air yang bermasalah. Juga saya ingin mendapat jawapan yang terkini NRW di Pahang. Data yang terakhir pada saya tahun 2018, NRW di Pahang 48.7 peratus.

Saya ingin pergi juga Butiran 22000 – Rancangan Bekalan Air Negeri Pahang.

Apakah program status terkini? Berapakah hutang Kerajaan Negeri Pahang yang terkini berkenaan dengan pinjaman air?

Saya juga ingin pergi Butiran 030300 – Pengairan dan Saliran berserta dengan Butiran 030100 – Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dan juga bersekali dengan Butiran 02000 – Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Bolehkah saya mendapatkan penjelasan daripada pihak kementerian, apakah strategi perbelanjaan serta perancangan bagi pembangunan setempat untuk mengelakkan berlakunya perubahan iklim secara mendadak yang mengakibatkan hujan turun dengan lebat daripada kebiasaan serta boleh mengakibatkan bencana alam seperti kepala air, banjir kilat, tanah runtuh serta banjir besar yang disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia terhadap hutan dan guna tanah seperti pembalakan, perlombongan, pembinaan lebuh raya serta pembukaan ladang secara besar-besaran.

Tidak dinafikan, salah satu faktor penyebab perubahan iklim atau taburan hujan yang lebat pada sesuatu kawasan disebabkan oleh perubahan monsun. Apa yang saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kementerian berkenaan guna tanah seperti pertanian yang berskala kecil yang tidak memerlukan syarat EIA. Maksud di sini mungkin satu ekar, dua ekar, lima ekar ataupun yang tidak disyaratkan oleh EIA.

Sebagai contoh, yang senang saya bawa cerita di Parlimen Raub. Banyak aktiviti pertanian persendirian yang berskala kecil tetapi jika dikumpulkan semua pengusaha pertanian ini, ia akan menjadi satu skala yang besar. Jadi, jika kita lihat daripada segi undang-undang ia hanya merujuk kepada satu bahagian sahaja. Akan tetapi kalau individu yang berbeza, ia tidak termasuk. Jadi, mesti ada satu kaedah supaya EIA ini dibuat untuk kesemua sekali kawasan ini.

Perkara ini saya ingin mendapat perhatian serius daripada pihak kementerian kerana ia telah menjadi masalah besar kepada penduduk Parlimen Raub berkenaan bekalan air bersih yang telah berlarutan lebih daripada lima tahun. Ini terutamanya di kawasan zon loji Bilut. Loji Bilut ini hanya mampu beroperasi memproses sehingga 1,000 NTU. Sekiranya berlaku hujan lebat di hulu sungai, kekeruhan air ini boleh meningkat sehingga 10,000 NTU. Apabila ini berlaku, loji terpaksa diberhentikan operasi satu hari hingga dua hari setiap kali hujan lebat.

Pembinaan loji baharu Bilut tidak boleh menyelesaikan masalah ini dalam jangka masa yang panjang. Suatu pemantauan sungai di hulu disebabkan oleh perkara ini perlulah dipantau. Pertanian ini biasanya dibuat berhampiran dengan sungai. Sudah tiba masanya pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air mengetuai ataupun lead, bekerjasama dengan Jabatan Pertanian JPSM, Kementerian Luar Bandar serta Kerajaan Negeri Pahang duduk bersama-sama berbincang, mendapatkan satu format baharu atau satu kajian EIA yang terkini dengan kajian hakisan yakni hidrologi, meteorologi dan perubahan cuaca bagi menjaga sungai-sungai ini dan juga bencana alam.

final • 5:43 PM

Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji - Raub

Dalam semakan saya juga di Parlimen Raub, hanya ada dua buah stesen pengukuran kelebatan hujan yang terdapat di hutan simpan. Stesen-stesen ini perlu diperbanyakkan di kawasan-kawasan hutan simpan untuk persediaan amaran awal kepala air serta kemungkinan banjir yang boleh berlaku. Sedikit lagi.

final • 5:43 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Minta rumuskan.

final • 5:43 PM

Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji - Raub

Diharap bajet serta butiran yang saya sebut tadi ada sedikit ruang bagi kementerian memasukkan satu kajian EIA secara menyeluruh untuk semua kawasan pertanian khasnya di Parlimen Raub, mungkin juga di Kelantan. Semoga sungai-sungai ini dapat dipelihara serta mewujudkan pertanian lestari.

Terima kasih.

final • 5:43 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat Raub. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 5:43 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Alam Sekitar dan Air.

Saya ingin menyentuh Maksud P.33, Butiran 15400 – Rancangan Pengurusan Sungai Saliran Mesra Alam. Saya ingin menanyakan apakah projek-projek di bawah butiran ini yang akan disalurkan pada tahun 2022 kepada negeri Kelantan termasuklah Kuala Krai.

final • 5:49 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Menerusi butiran ini saya ingin menyenaraikan beberapa perkara yang sangat mendesak terutama apabila musim tengkujuh melanda. Saban tahun kawasan-kawasan ini mengalami banjir kilat yang berpunca daripada sistem saliran yang tidak teratur, masalah perparitan dan juga akibat daripada pembangunan tanah yang tidak terancang.

Satu perancangan sistem saliran yang bersepadu untuk menangani masalah kuantiti, kualiti air larian hujan dan banjir kilat. Beberapa kawasan dalam perkampungan Guchil khasnya Guchil 5, 6 dan 7, kawasan ini amat-amat memerlukan kepada saliran mesra alam dan kolam takungan.

Isu yang sama di Kampung Ngangah dan kawasan perumahan Desa Permai juga memerlukan saliran mesra alam dan kolam takungan. Isu banjir di Kampung Bedal yang juga sentiasa mengalami banjir kilat. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, lawatan telah dibuat oleh pihak JPS Kelantan pada akhir tahun lepas. Selepas isu ini saya bangkitkan. Saya ingin bertanya sejauh mana perkembangan kepada penyelesaian kepada isu ini? Untuk isu ini saya juga mencadangkan agar saliran mesra alam dan kolam takungan juga dapat diwujudkan.

Tuan Pengerusi, butiran yang seterusnya ialah Butiran 15300 – Mengorek kuala- kuala sungai. Meneliti peruntukan butiran ini, terdapat kenaikan sebanyak lebih RM52 juta.

Saya harap kenaikan ini akan dapat mengurangkan serta menyelesaikan masalah- masalah yang melibatkan sungai termasuk sungai-sungai di dalam kawasan Kuala Krai.

Terdapat tiga batang anak sungai yang perlu diberi perhatian serius.

Pertama ialah Sungai Krai yang merupakan salah satu sungai yang terletak di kawasan bandar Kuala Krai. Panjang keseluruhan sungai ini adalah 15 kilometer. Sungai ini merupakan sub empangan Sungai Kelantan. Setiap kali musim tengkujuh, sungai ini mengalami limpahan sedalam anggaran 0.5 meter hingga 3.0 meter dan menenggelamkan sebahagian kawasan penempatan kawasan bandar Kuala Krai yang tinggal berhampiran sungai.

Keduanya Tuan Pengerusi ialah Sungai Durian. Perkampungan yang berhampiran dengan sungai ini terjejas teruk semasa musim banjir. Keadaan ini selalu berlaku akibat peningkatan paras air dari Sungai Durian serta arus deras dari kawasan hulu sungai telah menyebabkan hakisan tebing berlaku. Panjang Sungai Durian ialah 40 kilometer yang bermula dari sempadan Terengganu dan jumlah air yang banyak dari

final • 5:50 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

beberapa anak sungai juga menjadi penyumbang utama kepada peningkatan paras air, seterusnya hakisan tebing di kawasan tersebut.

Tuan Pengerusi, sungai yang ketiga ialah Sungai Geh yang merupakan salah satu sungai yang terletak di kawasan Kampung Keroh, Bukit Sireh dan Telekong. Panjang keseluruhan sungai adalah 25 kilometer. Sungai ini merupakan anak sungai dalam sub lembangan Sungai Nal dan lembangan Sungai Kelantan. Setiap kali musim tengkujuh sungai ini akan melimpahi tebing kerana kedalaman sungai sedia ada yang cetek dan tidak dapat menampung jumlah larian air yang banyak. Kampung-kampung yang sering ditenggelami air seperti Kampung Keroh, Bukit Sireh dan kawasan-kawasan sepanjang Sungai Geh.

Saya ingin mencadangkan agar sungai-sungai ini dipulihara kembali, di dalam dan dilebarkan, dibina ban sungai, menaik taraf saliran, pembinaan rumah pam, pintu kawalan air, flap gate dan lain-lain mengikut kesesuaian dan keperluan.

Tuan Pengerusi, seterusnya ialah Maksud P.33, Butiran 14500 – Menaiktaraf Infrastruktur dan Saliran Bandar, Tebatan Banjir. Melalui butiran ini saya ingin menyentuh berkaitan denai Sungai Kerukut, denai yang berada di tengah Bandar Kuala Krai ini dan bersambung dengan Tangga Krai yang sebelum ini dikenali dengan Tangga Bradley yang dibina pada tahun 1927 dan menjadi mercu tanda dan tempat sukatan banjir sehingga ke hari ini.

Denai Kerukut tersebut berakhir di Tasik Krai yang berhampiran dengan Zoo Kuala Krai. Ini sangat penting dan amat sesuai jajaran ini dijadikan sebagai kawasan pelancongan kerana nilai sejarah, keindahan serta keunikan yang tersendiri. Beberapa elemen untuk tujuan tersebut seperti interlocking paving, skywalk, rubber walling, menstabilkan tebing serta jambatan perlu diwujudkan. Saya pohon denai Sungai Kerukut ini diberi perhatian dengan serius oleh pihak kementerian.

Terakhir Tuan Pengerusi ialah Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar. Saya mengucapkan tahniah atas kenaikan peruntukan di bawah butiran ini. Saya ingin mengambil perhatian Yang Berhormat Menteri berkaitan beberapa buah jambatan yang perlu perhatian pihak kementerian iaitu dengan membina jambatan baru bagi menggantikan jambatan sedia ada di beberapa kampung dan ini perlu mendapat kerjasama daripada pihak JPS sama ada Kuala Krai ataupun negeri.

Antaranya Jambatan Kampung Belanga, Jambatan Kampung Aur Duri, Jambatan Kampung Pasir Jering, Jambatan Temalir, Jambatan Kampung Bahagia, Jambatan Kampung Sungai Pas, Jabatan Kampung Telekong, Kampung Jelawang, Jambatan Sungai Sam, Jambatan Chatel, Jambatan Kampung Pasir Gajah, Ulu Manah, Enggong, Sungai Sam, Jambatan Kampung Keroh dan beberapa kampung lagi. Itu adalah sebahagian daripada apa yang boleh saya sebut pada petang ini.

Terima kasih Tuan Pengerusi. Semoga mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak kementerian. Saya menyambut balik belanjawan di peringkat Jawatankuasa kementerian ini dengan cadangan dan persoalan yang dilontarkan tadi oleh saya. Terima kasih. Wassamualaikum.

final • 5:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Sepang.

final • 5:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi, saya pertamanya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberitahu kepada Tuan Pengerusi bahawa saya telah mengemukakan satu usul ya di bawah Peraturan 18 yang telah diterima oleh pihak Pejabat Yang di-Pertua berkenaan dengan beberapa orang pelajar di Sekolah Menengah Seri Puteri, Cyberjaya yang disahkan positif COVID.

final • 5:55 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ramai.

final • 5:55 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Pagi tadi 65 orang, sekarang sudah 73 orang. Saya harap usaha saya ini dapat dipertimbangkan nanti oleh pihak Tuan Yang di-Pertua.

Saya terus pergi kepada Butiran 040100 – Bertugas ke Luar Negara. Tuan Pengerusi, saya hendak tanyalah berkaitan dengan World Dubai Expo yang diadakan di Dubai pada 1 Oktober 2021 sehingga 2022 nanti dan melibatkan antaranya Kementerian KASA yang kalau ikut dalam laman web Malaysia di Dubai Expo itu, dia mengatakan minggu ketiga dan hingga minggu kelima ialah di bawah KASA ya. Iaitu minggu ketiga pada 17 Oktober hingga 23 Oktober, minggu keempat 24 Oktober hingga 30 Oktober dan minggu kelima daripada 31 Oktober hingga 6 November 2021.

Persoalan yang saya ingin tanya, apakah peranan seorang yang bernama ataupun seorang Yang Berhormat Senator yang bernama Jaziri Alkaf yang hadir juga dalam ekspo di Dubai. Selepas itu dia dikatakanlah, saya menerima info ini, dia dikatakan berlegar-legar di ekspo, seolah-olah dia adalah seorang Menteri di sektor KASA.

Untuk makluman Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri KASA hanya muncul pada majlis perasmian minggu KASA di Pavilion Malaysia pada 18 Oktober. Soalan yang saya hendak tanya ialah, siapakah yang membenarkan Yang Berhormat Senator ini untuk menjadi – yang juga Pengerusi PBN Sarawak, mewakili Yang Amat Berhormat Menteri KASA untuk melawat pelbagai pavilion negara-negara, seolah-olah beliau mewakili Malaysia.

Kemudiannya, siapakah yang membiayai perbelanjaan beliau dan juga pegawai- pegawai beliau? Saya juga dapat maklumat bahawa beliau juga menjadi saksi dalam majlis tandatangan MOU. Ada dinyatakan dalam press statement the MOU was signed, “Signing was witnessed by Senator Jaziri Alkaf Abdillah at the Malaysia Pavilion in Expo 2020 Dubai.” MOU itu melibatkan Malaysia GDC Fund Management Limited dan juga World Credit Savings Limited (WCS) dan juga MASCO Ventures Limited (MASCO), tiga pihak untuk dengan izin, to conduct many broking businesses specialising in digital asset. Jadi saya hendak tanya Tuan Pengerusi, siapakah yang memberikan authority kepada Senator ini untuk menjadi saksi dalam tandatangan MOU itu? Tuan Pengerusi, menurut Facebook pegawai dia yang juga hadir sama bersama beliau, pegawai ini telah memuatkan dalam Facebook bahawa kononnya Senator ini menjalankan tugas-tugas politik dan juga diplomasi. Diplomatic and political assignment. Saya hendak tanya apakah, bolehkah pihak kementerian memberikan pencerahan, siapakah yang memberikan kuasa untuk dia menjalankan tugas-tugas ini?

Keduanya, apakah yang dimaksudkan dengan tugas-tugas ‘political assignment’ dan juga diplomasi itu kerana ini juga dinyatakan dalam Facebook yang ditulis oleh pegawai dia yang juga hadir dalam program itu.

Terakhir saya hendak tanya kepada pihak Menteri berkenaan dengan Ketua Penolong Setiausaha, Unit Adaptasi Bahagian Perubahan Iklim.

final • 5:55 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Pegawai ini dikatakan telah menjemput kawan-kawannya menghadiri dan turut serta program di Dubai itu. Difahamkan dia punya immediate boss asalnya tidak meluluskan cadangan dia untuk bawa kawan-kawan dia dan suruh beliau menjustifikasikan hal tersebut dan juga suruh dia buat semula proposal itu. Kita tahu kalau kita hendak ke luar negara, kita kena buat satu proposal dan kena bentang kertas Kabinet.

Akan tetapi saya difahamkan beliau masih meneruskan juga lawatan itu walaupun tidak melakukan perubahan semula pada proposal itu. Maknanya cadangan daripada bos dia diabaikan. Adakah boleh Yang Berhormat Menteri beri pencerahan, mengapakah orang seperti ini boleh menjemput kawan-kawannya untuk hadir dan menggunakan duit rakyat untuk pergi ekspo itu. Saya minta kerajaan memberikan jawapan. Terima kasih.

final • 6:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Sik.

final • 6:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus Butiran 020100 - Alam Sekitar. Pertamanya, ingin saya rakamkan ucapan tahniah dan penghargaan atas penyertaan Malaysia dan ucapan oleh Yang Berhormat Menteri KASA di UNFCCC COP 26 pada 10 November di Glasgow, UK.

Terbukti bahawa komitmen negara kita adalah sentiasa di tahap tertinggi bagi bersama dunia dalam memastikan kelestarian alam sekitar akan terus dilaksanakan, khususnya dalam dasar dan strategi negara meminimumkan pelepasan karbon. Dalam isu ini, saya ingin membangkitkan pertanyaan bagaimanakah pihak KASA bersama Kementerian Pengangkutan membangunkan kelestarian udara kita melalui Dasar Automotif Negara bagi mengurangkan penggunaan kenderaan berenjin dan beralih kepada kenderaan berkuasa elektrik sebagai salah satu strategi pengurangan pelepasan karbon akibat pembakaran petrol atau diesel oleh jutaan kenderaan di jalan-jalan raya di seluruh negara.

Dianggarkan sebanyak 88 peratus daripada masyarakat Malaysia menggunakan kenderaan persendirian. Sebagai contoh dilaporkan bahawa pelepasan gas karbon dioksida di Lembah Klang adalah sebanyak 337,800 tan setahun. Apakah rakyat kita telah bersedia untuk diperkenalkan zon pelepasan rendah ataupun LEZ dan seterusnya zon pelepasan ultra rendah ULEZ, selepas kejayaan yang telah dibuat oleh masyarakat di kota London bagi mengawal pelepasan karbon dioksida.

Seterusnya Butiran 030100 - Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia

(NAHRIM). Sistem pengairan yang efektif merupakan aspek yang paling penting dalam industri tanaman padi khususnya di Malaysia bagi memastikan bekalan makanan negara terus terjamin. Persoalan saya, apakah kajian yang telah dilakukan bagi persiapan mengurangkan kesan-kesan akibat perubahan iklim terutamanya bencana banjir dan peningkatan air laut pasang yang dijangka akan menjejaskan kualiti air sama ada untuk penggunaan domestik ataupun pengairan dalam tempoh 10 atau 20 tahun yang akan datang?

Pada masa akan datang dijangkakan paras air laut akan meningkat sehingga 0.4 hingga 0.7 meter. Untuk makluman pihak kementerian, pada bulan lepas, laporan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda mendapati seluas 5,849 hektar sawah ditenggelami banjir dan fenomena air pasang besar yang melanda di negeri Kedah.

Persoalan yang ingin dibangkitkan, apakah kementerian telah melakukan kajian bagi mencari potensi sumber air baharu dan masa hadapan khususnya sumber air bagi pengairan penanaman padi terbesar di Malaysia iaitu di Dataran Muda Kedah dan Perlis.

Apakah perkembangan terkini kajian Pelan Pembangunan Sumber Air Takungan Pesisir Laut ataupun coastal reservoir dengan izin yang dilakukan oleh NAHRIM dengan agensi- agensi yang berkaitan.

Pembangunan sumber ini perlu dipercepatkan bagi persiapan negara menghadapi situasi perubahan iklim yang dijangka akan menjejaskan sumber-sumber air yang sedia ada, termasuk air takungan empangan dari tadahan hujan dan aliran-aliran sungai yang sedia ada.

Seterusnya Butiran 06500 - Rancangan Bekalan Air Negeri Kedah. Soalan saya, mohon perincian Projek Pembangunan Bekalan Air Negeri Kedah dan khususnya Rancangan Bekalan Air di Daerah Sik. Pada ketika ini, bekalan air bersih sangat kritikal di beberapa buah kampung yang mana bekalan air bersih sudah tidak dapat dibekalkan oleh operator bekalan air Kedah iaitu SADA, khususnya di Kampung Chemara, Kampung Padang Ragut, Kampung Kalai, Kampung Batu Besar, Kampung Kerawai, Kampung Dusun dan sekitar Kampung Tanah Liat serta Kampung Lubur Jering.

Kampung-kampung ini sudah tidak mendapat bekalan air bersih melebihi tiga bulan dan hanya bergantung dengan penghantaran air dengan menggunakan lori tangki air oleh pihak operator air. Saya mohon pihak kementerian untuk segera membantu menyelesaikan bekalan air di kawasan-kawasan ini secepat mungkin.

final • 6:01 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Seterusnya yang terakhir Butiran 15000 - Kerja-kerja Kecil JPS, Pelbagai Negeri.

Saya juga ingin bangkitkan keperluan penambahan pegawai JPS dan Jurutera Daerah Sik seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Baling tadi. Isu yang sama iaitu kami bersama berkongsi jurutera daerah untuk tiga Daerah Sik, Baling dan Kuala Muda.

Saya ingin mohon pihak kementerian untuk memperincikan tentang kerja-kerja kecil JPS di Daerah Sik khususnya, terutama bagi tujuan mendalamkan sungai-sungai yang cetek akibat mendapan pasir dan lumpur akibat banjir dan runtuhan tebing yang memerlukan kerja-kerja membaik pulih segera. Ini termasuklah Sungai Cepir, Sungai Namit, Sungai Teloi dan kampung saya sendiri, Sungai Pau. Tuan Pengerusi, terima kasih.

final • 6:01 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Sik. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Kubang Pasu.

final • 6:01 PM

Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu

Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Maksud Bekalan B33 Butiran 040400 Kod 40000 Indah Water Konsortium

(IWK) RM110 juta bagi tahun 2022 dan sama juga bagi tahun semasa iaitu RM110 juta.

Apakah kementerian mengambil kira kesediaan rakyat yang bertambah baik melunaskan bil pembetungan masing-masing dan pertambahan pengguna yang berbayar bertambah dengan begitu banyak membolehkan pemberian kepada IWK ini dikurangkan sehingga IWK dapat beroperasi tanpa sumbangan daripada pihak kerajaan. Mohon penjelasan.

Maksud pembangunan P.33, Butiran 06500 - Rancangan Bekalan Air Negeri Kedah, RM121.2 juta yang terdiri daripada RM76.1 juta secara langsung dan RM45.1 juta dari pinjaman. Mohon diperincikan RM121.2 juta ini untuk projek bekalan air apa di negeri Kedah. Apabila disebut RM76.1 juta secara langsung, bermaksud ia dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan dan dinyatakan RM45.1 juta secara pinjaman. Adakah ia bermaksud negeri Kedah meminjam dari Kerajaan Persekutuan? Jika betul tanggapan saya ini, bukankah operator bekalan air sudah migrate dan semua infrastruktur air yang baharu dibiayai oleh Perbadanan Aset Air Berhad iaitu PAAB.

Kedua, Butiran 28000 dan 29000 - Rancangan Bekalan Air Sabah dan Rancangan Bekalan Air Sarawak, anggaran belanjawan pembangunan sebanyak RM226.8 juta dan RM156.4 juta masing-masing. Kedua-duanya melalui pinjaman.

Kenapa tiada pembiayaan langsung dari Kerajaan Persekutuan, walhal bekalan air bagi Sabah dan Sarawak ini sudah tentulah kebanyakannya bagi membekalkan air ke luar bandar.

Butiran 13400 - Pembangunan Sumber Air Negara. Sebanyak RM12.7 juta pohon penjelasan. Projek apakah yang dilakukan untuk pembangunan sumber air negara ini?

Butiran 13500 Pemulihan Empangan sebanyak RM47.5 juta mohon penjelasan empangan mana dan skop kerja yang terlibat. Butiran 16700 - Rancangan Tebatan Banjir

(RTB) dan Saliran Bandar. Sebanyak RM730.3 juta. Pohon penjelasan butiran projek RTB mana dan projek saliran bandar mana dan jumlah bagi setiap projek. Juga mohon penjelasan projek RTB Sungai Bata dari Changlun ke Jitra yang telah diluluskan dalam RMKe-12, tahap pelaksanaannya bagi tahun hadapan sehingga siap projek.

Butiran 07200 - Jabatan Alam Sekitar sebanyak RM89.7 juta, pohon perincian projek. Butiran 80000 - Projek Pembetungan Negara, RM817.5 juta. Mohon perincian projek. Saya juga ingin membangkitkan sepertimana sahabat saya Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu tadi, kelewatan yang teramat sangat iaitu Projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Serantau di Batu, Jinjang Kepong iaitu CSTP Batu. Kelewatan lebih 1,800 hari.

final • 6:06 PM

Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu

Sepatutnya siap pada 13 Disember 2018 tetapi kemajuan fizikal sekarang hanya 46 peratus serta berlaku kacau ganggu kepada penduduk sekitar apabila terdapat insiden limpahan kumbahan. Apakah status mutakhir projek ini? Bila projek ini akan disiapkan dan

final • 6:10 PM

Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu

apakah tindakan yang boleh diambil untuk memastikan bahawa kontraktor akan dapat terus memulakan projek dan menyiapkan supaya kacau ganggu ini tidak berlaku lagi.

Akhirnya, Butiran 95000 – NRW Nasional, RM300 juta. Mohon perincian projek.

Mohon dinyatakan tatacara pemilihan projek NRW Nasional ini. Adakah keutamaan diberikan kepada tujuh negeri yang mempunyai NRW melebihi 40 peratus? Adakah belanja pengurangan NRW ini secara pinjaman ataupun outright grant? Adakah sasaran NRW kebangsaan sebanyak 31 peratus di akhir RMKe-11 tercapai dan apakah sasaran NRW kebangsaan di akhir RMKe-12? Sekian, terima kasih.

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Bachok.

final • 6:10 PM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok

Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillah.

[Membaca selawat] Saya terus kepada Butiran 020100 – Alam Sekitar. Saya ingin mendapatkan penjelasan kementerian mengenai Rakan Alam Sekitar yang telah ditubuhkan sejak tahun 2009. Penglibatan golongan belia dalam rakan alam sekitar ini dapat sedikit sebanyak membantu melahirkan golongan belia yang celik terhadap kesedaran memelihara dan memulihara alam sekitar.

Memandangkan dalam Belanjawan 2022 ini disentuh secara khusus mengenai geran sokongan kepada Rakan Alam Sekitar, saya ingin mengetahui berapakah secara khusus geran yang disediakan bagi menyokong penubuhan Rakan Alam Sekitar ini.

Berapa keahlian terkini rakan alam sekitar secara keseluruhan dan mengikut negeri- negeri? Adakah penubuhan Rakan Alam Sekitar ini turut dikembangkan di institusi pendidikan negara sama ada di sekolah-sekolah mahupun di universiti-universiti awam?

Saya juga ingin tahu mengenai rancangan kementerian untuk mengadakan kempen bagi menggalakkan rakyat Malaysia menyertai kumpulan Rakan Alam Sekitar ini.

Perkara kedua adalah mengenai peruntukan khusus berjumlah RM20 juta kepada setiap negeri bagi pelbagai projek tertentu termasuklah projek yang berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Saya ingin bertanya apakah kementerian mempunyai satu garis panduan terhadap peruntukan khusus tersebut di bawah item pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar supaya peruntukan tersebut dapat digunakan dengan cara yang betul dan juga tujuan yang betul.

Butiran 96000 – Bahagian Bekalan Air. Saya ingin mengetahui perkembangan pembinaan Loji Rawatan Air Mini Teluk Mesira di Bachok yang sepatutnya siap menjelang Disember 2021 iaitu bulan ini yang mempunyai kapasiti bekalan air sebanyak 2 juta liter dalam sehari. Saya bimbang jika loji ini tidak dapat disiapkan pada masa terdekat, isu bekalan air yang terputus ini akan berterusan dan memberi tekanan yang bertambah- tambah kepada penduduk sekitar terutama penduduk Taman Mesira sendiri yang sudah lama menderita kesukaran mendapatkan bekalan air bersih.

Selain itu, saya juga ingin memohon kementerian menjelaskan projek-projek penambahbaikan bekalan air di negeri Kelantan yang telah siap dan hampir siap bagi penutup tahun 2021 ini serta pelan jangka masa bagi projek penambahbaikan bekalan air negeri Kelantan bagi tahun hadapan.

Butiran 020200 – Meteorologi Malaysia. Peranan yang dimainkan oleh MET Malaysia sangat penting dalam membekalkan ramalan cuaca serta amaran cuaca kepada kita semua. Terdapat pelbagai cadangan kepada langkah penambahbaikan yang pernah diketengahkan bagi memperkukuhkan lagi sistem serta mekanisme amaran awal cuaca.

Antaranya mengenai penambahbaikan terhadap stesen cerapan permukaan kepada stesen cuaca automatik, menaikkan sistem radar cuaca serta aspek penyampaian maklumat yang lebih interaktif. Soalan saya, sejauh mana pandangan-pandangan

final • 6:11 PM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok

penambahbaikan ini diteliti oleh pihak kementerian dengan secara mendalam pada hari ini.

Dan akhir sekali kementerian juga telah meningkatkan keupayaan terhadap amaran ribut petir dan hujan lebat iaitu Radar Integrated Nowcasting System (RaINS) yang boleh mengunjurkan pergerakan dan intensiti hujan dengan kadar masa yang singkat. Soalan saya, sejauh mana pengaplikasian sistem RaINS ini diguna pakai di kawasan-kawasan berisiko bagi memastikan persediaan awal jika berlaku bencana.

Terima kasih.

final • 6:11 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Tuaran.

final • 6:11 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin berbahas bagi Butiran 28000 – Rancangan Bekalan Air Sabah.

Untuk kini, sebanyak RM226,759,000 telah diperuntukkan. Saya juga ingin sama-sama dengan Yang Berhormat Kubang Pasu bertanya kenapa peruntukan ini diberi secara pinjaman. Kita telah meluluskan Rancangan Malaysia ke-12 dengan peruntukkan RM2.1 bilion untuk tujuan ini.

Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 ini telah dinyatakan dengan jelas bahawa di antara perkara yang sangat penting dalam Rancangan Malaysia Ke-12 itu ialah untuk menyelesaikan masalah asas seperti masalah bekalan air. Bagi menyelesaikan masalah asas seperti bekalan air, kita mengharapkan kerajaan akan berbelanja secara terus, secara langsung dan bukannya dalam bentuk pinjaman. Kita sedar bahawa hal air ini adalah hal negeri. Akan tetapi ini adalah hal yang sangat asasi, yang sangat basic.

Selain daripada itu, saya ingin bertanya apakah perincian yang akan dibelanjakan untuk RM226 juta ini. Apakah sebenarnya yang akan diselesaikan dengan peruntukan ini?

Bagaimanakah cara-cara pelaksanaannya? Kita sangat prihatin dengan cara pelaksanaan apabila ada peruntukkan daripada Kerajaan Persekutuan ke negeri sebab kita mempunyai sejarah Jabatan Air Negeri Sabah dahulu itu iaitu ada systemic corruption di sana dahulu.

Berpakat daripada pengarah sampai ke technician sehinggakan sampai RM114 juta ringgit yang telah ditemui pelbagai tempat pejabat pengarahnya dan timbalan pengarahnya. Malah ada yang telah dijumpai di bank di New Zealand dan sebagainya.

Bagaimanakah caranya pada kali ini supaya hal-hal seperti itu dapat dielakkan?

Seterusnya, Butiran 13400 – Pembangunan Sumber Air Negara sebanyak RM12 juta untuk tujuan ini. Di negeri Sabah, Tuan Pengerusi, soal sumber air sangat-sangat penting. Malah masalah yang dihadapi oleh negeri Sabah sekarang ini masalah bekalan air adalah sumber air. Banyak pergaduhan di antara pengurusan di perumahan- perumahan dengan penduduk kerana tidak ada air, masalah bekalan air. Akan tetapi sebenarnya masalah air ialah sumber air, kekurangan air. Sebagai contoh air yang dirawat di beberapa loji di kawasan Parlimen Tuaran yang membekalkan kawasan Parlimen Tuaran dan juga di kawasan Kota Kinabalu adalah hanya 164 mL/d. Sedangkan demand untuk keseluruhannya ialah 213 mL/d. Dengan lain perkataan, ia punya defisit sebanyak lebih kurang seratus lebih.

Jadi, dengan defisit seperti ini, rakyat bergaduh. Pengurusan di perumahan bergaduh dengan penduduk. Akan tetapi sebenarnya masalahnya memang pun defisit.

Jadi, untuk menyelesaikan masalah bekalan air di Sabah secara jangka panjang ialah ada cadangan untuk membina empangan di Kaiduan atau di Ulu Papar. Dengan ini dikatakan bahawa ia akan menghasilkan lebih kurang 1000 mL/d yang dapat bertahan selama 100 hari bekalan air untuk negeri Sabah.

Persoalannya di sini ialah kadang-kadang bantahan. Bantahan penduduk, bantahan NGO dan sebagainya. Persoalannya, apakah peranan pihak kementerian atau Kerajaan Persekutuan dari segi mengkaji tempat-tempat di mana sesuai untuk diadakan empangan-empangan untuk bekalan air secara jangka panjang. Jadi, saya ingin tahu apa peranan Kerajaan Persekutuan dalam hal ini.

final • 6:15 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Seterusnya, Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir (TBT) dan Saliran Bandar. Sebanyak RM730 juta diperuntukkan untuk ini.

final • 6:15 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Saya ingin tahu, sama ada sebahagian daripada peruntukan ini akan diperuntukkan untuk menyelesaikan beberapa masalah banjir khususnya di kawasan Parlimen Tuaran. Contohnya di Giling Laut, sekarang ini pembinaan jalan Pan Borneo melalui di sana dan asal hujan satu dua jam, memang masalah banjir. Ini mengakibatkan jalan itu kadang terputus. Ini merupakan jalan perhubungan yang sangat penting dari Kota Kinabalu ke pantai timur, juga ke utara dan sebagainya. Saya ingin tahu, sama ada diberi peruntukan untuk membina saliran yang melalui di Giling Laut tersebut supaya ini dapat menyelesaikan masalah banjir.

Begitu juga di Pekan Tenghilan. Di Pekan Tenghilan di kawasan Parlimen Tuaran memang asal hujan dua tiga jam, memang masalah banjir dan sebagainya. Saya ingin tahu, apakah peruntukan telah diberikan untuk sistem pengairan di sana supaya dapat menyelesaikan masalah banjir ini?

Terakhir ialah Butiran 15300 – Mengorek Kuala-kuala Sungai. Sebanyak RM155 juta telah diperuntukkan untuk tujuan ini. Saya ingin tahu sama ada, ada peruntukan yang telah dipohon ataupun diberikan untuk memperdalamkan lagi kuala Sungai Tepokon di kuala Sungai Tuaran. Ini adalah sangat penting sebab penempatan di sana seperti Kampung Sungai Damit dan sebagainya, setiap kali hujan memang kena banjir sebab ada kaitan dengan kualanya.

Ini setiap kali pada ketika- untuk makluman Yang Berhormat, di Sungai Damit ini saya sendiri pernah pun masuk di sana, apabila ada banjir dan ada yang terjumpa buaya di dalam rumah pada ketika banjir dan sebagainya. Ini sudah berkali-kali. Dalam satu tahun kadang-kadang dua tiga kali banjir melibatkan banyak rumah dan sebagainya. Jadi, saya ingin tahu, sama ada peruntukan telah diberikan untuk memperdalamkan lagi kuala- kuala Sungai Tepokon dan juga di kuala Sungai Tuaran itu sendiri?

Itu sahaja, Tuan Pengerusi. Sekian, terima kasih.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Setiu.

final • 6:20 PM

Tuan Shahrizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

[Membaca sepotong doa]* Tuan Pengerusi, saya terus kepada Butiran 15100 – Mencegah Hakisan Pantai.

Saya ingin bertanyakan status projek-projek berikut:

(i) Projek Hakisan di Kampung Bari Besar yang telah menghampiri kawasan perkuburan; dan

(ii) Projek Pengawalan Hakisan Pantai Kuala Nerus di Kampung Mengabang Telipot, Batu Rakit.

Saya juga ingin bertanya berkait dengan isu hakisan di Terengganu di mana banyak pantai di Terengganu yang telah terhakis. Apakah hasil kajian yang telah dijalankan oleh pihak kementerian? Apakah pelan tindakan kementerian berdasarkan hasil kajian tersebut?

Butiran yang kedua, Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir dan Saliran Bandar. Pertama, Rancangan Tebatan Banjir Tok Jiring dan Batu Rakit. Saya ingin tahu tentang status rancangan tebatan banjir ini.

Kedua, Rancangan Tebatan Banjir Sungai Renek, Jabi. Projek ini amat diperlukan kerana apabila berlakunya banjir akibat limpahan air Sungai Renek di Jabi, ia akan turut memberi kesan kepada beberapa buah kampung yang lain termasuklah Kampung Tok Dor, Kampung Anak Ikan, Padang Lengkuas, Bukit Jeruk dan beberapa

final • 6:22 PM

Tuan Shahrizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

buah kampung lagi. Malah, ia juga turut menjejaskan kawasan penanaman padi seluas 800 hektar yang melibatkan Skim Bukit Jeruk, Gong Telikun, Kepala Gajah dan Gong Machang. Jadi, saya mencadangkan agar Rancangan Tebatan Banjir Sungai Renek dibina bagi mengatasi masalah yang saya sebutkan tadi.

Tuan Pengerusi, limpahan air di Sungai Setiu sering terdedah kepada risiko banjir terutama di Kampung Guntung, Kampung Tasik, Kampung Chalok, Kampung Gong Terap, Kampung Bukit Kemubu, Permaisuri dan Nyatoh. Kawasan ini juga memerlukan pembinaan rancangan tebatan banjir bagi menyelesaikan isu banjir yang sering melanda kawasan tersebut.

Seterusnya, Butiran 13400 – Pembangunan Sumber Air Negara. Isu air di Daerah Setiu agak serius dan agak kritikal. Gangguan bekalan air kerap berlaku dan telah menghantui sebahagian besar penduduk di kawasan Setiu disebabkan paip-paip lama yang sudah uzur dan perlu penggantian segera. Pohon pihak kementerian dapat membantu menyelesaikan masalah ini dengan kadar segera. Sekian, Tuan Pengerusi.

final • 6:22 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 6:22 PM

Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew - Wangsa Maju

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Terdapat peningkatan berterusan peruntukan bajet untuk Kementerian Alam Sekitar dan Air beberapa tahun kebelakangan ini yang merupakan petanda baik. Walau bagaimanapun, kita harus memastikan dana tersebut digunakan dengan betul dan tiada ketirisan.

Pada tahun 2017, Kerajaan Barisan Nasional telah menganugerahkan konsesi kepada syarikat bernama Pakar Scieno TW bagi mengendalikan Program Pemantauan Kualiti Alam Sekitar atau Environment Quality Monitoring Program (EQMP) dengan kos sebanyak RM846 juta. Pada tahun 2019, Yang Berhormat Menteri di bawah Pakatan Harapan, Yang Berhormat Yeo Bee Yin mengarahkan supaya mengkaji semula program EQMP selepas ia gagal dalam peranannya sebagai sistem amaran awal (early warning system) dalam kes pencemaran Sungai Kim Kim pada tahun 2019.

Saya difahamkan bahawa pihak kementerian juga telah membuat laporan SPRM pada tahun yang sama terhadap Pakar Scieno TW Sdn. Bhd. Soalan saya, apakah status hasil siasatan SPRM terhadap kes tersebut? Adakah kes ini dibiarkan senyap selepas Perikatan Nasional merampas kerajaan?

Saya juga ingin tahu, mengapakah program yang memakan belanja hampir RM1 bilion ini tidak disenaraikan dalam bajet walaupun kerajaan masih membayar perkhidmatannya setiap tahun? Saya telah melihat semua butiran tetapi tidak menemuinya. Adakah ia sengaja disembunyikan atau ia telah dimasukkan di tempat lain tanpa diberikan butiran? Saya minta Yang Berhormat Menteri menjawab.

Tuan Pengerusi, pencemaran air, pencemaran tanah dan pencemaran udara berlaku hampir setiap hari. Yang terbaru berlaku di Kampung Pasir Gudang Baru minggu lalu di mana nelayan tidak dapat turun ke laut akibat pencemaran laut. EQMP yang mahal nampaknya tidak berkesan. Apakah tindakan yang telah diambil kementerian terhadap Pakar Scieno TW kerana kegagalan mereka melaksanakan tugas dan berfungsi dengan baik? Rakyat berhak mendapatkan jawapan.

Tuan Pengerusi, merujuk kepada Butiran 030300. Kami khuatir syarikat pembuatan kitar semula kertas terbesar di Asia, Nine Dragons Paper telah mendapat kelulusan EIA untuk menubuhkan kilang di Bentong.

final • 6:26 PM

Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew - Wangsa Maju

Tuan Pengerusi, industri pembuatan kertas dan kitar semula merupakan penyumbang besar kepada aktiviti pencemaran. Saya ingin tahu apakah langkah-langkah berjaga-jaga yang telah diambil bagi mengelakkan sisa air terbuang dari kilang kitar

final • 6:30 PM

Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew - Wangsa Maju

semula Nine Dragons Paper ini tidak mencemarkan air di loji pengambilan air mentah di Sementan. Ya, ini sahaja sekian terima kasih.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Tebrau.

final • 6:30 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Izinkan saya sertai perbahasan ya Bekalan 33. Tuan Pengerusi, butiran yang saya ingin sentuh sekarang adalah Butiran 020100 – Ekonomi Pelbagai Hala dan Alam Sekitar.

Tuan Pengerusi, pembuangan sampah di dalam longkang-longkang dan sungai adalah punca pencemaran sungai dan laut kita. Selain daripada itu, pencemaran udara pun menjadi isu yang berpunca daripada aktiviti pembakaran secara terbuka dan pelepasan gas atau asap kilang serta kenderaan berat.

Saya ingin memohon Yang Berhormat Menteri menyatakan kekangan yang membuatkan kerja pemantauan pencegahan dan juga pendakwaan tidak dapat dijalankan pada tahap yang memuaskan. Apakah langkah-langkah yang sedang diambil bagi memastikan kita dapat membendung aktiviti-aktiviti tersebut supaya alam kita mencapai kelestarian termasuk sungai-sungai dan laut kembali dengan pelbagai hidupan akuatik dan marin? Keindahan alam sekitar kita akan makin rosak sekiranya tidak dilindungi dengan usaha yang holistik melibatkan semua pihak termasuk agensi kerajaan, NGO- NGO dan orang perseorangan.

Butiran seterusnya adalah Butiran 030400 – Bekalan Air Ibu Pejabat. Tuan Pengerusi, air merupakan satu komoditi yang penting yang keperluannya makin bertambah dengan penambahan populasi di negara kita menyebabkan sumber air mentah yang bersih semakin berkurangan disebabkan pencemaran sungai-sungai.

Makin kurang kawasan tadahan hujan atau catchment area dengan izin oleh sebab aktiviti-aktiviti pertanian yang giat bertambah. Bekalan air juga dalam paras yang mendesak khususnya di beberapa negeri seperti Kedah dan Selangor atau sebab bukan yang telah disebut sahaja tetapi ditambah dengan masalah air tidak berhasil atau non- revenue water dengan izin dan kekurangan kapasiti loji rawatan untuk merawat air yang mencukupi di beberapa negeri yang teruk. Saya memohon agar Yang Berhormat Menteri menyatakan langkah-langkah awal yang telah diambil untuk memastikan bekalan air terjamin sepanjang masa di mana-mana tempat di negara kita.

Butiran di bawah Pembangunan seterusnya adalah Butiran 15200 – Memperbaiki, Mengindah, Membersih dan Merawat Air Sungai-sungai dan Infrastruktur MASMA. Saya memohon agar Yang Berhormat Menteri menyatakan sejauh manakah bidang kuasa KASA bagi memantau, memelihara, melindungi kebersihan dan keindahan serta mencegah hakisan tebing sungai di suatu kawasan.

Tuan Pengerusi, di kawasan Tebrau mempunyai enam sungai iaitu Sungai Kim Kim, Sungai Latoh, Sungai Tiram, Sungai Pandan, Sungai Plentong dan Sungai Tebrau yang mengalami masalah seperti pencemaran daripada sampah, sisa kilang kumbahan, hakisan tebing yang berpunca daripada aktiviti kilang, rumah setinggan, projek perumahan dan juga pengambilan pasir. Saya sudah cuba sedaya upaya untuk mencari jalan penyelesaian melalui perjumpaan dan perbincangan dengan beberapa pihak seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengaliran dan Saliran, pihak berkuasa tempatan dan pejabat daerah tetapi masalah masih berpanjangan atas sebab pertindihan bidang kuasa dan kerja serta tiada agensi yang ada kuasa untuk memuktamadkan permasalahan tersebut.

Saya minta Yang Berhormat Menteri menyatakan adakah anda bersetuju dengan permasalahan pencemaran sungai tidak dapat diselesaikan selagi tiada ada satu suruhanjaya yang dianggotai dengan wakil daripada semua agensi kerajaan seperti JAS, JPS, pihak berkuasa tempatan dan pejabat daerah dan NGO-NGO yang diberikan kuasa untuk menggaris panduan, memantau, mengawal selia dan juga menyiasat untuk mendakwa pesalah. Itu sahaja dari Tebrau, terima kasih.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Minta rumuskan Yang Berhormat, baik. Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kota Kinabalu.

final • 6:30 PM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Butiran 13900 – Rancangan Kawalan dan Isyarat Bahaya Banjir, Butiran 14500 – Menaiktaraf Infrastruktur dan Saliran Bandar, Tebatan Banjir dan Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar.

Bagi Butiran 14500 – Menaiktaraf Infrastruktur dan Saliran Bandar, Tebatan Banjir dikurangkan hampir setengah daripada RM33 juta kepada RM17 juta. Bagi Butiran 13900 – Rancangan Kawalan dan Isyarat Bahaya Banjir dia sudah naik daripada RM47 juta kepada RM67 juta. Untuk Butiran 167000 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar pun nampak kenaikan daripada RM575 juta ke RM730 juta. So, saya ingin mendapatkan perincian untuk macam mana yang adjustment di antara ketiga-tiga yang butiran ini.

Saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri. Berapakah dalam jumlah yang saya sebut tadi itu digunakan untuk menyelesaikan masalah banjir yang selalu berlaku dekat kawasan saya di Kota Kinabalu? Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, untuk tahun ini Kota Kinabalu sudah dilanda keenam kali banjir kilat yang berskala besar. Banyak tempat sudah dibanjiri seperti Kampung Likas di mana rumah mantan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak. Rumah dia pun dilanda oleh banjir.

Bundusan, Penampang, Inanam, Basilitu, Menggatal, Kampung Kobusak, Kampung Sugut, Kampung Kibabaig, Kampung Mogonibung dan Kampung Kohizan dan juga ini Kolombong. Kolombong ini merupakan satu kawasan industri ringan. So, itu amat penting. Kalau Kota Kinabalu sebagai ibu negeri di Sabah pun selalu dilanda banjir ini, saya rasa sesuatu yang tidak kenalah dan saya harap Yang Berhormat Menteri boleh mengambil langkah untuk menyelesaikan maslah banjir kilat yang tahun ini semakin serius.

Yang Berhormat Keningau juga merupakan Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri Sabah. Dia pernah mencadangkan melalui ini Jabatan Pengairan dan Saliran

(JPS) Sabah mencadangkan untuk menjalankan kajian atau melaksanakan ini satu pelan sistem atau juga dikenali sebagai Likas Barrage yang meliputi dua tadahan sungai utama dengan keluasan 50.3 kilometer persegi meliputi Likas dan Darau.

Projek ini dianggarkan dengan nilai RM850 juta. Saya sudah dimaklum daripada jawapan-jawapan daripada Kamar Khas bahawa projek ini masih belum diterima dan masih dalam peringkat kaji selidik. Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk mempercepatkan segala rancangan untuk mengatasi masalah banjir di Kota Kinabalu.

Seterusnya, saya ingin merujuk kepada Butiran 28000 – Rancangan Bekalan Air Sabah yang diperuntukkan RM226 juta pada tahun depan melalui pinjaman, seperti rakan saya Yang Berhormat Kubang Pasu dan Yang Berhormat Tuaran sudah bertanya.

Kenapakah dia melalui pinjaman? Tidak bolehkah ini melalui pembiayaan langsung? Dan daripada ini, Yang Berhormat Tuaran berkata yang di bahagian utara di Kota Kinabalu tahun ini selalu mengalami masalah kekurangan air.

Kekurangan air ini— yang saya hendak tanya. Ini Projek Bekalan Air Kota Kinabalu Fasa Tiga ini iaitu pembinaan Empangan Papar. Ini yang selalu dikatakan dapat mengatasi isu kekurangan bekalan air. Adakah ini akan berlangsung? Projek ini yang bernilai RM3 bilion ini dicadangkan sejak tahun 2010 dan ditangguhkan berikutan bantahan pelbagai pihak seperti penduduk di kawasan hulu sungai Papar yang bimbang kehilangan Tanah Hak Adat Negeri (NCR) dan selain juga ini pembinanya didakwa boleh merosakkan alam sekitar.

final • 6:35 PM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

Saya hendak mendapatkan penerangan daripada Yang Berhormat Menteri sama ada projek ini akan berlangsung atau tidak dan Sabah juga merupakan negeri yang mengalami kadar NRW yang paling tinggi di antara Malaysia. Kalau menurut SPAN, 52.5 peratus pada tahun 2018 dan ini JANS, Pengarah JANS Ir. Edward Lingkapo, dia sendiri berkata kecurian air terawat yang setinggi 8,000,000 sehari di Kota Kinabalu mampu menampung isu bekalan air di beberapa buah kawasan di Kota Kinabalu termasuk Universiti Utama Kondominium dan University Condo Apartment.

Saya minta – apakah pelan atau rancangan yang terlibat dalam Butiran 95000 – NRW Nasional yang berjumlah RM300,000,000 yang akan mengambil untuk mengatasi masalah NRW yang tertinggi di Sabah ini? Sekian, terima kasih.

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Libaran.

final • 6:40 PM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Terima kasih Tuan Pengerusi. Untuk memberi peluang kepada saya untuk perbahasan peringkat Jawatankuasa. Saya terus ke Butiran 030000 – Pengurusan Air dan Pembetungan.

Bencana jika berlaku boleh mengundang kemudaratan kepada masyarakat dan harta benda. Kemungkinan besar juga ia melibatkan kehilangan nyawa insan yang tercinta.

Bencana juga mempunyai kesan sosial dan ekonomi yang nyata atas komuniti atau untuk negara yang dilanda bencana. Sama ada bencana alam atau bencana akibat daripada kelalaian manusia. Apabila bencana melanda, individu, industri, memudaratkan masyarakat atau rakyat di kawasan tersebut. Dengan itu, saya mohon kepada kerajaan bekerjasama dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa yang terlibat bagi menyelamat, mengurangkan kesusahan dan tekanan yang mereka hadapi.

Tuan Pengerusi, kita faham Malaysia sebagai sebuah negara yang membangun dan berkonsep sebagai sebuah negara yang berkebajikan, telah menggubal dasar berkaitan dengan pengurusan bencana negara yang sistematik dan berkesan. Justeru itu, demi keprihatinan dan kesejahteraan rakyat, saya ingin menarik perhatian Kerajaan Pusat supaya dapat membuat pengurusan air dan pembetungan banjir yang terkesan di beberapa buah kawasan iaitu di kawasan Parlimen Libaran yang sering di landa banjir.

Untuk makluman, kawasan-kawasan ini pada masa tengkujuh dan hujan lebat, memang tidak lari daripada banjir dan menyusahkan rakyat di kawasan ini serta harta benda. Tempat-tempat yang saya kesan ialah Sungai Memanjang, Kampung Sungai Gongom, Taman Fajar, dalam sebuah taman dan juga Taman Rajawali yang berdekatan di DUN Sungai Sibuga. Begitu juga sungai di peringkat empat DUN, Sungai Manila.

Tuan Pengerusi, saya ingin supaya kerajaan mengambil tindakan dan membantu supaya rakyat di kawasan ini dapat kita bantu untuk keselesaan mereka supaya tidak lagi terlibat dengan banjir.

Seterusnya, adalah wajarnya sistem penyampaian bantuan kepada mangsa banjir turut juga diberi perhatian sewajarnya bagi memudahkan lagi pengurusan bantuan bagi tujuan penyaluran bantuan seperti kewangan dan bukan kewangan yang lebih efisien dicadangkan tetapi dana tabung dan maklumat sehenti dapat diwujudkan bagi memudahkan mengumpul sumbangan dan pengagihan bantuan dapat dilaksanakan.

Tuan Pengerusi, saya tidak mengambil masa untuk berucap dan saya ucapkan ribuan terima kasih dan saya menyokong.

final • 6:41 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Libaran. Ahli-ahli Yang Berhormat, kita ada lagi tiga orang pembahas sebelum di gulung sekitar pukul 7.00 malam. Saya jemput sekarang Yang Berhormat Kalabakan.

final • 6:41 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus kepada Butiran 28000 – Rancangan Bekalan Air Sabah, diperuntukkan sejumlah RM226,000,000 untuk tahun hadapan. Peningkatan ini melebihi dua kali ganda daripada tahun ini. Jumlah peruntukan ini juga adalah yang terbesar dalam tempoh lima tahun belanjawan negara.

Namun, apabila saya membaca buku anggaran dari tahun 2018 hingga kini, pecahan peruntukan yang paling besar adalah melalui pinjaman. Menjadi persoalan mengapa ia dibiayai melalui pinjaman? Adakah Kerajaan Persekutuan memberi pinjaman kepada kerajaan negeri memandangkan Jabatan Air Negeri Sabah merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan bekalan air di negeri Sabah?

Seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Ketua Menteri, merangkap Menteri infrastruktur utama Sabah Yang Berhormat Kinabatangan, sudah tiba masanya pengurusan bekalan air di Sabah di pertanggungjawaban kepada pihak ketiga setelah masalah bekalan air berlaku saban tahun dan semakin kritikal hari ini. Rakyat Sabah juga berhak menikmati bekalan air bersih seperti negeri lain, dengan itu saya memohon kementerian ini juga dapat memberi bantuan kepada Jabatan Air Negeri Sabah yang gagal menyelenggarakan pam air dengan baik di loji-loji rawatan air.

Mengikut laporan, terdapat 22 buah loji rawatan air di Sabah berdepan masalah untuk membekalkan air bersih berikutan pencemaran sungai yang menjejaskan operasi loji. Loji-loji tersebut sering ditutup walaupun ketika hujan berikutan tahap kekeruhan air sungai yang tinggi. Loji terbabit terletak di beberapa buah tempat termasuk di Kalabakan.

Solusi yang dikenal pasti antaranya, perlu diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini termasuklah membina simpanan air sungai atau pun off-river storage.

Saya ingin bangkitkan mengenai Skim Bekalan Air Tawau Fasa Tiga, reka bentuk dan pembinaan empangan air. Melalui jawapan lisan yang diberikan kepada saya, projek ini telah mengalami kelewatan sebanyak 21 peratus. Dimaklumkan juga punca-punca kelewatan termasuklah isu pertukaran kerajaan, isu tanah, kelulusan environmental impact assessment dan sebagainya.

Justeru, saya ingin bertanya, pertama, adakah semua punca kelewatan ini telah diselesaikan? Kedua, adakah peruntukan untuk projek ini disediakan di bawah butiran ini dan berapakah jumlahnya?

Seterusnya, saya ingin mengangkat Butiran 030300 – Pengairan dan Saliran bersekali dengan Butiran 16700 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar.

Berlaku peningkatan peruntukan bagi dua butiran ini iaitu masing-masing sebanyak RM4,000,000 dan RM200,000,000 untuk tahun hadapan berbanding tahun ini.

Tuan Pengerusi, dua, tiga tahun kebelakangan ini, kejadian banjir di Sabah semakin teruk apabila hujan turun yang melibatkan daerah Tawau, Penampang, Sepanggar, Kota Belud, Papar, Lahat Datu dan daerah-daerah lain di Sabah. Pertama, saya ingin tahu apakah dapatan hasil kajian dan pemerhatian yang dibuat oleh kementerian berkenaan kejadian banjir di Sabah? Bagaimanakah untuk mengatasinya?

Kedua, saya ingin tahu status terkini projek tebatan banjir di Sabah. Berapakah jumlah dan nilai projek tebatan banjir yang akan dibina di Sabah?

Ketiga, saya ingin tahu status terkini projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Tawau, Lembangan Sungai Tawau, Sabah (Fasa 1A)?

Keempat, berapakah peruntukan khusus yang disediakan untuk tahun hadapan bagi mengatasi kejadian banjir di daerah Penampang, Papar, Sepanggar dan Kota Belud?

Berapakah peruntukan untuk pembaikan saliran dan berapakah pula untuk projek tebatan banjir?

Kelima dan terakhir, saya ingin meminta penjelasan, walaupun urusan air adalah di bawah kuasa kerajaan negeri, saya ingin tanya, apakah peranan dan bantuan-bantuan yang boleh diberikan bagi memastikan isu-isu bekalan air seperti yang berlaku di Parlimen Sepanggar dapat diselesaikan terus?

final • 6:45 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Isu bekalan air ini telah lama berpanjangan dan hampir semua daerah di Sabah, Tuan Pengerusi, perlu ada satu penyelesaian yang muktamad. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi.

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Saya jemput seterusnya Yang Berhormat Tumpat.

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Pada perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Alam Sekitar dan Air.

Saya ingin menyentuh Butiran 96000 – Bahagian Bekalan Air. Pertama dan utama. Saya mohon kementerian menjelaskan mengenai perkembangan terkini projek kenaikan taraf perkhidmatan Bekalan Air Negeri Kelantan yang berada di bawah tanggungjawab Kementerian Alam Sekitar dan Air. Berapa buah projek telah berjaya disiapkan dalam tahun ini serta berapakah sasaran yang ditetapkan bagi tahun 2022 dan 2023?

Saya juga ingin mengetahui berapakah peruntukan yang diperlukan oleh kementerian bagi tujuan penaiktarafan tersebut? Saya juga ingin mengetahui perkembangan binaan tiga loji rawatan air yang utama iaitu pembinaan Loji Rawatan Air Chicha fasa dua Kota Bharu yang mampu menampung kapasiti 40 juta sehari. Pembinaan loji rawatan air Tanjung Emas, Kota Bharu yang mampu kapasiti 30 juta sehari serta pembinaan loji rawatan air Bukit Copak, Gua Musang. Apakah perkembangan terkini mengenai status pembinaan loji-loji ini serta pelan jangka masa pembinaan loji ini dijangka siap?

Selain itu, saya juga mohon kementerian untuk memperincikan mengenai status penukaran paip, 511 kilometer di seluruh negeri Kelantan. Berapa peratus terkini, projek penukaran paip ini siap bagi tahun 2021 dan seterusnya? Saya mengharapkan kementerian mengambil langkah yang proaktif dan serius bagi membantu menyelesaikan masalah bekalan air bersih di negeri Kelantan demi kebaikan rakyat negeri Kelantan.

Seterusnya, Butiran 14200 – Pemulihan Struktur saya ingin bertanya mengenai status rancangan untuk menaik taraf Jeti Kok Majid di Tumpat yang menjadi nadi kepada penduduk setempat di sana untuk pelbagai urusan harian. Apakah projek ini termasuk dalam salah satu projek rancangan kementerian bagi tahun hadapan? Saya mohon agar kementerian dapat mempertimbangkan peruntukan bagi penaiktarafan jeti ini bagi keselesaan penduduk di Kepulauan Telok Renjuna sebagaimana yang pernah saya sentuh dalam beberapa perbahasan saya sebelum daripada ini.

Masih di bawah butiran yang sama. Kementerian telah memperkenalkan program denai sungai kebangsaan dengan sasaran pembinaan 10 ribu kilometer denai menjelang tahun 2030 bagi memastikan kelestarian alam sekitar dan sungai lebih terjamin. saya ingin mengetahui apakah ada rancangan khusus bagi pembinaan danai-denai ini di sungai- sungai dalam Parlimen Tumpat. Oleh sebab di sini banyak sungai-sungai yang begitu cantik dan menarik bagi tujuan kelestarian yang dimaksudkan. Jika ada berapa lamakah ia dijangka siap dan di bahagian mana sungai-sungai di Tumpat ini?

Seterusnya Butiran 13900 – Rancangan Kawalan dan Isyarat Bahaya Banjir.

Baru-baru ini berlaku isu banjir temenung di Jajahan Pasir Emas serta di beberapa tempat khususnya di Kampung Luar, Kampung Tersang, mukim ataupun daerah Gual Periuk dalam Parlimen Rantau Panjang, Kelantan. Saya difahamkan ia berkait dengan projek pembinaan tempat banjir Sungai Lancang di kawasan berkenaan yang menyebabkan air tidak dapat bergerak keluar dan menyebabkan berlaku fenomena banjir temenung selama 17 hari bermula daripada 11 November yang lalu.

Pada kebiasaannya saya diberi maklum oleh penduduk setempat. Banjir akan surut dalam masa 24 jam sahaja, namun kali ini termenung sehingga 17 hari dan melibatkan kerugian besar kepada petani-petani di sana yang merupakan Ahli Pertubuhan

final • 6:50 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Peladang yang mengusahakan padi, sayur-sayuran, buah-buahan dan juga tanaman kelapa. Saya sendiri telah mengadakan lawatan dan sangat bersimpati dengan apa yang menimpa petani-petani kita di unit peladang kampung luar dan unit peladang Kampung Tersang, Gual Periuk yang mana tanaman mereka ditenggelami air sehingga sedalam dua meter selama 17 hari yang menjejaskan pengeluaran makanan negara.

Sehubungan itu, saya mohon kementerian untuk menjelaskan keadaan yang berlaku tersebut tidak berlaku setiap tahun ini baharu berlaku pada tahun ini, serta rancangan kementerian bagi memastikan sebarang bentuk projek semasa yang sedang berlangsung pada masa depan tidak memudaratkan kepada penduduk setempat khususnya dengan isu banjir termenung yang melibatkan kerugian petani-petani kita.

Seterusnya Butiran 167000 – Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dan Saliran Bandar. Saya mohon perhatian kementerian mengenai Projek Pembangunan Lembangan Bersepadu Sungai Golok fasa 1 yang melibatkan jajaran Tumpat dan Pasir Mas.

Soalan saya adalah berapa peratuskah projek ini telah berjaya disiapkan oleh pihak kementerian ketika ini dan bilakah jangkaan Projek Lembangan Sungai Fasa 2 dan Fasa 3 yang melibatkan jajaran lain akan disiapkan oleh kementerian? Mohon respons daripada kementerian tepat masanya. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Terakhir, saya jemput Yang Berhormat Sungai Siput.

final • 6:50 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Tuan Pengerusi mengizinkan Sungai Siput mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Alam Sekitar dan Air.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Saya merujuk kepada Butiran 020100 – Alam Sekitar. Baru-baru ini, masyarakat Orang Asli Kampung Percih di Sungai Siput telah meluahkan keluhan dan kebimbangan mereka menerusi Tok Batin dan juga TV3 yang telah membuat liputan berkenaan sumber air keruh seperti warna teh tarik.

Tuan Pengerusi, saya difahamkan punca kepada masalah ini adalah disebabkan penerokaan ke atas tanah Bukit Kanji yang bersebelahan Kampung Percih, Sungai Siput sejak tiga tahun yang lalu. Penerokaan ini menyebabkan penduduk yang seramai 350 orang terdedah kepada pelbagai ancaman dan kerosakan. Ancaman seperti tanah runtuh.

Penduduk di sini bergantung kepada air keruh sebagai minuman.

Setiap kali berlakunya hujan lebat, sumber air keruh berubah warna seperti teh tarik. Persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh penduduk di sini ialah kenapakah pihak berkuasa hanya menutup mata berkaitan projek ini sedangkan risiko amat tinggi kepada 350 penduduk Kampung Percih. Ketenteraman mereka bagaikan diragut. Saya mohon penjelasan dan juga tindakan kementerian dalam isu berhubung dengan projek ini.

Tuan Pengerusi, seterusnya saya merujuk kepada Butiran 030300 – Pengaliran dan Saliran. Banjir merupakan salah satu isu besar di kawasan Parlimen Sungai Siput yang melibatkan beberapa buah kampung seperti Kampung Lintang, Chior, Lasah, Balai Polis Lintang, Kampung Tok Sirat dan juga taman-taman persekitaran Pekan Sungai Siput khususnya Taman Muhibah Jaya 2 yang sering berlaku banjir kilat.

Tuan Pengerusi, saya menghargai keprihatinan dan juga kepedulian Yang Berhormat Kementerian berkenaan sejak zaman Pakatan Harapan hingga hari ini yang telah mendengar perbahasan saya sejak beberapa tahun yang lalu sehinggakan pada tahun ini telah meluluskan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi menyelesaikan masalah ini secara mutlak.

final • 6:56 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Namun begitu, saya sekali lagi merayu kepada kementerian beberapa perkara seperti isu banjir yang berterusan sering kali berlaku hujan lebat khususnya di Taman Muhibah Jaya 2 ini perlu diberikan perhatian segera. Jadi, saya merayulah kepada pegawai JPS khususnya di kawasan daerah Kuala Kangsar dan juga pejabat JPS Sungai Siput segera mengambil tindakan yang seberapa yang boleh. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:56 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Dengan itu tamat perbahasan Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Alam Sekitar dan Air. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. 20 minit Yang Berhormat Menteri jadi kalau boleh dijawab kepada mereka yang masih ada di Dewan yang lebih nanti jawab bertulis, Terima kasih, silakan.

final • 6:56 PM

Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih kepada 18 orang pembahas yang telah pun mengambil bahagian dalam Kementerian Alam Sekitar dan Air dan saya lihat bahawa perbahasan telah pun mencakupi semua sektor di Kementerian Alam Sekitar dan Air walaupun sebahagian besar menjurus kepada soal banjir, soal bekalan air dan soal yang melibatkan perkara-perkara yang sebahagian itu dalam bidang kuasa kementerian dan sebahagian lagi bawah bidang kuasa kerajaan negeri melalui PBT dan sebagainya termasuk isu-isu banjir.

Jawapannya banyak dan saya fikir masa yang diperuntukkan kepada saya mungkin tidak sempat semua terutama yang bertanya untuk dapat penjelasan secara detil projek-projek yang berjalan dalam kawasan dia, jumlah kosnya, dan bila hendak siap, dan sebagainya, yang memerlukan data yang lengkap. Saya fikir saya perlu jawab secara bertulis perkara-perkara tersebut.

Manakala perkara-perkara prinsip dan dasar yang melibatkan perkara yang sepatut dibahaskan di peringkat dasar, saya juga tidak akan menjawab kerana itu telah di peringkat bahagian dasar yang sepatut kita bahas di peringkat awal.

Manakala, perkara-perkara yang dibangkitkan mengikut butiran yang betul saya akan beri perhatian perkara-perkara tersebut kepada mereka yang ada dalam Dewan manakala yang tidak ada sebahagian telah maklum pada saya kerana urusan masing- masing, saya akan jawab secara bertulis. Yang Berhormat Baling, ada?

final • 7:00 PM

Tuan Pengerusi

Tiada.

final • 7:00 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Tiada, saya jawab secara bertulis.

Sebahagian daripada yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Baling ini ada kaitan juga dengan beberapa soalan lain terutama dengan Projek Denai Sungai Kebangsaan sebagai mana yang telah saya jawab sekali gus kepada mereka yang bertanya berhubung dengan Projek Denai Sungai Kebangsaan.

Kita letakkan sasaran bagi tahun ini sebanyak 500 kilometer menjelang tahun ini dan kita letakkan sasaran ini berdasarkan beberapa peruntukan yang diluluskan oleh pihak kerajaan mengikut jangkaan tempoh-tempoh tertentu. Kita menerima sebenarnya banyak permohonan daripada Ahli-ahli Parlimen dan kawasan-kawasan tertentu yang mohon untuk diadakan Denai Sungai Kebangsaan dan saya menyambut baik inisiatif respons daripada Tuan-tuan sekalian khususnya Ahli-ahli Yang Berhormat dan mereka Ahli-ahli Yang Berhormat boleh mohon terus kepada saya melalui surat dan mencadangkan tapak.

Insya-Allah, jawatankuasa akan menilai cadangan tersebut, kesesuaiannya dan sebagainya. Pihak yang akan mengurus tentang Denai Sungai Kebangsaan setelah kita siap- yang paling penting bagaimana penglibatan JPS, agensi lain seperti PBT masyarakat setempat dalam usaha untuk menjaga Denai Sungai Kebangsaan.

final • 7:00 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Untuk tahun 2022 hanya RM5 juta diperuntukkan, KASA akan cuba mencari dana- dana lain termasuk dana tambahan daripada badan swasta dan sebagainya. Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu ada?

final • 7:00 PM

Tuan Pengerusi

Ada.

final • 7:00 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu membangkitkan soal cadangan penubuhan Hulu Muda ataupun Hulu Muda Basin Autoriti.

Kementerian ingin menjelaskan bahawa kuasa ke atas kawasan tadahan air dan sungai terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Perkara ini jelas diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Jadi kementerian menyambut baik cadangan penubuhan ini namun sebagai penyelesaian kepada isu sungai dan rentas negeri, baru-baru ini Perdana Menteri telah mengumunkan satu- dana kepada negeri-negeri yang telah menjaga hutan, dan rizab kawasan tadahan air.

Kementerian menyambut baik kenyataan Perdana Menteri sekurang-kurangnya negeri-negeri yang menjaga hutan dan kawasan tadahan air dapat dana daripada sumber tersebut. Ia akan diurus oleh Kementerian Sumber Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA).

Walau bagaimanapun oleh sebab dia di bawah bidang kuasa negeri, saya fikir penyelesaian yang paling baik ialah win-win situation. Di mana pihak yang mendapat agihan bekalan air dari negeri tersebut turut memberi perhatian kepada pengorbanan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri menjaga kawasan itu.

Kalau kerjasama tidak diberi dan kita hendak manfaat, saya fikir ia tidak akan mencapai matlamat ke arah situasi menang-menang dalam suatu perkara yang dibangkitkan. Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu juga membangkitkan mengapa.

final • 7:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Sebelum itu. Tuan Pengerusi dengan izin.

final • 7:00 PM

Tuan Pengerusi

Ya.

final • 7:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Yang Berhormat Menteri, saya faham soal autoriti air yang disebut sebagai bidang kuasa negeri tetapi yang saya bangkitkan teras kepada penghujahan saya waktu berbahas tadi merupakan air ini saya katakan sebagai saya sebutkan tadi sebagai mother of all economic activities. Saya kaitkan dengan kepentingan strategik Northern Corridor Economic Region

(NCER) Wilayah Ekonomi Koridor Utara. Tiga buah negeri dengan saiz ekonomi RM147 bilion, cukai kepada Persekutuan RM17 bilion. Jadi jaminan jangka panjang, air ini isu strategik tidak padan diletak di bawah autoriti negeri. Dia perlu ada punca kuasa lain sebab itu kita cadangkan Hulu Muda Basin Authority yang dimodelkan dengan Murray-Darling di Australia. Sebab ini isu strategik. Kepentingan strategik negara tidak padan letak bawah pentadbiran daerah Padang Terap, tidak padan. Okey, itu isunya.

final • 7:00 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Okey.

final • 7:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Saya fikir kena sedikit anjakan, tidak boleh terikat dengan ketentuan undang-undang semasa.

Dahulu air bawah negeri juga, kemudian kita buat WASIA kemudian kita buat SPAN, pusat ambil alih. Itu point saya. Jadi water catchment area merupakan keutamaan yang cukup penting. Mesti ada ikhtiar daripada Kerajaan Persekutuan.

final • 7:00 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Okey terima kasih. Saya lihat bahawa secara menyeluruhnya, saya bersetuju bahawa air ini perlukan sumber yang perlu kita urus secara lebih holistik tetapi kita ada beberapa kekangan-kekangan yang perlu kita atasi dan saya fikir Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu memahami bagaimana peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang telah memberi hak.

Antara itu cadangan-cadangan perlu diselesaikan di peringkat perundingan ke arah menjaga sumber tersebut untuk dimanfaatkan oleh ketiga-tiga negeri. Ada pun penyelesaian jangka panjang bagi seluruh sistem bekalan air sebenarnya di pihak

final • 7:00 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

kementerian kita sedang merangka suatu perancangan besar bagaimana untuk pastikan sekuriti air ini diletakkan sebagai keutamaan termasuk pada masa hadapan.

Itu antara jaminan yang saya boleh bagi kepada Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu berhubung dengan perkara yang dibangkitkan. Berhubung dengan kelewatan tentang projek yang telah dibangkitkan kelewatan iaitu Projek Rangkaian Paip Pembetungan di Bayan Baru Pulau Pinang, Fasa 2.

Untuk makluman pemberian EOT sebanyak enam kali dengan kelewatan melebihi 300 hari disebabkan berlakunya pertukaran jajaran paip pembetungan daripada mengelak laluan yang dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti lain seperti TNB, paip bekalan air dan sebagainya. Walau bagaimanapun jajaran baru semua terdapat juga halangan yang agak besar berhubung dengan penemuan batu yang agak keras yang memerlukan letupan oleh pihak kontraktor. Perkara ini menyebabkan perubahan skop dan pertambahan kuantiti dan menyebabkan penambahan skop sebanyak RM11 juta kepada projek ini. Berdasarkan penelitian terkini dan program kerja dikemukakan oleh pihak perunding projek ini dijangka siap pada 28 Julai 2023. Itu untuk makluman Yang Berhormat.

Yang Berhormat Kuala Langat membangkitkan isu. Yang Berhormat Kuala Langat ada. Saya ingat dia keluar. Saya akan jawab secara bertulis dan saya telah maklum kepada beliau. Yang Berhormat Raub membangkitkan isu EIA sebagai satu mekanisme dan dicadangkan supaya penggunaan tanah...

[Disampuk]

final • 7:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi. Bahagian saya tadi ada satu lagi yang saya ingat Yang Berhormat Menteri tertinggal. Soal peranan pengurusan aset air di bawah Menteri Kewangan (Diperbadankan) di mana Pulau Pinang melakukan migrasi tahun 2011. Ada satu lagi komponen iaitu pembinaan Mengkuang Dam yang ada dua fasa lagi belum siap.

Jadi saya bangkitkan tadi ketika pengurusan aset air mengambil alih aset air Pulau Pinang. Antaranya adalah termasuk perjanjian ditandatangani itu untuk membina Mengkuang Dam dengan nilai RM1.2 bilion dan ada dua fasa lagi yang belum siap.

final • 7:00 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Ya. Untuk makluman kita pun, saya rasa sudah jawab dalam Dewan ini beberapa kali berhubung dengan isu yang dibangkitkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri. Kita telah pun selesai dalam Fasa 1, dan tandatangan penyerahan telah pun dibuat. Manakala Fasa 2 dalam proses penyiapan.

Cuma Fasa 3 di peringkat kementerian mendapati bahawa ia belum menjadi keperluan buat masa ini.

Untuk makluman Dewan yang mulia khususnya Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, bahawa Empangan Mengkuang ini penggunaannya yang sangat minimum ya.

Pulau Pinang punya rizab air yang tertinggi lebih daripada 30 peratus rizab air berbanding negeri-negeri lain.

Oleh itu keutamaan diberi dengan peruntukan yang sedia ada untuk memenuhi keperluan-keperluan yang agak kritikal di tempat-tempat lain. Manakala, kajian terhadap keperluan Fasa 3 akan dilakukan oleh pihak kementerian bila mana sampai waktu yang kita lihat kesesuaian dan kepentingan pada waktu itu. Itu penjelasan saya berhubung dengan Empangan Mengkuang. Terima kasih.

final • 7:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Sedikit jaminan saya hendak minta daripada Yang Berhormat Menteri. Saya tidak mahu mengganggu lagi selepas ini. Yang Berhormat Menteri, kalaupun pusat memilih untuk downscale spesifikasi pembinaan sebab kosnya sekarang bukan RM1.2 bilion lagi. Yang Berhormat Menteri tahu benda itu. Kita mohon supaya ia tidak dilakukan keputusan secara sebelah pihak, unilateral decision. Yang Berhormat Menteri mungkin berpendapat bahawa sumber air bekalan air Pulau Pinang sudah mencukupi tetapi perancangan keperluan air ini harus melihat lima, 10 ke-20 tahun akan datang.

final • 7:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Pembinaan Mengkuang Dam itu adalah untuk comply dengan keperluan masa hadapan. Sekarang mungkin tidak cukup tetapi apabila sudah cukup, baru kita tengok saiz dam tidak cukup padan untuk memuat berapa bilion liter air yang kita maksudkan.

final • 7:10 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Jadi, pertama, projek itu sudah di-downscale. Kedua, Fasa 2B dan 2C itu sudah kelewatan.

Saya bangkitkan ini sebab di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini, sewaktu berbincang dengan Ketua Menteri – beliau tidak sempat hadir. Saya diminta untuk membangkitkan perkara ini. Jadi, saya hendak tekankan bahawa dia tidak boleh tengok dari sudut sekarang sudah cukup. Tidak. Kena tengok keperluan akan datang.

Perkara ini sudah diselesaikan seawal tahun 2011 tentang kapasiti dam. Tidak boleh kata sekarang cukup, maka kita kena downscale.

final • 7:10 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Masa saya – sorry. Sebenarnya isu ini telah dibangkitkan banyak kali dalam Dewan dan jawapan telah pun saya beri kepada pertanyaan-pertanyaan yang dibangkitkan. Apa yang dibangkitkan itu ialah kita menerima – Untuk makluman juga, bahawa selain daripada isu Empangan Mengkuang, Pulau Pinang juga sedang berusaha untuk mendapatkan bekalan air daripada Perak Utara bagi keperluan pada masa hadapan.

Saya lihat bahawa 30 peratus reserve ini antara tertinggi di Malaysia berbanding negeri-negeri yang lain. Ada sesetengah negeri kosong reserve margin langsung. Oleh kerana itu, kita harus melihat secara menyeluruh keperluan pembangunan bukan hanya kepada satu-satu perkara.

Walau bagaimanapun, saya jelaskan bahawa isu Mengkuang Dam dan keperluan Pulau Pinang telah pun dijawab berulang kali dalam Dewan ini dan saya fikir perkara itu telah jelas. Terima kasih Yang Berhormat.

Oleh kerana masa saya tidak ada, saya fikir― Yang Berhormat Raub ada? Yang Berhormat Raub tidak ada, saya jawab bertulis.

final • 7:10 PM

Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji - Raub

Raub ada, ada.

final • 7:10 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Sorry, Yang Berhormat Raub ada. Yang Berhormat Raub bangkitkan isu EIA berhubung dengan kawasan-kawasan pertanian yang kecil. Untuk makluman, bahawa EIA ini terikat dengan syarat-syarat yang tertentu dengan keluasan, ada Jadual 1 dan Jadual 2.

Walau bagaimanapun, di peringkat kementerian, kita memastikan bahawa pematuhan kepada EIA yang telah dimohon dapat kita pantau berterusan. Namun begitu, selain daripada pihak kementerian, agensi-agensi yang lain juga turut sama memantau.

Saya akui bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Raub ialah berhubung dengan implikasi daripada pertanian ini menyebabkan kadar untuk rawatan air yang teruk, lebih daripada 3,000 NTU di loji tersebut.

final • 7:10 PM

Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji - Raub

Yang Berhormat Menteri, saya hendak tambah sedikit. Sebenarnya apa yang ingin saya nyatakan bukan hanya di Raub sahaja. Saya rasa mungkin di kawasan lain pun sama juga. Sekiranya kawasan pertanian ini dibuka dalam skala kecil tetapi individu-individu ini kalau dikumpulkan, ia akan menjadi satu skala yang besar. So, kalau skala yang besar ini tidak ada satu inisiatif daripada pihak kementerian untuk menyelesaikan masalah EIA, jadi perkara ini tidak akan berkesudahan akhirnya.

Jadi, apa yang saya minta itu ialah satu paradigma baharu supaya perkara ini boleh dibincangkan dengan kerajaan negeri atas kapasiti di bawah kementerian Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 7:10 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Terima kasih. Cuma pandangan saya bahawa isu untuk mengawal ini bukan hanya terikat dengan EIA, tetapi peraturan- peraturan yang ada di peringkat kerajaan tempatan, di peringkat kerajaan negeri sebenarnya turut sama membantu.

Sebab, kalau kita hendak supaya semua projek pertanian yang kecil ini perlu ada proses EIA, saya fikir kita tidak mampu di peringkat untuk memastikan semua. Akan tetapi, penguatkuasaan di peringkat PBT, kerajaan negeri dan sebagainya termasuk agensi-agensi supaya mereka mematuhi peraturan-peraturan terutama tentang projek- projek yang mesti ada buffer zone di kawasan sungai dan sebagainya.

final • 7:10 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Akibat itu, kita lihat juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Raub tentang projek bekalan air bagi mengatasi kekeruhan di Loji Sungai Bilut, Sungai Semantan dan Sungai Klau. Bilamana siap pembinaan mendapan ini – kita dalam proses menyiapkan tiga ini dan LRA dijangka dapat beroperasi walaupun NTU mencapai tahap 5,000 NTU.

Loji-loji yang terlibat dalam kerja-kerja pembaikan ialah LRA Bilut, RM8.4 juta, kemajuan 33 peratus dan dijangka siap April 2022. LRA Semantan, RM5.68 juta dengan kemajuan 57 peratus dan dijangka siap Februari 2022. Dan LRA Sungai Klau, RM3.6 juta dengan kemajuan 67 peratus dan dijangka siap pada Februari 2022.

Yang Berhormat Sepang membangkitkan soal penglibatan – walaupun beliau tidak ada, saya fikir soalan ini perlu dijawab supaya tidak timbul spekulasi yang tidak betul.

final • 7:10 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Kuala Krai ada. Kuala Krai ada dalam Dewan.

final • 7:10 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Yang Berhormat Sepang. Yang Berhormat Sepang tidak ada tetapi saya hendak jawab sebab dia menimbulkan ada tohmahan sedikit.

Saya hendak jelaskan bahawa, untuk makluman, KASA tidak pernah memberi kebenaran rasmi kepada Yang Berhormat Senator Jaziri untuk hadir ke Ekspo Dubai.

Kehadiran Yang Berhormat Senator Jaziri ke Ekspo Dubai adalah atas kapasiti sendiri dan tiada dibiayai oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air.

Mengenai isu penglibatan yang disebutkan kawan-kawan kepada Penolong Setiausaha Bahagian Adaptasi Perubahan Iklim di Ekspo Dubai, KASA ingin memaklumkan tiada penglibatan individu yang tidak berkenaan dalam ekspo tersebut.

Kesemua yang hadir adalah berdasarkan kepakaran dalam bidang masing-masing dan dijemput sebagai penceramah dalam program-program rasmi sahaja. Manakala kehadiran individu itu di atas tanggungan peribadi, bukan tanggungan daripada dana kerajaan.

[Tepuk] Tentang Yang Berhormat Kubang Pasu. Yang Berhormat Kubang Pasu membangkitkan tentang bantuan RM10 juta kepada IWK. Untuk makluman, bantuan kewangan kepada IWK adalah bagi menampung kos operasi IWK yang tidak boleh ditampung melalui kutipan tarif. Tarif IWK ini telah pun tidak pernah naik sejak mula ia diwujudkan.

Melalui Pelan Pemulihan Perniagaan IWK, KASA menjangkakan bantuan kewangan kepada IWK dapat kita kurangkan berperingkat bilamana IWK sendiri telah merancang beberapa program untuk mencari dana bagi menampung projek-projek tersebut. Ini termasuklah untuk menyemak semula tarif pembetungan dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, saya hendak beri jaminan bahawa semakan-semakan, kita akan beri keutamaan kepada mereka yang susah untuk tidak menanggung kos kenaikan tersebut dan kita akan tampung melalui beberapa program-program yang lain.

Satu perkara yang saya fikir saya perlu jawab – takut masa tidak sempat – ialah berhubung kenapa negeri Sabah banyak yang membuat pinjaman bekalan air, tidak melalui geran.

Untuk makluman Dewan yang mulia, peraturan-peraturan yang ada menunjukkan bahawa negeri-negeri yang telah melakukan migrasi kepada Kerajaan Pusat, semua pembangunan air kawasan luar bandar akan diinovasi, ditukar dalam bentuk geran.

Manakala negeri-negeri yang tidak melakukan migrasi, maka ia kekal dalam bentuk pinjaman diberi oleh Kerajaan Pusat kepada kerajaan negeri.

Sehingga setakat ini, di Semenanjung, Terengganu belum melakukan migrasi kepada pusat, dan juga Sabah dan Sarawak. Oleh kerana itu, walaupun ia tidak dalam bentuk geran tetapi pinjaman paling besar diberi untuk selesaikan masalah air ialah untuk Sabah dan Sarawak. Kita berusaha supaya projek-projek yang dibuat di peringkat negeri, pelantikan kontraktor pemantauan kepada projek dan sebagainya diurus oleh syarikat air negeri. Sila.

final • 7:10 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Terima kasih Yang Berhormat. Saya dapat memahami bahawa Sabah atau negeri-negeri yang belum lagi migrasi mengikut SPAN dan sebagainya, atau dengan lain perkataan, hal air belum lagi diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan atau pun diletakkan dalam Senarai Bersama.

Akan tetapi, saya fikir itu tidak berapa adil untuk meletakkan dalam pinjaman sebab ini adalah perkara yang asas.

Kalau dalam hal air pun diletakkan sebagai pinjaman, saya ingat itu tidak berapa adil. Saya ingat kalau itulah dasar Kerajaan Persekutuan, ia salah satu dasar yang perlu dikaji semula. Oleh sebab ini berkenaan dengan air. Jadi, saya ingat tidak berapa wajarlah dasar itu kalau itulah sebabnya. Sedangkan apabila disebut RM2.1 bilion peruntukan untuk negeri dalam hal air tetapi akhirnya pinjaman. So, what difference does it make? Kita boleh pinjam dari bank sahaja, tidak perlu lagi pilih Kerajaan Persekutuan sebab dia punya interest empat peratus juga.

final • 7:10 PM

Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu

Yang Berhormat Menteri, Kubang Pasu. Yang Berhormat Menteri sebut bagi negeri yang telah melakukan migrasi, tidak ada lagi pinjaman. Akan tetapi, Kedah yang telah pun melakukan migrasi masih ada lagi RM45.1 juta sebagai pinjaman. Terima kasih.

final • 7:10 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Untuk makluman, negeri-negeri yang melakukan migrasi, kita akan menilai aset yang sedia ada dan aset tersebut sebagai jaminan kepada peruntukan yang diberi kepada negeri setelah kita tolak semua kos pembangunan air di luar bandar. Akan tetapi, sesetengah negeri, hutangnya mungkin dalam RM2 bilion atau RM3 bilion dan setelah kita tolak kos pembangunan air luar bandar, mungkin dia akan dapat pengecualian pelepasan hutang sebanyak RM2 bilion, manakala RM1 bilion lagi masih lagi dianggap sebagai hutang sebab ia tidak termasuk dalam kategori pembangunan air luar bandar.

final • 7:10 PM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Itu antara sebab kenapa sesetengah negeri migrate masih lagi ada kandungan hutang. Sebab tidak semua bekalan air yang diberi dapat kita tolak kecuali kawasan luar bandar. Manakala untuk makluman, selain daripada itu, negeri-negeri yang telah melakukan migrasi juga sebenarnya buat pinjaman kepada PAAB untuk projek pembangunan. Bukan semua geran, bukan ya. Dia masih lagi buat pinjaman oleh PAAB bagi negeri di Semenanjung dengan peruntukan pembangunan di Sabah dan Sarawak dalam bentuk pinjaman.

Walau bagaimanapun, selain daripada itu untuk makluman, di bawah peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar, semua diberi peruntukan dalam bentuk geran bagi bekalan air di kawasan luar bandar termasuk di Sabah dan Sarawak. Apa yang saya sebutkan ini ialah hanya dalam konteks Kementerian Alam Sekitar dan Air sahaja. Yang lain-lain masih lagi dalam bentuk geran untuk Sabah dan Sarawak.

Yang Berhormat Kubang Pasu ada membangkitkan beberapa projek yang diminta secara detil. Saya rasa saya perlu beri secara bertulis ya. Sebab banyak perkara-perkara yang – Masa saya sudah tidak ada. Untuk makluman juga sumber air merupakan geran, manakala bekalan air dalam bentuk pinjaman melalui PAAB ataupun dalam bentuk DE.

Tuan Pengerusi, saya fikir masa kita terlewat ini dan banyak lagi perkara yang saya hendak perlu detail-kan dan...

final • 7:20 PM

Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Tumpat ada ini, Tumpat.

final • 7:20 PM

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Yang Berhormat Tumpat ada, banyak semua ada tetapi ramai lagi yang ada dalam Dewan. Oleh sebab masa tidak mengizinkan...

final • 7:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sikit mungkin dari Sik.

final • 7:20 PM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

KK ada, KK ada.

final • 7:20 PM

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

...Saya fikir saya akan jawab secara detailed kepada semua Ahli-ahli Parlimen yang mengemukakan soalan.

final • 7:20 PM

Seorang Ahli

Tambah sikit masa lagi.

final • 7:20 PM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

KK ada kan.

final • 7:20 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu ada.

final • 7:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Kalau Sik mohon sikit penjelasan.

Boleh Yang Berhormat Tuan Pengerusi.

final • 7:20 PM

Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu

Tuan Pengerusi, minta sikit, ini benda yang umum yang saya tanya tadi tentang pembangunan sumber air negara RM12.7 juta. Sikit hendak tahu apa yang hendak dibuat dengan pembangunan.

Terima kasih.

final • 7:20 PM

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Untuk makluman, kita sedang berusaha untuk tingkatkan bekalan air bagi seluruh negeri. Antara cadangan besar ialah bagaimana untuk kita menubuhkan suatu melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara untuk melihat secara holistik semua bekalan air dan sumber-sumber air bagi negeri-negeri termasuklah untuk pembinaan kolam takungan TAPS bagi memastikan bekalan-bekalan air di negeri itu dapat diwujudkan.

Bila berlaku soal pencemaran air baru-baru ini di Selangor sebagai contoh. Kita lihat antara faktor besar ialah kerana pergantungan pada satu- sumber dan tidak ada sumber alternatif. Lantaran itu kita mencadangkan supaya suatu kajian menyeluruh dibuat bagi memastikan pembangunan bekalan air negara dapat kita wujudkan supaya masalah- masalah yang berlaku itu dapat kita atasi.

Sebagai contoh, bila kita wujudkan TAPS, bila punca utama tercemar, bekalan air terus dapat dibekalkan kepada penduduk sehinggalah punca utama itu dapat dibersihkan.

Ini perlukan satu kajian yang besar sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kulim tadi bahawa air ini merupakan sebuah institusi yang kita letakkan sebagai agenda utama bagi pembangunan negara pada SPAN. Sebab itu peruntukan diperuntukkan untuk bahagian tersebut. Terima kasih.

final • 7:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri, bolehkah sikit. Bagi Sik sikit penjelasan.

final • 7:20 PM

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Yang Berhormat Sik perkara berhubung yang dibangkitkan, satu sistem pengairan untuk tanaman padi terutama di Kedah yang terjejas akibat perubahan iklim.

Untuk makluman Yang Berhormat, negara mempunyai sumber air yang mencukupi untuk pelbagai kegunaan termasuk pertanian. Bagi mendepani cabaran perubahan iklim, kementerian giat menjalankan penerokaan sumber-sumber air alternatif.

Antara sumber alternatif yang diteroka oleh pihak kementerian ialah air takungan pesisir pantai, takungan air bawah tanah, sistem penuaian hujan dan air atmosfera dan juga takungan air pinggiran sungai TAPS di mana lima antara sumber air ini kita jangka antara sumber yang boleh kita atasi masalah bekalan air yang sedang berlaku sama ada untuk pertanian ataupun untuk keperluan seharian.

Pada masa kini, pihak NAHRIM masih lagi dalam fasa penyelidikan bagi menilai potensi kegunaan sistem takungan pesisiran laut di beberapa buah lokasi strategik termasuk di Kedah dan di Perlis.

final • 7:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sikit penjelasan Yang Berhormat Menteri. Yang disebut tadi dari awal berkaitan dengan Lembangan Sungai Muda ya, dibangkit oleh Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu tadi. Dalam satu laporan yang disebut berkaitan dengan hak riparian atau riparian right, Pulau Pinang sepatutnya hanya boleh menerima air sebanyak lima peratus daripada Sungai Muda. Sungai Muda dan juga Hulu Muda ini di daerah Sik Yang Berhormat Menteri.

Jadi adakah Yang Berhormat Menteri setuju untuk Pulau Pinang juga melihat hak dia bersama untuk dia menjaga sumber air di Hulu Muda dalam maksud dia memberi satu komitmen dari segi sumbangan ataupun satu bayaran kepada Kedah sebagai pengorbanan untuk mengekalkan sumber air ini bagi mengekalkan kita kata Lembangan Sungai Muda ini sebagai sumber kepada ketiga-tiga negeri utara ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 7:20 PM

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Yang Berhormat untuk makluman, perkara ini telah pun saya jelaskan dalam jawapan tadi dan sebelum ini dalam Dewan yang mulia ini bahawa dalam keperluan bersama tiga-tiga negeri yang bergantung pada Lembangan Hulu Muda, maka sepatutnya aspek-aspek win-win situation ataupun menang-menang itu dapat kita capai di mana pengorbanan kerajaan Kedah yang tidak menebang hutan perlukan suatu perkongsian sumbangan walaupun tidak dalam bentuk bayaran.

Akan tetapi baru-baru ini bila Perdana Menteri telah umumkan peruntukan ataupun dana kepada mana-mana negeri yang jaga hutan, jaga kawasan tadahan air akan diberi peruntukan. Saya fikir ini antara berita yang melegakan sikit bagi negeri Kedah khususnya.

Akan tetapi saya bersetuju bahawa sebarang lembangan sungai berkongsi negeri hendaklah berkongsi juga tentang manfaat yang kita dapat dengan negeri yang telah berkorban. Sekurang-kurangnya dua-dua pihak mendapat manfaat daripada penjagaan dan bekalan air bagi negeri-negeri tersebut.

Tuan Pengerusi, saya fikir itu jawapan saya hendak sebut...

final • 7:20 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu sikit Yang Berhormat Menteri.

final • 7:20 PM

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Banyak lagi, tapi oleh sebab itu saya fikir saya perlu jawab secara bertulis. Sebahagiannya projek termasuklah saya minta maaf Yang Berhormat Wangsa Maju. Saya sudah ada jawapan berhubung dengan perkara dibangkitkan dan tapi oleh sebab masa tidak mengizinkan, saya akan jawab secara bertulis termasuk isu SPRM yang dibangkitkan tadi ya. Terima kasih.

final • 7:20 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di Kementerian Alam Sekitar dan Air. Oleh itu, tamatlah perbahasan dan jawapan Yang Berhormat Menteri pada peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Alam Sekitar dan Air.

Yang Berhormat semua, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM565,535,200 untuk Kepala B.33 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2022 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.33 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 7:20 PM

Tuan Pengerusi

Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.33 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2022 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.33 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 7:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Bentara. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 6 Disember 2021.

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, dan salam sejahtera.

final • 7:20 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.28 mlm]

Hak Cipta Terpelihara © 2026