Nov102021

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)

final • 10:00 AM

mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum kita meneruskan, ada satu pemakluman mengenai dengan booster dose. Sepertimana semua sedia maklum, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberikan dos penggalak (booster dose) kepada Ahli-ahli Yang Berhormat pada Selasa, 2 November 2021 yang lalu. Susulan daripada itu, pemberian dos penggalak kepada Ahli- ahli Yang Berhormat yang belum menerimanya akan diadakan pada hari esok, Khamis, 11 November 2021 bermula pada jam 9 pagi sehingga 1 tengah hari di Klinik Parlimen Malaysia.

Ahli-ahli Yang Berhormat boleh menghubungi Datuk Dr. Muru di Klinik Parlimen untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat temu janji penerimaan dos penggalak itu. Sekian, terima kasih.

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [Bachok] minta Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan strategi pembangunan kenderaan energy efficient vehicle (EEV) di Malaysia khususnya berkaitan dengan kenderaan electrical vehicles (EVs) serta pelan pembangunan ekosistem EVs yang lebih berstruktur.

final • 10:00 AM

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon izin untuk menjawab soalan Yang Berhormat Bachok bersama Yang Berhormat Setiawangsa bertarikh 16 September memandangkan kedua-dua Ahli Yang Berhormat menyentuh perkara yang sama.

Tuan Yang di-Pertua, antara objektif utama Dasar Automotif Negara 2020 adalah untuk membangunkan Malaysia sebagai hab automotif serantau bagi kenderaan cekap tenaga (EEV) dengan fokus kepada pembangunan next generation vehicles, mobility as a service dan industry revolution 4.0.

EEV merupakan kenderaan yang memenuhi spesifikasi penggunaan bahan bakar secara lebih efisien dan pelepasan karbon meliputi kenderaan seperti internal combustion engine (ICE), hibrid, elektrik dan lain-lain.

Kerajaan telah pun menggariskan beberapa langkah bagi menggalakkan pengeluaran dan pemasangan EEV termasuk elektrik dan hibrid merangkumi:

(i) menyediakan insentif dan galakan cukai bagi aktiviti pembuatan komponen kritikal;

final • 10:00 AM

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

(ii) membangunkan standard untuk menyokong ekosistem industri EV; dan

(iii) membangunkan tenaga mahir dalam bidang telematics dan juga advanced technology.

Kerajaan telah menawarkan insentif cukai bagi aktiviti pemasangan atau pengilangan tempatan kenderaan dan komponen EEV termasuk EV serta perkhidmatan teknologi hijau (green services). Perkhidmatan teknologi hijau melibatkan pemasangan, penyelenggaraan, pembaikan peralatan, pengecasan EV serta infrastruktur kitar semula bersepadu. Insentif semasa hanya merangkumi pengecualian cukai langsung dan tidak langsung yang ditawarkan kepada supply side iaitu industri pengeluaran kenderaan EV, komponen dan pembangunan ekosistem seperti fasiliti pengecasan.

Bagi memastikan Malaysia berupaya meningkatkan daya saing menarik pelaburan dalam sektor EV, maka terdapat keperluan untuk kerajaan menawarkan insentif bukan sahaja kepada pengeluar kenderaan dan komponen (OEM) tetapi juga merangkumi pengguna secara amnya. Insentif kepada pengguna atau demand side dijangka dapat meningkatkan perkhidmatan terhadap EV yang dapat menggalakkan pelaburan bukan sahaja bagi pengeluaran kenderaan dan komponen tetapi juga daripada segi sokongan infrastruktur EV.

Berdasarkan objektif tersebut, kerajaan telah mengumumkan pakej insentif menyeluruh di bawah Belanjawan 2022 seperti yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan.

Tuan Yang di-Pertua, selain insentif cukai, syarikat secara umumnya layak untuk dipertimbangkan pemberian geran secara padanan terutamanya bagi syarikat yang menjalankan aktiviti yang digalakkan termasuklah projek berkaitan EV. Langkah-langkah di bawah Dasar Automotif Negara 2020 dan pakej insentif EV di bawah Belanjawan 2022 akan menyokong pembangunan ekosistem EV dalam negara seterusnya membantu merealisasikan sasaran bagi Malaysia mencapai pelepasan sifar karbon menjelang tahun 2050 seperti yang telah digariskan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Soalan tambahan pertama. Sila, Yang Berhormat Bachok.

final • 10:00 AM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan.

Sudah pasti kita amat menyokong penuh rancangan kerajaan untuk meningkatkan galakan peningkatan penggunaan kereta elektrik di negara kita Malaysia serta memastikan kesetaraan harga kereta elektrik dengan kereta biasa ICE ataupun yang menggunakan enjin pembakaran bahan api biasa menjelang tahun 2025.

Soalan tambahan saya. Apakah kerajaan mempunyai strategi khusus bagi menarik pelaburan dalam sektor pengilangan komponen kereta elektrik seperti beberapa negara jiran kita yang telah membuka kilang, misalnya kilang pembuatan bateri kereta elektrik? Serta apakah ada rancangan strategik terhadap pengeluar kereta tempatan sekarang agar memberikan tumpuan serius kepada pembangunan kereta hibrid dan kereta elektrik berbanding tumpuan semasa kepada kereta cekap tenaga (EEV) semata- mata? Terima kasih.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

Terima kasih Yang Berhormat Bachok atas penegasan bahawa kerajaan perlu mengatur satu strategi untuk menarik pelaburan, khususnya dalam pemasangan komponen-komponen yang ada hubung kait dengan kenderaan ataupun industri EV. Seperti yang kita sedia maklum, ini adalah selari dengan national investment aspiration (NIA) yang kita luluskan oleh kerajaan pada bulan April tahun ini. Di mana antara langkah yang diberikan keutamaan adalah untuk menarik

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

pelaburan-pelaburan yang berteknologi tinggi dan berkualiti supaya ia dapat mencipta pekerjaan bagi anak-anak tempatan.

Alhamdulillah, selari dengan NIA, pada awal tahun ini sebuah syarikat daripada Republik Korea telah pun meletakkan pelaburan yang bernilai RM4.24 bilion di Sabah untuk mengeluarkan copper foil bagi tujuan pembuatan dan pengeluaran bateri untuk EV.

Ini antara langkah-langkah awal yang telah pun berjaya kita laksanakan. Kedua, tentang apakah kerajaan mempunyai strategi ataupun pelan bagi menggalakkan pengeluar kenderaan tempatan, bukan sahaja menumpukan kepada EEV tetapi juga secara hibrid.

Ini juga antara langkah yang sedang kita bincangkan dengan pihak industri dan juga kementerian supaya apabila kita beralih kepada EV ataupun EEV menggantikan ICE yang saya sebutkan tadi, keperluan penggunaan tenaga negara perlu diberikan perhatian serius. Perkara ini EPU sedang merangka dasar tenaga negara untuk memastikan bahawa bekalan elektrik negara mampu menampung permintaan, bukan sahaja untuk pengguna kenderaan EV tetapi juga untuk sektor perindustrian dan juga household. Jadi, peralihan kepada EEV dan juga industri EV ini perlu dibuat secara berhati- hati supaya penggunaan keperluan tenaga negara itu mencukupi. Sudah tentulah seperti yang saya sebut di awal tadi, antara langkah yang sedang kita lakukan sekarang ialah apabila kita menggalakkan pengeluaran dan pemasangan EEV, ia termasuk elektrik dan juga hibrid, untuk makluman Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Tambahan.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Papar.

final • 10:10 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan saya, apa inisiatif kerajaan bagi menarik pelabur-pelabur berkaitan dengan teknologi kenderaan elektrik yang membolehkan kita memiliki kenderaan ini dengan kos yang terendah? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Papar. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Papar. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, dalam pembentangan Belanjawan 2022 oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan baru-baru ini, kerajaan telah pun membentangkan satu dasar yang komprehensif yang bukan sahaja memberikan insentif dan galakan cukai kepada OEM dan juga pihak industri dan supply site tetapi kerajaan juga memberikan tumpuan kali ini untuk memberikan galakan cukai dan insentif kepada demand site ataupun penggunaan.

Ini akan menggalakkan pengguna-pengguna kenderaan dalam negara kita untuk menerima kenderaan EV di masa yang akan datang. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, dalam pembentangan Belanjawan 2022, antara galakan dan pakej insentif yang telah dibentangkan adalah pengecualian duti import, duit eksais dan juga cukai jualan sepenuhnya ke atas EV. Ini kerana harga kenderaan EV pada ketika ini agak tinggi berbanding kenderaan-kenderaan yang sedang digunakan.

Kedua, kita juga telah bersetuju mencadangkan kepada Dewan yang mulia ini pengecualian duti import dan duti eksais sepenuhnya ke atas pengimportan EV jenis completely built-up (CBU). Ketiga, pengecualian cukai jalan sehingga 100 peratus bagi kenderaan EV. Keempat, pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 bagi kos pemasangan, sewaan pembelian, termasuk sewa beli peralatan atau yuran langganan kemudahan pengecasan EV. Ini antara langkah-langkah yang kita perkenalkan untuk menggalakkan penggunaan EV. Apabila demand itu meningkat, maka ia dapat menarik lebih banyak pelaburan ke dalam negara. Terima kasih Yang Berhormat Papar.

final • 10:10 AM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Soalan tambahan daripada Tebrau.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya bagi peluang satu lagi soalan tambahan, Yang Berhormat Tebrau.

final • 10:10 AM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kanan yang sudah memberi penjelasan yang begitu jelas dan luas. Bagi saya, EV merupakan sebuah kenderaan pengangkutan masa depan. Langkah-langkah yang sudah diambil oleh kerajaan memang selaras dengan keperluan industri di seluruh dunia. Jadi soalan saya, sudahkah kerajaan kita sudah kenal pasti rakan-rakan joint venture dan daripada negara mana? Berapa rakan joint venture partner yang berpotensi baik yang telah menunjuk interest, dengan izin, untuk membangunkan EV di negara kita? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau.

Memang benar, kejayaan membangunkan industri EV ini perlu mendapat dokongan, bukan sahaja daripada segi dasar-dasar kerajaan tetapi juga pihak swasta. Ia juga perlu mendapat dukungan untuk pembinaan infrastruktur-infrastruktur bagi menjayakan industri EV ini.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat Tebrau, di bawah HASA, ada sebuah agensi iaitu Malaysian Green Technology and Climate Change Centre yang sedang meneliti dan memperhalusi dengan beberapa pihak swasta untuk pembinaan infrastruktur- infrastruktur baru, termasuk charging station, yang ini merupakan cabaran besar.

Maka, kita sedang meneliti perkara ini. Saya percaya dalam masa yang terdekat perkara ini akan dikemukakan untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini. Selain daripada itu, dalam pertemuan dan dalam trade mission yang kita adakan ke Eropah baru-baru ini, kita telah bertemu dengan beberapa buah syarikat pembuatan kenderaan yang besar di dunia. Mereka juga sedang beralih untuk memperkenalkan teknologi-teknologi EV yang akan menjadi rakan kongsi kita di masa yang akan datang.

Salah sebuah syarikat telah pun mengambil keputusan dan mengumumkan akan meletakkan pelaburan di Gurun Kedah dalam masa yang terdekat. Ini akan memberikan peluang kepada kita untuk mendekati teknologi-teknologi yang bersifat precision engineering dan juga teknologi hijau yang sedang rancak dijalankan. Terima kasih Yang Berhormat Tebrau.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Datuk Rozman bin Isli.

final • 10:10 AM

2. Datuk Rozman bin Isli [Labuan] minta Menteri Kanan Kerja Raya menyatakan semakan semula yang dibuat oleh kerajaan mengenai kos projek kerajaan berikutan kenaikan mendadak harga bahan binaan dan logistik serta adakah kerajaan akan memperkenalkan semula Peruntukan Pengiraan Klausa Perubahan Harga (VOP).

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Arthur Joseph Kurup

Selamat pagi dan salam sejahtera, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini mengambil maklum mengenai kenaikan harga bahan binaan seperti pasir dan besi bertetulang agak ketara mengikut lokaliti setempat. Ini telah turut memberi kesan kepada indeks harga pengguna (IHP) dalam kumpulan dan juga sub kumpulan wajaran tertentu serta telah menjejaskan kelancaran pembinaan projek-projek kerajaan.

Berdasarkan kajian terhadap data dari Jabatan Perangkaan Malaysia, dari bulan Januari hingga Ogos tahun ini yang diunjurkan sehingga bulan Disember tahun ini didapati berlakunya kenaikan harga indeks kos pada kadar di antara 3 peratus hingga 19 peratus di seluruh negara kesan pandemik COVID-19 dan peningkatan harga pasaran dunia.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Arthur Joseph Kurup

Kesan daripada kenaikan harga bahan binaan, kerajaan telah melaksanakan semula syarat perubahan harga atau variation of price (VOP) dalam kontrak kerja kerajaan

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Arthur Joseph Kurup

seperti mana yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia yang berkuat kuasa bagi kontrak bermula 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021.

Pekeliling ini berkuat kuasa bagi semua kontrak kerja secara konvensional daripada kerajaan mulai 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021 dan meliputi kerja bangunan, kejuruteraan awam dan mekanikal dan elektrikal bagi kerja-kerja sebut harga dan kontrak yang bernilai RM500,000 ke atas.

Kerajaan juga mengambil maklum bahawa kontrak kerja kerajaan tidak hanya dilaksanakan secara konvensional. Terdapat juga kontrak kerja yang dilaksanakan secara reka dan bina. Sehubungan dengan itu, Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) juga telah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kewangan bagi meluaskan pemakaian VOP bagi kontrak kerja reka dan bina untuk projek-projek pada 1 September 2021 dan sekarang masih menunggu pertimbangan daripada Kementerian Kewangan. Sekian dan terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan pertama, sila Yang Berhormat Labuan.

final • 10:20 AM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ada kaitan dengan perbezaan harga barang yang sangat jauh berbeza antara kawasan. Sebagai contoh, sebelum pandemik kos di Labuan adalah 30 peratus lebih tinggi daripada Kota Kinabalu dan 50 peratus lebih tinggi daripada Kuala Lumpur. Semasa pandemik ini ia pasti menjadi lebih teruk disebabkan cabaran logistik Labuan sebagai pulau.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, JKR Labuan pernah memberitahu saya yang mereka juga kadang-kadang berhadapan dengan cabaran untuk meyakinkan HQ akan perbezaan kos yang besar di Labuan dan ada masa setengah bahan terputus bekalan.

Sekarang ini Labuan putus bekalan batu sebab eksport permit daripada Kerajaan Negeri Sabah lambat dikeluarkan. Projek-projek di Labuan saya difahamkan selalu ada pembida dengan harga yang terlalu rendah oleh kontraktor-kontraktor baharu dari luar yang kurang faham dengan kos pembinaan di Labuan. Oleh sebab itu, kontraktor lokal juga terpaksa letak harga rendah untuk bersaing.

Dikhuatiri fenomena lama ini yang mana banyak kes projek gagal di Labuan akan menjadi bertambah teruk lagi pada masa hadapan. Adakah kementerian sedar akan hal ini? Apakah tindakan yang akan dibuat?

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu minit.

final • 10:20 AM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Terima kasih, Yang Berhormat Labuan.

Kementerian mengambil maklum tentang kenaikan harga sepertimana yang dikatakan tadi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, punca kenaikan harga ini sebenarnya ia berdasarkan kepada beberapa faktor.

Pertama, adalah kesukaran mendapat bahan mentah. Kebanyakan ini diimport dari luar negara. Contohnya, harga bijih besi meningkat di seluruh dunia. Ini pun diakibatkan oleh PKP di mana kebanyakan lombong bijih besi terpaksa ditutup akibat daripada pandemik itu. Akan tetapi pada masa yang sama berkaitan dengan eksport permit untuk bahan-bahan binaan yang berkaitan di bawah kuasa kerajaan negeri, kita kena rujuk balik kepada kerajaan negeri yang boleh mengeluarkan eksport permit itu.

Akan tetapi bagi KKR, kita sudah menghantar tiga cadangan kepada MOF untuk bantu kontraktor-kontraktor yang sedang melaksanakan projek-projek kerajaan. Seperti mana yang saya katakan tadi, yang pertama untuk lanjutkan VOP ini untuk merangkumi reka dan bina. Kedua, untuk menambahkan senarai-senarai bahan binaan di dalam VOP ini. Daripada enam bahan binaan, mudah-mudahan kita boleh tambah kepada 23 bahan binaan.

Ketiga, untuk melanjutkan VOP ini sekiranya diluluskan oleh MOF kepada penghujung tahun 2022, juga untuk membantu untuk mengurangkan beban kepada kontraktor-kontraktor yang sedang melaksanakan kerja pembinaan daripada kerajaan

final • 10:20 AM

Datuk Arthur Joseph Kurup

kerana kita ingin melihat projek-projek itu siap untuk keselesaan rakyat. Sekian dan terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Dungun.

final • 10:20 AM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita lihat dalam CIDB yang merupakan tanggungjawab yang diberikan ialah terhadap pemantauan harga binaan dan menerbitkannya melalui portal National Construction Cost Centre (N3C). Sejauh manakah keberkesanan pemantauan yang dibuat oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dari semasa ke semasa mengikut isu yang sedang berlaku sekarang ini? Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:20 AM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Terima kasih, Yang Berhormat Dungun. Betul seperti Yang Berhormat katakan tadi, KKR melalui CIDB sentiasa melaksanakan pemantauan harga secara bulanan dan juga menerbitkannya melalui portal National Construction Cost Centre (N3C). Untuk makluman Dewan yang mulia ini, harga bahan- bahan binaan ini akan dikumpulkan melalui kerjasama daripada beberapa persatuan berkaitan pembinaan dan diperoleh daripada kontraktor-kontraktor sendiri. Aktiviti pemantauan ini telah dilaksanakan semenjak tahun 2002. Pada masa yang sama untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga— Macam tercicir maklumat yang saya ingin gunakan untuk jawab tadi.

Okey. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kita juga menerbitkan bahan- bahan binaan melalui Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Jadi, apabila kita mengambil kira VOP untuk diberikan kepada kontraktor itu, kita akan berdasarkan harga- harga bahan yang diterbitkan oleh DOSM yang telah mengambil kira secara purata kenaikan ataupun penurunan harga bahan binaan di seluruh negara Malaysia termasuk zon utara, tengah dan timur. Jadi, semua ini akan dipantau dan juga MOF sentiasa mengambil kira harga binaan mengikut keadaan ekonomi semasa dalam menentukan VOP yang akan diberikan. Sekian dan terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan Jawab Lisan seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Sik.

final • 10:20 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Mai Parlimen naik Proton Saga, Soalan saya nombor tiga.

final • 10:20 AM

3. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Menteri Pertahanan menyatakan keberkesanan pertahanan negara bagi operasi National Task Force (NTF) melalui Ops Benteng di kawasan sempadan negara Laut China Selatan termasuk pulau-pulau berdekatan kerana ancaman pencerobohan yang kerap oleh kapal-kapal negara luar.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya buka mask tidak?

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Boleh buka.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz

Terima kasih banyak. Sebelah saya tidak orang, tidak apa. Okey, terima kasih. Bismillahi Rahmanir Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih dan juga tahniahlah kepada Yang Berhormat Sik, seorang ahli PAC yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

Sebab yang MADA ini pengurusan penanaman padi. Jadi, hari ini nampak ambil berat juga tentang isu pertahanan dan keselamatan negara. Beliau bertanya dan

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz

membangkitkan berkenaan dengan isu pelaksanaan Operasi Benteng di bawah selia national task force (NTF) yang ditubuhkan semenjak 12 Mei 2020.

Sebagai makluman Yang Berhormat, pelaksanaan Op Benteng adalah melibatkan kerjasama pelbagai agensi keselamatan dan penguatkuasaan negara seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan lain-lain agensi kerajaan. Objektif utama pelaksanaan operasi ini adalah untuk menghalang kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Pada masa yang sama, inisiatif ini dapat mengukuhkan lagi kawalan keselamatan di sempadan negara sama ada sempadan darat mahupun sempadan perairan negara.

Suka saya jelaskan di sini, pengoperasian Op Benteng melibatkan kawasan operasi di sempadan daratan negara yang meliputi utara Semenanjung Malaysia dan sempadan daratan Sarawak-Kalimantan. Manakala bagi operasi di kawasan perairan pula, ia melibatkan perairan Selat Melaka Utara, perairan Pantai Barat Semenanjung, perairan Johor dan persisiran pantai timur Sabah.

Bagi pertanyaan Yang Berhormat mengenai keberkesanan Op Benteng, sukacita saya ingin maklumkan sehingga 31 Oktober 2021 iaitu selepas 18 bulan pelaksanaan, operasi ini telah berjaya menangkap 16,229 orang PATI serta telah mengusir 3,666 orang PATI yang cuba membolosi sempadan daratan negara dan perairan negara secara haram.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz

Selain daripada itu, operasi ini turut berjaya mengekang aktiviti penyeludupan di sempadan negara dengan anggaran nilai rampasan bernilai RM668.47 juta yang melibatkan rampasan barangan seperti bahan-bahan terlarang, kenderaan dan barangan peribadi. Bagi memastikan Ops Benteng ini terus berkesan, pihak Kementerian Pertahanan akan terus mengukuhkan untuk menambah baik keupayaan ATM melalui Rancangan Malaysia Ke-12 serta meneruskan peruntukan belanjawan tahun ini kepada operasi ini untuk tahun hadapan. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Soalan tambahan pertama, sila.

final • 10:30 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertahanan yang memberi penjelasan yang membuktikan komitmen tinggi kerajaan untuk kita mengukuhkan pertahanan negara.

Yang Berhormat Menteri, dalam Bajet 2022 nampaknya kerajaan telah pun meningkatkan hasil ataupun belanjawan untuk pertahanan ini iaitu sehingga RM16.14 bilion peningkatan sehingga 1.78 peratus. Jadi soalan saya, apakah lagi pelan-pelan untuk dilaksanakan oleh kementerian bagi mengukuhkan pertahanan negara khususnya penjagaan sempadan termasuk penggunaan aset berteknologi tinggi seperti penggunaan drone di sempadan-sempadan negara bagi mengawal seluruh sempadan kita yang luas ini. Terima kasih Menteri.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Sik. Sila Timbalan Menteri.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz

Terima kasih soalan tambahan daripada Yang Berhormat Sik. Berdasarkan kepada maklum balas positif dan kejayaan yang laporan dari pelbagai agensi yang terlibat dalam pelaksanaan Ops Benteng di lapangan, Kementerian Pertahanan, saya hendak maklum, memang kita komited untuk meneruskan kesinambungan operasi ini pada tahun ini.

Sehubungan itu, kita telah menyediakan peruntukan Op Benteng untuk tahun yang akan datang. Secara prinsipnya kita akan fokus kepada peningkatan keupayaan pasukan keselamatan dalam melaksanakan tugas di kawasan sempadan bagi memastikan sempadan negara untuk tidak mudah dibolosi.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz

Okey, mengenai aset-aset lah, cadangan perolehan peralatan untuk kegunaan Ops Benteng bagi tahun 2021 dan 2022, ini adalah selaras dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan RMKe-12 di mana beliau menyentuh fokus keempat ialah memantapkan keselamatan dan ketenteraman awam. Minta tambahan sedikit Tuan Yang di-Pertua.

Op Benteng ini kita akan meningkatkan lagi tiga iaitu ISR; intelligence, surveillance dan reconnaissance ataupun dalam bahasa Melayu, perisikan, pemantauan dan pengawasan untuk menjejaki aktiviti jenayah-jenayah rentas negara. Antara aset yang dirancang seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sik tadi, perolehan 84 unit mini unmanned aerial vehicle (UAV) dan 33 unit drones pelbagai guna dengan anggaran peruntukan RM2.72 juta.

Selain itu, kita juga akan merangkumi perolehan peralatan bantuan operasi.

Antaranya kita akan memperoleh empat unit night vision binoculars untuk Tentera Laut Diraja Malaysia, 18 unit outdoor action cameras untuk TUDM dan 63 unit ground tactical cameras serta 30 unit walkie-talkie untuk kegunaan Tentera Darat Malaysia dengan anggaran peruntukan RM302,000.

Insya-Allah, kesinambungan kejayaan Op Benteng untuk tahun 2022, kementerian akan memperuntukkan sejumlah bajet untuk bertujuan memperolehi peralatan kegunaan ATM dalam meningkatkan keupayaan kawalan sempadan negara.

Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih. Soalan tambahan kedua saya panggil Yang Berhormat Bukit Bendera.

final • 10:30 AM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Selamat pagi. Tadi saya mendengar jawapan Timbalan Menteri dengan teliti. Ribuan kes telah dicatatkan hasil tangkapan Op Benteng daripada segi PATI dan juga penyeludupan.

Soalan saya, apakah bentuk kerjasama Angkatan Tentera Malaysia dengan rakan kita di ASEAN secara darat, Thailand dan Indonesia di peringkat ketenteraan untuk membendung penyeludupan dan pendatang asing tanpa izin untuk memasuki sempadan kita. Apakah bentuk kerjasama, joint patrol dengan negara-negara jiran untuk membendung pencerobohan yang tadi disebut oleh Timbalan Menteri? Itu soalan saya.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Sila Timbalan Menteri. Satu minit.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz

Terima kasih. Sememangnya kita memang ada joint patrol especially dalam sempadan antara Thailand dan Malaysia. Kita tahu kawasan ini memang isu-isu rentas negara ini memang banyak berlaku. Jadi sebab itu kita daripada segi apa yang telah dibentangkan tadi aset-aset yang kita akan perolehi contohnya pada tahun lepas sahaja Kementerian Pertahanan telah membelanjakan RM17.712 juta untuk bagi perolehan 19 unit UAV drone dan kita sudah terima tiga unit vertical take-off dan landing fixed-wing (UAV) dan dua unit multi-rotary hybrid drone. Jadi, tahun ini pula kita akan belanja RM2.724 juta melibatkan perolehan tambahan 117 unit UAV drone. Jadi perolehan-perolehan aset ini pasti akan membantu pertahanan negara. Akan tetapi yang akhir sekali, saya hendak maklumkan kepada semua. Dalam aspek pertahanan dan keselamatan negara, terdapat satu lagi senjata efektif untuk Kementerian Pertahanan gunakan bagi menjaga kedaulatan negara iaitu trust diplomasi pertahanan.

Negara kita sebenarnya kita bertuah kerana Yang Berhormat Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kanan kita ini terkenal dengan kekuatan trust diplomasi pertahanan terutamanya– ya, ini hakikat. Jadi untuk kita jaga hubungan dua hala ini, insya-Allah, kekuatan yang ada pada Dato’ Seri Hishammuddin ini akan menjamin kedaulatan negara di tengah-tengah cabaran persaingan kuasa besar ini. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

Satu lagi tambahan.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, boleh?

final • 10:30 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Boleh, Tuan Yang di-Pertua?

final • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

[Bangun]

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya bagi satu lagi Yang Berhormat Tampin.

final • 10:30 AM

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Timbalan Menteri atas jawapan yang agak lengkap. Kita dapati bahawa ancaman keselamatan sempadan negara ini sama ada darat ataupun laut sukar diatasi dan dalam jawapan yang dikemukakan oleh Timbalan Menteri tadi agak lengkap.

Jadi, saya ingin bertanya apakah peruntukan kewangan yang diberikan di dalam belanjawan tahun hadapan mencukupi untuk membiayai operasi keselamatan sempadan negara ini sesuai dengan modenisasi Angkatan Tentera Malaysia? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Timbalan Menteri.

Satu minit.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz

Terima kasih. Seperti soalan tambahan yang daripada Yang Berhormat Bukit Bendera tadi, Yang Berhormat Tampin. Sebenarnya Malaysia kita menggunakan platform sedia ada di antara angkatan tentera negara jiran dalam meningkatkan kawalan sempadan. Kita juga meningkatkan kerjasama operasi seperti rondaan bersama di sempadan dalam memastikan sempadan negara kita terkawal.

Tentang bajet, kalau hendak cakap tentang bajet, semua kementerian kata bajet tidak cukup. Walau bagaimanapun, bajet yang diberikan kepada Kementerian Pertahanan sudah mencukupi untuk memastikan keselamatan negara terjamin dan angkatan tentera kita siap siaga jika apa jua berlaku, kita– readiness dalam mempertahankan negara kita.

Insya-Allah kita boleh. Saya bagi jaminan kita tidak perlu risau tentang pertahanan negara.

Oleh sebab itu saya kata pertahanan negara ini banyak. Bukan sahaja aset, tetapi diplomasi pertahanan juga merupakan satu aset yang penting untuk pertahanan negara.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah

Saya risau kalau 30 walkie-talkie Yang Berhormat. Risau. 30 walkie-talkie tidak cukup. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih semua. Saya ingin teruskan dengan menjemput Yang Berhormat Tuan Lim Guan Geng, Yang Berhormat Bagan.

final • 10:30 AM

4. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada telah mengetepikan Pelan Pemulihan Negara empat fasa yang dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri dan apakah langkah baharu untuk beralih daripada dasar sekatan dan pembasmian COVID-19 kepada mitigasi atau hidup bersama COVID-19 dengan membuka semula sektor ekonomi.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Yang Berhormat bertanya dua soalan ya.

Yang Berhormat, kerajaan tiada cadangan untuk mengetepikan Pelan Pemulihan Negara empat fasa yang diperkenalkan sebelum ini dan malah Pelan Pemulihan Negara berfasa ini dibangunkan sejak bulan Jun 2021 adalah bersifat komprehensif dan dinamik dalam mengawal penularan COVID-19 dan sedang dilaksanakan sehingga kini.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid

Setakat ini hanya dua buah negeri yang tidak lagi sampai kepada fasa 4 iaitu negeri Sarawak dan Kelantan. Ia merupakan langkah berterusan bagi membolehkan pembukaan semula sektor ekonomi dan sosial secara progresif berperingkat dan berhati-

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid

hati sehingga hari ini. Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia perlu terus mematuhi SOP sedia ada dan perlu bertanggungjawab dengan amalan test, trace, isolate dan support

(TRIS) walaupun negara akan beralih ke fasa 4.

Yang Berhormat, pihak kerajaan berpandangan bahawa pelan ini akan terus digunakan sehingga seluruh negara berjaya mencapai nilai ambang bagi indikator yang ditetapkan bagi beralih ke fasa empat. Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia masih perlu patuh seperti saya sebut tadi dengan SOP yang sedia ada dan perlu bertanggungjawab untuk menilai tahap risiko masing-masing, walaupun sudah menerima vaksinasi lengkap apabila berada dalam fasa 4. Kerajaan pada awal September 2021 yang lalu telah mengumumkan bahawa negara juga akan beralih daripada strategi membasmi COVID-19 kepada pendekatan fasa endemik.

Namun, pihak kerajaan tidak bersifat terburu-buru dan mengambil langkah yang lebih berhati-hati bagi memastikan kesiap siagaan bagi respons kesihatan awam dan vaksinasi ujian dan surveillance, urusan kes, pemerkasaan komuniti serta kawalan sempadan. Empat perkara yang diambil perhatian. Bagi peralihan ke fasa endemik Yang Berhormat iaitu impak jangkitan berada di tahap minimum.

Kedua, jumlah kes yang teruk dan penyakit berkaitan adalah terkawal. Rakyat harus diperkasakan, komuniti harus diperkasakan. Langkah pencegahan sedia ada terutamanya pematuhan SOP sedia ada perlu diteruskan dan dilaksanakan. Kita juga mengambil pendekatan daripada beberapa buah negara yang telah membuat kajian mengenai pengurusan COVID-19 sebagai rujukan iaitu negara Denmark, Chile dan Germany yang mana mencapai kadar vaksinasi antara 70 hingga 80 peratus bagi populasi dan menunjukkan trend penurunan kes kematian telah mengisytiharkan hidup bersama virus COVID-19. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ya, terima kasih. Saya ucapkan terima kasih pada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Saya ingin ingatkan Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa semasa Pelan Pemulihan Negara diperkenalkan, khususnya untuk beralih daripada fasa 1 pada fasa 2.

Dinyatakan mesti turun bawah 4,000 kes jangkitan. Mengapakah ini sekarang tidak dipatuhi? Bukankah ini menunjukkan bahawa pelan ini sudah tidak dinamik lagi seperti yang didakwa dan ia harus dirombak dan dikaji semula supaya sebuah pelan perlindungan negara yang baharu sesuai dengan keadaan dan suasana yang baharu iaitu new normal, dengan izin.

Selepas COVID-19, kita tidak boleh ikut kaedah dan cara lama tetapi mestilah mengikut new normal dan bukankah ini perlu satu pengakuan bahawa Pelan Pemulihan Negara ini telah gagal dan harus dikaji semula untuk merangka yang baharu.

Kedua, berkaitan dengan mitigasi supaya kita dapat hidup bersama dengan COVID-19. Bukankah ini ada macam double standard, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Kalau kita lihat apa yang berlaku dalam pilihan raya negeri Melaka seakan-akan semua calon dan juga jentera pilihan raya dikendirikan. Sungguhpun Melaka dalam fasa 4. So, bukankah ini satu keputusan politik semata-mata untuk membolehkan pihak tertentu mendapat kelebihan. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Akhirnya, the only solution Yang Berhormat adalah untuk menjaga penularan wabak ini supaya rakyat selamat. Itu keutamaan kita.

Keutamaan saya. Keutamaan Yang Berhormat.

Sekiranya, dianggapnya gagal Yang Berhormat, saya mencadangkan supaya Yang Berhormat juga adalah Ahli di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Negara untuk bersama-sama kita memikirkan jalan keluar yang lebih dianggap oleh Yang Berhormat lebih baik.

Akan tetapi, saya melihat trend-trend yang ada sekarang ini merupakan penularan itu tidak terlalu mendadak. Sekiranya mendadak Yang Berhormat, kita ada cara-cara untuk mengatasinya, iaitu tidak perlu lagi kita hendak membuat lockdown. Kita boleh membuat lokaliti PKP di kawasan itu sahaja.

final • 10:40 AM

Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid

Kalau bercakap fasal PRN di Melaka Yang Berhormat, akhirnya ini semua telah melalui empat peringkat perbincangan daripada jawatankuasa teknikal kerjanya dan kuartet Menteri telah duduk bersama-sama berbincang dan akhir sekali, jawatankuasa di mana Yang Berhormat merupakan Ahli di situ, bersama-samalah kita memikirkan tambah baik sekiranya Yang Berhormat dan sahabat-sahabat yang ada di sebelah sana, memikirkan perkara-perkara yang boleh ditambah baik untuk kebaikan negara dan rakyat.

Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Tuan Yang di-Pertua, Tumpat.

final • 10:40 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya bukan Ahli Jawatankuasa Pelan Pemulihan Negara. Saya rasa Yang Berhormat silap.

final • 10:40 AM

Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid

Jawatankuasa Khas Pandemik Negara.

final • 10:40 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ya. Itu tiada kaitan dengan Pelan Pemulihan Negara. So, Yang Berhormat Timbalan Menteri silap. Saya bukan Ahli Jawatankuasa Pelan Pemulihan Negara. Itu yang empat fasa ialah di bawah itu NRP yang mana mantan Perdana Menteri telah syorkan dan membuat pengumuman.

Saya harap itu Yang Berhormat boleh akui bahawa ini dah silap. Ini kerana kalau kita cakap, berkaitan fasa 1, 2 dan bukan fasa 4. Sebanyak 4,000 jangkitan. Akan tetapi, ini sekarang tidak pakai lagi. Ini kerana kalau 4,000 jangkitan, tidak mungkin kita boleh masuk ke apa-apa fasa. So, kena akui bahawa ini dah silap.

final • 10:40 AM

Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid

Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya harap boleh buat sedemikian.

final • 10:40 AM

Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid

Kita serahkan. Terima kasih Yang Berhormat. Kita serahkan pada keputusan Kementerian Kesihatan kerana Kementerian Kesihatan yang mempunyai keputusan akhir sebelum dibawa kepada Jawatankuasa Khas yang di Pengerusi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya tidak melihat usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan dalam pemulihan ini gagal seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Bagan tadi, agak keterlaluan untuk kita katakan gagal kerana kita melihat kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh kerajaan.

Cuma, sebagaimana kita faham bahawa apabila pembukaan hampir keseluruhan sekatan ketika ini menyebabkan lama-kelamaan pematuhan terhadap SOP semasa menjadi semakin longgar. Itu apa yang berlaku.

Jadi, soalan tambahan saya untuk jawapan spesifik daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Adakah kerajaan tidak bercadang mengemukakan satu buah pelan baharu yang khusus menjelang era endemik ini iaitu hidup coexist dengan COVID-19 supaya dapat mengembalikan kesedaran rakyat serta memastikan pengawalan dan pencegahan virus dapat dipasakkan semula dalam negara. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tumpat.

Ya, betul kita sekarang dalam proses untuk peralihan ke fasa endemik Yang Berhormat. Jadi, ada beberapa indikator sebelum kita mempunyai usaha-usaha baharu ini. Antaranya jumlah penggunaan katil hospital secara keseluruhan kurang daripada 30 peratus.

Indikator kedua, kapasiti ujian di makmal melebihi 90 peratus.

Indikator ketiga, kadar kes positif COVID-19 kurang daripada lima peratus.

Indikator keempat, jumlah petugas KKM yang dijangkiti kurang daripada satu persen serta jumlah pesakit COVID-19 ke wad kurang daripada 0.5 peratus.

Indikator kelima, jumlah kematian harian kurang daripada 10 kes dan purata kematian tujuh hari kurang daripada 0.8 peratus.

final • 10:40 AM

Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid

Indikator keenam, kadar insiden kes harian dan terakhir kurang daripada 1,200 sehari.

Indikator ketujuh, kadar vaksinasi populasi keseluruhan melebihi 80 peratus.

Jadi, kerajaan hanya akan menggunakan satu SOP Yang Berhormat yang merupakan protokol kesihatan umum. Walau bagaimanapun, jika berlaku kes mendadak dan meningkat, kerajaan akan melaksanakan langkah deterrence dan memantau dengan sistem python alert.

Terdapat hanya dua kategori dalam sistem ini iaitu tinggi atau rendah dan dilihat berisiko tinggi kerajaan mungkin akan mengenakan sekatan bagi aktiviti sosial dan bukannya aktiviti ekonomi. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Soalan tambahan boleh? Dari Tebrau. Ini isu yang penting.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Minta maaf. Saya hendak teruskan. Saya minta maaf Yang Berhormat Tebrau.

Soalan seterusnya nombor 5. Yang Berhormat Kinabatangan tidak ada dalam Dewan.

final • 10:40 AM

[Soalan No. 5 – YB. Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin (Kinabatangan) tidak hadir]

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut

Nombor 5 tidak ada ya?

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya.

final • 10:50 AM

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut

Buah delima jual di padang, Pokoknya senang ditanam, Nombor 5 penyoal tidak datang, Saya serah soalan Nombor 6.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik.

[Ketawa] [Dewan riuh] Sila Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi atau Timbalannya menjawab.

final • 10:50 AM

6. Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [Lumut] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan sama ada kementerian akan terus menggalakkan pemain tempatan terlibat dalam pengeluaran vaksin COVID-19 dan apakah insentif yang disediakan kepada pemain industri ini.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

[Ketawa] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya minta maaf. Saya tidak sempat hendak jawab pantun itu.

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Lumut atas soalan yang baik ini. Sebagai mana Yang Berhormat dan seluruh rakyat Malaysia sedia maklum, Malaysia sememangnya berhasrat untuk menjadi hab bagi pengeluaran vaksin secara tempatan pada masa hadapan.

Matlamat ini disokong dengan penubuhan pusat vaksin negara yang dikenali sebagai Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI) yang telah dilancarkan pada 1 November 2021 yang akan menempatkan pakar-pakar yang mempunyai kepakaran yang khusus di dalam penghasilan vaksin termasuklah vaksin COVID-19. Kini kepakaran di dalam negara sedang dikenal pasti dan disusun bagi memastikan strategi penubuhan MGVI ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya kerajaan menerusi MOSTI juga sedang melaksanakan penerokaan kerjasama pembangunan vaksin COVID-19 jenis mRNA melalui rundingan dengan University of Pennsylvania, Amerika Syarikat dan University of Chulalongkorn, Thailand yang kini berada dalam kajian klinikal fasa dua dan fasa tiga.

Dalam rundingan tersebut, elemen pemindahan teknologi dan kepakaran turut diberikan perhatian oleh Malaysia. Kementerian menyediakan dana dalam bentuk geran yang bertujuan untuk menggalakkan penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi di dalam memerangi dan membendung pandemik COVID-19.

Setakat ini, sekitar RM15 juta diperuntukkan khusus untuk pembangunan R&D berkaitan dengan COVID-19. Dana khas untuk COVID-19 juga diwujudkan iaitu MOSTI Combating COVID-19 Fund. Buat masa ini, kajian vaksin COVID-19 sedang dilaksanakan oleh beberapa institusi iaitu:

(i) Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC) di bawah Universiti Malaya;

(ii) Universiti Putra Malaysia;

(iii) Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Kementerian Kesihatan Malaysia; dan

(iv) Institut Penyelidikan Veterinar.

Pada masa ini, kedua-dua projek vaksin COVID-19 IMR berada di peringkat makmal iaitu bukti konsep sebelum kajian pra klinikal terhadap haiwan dilaksanakan.

Penghasilan vaksin COVID-19 ini akan mengambil masa untuk mencapai tahap keselamatan dan keberkesanan melalui kajian klinikal fasa ketiga serta kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sebelum vaksin tersebut dapat digunakan oleh masyarakat di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, perkembangan semasa di peringkat industri pula menunjukkan terdapat dua buah syarikat di dalam negara telah mengembangkan kemampuan sendiri untuk melaksanakan proses penting di dalam pengeluaran vaksin iaitu proses fill and finish vaksin COVID-19. Syarikat tersebut ialah syarikat Pharmaniaga LifeScience Sdn. Bhd. dengan vaksin CoronoVac atau kita kenali sebagai Sinovac dan yang keduanya ialah syarikat Solution Biologics Sdn. Bhd. dengan vaksin Convidecia atau yang kita kenali sebagai vaksin CanSino.

Sebagai kesimpulan, walaupun matlamat ini memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua pihak, dijangka melalui pendekatan whole-of-nation approach, Malaysia akan berupaya untuk meningkatkan kapasiti penghasilan vaksin sendiri pada masa hadapan. Inilah usaha yang sedang dilaksanakan dan insentif yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk mencapai hasrat bagi menjadikan negara sebagai hab pengeluaran vaksin sendiri pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan Yang Berhormat Lumut.

final • 10:50 AM

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hanya ingin kementerian mengembangkan maklumat mengenai jumlah yang disebutkan tadi RM15 juta untuk R&D nya. Bagaimana pecahannya?

Keduanya ialah vaksin ini sudah ada di pasaran dan banyak jenama dan syarikat yang membuatnya. Jadi, saya ingin bertanya, apakah cutting edge kita, apakah kelebihan dan perbezaan vaksin yang akan kita lakukan supaya dapat menarik minat pasaran dunia selain daripada apa yang disebutkan dalam ucapan Menteri semasa pelancaran Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin itu iaitu research menangani variant of concern? Itu saya rasa adalah satu yang wajar. Selain daripada itu, apa cuttting edge kita?

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Ya, berhubung dengan butiran yang telah dibelanjakan berkaitan dengan RM15 juta yang berkenaan, saya ada beberapa data di sini yang antara lain termasuklah geran yang disediakan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas, MCCOF, construction recombinant Newcastle Disease Virus expression receptor-binding domain, R&D protein of SARS-CoV-2 virus as a vaccine candidate. Ini oleh Universiti Putra Malaysia yakni sebanyak lebih kurang RM2.7 juta yang sedang dan masih lagi berjalan.

final • 10:50 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

[Bangun]

final • 10:50 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Begitu juga di bawah SRF Fund, development of subunit vaccine candidate against– development of vaccine using mRNA ini, technology targeting neglected tropical disease, yang ini di bawah TIDREC Universiti Malaya sebanyak RM3.4 juta dan ada beberapa perincian yang lain. Ini saya boleh bekalkan kepada Yang Berhormat sebab panjang sedikit.

final • 10:50 AM

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut

Cutting edge kita, beza vaksin kita dengan orang lain?

final • 10:50 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Kemudian, berhubung dengan kelebihan sekiranya kita melaksanakan pembangunan vaksin tempatan ini adalah pertamanya ia dapat menyelesaikan masalah kita bahawa apabila kita tidak mempunyai vaccine self-sufficiency, jika berlaku wabak maka kita berhadapan dengan masalah berkaitan dengan bekalan, kos, harga dan sebagainya.

Satu kelebihan yang ada pada kita antara lain adalah tentang sijil JAKIM halal yang kita ada ini adalah satu yang sangat diterima di seluruh dunia. Sekiranya kita dari awal selain daripada penglibatan NPRA yang memastikan supaya vaksin ini melalui proses yang sepatutnya bagi memudahkan kelulusan, penglibatan dari awal JAKIM ini akan memberikan kelebihan kepada kita. Barangkali kita akan menghasilkan vaksin yang mempunyai trademark sebagai vaksin halal yang pertama di dunia. Ini kelebihan kepada kita.

Dalam masa yang sama, vaksin-vaksin yang sedang dilaksanakan misalnya di TIDREC, yang itu berkaitan dengan vaksin mRNA. Ini adalah mengikut perkembangan semasa varian yang baharu dan sebagainya. Begitu juga vaksin Adenovirus, tidak salah saya, vaksin yang aktif yang dilaksanakan oleh UPM itu juga mengikut perkembangan berhubung dengan varian-varian baharu yang sedang berkembang pada masa ini.

Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Jerai, Jerai.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 10:50 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Soalan asal daripada mantan Yang Berhormat Kuala Krai, soalan tambahan daripada Kuala Krai semasa. Harap Yang Berhormat Timbalan Menteri memberikan huraian supaya kita semua jelas sama- sama.

Soalan tambahan saya ialah apakah perkembangan terkini mengenai pembangunan vaksin COVID-19 di peringkat industri dalam negara kita? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:50 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Kerajaan dimaklumkan bahawa Pharmaniaga akan melabur sendiri sebanyak RM200 juta bagi meningkatkan keupayaan dalam bidang pembangunan vaksin, pengilangan dan fill and finish bersama dengan beberapa pengeluar asing.

Pharmaniaga juga telah memeterai perjanjian dengan beberapa buah syarikat pengeluar vaksin negara lain bagi membekalkan vaksin pukal untuk pengilangan fill and finish di Malaysia. Pharmaniaga juga telah memeterai perjanjian dengan sebuah syarikat berpangkalan di Thailand, BioNet-Asia bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan R&D

final • 10:50 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

serta aktiviti kajian klinikal atau clinical trial bagi formulasi vaksin jenis baharu. Vaksin ini akan dikilangkan sepenuhnya di Malaysia bagi menampung permintaan negara dan juga pasaran eksport.

Syarikat-syarikat yang menjalinkan kerjasama dengan Pharmaniaga ialah LifeScience Sdn. Bhd. Antara lain termasuklah Sinovac Biotech China, Serum Institute of India, Xiamen Innovax Biotech China, Saint-Petersburg Scientific Research Institute of Vaccines and Serums Rusia, Biological E. Limited F India, SK Bioscience South Korea, EuBiologics South Korea. Itu sahaja maklumat yang saya boleh beri.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah

Satu Tuan Yang di- Pertua, satu sahaja. Pendek.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya, sila Yang Berhormat Alor Gajah, ringkas. Yang Berhormat Alor Gajah, sila.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah

Saya hendak mohon maklumat daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya menjelaskan status vaksin halal yang telah ataupun sedang dijalankan ujiannya di negara kita. Ini dilancarkan oleh Yang Berhormat Pagoh, lebih kurang setahun yang lepas ataupun lapan bulan yang lepas.

Apakah interim result yang kita dapat hari ini sebabnya ia halal dan ini boleh menarik ramai lagi yang masih lagi enggan untuk diberikan vaksinasi? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Alor Gajah. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu minit.

final • 11:00 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Yang Berhormat, saya tidak ada maklumat yang berkenaan dengan saya sekarang. Saya akan jawab secara bertulis. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih.

Pertanyaan jawab lisan seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Dato’ Seri Panglima Hajah Azizah binti Dato’ Seri Panglima Haji Mohd Dun, Beaufort.

7. Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun [Beaufort] minta Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan apakan tindakan susulan untuk mengkaji kesan-kesan pencemaran air yang boleh menyebabkan gangguan bekalan air bersih yang akan memberi kesan kepada kualiti hidup rakyat.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Mansor bin Othman

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Beaufort yang membangkitkan isu pencemaran air, khususnya tentang kajian-kajian tindakan susulan bagi menangani isu ini.

Tuan Yang di-Pertua, kesan-kesan utama pencemaran air adalah pencemaran bau. Peningkatan kandungan pepejal terampai, logam berat dan ammonia di dalam sumber air yang seterusnya menyebabkan gangguan bekalan air bersih seperti yang berlaku di Lembah Klang, Raub, Pahang, Gerik, Perak dan Simpang Renggam, Johor.

Sehubungan itu, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dipertanggungjawabkan untuk mencari penyelesaian terhadap pencemaran sebatian penyebab bau yang sering berlaku di Lembah Klang. Bagi tujuan ini, dua perkara dititikberatkan iaitu yang pertama penentuan ambang bau dan peranti yang boleh diperkenalkan untuk pihak berkuasa mengambil tindakan dan memantau kawasan kritikal di hulu muka sauk.

Pada masa ini, peranti untuk mengenal pasti pencemaran ammonia, pepejal terampai dan logam berat sedang dibangunkan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Mansor bin Othman

(KASA) melalui NAHRIM. NAHRIM juga menjalankan penyelidikan untuk mengenal pasti semua punca penghasilan pencemaran serta masalah-masalah pencemaran di lembangan sungai yang berkaitan dan mencadangkan langkah-langkah pembaikan ataupun penyelesaian saintifik yang bersifat jangka pendek dan juga jangka panjang ke arah sekuriti, adaptasi dan kelestarian sumber air di 2,986 lembangan sungai di seluruh Malaysia.

Antara contoh kajian berkaitan kesan pencemaran sumber air sedang dilaksanakan termasuklah kajian penarafan lembangan sungai, kajian jumlah beban maksimum harian iaitu total maximum daily load dengan izin dan kajian penggunaan sistem rawatan air yang melibatkan komuniti tempatan.

Selain itu, melalui Hala Tuju Inovasi Air Negara 2021-2040, beberapa program penyelidikan sedang dan akan dijalankan oleh kementerian ini termasuklah Program Sungai Bersih, Sistem Air Pintar dan pengurangan risiko bencana bagi merealisasikan kelestarian sumber air bersih negara, menghindarkan gangguan bekalan air bersih dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, masalah pencemaran air di Sabah terutamanya di Beaufort kerap berlaku disebabkan masalah kekeruhan sumber air mentah akibat kandungan bahan terampai yang tinggi seterusnya menyebabkan gangguan bekalan air mentah kepada pengguna dan beberapa langkah penyelesaian bagi mengatasi masalah kekeruhan termasuklah pembinaan tangki pemendapan dan takungan air pinggiran sungai (TAPS) selain penggunaan bahan kimia untuk rawatan kekeruhan air mentah yang tinggi. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan tambahan. Yang pertama Yang Berhormat Beaufort.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberikan sebentar tadi. Saya ingin bertanya, adakah kementerian atau bolehkah kementerian memperkenalkan teknologi baharu khususnya di loji-loji di negeri Sabah untuk agihan air dan juga penapisan air untuk kita menangani masalah kekeruhan air yang tinggi dan nephelometric turbidity unit (NTU) yang tinggi.

Kedua, apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh kementerian untuk memperkasakan penguatkuasaan terhadap masalah pencemaran untuk kelestarian alam sekitar. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

final • 11:00 AM

Dato’ Mansor bin Othman

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Beaufort atas soalan tambahan ini. Yang pertamanya, usaha saintifik yang sedang dilaksanakan sekarang ini ialah dengan perwujudan seperti yang saya sebutkan tadi, takungan air pinggiran sungai (TAPS) iaitu menangani isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beaufort.

Seterusnya untuk usaha-usaha memperkasakan penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar bagi menjamin kelestarian alam sekitar, saya berterima kasih kepada Yang Berhormat kerana cukup prihatin dalam hal ini.

Kementerian akan terus mengambil inisiatif untuk memperkasakan jentera penguatkuasaan JAS. Satu, untuk menambah baik dan mengukuhkan Akta 1974 (AKAS) secara berfasa, termasuk memberi fokus kepada elemen kompaun, penalti dan standard bagi memastikan tindakan tegas dapat diambil ke atas pelaku dan pesalah yang menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Kedua, untuk mempertingkatkan kerjasama agensi penguatkuasaan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, seperti Jabatan Sukarelawan Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, pihak berkuasa tempatan dan lain-lain agensi melalui pelaksanaan operasi bersepadu, perkongsian maklumat dan pengurusan aduan alam sekitar yang lebih berkesan.

final • 11:00 AM

Dato’ Mansor bin Othman

Antara inisiatif yang digerakkan oleh kementerian adalah Unit Cegah Jenayah Alam Sekitar (UCJAS) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia. Yang ketiga Tuan Yang di-Pertua, memastikan peruntukan mencukupi disediakan untuk perolehan berkaitan logistik seperti peralatan pensampelan, kenderaan dan kelengkapan pelindung diri bagi memastikan aktiviti penguatkuasaan di lapangan dapat berjalan lancar.

Seterusnya pembangunan modal insan dititikberatkan juga melalui pelaksanaan program-program latihan teknikal secara norma baharu dan sedikit lagi Tuan Yang di- Pertua, untuk memperkasakan pemantauan dan penguatkuasaan melalui program perondaan secara berkala termasuk di luar waktu pejabat dan penggunaan dron di kawasan tumpuan pencemaran.

Selain itu, JAS juga mengambil pendekatan smart enforcement melalui penguatkuasaan secara desktop menggunakan sistem-sistem pelaporan atas talian JAS seperti Electronic Scheduled Waste Information System (eSWIS), dengan izin, Online Environmental Reporting (OER), System Environmental Mainstreaming Tools dan Integrated Invert Monitoring System Air Remote dan Continuous Emission Monitoring System (CEMS).

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Soalan seterusnya ada soalan tambahan kedua. Silakan Yang Berhormat Merbok.

final • 11:00 AM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya mengikuti jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi yang mengatakan berkenaan kekeruhan. Ini juga berlaku di Merbok. Saya bagi contoh, oleh sebab loji itu dari tahun 1945, maka ia tidak mampu merawat NTU yang tinggi, sebab itu apabila hujan lebat, kekeruhan sangat tinggi, maka terpaksa shut down dia punya loji.

Jadi soalan saya, pada tahun 2019, syarikat Ranhill Utilities Berhad ada macam portable. Jadi, adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh mengusahakan cara merawat air yang segera seperti yang ada teknologi pada Ranhill itu, maknanya air sungai di hilir pun boleh dibersihkan dan kita boleh minum. Sebab saya rasa, kalau kita kata tunggu peruntukan, tunggu projek baru dan sebagainya, sebab saya rasa masalah isu air ini seluruh negara. Terutamanya di Sabah dan Sarawak. Jadi, saya mohon pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan tersebut. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

final • 11:00 AM

Dato’ Mansor bin Othman

Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Yang seperti Yang Berhormat Merbok sebutkan tadi kalau isu utama tentang pencemaran ini adalah tentang kekeruhan oleh disebabkan elemen ataupun kompaun yang dilepaskan dalam saluran air.

Untuk itu, seperti yang saya sebutkan tadi, kementerian melalui NAHRIM, Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia sedang menjalankan beberapa kajian untuk mengenal pasti beberapa langkah yang lebih saintifik lagi untuk kita tangani isu ini dan dalam Hala Tuju Inovasi Air Negara, seperti yang fokus utama, untuk sungai yang lebih bersih, untuk menjaga reserve margin yang terjamin dan untuk air pintar, penggunaan air pintar dan juga untuk pengurangan risiko bencana dan juga pembiayaan dan di antara dalam kajian-kajian ini NAHRIM sedang menjalankan kajian untuk menangani isu-isu yang disebutkan oleh Yang Berhormat Merbok tadi. Insya-Allah, kita akan sampai. Terima kasih.

final • 11:00 AM

8. Tuan Chan Foong Hin [Kota Kinabalu] minta Perdana Menteri menyatakan statistik penjawat-penjawat awam yang enggan terima atau belum sedia terima vaksinasi COVID-19 tanpa alasan kukuh setelah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mewajibkannya mulai 1 November melalui pekeliling. Nyatakan jumlah penjawat awam yang sudah dikenakan tindakan disiplin.

final • 11:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan daripada Yang Berhormat Kota Kinabalu yang ingin mengetahui statistik penjawat-penjawat awam yang enggan ataupun belum menerima vaksin COVID-19 tanpa asalan kukuh dari Jabatan Perkhidmatan Awam. Yang Berhormat Kota Kinabalu juga ingin mendapat tahu jumlah penjawat awam yang sudah pun dikenakan tindakan disiplin.

Untuk pengetahuan Dewan yang mulia, penguatkuasaan ini telah dibuat 1 November 2021. Data mutakhir yang ada daripada Communicable Diseases Research Centre (CDRC) dengan JPA, mereka yang masih enggan atau belum lagi divaksin adalah dalam lingkungan 1.8 percent daripada 1.6 juta orang penjawat awam. Hari ini 10 November 2021, 10 hari selepas dikuatkuasakan, tindakan disiplin masih belum lagi diambil tindakan. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Soalan tambahan.

Sila, Yang Berhormat Kota Kinabalu.

final • 11:10 AM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

Saya meneliti jawapan yang dibekalkan oleh Yang Berhormat Menteri. Di bawah Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib), sebanyak tujuh hukuman tatatertib boleh dikenakan.

Yang Berhormat Menteri pun menyatakan bahawa sampai sekarang belum sebarang tindakan disiplin diambil. So, saya hendak tanya, apakah jenis hukuman tatatertib yang akan diambil setimpal dengan apa yang anti-vax di kalangan penjawat awam yang enggan mengambil vaksin ini? Apakah hukuman yang setimpal?

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu. Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 AM

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih soalan tambahan. Kenapa kita adakan pekeliling ini yang ada legal standi mulai 1 Oktober 2021 adalah semata-mata bagi memastikan penyampaian khidmat awam tidak terganggu.

Proses untuk mengambil tindakan kepada mana-mana kakitangan awam, ia ada prosesnya, Tuan Yang di-Pertua.

Pertama sekali, ketua jabatan kena mengutus surat tunjuk sebab. Penjawat awam yang enggan ini diberi tempoh 21 hari untuk menjawab soalan tersebut. Jika tidak memuaskan, satu jawatankuasa domestic inquiry dan jawatankuasa disiplin akan dibentuk oleh jabatan tersebut bagi tindakan-tindakan seterusnya.

Betul, seperti kata Yang Berhormat Kota Kinabalu, ada banyak jenis tindakan, amaran, celaan, boleh kita tidak bagi dia kenaikan pangkat, kita boleh tahan gaji. Ini semua perkara yang kita boleh ambil tindakan kepada kakitangan awam. Apa pun, proses keadilan itu perlu berjalan dengan baik, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Soalan tambahan yang kedua.

final • 11:10 AM

Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam

Sabak Bernam.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila, Yang Berhormat Sabak Bernam.

final • 11:10 AM

Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan jawapan tadi.

Saya mendapat maklumat seramai 2,500 orang kakitangan guru anti-vaksin.

Saya rasa guru-guru ini mempunyai opsyen-opsyen yang tertentu. Jadi, apakah langkah tindakan kepada guru-guru yang tidak divaksin ini? Adakah ada tindakan lain untuk memastikan― kerana saya yakin bahawa guru ini di serata Malaysia ini mempunyai opsyen-opsyen yang tertentu. Ini sudah tentulah akan menjejaskan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam pembelajaran di sekolah. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Sila, Yang Berhormat Menteri. Satu minit.

final • 11:10 AM

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sabak Bernam dia seorang bekas pendidik, pernah jadi pegawai pendidikan daerah. Dia memang mahir dalam hal-hal tersebut.

Akan tetapi, apa yang Jabatan Perkhidmatan Awam lakukan adalah untuk memastikan sistem penyampaian pendidikan ini dapat diberi kepada rakyat secara optimum. Bermakna, kalau guru itu dia terlatih dalam bidang matematik tetapi oleh kerana dia tidak hendak terima vaksin, maka dia sudah tidak menjalankan tugasnya sebagai pendidik. Ya, kita boleh tukarkan dia ke tempat-tempat lain tetapi ia tidak menyelesaikan masalah.

Sebab itu, perkara-perkara yang diputuskan di peringkat Kabinet mengenai tindakan yang wajib dikenakan kepada kakitangan awam adalah semata-mata untuk kepentingan perkhidmatan itu. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

[****Soalan No. 9 –** YB. Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah (Lenggong) tidak hadir] [****Soalan No. 10 –** YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail (Kulim-Bandar Baharu) tidak hadir]

final • 11:10 AM

11. Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [Setiu] minta Perdana Menteri menyatakan sejauh mana pelaksanaan kursus pra-perkahwinan kepada komuniti OKU telah dijalankan sebagaimana yang telah digariskan dalam Dasar Pemerkasaan OKU Rabbani dan bilangan peserta yang telah menyertainya.

final • 11:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Petua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Setiu.

Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai agensi penyelaras telah menyediakan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam yang sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa. Modul ini telah diguna pakai untuk kegunaan pelaksanaan kursus pra perkahwinan Islam yang dilaksanakan oleh jabatan agama Islam negeri-negeri. Dalam penyelarasan urusan perkahwinan, kerajaan memahami kekangan yang dihadapi oleh golongan OKU. Sehubungan itu, antara usaha kerajaan adalah seperti berikut.

Pertama, pengecualian Kursus PraPerkahwinan Islam kepada golongan OKU selaras dengan keputusan Persidangan Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Seluruh Malaysia kali ke-39 Tahun 2018.

Kedua, pelaksanaan Kursus PraPerkahwinan Islam khas kepada golongan OKU dianjurkan oleh JAWI pada tahun 2017 dengan 47 orang peserta dengan kerjasama persatuan bagi memudahkan pengurusan seperti Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia

(PRISMA).

Ketiga, pembangunan Pelan Tindakan OKU Muslim yang mendukung Pelan Tindakan OKU Kebangsaan dan juga Dasar OKU Negara yang sedia ada di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Perkara ini akan diambil kira dan dibincangkan untuk diberi perhatian dalam penggubalan pelan tersebut.

Seperti mana yang telah dimaklumkan, bahawa golongan OKU telah diberikan pengecualian. Maka, jumlah penyertaan daripada golongan ini adalah tidak ramai dan rekod penyertaan mereka pun amat sedikit. Data yang diperoleh dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) contohnya, merekodkan kursus pra perkahwinan Islam untuk OKU hanya seramai 36 orang pada tahun 2019 daripada kalangan OKU pendengaran.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih. Soalan tambahan. Sila, Yang Berhormat Setiu.

final • 11:10 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut golongan OKU diberi pengecualian dalam menyertai kursus perkahwinan ini.

Soalan saya. Adakah kementerian mempunyai alternatif lain bagi memastikan golongan OKU ini juga mendapat ilmu pengetahuan berkaitan dengan perkahwinan, penceraian dan lain-lain? Sekian.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Silakan, Yang Berhormat Menteri. Satu minit.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Sebenarnya memang dapat permintaan daripada pihak OKU. Mereka sendiri pun merasakan kenapa mereka tidak perlu untuk kursus praperkahwinan ini.

Maka atas asas ini, JAKIM dalam usaha menambah baik sistem pengurusan perkahwinan Islam akan mempertimbangkan juga pembangunan e-Learning bagi kursus perkahwinan Islam. Pelaksanaan kursus praperkahwinan Islam melalui e-Learning akan mempertimbangkan penyampaian modul kursus yang lebih interaktif dan mesra OKU seperti paparan grafik, penyediaan jurubahasa isyarat pada rakaman video penceramah serta animasi yang selaras dengan kandungan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad

Pegawai runding cara di peringkat Jabatan Agama Islam Negeri juga berperanan untuk membantu OKU dengan bantuan melalui jurubahasa dan sebagainya. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila, soalan tambahan kedua. Sila Yang Berhormat Kota Raja.

final • 11:20 AM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Tuan Yang di-Pertua, mengenai OKU ini masalahlah. Kadang penglihatan, kadang pendengaran, kadang tubuh badan mereka yang kurang sempurna. Bolehkah dipermudahkan perkahwinan mereka ini secara nikah online atau cerai online yang dilakukan— ada Ahli-ahli Parlimen yang lakukan seperti itu?

Bolehkah dipermudahkan mereka menikah dan cerai online?

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 11:20 AM

Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Raja. Sebenarnya, dalam soal untuk kursus pra- perkahwinan kepada OKU ini dikecualikan kerana kita pertimbangkan. Akan tetapi atas permintaan mereka sendiri, mereka juga minta supaya diadakan kursus kepada mereka sebagai penambahbaikan mereka dalam mendirikan rumah tangga. Dalam soal prosedur- prosedur perkahwinan itu, kita boleh rujuk kepada negeri masing-masing. Selepas itu kita PM tepilah, Yang Berhormat Kota Raja.

final • 11:20 AM

12. Puan Vivian Wong Shir Yee [Sandakan] minta Menteri Kanan Kerja Raya menyatakan apakah status terkini Pakej 28, 29 dan 30 bagi Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dari Telupid ke Beluran, yang mana telah diluluskan untuk tender pada 2020.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Arthur Joseph Kurup

Selamat pagi.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1 dengan anggaran jarak keseluruhan 706 kilometer, dibahagikan kepada 35 buah pakej. Sehingga kini, 12 buah pakej kerja telah dibuat pelantikan kontraktor bagi tujuan kerja-kerja pembinaan dengan status kemajuan pembinaan sehingga Oktober 2021 bagi pakej kerja yang telah dimulakan adalah 62 peratus.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Arthur Joseph Kurup

Merujuk kepada soalan Ahli Yang Berhormat, surat setuju terima (SST) bagi Pakej Kerja 28, 29 dan 30 yang melibatkan laluan dari Sandakan mile 32 sehingga ke Sungai Bauto itu telah dikeluarkan pada 13 September 2021. Kerja-kerja pembinaan bagi ketiga- tiga pakej ini baru mula, milik tapak telah diserahkan pada 11 Oktober tahun ini dan kerja pembinaan akan dijangka mengambil masa selama 36 bulan dan dijangka siap pada Oktober 2024.

Pakej ini melibatkan pembinaan jalan sepanjang 58 kilometer dengan kos pembinaan sebanyak RM877 juta, merupakan sebahagian daripada keseluruhan jajaran yang akan merentasi Sandakan hingga ke Telupid. Secara keseluruhannya, skop pembinaan jalan ini akan melibatkan kerja-kerja menaik taraf daripada dua buah lorong dua hala kepada empat buah lorong dua hala dan terdapat juga pembinaan tiga buah jambatan baharu dan sebuah persimpangan yang bertingkat.

Apabila siap, laluan ini akan menyediakan akses perhubungan darat yang selesa, cekap dan selamat secara bebas tol, terutama kepada penduduk di sekitar daerah Beluran. Laluan ini juga akan mempermudah urusan logistik dan pasaran hasil pertanian di Daerah Telupid dan mampu merancakkan aktiviti pelancongan di sekitar daerah Sandakan.

Kesalinghubungan jaringan pengangkutan yang baik secara tidak langsung akan merangsang aktiviti sosioekonomi penduduk setempat, perwujudan pekerjaan baharu dan sekali gus mengurangkan ketidakseimbangan antara wilayah. Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah ini ialah satu komitmen Kerajaan Persekutuan dalam mewujudkan pembangunan yang mampan, seiring dan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif untuk semua lapisan masyarakat, etnik dan wilayah. Sekian dan terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila, soalan tambahan pertama, Yang Berhormat Sandakan.

final • 11:20 AM

Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang begitu lengkap. Soalan saya seterusnya adalah, kesemua projek yang telah di tender ini, adakah merangkumi warranty pembaikan seperti pembaikan lubang-lubang jalan raya serta tiang-tiang lampu? Soalan ini juga ditujukan kepada semua jalan raya di bawah jagaan Federal, di mana kami diberitahu daripada pihak MPS, kesemua kerja penyelenggaraan masih adalah di bawah tanggungjawab JKR, seperti pokok-pokok yang berbahaya juga adalah under Jabatan Kerja Raya. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:20 AM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, JKR Persekutuan hanya ada kuasa untuk maintain atau menyelenggarakan jalan di bawah Kerajaan Persekutuan. Jadi, contohnya untuk Lebuhraya Pan Borneo ini, setelah projek ini telah siap ia ada macam dikira probation ataupun warranty period. Kalau tidak silap, selama 24 bulan sebelum ia akan diserahkan kepada pihak konsesi untuk maintenance bagi jangka masa panjang. Saya boleh dapatkan butiran yang lebih terperinci untuk Yang Berhormat Sandakan nanti. Sekian dan terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Beaufort.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun - Beaufort

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga mendapati bahawa jalan-jalan yang sedang dibuat sekarang Jalan Lebuhraya Pan Borneo yang menghala dari Kota Kinabalu sampai ke Beaufort itu banyak masalah.

Memang ada jalan-jalan yang rosak disebabkan pembinaan ini, termasuk juga dalam kawasan dalam Daerah Beaufort itu sampai ke Sipitang, banyak jalan yang rosak dan kita menerima banyak aduan daripada rakyat. Jadi, apakah tindakan pihak kementerian untuk memastikan bahawa kontraktor-kontraktor yang terlibat ini membaik pulih jalan-jalan yang terjejas disebabkan kerja-kerja mereka? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 11:20 AM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Yang Berhormat dari Beaufort.

Jajaran yang disebutkan oleh Yang Berhormat Beaufort tadi memang dimasukkan dalam fasa 1 jajaran Lebuhraya Pan Borneo bagi Sabah. Bagi keseluruhan ini, kita sudah mulakan sebanyak 15 buah pakej. Status pembinaan itu hanya sebanyak 62 peratus sahaja. Bermakna bahawa kerja-kerja pembinaan ini masih sedang berjalan.

Dalam tempoh pembinaan ini, sememangnya akan terdapat orang bilang inconvenience, waktu pembinaan itu tetapi kita bagi jaminan bahawa ketidakselesaan ini hanya bersifat sementara sahaja. Pada masa yang sama, kita akan memastikan pihak- pihak kontraktor akan mengambil langkah-langkah yang terbaik untuk memastikan keselesaan dan juga keselamatan para pengguna sewaktu tempoh pembinaan ini. Sekian dan terima kasih.

final • 11:20 AM

13. Datuk Wilson Ugak anak Kumbong [Hulu Rajang] minta Menteri Kanan Pertahanan menyatakan apakah status pembinaan Jalan Jiwa Murni dari Fasa II Pekan Belaga ke Nanga Merit dan seterusnya ke Jambatan Baleh, Kapit.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Rajang yang bertanya tentang status pembinaan jalan, dilaksanakan Projek Jiwa Murni oleh Angkatan Tentera Malaysia. Untuk makluman Yang Berhormat Hulu Rajang, Projek Jiwa Murni bagi pembinaan jalan dari Belaga ke Nanga Merit sepanjang 130 kilometer dijangka siap sepenuhnya Oktober 2022.

Ini selaras dengan kelulusan lanjutan masa ketiga yang diberikan oleh pihak kontraktor kerana sekatan kerja pembinaan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi menyekat penularan COVID-19 yang dilaksanakan pada tahun lepas dan tahun ini, selain faktor kekerapan hujan yang tinggi di kawasan tapak bina berkenaan.

Sehingga kini, kemajuan kerja pembinaan jalan berkenaan ialah sebanyak 83.37 peratus. Manakala bagi projek pembinaan jalan dari Nanga Merit ke Sungai Baleh sepanjang 60 kilometer, kemajuan terkini ialah 95.16 peratus dan projek dijangka siap sepenuhnya pada Februari tahun hadapan. Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan Projek Jiwa Murni bagi kedua-dua projek ini akan dapat menghubungkan sebanyak 101 buah kampung dengan memberi manfaat kepada 19,000 orang penduduk kawasan berkenaan.

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan pertama.

final • 11:20 AM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya rasa legalah pagi ini. Walau bagaimanapun, semasa pembentangan Bajet 2022 yang lalu Yang Berhormat Menteri Kewangan telah mengumumkan mengenai peruntukan sebanyak RM46 bilion bagi tujuan pembangunan jalan dan infrastruktur asas di negeri Sarawak.

Jadi, saya mohon dan ingin bertanya, apakah sebahagian bajet berkenaan akan turut digunakan bagi meneruskan Projek Jiwa Murni ini, pembinaan jalan raya oleh ATM di negeri Sarawak? Apakah perancangan masa hadapan pihak kementerian menyentuh usaha ini, Yang Berhormat? Mohon beri penjelasan, terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz

Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Hulu Rajang mengenai soalan tambahan. Buat masa ini Kementerian Pertahanan, kita belum lagi menerima butiran terperinci bagi peruntukan yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan atau sekiranya peranan Kementerian

final • 11:30 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz

Pertahanan diperlukan bagi membantu aspek pembinaan jalan di Sarawak di bawah Projek Jiwa Murni.

Untuk makluman semualah, suka saya kongsi di sini, sejak tahun 2018, Kementerian Pertahanan telah memutuskan bahawa semua projek baharu bagi pembinaan jalan di kawasan pedalaman di Sarawak akan dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar sesuai dengan peranan kementerian tersebut, ya.

Namun demikian, Kementerian Pertahanan, kita bersedia sekiranya diperlukan bagi membina kemudahan asas. Contohnya- sesuailah dengan kekuatan yang ada pada ATM. Sebagai contoh, jambatan, jalan-jalan pedalaman dan rumah-rumah ataupun bekalan air bersih luar bandar jika diminta dan diperlukan. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Labuan ada? Yang Berhormat Labuan ya.

final • 11:30 AM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai kesesuaian ATM untuk melaksanakan pembinaan jalan raya berkualiti di pedalaman Sabah dan Sarawak melalui Projek Jiwa Murni memandangkan tanggungjawab ini seharusnya dipikul oleh pihak KKR dan KPLB berbanding ATM yang menjaga keselamatan negara. Mohon jawapan.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:30 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Labuan.

Keupayaan ATM sejak zaman darurat lagi, kita melalui pelaksanaan program dipanggil Keselamatan dan Pembangunan (KesBan), kita sudah terbukti, kita dapat membantu masyarakat setempat di pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak melalui Projek Jiwa Murni ATM bagi pembinaan kemudahan asas seperti jalan dan jambatan.

Sejak tahun 2009 hingga 2020, ATM sudah berjaya melaksanakan 18 Projek Jiwa Murni dengan kos keseluruhan sebanyak RM938 juta. Projek ini sesungguhnya telah memberi manfaat kepada penduduk setempat dengan pembinaan jalan sepanjang 461 kilometer dan 82 buah jambatan di Bahagian Limbang dan Kapit, Sarawak.

Seperti yang saya maklum tadi, soalan tambahan di Yang Berhormat Hulu Rajang tadi, sesuai dengan perubahan zaman bermula pada tahun 2018, Kementerian Pertahanan telah putuskan bahawa semua projek baharu pembinaan jalan di kawasan pedalaman di Sarawak akan dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar

(KPLB).

Namun demikian, seperti yang saya nyatakan lagi sekali, jawapan saya tadi, ATM sedia, ya, kita bersedia dalam aspek keselamatan dan pembangunan dalam menawarkan kepakaran sedia ada terutama Rejimen Askar Jurutera Diraja dalam pembinaan kemudahan asas seperti jalan raya di kawasan pedalaman, jambatan, pembaikan rumah- rumah dan bekalan air bersih. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat semua, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih semua.

Usul Yang Berhormat Menteri ya.

[Sesi bagi Pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tuan Yang di-Pertua; “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga 6.30 petang dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 11 November 2021”.

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada yang menyokong?

final • 11:33 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) - Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:33 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2022 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2022

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2022 ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” "Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari tujuh puluh tujuh bilion dan enam ratus juta ringgit (RM77,600,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2022, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2022, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 32 Tahun 2021, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [9 November 2021]

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya menjemput Yang Berhormat Pagoh.

final • 11:33 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, saya.

final • 11:33 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Sebelum itu, selamat pagi Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Selamat pagi.

final • 11:33 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya bangun untuk membangkitkan Peraturan Mesyuarat 18(1).

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 11:33 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya baca peraturan tersebut. “Siapa-siapa Ahli selain Menteri bolehlah berdiri di tempatnya meminta kebenaran hendak merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan dengan membacakan teks Usul.”

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 11:33 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pada 8 Oktober, saya telah mengusulkan satu Usul ke Pejabat Tuan Yang di-Pertua untuk membahaskan suatu isu berkepentingan orang ramai iaitu penyalahgunaan dan penyelewengan geran atau dana MITRA, di mana saya masih belum lagi menerima maklum balas.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, selepas perkara ini dibahaskan di Dewan yang mulia ini, pihak SPRM telah membuat tangkapan ke atas seramai lebih kurang 15 hingga 16 orang daripada beberapa buah syarikat atau NGO. Kita lihat- Dana MITRA iaitu pengagihan kotak makanan dan sebagainya.

Saya telah menerima maklum balas dan tekanan daripada orang awam, kenapakah pemimpin-pemimpin daripada Parti MIC belum lagi ditangkap oleh pihak SPRM dan disiasat? Kenapa hanya ‘ikan-ikan bilis’ sahaja ditangkap? Kenapa ‘ikan-ikan jerung’ yang masih lagi ada di luar sana belum ditangkap? Adakah pihak SPRM takut dengan pemimpin-pemimpin MIC?

Jadi, saya mendapat desakan daripada rakyat terutamanya orang India untuk membahaskan perkara ini. Hal ini demikian kerana kalau mereka pemimpin-pemimpin MIC tidak ditangkap, perkara ini tidak boleh diselesaikan dan saya mohon penjelasan.

Mohon diberikan ruang dan peluang untuk membahaskan perkara ini kerana perkara ini merupakan perkara yang hangat sedang dibincangkan di luar sana dan saya mohon diberikan peluang untuk perkara ini dibahaskan oleh semua Ahli Yang Berhormat yang ada di Dewan yang mulia ini. Pohon panduan Tuan Yang di-Pertua yang budiman.

Terima kasih.

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, maaf. Saya ingatkan, saya sudah jawab kepada Yang Berhormat melalui surat bertarikh 12 Oktober bahawa usul itu ditolak. Ada?

final • 11:33 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ditolak?

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Pada 12 Oktober.

final • 11:33 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya tidak menerima sebarang maklum balas tetapi bolehkah saya mohon menggunakan peluang ini untuk merayu supaya perkara itu masih dibahaskan kerana Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya perlu rujuk semula kepada surat usul Yang Berhormat yang mula-mula itu. Boleh begitu?

final • 11:33 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ya dan Tuan Yang di- Pertua sebagai seorang yang merupakan seorang peguam yang tersohor juga memahami bahawa ini merupakan perkara yang perlu dibahaskan untuk kita mengetahui, apa yang sebenarnya berlaku. Jangan benarkan orang-orang yang bertanggungjawab itu dibebaskan begitu saja. Saya merayu, kalau pihak SPRM sedang menonton, tolonglah tangkap ‘ikan-ikan jerung’, pemimpin-pemimpin MIC yang terlibat. Jangan benarkan mereka begitu saja dibebaskan. Terima kasih.

final • 11:33 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Saya sokong, saya sokong.

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 11:33 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Bolehkah juga Tuan Yang di-Pertua pertimbangkan semula dan maklumkan saya, apa yang akan berlaku kepada usul saya.

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Nanti saya tengok semula. Saya pun sudah lupa sebenarnya, 12 Oktober dulu. Nanti saya tengok.

final • 11:33 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Jadi saya akan tunggu untuk maklum balas dan saya berharaplah bahawa Tuan Yang di-Pertua akan memberikan saya ruang untuk membahaskan.

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya akan jumpa Yang Berhormat.

final • 11:33 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih.

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Terima kasih. Ya, saya ingin mempersilakan Yang Berhormat Pagoh. Masa 20 minit Yang Berhormat, selaku Ketua Parti.

final • 11:33 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya terutamanya untuk merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan atas pembentangan Belanjawan 2022 pada 29 Oktober yang lalu.

Seperti yang saya tekankan sebelum ini, proses pemulihan negara tidak berlaku dalam sehari dua. Alhamdulillah, hari ini rakyat mula melihat cahaya di hujung terowong, hasil kejayaan Kerajaan Perikatan Nasional menguruskan COVID-19 lebih setahun yang lalu di samping program vaksinasi yang kita laksanakan mulai bulan Februari tahun ini yang hari ini menyaksikan kes positif COVID-19 di negara kita semakin berkurangan.

Ekoran daripada strategi vaksinasi yang mantap, Malaysia muncul antara negara yang mencatatkan kadar imunisasi tertinggi di dunia dengan lebih 95.95 peratus pada populasi dewasanya telah divaksin sepenuhnya dan sehingga kini hampir 70 peratus remaja berumur antara 12 sehingga 17 tahun telah lengkap divaksin dengan 83 peratus daripada mereka telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Hasilnya hari ini, sektor pendidikan telah dibuka semula dengan sesi persekolahan dan pengajian anak-anak kita di institusi pengajian tinggi secara bersemuka telah pun dimulakan secara berperingkat. Di samping itu, sektor ekonomi dan sosial pula hampir kesemuanya telah beroperasi semula

final • 11:38 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Insya-Allah, sektor pelancongan juga akan kembali rancak dengan pembukaan sempadan negeri dan negara kita tidak lama lagi. Saya percaya dengan pembukaan sektor-sektor ini dalam suasana norma baharu ditambah dengan bantuan kerajaan yang berterusan akan membantu merancakkan lagi proses pemulihan negara seperti yang dirancang.

Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2022 amat penting bagi memastikan kesinambungan segala usaha dan inisiatif yang telah dimulakan oleh kerajaan dahulu.

Semenjak Mac tahun yang lepas termasuk lapan pakej rangsangan ekonomi dan Belanjawan 2021 dapat terus kukuh memacu pemulihan negara pasca COVID-19.

Pada dasarnya saya mengalu-alukan inisiatif dalam belanjawan kali ini.

Terutamanya dalam usaha kerajaan untuk meneruskan pelbagai bentuk bantuan langsung kepada rakyat di samping insentif untuk melonjakkan sektor industri dan peniagaan bagi meringankan beban semua pihak yang terkesan.

Namun begitu, pemulihan bukan hanya bermakna membawa negara kembali kepada kedudukan asal sebelum pandemik. Sebaliknya, kita mahu mencapai tahap yang

final • 11:40 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

lebih baik daripada itu. Justeru, usaha-usaha pemulihan perlulah bersifat luar biasa dengan izin, out of the box dan superefficient bagi mewujudkan pertubuhan yang mantap dan gemilang yang mampu meletakkan kembali Malaysia di landasan yang betul untuk mencapai tahap status negara maju berpendapatan tinggi.

Seperti yang selalu saya tekankan di sini, pendekatan bersepadu seluruh negara atau dengan izin, whole-of-nation approach perlu didakap erat, dihayati dan dijayakan oleh setiap orang daripada rakyat negara yang tercinta ini. Janganlah ada di antara kita hanya berpeluk tubuh, jangan pula hanya tahu menuding jari mencari salah orang lain seolah- olah kita sahaja yang betul. Sebaliknya, masing-masing perlu mengambil tanggungjawab untuk memulihkan negara ini secara bersama-sama.

Tuan Yang di-Pertua, selepas melalui episod getir pandemik COVID-19 lebih setahun lamanya, tidak boleh kita nafikan pentingnya untuk menambah baik sistem kesihatan dan penjagaan kesihatan di negara kita. Semasa saya menjadi Perdana Menteri, saya telah pun mencadangkan pelan induk Pembaharuan Sistem Penjagaan Kesihatan Malaysia, dengan izin Malaysia Healthcare System Reform Blueprint ini dibangunkan.

Ini merupakan iktibar daripada apa yang telah kita lalui yang memperlihatkan kelemahan sistem kesihatan kebangsaan daripada segi logistik, fasiliti malah tahap kesiapsiagaan para profesional dan petugas kesihatan. Sistem kesihatan kita hampir lumpuh, impak daripada pandemik yang di luar dugaan ini.

Saya bersetuju bahawa sejumlah peruntukan yang besar perlu menambah baik fasiliti kesihatan dan menjaga kebajikan para petugas kesihatan di dalam negara kita.

Namun pada masa yang sama, kita juga perlu agresif meneroka potensi industri pharmaceutical untuk meningkatkan keupayaan Malaysia dalam menghasilkan ubat- ubatan berasaskan kekayaan sumber asli tempatan termasuklah herba. Langkah ini akan dapat mengurangkan kebergantungan ubat-ubatan import dan meningkat akses ubat- ubatan untuk semua.

Galakan pelaburan dalam bidang pendidikan dan pembangunan R&D, yang melibatkan institusi tempatan seperti Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) juga perlu dipertingkatkan. Kerajaan juga wajar memperuntukkan sejumlah dana yang mencukupi bagi membiayai intervensi kesihatan terhadap penyakit jarang jumpa ataupun rare diseases termasuk pembiayaan ubat-ubatan orphan medicines. Di bawah pelan induk kesihatan itu, program khusus pembangunan vaksin melalui Institut Genom dan Vaksin Malaysia mesti diwujudkan bagi meningkatkan kesiapsiagaan kesihatan awam negara dalam menghadapi sebarang ancaman pandemik pada masa yang akan datang.

Sistem penjagaan kesihatan juga perlu memberikan tumpuan pada aspek penjagaan kesihatan mental untuk mewujudkan sistem sokongan yang kukuh kepada rakyat terutamanya kumpulan yang menghadapi masalah tekanan kerja yang serius seperti frontliners iaitu petugas barisan hadapan kesihatan dan keselamatan.

Tuan Yang di-Pertua, sektor pendidikan telah menerima peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2022 iaitu sebanyak RM67.1 bilion atau sekitar 20 peratus daripada keseluruhan jumlah belanjawan. Peruntukan ini meliputi RM52.6 bilion untuk Kementerian Pendidikan manakala RM14.5 bilion lagi untuk Kementerian Pengajian Tinggi.

Kita berterima kasih di atas komitmen kerajaan untuk meneruskan inisiatif sedia ada seperti menyediakan peranti dan gajet kepada pelajar di bawah B40 di bandar dan di luar bandar. Pemerkasaan sekolah pendidikan khas. Membaik pulih dan menaik taraf sekolah-sekolah daif di seluruh negara khususnya di Sabah dan Sarawak.

Di sebalik pembangunan prasarana dan penyediaan peralatan untuk proses pengajaran dan pembelajaran ini. Cabaran yang lebih besar ialah memastikan anak-anak kita dapat dibantu untuk mengejar semula pelajaran yang tertinggal dan suasana pembelajaran yang terlepas dalam tempoh pandemik. Ya, kelas secara online ataupun PdPR berjalan sepanjang tempoh sekolah ditutup.

final • 11:40 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Namun, kita tidak boleh menutup sebelah mata, bahawa ada dalam kalangan pelajar yang ketinggalan dan tertinggal terutamanya mereka di pedalaman yang tiada akses kepada internet. Malah, golongan miskin bandar yang tiada gajet yang sesuai untuk belajar secara online. Justeru, kerajaan perlu meneliti dan menangani isu-isu pokok seperti ini.

Saya ingin mencadangkan agar suatu program khas yakni catch up peringkat nasional diperkenalkan khusus untuk membantu pelajar di sekolah ataupun di IPT yang tercicir sepanjang tempoh pandemik sama ada secara hibrid atau bersemuka mengikut kesesuaian pihak sekolah, universiti, guru dan pelajar.

Di bawah catch up program ini, pihak sekolah perlu mengenal pasti pelajar yang tertinggal untuk diberikan tumpuan mengikuti kelas-kelas intensif bagi menggilap semula pembelajaran mereka dan memupuk semangat untuk mencatat keputusan yang baik di dalam pelajaran. Untuk menjayakan program ini, pihak guru dan sekolah perlu diberikan sokongan seperti penyediaan kemudahan peranti, gajet dan internet serta sokongan moral yang kukuh untuk menangani masalah pelajar yang ketinggalan ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan jaminan kerajaan untuk menyediakan 600,000 peluang pekerjaan pada tahun hadapan di bawah inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia yang membabitkan peruntukan RM4.8 bilion. Seiring dengan perubahan landskap pekerjaan, saya berharap kerajaan dapat memberikan penekanan terhadap bidang-bidang kemahiran baharu dalam usaha untuk melahirkan pekerja berkemahiran tinggi terutama yang berteraskan transformasi digital.

Dalam hal ini, penglibatan agensi seperti HRD Corp dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) perlu ditingkatkan selain penyediaan latihan reskilling dan upskilling yang komprehensif. Inisiatif ini perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen agar ia dapat memberikan impak yang positif terutamanya bagi kumpulan yang paling terkesan seperti belia, siswazah menganggur dan pekerja yang hilang punca pendapatan sepanjang pandemik ini. Mereka ini mestilah dibantu.

Tuan Yang di-Pertua, rakyat Malaysia memang terkenal dengan sifat pemurah dan COVID-19 menyerlahkan lagi nilai murni tersebut, apabila ramai individu yang tampil untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

final • 11:40 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

Dalam pada itu, agensi-agensi yang berkaitan seperti Pusat Zakat, Baitulmal, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC), swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) turut tampil membantu. Bagi memastikan penyaluran bantuan dilaksanakan secara cekap, teratur dan sistematik, saya mencadangkan agar satu mekanisme diwujudkan bagi menstruktur semula jenis-jenis bantuan daripada pelbagai pihak ini.

Pertamanya ialah mewujudkan sistem pengurusan bantuan yang bersifat end-to- end process dan juga automatik yang mana bantuan boleh terus dimasukkan ke akaun penerima bantuan dalam kadar segera sekiranya berlaku bencana, musibah, kehilangan kerja ataupun jatuh di bawah kategori miskin ataupun miskin tegar dan keduanya mewujudkan dasar graduasi bantuan ataupun exit policy bagi membolehkan penerima dibantu dalam jangka masa tertentu sehingga mereka ini mampu berdikari dan tidak bergantung kepada bantuan dalam tempoh yang agak lama.

Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha untuk merancakkan semula ekonomi negara di pasca COVID-19 ini, kerajaan hendaklah memberikan fokus untuk menarik lebih banyak pelaburan baru berteknologi tinggi dan juga teknologi hijau untuk jangka masa pendek dan panjang. Untuk itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bersama- sama kementerian lain yang berkaitan, perlulah menggiatkan misi pelaburan ke luar negara di samping meningkatkan kerjasama perdagangan serantau dan global.

Tuan Yang di-Pertua, semenjak lebih setahun lalu, pandemik COVID-19 telah membadai negara dan kehidupan rakyat. Ramai di kalangan mereka khususnya kumpulan M40 dan B40 yang terjejas pendapatannya. Ada yang jatuh miskin, perniagaan “gulung tikar” dan sebagainya. Kemiskinan kini menjadi satu masalah utama yang perlu ditangani oleh pihak kerajaan. Sehubungan itu saya berharap segala bantuan yang sewajarnya

final • 11:50 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh

yang telah pun diumumkan dalam Belanjawan 2020 dapat disalurkan terus kepada sasaran.

Langkah ini amat penting untuk memastikan golongan yang terkesan dapat dibantu segera dan tidak dibiarkan merana. Dalam pada itu, penyampaian segala insentif untuk komuniti perniagaan mestilah dipermudahkan untuk membantu mereka bangkit semula dan meraih keuntungan yang kesannya akan memberikan impak yang positif kepada ekonomi negara.

Terbaru, Moody’s Analytics mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang kepada 5.0 peratus tahun depan disokong oleh pembukaan semula perjalanan semula domestik dan antarabangsa, kenaikan harga komoditi dan peningkatan dalam perdagangan global. Pastinya unjuran ini dapat berasaskan sentimen pengguna dan komuniti perniagaan, berikutan pembukaan pesat semua sektor ekonomi dan sosial hasil kejayaan program vaksinasi kita ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong Belanjawan ini. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Pagoh. Seterusnya, saya ingin mengumumkan senarai pembahas sebelum pukul 1.00 petang, insya-Allah ya. Kita akan mulakan selepas ini dengan Yang Berhormat Klang, diikuti dengan Yang Berhormat- Yang Berhormat berikut Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Jerantut dan Yang Berhormat Padang Serai.

Yang Berhormat Klang, silakan.

final • 11:50 AM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Selamat pagi dan salam sejahtera kepada semua kawan di sini. Saya akan membincang lebih kurang lima ke enam perspektif berkait dengan Bajet 2022. Pertama ialah meminta kerajaan untuk meningkatkan peruntukan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi demi kepentingan small and medium industries. Walaupun kebanyakan negeri telah memasuki ke fasa tiga dan empat dalam Pelan Pemulihan Negara, tetapi masih ada sebilangan besar perniagaan khususnya SME, perniagaan mikro dan informal yang mengalami kesukaran untuk menjalankan perniagaan akibat kesan lockdown dan pandemik yang masih berlanjutan.

Kebanyakan daripada peniaga-peniaga ini telah menghabiskan wang simpanan untuk mengekalkan perniagaan dan kini sedang mengalami aliran tunai yang amat kritikal

(cash flow problems). Malah daripada bancian pejabat saya dengan lebih kurang 1,192 peniaga kecil 60 peratus daripada mereka tidak mendapat sebarang bantuan termasuk pinjaman daripada institusi kewangan walaupun berkait dengan pihak kerajaan.

Kebanyakan pemilik-pemilik perniagaan kecil ini adalah golongan M40 tetapi kini telah tergelincir ke kumpulan B40. Ada peniaga-peniaga kecil yang tidak berkemampuan untuk membayar hutang, sewa premis dan juga bil-bil utiliti dan sebagainya. Akhirnya mereka terpaksa bergantung kepada pinjaman along dan mendedahkan lebih ramai peniaga-peniaga terjerumus ke dalam kemiskinan.

Kerajaan harus memainkan peranan penting dalam masa permulaan pemulihan yang paling kritikal ini untuk membantu perniagaan mikro dan SME. Andaikan sesebuah perniagaan mikro ataupun kecil mengupah tiga hingga lima pekerja, kerajaan dapat menyelamatkan sejuta pekerjaan hanya membantu dengan 200,000 perniagaan mikro kecil.

Oleh yang demikian, saya mencadangkan kerajaan untuk mengkaji dan meningkatkan peruntukan sejumlah RM1.5 bilion kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk membolehkan lebih ramai pinjaman dibuat dan juga minta kementerian untuk mengatakan kaedah-kaedah dan cara-cara untuk menolong peniaga- peniaga kecil dalam keadaan kecemasan ataupun dalam keadaan ICU.

final • 11:54 AM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Kedua Tuan Yang di-Pertua, ialah pulangkan wang simpanan pencarum yang terdesak. Mengikut laporan KWSP (EPF), 73 peratus pencarum tidak mempunyai simpanan yang mencukupi sebelum persaraan, 73 percent ini adalah nombor yang begitu besar dan 6.1 juta ataupun 43 peratus pencarum hanya mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000. Daripada kumpulan ini sebanyak 3.?? juta ataupun 25 peratus mempunyai simpanan kurang daripada RM1,000 ini untuk masa pencen. Ini tidak boleh pencen kalau ada RM1,000 untuk semasa persaraan.

Bencana kewangan ini yang dihadapi oleh golongan pekerja ini adalah berpunca daripada tindakan kerajaan yang telah memaksa pekerja dan rakyat biasa khususnya miskin untuk menggunakan wang simpanan mereka untuk menampung keluarga semasa pandemik COVID-19 melalui pengeluaran i-Lestari, i-Sinar dan juga i-Citra. Jelas Tuan Yang di-Pertua, berjuta-juta simpanan kewangan untuk hari tua oleh pencarum KWSP telah hilang serta-merta.

Oleh itu saya ingin memohon kerajaan untuk mempertimbangkan agar membayar balik wang simpanan yang telah diguna pakai kepada pencarum-pencarum ini. Ini adalah kerana kerajaan harus bertanggungjawab dalam pembayaran perlindungan sosial dan bukan menjadikan pencarum mangsa serta mempergunakan wang simpanan pekerja- pekerja yang kebanyakannya adalah dalam kategori miskin.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang penting social protection policy cannot be financed by the victim. It must be financed by the government. Ini adalah prinsip yang diguna pakai di seluruh negara dan juga dilontarkan oleh International Labour of Organization. Ketiga Tuan Yang di-Pertua ialah berkait dengan pengangguran dan konsep jaminan kerja. Saya minta kerajaan supaya ulang kaji konsep jaminan kerja ini. Kadar pengangguran pada bulan Ogos telah mencatat 4.6 peratus ataupun 748,000 penganggur. Pada suku tahun kedua 2021, data daripada Statistik Malaysia (DOSM) menunjukkan bahawa terdapat 143,000 penganggur dalam kumpulan 45 hingga 64 tahun.

manakala penganggur belia adalah lebih kurang 283,000 orang.

Kedua-dua kumpulan ini telah menyumbang sebanyak 56 peratus daripada jumlah pengangguran serta akan menyebabkan jumlah ini akan terus bersaing antara satu sama lain. The older workers will compete with the younger workers, untuk mencari pekerjaan dan keadaan ini bakal menimbulkan konflik persaingan dan juga kecenderungan majikan memberikan gaji lebih rendah atau lebih untuk kebanyakan pekerja dewasa dan juga pekerja belia.

final • 11:54 AM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini saya telah jumpa satu tweet daripada seorang penganggur yang berumur 44 tahun yang sangat kecewa. Sangat kecewa dengan keadaan pekerjaan di Malaysia. Nama beliau adalah ataupun nama samaran beliau adalah @jeffrazi dan saya baca apa yang dia tulis dalam tweet beliau. Dia kata...

“Saya kini berumur 44 tahun. Saya sudah hadir berpuluh-puluh interview...” Berpuluh-puluh interview dah pergi. “...tapi ditolak mentah-mentah atas alasan faktor umur...” Dia tulis lagi, “...nak cakap saya tiada pengalaman kerja, tidak juga. Saya sudah lama bekerja di sebuah syarikat selama bertahun-tahun dan sudah banyak pengalaman bekerja...” Dia tulis lagi, *“...saya cukup teliti semasa menghadiri interview. Sentiasa berpakaian kemas, resume ada, segala sijil-sijil pun sudah standby.

Masa menjawab human resources, saya tenang dan tak gemuruh, jauh sekali memburuk-burukkan company dan majikan lama. Tapi itulah, yang membuatkan saya kecewa ialah human resources menolak permohonan saya atas alasan umur. Saya dinasihatkan supaya pencen sahaja kerana umur 40 dan 50 tahun ke atas sering mengalami masalah kesihatan dan juga mudah emosi di tempat kerja...”* Ini logik saya tak faham tetapi dia tulis. *“...jadi mereka lebih mengutamakan golongan belia ataupun fresh graduate.

Human Resources juga risau yang berumur 40 tahun ke atas akan demand gaji lebih tinggi disebabkan pengalaman lalu mereka di tempat kerja lain. Majikan juga perlu ingat, bukan golongan belia sahaja yang banyak menganggur, golongan senior macam*

final • 12:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

saya...” Senior itu sebenarnya umur 44 tahun bukan senior, tapi dia kata “...golongan senior macam saya juga banyak menganggur sejak PKP. Diskriminasi umur di Malaysia harus dicegah.” Tuan Yang di-Pertua, jelas daripada rintihan penganggur ini yang bernama @jeffrazi, data-data dan statistik-statistik serta kisah-kisah sebegini menunjukkan kerajaan harus mengambil langkah yang drastik untuk campur tangan dalam pasaran buruh serta perlu bertindak pantas bagi menjana peluang pekerjaan kepada golongan penganggur, belia ataupun dewasa.

Walaupun kerajaan memperkenalkan satu inisiatif baharu iaitu JaminKerja tetapi ia hanya memberi subsidi sebanyak 20 peratus gaji bulanan untuk enam bulan pertama dan 30 peratus untuk enam bulan kemudian. Jelas subsidi yang diberi kerajaan adalah terlalu kecil dan tidak ketara ataupun not significant. Majikan tidak akan memanfaatkan inisiatif tersebut memandangkan ia hanya menambah kos operasi dan menambah beban kewangan kepada pemilik-pemilik perniagaan.

Kesudahannya, penganggur berumur 40 tahun yang saya baca tadi, yang dinamakan tadi, masih kekal tidak akan mendapat pekerjaan di bawah konsep JaminKerja. Idea umum jaminan pekerjaan ialah kerajaan menawarkan pekerjaan kepada semua yang sedia, sanggup dan mampu bekerja dengan gaji yang berpatutan. Di sini, kerajaan menjadi majikan pilihan terakhir ataupun employer of last resort. Kelihatannya, kerajaan keliru dengan konsep job guarantee di mana kerajaan sepatutnya memainkan peranan secara aktif untuk mengupah golongan penganggur dan bukan bergantung pada pihak swasta untuk mengambil penganggur-penganggur ini.

Pihak swasta masih mengalami kesukaran dalam pemulihan perniagaan pada waktu sekarang dan mereka tidak ada motivasi, no motivation untuk employ pekerja *who are unemployed.

So,* oleh kerana itu, government must create the employment. Must create the job and ask the employers to take them dan saya cadang supaya kerajaan membayar subsidi gaji bulanan sebanyak RM1,500 seorang pekerja kepada majikan yang akan mengupah golongan penganggur selama 12 bulan. Ini termasuk pekerja-pekerja golongan OKU, wanita dan juga bekas banduan.

So therefore, the group is wider, kategori itu wider. So sekarang, konsep yang diutarakan oleh kerajaan harus diulang kaji. Konsep ini will not be successful. Kita nampak banyak experience dalam negara-negara lain di mana konsep guarantee actually has brought forward, has created more employments than actually what will be created by the private sector itself. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membuat beberapa pandangan iaitu berkait dengan sektor kesihatan dan minta kerajaan supaya memperuntukkan lebih kurang tujuh peratus GDP dalam lima tahun akan datang secara berperingkat untuk peruntukan sektor kesihatan. Bajet tahun 2022 memperuntukkan RM32.4 bilion Kementerian Kesihatan iaitu peningkatan sebanyak 1.5 peratus sahaja dari tahun 2021.

Laporan Economic Outlook 2022 menjangkakan GDP negara pada tahun 2022, tahun depan, dijangka hanya RM1,637.8 bilion. Berdasarkan angka ini, peruntukan RM32.4 bilion kepada KKM ini hanya merangkumi perbelanjaan sebanyak 1.98 GDP untuk sektor kesihatan.

Peruntukan 1.78 peratus ini sangat rendah berbanding dengan cadangan perbelanjaan tujuh peratus GDP untuk sektor kesihatan yang disarankan oleh World Health Organization. Sebagai perbandingan, Australia membelanjakan 9.4 peratus daripada GDP untuk kesihatan. Jepun, 10.2 peratus. Korea Selatan, 7.2 peratus. Malah Cambodia dan juga Vietnam juga membelanjakan lebih kurang lapan peratus hingga 10 peratus untuk sektor kesihatan.

Akan tetapi wang yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2022 untuk sektor kesihatan adalah sangat rendah. Oleh itu, saya cadangkan peruntukan untuk Kementerian Kesihatan dipertingkatkan kepada tujuh peratus GDP dalam tempoh lima tahun yang akan datang secara berperingkat. Ini akan memberi kekuatan kepada Kementerian Kesihatan

final • 12:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

sekiranya berlaku masalah dengan wabak COVID-19 berikutan munculnya varian-varian baharu mutation COVID-19. Saya juga minta pihak kerajaan untuk membentuk satu dana kanser.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, ialah berkait dengan deforestation. Saya mengalu-alukan tindakan kerajaan yang bersetuju untuk menandatangani deklarasi pimpinan mengenai deforestation ataupun hutan dan guna tanah yang akan berlaku di Scotland, di COP26. Dengan deklarasi ini akan memberhentikan segala aktiviti mengenai penebangan hutan dan deklarasi tanah malah mengusahakan langkah-langkah pemulihan menjelang tahun 2030. Saya ingin bertanya kepada kerajaan mengenai komitmen negara kita dan tindakan susulan dalam menambahbaikkan dasar-dasar perubahan iklim bagi menepati unsur-unsur yang dinyatakan dalam deklarasi.

Adakah kerajaan akan mempertimbangkan sekatan kewangan bersasar terhadap pihak berkenaan yang merosakkan alam sekitar untuk mengaut keuntungan? Saya minta kerajaan supaya mewajibkan semua institusi kewangan dan bank untuk menolak pinjaman yang boleh mengakibatkan pemusnahan hutan dalam projek pembangunan mereka.

Selain itu, kerajaan harus memastikan segala laporan environmental impact assessment (EIA) kepada alam sekeliling dipaparkan kepada pihak umum dan menghentikan kerja-kerja pembinaan sekiranya mendapat projek pembangunan termasuk gagal memelihara alam sekitar. Apakah cara kerja di antara agensi-agensi Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk segala aktiviti penebangan hutan?

Akhir sekali, memandangkan Human Rights Council ataupun Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menjana satu resolusi iaitu akses kepada persekitaran, an access to the environment yang selamat, bersih, sihat dan lestari merupakan sebahagian daripada hak asasi manusia yang perlu dilindungi dan dipromosi.

Adakah kerajaan akan bersedia untuk menyokong resolusi tersebut dan juga memasukkan hak alam sekitar ke dalam dasar-dasar kerajaan?

Dengan itu, saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang telah memberikan saya lebih kurang dua minit lagi. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Klang. Seterusnya Yang Berhormat Batang Lupar. Silakan.

final • 12:00 PM

Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas kesempatan yang diberikan kepada Batang Lupar mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2022 pada kali ini.

Terlebih dahulu, setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri serta Kementerian Kewangan atas pembentangan bajet kali ini. Kerajaan telah merancang inisiatif bajet terarah kepada Matlamat Pembangunan Lestari atau SDG.

final • 12:09 PM

Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar

Ia pastinya memacu ke arah perbelanjaan yang mana no one being left behind supaya kita dapat membina semula daya ketahanan negara dan memangkin pembaharuan pasca pandemik. Terima kasih di atas peruntukan bagi menyokong program-program SDG yang dilaksanakan oleh kumpulan rentas parti Parlimen Malaysia atau APPGM-SDG yang menjadi pemangkin kepada usaha pembangunan lestari.

APPGM-SDG akan terus memperkukuhkan gerak kerja sedia ada dengan sasaran supaya ke semua 222 Parlimen terlibat di bawah inisiatif ini pada tahun 2030 insya-Allah merentasi politik.

Tuan Yang di-Pertua, bantuan Keluarga Malaysia yang menyasarkan akan membantu 9.6 juta rakyat Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion dan saya harapkan bukan sekadar gula-gula untuk rakyat tetapi ia merupakan bantuan yang

final • 12:10 PM

Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar

diberikan berdasarkan kajian dan data penelitian terhadap kesan dalam jangka masa panjang.

Satu kajian dilakukan oleh Agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Strategik Nasional atau LAKSANA mendapati bahawa Malaysia telah memperuntukkan bantuan pakej rangsangan ekonomi untuk rakyatnya sebanyak 22.7 peratus berbanding GDP di mana peratusan ini lebih tinggi berbanding Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand.

Data sebegini perlu dijadikan asas dalam melakukan sebarang bentuk perancangan dan memperkenalkan sebarang bentuk bantuan dan program untuk rakyat serta negara. Selain daripada itu juga menerusi Bajet 2022, kerajaan perlu mengaplikasikan konsep bajet responsif gender atau gender responsive budgeting supaya mampu memberikan sekuriti perlindungan dan memperkasa ekonomi kepada golongan rentan.

Tuan Yang di-Pertua, saya menzahirkan penghargaan atas keprihatinan kerajaan persekutuan kerana Sarawak buat kali pertamanya menerima peruntukan terbesar walaupun hanya dengan peningkatan RM158 juta. Sebagai sebuah wilayah, Sarawak memerlukan peruntukan yang lebih tinggi digunakan untuk meningkatkan lagi infrastruktur asas terutamanya di luar bandar di mana terdapat beberapa projek pembangunan yang telah dikenal pasti seperti kemudahan jalan raya, bekalan air bersih, bekalan elektrik dan ubah suai sekolah-sekolah.

Bersesuaian dengan status wilayah yang dinaik tarafkan baru-baru ini, Sarawak memerlukan peruntukan selari dengan fokusnya untuk mempercepat dan mengurangkan jurang pembangunan lebih-lebih lagi mengambil faktor keluasan geografinya. Kerajaan telah memberikan komitmen untuk menaik taraf sekolah daif melibatkan peruntukan sebanyak RM746 juta dan daripada jumlah 330 projek, sebanyak 165 projek adalah di Sarawak.

Terima kasih kepada kerajaan di atas keprihatinan projek sambungan ini terutamanya melibatkan sekolah yang benar-benar memerlukan seperti di SK Pulau Seduku dan SK Tebelu yang melibatkan projek pembangunan bangunan secara IBS serta pembangunan semula sekolah yang uzur.

Menaik taraf sekolah perlu dilihat daripada skop yang lebih luas, bukan sekadar infrastruktur, malah juga melibatkan keperluan peranti, akses terhadap pembelajaran, tenaga pengajar dan perlu bersesuaian dengan keadaan dan keperluan setempat.

Penempatan semula GIATMARA Batang Lupar dengan peruntukan RM10.56 juta sangat dialu-alukan bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal. Saya melihat betapa pentingnya pengwujudan institusi kemahiran seperti ini di kawasan saya sebagai salah satu usaha untuk membangunkan golongan belia terutamanya pada era pasca pandemik COVID-19.

Realitinya kemiskinan di Sarawak berada di paras begitu tinggi. Sedangkan negeri ini merupakan sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai sumber yang menyumbang kepada kerajaan. Data terbaru menunjukkan KDNK di Sarawak perkapita adalah setinggi RM48,600 iaitu lebih tinggi berbanding KDNK per kapita di Malaysia iaitu RM43,400.

Tetapi yang jelas, kadar kemiskinan di Sarawak jauh lebih tinggi berbanding kadar kemiskinan di peringkat kebangsaan iaitu di paras 12.9 peratus. Usaha perlu diteruskan untuk meningkatkan lagi KDNK dan pendapatan per kapita di Sarawak di samping terus menurunkan lagi kadar kemiskinan. Tuan Yang di-Pertua, pembangunan pesat sedang berlaku di Kalimantan, Indonesia berikutan pemindahan ibu negara Indonesia.

Oleh itu pembangunan dan keperluan untuk lebih banyak projek yang mampu menjana ekonomi di kawasan sekitar yang terlibat adalah amat penting bagi memastikan limpahan ekonomi dan pembangunan ini akan terus dinikmati bersama khususnya di Sarawak. Saya sangat menghargai usaha kerajaan dalam menambah lapan pos kawalan Pasukan Gerakan Am antaranya di Temong Mura di Sarawak dan menambah empat pintu masuk imigresen baharu seperti di Telok Melano bagi memenuhi keperluan peningkatan pergerakan melalui imigresen.

final • 12:10 PM

Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar

Namun demikian, beberapa kawasan di Sarawak juga telah dikenal pasti sebagai kawasan hotspot penyeludupan dan penyusupan pendatang asing tanpa izin menerusi sempadan iaitu sempadan Sarawak-Kalimantan iaitu di Kuching, Serian dan Sri Aman.

Oleh yang demikian, saya ingin menarik perhatian pihak Kerajaan Persekutuan untuk menambah baik lagi sistem kawalan sempadan dengan penambahan anggota khususnya di kawasan hotspot ini menerusi bajet ini. Tuan Yang di-Pertua, saya amat berterima kasih atas peruntukan berjumlah RM1.5 bilion yang disediakan untuk pembangunan infrastruktur luar bandar khususnya di Sarawak dan Sabah.

Di bawah fokus ketujuh dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 yang lalu juga ada menyatakan bahawa kerajaan akan mempertingkatkan usaha untuk memastikan akses kepada bekalan air bersih luar bandar mencapai 98 peratus. Sudah lama sebenarnya penduduk di luar bandar dahagakan kemudahan bekalan asas yang terbaik dan pada masa yang sama menjalani kehidupan yang lebih selesa dan peruntukan besar sangat diperlukan.

Tuan Yang di-Pertua, penggunaan aplikasi seperti Google Meet dan Zoom merupakan sesuatu yang lazim kini menerusi kaedah pembelajaran secara PdPR atau mesyuarat serta seminar. Malah kempen pilihan raya juga menyarankan kaedah secara online sebagai platform utama. Oleh yang demikian saya mohon supaya mengambil perhatian serius terhadap isu capaian internet dan komunikasi di luar bandar Sarawak.

Walaupun di bawah program JENDELA, Batang Lupar turut menikmati capaian yang lebih baik dengan penaiktarafan menara telekomunikasi. Terima kasih kepada MCMC. Namun memandangkan akses kepada internet ini sudah menjadi keperluan asas dalam kehidupan, maka bagi saya adalah sangat penting untuk kerajaan meluaskan lagi capaian internet sekurang-kurangnya kepada 4G.

Kerajaan akan menambah 20 lagi perkhidmatan bank bergerak yang dijangka beroperasi di 250 kawasan dan mukim di luar bandar Sarawak dan Sabah termasuk untuk Batang Lupar. Seperkara yang perlu dilihat adalah jumlah tunai yang dibawa menerusi bank bergerak ini serta jumlah tunai yang dibekalkan kepada bank-bank sedia ada tetap menjadi masalah utama apabila ia tidak mencukupi dan sering kehabisan dalam waktu yang singkat. Tidak ada duit dalam bank.

final • 12:10 PM

Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar

Tuan Yang di-Pertua, pembangunan kawasan jelapang padi Batang Lupar dijangka dapat menjamin kelestarian industri padi dan beras negeri Sarawak membantu mempertingkatkan tahap sara diri (SSL), beras negara serta memberi manfaat kepada sosioekonomi penduduk setempat.

Kerajaan Persekutuan telah merancang untuk membangunkan jelapang padi bagi negeri Sarawak di Batang Lupar yang meliputi kawasan seluas 5,100 hektar di Stumbin Bijat dan Lingga, Banting dalam kawasan saya. Walau bagaimanapun, hanya 196 hektar telah memiliki infra pengairan yang lengkap manakala 1,200 hektar lagi hanya mempunyai infra separa lengkap sehingga kini. Infra separa lengkap tidak dapat memberi manfaat sepertimana dikehendaki kerana air tidak dapat sampai ke petak sawah.

Oleh yang demikian, matlamat mewujudkan jelapang padi di Batang Lupar tidak dapat dicapai. Saya pohon agar kerajaan mempertimbangkan peruntukan sejumlah RM110 juta dalam bajet kali ini bagi tujuan pembangunan infrastruktur serta saliran tambahan di kawasan jelapang padi ini. Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu

(IADA) Batang Lupar diperuntukkan RM51 juta bagi membina dan menyiapkan kompleks pejabat baharu IADA.

Pelaksanaan projek ini adalah sangat penting dalam mana meletakkan komitmen dan usaha yang tinggi dalam merancang, membina serta menaiktarafkan kemudahan infrastruktur pertanian negeri. Pejabat ini akan menjadi pusat bagi kerja-kerja pentadbiran dan penyelarasan projek yang lebih sistematik.

Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, di Sarawak pelbagai program pembangunan pertanian telah dijalankan seperti penanaman brokoli dan kubis bunga. Kedua-dua

final • 12:20 PM

Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar

tanaman ini diusahakan di plot eksperimen di Pusat Penyelidikan Pertanian, Semongok dilihat sebagai berpotensi untuk dikembangkan secara komersial.

Oleh yang demikian, saya menyeru supaya bidang-bidang baharu seperti ini dan juga ternakan lembu pedaging. Oleh sebab kita banyak sangat Tuan Yang di-Pertua- kita terpaksa mengimport. Jadi, kita menyasarkan 150 ribu ekor lembu pedaging untuk tahun 2030 dan diharap Kerajaan Persekutuan boleh membantu.

Jadi, sebagai penutup Tuan Yang di-Pertua, saya berharap semoga bajet tahun 2022 dan tahun-tahun seterusnya juga akan dijajarkan kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan green budgeting. Pelaksanaan bajet tahun 2022 perlu disertakan dengan kad laporan atau prestasi yang merekodkan semua pencapaian seperti yang diumumkan supaya ia dapat dipantau dan dinilai bagi meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap pentadbiran serta membuktikan ketelusan dan integriti. Ia bersesuaian dengan tema, “Keluarga Malaysia Makmur Sejahtera”. Diharapkan ia dapat menyokong pemulihan negara kita yang tercinta ini.

Tuan Yang di-Pertua, Batang lupar mohon menyokong, terima kasih.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Seterusnya, Yang Berhormat Sepang. Silakan.

final • 12:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana membenarkan saya untuk turut sama berbahas Belanjawan 2022. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan yang ada sekarang yang juga dikenali di luar sanalah sebagai ‘gomen tebuk atap, gagal 2.0’ telah memilih untuk membentangkan bajet 2022 melalui kaedah bajet mengembang, dengan izin, expansionary budget di mana kerajaan telah meminta Dewan yang mulia ini untuk meluluskan penggunaan wang, daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan- Consolidated Fund, berjumlah RM322.1 bilion.

Walaupun di sana wujudnya dua aliran pemikiran mengenai pros and cons tentang bajet mengembang ini, saya rasa untuk berlaku adil kepada kerajaan yang tiada mandat rakyat ini- tidak sedikit juga para pakar ekonomi yang berpendapat jika sesebuah kerajaan itu sedang dalam proses keluar daripada satu krisis ekonomi ataupun kemelesetan ekonomi adalah lebih daripada dan prudent negara itu memperkenalkan sebuah bajet yang bersifat bajet mengembang melalui proses fiskal yang sudah tentu bersifat prudent.

Tuan Yang di-Pertua, bagi pakar ekonomi, polisi bajet sebegitu adalah lebih baik bagi merangsang dan menggiatkan lagi aktiviti ekonomi, dengan izin, stimulate and jumpstart melalui perbelanjaan kerajaan ataupun government spending. Untuk berlaku adil, to be fair ini juga pernah dilakukan oleh Kerajaan Amerika pada era Presiden Obama pada tahun 2009, di mana beliau memperkenalkan sebuah akta yang dikenali sebagai- ringkasnya American Recovery and Reinvestment Act 2009 (ARRA) yang juga dikenali sebagai Stimulus Act bagi merancakkan lagi ekonomi negara itu selepas berlakunya economy recession ataupun kemelesetan ekonomi pada sekitar tahun 2007 dan 2008.

Pada masa itu Tuan Yang di-Pertua, Kongres Amerika telah meluluskan perbelanjaan kerajaan sebanyak USD787 bilion melalui pelbagai inisiatif. Kemudiannya ia juga telah dinaikkan lagi kepada lebih kurang USD831 bilion. Persoalan timbul Tuan Yang di-Pertua, apa bezanya kerajaan Obama dengan kerajaan Yang Berhormat Pagoh pada masa dahulu dan juga kerajaan yang ada sekarang iaitu kerajaan di bawah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob. Jawapannya mudah iaitu mandat rakyat.

Di sana iaitu di Amerika, mereka mendapat dan amat hormat kepada mandat rakyat. Sedangkan di sini pula kerajaan yang sebelum ini dengan kerajaan yang ada sekarang tidak ada hatta sekecil zarah pun sebarang mandat rakyat dan hanya berjaya menjadi kerajaan setelah mengkhianati mandat rakyat melalui fenomena tebuk atap yang didahului oleh Langkah Sheraton.

final • 12:24 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Daripada segi sejarah Tuan Yang di-Pertua, perkataan bajet dikatakan diambil daripada bahasa Perancis yang bermaksud ‘a little bag’ atau beg yang kecil. Ibaratnya, apabila sebuah kerajaan itu membentangkan bajet, ia sedang mengeluarkan sebuah dokumen daripada sebuah beg yang kecil bagi memberitahu kepada rakyat apa yang kerajaan itu ingin lakukan terhadap wang negara bagi tahun kewangan yang akan datang.

Berbahagialah rakyat dan negara jika yang membentangkan bajet itu merupakan sebuah kerajaan yang beramanah, tidak korup dan penuh sedar bahawa mereka secara hakikatnya sedang menguruskan wang negara atau wang rakyat dan bukannya wang emak bapa mereka.

Celakalah pula jika yang membentangkan bajet itu merupakan sebuah kerajaan yang daripada segi tahap akauntabiliti dan amanah, mereka amat-amat rendah dan cenderung mempunyai mentaliti untuk mengurus dan berbelanja wang negara atau wang rakyat macam mereka sedang berbelanja menggunakan wang emak bapa mereka.

Sekarang Tuan Yang di-Pertua, kita dengar ada orang itu telah pun dipecat daripada sebuah syarikat kerajaan, tetapi kemudiannya telah pun dengar khabar akan dilantik sebagai duta pula. Mereka bagi jawatan-jawatan ini macam mereka rasa jawatan ini, jawatan negara ini macam jawatan emak bapa mereka Tuan Yang di-Pertua.

Semasa membentangkan Bajet 2022 ini, Yang Berhormat Menteri Kewangan berbangga menyatakan bahawa bajet ini adalah sebahagian daripada Pelan Pemulihan Ekonomi yang dinamakan sebagai 6R iaitu resolve, resilient, restart, recovery, revitalize dan reform.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menambah satu lagi ‘R’ iaitu dijadikan 7R satu lagi ‘R’ ialah retorik. Hakikat baik kerajaan ini harus diterima ialah ucapan bajet ini tidak sunyi daripada kenyataan-kenyataan yang berbaur dan berunsur retorik. Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, di perenggan yang kesembilan, ucapan bajet ini menyatakan antaranya, “...sejak awal lagi kerajaan telah meletakkan keutamaan melindungi rakyat melebihi segala perkara lain.” Ini retorik Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:24 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Kalau saya boleh baca balik, sepatutnya dia tulis begini. “Kerajaan sejak awal telah temberang kerana meletakkan keutamaan melindungi rakyat melebihi segala perkara.” Retorik yang kedua di perenggan yang ke-15 mengatakan, “Sesuatu yang pasti untuk disedari, kita telah membuktikan kepada masyarakat dunia yang Malaysia mampu menguruskan ekonominya dalam keadaan yang mencabar secara terbaik”.

Tuan Yang di-Pertua, itu lagi satu temberang dan juga retorik. Tuan Yang di- Pertua, saya rasa Tuan Yang di-Pertua pun akan pernah melihat bagaimana negara- negara luar sedang mentertawakan Malaysia malahan menjadi satu bahan lawak jenaka.

Seorang pelawak Amerika yang terkenal yang beragama Islam, Hasan Minhaj dalam satu show dia di TV di Amerika, Patriot Act, dia membuat satu slot berkaitan dengan kes 1MDB di mana memang dia menjadikan semua orang yang lihat itu pasti akan ketawa.

Tetapi dalam negara kita, orang yang telah pun membuat ataupun mencipta 1MDB ini diperlakukan seolah-olah dia adalah seorang yang patut dihormati.

Jadi saya rasa retorik terlalu banyak dalam ucapan Yang Berhormat Menteri Kewangan. Hakikat pahit yang kerajaan harus terima adalah ucapan bajet ini tidak sunyi daripada kenyataan-kenyataan yang berbaur dan berunsur retorik.

Tuan Yang di-Pertua, bau asam pedas Melaka yang semerbak boleh dihidu daripada pembentangan bajet retorik ini. Walaupun frasa ‘kesejahteraan rakyat’ sering dilagukan dalam ucapan bajet ini, namun elemen retorik basinya mengakibatkan irama lagu itu amat sumbang dan begitu memualkan. Hampir hendak muntah, Tuan Yang di- Pertua.

Bagaimanapun, kerajaan yang membentangkan bajet retorik ini tidak ada rasa malu, malahan masih boleh melaungkan kalimah ‘kesejahteraan rakyat’ sedangkan di tangan-tangan mereka masih berlumuran ‘darah’ rakyat.

final • 12:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Berapa ramai yang telah memilih untuk membunuh diri di era kerajaan tanpa mandat menerajui negara. Berapa ramai pula rakyat yang menjadi mangsa kepada pelaksanaan sistem dua darjat dalam menegakkan hukum. Berapa ramai rakyat, khususnya golongan yang muda yang baru sahaja menghabiskan zaman belajar mereka yang bukan sahaja dibebankan dengan terpaksa membayar balik wang pinjaman belajar mereka melalui PTPTN tetapi juga dihukum tidak boleh keluar negara kerana bebanan hutang itu.

Tuan Yang di-Pertua, saya harap kerajaan mungkin boleh fikirkan juga bagaimana kita mungkin boleh, kalau tidak hapuskan sekalipun, mengurangkan bayaran balik pinjaman itu kepada anak-anak muda khususnya yang telah pun tamat belajar.

Apabila seseorang pelajar yang telah habis belajar dihukum tidak boleh keluar negara kerana masih berhutang dengan PTPTN, sedangkan seorang yang telah ditolak oleh rakyat pada 9 Mei 2018 kerana merosakkan serosak-rosaknya ekonomi negara dan memaksa semua daripada kita untuk membayar hutang makhluk atau monster yang bernama 1MDB yang beliau cipta sebanyak RM32 bilion.

Hutang RM32 bilion, berapa yang sudah dibayar? Setakat ini yang dikatakan oleh kerajaan menurut Laporan Tinjauan Fiskal dan Hasil Kerajaan Persekutuan, hutang yang telah pun dibayar setakat bulan Jun ialah berjumlah RM12.8 bilion. Duit siapa, Tuan Yang di-Pertua? Bukan duit Yang Berhormat Pekan tetapi duit kita semua termasuk duit Tuan Yang di-Pertua. Berapa banyak kerajaan kena bayar hanya untuk bunga atau the interest, Tuan Yang di-Pertua? RM7.1 bilion. Siapa yang bayar? Siapa yang bayar, Tuan Yang di-Pertua? Yang Berhormat Pekan bayar kot.

Tuan Yang di-Pertua, ini bukan saya kata. Ini angka-angka daripada kerajaan sendiri. Kerajaan kata menggunakan wang dari Tabung Amanah Negara. Setakat ini, Tuan Yang di-Pertua, wang Tabung Amanah Negara hanya tinggal RM15.2 bilion.

Hutang 1MDB RM32 bilion, wang dalam tabung tinggal RM15 bilion. Punya celakanya, Tuan Yang di-Pertua. Minta maaf, Tuan Yang di-Pertua. Saya cakap celaka bukan saya cakap orang. Saya cakap celakanya kita dalam keadaan sekarang ini.

Selepas itu, Tuan Yang di-Pertua, hendak bayar hutang ini, Tuan Yang di- Pertua...

[Disampuk] Yang Berhormat Shah Alam kata sial. Saya kata celaka. Tetapi lebih kurang, Tuan Yang di-Pertua, makna lebih kurang.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini, Tuan Yang di-Pertua, cara mereka hendak selesaikan masalah ialah mereka buat hutang baru. Maknanya hutang baru untuk bayar hutang lama. Tuan Yang di-Pertua, nanti Tuan Yang di-Pertua kalau ada cucu atau cicit, Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua akan mewariskan mereka untuk bayar hutang.

Hutang bukan yang Tuan Yang di-Pertua buat. Hutang yang dibuat oleh seseorang yang telah mencipta satu makhluk, monster bernama 1MDB.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak baca pula. Baru-baru ini, Tuan Yang di-Pertua, dalam satu keputusan di Mahkamah London, Hakim Andrew Baker― saya terangkan sedikit tentang kes ini, Tuan Yang di-Pertua. Dalam kes ini, Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua pun tahu, bagaimana sebelum ini Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan Incorporated dan juga 1MDB telah memeterai satu dipanggil consent award, consent judgement, lebih kurang, untuk menyelesaikan masalah mereka berdua. Dalam situasi itu, mereka telah enter satu consent judgement, consent award dipanggil sebab ini melibatkan arbitration.

Tuan Yang di-Pertua, ada satu permohonan dibuat oleh 1MDB dan juga Kementerian Kewangan Incorporated semasa Pakatan Harapan memerintah untuk kita batalkan keputusan itu, award itu. Ini kerana didapati bahawa award itu dimasuki untuk memberikan faedah ataupun keuntungan kepada Yang Berhormat Pekan. Tuan Yang di- Pertua, dalam penghakiman Hakim Andrew Baker, Tuan Yang di-Pertua, dia sebut perkataan ‘Najib’, Tuan Yang di-Pertua.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya harap mereka yang patut ada maruah dan integriti, Tuan Yang di-Pertua, sepatutnya sudah tentu akan rasa malu untuk hatta keluar rumah apabila terpalit dengan skandal mega seperti 1MDB. Akan tetapi dalam negara ini,

final • 12:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, ada insan yang tidak tahu malu masih dibenarkan berkeliaran di sana sini dengan driver, dengan bodyguard, dengan kereta pengiring. Hendak cakap apa lagi, Tuan Yang di-Pertua?

Orang macam ini, Tuan Yang di-Pertua, boleh berkeliaran. Boleh pergi Singapura, boleh pergi Melaka, boleh makan asam pedas dekat situ dan orang boleh sambut lagi sedangkan dia adalah perompak yang besar dalam negara ini.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Habis?

final • 12:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Belum. Saya tidak pernah berucap menggunakan teks ini. Kali pertama sebab tiru Yang Berhormat Shah Alam.

Selama ini, Tuan Yang di-Pertua, tidak pernah pun berucap menggunakan teks tetapi tidak mengapalah.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jangan bagi Yang Berhormat Shah Alam mencelah. Tidak ada masa.

final • 12:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, jangan takut, saya akan habiskan, Tuan Yang di-Pertua. Minta satu dua minit lagi.

Tuan Yang di-Pertua, dalam Hadis 40 Imam Nawawi― ini hadis riwayat Bukhari― Rasulullah SAW mengatakan bahawa...

[Membaca sepotong hadis] Kalau ada orang PAS, boleh terjemahkan kepada orang UMNO. Kalau sekiranya kamu tidak tahu malu, kamu buatlah apa kamu hendak buat. Kalau kamu sudah tidak ada malu lagi.

Kadang, Ahli Yang Berhormat, kita rasa malu. Orang Islam tidak tahu malu sedangkan orang-orang yang bukan Islam di luar negara, mereka rasa malu dan mereka sanggup letak jawatan kalau sekiranya mereka melakukan perkara-perkara yang dilihat telah pun menjejaskan nama negara dan sebagainya. Akan tetapi di Malaysia, orang seperti ini berkeliaran. Berkeliaran, Tuan Yang di-Pertua. Baru-baru ini dia marah saya sebab saya kata dia bidan. Dia marah. Tapi tidak mengapalah.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh tamatkan.

final • 12:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, tiga buah dewan di Pagoh bernilai RM35.4 juta diluluskan pada waktu darurat, RM38 juta digunakan untuk membaiki mahligai mewah Kediaman Rasmi Perdana Menteri sedangkan rakyat struggle untuk bayar sewa rumah atau membayar baik pinjaman rumah.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa Tuan Yang di-Pertua pun tahu bagaimana rakyat ada yang bunuh diri kerana mengalami masalah ekonomi. Akan tetapi, di sana pula ada orang boleh tukar perabot di pejabat, daripada parti Islam pula itu, parti PAS pula itu. Ada orang yang boleh beli kereta mewah walaupun berjenamakan kerajaan Islam sedangkan rakyat tengah menderita.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup, saya hendak kata begini, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sepang.

final • 12:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Okey. Tuan Yang di-Pertua, sekejap boleh ya, Tuan Yang di-Pertua?

final • 12:40 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Sedikit.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah habis, sudah habis.

final • 12:40 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Sepang. Vellfire yang dibeli kerajaan, Vellfire ini kereta terpakai, recond daripada negara luar atau kereta brand new? Terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Itu saya serah kepada kerajaanlah untuk jawab.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tamatkan.

final • 12:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tamatkan. Sebenarnya kerajaan ini mengatakan ia berbangga dengan Keluarga Malaysia. Saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua, apa yang berlaku di Melaka sekarang ini menunjukkan kita bukan Keluarga Malaysia tetapi Keluarga 69, keluarga yang berantakan dan keluarga yang bercelaru. Di peringkat Pusat menjadi kerajaan, di peringkat negeri mereka bergaduh. UMNO kutuk PN, PN kutuk UMNO padahal mereka dalam kerajaan sekarang ini. Ini Keluarga 69.

Kalau P. Ramlee masih hidup Tuan Yang di-Pertua, dia kata, “Saya pun tidak boleh buat filem macam ini...” Lagi hebat daripada Allahyarham P. Ramlee, sebab mereka boleh buat filem yang tidak masuk akal. Di peringkat Pusat mereka menjadi kerajaan, di peringkat negeri mereka berlawan. Ini kerajaan apa pun tidak tahulah, Tuan Yang di- Pertua. Mungkin Yang Berhormat Shah Alam lebih tahu nama-nama kerajaan begitu.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Seterusnya, Yang Berhormat Jerantut, silakan.

final • 12:40 PM

Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

*Bismillahi Rahmani Rahiim.

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang telah turut memberikan saya untuk sama- sama mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2022. Izinkan saya untuk tidak mengguna pelitup muka, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:41 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 12:41 PM

Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Pertamanya, saya hendak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada kerajaan yang turut berjaya membentangkan sebuah bajet yang penting untuk negara dan juga rakyat. Mudah- mudahan bajet ini kita dapat meneliti dan memberikan pandangan serta meluluskannya nanti, insya-Allah.

Beberapa perkara untuk saya sentuh dalam bajet ini, Tuan Yang di-Pertua.

Pertamanya, saya merasa risau atau gusar sedikit mengenai dengan keselamatan makanan negara kita. Oleh sebab baru-baru ini Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah melaporkan bilangan penduduk berada di ambang kebuluran meningkat di 43 buah negara dengan jumlah itu bertambah sebanyak 45 juta orang pada awal tahun 2021 berikutan kelaparan akut meningkat di seluruh dunia akibat daripada beberapa perkara.

Pertama, konflik kemanusiaan, krisis politik dan lebih menakutkan kita ialah perubahan iklim yang berlaku di dunia dan yang terakhirnya ialah penularan COVID-19.

Semuanya ini membawa kepada masalah bekalan makanan dunia.

Saya hendak merakamkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri MAFI dan kerajaan yang telah pun memberikan peruntukan sebanyak RM120 juta yang diumumkan untuk mengukuhkan keselamatan makanan adalah tepat pada saya pada saat ini. Saya berharap peruntukan ini akan dapat diagihkan dengan adil dan saksama ke setiap negeri bagi memastikan komponen penting dalam konsep keselamatan makanan dapat dipatuhi iaitu kesediaan makanan, akses makanan, pengguna makanan dan kestabilan makanan kepada penduduk negara kita di Malaysia ini.

Tuan Yang di-Pertua, tahun lalu kerajaan telah pun menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi meneliti isu-isu yang berkaitan dengan sekuriti makanan negara secara menyeluruh meliputi aspek rantaian bekalan, tenaga kerja, aplikasi teknologi, sumber kewangan, pelaburan, guna tanah dan infrastruktur iaitu sebuah Jawatankuasa Kabinet Jaminan Makanan.

Setelah lebih setahun berlalu, saya ingin bertanya, apakah yang telah dicapai melalui jawatankuasa ini? Sejauh mana jawatankuasa ini telah berjaya memantapkan

final • 12:41 PM

Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

tadbir urus sekuriti makanan negara dan mentransformasikan sektor agromakanan ke tahap yang lebih baik, sekali gus memastikan bekalan makanan negara kita terjamin?

Tuan Yang di-Pertua, isu yang kedua saya ingin highlight kan di bawah MAFI ini mengenai dengan bekalan daging negara. Setakat tahun ini, Malaysia masih lagi mengimport sebanyak 79 peratus keperluan daging bagi kegunaan tempatan dan ia masih jauh daripada peratus yang disasarkan iaitu 30 peratus. Pada tahun lalu sahaja, penggunaan hasil ternakan daging lembu atau kerbau sebanyak 200,254.9 tan metrik digunakan.

Namun, daripada segi pengeluaran ternakan daging negara Malaysia, kita hanya mampu mengeluarkan 43,492.4 tan metrik. Jadi jauh tersasar, jauh keperluannya daripada yang kita mampu keluarkan. Permintaan yang tinggi dan kekurangan pengeluaran menyebabkan kita terpaksa mengimport daging dari negara luar bagi memenuhi keperluan negara. Apabila kita mengimport banyak daging dari luar negara, sudah pasti mengundang beberapa perkara lain lagi. Antaranya mencetuskan isu bekalan daging tidak halal yang sudah pasti ia merisaukan pengguna daging bagi umat Islam.

Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan agar kerajaan meningkatkan populasi ternakan dengan meningkatkan pengeluaran daging lembu tempatan bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap daging import melalui Bajet 2022. Saya minta diperuntukkan sedikit untuk program latihan untuk menarik minat para belia untuk menjadi pengusaha daging ternakan ini. Kita boleh menyediakan pelbagai peluang kepada mereka daripada segi latihan, tempat untuk mereka menternak dan sebagainya.

Saya juga ingin mencadangkan kepada kementerian agar membuka peluang kepada rakyat untuk membangunkan lebih banyak ladang satelit secara komersial dengan cara memberi pinjaman untuk kos pembangunan ladang seperti menyewa tanah kawasan ladang, menanggung kos pelaburan infrastruktur serta untuk menyediakan kemudahan asas di ladang-ladang, dan juga kerajaan perlu membenarkan pengusaha ternakan untuk mengusahakan tanah-tanah kerajaan yang masih belum dibangunkan dengan kadar sewa yang berpatutan, mengoptimumkan segala kemudahan yang ada di bawah Jabatan Veterinar bagi menghasilkan baka lembu pedaging yang baik.

Sebagai contohnya, di Jerantut ada sebuah Institut Biodiversiti Veterinar Kebangsaan. Institut ini mampu membantu negara dalam menghasilkan baka benih lembu pedaging yang terbaik. Cuma bagi saya, ia perlu dilengkapkan dengan segala keperluan yang ada daripada segi kakitangan, peruntukan agar mereka mampu memberikan perkhidmatan dalam menghasilkan jumlah daging di negara kita ini.

Buat masa ini, saya pernah pergi melawat ke pusat ini, kita dapati ada sebahagian daripada jawatan yang masih kosong yang tidak mencukupi untuk mereka membantu para penternak dan juga mereka kekurangan mungkin peruntukan untuk memastikan segala keperluan bagi menyokong industri ini dapat digunakan.

Jadi, saya berharap kepada Yang Berhormat Menteri yang memang orangnya cekap dan saya kira antara yang terbaik yang kerajaan pernah hasilkan daripada segi kementerian sebab Menteri yang memang tahu akan tanggungjawabnya, terutama dalam meningkatkan peluang negara. Ini dapat memberikan peruntukan untuk menambahbaikkan lagi pengurusan daging negara ini.

Isu yang kedua di kementerian kedua saya hendak bangkitkan mengenai dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah daripada segi jalan luar bandar.

Meskipun kerajaan meningkatkan peruntukan untuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah tahun ini kepada RM10.53 bilion untuk tahun 2022, saya lihat peruntukan pembangunan berkurang daripada RM2.7 bilion tahun 2021 kepada RM2.43 bilion tahun 2022 bagi pembangunan infrastruktur asas luar bandar seperti bekalan elektrik luar bandar, bekalan air luar bandar, jaringan luar bandar dan jalan perhubungan desa.

Ini bukan sahaja keselesaan kepada rakyat luar bandar tetapi juga bagi memudahkan aktiviti ekonomi bagi kawasan luar bandar. Dalam usaha kerajaan ini untuk merancakkan aktiviti luar bandar, peruntukan untuk pembangunan kemudahan infra asas juga haruslah selari.

final • 12:41 PM

Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Oleh itu, saya harapkan kerajaan akan mempertimbangkan untuk menambahkan lagi peruntukan untuk pembangunan luar bandar, terutamanya untuk menaik taraf jalan luar bandar, khususnya di Jerantut. Saya juga berharap agar kerajaan atau kementerian menambahkan sedikit peruntukan, khususnya untuk membaik pulih jalan utama perhubungan Jerantut ke Ulu Tembeling yang mengalami kerosakan yang sangat teruk dan ia amat berbahaya kepada pengguna.

Saya juga hendak merakamkan tahniah kepada kementerian kerana Tabika KEMAS telah menerima anugerah Trusted Brand of the Year, jenama paling dipercayai bagi kategori pusat pembelajaran.

final • 12:41 PM

Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Namun begitu, masih banyak lagi kelas tabika yang perlu dinaik taraf, yang perlu dibuat baharu khususnya di Jerantut terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman serta kampung-kampung Orang Asli.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang kesediaan Kerajaan Negeri Pahang menyediakan kawasan hutan simpan bagi menjaga alam sekitar kita.

Kerajaan negeri telah pun menyediakan sebanyak 57.07 peratus kawasan hutan untuk negara kita, sekali gus ia memberi kesan kepada sumber kewangan kerajaan negeri.

Maka, adalah amat wajar Kerajaan Pusat memberikan pampasan dalam apa jua bentuk kepada kerajaan-kerajaan negeri terutamanya kepada Kerajaan Negeri Pahang yang telah me-reserve-kan hutan yang begitu banyak dan sekali gus mereka tidak boleh hendak membangunkan kawasan ini untuk kepentingan ekonomi.

Kerajaan Pusat juga bagi saya wajar memberikan pertimbangan daripada segi pampasan kepada Kerajaan Negeri Pahang ini kerana sekali gus apabila hutan ini dikekalkan, ia mampu menyediakan bekalan air yang baik dan berterusan kepada negara kita. Seolah-olah Pahang boleh menjadi bank air suatu ketika nanti apabila negara kita menghadapi masalah bekalan air.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyatakan di sini daripada segi kawasan di Jerantut sendiri. Saya berharap agar kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya turut mempertimbangkan semula cadangan menaik aras jalan Jerantut-Padang Piol. Saya bangkitkan setiap tahun isu ini. Terbaru Yang Berhormat Menteri Kerja Raya telah menyatakan dalam jawapan kepada saya iaitu jalan ini telah masuk dalam Rolling Plan 2 RMKe-11 tetapi malangnya tidak disambung dalam RMKe-12. Apakah yang menyebabkan ia terjadi begini? Sama ada jalan itu tidak diperlukan, atau ia sudah siap?

Sedangkan jalan ini penting bagi saya, ia menghubungkan kawasan pedalaman dengan kawasan bandar.

Ia melibatkan hampir 20,000 orang penduduk kawasan tersebut. Ia merupakan perhubungan penting kepada sebuah pusat pelancongan terkenal di negara kita iaitu Taman Negara. Sering kali boleh dikatakan setiap tahun jalan ini terputus yang menyebabkan pelancong-pelancong terkandas di sana.

Jadi, ini sekali gus memberikan impak yang kurang baik kepada imej pengurusan negara. Sedangkan kosnya mungkin tidak sebanyak mana. Saya difahamkan, untuk memastikan aras itu dinaikkan, tidak melebihi RM20 juta pun. Apalah ada pada RM20 juta. Pada saya, yang pentingnya keseimbangan pembangunan antara wilayah dapat direalisasikan dan sekali gus menaikkan imej negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin nyatakan kepada kerajaan; sejauh manakah menerusi FELDA ini kerajaan bersungguh-sungguh untuk menyediakan perumahan kepada generasi kedua FELDA. Saya telah menjadi wakil rakyatnya selama dua penggal. Setiap kali hendak pilihan raya kita cadangkan pelbagai cadangan untuk memastikan generasi kedua FELDA ini dari segi perumahan mereka dapat disediakan.

Akan tetapi nampaknya setakat hari ini, kita belum berupaya untuk keluar. Jadi, saya amat berharap agar kerajaan kali ini benar-benar dapat menyelesaikan perumahan generasi kedua FELDA ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak berhasrat untuk mengambil masa orang lain.

Jerantut mencadangkan untuk menyokong bajet ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Jerantut. Akhir sekali untuk tengah hari ini Yang Berhormat Padang Serai, silakan. Kalau tidak habis pukul 1.00, kita sambung pukul 2.30 petang.

final • 12:50 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada Padang Serai membahaskan Rang Undang- undang Perbekalan (Belanjawan) 2022.

Seterusnya, ingin saya membangkitkan enam isu yang patut diberi perhatian yang serius. Sebelum mengemukakan isu pertama, saya memetik perbahasan oleh Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Kota Raja dan Yang Berhormat Hulu Langat mengenai isu pertahanan dan elaun-elaun veteran. Saya juga mohon keempat-empat perbahasan mereka mengenai isu berkaitan dimasukkan ke dalam ucapan saya.

Isu pertama, pertahanan negara. Tuan Yang di-Pertua, saya amat bersetuju dengan kenyataan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan bahawa dalam memastikan ekonomi negara terus maju, negara mesti mempunyai sistem pertahanan yang terbaik dalam melindungi negara ini. Sistem pertahanan yang baik akan mewujudkan kestabilan dan seterusnya memberi keyakinan kepada pelabur untuk melabur dalam negara.

Melalui Belanjawan 2022 yang dibentangkan, kerajaan telah memperuntukkan kepada Kementerian Pertahanan sebanyak RM1.6 bilion. Daripada peruntukan itu, hanya 10 peratus diperuntukkan untuk pembelian aset. Walaupun Kementerian Kewangan menyatakan bahawa pertahanan itu penting, tetapi apa yang diberikan kepada Kementerian Pertahanan tidak melambangkan kesungguhan kerajaan dalam meningkatkan pertahanan negara dari sudut penggunaan teknologi yang terkini.

Pada masa kini, negara sedang berhadapan dengan pertembungan kuasa besar di Asia Tenggara. Dengan pencerobohan yang berlaku di ruang udara, Malaysia menyaksikan bahawa ini adalah masa untuk kita tingkatkan penggunaan teknologi dalam sistem pertahanan negara.

Isu kedua, kebajikan veteran dan elaun PJM. Tuan Yang di-Pertua, apabila saya mendengar perbahasan Belanjawan 2022 pada tempoh hari, saya begitu kecewa kerana isu mengenai penyelarasan pencen veteran masih tidak dipedulikan oleh kerajaan yang melibatkan seramai 312,900 orang veteran yang mana lebih kurang 80 peratus adalah bumiputera. Mana perginya janji-janji manis kerajaan untuk meningkatkan taraf bumiputera bila ramai veteran bumiputera yang diabaikan dan masih berada dalam kategori B40? Jika bumiputera yang berkorban demi negara terabai begitu sahaja, apatah lagi golongan bumiputera yang lain. Walaupun pelbagai hujah yang disertakan dengan bukti dan sokongan undang-undang tetapi kerajaan masih mengambil remeh tentang isu ini.

Tuan Yang di-Pertua— Ya betul, kerajaan ada beri elaun kepada veteran sebanyak RM300 secara one-off. Berbanding tahun sebelumnya ialah sebanyak RM500 bagi elaun Pingat Jasa Malaysia (PJM) yang mana Bajet 2022, PJM menjadi ‘pingat janji manis’. Ingin saya bertanya kepada Menteri Kewangan, adakah RM300 yakni RM25 sebulan, sehari 83 sen ini memadai berbanding dengan pengorbanan mereka demi negara. Sampai hati buat para veteran merana dan kerajaan seakan-akan memberi sedekah kepada mereka.

Hari ini kita boleh tidur dengan lena atas usaha mereka yang sanggup menggadaikan nyawa, malahan segala tenaga mereka telah dikerah habis-habisan ketika berkhidmat dan kini apabila khidmat tidak diperlukan lagi, mereka telah diabaikan. Inilah balasan kerajaan kepada bekas tentera dan veteran, amat menyedihkan. Saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan agar pemberian elaun PJM diteruskan dalam Bajet 2022 yang melibatkan 121,816 orang veteran yang akan menantikan satu keputusan yang baik daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan ketika menggulung nanti.

final • 12:54 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Biar saya terangkan apa situasi veteran sekarang kepada Dewan yang mulia ini melalui gambaran berikut. Pertama, ingin saya mengetengahkan isu jurang perbezaan pencen yang amat ketara antara veteran berpencen sebelum tahun 2004 dengan veteran berpencen selepas tahun 2004 dalam pangkat yang sama. Perkara ini berlaku kerana mereka yang bersara sebelum tahun 2004 semasa tangga gaji rendah dengan persaraan paksa atau forced retirement, dengan izin, seawal umur 40 tahun hingga 42 tahun.

Berbanding dengan kakitangan kerajaan lain yang bersara pada umur 56 ke 60 tahun.

final • 12:54 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, jam pukul 1.00. Boleh kita sambung pada pukul 2.30 petang?

final • 12:54 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya akan teruskan kemudian.

final • 12:54 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sebelum saya tangguhkan persidangan pukul 1.00, saya ingin umumkan senarai pembahas selepas pukul 2.30 petang ini dimulakan oleh Yang Berhormat Machang dituruti oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berikutnya iaitu Yang Berhormat Selangau, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Teluk Intan, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Mas Gading, Yang Berhormat Petaling Jaya, Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Balik Pulau dan saya rasa Yang Berhormat Segambut. Yang Berhormat Bayan Baru dan Yang Berhormat Batu Gajah ini mungkin terpaksa diambil esok. Insya-Allah, kalau semua ikut masa yang ditetapkan.

Saya tangguhkan sehingga pukul 2.30 petang. Assalamualaikum.

final • 12:54 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Dato’ Sri Azalina Othman Said (Pengerang) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 2:30 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Saya jemput Yang Berhormat Padang Serai untuk sambung, silakan.

final • 2:30 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Mohon pihak kerajaan mengambil langkah-langkah yang wajar dalam menyelaraskan pencen lama dan baharu kerana setiap kali diungkit isu ini di Parlimen, jawapan yang saya terima iaitu masih dalam kajian.

Ingin saya bertanya kepada pihak kerajaan, adakah kerajaan bersungguh- sungguh dalam penyelarasan pencen lama ke pencen baharu atau ingin terus memberi alasan-alasan yang tidak munasabah. Selain itu, kebajikan veteran yang tidak berpencen juga harus diutamakan. Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa ada veteran yang tidak mempunyai pencen dan apa puncanya. Kita mesti faham bahawa terma perkhidmatan semasa dibenarkan anggota ATM menamatkan perkhidmatan antara 10 hingga 18 tahun.

Tambahan pula, veteran yang tidak berpencen dalam golongan yang berpencen sebelum mencapai tempoh perkhidmatan selama 18 tahun. Berdasarkan data yang disediakan oleh Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) menyatakan jumlah besar kini telah berumur antara 60 hingga 70 tahun. Golongan ini tidak mampu bekerja lagi kerana keuzuran dan ada di antara mereka menghidap penyakit kronik akibat berkhidmat dalam angkatan tentera. Hanya sebilangan kecil veteran yang sangat daif mendapat elaun sara hidup bulanan sebanyak RM300 dan bagi saya jumlah ini tidak mampu untuk menampung kos sara hidup mereka.

final • 2:32 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Dengan itu, saya ingin mencadangkan pemberian elaun sara hidup secara automatik apabila mereka berumur 60 tahun bermula Januari 2021 mengikut nisbah seperti berikut.

Pertama, jika perkhidmatan selama 10 tahun sebanyak RM300 sebulan. Kedua, jika berkhidmat selama 11 hingga 15 tahun sebanyak RM500 sebulan dan ketiga, jika perkhidmatan selama 16 hingga 18 tahun sebanyak RM800 sebulan, tanpa pencen terus dibela dan ini boleh menjadikan satu cara dalam usaha kerajaan untuk menghargai pengorbanan pihak veteran yang telah berjuang sehingga terputus nyawa dalam mempertahankan negara.

Saya berharap cadangan elaun ini dipertimbangkan oleh pihak kerajaan dalam memastikan kebajikan golongan veteran. Ini mungkin satu isu yang kecil kerana ia tidak melibatkan semua rakyat tetapi saya sebagai seorang veteran berasa kecewa kerana bekas tentera dan veteran dibelenggu dengan masalah ini sehingga memberi kesan dari sudut kebajikan mereka.

Isu ketiga, peruntukan kepada kaum India. Dalam pembentangan Belanjawan 2022, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM145 juta kepada kaum India di mana peruntukan ini akan disalurkan kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia dan juga sebagai dana pembiayaan di bawah Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India oleh TEKUN Nasional. Persoalan saya, adakah peruntukan ini telus dan akan disalurkan kepada pihak yang berkeperluan seperti golongan B40?

Saya telah menerima pelbagai aduan daripada rakyat terutama golongan B40 bahawa mereka tidak menerima peruntukan ini dan ada yang meluahkan rasa tidak puas hati kerana peruntukan ini hanya disalurkan kepada kroni. Masalah kursus-kursus yang dianjurkan oleh MITRA menampakkan satu kesamaran dan tidak memberi impak kepada golongan B40. Bagi saya terdapat pelbagai pilihan kursus yang lain yang boleh meningkatkan sosioekonomi golongan ini.

Satu tuduhan yang memerlukan penjelasan daripada pihak kerajaan. Saya mahu kerajaan mengeluarkan secara terperinci setiap sen dari MITRA diberikan kepada siapa.

Jika kerajaan takut mengeluarkan perkara ini, saya berani menyatakan bahawa telah berlaku penyelewengan dalam penggunaan dana MITRA yang sepatutnya digunakan untuk rakyat yang memerlukan.

Isu keempat, peruntukan kepada sekolah jenis kebangsaan Tamil. Saya juga ingin menyentuh mengenai peruntukan yang diberikan pada sekolah jenis kebangsaan Tamil dan Cina seperti yang telah dibentangkan oleh kerajaan. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM120 juta untuk 1,800 sekolah Tamil dan Cina. Apa yang menjadi persoalan, di kalangan rakyat bagaimanakah pengagihan ini akan dibuat? Sebanyak RM120 juta akan diberikan bagaimana? Maka saya ingin kerajaan menjelaskan berapakah peruntukan akan diperoleh oleh sekolah Cina dan sekolah India secara terperinci? Ini bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan rakyat.

Sudah 64 tahun negara mencapai kemerdekaan, namun terdapat sebilangan sekolah Tamil yang masih berada di tapak swasta. Bilakah kerajaan akan bertindak dan berunding dengan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah ini? Lima tahun sekali hanya bila ada pilihan raya barulah memberi janji-janji manis kepada kaum India untuk pancing undi.

Isu kelima, isu kawasan Tuan Yang di-Pertua. Ingin saya menyatakan bahawa banyak taman perumahan di kawasan saya telah pun menjangkau usia 30 tahun ke atas.

Maka, faham-faham sajalah tentang isu perparitan di kawasan ini yang sentiasa mengalami kerosakan seperti longkang pecah dan longkang runtuh. Ini menyebabkan isu banjir disebabkan pengaliran air yang tidak sempurna dan isu kesihatan di mana penghuni menghadapi penyakit malaria dan denggi. Maka, ingin saya mencadangkan agar sistem perparitan dapat ditukar baharu di setiap kawasan, di kediaman yang terkesan.

Tambahan lagi perparitan yang menyalurkan air ke sungai juga perlu dipasang dengan culvert dengan izinnya, yang lebih besar bagi pengaliran air yang lancar dan juga untuk mengelakkan tanah runtuh. Bukan itu sahaja, jalan di kawasan taman perlu diturap memandangkan kerap kali aduan diterima mengenai jalan berlubang. Malahan ada jalan

final • 2:32 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

di kawasan saya yang kali terakhir diturap adalah 10 hingga 30 tahun yang lampau. Apa yang menyedihkan ialah kawasan-kawasan yang mempunyai terutamanya penghuni kaum India dan Cina terabai dalam isu ini.

Saya berharap dengan berpegang kepada prinsip Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu Keluarga Malaysia, maka isu ini mendapat perhatian daripada pihak yang berkaitan secepat mungkin.

final • 2:32 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua, minta masa sedikit sebab banyak mengenai tentera punya kena cover.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Ada 24 orang lagi Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Tidak apa, tidak apa, sedikit sahaja.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Sikit, satu minit.

final • 2:40 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Satu minit tidak cukup, lagi tiga minit.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Tidak boleh Yang Berhormat. Satu minit sahaja. Saya banyak lagi tidak habis.

final • 2:40 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Seterusnya saya ingin menyentuh tentang jalan raya utama yang menghala dari Paya Besar ke Taman Kuchai di mana kemalangan kerap kali berlaku di sepanjang jalan. Kemalangan berpunca akibat kerosakan dan ramai penghuni yang menggunakan jalan tersebut berulang alik ke tempat kerja dan sekolah.

Saya mencadangkan agar jalan tersebut dilebarkan daripada dua lorong ke- empat lorong serta membuat divider, dan lampu isyarat di beberapa buah simpang keluar- masuk. Tambahan lagi, saya mohon pihak yang berkaitan memasang lampu isyarat bagi mengelakkan kemalangan di beberapa buah simpang, terutama Jalan Kulim Mahang di simpang Taman Sepulai dan di simpang Batu Putih.

Seterusnya jalan dari Padang Serai ke beberapa belas, ada dua buah lampu isyarat di simpang Sungai Karangan perlu dipasang. Saya mohon pihak kerajaan membina sebuah bangunan imigresen baru di kawasan Parlimen Padang Serai memandangkan tempat yang sedia ada tidak sesuai kerana tiada kemudahan seperti tandas, tiada lot parking dan ruang menunggu tidak mencukupi.

Memandangkan kawasan Hi-Tech ialah kawasan perindustrian di sekitar Parlimen Padang Serai yang pesat dengan kedatangan pelabur dari luar negara, maka bangunan kastam yang semakin pudar dan luntur di kawasan saya, juga perlu di cat semula bagi meyakinkan pihak pelabur.

Seterusnya saya ingin meminta pihak kerajaan untuk mempercepat pembinaan multi-storey block, dengan izin, yang bernilai RM20 juta yang dijanjikan sejak tahun 2013.

Ini kerana pertambahan penduduk di daerah Kulim secara tidak langsung menyebabkan hospital terlalu padat dengan pesakit.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Okey, saya akan gulung.

Sudah pasti dana yang telah digunakan tidak akan diperoleh lagi. Maka persoalan saya adalah, bagaimanakah kerajaan akan menampung perbelanjaan bagi tahun hadapan? Adakah kerajaan akan memperkenalkan satu cukai yang baru bagi meningkatkan hasil kerajaan yang mungkin akan menambah rakyat secara tidak langsung di mana rakyat masih berada di tahap pemulihan selepas pandemik COVID-19.

Terdapat untuk semua perkara yang saya suarakan diambil serius dalam memastikan setiap polisi atau langkah yang dibuat oleh kerajaan akan memberi manfaat

final • 2:40 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

secara maksimum kepada rakyat Malaysia. Saya ingin mengakhiri ucapan saya dengan sebuah pantun.

Tentera Malaysia gagah berentap; Berkorban nyawa menentang musuh; Jika mahu ekonomi negara terus mantap; Rasuah dan penyelewengan perlu dimansuh. Sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyokong dan menanti jawapan. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat Machang.

final • 2:40 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberi kesempatan untuk saya turut sama dalam perbahasan pada petang ini. Saya ucapkan setinggi terima kasih dan tahniah kepada kerajaan atas pembentangan Belanjawan 2022 yang telah melibatkan RM330 bilion.

Satu jumlah yang cukup besar yang sudah tentu menuntut satu komitmen daripada pihak kerajaan untuk memastikan pendapatan negara terus dapat dijana agar jurang perbelanjaan dan pendapatan ini ataupun defisit tidak akan terus melebar. Pada saat dan tatkala kita masih lagi berada dalam lingkungan pandemik COVID-19, kemuraman dan penguncupan ekonomi ini sudah tentu akan membawa kesan kepada pendapatan negara.

Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa perkara yang saya hendak sentuh pada petang ini. Pertama soal kestabilan politik ini ada hubung kait dengan kedudukan ekonomi negara. Kalau politik tidak stabil, sudah tentulah pelabur-pelabur asing dari luar tidak akan menjadikan negara ini sebagai sebuah destinasi untuk mereka datang melabur kerana tiada jaminan. Sudah tentu setiap kali kerajaan berubah akan ada sedikit sebanyak perubahan dasar-dasar yang akan menyebabkan suatu tanda tanya yang besar di kalangan pelabur untuk terus datang dan melabur dalam negara kita.

Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan tentang beberapa perkara antaranya ialah perkara yang dibawa oleh Tuan Yang di-Pertua sendiri ke dalam Dewan yang mulia iaitu Rang Undang-undang Anti Lompat Parti. Adakah pihak kerajaan bercadang untuk memberi laluan dan mengizinkan apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Pengerang, hari ini duduk di atas Tuan Yang di-Pertua untuk memberi laluan rang undang-undang ini dibawa ke Dewan yang mulia ini untuk dibahas dan juga diputuskan.

Ini amat penting Tuan Yang di-Pertua, kita lihat selepas Pilihanraya Umum Ke-14 keadaan politik negara kita tidak stabil. Ia telah mengakibatkan kepada kedudukan ekonomi negara juga terus meruncing. Sudahlah dengan keadaan pandemik COVID-19 yang kita alami ini dengan kematian sudah menjangkau hampir 30 ribu. Rakyat Malaysia beruntung juga kalau hendak dikira, sekali pilihan raya, dapat tiga buah kerajaan, negara lain tidak ada kot saya rasa macam ini.

Tentang rang undang-undang ini bagi saya, ia nya amat perlu untuk dibawa ke Dewan ini kerana kita lihat apa yang berlaku sehari dua ini. Seolah-olah kita tidak serik- serik, di Melaka jadi lagi hari ini, kelam kabut semua dengan Pilihan Raya Kecil. Juga berlaku merupakan perkara yang sama Tuan Yang di-Pertua, maka bagi saya perkara ini perlu kita selesaikan sebelum Pilihanraya Umum Ke-15 ini nanti, mungkin tidak lama lagi Pilihanraya Umum Ke-15.

Kalau pihak kerajaan, dan semua Ahli Dewan Rakyat ada kesungguhan untuk melihat kestabilan politik negara ini, sudah tentulah ia nya tidak ada masalah sekiranya dibawa ke Dewan ini dan akhirnya kita sama-sama putuskan. Kita tidak tahu Tuan Yang di-Pertua selepas daripada pilihan raya, pasca Pilihanraya Umum Ke-15, apakah suasana

final • 2:43 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

politik pada masa itu? Adakah kerajaan yang bakal dibentuk nanti merupakan kerajaan yang akan melalui proses majoriti yang begitu tipis?

Maka kalau ada di kalangan Ahli-ahli Dewan Rakyat yang terus ke sana ke sini melompat parti, maka kerajaan akan runtuh dan politik tidak akan stabil. Ia akan memberi kesan, terutamanya kepada rakyat. Maka sebab itu saya menyokong penuh apa yang dibawa Tuan Yang di-Pertua untuk rang undang-undang ini disegerakan dan tidak boleh lagi kita berlengah-lengah.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua menyentuh tentang pandemik COVID-19 ini kerajaan mengumumkan akan memberi pampasan kepada waris mangsa COVID-19. Jadi saya hendak tanya kepada pihak kerajaan, setakat ini berapa banyak sudah sumbangan ataupun pampasan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan kepada waris-waris mangsa COVID-19?

Adakah tarikh luput, due date, kepada pemohon-pemohon ataupun waris-waris yang membuat tuntutan? Berapa banyak, berapa ramai kakitangan yang menguruskan di bawah NADMA ini kerana seperti yang disebut tadi akibat daripada pandemik COVID-19 kematian sudah menjangkau hampir kepada 30 ribu orang. Jadi bagi saya, apabila kita mengumumkan bantuan ini, sudah tentulah rakyat akan merasakan ini hak mereka.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi ada mengumumkan tentang kerajaan akan mengeluarkan kebenaran untuk membawa masuk 30 ribu orang pekerja asing yang akan bekerja di sektor perladangan.

final • 2:43 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Untuk makluman Ahli-ahli Dewan, sekarang ini kalau bercakap tentang perladangan sawit, harga sawit sudah pun melebihi 5,200 CPO. Minyak sawit mentah harga yang paling tinggi di dalam sejarah. Tidak pernah setinggi ini. Akan tetapi dalam masa yang sama, industri perladangan sawit ini mengalami kekurangan pekerjaan. Kita menganggarkan berpuluh juta sehari kerugian berlaku akibat kekurangan tenaga kerja ladang ini.

Kalau di FELCRA sahaja, kita anggar sekitar 2 juta sehari. Bererti kalau setahun, 300 juta lebih. Bukan sahaja pihak swasta, agensi kerajaan ataupun GLC yang mengalami kerugian ini tetapi dalam masa yang sama juga Tuan Yang di-Pertua, kerajaan akan mengalami kerugian daripada kutipan cukai, windfall tax atau cukai luar jangka.

Ini suatu perkara yang sememangnya boleh diatasi dan saya ingin bertanya pada pihak kerajaan. Sudah kah pihak kerajaan meluluskan permit untuk kemasukan pekerja- pekerja asing untuk sektor perladangan ini ataupun belum lagi? Kalau sudah diluluskan, sudah berapa banyak yang sudah diluluskan? Pihak FELCRA sendiri juga ada memohon kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mendapatkan permit untuk membawa pekerja-pekerja asing ini. Ia adalah satu perkara yang amat merugikan sekiranya tidak diatasi dalam kadar yang segera.

Tuan Yang di-Pertua, satu persoalan yang bermain di fikiran saya ialah berkenaan dengan RUU 355 ini. Saya terpanggil hari ini untuk bertanya kepada pihak kerajaan.

Setiap kali saya balik ke kawasan, saya balik ke Kelantan, rakyat di Kelantan terutamanya akan bertanya apa sudah terjadi dengan RUU 355 ini? Hilang di mana? Masih ada di dalam radar kah ataupun sudah hilang dalam radar?

Kerajaan benar-benar berhasrat untuk membawa ke Dewan yang mulia ini ataupun tidak? Ini perlu dijawab kerana apa Tuan Yang di-Pertua, kerana janji ini ada hubung kaitnya dengan agama. Kita berjanji atas dasar agama. Kebertanggungjawaban kita, kita berjanji kepada rakyat.

Maka, bagi saya, Machang, daripada awal-awal lagi saya memberi jaminan bahawasanya sekiranya ia dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini, saya turut sama akan berbahas. Insya-Allah, kalau inti patinya sememangnya yang terbaik, demi kepentingan negara, kepentingan agama, saya akan menyokong. Saya tidak nampak sebabnya mengapa ia tidak boleh dibawa dan tidak boleh disokong. Oleh kerana Tuan Yang di-Pertua, ia melibatkan orang-orang Islam. Kita menaikkan taraf Mahkamah

final • 2:50 PM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Syariah. Mengkaji semua tentang hukuman-hukuman yang akan dikenakan pada mereka yang didapati bersalah.

Maka, hari ini saya sangat-sangat berharap, amat-amat berharap agar pihak kerajaan dapat memberi penjelasan tentang RUU 355 ini. Kita tidak hendak nanti rakyat kata “hanya melepas batok di tangga ataupun ini hanya suatu sandiwara politik. Hanya janji politik.” Di antara orang yang berjanji sekarang ini semuanya berada di dalam kerajaan. Ini kita hendak tahu.

Masa satu minit setengah Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali yang saya hendak sebut adalah soal fokus kerajaan di dalam pembentangan RMKe-12 dan juga belanjawan baru-baru ini adalah berkaitan dengan jurang di antara negeri-negeri maju dan negeri- negeri yang kurang maju. Kelantan masih lagi tertinggal di belakang.

Saya ucap terima kasih, Central Spine Road telah dijanjikan oleh kerajaan akan dipercepatkan dan beberapa projek pembangunan juga dijanjikan oleh pihak kerajaan akan dilaksanakan di dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas yang melibatkan juga sebahagian daripada Bajet 2022 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan baru-baru ini.

Tentang pembinaan ECRL, saya berharap sangat pihak kerajaan akan dapat membuat kajian semula agar hentian terakhir ECRL ini akan berhenti di sempadan negara. Kalau tidak pun di Tumpat, di Rantau Panjang kerana ia akan mengubah landskap ekonomi khususnya di negeri Kelantan yang melibatkan negara jiran. Pintu masuk yang utama ke negara kita. Maka perkara ini perlu dikaji.

Tuan Yang di-Pertua, bagi saya semua ini boleh kita lakukan sekiranya kita ada keinginan dan juga kita mempunyai suatu perancangan yang tersusun untuk melihat bahawasanya di dalam tempoh lima tahun yang akan datang jurang ini akan dapat kita rapatkan. Masa sudah cukup, Tuan Yang di-Pertua. Perkara-perkara berkenaan dengan dalam kawasan saya yang spesifik insya-Allah saya akan bangkitkan di peringkat Jawatankuasa nanti.

Saya ucap terima kasih banyak-banyak kepada Tuan Yang di-Pertua, di atas ruangan ini dan ucap tahniah sekali lagi kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan dan kerajaan atas keberanian untuk mengumumkan belanjawan yang berjumlah RM330 bilion.

Insya-Allah saya rasa akan mendapat sokongan daripada semua Ahli-ahli Dewan. Saya menyokong. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 2:50 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Terima kasih. Yang Berhormat Selangau.

final • 2:50 PM

Tuan Baru Bian - Selangau

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan di Dewan Rakyat yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Kedua Belas yang telah dibentangkan di Parlimen kurang dari dua bulan yang lalu menyatakan di muka surat 276 bahawa Sabah dan Sarawak akan terus menerima di antara 15 peratus dan 18 peratus setiap tahun daripada jumlah peruntukkan pembangunan.

Belanjawan 2022 memperuntukkan RM75.6 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. Jika Sarawak menerima 15 peratus daripadanya, kita sepatutnya mendapat RM11.34 bilion. Walau bagaimanapun, kita cuma diberi sebanyak RM4.6 bilion iaitu hanya enam peratus manakala RM11.4 bilion diperuntukkan untuk program pemerkasaan bumiputera. Daripada jumlah itu, berapa ramai bumiputera Dayak Sarawak mendapat manfaat daripadanya? Jumlah ini tidak memberi impak yang cukup signifikan disebabkan pada dasarnya peruntukkan ini tidak mencukupi.

Adakah Kementerian Kewangan mengambil maklum mengenai RMKe-12 ketika menggubal belanjawan atau Kementerian Kewangan bebas untuk mengabaikan cadangan sebuah kementerian? Tidak hairanlah Malaysia tidak pernah mencapai objektif

final • 2:57 PM

Tuan Baru Bian - Selangau

dalam semua Dasar Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia yakni peruntukkan belanjawan tahunan telah gagal mencapai sasaran yang ditetapkan dalam rancangan lima tahun ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya bersungguh-sungguh cuba untuk mempercayai bahawa Keluarga Malaysia adalah satu konsep yang lahir daripada keinginan yang ikhlas untuk meletakkan rakyat Malaysia teguh di jalan menuju ke arah pembangunan negara.

Belanjawan 2022 tidak mencerminkan keikhlasan niat di sebalik konsep tersebut. Malah tidak sedikit pun memberi gambaran bahawa Belanjawan 2022 melambangkan semangat sebuah keluarga apatah lagi semangat MA63.

Dalam belanjawan itu terdapat peruntukkan yang khusus untuk masyarakat Cina, masyarakat India dan masyarakat Orang Asli. Tiga komuniti utama selain daripada masyarakat Melayu di Tanah Malaya. Orang Melayu seolah-olah melambangkan sebahagian masyarakat bumiputera. Masyarakat Cina diperuntukkan sebanyak RM200 juta untuk keperluan pembangunan, perumahan dan perniagaan, masyarakat India diperuntukkan RM145 juta untuk memperkasakan sosioekonomi masyarakat India, manakala masyarakat Orang Asli diperuntukkan RM274 juta untuk meningkatkan taraf hidup mereka melalui pendidikan dan taraf hidup.

final • 2:57 PM

Tuan Baru Bian - Selangau

Secara ringkas, ketiga-tiga komuniti ini telah diperuntukkan lebih RM140 juta bagi meningkatkan taraf ekonomi dan taraf hidup mereka dan masyarakat bumiputera telah diperuntukkan sebanyak RM11.4 bilion.

Tuan Yang di-Pertua, apakah yang diterima oleh kaum Dayak di Sarawak ke arah meningkatkan taraf ekonomi dan taraf kehidupan mereka seperti tiga komuniti di Tanah Malaya. Terus terang saya katakan saya tidak tahu. Sebanyak RM10 juta diberikan kepada Sabah dan Sarawak bagi tujuan mendalami ilmu kebudayaan dan warisan.

Jadi saya ingin bertanya soalan ini, apakah ia satu perkara munasabah, kaum Dayak Sarawak dihina dengan cara sebegini? Saya ingin mengingatkan bahawa di Sarawak, kaum Dayak adalah kaum majoriti tetapi kedudukan tertinggi mereka dalam demografi Sarawak tidak dicerminkan dalam taraf hidup dan penyertaan mereka dalam perniagaan dan ekonomi Sarawak. Bilangan isi rumah B40 yang tertinggi dan kadar miskin tegar tertinggi adalah di kalangan orang Dayak.

Tuan Yang di-Pertua, penduduk Dayak di Sarawak masih menghadapi masalah untuk mempertahankan tanah NCR mereka. Beribu-ribu ekar tanah NCR terlibat dalam pertikaian pemilikan di Sarawak dan Sabah bagi orang asal dan juga di Semenanjung Malaysia bagi Orang Asli. Saya belum menerima apa-apa maklum balas terhadap pertanyaan saya bulan lepas di Parlimen mengenai sokongan dan pelaksanaan Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak Orang Asli (UNDRIP) yang telah dipersetujui untuk diadaptasi oleh Malaysia pada tahun 2007.

Ini adalah perkara yang penting untuk melindungi hak dan adat Orang Asal dan Orang Asli di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Sekiranya UNDRIP ini diadaptasikan oleh Dewan yang mulia ini, banyak perkara atau klausa-klausa di dalamnya yang memberi perlindungan dan pengesahan hak-hak orang asal dan Orang Asli di negara ini. Misalnya dengan izin Artikel 10 mengatakan Tuan Yang di-Pertua and I quote, “Indigenous people shall not be forcibly removed from their lands or territories. No relocations shall take place without the free, prior and informed consent of the indigenous people concerned and after agreement on just and fair compensation and where possible, with the option of return.” Tuan Yang di-Pertua, orang asal, orang Dayak di Sarawak menganggap tanah adalah nyawa mereka. Hidup mereka tertakluk dengan tanah adat mereka, “Pemakai Menua” dan “Pulau Galau”. Kerana ini UNDRIP harus diangkat dan diluluskan dalam Dewan yang mulia ini secepat mungkin.

Seperti yang telah disuarakan oleh beberapa pengulas politik, Malaysia adalah satu-satunya negara yang mempunyai belanjawan berasaskan kaum dan agama dan dasar polisi berasaskan kaum dan agama.

final • 3:00 PM

Tuan Baru Bian - Selangau

Tidak hairanlah jika rakyat negara ini diberi pelbagai manfaat hanya kerana bangsa dan agama mereka dan tidak mengikut keperluan mereka. Selagi ini masih menjadi cara yang diterima untuk merumuskan belanjawan dan memperuntukkan sumber, slogan Keluarga Malaysia Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah cakap kosong yang diketawakan oleh rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM746 juta untuk menaik taraf sekolah-sekolah usang iaitu 165 di Sarawak dan 112 di Sabah. Walau bagaimanapun, jumlah ini tidak mencukupi untuk Sarawak. Sehingga November tahun lepas, terdapat 647 sekolah usang yang memerlukan kos pembaikan, RM3.235 bilion kata Menteri Sains dan Penyelidikan Teknikal Sarawak.

Sekarang apabila pelajar akan kembali ke sekolah untuk pembelajaran bersemuka setelah hampir dua tahun belajar secara maya dan sekarang pelajar-pelajar harus diberi persekitaran yang kondusif untuk belajar. Berkaitan dengan isu sekolah ini, ingin saya bertanya, apakah status sekolah SRK Long Sukang yang terbengkalai hampir 10 tahun?

Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2022 memperuntukkan sebanyak RM209 juta kepada Sabah dan Sarawak bagi memberi subsidi perkhidmatan pengangkutan udara kepada penduduk luar bandar yang terpaksa bergantung kepada jalan balak. Berapa jumlah untuk Sabah dan berapa untuk Sarawak? Sekali lagi saya tidak mengetahui. Apa yang saya tahu ialah pada masa ini terdapat 12 STOLports atau (Lapangan Terbang Berlepas dan Pendaratan Pendek) di Sarawak. Yang terbaik daripada segi kemudahan adalah STOLport Lawas.

Mengambil STOLport Ba’kelalan sebagai contoh. STOLport Ba’kelalan yang terletak di kawasan DUN saya mengendalikan empat penerbangan seminggu.

Penerbangan dari STOLport Lawas, dari STOLport Bario dan dari Lapangan Terbang Miri.

Semua STOLports ini di Sarawak menggunakan pesawat Twin Otter DHC-6-400. Saya boleh memberi tahu di Dewan yang mulia ini bilangan orang yang menggunakan jalan balak setiap hari antara Ba’kelalan dan Lawas dan antara Ba’kelalan dan Bario adalah sekurang-kurangnya tiga kali ganda daripada jumlah kapasiti penerbangan tunggal oleh Twin Otter.

Jadi, sejauh manakah kerajaan boleh mengurangkan subsidi RM209 juta untuk penduduk luar bandar di Sarawak? Jawapan saya hampir boleh diabaikan. Jawapan kepada keperluan masyarakat luar bandar dalam aspek ini bukanlah subsidi perkhidmatan pengangkutan udara. Jawapannya adalah dalam ke saling hubungan jalan luar bandar yang lebih efektif.

Tuan Yang di-Pertua, salah satu cara untuk memulihkan ekonomi, terutamanya di kawasan luar bandar adalah dengan membawa masuk pelancong. Sarawak mempunyai kawasan pelancongan yang diminati oleh pelancong antarabangsa seperti Gua Mulu, hutan tropika asli dan tanah tinggi yang indah tetapi ia memerlukan sedikit usaha untuk mempromosinya. Kita memerlukan cara untuk membawa mereka ke tempat- tempat ini.

Infrastruktur yang menghubungkan kawasan-kawasan ini tidak mencukupi. Oleh itu pembangunan infrastruktur luar bandar akan memberi manfaat secara langsung kepada penduduk luar bandar di samping membantu merancakkan sektor pelancongan di luar bandar Sarawak. Belanjawan 2022 mempunyai peruntukkan sebanyak RM1.5 bilion untuk pembangunan infrastruktur luar bandar, sekali lagi untuk dikongsi oleh Sabah dan Sarawak.

Mantan Timbalan Ketua Menteri Sarawak Mendiang Tan Sri Datuk Amar Dr.

James Jemut Masing berkata, kos pembinaan jalan luar bandar R3 hingga R5 adalah di antara RM10 juta hingga RM16 juta untuk pembinaan setiap satu kilometer di Sarawak.

Sukar bagi saya untuk tidak membuat kesimpulan bahawa Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Yang Amat Berhormat Bera yang tidak begitu peduli dan memahami keadaan penduduk luar bandar di Sarawak yang kebanyakannya kaum Dayak.

Adalah baik dan bagus bahawa kerajaan memperuntukkan dana untuk misi perdagangan dan pelaburan untuk meneroka pelaburan dan pasaran eksport berimpak

final • 3:00 PM

Tuan Baru Bian - Selangau

tinggi. Akan tetapi dengan insiden terhakisnya hak asasi manusia yang semakin meningkat dan tunduk kepada retorik bangsa dan agama, beberapa kumpulan besar pelabur asing lebih suka meletakkan pelaburan mereka di negara-negara jiran kita seperti Singapura, Indonesia, Vietnam dan Thailand, di mana kerajaannya tidak mempunyai dasar polisi berdasarkan kaum seperti Kerajaan Malaysia.

Kes terbaru iaitu wiski Timah dan saya amat kecewa bahawa Menteri dari Sarawak melayan tekanan daripada rakan-rakan ekstremis dari Semenanjung Malaysia.

Saya percaya bahawa majoriti orang Melayu tidak mempunyai masalah dengan nama Timah dan dapat memahami sendiri apa yang sedang berlaku. Ia hanya sekumpulan kecil pengacau yang berniat jahat untuk mewujudkan ketidakharmonian, kemungkinan besar untuk tujuan politik. Pemimpin-pemimpin negara sepatutnya menunjukkan kepimpinan dengan meredakan kemarahan tetapi malangnya mereka memilih untuk melibatkan diri dengan menyemarakkan sentimen atau berdiam diri kerana takut akan menyinggung kumpulan ekstremis.

Baru-baru ini kita juga telah melihat trend di mana orang-orang berprofil tinggi dan mereka yang sedang dibicarakan dilihat telah diberikan layanan istimewa. Manakala orang biasa yang telah melakukan kesalahan yang kurang serius tidak diberikan apa-apa. Tidak seperti pada zaman dahulu, mustahil untuk menyembunyikan keadaan sebenar negara ini di arena global. Adalah tidak menghairankan bahawa dalam tinjauan pendapat baru- baru ini, 60 peratus responden berkata mereka mahu meninggalkan negara ini jika boleh atau mampu.

Tuan Yang di-Pertua, bagi saya Malaysia adalah tanah tumpah negaraku dan Sarawak adalah ibu pertiwiku.

final • 3:00 PM

Tuan Baru Bian - Selangau

Marilah kita bersama-sama membangun negara untuk kebaikan generasi yang akan datang walaupun dihadapi dengan banyak cabaran. Sebagai penutup, saya ingin merujuk kepada Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Raja Nazrin Shah dalam tahun 2007 di satu majlis “The Young Malaysians’ Roundtable Discussion on National Unity and Development in Malaysia”, dengan izin, di mana baginda mengatakan dengan izin I quote him “…Malaysians of all races, religions and geographic locations need to believe beyond a shadow of a doubt that they have a place under the Malaysian sun.”. Saya berdoa ini akan menjadi kenyataan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi masa untuk saya. Thank you.

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Terima kasih. Yang Berhormat Padang Rengas.

final • 3:10 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas

Tuan Yang di- Pertua, saya mengucapkan banyak-banyak terima kasih atas kesempatan yang telah diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan bajet ataupun Belanjawan 2022 ini.

Tuan Yang di-Pertua, pada hari ini sebenarnya saya amat rasa lega kerana seorang ahli Keluarga Malaysia kita iaitu yang bernama Nagaenthran umurnya 33 tahun yang telah didapati bersalah di bawah Dangerous Drugs Act 1952 (DDA) Singapura telah pun dihukum di Mahkamah Tinggi sebagai bersalah dan dihukum gantung, sepatutnya ia dilakukan pada hari ini. Saya amat merasa gembira iaitu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia selaku Ketua Keluarga Malaysia telah pun mengutuskan surat kepada rakan sejawatnya di Singapura iaitu Lee Hsien Loong meminta leniency dalam kes ahli Keluarga Malaysia kita yang telah pun dijadualkan untuk digantung pada hari ini. Kita turut rasa terkesan kerana konsep Keluarga Malaysia ini menyebabkan kita menganggapkan setiap rakyat Malaysia itu adalah saudara mara kita dalam Keluarga Malaysia yang besar.

final • 3:11 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas

Jadi dengan tindakan yang telah diambil oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri jelas menunjukkan kesungguhan beliau untuk benar-benar dimasukkan di dalam pemikiran kita iaitu bahawa Keluarga Malaysia ini hanya bukan satu slogan laungan sahaja tetapi benar-benar merupakan satu perkara yang dimahukan untuk menjadi amalan kepada setiap warga Malaysia di tanah air kita ini. Kita juga mesti berterima kasihlah kepada Kerajaan Singapura terutamanya dia punya mahkamah yang telah juga memutuskan untuk memerintahkan stay of execution dan melihat semula tentang kes ini.

Saya percaya Singapura sebagai rakan jiran tetangga kita hanya mahu mencari satu alasan yang kuat untuk hendak membantu permintaan Perdana Menteri kita. Alasan yang kuat itu ialah kerana Nagaenthran ini didapati dengan izin intellectually challenged iaitu saya dimaklumkan dia punya skor intelektual punya ialah hanya 69. Yang boleh menyebabkan seseorang itu tidak tahu bahawa apa yang dilakukan oleh dia itu adalah satu jenayah ataupun apa yang dilakukan olehnya itu boleh membawa kepada consequence kerana dia intellectually challenged. So, untuk kita hendak menghukum dia apatah lagi hukuman gantung mesti ada sedikit— satu perkara is not beyond reasonable doubt bahawa apa yang dilakukan itu diketahuinya dan sudah tentulah menghapuskan mens rea di dalam kes ini.

Jadi saya juga hendak ucapkan terima kasih kepada Singapura sebab dia tahu ada sedikit sahaja alasan dia akan bantu kita. Tuan Yang di-Pertua, jadi— tapi kita kena ingat ini sementara sahaja. Ini sementara kita berharaplah sangat-sangat iaitu bahawa ia tidak sementara tetapi akhirnya benar-benar Nagaenthran didapati intellectually challenged dengan izin, maka kita minta kalau boleh di-commute-kanlah sentence-nya itu kepada life imprisonment. Kita harap ini akan dapat selesai dan Nagaenthran akan dapat diselamatkan.

Akan tetapi yang menjadi satu perkara yang amat challenging kepada kita ialah berkenaan dengan hukuman gantung di tanah air kita sendiri. Ini kerana isunya hari ini, kalau dalam keadaan sekarang Tuan Yang di-Pertua we do not have a moral ground to appeal to neighbouring countries dengan izin, ataupun mana-mana negara kalau didapati ada warga Keluarga Malaysia kita yang didapati bersalah dalam soal pengedaran dadah ini untuk kita minta clemency.

Akan tetapi dalam negara kita sendiri, kita gantung orang ini. Where is the moral ground to appeal to other countries? To ask for clemency dengan izin whereas we hang our people if the offence is done in our country. Oleh sebab itu, saya berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, walaupun tidak ada moral ground tetapi atas sikap Keluarga Malaysia dia tetap juga akan menulis kerana saya percaya apa dirasakan oleh keluarga Nagaenthran juga terkesan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita.

Jadi, di sini saya hendak bincang tentang hukuman mati dalam negara kita sendiri.

Saya difahamkan iaitu bahawa di negara Malaysia negara kita— ini cakap tentang negara kita. Saya difahamkan iaitu daripada jawapan yang telah dibuat oleh Menteri Undang- undang pada tahun 2020, pada 11 Ogos. Kita punya Law Minister iaitu Yang Berhormat dari Kota Bharu pada ketika itu telah pun memberi jawapan di dalam Dewan Rakyat menyatakan iaitu bahawa dengan izin, “...a total of 918 prisoners were sentenced to death under section 29B of which 472 are Malaysians and 446 are non-citizens”. Di manakah isunya? Isunya kalaulah 446 non-citizens ini kerajaan negara mereka merayu kepada kita supaya meminta pardon ataupun clemency terhadap warga mereka yang sekarang duduk dalam death row yang telah pun dihukum mati, digantung— Kalau mereka membuat satu representation dengan izin, kepada kerajaan kita, maka pada ketika itu apakah tindakan yang hendak diambil oleh kita dalam hal yang sedemikian. Jadi, ini kita perlu selesai. We have to sort this out. Kepada sayalah, kepada saya kalau sekiranya hukuman mati ini sebenarnya diberikan kepada kerajaan kita untuk dilakukan dan kita tahu itu bahawa mengambil nyawa seseorang itu adalah salah. Adalah salah. It is not right to take the life. It is precious, gifted by God, diberikan kepada kita. A gift dan kita kata iaitu bahawa it’s not right to take the life of another. Apa hak kerajaan pula? Apa specialnya kerajaan? Manusia tidak boleh ambil tetapi kerajaan boleh ambil nyawa orang.

final • 3:11 PM

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas

Hari ini nyawa yang hendak dikena ambil ini 918 orang yang telah pun dihukum mati. Dia tidak logik. It is not consistent. Kalau tidak boleh ambil nyawa orang, maka kerajaan pun apa hak dia untuk mengambil nyawa orang? Apa hak dia? It is wrong, tetapi it is okay for the government. But why? Mengapa ianya okey untuk kerajaan mengambil nyawa orang walaupun kalau normal human being, you memang salah?

Kerajaan boleh ambil kerana apa? Kerana ia mendapat kuasa daripada akta.

Akta itu siapa yang luluskan? Akta itu kita luluskan. Kita ahli-ahli― walaupun kita kata, “Eh, akta ini waktu itu kalau offence di bawah DDA memang betul hukuman mati, tetapi waktu itu saya bukan Ahli Parlimen”. Okey. Ramai di kalangan kita mungkin pada ketika DDA tahun 65 dulu, saya baru 11 tahun, saya bukan Ahli Parlimen. Akan tetapi, maknanya bila diadakan DDA pada ketika itu, maka orang yang terlibat patut Ahli Parlimen pada ketika itu. Akan tetapi, kita kena ingat, pada ketika itu. Akan tetapi pada hari ini, kita ahli- ahli Parlimen, kita boleh membuat keputusan dalam Dewan Rakyat untuk menarik balik hukuman mati ini. Kalau kita tidak menjalankan tugas kita, bermakna pada hari ini walaupun kita ada kuasa katalah untuk bagi drug tidak perlu diberikan hukuman mati tetapi kita ada kuasa sekarang, betul tidak? Untuk kita bersama duduk dan kita kata we have to stop this. Okeylah, hal kata bunuh kah yang lain-lain― kita ada sebenarnya 12 offences yang mana hukuman mati boleh dikenakan. Kita hendak katakan drug sahaja. Sebabnya yang kita gantung ini drug mules. Drug mules ini bukannya the drug lord. Dia cuma hari ini kita gantung dia, lagi dua tiga orang yang lain. Selalunya drug mules ini adalah orang- orang yang datang daripada kalangan orang yang susah.

Macam baru-baru ini, tahun 2019 kah 2020 baru-baru ini, seorang widower dihukum mati. Walaupun kita kata tahun 2018 dulu kita hendak moratorium but tahun 2019 kita tarik balik. Kita tarik balik. What is this? Sekejap bersetuju, lepas itu tarik. Kita setuju iaitu bahawa kita bagi moratorium, tarik balik. Jadi bermakna iaitu bahawa kita tidak mahu persalahkan orang. Kita Ahli-ahli Parlimen, kita ada kuasa pada hari ini untuk memastikan supaya hukuman mati ini dalam soal drug yang selalunya yang digantung bukanlah drug lords tetapi drug mules yang terdiri daripada orang-orang kampung, orang yang tidak cerdik, orang yang susah. Mereka tidak dapat apa-apa keuntungan. Hanya semata-mata mereka menjadi drug mules, mereka digantung.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya tidak ada masa. Cuma, saya sekali lagilah hendak mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Walaupun tidak ada moral high ground to appeal to another country kerana warga kita akan digantung tetapi dia menebalkan muka dia, menulis surat knowing that people can point balik kepada dia, “You punya negara pun you gantung orang you”. Apa dia?

Maknanya drug ini kalau di luar negara okey, tetapi dalam negara kita gantung.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong bajet dan saya menyeru kepada kerajaan untuk secepat mungkin sebagaimana kawan saya Yang Berhormat Machang tadi minta supaya anti-hopping law disegerakan, saya juga minta kepada Tuan Yang di- Pertua yang memang merupakan Penasihat Undang-undang kepada Perdana Menteri, percepatkanlah, hentikanlah hukuman gantung ini terutama dalam kes drug. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Terima kasih Yang Berhormat, mantan Menteri Undang-undang. Sekarang saya jemput mantan Timbalan Speaker, Yang Berhormat Teluk Intan. Silakan.

final • 3:20 PM

Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang budiman kerana memberikan saya masa untuk bangun membahaskan Belanjawan 2022 peringkat dasar.

Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2022 ini bertemakan Bajet Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera. Manis didengar, sedap kita hendak hidapi. Bagaimanapun, adalah

final • 3:25 PM

Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan

penting supaya kerajaan kena pastikan bajet tersebut benar-benar menepati sasaran, tidak hanya indah khabar daripada rupa. Satu bajet yang baik adalah satu bajet yang adil, berwawasan dan ia juga melibatkan empat ‘P’ iaitu perancangan, pelaburan, pelaksanaan dan akhirnya pengagihan yang adil kepada semua.

Seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Selangau, Malaysia kini telah menjadi satu-satu negara yang menguruskan belanjawan mengikut warna kulit, kaum dan bangsa. Sebenarnya ini adalah bercanggah dengan konsep Keluarga Malaysia. Saya menyokong penuh konsep Keluarga Malaysia yang diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tetapi tidak bolehlah sekadar ‘melepaskan batok di tangga’.

Keluarga Malaysia mempunyai lima teras utama dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun menyeru semua pihak fokus kepada lima nilai penggayaan Keluarga Malaysia yang berlandaskan kepada perkataan KASIH. K-A-S-I-H. Huruf ‘K’ untuk kasih sayang, ‘A’ untuk akhlak, ‘S’ untuk sihat fizikal dan mental, ‘I’ untuk berilmu dan ‘H’ untuk harmoni. KASIH ini love adalah satu nilai universal yang amat penting, sepatutnya menjadi tunjang yang diangkat oleh semua pihak sebagai mangkin perpaduan nasional.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan mesyuarat****] Saya memetik kata Yang Berhormat Menteri Kewangan ketika membentangkan belanjawan ini telah nyatakan belanjawan ini seharusnya dijulang, menjadi kanun saksi perpaduan kita demi rakyat Malaysia. Bagaimanapun, saya ingin menyeru supaya acuan lama yang mengagihkan dan menguruskan belanjawan berdasarkan kepada warna kulit haruslah disimpan dalam Muzium Negara. Acuan lama tidak akan melahirkan bentuk yang baharu. Belanjawan yang baik sepatutnya diagihkan mengikut keperluan dan juga keupayaan. Means and needs. It has to be distributed according to means and needs, bukannya berdasarkan kepada latar belakang sama ada kepercayaan agama ataupun kaum kerana kita semua adalah ahli Keluarga Malaysia.

Kita semua adalah saudara mara yang sepatutnya diberikan layanan yang adil dan saksama sebagai saudara dalam Keluarga Malaysia. Walau bagaimanapun, apabila saya mengupas belanjawan ini, jelas bagi masyarakat India dan Cina, walaupun belanjawan ini adalah belanjawan yang paling besar di sejarah negara berjumlah RM332.1 bilion, masyarakat Cina dan India hanya diperuntukkan RM300 juta iaitu 0.1 peratus sahaja. Bayangkan, apakah perasaan masyarakat India dan Cina di negara ini apabila mereka tahu inilah dasar kerajaan melayan mereka dengan dianaktirikan oleh kerajaan yang sepatutnya diberikan mandat untuk menjaga semua sebagai ahli Keluarga Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, belanjawan ini telah pun mencatat rekod sebagai belanjawan paling besar. Kedua, ia mempunyai jumlah defisit yang paling tinggi. Tahun depan, hasil kita lebih kurang RM233.4 bilion. Sementara duit belanjawan adalah RM332 bilion. Oleh sebab itu, jumlah yang tidak cukup adalah setinggi RM98 bilion. Bagaimana kerajaan hendak menguruskan supaya memastikan model ekonomi kita adalah mampan?

Kini apabila kita mengupas belanjawan, didapati kerajaan yang ada hari ini yang tidak dipilih oleh rakyat menggunakan model angkat hutang baharu, bayar hutang lama.

Korek lubang baharu, isi balik lubang lama.

final • 3:25 PM

Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan

Keadaan ini tidak mungkin akan bertahan lama. Kedua, tahun depan negara kita akan saksikan ledakan hutang negara yang semakin menggunung iaitu jumlah hutang negara yang paling tinggi dalam sejarah, setinggi RM1.32 bilion ataupun 87.6 peratus KDNK negara kita. Dalam buku Belanjawan 2022, jelas diperuntukkan 18 peratus hasil kerajaan akan digunakan hanya untuk servicing the national debt, hanya bayar faedah bunga hutang negara sahaja. Dengan kata lain, tahun depan kita terpaksa membayar RM43.1 bilion. Satu hari bersamaan RM120 juta, satu jam bersamaan RM5 juta terpaksa dibayar untuk bayar faedah sahaja, bukan modal, hutang negara kita. Bayangkan, adakah model yang dipakai oleh kerajaan hari ini akan mampan dan diteruskan.

final • 3:30 PM

Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan

Oleh sebab itu, saya menggesa supaya kerajaan meluluskan Akta Tanggungjawab Fiskal dengan segera untuk memastikan tidak ada lagi pemborosan, tidak ada lagi penyelewengan dan juga tidak ada lagi pembaziran. Adalah sangat penting di mana jika kita lihat antaranya hutang yang terpaksa kita tanggung ialah RM32 bilion yang ditinggalkan oleh Yang Berhormat Pekan sejak zaman 1MDB. Hutang itu terpaksa kita pikul, ‘biawak hidup’ ini sehingga tahun 2039. Anak cucu kita terpaksa hidup sengsara akibat daripada mereka yang tamak haloba, kerakusan pemimpin yang tidak bertanggungjawab.

Tuan Yang di-Pertua, mengikut Laporan Ketua Audit Negara, oleh sebab salah urus tadbir. Hal kerajaan, kita telah hilang hasil RM620 juta. Apabila Menteri di sebelah sana sibuk pasal Timah whiskey. Akan tetapi soal ketirisan yang begitu penting, sengaja dielakkan. Oleh sebab itu, saya mohon apakah jaminan kerajaan untuk memastikan tidak ada lagi salah urus tadbir sedemikian RM620 juta?

Kedua, tentang pemborosan. Saya bagi contoh, Seri Perdana. Seri Perdana iaitu kediaman rasmi Perdana Menteri telah pun dibina pada tahun 1997. Kos binanya waktu itu RM24 juta. Akan tetapi apabila Yang Berhormat Pekan dan Yang Berhormat Pagoh menjadi Perdana Menteri, kedua-duanya berbelanja sebanyak RM105 juta. Lima kali ganda daripada harga binaan Seri Perdana untuk kononnya membaiki kediaman tersebut.

Adakah ini bukan merupakan satu pemborosan?

Pagi ini kita baru terima jawapan bertulis daripada Menteri. Saya tanya, jumlah duit telah pun dipakai untuk membaiki pejabat Menteri dan Timbalan Menteri. Jawapan, saya sangat terkejut sekali. Di mana dalam tempoh yang begitu singkat, tidak sampai 20 bulan. Kerajaan hari ini telah belanja RM4,004,176 untuk membaiki pejabat Menteri dan Timbalan Menteri. Jabatan Perdana Menteri sahaja bersamaan RM1,073,000. Kedua paling tinggi, Kementerian Wilayah Persekutuan bersamaan RM392 ribu. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komuniti bersamaan RM398 ribu. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bersamaan RM425 ribu.

Kementerian Perpaduan bersamaan RM589 ribu untuk baiki pejabat sahaja. Adakah pejabat tersebut dibina sejak zaman P. Ramlee? Sampai kita kena buat overhaul secara berskala besar sehingga ini. Inilah pembaziran, pemborosan yang sepatutnya dielakkan, khususnya negara kita sedang dilanda oleh pandemik COVID-19 yang begitu serius sekali.

Selain daripada itu, pembaziran dan pemborosan. Penyelewengan berulang setiap tahun. Saya bagi contoh, petik Laporan Ketua Audit Negara, sistem uCustoms- RM500 juta telah pun dibayar tetapi barang yang dioder tidak sampai. Kerajaan bayar juga. Jika kata, ‘tidak ada udang di sebalik batu, tidak ada ketam di sebalik', tiada orang akan percaya. Tuan Yang di-Pertua, adalah sangat penting khususnya apabila penjawat awam seramai 800 ribu orang telah pun menderma RM30,000,000 untuk membantu Tabung Pandemik. Akan tetapi sebagai pemimpin, Menteri dan Timbalan Menteri tidak memimpin melalui teladan. Sebaliknya menjadi contoh yang paling buruk yang sepatutnya wajib dielakkan.

Selain daripada itu, saya ingin membangkitkan isu sangat penting iaitu ketelusan.

Apabila saya mengupas buku bajet, saya dapati tiada ketelusan sebab itu ia menjadi- melahirkan amalan rasuah yang semakin berleluasa. Saya bagi contoh, Jabatan Perdana Menteri buat Projek Mesra Rakyat, tiada butir, RM1.6 bilion.

Kedua, yang paling terkejut sampai hari ini tiada jawapan ialah dana fasilitasi RM40 bilion. Pada tahun depan diberikan RM2 bilion dana fasilitasi. Apa dia ‘dana fasilitasi’? Kami telah pun bangkitkan berkali-kali tetapi Menteri sengaja tidak hendak bagi butiran. Bagaimanakah mereka gunakan duit tersebut?

Ketiga, projek khas RM1 bilion. Apa itu ‘projek khas’? Apa itu Projek Mesra Rakyat RM1.6 bilion? Apa itu ‘dana fasilitasi’ RM10 bilion? Ini semua merupakan financial black hole yang mengakibatkan amalan rasuah semakin berleluasa di negara kita.

Selain daripada itu, saya ingin membangkitkan keadilan sosial antara negeri.

Perbadanan Kemajuan Negeri, semua negeri hampir diberikan peruntukan dalam buku bajet. Akan tetapi saya bagi contoh, Perbadanan Kemajuan Negeri Johor diperuntukkan

final • 3:30 PM

Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan

RM46.5 juta. Akan tetapi Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, kosong. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, kosong. Perbadanan Kemajuan Negeri Pulau Pinang, kosong. Adakah ini adil?

Adakah rakyat di Pulau Pinang, di negeri Selangor yang diperintah oleh Pakatan Harapan, mereka bukan ahli Keluarga Malaysia kita? Amalan diskriminasi sedemikian sepatutnya dielakkan. Kena pastikan supaya ia tidak berterusan.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa adalah sangat penting kerajaan perlu memperluaskan juga sumber pendapatan. Oleh sebab itu, saya sukacita mencadangkan.

Pertama, PETRONAS haruslah disenaraikan di bursa awam. Jika Saudi Arabia, Aramco boleh menjadi minyak- syarikat minyak terbesar di dunia, telah pun disenaraikan di Bursa Awam, PETRONAS sepatutnya.

Oleh sebab itu, seksyen (4.1) Akta Petroleum Carigali wajib dipinda. Akaun PETRONAS wajar diumumkan, dan accountable kepada Parlimen.

Kedua, sumber pendapatan. Saya bagi contoh, seperti mercun api. Apabila kita haramkan tetapi kita lihat setiap hari perayaan Deepavali, Tahun Baru Cina ataupun Hari Raya Aidilfitri. Suara mercun api di merata tempat. Akan tetapi kononnya ia haram tapi kita kedengaran. Oleh sebab itu, bukan sahaja kerajaan hilang hasil. Ia tidak ada- not regulated dan ia menggalakkan aktiviti ekonomi bawah tanah.

Oleh yang demikian, sudah sampai masanya kerajaan membuat pelaburan untuk masa depan. Tidak hanya- dan model lama tidak harus diteruskan. Semangat Keluarga Malaysia tidak boleh indah khabar daripada rupa. Ia patut dilaksanakan dan kita menyokong sepenuhnya, usaha ini perlu iltizam politik. Yang amat Berhormat Perdana Menteri patut menjadi contoh yang terbaik. Rakyat kita semua, tidak kira anak Melayu anak kita, anak Cina anak kita, anak India anak kita, anak Bajau anak kita, anak Dayak anak kita kerana kita ialah Keluarga Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, saya akhiri ucapan saya, perbahasan saya dengan serangkap pantun.

Mega berarak indah berbalam; Dipupuk bayu ke pohon ara; Selamat bersidang pemanis kalam; Demi kesejahteraan rakyat pengakhir bicara, Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Teluk Intan. Seterusnya, Yang Berhormat Sungai Petani. Silakan.

final • 3:30 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya akan membicarakan tentang isu keselamatan. Apa yang kita lihat dalam bajet yang telah pun dibentangkan. Diperhatikan bahawa Kementerian Pertahanan telah pun diperuntukkan sebanyak RM16.145 bilion, manakala Kementerian Dalam Negeri sebanyak RM17 bilion.

final • 3:39 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Maksudnya Tuan Yang di-Pertua, untuk pertahanan dan menjaga keselamatan negara kita, kita telah pun memperuntukkan sekitar RM33 bilion. Sudah tentu keselamatan yang dimaksudkan ini ialah keselamatan bagi menjaga negara daripada pencerobohan luar negara dan juga keselamatan yang ada kaitannya dengan dalam negara.

Apa yang kita lihat sekarang ini ada dua jenis keselamatan yang kita sebut.

Pertama, aggression daripada luar yang melibatkan pencerobohan daripada luar seperti yang telah pun kita lalui sekitar tahun 2013 yang lalu di mana ada pihak-pihak yang telah

final • 3:40 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

pun mengambil kesempatan atas ketenangan negara kita telah pun menceroboh Lahad Datu pada tahun 2013. Ini satu contoh.

Manakala dalam negeri pula kita melihat bagaimana isu-isu keselamatan dalam negeri termasuklah apa yang sedang berlaku dalam penjara kita. Untuk makluman Dewan, dewasa ini Tuan Yang di-Pertua, ada 69,500 orang banduan dan dalam kalangan 69,500 orang itu, sebanyak 56 peratus ialah terdiri daripada mereka yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Isu yang saya hendak bangkitkan di sini Tuan Yang di-Pertua ialah kita ada dua pilihan.

Pertama, rakyat Malaysia membiarkan agensi-agensi kerajaan yang telah pun kita amanahkan seperti angkatan ATM untuk menjaga keselamatan kita ataupun kita memberikan tugas ini semata-mata kepada pihak polis dan agensi-agensi lain di bawah KDN untuk menjaga keselamatan dalam negeri. Maknanya di sini, rakyat berpeluk tubuh dan menyerahkan tanggungjawab ini kepada agensi-agensi yang kita namakan agensi- agensi keselamatan ini.

Namun pun begitu Tuan Yang di-Pertua, saya kira dan saya ingin mengajak Ahli- ahli Parlimen berfikir; kita juga ada satu masalah yang sedang menanti kita di luar.

Bagaimana kita melihat saban hari Tuan Yang di-Pertua, masyarakat kita makin hari makin lemas apabila kita melihat setiap tahun, hampir 450 ribu orang pelajar yang keluar daripada lulusan ataupun keluar daripada Tingkatan 5.

Mereka menamatkan pengajian di peringkat Tingkatan 5, dan jumlah mereka hampir setengah juta. Ada yang mampu terus ke universiti tetapi ramai juga yang terkandas dan tidak dapat melanjutkan pelajaran ke universiti. Isu yang saya hendak bawa di sini Tuan Yang di-Pertua ialah bagaimana masalah sosial makin berkembang.

Bagaimana masalah ras makin berkembang dan bagaimana masalah salah faham kebudayaan makin berkembang.

Ini disebabkan oleh beberapa faktor. Faktor yang pertama kita membenarkan sekolah-sekolah vernakular terus wujud yang sebenarnya ada sebab-sebab sejarahnya yang saya kira tidak ada masalah. Akan tetapi, suka tidak suka, kita melihat bagaimana rakyat Malaysia telah terpisah semasa mereka berada di bangku sekolah lagi. Ada rakyat Malaysia yang menghantar anak-anak mereka ke international school. Ada rakyat Malaysia menghantar anak-anak kita ke sekolah kebangsaan. Ada yang menghantar sekolah-sekolah vernakular, sama ada beraliran Tamil ataupun Mandarin.

Isu yang timbul di sinilah berlakunya bagaimana interaksi antara anak-anak kita ini amat-amat minimum apabila mereka dikelompokkan mengikut kehendak ibu bapa tadi.

Anak-anak tidak membuat pilihan tetapi ibu bapalah yang membuat pilihan. Apa yang sedang berlaku ialah masa dan hari terus berlalu dan di sinilah nyata anak-anak kita amat- amat minimum interaksinya.

Tuan Yang di-Pertua, saya melihat antara cara yang kita boleh selamatkan negara ini ialah dengan mengadakan satu kaedah yang saya namakan ‘National Service’. Saya melihat 59 peratus mereka yang terlibat dalam dadah ini ialah mereka yang dalam kalangan anak-anak muda. Di samping itu, harus diingat generasi Malaysia, rakyat Malaysia, puratanya rakyat Malaysia berumur 30 tahun. Puratanya; bayangkanlah dalam yang begitu muda, mereka sudah tentu akan terjebak dalam berbagai-bagai-bagai kesalahan dan antaranya ialah dalam dadah yang makin hari makin meningkat.

Dengan pemikiran baharu yang saya hendak mengajak Ahli-ahli Parlimen khususnya memikirkan; bagaimanakah kita menyelesaikan masalah ini? Bagaimanakah kita dapat mengurangkan perbelanjaan khususnya perbelanjaan keselamatan ini? Kalau kita mengajak semua rakyat terlibat dan mengambil bahagian dalam memperkasakan keselamatan negara kita dengan memperkenalkan National Service. Saya mencadangkan supaya anak-anak kita yang lepas sahaja Tingkatan 5, kerajaan mesti menyediakan satu kaedah bahawa mereka diwajibkan masuk National Service dan paling tidak pun minimum selama dua tahun.

final • 3:40 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Ini bukan sesuatu yang baharu kerana Singapura telah pun buat bertahun, di Korea telah pun dibuat bertahun, di Taiwan telah dibuat bertahun dan di Jepun telah dibuat bertahun. Apakah faedah National Service ini?

Pertama, kita boleh membentuk sahsiah mereka. Maknanya, kalaupun mereka tidak mempunyai latar belakang pencampuran antara kaum satu sama lain tetapi dalam masa dua tahun ini, mereka akan kenal siapa itu Melayu, siapa itu Dayak, siapa itu Bajau, siapa itu India, siapa itu Orang Ulu- di sinilah dalam masa dua tahun itu, anak-anak kita dapat bercampur. Itu yang pertama.

Kedua, dalam masa dua tahun ini juga, kita dapat melatih mereka menjadi anggota tentera ataupun orang yang tahu tentang hal ehwal keselamatan negara.

Maknanya, mereka ini terlatih untuk menjadi seorang perwira negara kita. Andai kata apa- apa terjadi, insya-Allah, anak-anak kita sudah terlatih untuk menggunakan senjata tanpa lagi bergantung pada mereka yang profesional seperti tentera ataupun polis.

Ketiga, lebih penting sekali Tuan Yang di-Pertua, bagaimana membina masyarakat, sebuah masyarakat yang kita boleh letakkan acuan. Bagaimana masyarakat yang akan berdisiplin semenjak mereka menjadi anggota kepada National Service ini.

Bayangkanlah apabila mereka melanjutkan pelajaran mereka akan menjadi anak-anak yang lebih baik daripada apa yang ada sekarang.

Anak-anak yang lebih faham apa itu erti tatanegara, anak-anak yang lebih jiwanya, lebih mempunyai tatanegara yang luar biasa kerana semasa dua tahun inilah mereka akan dididik dan akan diberikan pandangan-pandangan dan juga diberikan sejarah dan sebagainya.Ini supaya padat dengan ilmu agar mereka dapat membina kehidupan mereka yang lebih berguna pada masa hadapan.

Saya masih ingat lagi kalau Tuan Yang di-Pertua melihat bagaimana bekas-bekas tentera. Cuba Tuan Yang di-Pertua balik kampung, tengok akan ada perbezaan, antara orang kampung biasa yang tidak pernah menganggotai angkatan tentera dengan orang kampung yang telah pun pencen dan kembali ke kampung. Akan ada perbezaan bagaimana karakter bekas tentera dengan orang kampung biasa.

Bagaimana mereka bertutur dan bagaimana mereka bertindak dalam kehidupan harian mereka. Oleh sebab mereka telah pun berada dalam angkatan tentera itu, dididik sedemikian rupa dan telah pun mendapat pendidikan jasmani serta rohani. Sudah tentu ini apabila mereka pencen, pulang ke kampung, akhirnya kita lihat bagaimana karakter dan pembawaan diri mereka amat berbeza. Inilah yang kita perlukan.

final • 3:40 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Saya mencadangkan kerajaan memerhatikan untuk mengembalikan negara ini kepada trek yang betul supaya anak-anak yang kita lahirkan hampir setengah juta setiap tahun lepasan sekolah ini dapat kita kawal, dapat kita didik. Apa yang lebih penting sekali mereka mempunyai jiwa besar untuk mempertahankan negara ini, itu yang pertama Tuan Yang di-Pertua.

Kedua, saya juga mencadangkan kerajaan melihat balik bagaimana pegawai- pegawai kerajaan khususnya penjawat awam yang sekarang ini dibenarkan cuma mendapat pencen pada umur 60 tahun. Saya bimbang sebenarnya pencen umur 60 tahun ini tidak membantu negara kita. Sepatutnya saya melihat kita harus kembali kepada sebuah suasana di mana pegawai-pegawai kerajaan— saya masih ingat lagi, saya bekas pegawai kerajaan. Di mana pada umur 40 tahun, pegawai-pegawai kerajaan atau penjawat awam diberi pilihan sama ada untuk meneruskan kehidupannya sebagai pegawai kerajaan ataupun dia boleh ambil pencen walaupun pencen tidak besar. Akan tetapi kalau inilah boleh dikembalikan, saya yakin ramai di antara penjawat-penjawat awam yang mahu pencen awal kerana mahu menceburkan karier mereka dalam bidang- bidang yang lain. Sama ada ceburkan diri dalam bidang profesional, perniagaan ataupun politik atau lain-lain. Ini memberikan mereka ruang untuk tidak terus-menerus berada dalam perkhidmatan awam.

Satu lagi kebaikan kalau kita memberikan mereka peluang pencen awal pada umur 40 tahun, ini akan membuka ruang kepada orang Melayu dan Bumiputera

final • 3:50 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

menceburkan diri dalam perniagaan. Orang Melayu dan Bumiputera yang kebanyakannya berada dalam perkhidmatan awam yang jumlahnya 1.3 juta ini, sekarang ini terbenam dalam perkhidmatan awam dan hidup dalam comfort zone yang luar biasa. Sudah tentulah kalau dia sudah masuk umur 55 tahun, dia tidak akan lagi berani mengambil risiko keluar dan menceburkan diri dalam perniagaan. Sekali gus, kita akan melihat bagaimana mereka berpotensi yang boleh menceburkan dirinya dalam alam perniagaan dan dalam bidang- bidang yang lain. Akan tetapi oleh sebab dia hidup dalam comfort zone, akhirnya dia akan menghabiskan waktu-waktu yang produktifnya dalam perkhidmatan awam.

Jadi saya mencadangkan kerajaan membuka peluang. Dua keuntungan yang kita dapat di sini. Pertama, kita akan melihat peluang untuk anak-anak muda yang sekarang ini tidak mempunyai pekerjaan dapat masuk ke dalam alam perkhidmatan awam apabila ada mobiliti di atas, ada kekosongan di atas apabila ramai pegawai yang telah pun mencapai umur 40 tahun atau 45 tahun boleh berhenti dan berpencen awal, ini akan memberikan ruang kepada anak muda. Keduanya ialah ini akan membukakan ruang kepada mereka yang ada kepakaran tertentu dan meninggalkan perkhidmatan awam dengan berpencen tetapi juga menceburkan diri mereka ke dalam bidang-bidang perniagaan atau profesional yang lain.

Jadi saya kira ini ialah benda yang harus dilihat kerana kita harus bergerak maju ke depan dengan memberikan peluang-peluang yang lebih kepada penjawat-penjawat awam. Untuk itu, saya ucapkan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyokong bajet ini, terima kasih.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Saya jemput Yang Berhormat Ipoh Timur, silakan.

final • 3:50 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menyertai dalam perbahasan Belanjawan 2022. Tahun lepas apabila kita membahaskan Belanjawan 2021, kita membahas suatu belanjawan yang paling besar dalam sejarah negara pada ketika itu iaitu sebanyak RM322.5 bilion. Tahun ini, rekod angka belanjawan ini telah pun dipecahkan sekali lagi yang mana Belanjawan 2022 membawa satu perbelanjaan sebanyak RM332.1 bilion, meningkat sebanyak RM9.6 bilion.

Peningkatan ini adalah dalam suatu keadaan yang mana keadaan kewangan negara adalah amat terhad, dengan perlunya meningkatkan siling hutang statutori dari paras 55 peratus kepada 60 peratus pada tahun lepas dan 65 peratus pada tahun ini.

Hutang negara pada hari ini telah melonjak pada satu tahap RM1.3 trilion dan keadaan meminjam untuk membayar hutang negara adalah begitu serius. Sehinggalah pada tahun 2020, sebanyak 50.4 peratus daripada keseluruhan pinjaman baharu berjumlah RM194.55 bilion adalah digunakan untuk membayar balik prinsipal hutang bagi tahun 2020 seperti yang telah dinyatakan dalam penyata kewangan yang telah pun dibentangkan di atas meja Ahli-ahli Parlimen.

Maka, kita sudah tidak mampu dan tidak berupaya untuk meneruskan masalah yang kita hadapi selalu iaitu kecuaian, penyelewengan dan keborosan dalam perbelanjaan kita. Ketua Audit Negara baru-baru ini dalam pengauditan pematuhan terhadap Kementerian dan Jabatan Persekutuan telah mengesan sebanyak RM620.07 juta wang rakyat yang membabitkan isu pembayaran teratur, kerugian wang awam dan pembaziran. Kesemua ini patut dihentikan dan pihak penguat kuasa haruslah mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Apabila kita berbincang berkenaan dengan Belanjawan 2022 yang berjumlah RM332.1 bilion, saya menyeru supaya kerajaan haruslah bersikap jujur apabila membentangkan jumlah perbelanjaan ini sebanyak RM332.1 bilion dengan perbelanjaan mengurus lebih kurang 70.3 peratus, perbelanjaan pembangunan 22.7 peratus dan Tabung COVID-19 sebanyak 6.9 peratus. Rakyat hendak tahu sama ada jumlah sebanyak RM332.1 bilion ini telah merangkumi kesemua perbelanjaan yang dianggarkan untuk

final • 3:53 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

tahun depan dan juga diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dua minggu yang lepas.

Pada tahun lepas, apabila Yang Berhormat Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan 2021, beliau telah mengumumkan satu jumlah perbelanjaan sebanyak RM3 bilion untuk tujuan pembelian vaksin COVID-19. Namun, walaupun pengumuman telah pun dibuat oleh beliau dalam ucapan belanjawan, jumlah sebanyak RM3 bilion itu sebenarnya tidak dimasukkan dalam jumlah perbelanjaan RM322.5 bilion pada tahun 2021. Akhirnya, apa terjadi? Kerajaan terpaksa pada bulan April yang lepas menggunakan kuasanya di bawah Darurat menggunakan wang dalam Kumpulan Wang Amanah Negara

(KWAN) untuk menepati jumlah RM3 bilion yang telah pun diumumkan.

Bagi saya, pengumuman peruntukan sebanyak RM3 bilion untuk tujuan perolehan vaksin tanpa dimasukkan dalam Anggaran Perbelanjaan 2021 merupakan satu perkara yang amat serius dan mengelirukan Dewan yang mulia ini. Saya pasti ramai Ahli Dewan memang tidak tahu pada ketika itu wang memang tidak disediakan dalam belanjawan walaupun pengumuman telah dibuat. Dengan izin, it is a creative way by the government in giving a good figure for the people to read. This is the big question. Sama ada perkara ini akan berulang pada tahun 2022, ini persoalan yang saya hendak tanya. Sama ada kesemua perbelanjaan seperti yang diumumkan telah pun diperuntukkan dalam Belanjawan 2022. Contohnya, RM4.8 bilion yang telah diumumkan untuk tujuan JaminKerja sama ada ia termasuk dalam sebahagian daripada belanjawan yang telah pun diumumkan. Itu soalan daripada saya.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada kerajaan sekarang yang telah memberikan pengiktirafan terhadap polisi-polisi baik yang telah pun dikemukakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2018 hingga 2020. Sekali gus, membuktikan bahawa polisi-polisi yang diperkenalkan oleh Kerajaan PH pada ketika itu telah mendatang buah dan hasil, serta menjadi dengan izin, low-hanging fruit yang boleh dipetik pada bila-bila masa.

Nombor satu, Program MySalam. Program MySalam telah diperkenalkan oleh Kerajaan PH pada tahun 2019 dan merupakan satu skim yang memanfaatkan kesemua golongan B40 dan selepas itu diperluaskan kepada golongan M40 pada Februari 2020.

Namun apabila Program MySalam diperkenalkan oleh Kerajaan PH apa yang kita terima adalah kritikan dan persoalan, siapakah yang mendapat keuntungan daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat di sebelah sana? Saya memberi contoh. Pada bulan April tahun 2019, tidak sampai empat bulan MySalam diperkenalkan Yang Berhormat Pekan telah mempersoalkan jumlah tuntutan yang dibayar setakat itu tidak berbaloi berbanding dengan wang yang kononnya telah dibayar oleh kerajaan kepada syarikat insurans.

final • 3:53 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Akan tetapi pada hakikatnya kerajaan pada ketika itu tidak membayar kepada syarikat insurans pun tetapi Yang Berhormat Pekan menuduh bahawa beliau kata, “Untungnya syarikat Singapura yang diberikan projek mySalam ini dapat projek insurans RM2 bilion tetapi hanya perlu bayar tuntutan RM40,000 setakat April 2019 ataupun purata RM414.00 setiap tuntutan” Pada bulan Februari tahun 2020 pula, Yang Berhormat Ayer Hitam telah beberapa kali mempersoalkan kenapa hanya RM13.7 juta sahaja yang telah dituntut pada tahun 2019 dan mempersoalkan siapa yang mendapat keuntungan dalam program mySalam ini.

Polisi PH dipersoal pada ketika itu. Polisi PH dikritik pada ketika itu tetapi pada akhirnya pada hari ini, kerajaan melalui Menteri Kewangan sekarang telah memperakui manfaat yang dibawa oleh program mySalam dan setakat ini diakui oleh Menteri Kewangan sendiri mySalam memanfaatkan 125,000 orang dengan jumlah pampasan yang diberikan sebanyak RM180,000. Inilah polisi yang dibawa oleh Kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2019.

Program Jamin Kerja pula, Menteri Kewangan mengumumkan satu peruntukan sebanyak RM4.8 bilion untuk Program Jamin Kerja. Bagi saya program ini adalah terlalu lambat dan ia sepatutnya telah pun dilaksanakan pada tahun 2020. Kerajaan PH apabila

final • 4:00 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

membentangkan Belanjawan 2020, mengumumkan RM6.5 bilion untuk program Malaysia @Work yang dijangka mencipta 350,000 peluang pekerjaan dalam masa lima tahun.

Program ini akan memanfaatkan ratusan ribu lepasan universiti, warga wanita dan pekerja tempatan. Kerajaan PN sebelum ini telah gagal melaksanakan program ini pada tahun 2020.

Sekali lagi terbukti kerajaan sekarang mengakui program Malaysia@Work ini yang dijenamakan semula sebagai Jamin Kerja merupakan satu program yang baik dan mengemukakan semula program ini. Tahniah dan syabas kepada Kerajaan PH sebelum ini.

Pagi tadi saya terima satu jawapan juga di atas meja saya berkenaan dengan satu lagi polisi kerajaan PH. Pada ketika itu kita memperkenalkan polisi ataupun program House Ownership Campaign yang telah pun memberikan diskaun ke atas rumah-rumah yang dijual oleh pemaju dan juga memberikan pengecualian duti setem oleh pembeli- pembeli rumah. Di sini saya tanya, saya mendapat jawapan bahawa sejak tahun 2019 sampai sekarang jumlah hartanah yang telah pun dijual di bawah House Ownership Campaign (HOC) adalah sebanyak 82,201 unit dengan nilai jualan mencecah RM38 bilion.

Maksudnya mereka yang tidak mampu membeli rumah sebelum ini 82,000 orang antara mereka telah mampu untuk memiliki rumah atas hasil daripada satu polisi yang baik daripada Kerajaan Pakatan Harapan.

Maka dengan itu, saya menyatakan bahawa hanya dengan ketiga-tiga polisi mySalam, program Jamin Kerja dan House Ownership Campaign ini membuktikan polisi- polisi baharu yang diperkenalkan oleh PH sebelum ini merupakan polisi yang baik untuk rakyat dan berjiwa rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga telah meneliti keseluruhan ucapan Menteri Kewangan dan berasa kesal bahawa kerajaan sekarang telah gagal memberikan peruntukan kepada sekolah-sekolah berlainan aliran seperti yang telah pun diberikan oleh Kerajaan PH dahulu. Apabila Kerajaan PH memerintah, peruntukan kepada sekolah- sekolah tahfiz, sekolah-sekolah Cina, sekolah-sekolah Tamil telah pun diberikan peruntukan yang mencukupi. Namun untuk dua tahun berturut-turut, saya hendak bangkitkan sekolah-sekolah – telah tidak diberikan peruntukan dalam ucapan Belanjawan berbanding dengan RM15 juta yang telah pun diberikan pada tahun 2020.

Sekolah-sekolah SJKC pula kehilangan, nombor satu, peruntukan RM20 juta setahun untuk tujuan pembinaan sekolah baharu dan RM12 juta setahun untuk pembayaran tambahan utiliti SJKC dan RM6 juta untuk tiga pengajian tinggi swasta.

Kesemua peruntukan ini adalah penting bukan untuk mana-mana ahli politik tetapi adalah amat penting untuk membantu sekolah-sekolah, murid-murid dan pelajar-pelajar. Setelah kerajaan tukar, kesemua peruntukan ini hilang, hendak bina sekolah you kena dapatkan dana sendiri. Hendak bayar utility bil, you kena bayar oleh sekolah sendiri. Apakah slogan ‘Keluarga Malaysia’ ini bermaksud? Apa yang lebih teruk lagi adalah kesemua peruntukan ini adalah hilang di bawah sebuah kerajaan yang kononnya berslogan ‘Keluarga Malaysia’.

Bagaimana kerajaan boleh menggelar dirinya sebagai sebuah kerajaan Malaysia, kerajaan Keluarga Malaysia apabila gagal untuk memberikan pertimbangan dan bantuan kepada semua anak-anak murid, semua pelajar tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.

Perkara terakhir yang ingin saya bangkitkan adalah program peranti Keluarga Malaysia yang mana kerajaan akan memperuntukkan RM450 juta untuk memberikan peranti percuma kepada seramai 600,000 siswa-siswi daripada keluarga B40. Tahun lepas murid-murid sekolah telah dijanjikan 150,000 buah laptops dan sudah setahun berlalu, laptops tersebut masih belum lagi sempurna diedarkan sampai hari ini. Tidak ada orang tahu bagaimana hendak buat permohonan dan apakah kriteria pemberian.

Di kawasan saya sebagai contoh hanya satu sekolah sahaja yang menerima manfaat. Bagaimana dengan lebih daripada 10 sekolah menengah yang lain lebih daripada 25 sekolah kebangsaan yang lain yang tidak menerima langsung bantuan laptop percuma ini. Sama ada ini bermaksud sekolah-sekolah lain tidak mempunyai murid-murid

final • 4:00 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

yang memerlukan dan adalah jelas program projek peranti sebelum ini telah gagal dengan segagal-gagalnya.

Saya hendak tanya kepada kerajaan apakah kriteria kelayakan untuk permohonan 600,000 buah unit peranti ini. Saya berharap kerajaan dapat memberitahu kepada Ahli-ahli Dewan semasa penggulungan nanti apakah KPI iaitu dalam tempoh masa berapa lamakah kesemua 600,000 peranti ini akan diedarkan ke tangan mereka yang memerlukan. Saya hendak memberikan pesanan kepada kerajaan janganlah sekali lagi kerajaan mengambil masa 12 bulan untuk mengedarkan 600,000 buah peranti seperti yang dijanjikan dalam program peranti siswa.

Dengan itu saya mengakhiri ucapan perbahasan untuk Belanjawan Tahun 2022 dan sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua untuk memberikan peluang. Sekian.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Ipoh Timur. Yang Berhormat Papar, silakan.

final • 4:00 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang yang diberikan.

Dari hari pertama hinggalah ke hari ini telah banyak kita dengar hujah-hujah dan pelbagai persoalan yang dilontarkan oleh rakan-rakan, khususnya berkaitan hasil dan hutang negara, peruntukan sedikit dan sebagainya. Kalaulah hasil negara sedikit berbanding dengan perbelanjaan kita, ini bererti negara kita akan menuju kegelapan.

Namun begitu, kejujuran dalam mengumumkan sebarang peruntukan itu amat penting kerana kalau tidak ada kejujuran, maka berlakulah salah anggap dan salah tafsiran yang membuatkan rakyat rasa tertipu dengan kerajaan.

Saban tahun, rakyat Sabah disajikan dengan pengumuman peruntukan khas berbilion-bilion ringgit apabila Belanjawan dibentangkan. Walau bagaimanapun, kita lihat pembangunan di Sabah bergerak sangat perlahan seolah-olah peruntukan yang diumumkan itu tidak sampai kesemuanya. Persoalan saya, adakah benar peruntukan- peruntukan tersebut wujud semuanya? Adakah projek-projek tersebut berjalan lancar?

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang kita tahu Sabah diberikan peruntukan pada tahun 2019 sebanyak RM5 bilion, 2020 RM5.2 bilion, 2021 RM5.1 bilion dan tahun 2022 sebanyak RM5.2 bilion. Kami merayu kepada Kerajaan Persekutuan supaya semua bajet- bajet ini dan peruntukan-peruntukan ini haruslah diturunkan kepada negeri Sabah sekali gus. Janganlah ia diturunkan sedikit-sedikit, kata orang Sabah, ingkit-ingkit.

final • 4:07 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Kalau ingkit-ingkit, bererti segala perancangan untuk negeri Sabah, untuk pembangunan negeri Sabah tidak akan dapat tercapai dan disempurnakan. Tidak ada gunanya peruntukan diumumkan misalnya RM20 bilion tetapi yang datang hanya RM3 bilion. Jadi, di manalah ketulusan kita? Kita mahu ketulusan supaya kita dapat menguruskan semuanya dengan baik.

Tuan Yang di-Pertua, biarlah negeri Sabah yang menguruskan segala-galanya supaya kami tahu bagaimana keupayaan kami. Di sini juga kita harus tahu bahawa ramai anak Sabah yang datang ke Semenanjung Malaysia mencari pekerjaan untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka dan untuk menyara keluarga di Sabah. Untuk pengetahuan umum, sebanyak lebih kurang 400,000 anak-anak Sabah bekerja di Semenanjung sebagai jurujual, sebagai pelayan, sebagai pengawal keselamatan dan juga pekerja-pekerja kilang tetapi malangnya mereka di sini sangat sedih dan kami pun berasa sedih apabila mendengar cerita mereka ini.

Mereka bekerja hari-hari tetapi mereka susah untuk menabung wang untuk keluarga mereka dan juga mereka terpaksa berjualan di pasar malam untuk mencari rezeki tambahan. Tahu kah kita, ramai di antara mereka ini yang telah diberhentikan kerja sewaktu pandemik dan hidup mereka melarat di negeri orang? Ada yang menjadi

final • 4:10 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

gelandangan dan tidur merempat di tempat-tempat yang tidak sepatutnya seperti di bawah jambatan, beralaskan kertas surat khabar dan kertas kotak.

Kalaulah Kerajaan Persekutuan prihatin kepada kami di Sabah, sudah lama banyak kilang dapat didirikan di Sabah yang mana ia boleh menjana pekerjaan untuk anak-anak muda. Kerajaan Persekutuan bukan tidak tahu bahawa Sabah mempunyai banyak barang mentah yang boleh diguna pakai dan boleh diproses untuk kilang-kilang.

Kita tahu Sabah ada minyak sawit, kita tahu Sabah ada kelapa sawit, kita tahu ada minyak- minyak mentah dan kita juga tahu bahawa Sabah juga ada mempunyai emas dan juga tembaga tetapi tidak ada kilang untuk memprosesnya.

Kata orang Sabah, “kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih”.

Misalkannya di Sabah Oil and Gas Terminal (SOGT) di Kimanis, gas daripada Kimanis dihantar ke Bintulu menggunakan paip yang memakan belanja berbilion ringgit untuk membinanya. Kenapa pula kita hantar ke Bintulu sedangkan di Sabah, kalau kerajaan prihatin kepada anak-anak Sabah, kerajaan boleh membina kilang untuk memproses gas ini.

Jadi di sini, anak-anak Sabah akan dapat bekerja tetapi apa yang berlaku ialah ketirisan, penyelewengan yang berlaku. Banyak kerja yang tidak dibuat tetapi sudah dibayar. Siapa yang untung? Kontraktor ataupun orang-orang yang berkepentingan?

Siapa yang rugi? Rakyat Sabah yang rugi. Apakah orang Sabah kurang kemahiran untuk mengendalikan kilang-kilang ini? Berapa ramai kah orang-orang tempatan yang dapat manfaat daripada projek ini? Tepuk dada, tanyalah selera.

Tuan Yang di-Pertua, sememangnya pembangunan fizikal itu penting dan ia satu keperluan dalam memastikan ekonomi negara sentiasa dalam keadaan baik dan isu kemiskinan rakyat dapat diatasi. Namun, pembangunan fizikal itu perlu diseimbangkan dengan pembangunan rohani. Maka, barulah kita dapat melahirkan insan yang tahan uji, berdisiplin, bertoleransi dan bermoral tinggi. Dengan berpaksikan ilmu dan nilai-nilai murni, ianya akan melahirkan sebuah masyarakat yang aman bahagia, keamanan yang berpanjangan dan kesejahteraan yang kekal berkekalan hanya akan dapat tercapai apabila kerajaan melaksanakannya.

Sarawak dan Sabah perlu dicontohi oleh semua rakyat di negara ini terutamanya di Semenanjung dalam usaha mencapai integrasi dan perpaduan di Malaysia. Dengan adanya kesederhanaan dan perpaduan kaum, rakyat tidak akan menerima sebarang jenis ekstremisme sama ada dalam bentuk fahaman, ideologi mahupun perkauman kerana rakyat tahu yang mana baik dan yang mana buruk.

Tuan Yang di-Pertua, untuk pembangunan rohani yang mampan, saya sebagai wakil rakyat menyeru dan memohon kepada kerajaan supaya memberikan peruntukan yang lebih tinggi untuk tujuan membina, menaik taraf dan baik pulih rumah-rumah ibadat.

Di Parlimen Papar misalnya, memang banyak rumah ibadat seperti masjid, surau, gereja, tokong dan kuil yang memerlukan perhatian daripada kerajaan. Sememangnya peruntukan RM50 juta bagi tujuan ini adalah tidak mencukupi.

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ingin senaraikan surau-surau yang memerlukannya iaitu Surau Al Hidayah, Kampung Kogopon; Masjid An-Nur Taman Limauan, Kinarut; Surau Ar Rahman, Kampung Anak; Surau Al-Mulk, Kampung Mook; Masjid Puncak Taqwa di Pekan Kinarut; Masjid Lama Nur Hidayah, Kampung Somboi; Surau Abu Bakar Siddiq, Taman Kinarut Ria; Surau Nur Hidayah, Taman Seri Menanti; Masjid Al-Hikmah Kampung Tengah, Kinarut;Surau Rahmat, Kampung Soka; Masjid Al- Hidayah, Pantai Lok Kawi; Surau Melinggan ke Pengalat Besar; Surau Ar Rahimi, Kampung Kuala; Surau Nurul Hikmah, Kampung Kuala; Surau Nur Hidayah, Kampung Kuala; Surau Al-khasfy, Kampung Darat Benoni; Masjid Nurul Iman, Kampung Kawang; Surau Al Mukhtideen, Kampung Bambangan, Papar; Surau Ar-Rahim, SK Papar; Surau Ar Suria, Kampung Benoni; Surau At-Taqwa, Kampung Benoni; Surau Kampung Ulu Benoni; dan Surau Al-Walid Kampung Benoni. Dan banyak lagi.

Senarai-senarai tokongnya adalah Tokong Tien Nam Shi di Kinarut, Tokong Thin Nam Tong, Jalan Hospital Besar Papar dan Tokong Hock Teck Kong, Pekan Papar dan beberapa tokong lain lagi.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Bagi gereja-gereja pula ialah St. Joseph’s, Papar; St. Damian, Dambai;St. Luke, Kampung Lakut; Holy Rosary, Limbahau; St. Aloysius, Kampung Limputong; St. Litat, Kampung Biau; St. Sabina, Kampung Titimboungon; St. Teresa of Jesus Christ, Kampung Sebandil; St. Patrick, Kampung Kinuta; St. Monica, Kampung Mohindin; St. Teresa of Avila, Kampung Kogopon; Gereja Calvary, Papar; Gereja Basel, Papar; dan Gereja True Jesus, Papar; dan banyak lagi gereja yang saya tidak dapat sebutkan di sini.

Isu nelayan di Papar pula. Saya beralih kepada isu nelayan di mana sekali lagi saya ingin menyuarakan kesusahan-kesusahan para nelayan pantai di Papar, khususnya di Parlimen saya. Sudahlah pendapatan mereka banyak yang terjejas disebabkan pencerobohan nelayan asing ditambah pula dengan wabak COVID-19, kini mereka pula tidak dibenarkan menangkap ikan di kawasan yang telah digazetkan oleh kerajaan.

Selama ini, mereka boleh menangkap ikan di kawasan ini turun temurun, sekarang sudah disekat oleh pihak berkuasa. Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Saya mohon dan merayu kepada kerajaan untuk melonggarkan segala sekatan di kawasan yang telah digazetkan ini bagi tempoh yang tertentu sehinggalah kerajaan dapat mengenal pasti penyelesaian jangka panjang demi kelangsungan hidup nelayan di Parlimen Papar.

Mereka juga harus dibenarkan berlindung di pulau-pulau yang telah digazetkan sewaktu dilanda ribut seperti di kawasan-kawasan Pulau Tiga. Mereka ini menangkap ikan bukannya untuk merosakkan ekosistem ataupun terumbu karang.

Tuan Yang di-Pertua, tukun tiruan amat diperlukan di perairan Papar kerana terumbu ikan yang paling banyak adalah di kawasan yang telah digazetkan dan di tempat larangan menangkap ikan. Binalah tukun-tukun tiruan di tempat-tempat yang sesuai dan berhampiran dengan pantai supaya kos operasinya tidak begitu tinggi.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Saya juga merayu agar bantuan peralatan diberikan kepada nelayan. Berapa yang diperuntukkan di dalam Belanjawan ini bagi membantu para nelayan membeli bot, pukat dan jaket keselamatan dan lain-lain? Berkaitan kalau ada pinjaman, saya mohon agar dipermudahkan proses birokrasi.

Saya juga merayu agar kerajaan mempertimbangkan untuk meningkatkan bantuan musim tengkujuh kepada nelayan pantai daripada RM300 kepada RM500 memandangkan kos sara hidup yang sudah meningkat. Nelayan-nelayan yang dimaksudkan ialah mereka yang tinggal di sepanjang pantai P175, Kampung Kuala, Kampung Beringis, Sungai Padak, Kelandangan, Pantai Manis, Pengkalan Besar, Pengkalan Kecil, Kinarut, Kawang, Kampung Gosis, Seri Menanti dan lain-lain.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam belanjawan kali ini kerajaan akan meneruskan pemberian subsidi dan insentif bagi industri pertanian dan perikanan dengan peruntukan sebanyak RM1.7 bilion. Untuk pengetahuan kementerian bahawa pekilang di Sabah membeli padi daripada pesawah di Papar dengan harga RM1.00 satu kilogram. Ramai pesawah mengeluh dan terkesan. Mereka ini harus dibantu dengan segera. Saya mohon agar kerajaan menaikkan harga padi ini dengan memberikan subsidi yang tinggi kepada pesawah di Sabah. Saya dimaklumkan juga, harga baja dan alatan pertanian digunakan untuk tanaman padi telah naik. Jadi saya mohon kerajaan bertindak secepat mungkin.

Tuan Yang di-Pertua, sewaktu kerajaan Pakatan Harapan memerintah, peruntukan bagi melebar, membaik pulih jalan aspal dan jaringan jalan-jalan kampung di kampung saya iaitu Kampung Benoni. Malangnya selepas kerajaan bertukar tangan, politik lebih diutamakan berbanding kesejahteraan rakyat. Kerja-kerja ini terhenti separuh jalan dan sehingga kini masih belum diteruskan walaupun kerajaan kini Kerajaan Keluarga Malaysia. Mengenai Jambatan Kedua Papar, sekiranya dilaksanakan akan menjadi satu- nadi lalu lintas dan menjadi laluan utama ke ibu negeri termasuk digunakan pengunjung yang datang dari Brunei dan Sarawak. Ia akan melancarkan laluan jalur lintas.

Jambatan Kedua Papar yang merentasi Sungai Papar sepanjang 150 meter sangat-sangat diperlukan memandangkan jambatan sedia ada tidak mampu menampung pertambahan trafik di kedua-dua arah. Pada tahun 2019, saya dimaklumkan bahawa pihak JKR Negeri dan Kerajaan Negeri telah menghantar permohonan kepada kerajaan pusat bagi membina jambatan kedua ini tetapi malangnya sehingga kini belum ada keputusan

final • 4:20 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

kerana Langkah Sheraton telah terjadi. Saya mohon agar peruntukan RM129 juta di bawah peruntukan jalan raya dan jambatan di Sabah diguna pakai.

Tuan Yang di-Pertua, peruntukan kepada Kementerian Pendidikan adalah yang tertinggi bagi tahun 2022 dan kenaikan sebanyak RM2.3 bilion berbanding tahun 2021.

Untuk pengetahuan umum di Sabah banyak pejabat pelajaran daerah yang masih menumpang di sekolah rendah dan menengah. Memandangkan terdapat kenaikan peruntukan ketara daripada RM17 juta kepada RM72 juta pada tahun 2022, saya mohon agar bangunan Pejabat Pelajaran Daerah Papar dibina baru. Dari dahulu hingga sekarang staf-staf PPD Papar menumpang di Sekolah Rendah Kimanis. Isu...

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, tolong habiskan ya.

final • 4:20 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Ya, saya akan habiskan sekejap lagi.

Sedikit lagi.

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tiga minit.

final • 4:20 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Isu berkenaan elaun perumahan pegawai kerajaan dari Semenanjung yang bertugas di Sabah jauh lebih tinggi berbanding dengan pegawai kerajaan dari Sabah yang bertugas di Semenanjung belum pernah diselesaikan. Isu ini sudah lama.

Saya ingin bertanya, adakah guru-guru dari Sabah ini warga kelas kedua, ataupun orang-orang Sabah ini merupakan ‘keluarga tiri’ Malaysia, bukan Keluarga Malaysia.

Sampai bila-bila isu ini tak akan selesai. Saya mohon kerajaan jelaskan, dan cari penyelesaian yang terbaik. Dari itu saya mengakhiri perbahasan saya. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Papar. Saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang. Silakan.

final • 4:20 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh .

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memulakan perbahasa mengenai Belanjawan 2022 ini dengan menyebut perkara yang baik-baik dahulu. Saya melihat di dalam belanjawan ini ada usaha untuk membantu rakyat. Yang pertama saya lihat sebanyak RM8.2 bilion untuk bantuan Keluarga Malaysia. Hanya saya minta kepastian pada Menteri Kewangan, jumlah RM8.2 bilion itu adalah diuntukkan kepada semua kaum dan agama di negara kita ini. Saya minta kepastian. Maknanya peruntukan itu untuk semua rakyat, tidak kira kaum dan agama mereka.

Ada satu lagi perkara baik yang saya nampak. Sebanyak RM4.8 bilion diuntukkan dalam belanjawan tahun hadapan ini untuk inisiatif jaminan kerja iaitu untuk menjana menghasilkan pekerjaan sebanyak 600 ribu pekerjaan baharu, dan saya mohon jaminan daripada Menteri Sumber Manusia di Dewan yang mulia ini supaya peruntukan sebanyak RM4.8 bilion itu benar-benar akhirnya berjaya menghasilkan 600 ribu pekerjaan yang diunjurkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan dan juga Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Bera kerana berjaya membentangkan dalam tempoh yang singkat Bajet 2022, dan juga Pembentangan Rancangan Malaysia Kedua Belas dalam masa yang suntuk dengan iklim politik yang kadang-kadang porak-peranda.

Jadi adalah usaha yang telah dilakukan. Seterusnya dalam Dewan yang mulia ini saya ingin menyatakan cerita kejayaan, suatu success story. Ini berkenaan dengan SPRM. Walau apa pun kritikan yang telah dilemparkan kepada SPRM, sesetengah kritikan itu ada asas dan meritnya. Akan tetapi saya ingin sebutkan di sini bahawa saya membaca laporan tahun 2020, Laporan SPRM menyatakan bahawa SPRM telah mendapatkan semula harta yang diselewengkan dalam Skandal 1MDB sejumlah lebih RM14 bilion, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dapatkan balik wang itu. Jadi,

final • 4:24 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

kejayaan ini patut dipuji, saya hendak nyatakan di sini. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri Kewangan, peruntukan untuk SPRM ini kecil sangat, RM303 juta sahaja.

Sedangkan kita hendak amanahkan tugas untuk SPRM memantau belanjawan yang berjumlah RM332 bilion ini besar. Jadi kalau boleh buatlah pindaan, tambah peruntukan kepada SPRM.

Tuan Yang di-Pertua, saya seorang Ahli Parlimen di pihak Pembangkang. Jadi saya sekarang hendak memberi ulasan yang agak kritis terhadap Belanjawan 2022 ini.

Saya mendengar apa yang disuarakan oleh rakyat di luar Dewan ini dan juga daripada Ahli Parlimen di sini. Ini fakta yang ada dalam buku Belanjawan. Peruntukan komuniti bumiputera diuntukkan RM11.4 bilion. Ini ada disebut beberapa kali. Bagi masyarakat India dan Cina dicampurkan jumlahnya hanya RM345 juta sahaja. Jadi kalau kita bahagikan, cari peratus, jumlah peruntukan kepada masyarakat India dan Cina berbanding peruntukan bumiputera hanya 3 peratus sahaja.

final • 4:24 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Sebanyak 3 peratus untuk kaum Cina dan India, manakala sebanyak 97 peratus untuk kaum bumiputera. Itu pun saya minta kepastian daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan, bila disebut ‘komuniti bumiputera’. Jadi saya hendak tahu, berapakah peruntukan untuk anak negeri Sabah dan anak negeri Sarawak, dan berapa pula peruntukan orang Melayu?

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mahu perkara ini hanya disebut oleh Ahli-ahli Parlimen bukan Melayu, kawan-kawan daripada Ahli Parlimen Cina, masyarakat Cina dan India. Saya Ahli Parlimen Melayu, beragama Islam. Saya sukalah masyarakat Melayu bumiputera dapat peruntukan yang besar. Akan tetapi, soalnya adakah adil? Mengapakah gap yang begitu besar Tuan Yang di-Pertua? Komuniti bumiputera begitu besar. Saya lihat ini tidak adil. Saya dilatih sebagai seorang peguam, bercakap soal keadilan. Saya datang daripada Parti Keadilan Rakyat, berasaskan keadilan tetapi saya tidak boleh – conscience saya terganggu Tuan Yang di-Pertua.

Apabila saya sebut ini, bukanlah bermakna saya tidak sayangkan orang Melayu, saya tidak mahu bangsa saya, agama saya mendapat peruntukan yang sewajarnya tetapi janganlah melampau begini. Yang Berhormat Menteri Kewangan dan kerajaan Yang Amat Berhormat Bera, kita sebut Keluarga Malaysia. Susunlah belanjawan ini baik-baik.

Saya hendak tahu tiap-tiap tahun peruntukan bumiputera ini RM10 bilion, RM 10 billion ini tetapi KWSP menyatakan lebih 70 peratus yang akaun dalam KWSP tidak sampai RM10 ribu malah setengah saja itu tidak sampai RM1,000 merupakan orang- orang Melayu, orang bumiputera. Jadi, bantuan belanjawan tiap-tiap tahun ini sejak merdeka bumiputera mana yang dapat? Yang susah orang Melayu ini tetap susah, bumiputera Sabah dan Sarawak tetap susah.

Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan. Yang Berhormat Menteri Kewangan- seorang ahli korporat, seorang yang bijak daripada segi kewangan.

Adakah ini ada kaitannya dengan affirmative action? Saya menyokong dasar affirmative action untuk membantu orang-orang Melayu, orang-orang bumiputera yang miskin, yang mundur dan terpinggir. Mereka perlu dibantu kerana negara kita kaya, makmur dan agihan mesti ada. Akan tetapi, saya juga dalam Dewan ini minta difikirkan sudah sampai masanya dasar affirmative action ini mesti diadakan reformasi iaitu bukan semua orang India ada syarikat kapal terbang, bukan semua orang India ada syarikat pelabuhan, bukan semua orang India ada syarikat televisyen swasta. Begitu juga bukan semua orang Cina menjadi tokoh-tokoh korporat, hartanah- property, bukan semua orang Cina menguasai bank-bank komersial yang besar-besar. Saya Ahli Parlimen Pasir Gudang di mana pengundinya masyarakat Melayu, Cina, India, orang Sabah, orang Sarawak pun ada dan Orang Asli pun ada.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya fikir sudah sampai masanya Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dikaji semula. Saya menyarankan dasar affirmative action ini mestilah juga diperluaskan dan disusun semula supaya orang-orang Cina yang susah, yang daif, yang tinggal di rumah-rumah pangsa murah PPR, di rumah-rumah kampung-

final • 4:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

kampung baru, orang-orang India yang susah. Saya tahu masa pandemik ini saya turun ke gelanggang di bawah, mereka susah. Orang-orang Cina susah. Apabila berniaga dia tidak boleh berniaga. Begitu juga orang India, semua kita susah.

Jadi apa makna affirmative action kalau yang dapat faedahnya orang-orang Melayu- bumiputera yang duit dapat, saham dapat, dia hantar wang keluar ke British Virgin Island, ke pesisir- luar pantai. Mereka yang dah kaya-kaya ini tidak perlu ada affirmative action. Jadi kena ubah.

Kalau kita bercakap soal Keluarga Malaysia, sudah sampai masanya perlu diubah. Saya tidak mahu dengar. Hati saya sedih bila kawan-kawan saya, teman-teman saya daripada orang India, orang Cina – Yang Berhormat, adakah kami ini rakyat kelas dua, kelas tiga? Kata Malaysia menentang aparteid di Afrika Selatan, menentang Dasar Aparteid, di Timur Tengah yang dilakukan oleh Rejim Israel tetapi di Malaysia ini ada kelas-kelas rupanya.

Jadi saya harap tahun depan, tidak tahulah kerajaan mana yang memerintah nanti selepas pilihan raya umum, susunlah belanjawan ini. Jangan lagi guna kotak-kotak perkauman ini. Kita satu bangsa, Bangsa Malaysia. Kita hendak bina satu negara Bangsa.

Negara kita kalau kita tengok dalam unjuran belanjawan, hutang kita dah lebih RM1 trilion.

Hutang kerajaan, hutang negara, yang akan bayar hutang ini...

final • 4:30 PM

Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Tumpat minta laluan.

final • 4:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Semua rakyat, Melayu, Cina dan India akan bayar hutang ini. Kalau tidak kita bankrap.

final • 4:30 PM

Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Yang Berhormat Pasir Gudang, Tumpat minta laluan.

final • 4:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Ya, sila-sila.

final • 4:30 PM

Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Saya mendengar dengan teliti apa yang diucapkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang tadi dan menyarankan supaya kerajaan mengkaji semula Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan.

Saya minta supaya Yang Berhormat memperincikan, apa maksud Yang Berhormat dari Pasir Gudang ini, apa maksud untuk merungkaikan, ataupun meniadakan hak keistimewaan orang Melayu. Ini kerana, kalau dapat saya fahamkan itu membawa maksud kepada aparteid seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Gudang itu.

Jadi, saya minta penjelasan supaya rakyat boleh faham dengan jelas apa yang diperjuangkan, apakah bentuk keadilan yang diperjuangkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang? Terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Tumpat. Saya tidak mahu mengambil masa Ahli-ahli Parlimen lain yang akan berbahas. Ringkas sahaja iaitu satu perkara, Orang Asli di Semenanjung tidak termasuk dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan sedangkan merekalah sebenarnya bumiputera tetapi mereka tidak termasuk dalam itu. Jadi, kena susun semula. Saya dah sebut tadi affirmative action mestilah meliputi semua rakyat, semua kaum, asal yang susah kita tolong.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya akan menyokong Belanjawan 2022 ini dan mintalah Yang Berhormat Menteri Kewangan kalau boleh dipinda, dipindalah mana yang patut sesuai dengan apa yang saya sarankan. Sekian. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumsalam. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Ipoh Barat, sila.

final • 4:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak terus ke isu-isu berkaitan dengan masyarakat.

final • 4:39 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Pertama, kekurangan pembantu rumah dan juga pekerja asing di negara ini.

Pembantu rumah, saya difahamkan telah dibekukan daripada masuk ke negara ini sejak 8 Mac tahun dulu dan tidak ada rasional ia dibuat walhal sangat desak di antara keluarga- keluarga yang perlukan pembantu rumah. Kita menghadapi masalah di negara ini di mana isteri dan suami bekerja perlukan pembantu rumah.

final • 4:39 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ini common sense tetapi tidak ada common sense nampaknya dengan kerajaan.

Ini kerana hingga sekarang tidak ada effort untuk membenarkan atau tidak membekukan atau nonfreezing of this intake of foreign workers iaitu pembantu rumah.

Oleh sebab itu, ramai di antara keluarga sekarang menghadapi masalah. Di antaranya ialah orang-orang tua yang terpaksa menghantar mereka ke rumah penjagaan dan juga ramai antara orang yang sedang bekerja terpaksa melepaskan pekerjaan kerana perlu menjaga anak. Juga di mana special children perlukan pembantu rumah yang khas untuk menolong mereka.

Saya harap kerajaan akan menimbang dan mengatasi masalah ini. Walhal pada masa sebelum MCO, seramai 3,000 ke 6,000 orang pembantu rumah setiap bulan dibenarkan masuk ke negara ini. Sekarang mereka balik, selepas kontrak habis, mereka tidak dibenarkan mengambil majikan atau ibu bapa tidak dibenarkan mengambil pembantu rumah.

Masalah yang terjadi ini adalah apa yang dibuat oleh kerajaan, saya minta maaf, hendak katakan tidak masuk akal langsung. Ini kerana dengan pembekuan ini, nampaknya ia terpakai kepada semua orang. Tidak, Tuan Yang di-Pertua. Saya difahamkan kepada kategori profesional yang datang ke negara ini, mereka boleh membawa pembantu rumah dari negara lain. Walhal warganegara Malaysia, mereka tidak dibenarkan membawa pembantu rumah. Ini alasan yang tidak ada rasional langsung.

Saya pohon, jangan kita tunggu sehingga tahun hadapan. Buka sahaja untuk membenarkan mereka masuk. Jika mereka dibenarkan, saya harap kita mengikut standard ILO atau International Labour Organization, decent work for domestic workers.

Ini perlu diambil perhatian.

Semasa Pakatan Harapan menerajui kerajaan, kita telah mencadangkan rang undang-undang Domestic Workers Act. Sebenarnya, saya lagi ingat, semua perkara itu telah dibincangkan dengan stakeholders dan hanya perlu mendapat kebenaran Kabinet dan dibawa ke Parlimen. Sudah hampir lebih daripada dua tahun, apakah masalah untuk membawa rang undang-undang tersebut?

Sekarang, Tuan Yang di-Pertua, masalah yang besar adalah menandatangani MOU dengan Indonesia mengenai pengambilan pembantu rumah. Malaysia tidak dapat menandatanganinya kerana Indonesia tegaskan bahawa pengambilan pekerja pembantu rumah dari Indonesia tidak boleh mengikut online iaitu maid online tidak dibenarkan.

Walhal ini perlu perbincangan dengan mereka untuk mengatasi masalah ini kerana mereka berfikir, Indonesia berfikir kalau merantau ke tempat-tempat lain seperti di Bangladesh, Cambodia, Thailand dan Filipina, semua ini adalah G2G. Kenapa hanya untuk Indonesia, Malaysia membenarkan maid online? Ini menyusahkan Kerajaan Indonesia. Apakah muslihatnya?

Semasa Pakatan Harapan menerajui kerajaan, saya sendiri telah pergi ke Kathmandu di mana telah menandatangani satu perjanjian pengambilan pekerja.

Kerajaan pada masa itu berbincang dengan saya dan telah bersetuju untuk menghantar pekerja pembantu rumah ke Malaysia. Hampir lebih dua tahun, saya hendak tahu, apakah proses yang telah dibuat untuk fasiliti ini dibenarkan? Hingga sekarang, perjanjian belum ditandatangani. Walhal Nepal sedang menghantar pembantu rumah kepada Saudi Arabia, ke negara-negara serantau sana. Kenapa ia tidak boleh dihantar ke Malaysia walhal dia diperlukan di negara kita? Dalam hal ini, apakah makna Keluarga Malaysia kalau kita tidak memberi perhatian kepada warganegara kita sendiri?

Saya juga telah membangkitkan perkara mengenai pekerja asing. Tuan Yang di- Pertua, saya telah mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya membenarkan pekerja asing

final • 4:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

datang untuk bekerja di Malaysia sekarang jika kita ada pekerja-pekerja sedemikian di depot, detention center yang lain yang beribu-ribu di negara ini. Mereka ingin bekerja di sini. Mereka tahu culture kita, mereka tahu bahasa, mereka patut dibenarkan bekerja di sini. Akan tetapi, kerajaan mahu mengusir mereka, mengambil alih dan membenarkan pekerja asing datang ke sini. Ini semua ada muslihat.

Itu sebab saya telah memfailkan satu urgent motion yang tidak dibenarkan oleh Tuan Yang di-Pertua di mana kita kekurangan pekerja asing dan tidak ada niat yang baik oleh kerajaan. Kita perlu ingat, kita perlukan pekerja asing. No question about that. Kita rugi berbilion-bilion ringgit setiap tahun, Tuan Yang di-Pertua, kerana kita tidak ada pekerja di industri plantation di antaranya. Kalau kita ada pekerja sedemikian di depot- depot, kenapakah ia tidak boleh dibenarkan? Walhal kerajaan hendak gunakan rekalibrasi, recalibration, telah mengumumkan pada awal tahun ini hingga 31 Disember ia berfungsi. Akan tetapi, tidak berfungsi, Tuan Yang di-Pertua.

Menteri Sumber Manusia sendiri telah mengaku bahawa sistem itu tidak berfungsi dan berbulan-bulan berlaku. Macam mana ia dapat diatasi? Saya difahamkan, saya dapat beberapa kompelin daripada majikan-majikan mengatakan mereka tidak dapat legalize. Dia ada membenarkan satu sistem tetapi tidak beroperasi. Jadi saya pohon bahawa tarikh untuk 31 Disember 2021 ini dilanjutkan hingga sistem itu dapat diguna pakai.

Akan tetapi, dalam semua hal ini, Tuan Yang di-Pertua, walaupun kita akhir sekali mungkin akan membenarkan pekerja-pekerja asing datang bekerja di negara ini yang tidak dapat dielakkan, antaranya ialah 3D dan sebagainya, jangan kita lupa kita perlu ikut― jangan melampau pekerja paksa, forced labour. Di mana menjadi satu isu yang besar sekarang di mana ratusan rakyat Malaysia akan menghadapi pengangguran jika syarikat-syarikat glove manufacturers dan sebagainya tidak dibenarkan mengeksport ke negara lain kerana Amerika telah mengadakan freeze kepada barang-barang kita dihantar di sana. Ini bukan satu perkara yang senang. Saya harap kajian dibuat supaya dapat diatasi dan tidak ada kompromi mengenai kerja paksa ini.

Juga, saya hairan, walaupun MOU yang telah ditandatangani dengan kerajaan, kita telah membuat beberapa cadangan, saya sendiri telah menghadiri satu mesyuarat dengan Yang Berhormat Menteri Kewangan, dengan lain-lain ketua-ketua Pakatan Harapan di mana kita telah cadangkan gaji minimum dinaikkan. Dasar untuk meningkatkan gaji minimum adalah kerana the real value of wang telah jatuh dan mereka tidak ada bargaining power iaitu pekerja-pekerja B40. Mereka perlu pertolongan dari kerajaan.

Maka ini adalah satu di antara kewajipan sebuah kerajaan, tetapi tidak dibuat.

Walhal kalau Pakatan Harapan sekarang menerajui kerajaan, setiap tahun kita akan meningkatkan gaji minimum RM100, sekarang sepatutnya RM1,400. Rakyat Malaysia lebih daripada separuh, lebih kurang lapan juta orang tidak menikmati gaji minimum yang tinggi kerana kegagalan kerajaan untuk membuat satu yang senang sahaja untuk menolong masyarakat ini. Ini bukan luar biasa. Di England sekarang, di UK, gaji minimum telah dinaikkan dan juga di negara-negara lain.

Saya juga pohon SOCSO di mana gaji upah subsidi, saya difahamkan, ada penyelewengan. Apakah tindakan yang diambil supaya penyelewengan ini dapat disekat dan tindakan ke atas beberapa buah syarikat yang terlibat di mana tindakan diambil?

Saya beralih kepada HRDF atau Human Resources Development Fund. Laporan Tahunan PSMB 2020 melaporkan bahawa agensi telah membelanjakan RM540 juta untuk melatih 435,000 orang pelatih.

final • 4:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Jumlah pelatih untuk tahun 2020 jauh lebih kurang dengan jumlah pelatih yang dilatih pada tahun sebelumnya yang dilaporkan jumlah bilangan sebanyak 889,000 dengan kos RM591 juta sahaja. Memang dapat difahamkan bahawa jumlah bilangan pelatih jatuh serba sedikit disebabkan penularan COVID-19. Namun, ia amat menghairankan saya apabila kos setiap pelatih di mana telah meningkat dalam satu

final • 4:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

laporan auditnya iaitu dari RM665 setiap pelatih kepada RM1,241 setiap pelatih. Ini menunjukkan kenaikan 87 percent. Macam mana ini boleh jadi?

Penyata kewangan HRDF menunjukkan jumlah yang dilaburkan dalam sekuriti disebut harga quoted securities telah meningkat daripada RM25 juta kepada RM186 juta.

Peningkatan modal daripada pelaburan ditunjukkan dan dibekalkan sebagai pendapatan dalam nota 21. Peliknya, jangkaan kerugian daripada transaksi yang berjumlah sebanyak RM15 juta hanya ditunjukkan dalam nota 8, kunci kira-kira (balance sheet). Mengapakah PSMB mengiktiraf keuntungan yang dikaut sekarang dan menangguhkan kerugian ke tarikh selanjutnya? Institusi yang melabur dalam sekuriti bukan sahaja melabur dalam portfolio saham blue chip, bahkan juga akan mempunyai penganalisis kewangan bertauliah.

Sehubungan dengan itu, saya ingin menanyakan PSMB HRDF Corporation sama ada juga melabur dalam portfolio saham blue chip atau bersubahat dengan orang dalaman lalu melabur secara terpilih. Jangan ia menjadi satu skandal yang besar dari MITRA.

Semasa kita menerajui HRDF, Pakatan Harapan sebanyak RM100 juta telah diasingkan untuk development of ILP di negara ini. Tuan Yang di-Pertua, banyak apparatus di ILP iaitu skills training, skilling, upskilling and reskilling itu sangat tidak boleh pakai dah. Ia menggunakan barang-barang pengajaran yang kita gunakan semasa kita berada di Form 1 dan Form 2. Jadi, saya telah memohon kepada kerajaan tetapi kerajaan akan mengambil masa yang banyak. Jadi, kita telah mengagihkan RM100 juta di HRDF yang ada wang tersebut.

Saya difahamkan sekarang wang itu telah diguna pakai untuk lain tetapi sekarang kita ada masalah yang besar, di mana ILP-ILP hanya ada lebih kurang 60 peratus yang dengan pelajar-pelajar. Walhal patut 100 peratus. Akan tetapi HRDF ingin lagi membuat skim-skim baharu untuk membina ILP-ILP yang baharu. Ini tidak masuk akal. Semua Menteri di negara ini Tuan Yang di-Pertua, yang menjadi Menteri Sumber Manusia dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, semasa mereka menjadi Menteri, ada sekurang- kurangnya satu ILP dibina di kawasan mereka. Saya telah memberhentikan perkara tersebut. Ini nampaknya satu kelalaian.

Akhir sekali ialah MITRA, Tuan Yang di-Pertua. Di mana jutaan wang telah wrongly used dan sekarang ada satu kempen Save MITRA public campaign. Saya difahamkan cadangan-cadangan yang dibuat, satu di antaranya saya ingin— harap kementerian akan mengambil perhatian. Di mana didapati 38 district, di mana 95 peratus masyarakat India tinggal di sana. Jangan kita mengagih jauh-jauh. Di tempat-tempat ini fokus di sana fokus di sana untuk menolong mereka dan website mereka patut di-upgrade selalu.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya pohon agar select committee— Saya telah berbincang dengan Tuan Yang di-Pertua dahulu. Di seluruh dunia keutamaan diberi kepada Kementerian Sumber Manusia, hanya di Malaysia it is a second class ministry. Walhal, kita semua bekerja cari makan. Work is the most important tetapi tidak ada select committee sedemikian. Tengok di UK, di England atau di Amerika dan sebagainya.

Apabila pembentangan Kabinet pun diberi perhatian yang lebih kepada Kementerian Sumber Manusia. Saya berharap kerajaan akan mengambil perkara ini seberapa yang segera dan menubuhkan satu select committee khas untuk Kementerian Sumber Manusia. Ini kerana kita sekarang ada lebih dari 60 peratus rakyat Malaysia sedang bekerja, semua ini adalah berkaitan dengan pekerjaan. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Seterusnya, Yang Berhormat Sri Gading, silakan.

final • 4:50 PM

Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh - Sri Gading

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. *Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, Bismillahi Rahmani Rahim.

[Berselawat]* Saya mulakan dengan membacakan kisah Khalifah Umar Abdul Aziz yang menangis seorang diri lalu ditemui oleh isterinya Fatimah, bertanyakan kepada suaminya,

final • 4:55 PM

Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh - Sri Gading

“Mengapa engkau menangis wahai Khalifah?”. Khalifah Umar menjawab, “Aku dilantik untuk menguruskan manusia, menguruskan urusan ummah. Ada di kalangan mereka yang susah, yang miskin, lapar dan dizalimi. Aku tahu bahawa Tuhanku akan bertanya tentang semua keadaan rakyatku ini dan aku takut aku tidak mempunyai hujah untuk semua perkara, kerana itulah aku menangis”. Tuan Yang di-Pertua, pada hemat saya kerajaan pada hari ini tidak bersungguh- sungguh berfikir tentang rakyat. Bukti pertama saya ialah Pilihan Raya Negeri Melaka tidak harus diadakan. Rakyat sedang susah sekarang. Penyakit COVID-19 positif masih tinggi. Kenapa nasib dan nyawa rakyat dipertaruhkan dalam perkara ini?

Tuan Yang di-Pertua, dalam Bajet 2022, penjawat awam telah diberikan bonus sebanyak RM700, termasuklah mereka yang berada di barisan hadapan, *the frontliners.

The frontliners* telah berkorban jiwa, raga, tenaga, masa siang dan malam. Meninggalkan anak, suami isteri hendak berjumpa pun susah, bertarung nyawa. Rata-rata penjawat awam semuanya dalam keadaan PKP, bertugas dari rumah, work from home, stay safe.

Kita lihat bahawa pengorbanan frontliners ini— kita selalu sebut dalam Dewan ini penghargaan yang tinggi harus diberikan kepada frontliners tetapi RM700.

Saya minta kerajaan mempertimbangkan untuk paling minimum diberikan gaji sebulan. Diberikan bonus sebulan gaji kepada mereka ini tanda penghargaan kita. Kalau lebih, lagi bagus. Oleh itu, saya ingin bertanya berapa ramaikah jumlah frontliners yang berkhidmat dan berapa ramai pula frontliners yang telah meninggal dunia akibat COVID- 19 dalam menjalankan tugas mereka ini. Bagaimana dengan keluarga mereka, anak- anak mereka yang telah kematian bapa ataupun emak mereka? Apakah bentuk bantuannya? Apakah bentuk bantuan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada anak-anak yatim, kaunseling, pampasan, sumbangan wang dan bukan wang?

Tuan Yang di-Pertua, saya telah bertanya pada 12 Oktober yang lalu, sewaktu Ministers Question Time (MQT) kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Mersing telah menjawab soalan itu. Bertanyakan tentang soal penjawat awam yang tidak divaksin. Yang Berhormat Menteri menjawab bahawa vaksin ialah sukarela, tidak ada paksaan, tidak ada tindakan. Akan tetapi kemudiannya ada pekeliling yang dikeluarkan oleh JPA mengatakan bahawa tindakan akan diambil, sehingga ada di situ dinyatakan bahawa boleh diberhentikan. Saya kira ini amat bersalahan dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri dalam Dewan yang mulia ini. Adakah Yang Berhormat Menteri misleading, telah mengelirukan Dewan ini? Bagaimana jawapan daripada seorang legislatif dan apa yang telah diambil tindakan oleh eksekutif? Saya kira ini memerlukan satu penjelasan.

Seperkara lagi yang ada kaitan dengan perkara ini adalah tentang RTK-Antigen di kalangan penjawat awam, terutamanya khasnya kepada guru-guru yang berhadapan dengan anak-anak murid pada setiap hari.

final • 4:55 PM

Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh - Sri Gading

Kenapakah tidak dilakukan saringan RTK-Antigen seperti mana yang dilakukan oleh Ahli-ahli Parlimen sebanyak dua kali seminggu? Saya sudah sebutkan perkara ini dan menyindir dalam Dewan yang mulia ini, tetapi nampaknya menteri yang bertanggungjawab atau kenyataan-kenyataan daripada kerajaan tidak pernah dikeluarkan. Kalau kos yang dinyatakan, sudah tentu saya kira kerajaan mesti mengambil satu tindakan proaktif mencari jalan bagaimana kos boleh dikurangkan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Tidakkah saringan RTK-Antigen ini boleh kita buat sendiri; kita ada IMR, kita ada Institut Genome dan Vaksin Malaysia. Saya kira kita boleh keluarkan satu kit yang murah dan boleh digunakan oleh semua guru dan penjawat awam.

final • 5:00 PM

Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh - Sri Gading

Jadi sesiapa sahaja; kita yang sudah divaksin ini pun kena buat RTK dan termasuk juga yang tidak divaksin. Jadi, kalau setiap masa mereka ini diuji, sudah tentu kita tahu mereka ini sama ada sudah dijangkiti oleh COVID-19 ataupun tidak. Kalau kita lihat kit RTK-Antigen ini pun rata-ratanya ialah kotak-kotak sahaja, dengan plastik yang banyak.

Tuan Yang di-Pertua, masa mencemburui kita, tinggal tujuh minit lagi. Seperkara lain yang untuk ingin saya bawakan ialah soal 1MDB. Saya hendak tahu berapa sebenarnya hutang yang memang kita kena bayar lagi. Tadi Yang Berhormat Teluk Intan ada menyebutkan boleh selesai pada tahun 2039. Dahulu kita dikenali sebagai salah satu Asian Tigers. Hari ini kita telah menggendong apa yang disebutkan – Ramai dalam kalangan ahli Dewan menyebutkan ini biawak hidup. Jadi, apakah makna – Apakah namanya ‘Biawak Asia’.?

Jadi, saya hendak tahu di negara manakah yang syarikat 1MDB ini dibicarakan.

Kalau saya tengok dalam Internet, negara yang membicarakan ataupun membawa ke mahkamah ialah negara Singapura, Amerika, England, Australia, Hong Kong. Begitu hebat sekali 1MDB ini dan saya tahu bahawa daripada apa yang dimaklumkan, kerajaan membayar hampir RM2 bilion setahun; interest sahaja, faedah kepada 1MDB ini.

Sedangkan kalau kita lihat, bajet negeri Johor hanyalah sebanyak RM1.8 bilion setahun. Jadi, dengan interest, dengan riba yang sebanyak RM2 bilion ini kalau dicurahkan kepada negeri Johor, masalah selesai. Masalah rumah PPRT, banjir, jalan, parit, peniaga, petani, sekolah, rumah ibadah; RM2 bilion setahun beri negeri Johor, selesai masalah. Akan tetapi, kita terpaksa menanggung hutang yang begini besar sehingga tahun 2039.

Saya hendak bangkitkan sedikit soal di Johor, khusus untuk Sri Gading. Pertama, Sekolah Menengah Kebangsaan Suria Jaya, Parit Yaani. Saya sudah sebut sudah tiga tahun dahulu, tidak selesai juga. Sekolah sudah siap 97 peratus, tinggal tiga peratus.

Sebanyak RM2 bilion setahun dibuang begitu sahaja, bayar hutang. Akan tetapi, sekolah sudah enam tahun siap, tidak selesai lagi. Apa KPM buat? Tidak nampakkah lagi? Sudah begitu lama perkara ini. Pusat pelupusan sampah, banjir. Apabila hujan sahaja, banjir lumpur. Bukan sahaja bahagian saya, bahagian Yang Berhormat Parit Sulong pun begitu juga. Jadi, sudah disebutkan berkali-kali. Buatlah tindakan, pengairannya diperbaiki.

Akan tetapi, tidak ada tindakan daripada pihak kerajaan.

Soal banjir kilat di Taman Universiti, di Taman Sri Wangsa, selama 20 tahun pun tidak ada tindakan. KPKT mahupun KASA, hanya “akan, akan, akan”, tetapi sebanyak RM2 bilion diberi kepada bank, bayar hutang.

Selanjutnya ialah tentang Masjid Ladang Sri Gading. Sekejap lulus kata ada bajet, sekejap tidak ada. Mentang-mentanglah saya sudah berada di pihak sebelah kiri Tuan Yang di-Pertua, kejap timbul, kejap tidak timbul. Kemudian itu, juga saya hendak sebutkan naik taraf Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), bila hendak buat? Dari Ayer Keroh sampailah ke Johor Bahru, ke Senai, dua lane. Dua buah laluan sahaja. Bila hendak naik taraf Lebuh raya Utara Selatan (PLUS).

Seterusnya, tentang high-speed rail dari Singapura ke Kuala Lumpur; adakah diteruskan? Kalau tidak diteruskan, adakah pampasan? Berapakah pampasan yang telah dibayar kepada Singapura? Saya hendak tahu status tentang high-speed rail. Juga, saya hendak tahu tentang status Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas – Johor. Ini juga yang saya hendak tahu. Jadi, ada beberapa perkara yang saya sebutkan tadi. Saya minta supaya diambil tindakan.

Saya hendak ubah sedikit, Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua ini jiran saya. Jadi, saya tidak mahu stress dalam ucapan ini. Saya hendak berseloka Bajet 2022.

Akan tetapi, Tuan Yang di-Pertua, saya minta izin jangan interrupt kerana kita ada lebih kurang tiga minit lagi ya.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik.

final • 5:00 PM

Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh - Sri Gading

Jadi, bagi saya lima minitlah, insya-Allah. Kalau ada interruption dia tidak menjadi.

final • 5:00 PM

Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh - Sri Gading

*Seloka Bajet 2022 Parti Pejuang, parti Melayu, Parti Pejuang, parti nasional, Rakyat dibela, negara sentosa, Tuhan Rabbuljalil, dirafakkan sembah, Raja dan sultan, kita daulatkan, Kita, YB berkhidmat, Kita, YB berjiwa rakyat, Bajet 2022 kita bahaskan.

Yang asnaf, B40, JKM Prihatin, hulurkan bantuan, Yang berada, yang kaya, jangan buat-buat lupa, Toleh kiri, toleh kanan, Manalah LHDN ini, tidak nampak dah.

Puan Makmur, Encik Makmur setia menunggu, Kesian Mak Cik Kiah, Pak Cik Salleh Pinjam sana, pinjam sini, Anak-anaknya, jurutera miskin Upah seciput.

Yang menganggur diberi kerja, Yang tempang diberi tongkat, Yang buta diberi tali, Yang buat-buat pekak, dipiat telinga, Yang tidur, dikejutkan, kum, bangun.

Hutang RM1.4 trilion rakyat bayar, Ehm! Boleh bayar punya bah, Dulu Perdana, kini Vellfire, Jimat dua ringgit lapan kupang, bereh boh!

Menteri apa peduli, kerusi Dewan kosong.

Kempen, kempen, kempen, Politik, politik, politik, Rakyat?

Ingat mengingat, pesan berpesan, Rasuah musuh negara, Tolak rasuah, jangan dimula, Mula sekali, hendak lagi dan lagi, Yang dituduh, yang tertuduh, mesti diadili, Dah kompom bersalah, duduk diam-diam di rumah, Amboi! Ke sana, ke sini, ke sana, ke sini, Yang sihat ucapkan alhamdulillah, Syukur banyak-banyak, jaga SOP, Yang sakit pergilah berubat, ikhtiarlah, Hendak ke Singapore? Hendak ke Jerman?

Hendak ke mana sahaja, pergi Tetapi jangan lupa pasport, Malaikat maut tetap mencari, Sampai masanya, emas perak bergunung-gunung tidak berguna lagi, Nama yang baik, kan dikenang orang, Nama yang baik, kan kekal abadi.* Sri Gading, November 2021.

final • 5:00 PM

Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh - Sri Gading

Sekian, Tuan Yang di-Pertua terima kasih banyak.

[Tepuk]

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Mas Gading.

final • 5:10 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dari Sri Gading ke Mas Gading. Terima kasih atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk mewakili suara Mas Gading yang majoritinya berbangsa Bidayuh tetapi ada juga Melayu, ada Cina, ada Iban, ada Selako dan ada Rara. Pendek kata Mas Gading merupakan sebuah kawasan luar bandar yang majoritinya ialah bumiputera ataupun bumiputera Sarawak yang selama ini kami rasa seolah-olah bumiputera kelas kedua.

Apabila disebut lagi sebagai bumiputera bukan Melayu, status kami jatuh lagi sebagai bumiputera kelas ketiga. Dengan adanya pendekatan Keluarga Malaysia, saya berharap semua yang dinyatakan tadi mampu ditepis. Ini bukan kata-kata semata-mata tetapi luahan dari hati rakyat Sarawak, terutama bumiputera bukan Melayu yang selama ini secara tidak langsung diabaikan. Tadi Yang Berhormat Pasir Gudang ada menyebut kalau boleh Yang Berhormat Pasir Gudang tidak mahu Ahli Parlimen bukan Melayu yang bangkit tentang isu peruntukan yang tidak berapa sihat ini.

Akan tetapi saya sebut hal ini bukan atas dasar perkauman tetapi atas dasar keperluan untuk menegakkan perkara yang betul. Faktor geografilah, faktor jaraklah, bukit-bukau itu semua alasan semata-mata yang menghalang pembangunan di kawasan luar bandar di Sarawak dan juga Sabah. Saya sangat setuju dengan ucapan bahas Yang Berhormat Kota Belud tempoh hari, 100 peratus, A to Z, betul tepat dan padat. Ia jelas menggambarkan betapa kami di Wilayah Sabah dan Sarawak ketinggalan.

Saya tinggal di kawasan Mas Gading, di Kampung Suba Bandar. Nama kampung saya pun ada perkataan “Bandar”. Mungkin sebab lokasinya hanya satu ke-dua kilometer dari Pekan Bau iaitu pekan yang terletak di dalam kawasan Mas Gading. Kini lebih dikenali sebagai Bandar Bau. Ini ialah keputusan pihak majlis daerah iaitu sebuah inisiatif yang saya anggap baik untuk mengubah pemikiran masyarakat setempat mungkin.

Walaupun tinggal di pekan tetapi berfikiran seperti orang bandar. Maksudnya perlu ada pemikiran yang lebih terbuka sekurang-kurangnya bercita-cita tinggi untuk maju ke depan menjadi lebih baik, punya mentaliti dan modal insan yang mampu berdaya saing dan sepatutnya dipacu dengan kemudahan infrastruktur asas yang cukup serta pembangunan yang pesat.

Akan tetapi masalahnya bak kata orang Bidayuh- su’ah osad, dengan izin, maksudnya semuanya tidak menepati sasaran. Atas kertas cantik- blueprint itu ini, hakikatnya sampai hari ini semua masih tidak jadi-jadi. Pilihan Raya Negeri Sarawak tidak lama lagi. Teringat saya iklan TV masa saya masih kecil, semasa di bangku sekolah dulu, “Kini Tora datang lagi. Deng Dang datang lagi.” Kotak kecil yang berisi mainan yang menjadi kemestian bagi anak-anak kecil zaman saya dahululah. Begitulah rasa apabila tiba pilihan raya, kami diumpan, rakyat dipancing dengan permainan politik untuk meraih undi rakyat.

Dahulu, dahulu itu saya rujuk 30 tahun yang lepas betapa jauh sudah masa berlalu tetapi kami di Wilayah Sabah dan Sarawak masih gitu-gitu juga. Walaupun wakil rakyat bertukar ganti balik-balik datang Dewan ini, minta air, minta elektrik, minta jalan dan minta dewan. Semalam saya tertonton video salah seorang ADUN GPS Sarawak mengatakan, “GPS tidak takut dengan pengundi muda, UNDI 18”. Begitu juga dengan anak-anak muda kita nanti, jangan takut undi pembangkang. Jangan takut dengan apa- apa ugutan daripada mana-mana calon yang bertanding. Pastikan anda tahu hak anda sebagai pengundi.

final • 5:10 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Di sini saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan agar program kesedaran politik, hak-hak individu sebagai rakyat di negara Malaysia ini perlu diwujudkan di peringkat awal. Mungkin sebagai salah satu bab ataupun topik dalam mata pelajaran yang berkaitan. Kita tidak mahu rakyat kita di luar bandar ditipu, diperbodohkan seperti dahulu.

Undi Pembangkang nanti pencen kena tarik balik. Undi Pembangkang nanti bantuan kebajikan kena tarik balik. Itu semua taktik menakut-nakutkan rakyat yang selama ini berjaya tetapi tidak lagi selepas ini.

Rakyat perlu dididik supaya lebih bijak menilai. Rakyat perlu faham peranan kerajaan, peranan pembangkang, apa kerajaan pusat, apa peranan ADUN dan kerajaan negeri dan apa peranan ahli majlis dan kerajaan tempatan. Mesti sokong kerajaan kerana hanya kerajaan mampu buat yang terbaik, bagi kemudahan asas yang cukup buat rakyat.

Itu kata-kata ahli politik kerajaan. Pembangkang mampu buat apa? Di situlah jelas kecerdikan mindanya apabila mereka mempersoalkan kemampuan Pembangkang untuk bagi projek. Kemampuan Pembangkang bagi kemudahan infrastruktur kepada rakyat. Hal yang lucunya apabila mendengar kemajuan yang digambarkan Yang Berhormat tersebut, buka pili paip ada air, tekan suis ada lampu, ada elektrik.

Tuan Yang di-Pertua, semua itu ibarat katak dalam tempurung kena ketuk guna lesung. Di kawasan saya Mas Gading banyak kampung mengadu buka paip keluar angin, hebat tidak hebat. Tekan suis ada lampu tetapi dia tidak cakap blackout selalu berlaku.

Empangan hidroelektrik bukan main lagi tetapi kampung-kampung keliling hidro tidak ada elektrik. Salah satu contoh SK Kendaie yang terletak di Kampung Kendaie, ini contoh yang pernah berlaku sebelum ini. Kampung tersebut sudah lama ada elektrik tetapi sekolahnya yang terletak di dalam kampung tersebut tidak ada elektrik. Betapa pelik dan cacatnya situasi kami di luar bandar wilayah Sabah dan Sarawak. Akan tetapi terima kasih atas perhatian yang diberikan oleh pihak kementerian semasa Kerajaan PH, kini SK Kedaie sudah ada elektrik.

Sebelum tahun 2018, kabel elektrik lalu atas sekolah SK Kedaie tetapi peliknya kenapa Sekolah SK Kedaie itu tidak ada elektrik. Terima kasih juga kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga ada menyebut baru-baru ini RM77 juta, projek ke Jalan Kendaie sudah pun diluluskan. Terima kasih banyak-banyak. Menteri juga sudah menyebut RM10 juta bagi Jambatan Selampit sudah diluluskan tetapi masih sangkut at state level. Jadi saya semak semula selepas itu. KPLB pada tahun 2019 sudah meluluskan RM30 juta bagi projek Jambatan Selampit dan jawatankuasa pelaksana iaitu JKR pada masa itu sedang menunggu arahan rasmi untuk meneruskan projek tersebut yang sepatutnya bermula pada tahun 2020.

Akan tetapi selepas tragedi katak lompat pada Februari 2020, sehingga hari ini projek ini tidak dapat diteruskan kerana masih menunggu kelulusan daripada pihak State Planning Authority (SPA). Federal sudah lulus, state tarik handbreak, nampak? Nampak tidak Tuan Yang di-Pertua? Permainannya di situ. Saya tidak peduli biarlah Jambatan Selampit ini menjadi isu utama saya pada kali ini sebab sudah berapa kali pilihan raya, bukan sekali, bukan dua kali tetapi enam kali pilihan raya Jambatan Selampit ini menjadi permainan politik dan yang paling penting pilihan raya datang lagi. Permainan apakah ini Tuan Yang di-Pertua?

Di Dewan yang mulia ini saya perlu jujur, saya perlu sampaikan luahan rakyat kawasan saya di Dewan yang mulia ini. Bukan niat saya untuk membangkitkan isu perkauman tetapi jujur masyarakat Dayak di luar sana, di Sarawak rasa dipermainkan, rasa diperbodohkan. Projek Jambatan Selampit umpamanya, dari zaman Datuk Tiki Lafe, Ahli Parlimen Mas Gading yang dulunya Menteri kemudian digantikan pula oleh Datuk Anthony Nogeh juga Menteri, kemudian saya, bukan Menteri. Akan tetapi di sini saya anak Mas Gading, hendak merayu kepada Menteri yang ada pada hari ini agar atas dasar Keluarga Malaysia tidak kira kaum atau bangsa, projek Jambatan Selampit ini mesti jadi.

Mereka tidak minta banyak walau sekadar jambatan gantung sekalipun, cukuplah untuk membawa mereka yang sakit di tengah-tengah malam ke hospital atau setidak- tidaknya mengusung keranda ke tanah perkuburan tanpa menggunakan bot ataupun sampan. Mereka tidak minta highway, jambatan gantung pun jadilah. Akan tetapi kerajaan pada masa itu yang memberikan harapan palsu kepada mereka. Daripada projek

final • 5:10 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

jambatan gantung RM500 ribu kemudian naik RM10 juta dan kemudian naik lagi RM30 juta.

Baru-baru ini Menteri cakap RM10 juta, turun pula. Tidak kisahlah RM30 juta atau RM10 juta saya harap projek ini tidak tergantung lagi. Mohon Menteri desak Ketua Menteri Sarawak. Desak dan tekan Kerajaan Negeri Sarawak untuk mempercepatkan kelulusan projek ini. Tidak ada alasan lagi.

Baru beberapa hari lepas, Ketua Menteri Sarawak merasmikan pintu gerbang di Kawasan DUN Batu Kawah. Saya tidak nampak apa keperluan pintu gerbang tersebut tetapi boleh didahulukan, boleh diutamakan dan boleh disiapkan sebelum PRN Sarawak.

Kenapakah projek yang menjadi keperluan rakyat terutamanya bila berlakunya kecemasan tidak didahulukan? Saya tidak nampak rasional semua ini. Mungkin mata saya buta, mungkin mata saya tersembunyi di celah gigi mungkin. Kenapakah pintu gerbang di Batu Kawah itu boleh jadi? Kenapakah Jambatan Selampit tidak boleh jadi sampai sekarang? Kerajaan Persekutuan sudah luluskan, sudah lama luluskan tetapi Kerajaan GPS, SPA yang sesat ini seolah-olah sengaja mempermainkan rakyat di Mas Gading.

Dewan serbaguna ataupun balai raya di kampung saya yang terletak betul-betul di hadapan Hospital Daerah Bau. Lokasi yang sangat strategik tidak ada sebab dirobohkan dan dibina baharu dengan geran RM200 ribu. Akan tetapi nampak seperti dewan terbengkalai, nama saya yang kena. Dewan di kampung Yang Berhormat sendiri pun macam dewan tidak jadi. Di sebelah kanan kediaman rumah orang tua saya, di mana saya tinggal sekarang tidak sampai satu kilometer jalan menuju ke Pekan Bau ataupun Bandar Bau, di simpang empat buah lampu isyarat, dari tahun 2016 sampai sekarang projek pembesaran jalan raya itu tidak siap-siap. Itu di sebelah kanan. Di sebelah kiri pula masalah jalan juga, projek pemasangan pembetung hanya satu segmen jalan sahaja sudah lebih setahun tidak siap-siap.

final • 5:10 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Ini saya mohon Menteri Kerja Raya yang juga orang Sarawak, juga mewakili kerajaan GPS untuk memperjelaskan SOP apakah yang sedang digunakan untuk menyelesaikan projek-projek sakit di kawasan saya di Mas Gading. Kiri dan kanan jalan rosak yang bertahun-tahun tak siap dan dewan serba gunanya pula ibarat hidup segan tidak mati, “hidup segan mati tidak mahu”.

Walaupun projek tersebut di bawah kerajaan negeri di bawah ADUN, tempiasnya adalah saya sebab semua projek sakit ini radiusnya kurang satu kilometer daripada kediaman saya tinggal sekarang. Sama seperti SK Kendaie tadi, begitu jugalah rasanya rakyat di Wilayah Sarawak dan Sabah. Peruntukan itu seolah-olah lalu di atas kami sahaja. Rakyat di sana tidak merasa tetapi ini kalilah, with the divine intervention dengan izin, the right thing will happen at the right time, at the right place with the right people. Perkara yang betul akan berlaku pada masa yang betul, di tempat yang betul dengan orang yang betul. Oleh itu saya menyambut baik pendekatan Keluarga Malaysia di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Wujudnya memorandum antara kerajaan dan pembangkang adalah satu permulaan yang baik, namun perlu kita pantau dan pastikan agar semua yang dirancang itu berlaku dengan baik.

Tuan Yang di-Pertua, mewakili penduduk Mas Gading dan rakyat Sarawak umumnya, ingin saya ucapkan terima kasih atas peruntukan yang diberikan, terutamanya peruntukan sama rata bagi semua Ahli Parlimen untuk kawasan Parlimen, baik kerajaan mahupun pembangkang.

Pada Februari 2020, ketika tragedi katak lompat, saya kecewa dek kerana tindakan segelintir Ahli Parlimen keluar parti yang kemudian berlaku kejadian lompat melompat dan akhirnya kerajaan tumbang. Mangsanya adalah rakyat, contohnya di kawasan saya. Peruntukan kawasan bagi Parlimen Mas Gading untuk rakyat Mas Gading sudah saya rancang dengan baik, khususnya untuk naik taraf kemudahan pendidikan dan kesihatan di Mas Gading. Tiba-tiba ditarik balik, RM200,000 untuk SK Atas Singai ditarik balik, itu sekolah daif. Dewan serba guna untuk Hospital Daerah Bau tidak jadi.

final • 5:20 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Projek naik taraf untuk sukan SK Tembawang di hadapan rumah keluarga Dato Pandelela Rinong, tidak jadi. Jadi saya mohon agar pihak kerajaan beri perhatian terhadap projek-projek yang saya nyatakan tadi. Dengan ini saya menyokong Belanjawan 2022.

Terima kasih.

final • 5:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Mas Gading. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Petaling Jaya.

final • 5:20 PM

Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua untuk memberikan saya peluang untuk membahaskan dalam Belanjawan 2022 ini.

Saya mengikuti Belanjawan 2022 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan dengan agak teliti dan saya rasa bajet ini adalah terbesar iaitu sebanyak RM322 bilion yang telah diperuntukkan. Bukan hanya terbesar tetapi saya rasa ini adalah juga bajet untuk dengan izin rod fishing.

Walaupun saya setuju bahawa tahun 2022 kita akan menghadapi bajet defisit untuk menangani cabaran sosial dan ekonomi tetapi ada juga beberapa isu utama yang perlu dijawab oleh Perdana Menteri dan juga Kabinetnya. Saya harap mereka dapat didengari dari sebelah sana yang kosong, yang penting akauntabiliti dan ketulusan dalam Belanjawan.

Unjuran pendapatan negara akan berkembang kepada RM230 bilion pada tahun 2022. Perbezaannya adalah RM98 bilion, bukan jumlah yang sedikit ya, jumlah yang tidak boleh ditutupkan. Saya harap Menteri Kewangan dan Perdana Menteri memperincikan bagaimana kerajaan akan menangani defisit ini. Saya harap mereka akan jawab.

Adakah Menteri Kewangan mempunyai keberanian dan juga political will untuk mengenakan corporate tax sepertimana yang beliau ucapkan di dalam pembentangan sebelum ini? Belanjawan ini sama sekali telah mengabaikan kematangan atau maturity pelbagai bon yang akan meningkatkan defisit kita.

1MDB- kita macam sudah lupa isu ini yang mempunyai hutang tertunggak, menjelang tahun 2022 adalah sebanyak RM32 bilion. Amat mengerikan bahawa jumlah ini bersamaan dengan peruntukan bajet Kementerian Kesihatan. Malangnya jumlah aset bernilai RM18.2 bilion yang dirampas daripada 1MDB tidak cukup untuk membayar komitmen kewangan dan pembayaran hutang 1MDB melalui pinjaman dan bon yang kini berjumlah RM39.3 bilion.

Sila jawab, bagaimana kerajaan akan menangani defisit dan hutang 1MDB? Apa yang penting ialah bagaimana Belanjawan ini akan memenuhi matlamat yang ditetapkan oleh matlamat Pembangunan Lestari, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG) secara pendek. Kerajaan telah menyebut SDG dalam Laporan Ekonomi 2021, dengan memberi RM5 juta kepada kumpulan Parlimen rentas parti untuk SDG dan mengadakan sebuah bangunan SDG di Kuala Lumpur. Namun saya tidak nampak bagaimana matlamat dan sasaran SDG akan dicapai dalam bajet ini. Minta penjelasan.

SDG-16 membicarakan tentang penubuhan institusi yang berkesan, bertanggungjawab dan inklusif di semua peringkat. Reformasi institusi menghapuskan rasuah dan amalan kesat seperti yang dinyatakan dalam MoU mesti bermula dengan bajet ini dan sejajar dengan RMK Ke-12. Di manakah ketelusan dalam bajet ini?

Ada satu isu yang perlu penjelasan. Bekas kerajaan Yang Berhormat Mahiaddin Yassin, Parlimen Pagoh telah meminjam sebanyak RM11.5 bilion dalam tempoh 10 hari sebelum Yang Berhormat Pagoh letak jawatan. Adakah kerajaan memperincikan pinjaman ini? Tiga transaksi yang telah dilabelkan sebagai bilangan Perbendaharaan Islam Malaysia, Sekuriti Kerajaan Malaysia dan juga Terbitan Pelabuhan Kerajaan.

Kerajaan pada masa itu telah meminjam RM5.5 bilion pada 27 Julai, diikuti RM4 bilion pada 3 Ogos dan RM2 bilion pada 9 Ogos. Rakyat berhak diberitahu ke mana duit- duit ini telah dibelanjakan. Adakah ini dalam defisit RM98 bilion? Juga rakyat perlu mendapat penjelasan tentang kontrak sewa dan jual beli yang tidak perlu, termasuk

final • 5:23 PM

Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya

membuat tawaran-tawaran lantikan politik untuk jawatan utama di GLC, GLIC, badan- badan berkanun serta agensi kerajaan yang lain.

Kini kita juga ada mendengar bahawa orang-orang tertentu yang terlibat dalam kes 1MDB telah dibebaskan oleh mahkamah. Jadi persoalannya, adakah pihak PDRM atau SPRM atau Peguam Negara selama ini telah silap di dalam mengumpulkan bukti serta saksi untuk kes-kes ini? Adakah ini bermaksud pihak-pihak agensi ini perlu meningkatkan kapasiti mereka dan kepakaran dalam forensik di dalam mengumpulkan bukti? Perdana Menteri sila jawab.

Pada zaman Pakatan Harapan, seramai 90 pegawai yang baru telah diambil bekerja di SPRM untuk memastikan agensi ini menjalankan tugasnya dengan penuh integriti dan berkesan.

final • 5:23 PM

Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya

Polisi tanpa pelaksanaan yang berkesan tidak berguna sama sekali. Adakah bajet ini membuat peruntukan untuk membina institusi kerajaan yang lebih kukuh untuk mencapai SDG16? Ke mana perginya peruntukan yang diberikan untuk memperkasakan institusi-institusi kerajaan di bawah SDG?

Adakah kerajaan ini benar-benar serius untuk menentang gejala rasuah atau dengan nama lain yang lebih popular pada masa kini, within the scheme of things, dengan izin. Saya sangat kecewa dengan kerajaan kerana kekurangan komitmen terhadap pilihan raya yang bebas dan adil serta Demokrasi Berparlimen. Saya hendak mengesyorkan bahawa semua suruhanjaya seperti SPRM, SPR, SUHAKAM diletakkan di bawah pemantauan Parlimen dan bukan lagi di bawah bidang kuasa eksekutif untuk memastikan wujud check and balance dengan izin, dalam pelaksanaan tanggungjawab mereka.

Saya mengesyorkan penggal untuk semua pesuruhjaya perlulah dihadkan kepada tujuh tahun dan juga terhad kepada satu penggal sahaja. Saya juga ingin cadang menubuhkan satu select committee khusus untuk reformasi pilihan raya, electro reform sahaja. Dengan keadaan new norma tentang pilihan raya, kita dapat melihat secara langsung sidang Parlimen melalui RTM dan juga YouTube.

Jadi, amatlah baik sekiranya kerajaan memberikan ruang demokrasi yang sama dengan izin, equal access with minimal cost kepada kesemua calon-calon dan parti-parti yang bertanding, tidak kira di dalam PRU atau PRN. Menubuhkan sebuah komiti bipartisan sementara untuk pilihan raya melibatkan semua pihak berkait dengan pilihan raya, ditubuhkan untuk memantau media coverage untuk semua calon-calon supaya rakyat dapat melihat dengan lebih jelas maklumat terkini tentang sistem demokrasi di negara kita.

Bolehkah bajet ini memperuntukkan dana untuk mengukuhkan institusi dan juga menubuhkan kembali Parlimen berdemokrasi. SDG5, kesaksamaan gender adalah penting. Laporan dari Bank Dunia 2019 pula menyatakan bahawa menutup jurang gender akan meningkatkan pendapatan perkapita Malaysia. Sebanyak 26.2 peratus purata keuntungan pendapatan sebanyak RM9,400 bagi setiap rakyat Malaysia. Jadi, kerajaan perlu menaikkan SDG5 dengan SDG8, penciptaan kerja untuk semua. Rakyat perlu kerja dan kerajaan adalah bertanggungjawab untuk mencipta kerja.

Dengan RM14.2 bilion yang diperuntukkan kepada SME, saya cadangkan bahawa jangan hanya mengedarkan sebagai geran tetapi juga memperuntukkan dana kepada research and development (R&D) dengan izin, untuk memastikan produk-produk SME adalah selaras dan boleh bersaing di tahap global. Bagaimana MySTEP dan JaminKerja akan disampaikan kepada pekerja-pekerja yang perlu bantuan ini? Ini tidak jelas pada saya. Terutamanya kepada wanita yang memerlukan bantuan ini. Mereka telah diketepikan daripada persamaan pekerjaan kurang dimanfaatkan dan dipinggirkan.

Penyertaan wanita dalam tenaga buruh masih rendah iaitu 54.7 peratus dibandingkan dengan lelaki iaitu 80.1 peratus pada tahun 2017. Bolehkah Perdana Menteri dan juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menjamin bahawa golongan wanita di Malaysia tidak akan didiskriminasikan atau dianaktirikan di

final • 5:30 PM

Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya

dalam bidang masing-masing? Walaupun bajet telah diperuntukkan kepada Menteri ini tetapi tambahannya hanya tiga peratus sahaja.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat harus menjawab soalan-soalan ini. Pertama, jika kerajaan benar-benar komited untuk meluluskan akta gangguan seksual, bagaimana, apa dan di manakah mekanisme dan jentera untuk menyediakan kakitangan dan memberi latihan kesedaran bagi memastikan akta ini disampaikan kepada wanita yang memerlukan akta ini? SDG5 merangkumi gender mainstreaming. Jadi, apakah tindakan segera dan jangka panjang yang diambil oleh Kementerian Kewangan untuk memastikan perkara ini berlaku?

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat, rumuskan Yang Berhormat, rumuskan.

final • 5:30 PM

Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya

Okey, satu sentence lagi. Saya rasa apa yang penting ialah jaringan keselamatan sosial yang mana saya hendak mencadangkan memperluaskan skim bantuan kewangan kebajikan sosial kepada semua golongan dan juga memperkenalkan langkah-langkah yang akan diambil untuk meningkatkan pendapatan keluarga miskin. Memberikan akses yang lebih luas untuk skim perlindungan pekerjaan seperti SOCSO dan skim pelepasan pendapatan lain kepada yang bekerja di sini.

Last sekali, mengkaji semula dan meningkatkan gaji minimum. Survivability negara ini bergantung pada bagaimana kita bersama-sama memulihkan ekonomi dan menggalakkan pelaburan asing melabur semula dengan negara kita. Kerajaan Malaysia perlu menunaikan perjanjian mereka untuk menjadi inklusif, moderate dan pragmatik.

Sekian, terima kasih.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Taiping.

final • 5:30 PM

Tuan Teh Kok Lim - Taiping

Salam sejahtera. Selamat petang dan terima kasih kepada semua yang masih bersama dalam Dewan yang mulia ini serta seluruh rakyat yang mengikuti siaran langsung di luar sana. Taiping mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas ruang yang diberikan kepada Taiping untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan Belanjawan 2022 di peringkat dasar.

Taiping akan mengambil peluang ini membincangkan prestasi kewangan pada tahun 2020 berbanding tahun sebelumnya kerana Taiping percaya bahawa sekiranya kelemahan dan kesilapan yang lalu tidak ditangani dengan baik dan teliti, ia akan diulangi pada masa yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, Taiping rasa terpanggil untuk membangkitkan beberapa penunjuk ekonomi yang merisaukan yang tercatat di dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan tahun 2020. Pertama, kadar defisit berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2020 yang meningkat sebanyak 80 peratus. Setelah meneliti Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan tahun 2020, didapati defisit Kerajaan Persekutuan pada tahun 2020 adalah sebanyak RM87.65 bilion iaitu 6.1 peratus berbanding KDNK. Jika dibandingkan dengan 3.4 peratus pada tahun 2019, kadar defisit kepada KDNK telah meningkat dengan dahsyat sekali iaitu hampir 80 peratus.

Seperti yang tercatat dalam muka surat 4 Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan tahun 2020, peningkatan kadar defisit sebanyak 80 peratus ini membuktikan kegagalan Perikatan Nasional dalam urusan kewangan negara.

final • 5:37 PM

Tuan Teh Kok Lim - Taiping

Taiping masih ingat dengan jelas sewaktu pembentangan Bajet 2020 oleh Yang Berhormat Bagan selaku Menteri Kewangan ketika itu, unjuran kadar defisit kepada KDNK hanya disasarkan pada kadar 3.1 peratus.

final • 5:40 PM

Tuan Teh Kok Lim - Taiping

Tuan Yang di-Pertua, yang kedua amaun pinjaman yang begitu besar untuk membiayai perbelanjaan. Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan juga mempamerkan satu lagi isu yang membimbangkan iaitu pinjaman yang berterusan dengan amaun yang begitu besar sekali. Pada tahun 2020, wang sejumlah RM194.56 bilion daripada terimaan yang berjumlah RM418.85 bilion adalah daripada sumber pinjaman.

Dengan kata lain, 47 peratus daripada bayaran yang dibuat oleh kerajaan pada tahun 2020 adalah dari wang pinjaman. Negara kita hanya mampu menjana kutipan hasil sebanyak RM219.06 bilion iaitu bersamaan dengan 53 peratus yang dibelanjakan pada tahun 2020. Pinjaman yang besar dan berterusan amat merisaukan kerana ia bakal menjejaskan kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua, yang ketiga nisbah kadar hutang kepada KDNK yang kian meningkat. Penyata kewangan pada tahun 2020 tersebut turut mencatatkan peningkatan sebanyak 18.48 peratus iaitu daripada 52.5 peratus pada tahun 2019 kepada 62.2 peratus pada tahun 2020. Kesemua indikator ekonomi tersebut jelas membuktikan kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional mentadbir negara.

Walaupun ramai daripada pihak kerajaan di sebelah sana memilih untuk kambing hitamkan pandemik COVID-19 sebagai alasan yang mengakibatkan kejatuhan ekonomi yang dihadapi sekarang. Pada pendapat Taiping, kemelut politik yang dialami 20 bulan yang lalu merupakan punca utama yang menyebabkan ekonomi negara bukan sahaja kehilangan pertumbuhan, malahan mengalami kemelesetan ekonomi yang begitu teruk sekali.

Tuan Yang di-Pertua, kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional dalam usaha menangani pandemik COVID-19 telah mengakibatkan kejatuhan prestasi kewangan Kerajaan Persekutuan. Impaknya jelas terkesan apabila sistem ekonomi mengalami penurunan signifikan kutipan hasil dan pada masa yang sama, peningkatan signifikan perbelanjaan awam dan peningkatan hutang-hutang awam.

Dalam usaha kerajaan memastikan ruang fiskal negara yang mencukupi untuk menghadapi pandemik COVID-19 dengan meningkatkan had statutori hutang daripada 55 peratus daripada KDNK kepada 60 peratus dan kemudiannya 65 peratus secara sementara sehingga tahun 2022. Usul ini telah menerima sokongan yang padu daripada semua pihak termasuk Ahli Dewan Rakyat pembangkang kerana ia melibatkan kepentingan semua rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, setelah menerima sokongan padu meningkatkan had statutori hutang secara sementara sehingga tahun 2022, kini persoalan yang bangkit ialah apakah perancangan kerajaan khasnya Kementerian Kewangan dalam usaha mengukuhkan semula sistem kewangan negara. Pembentangan Belanjawan 2022 pada minggu yang lalu sekali lagi mengecewakan dan membimbangkan rakyat Malaysia, baik golongan B40, M40 dan juga T20 kerana tidak mempamerkan perancangan yang holistik dalam usaha mengembalikan semula kedudukan hutang statutori ke paras asal iaitu 55 peratus.

Cabaran yang lebih ketara Belanjawan 2022 merupakan satu lagi bajet defisit terus meminjam untuk menampung perbelanjaan tahun depan. Tiada langsung rancangan membiayai hutang. Pada hakikatnya akan meminjam lagi untuk membayar faedah ke atas hutang yang terkumpul. Belanjawan 2022 yang bertema Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera akan kekal gagal meningkatkan prestasi ekonomi negara sekiranya pihak kerajaan tidak berazam untuk menangani kelemahan dan dalam sistem pentadbiran kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, dua minggu yang lepas rakyat sekali lagi terkejut dengan penemuan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2020 mengenai isu ketidakpatuhan kementerian dan jabatan Persekutuan terhadap pengurusan kewangan yang menyebabkan isu pembayaran tidak teratur, kerugian wang awam dan pembaziran kepada kerajaan berjumlah RM620.07 juta. Banyak kelemahan telah dikesan menurut laporan tersebut. Daripada RM510.49 juta pembayaran tidak teratur, antaranya termasuk RM499.19 juta membabitkan bayaran tuntutan perkhidmatan penyelenggaraan tanpa pengesahan di Majlis Keselamatan Negara.

final • 5:40 PM

Tuan Teh Kok Lim - Taiping

Tuan Yang di-Pertua, bagi membolehkan tindakan pembetulan dan penambahbaikan diambil, Ketua Audit Negara telah mengemukakan 29 syor iaitu empat syor untuk pengesahan penyata kewangan dan 25 syor untuk pengauditan Pemantauan Kementerian dan Jabatan Persekutuan untuk dipertimbangkan pelaksanaannya oleh kementerian dan jabatan. Soalan yang timbul di sini, apakah tindakan susulan pihak kerajaan terhadap syor-syor yang dicadangkan? Adakah kerajaan akan mengambil tindakan yang serius dan tegas dalam menangani salah laku yang ditemui?

Tuan Yang di-Pertua, Taiping juga mengambil kesempatan ini merekodkan penghargaan kepada usaha-usaha yang konsisten Jabatan Audit Negara dalam kerja- kerja pengauditan pemantauan selama ini. Taiping turut terpanggil membangkitkan semula cadangan Jabatan Ketua Audit Negara dikeluarkan dari Jabatan Perdana Menteri dan diletakkan di bawah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Meneliti laporan akhbar pada 13 Ogos 2018, Perdana Menteri ketika itu Yang Berhormat Langkawi telah mengumumkan bahawa Kabinet dalam satu mesyuarat khas telah bersetuju menubuhkan suatu jawatankuasa dalam usaha mengurangkan kuasa Perdana Menteri dan kerajaan berhubung pelaksanaan tindakan antirasuah di negara ini.

Pengumuman tersebut telah disambut baik oleh semua pihak.

Menurut laporan yang diterima pada ketika itu, jawatankuasa pilihan khas itu akan memutuskan pelantikan Ketua Audit Negara dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta peruntukan belanjawan bagi kedua-dua agensi itu. Taiping memohon satu jawapan yang menyeluruh daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai pelaksanaan keputusan tersebut. Adakah reform yang bakal memanfaatkan negara akan dihidupkan semula?

Tuan Yang di-Pertua...

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Tolong rumuskan Yang Berhormat, ya seminit lagi.

final • 5:40 PM

Tuan Teh Kok Lim - Taiping

Memandangkan kedudukan prestasi kewangan negara terkini yang kurang meyakinkan akibat kelemahan pentadbiran, Taiping percaya bahawa pengeluaran agensi pengauditan dan pencegahan rasuah dari Jabatan Perdana Menteri dan diletakkan di bawah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen akan membantu negara kita kembali maju di landasan pembangunan yang holistik.

final • 5:40 PM

Tuan Teh Kok Lim - Taiping

Taiping mengakhiri dengan harapan segala pertanyaan dan teguran yang dibangkitkan akan diberi perhatian yang sesungguh. Pertanyaan-pertanyaan kawasan yang spesifik akan Taiping bangkitkan dalam perbahasan peringkat Jawatankuasa.

Sekian, terima kasih.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Taiping. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Kalabakan.

final • 5:50 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua atas ruang dan peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat dasar usul Rang Undang-undang Perbekalan 2022. Tuan Yang di-Pertua, sebagai wakil kepada warga Kalabakan, saya juga mengemukakan rasa kesyukuran kami kepada Allah SWT atas nikmat kesihatan yang dianugerahkan dan keamanan negara yang masih terjaga baik sehingga ketika ini.

Dengan belas ihsan-Nya jua, kita semua dapat diberi kesempatan untuk sekali bermesyuarat dan dapat membahaskan perancangan dan polisi-polisi berkenaan pengurusan kewangan negara dalam Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, baru saja minggu lalu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melawat Kinabatangan, Sandakan dan dalam satu ucapan beliau. Dalam lawatan tersebut, Yang Amat Berhormat

final • 5:50 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Perdana Menteri telah menyatakan janji dan mungkin jua satu komitmen yang jitu untuk berusaha mengeluarkan Sabah daripada kemiskinan.

Ini mungkin satu lagi perkhabaran gembira untuk rakyat Sabah apabila orang nombor satu dalam pentadbiran negara berani menyatakan dengan jelas dan terang di hadapan rakyat Sabah atas tekad murni beliau dan kefahaman akan kemunduran yang dialami oleh negeri Sabah walaupun sudah bersama dalam Persekutuan Malaysia selama 58 tahun. Mungkin saja Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menelaah sedalam- dalamnya atas isu dan cabaran yang telah digariskan dalam Bab Tujuh - Buku Rancangan Malaysia Kedua Belas iaitu, “Agenda Memperkukuhkan Pembangunan Sosioekonomi di Sabah dan Sarawak”.

Sebanyak tujuh isu dan cabaran utama yang dikenal pasti iaitu mengapa usaha- usaha yang dirancang oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas tidak mendatangkan hasil yang diharapkan. Kekurangan infrastruktur dan perkhidmatan, pertumbuhan ekonomi yang perlahan, akses kepada pendidikan dan latihan yang terhad, akses kepada penjaga kesihatan yang terhad, cabaran keselamatan dan ketenteraman awam, cabaran kepada pembangunan inklusif dan yang terakhir, kekurangan kerjasama dan ketidakcekapan penyampaian perkhidmatan awam.

Memandangkan usul Bajet 2022 adalah perancangan pengurusan kewangan negara yang pertama dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas yang baru kita bahaskan pada bulan September lalu selepas tertangguh lebih setahun, komitmen kerajaan untuk menerapkan satu pengurusan perbelanjaan yang cekap dan baik amat dituntut agar pada tahun-tahun berikutnya, pentadbiran dan pengurusan sosioekonomi dan kewangan negara juga boleh dirancang baik agar apa juga usaha kerajaan akan lebih bermanfaat kepada keperluan-keperluan kesejahteraan rakyat pada keseluruhannya.

Kita masih belum lagi 100 peratus berjaya keluar daripada kemelut pandemik COVID-19 walaupun jumlah vaksinasi orang dewasa di negara ini sudah mencapai 95 peratus. Kes-kes COVID-19 masih juga agak tinggi pada jumlah yang masih di atas 5,000 kes sehari dan berbagai-bagai kemungkinan boleh berlaku. Jika varian-varian virus COVID-19 yang baharu muncul yang sudah tentu akan memberikan cabaran yang lebih berat kepada penanganan kesihatan di negara ini.

Usaha-usaha kerajaan juga harus ditumpukan kepada inisiatif normalisasi ekonomi negara yang telah terkesan teruk akibat pandemik. Ini mengakibatkan pendapatan rakyat tersekat akibat penutupan banyak syarikat perniagaan dan begitu ramai daripada kalangan rakyat yang kehilangan kerja dan punca pendapatan. Walaupun kerajaan telah banyak membantu melalui beberapa Pakej Rangsangan Ekonomi dan bayaran tunai terus kepada yang berkelayakan, sudah tentu masih ramai yang tercicir daripada menerima bantuan atas alasan-alasan birokrasi dan sistem penyampaian yang kurang jelas dan efektif.

Tuan Yang di-Pertua, warga Sabah dan mungkin juga Sarawak ingin tahu, berapa pecahan bajet peruntukan kewangan yang diperuntukkan kepada Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) dan apakah fungsi dan peranan sebenar yang dipertanggungjawabkan kepada kementerian ini? Kita juga ingin mengetahui apakah yang telah dicapai secara tuntas atas tugas-tugas yang telah diamanahkan selepas kementerian ini diwujudkan?

Selain daripada penugasan yang dianggap paling penting iaitu usaha mengembalikan hak-hak negeri Sabah dan Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian 1963, apakah kementerian ini juga terlibat langsung dalam penanganan dan cabaran yang tercatat dalam agenda memperkukuhkan pembangunan sosioekonomi di Sabah dan Sarawak?

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia adalah kementerian yang sentiasa diberikan peruntukan terbesar dalam setiap pembentangan bajet negara.

Ini membuktikan komitmen kerajaan yang berterusan terhadap pendidikan dan pembelajaran anak bangsa agar akses kepada ilmu pengetahuan dapat dikecapi oleh setiap warga Malaysia. Walaupun peruntukan keseluruhan sejumlah RM52.6 bilion bagi

final • 5:50 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

tahun 2022 agak berkurangan dari tahun-tahun sebelumnya, terdapat peruntukan pembangunan berjumlah RM5.034 bilion dianggarkan diberikan kepada KPM.

Kita di Sabah sekali lagi memohon peruntukan yang lebih besar dan munasabah untuk meneruskan kerja-kerja memperbaiki dan menaiktarafkan fasiliti-fasiliti pendidikan di Sabah. Penggantian bangunan-bangunan sekolah daif, usang dan tidak selamat digunakan harus disegerakan. Kalabakan memerlukan sebuah sekolah yang baharu untuk menggantikan SMK Kalabakan yang sudah berpuluh tahun diguna pakai dan kebanyakan bangunan kelas-kelas pembelajaran adalah dalam keadaan yang sangat menyedihkan.

Sekolah-sekolah di Sabah juga selalu mengalami kekurangan tenaga pengajar terutama guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam. Melalui dapatan fakta yang berlaku di sekolah-sekolah di sekitar Tawau dan Kalabakan yang ditadbir urus di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Tawau, antara sebab-sebab berlaku kekurangan guru Pendidikan Islam adalah ketiadaan penggantian segera apabila guru sudah meninggal dunia dan kelulusan mudah diberikan atas permintaan perpindahan guru Pendidikan Islam ke kampung halaman mereka di Semenanjung Malaysia apabila sudah memenuhi syarat tempoh perkhidmatan yang ditetapkan di Sabah.

Ini atas alasan nisbah yang ditetapkan iaitu pada 90 peratus guru tempatan Sabah dan 10 peratus guru berasal dari luar Sabah. Perihal kekurangan guru Pendidikan Islam ini sudah berlarutan sekian lama dan ia telah menyebabkan rencatan kepada proses pembelajaran murid-murid di Sabah. Apa yang amat menyedihkan, pengurusan sekolah terpaksa berusaha sendiri dan mencari guru-guru untuk menjalankan tugas sebagai guru Pendidikan Islam. Lebih dikesali apabila dilaporkan hanya guru ganti kepada guru yang bersalin saja disediakan elaun dibayar oleh KPM.

Sebagai– Kita merasakan juga KPM juga boleh menerokai usaha menawarkan perjawatan guru Pendidikan Islam kepada graduan-graduan warga kalangan warga tempatan Sabah yang mempunyai kelulusan bidang agama tetapi tidak mempunyai Sijil Ikhtisas Pendidikan untuk mengatasi masalah kekurangan guru Pendidikan Islam sebagai solusi jangka pendek kepada permasalahan yang dihadapi. Dalam masa mereka mengajar, bakal-bakal guru ini boleh dilatih untuk mendapatkan ikhtisas pendidikan yang boleh dikeluarkan dalam tempoh cuti persekolahan.

Tuan Yang di-Pertua, Sabah terutamanya kawasan-kawasan Pantai Timur termasuk Kalabakan, sangat bergantung harap kepada perekonomiannya terhadap sektor perladangan dan pertanian. Kita mempunyai banyak syarikat-syarikat besar yang terlibat dalam industri penanaman kelapa sawit dalam skala yang besar. Antara permasalahan besar yang sedang dihadapi dan amat kritikal adalah kekurangan tenaga buruh terutamanya untuk pekerjaan pengeluaran hasil tanaman seperti penuaian sawit.

Situasi semakin meruncing sepanjang tahun 2020 dan 2021 ini apabila kebanyakan syarikat perladangan menghadapi kekurangan kaki tangan penuaian sawit sehingga 35 peratus daripada jumlah pekerja kepada situasi biasa yang diperlukan.

Pinching of workers atau pengambil pekerja secara tidak wajar terlalu kerap berlaku dalam kalangan syarikat-syarikat yang beroperasi dan juga penggunaan tenaga kerja daripada kalangan pekerja yang tidak mempunyai dokumen yang sah daripada negara jiran.

Perkara ini terpaksa dilakukan oleh syarikat-syarikat perladangan demi kelangsungan perniagaan mereka dan kerajaan masih tidak memberikan kelonggaran untuk mengambil pekerja asing yang baharu. Penggunaan khidmat pekerja tanpa dokumen yang sah adalah disebabkan oleh faktor-faktor kos administratif dan levi kerajaan atas pengambilan pekerja asing yang baharu amatlah membebankan dengan kos-kos sekitar RM4,400 untuk setiap pekerja.

final • 5:50 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Kerajaan juga harus memastikan satu undang-undang diperkenalkan untuk mengekang pekerja asing yang sudah disahkan dokumentasinya tidak sewenang- wenangnya berpindah-randah dari satu syarikat kepada syarikat lain. Kerajaan juga harus berusaha memberi sedikit ruang kelonggaran daripada segi memberi diskaun sewajarnya

final • 6:00 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

kepada fi kerajaan untuk proses mendokumentasikan pekerja tanpa dokumen sah yang sudah berada dalam negara dengan kadar segera untuk menyelamatkan industri perladangan kita.

Inisiatif untuk menggalakkan warga tempatan untuk terlibat dalam industri perladangan juga harus dipergiatkan dengan usaha-usaha penawaran gaji dan upah yang setimpal dan penggunaan teknologi moden dalam proses-proses operasi di ladang-ladang sedia ada.

Tuan Yang di-Pertua, isu pemilikan rumah kediaman juga masih membelenggu masyarakat kita di kawasan Parlimen Tawau dan Kalabakan. Projek Perumahan Rakyat amat diperlukan disebabkan kita masih juga menghadapi jumlah setinggan yang agak tinggi dan masih terdapat golongan berpendapatan rendah terutama golongan B40.

Dilaporkan tidak kurang dari 10,000 keluarga masih menempati rumah-rumah di atas tanah-tanah kerajaan di Tawau dan Kalabakan dan permintaan daripada warga tempatan untuk unit-unit PPR dimaklumi adalah sangat tinggi.

Dengan peruntukan sebanyak RM398 juta untuk mewujudkan 11,800 unit PPR dalam Bajet 2022, kita mengharapkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dapat bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sabah untuk pemerolehan tanah-tanah sesuai untuk kita terus membina dan menyediakan unit-unit PPR dan jika dapat diusahakan, unit-unit baru ini dapat diagihkan nanti secara sewa beli. Kita juga ingin mengetahui apakah perincian boleh diperjelaskan kepada Program Rumah Mesra Rakyat yang diperuntukkan bajet sebanyak RM315 juta untuk mewujudkan 3,000 rumah.

Pertanian adalah perniagaan yang menguntungkan. Pada tahun 2020, nilai import makanan negara kita adalah berjumlah RM55.4 bilion iaitu peningkatan sebanyak 22.3 peratus berbanding jumlah import bernilai RM45.1 bilion pada tahun 2015. Potensi kesuburan yang terdapat di Sabah sepatutnya dimanfaatkan bagi menjadikan Sabah pengeluar dan pembekal produk makanan kepada penduduk Malaysia.

Dimaklumkan bahawa terdapat lima daerah dengan keluasan 508 hektar telah dikenal pasti bagi Program Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan yang baharu iaitu di Kinabatangan, Kudat, Sipitang, Bongawan dan Kalabakan. Kita memohon Kementerian Pertanian dan Industri Makanan memberi perincian apakah jenis tanaman yang difokuskan dan juga peruntukan yang disediakan. Apakah program ini dapat dimulakan seawal suku pertama tahun 2022 dan apakah sasaran yang ditetapkan? Berapa peruntukan yang disediakan bagi Program Pembangunan Komuniti Tanaman yang bernilai tinggi di Sabah seperti sayur-sayuran dan buah-buahan?

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi warga Kalabakan merasa sedikit terkilan apabila pengharapan kita agar dalam Bajet 2022 ini peruntukan untuk pembinaan Lebuh Raya Trans-Borneo berserta pembinaan Kompleks CIQS dan perumahan kerajaan di seluruh Kalabakan berjumlah RM600 juta yang pernah dinyatakan peruntukannya dalam Bajet 2020 tidak disediakan semula setelah dimansuhkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Minta rumuskan Yang Berhormat.

final • 6:00 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Ya. Projek ini adalah pemangkin kepada ekonomi warga Kalabakan dan Tawau dan bakal memberi manfaat besar kepada negeri Sabah secara umumnya.

Impak dan limpahan ekonomi pasti akan berlaku bila ibu kota baharu Republik Indonesia disiapkan pada tahun 2022 dan lokasi tersebut paling dekat dengan Daerah Kalabakan berbanding dengan daerah-daerah lain di Malaysia. Diharapkan pertemuan yang dirancang antara Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan Bapak Jokowi, Presiden Republik Indonesia pada hari ini akan memasukkan agenda ini dalam perbincangan yang bakal diadakan.

Terakhir, kita sangat mengharapkan agenda kemakmuran bersama dan agenda pembangunan yang lebih seimbang antara wilayah akan diteruskan. Negeri-negeri yang bakal menjadi wilayah-wilayah Malaysia yang terletak di Pulau Besar Borneo mempunyai potensi yang sangat besar untuk kita manfaatkan bersama. Kita di Sabah pasti sangat

final • 6:00 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

berasa bahagia hidup bersama Keluarga Malaysia jika kita juga dilayan dengan baik dan tidak merasa tersisih. Apa yang selalu disuarakan oleh rakyat Sabah dalam permintaan- permintaan kami selama ini adalah tuntutan ke atas hak kami sendiri dan bukan permintaan ke atas hak negeri lain.

Oleh itu, saya ingin menyatakan reservation saya untuk bajet yang dibentangkan.

Sekian, terima kasih.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Kalabakan. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Balik Pulau.

final • 6:00 PM

Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Dewan pun kosong.

*Makan tandoori chicken tika, Ayam pencen lidah tergeliat, Habis MP semua ke Melaka, Sunyi sepi di Dewan Rakyat.

[Ketawa] [Tepuk]* Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 1991, satu pasukan arkeologi yang telah diketuai oleh Profesor Emeritus Zuraina Majid telah menemui satu rangka manusia hampir sempurna di Gua Gunung Runtuh iaitu pada tahun 1991. Ia merupakan satu great discovery di Malaysia. Satu pertemuan arkeologi yang terbaik yang kita pernah ada.

Rangka manusia itu ataupun lebih dikenali sebagai Perak Man dianggar hidup pada zaman Paleolitik iaitu antara 10,000 hingga 11,000 tahun yang lalu.

Jadi, apa yang saya ingin bangkitkan, Perak Man ini dengan Kota Tampan telah diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia. Kota Tampan ini telah diisytiharkan Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2012. Jadi, Lenggong mendapat tapak warisan dunia pada tahun 2012. Namun, keadaan Kota Tampan yang merupakan satu tapak arkeologi yang termasyhur di Asia Tenggara berada dalam keadaan begitu menyayatkan dan sedih. Perak Man is a lonely man now. Tiada siapa yang pergi melawat Perak Man sekarang ini. Penemuan yang hebat oleh Profesor Zuraina Majid tetapi menyedihkan.

Pada laporan The Star, 21 Disember 2019, pemberita-pemberita daripada The Star melawat Tapak Warisan Dunia UNESCO di Lenggong dan mereka melaporkan keadaan itu menyedihkan. Tiada signboard, tanah runtuh, tiada promosi, tidak terjaga, banyak struktur yang runtuh dan ini akan menyebabkan kemungkinan kehilangan status UNESCO jika tidak dilakukan sesuatu.

Jadi, saya semasa menjadi Timbalan Menteri, selalu bangkitkan mengenai Tapak Warisan Dunia UNESCO Lenggong ini. Ia merupakan satu wonders of the world. Sebab di situ saya pergi kepada Bukit Bunuh. Bukit Bunuh ini merupakan kesan meteorit yang masih ada di situ namun tidak terjaga. Ramai yang pergi curi meteorit itu buat landskap di rumah, hiasan landskap.

Bukit Sapi terdapat lava ataupun debu yang datang dari Danau Toba, 75,000 tahun yang lalu. Di sinilah terdapatnya kesan sejarah yang saya rasa ramai orang di Malaysia tidak mengetahui. Satu lagi iaitu di Sungai Batu di Lembah Bujang. Satu pusat tamadun manusia yang antara terawal di Asia Tengara. The first human civilization that ever discovered in South East Asia. Pihak Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) yang diketuai oleh Profesor Mokhtar Saidin berjaya jumpa furnace besi ataupun lebur dated 788BC iaitu 2,800 tahun yang lepas. Ini adalah penemuan sejarah. Pihak PPAG juga nyatakan ada lima kapal dagang yang karam yang masih berada di Sungai Batu. The five shipwrecks are still underneath Sungai Batu. Kalau di Norway, The Vast boleh pergi tengok dia punya kapal yang dibangkit dan dinaikkan semula dan dipamerkan kepada orang ramai, itu menjadi tarikan yang utama kalau pergi ke Oslo. So, ini mempunyai nilai sejarah yang hebat yang tidak ternilai.

final • 6:05 PM

Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Namun, semasa saya jadi Timbalan Menteri di MOTAC, kami telah pun mendapat peruntukan RM10 juta untuk mengadakan research centre di Sungai Batu. Namun sedihnya, saya ingat RM10 juta itu ditarik balik pada tahun lepas. Pihak PPAG juga sudah tidak mendapat geran tahunan pada tahun ini iaitu sebanyak RM500 ribu yang selalu mereka dapat.

Kalau tidak dapat pada 1 Disember ini, maka pihak PPAG, all our researchers tidak akan bekerja lagi di tapak Sungai Batu di Lembah Bujang. Ini amat menyedihkan.

Apa yang saya cuba nak bangkitkan di sini ialah belanjawan demi belanjawan, selalu disebut RM50 juta ke sini, RM50 juta ke sana.

Kalau- pemuliharaan tinggalan sejarah dalam Belanjawan 2022, hanya RM9.8 juta untuk pemuliharaan tinggalan sejarah. Jumlah ini terlalu kecil. Yang Berhormat Menteri Kewangan juga sebut RM50 juta untuk Bangunan Sultan Abdul Samad (BSAS), untuk Sungai Batu, untuk Sungai Lembing, untuk Carcosa Seri Negara. Saya tak tahu apa beza antara RM9.8 juta dengan RM50 yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan ini. BSAS tiap-tiap tahun, saban tahun kita tengok ada sahaja peruntukan tetapi BSAS tidak terurus dengan baik.

Saya kadang-kadang bersembang dengan tourist guide, heritage guide di Kuala Lumpur, kadang mereka malu nak bawa tourist tengok bangunan FMS atau FMS Survey Office kerana dalam keadaan yang cukup memalukan. Imej yang cukup teruk. Dome hitam yang berada- kalau kita naik LRT itu, kita nampak dome hitam itu, hampir jatuh. Kalau tidak dijaga, tidak diselenggara dengan baik, maka dome itu juga akan runtuh. Kita lihat juga banyak pokok liar tumbuh di celah-celah bangunan FMS itu.

Jadi, ini saya nak bagi tahu bahawa kita mempunyai produk warisan yang cukup hebat. Banyak lagi yang saya nak sebut tetapi cukup di sini mengatakan bahawa inilah produk pelancongan. Namun, belanjawan ataupun jumlah yang diperuntukkan untuk perkembangan warisan budaya kita tidak cukup. Cuma jumlah yang cukup-cukup kecil kalau dibandingkan dengan negara-negara lain seperti Perancis. Mereka tambah tujuh setengah percent, Euro 300 million sahaja untuk sektor budaya.

Jadi, saya haraplah janganlah kita memandang sepi tentang aspek warisan.

Begitu juga dengan aspek warisan tidak ketara iaitu lima elemen dalam senarai UNESCO, intangible cultural heritage. Di mana kita ada sekarang ini mak yong, dondang sayang, silat dan yang terakhir sekali, wangkang dengan pantun. Wangkang bersama dengan negara China dan ada lagi yang akan disenaraikan seperti cinggey, congkak dan sebagainya.

Namun begitu, kita lihat bahawa saban tahun kita menerima pengiktirafan UNESCO dengan budaya-budaya kita yang unik dan juga hebat di mata dunia. Namun, tiada peruntukan khusus untuk perkembangan budaya ini. Mereka yang menjadi subject- matter expert (SME) tidak dipupuk dengan baik, tidak mendapat geran, tidak mendapat peruntukan untuk mereka kembangkan lagi budaya ini.

Kalau kita tengok di Melaka, dondang sayang. Ini UNESCO tapi kita jarang-jarang dengar tentang dondang sayang. Kalau di setengah-setengah negeri di Timur, asal mak yong pun tidak dapat dipersembahkan di sana. Banyak lagilah yang saya rasa tiada peruntukan khusus. Jadi, kita harap mereka dapatlah diberi perhatian.

Layang-layang dipukul bayu, Patah tepi, koyak sisinya, Dondang sayang, lagu Melayu, Mengapa sepi di pentas dunia?

Jadi, itulah antara warisan ketara dan tidak ketara yang saya bawa dalam Dewan ini supaya diberi perhatian, belanjawan khusus untuk mereka kerana perkara tinggalan- tinggalan sejarah ini ibarat; Kalau retak, roboh tiang meranti; Patah tak tumbuh, hilang tidak berganti.

final • 6:10 PM

Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Jadi, macam Panggung Odeon di Kuala Lumpur itu. Merupakan salah satu panggung yang pertama di Kuala Lumpur. Kalau DBKL nak runtuh, nak besarkan jalan, kita tidak dapat lagi tinggalan sejarah ini. Oleh sebab itu saya katakan patah tidak bertumbuh, hilang tidak berganti.

Buah pulasan simpan di tepi, Buah berangan terbiar lama, Budaya warisan merintih sepi, Pautlah tangan naikkan bersama. Ahli-ahli Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua, satu lagi isu yang saya hendak bawa ialah mengenai Kementerian Luar Negeri yang melantik seorang penggiat filem sebagai Setiausaha Kebudayaan di dalam kementerian itu. Objektifnya, membangunkan diplomasi budaya Malaysia dan disebut sebagai Jawatankuasa Seni dan Budaya Arca. Saya nak tanya, kenapa lantik orang yang bukan dalam bidang seni dan budaya? Mengapa lantik orang filem untuk Jawatankuasa Seni dan Budaya?

Saya juga nak tanya. MOTAC ada satu bahagian yang dinamakan Hubungan Antarabangsa Kebudayaan (HAK), International Cultural Diplomacy. HAK inilah selalu berhubung dengan kedutaan-kedutaan asing di negara kita mengenai cultural diplomacy. Kenapa mesti ada- mengapa Yang Berhormat Menteri Luar lantik seorang yang daripada perfileman untuk menjadi penasihat beliau dalam seni dan budaya?

Kalau di negara-negara luar ataupun di kedutaan-kedutaan di sini, banyak cultural attaché. Akan tetapi cultural attaché ini bukan datang daripada Kementerian Luar tetapi datang daripada Kementerian Kebudayaan negara masing-masing. Jadi, saya harap lantikan ini direview balik ataupun dinilai semula. Oleh kerana Perdana Menteri dah lancar Dasar Kebudayaan Negara 2021 (DAKEN) di bawah MOTAC. Kenapa mesti lantik orang yang bukan budaya untuk memimpin? Satu lagi, ada berapa minit? 45 saat. Boleh bagi dua minit lagi? Oleh sebab kata ada dua lagi orang. Boleh?

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Rumuskan, rumuskan.

final • 6:10 PM

Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Rumuskan? Banyak lagi ini. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi saya ingin bertanya, Yang Berhormat Menteri Kesihatan umumkan tentang peruntukan sebanyak RM20 juta kepada RIUH Keluarga Malaysia. RIUH Keluarga Malaysia ini kalau ikut, disebutkan RIUH Keluarga Malaysia mendapat peruntukan RM20 juta. Adakah ini sama seperti RIUH yang diadakan pada 2018 hingga 2019, di mana ianya lebih bersifat urban? Ia berlaku di ibu kota.

Bagaimana ia boleh dimanfaatkan oleh artis-artis dan artisan jika ianya sama model seperti RIUH yang lalu? Oleh sebab RIUH ini hanya berlaku di KL, di ibu kota.

Bagaimana dengan tempat-tempat lain? Sedangkan MK menyebut RM20 juta, satu jumlah yang begitu tinggi. Bagilah dekat mak yong, dondang sayang, boria dan sebagainya.

Mengenai pelancongan. Sikit sahaja, ringkas. Mengikut Expedia, Malaysia sudah terkeluar daripada senarai Top Ten Search Asia Destination. Makna kata, tahun 2019 kita berada dalam Top Ten Asia tetapi sekarang ini tak ada. Oleh sebab apa? Oleh sebab tiada visibility. Yang Berhormat Menteri, kementerian, tidak fokus dalam menaikkan visibility negara kita kepada negara luar. Tengok sahaja Indonesia, mereka menggunakan Anggun, David Foster. Kita pun apa kurangnya? Kita ada Michelle Yeoh dan Henry Golding yang boleh kita ketengahkan untuk memasarkan ataupun untuk mempromosikan negara kita.

Jadi, saya haraplah pihak Tourism Malaysia yang tak tahulah sekarang ini mungkin berubah, masih memakai cara lama, old school. Nak wrap bas, nak wrap teksi di London dan sebagainya, sedangkan duit itu lebih baik digunakan untuk digital marketing, pemasaran secara digital. Itu mengenai pelancongan. Isu kawasan Tuan Yang di-Pertua, ada tiga. Saya minta supaya jeti untuk bot-bot ke Taman Negara yang telah diluluskan sebanyak RM5 juta itu, saya tak nampak apa pun berlaku. Tak ada filing dan sebagainya.

final • 6:10 PM

Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Saya harap supaya jeti itu diteruskan demi kelangsungan pelancongan bot-bot ke Taman Negara Pulau Pinang; the smallest national park in the world. Nombor dua, tentang banjir yang– Baru-baru ini, saya melawat Taman Nelayan di Sungai Pinang. Dia banjir air pasang besar. Berbezanya banjir biasa dengan banjir ini sebab banjir ini mempunyai air laut. Tidak ada– Susah hendak cuci sebab air laut.

Jadi, kita harap supaya pihak JPS menilai semula RTB Sungai Pinang dan mungkin menyediakan ban supaya tidak limpah air laut ke Taman Nelayan. Ketiga, iaitu Jalan Persekutuan Teluk Kumbar. Sempit; penduduk semakin ramai. Saya harap pihak KKR menilai semula, melihat tentang pembesaran jalan ini. Sebab setiap pagi, petang jalan ini memang sibuk ya.

Okey, itu saja Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya akhiri, saya bagi sebuah pantunlah.

Kalau ada sumur di ladang, Boleh saya menumpang mandi, Jika ada masa yang panjang, Bolehlah saya berbahas lagi.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau. Seterusnya, saya ingin menjemput pembahas terakhir. Yang Berhormat Segambut.

final • 6:20 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Segambut ingin membahaskan beberapa isu yang melibatkan perbelanjaan duit rakyat. Pertamanya, Bahagian D11, KDN. Segambut telah tiga kali membahaskan mengenai pemerkasaan D11 sejak tahun lepas dan kali ini akhirnya telah ada cadangan peruntukan RM13 juta khas untuk memperkasakan Bahagian D11, PDRM termasuk mewujudkan 100 jawatan baharu iaitu 100 jawatan baharu ini perlu dilatih untuk menyelesaikan kes-kes backlog siasatan jenayah yang melibatkan wanita dan kanak-kanak dan perlu melalui kursus kepekaan gender. Bukan rekrut sembarangan, terutamanya mewujudkan unit D11 untuk luar bandar di Sabah dan Sarawak.

D11 juga perlu dilengkapi dengan peralatan yang canggih dan terkini. Isu kedua, pendekatan terbuka dan produktif perlu diambil dalam menguruskan individu bukan warganegara yang menetap di Malaysia dengan membenarkan mereka menjadi individu produktif dalam masyarakat di sini.

Kerajaan disarankan untuk, satu, meningkatkan tempoh sah visa pasangan warga negara asing iaitu Pas Lawatan Jangka Panjang dari setahun kepada sekurang- kurangnya tiga hingga lima tahun untuk membantu ekonomi dan jaminan pekerjaan dalam kalangan isi rumah dwi negara. Konsep Keluarga Malaysia ini mesti dilaksanakan melalui semua polisi negara yang mempunyai impak terhadap institusi keluarga dan bukan sekadar slogan kosong.

Keduanya, membenarkan individu pelarian untuk bekerja dalam sektor perkhidmatan domestik seperti khidmat pembersihan dan pembantu rumah. Tawaran tenaga kerja pembantu rumah membolehkan wanita tempatan untuk kembali bekerja dengan mengurangkan bebanan kerja domestik memandangkan penutupan pintu sempadan akibat pandemik menyebabkan kekurangan penawaran pembantu rumah dan menyebabkan wanita tanpa bantuan terpaksa berhenti kerja. Permudahkan permohonan keluarga yang bekerja untuk mendapatkan pembantu rumah sekarang. Banyak kontrak untuk pembantu rumah tamat semasa tempoh ini dan ramai majikan tidak dapat mencari pengganti disebabkan pintu sempadan ditutup dan fi yang naik mendadak.

Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Swasta Malaysia menganggarkan lebih kurang 10 ribu hingga 20 ribu buah keluarga yang masih menunggu sempadan dibuka semula. Bantu para majikan dengan membuka semula sektor ini dengan segera

final • 6:21 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

dan membenarkan pembantu rumah yang baru memasuki Malaysia dengan selamat tertakluk kepada status vaksinasi mereka, ujian saringan dan arahan kuarantin.

Menyelesaikan isu MOU yang tertunggak dengan negara terbabit dan menyediakan sistem permohonan yang lebih pantas untuk mengurangkan masa menunggu yang lama bagi mendapatkan pembantu rumah yang terbaru.

Pendekatan menang-menang, win-win ini akan membantu kutipan levi ataupun pendapatan kerajaan dan mengekalkan atau menambah jumlah penyertaan wanita dalam sektor pekerjaan yang telah sedia rendah selama ini. Kerajaan juga perlu melihat isu permohonan kewarganegaraan oleh wanita Malaysia untuk anak mereka dengan lebih empati. Permohonan kewarganegaraan mempunyai backlog yang terlalu banyak.

KDN pula bekerja dengan lebih cepat, terutamanya Jabatan Pendaftaran Negara.

Ini perlu disegerakan. Di Malaysia, semua pergerakan bergantung pada Mykad ataupun MyKid. Jika kadar kelulusan hanya 0.89 peratus diberikan dalam nisbah tujuh kelulusan setahun, KDN memerlukan hampir 336 tahun untuk memproses lebih 2,352 permohonan yang telah dikemukakan sepanjang tiga tahun lepas. Ini tidak boleh diterima.

Tuan Yang di-Pertua, kemudahan outriders. Satu, mengapa Menteri-menteri Kanan diberikan perkhidmatan polis pengiring (outriders) sebagaimana yang diperoleh oleh Timbalan Perdana Menteri sebelum ini, sedangkan mereka bukan Timbalan Perdana Menteri. Berapakah kos kepada kerajaan untuk outriders bagi empat orang Menteri Kanan? Kita tidak lihat fungsi mereka. Keduanya, Segambut juga mahu KDN segera menarik balik kemudahan outriders kepada mantan Perdana Menteri yang telah pun disabitkan kesalahan di mahkamah.

Berapakah kos sebulan untuk pembayar cukai membiayai kemudahan outriders ini? Kita telah menghantar mesej yang salah kepada pembayar cukai dan kanak-kanak yang turut berada di jalan raya. Kenapakah kita perlu memberi laluan kepada VIP yang jelas telah disabitkan melakukan kesalahan? Mengapakah mereka perlukan perlindungan daripada polis pengiring?

Sepatutnya seluruh rakyat Malaysia dalam negara ini yang memerlukan perlindungan daripada orang yang telah disabitkan kesalahan di mahkamah.

Taska di tempat kerja sektor awam. Sepertimana dalam Belanjawan 2020 dan 2021, tahun 2022 juga memperuntukkan sebanyak RM30 juta bagi penubuhan taska di bangunan kerajaan, terutamanya untuk frontliners. Mekanisme bagi memastikan lebih banyak agensi kerajaan memohon perlu dipertingkatkan serta dikaji semula supaya geran ini tidak dibazirkan seperti kegagalan tahun ini dan tahun lepas oleh Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri Wanita.

KPWKM di bawah pimpinan Yang Berhormat Menteri Wanita sekarang memang jelas tidak mempunyai keprihatinan dan idea baru untuk membangunkan kemudahan dan industri taska, tidak cekap, tidak mampu dan kelihatan tidak berminat. Sudah jelas RM30 juta ini gagal dimanfaatkan pada tahun lepas. Hanya RM5.5 juta dibelanjakan dan tahun ini hanya RM6.6 juta dibelanjakan.

Untuk mengelakkan kegagalan ini berulang semula tahun hadapan, saya hendak cadangkan peruntukan ini dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Mendapat sesuatu yang bernilai namun tidak pandai digunakan dengan sebaiknya. Satu kerugian besar untuk frontliners dan anak-anak kecil kita.

Industri pendidikan awal kanak-kanak perlu dibantu. Semua manfaat dalam belanjawan tidak cukup menarik untuk membantu industri ini. KPWKM mesti segera menyelesaikan isu dual licensing untuk taska dan tadika kerana usaha sebelum ini terjejas oleh Langkah Sheraton dan sampai hari ini belum selesai.

Segambut juga mahu penstrukturan semula industri pendidikan awal kanak-kanak dilaksanakan dengan kadar segera supaya tidak ada empat menteri yang berbeza menjaga hal ehwal pendidikan kanak-kanak berusia bawah 7 tahun sekarang. Menteri Perpaduan, Menteri Pendidikan, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Wanita.

Semua ada kad laporan 100 hari yang berbeza-beza standard dan tiada kesinambungan bagi perkembangan minda dan sosial kanak-kanak.

final • 6:21 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Yuran purata untuk pusat jagaan di Lembah Klang adalah sekitar RM500 hingga RM700 sebulan. Justeru, sudah tiba masanya peruntukan subsidi 50 peratus yuran untuk anak-anak ke taska disediakan untuk membantu ibu yang bekerja ataupun isi rumah kumpulan B40, M40 dan mereka yang kehilangan kerja. Selagi dana kerajaan tidak digunakan untuk membina kanak-kanak, selagi itulah Malaysia akan kekal mundur dan belanja tidak bertempat.

Care economy ataupun sektor penjagaan sosial di Malaysia agak terabai. Ini kerana sektor ini tidak dilihat mendapat keutamaan kerajaan. Unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia; Malaysia dijangka mencapai status negara menua pada tahun 2030 apabila 15 peratus penduduknya berumur 60 tahun ke atas. Kelulusan PBT untuk pusat penjagaan pula sukar untuk didapati, terutamanya yang melibatkan penjagaan warga emas. Ada yang takut melihat warga emas meninggal dunia, ada yang pantang dan ada yang tidak mahu mendengar siren ambulans di kawasan perumahan mereka. Semua ini merupakan satu cabaran kepada para pengusaha pusat jagaan. Tanpa mereka semakin ramai golongan warga emas didapati meninggal seorang diri di rumah.

Saya mahu mendapatkan statistik kes kematian golongan warga emas yang telah didapati meninggal dunia keseorangan sejak PKP bermula tahun lepas. Terdapat beberapa dasar atau sektor baru yang memerlukan perhatian segera KPWKM, KKM, KSM dan KBS.

final • 6:21 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Satu menyediakan peruntukan khas sebagaimana Program Subsidi Upah PERKESO kepada para ibu bapa atau salah seorang pasangan mereka yang terpaksa berhenti kerja kerana perlu menjaga anak OKU mereka. Keduanya, KPWKM perlu bekerjasama dengan KBS supaya dapat mencungkil bakat-bakat baharu golongan OKU agar peruntukan RM10 juta kepada Majlis Sukan Negara bagi memperkasakan sukan OKU dapat dimanfaatkan sebaiknya. Peruntukan menaik taraf dan menyelenggara kemudahan sukan perlu dimanfaatkan bersama KPWKM supaya badan-badan sukan OKU dapat diperkasakan, talk to the grassroot NGOs.

Bentuk sokongan yang lebih kuat kepada golongan warga emas yang menghadapi Alzheimer ataupun dementia dan bantuan kewangan kepada penjaga ataupun ahli keluarga mereka. Penjagaan rapi dan berpanjangan diperlukan untuk golongan ini dan penjaga memerlukan bentuk sokongan seperti cuti bekerja.

Keempat, confinement homes ataupun pusat penjagaan untuk wanita yang baru bersalin. Ini merupakan satu trend baharu tetapi isu pelesenan dan bidang kuasa kementerian yang terlibat perlu segera diputuskan sama ada di bawah KKM ataupun di bawah KPWKM. Retirement village ataupun nursing home mesti mula dibincangkan dengan mendalam dan melibatkan PBT.

Pusat penjagaan ini tidak boleh terletak jauh daripada populasi bekerja kerana mereka ini memerlukan sokongan emosi daripada anak ataupun ahli keluarga mereka. Ini bermaksud tanah kerajaan yang selama ini yang telah diperuntukkan untuk dewan dan tadika di kawasan perumahan perlu dikaji semula sama ada sesuai untuk digunakan sebagai pusat jagaan.

KPWKM mesti bekerjasama dengan KPKT untuk memperhalusi senarai inventori tanah-tanah seperti yang boleh diubah kegunaan untuk sektor penjagaan sosial.

Segambut mahu KPWKM segera mengadakan libat urus dengan KPKT supaya dapat menyediakan ataupun memperuntukkan tanah-tanah di bawah syarat institusi bagi tujuan pembangunan pusat penjagaan kanak-kanak dan golongan warga emas yang khusus.

Ini akan menjadikan pembinaan bangunan sendiri, standalone building untuk keperluan golongan sasar ini menjadi lebih terurus dan praktikal. Tanah institusi yang telah disediakan juga tidak seharusnya tukar syarat guna tanah sewenang-wenangnya daripada institusi kepada komersial. Saya ada kes spesifik di Taman Tun Dr. Ismail yang telah menerima bantahan kuat daripada penduduk melibatkan tanah NCWO.

Segambut mahu tanah institusi ataupun tanah yang diberikan kepada NGO dikekalkan untuk kesinambungan dan konsistensi dalam perancangan bandar. Kalau satu

final • 6:30 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

NGO dibenarkan untuk tukar syarat guna tanah mereka kepada komersial, apakah yang akan berlaku kepada tanah NGO yang lain? Dasar ataupun prinsip NGO menerima tanah kerajaan bukanlah untuk mengaut keuntungan tetapi untuk memberikan perkhidmatan spesifik kepada komuniti.

Kementerian Kesihatan, suntikan vaksin pneumococcal. Saya hendak tahu status daripada Yang Berhormat Menteri Kesihatan, berapa jumlah kanak-kanak yang telah mendapat suntikan vaksin pneumococcal ini.

Penubuhan Yayasan Keluarga Malaysia. Oleh kerana kesuntukan masa, Segambut ingin mengulangi perbahasan Ahli Parlimen Kubang Pasu yang telah membangkitkan kewajaran penubuhan satu lagi yayasan kebajikan. Kita sudah mempunyai YKN di KPWKM yang boleh memainkan peranan yang sama. Pembaziran berlapis dan semua ini saya labelkan sebagai politik syok sendiri oleh Menteri yang terlibat sekadar mahu merasmikan produk baharu untuk mewarnai kad laporan 100 hari.

Trigger system untuk membantu anak yatim COVID-19 pun belum dapat dijawab dengan sempurna. Benda asas tidak dibuat, tetapi kita akan memperkenalkan produk baharu yang akan merumitkan keadaan. Perbelanjaan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan timbalannya, Segambut ingin tahu berapakah perbelanjaan yang telah digunakan untuk siri Wanita Bangkit Berniaga yang melibatkan RichWorks kalau tidak silap dan konsultan-konsultan luar untuk program lain di bawah KPWKM.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Minta rumuskan Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Okey, saya hanya ada tiga muka surat sahaja.

Saya minta bagi saya masa ya. Saya cepat. Kementerian Wilayah Persekutuan, pembangunan pembinaan rumah mampu milik sepatutnya dibina di kawasan yang mempunyai akses kepada public transportation seperti stesen LRT ataupun MRT. Saya ada tiga pembangunan di Segambut, Sri Bintang, Mont Kiara, Kampung Kasipillay yang tidak ada akses kepada public transportation tetapi sedang dipertimbangkan oleh DBKL, padahal ia adalah bercanggah dengan rancangan tempatan.

Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini telah didedahkan satu, 943 kebenaran merancang telah diluluskan oleh DBKL walaupun tidak selaras dengan Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020. Berlaku pengurangan 72.91 hektar kawasan hijau dan terdapat enam kolam takungan banjir yang berfungsi untuk mengatasi masalah banjir di Kuala Lumpur telah pun diluluskan pemberi milikan bagi tujuan pembangunan.

Apakah tindakan SPRM mengenai perkara ini terutamanya Laporan Ketua Audit Negara?

Adakah mereka akan melakukan siasatan ataupun kena tunggu orang membuat laporan?

Sepatutnya mereka membentangkan siasatan mereka di Parlimen.

Konflik antara peranan arkitek dan perancang bandar (town planners) dalam proses memohon untuk kebenaran merancang atau perintah pembangunan perlu segera ditangani. Dalam negara ini Tuan Yang di-Pertua, terdapat tiga undang-undang iaitu Architects Act, Town and Country Planning Act dan Town Planners Act yang telah dipinda pada tahun 2002 untuk memberikan lebih kuasa peranan kepada para arkitek dalam proses permohonan kebenaran merancang.

Semenjak itu telah banyak permohonan kelulusan pembangunan dikemukakan oleh arkitek terutamanya di bandar utama seperti Kuala Lumpur di mana dapat dilihat impak pembangunan yang kurang mampan telah berlaku seperti peningkatan lalu lintas, banjir kilat dan sebagainya. Ini berikutan fokus hanya diberikan kepada cadangan pembangunan dan plot pembangunan itu sahaja tanpa sebarang pertimbangan dengan kawasan sekitarnya. Perancang bandar sebaliknya akan melihat persekitaran dan hubung kait kawasan tapak cadangan berkenaan secara lebih integrasi dan komprehensif.

Penutup, negara kita cukup dewasa untuk rakyatnya yang pelbagai. Namun, malang sekali belanjawan yang dibentangkan masih lagi terikat mengikut pecahan beberapa kaum sahaja dan bukannya berdasarkan keperluan dan tidak menyeluruh kepada semua kaum. Malaysia mempunyai lebih daripada itu. Belanjawan tahun

final • 6:30 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

hadapan yang dibentangkan dilihat tidak selari dengan gagasan Keluarga Malaysia yang dilaungkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

COVID-19 telah memberikan kesan negatif kepada semua kaum. Belanjawan kali ini seharusnya menjadi belanjawan pemulihan negara yang mempersiapkan negara menjadi sebuah negara bangsa yang inklusif. Akan tetapi secara terus terang saya tidak mempunyai keyakinan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang mampu untuk menyatukan semua rakyat Malaysia di bawah pimpinan beliau.

Saya baca Wikipedia Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, beliau mempunyai enam kontroversi yang telah disenaraikan dan kebanyakannya berkait dengan isu perkauman. Seruan boikot perniagaan Cina Low Yat 2, pembatalan penajaan Universiti Taylor, isu telur penyu, vape dan e-rokok, komen perkauman sebelum PRU yang lepas menuduh DAP dengan tidak berasas. Oleh sebab itu, apabila beliau mengangkat sumpah sebagai Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan tiba-tiba terkeluar slogan baharu Keluarga Malaysia, saya skeptikal.

Saya tidak percaya dan saya tahu isu ketidakadilan belanjawan tahun hadapan yang telah dibangkitkan oleh ramai Ahli Parlimen pembangkang mencerminkan identiti sebenar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya ulang sekali lagi, no amount of rebranding can help a bad product.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Okey Yang Berhormat, masa sudah tamat.

final • 6:30 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Akan tetapi, saya percaya manusia boleh berubah, boleh insaf dan boleh kembali ke pangkuan jalan. Jadi saya hendak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyahut cabaran membentangkan Akta Perhubungan Kaum jika beliau serius memperjuangkan konsep Keluarga Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat adalah pembahas yang ke-107 setakat hari ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi esok Khamis, 11 November 2021. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.38 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026