Dec012021

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, salam sejahtera semua. Saya menjemput Yang Berhormat Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari, silakan.

final • 10:00 AM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum itu, saya ucapkan tahniah kepada pasukan KL City kerana berjaya menggondol Piala Malaysia mengalahkan JDT.

Tahniah Yang Berhormat Ketereh dan Yang Berhormat Shah Alam. Soalan saya nombor 1.

final • 10:00 AM

1. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan perkembangan terkini projek pembinaan tebatan banjir di tepi Sungai Golok yang melibatkan sempadan antarabangsa Malaysia-Thailand.

final • 10:00 AM

Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Mas. Tuan Yang di-Pertua, dalam Rancangan Malaysia Ke-11, kerajaan telah pun meluluskan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok (KESBAN) Fasa 1 yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran dengan kos sebanyak RM656 juta.

Projek ini dijangka siap pada 13 Ogos 2024 dengan kemajuan keseluruhan fizikal kerja sebenar di tapak sehingga November 2021 ialah sebanyak 44 peratus telah dicapai berbanding jadual asal hanya 23 peratus.

Untuk makluman Dewan yang mulia, status pelaksanaan projek KESBAN Fasa 1 mengikut skop utama ialah seperti berikut; iaitu pembinaan struktur pintu air Kuala Jambu.

Ini telah siap 100 peratus. Pembinaan ban banjir Sungai Lemal, Lanchang-Lemal di bahagian hilir telah pun siap 98 peratus, manakala bahagian hulu telah siap 95 peratus.

Projek yang dalam proses pembinaan KESBAN ialah pembinaan ban banjir Sungai Golok telah pun siap 20 peratus dan ban banjir Sungai Mentua akan bermula selepas itu.

Bagi Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok Fasa 2, penumpuan telah pun diberikan kepada salah satu komponennya yang telah diluluskan dalam Rolling Plan 2 (RP2) iaitu projek pembinaan flood wall Rantau Panjang dengan kos projek sebanyak RM465 juta sepanjang 2.5 kilometer yang merangkumi kawasan Bandar Rantau Panjang. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan, soalan tambahan satu.

final • 10:00 AM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan tadi. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima

final • 10:00 AM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

kasih kepada Yang Berhormat Menteri di atas lawatan ke Pasir Mas tiga hari lepas bagi meninjau projek pembinaan tebatan di Kampung Pohon Celagi.

Soalan saya di sebalik kelulusan sebahagian komponen flood wall KESBAN Fasa 2 iaitu pembinaan flood wall Rantau Panjang sahaja iaitu sebanyak RM465 juta dalam RP2 RMKe-12 sebagaimana yang dinyatakan tadi oleh Yang Berhormat Menteri, apakah sebenarnya skop keseluruhan KESBAN Fasa 2 ini dan berapakah kos keseluruhannya?

Saya mohon juga supaya kalau ada komponen lain juga, minta dipertimbangkan untuk kelulusan segera dalam masa beberapa tahun ke depan ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 10:00 AM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Terima kasih. Untuk makluman Yang Berhormat, bahawa projek KESBAN Fasa 2 ini telah pun dimohon dalam RP2 Rancangan Malaysia Ke-12 dengan keseluruhan kos ialah sebanyak RM1.5 bilion. Skop projek KESBAN Fasa 2 sebagaimana yang ditanya ialah meliputi 12 komponen besar.

Di antaranya ialah soal kerja ukur, pengambilan tanah, pengurusan projek di samping pembinaan ban banjir Sungai Golok dari Kampung Lanchang ke sempadan jajahan Pasir Mas yakni Kampung Limau Purut, pembinaan ban banjir Sungai Lanchang- Lemal, pembinaan ban banjir dari Kampung Limau Purut di Pasir Mas ke Ayer Lanas di Jeli dan pembinaan ban banjir Alor Mengkuang, Sungai Pengkalan Nangka, Sungai Meranti dan menaikkan taraf kolam takungan To’ Uban dan penambahbaikan Sungai Jedok dan Sungai Lanas. Ini di antara 12 komponen.

Daripada komponen tersebut, kita telah pun keluarkan satu komponen penting iaitu bagi melindungi kawasan Bandar Rantau Panjang dengan kos sebanyak RM465 juta sebagaimana yang telah saya nyatakan tadi. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, silakan Simpang Renggam.

final • 10:00 AM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri, saya pernah bawakan beberapa bulan yang lalu isu pencemaran udara di kawasan Machap di dalam Parlimen Simpang Renggam yang disebabkan oleh najis ayam ternakan.

Jadi, terdapat beberapa pusat penternakan ayam yang menguruskan najis dengan tidak mengikut SOP sepatutnya dan juga penggunaan najis ayam ini untuk dijadikan baja. Jadi, ini menyebabkan bau yang tidak selesa bagi kalangan penduduk Machap.

Jadi, kita telah berurusan dengan JAS acap kali, dengan veterinar juga, namun perkara ini masih berterusan selama bertahun. Jadi, kita minta daripada kementerian untuk melihat isu ini dengan serius kerana ia isu yang sekian lama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Ya, ini lari daripada soalan asal yang melibatkan pencemaran udara, bukan soal banjir. Walau bagaimanapun, saya nak jelaskan bahawa kelulusan sesuatu projek bergantung kepada kementerian yang terlibat.

Biasanya kalau Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), mereka akan terlibat dalam soal pemberian lesen dan sebagainya.

Manakala Jabatan Alam Sekitar pula ialah apabila menerima aduan tentang soal pencemaran udara, akan bertindak dengan peraturan AKAS yang sedia ada di peringkat kementerian supaya mana-mana projek yang tidak berlaku pencemaran udara sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Isu ini telah pun dibangkitkan dulu dan saya pun telah buat jawapan bertulis.

Walau bagaimanapun, bagi pihak kementerian, kita akan monitor tentang pencemaran udara sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan saya juga seakan-akan sama dengan apa yang telah disuarakan oleh Yang Berhormat Pasir Mas di mana di Papar ini ada tiga DUN. Di dalam tiga DUN itu, banyak kampung yang selalu terkena banjir apabila hujan. Apabila hujan, penduduk-penduduk di

final • 10:10 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

kampung ini tidak dapat tidur. Fasal apa? Fasal mereka takut apa bencana yang akan datang ke rumah mereka. Begitu juga saya sebagai wakil rakyat. Saya tidak dapat tidur kerana tiap-tiap hari dan tiap-tiap jam ada orang menelefon juga fasal banjir.

Jadi, saya ingin meminta kementerian supaya tebatan banjir yang mana kami telah pohon kepada kementerian ini dapat dilaksanakan secepat mungkin kerana orang- orang Papar ini tiga DUN ini bukan sedikit, ramai. Jadi, kami betul-betul memerlukan bantuan.

Keduanya ialah ternakan khinzir di Kampung Kawang juga. Apabila hari hujan, banjir, maka sisa-sisa ini akan mengalir ke sungai. Jadi, ini adalah satu yang harus kita atasi. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Terima kasih Yang Berhormat Papar.

Perkara tentang banjir ini, Yang Berhormat Papar pun merujuk sebagaimana telah pun beberapa kali dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini. Sebahagian besar apa yang dibangkitkan telah pun saya jawab dengan peruntukan-peruntukan yang telah pun diluluskan oleh pihak kementerian.

Soalnya, terkadang sebenarnya isu banjir ini ia melibatkan banyak kawasan terutama mutakhir ini banjir kilat yang berlaku dan sebagainya. Untuk Papar, kita sebenarnya telah ada peruntukan dan saya perlu rujuk balik kepada fakta kerana ia lari daripada tajuk asal ya, soalan yang dibangkitkan. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Yang Berhormat Menteri, Papar belum menerima apa-apa pun jawapan fasal peruntukan.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Okey, terima kasih. Saya akan follow-up.

Saya akan pastikan jawapan dihantar. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

[Berpantun] Sabah Sarawak kembar ‘S’ berdua, Malaysia Timur wilayah terbesar negara, Jika Malaysia Barat Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak adalah Tanah Besar Malaysia.

final • 10:10 AM

2. Datuk Seri Panglima Madius Tangau [Tuaran] minta Perdana Menteri menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menjenamakan Wilayah Sabah dan Wilayah Sarawak sebagai Tanah Besar Malaysia (198,354 km2 atau 60 peratus daripada tanah Malaysia) memandangkan Federation of Malaya (132,265 km2 hanya 40 peratus daripada tanah Malaysia) sudah sekian lama dinamakan sebagai Semenanjung Malaysia.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) - Dato Hajah Hanifah Hajar Taib

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Keluarga Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Tuaran, berdasarkan semakan undang-undang yang dibuat oleh Jabatan Peguam Negara, didapati bahawa istilah ‘Tanah Besar Malaysia’ tidak pernah digunakan dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada.

Walau bagaimanapun, di bawah undang-undang sedia ada, terdapat beberapa istilah yang telah digunakan seperti, dengan izin, East Malaysia dan Peninsular Malaysia yang telah ditakrifkan di bawah seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] seperti yang berikut. Dengan izin...

“Definitions 3. The following words and expressions have the meanings hereby respectively assigned to them, that is to say― “East Malaysia” means the States of Sabah and Sarawak; “Peninsular Malaysia” means the States of Johore, Kedah, Kelantan, Malacca, Negeri Sembilan, Pahang, Penang, Perak, Perlis,

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) - Dato Hajah Hanifah Hajar Taib

Selangor and Terengganu and the Federal Territories of Kuala Lumpur and Putrajaya;” Diperhatikan bahawa takrif bagi istilah-istilah, dengan izin, ‘East Malaysia’ dan ‘Peninsular Malaysia’ tersebut diperuntukkan di bawah Akta 388 kerana merupakan istilah yang selalu digunakan pada waktu semasa.

Hendaklah ditekankan juga bahawa takrifan sedemikian tidak merujuk kepada keluasan kawasan negeri-negeri di dalam, dengan izin, East Malaysia dan Peninsular Malaysia mahupun perbezaan daripada segi kedudukan sebagai wilayah. Sebagai contoh, antara undang-undang sedia ada yang ada menggunakan istilah ‘East Malaysia’ dan ‘Peninsular Malaysia’ adalah seperti seksyen 63, seksyen 64 dan seksyen 72 Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155] dan Perintah Insurans (Pengecualian) (No. 2) 2012.

Selain negeri-negeri, Persekutuan Malaysia juga mempunyai Wilayah Persekutuan iaitu merujuk kepada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang ditubuhkan di bawah Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1973 [Akta A206], Wilayah Persekutuan Labuan yang ditubuhkan di bawah Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1984 [Akta A585] dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang ditubuhkan di bawah Akta Perlembagaan

(Pindaan) 2001 [Akta A1095]. Kesemua Wilayah Persekutuan tersebut hendaklah menjadi Wilayah-wilayah Persekutuan.

Oleh yang demikian, kerajaan berpandangan istilah sedia ada dalam undang- undang seperti yang diterangkan adalah memadai. Tambahan pula, cadangan pindaan Perkara 1(2) seperti yang diperuntukkan di dalam Rang Undang-undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2021 sekiranya diluluskan kelak akan memperuntukkan kembali istilah Negeri-negeri Borneo, dengan izin, The Borneo States yang mana merujuk kepada Sabah dan Sarawak. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Proses pembinaan negara memerlukan banyak faktor termasuk hal pemikiran dan juga nasionalisme. Dalam buku Imagined Communities yang ditulis oleh Benedict Anderson pada tahun 1983 melihat sebuah negara sebagai a socially constructed community imagined by the people who perceive themselves as part of that group. Dulu kita ada Pakistan Barat, lepas itu Pakistan Timur. Akhirnya Pakistan Timur jadi Bangladesh. Jika barangkali di Semenanjung ini dulu West Malaysia, Malaysia Barat, tetapi Malaysia Barat sudah tidak ada, tidak digunakan lagi. Sekarang dipakai Semenanjung Malaysia. Malaysia Timur pun tidak lagi dipakai sekarang. Hanya dirujuk Sabah dan Sarawak.

Barangkali, Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, janganlah kita tengok dalam pelbagai penulisan perundangan dan sebagainya. We are looking at an imagined community. Kita hendak bina Malaysia ini. Janganlah ada orang ataupun rakyat Malaysia yang merasa tersisih, tidak menjadi sebahagian daripada negara ini. Dengan ini, dia ada sudah hari ini parti-parti politik yang secara terus terang mengatakan kita mahu keluar daripada negara ini, dari Malaysia ini.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tuaran, soalan.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Sebab itu kami mengatakan bahawa kerajaan― saya mahu bertanya, adakah kerajaan mahu kaji ini dengan sebaik-baik mungkin supaya ketidakpuasan hati dari segi peruntukannya hanya kerana pembuat dasar tidak dapat melihat keluasan Tanah Besar Malaysia itu iaitu Sabah dan Sarawak? Kita mengatakan mahu dapat lebih daripada 30 peratus peruntukan pun tidak dapat. Diberi 10 peratus sahaja sebab dia ingat Sabah dan Sarawak kecil.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalannya, Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Soalannya, mahu kaji atau tidak? Itu sahaja. Sekarang kita ada unit Sabah dan Sarawak. Kajilah. Itu saya punya pertanyaan. Mahu kaji ataupun tidak? Jangan balik-balik rujuk-rujuk hanya kepada perundangan, perundangan, perundangan.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik, Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Ingatlah, kita mahu bina negara ini. Itu pertanyaan saya. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat tanya dua minit 20 saat, soalannya lima saat sahaja. Yang Berhormat, silakan.

final • 10:10 AM

Dato Hajah Hanifah Hajar Taib

Saya mengambil maklum. Namun demikian, penjenamaan tersebut tidak membawa apa-apa kerana perkara tersebut hanya untuk easy reference dan tidak menambah ataupun menolak apa-apa keistimewaan kepada mana-mana negeri. Insya-Allah, jikalau perlu, kita tengoklah. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Kajilah, Yang Berhormat. Kaji sahaja.

final • 10:10 AM

Dato' Haji Salim Sharif - Jempol

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang baik hati, yang bijaksana lagi dihormati. Sebelum ini, mantan Perdana Menteri ada mengeluarkan kenyataan memberi gelaran baharu kepada Sabah dan Sarawak iaitu Wilayah Sabah dan juga Wilayah Sarawak. Saya difahamkan gelaran tersebut meletakkan Sabah dan Sarawak di kedudukan yang berbeza dari negeri-negeri lain.

Soalan saya, apakah kedudukan perbezaannya di negeri lain yang dimaksudkan oleh kerajaan menerusi gelaran baharu tersebut dan apakah implikasinya terhadap status Sabah dan juga Kerajaan Sarawak? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Dato Hajah Hanifah Hajar Taib

Di dalam Perlembagaan, memang terletak bahawa kedudukan Sabah dengan Sarawak adalah seperti negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

final • 10:10 AM

Dato Hajah Hanifah Hajar Taib

Daripada segi Perlembagaan- kita mengikuti dan kita mempunyai beberapa contoh yang menekankan persamaan bahawa, dengan izin, it is as it is, Sabah and Sarawak is part of a state in Malaysia such as what is given...

final • 10:20 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Jawapan bertulislah, saya semak payah itu.

Bagi jawapan bertulis pun tidak apa. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Dato Hajah Hanifah Hajar Taib

Seperti yang telah saya jawab tadi, Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri mempunyai kedudukan undang-undang yang sendiri. If you say Federal Territory, dengan izin, ia mempunyai daripada segi perundangannya yang berlainan. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman.

Silakan.

final • 10:20 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mengambil peluang pagi yang ceria ini mengemukakan soalan dengan pantun.

*Banjir 2014 datang melanda:

Buat pedoman masa hadapan:

Soalan saya nombor tiga:

Rakyat Kuala Krai menanti jawapan.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

3. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Perdana Menteri menyatakan, apa inisiatif pihak kerajaan untuk memastikan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dilengkapi infrastruktur dan fasiliti lengkap bagi menjadikan APM lebih bersiap siaga dalam pengurusan bencana seperti banjir di setiap peringkat.

final • 10:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Batang bukan sebarang batang; Batang tegak pohon jati; Datang bukan sebarang datang; Datang hendak jawab untuk Kuala Krai senang hati. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sedang mempertimbangkan beberapa inisiatif dengan berpandukan pada matlamat strategi yang telah digariskan oleh APM dalam Pelan Strategik 2021-2025 APM dan di bawah Rolling Plan Kedua, Rancangan Malaysia Ke-12 bagi tahun 2022 sebagaimana seperti berikut:

(i) untuk memastikan APM berada di setiap daerah seluruh negara dengan pembangunan premis bangunan milik sendiri secara berperingkat;

(ii) memperoleh aset di darat, pelbagai kenderaan, aset udara umpamanya unmanned aerial vehicle (UAV), dengan izin, dan aset di air iaitu SONAR system;

(iii) perolehan kelengkapan pelindung diri (PPE) bagi anggota dan pegawai APM untuk mendepani situasi bencana, krisis mahupun kecemasan;

(iv) perolehan kemudahan latihan dan fasiliti simulator secara berperingkat di empat buah Institusi Latihan Pertahanan Awam

(ILPA);

(v) penyelenggaraan dan perolehan baharu peranti serta beberapa kelengkapan untuk Sistem Amaran Awam ataupun Public Warning System APM di seluruh negara; dan

(vi) pembangunan berfasa sistem pengurusan bencana secara digital kepada rakyat yang dikenali sebagai APM Tribe.

Melalui inisiatif-inisiatif ini, membuktikan bahawa kerajaan sememangnya memandang serius akan keperluan APM dalam pengurusan bencana dan khidmat kemanusiaan bagi melindungi nyawa, harta benda sebagaimana tugas dan peranan yang termaktub di dalam Akta Pertahanan Awam Malaysia [Akta 221]. Semua ini bergantung kepada keupayaan kewangan negara. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 10:20 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Pokok Sena.

final • 10:20 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Nama sama kami Tuan Yang di-Pertua. Abdul Latiff- soalan tambahan Abdul Latiff kepada Yang Berhormat Menteri yang juga nama sama. Jadi, saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk datang ke Kuala Krai sebagai persiapan menghadapi banjir ini, Yang Berhormat.

Soalan tambahan saya ialah selain memperkasa fasiliti dan infrastruktur APM, apa strategi kerajaan dalam memastikan kekuatan anggota APM sebagai petugas memenuhi keperluan pengurusan bencana bagi fasa sebelum dan semasa sehinggalah ke persiapan akan datang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan.

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Tuan Yang di-Pertua, nama sama. Ya Latiff, ya Latiff.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Ya Azeez pun ada.

final • 10:20 AM

Dato’ Haji Salim Shariff - Jempol

Ya Salim pun ada.

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Ya Saafar, ya Jabbar. Terima kasih soalan tambahan daripada sahabat saya Kuala Krai. Insya-Allah bila saya sampai ke Kuala Krai, saya akan pakaikan Yang Berhormat Kuala Krai Kehormat Kolonel. Untuk Ahli-

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

ahli Parlimen ini, boleh kita bagi Kolonel Kehormat. Kalau hendak jadi satu star, kena jadi Menteri lah.

final • 10:20 AM

Dato’ Haji Salim Shariff - Jempol

Ada elaun sekali lah?

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Elaun dengar ada...

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, bagi memenuhi keperluan dan kompetensi, kecekapan para petugas APM, anggota sedia ada telah pun melalui kesemua modul kursus kemahiran dan akan melalui fasa latihan dan kursus refresher secara bersekala di lokaliti masing-masing atau di Institut Latihan APM.

APM menyasarkan untuk merekrut lebih daripada 10 ribu atau 303- platun, bagaimana matlamat dan Pelan Strategik 2021-2025 APM. Anggota-anggota ini akan menjalani latihan secara berfasa di lokaliti Institut Latihan APM bermula daripada modul asas sehingga ke peringkat kejurulatihan.

Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat Kehormat, ini Ahli-ahli Parlimen sekurang- kurangnya 16 jam pergi kursus walaupun tidak wajib tetapi Ahli-ahli Yang Berhormat akan jadi penghulu kepada komuniti dalam Parlimen tersebut. Maka, sebelum Yang Berhormat minta anak buah selamatkan itu, Yang Berhormat pun perlu ada ilmu-ilmu yang sebegini rupa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 10:20 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya bersetuju bahawa perlu dilengkapkan segala peralatan dan keperluan seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi yang saya hendak mempersoalkan, macam mana kita hendak lengkap sedangkan belanjawan untuk tahun depan ini berkurangan sebanyak RM13 juta. Ini satu problem yang akan dihadapi secara berterusan oleh APM yang akan terpaksa turun meminta sana sini dan sebagainya.

Saya tidak kisahlah sebagai Ahli Parlimen apa yang saya boleh bantu, saya boleh bantu. Akan tetapi sudah tentu kita tidak dapat hendak membantu sepenuhnya. Jadi, saya fikir bahawa ini kelemahan di peringkat Jabatan Perdana Menteri untuk memastikan Kementerian Kewangan dapat memberikan- mengenal pasti apa peruntukan sebenarnya yang perlu diberikan jumlah yang munasabah kepada institusi APM ini.

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Sahabat saya Yang Berhormat Pokok Sena. Satu soalan dan cabaran yang begitu baik. Sewaktu kita merancang belanjawan, memang betul tahun lepas kita punya bajet yang kita belanjakan seingat saya RM160 juta untuk memberikan keselesaan kepada 4,000 orang anggota tetap dan lebih kurang 30 ribu orang anggota sukarela.

Untuk tahun ini yang akan- telah pun diluluskan di Peringkat Jawatankuasa, RM146 juta itu memang cukup. Selama ini APM bila kita rancang, memang cukup. Kalau tidak cukup, ada- Jabatan Perdana Menteri sebuah jabatan yang begitu besar, dan kita ada cara bagaimana kita hendak berkembang mengikut kemampuan.

Sebab itu yang paling penting- macam tahun lepas, kita tidak gunakan banyak peruntukan kerana tidak ada kursus walhal peruntukan itu sudah ada. Walau bagaimanapun, kebanyakan ahli-ahli APM sukarela yang berkhidmat dikuarantin dan di PPV, mereka ini dibayar elaun daripada bot yang lain tetapi cukup.

final • 10:20 AM

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Jadi, ini menandakan bahawa pegawai-pegawai di JPM, mereka apabila mengatur sesuatu bajet itu prudent, cukup. Jangan main-main Yang Berhormat. Kalau tidak cukup, kita buat VO lah nanti, supplement budget. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 10:30 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Kalau cukup, dia tidak mintalah dekat MP.

[Ketawa]

final • 10:30 AM

Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah

Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Seterusnya, Yang Berhormat...

final • 10:30 AM

Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah

...Tuan Yang di-Pertua, satu. Pendek sahaja.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan ini sudah lama, sudah 13 minit Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah

Saya, boleh? Sedikit.

Dapatan setahun sudah, kita lihatkan Yang Berhormat Menteri, ramai sukarelawan profesional mahu menyertai APM termasuk juga doktor-doktor pakar. Ketika itu, kita mencadangkan supaya mewujudkan sebuah hospital yang kita panggil Hospital Angkatan Pertahanan Awam. Adakah kerajaan masih lagi melihat dari sudut peningkatan perkhidmatan sukarelawan dalam Angkatan Pertahanan Awam? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Jawapan ringkas Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Belum lagi Tuan Yang di-Pertua.

Walaupun idea itu bagus tetapi kita semua maklum bahawa perkhidmatan kesihatan adalah di bawah jurisdiction dan di bawah Kementerian Kesihatan yang menjadi custodian kepada pelbagai akta bagi kesihatan dan kesihatan awam. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Dr. Ong Kian Ming.

final • 10:30 AM

4. Dr. Ong Kian Ming [Bangi] minta Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan status terkini perbincangan FTA di antara Malaysia dan European Free Trade Association (EFTA) dan pendirian terkini kerajaan mengenai Malaysia-EU FTA (MUEFTA).

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Lim Ban Hong

Ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memandangkan soalan ini mengandungi dua komponen yang melibatkan dua Perjanjian Perdagangan Bebas, FTA dan juga MUEFTA, saya memohon sedikit masa lebih untuk menjelaskan...

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Fokus kepada jawapan Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Datuk Lim Ban Hong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Malaysia dan persatuan Perdagangan Bebas Eropah atau European Free Trade Association (EFTA) telah memulakan rundingan perjanjian perkongsian ekonomi ataupun Economic Partnership Agreement (EPAs) pada Mac 2014. Sehingga September 2017, sebanyak lapan pusingan rundingan telah diadakan dengan EFTA yang terdiri daripada gabungan empat buah negara iaitu Switzerland, Norway, Iceland dan Liechtenstein.

Rundingan tersebut telah tertangguh selepas itu sehingga disambung balik pada tahun 2019 di mana tiga pusingan rundingan telah diadakan. Pusingan terkini telah berlangsung dari 30 Ogos hingga 3 September 2021. Rundingan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Malaysia-EFTA, ringkasannya MEEPA merangkumi pelbagai bidang di mana sebanyak 14 kumpulan kerja telah ditubuhkan bagi merundingkan bab-bab di bawah MEEPA.

Bab halangan teknikal kepada perdagangan telah berjaya dimuktamadkan semasa pusingan kesepuluh yang berlangsung dari 25 hingga 28 Mei 2021. Selain itu, rundingan prosedur perkastaman dan fasilitasi perdagangan, peraturan tempasal dan pelaburan menunjukkan kemajuan yang memuaskan.

Walau bagaimanapun, rundingan akses pasaran, hak harta intelek, perdagangan dan pembangunan lestari, serta perolehan kerajaan masih tidak menunjukkan perkembangan yang ketara memandangkan Malaysia dan EFTA berbeza pendirian dan pendekatan dalam isu-isu ini.

Untuk pusingan ke-12 yang dijangka yang akan diadakan pada Januari 2022, konsultasi bersama pemegang taruh sedang giat dijalankan untuk memastikan MEEPA memberi manfaat kepada negara dan tidak membawa kesan negatif kepada rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas antara Malaysia dan Kesatuan Eropah atau Malaysia-EU FTA pula telah bermula sejak tahun 2010. Walau bagaimanapun, rundingan tersebut telah tertangguh sejak tahun 2012 berikutan tiada kata

final • 10:30 AM

Datuk Lim Ban Hong

sepakat bagi meneruskan rundingan berkaitan isu-isu sensitif seperti perolehan kerajaan, dasar bumiputera, hak harta intelek termasuk petunjuk geografi dan halal.

Pada tahun 2017, Malaysia dan EU telah mengadakan beberapa pertemuan bagi menilai tahap kesediaan masing-masing untuk menyambung semula rundingan Malaysia- EU FTA.

Memandangkan tiada perkembangan positif yang mampu dicapai, Jemaah Menteri pada 18 September 2019 telah bersetuju untuk menangguhkan rundingan FTA dengan EU sehingga kedua-dua pihak benar-benar bersedia untuk membincangkan kesemua isu tertangguh yang kompleks dan sensitif.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan menyedari hakikat bahawa EU merupakan salah satu rakan dagang dan sumber pelaburan utama bagi Malaysia. Justeru itu, sejak tahun lalu Kementerian MITI telah menganjurkan beberapa sesi libat urus bersama pihak industri dan pemegang taruh untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas mengenai kewajaran untuk Malaysia menyambung semula rundingan Malaysia-EU FTA.

Hasil daripada sesi libat urus tersebut, majoriti daripada responden berpandangan rundingan Malaysia-EU FTA perlu disambung semula khususnya bagi meluaskan akses pasaran dan meningkatkan daya saing syarikat-syarikat pengeksport tempatan.

Selanjutnya MITI juga baru-baru ini telah mengadakan perbincangan dengan Duta dan Ketua Delegasi EU ke Malaysia serta mengutus surat kepada EU mengenai hasrat untuk meneliti dan berbincang semula hala tuju Malaysia-EU FTA.

Kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sedia maklum akan kepentingan EU sebagai salah satu rakan dagang utama Malaysia dan telah mengambil langkah- langkah yang sewajarnya untuk menghidupkan semula rundingan Malaysia-EU FTA dan semua FTA yang ditandatangani oleh Malaysia perlu memberi manfaat yang jelas.

Kerajaan tidak akan berkompromi dalam isu-isu yang akan memberi kesan negatif kepada negara dan rakyat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Bangi.

final • 10:30 AM

Dr. Ong Kian Ming - Bangi

Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri saya hendak tanya, sama ada Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar bahawa kelambatan dalam proses rundingan EFTA ini sehingga pusingan ke-12 dan juga kelambatan dalam memulakan semula rundingan Malaysia-EU FTA memang akan memberi satu signal yang tidak begitu baik bahawa Malaysia tidak bersedia untuk melangkah ke hadapan daripada segi perjanjian ini. Mungkin juga ada impak daripada segi pelaburan FDI ke Malaysia.

Jadi, soalan saya bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan satu deadline, bilakah EFTA ini akan dihabiskan pada tahun 2022, 2023? Berikan satu time frame dan juga untuk memulakan semula rundingan Malaysia-EU FTA? Apakah time frame? Adakah Jemaah Menteri perlu membuat satu keputusan dan bilakah keputusan ini akan dibuat? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:30 AM

Datuk Lim Ban Hong

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan perjanjian perdagangan yang pertama iaitu EFTA, saya telah menjelaskan dalam soalan tadi bahawa pusingan seterusnya yang akan diadakan ialah dijangka pada Januari 2022.

Berkenaan dengan tarikh muktamad yang perlu diberi, ini melibatkan perbincangan negara dengan beberapa negara di bawah EFTA seperti yang saya bentangkan tadi, ia melibatkan topik-topik yang juga saya telah sebutkan tadi, 14 topik.

Jadi, ia perlu melihat kepada proses rundingan kerana ia melibatkan banyak pemegang taruh dan juga topik-topik yang saya sebutkan tadi.

Berkenaan dengan Perjanjian Perdagangan Bebas yang satu lagi iaitu MUEFTA dengan Kesatuan Eropah, sekiranya kita hendak menyambung balik kita perlu mendapatkan mandat baru daripada Jemaah Menteri seperti yang saya jelaskan tadi dalam jawapan. Beberapa sesi libat urus telah dijalankan dan kita akan meminta mandat

final • 10:30 AM

Datuk Lim Ban Hong

baru daripada Jemaah Menteri sekiranya perlu untuk meneruskan rundingan tersebut.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat...

final • 10:30 AM

Dr. Ong Kian Ming - Bangi

Maksudnya tidak ada time frame lah?

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pontian.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tentunya Perjanjian Perdagangan Bebas ini menguntungkan negara daripada segi ekonomi dan perdagangan. Apa yang saya ingin tanyakan ialah mengenai faedahnya kepada rakyat terbanyak iaitu sebagai contoh, kita mempunyai masalah mengimport bahan makanan ternakan haiwan yang tinggi dan kosnya semakin tinggi, akhirnya ayam misalnya harganya tinggi.

Adakah MITI berbincang dengan pengimport supaya mengimport bahan-bahan tersebut dari negeri-negeri dan negara-negara yang telah kita tandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas supaya akhirnya kos pembelian makanan ternakan itu rendah dan ayam boleh dinikmati dengan harga yang rendah di negara kita. Itu yang penting.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Silakan.

final • 10:30 AM

Datuk Lim Ban Hong

Tuan Yang di-Pertua, kerana soalan ini merujuk spesifik kepada bahan-bahan makanan ternakan, saya akan merujuk bukan sahaja dengan MITI tetapi juga kementerian-kementerian lain yang berkaitan Tuan Yang di-Pertua, untuk menyediakan jawapan bertulis yang lebih terperinci kepada Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 10:30 AM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Tuan Yang di-Pertua, boleh tambahan? Pendek sahaja.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya rasa kita sudah kesuntukan masa Yang Berhormat, maaf. Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim, silakan.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Revolusi industri keempat dipakai kini, Teknologi pintar moden diguna, Kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Soalan saya nombor lima.

final • 10:30 AM

5. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan apakah insentif atau geran yang disediakan kementerian bagi membantu syarikat dan usahawan terutamanya usahawan muda yang menceburi bidang teknologi baru yang amat memerlukan bantuan kerajaan dalam memastikan industri IR 4.0 dapat dicapai meliputi semua industri.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab bersekali pertanyaan ini dengan pertanyaan bertarikh 7 Disember daripada Yang Berhormat Selangau kerana menyentuh isu yang sama iaitu berkaitan insentif atau geran yang disediakan kementerian kepada syarikat teknologi.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembiayaan di bawah bahagian dana MOSTI di mana di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 MOSTI telah menambah baik kaedah penyaluran dana R&D kepada enam skim iaitu;

(i) Applied Innovation Fund (AIF);

(ii) Technology Development Fund 1 (TeD1);

(iii) Technology Development Fund 2 (TeD2);

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

(iv) Bridging Fund (BGF);

(v) Strategic Research Fund (SRF); dan

(vi) MOSTI Combating COVID-19 Fund (MCCOF) Skim pembiayaan dana R&D ini menyokong rangka kerja 10-10 MySTIE dan mempunyai kumpulan sasaran tertentu yang bertujuan untuk menyokong perkembangan sains, teknologi dan inovasi di peringkat pra-pengkomersilan.

Pendekatan terbaru ini memberi penekanan kepada projek yang berbentuk pembangunan eksperimental kerana ia lebih praktikal dan spesifik. Seterusnya boleh menjana pulangan ekonomi kepada negara di dalam jangka masa yang pendek.

Selain itu, permohonan dana tersebut juga telah diperluaskan kepada pemohon daripada syarikat start-up, perusahaan mikro, kecil dan sederhana, multinational companies dan large companies. Antara inisiatif lain yang disediakan kerajaan adalah melalui peruntukan pembangunan DE kepada lima agensi pembiaya di bawah MOSTI iaitu agensi Cradle Fund Sendirian Berhad, Kumpulan Modal Perdana, Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP), Malaysia Debt Ventures (MDV), dan Malaysia Technology Development Corporation (TDC). Tujuan peruntukan tersebut adalah untuk pembiayaan bagi projek-projek baharu dan sambungan kepada syarikat-syarikat yang berasaskan kepada teknologi.

Untuk makluman Yang Berhormat, sepanjang pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 yang bermula pada tahun ini, sebanyak RM194.85 juta telah disalurkan kepada agensi pembiaya di bawah MOSTI. Peruntukan yang disalurkan ini adalah melalui bajet tahunan dan khusus untuk pelaksanaan program pembiayaan dan pelaburan kepada syarikat-syarikat teknologi termasuk syarikat yang diterajui oleh para usahawan muda.

Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, silakan.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. MOSTI dan KPKT telah diberi mandat oleh kerajaan untuk melaksanakan R&D dan diberikan peruntukan sebanyak RM423 juta dalam Belanjawan 2020.

Soalan tambahan saya, apakah tindakan proaktif kementerian memastikan supaya tidak ada mana-mana syarikat yang akan “gulung tikar” dalam masa endemik COVID-19? Apakah jaminan kerajaan bahawa bantuan insentif dan geran yang diperuntukkan dapat menghasilkan impak yang bermakna, khusus kepada usahawan muda yang genius serta pintar dalam negara kita dalam content masing-masing untuk mengadakan start-up company?

Terlalu ramai anak-anak muda di luar sana yang bersandarkan harapan yang tinggi kepada kerajaan. Apakah ada contoh akan hasil R&D anak-anak muda yang berimpak tinggi yang telah menerima dana daripada MOSTI sebelum ini? Kalau boleh jawab, jawab. Kalau tidak boleh bagi saya secara bertulis. Terima kasih Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Baling.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah

Tambah sikit. Yang Berhormat Baling, kalau boleh tambah sikit, mohon juga Tuan Yang di-Pertua ya— sebelum jawab.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sekejap.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah

Masukkan sekali gross operating surplus daripada geran ataupun sumbangan yang diberikan oleh MOSTI kepada syarikat-syarikat itu. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Terima kasih di atas soalan yang baik itu. Sudah tentulah MOSTI di dalam pemberian dana yang diberikan,

final • 10:40 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

geran yang berkenaan akan berusaha membantu sehingga setiap inisiatif teknologi yang dilaksanakan itu mencapai kejayaan.

Mulai Rancangan Malaysia Ke-12, pembiayaan skim dana MOSTI telah diperluaskan kepada pemohon, syarikat start-up, perusahaan kecil dan sederhana yang mana skim pembiayaan sepertimana yang telah saya sebutkan tadi.

Selain daripada itu, di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, Kementerian Kewangan (MOF) telah meluluskan peruntukan pembangunan DE kepada lima agensi pembiaya yang juga telah saya sebutkan tadi.

Jadi, berkenaan dengan soalan tentang antara contoh yang boleh saya sebut di sini adalah kejayaan-kejayaan dalam Rancangan Malaysia Ke-11, antara lain projek trackless automated guided vehicle oleh syarikat DF Automation & Robotics Sdn. Bhd di bawah pembiayaan dana TehcnoFund, yang mana syarikat ini telah berjaya memfailkan tiga paten.

Apa yang saya boleh sebut, inovasi yang mereka hasilkan telah dijual kepada syarikat di Malaysia dan luar negara antaranya sushi AGV using NavVis yang telah digunakan di IOI Mall, MyTown di US, UK dan Taiwan. Manakala trackless AGV telah dibeli oleh Flextronics Singapore dan TALIS Singapore. Syarikat ini juga telah bekerjasama dengan Universal Robot and Robotic Singapore bagi pemasaran produk AGV.

Satu lagi yang saya boleh sebut berkait dengan projek new generation of interactive service robot with installed analytics yang mana syarikat ini juga telah berjaya memasarkan robot mereka yang sedang digunakan di cawangan Mak Cik Kafe di Universiti Malaya dan Hospital Pantai. Robot yang dinamakan Mak Cik Robot ini mampu berinteraksi dengan pelanggan, mempromosikan makanan serta mengambil pesanan.

Banyak contohnya yang saya rasa kalau disebut panjang saya boleh berikan secara bertulis. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Padang Serai.

final • 10:40 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Persoalan besar saya yang memerlukan penjelasan daripada pihak kerajaan adalah, apakah komitmen kerajaan dalam memastikan industri IR 4.0 juga dapat memberi manfaat kepada penduduk kawasan pedalaman. Terima kasih Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Dalam soal ini penduduk pedalaman tidak pernah disisihkan daripada segi penggunaan approach IR 4.0 yang mana MOSTI juga melalui agensi seperti Yayasan Inovasi Malaysia. Misalnya beberapa hari yang lalu kita ke Pitas, Sabah di mana kita melihat bagaimana kita boleh membantu meningkatkan connectivity di sana dengan menggunakan teknologi terkini dan juga untuk mendapatkan potensi air bersih menggunakan inovasi yang dihasilkan di bawah MOSTI.

Itu antara contoh yang saya boleh sebut. Terima kasih.

final • 10:40 AM

6. Tuan Wong Chen [Subang] minta Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan:

(a) bilakah dagangan karbon akan bermula; dan

(b) adakah kementerian berhasrat untuk menswastakan pengurusan dan operasi bursa ini.

final • 10:40 AM

Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Terima kasih, Yang Berhormat Subang atas pertanyaan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat bahawa dagangan karbon di peringkat domestik akan dilaksanakan secara berfasa melalui penghujung tahun 2022. Buat masa ini Kementerian Kewangan Malaysia bersama Kementerian Alam Sekitar dan Air serta Bursa Malaysia sedang berusaha untuk mendapatkan buy-in

final • 10:40 AM

Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

daripada pihak kerajaan negeri di samping menarik pelaburan daripada pembekal kredit karbon yang berpotensi.

Pada masa yang sama, kerajaan juga sedang meneliti kerangka rekaan pasaran, urusan pendaftaran dan kerjasama dengan pihak yang membangunkan piawaian antarabangsa.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, buat masa ini kerajaan tidak berhasrat untuk menswastakan pengurusan dan operasi pedagang karbon. Sebaliknya kerajaan sedang membangunkan platform tunggal pedagang karbon peringkat domestik melalui kerjasama di antara Kementerian Alam Sekitar dan Air, Kementerian Kewangan dan Bursa Malaysia.

Platform pasaran karbon domestik ini dibangunkan secara berfasa di mana fasa awal akan melibatkan pelaksanaan pasaran karbon secara sukarela (voluntary carbon market-VCM) sebelum peralihan kepada skim perdagangan karbon peringkat domestik ataupun dengan izin Domestic Emission Trading Scheme (DTES).

Sebagaimana semua maklum bahawa Bursa Malaysia adalah merupakan satu entiti berstatus syarikat berhad di bawah Kementerian Kewangan yang mana Bursa Malaysia dipilih untuk membangunkan VCM domestik atau DTES disebabkan pengalaman Bursa Malaysia dalam melaksanakan operasi pasaran karbon atau khususnya capital market seperti ekuiti dan bon.

Dalam masa yang sama, Bursa Malaysia juga telah sedia mempunyai keupayaan teknikal dan perundangan untuk menjadi entiti pelaksana DTES. Pelaksanaan fasa-fasa DTES ini akan berpandukan kepada prinsip pasaran terbuka (open market) serta permintaan dan penawaran pasaran dan akan memudahkan akses pasaran karbon domestik oleh entiti yang berpotensi seperti syarikat swasta dan kerajaan-kerajaan negeri yang berminat. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Subang.

final • 10:40 AM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Subang memang gembira mendengar jawapan daripada Menteri dan hasrat untuk menggunakan Bursa Malaysia dan tidak diswastakannya.

Akan tetapi, saya hendak tanya soalan tambahan ini tentang negeri Sabah yang telah menandatangani satu carbon asset deal dengan terma-terma yang cukup meragui.

Adakah kerajaan pusat bercadang mengambil tindakan dasar dan mengeluarkan guidelines yang terbaik untuk memastikan kesemua carbon asset deal yang bakal dilakukan oleh negeri-negeri lain dibuat secara tender terbuka, transparent dengan terma- terma yang munasabah dan bukan lopsided yang mungkin mempunyai unsur-unsur salah guna kuasa dan juga rasuah. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Pusat tentang isu ini? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Terima kasih atas soalan tambahan. Kita menyedari bahawa antara isu yang besar dalam urusan karbon ini ialah yang melibatkan kerajaan negeri dan beberapa pihak terutama kementerian-kementerian lain. Oleh sebab itu, kita telah pun menubuhkan sebuah badan tertinggi Majlis Tindakan Perubahan Iklim Malaysia (MyCAC) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang melibatkan Menteri-menteri yang berkaitan dan semua Ketua Menteri serta Menteri- menteri Besar supaya apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu dapat kita pantau lebih awal.

Untuk makluman, negara punya komitmen untuk membuat pelaporan kepada UNFCCC pada setiap dua kali setahun yang kita sebut sebagai Biennial Update Reports.

Di samping itu, kita juga terlibat dalam pelaporan dalam Biennial Transparency Report.

Jadi, oleh sebab itu, semua kerajaan negeri yang melakukan urus niaga mesti melalui pengetahuan Kerajaan Pusat sebagaimana yang dibangkitkan kebimbangan oleh Yang Berhormat tadi.

Untuk makluman Dewan yang mulia, kita mendapat maklumat tentang urus niaga yang telah pun melibatkan pihak Kerajaan Negeri Sabah yang melibatkan hampir dua juta

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

hektar tanah dan sebagainya, dan jaminan daripada Kerajaan Sabah bahawa isu yang berlaku ini tidak akan menjejaskan soal potensi.

Namun, bagi pihak kementerian, kita tidak ada maklumat detail tentang perkara ini kerana hutan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Akan tetapi, pemantauan urus niaga pihak antarabangsa mesti melibatkan Kerajaan Pusat dan KASA serta KeTSA bertanggungjawab kepada semua perkara tersebut dan perlu dirujuk kepada kedua-dua kementerian supaya kita mengelak apa yang dibimbangkan oleh Yang Berhormat tadi.

Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

Kota Kinabalu, Kota Kinabalu.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tebrau.

final • 10:50 AM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri memberi jawapan. Jadi, soalan saya, saya ingin minta Yang Berhormat Menteri menyatakan tiga kekangan terbesar akan buat pelaksanaan dagangan karbon ini tidak akan berjaya di negara kita. Apakah dia tiga kekangan yang terbesar? Supaya kita boleh memastikan dan akan mengatasinya. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan, Yang Berhormat Menteri.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Untuk makluman Yang Berhormat Tebrau, bahawa dalam kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa Malaysia komited untuk mencapai sasaran net zero seawal tahun 2050. Itu menggambarkan bahawa kita menyedari kekangan yang ada, tetapi kita yakin kita mampu mengatasi kekangan tersebut.

Di antara kekangan kita mewujudkan suatu akta tentang perubahan iklim dan akta tentang perdagangan karbon. Kita sedang membangunkan ke arah akta tersebut.

Yang keduanya, komitmen kita supaya negara juga mampu ofset semua keluaran karbon kita dengan hutan yang kita ada. Lantaran itu, saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan-kerajaan negeri yang telah pun berjaya mematuhi had tebangan yang dibenarkan. Negara kita masih lagi mempunyai 55 peratus liputan hutan.

Dan yang ketiga ialah tentang beberapa program di peringkat kementerian bersama dengan agensi-agensi termasuk kementerian lain untuk sama-sama kita melaksanakan mitigasi dan adaptasi kepada perubahan iklim yang ada di negara kita.

Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Boleh dapat satu lagi, Tuan Yang di-Pertua? Tumpat.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Mana?

final • 10:50 AM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Tumpat.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tumpat. Pendek ya.

final • 10:50 AM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Ya, pendek sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebagai negara yang menjulang sistem kewangan Islam dan kerajaan telah menetapkan majoriti urusan yang melibatkan transaksi mahupun perdagangan kewangan mengikut prinsip syariah, jadi soalan saya adakah pengurusan dan pengoperasian bursa dagangan karbon ini juga akan dilaksanakan mengikut pematuhan syariah sepenuhnya sepertimana institusi kewangan yang lain? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat.

Saya telah pun mendapat jaminan dan perundingan di peringkat awal bersama Bursa Malaysia bahawa semua urus dagangan kita ialah yang bertepatan dengan syariah- syariah compliant. Kita juga telah pun mengadakan suatu seminar tentang bagaimana urus niaga pasaran karbon supaya mematuhi syariah.

Saya juga dalam perbincangan dengan Oxford University juga. Kita akan mengadakan beberapa siri libat urus bagaimana pematuhan kepada sistem dagangan karbon ini dapat kita patuhi berdasarkan peraturan syariah. Ini bukan untuk negara kita

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

sahaja. Ia untuk seluruh dunia dan Malaysia harus lead tentang urus niaga dagangan yang tidak bercanggah dengan syariah. Terima kasih.

final • 10:50 AM

7. Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Perdana Menteri menyatakan, adakah kerajaan bercadang untuk meningkatkan bilangan kaunselor keluarga di Pejabat Agama Daerah kerana terdapat banyak kes kaunseling rumah tangga tidak mendapat rundingan yang baik disebabkan oleh kaunselor yang sedia ada tidak mencukupi.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Jerai.

Untuk makluman Yang Berhormat, khidmat nasihat atau runding cara merupakan antara perkhidmatan yang disediakan di jabatan agama negeri-negeri kepada masyarakat dalam pelbagai aspek kehidupan sama ada masalah kekeluargaan, bimbingan kerohanian, perundangan dan juga meningkatkan ketahanan emosi semasa menghadapi konflik.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan memahami keperluan terhadap perkhidmatan tersebut apatah lagi dalam situasi negara menghadapi pandemik yang menyebabkan ramai yang terkesan dan memerlukan perkhidmatan ini untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengambil perhatian terhadap cadangan Ahli Yang Berhormat mengenai keperluan pertambahan jawatan pegawai khidmat runding cara dan kaunselor di Jabatan Agama Islam Negeri bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkesan dan berkualiti kepada masyarakat.

Sehingga kini, JAKIM konsisten mengadakan latihan yang berterusan bagi meningkatkan kompetensi kemahiran dan kecekapan perunding cara agar sentiasa dipertingkatkan degan asas kaunseling.

Untuk makluman Yang Berhormat, di JAKIM ada menyediakan kursus untuk Sijil Kaunseling Syarie yang kita beroperasi di ILIM sepanjang tahun. Walaupun pegawai- pegawai agama kategori “S” yang skim perkhidmatan hal ehwal Islam ini pada asalnya tidak ada kemahiran kaunseling tetapi dengan kehadiran mereka melalui kursus-kursus berkala ini, akhirnya kemahiran kaunseling keagamaan ataupun kaunseling syarie ini dapat dikawal selia mereka.

Buat masa ini, untuk menampung segala keperluan khidmat kaunseling di bawah jabatan agama Islam negeri dan juga di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia itu masih lagi mencukupi. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan, Yang Berhormat Jerai.

final • 10:50 AM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Saya turut dimaklumkan bahawa kaunselor yang ditempatkan di pejabat agama daerah merupakan perunding cara yang diberi latihan sahaja. Soalan saya, adakah kerajaan mengkaji untuk mengambil kaunselor berdaftar sebagai kaunselor keluarga di jabatan agama Islam negeri bagi menggantikan perunding cara yang sedia ada bagi mengatasi masalah rundingan yang tidak memuaskan? Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary

Terima kasih kepada Yang Berhormat yang sangat cakna kepada soal kebajikan rakyat yang terkesan akibat pandemik dan ingin mendapatkan khidmat kaunseling di pejabat-pejabat agama negeri.

Untuk jawapan Yang Berhormat, JAKIM telah membentangkan cadangan untuk mendapatkan kaunselor berdaftar di jabatan agama Islam negeri-negeri. Dalam Persidangan Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk kali ke-43 pada 14 Julai 2021, mesyuarat bersetuju agar perkara ini dikaji dan diambil tindakan yang sewajarnya.

Hasil Multaqa Perunding Cara dan Kaunselor Syarie yang telah diadakan pada 2 November 2021 juga bersetuju bahawa usaha memantapkan perkhidmatan runding cara

final • 10:50 AM

Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary

di jabatan agama Islam negeri dengan menyediakan perkhidmatan kaunselor profesional yang berlesen, khususnya yang mempunyai latar belakang pengajian agama yang akan diutamakan sebagai nilai tambah untuk meningkatkan imej organisasi, seterusnya menyantuni Keluarga Malaysia dengan lebih berkesan di samping perunding cara keluarga yang sedia ada yang telah menjalani kursus untuk khidmat kaunseling syarie yang saya sebutkan tadi. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ada soalan tambahan lagi? Ya, Yang Berhormat Merbok.

final • 10:50 AM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

Terima kasih. Saya setuju seperti yang Yang Berhormat Jerai sebut, bahawa setahu pengetahuan saya, memang tiada kaunselor. Ia cuma pegawai runding cara dan biasanya satu buah daerah itu ada dua, atau tiga orang sahaja.

final • 10:50 AM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

Jadi, apakah tindakan drastik yang boleh dilakukan sebab dalam mendepani pandemik ini, kalau Kementerian Wanita hari itu telah bekerjasama dengan banyak masjid ya sebagai pusat sistem sokongan. Jadi, saya rasa amat penting untuk kaunselor ini berada di setiap pejabat agama daerah. Kaunselor-kaunselor yang profesional. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary

Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan. Sebagaimana yang saya sebutkan tadi bahawa pihak kerajaan sudah pun secara dasarnya bersetuju untuk mewujudkan kaunselor berdaftar yang mempunyai lesen sebagai kaunseling dan buat masa ini sebelum sampai ke tahap itu kita mengguna pakai kaunselor, Pegawai-pegawai Hal Ehwal Islam yang diberikan pendedahan dengan kursus kaunseling syarie yang kita adakan dan kemahiran mereka dan pengalaman mereka itu telah banyak membantu kita dalam mengisi ruang kosong yang ada untuk sebelum kita mendapat kaunselor yang berdaftar. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

8. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan peranan yang dimainkan oleh Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan setiap kawasan Parlimen dan perbelanjaan setelah Kerajaan PH ditumbangkan pada awal 2020.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan - Datuk Seri Jalaluddin bin Alias

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya menjawab soalan Yang Berhormat Bukit Bintang, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan KL City yang telah menjuarai Piala Malaysia 2021 malam tadi.

[Tepuk] Kejayaan KL City ini Tuan Yang di-Pertua adalah merupakan kejayaan yang sangat manis kerana ia di kecapi pada ulang tahun Piala Malaysia yang ke-100 dan setelah 32 tahun kali terakhir memenangi piala ini. Bagi pihak Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan dan juga warga Kementerian Wilayah Persekutuan, sekali lagi saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pemain dan seluruh pasukan dan penyokong KL City. Tuan Yang di-Pertua, Anak kucing berbulu lebat, Minum air di tepi perigi, KL City dan JDT permainannya hebat, Tahniah Piala Malaysia milik KL City. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Bukit Bintang, Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) telah ditubuhkan dengan objektif melaksana, menyelaras dan memantau pembangunan komuniti dan kesejahteraan bandar di Wilayah Persekutuan sehingga ke peringkat akar umbi.

Ahli-ahli MPPWP dilantik dan dianggotai oleh individu-individu yang berpengaruh di sesuatu kawasan termasuk wakil persatuan penduduk, wakil joint management body, management corporation dengan izin, wakil pertubuhan bukan kerajaan, wakil pertubuhan

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan - Datuk Seri Jalaluddin bin Alias

belia, persatuan sukan, wakil persatuan berasaskan aktiviti ekonomi, jawatankuasa masjid, surau, keagamaan dan juga kakitangan kerajaan.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, ahli-ahli MPPWP yang telah dilantik tersebut berperanan sebagai pengantara bagi rakyat dengan kerajaan memandangkan ahli tersebut adalah wakil yang paling dekat dengan rakyat dan merupakan opinion leaders yang dihormati dalam kalangan komuniti dan berpengalaman luas dalam aktiviti kemasyarakatan serta mempunyai pengaruh yang baik dalam kalangan masyarakat setempat.

Dalam situasi pandemik wabak COVID-19 juga, MPPWP telah banyak membantu usaha-usaha kerajaan dalam membendung wabak COVID-19 ini serta membantu pihak kementerian dan agensi di dalam menyantuni masyarakat yang terkesan dengan wabak COVID-19 ini.

Dari sudut peruntukan Tuan Yang di-Pertua, MPP Wilayah Persekutuan telah menerima nilai elaun dan geran yang sama tanpa mengira siapa kerajaan yang memerintah sekalipun. Jumlah peruntukan keseluruhan yang telah disalurkan setakat ini adalah sebanyak RM6.1 juta dan telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan bagi pelaksanaan aktiviti, program dan juga pengurusan MPP Wilayah Persekutuan di tiga-tiga wilayah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, ya.

final • 11:00 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Tahniah kepada pasukan bola sepak Wilayah Persekutuan. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan ramai penduduk-penduduk tidak tahu kewujudan ahli jawatankuasa majlis perwakilan penduduk di kawasan Ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan, ini tidak membantu Ahli Parlimen untuk mempercepatkan menyelesaikan isu tempatan.

Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri berhasrat untuk memberi peruntukan dan kakitangan kepada Ahli-ahli Parlimen tempatan untuk mengurus aduan-aduan di kawasan masing-masing. Ini lebih efisien dan lebih berkesan oleh sebab di Wilayah Persekutuan semua kawasan Ahli Parlimen tidak ada ADUN. Walhal di tempat Selangor atau lain-lain negeri dia ada ADUN di tempat masing-masing. Minta penjelasan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias

Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih di atas pandangan Yang Berhormat Kepong. Untuk makluman Yang Berhormat, kita di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kita ada 11 zon, sub zon 66 dan untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan Rakyat bahawa pemilihan MPP Wilayah Persekutuan ini adalah pencalonan dan cadangan daripada pemimpin-pemimpin dan juga mereka yang terlibat dengan urusan masyarakat serta komuniti di kawasan zon dan sub zon yang telah ditentukan. Tentunya di kalangan 1,500 MPP Wilayah Persekutuan di seluruh ketiga-tiga wilayah ini, ada yang tidak mencapai KPI yang ditetapkan oleh kementerian.

Jadi pandangan dan teguran daripada setiap pemimpin terutamanya Ahli Parlimen bagi kawasan dan zon yang berkenaan, bolehlah disampaikan kepada pihak kementerian untuk kita kaji semula tentang penyambungan kontrak ataupun pelantikan MPP di setiap zon yang berkenaan. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Jempol.

final • 11:00 AM

Dato' Haji Salim Sharif - Jempol

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pertamanya saya ucapkan tahniah lah kepada Menteri dan juga Timbalan Menteri Wilayah tentang kemenangan pasukan Wilayah semalam. Tahun lepas seramai 10 Ahli Parlimen telah membuat kenyataan bersama agar kementerian tidak menamatkan perkhidmatan Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan.

final • 11:00 AM

Dato' Haji Salim Sharif - Jempol

Saya difahamkan seperti mana Yang Berhormat Menteri ada menyebut tadi penamatan tersebut disebabkan terdapat laporan perkhidmatan yang tidak memuaskan dan separuh daripadanya telah gagal mematuhi garis panduan.

Soalan saya apakah majlis berkenaan telah dijadikan sebahagian daripada alat politik kepada individu yang berkepentingan sebelum ini dan apakah pembaharuan ataupun naratif baru yang diperkenalkan oleh kementerian bagi memperkasakan majlis tersebut supaya fungsinya lebih efisien. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Silakan.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias

Tuan Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Jempol di atas soalan yang berkaitan. Saya jelaskan sekali lagi ya, kita melalui lapan langkah sebelum kita melantik ataupun membuat keputusan akhir kepada setiap pemilihan ketua zon, sub zon dan juga anggota yang menganggotai MPP Wilayah Persekutuan.

Dalam tempoh kontrak perkhidmatan selama dua tahun, tentunya kementerian mempunyai justifikasi tertentu untuk menamatkan sesuatu pelantikan yang telah dibuat ataupun menyambung pelantikan yang telah dibuat berdasarkan kepada performance yang telah ditunjukkan oleh jawatankuasa yang telah dilantik.

Tidak ada soal yang berkaitan dengan kepentingan politik tertentu ataupun individu tertentu kerana ini adalah mewakili masyarakat, pemimpin masyarakat di kalangan komuniti ataupun kawasan zon dan sub zon yang berkaitan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Tambahan satu.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Setiawangsa ringkas ya.

final • 11:00 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Ya, terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Setiawangsa ya sebagai wakil rakyat Kuala Lumpur ingin bertanya, sama macam semalam ketika kita tengok bola, ramai wakil rakyat dari luar KL minat fasal isu KL ini. Namun hakikatnya yang dilantik hari ini pun bukannya orang bebas politik ataupun independent. Jadi, mengapa proses pelantikan MPP yang diadakan pada hari ini tidak boleh dirundingi dengan Ahli- ahli Parlimen di Kuala Lumpur sebagai wakil rakyat yang telah dipilih oleh rakyat.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias

Yang Berhormat Setiawangsa, saya ucap terima kasih di atas keseriusan Yang Berhormat tentang isu pelantikan. Akan tetapi ini adalah exercise typical yang telah di, juga yang telah dilakukan oleh mana-mana kerajaan termasuk Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini.

Cumanya Kerajaan Malaysia sekarang dalam proses mengenal pasti calon-calon dan juga wakili-wakil ini melalui pandangan dan cadangan daripada komuniti setempat, daripada, saya sudah sebut tadi mewakili NGO, mewakili surau, masjid, mewakili aktiviti ekonomi, mewakili kepimpinan ataupun pemimpin-pemimpin di dalam kawasan yang berkenaan untuk diputuskan melalui tujuh langkah yang telah saya sebut.

final • 11:00 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Saya jamin UMNO, Perikatan Nasional semua tidak ada dalam MPP yang baharu.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, tolong Yang Berhormat. Terima kasih.

Yang Berhormat Batang Lupar silakan.

final • 11:10 AM

9. Dato' Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim [Batang Lupar] minta Perdana Menteri menyatakan adakah data yang dikumpul oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menggambarkan situasi sebenar kepelbagaian dimensi kemiskinan yang wujud di negara ini. Adakah kementerian yang berkaitan membuat pengumpulan data berdasarkan jantina, sebagai contoh data mengikut pembahagian jantina (sex disaggregated) dan kategori- kategori lain.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) - Dato’ Eddin Syazlee bin Shith

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, statistik pendapatan dan kemiskinan isi rumah diperoleh melalui survei pendapatan isi rumah dan kemudahan asas. Survei ini dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dengan kekerapan dua kali bagi setiap lima tahun.

Secara umumnya, analisis dalam pengukuran kemiskinan di Malaysia turut melibatkan dimensi kemiskinan yang berbeza. Antara dimensi kemiskinan yang dilaporkan adalah insiden kemiskinan mutlak, insiden kemiskinan tegar dan indeks kemiskinan pelbagai dimensi, dengan izin multidimensional poverty index (MPI).

Bagi memastikan analisis berkaitan dengan kemiskinan adalah menyeluruh, pelaporan statistik kemiskinan turut diperincikan sehingga ke peringkat nasional, negeri, strata, kumpulan etnik, jantina, saiz isi rumah, pekerjaan, pendidikan dan sebagainya.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, indeks MPI yang merupakan salah satu indikator dalam pengukuran kemiskinan turut mengambil kira aspek kewangan dan bukan kewangan. Dimensi bukan kewangan melibatkan analisis dalam bidang pendidikan, kesihatan dan taraf hidup. Manakala dimensi kewangan pula mengukur nilai pendapatan kasar yang diperolehi setiap isi rumah dalam menampung keperluan hidup asas iaitu makanan, perlindungan dan pakaian.

Berdasarkan kepada laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kadar Asas, insiden kemiskinan mutlak di Malaysia direkodkan pada kadar 5.6 peratus manakala insiden kemiskinan tegar adalah 0.4 peratus. Insiden kemiskinan mengikut ketua isi rumah

(KIR) perempuan dan lelaki telah bertambah baik dengan ketua isi rumah perempuan menurun daripada 8.5 peratus pada tahun 2016 kepada 5.2 peratus pada tahun 2019.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Silakan Yang Berhormat Batang Lupar.

final • 11:10 AM

Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar

Soalan tambahan.

Kerajaan menyasarkan untuk membasmi kemiskinan tegar menjelang tahun 2025 dengan menumpukan kepada 2.9 juta isi rumah B40 dengan pendapatan bulanan di bawah RM4,890 dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

Soalan saya, apakah pangkalan data yang dirujuk untuk mengenal pasti kumpulan B40 ini? Ini kerana Bank Negara melaporkan sistem pangkalan data berpecah pada tahun 2020. Laporan juga mendapati lebih 60 program perlindungan sosial dikendalikan oleh pelbagai kementerian. Adakah sistem pangkalan data yang bersepadu dapat dihasilkan bagi mengumpulkan dan menyelaraskan data-data ini di semua peringkat sama ada di Persekutuan, di negeri dan juga di daerah? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Eddin Syazlee bin Shith

Untuk makluman Yang Berhormat, pertama terima kasih di atas soalan tambahan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kita mempunyai pangkalan data yang cukup yang telah dikendalikan oleh DOSM. Saya percaya bahawa dari semasa ke semasa DOSM sendiri memang sedang dalam usaha mempertingkatkan usaha untuk memastikan bahawa maklumat yang diperolehi adalah tepat dari semasa ke semasa mengikut dimensi yang ditetapkan.

Pengkalan data Survei Isi Rumah dan Keperluan Asas adalah pangkalan data yang paling basic, paling asas digunakan termasuk pangkalan data perlindungan sosial yang ada di dalam rekod pihak Jabatan Perangkaan.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Rasah. Maaf Yang Berhormat Batu Gajah, saya terpaksa panggil sebelah sini. Yang Berhormat Rasah.

final • 11:10 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri ketika menjawab soalan asal tadi.

Saya mendapati memang banyak survei atau kaji selidik dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Cuma saya hendak tanya, apakah angka-angka ataupun data yang diperolehi tersebut boleh disebarkan ataupun diterbitkan untuk maklumat umum dan yang lebih penting adalah berdasarkan data-data yang telah dikumpulkan termasuk pengagihan ikut kategori yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, apakah langkah-

final • 11:10 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

langkah pemerkasaan terhadap golongan yang masih ada miskin tegar mengikut jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi saya dengar. Walaupun ia menurun pada tahun 2019, ketua isi rumah wanita masih ada 5.2 peratus di bawah kategori miskin.

Jadi, apakah langkah-langkah pemerkasaan untuk mengatasi masalah ini yang secara berterusan yang akan dilakukan oleh agensi-agensi yang berkenaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Dato’ Eddin Syazlee bin Shith

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Rasah di atas soalan tambahan yang dikemukakan. Saya hendak bersetuju bahawa sememangnya DOSM ada menerbitkan statistik pemerkasaan. Contohnya DOSM telah menerbitkan statistik pemerkasaan wanita dalam domain terpilih di Malaysia 2021 pada setakat 17 November 2021 yang lalu.

Statistik yang dikeluarkan ini memberi fokus kepada set teras indikator gender yang merangkumi 11 domain utama iaitu Indeks Jurang Gender Malaysia (MGGI) telah disediakan berdasarkan metodologi Global Gender Gap Index (GGGI) yang diterbitkan oleh World Economic Forum yang menggunakan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia atau dengan izin DOSM dan juga agensi lain di Malaysia. MGGI 2020 terdiri daripada empat iaitu sub-indices dan 14 variables.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan

Tuan Yang di-Pertua, soal kemiskinan ini satu soal yang penting. Boleh saya mohon satu soalan tambahan?

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Maaf. Sebenarnya Yang Berhormat Alor Gajah sudah bangun lama. Tidak mengapa. Kita panggil Yang Berhormat Alor Gajah. Selepas itu Yang Berhormat Teluk Intan bagi sedikit ya.

final • 11:10 AM

Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan

Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita tengok gambaran begini sekarang ya Yang Berhormat Timbalan Menteri.

PGK 2,300 lebih kurang paras garis kemiskinan. Selepas PKP, selepas MCO dapatan daripada statistik hampir 4 juta rakyat Malaysia yang ada simpanan di EPF cuma ada RM1,000 dan dinampakkan dapatan itu ramai rakyat yang jatuh miskin. Tanda aras untuk membasmi kemiskinan tahun 2025. Peruntukan untuk bantuan kepada rakyat lebih kurang RM52 bilion.

Adakah kerajaan akan menyemak semula untuk mendapat impak yang dinyatakan tahun 2025 untuk membasmi kemiskinan negara? Saya cadangkan supaya segala bentuk peruntukan kewangan ditujukan kepada masyarakat-masyarakat yang sudah pun jatuh miskin daripada golongan B40. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Eddin Syazlee bin Shith

Terima kasih kepada Yang Berhormat Alor Gajah, sahabat saya. Saya bersetuju dengan pandangan daripada Yang Berhormat Alor Gajah memandangkan dalam tempoh kritikal seperti apa yang kita lalui pada hari ini, kita sedia maklum bahawa kebanyakan rakyat yang bekerja terpaksa mengeluarkan simpanan termasuklah wang simpanan hari tua seperti EPF yang terpaksa digunakan untuk menampung keperluan dalam tempoh yang sedemikian.

final • 11:10 AM

Dato’ Eddin Syazlee bin Shith

Sememangnya kajian ataupun survey ini dibuat dalam tempoh dua kali dalam tempoh lima tahun. Terkini akan dibuat pada survey untuk tahun 2022 yang akan mengkaji balik terma-terma ataupun survey yang telah dibuat sebelum ini bagi menentukan ketepatan survey yang dibuat melalui survey pendapatan isi rumah dan keperluan asas.

Walau bagaimanapun, sebarang cadangan penambah baikkan seperti yang dinyatakan Yang Berhormat tadi sangat dialu-alukan dan akan diambil maklum.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Oleh sebab isu yang mendesak saya beri peluang kepada Yang Berhormat Teluk Intan. Ringkaskan ya.

final • 11:20 AM

Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri daripada segala data yang dikumpulkan, bolehkah diberitahu kepada Dewan yang mulia ini manakah mengikut bandingan manakah negeri-negeri yang paling kaya dan paling miskin daripada segi paras kemiskinan.

Soalan tambahan kedua saya adalah berdasarkan kepada data yang dikumpulkan, dengan izin, it’s always better to give- to teach people how to fish rather than give them a fish. Maka bagaimana kerajaan hendak membina upaya supaya rakyat dapat bebas daripada belenggu kemiskinan. Ini kerana, setiap tahun ada orang miskin setiap negeri ada paras kemiskinan yang berbeza. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Eddin Syazlee bin Shith

Terima kasih kepada Yang Berhormat atas soalan tambahan. Kalau kekayaan mengikut negeri seperti yang ada dalam rekod simpanan saya ini negeri yang mempunyai insiden kemiskinan yang rendah adalah Johor, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Negeri-negeri lain yang agak tinggi insiden kemiskinan mutlaknya adalah Kelantan, Sarawak, Sabah, Perak dengan 73 peratus. Insiden kemiskinan tegar pula antara yang tertinggi adalah sama seperti negeri-negeri yang saya sebutkan tadi.

Saya bersetuju apa Yang Berhormat sebutkan tadi daripada kita memberikan lebih baik kita mengajar rakyat cara bagaimana untuk menangkap ikan. Persoalannya sekarang dalam tempoh pandemik COVID-19 tumpuan adalah untuk kita menangani masalah ekonomi yang semakin meruncing.

Sebelum kita boleh mendidik mereka untuk menangkap ikan, saya percaya ramai di kalangan mereka ini yang berada di bawah garis kemiskinan ini yang perlu dibantu secara langsung sebelum mereka ini benar-benar diberi didikan kelas asas untuk mencari makanan sendiri untuk berusaha.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey. Dipersilakan Yang Berhormat Puan Yeo Bee Yin.

final • 11:20 AM

10. Puan Yeo Bee Yin [Bakri] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan, usaha kementerian untuk menggalakkan aktiviti Research and Development

(R&D) di sektor swasta.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, MOSTI telah menyasarkan peningkatan penyelidikan eksperimental dan sumbangan perbelanjaan R&D oleh perusahaan perniagaan atau business expenditures R&D (BERD) kepada GERD daripada 43.9 peratus pada tahun 2020 kepada 70 peratus pada tahun 2025.

MOSTI juga telah menyasarkan supaya peratusan dana padanan- matching grant yang disumbangkan oleh industri bagi geran penyelidikan dan pembangunan R&D daripada MOSTI ditingkatkan daripada 36 peratus pada tahun 2020 kepada 40 peratus mulai tahun 2022. Melalui ini semua kelulusan projek R&D di bawah MOSTI satu buah industri akan merangkumi komitmen sebanyak 40 peratus daripada swasta. Manakala selebihnya 60 peratus daripada sumbangan kerajaan.

Selaras dengan ini, kementerian sedang melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan dan merancakkan semula aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara yang akan memberi fokus kepada penyelidikan dan pembangunan eksperimental iaitu melalui langkah pertama yang dilaksanakan pada masa ini adalah melalui penyeragaman dan penubuhan pusat aktiviti pengkomersialan hasil R&D yang unggul melalui kerjasama industri dan badan swasta.

Di bawah langkah ini terdapat tiga perkara yang dilaksanakan iaitu yang pertama melalui penubuhan Unit Pengurusan Penyelidikan atau dinamakan Research Management Unit di bawah EPU-JPM yang mana ia akan bertanggungjawab sebagai penyelaras utama atau perancang penyelidikan pembangunan, pengkomersialan, inovasi dan ekonomi (R&D&C&I) negara.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Peranan unit adalah untuk mengurangkan pertindihan fungsi dan memperkukuhkan kerjasama antara pihak industri akademia dan kerajaan di dalam pelbagai bidang Sains Teknologi dan Inovasi.

Kedua ialah MRANTI ataupun Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation iaitu MRANTI sebagai sebuah agensi melengkapkan ekosistem R&D&C&I serta kepakaran secara menyeluruh dalam lonjakan potensi pengkomersialan produk teknologi tempatan. Ia merupakan penggabungan dua buah agensi yang di bawah MOSTI iaitu Technology Park Malaysia Cooperation (TPM) dan juga Malaysian Global Innovation and Creativity Center (MaGIC).

MRANTI dijangka beroperasi pada tahun 2022 selaras dengan agenda pemangkin pengkomersialan teknologi negara menerusi pemacu pengkomersialan teknologi-teknologi Technology Commercialization Accelerator (TCA) di dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pengkomersialan teknologi STI.

Ketiga adalah melalui Hub Inovasi seperti yang dinyatakan di dalam Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) bagi melonjakkan STIE iaitu Hub Inovasi IR 4.0 ditubuhkan sebagai salah satu inisiatif di bawah MRANTI. Ia melibatkan penyelidikan facility dan infrastruktur yang bertujuan untuk memacu penghasilan, pengkomersialan dan pemindahan teknologi tempatan.

Fokus Hub Inovasi adalah kepada empat teknologi baharu yang muncul. Pertama teknologi asas 4IR termasuk pengkomputeran awan (cloud computing), Internet Benda, Analisis Data Raya yang dapat dipacu melalui Hub 5G. Kedua, teknologi dron bagi mensiap-siagakan inovasi tempatan dalam pengaplikasian teknologi dron di pelbagai sektor.

Ketiga, Teknologi Robotik dan kenderaan berautonomi dengan menyediakan infrastructure dan facility seperti zon selamat. Keempat, Bioteknologi melalui kemudahan makmal penyelidikan yang lengkap.

Seterusnya langkah kedua melalui penyeragaman semula ekosistem pembiayaan menerusi penyaluran dana yang saling melengkapi rangkaian ekosistem penyelidikan dan pembangunan negara bagi mengurangkan jurang kegagalan pembiayaan- value of death. Disingkatkan seterusnya langkah yang ketiga melalui pemantapan National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) untuk menggalakkan perkembangan inovasi dan kreativiti yang dapat pemangkin penerapan teknologi tinggi dan pengkomersialan inovasi tempatan.

Terakhir melalui langkah keempat yang dilaksanakan iaitu kerajaan telah menawarkan pelbagai insentif cukai yang menarik untuk mempromosikan aktiviti R&D serta menggalakkan pelaburan dalam aktiviti R&D melalui pihak industri yang disediakan melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan juga oleh LHDN. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Dipersilakan Yang Berhormat Bakri.

final • 11:20 AM

Puan Yeo Bee Yin - Bakri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada beberapa ingin mendapatkan penjelasan Timbalan Menteri yang pertama adalah, berapakah peratus untuk experimental development? Ini kerana, apa yang saya dapat- jawapan kepada saya pada 25 November ialah 50 peratus untuk experimental development tetapi tadi saya dengar 70 peratus saya hendak dapat confirmation- berapakah peratus.

final • 11:20 AM

Puan Yeo Bee Yin - Bakri

Kedua berkenaan dengan insentif cukai. Memang kita tahu bahawa kita ada banyak insentif cukai yang sedia ada seperti potongan cukai dua kali- ganda perbelanjaan R&D dalaman, potongan cukai kepada sumbangan untuk institusi-institusi yang telah diluluskan dan juga potongan cukai untuk kos memperoleh hak milik.

Kita juga ada pengecualian cukai seperti untuk syarikat-syarikat yang mengkomesialkan penemuan R&D, syarikat-syarikat kontrak R&D dan juga Belanjawan 2020 Pakatan Harapan juga mengumumkan pengecualian cukai 100 peratus sehingga 10

final • 11:30 AM

Puan Yeo Bee Yin - Bakri

tahun bagi hasil harta intelek daripada hak cipta paten dan juga yang layak yang dibangunkan di Malaysia.

Walau bagaimanapun, kami juga tahu bahawa secara umumnya bukan insentif tidak cukup tetapi apa yang dibelenggu ialah kita dibelenggu oleh banyak birokrasi dalam permohonan. Dalam proses permohonan, ia melibatkan pelbagai kementerian. Ini telah menyusahkan sektor swasta untuk mendapatkan insentif cukai daripada kerajaan.

final • 11:30 AM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Soalan. Soalan.

final • 11:30 AM

Puan Yeo Bee Yin - Bakri

Ya.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan ya.

final • 11:30 AM

Puan Yeo Bee Yin - Bakri

Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian untuk meringkaskan birokrasi ini? Saya juga dapati bahawa ada banyak syarikat swasta yang tidak sedar lagi insentif-insentif cukai yang sedia ada. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk mempromosi insentif ini?

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tiga soalan itu Yang Berhormat Bakri.

final • 11:30 AM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:30 AM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Bertulis.

final • 11:30 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Saya cuba ringkaskanlah.

Pertama, apa yang ditanya tadi saya sudah jawab berhubung dengan percentage itu adalah sebelum ini kita dalam pada tahun 2020 sebanyak 43.9 peratus iaitu nisbah BERD kepada GERD. Sasaran kita pada tahun 2025 sebanyak 70 peratus.

Kemudian, berhubung dengan insentif cukai seperti mana yang telah disebut tadi, antara lain insentifnya termasuklah taraf perintis, elaun cukai pelaburan dan insentif tolakan cukai.

Saya ingin mengulas tentang faktor-faktor yang disebut tadi tentang kebimbangan oleh pemohon-pemohon tentang sama ada geran mereka atau permohonan mereka diterima atau tidak. Yang boleh dikongsi antara masalah berkaitan dengan permohonan biasanya daripada segi masalah berkait dengan aspek ketersediaan teknologi yang rendah yang mana sukar untuk mereka menunjukkan hasil kerja di peringkat proof of concept. Kadang-kadang tiada spesifikasi teknikal untuk menentukan keperluan. Projek sendiri pun tidak kompetitif pada jangka masa panjang. Kadang-kadang cadangan yang dikemukakan iaitu teknologi yang telah sedia ada di pasaran. Selain juga, daripada segi perlu diberi tumpuan tentang aspek perancangan return on investment atas cadangan yang dikemukakan berserta model perniagaan perlulah jelas.

Jadi, ini adalah antara masalah-masalah yang selalu ditentukan oleh panel penilai yang kita lantik daripada pihak industri. Selain daripada pihak kerajaan dan juga pihak akademia di dalam menentukan sama ada permohonan geran itu mendapat kelulusan ataupun tidak. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Maaf Yang Berhormat, masa sudah tamat.

Kita ada tiga kementerian kita hendak buat pada hari ini. Maaf. Yang Berhormat semua, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini.

Terima kasih semua. Usul Yang Berhormat Menteri.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 6.30 petang dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 2 Disember 2021”.

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada yang menyokong?

final • 11:33 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:33 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH P.M. 18(1)
PILIHAN RAYA NEGERI SARAWAK

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Usul 18(1) bahawa Dewan ini meluluskan permintaan Ahli Parlimen Bandar Kuching untuk membincangkan satu perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 18 Disember 2021. Tarikh penamaan calon pada 6 Disember, manakala pengundian awal pada 14 Disember. Walaupun masih berdepan dengan pandemik COVID-19, SPR masih tidak melakukan reformasi yang sepatutnya untuk membolehkan pengundian yang lebih senang dan selamat terutamanya untuk rakyat Sarawak yang tinggal di Semenanjung Malaysia dan Sabah.

Harga tiket kapal terbang ke Sarawak terutamanya berdekatan dengan tarikh pilihan raya telah melambung dan ini akan menghalang rakyat Sarawak untuk balik dan menunaikan tanggungjawab mereka. Pembaharuan seperti ‘absentee voting’ dengan izin, di mana rakyat Sarawak boleh mengundi di tempat mengundi khas di bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia ataupun secara undi pos seharusnya dilakukan secepat mungkin untuk memastikan penyertaan semua dalam amalan demokrasi yang sihat ini .

Saya berpendapat bahawa isu ini menepati parameter yang diperlukan iaitu pertama, ia merupakan perkara yang tertentu iaitu melibatkan penjelasan dari Jabatan Perdana Menteri berkenaan mengapa reformasi ini tidak dilakukan sebelum ini dan bagaimana ia dapat dilakukan secepat mungkin termasuk pindaan undang-undang di Parlimen sekarang. Selain itu, ia juga melibatkan Kementerian Pengangkutan bagi menjelaskan perancangan kerajaan untuk mengurangkan harga tiket kapal terbang untuk memastikan tiada halangan untuk pulang mengundi.

Kedua, isu ini harus disegerakan kerana PRN Sarawak akan berlangsung dalam masa terdekat dan sebarang pindaan undang-undang haruslah dilakukan segera agar sempat diimplementasikan sebelum PRN ini.

final • 11:34 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Akhirnya, ini satu isu yang melibatkan kepentingan orang ramai kerana ia akan memberikan kesan kepada pilihan raya yang akan datang. SPR seharusnya mengambil langkah proaktif dalam melaksanakan reformasi terhadap sistem sedia ada bagi menjamin hak pengundi dengan senang dan selamat terutamanya dalam pandemik COVID-19 ini.

Izinkan saya tambah sedikit. Sebenarnya saya hendak tanya penjelasan daripada Menteri nanti jika boleh. Adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan darurat sekali lagi kerana penyataan...

final • 11:34 AM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh dibangkitkan nanti Yang Berhormat.

final • 11:34 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Sebab kenyataan Menteri yang menyatakan Omicron, mereka tidak akan mentransisikan pandemik kerana banyak pakar yang ada menyatakan kebimbangan mereka.

Oleh itu, adalah wajar untuk Dewan yang mulia ini membincangkan perkara ini supaya satu solusi dapat dicapai untuk menyelesaikan masalah ini. Sekian, terima kasih.

final • 11:34 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching.

Sebenarnya kalau ada isu baharu itu tidak boleh ditambah teks tapi boleh dibangkitkan semasa perbahasan nanti.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu Pemberitahu Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) oleh Yang Berhormat Bandar Kuching pada hari Selasa semalam, 30 November 2021. Teks usul itu telah dibacakan oleh Ahli Yang Berhormat Bandar Kuching sebentar tadi.

Bagi membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat, saya mestilah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu mematuhi tiga syarat iaitu:

(i) ia mesti perkara yang tertentu;

(ii) bagi kepentingan orang ramai; dan

(iii) berkehendak disegerakan.

Saya telah meneliti dan mendapati bahawa usul itu mengenai perkara yang tertentu dan untuk kepentingan orang ramai serta yang berkehendakkan untuk disegerakan. Oleh yang demikian, saya membenarkan usul itu untuk dirundingkan pada hari ini di Kamar Khas pada jam 2.30 petang. Terima kasih.

final • 11:34 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2022 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2022 Jawatankuasa

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2022 dan Anggaran Pembangunan 2022 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Ketujuh] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]

final • 11:34 AM
Kepala B.30 [Jadual] - Kepala P.30 [Anggaran Pembangunan 2022] -

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat, Kepala Bekalan B.30 dan Kepala Pembangunan P.30 di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi sekarang terbuka untuk dibahaskan.

Yang Berhormat Port Dickson dulu ya. Sekejap ya. Saya mempunyai senarai pembahas seramai 17 orang semuanya yang akan dimulakan oleh Yang Berhormat Kuala Krai kemudian saya akan jemput Yang Berhormat Ketua Pembangkang diikuti oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat berikutnya Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Jerai.

Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Batu Gajah dan Yang Berhormat Kepong.

Kita mulakan dengan- saya mempersilakan Yang Berhormat Kuala Krai diikuti Yang Berhormat Port Dickson.

final • 11:34 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya juga mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi.

Saya ingin menyentuh Maksud B.30, Butiran 030600 – Agensi Angkasa Malaysia.

Tuan Pengerusi, perkara pertama berkenaan butiran ini adalah berkaitan aktiviti pembangunan dan pengoperasian teknologi maju angkasa. Lazimnya melibatkan pelbagai kaedah dan pendekatan melangkaui sempadan. Ini termasuklah inisiatif kerjasama di peringkat antarabangsa bagi mengoptimumkan manfaat teknologi angkasa kepada kehidupan manusia.

Apakah bentuk kerjasama atau aktiviti berkaitan teknologi angkasa di peringkat nasional ataupun antarabangsa yang telah dilaksanakan atau sedang dirancang oleh Agensi Angkasa Malaysia?

[Dato’ Sri Azalina Othman Said (Pengerang) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Selain itu, saya juga ingin memohon agar pihak kementerian menyatakan apakah inisiatif yang telah ataupun sedang dilaksanakan bagi memastikan minat dan pembangunan kepakaran tempatan dalam membina teknologi angkasa di kalangan generasi muda dapat diperkasa.

Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh Kepala B.30, Butiran 040600 – NanoMalaysia Berhad (NMB). NanoMalaysia Berhad - syabas dan tahniah diucapkan atas pelancaran Program NanoMalaysia Energy Storage Technology Initiative (NESTI) yang dilaksanakan oleh Yang Berhormat Menteri MOSTI pada 23 November 2021.

Ia adalah sebuah platform yang amat baik dalam menekankan pembangunan dan pengkomersilan sistem simpanan tenaga bagi pelbagai kegunaan. Persoalan saya, selain daripada NESTI, apakah rancangan kerajaan melalui MOSTI untuk menyiapsiagakan keupayaan dalaman negara dalam bidang penyimpanan tenaga dan pengecasan elektrik untuk menyediakan infrastruktur kenderaan elektrik di Malaysia untuk meningkatkan daya saing negara di ASEAN di dalam sektor ini.

Dalam masa yang sama, apakah persiapan yang dilakukan oleh kerajaan melalui MOSTI untuk memasuki era ekonomi dan teknologi hidrogen seperti yang dilakukan oleh

final • 11:40 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

negara-negara maju seperti Jepun, Australia, Perancis dan Amerika Syarikat untuk membantu pengurangan pelepasan karbon serta mencipta peluang perniagaan dan pekerjaan baharu.

Tuan Pengerusi, maksud Kepala P30, Butiran 08000 – Malaysian Global Innovation and Creativity Centre. Merujuk kepada globalisasi ternyata mempengaruhi gaya dan kaedah pertanian masa kini yang tidak lagi bergantung penuh terhadap alatan tradisional, sebaliknya segalanya kini boleh dilakukan di hujung jari. Kebergantungan terhadap sektor berkenaan bagi meraih pendapatan harian masih kekal sehingga kini. Ada juga segelintir petani yang masih mengekal dan mempraktikkan kaedah tradisional meskipun landskap dunia berubah saban tahun.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menjangkakan penghasilan pertanian global akan meningkat sebanyak 69 peratus di antara tahun 2010 dan tahun 2050 di samping peningkatan populasi penduduk dunia yang dijangkakan sebanyak 9.7 bilion pada tahun 2050. Bagi memenuhi permintaan ini, industri pertanian beralih menggunakan teknologi terutamanya Internet Kebendaan (IoT) demi produktiviti dan kecekapan yang lebih baik.

Oleh itu penggunaan teknologi tinggi seperti dron, sistem pertanian pintar, kecerdasan buatan (AI) dan sistem data raya yang komprehensif mampu mengubah landskap sektor pertanian pintar ini. Saya mohon pihak kementerian jelaskan apakah penerapan inovasi dan teknologi yang telah atau bakal dilaksanakan oleh MOSTI bagi membantu perubahan landskap ini.

Tuan Pengerusi, butiran terakhir ialah di bawah Kepala P.30, Butiran 03700 – Yayasan Inovasi Malaysia. Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya tentang status projek- projek inovasi rakyat yang telah berjaya dihasilkan. Ke manakah hala tuju mereka selepas ini? Pembangunan sesebuah projek tidak sepatutnya terhenti setelah ia siap dan berjaya dihasilkan. Ia tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar kerana kurang penglibatan atau sokongan (buy-in) daripada pihak yang berkaitan contohnya seperti pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pengkomersialan produk tidak dapat berjalan dengan lancar kerana kekangan dana yang diterima. Dana pembangunan yang diperuntukkan terhad sehingga pembangunan produk sahaja. Oleh itu, penglibatan dan sokongan daripada pihak berkaitan amatlah diperlukan.

Tuan Pengerusi, itu sahaja perbahasan saya, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 11:40 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Waalaikumusalam. Yang Berhormat Port Dickson.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Butiran 030200 – Dana dan Pengkomersialan. Menyentuh tentang keutamaan yang diberikan oleh – dalam perspektif R&D oleh kementerian.

Saya ingin menyentuh tentang keperluan kementerian membuat perbandingan dengan pencapaian bukan sahaja di Singapura, tetapi juga Thailand dan Vietnam.

Thailand umpamanya, saya fikir tidak diberi penekanan oleh kementerian. Selain daripada creating innovation for commercial purposes, strengthening competitiveness in production and service sector, narrowing income disparity and upgrading technology, maknanya penekanan itu mesti ada hala tuju yang jelas dalam mengurangkan ketempangan penggunaan digitalisation dan teknologi supaya kesenjangan antara golongan kaya dan berada dengan miskin itu dapat dikurangkan.

Vietnam bagi saya menarik, saya telah membuat sedikit penelitian. Vietnam dalam merancang R&D mereka oleh Kementerian Sains dan Teknologi telah membuat perbandingan termasuk Malaysia. Dia melihat pada satu ketika, perbelanjaan untuk R&D di Malaysia itu lebih baik. Maka ditingkatkan perbelanjaan, dipelajari pengalaman Malaysia dan Singapura dan sekarang mereka jauh lebih berjaya.

final • 11:45 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Daripada segi peruntukan ditingkatkan, daripada segi penumpuan dalam beberapa isu yang harus diberikan penekanan juga diberikan lebih daripada yang kita harapkan ataupun tekankan di sini. Ini termasuk umpamanya kaitan di antara industri dan universiti supaya pendidikan itu tidak hanya bergantung kepada kekuatan asing dan luar seperti mana yang pernah saya sentuh di sini.

Bayaran konsultan, kalau di universiti itu silingnya sebanyak RM500,000, jikalau untuk konsultan luar negara sebanyak RM30 juta ke atas sehingga ratusan juta. Jadi, ini akan memberikan satu gambaran yang tumpuan dan keutamaan kita itu tidak salah.

Perkara yang berikut adalah mengenai peta MyStart. Saya dapat juga pandangan walaupun Menteri menyebut ada sasaran sebanyak lima buah syarikat tempatan dalam tempoh lima tahun. Ini saya ingat satu kenyataan yang sangat daif kerana kita harus punyai program yang ambitious daripada itu.

Kita juga tahu bahawa MyStart ini tidak boleh gunakan peraturan yang terlalu birokratik, rekod selama tiga tahun, MyStart itu baru start. Jadi semestinya dilihat keupayaan mereka seperti mana Silicon Valley. Ia tidak - umpamanya dana sumbangan itu tidak ikut prestasi tiga tahun, mengikut projection untuk satu atau dua tahun yang akan datang.

Jadi yang ini saya hendak minta supaya kementerian mengkaji semula tentang keperluan memberikan tumpuan kepada syarikat tempatan kepada universiti dan start-up supaya tidak ada ketempangan yang kita sebutkan dan ada satu usaha meningkatkan keupayaan kita, timbang dengan negara-negara lain.

Saya– bukan waktunya untuk memberikan perbandingan tetapi, ternyata daripada segi penggubalan dasar dan pelaksanaan, dengan Singapura tentu kita sudah ketinggalan jauh. Akan tetapi kalau bandingkan dengan keupayaan yang dibuat oleh Thailand dan Vietnam ini, saya fikir pihak kementerian harus meneliti semula supaya kita tidak lagi jauh ketinggalan.

final • 11:45 AM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Yang Berhormat Port Dickson, izinkan saya mencelah sedikit.

Tuan Pengerusi, saya sokong dengan apa yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Port Dickson berkaitan dengan melibatkan pihak universiti dalam kajian dan MOSTI perlu mempunyai sikap keterangkuman. Begitu juga, saya ingin mencadangkan agar institusi-institusi TVET, sama ada di bawah KPT ataupun di bawah KPM yang terlibat dengan HTVET, contohnya isu cyber security dan teknologi yang berkaitan juga dirangkumkan sekali dalam cadangan tersebut. Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Port Dickson.

final • 11:45 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Terima kasih. Ada saya tekankan tadi dan saya setuju dengan Yang Berhormat Simpang Renggam bahawa mesti ada satu penekanan khas, ada simbiosis di antara kementerian dan universiti dalam menetapkan.

Saya juga minta kementerian memberi perhatian tentang penemuan utama audit, umpamanya lima projek yang ditamatkan kerana gagal menghantar Laporan Pencapaian Milestone (MAR). Tiga projek tidak berjaya mencapai objektif, 19 perjanjian lewat ditandatangani di antara 46 sehingga 408 hari.

Ini kementerian yang patut dilihat sebagai mempunyai keupayaan dan tahap kecekapan yang hebat tetapi mempunyai kelembapan begini. Kemudian, ada juga dana yang tidak digunakan yang diberi kepada Akademi Sains, sebanyak RM31.66 juta yang tidak digunakan belum dikembalikan. Saya dapat maklumat daripada Akademi Sains bahawa ini juga tertakluk kepada beberapa peraturan dan kerenah birokratik.

Sebanyak 28 permohonan dana lewat diluluskan di antara empat hingga 219 hari.

Ini melanggar SOP yang ditetapkan oleh kementerian. Begitu juga tentang beberapa teguran tentang bahagian dana. MESTECC umpamanya perlu menyediakan SOP bagi urusan kutipan balik dana begitu juga tentang MESTECC perlu membuat tuntutan terhadap dana yang tidak digunakan.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Jadi, saya harap hal-hal ini diberi perhatian tetapi yang lebih penting bagi saya ialah bahawa kementerian dan khususnya dalam bidang penyelidikan ini harus melihat keupayaan negeri-negeri yang telah mengatasi kita kerana kelembapan – baik-baik dalam menetapkan dasar dan juga pelaksanaan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 11:50 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Terima kasih. Yang Berhormat Bakri, selepas ini Yang Berhormat Bakri kemudian Yang Berhormat Jerai.

Masa lima minit.

final • 11:50 AM

Puan Yeo Bee Yin - Bakri

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin terus kepada perbahasan. Pertama. saya ingin menyentuh Butiran 030000 – Pembangunan Teknologi, Pengkomersialan dan Perkhidmatan STI. Pengkomersialan teknologi secara spesifiknya. Dalam pengkomersialan teknologi, ada banyak agensi yang sekarang telah diletak di bawah MOSTI seperti Cradle, KMP, MAVCAP, MDV, MTDC, TPM, MaGIC dan MIGHT.

Apakah perancangan kementerian untuk memastikan fungsi agensi-agensi ini tidak bertindih dan juga bagaimana untuk mewujudkan sinergi antara agensi-agensi ini?

Sebelum ini Kabinet Pakatan Harapan telah pun meluluskan supaya pembiayaan start-up diselaraskan di bawah tiga agensi khusus untuk pembiayaan start-up menerusi geran ekuiti dan juga pinjaman.

Cradle memberi tumpuan kepada geran dan juga sokongan lain seperti latihan dan juga networking. MAVCAP memberi tumpuan kepada ekuiti melalui struktur Fund of Funds (FOF). MDV akan fokus untuk syarikat dalam peringkat pertumbuhan iaitu early and late stage, growth stage, dengan izin. Kertas Kabinet tersebut juga meluluskan tindakan-tindakan lain dalam memperbaiki dan memperkukuhkan ekosistem start-up di Malaysia.

Masa itu MaGIC dan juga MIGHT belum lagi diletakkan di bawah MOSTI. Saya ingin tahu adakah keputusan Kabinet itu masih kekal dan juga syor-syor yang tidak berunsur politik ini masih dilaksanakan oleh MOSTI? Dalam isu penyelarasan, saya amat menyambut baik penggabungan TPM dan juga MaGIC menjadi MRANTI.

Walau bagaimanapun, saya rasa masih banyak room for improvement dengan izin, dalam penyelarasan dan penstrukturan semula agensi-agensi pembiayaan pengkomersialan teknologi di bawah MOSTI terutamanya sekarang adanya agensi baharu yang terletak di bawah kementerian.

Tindakan ini adalah sangat penting untuk memastikan inisiatif kementerian dalam pengkomersialan teknologi boleh menjadi lebih efisien dan strategik. Saya hendak tanya adakah kementerian ada perancangan yang seterusnya dan jika ada, apakah rancangan ini?

Ada juga agensi-agensi di luar MOSTI yang terlibat dalam pengkomersialan teknologi, terlalu banyak agensi. Seperti MDEC di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Agensi Inovasi Malaysia, PlaTCOM Ventures dan juga Steinbeis Malaysia di bawah Jabatan Perdana Menteri dan lain-lain lagi.

Saya ingin tanya, apakah rancangan kementerian untuk memastikan tiada pertindihan, tiada persaingan yang tidak memerlukan iaitu unnecessary competition dan adanya sinergi di antara agensi-agensi di dalam, di bawah MOSTI dan di luar MOSTI, seluruh jentera kerajaan. Adakah Majlis Sains Negara iaitu National Science Council digunakan untuk menjadi platform penyelarasan ataupun platform yang lain digunakan?

Seterusnya saya meneliti bahawa Cradle tahun depan tidak akan menerima apa- apa peruntukan pembangunan. Saya ingin tahu di mana Cradle ataupun MOSTI mendapat peruntukan untuk membiayai Program MYStartup Cradle Fund?

Sekarang saya ingin beralih ke P.30 Butiran 09000 – Pelbagai Suntikan Ekuiti, yang mendapat peruntukan sebanyak RM64 juta. Saya ingin mendapatkan maklumat terperinci agensi mana di bawah MOSTI yang mendapat suntikan ini dan di bawah

final • 11:52 AM

Puan Yeo Bee Yin - Bakri

program apa? Saya berharap bahawa suntikan ekuiti ini akan melalui Fund of Funds model. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk membandingkan peruntukan suntikan ekuiti MOSTI dengan Dana Penjana Nasional di bawah Penjana Kapital yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan. Dana Penjana Nasional ialah sebuah Fund of Funds di mana kerajaan menyediakan RM600 juta untuk pelaburan ekuiti dalam start- up bersama dengan syarikat venture capital (VC) swasta dan antarabangsa dengan nisbah padanan satu kepada satu.

Dengan ini, dana RM1.2 bilion boleh disediakan untuk melabur dalam start-up.

Sememangnya saya setuju dengan pelaburan VC kerajaan melalui Fund of Funds dan bukan dari direct investment dengan izin, seperti syor Kabinet Pakatan Harapan yang telah pun diluluskan.

Akan tetapi, persoalannya ialah apakah peranan MOSTI dalam Dana Penjana Nasional yang memainkan peranan yang sangat penting dalam pengkomersialan teknologi? Sememangnya sebelum ini kami juga ingin meningkatkan saiz Fund of Funds untuk pelaburan VC dan RM600 juta itu adalah saiz yang sangat baik tetapi kenapa sekarang Kementerian Kewangan yang melakukan kerja MOSTI?

Jika kita bandingkan pelaburan ekuiti kerajaan di Dana Penjana Nasional, RM600 juta dengan suntikan ekuiti MOSTI yang hanya sebanyak RM64 juta, ia hampir sepuluh kali ganda dan juga untuk perhatian Dewan yang mulia ini, seluruh peruntukan pembangunan MOSTI untuk tahun 2022 ialah RM386.7 juta. Ini hanya adalah 64 peratus Dana Penjana Nasional.

Dana Penjana Nasional adalah dana yang sangat-sangat signifikan dalam pengkomersialan teknologi dan ia terletak di luar MOSTI. Bakri ingin tahu apakah pendirian kementerian berkenaan dengan isu ini?

Seterusnya, saya juga ingin merujuk kepada Butiran 020000 – Perancangan dan Pembudayaan STI. Saya ingin merujuk kepada KPI yang ditetapkan di muka surat 305.

Saya ingin tahu apakah perancangan kementerian untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan iaitu 93 penyelidik bagi setiap 10,000 tenaga buruh untuk tahun 2022? Ini memandangkan pencapaian sebenar untuk tahun 2020 adalah 59 sahaja dan juga ekonomi kita masih dalam fasa pemulihan. Adakah peningkatan ini daripada sektor awam ataupun sektor swasta?

Pada topik yang sama, saya juga hendak tanya adakah MOSTI masih meneruskan program Researcher-Industry Scientific Exchange (RISE) dan apakah perkembangannya? Seterusnya untuk Butiran 00800 – Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

final • 11:52 AM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat, sudah terlebih masa Yang Berhormat.

final • 11:52 AM

Puan Yeo Bee Yin - Bakri

Ya, di mana sebanyak RM107.85 juta telah pun diperuntukkan. Saya ingin tahu bagaimanakah peruntukan ini akan diagihkan? Berapa akan diperuntukkan untuk penyelidikan experimental development?

Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri telah kata 70 peratus menjelang 2025.

Saya ingin tahu, apakah sasaran untuk tahun 2022? Saya juga ingin tahu, apakah langkah-langkah yang diambil oleh MOSTI supaya pengagihan perbelanjaan R&D kepada experimental development bukan hanya ditingkatkan di MOSTI tetapi di seluruh jentera kerajaan yang mendapat peruntukan R&D kerajaan. Akhirnya, saya ingin mendapat maklumat terperinci, yang ini boleh secara bertulis.

final • 11:52 AM

Puan Yeo Bee Yin - Bakri

Berkenaan dengan perbelanjaan yang terdapat perbezaan besar antara tahun 2021 dengan tahun 2022 termasuk Butiran 040300 – MIMOS Berhad, Butiran 00200 – Jabatan Kimia Malaysia, Butiran 00603 – Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Butiran 94000 – Malaysia Debt Ventures (MDV). Itu sahaja yang saya hendak bangkitkan. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Jerai.

final • 12:00 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya untuk terlibat dalam perbahasan Jawatankuasa bagi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Saya terus ke Kepala B.30, Butiran 030100 – Teknologi Strategik. Pada tahun 2021, peruntukan berjumlah RM4,993,300 manakala tahun 2022 telah bertambah sebanyak RM5,450,300.

Peningkatan ini menjadikan kementerian melalui peruntukan ini mencetuskan cabang kuasa yang luas dalam arus pendigitalan yang serba canggih kerana banyak inovasi dan teknologi diperkenalkan.

Dalam hal ini, saya pernah membangkitkan satu isu kepada mantan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada sidang yang lepas mengenai reka cipta inovasi dron tempatan bagi kegunaan petani B40. Dalam jawapan tersebut, Menteri menyambut baik dan sekali lagi dalam perbahasan ini saya bangkitkan sekali lagi agar kementerian boleh mengadakan usaha sama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

Ini agar usaha untuk meningkatkan hasil tani serta menambah pendapatan negara dapat disegerakan. Selain itu, dengan adanya dron ciptaan tempatan, golongan muda yang semakin berkurangan dalam industri tani terutamanya yang melibatkan sawah padi.

Seterusnya dalam Parlimen saya Jerai, 60 peratus penduduknya terlibat dengan sawah padi. Aktiviti dron sangat popular kerana semburan racun atau baja sekiranya 0.4 ekar mengambil masa tujuh minit berbanding secara biasa iaitu tradisi mengambil masa sejam hingga dua jam.

Adakah bagi kementerian bersedia menyediakan peruntukan dalam bentuk geran atau pinjaman kepada syarikat tempatan untuk membangunkan sendiri teknologi dron dengan harga yang murah dan mampu milik? Jika hal ini dapat ataupun berjaya dihasilkan, sudah tentu memberi nafas baru kepada seluruh petani dalam kelompok B40.

Seterusnya yang kedua, P.30 Butiran 00800 – Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) berkaitan pembangunan vaksin. Apakah perkembangan terbaharu Program Pembangunan Vaksin Negara?

Dengan wujudnya mutasi Omicron yang dikatakan 500 peratus lebih kuat kadar jangkitannya, adakah pembangunan vaksin tempatan bersedia untuk melawan mutasi baharu ini memandangkan ramai di antara rakyat kita yang sudah merentas ke pelbagai negara luar sekarang ini dan tidak mustahil mereka terdedah kepada mutasi virus yang baharu ini dan membawa pulang ke negara kita.

Malah negara jiran kita Singapura juga melaporkan sudah ada dua kes mutasi Omicron ini. Soalan kedua, berapa peratuskah tahap keberkesanan booster vaksin yang kita ambil sekarang ini mampu untuk mencegah mutasi baharu ini? Apakah langkah kerajaan bagi menghalang mutasi ini memasuki negara kita? Sekian, terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Kuantan.

Kemudian Yang Berhormat Tebrau.

final • 12:00 PM

Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan

Terima kasih Tuan Pengerusi. Bismillahi Rahmani Rahim. Saya ingin merujuk kepada satu butiran sahaja, Butiran 030400 – Lembaga Pelesenan Tenaga Atom. Tuan Pengerusi, semalam merupakan tarikh akhir bantahan terhadap EIA yang dipamerkan berkenaan dengan pembinaan permanent disposal facility (PDF) untuk water leach purification solid waste daripada Lynas Advanced Materials Plant. Ini ekoran daripada surat AELB kepada Pengarah Urusan Lynas yang meluluskan, membenarkan pembinaan PDF di Lot 31375, Gebeng Industrial Estate.

Jadi Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada surat Kerajaan Negeri Pahang, PLANMalaysia Pahang yang ditulis kepada Lynas. Saya hendak tanya, sama ada AELB sedar akan surat ini yang bertarikh 12 Ogos kerana dalam surat ini Pengarah

final • 12:03 PM

Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan

PLANMalaysia Pahang, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang menyatakan bahawa keputusan Jawatankuasa Perancangan Negeri ini mengatakan bahawa tidak perlu dirujuk ke Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) setelah mengambil kira keperluan teknikal dan kesesuaian tapak tersebut.

Jadi PLANMalaysia Pahang mengatakan tidak perlu dapat kelulusan, tidak perlu dirujuk ke Majlis Perancang Fizikal Negara. Ini bercanggah dan melanggar undang- undang kerana cabutan – ada dua perkara. Dia melanggar undang-undang, satu.

Kedua, ia juga menyeleweng fakta. Cabutan dari minit mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri Pahang ini mengatakan bahawa tidak perlu rujuk kepada Majlis Perancang Fizikal Negara sedangkan pada pindaan Akta Perancangan Bandar dan Desa pindaan 2017 jelas mengatakan bahawa seksyen 20B, “Without prejudice to section 28 it shall be duty of every Federal Government and State Government department or agency to seek advice from the Council on the development proposal relating to” dan Bahagian B menyatakan “Any construction of a major national infrastructure including toxic waste disposal site”. Jadi, PLANMalaysia Pahang mengatakan tidak perlu rujuk sedangkan ini melanggar undang-undang. Macam mana AELB boleh keluar kelulusan pula kepada Lynas untuk membina PDF?

Kemudian dalam minit mesyuarat ini juga mengatakan bahawa tapak itu sesuai kerana merujuk kepada Rancangan Tempatan Daerah Kuantan 2035 mengatakan guna tanah di situ mengklasifikasikan perincian guna tanah yang dibenarkan termasuk penghasilan bahan radio aktif, memproses bahan buangan nuklear atau penghasilan komponen nuklear, memproses bahan buangan toksik serta sisa bahaya.

Tuan Pengerusi, AELB harus tahu bahawa ini adalah Rancangan Tempatan Daerah Guna Tanah untuk kilang. Of course lah, tentu sekali untuk penghasilan bahan radioaktif ini khusus untuk kilang Lynas tetapi dalam pelan guna tanah, tidak ada mengatakan boleh digunakan sebagai tapak pelupusan sisa radioaktif. Jadi, ini penyelewengan fakta. PLANMalaysia Pahang boleh mengatakan tidak perlu rujuk kepada Majlis Perancang Fizikal Negara, melanggar undang-undang, menyeleweng fakta dan AELB mengatakan boleh buat PDF di situ.

Tuan Pengerusi, saya hendak tahu penggerak projek ini ialah Gading Senggara Sendirian Berhad. Saya hendak tahu kepentingan Gading Senggara Sendirian Berhad siapa tuan punya? Siapa shareholders? Siapa pemiliknya? Berapa kos projek? Adakah ini tender terbuka, proses tender terbuka berjalan? AELB Yang Berhormat Menteri harus jawab.

Sekiranya Gading Senggara boleh get away dengan izin, pada hari ini dalam pembinaan tapak PDF ini, langgar undang-undang, bagaimana kita hendak pastikan bahawa Gading Senggara tidak langgar undang-undang pada masa hadapan? Adakah akan dapat perlindungan daripada kerajaan negeri? Bagaimana kepentingan rakyat Pahang akan dipelihara? Ini kerana radioactive waste ini merupakan – mempunyai half life ataupun sisa hayat atau jangka hayat 14 bilion tahun.

Saya juga ingin merujuk kepada Panduan Teknikal Criteria for Siting of Disposal Facility for Waste Containing Naturally Occurring Radioactive Material. Di sini, AELB pada 19 Ogos 2020 telah meletakkan klasifikasi radioactive waste Lynas kepada very low level radioactive waste. Sedangkan itu bercanggah dengan klasifikasi IAEA. IAEA mengatakan ialah low level waste bukan very low level waste.

Apabila very low level waste, maka ia ada kelonggaran daripada segi pembinaan tapak PDF ini. Ini juga satu perkara yang saya amat khuatir kerana apabila Lynas membina— disuruh membina cracking and leaching facility di Australia, saya bacakan ya, “The proposed Kalgoorlie plant is to have both is NUF and WLP equivalent waste to be returned to Mount Weld, to be disposed as in accordance with Western Australia Regulatory Requirements and Low-Level Waste Management Plant”.

final • 12:03 PM

Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan

Kenapa di Australia, oxide daripada Lynas dihantar balik ke lombong tetapi di Malaysia, kita hendak bina PDF ini atas tanah gambut. Ya, dekat dengan kilang, dekat

final • 12:10 PM

Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan

dengan rumah, dekat dengan laut. Tuan Pengerusi, saya pohon Yang Berhormat Menteri beri penjelasan tentang keputusan ini. Kenapa langgar undang-undang? Kenapa seleweng fakta? Kenapa tukar klasifikasi antarabangsa semata-mata untuk beri Lynas.

Ya.

final • 12:10 PM

Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan

Boleh mencelah sedikit? Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Setujukah Yang Berhormat, supaya nanti bila Yang Berhormat Menteri jawab, beritahulah kepada Dewan yang mulia ini, berapakah jumlah cukai sebenarnya hasil yang dibayar oleh Lynas kepada negara kita? Sekian, terima kasih.

final • 12:10 PM

Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan

Terima kasih, Yang Berhormat Teluk Intan.

Tidak payah Yang Berhormat Menteri jawab, saya pun tahu bahawa Lynas tidak pernah bayar cukai dan Lynas 12 tahun tidak perlu bayar cukai. Belum sampai pun 12 tahun.

Lynas tidak bayar cukai. Lynas ambil semua bahan mentah dari Australia, eksport 100 peratus ke luar negara, apa Malaysia dapat? Malaysia dapat radioactive waste. Kita tidak selesai masalah hingga hari ini. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

final • 12:10 PM

[Dewan tepuk]

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Tebrau.

final • 12:10 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Terima kasih, Tuan Pengerusi kerana mengizinkan saya menyertai perbahasan ini. Tuan Pengerusi, bagi Butiran 030200 – Dana dan Pengkomersialan. Saya dapati hanya RM6 juta diperuntukkan bagi tahun hadapan berbanding tahun ini RM16 juta.

Mengapakah keadaan ini berlaku, memandangkan pemberian geran separa kepada projek R&D yang menggerakkan untuk merangsang keperluan teknologi yang boleh meningkatkan ekonomi negara dan berdaya saing dengan kapasiti sektor perindustrian Malaysia bagi mempromosikan pengkomersialan teknologi asli. Oleh yang demikian, apa sebabnya bajet untuk tujuan ini dikurangkan pada tahun 2022.

Saya mohon Yang Berhormat Menteri menjawab. Saya juga ingin Yang Berhormat Menteri menyatakan apa yang sedang dan telah dibangunkan oleh kerajaan atau pihak swasta yang menerima geran R&D, berapa paten telah didaftarkan tetapi belum dikomersialkan? Berapa yang sudah didaftarkan dan telah berjaya dikomersialkan?

Juga, sila senaraikan paten yang berjaya dikomersialkan.

Bagi Butiran 030500 Tuan Pengerusi, saya nampak negara kita masih bergantung pada penggunaan arang batu untuk penjanaan tenaga elektrik yang membolehkan rakyat menikmati kadar tarif elektrik yang rendah, tetapi dia ada masalah, berbanding dengan negara lain dan ini tidak baik untuk alam sekitar oleh sebab pelepasan karbon mendatangkan risiko kepada persekitaran manusia daripada segi kesihatannya. Ia boleh mencemarkan udara dihirup, menjejaskan pernafasan dan aliran darah serta mendorong perubahan iklim.

Tenaga elektrik yang bersih dan mesra alam adalah tenaga hijau ya, green energy dengan izin seperti hidro dan solar. Sejauh manakah negara telah berjaya dalam usaha untuk menggantikan sumber tenaga elektrik daripada arang batu kepada tenaga hijau?

Sudah ada teknologi baru yang menggunakan aliran air sungai tanpa membina empangan dan boleh menjana tenaga elektrik. Adakan kerajaan sudah menimbangkan kaedah teknologi baru ini memandangkan negara kita dikurniakan dengan sungai yang banyak?

Butiran seterusnya adalah 040300 – MIMOS Berhad. Tuan Pengerusi, terdapat peningkatan terhadap permohonan peruntukan bagi butiran tersebut, sebanyak RM14 juta berbanding tahun lepas. Kita semua sedia maklum bahawa MIMOS berfungsi merangkumi inisiatif untuk memindahkan atau melesenkan platform teknologi kepada syarikat-syarikat Malaysia untuk memajukan lagi teknologi ini ke dalam produk dan aplikasi untuk memenuhi keperluan pasaran global serta membantu menggerakkan industri ICT Malaysia yang lebih tinggi. Saya juga memohon Yang Berhormat Menteri agar dapat menyatakan bilangan dan jenis harta intelek yang telah dibangunkan hingga kini.

final • 12:11 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Terakhir adalah 040500 – National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM).

Tuan Pengerusi, terdapat penurunan terhadap permohonan peruntukan berbanding tahun lepas di bawah butiran ini. Saya ingin bertanya mengapa bajet ini dikurangkan memandangkan terdapat tiga institut utama di bawah MBIM yang berfungsi menetapkan hala tuju aktiviti dan meningkatkan ekosistem R&D serta memacu negara ke hab bioteknologi?

Oleh yang demikian, bolehkah Yang Berhormat Menteri menyatakan bilangan serta apakah produk bioteknologi negara yang telah diwujudkan serta dikomersialkan setakat ini? Itu sahaja dari Tebrau. Saya ingin menyokong bajet ini. Terima kasih.

final • 12:11 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 12:11 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefy bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya punya hanya satu tumpuan besar. Menumpu kepada pengkomersialan sains, teknologi dan inovasi di bawah kepala 01300 dan 08000 ya, yang perlu saya sebutkan adalah bagaimana satu penggabungan antara Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) dengan Technology Park Malaysia (TPM), pada beberapa bulan yang lalu, bulan September diumumkan begitu.

Dengan benar-benar mengharapkan, akhirnya nanti persoalan pengkomersialan STI ini akan dapat diurus dan ditadbir dengan lebih baik. Ini kerana negara ringkasnya terperangkap dalam pendapatan menengah (middle-income trap) ini.

Justeru, adalah kerana akhirnya gagal menjana dan melahirkan industri-industri yang bersifat high value-added, sekali gus yang menggunakan dengan meluas knowledge workers. Dalam hal ini, kita bercakap tentang bagaimana STEM ataupun Science, Technology, Engineering and Mathematics gagal akhirnya melahirkan pekerjaan- pekerjaan yang sifatnya adalah high-paying job. Dengan kata lain, industri-industri kita masih lagi di bawah— adalah masih lagi bersaing dalam low value added dan sifatnya adalah labour intensive. Justeru, kerana itu kita gagal untuk keluar daripada middle-income trap ini. Apabila penggabungan yang berlaku antara dua TPM dan MaGIC ini, kita mengharapkan akan dapat menyaksikan apa yang diistilahkan sebagai kerancakan kegiatan-kegiatan inovasi, kreativiti dan akhirnya pengkomersialan itu dapat kita rancakkan lagi.

Namun, saya memerhatikan telah pun disebut pada pagi tadi, betapa bukan sahaja persoalan pendanaan tetapi akhirnya menyaksikan start-up atau pun our start-up dan termasuklah dalam bentuknya inkubator, accelerator, mengharapkan acceleration dari sudut kegiatan-kegiatan mereka ini terhalang kerana kita.

Antara lainnya, Malaysia ini perlu belajar daripada negara-negara yang mampu meletakkan konsolidasi, rasionalisasi atau pun bagaimana cara kita mengoptimumkan kegiatan ini supaya tidak di bawah pelbagai agensi, pelbagai kementerian yang akhirnya menimbulkan pelbagai kekangan kepada mereka yang bergiat dalam apa yang dikatakan sebagai usaha-usaha kreativiti dan inovasi ini.

final • 12:16 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefy bin Ahmad - Kuala Selangor

Ya bukan sahaja mendapat, dengan izin, multiple approvals yang diperlukan daripada various authorities and regulators. Kita dengar sebentar tadi kementerian- kementerian bersaing dalam mendapatkan- kita baharu dengar, MOF mendapat dana yang jauh lebih besar iaitu sebanyak RM600 juta, berbanding MOSTI yang hanya diberikan kurang lebih, dalam pengkomersialan ini, sebanyak RM60 juta.

Jadi, soalan saya kepada kementerian, apakah kita akan dapat benar-benar menyaksikan ke hadapan nanti a whole-of-government approach yang tidak perlulah bersaing- bersaing untuk mendapatkan sesuatu outcome yang lebih baik daripada bersaing kadangkala dalam persaingan turf, pendekatan territorial dan pendekatan persaingan dana, sekali gus natijah atau ‘outcome’ yang tidak optima.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefy bin Ahmad - Kuala Selangor

Akhirnya, saya memerhatikan- disebutkan sendiri oleh CEO MaGIC yang juga pada hari ini mengemudi Technology Park Malaysia (TPM), dan MaGIC ini, beliau menyebutkan bahawa, dengan izin, commercialisation kita itu adalah sangat rendah.

Averagenya sebanyak 15 hingga 20 peratus berbanding negara-negara.

Pada suatu masa dahulu, kita sama dengan Korea Selatan, Taiwan dan sebagainya. Pada hari ini mereka- kita bersaing dengan Vietnam dan negara-negara peers seperti ini. Jiran seperti ini. Kita punya 11 hingga 12 buah institut penyelidikan dan kita punya lebih 20 buah universiti yang juga terlibat dalam research. Akan tetapi, di manakah silapnya? Saya mahukan Yang Berhormat Menteri dan juga kementerian menggarap persoalan ini dengan lebih tuntas supaya kesemua ini akan dapat menghasilkan yang terbaik seperti kita dapat lihat The National Technology Innovation Sandbox. Ini satu kaedah yang sangat baik. Akan tetapi, persaingan- persaingan ini pada akhirnya tidak dapat melahirkan dan menjana yang terbaik untuk negara ini.

Sehebat-hebat our sectors seperti elektrik dan elektronik pun dan juga pada suatu masa dahulu MIMOS sepatutnya fokus ‘microelectronics’ untuk melahirkan mikrocip dan sebagainya untuk fungsi control. Akan tetapi akhirnya, semuanya semacam tergendala.

Jadi, ini satu perkara yang sangat mengecewakan, walaupun saya tahu usaha- usaha MOSTI sangat baik tetapi persaingan-persaingan ini perlu dirasionalisasikan. Ia perlu dioptimumkan untuk mendapatkan satu natijah yang jauh lebih baik. Terima kasih.

itu sahaja yang dapat saya sampaikan, Tuan Pengerusi. Terima kasih. Minta-minta diberi perhatian oleh kementerian. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Kuala Langat. Tidak ada? Yang Berhormat Merbok.

final • 12:20 PM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus memulakan dengan Butiran 020300 – Planetarium Negara yang peningkatannya hanya sekitar RM400 ribu. Sejauh manakah ia menjadi sumber pembelajaran yang efisien selama ini? Hal ini kerana asal penubuhan organisasi ini adalah bagi pembudayaan Sains, Teknologi dan Matematik (STEM) khususnya dalam bidang astronomi dan sains angkasa.

Kedua, saya merujuk kepada Butiran 030200 – Dana dan Pengkomersialan yang saya lihat menghadapi penurunan yang ketara iaitu daripada sebanyak RM16 juta kepada RM6 juta. Adakah benar dakwaan bahawa budaya penyelidikan dan pembangunan (R&D) di negara ini masih belum cukup perkasa untuk menghasilkan produk hebat yang boleh dikomersialkan ke pasaran tempatan ataupun antarabangsa?

Soalan saya, berapakah projek penyelidikan yang berjaya dikomersialkan bagi tujuan kepentingan awam? Berapakah pula yang hanya berstatus put on the shelf?

Maksudnya, letak di rak sahajalah. Adakah mungkin masalah kolaborasi antara pemegang taruh selain birokrasi seperti yang Yang Berhormat Port Dickson sebutkan tadi atau isu ranking bagi indeks kompetitif yang mana output inovasi ini tidak diterjemahkan untuk industri bagi menyumbang kepada KDNK?

Seterusnya, saya menyentuh Butiran 030400 – Lembaga Perlesenan Tenaga Atom. Saya ingin mengimbau sedikit kenyataan akhbar sebab ini merupakan sejarah pada 15 Ogos 2019 yang mana LPTA ini telah membaharui lesen operasi Lynas Malaysia Sdn.

Bhd. untuk selama enam bulan lagi walaupun ketika itu diberikan dua syarat; Lynas perlu sediakan cracking and leaching plant. Ia perlu dibina dalam tempoh empat tahun dari tempoh sah lesen. Namun kini, Lynas sudah berada di Malaysia selama sembilan tahun.

Hanya berbaki tiga tahun lagi.

Satu lagi syarat, Lynas perlu kenal pasti tapak spesifik kemudahan pelupusan kekal (PDF). Namun, sehingga sekarang seolah-olah tiada keazaman dan lesen Lynas ini terus diperbaharui sehingga sekarang. Jadi, itu sahaja. Terima kasih.

final • 12:23 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Setiu.

final • 12:23 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya pergi kepada Butiran 09000 – Pelbagai Suntikan Ekuiti. Di sini dinyatakan anggaran perbelanjaan sebanyak RM64 juta bagi pelbagai suntikan ekuiti. Ke manakah hala tuju wang sebanyak ini? Mohon kementerian nyatakan siapakah yang akan dapat manfaat daripada wang ini.

Butiran 00800 – Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Jumlah yang agak besar diperuntukkan bagi penyelidikan dan pembangunan. Minta kementerian jelaskan bagaimana peruntukan ini dapat membantu bidang penyelidikan dan pembangunan seterusnya dapat dikomersialkan. Banyak projek R&D yang berjaya dihasilkan, namun tidak dapat dikomersialkan berikutan dana yang diperuntukkan hanya terhad sehingga kepada pembangunan produk sahaja.

Kita mengambil maklum bahawa projek-projek R&D kebanyakannya berjaya disiapkan, namun kebanyakan daripada mereka ini berdepan dengan isu paten yang boleh dikomersialkan. Mohon pihak kementerian menyatakan usaha dan strategi yang dilakukan bagi mengurangkan kegagalan projek-projek ini untuk dikomersialkan.

Seterusnya Butiran 08000 – Malaysian Global Innovation and Creativity Centre

(MaGIC). Dengan penerapan inovasi dan teknologi seperti dron dan robotik dalam sektor pertanian moden, adakah ini akan meningkatkan lagi kos pengeluaran dan adakah ia tidak menyebabkan rakyat kehilangan pekerjaan?

Butiran 03700 – Yayasan Inovasi Malaysia. Dinyatakan hanya sebanyak RM2 juta. Adakah ia mencukupi bagi Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) untuk melaksanakan program-program yang dapat meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat secara mampan, terutamanya bagi mereka daripada kalangan B40? Sekian, Tuan Pengerusi.

final • 12:25 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Sepang.

final • 12:25 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Saya akan terus kepada Butiran 02000 – Perancangan dan Pembudayaan STI iaitu sains, teknologi dan inovasi.

Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan. Sebelum ini kita tahu bahawa mantan Yang Berhormat Menteri telah melancarkan dua inisiatif nasional sebagai usaha memperkasakan peranan sains, teknologi dan inovasi negara.

Antara lain kata Yang Berhormat Menteri pada masa itu ialah kedua-dua inisiatif ini bertujuan untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi bagi mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara berteknologi tinggi selain mengurangkan kebergantungan kepada teknologi luar dan buruh asing.

Pertama, saya tanyakan kepada pihak Yang Berhormat Menteri, adakah matlamat ini telah berjaya dicapai? Sebab kita sekarang mendengar di luar sana bahawa negara kita mungkin tidak boleh lari daripada kebergantungan kepada buruh asing ini, khususnya dalam industri-industri tertentu. Saya hendak tanya apakah yang telah dicapai bagi mencapai inisiatif ini?

Seterusnya, kata Yang Berhormat Menteri pada masa itu dengan pelancaran dua inisiatif nasional ini juga untuk membantu negara bagi meningkatkan KDNK kepada RM3.4 trilion menjelang tahun 2030.

final • 12:28 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Pertama, saya hendak tanya, setakat ini kita tidak dengar lagi berapakah jumlah yang telah berjaya dicapai. Yang kita tahu, negara kita memang berhutang tinggilah sampai RM39 bilion. Sebanyak RM32 bilion ialah hutang 1MDB dan RM7 bilion ialah hutang interest, tetapi tentang meningkatkan KDNK ini tidak dengar lagi.

final • 12:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Seterusnya saya ingin tanya kepada kerajaan. Kerajaan juga umumkan 10 program lonjakan di bawah Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE). Di antaranya, di dalam program itu kerajaan akan mewujudkan National Vaccine Centre. Saya nak tanya kepada pihak kerajaan, sejauh manakah National Vaccine Centre ini telah memainkan peranan, khususnya dalam menangani isu COVID-19 di Malaysia ini?

Kita juga tahu ada satu– mungkin ada satu lagi virus baru ini. Jadi saya nak tanya kepada pihak kerajaan, sejauh manakah National Vaccine Centre ini telah memainkan peranan yang aktif untuk memastikan kita mungkin boleh menghadapi gejala ataupun ancaman pandemik ini dengan lebih confidence pada masa akan datang?

Saya mencadangkan kalau sekiranya kita nak dapatkan, kita mungkin boleh tanya kepada Yang Berhormat Pekan kerana Yang Berhormat Pekan nampaknya dia macam ada satu bola magik. Dengan title ‘Bossku’ itu. Apa masalah ‘Bossku’ ? Dia seolah-olah macam boleh memberi satu – mungkin kalau kita buat vaksin baru nanti, andai kata, kita namakan Vaksin Pekan atau Vaksin ‘Bossku’ untuk kita mendapat satu impak yang kuatlah.

Seterusnya saya nak tanya juga kepada pihak kerajaan sebagai booster yang dikatakan oleh Yang Berhormat Pokok Sena. Ada juga orang kata mungkin ramai orang boleh mati. Itu saya tak tahulah. Kita kena buat kajianlah.

Seterusnya saya nak tanya kepada kerajaan tentang Butiran 020200 - Pembudayaan STI. Saya merasakan bahawa ini merupakan satu inisiatif yang baik. Cuma saya agak keliru kenapakah bajet untuk peruntukan ini dikurangkan? Tuan Pengerusi, beberapa tahun dahulu saya ada membaca satu interview daripada seorang ahli teknologi dari Jepun yang beliau nak melabur di Malaysia.

Saya baca dalam majalah Dewan Budaya. Dia mengatakan walaupun saya ahli teknologi, untuk saya melabur di Malaysia ini, saya perlu membaca antaranya, karya- karya sastera dari Malaysia ini untuk mendapat tahu bagaimanakah pemikiran rakyat Malaysia ini. Jadi kalau saya labur ini, sara rasa ia ada kaitan dengan tahap pemikiran rakyat ini.

Saya nak bertanya kepada pihak kerajaan, adakah kerajaan merasakan bahawa untuk Pembudayaan STI ini, kita boleh terpisah daripada membudayakan pemikiran yang maju. Oleh sebab budaya ini melibatkan satu amalan yang kita rasa ada kaitan dengan pemikiran rakyat.

Kalau sekiranya pemikiran kita agak terkebelakang, tidak moden, sebagai contoh, kita masih lagi tidak boleh menerima dan tidak memahami prinsip asal demokrasi, tiba- tiba kita bercakap mengenai teknologi. Saya hairan, adakah kita boleh mencapai matlamat ini sekiranya pemikiran rakyat ini pun menjadi pemikiran yang mungkin masih lagi terkebelakang, yang agak– Masih lagi tradisional ataupun pemikiran-pemikiran yang mungkin kolot daripada segi memahami perkara-perkara baru ini, seperti memahami bahawa kalau kita kalah, tak boleh jadi kerajaan. Kalau menang, boleh jadi kerajaan. Itu perkara asas tetapi perkara ini pun gagal difahami oleh pihak sana, jadi sekarang nak membudayakan STI. Saya hairan, adakah kita boleh mencapai matlamat ini? Sekian, terima kasih.

final • 12:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Sibuti.

final • 12:30 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Sibuti terus pergi ke Butiran 030200 - Dana dan Pengkomersialan. Saya lihat di sini terdapat penurunan yang besar berkenaan tentang dana yang telah diberikan kepada Dana dan Pengkomersialan iaitu daripada RM16,950,400 juta kepada RM6,165,700.

Saya ingin mengetahui mengapakah terdapat penurunan yang besar dari sudut pengkomersialan produk-produk daripada MOSTI. Adakah tiada lagi kajian-kajian yang bersesuaian untuk dikomersialkan dan juga apakah bentuk-bentuk komersial yang telah dilaksanakan pada tahun-tahun yang lepas.

final • 12:34 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Seterusnya kepada Butiran 03500 - Agensi Nuklear Malaysia. Ini adalah merupakan sebuah agensi yang sangat penting pada ketika ini. Saya lihat terdapat banyak aplikasi-aplikasi yang terdapat di bawah Agensi Nuklear Malaysia dapat membantu berkenaan produksi pertanian dan juga menyediakan aplikasi bagi mempercepatkan pertumbuhan benih-benih terutama sekali benih-benih beras.

Apakah tindakan daripada Agensi Nuklear Malaysia ini untuk membantu menyelesaikan food security di Malaysia, memandangkan tiada kajian yang khusus bagi Agensi Nuklear Malaysia untuk mengkaji tentang penggunaan nuklear untuk memproduksikan tenaga di Malaysia pada masa akan datang.

Ini memandangkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang lepas telah memutuskan bahawa kita tidak akan menggunakan aplikasi nuklear sebagai tenaga yang boleh diperbaharui tetapi saya masih ingin mencadangkan pada pihak kerajaan, apakah langkah-langkah ke hadapan, iaitu 10 sehingga 20 tahun yang akan datang untuk kita mencapai net zero?

Adakah kerajaan akan mempertimbangkan penggunaan aplikasi nuklear ataupun tenaga nuklear sebagai energy mix, dengan izin untuk digunakan bagi penjanaan elektrik di negara kita memandangkan tenaga nuklear ini semakin berkembang dan maju dan antara tenaga yang terbersih di dunia.

Saya juga ingin menyentuh berkenaan Butiran 030300 - Kimia dengan bilangan penjawatan sebanyak 1,359 orang. Saya ingin menyentuh tentang fungsi Jabatan Kimia di bawah MOSTI ini. Adakah Jabatan Kimia telah mempunyai satu kerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara untuk menggunakan kaedah DNA ataupun kaedah-kaedah yang terdapat dalam Jabatan Kimia ini untuk membantu menyelesaikan masalah tentang permohonan hak warganegara ataupun membantu pemohon-pemohon kad pengenalan terutama sekali di Sabah dan Sarawak.

Saya mendapati terdapat arahan ataupun cadangan dari Jabatan Pendaftaran Negara sekiranya terdapat pertelingkahan ataupun masalah berkenaan pendaftaran kad pengenalan, mereka mencadangkan agar pemohon tersebut untuk pergi ke makmal- makmal kimia. Akan tetapi setelah jawapan dan juga keputusan yang diperolehi, keputusan ini tidak diguna pakai pun oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Saya berharap agar Jabatan Kimia dapat melakukan sesuatu berkenaan masalah ini.

Selain daripada itu, saya ingin menyentuh berkenaan Butiran 030600 - Agensi Angkasa Malaysia. Dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12, kerajaan dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyebut bahawa kita akan membangunkan industri aeroangkasa. Salah satu perkara yang disebutkan adalah untuk membangunkan tapak pelancar roket ke angkasa dan juga antara lokasi yang dicadangkan adalah terdapat di Sarawak.

Saya ingin mendapat tahu daripada pihak MOSTI di manakah lokasi yang bersesuaian. Daripada bacaan-bacaan saya daripada internet, antara lokasi-lokasi tersebut haruslah terletak di antara garisan Khatulistiwa. Juga industri ini akan memberi satu pulangan yang besar dan akan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Sarawak dan juga Malaysia, khususnya.

Selain daripada itu saya ingin menyentuh berkenaan Butiran 00800 - Program Penyelidikan Pembangunan (R&D). Saya juga ingin mengetahui apakah bentuk kajian- kajian yang telah dijalankan oleh pihak MOSTI? Adakah kajian dron ataupun super drone masih diteruskan di bawah kementerian dan juga apakah perkembangan-perkembangan pembangunan super drone ini yang pernah dibincangkan pada tahun-tahun yang lepas?

Selain daripada itu saya ingin menyentuh semula berkenaan tadi, Butiran 030500 - Agensi Nuklear Malaysia. Saya berharap agar lebih banyak rekrut-rekrut ataupun tenaga profesional dapat diambil di bawah Agensi Nuklear Malaysia. Itu sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:34 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

final • 12:34 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membangkitkan Butiran 020000 - Perancangan dan Pembudayaan STI yang mana kita lihat ada pertambahan peruntukan daripada RM43 juta kepada RM47 juta. Secara khususnya, saya ingin merujuk kepada Butiran 020500 - Akademi Sains Malaysia.

final • 12:39 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Soalan yang ingin dibangkitkan ialah enam tahun lalu, kalau tidak silap saya ada satu laporan yang telah pun disediakan oleh Akademi Sains iaitu yang dipanggil sebagai Science Outlook Report 2015, dengan izin Tuan Pengerusi. Saya ingin tahu perkembangan laporan sains ini dan bagaimana kementerian melihat laporan ini mencapai kejayaan. Antara yang penting yang saya masih ingat laporan ini telah mengangkat berkait tentang pendidikan di sekolah iaitu pemerkasaan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM).

Kita ingin lihat daripada tahap ini, apakah kementerian telah mempunyai satu pelan tindakan yang bersepadu dengan Kementerian Pendidikan? Ini kerana, kita lihat kalau kita tengok pengalaman negara Jepun misalnya baru-baru ini Jepun telah mengemukakan Blueprint Japan Society 5.0 yang mengangkat juga tema STEM tetapi juga ditambah satu lagi ‘A' menjadi Science, Technology, Engineering Mathematics and Arts iaitu seni.

Jadi, ini perkara-perkara yang saya fikir penting kerana kita berdepan dengan realiti pandemik COVID-19 ini. Kita tahu masalah cabaran yang paling utama adalah pendidikan dan sudah pastilah pendidikan sains dan teknologi ini adalah satu perkara yang amat mustahak untuk diberikan tumpuan. Jadi, saya ingin tanya kementerian bagaimana perkembangan tentang perkara ini.

Seterusnya Tuan Pengerusi ialah dalam bab yang sama iaitu Perancangan dan Pembudayaan STI ini kita lihat ada 45 kurang lebih dasar negara yang berkaitan dengan STI ini. Saya ingin tanya kepada kementerian sejauh mana keberkesanan Majlis Sains Negara yang telah pun dimaklumkan ditubuhkan dalam mengurus dasar-dasar yang berkait STI ini yang merentasi pelbagai kementerian.

Kita juga dimaklumkan bahawa di sana ada inisiatif yang diwujudkan oleh kementerian iaitu dipanggil Malaysia Open Science Platform. Saya ingin tanya kepada kementerian, apakah Malaysia Open Science Platform ini berjaya di dalam sasaran mereka? Ini kerana, kita difahamkan Malaysia Open Science Platform ini penting untuk memastikan perkongsian data penyelidikan dapat dijajarkan dengan bidang keutamaan negara.

Seterusnya Tuan Pengerusi ialah berkaitan dengan kesaksamaan gender. Kita baca baru-baru ini laporan yang memberikan penegasan untuk wanita ini diperkasakan juga dalam bidang sains. Walaupun kita lihat daripada segi statistik dia agak seimbang tetapi saya ingin tanya kepada kementerian, apakah langkah-langkah yang telah diatur supaya para saintis wanita dapat diberikan bukan sekadar peluang tetapi juga peranan yang penting dalam memperkasa sains negara.

Seterusnya Tuan Pengerusi ialah berkait dengan Butiran 030600 – Agensi Angkasa Malaysia yang diberikan peruntukan RM61.5 juta. Kita dapat baru-baru ini tahun ini berita yang menyatakan satelit MEASAT-3 yang dilancarkan pada tahun 2006 di Kazakhstan. Ada beberapa laporan media antarabangsa yang melaporkan sebagai zombie satellite yang berhadapan dengan masalah. Jadi, saya ingin tanya apakah perkembangan tentang satelit negara ini.

Apakah ada perancangan yang disusun oleh kementerian dalam memastikan satelit kita di-terus dilancarkan di dalam orbit. Semalam juga, saya membaca satu laporan media mengenai perjanjian antara Agensi Angkasa Malaysia dan juga China National Space Administration. Saya ingin bertanya kepada kementerian apakah fokus perjanjian ini dan apakah yang telah pun disepakati dan dipersetujui bersama apakah yang berkait tentang perkembangan angkasa yang lebih positif.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Terakhir Tuan Pengerusi ialah berkaitan dengan Butiran 00800 – Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) yang mana kita lihat sejumlah RM107 juta dibelanjakan. Saya ingin tanya secara khusus perkembangan R&D vaksin dan juga apa sahaja yang berkait tentang pencegahan COVID-19 ini. Ini kerana hari ini kita dapat maklumat U.S. Food and Drug Administration telah pun bersetuju untuk menggunakan antivirus pil yang dipanggil yang dibuat oleh Merck.

Walaupun undi mereka tidaklah unanimous tetapi ini juga penting untuk memandu negara kita ke depan ini tentang bagaimana kesiasiagaan kerajaan untuk berdepan dengan cabaran berterusan COVID-19 ini. Kita difahamkan ada pengumuman oleh kementerian untuk membuat vaksin ataupun hal-hal yang lain berkait dengan perkara ini.

Apakah perkembangannya yang ingin– saya percaya kementerian boleh laporkan kepada Dewan Rakyat. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Sai

Yang Berhormat Dungun.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi atas keizinan memberikan ruang kepada saya untuk perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Butiran 020200 – Pembudayaan STI. Boleh dinyatakan apakah contoh-contoh aktiviti yang dirancang dalam pembudayaan sains, teknologi, inovasi dan ekonomi?

Kedua, sehingga kini bagaimanakah tahap kerjasama antara MOSTI dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi menyuburkan minat golongan muda terhadap STIE. Ini kerana di antara pelanggan kepada kementerian ini ialah IPTA dan IPTS. Ketiga, apakah tahap kesedaran rakyat Malaysia tentang STIE pada waktu ini?

Butiran 040000 – Program Khusus. Ketiadaan butiran berkenaan dengan penciptaan vaksin COVID-19 dalam peruntukan kementerian kali ini. Jadi, saya pohon untuk mendapat maklumat daripada apa yang saya difahamkan bahawa wujud kos pembangunan vaksin dan bolehkah dinyatakan anggaran kos vaksin yang dibangunkan tersebut. Bolehkah diketahui sejauh manakah perkembangan pembangunan vaksin setakat ini?

Butiran 00200 – Jabatan Kimia Malaysia. Saya ingin untuk mendapat penjelasan apakah fasiliti dan kemudahan yang dimiliki oleh Jabatan Kimia Malaysia adakah mencukupi seperti mana standard antarabangsa dalam menyelesaikan kes-kes jenayah daripada segi penyiasatan forensik.

Butiran 03600 – NanoMalaysia Berhad (NMB). Ingin mendapat penjelasan melalui peruntukan yang diberikan. Bagaimanakah MOSTI memperluaskan penggunaan teknologi tinggi terutama sekali nano teknologi dalam Revolusi IR4.0 dan pertanian moden bagi memastikan bidang pertanian yang mampan. Kedua, apakah inisiatif atau program bertemakan hijau di bawah peruntukan tahun 2022 yang dilaksanakan oleh agensi MOSTI yang boleh menggalakkan perkembangan ekonomi baharu.

Butiran 03700 – Yayasan Inovasi Malaysia. Sejauh manakah fungsi sebenar Yayasan Inovasi ini sebagai platform kepada bakat inovasi telah tercapai pada waktu ini?

Kedua, adakah kementerian merancang untuk menambah peruntukan kepada yayasan ini? Ini kerana geran pembangunan adalah terhad dan pembangunan produk masih perlu dipertingkatkan daripada segi teknologi.

Butiran 040300 – MIMOS Berhad. Pertama, sejauh manakah penghasilan inovasi yang telah dipatenkan melalui projek-projek di bawah MIMOS setelah membantu perkembangan dan pembangunan teknologi dalam negara kita.

final • 12:45 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Kedua, sejak penubuhan MIMOS Berhad pada 1985, adakah pembangunan inovasi negara kita telah menyaingi negara-negara jiran di rantau ini daripada segi pengiktirafan antarabangsa?

final • 12:50 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Akhirnya Butiran 040400 – Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).

Pertama, sehingga kini berapa ramai usahawan startup yang telah berjaya dilahirkan oleh MaGIC?

Kedua, sejauh manakah MaGIC telah berjaya menghasilkan produk-produk yang mampu menyelesaikan masalah-masalah sosial dan alam sekitar sehingga kini? Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 12:50 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Pengerusi. B.30 sedikit mukadimah. Pada tahun 2019, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM1.36 bilion untuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Ini merupakan jumlah yang tertinggi jika dibandingkan dengan peruntukan dalam tempoh lima tahun yang lalu. Bagi tahun 2022, hanya RM906 juta diperuntukkan bagi kementerian ini. Ini bermakna terdapat pengurangan sebanyak RM457 juta jika dibandingkan dengan tahun 2019.

Dalam keadaan hasrat kerajaan untuk memajukan sains dan teknologi, lebih-lebih lagi dalam keadaan kita menghadapi pelbagai masalah dan pandemik, saya rasa peruntukan untuk kementerian ini harus dipertingkatkan. Ini membolehkan pelbagai kajian dan penyelidikan dapat dilakukan untuk menghadapi sebarang kemungkinan luar jangka dan sebagainya. Kita juga tahu bahawa pelbagai varian COVID-19 sekarang muncul dan kita perlukan banyak kajian dilakukan di negara kita.

Butiran 020100 – Perancangan Strategik. Saya ingin tahu takrifan untuk istilah saintis dalam konteks negara kita. Siapakah yang dianggap sebagai seorang saintis?

Apakah kelayakan yang sepatutnya ada pada seorang saintis setakat ini? Berapakah orang saintis yang layak masih secara aktif menjalankan kajian dan penyelidikan di negara kita? Dalam Bajet 2022, sebanyak RM423 juta telah diperuntukkan kepada MOSTI dan juga kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk menggiatkan penyelidikan dan pembangunan R&D untuk menghasilkan inovasi baharu dalam bidang sains dan teknologi. Daripada jumlah itu, RM295 juta diperuntukkan untuk IPTA bagi tujuan penyelidikan dan inovasi.

Saya ingin tahu, apa penyelidikan-penyelidikan yang sedang dan akan dilaksanakan oleh IPTA dan agensi-agensi lain dalam membantu memperkayakan inovasi sains dan teknologi negara kita. Kalau boleh berikan perincian mengenai agensi-agensi yang terlibat dan jumlah peruntukan yang akan disalurkan. Saya juga ingin tahu, sejauh mana penglibatan dan kolaborasi sektor swasta dalam menyalurkan dana dan kemudahan-kemudahan lain bagi membantu inovasi sains dan teknologi negara kita.

Apakah faedah-faedah dan kelebihan yang diberikan kepada sektor korporat yang tampil ke hadapan untuk memajukan bidang sains dan teknologi di negara kita?

Butiran 020300 – Planetarium Negara. Planetarium Negara berfungsi memperkasakan pembudayaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Ia bermatlamatkan untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan bidang astronomi dan sains angkasa. Dalam Bajet 2022, RM6.6 juta diperuntukkan untuk Planetarium Negara.

Apakah pembaharuan-pembaharuan yang akan dilaksanakan untuk mempertingkatkan dan mempromosikan Planetarium Negara? Dalam media sosial terdapat banyak rungutan daripada pelawat-pelawat iaitu Planetarium Negara masih serba kekurangan jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Apa usaha-usaha kerajaan untuk menarik lebih ramai murid-murid sekolah, mahasiswa-mahasiswi, golongan pendidik dan orang awam untuk melawat Planetarium Negara?

Didapati kunjungan ke Planetarium Negara masih dalam tahap yang rendah.

Kerajaan harus menganjurkan lebih banyak lagi pameran-pameran sains angkasa untuk menarik minat lebih ramai untuk berkecimpung dalam bidang ini. Hari ini ramai yang masih beranggapan bahawa bidang sains angkasa ini sesuatu yang terpencil. Saya memohon Yang Berhormat Menteri menyenaraikan pencapaian-pencapaian yang unggul oleh Planetarium Negara sejak penubuhannya. Jika Planetarium Negara tidak dinaiktarafkan

final • 12:50 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

mengikut peredaran masa, maka bangunan itu akan menjadi “gajah putih” dan tidak diminati pada masa hadapan.

Tuan Pengerusi, we have spent millions on this project but berapakah orang yang melawat bangunan sains ini setiap hari? We really must promote. It’s a total waste if you don’t do it. Matlamat penubuhannya tidak akan tercapai jika kita tidak membuat promosi yang secukupnya.

Tuan Pengerusi, Butiran 030600 – Agensi Angkasa Malaysia. Saya ingin tahu, sejauh mana teknologi angkasa telah berkembang di negara kita? Bagaimana teknologi angkasa membantu industri makanan, kegiatan nelayan, pertanian dan keselamatan negara? Kerajaan memperuntukkan RM61.5 juta iaitu satu jumlah yang cukup besar.

Bagaimanakah peruntukan ini boleh mengoptimumkan pulangan kepada pelaburan dana dalam industri ini? Apakah pencapaian yang diharapkan oleh agensi ini bagi tahun 2022?

Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 12:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Sik.

final • 12:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya terus ke Butiran 030500 – Agensi Nuklear Malaysia. Pertama, saya mengucapkan tahniah dan syabas atas penyelidikan, penghasilan dan pengkomersialan variety benih padi baharu yang telah diusahakan oleh Agensi Nuklear Malaysia. Benih padi yang diberi nama IS21 itu yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 20 November lalu sangat-sangat dinantikan oleh para peladang dan petani kita.

Soalan saya, adakah pihak agensi nuklear akan meneruskan penyelidikan berkaitan pertanian khususnya dalam sudut baja ataupun penghasilan baja yang lebih baik untuk petani termasuk racun dan juga, dengan izin, soil profiling.

Saya juga membangkitkan berkaitan dengan isu sisa radioaktif dari pelbagai aktiviti sama ada melibatkan kuasa nuklear, perlombongan, pemprosesan mineral, hospital dan juga industri. Kesan ini menimbulkan kerisauan kepada masyarakat awam kerana sisa radioaktif mempunyai hayat yang tersendiri dan mengambil masa yang sangat lama untuk dilupuskan.

Soalan saya, adakah pihak kementerian mempunyai tahap data sisa radioaktif yang dikumpulkan khususnya di kawasan-kawasan perindustrian utama di negara ini dan adakah ada kes-kes ancaman kesihatan awam akibat sisa ini.

Kedua, bagaimanakah statistik kes ketidakpatuhan syarikat-syarikat perindustrian dalam pengurusan sisa radioaktif yang direkodkan oleh kementerian dan kes-kes yang telah dibawa ke mahkamah?

Ketiga, seterusnya bagaimana tahap persiapan pembangunan kemudahan repositori kebangsaan termasuk kaedah pelupusan lubang gerek untuk pengurusan sisa radioaktif di negara kita.

Seterusnya soalan saya, adakah pihak kementerian sudah mempunyai SOP lengkap bagi pengurusan sisa radioaktif semula jadi ataupun NOM hasil dari kilang atau tapak pemprosesan nadir bumi atau, dengan izin, rare-earth element yang pada ketika ini untuk dibangunkan secara komersial di beberapa buah negeri.

Adakah pihak kementerian sudah mempunyai kolaborasi dengan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bagi mewujudkan SOP lengkap dalam kita menguruskan industri yang baharu ini.

Seterusnya Butiran 030600 – Agensi Angkasa Malaysia. Peruntukan bagi perbelanjaan mengurus Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menerima kenaikan sebanyak RM440,900 bagi tahun 2022 dari tahun sebelumnya.

Soalan saya, bagaimana kementerian melihat impak daripada segi perbelanjaan mengurus MYSA jika dibandingkan sebelum ini ia digabungkan di antara Agensi Angkasa Negara dan Agency Remote Sensing Malaysia sekitar awal tahun 2019.

final • 12:55 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Soalan saya, adakah perancangan daripada pihak kementerian bagi pengesanan awal bencana alam termasuk banjir kilat, tanah runtuh, ribut taufan dan sepertimana fenomena yang berlaku di Gunung Jerai, Kedah baru-baru ini.

Kedua, bagaimanakah satelit yang beroeperasikan oleh agensi dapat diperkasakan bagi kegunaan pertahanan negara iaitu pemantauan menggunakan teknologi sensor di sempadan perairan negara sedangkan satelit kita masih mempunyai limitasi?

Sejauh mana satelit ini digunakan bagi pemantauan ruang angkasa kawasan strategik negara seperti empangan-empangan dan pangkalan-pangkalan tentera di negara kita.

Ketiga, sejauh manakah kebergantungan negara terhadap sewaan dan pinjaman khidmat satelit dari luar negara?

Keempat, berapakah pecahan perbelanjaan bagi tujuan latihan para pegawai dari MYSA dan penyelenggaraan alatan teknologi yang digunakan?

Terakhir, adakah medium kolaborasi pihak agensi angkasa dan pihak luar selain daripada segi perbincangan menerusi kursus-kursus luar negara. Apakah penghasilan produk daripada proses penyelidikan dan pembangunan dalam negara yang dapat dikomersialkan kepada negara luar? Tuan Pengerusi, terima kasih.

final • 12:55 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Dato' Sri Azalina Othman Said (Pengerang) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 12:55 PM

Dato' Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Ahli-ahli Yang Berhormat, selepas ini 2.30 disambung. Akan saya menjemput Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Kepong dan Yang Berhormat Menteri akan menjawab.

final • 12:55 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Dato' Sri Azalina Othman Said - Pengerang

[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

final • 2:30 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Sebelum kita teruskan dengan perbahasan. Saya ada sedikit pemakluman. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, sepertimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum pada 11 Oktober 2021, kebenaran telah diberi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk memakai baju batik Malaysia berlengan panjang pada setiap hari Khamis di Dewan Rakyat.

Rentetan itu, saya ingin maklumkan bahawa pemakaian baju batik Malaysia berlengan panjang pada setiap hari Khamis ini juga turut dibenarkan kepada pegawai- pegawai yang hadir di Dewan Rakyat. Sekian, terima kasih.

Kita teruskan dengan perbahasan kita untuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di peringkat Jawatankuasa. Ada lagi iaitu kita mulakan dengan Yang Berhormat Rasah. Dituruti dengan Yang Berhormat Kepong dan akhir sekali Yang Berhormat Simpang Renggam. Silakan Yang Berhormat Rasah.

final • 2:30 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang yang diberikan kepada saya pada petang ini untuk membahaskan peringkat Jawatankuasa

final • 2:33 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

untuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Perkara pertama yang saya hendak kupas pada petang ini adalah berkenaan dengan peruntukan pembangunan.

Saya nampak berlaku penurunan daripada segi peruntukan pembangunan untuk kementerian ini secara keseluruhannya daripada Bajet 2021 sebanyak RM425 juta diperuntukkan. Akan tetapi pada Bajet 2022, hanya RM387 juta sahaja diperuntukkan sebab bagi saya peruntukkan bekalan, ia lebih kepada kerja rutin untuk teruskan apa-apa projek yang telah ada untuk diteruskan.

Akan tetapi peruntukan pembangunan lebih menjurus kepada pembangunan masa depan sebab pandemik yang berlaku sejak tahun lepas sepatutnya mengajar kita memberikan tumpuan yang lebih khusus kepada kementerian ini supaya kita sentiasa siap siaga dalam menghadapi apa-apa pandemik.

Kita tidak tahu, kita tidak pernah jangka pandemik COVID-19 tetapi benda yang sama boleh berulang pada masa akan datang walaupun kita harap, kita doakan tidak terjadi tetapi kesiapsiagaan itu kena ada. Jadi, saya mohon penjelasan daripada kementerian kenapa kurang? Apa sebabnya?

Butiran 00800 – Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Kalau bajet sebelum ini RM98 juta, sekarang RM107 juta iaitu antara jumlah yang paling besar di bawah peruntukan pembangunan. Saya hendak tanya, apakah jenis R&D yang akan dilaksanakan dalam tempoh setahun yang akan datang, sama ada ia berkaitan dengan pandemik COVID-19 khasnya dalam pembangunan vaksin tempatan?

Pihak kementerian ini pernah sebutkan, Yang Berhormat Menteri pernah sebutkan bahawa negara dalam usaha untuk membangunkan vaksin sendiri. Kita tahu jenama vaksin yang kita ada hari ini semuanya dari luar. Dari US dan dari China.

Kita setuju sebolehnya biar Malaysia pun ada vaksin sendiri satu hari nanti dengan teknologi ataupun joint venture dan sebagainya dengan negara asing. Jadi, saya hendak tanya, apakah pembangunan R&D untuk vaksin tempatan COVID-19 termasuk dalam kategori ini?

Di bawah butiran yang sama juga saya hendak merujuk semula kepada ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita ketika membentangkan Rancangan Malaysia Kedua Belas pada 27 September lepas yang mengatakan bahawa sebuah institut yang dinamakan Institut Penyakit Berjangkit akan dibangunkan di bawah RMKe-12 di Bandar Enstek. Bandar Enstek ini di bawah Parlimen Rasah. Saya sebagai Ahi Parlimen memang mengalu-alukan. Bagi saya Bandar Enstek itu satu kawasan pembangunan baru. Institut Aminuddin Baki ada di situ. Ia boleh dijadikan hab ilmu dan ia adalah sesuatu yang amat dialu-alukan.

Jadi saya hendak tanya, apakah ada usaha sebab tahun depan sudah masuk tahun kedua untuk RMKe-12 membangunkan institut ini. Saya tidak nampak ada apa-apa butiran khas berkenaan dengan Institut Penyakit Berjangkit ini dalam buku bajet yang diberikan kepada kami. Jadi, saya hendak tanya pandangan ataupun ulasan daripada kementerian berkenaan dengan perkara ini.

Perkara kedua adalah Butiran 002000 – Jabatan Kimia Malaysia. Saya nampak perbelanjaan sebenar pada tahun 2020 hanya RM2 juta. Bajet 2021 diperuntukkan RM32 juta. Bajet kali ini diperuntukkan RM35 juta. Ada lonjakan yang tinggi. Saya hendak tanya apakah ada program-program khas ataupun projek khas di bawah Jabatan Kimia? Saya tidak ada masalah kalau ianya sesuatu yang mendatangkan faedah yang boleh meningkatkan keberkesanan atau effectiveness untuk Jabatan Kimia ini sebab banyak kes jenayah di mahkamah sebenarnya tertangguh.

Saya rasa Tuan Pengerusi, sewaktu jadi practicing lawyer dulu ada banyak kes.

Jabatan Kimia lambat bagi report yang menyebabkan pihak tertuduh terpaksa – kes disebut, mention berulang kali. So, kalau kita dengan peruntukan yang bertambah, boleh atasi masalah ini, saya rasa ia sesuatu yang membantu semua pihak.

Perkara terakhir yang saya hendak sebutkan pada petang ini Tuan Pengerusi adalah di bawah Butiran 09000 – Pelbagai Suntikan Ekuiti. Saya nampak bajet kali ini RM64 juta diperuntukkan. Kalau kita tengok belanja sebenar pada tahun 2020, hanya RM4.7 juta, satu lonjakan yang tinggi. Saya hendak tanya apakah program khas, apakah

final • 2:33 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

projek yang akan dilaksanakan di bawah Pelbagai Suntikan Ekuiti ini? Apakah impak dia, khasnya dalam usaha kita masih berlawan dengan pandemik, belum lagi endemik.

Semalam Yang Berhormat Menteri Kanan ada sebut kita tangguhkan dulu fasa ke endemik.

Jadi, apakah ia berkaitan dengan usaha kita untuk memerangi pandemik dan juga apakah projek-projek di bawah tajuk ini yang akhirnya akan memberikan manfaat ataupun impak kepada menjana semula pembangunan ekonomi negara. Sekian saja Tuan Pengerusi. Terima kasih.

final • 2:33 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Yang Berhormat Kepong, silakan.

final • 2:33 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak sentuh Butiran 050000 – One-off. Tahun ini tidak ada peruntukan tetapi tahun depan diberi peruntukan RM6 juta, lebih daripada RM6 juta. Saya hendak tanya bangunan mana yang kena dibaik pulih dan juga peralatan saintifik apa secara teliti yang kena dibeli dan sama ada tender terbuka dijalankan untuk program ini?

final • 2:39 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Seterusnya, saya hendak sentuh Butiran 030400 – Lembaga Pelesenan Tenaga Atom. Peruntukan tahun depan sebanyak RM18 juta. Lembaga ini yang telah memberi kelulusan untuk menangguhkan kilang Lynas di negeri Pahang.

Tuan Pengerusi, isu Lynas ini adalah antara isu yang sampai ke hari ini belum dilunaskan. Sekian lama perbincangan berkenaan isu ini dibahaskan saban hari, saban tahun di Parlimen tetapi hal ini berlarutan tanpa sudah dan akhirnya yang menjadi mangsa adalah rakyat yang terpaksa hidup dengan keputusan pramatang pihak kerajaan dalam mengendalikan projek mega yang seperti ini. Sudah tiba masanya kerja-kerja penapisan dan pengungkaian hasil bumi oleh Lynas dihentikan dengan secepat mungkin.

Ingin saya ketengahkan beberapa masalah berkaitan dengan isu ini. Soalan ini saya khususkan kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Apakah kebaikan atau manfaat yang rakyat terima melalui kerja-kerja yang dijalankan oleh syarikat Lynas ini di negara kita?

Difahamkan adalah fungsi utama syarikat Lynas di Malaysia ini adalah untuk menapis dan merungkai hasil-hasil bumi yang dilombong di pergunungan Weld di Australia. Umum mengetahui kerja-kerja yang dijalankan oleh syarikat Lynas ini bukanlah kerja yang calang-calang. Kerja-kerja menapis sumber alam yang dijalankan ini bukan sahaja boleh mendatangkan bahaya untuk alam sekitar, malahan mendatangkan bahaya kepada orang ramai. Itu pun masih ada lagi pihak-pihak yang kata tiada bahaya yang wujud daripada sisa-sisa dari pusat penjana kuasa dan penapisan hasil bumi Lynas ini.

Hampir 10 tahun sudah pun berlalu. Syarikat Lynas ini juga terpalit dengan pelbagai skandal. Ada sahaja isu yang tidak dapat diselesaikan.

Pada bulan September lalu, Timbalan Menteri MOSTI telah menyatakan bahawa syarikat tersebut telah diberikan kelulusan dari Lembaga Pelesenan Tenaga Atom untuk menangguhkan pembinaan kemudahan pelupusan kekal sehingga 2 Mac tahun depan.

Bulan Oktober yang lepas pula, Menteri sendiri telah mengumumkan bahawa pembinaan tapak pelupusan tersebut masih dalam penilaian dan keputusan berkaitan dijangka untuk diperoleh pada bulan hadapan.

Buat masa ini, segala sisa toksik ini diuruskan di kawasan tersebut. Kawasan yang dahulu merupakan sebuah paya lumpur yang kaya dengan biodiversiti tersendiri tetapi dimusnahkan bagi memberi ruang untuk menubuhkan pusat pengurusan sisa toksik dan radioaktif yang berbahaya. Rakyat secara jelasnya telah menolak penubuhan pusat ini daripada permulaannya dan masih tiada jaminan bahawa dengan wujudnya pusat pelupusan sisa radioaktif ini tidak akan berlaku kes pencemaran tanpa sengaja, lebih-lebih lagi sekiranya pusat ini dibina berdekatan dengan sumber air. Apabila kita berbicara

final • 2:40 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

berkenaan sisa-sisa radioaktif ini, walaupun tahapnya rendah, sekiranya berpanjangan, ia akan mendatangkan banyak keburukan tersendiri.

Perkara kedua yang ingin saya bangkitkan di sini adalah apakah syarikat yang terlibat untuk mewujudkan pusat pelupusan, dengan izin, permanent disposal facility dilantik melalui proses tender terbuka atau apakah syarikat ini ditubuhkan semata-mata untuk membina pusat pelupusan tersebut?

Laporan yang disediakan oleh Sarawak Report jelas menunjukkan butiran-butiran terperinci bahawa syarikat yang dilantik ini mempunyai kepincangan dan kelompangan yang tersendiri dan tidak layak untuk menerima projek tersebut.

Penjelasan yang terperinci perlu diberikan kepada orang ramai berkenaan isu ini.

Sudah tiba masanya untuk pihak kerajaan menghentikan kerja-kerja yang menodai bumi dan penduduknya. Sekian, terima kasih.

final • 2:40 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Akhir sekali, saya persilakan Yang Berhormat Simpang Renggam.

final • 2:40 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Bismillahi Rahmani Rahim. Butiran 020000 – Perancangan dan Pembudayaan STI di bawah Butiran 020200 – Pembudayaan STI.

Kalau kita lihat pembudayaan STI dan juga STEM, ia harus bermula dengan pendidikan. Pendidikan tidak boleh dipisahkan daripada STEM dan juga daripada STI.

Pendidikan harus membentuk minda, mindset dan juga gaya hidup saintifik itu sendiri.

Maka ia perlu bermula, Tuan Pengerusi, seawal prasekolah.

Saya menyeru kepada kementerian supaya adakan usaha sama terangkum dengan KPM, KPLB, KPN dan juga mana-mana syarikat swasta dan GLC untuk membekalkan alat-alat mainan saintifik seperti mainan lego contohnya, kepada tadika- tadika, prasekolah-prasekolah di bawah kementerian masing-masing. Terutamanya untuk anak-anak B40 dan M40 yang agak kurang berkemampuan untuk membeli mainan saintifik tersebut di rumah. Ini akan mengembangkan minda anak-anak agar mereka bersedia untuk berfikir secara saintifik, secara lebih tersusun dan teratur.

Keduanya, Tuan Pengerusi, begitu juga saya menggalakkan supaya kementerian melalui peruntukan pembudayaan STI ini supaya membantu sesetengah taman tema keluarga yang berunsurkan saintifik. Contohnya, saya lihat lego sekarang ini ada menawarkan seperti Legoland, Planet Legoland tetapi tidak semua anak-anak B40 dan M40 mampu untuk pergi. Begitu juga di Top Komtar, Penang, KidZania dan beberapa buah taman tema lain yang saya tidak perlu sebutkan di sini.

Maka, kita perlu melalui dana tersebut memberikan geran-geran bantuan, tajaan- tajaan kepada anak-anak daripada golongan B40 dan juga M40 untuk dapat pergi ke taman-taman tema tersebut. Di samping membantu taman-taman tema yang dihenyak teruk dampak pandemik, kita juga dapat membantu anak-anak kita mencerakkan minda mereka untuk mempelajari mindset atau pun minda sains itu sendiri.

Ketiganya, perlu bagi kementerian melalui usaha pembudayaan STI tadi membantu sesetengah taman tema yang banyak yang indoor bertemakan saintifik yang saya lihat dampak wabak, kerana kita perintah berkurung dan sebagainya, telah banyak yang telah ditutup ataupun yang separuhnya sedang bergelut untuk memastikan mereka boleh terus hidup. Jadi, geran daripada ini dapat membantu mereka terutamanya yang bertemakan STEM dan indoor. Saya dapat maklumat memang banyak yang telah ditutup dan banyak yang sedang bergelut untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka.

Berbalik kepada pendidikan juga, Tuan Pengerusi. Kita perlu ada kerjasama bersepadu untuk membudayakan sains, teknologi dan inovasi ini melalui wahana-wahana media. Terdapat pelbagai pelantar-pelantar yang berbeza. Contohnya, kita mahukan kerjasama di antara MOSTI dengan KPM, Media Prima dan ASTRO untuk menggunakan pelantar Astro Tutor, DidikTV, Okey TV― itu milik RTM― untuk memperkayakan bahan- bahan berkaitan STEM. Jadi, ia bukan hanya dana daripada KPM semata-mata tetapi

final • 2:44 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

juga dana daripada MOSTI untuk mengayakan bahan-bahan saintifik, bahan-bahan pendidikan saintifik untuk anak-anak kita.

Tuan Yang di-Pertua, begitu juga radio perlu digunakan dan yang terpaling penting, dana ini juga harus diberikan untuk pengusaha-pengusaha individu dan swasta menghasilkan bahan-bahan berkualiti untuk sebaran di media sosial. Kita perlu ada channel YouTube yang berunsurkan pembudayaan sains dalam kehidupan. Kita perlu menguasai setiap pelantar media yang begitu pelbagai ranahnya ini supaya pemikiran saintifik, pembudayaan saintifik ini dapat langsung pergi membumi.

Maka, saya menyeru supaya MOSTI menggunakan dana daripada pembudayaan ini agar dapat disalurkan dan dibanjirkan pelantar-pelantar media sosial kita dengan bahan-bahan yang saintifik. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 2:44 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Dengan itu, tamatlah perbahasan di peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Saya kini menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Masa 20 minit, Yang Berhormat. Silakan.

final • 2:44 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah. Terima kasih Tuan Pengerusi.

Pertama sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua 17 Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2022 yang melibatkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Ini menunjukkan sokongan padu semua dalam konteks Keluarga Malaysia untuk memperkasakan agenda sains, teknologi dan inovasi negara.

final • 2:49 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Pertama sekali bagi menjawab soalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Port Dickson mengenai dana R&D yang disediakan oleh kerajaan. Untuk mengurangkan jurang antara kaya dan miskin, MOSTI mengambil maklum akan isu ini dan telah meningkatkan penglibatan pelbagai pihak termasuk ahli akademik, pemain industri, pihak kerajaan dan orang awam bagi memastikan jurang ini dapat dikurangkan.

Pelbagai program teknologi innovated desa juga telah dilaksanakan bagi membantu pembangunan inovasi tempatan. Kerjasama ini amat penting selari dengan dasar sains, teknologi dan inovasi bagi tahun 2021 hingga tahun 2030 dan kerangka Rangka Kerja 10-10 MySTIE di dalam membangunkan ekosistem R&D negara yang terangkum dan mampan. Bidang keutamaan MOSTI telah disusun kepada 30 bidang keutamaan STIE yang telah dikenal pasti termasuklah menerusi platform regulatory sandbox dari sudut peraturan, kerangka undang-undang di bawah National Technology Innovation Sandbox (NTIS).

Seterusnya bagi penambahbaikan terhadap keperluan pembiayaan startup ataupun syarikat pemula teknologi tempatan agar tidak ketinggalan, kementerian akan sentiasa menambah baik keperluan pembiayaan kepada syarikat startup bermula daripada peringkat pre-seed sehinggalah pertumbuhan dengan menawarkan pelbagai program pembiayaan yang berterusan berdasarkan keperluan semasa syarikat startup bagi mengatasi kegagalan pertumbuhan syarikat atau yang kita kenali sebagai ‘valley of death’.

Selain daripada itu, mengenai dana yang tidak digunakan oleh Akademi Sains Malaysia sebanyak RM36 juta dan belum dikembalikan. Akademi Sains Malaysia telah dilantik sebagai Agensi Pemantau Projek (PMA) bagi projek RDCI...

final • 2:50 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 2:50 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Semasa kementerian masih belum dijenamakan sebagai MESTECC. Silakan.

final • 2:50 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Boleh celah sedikit. Tuan Pengerusi, tadi dalam maklum balas Yang Berhormat Timbalan Menteri kepada saranan Yang Berhormat Port Dickson, Ketua Pembangkang agar diserapkan dan dirangkumkan universiti dalam kajian-kajian tersebut. Saya sempat mencelah tadi Yang Berhormat Port Dickson bahawa dimasukkan selain daripada universiti juga merupakan institusi-institusi TVET, politeknik contohnya, KV dan lain-lain yang menawarkan kursus-kursus HTVET yang berkaitan dengan teknologi dan sebagainya agar geran juga diberikan kepada mereka. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 2:50 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Terima kasih Yang Berhormat. Saya pun- dalam jawapan saya selepas ini memang ada- saya memang hendak sebut Yang Berhormat.

[Ketawa] Okey.

final • 2:50 PM

Dato' Haji Salim Sharif - Jempol

Jawab yang mana ada dalam Dewan, Tuan Pengerusi. Jawab yang mana ada dalam Dewan sahaja.

final • 2:50 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Ya, ya. Okey, okey. Oleh sebab ia berkaitan tadi. Sebagai agensi Pemantau Projek Termal juga, ASM bertanggungjawab untuk membuat bayaran peruntukan penyelidikan dan pembangunan

(R&D) yang telah diluluskan di bawah pengurusan dan penyeliaan kementerian.

Peruntukan berjumlah RM174,977,297.20 telah disalurkan kepada ASM bermula pada 29 Disember 2011 dan berakhir pada 28 Disember 2018. ASM telah diarahkan untuk memulangkan baki dana tersebut kepada pihak kementerian pada 10 April 2019. Pihak ASM telah melaksanakan proses pemulangan dan baki sebanyak RM32.5 juta telah pun dipulangkan pada 4 Julai 2019.

Seterusnya saya– sepertimana yang saya sebut tadi, saya memang bersetujulah dengan cadangan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Simpang Renggam tadi.

CyberSecurity merupakan salah satu antara 10- pemaju sains dan teknologi di bawah Rangka Kerja 10-10 MySTIE. Rangka kerja ini telah diguna pakai untuk merancang inisiatif berimpak tinggi terutamanya program-program R&D di bawah MOSTI.

Tuan Pengerusi, seterusnya persoalan yang telah dibangkitkan oleh sahabat saya, Yang Berhormat Kuala Krai mengenai kerjasama dan minat terhadap teknologi angkasa, keupayaan negara dalam pembangunan industri kenderaan elektrik (EV) dan teknologi hidrogen di peringkat negara dan antarabangsa serta status projek di bawah Yayasan Inovasi Malaysia.

Terlebih dahulu, Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN 2030) telah menyatakan dengan jelas akan pendirian negara untuk menguasai bidang angkasa bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berupaya melangkah jauh ke hadapan.

Memandangkan pada masa ini negara masih bergantung kepada keupayaan angkasa antarabangsa untuk mengakses sistem angkasa, maka pembangunan kepakaran dan ilmu pengetahuan perlu dilaksanakan melalui jalinan kerjasama dengan pihak luar.

Bagi membangunkan keupayaan teknologi angkasa negara, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Angkasa Malaysia telah membangunkan Fasiliti Kawalan Misi (FKM) di Kompleks Teknologi Angkasa Banting Selangor.

Selain daripada itu telah bekerjasama dengan Agensi Angkasa Eropah (ESA) dalam penjejakan satelit GROVEA pada tahun 2006 dengan Indian Space Research Organization (ISRO) bagi penjejakan roket, dengan izin, Geosynchronous Satellite Launch Vehicle pada tahun 2014 dan agensi di China bagi penjejakan roket CERES-1 pada tahun 2020.

Selain daripada itu, membangunkan fasiliti pemasangan, integrasi dan pengujian satelit, dengan izin, satellite assembly integration and test facility yang merupakan fasiliti AIT yang pertama dibangunkan di Asia Tenggara yang sebenarnya berupaya melaksanakan pengujian dan pengukuran ke atas komponen satelit dan satelit yang berkapasiti besar.

Kementerian melalui MYSA juga menjadi focal point dengan terlibat secara aktif dalam pertubuhan organisasi dan inisiatif di peringkat antarabangsa. Hal ini sangat penting bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam perkembangan terkini

final • 2:50 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

teknologi dan sentiasa mematuhi obligasi antarabangsa dalam penggunaan ruang angkasa bagi tujuan aman, dengan izin, for peaceful users of outer space. Berkaitan dengan pembangunan teknologi kenderaan elektrik (EV) tempatan, satu- pelan tindakan telah disediakan yang memberi tumpuan kepada industri tempatan melalui pemberian geran penyelidikan dan pembangunan (R&D) terutamanya industri dan perusahaan tempatan berlandaskan EV dan mengenai persoalan ekonomi hidrogen yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tebrau.

Berdasarkan Rangka Kerja 10-10 Sains Teknologi dan Inovasi dan Ekonomi

(MYSTIE 10-10) iaitu inisiatif yang menyokong Dasar Sains, Teknologi Dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030, aspirasi EV turut mengambil kira fokus yang terkandung di dalam Dasar Automotif Negara (NAP 2020), Dasar Pengangkutan Negara (NTP) 2019- 2030 dan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon- Low Carbon Mobility Blueprint 2021-2030, dengan izin.

Satu program di dalam bidang penyimpanan tenaga iaitu Program NanoMalaysia Energy Storage Technology Initiative (NESTI) telah dilancarkan pada 23 November 2021 yang lalu yang mana program ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan dalaman negara serta membangunkan dan mengkomersialkan sistem tersebut di bawah pelaksanaan agensi di bawah MOSTI iaitu NanoMalaysia Berhad.

Selain itu, NanoMalaysia Berhad juga akan mengusahakan off-grid green charging stations serta teknologi komponen dan aplikasi EV melalui program Enabling Mobility Electrification for Green Economy (EMERGE). Satu program yang dinamakan Campuses for Local Electric Vehicle Expeditious Roll-out (CLEVER) akan dijalankan bagi menguji kaji dan mengumpul data penggunaan teknologi-teknologi EV sebelum digunakan di atas jalan raya awam kelak.

Melalui program-program tersebut, NanoMalaysia Berhad turut membangunkan prototaip berasaskan tenaga hidrogen seperti Hydrogen Hybrid Energy Storage System

(H2SS) untuk aplikasi E-Mobility, komponen nano fuel cells, sistem storan termaju hidrogen. Solusi-solusi tersebut mampu memberi kelebihan pada Malaysia dalam sektor ekonomi hidrogen yang bertujuan untuk menjana peluang keusahawanan dan pekerjaan baharu.

Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Bakri telah mengutarakan rasionalisasi agensi pembiaya yang melaksanakan pengkomersialan teknologi. Saya bersetuju dengan pandangan tersebut yang mana peranan agensi pembiaya perlu disusun dan diseragamkan supaya peranan mereka tidak bertindih.

MOSTI masih meneruskan pelaksanaan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Yang Berhormat Bakri iaitu pada 21 Ogos 2019 yang berkaitan dengan rasionalisasi agensi pembiaya, pengkomersialan teknologi di bawah MESTECC yang bagus itu. Fungsi agensi telah dikhususkan kepada satu- instrumen pembiayaan, serta dipastikan supaya pembiayaan baharu mereka tidak bertindih fungsi dan peranan yang saling melengkapi atau hand holding. Fungsi ini amat disokong tanpa sebarang gangguan politik demi memastikan startup negara dapat terus berkembang.

Selain itu, MOSTI juga mengadakan sesi libat urus dengan kementerian lain supaya fungsi dan peranan pembiayaan juga saling melengkapi termasuk agensi luar dan juga para penglibatan swasta.

final • 2:50 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

MOSTI juga terlibat di dalam sesi pembentangan atau pitching bagi memastikan projek yang berkualiti dan mampu dikomersialkan dapat dibiayai.

Berkaitan dengan PENJANA dibawah Kementerian Kewangan, pihak PENJANA turut melaksanakan follow on funding kepada start-up yang turut dibiayai oleh agensi dibawah MOSTI seperti Carsome dan Aerodyne.

Penjana dilaksanakan di bawah MOF (Kementerian Kewangan) bagi membolehkan syarikat-syarikat ini mendapat pembiayaan pada saiz yang lebih besar daripada apa yang mampu ditawarkan oleh MOSTI. Ia memudahkan bantuan pembiayaan dan pembangunan kapasiti pelbagai agensi di bawah Kementerian Kewangan.

final • 3:00 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Seterusnya, mengenai inisiatif Researcher Industry Scientific Exchange (RISE) yang ianya telah diperluaskan ke...

final • 3:00 PM

Puan Yeo Bee Yin - Bakri

Tuan Pengerusi. Saya hendak tanya tentang dengan Dana PENJANA. Soalan saya ialah apakah peranan MOSTI dalam Dana PENJANA ini?

Sebab kita tahu Fund of Funds sikit dan kita tahu bahawa pelaburan ekuiti ini adalah jauh lebih besar daripada apa yang MOSTI dapat. So saya hendak tanya apakah pendirian MOSTI? Adakah kita– kerja kementerian kita bagi Kementerian Kewangan untuk uruskan.

Itulah yang membimbangkan saya di mana peranan MOSTI telah pun dilute dalam pengkomersialan teknologi ini.

final • 3:00 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Memang lebih senang kalau sekiranya ia di bawah MOSTI sebagai sekarang program ini di bawah kita. Akan tetapi setakat ini keputusannya macam itu. Itu sahaja yang boleh akan jawab. Okey.

Seterusnya mengenai inisiatif RISE yang saya sebut tadi, ia telah diperluaskan ke kementerian lain selaras dengan perancangan untuk menambah lebih banyak bidang kepakaran yang boleh ditawarkan. Antara penambahbaikan yang telah dan sedang dilaksanakan ialah:

(i) peningkatan sasaran bilangan penempatan penyelidik di industri kepada sekurang-kurangnya 150 orang bagi tahun 2021;

(ii) perluasan skop kepakaran dengan melibatkan institusi pendidikan di luar MOSTI; dan

(iii) jalinan kerjasama dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) dalam kaedah latihan.

Sejak pelaksanaan inisiatif RISE pada tahun 2019 sehingga kini, terdapat 295 penempatan pakar penyelidik teknikal telah dibuat melibatkan 89 kerjasama dengan syarikat melalui penyelidikan, pemindahan teknologi, konsultasi dan latihan.

Untuk maklumat Yang Berhormat juga, inisiatif ini telah mencatatkan pencapaian yang membanggakan di mana penyelidik daripada Agensi Nuklear Malaysia telah bekerjasama dengan syarikat tempatan bagi menghasilkan benih NMR152 yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 20 November 2021 yang lalu sebagai padi IS21.

Bagi menjawab mengenai program MYStartup Cradle diperuntukkan RM20 juta bagi strategi MYStartup semasa pembentangan Belanjawan 2022 oleh Menteri Kewangan di bawah bajet mengurus Kementerian Kewangan.

Tuan Pengerusi, seterusnya persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Merbok dan Yang Berhormat Kepong mengenai Lynas.

Berdasarkan panduan EELBLEM/TEK/76 criteria for setting of disposal facility for waste containing naturally occurring radioactive material (NORM). Jadual 1, residue Lynas iaitu water leach purification (WLP) diklasifikasikan sebagai very low-level radioactive waste.

Panduan ini adalah berpandukan panduan IAEA iaitu IAEGSG1 2009 dan dokumen IAEA TACDOC1712 2013 management of NORM residues.

Untuk pembangunan PDF Lynas, selain mendapatkan kebenaran daripada AELB, Lynas juga perlu mendapatkan kebenaran-kebenaran daripada pihak berkuasa lain termasuklah dari Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) untuk kebenaran merancang. Berdasarkan garis masa yang telah dikemukakan oleh Lynas, permohonan kebenaran merancang ini akan dikemukakan oleh Lynas pada PLANMalaysia setelah kelulusan diperolehi untuk Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar

(EIA) dari Jabatan Alam Sekitar.

Berdasarkan kelulusan AELB pada 20 Ogos 2021, kelulusan permohonan Lynas untuk memilih lokasi bersebelahan Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) iaitu di Lot 31375, Gebeng Industrial Estate, Mukim Sungai Karang, Kuantan, Pahang Darul Makmur seluas 24.28 hektar ataupun 62 ekar sebagai tapak pembinaan PDF tetapi tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

final • 3:00 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

(i) Lynas hendaklah mengemukakan status pengambilan balik dan pemilikan tanah daripada Kerajaan Negeri Pahang;

(ii) Lynas hendaklah mendapatkan keputusan permohonan pengecualian kelulusan Majlis Perancangan Fizikal Negara

(MPFN) dari Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

(PLANMalaysia);

(iii) Lynas hendaklah mengadakan sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan termasuk penduduk setempat;

(iv) Lynas hendaklah memastikan sebarang kekurangan dari segi natural barrier di tapak lokasi-lokasi tersebut diatasi dengan mengadakan engineered barrier; dan

(v) Lynas hendaklah memastikan bahawa reka bentuk PDF mematuhi piawaian kebangsaan dan antarabangsa.

Pelantikan Gading Senggara Sdn. Bhd. sebagai kontraktor bagi pembinaan PDF Lynas adalah di luar bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Pemilihan Gading Senggara Sdn. Bhd. adalah di bawah tanggungjawab sepenuhnya Lynas. Walau bagaimanapun, Gading Senggara Sdn. Bhd. perlu berlesen dengan Agensi Atom Malaysia (AELB) sebelum memulakan aktiviti pembinaan PDF tersebut dan akan tertakluk kepada keperluan perundangan di bawah Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984.

Yang Berhormat Merbok telah membangkitkan mengenai lesen Lynas. Untuk maklumat, sepanjang operasi Lynas Malaysia Sdn. Bhd., AELB telah menjalankan pemeriksaan secara berkala ke atas operasi Lynas. Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan oleh AELB, Lynas telah mematuhi semua syarat lesen yang telah ditetapkan kepadanya. Sehubungan dengan itu, AELB telah melanjutkan lesen Lynas sehingga kini.

Pembangunan PDF Lynas akan dilaksanakan selewat-lewatnya 3 Mac 2022.

Pada masa kini, Lynas sedang mendapatkan kelulusan bagi laporan EIA dari Jabatan Alam Sekitar untuk memulakan pembinaan PDF tersebut. AELB telah meluluskan laporan radiological impact assessment pada 29 Oktober 2021 setelah menilai kesan operasi pelupusan residu Lynas kepada orang awam dan alam sekitar.

Lynas juga telah diarahkan untuk memindahkan kemudahan cracking and leaching ke luar negara selewat-lewatnya Julai 2023. Selepas tempuh tersebut Lynas tidak lagi dibenarkan untuk mengimport bahan mentah yang mempunyai kandungan radioaktif ke Malaysia bagi operasi kilangnya di Malaysia. Tuan Pengerusi, bagi menjawab soalan Yang Berhormat Jerai dan Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Sila.

final • 3:00 PM

Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan

Yang Berhormat Timbalan Menteri. Boleh saya respons sedikit berkenaan dengan pertama tadi very low level waste berbanding dengan low level waste. Kenapa ini penting? Ini kerana ia akan menentukan kawasan yang diguna pakai ya.

Saya juga menyebut berkenaan dengan guna tanah tadi PLAN Gunatanah serta juga kelulusan Majlis Perancangan Fizikal Negara. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri bermaksud apabila EIA itu diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar barulah perlu Lynas memohon kepada Majlis Perancangan Fizikal Negara? Ataupun prosesnya sebelum itu?

Sepatutnya memohon kepada Majlis Perancangan Fizikal Negara dahulu baru boleh memohon untuk buat EIA. Jadi sebabnya kalau mengikut Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2017, seksyen 20B mengatakan memang kena consult Majlis Perancangan Fizikal Negara. Jadi saya hendak tahu penjelasan dan bagaimana boleh AELB terpedaya dengan PLANMalaysia Pahang yang mengatakan tidak ada masalah daripada segi guna pakai tanah ya. Kerana tidak ada pun guna pakai tanah itu mengatakan boleh digunakan sebagai tempat pelupusan sisa buangan radioaktif. Juga mohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 3:00 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Berhubung dengan low level radioaktif, saya rasa yang itu kita boleh bekalkan maklumat apa ini angka-angka yang berkenaan secara terperinci tentang kadar radioaktif bahan yang berkenaan.

Berhubung dengan pelan Malaysia itu di bawah PLANMalaysia. Kita ikut apa yang kelulusan yang diberikan oleh PLANMalaysia. Walau bagaimanapun sekiranya Yang Berhormat perlukan penjelasan lebih lanjut sebab saya mengaku saya kurang pasti daripada segi yang mana dahulu dan sebagainya, yang itu saya boleh bagi pencerahan kemudian secara bertulis. Izinkan saya supaya teruskan dengan isu-isu lain yang dibangkitkan.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Ringkas Yang Berhormat Menteri. Ringkaskan ya.

final • 3:10 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Ya. Mengenai status pembangunan vaksin ini satu isu yang besar juga MOSTI telah membiayai untuk pembangunan vaksin COVID-19 yang dijalankan bersama IMR, UPM dan VRL. Ianya masih di dalam proses kajian praklinikal, masih kajian yang sangat-sangat awal.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Ada deadline Yang Berhormat Timbalan Menteri? Deadline.

final • 3:10 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Berkait dengan vaksin?

final • 3:10 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Ya. Hang Tuah Jaya bangkitkan vaksin tadi.

final • 3:10 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Yang vaksin ini. Deadline setakat ini pra klinikal, ia mengambil masa setahun lebih sebelum daripada kita pergi ke next stage iaitu klinikal. Jadi apa ini dari segi spesifik deadline saya tidak dapat jawab di sinilah. Tuan Pengerusi saya banyak lagi jawapan.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Bertulislah.

final • 3:10 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Boleh lagi ya.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Ya.

final • 3:10 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Yang Berhormat Jerai juga telah membangkitkan.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bertulislah, tolong ringkaskan.

final • 3:10 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Saya ingat lebih baik saya jawab secara bertulis sebab ia melibatkan ramai.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Ya.

final • 3:10 PM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Sebab ramai pembahas tadi. Jadi saya rasa untuk selanjutnya jawapan saya bagi secara bertulis. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM520,275,300 untuk Kepala B.30 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2022 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.30 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi

Masalahnya seterusnya ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.30 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2022 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.30 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

final • 3:10 PM
Kepala B.28 [Jadual] – Kepala P.28 [Anggaran Pembangunan 2022] –

Tuan Pengerusi

Sekarang saya merujuk kepada Kepala Bekalan B.28 dan Kepala Pembangunan P.28 di bawah Kementerian Pengangkutan terbuka untuk dibahas.

Yang Berhormat, saya mendapat senarai pembahas sehingga 25 orang tetapi oleh kerana tidak berapa cukup masa hari ini kita terpaksa berhenti pada waktu 6.30 petang. Saya akan hadkan kepada 20 orang. Ahli-ahli Yang Berhormat berikut akan membahaskan.

Dimulakan oleh Yang Berhormat Pontian diikuti Yang Berhormat Seremban, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Baram, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Kuala Krai dan akhir sekali Yang Berhormat Bandar Kuching. Dipersilakan Yang Berhormat Pontian.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 010400 – Pengangkutan Darat dan Butiran 010500 – Perancangan Strategik dan Antarabangsa. Saya ingin tahu apakah perancangan yang diperbaharui kerajaan apabila Yang Amat Berhormat Bera selaku Perdana Menteri mengemukakan agar high-speed rail (HSR) Singapura ke Kuala Lumpur dihidupkan semula.

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menyebut bahawa beliau dilaporkan bersikap terbuka dengan cadangan itu dan kedua-dua Kementerian Pengangkutan dua buah negara diminta membuat susulan.

Laluan sebelum ini ialah Singapura, Nusajaya, Batu Pahat, Muar, Air Keroh, Seremban, Kuala Lumpur dengan Pontian. Kawasan saya jadi pusat membaiki gerabak dan perkhidmatan penyelenggaraan. Saya kira semuanya itu wajar diteruskan dari Singapura ke Kuala Lumpur.

Diharap kesilapan kita membuat keputusan tidak diulangi kerana high-speed rail

(HSR) mesti berdaya maju demi meningkatkan ekonomi rakyat terutama dalam sektor pelancongan. Saya juga ingin mengetahui apa akan berlaku pada pampasan yang telah dibayar jika kita berjaya berunding semula.

Kedua ialah Butiran 010900 – Pembangunan. ECRL disebut dijangka siap ikut jadual tahun 2026. Adakah ianya akan disambung ke Pengkalan Kubor, Tumpat bagi memastikan dapat diguna sebagai pengangkutan Selatan Thailand ke Malaysia dan menjadi pemangkin pencetus sambungan strategik Jaringan Logistik sehingga ke Pelabuhan Klang.

Berapa kos terkini ECRL, berapa peluang pekerjaan dapat dijana untuk rakyat tempatan dan berapa kos kontraktor bumiputera yang terlibat dan apakah status pembinaan yang terkini di semua jajaran?

Perkara ketiga Butiran 020300 – Pengangkutan Jalan. Disebut ada sekitar 100,000 pemandu e-hailing dan 50,000 penunggang p-hailing atau ada data terkini yang boleh dikongsikan oleh kementerian. Apakah kementerian bercadang untuk mengiktiraf mereka ini di bawah Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2021 agar kebajikan mereka terpelihara.

Mohon kongsikan perancangan yang sudah dan yang akan dibuat oleh kementerian.

Selain pendaftaran untuk vaksinasi seumpamanya bagaimana dengan isu tambang, komisen, pampasan, PERKESO, KWSP, insurans dan lain-lain yang boleh diadakan dan boleh diperbaiki.

Perkara keempat, apakah status terkini Butiran 031600 – Perbicaraan Nasional MH17? Apakah status terkini MH370 sudah ditutup fail kah? Mengapa peratusan on-time performance (OTP) pelepasan dan ketibaan untuk udara hanya 87 peratus tahun ini dan

final • 3:14 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

juga 87 peratus untuk tahun 2022 seperti di muka surat 294 anggaran buku Perbelanjaan 2022.

Sementara itu prestasi Outcome Program serta peratusan pemakaian kod kepada dengan izin, The International Ship and Port Facility Security (ISPS) untuk kapal dan pelabuhan hanya 65 peratus tahun ini. Seeloknya pencapaian 90 peratus ke atas adalah sasaran yang wajar.

Terakhir Butiran 020300 – Jabatan Pengangkutan Jalan. Dato Seri Menteri ada membuat lawatan baru-baru ini. Itu adalah satu perkara yang baik lawatan mengejut di JPJ Johor Bahru dan didapati disebut, dilapor tidak cekap dan amalkan sistem kuno.

Adakah JPJ Johor Bahru ini cerminan JPJ di tempat-tempat lain dalam urusan pelanggan?

Apakah perancangan untuk mengelak orang ramai beratur panjang dan kaedah untuk memperbaharui lesen memandu Malaysia LMM juga pembaikan terhadap sistem MySikap dan lain-lain yang perlu? Pada ketika yang sama saya juga tentunya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada penjawat awam yang bersabar dengan kerenah birokrasi jabatan termasuk kerosakan peralatan yang mengambil masa untuk diperbaiki.

Demikian kita berhadapan dengan rakyat jika perkara sebagaimana JPJ JB ini berada di tempat-tempat lain di JPJ lain, kita khuatir kemarahan rakyat pada kerajaan akan memuncak kerana kita tidak dapat memberikan service yang terbaik. Terima kasih.

final • 3:14 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Sedikit penukaran senarai pembahas oleh kerana pembahas nombor 20 Yang Berhormat Bandar Kuching tidak akan berbahas, maka beliau akan diganti oleh Yang Berhormat Seremban.

Dipersilakan.

final • 3:14 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, pada sesi pembentangan Belanjawan yang lepas Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam perenggan 137 mengatakan bahawa kerajaan menyediakan RM80 juta sebagai Dana Bantuan Sementara Bas Henti-henti untuk manfaat pengendali bas henti- henti dan RM115 juta bagi inisiatif pas perjalanan bas dan rel tanpa had dengan harga RM50 sebulan untuk pengguna terutamanya di Lembah Klang.

Saya mengalu-alukan peruntukan ini. Namun begitu apabila saya membaca peruntukan secara detail untuk Kementerian Pengangkutan dalam Butiran 031200 – Program Dana Bantuan Sementara Bas Henti-henti (ISBSF), peruntukan RM80 juta tidak diperuntukkan kerana dalam buku bajet ialah kosong hanya untuk anggaran tahun 2021 RM80 juta tetapi anggaran tahun 2022 kosong. Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti tahun ini RM48 juta, tahun 2022 pun kosong.

final • 3:19 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Jadi, kedua-dua peruntukan ini, tidak diperuntukkan. Saya hendak tanya mengapa ia tidak diperuntukkan. Walaupun telah dinyatakan dalam ucapan belanjawan yang lepas kerana program subsidi ini amat penting kepada operator-operator bas dan saya minta Yang Berhormat Menteri Pengangkutan bukan sahaja pastikan peruntukan itu ada, tetapi pembayaran itu juga kena cepat kerana masalah yang selalu membelenggu operator-operator ini ialah pembayaran daripada pihak kerajaan melalui APAD, kita selalu menghadapi kelewatan. Saya tahu ada masalah claim dan sebagainya, tetapi ini mesti diselesaikan dengan lebih segera.

Perkara yang kedua Tuan Pengerusi ialah Butiran 00900 – Meningkatkan Keupayaan KTMB. Saya hendak tanya secara spesifik satu projek iaitu Projek KDVT2.

Yang tahun lepas, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan beria-ia mengatakan bahawa projek ini akan dibuka semula untuk tender terbuka, tetapi setakat ini sudah lebih setahun.

Setahu saya, belum lagi ada apa-apa proses tender terbuka dijalankan semula kerana pihak kontraktor yang sedia ada itu telah pun membawa kerajaan ke mahkamah kerana ada implikasi perundangan dan meminta supaya semakan kehakiman. Saya hendak tahu apakah hala tuju Projek KDVT2 ini dan apakah penyelesaian supaya

final • 3:20 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

memastikan projek ini dapat dihidupkan semula dengan segera kerana apa yang membimbangkan saya ialah keselamatan trains yang melalui trek-trek tersebut setiap hari.

Tuan Pengerusi, saya juga hendak bertanya berkenaan dengan Butiran 01600 – Pembelian Rolling Stock KTMB. Ini berkenaan dengan projek ETS2 untuk arah selatan.

Saya tahu bahawa projek double-track untuk Gemas-Johor Bahru akan siap tidak lama lagi. Apa yang pentingnya ialah apabila track itu siap, rolling stock juga kena ada. Set tren ETS ini mesti dapat beroperasi. Saya hendak tanya apakah status pembelian ETS ini.

Adakah kerajaan mengamalkan tender terbuka untuk pembelian set ETS ini ataupun ia secara rundingan terus? Sebab saya mendapat makluman bahawa kerajaan telah pun mengamalkan rundingan terus dalam pembelian ETS ini.

Tuan Pengerusi, yang ketiga ialah berkenaan dengan Butiran 020300 – Pengangkutan Jalan. Ini berkenaan dengan JPJ berkenaan dengan inisiatif e-Testing.

Semasa saya berada dalam Kementerian Pengangkutan, salah satu inisiatif yang saya juga hendak ingin bawa ialah memperkenalkan e-Testing untuk ujian-ujian pemandu- pemandu untuk lesen memandu. Pada ketika itu, kita telah membuat beberapa projek perintis, terutamanya di negeri Johor, di mana beberapa buah sekolah memandu telah pun memulakan e-Testing ini.

Baru-baru ini, saya membaca dalam media, bahawa Kementerian Pengangkutan telah melantik MyEG untuk menjalankan projek perintis ini.

Saya hendak tahu adakah ini diberi secara eksklusif kepada MyEG. Pendirian saya ialah sepatutnya kalau Kementerian Pengangkutan hendak menjalankan e-Testing, saya sokong penuh tetapi ia tidak seharusnya diberikan secara eksklusif kepada mana- mana satu- syarikat. Sebab ini bukan satu teknologi yang eksklusif. Banyak syarikat boleh memperkenalkan atau pun mengadakan teknologi ini ataupun konsep e-Testing ini dan sepatutnya ia dibuka kepada semua syarikat.

Keempat Tuan Pengerusi, ialah berkenaan dengan HSR. Saya hendak bertanya apakah peranan Kementerian Pengangkutan dalam projek HSR yang dikatakan akan dihidupkan semula ini. Saya membaca juga kenyataan daripada Perdana Menteri Singapura bahawa kedua-dua Kementerian Pengangkutan dari Malaysia dan Singapura akan terlibat dalam rundingan berkenaan dengan HSR ini.

Disebabkan pada masa perjanjian HSR asal ini dijalankan, perjanjian itu adalah antara Kementerian Pengangkutan Singapura, ditandatangani oleh Menteri Pengangkutan Singapura dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menjaga EPU di sebelah pihak Kerajaan Persekutuan Malaysia. Pada ketika itu, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Abdul Rahman bin Dahlan. Kalau tidak silap saya.

Selepas itu apabila kita mengambil alih, kita merundingkan untuk kita postpone dua tahun. Itu dirundingkan oleh Yang Berhormat Gombak pada ketika itu. Apabila projek ini dibatalkan, ia melalui Yang Berhormat Jeli sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjaga EPU. Sekarang ini, ia diserahkan kepada MOT.

Saya berharap betul, ia diserahkan kepada MOT, tidak ada masalah. Sepatutnya dipimpin oleh Kementerian Pengangkutan, tetapi apa peranan MOT dan apakah skop yang diberikan kepada MOT. Adakah ia termasuk terhadap juga mekanisme, costing dan sebagainya? Berkenaan dengan isu AssetsCo. Adakah ia boleh ditentukan oleh pihak MOT? Saya harap dapat diberikan penjelasan.

Terakhir, Tuan Pengerusi. Saya tahu saya mengambil sedikit masa tambahan.

Berkenaan dengan inisiatif untuk kerusi keselamatan. Yang Berhormat Menteri Kewangan telah menyatakan bahawa ada insentif untuk pengguna-pengguna jalan raya untuk membeli kerusi keselamatan ini, untuk kanak-kanak. Saya sokong penuh sebab semasa saya menjadi Menteri Pengangkutan, saya yang meluluskan peraturan tersebut, mewajibkan supaya ada kerusi keselamatan untuk kanak-kanak. Yang Berhormat Menteri Kewangan mengatakan bahawa ada insentif sebanyak RM150 kepada golongan B40.

Saya hendak tanya apakah mekanisme, bagaimana ia dilaksanakan, agensi mana yang bertanggungjawab dalam perkara ini kerana saya hendak menyokong. Di kawasan Parlimen saya, saya hendak top up subsidi tersebut. Saya hendak top up RM50 lagi. Kalau RM150 daripada Kerajaan Persekutuan, saya top up RM50. Kalau harga kerusi

final • 3:20 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

kanak-kanak itu RM300, pengguna hanya perlu bayar RM100 di kawasan Parlimen Seremban dan saya berikan subsidi kepada 1,000 orang penerima.

Saya akan memperuntukkan RM50 ribu untuk projek ini di kawasan Parlimen saya. Saya berharap Yang Berhormat Menteri Pengangkutan tidak ada bantahan kepada agensi atau pun NGO yang terlibat. Kalau boleh, MIROS boleh memimpin projek ini kerana MIROS merupakan agensi yang selalu menyokong usaha inisiatif keselamatan untuk kerusi kanak-kanak ini. Jadi, itu sahaja. Terima kasih, Tuan Pengerusi.

final • 3:20 PM

Tuan Pengerusi

Banyak duit itu, Yang Berhormat. Yang Berhormat Sabak Bernam. Silakan.

final • 3:20 PM

Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi.

Pertama, saya ingin menyentuh Butiran 010000 – Pengurusan, khususnya Butiran 010400 – Pengangkutan Darat yang mendapat peruntukan sebanyak RM1.8 juta bagi tahun 2022 berbanding dengan RM3.2 juta pada tahun 2021 bagi merangka dasar perundangan yang mantap ke arah peningkatan tahap keselamatan taktikal kenderaan selaras dengan piawaian antarabangsa.

Saya ingin menyentuh dengan kenderaan persendirian seperti Hilux atau pun four-wheel drive yang diubahsuai dengan kenderaan yang mempunyai rooftop tent dan RTT bagi tujuan pelancongan. Pada masa kini, terdapat ramai individu yang meminati aktiviti kembara pelancongan dengan kenderaan yang diubahsuai ini.

Bagaimanapun, saya ingin menimbulkan masalah daripada segi penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) daripada segi pengelasan kenderaan, jenis kegunaan kenderaan. Sehubungan ini, saya ingin mendapatkan penjelasan, apa syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan bagi kenderaan yang mempunyai rooftop tent atau pun RTT ini. Apakah pemilik kenderaan ini perlu mendapatkan permit tertentu dan adakah kerajaan bercadang mengkaji Akta Pengangkutan 1987 [Akta 333] sesuai dengan perkembangan dan kemajuan kegunaan kenderaan masa kini.

Kedua, saya ingin menyentuh Butiran 020000 – Perkhidmatan Pengangkutan, khususnya Butiran 020300 – Pengangkutan Jalan yang mendapat peruntukan sebanyak RM698.9 juta bagi tahun 2022 berbanding RM792.2 juta bagi tahun 2021. Antaranya, bagi mentadbir sistem latihan pengujian dan pelesenan memandu yang berkesan bagi melahirkan pemandu kenderaan bermotor yang kompeten, mematuhi peraturan dan berhemah.

Saya ingin membangkitkan kadar yuran pembelajaran dan latihan pemandu serta harga pakej yang berbeza-beza di antara institut memandu bagi mendapatkan lesen kereta Kelas D atau pun DA. Pada masa kini, institut memandu mengenakan bayaran sebanyak RM850 bagi lesen D dan RM1,100 bagi lesen DA bagi mendapatkan latihan kelas memandu kereta. Bagaimanapun, terdapat institut memandu yang mengenakan bayaran yang lebih tinggi sehinggakan RM1,300 bagi lesen D dan ada yang RM1,500 bagi lesen DA.

Saya ingin mendapatkan penjelasan, adakah kerajaan ada menetapkan kadar bayaran tertentu ataupun kadar bayaran maksimum kepada institut memandu bagi latihan pemanduan untuk mendapatkan lesen kereta dan kenapakah berlaku kadar bayaran yang berbeza. Adakah kerajaan bercadang menyeragamkan kadar bayaran yang dikenakan oleh institut memandu ini supaya lebih munasabah dan tidak menetapkan dan kenaikan harga bayaran untuk mendapatkan latihan pemanduan ini?

Berhubung dengan Butiran 020000 – Perkhidmatan Pengangkutan, khususnya Butiran 020300 – Pengangkutan Jalan ini, iaitu dengan fungsi penguatkuasaan undang- undang pengangkutan dan komited dan berintegriti untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai budaya kepatuhan kepada peraturan jalan raya.

final • 3:26 PM

Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam

Saya ingin membangkitkan berhubung dengan kemalangan yang melibatkan pemandu mabuk dengan melulu dan berbahaya seperti memandu melawan arus dan sebagainya, khususnya yang menyebabkan kematian. Saya ingin mendapat penjelasan bilangan kes kemalangan yang melibatkan pemandu mabuk dan berbahaya termasuk yang menyebabkan kematian bagi tempoh lima tahun, mulai 2017 hingga 2021 terkini.

Adakah kerajaan bercadang untuk mengkaji semula dan meminda Akta 333, Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 khususnya seksyen 41(1) dan seksyen 44(1) bagi memastikan hukuman yang lebih adil dan lebih berat bagi pemandu yang cuai.

Akhirnya, berhubungan Butiran 020000 – Perkhidmatan Pengangkutan, khususnya Butiran 020300 – Pengangkutan Jalan. Pengangkutan jalan raya iaitu dengan fungsi perwujudan mengawal selia pendaftaran dan pelesenan kenderaan motor dengan sistematik, berintegriti dan inovatif.

Saya mengucapkan tahniah kepada Jabatan Pengangkutan Jalan yang begitu efisien dan cekap dalam urusan pindah milik dan pengeluaran road tax kenderaan.

Bagaimanapun, saya harap pemeriksaan PUSPAKOM bagi membolehkan pindah milik ataupun tukar nama kenderaan agak membebankan pemilik kerana runner menetapkan bayaran di antara RM150 hingga RM250 bagi setiap kenderaan untuk urusan pemeriksaan PUSPAKOM.

Saya berharap urusan pemeriksaan PUSPAKOM dapat dipermudahkan dan lebih telus. Selain itu, saya mengharapkan JPJ mengkaji semula aliran kerja iaitu setelah pindah milik dan mendapat geran kenderaan, pemilik kenderaan diwajibkan mendapatkan insurans sebelum road tax dapat dikeluarkan.

Aliran urusan ini agak menyukarkan pemilik kenderaan khususnya kesukaran untuk mendapatkan insurans di pejabat JPJ kerana ketiadaan ejen insurans. Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar pemilik kenderaan diberi kelonggaran dengan membolehkan pihak JPJ mengeluarkan road tax terlebih dahulu tanpa insurans dan pemilik kenderaan diwajib mendapatkan insurans selepas road tax dikeluarkan. Sekian, terima masih.

final • 3:30 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Yang Berhormat Hulu Selangor, silakan.

final • 3:30 PM

Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Hulu Selangor terus kepada Kepala Bekalan B28 iaitu Butiran 030400 – Subsidi Tren Tidak Ekonomik (KTMB). Peruntukan sebanyak RM33 juta, kurangnya RM12 juta berbanding pada tahun 2021. Hulu Selangor difahamkan bahawa inisiatif pass MyRail5 yang cuma berharga RM5 sebulan untuk perjalanan tanpa had memberi manfaat besar kepada murid-murid sekolah yang menggunakan pengangkutan awam. Inisiatif ini adalah di bawah butiran tersebut.

Oleh itu, adakah pihak kementerian akan mengurangkan jumlah penerima manfaat ini di bawah inisiatif ini? Adakah kementerian untuk memperluaskan penggunaannya untuk bas awam? Hal ini kerana bagi kawasan luar bandar, para pelajar menggunakan bas awam. Pelaksanaan pas ini hanya tertumpu bagi kawasan bandar.

Hulu Selangor harap pihak kementerian mempertimbangkan permohonan ini agar anak- anak luar bandar juga dapat manfaat daripada inisiatif tersebut.

Beralih kepada Kepala Pembangunan P28 Butiran 00200 – Kajian Semula Landasan Bypass Serendah. Peruntukan sebanyak RM500 ribu, Hulu Selangor ingin mendapatkan pencerahan. Apakah status bagi Landasan Bypass Serendah? Adakah ia masih dipertimbangkan untuk disatukan di bawah Projek ECRL Pakej C2? Berapakah anggaran kos bypass Serendah sekiranya disatukan dalam ECRL? Jika tidak, berapakah kos pembinaan berasingan?

Seterusnya kepada Butiran 13000 - Pembinaan dan Menaik taraf Infrastruktur Lapangan Terbang dengan peruntukan RM200 juta untuk tahun 2022. Jika dilihat pada

final • 3:32 PM

Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor

tahun 2021, hanya RM44 juta. Kenaikan ini hampir lima kali ganda untuk tahun 2022. Hulu Selangor mohon penjelasan, Projek Lapangan Terbang manakah yang akan terlibat untuk tahun 2022? Adakah peruntukan tersebut merangkumi pembangunan semula Lapangan Terbang Subang?

Secara tidak langsung, mohon juga Yang Berhormat Menteri jelaskan, apakah status terkini mengenai Lapangan Terbang Subang? Melalui butiran di bawah Kementerian Kewangan, kelihatan komitmen kewangan kerajaan kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dikurangkan dengan mendadak dan ini ditambah dengan kebimbangan orang awam yang sehingga kini masih risau sekiranya Lapangan Terbang Subang diambil alih oleh pihak swasta.

Justeru itu, mohon sekiranya Yang Berhormat Menteri dapat memberi komitmen bahawa tidak akan berlakunya perkara-perkara tersebut. Pihak kerajaan juga dapat memberi komitmen bahawa Lapangan Terbang Subang juga akan terus diperkasakan.

Butiran 60000 – Pengangkutan Awam Bandar, dengan peruntukan RM1.18 bilion pada tahun 2021. Hanya diperuntukkan sebanyak RM500 juta menjadikan peningkatan lebih kurang sebanyak RM600 juta untuk tahun 2022. Hulu Selangor ingin bertanya, adakah melalui peruntukan ini akan menyelesaikan isu ketidaksambungan bantuan pertama hingga ke akhir yang kurang cekap dan telah berlarutan sekian lama di negara kita? Adakah peruntukan tersebut hanya fokus di kawasan bandar? Bagaimana pula di kawasan luar bandar? Apakah program yang akan dilaksanakan atau apakah inisiatif yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan kebolehcapaian masyarakat terhadap mod pengangkutan awam secara menyeluruh terutamanya di kawasan luar bandar? Adakah inisiatif ini dengan izin, [Tidak jelas] sedang dipertimbangkan oleh pihak kerajaan ini mirip pada konsep e-hailing yang sedia ada di negara kita? Bagaimana kerajaan memastikan segala inisiatif tersebut juga akan bersifat mampan agar pelaburan yang dilaksanakan oleh kerajaan memberi manfaat dua hala?

Selain itu, mohon pencerahan semasa penggulungan di peringkat dasar, Yang Berhormat Menteri maklum Program Dana Bantuan Sementara Bas Henti-henti dan Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti telah dikelaskan daripada perbelanjaan dengan izin...

[Tidak jelas] . Oleh itu, adakah dana kedua-dua itu turut dirangkumi di bawah Butiran 60000? Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:32 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Yang Berhormat Tumpat, silakan.

final • 3:32 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Pertamanya, saya ingin menyentuh Butiran 020100 – Agensi Pengangkutan Awam Darat.

Saya ingin mengetahui statistik kes-kes kemalangan yang melibatkan lori treler di jalan- jalan utama dalam negara. Berdasarkan statistik tersebut, berapa peratus kah melibatkan kecuaian pemandu serta berapa peratus pula melibatkan aspek lain seperti lebih muatan dan sebagainya?

Saya juga ingin mengetahui, berapakah penggantungan lesen telah dikenakan kepada syarikat pengendali kerana tidak mematuhi syarat pelesenan? Serta, sejauh mana bahagian pemeriksaan dan audit keselamatan Jabatan Pengangkutan Jalan melaksanakan pemantauan berkala terhadap syarikat kenderaan berat bagi memastikan mereka sentiasa mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan kerajaan?

Seterusnya pada Butiran 020300 – Pengangkutan Jalan. Saya ingin bertanya, berapa kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk berlaku sepanjang tahun 2021 ini?

Adakah pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan yang dilakukan pihak kementerian pada tahun lalu berbaloi dalam menimbulkan kesedaran terhadap bahaya memandu dalam keadaan mabuk? Sejauh mana kementerian menjalankan aktiviti penguatkuasaan di kawasan tumpuan penjualan minuman keras bagi mengelakkan kemalangan jalan raya berlaku disebabkan oleh pemanduan mabuk?

final • 3:37 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Seterusnya Tuan Pengerusi, Butiran 030600 – Maintenance, Repair and Overhaul

(KTMB), Butiran 031000 – Penyelenggaraan Sistem AWAS, Butiran 031200 – Program Dana Bantuan Sementara Bas Henti-henti (ISBSF) dan Butiran 031300 – Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST). Saya ingin bertanya, mengapa tiada peruntukan disalurkan di bawah butiran-butiran yang saya sebutkan tadi? Apakah ia telah disalurkan di bawah peruntukan lain atau ia bermaksud penamatan kepada inisiatif yang disebutkan? Mohon penjelasan.

Selain itu, khusus mengenai Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS).

Saya ingin bertanya, apakah kementerian berhasrat meneruskan penguatkuasaannya pada tahun-tahun mendatang? Berapa jumlah saman yang telah dikeluarkan sepanjang tahun ini?

Seterusnya Tuan Pengerusi, Butiran 020600 – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia. Saya ingin bertanya, perkembangan terkini Jawatankuasa Peringkat Tinggi Malaysia–Singapura yang ditubuhkan untuk mengkaji semula surat Perjanjian Operasi Antara Kuala Lumpur dan Pusat Kawalan Kawasan Singapura mengenai ketibaan, keberangkatan dan penerbangan Singapura 1974.

final • 3:37 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Sejauh mana perjanjian ini telah diteliti bagi mengelakkan pertikaian terhadap prosedur Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) bagi Lapangan Terbang Seletar dan kawalan larangan oleh Malaysia di ruang udara Pasir Gudang tidak lagi berulang pada masa akan datang?

Seterusnya, saya ingin menyokong apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pontian tadi berkenaan dengan Butiran 010900 yang berkaitan dengan ECRL untuk meminta supaya sekali lagi ECRL dibawa sampai ke Pengkalan Kubor, Tumpat, sempadan negara bagi mengadakan hubungan dua negara, antara Thailand dan Malaysia. Sekian, terima kasih.

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Yang Berhormat Sepang, silakan.

final • 3:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih Tuan Pengerusi.

saya akan terus berbahas kepada Butiran 020300 – Pengangkutan Jalan. Lebih spesifik kepada HSR.

Tuan Pengerusi, kita tahu pada 1 Januari 2021, Perdana Menteri Singapura dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia telah mengeluarkan satu join statement dengan izin, bagi membatalkan projek HSR itu. Baru-baru ini kita tahu apabila berlakunya satu lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ada sekarang ini ke bumi Singapura, ada cadangan yang seperti dinyatakan oleh Perdana Menteri Singapura ketika joint PC bahawa Malaysia berhajat untuk meneruskan semula rundingan mengenai HSR ini.

Seperti kita tahu Tuan Pengerusi, Malaysia telah membayar, kalau saya boleh sebut dalam angka Singapore Dollar ia berjumlah SD102,815,576 seperti yang dikatakan dalam akbar-akbar di Singapura dan dalam ringgit Malaysia sebanyak RM320,270,519.24 itulah ganti rugi yang kita bayar. Ganti rugi itu berbentuk antaranya termasuk dikatakan abortive costs dengan izin, yang meliputi perkhidmatan, nasihat, design of infra and manpower to deliver the project. Malahan, kalau ikut kenyataan daripada wakil ataupun jurucakap bagi Menteri Pengangkutan Singapura asalnya termasuk juga – termasuk kos yang patut dibayar adalah kos yang melibatkan pengambilan tanah yang Singapura terpaksa lakukan.

Jadi, saya hendak tanya kepada pihak kerajaan kalau sebelum ini pihak kerajaan telah pun bersetuju membatalkan projek ini. Dalam masa itu, kita tahu bahawa dalam kerajaan yang lama itu di bawah kepimpinan Yang Berhormat Pagoh, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga adalah sebahagian daripada anggota Kabinet. Jadi,

final • 3:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

adakah beliau sendiri tidak bersetuju dengan pembatalan itu kerana projek itu asalnya projek yang telah pun dilancarkan oleh Yang Berhormat Pekan.

Yang Amat Berhormat daripada Bera ini adalah dari satu Parti UMNO sedangkan Yang Berhormat Pagoh daripada Parti BERSATU. Jadi, adakah hasrat untuk hendak kembalikan semula perbincangan ini kerana ini ada persetujuan dalamanlah. BERSATU dengan UMNO gaduh, oleh sebab dahulu yang batalkan BERSATU, projek daripada Yang Berhormat Pekan daripada UMNO, maka sekarang UMNO hendak pulihkan semula.

Adakah itu ada kaitan dengan pertembungan politik antara mereka berdua ini? Itu yang pertama.

Keduanya, saya hendak tanya, adakah pihak kerajaan sendiri ada– bila kerajaan berhasrat untuk meneruskan projek ini adakah kerajaan sendiri merasakan bahawa projek yang telah dibatalkan itu yang untuk dipinda, projek itu hanya akan bermula dari Kuala Lumpur sehingga Johor Bahru sahaja? Itulah projek yang bagi kerajaan sekarang ini adalah tidak viable, tidak boleh diteruskan maka mereka ingin meneruskan projek itu iaitu melibatkan Singapura juga.

Kalau sekiranya projek ini mungkin akan hendak dirunding semula, saya hendak tanya adakah pihak kerajaan sendiri ada duit kah hendak buat projek ini? Oleh sebab kita tahu kerajaan sekarang ini kerajaan yang memang telah pun terpaksa menanggung hutang yang banyak, antaranya hasil daripada hutang-hutang yang kita terpaksa bayar bukan kerana kesilapan kita.

Ini kerana kesilapan seorang individu, Yang Berhormat Pekan ini, 1MDB ini.

Sekarang ini tiba-tiba hendak revise semula discussion mengenai HSR. Jadi, saya hendak tanya kepada pihak kerajaan adakah mereka ini, perintah ini, mereka suka-suka hendak habiskan duit atau tidak, macam mana? Sekejap batal dan sekejap teruskan.

Semasa kita jadi kerajaan dahulu, kita memang mengkaji dan ketika kita menangguhkan program itu kita kena bayar lebih kurang RM15 juta. Jadi, saya rasa pihak kerajaan, kalau kerajaan bersungguhlah untuk hendak tolong rakyat please lah, jangan flip-flop ya. Sekejap hendak teruskan, sekejap hendak runding balik, sekejap hendak batalkan.

Saya hendak tanya satu soalan yang terakhir, adakah kerajaan sedar bahawa apabila kita berunding tentang perjanjian-perjanjian ini kita terikat dengan satu [Tidak jelas] dari segi international law. Fakta [Tidak jelas] ...every argument must be honest.

Jadi, saya hendak tanya pada kerajaan, adakah kerajaan ini bila dia buat perjanjian dengan pihak luar ini, dia sudah biasa dekat Malaysia dia batal.

Contohnya ada perjanjian, satu perjanjian di batal, batal, jadi dekat luar negara pun dia perangai yang sama. Kalau ada perangai yang sama saya harap kerajaan ini please lah, jangan memalukan negara. Cukuplah kita sudah malu dengan 1MDB, janganlah malukan lagi. Sekian, terima kasih.

final • 3:40 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Yang Berhormat Sibuti, silakan.

final • 3:40 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Sibuti terus kepada Maksud Bekalan Butiran 28 Butiran 010300 – Udara dan juga Butiran 030300 – Subsidi Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS).

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang bertindak cepat untuk mengeluarkan kenyataan media berkenaan tentang arahan untuk menurunkan harga tiket ke Sarawak dan Sabah.

Akan tetapi, saya ingin bercakap berkenaan tentang kadar kenaikan tiket kapal terbang yang mendadak ketika kita berdepan dengan pandemik COVID-19. Kerajaan dan juga syarikat penerbangan kena faham bahawa satu-satunya transport untuk balik ke Sarawak adalah menggunakan pengangkutan udara.

final • 3:46 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Saya menganggap bahawa ketika kita dalam proses untuk kembali dan proses pemulihan selepas pasca COVID-19. Saya berharap agar syarikat penerbangan mempunyai hati perut yang baik untuk menurunkan ataupun mengekalkan kadar rendah bagi kadar tiket buat ketika ini. Perbezaan sebelum COVID-19, ketika itu ramai masih lagi mempunyai pekerjaan dan juga gaji yang stabil.

Ketika COVID-19, terdapat keluarga-keluarga yang telah lama tidak balik dan juga secara kebetulan Kerajaan Negeri Sarawak akan berdepan dengan Pilihan Raya Negeri dan juga pada tarikh 18 Disember adalah sangat dekat dengan tarikh pada 25 Disember di mana kami meraikan perayaan Krismas. Sekurang-kurangnya syarikat-syarikat penerbangan ini mempunyai perasaan ataupun empati untuk menurunkan kadar.

Pada hari ini, ketika ini sekiranya kita menyemak aplikasi AirAsia ataupun MAS ataupun Malindo, purata tiket memanglah nampak turun tetapi apabila kita click next untuk penerbangan yang kita mahukan, kadar tiket adalah sekitar RM1,500 ke RM1,700. Saya sendiri terpaksa mengambil penerbangan balik walaupun saya merasakan tiket saya akan dibayar semula oleh pihak Parlimen. Akan tetapi, berlaku pembayaran yang sangat besar.

Pulang balik dari Miri ke Kuala Lumpur memakan harga sebanyak hampir RM3,000 semata-mata balik untuk tempoh dua hingga tiga hari. Apa salahnya kalau syarikat penerbangan dapat secara sementara waktu ini ketika dalam proses pemulihan COVID-19, kadar tiket kerajaan, mengenakan kadar tiket siling. Ini supaya harga ini mampu untuk membolehkan keluarga-keluarga dari Sarawak, Kuching, dari Miri, Bintulu, Sibu dapat kembali dengan perasaan yang senang hati. Dapat kembali mengundi dengan perasaan yang senang hati. Ya, saya faham bahawa penerbangan ini kadang-kadang dikawal oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Saya berharap saya akan mengajukan perkara ini kepada kerajaan negeri dan Yang Berhormat Menteri memainkan peranan untuk memastikan harga tiket sekiranya penerbangan ini ditambah, kadar tiket ini dapat diturunkan. Ini bagi meredakan kemarahan rakyat ataupun ketidakpuasan hati rakyat. Faham-fahamlah keadaan pada masa kini pelbagai isu-isu berkenaan tentang kenaikan.

Seterusnya, saya ingin menyentuh berkenaan tentang Butiran 020500 – Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sarawak (LPKP Sarawak). Terdapat permintaan daripada pengusaha-pengusaha teksi agar kadar bayaran teksi dan juga e-hailing di Sarawak dapat disamaratakan. Terdapat permintaan daripada pengusaha-pengusaha van, teksi untuk memperoleh ataupun membenarkan mereka untuk mengambil bahagian dalam bidang penghantaran pos-pos ataupun parcel daripada syarikat penghantar parcel ini.

final • 3:46 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Memandangkan permintaan yang sangat tinggi dan juga teksi-teksi ini tidak mempunyai pelanggan-pelanggan, maka mereka dapat menggunakan teksi untuk menghantarkan parcel untuk membantu syarikat-syarikat seperti Pos Laju, J&T, Skynet yang terdapat di Sarawak.

Selain daripada itu, saya ingin menyentuh berkenaan Butiran 031300 – Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST) dan juga Butiran 031200 – Program Dana Bantuan Sementara Bas Henti-henti (ISBSF).

Sebelum tahun 2018, saya mendapati bahawa terdapat satu kajian untuk mewujudkan bas henti-henti di Bandaraya Miri, dan juga saya berpandangan pengangkutan awam di luar bandar haruslah diberikan perhatian. Saya ingin mendapatkan pandangan daripada pihak kementerian, adakah dasar telah dikaji berkenaan pengangkutan awam di luar bandar?

Juga yang terakhir, saya ingin menyentuh berkenaan Butiran 30000 – Pembesaran dan Menaik Taraf Lapangan Terbang Kuching/Miri/Sibu/Mukah/Padang Terbang Bario bagi Maksud Pembangunan 28. Saya ingin mendapat tahu, apakah status naik taraf yang akan dijalankan bagi Lapangan Terbang Miri dan juga adakah kajian untuk menaikkan taraf Lapangan Terbang Miri ke lapangan terbang antarabangsa? Itu sahaja, Tuan Pengerusi. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Yang Berhormat Kalabakan, silakan.

final • 3:50 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Kalabakan juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Butiran pertama yang ingin saya sentuh ialah Kod 40000 – Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap (Perbelanjaan Pembangunan). Terdapat peruntukan pemberian dan kenaan bayaran tetap sebanyak RM173 juta bagi tahun 2022 di mana pada tahun 2021 tidak diperuntukkan. Saya ingin tahu, apakah bentuk pembayaran di bawah peruntukan pembangunan ini dan di mana butiran yang disebutkan?

Butiran kedua, Butiran 010400 – Pengangkutan Darat. Berlaku pengurangan peruntukan daripada RM3.2 juta kepada RM1.8 juta. Saya ingin bertanya, mengapakah peruntukan bagi emolumen telah dikurangkan sedangkan jumlah bilangan jawatan masih kekal? Adakah terdapat penstrukturan semula di bahagian ini?

Seterusnya, Butiran 020300 – Pengangkutan Jalan bersekali dengan Butiran 020400 – Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP Sabah).

Diperuntukkan RM698 juta bagi pengangkutan jalan iaitu pengurangan hampir RM100 juta, manakala RM4.7 juta bagi LPKP Sabah untuk tahun 2022.

Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh mengenai Jalan Kalabakan-Merotai- Sapulut yang sering dirosakkan oleh lori-lori yang melebihi muatan. Kalau boleh, saya ceritakan serba ringkas mengenai pembinaan jalan raya ini. Jalan ini telah siap dinaiktaraf pada tahun 2015 yang mana ia telah dibina untuk menampung beban kenderaan berat mengangkut balak atau sawit yang kebiasaannya membawa lebih muatan.

Buktinya, tidak sampai dua tahun, jalan raya ini sudah rosak teruk dan pada hari ini kerosakan ini seolah-olah tidak dapat diperbaiki dan selenggara lagi. Ini semua disebabkan oleh lori-lori yang lebih muatan yang melalui jalan raya ini.

Justeru, saya inginkan penjelasan daripada kerajaan. Pertama, berapakah jumlah dan kekerapan operasi yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan di laluan ini dan apakah kaedah yang diguna pakai untuk menangani masalah lori lebih muatan di sini?

Kedua, adakah JPJ bercadang untuk membina pusat penimbang lori atau jambatan timbang di kawasan ini?

Ketiga, saya ingin bertanya, adakah kerajaan sudah melaksanakan kaedah weigh-in-motion bagi mengatasi isu lori membawa lebih muatan dalam negara? Sekiranya ya, di manakah pilot projeknya? Dan adakah ia sesuai dilaksanakan di Sabah memandangkan kes-kes lori yang membawa lebih muatan bermaharajalela di Sabah seolah-olah tiada penguatkuasaan?

Butiran seterusnya, Butiran 020600 – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan bersekali dengan Butiran 030300 – Subsidi Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS). Saya menyambut baik gesaan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan agar syarikat penerbangan menurunkan harga tambang penerbangan domestik khususnya penerbangan dari Kuala Lumpur-Sabah atau Sabah-Kuala Lumpur.

Namun, isu ini merupakan isu yang berpanjangan yang akan berlaku setiap tahun.

Sekiranya tidak disuarakan dan tidak diluahkan oleh rakyat, maka tiada tindakan daripada kementerian bagi memantau dan mengawal harga ini.

Justeru, saya ingin bertanya kepada kementerian, tidakkah ada satu kaedah yang dirangka oleh kerajaan bagi menyelesaikan isu ini agar ia tidak berulang? Saya memahami bahawa harga tiket penerbangan ini mengikut harga pasaran tetapi kalau sehingga menindas rakyat, ia tidak boleh dibiarkan.

Menyentuh mengenai subsidi perkhidmatan udara luar bandar, saya ingin bertanya, pada tahun hadapan diperuntukkan sejumlah RM209 juta dan jumlah ini tidak berubah sejak tahun 2020. Persoalan saya- memandangkan tahun lepas dan tahun ini

final • 3:51 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

kita melalui beberapa fasa kawalan pergerakan dan juga darurat, maka pergerakan rakyat juga terbatas. Maka, saya berpendapat bahawa mungkin subsidi yang diperuntukkan tidak digunakan sepenuhnya. Bolehkah kementerian menjelaskan perkara ini? Sekiranya terdapat baki, ke manakah peruntukan tersebut dialihkan dan digunakan bagi tujuan apa?

Butiran seterusnya, Butiran 031200 – Program Dana Bantuan Sementara Bas Henti-henti (ISBSF) dan Butiran 031300 – Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST). Tahun ini, kedua-dua butiran ini diperuntukkan masing-masing sejumlah RM80 juta dan RM48 juta.

Saya mohon penjelasan, berapakah pengusaha dan syarikat bas di Sabah yang telah menerima dana bantuan ini?

Kedua, berapakah jumlah syarikat bas yang tidak mampu meneruskan operasinya di seluruh negara dan di Sabah khususnya walaupun telah diberi bantuan?

Terakhir, Butiran 01400 – Projek Pembaikan Keretapi Negeri Sabah.

Diperuntukkan hanya RM2 juta berbanding tahun lalu sebanyak RM22 juta. Sedih, Tuan Pengerusi, hanya projek pembaikan sahaja kami dapat. Saya lihat peruntukan ini mencerminkan ketidaksungguhan Kerajaan Persekutuan dalam meningkatkan serta memodenkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di Sabah. Saya kecewa dengan jumlah sekecil ini jika dibandingkan dengan peruntukan untuk meningkatkan keupayaan KTMB iaitu berjumlah RM1.9 bilion.

Sudah 58 tahun Sabah bersama-sama membentuk Malaysia. Berbilion-bilion ringgit hasil Sabah dikaut bagi memodenkan Semenanjung. Inikah balasannya? Sampai bilakah Sabah akan dilayan seperti ini?

Terakhir, Butiran 60000 – Pengangkutan Awam Bandar. Sejumlah RM1.18 bilion diperuntukkan dalam butiran ini.

Pertama, saya ingin bertanya, apakah status kajian pelaksanaan sistem BRT di Sabah yang menelan belanja sebanyak RM1 bilion pada tahun 2018? Mengapakah hasil kajian ini tidak pernah didedahkan? Jumlah RM1 bilion bukan satu jumlah yang kecil.

Kalau diberikan peruntukan bagi memperbaiki infrastruktur asas di Sabah, mungkin hasilnya boleh kita lihat hari ini.

Terakhir, saya ingin bertanya, apakah respons kementerian mengenai Projek Sistem Transit Rapid yang bakal menyaksikan pembinaan skytrain pertama di negara?

Apakah kerjasama yang bakal dijalinkan bersama Kerajaan Negeri Sabah dalam mempercepatkan pembinaan projek ini? Sekian, terima kasih.

final • 3:51 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Dipersilakan Yang Berhormat Kuala Langat.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

final • 3:51 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Pengerusi. Kuala Langat hendak mengambil bahagian dalam perbahasan perbelanjaan Kementerian Pengangkutan reference kepada projek rel kereta api iaitu Butiran 00300 dan juga Butiran 00900.

Tuan Pengerusi, Kuala Langat hendak tanya Yang Berhormat Menteri tentang ECRL yang sekarang sudah lewat. Apakah cadangan kerajaan untuk ECRL dari Gombak kepada Port Klang ataupun kita ada jajaran yang lain juga yang telah dicadangkan melalui Jenjarum dan juga Pulau Carey? Sampai sekarang kita tidak dengar apakah ceritanya.

Saya diberitahu oleh Kementerian Kewangan bahawa kita bayar pampasan setiap hari kalau kita tidak lanjutkan dengan projek ini di Gombak dan sebagainya. Di Bentong dan Gombak. Berapakah perbelanjaan kita? Apakah pampasan kita yang kita bayar? Dan

final • 3:58 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

apakah keputusan kerajaan dan berapa lamanya kerajaan akan tangguh ini? Adakah persetujuan dari negeri Selangor sudah diberi? Di manakah sekarang projek ECRL ini?

final • 3:58 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

Sebab saya tahu kita ada cadangan untuk jalankan ECRL dengan jajaran yang lain. Tidak ada masalah dengan jajaran yang telah dikemukakan. Fasal apa kita tidak beri timbangan kepada jajaran yang lagi satu itu. Tidak ada halangan dari siapa-siapa untuk di kawasan itu dibangunkan dengan ECRL. So, ini soalan saya kepada kementerian.

Apakah situation dan apa situasi ECRL sekarang di kawasan yang saya sebutkan tadi?

Yang kedua Tuan Pengerusi, saya nak bahas sedikit tentang HSR yang baru-baru disebutkan akan mula balik selepas kita bayar pampasan sampai RM320 juta ke Singapura. Saya minta kerajaan untuk buat kajian terdalam dengan HSR. Adakah ini satu keperluan untuk kita? Adakah ini akan bawa satu kebaikan untuk ekonomi kita? Adakah Malaysia sekarang bersedia untuk adakan industri HSR ini? Sebab kalau tanya saya Tuan Pengerusi, we don’t have the distance for HSR and I don’t know why we want to go into HSR. Akan tetapi ada kemudahan-kemudahan lain yang kita boleh bangunkan selain dari HSR sebab kita akan belanja sampai RM74 bilion, sampai RM110 bilion untuk HSR dibina.

So, ini satu-satu yang kita kena tanya kerajaan dan minta kerajaan buat kajian betul. Ada banyak alternatif dari HSR yang kita nak buat. Kita boleh buat broad-gauge dengan speed yang bukan sama tetapi hampir 200 kilometer sejam. Itu pun cukup untuk kita. Ada kawasan-kawasan tertentu yang kita kena bangunkan di dalam kawasan Greater KL dan juga bandar-bandar lain untuk adakan connectivity untuk mereka keluar dan sebagainya. Kenapa kita tidak beri tumpuan kepada perbelanjaan di kawasan-kawasan begitu?

Contohnya KTM ini ada satu jajaran ke Tanjung Malim. Akan tetapi Bukit Beruntung tidak ada stesen di Bukit Beruntung. Bukit Beruntung ini satu bandar satelit yang servisnya kepada KL dan Greater KL. Tidak akan kita belanja besar kalau kita dirikan satu stesen di Bukit Beruntung untuk Bukit Beruntung menjadi satu hab yang besar untuk kawasan di sini? And we don’t have to spend so much, the line is already there. Just extension to Bukit Beruntung sahaja.

Kenapakah tidak buat? Itu penting untuk penduduk di kawasan itu.

Kalau kita belanja untuk kawasan-kawasan begini untuk majukan kawasan- kawasan itu, okey perbelanjaannya. Akan tetapi untuk kita continue dengan HSR, memang saya minta kerajaan untuk buat kajian mendalam untuk apa yang kita akan lakukan untuk masa hadapan akan datang untuk Malaysia keseluruhannya. Sekian, terima kasih.

final • 4:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tuaran.

final • 4:00 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin berbahas bagi maksud Bekalan 28, Butiran 020200 – Pengangkutan Laut Malaysia. Tuan Pengerusi, dalam perkara ini saya ingin membangkitkan hal dasar kabotaj. Start dasar kabotaj bermula di antara Sabah dan Sarawak, saya ingat di Sarawak ini mereka mempunyai industri perkapalan yang mantap berbanding dengan Sabah. Kita tidak ada. Jadi apabila cerita tentang cabotage policy, di Sabah ini banyak persoalan yang berbangkit, di Sarawak kurang.

Bagi di Sabah, dan terutama sekali pada ketika ini di mana harga barang telah melambung tinggi, pelbagai harga barang contohnya import pertanian melambung tinggi, bahan-bahan binaan melambung tinggi dan sebagainya. Pada ketika inilah cerita tentang kabotaj ini dibangkitkan bahawa kabotaj ini memberi sumbangan terhadap peningkatan harga barangan ini. Kita tahu tentang kepentingan kabotaj ini terutama sekali di Semenanjung Malaysia.

final • 4:03 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Akan tetapi di Sabah sudah sekian lama dan perbincangan, perbahasan tentang perkara ini sudah berlarutan. Kerajaan juga sudah relaks pada tahun 2017, kita sedar ini tetapi masih lagi berlarutan sehingga pada hari ini.

Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan sama ada kerajaan mahu mengkaji seterusnya mahu further relax ataupun apakah lagi kepentingan cabotage policy untuk di Sabah? Sebab banyak perkara sudah dinyatakan. Bukan sahaja daripada segi kos barangan tetapi kos untuk perniagaan, the cost of doing business dan ada juga kesan terhadap pelaburan di Sabah.

Tuan Pengerusi, di Sabah ini kalau kita mahu tingkatkan sektor pembuatan, the manufacturing sector, kita terpaksa eksport sebab pasaran di Sabah ini bukan besar. Jadi untuk eksport, kita memerlukan perkapalan dan sebagainya dan di sinilah letaknya, pentingnya kos itu.

Berkaitan dengan ini juga Tuan Pengerusi adalah berkenaan dengan infrastruktur pelabuhan yang ada di negeri Sabah. Saya ingin bertanya sebab memang tidak dinyatakan sebab di sini hal-hal mengenai pelabuhan ini adalah hal negeri dan sebagainya dan Lembaga Pelabuhan Sabah ini memang milik kerajaan negeri dan sebagainya tetapi saya difahamkan bahawa ada peruntukan ataupun pinjaman telah diberikan kepada kerajaan negeri untuk menaik taraf Pelabuhan Sepanggar.

Saya ingin bertanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri, berapakah peruntukan yang telah disediakan untuk tujuan ini dan bilakah akan mula projek ini dan bilakah akan selesai siap dan sebagainya.

Ini adalah kerana sangat-sangat pentinglah Pelabuhan Sepanggar ini dipertingkatkan, dinaiktarafkan sebab yang ada sekarang ini kita sudah beberapa kali menyatakan di Dewan yang mulia ini bahawa ia sangat kecil. Dermaganya baru panjang 500 meter, krennya baru empat dan sebagainya. Kalau kita bandingkan dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas sebagai contoh, tidak pun sampai 10 percent.

Ya, banyak perbahasan, pandangan berbeza dalam hal ini tentang kekurangan goods yang diambil daripada Sabah dan sebagainya tetapi akhirnya yang menentukan ialah hal infrastruktur pelabuhan ini juga yang menentukan.

Seterusnya sedikit dalam Butiran 030900 – Penyelenggaraan Bangunan JPJ.

Diberi peruntukan hanya RM3 juta. Di kawasan saya di Parlimen Tuaran juga ada juga bangunan JPJ. Saya ingin tahu untuk apakah ini? Apakah untuk memberi penyelenggaraan kepada semua bangunan-bangunan JPJ. Contohnya di Kota Kinabalu pun saya nampak apabila banjir, ia terkena dan sebagainya. Adakah peruntukan yang sebegini kecil cukup untuk menyelenggarakan bangunan JPJ yang ada.

Seterusnya ialah pada Butiran 09900 – Pembangunan Lapangan Terbang Labuan dan Sandakan yang diberi peruntukan RM8 juta. Saya ingin bertanya untuk apakah RM8 juta ini? Adakah setakat untuk Lapangan Terbang Sandakan ataupun juga untuk menaiktarafkan Lapangan Terbang Kota Kinabalu khususnya untuk mewujudkan cold room atau cold storage untuk Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

Seperti mana yang kita tahu, kita memerlukan cold storage ini ataupun cold room ini untuk mengeksport hasil-hasil pertanian dari negeri Sabah keluar, pelbagai hasil dan sebagainya. Selama ini, kemudahan ini tidak ada dan sebagainya dan memang sangat- sangat diperlukan. Kita boleh, kita mampu untuk mengeksport hasil-hasil pertanian termasuk eksport ke Semenanjung Malaysia dan juga barangkali ke negara China ataupun ke negara-negara di kawasan BIMP-EAGA. Akan tetapi dengan ketiadaan kemudahan ini kita tidak dapat menjalankan eksport seperti yang saya maksudkan tadi.

Sekian terima kasih.

final • 4:03 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Tebrau.

final • 4:03 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Ramai penunggang motosikal – butiran yang saya ingin sentuh sekarang adalah butiran 020300.

Tuan Pengerusi, ramai penunggang motosikal telah menggunakan Lebuhraya Utara Selatan telah mengambil sikap memotong di sebelah kiri dan tidak memakai pakaian yang bersinar. Ada juga banyak kereta termasuk motosikal yang lampu isyarat atau lampu brek tidak berfungsi.

final • 4:09 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Kesemua ini boleh mengancam keselamatan bukan sahaja mereka tetapi juga pengguna jalan raya yang lain. Soalan saya; mengapakah motosikal berenjin kecil dibenarkan menggunakan lebuh raya? Adakah kerajaan berhasrat untuk menggubal undang-undang bagi mewajibkan penunggang motosikal memakai pakaian yang bersinar dan menghalang motosikal berenjin kecil menggunakan lebuh raya? Bilakah penguatkuasaan boleh ditingkatkan bagi menghentikan kereta dan motosikal yang lampu isyarat dan breknya tidak berfungsi daripada digunakan di jalan raya?

Tuan Pengerusi, saya juga mendapati bahawa ramai pengguna jalan raya tidak mempunyai lesen dan insurans kereta atau motor. Saya mendapati bahawa masalah tersebut adalah berleluasa disebabkan kompaun yang dikenakan oleh pihak berkuasa adalah pada kadar yang lebih murah berbanding dengan kos mengambil atau membaharui lesen serta premium insurans kereta atau motor. Saya berharap agar Yang Berhormat Menteri boleh menyiasat apa yang saya bentangkan. Sekiranya betul, diharapkan agar tindakan yang wajar dapat dilaksanakan. Kalau tidak, mangsa accident adalah tidak terjamin kerana tidak boleh menuntut pampasan daripada pesalah.

Seterusnya ialah Butiran 06000 – Pembaikan dan Pembinaan Jeti Jabatan Laut Semenanjung. Tuan Pengerusi, di kawasan saya iaitu Jeti Kongkong Laut telah mengalami kerosakan. Usaha saya untuk membina jeti baharu menghadapi masalah disebabkan tapak jeti sekarang dimiliki oleh individu dan bukannya tapak awam. Saya memohon kementerian untuk mengambil perhatian atas kesulitan yang dialami oleh pelancong yang mahu menaikkan bot di situ supaya sebuah jeti baharu dapat dibina secepat mungkin.

Seterusnya ialah Butiran 00900 – Meningkatkan Keupayaan KTMB. Tuan Pengerusi, Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Baru dijangka siap pada tahun 2022. Adakah kontrak bagi projek tersebut akan dilanjutkan masanya? Sekiranya ada, sudahkah isu yang menyebabkan ia dilanjutkan sudah dikenal pasti? Adakah jalan penyelesaian sudah dibuat? Hal ini kerana kita tidak mahu kesulitan kepada rakyat yang selalu menggunakan rel bagi perjalanan di situ berpanjangan.

Saya berharap pihak KTMB tidak lupa akan sebuah penempatan atau perumahan sementara yang dinamakan Taman Sinaran Kempas yang dibina atas tanah di Kempas, Johor Bahru. Taman ini mempunyai penempatan sebanyak 500 buah rumah iaitu penghuni asal di situ sejak dari tahun 2000, selepas rumah mereka di sebelah landasan kereta api dari Kulai ke Johor Bahru dirobohkan untuk tujuan membina Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor.

Penduduk di situ dijanjikan dengan perumahan kekal dalam dua hingga tiga tahun. Akan tetapi, sehingga hari ini tiada jalan penyelesaian yang memuaskan mereka.

Walaupun dengan usaha saya, mantan Menteri KPKT serta SUK Negeri Johor untuk menawarkan rumah PPR kepada mereka pada bulan Mac tahun ini, majoriti daripada mereka menolak tawaran ini.

Tuan Pengerusi, saya berharap agar pihak kementerian, KTMB dan SUK Negeri Johor boleh mencari jalan penyelesaian dengan secepat mungkin, oleh sebab taman perumahan sementara mereka sudah uzur. Selain loji kumbahan yang sudah lama tidak berfungsi langsung, kesihatan mereka turut terancam disebabkan oleh longkang-longkang di kawasan perumahan tersebut menjadi tapak pembiakan nyamuk aedes.

Itu sahaja daripada saya. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Tebrau. Seterusnya, Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 4:10 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 12100 – Pejabat/Bangunan Baru, Peralatan dan Pengkomputeran JPJ.

Tuan Pengerusi, seperti yang kita maklum oleh sebab pandemik COVID-19, jadi sudah pasti kita perlu kepada lebih banyak mesin layan diri diletakkan di pejabat JPJ supaya boleh memudahkan pengguna perkhidmatan JPJ untuk membaharui lesen ataupun roadtax mereka.

Jadi, apa yang kita lihat semasa pandemik COVID-19 seperti MCO, di mana Kementerian Pengangkutan menggalakkan orang ramai untuk renew online melalui MyEG. Akan tetapi, apa yang berlaku Yang Berhormat Menteri, bagi mereka yang renew menggunakan MyEG, roadtax ataupun license mereka telah dihantar ke pejabat JPJ dan meminta para pelanggan supaya pergi ke JPJ untuk mengambil license ataupun roadtax mereka.

Jadi, ini tidak mencapai matlamat kita. Kalau kita kata hendak online, sepatutnya dihantar ke rumah mereka. Akan tetapi, oleh sebab MyEG tidak boleh uruskan, mereka hantar semua balik ke JPJ. Pengguna terpaksa pergi balik ke pejabat JPJ. Jadi, saya minta supaya kementerian agar menumpukan perhatian kepada masalah ini. Buka peluang kepada syarikat lain. Jangan hanya monopoli oleh MyEG sahaja. Itu yang pertama. Kedua, sepatutnya adakan mesin yang lebih banyak supaya semua boleh pergi layan diri untuk mengurangkan mereka pergi ke pejabat JPJ. Itu isu yang pertama.

Butiran kedua yang saya hendak highlight-kan ialah Butiran 020300 – Pengangkutan Jalan. Tuan Pengerusi, pada tahun lepas ada sebuah laporan daripada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkaitan dengan Projek Sistem Kutipan Caj Jalan dan juga Projek Rekod Kemasukan Kenderaan Asing (VEP). Menurut laporan tersebut, projek itu telah diberikan secara rundingan terus kepada sebuah syarikat yang dinamakan TCSens Sdn. Bhd. yang mana salah seorang pemegang saham utamanya ialah Yang Berhormat Tanjung Piai yang juga merupakan Yang Berhormat Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang memiliki 25 peratus, dia ada memegang shares syarikat tersebut. Projek yang dia dapat ialah bernilai RM150 juta.

Mengikut laporan tersebut, mereka dapati bahawa tiada alasan yang kukuh kenapa projek ini harus diberikan terus kepada syarikat ini. Jadi, mereka mendapati bahawa ada unsur-unsur pengaruh politik dalam memberikan projek tersebut kepada Yang Berhormat Tanjung Piai.

Jadi, laporan itu telah disediakan pada tahun lepas. Dalam laporan tersebut, ada mengatakan bahawa Yang Berhormat Tanjung Piai apabila di-interview lebih daripada 20 kali, dia menyebut ‘tidak tahu’. Tidak tahu. Sudah setahun laporan itu disediakan.

Sehingga hari ini, Yang Berhormat Tanjong Piai yang juga seorang Timbalan Menteri tidak pernah keluar, tampil ke hadapan untuk memberi penjelasan. Tidak respons.

Mungkin nanti Yang Berhormat Menteri akan kata, “Mungkin SPRM boleh siasat”.

Akan tetapi, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri; apakah pendirian Kementerian Pengangkutan terhadap laporan yang telah disediakan oleh PAC ini.

final • 4:14 PM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

Yang Berhormat Kota Melaka, boleh minta pandangan?

final • 4:14 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Boleh, silakan.

final • 4:14 PM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

Okey, yang untuk Butiran 031300 – Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST) telah dihapuskan ataupun disifarkan peruntukannya daripada sebanyak RM48 juta pada tahun 2021 kepada sifar pada tahun hadapan. Adakah Yang Berhormat Kota Melaka bersetuju bahawa ini akan menjadikan semua secondary cities seperti Melaka dan Kota Kinabalu tidak ada penambahbaikan untuk perkhidmatan bas henti-henti ini?

final • 4:14 PM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya bersetuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Kinabalu dan minta masukkan sebagai sebahagian daripada ucapan saya. Saya harap supaya Yang Berhormat Menteri boleh perjelaskan sama ada peruntukan itu diletakkan pada butiran yang lain ataupun apa sebenarnya yang berlaku.

Sebab kita lihat hari ini kita perlukan pengangkutan awam ini supaya ia dapat meringankan beban rakyat terutamanya daripada golongan B40. Sekian, terima kasih.

final • 4:14 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Dungun.

final • 4:20 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 020100 – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan juga Butiran 031100 – Emolumen Kakitangan Kontrak SPAD. Soalnya, apakah masih wujud SPAD setelah dipinda kepada APAD?

Seterusnya, apakah perbezaan fungsi APAD dengan JPJ pada waktu ini?

Butiran 031200 – Program Dana Bantuan Sementara Bas Henti-henti (ISBSF) yang melibatkan bantuan kepada perkhidmatan bas henti-henti yang ditiadakan peruntukan bagi Bajet 2022. Saya mohon dilihat juga kepada bantuan kepada perkhidmatan bas sekolah kerana timbul rungutan pengusaha-pengusaha bas sekolah dikatakan tidak mendapat bantuan seperti mana bantuan bas henti-henti.

Seterusnya, saya mohon juga dilihat kepada Butiran 010300 – Udara. Fungsi kementerian ialah merancang serta mewujudkan sistem dan infrastruktur pengangkutan udara yang selamat, cekap dan lestari. Soalan saya, sejauh mana sistem pengangkutan udara di negara ini telah dinaiktarafkan memenuhi maksud ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti mana penerbangan MH370 yang telah berlaku.

Seterusnya Butiran 010200 – Maritim. Sejauh manakah penguatkuasaan dan penggunaan undang-undang maritim di Malaysia sudah menepati standard antarabangsa?

Keduanya, adakah kelengkapan dan fasiliti untuk Bahagian Pengurusan Trafik dan Bantuan Pelayaran (BPTBP) di Jabatan Laut Malaysia sudah mencukupi pada waktu ini?

Ketiganya, apakah usaha-usaha kementerian dalam mempertingkatkan kemampuan Pelabuhan Kemaman supaya setaraf dengan pelabuhan-pelabuhan lain yang ada di negara kita?

Daripada segi infrastruktur, Malaysia mempunyai enam lagi pelabuhan Persekutuan utama iaitu Pelabuhan Klang, Pelabuhan Johor, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Bintulu termasuk Pelabuhan Kemaman yang telah saya sebutkan jadi yang ketujuh. Malah Pelabuhan Klang mendapat pengiktirafan antara 12 daripada 20 buah pelabuhan paling sibuk di dunia. Manakala Pelabuhan Tanjung Pelepas berganjak naik ke tangga ke-15 susulan langkah proaktif Kementerian Pengangkutan.

Mengikut laporan sehingga Jun 2020, Jabatan Laut Malaysia dan pelabuhan tempatan melaporkan 11,099 buah kapal berlabuh di pelabuhan Malaysia. Melihat kepada perkembangan positif ini walaupun negara masih bergelut untuk mengukuhkan ekonomi, industri perkapalan sewajarnya diberikan lebih perhatian dan diperkemas daripada segi polisi supaya mencapai piawaian-piawaian standard negara maju serta syarikat perkapalan di dunia.

Potensinya tetap ada malah lebih besar faedahnya jika diterapkan sepenuhnya penggunaan teknologi terkini dalam sistem perkhidmatan pelabuhan berupaya menyumbang ke arah kelestarian ekosistem kepada semua pihak. Pada masa sama, kerjasama erat sektor korporat dan kerajaan juga amat penting bagi mengekalkan kemajuan industri perkapalan dan pelabuhan di negara ini.

final • 4:20 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Perkara perlu diberikan perhatian segera ialah latihan tenaga kerja mahir dan berpengetahuan dalam kalangan anak-anak tempatan. Latihan maritim perlu diperkasa dan diberikan bagi memenuhi piawaian terbabit.

Saya mohon sebagai akhirnya kementerian segera memberikan perhatian serius dalam perkara yang melibatkan isu ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Seterusnya Yang Berhormat Tangga Batu.

final • 4:20 PM

Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri atas ruang dan peluang yang diberi.

Masalah kesesakan lalu lintas yang dialami oleh penduduk bandar terutamanya tidak boleh dibiarkan berterusan. Masalah ini boleh memberi gangguan kepada persekitaran dan psikologi manusia. Selain daripada mencemarkan alam sekitar melalui pelepasan karbon monoksida ke udara, pencemaran bunyi, risiko kemalangan, kesesakan lalu lintas memberi kesan psikologi kepada pengguna-pengguna jalan raya.

Antara kesan psikologi ialah mudah marah, tertekan, kurang daya tumpuan, letih lesu, muntah, pening kepala dan sukar tidur. Keadaan hidup yang tertekan menjadikan ramai yang panas baran. Sedikit masalah di jalan raya menjadikan pergaduhan sehingga ada kes pukul bantai yang menyebabkan kematian.

Merujuk kepada Butiran 020100 – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) peruntukan dikurangkan sebanyak RM480,600. Butiran 020300 – Pengangkutan Jalan, peruntukan dikurangkan sebanyak RM93,303,600.

Adakah kualiti pengangkutan awam kita telah meningkat dengan baik? Adakah rakyat berpuas hati dengan perkhidmatan pengangkutan awam ini? Adakah pengangkutan awam kita hanya banyak dinaiki oleh orang-orang susah atau pekerja- pekerja asing kerana terpaksa, walhal di luar negeri, di negara-negara maju Perdana Menteri pun menaiki pengangkutan awam seperti kereta api ataupun LRT untuk ke pejabat.

Di Melaka contohnya, dari rumah saya di Masjid Tanah terdapat lebih 20 buah lampu isyarat untuk sampai ke Bandar Melaka. Ada juga yang mengatakan ini Melaka ‘Darul Traffic Light’ ya, terlampau banyak. Keadaan trafik sangat sesak melalui AMJ apatah lagi dari Klebang ke Bandar Hilir. Menjadi tular di TikTok, agar jangan datang ke Melaka untuk melancong dan orang-orang tempatan sendiri mengelakkan diri dari ke bandar pada hujung minggu. Ini tidak baik untuk pelancongan.

Saya juga ingin merujuk kepada butiran – meningkatkan keupayaan KTMB, Butiran 010100 – Pengurusan Am dan Butiran 010600 – Pengurusan Sumber Manusia.

Adakah kewangan KTMB ini solvent dan mampu membayar si piutang- si piutang dan gaji pekerja pengangkutan awam kerana dikatakan Keretapi Tanah Melayu Berhad tidak membuat untung terutamanya semenjak bermulanya pandemik? Adakah KTMB mampu membayar wang gratuiti kepada kakitangan yang bersara dan tertunggak dan menunggu-nunggu gratuiti mereka.

Difahamkan Railway Asset Corporation (RAC) punyai banyak tanah bernilai yang mungkin boleh dijual untuk mengatasi masalah di atas. Semoga ada jalan keluar untuk masalah-masalah ini. Adakah tanah-tanah tersebut boleh dipulangkan kepada KTMB?

Akhirnya, saya ingin bertanya tentang Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam. Semasa Pakatan Harapan memerintah di Melaka, perkhidmatan penerbangan ke Kota Bharu, Langkawi dan Ipoh sangat memudahkan. Apakah status terkini?

final • 4:26 PM

Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu

Adakah kerajaan negeri yang baharu mempunyai tetapan jangka masa? Bilakah lapangan terbang ini akan berfungsi semula? Sekian dan terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Baram.

final • 4:30 PM

Tuan Anyi Ngau - Baram

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk kepada Butiran 030300 – Subsidi Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS). Tuan Pengerusi saya ingin mencadangkan di sini supaya kekerapan flight ke kawasan luar bandar seperti Bario, Long Lellang, Long Seridan, Long Akah dan Long Banga dan mungkin di lain-lain tempat lagi dikerapkan ini. Ini adalah oleh sebab kebelakangan ini saya difahamkan bahawa kapasiti ataupun passenger lot untuk penerbangan untuk luar bandar ini dikurangkan ataupun dihadkan kepada hanya sembilan orang sahaja.

Jadi, kawasan-kawasan yang saya sebut ini adalah kawasan yang di pendalaman, jauh di pendalaman, jalan raya yang tidak begitu sempurna dan hanya inilah satu-satunya cara perhubungan ke kawasan luar bandar lebih-lebih lagi bagi mereka yang tua dan juga yang sakit. Bayangkan kalau pesakit dibawa dengan four-wheel drive ke Miri, ini akan menyusahkan orang ramai. Minta supaya ini dapat dipertimbangkan.

Kedua ialah berkenaan dengan Butiran 30000 – Pembesaran dan Menaiktaraf Lapangan Terbang Kuching/Miri/Sibu/Mukah/Padang Terbang Bario. Saya mohon penjelasan ataupun butiran daripada pihak Menteri supaya dapat enlighten kita berkenaan dengan apakah jenis ataupun kerja yang akan dibuat untuk Lapangan Terbang Bario ini yang sebenarnya adalah satu mungkin di kawasan luar bandar.

Padang Terbang Bario ini mungkin yang tersibuk ini. Jadi mohonlah supaya Padang Terbang Bario ini dapat dipertingkatkan ataupun diperbesarkan ataupun dipanjangkan supaya pada satu hari nanti yang tidak jauh dari hari ini akan dapat bawa lebih ramai penumpang, sebab Bario kita tahu jauh juga di pedalaman. Kalau dari Miri mahu pakai jalan raya, jalan raya yang kita pakai pun memang jalan balak dan ia memakan masa yang lama hampir 15 jam dan dalam keadaan jalan yang begitu kurang sempurna.

Jadi saya percaya dengan adanya pembesaran kepada Padang Terbang Bario ini, ini akan menjadi pemangkin untuk sosioekonomi lebih-lebih lagi sebab Bario ini saya percaya di kawasan saya merupakan one of the tourist attraction centre ini. Ini supaya dapat diperkembangkan dan mudah-mudahan saya difahamkan juga di Bario sekarang ini ada dalam lingkungan 50 homestay dan mereka bergantung dengan tourist untuk— dan cara-cara yang paling selamat dan cepat untuk ke Bario ini adalah melalui Padang Terbang Bario ini. Mohon akan di— what is in store dengan izin, Tuan Pengerusi for Bario airport ini in the short run and in the long run. Dengan itu saya— itu sahaja. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Baram. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.

final • 4:30 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Tuan Pengerusi mohon pencerahan sikit. Sikit sahaja dari Sandakan.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Kemudian nanti, bagi saya panggil Yang Berhormat Bukit Bendera dulu.

final • 4:30 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Oh, okey.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Bukit Bendera.

final • 4:30 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Ya, terima kasih Tuan Pengerusi. Butiran 031500 – Subsidi Perkhidmatan Operasi Tren Skypark Link telah dikurangkan dengan drastik daripada RM15 juta kepada RM5.8 juta. Satu massive cut. Saya sendiri pernah menaiki Skypark Train Link daripada Subang Airport ke KL Sentral dan saya dapati bahawa jadualnya satu jam sekali dan perkhidmatannya memuaskan tetapi amat kurang penumpang. Bolehkah Menteri menjelaskan tentang massive cut terhadap subsidi ini kerana ia bukan sahaja melibatkan penumpang-penumpang yang gunakan Subang Airport tetapi juga barangkali penduduk dari Subang Jaya yang perlu ke KL Sentral.

Butiran 010500 – Perancangan Strategik dan Antarabangsa. Saya dapati bahawa bajetnya telah ditingkatkan daripada RM3.1 juta kepada RM4.9 juta. Sila jelaskan apakah perancangan strategik dan antarabangsa yang bakal dirancang. Saya dapati bahawa baru-baru ini baca berita antarabangsa terhadap satu perkembangan yang berkaitan Pan- Asian Railway yang menyambung dari China ke Laos yang menyambung dari bandar Bhutan ke Vientiane di Laos dan merupakan satu perkembangan yang positif terhadap Pan-Asian Railway.

Tadi rakan-rakan kita telah membangkitkan tentang High Speed Railway dari KL ke Singapura. Saya meminta satu pertimbangan sama ada perancangan strategik dan antarabangsa ini, apakah overall strategic plan apabila ada satu rangkaian Pan-Asian Railway yang menghubungkan Kunming ke Laos ke Bangkok kemudian ke Malaysia dan Singapura.

final • 4:34 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Bukit Bendera.

final • 4:34 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Ya. Saya barangkali...

final • 4:34 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Bukit Bendera.

final • 4:34 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

...Sekejap nanti. Barangkali HSR juga boleh dipertimbangkan bukan sahaja selatan tetapi north, HSR North. Bukan sekarang tetapi perancangan masa depan. Bukan immediately. Perancangan masa depan supaya boleh sambung dari Butterworth dengan HSR pergi ke Bangkok dan sambung ke Laos kepada Kunming. Sebahagian daripada rangkaian Pan-Asian Railway. Silakan Yang Berhormat Bukit Jelutong.

final • 4:34 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Bukit Bendera satu soalan sahaja, Yang Berhormat Bukit Bendera. Terima kasih. Adakah semasa membincangkan High Speed Railway, Yang Berhormat Pekan dibawa bersama- sama oleh Perdana Menteri kita baru-baru ini?

final • 4:34 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat Jelutong.

final • 4:34 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Ya, saya nampak muka dia tertera dalam surat khabar antarabangsa dan hairan juga seorang yang telah disabitkan boleh menjadi seorang tetamu dibawa bersama delegasi ke luar negara. Itu saya...

final • 4:34 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kita minta Menteri jelaskan benar atau tidak perkara itu.

final • 4:34 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Ya. Satu perkara yang international attention ya. Minta Yang Berhormat Menteri jelaskan. Saya juga ingin membangkitkan isu Butiran 020300 – Pengangkutan Jalan. Baru-baru ini dibentangkan atas meja Ahli Parlimen terhadap Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, PAC report berkenaan dengan Penguatkuasaan Automatik AES. Satu skandal bahawa jumlah bayaran pampasan kerajaan kepada LTAT RM668.9 juta. Telah dihuraikan syor PAC, “Diminta kerajaan untuk declassified laporan siasatan JKSTUPKK tentang AES...”. Cadangan SPRM, “Untuk meneliti dan membuat siasatan terhadap isu-isu yang dibangkitkan...”.

Saya meminta Menteri jawab kerana melibatkan syor tentang PAC Parlimen.

final • 4:34 PM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

Yang Berhormat Bukit Bendera, boleh saya minta pandangan untuk Butiran...

final • 4:34 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Ya, silakan.

final • 4:34 PM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

...020100 – Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Ini satu agensi yang cuma menjaga dan merancang untuk pengangkutan dekat Semenanjung Malaysia. Di Sabah dan Sarawak tidak ada agensi yang sama. So, adakah Yang Berhormat bersetuju untuk menaik taraf atau memperkasakan LPKP Sabah sebagai satu agensi yang leading in the transport planning in Sabah?

final • 4:34 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Ya, ya sila masukkan sebahagian ucapan Yang Berhormat Kota Kinabalu ke dalam ucapan saya dan...

final • 4:34 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya, sila.

final • 4:34 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

...Terima kasih kepada Tuan Pengerusi.

final • 4:34 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Setiu.

final • 4:34 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillahi rabbil 'alamin, wassalatu wassalamu ala asrafil ambiya iwal mursalin, wa 'ala alihi wasahbihi ajma'in. Tuan Pengerusi, Butiran 010400 – Pengangkutan Darat. Pengangkutan hijau melibatkan peralihan penggunaan kenderaan berasaskan bahan api fosil kepada penggunaan pengangkutan hijau mesra alam yang menggunakan tenaga diperbaharui seperti solar, hidro dan angin, perlu digerakkan secara lebih agresif. Antara jenis dan sistem pengangkutan yang boleh dikategorikan sebagai pengangkutan hijau adalah basikal elektrik, kereta elektrik, kereta api hijau, bas elektrik ataupun hibrid.

Namun begitu, penggunaan pengangkutan hijau dalam kalangan masyarakat kurang memberangsangkan. Antara sebab utama kereta elektrik tidak mendapat sambutan adalah disebabkan kelemahan infrastruktur seperti stesen pengecasan yang terhad, terutamanya di kawasan luar bandar dan pendalaman.

Pada masa kini lebih kurang 90 peratus pengangkutan jalan raya adalah berasaskan penggunaan minyak seperti petrol atau gas asli dan pengangkutan darat adalah merupakan di antara penyumbang terbesar terhadap pembebasan gas rumah hijau. Oleh itu, apakah langkah-langkah pendek dan jangka panjang yang dilaksanakan oleh kementerian bagi membawa negara ke arah negara yang berteknologi hijau secara komprehensif terutamanya melalui penggunaan pengangkutan hijau?

Butiran seterusnya Butiran 020300 – Pengangkutan Jalan. Perkara pertama bagi butiran ini ialah berkaitan dengan Pas Keluarga Malaysia. Saya berpandangan tindakan kerajaan dengan memberikan Pas Keluarga Malaysia sebagai langkah bagi menggalakkan lagi masyarakat menggunakan pengangkutan awam adalah tepat sekali.

Namun begitu, pas ini belum lagi diberikan secara meluas kerana rakyat yang berada di Kuala Lumpur dan Selangor sahaja yang mendapat manfaat tersebut.

Oleh itu, adakah kerajaan bercadang untuk memperluaskan lagi penggunaan pas tersebut kepada negeri-negeri lain juga? Selain itu, apakah mekanisme kerajaan dalam memastikan tidak berlaku peningkatan kes walaupun dengan menggalakkan rakyat keluar rumah tanpa had pada hujung minggu? Selain itu, apakah insentif kerajaan dalam memastikan pas yang diberikan tidak menyebabkan kesesakan lalu lintas serta tidak mengganggu jadual kekerapan bas akibat peningkatan jumlah pengguna jalan raya?

Tuan Pengerusi, Butiran 020600. Merujuk kepada Butiran 020600 – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Saya meneliti pencapaian seratus hari Kementerian Pengangkutan, Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur dipindahkan pengoperasian sepenuhnya dari Subang-Sepang. Namun berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan pemindaha tersebut tergendala. Mohon penjelasan sebab apa tergendala?

final • 4:40 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Tuan Pengerusi, Butiran 031000 – Penyelenggaraan Sistem AwAS atau Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik yang sebelum ini dikenali sebagai Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) digunakan bagi memberi pengajaran dan kesedaran kepada orang ramai untuk mematuhi peraturan jalan raya. Walau bagaimanapun, saya meneliti butiran ini tiada peruntukan untuk Bajet 2022, mohon penjelasan.

Akhir sekali Tuan Pengerusi, Butiran 010700. Dalam lawatan Yang Berhormat Menteri pada 28 November 2021 ke Ibu Pejabat JPJ Johor Bahru, didapati antara kenyataan yang dikeluarkan menyatakan bahawa kaunter JPJ telah ketinggalan zaman dan ramai di kalangan pengguna terpaksa beratur panjang.

Ada desakan Presiden CUEPACS yang memohon supaya dinaiktarafkan kaunter ini di mana dinyatakan bahawa pada tahun 2010 yang lalu pernah diperuntukkan RM420 juta untuk ‘pendigitasi’ ini. Akan tetapi tidak lengkap kerana bajet tersebut telah dipotong kepada RM282 juta sahaja di saat akhir.

Jadi, saya ingin bertanya sejauh manakah persediaan kerajaan dalam menaiktarafkan kaunter JPJ ini? Adakah peruntukan untuk naik taraf ini dimasukkan dalam bajet ini dan berapakah kos peruntukan diperuntukkan? Sekian, Tuan Pengerusi.

final • 4:40 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Setiu, seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 4:40 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tuan Pengerusi dan yang saya hormati juga Yang Berhormat Menteri. Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana Yang Berhormat Menteri duduk di sini dan mendengar perbahasan daripada semua Ahli Yang Berhormat.

Perkara pertama, Butiran 010300 – Udara. Saya baru pergi dan balik dari Kuching. Saya dapati bahawa harga flight ticket sangat-sangat tinggi. Contohnya one- way KL ke Kuching, saya terpaksa bayar RM1,388 dan balik ke Kuala Lumpur dari Kuching sebanyak RM1,519. Untuk seorang Ahli Parlimen, saya sudah rasa tertekan dengan harga sebanyak hampir RM3,000 satu trip. Bayangkan orang-orang biasa, rakyat Sarawak yang hendak balik, yang sudah dua tahun tidak balik ke Sabah dan Sarawak kerana PKP, sekarang mereka hendak balik celebrate Krismas mereka terpaksa bayar tambang yang begitu tinggi.

I think it’s double of their salary. I mean one month mungkin RM1,500. RM3,000 ialah dua bulan dia punya gaji. I think it is exorbitant. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, sebenarnya flight tidak penuh. Ini bermaksud bahawa flight yang harga rendah itu sangat kurang dan sekejap sahaja sudah naik kepada harga yang lebih tinggi.

Jadi, saya rasa ini adalah tanggungjawab kementerian terutamanya Civil Aviation, MAVCOM yang ambil duit daripada rakyat, dia kena investigate. Adakah ini excessive profiteering? Kalau KPDNHEP, selalu kalau harga ayam naik, harga naik dia check. Akan tetapi kenapa airline ticket tiada orang check? Saya rasa itu perlu.

final • 4:45 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Yang Berhormat Bayan Baru, boleh saya tanya?

final • 4:45 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ya.

final • 4:45 PM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Yang Berhormat Bayan Baru, terima kasih. Berkenaan isu kenaikan price penerbangan ke Kuching.

Apakah pandangan Yang Berhormat Bayan Baru berkenaan isu ini sekiranya kita ada pilihan raya yang akan diadakan tidak lama lagi? Adakah ini akan mempunyai impak terhadap pilihan raya tersebut di Kuching ataupun di Sarawak?

final • 4:45 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor.

Ini isu yang sangat penting juga. Rakyat Sarawak pilih kerajaan lima tahun sekali.

Sekarang mereka rasa tidak mampu balik ke Sarawak, maka mereka give up the voting rights. Jadi, ini saya rasa we have to celebrate democracy. Kita perlu permudahkan sebelum pilihan raya.

final • 4:45 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Banyak airlines, contohnya AirAsia, MAS dan sebagainya, mereka bagi RM199 special promotion bagi menggalakkan orang balik kampung mengundi. Kenapa kali ini mereka tidak buat? So, I think, airlines kena ambil tanggungjawab nasional service juga.

Jangan selalu fikir tentang keuntungan. Bagilah orang balik ke kampung untuk mengundi dan celebrate Krismas. Saya mohon Yang Berhormat Menteri intervene daripada isu ini.

Selain daripada itu, lapangan terbang juga. Saya pergi lapangan terbang Penang, dia macam usang, sudah tidak ada cat, siling semuanya sudah bocor, toilet dalam keadaan yang sangat teruk. Berbau dan juga maintenance— pintu rosak dan sebagainya.

Pagi tadi saya di Kuching tengok airport nya pun sama keadaannya. Jadi ini bermaksud bukan kes yang tertentu sahaja tetapi across all airports. Saya berharap bahawa Menteri kena— airport ini kena ada planning untuk maintenance. Jangan selalu tunggu projek pembesaran baharu mereka buat all these maintenance.

Butiran 020300 – Pengangkutan Jalan. Saya minta supaya bagaimana kita boleh meningkatkan perkhidmatan JPJ. JPJ ini, Yang Berhormat Menteri pun turunlah baharu- baharu ini tengok begitu sesak. Di mana-mana sahaja JPJ adalah satu keadaan yang sangat sesak. Jadi, bagaimana memperbaiki mutu itu?

Saya hendak mohon Yang Berhormat Menteri jawab juga, baru-baru ini ada pengarah yang mencadangkan 70 tahun ke atas, dia setiap tahun kena buat pemeriksaan doktor whether fit to drive. Saya mohon ada perkembangan atau tidak dari segi dasar tersebut. Point system dari segi kesalahan. Kita tahu bahawa rakyat Malaysia ramai.

final • 4:45 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Kalau kita tengok laporan this traffic ticket, berjuta-juta ringgit rakyat Malaysia bayar. Ini bermaksud bahawa ramai yang melanggar traffic rules. Kenapakah tidak ada point system yang disiplin? Dulu ada cadangan point system. Lepas beberapa point, mereka akan dikenakan tindakan dan lesen dibatalkan. Apakah perkembangan tentang rancangan tersebut?

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih.

final • 4:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Akhir sekali, Butiran 010400 – Pengangkutan Darat mengenai Pan-Asian Highway. Saya setuju dengan Yang Berhormat Bukit Bendera tentang Pan-Asian Highway. I think we need to have a proper planning what is the direction. Sekarang HSR sekejap ada, sekejap tidak ada, sekejap ada, sekejap tidak ada— like Chipsmore ya, biskut Chipsmore. Sekejap ada, sekejap tidak ada. So, what is going on? Ini confusion. Investor tidak ada confident untuk masuk ke Malaysia kalau kita flip flop daripada segi polisi. Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 4:50 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa Kementerian Pengangkutan.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Ayer Hitam kerana telah mengadakan pendekatan turun padang secara mengejut untuk melihat keadaan sebenar perkhidmatan agensi di bawah kementerian sebagaimana yang dilakukan di Pejabat JPJ Johor Bahru minggu lepas. Ini sangat bertepatan dengan apa yang ingin saya tanyakan dalam perbahasan saya ini iaitu saya ingin merujuk pada Kepala B.28, Butiran 12100 – Pejabat/Bangunan Baru, Peralatan dan Pengkomputeran JPJ.

Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh berkaitan kios untuk pembayaran road tax di Pejabat JPJ Kelantan iaitu di Panji. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, hanya terdapat dua biji kios tersebut yang terdapat hanya di JPJ Panji di Kelantan. Saya mengesyorkan kepada pihak kementerian supaya menambah bilangan kios tersebut.

final • 4:51 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Selain menambah bilangan, saya mencadangkan kios ini juga turut diletakkan di cawangan JPJ yang lain seperti di Machang dan juga di Gua Musang.

Saya difahamkan kios ini hanya mengambil masa sekitar dua minit sahaja berbanding dua sehingga tiga jam untuk mendapatkan road tax melalui kaunter akibat menunggu yang lama. Saya yakin ia akan memberi manfaat kepada pengguna, manakala JPJ akan dapat meningkatkan perkhidmatan dan tentunya pendapatan.

Saya juga ingin memohon pertimbangan pihak kementerian untuk membuka sebuah pejabat JPJ di Kuala Krai. Awal tahun ini, sudah ada kajian yang dibuat oleh pihak JPJ tentang keperluan pejabat JPJ di Kuala Krai. Saya ingin bertanya, apakah hasil kajian tersebut dari sudut sesuai ataupun tidak sesuai, dari sudut pelanggannya dan sebagainya? Semoga mendapat pertimbangan pihak Yang Berhormat Menteri.

Menyentuh butiran yang sama, saya ingin memaklumkan berkaitan dengan isu surat saman yang dihantar oleh pihak JPJ tidak diterima oleh penerima. Oleh sebab tidak menerima surat tersebut, akhirnya nama mereka disenaraihitamkan oleh pihak JPJ. Ini tentunya menyusahkan pengguna. Saya harap perkara ini disiasat kenapakah ia berlaku.

Butiran yang sama, Tuan Pengerusi. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, terdapat di Kelantan hanya sebuah van yang digunakan untuk pejabat JPJ bergerak, mobile JPJ di Kelantan yang bergerak di seluruh negeri Kelantan. Tentunya ia tidak mencukupi dan van tersebut sudah agak lama. Saya memohon pihak kementerian untuk menambah sekurang-kurangnya tiga buah lagi van untuk mengimbangi kawasan- kawasan di Kelantan yang mempunyai 14 buah Kawasan Parlimen, dan dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk menanyakan berkaitan cawangan PUSPAKOM kekal di Kuala Krai. Buat masa sekarang, hanya PUSPAKOM mobile sahaja yang beroperasi tiga hari dalam masa sebulan. Perkhidmatan yang disediakan tidak mencukupi dengan keperluan rakyat sebelah Kelantan Selatan yang meliputi beberapa buah kawasan Parlimen, antaranya Machang, Kuala Krai sendiri, Tanah Merah, Jeli dan juga Gua Musang. Saya difahamkan penduduk-penduduk kawasan tersebut terpaksa ke PUSPAKOM Kota Bharu yang jaraknya agak jauhlah dari Gua Musang, mungkin hampir 100 kilometer, 200 kilometer bagi mendapatkan perkhidmatan tersebut.

Tuan Pengerusi, butiran seterusnya ialah Kepala B.28 Butiran 031600 – Perbicaraan Nasional MH17. Saya ingin bertanyakan, apakah perkembangan terkini perbicaraan nasional MH17? Apakah keyakinan pihak kerajaan terhadap kes ini? Saya juga ingin menanyakan, apakah keluarga mangsa MH17 ini akan mendapat pampasan selepas kes ini selesai dan berapakah nilai pampasan tersebut?

Tuan Pengerusi, Butiran 00900 – Meningkatkan Keupayaan KTMB. Saya ingin menanyakan apakah perancangan dan tindakan yang bakal diambil oleh pihak kementerian terhadap stesen-stesen perhentian kereta api dari Tumpat ke Lipis? Saya mencadangkan stesen-stesen perhentian ini dinaiktarafkan, dan diperelok memandangkan perkhidmatan kereta api ini semakin digemari oleh pengguna.

Saya juga mendapat maklumat tentang kontraktor-kontraktor yang membina stesen-stesen perhentian kecil ini yang masih belum menerima bayaran untuk beberapa projek yang dibuat di beberapa buah stesen termasuklah di Kuala Krai dan juga di Gua Musang. Saya difahamkan jumlahnya mencecah jutaan ringgit. Saya harap pihak kementerian memantau isu ini dengan sebaiknya kerana pihak kontraktor-kontraktor ini bukanlah mereka yang mempunyai modal besar. Mereka hanyalah kumpulan G1 sahaja, Tuan Pengerusi.

Saya ingin menyentuh berkaitan Bangunan KTMB berhampiran dengan Bangunan Sultan Abdul Samad. Saya mencadangkan bangunan ini diselenggarakan dan dipulihara kerana bangunan yang penuh bersejarah ini berada di kawasan yang menjadi tumpuan pelancongan.

Tuan Pengerusi, Butiran 010300 – Udara. Banyak pihak di negara ini telah beralih kepada shariah compliance khususnya dalam urusan kewangan dan takaful. Saya dapati masih terdapat pihak syarikat penerbangan yang tidak memberi pilihan kepada

final • 4:51 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

penumpang untuk mengambil takaful berbanding hanya insurans konvensional yang disediakan apabila membeli tiket kapal terbang.

Saya mencadangkan agar pihak kementerian dapat mengadakan libat urus dengan syarikat penerbangan agar dapat memberi pilihan perlindungan takaful kepada penumpang yang menggunakan kapal terbang. Pilihan ini adalah lebih tepat untuk orang Islam khususnya berbanding insurans konvensional. Saya yakin takaful akan menjadi pilihan kepada semua.

Butiran terakhir, Tuan Pengerusi, ialah Butiran 031300 – Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti. Saya amat dukacita kerana ketiadaan peruntukan yang diberikan pada tahun hadapan bagi butiran ini.

Walau bagaimanapun, saya mengharapkan kerajaan mengadakan bas henti- henti dari Kuala Krai ke Dabong dan dari Jeli ke Dabong pada masa hadapan kerana keperluan penduduk luar bandar yang tiada kemudahan kenderaan persendirian untuk ke bandar.

Saya yakin perkhidmatan bas ini akan mendapat sambutan kerana Dabong kini merupakan antara kawasan tumpuan pelancongan. Selain itu, ia bakal menjadi pilihan utama penduduk di Dabong untuk ke bandar-bandar yang terdekat sama ada Bandar Kuala Krai dan juga Bandar Jeli dan juga ke Hospital Sultan Ismail Petra.

Itu sahaja, Tuan Pengerusi. Terima kasih. Wassalamualaikum warahmatullah.

final • 4:51 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Sandakan.

final • 4:51 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang untuk saya mengambil bahagian dalam perbahasan Peringkat Jawatankuasa bagi belanjawan Kementerian Pengangkutan.

Tuan Pengerusi, pertama sekali, saya ingin merujuk kepada muka surat 299, Butiran 031300 – Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST) dan muka surat 302, Butiran 60000 – Pengangkutan Awam Bandar.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, mengapakah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST) telah dibatalkan dengan peruntukan sifar untuk tahun 2022? Akan tetapi, pada masa yang sama, peruntukan untuk pengangkutan awam bandar telah bertambah lebih daripada 130 peratus kepada hampir RM1.2 bilion.

Bolehkah kementerian menjelaskan ke mana pertambahan peruntukan ini akan digunakan? Adakah peruntukan ini akan dibelanjakan untuk menambah baik perkhidmatan bas awam? Jika ya, adakah kita cuba membelanjakan wang berkenaan untuk sistem bas awam yang masih tidak mencukupi dan yang masih belum diperbaiki lagi terutamanya di Sabah?

Kerajaan mesti menetapkan dasar pengangkutan awam negara dengan segera bagi memastikan semua majlis perbandaran dan dewan bandar raya di negara ini mempunyai garis panduan yang jelas untuk merancang dan melabur dalam perangkaian pengangkutan awam berdasarkan tahap populasi penduduk mereka.

Pengangkutan awam yang sistematik tidak seharusnya hanya disediakan di beberapa buah bandar besar dan utama yang terpilih di negara ini seperti di Kuala Lumpur, Penang dan Johor, tetapi ia juga seharusnya diperluaskan ke kota lain termasuk bandar-bandar di Sabah.

Kedua, saya ingin merujuk kepada Butiran 031400 – Insentif Pas Bulanan Tanpa Had (My100/My50) di mana anggaran untuk tahun 2022 adalah RM115 juta.

final • 4:57 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Saya mengucapkan syabas kepada kementerian bagi menyambung program ini yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan yang memberi manfaat kepada pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang.

Soalan saya adalah, bilakah kementerian akan memperkenalkan insentif yang bermanfaat ini kepada semua pengguna pengangkutan awam di Sabah. Pengguna bas di Sabah dan Sandakan juga sedia terbeban dengan kenaikan tambang pengangkutan awam kerana bas dan bas mini di Sabah masih tidak dibenarkan beroperasi atau membawa penumpang dengan 100 peratus kapasitinya.

Saya berharap kementerian tidak akan mendiskriminasi pengguna pengangkutan awam di Sabah dan akan memanjangkan insentif tersebut ke Sabah secepat mungkin.

Ketiga, saya ingin merujuk kepada muka surat 302, Butiran 09900 – Pembangunan Lapangan Terbang Labuan, Kota Kinabalu dan Sandakan. Kementerian sebelum ini telah memaklumkan kepada Parlimen bahawa projek pemanjangan landasan dan menaik taraf projek Lapangan Terbang Sandakan akan siap menjelang akhir tahun ini.

Dengan adanya infrastruktur penting ini, saya menggesa kementerian untuk menjadikan Lapangan Terbang Sandakan sebagai pintu masuk antarabangsa kedua ke Sabah dan melengkapkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk mengembangkan lagi sektor penerbangan, logistik dan pelancongan untuk Sabah. Ini sejajar untuk menjadikan Sandakan sebagai bandar raya kedua di Sabah serta hab pengangkutan dan logistik utama bagi Pantai Timur Sabah dan wilayah BIMP-EAGA atau kawasan pembangunan Asia Timur.

Sekian sahaja, terima kasih.

final • 5:00 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Untuk pembahas yang terakhir saya jemput Yang Berhormat Jerai lima minit.

Kemudian Yang Berhormat Segambut dua minit. Silakan Yang Berhormat Jerai.

final • 5:00 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberi peluang kepada saya yang perbahasan Jawatankuasa Kementerian Pengangkutan. Saya terus kepada perkara B.28, Butiran 020300 – Pengangkutan Jalan.

Berkaitan kenderaan e-hailing sekarang ini ramai individu terkesan dengan pandemik. Ramai dalam kalangan masyarakat terpaksa berhenti kerja meskipun negara kita sudah berada di fasa endemik, namun masih ada dalam kalangan mereka yang tidak dipanggil bekerja semula atas sebab syarikat mengecilkan operasi. Ramai yang mencuba nasib untuk berniaga dan tidak kurang juga ada yang menyertai syarikat e-hailing.

Namun begitu, di sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di petang hari.

Mereka ini perlu berdepan dengan pelbagai kerenah serta syarat yang menyukarkan mereka untuk beroperasi. Kenderaan yang terlibat dengan e-hailing perlu melalui pemeriksaan PUSPAKOM.

Keadaan ini menyukarkan mereka untuk mencari rezeki. Permintaan yang agak kurang serta faktor umur dan gaji, maka agak tidak munasabah untuk mereka membuat pinjaman untuk meneruskan pekerjaan ini. Jadi kita mohon semula supaya kementerian mengambil berat isu ini memandangkan ramai yang terkesan sekiranya kita mengehadkan tempoh kenderaan kepada sembilan tahun sahaja.

Masih di butiran yang sama, syarikat e-hailing kini muncul bagai cendawan selepas hujan. Dengan kemunculan banyak pengelola e-hailing, ia amat bagus daripada segi sumber manusia. Akan tetapi daripada segi pendapatan untuk individu yang melakukan pekerjaan ini menjadi sangat sukar ekoran penawaran melebihi permintaan pelanggan. Sebagai contoh pendapatan pemandu e-hailing di kawasan Kuala Muda adalah kurang daripada RM1,200 pada setiap bulan ekoran terlalu ramai pemandu e- hailing. Jadi, kementerian perlu membuat kajian supaya keadaan ini tidak berlaku dan seterusnya dapat mengurangkan persaingan sesama mereka.

final • 5:02 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Terakhir B.28, Butiran 020700 – Malaysia Institute of Road Safety Research

(MIROS). Peruntukan dilihat berkurangan dari RM16,222,100 pada tahun 2021 kepada RM16 juta untuk tahun 2022. Jabatan ini sepatutnya memainkan peranan yang penting dalam memastikan kajian dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan bagi mengurangkan kemalangan jalan raya yang sama pada setiap tahun, malah semakin meningkat.

Mohon penjelasan kementerian berkaitan kajian yang telah dijalankan oleh MIROS berkaitan statistik kemalangan jalan raya pada tahun 2020 dan tahun 2021.

Adakah relevan kajian yang dijalankan dapat mengurangkan statistik kemalangan jalan raya saban tahun memandangkan jumlah kemalangan jalan raya menunjukkan peningkatan setiap tahun. Apakah langkah-langkah yang sudah dijalankan dan apakah kajian yang dijalankan sesuai atau perlu ditambah baik supaya statistik kemalangan jalan raya dapat dikurangkan? Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:02 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Dijemput Yang Berhormat Segambut. Dua minit.

final • 5:02 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Terima kasih. Butiran 020100 – Agensi Pengangkutan Awam Darat. Saya telah menulis surat kepada menteri. Ada kekurangan bas, ada kawasan langsung tidak ada bas awam untuk populasi tinggi seperti di Taman Seri Sinar, Taman Seri Bintang, Taman Bukit Maluri dan Manjalara di kawasan Parlimen Segambut. Saya minta pertimbangan dan saya minta kerjasama kementerian untuk membantu penduduk yang perlu ke stesen KTM yang paling dekat, mereka perlukan perkhidmatan bas awam ini.

Keduanya Butiran 020300 – Pengangkutan Jalan Untuk JPJ. Di kawasan Wilayah Persekutuan kita kekurangan cawangan ataupun cawangan yang besar. Kalau saya lihat di Manjalara itu, waktu pagi queue sudah panjang sangat dan peralatan di Kuala Lumpur untuk pejabat JPJ perlu dinaiktaraf. Contohnya kerusi, perabot, kaunter-kaunter JPJ semua itu. Saya minta bagi lebih banyak dana untuk Wilayah Persekutuan kerana trafik mereka sangat tinggi.

Akhir sekali untuk Butiran 020700 – Malaysia Institute of Road Safety Research

(MIROS). Saya lihat ada dua isu keselamatan yang melibatkan kanak-kanak yang perlu dikaji dengan teliti dan mereka perlukan bantuan. Satu, penunggang motosikal, ibu bapa yang mungkin tidak ada duit, mereka pergi angkat kanak-kanak balik dari sekolah dan kanak-kanak kecil ini, sekolah rendah mereka didukung di belakang. Saya selalu khuatir, kalau anak kecil itu tertidur, apa yang akan berlaku? Saya minta MIROS buat kajian, tengok bagaimana kita boleh melindungi kanak-kanak yang datang daripada keluarga yang menaiki motosikal untuk bantu mereka.

Akhir sekali adalah MIROS untuk kajian kanak-kanak yang ditinggalkan dalam kenderaan dan mengakibatkan kematian. The heatwave Yang Berhormat Menteri. Saya minta kita ada kajian dan dapatkan data teliti daripada polis, berapa banyak kematian seperti ini di Malaysia. Bagaimana JPJ boleh terapkan juga dalam ujian untuk setiap pemandu jalan raya yang hendak perlu dapatkan lesen supaya mereka tahu kenderaan itu tidak selamat untuk kita tinggalkan anak-anak? Terima kasih.

final • 5:05 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih. Yang Berhormat Segambut. Ahli Yang Berhormat, seramai 22 Ahli-ahli Yang Berhormat telah berbahas peringkat Jawatankuasa. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, 20 minit. Saya harap mana yang MP yang tiada dalam Dewan buat jawapan bertulis dalam tempoh lima hari bekerja untuk dijawab.

final • 5:05 PM

Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih kepada 22 orang Ahli Yang Berhormat yang telah berbahas mengenai isu yang berbangkit dengan Kementerian Pengangkutan. Dalam Bajet 2022, MOT diperuntukkan bajet sebanyak RM5.58 bilion yang meliputi perbelanjaan mengurus

final • 5:07 PM

Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

berjumlah lebih kurang RM1.526 bilion iaitu 18.68 peratus kurang daripada peruntukan yang diluluskan pada tahun 2021 yang berjumlah RM1.877 bilion dan perbelanjaan pembangunan yang berjumlah lebih kurang RM4.053 bilion berbanding RM4.174 bilion pada tahun 2021.

Di bawah perbelanjaan mengurus, lebih kurang RM1.098 bilion atau 71.9 peratus diperuntukkan untuk pengoperasian agensi-agensi MOT dan juga pelaksanaan pengurusan dasar sedia ada yang meliputi pembayaran untuk tujuan perkhidmatan bekalan pembayaran emolumen pembelian aset dan lain-lain pembayaran seperti urusan melobi, iCure dan sebagainya.

Sejumlah RM427 juta iaitu 28 peratus daripada jumlah keseluruhan peruntukan mengurus MOT telah diperuntukkan bagi pembiayaan program-program khusus yang merangkumi subsidi pengangkutan awam meliputi pengangkutan awam darat, rel dan udara antaranya Subsidi Perkhidmatan Luar Bandar (RAS) RM209 juta, Subsidi Perkhidmatan Operasi Tren Skypark RM5.7 juta, Insentif Pas Bulanan Tanpa Had My30 RM115 juta, Subsidi Tren Tidak Ekonomik (TTE) RM33 juta.

Subsidi bertujuan memastikan kesalinghubungan antara bandar dengan kawasan luar bandar untuk meningkatkan accessibility, mobility dengan izin dan untuk rakyat sebagai pemangkin perkembangan aktiviti sosioekonomi negara.

final • 5:07 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar.

final • 5:07 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

MOT memang mendengar keluh kesah dan juga...

final • 5:07 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar minta laluan. Papar.

final • 5:07 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Sekejap. Bagi sedikit gambaran. Nanti...

final • 5:07 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Bagi Yang Berhormat Menteri selesai dahulu.

final • 5:07 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Kita memang dengar rungutan rakyat mendepani cabaran kos hidup yang semakin mencabar. Oleh sebab itulah di kawasan- kawasan yang tidak menguntungkan syarikat-syarikat pengendali melalui pelaksanaan Insentif Pas Bulanan Tanpa Had iaitu My30 berjumlah RM115 juta dan Pas Mutiara untuk warga utara sebanyak RM2 juta.

final • 5:07 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Sejumlah RM800,000 atau sebanyak 0.05 peratus telah diperuntukkan di bawah dasar baharu bagi penyelenggaraan kuarters CAAM.

Mengenai perbelanjaan pembangunan tahun 2022 di bawah peruntukan perbelanjaan pembangunan pula, kementerian telah menerima peruntukan seperti mana yang saya katakan RM4.053 bilion. Peruntukan tersebut adalah bagi perlaksanaan 85 projek pembangunan yang merangkumi 12 projek baharu dan 73 projek sambungan.

Sejumlah RM485.9 juta telah diperuntukkan untuk 12 projek baharu dan RM3.567 bilion diperuntukkan untuk 73 projek sambungan bagi memastikan semua projek pembangunan yang dirancang dan sedang berjalan dapat dilaksanakan. Daripada 12 projek baru ini, tujuh projek adalah di bawah perbelanjaan mengurus tahun 2021 yang telah dikelaskan semula kepada perbelanjaan pembangunan pada tahun 2022 iaitu sejumlah RM477.4 juta.

Ini bermaksud ramai Yang Berhormat memang prihatin di mana perginya ISBSF ataupun SBST ini. Sebenarnya ada, ia telah dikelaskan daripada OE kepada DE dan antara program yang terlibat ialah maintenance, repair and overhaul (MRO) KTMB penyelenggaraan sistem AWAS, Program Dana Bantuan Sementara Bas Henti-henti

(ISBSF) dan Program Transformasi Perkhidmatan Bas (SBST), Penyelenggaraan Sistem Rangka Main Frame JPJ, Feri Pulau Pinang dan Penyelenggaraan dan Pemuliharaan Aset-aset Operasi Trafik Udara dan Keselamatan Penerbangan Awam (CAAM). Lima projek baharu yang diluluskan untuk tahun hadapan ialah:

(i) merobohkan dan membina semula jeti Jabatan Laut Sarikei;

final • 5:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

(ii) perolehan perkhidmatan dan bekalan MRO level empat untuk train Class 91;

(iii) perolehan dan pemasangan sistem komunikasi satelit kawalan trafik udara SATCOM ATC;

(iv) projek menaik taraf sistem komunikasi kawalan trafik udara di Sarawak; dan

(v) projek menaik taraf sistem komunikasi kawalan trafik udara di Sabah.

Bermaksud hanya lima projek yang saya nyatakan tadi merupakan projek baharu dan yang lainnya adalah projek sambungan ataupun projek yang telah dikelaskan semula daripada OE kepada DE. Jadi berbalik kepada soalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar dahulu. Papar.

final • 5:10 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Tuan Pengerusi, saya hendak tanya apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri tadi bahawa untuk Program Dana Bantuan Sementara Bas Henti-henti dan juga beberapa bantuan lain yang telah diklasifikasikan untuk di bawah DE. Saya hendak tahu di bawah kod mana spesifik. Sebab yang berkenaan dengan pengangkutan awam hanya satu iaitu RM60,000, pengangkutan awam bandar. Adakah peruntukan itu di bawah kod tersebut? Terima kasih.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Dipersilakan Yang Berhormat Menteri.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Tidak ada masalah Yang Berhormat, saya akan bekalkan secara bertulis. Ada...

final • 5:10 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar, Papar.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

...Butiran.

final • 5:10 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar minta. Minta laluan Papar.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Dipersilakan Yang Berhormat Papar.

final • 5:10 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Saya meneliti ucapan Menteri tadi yang berkenaan dengan subsidi yang diberikan oleh kerajaan. Akan tetapi apabila kita mengikuti B.28 Butiran 020600 iaitu Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Setiap hari ramai orang yang menggunakan pesawat kapal terbang dari Kota Kinabalu ke Semenanjung dan daripada Semenanjung ke Kota Kinabalu ataupun ke Sarawak.

Mereka ini selalu mengajukan masalah-masalah mereka kepada saya. Saya tanya kenapa? Kenapa pula terlalu mahal penerbangan daripada Kota Kinabalu ke Semenanjung dan daripada Semenanjung ke Sabah. Begitu juga dari Sarawak dan ini juga bukan sahaja untuk orang awam tetapi budak-budak sekolah, mahasiswa, mereka sangat terkesan dengan benda seperti begini.

Jadi kami— saya sebagai wakil rakyat di bahagian Papar juga ingin menyeru kepada kementerian supaya dapatlah berunding dengan syarikat-syarikat penerbangan ini supaya tambang-tambang ini dapat diturun kerana ini terlalu membebankan kepada mereka terutamanya orang-orang yang kurang mampu. Terima kasih.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Terima kasih Yang Berhorma,t saya rasa perkara ini telah dibangkitkan oleh ramai Ahli-ahli Yang Berhormat, biar saya terus kepada 22 Ahli Parlimen yang bertanya. Saya buat dengan laju. Projek ECRL ya, ini sebenarnya jajaran ECRL yang terkini ini tidak dihubungkan dengan KTMB Tumpat dan hubungan ke Selatan Thailand.

Pada asalnya jajaran ECRL 1.0 dirancang untuk berhubung pada ICQ Pangkalan Kubor Kelantan bagi hubungan dengan Selatan Thailand dan pengangkutan produk getah. Walau bagaimanapun pada tahun 2018 ketika pentadbiran kerajaan dahulu,

final • 5:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

hubungan ke Pangkalan Kubor telah dibatalkan. Sebab utama pembatalan hubungan ini adalah penjimatan RM1.28 bilion kos projek ECRL 2.0. Ini sebagai latar belakang.

Tambahan kepada jajaran ECRL 3.0 dari Tunjung Kota Bharu ke Pengkalan Kubor ataupun Tumpat boleh dikaji semula oleh MOT dan menentukan keperluan pembinaannya di masa hadapan. Hubungan ke selatan Thailand mampu meningkatkan perdagangan di antara Malaysia dengan Selatan Thailand.

Kos terkini ECRL RM50.27 bilion, peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan kalau untuk fasa pembinaan setakat Oktober 2021, lebih 7000 pekerja tempatan terlibat dalam projek ECRL. Jumlah ini akan dijangka meningkat kepada 10,000 menjelang tahun 2024 apabila projek ECRL memerlukan 23,000 tenaga kerja pada fasa puncak pembinaan.

Fasa operasi sekurang-kurangnya 80 peratus daripada 3,000 orang ataupun 2,400 orang tenaga kerja operasi ECRL diwajibkan untuk rakyat tempatan. Bilangan kontraktor Bumiputera yang terlibat ini Yang Berhormat Pontian tanya. Projek ECRL 3.0 akan mempunyai kandungan tempatan sekurang-kurangnya berjumlah RM10 bilion.

Ini adalah 40 peratus daripada kerja-kerja sivil projek yang tidak termasuk kerja- kerja terowong. Daripada jumlah RM10 bilion ini, RM3 bilion atau 30 peratus akan dikhaskan untuk kontraktor berstatus Bumiputera. Setakat Oktober 2021, lebih RM5 bilion kerja-kerja ini telah diberikan kepada kontraktor tempatan dan hampir RM1 bilion diberi kepada kontraktor Bumiputera dan status pembinaan pada waktu ini ialah 25.09 peratus berbanding dengan apa yang dijadualkan 27.55 peratus.

Yang Berhormat Pontian tanya juga pasal projek HSR dan lain-lain juga bertanya.

Saya jawab sekali gus. Saya memang...

final • 5:10 PM

Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah

Yang Berhormat Menteri, mencelah. Boleh?

final • 5:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Sekejap, sekejap. Saya terus pada ini sebab saya tiada masa, saya ada 21 orang lagi hendak jawab.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Tentang HSR ini, saya mengikuti rombongan Yang Berhormat Perdana Menteri ke Singapura baru-baru ini. Saya pun hairan Yang Berhormat kata ada orang lain tetapi yang hadir ialah Perdana Menteri, Menteri Kanan MITI, Menteri Luar dengan saya sahaja. Jadi yang lain adalah pegawai kerajaan. Jadi saya tidak tahu apa yang Yang Berhormat kata tadi.

final • 5:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Apa yang penting ialah dalam aspek ini, HSR adalah projek perbincangan antara Perdana Menteri Malaysia dengan Singapura ketika mereka mengadakan perbincangan.

final • 5:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Apa yang saya hendak beritahu ialah semasa kenyataan rasmi yang dibuat oleh kedua-kedua Perdana Menteri, mereka melihat yang mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Singapura sendiri berkata perkara ini dibincangkan dan pihak mereka sedia dengan hati terbuka berbincang balik kerana perkara ini sebenarnya telah amicably resolved sebelum ini.

Jadi apa yang berlaku ialah kenyataan dibuat selepas itu dan kita belum ada Mesyuarat Jemaah Menteri lagi. Jadi pada hari Jumaat saya jangkakan Perdana Menteri akan laporkan kepada Kabinet dan apakah hasil pertemuan empat mata antara dua Perdana Menteri.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

[Bangun]

final • 5:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Itu sebagai satu kenyataan rasmi...

final • 5:10 PM

Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah

[Bangun]

final • 5:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya yang telah tanya masa perbahasan, saya telah tanya sama ada Yang Berhormat Pekan dibawa bersama- sama untuk membuat sebarang rundingan.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Tidak, tidak.

final • 5:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ada gambar yang tular dalam media sosial.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Yang Berhormat. Saya tidak mahu membuang masa kerana kita tidak ada.

final • 5:10 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

[Bangun]

final • 5:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

No. Bukan membuang masa kami ini Parlimen. Kami hendak jawab. Kami perlukan jawapan. Adakah Yang Berhormat Pekan...

final • 5:10 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Saya sudah jawab dengan jelas.

final • 5:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Biar Yang Berhormat Menteri jawab. Biar Yang Berhormat Menteri jawab.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Yang pergi empat orang tidak ada Yang Berhormat Pekan. Saya hendak jawab macam mana?

final • 5:10 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Yang Berhormat Pekan hanya tumpang glamour sahaja ke Yang Berhormat Menteri?

final • 5:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Pekan tidak hadir. Maksudnya Yang Berhormat Pekan memang tidak hadir?

final • 5:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Saya berada di situ pada jam 11.30 pagi sampai habis pukul 3 petang. Kita empat Menteri sahaja. Jadi saya tidak tahu ke mana datangnya Yang Berhormat kata itu siapa orang lain yang pergi. Tidak ada. Cuma empat orang Menteri termasuk pegawai kanan KSU MOT, KSU Kementerian Luar dan Wisma Putra sahaja. Yang lain tidak ada. Saya tidak faham apa Yang Berhormat maksudkan.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Ada tempoh tertentu tak Yang Berhormat Menteri? Ada tidak tempoh tertentu rundingan itu akan disampaikan?

final • 5:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Itulah saya kata. Ini lebih substantif.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Itu lagi penting sebenarnya.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah

Sebelum itu boleh saya minta berkenaan ECRL tadi ya. Apabila kita reinstate di Serendah-Port Klang Rail Bypass, disebutkan tadi RM50 bilion total ECRL kos all right, so saya hendak mohon supaya penjelasan RM50 bilion itu sudah termasuk the reinstatement of the Serendah Bypass.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Saya ingin maklumkan, sekejap— Dalam jawapan saya ada nanti. Saya jawab yang Yang Berhormat Pontian tadi sebut. Belum ada satu timeframe duration atau apa-apa perbincangan. Cuma satu kenyataan rasmi antara dua Perdana Menteri. Itu sahaja.

Jadi setakat ini, oleh sebab kerja-kerja ini diuruskan oleh EPU seperti mana Yang Berhormat Seremban sebut daripada segi latar belakang macam itu. Akan tetapi, selepas ini apakah hala tuju akan ditentukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan apa hasil perbincangan empat mata itu akan dimaklumkan. Kita rasa terpanggil daripada segi teknikal, kita boleh membantu. Tidak ada masalah. Kerana kita dalam satu kerajaan kolektif. Tidak kira agensi mana, yang penting kita memikirkan tentang masa depan.

Apa yang hendak maklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Kita buka sahaja VTL udara, kita lihat sambutan itu sangat baik. Kapal terbang yang digunakan oleh Singapura adalah A380. Cukup ramai. Mereka guna Dreamliner juga kalau untuk Scoot Airlines lah yang dikatakan satu lagi syarikat penerbangan dari Singapura.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Saya hendak bagi tahu, sebenarnya jumlah penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Changi seramai 7,000 penumpang kalau sebelum COVID-19. Mereka datang sini jumlah yang lebih kurang sama. Jadi jumlah itu banyak. Inilah antara road yang paling sibuk di dunia dan syarikat penerbangan memang sibuk untuk mengendalikan laluan ini.

Jadi saya rasa daripada segi perhubungan antara dua bandar raya ini, kita nampak pasaran ada dan bagaimana kita hendak lihat— perancangan teknikal ini satu perkara yang mungkin mengambil masa. Kita akan dengar apa juga keputusan yang dibuat oleh Kabinet nanti.

Jadi, apa yang hendak saya bagi tahu ialah kedua tentang ECRL tadi. Apa yang dibangkitkan oleh beberapa orang Ahli-ahli Yang Berhormat— kosnya 50.7 peratus. Saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor kerana kami berdua esok akan membuat satu kenyataan rasmi mengenai persefahaman dan juga kesepakatan antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri Selangor dan kita muktamadkan Jajaran Utara sepertimana yang telah diputuskan oleh Kerajaan Pusat.

Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor. Semua masalah teknikal yang diminta pihak Selangor, kita daripada segi pihak MOT, kita tidak ada masalah. Kita sudah berunding 37 kali dalam sesi libat urus dan ini antara perkara yang terbaik yang kita dapat cari satu penyelesaian. Apa yang disebut RM1.25 million yang merupakan kerugian harian sekiranya kita melewatkan projek ini. Itu akan jadi sejarah. Kita sama-sama pengorak langkah untuk menyiapkan projek ini pada tahun 2026.

Jadi untuk seksyen ‘C' ini sebenarnya telah dimasukkan pada perkiraan dan esok supplemental agreement keenam akan ditandatangani. Jadi kesemua ini telah dimasukkan kos-kos – Ini adalah kos muktamad dan kalau dibanding dengan asal kita hanya sampai di jalan kastam tetapi yang ini akan dilanjutkan kepada Pelabuhan Utara dan Pelabuhan Barat iaitu sepanjang 24 kilometer dan sembilan kilometer dan membentuk satu land bridge antara Pelabuhan Kuantan dan dua pelabuhan di Klang ini...

final • 5:20 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

Yang Berhormat Menteri tahniah atas ucapan tadi. Katakan ada perbahasan dan agreement di antara negeri Selangor dengan Kerajaan Pusat. Saya hendak tanya berapa pampasan Kerajaan Pusat sudah bayar sampai sekarang?

final • 5:20 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Ya?

final • 5:20 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

RM1.25 million a day itu berapa pampasan sudah bayar keseluruhan?

final • 5:20 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Okey Yang Berhormat Kuala Langat. Kalau kita teliti, kelewatan untuk sehari adalah RM1.25 juta dan kalau satu tahun, ia akan membelanjakan akan mencapai satu belanja yang besar. Selama 18 bulan, kiraan kita ialah RM685 juta sekiranya kita tidak dapat siapkan pada tahun 2026.

Dengan adanya kerjasama daripada Kerajaan Selangor, kita akan cuba catch up. Oleh kerana untuk pakej ‘A' dan ‘B' dari Dungun ke Mentakap, kita sudah menjangkau 34 peratus. Untuk Dungun ke seksyen Kota Bharu mencapai 14 peratus. Oleh sebab itu saya kata purata 25 peratus. Kita kena kejar masa lagi. Kalau dapat dipercepatkan untuk Selangor bermaksud yang akhirnya— ini paper, on paper kita kena bayar. Akan tetapi, ini berdasarkan kelewatan sehari. Jadi saya rasa masih belum sampai setakat itu, kita masih ada masa untuk kejar ya.

Kemudian, Yang Berhormat Pontian juga menyebut tentang pengangkutan jalan, pemandu e-hailing dan 500 penunggang e-hailing. Untuk maklumat Yang Berhormat, untuk Akta Kerja 1955 ini bawah bidang kuasa Menteri Sumber Manusia.

Apa Yang Berhormat bangkitkan macam perlindungan PERKESO. Kita telah mendapat satu keputusan dasar daripada Kabinet yang mana kita mewajibkan setiap penunggang p-hailing untuk mencarum RM13.10 sebulan untuk mendapat perlindungan.

Itu telah dilakukan. Akan tetapi, memansuhkan mereka sebagai satu employment ataupun satu penggajian. Maka ia merupakan satu dasar yang dibuat dan seluruh dunia ini kita ada negara yang terima dan ada yang tidak terima. Jadi itu adalah keputusan dasar yang patut diputuskan bawah untuk melihat Akta Kerja 1955.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Jadi Yang Berhormat bertanya tentang outcome kementerian tentang ISPS.

Secara ringkasnya, ISPS kod ini tidak dilaksanakan untuk kapal-kapal yang berlayar di Malaysia sahaja. Ia juga ada digunakan— kod ini untuk kapal-kapal yang berlayar dan berlabuh di peringkat antarabangsa. Maksudnya bukan untuk local destination tetapi untuk international.

Jadi sebab itu, kita mencapai 65 peratus kerana tidak mewajibkan kapal-kapal yang menggunakan feri untuk ke Langkawi ke Kuala Kedah ataupun Kuala Perlis tidak perlu tertakluk pada kod ISPS ini...

final • 5:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri. Sedikit tentang p- hailing. Bayan Baru. Sedikit sahaja.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Okey.

final • 5:20 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Saya nampak bahawa p-hailing ini kebanyaknya mereka baik. Akan tetapi, ada segelintir mereka selalu ada isu tentang breaking the traffic light dan sebagainya. Jadi, bagaimana kita boleh menyelesaikan masalah ini? Terima kasih.

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Teruskan Yang Berhormat Menteri.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Beberapa bulan yang lalu Kementerian Pengangkutan telah diberi tanggungjawab untuk kita mengubah satu dasar untuk mengawal selia p-hailing riders dan termasuk juga bagaimana kita hendak mengawal tingkah laku mereka. Saya lihat risikonya sangat tinggi terutama cara mereka menunggang motosikal yang sangat bahaya. Antara perkara yang perlu kita lakukan, kita akan bincang dengan MIROS dan juga JPJ dan termasuk juga daripada segi penggubalan dasar, ini akan dimasukkan sebagai sebahagian daripada persediaan kita untuk membuat regu lasi.

Jadi Yang Berhormat Pontian juga sebut tentang JPJ. Ramai yang sebut tentang JPJ. Lawatan saya ke Taman Daya baru-baru ini ialah untuk melihat – Kita tidak salahkan mana-mana warga JPJ. Kita tahu sistem ini bukan zaman saya. Lebih dari 10 tahun. Kita tidak mempersalahkan sesiapa. Akan tetapi, kalau JPJ masih menggunakan sistem mainframe maka itu akan jadi satu masalah kepada kita kerana masih lagi kena beratur.

Jadi sebab itulah JPJ mensasarkan mulai tahun 2023 kita akan mula secara berperingkat digitalisasi proses JPJ. Ini perlu dilakukan. Untuk maklumat semua, kita tidak pakai lagi iCloud tidak pakai lagi. Kita masih menggunakan mainframe. Jadi sebab itulah daripada segi sistemnya lambat dan pekerja kita macam mana rajin sekalipun kalau tidak menggunakan teknologi ataupun aplikasi terbaik, maka ia akan mendatangkan masalah kepada kita juga iaitu daripada segi transaksi yang cukup besar dan cukup banyak.

Yang Berhormat, saya hendak jawab Yang Berhormat Seremban. Berapa perkara yang Yang Berhormat Seremban bawa tadi yang betul.

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Menteri perlu berapa minit lagi Yang Berhormat Menteri?

final • 5:20 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Sekejap saya— yang penting saya jawab dan yang lain saya bertulis ya.

final • 5:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik. Baik. Silakan.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Sebab saya rasa beberapa perkara Yang Berhormat bawa. ISBST, ISBSF. ISBST telah saya jawab. TTAB. Bawah KPDT projek, halu tuju ya Yang Berhormat Bentong. Tahun lalu, kita mengatakan bahawa keputusan Kabinet adalah kita hendak buat tender terbuka. Selepas itu, kontraktor buat pula contest dan perkara ini masih lagi dalam pertimbangan mahkamah.

Pada minggu lalu Kabinet telah berbincang dan pada minggu ini akan disahkan minit mesyuaratnya. Kita akan mencari satu penyelesaian iaitu, pertama daripada segi kosnya. Kedua daripada segi masanya dan ketiga kita hendak cari satu – daripada segi teknikalnya kita hendak selesai pelantikan ICC dan kesemuanya menjadikan projek itu

final • 5:20 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

lebih sempurna. Jadi, oleh sebab belum lagi dimuktamadkan maka saya akan maklumkan untuk Yang Berhormat apabila sampai masanya ya.

Jadi ETS 2 Gemas-Johor Bahru. Rolling stock status rundingan— Yang Berhormat ingin bertanya tentang pada masa itu ada tiga syarikat yang masuk. Kalau tidak silap saya, mereka masuk dengan kos RM465 juta satu syarikat. Kedua, RM534 juta dan ketiga, hampir RM580 juta. Tiga syarikat yang masuk.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Pada ketika itu berdepan dengan pandemik COVID-19 dan pada masa itu juga kita tahu bahawa ETS ini dari segi kos. Kalau anggaran kos kita RM580 juta, kalau sebuah syarikat merupakan syarikat yang paling besar, syarikat pengilang yang paling besar untuk rolling stock, mereka sedia menurunkan harga sebanyak 15 peratus. Ini yang dibawa oleh Duta Besar China kepada kita, pada kerajaan.

Oleh sebab itulah diturunkan harga sampai RM465 juta dan sebab itu apabila kita lihat ia tidak masuk dalam julat. Bermaksud julat dia RM530 juta, RM540 juta. Akan tetapi ia jauh daripada julat, tetapi ini adalah pengilang terbesar di dunia dan kebanyakan train yang kita beli sebelum ini, banyak juga kita beli daripada syarikat ini. Maka atas sebab untuk penjimatan dan memang ada permohonan kepada MOF, MOF juga luluskan supaya kita dapat perolehan menjimatkan hampir RM80 juta untuk kes ini. Saya hendak terangkan kepada Yang Berhormat.

Yang Berhormat juga membangkitkan beberapa masalah iaitu tentang e-Testing.

Ia tidak diberi secara eksklusif. Kita akan berpandukan kepada proof of concept (POC).

Jadi mana-mana syarikat hendak buat boleh tetapi akhirnya akan dihantar kepada pihak kita dan kita akan menilai.

Yang Berhormat Sabak Bernam sebut beberapa perkara. Cuma satu sahaja, yuran. Sebenarnya yuran ini...

final • 5:30 PM

Tuan Loke Siew Fook - Seremban

Yang Berhormat Menteri, satu lagi berkenaan dengan kerusi kanak-kanak. Apakah mekanisme dia?

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]

final • 5:30 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Okey, ini adalah tentang Child Restraint System (CRS). Di bawah Bajet 2022, ucapan Yang Berhormat Menteri Kewangan ada menyebut sebanyak RM30 juta diberikan kepada keluarga B40. Kita jangkakan kalau kerusi itu berharga RM300, kerajaan boleh bagi sehingga RM150. kalau lebih daripada RM300, separuh daripadanya maksimum kita akan letak sebanyak RM150 subsidi sahaja.

Tidak ada masalah.

Terima kasih Yang Berhormat selaku wakil rakyat hendak tokok tambah sebanyak RM50. Saya rasa ini satu inisiatif yang baik. Kita alu-alukan mana-mana NGO atau individu untuk tambah. Akan tetapi dari sudut kerajaan kemampuan kita ialah 50 peratus daripada harga siling RM300 dan setakat RM150 sahaja kita bagi subsidi. Dianggarkan 188,000 orang keluarga B40 akan menerima manfaat ini.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah

Tadi kurang jelas mengenai— apabila kita buat jajaran baharu mendapat persetujuan daripada Kerajaan Negeri Selangor, disebutkan sebanyak RM50 bilion lebih adalah belanjawan yang akan digunakan daripada SME Bank dan sebagainya. Apabila kita reinstate Serendah Bypass link, adakah itu termasuk dalam RM50 bilion ataupun menggunakan dana perbelanjaan pembangunan negara? Terima kasih.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Okey. Untuk makluman Yang Berhormat Alor Gajah, kos keseluruhan sebanyak RM50.27 bilion. Dari segi pembayaran yang selebihnya, kalau kita lihat pada zaman PH, diumumkan sebanyak RM44 bilion.

Kemudian ada pula kos [Tidak jelas] dan keseluruhannya kalau kita hendak buat variasi daripada segi kuantiti sebanyak RM2.389 bilion, jumlahnya RM47.379 bilion. Berbanding dengan RM50.29, apa yang lebih untung ialah ia akan dilanjutkan sampai ke pelabuhan.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Kita membina terowong di sepanjang 14 kilometer dari Gombak supaya tidak mengganggu gugat isu persekitaran, isu alam sekitar. Ini telah dibincangkan dengan pihak kerajaan negeri. Jumlahnya...

final • 5:30 PM

Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah

Adakah pakej ini dimasukkan kepada kontraktor yang sedang membangunkan ECRL ataupun sebagai pakej yang berasingan untuk memberi manfaat kepada...

final • 5:30 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Ini pakej yang berasingan tetapi akan dibayar oleh kerajaan dan segi penglibatan bumiputera dan local content lebih tinggi daripada yang lain.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah

Terima kasih.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Ini telah dibincangkan secara terperinci dengan pihak MRL. Jadi Yang Berhormat...

final • 5:30 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat, saya ada lagi satu kementerian lagi Yang Berhormat.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Okey. Banyak lagi Yang Berhormat tentang— tadi yang dibincangkan tentang kadar di institut memandu. Sebenarnya kita ada satu kadar yang telah ditetapkan. Mana-mana IM kena mengikuti apa yang ada dan saya dapati di kawasan Lembah Klang, kelazimannya kita lihat ada institut memandu di mana diminta oleh pelanggannya untuk membawa orang itu datang untuk mengikuti kelasnya. Ini bermaksud ada bayaran tambahan. Itu tidak terangkum dalam basic cost yang telah dibuat.

Jadi, Yang Berhormat nampaknya banyak, tetapi saya ada jawapannya di sini, boleh atau tidak saya cadangkan ada dua, tiga perkara yang paling utama tentang tambang yang banyak dibangkitkan tadi. Tambang penerbangan dari Kuching atau Miri dan juga bandar-bandar di Sarawak. Untuk makluman, yang terkini, saya baru dapat laporan daripada MAVCOM. Pemantauan yang dibuat. Pada tiga bulan yang lalu, kita hanya dibenarkan sebanyak 22 penerbangan. Selepas itu dia buka sebanyak 87 penerbangan dan bulan lalu sebanyak 223 penerbangan dan baru-baru ini dibuka sehingga 307 penerbangan seminggu untuk Sarawak.

Permintaan daripada syarikat penerbangan. Saya sudah berbincang dengan mereka, asalkan tidak sekat frekuensi untuk syarikat penerbangan, mereka boleh turunkan harga secara mendadak. Jadi, kita menulis kepada pihak kerajaan negeri di mana SDMC sebuah jawatankuasa bencana untuk mendapat kelulusan.

Sebenarnya, kelulusan adalah daripada MAVCOM tetapi kita menghormati Sarawak kerana jumlah yang dibenarkan masuk ke Sarawak adalah bidang kuasa imigresen di Sarawak. Oleh sebab itu kita minta sebanyak 520 penerbangan untuk selesaikan masalah ini kerana kita dapati daripada segi sekatan frekuensi ini menyebabkan kadar tambang itu naik. Itu pertama.

Kedua, kita lihat dalam konteks ini pemantauan yang dibuat oleh MAVCOM untuk tarikh 11 Disember 2021 hingga 31 Disember 2021, untuk destinasi dari Kuala Lumpur ke Kuching, puratanya ialah sebanyak RM360 yang baharu kita pantau pada jam 2.00 petang tadi daripada segi jualan tiketnya, daripada segi average. Kecuali mereka yang beli last minute ini kita tidak tahu lagilah. Setakat ini ialah sebanyak RM360. Ini adalah rendah daripada Disember tahun 2019. Ini contoh.

Kalaulah frekuensi itu dapat ditingkatkan sepertimana yang dikehendaki— saya berharap begitu. Maka, kita dapat melandaikan kadar kenaikan tambang itu untuk membantu mereka yang hendak pergi ke Sarawak atau datang balik ke Semenanjung Malaysia.

final • 5:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri sedikit sahaja. Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya, bolehkah Yang Berhormat Menteri mohon syarikat penerbangan untuk do a national service, to do whatever that is masa G14 di mana mereka hanya bagi RM199 per flight untuk pilihan raya di Sarawak.

final • 5:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Kedua, adalah SDMC. Adakah certain sekatan kerana tidak masuk akal?

Patutnya mereka lebih aktif untuk menarik lebih banyak penerbangan ke Sarawak.

Kenapa mereka tidak membenarkan lebih banyak penerbangan?

final • 5:30 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Saya rasa jangan kita ada prasangka sebab SDMC sekarang ini di bawah penjawat awam. Ini kerana dia sudah bubar DUN. Kita minta supaya pihak kerajaan yang menguruskan soal SDMC sekarang benarkan kita terbang lebih banyak. Itu pertama.

Kedua, apa Yang Berhormat sebutkan sama ada kita merayu. Ya, saya sudah dua kali mesyuarat, saya rayu, pujuk. Belum lagi kita bagi amaran. Oleh sebab dari segi punca kuasa dalam undang-undang kita tidak boleh paksa dia diturunkan harga. Akan terapi sekiranya mereka ini melihat, saya kata saya mohon maaf sekiranya kamu mengambil kesempatan untuk hendak cover balik apa yang kamu telah rugi, itu satu perbuatan yang kita tidak boleh maafkan.

Jadi, saya minta syarikat penerbangan tolong kita dan tolong semua. Kalau tidak, kita sengsara, rakyat sengsara dan akhirnya kita akan dibelasah oleh rakyat. Saya kata kamu jangan melihat perkara ini sebagai perkara biasa. Bukan soal dynamic price mechanism. Kita kena bantu rakyat dalam keadaan susah. Kalaulah penumpang ini merupakan sumber pendapatan utama mereka, maka perkara ini perlu diberi perhatian.

Maka selepas mesyuarat hari itu, telah nampak beberapa syarikat penerbangan mula memberi tawaran untuk menurunkan harga. Saya berharap fenomena ini...

final • 5:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri ..

final • 5:30 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

...Akan berterusan untuk membantu rakyat di Sarawak.

final • 5:30 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, minta MAVCOM check dynamic pricing system. Saya rasa itu tidak betul, sebab flight saya memang tidak penuh pun. About two third sahaja yang penuh. Akan tetapi beribu ringgit. I mean that doesn’t make sense. Mohon Yang Berhormat Menteri check sedikit.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Sebab itu saya catat apa Yang Berhormat kata.

RM1,388, RM1,500. Yang saya hendak tengok tarikh bila, kenapa jadi macam itu. Sebab saya juga kena semak syarikat penerbangan ini jangan ambil kesempatan.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Oleh sebab itu, saya perlukan kesemua ini. Dia kata pada masa itu frekuensi.

Contoh ya, satu masalah yang belum selesai ialah Miri. Kalau ia tidak bagi saya frekuensi lebih, dia akan jadi masalah. Apa yang dikehendaki oleh syarikat penerbangan yang 35 dalam seminggu iaitu dapat lima flight dalam satu hari tetapi yang dibenarkan pada mula cuma satu, sekarang tambah satu.

Akan tetapi kos dia, tambang dia masih tinggi dan sebab itu kita minta buka sampai lima dan tidak ada alasan untuk syarikat penerbangan untuk tidak menurunkan kadar tambang ini. Jadi, ini sebagai contoh ya. Kita masih berurusan dengan pihak syarikat penerbangan melalui MAVCOM untuk turunkan dan melandaikan kenaikan ini. Ini soal pertama.

Kedua, apa yang dibangkitkan tentang pelabuhan. Saya cuma hendak maklumkan pada Dewan sebenarnya kita mengikut piawaian antarabangsa. Kita sebagai ahli majlis dalam International Maritime Organization (IMO) dan sudah 15 tahun kita menjadi ahli majlis. Apa yang kita lakukan Inisiatif Green Port dan sebagainya memperlihatkan hasil kita daripada segi keberkesanan kita menguruskan pelabuhan.

Memang benar Pelabuhan Kemaman kita tengah lihat macam mana kita hendak meningkatkan keupayaannya tetapi Pelabuhan Klang, sukacita saya maklumkan pada Dewan yang mulia ini kita akan mencapai satu prestasi yang tidak pernah kita capai even sebelum COVID-19. Jadi, pada tahun ini dijangkakan TEUs kita meningkat mungkin sampai 13.8 juta TEUs untuk Pelabuhan Klang.

Satu lagi berita baik di PTP. Tahun lalu kita merupakan pelabuhan yang paling cepat, paling pesat membangun dengan kadar 8.5 peratus. Pengendalian kontena 9.85 juta TEUs. Pada waktu ini, kita telah mencapai 10.2 juta TEUs dan dijangkakan akan

final • 5:40 PM

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

sampai 11 juta. Maksudnya, dalam tempoh pandemik juga kesesakan yang berlaku pada pelabuhan kita atasi dengan baik dan akhirnya pencapaian yang sangat mengagumkan.

Jadi, untuk pelabuhan lain yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat tadi kita akan lihat dan untuk NASP pula, untuk lapangan terbang yang telah dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat, memang MOT sedang menjalankan National Airport Strategic Plan

(NASP) dan bagi kita sedikit masa.

Apa yang berlaku macam di Ba’kelalan, di Bario, Long Banga dan juga Long Seridan, ini disebabkan kekangan laluan, landasan itu terlalu pendek. Maka, kita gunakan pesawat walaupun kapasitinya 19, kita hanya boleh membawa sembilan. Kenapa? Ini kerana faktor keselamatan. Jadi, kita akan kaji sama ada terlalu pendek sangat ataupun apakah tindakan yang akan diambil? Maka, sama-sama kita menunggu keputusan, yang mana kita akan melihat keseluruhan 42 lapangan terbang atau padang terbang di Malaysia akan diadakan satu kajian menyeluruh untuk melihat.

Tuan Pengerusi, saya rasa masa saya sudah tidak ada tetapi saya akan jawab secara bertulis kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan setiap satu isu dan saya menjanjikan dalam tempoh lima hari kita akan hantar jawapan ini kepada Ahli Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.

final • 5:40 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tamatlah jawapan Yang Berhormat Menteri bagi Kementerian Pengangkutan peringkat Jawatankuasa.

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM1,526,793,800 untuk Kepala B.28 Anggaran Perbelanjaan Mengurus 2022 jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala B.28 diperintah jadi sebahagian daripada Jadual]

final • 5:40 PM

Tuan Pengerusi

Ahli-ahli Yang Berhormat semua, masalah sekarang ialah bahawa perbelanjaan di bawah Kepala P.28 Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2022 hendaklah diluluskan.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Kepala P.28 jadi sebahagian daripada Anggaran Perbelanjaan]

final • 5:40 PM
Kepala B.22 [Jadual] – Kepala P.22 [Anggaran Pembangunan 2022] –

Tuan Pengerusi

Sekarang adalah waktu untuk membahaskan di peringkat Jawatankuasa Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Kepala Bekalan B.22 dan Kepala Pembangunan P.22 di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar terbuka untuk dibahas.

Saya sebenarnya mempunyai senarai 25 orang pembahas tetapi kerana kita terpaksa berhenti 6.30 atau 6.40 hari ini maka saya rasa kita boleh buat dalam 10 orang pembahas dahulu, yang kemudiannya esok kita sambung, insya-Allah. Akan dimulakan oleh:

(i) Yang Berhormat Cameron Highlands;

(ii) Yang Berhormat Pokok Sena;

(iii) Yang Berhormat Jempol;

(iv) Yang Berhormat Sandakan;

(v) Yang Berhormat Pontian;

(vi) Yang Berhormat Hulu Selangor;

(vii) Yang Berhormat Jerai;

(viii) Yang Berhormat Sepanggar;

final • 5:40 PM

Tuan Pengerusi

(ix) Yang Berhormat Sibuti; dan

(x) Yang Berhormat Tuaran.

Dipersilakan Yang Berhormat Cameron Highlands.

final • 5:40 PM

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin pergi terus ke Butiran 02400 – Jalan Perhubungan Desa dan Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar.

Projek Jalan Perhubungan Desa telah dilaksanakan oleh KPLB sejak tahun 1981 lagi. Tujuan projek ini adalah menyediakan jalan-jalan perhubungan yang menyambung antara sesebuah kampung dengan kampung yang lain atau menghubungkan kampung tertentu dengan jalan raya utama.

Jika dilihat pada hari ini terdapat beberapa perkampungan Orang Asli khususnya di Cameron Highlands yang masih lagi belum mempunyai fasiliti jalan perhubungan yang baik untuk mereka. Saya ingin memohon kepada pihak kementerian supaya mempertimbangkan untuk membina jalan-jalan baharu di beberapa buah kampung di kawasan Parlimen tersebut. Antaranya ialah:

(i) membina jalan baharu dari Kampung Lemoi ke Kampung Cenang Cerah di Pos Lemoi lebih kurang 12 kilometer;

(ii) membina jalan baharu dari Kampung Tual ke Kampung Sat Lama lebih kurang 10 kilometer di Pos Sendrut; dan

(iii) membina jalan baharu dari Kampung Sendrut ke Kampung Labu di Pos Sendrut, lebih kurang 15 kilometer.

Saya ingin juga bertanya kepada pihak kementerian, apakah masalah ataupun kekangan yang dihadapi oleh pihak kerajaan dalam membina jalan-jalan perhubungan desa untuk perkampungan masyarakat Orang Asli di seluruh Malaysia? Apakah ia tidak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan?

Selain itu, memohon pihak kementerian juga memantau dan membaiki pulih jalan perhubungan desa yang ada di kawasan Parlimen Cameron Highlands khususnya di jalan utama dari jalan besar Sungai Koyan ke Kampung Orang Asli Pos Sendrut yang rosak teruk, tidak dibaik pulih bertahun-tahun.

Keduanya, jalan dalam perhubungan dalaman sedia ada perkampungan Orang Asli Pos Telanok lebih kurang 15 kilometer.

Ketiga, jalan perhubungan dalaman semua perkampungan Orang Asli di Pos Betau Sungai Koyan, Kuala Lipis Pahang melebihi 20 kilometer.

Selain itu juga, saya mohon pihak kementerian mengambil maklum keadaan jalan di kawasan perkampungan-perkampungan Orang Asli di dalam Parlimen Gua Musang.

Kalau kita lihat dalam masa musim hujan ini makin bertambah teruk. Ia seumpamanya bendang dan ini menyusahkan masyarakat Orang Asli dalam kawasan tersebut untuk ke bandar dan menjalani kehidupan seharian.

Saya mohon Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri KPLB turun ke kawasan saya dan melihat jalan-jalan yang telah saya sebutkan tadi. Saya berharap seluruh perkampungan Orang Asli negara ini khusus di kawasan Parlimen Cameron Highlands mempunyai jalan raya bagi memudahkan urusan seharian mereka kelak.

Tuan Pengerusi, seterusnya saya ingin pergi Butiran 01701 – Bekalan Elektrik Luar Bandar Semenanjung dan Butiran 02001 – Bekalan Air Luar Bandar Semenanjung.

Soalan saya berapakah jumlah perkampungan Orang Asli di negara ini yang masih lagi tidak dapat menerima bekalan air bersih dan apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan dalam menyelesaikan masalah bekalan air bersih kepada penduduk kampung Orang Asli di negara ini?

final • 5:45 PM

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Selain itu, saya ingin memohon kepada pihak kementerian supaya menyediakan kemudahan air bersih di dalam kawasan Parlimen Cameron Highlands khususnya di kawasan Orang Asli seperti di Pos Lemoi, Pos Menson, Pos Telanok, Pos Betau, Sungai Koyan, Sungai Padi dan Betong. Mohon diberi perhatian kerana sudah 60 tahun, sampai hari ini pun tidak ada lagi bekalan yang bersesuaian.

Sehingga kini, masih lagi terdapat perkampungan Orang Asli di negara ini yang masih lagi belum menerima bekalan elektrik.

final • 5:45 PM

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Ada juga di sesetengah kawasan yang tidak dapat menerima bekalan elektrik akibat kecuaian dan keciciran pihak berkuasa dalam menyediakan kemudahan tersebut.

Sudahlah terpaksa menggunakan generator, mereka pula terpaksa menanggung belanja yang tinggi bagi pembelian minyak dan memperbaiki kerosakan generator tersebut.

Berapakah jumlah perkampungan Orang Asli di negara ini yang masih lagi tidak dapat menerima bekalan elektrik 24 jam dan apakah langkah yang akan dilakukan oleh kerajaan dalam menyelesaikan masalah tersebut?

Selain itu, ada beberapa cadangan untuk menyemak semula syarat serta kriteria pemilihan projek bekalan elektrik di luar bandar supaya seluruh perkampungan Orang Asli di negara ini dapat menikmati bekalan elektrik 24 jam ini.

Tuan Pengerusi, seterusnya saya ingin pergi ke Butiran 03200 – Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat. Untuk Program Perumahan Rakyat Termiskin

(PPRT) pada tahun 2022 ini, berapakah peruntukan yang akan diberi untuk program ini?

Selain itu, saya ingin memohon kepada pihak kementerian supaya memberikan keutamaan buat PPRT ini daripada segi bina baharu dan baik pulih untuk masyarakat Orang Asli di negara ini, khususnya di kawasan Parlimen Cameron Highlands. Sekian, terima kasih kerana memberi peluang.

final • 5:50 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih, Yang Berhormat Cameron Highlands. Yang Berhormat Pokok Sena, silakan.

final • 5:50 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh berkaitan dengan P.22 Butiran 00611 – Program GIATMARA. Ini satu perkara yang sangat penting yang saya fikir bahawa perlu diberikan tumpuan oleh pihak kementerian kerana GIATMARA ini merupakan sebuah institusi latihan kemahiran yang berada di setiap kawasan Parlimen. Malah, ada kawasan-kawasan Parlimen yang mempunyai lebih daripada satu Pusat GIATMARA.

Saya difahamkan di seluruh negara kita ada 232 Pusat GIATMARA di seluruh negara. Ini bermakna bahawa ada kawasan Parlimen yang lebih daripada satu. Ini satu perkara yang sangat-sangat baik kerana pusat-pusat GIATMARA ini lebih banyak tertumpu di kawasan-kawasan luar bandar untuk develop masyarakat anak-anak lepasan sekolah, sama ada yang lemah dalam akademik atau pun yang baik, yang hendak kepada arus aliran kemahiran ini, mereka boleh mencebur diri melalui Pusat GIATMARA.

Cuma yang saya hendak minta di sini ialah supaya pihak kerajaan, GIATMARA boleh memikirkan bagaimana untuk mereka membantu- sebab dia ada di setiap kawasan Parlimen. Membantu pusat-pusat tahfiz iaitu anak-anak tahfiz ini supaya akan dapat diadakan kursus-kursus tertentu sama ada di hujung minggu. Kemudian, persijilan SKM itu dikirakan berasaskan kepada time-based. Maknanya berapa lama dia duduk di pusat tahfiz, kemudian berapa lama dia mengambil kursus mingguan itu melalui Pusat GIATMARA. Ini untuk membolehkan anak- anak tahfiz ini memasuki pasaran pekerjaan ataupun selepas daripada itu, mereka boleh mencebur diri dalam bidang keusahawanan.

Saya lihat bahawa GIATMARA sangat berjaya bersama dengan institusi-institusi yang lain yang ada di Kementerian Sumber Manusia dan juga kementerian yang lain tetapi GIATMARA mendapat nama yang sangat baik. Malah, saya ingat pada waktu saya

final • 5:51 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

berada di Kementerian Sumber Manusia, saya ada bawa beberapa orang antara pelajar lepasan daripada GIATMARA di Saratok berjaya mendapat nombor empat di peringkat dunia di WordSkills di Kazan, Rusia. Nombor empat dalam bidang fesyen. Ini sangat mengagumkan. Dan sekarang ini saya difahamkan GIATMARA telah membantu dia untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Ini sangat-sangat baik.

Begitu juga ada seorang yang mempunyai syarikat Gadget World. Dia ini juruteknik komputer dalam kemahiran melalui GIATMARA. Dia ada 23 buah cawangan Gadget World. Ada juga seorang yang lepasan GIATMARA dalam bidang mengecat kenderaan. Dia sekarang menjadi usahawan, bukan setakat cat kenderaan kereta, malah cat helikopter. Mengecat helikopter.

Ini satu kejayaan yang saya fikir bahawa kursus-kursus ini sangat sesuai dengan anak-anak tahfiz yang perlu diberikan peluang untuk mereka juga berjaya dan mendapat tempat dalam pasaran pekerjaan atau pun dalam bidang-bidang keusahawanan. Ramai juga yang pergi ke kerjaya ini mendapat kedudukan gaji yang lebih lumayan iaitu lepasan daripada GIATMARA.

Jadi, saya mengharapkan— GIATMARA memang menarik minat sebab orang yang lemah dalam bidang akademik ini sangat berminat, Tuan Pengerusi, disebabkan dia 80 percent adalah praktikal. Lapan puluh percent adalah praktikal. Orang yang lemah ini, dia tidak minat sangat akademik tetapi kalau di Kementerian Sumber Manusia, ILP, dia 60-40, 60 peratus praktikal, 40 peratus akademik. Akan tetapi di GIARMARA ini, 80 percent pendidikannya merupakan praktikal. Jadi, anak-anak ini diajar daripada yang selemah-lemah pendidikan itu telah berjaya diberikan peluang dan akhirnya mereka berjaya.

Jadi, saya beri tabik hormat kepada GIATMARA yang saya sangat dekat dengan GIATMARA sewaktu saya berada di Kementerian Sumber Manusia sebab GIATMARA juga berada dalam Jawatankuasa Pembangunan Kemahiran yang dikendalikan oleh Kementerian Sumber Manusia untuk enam, tujuh kementerian yang terlibat dalam TVET ini. Jadi, saya harap bahawa ini sangat-sangat penting untuk kepentingan anak-anak tahfiz dan saya percaya bahawa ini boleh dilakukan oleh GIATMARA kerana GIATMARA ada dekat dengan pusat-pusat tahfiz di setiap kawasan Parlimen.

Akhir sekali, saya hendak minta, Tuan Pengerusi, ialah Butiran 030500 – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untuk pihak RISDA juga berfikir tentang sekarang ini, walaupun harga getah RM3.20 hari ini, RM3.20- getah sekerap, agak tinggi, tetapi getah tidak ada, tidak boleh menoreh. Hujan. Bukan getah tidak ada. Hujan. Jadi, tidak ada apa juga.

Jadi, perlu difikirkan kebajikan mereka. Lepas musim hujan ini, dia mari pula musim pucuk. Tidak boleh menoreh juga. Jadi, walaupun getah mahal, dia mahal waktu musim orang tidak boleh menoreh. Waktu musim boleh menoreh, dia jatuh pula harga.

Jadi, perlu difikirkan...

final • 5:51 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Yang Berhormat Pokok Sena, minta sedikit.

final • 5:51 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya, ya. Fasal harga getah ini, kita kena beri peluang.

final • 5:51 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Berkaitan dengan getah ini sebab kita sudah perkenalkan cukai makmur yang mana kebanyakan ini daripada syarikat-syarikat getah. Apa kata kita ambil a portion, sedikit daripada cukai makmur ini khusus untuk penoreh-penoreh getah.

final • 5:51 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya, saya sangat bersetuju dan saya harap itu dimasukkan sebahagian daripada ucapan saya. Perlu difikirkan bahawa daripada cukai makmur itu untuk ditampung kepada pembiayaan kepada pekebun kecil dan juga penoreh-penoreh getah. Ini perlu difikirkan.

Kemudian, ini untuk kawasan sayalah, Tuan Pengerusi, ya. Saya hendak minta Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar dan akhir sekali Butiran 04100 – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA). Saya hendak minta untuk tahun ini, berapa jumlah kawasan di mana jalan luar bandar dalam kawasan Parlimen Pokok Sena yang telah pun

final • 5:51 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

dibaiki atau pun dibuat baharu? Saya minta detillah. Secara bertulis pun tidak mengapa.

Kemudian, rumah KEDA ini, rumah PPRT, berapa jumlah rumah untuk tahun ini dan berapa unjuran untuk tahun yang akan datang ini? Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 5:51 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Pokok Sena, jalan bukan sudah elok kah?

[Ketawa]

final • 5:51 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:51 PM

Tuan Pengerusi

Sebelum saya panggil Yang Berhormat Jempol, esok senarai pembahas ialah Ahli-ahli Yang Berhormat berikut ya- Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Tampin, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Baram, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, Yang Berhormat Tebrau dan Yang Berhormat Papar.

Saya rasa sampai di situ sahaja sebab kita ada sampai pukul 1 sahaja esok. Akan tetapi, kalau ada masa, bolehlah kita sambung ke Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Sik dan Yang Berhormat Machang, tetapi saya rasa tidak sempat.

Yang Berhormat Jempol, silakan.

final • 5:51 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan salam Keluarga Malaysia. Terima kasih Tuan Pengerusi mengizinkan saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 Peringkat jawatankuasa Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Butiran 02503 – Pembangunan Ekonomi Luar Bandar. Saya menyambut baik saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mahukan agenda membandarkan luar bandar terus diperkasakan dalam usaha memacu pembangunan. Kesenjangan daripada segi pembangunan dan sosioekonomi antara bandar dengan luar bandar perlu dikurangkan. Oleh itu, kawasan luar bandar perlu dibawa bersekali dalam arus pembangunan negara dan fiskal kerajaan.

Menerusi peruntukan sebanyak RM15.3 juta sepanjang tahun 2022, apakah program yang bakal dilaksanakan untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi luar bandar?

final • 5:59 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Adakah peruntukan yang ditingkatkan sebanyak RM4 juta berbanding tahun sebelumnya sudah mencukupi serta memadai bagi tahun 2022? Umum mengetahui, peluang pekerjaan untuk diceburi oleh penduduk luar bandar adalah amat terhad berbanding dengan kawasan bandar. Oleh itu, aktiviti keusahawanan telah menjadi komponen utama penduduk luar bandar untuk memperbaiki taraf hidup mereka.

Soalan saya, apakah langkah kementerian untuk merancakkan budaya keusahawanan penduduk luar bandar agar dapat menarik minat lebih ramai lagi untuk terlibat dalam aktiviti keusahawanan? Sejauh manakah usaha kementerian setakat ini terhadap pengadaptasian ekonomi digital pada usahawan luar bandar untuk mendigitalkan perniagaan mereka?

Butiran 01100 – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Selepas negara mencapai kemerdekaan pada 64 tahun yang lalu, masyarakat Orang Asli tidak terkecuali daripada menikmati pembangunan yang dirancakkan oleh kerajaan. Dari tahun ke tahun, sejumlah besar peruntukan telah disediakan untuk masyarakat berkenaan bagi tujuan pembangunan taraf hidup.

Terima kasih saya ucapkan kepada kerajaan yang telah meningkatkan peruntukan sebanyak RM51 juta bagi tahun 2022 iaitu RM114 juta. Peringkat peruntukan sebanyak 45 peratus menunjukkan keseriusan dan keprihatinan kerajaan untuk membangunkan masyarakat tersebut. Soalan saya, apakah program-program yang telah

final • 6:00 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

dirangka oleh kementerian pada tahun 2022 untuk meningkatkan taraf kehidupan masyarakat Orang Asli di seluruh negara? Sejauh mana peruntukan RM114 juta ini mampu untuk mengubah status kehidupan mereka sepanjang penghujung tahun 2022?

Seterusnya saya ingin menggesa kementerian supaya lebih proaktif dalam membela nasib masyarakat Orang Asli khususnya di kawasan saya, di Jempol. Di kawasan saya banyak aduan yang telah dibuat oleh wakil masyarakat Orang Asli berkenaan masalah perhubungan, perumahan, jalan, bekalan air terawat, kemudahan sukan dan sebagainya. Ia meliputi Kampung Orang Asli Batu Putih, Kampung Orang Asli Panchor, Kampung Orang Asli Jeram Padang, Kampung Orang Asli Kelai. Mereka ini tidak meminta bulan dan bintang, malah hanya mahukan sebuah kampung yang dilengkapi segala kemudahan infrastruktur dan kemudahan asas.

Butiran 02400 – Jalan Perhubungan Desa. Saya difahamkan polisi yang digunakan oleh kementerian untuk membina jalan baharu suatu kawasan itu hendaklah terdapat sekurang-kurangnya tiga buah rumah. Saya pohon supaya peraturan ini dikaji semula dan dilonggarkan sedikit kerana di kampung sememangnya terdapat banyak kawasan sebegini.

Oleh itu, polisi yang ada tidak praktikal, lebih keadaan ini kerana mereka ada yang rumah, satu atau dua buah rumah. Apabila jalan ini dibuat, sudah pastilah ia banyak lagi rumah yang akan dibina. Oleh yang demikian, saya mohon supaya perkara ini dapat dipertimbangkan agar polisi ini diubah kerana zaman-berzaman keadaan ini rakyat sudah mula balik ke kampung untuk bina rumah sendiri oleh kerana rumah di bandar cukup mahal. Lain, saya pohon supaya jalan baharu. Ini lama sudah saya minta supaya disegerakan Sungai Kelai ke Bahau, sejauh 10 kilometer perlu disegerakan.

Butiran 03200 – Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat. Menerusi belanjawan kali ini, peruntukan telah ditingkatkan kepada RM384 juta. Perkara ini menunjukkan Kerajaan Keluarga Malaysia benar-benar mengambil berat tentang nasib penduduk luar bandar. Saya difahamkan antara program termaktub menerusi peruntukan ini meliputi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Program Peningkatan Pendapatan (PPP) dan Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK).

Ketiga-tiga program ini dinyatakan sememangnya saling melengkapi untuk membantu penduduk luar bandar yang memerlukan. Saya harap agar semua prosedur, syarat kerenah birokrasi bagi semua permohonan program tersebut dikaji semula dan dilonggarkan mengikut keadaan semasa.

Soalan saya, berapakah pecahan peruntukan untuk ketiga-tiga program tersebut berdasarkan jumlah keseluruhan peruntukan untuk tahun 2022? Sepanjang ketiga-tiga program tersebut diperkenalkan, berapa ramaikah penduduk luar bandar yang telah mendapat manfaat mengikut pecahan program? Bagi program PPRT pula, berapa pecahan mengikut kuota pembinaan baharu, baik pulih tahun 2022?

Akhirnya, saya juga ingin memohon agar kementerian memberi keutamaan kepada kawasan Jempol khususnya bagi rumah PPRT. Sekian sahaja daripada saya.

Saya harap segala pandangan, persoalan, permohonan berkaitan dengan apa yang dipohon tadi, mendapat perhatian kementerian tersebut. Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 6:00 PM

Tuan Pengerusi

Waalaikumsalam Yang Berhormat Jempol. Yang Berhormat Sandakan, silakan.

final • 6:00 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Terima kasih Tuan Pengerusi atas peluang bagi saya mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa bagi belanjawan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Tuan Pengerusi, pertama sekali saya ingin merujuk kepada muka surat 222, Butiran 01703 – Bekalan Elektrik Luar Bandar Sabah dan Butiran 02003 – Bekalan Air Luar Bandar Sabah. Yang Berhormat Menteri baru sahaja saya melayari laman rasmi Facebook Jabatan Air Negeri Sabah pada pagi ini.

final • 6:05 PM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Setiap hari bermula 1 November 2021 hingga 30 November 2021 terdapat notis gangguan bekalan air yang telah disiarkan di Facebook jabatan itu sama ada untuk bandar besar seperti Kota Kinabalu dan Sandakan, atau bandar kecil luar bandar seperti Kota Marudu atau Kuala Penyu, setiap bandar, pekan dan kampung di Sabah menghadapi isu yang sama. Malah, Facebook Jabatan Air Negeri Sabah berkongsi hampir tiada maklumat yang lain selain dari notis gangguan bekalan air sahaja.

Setiap kali belanjawan, terdapat sejumlah besar peruntukan juga untuk bekalan air negeri Sabah. Apakah petunjuk prestasi utama KPI yang ditetapkan di bawah butiran ini? Apakah hasil sebenar yang dicapai melalui semua peruntukan ini? Nampaknya isu bekalan air juga terus mengganggu setiap penduduk di Sabah untuk lebih daripada 50 tahun yang lepas.

Bagi bekalan air luar bandar Sabah pula, saya ingin bertanya sekali lagi. Apakah KPI yang ditetapkan di bawah butiran ini? Adakah kementerian memperkenalkan mana- mana bentuk tenaga yang boleh diperbaharui? Seperti ladang solar dan ladang angin yang berskala besar untuk menjana tenaga elektrik bagi wilayah luar bandar kita di Sabah.

Kedua, saya ingin merujuk kepada Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar. Di mana anggaran untuk tahun 2022 ialah sebanyak RM1.074 bilion. Berapa peratus peruntukan ini yang sebenarnya untuk Sabah? Adakah peruntukan ini termasuk penyelenggaraan dan membaiki jalan luar bandar dan jalan kampung sedia ada?

Setiap tahun ketika musim hujan tanpa gagal seperti kebiasaannya, pejabat saya akan menerima beberapa aduan daripada penduduk yang tinggal di pinggir bandar Sandakan mengenai jalan masuk kampung mereka tidak dapat dilalui akibat hujan lebat sama ada Jalan Seguntor, Jalan Cheng Ho atau Jalan Lok Yen.

Ini hanya beberapa contoh kawasan yang terlibat. Mengapakah berbilion-bilion peruntukan kerajaan yang dibelanjakan untuk jalan-jalan luar bandar masih tidak memberikan penyelesaian yang kekal kepada semua permasalahan dihadapi penduduk tempatan ini?

Apa gunanya membina ratusan kilometer jalan raya sedangkan ia tidak dapat digunakan sama sekali terutamanya pada musim hujan. Tanpa akses jalan yang baik, adalah mustahil untuk meningkatkan kehidupan ekonomi masyarakat luar bandar. Tidak hairanlah mengapa lapan daripada 10 daerah termiskin di Malaysia terdapat di Sabah. Itu sahaja daripada saya. Sekian, terima kasih. Thank you.

final • 6:05 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Saya jemput Yang Berhormat Pontian. Silakan Yang Berhormat.

final • 6:05 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Terima kasih Tuan Pengerusi. Dalam outcome 2, KPI kementerian seperti muka surat 210, Buku Anggaran Perbelanjaan 2021, peratusan usahawan yang berjaya meningkatkan pendapatan selepas enam bulan menerima Bantuan Pembiayaan Keusahawanan Luar Bandar sasaran 2021 sejumlah 60 peratus, sasaran 2022 juga 60 peratus. Bererti ada 40 peratus yang gagal.

Target itu dikira rendah dan wajar ditingkatkan dengan latihan keusahawanan yang lebih berkesan termasuk e-dagang. Oleh itu, mohon dibina pusat e-dagang desa dan boleh dimulakan di Pontian dan kawasan-kawasan Sabah dan Sarawak.

Perkara kedua, Butiran 030200 – Kesejahteraan Rakyat. Purata pendapatan isi rumah contohnya tahun 2019 di bandar RM8,635 tetapi di luar bandar hanya RM5,004.

final • 6:09 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Untuk itu, usaha berlipat ganda wajar dibuat seperti membenarkan mengguna tanah terbiar untuk diusahakan. Kedua, membina kilang yang sesuai di luar bandar dengan insentif cukai oleh MITI dan MOF. Ketiga, membina pusat latihan ekonomi luar bandar bagi melatih rakyat menjadi petani, penternak, nelayan, pekebun dan peniaga yang berilmu dan produktif.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Keempat, membina premis niaga atas nama ‘Kedai Rakyat Keluarga Malaysia’ di simpang-simpang strategik di kampung-kampung yang terurus dan cantik bagi rakyat luar bandar berniaga.

Seterusnya, Butiran 03100 hingga Butiran 09000, melibatkan:

(i) Butiran 03100 – Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah

(FELCRA)

(ii) Butiran 03700 – Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)

(iii) Butiran 03800 – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah

(KETENGAH)

(iv) Butiran 03900 – Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan

(KESEDAR)

(v) Butiran 04000 – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)

(vi) Butiran 04100 – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

(vii) Butiran 04200 – Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang

(PERDA)

(viii) Butiran 04500 – Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS)

(ix) Butiran 04800 – Jabatan Pertanian Sarawak (JPS)

(x) Butiran 05000 – Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB)

(xi) Butiran 06000 – Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (LKTS)

(xii) Butiran 07000 – Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA)

(xiii) Butiran 08000 – Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Sarawak (SALCRA)

(xiv) Butiran 09000 – Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (LKPP) Semua agensi di bawah KPLB agar meletakkan KPI dan outcome membina bangsa usahawan luar bandar sebagai KPI utama. Dengan mendahulukan latihan sikap bersama latihan kemahiran, latihan kemahiran berniaga bukan hanya memberi wang atau mesin kemudiannya gagal akibat ilmu niaga yang kurang dalam ilmu pengeluaran, perakaunan, pengurusan, pemasaran dan lain-lain.

Oleh itu, kita hendaklah menjadikan desa sebagai pusat pengeluaran makanan negara bagi mengurangkan penghijrahan. Pada tahun 1980, penduduk kita adalah seramai 11 juta orang; sebanyak 37 peratus di bandar dan 63 peratus di luar bandar. Akan tetapi, pada tahun 2019, penduduk kita adalah seramai 33 juta orang; sebanyak 76 peratus telah berada di bandar dan hanya 24 peratus di luar bandar.

Keempat, Butiran 040300 – Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Saya mohon agar elaun Pembantu Guru KEMAS dinaikkan dan agar peningkatan kemahiran ditingkatkan supaya gaji mereka boleh ditambah. Diploma Pendidikan Kanak-kanak boleh diperoleh dengan lebih mudah, dengan kemasukan ke universiti yang lebih fleksibel menerusi konsep, dengan izin, Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) ataupun Akreditasi Pengalaman Pembelajaran berasaskan Pengalaman Terdahulu, Tuan Pengerusi.

Kelima, Butiran 00611 – Program GIATMARA. Saya mohon agar GIATMARA Pontian di Sanglang dinaik taraf kepada yang lebih baik daripada segi kursus, kemudahan prasarana serta tambah jumlah pelajar yang diambil.

Keenam, Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar. Dicadangkan agar diluaskan sekadar boleh berselisih dua buah kenderaan atau sekurang-kurangnya ada tambahan bahu jalan daripada batu kasaran atau kerikil dan bukan tanah biasa. Saya akan menghantar satu senarai untuk melebarkan jalan-jalan di kawasan Pontian dalam sedikit masa lagi.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Ketujuh, Butiran 010600 – Perancangan Strategik. Keceriaan desa perlu diberikan peruntukan agar kawasan desa lebih ceria, indah, cantik, teratur dan tersusun dan agar ia boleh jadi inap desa yang dapat menjadi daya tarikan anak-anak berhenti berhijrah, tempat mencari rezeki dengan ada jalur lebar 4G dan 5G, tumpuan pelancong dengan keharmonian hidup dan berdikari dengan kos yang rendah dan makmur dengan aktiviti- aktiviti ekonomi yang berdaya maju.

Oleh itu, perlu diteruskan pertandingan Anugerah Desa Cemerlang dengan insentif hadiah yang baik bagi setiap Parlimen dan daerah. Pontian pernah menerima dua kampungnya menjadi kampung nombor satu terbaik di Malaysia dan kampung nombor dua terbaik di Malaysia untuk makluman, Tuan Pengerusi.

Terakhir, kelapan, Butiran 040200 – Institut Kemajuan Desa (INFRA) perlu untuk terus melatih JPKK dalam kursus-kursus ekonomi kampung dan juga pengurusan kampung. Elaun JPKK juga wajar dinaikkan. Sebanyak RM175.8 juta pada tahun 2021 dan RM175.8 juta pada tahun 2022 bererti tiada peningkatan. Jika boleh, dapatkan daripada perbelanjaan luar jangka MOF yang ada sebanyak RM2 bilion untuk tambah elaun JPKK dan ketua-ketua kampung. Terima kasih.

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih, Yang Berhormat Pontian. Seterusnya, Yang Berhormat Hulu Selangor. Silakan.

final • 6:10 PM

Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor

Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Hulu Selangor terus kepada Kepala Bekalan B.22, Butiran 050800 – Peningkatan Taraf Hidup Orang Asli diperuntukkan sebanyak RM79,421,500. Akan tetapi, pada masa pembentangan, Yang Berhormat Menteri Kewangan mengumumkan sebanyak RM274 juta bagi butiran tersebut. Jika ditambah keseluruhan butiran peruntukan untuk JAKOA di bawah KPLB juga tidak mencapai jumlah sebanyak RM274 juta yang disebutkan.

Jadi, Hulu Selangor ingin bertanya, jumlah peruntukan RM274 juta tersebut meliputi butiran mana? Bagaimanakah pihak kementerian akan memastikan hampir 200,000 orang Orang Asli akan menerima manfaat tersebut? Apakah program tambahan yang akan dilaksanakan di bawah butiran ini?

Seterusnya, Butiran 051000 – Bantuan Makanan Tambahan KEMAS. Pada tahun 2022, jumlah peruntukan sebanyak RM140 juta adalah sama seperti pada tahun 2021.

Kita sedia maklum bahawa kemudahan KEMAS juga ditutup semasa PKP pada tahun ini.

Maka, kemungkinan peruntukan ini masih banyak. Oleh itu, apakah perancangan kepada baki peruntukan sebanyak RM140 juta yang diberikan pada tahun ini?

Sekiranya masih banyak lagi yang belum digunakan, Hulu Selangor mencadangkan agar kementerian dapat mempertimbangkan supaya lebihan peruntukan tersebut digunakan untuk membaik pulih fasilitet KEMAS yang makin uzur. Jika dilihat di bawah Butiran 051300 – Penyelenggaraan dan Pembaikan Bangunan KEMAS hanya diperuntukkan sebanyak RM9.5 juta.

Butiran 051500 – Peralatan dan Kelengkapan Tabika/Taska KEMAS hanya diperuntukkan sebanyak RM1 juta. Jumlah peruntukan ini amat sedikit jika dibandingkan dengan jumlah fasilitet sedia ada. Itulah Hulu Selangor mencadangkan agar lebihan peruntukan yang tidak diguna pakai pada tahun ini dapat dipertimbangkan bagi digunakan untuk membaik pulih fasilitet KEMAS yang ada di seluruh negara.

Beralih kepada Kepala Pembangunan P.22 di bawah tajuk KEMAS. Butiran 00400 – Pendidikan Awal Kanak-kanak. Daripada jumlah peruntukan sebanyak RM2 juta pada tahun ini naik kepada RM21 juta pada tahun hadapan, dilihat peningkatan sebanyak sepuluh kali ganda. Mohon pencerahan Yang Berhormat Menteri, apakah yang akan dibelanjakan di bawah butiran ini pada tahun hadapan?

Butiran 00500 – Pusat Kegiatan Masyarakat. Peruntukan sebanyak RM34,849,000. Adakah akan diwujudkan sebuah pusat yang baharu di daerah Hulu Selangor? Bagaimanakah pula dengan proses naik taraf pusat di Batang Kali? Sebab

final • 6:14 PM

Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor

telah dimohon pada tahun-tahun yang lepas. Adakah telah diluluskan permohonan tersebut?

Di bawah tajuk MARA, dari Butiran 00601 hingga Butiran 00620, kesemua butiran mendapat kenaikan peruntukan yang menjadikan jumlah keseluruhan kenaikan adalah sebanyak RM500 juta untuk tahun hadapan. Ini adalah satu perbelanjaan yang besar yang pasti akan memberi impak positif khususnya kepada kaum Bumiputera.

Namun begitu, apakah mekanisme kementerian dalam memastikan perkara yang telah dirangka dapat dilaksanakan dengan jayanya pada tahun 2022? Bagaimanakah kementerian memastikan tidak berlakunya sebarang ketirisan? Hal ini agar ia benar-benar akan memberi manfaat kepada masyarakat.

Butiran 00620 – Program Penajaan Pendidikan MARA. Dengan peruntukan sebanyak RM2,017,000,000, Hulu Selangor telah menerima jawapan peringkat dasar daripada Yang Berhormat Menteri dan ambil maklum akan usaha berterusan pihak MARA dalam melaksanakan inisiatif pengurangan kemudahan pinjaman pelajar MARA.

Namun, Hulu Selangor juga membawa suara hati anak-anak MARA yang berharap agar dapat dipertimbangkan pemberian diskaun ke atas penyelesaian baki pinjaman tersebut. Dilihat keazaman anak-anak muda ini ingin bebas hutang dengan segera merupakan satu perkara yang harus dipuji. Secara tidak langsung juga, mereka menjalankan tanggungjawab untuk menyelesaikan baki pinjaman yang pastinya akan memberi manfaat kepada peminjam baharu.

Seterusnya, Butiran 01100 – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dengan peruntukan pembangunan sebanyak RM113,837,100. Hulu Selangor menggesa agar pihak kementerian dapat mempertingkatkan jumlah permohonan rumah bina baharu atau baik pulih yang diluluskan oleh pihak kementerian. Saban tahun, kelulusan adalah kurang daripada lima buah rumah sedangkan Hulu Selangor mempunyai 16 perkampungan Orang Asli. Hal ini amat mendukacitakan kerana jumlah penduduk di perkampungan Orang Asli kian meningkat.

Jika kita turun padang, tidak mustahil akan berjumpa kes di mana ada sebuah rumah Orang Asli didiami oleh 10 hingga 15 orang ahli keluarga. Dengan kadar kelulusan yang begitu terhad, perkara ini pastinya akan menjadi barah untuk masyarakat Orang Asli.

Diharapkan agar pihak kementerian dapat merangka satu pelan yang tuntas bagi memastikan kebajikan masyarakat Orang Asli terus diperkasa seiring dengan semangat Keluarga Malaysia.

Terakhir, Butiran 02401 – Ameniti Sosial dengan peruntukan sebanyak RM60,875,000. Hulu Selangor ingin mendapatkan maklumat apakah projek infrastruktur yang akan diluluskan untuk 16 buah perkampungan Orang Asli di daerah Hulu Selangor pada tahun 2022.

Kesemua kampung ini tidak mempunyai infrastruktur yang lengkap. Permohonan pernah diangkat kepada pihak kementerian. Diharapkan tahun 2022 memberi sinar harapan untuk 16 buah perkampungan Orang Asli di Hulu Selangor agar infrastruktur asas di perkampungan mereka dapat disempurnakan dan memberi manfaat buat mereka.

Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:14 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Yang Berhormat Jerai. Silakan.

final • 6:20 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian perbahasan dalam peringkat jawatankuasa untuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Terdapat empat perkara yang ingin saya sentuh. Pertama perkara B.22 Butiran 050700 – Elaun Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung

(JPKK).

final • 6:20 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Di Kedah sahaja terdapat 1,025 Pengerusi JPKK. Kesemua mereka diberikan elaun khas iaitu Pengerusi mendapat RM500 sebulan manakala Setiausaha dapat RM300. Tiada sebarang peruntukan khas untuk golongan ini sedangkan mereka adalah penggerak utama pembangunan sosial daripada akar umbi.

Kita mintalah jasa baik kementerian untuk menaikkan elaun berkenaan kepada RM800 untuk Pengerusi dan RM500 untuk Setiausaha dan dalam hal ini saya bersependapat dengan Yang Berhormat Pontian yang memberi cadangan ini tadi.

Kedua, P.22 Butiran 03200 – Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat. Hal ini berhubung kait dengan pembinaan rumah eKasih yang menjadi rebutan rakyat miskin tegar. Kos pembinaan rumah PPRT maksimum adalah RM13,000 bagi Semenanjung dan RM15,000 bagi Sabah dan Sarawak. Ini berdasarkan garis ditetapkan kementerian.

Namun begitu jika dilihat, kos pembinaan meningkat berkali ganda.

Oleh itu saya merasakan sangat sesuai sekiranya kementerian mempertimbangkan cadangan saya untuk menaikkan kos baik pulih rumah eKasih kepada RM20,000. Dalam butiran yang sama juga – baru-baru ini dalam jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri KPLB semasa menjawab soalan lisan saya baru-baru ini menyatakan permohonan untuk baik pulih rumah hanya perlu disahkan oleh penghulu dan semua Ahli Parlimen boleh menyampaikan terus kepada pihak kementerian. Saya ucapkan terima kasih atas alternatif yang diberikan.

Seterusnya ketiga, Butiran 01707 – Pemasangan Baru Lampu Jalan Kampung.

Kawasan saya di Parlimen Jerai masih lagi dihimpit dengan masalah lampu jalan.

Terdapat jalan kampung yang langsung tidak mempunyai cahaya lampu dan hanya bergantung pada cahaya bulan dan lampu kenderaan jika keluar pada malam hari.

Keadaan ini mendatangkan masalah keselamatan yang perlu dipandang serius.

Selain daripada masalah keselamatan ketika keluar rumah, ketiadaan lampu jalan juga menyumbang kepada lonjakan kes jenayah di kampung-kampung terutama melibatkan kes kecurian dan pecah masuk rumah. Kita cadangkan supaya dipasang lampu jalan jenis solar – baru-baru ini pun pihak kementerian menjelaskan bahawa lampu jalan jenis ini kosnya murah dan dapat dipercepatkan pemasangan.

Terakhir, B.22 Butiran 051100 – Emolumen Kakitangan KEMAS Lantikan Tetap.

Saya difahamkan guru-guru KEMAS kebanyakannya adalah bertaraf kontrak selepas 15 tahun baru mereka akan diserap ke jawatan tetap. Betulkan saya jika saya salah. Saya berpandangan bahawa kementerian perlu memendekkan tempoh kontrak untuk lantikan ke jawatan tetap sebagai contoh kurang 10 tahun. Ini penting bagi menjamin kerjaya guru KEMAS di seluruh negara. Sekian, terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Yang Berhormat Sepanggar. Silakan.

final • 6:20 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Butiran 01703 – Bekalan Elektrik Luar Bandar Sabah, Butiran 02003 – Bekalan Air Luar Bandar Sabah, Butiran 02200 – Jambatan Luar Bandar, Butiran 02300 – Jalan-jalan Luar Bandar, Butiran 02400 – Jalan Perhubungan Desa dan Butiran 03200 – Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat.

Tuan Pengerusi, saya menyentuh semua butiran ini kerana ia adalah berkaitan.

Baru-baru ini Yang Berhormat Menteri ada menyebut bahawa pada tahun depan peruntukan pembangunan untuk Sabah adalah RM1.25 bilion iaitu peningkatan sebanyak 6.25 peratus dari tahun ini. Sebanyak 248 projek yang akan dilaksanakan di bawah butiran-butiran yang saya sebutkan tadi.

Saya ingin tegaskan di sini sekali lagi kepada Yang Berhormat Menteri, cukup- cukuplah memberikan harapan dan mengelirukan rakyat Sabah. Berbilion-bilion yang disebutkan setiap tahun sedangkan realitinya hanya beberapa peratus sahaja peruntukan dapat digunakan. Mengambil butiran-butiran yang saya telah sebutkan tadi, mari kita lihat perbelanjaan sebenar.

final • 6:23 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Pada tahun 2020, bekalan elektrik luar bandar Sabah RM91 juta daripada RM216 juta sahaja dibelanjakan. Jalan-jalan luar bandar RM449 juta daripada RM880 juta sahaja dibelanjakan. Ini peruntukan seluruh negara. So, saya yakin kalau untuk Sabah peratusnya jauh lebih kecil.

Sama juga kesnya dengan jalan perhubungan desa hanya RM55,000 daripada RM120 juta sahaja dibelanjakan dan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat RM280 juta di peruntukan RM0 dibelanjakan. Langsung tidak dibelanjakan. Bekalan air luar bandar Sabah RM6.7 juta dibelanjakan daripada RM350 juta diperuntukkan. Inikah yang dikatakan berbilion-bilion untuk Sabah?

Kalaulah COVID-19 dijadikan alasan, mari pula kita lihat kejadian sebelum COVID-19 berkenaan apakah yang berlaku dengan projek-projek yang dirancang di Sabah? Pada tahun 2019, bekalan elektrik luar bandar Sabah RM165 juta daripada RM430 juta sahaja dibelanjakan. Jalan-jalan luar bandar, RM536 juta daripada RM880 juta dibelanjakan.

Ini membabitkan projek seluruh negara dan saya yakin sekali lagi Sabah semestinya akan jauh lebih kecil. Begitu juga, jalan perhubungan desa hanya RM18,000 daripada RM95 juta dibelanjakan dan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat kosong peratus dari RM207 juta dibelanjakan. Langsung tiada dibelanjakan. Bekalan air luar bandar Sabah hanya RM2.8 juta dari RM295 juta dibelanjakan. Tidak sampai satu peratus Tuan Pengerusi.

Seperti yang pernah saya sebutkan di peringkat dasar sebelum ini, sekiranya formula kaedah yang diguna pakai oleh kerajaan dalam melaksanakan projek di Sabah ternyata gagal. Mengapakah masih meneruskan kaedah yang sama? WARISAN adalah parti pembangkang di negeri Sabah namun demi kepentingan Sabah dan generasi masa depan Sabah kami tetap mendesak agar Putrajaya memberikan autonomi sepenuhnya kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan semua peruntukan pembangunan infrastruktur khusus dibajetkan untuk negeri Sabah kepada kerajaan negeri Sabah untuk melaksanakannya. Tidak salah mencuba kerana kaedah sekarang ternyata gagal sepanjang 58 tahun Sabah bersama-sama membentuk Malaysia.

Butiran 030400 – Majlis Amanah Rakyat (MARA), Butiran 00606 – Kolej Poly- Tech MARA. MARA merupakan agensi terbesar menerima peruntukan iaitu RM3.79 bilion atau 36 peratus daripada jumlah keseluruhan peruntukan kementerian. Namun, apa yang mendukacitakan daripada berbilion-bilion ringgit peruntukan disediakan KPTM Semporna satu-satunya kolej MARA yang berada di negeri Sabah tetap akan ditutup dengan alasan kononnya KPTM ini mengalami kerugian setiap tahun.

Tuan Pengerusi, keuntungan KPTM Semporna bergantung rapat dengan pinjaman MARA dan peruntukan PTPTN yang disediakan oleh kerajaan. MARA pada tahun ini di peruntukan RM2 bilion iaitu bagi tujuan program penajaan pendidikan MARA.

Ini merupakan kenaikan sebanyak RM200 juta berbanding tahun ini.

Maka, jika MARA peruntukan sedikit daripada jumlah RM2 bilion ini, KPTM Semporna boleh mengambil lebih banyak pelajar. Apabila peruntukan pinjaman kurang maka KPTM Semporna tidak boleh mengambil cukup pelajar. Bila pelajar kurang, maka di situlah jumlah kerugian dicatatkan.

Saya ingin tegaskan bahawa bilangan pelajar yang ingin menyambung pelajaran di Pantai Timur dan luar bandar Sabah adalah ramai. Namun, ketidakmampuan ibu bapa mereka dan belia luar bandar bagi menampung pembiayaan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi merupakan penghalang utama dan disitulah KPTM Semporna sebenarnya sepatutnya berperanan membantu mereka. Sekali lagi, sekiranya kerugian inilah menjadi alasan, mengapakah KPTM Semporna sahaja ditutup?

Saya dedahkan di sini senarai KPTM yang mengalami kerugian setiap tahun iaitu KPTM Kuantan dengan RM2.1 juta tahun 2019. Pada tahun 2020, RM703,000 KPTM Alor Setar dengan RM2.2 juta pada tahun 2019. Pada tahun 2020 dengan RM848,000 KPTM Ipoh dengan RM752,000, tahun 2020, RM155,000. Jadi, kedua Tuan Pengerusi selain daripada alasan kerugian, alasan keselamatan juga ditambah sebagai penyedap rasa untuk mengukuhkan alasan menutup KPTM Semporna.

final • 6:23 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Saya mohon penjelasan kementerian sejak lima tahun kebelakangan ini adakah keselamatan pelajar-pelajar ini terancam, apakah terdapat sebarang kes keselamatan sejak KPTM Semporna berada di daerah Semporna. Lokasi KPTM Semporna bukan sahaja jauh daripada laut dan pekan Semporna, malah lokasi tersebut tidak pernah walau sekali dalam sejarah puluhan tahun pernah terdedah kepada isu keselamatan, penculikan dan lanun.

Jika rumah Perdana Menteri boleh diubahsuai dengan kos sebesar RM38 juta, KPTM Semporna tidak memerlukan jumlah sebesar itu untuk meneruskan operasinya.

Sekian, Tuan Pengerusi.

final • 6:23 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Sepanggar. Yang Berhormat Sibuti.

final • 6:30 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Terima kasih Tuan Pengerusi.

Saya terus pergi ke Maksud Pembangunan 22, Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Saya ingin menyentuh kepada Butiran 03200 – Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat. Dalam perbahasan belanjawan, saya telah menyentuh perkara berkenaan tentang bina baharu rumah dan juga baik pulih rumah. Saya juga telah mendapat jawapan kepada soalan bertulis saya. Pihak kementerian menjawab bahawa Parlimen Sibuti hanya disediakan sebanyak 35 buah rumah untuk dibina sepanjang RMKe-12.

Saya merasakan jumlah 35 ini adalah sangat kecil dengan jumlah yang telah diperuntukkan hampir 19,000 untuk baik pulih dan juga bina baharu rumah yang daif. Juga bagi tahun 2022, Sibuti hanya disediakan hanya enam buah bina baharu dan juga saya merasakan masih banyak keperluan untuk sebuah Parlimen dan juga saya berharap sekurang-kurangnya, setahun setiap Parlimen diperuntukkan 20 sehingga 30 buah. Itu adalah sangat bermaruah bagi setiap Parlimen di luar bandar.

Saya juga mencadangkan kepada pihak kerajaan bagi baik pulih adalah alangkah baik sekiranya kementerian mengubah sedikit SOP kementerian untuk membaik pulih rumah panjang secara gotong-royong. Peruntukannya digunakan secara gotong-royong ataupun menyediakan peruntukan khusus bagi baik pulih rumah panjang kerana agak sukar untuk kita hanya membaiki satu pintu rumah di dalam sebuah rumah panjang. Ini akan menimbulkan rasa ketidakpuasan memandangkan sepanjang-panjang rumah itu yang rosak.

Juga saya sangat-sangat berharap agar pihak kementerian dapat melihat apa yang saya suarakan dan juga rakan-rakan lain bagi Ahli Parlimen di kawasan luar bandar.

Saya juga mengakui pembangunan di luar bandar ini bukan hanya terletak di negeri Sabah ataupun di Sarawak sahaja. Di negeri-negeri lain juga turut memerlukan peruntukan tersebut.

Juga selain daripada itu, saya ingin menyentuh berkenaan tentang Butiran 02403 – Program Bersepadu Pemajuan Kawasan, Butiran 02404 – Program Lonjakan Mega Luar Bandar, Butiran 02503 – Pembangunan Ekonomi Luar Bandar dan juga Butiran 02600 – Pembangunan Ekonomi Komuniti.

Pada tahun 2018, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) telah digugurkan dan diprogramkan kementerian. Juga RTC Parlimen Sibuti diserahkan kepada kerajaan negeri. Ya, kami terima dan saya merasakan bagi semua butiran yang saya sebutkan, di situlah pusat transofrmasi ekonomi, pusat penjanaan ekonomi, pusat komuniti luar bandar dapat menikmati kemudahan-kemudahan Kerajaan Persekutuan.

Contohnya pihak KEMAS dapat membuka pejabat di RTC. Jabatan Pendaftaran Negara dapat menempatkan operasi di RTC tetapi Kementerian Luar Bandar telah meninggalkan projek ini.

Saya juga berharap agar RTC Parlimen Sibuti dapat diteruskan walaupun tanpa menempatkan pegawai-pegawai KPLB di RTC tetapi sekurang-kurangnya memberikan

final • 6:30 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

dana pembangunan kepada RTC Parlimen Sibuti. Ini sangat bermanfaat kerana di situlah mesin ATM yang pertama bagi masyarakat luar bandar Sibuti untuk mengambil wang.

Di situ jugalah tempat masyarakat luar bandar mendapatkan perkhidmatan pergigian. Maka saya melihat program RTC ini adalah satu program yang sangat baik kepada Kerajaan Persekutuan untuk memenangi minda dan hati keluarga luar bandar di Sarawak.

Saya juga ingin menyentuh berkenaan tentang Butiran 02400 – Jalan Perhubungan Desa. Saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian untuk membenarkan membina frontage ataupun jalan-jalan di hadapan rumah panjang ataupun menurap jalan-jalan rumah panjang. Tidak panjang, hanya untuk 100 sehingga 200 meter supaya dibenarkan pembinaan ini dan juga memudahkan masyarakat di luar bandar yang kini mampu untuk membeli kenderaan, untuk membeli Hilux untuk angkutan sawit mereka untuk diletak ataupun parkir di hadapan rumah. Itu sahaja permintaan dari Parlimen Sibuti.

Saya berharap agar Yang Berhormat Menteri dapat menjawab persoalan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:30 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Seterusnya Yang Berhormat Tuaran. Kalau Yang Berhormat Tuaran ambil lima minit, maka saya dapat panggil Yang Berhormat Dungun kerana kita sampai 6.45 petang. Silakan.

final • 6:30 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin berbahas pada Butiran 02003 – Bekalan Air Luar Bandar Sabah.

Dalam butiran ini, sebanyak RM129.4 juta telah diperuntukkan. Apabila kita lihat jumlah ini, maka teringat kita pada tahun 2016 di mana terdapat RM134.5 juta pada ketika itu yang telah ditemui oleh pihak SPRM di Jabatan Air Negeri Sabah. Ini bererti bahawa peruntukan yang diberi ini begitu sedikitlah.

Jadi saya ingin tahu apakah projek, di manakah letaknya projek-projek yang akan dibuat ini di Sabah dan adakah ini termasuk peruntukan untuk bekalan air luar bandar untuk perkampungan jalan Tamparuli-Ranau. Ini memang sudah diluluskan dahulu iaitu peruntukan sebanyak RM90 juta tetapi sehingga pada hari ini saya tidak nampak pelaksanaannya. Jadi, adakah ini termasuk?

Saya ingin tahu sama ada peruntukan untuk bekalan air luar bandar untuk kampung-kampung di sepanjang Jalan Bungaliu. Di kawasan Parlimen saya di Tuaran, kalau di bukit apabila tibanya musim kemarau iaitu antara bulan Februari, Mac dan sebagainya, pihak Jabatan Air akan terpaksa menghantar air di kawasan bukit sebab memang tidak ada air dan sebagainya dan penduduknya memang tertunggu-tunggu bilakah pelaksanaan bekalan air bersih di tempat-tempat ini. Seperti mana juga yang dikatakan Yang Berhormat Sandakan sebentar tadi bahawa di seluruh Sabah sekarang ini menghadapi banyak bekalan air dan penduduk memang menderita kerana masalah bekalan air luar bandar.

Saya juga ingin tahu bahawa adakah pihak kementerian memantau setiap peruntukan diberi ini dan adakah memantau juga tentang kes SPRM di Jabatan Air dahulu iaitu telah melaksanakan peruntukan daripada kementerian KPLB dan akhirnya telah menghadapi masalah seperti ketirisan tadi.

Seterusnya Butiran 03100 – Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah

(FELCRA). Saya ingin membangkitkan perkara di sini iaitu bekalan air perumahan Kampung Mengkabong, Tuaran. Sejak terbinanya perumahan di Mengkabong, Tuaran ini, bekalan air di perumahan Kampung Mengkabong, Tuaran ini tidak pernah berfungsi.

Saya telah menulis surat kepada pihak kementerian meminta penjelasan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk pastikan supaya sistem bekalan air untuk perumahan Kampung Mengkabong ini dapat berfungsi tetapi saya tidak dapat balasan.

Jadi, saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian. Adakah pihak kementerian telah turun padang untuk melihat bagaimanakah ‘Gajah Putih’ ini? Telah dibina begitu cantik tetapi tidak berfungsi sehingga pada hari ini.

final • 6:35 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Seterusnya saya ke butiran jalan-jalan luar bandar iaitu Butiran 02300 – Jalan- jalan Luar Bandar yang telah diberi peruntukan RM1 bilion. Saya ingin bertanya kenapakah butiran ini tidak— peruntukan untuk jalan-jalan luar bandar ini tidak diagih- agihkan mengikut negeri seperti mana yang telah diberi untuk bekalan elektrik dan bekalan air luar bandar. Jadi, berapakah diagihkan untuk Sarawak, Sabah dan juga negeri-negeri yang lain? Kenapakah tidak diagih, diberi butiran seperti mana yang dibuat untuk bekalan elektrik dan bekalan air luar bandar?

Jadi saya ingin tahu berapakah yang akan diperuntukkan untuk negeri Sabah dan saya ingin tahu apakah pihak kementerian mempunyai database untuk melihat berapa lagi buah kampung di seluruh negara ini yang belum mendapat bekalan elektrik luar bandar dan khususnya di Sabah berapa? Kalau mahu minta dari kawasan Parlimen Tuaran, saya boleh beri. Saya akan beri untuk masalah bekalan elektrik, bekalan air dan juga jalan. Saya boleh beri pihak kementerian dan mohon untuk diberi peruntukan.

Akhir sekali Tuan Pengerusi ialah Butiran 050700 – Elaun Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK). Saya ingin bertanya sama ada pihak kementerian mempunyai dasar tertentu untuk pelantikan JPKK ini. Sama ada ia dipilih atau dilantik sahaja?

final • 6:35 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Adakah pihak kementerian atau kerajaan bercadang supaya JPKK ini dilihat sebagai satu unit kerajaan yang telus, yang seharusnya mengamalkan demokrasi di mana mereka dipilih, diundi dan sebagainya oleh rakyat. Supaya setiausahanya ada pelantikan, kakitangan daripada kerajaan duduk di sana yang boleh mengurus hal-hal yang berkaitan dengan kewangan iaitu yang tahu tentang Treasury instruction dan sebagainya untuk mengelakkan daripada ketirisan. Ini apabila pihak kerajaan dapat memberi bajet tahunan yang boleh dilaksanakan oleh pihak JPKK. Jadi Tuan Pengerusi, itu sahaja yang saya ingin bahas dalam butiran ini. Terima kasih.

final • 6:40 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Akhir sekali Yang Berhormat Dungun. Silakan Yang Berhormat.

final • 6:40 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya terus ke Butiran 020000 – Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Asas. Soalan saya, apakah kementerian akan memberi perhatian khusus kepada kemudahan asas yang masih kritikal di Parlimen Dungun? Seperti yang pertamanya, longkang-longkang yang masih belum cukup bagi menangani masalah banjir yang berlaku saban tahun.

Keduanya, lampu-lampu jalan yang masih lagi belum cukup menerangi kawasan pedalaman dan pinggir bandar sehingga membahayakan pengguna jalan raya pada waktu malam.

Ketiga, pada penghujung tahun 2021 masih ada lagi jalan-jalan yang masih daif dan memerlukan pembaikan segera. Dalam perkara yang melibatkan satu status pembinaan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun pada waktu ini, pohon diketahui perkembangan projek pembinaan MRSM ini.

Seterusnya, apakah status projek pembinaan jalan luar bandar dari Kampung Mat Daling Jerantut hingga ke Kampung Pasir Raja, Dungun sepanjang 52.55 kilometer?

Pentingnya ini kerana ia membawa limpahan atau disebut dengan spillover effect dengan izin Tuan Pengerusi, iaitu ia akan membawa kepada kemajuan yang akan menghubungkan dua kampung di Dungun dan juga di Jerantut.

Keempat, bagaimanakah kementerian dapat memberikan perhatian kepada impak pembangunan luar bandar dari limpahan kesan stesen ECRL di Bukit Bauk, Dungun? Apakah ada jangkaan pertumbuhan ekonomi rakyat tempatan yang mungkin dirangka oleh kementerian apabila adanya ECRL di Bukit Bauk dari segi stesen penggunaannya.

final • 6:41 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Seterusnya ialah Butiran 020700 – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah

(KETENGAH) yang kita lihat dari segi pembangunan ekonomi dan sosial yang meliputi pendalaman daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu. Soalan saya, apakah yang telah dibangunkan, kepentingan pembangunan ekonomi dan sosial secara khususnya di Dungun dalam kawasan pentadbiran KETENGAH ini? Kedua, berapakah jumlah kawasan perumahan yang baharu yang telah dibina oleh KETENGAH di Dungun?

Seterusnya, berkait dengan Butiran 030500 – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Pertamanya, apakah perancangan RISDA dalam menangani isu hasil getah yang semakin berkurangan ekoran penyakit luruhan daun pokok getah yang berlaku sejak dua tahun lalu di sesetengah tempat? Kedua, apakah usaha RISDA dalam mengatasi masalah pendapatan golongan penoreh getah yang berhadapan dengan isu harga komoditi itu yang tidak stabil sejak kebelakangan ini?

Seterusnya ialah Butiran 040100 – Komuniti Desa. Saya mohon supaya program- program yang melibatkan kepentingan dari pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dapat berjalan dengan efektif dengan membanyakkan kursus-kursus dan juga program-program pentadbiran untuk memudahkan urusan di peringkat kampung yang memungkinkan dapat dilaksanakan pembangunan dan keselamatan berasaskan kepada kepentingan butiran ini iaitu pembangunan bagi komuniti desa. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 6:41 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis bersidang semula sebagai Majlis Mesyuarat.

[Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 6:41 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Bentara. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan dan akan disambung semula pada hari esok, hari Khamis, 2 Disember 2021. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

final • 6:41 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.45 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026