Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****]
[Beaufort] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan kelebihan inisiatif baharu MyDaftar OKU yang dilancarkan baru-baru ini dan adakah inisiatif ini dapat menyumbang kepada peningkatan pendaftaran OKU di Malaysia.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, MyDaftar OKU merupakan inisiatif kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam meningkatkan pendaftaran OKU di Malaysia. Ini selari dengan Teras Strategik 8 Pelan Tindakan OKU 2016-2022 yang menggariskan tentang mewujudkan pangkalan data OKU dan sistem maklumat yang komprehensif.
Sehingga 31 Oktober 2021, terdapat seramai 583,427 orang OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Walau bagaimanapun, jumlah OKU yang berdaftar ini masih kecil berbanding anggaran yang dibuat oleh World Health Organization
(WHO) iaitu sekurang-kurangnya sebanyak 15 peratus populasi negara adalah terdiri daripada golongan OKU atau 4.8 juta populasi OKU di negara ini. Sistem ini dirangka dengan strategi untuk memastikan kesaksamaan dan peluang kepada orang OKU bagi penyertaan penuh golongan ini ke dalam masyarakat.
Semenjak MyDaftar OKU ini dilancarkan pada 27 Oktober 2021, sejumlah 4,932 permohonan baharu sedang disantuni oleh JKM. Ini bermakna, 4,932 orang OKU ini juga akan mendapat kad OKU secara digital. Pengendalian permohonan pendaftaran OKU secara talian ini akan memudahkan OKU seperti:
(i) tidak memerlukan pengisian borang secara manual; dan
(ii) pengisian borang permohonan pendaftaran OKU dan pengesahan ketidakupayaan oleh pakar, pegawai pengamal perubatan secara dalam talian sahaja dengan menggunakan sistem makluman orang OKU kurang upaya.
Ia akan lebih cakna OKU kerana OKU tidak perlu hadir secara fizikal ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah. Kad OKU dapat diperolehi dengan cepat dalam tempoh 24 jam melalui dalam talian selepas diluluskan tanpa menunggu penghantaran secara fizikal seperti yang dipraktikkan sebelum ini. Ia lebih mesra OKU kerana boleh disimpan dalam telefon sahaja dan ia juga memudahkan ketersampaian OKU kepada semua kemudahan yang menggunakan aplikasi kod QR.
Kementerian optimis pelaksanaan inisiatif Mydaftar OKU ini dapat dilaksanakan sebagai salah satu quick win yang berimpak tinggi dan akan menyumbang kepada
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
peningkatan pendaftaran OKU di Malaysia berdasarkan kepada kita mahukan sistem perekodan maklumat OKU yang lebih baik di samping meningkatkan kadar pendaftaran OKU di seluruh negara dengan pencapaian yang mudah kepada pendaftaran. Dalam pada masa yang sama lebih ramai OKU mendapat manfaat inisiatif yang disediakan oleh kerajaan.
Ia juga akan membuka ruang kepada OKU untuk berdikari dengan penyertaan dalam sektor awam dan swasta melalui pendaftaran MyDaftar OKU dan juga ia dapat mengatasi kehilangan kad OKU. Mendepani era endemik yang tidak terjangkau cabarannya, pendaftaran golongan OKU menerusi platform MyDaftar OKU ini amat penting bagi kementerian untuk merencanakan resolusi terbaik secara holistik yang boleh menambahbaikkan urus tadbir kerajaan dari sudut penggubalan dasar dan polisi yang mesra dan peka OKU.
Kementerian mengharapkan agar inisiatif ini mampu menginspirasikan sebuah komuniti OKU Keluarga Malaysia yang lebih berkredibiliti selari dengan tiga prinsip utama yang menjadi tunggak kepada kerajaan Keluarga Malaysia pada hari ini iaitu “Makmur, Inklusif dan Mampan” dan yang penting tiada yang ketinggalan daripada mendapat segala manfaat yang disediakan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sila Yang Berhormat Beufort soalan tambahan pertama, 30 saat.
Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan tahniah saya ucapkan di atas usaha untuk mempertingkatkan lagi pendaftaran OKU dalam negara kita. Saya faham JKM berperanan penting dalam memperkasakan OKU di negara ini dan saya mengucapkan syabas. Soalan tambahan saya ialah saya ingin tahu langkah-langkah tindakan peranan JKM dalam meningkatkan lagi advokasi dan kefahaman masyarakat mengenai OKU dan sejauh mana perkembangan teknologi digital dapat memanfaatkan perkara ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Beaufort, sila Yang Berhormat Menteri, dua minit 30 saat.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Terima kasih Yang Berhormat Beaufort atas soalan dan sikap yang begitu prihatin kepada golongan OKU ini. Kementerian melalui JKM sentiasa mengambil langkah proaktif ke arah meningkatkan kefahaman dan juga penerimaan masyarakat terhadap OKU.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Kita juga telah melaksanakan program disability equality training (DET) dan disability-related services training bagi kita hendak memastikan bahawa golongan masyarakat ini dan keluarga kepada OKU peka. Juga, program ini diadakan secara berterusan. Ia dilaksanakan supaya masyarakat ini faham keperluan dan kehendak OKU dan dalam masa yang sama juga, kita hendak mengadakan supaya ada proses penyertaan untuk mempelajari tentang ketidakupayaan daripada perspektif modus sosial.
Dalam masa yang sama, kita tahu bahawa dalam keadaan ini, advokasi itu sangat penting dan di sinilah kita mengharapkan agar semua daripada kita untuk bersama-sama.
Kerana itu, banyak program yang telah dilaksanakan.
Bagi tempoh 2006 sehingga 2020, JKM telah melatih ramai OKU sebagai jurulatih DET sepenuh masa dan 22 orang juga adalah daripada pegawai kebajikan masyarakat.
Manakala ia telah dijalankan supaya memberi kesedaran kepada masyarakat supaya dapat menerima dan juga untuk kita bersama-sama dalam satu Keluarga Malaysia termasuk juga golongan OKU. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan kedua. Saya jemput Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Apakah kerajaan sedar banyak bangunan di negara ini tidak mesra kepada OKU dan lebih-lebih lagi adalah
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
bangunan-bangunan kerajaan sendiri? Jadi, apa yang dibuat oleh kementerian untuk menyelesaikan perkara ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila, Yang Berhormat Menteri. Dua minit 30 saat.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun
Terima kasih, Yang Berhormat Ipoh Barat.
Kita menyedari masih lagi ada keperluan supaya bangunan-bangunan kerajaan khususnya ini adalah lebih mesra OKU. Oleh kerana itu, kami di kementerian tidak pernah berputus asa supaya kita hendak menyediakannya. Ini bukan sahaja di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tetapi ia merentasi kementerian.
Oleh kerana itu, dalam setiap pembangunan ataupun dalam setiap perbincangan tentang berkenaan dengan, contohnya JKR ataupun kementerian-kementerian lain, dalam membentuk ataupun hendak membangunkan atau mendirikan sesebuah bangunan ataupun― bukan sahaja bangunan. Kita hendak kena ada bandar mesra OKU, bandar mesra warga emas dan sebagainya yang sentiasa diusahakan oleh pihak kementerian kepada pihak yang berkaitan supaya ia diambil kira dalam setiap program pembangunan supaya bangunan-bangunan itu hendaklah mesra OKU.
Kita faham, kita ambil maklum tentang cadangan Yang Berhormat. Kami di kementerian akan terus berusaha dan saya perlukan sokongan daripada semua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
2. Tuan Cha Kee Chin [Rasah] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan apakah inisiatif Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk membantu golongan B40 yang terkesan akibat pandemik COVID-19 untuk memulakan semula perniagaan mereka sebaik sahaja sektor ekonomi mula dibuka dan dari segi apakah Bajet 2022 boleh memanfaatkan golongan ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin buka pelitup muka.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Boleh, dibenarkan.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat yang bertanya, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mengambil langkah ke hadapan bagi menyokong usaha dan inisiatif kerajaan untuk memudah cara serta membantu pendaftaran perniagaan.
SSM sentiasa komited untuk membantu masyarakat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 melalui pengenalan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang telah dilancarkan pada 23 Disember 2020 selaras dengan agenda Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang diperkenalkan oleh kerajaan.
SPPP diwujudkan bertujuan untuk membantu golongan B40 yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19 bagi membantu kelangsungan hidup golongan ini dengan menceburi bidang perniagaan di samping menjana sumber pendapatan alternatif kepada penggajian terutamanya apabila hilang pekerjaan.
Skim ini turut memberikan tumpuan kepada pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi untuk mendaftarkan perniagaan dan memudah cara mereka untuk menerokai bidang perniagaan yang berpotensi untuk menjana pendapatan melalui pengecualian fi pendaftaran.
Justeru itu, skim ini melayakkan golongan B40 serta pelajar sepenuh masa ini untuk menceburi bidang perniagaan secara sah di sisi undang-undang dan melayakkan mereka untuk memohon bantuan-bantuan melalui inisiatif yang dicadangkan oleh kerajaan dalam Bajet 2022.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Berdasarkan rekod SSM, sebanyak 21,397 permohonan SPPP telah didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 31 Oktober 2021. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 15,053 permohonan adalah daripada golongan B40 dan 6,344 permohonan diterima daripada pelajar institusi pengajian tinggi sepenuh masa. Manakala sebanyak 21,107 perniagaan milikan tunggal dan 290 perniagaan perkongsian telah didaftarkan melalui SPPP dalam tempoh tersebut.
Terakhir, SMM masih lagi membuka peluang serta menyasarkan lebih 100,000 pendaftaran baharu melalui skim ini untuk merancakkan lagi Fasa Pemulihan Ekonomi Negara akibat daripada kemelesetan pendapatan yang terjejas akibat pandemik COVID- 19 yang dirancang oleh kerajaan di dalam Bajet 2022.
Skim ini diharap dapat memanfaatkan golongan B40 dan juga pelajar sepenuh masa di IPTA, IPTS, politeknik, kolej, institut kemahiran dan pusat kemahiran di dalam negara untuk mendaftarkan perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 tanpa dikenakan fi bagi pendaftaran baharu serta maklumat perniagaan.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat. Sila, Yang Berhormat Rasah soalan tambahan pertama, 30 saat.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri atas jawapan tadi. Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Saya anggap pelaksanaan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin
(SPPP) tersebut satu skim yang patut diberikan galakan supaya ia boleh reach out kepada lebih ramai.
Saya hendak tanya. Tadi Yang Berhormat Menteri dalam jawapan ada mengatakan setakat 10 bulan pertama, sebanyak 21,397 permohonan sudah diterima sama ada daripada pelajar sepenuh masa ataupun B40. Jadi, apakah perancangan daripada kementerian untuk SPPP ini reach out lebih ramai pada tahun depan selaras dengan Bajet 2022? Juga, berkenaan dengan reach out ini, apakah ada program khusus untuk SPPP dan juga libat urus yang berkaitan di setiap negeri ataupun sebolehnya di setiap kawasan Parlimen untuk membolehkan lebih ramai golongan sasar mendapat maklumat yang tepat berkaitan dengan SPPP ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Sila, Yang Berhormat Menteri. Dua minit 30 saat.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Rasah.
Tuan Yang di-Pertua, SPPP ini diperkenalkan sebagai pemudah cara bagi usahawan dan bakal usahawan untuk mendaftarkan perniagaan sekali gus dan membantu mereka menerokai dan bergerak ke arah digitalisasi kerana ini adalah kaedah baharu untuk kita mara ke depan dalam dunia perniagaan.
Jadi, sebagai galakan kepada orang ramai untuk menceburi bidang perniagaan dan memanfaatkan SPPP ini, termasuk juga 21,000 lebih yang disebut tadi, pada tahun ini SSM telah melancarkan Kempen “Usahawan Bijak, Usahawan Berdaftar” bagi memberi kesedaran dan galakan kepada bakal usahawan untuk mendaftarkan perniagaan mereka serta memperkenalkan kemudahan dan inisiatif yang disediakan oleh SSM.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Kalau tidak berdaftar, maka mereka tidak mendapat bantuan dan insentif-insentif yang disediakan. Sebagai galakan kepada orang ramai juga yang menceburi bidang perniagaan dan manfaatkan SPPP ini, SSM juga telah melaksanakan pendekatan proaktif melalui penganjuran Program Bimbingan Usahawan 2021 yang akan diteruskan pada tahun 2022, tahun hadapan.
Program ini bermatlamat untuk memberi pendedahan mengenai amalan perniagaan yang beretika kepada golongan sasaran dan membantu mereka meningkatkan taraf ekonomi kendiri melalui aktiviti perniagaan dan memperkenalkan mereka kepada pemasaran digital serta pengurusan perniagaan dan kewangan yang baik.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Banyak cirinya untuk kita membangunkan komuniti perniagaan yang lebih beretika. Pada tahun hadapan Yang Berhormat, SSM juga akan meneruskan program usahawan muda. Ini usahawan muda bukan untuk parti MUDA sahajalah, dia usahawan untuk golongan usia muda bagi memberi pendedahan serta galakan kepada pelajar dan belia untuk menceburi bidang perniagaan serta membantu melahirkan lebih ramai usahawan muda yang kompetitif dan berdaya saing.
Jadi, program ini akan diadakan dengan kolaborasi bersama institusi pengajian tinggi dan persatuan belia negeri. Untuk negeri ini Tuan Yang di-Pertua, SSM ini berada di seluruh negara kita, di cawangan seluruh negeri, pusat-pusat khidmat SSM ini berada.
Di negeri-negeri yang besar seperti Sarawak ada tiga buah cawangan SSM, di Sabah ada dua, di Pahang ada dua dan di Pulau Langkawi pun ada. Di mana-mana yang kita nampak ada keperluan untuk kita memberi kemudahan bagi memudah cara perniagaan ini, SSM akan sediakan.
Selain itu juga memang ada secara online. Jadi, tidak boleh dikatakan aduan ataupun no excuse- lah kata orang kalau kata payah nak dapat kemudahan ini, kalau hendak mendaftarkan. Jadi, itulah yang SSM memberi kepada golongan yang hendak menceburi diri dalam bidang perniagaan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan kedua, saya beri peluang kepada Yang Berhormat Pasir Mas- 30 saat ya.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya mengikuti jawapan Yang Berhormat Menteri tadi dan saya memetik kenyataan Yang Berhormat Menteri pada tahun lepas berhubung antara inisiatif SSM untuk membantu golongan usahawan ialah menaikkan nilai ambang semasa keberhutangan mengikut seksyen 466, Akta Syarikat 2016 daripada RM10, ribu ke RM50 ribu sehingga 31 Disember 2020. Saya membaca kenyataan daripada SSM bahawa dijangka ia akan memberikan manfaat kepada ribuan syarikat dari tempoh enam bulan iaitu berakhir Jun 2021.
Soalan saya Yang Berhormat Menteri ialah, setakat mana usaha ataupun inisiatif menaikkan nilai keberhutangan itu telah membantu syarikat-syarikat yang terpaksa gulung tikar tetapi mereka tidak menggulung tikar kerana inisiatif yang dibuat, yang dinaikkan nilai ambang oleh kerajaan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Menteri.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Terima kasih Yang Berhormat. Soalan yang sangat baik ini untuk SSM ataupun kementerian ini berkongsi maklumat dengan rakyat dan golongan ataupun komuniti perniagaan. Sebenarnya, saya tidak ada angka yang tepat. Angka yang tepat itu ialah berapa yang kita dapat selamatkan. Mungkin saya mohon nak bagi secara bertulis tetapi saya ingin memberi pencerahan juga kepada Dewan ini.
Nilai ambang ini, pada masa itu kita tetapkan pada tempoh. Sekarang kita dah putuskan, ini akan berterusan. Tak ada tempoh lagi. Ini sangat membantu golongan yang terkesan ini. Tak ada tempoh lagi, kita teruskan. Dulu kita tempohkan, jadi sekarang tak ada tempoh lagi. Kita teruskan sebab SSM dan KPDNHEP melihat ini adalah salah satunya cara untuk membantu golongan peniaga kita. Terima kasih.
3. Tuan Che Alias bin Hamid [Kemaman] minta Menteri Tenaga dan Sumber Asli menyatakan, usaha yang dilakukan oleh kementerian bagi memastikan Harimau Malaya yang menjadi spesies ikonik negara tidak pupus.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Saya mewakili Yang Berhormat Menteri oleh sebab Yang Berhormat Menteri masih terkena penyakit COVID-19. Saya dimaklumkan bahawa saya mengambil alih tugasan untuk menjawab perkara yang amat penting ini pada pagi ini. Mohon izin.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, saya izinkan.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tuan Yang di-Pertua, Harimau Malaya sememangnya diancam kepupusan kerana data menunjukkan populasi berada pada tahap yang sangat membimbangkan. Berdasarkan kepada survei harimau, pertama- the first national tiger survey yang telah dilaksanakan mulai tahun 2016 hingga 2020, itu zaman saya yang memulakan ini, Yang Berhormat.
Anggaran populasi Harimau Malaya terkini adalah kurang daripada, saya ulangi, kurang daripada 200 ekor. Pada bilangan ini, Malaysia dijangka akan kehilangan spesies Harimau Malaya dalam tempoh lima hingga 10 tahun sekiranya tindakan drastik- extraordinary action tidak diambil dengan segera.
Menyedari akan hal ini, Jemaah Menteri pada 16 Jun 2021 telah bersetuju dengan sembilan tindakan strategik konservasi Harimau Malaya bagi tempoh 10 tahun bermula dengan tahun 2021 hingga tahun 2023 melalui tiga pendekatan berikut:
(i) mengukuhkan usaha untuk menghentikan penurunan populasi Harimau Malaya melalui rondaan, penguatkuasaan dan pengawalan boots on the ground, serta pemeliharaan dan pemuliharaan habitat semula jadi Harimau Malaya;
(ii) meningkatkan tadbir urus baik dan keberkesanan dalam melaksanakan konservasi Harimau Malaya melalui penubuhan Pasukan Petugas Kebangsaan Bagi Konservasi Harimau Malaya- National Tiger Conversation Task Force. Unit Konservasi Harimau Malaya di bawah Jabatan Perhilitan, Biro Jenayah Hidupan Liar di bawah Polis Diraja Malaysia dan pengukuhan Makmal Forensik Hidupan Liar Kebangsaan sebagai the center of excellence bagi konservasi ex-situ Harimau Malaya;
(iii) memperkasakan inisiatif bagi memastikan kelangsungan hidup Harimau Malaya melalui penyediaan instrumen kewangan inovatif dan skim akreditasi habitat Harimau Malaya; Menjadi harapan agar tindakan-tindakan strategik ini dapat memberi keberhasilan yang signifikan dalam memastikan kelangsungan hidup Harimau Malaya.
Tuan Yang di-Pertua, makluman berhubung dengan sembilan tindakan strategik ini begitu panjang sekali. Saya berjanji akan memberi jawapan ini secara bertulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Kemaman, soalan tambahan pertama.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberi. Menyedari tentang pentingnya menjaga kepentingan Harimau Malaya ini bagi memastikan ia tidak pupus, ia juga menimbulkan konflik di antara manusia dengan haiwan tersebut.
Jadi soalan saya, bagaimanakah untuk menangani masalah konflik antara manusia dan harimau ini? Apa yang rakyat perlu lakukan apabila berlakunya situasi harimau, sama ada masuk ke kampung ataupun ke kawasan penempatan awam kerana kita perlu melindungi nyawa manusia dan dalam masa yang sama, kita perlu memelihara hidupan liar yang kian pupus itu. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya yang bermasalah ialah manusia, Yang Berhormat yang membuat masalah ini berlaku kerananya habitat harimau ini ialah hutan rimba belantara tetapi kita dah lesen untuk tebang, tebas hutan dan sebagainya. Jadi, makanya pengecilan hutan rimba ini telah mendatangkan- makanya harimau ini akan keluar daripada habitatnya,
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
bertembung dengan manusia dan manusia encroach, dengan izin, kepada kediaman harimau.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Seekor harimau, binatang yang berbadan besar seperti gajah, tapir, harimau ini mempunyai roaming area dengan izin Tuan Yang di-Pertua, yang luas. Perlu roaming area yang luas, itu yang pertama. Keduanya, source of food kepada binatang ini perlu dijaga supaya tidak kepupusan. Sebagaimana yang kita ketahui, jenis rusa Sambar Deer yang berada di Semenanjung jadi makanan pertama harimau. Ini juga berhadapan dengan satu penurunan jumlah dan ini juga di hunting oleh pihak manusia. Jadi berkurangan, diburu oleh pihak manusia untuk makanan.
Jadi di situ letaknya pertembungan ini. Jadi sebenarnya kalau kita boleh berhentikan daripada menebang, menebas, berhentikan menggunakan– membalak pokok-pokok dan sebagainya, konservasi hutan kita diperluaskan, the Central Forest Spine, fragmented forest itu kita sambung-sambungkan semuanya. Jadi kita memperbesarkan ruang tempat roaming area untuk tiger ini.
Insya-Allah dia tidak akan masuk ke tempat manusia. Jadi yang kedua, apabila berjumpa dengan tiger ini, keluar masuk ke kampung, jangan ambil senapang, pedang sendiri. Berhubung dengan pihak PERHILITAN untuk bantuan. Mereka mempunyai kepakaran dan kebolehan untuk menangani masalah ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan kedua.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
[Bangun]
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan yang kedua saya jemput Yang Berhormat Tampin.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita dapati bahawa hasil daripada jawapan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri bahawa ada usaha-usaha untuk memelihara keselamatan khususnya Harimau Malaya dan ia adalah satu daripada produk asli bagi negara dan sekiranya tidak dijaga dengan baik, ia akan menyebabkan sumber asli ini akan terhapus. Persoalan saya, sejauh mana kementerian telah mempatenkan sumber asli ini bagi khazanah negara? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Sila Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertamanya, sekarang kementerian mewujudkan kerjasama di antara zoo-zoo dan pihak luaran, pihak universiti dan sebagainya supaya kelangsungan hidup Harimau Malaya ini boleh kita panjangkan. Kerjasama ini ialah melibatkan apabila harimau ini boleh disimpan di negara-negara lain, di Amerika, di Singapura dan sebagainya. Macam mana kita buat tapir dulu, kita berjaya dalam sudut tapir ini. Jadi kita hendak buat sama macam ini.
Kedua ialah membuat research yang terperinci, macam mana kita boleh inbreeding kan tiger ini dalam bukan saja di tempat yang wild tetapi juga di tempat yang kita jaga, tempat jagaan kita sendiri.
Kita juga mewujudkan satu conservation centre, dirancang National Tiger Conservation Center. Pusat konservasi ini tujuannya ialah untuk kalau mana-mana tiger yang dijumpai, contohnya masuk ke kampung, kita bawa ke situ dan kita cuba hendak interbreeding di dalam konservasi area ini dan selepas itu kita kenal pasti di mana anak- anak itu nanti boleh kita lepaskan semula.
Kita mempertingkatkan teknologi kita untuk membuat research supaya breeding itu boleh kita buat sama ada secara natural atau insemination. Ini sudah kita kaji. Kita belajar daripada kepupusan kita punya badak dulu. Apabila kita meminta bantuan
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
daripada negara-negara lain, rakan yang terdekat kita pun tidak mampu bantu kita. Jadi kita kena memperkasakan kebolehan kita sendiri, dalaman dalam sudut ini.
Dalam masa lima tahun, enam tahun ini kita mesti bekerja kuat untuk menghasilkan pengeluaran pembiakan-pembiakan anak-anak harimau ini dalam kandang ataupun dalam itu sebelum kita keluarkan mereka ini dekat wild. Akan tetapi dalam masa yang sama saya peringatkan lagi sekali, kita jangan lagi menebang hutang. Jangan tebang hutan lagi, jangan itu lagi, kita cuba kan, Central Forest Spine kita itu kena sambunglah supaya roaming area tiger ini cukup.
Jangan hunt lagi dan moratorium kepada pemburuan rusa ini sambungkan, yang telah tamat pada bulan November ini, 2021 ini tamat, kita sambung moratorium dia.
Jangan buru rusa ini kerana rusa lah hasil makanan, sumber makanan harimau ini yang utama. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Masa sudah cukup. Ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab Menteri pada hari ini. Sila.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
1. Tuan Anyi Ngau [Baram] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan rancangan penyelenggaraan jalan tanah/batu yang tidak diselenggarakan di bawah MARRIS terutamanya di kawasan pedalaman.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II - Datuk Haji Hasbi bin Habibollah
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Baram yang bertanya.
Untuk makluman Yang Berhormat, program jalan luar bandar dan program- program infrastruktur lain yang dilaksanakan oleh kementerian ini adalah terhad untuk skop pembinaan dan menaik taraf infrastruktur. Selepas siap, projek-projek ini akan diserahkan kepada kerajaan negeri dan mereka bertanggungjawab untuk mendaftarkan projek-projek tersebut di bawah MARRIS untuk tujuan penyelenggaraan berterusan.
Kementerian ini juga tiada peruntukan khusus atau tabung khusus bagi penyelenggaraan jalan tanah ataupun yang berbatu yang tidak diselenggarakan di bawah MARRIS terutamanya di kawasan pedalaman. Walau bagaimanapun Yang Berhormat boleh mengemukakan permohonan menaik taraf jalan-jalan tanah berbatu termasuk jalan- jalan bekas balak di Sarawak khususnya kepada kementerian melalui Unit Perancang Ekonomi Sarawak untuk diangkat sebagai projek baharu di bawah rolling plan berikutnya.
Walau bagaimanapun pelaksanaan projek tersebut adalah tertakluk kepada kelulusan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan kedudukan semasa kewangan kerajaan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila soalan tambahan pertama Yang Berhormat Baram.
Tuan Anyi Ngau - Baram
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang telah diberi. Persoalan tambahan saya ialah saban tahun pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar meluluskan beberapa projek di bawah peruntukan jalan perhubungan desa (JPD).
Namun, jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri mengatakan bahawa projek ini setelah disiapkan tidak ada duit untuk dimaintained. Jadi saya hendak cadangkan ataupun saya hendak tanya dengan pihak kementerian sama ada pihak kementerian sanggup tidak sebab rakyat yang menggunakan jalan ini, jalan balak ini pun, di kawasan pedalaman.
Tuan Anyi Ngau - Baram
Saya mohon dan saya rasa menjadi tanggungjawab kementerian untuk menentukan supaya wujudkan satu tabung khas untuk penyelenggaraan jalan-jalan ini lebih-lebih lagi sebab kalau kita menggunakan SOP yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, sudah pasti ini akan memakan masa yang lama. Ini, saya rasa kita tidak bertindak adil kepada rakyat kita yang di kawasan luar bandar. Mohon untuk jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Baram. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Haji Hasbi bin Habibollah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Baram. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan pada masa ini ada mempunyai mekanisme pemberian penyelenggaraan jalan negeri melalui pemberian MARRIS iaitu Malaysian Roads Record Inventory System. Peruntukan MARRIS adalah satu pemberian atau peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan kepada pihak berkuasa atau kerajaan berdasarkan peruntukan Perkara 109(1)(b) Perlembagaan Persekutuan dan dikira mengikut peruntukan Bahagian 2 Jadual Kesepuluh, Perlembagaan Persekutuan. Ini bertujuan untuk membantu kerajaan negeri menyelenggarakan jalan-jalan negeri, jalan raya bandaran, jalan kawasan perumahan kos rendah, lorong belakang, jalan kampung, jalan pertanian dan jalan pulau pelancongan.
Datuk Haji Hasbi bin Habibollah
Bagi melayakkan negeri-negeri menerima peruntukan MARRIS, jalan-jalan di negeri masing-masing perlu didaftarkan di dalam sistem MARRIS online. Setakat ini kerajaan tidak berhasrat mewujudkan satu tabung khas penyelenggaraan jalan luar bandar untuk mengelakkan pertindihan skop dan fungsi dengan pemberi MARRIS di bawah Kementerian Kewangan.
Bagaimanapun sekiranya terdapat keperluan mendesak untuk membaik pulih jalan tanah atau jalan berbatu, permohonan boleh dikemukakan kepada kementerian ini untuk tujuan siasatan. Sekiranya menepati skop, jalan-jalan tersebut boleh dipertimbangkan untuk dibaik pulih tertakluk kepada peruntukan yang diluluskan.
Selepas kerja-kerja membaik pulih disempurnakan, maka jalan tersebut hendaklah diserahkan kepada pejabat daerah atau pihak berkuasa tempatan. Seterusnya, didaftarkan di bawah MARRIS, untuk tujuan penyelenggaraan pada masa hadapan. Jadi, ini termasuklah jalan-jalan balak yang bekas-bekas jalan balak yang sudah diabandoned dengan izin.
Saya juga menyarankan Yang Berhormat dan bukan hanya Baram sahaja, banyak kawasan lain juga di Sarawak termasuk tempat saya sendiri, jalan-jalan yang sudah tidak punya tuan lagi. Dahulunya jalan balak diabandoned dan kita mengambil usaha bagaimana kita untuk mendaftarkan jalan ini berunding dengan pihak negeri, dengan agensi khususnya JKR dan sebagainya.
Jadi kita daftarkan jalan ini untuk mendapat peruntukan bagi penyelenggaraan jalan-jalan ini. Kalau kita tidak ada daftarkan yang sepatutnya pendaftaran ini dibuat dalam tahun semasa. Apa-apa jalan baharu, jalan yang sedia ada, yang kita hendak mendapatkan peruntukan negeri, peruntukan maintenance dari Persekutuan. Itu caranya.
Jadi saya berharap kita dan kawasan kita termasuk kawasan saya juga, kita mengumpulkan jalan-jalan mana yang ada ini, kita bawa kepada JKR sebagai agensi yang evaluate sama ada ianya layak atau tidak untuk dikemukakan kepada Persekutuan pada sebelum setiap hujung tahun didaftarkan dalam MARRIS. Insya-Allah, bolehlah kita mendapatkan peruntukan untuk penyelenggaraan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Yang Berhormat Papar minta laluan.
Papar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya bagi laluan dahulu kepada Ketua Pembangkang. Sila.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya terpanggil untuk mengulas. Pertamanya, jawapan Timbalan Menteri mengenai lori dan jalan balak tadi. Sepatutnya jawapannya adalah memastikan syarikat- syarikat balak yang mengaut keuntungan berbilion-bilion ringgit dipertanggungjawabkan jaga jalan-jalan itu. Bukan jawab kata sudah lepas, bukan tanggungjawab dia. Jalan yang bukan jalan balak yang syarikat berkenaan pun dirosakkan. Ke Sarawak, ke Sabah, itu kedudukannya, itu yang pertama.
Apa yang berkait dengan MARRIS ini, kita tahu ini urusan kerajaan negeri, betul.
Akan tetapi, seperti yang dibangkitkan semalam oleh Ahli Yang Berhormat Johor Bahru di hadapan Tuan Yang di-Pertua bahawa jalan MARRIS ini diselenggarakan oleh syarikat- syarikat yang tidak bertanggungjawab dan menyebabkan ketirisan dan wang RM1 bilion itu tidak sampai ke bawah. Jadi, apakah ini bukan merupakan satu pertanggungjawaban?
Sekurang-kurangnya Kementerian Pembangunan Luar Bandar memantau kedudukan ini. Jangan kata hanya melepas sahaja menyatakan ini tanggungjawab negeri.
Ya, tetapi Kementerian Pembangunan Luar Bandar terpaksa kenal pasti jalan di bawah tanggungjawab kementerian dan isu luar bandar.
Jadi saya ingin tegaskan, pemantauan itu walaupun dilakukan juga oleh Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pembangunan Luar Bandar tidak boleh bercakap dan menjawab lepas tangan termasuk mengenai lori-lori dan syarikat balak tadi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ada pertanyaan?
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Soalan itu, minta penjelasan daripada Timbalan Menteri.
Datuk Haji Hasbi bin Habibollah
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Timbalan Menteri.
Datuk Haji Hasbi bin Habibollah
Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson.
Pertama sekali yang dibangkit oleh tentang jalan balak. Dalam jawapan saya ialah jalan balak yang diabandoned, yang sudah tidak punya tuan lagi. Ini yang kita hendak minta dikumpulkan menjadi jalan negeri.
Ini pun kita harus daftarkan dan jalan yang sedia dipakai oleh balak sekarang ini mereka memang maintain. Kalau dia tidak maintain, dia sendiri pun tidak boleh jalan. Dia sendiri tidak boleh pakai.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Sebelum diabandoned, pastikan pantau, jangan jawab bagi pihak syarikat balak.
Datuk Haji Hasbi bin Habibollah
Bukan, kita tidak jawab untuk syarikat balak.
Jalan ini yang sedia ada yang dipakai, mereka memang tetap. Mesti repair. Kalau dia tidak repair, dia sendiri pun tidak boleh pakai. The same time, rakyat juga di sepanjang jalan ini, di pedalaman, menggunakan jalan ini.
Apa yang kita risau adalah apabila jalan itu sudah tidak ada lagi tuan punya nya.
Ini kita ambil alih. Mereka pun sebenarnya memang banyak membantu kita. Sebelum ini jambatan runtuh dan bukan kita– it is a CSR, sama-sama. Mereka juga mempunyai apa nama, it’s a ses yang di collected daripada mereka, yang digunakan juga untuk me-repair jalan-jalan di luar bandar ini terutamanya jalan-jalan yang digunakan oleh mereka.
Keduanya lagi, ialah tentang MARRIS ini. Peruntukan MARRIS datangnya daripada Kementerian Kewangan kepada negeri masing-masing direct bukannya melalui KPLB. Akan tetapi, yang penting ialah berapa jumlah peruntukan ke negeri masing-masing adalah tanggungjawab negeri untuk memastikan segala jalan, lorong belakang, jalan pertanian, kampung mesti didaftarkan. Itu menjadi tanggungjawab dalam negeri.
Apabila mereka mendaftarkan sebelum 31 Disember setiap tahun, jalan baharu atau jalan yang sudah dinaik taraf mesti disubmit kepada Kementerian Kewangan untuk didaftarkan dan diberi peruntukan mengikut tahap terkini jalan-jalan tersebut. Jadi ianya bukan peruntukan itu dipark di KPLB tetapi di Kementerian Kewangan, direct kepada negeri masing-masing.
Datuk Haji Hasbi bin Habibollah
Jadi, terpulanglah kepada negeri masing-masing menguruskannya dan menggunakan jalan ini untuk me-mantain semua jalan negeri. Jalan Persekutuan tidak risau memang direct daripada Persekutuan yang diberikan kepada JKR ataupun mana- mana agensi yang melaksanakan jalan raya dalam negeri masing-masing. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Yang Berhormat Papar mahu minta soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya ingin teruskan kerana masa sudah panjang saya berikan untuk tajuk ini. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Puan Rusnah binti Aluai, Tangga Batu.
2. Puan Rusnah binti Aluai [Tangga Batu] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan usaha-usaha dan perancangan kementerian untuk menurunkan harga runcit ayam memandangkan harga ayam pada masa kini agak tidak munasabah dan takut membebankan rakyat.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua untuk makluman paras harga ayam secara umumnya dipengaruhi oleh banyak faktor. Antaranya kos input ternakan khususnya komponen makanan yang diimport seperti kacang soya dan jagung yang turut dipengaruhi oleh kadar pertukaran asing serta harga pasaran dunia.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, KPDNHEP secara proaktifnya sentiasa menjalankan perbincangan secara berterusan bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bagi memastikan kestabilan harga ayam supaya ia tidak membebankan pengusaha dan juga pengguna.
Dalam suasana sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan yang sudah dibuka, harga ayam ini turut dipengaruhi keadaan demand and supply. Apabila meningkatnya permintaan daripada pasaran, penawaran masih lagi berada dalam fasa untuk adaptasi kepada permintaan berkenaan. Keadaan ini menyebabkan ketidakseimbangan dalam demand and supply. Oleh itu, KPDNHEP sedang meneliti semua faktor-faktor ini untuk mencari jalan penyelesaian terbaik tanpa menjejaskan kepentingan peniaga dan pengguna melalui beberapa kaedah:
(i) pemeriksaan dan pemantauan menyeluruh lebih 1,000 orang pegawai pemantauan harga serta 2,200 orang pegawai penguat kuasa di peringkat pemborong dan peruncit supaya tiada aktiviti pencatutan harga dan kekal menjalankan perniagaan secara beretika di seluruh negara;
(ii) tindakan pengeluaran notis pengesahan maklumat barangan di bawah seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kepada pengeluar dan pemborong ayam untuk mendapatkan maklumat terperinci berkaitan kenaikan harga ayam di peringkat peruncit;
(iii) pendekatan pengeluaran surat pemberitahuan kepada setiap rantaian peniagaan ayam seperti penternak, pemborong dan peruncit untuk membuat semakan harga barangan dan kos belian bagi mendapatkan margin keuntungan yang lebih munasabah;
(iv) pemeriksaan perniagaan dari aspek pematuhan di bawah seksyen 53(a) kepada peniaga untuk membuktikan kos-kos operasi perniagaan yang telah atau terlibat dalam bentuk dokumen;
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
(v) penubuhan pasukan petugas khas bagi menangani isu kenaikan harga ayam di pasaran secara terus ke kawasan yang terlibat dengan aduan kenaikan harga;
(vi) mengadakan sesi libat urus bersama penternak dan peladang ayam.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Kerajaan sedang meneliti cadangan yang diutarakan. Antaranya kemudahan soft loan kepada golongan ini bagi membantu kos operasi perniagaan di samping menstabilkan harga ayam di pasaran. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Sila soalan tambahan pertama, Yang Berhormat Tangga Batu.
Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Jawapan-jawapan itu memang jawapan-jawapan standard yang selalu kita dengar dari semasa ke semasa. Akan tetapi adakah kementerian mempunyai sasaran jangka masa untuk menyelesaikan isu harga ayam, mengurangkan harganya jika tidak pun dapat mencapai RM5.99 semasa PH?
Kedua, adakah boleh dihasilkan sumber protein yang murah, sedap, asli dan disukai ramai sebagai alternatif kepada ayam? Terima kasih.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Tuan Yang di-Pertua, semua kita hendak penyelesaian yang terbaik ya tetapi kita harus mengetahui ada faktor-faktor yang di luar daripada kawalan kita. Tadi saya terangkan, hampir 100 peratus makanan ayam ini kita terpaksa import daripada negara-negara pengeluarnya dari negara asing.
Di situ juga mereka ini terdedah kepada beberapa faktor yang memberi kesan yang tidak positif juga kepada pengeluarannya. Kesan cuaca yang tidak membantu, ketidakstabilan ekonomi mereka dan sebagainya dan juga persaingan permintaan ini di antara negara-negara yang terbesar. Negara China sekarang, peningkatan permintaan di negara China untuk jagung dan soya ini sangat tinggi.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Dulu bila PH, macam-macam dia orang kata. Sekarang ini macam-macam alasan.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Okey, kalau tidak mahu dengar saya berhenti di sinilah Tuan Yang di-Pertua. Ini penjelasan ya, mengapa bertanya kalau tidak mahu dengar penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Kita pembangkang yang bertanggungjawab. Maka kita tidak ambil kesempatan ya.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Okey.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Unlike you, when you all were the opposition dulu dengan izin, semua ambil kesempatan, semua isu hendak belasah kerajaan...
[Dewan riuh]
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Ini tugas saya untuk buat penjelasan. Tadi Yang Berhormat Tangga Batu bertanya, saya buat penjelasan.
Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
PH dulu pun bagi alasan juga.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Apakah salahnya saya buat penjelasan?
Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
PH dulu bagi alasan juga.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Kalau tidak puas dengan penjelasan, tidak apalah. Okey? Jadi kalau begitu Tuan Yang di-Pertua, saya setakat ini sahajalah. Terima kasih.
Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tumpat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih.
Soalan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bagi memastikan harga barang dapat dikawal serta tidak membebankan rakyat, maka sesi libat urus bersama pihak kepentingan harus dipertingkatkan lagi. Soalan saya mungkin agak lain sedikit daripada soalan asal iaitu apakah langkah yang telah diambil oleh pihak kementerian untuk mengekang kenaikan harga barangan mentah seperti susu, marjerin, tepung dan telur serta lain-lain bahan termasuklah isu yang timbul pada hari ini ialah berkaitan dengan bahan binaan seperti simen dan sebagainya yang sangat tinggi dan membebankan rakyat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Sebenarnya ini di luar daripada ayam tetapi dengan harga barangan keperluan juga saya cuba hendak buat penjelasan. Memang Yang Berhormat, KPDNHEP sentiasa membuat libat urus berkenaan dengan agensi- agensi dan mana-mana pihak yang ada berkaitan dengan produk-produk atau bahan- bahan yang telah disebut tadi. Misalnya di industri pembinaan yang menggunakan besi, simen dan sebagainya. Kita banyak buat libat urus sebab adanya tanggungjawab ini bukan terletak kepada KPDNHEP sahaja.
Kalau besi ini kita seharusnya melibat urus dengan CIDB, kementerian KKR dan sebagainya dan juga yang lain. Cuma yang ada dalam KPDNHEP ini, tepung, gula dan sebagainya, kita sentiasa membuat pemantauan dan sentiasa mencari jalan bagaimana hendak membuat yang terbaik kepada kawalan kenaikan harga ini. Di mana yang ada boleh kita kawal, memang kita kawal tetapi faktor-faktor yang luar daripada kemampuan kita kawal, kita terpaksalah menerimanya.
Cuma saya jamin, semalam pun kita buat dua libat urus dengan agensi dan kementerian yang lain. Petang kelmarin kita buat rundingan libat urus bersama industry players dan juga bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan untuk kita menangani masalah kenaikan harga ayam tadi. Terima kasih.
Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Minta soalan satu, Tumpat.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Boleh soalan tambahan?
Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Yang berkaitan dengan ayam, harga ayam.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Ya berkaitan dengan ayam. Tampin, Tampin.
Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tumpat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ya saya hendak bagi peluang yang sebelah sini pula, kepada Yang Berhormat Pasir Gudang, sila. Kalau boleh sama dengan soalan asal.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya menghormati jawapan Yang Berhormat Menteri tentang harga ayam ini tetapi bersetujukah Yang Berhormat Menteri jika saya katakan pihak kerajaan telah gagal untuk menangani harga ayam ini sebab dah beberapa minggu.
Saya timbulkan soalan yang sama beberapa minggu yang lalu dan menerima baik jawapan Yang Berhormat Menteri, faham itu. Akan tetapi dah sampai Yang Berhormat Tangga Batu pun soal hari ini, nampaknya harga tidak dapat dipulihkan pada yang mampu dibeli oleh rakyat. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Seorang Ahli
Betul, betul.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Menteri.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Yang Berhormat, kita mungkin tidak sampai lagi kepada tahap yang sangat memuaskan tetapi kita buat usaha. Tadi saya jelaskan, ia mungkin terbaik dengan kita membantu pengusaha, penternak, lebih-lebih lagi penternak
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
dalam erti kata menangani masalah kenaikan kos operasi mereka. Ini telah kita majukan kepada Kementerian Kewangan bersama kementerian MAFI tadi ya, kami buat libat urus beberapa minggu sudah.
Jadi kita tunggu daripada Kementerian Kewangan supaya soft loan ini diberi sebab penternak-penternak ini, persatuannya tak nak setuju untuk barang makanan yang diimport itu diberi subsidi sebab itu terlalu narrow kepada hanya harga makanan tetapi kos-kos operasi mereka yang lain sudah meningkat. Mereka juga sekarang berdepan dengan masalah buruh asing yang sudah jauh berkurangan, jadi menjejaskan operasi mereka. Ini juga kita kesan dan kita akan bantu mereka dan banyak lagi faktor-faktor yang lain.
Jadi soft loan itu kalau diberi akan lebih berkesan dengan terbaiknya sebab menurunkan kos operasi mereka dan diharapkan juga itu menjadi pokok pangkalnya nanti penurunan beberapa paras nanti harga di peringkat pemborong dan juga kita harapkan di peringkat peruncit. Akan tetapi kita tidak gagal lagilah Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat kerana memberi cadangan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik, pertanyaan jawab lisan seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan, Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tuan Yang di-Pertua.
Cantik warna pelangi di awan; Ceriakan setiap di alam mega; Bagi membina bangsa usahawan; Mohon dijawab soalan tiga.
3. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan, apa sasaran-sasaran PMKS, kejayaan yang telah dicapai dan apakah tindakan yang dilakukan untuk membantu mereka bagi membina Bangsa Usahawan dan untuk menjadikan negara ini sebagai Negara Keusahawanan.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Tan Sri Noh bin Haji Omar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan sahabat saya Yang Berhormat Pontian yang bijak berpantun. Saya jawab secara bertulis pantun nanti.
[Ketawa] Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) telah pun menggariskan sasaran bagi perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) sehingga tahun 2025 seperti berikut:
(i) sumbangan PMKS kepada KDNK meningkat kepada 45 peratus;
(ii) sumbangan PMKS kepada jumlah eksport meningkat kepada 25 peratus;
(iii) purata pertumbuhan tahunan produktiviti buruh PMKS meningkat kepada 3.5 peratus; dan
(iv) sebanyak 90 peratus PMKS mendigitalkan operasi perniagaan.
Bagi tempoh September 2021 sehingga 31 Oktober 2021, sebanyak 187,690 orang usahawan dan koperasi terjejas telah menerima bantuan pembiayaan termasuk moratorium. Selain itu, sebanyak 2,618 orang usahawan baharu dalam kalangan golongan yang hilang pekerjaan, belia dan graduan telah dilatih bagi menceburi bidang keusahawanan. Manakala sebanyak 7,113 PMKS telah dibantu bagi memperkukuhkan daya tahan perniagaan melalui adaptasi teknologi.
Dalam masa yang sama, selaras dengan aspirasi Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030) dalam membina bangsa usahawan dan menjadikan Malaysia sebagai negara keusahawanan yang unggul, maka beberapa garis panduan dan juga strategi telah pun disusun bagi memantapkan pelaksanaan pendidikan dan kemahiran keusahawanan.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Silakan Yang Berhormat Pontian, soalan tambahan pertama.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tuan Yang di-Pertua, PMKS ini ialah perusahaan mikro kecil sederhana diberitakan ada satu juta jumlahnya. Saya ingin tahu berapa peratusan daripada itu adalah milik bumiputera dan apakah langkah-langkah untuk menambah bilangan PMKS bumiputera?
Bagaimanakah tentang cadangan diadakan subjek keusahawanan daripada Tingkatan 1 sampai Tingkatan 5 atau Tingkatan 6 bagi membina budaya dan ilmu keusahawanan seterusnya boleh membina bangsa keusahawanan dan juga negara berteraskan keusahawanan? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Silakan Yang Berhormat Menteri, satu minit.
Tan Sri Noh bin Haji Omar
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Berdasarkan Bancian Ekonomi 2018 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) terdapat 354,704 atau 39.1 peratus daripada jumlah 907,065 perusahaan merupakan milikan bumiputera. Untuk kita hendak memastikan bahawa kita akan melahirkan budaya bangsa usahawan, maka kita telah pun bermula daripada sekolah.
Kita sedia maklum bahawa di sekolah kita pun telah mengadakan, mewujudkan koperasi yang ada di sekolah ini, boleh katakan begitu banyak koperasi-koperasi telah pun ditubuhkan di sekolah-sekolah dan SKM juga ada memberikan sumbangan kepada koperasi-koperasi untuk diluluskan bantuan 2021. Dalam masa yang sama, cadangan Yang Berhormat mengatakan pendidikan di sekolah keusahawanan yang diajar di sekolah, saya bagi pihak Kementerian Pembangunan Usahawan memang menyokong cadangan ini.
Namun demikian, kita sedia maklum bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun mengadakan elemen-elemen dan juga komponen keusahawanan yang telah sedia ada yang dimasukkan dalam– bawah elemen merentas kurikulum di peringkat sekolah rendah dan juga menengah. Serta di dalam mata pelajaran khusus mengenai keusahawanan di bawah bahagian pendidikan dan juga latihan teknikal vokasional.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan kedua, sila Yang Berhormat Padang Serai.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Mohon penjelasan daripada pihak kementerian – saya ingin kementerian terangkan bagaimana kementerian akan membantu usahawan yang terpaksa gulung tikar disebabkan pandemik COVID-19 untuk bangkit semula. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Silakan Yang Berhormat Menteri, satu minit.
Tan Sri Noh bin Haji Omar
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Kita telah pun mengatur beberapa program. Antaranya kita memberikan bantuan kepada mereka yang terjejas dengan bentuk pinjaman ataupun berbentuk geran. Di mana bantuan ini MEDAC melalui agensi-agensi yang sedia ada.
Kita ada 11 buah agensi di bawah MEDAC, kita telah pun memberikan skim-skim tertentu bagaimana untuk membantu usahawan dan dalam masa yang sama kita juga memberikan moratorium kepada usahawan-usahawan yang terjejas. Dalam masa yang sama juga, kita di MEDAC mengadakan kerjasama di antara pelbagai agensi. Sebagai contoh, kita hendak pastikan 848 buah premis perniagaan di kompleks-kompleks perniagaan UDA seluruh negara ini mesti penuh 100 peratus.
Setakat ini Alhamdulillah, menjelang hujung bulan ini 100 peratus, semua premis- premis perniagaan yang di dalam kompleks UDA ini akan bermula dengan antara– bahawa mana-mana usahawan-usahawan hendak mulakan perniagaan di premis UDA ini
Tan Sri Noh bin Haji Omar
sebagai contoh, mereka boleh– akan diberi pinjaman melalui agensi yang lain seperti TEKUN dan juga Bank Rakyat untuk membantu mereka memulakan perniagaan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya, saya menjemput Tuan Khalid bin Abd Samad, Shah Alam.
4. Tuan Khalid bin Abd Samad [Shah Alam] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah usaha-usaha kerajaan dalam meningkatkan soft skill pekerja ekonomi GIG untuk memastikan tahap pekerjaan dan gaji mereka dapat terus meningkat.
Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M. Saravanan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kepesatan pembangunan teknologi digital, kadar penebusan jalur lebar yang tinggi terutamanya di kawasan bandar dan pemilikan telefon pintar di kalangan penduduk Malaysia telah membuka ruang luas kepada lebih ramai individu untuk membabitkan diri dalam pekerjaan berorientasikan ekonomi gig.
Tambahan pula, kita lihat kadar pengangguran apabila kita mengamalkan PKP pertama dengan pemecatan sebanyak 5.3 peratus. Akan tetapi, dalam masa yang singkat kita dapat mengurangkan kadar pengangguran daripada 5.3 peratus kepada 4.8 peratus.
Walaupun ini satu angka, ramai telah meragui sama ada betul atau tidak. Kebetulannya perubahan ini telah berlaku sebab daripada segi minda golongan belia yang telah menerima perniagaan gig ataupun melibatkan diri dalam sektor gig yang mengurangkan kadar pengangguran.
Pekerjaan ekonomi gig tidak hanya terhad kepada menjadi rider, namun turut terbuka kepada pekerjaan bebas iaitu freelancer dengan izin yang menyediakan perkhidmatan profesional kepada majikan misalnya dalam sektor teknologi maklumat, penjagaan kesihatan, perkhidmatan dalam sektor kewangan dan sebagainya yang berasaskan asas atas permintaan pekerjaan (on demand job) dengan izin Tuan Yang di- Pertua.
Kerajaan menerusi Pembangunan Sumber Manusia Berhad telah melancarkan inisiatif penjana HRDF dengan memperkenalkan lima skim yang terdiri daripada:
(i) place and train;
(ii) B40 development;
(iii) SME Development;
(iv) Industri Revolution 4.0; dan,
(v) Gerak Insan Gemilang (GIG) Skim-skim ini diwujudkan bagi tujuan membantu rakyat bagi mendapatkan penempatan pekerjaan, bekerja sendiri dan menambah serta meningkatkan kemahiran mereka.
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh kepada menambah serta meningkat kemahiran ingin dinyatakan bahawa elemen soft skills dengan izin ataupun kemahiran insaniah turut diberi penekanan. Kerajaan sedar bahawa kemahiran insaniah adalah amat penting dan merupakan nilai tambah dalam meningkatkan kebolehpasaran kebolehupayaan seseorang individu agar mempunyai daya saing dalam pasaran buruh yang semakan kompetitif.
Setakat 25 Oktober 2021, Pembangunan Sumber Manusia telah meluluskan sebanyak 85,527 orang pelatih bagi mengikuti skim-skim yang melibatkan penempatan pekerjaan dan pekerjaan kendiri ini. Berdasarkan kepada jumlah pelatih tersebut, bagi skim gig seramai 34,592 orang pelatih telah diluluskan bagi mengikuti program latihan kemahiran yang membolehkan mereka untuk bekerja serta menjana pendapatan sendiri.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Sila, soalan tambahan Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Baik, saya ucapan terima kasih pada Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan. Kita semua memahami bahawa gig ekonomi ini merupakan satu fenomena yang baharu yang– soal perundingan syarat- syarat pekerjaan, benefit untuk pekerja dan sebagainya adalah banyak ditetapkan oleh majikan it is dengan izin very one-sided negotiation.
Maka, apa yang perlu ialah kerajaan mesti memberikan pelindungan yang sewajarnya kepada pekerja-pekerja yang terlibat dalam gig ekonomi ini supaya mereka akan terlindung semasa sekarang dan juga pada masa akan datang.
So, dalam soal itu, persoalan hendak takrifkan pekerja-pekerja gig ini di bawah ordinan Akta 265 Ordinan Buruh adalah amat penting. Adakah ada apa-apa perancangan untuk takrifkan pekerja yang terlibat dalam ekonomi gig ini di bawah akta yang sedemikian untuk memberikan perlindungan kepada mereka. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Sila Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri M. Saravanan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat atas keprihatinan terhadap pekerja gig. Tuan Yang di-Pertua, kebetulannya dalam keadaan MCO 1, MCO 2 dan MCO 3. Pekerja gig ini telah memainkan peranan yang cukup penting dalam negara ini. kita tidak boleh menafikan mereka telah banyak menyumbang. Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat, mereka perlu diberi pengiktirafan untuk menjamin masa depan yang selesa.
Kedua, perniagaan gig ekonomi akan menjadi budaya baharu, norma baharu di mana alaf baharu kita akan berterusan dengan peluang-peluang pekerjaan dan gig ekonomi.
Ketiga, kita lihat satu cabaran lebih besar daripada COVID-19 di mana Industri Revolusi 4.0 akan menggantikan pelbagai perniagaan yang sedia ada. Oleh sebab itu, kita lihat Jepun sudah mula mengkaji apakah peluang-peluang pekerjaan akan hilang dalam pembangunan Industri Revolusi 4.5. Mereka telah mengkaji lebih mendalam dengan slogan pembangunan sumber manusia 5.0.
Datuk Seri M. Saravanan
Maka peringkat pertama walaupun kita tiada alasan, di peringkat awal kita memang tiada dasar tetapi Kementerian Sumber Manusia telah memberi yang pertama kita memberi jaringan keselamatan, social protection melalui PERKESO. Itu yang pertama Tuan Yang di-Pertua.
Hari ini kita lihat satu perubahan besar di mana Mahkamah United Kingdom telah mengiktiraf bahawa keperluan pekerja-pekerja gig ini perlu diberi layanan yang sama seperti pekerja-pekerja lain. Maka, Kementerian Sumber Manusia sedang memperhalusi dan meneliti langkah-langkah positif supaya kita memberi suatu perlindungan seperti pekerja-pekerja lain.
Maka, saya bagi jaminan kepada Yang Berhormat, saya sebagai Menteri Sumber Manusia cukup prihatin terhadap pekerja-pekerja gig ekonomi. Kementerian sedang mengkaji dalam masa terdekat kita akan membentangkan dalam Dewan yang mulia ini satu dasar baharu untuk mempertahankan hak mereka. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat yang berdiri dahulu Yang Berhormat Kuala Langat.
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
Tuan Yang di- Pertua, saya minta maaf. Sebelum kepada Yang Berhormat Menteri, saya akan tanya soalan bukan tentang gig tetapi berkenaan dengan Kementerian Sumber Manusia. Baru- baru ini kita alami satu isu besar di dalam negara kita, di mana beberapa buah syarikat yang mengeksport barangan buatan Malaysia telah mengalami dengan izin forced labour
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
issue ataupun masalah buruh di dalam negara kita. Ini menjadi satu isu besar sebab bukan sahaja dalam industri glove ataupun perladangan tetapi kita nampak akan dimainkan di dalam industri-industri lain.
Soalan saya Yang Berhormat Menteri, adakah kerajaan mengadakan task force yang besar bukan sahaja melalui Kementerian Sumber Manusia tetapi dengan MITI dan juga kementerian-kementerian lain untuk cabar dan buat sesuatu bagi mengatasi masalah ini untuk perniagaan kita ataupun industri-industri penting kita ini dalam negara ini di mana dikatakan ada isu forced labour dalam negara kita.
Saya mendapat tahu bahawa kita tidak ada isu forced labour tetapi selindungan yang digunakan oleh kerajaan ataupun foreign countries ini sangat mengecewakan dalam negara kita. Ini akan bawa nama buruk kepada kita. Saya minta Yang Berhormat Menteri untuk jawab. Ada atau tidak kita akan buat sesuatu atau pun tindakan-tindakan akan diambil atas isu ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Sila Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri M. Saravanan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walaupun soalan lari daripada soalan asal tetapi atas kepentingan orang awam saya ingin menjawab soalan ini. Pertama, saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat. Memang isu forced labour ini telah mencacatkan imej negara di arena antarabangsa di mana produk-produk pengeluaran Malaysia telah pun diharamkan di negara-negara tertentu seperti USA dan sebagainya.
Pertama, isu ini memang benar. Ada juga majikan-majikan, bukan semua majikan.
Ada juga majikan-majikan yang mengambil kesempatan untuk menambahkan keuntungannya. Mereka memaksa pekerja mereka bekerja lebih masa dan gajinya tidak bayar dan pelbagai isu.
Kementerian Sumber Manusia melalui Akta 446, Tuan Yang di-Pertua Akta 446 adalah suatu akta baharu yang telah berkuat kuasa pada tahun lepas. Maka, dari segi kekuatan anggota memang kurang tetapi kita sedang mengambil tindakan yang seterusnya.
Kedua, semasa Ordinan Darurat kita telah menggembleng tenaga dengan pelbagai agensi seperti MITI, imigresen, CIDB dan sebagainya untuk menambahkan kekuatan penguatkuasaan. Maka kerajaan akan terus kaji sama ada kita boleh turunkan kuasa kepada agensi-agensi lain supaya bekerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia untuk menambahkan penguatkuasaan. Ini bagi apa yang sedia ada.
Bagi peringkat kedua, semua perkara ini berlaku sebelum kita mengamalkan Akta 446. Untuk masa hadapan, untuk mengatasi masalah ini, Kementerian Sumber Manusia berterima kasih kepada Kementerian Dalam Negeri kerana menentukan kuota pekerja asing kepada Kementerian Sumber Manusia julung kalinya.
Maka kita meletakkan prasyarat di mana sebelum pekerja asing masuk ke dalam negara ini, kita minta majikan meyakinkan Kementerian Sumber manusia sama ada mereka ada tempat tinggal yang selesa mengikut Akta 446. Itu yang pertama. Kedua, dari segi mengawal gaji dan sebagainya, Kementerian Sumber Manusia sedang melakukan libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan untuk memperkenalkan e-Wages di mana apabila seseorang pekerja asing atau pekerja tempatan sekiranya tidak dibayar gaji on time, maka Kementerian Sumber Manusia akan memberi notifikasi untuk mengambil tindakan terhadap majikan ini.
Saya beri jaminan, Kementerian Sumber Manusia di bawah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia cukup serius untuk menangani masalah ini sebab ini bukan sahaja melibatkan pekerja asing tetapi lebih kepada imej negara. Saya setuju, imej negara memang tercalar tetapi kita buat seberapa banyak yang boleh untuk mengatasi masalah ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya bagi ruang ke soalan tambahan ketiga Yang Berhormat Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya kira program myGIG Digital Freelance yang disediakan oleh pihak kementerian bagi memfokuskan kepada belia yang mempunyai kemahiran khusus seperti web designing, content creator dan lain-lain lagi salah satu usaha yang wajar disertai oleh anak muda khususnya yang menggerakkan ekonomi gig ini.
Soalan saya, sehingga kini sejauh mana keterlibatan anak muda dalam program ini. Apakah usaha kerajaan bagi menarik lebih ramai freelancer ataupun pekerja ekonomi GIG menyertainya. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Menteri, satu minit.
Datuk Seri M. Saravanan
Tuan Yang di-Pertua, setakat ini kita lihat dalam keadaan COVID-19 dan sebagainya penglibatan khususnya golongan belia dalam latihan- latihan kemahiran ekonomi amat menggalakkan. Akan tetapi saya masih tidak pasti sama ada sejauh manakah kejayaan kita. Dari segi menjalani latihan melibatkan belia dalam program-program yang diaturkan oleh kerajaan ataupun agensi memang amat memuaskan. Akan tetapi dari segi kejayaan, sejauh manakah kejayaan mereka belum lagi kita pasti.
Maka Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mencadangkan supaya Kementerian Sumber Manusia menjadi single window untuk memantau. Maka Kementerian Sumber Manusia sedang dalam proses untuk memperkenalkan tracer di mana program yang sedia ada ini apabila dijalankan latihan, dari segi kejayaan itu akan ditentukan oleh training provider. Maka mereka bagi laporan kepada kita. Saya kurang pasti sama ada laporan itu betul ataupun direka dari segi kejayaan.
Maka sekarang kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia akan memperkenalkan tracer tadi di mana kita akan mengkaji sehingga memantau mereka, sejauh manakah kejayaan mereka. Akan tetapi segi program rakyat, amat memuaskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya Yang Berhormat Pengerang tidak ada dalam Dewan. Saya ingin menjemput seterusnya Yang Berhormat Selayang.
[Soalan No. 5 – YB. Dato’ Sri Azalina Othman Said (Pengerang) tidak hadir]
6. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan sama ada kerajaan akan mengamalkan konsep build then sell 10:90 kerana masalah projek perumahan terbengkalai masih tidak diselesaikan.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh serta salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Selayang yang membangkitkan isu pelaksanaan bina dan kemudian jual ataupun build then sell (BTS) untuk mengelakkan berlakunya pemajuan perumahan terbengkalai.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sememangnya mengalu-alukan konsep pembinaan secara build then sell atau BTS 10/90 daripada ratio bagi pemajuan perumahan swasta. Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966, Akta 118 dan Peraturan-peraturan telah memperuntukkan Jadual 1 dan Jadual 2 iaitu Perjanjian Jual Beli bagi pembinaan pemajuan perumahan secara build then sell 10/90 ratio.
Dalam kaedah pembinaan BTS ini, pemaju akan mengenakan 10 peratus wang pendahuluan daripada harga jualan kepada pembeli, manakala baki 90 peratus pula akan dikenakan setelah rumah tersebut siap dan sijil perakuan siap dan pematuhan (CCC) serta penyerahan pemilikan kosong ataupun vacant position. Secara sepintas lalu antara faktor yang menyebabkan suatu projek perumahan menjadi terbengkalai adalah kegagalan perancangan, skim pemajuan yang terlalu besar
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican
dan pemantauan perumahan, pemajuan pembinaan yang tidak berkesan serta faktor- faktor lain termasuk juga kewangan dan ada kalanya kenaan-kenaan syarat-syarat tambahan oleh PBT mahupun kerajaan negeri.
Pada umumnya, kerajaan sentiasa dan terus komited dengan pandangan bahawa hala tuju pemajuan perumahan harus menuju ke arah kaedah penjualan berkonsepkan BTS ini. Ini selari dengan Dasar Perumahan Negara 2018-2025 di bawah Fokus 2, menambah baik accessibility dan tahap kemampuan memiliki rumah dengan menggariskan pelan tindakan bagi memastikan peralihan daripada jual kemudian sell and build kepada BTS dilaksanakan secara berperingkat.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican
Sebagai langkah ke hadapan untuk memastikan agar projek-projek terbengkalai ini dapat dikekang, KPKT dalam kajian untuk melakukan pindaan terhadap Akta Pemajuan Perumahan Kawalan dan Pelesenan 1966 [Akta 118] yang dijangka akan dibentangkan di Parlimen, insya-Allah pada suku ketiga, tahun 2022.
Antara lain pindaan yang dicadangkan adalah, pertama sekali jadual pembayaran perjanjian jual beli Jadual G dan H yang akan mirip kepada BTS di mana bayaran peringkat awal hanya merangkumi 40 peratus manakala baki bayaran semasa pemakluman selepas pembeli menerima notis daripada pemaju bagi penyerahan pemilikan kosong dengan disokong oleh perakuan siap dan pematuhan (CCC).
Kedua, elemen tuntutan bayaran daripada pembeli oleh pemaju ditolak lima peratus. Contohnya jika tuntutan itu 40 peratus maka pembeli hanya akan membayar 35 peratus manakala semua pegangan ini akan hanya dilepas selepas mendapat CCC.
Ketiganya jika suatu projek ditakrifkan sebagai lewat atau sakit, kementerian berdasarkan jadual kemajuan projek yang dikemukakan oleh pemaju tidak sama selari dengan kemajuan fizikal maka syarikat berkenaan tidak lagi akan diluluskan untuk memohon permit iklan dan jualan untuk projek-projek yang lain.
Tambahan daripada itu ahli lembaga syarikat pemaju berkenaan di senarai hitam dan tidak dibenarkan keluar negara serta pemegang saham tidak dibenarkan untuk melabur di syarikat lain yang sama dengan nature ataupun pelaburan hartanah.
Justeru itu, dengan adanya pindaan dan cadangan pindaan tersebut kerajaan berpandangan pelaksanaan build then sell (BTS) boleh dilaksanakan secara lebih menyeluruh dalam industri hartanah selepas dari tahun 2023. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Dipersilakan Yang Berhormat Selayang. Soalan tambahan pertama.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dengan jawapan yang lengkap dan kita memang mengalu-alukan untuk mengadakan konsep build then sell, Sistem 10-90. Yang Berhormat Menteri tadi dalam jawapan telah sentuh faktor-faktor yang menyumbang kepada projek terbengkalai dan saya juga mendapat jawapan daripada KPKT di mana isu kewangan adalah; faktor projek terbengkalai di dalam 67 projek iaitu 8.17 peratus.
Kelemahan pengurusan dengan dua projek, iaitu 2.44 peratus. Pemaju tidak dapat dikesan dengan tiga projek, iaitu 3.66 peratus. Projek tidak berdaya maju dengan dua projek, iaitu 2.44 peratus. Maknanya isu kewangan adalah yang terbesar dan kita hendak memberikan perlindungan kepada pembeli kerana dengan konsep yang sedia ada risiko diletak dibebani bahu pembeli.
So, saya cadangkan dan saya minta Yang Berhormat Menteri setuju atau tidak dalam konsep BTS memberikan lebih tumpuan untuk memberikan perlindungan kepada pembeli iaitu mereka hanya dikehendaki membayar 10 peratus dan tunggu kepada CCC rumah disiapkan. Ini merupakan satu sistem yang lebih baik untuk memberikan perlindungan kepada pembeli. Setuju atau tidak Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican
Ya saya setuju ideally itulah kita hendak supaya jaminan dan perlindungan kepada pihak pembeli. Akan tetapi, kita perlu lihat secara keseluruhan ekosistem dengan rangkaian ekonomi dan juga kesediaan ekosistem yang sepertimana saya sebut. Ini kerana, kalau untuk- sebenarnya daripada segi build then sell ini ia ada dua. Pertama, Sistem 0-100, makanya dibina semua terus, siap baru jual.
Ini sebenarnya bukan benda asing kalau pada zaman 70-an di Petaling Jaya di Bukit Damansara kebanyakan pembinaan rumah berlaku secara model BTS ini. Akan tetapi, pada waktu sekarang antara yang mengekang mereka adalah pertama daripada segi soal sumber kewangan. Syarikat-syarikat pemaju dan perumahan yang perlu mengeluarkan dana untuk mendapat bridging financing ini merupakan syarikat-syarikat yang tidak mempunyai keupayaan yang kuat.
Keduanya, jumlahnya tentu sekali besar dan paling-paling utama kajian yang sedang saya lakukan merupakan soal peningkatan kos harga rumah. Ini kerana, apabila mana pemaju terpaksa ambil bridging financing semua segala interest will be passed back kepada consumer. Demikian juga bila mana kita mengecilkan jumlah penyertaan penyedia-penyedia perumahan ataupun pemaju-pemaju perumahan ia akan menyebabkan disruption daripada segi supply. Apabila supply perumahan berada dalam jumlah yang berkurangan ia juga menyumbang kepada kenaikan.
Oleh sebab itu, saya sebut tadi ia akan dilakukan. Saya sedang kaji dan kita akan laksanakan tetapi secara berperingkat. Akan tetapi, sementara menanti perkara tersebut berlaku saya ambil langkah yang hibrid untuk buat pindaan agar selepas ini kalau hendak beli rumah bukan 10 peratus dia 40 persen tidak ada lagi progresif.
Sekurang-kurangnya we come to the middle ground Yang Berhormat agar orang kata the risk is evenly shared antara pemaju dan juga antara pembeli. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan kedua.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Tebrau.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya jemput Yang Berhormat Tumpat.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua saya mendengar dengan teliti jawapan daripada Yang Berhormat Menteri tadi dan tahniah atas usaha-usaha yang dibuat oleh kementerian bagi membantu pembeli-pembeli rumah ini. Saya juga mendengar permasalahan yang disebut oleh Selayang tadi.
Masalah yang ada sekarang ini isu rumah terbengkalai ini semakin berleluasa. Di antara yang menarik perhatian kita dalam isu perumahan terbengkalai ini mengenai hak pembeli untuk bertindak selepas pembinaan rumah tersebut terbengkalai.
Jadi, saya ingin mendapat penjelasan kementerian sejauh aspek literasi hartanah ini diberikan penekanan kepada semua pembeli hartanah khususnya bagi pembeli pertama kali supaya mereka bukan sahaja didedahkan dengan proses serta prosedur pembelian rumah yang betul malah juga diberikan penekanan terhadap hak serta tindakan yang boleh diambil setelah berlaku isu terbengkalai ini. Terima kasih.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican
Terima kasih sebenarnya daripada segi soal projek terbengkalai tadi saya hendak sambung lagi jawapan daripada apa yang ditanya oleh Yang Berhormat Selayang. Jumlah ada sekarang sekitar 78 dan menelan ataupun mengambil- mencakupi hampir 17 ribu unit rumah.
Daripada jumlah tersebut, ya benar faktor kewangan adalah yang paling tinggi.
Akan tetapi, kebanyakan ini semua berlaku sebelum tahun 2015. Selepas tahun 2015 kementerian telah menetapkan salah satu daripada peraturan daripada segi Housing
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican
Development Account di mana ia tidak boleh dikeluarkan melainkan mendapat persetujuan daripada sama ada KSU ataupun Ketua Pengarah.
Daripada segi soal terbengkalai ini Yang Berhormat just hendak explain bahawa Kementerian Perumahan dan Kajian Tempatan walaupun dia custodian kepada Peraturan-peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989 [Akta 118].
Namun daripada segi soal kebenaran merancang ia dikeluarkan oleh PBT dan di peringkat kerajaan negeri. Apa yang dilakukan oleh kementerian sekarang Yang Berhormat- dan kita hendak memastikan penyelesaian terbengkalai, maka kita guna dua kaedah.
Pertama- mediasi atau mediation iaitu kita jumpa balik semula dengan syarikat kalau syarikat itu telah digulung tikar kita jumpa dengan private liquidator, dan ada kalanya kita cari white knight. Ini sebagaimana berlaku dalam salah satu daripada projek yang saya buat lawatan dalam Selayang, Taman Selayang Mutiara minggu lepas.
Keduanya, kita guna intervention. Bila kita lihat projek itu berdaya mampu untuk dibangunkan semula diselesaikan maka kita injek, atau kita lakukan facilitation fund injection sebagaimana yang berlaku di Selayang di mana kerajaan menyediakan RM35 juta memungkinkan Blok Kristal tidak silap saya untuk dibangunkan semula akhirnya memberi peluang untuk rakyat memiliki dan menyelesaikan masalah rumah terbengkalai.
Insya-Allah daripada 78 yang saya sebut tadi KPKT kita merancang untuk mengurangkan kepada 75 sasar pada tahun ini.
Saya sendiri pun sudah buat apa nama a war room perumahan mencakupi semua, dan saya sedang dalam proses untuk menulis kepada semua MP di mana projek- projek terbengkalai ada di kawasan dia bagi memungkinkan mereka tahu dan juga mereka mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh KPKT.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Tuan Yang di-Pertua soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Ringkaskan Yang Berhormat Tebrau. Ringkaskan. Pendek sahaja.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Terima kasih kepada penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri bagi PTS akan betul-betul mengehadkan pemain atau player yang tiada tanah yang kukuh dan pengalaman yang cukup untuk memasuki sektor perumahan.
Akan tetapi, sebelum ini dilaksanakan, memang saya nampak ada banyak pemain atau players yang tidak ada cukup tanah dan tidak ada pengalaman dalam perumahan memasuki sektor ini.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Jadi, soalan saya. Sama ada kerajaan akan mewujudkan garis panduan untuk semua pihak berkuasa tempatan untuk meletakkan syarat-syarat di Pejabat Menteri sendiri sebelum apa-apa permit yang diperlukan diluluskan, mereka mesti memenuhi beberapa syarat seperti ada cukup tanah dan ada pengalaman yang cukup sebelum itu dan adakah jenis perumahan atau kedai itu sesuai atau lokasi itu sesuai?
Mengapa saya tanya ini kerana di kawasan saya, saya sudah dapat dua projek perumahan swasta terbengkalai yang bagi saya memang jenisnya tidak sesuai, tempat atau lokasinya pun tidak sesuai. Akan tetapi, itu diluluskan oleh kerajaan dan juga pihak berkuasa tempatan.
Saya juga ada nampak ada satu projek di kawasan saya di Sungai Tiram iaitu ada projek PR1MA. Bagi saya, saya pun tidak tahu apa sebab itu satu projek PRIMA dengan 1,000 unit lebih terletak di Sungai Tiram, sebuah kawasan perkampungan Melayu yang jauh dari bandar. Itulah soalan saya. Terima kasih.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican
Salah satu daripada juga yang akan dikenal pasti segi soal insentif untuk menggalakkan orang melakukan BTS. Sebab, kalau melihat pada kesukaran atau the barriers of entry ini, memang agak tinggi.
Memerlukan syarikat-syarikat yang mempunyai keupayaan kewangan yang besar kerana kerja-kerja pendahuluan ini memerlukan 20 peratus. Agak tinggi.
Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican
Sekarang ini pun kementerian telah mengetatkan dengan mengenakan syarat bagi mereka meletakkan deposit tiga persen. Bererti kalau projek itu mempunyai GDV RM100 juta, mereka perlu meletakkan RM3 juta dan hanya boleh dikeluarkan setelah vacant of possession.
Namun, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tebrau tadi berkaitan dengan PR1MA, saya secara detail saya tidak ada tetapi saya pernah jawab bahawa ada 17 projek PR1MA yang berada dalam pelbagai kategori yang dianggap sebagai sakit, namun sedang melalui proses penyelesaian. Saya pun ambil legasi. I inherited the legacy problem juga, yang mana saya perlu lakukan perubahan-perubahan model untuk pastikan bahawa penyelesaian PR1MA ini akhirnya dapat dilakukan secara keseluruhan.
Again, seperti mana saya sebut, semua Ahli Yang Berhormat yang mana ada projek PR1MA, SPNB yang mana di bawah seliaan, insya-Allah, akan mendapat surat daripada KPKT untuk memberi penjelasan tentang semua projek membabitkan perumahan di kawasan Ahli Parlimen masing-masing. Terima kasih.
7. Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [Bukit Gantang] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, apa status serta perkembangan terbaharu Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dan apakah jaminan kementerian bahawa program NFDP ini akan tetap diteruskan demi pembangunan bakat bola sepak negara.
Menteri Belia dan Sukan - Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merupakan badan yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam pembangunan dan kemajuan sukan bola sepak negara. Pihak kementerian melalui Majlis Sukan Negara sentiasa bekerjasama dengan FAM dalam memberikan tumpuan utama kepada pembangunan bakat-bakat bola sepak yang berumur dari 7 hingga 17 tahun menerusi pelaksanaan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN).
Sehingga kini, PPBN mempunyai seramai 14,214 orang pemain, 767 orang jurulatih daripada 52 buah Akademi Tunas, 63 buah pusat latihan daerah, 14 buah sekolah sukan negeri, satu Sekolah Sukan Malaysia dan juga sebuah Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD).
AMD merupakan lapisan tertinggi di dalam piramid pembangunan PPBN di mana pelatih yang berbakat dan berkualiti antara umur 13 hingga 17 tahun akan ditempatkan di AMD untuk digilap dengan program latihan yang tersusun dan kemudahan latihan yang terbaik.
Beberapa orang pemain muda hasil pelaksanaan PPBN telah mendapat pengiktirafan untuk bermain bersama kelab-kelab di peringkat antarabangsa dan juga kebangsaan. Ini menunjukkan perkembangan positif apabila produk yang dihasilkan oleh PPBN mendapat tumpuan kelab-kelab tempatan dan juga antarabangsa sekali gus mengubah ekosistem bola sepak negara.
Di antara pemain-pemain muda tersebut Luqman Hakim Shamsudin yang mendapat tawaran di K.V. Kortrijk, Belgium; Arif Aiman, Firdaus Ramli, Umar Hakeem mendapat tawaran ke pasukan Johor Darul Takzim; Sikh Izhan, Faiz Amer, Fahmi Daniel, Azrin Afiq, Khairi Suffian dan Zikri Khalili menerima tawaran daripada pasukan Selangor.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, sejumlah peruntukan telah disediakan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas sebagai jaminan kerajaan bagi meneruskan pelaksanaan PPBN dari tahun 2021 hingga 2025. Sembilan inisiatif baharu telah diperkenalkan iaitu:
(i) memperkasakan program bola sepak wanita;
(ii) penubuhan akademi peringkat zon;
(iii) pemerkasaan bidang kejurulatihan;
Menteri Belia dan Sukan - Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu
(iv) pembangunan akar umbi;
(v) penstrukturan sistem lebih sistematik;
(vi) penekanan terhadap sains sukan dan perubatan sukan;
(vii) pencarian bakat di setiap peringkat;
(viii) hala tuju pemain yang jelas; dan
(ix) penglibatan dan pendidikan ibu bapa.
Inisiatif dan komitmen yang diberikan oleh pihak kerajaan ini adalah sejajar dengan pelan jangka panjang FAM ataupun F:30 untuk berada di kelompok lima buah negara terbaik di Benua Asia daripada segi tadbir urus dan kelayakan secara automatik ke Piala Dunia pada tahun 2030 dapat direalisasikan.
Terima kasih, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Soalan tambahan.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, saya menyokong program ini kerana bagus.
Daripada aktiviti sukan bola sepak ini, kita boleh tingkatkan kepada industri dengan penglibatan lebih ramai. Masih ramai lagi bakat-bakat yang belum tercungkil yang berada di luar-luar bandar khususnya bagi kawasan-kawasan Parlimen yang tidak ada kemudahan. Jadi, saya telah membuat permohonan kepada Menteri untuk menyediakan permohonan kemudahan padang bola sepak di Parlimen Bukit Gantang. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, di negeri Perak yang berdekatan dengan Parlimen Bukit Gantang, terdapat sebuah pusat Akademi Tunas Larut Matang di Sekolah Rendah Kebangsaan King Edward VII (2) dan sebuah lagi pusat latihan daerah di Sekolah Menengah King Edward VII. Kedua-dua pusat latihan ini amat berdekatan dengan Bukit Gantang dengan kelengkapan kemudahan-kemudahan asas termasuk perkhidmatan jurulatih.
Kementerian dalam cadangan untuk menambah bilangan Akademi Tunas yang sedia ada sebanyak 52 kepada 63 dan ini termasuklah di dalam kawasan Bukit Gantang juga.
Untuk makluman juga, sehingga kini, pusat latihan daerah di Taiping mempunyai seramai 120 orang pelatih dan enam orang jurulatih yang sedang menjalani latihan di Akademi Tunas dan 100 orang pelatih dengan kendalian empat orang jurulatih.
Terima kasih, Yang Berhormat.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita baharu sahaja mendapat berita gembira iaitu berkait dengan kejayaan pasukan bawah 23 tahun memasuki pusingan akhir Piala Asia- Bawah 23 Tahun pada tahun hadapan. Jadi, sebahagian besar daripada pemain yang membarisi skuad bawah 23 tahun ini ialah dari Terengganu Football Club (TFC) dan Selangor Football Club, atau Selangor FC. Jadi, persoalan saya, adakah kerajaan atau kementerian bercadang untuk melaksanakan satu program pemilihan pemain di peringkat akar umbi sebagaimana yang pernah dilaksanakan pada tahun 2006 iaitu dengan penubuhan pasukan skuad MyTeam, di mana pemain-pemain yang terpilih melalui jelajah seluruh negara, 13 buah negeri yang dijelajah, dan telah mensyaratkan tiga syarat iaitu pemain yang menjadikan bola sepak sebagai kerja utama.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Kedua, berumur 17 tahun ke atas sudah boleh berlari 100 meter dalam masa 12 saat dan satu pertandingan friendly telah dibuat pada 29 Mei 2006 iaitu pasukan My Team ini dengan pasukan bawah 20 tahun negara. Sekian, terima kasih.
Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Setiu.
Kita semua berbangga dengan pencapaian Skuad Bawah 22 Tahun Kebangsaan di bawah kendalian Brad Maloney dan telah menyertai kejohanan Kelayakan Piala Asia Bawah 23 pada tahun 2022 dan telah berjaya di saringan Kelayakan Peringkat Kumpulan dengan keputusan yang begitu membanggakan dan kita layak ke Uzbekistan yang kita akan bertanding pada pertengahan tahun hadapan.
Saya bersetuju juga dengan pandangan Yang Berhormat Setiu tentang perlunya kita menambah baik program-program yang sedia ada dan dengan itu KBS sedang mengusahakan program-program seperti Talent ID (identification & development) dalam proses pengenalpastian bakat juga melibatkan penyertaan kelab-kelab ataupun akademi swasta seperti My Team.
Namun, ianya kerjasama rapat kita lakukan bersama dengan kelab-kelab dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia ini akan diteruskan dan saya percaya ia nya akan dapat membuahkan hasil kerana sekarang ini telah pun kita nampak satu peningkatan yang begitu mendadak dan insya-Allah ia nya akan sentiasa diperkemaskan lagi. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, saya jemput Yang Berhormat Tuan Oscar Ling Chai Yew.
8. Tuan Oscar Ling Chai Yew [Sibu] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah perkembangan dalam kajian Ivermectin dalam rawatan COVID-19 yang dijalankan di Malaysia.
Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
*Bismillahi Rahmani Rahim.
[Berucap dalam bahasa Arab]* Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat.
Pada 3 November 2021, Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) daripada National Institutes of Health (NIH) telah mengumumkan hasil dapatan kajian Ivermectin iaitu I- TECH ke atas 500 pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke hospital dengan kategori dua dan tiga.
Kajian klinikal open-label randomised trial tersebut dengan izin menilai keberkesanan rawatan lima hari Ivermectin berserta penjagaan standard yang dinamakan Kumpulan IVM berbanding dengan hanya penjagaan standard ataupun Kumpulan Standard of Care (SOC) dengan izin, yang mendasarkan garis panduan KKM untuk pesakit COVID-19 di 20 buah hospital kerajaan dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 MAEPS 2.0.
Sesi libat urus bersama media diadakan pada 9 November dan hasil dapatannya adalah seperti berikut:
Pertamanya, kadar kemerosotan penyakit COVID-19 kepada tahap teruk adalah sama di dalam kumpulan Ivermectin jika dibanding dengan kumpulan standard of care.
Kedua, manakala bagi purata tempoh kemerosotan penyakit COVID-19 daripada kategori dua dan tiga kepada kategori yang lebih teruk iaitu kategori empat dan lima menunjukkan tiada perbezaan dan signifikan daripada segi statistik berkaitan dua kumpulan ini.
Ketiga, tiada perbezaan ketara didapati daripada segi kemasukan ke ICU, penggunaan alat bantuan pernafasan mekanikal, pemulihan simptom, parameter untuk ujian darah dan resolusi imbasan x-ray reda.
Keempat, kebarangkalian untuk pulih daripada gejala sepenuhnya pada hari kelima penyertaan antara dua kumpulan ini adalah hampir sama, yang mana tiada perbezaan yang signifikan.
Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Selain itu, analisis keselamatan melaporkan bahawa kejadian kesan sampingan adalah tiga kali lebih kerap berlaku di dalam kumpulan IVM berbanding dengan kumpulan SOC di mana kebanyakannya adalah kes cirit birit.
Berdasarkan hasil kajian I-TECH, Ivermectin tidak disyorkan untuk dimasukkan ke dalam garis panduan rawatan COVID-19 sedia ada kerana Ivermectin tidak mengurangkan risiko penyakit COVID-19 tahap teruk.
KKM menyarankan agar Ivermectin hanya digunakan dalam kajian klinikal dengan pemantauan. Keputusan I-TECH juga selari dengan kajian berskala besar seperti IVERCORE COVID-19 di Argentina dan juga TOGETHER dari Brazil yang tidak menyokong penggunaan rutin Ivermectin dalam amalan klinikal rawatan COVID-19.
Pasukan kajian I-TECH bercadang menghantar data kajian tersebut untuk diterbitkan di dalam journal peer review dengan izin bagi memberi maklumat tambahan kepada kajian-kajian Ivermectin termasuklah meta analisis. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan satu?
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Ivermectin menjadi tumpuan perhatian kepada kebanyakan rakyat Malaysia kerana kebanyakan rakyat Malaysia sekarang cuba hendak mencari satu alternatif rawatan untuk COVID-19 ini. Jadi apa yang membimbangkan saya ialah sekarang apabila kita melancarkan dos penggalak untuk rakyat kita, ada 40 peratus sudah gagal untuk menghadiri temu janji.
Jadi, pada pendapat saya kebanyakan alasan mereka yang tidak pergi untuk mendapatkan booster dose ialah mereka takut heterologous cara untuk missing two vaccines. Dahulu mereka mengambil Sinovac sekarang kerajaan memaksakan mereka untuk mengambil vaksin Pfizer. Jadi, adakah kerajaan akan melancarkan vaksin Sinovac kepada mereka dahulunya yang mengambil vaksin Sinovac?
Jadi satu lagi alasan yang saya rasa ialah kekurangan penjelasan daripada kementerian untuk menjelaskan keselamatan untuk menjalankan heterologous missing of two vaccines untuk menjadikan booster dose.
Satu lagi soalan yang saya ingin tanya ialah tentang Molnupiravir adalah satu jenis ubat baharu untuk dimakan daripada syarikat Merck. Saya dapat laporan dari satu Yang Berhormat Menteri dari kerajaan Sarawak bahawa harga untuk satu biji ialah RM6,000. Jadi, kalau untuk satu kos rawatan lebih kurang 40 biji diperlukan ialah kos untuk rawatan menggunakan ubat baharu ini ialah RM240,000.
Jadi, mengikut satu laporan dari luar negara saya didapati bahawa kos rawatan untuk satu kos Molnupiravir ini hanya USD700 jadi lebih kurang RM3,000. Jadi, saya ingin mendapatkan penjelasan apakah harga sebenar untuk membeli ubat baharu ini?
Sila jelaskan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Timbalan Menteri sebenarnya tidak berkaitan dengan soalan induk. Saya serahkan pada Yang Berhormatlah.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Ya, terima kasih Yang Berhormat. Banyak soalan itu sebenarnya. Yang berkaitannya berkenaan dengan- sebenarnya kajianlah, kajian tentang Ivermectin. Walau bagaimanapun, saya akan- soalan-soalan yang tidak berkaitan itu, saya akan mungkin bantu melalui jawapan bertulis. Cuma saya hendak terangkan, saya ingin fokus kepada soalan kita ini sebenarnya sebab rakyat semua kebimbangan.
Kementerian Kesihatan akan buat yang ter habis baik daripada aspek kaedah kesihatan awam, daripada aspek rawatan awal di hospital dan sebagainya mengikut kategori dan juga daripada aspek vaksinasi.
Vaksinasi pun kita cari vaksin yang terbaik, kita cari vaksin yang selamat, yang berkualiti, yang ini yang KKM berjanji akan buat. Oleh sebab itu kita lihat, apabila contohnya ada apabila dunia mengisytiharkan ada ubat-ubat baharu inovatif baharu, contohnya Molnupiravir.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Jadi, kita tidak mahu ketinggalan sebab ubat ini telah dikatakan dapat menurunkan 50 peratus kemasukan ke dalam hospital. Kerajaan hari ini, KKM telah juga membuat aku janji untuk pembelian daripada MSD sebanyak 150,000 pakej rawatan untuk buat persediaan supaya apabila kita mendapat kebenaran dan kelulusan nanti, maka ubat ini kita dapat bagi membantu rakyat. Dengan mengurangkan kemasukan ke hospital dan ke ICU, kita mengurangkan beban di ICU. Seperkara lagi tentang vaksinasi ini apabila kita melaksanakan vaksinasi, kita juga mengurangkan kes sakit dan mengurangkan keterukan kes-kes COVID-19.
Oleh sebab itu vaksinasi contohnya yang kita bercakap tentang booster dose ini adalah perkara yang sangat penting. Pada ketika ini ada peringkat yang agak baharu lagi sebenarnya. Kita hari ini telah mencapai 97.5 peratus yang telah mendapat dos pertama primer dan dos kedua orang dewasa terdapat 95 peratus, sejak kita melakukan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini.
Jadi, sekarang ini kita memberikan booster sebab kita tahu selepas enam bulan, imunitinya akan mula menurun. Kajian telah menunjukkan dan sebab itu mengadakan booster dose ataupun dos penggalak ini dan...
[Suara kurang jelas] telah memberikan kelulusan. Sebentar...
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Tentang Sinovac ini, adakah perancangan kerajaan...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Soalan, soalan.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Duduklah. Tolong habiskan.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
NPRA telah memberikan kelulusan bersyarat kepada Pfizer dahulu, sebab itu kita memberikan Pfizer, Pfizer dan Pfizer.
Akan tetapi bagi mereka yang mempunyai elemen alergi umpamanya, akan diberikan dengan Sinovac.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Jadi benda ini dinamik dan perubahan akan berlaku dari semasa ke semasa dan seperkara lagi yang disebut tentang penerimaan dos penggalak ini tidak berapa meyakinkan. Ini peringkat awal lagi, kita telah isytihar pada 13 Oktober 2021, Sarawak telah bermula dan mendahului negeri-negeri lain. Akan tetapi pencapaiannya belum cukup tinggi lagi. Biasa, seperti kita bermula dengan PICK dahulu, pencapaian tidak tinggi lagi...
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
[Bangun]
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
[Bangun]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Oleh sebab hari ini rakyat apabila mereka telah mendapat kelonggaran, pergerakan interstate dan ramai telah mendapat vaksinasi, ada sedikit...
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Tuan Yang di-Pertua, boleh kita berhentikan syarahan ini dan...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
...Rasa selesa. Jadi menyebabkan mereka tidak datang...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Ivermectin.
Isunya Ivermectin.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Jadi apa yang KKM akan buat, KKM akan terus memberikan...
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Tanya soalan lagi.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Ini bukan ceramah.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Berapa lama kita kena dengar ini?
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
...Penerangan dan motivasi kepada rakyat supaya tampil untuk mengambil booster atau dos penggalak ini yang kita akan bagi kebanyakannya melalui pengamal-pengamal perubatan swasta. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Tuan Yang di-Pertua, Sungai Buloh...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Berkenaan Ivermectin Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Baling, soalan tambahan.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita tengok balik soalan dia, soalan itu terlalu jauh lari. Tolong nyatakan, apa perkembangan dalam kajian Ivermectin dalam rawatan COVID-19 yang dijalankan di Malaysia? Itu sahaja Yang Berhormat Timbalan Menteri. You are a medical doctor, you are so great. Tidak payah pergi- yang lain-lain itu bagi secara bertulis sahaja.
Saya hendak bertanya berkenaan dengan Ivermectin...
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Ini soalan penting, kita rakyat Malaysia...
Tuan Yang di-Pertua
Tolong duduklah. Duduk! Apakah ini? Yang Berhormat Baling, ringkas. Ini bukan waktu berbahas.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Saya melihat banyak schools of thought Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada juga doktor-doktor kata, boleh ambil, ada yang kata, tidak boleh. Jadi, kementerian sudah buat kajian seperti Yang Berhormat menyebutkan tadi, 3 November dan sebagainya.
Soalan saya Yang Berhormat, sebagai seorang doktor dan saya hendak tanya, adakah ambil Ivermectin ini satu perkara yang bahaya untuk sesiapa sahaja makan Ivermectin dalam konteks COVID-19? Kononnya makan Ivermectin ini, kita tidak akan terjebak, tidak akan mudah kena ataupun apabila kena COVID-19, hari pertama makan dua biji dan sebiji, sebiji, sebiji untuk lima hari.
Maaf Tuan Yang di-Pertua, ada kes- dalam sebuah rumah ada enam orang, seorang itu ayah dia makan Ivermectin, anak-anak dia semua tidak makan. Apabila kena close contact dan positif COVID-19 ini, ayah tidak kena, anak-anak semua kena...
Tuan Yang di-Pertua
Soalannya, soalannya.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Apakah pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri? Terima kasih.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Pendek sahaja Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Ya. Saya bagi pendek sahaja. Kita memberikan kebenaran untuk menggunakan ubat ini berdasarkan fakta dan sains. Kajian- kajian tempatan kita sudah buat satu I-TECH dan kita akan buat satu kajian lagi yang dipanggil, dengan izin, Randomized, Double-Blind, Placebo-Controlled Clinical Trial of Ivermectin for Post Exposure Prophylaxis for Covid-19 Infection Among Close Contacts. Dalam erti kata lain I-CPEP yang kita jangka kita akan buat secepat mungkin apabila mendapat kelulusan daripada NPRA dan juga...
[Suara kurang jelas] Iaitu pada bulan Disember ini.
Ini kajian berkenaan dengan prophylaxis bermakna kita bagi kepada orang yang close contact dan kita hendak tengok, adakah dia dapat mencegah daripada kena penyakit. Ini kajian yang akan dibuat. Kajian-kajian lain telah banyak dibuat.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Saya sebut sahaja, Cochrane Library telah mengatakan tidak sesuai, tidak dapat menurunkan kes yang berat dan juga kes yang saya sebutkan tadi IVERCOR dan juga di Argentina dan Brazil dan juga kajian yang sedang berlangsung sekarang ini iaitu platform Randomized Trial of Treatments in the Community for Epidemic and Pandemic Illnesses
(PRINCIPLE) di UK dan juga clinical trial ACTIV-6. Ini semua merupakan kajian-kajian yang belum lagi mendapat rumusan yang terakhir, yang kita menanti, yang sudah ada ini mengatakan ia tidak memberikan kesan yang baik.
Jadi berbalik pada tadi, Ivermectin ini ubat untuk parasit yang diberikan kepada binatang. Kita belum meluluskan ubat ini untuk manusia di negara kita hari ini, oleh sebab itu kita tidak...
[Suara kurang jelas] Terima kasih...
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Tuan Yang di-Pertua, boleh? Ini topik penting, boleh saya dibenarkan tanya soalan tambahan?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat ringkas, straight to the point, berkaitan dengan isu.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Ringkas, to the point, ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak balik kepada kajian I-TECH ini. Kajian I-TECH ini dibuat dua group patients. Satu grup golongan yang menerima standard care treatment dan satu lagi menerima standard care treatment dengan Ivermectin ditambahkan.
Saya sudah baca laporan kajian itu, jelas daripada kajian ialah tidak ada apa-apa perbezaan significant di antara dua grup ini. Ini bermaksud, walaupun Ivermectin tidak didapati bagi manfaat yang jelas daripada standard care juga dibuktikan bahawa outcome dengan atau hasil dgn Ivermectin ini tidak berbeza daripada standard care. Ini sangat penting untuk kita faham. Sama, tidak berbeza significant.
Jadi, apa halangan, walaupun saya faham kerajaan tidak mahu masuk Ivermectin dalam dasar kerajaan untuk rawatan di hospital awam. Apa halangan untuk kerajaan membenarkan off-label use untuk doktor-doktor biasa menggunakan kepakaran, pengalaman mereka dengan persetujuan patient mereka untuk memberi Ivermectin kepada mereka atas permintaan dan nasihat doktor. Apa halangan itu, dan kenapa kerajaan hendak ban, dengan kesan criminalization Ivermectin ini? Ini soalan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat, Timbalan Menteri ya.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Yang Berhormat. Kajian telah menunjukkan tidak ada keberkesanan dan juga kita bimbang sebab kajian menunjukkan tiga kali contohnya kajian I-TECH ini tiga kali lebih kesan tidak baik adverse berkenaan dengan cirit birit. Kita tidak tahu benda-benda lain lagi sebab ubat ini memang pengkhususannya untuk binatang. Jadi kita takut dosnya kah, penyerapannya kah, boleh memberi kesan kepada manusia.
Oleh sebab itu kajian-kajian dilakukan. Bukan kerana kerajaan tidak bagi sebab itu. Oleh sebab kita memikirkan tentang keselamatan rakyat, tentang kepentingan rakyat.
Jadi, setakat ini apa yang dibenarkan ialah kalau ada pegawai-pegawai perubatan atau doktor yang ingin menggunakan memohon melalui NPRA kebenaran untuk menggunakan off-label untuk kajian-kajian klinikal dgn pemantauan yang rapi oleh pakar-pakar. Itu sahaja yang dibenarkan pada ketika ini, setakat ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau.
9. Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [Libaran] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan, bagaimana kementerian memperkasakan perpaduan dan integrasi nasional demi menjayakan Rancangan Malaysia yang direncanakan.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Kawasan Libaran.
Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Kedua Belas, atau RMKe-12 menyasarkan lima bidang keutamaan negara untuk tahun 2021 hingga 2025 seperti mana yang kita ketahui dan di mana bidang keutamaan ‘E’ Yang Berhormat, memperkukuhkan perpaduan untuk negara makmur merupakan salah satu daripada fokus negara dalam tempoh lima tahun mendatang ini.
Selaras dengan itu Tuan Yang di-Pertua, sasaran yang telah pun ditetapkan oleh pihak Kementerian Perpaduan Negara telah pun menghasilkan dua buah dokumen utama sebagai asas kepada hala tuju perpaduan negara iaitu yang pertama ialah Dasar Perpaduan Negara. Tiga objektif utama iaitu:
(i) memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara;
(ii) membentuk identiti nasional dengan semangat jati diri, patriotik, prihatin, toleransi, saling menghormati dan tanggungjawab; dan
(iii) melahirkan rakyat Malaysia yang menghargai dan mengamalkan perpaduan dengan tiga- teras utama iaitu teras pertama, patriotisme dan demokrasi; teras kedua, identiti nasional; dan teras ketiga, ekosistem perpaduan.
Kedua Tuan Yang di-Pertua, rangka tindakan ataupun Blueprint Perpaduan Negara bagi tahun 2021 hingga 2030 dan terdapat tiga objektif di bawah rangka tindakan perpaduan negara iaitu:
(i) memahami konsep perpaduan dalam konteks Malaysia;
(ii) mewujudkan visi dan juga aspirasi perpaduan yang jelas untuk dicapai dalam tempoh 10 tahun yang akan datang; dan
(iii) menggariskan anjakan-anjakan strategik dan juga inisiatif bersasar yang komprehensif bagi merealisasikan aspirasi perpaduan yang dihasratkan Tuan Yang di-Pertua, terakhir menetapkan tiga aspirasi di bawah Rangka Tindakan Perpaduan Negara, tiga aspirasi, 12 strategi dan 41 anjakan strategi bagi kita mencapai objektif Dasar Perpaduan Negara.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan Yang Berhormat Kawasan Libaran, bagi memastikan perancangan strategi dan pelaksanaan agenda perpaduan nasional yang bersepadu dan menyeluruh ini maka pihak kementerian telah dan sedang dalam usaha untuk membangunkan beberapa pelan tindakan sebagaimana yang berikut iaitu yang pertama Pelan Tindakan Perpaduan Negara tahun 2021 hingga 2030 yang insya-Allah akan dilancarkan pada tahun ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Di bawah Pelan Tindakan Perpaduan Negara ini yang kita letakkan ia sebagai pelan induk (master plan) yang menggariskan program-program di bawah agenda perpaduan melibatkan pelbagai agensi kerajaan dengan tiga matlamat utama, menyediakan kerangka rujukan bagi pelaksanaan program berteraskan kepada pengukuhan perpaduan di kalangan rakyat berbilang etnik.
Kedua, menjadikan pelan tindakan sebagai ukuran kepada kejayaan Dasar Perpaduan Negara dan yang ketiga ialah memperkasa cita-cita Rukun Negara sebagai pasak kepada Pelan Tindakan Perpaduan Negara dan yang ketiga Tuan Yang di-Pertua sedikit sahaja lagi.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Bagi yang ketiga ialah Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia iaitu pelan pelaksanaan kepada Pelan Tindakan Perpaduan Negara iaitu pelan induk tadi yang saya sebutkan. Ia sebagai satu inisiatif berfokus kepada aspirasi Keluarga Malaysia melibatkan program-program yang akan kita aturkan dan pelan ini berteraskan kepada empat dimensi utama iaitu karib, accessibility, majmuk dan inclusivity. Selain daripada itu, kementerian juga sedang dalam peringkat membangunkan pelan-pelan yang lain. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan tambahan, Yang Berhormat.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penjelasan yang jelas dan terperinci. Namun kita faham bahawa Dasar Perpaduan Negara merupakan dokumen strategi jangka panjang dan usaha berterusan yang dirangka untuk menetapkan hala tuju perpaduan negara.
Seperti Yang Berhormat Menteri jelaskan sebentar tadi, Pelan Tindakan Perpaduan Negara adalah pelan induk pelaksanaan agenda perpaduan untuk tempoh 2021 hingga 2030. Saya percaya pelan ini sudah pastinya turut melibatkan peranan agensi-agensi yang lain.
Persoalan saya, bolehkah Yang Berhormat Menteri jelaskan sedikit bagaimana pelan induk yang akan digerakkan bagi mencapai matlamat yang dihasratkan oleh kementerian? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, seminit.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Terima kasih Yang Berhormat Libaran.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, tadi saya sudah jelaskan perancangan daripada dasar, blueprint rangka tindakan dan Pelan Perpaduan Negara kemudian pelaksanaan kepada Pelan Tindakan Perpaduan Negara iaitu Pelan Keluarga Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, mungkin saya sebutkan sedikit sahaja lagi Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 tadi Tuan Yang di-Pertua, adalah merupakan pelan induk Yang Berhormat kepada pelaksanaan agenda Perpaduan Nasional. Terdapat 5 teras strategi – 15 strategi, 57 program khusus dengan penglibatan sebanyak 55 kementerian, agensi kerajaan, NGO dan juga pihak swasta.
Jadi bagi memastikan Tuan Yang di-Pertua, program-program ini yang digariskan ini akan dapat mencapai pelaksanaannya dalam sistem pemantauan maka diwujudkan dua sistem pemantauan yang berkesan untuk mengesan pemantauan pelaksanaan kejayaan pelan-pelan ini.
Pertama ialah Jawatankuasa Khas Pemantau Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 yang dipengerusikan oleh saya sendiri. Kedua Jawatankuasa Pemandu Pelan Tindakan Perpaduan Negara yang akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, akhir sekali Yang Berhormat Pulai.
Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri yang berbangsa Johor.
Tuan Yang di-Pertua, sejak negara merdeka sudah banyak polisi...
Tuan Yang di-Pertua
Pendek ya?
Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
...Muhibah, kita ada 1Malaysia dan sekarang Keluarga Malaysia, kita ada Rukun Negara. Akan tetapi kita rasa isu perkauman dan agama ini masih belum selesai. Itu kita kena akui bersama. Adakah kementerian bersedia untuk melihat suatu draf rang undang-undang Akta Perpaduan Kaum yang kami dulu PH telah cuba kemukakan. Kalau atas semangat itu, adakah Yang Berhormat Menteri yang ada pada hari ini bersedia untuk melihat draf itu dan dikemukakan dalam Dewan yang mulia ini? Terima kasih.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, esok saya harap soalan saya naiklah esok. Ada yang berkaitan dengan persoalan yang telah pun dikemukakan oleh Yang Berhormat. Saya harap akan naik dan kalau tidak naik pun saya tetap akan menjawab kepada Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tuan Yang di-Pertua, minta satu soalan lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat semua, maaf masa sudah tamat. Yang Berhormat semua sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat semua. Usul Yang Berhormat Menteri.
[Sesi bagi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 6.30 petang dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Isnin, 15 November 2021”.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2022 ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” "Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari tujuh puluh tujuh bilion dan enam ratus juta ringgit (RM77,600,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2022, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2022, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 32 Tahun 2021, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut." [10 November 2021]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, setakat semalam, kita semua telah dapat mendengar 107 ucapan. Hari ini yang terakhir untuk berbahas, kita ada 26 orang. Terpaksalah, maaf saya hadkan kepada 10 minit seorang. Kita akan mulakan dengan Yang Berhormat Dungun dan sebelum pukul 1.00 ini saya harap Yang Berhormat-Yang Berhormat berikut.Selepas Yang Berhormat Dungun ialah Yang Berhormat Pandan, Yang Berhormat Cameron Highlands, Yang Berhormat Kota Melaka dan Yang Berhormat Igan. Saya persilakan Yang Berhormat Dungun.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
*Bismillahi Rahmani Rahim.
[Membaca sepotong doa]* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana keizinan kepada saya untuk menyampaikan ucapan perbahasan bagi Bajet 2022 pada pagi ini.
Bajet 2022 ini telah menyerlahkan keupayaan kepimpinan negara bersama dengan pakar-pakar ekonomi di kalangan penjawat awam yang mampu menggunakan sumber kewangan yang amat terhad dan meneruskan kelangsungan ekonomi negara yang telah diuji oleh pandemik COVID-19 serta tanggungjawab kerajaan dalam memastikan keperluan rakyat jelata dalam meneruskan kehidupan dapat dipenuhi.
Saya ucapkan tahniah kepada semua yang telah bertungkus-lumus menyiapkan Bajet 2022 ini. Soal yang penting sekarang ini ialah pelaksanaan untuk sampai kepada golongan sasar dan sasaran yang telah ditetapkan.
Melihat lebih jauh ke hadapan, perkembangan dan pembangunan negara juga memerlukan kepada pengurusan kewangan dan aset yang cekap serta proaktif. Hanya melalui pengurusan dan perancangan kewangan yang sistematik, negara dapat dibangunkan dengan baik dalam memenuhi cita-cita serta impian negara.
Dalam keadaan krisis seperti yang berlaku sekarang ini, Al-Quran telah menyediakan panduan dalam pengurusan krisis. Ayat 43 Surah Yusuf menceritakan
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
tentang mimpi Raja Mesir berkait dengan kesuburan hasil pertanian tetapi berlaku kemarau sehingga menyebabkan Mesir mengalami krisis bekalan makanan dan sekuriti makanan negara.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Oleh itu, daripada tadbir mimpi yang dialami oleh Raja Mesir pada ketika itu, Nabi Yusuf a.s. telah menyebutkan apa yang disebut daripada tadbir itu ialah kesuburan hasil pertanian itu akan hilang selepas daripada tujuh tahun yang diikuti dengan tujuh tahun yang sulit akibat kemarau. Maka mesti ada sekuriti makanan dalam tempoh sulit dan susah.
Di antaranya setelah itu, Nabi Yusuf telah meminta kepada Raja Mesir, [Membaca potongan ayat al-Quran] Ayat 55, Surah Yusuf yang bermaksud, “*Dan berkatalah Nabi Yusuf kepada Raja Mesir, jadikan saya menteri yang menjaga urusan kewangan negara.
Sesungguhnya saya amat mengerti untuk menjaga urusan tersebut dan amat mengetahui*”.
Apa yang berlaku ialah selepas itu dengan sebab pengurusan yang dilaksanakan, hasilnya ketika berlaku kemarau di masa itu, maka Mesir dapat bertahan dalam bekalan makanan dan sekuriti makanan negara. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, perkara yang penting yang ingin saya bangkitkan ialah berkait dengan agensi sekuriti bekalan makanan.
Bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan negara, setiap negara perlu mempunyai sekuriti makanan.
Sekuriti makanan bermakna semua orang pada setiap masa boleh memperoleh makanan yang mencukupi untuk meneruskan hidup yang sihat dan aktif. Bagi menjamin sekuriti makanan sesebuah negara, kerajaan perlu memainkan peranan penting dalam menjamin bekalan makanan mencukupi.
Pada waktu ini, negara kita masih lagi ketiadaan agensi khusus yang bertanggungjawab untuk jaminan bekalan makanan ketika beberapa negara lain telah menubuhkan agensi sama bagi menangani isu itu termasuk Singapura yang mempunyai Agensi Makanan Singapura (SFA) sejak 1 April 2019. Di Indonesia, Badan Ketahanan Pangan telah dibentuk di bawah Kementerian Pertanian Indonesia.
Cadangan penubuhan agensi ini sebagai satu badan berkanun yang bertanggungjawab terhadap akses jaminan bekalan dan simpanan makanan dalam negara. Agensi ini boleh membina kerjasama dengan pemain-pemain industri pertanian bagi mempelbagaikan sumber makanan import dan tempatan serta memastikan kelangsungan rantaian bekalan keselamatan makanan yang bermula dari ladang atau bendang sawah. Saya juga ingin mencadangkan agensi ini:
(i) melakukan jaringan kerjasama dengan industri perniagaan berasakan makanan untuk memanfaatkan teknologi bagi meningkatkan produktiviti;
(ii) menjalankan penyelidikan berterusan untuk membangunkan inovasi produk berasaskan makanan yang boleh dikomersialkan;
(iii) memangkinkan transformasi industri untuk memastikan keselamatan makanan dapat terjaga; dan
(iv) mempertingkatkan usaha untuk mengurangkan import makanan dari luar makanan dan memaksimumkan kebergantungan kepada hasil makanan tempatan.
Kita mahu memastikan dengan adanya inisiatif seperti ini, negara kita tidak mempunyai sebarang masalah bekalan makanan jika berlakunya musibah yang berskala besar datang melanda di peringkat global seperti jangkitan COVID-19 yang pernah menyaksikan negara jiran menghentikan pengeksportan beras dari negara mereka ke negara kita kerana kekhuatiran kekurangan komoditi itu di negara mereka sendiri. Malah dengan penambahan pantas bilangan penduduk di negara kita, perlunya ada satu agensi
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
yang boleh menganalisis dan mengkoordinasi bilangan atau kuantiti berkaitan makanan yang perlu ada bagi menampung keperluan asasi rakyat negara kita ini.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, isu yang berkait dengan dilema M40. Golongan M40 sekarang ini terjejas sama seperti golongan B40. Mereka tidak mempunyai aset yang banyak atau simpanan yang banyak, namun sayangnya mereka tidak layak mendapat pelbagai bantuan dan insentif yang diberi kepada golongan B40. Lebih memburukkan keadaan, sesetengah daripada mereka mempunyai tanggungan anak yang ramai dan keluarga yang besar.
Soalan saya, apakah langkah jangka panjang dan jangka pendek kerajaan untuk membantu mereka supaya pendapatan mereka melonjak semula? Kedua, apakah ada perancangan untuk pelepasan insurans pendidikan dan perubatan golongan M40 dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 dalam cukai pendapatan? Ketiga, adakah kerajaan mempertimbangkan untuk memberi bantuan Keluarga Malaysia kepada semua tingkat strata dalam golongan M40 ini sebagaimana yang diberi kepada golongan B40?
Saya juga ingin untuk mencadangkan kepada pihak kementerian untuk meletakkan pemerhatian khusus kepada kebajikan golongan M40 daripada semasa ke semasa bagi memastikan mereka tidak terpinggir dan tidak tergelincir kepada golongan B40 yang sudah terlalu ramai daripada kalangan mereka pada waktu ini. Saya seterusnya ingin untuk pohon supaya satu kajian data baharu diperlukan bagi melihat kepentingan golongan M40 ini. Juga diperlukan kajian ialah berapa ramaikah daripada kalangan mereka yang telah diisytiharkan muflis atau bankrap hasil kesan daripada COVID-19 yang menimpa mereka sekarang ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong Bajet 2022.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Pandan. Silakan.
Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Pandan
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang ini untuk memberikan saya kesempatan mengambil bahagian membahas Belanjawan 2022.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengesyorkan keperluan untuk mereformasi sistem belanjawan. Reformasi adalah mengenai cukai dan perbelanjaan yang semestinya lebih berhemah. Saya akan sentuh tiga perkara dalam belanjawan. Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat fokus kepada isu pembaharuan ke atas wanita dan ibu tunggal dan pembaharuan laporan multidimensional poverty index (MPI) dan gender responsive budgeting, dengan izin.
Dalam perkara hasil dan perbelanjaan, negara mengamalkan sistem di mana semua operating expenditure (OPEX) perlu berdasarkan kepada berapa hasil yang boleh dicapai setiap tahun. OPEX mesti dibiayai sepenuhnya daripada hasil-hasil negara.
Prinsip kedua adalah development expenditure (DEVEX) di mana ia boleh dibiayai sekiranya ada hasil berlebihan tetapi kalau hasil tak cukup, bolehlah kita pinjam melalui bon dan sukuk.
Sudah lebih dua dekad Tuan Yang di-Pertua, negara tidak mempunyai surplus.
Kali terakhir negara mendapat surplus atau lebihan belanjawan adalah ketika Yang Berhormat Port Dickson menjadi Menteri Kewangan dan telah mendapat pengiktirafan sebagai Menteri Kewangan yang terbaik. Alhamdulillah.
[Tepuk] Kini kita lihat bahawa negara mengalami masalah fiskal yang besar akibat COVID- 19 di mana hasil-hasil kerajaan memang terdesak. Oleh itu, OPEX negara juga mengecil dan kerajaan telah meminta badan seperti Bank Negara dan Khazanah untuk memberi dividen yang berlebihan.
Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Pandan
Pada tahun 2021, tahun ini saja, kerajaan telah pun menggunakan Wang Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) RM5 bilion untuk membeli vaksin. Saya faham bahawa hasil negara semakin menguncup tetapi kenapa kerajaan tidak menampakkan bahawa mereka mengamalkan fiskal disiplin yang berhemah? Kalau RM2.80 itu boleh dibuat sebulan saja itu, saya tidak fahamlah Tuan Yang di-Pertua, untuk Toyota Vellfire itu. Hasil kita perlu diperluaskan.
Jadi, progresif and taxation perlu diangkat dan ini memerlukan bipartisan support antara semua pihak. Cukai sebenarnya sepatut digunakan untuk keperluan orang-orang miskin supaya jurang miskin kaya boleh dikurangkan dengan cara yang lebih berkesan dan mesti mengelakkan rasuah dan ketirisan.
Untuk memastikan ini kita perlukan check and balance dan political will, semak imbang dan azam politik, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, kalau hasil tidak cukup setiap tahun, kita perlu tingkatkan pemantauan OPEX terutama kontrak-kontrak.
Kontrak-kontrak bekalan dan perkhidmatan dalam belanjawan menguruskan yang telah berjumlah RM30.37 bilion. Pada masa kini kerja-kerja memantau perolehan bekalan dan perkhidmatan negara dilaksanakan oleh PAC, dan juga Jabatan Audit Negara. Sekarang ditubuhkan pula Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC).
Oleh itu dengan adanya PSC baru ini kita mengharapkan ia dapat meningkatkan usaha-usaha memantau setiap kementerian dalam perkara perbelanjaan dengan lebih terperinci supaya ketirisan dan rasuah ini dapat dibanteras kerana Tuan Yang di-Pertua, tiap-tiap tahun laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara menunjukkan ketirisan kerana yang baru-baru ini, terkini, laporan terkini Ketua Audit Negara mendedahkan ketirisan di mana RM620 juta telah hilang. Ini boleh buat tebatan banjir.
Tuan Yang di-Pertua, kalau ada tebatan banjir yang boleh kita biayai, banyak rakyat kita boleh diselamatkan.
Jadi kita sepatutnya memperkuat lagi Jabatan Audit Negara ini dengan memberikan mereka dana yang mencukupi untuk melaksanakan operasi pemantauan mereka. Akan tetapi, pada tahun ini, mengapakah kerajaan memotong hampir RM4 juta dana dari Jabatan Audit Negara? Ini menghantar mesej yang salah.
Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja pendapatan negara menguncup tetapi hutang pula akan meningkat kepada RM1 trilion pada tahun depan. Kos faedah hutang negara dikira sebagai OPEX , jadi anggarkan sebanyak RM43 bilion setahun. Jadi kita pun perlu memastikan apa-apa wang yang kita ada itu tidak diselewengkan.
Kita mempunyai wang yang sedikit, jadi kita kena pastikan setiap sen digunakan untuk negara dan memastikan ia tidak masuk ke dalam poket perasuah dan mereka yang menyalah gunakan kuasa. Jangan lupa juga kita mengenai hutang 1MDB itu. RM32.2 bilion yang jumlah bunganya, interestnya saja mencecah RM71.1 bilion membuatkan dia menjadikan RM39.3 bilion.
Tuan Yang di-Pertua, tahun lalu peruntukan untuk DVEC 2019 RM51.4 bilion.
Tahun 2020, RM69 bilion. Tahun ini RM77 bilion. Jadi kita mahulah, ya kalau dengan DVEC yang begitu tinggi, kita mahu kerajaan dipertanggungjawabkan kerana kita hendak setiap sen itu ada yang dipertanggungjawabkan. Accountability is very important, Tuan Yang di-Pertua.
Saya hendak masuk ke bajet Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bajet KKM 2022 jika diteliti bajet itu tidaklah seindah seperti yang dibentangkan. Dalam ucapan bajet Yang Berhormat Menteri Kewangan pada perenggan 35 dan 36, Yang Berhormat Menteri memberi bayangan bahawa jumlah wang RM4 bilion telah diberikan untuk membiayai program vaksinasi dan meningkatkan kapasiti fasiliti perkhidmatan kesihatan awam, public health di bawah perbelanjaan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Daripada segi perbelanjaan, RM4 bilion merupakan perbelanjaan book OPEX. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, di manakah RM4 bilion di dalam dokumen belanjawan Kementerian Kesihatan Malaysia? Kalau RM4 bilion ini berada dalam perbelanjaan OPEX, maknanya Tuan Yang di-Pertua, dikatakan
Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Pandan
pengurusan untuk OPEX sebanyak RM28 bilion tetapi apabila kita potong RM4 bilion itu, dijadikan RM24 bilion saja.
Pada tahun 2018, dana OPEX Kementerian Kesihatan Malaysia sebanyak RM25.4 bilion. Kali ini peruntukan yang paling rendah dalam jangka masa lima tahun kebelakangan ini. Bukankah Kementerian Kesihatan Malaysia kita mahukan, kita perlukan? Kalau kita sakit mana kita hendak pergi? Kalau kita kurangkan OPEX mereka, ini tidak memberikan satu mesej yang jelas bahawa kita hendak kementerian kita, health system yang terbaik dalam rantau ini.
Tuan Yang di-Pertua, dalam dana pembangunan yang paling besar, biggest ever dalam sejarah negara kita, mengapakah peruntukan untuk Kementerian Kesihatan Malaysia menurun berbanding dengan tahun lalu? Sebanyak RM4.3 bilion diperuntukkan untuk tahun 2022 tetapi 2021, RM4.7 bilion telah diperuntukkan.
Kita masih dalam situasi di mana pandemik COVID-19 berpotensi untuk merebak dan menjadi lebih bahaya. Lihat saja apa yang berlaku di Eropah, di mana Perancis, negara Perancis mencapai the highest hospital rate, dengan izin dan di United Kingdom
(UK) 50 ribu orang dijangkiti setiap hari. Kalau mengikut perkiraan yang lepas, jarak jangkitan COVID-19 akan menyusul di Malaysia dalam masa dua ke-tiga bulan.
Jadi kita perlu berwaspada dan kementerian yang paling penting masa kini merupakan Kementerian Kesihatan Malaysia. Akan tetapi saya hairan kerana Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama kenapa bajet Kementerian Pertahanan Malaysia mempunyai peningkatan yang lebih besar daripada segi peratusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia? Apakah kita hendak beli kereta kebal untuk melawan COVID-19?
Jadi, mintalah Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk semak semula dan berilah fokus kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kalau sakit baru kita tahu. Masa kita sihat ini kita bersyukurlah. Akan tetapi jangan potonglah peruntukan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya beri sedikitlah kredit in this due, ya. Yang Berhormat Menteri Kewangan telah dengan baik hati memberi beberapa buah dasar baharu yang prihatin terhadap wanita seperti Program Kasih Suri Keluarga Malaysia, lebih dana kepada Unit D11 dan program pemberian kit khas asas kebersihan diri kepada wanita kerana kita ada kemiskinan haid, ya.
Kebanyakan idea-idea ini datang daripada Ahli Parlimen Wanita Pakatan Harapan terutamanya Parti Keadilan tetapi saya agak terkilanlah, Yang Berhormat Menteri Kewangan berilah sedikit pengiktirafan kepada mereka ini, yang telah dekat dengan dia ini.
Isu yang terakhir Tuan Yang di-Pertua saya mohon, saya hendak sentuh tentang Multidimensional Poverty Index (MPI) dan juga gender responsive budgeting. Terima kasih kepada Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Kuantan, Yang Berhormat Merbok kerap kali membawa isu-isu MBI dan GRB ini. Yang Berhormat Permatang Pauh telah melakukan satu kajian yang cukup baik, menyeluruh dengan pertolongan akademik-akademik yang terbaik di Malaysia seperti Prof. Dr. Kamid Fatimah Kari melakukan Multidimensional Poverty Index (MPI) ini di Permatang Pauh kerana ini penting, Tuan Yang di-Pertua.
Kita mesti memahami kemiskinan itu bukan angka saja. Gaji kah, upah kah tetapi ia mempunyai pelbagai dimensi pendidikan, taraf hidup dan juga kesihatan Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Jeli, Yang Berhormat Menteri Ekonomi yang telah memberikan ruang dan sokongan. Akan tetapi kita mahulah Yang Berhormat Menteri Kewangan bekerjasama dengan Yang Berhormat Menteri Ekonomi untuk membuat kajian menyeluruh satu Malaysia. Sabah dan Sarawak penting di pedalaman, Orang Asli, orang asal dan membuat satu bajet berdasarkan kajian-kajian NPI yang sepatutnya dilakukan pada tahun depan.
Yang Berhormat Kuantan telah mengangkat isu-isu gender responsive budgeting
(GRB). Kita tahu bahawa 2005, Kerajaan UMNO-BN telah melakukan kajian tetapi hanya setahun saja. Lepas itu United Nations Development Programme (UNDP) telah
Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Pandan
ditinggalkan dan kita mahu Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Kuantan dengan sokongan Yang Berhormat Subang walaupun dia bukan wanita tetapi telah mengadakan perbincangan yang cukup mendalam dengan Yang Berhormat Menteri Kewangan kita mahukan Yang Berhormat Menteri...
Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan
Yang Berhormat Pandan, boleh saya mencelah?
Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Pandan
Kejap, saya tidak ada masa sudah.
Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan
Boleh Tuan Yang di-Pertua?
Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Pandan
Minta maaf, saya tidak ada masa.
Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan
Kalau Tuan Yang di-Pertua beri ruang.
Tuan Yang di-Pertua
Cukuplah, ada tiga orang, 30 minit cukup-cukup. Maaf.
Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Pandan
Minta maaf. Saya bagi pengiktirafan kepada Yang Berhormat Kuantan kerana kita perlukan women-sensitive data, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasihlah Yang Berhormat Menteri telah memberikan kita jaminan tetapi kita hendak tahu bila. Bilakah hendak mula? Kena ada satu political will yang betul kerana bila impak wabak COVID-19 ini, kaum wanita dan kaum ibu terutamanya kaum ibu tunggallah yang sangat terkesan, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Pandan
Saya hendak akhiri, kerana pada akhirnya Tuan Yang di-Pertua janganlah abaikan apa yang telah dibangkitkan isu-isu dalam Dewan ini oleh Ahli-ahli Parlimen. Berdasarkan Surah Al- Hajj, ayat 46 yang bermaksud, “Bukanlah mata kepala yang buta tetapi yang buta itu mata hati.” Jangan buta mata hati dalam dada kita...
[Tepuk] Saya ingin mengingatkan Yang Berhormat Menteri Kewangan bahawa dalam ucapan Yang Berhormat Menteri perenggan 258 disebutkan, “Semua inisiatif yang dibentangkan pada hari ini tidak akan bermakna sekiranya pelaksanaannya tidak sampai kepada ahli Keluarga Malaysia dengan tuntas dan berkesan.” Jadi ini adalah penting. Apa yang penting di sini merupakan pelaksanaan yang menjadi kayu ukur sebagai memastikan semua inisiatif Bajet 2022 berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Ini adalah penting, pelaksanaan. Itu kata-kata Yang Berhormat Menteri sendiri.
Saya harap Allah memberkati. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Pandan. Yang Berhormat Cameron Highlands, silakan.
Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Bismillahi Rahmani Rahim.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan. Jika dilihat pada hari ini, peranan yang dipikul oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli amat berat untuk menjaga kebajikan dan juga meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat Orang Asli terutama sektor ekonomi.
Oleh itu seperti yang saya pernah cadangkan sebelum ini, satu perbadanan khusus untuk masyarakat Orang Asli harus ditubuhkan khusus untuk merancang, merangka dasar dan melaksanakan pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli. Cadangan penubuhan perbadanan Orang Asli ini merupakan salah satu usaha membantu mengoptimumkan pembangunan masyarakat tersebut tanpa sebarang birokrasi, dengan izin, red tape Ingat, khusus untuk ekonomi bukan untuk menutup JAKOA.
Kita sedia maklum, sekiranya dengan perbadanan birokrasi kurang tidak seperti sekarang ini. Menerusi JAKOA perlu merujuk kepada ibu pejabat JAKOA dan banyak prosesnya tetapi jika ada perbadanan, kita boleh singkatkan proses birokrasi dan kita boleh buat keputusan
Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
dengan cepat. Seumpamanya kita lihat, tiap-tiap kerajaan negeri ada perbadanan kemajuan ekonomi. Ia tidak melibatkan kepada birokrasi, ia melepaskan kepada satu sektor badan ekonomi yang bergerak bebas untuk membangunkan ekonomi negeri tersebut. Inilah konsep yang saya pohon kerajaan mengambil maklum. Pohonlah ambil maklum. 64 tahun kami masih ketinggalan jauh. Tidak ramai pun, 200 ribu orang. Kenapa kerajaan masih mengheret kaki.
Saya memohon, apakah keputusan daripada kerajaan berkaitan dengan cadangan penubuhan perbadanan Orang Asli ini? Saya berharap dengan semangat yang dilaung- laungkan Keluarga Malaysia konon, ia akan dilaksanakan bagi menjamin pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli Malaysia yang efektif dan mampan secara menyeluruh.
Kedua, saya ingin bangkitkan isu pendidikan masyarakat Orang Asli. Berdasarkan kajian dilakukan oleh SUHAKAM, mereka mendapati masyarakat Orang Asli di negara ini menghadapi masalah mendapat pendidikan yang berkualiti.
Di sesetengah tempat ada di kalangan anak Orang Asli tidak bersekolah langsung.
Malah ada jua di antara mereka yang tidak menamatkan persekolahan. Terdapat pelbagai faktor dan sebab yang menyumbang kepada masalah ini. Antaranya merupakan penempatan mereka yang jauh di pedalaman, tiada kemudahan bersekolah, kemiskinan tegar, sikap ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak dan ketidakprihatinan agensi berkaitan dalam menangani isu-isu pendidikan anak-anak Orang Asli yang tidak bersekolah langsung.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan beberapa inisiatif atau jalan penyelesaian bagi pihak kerajaan supaya masalah keciciran pendidikan anak-anak Orang Asli dapat diselesaikan. Daripada segi masalah pengangkutan. Dicadangkan supaya JAKOA mewujudkan unit pengangkutan yang tersendiri khusus untuk membawa anak-anak Orang Asli ini untuk ke sekolah.
Seterusnya kerajaan harus menyediakan dan menaik taraf jalan-jalan perhubungan yang memudahkan pengangkutan di kawasan terpencil. Daripada segi bantuan peralatan kelengkapan persekolahan pula, KPM dengan kerjasama JAKOA disarankan agar menilai semula sistem pemantauan pengurusan bantuan daripada aspek kualiti dan kuantiti bahan serta piawaian bahan-bahan di daerah-daerah pedalaman.
Seterusnya untuk bantuan kewangan, JAKOA dan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin, Jabatan Pelajaran Negeri sewajarnya mengambil langkah bagi memastikan tidak berlaku pencairan maklumat kepada pegawai pelajaran daerah, pengetua, guru besar dan guru- guru khasnya di sekolah yang ada murid Orang Asli dan juga sekolah pedalaman. Bantuan Badan Kanak-kanak Orang Asli juga harus sampai pada waktu kepada mereka yang berhak tanpa berlaku kelewatan.
Saya akan terus kepada kesimpulan memandangkan masa begitu singkat dan mencemburui saya. Tidak guna jika berbilion-bilion diperuntukkan jika delivery system untuk melaksanakan tidak efisien. Rakyat wajib menerima kemajuan output yang dicaknakan mengikut bajet-bajet yang telah dirancang.
Di sini saya ingin menegur sistem delivery iaitu penjawat-penjawat awam. Dengan izin, you are the person yang akan memastikan perkara-perkara ini sampai kepada rakyat. Dengan sedemikian, saya cadang dan sarankan penjawat-penjawat awam untuk memastikan segala dasar yang telah ditetapkan, dengan izin, political master anda iaitu Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan Menteri dilaksanakan sebagaimana yang dirancang.
Jangan ada Little Napoleon yang ada perkara-perkara tersendiri, mengatur kontraktor- kontraktor, mengatur jawatan-jawatan. You don’t do that, dengan izin. Please, you are the delivery system. Tidak guna berjuta-juta di-spent tetapi tidak sampai kepada matlamatnya. Ini saya lihat berlaku di bawah. Seumpamanya, saya ada melawat di kawasan saya sendiri, Pos Hendrop, dengan izin juga, izinkan saya berbahasa Orang Asli sedikit. Seorang Orang Asli menghampiri saya. Yang Berhormat...
[Bercakap dalam bahasa Orang Asli] Ini bermaksud, “Yang Berhormat, saya hendak bercerita sedikit.” Orang Asli ini bercakap sedemikianlah. “Macam mana jalan orang kampung hendak elok, atas tar terus tanah, mana batu gravel-nya?” Perkara-perkara sedemikian. Dahulu Orang Asli tidak peduli, janji ada jalan tetapi kalau jalan kita belanja berjuta-juta tetapi substandard yang hanya bertahan enam bulan, selepas itu hancur tidak guna.
Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Untuk makluman kepada semua, bermula daripada sekarang setiap projek jalan di kawasan Parlimen Cameron Highlands yang direncanakan berjuta-juta itu siap sahaja, saya sendiri yang akan pergi menebuk hendak melihat betul kah tar, betul kah mengikut specs. Jika tidak, bukan saya mengugut, saya sendiri yang akan buat laporan kepada SPRM...
[Tepuk] Please deliver apa yang rakyat hendak. Jangan sesekali cut corners. Diperuntukkan RM33 juta, pastikan RM33 juta itu mengikut specs. Jangan dalam sesuatu perkara di kawasan Orang Asli yang saya lihat ketara sangat. Apabila sesuatu projek diluluskan, yang mengesahkan projek itu telah dilaksanakan ada kumpulan ‘S’. Sepatutnya ‘J’. Ini dulu-dulu.
Dengan izin saya berharap perkara-perkara sedemikian tidak berlaku.
Paling utama bagi kemajuan Orang Asli yang saya lihat ialah pencapaian akademik.
Saya memohon kerajaan memberi daripada peruntukan yang berjuta-juta kepada JAKOA itu di-spent wisely kerana dengan modal insan sahaja masyarakat Orang Asli akan dapat keluar dari kepompong kemiskinan.
Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Saya berharap pegawai-pegawai kerajaan melaksanakan tugas dengan integriti dan ketelusan. Jika tidak, your political master iaitu Menteri atau Timbalan Menteri tidak mengetahui peraturan dan sebagainya, maklumkan, rencanakan supaya perancangan kerajaan itu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Tidak ada ketirisan dan sikap makan gaji itu kena ketepikanlah. Apabila berkhidmat dengan JAKOA ini, you are serving masyarakat yang ketinggalan. Pastikan apa yang pada mereka sampai.
Saya dengan ini mengakhiri ucapan saya, sekian terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Cameron Highlands.
Seterusnya Yang Berhormat Kota Melaka, silakan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana mengizinkan saya mengambil bahagian dalam membahaskan bajet bagi tahun 2022.
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang kita maklum, bajet ialah satu usul, satu yang kita hendak bentangkan menerangkan tentang bagaimana kerajaan akan membelanjakan pada tahun depan dan juga ramalan mereka berapakah hasil yang akan mereka dapat.
Kita boleh lihat bajet kali ini banyak tawaran telah diberikan. Banyak janji telah ditawarkan tetapi soalan pokok saya ialah sama ada janji-janji ini dapat ditunaikan tak? Bajet kali ini seakan-akan seperti satu bajet pilihan raya. Saya lihat sama ada bajet ini boleh berjaya atau tidak amat bergantung pada Kabinet.
Hari ini Kabinet yang kita lihat ialah satu gabungan antara dua parti, dua perikatan.
Satu Perikatan Nasional, satu Barisan Nasional. Mereka ada dalam Kabinet. Di Putrajaya mereka adalah kawan antara satu sama lain tetapi apabila mereka dua jam daripada Putrajaya, mereka pergi ke Melaka, mereka lawan antara satu sama lain.
Barisan Nasional lawan dengan Perikatan Nasional di Melaka dalam Pilihan Raya Negeri Melaka. Sebanyak 28 lawan 28. Semua kerusi Barisan Nasional lawan dengan Perikatan Nasional. Jadi, apabila Menteri daripada Barisan Nasional turun ke Melaka, sudah pasti dia akan mengatakan buruk-buruk tentang calon Perikatan Nasional.
Jadi saya hendak tanya, apabila mereka balik ke Putrajaya, adakah benar-benar mereka boleh duduk sama-sama iaitu memang mereka adalah rakan dan mereka boleh laksanakan bajet dengan betul. Itu yang kita risau sebab kita lihat sehingga Timbalan Menteri, dua orang Timbalan Menteri kali ini bertanding di Pilihan Raya Negeri Melaka.
Mereka lawan antara Barisan Nasional dengan Perikatan Nasional. Sana lawan, lepas itu balik ke Kabinet mereka boleh duduk sama. Ini ialah hipokrit. Pura-pura sana lawan lepas itu jadi kawan ataupun mereka betul-betul lawan. Kalau betul-betul lawan, maka bagaimana kita hendak pastikan mereka boleh jalankan, memastikan bajet ini boleh dilaksanakan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Saya bagi satu contoh Tuan Yang di-Pertua, bajet tahun lepas kata hendak bagi 150,000 lap-top kepada murid daripada golongan B40 tetapi apabila kita tinjau, sehingga September hanya sekadar 111,000 sahaja lap-top diberikan. Apabila kita bangkitkan sekali di Oktober bulan lepas, barulah dikatakan akan diagihkan supaya genap 150,000 lap-top. Tahun ini pula, kali ini Yang Berhormat Menteri Kewangan sekali lagi berjanji akan memberi 600,000 laptop kepada pelajar di IPTA ataupun IPTS. Sebanyak 150,000 laptops pun susah hendak bagi, sekarang hendak janji tahun depan hendak bagi 600,000 laptops lagi.
Jadi ini sudah menjadi satu tanda tanya. Kenapakah proses pembahagian begitu lambat? Adakah kerana antara Menteri Barisan Nasional dengan Menteri Perikatan Nasional mereka ada saling selisih faham. Oleh sebab itu, sehingga hendak laksanakan dasar atau program yang baik untuk rakyat pun tidak dapat dijalankan. Saya hendak tanya, dalam ucapan Yang Berhormat Menteri Kewangan, dia cakap akan peruntukkan RM450 juta untuk berikan 600,000 lap-top. Kalau kita bahagikan ialah puratanya satu laptop akan gunakan RM750 untuk beli satu lap-top.
Akan tetapi, saya hendak tanya di dalam Dewan ini, di mana kita boleh beli lap- top dengan harga RM750? Adakah mereka hendak bagi pelajar IPTA dan IPTS ini lap-top second-hand? Ataupun lap-top yang hanya ada rangka tetapi dalamnya isi kosong seperti kerajaan sekarang ini? Kita hendak tahu RM750 hendak beli lap-top macam mana? Itu satu yang kita minta supaya mereka jawab.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Kota Melaka, boleh sedikit?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Janganlah mereka– kerajaan tukar, Menteri semua tukar kereta baharu Vellfire, kereta mewah tetapi hanya sekadar bagi RM750 punya lap-top. Saya pun tidak tahu mana mahu beli.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Yang Berhormat Kota Melaka, sedikit, sekejap saja.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Okey.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Okey. Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Kota Melaka dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat bertanya soalan banyak. Cuma saya hendak minta Yang Berhormat Kota Melaka tanya pada Yang Berhormat Menteri, kalau boleh jawab soalan, jawab dengan betullah ya sebab saya pernah tanya soalan kepada pihak sebelah sana.
Saya tanya, kenapakah tidak diteruskan pendakwaan ke atas Yang Berhormat Pontian di atas kesalahan memberikan kenyataan palsu ataupun tidak benar kepada pegawai SPRM. Apabila saya dapat jawapan, dia kata kesalahan kompaun tidak salah daripada segi undang-undang. Apakah kaitan dengan soalan saya? Jadi, minta kalau boleh dia jawab betul-betul sebab ada tendency dia jawab menyeleweng ini. Terima kasih.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Baik, masuk dalam sebahagian daripada ucapan saya.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sambung. Sekarang Melaka sudah jadi satu tumpuan seluruh Malaysia. Bukan sahaja kerana ia adalah tempat pelancongan tetapi juga akan diadakan Pilihan Raya Negeri Melaka. Akan tetapi hari ini Tuan Yang di-Pertua, kalau anda pergi ke Melaka, you boleh lihat Melaka penuh sesak dengan ramai orang, pelancong sudah datang, sudah baliklah kepada normal. Semua tempat, jalan raya semua kenderaan banyak, ramai pelancong, semua penuh. Akan tetapi, apabila adanya pilihan raya ini, SOP yang dikeluarkan oleh SPR, nampaknya semua tidak boleh. Tidak boleh ada walkabout, tidak boleh pergi door to door, tidak boleh ada ceramah, hendak gantung bunting, banner dekat jejantas pun tidak boleh. Ini satu kempen semua tidak boleh.
Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan
Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jadi saya hendak tanya kepada...
Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan
Yang Berhormat Kota Melaka, boleh saya tanya sedikit Yang Berhormat Kota Melaka. Saya dapat maklumat bahawa petugas pilihan raya tidak boleh pakai baju parti pun, pergi makan dekat restoran pun tidak boleh pakai baju parti dan dihalau. Apakah pandangan. Betulkah benda ini berlaku Yang Berhormat Kota Melaka? Terima kasih.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jadi pandangan saya, pendapat saya ialah, hari ini saya tidak tahu sama ada SPR itu betul-betul bertindak secara bebas ataupun dipengaruhi. Sehinggakan ia mengadakan banyak tema sedemikian yang sukar untuk kita ikut. Kita faham sekarang ada pandemik COVID-19, kita perlu berhati-hati tetapi sepatutnya SPR perlu adakan satu SOP yang lengkap di mana boleh memberi peluang kepada semua untuk menyampaikan mesej mereka kepada pengundi. Ini tidak dilakukan oleh SPR. Sebelum itu, kita banyak kali sudah kata. Sebelum itu ada laporan daripada ELC.
Tuan Yang di-Pertua dulu adalah Pengerusi SPR, tahu ada laporan ELC. ELC laporan sudah diberikan tetapi kerajaan di sebelah sana pula kata hendak tubuh satu jawatankuasa untuk meneliti laporan satu jawatankuasa. Ini telah melambatkan proses.
Sehingga sekarang hari ini kita kata sekarang COVID-19, kita ada norma baharu, norma baharu, tetapi SPR tidak ada keluarkan satu SOP yang baharu supaya kita semua boleh ikut. Ini akan menyebabkan ia membantu pihak kerajaan untuk menang dalam pilihan raya di negeri Melaka. Itu amat tidak adil kepada semua parti termasuk parti Pembangkang.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Sepatutnya beri ruang yang sama kepada semua calon untuk mereka tampil di siaran TV ataupun radio supaya semua ada ruang yang sama. Sebab, di Melaka ini bukannya semua tempat ada liputan 4G atau 5G, Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab itu, kita hendak minta supaya SPR bertindak dengan adil kepada semua.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum itu, kita lihat kita memperjuangkan hak golongan muda. Oleh sebab itu pada Julai 2019, kita telah luluskan supaya mereka yang berumur 18 tahun boleh mengundi. Pada masa itu, SPR kata mereka akan ambil selama dua tahun iaitu Julai tahun ini sepatutnya semua yang berumur 18 ke-20 tahun, mereka boleh mengundi selepas Julai 2021.
Akan tetapi, apa yang kita lihat hari ini, SPR kata bulan tiga ini, dia kata perlu lanjutkan pada tahun hadapan, bulan September 2022 baru boleh umur 18 hingga 20 tahun baru boleh mengundi. Akan tetapi apabila dicabar di mahkamah, mahkamah kata mesti laksanakan pada tahun ini, maka SPR pula kata bermula 31 Disember dia akan siap. Ertinya, pada tahun hadapan 1 Januari, mereka berumur 18 hingga 20 tahun boleh mengundi.
Jadi di sini kita sudah boleh lihat sama ada mereka mahu atau tidak mahu. Kalau mahu, mereka boleh laksanakan. Kalau tidak mahu, dia boleh lambat-lambatkan. Jadi kita hendak tanya kepada SPR, adakah kerana mereka hadapi kesukaran ataupun mereka diperintah supaya melambat-lambatkan proses untuk membenarkan mereka yang golongan muda ini dapat mengundi? Ini adalah menafikan hak golongan muda.
Apa gunanya setiap hari kita kata kita pentingkan golongan muda, kita adakan Hari Belia, tetapi apa yang kita buat, kita menafikan hak mereka? Sehingga pilihan raya negeri kali ini, oleh sebab sikap tidak bertanggungjawab ini, telah menyebabkan 150 ribu orang golongan muda daripada berumur 18 hingga 20 tahun tidak dapat mengundi.
Jadi saya hendak menyeru kepada golongan pemuda ini, barangkali boleh tolong kempen, beritahu kepada rakan-rakan dan saudara mara supaya mendenda kerajaan yang ada hari ini kerana menafikan hak mereka untuk mengundi.
Tuan Yang di-Pertua
Habiskan ya.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, poin yang terakhir yang mengenai dengan...
Tuan Yang di-Pertua
Satu minit.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ya, terima kasih. Akta anti-hopping. Kali ini, Tuan Yang di-Pertua, apabila kita pergi kempen, ramai rasa tidak confident kerana dia kata, kalau pilih, nanti selepas itu sudah menang, nanti dia lompat lagi. Ini rata-rata ada berfikiran sedemikian. Termasuklah UMNO, Tuan Yang di-Pertua.
UMNO buat kali pertama minta calon dia mesti tanda SD berjanji supaya mereka tidak akan lompat parti. UMNO. Ini satu sejarah bermula dari Melaka, minta calon dia tandatangan SD. Bukan itu sahaja, mereka kata, UMNO kata kalau menang, mereka jadi kerajaan, mereka hendak pinda perlembagaan supaya boleh lantik seramai lima orang ADUN. Kenapakah? Sebab mereka takut. Mereka takut sendiri punya calon. Tidak yakin dengan calon sendiri. Sehingga mereka hendak melaksanakan lantikan lima orang ADUN supaya mereka tidak akan lompat parti.
Akan tetapi, saya hendak menasihatkan kepada UMNO, sebab apa yang mereka hendak buat ini, pinda perlembagaan, lantik ADUN ini. Sebelum ini di Sabah mereka sudah buat tetapi tidak berjaya juga. Jadi yang paling penting ialah kita mesti luluskan akta anti lompat parti ini secepat mungkin.
Datuk Seri Mohd Redzuan bin Yusof - Alor Gajah
Yang Berhormat Kota Melaka, ini bukan kempen pilihan raya. Terima kasih.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Itu ialah akta anti lompat parti.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, habiskan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Itu penting, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Tamatkan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jadi, akhir sekali, seperti ada disebut...
Tuan Yang di-Pertua
Tadi dah akhir dah.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Oleh Yang Berhormat Pandan tadi, dia kata kesihatan itu penting memandangkan COVID-19 ini. Saya setuju. Sebab itu saya minta supaya Kementerian Kesihatan perlu keluarkan dasar ataupun polisi yang dapat membantu rakyat.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Seperti di Melaka. Di Melaka, Pakatan Harapan kata, kalau mereka menang, mereka akan kemukakan Kad Sihat Melaka...
Tuan Yang di-Pertua
Tamatkan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Akan beri sebanyak RM300 kepada keluarga B50...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, tamatkan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
...Untuk mereka boleh pergi ke klinik swasta. Ini satu yang baik yang kita harap supaya Kerajaan Persekutuan boleh mengikuti, boleh contohi apa yang mereka hendak laksanakan.
Dengan itu, sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat tidak berapa adil kepada Yang Berhormat Igan yang terpaksa datang pada 2.30 petang untuk menyambung ucapan beliau kerana Yang Berhormat ambil sebanyak lima minit lebih.
Yang Berhormat Igan, sehingga pukul 1 tengah hari, kemudian kalau boleh datang balik pada pukul 2.30 petang. Boleh ya?
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Insya-Allah.
Tuan Yang di-Pertua
Tolong marah dengan Yang Berhormat Kota Melaka, bukan saya.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, berilah sambung sampai 1.05 tengah hari supaya Yang Berhormat Igan tak payah balik sini.
Tuan Yang di-Pertua
Saya tidak ada kuasa hendak sambung lebih pukul 1 tengah hari. Maaf.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terlebih dahulu, Igan ingin merakamkan penghargaan terima kasih atas peluang serta kesempatan yang diberikan kepada Igan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2022 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera.
*Mewakili Igan megah berdiri; Keluhan rakyat sentiasa didengari.
Suara rakyat suara keramat; Bajet 2022 membela rakyat.* Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya, Bajet 2022 sangat inklusif dengan pendekatan menyeluruh untuk membantu rakyat dan ekonomi pulih daripada impak negatif pandemik COVID-19. Kerajaan meletakkan keutamaan yang tepat dengan sentiasa mendengar keluhan dan rintihan rakyat dengan menampilkan pelbagai inisiatif seperti bantuan tunai yang disasarkan, mencipta peluang pekerjaan, menaikkan taraf infrastruktur luar bandar, mengurangkan kos sara hidup, menambah baik akses kepada pengangkutan awam dan pelbagai inisiatif yang lain sehingga tiada golongan yang tercicir.
Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan ini, saya ingin membangkitkan beberapa perkara yang masih perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh Kerajaan Persekutuan khususnya melibatkan negeri Sarawak dan kawasan Parlimen Igan yang saya wakili.
Pada bajet kali ini, kerajaan telah mengumumkan peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM4.67 bilion untuk Sarawak dan sebanyak RM5.16 bilion untuk Sabah. Walaupun Sarawak mendapat peningkatan peruntukan sebanyak RM158 juta berbanding tahun 2021, sekali pandang ramai tertanya mengapa Sarawak mendapat kurang peruntukan dari Sabah. Oleh itu, saya memohon Menteri Kewangan memberi justifikasi dan perincian atas perkara ini. Mungkin ada butiran-butiran peruntukan yang tidak dinyatakan dengan jelas.
Persoalan ini bukan bermaksud Sarawak harus mendapat lebih banyak daripada negeri Sabah. Akan tetapi, kalau kedua-dua negeri diberikan peruntukan yang sama jumlahnya, bukankah lebih cantik dan lebih molek? Bukanlah kita tidak bersyukur, Tuan Yang di-Pertua.
Orang memberi kita merasa; Orang berbudi harus dibalas jasa. Tuan Yang di-Pertua, di bawah strategi membina kehidupan yang kondusif dalam inisiatif menambah baik aspek kesejahteraan penduduk luar bandar serta dalam usaha mengurangkan jurang pembangunan antara wilayah, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM1.5 bilion untuk pembangunan infrastruktur luar bandar pada Sarawak dan Sabah.
Oleh itu, saya ingin bertanya kepada kementerian yang berkaitan, berapa jumlah yang diperuntukkan pada Sarawak daripada dana RM1.5 bilion berkenaan? Adakah perancangan untuk membina projek luar bandar dan jalan perhubungan desa untuk kawasan Parlimen Igan yang masih kekurangan daripada segi kemudahan infrastruktur asas?
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM382 juta bagi projek air luar bandar dan bekalan air alternatif dan peruntukan sebanyak RM485 juta untuk bekalan elektrik luar bandar serta peruntukan sebanyak RM107 juta untuk projek lampu jalan kampung. Saya ingin tahu, daripada kementerian berkenaan perincian peruntukan ini bagi negeri Sarawak dan adakah pelaksanaannya termasuk kawasan Parlimen Igan.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Tuan Yang di-Pertua, isu mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sentiasa dekat di hati rakyat Sarawak. Rakyat Sarawak sentiasa teruja untuk mengetahui status perkembangan terkini mengenai isu-isu yang diputuskan oleh Majlis Khas mengenai Perjanjian Malaysia 1963. Tidak dinafikan ada banyak perkara yang telah diputuskan dan dilaksanakan selama perundingan ini.
Walau bagaimanapun, saya ingin bertanya kepada kementerian berkenaan, apa perkara-perkara atau isu-isu yang telah dipersetujui sebelum ini dan apakah lagi isu-isu yang masih belum diputuskan seperti isu royalti minyak dan pemberian tunai petroleum, isu mineral minyak dan medan minyak, isu Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750] dan hak negeri ke atas pelantar benua dan isu-isu yang lain?
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, boleh sambung pada pukul 2.30 petang?
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Boleh? Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Maaf, pada pukul 2.30 petang, kita akan sambung dengan Yang Berhormat Igan, diikuti oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berikut iaitu Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Selayang, Yang Berhormat Tanjong Manis, Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Yang Berhormat Baram, Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Sekijang, Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Sungai Buloh, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Merbok, Yang Berhormat Bukit Bintang dan akhir sekali Yang Berhormat Bentong.
Oleh sebab masa sudah pukul 1 tengah hari, saya tangguhkan persidangan ini sehingga pukul 2.30 petang nanti. Assalamualaikum, selamat sejahtera.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Tuan Yang di-Pertua
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli Yang Berhormat, kita sambung perbahasan dengan menjemput Yang Berhormat Igan untuk menyambung perbahasannya. Ada lima minit 26 saat.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kita terus sambung perbahasan saya yang terhenti sebentar tadi. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan syarikat FELCRA Berhad di Sarawak.
FELCRA adalah agensi yang dipertanggungjawabkan untuk memajukan kawasan luar bandar yang mana FELCRA memberi ruang kepada masyarakat di luar bandar terlibat sama menyertai aktiviti ekonomi untuk menjana pendapatan melalui pengujudan sektor luar bandar yang dinamik, menarik dan menguntungkan seperti membangunkan dan mengurus tanah-tanah terbiar milik peserta dengan tanaman bersesuaian dan berdaya maju.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan di dalam Belanjawan 2022 telah memperuntukkan sebanyak RM2.5 bilion untuk terus memperkasakan pembangunan masyarakat luar
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
bandar melalui program komoditi di mana sebanyak RM495 juta daripada RM2.5 bilion berkenaan diperuntukkan untuk manfaat peserta FELCRA.
Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan rakyat di luar bandar mendapat keuntungan daripada komoditi yang mereka usahakan. Oleh itu, saya ingin tahu daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar daripada RM495 juta yang diperuntukkan, apakah perincian perbelanjaan untuk peserta-peserta FELCRA di Sarawak? Apakah perancangan-perancangan jangka panjang FELCRA untuk memastikan pekebun kecil mendapat pulangan yang terbaik?
Saya juga ingin tahu, berapakah jumlah hektar ladang-ladang kelapa sawit yang diuruskan oleh FELCRA di Sarawak? Serta berapakah jumlah peserta yang terlibat?
Apakah ada perancangan untuk tanam semula? Apakah bentuk masalah yang dihadapi oleh pengurusan FELCRA di Sarawak sehingga gagal untuk memberikan pulangan dividen yang tinggi kepada para peserta?
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada penanaman kelapa sawit, FELCRA juga terlibat dalam usaha membimbing dan mengembangkan usahawan-usahawan dalam sektor yang lain seperti akuakultur, ternakan, makanan, pembuatan dan perkhidmatan.
Oleh itu, saya ingin tahu berapakah jumlah usahawan yang berjaya di dalam sektor ataupun kategori yang saya sebutkan tadi di Sarawak? Apakah jenis perniagaan yang mereka usahakan?
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan masalah pengurusan FELCRA di kawasan Igan. Saya pernah membawa isu ini di Dewan yang mulia ini. Akan tetapi hingga kini, ramai peserta masih mengeluh dan tidak berpuas hati dengan pengurusan FELCRA di kawasan Parlimen saya, khususnya mengenai agihan dividen yang begitu sedikit tidak setimpal dengan kawasan tanah yang mereka miliki. Malah ada yang tidak menerima dividen langsung.
Menurut jawapan Yang Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar sebelum ini, salah satu sebab para peserta tidak menerima dividen ialah kerana mereka masih lagi menanggung kos pembangunan tanah. Saya musykil kerana ladang kelapa sawit FELCRA di kawasan saya sudah hampir 28 tahun dan tidak mungkin para peserta masih menanggung kos pembangunan. Oleh itu, saya mencadangkan supaya kos pembangunan ladang ini, jika benar-benar masih ada, dilupuskan oleh kerajaan bagi memastikan para peserta mendapat pulangan dividen. Saya pernah mencadangkan perkara ini sebelum ini.
Saya juga dimaklumkan oleh para peserta bahawa pihak FELCRA sekarang ini menghadapi masalah pekerja untuk mengutip buah tandan segar. Oleh sebab itu, hasil kutipan buah tidak sampai 11 peratus. Ini satu masalah yang besar yang berlaku sejak beberapa tahun yang lalu. Pada saat harga komoditi buah tanah segar sangat tinggi sekarang ini, keadaan ini amat merugikan para peserta. Saya melihat pengurusan FELCRA di kawasan saya ternyata gagal.
Oleh itu, saya menggesa agar kementerian mengambil tindakan yang sewajarnya kerana kalaulah masalah ini berterusan, ia amat merugikan para peserta. Saya juga mencadangkan agar hak milik kebun-kebun kelapa sawit ini diserahkan semula kepada pemiliknya untuk diurus sendiri. Lebih-lebih lagi usia ladang sawit ini sudah menjangkau 28 tahun yang sudah melebihi usia produktif.
Selain daripada itu, pihak FELCRA juga tidak mempunyai perancangan jangka panjang untuk pekebun-pekebun kecil di kawasan saya. Ini dapat dilihat daripada tiadanya usaha program tanam semula dilakukan. Oleh itu, saya ingin tahu, apakah perancangan jangka panjang pihak FELCRA di kawasan Igan dalam membantu pekebun-pekebun kecil kelapa sawit?
Tiada perancangan tanam semula, jelas menunjukkan pihak pengurusan FELCRA tidak serius dan komited dalam membantu menaikkan taraf ekonomi para pesertanya. Saya juga dimaklumkan oleh para peserta bahawa mereka juga dibebani dengan potongan wajib oleh pihak pengurusan FELCRA seperti bayaran khairat kematian, skim bencana rumah, skim kemalangan diri, tabung tanam semula, caj pengurusan dan lain-lain.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Bayaran ini mencecah lebih kurang RM300 ribu setahun untuk 300 orang peserta.
Ini adalah bayaran yang membebankan dalam keadaan tidak mendapat pulangan hasil yang banyak. Oleh itu, saya mohon agar kementerian mengecualikan bayaran ini supaya peserta mendapat tambahan pendapatan.
Pihak FELCRA juga tidak melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat mereka dengan masyarakat setempat. Malah mereka juga tidak terlibat dalam melaksanakan projek ameniti sosial dengan izin. Untuk membantu masyarakat miskin di kampung-kampung berdekatan. Program CSR hanya dapat dilakukan beberapa tahun yang lalu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Rumuskan Yang Berhormat.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Tuan Yang di-Pertua, ya satu minit.
Pertanian adalah satu perniagaan. Potensi untuk menjadikan pertanian sebagai perniagaan adalah di luar bandar kerana keadaan keluasan tanah yang besar dan berkualiti. Tumpuan kerajaan di dalam sektor pertanian bukan sekadar untuk memenuhi keperluan diri sahaja tetapi juga untuk menaikkan taraf ekonomi rakyat petani dan nelayan moden.
Oleh itu, semasa membentangkan Belanjawan 2022 di bawah strategi merapatkan jurang ekonomi dan pembangunan antara wilayah, salah satu projek yang akan dilaksanakan oleh kerajaan ialah projek Pertanian Pintar di Igan, Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memohon pencerahan dan perincian pada kementerian berkaitan apakah jenis kategori projek Pertanian Pintar yang akan dilaksanakan di kawasan Igan, Sarawak? Bilakah projek ini akan dilaksanakan dan berapakah jumlah kos projek ini serta peserta yang akan terlibat?
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan di atas inisiatif yang diambil yang melibatkan kawasan Parlimen Igan. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya banyak lagi isu-isu yang ingin saya bangkitkan dalam perbahasan ini tetapi kerana masa amat mencemburui, maka demikianlah sahaja perbahasan saya. Dengan ini, Igan menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Igan. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi Bayan Baru membahaskan Belanjawan 2022. Oleh kerana masa suntuk saya tidak mengizinkan sebarang pencelahan ya. Pertama sekali, saya ingin menanya MAFI.
Berapakah jumlah nilai import makanan? Berapakah eksport makanan dan balance of trade untuk tahun 2020?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Dengan peruntukan MAFI yang kekal tidak naik, bagaimanakah kerajaan boleh menangani masalah import makanan yang begitu tinggi dan mengawal harga makanan yang semakin meningkat?
Soalan kedua adalah kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Semalam Reuters telah melaporkan bahawa tiada syarikat telco yang ingin bekerjasama dengan Digital Nasional Berhad dalam pembekalan 5G. Apakah impak kepada 5G rollout yang dijangka mula bulan depan? Adakah kerajaan telah buat kesilapan dalam business model iaitu single shared network yang berbentuk monopoli ini?
Selama 20 bulan, kerajaan campuran Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan PAS ini mentadbir mereka bukan sahaja gagal menguruskan krisis ekonomi yang menekan rakyat, menteri-menteri kerajaan terus mengamalkan sikap pemborosan, pembaziran dan kemewahan golongan elit.
Kabinet dengan jumlah 70 orang Menteri dan Timbalan Menteri, Ahli-ahli Parlimen backbencher ditawarkan dengan jawatan lantikan GLC, Penasihat Perdana, Menteri Duta
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Khas serata dunia. Terkini Yang Berhormat Pasir Salak dikhabarkan dilantik sebagai Duta Besar ke Indonesia. Syabas dan tahniah, mohon pengesahan dan penjelasan Menteri Luar Negeri.
Selepas Parlimen bersidang semula pada bulan Ogos, barulah pelbagai skandal baharu yang dapat diketahui oleh Dewan yang mulia ini. Bulan lepas rakyat dikejutkan dengan projek baik pulih Seri Perdana yang berbelanja lebih RM38.5 juta. Semalam kita dikejutkan pendedahan Yang Berhormat Teluk Intan bahawa ubahsuai Pejabat Menteri dan Timbalan Menteri melebihi RM4.5 juta.
Amat mengejutkan juga ialah jawapan Menteri Kewangan bahawa kereta rasmi Menteri telah ditukar daripada Proton Perdana kepada kereta mewah Vellfire. Menteri Kewangan menjawab soalan Bayan Baru bahawa kerajaan membelanjakan RM5,759 untuk memajak kereta Vellfire daripada syarikat konsesi.
Sejak April 2021 hingga September tahun ini, dalam enam bulan sahaja sebanyak RM1.4 juta telah dibayar kepada syarikat konsesi tersebut. Kementerian Kewangan berkata lagi perbelanjaan pertukaran kereta Vellfire ini dikatakan berbaloi kerana telah menjimatkan RM2.80 sebulan untuk sebiji Vellfire. Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Menteri Kewangan. Kejayaan ini harus diiktiraf sebagai pencapaian terbaik oleh MOF dalam kad laporan 100 hari nanti.
Umum tahu bahawa kontrak membekal dan mengurus fleet kenderaan kerajaan Malaysia oleh syarikat SPANCO Sdn. Bhd. yang panjang menjangkaui 25 tahun telah tamat pada tahun 2020. Pada zaman PH, proses tender terbuka telah dimulakan dan dilaporkan lapan syarikat yang terlibat dalam proses tender. Kebaikan tender terbuka ini adalah membolehkan syarikat-syarikat berlumba-lumba menawarkan harga dan perkhidmatan yang terbaik.
Isu pokok di sini adalah bagaimana kita memastikan tiada monopoli kontrak kerajaan, pastikan open tender yang telus dan kompetitif. Syarikat menang tender boleh memberi penjimatan kepada kerajaan. Syarikat menang tender boleh memberi tawaran kereta dan perkhidmatan yang terbaik kepada pegawai-pegawai kerajaan yang bekerja keras dan bersusah payah.
Isu pokok adalah kerajaan boleh memilih antara beberapa syarikat yang menawarkan the best value for the money kepada kerajaan. Akan tetapi selepas Langkah Sheraton kita dengar proses tender terbuka tersebut telah dihentikan dan ditukar menjadi rundingan terus. Pada bulan Januari 2021 di khabarkan kerajaan memulakan beberapa sesi rundingan dengan beberapa sebuah syarikat dan akhirnya memberi kontrak berbilion ringgit ini kepada syarikat tersebut secara rundingan terus.
Saya ingin mendapatkan pengesahan daripada Menteri Kewangan adakah syarikat tersebut yang menang tender itu adalah syarikat SPANCO yang mendapat direct negotiation tersebut? Dikatakan syarikat tersebut telah mendapat tender perbekalan fleet kereta rasmi kerajaan selama 15 tahun dengan jumlah RM308 juta setahun atau jumlah RM4.6 bilion sepanjang 15 tahun.
Saya ingin Menteri Kewangan memberikan butiran lanjut tentang kontrak ini.
Berapakah jumlah kereta yang terlibat? Apakah jenis kereta yang dipajak untuk Menteri, Timbalan Menteri, pelbagai lantikan politik dan pegawai kerajaan pelbagai peringkat? Kita mohon penjelasan secara terperinci.
Syarikat lain yang memasuki tender RFP terdahulu antaranya syarikat-syarikat GLC dan syarikat bumiputera gergasi yang terkenal, ada kilang kereta dengan track record yang cemerlang dan menawarkan harga yang lebih rendah dan menarik. Akan tetapi malangnya semuanya gagal dalam proses tender tersebut.
Salah satu syarikat dikhabarkan Syarikat Naza Corporation telah menawarkan terma dan syarat serupa dengan SPANCO tetapi pada kadar penjimatan 17 peratus iaitu RM44 juta penjimatan setahun atau RM664 juta penjimatan untuk 15 tahun, satu penjimatan yang besar.
Naza tawarkan kos kontrak RM3.9 bilion SPANCO tawarkan RM4.6 bilion, mana lebih murah tetapi SPANCO dikhabarkan dapat kontrak dan Naza kalah. Saya tidak
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
pertikaikan hak Menteri, Timbalan Menteri, pegawai kerajaan mendapat kereta rasmi kerajaan. Ini memang diperlukan demi melaksanakan tugas rasmi mereka. Hendak pilih Vellfire boleh, no problem, tiada masalah, itu keputusan Kabinet.
Apa yang kita pertikaikan adalah direct negotiation, jika benar, akan merugikan kerajaan. Adakah apa-apa udang di sebalik batu dalam kontrak ini? Siapa yang untung daripada kontrak berbilion ringgit ini? Jika kes ini benar, yang mendedahkan kes pemborosan, kemewahan, rasuah dan penyelewengan.
Apakah heboh sangat kerajaan memberi bantuan RM300 kepada nelayan, RM150 kepada orang muda, RM700 one-off kepada pegawai kerajaan. Kononnya berjiwa rakyat tetapi sebenarnya adalah kempen meraih undi. Hakikatnya kerajaan campuran BN, PN dan PAS ini memberikan bantuan kereta mewah kepada diri sendiri hampir RM6,000 sebulan dengan pemandu dan unlimited petrol dan tol percuma.
Kontrak kerajaan panjang berpuluh tahun mengikat kerajaan-kerajaan akan datang, generasi kerajaan akan terpaksa tanggung kontrak yang lopsided ini. Mereka kata, “Janganlah salahkan kerajaan sekarang, ini kerja kerajaan terdahulu.” Yang Berhormat Bera merupakan Menteri Kanan. Beliau membuat keputusan kepada kertas Kabinet yang sama, jangan tolak tanggungjawab.
Dahulu Yang Berhormat Pekan pun, ‘pum pang, pum pang’ di Facebook setiap hari, sekarang sunyi seribu bahasa. Kontrak-kontrak rasmi ini jika benar, membantu membuktikan Kerajaan BN, PN dan PAS ini langsung tidak insaf dan bertaubat daripada skandal raksasa 1MDB. Semua ini adalah bebanan kontrak yang perlu dibayar. Inilah sebab mengapa perbelanjaan perbekalan dan tanggungan hutang kerajaan Malaysia tidak dapat diturunkan.
Anak cucu kita kena membayar hutang sampailah hari kiamat. Dalam pengurusan kewangan baliklah ke pangkal jalan. Dengarlah teguran orang-orang tua kita, berjimat cermatlah jangan membazir, hidup dalam kesederhanaan dan jangan hidup mewah.
Secara ikhlas, saya harap ini semuanya bukan benar ya. Saya bersedia memohon maaf jika semua ini adalah palsu dan tidak benar. Hanyalah Menteri Kewangan boleh menjawab semua persoalan atau kemusykilan saya di atas. Saya tunggu jawapan Menteri Kewangan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta Rumuskan Yang Berhormat. Baik.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Akhir kata saya ingin membaca serangkap pantun.
Indahnya pemandangan dunia, Dari timur ke selatan, Sikap berjimat amalan mulia, Sikap rasuah sahabat syaitan.
Sekian terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Batu Gajah.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Batu Gajah diberi ruang untuk membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2022.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Oleh sebab kesuntukan masa, saya juga tidak membenarkan sebarang pencelahan. Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin menyentuh mengenai MITRA. Sejak tahun 2014, saya tidak pernah alpa untuk membangkitkan isu berkenaan
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
dengan peruntukan kepada SEDIC yang kemudiannya dinamakan semula sebagai MITRA pada tahun 2018.
Pada mulanya, SEDIC mempunyai masalah ketelusan. Maklumat-maklumat berkaitan agihan peruntukan dirahsiakan oleh kerajaan. Kemudian, timbul pula masalah tidak menghabiskan peruntukan dan memulangkan semula sebahagian besar daripada peruntukan kepada kerajaan setiap tahun.
Tahun ini pula, timbul isu baharu. Seperti mana kita sedia maklum, MITRA diberi peruntukkan RM100 juta dalam belanjawan setiap tahun. Dalam jawapan yang diberikan oleh Menteri Perpaduan Negara dalam sesi penggulungan Rancangan Malaysia Ke-12, beliau berkata bagi tahun 2020 MITRA hanya menerima RM65 juta untuk dibelanjakan.
Baki RM35 juta telah digunakan untuk membayar hutang.
Pada tahun ini pula, MITRA hanya menerima RM49.1 juta, manakala baki RM50.9 juta telah digunakan untuk membayar hutang. Saya dan ramai di luar sana tidak faham sangat dan keliru dengan maksud ‘hutang’ yang disebutkan oleh Menteri. Hutang apa, kepada siapa, berapa banyak, dan sampai bilakah hendak bayar hutang ini?
Tuan Yang di-Pertua, saya minta Menteri Perpaduan menjelaskan mengenai hutang-hutang yang dibayar pada tahun 2020 dan 2021 secara jujur. Janganlah cuba menyelamatkan sesiapa sahaja yang terlibat dengan kerja-kerja manipulasi dan menyeleweng dana khas disediakan untuk pembangunan sosioekonomi kaum India. Ini amaran daripada masyarakat yang terpinggir di luar sana.
Selain daripada itu, saya juga ingin tahu tentang siapakah penerima-penerima dana MITRA dan jumlah yang diterima pada tahun 2020 dan 2021. Mohon Menteri dapat memberi senarai tersebut kepada saya. Pihak SPRM telah memulakan penyiasatan terhadap penyelewengan dana MITRA.
Harap SPRM akan menyiasat kes MITRA ini sehingga ke lubang cacing. Jangan hanya menangkap dan menyiasat ‘ikan bilis’ tetapi tidak berani mendekati ‘jerung-jerung’ yang jahat bebas berkeliaran. Jangan seperti kuman di sebelah lautan tampak, gajah di pelupuk mata tidak tampak. Saya juga berharap PAC akan mengendalikan siasatan penuh terhadap mereka yang terlibat dalam isu ini.
Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin membangkitkan isu berkaitan dengan gaji kakitangan Jabatan Penjara Malaysia. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, kita telah menyambut Hari Jabatan Penjara ke-231 pada 1 November yang lalu sebagai sebuah jabatan tertua dalam khidmat keselamatan tetapi sentiasa dianaktirikan. Saya difahamkan terdapat 16 ribu orang anggota Jabatan Penjara Malaysia yang menjaga lebih kurang 70 ribu orang banduan tetapi gaji mereka tidaklah seberapa.
Kalau dibandingkan gaji seorang inspektor penjara adalah lebih kurang sama dengan gaji seorang sarjan polis. Perkara ini perlu diselaraskan demi menjaga kebajikan kakitangan penjara. Saya juga mencadangkan supaya kakitangan Jabatan Penjara Malaysia ditambahkan dengan 10 ribu orang anggota pengambilan baharu untuk memastikan kecekapan dan keberkesanan sistem penjara di negara kita.
Baru-baru ini Kementerian Kewangan telah meluluskan kenaikan bayaran insentif pengawasan banduan daripada RM150 kepada RM200. Ini adalah suatu yang baik dan saya sokong. Namun, mohon juga bayaran ini diperluaskan kepada anggota dan kakitangan yang ditugaskan di ibu pejabat penjara dan pusat-pusat latihan penjara.
Ini kerana selain mereka bertugas di ibu pejabat atau pusat-pusat latihan, mereka juga turut diarahkan untuk turun ke institusi-institusi menjalankan tugas-tugas rasmi seperti siasatan, pemeriksaan, audit, aktiviti-aktiviti pemulihan, program-program dan sebagainya yang turut berhadapan dengan para banduan. Berdepan dengan risiko yang sama.
Tuan Yang di-Pertua, rata-rata kuarters di penjara-penjara lama sudah terlalu uzur. Peruntukan yang disediakan oleh kerajaan terlalu sedikit dan tidak mencukupi untuk kerja-kerja membaik pulih kuarters. Begitu juga dengan kekurangan kenderaan untuk operasi pemindahan banduan, eskot mahkamah, dan juga lain-lain urusan yang melibatkan banduan terutamanya di Sabah dan Sarawak. Mohon diberi perhatian.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini SJK(T) menerima peruntukan penyelenggaraan sebanyak RM50 juta setiap tahun. Pada tahun lalu, kerajaan hanya memperuntukkan RM30 juta sahaja. Ini bermakna RM20 juta telah dikurangkan. Dalam Belanjawan 2022 pula sebanyak RM120 juta telah diperuntukkan kepada SJK(C) dan SJK(T). Saya ingin tahu apakah rasional untuk menggabungkan peruntukan tersebut untuk SJK(C) dan SJK(T). Ini telah menimbulkan kekeliruan. Mohon Menteri Kanan Pendidikan memberi pencerahan.
Saya juga ingin tahu bagaimanakah RM30 juta untuk SJK(T) telah dibelanjakan pada tahun ini. Sila berikan senarai perbelanjaan itu mengikut sekolah secara terperinci.
Selain daripada itu, saya juga mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kewangan supaya membolehkan peruntukan ini digunakan untuk tujuan selain daripada penyelenggaraan seperti membeli alat-alat audio visual, komputer dan apa jua peralatan yang boleh membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Tuan Yang di-Pertua, dalam satu jawapan Dewan Rakyat yang diberikan kepada saya pada 9 November 2021 dinyatakan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan permohonan untuk melokasikan semula 24 buah SJK(T). Sila nyatakan senarai nama sekolah-sekolah tersebut serta perincian mengenai perancangan dan pelaksanaan tindakan tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, sewaktu Pakatan Harapan memerintah, semua Wakil Rakyat tidak kira daripada kerajaan mahupun daripada pembangkang dibenarkan untuk masuk ke kawasan sekolah dan menghadiri majlis-majlis yang diadakan dengan tujuan memberi dana ataupun membantu pihak sekolah dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. Namun, wakil rakyat tidak dibenarkan berpolitik dalam premis sekolah.
Adakah kerajaan sekarang ini mengamalkan polisi yang sama? Ramai keliru.
Tuan Yang di-Pertua. Pihak sekolah termasuk PIBG dan LPS agak khuatir untuk menjemput wakil rakyat pembangkang ke sekolah walaupun tujuannya adalah untuk memberikan peruntukan dana. Oleh sebab perkara ini masih kabur, saya mohon kepada Menteri Kanan Pendidikan untuk memberi pencerahan dalam Dewan yang mulia ini. Saya berharap kementerian akan membenarkan semua wakil rakyat memasuki premis sekolah dengan tujuan membantu pihak sekolah dan bukan beragenda politik.
Tuan Yang di-Pertua, PIBG memainkan pelbagai fungsi dan peranan untuk membantu pembangunan sekolah, kebajikan dan kemajuan murid-murid. PIBG juga membolehkan ibu bapa dan guru-guru bertukar-tukar fikiran mengenai isu-isu pendidikan di sekolah. Organisasi ini juga berusaha meningkatkan sumber kewangan sekolah terutamanya untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif.
Persoalannya, bolehkan seseorang yang tidak mempunyai anak, yang belajar di sekolah itu menjadi YDP atau anggota PIBG. Jika ya, apakah rasionalnya bagi seseorang yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan di sekolah itu bagi menjawat jawatan itu?
Saya ingin tahu berapakah sekolah yang mempunyai YDP PIBG yang tidak mempunyai anak yang masih bersekolah di sekolah tersebut.
Apakah usaha-usaha kerajaan untuk memantau dan mengambil langkah-langkah pemulihan dalam hal ini? Saya juga ingin mencadangkan supaya sebuah dana khas diperuntukkan setiap tahun kepada PIBG. Ini membolehkan organisasi tersebut dapat berfungsi dengan lebih baik serta memenuhi aspirasi sekolah dalam menyediakan keperluan semasa.
Tuan Yang di-Pertua, ini adalah berkaitan dengan isu komputer riba. Kementerian Pendidikan telah mengedarkan 150 ribu komputer riba pada tahun ini. Akan tetapi hanya enam daripada 527 buah sekolah Tamil menerima komputer riba tersebut. Ini merupakan diskriminasi yang jelas.
Ramai daripada kalangan ibu bapa golongan B40 telah berasa kecewa kerana anak-anak mereka tidak diberi bantuan tersebut. Saya mencadangkan supaya satu peruntukan tambahan disediakan untuk membantu pelajar-pelajar miskin memperoleh peranti yang boleh membantu dalam pelajaran mereka.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta rumuskan Yang Berhormat.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua, inilah kali pertama saya mendengar tentang penyakit jarang jumpa disebut dalam ucapan belanjawan. Tahniah kepada Menteri Kesihatan. Saya sering membangkitkan isu mengenai penyakit jarang jumpa di Dewan yang mulia ini dan juga di Kamar Khas.
Saya ingin tahu, berapa jumlah keseluruhan peruntukan dan pengagihannya secara terperinci untuk penyakit jarang jumpa dalam Belanjawan 2022. Harap kerajaan tidak akan mengabaikan pesakit jarang jumpa yang amat bergantung pada bantuan dan keprihatinan kerajaan.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua, dalam laporan RMKe-11, pembinaan rumah mampu milik hanya mencapai sasaran 43 peratus. Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 pula, kerajaan menetapkan sasaran baharu iaitu 500,000 unit rumah mampu milik. Untuk tujuan itu, Belanjawan 2022 hanya memberi peruntukan sebanyak RM1.5 bilion sahaja manakala RM20 bilion lagi untuk membiayai pinjaman perumahan. Adakah matlamat ini realistik dan boleh dicapai?
Saya berasa kurang yakin bahawa kerajaan akan berjaya membina 500,000 buah rumah mampu milik dalam tempoh yang ditetapkan. Kerajaan perlu memberi strategi yang lebih jelas dan peruntukan yang mencukupi untuk mencapai sasaran ini. Saya juga ingin tahu berapakah jumlah rumah mampu milik yang akan dibina di kawasan Parlimen Batu Gajah?
Tuan Yang di-Pertua, boleh tidak saya minta untuk dapat dua minit lagi?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ringkaskan seminit lagi.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Okey, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, pengumuman kerajaan mewajibkan pelantikan sekurang-kurangnya seorang wanita sebagai ahli lembaga pengarah syarikat bagi syarikat-syarikat tersenarai di Bursa Malaysia adalah sangat dialu-alukan. Walau bagaimanapun, ia masih jauh daripada sasaran 30 peratus. Kerajaan perlu merangka dan melaksanakan kaedah- kaedah yang lebih proaktif dalam usaha mencapai sasaran 30 peratus itu.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat ketika ini terbukti bahawa lebih ramai pelajar wanita berjaya memasuki institusi pengajian tinggi di mana bilangan siswi dalam IPTA telah mencapai lebih 60 peratus daripada jumlah enrolmen.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, ini adalah berkaitan dengan reformasi Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan ini saya ada beberapa cadangan yang membina, iaitu;
(i) tambahkan hari persidangan sekurang-kurangnya 130 hari dalam setahun;
(ii) MQT sesi pertanyaan kepada Menteri diadakan pada setiap hari bukan selang seli seperti yang dibuat sekarang ini;
(iii) masa persidangan dipanjangkan sehingga 7.30 malam setiap hari. Ini membolehkan segala urusan dalam Aturan Mesyuarat dapat dilaksanakan secara sistematik;
(iv) Kamar Khas dijalankan serentak dengan persidangan Dewan Rakyat iaitu bermula pada waktu pagi dan berakhir pada waktu petang. Diwajibkan semua soalan-soalan spesifik dan isu-isu kawasan hanya dibincangkan dan dijawab di Kamar Khas;
(v) penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas perlu disegerakan.
Tugas tanggungjawab kuasa Jawatankuasa Pilihan Khas itu perlu ditakrifkan dengan teliti supaya tidak berlaku kekeliruan dalam hal ini;
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
(vi) setiap Ahli Parlimen diberi peruntukan masa sekurang- kurangnya 20 minit untuk berbahas di Dewan Rakyat. Tempoh masa lima hingga sepuluh minit yang diberikan adalah tidak memadai malah mencomotkan mutu perbahasan Ahli-ahli Parlimen;
(vii) laksanakan siaran langsung prosiding PAC;
(viii) mengiktiraf hari pembangkang yang memberi keutamaan kepada urusan-urusan pembangkang di Parlimen; dan
(ix) Akta Perkhidmatan Parlimen juga perlu dikembalikan semula untuk menjamin kebebasan Parlimen dan memperkasakan doktrin pengasingan kuasa di negara kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Akhir sekali.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Cukup,cukup.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Saya juga mencadangkan supaya jawatan Timbalan Yang di-Pertua ketiga perlu diwujudkan segera untuk meringankan beban kerja Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Bukit Gantang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua sebelum itu saya ada isu peraturan. Sini, Jelutong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kelmarin.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Peraturan mana peraturan?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan 18(1) iaitu perkara berkepentingan orang ramai yang perlu disegerakan. Kelmarin ketika Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan mesyuarat, saya telah membangkitkan isu berkenaan dengan usul yang telah saya kemukakan bagi membincangkan penyelewengan dan penyalahgunaan rasuah, ketirisan dana MITRA.
Di mana saya telah tanya kenapakah pemimpin-pemimpin MIC yang belum lagi ditangkap dan disiasat oleh pihak SPRM dan Tuan Yang di-Pertua telah memberi jawapan kepada saya bahawa usul itu akan ditolak. Alangkah terkejutnya saya bila di luar sana ada pemimpin MIC yang bersorak begitu gembira seolah-olah Dewan yang mulia ini melindungi mereka.
Ada orang yang tanya kenapa orang biasa sahaja ditangkap dan disiasat oleh SPRM seperti yang Yang Berhormat Batu Gajah katakan tadi hanya ikan-ikan bilis sahaja ditangkap. Adakah Dewan yang mulia ini melindungi pemimpin-pemimpin MIC yang terpalit dengan rasuah, salah guna dalam MITRA?
Ini melibatkan ratusan juta ringgit melibatkan rakyat Malaysia, Tuan Yang di- Pertua terutamanya kaum India. Saya merayu supaya saya dibenarkan untuk membahaskan usul ini. Ini kerana ini adalah hari terakhir untuk membahaskan usul.
Minggu depan Yang Berhormat Menteri-menteri akan jawab.
Tolonglah, saya merayu jangan benarkan Dewan yang mulia ini melindungi pemimpin-pemimpin MIC yang beratusan tahun, berpuluh tahun terlibat dalam rasuah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong, terima kasih Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Daripada saya SEDIC, daripada Maika Holdings Berhad skandal, daripada SEDIC, Maika Holdings Berhad skandal sampai sekarang terlibat dalam rasuah MITRA berpuluh tahun.
Tolonglah, saya merayu sebagai wakil rakyat, rakyat minta saya membahaskan perkara ini melibatkan pemimpin-pemimpin MIC tanya kenapa mereka tidak ditangkap lagi Tuan Yang di-Pertua. Tolonglah beri jawapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ya, minta usul bertulis kepada...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Sudah hantar bertulis, Tuan Yang di-Pertua dan ditolak pula itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Akan tetapi, sudah ada jawapan belum?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Pemimpin MIC di luar itu bersorak bertepuk...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila buat rayuan sekali lagi, minta Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tolonglah Tuan Yang di- Pertua, janganlah minta saya ulang kali buat rayuan. Saya minta, merayu sangatlah kalau boleh pada akhir sesi ini pun, saya sedia tunggu untuk membahaskan perkara ini.
Ini melibatkan dana MITRA. Duit untuk sosioekonomi rakyat India yang dibelasah oleh pemimpin-pemimpin MIC. Tolonglah Tuan Yang di-Pertua, dengar rayuan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik Yang Berhormat Jelutong, terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bolehkah saya membahaskan isu itu di akhir pada hari ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Tidak boleh, dia kena buat proposal ikut peraturan mesyuarat, minta maaf.
Sekarang, saya menjemput Yang Berhormat Bukit Gantang. Sila Yang Berhormat Bukit Gantang.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Bismillahi Rahmani Rahim [Kata-kata aluan dalam bahasa Arab] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, sekalung tahniah dan penghargaan ditujukan kepada Yang Berhormat Senator Tengku Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Yang Berhormat Menteri Kewangan Malaysia kerana telah membentangkan belanjawan yang terbesar dalam sejarah negara berjumlah RM332.1 bilion untuk Keluarga Malaysia.
Saya ingin tahu berapa banyak kah peruntukan diberikan kepada kawasan luar bandar? Apakah kaedah yang dipakai? Apakah profil kawasan-kawasan Parlimen luar bandar ini digunakan untuk mengagihkan supaya pembangunan dapat dirasai oleh semua peringkat terutamanya Parlimen Bukit Gantang.
Sudah berkali-kali saya suarakan keperluan mewujudkan growth center di Parlimen Bukit Gantang tetapi sehingga sekarang belum mendapat apa-apa jawapan. Jika ini tidak dilaksanakan, bagaimanakah kita hendak mencapai matlamat pendapatan RM10,000 bagi setiap isi keluarga pada tahun 2025?
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Yang Berhormat Menteri Kewangan beberapa permohonan yang telah saya panjangkan sebelum ini masih belum ada jawapan. Janganlah hanya berjanji dan manis di mulut sahaja. Tolonglah Parlimen Bukit Gantang yang jauh ketinggalan berbanding kawasan luar bandar yang lain.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin sentuh berkenaan dengan food security. Tahniah dan terima kasih Yang Berhormat Menteri Pertanian Industri Makanan kerana telah berjaya memastikan bekalan makanan negara mencukupi pada saat-saat getir kehidupan rakyat akibat pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.
Namun begitu, bagi memastikan kemampuan food security 10 tahun ke hadapan seperti yang digariskan dalam Dasar Agro Makanan Negara (DAN 2.0). Di antaranya, nelayan perlu diberikan pengiktirafan kerana merekalah yang telah bertungkus-lumus turun ke laut mengharungi ombak dan badai untuk mendapatkan bekalan ikan sumber protein kepada negara. Pengorbanan nelayan cukup besar namun masih ramai yang berada di bawah garis kemiskinan.
Daripada 94,165 orang ahli persatuan nelayan seluruh negara, hampir 40,000 orang menerima elaun sara hidup kerana pendapatan mereka tidak tetap.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Terima kasih kepada Kerajaan PN yang telah mengumumkan kenaikan elaun sara hidup daripada RM250 kepada RM300. Saya sendiri selalu turun padang melihat bagaimana wujudnya nelayan-nelayan daif dan tinggal di rumah-rumah usang yang kebanyakan adalah nelayan Melayu. Seolah-olah hidup kehidupan dua darjat. Jurang miskin dan kaya sangat ketara. Kampung-kampung nelayan Melayu dibandingkan dengan kampung-kampung nelayan yang bukan Melayu.
Untuk membantu mereka, setakat ini kerajaan melalui LKIM telah menempatkan seramai 1,822 nelayan bagi Program Penempatan Semula Nelayan (PNS). Ini tidak mencukupi. Saya mencadangkan peruntukan ini ditambah sebanyak RM100 juta untuk menempatkan semula nelayan-nelayan yang di kawasan perumahan yang lebih terurus untuk terus membela nasib mereka.
Tuan Yang di-Pertua, tidak ramai warga tempatan yang sanggup bekerja sebagai nelayan laut dalam, yang penuh dengan cabaran dan risiko. Pekerjaan ini bersifat 3D, dirty, difficult and dangerous dengan izin. Bagi menggalakkan penglibatan nelayan- nelayan muda sebagai nelayan laut dalam, peruntukan khas dicadangkan bagi mewujudkan skim dan program latihan internship agar persepsi buruk berkenaan 3D ini dapat dilenyapkan.
Seterusnya bagi Program Pemodenan Vesel dan Mekanisasi Penangkapan Ikan yang diperuntukkan sebanyak RM150 juta pada tahun ini. Program ini baik ke arah nelayan berdaya saing mengikut standard antarabangsa namun terdapat syarat-syarat yang merumitkan nelayan-nelayan muda yang tidak sesuai dengan apa yang mereka lakukan sekarang.
Seorang pengusaha muda laut dalam berumur 35 tahun yang bernama Adam di Dungun Terengganu, yang kini memiliki tujuh buah vesel laut dalam. Adam bercadang memodenkan vesel dan mekanisasi penangkapan. Malangnya hasratnya tidak dapat dilaksanakan oleh sebab syarat-syarat pinjaman yang asing bagi apa yang mereka laksanakan sekarang.
Begitu juga dengan nelayan-nelayan muda, anak watan lain di Pantai Timur terutamanya negeri Terengganu dan Kelantan. Oleh itu saya mencadangkan syarat- syarat pinjaman ini dipermudahkan kerajaan, pihak Agrobank dan juga Jabatan Perikanan. Dengan cara ini dapat memberikan ruang kepada anak muda untuk terus mengembangkan industri penangkapan ikan laut dalam.
Tuan Yang di-Pertua, sukacita dimaklumkan bahawa Hutan Paya Bakau Kuala Sepetang adalah antara kawasan mangrove yang tercantik di dunia. Hutan bakau yang berumur lebih satu abad, seluas 40,000 hektar adalah di kawasan spesies kehidupan liar yang unik dan tempat perusahaan kayu arang asli. Manakala lautnya adalah tempat permainan ikan lumba-lumba merah jambu, pink dolphin di Kuala Sepetang. Di darat pula
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
terdapat pengusaha mi udang yang popular, yang kesemuanya merupakan aset pelancongan yang menarik dan sudah tentu boleh dikomersialkan.
Sehubungan dengan itu saya mencadangkan supaya Kementerian Tenaga dan Sumber Asli menyediakan kemudahan yang mencukupi di kawasan ini supaya aktiviti pelancongan dapat ditambah nilai serta dapat melahirkan lebih ramai usahawan agrotourism khususnya di kalangan anak-anak muda nelayan. Saya juga mencadangkan didaftarkan Pertubuhan Pengusaha Pelancong Hutan Kayu Bakau bagi merancakkan lagi sektor pelancongan berasaskan sumber semula jadi.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai Ahli Parlimen kawasan luar bandar, sekali lagi saya ingin memohon supaya Kementerian Pembangunan Luar Bandar dapat menyelenggarakan jalan-jalan desa di lima mukim dengan peruntukan bernilai RM6 juta.
Pada kesempatan ini juga saya ingin bertanya apakah status peruntukan RM650,000 yang telah diluluskan sebelum ini oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) pada tahun 2021 bagi kerja-kerja penyelenggaraan jalan-jalan desa, dewan dan kemudahan awam dan lain di Parlimen Bukit Gantang. Apakah peruntukan ini sudah ditarik balik dan Bukit Gantang tidak mendapat peruntukan ini?
Tuan Yang di-Pertua, bagi menaikkan taraf laluan Persekutuan di Parlimen Bukit Gantang yang rosak, tampal-tampal yang menyebabkan selalunya berlaku kemalangan.
Saya mohon agar Kementerian Kerja Raya (KKR) meluluskan kerja-kerja menaik taraf laluan Persekutuan iaitu:
(i) laluan Persekutuan FT001 Jalan Ipoh-Butterworth;
(ii) laluan Persekutuan FT074 Jalan Kuala Sepetang-Taiping;
(iii) laluan Persekutuan FT3146 Jalan Industri Kamunting; dan
(iv) laluan Persekutuan FT060 Jalan Changkat Jering-Terong- Batu Hampar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ada 40 saat lagi, sila Yang Berhormat.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Ada satu lagi Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, Parlimen Bukit Gantang yang merupakan kawasan lembap dan kawasan hujan yang lebat mengakibatkan sering berlaku banjir. Pada tahun ini sahaja sudah lima kali banjir berlaku yang mengakibatkan banyak harta benda awam yang rosak.
Bagi mengatasi masalah banjir di Parlimen Bukit Gantang, sekali lagi saya mohon daripada Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) agar RM10 juta diperuntukkan bagi menyelesaikan masalah ini dengan cara menambah pam air di Mukim Matang, projek mendalamkan sungai dan pembinaan tebatan banjir secara holistik di Mukim Bukit Gantang dan membina sistem saliran yang sempurna di Kurnia Jaya, Mukim Taiping, Kuala Sepetang.
Akhir sekali, saya mohon menyokong, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Waalaikumsalam. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gantang. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Selayang.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua untuk memberikan saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2022. Perkara pertama saya hendak sentuh ialah dua isu tentang prinsip-prinsip cukai antarabangsa dan kesan kepada Malaysia.
Isu pertama ialah pemansuhan pengecualian cukai daripada sumber asing. Isu kedua ialah persetujuan Malaysia bersama 130 negara untuk menetapkan cukai minimum
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
global sebanyak 15 peratus kepada syarikat multinasional. Pendedahan Pandora Papers oleh International Consortium of Investigative Journalist (ICIJ) pada 3 Oktober dan penerbitan Laporan Illicit Outflow oleh Global Financial Integrity Center adalah antara usaha-usaha yang dilakukan oleh Amerika Syarikat dan Organisation for Economic Co- operation and Development (OECD) untuk menggubal undang-undang dan peraturan cukai untuk memihak kepada negara-negara yang mengamalkan kadar cukai pendapatan syarikat yang tinggi.
Dalam era globalisasi, negara barat tidak mampu bersaing dengan negara-negara yang sedang membangun dengan menurunkan kadar cukai pendapatan syarikat untuk menarik pelaburan langsung asing FDI. Pandora Papers dan Laporan Illicit Outflow diterbitkan supaya orang ramai marah dengan wilayah-wilayah yang dipanggil tax haven.
Apa dan siapa sebenarnya tax haven? Mengikut definisi yang diguna pakai oleh OECD, tax haven ialah negara atau wilayah, di mana kadar cukai pendapatan adalah sifar atau yang rendah.
Mengikut definisi ini, Malaysia juga adalah sebuah tax haven. Kesatuan Eropah pada 5 Oktober memasukkan Malaysia dalam senarai kelabu atau grey list iaitu senarai bagi negara-negara yang memberikan pengecualian bayaran cukai kepada sumber pendapatan asing. Antara negara yang lain ialah Costa Rica, Hong Kong, Qatar dan Uruguay. Malaysia mengamalkan sistem cukai wilayah yang mana hanya sumber pendapatan Malaysia dikenakan cukai. Kita mengamalkan sistem territorial bukan worldwide.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Akan tetapi dengan tekanan yang telah diberikan, nampaknya kerajaan terburu- buru untuk meminda rejim kita dan pinda daripada territorial kepada worldwide. Kalau kita melihat negara seperti Singapura dan Hong Kong, mereka kekal rejim cukai wilayah dengan hanya memberikan perubahan tentang double taxation.
Pemansuhan kecualian pendapatan sumber asing ada kesan yang besar kepada negara kita, kepada syarikat dan individu Malaysia. Ada kemungkinan besar mereka yang telah melabur di luar negara tidak akan hantar pelaburan kembali ke Malaysia sebab cukai ini. Mengikut Jabatan Perangkaan, jumlah pelaburan di luar negara, dengan izin, direct investment abroad ialah RM518.8 bilion.
Pendapatan daripada pelaburan sumber asing ini ialah RM18.4 bilion. Negara- negara di mana pelaburan asing ini diadakan yang terbesar ialah United Kingdom, Kanada dan Indonesia. Oleh sebab itu, saya minta kerajaan mengkaji semula tentang pemansuhan cukai daripada sumber yang asing.
Isu kedua ialah tentang persetujuan untuk mengadakan cukai global minimum.
Apa ini bermakna ialah kalau multinasional mengadakan operasi di Malaysia dan tidak membayar cukai kerana kita memberikan tax holiday atau tax incentive, ini bermakna negara asal, home country boleh meminta multinasional untuk membayar 15 peratus sebagai cukai.
Pakar ekonomi menjangkakan bahawa perjanjian ini akan mendorong syarikat multinasional untuk mengembalikan modal ke ibu kota negara mereka. Kesan cukai minimum global ini ialah Malaysia tidak akan dapat menarik FDI dengan memberikan kecualian cukai pendapatan kepada syarikat multinasional. Kalau tidak, Malaysia akan mengalami masalah kerana insentif yang bukan cukai dan kewangan, kita mengadakan masalah untuk mengadakannya. Kita masih mengadakan masalah dengan pekerja gaji rendah.
Tadi kita telah dengar tentang isu forced labour. Kita mengadakan masalah tentang pembangunan modal insan, kemahiran dan kepakaran. So, saya meminta Menteri Kewangan memberikan penjelasan, apanya kelebihan atau manfaat yang kita dapat bila kita hendak keluar daripada senarai kelabu ini. Kita seharusnya tidak boleh tunduk kepada tekanan dan ugutan oleh negara Barat. Kita sudah mencapai kemerdekaan kita dan kita bukan lagi di bawah penjajahan mereka.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Perkara kedua yang saya hendak sentuh ialah kegunaan Ivermectin sebagai ubat rawatan COVID. Kita harus mengakui bahawa ini merupakan pandemik penyakit yang mana tidak ada seorang pun yang ada pengetahuan di dunia apa virus ini dan bagaimana pesakit boleh dirawat. Walau bagaimanapun, kerajaan terpaksa menghadapi pandemik ini dan perlu membuat keputusan bagaimana menangani dalam keadaan ketidakpastian dan tanpa bukti saintifik yang kukuh.
Kerajaan dan Menteri perlu membuat keputusan dan dasar dengan segera dan sekarang juga. Oleh sebab itu, kita melihat vaksinasi seperti Pfizer dan AstraZeneca telah diberikan kebenaran untuk digunakan melalui kegunaan kecemasan atau, dengan izin, emergency use.
Atas sebab itu, saya meminta kerajaan juga hendaklah meneliti dan membuat keputusan dengan segera tentang kegunaan Ivermectin. Tanggungjawab untuk membuat keputusan bukan atas tangan pakar perubatan atau hak pakar saintis, mereka hanya boleh memberikan nasihat.
Akan tetapi tanggungjawab adalah atas tangan Menteri yang telah diberikan mandat untuk membuat sesuatu. Menteri dan kerajaan kita tidak boleh tunggu sehingga mengadakan bukti yang kukuh kerana ini akan mengambil masa yang panjang. Apa yang penting sekali untuk kerajaan mengambil kira beberapa faktor.
Bukti sains adalah hanya satu daripada faktor yang perlu diambil, yang lain iaitu sosioekonomi dan etika. Dengan izin, the Minister must take into consideration the acceptable balance between risks and benefits. The severity of the outcome of life and death and the extent of precaution that is required. Oleh yang demikian, saya mengalu-alukan pengumuman Kementerian Kesihatan untuk mengadakan ujian klinikal yang dinamakan Randomized Double-Blind Placebo- Controlled Clinical Trial of Ivermectin. Oleh sebab studi IPAC mengikut beberapa orang pakar seperti Felo Akademi Sains Malaysia Profesor Dr. Mustafa Ali, dan juga Dr. Amir Farid dan Dr. Ng Swee Choon berkata, rumusan oleh IPAC ialah hanya syor bahawa Ivermectin tidak boleh digunakan dan tidak berkesan untuk kes yang serius.
Akan tetapi, Ivermectin ini ialah untuk mencegah dan memberikan sebagai ubat profilaktik atau pencegahan. So, saya meminta kerajaan untuk menimbang semula dan mengambil semua faktor untuk membuat keputusan dengan menggunakan Ivermectin.
Perkara yang ketiga yang saya hendak sentuh dalam masa yang singkat ini iaitu meminta kerajaan bekerjasama dengan Australia dengan skim visa pekerja ladang. Tidak boleh tunggu sehingga ada aduan kerana keterangan adalah dalam beberapa laporan di Parlimen Australia iaitu laporan Hidden in Plain Sight 2017, laporan Joint Standing Committee untuk Modern Slavery Act, di mana keterangan oleh dua orang rakyat Malaysia iaitu Encik Saiful Hasan, editor Utusan Malaysia yang telah bekerja undercover untuk memberikan keterangan tentang eksploitasi dan juga usaha peguam Raj Thanarajah. Ini ialah satu peluang yang baik untuk mengatasi Malaysia rakyat Malaysia yang bekerja di ladang Australia dieksploitasi.
Akhirnya, saya juga setuju dengan Yang Berhormat Kuala Kedah bahawa Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 hendaklah dipinda. Oleh sebab pada masa ini, agensi- agensi ini telah menyalahgunakan kuasa mereka, tidak memberi kebenaran dan persetujuan peminjam dan tidak setuju untuk membetulkan maklumat yang salah. Ini akan memberikan kesan yang negatif kepada peminjam. Oleh sebab masa sudah sampai, saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Tanjong Manis.
Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera.
Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama berucap bagi membahaskan pembentangan Belanjawan 2022 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera. Sehubungan dengan itu, saya turut mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Malaysia dan Menteri Kewangan yang telah berjaya membentangkan Rang Undang- undang Perbekalan 2022 pada 29 Oktober 2021 di Dewan yang mulia ini.
Kita sememangnya mengalu-alukan pembentangan belanjawan ini kerana ia akan menjadi garis panduan dan hala tuju peruntukan dan perbelanjaan negara kita pada tahun hadapan. Dengan berpaksikan kepada tiga fokus utama iaitu rakyat yang sejahtera, perniagaan yang berdaya tahan dan ekonomi yang mampan dan makmur, belanjawan ini memang bertepatan dengan pendekatan kerajaan yang cakna kepada keperluan rakyat dan negara dalam norma baharu pasca COVID-19.
Tuan Yang di-Pertua, peruntukan pembangunan sebanyak RM4.6 bilion untuk tahun 2022 yang diagihkan oleh Kerajaan Pusat kepada negeri Sarawak masih terlalu sedikit jika dibandingkan dengan keperluan pembangunan yang sebenar untuk negeri ini.
Ia memang tidak mencukupi sekiranya negeri Sarawak mahu mengecap kadar kemajuan seperti yang dinikmati oleh negeri-negeri lain Semenanjung. Negeri Sarawak sangat luas, hampir sama dengan Semenanjung. Sudah pastilah lebih banyak lagi yang diperlukan untuk pembangunan yang paling asas seperti infrastruktur, jalan, bekalan air, bekalan elektrik dan telekomunikasi. Masih banyak lagi tempat atau kampung atau rumah panjang yang tidak memiliki semua ataupun sebahagian daripada infrastruktur asas ini.
Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Oleh itu adalah diharapkan agar Kementerian Kewangan sentiasa peka dengan keperluan sebenar negeri Sarawak dalam belanjawan tahun hadapan dan tahun-tahun yang berikutnya. Ini untuk memastikan ia selaras dengan matlamat pemacu perubahan ketujuh dalam RMK-12 iaitu menggandakan pertumbuhan negeri kurang membangun terutama Sabah dan Sarawak bagi merapatkan jurang pembangunan. Bak kata pepatah, biarlah kita, “duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi”.
Tuan Yang di-Pertua, kegiatan pelancongan di negeri Sarawak masih kurang maju jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia lebih-lebih lagi apabila terkesan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan oleh COVID-19. Sarawak memerlukan produk-produk pelancongan yang baharu dan tempat-tempat melancong yang baharu untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini.
Kawasan Tanjong Manis juga tidak kurang daripada segi produk pelancongannya yang sangat menarik untuk dilawati. Namun mungkin kerana kurangnya promosi dan akses kepada pelancong, maka banyak tempat yang menarik tidak diketahui ramai.
Sebagai contohnya, Loba Paloh Belawai mempunyai kumpulan monyet belanda ataupun proboscis monkey, ikan lumba-lumba atau dolphin dan buaya di sungai-sungainya.
Kampung Belawai, Jerijih dan Rajang dengan pantainya, udang kering dan kain songketnya. Pulau Bruit yang mempunyai 13 penempatan dengan ikan segar dan ikan salainya, gula apong dan migration bird-nya dengan izin. Bandar Sarikei dan Bintangor dengan nanas, buah dabai dan limau manisnya. Tidak dilupakan juga banyak lagi rumah panjang dengan produk budaya dan identiti yang tersendiri juga terdapat di kawasan Tanjong Manis.
Semuanya boleh menjadi tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negeri jika dibuat promosi dan diberi peluang untuk dilawati. Saya memohon agar Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dapat membantu kerajaan negeri melalui Sarawak Tourism Board (STB) atau Sarawak Forestry Corporation (SFC) dalam usaha mempromosikan kawasan Tanjong Manis sebagai destinasi pelancongan yang baharu serta memberi insentif dan dana peruntukan untuk membina prasarana pelancongan di tempat-tempat tertentu untuk menggalakkan industri pelancongan tempatan dan meningkatkan ekonomi rakyat tempatan.
Insentif yang dimaksudkan adalah dalam bentuk bantuan kewangan kepada pengusaha pelancong tempatan dan peruntukan infrastruktur seperti jeti, anjung tinjau
Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
dan kemudahan awam seperti tandas dan gerai makanan supaya pelancong mahu datang dan melawat ke kawasan ini.
[Dato' Sri Azalina Othman Said (Pengerang) **mempengerusikan mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman negeri Sarawak mempunyai lebih daripada 1,000 buah sekolah daif yang sudah sampai masanya untuk diperbaiki atau dibina baharu.
Dalam belanjawan kali ini kerajaan memaklumkan akan terus menaik taraf sekolah- sekolah daif dengan peruntukan dinaikkan kepada RM746 juta. Sebilangan besar peruntukan ini adalah untuk menaik taraf sekolah daif dengan jumlah 165 projek di Sarawak.
Saya menyambut baik usaha Kementerian Pendidikan untuk membaiki sekolah- sekolah daif di Sarawak. Walau bagaimanapun saya berharap agar lebih banyak peruntukan dikhususkan untuk tahun-tahun yang akan datang kerana masih lagi terlalu banyak sekolah yang daif termasuklah di kawasan Parlimen Tanjong Manis. Isu sekolah daif juga disebut oleh wakil-wakil rakyat lain dari Sarawak dalam perbahasan kita pada kali ini.
Sekolah-sekolah daif memberi kesan negatif kepada psikologi murid-murid, guru- guru, pentadbir sekolah, mahupun ibu bapa kerana keselamatan dan keselesaan anak- anak didik di sekolah itu tidak terjamin. Kemenjadian murid-murid yang belajar dalam sekolah-sekolah daif ini boleh terjejas dan potensi sebenar mereka mungkin akan terbantut.
Sebagai contoh sekolah-sekolah yang dimaksudkan antaranya adalah SK Mupong, SK Sebayang, SK Salah Kechil, SK Kg. Betanak, SK Abang Buyuk, Jerijih dan lain-lain sekolah lagi. Terdapat juga sekolah menengah iaitu SMK Semop yang tidak mempunyai dewan atau bilik kelas dan asrama yang mencukupi sehinggakan terpaksa menggunakan surau sebagai asrama dan bilik lab sebagai kelas. Begitu juga dengan SK Semop yang tidak mempunyai dewan berbumbung sebagai tempat perhimpunan murid.
SMK Belawai juga memerlukan naik taraf dan dewan perhimpunan yang memerlukan dinding ataupun awning dengan izin untuk mengelak daripada terkena tempiasan hujan. Oleh yang demikian, saya memohon agar Kementerian Pendidikan dapat memberi lebih peruntukan untuk sekolah-sekolah daif di Sarawak termasuklah di Parlimen Tanjong Manis.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Menteri Pertanian dan Industri Makanan tentang masalah kerosakan ban dan tanah pertanian yang dialami oleh beberapa kawasan di Parlimen Tanjong Manis antaranya seperti di Kampung Paloh, Kampung Kedang, Kampung Sebako, Kampung Penipah, Kampung Tekajong, Kampung Bruit dan banyak lagi kampung di kawasan saya.
Ban pertanian yang ada sekarang ini sudah berusia lebih 50 tahun dan banyak yang sudah rosak akibat hakisan ombak atau mendap dan semakin rendah paras. Banyak juga struktur konkrit seperti pintu air yang telah rosak dan tidak berfungsi lagi kerana sudah terlalu uzur.
Apabila terjadi air pasang dan ditambah dengan hujan lebat, maka air masin akan masuk ke kawasan ban dan merosakkan tanaman orang kampung. Ini menyebabkan kerugian berganda apabila tanah, rumah dan tanaman orang kampung rosak terkena air masin. Nasib mereka ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Kehidupan mereka yang sememangnya sukar akan bertambah susah lagi dengan kerosakan kepada hasil-hasil tanaman mereka.
Sudahlah kehidupan serba kekurangan, ditambah lagi dengan musibah sebegini.
Oleh itu saya meminta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan supaya dapat mengkaji ke semua ban pertanian dan struktur-struktur konkrit yang berkaitan supaya masalah banjir, air masin dan kerosakan hasil tanaman ini dapat diselesaikan dengan segera.
Tuan Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Tuan Yang di-Pertua, Perintah Kawalan Pergerakan akibat pandemik COVID-19 menyedarkan kita tentang pentingnya hubungan telefon dan internet dalam masyarakat kita. Ia juga memberi kesan terus tentang masalah pengurusan kewangan di kawasan luar bandar. Saya sangat berterima kasih kepada pihak Bank Simpanan Nasional kerana melalui inisiatif perbincangan dengan Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menempatkan mesin ATM yang baharu di Bandar Baru Tanjong Manis baru-baru ini.
Syabas saya ucapkan.
Namun begitu, kawasan Parlimen saya masih juga memerlukan sebuah mesin ATM untuk ditempatkan di kawasan Pulau Bruit bagi kemudahan penduduk di kawasan berkenaan. Pulau ini menempatkan 13 buah penempatan yang agak bertaburan dan jauh daripada ATM yang terdekat. Sekiranya belum ada tempat yang sesuai untuk menempatkan mesin ATM ini, saya mencadangkan agar disediakan perkhidmatan bank bergerak untuk kemudahan penduduk di pulau seperti yang telah dibuat di Sungai Asap, Belaga.
Tuan Yang di-Pertua, hampir 48 tahun yang lalu pada 27 Disember 1973 telah berlaku satu tragedi kapal karam MV Pulau Kidjang yang mengorbankan 121 nyawa.
Tragedi yang dikenali Titanic Sarawak ini terjadi disebabkan kapal malang tersebut terlanggar beting pasir di muara Batang Rajang dalam keadaan cuaca buruk.
Selepas peristiwa tersebut, ada juga kapal-kapal kargo lain yang telah karam di kawasan beting berhampiran dan melibatkan kerugian harta benda dan kehilangan nyawa. Sudah terbukti bahawa muara Batang Rajang kini semakin berbahaya kerana beting terbentuk dan mencetekkan kedalaman muara sungai tersebut.
Masalah kecetekan ini telah menggugat laluan navigasi perkapalan dan mengehadkan saiz kapal yang hendak memasuki muara sungai dan berlabuh di Pelabuhan Tanjong Manis yang berdekatan. Ini menjejaskan urus niaga pelabuhan dan urusan import eksport barangan keperluan rakyat di wilayah tengah Sarawak terutamanya di Sibu. Baru-baru ini Persatuan Pengimport, Pengeksport dan Pemborong Sibu telah menggesa kerajaan untuk mengambil tindakan supaya Pelabuhan Tanjong Manis dapat menerima kapal yang lebih besar dan juga menaik taraf dan melebarkan jalan utama Tanjong Manis ke Sibu.
Saya memohon kepada Kementerian Pengangkutan supaya dapat membuat kerja-kerja pengorekan di muara Batang Rajang di Tanjong Manis supaya kedalaman – dapat membolehkan kapal-kapal lebih besar untuk berlabuh. Saya juga memohon kepada pihak Kementerian Kerja Raya sekiranya jalan ini di bawah Kerajaan Pusat supaya menaik taraf dan melebarkan jalan utama dari Tanjong Manis ke Sibu supaya lori pengangkut mudah untuk membawa barang-barangan dari pelabuhan atau menghantar barang ke pelabuhan untuk tujuan eksport.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua sebagai penutup, saya berharap kerajaan akan dapat memberi peruntukan yang lebih besar pada negeri Sarawak demi pembangunan mampannya di dalam Belanjawan 2022 dan tahun-tahun seterusnya. Ini sejajar dengan sumbangan daripada hasil bumi negeri Sarawak kepada keseluruhan pendapatan negara.
Biarlah kita sama-sama mencapai wawasan kemajuan bersama pada tahun 2030 nanti dengan kemajuan negeri Sarawak setaraf...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Yang Berhormat Tanjong Manis.
Tuan Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Setanding dengan majunya negeri-negeri lain dalam Malaysia. Sekian perbahasan saya. Saya mohon menyokong.
Terima kasih.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Yang Berhormat Tanjong Manis, boleh saya tanya satu soalan sebelum Yang Berhormat Tanjong Manis habis.
Tuan Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Dato' Sri Azalina Othman Said - Pengerang
He’s already sat.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
[Suara tidak jelas]
Dato' Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Silakan Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua saya mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberi kepada saya untuk membahas bajet tahun ini dan ingin saya menimbulkan beberapa isu sekiranya masa mengizinkan.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Pertamanya, Tuan Yang di-Pertua, adalah berkenaan dengan isu citizenship yang telah ditimbulkan pada sesi kami yang lalu yang telah pun menarik perhatian ramai. Di mana pada awal bulan September tahun ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seperti yang kami sedia maklum telah pun memutuskan bahawa bayi yang lahir di luar negara oleh wanita warganegara Malaysia dan bapa bukan warganegara secara automatik mendapat kewarganegaraan Malaysia.
Now, susulan keputusan tersebut, Tuan Yang di-Pertua, saya telah pun membangkitkan berkenaan perkara ini dan telah pun menggesa kerajaan supaya satu pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan iaitu kepada khususnya Artikel 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan dengan Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan dibuat bagi menjelaskan tafsiran berkenaan dengan pemberian kerakyatan kepada anak yang lahir kepada ibu atau ayah yang merupakan warganegara Malaysia.
Berikutan ini, Tuan Yang di-Pertua, Menteri Dalam Negeri telah pun menyatakan bahawa Kementerian Dalam Negeri telah mencadangkan satu pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan dan perkara ini akan dibawa kepada perhatian Majlis Raja- raja. Beliau turut mengesahkan bahawa Kabinet bersetuju supaya AG ataupun Peguam Negara membawa perkara ini kepada Yang di-Pertuan Agong.
Persoalan-persoalan yang timbul, Tuan Yang di-Pertua, akibat ini yang ingin saya timbulkan adalah, pertamanya, sama ada cadangan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menjelaskan tafsiran berkenaan pemberian kerakyatan kepada anak yang lahir kepada ibu atau ayah yang merupakan warganegara Malaysia telah pun diperincikan dan dibawa kepada perhatian Majlis Raja-raja? Saya memohon agar Menteri yang berkenaan menjawab persoalan ini memandangkan ini telah pun disyorkan pada sesi kami yang lepas.
Keduanya, sama ada keseriusan perkara ini telah pun dibawa oleh Peguam Negara kepada perhatian Yang di-Pertuan Agong? Sekiranya ya, apakah pandangan Majlis Raja-raja berkenaan perkara ini? Sekiranya tidak, apakah sebab terdapatnya delay ataupun kelewatan untuk membawa perkara ini kepada perhatian Majlis Raja-raja?
Sekiranya kami melihat kepada statistik, Tuan Yang di-Pertua, yang diberikan oleh KDN baru-baru ini, KDN hanya meluluskan 21 permohonan daripada 2,352 permohonan oleh ibu anak-anak tersebut sejak tahun 2018 hingga Oktober tahun ini iaitu lebih kurang tiga tahun iaitu bersamaan dengan hanya 0.89 peratus daripada keseluruhan jumlah permohonan tersebut.
Ini telah pun dilaporkan secara meluasnya dan ini jelas menunjukkan, Tuan Yang di-Pertua, bahawa ianya satu isu besar dan ibu-ibu berkenaan sememangnya menghadapi masalah untuk memperoleh kerakyatan bagi anak-anak mereka. Apakah punca peratusan kelulusan yang sangat rendah bagi permohonan-permohonan tersebut?
Kita perlu sedar, Tuan Yang di-Pertua, bahawa berkenaan kerakyatan seperti mana yang telah dibangkitkan ini merupakan satu perkara yang serius dan mempunyai kesan yang berterusan kepada ibu-ibu yang terjejas. Jelasnya terdapat banyak permohonan yang masih belum dilayan. Ia menjejaskan perkara-perkara seperti pendidikan, kesihatan, pergerakan bebas dan juga tekanan emosi kepada ibu-ibu dan juga anak-anak yang terjejas tersebut.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri isu pertama, saya ingin mencadangkan, Tuan Yang di-Pertua, bahawa satu jawatankuasa dwi-partisan ditubuhkan bagi meneliti cadangan-cadangan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan supaya isu-isu teknikal yang berkaitan dapat diselesaikan secara sekali gus dan pindaan-pindaan yang dibawa akan lebih jitu dan komprehensif. Saya percaya kami di pihak pembangkang akan menyokong dan memberi kerjasama yang penuh kepada penubuhan jawatankuasa dwi-partisan tersebut.
Kedua, isu kedua yang ingin saya timbulkan, Tuan Yang di-Pertua, adalah berkenaan dengan isu sindiket dadah dan kewujudan pemain kongsi ataupun ekonomi gelap yang baru-baru ini pada bulan November tahun ini telah dilaporkan dalam media massa di mana Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain telah menyatakan bahawa terdapat golongan VIP yang bergelar Datuk dan juga jutawan yang mengetuai sindiket dadah di dalam negara kita ini.
Beliau menyatakan secara lanjut bahawa pemain ekonomi gelap ataupun, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, black economy players itu adalah kingpin, dengan izin, yang berselindung di sebalik perniagaan bersih untuk mengedar dan menjual dadah.
Tambahan pula, beliau menyatakan bahawa kewujudan ekonomi gelap ataupun kingpin itu dikhuatiri akan meresapi ke peringkat PDRM atau ahli politik. Beliau mengesahkan bahawa terdapat pegawai PDRM yang terbabit kingpin ini telah pun diambil tindakan.
Terdapat penglibatan pegawai PDRM dalam perkara ini. Ini telah pun dikatakan oleh pihak polis sendiri. Saya perlu menegaskan di sini bahawa pendedahan oleh beliau ini adalah satu perkara yang serius yang membabitkan isu integriti pihak polis secara keseluruhannya. Tidak boleh disangkal bahawa bukan semua pegawai atau anggota polis yang melibatkan diri dalam kegiatan seperti ini, namun tidak juga boleh disangkal bahawa terdapat pegawai yang terlibat dalam perkara ini. Pendedahan oleh beliau sememangnya membimbangkan kerana perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku dalam PDRM.
Daripada segi ini, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya― memandangkan masa kesuntukan. Ini adalah saling berkait dengan isu yang saya ingin bangkitkan seterusnya berkenaan dengan the abolishment, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, of the death penalty. Adalah jelas daripada pendedahan ini yang baru saya bangkit tadi bahawa sindiket-sindiket dadah di dalam negara ini adalah dikawal ataupun is controlled, dengan izin, oleh pihak-pihak yang boleh saya memanggil mereka, dengan izin, the big fish ataupun the kingpins.
Now, ini menimbulkan persoalan berkenaan effectiveness of the death penalty.
Kita boleh lihat mengikut statistik-statistik, kita telah pun mendengar banyak statistik yang menunjukkan bahawa kebanyakan mereka yang dikenakan death penalty akibat pengedaran dadah adalah drug mules. Drug mules yang, dengan izin, adalah desperate untuk mendapat income. Apa yang jelasnya, sekiranya kami mengenakan hukuman gantung ke atas mereka, ini tidak akan menghapuskan perkara pokok. Masalah pokok iaitu how are we going to stop the problems if we are unable to stop the kingpin?
Jadi, ini adalah satu perkara yang saya ingin timbulkan sebelum saya meneruskan kepada isu terakhir saya iaitu berkenaan dengan cannabis for medicinal purposes, Tuan Yang di-Pertua, yang berkait.
Now, saya menyambut baik maklum balas yang diberikan oleh Menteri Kesihatan baru-baru ini berkenaan dasar penggunaan hemp ataupun medical marijuana sebagai salah satu bentuk perubatan alternatif yang boleh ditawarkan kepada pesakit sebagaimana ia telah dilaksanakan di banyak negara di luar negeri.
For example, dengan izin, di sesi ke-63 of the Commission of Narcotics Drug di Vienna tahun ini yang telah pun mengundi untuk mengeluarkan cannabis dan cannabis resin daripada Schedule IV of the 1961 Single Convention on Narcotic Drugs. Ini menunjukkan bahawa komuniti antarabangsa memangnya ada recognize ataupun mengiktiraf bahawa marijuana itu boleh digunakan untuk medicinal purposes. Menteri Kesihatan telah pun menyatakan bahawa satu keluaran yang mengandungi kanabis untuk digunakan bagi tujuan pengubatan manusia boleh diimport
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
dan digunakan sekiranya keluaran yang mengandungi kanabis tersebut dilakukan dengan mematuhi keperluan undang-undang sedia ada.
Ini, seperti yang saya katakan tadi, ini saya menyambut baik dan mengalu-alukan pengumuman Menteri Kesihatan tersebut. Akan tetapi, ini adalah bertentangan, Tuan Yang di-Pertua, dengan apa yang baru-baru ini telah pun dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Muhammad Lokman bin Mohamad against Public Prosecutor di mana di dalam― saya memetik daripada judgement kes tersebut.
Apa yang telah dikatakan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan adalah seperti berikut, “As the law stands now, cannabis is a controlled drug under the First Schedule of the Dangerous Drug Act 1952. And in accordance with the provision of that Act, the Minister charged with the responsibility for medical and health may authorize the cultivation for cannabis for medicinal purposes. However, to date, no such authorization has been granted.”
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Seterusnya, “*the government stance is to maintain the current status on cannabis and all drug related substances as provided in the DDA 1952. This is a government policy.
It is set to law that the court function is not to assess the wisdom of government policy unless they are found to be in contravention of the Federal Constitution or other laws.
We agree with the decision reached by the High Court and the Court of Appeal that the act of the appellant is subjected to provision of the Dangerous Drug Act 1952.
There is no authorization granted to appellant to do what he did*”.
Boleh saya habiskan isu ini Tuan Yang di-Pertua? Ini adalah penting. Terima kasih. Jadi, isu yang timbul di sini adalah telah pun diiktiraf oleh mahkamah tertinggi di negara ini bahawa the possession of cannabis, depending on the weight, can amount to possession or even trafficking dan ini boleh mengakibatkan hukuman mati. Jadi, sekiranya pendirian kerajaan melalui kenyataan Kementerian Kesihatan tersebut adalah diterima, maksudnya peruntukan-peruntukan di bawah Dangerous Drug Act tersebut perlu dipinda.
In other words, cannabis ought to be removed from the First Schedule of the Dangerous Drug Act in order to decriminalize it ataupun menjadikan ianya satu perkara yang boleh mempunyai satu pembelaan sekiranya kita boleh menunjukkan bahawa ianya adalah bagi tujuan medicine ataupun medicinal cannabis. Pada tahap ini, kalau kita mendaftarkannya, mungkin itu boleh di bawah peraturan-peraturan yang tertentu, mungkin ianya boleh dijadikan satu pembelaan. Akan tetapi bagaimana pula dengan mereka yang tidak mendaftarkannya seperti di dalam satu kes baru-baru ini iaitu Amiruddin a/l Nadarajan ataupun @ Nadarajan Abdullah. Saya perlu mengumumkan, I have to declare my interest Tuan Yang di-Pertua, dalam kes ini. Saya merupakan peguam di dalam kes tersebut, walaupun saya tidak digaji tetapi I have to declare my interest.
Jadi di dalam kes tersebut juga, antara pembelaan yang timbul adalah bahawa the possession ataupun milikan sekiranya ada dan sekiranya ada, saya perlu tekankan perkara tersebut, adalah untuk medicinal purposes. Jadi, saya cadangkan di sini, memandangkan pendirian Kementerian Kesihatan tersebut agar kesemua kes yang melibatkan medicinal cannabis ini disemak semula ataupun direview agar satu keputusan yang wajar dibuat memandangkan pendirian kerajaan tersebut. Itu sahaja, Tuan Yang di- Pertua. Saya mengucapkan terima kasih. Thank you.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Terima kasih Yang Berhormat.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Baram.
Tuan Anyi Ngau - Baram
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut sama dalam perbahasan Bajet 2022 yang merupakan bajet yang terbesar pernah dibentangkan oleh mana-mana kerajaan dan juga bajet yang
Tuan Anyi Ngau - Baram
kedua saya ingat, berkenaan dengan RMKe-12. Di samping juga bajet yang pertama untuk kerajaan Keluarga Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk mengatakan di sini bahawa saya hendak memulakan bahas ini dengan menyenaraikan dan juga untuk memohon kepada kementerian-kementerian yang berkenaan supaya projek-projek ataupun program- program yang saya akan senaraikan ini. khususnya di kawasan Baram ini dapat dipertimbangkan dan diluluskan dalam Bajet 2022 ini.
Saya mengatakan begini oleh kerana sering kali dan seperti juga yang disebut- sebutkan oleh rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain yang mengatakan bahawa kawasan pedalaman memerlukan peruntukan yang besar untuk menyamatarafkan tahap pembangunan di seluruh pelosok negara kita ini.
Tuan Yang di-Pertua, yang pertama yang saya hendak sebutkan ialah berkenaan dengan Jalan Pekan Lapok ke Long Ayat. Saya mohon projek ini, mungkin dah beberapa tahun dah dan setiap bajet pun mungkin akan dipohon tapi masih lagi belum diluluskan.
Saya dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri dua tiga minggu yang lepas yang mengatakan bahawa projek ini akan menjadi kenyataan dalam rolling plan kedua. Saya mohon, inilah rolling plan yang kedua ini, Bajet 2022 inilah yang akan menjadi rolling plan yang kedua. Saya mohon ini diluluskan.
Yang kedua ialah berkenaan dengan jalan-jalan balak ke kawasan Baram seluas 22,000 square kilometer dan jalan-jalan di situ memang kebanyakannya jalan balak dan jalan balak ini perlu diperbaiki sebab kalau kita kata, kita tunggu sehingga syarikat-syarikat pembalakan ini berhenti bekerja di situ, saya rasa ini mungkin akan habislah Rancangan Malaysia Kedua Belas ini, belum lagi ada jalan-jalan ini.
Saya minta jalan dari Lapok ke Bario, Jalan dari Long Lama ke Long Bedian dan Long Lellang dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas supaya titik permulaan untuk projek-projek jalan ini dibuat semasa dalam Bajet 2022 ini.
Seterusnya saya juga ingin mohon supaya Klinik Kesihatan Long Lama yang sudah lebih satu tahun menghadapi masalah tanah runtuh, sehingga klinik ini sekarang beroperasi dari dewan masyarakat dan kelengkapan-kelengkapan di situ memang kurang sempurna. Saya minta Hospital Long Lama ini digantikan dengan klinik kesihatan ini sebab kita tahu Daerah Telang Usan yang mempunyai pusat pentadbiran di Pekan Long Lama ini sudah menjadi daerah sejak lima tahun yang lepas dan minta Long Lama diberikan hospital ini sebab ini kawasan yang luas, ini kawasan di mana connectivity adalah paling susah.
Seterusnya, saya juga minta supaya Klinik Long San ini dah diluluskan dua tiga tahun yang lepas tetapi sampai hari ini saya ingat dilulus, lulus, lulus tapi belum lagi dilaksanakan. Minta ini dipercepatkan juga, Tuan Yang di-Pertua. Klinik-klinik desa yang lain, Beluru, Long Mu, Long Banga, semua klinik di kawasan saya, di kawasan Baram ini pun memang jauh tetapi keadaan klinik ini sangat menyedihkan. Semasa COVID-19, klinik inilah yang jadi PPV tetapi keadaan dekat di situ, kelengkapan yang ada di klinik ini adalah yang perlu diperbaiki.
Saya juga ambil kesempatan ini Tuan Yang di-Pertua untuk mohon supaya balai polis ataupun IPD. Apa alang-alang dah dia balai polis, dia terus IPD lah sebab di Long Lama dan di Pekan Beluru, sebab kedua-dua tempat yang saya sebut ini merupakan pusat pentadbiran daerah di kawasan-kawasan ini. Minta kalau tidak buat IPD, balai polis yang ada ini pun perlu diperbaiki. Minta, di Mulu pun sama. Di Bario pun sama. Kita mohon ini dinaiktarafkan, bukan sahaja daripada segi bangunan, bahkan dengan anggota-anggota dan pekerja di situ juga.
Umum tahu Tuan Yang di-Pertua, sekolah daif. Hampir saya rasa semua wakil rakyat dari kawasan pedalaman Sarawak, dari Sarawak menyebutkan berkenaan dengan sekolah-sekolah daif ini. Memang satu kenyataan, satu hakikat yang diiktiraf ataupun yang diterima oleh Dewan ini yang mengatakan bahawa sekolah-sekolah ini perlu dinaik taraf ataupun dibina semula.
Tuan Anyi Ngau - Baram
Mohon sekolah-sekolah ini, saya rasa satu ataupun dua buah sekolah di kawasan Baram yang amat memerlukan pembinaan sekolah ini ialah SK Long Bemang, dan juga SK Long Tungan oleh sebab kedua-dua sek ini bukan sahaja daif malahan dia sering kali dilanda oleh banjir semasa musim hujan oleh. Mohon sekolah-sekolah ini dinaiktarafkan, ataupun dibina baharu.
Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Multimedia mengatakan bahawa Internet ini sudah menjadi hak asasi kita. Saya setuju sangat sebab kita memerlukan connectivity ini. Kita memerlukan jaringan-jaringan Internet ini, bukan sahaja di bandar, lebih-lebih lagi kita di kawasan pedalaman. Bukan sahaja untuk kita berhubung dengan anak cucu kita di bandar tetapi jaringan Internet ini ataupun telefon ini penting untuk kita, untuk sekolah-sekolah ataupun klinik-klinik di kawasan pedalaman ini. Mohon ini dipercepatkan.
Saya terima laporan mengatakan bahawa Internet akan dibuat tetapi kalau kita tunggu satu, dua bulan atau tiga, empat bulan mungkin kita boleh sabar tetapi apabila kita perlukan Internet ini, apabila kita tunggu dua, tiga bulan pun kita sudah merajuk apatah lagi kalau kita tunggu dalam masa satu tahun. Kita faham, kita faham memang untuk pergi ke kawasan saya memang susah tetapi inilah- mohon pihak kerajaan menggunakan kuasa yang ada, kemampuan yang ada, political will yang ada, supaya perkara-perkara yang saya sebut ini dapat disediakan ataupun dibekalkan di kawasan-kawasan pedalaman supaya semangat Keluarga Malaysia ini dapat dicapai untuk kemakmuran negara kita.
Sudah pasti ini memerlukan peruntukan kewangan yang banyak dan saya percaya dengan semangat Keluarga Malaysia, berdasarkan kepada keadaan yang ada di Sarawak. Bukan kita hendak banding tetapi hakikat yang mengatakan bahawa Sarawak dan Sabah ini tergolong dalam negeri-negeri yang kurang maju, yang mundur dan apatah lagi Sarawak dan Sabah dikatakan- dan inilah pegangan rakyat di Sarawak yang mengatakan konon-konon kita ini menyumbang banyak hasil kepada Kerajaan Pusat.
Akan tetapi mungkin mereka merasakan bahawa kita ditinggalkan.
Mohon ini dalam semangat Keluarga Malaysia diperbetulkan untuk memastikan supaya negara kita ini terus bersatu-padu, aman dan makmur. Saya mohon untuk menyokong Bajet 2022. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Terima kasih. Saya menjemput Yang Berhormat Tangga Batu.
Sebelum itu Bentara, minta Yang Berhormat Menteri atau Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada? Kosong sahaja, mungkin di luar. Silakan.
Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Jumlah Belanjawan 2022 ini adalah sejumlah RM332.1 bilion. Jadi saya ingin menyoal, daripada manakah pendapatan itu diperoleh sedangkan jumlah cukai yang dipungut sudah tentu berkurangan kerana banyak perniagaan yang merosot malahan lingkup.
Tema belanjawan kali ini, “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera.” Jadi kita dalam sebuah keluarga yang dibina atas asas kasih sayang, kepercayaan, perlindungan, keamanan, ekonomi dan sebagainya. Pemimpin keluarga perlu tahu keutamaan dan bijak menggunakan kuasa budi bicara dan tidak bias, dengan izin, untuk memastikan keluarga itu serba mencukupi. Seluruh negara telah berdepan dengan pandemik COVID-19. Masih segar di ingatan betapa peritnya kehidupan kita pada waktu itu dan juga berterusan sekarang. Hospital dipenuhi dengan pesakit COVID-19 yang bercampur-campur dengan pesakit lain.
Ini menunjukkan kita tidak sedia untuk menghadapi kecemasan di luar jangka.
Kita masih lagi bersikap sudah terhantuk baharu tengadah walhal perkhidmatan awam
Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
kita telah dilatih dengan ISO yang mempunyai elemen tindakan pencegahan dan tindakan pembetulan serta risk management, dengan izin. Selain itu ramai rakyat yang terkorban, punca pendapatan peniaga kecil hilang, ramai yang kehilangan kerja, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kekurangan kakitangan untuk bertugas. Frontliners menghadapi energy drain yang teruk, dengan izin. Semua tertekan dengan situasi tersebut.
Pengorbanan frontliners sangat besar dan tidak terhitung sepanjang pandemik melanda. Saya mencadangkan supaya mereka ini diberi penghargaan kerana dalam Belanjawan 2022 ini tidak dinyatakan peruntukan yang diberi kepada frontliners. Ini tidak adil untuk mereka yang telah bersusah payah, berhempas pulas bagi mengawal dan melawan wabak ini.
Saya juga ingin mengetahui betapa ramai doktor muda dalam latihan iaitu housemanship, dengan izin, yang meletakkan jawatan dalam tempoh lima tahun terutamanya dalam masa pandemik dan apakah sebab utama berlakunya perkara ini?
Selain itu, saya juga ingin mengetahui sama ada benar pihak hospital terpaksa ataupun ada frontliners yang menyumbang ataupun kena menyumbang bekalan air mineral kepada pesakit-pesakit disebabkan keluarga pesakit tidak boleh membekalkan keperluan itu kepada pesakit kerana SOP yang telah ditetapkan.
Salah satu penghargaan yang perlu diberikan kepada frontliners adalah sangat menggembirakan bagi golongan ini sekiranya doktor-doktor muda dapat diberi perjawatan tetap. Pengumuman kerajaan bahawa 10,500 orang Doktor Kontrak akan dipanjangkan kontrak mereka bukan sesuatu yang memenuhi keperluan golongan tersebut. Untuk menjanjikan masa hadapan yang lebih cerah lebih perjawatan perlu diwujudkan dengan terbinanya hospital-hospital awam yang baharu.
Saya ingin mengetahui, berapakah jumlah hospital awam baharu yang sedang dan akan dibina untuk keperluan rakyat? Kita tidak mahu peristiwa kekurangan katil-katil ICU yang kritikal dan pesakit-pesakit terpaksa tinggal dalam khemah yang sudah tentu jauh dari selesa. Perkara ini tidak masuk akal apabila berlaku di Malaysia, negara kita yang selama ini kita anggap maju dan sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, berapa banyak jumlah dana yang diperuntukkan untuk kajian terhadap – saya sekarang ini menjurus kepada isu pendidikan. Jadi berapa banyak kah jumlah dana yang diperuntukkan untuk membuat kajian terhadap kesan-kesan kepada masyarakat dan negara akibat pandemik? Sejak Mac 2020, berapa kajian yang dihasilkan oleh pensyarah-pensyarah universiti untuk, dengan izin, lost generation dan kesan-kesan kepada pengeluaran pelajar universiti? Adakah jumlah kajian ataupun research berkurangan dan memberi impak kepada proses pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat pensyarah-pensyarah universiti?
Seterusnya, saya menjurus kepada isu TVET. Saya mendapat tahu Kementerian Pengajian Tinggi merupakan sekretariat kepada TVET. Dari tujuh kementerian yang terlibat dahulu sekarang menjadi 11 kementerian. TVET dibuat seperti bola, 11 orang pemain disepak ke sana ke sini. Janganlah kita mengamalkan sindrom ‘bangau oh bangau’, menyalahkan satu sama lain.
Jika terlalu banyak kementerian yang terlibat dalam isu-isu TVET ini, kepada siapa sebenarnya tanggungjawab itu akan mereka bertanggungjawab? Jadi maknanya di situ, kadang-kadang mungkin “Oh! ini tanggungjawab Kementerian Sumber Manusia. Eh, taklah ini Kementerian Pendidikan.” Jadi apabila kita seperti sindrom ‘bangau oh bangau’ itu. Maknanya menyalahkan antara satu sama lain, bagaimanakah isu TVET ini akan diselesaikan?
Bukankah lebih baik jika TVET ini difokuskan secara serius dalam satu kementerian sahaja agar program-program TVET ini dapat memberi fokus, dan komitmen yang jitu oleh kementerian tersebut. Pendidikan TVET adalah amat signifikan untuk melahirkan generasi yang berkemahiran seperti membangunkan teknologi hebat dari segi kejuruteraan contohnya Jerman. Institusi TVET perlu diberi geran untuk mereka bertahan, berdaya saing dengan institusi-institusi kemahiran kerajaan yang mana pembiayaannya ditanggung penuh oleh pihak kerajaan.
Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
TVET swasta secara amnya menghadapi masalah dana untuk menguruskan program-program kemahiran mereka. TVET swasta juga kebanyakannya mengambil pelajar yang tidak berminat dalam akademik, namun mempunyai minat dan bakat dalam bidang ini serta boleh berjaya. Pelajar-pelajar ini biasanya terdiri daripada masyarakat luar bandar B40. Jika TVET swasta ini dapat dibantu, maka kita tidak akan menghadapi kekurangan tenaga pekerja di dalam bidang-bidang berkaitan dan kita tidak perlu bergantung kepada tenaga buruh kerja asing.
Jadi, mengapa kerajaan enggan memperkenalkan RUU seperti mana yang dirancang oleh PH dahulu supaya hanya sebuah badan yang kawal selia akreditasi TVET.
Adakah benar yang didengar menyatakan bahawa soft skill dengan izin, di institut-institut TVET ini telah terkesamping terutamanya semasa pandemik? Saya cadangkan agar pihak kerajaan berani buat paradigm shift dengan izin jika serius dengan masalah masa depan anak-anak kita dan janganlah kita retorik semata-mata.
Beralih kepada isu kawasan. Saya ingin menekankan semula empat isu utama kawasan yang sudah berkali-kali saya bahaskan dari tahun 2018. Jawapan yang diberi tidak menjanjikan apa-apa dan tidak menampakkan langsung langkah positif ke arah itu.
Pertama, masalah banjir kilat yang berlaku di kawasan Paya Rumput terutamanya— good luck kepada Yang Berhormat Shamsul yang sekarang bertanding sebagai ADUN kawasan. Sebab setiap kali hujan lebat memberi kesan impak yang teruk di Tangga Batu, kepada keselesaan penduduk di kawasan itu. Yang Berhormat Menteri menjawab belum ada kajian dibuat tentang sistem perparitan. Ini diburukkan lagi apabila banjir kilat tidak dikategorikan sebagai bencana alam.
Kedua, jalan utama daripada Tangga Batu ke bulatan Klebang juga tiada jawapan yang memuaskan untuk penduduk Pantai Kundur.
Ketiga, masalah bau busuk di Taman Bertam Putra dan Taman Indah dari kompleks pembuangan sisa pepejal di Sungai Udang walaupun daripada segi lokasi terletak dalam Parlimen Masjid Tanah namun kesan kacau ganggu awam ini adalah kepada penduduk Tangga Batu. Yang Berhormat Menteri KPKT pernah menjawab masalah ini telah selesai. Namun rakyat masih menghubungi saya mengadu tentang masa yang berlarutan.
Saya tidak boleh meninggalkan isu penambakan laut, perebutan pasir yang telah menjadi asbab jatuhnya Kerajaan Negeri Melaka. Penambakan laut yang masih berterusan memberi impak serius kepada mata pencarian nelayan pantai serta menjejaskan ekosistem dan pendapatan yang kita perolehan daripada sektor pelancongan.
Semoga isu-isu ini mendapat perhatian dan diselesaikan sebelum berakhirnya penggal Parlimen ini sekurang-kurangnya adalah yang boleh dijawab kepada rakyat.
Pantai Rombang, Pantai Puteri, Geragau sekarang sukar dicari, Saya menyokong belanjawan ini, Syaratnya segala yang dituntut dipenuhi.
Terima kasih.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Bakri.
Puan Yeo Bee Yin - Bakri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana izinkan saya untuk turut sertai perbahasan Belanjawan 2022. Oleh sebab masa adalah sangat terhad, saya akan tumpukan perbahasan dasar saya kali ini kepada inisiatif amalan rendah karbon dalam ucapan Belanjawan 2022 Yang Berhormat Menteri Kewangan. Bakri ada tujuh perkara dalam wish list inisiatif rendah karbon Malaysia untuk tahun 2022. Harap boleh habiskan dalam ucapan saya.
Puan Yeo Bee Yin - Bakri
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam ucapan bajet telah mengulangi sekali lagi komitmen baharu Malaysia yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa ucapan RMKe-12 untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara neutral karbon menjelang tahun 2050.
Ini adalah komitmen yang sangat besar bersamaan dengan negara-negara maju seperti United Kingdom, New Zealand, Australia, Kesatuan Eropah dan lebih tinggi daripada komitmen China dan Rusia yang meletakkan sasaran neutral karbon menjelang tahun 2060 dan India yang meletakkan sasaran neutral karbon pada tahun 2070.
Sasaran neutral karbon 2050 untuk Malaysia bukan satu sasaran boleh kita capai tanpa langkah-langkah drastik. Walau bagaimanapun, selain daripada pengumuman satu ayat one-liner announcement, setakat ini saya tidak nampak apa-apa langkah konkrit yang diambil oleh kerajaan yang membolehkan Malaysia untuk mencapai negara neutral karbon 2050.
Sebagai contoh, sasaran tenaga boleh baharu, RE dalam campuran elektrik di bawah pentadbiran Pakatan Harapan kami telah meletakkan sasaran RE dalam campuran elektrik sebanyak 20 peratus menjelang tahun 2025 yang tidak termasuk hidro besar lebih daripada 100 megawatt. Ini bersamaan dengan 33 peratus RE dalam grid kebangsaan secara keseluruhannya menjelang tahun 2025.
Walau bagaimanapun, kerajaan hari ini telah menurunkan sasaran RE kepada 31 peratus. Mengapa kerajaan membuat pengumuman neutral karbon 2050 yang indah didengar tetapi daripada segi tindakan mengambil langkah ke belakang? Saya sendiri terlibat dalam proses perancangan peningkatan RE.
Sasaran RE yang diletakkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan bukan sahaja boleh dicapai secara teknikal daripada segi teknikal tetapi juga berpotensi untuk menarik pelaburan swasta bernilai RM30 bilion serta mencipta kira-kira 50,000 pekerjaan baharu bersih, need net job creation dengan izin menjelang tahun 2025. Dengan itu, perkara pertama wish list rendah karbon saya ialah supaya kerajaan meningkatkan sasaran RE kepada sekurang-kurangnya sasaran yang sebelum ini diletakkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan selaras dengan komitmen baharu karbon neutral 2050 Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin beralih isu keputusan kerajaan untuk tidak mengeksport RE dalam projek perintis penjualan elektrik 100 megawatt ke Singapura. Bakri ini ingin tahu, adakah keputusan ini bermaksud bahawa Malaysia tidak akan menimbang sekalipun untuk mengeksport RE kepada negara-negara lain?
Untuk makluman Dewan, Malaysia mempunyai potensi RE yang besar dan ia jauh lebih tinggi daripada keperluan tenaga dan komitmen RE kita. Ini adalah angka-angkanya.
Potensi tenaga solar, tenaga bio dan hidro kecil di Malaysia yang boleh dimanfaatkan adalah 270 gigawatt, 3.6 gigawatt dan 2.5 gigawatt masing-masing. Manakala jumlah keseluruhan kapasiti elektrik Malaysia kini adalah jauh lebih rendah iaitu kira-kira 35 gigawatt.
Saya berpendapat bahawa RE lebihan ini boleh dijana dan dijual kepada negara- negara jiran supaya kita boleh menumbuh ekonomi negara kita. Sebagai contoh, baru- baru ini Kerajaan Singapura mengumumkan pelan mereka untuk mengimport empat gigawatt elektrik rendah karbon menjelang tahun 2035.
Potensi keperluan RE ini mampu menjana RM6 bilion pelaburan swasta dan 48,000 peluang pekerjaan. Ini adalah peluang pekerjaan baharu untuk rakyat Malaysia, untuk anak-anak muda kita seperti jurutera, juruteknik, saintis, analis, pegawai pengurusan am dan lain-lain peluang pekerjaan dalam industri RE.
Persoalannya, adakah Malaysia akan menutup pintu untuk mencipta pekerjaan hijau baharu ini walaupun sebelum kita menjalankan projek perintis? Dengan itu, perkara kedua wish list Bakri ialah supaya kerajaan boleh mengkaji semula dasar polisi pengeksportan RE.
Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja RE, inisiatif kecekapan tenaga, energy efficiency (EE) juga boleh menurunkan pelepasan karbon dan memanfaatkan ekonomi pada masa yang sama. Kajian kerjasama EPU dan UNDP menunjukkan bahawa potensi
Puan Yeo Bee Yin - Bakri
penjimatan tenaga yang boleh dicapai oleh Malaysia dengan EE dalam tempoh tahun 2016 ke tahun 2030 adalah RM46 bilion. Ini menunjukkan bahawa terdapat potensi dan pasaran yang besar dalam industri EE.
Walaupun begitu, kajian ini menunjukkan bahawa halangan pertama pembangunan EE di Malaysia adalah ketiadaan kerangka undang-undang. Sebelum ini kita telah berusaha untuk mempercepatkan pembentangan Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga atau Energy Efficiency and Conservation Act (EECA) dan menyasarkan untuk membentangkan rang undang-undang ini pada akhir tahun 2020.
Malangnya langkah Sheraton berlaku. Oleh itu, perkara ketiga dalam wish list saya ialah supaya EECA boleh dibentangkan di Parlimen pada tahun 2022.
Tuan Yang di-Pertua, dalam isu kecekapan tenaga, saya juga berharap kerajaan boleh memperbanyakkan projek Energy Performance Contract (EPC) di bangunan- bangunan kerajaan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, terdapat kira-kira 10,000 buah bangunan awam yang dimiliki oleh kerajaan dan perbelanjaan bil elektrik setiap bulan adalah tinggi.
Puan Yeo Bee Yin - Bakri
Melalui mekanisme EPC, syarikat swasta melakukan dan membiayai projek retrofit di bangunan-bangunan kerajaan dan seterusnya berkongsi penjimatan bil elektrik dengan kerajaan sehingga tempoh kontrak tamat. Sekiranya kerajaan boleh merangka projek EPC dengan saiz projek yang baik, dengan terma kontrak EPC yang bersesuaian, projek-projek EPC di bangunan kerajaan adalah bankable, dengan izin, dan boleh mendapat pembiayaan swasta.
Dengan ini, kerajaan dapat menurunkan pelepasan karbon, menjimatkan bil elektrik dan memacu aktiviti ekonomi di sektor EE tanpa melibatkan peruntukan kerajaan.
Templat EPC telah pun siap dan diluluskan oleh Kabinet pada April 2019 dan ia boleh digunakan jika kerajaan ada keinginan untuk melaksanakan projek EPC secara besar- besaran.
Selain itu, mekanisme pajakan solar, solar leasing, yang telah dipergiatkan di bawah Pakatan Harapan juga boleh digunakan di bangunan-bangunan kerajaan dengan pemasangan solar atas bumbung, rooftop solar oleh syarikat swasta dengan konsep perkongsian penjimatan bil elektrik seperti EPC.
Sesungguhnya, kalau kita hanya menggunakan 10 peratus bangunan awam untuk projek EPC dan projek pajakan solar, ia berpotensi untuk membawa pelaburan swasta RM6 bilion dan juga banyak lagi peluang pekerjaan hijau. Dengan itu, perkara keempat wish list saya ialah supaya kerajaan boleh mengenal pasti seribu buah bangunan awam untuk melaksanakan projek EPC dan pajakan solar dalam tempoh tiga tahun bermula tahun 2022.
Tuan Yang di-Pertua, pertumbuhan industri hijau adalah satu bidang yang boleh diusahakan untuk merangsang ekonomi pasca COVID-19. Tambahan lagi, kerajaan telah meletakkan sasaran Malaysia Neutral Karbon 2050 tetapi adalah sangat mengecewakan apabila kita tengok insentif kewangan tambahan dalam Belanjawan 2022 adalah sangat terhad. Instrumen polisi yang sedia ada di mana pemain industri telah biasa dengan proses permohonan seperti Green Technology Financing Scheme (GTFS), Green Investment Tax Allowance (GITA) dan Green Investment Tax Exemption (GITE) tidak diperluaskan dan dipertingkatkan. Semua setakat business as usual. Saya berharap bahawa kerajaan tidak menjadi kerajaan pengumuman satu ayat, do not be a one-liner government tetapi menyusuli sasaran yang diumumkan dengan insentif kewangan yang konkrit untuk memangkinkan pertumbuhan industri tenaga hijau.
Dengan itu, perkara kelima wish list saya adalah supaya kerajaan meningkatkan jumlah pinjaman di bawah GTFS sekurang-kurangnya dua kali ganda dan memperluaskan GITA dan GITE.
Tuan Yang di-Pertua, dasar seterusnya yang saya ingin bincang ialah berkenaan dengan kenderaan elektrik (EV). Untuk meningkatkan kadar pemilikan EV di Malaysia, kerajaan telah bercadang untuk memberi pengecualian duti dan cukai tetapi insentif
Puan Yeo Bee Yin - Bakri
kewangan sahaja tidak mencukupi. Kerajaan perlu ada rancangan terperinci berkenaan dengan infrastruktur stesen recharge, charging station. Selain itu, kerajaan juga perlu melihat EV daripada segi pertumbuhan ekonomi.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada tahun 2020, kereta elektrik global telah mencecah 10 juta buah kereta. Walaupun pandemik menyerang, bilangan penjualan kereta elektrik global meningkat 41 peratus berbanding dengan jumlah penjualan kereta purata yang menurun 16 peratus. Tambahan lagi, 18 daripada 20 buah- pengeluar kenderaan terkemuka dunia turut memperluas portfolio model mereka kepada pengeluaran kenderaan elektrik.
Boleh dikatakan, ini masa permulaan perkembangan exponential industry EV global. Dengan itu, perkara keenam wish list saya ialah supaya kerajaan membentuk dasar EV yang komprehensif untuk memastikan pemain-pemain industri berkenaan di Malaysia boleh menjadi kompetitif di sebahagian dalam rantaian bekalan global, global supply chain, EV.
Tuan Yang di-Pertua, negara kita telah menyaksikan perubahan Kabinet sebanyak tiga kali sejak tahun 2018 dan komitmen negara dalam menurun pelepasan karbon tidak boleh berubah setiap kali kerajaan berubah. Untuk memastikan kesinambungan inisiatif rendah karbon, kita perlu mewujudkan Akta Perubahan Iklim yang meletakkan rangka undang-undang dan menginstitusikan rangka mitigasi dan adaptasi perubahan iklim.
Sebagai contoh, Akta Perubahan Iklim di UK menetapkan supaya kerajaan menetapkan bajet karbon yang legally binding, dengan izin, dengan sasaran UK menjadi karbon neutral menjelang 2050.
Bajet karbon ini bukan dalam mata kewangan tetapi had jumlah karbon yang boleh dikeluarkan di UK dalam tempoh lima tahun. Sebaik sahaja bajet karbon ini telah ditetapkan, Akta Perubahan Iklim UK meletakkan kewajipan dan tanggungjawab kepada kerajaan untuk menyediakan dasar bagi memastikan had bajet karbon ini tidak dilebihi.
Sebenarnya semasa pentadbiran Pakatan Harapan, kami telah memulakan kajian dasar untuk Akta Perubahan Iklim dan meletakkan sasaran untuk membentangkan akta ini pada tahun 2022.
Akan tetapi, kita tidak cukup masa untuk menghabiskan inisiatif ini. Jika Malaysia mempunyai keinginan yang kuat untuk menjadi karbon neutral 2050, maka saya rasa Akta Perubahan Iklim adalah sangat diperlukan. Oleh itu, perkara ketujuh wish list saya adalah supaya kerajaan memulakan kerja merangka Akta Perubahan Iklim pada tahun 2022 dan menetapkan sasaran masa pembentangan rang undang-undang ini ke Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada tujuh wish list, saya juga hendak bangkitkan satu perkara lagi adalah berkenaan dengan perkembangan persidangan ke-26 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(UNFCCC COP-26) yang sedang berlangsung di Glasgow. Negara kita adalah antara 100 lebih negara yang telah menandatangani Ikrar Metana Global (Global Methane Pledge) di COP 26 di mana signatory komited untuk mengurangkan pelepasan metana sekurang- kurangnya sebanyak 30 peratus menjelang 2030 berbanding tahapnya pada 2020.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, gas metana merupakan gas rumah hijau yang jauh lebih kuat daripada karbon dioksida. Terdapat sejumlah 146 buah tapak pelupusan sampah di Malaysia dan lebih daripada 90 peratus daripadanya kini merupakan tempat pelupusan sampah terbuka, open dumpsite. Tapak-tapak ini merupakan sumber gas metana yang signifikan. Dengan ini, Yang Berhormat Menteri KASA dalam kenyataan negara beliau semalam telah mengumumkan bahawa Malaysia akan mencapai sasaran sifat sisa yang dihantar ke tempat pelupusan sampah pada tahun 2025.
Sememangnya usaha untuk memodenkan tapak pelupusan sampah dan meningkatkan kadar kitaran amat dialu-alukan tetapi mencapai sifar sisa dalam masa empat tahun, adakah sasaran ini realistik? Memandangkan pengurusan sisa adalah di bawah bidang kuasa KPKT, Bakri ingin tahu apakah rancangan KPKT untuk mencapai sasaran yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri KASA di COP26? Ataupun
Puan Yeo Bee Yin - Bakri
ia sekadar pengumuman satu ayat sahaja tanpa pelan tindakan untuk mencapai sasaran tersebut?
Itu sahaja perkara yang saya hendak bangkitkan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Dato' Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Terima kasih Yang Berhormat.
Sebelum saya jemput Yang Berhormat Sungai Siput, saya hendak maklumkan atas arahan Tuan Yang di-Pertua, setiap daripada pembahas diberi 12 minit.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sungai Siput.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana mengizinkan Sungai Siput untuk turut serta membahaskan Belanjawan 2022 yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan.
Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada ahli keluarga kita yang telah kehilangan orang tersayang akibat virus COVID-19 yang telah mengorbankan lebih 29 ribu orang.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, sepanjang 20 bulan yang lalu, COVID-19 telah memberikan kesedaran, peringatan dan pengajaran berharga serta mendorong kita menjadi lebih kreatif dalam merangka Pelan Pertumbuhan Ekonomi Negara.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Kita harus berfikir secara strategik kebersamaan bukan hanya dalam menangani COVID-19 tetapi untuk bangkit menjadi lebih berdaya tahan pasca pandemik.
Tuan Yang di-Pertua, anggaran jumlah peruntukan sebanyak RM332.1 bilion merupakan satu jumlah tertinggi dalam sejarah berbanding belanjawan tahunan terdahulu, dengan matlamat untuk bangkit semula memulihkan ekonomi negara.
Daripada jumlah itu, sebanyak RM233.5 bilion dikhususkan bagi perbelanjaan pengurusan, manakala sebanyak RM75.6 bilion bagi tujuan pembangunan. Turut diagihkan sebanyak RM23 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID-19 dan sebanyak RM2 bilion sebagai simpanan luar jangka.
Tuan Yang di-Pertua, anggaran hasil bagi tahun 2022 adalah sebanyak RM234 bilion. Ini bermakna kerajaan perlu mencari dana tambahan sebanyak RM98.1 bilion bagi menampung anggaran belanjawan berjumlah RM332.1 bilion. Dari sumber manakah kerajaan akan mendapat hasil tambahan sebanyak RM98 bilion?
Dalam keadaan begini, kerajaan tiada pilihan terpaksa berhutang. Sifat bajet defisit berterusan akan meningkatkan lagi hutang negara yang akan mencecah lebih RM1 trilion tahun hadapan. Beban faedah ke atas hutang akan terus bertambah lebih RM43 bilion setahun.
Tuan Yang di-Pertua, dalam keadaan semasa mencabar, kerajaan seharusnya perlu belanja secara hemah dan wajib mereformasi sistem pentadbiran memerangi rasuah hingga ke pangkal akar, ketirisan dan penyalahgunaan kuasa. Dalam perkara ini saya amat setuju dengan pandangan dan idea yang telah dibahaskan oleh Yang Berhormat Subang dengan memberikan beberapa contoh seperti konsep pengawalan kontrak- kontrak kerajaan dengan menggunakan kadar pulangan pelaburan yang mampu jimat sebanyak 12 peratus iaitu return on investment (ROI), dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2022 yang dijajarkan kepada Rancangan Malaysia Kedua Belas diadun sebagai kesinambungan daripada pakej-pakej bantuan dan rangsangan ekonomi. Saya menyokong inisiatif bantuan tunai langsung iaitu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) supaya kumpulan yang benar-benar terkesan diberi lebih
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
tumpuan. Seperti bantuan sebanyak RM2,000 kepada isi rumah yang mempunyai seramai tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang RM2,500. Tambahan sebanyak RM500 kepada ibu atau bapa tunggal dan tambahan sebanyak RM300 kepada isi rumah warga emas.
Tuan Yang di-Pertua, isu pemilikan rumah kediaman. Dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah wang bagi membina sebanyak 75 ribu unit perumahan rakyat. Dalam Belanjawan 2022 pula, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.5 bilion bagi projek perumahan khususnya bagi golongan berpendapatan rendah.
Di samping itu juga, kerajaan turut menyediakan jaminan sehingga RM2 bilion kepada bank melalui skim jaminan kredit perumahan untuk memberikan akses pembiayaan kepada golongan yang sukar mendapat pinjaman perumahan seperti petani, pekerja estet, pengusaha kecil-kecilan. Saya mohon penjelasan, apa kaedah-kaedah permohonan tersebut supaya tidak bangkit hari kemudian terhadap beberapa birokrasi yang menyukarkan mereka membuat pinjaman.
Saya juga ingin tanya kepada kerajaan adakah kerajaan mempunyai perancangan membina rumah kos rendah di bawah harga RM50 ribu bagi golongan kurang berkemampuan berpendapatan di bawah RM1,200. Adakah kerajaan mengembalikan atau menggubal dasar perumahan pekerja estet, memastikan majikan membina rumah supaya setiap keluarga pekerja memiliki rumah sendiri apabila mereka bersara kelak.
Tuan Yang di-Pertua, salah satu isu yang besar di kawasan saya di Parlimen Sungai Siput adalah berkenaan isu perumahan bagi golongan B40. Di Parlimen Sungai Siput majoriti rakyatnya di bawah kategori B40. Ramai yang tidak mampu untuk memiliki sebuah rumah disebabkan faktor kemiskinan. Ada sebahagian besar mereka menyewa rumah dan juga sebahagian tinggal di kawasan setinggan di mana rumahnya usang dan tidak selamat untuk diduduki.
Jadi, saya merayu kepada kerajaan untuk mewujudkan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi kawasan Sungai Siput sekurang-sekurangnya sebanyak 1,000 unit di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas.
Tuan Yang di-Pertua, ramai pakar ekonomi melihat belanjawan ini dirangka berfokuskan kepada kepentingan politik atau labour politic menghadapi PRU-15. Saya tidak nafikan sebahagian belanjawan membantu kebajikan rakyat. Namun, bajet ini masih terdapat perkara-perkara yang tersirat mahupun tersurat demi meraih sokongan politik khususnya sokongan undi pada PRU-15 yang dijangka akan berlaku pada tahun hadapan.
Bajet ini juga turut didakwa ada unsur-unsur perkauman semata-mata untuk mempengaruhi dan menjauhi sesuatu kaum. Ia tidak selari dengan konsep Keluarga Malaysia yang di uar-uarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia harus peka dan segera memperbetulkan kekurangan yang ada dalam pembentangan Bajet 2022.
Saya merujuk teks Belanjawan 2022, Menteri Kewangan memperuntukkan sebanyak RM11.5 bilion bagi agenda pemerkasaan bumiputera. Bagi kaum Cina sebanyak RM200 juta dan kaum India sebanyak RM145 juta.
Tuan Yang di-Pertua, yang dipertikaikan adalah dalam Belanjawan 2022 adalah peruntukan yang disediakan bagi kaum Cina dan India terlalu sedikit dan langsung tidak mencerminkan keadilan seperti mana yang di uar-uarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia. Dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kedua Belas, saya telah mencadangkan sebanyak RM500 juta bagi kaum India diberikan. Apa yang diperuntukkan adalah sebanyak RM100 juta sahaja seperti tahun lalu, di bawah MITRA dan sebanyak RM45 juta dalam bentuk pinjaman di bawah TEKUN.
Saya sekali lagi merayu kepada Menteri Kewangan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengkaji semula agihan ini supaya kaum India tidak ketinggalan jauh dalam arus pembangunan negara pada masa-masa akan datang.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Tuan Yang di-Pertua, perkara terakhir yang ingin saya sentuh adalah berkenaan penyalahgunaan peruntukan MITRA. Di mana dalam sesi yang lalu, dalam Perbahasan Rancangan Malaysia Kedua Belas, perkara ini telah dibangkitkan apabila tular satu senarai penerima geran MITRA yang dikaitkan dengan sebuah parti politik dan tindakan susulan telah diambil oleh SPRM menangkap seramai 17 orang pegawai dan disiasat dan kini mereka dibebaskan dengan jaminan SPRM.
Saya minta penjelasan daripada Menteri Perpaduan Negara yang dipertanggungjawabkan untuk memperincikan apa yang telah berlaku bagi peruntukan dana MITRA bagi tahun 2020 dan juga tahun 2021 yang menjadi satu isu perbicaraan di kalangan masyarakat India.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ucapan saya ini, saya ingin mengemukakan beberapa persoalan kepada Menteri Ekonomi berkenaan dengan pertanyaan saya dalam soalan lisan iaitu meminta Menteri Ekonomi menyenaraikan senarai projek-projek yang telah dirancang oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas bagi kawasan Parlimen Sungai Siput.
Jawapan yang saya terima adalah di mana pada tahun 2021, tahun ini, sebanyak tujuh projek telah diluluskan untuk pelaksanaan di Parlimen Sungai Siput dengan peruntukan sebanyak RM9.56 juta yang melibatkan tiga projek baharu dan empat projek sedia ada. Bagi tahun 2022 tahun akan datang, Parlimen Sungai Siput telah diperuntukkan sebanyak RM13.95 juta bagi melaksanakan tiga projek baharu dan empat projek sedia ada.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Jadi, saya mohon penjelasan dan juga perincian daripada Yang Berhormat Menteri Ekonomi. Dengan ini, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, mengizinkan Sungai Siput mengambil bahagian. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Saya sekarang menjemput Yang Berhormat Seputeh. Silakan.
Puan Teresa Kok - Seputeh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua, ramai pemimpin dunia tengah berada di Glasgow menghadiri Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2021 (COP26). Kerajaan juga mengumumkan komitmen pelepasan karbon sifar bersih (net-zero emissions) seawal- awalnya tahun 2050 menjelang COP26 ini. Sasaran net-zero emissions ini juga termasuk penggunaan kenderaan elektrik 100 peratus menjelang tahun 2050. Perubahan iklim memang isu yang amat penting dalam politik antarabangsa kerana ia melibatkan tentang kewujudan manusia di bumi ini pada masa akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, dalam Bajet 2022, Yang Berhormat Menteri Kewangan telah mengumumkan beberapa insentif, termasuk pengecualian duti import, duti eksais, cukai jualan dan cukai jalan sehingga 100 peratus kepada kenderaan elektrik (EV) di samping pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 diberikan ke atas kos pembelian dan pemasangan sewaan dan sewa beli kemudahan serta bayaran yuran langganan kemudahan pengecasan EV.
Saya mengalu-alukan cadangan ini tetapi saya memang ingin menyoal tentang pelaksanaan penggunaan kenderaan elektrik. Oleh kerana kerajaan tidak mengumumkan rancangan dan juga kos pembinaan infrastruktur untuk penggunaan kenderaan elektrik secara besar-besaran di seluruh negara. Saya difahamkan pada akhir tahun 2008, memang terdapat pengusaha kenderaan perdagangan bas ekspres seperti Konsortium Transnasional Berhad (KTB) menggunakan bas ekspres yang menggunakan teknologi compressed natural gas (CNG) yang mesra alam melalui jenama Club Class tetapi sekarang tidak ada lagi perkhidmatan tersebut.
Selain itu, pihak Konsortium Bas Ekspres Semenanjung (KBES) juga pernah menggunakan mode NGV, namun tiada kesinambungan pada masa kini. Selain itu, pada tahun 2015 kerajaan pernah mengumumkan bas elektrik beroperasi sepenuhnya di
Puan Teresa Kok - Seputeh
Putrajaya menjelang tahun 2021 melalui syarikat Nadi Putra tetapi perkhidmatannya terhenti pada tahun 2018. Apa yang berlaku pada bas elektrik Nadi Putra ini? Kegagalan penggunaan bas elektrik ini haruslah dikaji secara teliti oleh Kerajaan Pusat sebelum mengumumkan penggunaan 100 peratus kenderaan elektrik menjelang tahun 2050 demi mencapai net-zero emissions. Kerajaan harus bersama-sama dengan pihak swasta untuk mengkaji permasalahan utama operasi kenderaan elektrik ini. Sekiranya kerajaan serius dalam projek ini, ia harus memperuntukkan bajet untuk menyediakan fasiliti lengkap seperti tempat pengecasan kenderaan EV di kawasan-kawasan strategik di seluruh negara untuk kegunaan awam.
Kerajaan juga harus menubuhkan sebuah pasukan khas yang merangkumi beberapa kementerian dan agensi kerajaan untuk menyempurnakan penubuhan pusat pengecasan kenderaan elektrik. Pihak berkuasa tempatan di bawah kerajaan negeri juga harus mewajibkan perwujudan tapak pengecasan dalam projek perumahan ataupun projek komersial melalui kebenaran merancang ataupun development order. Tuan Yang di-Pertua, sekiranya kerajaan memang serius ingin mempromosikan kenderaan elektrik dan kenderaan pelepasan karbon yang rendah, maka kenderaan- kenderaan rasmi kerajaan, termasuk Vellfire yang digunakan oleh anggota Jemaah Menteri haruslah ditukar kepada kenderaan elektrik atau yang berteknologi hijau yang lain seperti penggunaan NGV, CNG, biofuel. Ini baru menunjukkan kepimpinan melalui teladan daripada segi penggunaan kenderaan berteknologi hijau.
Tuan Yang di-Pertua, isu berkenaan dengan alam sekitar telah menjadi tumpuan dalam perdagangan antarabangsa. Banyak negara Barat yang mengimport produk komoditi kita, khususnya minyak sawit. Semakin memberi tumpuan kepada keadaan perlindungan alam sekitar dan liputan hutan di Malaysia, di samping kualiti dan kesihatan minyak sawit kita. Baru-baru ini, Washington Post bertarikh 7 November 2021 menyiarkan artikel yang bertajuk, “Countries' climate pledges built on flawed data, Post investigation finds” di muka pertamanya.
Artikel ini berkata, Malaysia memberi data palsu berkenaan dengan pelepasan gas CO2, keluasan tanah penanaman sawit dan liputan hutan. Selain itu, pada 21 Oktober 2021, Hong Kong Consumer Council mengeluarkan kenyataan bahawa kajiannya terhadap 60 jenis biskut di pasaran Hong Kong, khususnya biskut yang dibuat dengan minyak sawit mengandungi elemen carcinogens yang menyebabkan penyakit kanser.
Semalam, surat khabar The Guardian bertarikh 10 November 2021 menyiarkan artikel yang bertajuk, “Fatty acid found in palm oil linked to spread of cancer”. Artikel ini memetik kenyataan daripada seorang profesor di Institute for Research in Biomedicine, Barcelona bahawa, dengan izin, “Study on mice found palmitic acid promoted metastasis in mouth and skin cancer”.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah menjawab tuduhan daripada artikel di Washington Post ini dan Kementerian Kesihatan juga telah menafikan dakwaan bahawa biskut yang dikeluarkan di Malaysia yang menggunakan minyak sawit akan mengakibatkan penyakit kanser tetapi adalah jelas bahawa kenyataan daripada kedua-dua kementerian ini memanglah tidak cukup.
Oleh kerana kesemua serangan ini nampaknya bersepakat terhadap perlindungan alam sekitar dan juga kualiti dan kesihatan minyak sawit. Ini ialah satu serangan bersepakat daripada pihak NGO, media dan malah institut akademik di negara asing terhadap minyak sawit kita dan juga isu berkenaan perlindungan alam sekitar Malaysia.
Produk sawit merupakan produk yang membawa pendapatan eksport yang berbilion-bilion ringgit ke Malaysia setiap tahun. Kerajaan haruslah mewujudkan semula war room yang merangkumi beberapa kementerian yang merangka strategi untuk melawan kempen anti-sawit antarabangsa. Kita harus bekerjasama dengan Indonesia melalui CPOPC untuk merangka strategi untuk menangani kempen anti produk sawit di masyarakat antarabangsa.
Puan Teresa Kok - Seputeh
Selain itu, saya juga menyeru kerajaan memberi peruntukan yang cukup untuk menggalakkan kajian bersama terhadap kesihatan minyak sawit oleh pakar saintis Malaysia dan pakar saintis di negara asing. Selain itu, kerajaan haruslah mengambil pendekatan yang telus atas data tentang keluasan penanaman sawit dan liputan hutan kita yang sebenar.
Semasa saya memegang jawatan Menteri Industri Utama, saya pernah mengarahkan kajian yang teliti tentang keluasan penanaman sawit di Malaysia dan dibuka untuk rujukan awam. Akan tetapi sehingga sekarang, saya masih belum mendengar MPIC membuat pengumuman tentang data keluasan penanaman sawit dan jumlah keluasan penanaman sawit yang mendapat pensijilan MSPO dan RSPO oleh kementerian.
Saya juga ingin meminta Yang Berhormat Menteri MPIC membuat pengumuman di Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, saya dan rakan-rakan Ahli Parlimen bukan Islam di Kuala Lumpur merasa amat kesal dengan garis panduan halangan penjualan minuman keras di kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat Cina oleh DBKL yang telah berkuat kuasa 1 November tahun ini atas sokongan Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan, Yang Berhormat Arau.
Garis panduan ini amat tidak adil. Ia menekan peniaga serta membebankan masyarakat bukan Islam. Larangan ini menyekat hak peniaga untuk berniaga serta menjual barang-barang yang sah daripada segi undang-undang, di samping menyusahkan pembeli di kalangan pembeli masyarakat bukan Islam di Kuala Lumpur.
Kami Ahli-ahli Parlimen bukan Islam di Kuala Lumpur menghormati agama Islam. Kami tahu arak adalah haram untuk umat Islam.
Puan Teresa Kok - Seputeh
Akan tetapi apa yang haram kepada orang Islam tidak boleh dipaksakan terhadap orang bukan Islam, terutamanya dalam hal makan dan minum. Hak ini merupakan setiap hak rakyat yang telah dipersetujui bersama oleh tokoh-tokoh kemerdekaan kita yang telah menjadi tunjang kepada Perlembagaan Persekutuan.
Malah larangan tambahan DBKL ini akan menjejaskan imej dan impian untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya kelas dunia ataupun world-class city yang bakal meraikan jutaan dunia daripada pelbagai latar belakang agama, budaya dan cara hidup.
Kami bersama beberapa persatuan perniagaan minuman keras telah mengadakan beberapa perjumpaan dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Yang Berhormat Arau berkenaan isu ini. Namun, nampaknya beliau tidak mengambil serious pendirian serta cadangan persatuan-persatuan perniagaan tersebut. Selama ini kedai- kedai runcit dan serbaneka di bawah di Associated Liquor Merchant Association of Malaysia (ALMA) sememangnya mematuhi peraturan garis bantuan DBKL berhubung penjualan minuman keras selama ini iaitu:
(i) minuman keras hanya dijual kepada orang bukan Islam yang berumur 21 tahun ke atas;
(ii) kedai yang menjual minuman keras tidak berada di lingkungan jarak 100 meter di hadapan rumah ibadah, sekolah, hospital, klinik dan juga lingkungan 10 kedai dari kedai yang menjual minuman keras yang lain;
(iii) tidak menjual minuman keras selepas pukul 9 malam; dan
(iv) hanya menjual minuman keras yang berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Pematuhan garis panduan di atas sebenarnya telah cukup untuk mencegah orang Islam atau mana-mana remaja daripada membeli minuman arak. Selain itu kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat cina yang menjual minuman beralkohol merupakan perniagaan kecil yang dimiliki dan diuruskan oleh orang bukan Islam.
Hasil penjualan minuman ini merupakan salah satu sumber pendapatan yang penting bagi kedai-kedai serbaneka ini. Apa yang tidak masuk akal dalam garis panduan
Puan Teresa Kok - Seputeh
DBKL ialah minuman keras boleh dijual di hotel, di pub dan pasar raya tetapi ia tidak boleh dijual di kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat Cina. Kenapakah halangan ini hanya dituju kepada golongan kedai kecil dan menengah ataupun SME di Kuala Lumpur sahaja?
Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan Yang Berhormat Arau Menteri Wilayah Persekutuan pernah berjumpa dengan pihak ALMA dan wakil industri penjualan arak pada beberapa hari yang lepas. Yang Berhormat Menteri mencadangkan wakil kedai serbaneka dan kedai ubat cina ini memohon kepada SSM untuk tukar status kedai mereka dari kedai runcit kepada pasar raya kerana pasar raya dibenarkan untuk menjual minuman keras dalam garis panduan DBKL tersebut.
Cadangan ini langsung tidak masuk akal. Ini bermaksud pada masa yang akan datang banyak kedai runcit di seluruh Kuala Lumpur akan naik pangkat jadi pasar raya.
Kalau larangan garis panduan jualan arak DBKL ini tidak sesuai, batalkan garis panduan ini dan bukan minta kedai-kedai runcit tukar status kepada pasar raya.
Yang Berhormat Menteri Arau kata, halangan penjualan minuman keras dikeluarkan oleh Lembaga Pelesenan Arak dan bukan beliau. Saya ingin cadang Yang Berhormat Menteri pecat semua anggota lembaga ini kerana mereka telah membuat keputusan yang tidak masuk akal. Mereka gagal memahami industri penjualan minuman keras dan membuat keputusan yang begitu kontroversial merosakkan nama baik Menteri dari Arau dan merosakkan slogan Keluarga Malaysia yang dipelopori oleh kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga rasa kesal cara kerajaan menyusahkan wiski Timah buatan Malaysia yang pernah menang silver award di San Francisco World Spirit Competition 2020. Saya difahamkan selepas isu Timah whisky ini menjadi kontroversial oleh pihak-pihak tertentu kerajaan mendesak pengeluar wiski ini untuk tukar nama kepada ‘Bijih Timah’.
Masalahnya ialah Timah adalah nama ataupun brand ataupun trade name produk ini. Nama ini menyebabkan wiski ini menang hadiah antarabangsa. Nama sesuatu produk memang tidak boleh tukar dengan sewenang-wenangnya. Saya difahamkan lesen pembuatan Timah whisky yang telah tamat pada akhir Oktober yang lepas tidak diperbaharui sehingga hari ini. Apakah ini adil?
Kita tahu ‘Timah’ bukan nama orang Islam dan ia sebenarnya merujukkan kepada sejenis logam dalam bahasa Malaysia. Kenapakah ia dijadikan isu sehingga kerajaan hendak mendesak syarikat ini untuk tukar nama produknya. Kita tahu sekurang-kurangnya terdapat 20 nama minuman arak mempunyai nama yang mirip dengan nama Muslim di pasaran minuman keras.
Apakah semua produk yang dikeluarkan di luar negara ini akan dilarang import masuk ke Malaysia. Bukankah kesemua tindakan ini bercanggah dengan jiwa dan prinsip slogan Keluarga Malaysia yang dipelopori oleh kerajaan sekarang.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, tolong tamatkan.
Puan Teresa Kok - Seputeh
Sekiranya– Okey, saya gulung Tuan Yang di- Pertua. Sekiranya kerajaan terus degil tidak memperbaharui lesen pengeluaran wiski Timah, tindakan ini akan merosakkan hubungan di antara kerajaan dengan pihak swasta.
Tindakan kerajaan ini bukan sahaja menjejaskan imej Malaysia, ia juga akan menjejaskan segala usaha kerajaan untuk menarik masuk pelaburan asing.
Pelabur-pelabur asing tidak pasti bilakah kerajaan akan tarik balik lesen perniagaan mereka atau lesen pengeluaran mereka dan minta mereka tukar nama produk mereka atas alasan yang tidak masuk akal. Jadi, saya menyerulah kerajaan mengkaji semula keputusan mereka yang tidak mesra business ini dan berlaku secara adil terhadap semua syarikat Malaysia. Sekian terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Seterusnya Yang Berhormat Sekijang, dipersilakan.
Puan Hajah Natrah Ismail - Sekijang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya berhasrat untuk mengemukakan beberapa cadangan untuk perhatian dan tindakan kepada pihak kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, cadangan pertama saya ialah mewujudkan Wisma Persekutuan. Daerah Segamat merupakan sebuah daerah yang terletak di utara negeri Johor. Majlis Perbandaran Segamat (MPS) merupakan salah satu pihak berkuasa tempatan di Daerah Segamat.
Selain daripada Majlis Perbandaran Labis (MPL). MPS telah dinaik taraf daripada Majlis Daerah Segamat (MBS) bermula 1 Januari 2018.
Sejak dari itu lebih banyak lagi agensi kerajaan yang penting telah diwujudkan bagi membolehkan masyarakat menerima perkhidmatan yang berkesan dalam urusan seharian. Buat masa ini, lebih daripada 40 agensi kerajaan di bawah Kerajaan Pusat, kerajaan negeri dan badan berkanun telah ditempatkan di Daerah Segamat.
Menyedari hakikat ini, kewujudan jabatan dan agensi kerajaan ini memperlihatkan bahawa kedudukan dan lokasi setiap jabatan dan agensi ini berada di kawasan yang berasingan. Lokasi jabatan dan agensi ini tidak diletakkan secara berpusat sebaliknya beberapa agensi dan jabatan ditempatkan secara berkelompok dan terdapat juga lokasinya jauh di antara satu sama lain.
Kedudukan yang jauh dan berasingan ini disusuli dengan keadaan ruang pejabat dan persekitaran tempat yang sempit serta kurangnya ruangan tempat letak kereta secara langsung akan menyusahkan masyarakat untuk berurusan dan mendapatkan perkhidmatan yang sepatutnya.
Agensi kerajaan yang ada di Daerah Segamat bukan sahaja dinikmati oleh penduduk Daerah Segamat semata-mata, bahkan juga turut dimanfaatkan oleh penduduk di luar kawasan Daerah Segamat seperti daripada kawasan FELDA Selancar dan Keratong di Pahang. Oleh yang demikian, saya berasakan adalah perlu sebuah Wisma Persekutuan atau pusat transformasi luar bandar, rural transformation center (RTC) dengan izin diwujudkan di Daerah Segamat.
Buat masa ini hanya terdapat tiga bangunan guna sama Persekutuan yang beroperasi di negeri Johor iaitu Wisma Persekutuan Johor baru, Bangunan Guna Sama Persekutuan Batu Pahat dan Bangunan Guna Sama Persekutuan Kluang. Bagi pusat transformasi bandar atau urban transformation center (UTC) dengan izin dan pusat transformasi luar bandar (RTC) di negeri Johor pula ia telah diwujudkan masing-masing dua UTC iaitu UTC Johor dan UTC Pasir Gudang dan satu RTC iaitu RTC Kulai.
Kewujudan Wisma Persekutuan ini adalah penting dalam memberikan perkhidmatan kebajikan dan pembangunan masyarakat pendidikan, pekerjaan, latihan pembangunan perniagaan dan keusahawanan, kesihatan kewangan, perkhidmatan kerajaan, pembangunan belia, utiliti dan keselamatan kepada masyarakat setempat.
Justeru itu, saya melihat adalah wajar untuk pihak kerajaan mempertimbangkan untuk mewujudkan sebuah Wisma Persekutuan di Utara Negeri Johor agar perkhidmatan kerajaan pada masyarakat akan menjadi lebih mudah, menjimatkan masa dan berkesan sekiranya semua agensi dan jabatan ini ditempatkan secara berpusat.
Puan Hajah Natrah Ismail - Sekijang
Tuan Yang di-Pertua, cadangan kedua iaitu pelaksanaan pendidikan wajib di peringkat sekolah menengah. Untuk makluman, sehingga 25 Oktober 2021, bilangan sekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebanyak 10,751. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 2,448 buah sekolah menengah, dan 7,780 buah sekolah rendah di bawah KPM. Manakala sebanyak 532 buah sekolah merupakan sekolah swasta iaitu 391 merupakan sekolah menengah dan 132 buah sekolah rendah.
Berkaitan dengan bilangan murid sekolah pula, statistik pada Julai 2020 mendapati jumlah murid bagi prasekolah dan sekolah rendah seramai 2,949,968 orang murid. Manakala bagi sekolah menengah pula seramai 2,037,433 orang murid. Hal ini memperlihatkan perbezaan murid yang ketara dan hampir 1 juta murid tidak melanjutkan persekolahan mereka ke peringkat sekolah menengah.
Puan Hajah Natrah Ismail - Sekijang
Oleh yang demikian, saya mencadangkan agar pendidikan wajib murid-murid sehingga ke Tingkatan 5 perlu dilaksanakan. Sekiranya kemiskinan keluarga menjadi kekangan kepada ibu bapa untuk membenarkan anak-anak mereka belajar sehingga ke Tingkatan 5, maka sudah menjadi tanggungjawab kerajaan dalam membantu keluarga ini.
Di samping itu, masalah keciciran pelajaran, masalah sosial dalam kalangan remaja dan isu perkahwinan bawah umur dapat dikurangkan sekiranya Akta Pendidikan 1996 dipinda dan pelaksanaan pendidikan wajib di peringkat sekolah menengah dapat direalisasikan.
Tuan Yang di-Pertua, cadangan ketiga iaitu memperkasakan permainan tradisional. Di kesempatan ini, saya mengucapkan syabas kepada Ahli-ahli Parlimen yang telah memakai baju batik pada setiap hari Khamis bermula daripada 28 Oktober 2021 atas kesedaran untuk memastikan kain batik ini tidak hilang ditelan zaman. Kain batik yang merupakan salah satu hasil seni budaya masyarakat Malaysia ini perlu dikekalkan.
Dalam kita menghidupkan semula budaya dan tradisi masyarakat yang tidak bertentangan dengan agama, jangan kita lupa kepada permainan tradisional. Permainan tradisional ini sering dimainkan di luar mahupun di dalam rumah pada suatu ketika dahulu.
Anak-anak di Malaysia sekarang kebanyakan daripada mereka leka dengan permainan-permainan melalui alat elektronik di mana mereka akan sentiasa memegang gajet atau peranti dan akan berinteraksi dengan alat-alat ini sahaja. Bilakah masa anak- anak ini akan bermain dan berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya mereka seperti mana fitrah kanak-kanak dahulu yang sepatutnya bermain bersama-sama adik-beradik dan rakan-rakan yang lain?
Bahkan ia telah menjadi norma baharu bagi kanak-kanak yang sentiasa bermain dan berinteraksi dengan permainan elektronik. Tiada pergerakan fizikal seperti berjalan, berlari, melompat dan tiada gelak ketawa serta bergurau senda dengan anak-anak yang lain. Mata dan minda hanya tertumpu pada permainan elektronik tersebut.
Permainan tradisional seperti permainan batu seremban, congkak, buah saga, ting-ting atau hopscotch, dengan izin, rounders seakan-akan permainan kriket, polis dan pencuri, galah panjang, tuju tin dan pelbagai lagi permainan kesemuanya memerlukan kemahiran berfikir dan pergerakan fizikal kanak-kanak serta mereka akan bermain dalam kumpulan.
Oleh itu, saya mohon agar pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bersama-sama dengan Kementerian Belia dan Sukan untuk mengambil inisiatif bagi menghidupkan semula permainan tradisional ini agar ia akan terus hidup dan tidak ditelan zaman.
Akhir kata, saya berharap agar belanjawan kali ini akan dibelanjakan dengan penuh amanah agar tiada ketirisan serta penyelewengan berlaku supaya segala peruntukan yang disediakan akan sampai terus kepada golongan sasar. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Sekijang. Kita pergi pula ke Yang Berhormat Tenom. Silakan.
Puan Noorita binti Sual - Tenom
Ka'ansayan ra kamaion dan salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi saya ruang dalam membahaskan Belanjawan 2022.
Saya berpendapat bahawa walaupun Bajet 2022 merupakan satu belanjawan yang paling besar pernah dilihat oleh negara kita, ia tidak semestinya sesuatu yang baik kerana kita tahu semasa Pakatan Harapan menjadi kerajaan, kita telah dimaklumkan dan diingatkan bahawa negara kita mempunyai hutang mencecah RM1 trilion yang mana diakui sendiri oleh Menteri Kewangan.
Dan dalam keadaan sekarang di mana ekonomi dunia merudum disebabkan pandemik COVID-19, kerajaan telah menaikkan kadar hutang kepada paras 65 peratus
Puan Noorita binti Sual - Tenom
kepada keluaran dalam negara kasar untuk membuat pinjaman tambahan dalam usaha memulihkan ekonomi negara. Jadi, saya mohon penerangan lebih lanjut. Apakah langkah- langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk memastikan kadar defisit negara dalam belanjawan yang akan datang?
Tuan Yang di-Pertua, di dalam Bajet 2022 ini, negeri Sabah diperuntukkan dana pembangunan sebanyak RM5.2 bilion sama seperti bajet tahun 2020 yang diperuntukkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Ini bermakna ada penurunan daripada segi peratusan peruntukan pembangunan yang diberikan kepada negeri Sabah jika dikira berdasarkan peratusan keseluruhan bajet pada kedua-dua tahun tersebut.
Jadi, ini juga bukanlah satu bajet tahunan yang menggembirakan buat rakyat Sabah. Apatah lagi sudah hampir 60 tahun Sabah sama-sama membentuk Malaysia, namun sehingga kini berada di antara negeri yang termiskin. Bahkan daripada 10 buah daerah yang termiskin di Malaysia, lapan daripadanya adalah terletak di negeri Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai anak Sabah dan sebagai wakil rakyat dari Sabah, saya ingin menyatakan bahawa peruntukan pembangunan untuk negeri Sabah ini tidak mencukupi. Ia sudah berkali-kali disuarakan oleh Ahli-ahli Parlimen dari negeri Sabah.
Justeru, saya menyokong bahawa perlu ada cara pembahagian yang lebih adil tentang dana pembangunan untuk menaikkan negeri Sabah dan Sarawak berdasarkan Perjanjian Pembentukan Malaysia 1963.
Walau bagaimanapun, Tuan Yang di-Pertua, saya juga berpendapat adalah lebih penting mencari penyelesaian terhadap masalah dana pembangunan yang diberikan saban tahun namun tidak digunakan dan terpaksa dikembalikan semula kepada Kerajaan Persekutuan. Menurut Rancangan Malaysia Kedua Belas, antara masalah utama dikenal pasti yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah kurangnya kolaborasi yang berkesan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri serta penyampaian perkhidmatan awam yang kurang cekap.
Jadi, saya menyokong pendapat rakan-rakan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak yang lain bahawa adalah lebih baik sekiranya Sabah dan Sarawak diberikan autonomi sepenuhnya untuk menguruskan dana pembangunan yang diperuntukkan untuk kedua- dua negeri tersebut. Memang tidak ada gunanya diperuntukkan berpuluh-puluh bilion sekalipun kalau tidak digunakan sepenuhnya dan terpaksa dikembalikan. Masalah pembangunan akan tetap sama dan tidak akan selesai.
Tuan Yang di-Pertua, menurut laporan Jabatan Perangkaan Negara, kadar kebergantungan import membuktikan negara terus bergantung pada import makanan dan nilai import makanan meningkat kepada RM55.5 bilion berbanding eksport RM33.8 bilion.
Peningkatan yang lebih cepat dalam import berbanding dengan eksport telah mendorong peningkatan defisit perdagangan produk makanan berjumlah RM21.7 bilion.
Pada masa yang sama, import makanan terkumpul berjumlah RM482.8 bilion dalam tempoh 10 tahun berbanding dengan eksport RM296 bilion. Daripada statistik Jabatan Perangkaan ini jelas menunjukkan ketergantungan negara kepada makanan import semakin meningkat dan kadar eksport kita semakin berkurang.
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang isu pertanian. Saya ingin membawa suara-suara rintihan dan tangisan daripada petani-petani khasnya petani-petani kecil yang amat terkesan dengan pukulan pandemik COVID-19 ini. Dengan kos sara hidup yang meningkat saban tahun, ditambah lagi dengan kekangan hasil akibat daripada pandemik COVID-19 ini, kehidupan mereka semakin tertekan.
Kos pertanian rentetan daripada wabak ini telah menyebabkan harga baja, racun dan kos pengangkutan telah naik mendadak. Di Daerah Tenom, Tuan Yang di-Pertua, yang rata-rata sumber pendapatan utama penduduk-penduduknya merupakan pertanian, ramai yang merungut dan marah apabila harga racun naik secara mendadak antara 30 hingga 50 peratus.
Baru-baru ini, saya telah menyuarakan isu kenaikan harga racun rumpai yang telah naik secara mendadak ini kepada Menteri Pertanian dan Industri Makanan.
Puan Noorita binti Sual - Tenom
Namun, jawapan lisan saya terima amat mengecewakan dan menyedihkan Saya bahkan telah kongsi kan jawapan saya dalam group WhatsApp dan ramai yang tidak puas hati. Langkah-langkah yang disarankan seperti di dalam jawapan kementerian iaitu menggalakkan petani mengamalkan pengurusan perosak bersepadu, penggunaan input mikroorganisma seperti Pelan Booster, *growth in...
[Tidak jelas]* dan Bokashi dengan izin.
Guna jerami padi sebaik kompos dan menjadi petani yang menggunakan racun mengikut keperluan adalah jawapan lisan yang baik. Namun tidak kritikal dan tidak membantu para petani pada masa ini. Kita perlukan langkah yang lebih drastik dan realistik.
Kita ada bantuan musim tengkujuh, subsidi benih dan bajak padi misalnya. Jadi, saya fikir ada keperluan untuk melihat pemberian subsidi racun kepada para petani walaupun hanya untuk jangka masa pendek di saat mereka sangat-sangat memerlukan.
Tuan Yang di-Pertua, di dalam isu yang berkaitan, saya ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini kepada satu artikel dalam berita The Vibes bertarikh 5 Oktober 2021 yang menyebut antara lain akibat pandemik COVID-19 ini import barangan dari China telah mula berkurang.
Walau bagaimanapun, kos penghantaran perkapalan barangan keperluan yang kita import dari negeri China telah meningkat. Salah satu daripada barang keperluan termasuklah baja. Akibat daripada ini, kos yuran penghantaran telah memberi kesan kepada petani-petani kita. Laporan ini juga menyebut kebergantungan kepada import baja ini tidak akan berlaku atau boleh dikurangkan sekiranya kita mengeluarkan baja sendiri.
Laporan itu seterusnya menyebut bahawa di Sabah ada satu syarikat pengeluar granulator urea dengan izin ia bahan mentah utama di dalam pemprosesan baja. Syarikat ini merupakan salah satu syarikat komersial yang terbesar di dalam pengeluaran urea di Asia Tenggara. Syarikat yang dimaksudkan ada Petronas dan kilang urea Sabah atau Samur yang terletak di Daerah Sipitang, Sabah. Saya juga difahamkan bahawa semua penghasilan di Samur ini adalah untuk dieksport. Daripada sumber yang sama juga mengatakan bahawa Sabah mampu menjadi pengeluar baja dengan sumber asli yang sedia ada.
Kenapakah kita perlu mengeksport bahan mentah produk hiliran seperti amonia, urea baja dan produk berkaitan dan mengimport semula barangan di mana negara kita sendiri menjadi pembekal pada hal kita mampu mengusahakan produk aliran ini untuk kegunaan tempatan. Jadi, apakah alasan sebenarnya yang mengatakan kita tidak mampu menghasilkan baja urea sendiri? Kenapa Petronas tidak boleh mengembalikan hasil ini yang dikutip dari negeri Sabah untuk keperluan Sabah khasnya yang masih ketinggalan di dalam sektor pertanian.
Saya menyokong usaha kerajaan di dalam mempelbagaikan usaha-usaha dalam mempergiatkan lagi sumber pertanian kita dengan memperkenalkan teknologi-teknologi dan inovatif yang canggih dalam usaha untuk menjamin pengeluaran hasil pertanian yang berkualiti, berdaya saing dan sebagainya. Namun atas dasar inklusif, harapan saya agar kerajaan tidak akan menganaktirikan petani-petani kecil yang kebanyakannya tinggal di kawasan-kawasan yang tercicir daripada arus pembangunan.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh isu Projek Ketersambungan Digital di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Menurut ucapan Yang Berhormat Menteri Kewangan baru-baru ini, sebanyak RM700 juta akan diperuntukkan bagi meneruskan pelaksanaan inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA).
Dijangkakan sebanyak 47 kawasan perindustrian dan 630 buah sekolah terutamanya luar bandar akan menerima faedah daripada peruntukan ini. Mengikut anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2022 sebanyak RM50 juta akan diperuntukkan di bawah projek jalur lebar. Saya tidak akan berhenti menyuarakan isu-isu yang sama kerana saya sendiri turut ditanya dengan persoalan-persoalan yang sama daripada rakyat di tempat saya.
Pada Oktober tahun lalu dan November tahun ini, saya pernah bertanya kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia tentang langkah yang telah diambil dan sedang
Puan Noorita binti Sual - Tenom
diambil oleh kementerian untuk meningkatkan tahap sistem komunikasi dan capaian internet bagi negeri Sabah dan Tenom khasnya.
Saya telah mendapat dua jawapan yang berbeza iaitu oleh dua kerajaan yang berbeza bagi negeri Sabah. Satu kerajaan menyatakan bahawa sebanyak 425 menara baharu akan dibina manakala satu kerajaan lagi menyatakan sebanyak 538 menara baharu yang akan dibina.
Saya juga dimaklumkan semenjak bermula Program JENDELA pada Ogos 2020, jumlah rancangan menara baharu yang telah diluluskan di kawasan saya sebanyak 20 tapak menara baharu dan 66 buah stesen pemancar. Namun, sehingga kini cuma 20 sahaja menara yang telah siap dinaiktaraf.
Persoalan saya yang pertama, berapakah jumlah sebenarnya menara baharu yang akan dibina di Sabah. Kedua, bilakah jangkaan siap 66 stesen pemancar yang akan dinaiktaraf di daerah Tenom. Saya mohon kementerian menjelaskan tempat-tempat ataupun kampung yang terlibat di mana menara baharu dan juga stesen pemancar itu akan dibangunkan.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu di bawah Kementerian Pembangunan luar bandar di mana mengikut anggaran Perbelanjaan Persekutuan tahun 2022, jumlah keseluruhan perbelanjaan pembangunan di bawah kementerian ini iaitu sebanyak lebih kurang RM7 bilion.
Sebanyak RM2.5 bilion diperuntukkan untuk projek jalan luar bandar dan jalan penghubung desa, bekalan air luar bandar dan bekalan air alternatif, bekalan elektrik luar bandar dan lampu jalan kampung. Manakala RM14.9 juta akan diperuntukkan untuk pembinaan jambatan luar bandar.
Saya ingin bertanya kepada kementerian tentang status terkini beberapa projek naik taraf di kawasan saya iaitu; pertama, Projek Jalan Kementahlik, Tenom sepanjang lapan kilometer, projek naik taraf Jalan Batu Lapan, Sapong dan juga loji rawatan air Senagang.
Last sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai peruntukan Bajet 2020 di bawah Kementerian Pengangkutan di mana anggaran perbelanjaan bagi pembangunan diperuntukkan sebanyak RM4.1 bilion. Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini dalam Bajet 2020 yang lalu, peruntukan untuk menaik taraf perkhidmatan kereta api Tenom, Sabah yang berjumlah RM50 juta di bawah Kementerian Pengangkutan telah pun diluluskan oleh Kerajaan Pakatan Harapan tetapi setelah Kerajaan Pakatan Harapan jatuh, sehingga ke hari ini saya tidak dapat sebarang berita mengenai perkara ini.
Oleh itu sama seperti dengan isu infrastruktur digital di kawasan saya tadi, saya juga ingin mendapatkan kepastian daripada kerajaan sahaja berkaitan dengan perkara ini.
Peruntukan yang telah diluluskan bagi kawasan saya pada RMKe-11 tidak tersenarai pun di dalam RMKe-12 kali ini.
Tuan Yang di-Pertua, dinyatakan di dalam Buku Belanjawan 2020 di bawah Kementerian Pengangkutan di mana di bawah Program Pengurusan Pembangunan, Kementerian Pengangkutan menyatakan komitmen mereka untuk memastikan semua projek rancangan Malaysia yang dirangka akan dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan dan memastikan projek pembangunan dilaksanakan mengikut peruntukan dan tempoh masa yang ditetapkan.
Jadi, persoalan saya, di manakah peruntukan RM50 juta yang telah diluluskan itu? Adakah ia nya telah dilupuskan dengan pertukaran kerajaan? Itu sahaja bahas daripada saya Tuan Yang di-Pertua. Tenom mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Tenom. Kita pergi sekarang ke Yang Berhormat Kapar. Silakan.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Wassalamualaikum.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Terima kasih memberikan ruang pada saya untuk menyertai perbahasan Bajet 2022. Saya ingin menyinggung beberapa perkara yang telah dan yang telah pun dirungkaikan dalam Bajet 2022 ini.
Pertamanya saya menyentuh tentang TVET. Rekod yang ditujukan, unjuran daripada apa yang telah pun dilaporkan, sebanyak 18 peratus pada tahun 2022 dianggarkan kemasukan pelajar-pelajar dan tenaga penganjur TVET ataupun reskilling dan upskilling iaitu berjumlah 15 peratus. Dalam enam bulan pertama tahun 2022, dianggarkan 87 peratus dan diiktiraf pensijilan mereka 95 peratus.
Persoalan yang timbul ialah apakah langkah kerajaan untuk memastikan pembuangan kerja dalam tempoh COVID-19 ini yang menjurus kepada hampir 1 juta.
Jadi, apakah langkah kerajaan untuk memastikan mereka ini dalam kerangka- adakah mereka layak untuk menyertai TVET ini dan membolehkan mereka itu mendapat ilmu baharu dalam kehidupan ataupun dalam arena kemahiran yang baharu.
Ini juga perlu diberikan penjelasan kerana mereka yang terlibat dalam pembuangan kerja Tuan Yang di-Pertua amat-amat sulit untuk mereka, ke arah mana mereka hendak tuju. Jadi, inilah antara fenomena yang begitu luar biasa tekanannya yang dihadapi oleh rakyat ataupun mereka yang terlibat secara langsung atas pembuangan kerja ketika COVID-19 ini.
Kedua, saya ingin menyinggung tentang gaji minimum Tuan Yang di-Pertua.
Sasaran kepada RMKe-12 jelas mempamerkan dalam pembentangan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sasaran RM10,000 pendapatan isi rumah sebulan dan gaji minimumnya kalau kita lihat daripada gaji Akta Gaji Minimum 2012, adalah sekitar RM1,200. Jadi, kewajaran manakah yang hendak kita angkat untuk mensasarkan RM10,000 ini? Saya melihat daripada rekod yang kita ada, unjuran yang kita telah pun diberikan iaitu garis kemiskinan dalam paras RM2,208. Saya percaya banyak penjawat awam Tuan Yang di-Pertua dalam kedudukan kelompok garis kemiskinan.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Saya belum sentuh lagi swasta tetapi ini menunjukkan bahawa kita belum sampai tahap menyasarkan RM10,000 dalam tahun 2024. Belum lagi kita dapat sebab kita tidak tahu hala tuju, bagaimana kita hendak mendapatkan RM10,000 ini. Kita tengok daripada penggajian yang diberikan kategori SRP, SPM, diploma, degree, master dan juga PhD itu, ia tidak sempurna dalam ketetapan landainya. Jadi, saya tidak yakin untuk mendapatkan gaji isi rumah RM10,000 sebulan itu mencapai sasaran.
Namun, saya juga ingin memohon supaya kerajaan cadangkan atau bangkitkan keyakinan bahawa bagaimanakah kita hendak menyasarkan RM10,000 ini. Ini amat penting kerana gaji minimum pun sudah kita jauh ketinggalan belakang dan juga penjawat awam pun dalam garis kemiskinan. Ini harus direnung secara konsisten oleh pihak kerajaan terutama sekali Yang Berhormat Menteri Kewangan. Pengangguran yang telah diberi maklum pada waktu ini hampir 1 juta yang terlibat secara langsung. Apakah langkah kerajaan? Yang lepas kerajaan kata hendak siapkan 500,000 ruang pekerjaan kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam COVID-19 ini.
Namun, saya hendak tahu berapa banyak kah pengisian itu dapat dilaksanakan?
Daripada sasaran 500,000 itu berapa yang telah kita capai? Kita jangan bersuka ria dengan pembentangan tetapi kita tidak ada sasaran kerangka ke arah mana dasar hendak kita bawa untuk meraikan dan menyasarkan, menepati kehendak sasaran 500,000 pada 2021. Sekarang ini kita bangkitkan dengan unjuran yang baharu iaitu kita kata kita hendak capai 600,000 tetapi langkah itu ke mana?
Menteri Sumber Manusia harus bangkit dan harus melaporkan pada Dewan yang mulia ini apakah langkah beliau untuk mencapai sasaran 600,000, sekurang-kurangnya mengurangkan percentage pengangguran yang begitu kritikal setelah azab kita terima dalam ujian COVID-19 ini. Dua tahun ini mengundang parah yang keterlaluan deritanya pada rakyat.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Maka saya ingin memohon kepada Kementerian Sumber Manusia supaya bangkit dengan cadangan yang rasional supaya kita meyakinkan rakyat bahawa 600,000 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan ada relevannya dan ada dipanggil sebagai memulihkan keyakinan rakyat untuk mengambil ruang dan peluang ini.
Seterusnya saya tidak nampak dalam bajet Skim Insurans Pekerja (SIP) yang sepatutnya diberikan tumpuan kerana itu akan melonggarkan sedikit keresahan rakyat di bawah ini yang terlibat secara langsung atas berhenti kerja sentara yang mereka terpaksa lalui. Mereka tidak mahu dibuang kerja tetapi mereka terpaksa dibuang kerja. Kita sudah ada Skim Insurans Pekerja ini. Mengapa tidak kita longgokkan sedikit wang itu kerana wang itu adalah wang kutipan daripada pencarum, pihak pekerja dan pihak syarikat.
Apa yang kita tahu itu adalah sumber pendapatan yang meyakinkan, maknanya consistent income. Jadi tidak perlu risau atau gusar kalau sekiranya ia tidak dipulangkan balik kerana ini di bawah PERKESO. Jadi, saya ingin cadangkan kepada Kementerian Kewangan supaya mengkaji semula untuk memberi suntingan kepada SIP ini untuk membolehkan operasinya atau meningkatkan sekurang-kurangnya ia boleh menampung kerunsingan pembuangan kerja yang tidak kita tahu apa yang akan berlaku pada nasib masa depan mereka.
Ini juga adalah perkara yang benar-benar memberikan saya keyakinan bahawa kita mampu untuk menyelesaikan masalah SIP ini dengan memberikan suntingan baharu untuk mereka beroperasi dengan lebih konsisten.
Keempat, saya ingin menyinggung tentang EPF Tuan Yang di-Pertua. EPF ini dibenarkan keluar wang dalam COVID-19. Apa jaminan kerajaan setelah wang itu dikeluarkan, simpanan masa depan itu apa hendak dilakukan. Ini kerana kita tahu bahawa EPF ini menjadi sandaran, longgokan terakhir. Malah kerajaan pun mengambil ruang ini untuk mereka menampung keperluan perbelanjaan kerajaan termasuk dalam pada konteks yang telah saya bawa empat, lima tahun yang lalu Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan pengambilan wang SOCSO dan juga wang EPF untuk diberikan kepada 1MDB.
Akan tetapi saya hendak tahu daripada pinjaman itu, berapakah wang itu telah dikembalikan balik atau dipulangkan balik pinjaman tersebut? Ini kerana akan memberi ruang kepada permasalahan kewangan untuk menampung kewangan yang akan dilunaskan sama ada kerajaan atau syarikat. Ini adalah masalah yang begitu meruncing kerana jumlah pengeluaran semasa COVID, sehingga kini saya hendak tahu berapa dia punya pengeluarannya supaya kita boleh fokus untuk meyakinkan masa depan jaminan kewangan itu tidak tergugat ataupun tercacat.
Kelima Tuan Yang di-Pertua, saya mengembalikan kembali tentang hasrat saya.
Saya ingin melihat Mahkamah Tinggi Perusahaan. Di bawah Butiran 030500 itu Mahkamah Perusahaan, yang harus dan wajib diangkat satu lagi tahap itu ‘Mahkamah Tinggi Perusahaan’. Ini kerana Tuan Yang di-Pertua, bila pergi ke Mahkamah Perusahaan belanja itu kurang tetapi bila pergi Mahkamah Tinggi, masya-Allah Tuan Yang di-Pertua, banyak kes majikan-majikan yang haprak ini dia akan bawa ke Mahkamah Tinggi. Bila bawa ke Mahkamah Tinggi, pekerja tidak ada duit, maka pekerja terpaksa membuang kes.
Jadi syarikat-syarikat yang durjana ini ia akan ambil peluang untuk menekan pekerja dan membawa kes ke mahkamah malah Mahkamah Rayuan pun mereka bawa, Mahkamah Persekutuan pun mereka bawa. Ini bukan sahaja membankrapkan pekerja tetapi membunuh pekerja itu di dalam hak mereka. Maka saya cadangkan kepada Menteri Sumber Manusia, supaya mengkaji ‘Mahkamah Tinggi Perusahaan’ ini supaya tidak memudaratkan ataupun untuk menegakkan hak pekerja itu dibela.
Nombor enam, saya ingin menyinggung tentang pekerja kontrak doktor. Baru- baru ini telah saya dimaklumkan kalau benar, MoU pekerja kontrak dengan Kerajaan Malaysia dengan UK yang sekarang ini persoalannya tenaga kerja di Malaysia ini belum lagi dalam keadaan yang kukuh tetapi dalam masa yang sama macam kita hendak halau pekerja, doktor-doktor dan nurse ini pergi ke UK buat kerja kontrak.
Seolah-olah kita ini begitu tidak mempedulikan ataupun kita tidak prihatin.
Humanity Tuan Yang di-Pertua dengan izin, kita tidak ada menunjukkan kepada penjawat
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
awam yang berdepan dengan terutama sekali doktor dan nurse ini di dalam COVID-19.
Mereka ini frontliner. Mereka telah korbankan jiwa raga mereka.
Akan tetapi apabila kita tengok daripada Butiran 080200 – Emolumen bagi Kakitangan Kontrak, Tuan Yang di-Pertua RM2 bilion. Ho! Dahsyat! RM2 bilion maksudnya begitu banyaknya pekerja doktor kontrak dan nurse kontrak ini berada dalam posisi sekarang. Saya hendak bagi tahu dengan Tuan Yang di-Pertua, kalau dia kontrak Tuan Yang di-Pertua, mengikut undang-undang yang ada, dalam undang tubuh negara ini mereka tidak ada fasiliti dan privilege dalam memberikan pekerjaan tetap.
Maka mereka tidak boleh sambung ke master ataupun ke PhD untuk mereka mendapat lagi kepakaran dalam title kepakaran kerana mereka kontrak. Mereka telah belajar lima tahun. Lima tahun Tuan Yang di-Pertua, keluar doktor kontrak. Kemudian dua tahun, dua tahun. Menunjukkan bahawa ilmu mereka itu tidak dinilai.
Saya ingin menegaskan kepada Menteri Kesihatan supaya renung kembali RM2 bilion. Mereka bukan minta Vellfire Tuan Yang di-Pertua. Mereka bukan hendakkan perumahan untuk renovation RM38 juta, tidak! Mereka cuma hendakkan hak mereka. Apa masalahnya memberikan mereka pekerjaan tetap supaya mereka juga menikmati apa sahaja yang ada sebagai pekerja tetap. Saya mohon Kementerian Kesihatan cuba- cubalah merenung kembali. Allah mak, sudah habis dah masa.
Saya juga ingin menyinggung berkenaan cukai vaping ini terlalu tinggi untuk membantu pengusaha-pengusaha yang baharu dalam sektor ini supaya mereka ini diberi perhatian kembali.
Nombor lapan, saya ingat pencen pesara GLC Tuan Yang di-Pertua. Pencen GLC ini mereka ini semua dulu masa LLN, Telekom Tuan Yang di-Pertua, pencen mereka RM150, RM200 dan RM300, ini sudah jadi miskin papa kedana. Saya diminta untuk bawa isu ini supaya mereka ini diberikan sedikit perhatian untuk mereka mendapatkan dipanggil sebagai minimum pencen dan sekurang-kurangnya tidak ada jadi kemiskinan yang dipanggil papa kedana Tuan Yang di-Pertua.
Last sekali Tuan Yang di-Pertua, last ini, saya mendapat maklumat yang veteran- veteran askar dan polis ini. Mereka kata bila umur sudah tahun– pindaan Akta Angkatan Tentera ini dibuat pada tahun 1972, yang bersara 12 tahun, 15 tahun, 18 tahun, dia dapat gratuiti one-off. Selepas itu dia tidak tahu apa berlaku hidup dia. Maka berlakulah ada yang jadi jaga dan sebagainya dan jadi penganggur.
Mereka minta dengan saya supaya adakan satu perjanjian yang telah pun dimeterai sebelum tahun 1972 itu, diberikan sedikit keselesaan kepada mereka seperti tanah. Tidak ada tanah buat rumah. Jadikan sebagai harta untuk mereka menjamin keselesaan masa depan mereka. Polis dan tentera Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Untuk last sekali, kos sara hidup. Saya minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pun ada sini, supaya fikirlah barang-barang ini Menteri, terlalu mahal. Saya pun dah pening kepala saya tengok, macam-macam. Semua naik sampai 40 peratus. Saya harap Menteri supaya sedikit memberikan perhatian yang serius terhadap masalah ini. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak-banyak...
[Tidak jelas] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kepong. Silakan.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin membahaskan beberapa perkara berkenaan Belanjawan 2022 ini. Antara perkara yang ingin saya ketengahkan adalah peruntukan belanjawan bagi golongan bumiputera dan bukan bumiputera dan juga peruntukan bagi Kementerian Wilayah Persekutuan serta isu berkaitan kontrak 5G.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****] Malaysia adalah satu-satunya negara yang merangka perbelanjaan berdasarkan bangsa. Mengikut Belanjawan 2022, sebanyak RM11.4 bilion telah diperuntukkan untuk golongan bumiputera, manakala bagi golongan bukan bumiputera hanya sebanyak RM300 juta. Secara peratusannya, jumlah yang diterima oleh golongan bukan bumiputera ini adalah dalam lingkungan 2.6 peratus sahaja.
Mengikut laporan yang disediakan oleh penganalisis ekonomi, jika kita pecahkan angka tersebut bagi setiap individu bumiputera, jumlah golongan bumiputera yang terima setiap seorang adalah RM557. Manakala bagi golongan bukan bumiputera, seorang individu berbangsa Cina hanya akan menerima RM15 sahaja dan seorang individu berbangsa India akan menerima RM75 sahaja.
Persoalan yang perlu pihak kerajaan jawab di Dewan yang mulia ini adalah mengapakah belanjawan berdasarkan bangsa ini masih diteruskan sedangkan jumlah yang kita lihat ini sudah terang lagi bersuluh, tidak adil pengagihannya. Apakah semangat Keluarga Malaysia yang pihak kerajaan perjuangkan adil sekiranya peruntukan adalah berdasarkan klasifikasi bumiputera atau bukan bumiputera? Adakah golongan bukan bumiputera dianggap sebagai anak angkat atau anak tiri sehinggakan peruntukan untuk mereka ini begitu kecil nilai 2.6 peratus sahaja?
Jikalau kita lihat tahun-tahun sebelum ini juga, lebih kurang RM30 bilion telah dibelanjakan untuk golongan bumiputera. Namun begitu, di manakah wang tersebut dibelanjakan memandangkan banyak lagi golongan kelas B40 adalah dalam kalangan bumiputera.
Kita tidak asing lagi dengan berita berkenaan golongan-golongan B40 dari negeri Kelantan dan Terengganu. Mereka ini semua golongan bumiputera yang mana peruntukan belanja mereka berbilion-bilion, tetapi ramai daripada mereka masih tinggal dalam keadaan yang miskin. Mana pergi duitnya? Ini Menteri-menteri PAS mesti mahu jawab.
Suka atau tidak, realiti yang kita lihat ketika ini adalah wang-wang yang telah dibelanjakan ini telah disalurkan kepada mereka yang kaya-raya atau kepada kroni-kroni tertentu. Misalannya, Universiti Teknologi MARA (UiTM) mendapat peruntukan sebanyak RM1.7 bilion. Walaupun ramai anak-anak daripada keluarga B40 bumiputera kini mendapat tempat di universiti ini, tidak dinafikan masih ada yang kaya-raya, malahan ada anak Tan Sri dan Dato’ Seri dari golongan bumiputera yang menuntut di institusi pengajian ini.
Ini baru contoh kecil, tetapi perkara ini sudah berlarutan sekian lamanya. UiTM dibina untuk memberi ruang dan peluang kepada anak-anak bumiputera yang miskin, tetapi ada juga yang tamak haloba mengambil peluang untuk berada di dalam institusi ini.
Jikalau ini adalah situasi yang berlaku terhadap mereka yang di kalangan bumiputera, bagaimana pula mereka yang bukan dari golongan bumiputera?
Sudah tiba masanya untuk kita nilai semula peruntukan-peruntukan kerajaan dalam membantu komuniti-komuniti tertentu. Kita perlu lari daripada belanjawan bangsa dan memperuntukkan perbelanjaan bagi mereka daripada golongan yang benar-benar memerlukan tanpa mengira kaum dan agama. Kemiskinan ini tidak mengenal bangsa atau agama. Ramai individu daripada golongan bukan bumiputera yang diselubungi kemiskinan.
Mengikut data yang disediakan oleh pihak Jabatan Perangkaan Malaysia, jurang pendapatan kaya dan miskin semakin menebal. Pasca pandemik COVID-19, kita dapat lihat semakin ramai orang tidak mengira bangsa menjadi miskin. Bukan sahaja miskin, malahan ada yang menjadi miskin tegar. Di kawasan Parlimen Kepong sahaja, terdapat ramai individu daripada golongan B40 yang terdiri daripada bangsa Cina dan India.
Melihat kepada situasi ini, apakah masih rasional perangkaan perbelanjaan belanjawan ini berdasarkan bangsa?
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Seterusnya beralih kepada perkara kedua yang ingin saya ketengahkan adalah berkenaan belanjawan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan. Sebagaimana yang diketahui sidang Dewan Rakyat, peruntukan perbelanjaan bagi Kementerian Wilayah Persekutuan bagi kali ini adalah dalam anggaran RM670 juta. Jumlah ini sekiranya dibandingkan dengan belanjawan tahun lalu, adalah pengurangan sebanyak lebih kurang RM280 juta.
Namun dalam pengurangan tersebut, masih ada subsektor yang mana peruntukannya perlu dijelaskan. Sebagai contohnya, sebanyak RM3,606,200 telah diperuntukkan bagi kerja-kerja perancangan dan pembangunan pengurusan. Akan tetapi, apakah perbezaan peruntukan ini sekiranya kita bandingkan dengan peruntukan yang diterima oleh badan-badan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya, Perbadanan Labuan dan juga Majlis Sukan Wilayah Persekutuan?
Difahamkan, adalah badan-badan yang tersebut masing-masing menerima belanjawan berkenaan perancangan dan pembangunan pengurusan. Jelas di sini, kita dapat lihat keperluan untuk pihak Kementerian Wilayah Persekutuan memperincikan subseksyen ini bagi memberi gambaran jelas, apakah yang dimaksudkan dengan perancangan dan pembangunan pengurusan.
Sekilas pandang ke dalam teks Belanjawan 2022 ini, pernyataan perbelanjaan yang tertera masih samar-samar. Apakah projek-projek yang bakal menggunakan peruntukan ini? Siapakah individu-individu yang terlibat dalam melaksanakan projek- projek di bawah peruntukan Kementerian Wilayah Persekutuan ini? Ini semua adalah butiran yang perlu diperincikan dan diperjelaskan kepada orang ramai.
Kalau boleh, sampai skru jenis apa yang dipakai pun perlu diberitahu. Setelah sekian lamanya peruntukan ini dirangka sebegitu, oleh yang demikian, orang ramai perlu tahu apakah duit tersebut digunapakai oleh Kementerian Wilayah Persekutuan selama belanjawan-belanjawan negara sebelum ini?
Misalannya, jika kita lihat pelaksanaan projek river of life dengan izin, yang dijalankan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan, projek ini sudah bermula dati tahun 2011. Akan tetapi sehingga ke hari ini setelah 10 tahun, projek tersebut masih berada dalam fasa pembinaan. Selama 10 tahun lamanya, tetapi perubahan yang kita lihat sangat kecil. Kebanyakan kerja-kerja melibatkan river of life ini banyak ditumpukan di sekitar Bandar Raya Kuala Lumpur. Walhal, belanja untuk projek ini besar.
Setiap kali belanjawan tahunan diumumkan, belanjawan tahun ini memperuntukkan RM225 juta sewerage non river dan river of life ini sepatutnya projek yang melibatkan cabang-cabang sungai yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur, tetapi di Sungai Keroh dan Sungai Jinjang di Kepong misalnya, masih kotor dan tiada usaha untuk mencantikkan sungai-sungai tersebut. Apabila minta untuk diuruskan dan dinaik taraf, dipindahkan pula tanggungjawab tersebut kepada jabatan atau kementerian lain.
Berpusing-pusing arahannya.
Projek menelan belanja berjuta-juta ringgit saban tahun, tetapi sampah plastik oren dan merah jambu pasar malam dilihat berapungan di sungai. Kalau di pantai kita ada obor-obor, di sungai di kawasan Kuala Lumpur kita ada plastik-plastik. Banyak lagi program-program yang boleh dijalankan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dengan manfaat daripada Belanjawan 2022. Sebagai contoh, saya mencadangkan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan agar ibu kota Kuala Lumpur dijadikan sebagai hab eGames, dengan izin.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Ini adalah antara aktiviti yang agak masyhur dalam kalangan anak muda dan kita sudah lihat bahawa permintaan tersebut sudah wujud dan besar. Negara seperti Singapura telah pun berjaya menjadi hub untuk e-games. Justeru itu tiada masalah untuk negara kita melakukan perkara yang sama sekali gus meletakkan nama Malaysia di antara hub e-games terbesar di Asia. Ada pakar ekonomi mengatakan terma bloated budget dengan izin adalah terma yang menggambarkan belanjawan kali ini. Belanja punya belanja tanpa memikirkan akibat.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Contohnya, belanjawan untuk naik taraf khidmat 5G di negara kita besar, tetapi semalam ada laporan berita yang mengatakan tiada syarikat telekomunikasi yang mahu yang berhasrat yang sanggup menggunakan khidmat 5G negara kita di atas dasar ketelusan dan harga yang mahal. Saya cadang agar masalah isu ini dimaklumkan oleh pengurusan tertinggi Digital Nasional Berhad kepada semua Ahli Parlimen melalui satu taklimat khusus yang akan diadakan secepat mungkin.
Akhirnya, memandangkan Malaysia telah dilanda wabak penyakit COVID-19 pada tahun 2020 dan tahun ini, sudah semestinya kebanyakan program yang dirancang oleh semua kementerian bagi tahun tersebut iaitu tahun lalu dan tahun ini sudah ditangguhkan. Justeru, di manakah baki belanja yang tinggal dan adakah baki tersebut diguna pakai atau brought forward di belanjawan ini? Jumlah yang diperuntukkan setiap tahun bukanlah jumlah yang sedikit, ratusan juta ringgit jumlahnya.
Dalam pada itu pada 28 Oktober 2021, Ketua Audit Negara Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid telah mengumumkan bahawa sebanyak RM620 juta dan RM70 ribu telah hilang atau dibazirkan kerana ketidakpatuhan kementerian dan Jabatan Persekutuan dengan pengurusan kewangan.
Pepatah yang bermaksud meniti dari bibir ke bibir apabila orang awam meminta buat program atau projek adalah tahun ini tiada peruntukan, bukan tiada tetapi hasil dibazirkan dan di songlap oleh kroni-kroni dan pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu, saya minta semua kementerian menjelaskan bagi balance peruntukan yang tinggal bagi tahun 2020 dan tahun ini. Sekiranya tiada balance, di manakah belanjanya? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sungai Buloh.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya sedikit masa untuk berbahas bajet untuk tahun 2022. Ingin saya mula dengan berkata bahawa saya kecewa apabila melihat seperti yang disebut juga oleh Yang Berhormat Kepong tadi macam mana bajet ini dibuat dengan menggunakan cermin mata kaum dan inilah jelas apabila kita meneliti perincian dan peruntukan-peruntukan yang spesifik yang saya akan sebut sebentar lagi.
Sepatutnya belanjawan kita diasaskan kepada keperluan dan keperluan ini bukan satu kaum. Keperluan ini adalah untuk semua kaum. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya rujuk khususnya kepada perenggan 81 dalam ucapan Yang Berhormat Menteri Kewangan di mana peruntukan untuk yang dikatakan ‘pembangunan bumiputera’.
Itulah istilah yang dipakai, ialah RM11.4 bilion, RM1,400 juta dan pecahan ia ialah lebih kurang RM6.6 bilion adalah untuk tujuan pinjaman pendidikan, naik taraf program sijil ke diploma dalam institusi pendidikan dan juga untuk melahirkan profesional daripada kaum bumiputera. RM4.8 bilion adalah untuk Program Peningkatan Kapasiti dan Pembiayaan Perniagaan.
Saya tidak ada masalah tentang tujuan-tujuan ini untuk kaum Bumiputera. Kaum Bumiputera termasuk Bumiputera Sabah Sarawak masih merupakan golongan terbesar kalau kita melihat golongan miskin atau dalam golongan B50 dalam negara kita. Akan tetapi, kekecewaan saya ialah berkaitan apabila melihat peruntukan-peruntukan begitu kecil apabila disebut peruntukan untuk kaum lain.
Saya bagi contoh, untuk kononnya kaum Cina RM200 juta diperuntukkan untuk Kampung Baru Cina dan untuk membantu perusahaan kecil sederhana, itu sahaja, berbanding dengan berbilion-bilion tadi. RM145 juta untuk memperkasakan sosioekonomi kaum India melalui dua buah agensi MITRA dan TEKUN.
MITRA itu juga sudah menjadi kontroversi besar sebab nampaknya dalam dua tiga tahun sebelum ini banyak penyelewengan yang dituduh dan pengaruh politik sudah campur tangan. Jadi, peratusan yang diberi kepada bumiputera yang bukan bumiputera
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
ikut angka ini ialah tiga peratus sahaja. Adakah ini adil? Padahal semua kaum di negara kita bayar cukai, Melayu bayar cukai individu, Melayu, Cina dan India.
Semua kaum terlibat dalam perniagaan untuk berniaga dalam menubuhkan syarikat dan melalui syarikat, kita bayar cukai korporat dan juga semua kaum sebagai warga Malaysia berhak mendapat manfaat daripada khazanah negara. Contoh ialah khazanah yang dimiliki dan diuruskan oleh Petronas sebagai contoh.
Jadi, bagi pendapat saya Tuan Yang di-Pertua, sepertimana yang disarankan oleh rakan saya Yang Berhormat Pasir Gudang semalam, sudah sampai masa kita mesti kaji semula pendekatan ini dan negara kita tidak harus meneruskan dengan pendekatan memberikan peruntukan asas ini.
Saya sebut untuk rekod saya tidak ada masalah dengan perkara 153 Perlembagaan Malaysia, tetapi bukankah sudah sampai masa kita melihat kepada pengagihan bantuan dan bimbingan kepada masyarakat bukan sahaja Bumiputera tetapi yang bukan Bumiputera daripada segi keperluan. Macam saya sebut tadi, pinjaman pendidikan ini penting. Akan tetapi, ramai rakyat India yang miskin yang memerlukannya program profesional dan sebagainya, program peningkatan kapasiti dan pembiayaan perniagaan.
Kita bagi RM11.4 bilion kepada kaum bumiputera tetapi kaum India pun ada golongan yang memerlukan bantuan, kaum Cina pun ada. Bukan semua kaum Cina yang kaya, ada seorang kaum India yang memiliki airline yang besar, ada seorang India yang memiliki pelabuhan besar tetapi yang majoriti lain ramainya orang sederhana, atau miskin, atau miskin tegar. Jadi, manakah mereka pergi untuk bimbingan dan bantuan?
Jadi inilah yang kita perlu melihat semula dalam bajet ini. Bajet ini saya juga kecewa melihat ada peluang-peluang besar untuk membantu masyarakat yang telah dilepaskan. Bajet ini kononnya RM332 bilion adalah untuk membantu negara kita dalam proses recovery dengan izin.
Oleh sebab impak pandemik ini memang kita tahu. Akan tetapi, Tuan Yang di- Pertua kalau kita lihat kepada angka-angka memang kita tahu KDNK negara sudah menurun, itu jelas. Akan tetapi, yang penting yang perlu diambil tahu oleh semua ialah angka peningkatan dalam kemiskinan lebih besar daripada keturunan KDNK.
Apakah maksud itu? Maksudnya ialah jelas, impak pandemik daripada Mac 2020 sampai sekarang adalah lebih besar kepada golongan miskin, golongan B40 daripada golongan atasan. Golongan atasan telah melalui pandemik ini walaupun memang ada cabaran tetapi lebih selesa daripada golongan miskin yang telah kena impak yang teruk.
Dalam golongan itu pun wanita kena lebih teruk daripada lelaki. Inilah fakta-fakta yang telah dikaji oleh para penyelidik dan telah dibuktikan.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Jadi dalam bajet besar ini RM332 bilion peluang yang besar untuk membantu dan memperbetulkan keadaan ini sudah hilang telah dilepaskan. Sepatutnya kita buat program-program sebagai contoh saya hendak kata secara ringkas bagi dua contoh, program membantu ibu tunggal dengan sumbangan berbulan ataupun sumbangan ataupun program untuk membantu kanak-kanak kita, murid-murid sekolah rendah.
Oleh sebab kita tahu 70 peratus daripada murid-murid sekolah rendah pergi ke sekolah tanpa sarapan pagi. Itu satu statistik yang mengejutkan telah dibuktikan dalam kajian-kajian oleh UNICEF, UNFPA dan Khazanah Research Institute dan bukti semua ada tetapi tindakan tidak ada. Tindakan secara tokenistik maksudnya program kecil ini sebab 1,000 sekolah dan beberapa ratus murid-murid ada dalam bajet tetapi inilah masalah dengan bajet sekarang dia bagi sini sedikit, sana sedikit akhirnya tidak ada impak besar.
Inilah contoh dua program akan yang bantu semua kaum khususnya yang miskin, yang telah merasai impak negatif daripada pandemik. Akan tetapi dalam bajet tidak ada, inilah maksud saya peluang yang telah hilang. Saya minta kerajaan sama ada kerajaan sanggup mempertimbangkan semula program-program yang saya cadangkan ini program sarapan pagi untuk 2.7 juta murid di semua sekolah rendah. Bagi mereka satu sarapan
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
pagi yang bagus supaya yang 70 peratus ini yang tidak dapat makan yang berzat, tumbesaran yang terbantut semua boleh dibantu untuk jangka masa panjang.
Cara yang kita patut bantu semua kaum, saya bagi contoh MRSM, Tuan Yang di- Pertua. MRSM mula sebagai institusi bumiputera, betul. Akan tetapi 2002, ini di bawah Kerajaan Barisan Nasional dasar ditukar 10 peratus tempat lebih kurang 1,000 tempat setahun diperuntukkan untuk masyarakat bukan bumiputera.
Itu tidak ada masalah, tidak memberi masalah besar untuk masalah apa-apa pun kepada kaum bumiputera di MRSM. Bila saya masuk sebagai Timbalan Menteri di bawah Kerajaan PH, kita melihat 10 peratus itu tidak diisikan dan kita menaikkan jumlah. Jadi saya hendak tanya kepada kerajaan untuk tahun 2020 dan 2021 memberi angka-angka berapa tawaran yang diberi kepada pelajar-pelajar bukan bumiputera untuk Tingkatan 1 dan 4, berapa tawaran ini diterima oleh murid-murid itu dan berapa daripada mereka sudah daftar di MRSM dan mula belajar dan akhirnya berapa keciciran selepas itu.
Inilah contoh saya di mana kita gunakan program macam MRSM atau program TEKUN untuk membantu bukan sahaja bumiputera yang memerlukannya tetapi kita lebarkan. Kita jadi lebih inklusif dan masukkan golongan bukan bumiputera juga yang memerlukan pembelaan tetapi bukan semua. Saya setuju, saya bukan kata semua program mesti jadi tidak berdasarkan kaum, kadang-kadang ini ada kes-kes tertentu ada keperluan yang berdasarkan kaum.
Saya bagi contoh, ini kes masyarakat India. Ada 15,000 sampai 20,000 murid- murid, kanak-kanak India umur 4 tahun sampai 6 tahun yang tidak dapat peluang untuk pergi ke prasekolah, tadika dan sebagainya. Oleh sebab apa? Tadika kurang, tiada sistem macam KEMAS untuk masyarakat India untuk umur itu.
Mereka memerlukan tadika yang dijalankan dalam bahasa ibunda. Mereka tidak boleh pada umur itu mereka tahu satu bahasa sahaja, bahasa Tamil. Mereka tidak boleh belajar Sains, Matematik ataupun dalam bahasa lain ataupun apa-apa yang diajar di peringkat taska dan tadika. Mereka perlu tadika itu tetapi tidak ada. Kita ada lebih kurang 600 tadika ada separuh di bawah sekolah Tamil, ada separuh yang diuruskan oleh NGO tetapi jauh kurang untuk mereka.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila rumuskan Yang Berhormat, rumuskan.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Ya. So, inilah maksud saya satu keperluan yang khusus untuk satu kaum, kita boleh gunakan pendekatan kaum untuk selesai itu because keperluan itu tidak ada dengan kaum lain. Contoh untuk masyarakat India juga sekolah-sekolah mereka. Saya akan habiskan dengan ini Tuan Yang di-Pertua.
Banyak sekolah Tamil ialah dari estet jadi sekarang bangunan mereka sangat uzur dan perlu diubahsuaikan dengan besar ataupun dibina semula. Ini keperluan bukan sahaja untuk sekolah Tamil di Semenanjung tetapi juga untuk Sabah dan Sarawak di mana ada ribuan sekolah uzur dan memang mesti dibina semula di Sabah dan Sarawak.
Inilah apa yang dengan izin, other specific needs yang kita mesti lihat tetapi saya kecewa saya tidak lihat apa-apa peruntukan dari segi itu untuk keperluan ini.
Juga untuk Orang Asli, Orang Asli ada peruntukan duit tetapi saya kecewa melihat tidak ada satu ayat pun, satu perkataan pun macam mana kerajaan akan bercadang menyelesaikan masalah tanah mereka, tanah adat. Kalau kita tidak selesai masalah tanah ada mereka, bila-bila pun mereka akan menghadapi cabaran eksploitasi tanah mereka dan cabaran kemiskinan akan terus berulang akan terus merupakan satu masalah besar untuk mereka.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, ayat terakhir. Selain daripada kegagalan semua ini yang saya sudah sebut, kegagalan yang terbesar dalam bajet ini ialah kegagalan untuk menerangkan reformasi atau transformasi institusi supaya memastikan belanja RM332 bilion ini akan disemak dengan teliti, mesti ada sistem semak imbang melibatkan SPRM atau Parlimen sendiri. Inilah satu kegagalan yang besar, jadi dengan itu saya itulah sahaja saya ingin sampaikan dalam ucapan pada hari ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk membahas Bajet 2022 yang telah dinamakan Bajet Keluarga Malaysia, Makmur, Sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bentangkan empat perkara untuk pertimbangan pihak kerajaan. Perkataan pertama ialah konsep Keluarga Malaysia. Saya memang mengalu-alukan konsep Keluarga Malaysia yang baik ini tetapi janganlah sekadar slogan ataupun cogan kata sahaja. Dalam pepatah orang Cina dengan izin, [Membaca pepatah dalam bahasa Cina] yang bermaksud keluarga yang berharmoni semua akan menjadi makmur dan sejahtera.
Inilah harapan pihak kerajaan supaya kita ada sebuah negara yang makmur dan sejahtera. Akan tetapi dalam pepatah ini, ternyata jelas bahawa harmoni itu sangat penting dalam keluarga kita dan daripada bajet yang telah dibentangkan kita mendapati bahawa layanan yang berbeza atau tidak begitu adil berasaskan perkauman dan juga agama akan menyebabkan keharmonian ini retak.
Jadi saya berharap kerajaan akan sensitif dalam isu ini supaya keluarga kita ini dalam keadaan harmoni. Saya sangat tertarik kepada konsep keluarga ini dalam bahasa puak Zulu di Afrika Selatan yang dikatakan konsep Ubuntu. Konsep ini ialah dalam bahasa Inggeris, I am because we are, biarpun saya dan masyarakat saya berpisah tiada.
Kekeluargaan ini mengambil kira perasaan ahli keluarga yang lain. Satu cerita yang menunjukkan nilai ini. Saya ingin berikan cerita ini. Ada seorang antropologis yang sedang mengkaji tentang kaum Zulu di Afrika Selatan. Dia meletakkan satu bakul buah- buahan di bawah sepohon pokok dan telah mengumpulkan beberapa budak untuk bertanding mendapat bakul buah-buahan ini.
Selepas mengumpulkan beberapa budak kecil untuk berlari dan siapa cepat dia dapat, dia pun memberi isyarat untuk pertandingan bermula.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Dia terperanjat apabila budak-budak tersebut berpegang tangan dan berjalan bersama menuju pokok tersebut dan mengambil bakul buah-buahan itu dan berkongsi antara mereka sendiri. Anthropologist tersebut terperanjat dan bertanya mereka, kenapa anda tidak cuba untuk mendapatkan hadiah itu untuk anda sendiri? Budak-budak tersebut terperanjat dengan soalan yang ditujukan oleh anthropologist ini. Dia kata, ini ‘ubuntu’ iaitu ‘kita keluarga’.
Bagaimanakah seorang itu boleh merasa gembira bila yang lain merasa kesengsaraan atau sengsara? How can one be happy when others feel miserable? Inilah konsep kekeluargaan yang hendak kita tonjol ataupun amalkan dalam Malaysia kita ini.
Oleh yang demikian, saya berharap kerajaan sentiasa diingatkan konsep kekeluargaan ini agar Malaysia ini semua kaum dan agama serta bangsa akan hidup dalam keadaan harmoni dan kita tentunya akan maju dan makmur serta sejahtera.
Perkara kedua Tuan Yang di-Pertua, ialah menandingi hutang yang kian meningkat sampai RM1.3 trilion kita ini. Meningkatkan cukai kerajaan merupakan satu cara kita untuk membayar hutang ini tetapi janganlah ia berlebihan. Ia haruslah berpatutan. Cukai korporat 24 peratus sekarang ini dianggap agak tinggi di antara negara- negara di sekitar kita ini.
Apabila kita nampak kerajaan mengumumkan Cukai Makmur di mana syarikat dikenakan 34 peratus keuntungan yang melebihi RM100 juta, reaksi rakyat dan pelabur- pelabur memang negatif. Kita tahu apabila ia diumumkan, Bursa Malaysia telah menurun sebanyak 31.37 poin kepada 1,530.92 poin yang menyebabkan nilai Bursa Malaysia menurun daripada RM1.81 trilion kepada RM1.77 trilion dan menyebabkan kekayaan rakyat telah hilang RM33.8 bilion.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Saya mencadangkan empat cara lain untuk kerajaan mendapat pendapatan yang lebih untuk membayar hutang kita ini yang memang sangat tinggi. Kita terpaksa membayar setiap tahun RM43.1 bilion yang merupakan lebih kurang 18 peratus daripada pendapatan kerajaan. Cara-caranya adalah seperti berikut:
(i) meluas atau mempertingkatkan saiz ekonomi supaya kerajaan boleh mendapat lebih pendapatan tanpa menaikkan kadar cukai;
(ii) banteras rasuah dan ketirisan yang mengikut satu laporan, boleh menjimatkan kerajaan sampai RM60 bilion;
(iii) hapuskan, dengan izin, ransacking. Kontrak-kontrak dan projek- projek mestilah diberikan melalui open tender terus kepada syarikat-syarikat yang melaksanakan kerja tanpa melalui orang tengah atau kroni-kroni yang mengaut untung atas angin;
(iv) pentadbiran yang baik. Mengutip cukai atau levi yang boleh dikutip tetapi tidak dikutip. Satu daripada contoh ialah pemutihan pekerja-pekerja asing (PATI) dalam negara kita. Majikan-majikan sedang menunggu untuk membayar levi-levi dan denda-denda.
Akan tetapi sampai hari ini amat sukar untuk mereka membuat pemutihan. Inilah revenue ataupun wang yang kerajaan boleh dapat tapi kerajaan tidak mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengutip levi ini; dan
(v) ketelusan dalam pentadbiran. Institusi-institusi yang memupuk nilai-nilai murni, termasuk ketelusan dan integriti ialah institusi- institusi agama dalam negara kita.
Dalam ucapan Bajet, Yang Berhormat Menteri Kewangan menyatakan kerajaan memperuntukkan RM1.5 bilion untuk pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri. Peruntukan ini setiap tahun meningkat. Tahun 2019, RM1.2 bilion. Tahun 2020, RM1.3 bilion. Tahun 2021, RM1.4 bilion dan tahun 2022 dianggarkan RM1.5 bilion. Untuk ketelusan, saya mohon kepada kerajaan supaya JAKIM menyenaraikan butiran perbelanjaannya.
JAKIM diperuntukkan RM956,600,000. Jumlah ini lebih besar daripada peruntukan kepada tujuh kementerian yang lain. Untuk kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Luar Negeri, Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi dan lain-lain, mereka disenaraikan. Jadi untuk ketelusan, kita mohon supaya apakah perbelanjaan yang begitu banyak ini, mesti disenaraikan supaya ada ketelusan.
Untuk perkara yang akhir Tuan Yang di-Pertua, ialah harapan kita supaya negara Malaysia menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi pada tahun 2025. Tuan Yang di- Pertua, sudah lebih kurang 30 tahun Malaysia berada di tingkat teratas negara-negara membangun. Sampai hari ini, 30 tahun ini kita tak sempat dan tak dapat menjadi negara maju dan sebuah negara yang berpendapatan tinggi. Antara sebab utama ialah talents ataupun rakyat-rakyat Malaysia yang berkebolehan telah merantau ke luar negara, tidak hendak bersama kita di Malaysia.
Ada sebab-sebab yang menjadikan mereka keluar dari Malaysia. Jumlah dianggarkan seramai 1.7 juta orang iaitu lebih kurang enam peratus daripada rakyat Malaysia dan tidak termasuk warga asing di Malaysia. Mereka ini berkebolehan dan mempunyai kelayakan yang tinggi. Mereka boleh menjana kemajuan dan pendapatan yang lebih kalau mereka boleh balik ke Malaysia. Kita telah gagal menarik balik mereka melalui TalentCorp. Tiga perkara yang kita boleh lakukan untuk mereka balik ke Malaysia.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat, rumuskan Yang Berhormat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Ya, nak habis dah. Jadi, yang pertama antara sebab yang dinyatakan oleh mereka ialah racism and institutional discrimination against minority ataupun diskriminasi perkauman oleh kerajaan terhadap rakyat minoriti. Kedua, sebab-sebab agama. Saya tahu ada beberapa rakyat Melayu Islam yang sudah merantau
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
ke luar negara untuk belajar dan kemudian telah berkahwin dengan orang bukan Islam.
Mereka kata susah untuk balik ke Malaysia kerana tidak selesa oleh kerana kalau ada perkahwinan di antara orang bukan Islam dengan Islam.
Saya berharap matlamat sasaran kita dahulu tahun 2020, negara maju. Satu daripadanya ialah kita menjadi satu masyarakat yang liberal yang boleh menerima semua orang secara terbuka. Kalau mereka memilih, memang setiap orang itu mempunyai hak untuk memilih pasangan hidup, kebanyakannya akan memilih seagama. Akan tetapi bagi mereka yang memilih untuk berkahwin dengan bukan seagama, marilah kita juga menerima mereka.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Perkara ketiga ialah political disenchantment atau isu politik perkauman dan agama ataupun perkara-perkara yang menyebabkan rakyat tidak mempunyai harapan kepada Malaysia dan mereka keluar ke negara lain. Satu contoh yang terkini ialah isu Timah. Kita boleh bincangkan isu tentang masalah arak tetapi janganlah kita ini bertindak secara mengarut. Kita bincang nama arak itu. Kita bincang orang keliru dengan nama. Ini mengarut bagi orang-orang Malaysia pintar-pintar di luar negara. Kita mesti bincang masalah arak ini secara substantive. Bukan yang mengarut cara ini.
Jadi, saya harap dengan sebuah masyarakat yang kerajaan boleh menerima dan mengatasi masalah-masalah yang dinyatakan oleh mereka yang di perantauan ini. Saya rasa satu hari nanti mereka akan pulang ke Malaysia dan menolong membangunkan Malaysia dan akan menjana kekayaan dan peluang pekerjaan yang mempunyai gaji yang tinggi yang juga merupakan sebab-sebab rakyat Malaysia keluar ke Malaysia. Jadi kalau mereka balik ini, kita akan menjadi lebih maju dan lebih rakyat Malaysia akan tidak merantau lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
All right.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Oleh yang demikian, itulah perkara-perkara yang saya harap kerajaan dapat atasi isu-isu yang telah saya bangkitkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Sekarang saya jemput pembahas kedua terakhir Yang Berhormat Merbok.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pertama sekali saya ucapkan tahniah atas pembentangan bajet oleh Menteri Kewangan dan seluruh pasukan termasuklah yang berada di belakang tabir yang menjadi tulang belakang untuk menghasilkan Belanjawan 2022. Saya mulakan dengan serangkap pantun; Tahniah bukan sebarang tahniah, Belanjawa dibentang penuh sorakan, MoU ditangani bukanlah seperti surat nikah, Kerajaan salah langkah kami tetap akan lawan. Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi ingin kongsikan kata-kata penyair terkenal WS Rendra yang dideklamasikan pada 22 April 1984 yang berbunyi, “Kesedaran adalah matahari, kesabaran adalah bumi, keberanian menjadi cakerawala, perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata”. Bait-bait puisi ini sebenarnya menunjukkan betapa perjuangan sebenar bagi merealisasikan apa terkandung dalam belanjawan hari ini bukanlah sekadar omongan kosong atau retorik yang dihiasi dengan bicara yang indah. Tuan Yang di- Pertua, Belanjawan 2022 kali ini saya lihat sedikit baik, ada sedikit baik kerana berlakunya sumbang saran serta libat urus yang merentasi sempadan geografi termasuklah doktrin politik.
Apatah lagi apabila dibacakan oleh Menteri Kewangan dengan intonasi yang membuatkan sesiapa saja mendengarnya ‘lembik tengkuk’. Hakikatnya sememangnya
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
dalam sistem demokrasi perlu lebih banyak melibatkan rakyat dalam struktur dan proses membuat keputusan. Ini wajar diteruskan agar demokrasi di negara kita akan lebih subur dan budaya politik baru yang penuh dengan nilai.
Apa yang berlaku selama ini, bajet yang diluluskan, dibahaskan tidak sampai kepada rakyat ataupun sasaran dan jika kita ikuti sidang perbahasan lazimnya isu-isu asas rakyat air seperti bekalan air, bekalan elektrik, jalan raya, baik pulih sekolah, balai raya dan sebagainya sering dibangkitkan oleh ramai Ahli Parlimen seolah-olah tidak didengari oleh kerajaan dan tidak menjadi keutamaan kerajaan.
Saya rayu kali ini ketika saya menjadi backbencher di sebelah sana, saya pernah sebut kerajaan yang kuat memerlukan pembangkang yang kuat dan kini apabila kami berada di sebelah sini, kami benar-benar akan buktikan pembangkang bukan mencari kesalahan tetapi sebagai proses semak dan imbang agar kerajaan betul-betul berada di atas landasan atas nama kerajaan walaupun kerajaan yang tidak dipilih rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mulakan dengan membasmi kemiskinan tegar dan juga merapatkan jurang pendapatan. Saya meneliti ucapan Menteri Kewangan berkenaan PGK. Seawal memenangi PRU 14, PGK ini antara yang kerap kita bangkitkan kerana ia tidak logik. Semenanjung Malaysia RM830 untuk kawasan kampung dan untuk di kawasan bandar lebih kurang dalam RM1,000 lebih.
Kemudian hanya isi rumah yang mempunyai pendapatan bawah paras PGK saja layak dianggap sebagai miskin. Walhal, hakikatnya jumlahnya jauh lebih besar dan akhirnya bantuan tidak capai kepada sasaran. Mungkinlah keengganan kerajaan yang dulu-dulu untuk mengkaji PGK satu masa dulu takut dianggap gagal bila kita tahu terlalu ramai orang miskin ya. Kini ternyata PGK sebenarnya menatijahkan bilangan kemiskinan yang mencanak naik.
Tuan Yang di-Pertua, saya sangat setuju unit khas di peringkat persekutuan dan peringkat daerah untuk menyelaras pangkalan data secara bersepadu. Ini sangat penting agar tiada berlaku pertindihan dan bantuan itu benar-benar sampai kepada sasaran.
Contoh bila berlaku pandemik seperti ini, amat sukar kita hendak menentukan keperluan yang benar-benar diperlukan oleh rakyat.
Ia bukan sekadar pemberian bakul makanan asas semata-mata. Namun, untuk mengembalikan kehidupan yang munasabah dengan memberikan joran agar mereka dapat mengembalikan kestabilan dalam hidup. Oleh sebab itu, saya yakin pangkalan data ini sangat penting dalam mengukur usaha dan juga menilai sejauh mana rakyat boleh keluar daripada kepompong kemiskinan dan ia juga diharapkan boleh diakses oleh pihak pemegang taruh yang memegang dalam usaha membantu secara holistik.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh yang sangat penting iaitu pendidikan berkualiti untuk semua. Menteri Kewangan dalam ucapan belanjawan ada menyebut yang beliau juga seorang anak susah, anak penoreh getah. Saya juga begitu, bapa bekerja sebagai tukang kebun sekolah, ibu saya suri rumah, adik-beradik saya lapan orang.
Masak guna kayu api, minum air hujan dalam tempayan yang direbus. Saya juga menanam padi menggunakan kuku kambing dan mengerap padi menggunakan sabit.
Namun saya yakin, Tuan Yang di-Pertua berada di sini kerana pendidikan. Maka, saya yakin dengan pendidikanlah kita mampu mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan.
Selama menyantuni rakyat, kita mungkin menilai secara material ataupun harta benda tetapi kita terlupa akan kemiskinan jiwa. Saya yakin kekayaan jiwa tidak melihat kemiskinan itu sebagai kepayahan dan bukan penghalang untuk mengubah diri. Apa pun seperti apa yang Nelson Mandela sebutkan, “Pendidikan mampu mengubah dunia”.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merujuk kajian melibatkan pembinaan Multidimensional poverty index (MPI) oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang diketuai oleh Prof. Dr. Fatimah Kari. Antara dapatannya adalah kolerasi antara tahap Ketua Isi Rumah (KIR) dan PdPR menunjukkan hubungan yang negatif dan agak signifikan.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Ini bermaksud masalah dan isu PdPR merentas semua tahap pendidikan ketua isi rumah ataupun juga dengan erti kata lain penyisihan dimensi pengajaran dan pembelajaran di rumah berlaku pada setiap keluarga dalam sampel kajian tanpa mengira tahap pendidikan penjaga. Maksud dia kalau penjaga dia itu orang biasa ataupun educated pun, dia– penyisihan itu memang sangat ketara. Ini– saya boleh bagi contoh diri saya juga sendiri. Sebelum itu saya hendak cerita satu cerita. Ini bukan satu kisah dongeng ya tetapi kisah benar-benar di celah kehidupan.
Saya ingin berkongsi contoh ketika lawatan saya mengambil, menyampaikan sumbangan kepada sebuah keluarga yang daif kehidupannya. Ketika saya sampai pasangan tersebut sedang bekerja mengupas bawang dan mengupas kentang untuk sebuah restoran dan pendapatannya sekitar RM10 sehari dan saya lihat ketiga-tiga anak beliau sedang menyiapkan kerja sekolah di atas lantai simen. Tiada meja rumah tersebut.
Jadi ini adalah antara cerita di celah-celah kehidupan kita.
Saya juga sebenarnya ingin mengambil contoh diri saya juga di sepanjang pandemik, ketika pandemik saya terpaksa mengusung tiga orang anak saya ulang alik Kedah ke Kuala Lumpur dan mencari pengasuh untuk menjaga mereka di hotel ketika saya bersidang di Parlimen bagi memastikan anak-anak ini terus dapat belajar dengan adanya daripada orang dewasa.
Ini kerana, bayangkan kalau ibu-ibu yang bekerjaya apabila dalam pandemik ini, ini memang adalah satu kesukaran sebab ibu-ibu akan bertambah beban dan kita terpaksa mencari jalan supaya kita boleh terus meneruskan kehidupan. Jadi benarlah penyisihan dimensi PdPR ini berlaku.
Secara peribadi mewakili ibu-ibu lain di Malaysia ini yang mengalami situasi tersebut, memang rasa tertekan apatah lagi mereka yang tiada kemudahan, lap-top yang dijanjikan lewat dan sebab itulah ramai Ahli Parlimen membuat projek fundraising seperti Yang Berhormat Muar, Yang Berhormat Segambut dan saya sendiri pun dengan pusat khidmat membuat cuci kereta sambil menderma semata-mata hendak belikan gajet untuk kawasan saya.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh isu pemberian susu harian dan memastikan murid dalam keluarga pendapatan rendah mendapat kandungan khasiat harian demi pertumbuhan fizikal dan mental dengan peruntukan RM400 juta. Akan tetapi, pada pandangan saya pemberian susu semata-mata bukanlah kandungan khasiat yang diperlukan. Jadi saya ingin mencadangkan agar menyediakan lunch pack. Maksudnya kita buatkan makan itu dalam pack yang elok. Oleh sebab kadang- kadang ada anak yang datang sekolah lambat, so dia tidak sempat hendak makan. Jadi benda itu terbazir. Jadi kalau kita masukkan dalam bekas lunch pack, jadi dia boleh makan waktu tengah hari. Jadi tidak berlaku pembaziran. Oleh sebab itu, saya cadangkan kita beri lunch pack untuk mereka.
Seterusnya, untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi, sebanyak RM1.7 bilion dalam bentuk subsidi bantuan dan insentif kepada petani dan nelayan.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Bantuan ini dijangka dimanfaatkan lebih 300,000 orang pesawah. Begitu juga Bantuan Sara Hidup untuk nelayan dinaikkan dari RM250 kepada RM300. Ini yang memanfaatkan 40,000 orang nelayan.
Saya ingin sentuh sedikit sahaja sektor pertanian dipergiatkan dengan teknologi pintar. Di Parlimen Merbok pun kita ada satu contoh anak muda bernama Ramanan, berusia 27 tahun. Ketika saya jumpa tiga tahun lalu, beliau meninggalkan kariernya sebagai juruterbang. Kini akhirnya berjaya menjadi usahawan mengusahakan ladang jagung bijirin yang luas menggunakan teknologi pintar seperti corn planter, cultivator machine dan dron untuk membaja selain mencipta modul sendiri bagi meningkatkan kualiti hasil pertanian. Kejayaan anak muda seperti ini harus dicontohi dan dihighlightkan.
Tuan Yang di-Pertua, di kesempatan ini juga, saya sebenarnya ingin menyampaikan suara hati para pesawah kecil di dalam satu artikel yang dihantar kepada
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
saya berkenaan isu Smart Sawah Berskala Besar. Ladang yang kecil mempunyai risiko yang kecil serta lebih mudah diuruskan. Antara halangan yang membelenggu petani selama ini adalah sistem bekalan benih yang dikuasai kartel, kawalan kualiti benih yang teruk dan pilihan variasi benih yang diluluskan kerajaan adalah terhad. Pihak berkuasa sepatutnya boleh membantu petani kecil ini menangani halangan-halangan tersebut daripada mengambil keputusan membentuk ladang besar yang berisiko tinggi.
Selain itu, sasaran self-sufficient level (SSL) yang ditetapkan melalui projek ini hanya 75 peratus, meningkat lima peratus daripada 70 peratus sekarang. Adakah berbaloi dengan segala perubahan dan risiko dari sawah berskala besar ini? Manakala sasaran pendapatan petani yang menyertai ladang skala besar ini adalah sebanyak RM7,900 setahun ataupun RM658 sebulan. Apakah ini juga berbaloi berbanding dengan risikonya?
Lebih mengejutkan, pengurangan jumlah orang yang bekerja dalam industri padi dan beras sudah pun dirancang dalam Dasar Agromakanan Negara yang baharu untuk tahun 2021 hingga 2030. Jadi, lebih hairan lagi, cadangan Smart Sawah ini akan mengubah landskap industri padi dan beras hampir 180 darjah, tidak membawa perubahan yang besar pun dalam perkembangan sumbangan industri padi dan beras kepada ekonomi negara.
Cuba kita teliti sasaran pengeluaran dalam negara kasar. Yang disasarkan adalah RM2.47 bilion pada tahun 2021 hanya kepada RM2.91 bilion pada tahun 2030. Jadi, apa dan kepada siapa sebenarnya manfaat ekonomi projek sawah berskala besar ini ditujukan? Saya pohon jawapan Yang Berhormat Menteri.
Saya juga ingin turut menyentuh sedikit pasal perlombongan. Dalam ucapan Yang Berhormat Menteri Kewangan ada menyebut sektor perlombongan yang mempunyai nilai tambah tinggi dan penghasilan terbaru serta perlombongan yang lestari. Kita ada contoh tragedi Bukit Merah di Perak, Lynas dan juga perlombongan bauksit di Pahang. Kita harus mengambil pengajaran, bukan fikir keuntungan yang akan masuk ke poket-poket tertentu namun akhirnya rakyat yang menjadi mangsa dan rugi.
Disebutkan juga Dasar Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) akan menjadi kerangka utama dan memfokuskan kepada pelaburan yang berasaskan teknologi termaju dan memenuhi aspek kelestarian alam sekitar. Saya ulangi, memenuhi aspek kelestarian alam sekitar. Saya harap ia benar-benar di...
[Tidak jelas] Seterusnya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ada satu minit lagi.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Satu minit. Terima kasih kerana kerajaan memperuntukkan RM13 juta khas untuk memperkasakan Bahagian D11, Polis Diraja Malaysia bagi siasatan seksual wanita dan kanak-kanak termasuklah perwujudan 100 jawatan baharu. Ini adalah permulaan yang baik.
Kemudian, untuk melonjakkan kemapanan dengan meningkatkan kemampuan negara, saya ingin sentuh sedikit pasal TNB. Mengumumkan hala tuju kelestarian untuk pelepasan net zero emissions menjelang tahun 2050. Ini termasuk 50 peratus penjanaan arang batu pada tahun 2035. Namun, Yang Berhormat Menteri dalam ucapan RMKe-12, tiada jana kuasa arang batu baharu. Persoalannya, apakah kita boleh mempercepatkan proses penutupan stesen jana kuasa arang batu?
Sebagai contoh, Asian Development Bank mempunyai rancangan yang tertumpu di Vietnam, Filipina dan Indonesia untuk mempercepatkan penutupan stesen jana kuasa arang batu. Sebagaimana menurut laporan Institute for Energy Economics and Financial Analysis, rancangan ini akan membeli stesen jana kuasa dan merancang untuk menutupnya dalam tempoh 15 tahun. Mohon respons Yang Berhormat Menteri. Jadi, itu sahaja untuk kali ini. Dengan itu, saya menyokong tetapi bersyarat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Sekarang tibalah masanya pembahas yang terakhir, pembahas yang ke-131, Yang Berhormat Bentong.
Tuan Wong Tack - Bentong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Semalam semasa berucap di COP26, Yang Berhormat Kubang Kerian telah menyatakan bahawa Malaysia masih komited untuk kekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus litupan hutan negara yang telah diumumkan di Rio pada tahun 1992.
Akan tetapi, saya rasa hairan, kenapa Dasar Perhutanan Malaysia baharu yang dilancarkan pada bulan Mac yang lalu pula sebut 50 peratus hutan dan liputan pokok? Ini jelas bukan janji yang kita buat di Rio. Di Rio, kita janji 50 peratus liputan hutan, bukan 50 peratus hutan dan liputan pokok. Hutan dan pokok tidak sama. Memang dalam hutan ada pokok tetapi pokok bukan hutan. Ini kena faham.
Jadi, saya mohon pencerahan, kenapa yang diumumkan di COP26 tidak sama dengan Dasar Perhutanan Negara? Adakah Yang Berhormat Kubang Kerian keliru atau cuba kelirukan masyarakat antarabangsa? Kerana jelas ‘tiang gol’ untuk komitmen yang kerajaan dibuat di Rio 30 tahun yang lalu telah dialih secara senyap-senyap. Saya harap kerajaan dapat beri penjelasan mengenai perkara ini kerana this is a serious dishonesty dan akan memalukan negara di peringkat antarabangsa.
Tuan Yang di-Pertua, pada bulan Disember yang lalu, kerajaan telah melaporkan kepada Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Perubahan Iklim
(UNFCCC) bahawa keluasan tanah negara yang dilitupi hutan adalah 55.3 peratus. Saya ingin tanya, adakah angka ini termasuk ladang hutan? Jika ya, berapa peratus?
Ladang hutan adalah ladang tanam monokultur seperti akasia dan getah, malahan sawit dan durian musang king. Malah, ia sering kali digunakan sebagai alasan oleh sesetengah tauke balak atau kerajaan negeri untuk memusnahkan hutan dan menghalalkan aktiviti pembalakan tebang habis.
Sekiranya angka ini mengambil kira ladang hutan, maka ini bermakna kerajaan cuba mengelirukan ataupun menipu masyarakat antarabangsa sebab jelas ladang hutan bukan hutan. Seperti yang saya selalu kata, sepatutnya nama ditukarkan kepada ladang balak.
Kedua, saya telah dimaklumkan oleh rakan-rakan NGO alam sekitar bahawa terdapat satu kajian yang dibuat oleh National University of Singapore yang menunjukkan bukti gambar satelit bahawa litupan hutan semula jadi negara kita telah menurun bawah 50 peratus selepas tahun 2000.
Menjelang tahun 2010, keluasan hutan semula jadi di Malaysia hanya tinggal 45.4 peratus sahaja. Adakah ini benar? Kalau benar, ini sememangnya sesuatu yang amat memalukan kerana ini membuktikan bahawa negara kita telah gagal memenuhi janji 50 peratus litupan hutan dan yang paling teruk, kita cuba mengelirukan rakyat kita serta komuniti antarabangsa.
Jadi, saya mohon kerajaan untuk memberikan statistik terperinci mengenai jumlah keluasan dan status hutan semula jadi di negara ini dan maklumat ini dimuat naik ke public domain yang boleh diakses oleh orang awam dan NGO.
Tuan Yang di-Pertua, banyak wang yang diperuntukkan dalam bajet ini sepatutnya tidak perlu dibelanjakan jika pihak yang diberikan tanggungjawab oleh rakyat menjalankan tugas dengan ikhlas dan bersih. Kita sering lihat banjir sini, banjir sana.
Sampai Menteri Alam Sekitar jadi macam ‘menteri banjir’ sekarang kerana soalan-soalan yang ditujukan kepada beliau dalam Dewan ini banyak berkenaan banjir sahaja.
Jadi, kenapakah selalu banjir? Biasanya punca adalah pembalakan yang tidak terkawal, pembangunan yang tidak terancang yang menguntungkan segelintir pihak sahaja dan paling teruk disebabkan rasuah.
Tahun depan, kita ada bajet guna RM730 juta duit rakyat untuk pengurusan banjir.
Kos keseluruhan RM9.7 bilion. Kita yang cipta masalah tetapi duit rakyat pula yang digunakan untuk selesaikan masalah. Kebimbangan saya ialah RM9.7 bilion ini masih tidak dapat selesaikan masalah kita jika projek yang menyebabkan kemusnahan terus dibenarkan dan hutan terus ditebang tanpa dikawal.
Tuan Wong Tack - Bentong
Baru-baru ini sahaja pada bulan April, Menteri Besar Perak dedah bahawa tiga ribu hektar hutan simpan di Perak telah diteroka secara haram. Pada bulan September, Kedah pula kata 3,500 hektar hutan simpan mereka telah dicerobohi. Apa yang peliknya tidak ada yang nampak, tidak ada yang tahu selama ini. Ini bukan macam kes budak- budak curi gula di kedai dan masuk dalam poket, tiada orang yang tahu.
Ini melibatkan beribu-ribu hektar hutan simpan yang lesap betul-betul di bawah batang hidung. Kita lihat dalam bajet, ada peruntukan menambah bilangan peronda hutan tetapi masalah pokoknya bukan berapa ramai pegawai penguat kuasa yang kita ada, tetapi berapa ramai pegawai penguat kuasa bersih yang kita ada.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa amat kecewa tiada peruntukan diberi untuk pembinaan Pakej 6, Projek Central Spine Road (CSR) dari Bentong ke Simpang Pelangai.
Rakyat Bentong khasnya di Pelangai sudah lama menunggu jalan ini. Pelangai adalah bumi bertuah, wakil rakyat mereka 20 tahun menjadi Menteri Besar dan 40 tahun Ahli-ahli Parlimen mereka pegang jawatan sebagai Menteri Kerajaan Persekutuan, tetapi jalan mereka masih jalan zaman Jepun.
Selain soal keselamatan orang kampung, CSR dari Bentong ke Simpang Pelangai akan meningkatkan ekonomi dan pembangunan sosial di Bentong. Jalan ini akan jadi gerbang untuk mereka yang datang dari selatan untuk menikmati produk menarik di Bentong khususnya daripada segi pertanian dan ekopelancongan.
Peluang kerja akan lebih besar dan anak muda boleh pulang ke kampung halaman membina keluarga dalam persekitaran yang kondusif serta dekat dengan orang tua mereka. Oleh itu, saya amat berharap kerajaan boleh mempertimbangkan semula perkara ini dan memberi peruntukan untuk menyiapkan segmen CSR dari Bentong ke Simpang Pelangai.
Tuan Yang di-Pertua, RM332.1 bilion adalah bajet terbesar dalam sejarah negara kita tetapi kita harus sedar, bajet yang besar bukan sebab kita kaya. Wang ini sebenarnya dipinjam daripada anak cucu kita. Kita mesti pastikan duit ini digunakan secara berkesan serta tiada pembaziran untuk tujuan memulihkan ekonomi negara, melawan COVID-19 serta mengurangkan derita rakyat dan bukan untuk menyelamatkan kedudukan politik atau memperkayakan diri sendiri. Dasar negara mesti beralih daripada ekonomi yang berlandaskan eksploitasi dan kemusnahan sumber asli kepada ekonomi hijau dan mampan.
Keuntungan jangka pendek biasakan hanya akan memanfaatkan beberapa kroni yang sudah kaya raya tetapi rakyatlah yang menanggung akibat kos kesihatan, kewangan, alam sekitar dan sosial jangka panjang. Lynas adalah salah satu contoh terbaik. Soalan saya, apakah keuntungan yang telah Lynas bawa ke negara kita sejak 10 tahun yang lepas?
Minggu lepas, Yang Berhormat Pekan bukan main patriotik sampai tepuk meja apabila berhujah tentang isu Pulau Batu Putih. Ini isu kedaulatan negara yang tidak boleh dikompromi kata beliau. Saya sokong semangat seperti ini. Semangat macam inilah kita kena teruskan untuk lawan isu Lynas. Kalau Pulau Batu Putih yang luasnya kira-kira dua ekar kita sudah lawan sebegini, maka kita patut lawan juga tanah puluhan ekar yang diberi kepada Lynas, iaitu satu syarikat asing untuk dijadikan tong sampah sisa radioaktif mereka.
Ini bukan kali pertama kita korbankan tanah kita kepada syarikat asing untuk dijadikan tong sampah, 30 tahun lalu kita sudah hilang 100 hektar hutan simpan berhampiran Bukit Merah untuk dijadikan tong sampah sisa radioaktif syarikat Asian Rare Earth milik Mitsubishi, Jepun. Negara kita bukan sahaja kehilangan ratusan ekar tanah untuk selama-lamanya kepada kedua-dua syarikat asing ini tetapi anak-anak kita akan terdedah kepada risiko kesihatan dan kewangan untuk generasi mendatang untuk selama-lamanya. Adakah ini yang disebut oleh pemimpin kita, cintakan negara, sayangkan anak cucu?
Tuan Wong Tack - Bentong
Tuan Yang di-Pertua. “Atea Hea, Ahom Hea”, “Tanah kami, nyawa kami”. Inilah yang sering dilaungkan oleh rakan-rakan Orang Asli kita, tetapi sehingga hari ini tiada yang dengar. Tanah adat mereka dirampas, hutan mereka terus dimusnahkan, Orang Asli kita terus dibuli sampai digari masuk lokap apabila mereka cuba mempertahankan hak tanah mereka.
Bilangan Orang Asli di negara kita cuma 200 ribu orang sahaja. Kenapa bilangan yang begitu kecil ini pun kita tidak mampu jaga dengan baik? Saya mohon pada kerajaan, tolong adakan kajian yang terperinci tentang soal tanah adat supaya sempadan dapat ditetapkan agar komuniti Orang Asli kita boleh hidup aman tanpa risau tanah mereka akan dirampas.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Minta rumuskan Yang Berhormat.
Tuan Wong Tack - Bentong
Jangan musnahkan alam semula jadi mereka, tebang hutan untuk tanam kelapa sawit dan getah, takkan meningkatkan taraf hidup mereka, apatah lagi hendak pelihara budaya dan tradisi kehidupan mereka. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Ahli-ahli Yang Berhormat, hari ini merupakan hari terakhir perbahasan di peringkat Dasar. Menteri akan mula menjawab pada hari Isnin, 15 November hingga hari Khamis 18 November selama empat hari.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, Isnin 15 November 2021. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.37 petang]