Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
1. Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor [Cameron Highlands] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah situasi keperluan keanggotaan Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq ketika ini dan adakah pihak kerajaan berhasrat untuk melonggarkan syarat kelayakan bagi pengambilan anggota PGA ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Terima kasih kepada Yang Berhormat Cameron Highlands. Tuan Yang di- Pertua, pasukan Senoi Praaq sangat dekat di hati Yang Berhormat Cameron Highlands dan diri saya juga kerana ramai anggota Senoi Praaq dari kawasan Parlimen Kuala Krau.
Sekali lagi saya ingin menzahirkan salam takziah buat Yang Berhormat Cameron Highlands atas kehilangan bapa tersayang, Allahyarham Dato’ Mohd Nor bin Abdullah pada usia 87 tahun pada 24 Oktober 2021 yang lalu. Allahyarham merupakan antara 10 orang pertama yang menyertai pasukan Senoi Praaq sebagai tracker pada tahun 1956.
Pesara polis ini memegang nombor badan pasukan Senoi Praaq 001, Tuan Yang di-Pertua. Allahyarham juga merupakan wira bagi memerangi p7.8engganas komunis ketika itu. Kehebatan Senoi Praaq menjadikan mereka digelar sebagai The Silence Killers.
Tahniah Yang Berhormat Cameron Highlands, bagi pihak kerajaan.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, berkenaan dengan situasi keperluan anggota Senoi Praaq pada ketika ini, PDRM masih memerlukan khidmat anggota Senoi Praaq yang mempunyai kepakaran eksklusif di hutan belantara. Khidmat mereka digunakan bagi tugas-tugas lain yang melibatkan operasi di hutan seperti search and rescue dan memburu penjenayah dalam hutan. Kepentingan pasukan Senoi Praaq di masa sekarang adalah seperti berikut:
(i) keperluan kepakaran sebagai penjejak di hutan sekiranya operasi di hutan belantara, baik operasi keselamatan mahupun operasi search and rescue;
(ii) sebagai pasukan simpanan bagi persediaan sekiranya berlaku lagi ancaman urgency, terutamanya melibatkan kawasan hutan;
(iii) sifat semula jadi pasukan ini yang taat kepada ketua dan tugas yang diamanahkan amat berguna kepada pasukan PDRM;
(iv) selaku pasukan mempunyai kemahiran di hutan, pasukan ini ditugaskan untuk membanteras segala bentuk aktiviti pemburuan haram, penyeludupan dan jenayah hidupan liar di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]
Timbalan Menteri Dalam Negeri - Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
bersama-sama agensi penguatkuasaan lain di hutan-hutan simpan Semenanjung Malaysia seperti Op Bersepadu Khazanah;
(v) pasukan ini mampu menggalas tugas dengan cemerlang dalam membanteras jenayah rentas sempadan di sempadan negara, terutamanya sempadan Malaysia–Thailand bagi kawasan negeri Kedah dan Perlis. Semangat juang, integriti, kerja berpasukan yang tinggi di kalangan Senoi Praaq menggerunkan penyeludupan di kawasan sempadan; dan
(vi) melalui usaha berterusan pasukan ini melangkau kejayaan dalam mengesan dan menangkap penjenayah yang terlibat dalam aktiviti barangan kontraban.
Manakala berhubung dengan pertanyaan Yang Berhormat berkaitan dengan perjawatan anggota Senoi Praaq. Kekosongan bagi jawatan Konstabel Polis Gred YP1 Orang Asli – Lelaki tahun 2021 adalah seramai 94 kekosongan. Pelaksanaan pengambilan jawatan ke Konstabel Polis Gred YP1 Orang Asli – Lelaki tahun 2021 telah dilaksanakan pada 5 September 2021 hingga 23 September 2021. Seramai 142 orang calon telah memohon jawatan tersebut.
Hasil daripada eksais pelaksanaan tersebut, 47 orang calon telah sesuai temu duga lisan. PDRM masih menggunakan Skim Perkhidmatan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Orang Asli dalam Arahan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2016 bertarikh 7 April 2016 berkuat kuasa 1 Julai 2016 bagi Rasionalisasi Skim Perkhidmatan bagi Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia di bawah Skim Saraan Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Cameron Highlands, saya juga mewakili Dewan Rakyat ingin mengucapkan takziah kepada Yang Berhormat dan keluarga atas pemergian ayahanda Yang Berhormat. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT dan diletakkan bersama orang-orang yang dikasihi-Nya. Silakan soalan tambahan pertama.
Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas ucapan takziah. Soalan tambahan saya, melihat skim berkenaan, gaji permulaannya amat rendah, ini sebagaimana kehendak JPA. Apa perancangan PDRM dan kerajaan untuk menaikkan gaji asas ini? Adakah pengambilan akan datang lebih kepada mirip pendidikan untuk menaikkan tangga gaji mereka setaraf dengan anggota PDRM yang lain kerana tugas-tugas yang mereka laksanakan adalah lebih kurang sama, malah sama juga?
Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Yang Berhormat Cameron Highlands. Terima kasih juga kerana pasukan Senoi Praaq juga telah membuat kerja-kerja pemantauan bagi SOP COVID-19 di 10 buah perkampungan Orang Asli di kawasan Parlimen Kuala Krau, seramai 30 orang pegawai dan anggota yang terlibat dan juga 20 orang anggota yang terlibat dalam operasi Op Khazanah ini.
Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Untuk jawapan ini Yang Berhormat, kita tahu bahawa Orang Asli ada diambil melalui skim pendidikan sama ada PT3, ketika ini dan KDN telah membuat kajian supaya pengambilan anggota Senoi Praaq ini taraf akademiknya SPM. Apabila SPM ini, ia akan sama taraf dengan anggota yang lain.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, bagi Senoi Praaq ini, kita berikan elaun khas RM400 kerana menyertai pasukan PGA di dalam negara kita. Terima kasih Yang Berhormat Cameron Highlands kerana prihatin terhadap kebajikan anggota Senoi Praaq untuk negara kita. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Alor Gajah, saya kena bagi sebelah sini dahulu. Yang Berhormat Kuala Kedah.
Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah
Bagilah Alor Gajah dahulu. Boleh?
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Oh! Ya, can, can.
Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah
Tuan Yang di-Pertua, saya memohon jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Adakah kerajaan akan mempercepatkan segala bentuk cadangan untuk memudahcarakan tugasan PGA tadi dengan menggunakan kaedah man machine dan juga internet of things? Ini saya berpendapat kalau dapat dipercepatkan, kita boleh mengurangkan kadar insiden dan juga menambah baik pemantauan di sempadan. Terima kasih
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya, terima kasih kepada Yang Berhormat Alor Gajah. Kita berjumpa di Melaka petang ini. Inilah istimewanya politik di dalam negara kita, Tuan Yang di-Pertua. Di dalam Dewan kita bersahabat, di PRN Melaka kita bersaing tetapi kita tetap bersahabat. Tahniah kepada ahli-ahli politik negara kita. Kita akan ikut SOP.
Terima kasih atas pandangan Yang Berhormat Alor Gajah. Memang ini akan diambil tindakan segera oleh pihak KDN untuk memastikan anggota dan pegawai kita tidak selalu terlibat atau terdedah dengan insiden-insiden yang tidak diingini berlaku untuk kedaulatan, keselamatan dan ketenteraman awam negara kita. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Kuala Kedah.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin menarik perhatian Dewan kepada masalah besar yang kita hadapi iaitu pemerdagangan hidupan liar, di mana Malaysia dikenal pasti negara yang bermasalah.
Antara masalah terbesar ialah pemerdagangan ini melibatkan sindiket yang bersenjata, yang ganas dan melibatkan wang jumlah yang banyak. Kita antara yang terbesar di dunia dan ia berbilion. Di Malaysia sahaja dinilaikan haiwan yang diperdagangkan secara haram ini berbilion nilainya.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Kita tidak ada kumpulan atau pasukan yang specialized, yang khusus, yang ada kepakaran tentang ini.
Oleh kerana Senoi Praaq ini kebanyakan mereka membesar di perkampungan dan hutan dan kawasan berdekatan hutan, mereka ada kepakaran khusus dalam pelbagai bidang. Maka saya mengesyorkan kepada Kementerian Dalam Negeri dan juga kementerian yang terlibat, supaya sekurang-kurangnya kita menggunakan kepakaran mereka atau kita kenal pasti mereka sebagai experts atau pakar dalam mengatasi masalah pemerdagangan dan penangkapan hidupan liar, yang mana jelas kita tidak ada sebarang pasukan yang berkebolehan berbuat demikian. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih atas syor dan cadangan Yang Berhormat yang sangat baik. Oleh sebab itu saya nyatakan di peringkat awal tadi dalam jawapan saya bahawa Senoi Praaq diberikan tugasan yang khusus bagi membantu menyelamatkan hidupan liar kita, khazanah negara kita.
Oleh sebab itulah, bersama dengan agensi penguatkuasaan yang lain, kita telah mengadakan Operasi Bersepadu Khazanah ini. Apabila ada tangkapan, kita dapat mengurangkan daripada ancaman hidupan liar. Jika dibawa di luar sana, kita akan mengadakan juga check-in, semakan dan juga pemantauan supaya khazanah negara ini dapat kita selamatkan dan hidupan liar ini dapat kita selamatkan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya ingin berpantun sebagai pembuka kata. Dengar baik-baik pantun saya.
*Keluarga Malaysia menjadi sanjungan, Pasal peruntukan impi yang diumumkan, Harapan rakyat ia bukanlah igauan, Mohon cepat-cepat dikreditkan.
Jangan suka menabur janji, Kalau susah untuk ditepati, Rakyat jelata terkesan mengharap simpati, Soalan nombor 2 tetap menanti.* Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
2. Tuan Haji Ahmad bin Hassan [Papar] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan dasar dan program baru yang perlu dilaksanakan bagi mewujudkan sumber pendapatan baharu di samping mengekalkan pekerjaan sedia ada di Sabah.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim
*Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,* jawapan kepada Yang Berhormat Papar yang memberi salam tadi sebelum mengemukakan soalan. Itu yang saya boleh jawab. Pantun, nanti saya fikir lain, saya jawab kemudian.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Papar, kerajaan dalam keutamaannya dalam tempoh yang sukar kita menangani landskap pandemik COVID-19 ini termasuklah terjejasnya pekerjaan- pekerjaan yang dihadapi oleh rakyat dalam pelbagai sektor. Atas inisiatif ini, pelbagai peluang pekerjaan yang kerajaan wujudkan dan ditawarkan kepada semua peringkat dan semua sektor pencari kerja yang sedang mencari pekerjaan di seluruh negara termasuk di negeri Sabah.
Dalam keadaan ekonomi yang masih dalam tahap pemulihan, kerajaan melalui PERKESO telah memperkenalkan Program Insentif Pengambilan Pekerja ataupun Hiring Incentive Program, dengan izin, iaitu bantuan mobiliti dan juga program latihan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). Program-program yang disusun atur ini adalah untuk merangsang pengambilan pekerja oleh majikan.
Oleh sebab itu, kerajaan melalui Majlis Pekerjaan Negara ataupun National Employment Council (NEC) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bertindak melaksanakan dasar dan program bagi mewujudkan sumber pendapatan baharu di samping mengekalkan pekerjaan sedia ada di seluruh negara termasuk di Sabah.
Bagi memperkasakan tenaga kerja Malaysia agar lebih berdaya tahan, berkemahiran tinggi dan tersohor di peringkat antarabangsa, kerajaan akan melaksanakan Pelan Strategik Penciptaan Pekerjaan Nasional melalui enam teras utama iaitu― Pertama, meningkatkan kerjasama antara industri dan akademik. Ini peluang- peluang pekerjaan yang kita create, cipta untuk kita fulfill the vacancies ataupun kita mengisi pekerja-pekerja yang ada dalam pasaran yang masih lagi mencari pekerjaan.
Kedua, memupuk bakat bagi memenuhi keperluan industri. Talent yang ada, kita train untuk memenuhi permintaan pasaran.
Ketiga, memperkasakan usahawan tempatan untuk maju dalam ekonomi semasa.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim
Keempat, memanfaatkan ekonomi gig untuk pencarian peluang penjanaan pendapatan. Nanti saya jelaskan secara detil ekonomi gig ini.
Kelima, memacu pertumbuhan sektor baharu dan moden.
Keenam, mempercepatkan penerapan amalan tempat kerja moden. Seperti mana kehidupan norma baharu, itu juga satu sistem moden. Kita boleh bekerja di rumah dan kita boleh berurusan di luar negara termasuk di US, di Jepun dan sebagainya. Begitu juga sistem pengurusan moden.
Teras-teras tersebut akan menjadi panduan bagi pelaksanaan pemacu perubahan ataupun game changers, dengan izin, termasuk mengaplikasikan teknologi kepintaran buatan (artificial intelligence) untuk tujuan pemadanan dan perancangan kerjaya di samping meningkatkan kebolehpasaran dan kualiti graduan lepasan TVET.
Jawapan saya ada sedikit lagi. Panjang juga. Boleh saya teruskan?
Tuan Yang di-Pertua
Tak. Dengan bertulis, Yang Berhormat.
Datuk Haji Awang bin Hashim
Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akan memberi jawapan bertulis. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Papar.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Terima kasih atas jawapan yang diberi.
Kita difahamkan bahawa peruntukan yang telah diluluskan oleh kerajaan adalah sebanyak RM1.1 bilion yang menyasarkan 220,000 orang peserta yang melibatkan 14 buah agensi demi untuk memberi peluang pekerjaan untuk memberi latihan dan juga untuk mengangkat ekonomi belia-belia yang terkesan.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Jadi, bagaimanakah pula di Sabah? Seperti yang kita tahu, di Sabah ini serba kekurangan, kita tidak ada kilang. Kalau kita ingin untuk menjana pekerjaan, kerajaan harus membina kilang di Sabah, kerana apa? Hal ini kerana di Sabah penuh dengan dan banyak hasil buminya yang boleh digunakan dan diproses. Apabila ia diproses, maka dapatlah kilang itu menggunakan barang-barang ini untuk dijual dan dapat menjana pekerjaan.
Jadi, apa yang kita tahu sekarang ini di Sabah misalnya, ramai anak-anak Sabah yang datang ke Semenanjung untuk mencari pekerjaan di kilang-kilang. Berapakah banyak mereka ini dapat membawa balik duit ataupun kerja-kerja yang telah dibuat oleh mereka dapat dikumpulkan hasilnya untuk dibawa balik kepada anak dan keluarga mereka? Jadi, apa yang kita ingin..
Tuan Yang di-Pertua
Soalan.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Sarankan di sini ialah...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, soalan.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Ya, okey. Apa yang kita ingin sasarkan di sini ialah kalaulah mereka ini datang ke Semenanjung, dapat bekerja tetapi tidak dapat menghasilkan sesuatu ialah menjadi satu masalah kepada kerajaan. Begitu juga, ramai yang datang tetapi tidak dapat bekerja, mereka menjadi gelandangan dan juga merempat di tepi jalan. Jadi, ini kita tidak mahu.
Jadi, apa yang kita mahu ialah Kerajaan Malaysia ialah kerajaan Keluarga Malaysia, ertinya kita harus diberi persamaan. Kesaksamaan daripada segi pekerjaan dan sebagainya, begitu juga kilang-kilang. Soalan saya ialah daripada jumlah yang telah disebutkan tadi, berapakah peserta-peserta dari Sabah yang akan terlibat dan apakah penekanan ataupun tumpuan kemahiran yang akan diberikan kepada mereka ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Sebenarnya Yang Berhormat, dalam cakapan yang panjang tadi itu soalannya cuma 15 saat sahaja saya bilang. Saya hendak pohon supaya kita pendekkan mukadimah kepada soalan dan jawapan itu kerana kita
Tuan Yang di-Pertua
hendak cover lebih banyak soalan untuk dijawab. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Haji Awang bin Hashim
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Papar, sahabat saya yang membangkitkan berkenaan dengan keperluan rakyat Sabah mengisi peluang pekerjaan. Apa yang kita jawab ini ialah termasuk seluruh negara dari Perlis ke Johor, Sabah dan Sarawak juga.
Jadi, ke dalam Bajet 2022 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan baru-baru ini, telah meluluskan satu bajet yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur dan Sejahtera, yang mana dalam bajet ini disebut kerajaan komited menyediakan 600 ribu peluang pekerjaan pada tahun hadapan di bawah inisiatif Jamin Keluarga Malaysia iaitu Jamin Kerja.
Dalam bajet ini, diluluskan sebanyak RM2 bilion untuk inisiatif Jamin Kerja Insentif Penggajian(JKAP) di bawah sistem insurans pekerjaan yang akan memanfaatkan seramai 300 orang pencari kerja di seluruh negara, dengan peruntukan sebanyak RM2 bilion. Ini telah disebut, termasuklah yang mana Sabah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Papar ini.
Kerajaan terus dengan inisiatif untuk membantu negara yang mana kerajaan juga kita harap Yang Berhormat Papar mengambil perhatian. Bermula tahun 2022 dalam Program Skim SPS Lindung ataupun Skim Pekerjaan Sendiri, akan dijenamakan semula dan dipecahkan mengikut sembilan kategori yang mana kerajaan berusaha untuk membantu mereka yang sedang mencari kerja dalam pasaran dengan mendaftar diri dalam MyFutureJob di bawah agensi Kementerian Sumber Manusia iaitu kategori orang bekerja sendiri (OBS) yang dilindungi oleh SPS Khidmat iaitu SPS Gig, SPS Usahawan Wanita, SPS Tani, SPS Jaja, SPS Seni dan SPS Lain Upaya, SPS Lancong (termasuk pelancong) dan SPS Orang Asal.
Jadi, kita juga meneruskan usaha dengan memberikan perlindungan mereka yang tidak ada sektor informal iaitu mereka yang bekerja sendiri seperti suri rumah tangga juga dilindungi oleh skim ini. Jadi, kerajaan akan memberi insentif sebanyak 20 peratus daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan pertama dan 30 peratus kepada enam bulan berikutnya kepada pekerjaan yang diberi gaji. Ini bukan masalah status gaji, yang diberi gaji oleh majikan pada ketika itu sebanyak RM1,500. Mereka akan dapat lagi 30 peratus kalau ikut dalam skim yang telah kita gagaskan ini. Jadi...
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Datuk Haji Awang bin Hashim
Terima kasih. Kalau panjang jawapan, saya berhenti dekat situlah.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
[Ketawa] Secara bertulislah Yang Berhormat.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim
[Ketawa] Okey baik, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ada soalan tambahan nombor dua? Sebelah sini tidak ada?
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Kalau tidak ada, saya hendak nombor dua lagi, tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Tambah lagi?
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Tambah lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Ringkas Yang Berhormat, tolong.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, ianya memang
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
berpatutan. Akan tetapi perlu diingatkan, kawan-kawan kita iaitu kaum-kaum nelayan pantai dan petani-petani, ramai yang terkesan apabila musim tengkujuh, mereka ini tidak dapat turun ke laut. Jadi apabila ada peruntukan seperti ini, kita mahu juga mereka ini diberi peluang supaya mereka dapat upgrade skill mereka. Jadi kalau musim tengkujuh, mereka akan buat kerja di daratan. Terima kasih.
Datuk Haji Awang bin Hashim
Terima kasih, soalan tambahan ini. Oleh sebab itulah dalam skim ini juga selain apa yang disebut tadi untuk mereka yang tidak ada majikan ini, kerajaan memberi Skim Perlindungan Orang Bekerja Sendiri. Sekiranya jadi apa-apa kepada mereka, mereka dilindungi oleh Skim Pekerjaan Sendiri ini yang dipanggil Orang Bekerja Sendiri dalam skim kita ini.
Jadi, kita sangat memberi perhatian kepada mereka, seperti petani yang tidak ada majikan, nelayan yang tidak ada majikan dan pekerja kelapa sawit yang tidak ada majikan juga diberi perhatian serius dalam skim ini. Itu sahaja jawapan saya Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya menyampaikan serangkap pantun.
PRN bermula di Melaka, Sarawak menyusul, Pengundi dipesan SOP dijaga rapi, Tuan Yang di-Pertua, soalan saya akan menyusul, Soalan 3 Jerantut minta dijawab dengan rapi. Terima kasih.
3. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan perancangan kementerian untuk melaksanakan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha merealisasikan cadangan pembinaan sekolah sukan khusus untuk pelajar kurang upaya bagi mengasah bakat mereka menjadi para atlet negara.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Dato’ Sri Ti Lian Ker
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat atas cadangan untuk mewujudkan sekolah sukan, khususnya untuk pelajar kelainan upaya bagi melahirkan lebih ramai atlet para negara.
Secara umumnya, kementerian mempunyai jalinan kerjasama yang erat bersama-sama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia terutamanya dalam pembangunan sukan daripada peringkat akar umbi sehinggalah ke peringkat tertinggi.
Bagi merealisasikan cadangan pembinaan sekolah sukan khusus untuk pelajar kelainan upaya, kementerian perlu memperhalus dan akan mengkaji secara menyeluruh sebelum mengadakan perbincangan bersama pihak Kementerian Pendidikan dan pemegang taruh yang lain.
Dalam aspek pembangunan sukan para secara menyeluruh, kementerian bercadang untuk memperkukuhkan ekosistem pembangunan sukan para yang sedia ada, agar ia lebih teratur, lebih tersusun dan di setiap peringkat. Kementerian melalui Majlis Sukan Negara sentiasa berusaha untuk memperkasakan program-program pembangunan OKU daripada peringkat negeri sehinggalah ke peringkat antarabangsa menerusi pelbagai inisiatif. Antaranya ialah penubuhan pusat-pusat latihan, pelaksanaan kejohanan serta circuit kebangsaan dan juga pelaksanaan kem bakat ataupun klinik sukan. Sekian, terima kasih.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ialah apakah usaha-usaha yang secara menyeluruh meliputi setiap peringkat, termasuk juga
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
negeri dan juga daerah terutamanya bagi memperkasakan pembangunan atlet para di Malaysia di peringkat pembangunan sukan itu sendiri, juga termasuk kemudahan- kemudahan sukan untuk mereka di peringkat daerah ataupun Parlimen. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Ti Lian Ker
Terima kasih atas soalan tambahan. Pihak kementerian melalui Majlis Sukan Negara sentiasa berusaha untuk memperkasakan program latihan yang melibatkan atlet-atlet orang kelainan upaya di seluruh negara.
MSN sedang memperkasakan program-program pembangunan Paralimpik di peringkat negeri dengan kerjasama pemegang taruh yang terdiri dari Jabatan Belia dan Sukan Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bahagian Pendidikan Khas, Persatuan Sukan Kebangsaan, Persatuan Sukan Orang Kurang Upaya dan Pusat Rehabilitasi PERKESO.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, MSN kini lebih memberikan tumpuan kepada pelaksanaan program pembangunan di peringkat negeri bagi memastikan kesinambungan dan peningkatan penglibatan atlet-atlet OKU dilaksanakan secara teratur dan secara konsisten.
Antara inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan adalah penubuhan pusat latihan, pelaksanaan kejohanan dan circuit kebangsaan, kem bakat, klinik sukan dan sebagainya.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Hulu Selangor dahulu.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Bandar Kuching.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat Hulu Selangor sudah bangun dari tadi. Yang Berhormat Kuala Langat, Hulu Langat, sorry, maaf-maaf.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Ingat saya sudah pindah tadi.
Tuan Yang di-Pertua
[Ketawa]
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau ikut Berita Harian 14 Disember 2020, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia Datuk Zainal Abu Zarin pernah berkata bahawa sebuah pusat kecemerlangan sukan bagi golongan OKU sedang dibina oleh KBS yang memakan belanja sebanyak RM50 juta di Kampung Pandan.
Soalan saya, apakah status pembinaan Pusat Kecemerlangan OKU itu dan bila akan siap? Mewakili atlet OKU, mereka bertanya bagaimana bentuk pengoperasiannya nanti apabila telah siap? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Sri Ti Lian Ker
Soalan ini adalah di luar daripada soalan asal, tetapi saya akan jawab secara bertulis. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Maaf. Yang Berhormat Dr. Kelvin Yii Lee Wuen, silakan.
4. Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [Bandar Kuching] minta Menteri Kesihatan menyatakan secara terperinci bagaimana kementerian bercadang untuk transisi dari pendekatan pandemik ke endemik COVID-19 dan apakah parameter yang digunakan untuk menilai kesediaan kerajaan untuk transisi secara selamat dan lestari.
Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih. Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia ketika ini berada di bawah Pelan Pemulihan Negara, sehingga 8 November 2021, sebanyak 11 buah negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah berada di fasa keempat. Manakala hanya Sarawak dan Kelantan sahaja yang masih di fasa ketiga. Malaysia sedang dalam proses peralihan daripada pandemik kepada endemik (endemic city) dengan izin.
Kementerian Kesihatan Malaysia telah menetapkan sebanyak dua skop iaitu situasi penularan COVID dan juga kapasiti bagi respons. Terdapat tujuh domain dalam skop ini yang pertamanya, skop situasi ada empat perkara, kes yang teruk, kematian penularan jangkitan COVID dan liputan vaksinasi. Skop kapasiti untuk respons, kapasiti fasitili hospital, kapasiti makmal dan petugas kesihatan yang terlibat dalam pengurusan COVID. Bagi setiap domain, terdapat para meter yang digunakan untuk mengukur kesediaan Malaysia. Parameter-parameter tersebut adalah:
(i) situasi COVID, kadar kemasukan ke wad bagi kes COVID-19 kategori tiga, empat dan lima per 100,000 populasi;
(ii) peratusan kes berumur lebih 60 tahun dan ke atas dengan komorbid;
(iii) kadar kematian purata kes dalam tempoh tujuh hari;
(iv) kadar insiden purata kes COVID-19 bagi tempoh tujuh hari per 100,000 populasi;
(v) kadar positif COVID-19 dari sampel surveillance iaitu dari ILI, Sari, prapembedahan dan juga pra kemasukan ke wad; dan
(vi) liputan vaksinasi COVID-19.
Untuk parameter kapasiti kadar penggunaan katil di hospital untuk kes ini, kadar penggunaan katil di ICU, kadar keperluan pembukaan PKRC, keputusan ujian RT-PCR, peratusan ujian positif per jumlah ujian dijalankan dan juga peratusan kakitangan kesihatan terkesan dengan jangkitan COVID-19.
Oleh bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, pengiraan para meter ini adalah agak kompleks dan terlalu teknikal untuk orang awam. Apabila negara berada pada fasa endemik kelak, jumlah kes harian akan tetap berlaku dan berkemungkinan boleh meningkat. Oleh yang demikian, proses peralihan yang berlangsung pada ketika ini amat penting bagi persediaan bagi memastikan bilangan kes yang memerlukan kemasukan ke hospital dan kematian disebabkan oleh COVID-19 terkawal.
Justeru itu, pemantauan mudah dilakukan oleh masyarakat umum. Ada tiga indikator. Pertama, transmisi COVID-19, yang keduanya pengendalian kes dan yang ketiganya kapasiti hospital. Seringkasnya, sehingga Malaysia benar-benar bersedia memasuki ke fasa endemik, kerajaan akan terus mengekang penularan pandemik melalui tindakan-tindakan berikut;
(i) meningkatkan kesiapsiagaan untuk menghadapi ancaman terutamanya kemunculan varian baharu;
(ii) memastikan pencapaian liputan vaksinasi yang sebahagiannya termasuk dos penggalak; dan
(iii) meningkatkan penglibatan pelbagai pihak dan perkongsian maklumat yang lebih telus dengan masyarakat yakni memperkasakan komuniti.
Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya meneliti jawapan tersebut. Saya memang bersetuju parameter tersebut adalah amat penting. Akan tetapi jika boleh mungkin dalam jawapan bertulis, apakah kuantum setiap parameter tersebut?
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Soalan saya, saya tahu, salah satu parameter yang sangat penting untuk kita transisi adalah untuk mainstream dengan izin Program Imunisasi COVID-19 ke dalam Imunisasi Kebangsaan dan saya mendapat berita bahawa penerimaan atau update booster dos ini sangat rendah kerana ada kebimbangan contohnya heterologous vaccination. Jadi, soalan saya, apakah rancangan kerajaan untuk mendidik rakyat tentang kebaikan, keselamatan heterologous vaccination? Kedua, bilakah vaksin Sinovac akan digunakan, mungkin untuk dos ketiga, dos penggalak dan juga untuk vaksin remaja?
Soalan kedua yang terakhir. Semalam kita ada isu MySejahtera. MySejahtera ini amat penting dalam endemik city kerana kita semua bergantung kepada MySejahtera. Ini bukan sahaja menyusahkan tetapi boleh mengakibatkan kerugian. Jadi, apakah langkah kerajaan untuk memastikan ini tidak berlaku kerana ini isu cyber security dan juga data breach. Sila jawab, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat tanya sebanyak empat soalan.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua..
Tuan Yang di-Pertua
Tolong jawab dua, yang dua lagi bertulis.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Ya. Saya nampak macam ada lima soalan sebenarnya. Satu pun tidak jelas. Walau bagaimanapun, pertamanya hendak memperkasakan rakyat. Oleh sebab itu, kita sentiasa menerangkan sama ada dalam Facebook KKM dan media sosial berkenaan kepentingannya. Berkenaan keadaan- keadaan sekarang ini. Dahulu kita buat homologous, maknanya kita bagi primer, kita bagi Comirnaty, kita bagi Pfizer, kemudian kita bagi Pfizer, Pfizer (PPP). Kemudian kita bagi Sinovac dan Pfizer tetapi bagi mereka yang alergi dengan Pfizer, kita sudah ada sekarang untuk Sinovac.
Jadi pada ketika ini, kita juga memberikan bukan sahaja homologous tetapi juga heterologous bermakna campuran. Campuran ini telah diamalkan dalam dunia dan di Malaysia ini telah dapat kebenaran bersyarat daripada NPRA. Jadi, kita terangkan kepada rakyat bahawa vaksinasi ini sangat penting. Inilah antara jalan untuk kita melindungi diri kita, melindungi rakyat dan juga negara kita hari ini. Terutama hari ini dalam suasana yang begitu mencabar dengan pilihan raya dan sebagainya. Maka, untuk mendapatkan dos penggalak umpamanya adalah sangat-sangat penting.
Hari ini kita dapat lihat bahawa sedikit perlahan peningkatan rakyat diberikan vaksinasi juga berlaku kepada remaja dan sebagainya. Jadi, untuk perkara itu saya sarankan, sebagai Timbalan Menteri saya sarankan bahawa kita jangan dengar fakta-fakta yang tidak jelas. Kalau kita tidak faham, kita tanya. Kita tengok terutamanya daripada sosial media, daripada KKM sendiri dan kita bertanya kepada orang yang tertentu.
Dapatkan fakta yang jelas, dapatkan fakta yang benar supaya kita tidak terkeliru dan membuat tindakan yang salah.
Ini sangat-sangat penting, saya hendak nasihatkan kepada semua kita dan juga rakyat Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, yang lain-lainnya terpaksa diberi secara bertulis.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tahu peratusan update untuk dos penggalak. Berapa? Kalau boleh jawapan bertulis.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Ya, ya, insya-Allah.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Jerai, Jerai.
Tuan Yang di-Pertua
Ya. Yang Berhormat Jerai, sila.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri nyatakan langkah-langkah kerajaan dalam menangani golongan yang masih enggan menerima suntikan vaksin? Sekian.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Jerai, soalan jelas. Jadi, terima kasih Yang Berhormat Jerai atas keprihatinan.
Memang masih terdapat lagi segelintir yang tidak mahu mendapat vaksin. Kita sudah jelaskan banyak kali, beberapa kali dan kita akan terus menjelaskan demi keselamatan rakyat Malaysia.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Demi keselamatan mereka-mereka di sekeliling kita, bahawa kita telah menjalankan kaedah kesihatan awam dan juga pengurusan hospital, pengurusan makmal dan sebagainya. Maka, antara-antara terkini yang kita ada selain ubat-ubatan yang baharu yang mungkin akan muncul adalah vaksinasi.
Jadi, saya sekali lagi menyarankan kepada rakyat Malaysia bahawa dapatkan fakta yang jelas dan tepat.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Vaksinasi telah dilakukan di negara kita sejak tahun 1950-an dan di dunia. Telah dapat menyelamatkan ramai rakyat dan masyarakat dunia daripada penyakit-penyakit berjangkit. Hari ini kita harap kita dapat memaksimumkan melebihi 90 peratus kadar vaksinasi di negara ini, sama ada orang dewasa ataupun remaja supaya kita dapat memberikan kejayaan pada program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dengan sepenuh hati ini.
Jadi, saya ucap sekali lagi terima kasih pada Yang Berhormat Jerai, satu soalan yang penting untuk saya wawarkan kepada rakyat hari ini bahawa datanglah dan ambilah— adalah caranya. Hari ini kita melaksanakan sekurang-kurangnya di klinik kesihatan dengan pengamal perubatan swasta, hospital swasta, klinik pakar swasta dan juga kita masih lagi menjalankan PPV awam, beberapa PPV awam di negara ini.
Memandangkan melebihi 80 peratus, hari ini kita telah menjangkau 95 peratus sudah menerima vaksin di negara ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tuan Yang di-Pertua, minta satu.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Jika tidak jelas, saya boleh recommend ENT doctor.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Rasah. Silakan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya tanya satu soalan tambahan. Ringkas sahaja untuk Timbalan Menteri berkaitan dengan dos ‘penggerak’. Sebab dos ‘penggerak’ ini antara usaha kita untuk menuju transisi dari pandemik ke endemik. Saya hendak tanya. Ini very specific. Saya harap soalan saya jelas untuk dijawab oleh Yang Berhormat Menteri ataupun Yang Berhormat Menteri boleh berikan jawapan bertulis selepas ini.
Ada ramai— ramai ya. Bukan satu atau dua kes, banyak kes di Seremban yang mana telah mendapat appointment dalam MySejahtera sekian tarikh, sekian masa pergi ke klinik tertentu untuk dos ‘penggerak’. Saya ada daftar untuk beberapa orang rakyat kita yang warga emas yang diberikan temu janji. Cuma masalah ketika itu klinik itu tidak buka.
Ia berlaku semalam.
Jadi, saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau hendak maklumat nama-nama pesakit itu, penduduk itu saya boleh bagi selepas ini. Saya tidak mahu sebut secara terbuka. Akan tetapi memang berlaku di sebuah klinik yang dinamakan Klinik Penawar di Senawang daerah Seremban.
Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Yang Berhormat Rasah.
Jadi ia dos penggalak ya, bukan ‘penggerak’. Jadi, walau bagaimanapun soalan yang penting dan saya tahu boleh menimbulkan kekeliruan jika ada perkara-perkara begini berlaku. Kita di kementerian, kita sedang— pihak MySejahtera sedang update sebagai memperkukuhkan lagi aplikasi ini, memperbaiki lagi. Kita sedang melakukan banyak penambahbaikan.
Jadi, apa yang berlaku itu kadang-kadang— sebab apa pihak klinik umpamanya— appointment telah diberi, pihak klinik telah tutup klinik. Sudah tentu pihak MySejahtera atau KKM tidak dapat menelefon semua beribu klinik. Jadi, kita tidak tahu.
Jadi, adalah menjadi tanggungjawab juga di pihak yang akan menyediakan suntikan vaksin ini. Contohnya, seperti Yang Berhormat Rasah sebut tadi iaitu klinik itu sendiri
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
memberitahu pada pihak berkenaan tentang klinik dia tidak dapat dibuka pada waktu- waktu tertentu.
Jadi, kita harap perkara ini kita akan perbaiki dan kita akui berlaku kekeliruan dan sebagainya. Kita secepatnya akan membantu rakyat supaya mendapat appointment yang jelas kepada klinik yang betul-betul melaksanakan kerja ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Puan Noorita binti Sual.
Puan Noorita binti Sual - Tenom
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor enam.
6. Puan Noorita binti Sual [Tenom] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah-langkah dan tindakan undang-undang yang diambil bagi membendung dan membanteras perjudian atas talian yang semakin berleluasa sekarang ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tenom. PDRM sentiasa memantau dan menjalankan operasi secara terancang dan berterusan dalam menangani masalah perjudian atas talian ini.
Beberapa langkah telah diambil oleh PDRM untuk mengesan serta membanteras kegiatan yang dijalankan ini sama ada oleh orang perseorangan atau kumpulan sindiket.
Antara langkah-langkah yang telah diambil dan dirancang oleh pihak polis termasuklah:
(i) mengadakan operasi dan serbuan secara berterusan melalui Ops Dadu termasukkanlah operasi bersepadu dengan kerjasama agensi-agensi lain seperti SPRM serta pihak berkuasa tempatan untuk melumpuhkan kegiatan ini;
(ii) bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bagi sekatan laman sesawang perjudian di bawah seksyen 263(2) Akta Komunikasi dan Multimedia;
(iii) bekerjasama dengan syarikat-syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional (TNB) dan juga syarikat bekalan air untuk tindakan pemotongan bekalan elektrik dan air ke atas premis yang sering gunakan oleh sindiket perjudian;
(iv) mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang terlibat dalam kegiatan ini termasuklah penjaga premis dan penganjur kegiatan perjudian haram di bawah peruntukan undang-undang berkaitan judi sedia ada seperti Akta Rumah Judi Terbuka 1957 dan juga Akta Pertaruhan 1953. Selain itu, tindakan yang lebih keras juga akan diambil di bawah peruntukan undang-undang lain yang berkaitan iaitu Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001(AMLATFPUAA); dan
(v) meneliti undang-undang berkaitan judi sedia ada bagi tujuan pindaan penambahbaikan bagi memastikan undang-undang ini relevan dengan perubahan modus operandi sindiket perjudian ini terutamanya perjudian atas talian (online). Dalam hal ini, Kementerian Dalam Negeri juga telah turut dilibatkan di dalam kajian undang-undang berkaitan perjudian yang sedang dijalankan oleh Kementerian Kewangan Malaysia untuk ditambah baik supaya sentiasa selaras dengan perkembangan semasa.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Soalan tambahan pertama.
Puan Noorita binti Sual - Tenom
Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Saya ingin lebih lanjut dalam usaha kerajaan menangani isu online gambling ini. Adakah kementerian ada cadangan baru untuk meminda undang-undang yang sedia ada agar ia lebih sesuai?
Contohnya memasukkan pindaan undang-undang menjadikan ajakan ataupun pujukan online gambling terutama melalui perkhidmatan handphone kepada remaja bawah umur 18 sebagai satu kesalahan. Dengan apa yang saya lihat kebelakangan ini handphone anak-anak saya bawah umur dihujani ajakan-ajakan seperti itu.
Saya juga ingin tahu statistik berkenaan dengan judi online, berapa kes yang telah didakwa daripada kes pendakwaan, berapakah kes yang melibatkan remaja bawah umur.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Yang Berhormat Tenom. Kita memang prihatin dengan masalah judi online, terutama sekali melibatkan kanak-kanak atau remaja yang berusia bawah 18 tahun. Sebab itulah, kerajaan sentiasa mengambil berat dan meneliti apakah bentuk tindakan atau yang saya sebut tadi kita sedang merancang untuk mengkaji tentang sama ada perlu dibuat pindaan pada Akta Perjudian termasuklah Akta Perjudian atau melibatkan judi online ini.
Untuk pertuduhan yang melibatkan judi online ini, kalau kita secara untuk seluruh negara, pertuduhan telah kita lakukan bagi tiga tahun yang ke belakang, tahun 2019 sejumlah 2,294 tuduhan. Tahun 2020 sejumlah 2,911 tuduhan dan tahun 2021 sejumlah 2,165 tuduhan.
Bagi yang melibatkan remaja, saya akan berikan secara bertulis kepada Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Yang Berhormat Baling.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Saya meneliti isu judi talian (online), khususnya di kawasan luar bandar yang begitu menjadi- jadi. Saya hendak mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak polis yang sentiasa melakukan tindakan-tindakan.
Akan tetapi saya fikir masih lagi kita perlu— jadi jawapan Timbalan Menteri hendak kaji itu, saya harap jangan lama sangat. Kalau boleh kita gubal perundangan Perlembagaan ini dalam Dewan yang mulia ini khususnya kepada anak-anak yang di bawah umur.
Kalau di kawasan saya contohnya di Baling, anak-anak muda dengan telefon dan mereka tidak perlu pergi kedai judi lagilah. Mereka boleh duduk dalam kawasan tempat dalam ladang getah atau di mana-mana sahaja mereka boleh main. Akhirnya, mengundang pelbagai masalah. Justeru, saya mohon kepada kementerian dan kerajaan Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk cepatkan kita bawa rang undang-undang yang baharu ini ke dalam Dewan yang mulia ini sebelum habis penggal ini . Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ya Yang Berhormat Baling.
Kita faham bahawa memang judi online ini sekarang ini berleluasa di seluruh negara dan di kedai-kedai runcit, di kampung-kampung juga terlibat. Kita sedang membuat pemantauan dengan pihak-pihak seperti saya sebut tadi pihak berkuasa tempatan dan juga Akta Perjudian bagi bangunan yang perlu kita pinda.
Sebab itulah, judi ini kalau kita sebut ada judi online, tentang calling centre, tentang ekor haram, judi dalam bangunan, judi luar bangunan dan juga catit taruh. Jadi, banyak jenis judi yang sangat merisaukan sebenarnya bagi pihak kerajaan. Kita akan mengambil tindakan yang tegas bagi menangani supaya kerugian negara daripada segi cukai ini dapat kita elakkan. Terima kasih Yang Berhormat Baling.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat Kota Raja.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Tuan Yang di-Pertua, boleh tidak pihak kementerian berusaha menggembleng tenaga termasuk NGO, agamawan dan sebagainya supaya kempen untuk menentang judi yang tidak berlesen, hat berlesen pun susah kawal, tambah lagi yang tidak berlesen. Hal judi ini tidak kira siapa yang memerintah, memang judi haram ini cukup kuat di Malaysia.Apakah kerajaan bercadang untuk berusaha menggembleng satu task force untuk menghadapi masalah judi yang berleluasa di Malaysia sekarang ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih, Abang Mat, minta maaf. Terima kasih, Yang Berhormat.
[Dewan ketawa]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Fasal berkawan itu yang minta maaf saya sebut Abang Mat ya. Boleh terima pakai juga Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, Abang Mat, okeylah.
[Ketawa] Untuk pengetahuan Yang Berhormat, bahawa kita memang sangat menggalakkan bahawa kita ada satu task force yang dianggotai oleh pemimpin komuniti setempat bersama dengan RELA yang kita sebut sebagai mata dan telinga kerajaan dan juga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia juga yang kita hendak bersama-sama dengan masyarakat.
Terutama juga kita boleh melibatkan jabatan-jabatan di kementerian lain, seperti Jabatan Perpaduan Negara yang juga mempunyai mata dan telinga bagi masyarakat kita setempat seperti juga KPLB yang mempunyai KEMAS yang boleh menyalurkan maklumat. Ini yang kita hendak supaya task force ini dapat kita gembleng bersama bagi menangani masalah judi online ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, silakan Yang Berhormat Tuan Jugah a/k Muyang @ Tambat.
7. Tuan Jugah anak Muyang @ Tambat [Lubok Antu] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan status permohonan pembinaan jalan sepanjang jajaran Ulu Batang Ai serta Ulu Skrang yang menghubungkan beberapa buah rumah panjang agar turut dirangkumkan sekali pelaksanaannya sepanjang RMKe-12.
Menteri Pembangunan Luar Bandar - Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Lubok Antu atas soalan yang berkaitan dengan KPLB.
Sepertimana Yang Berhormat sedia maklum, projek jalan masuk ke pelbagai kampung di sepanjang Ulu Batang Ai, Lubok Antu di Sri Aman dan projek Ulu Skrang di Lubok Antu, Sarawak Fasa 2 sebenarnya telah diluluskan pelaksanaannya di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas.
Projek jalan masuk ke pelbagai kampung di sepanjang Ulu Batang Ai, Lubok Antu, Sri Aman tersebut telah diluluskan dalam rancangan Rolling Plan yang keempat Rancangan Malaysia Kesebelas pada tahun 2020 dengan kos keseluruhan berjumlah RM187.5 juta. Skop projek ini adalah naik taraf jalan sepanjang 25 kilometer dengan spesifikasi JKR R1. Status semasa, projek adalah sedang dalam pelantikan perunding juruukur, pelantikan perunding kejuruteraan awam dan struktur dan juga pelantikan perunding alam sekitar.
Manakala bagi projek jalan Ulu Skrang, Lubok Antu, Sarawak fasa yang kedua telah diluluskan di bawah rancangan Rolling Plan yang pertama Rancangan Malaysia Kesebelas dengan kos keseluruhan RM28.5 juta. Status projek dalam peringkat perolehan dan dijangka dikeluarkan Surat Setuju Terima (SST) dalam bulan Disember 2021. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, soalan tambahan pertama.
Tuan Jugah a/k Muyang @ Tambat - Lubok Antu
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya ialah mengenai Jalan Lidong, Sri Aman. Ia adalah merupakan jalan utama bagi rakyat-rakyat setempat yang itu sahaja sumber untuk
Tuan Jugah a/k Muyang @ Tambat - Lubok Antu
mengangkat ekonomi di kawasan setempat. Jadi, mengikut Rancangan Malaysia Kesebelas, telah diluluskan. Jadi, apakah status ataupun ia diletakkan dalam senarai utama kementerian? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, silakan Yang Berhormat Menteri.
Dato' Seri Mahdzir bin Khalid
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Lubok Antu atas soalan tambahan. Berkaitan dengan Jalan Lidong, Sri Aman sama juga Jalan Lidong, Sri Aman ini adalah menjadi jalan priority keutamaan di peringkat negeri dan juga persekutuan KPLB di mana telah diluluskan di bawah rolling plan yang keempat, Rancangan Malaysia Kesebelas pada tahun 2019 dengan kos keseluruhannya adalah RM63 juta.
Panjang jalan yang hendak dibina ini adalah 10.5 kilometer dan spesifikasinya adalah JKR 1 dan juga sebuah jambatan dibina di situ. Status semasa projek adalah sedang dalam peringkat reka bentuk dan dijangka ditender pada bulan Februari 2022.
Terima kasih.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Jerai. Tuan Yang di-Pertua, Jerai, Jerai.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jerai, ada di sebelah sini, soalan tambahan kedua. Okey, Yang Berhormat Jerai, silakan.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Berhubung dengan status bantuan ini, Jerai pun hendak bertanya sedikitlah kepada Yang Berhormat Menteri tentang status bantuan melalui KPLB di Jerai yang melibatkan bencana tahap 1 kepala air di Yan. Mohon penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dato' Seri Mahdzir bin Khalid
Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Jerai. Untuk Yang Berhormat Jerai, sewaktu banjir untuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah diperuntukkan lebih kurang RM3 juta untuk membaik pulih.
Antara yang dibaik pulih itu adalah yang berkaitan dengan sekolah tadika KEMAS, membaik pulih beberapa buah rumah yang rosak dan juga membaiki jalan yang rosak akibat daripada banjir dan juga sebuah jambatan yang sepatutnya sudah ditender tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan lagi, jambatan itu belum lagi dapat dikeluarkan tender.
Akan tetapi kita telah memilih untuk membuat jambatan sementara yang sedang diusahakan sekarang untuk membolehkan masyarakat melalui jambatan itu.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Jambatan yang mana itu, Yang Berhormat Menteri?
Dato' Seri Mahdzir bin Khalid
[Menoleh ke belakang]
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Jambatan di mana itu?
Dato' Seri Mahdzir bin Khalid
Saya tidak ingatlah, Yang Berhormat. Itu kena bagi detail dia punya nama tempat itu. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Puan June Leow Hsiad Hui.
8. Puan June Leow Hsiad Hui [Hulu Selangor] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah bentuk bantuan dan sokongan yang dapat diberikan kepada operator sukan lasak bagi menggalakkan aktiviti pelancongan sukan lasak di negara kita seperti aktiviti water rafting, paragliding dan rope swing yang ada di Hulu Selangor.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Dato' Sri Ti Lian Ker
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Belia dan Sukan tidak mempunyai bantuan secara khususnya untuk operator-operator ataupun pengendali sukan lasak.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Dato' Sri Ti Lian Ker
Walau bagaimanapun, Kementerian Belia dan Sukan mempunyai Inisiatif Prihatin Sukan (IPS) secara umumnya yang memfokuskan kepada agenda bantuan kepada penggiat industri sukan dan rekreasi sebagai usaha tuntas untuk meringankan beban penggiat industri sukan dan rekreasi yang terkesan.
Antara bentuk bantuan dan sokongan sedia ada di KBS adalah Geran Prihatin Industri Sukan (GPIS) menerusi bantuan one-off sebanyak RM3,000 kepada pengusaha dan operator atau pengendali industri sukan dan rekreasi tertakluk kepada syarat-syarat dan kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Pembiayaan mudah menerusi pelaksanaan Skim Pembiayaan Industri Sukan (SPIS).
Skim ini merupakan kerjasama antara KBS bersama MEDAC melalui agensi di bawahnya iaitu TEKUN Nasional dan Bank Rakyat. Dana yang diperuntukkan adalah berbentuk pembiayaan mudah berdasarkan syarat-syarat permohonan TEKUN Nasional dan Bank Rakyat yang perlu dibayar semula oleh peminjam dalam satu tempoh yang akan dipersetujui.
Akhirnya kelonggaran SOP sukan dan rekreasi kementerian juga membantu pengusaha operator sukan dengan memberikan kelonggaran pengoperasian fasiliti ataupun kemudahan yang sentiasa ditambah baik berdasarkan Pelan Pemulihan Negara dengan kebenaran Majlis Keselamatan Negara.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Dato' Sri Ti Lian Ker
Bagi pemberian bantuan pelaksanaan program pula, persatuan atau kelab boleh memohon dana bantuan pelaksanaan program dengan Kementerian Belia dan Sukan.
Permohonan boleh disalurkan terus ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor untuk dipertimbangkan di peringkat kementerian.
Untuk maklumat yang lanjut, laman sesawang spsb.kbs.gov.my dirujuk. Sistem ini dibina untuk memberi khidmat bantuan daripada segi bantuan dana pelaksanaan program, biasiswa penggunaan kemudahan sukan, laporan pelaksanaan program, pendaftaran sukarelawan dan pengiklanan. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Hulu Selangor.
Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih atas hujahan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita sedia maklum, sukan ekstrem seperti paragliding dan rope swing pastinya melibatkan risiko yang tinggi buat para pemain dan juga operator.
Untuk itu, adakah kementerian dapat membantu operator sukan ekstrem dalam menetapkan garis panduan yang perlu dipatuhi oleh operator sebab saya sering kali didatangi oleh operator-operator menghadapi birokrasi yang amat-amat rumit dan sejauh manakah kementerian memperkasakan aktiviti sukan lasak ini, khususnya rope swing pada masa akan datang memandangkan aktiviti ini semakin menjadi pilihan untuk generasi belia pada hari ini, khususnya di kawasan Hulu Selangor. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato' Sri Ti Lian Ker
Tuan Yang di-Pertua, masalah piawaian ataupun peraturan garis-garis panduan yang lengkap untuk pengendali sukan lasak tidak dipatuhi adalah antara masalah yang menjadi rungutan pengoperasi.
Pihak KBS cuma boleh menasihatkan dan menyokong pihak berkuasa tempatan untuk memberi kebenaran membuka semula operasi sukan ekstrem sekiranya pihak syarikat mematuhi SOP aktiviti tali aras tinggi yang dikeluarkan oleh Association of Challenge Course Technology (ACCT) dan disahkan oleh Malaysia Challenge Course Association (MCCA). Aspek-aspek keselamatan perlulah dipatuhi dan pihak pengendali perlulah mengikut piawaian khususnya untuk tidak merisikokan pengguna-pengguna ataupun pengamal-pengamal sport ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ada soalan tambahan nombor dua. Kalau tidak ada, saya persilakan Yang Berhormat Bintulu.
9. Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan:
(a) adakah pihak kementerian mempunyai cadangan untuk menyediakan lebih banyak rumah mampu milik di Bintulu memandangkan jumlah rakyat di Bintulu semakin meningkat; dan
(b) adakah pihak kementerian mempunyai cadangan untuk menambah keanggotaan Jabatan Bomba dan Penyelamat di Bahagian Bintulu terutamanya di Balai Bomba Bintulu serta Balai Bomba Samalaju yang menghadapi masalah kekurangan keanggotaan.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Bintulu. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertanggungjawab menyediakan perumahan yang berkualiti, kondusif serta berdaya huni khususnya bagi golongan B40 dan M40. Justeru, saya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat melihat keperluan bagi memastikan projek-projek perumahan terus diberi perhatian khususnya di Bintulu, yang penting rumah tersebut mampu dimiliki.
Kerajaan akan terus komited untuk meningkatkan bekalan rumah mampu milik selaras dengan sasaran yang telah digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Ini termasuk pembinaan perumahan Rumah Mampu Milik bagi membantu golongan B40 seperti berikut.
Program Perumahan Rakyat (PPR), jumlah keseluruhan PPR yang telah siap dibina di Sarawak adalah sebanyak 10 projek merangkumi 4,791 unit rumah dan satu projek dalam pembinaan dengan 499 unit rumah di Bintulu. Setakat ini terdapat satu projek yang telah siap dibina pada tahun 2012, iaitu PPR Kemena berjumlah 1,000 unit.
Kedua, Rumah Mesra Rakyat (RMR). Di Sarawak terdapat 1,505 unit rumah RMR telah siap dibina, 64 unit masih dalam pembinaan dan 16 unit rumah masih dalam perancangan. Di Bintulu setakat ini terdapat 75 unit Rumah Mesra Rakyat yang telah siap dibina, 5 unit masih dalam pembinaan dan satu unit dalam tindakan pelaksanaan. Dalam keadaan itu, terdapat 11 lagi permohonan baru dalam proses penilaian kelayakan, Yang Berhormat.
Bagi golongan M40 pula, program perumahan di bawah KPKT adalah seperti berikut. Perumahan Penjawat Awam sehingga kini di Sarawak terdapat tiga projek; sebanyak 844 unit telah siap dibina, dua projek 411 unit dalam peringkat pembinaan, satu projek 340 unit dalam peringkat pra pembinaan. Setakat ini, belum ada perancangan PPM di Bintulu.
Residensi PR1MA, terdapat dua projek Residensi PRIMA yang terdiri daripada 2,680 unit telah siap di negeri Sarawak iaitu Residensi Matang sebanyak 1,360 unit, dan Residensi Bintawa Riverfront sebanyak 1,320.
Di samping itu, terdapat satu projek sedang dalam pembinaan iaitu Residensi Semenggoh Fasa 1, sebanyak 558 unit. Bagi Kediaman SPNB, setakat ini terdapat 2,746 unit rumah telah siap dibina di Sarawak dan belum ada lagi kediaman SPNB baru di Bintulu. Selaras dengan matlamat Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu untuk membina 500 ribu unit rumah mampu milik di seluruh negara, KPKT juga sedang merancang untuk membina satu projek PPR baru di Bintulu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Bintulu.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini baru jawab soalan (a) dan (b) tidak ada.
Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib
Tuan Yang di-Pertua, saya terikat dengan masa. Sebenarnya ada dua soalan.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Ya.
Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib
Izinkan saya, Tuan Yang di-Pertua.
Bagi soalan kedua iaitu berhubung dengan bomba, Tuan Yang di-Pertua. Kementerian melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah selesai melaksanakan penjajaran perjawatan bagi kesemua balai bomba dan penyelamat di seluruh negara pada tahun 2021 termasuk di Sarawak.
Perjawatan sebelum ini di Balai Bomba Bintulu yang merupakan balai bomba kategori A adalah sebanyak 68 perjawatan setelah proses penjajaran jawatan dilaksanakan. Ia telah ditambah kepada 89 perjawatan dan pengisian seramai 62 orang telah dibuat. Balai Bomba Samalaju pula merupakan balai bomba kategori C dengan 29 perjawatan. Pada masa ini, perjawatan di balai ini tidak melibatkan sebarang pertambahan dan dikekalkan perjawatan sedia ada berdasarkan risiko semasa di kawasan tersebut.
Selain itu Tuan Yang di-Pertua, kementerian melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sedang dalam proses perolehan bangunan bagi balai bomba kategori D di Sungai Plan. Kita beli bangunan ini dan jarak dengan Balai Bomba Bintulu ialah lebih kurang 14 kilometer dan kos yang terlibat ialah lebih kurang RM2.561 juta.
Bangunan balai bomba kategori D di Sungai Plan, Tanjung Kidurong yang dijangka siap beroperasi pada 2022. Balai Bomba Sungai Plan, Tanjung Kidurong akan menempatkan seramai 28 orang anggota bomba sekali gus membantu dalam meningkatkan pencapaian response time jabatan terutamanya di kawasan Bintulu.
Kementerian melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia juga telah melaksanakan urusan temu duga, pengambilan lantikan baharu bagi Pegawai Bomba Gred KB19, Penolong Penguasa Bomba Gred KB29 dan Penguasa Bomba Gred KB41.
Pengisian kekosongan jawatan bagi gred-gred jawatan tersebut dijangka akan dilaksanakan bermula pada awal tahun 2022. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Sila, Yang Berhormat Bintulu.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana beri jawapan panjang lebar.
Mengenai soalan tambahan tadi untuk soalan (a), mengenai perumahan, affordable home. Ini saya hendak tanya. Tadi memang ada sedikit tambahan lagi daripada Rancangan Malaysia Ke-12, boleh saya dapat jangka bila kita akan tambah pembangunan untuk PPR ataupun PPN di kawasan Bintulu?
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Soalan (b) ini Tuan Yang di-Pertua, ada panjang sikit. Masalah isu ini, kategori A ialah Balai Bomba Bintulu. Sudah lama kita minta. Kalau tidak silap, sudah dua kali Rancangan Malaysia, kali ini sudah Rancangan Malaysia ketiga, RMKe-12. Dalam saya bahas ini, sudah tiga kali sudah Rancangan Malaysia. Kita nak tanya, bila nak naik taraf?
Jangan cuma cerita atas kertas sahaja.
Contoh, isu di Sungai Plan. Kita sudah ada satu kategori B, kalau saya tidak silap tadi. Kita baru 12 kilometer ataupun kalau kira habis dari itu, pun kurang daripada itu, sudah dapat balai bomba. Akan tetapi kita minta balai bomba untuk Sebauh, ada lebih 10 ribu lagi penduduk di sana. Minta demi minta, sampai hari ini pun tidak dapat. Saya nak tanya, kita punya agensi bomba ini betul-betul ada pergi buat kajian kah tidak?
Ada turun padang kah tidak untuk lihat kawasan-kawasan yang saya sebut itu?
Dia faham di mana kah tidak? Contoh macam di Samalaju, kita buat kategori C. Dia faham kah tidak bahawa di sana semua heavy industrial zone? Semuanya bila-bila sahaja boleh meletup tetapi enjin bomba di sana, saya tengok kalau dia masuk kejadian itu, tidak sampai dua minit kereta pun tak jumpa lagi dah.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
So, we need to do something. Kita mesti mahu suit to the use on the ground. Kita mesti mahu kaji, buat betul-betul. Jangan orang nak minta, kita buat sahaja. Kita syok sendiri. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri tolonglah, kalau boleh, bila senang turun padang. Saya bawa pergi lihat, baru kita faham why I raise out in this dalam Dewan mengenai isu ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Bintulu, bos lama saya, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan pertama yang berkaitan dengan rumah tadi. Sebenarnya di Bintulu, setakat ini telah ada satu projek dah siap dibina, PPR yang berjumlah 1,000 unit. Kita ada juga perancangan Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Bintulu. Perancangan RP3 Rancangan Malaysia Ke-12, tanah belum dikenal pasti.
Kita minta kerajaan negeri kalau boleh mencadangkan kepada kita, tapak tanah untuk Projek Perumahan PPR yang baru ini di Bintulu. Selesai yang soalan pertama.
Soalan kedua, Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya, kita turun ke kawasan-kawasan dan insya-Allah saya sambut tawaran daripada Yang Berhormat Bintulu. Saya akan turun bersama dengan beliau untuk melihat keperluan balai bomba. Kita faham, memang.
Kawasan itu baru-baru ini saya lalu di atas sahaja, tak turun bawah. Dulu saya lalu di bawah. Masa itu tak ada transport. Jadi, memang kawasan itu kawasan oil and gas, Tuan Yang di-Pertua. Memang perlu diberikan perhatian. Untuk perhatian Yang Berhormat, kita dapat terima dua permohonan daripada Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat, atas keprihatinan Yang Berhormat Bintulu.
Pertama, Balai Bomba Sebauh ini tadi. Kita telah ada tapak, Yang Berhormat, seluas 3.57 ekar. Telah dimohon dalam inisiatif Belanjawan 2020, kita harap permohonan ini diluluskan. Kita bercadang supaya balai bomba ini dibina pada tahun 2022 dan siap pada tahun 2023. Kedua ialah Balai Bomba Jepak, Yang Berhormat Bintulu. Jarak daripada Balai Bomba Bintulu ini lebih kurang 20 kilometer.
Dalam maklumat kita, ada satu jambatan yang menghubungkan antara Jepak ini dengan Bintulu. Jadi berdasarkan semakan, jambatan sedang dibina bagi menghubungkan kawasan Jepak dan Bintulu dengan mengambil jarak 4.27 kilometer sahaja dan dijangka siap pada tahun 2023. Akan tetapi andai kata jambatan ini cepat, mungkin keperluan Balai Bomba Jepak ini mungkin agak- bukanlah kurang Tuan Yang di- Pertua, tetapi mungkin boleh dicover oleh Balai Bomba Bintulu.
Namun demikian, bagi Balai Bomba Bintulu pun kita telah buat banyak peningkatan. Pertamanya ialah pertambahan perjawatan sepertimana yang saya sebutkan tadi, 68 jawatan kepada 89 iaitu 21 jawatan kakitangan bomba ditambah, Yang Berhormat. 60 jawatan telah diisi, baki 27 jawatan sedang diuruskan. Pada tahun ini, kita naik taraf balai. Ketiga ialah penambahan kuarters baru sebanyak 30 unit di mana sebelum ini kita dah ada 30 unit kuarters lama, jadi jumlah kos yang terlibat dalam penaiktarafan balai bomba di Bintulu ini ialah RM16.065 juta. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Tak ada soalan tambahan kedua ya?
10. Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [Kuala Selangor] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk mengenakan gaji minimum dalam platform perniagaan industri ‘Ekonomi Gig’.
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Selangor yang membangkitkan soalan ini bersama dengan soalan Yang Berhormat Pulai.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab bersekali dengan pertanyaan No. 22 bertarikh 23 November 2021, pertanyaan daripada Yang Berhormat
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim
Pulai, Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub. Cuma, ditambahkan sikit perbandingan dengan metodologi yang digunakan di UK berkenaan dengan gig economy ini.
Di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732), Perintah Gaji Minimum (PGM) 2020 terpakai kepada semua pekerja di sektor swasta kecuali pekhidmat domestik seperti yang didefinisikan di bawah Akta Kerja 1995, Akta 265, Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) dan Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76).
Secara amnya, takrifan pekerja di bawah Akta 265, Ordinan Buruh Sabah (Bab 67), Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76) adalah individu yang terikat di bawah satu kontrak perkhidmatan dipanggil contract of service dengan pihak majikan. Sekiranya pekerja di bawah kontrak perkhidmatan, maka Perintah Gaji Minimum (PGM) adalah terpakai.
Pekerja ekonomi gig merupakan individu yang bekerja sendiri dan bebas ataupun self- employed and freelance yang tertumpu pada skop kerja dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan bayaran yang dipersetujui.
Sistem bekerja dan ciri-ciri gig memberi kebebasan kepada organisasi dan pekerja menjalankan kontrak yang lebih terbuka dan bekerja secara fleksibel tanpa terikat kepada pekerja sepenuh masa dan persekitaran pejabat. Jadi, ditambahkan lagi dengan Akta 789 iaitu Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri, menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja sendiri, termasuk pekerja ekonomi gig seperti penghantar makanan dan e-hailing services sekiranya mencarum di bawah akta tersebut.
Perbandingan di United Kingdom (UK) yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pulai, pekerja ekonomi gig telah mendapat perlindungan gaji minimum susulan ketidakpuasan kadar upah penghantaran yang berubah-ubah. Mahkamah Agung UK dalam kes Uber versus Aslam telah memutuskan bahawa kontrak pemandu bagi Ride Sharing Application, ini ada kes yang telah berlaku menyebabkan jadi precedent case, adalah menjurus kepada kontrak perkhidmatan.
Manakala di Malaysia, pekerja ekonomi gig tidak termasuk di bawah definisi pekerja sepertimana yang dinyatakan di bawah (Akta 265) Ordinan Buruh Sabah (Bab 67), termasuk Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76). Sistem pekerjaan gig dan contract of service yang dipersetujui menjadikan pekerja ekonomi gig tidak tertakluk di bawah Akta 732 dan PGM.
Setakat ini tiada rekod atau pemfailan kes buruh berkaitan golongan pekerja gig yang boleh digunakan sebagai test case ataupun penandaarasan yang membolehkan pekerja ekonomi gig menikmati manfaat seperti pekerja di bawah definisi undang-undang buruh di Malaysia. Kerajaan sentiasa terbuka terhadap setiap pandangan dan cadangan yang diberikan. Jadi, kementerian bersedia meneliti apa jua cadangan yang dapat memberi manfaat kepada rakyat serta ekonomi negara secara keseluruhan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh saya tanya soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Soalan tambahan saya, Tuan Yang di-Pertua. Sementara semua kita memaklumi akan peranannya gig economy ini dan bagaimana perubahan penyusunan semula kegiatan ekonomi dan pekerjaan (job), dengan izin, akibat daripada transisi kepada ekonomi digital ini.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Kita semua dalam semangat hari ini yang dikatakan Keluarga Malaysia, Tuan Yang di-Pertua, pastinya memahami 4 juta sudah ada dalam kegiatan gig economy ini, khususnya pasca pandemik ini.
Sementara saya memahami jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi akan takrifnya contract of service itu dan implikasinya dan akta-akta yang terkait itu, apakah tidak ada satu pertimbangan untuk persoalannya perlindungan sosial khususnya kepada pekerja gig pelbagai sektor mereka itu untuk diberikan satu perlindungan. Pertama
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
adalah PERKESO, kedua adalah juga kalau dipertimbangkan KWSP dan paling tidaknya untuk mewujudkan satu tabung insurans sosial untuk mereka ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Haji Awang bin Hashim
Terima kasih sahabat Yang Berhormat Kuala Selangor, alhamdulillah, dengan soalan yang dibangkitkan itu amat baik.
Pertamanya, memang perlindungan kepada pekerja gig ini memang telah dijalankan oleh Kementerian Sumber Manusia melalui agensinya iaitu PERKESO. Akan tetapi, untuk KWSP itu di luar bidang Kementerian Sumber Manusia.
Akan tetapi, untuk perlindungan kepada pekerja gig ini, di bawah Skim Orang Bekerja Sendiri (OBS), termasuk juga skim perlindungan untuk mereka dalam bila berlaku apa-apa kemalangan ataupun apa-apa sahaja yang memberi kehidupan mereka yang terjejas akibat daripada pandemik COVID-19 ini, alhamdulillah, kita juga membuka satu ruang kepada mereka yang terlibat dalam gig economy ini untuk mereka mencarum dengan subsidi ataupun insentif yang diberi oleh kerajaan sehingga 70 peratus. Inilah kita di bawah Kementerian Sumber Manusia berusaha untuk membantu mereka-mereka yang informal atau tidak ada majikan ini.
Jadi, termasuklah yang kita sebut tadi, saya sebut dua tiga kali sudah, iaitu dalam sektor-sektor pekerjaan untuk mereka bagi melindungi mereka ini seperti mana kategori orang bekerja sendiri yang dilindungi oleh SPS Khidmat yang ada di bawah PERKESO, begitu juga dengan SPS Gig iaitu skim perlindungan yang diletakkan di bawah PERKESO termasuk isteri-isteri yang tidak ada majikan, yang susah untuk mendapat majikan dilindungi dalam skim untuk mereka di dalam kategori gig economy ini.
Terakhirnya, kita tengok jelas kita memperlihatkan keprihatinan kerajaan melindungi pekerja sendiri dan sektor informal ini di mana melalui Kementerian Sumber Manusia menerusi PERKESO akan melaksanakan Program Geran Penuh ataupun Padanan Caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) bagi meneruskan usaha perluasan bagi melindungi mereka-mereka yang terlibat dalam gig economy ini di bawah skim sosial kita iaitu PERKESO. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ada soalan tambahan sebelah sini?
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak ada sebelah sini. Yang Berhormat Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih. Ada dua soalan yang saya hendak bangkitkan.
Pertama sekali berkenaan subsidi yang datang dari PERKESO. Soalan saya.
Kenapa kerajaan menggunakan duit rakyat yang mensubsidikan skim ini dan tidak mengadakan undang-undang supaya Grab, Foodpanda, Airasia Delivery sendiri yang membayar untuk skim perlindungan lebih 150,000 pekerja-pekerja gig?
Ini kerana kita lihat di seluruh dunia, selalunya adalah majikan atau syarikat yang mensubsidikan, bukan kerajaan. Jika kerajaan yang lakukan, ia memaksudkan bahawa kerajaan sekali gus mensubsidikan tauke-tauke besar dan bukan memaksa tauke-tauke besar ini untuk membantu pekerja-pekerja ini. Kalau kerajaan hendak tambah tidak apa tetapi jangan ambil alih tugas daripada majikan kerana kalau kita lihat syarikat-syarikat lain, itulah apa yang mereka perlu lakukan.
Soalan kedua saya hendak tanyakan kerana ini berkait rapat dengan gaji minimum. Setiap tahun kerajaan perlu kaji gaji minimum. Semasa pemerintahan Pakatan Harapan, kita telah letakkan garis masa empat tahun untuk dinaikkan ke dalam kadar RM1,500 tetapi selepas dua tahun perubahan kerajaan, sampai ke hari ini tidak dikaji langsung. Kenapa nasib pekerja-pekerja daripada keluarga susah ini tidak dibela oleh kerajaan baharu? Terima kasih.
Datuk Haji Awang bin Hashim
Terima kasih Yang Berhormat Muar yang tanya.
Pertanyaan pertama, kenapa ambil duit kerajaan untuk beri insentif ataupun membantu?
Pandemik COVID-19 ini kita pun tidak tahu. Kalau kita tidak ambil duit kerajaan, kita hendak ambil duit siapa lagi?
Datuk Haji Awang bin Hashim
Keduanya, majikan pun terlibat bila kita menghadapi pandemik COVID-19 ini di mana mereka terlibat kemerosotan yang sangat bila tidak ada gerakan, tidak berlaku economic cycle dalam semua sektor termasuk sektor industri. Jadi, kita perlu ambil bantu majikan dan juga bantu pekerja supaya tidak berlaku pembuangan kerja.
Jadi, insentif-insentif yang kita jalankan melalui sistem SPF dan sebagainya adalah untuk meringankan bebanan kepada majikan dan tidak berlaku pembuangan kerja, tidak berlaku lambakan dalam pasaran unemployed market ini. Ini tujuannya. Jadi, dalam keadaan itu, bila mereka pulih semula, berlakulah rangsangan ekonomi ataupun economic cycle akan bergerak bagi membantu dan mereka ini akan membayar cukai. Hasil daripada cukai inilah kerajaan laburkan balik untuk membantu rakyat dan juga majikan. Itu yang pertama.
Keduanya berkenaan dengan gaji. Memang kita ada. Kalau tahu, kalau masa PH memerintah, ada kaedahnya dalam Majlis Perundingan Gaji Negara. Setiap dua tahun sekali akan berlaku revision, akan berlaku review balik gaji-gaji yang duk ada setiap dua tahun sekali. Ada Majlis Perundingan Gaji Negara yang mana ahli-ahli Majlis Perundingan Gaji Negara ini adalah mereka-mereka yang sangat berpengalaman, pegawai-pegawai tinggi kerajaan.
Jadi, tidak ada timbul masalah kata setiap tahun― yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Muar tadi kata, setiap tahun mereka mengkaji, gaji tidak naik pun. Kalau tiap- tiap tahun buat kajian tetapi gaji tidak naik, buat apa? Buang masa sahaja. Lebih baik kita setiap dua tahun sekali dalam Akta Majlis Perundingan Gaji Negara direview balik, ada keperluan tidak pada ketika itu dengan pendapatan negara, dengan keadaan kestabilan ekonomi, begitu juga dengan rangsangan KDNK negara pada ketika itu perlu atau tidak. Juga cost of living, standard of living. Semua diambil kira ketika Majlis Perundingan Gaji Negara ini duduk bersidang.
Jadi kita tengok apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Muar ini ia tidak boleh tengok pada satu sudut sahaja, satu angle sahaja. Mesti tengok kepada semua sektor ekonomi negara, KDNK negara, GDP negara, economy cycle yang merupakan satu pendapatan kepada negara yang kemudian dipulangkan balik kepada rakyat untuk mereka mendapat kehidupan yang lebih selesa.
Kajian Perintah Gaji Minimum dijalankan setiap dua tahun sekali. KSM di bawah Jawatankuasa Perundingan Gaji Minimum di mana telah membuat kajian dan insya-Allah, pada suku yang keempat tahun 2021 akan dibentangkan kajian-kajian ini. Maknanya awal bulan Januari 2022, setelah suku yang keempat kita selesai melihat kepada kedudukan negara dan juga pengangguran yang berlaku.
Jadi, pengangguran yang berlaku, penyediaan kerja-kerja ini adalah tanggungjawab semua kementerian. Cuma, untuk perlindungan kepada pekerja, protection kepada pekerja supaya tidak berlaku unhealthy practices kepada mereka adalah di bawah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Jabatan Pembangunan Perusahaan yang ada di bawah Kementerian Sumber Manusia.
Jadi, perintah gaji baharu akan dibentangkan di penghujung tahun ini iaitu sama ada penghujung tahun ini ataupun awal Januari 2022. Itu kita tidak boleh ubah. Kalau hendak ubah, kena masuk Parlimen. Setiap dua tahun sekali berlaku review, melihat balik gaji-gaji yang ada dalam negara pada ketika itu. Bukan setahun sekali sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Muar. Sekian, terima kasih.
11. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [Bachok] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan sejauh mana penekanan terhadap aspek pembentukan akhlak anak muda diberikan penekanan dalam RMKe-12.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Dato’ Sri Ti Lian Ker
Tuan Yang di- Pertua, Rancangan Malaysia Ke-12 merupakan satu transformasi serta menetapkan asas yang akan memperkukuhkan landasan pembangunan negara dalam tempoh lima tahun untuk objektif Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan berlandaskan semangat Keluarga Malaysia.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Dato’ Sri Ti Lian Ker
Aspek pembentukan sahsiah dalam kalangan belia adalah salah satu komponen asas dalam pembangunan sesebuah negara. RMKe-12 di bawah penekanan bidang keutamaan menangani kemiskinan dan membangunkan Malaysia inklusif, pihak kerajaan menekankan aspek membangunkan belia yang dinamik, berdaya tahan dan berdaya saing.
Memahami kepentingan tersebut, pelbagai inisiatif berterusan telah dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan bertujuan untuk memantapkan jati diri dan pembinaan karakter ataupun watak serta membangunkan potensi diri, bakat dalam kalangan belia pada masa kini dan juga masa hadapan.
Sehubungan dengan itu, bagi memastikan golongan belia mempunyai keperibadian yang unggul selaras dengan penekanan di dalam Rancangan Malaysia Ke- 12, antara program-program pembentukan akhlak sahsiah yang dirancang untuk dilaksanakan antaranya ialah Belia Mencegah Ekstremisme untuk memastikan belia tidak dieksploitasi emosi dan keghairahan mereka untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan belia berkaitan isu ekstremisme dan terrorism serta menjayakan belia sebagai benteng utama masyarakat terhadap penyebaran idea dan fahaman yang berunsurkan keganasan supaya belia-belia menolak keganasan.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Dato’ Sri Ti Lian Ker
FitMasjid ataupun program riadah dan aktiviti santai yang berpandukan syariah dengan matlamat utamanya untuk mendekatkan golongan belia dengan institusi masjid.
Penganjuran program ini berupaya untuk mengurangkan persepsi bahawa masjid adalah tempat ibadah khusus semata-mata. Sekali gus akan memperluaskan kembali fungsi masjid sebagai satu pusat, satu institusi kepada pelbagai aktiviti masyarakat sebagaimana zaman Nabi Muhammad SAW.
Program EXXO Camp ataupun Rakan Muda, Program Explore Experience, Extreme dan Organized Camp yang berkonsepkan summer camp menekankan elemen kemahiran sosial, aspek pengurusan diri dan pengukuhan kendiri dengan memberi penekanan kepada elemen gaya hidup sihat, perasaan dan pemikiran serta kemahiran sosial dan hubungan serta pengurusan stres.
Antara yang lain ialah Kem Anak Muda yang menekankan kepada inisiatif membendung gejala sosial di kalangan anak muda khususnya belia berisiko dan pendedahan awal kepada mereka mengenai peluang kemahiran dan keusahawanan.
Yang lain-lain adalah Projek Reben Kuning, Program Citra Ibadah, Subjek Bina Insan, Anugerah Remaja, Perdana Rakan Muda, Malaysia Future Leader School yang menekankan kepada kepimpinan pembentukan watak dan jati diri kenegaraan serta sukarelawan dan keusahawanan.
Program ini juga adalah satu platform khusus untuk mempersiapkan future-ready leaders yang akan menjadi tonggak kepimpinan kepada sektor pada masa hadapan dan mempunyai nilai integriti yang tinggi untuk dijadikan contoh kepada generasi muda akan datang. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Soalan tambahan. Ringkas ya.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Menteri yang telah menjawab soalan saya dengan detailed dan saya doakan semoga segala usaha kerajaan akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Insya-Allah. Sebagaimana yang kita sedia maklum, Tuan Yang di-Pertua, bahawa dunia terbuka hari ini begitu menyaksikan pelbagai medium asing yang boleh mempengaruhi minda masyarakat terutama anak muda kita hari ini, sama ada melalui media sosial mahupun filem-filem yang menayangkan unsur-unsur yang tidak sihat dalam membentuk akhlak dan adab seseorang.
Isu besar sebagaimana yang saya perhatikan, selain daripada soal akhlak tadi adalah nilai budaya ketimuran yang semakin hari semakin terhakis. Manakala budaya songsang cara hidup barat yang terlalu bebas semakin meresapi minda anak muda dan masyarakat kita hari ini seperti keganasan. Seperti yang disebut oleh Yang Berhormat
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok
Menteri tadi, LGBT dan isu-isu sosial yang lain. Saya yakin bahawa tanpa campur tangan kerajaan yang serius, maka serangan ke atas akhlak dan budaya kita ini akan semakin serius.
Soalan saya, apakah langkah intervensi kementerian meneliti perkembangan yang saya maksudkan tersebut. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Satu minit Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Sri Ti Lian Ker
Kementerian Belia dan Sukan menyahut baik usaha baik kerajaan untuk menangani isu golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender dan isu- isu keganasan yang semakin membimbangkan.
Sehubungan dengan itu, inisiatif kementerian ini adalah melalui pelaksanaan program-program yang bertujuan untuk membendung gejala ini dalam kalangan belia daripada terus berleluasa. Bagi tempoh tiga tahun ini, program-program yang berteraskan pembangunan jati diri, kerohanian dan kendiri terhadap golongan belia berisiko telah dilaksanakan dan akan terus dilaksanakan seperti berikut:
(i) Anak Muda Wawasan Lestari (AMWA);
(ii) Kem Anak Muda (KAMU);
(iii) Rakan Muda Ramadhan;
(iv) Rakan Muda Zulhijah;
(v) Rakan Muda Live (MYSembang);
(vi) Program Malaysia Future Leaders; dan
(vii) Jambori Kem Anak Muda.
Bagi tahun 2020, program ini telah dilaksanakan melibatkan penyertaan seramai 518 orang yang terdiri daripada 249 peserta lelaki dan 269 peserta perempuan.
Menyentuh mengenai nilai-nilai Barat, saya rasa nilai-nilai ini wujud di mana- mana. Ia adalah nilai manusia dan kemanusiaan ataupun kemasyarakatan. Perlulah kita mengkaji dan memahami apakah sebab masalah dan sebaliknya, bukan sahaja menyalahkan pengaruh dari Barat. Saya rasa kita perlu meneliti dengan lebih psikologi, fizikal dan sebagainya.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat semua. Sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan jawab lisan pada hari ini. Terima kasih kepada Yang Berhormat semua. Usul Menteri.
[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 6.30 petang dan selepas itu Majlis Mesyuarat dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Selasa, 9 November 2021”.
Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2022 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”.
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari tujuh puluh tujuh bilion dan enam ratus juta ringgit (RM77,600,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2022, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2022, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 32 Tahun 2021, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [3 November 2021]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat semua, saya dapat senarai pembahas 22 orang semuanya pada hari ini. Kita akan mulakan dengan Yang Berhormat Kangar sebentar lagi, diikuti dengan Yang Berhormat-Yang Berhormat berikut. Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Lanang, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Pokok Sena.
Saya jemput Yang Berhormat Kangar.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Berapa minit Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Yang di-Pertua
Oleh sebab Yang Berhormat Kangar telah menunggu amat lama hari Khamis itu hari dan telah terpaksa menarik diri di atas permintaan saya. Saya bagi Yang Berhormat Kangar 15 minit.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
*Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillah.
[Membaca selawat]* Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang saya hormati sekalian. Saya ingin memulakan perbahasan Dasar Belanjawan ini dengan menyatakan sokongan terhadap
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
rancangan Kementerian Kewangan untuk mengemukakan Rang Undang-undang Tanggungjawab Fiskal.
Saya berharap ini akan dilakukan dengan segera memandangkan sudah beberapa tahun Kementerian Kewangan melalui tinjauan ekonomi, dokumen yang dibekalkan kepada kita membincangkan tentang kepentingan rang undang-undang ini.
Bagi saya, penting ia dibawakan segera untuk mendedahkan kepada semua Ahli Parlimen tentang situasi sebenar pengurusan ekonomi negara dalam jangka masa pendek, sederhana dan juga panjang.
Soalan saya adalah, bilakah rang undang-undang ini akan dibawa? Jika kita meneliti kutipan hasil kita sejak 2010 sehingga kini, saya cuba ambil satu unjuran dalam jangka masa lebih kurang sederhana iaitu lebih kurang dalam 12 tahun. Kita akan dapat melihat hasil tahunan kerajaan meningkat agak perlahan iaitu sekitar RM160 bilion pada tahun 2010 dan anggaran lebih kurang pada tahun hadapan adalah sebanyak RM234 bilion. Peningkatan ini sebenarnya sekitar RM74 bilion dalam tempoh 12 tahun ataupun kira-kira hanya RM6 bilion sahaja setahun peningkatan hasil iaitu sekitar 0.4 peratus berbanding KDNK semasa.
Manakala bagi perbelanjaan pula, perbelanjaan kita meningkat sekitar RM202 bilion pada tahun 2010 kepada anggaran sekitar RM331 bilion pada tahun hadapan iaitu peningkatan sekitar RM129 bilion atau hampir RM12 bilion setahun. Secara perbandingannya, kita sentiasa menambah perbelanjaan lebih sekali ganda daripada tambahan kutipan hasil setiap tahun. Ini tentu akan menjadi masalah sekiranya tidak diberi perhatian lebih awal. Kita mempunyai pilihan sama ada meningkatkan hasil ataupun memilih untuk berbelanja secara berhemah.
Dalam pemerhatian saya terhadap hasil kerajaan, kita dapat melihat beberapa corak. Misalnya cukai langsung syarikat yang relatifnya agak mendatar, iaitu pada kadar antara RM63 bilion ke RM 65 bilion dalam tempoh ini. Anggaran kutipan cukai langsung syarikat pada tahun lalu iaitu pada tahun 2020 meleset daripada unjuran sebanyak RM59 bilion tetapi kita hanya dapat kutip sekitar RM50 bilion sahaja. Ini tentulah boleh difahami yang berpunca daripada kesan-kesan dasar yang diambil bagi menangani COVID-19.
Justeru, bagaimanakah kerajaan boleh begitu yakin menyasarkan kutipan sebanyak RM65 bilion iaitu kurang RM1 bilion berbanding kutipan pada tahun 2018. Yakni kutipan pada tahun hadapan kita sasar begitu tinggi, akan tetapi saya agak pesimis kita dapat mencapai jumlah itu.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Saya juga melihat cukai langsung individu telah meningkat daripada RM39 bilion pada tahun 2019 dan 2020, lebih kepada anggaran sekitar RM36 bilion. Sementara unjuran kutipan hasil yang lain boleh dikatakan munasabah. Jadi, saya mohon Menteri menjelaskan secara terperinci peningkatan pendapatan pelaburan kerajaan pada tahun 2019 iaitu pada kadar RM60 bilion berbanding sekitar RM20 bilion hingga RM30 bilion pada tahun-tahun sebelumnya.
Apakah faktor-faktor yang menyumbang peningkatan besar kutipan pendapatan pelaburan kerajaan pada tahun 2019? Mengapa sekarang kita tidak dapat mengutip sebanyak itu? Saya juga ingin tahu berapakah jumlah daripada segi wang dan juga pengecualian cukai yang diberikan oleh kerajaan dari tahun ke tahun sejak lima tahun lalu.
Siapakah yang diberikan pengecualian cukai ini dan apakah asas pemberian pengecualian cukai ini?
Kenapa saya bertanya tentang ini adalah kerana kita tahu ada sesetengah yayasan yang ditubuhkan yang sebahagiannya telah dibawa ke mahkamah, yang berbelanja tidak mengikut peraturan. Jadi, mengapakah institusi-institusi begini diberikan pengecualian cukai? Dalam aspek perbelanjaan pula ada peningkatan besar dalam emolumen serta pencen dari tahun 2010 ke tahun 2020.
Saya sedar daripada segi politiknya ini isu yang sensitif namun kita tidak boleh menyembunyikan masalah sampai bila-bila. Emolumen meningkat daripada kadar kira- kira RM47 bilion pada tahun 2010 kepada unjuran sebanyak RM87 bilion pada tahun
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Kenaikan hampir 100 peratus, manakala pencen dan ganjaran naik daripada RM12 bilion pada tahun 2010 kepada RM28 bilion, kenaikan hampir lebih kurang 130 peratus.
Pada masa yang sama, bayaran khidmat hutang semakin meningkat dan jumlah subsidi dan bantuan sosial telah dikurangkan. Seluruh angka ini tentulah membimbangkan kita sekiranya kita merujuk kepada kenaikan KDNK dari tahun ke tahun yang lebih perlahan iaitu di bawah 50 peratus dalam tempoh 12 tahun.
Jadi soalan saya, apakah rancangan kerajaan untuk mengawal perbelanjaan dan meningkatkan hasil memandangkan Belanjawan 2022 akan menjadi satu belanjawan terbesar kita. Saya juga hendak bertanya tentang dasar zero-based budgeting dengan izin yang telah dibentangkan oleh kerajaan pada tahun 2018. Jadi, adakah kita tidak lagi memakai prinsip zero-based budgeting ini?
Saya minta misalnya perbelanjaan yang tidak digunakan. Saya minta satu senarai kerana baru-baru ini didedahkan bagaimana perbelanjaan di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kita umum hendak belanja sekian banyak tetapi kita belanja tidak sampai sebanyak itu. Saya juga pernah bangkitkan misalnya Perlis, Kementerian Pembangunan Luar Bandar umum perbelanjaan RM16 juta tetapi yang dibelanjakan hanya RM7 juta hingga RM8 juta, jadi ini tentulah tidak patut berlaku dan kita minta satu senarai ini dikemukakan.
Tuan Yang di-Pertua dan juga rakan-rakan Ahli-ahli Dewan yang budiman, kita masih lagi belum keluar sepenuhnya daripada dampak wabak COVID-19. Sebenarnya kita tidak akan keluar daripadanya kerana bila ia menjadi endemik nanti ia bermaksud kita akan hidup bersama dengan virus ini, dalam maksud lain ancaman untuk ia kembali sentiasa ada.
Justeru itu, kita mungkin akan berdepan dengan pelbagai situasi yang bersifat mengekang aktiviti ekonomi untuk satu tempoh yang tidak menentu. Soalan saya, bilakah Kementerian Kesihatan menjangka kita akan mencapai tahap endemik dan bilakah kita dijangka mampu menghasilkan vaksin sendiri bagi menghadapi kemungkinan wabak ini masih hidup dari semasa ke semasa?
Tujuan saya bertanyakan hal ini adalah kerana dalam pengalaman semasa, kita terpaksa bergantung kepada dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) bagi menampung keperluan pembelian vaksin ini. Ia memberikan syarat bahawa situasi fiskal kita sebenarnya meruncing sehinggakan kita tidak mampu menyerap misalnya doktor- doktor kontrak yang sebahagiannya akan sekali lagi melakukan hartal untuk menuntut pembelaan terhadap kebajikan mereka.
Keruncingan situasi fiskal ini adalah berpunca daripada perbelanjaan yang sentiasa tinggi berbanding hasil kerajaan. Kita telah mengemukakan rancangan untuk menangani COVID-19 dengan peruntukan khusus bukan sahaja dalam aspek imunisasi tetapi juga pakej-pakej rangsangan yang lebih bersifat ekonomi dan kebajikan. Meskipun wabak COVID-19 belum berakhir, kita tidak boleh menjadikan ia alasan untuk melengahkan atau melepas pandang banyak perkara.
Urusan-urusan lain tetap harus berjalan dan mestilah meneliti objektif besar kemakmuran bersama yang telah dirancang sejak tahun 2020 sehingga tahun 2030.
Soalan saya, sudah berapa peratus kah projek-projek di bawah pakej rangsangan telah dilaksanakan dengan kenaikan mendadak harga barang misalnya harga besi naik daripada RM2,800 kepada RM4,000 satu tan. Sejauh manakah projek-projek ini dapat disiapkan mengikut harga asal yang diluluskan? Adakah kerajaan bercadang untuk menyemak semula harga yang diluluskan sebagai penyelarasan?
Adakah kerajaan juga bercadang untuk menaikkan had siling kelulusan runding terus sebagai langkah penyelesaian dengan kenaikan ini kerana kebanyakan projek- projek kecil bernilai di bawah RM20,000 kita boleh beri runding terus. Akan tetapi kalau harga barang sudah naik kemungkinan projek-projek ini tidak dapat berjalan ataupun tidak dapat memenuhi kriteria yang diperlukan.
Saya juga ingin memohon satu senarai projek-projek di bawah pakej rangsangan di seluruh negeri Perlis dan tahap pelaksanaannya Terkait dengan isu kecairan, kalau kita
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
dapat membantu projek-projek ini dapat berjalan dengan cepat, kita ada kira-kira RM90 juta harta beku dan juga RM9.4 bilion wang yang tidak dituntut. Ada lebih kurang 28,000 kematian kes COVID-19, di kalangan mereka ini pasti ada yang mempunyai insurans dan juga simpanan, ini contoh kecairan yang perlu kita fikirkan.
Jadi, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mempercepatkan proses yang rumit dan mahal dalam menuntut harta-harta ini supaya ia dapat dicairkan? Jadi, saya tanya langkah-langkah kerajaan ini termasuklah sekiranya ada undang-undang sedia ada yang perlu dipinda.
Tuan Yang di-Pertua dan rakan-rakan yang saya hormati, maksud pembangunan kita melalui belanjawan ini kita tidak boleh hadkan hanya pada soal angka untung dan rugi semata-mata. Dahulu semasa masih bersekolah saya pernah membaca kisah Raja Midas. Raja Midas ini dia seorang raja yang diberi kelebihan dia pegang apa pun menjadi emas tetapi akhirnya dia tidak dapat hendak peluk anak dia, dia tidak dapat hendak pegang roti. Jadi dia hilang kebahagiaan apabila dia hanya memikirkan pembangunan itu, memikirkan kemewahan itu hanya dari aspek untung rugi. Maksud dia dalam yang ditunjukkan daripada segi nilai emas.
Oleh sebab itu penting untuk kita mengimbangi soal untung rugi dengan penelitian tentang bagaimana strategi perbelanjaan kita mesti meliputi keperluan-keperluan lain termasuk dalam soal seni, sastera dan budaya yang selalu dilihat tidak menguntungkan.
Antara sebab kenapa semasa di universiti diwajibkan kursus Tamadun Asia dan Tamadun Islam misalnya adalah supaya kita insaf bahawa ketamadunan itu terkandung pelbagai aspek seni, sastera, budaya dan termasuklah sukan yang menjadi mercu tanda kemakmuran yang sebenar.
Soalan saya, apakah rancangan kerajaan untuk merancakkan industri seni, sastera dan budaya serta sukan ini? Saya hendak mengucapkan tahniah kepada Menteri Luar kerana memberikan perhatian kepada soal diplomasi budaya. Soal diplomasi budaya ini pernah saya bawa dalam satu perbahasan saya pada tahun 2018 semasa beliau juga pernah menjadi Menteri Luar buat kali pertama. Penting untuk kita semua melihat ini sebagai satu elemen soft power ataupun kuasa halus dalam memperkenalkan kekuatan kebudayaan kita.
Cuma saya hendak sebut kepada Menteri kita mestilah menilai dan memilih orang yang benar-benar layak dan faham untuk menguruskan hal ini. Maka saya ingin bertanya tentang pelantikan perunding kreatif di Wisma Putra, apakah kriteria pemilihan? Adakah ia dibuat melalui proses temu duga terbuka yang diiklan? Apakah karya mereka yang dilantik ini dipertimbangkan untuk mewakili, misalnya estetika dan juga falsafah kebudayaan negara dan adakah perjawatan ini tetap? Apakah faedah gaji dan elaun mereka?
Terkait dengan hal ini, saya juga ingin tahu tentang rancangan pembangunan diplomasi budaya di peringkat kementerian setakat ini. Kita harus melihat sebagai contoh animasi seperti Usop Sontorian, Anak-anak Sidek, Upin dan Ipin, BoBoiBoy misalnya boleh dan telah memainkan peranan dalam aspek ini. Ini contoh kartun yang telah mula dikenali sekurang-kurangnya di peringkat serantau.
Justeru itu, saya ingin bangkitkan di sini kekecewaan pemain industri animasi yang kekurangan slot siaran mereka dan juga berdepan dengan kos penyiaran yang tinggi. Jadi, saya minta Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk melihat hal ini supaya aduan mereka ini diberi perhatian. Aduan mereka tentang dana pembangunan animasi yang diberikan kepada mereka yang tidak layak termasuklah syarikat percetakan dan pembersihan yang tidak boleh dipandang enteng.
Jadi, bagaimanakah proses pemerolehan sebenar dibuat? Orang yang betul-betul terlibat dalam industri, yang betul menjayakannya tidak diberi peluang tetapi kita wujudkan syarikat-syarikat yang disebut oleh mereka sebagai syarikat belon yang mendapat peruntukan dana ini. Jadi, ini saya harap tidak berlaku dan tidak akan berulang. Inilah contoh bagaimana dana yang diluluskan mungkin dibelanjakan secara tidak produktif.
Di bawah Kementerian Luar Negeri juga, saya ingin bertanya tentang perkembangan RCEP, yang mana 10 negara telah menandatanganinya. Baru-baru ini
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
antara Oktober dan sehingga terakhir 2 November setakat semakan saya, tujuh buah negara yang baru menandatangani dan juga CPTPP yang mana pada 16 September saya baca dalam berita, bahawa China menyatakan berminat untuk menyertai CPTPP ini.
Jadi, sudah tentulah ini akan memberi impak kepada ekonomi negara sebagai sebuah negara dagang. Saya minta senarai libat urus yang telah dibuat oleh kementerian sejak dua tahun lalu dalam hal ini, bilakah kita hendak tandatangani? Adakah kita akan tandatangani? Apakah unjuran ekonomi yang dijangka dapat membantu kemakmuran kita ataupun peningkatan semula ekonomi kita sekiranya kita terlibat dalam kedua-dua perjanjian ini?
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Seterusnya saya minta Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar dan Air untuk menyatakan apakah jenis komitmen yang kita persetujui dan tandatangani semasa Persidangan Perubahan Iklim? Adakah ini selaras dengan komitmen kita untuk mencapai sasaran neutral karbon menjelang tahun 2030?
Soalan saya, ketika negara berusaha memulihkan ekonomi dan pada April 2021, Yang Berhormat Menteri ada berkata bahawa impak perubahan iklim terhadap negara kita kecil atau tidak memberi kesan langsung kepada negara. Apakah sasaran neutral karbon tersebut munasabah?
Seterusnya, sepanjang tempoh sejak COVID-19 mula diisytiharkan sebagai wabak dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan, kita sepatutnya semakin sedar tentang kepentingan keselamatan makanan. Kita banyak buat bantuan makanan di seluruh negara, alhamdulillah. Melalui Jawatankuasa Ekonomi Pakatan Harapan saya mencadangkan suntingan khusus untuk menyuburkan aktiviti pertanian dan juga eksport makanan khususnya dari Sabah dan Sarawak kerana di sana tanah luas.
Sebelum ini Yang Berhormat Tuaran ada bahaskan keluasan negara kita. Jadi— dan juga ada tuntutan bahawa Sabah dan Sarawak ini perlu lebih peruntukan. Jadi, ini adalah satu aspek yang kita mesti beri perhatian kerana bil import makanan di negara kita ini tinggi. Jadi, kenapa tidak kita merancang begitu dan bukan sekadar hanya import ke Semenanjung tetapi eksport ke Semenanjung tetapi juga boleh dieksport di negara- negara serantau, khususnya Indonesia yang sudah tentu permintaannya tinggi.
Jadi, saya berharap kerajaan dapat meneliti hal ini kerana ia dapat sekurang- kurangnya memenuhi empat perkara. Pertamanya, meningkatkan kerjasama Persekutuan dan juga negeri. Kedua, menambahkan peruntukan untuk negeri Sabah dan Sarawak.
Ketiga, memberi peluang pekerjaan baharu khususnya kepada kalangan generasi muda dan juga keempat, membantu kerajaan menangani isu bil import yang tinggi.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
[Bangun]
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Saya berharap dengan adanya inisiatif ini...
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Boleh mencelah?
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
...Kita dapat turut menangani isu kos sara hidup rakyat dalam aspek perbelanjaan makanan.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Mohon penjelasan Yang Berhormat.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Ringkas ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Satu minit lagi ya.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Okey. Yang Berhormat, terima kasih atas cadangan tadi berkenaan dengan pengeluar makanan dan juga hubungan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Adakah Yang Berhormat bersetuju agar kerajaan menubuhkan sebuah majlis persekutuan dan negeri untuk menangani dan membincangkan pelbagai hal yang terkait dengan hubungan Persekutuan dan negeri?
Termasuklah hal-hal dalam pertanian yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi. Terima kasih.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Ya, saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat Tuaran. Saya ingat kita sudah ada Jawatankuasa Pilihan Khas berkaitan dengan hal ini dan harap aspek-aspek ini dibincangkan.
Sikit lagi, saya ada lebih kurang satu setengah perenggan lagi Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak sebut tadi terkait dengan soal makanan ini, saya hendak sebut tentang masalah berulang daripada segi aspek pembekalan benih padi. Ini setiap tahun kita dengar. Ini yang— saya tidak nampak ada kesungguhan pihak kementerian untuk menyelesaikannya. Soalan saya ialah minta Yang Berhormat Menteri memperincikan jumlah perbelanjaan bagi setiap jenis makanan yang kita import. Saya minta satu senarai jenis penerima subsidi, jumlah daripada segi Ringgit Malaysia dan juga jumlah penerima.
Terakhir, saya ingin bawa ialah isu kematian seorang pelatih di Pusat Pemulihan Dadah dan Akhlak swasta yang berlaku baru-baru ini. Kebetulan pelatih ini ialah orang Perlis, manakala pusat ini terletak di Changlun, Kubang Pasu, Kedah. Laporan berita menyatakan kematian beliau kemungkinan berpunca daripada tindakan warden pusat pemulihan tersebut yang mengambil tindakan berlebihan sendiri di luar bidang kuasa beliau. Dalam erti kata lain, warden ini pukul pelatih ini. Dalam kempen berterusan untuk kita decriminalize atau dengan izin, atau untuk menjadikan dadah bukan kesalahan jenayah. Minta kerajaan beri penjelasan tentang kes ini.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****] Saya juga ingin bertanya, berapakah banyak pusat pemulihan swasta ini wujud di Malaysia? Bagaimanakah pegawai dan petugas-petugas di pusat ini dipilih memandangkan ia swasta? Adakah ia dipantau dan laporan berkala diambil? Terakhir, apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mengelak pengulangan kejadian seperti ini?
Demikian sahaja perbahasan saya Tuan Yang di-Pertua, saya dengan ini menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Kangar. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Beaufort. Sebelum Yang Berhormat Beaufort memulakan perbahasan, saya hendak menyebut senarai pembahas-pembahas diikuti oleh— kemudian Yang Berhormat Lanang, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Penampang, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Hulu Rajang dan ada lagi saya tidak baca habis. Silakan Yang Berhormat Beaufort, 13 minit.
Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas pembentangan Bajet 2022 yang terbesar iaitu RM311.1 bilion demi kesejahteraan rakyat yang berterusan dan kebangkitan semula ekonomi negara kita. Alhamdulillah, negara sekarang sudah berada dalam fasa 4 Pelan Pemulihan Negara dengan 95.8 peratus populasi dewasa dan 69 peratus remaja telah lengkap divaksinasi setakat 3 November.
Kita bersyukur dengan kejayaan ini dan seterusnya bersama-samalah kita melangkah ke hadapan dalam fasa pemulihan negara kita yang selanjutnya.
Kesungguhan, keprihatinan dan kegigihan para pemimpin negara dan kerajaan sejak tahun 2020 sehingga kini dengan sokongan semua pihak dan rakyat serta dengan izin Allah SWT jua membolehkan ekonomi kita dibuka semula. Rakyat sekarang boleh bekerja, boleh berniaga, boleh keluar untuk berbelanja dan para pelajar kita pun sudah balik ke sekolah. Daripada sebuah kerajaan yang prihatin, disambut pula oleh Kerajaan
Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Keluarga Malaysia. Sesungguhnya memfokus kepada kesejahteraan rakyat dan pemulihan negara.
Pendekatan no one is left behind, dengan izin, yang diambil oleh kerajaan sejak tahun 2020 telah memberikan manfaat kepada rakyat dan mereka yang berada dalam negara kita. Khususnya dalam berhadapan dengan unprecedented situation, dengan izin, iaitu pandemik COVID-19. Perbelanjaan untuk memastikan rakyat ada makanan atas meja dan kesihatan mereka dijaga dengan pemberian vaksin dan operasi memberi vaksin di seluruh negara memang besar dan adalah wajar dalam situasi yang kritikal negara hadapi.
Peruntukan seterusnya ialah untuk membeli vaksin booster dalam Bajet 2022 juga wajar bagi meningkatkan imuniti remaja negara dalam menghadapi virus ini termasuklah penggunaan wang daripada Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN). Malah adalah penting untuk negara sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan serangan penyakit ataupun virus yang baharu nauzubillah, pada masa akan datang.
Makmal, hospital, pusat-pusat kesihatan, para saintis negara, dan para doktor hendaklah dilengkapi dengan fasiliti dan teknologi terkini bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Membangunkan dan memperkasakan kepakaran serta kesiap sediaan dalam negara adalah amat penting dan perbelanjaan yang digunakan walaupun besar, untuk tujuan ini adalah amat wajar sekali dan patut kita sokong walaupun kita berada dalam keadaan yang memang pun meruncing.
Saya mengalu-alukan dan menyokong penglibatan syarikat farmasi tempatan kita seperti Pharmaniaga dalam membangunkan vaksin, ubat dan sebagainya. Peluang yang diberikan oleh kerajaan seperti ini adalah amat tepat pada waktunya dan patut diberikan sokongan supaya kesediaan negara kita untuk menghadapi apa jua pun kemungkinan itu akan lebih tinggi lagi dan kita telah belajar daripada apa yang jadi COVID-19 ini.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan pemerkasaan bumiputera dan usahawan. Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberikan peruntukan sebanyak RM11.4 bilion dalam bajet ini untuk tujuan tersebut yang mana termasuklah untuk pendidikan iaitu RM6.6 bilion dan untuk keusahawanan RM4.8 bilion.
Kita mendapati bahawa ini adalah sesuatu yang wajar dan tepat, patut dilaksanakan kerana untuk tujuan pendidikan, rakyat boleh dikeluarkan daripada keadaan kemiskinan khususnya kaum bumiputera melalui pendidikan. Ini sudah terbukti, maka usaha untuk terus membantu dan berbelanja yang besar dalam bidang pendidikan ini adalah wajar dilaksanakan.
Begitu juga kita mahu membangunkan para usahawan supaya mereka yang dikatakan dalam keadaan yang miskin itu dapat kita bangunkan lagi menjadi para usahawan yang akan memiliki kewangan, memiliki harta dan boleh membantu mereka yang lain. Oleh itu, perbelanjaan ini adalah amat penting.
Dalam usaha ini juga, saya ingin ucapkan terima kasih kerana ada usaha untuk membantu usahawan wanita juga yang dikatakan bahawa RM230 juta yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan khusus untuk membangunkan usahawan wanita dalam TEKUN dan juga DanaNITA melalui MARA.
Saya berharap bahawa peruntukan yang diberikan pada tahun 2022 itu akan meningkat kerana peruntukan tahun lalu seterusnya untuk DanaNITA hanyalah RM10 juta. Namun, permintaan daripada peniaga wanita kita adalah tinggi melebihi daripada apa yang disediakan, iaitu melebihi 100 peratus hingga 187 peratus.
Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Oleh sebab itulah untuk kita dapat membela nasib peniaga wanita yang kita semua tahu peniaga wanita ini adalah mereka yang bila berhutang, akan membayar hutang mereka. Lebih daripada 90 peratus peniaga wanita akan membayar balik hutang mereka. Oleh sebab itulah saya akan merasa amat kecewa sekiranya Yang Berhormat Menteri Kewangan hanya memberikan sedikit sahaja peruntukan, seperti tahun lalu RM10 juta sahaja kepada DanaNITA. Saya amat, amat meminta supaya untuk tahun 2022
Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
peruntukan ini akan ditambah lebih banyak lagi supaya lebih ramai lagi peniaga wanita dapat kita bantu di luar sana.
Untuk pembangunan negeri Sabah, saya ucap terima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan peruntukan RM5.2 bilion untuk pembangunan negeri Sabah dan juga dimasukkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk infrastruktur Sabah dan Sarawak, RM1.5 bilion. Mungkin pada orang yang melihat di luar sana ini adalah satu jumlah yang besar, namun bagi orang yang datang dari Sabah, yang merupakan sebuah negeri yang luas dengan 27 daerah yang banyaknya berada di luar bandar, maka ini tentulah sesuatu yang masih belum mencukupi. Ini kerana, bayangkanlah kalau dari Kuala Lumpur ini kita ke Melaka satu jam setengah.
Contoh kalau dari Kota Kinabalu ke Beaufort, sama juga satu jam setengah, itu daerah sahaja bukan negeri-negeri. Kalau di sini negeri-negeri hanya satu jam setengah.
Oleh sebab itulah keperluan negeri Sabah itu adalah amat penting dan besar dan perlu ditambah lagi bajet ataupun peruntukan untuk diberikan ke Sabah supaya dapat meningkatkan lagi kawasan luar bandar itu. Dapat lagi merapatkan jurang di antara bandar dan luar bandar dan juga kaum bumiputera yang berada di Sabah.
Saya ingin mengatakan di sini bahawa tadi peruntukan yang RM11 bilion disebutkan untuk bumiputera itu bukanlah satu peruntukan yang besar juga. Ini kerana kalau kita lihat daripada segi statistiknya, datanya bilangan bumiputera di dalam negara kita ini merupakan bilangan yang terbesar, 69.7 peratus. Ramai mereka ini berada di negeri-negeri di wilayah Sabah dan Sarawak dan mereka ini memerlukan pembelaan.
Adalah wajar peruntukan yang besar ini diberikan, apatah lagi mereka ini banyak berada di luar bandar. Untuk kita memajukan mereka ini, mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan supaya tidak timbul lagi miskin Sabah, miskin Sabah. Apabila kita dapat memajukan kawasan luar bandar ini dengan peruntukan yang besar, untuk memberikan perhubungan yang terbaik.
Maka hasil-hasil, kerja-kerja mereka dan produk-produk mereka dapat kita bangunkan dan ini akan menjadikan mereka mempunyai ekonomi yang lebih baik, mempunyai pekerjaan dan industri kecil-kecilan dapat dibangunkan dan hasil mereka akan dapat dibawa dengan adanya perhubungan ini ke bandar-bandar untuk dipasarkan.
Ini adalah penting kerana negeri Sabah yang luas itu sepertimana disebutkan tadi dengan banyak tanah muka buminya yang boleh kita bangunkan lagi untuk menjadi taman-taman makanan di negara kita Malaysia ini untuk menghasilkan makanan bukan sahaja untuk negeri tetapi untuk negara dan juga ke peringkat global pun. Ini tentunya akan dapat merubah nasib orang-orang bumiputera dari Sabah, khususnya yang berada di luar bandar.
Tuan Yang di-Pertua, Sabah juga bagi sayalah merupakan taman pelancongan.
The whole of Sabah dengan izin, itu adalah taman pelancongan. Ada gunung, ada bukit, ada sungai, ada laut, ada pulau-pulau yang indah, ada macam-macam spesies. Ada kawasan yang sudah pun diterima di peringkat antarabangsa sebagai taman heritage di peringkat antarabangsa. Ini semua memerlukan peruntukan untuk kita memastikan setelah kita berhadapan dengan pandemik COVID-19 ini, maka akan ramai pelancong datang ke sana dan juga dapat lagi memajukan ekonomi negeri Sabah itu, insya-Allah. Oleh sebab itu saya berharap juga di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan diberikan kemudahan dan peruntukan-peruntukan untuk menaiktarafkan kemudahan-kemudahan pelancongan di negeri Sabah, termasuklah untuk di kawasan saya yang mempunyai pulau yang indah iaitu Pulau Tiga. Kita mempunyai juga tepian pantai yang indah dan macam-macam lagi yang boleh dibangunkan bagi kita membantu ekonomi rakyat yang berada di luar bandar.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin meminta berkaitan dengan tadi menambahkan lagi peruntukan untuk membangunkan infrastruktur di luar bandar. Saya bagi contoh satu kawasan di Sabah di Lahad Datu, POIC yang merupakan kawasan industri berkelompok kelapa sawit. Ini adalah milik Kerajaan Negeri Sabah. Sebanyak 4,400 ekar untuk industri ringan, sederhana dan hiliran daripada kelapa sawit yang telah dibangunkan. Kita memerlukan pelabur dari luar negara untuk datang ke sana supaya
Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
akan dapat mencipta pekerjaan untuk rakyat di sana dan lagi ramailah rakyat yang miskin itu dapat kita keluarkan daripada kemiskinan.
Akan tetapi untuk kita menarik minat para pelabur datang maka infrastruktur dalam kawasan itu perlu kita tingkatkan dan inilah kita memerlukan bantuan, sokongan dan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk kita dapat membangunkan, memperbaiki lagi infrastruktur di dalam kawasan tersebut supaya ia akan menarik minat para pelabur datang ke situ, ke negeri Sabah dan seterusnya memberikan pekerjaan kepada orang kita yang berada di negeri Sabah.
Untuk kawasan saya Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh dilupakan. Saya teringat ucapan daripada Yang Berhormat Menteri Alam Sekitar dan Air yang mengatakan bahawa untuk RMKe-12, ada RM2.7 bilion peruntukan untuk negeri Sabah dan Sarawak dalam berkaitan dengan air ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta rumuskan Yang Berhormat. Minta rumuskan.
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Ya. Apa yang saya ingin sebutkan di sini ialah masalah air ini adalah satu masalah yang masih lagi berterusan di dalam kawasan Parlimen Beaufort. Ada tiga loji. Loji Rawatan Air Beaufort I, Loji Rawatan Air Beaufort II, Loji Rawatan Air EWSS Limbawang. Semua ini memerlukan untuk diambil tindakan, dibantu untuk diperbaiki lagi supaya sistemnya akan bertambah baik dan bekalan air akan sampai kepada pengguna yang memerlukan, yang masih lagi pada masa ini bertanya dan kadang-kadang seminggu tidak ada air, 10 hari tidak ada air.
Tuan Yang di-Pertua, jadi saya meminta kepada Yang Berhormat Menteri yang dikasihi supaya dapat turun padang ke Sabah, datang ke kawasan Parlimen Beaufort, melihat sendiri apa yang perlu dilakukan. Daripada peruntukan yang tersedia itu mungkin ada yang boleh diturunkan bagi memastikan masalah-masalah yang dihadapi pada masa kini dapat kita atasi dengan sebaiknya dan memberikan manfaat yang sebenarnya untuk rakyat yang memerlukan. Sekian, terima kasih, saya memohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Lanang, 13 minit.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Lanang untuk membahaskan Belanjawan 2022.
Semalam iaitu 7 November, ramai rakyat Malaysia tiba-tiba menjadi person under surveillance (PUS) selepas bangun daripada tidur pada awal pagi.
Mereka terkejut apabila didapati status di MySejahtera bertukar kuning iaitu individu dalam pemantauan serta merah perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah.
Mereka semua berasa panik dan keliru bagaimana mereka tiba-tiba boleh tergolong dalam kalangan PUS walaupun mereka langsung tiada sejarah perjalanan ke mana-mana tempat atau menjadi kontak rapat kepada mana-mana kes positif.
Kebanyakan orang juga terpaksa membeli kit ujian kendiri COVID-19 tambahan untuk membuat saringan bagi keluarga mereka. Sehinggalah perkara ini dimaklumkan oleh orang ramai yang memuat naik status di media sosial dan kemudian team aplikasi MySejahtera mengaku bahawa ia merupakan satu kesilapan teknikal, di mana pengguna aplikasi tersebut secara rambang diberi status HSO dan PUS.
Tuan Yang di-Pertua, perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Kesan kesilapan teknikal yang ramai orang yang terbabit berasa sangat stres dan helpless dengan izin.
Bayangkan mereka yang sedang bercuti di tempat lain tidak diizinkan masuk ke premis tertentu, misalnya hotel dan pusat membeli belah atau mereka yang akan menaiki kapal terbang ke destinasi lain untuk bekerja atau melanjutkan pelajaran tetapi dilarang boarding ke dalam pesawat. Adakah kerajaan akan bertanggungjawab serta membayar ganti rugi kepada mereka? Siapakah yang akan bertanggungjawab kepada kesilapan MySejahtera ini?
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Tuan Yang di-Pertua, saya amat risau tentang perkara yang sama yang berlaku pada hari mengundi PRN Melaka dan PRN Sarawak yang akan datang nanti. Sekiranya perkara yang sama berlaku ia akan menimbulkan ketidakadilan dalam proses mengundi kerana pengundi-pengundi yang terbabit tidak dapat keluar dari rumah mereka atau masuk ke pusat mengundi untuk melaksanakan hak dan tanggungjawab mereka. Saya menggesa SPR supaya merancang langkah-langkah alternatif untuk mengatasi masalah ini sekiranya perkara yang sama berlaku pada hari mengundi.
Tuan Yang di-Pertua, saya menerima aduan bahawa walaupun masalah teknikal MySejahtera ini sudah diperbaiki dan kesemua status HSO telah dipadamkan serta status PUS pula ditarik semula tetapi maklumat vaksinasi termasuk sijil vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera mereka telah hilang.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Jadi, bagaimanakah mereka dapat keluar rumah apabila aplikasi itu perlu digunakan di semua tempat? Saya mencadangkan supaya kerajaan menyediakan perkhidmatan hotline yang beroperasi 24 jam untuk mengatasi segala masalah aplikasi MySejahtera dengan serta-merta. Ini kerana setakat ini, segala urusan cuma dapat dibuat melalui helpdesk dalam aplikasi tersebut. Ia selalu mengambil masa yang panjang untuk maklum balas bagi menyelesaikan masalah yang dikemukakan oleh pengguna aplikasi.
Saya masih menerima aduan bahawa mereka yang telah divaksin, tetapi status MySejahtera belum dikemas kini sampai sekarang walaupun berkali-kali membuat aduan di helpdesk. Saya berharap KKM memandang serius terhadap semua masalah aplikasi MySejahtera ini dan memastikan kesilapan yang berlaku semalam tidak akan berulang lagi.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik pengumuman oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC) untuk melonggarkan keperluan perjalanan ke Sarawak yang memudahkan ribuan rakyat Sarawak yang tinggal di Semenanjung Malaysia untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Dengan kelonggaran ini, kekerapan penerbangan ke Sarawak telah ditambah daripada 89 penerbangan kepada 223 penerbangan setiap minggu bermula 1 November ini, di mana Sibu akan menyaksikan 31 penerbangan seminggu berbanding lapan penerbangan sebelum ini.
Walaupun kekerapan penerbangan telah ditambahkan, namun saya masih menerima banyak aduan daripada rakyat Sibu bahawa harga tiket penerbangan buat masa sekarang masih kekal di paras yang tinggi. Saya faham bahawa kerajaan tidak menetapkan harga siling atau mengawal harga tiket penerbangan. Jadi, apakah yang dapat kerajaan lakukan untuk rakyat Sarawak? Saya ingin mencadangkan supaya subsidi tiket penerbangan diberikan kepada pelajar-pelajar yang ingin meneruskan pelajaran di Semenanjung Malaysia. Jika tidak dapat bagi subsidi kepada semua pelajar, sekurang- kurangnya kepada golongan B40 atau M40 yang mempunyai anak tanggungan yang lebih banyak untuk mengurangkan beban mereka.
Selain daripada harga tiket penerbangan yang mahal, jadual penerbangan yang selalu bertukar-tukar ini banyak menyusahkan rakyat. Saya sendiri sudah menerima beberapa email untuk memaklumkan bahawa flight saya telah retimed atau rescheduled dalam bulan ini daripada MAS. Kadang-kala kita perlu guna transit flight, apabila rescheduled, flight seterusnya tidak dapat connect pula. Akan tetapi, pihak penerbangan langsung tidak peduli dengan connecting flight seterusnya. Saya rasa syarikat penerbangan perlulah lebih bertanggungjawab kepada penumpang yang memilih penerbangan mereka. Saya berharap Kementerian Pengangkutan akan mencari langkah- langkah penyelesaian dan mencapai kata sepakat melalui perbincangan dengan semua pihak berkepentingan termasuk syarikat penerbangan, MAVCOM, CAAM dan MAHB untuk mengatasi isu ini.
Saya juga menggesa kerajaan supaya semua usaha perlu digerakkan secepat mungkin bagi memudahkan urusan balik dan pergi bagi warga Sarawak memandangkan Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak akan diadakan dalam masa kurang daripada 60 hari lagi. Saya turut berharap agar kementerian dapat mengambil tindakan terhadap MASwings dan MAS supaya perkhidmatan mereka dapat dipertingkatkan memandangkan
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
kebanyakan laluan penerbangan di kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah hanya disediakan oleh MASwings.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu banjir di kawasan Lanang dan Sibu. Sejak dua dekad yang lalu sehingga sekarang, masalah banjir termenung dan banjir kilat yang dihadapi oleh penduduk Sibu seperti tiada kesudahannya. Pada 19 Oktober 2021, tahun ini, Sibu sekali lagi dilanda banjir kilat susulan hujan lebat. Air naik mendadak sehingga menenggelamkan beberapa batang jalan dan tempat perumahan.
Antara kawasan yang terjejas termasuk kawasan Lanang seperti Bukit Assek, Jalan Hua Kiew, Jalan Tiong Hua, Jalan Merlin, Sentosa, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Pulau Dudong, Sungai...
[tidak jelas] , Naman, Sengan, Salim Belalang, Sungai Assan, Tanjung Latap, Menyan dan sebagainya. Saya ingin minta penjelasan kerajaan, adakah projek tebatan banjir yang telah dilaksanakan sejak Rancangan Malaysia Kesembilan betul-betul boleh menyelesaikan masalah banjir di Sibu, ataupun banjir juga berpunca daripada sistem perparitan yang tidak teratur? Oleh itu, saya minta agar pihak kementerian dapat membuat perancangan untuk menyelenggara semula sistem perparitan di kawasan Lanang demi keselamatan dan keselesaan penduduk-penduduk yang tinggal di kawasan Lanang.
Selain itu, saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian agar jalan di kawasan-kawasan yang telah saya nyatakan dapat dinaik taraf agar tidak ditenggelami air ketika hujan lebat. Sekali lagi saya menyeru kerajaan untuk membawa pakar supaya mengkaji semula projek Rancangan Tebatan Banjir yang sedia ada memandangkan masalah banjir masih belum dapat diselesaikan. Saya juga minta supaya Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan yang secukupnya untuk menyelesaikan masalah banjir sekali untuk semua terutama di kawasan Parlimen Lanang.
Isu seterusnya ialah kerajaan telah melaksanakan program bantuan i-Lestari, i- Sinar dan i-Citra KWSP untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli-ahli KWSP yang terkesan akibat krisis pandemik COVID-19 bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka. Selain daripada menampung keperluan harian, KWSP juga membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit.
Akan tetapi selepas ketiga-tiga program tersebut dilaksanakan, kebanyakan ahli- ahli KWSP terutamanya golongan B40 sudah tiada simpanan di dalam Akaun 2. Oleh yang demikian, saya mencadangkan supaya kerajaan juga membenarkan ahli KWSP yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 1 bagi tujuan bayaran kos perubatan sekiranya simpanan Akaun 2 mereka tidak mencukupi.
Sekiranya tidak, kerajaan harus mengendali langkah-langkah serta-merta untuk membantu ahli-ahli KWSP yang menghadapi masalah tersebut. Kerajaan juga perlu menyegerakan keputusan membenarkan pengeluaran i-Citra RM10 ribu secara one-off kepada rakyat yang memerlukan kerana masih banyak rakyat yang berharap kerajaan untuk menaikkan had pengeluaran KWSP menerusi kemudahan i-Citra untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Walau bagaimanapun, semua ini mengkompromikan simpanan persaraan khususnya ketiga-tiga bantuan i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra masing-masing melibatkan pengeluaran duit simpanan daripada akaun KWSP. Ini memang menjejaskan kehidupan mereka semasa hari tua, hari bila mereka sudah tak larat bekerja atau bersara. Jadi, apakah langkah-langkah jangka panjang kerajaan untuk memulihkan simpanan persaraan mereka supaya cukup untuk menanggung kehidupan selepas bersara suatu hari nanti?
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Kementerian Kesihatan tentang kekurangan doktor pakar di Sibu. Sibu terletak di central region di Sarawak; hampir semua kes kanser atau kes yang lebih serius di Sarawak dihantarkan pesakit ke Hospital Kuching. Isu ini saya telah bangkitkan beberapa kali, tetapi saya ingin buat satu permintaan lagi supaya sebuah pusat kanser diwujudkan di Hospital Sibu dan pakar onkologi diletakkan di Hospital Sibu. Ini dapat menampung bukan sahaja rakyat Sibu, tetapi rakyat dari Julau, Kanowit, Selangau, Sarikei, Mukah, Bintulu, Kapit dan sebagainya.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Selain itu, isu ketidakcukupan tempat letak kereta masih serius di Hospital Sibu.
Saya harap kerajaan dapat membina tempat letak kereta bertingkat di Hospital Sibu.
Apakah rancangan kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini setakat ini? Masalah ini juga saya banyak kali bangkitkan di Dewan yang mulia ini. Saya harap kementerian dapat mengambil perhatian dan mencari penyelesaian untuk menolong rakyat Sibu dan Sarawak. Saya juga menerima banyak aduan bahawa kemudahan tidak mencukupi di Hospital Sibu. Jadi, saya harap KKM dapat menaik taraf semua kemudahan di Hospital Sibu.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan satu kes di mana seorang doktor yang berasal dari Semenanjung yang telah bertugas selama tiga tahun di Sibu telah diarahkan untuk melaksanakan tugasan rasmi di PPV KLCC pada bulan Julai. Selepas selesai menjalani penugasan rasmi di KLCC, beliau telah memasuki Sarawak untuk menyambung kerja di Hospital Sibu. Akan tetapi, beliau telah dimaklumkan untuk kuarantin 14 hari di hospital dan bayaran kos kuarantin juga perlu dibayar oleh beliau. Hal ini telah menimbulkan perasaan ketidakpuasan hatinya kerana beliau bertolak keluar dari Sarawak adalah atas tugasan rasmi dan bukannya tujuan lain. Permohonan pengecualian bayaran kos kuarantin di hotel juga telah ditolak oleh SDMC. Maka, saya mencadangkan bahawa mereka yang terpaksa membayar kos kuarantin walaupun bertugas secara rasmi, haruslah diberikan pampasan sewajarnya.
Selain itu, untuk menyelesaikan masalah ini dan memastikan ia tidak berlaku lagi, saya juga mencadangkan supaya doktor berasal dari Sarawak dapat ditempatkan di Sarawak seperti sasaran 90 peratus guru kelahiran Sarawak kembali berkhidmat di Sarawak. Saya ingin memohon statistik penempatan pekerja kesihatan dari Sarawak; berapakah peratusannya adalah orang Sarawak dan berapa peratusannya adalah dari luar Sarawak.
Isu seterusnya adalah isu penempatan guru. Saya ingin tahu, sudah berapakah peratus guru berasal dari Sarawak ditempatkan di Sarawak sehingga tahun ini, 2021?
Persoalan ini saya bangkitkan kerana ramai yang telah bertugas di negeri lain selama bertahun-tahun, namun mereka masih gagal memohon untuk berpindah kembali ke Sarawak. Mereka berhasrat untuk kembali berkhidmat di Sarawak, tetapi permohonan mereka ditolak, seterusnya menyebabkan sekolah-sekolah di kawasan pedalaman Sarawak menghadapi kesuntukan tenaga pengajar. Oleh itu, saya ingin tanya, adakah sasaran untuk menempatkan 90 peratus guru kelahiran Sarawak untuk kembali berkhidmat di Sarawak telah dipenuhi ataupun kementerian akan mempertimbangkan untuk menaikkan sasaran ini daripada 90 peratus kepada 95 peratus atau 100 peratus.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Cadangan ini boleh membantu Kementerian Pendidikan untuk menjimatkan elaun yang diberikan kepada guru-guru yang mengajar di negeri lain. Penjimatan ini pastinya akan menguntungkan kementerian juga kerana ia boleh dibelanjakan kepada tujuan- tujuan lain yang lebih penting.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta rumuskan, Yang Berhormat ya.
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
Okey. Kesimpulannya, Bajet 2022 bukanlah satu bajet yang adil untuk semua rakyat Malaysia. Sejumlah RM11.4 bilion diperuntukkan bagi program Bumiputera, manakala masyarakat Cina RM200 juta, India RM145 juta dan Orang Asli RM274 juta – yang digabungkan cuma terdapat kira-kira RM619 juta.
Persoalan saya, adakah peruntukan ini telah merangkumi Orang Asli di Tanah Malaya, merangkumi Orang Dayak Sarawak dan Orang Kadazan dari Sabah? Bagaimana kerajaan berhasrat untuk rakyat Malaysia hidup sebagai sebuah Keluarga Malaysia apabila dasar-dasar kerajaan, terutamanya peruntukan dirangka mengikut kaum?
Sekiranya kerajaan betul-betul ingin membangunkan Keluarga Malaysia yang harmoni, tidak wajar munculkan dasar pilih kasih ini di mana peruntukan yang besar diberi untuk melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah payung pembangunan Bumiputera tetapi yang
Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang
bukan Bumiputera hanya terdapat lebih kurang 5.4 peratus daripada apa yang diterima oleh masyarakat Bumiputera.
Dalam sebuah keluarga, kita perlulah maju bersama. Saya juga kecewa dengan kerajaan kerana Sarawak tidak dilayan dengan adil. Sarawak seharusnya diberi peruntukan yang lebih besar disebabkan keluasan daripada segi geografi serta minyak dan gas disumbangkan untuk pendapatan negara. Semasa pentadbiran Kerajaan PH mengambil langkah positif untuk menaikkan peruntukan geran khas untuk Sarawak sebanyak dua kali ganda iaitu RM32 juta dan bertekad untuk menggandakannya lagi dalam masa lima tahun. Akan tetapi dalam Bajet 2021 dan 2022, kerajaan mengurangkan jumlah itu semula kepada RM16 juta. Adakah Bajet 2022 ini yang mengangkat tema “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera” cuma merupakan retorik politik sahaja? Saya berharap “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera” ini dapat betul-betul memperkukuh pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Lanang. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Jerai.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan Belanjawan 2022 yang telah pun dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz pada 29 Oktober yang lalu.
Firman Allah S.W.T [Membaca ayat al-Quran] . Maksudnya: “Kitab al-Quran ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertakwa iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, melaksanakan solat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” Ayat ini berada di awal Surah al-Baqarah yang turun selepas Nabi Muhammad S.A.W berhijrah ke Madinah. Hijrah Nabi ke Madinah untuk membina sebuah negara. Ayat ini gambaran yang menjelaskan dasar-dasar bernegara bagi mereka yang beriman kepada Allah.
Hari ini kita bincang tentang belanjawan dalam menentukan dasar atau kaedah tatacara berbelanja dalam negara. Alhamdulillah, pembentangan Belanjawan 2022 kali ini bertemakan Keluarga Malaysia Makmur Sejahtera jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada rakyat secara keseluruhan. Pembentangan bajet kali ini melibatkan peruntukan tertinggi dalam sejarah berjumlah RM332.1 bilion. Hal ini bagi tujuan menyedia dan merancang pelbagai strategi serta inisiatif bagi menyejahterakan rakyat dan membangunkan ekonomi yang makmur serta mampan.
Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2022 ini sesungguhnya pada hemat saya memberi cabaran yang sangat hebat kerana kita berada dalam tahap ekonomi negara yang sangat mencabar, khususnya dalam suasana fasa endemik COVID-19, di mana kebanyakan industri baru sahaja memulakan nafas baharu. Saya tertarik dengan fokus utama dalam Belanjawan 2022 iaitu berkaitan kesejahteraan rakyat Malaysia. Strategi Pertama di bawah fokus ini; Memulihkan Kehidupan dan Pencarian. Alhamdulillah, pada tahun hadapan inisiatif bantuan tunai langsung akan ditambah baik. Kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan beberapa pembaharuan supaya kumpulan yang benar-benar terkesan diberi lebih tumpuan. Kita sangat berharap agar tiada individu yang tercicir daripada menerima bantuan ini.
Selain itu, kaedah permohonan secara atas talian dan juga manual perlu dipermudahkan, terutama melibatkan golongan warga emas. Suka saya untuk mencadangkan BKM untuk warga emas diberikan secara terus tanpa memerlukan mereka mengisi borang. Hal ini kerana kebanyakan dalam mereka tidak berkeupayaan untuk mengisi borang tersebut secara atas talian dan tidak mempunyai kemudahan untuk kaunter bagi sebarang urusan.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Tuan Yang di-Pertua, peruntukan yang disalurkan dalam Bajet 2022 dilihat bersifat komprehensif dan bakal membantu pemain industri pertanian di negara ini.
Pemberian subsidi dan insentif bagi industri pertanian diteruskan membabitkan peruntukan sebanyak RM1.7 bilion. Ini termasuk RM1.5 bilion bagi subsidi benih, baja, harga dan pengeluaran padi, termasuk subsidi baja padi huma sebanyak RM40 juta. Di Jerai, sebanyak 60 peratus penduduknya terlibat dengan kerja-kerja sawah padi. Masih kedengaran suara sayup para pesawah yang mempersoalkan berkaitan beban mereka.
Difahamkan selama ini pesawah terpaksa menanggung kos bersawah yang naik berkali- kali ganda setiap tahun. Namun, jumlah subsidi yang diterima mereka masih sama.
Difahamkan selama ini harga beras dikawal pada RM2.60 sekilogram, manakala harga minimum masih RM2.10 sekilogram. Pesawah padi menanggung 100 peratus kenaikan kos dan ia tidak termasuk faktor potongan pemutuan yang semakin tinggi oleh kilang beras.
Bajet 2022 dilihat membantu petani serta pengeluar makanan yang lain menghadapi kenaikan kos tetapi kurang membantu pesawah yang mengeluarkan makanan ruji rakyat di negara ini. Kerajaan juga dilihat perlu mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah kenaikan melampau harga input pertanian racun baja. Selain itu, bagi mengimbangi kos input subsidi pengeluaran padi mentah mestilah dinaikkan daripada RM360 satu tan metrik kepada RM500 satu tan metrik.
Semalam saya menerima aduan daripada petani di Parlimen saya bahawa ramai petani belum lagi menerima baja yang disubsidi kepada petani, apatah lagi umur padi yang baru ditanam telah pun berusia sebulan dan daun padi mula menguning akibat kekurangan baja. Semoga pihak kementerian dapat mempercepatkan proses penghantaran baja subsidi kepada petani dengan kadar segera.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, dalam sektor perikanan juga mempunyai pelbagai masalah yang harus diselesaikan demi kesejahteraan golongan berkenaan.
Peruntukan RM151 juta untuk inisiatif tangkapan nelayan bukan sahaja jalannya untuk menyelesaikan masalah lebih 100,000 orang nelayan untuk meningkatkan hasil.
Kekurangan ikan di perairan pantai barat Semenanjung sangat jelas. Jumlah ikan di pantai barat cuma tinggal 40 peratus dan dijangka akan pupus menjelang 2035.
Kerajaan juga perlu menambah aset untuk mengawal pencerobohan bot pukat tunda yang jelas merungkai anak-anak ikan yang bermutu tinggi dan dijadikan ikan baja.
Lembaga Ikan Malaysia (LKIM) perlu menggerakkan persatuan nelayan khasnya di Utara supaya mengaktifkan semula peti sejuk beku yang boleh mengisi 650 metrik tan dalam satu-satu masa di Kuala Kedah yang sekarang ini merupakan projek gajah putih.
Tuan Yang di-Pertua, sukar untuk saya nyatakan di sini bahawa komuniti di Jerai yang terlibat dengan musibah banjir kepala air pada 18 Ogos lalu masih lagi berduka dan dalam keadaan trauma. Hal ini kerana sehingga kini apabila hujan lebat, air mula memasuki kediaman mereka. Sejak kejadian pertama kali lalu pada 18 Ogos sehingga 21 Oktober baru-baru ini, air banjir sudah pun tiga kali masuk ke kediaman mereka. Selagi sungai tidak didalamkan mahupun dilebarkan, penduduk terpaksa berdepan dengan limpahan air dari sungai yang cetek berkenaan. Peruntukan RM75 juta yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan dilaksanakan dengan peruntukan sedia ada. Sehubungan itu, sebagai menyahut saranan dan suara rakyat, lebih baik dan elok kiranya kerajaan menambah peruntukan, bukannya menyediakan peruntukan sedia ada yang akan memberi kesan kepada projek yang telah pun dirancang.
Tuan Yang di-Pertua, kesan kemusnahan akibat tragedi yang dikategorikan sebagai bencana tahap satu itu boleh dilihat di sepanjang kaki Gunung Jerai, terutama di kawasan terletak berhampiran kawasan peranginan air terjun.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Empat kawasan peranginan tersebut ialah Air Terjun Titi Hayun, Air Terjun Batu Hampar, Air Terjun Seri Perigi yang terletak dalam Daerah Yan, dan Air Terjun Tupah di Merbok dalam Daerah Kuala Muda.
Berdasarkan pemerhatian dan temu bual penduduk kampung, kejadian itu telah mengubah landskap kawasan peranginan di situ. Jika dahulu, sungai di Air Terjun Titi
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Hayun dipenuhi dengan batuan bersaiz besar dengan air tenang yang menjadi tumpuan orang ramai bermandi manda, namun kini, landskap yang biasanya mengambil tempoh lama untuk mengalami perubahan berubah dengan sekelip mata dengan saiz sungai yang menjadi lebih besar selain dipenuhi batuan kecil, selain aliran air lebih deras.
Selain itu juga, Daerah Yan yang dikenali sebagai pelancongan desa kini lumpuh sekelip mata dek kerana musibah banjir berkenaan. Kebanyakan rumah inap yang terkenal dengan satu rumah satu kolam kini sudah tidak mampu untuk beroperasi lagi.
Semuanya terpaksa gulung tikar sehinggalah kerja-kerja baik pulih dilakukan.
Tuan Yang di-Pertua, suka untuk saya mencadangkan kepada pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air untuk menyediakan satu sistem amaran banjir bagi kawasan yang mempunyai risiko berlaku banjir terutama di lokasi tadahan air hujan. Sistem ini boleh memberi amaran kepada penduduk untuk menyelamatkan diri dan barang berharga sebelum berlakunya banjir.
Seterusnya, saya juga mohon kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya agar melihat nasib pemilik inap desa yang terjejas teruk dengan menghulurkan bantuan pemulihan agar sedikit bantuan tersebut dapat menghilangkan sedikit beban kerugian yang ditanggung akibat bencana.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman sidang Dewan sekalian, negeri Kedah masih dibelenggu dengan masalah bekalan air di beberapa buah daerah. Keadaan ini menjadi sangat sukar buat penduduk yang perlu berdepan dengan perkara ini saban hari.
Kerajaan Negeri Kedah dalam rancangan menjalankan Skim Pemindahan Air Jeniang Fasa 2 yang dianggarkan menelan kos sebanyak RM400 juta.
Saya bersependapat dengan Menteri Besar Kedah untuk memasukkan peruntukan RM14 juta dalam Belanjawan 2022 sebagai pendahuluan kepada gerak kerja projek ini. Saya sangat berbesar hati sekiranya pihak kerajaan mempertimbangkan berkaitan dengan perkara ini. Anggaran keseluruhan kos Fasa 2 bernilai RM400 juta berkenaan meliputi komponen seperti berikut iaitu terusan pemindah sepanjang tujuh kilometer, Empangan Naok dan terusan penghantar.
Kerajaan negeri juga turut memohon melaksanakan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Kampung Terat Batu, Padang Serai yang menelan belanja RM336 juta.
Peruntukan itu merangkumi komponen Ampang Jajar, kolam TAPS, rumah pam, muka sauk dan jajaran paip penghantar.
Tuan Yang di-Pertua, menyentuh isu kitar semula. Pada tahun 2019, Malaysia mencatatkan kadar kitar semula sebanyak 28.6 peratus daripada jumlah janaan sisa sebanyak 38,120 tan sehari. Ia agak rendah jika dibandingkan dengan negara maju yang telah mencecah 50 peratus termasuk negara jiran iaitu Singapura. Kadar kutipan melalui program separation at source juga amat rendah dengan hanya 2,145 tan setahun bagi tujuh buah negeri. Ini merupakan jumlah yang sangat rendah.
Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan mengkaji kaedah yang lebih baik dalam perkara ini. Peningkatan kos dalam pengurusan sisa meningkat dan mencecah RM2 bilion bagi tujuh buah negeri adalah suatu yang tidak lestari. Mungkin kita boleh mencadangkan satu sistem yang lebih efektif. Sebagai contoh, kaedah kitar semula secara aplikasi mobile, Trash4Cash yang sedang dan telah dijalankan di mana sisa buangan berkenaan dikutip dari rumah ke rumah dan mereka yang membakarkan sampah berkenaan diberi bayaran.
Tuan Yang di-Pertua, pengumuman Bajet 2022 disifatkan berita gembira buat golongan usahawan dan peniaga kecil. Menerusi beberapa inisiatif yang disediakan kerajaan, ia memperlihatkan kesediaan kerajaan mendengar rintihan dan keperluan rakyat terutama golongan peniaga kecil yang sangat terkesan akibat pandemik COVID- 19. Beberapa inisiatif yang diumumkan itu juga seperti memperuntukkan bajet khusus buat para peniaga kecil dan penjaja, antaranya pinjaman mudah tanpa faedah yang diumumkan. Harapan kita agar apa yang diumumkan oleh kerajaan ini akan meringankan sedikit bebanan terutama golongan B40, peniaga kecil dan penjaja.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Jumlah usahawan dan peniaga kecil terutama golongan penjaja di tepi jalan dilihat kian meningkat. Memandangkan ramai yang kehilangan pekerjaan, mereka memilih untuk berjinak-jinak dengan perniagaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta rumuskan, Yang Berhormat. Ada 30 saat lagi.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Tuan Yang di-Pertua, pembentangan Bajet 2022 jelas menunjukkan kerajaan peka akan kepentingan sektor pendidikan. Insya-Allah, seramai tiga juta pelajar akan menerima manfaat ini. BAP akan diberikan jumlah sebanyak RM150 iaitu meningkat sebanyak RM50 berbanding RM100 sebelum ini.
Bantuan ini dilihat sangat bermakna untuk golongan luar bandar. Jumlah RM150 ini dilihat mencukupi bagi seorang pelajar bagi mendapatkan pakaian seragam, beg sekolah serta kasut untuk memulakan sesi persekolahan mereka.
Jadi, untuk akhirnya, Tuan Yang di-Pertua, saya ingat cukuplah sekadar itu daripada saya. Dengan ini, saya menyokong penuh Belanjawan 2022. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pokok Sena. Masa 13 minit.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua untuk memberikan ruang kepada saya membahaskan Bajet 2022.
Bajet ini dibentangkan seperti mana satu kejadian yang berlaku pada diri saya pada pagi tadi apabila saya buang air besar, saya tidak puas.
[Ketawa] Jadi, ada masalah penyakit yang dihadapi oleh saya iaitu sembelit.
[Ketawa] Jadi, saya menganggap bajet ini adalah ‘bajet sembelit’ dan ‘bajet berak tidak puas’.
[Ketawa] Ini yang kita dapat lihat bahawa ia tidak menyelesaikan masalah-masalah penyakit kritikal yang berlaku dalam urus tadbir dan tata kelola dalam negara kita. Ini dapat kita lihat apabila pembentangan Laporan Audit 2020 yang menunjukkan kepada kita bahawa bagaimana dapatan jumlah isu pembayaran tidak teratur, kerugian wang awam dan pembaziran sebanyak RM620.07 juta. Ini satu jumlah yang sangat besar yang tidak menggambarkan bagaimana dalam bajet ini tidak menggariskan apakah rangka kerja dalam usaha untuk mengatasi masalah-masalah yang berbangkit ini.
Ini laporan yang setiap tahun berlaku dibentangkan oleh Laporan Ketua Audit Negara. Oleh sebab itu, saya lihat bahawa antara yang disebut Laporan Ketua Audit Negara ini adalah isu pembaziran. Kita sendiri, kerajaan sendiri telah pun melakukan satu pembaziran yang sangat besar apabila bajet ini tidak mengemukakan satu cadangan untuk mengecilkan Kabinet yang begitu besar.
Kabinet yang begitu besar yang tidak menghasilkan sesuatu pencapaian yang besar dalam sepanjang Kabinet Kerajaan yang dibentuk pada kali ini. Ini bagi saya sesuatu yang tidak seharusnya berlaku. Sepatutnya kerajaan harus sedar bahawa perlu untuk mengecilkan Kabinet kerana ini merupakan satu pembaziran yang sangat besar kerana ia tidak menyumbang kepada sesuatu yang lebih baik untuk meningkatkan masa depan negara kita.
Begitu juga kalau kita lihat, bagi saya, bahawa pelantikan di dalam agensi-agensi kerajaan dan juga ahli lembaga pengarah (board) GLC ini. Tidak seharusnya berlaku dengan satu jumlah yang begitu besar. Oleh sebab itu, sudah sampai masanya, kerajaan harus berani untuk mengurangkan bilangan-bilangan anggota-anggota board di dalam agensi ataupun GLC yang ada di dalam negara kita. Ini untuk mengurangkan pembayaran-pembayaran yang tidak memberikan dan tidak mendapatkan pulangan yang baik iaitu daripada pengendalian di dalam agensi ataupun GLC-GLC yang ada.
Saya juga ingin mengemukakan satu keadaan di mana bagaimana satu agensi kerajaan iaitu YADIM yang telah menggaji 12 orang pegawai di Pejabat Menteri Agama dan juga Timbalan Menteri Agama. Ini, bagi saya, apa perlu untuk seorang Menteri Agama― bukan Menteri Agama sekarang ini tetapi Menteri Agama yang sebelum ini. Apa
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
perlu untuk sampai 10 orang pegawai yang digaji oleh YADIM? Ini bagi saya satu benda yang tidak seharusnya berlaku.
Tidak cukupkah lagi pegawai yang ada dan yang telah sedia ada yang diberikan kepada seorang Menteri? Kalau tidak silap saya, PTTK sebanyak tiga orang. Kemudian, Setiausaha Politik, Setiausaha Sulit Kanan dan Setiausaha Sulit. Kemudian, ada lagi Pegawai Khas dan tiba-tiba, YADIM menggaji lagi 10 orang tambahan pegawai di Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan dua orang pegawai di Pejabat Timbalan Menteri.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jadi saya nak minta penjelasan daripada pihak kerajaan, apakah keperluan dan kenapa mengambil tindakan yang sebegini rupa. Oleh sebab perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh YADIM setahun untuk mengajikan 10 orang pegawai di pejabat Menteri dan juga dua orang di pejabat Timbalan Menteri ini sebanyak RM345,000. Ini bagi saya satu benda yang sangat bersifat satu pembaziran, sedangkan hasilnya kita tak nampak.
Apa dia hasil? Apa dia keperluan kepada pegawai yang untuk membantu Menteri yang boleh melonjakkan program-program di Jabatan Perdana Menteri, khususnya yang berkaitan dengan hal ehwal agama. Ini saya fikir bahawa sesuatu yang perlu diberikan penjelasan oleh pihak kerajaan. Oleh sebab itu bagi saya bahawa ini merupakan perkara yang perlu diberikan perhatian.
Keduanya bajet ‘berak tak puas’ ini ialah kerana tidak ada satu rangka kerja dalam usaha untuk memerangi rasuah dalam negara kita. Ini saya semak dalam ucapan bajet ini, tidak ada satu perkataan pun yang berkaitan dengan soal untuk memerangi rasuah.
Tidak ada, walaupun ada peruntukan tambahan, peruntukan lebih berbanding dengan tahun ini, 2021 tetapi tidak ada satu pun agenda komitmen atau pernyataan khusus dalam usaha untuk memerangi rasuah, menentang rasuah dan juga untuk memulihkan kembali kepercayaan masyarakat dan rakyat kepada institusi seperti mana SPRM itu sendiri.
Ini saya lihat bahawa sesuatu yang perlu diberikan perhatian. Mungkin kerajaan tidak mampu untuk membuat penyataan-penyataan khas ini dalam konteks untuk memerangi rasuah sebab kerajaan ini terbentuk atas scheme of things iaitu sebahagian daripada benda yang bersifat dengan agenda-agenda rasuah. Jadi tanpa scheme of things ini, saya percaya bahawa kerajaan ini tidak akan terbentuk dan terbina seperti mana yang ada di hadapan kita. Oleh sebab itu bagi saya bahawa isu yang berkaitan dengan soal rasuah ini telah banyak diperkatakan, hatta bekas Ketua Polis Negara menyatakan bahawa isu-isu semasa pilihan raya di Sabah, ada pegawai-pegawai dari pejabat Menteri yang terbang ke Sabah dan sebagainya.
Ini satu benda yang cukup jelas kepada kita apabila satu keadaan keluhan di mana seorang Ketua Polis Negara pada waktu itu mengeluh dan meluahkan rasa kekecewaannya terhadap ahli-ahli politik daripada pihak kerajaan sendiri yang terus mengamalkan rasuah hanya semata-mata untuk kepentingan kuasa dan sebagainya. Jadi saya minta penjelasan kenapa pada kali ini kita tidak melihat komitmen dan kesungguhan kerajaan dalam bajet ini untuk menentang budaya-budaya rasuah yang sudah menjadi sebati di dalam kerajaan yang ada pada hari ini.
Kita tidak mahu hanya semata-mata sekumpulan NGO seperti mana rasuah ‘booster’ yang digerakkan oleh pihak NGO yang hanya sekadar mereka yang boleh mampu untuk meneruskan usaha-usaha agenda memerangi rasuah tanpa komitmen yang tegas, yang bersungguh-sungguh daripada pihak kerajaan. Ketiga...
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ya, ringkas-ringkas.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Tadi, tak. Rasuah buster membasmi rasuah, bukan ‘booster’ kalau ‘rasuah booster’ kita pacukan rasuah itu lagi.
[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ya, ya. Sorry, saya silap sebut.
[Ketawa] Saya ingat, terima kasih atas peringatan. Kita hendak membasmi rasuah bukan kita mahu meningkatkan rasuah.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Baik, Tuan Yang di-Pertua, perkara yang ketiga bajet ‘berak tak puas’ ialah berkaitan dengan soal usaha yang sungguh-sungguh untuk memastikan supaya bantuan yang lebih baik kepada pembangunan institusi agama dalam negara kita khususnya yang berkaitan dengan pembangunan sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah pondok dan juga sekolah tahfiz. Apa yang disebut hanya sekadar menaikkan tambahan sebanyak RM40 juta iaitu pada tahun hadapan sebanyak RM140 juta. Akan tetapi bagi saya ini tidak mencukupi dan tidak mampu untuk membantu mereka, sedangkan mereka telah membantu kerajaan dari sudut mengurangkan perbelanjaan kerajaan. Mereka telah berjaya untuk mengurangkan bebanan kerajaan di sekolah sebab kerajaan memberikan peruntukan kepada sekolah-sekolah kebangsaan berasaskan per kapita iaitu setiap kepala murid itu. Akan tetapi mereka telah berjaya mengurangkan beban iaitu mereka mengambil tanggungjawab untuk mendidik anak-anak di peringkat tahfiz dan juga di peringkat sekolah agama rakyat dan juga di pondok.
Oleh sebab itu sepatutnya bagi saya kerajaan perlu mengkaji kembali untuk mengembalikan bantuan per kapita kepada setiap sekolah agama rakyat, sekolah tahfiz dan sekolah pondok ini untuk membantu bagi membangunkan mereka dengan satu keadaan yang lebih baik bagi memastikan supaya anak-anak di peringkat sekolah agama rakyat, sekolah tahfiz dan sekolah pondok ini mendapat bantuan yang sama seperti mana di sekolah-sekolah kebangsaan.
Ini seharusnya dilakukan supaya kita hendak pastikan supaya mereka dapat pacu dengan lebih baik dalam institusi pendidikan dan mereka boleh memasarkan lepasan pondok, lepasan sekolah agama rakyat, lepasan tahfiz ini untuk berada dalam pasaran pekerjaan dalam semua sektor di dalam negara kita.
Kemudian, ‘bajet berak tak puas’ tahun 2022 yang terakhir yang saya hendak sebut dalam jangka waktu yang ada sedikit ini. MoU antara kerajaan dengan Pakatan Harapan (PH). Tujuan ialah untuk kestabilan politik negara kita. Inilah yang dilaungkan oleh titah Yang di-Pertuan Agong untuk melihat kestabilan politik dalam negara kita.
Namun apa yang berlaku sebaliknya apabila kami daripada PH sendiri menghargai titah Yang di-Pertuan Agong sehingga bersedia untuk menandatangani satu MoU dengan pihak kerajaan untuk mewujudkan soal kestabilan politik dalam negara kita.
Akan tetapi apa yang berlaku sebaliknya ialah porak-peranda dalam kerajaan yang ada pada hari ini. Saya sendiri tidak dapat hendak pastikan kerajaan ini Kerajaan Barisan Nasional kah ataupun Kerajaan Perikatan Nasional kah atau apa kerajaan. Akan tetapi, hakikatnya bahawa kerajaan ini yang sedang mengalami porak-peranda. Sedangkan MoU ialah untuk kestabilan politik dan porak-peranda ini membawa kepada ketidakstabilan politik.
Hari ini di Melaka, pilihan raya negeri Melaka, pertembungan di kalangan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional. Walaupun dari sudut politik saya boleh terima, oh ini baguslah untuk kebaikan, mudah untuk kita hendak menang. Akan tetapi saya tidak melihat kepada soal dan aspek itu, tetapi saya melihat kenapa ini berlaku. Kenapa?
Sedangkan di peringkat Federal sekarang ini kerajaan bersama Barisan Nasional dan Perikatan Nasional, tiba-tiba di Melaka mereka berebut kuasa. Mana maruah?
Seorang Ahli
Malu.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Mana maruah? Di sini masih berada dalam Kerajaan Perikatan Nasional, di sana berebut kuasa antara satu sama lain. Apakah ini yang kita hendak beri kepada rakyat negeri Melaka? Oleh sebab itu bagi saya bahawa saya seru daripada Dewan yang mulia ini untuk rakyat negeri Melaka memberikan kepercayaan kembali kepada Pakatan Harapan untuk memerintah negeri Melaka.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Sekejap saya hendak gulung. Saya melihat bahawa isu yang berlaku sekarang ini satu isu yang sangat memelikkan kita, sebab itu kerajaan perlu tampil menjawab. Contoh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini bertanding melawan Pengerusi UMNO Negeri Melaka iaitu Pengerusi UMNO, parti Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Naib Presiden UMNO,
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
sedangkan Timbalan Menteri di bawah Perdana Menteri hari ini lawan parti Perdana Menteri.
Saya tak tahu sama ada dia akan letak jawatan ataupun tidak, tapi ini satu yang perlu dilihat. Bukan itu sahaja, tetapi hakikatnya keadaan politik ini menjanjikan sesuatu yang memburukkan lagi pertumbuhan ekonomi di dalam negara kita. Ini kerana dilihat kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan yang pincang.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
PAS dulu dengan UMNO, hari ini Ketua Dewan Ulama PAS mendoakan supaya dihancurkan UMNO.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Yang ‘berak tidak puas’ ini, cuba datangkan bukti Yang Berhormat Pokok Sena. Jangan cakap sahaja.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak, tidak apa. Duduk.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Yang Berhormat Pokok Sena balik makan ubat. Di Pokok Sena itu ada banjir.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak, tidak apa. Duduk-duduk.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Balik makan ubat. Jangan cuit nama PAS.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ini yang berlaku!
[Dewan riuh]
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Bagi saya mencelah.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak apa, saya tidak bagi, saya tidak bagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Pokok Sena, masa dah habis.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Ya?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sebab masa dah habis.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Sekejap, sekejap, saya hendak gulung.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Tidak boleh sekejap, masa dah habis.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Yang Berhormat Pokok Sena, balik makan ubat. Ubat sembelit ada, di farmasi ada.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya gulung. Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Mas. Tahniah dia menang Ketua Pemuda. Dewan Ulama tidak boleh buat pemilihan, ada berlaku perebutan di kalangan mereka. Cukup teruk hari ini.
Jebon bukan ada dah dalam PAS...
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Parti, parti.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Sekarang lahir jebon-jebon baru dalam PAS.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Parti Yang Berhormat Pokok Sena sendiri pun dah kucar-kacir. Jangan hendak cuit parti orang lain.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Dulu ada jebon dalam PAS, sekarang...
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Tidak, Yang Berhormat Pokok Sena tahu jalan...
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Rupanya ada... [Sistem pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Pokok Sena, saya dah bagi lebih tiga minit, tidak boleh sekejap. Saya akan tamatkan sebab the next speaker.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
On kan microphone.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Politik yang porak-peranda ini perlu diatasi segera. Oleh sebab itu pada saya sudah sampai masanya, kalau hendak bubar Parlimen pun, sudah diperlukan sekarang. Apa lagi hendak perlu ada pada kerajaan yang porak-peranda seperti ini dan mereka terus tidur sekali dalam keadaan secara yang tidak wajar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Keningau dan kita akan break nanti pukul satu. Silakan Yang Berhormat Keningau, 20 minit kerana ketua parti.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kerana memberikan saya peluang. Izinkan saya untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan yang telah membentangkan Bajet 2022 di bawah kerajaan Keluarga Malaysia. Tidak boleh dinafikan bahawa secara keseluruhannya, Bajet 2022 adalah bajet yang inklusif dan komprehensif yang mengambil kira kesejahteraan rakyat sejajar dengan konsep Keluarga Malaysia dan bersempena dengan inisiatif-inisiatif untuk menjana dan memberangsangkan ekonomi yang merosot akibat COVID-19.
Walau bagaimanapun, sikap dan pandangan pemimpin-pemimpin pusat terhadap Sabah dan Sarawak masih lagi mengikut cara yang lama. Oleh sebab itu, rakyat Sabah dan rakyat Sarawak juga merasa kecewa bilamana mendengar bahawa Sabah hanya diberi RM5.2 bilion dan Sarawak sebanyak RM4.6 bilion untuk pembangunan. Manakala Malaya pula mendapat RM67.8 bilion sedangkan Sabah dan Sarawak adalah dua wilayah besar yang perlu diberi tumpuan dalam pembangunan.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberi pandangan mengenai Bajet 2022 dari sudut Sabah dan Sarawak yang boleh saya percaya membendung ketidakpuasan hati rakyat di mana sebahagian besar atau 60 peratus mendesak Sabah dan Sarawak untuk keluar dari Malaysia. Saya berharap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan Keluarga Malaysia akan mendengar keluhan rakyat Sabah dan Sarawak dan menyelamatkan Malaysia daripada perpisahan.
Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2022 amat mengecewakan kerana dilihat bertentangan dengan keperluan Perlembagaan Persekutuan. Ia juga bertentangan dengan matlamat dan aspirasi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan Keluarga Malaysia kerana masih lagi menganggap Sabah dan Sarawak sebagai anak tiri.
Ia bertentangan juga dengan matlamat Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama dan juga aspirasi dan ekspektasi rakyat Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi sama taraf di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Maka bajet ini perlu dikaji semula dan ditambah baik.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia dibentuk 58 tahun yang lalu dengan syarat Sabah dan Sarawak merdeka melalui Malaysia sebagai rakan kongsi dan bukan sebagai jajahan dan mempunyai hak-hak istimewa di dalam Perlembagaan. Namun, hak-hak ini tidak pernah dihormati selama 58 tahun terutama sekali hak-hak kewangan dalam Artikel 112C, 112D dan Jadual Kesepuluh Perlembagaan Malaysia. Fakta juga menunjukkan Kerajaan
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
Pusat sengaja menjadikan Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak sentiasa bergantung kepada Kerajaan Pusat dari segi kewangan. Apakah motifnya?
Sebagai wakil rakyat dan wakil Parlimen, saya telah banyak kali memohon agar Sabah dilayan hak kewangannya khususnya 40 peratus hasil bersih yang diperoleh Persekutuan dari Sabah. Namun keluhan ini tidak pernah didengar dan tidak dihormati.
Saya juga tertanya-tanya kenapa? Sebagai makluman Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan hasil kasar yang dikutip oleh Persekutuan dari Sabah yang dianggarkan di antara RM60 hingga RM100 bilion setahun. Kerajaan Pusat seharusnya membayar Sabah di antara RM20 hingga RM36 bilion setahun tetapi selama 52 tahun, Sabah hanya menerima RM26.7 juta sahaja kecuali tahun 2020 di mana Kerajaan Negeri Sabah, Warisan Plus telah bersetuju menerima RM53.4 juta walaupun jumlah sebenarnya berbilion-bilion.
Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2022, pembayaran ini masih lagi kekal dalam angka RM26.7 juta. Mungkin kah ini disebabkan menunggu review di bawah Artikel 112D oleh Jawatankuasa Perundingan Bersama? Kalau ia betul, saya harap kerajaan mengambil kira bahawa selama ini kerajaan telah gagal menjalankan kewajipan mengadakan financial review setiap lima tahun. Kali ini saya haraplah kerajaan akan meletakkan dalam Bajet 2022 satu angka daripada 40 peratus yang dianggar akan dikembalikan berdasarkan jumlah yang diterima.
Tuan Yang di-Pertua, tidak juga begitu susah untuk mengira berapa yang sepatutnya dibayar. Misalnya boleh dikira daripada pungutan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kastam Diraja Malaysia di Sabah, kementerian-kementerian dan juga agensi- agensi kerajaan yang lain yang beroperasi di Sabah dan telah mengutip hasil setiap hari dan setiap bulan. Pembayaran hasil cukai petroleum oleh PETRONAS dan syarikat- syarikat minyak antarabangsa yang beroperasi di Sabah, perlu diingatkan bahawa suatu ketika dahulu, Lembaga Hasil Dalam Negeri pernah mengatakan bahawa kutipan cukai di Sabah pada waktu itu adalah RM40 bilion, ini cukai sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, saya cadangkan dengan izin, why not put a provisional sum for the to be returned to Sabah. The actual amount can be paid later. Saya juga tertanya- tanya di manakah duit Sabah berbilion-bilion ringgit selama ini? Adakah ia telah disalahgunakan dengan tujuan yang lain atau digunakan untuk membangunkan hanya di negeri-negeri Semenanjung?
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
Yang Berhormat Keningau, boleh minta laluan?
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
Maka saya merayu sekali lagi bagi pihak Sabah dan khasnya kepada rakyat Sabah supaya ini dipertimbangkan.
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
Boleh minta laluan sedikit?
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
Negeri Sabah dan Sarawak adalah dua negeri yang dikatakan the golden goose. Please look after this two golden goose otherwise they may fly away. Tuan Yang di-Pertua, saya faham Keluarga Malaysia memerlukan pembayaran...
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
Yang Berhormat Keningau.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
...Dan perbelanjaan.
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
Boleh minta pencelahan sekejap sahaja?
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
Nanti, nanti.
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
Okey, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
[Tidak jelas] ...Yang Berhormat Keningau.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
Saya faham Keluarga Malaysia memerlukan pembiayaan dan perbelanjaan musim pandemik ini tetapi harus diingatkan juga kami di Sabah selama 58 tahun telah menanggung sengsara kerana dilayan seperti
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
koloni, dieksploitasi sebagai tanah jajahan, dipecah dan diperintah. Adakah selama ini Sabah atau rakyat Sabah ataupun pemimpin Sabah ini bodoh atau diperbodohkan?
Sakit hati kami, ya sakit hati kami Tuan Yang di-Pertua bila menyedari bahawa Sabah adalah negeri yang termiskin di Malaysia dan lapan daripada 10 daerah di Malaysia yang termiskin adalah di Sabah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
Sedangkan Sabah adalah pengeluar minyak yang terbesar di Malaysia, 60 peratus daripada pengeluaran minyak Malaysia adalah dari Sabah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Keningau.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
Dan juga Sabah adalah pengeluar minyak sawit yang nombor tiga terbesar di dunia. Maka itu Tuan Yang di-Pertua, alangkah baiknya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
Sekiranya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri Kewangan kali ini dapat menunjukkan komitmen kepada Perlembagaan mulai dari Bajet 2022.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat, kita terpaksa berhenti rehat. Kita sambung selepas rehat Yang Berhormat.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
Oh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sekarang sudah pukul satu.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Kita berhenti rehat, kita sambung semula, ada sembilan minit 56 saat selepas daripada rehat.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
Okey, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Keningau. Ahli-ahli Yang Berhormat, kita berhenti rehat dan disambung semula pada jam 2.30 petang. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli Yang Berhormat, kita sambung perbahasan dengan saya menjemput Yang Berhormat Keningau. Ada sembilan minit 59 saat lagi.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sepertimana yang saya katakan tadi langkah baiknya jika Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri Kewangan dapat menunjukkan komitmen kepada perlembagaan mulai daripada Bajet 2022 ini dan memasukkan sekurang-kurangnya RM2 bilion kepada Sabah dan Sarawak demi meredakan kekecewaan dan juga ketidakpuasan hati di
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
Sabah dan Sarawak. Be the first Perdana Menteri to do it, be the first Minister of Finance to do it, this will be good, dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua, apakah erti Dasar Kemakmuran Bersama jika asas atau formula pembahagian perbelanjaan pembangunan masih lagi mengikut cara yang lama iaitu Malaya- centric atau Kuala Lumpur-centric, Semenanjung-centric dan tidak seimbang. Sebagai contoh, di Semenanjung dikira sebagai 11 unit kerana ada 11 buah negeri tetapi di Sabah dan Sarawak hanya satu unit.
Maka itu apabila peruntukan diberikan kepada Semenanjung, Sabah dan Sarawak dikiranya 11 unit ini sebagai satu unit, Sabah hanya dikira sebagai satu dan begitu juga Sarawak sedangkan ketiga-tiga wilayah ini hampir sama saiznya. Sebagai contoh di 11 buah negeri di Semenanjung ada state economic development corporation, di Sabah juga ada satu. Dalam bajet yang kita lihat pada tahun ini di Semenanjung mendapat RM82.4 juta, Sabah RM4.6 juta sahaja dan Sarawak RM1.7 juta.
Begitu juga apabila kita lihat kawasan Parlimen saya yang lebih besar daripada tiga buah negeri digabung iaitu Pulau Pinang, Melaka, Perlis dan kalau dibandingkan Perlis mempunyai tiga orang MP dan 15 DUN. Negeri Melaka lapan MP dan 28 DUN. Pulau Pinang 13 orang MP dan 40 DUN. Digabungkan kawasan ini mempunyai 22 MP dan 83 DUN, dibandingkan dengan kawasan Keningau hanya satu MP dan tiga DUN.
Sarawak alone dengan izin *is almost the size of Semenanjung yet you treat Sarawak as one unit compared to Peninsular with having 11 units. This is totally unfair. You allocated RM5.2 billion for Sabah and RM4.6 billion for Sarawak development budget against a total development budget of RM77.6 billion which means that a large portion or RM67.5 billion or 87.4 percent goes to Semenanjung. Yet you know very well that GDP per capita for Sabah is way below the national average. The national average is USD12,000. In Sabah, only USD6,000.
So*, ini bererti kita perlu beri tumpuan kepada wilayah Sabah dan wilayah Sarawak untuk memastikan Dasar Kemakmuran Bersama ini mempunyai makna bagi mereka. Ini kerana kalau tidak how do you expect Sabah and Sarawak to catch up with Semenanjung and enjoy the kemakmuran bersama in this kind of budget treatment?
Tuan Yang di-Pertua, janganlah bagi kami cangkul untuk meratakan bukit sebab inilah masalah di Sabah. Masalah kami sebesar bukit, sebesar gunung. Masalah bercampur-campur daripada isu keselamatan, pendatang tanpa izin, kemiskinan dan underdevelopment. Satu misalan yang ketara sekali adalah isu banjir dan peruntukan tebatan banjir. Masalah banjir di Sabah tidak akan dapat diselesaikan dengan dana yang diberi bercubit-cubit atau sedikit- sedikit. Seperti yang diperuntukkan untuk Rolling Plan 1 dalam RMKe-12, program tebatan banjir telah diagihkan RM9.19 bilion untuk 98 buah projek di mana Semenanjung mendapat RM7.9 bilion untuk 69 buah projek.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
Manakala Sabah mendapat RM806 juta atau hanya 8.8 peratus untuk 17 projek dan Sarawak mendapat RM408 juta atau 4.4 peratus untuk 12 projek iaitu Semenanjung mendapat 86.8 peratus. Very similiar treatment in the budget untuk selesaikan masalah banjir di Sabah. Kami memerlukan tidak kurang daripada RM5 bilion. Kerajaan harus meneliti pengagihan peruntukan untuk tambatan banjir dari kaca mata penyelesaian holistik. Misalnya pembinaan barrage di Likas, Kota Kinabalu memerlukan dana sebanyak lebih kurang RM850 juta dan pembinaannya boleh menyelesaikan masalah banjir yang diakibatkan oleh tiga batang sungai.
Bagaimana pula pembinaan boleh dibuat sekiranya tiada peruntukan ataupun peruntukan diberi hanya RM100 juta untuk menyelesaikan 850 juta-
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
Yang Berhormat Keningau, boleh mencelah sedikit Yang Berhormat Keningau. Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
Sekejap lagi. Sekejap.
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
Untuk tambah sahaja RM200 juta tidak diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada flood mitigation measure sepertimana yang diumumkan oleh Yang Berhormat Keningau. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Penampang. Sila.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
Terima kasih. Hal ini sebab baraj tersebut merupakan satu pembinaan yang amat besar. Kerajaan Pusat hanya memberikan cangkul untuk kerja-kerja memotong dan meratakan bukit. Our problem is as big as a mountain yet when we ask for a budgetary solution and allocation, you choose to give us only a cangkul. Jadi bagaimana kami dapat menyelesaikan masalah yang setinggi gunung?
Tuan Yang di-Pertua, saya memohon kepada pemimpin pusat dan kakitangan pusat please lah change your way of thinking. Do not ignore us, please adopt a new mindset, a new development formula for Malaysia*. Please drop the old mentality.
Remember* Enstein said, “Insanity is doing the same thing over and over again and expecting different results.’’ Oleh sebab itu, saya ingin mencadangkan supaya melihat Sabah dan Sarawak sebagai rakan, as partners. Layanlah kawasan Sabah dan Sarawak ini yang mempunyai di atas daerah itu ialah division atau residency sebagai equivalent to the state in Semenanjung. Adopt a more equitable development formula, saya suggest 50 peratus Semenanjung, 25 peratus di Sarawak dan 25 peratus di Sabah. Begin by making Sabah a little bit happier by committing at least RM2 billion annual commitment of the 40 percent nett revenue for the next five years. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meminta pertimbangan sekali lagi sebelum terlambat supaya keluhan kami ini didengar. Ahli-ahli Yang Berhormat dari Sabah dan Sarawak sudah banyak kali menyuarakan tetapi lebih lantang lagi suara-suara di luar sana yang meminta supaya keluhan kita didengar atau kita akan menghadapi masalah pada masa yang akan datang.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, mintalah...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat, masa sudah tamat. Minta rumuskan Yang Berhormat.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
...Mintalah supaya kita mempunyai mindset yang baharu, layanlah sebagai partner dan hormatilah hak-hak Sabah dan Sarawak di dalam Perlembagaan. Jadi, saya harap kerajaan ini be the first government to have a new mindset towards Sabah, be the first PM, be the first Finance Minister to look at Sabah and Sarawak dari kaca mata yang lebih adil dan saksama.
Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Keningau. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Penampang.
Saya hendak sebutkan Yang Berhormat lain. Kemudian Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Gopeng, Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Setiawangsa, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Johor Bahru dan Yang Berhormat Sibu.
Dipersilakan Yang Berhormat Penampang, 13 minit.
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan kopivosian. Saya minta izin untuk berbahas dalam mixed language bahasa Malaysia dan juga bahasa Inggeris, in advance terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, belanjawan negara bagi tahun hadapan menunjukkan satu jumlah peningkatan besar iaitu sebanyak RM332.1 bilion.
Sebenarnya, negara-negara jiran Persekutuan Malaysia seperti Indonesia dan Filipina juga telah menunjukkan peningkatan Belanjawan 2022 mereka iaitu di Indonesia, Rp2.71 trilion ataupun dalam kadar RM789 bilion bagi belanjawan mereka pada 2022 dan juga di Filipina ₱5.02 trilion dalam kadar ringgit Malaysia ialah RM412 bilion.
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
Peningkatan peruntukan belanjawan bagi jiran kita ini tidak menghairankan kerana mereka masih lagi bergelut dengan masalah COVID-19, terutamanya Delta variant di Filipina dan memerlukan perbelanjaan yang besar untuk menampung keperluan di Filipina seramai 111 juta orang penduduk di Filipina. Di Indonesia pula, seramai 277 juta orang penduduk di Indonesia.
Jika kita bandingkan dengan Persekutuan Malaysia yang cuma mempunyai seramai 32.7 juta orang penduduk dan sudah mencapai tahap vaksinasi sebanyak 95 peratus penduduk dewasa dan pada yang sama, Parlimen sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM322.5 bilion pada Belanjawan 2021 dan lapan buah pakej bantuan dan rangsangan ekonomi berjumlah RM530 bilion tahun lepas.
Mengapakah Kerajaan Persekutuan masih perlu RM332.1 bilion untuk perbelanjaan bagi tahun 2022? Merujuk kepada peruntukan yang disediakan untuk Sabah, saya berpendapat bahawa seperti yang disebut oleh Yang Berhormat dari Keningau, “you have to rethink of a new strategy’’ bila mengagihkan belanjawan untuk Sabah, Sarawak dan juga Semenanjung Malaysia.
Saya berpendapat bahawa ia sepatut mencerminkan kesedaran kerajaan pusat mengenai keperluan mendesak yang diperlukan oleh Sabah dan Sarawak dan berasaskan kepada empat teras utama iaitu usaha berterusan untuk mengatasi pandemik, mengurangkan impak kemusnahan akibat bencana alam, menghidupkan semula aktiviti ekonomi dan keempat, economic reconfiguration and pengedaran prasarana pelabuhan.
Tuan Yang di-Pertua, dari RM332.1 bilion yang diperuntukkan tahun depan, RM9.6 bilion telah diperuntukkan khas ataupun khusus untuk pembangunan Sabah dan Sarawak, leaving the balance of the budget dengan izin Tuan Yang di-Pertua, RM326.9 bilion yang mana seterusnya akan dikongsi oleh Semenanjung, Sabah dan Sarawak melalui pelbagai program dan agenda. Saya dapat satu mesej tadi di mana MOF, Yang Berhormat Menteri Kewangan telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa Sabah dan Sarawak mendapat 20 peratus belanjawan daripada development allocation.
I don’t think this is real, Tuan Yang di-Pertua because why? Billions and billions telah diumumkan pada belanjawan sebelum ini dan we don’t see benefitnya. Banyak projek belum dimulakan dan juga yang diumumkan mungkin termasuk dengan Pan Borneo yang disebut semenjak saya memasuki Parlimen sejak tahun 2013. So, this is repetitive by the Federal Government and a new strategy to allocate development allocation to Sabah should be reconsidered. Tuan Yang di-Pertua, SME ataupun SMI dan micro entrepreneurs dari 225 buah kerusi Parlimen yang ada di sini memerlukan bantuan untuk mengharungi pasca COVID- 19 dan masalah kita Tuan Yang di-Pertua, ialah kita tidak ada sistem pengagihan dan pelaksanaan yang telus, adil dan cekap mengenai pembahagian baki RM326.9 bilion ini.
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
Sebelum COVID-19, sistem pengagihan dan pelaksanaan ini walaupun adanya keraguan, ia tidak mendesak kerana sebilangan besar rakyat Persekutuan Malaysia dan golongan entrepreneurs kita mampu berdiri tanpa bantuan secara langsung daripada Kerajaan Persekutuan sebelum pandemik COVID-19.
Akan tetapi, bukan pada hari ini Tuan Yang di-Pertua. Persoalan kita sekarang bagaimanakah pengagihan secara bertanggungjawab, telus dan adil dapat dilaksanakan di kesemua 222 kerusi Parlimen, terutamanya 25 kerusi Parlimen di Sabah dan termasuk Kerusi Parlimen Tuan Yang di-Pertua. Bagaimanakah Kerajaan Persekutuan akan memastikan bahawa segala bantuan yang disediakan ini tidak akan dimonopoli semata- mata oleh pemain-pemain industri, SME dan entrepreneurs dari – Kalau dari segi Sabah, dari Semenanjung ataupun dibuat berdasarkan political affiliation ataupun jenis bangsanya, ataupun agamanya.
Begitu juga dengan pengagihan sebanyak RM11.4 bilion di bawah agenda pemerkasaan bumiputera. Adakah sistem kuota akan diperkenalkan agar tidak ada rakyat Sabah yang layak tercicir daripada mendapat bantuan di bawah agenda ini? Let us admit Tuan Yang di-Pertua, in this agenda pemerkasaan bumiputera throughout the years there
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
have been unequal allocations between bumiputeras ataupun orang asal dari Sabah dan Sarawak and also whether there is discrimination between non-Muslim and Muslim bumiputeras. There is a concern, but I would like to ask the government. Can this government list down how they distributed and enhanced the livelihoods of Sabahan and Sarawakian natives and whether there are discriminations between those Orang Asal or bumiputeras, considered as bumiputeras; Orang Asal Sabah dan Sarawak dibandingkan dengan our fellow bumiputeras dari Semenanjung. Kerajaan mesti mengaku bahawa semua komuniti di Persekutuan Malaysia perlu agenda bersama. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan Keluarga Malaysia, but there is no keluarga when you divide people through race and their beliefs. Kita nampak bahawa it is definitely time to think a new economic agenda that gives equal opportunites to all Malaysians based on merits.
Our neighbours have become new digital and industrial economies because of merits. Saya baru berbincang dengan rakan MP yang sama bahawa kita setiap tahun mengalami brain drain. Ramai anak murid kita yang berjaya tidak dapat peluang belajar di universiti di Malaysia dan mereka pergi ke luar negara ataupun bekerja dan menjadi graduan di sana.
Singapura, dalam experience yang saya ada, telah membawa saya ke sebuah tempat yang dikenali sebagai A*STAR. Dalam A*STAR ini mereka mengambil murid- murid dari Malaysia, Filipina, Indonesia, Thailand dan mereka memberikan peluang kepada mereka untuk membina skill. Mereka di-upskilled-kan dengan teknologi yang baharu, industri dan juga future-proof industry yang memberikan mereka peluang pada masa hadapan.
They are taking away our kids. They are taking away our children dan mereka berjaya di Singapura. Maybe we have to think about this dan menjadi satu nation di mana kita membina negara Malaysia, Persekutuan Malaysia ini tanpa divide through race or religion. We need to focus to build this nation together and not through divide. Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada peruntukan sebanyak RM1.5 bilion bagi tujuan pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri. Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan peruntukan ini, malah saya mengalu-alukan kerana agama ialah tonggak yang menguatkan struktur kekeluargaan dan komuniti negara. Cuma, saya terkilan kerana Kerajaan Persekutuan cuma memperuntukkan sebanyak RM50 juta untuk kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan dan pembangunan kecil rumah ibadat di kawasan pihak berkuasa tempatan sedangkan terdapat beratus- ratus gereja, tokong dan kuil di Malaysia yang memerlukan bantuan kewangan dengan kadar segera for its day-to-day management. Berikutan dengan lockdown, movement order control serta SOP yang telah mengurangkan kehadiran respective congregants yang selama ini telah membantu daripada segi pemberian derma. They need money. Jutaan rakyat Malaysia yang beragama bukan Islam yang turut sama terkesan oleh COVID-19 serta bencana alam tidak mampu mengharungi cabaran-cabaran yang datang ini dalam diam kerana mereka menyerahkan segala-galanya kepada tuhan untuk menentukan. This uniformity with the will of God is a single factor why the non-Muslim families and community structures in this country remain intact that ultimately led to a resilient Malaysia. Saya tidak melihat sebarang masalah kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk memperuntukkan sekurang-kurangnya RM1 bilion untuk membantu meringankan beban yang sedang dipikul oleh pertubuhan-pertubuhan yang mengelola rumah-rumah ibadat bukan Islam yang ada di seluruh Persekutuan Malaysia sebagai tanda keprihatinan kerajaan hari ini terhadap penganut-penganut agama bukan Islam.
Seperti negeri-negeri di semenanjung, masalah banjir semakin teruk di Sabah disebabkan oleh global warming; kadar hujan turun yang semakin meningkat, sungai- sungai yang semakin cetek, pembangunan cerun bukit masa lampau yang tidak teratur dan sebagainya di kawasan saya Parlimen Penampang; kawasan Kampung Sugud, Kampung Maang, Kampung Kibabaig, Bundusan dan beberapa buah kawasan di Moyog
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
dan Kepayan yang terletak di Parlimen Penampang masih diliputi oleh lumpur dan kerosakan yang disebabkan oleh banjir yang terjadi pada 16 September yang lalu.
Peruntukan yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri apabila dia datang ke kawasan saya pada 16 September 2021 adalah sebanyak RM18 juta. But we have not seen all these repairs sebab yang telah membersihkan kawasan yang dilanda banjir ini adalah datangnya daripada NGO, datangnya daripada volunteers, datangnya daripada pejabat seperti pejabat kami, pejabat wakil pembangkang yang tiada MoU. Tidak pernah sain MoU. So, we used our own money to help the people. Jika dilihat daripada belanjawan ini kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2.5 bilion untuk tujuan pembangunan luar bandar merangkumi projek jalan luar bandar, bekalan air luar bandar dan sekian – They keep on announcing. So, because masa tidak ada, and we just get straight to the point. How much of this allocation that was announced, has been used? Setiap belanjawan sepertimana yang saya umumkan tadi dalam lingkungan ratusan dan bilion and we do not see any solution termasuk juga di kawasan Penampang. Penebatan banjir (flood mitigation measures) Penampang masih dalam keadaan yang tidak disiapkan.
Dalam perbahasan RMKe-12 Tuan Yang di-Pertua, saya telah pun menekankan keperluan kerajaan untuk mula melabur dengan serius di Sabah dengan menyediakan prasarana pelabuhan yang mampu menarik hati pelabur-pelabur dalam dan luar negara.
Tuan Yang di-Pertua, did you know that Sabah contributes about RM89 billion ataupun 5.93 percent kepada KDNK? Sebanyak RM89 bilion in 2020 kepada KDNK dan kita hanya dapat sebanyak RM5 bilion sebagai development allocation bagi Sabah?
Saya tahu, kita terpaksa share juga remainder daripada RM329.6 bilion itu tetapi Sabah contributes sebanyak RM89 bilion in 2020 and yet we did not get the figure that we should deserve. Banyak lagi cadangan yang saya ingin buat Tuan Yang di-Pertua, but kerana masa, saya minta maaf if I took too long but there are things that we need to consider. In the last bit I need to say dalam Bajet 2022 ini, with the absence of any specific allocation that depicts the Federal Government intention to make Sabah as an industrial powerhouse in the country, it is now with the utmost regret that I believe that the Federal Government never wanted to see Sabah as a strong equal partner in the federation of Malaysia and all it wants is our oil and gas, and the strength of Sabahan youths, who sadly goes to Semenanjung Malaysia and suffers in Semenanjung Malaysia because they have no place to come back in Sabah because there is no industry.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Penampang. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Sibuti.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih kerana memberi ruang kepada Sibuti untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2022 kali ini.
Semua sedia maklum Kerajaan Sarawak diberikan sejumlah RM4.67 bilion bajet pembangunan dan juga di dalam buku Anggaran Perbelanjaan sebanyak RM1.23 bilion pemberian sebenar Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Dari sudut manfaat sosial pula, Bantuan Tunai 2021 sebanyak RM1.487 bilion dengan bilangan penerima sebanyak 987,434 orang mewakili 10.9 peratus, manakala sebanyak 38,289 orang iaitu tiga peratus menerima GKP berjumlah sebanyak RM127 juta.
Jika didengar, belanja pembangunan kali ini meningkat dan tertinggi dalam sejarah.
Kerajaan Sarawak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih.
Walaupun demikian, seperti sahabat-sahabat lain di Sabah dan juga Sarawak, RM4.6 bilion ini tidak menggambarkan sebenar kesungguhan kerajaan untuk merapatkan
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
jurang pembangunan dan memberi fokus kepada pembangunan infrastruktur seperti jalan, air, elektrik, jambatan, klinik dan sekolah. Juga saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Keningau, Yang Berhormat Penampang sebentar tadi bahawa kerajaan perlu menyemak semula jumlah bajet yang diberikan, adakah perlu dan juga bagaimanakah cara berbelanja bajet tersebut?
Saya ingin menyentuh berkenaan tentang isu pembangunan luar bandar. Asas kepada bapak-bapak keluarga Sarawak menandatangani Perjanjian Malaysia 1963 adalah untuk melihat anak-cucu mereka dan akan menikmati pembangunan yang setara seperti apa yang mereka lihat ketika memijak kaki di Kuala Lumpur untuk berbincang penubuhan Malaysia bersama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika itu setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan 31 Ogos 1957. Keyakinan mereka adalah dengan pembentukan Malaysia dan jaminan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Pertama ketika itu memujuk Sabah dan Sarawak menganggotai sebuah persekutuan yang lebih makmur melalui Malaysia. Maka, 16 September 1963 tandatangan keramat diturunkan bagi merealisasikan impian Malaysia ketika itu.
Walaupun 58 tahun telah bersama, jelas masih kelihatan jurang perbezaan yang besar dari sudut pembangunan infrastruktur di Malaysia Timur. Bukan tidak ada tetapi pembangunan tidak mencukupi. Perbezaan infrastruktur antara Semenanjung, antara Sabah dan Sarawak sangat dirasai sebaik sahaja memijak kaki ke Tanah Melayu ataupun Semenanjung Malaysia ini. Semua perlu berpegang kepada prinsip bahawa Malaysia bukan hanya Kuala Lumpur, Malaysia bukan hanya Putrajaya yang sudah cukup membangun, ada jalan, ada sistem pengangkutan, ada bangunan pencakar langit, ada lambakan rumah yang tidak dapat dibeli dan juga serta rakyat mendapat kemudahan yang mudah.
Dari Parlimen Kangar ke Parlimen Johor Bahru mengambil masa tidak sampai 10 jam tetapi kami daripada Parlimen Lawas ke Parlimen Kuching mengambil masa berhari- hari dan juga Malaysia masih terdiri dari negeri-negeri yang belum membangun. Jauh ketinggalan daripada segi pembangunan infrastruktur seperti negeri Sarawak sebagai contoh, mempunyai keluasan yang besar, masih mempunyai kawasan luar bandar yang jauh ketinggalan.
Pembangunan infrastruktur luar bandar merupakan modal penting bagi sebuah negara. Kerajaan tidak boleh hanya memikirkan dasar ke depan sekiranya pembangunan luar bandar hanya terfokus kepada kawasan-kawasan tertentu, kawasan-kawasan Menteri tertentu. Pembangunan negara sudah perlu bermula dari kawasan luar bandar dan pinggir bandar. Jika kita merujuk kepada naskhah Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2022, dalam Program Ketiga - pengupayaan ekonomi luar bandar bagi outcome masyarakat luar bandar yang berdaya maju, capaian sebenar pada 2020 sekitar 63.7 peratus. Usahawan meningkat pendapatan selepas menerima bantuan, manakala hanya 38 peratus meningkatkan jualan. Mengapa angka ini sedemikian rupa? Ini ialah kemudahan infrastruktur luar bandar masih belum mencukupi bagi mereka meningkatkan pendapatan.
Bagaimana ingin berniaga sekiranya kos pengangkutan tinggi kerana tiada jalan yang baik, jaringan telekomunikasi yang tidak berfungsi, manakala program kerajaan yang datang sekadar hanya bertanya khabar. Dalam outcome luar bandar, data cukup cantik bahawa jaringan infrastruktur jalan siap 100 peratus, itu yang siap, yang belum buat lagi tidak dinyatakan dengan jelas.
Dalam bajet kali ini juga jelas kerajaan tidak peka dengan keperluan masyarakat majmuk di luar bandar di Sabah dan Sarawak. Sebagai contoh, berulang kali saya menekankan dalam ucapan sebelum ini. Apakah dasar kerajaan terhadap pembangunan luar bandar, khusus kepada masyarakat Dayak di Sarawak yang mempunyai konsep rumah panjang? Tiada secebis peruntukan pun untuk program khusus pembinaan rumah- rumah panjang seperti bekalan bahan binaan ataupun penyediaan tapak. Begitu juga komitmen bagi penyukatan tanah NCR yang tercatat di dalam RMKe-12 pencapaian tetapi tidak ada butiran khusus bagi tujuan tersebut untuk kali ini.
Prasarana dan pembangunan infrastruktur luar bandar haruslah disegerakan.
Kita melihat penumpuan rancangan luar bandar tertumpu kepada negeri-negeri di
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Semenanjung, manakala bagi Sabah dan Sarawak pula perancangan di peringkat kementerian hanya melihat luar bandar tersebut hanya terletak di bahagian tertentu ataupun di sekitar ibu negeri sahaja.
Maka, saya ingin mencadangkan kali ini kepada kerajaan, sekiranya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dapat mempertimbangkan untuk memindahkan operasi Kementerian Luar Bandar ke Sabah ataupun ke Sarawak bagi tempoh period 10 tahun.
Ini akan membolehkan kementerian memberi fokus lebih banyak. Mana tidaknya, kadangkala saya melihat bagi peninjauan projek luar bandar di Sarawak seolah-olah aktiviti makan angin, aktiviti membeli ikan terubuk, aktiviti membeli kek lapis. Saya berharap agar kali ini sekiranya berlaku di lokasi Kementerian Luar Bandar ke Sarawak, sekurang-kurangnya KSU keluar sahaja dari pejabat, beliau dapat melihat apakah keperluan pembangunan luar bandar yang sebenarnya.
Dengan relokasi kementerian ke Sarawak ataupun Sabah, saya menggambarkan dasar-dasar yang dikemukakan akan menepati keperluan. Saya sangat yakin apa yang saya minta ini ialah sesuatu yang berat tetapi jangan dipandang ringan. Jika Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Keluarga Malaysia berani mengambil keputusan ini, mengeluarkan arahan kepada Menteri dan kementerian untuk beroperasi di luar pusat pentadbiran Putrajaya dan memfokuskan pembangunan luar bandar, pedalaman Sabah dan Sarawak serta daerah-daerah mundur di Malaysia, saya yakin Kerajaan Malaysia melalui Malaysia Agreement 1963 akan terus kekal sehingga 150 tahun ataupun 1,000 tahun akan datang kerana rakyat berasa bangga pembangunan tersebut sampai di kaki mereka.
Perdana Menteri yang hebat patut sedar asas kemajuan sebuah negara terletak kepada generasi muda. Maka, kerajaan bertanggungjawab untuk menyediakan keperluan asas, khususnya di luar bandar. Kerajaan perlu ambil berat bahawa punca kepincangan jurang antara wilayah disebabkan kurangnya kolaborasi yang berkesan di antara Kerajaan Pusat dan negeri serta penyampaian kurang cekap perkhidmatan awam antara kedua- dua pihak.
Integrasi data yang kurang baik daripada sudut pemantauan dan mendapatkan maklumat pembangunan. Saya ulangi dalam ucapan RMKe-12, kerajaan mengakui bahawa data yang kurang berkualiti dalam sistem profil kampung peringkat nasional menghalang pembangunan luar bandar. Maka, saya tegaskan cadangan relokasi di beberapa kementerian berperanan membangunkan infrastruktur dalam tempoh 10 tahun adalah sangat perlu.
Begitu juga dengan peruntukan khusus diberikan kepada Orang Asli agar dasar ini dapat diperluaskan kepada masyarakat Penan di Sarawak serta etnik minoriti yang masih memerlukan bantuan. Saya ingin tegaskan kepada kerajaan bahawa pembangunan luar bandar bukan bertujuan untuk berbusiness ataupun berniaga tetapi ialah tanggungjawab besar. Banyak penjimatan yang memberi manfaat kepada masa depan sekiranya pembangunan infrastruktur asas dalam negara mencapai tahap seragam di semua negeri.
Kedua adalah berkenaan tentang isu pendidikan. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kanan Pendidikan telah sampai memijak kaki ke Sarawak, melawat beberapa buah sekolah tetapi bagi saya lawatan tersebut tidak mencukupi. Itu hanyalah cuma sedikit sahaja permasalahan yang anda nampak di negeri Sarawak. Saya ingin bertanya, sejauh mana advance payment RM1 bilion bagi kontra pembinaan sekolah daif?
Saya difahamkan kerajaan memberi anggaran sebanyak 147 buah sekolah patut dibina melalui peruntukan RM1 bilion ini. Saya sering menegaskan bahawa kementerian perlu melihat dari sudut berlainan berkenaan tentang isu pembinaan sekolah.
Saya juga ingin mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat sekali lagi bagi mengemas kini operasi Kementerian Pendidikan. Saya rasa perlu desentralisasi pembangunan infrastruktur asas pendidikan Malaysia Timur tidak hanya berpusat di Putrajaya ataupun Kuala Lumpur-centric tetapi dipindahkan sebahagian operasi pembangunan ke negeri Sabah dan juga Sarawak. Mewujudkan jawatan ketua setiausaha khusus bagi negeri Sabah dan Sarawak. Saya hanya minta tempoh 10 tahun
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
program penempatan operasi kementerian bagi membolehkan kesetaraan bagi sekolah- sekolah daif dapat diselesaikan.
Dalam konteks negeri Sarawak, kita bukan hanya meminta-minta. Sepanjang sejak dari tahun 2019 hampir RM1.4 bilion duit rakyat Sarawak digunakan untuk membina sekolah diberikan kepada Persekutuan, RM50 juta untuk penyambungan elektrik, RM9 juta untuk penyambungan air dan juga sebanyak 60 buah sekolah di Wilayah Utara dibina melalui wang daripada Kerajaan Negeri Sarawak.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Selain daripada itu, saya ingin membangkitkan berkenaan tentang perlunya satu platform khusus bagi Menteri Pendidikan untuk mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi menyelesaikan masalah sekolah daif ini secara total.
Juga saya minta Yang Berhormat Menteri merancang lebih teliti mengenai lawatan akan datang ke sekolah pedalaman, bukan hanya sekolah-sekolah pinggir bandar. Lawatan juga harus bersifat fokus dan bukan lawatan untuk membuat content social media ataupun mendapat gambar-gambar yang cantik untuk dimuat naik di Facebook. Wakil rakyat setempat harus dibawa bersama, bukan hanya dimaklumkan kedatangan Menteri Pendidikan. Pergi ke pedalaman, Yang Berhormat Menteri, lihat ada guru yang tinggal di bawah kuarters, ada pejabat guru besar dibina di bawah kuarters, asrama yang tidak berkatil, hanya satu deretan tilam yang disusun di atas lantai. Yang Berhormat Menteri ambil tahulah guru-guru yang diancam jika muat naik masalah- masalah ini di luar bandar akan diberikan amaran.
Selain daripada itu, Tuan Yang di-Pertua, berkenaan isu kesihatan. Terkini, sebanyak 89 klinik ataupun 31 peratus daripada 283 klinik yang ada di Sarawak tidak mempunyai doktor dan dikendalikan oleh jururawat dan juga pembantu perubatan. Yang Amat Berhormat telah mengumumkan akan membina lebih banyak lagi klinik-klinik di luar bandar.
Juga saya ingin membangkitkan kepentingan akses kepada penjagaan kesihatan merangkumi tiga perkhidmatan dan kemudahan terpenting untuk klinik penjagaan kesihatan luar bandar iaitu kemudahan ujian makmal, kemudahan radiografi dan juga doktor. Dengan adanya ujian radiografi, x-ray bolehlah dijalankan dan penyakit mengancam nyawa dapat dikesan lebih awal.
Selain daripada itu, pembinaan klinik desa di Sarawak akan lebih mudah dibina sekiranya kerajaan mengambil tahu apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh penjawat-penjawat awam kesihatan di Sarawak.
Maka, sekali lagi saya mencadangkan agar Kementerian Kesihatan dibahagi dua dan diletakkan sebahagian operasi kementerian dan juga Menteri bertanggungjawab beroperasi di negeri Sarawak. Selain daripada itu, penempatan doktor-doktor memandangkan banyak lagi doktor-doktor diperlukan di negeri Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, berikan saya sedikit masa lagi berkenaan tentang Petronas dan juga industri minyak dan gas.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Minta rumuskan ya.
Rumuskan.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Ya. Kerajaan dijangka mengutip berkaitan petroleum sebanyak 19.2 peratus iaitu sebanyak RM42.5 bilion dan RM37.8 bilion adalah sumbangan Petronas. Ini adalah wang berbilion-bilion, berkepuk-kepuk duit daripada Petronas. Apakah yang akan kami perolehi? Walaupun Petronas telah menyatakan bahawa reserve minyak dan gas hanya tinggal untuk 20 peratus.
Sekiranya reserve ini hanya tinggal 20 tahun, saya berharap agar Petronas dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mempunyai kuasa total terhadap Petronas dapat menyerahkan operasi minyak dan gas ini dikembalikan kepada Sabah dan Sarawak dan kami akan usahakan sedaya mungkin sepanjang 20 tahun ini untuk memperoleh pendapatan dan kami akan bayar semula kepada Kerajaan Persekutuan.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Yang akhir sekali, Yang Berhormat, saya ingin menggulung bahawa kita jelas peruntukan Bajet 2022 ini berbilion-bilion. Kalau Azwan Ali mengatakan “See my level”, wang berkepuk-kepuk, tapi jika kerajaan tidak serius menangani ketirisan, walaupun RM1.5 trilion bajet pun tidak bermakna. Isu seperti 1BestariNet, telaga tiub, bekalan diesel elektrik luar bandar, kapal littoral combat ship yang belum berada mengawal Laut China Selatan perlu diambil perhatian. Ini adalah ketirisan yang sangat jelas.
Terima kasih, saya menyokong bajet ini. Walaupun demikian, sebelum itu, saya memohon agar pihak Kementerian Dalam Negeri memberi penumpuan kepada balai-balai polis yang daif di negeri Sarawak supaya balai polis ini dibina ataupun dibaik pulih untuk menjamin keselamatan rakyat. Itu sahaja daripada Sibuti. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Gopeng. Masa 13 minit.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang memberi peluang kepada Gopeng untuk turut membahaskan Belanjawan 2022.
Belanjawan 2022 telah memberi peruntukan sebanyak RM32.4 bilion untuk Kementerian Kesihatan. Akan tetapi, kebanyakan peruntukan ini adalah peruntukan mengurus dan kebetulan peruntukan untuk pembangunan telah menurun sebanyak RM300 juta daripada RM4.7 bilion kepada RM4.4 bilion. Ini bermakna tidak ada perubahan di KKM walaupun dengan Menteri baharu dan kerajaan baharu yang berhadapan dengan krisis pandemik COVID-19. It is business as usual, dengan izin.
Belanjawan ini menunjukkan Kementerian Kesihatan telah terlepas satu peluang keemasan untuk transformasi semasa krisis. Saya yakin rakyat dan semua Ahli Parlimen bersama mengharapkan peruntukan jauh lebih tinggi untuk Kementerian Kesihatan Malaysia.
Peruntukan yang lebih sepatutnya diberikan untuk menangani COVID-19 untuk memenuhi permintaan tertunda, pent-up demand. Sebagai contoh, Tan Sri KPK telah sebut semasa kenyataan di Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi pada 14 September yang lalu yang mengatakan bahawa sebanyak 150,000 hingga 200,000 kes pembedahan tertunda di Kementerian Kesihatan. Jadi, sepatutnya peruntukan yang lebih perlu diberikan kepada KKM untuk memenuhi permintaan tertunda akibat pandemik.
Peruntukan yang lebih juga diperlukan untuk mengatasi masalah-masalah kronik seperti masalah doktor kontrak, kesesakan di fasiliti KKM, masalah liputan perkhidmatan khususnya di luar bandar seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Sibuti tadi dan masalah-masalah yang timbul kerana infrastruktur yang terlalu lama dan usang.
Jumlah perjawatan di Kementerian Kesihatan seramai 277,984 juga kekal sama.
Bahagian Kawalan Penyakit khususnya yang bertanggungjawab ke atas kawalan COVID- 19 kekal dengan 13,555 jawatan sejak beberapa tahun yang lalu. Bagaimanakah kakitangan yang sama jumlahnya mengawal COVID-19 sedangkan tugasan biasa seperti kawalan denggi, HIV, tuberkulosis dan sebagainya berterusan?
Pada 14 Mac yang lalu, mantan Menteri Kesihatan ketika itu telah mengumumkan bahawa sejumlah 10,675 perjawatan baharu telah diluluskan di Kementerian Kesihatan Malaysia. Ke manakah pergi 10,675 jawatan ini? Tambahan tersebut jelas tidak tersenarai dalam dokumen Belanjawan 2022.
Ucapan Yang Berhormat Menteri Kewangan juga menyebut penambahan peruntukan RM70 juta untuk kesihatan mental. Akan tetapi, butiran tersebut tidak terlihat dalam program psikiatri dan kesihatan mental dalam Belanjawan 2022. Dari manakah peruntukan RM70 juta ini datang?
Belanjawan 2022 juga mencadangkan cukai ke atas vape ataupun e-rokok.
Produk vape yang mengandungi nikotin dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan tidak boleh diniaga seperti produk pengguna yang biasa. Bagaimanakah kerajaan boleh
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
mengenakan cukai ke atas produk yang dianggap haram daripada segi undang-undang?
Apakah mekanisme kerajaan untuk menghalalkan penjualan vape daripada aspek undang-undang?
Saya mengambil maklum bahawa kaedah sedia ada untuk mengawal vape di bawah Akta Racun telah gagal menyekat perkembangan penggunaan vape di kalangan orang ramai khususnya di kalangan remaja. Mengikut kajian Tobacco and E-cigarette Survey among Malaysian Adolescents, dengan izin, iaitu TECMA 2016 oleh National Institute of Health Malaysia, di kalangan pelajar-pelajar berumur 10 hingga 19 tahun, 9.1 peratus ataupun 300,000 orang sedang mengguna vape. Ini pelajar ya. Manakala 21 peratus ataupun 700,000 pelajar pernah menggunakan vape tersebut. Ini menunjukkan penggunaan vape begitu meluas di kalangan remaja.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Apabila produk vape ini dibenarkan sebagai produk pengguna biasa dan dijual secara bebas, bagaimanakah kerajaan memastikan penggunaan vape tidak terus melonjak? Saya mengambil maklum satu kajian di Malaysia yang dilaporkan oleh syarikat tembakau Philip Morris pada 27 Oktober 2021, laporan tersebut menyebut dengan izin, “Many adult smokers remained unaware that better alternatives to cigarettes exist, but they were unable to access them or were confused by false or misleading information that prevented them from making an informed choice”. Saya ingin menegaskan di sini bahawa vape bukanlah satu produk yang selamat 100 peratus. Alternatif terbaik untuk perokok adalah berhenti merokok dan bukanlah vape ataupun e-rokok. Kita mesti berhati-hati dengan kajian yang dilakukan oleh pihak yang mempunyai kepentingan komersial khususnya dari syarikat-syarikat tembakau. Sebagai contoh, pada tahun 1999, The Czech Republic selepas Kerajaan Czech Republic membangkitkan isu bahawa kos akibat merokok adalah lebih tinggi daripada faedah.
Philip Morris, syarikat yang sama telah membuat satu kajian dengan izin, “The Public Finance Balance of Smoking in the Czech Republic” dan laporan itu diketahui orang ramai pada tahun 2001.
Dengan izin, “The study was conducted by Arthur D. Little and found that smokers’ early mortality and cigarette-tax revenue outweighed the costs of healthcare and lost tax revenue from early death. The study concluded through cost-benefit analysis based on up-to-date reliable data and consideration of all relevant contributing factors, the effect of smoking on the public finance balance in the Czech Republic in 1999 was positive, estimated at 5,815 mil. CZK iaitu RM1.1 bilion. Kajian Philip Morris ini menunjukkan bahawa Kerajaan Czech Republic jimat kos untuk rawatan apabila perokok mati awal kerana komplikasi merokok. This is the irony. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa data dan kajian boleh diputarbelitkan khususnya oleh pihak yang berkepentingan.
Oleh sebab itu, sebelum vape dihalalkan daripada segi undang-undang, kerajaan mesti melakukan dua perkara. Yang pertama, memberi komitmen ke arah masyarakat bebas nikotin pada tahun 2050 kerana vape masih merupakan produk yang menjejaskan kesihatan. Kedua, mengadakan rangka untuk mengawal vape atau e-rokok seperti produk tembakau atau rokok yang lain melalui satu akta khas untuk produk tembakau dan e- rokok.
Ini akan membolehkan Kementerian Kesihatan mengawal dan menyekat vape sama seperti rokok daripada segi aspek edaran, promosi, penjualan dan penggunaan di tempat awam. Kita mesti ada komitmen berterusan untuk mengurangkan jumlah penagih nikotin khususnya di kalangan remaja melalui dasar dan penguatkuasaan yang berkesan.
Saya juga harap Yang Berhormat Menteri Kewangan boleh menjelaskan berapakah jumlah hasil yang dijangka melalui cukai ke atas vape.
Tuan Yang di-Pertua, semalam ribuan rakyat dikejutkan oleh aplikasi MySejahtera. Aplikasi MySejahtera itu menjadi aplikasi ‘mynightmare’ untuk mereka apabila mereka tersenarai sebagai home surveillance order (HSO) atau person under surveillance (PUS) status walaupun tidak terdedah kepada risiko COVID-19.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Ada yang terpaksa membatalkan perjalanan dan program pada saat-saat terakhir kerana aplikasi MySejahtera mereka bertukar warna daripada hijau ke kuning ataupun merah. Ini bukan kali pertama integriti data MySejahtera tercabul. Menurut admin MySejahtera melalui Twitter, dengan izin, “We have fixed the root cause which allowed this to happen. All incorrect HSOs have been deleted, and incorrect PUS status reverted”. Saya pasti keterangan sedemikian tidaklah mencukupi untuk meyakinkan rakyat berkenaan dengan masalah MySejahtera ini. Yang Berhormat Menteri harus menerangkan kepada rakyat kenapa insiden ini boleh berlaku dan langkah-langkah yang diambil untuk mengelakkan daripada berulang. Kita harap MySejahtera ini tidak lagi menjadi ‘mynightmare’ di masa hadapan.
Akhir sekali, Gopeng sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk turut terlibat dalam perbahasan Belanjawan 2022. Saya mohon menyokong. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Hulu Rajang.
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di kesempatan ini saya turut ingin menzahirkan rasa sedih tidak terhingga di atas pemergian seorang negarawan, mendiang Yang Berhormat Tan Sri Dr. James Jemut Masing. Di negeri Sarawak, beliau amat dikenali sebagai seorang pejuang masyarakat Iban, Tuan Yang di-Pertua.
Beliau merupakan salah seorang di antara 28,000 rakyat Malaysia yang telah terkorban akibat pandemik COVID-19 ini. Mendiang memegang portfolio Timbalan Ketua Menteri Sarawak dan DUN Baleh dan juga Presiden Parti Rakyat Sarawak merupakan mangsa kepada virus pembunuh ini. Pemergian beliau pasti merupakan suatu saat sukar bagi kami di Sarawak, namun setiap perjuangan serta sumbangan beliau akan sentiasa terpahat dalam sanubari hati kami, khususnya bagi masyarakat DUN di Baleh, Tuan Yang di-Pertua.
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan sesuatu pengumuman yang saya pasti dinanti-nantikan oleh rakyat. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan. Ini kerana ramai masyarakat di kawasan pedalaman menerima tempias yang teruk akibat pandemik ini. Peningkatan penyaluran bantuan daripada RM1,800 kepada RM2,000 juga memberikan petanda positif akan pimpinan keluarga Malaysia terhadap keseluruhan rakyatnya. Namun, saya ingin mengesyorkan agar pihak kementerian meneliti kaedah pemberian bantuan ini khususnya bagi masyarakat di kawasan pedalaman yang terpaksa menempuh laluan balak serta menggunakan jalan sungai bagi mendapatkan bantuan ini.
Saya ingin mencadangkan Tuan Yang di-Pertua, agar kemudahan bank bergerak dapat diselaraskan apabila bantuan ini diberi kelak dan ianya bagi memudahkan urusan masyarakat di kawasan Parlimen saya di Hulu Rajang dan juga kawasan lain di pedalaman di negeri Sarawak.
Kesihatan awam, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyokong penuh usaha pihak Kementerian Kesihatan dalam persediaan negara ke fasa endemik COVID-19. Saya melihat kita masih belum berjaya menangani pandemik ini kerana terdapat segelintir masyarakat yang masih degil serta memberi pelbagai alasan untuk mendapat pengambilan vaksin ini. Justeru, dalam agenda menangani COVID-19, saya ingin mengesyorkan agar pendidikan berterusan bagi menangani penyakit berjangkit ini harus dididik kepada golongan kanak-kanak sejak awal persekolahan, Tuan Yang di-Pertua.
Selain daripada itu, klinik-klinik luar bandar juga perlu dilengkapi dengan sistem sokongan lain seperti ubat-ubatan, kit keselamatan, PPE dan lain-lain lagi bagi memastikan setiap penduduk menerima rawatan perubatan yang sama, tidak kira sama ada mereka di bandar atau di luar bandar, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Saya turut ingin terus memohon agar pertambahan mesin dialisis sejak saya dari Parlimen Hulu Rajang turut ingin memohon kepada Kementerian Kesihatan supaya memberikan mesin dialisis kepada Klinik Sungai Asap, klinik di Belaga dan juga klinik di Tubau. Tidak banyak pun tak apa, Tuan Yang di-Pertua. Satu mesin di setiap lokasi pun sudah mencukupi. Ini merupakan rintihan daripada masyarakat dari kawasan Parlimen saya, Tuan Yang di-Pertua. Penambahan mereka yang menghadapi masalah buah pinggang kian bertambah di kawasan pedalaman, Tuan Yang di-Pertua.
Saya juga menyambut baik cadangan pemberian bantuan awal persekolahan sebanyak RM150.
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Ini secara langsung dapat meringankan beban ibu bapa yang mempunyai bilangan anak yang banyak. Saya berharap agar proses pembayaran untuk bantuan ini dapat disegerakan, kalau boleh menjelang penghujung bulan 12 ini agar ianya dapat membantu jutaan ibu dan bapa untuk memulakan sesi persekolahan anak-anak mereka pada tahun 2022, Tuan Yang di-Pertua.
Sekolah daif sering sekali dibawa masalah ini dalam Dewan yang mulia ini.
Mengapa kita masih lembap dalam menangani perkara ini, Tuan Yang di-Pertua? Saya ingin bertanya apakah status penyaluran kos sebanyak RM720 juta pada Bajet 2021.
Berapa banyak sekolah daif Sarawak telah dipulihkan, Tuan Yang di-Pertua? Bilakah semua sekolah daif di Sarawak akan diperbaiki sepenuhnya, Tuan Yang di-Pertua?
Saya juga ingin menarik perhatian pihak kementerian agar melihat keadaan sekolah seperti di SK Nanga Kain, SK Nanga Sempili dan SK Temenggong Koh di Baleh di kawasan Parlimen saya yang sentiasa dilanda banjir ketika hujan lebat. Saya mohon agar peruntukan khas diberi untuk sekolah tersebut dipindahkan ke kawasan yang lebih tinggi. Jangan biarkan anak-anak di Sarawak dianaktirikan dalam hal ehwal berkaitan dengan pendidikan, Tuan Yang di-Pertua.
Saya juga sangat teruja dengan pemberian komputer riba kepada murid sekolah.
Saya berharap agar tiada siapa pun khususnya murid di luar bandar terlepas pandangan daripada menikmati kemudahan-kemudahan komputer riba ini. Berapakah jumlah penerima komputer riba ini dari kawasan Parlimen Hulu Rajang kerana saya sendiri tidak diberikan maklumat jelas mengenai perkara ini. Saya mengesyorkan agar pelaksanaannya diselarikan bersama pejabat Ahli Parlimen di setiap kawasan Parlimen atau diedarkan bersama Pejabat Pendidikan Daerah, Tuan Yang di-Pertua.
Saya juga sangat teruja dengan pengenalan job guarantee di bawah inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (JaminKerja) akan menjamin penyediaan 600,000 peluang pekerjaan dengan peruntukan berjumlah RM4.8 bilion, Tuan Yang di-Pertua.
Persoalannya ialah bagaimana masyarakat kawasan luar bandar dapat manfaat daripada program ini? Adakah peluang ini hanya terhad pada tahap fokus di kawasan bandar atau kerajaan mempunyai sebarang perancangan khas bagi memastikan masyarakat di kawasan luar bandar juga mempunyai peluang yang sama rata di bawah skim ini? Saya mohon perincian berkaitan dengan perkara ini, Tuan Yang di-Pertua.
‘Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’ merupakan ungkapan yang sering kali kita dengar dalam mana-mana ucapan pemimpin ulung dunia. Usaha berterusan kerajaan dalam mengupayakan golongan belia adalah sangat penting melalui pemberian inisiatif sebanyak RM900 sebulan bagi tempoh enam bulan akan memberi nafas lega kepada jutaan belia di seluruh negara.
Selain daripada itu, pengenalan program eStart iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai di mana eStart akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun. Persoalan saya bagaimana dengan mereka yang tidak mempunyai akses kepada dunia digital seperti di kawasan saya di Hulu Rajang, tiada smartphone dan sebagainya, anak-anak yang miskin.
Saya juga merujuk kepada anak-anak muda di kawasan pendalaman khususnya mereka yang berada di kawasan seperti mana kawasan Hulu Rajang, Baram dan pendalaman di Sabah dan Sarawak. Adakah kaedah lain yang akan diguna pakai bagi
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
memastikan tiada sesiapa pun tercicir daripada menikmati faedah daripada skim ini dengan izin, nobody is left behind Tuan Yang di-Pertua.
Saya menyambut baik pengumuman memperkukuhkan kedaulatan negara melalui penambahan lapan pos kawalan Pasukan Gerakan Am serta penambahan empat pintu masuk imigresen baharu bagi memenuhi keperluan peningkatan pergerakan dari sempadan negara. Saya juga ingin mencadangkan kepada Kementerian Pertahanan agar jaringan keselamatan di laluan sempadan Kalimantan dan Sarawak dengan izin Sarawak- Kalimantan border security alignment perlu diwujudkan dengan kadar segera bagi memastikan tiada sebarang aktiviti haram dapat dijalankan di kawasan persempadanan ini, Tuan Yang di-Pertua.
Tidak dilupakan juga kemudahan Balai Polis di Pekan Tubau dan juga manakala di Pekan Asap memerlukan sebuah balai polis yang baharu bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terjamin, dilindungi di bawah pengawalan pihak berkuasa, Tuan Yang di-Pertua.
Saya turut ingin mohon pihak Kementerian Pertahanan untuk menyemak serta meneliti semula Projek Jiwa Murni Fasa 2 dari Pekan Belaga ke Nanga Merit dan ke Jambatan Baleh, Kapit sejauh 130 kilometer. Projek ini sepatutnya telah siap pada 30 April 2020, namun sehingga hari ini jalan tersebut tidak dapat digunakan. Saya mencadangkan agar projek jalan ini diserahkan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar sekiranya pihak kontraktor dilihat masih gagal dalam menyiapkan projek ini, Tuan Yang di-Pertua.
Infrastruktur luar bandar, sebanyak RM150 bilion telah diumumkan dalam belanjawan ini untuk pembangunan infrastruktur luar bandar Sabah dan Sarawak. Saya menyambut baik akan pengumuman ini, namun persoalan saya berapa banyak kah projek yang telah diluluskan untuk tahun 2021 bagi tujuan ini? Bolehkah pihak kementerian menyenaraikan semua projek yang telah diluluskan oleh negeri Sarawak.
Saya ingin memohon agar melalui peruntukan ini pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar menyegerakan projek jalan dari Rumah Asun ke Nanga Mujong terus ke Nanga Tiau, terus ke daerah Bukit Mabong di bahagian Kapit sepanjang 77 kilometer. Ini merupakan usaha yang telah digerakkan oleh mendiang Tan Sri Dr.
James, ADUN Baleh.
Selain daripada itu juga, saya mohon untuk mempercepatkan Jalan Rumah Nyamuk ke Sungai Gat, dari Sungai Gat ke persimpangan Rumah Gare di Sungai Kain dan terus ke Pekan Kapit, Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin menarik perhatian Kementerian KPLB untuk terus meluluskan Projek Jalan Jelalong-Tubau sepanjang 70 kilometer, Tuan Yang di-Pertua.
Tanah NCR Tuan Yang di-Pertua. Saya terkilan apabila tiada peruntukan yang disalurkan bagi tujuan penyukatan tanah suku kaum Dayak bumiputera di Sarawak. Tahun yang lalu Kerajaan PN memperuntukkan sebanyak RM41 juta bagi tujuan tersebut. Saya mohon agar Kementerian Kewangan menyalurkan semula peruntukan ini. Ianya penting bagi memastikan sempadan tanah menjadi jelas dan diketahui bagi mengelakkan sebarang pencerobohan dan dipertikaikan antara individu di negeri Sarawak.
Kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri perbahasan ini izinkan saya sekali lagi merakamkan tahniah kepada pihak Keluarga Malaysia dan semua pihak yang telah bertungkus-lumus dalam menyediakan Belanjawan 2022 ini. Walaupun terdapat sedikit kegusaran di hati akan peruntukkan yang diagihkan kepada negeri Sarawak namun fokus saya adalah kepada pelaksanaan setiap inisiatif telah dibentangkan agar ia dapat terus sampai kepada rakyat, Tuan Yang di-Pertua.
Nadi dan suara rakyat merupakan aspirasi yang akan saya dukung bagi memastikan keperluan mereka dipenuhi dengan sebaiknya, Tuan Yang di-Pertua. Selaku wakil rakyat dari Gabungan Parti Sarawak, saya sekali lagi merakamkan mengucapkan takziah saya kepada mendiang Tan Sri Dr. James Jemut Masing dan mengharapkan seluruh rakyat Malaysia agar dapat mendoakan arwah ditempatkan di kalangan orang- orang beriman.
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Di kesempatan ini juga saya ingin menyatakan sokongan penuh kepada kerajaan Keluarga Malaysia di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob Perdana Menteri Malaysia, dalam sebarang inisiatif dan usaha yang memberikan manfaat kepada rakyat Sarawak. Kami akan sentiasa bersama berganding bahu dalam memastikan setiap agenda rakyat diangkat dan ditunaikan.
GPS turut mengharapkan agar bacaan kali kedua bagi pindaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat dibahaskan dalam Dewan yang mulia ini pada sesi sidang ini. Usaha ini penting bagi mengembalikan semua semula status Sarawak dan Sabah sebagai rakan sekutu Semenanjung merupakan langkah sebagai menghormati perjanjian yang dimeterai pada tahun 1963. Saya ingin mengajakkan semua rakyat dan juga rakan- rakan Parlimen di Dewan yang mulia ini dari kerajaan atau pembangkang, bagi bersama untuk menyokong dalam menjayakan pindaan usul ini kelak.
Tuan Yang di-Pertua, saya dengan ini menyokong penuh Rang Undang-undang Perbekalan 2022. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Kampar.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih atas peluang untuk turut membahaskan Bajet 2022. Pembentangan Bajet 2022 ini adalah agak berlainan dengan yang dahulu berikutan memorandum persefahaman MOU transformasi kestabilan politik yang ditandatangani Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan pada 13 September yang lalu.
Sebelum pembentangan Bajet 2022 oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, pihak pembangkang telah melibatkan diri dalam beberapa sesi libat urus dengan pihak kerajaan dengan cadangan-cadangan yang dikemukakan untuk pertimbangan Menteri Kewangan. Saya menyambut baik segala usaha dan komitmen kedua-dua pihak untuk memastikan kepentingan semua lapisan rakyat adalah terpelihara dan terjamin daripada segi pembangunan sejagat yang dapat dinikmati semua tanpa tiada golongan yang harus rasa terpinggir dalam arus pembangunan negara.
Bajet 2022 telah bertemakan konsep Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera. Selaras dengan pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan sulung beliau pada 22 Ogos 2021 yang menjadi dasar kerajaan di mana ia adalah bersifat inklusif dan merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum. Kita perlu bersama-sama berganding bahu berusaha untuk memulihkan negara daripada masalah dan kesan pandemik COVID-19 di mana jumlah kes direkodkan telah menjangkaui 2.5 juta dan sebanyak 29,256 orang telah terkorban setakat 6 November 2021. Saya ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga yang telah kehilangan orang tersayang akibat penularan pandemik COVID-19.
Tuan Yang di-Pertua, dalam MOU yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak, salah satu isu yang dicadangkan dalam memorandum persefahaman adalah untuk menggubal satu Rang Undang-undang Anti-Lompat Parti dan undang-undang yang berkenaan untuk dibentangkan dan diluluskan mengikut ketetapan Perlembagaan Persekutuan. Di sini saya ingin mengatakan bahawa Kampar menyokong penuh cadangan ini dan amat berharap pembentangan rang undang-undang ini dapat disegerakan dan menjadi kenyataan dalam sesi sidang mesyuarat ini.
Fenomena lompat parti daripada segelintir ahli politik dilihat mengundang pelbagai reaksi ramai terutamanya di kalangan pengundi. Rakyat memang telah muak dengan tindakan lompat parti ini selepas menang dan hampir kesemua pengundi mempunyai reaksi yang negatif terhadap wakil rakyat lompat parti. Selain daripada mengkhianati pengundi yang memilih wakil rakyat atas tiket parti, ia juga membuat seseorang wakil rakyat tersebut dipandang serong oleh masyarakat khususnya para pengundi.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Oleh yang demikian, adalah tepat pada masanya untuk Dewan yang mulia ini meluluskan Rang Undang-undang Anti-Lompat Parti demi mempertahankan mandat rakyat pilihan pengundi dan kembalikan keyakinan terhadap sistem demokrasi dan juga kestabilan politik di negara kita. Saya amat yakin ia adalah aspirasi rakyat jelata yang telah membuat pilihan semasa pilihan raya umum dan memberi mandat kepada kerajaan untuk terus mendahului pucuk pimpinan sehingga tamat penggal tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, strategi yang keempat fokus ketiga Bajet 2022 adalah ekonomi yang makmur dan mampan dan di bawah fokus ini adalah mendukung penyampaian awam. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada kakitangan awam yang berada di barisan hadapan iaitu frontliner dengan izin. Terutamanya kakitangan-kakitangan KKM yang terpaksa bertungkus-lumus sering kali perlu bekerja lebih masa pada hujung minggu, menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan komitmen dalam usaha memerangi pandemik COVID-19 ini. Saya bersetuju dengan Bajet 2022 oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan bahawa perkhidmatan awam merupakan tunjang dalam usaha kita menangani pandemik COVID- 19.
Kini, kita berada di peringkat fasa pemulihan. Peranan sektor awam keseluruhannya menjadi lebih penting. Sama ada segala digariskan dan dirancang di dalam Bajet 2022 ini dapat dicapai atau tidak, peranan sektor awam adalah titik penggeraknya. Apakah ada strategi yang tertentu untuk menggerakkan jentera perkhidmatan awam agar dapat beroperasi dengan lebih efisien, melipatgandakan produktiviti mereka serta mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada orang ramai?
Pada bulan Jun 2020, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi iaitu PENJANA bahawa pengecualian cukai keuntungan hartanah bagi pelupusan tiga buah rumah kediaman tertakluk kepada syarat-syaratnya. Di dalam Bajet 2022, kerajaan telah mengumumkan pengecualian cukai keuntungan bagi pelupusan rumah kediaman pada tahun keenam.
Orang ramai memang menyambut baik pengumuman ini. Persoalannya, sejauh manakah Kerajaan Persekutuan akan dapat kerjasama daripada kerajaan negeri untuk menjayakan objektif ataupun sasaran yang digariskan oleh Kerajaan Persekutuan ini.
Tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Bagi pendaftaran urusan jual beli atau pindah milik ia diuruskan oleh kerajaan negeri masing-masing. Sistem e- Tanah yang dibangunkan oleh JKPTG sepatutnya mempercepatkan proses urusan tanah oleh pengguna di pejabat tanah tanpa mengabaikan aspek keselamatan. Akan tetapi sebaliknya telah berlaku hingga menimbulkan masalah yang amat besar kepada pengguna di pejabat tanah. Persoalannya, sejauh manakah niat baik Kerajaan Persekutuan di dalam menggalakkan ekonomi bertumbuh dan pengecualian cukai keuntungan bagi pelupusan rumah kediaman dapat diimplementasikan dengan lancar oleh kerajaan negeri dan tidak membawa sekatan ataupun kos tambahan dan tekanan mental kepada pihak-pihak yang terlibat?
Tahukah Yang Berhormat Menteri Kewangan situasi perkhidmatan di Pejabat Tanah dan Galian negeri Perak iaitu PTG Ipoh. Saya sampaikan keluhan dispatch ataupun wakil firma peguam dan firma-firma di Dewan yang mulia ini. Menurut laporan akbar The Star pada 3 November 2021 dengan kepala heading dengan izin “Dispatch riders, lawyers queue at ungodly hours for appointment numbers at state land office”. Saya adalah orang Perak. Sebelum saya melanjutkan dengan ucapan saya, saya hendak declare my interest di dalam perkara ini. Firma guaman saya sentiasa perlu mendapatkan perkhidmatan di Pejabat Tanah dan Galian Ipoh Perak, PTG. Oleh itu, apa yang dilaporkan di dalam The Star saya boleh sahkan kandungannya.
Menurut laporan media, dispatch ataupun wakil firma peguam ataupun peguam sendiri terpaksa mula beratur di PTG Ipoh sejak seawal 10.00 malam satu hari sebelum untuk tujuan mendapatkan nombor giliran bagi menjalankan urusan di kaunter PTG Ipoh.
Akan tetapi tunggu satu malam di sana belum tentu dapat nombor giliran. Ini adalah amat melampau. Ini bukan kali pertama wakil firma peguam ataupun peguam menerima perkhidmatan yang lemah ini daripada PTG Ipoh. Sebelum ini pernah mereka mula beratur jam 5.00 pagi. Situasi ini timbul ekoran mulai bulan November 2021, PTG meletakkan
Tuan Su Keong Siong - Kampar
kuota 300 per serahan setiap hari di kaunter dan terhad kepada 10 serahan untuk setiap wakil. Alasan kuota ini diletakkan kerana kononnya kekurangan kakitangan, ada staf yang terkena COVID-19, ada backlog. Ini adalah juga dilaporkan oleh Menteri Besar Perak sendiri selepas media bertanya berkenaannya.
Kalau masa lockdown, bank-bank masih dapat beroperasi dengan efisiennya dan lancar. Mengapa PTG Ipoh tidak boleh? Saya merujuk kepada Public Bank. Panggilan telefon, dokumen pinjaman perumahan dan kelulusan pinjaman boleh dilaksanakan seperti biasa oleh Public Bank. Kuota hanya terima 300 per serahan di kaunter PTG setiap hari kerana ada backlog dan kekurangan kakitangan. Apakah logik ini bahawa mengurangkan penerimaan dokumen di kaunter akan dapat mengurangkan backlog? Firma guaman dan orang ramai menandangi perjanjian jual beli dan borang pindah milik setiap hari di seluruh negeri Perak dan juga firma luar Perak. Kalau tanah tersebut di bawah pendaftar hak milik iaitu geran ataupun pajakan negeri ataupun SST, urusan perlu dijalankan di PTG Ipoh. Tiada yang lain ataupun alternatif. Perjanjian ada tempoh masa untuk disempurnakan. Kalau lewat didaftar akan dikenakan penalti. Akan tetapi PTG Ipoh, adakah mereka mengambil peduli situasi pelanggannya, dispatch ataupun wakil firma peguam dan juga peguam tentang kekangan yang mereka hadapi?
Jelas ia tidak.
Sebelum bulan November 2021, PTG Ipoh telah mengadakan kuota harian di mana Jawatankuasa Peguam Negeri Perak telah membangkitkan isu dengan PTG Ipoh.
Akan tetapi kesalnya, alasan yang diberikan adalah kerana PTG kena mematuhi SOP kapasiti pekerja yang tidak boleh sepenuhnya kerana pandemik dan KPI yang perlu dipatuhi. Pada ketika itu, waktu perkhidmatan kaunter PTG Ipoh juga telah disingkatkan seawal bulan Mei 2020. PTG Ipoh juga telah mengadakan kuota per serahan. Sekarang kita telah memasuki fasa 4 pemulihan negara. Jawatankuasa Peguam Negeri telah mengambil alih urusan temu janji bagi membantu peguam-peguam melancarkan urusan mereka dengan PTG dari bulan September 2021 sehingga akhir bulan Oktober 2021.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Antara sebabnya ramai peguam mempunyai urusan pendaftaran yang telah hampir luput masa tetapi PTG tidak dapat menunjukkan sebarang niat untuk memperbaiki mutu perkhidmatannya.
Peguam perlu berjumpa dengan pegawai untuk merayu diberi nombor giliran kerana dokumen perlu dihantar dan kuota harian PTG telah habis. Kalau bernasib baik pegawai ada bilik selepas rayuan, beri nombor giliran. Tidakkah Kerajaan Negeri Perak menghendaki pendapatan daripada ataupun revenue daripada kutipan bayaran fi urusan PTG Ipoh Perak? Untuk mendapatkan perkhidmatan daripada PTG Ipoh, orang awam, wakil firma peguam dan peguam kena beratur seawal 10 malam sehari sebelum menunjukkan kelemahan pegawai yang mempunyai kuasa untuk berbuat sesuatu tetapi enggan mengambil inisiatif untuk melancarkan perkhidmatannya dan mempertingkatkan produktiviti pejabatnya.
Kakitangan kaunter bayaran di unit hasil dimarahi orang manakala pegawai yang mempunyai kuasa berbuat demikian duduk di dalam bilik dinginnya. Tingkap bawah dilempar kemarahan orang awam, mereka sekadar boleh jawab, “Tanya orang di tingkat dua.” Patut ada pegawai yang bertanggungjawab menimbulkan kelemahan penyampaian di kaunter seteruk macam itu. Kalau punca kerana ketua unit, tukar dia. Kalau punca kerana kelemahan pimpinan pengarah PTG, tukar pengarah.
Saya diberitahu bahawa ada seorang pengurus cawangan Public Bank sendiri berdiri di pintu depan untuk meyakinkan dan memastikan bahawa urusan hendaklah dibuat agar pelanggan tidak akan tidak diulangi dengan secepat mungkin, tetapi sebaliknya berlaku di PTG Ipoh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat minta rumuskan Yang Berhormat.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Kalau ada backlog lipat ganda— Minta maaf tidak ada masa.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Faktor lipat ganda waktu kerja, atur semula jadual kerja kakitangan untuk memproses dokumen tingkat dua dengan pematuhan penjarakan diamalkan. Pandemik COVID-19 dan keperluan mematuhi SOP berterusan dijadikan alasan sewenang-wenangnya untuk mengurangkan waktu perkhidmatan di kaunter untuk orang ramai dan mewajibkan temu janji terlebih dahulu yang mana ianya mengekang aturan masa orang awam mendapatkan perkhidmatan. Pandemik sepatutnya digunakan sebagai alasan untuk membaiki mutu perkhidmatan sektor awam secara tanpa konteks dengan teknologi atas talian dan peluang mencungkil minda untuk mengadakan pendekatan penyampaian kepada orang ramai yang lebih efisien dan berbanding dengan sebelum pandemik.
Di fasa pemulihan ini, efficiency sistem penyampaian dan produktiviti sewajarnya berlipat ganda agar kita dapat membangunkan ekonomi semula dalam masa yang terdekat ini. Niat saya membangkitkan isu ini adalah kerana saya mahu mutu perkhidmatan sektor awam dibaiki. Saya berkehendak inisiatif baik kerajaan dicapai.
Saya memohon Kerajaan Persekutuan memberi segala sokongan yang diperlukan oleh Kerajaan Negeri Perak agar apa-apa inisiatif di bawah Bajet 2022 yang berkaitan dengan bidang kuasa negeri Perak dapat dicapai. Di mana ada kebaikan kita patut beri pujian dan di mana ada kelemahan kita patut buat pembaikannya. Marilah sama- sama berganding bahu untuk mengatasi masalah yang timbul dan untuk memastikan kita dapat memenangi pandemik COVID-19 dengan secepat mungkin.
Tuan Yang di-Pertua, satu isu yang terakhir ingin saya bangkitkan adalah di bawah konsep Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera saya ingat kita juga harus memberi pengiktirafan dan memastikan bahawa hak Orang Asal adalah terlindung dan terjamin terutamanya hal tanah adat Orang Asli. Dalam hal ini, saya berharap kerajaan akan melaksanakan proses pengukuran dan pemetaan hak tanah adat di seluruh Malaysia agar kawasan penempatan, kawasan dusun, kawasan pertanian, perkuburan tempat suci dan keagamaan bagi membolehkan tanah adat ini dibangunkan dengan lebih teratur dan terlindung daripada aktiviti-aktiviti pencerobohan pembalakan ke kawasan tanah adat.
Dengan pengukuran pemetaan tanah adat di seluruh Malaysia dan selanjutnya pewartaan di bawah Akta Orang Asli 1954, ia akan memberi pengiktirafan kepada hak Orang Asal dan menjamin masa depan, kemakmuran dan peningkatan tahap ekonomi serta kesejahteraan Orang Asal di Malaysia. Masalah yang sering dihadapi oleh Orang Asli adalah kawasan penempatan mereka dicerobohi apabila kawasan tanah adat mereka telah diluluskan kepada syarikat-syarikat untuk tujuan pembalakan.
Oleh itu, langkah pengukuran dan pemetaan tanah adat akan menentukan mana sempadannya dan kita mesti wartakan sempadan tanah adat dengan jelas agar masalah daripada aktiviti pembalakan dapat dihindari daripada berlaku demi melindungi penempatan Orang Asli. Marilah sama-sama pastikan semua lapisan masyarakat mempunyai hak dan kepentingan di Malaysia di bawah payung Keluarga Malaysia.
Dengan itu, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh [Membaca sepotong ayat al-Quran] . Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada Setiu untuk sama-sama membahaskan Bajet 2022 yang sememangnya amat penting untuk manfaat rakyat seluruhnya.
Tuan Yang di-Pertua Allah SWT telah memerintahkan para mukmin agar sentiasa mengamalkan Islam termasuk juga dalam sektor ekonomi. Islam menekankan sistem ekonomi yang teratur, seimbang dan memberikan kebaikan kepada sesama manusia.
Suka saya ingatkan Dewan yang mulia ini, bagaimana Nabi Yusof AS mengajar kita
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
menguruskan ekonomi ketika berlaku kegawatan dengan mementingkan lima perkara berikut:
(i) keselamatan bekalan makanan (food security);
(ii) pelan ekonomi jangka panjang;
(iii) unjuran ekonomi yang tepat;
(iv) penjimatan dan penggunaan sumber secara optimum; dan
(v) nilai akhlak dalam ekonomi.
Tuan Yang di-Pertua sebelum saya memulakan perbahasan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kewangan yang telah memperuntukkan satu peruntukan yang besar kepada TEKUN Nasional bernilai RM252 juta untuk skim pembiayaan informal dan TEKUNITA. Terima kasih daun keladi, tahun depan nok lagi. Tuan Yang di-Pertua perkara pertama yang menjadi keutamaan saya adalah berkaitan dengan kesejahteraan rakyat Setiu. Saya ingin mendapatkan maklum balas kementerian berkenaan status cadangan projek-projek infrastruktur yang telah saya bangkitkan sebelum ini.
Antaranya berkenaan naik taraf Pondok Polis Jabi dan Pondok Polis Merang serta bina baru Pondok Polis Alur Lik yang telah disuarakan semenjak tahun 2018 lagi. Begitu juga projek pembinaan baru Klinik Kesihatan Jabi yang sudah usang dan tidak mampu boleh menampung jumlah pengunjung yang sangat ramai.
Selain itu dua projek yang memerlukan penambahan kos daripada peruntukan asal iaitu projek menaik aras Jalan Ulu Seladang ke Bandar Permaisuri dan jambatan sempit Desa Jaya Sungai Tong. Apakah status terkini projek-projek ini?
Tuan Yang di-Pertua, rakyat Setiu juga tidak terkecuali juga daripada bencana banjir. Oleh itu, pembinaan Jambatan Tok Nandong, Langkap yang telah saya sebut sejak tahun 2018 yang sering terputus hubungan apabila berlaku banjir, memerlukan pembinaan dengan kadar segera. Begitu juga keperluan untuk menaik aras jalan di Jalan Banggol Setar ke Pelong, Jalan Kampung Bukit ke Sungai Las, Jalan Chalok Kedai ke Kampung Gong Terap kerana air banjir akan bertakung ataupun air termenung dalam tempoh masa yang lama, sekali gus mengganggu pengguna untuk melalui jalan tersebut.
Bukan sekadar air termenung ketika banjir bahkan warga Setiu juga termenung menunggu air surut untuk menggunakan jalan tersebut. Selain itu, dewan-dewan untuk perpindahan ketika berlaku banjir perlu dibina dengan kadar segera serta di tempat yang lebih tinggi kerana terdapat pusat pemindahan banjir sedia ada sering kali tenggelam apabila berlaku banjir. Sebagai contoh, PPS Kampung Tasik Permaisuri yang hanya menggunakan balai raya yang sudah terlalu uzur sebagai tempat perpindahan. Ketiadaan longkang yang boleh mengalirkan air dengan sempurna di Kampung Alor Damat, Batu Rakit sering menyebabkan air bertakung di atas jalan raya dan sekali gus membahayakan pengguna jalan raya. Tuan Yang di-Pertua, dalam jawapan terdahulu saya dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, tiada keperluan segera untuk pembinaan IPTA di Setiu disebabkan telah terdapat dua IPT di Terengganu, UNISZA dan UMT, tetapi saya mencadangkan sekurang-kurangnya dibina sebuah IPG ataupun politeknik bagi merancakkan lagi ekonomi rakyat Setiu dan sekali gus menjadi mercu tanda daerah Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Tuan Yang di-Pertua, pelbagai kerosakan infrastruktur sekolah perlu dibaik pulih seperti dewan, surau, makmal komputer yang kebanyakan tidak berfungsi dan masih menggunakan peralatan lama serta padang bola yang rosak. Sebagai contoh, padang bola Sekolah Kebangsaan Renek yang telah saya sebut sekian lama masih belum dibaiki sehingga kini. Bahkan, masih terdapat banyak sekolah yang tidak mempunyai kemudahan dewan sama ada dewan tertutup mahupun dewan terbuka, sekali gus menyukarkan pihak sekolah untuk mengadakan program yang melibatkan bilangan pelajar yang ramai.
Tuan Yang di-Pertua, saya pernah membangkitkan isu berkenaan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pandan Jaya di Penarik, tetapi jawapan yang diterima daripada Yang Berhormat Menteri, pembinaan sekolah tersebut tidak menjadi
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
satu keperluan buat masa kini disebabkan telah ada dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Agama Setiu dan Sekolah Menengah Imtiaz Setiu. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Sekolah Menengah Agama Setiu sudah tidak dapat menampung permintaan yang tinggi saban tahun. Manakala Sekolah Menengah Imtiaz Setiu bukan khusus untuk warga Setiu sahaja, bahkan yang dipilih ialah pelajar-pelajar yang mempunyai keputusan cemerlang dari pelbagai daerah.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai sebuah kawasan Parlimen yang rata-rata penduduknya dari kalangan B40, keperluan rumah PPRT adalah sangat tinggi. Mengikut statistik bagi tahun 2019, hanya tujuh buah rumah PPRT yang dibina di daerah Setiu.
Pada tahun 2020, enam buah dan tahun 2021 hanya tiga buah rumah baharu dibina. Ia tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan rakyat Setiu yang sebahagian besar berada di luar bandar. Saya mohon agar peruntukan ini ditambah untuk tahun-tahun mendatang.
Tuan Yang di-Pertua, Program Rezeki Tani adalah satu program yang baik dan mampu membantu usahawan IKS dalam mengembangkan perniagaan mereka. Saya mencadangkan agar peruntukan program ini ditambah. Berdasarkan statistik untuk tempoh tiga tahun iaitu tahun 2019 sehingga tahun 2021, hanya 107 orang peserta sahaja di negeri Terengganu yang terlibat. Ia terlalu kecil berbanding dengan jumlah keseluruhan golongan memerlukan, lebih-lebih lagi yang terkesan akibat COVID-19.
Tuan Yang di-Pertua, untuk memajukan sektor pelancongan di Setiu, saya juga ingin memohon agar kerajaan menaik taraf Gunung Tebu supaya menjadi tempat tarikan pelancong sebagaimana di Gunung Mat Chinchang yang telah mempunyai pelbagai tarikan pelancong seperti cable car dan lain-lain kemudahan. Pembesaran jeti di Pulau Redang dan bekalan elektrik ke Pulau Redang perlu dibuat segera kerana terdapat rumah mampu milik yang akan didiami oleh penduduk Pulau Redang dalam masa terdekat yang memerlukan kuasa bekalan elektrik yang lebih besar.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan atas kelulusan 20 buah kereta bergerak JPJ yang saya bangkitkan semasa membahaskan Titah Diraja yang lepas. Akan tetapi dalam masa yang sama, jumlah pegawai JPJ juga perlu ditambah. Meskipun sudah mempunyai penambahan sejumlah 300 orang lebih daripada SPAD, tetapi ia hanya berstatus jawatan kontrak yang akan tamat pada tahun 2022.
Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya yang ingin saya ketengahkan berkenaan ekonomi Malaysia. Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Malaysia atas peningkatan KDNK sebanyak 16.1 peratus pada suku tahun kedua. Apa yang penting adalah peningkatan yang berlaku perlu dikekalkan. Oleh itu, sejauh manakah usaha kerajaan dalam memastikan KDNK negara kekal positif dan meningkat pada masa hadapan serta persediaan kerajaan dalam memastikan ekonomi negara tetap kukuh walaupun wabak seperti COVID-19 ini mungkin berulang pada kemudian hari.
Di samping itu, langkah kerajaan dengan menggunakan expansionary fiscal amatlah tepat dalam mengatasi ekonomi negara yang semakin merudum akibat COVID- 19. Kerajaan perlu menyuntik lebih banyak wang kepada rakyat bagi memastikan rakyat berbelanja, sekali gus hasil kerajaan mampu dipertingkatkan. Namun, isunya adalah apakah langkah kerajaan bagi memastikan bantuan tersebut digunakan secara bersasar serta perbelanjaan tersebut mampu menyumbang kepada hasil negara? Adakah kerajaan ada bercadang untuk memberikan bantuan secara atas talian dengan meletakkan syarat- syarat tertentu bagi memastikan perbelanjaan dilaburkan oleh masyarakat benar-benar bersasar dan mampu menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi negara?
Tuan Yang di-Pertua, saya kira isu pinjaman boleh ubah sangat dekat dengan hati mahasiswa mahasiswi sama ada penuntut IPTA, mahupun IPTS. Program Pinjaman Boleh Ubah (PBU) yang dijalankan oleh JPA, mahupun MARA jelas sekali tidak banyak membantu para pelajar. Hal ini kerana syarat yang dikenakan bagi mendapat pengecualian bayaran balik semakin membebankan mereka. Jika sebelum ini peraturan pembayaran adalah melalui keputusan keseluruhan, ini bermakna jika pelajar mendapat keputusan kepujian kelas pertama, maka mereka dikecualikan bayaran.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Namun kini, syarat yang dikenakan adalah mana-mana graduan yang bekerja dengan kerajaan sahaja dikecualikan bayaran balik sedangkan umum mengetahui situasi negara kita yang sangat genting di mana kebanyakan graduan menganggur. Malah, graduan yang dikategorikan sebagai unemployed atau bekerja dalam bidang yang tidak mengoptimumkan kemahiran mereka adalah hampir 1.4 juta pada tahun 2020.
Jelas sekali syarat pengecualian bayaran tersebut langsung tidak masuk akal.
Oleh itu, saya mohon kerajaan mempertimbangkan Pinjaman Boleh Ubah ini diubah kepada biasiswa sepenuhnya agar pelajar-pelajar yang layak serta berjaya dalam pengajiannya tidak perlu membuat apa-apa pembayaran lagi. Langkah ini bagi mengoptimumkan potensi pengajian-pengajian graduan ke peringkat pengajian yang lebih tinggi, sekali gus menghargai kejayaan yang telah mereka capai.
Tuan Yang di-Pertua, penjualan sehari iaitu 11 November 2020, dua gergasi e- Dagang di China iaitu Alibaba dan JD.com berjaya meraih hasil jualan sebanyak RM474.15 bilion. Perkara ini membuktikan ekonomi digital mampu menyumbang hasil yang lumayan dalam masa yang singkat. Oleh itu, isu seterusnya yang ingin saya bangkitkan berkenaan pendigitalan ekonomi yang saya kira ia amat penting kepada ekonomi negara.
Ekonomi digital bukan sahaja mampu menyumbang kepada hasil negara, malah mampu menjana peluang pekerjaan sehingga 7.4 juta peluang pekerjaan. Pendigitalan ekonomi juga amat diperlukan dalam sektor 3D (dirty, dangerous, difficult), dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Apa yang berlaku pada hari ini, kerajaan melaburkan satu jumlah yang tinggi dalam sektor pembangunan. Insentif ini mampu meningkatkan peluang pekerjaan disebabkan penambahan jumlah pembinaan yang diperlukan.
Namun begitu, golongan belia pada hari ini tidak tertarik untuk bekerja dalam sektor tersebut. Oleh itu, apa yang boleh diusahakan adalah dengan meningkatkan penggunaan teknologi dalam sektor 3D ini. Saya yakin anak muda pada hari ini akan tertarik untuk menyertai sektor tersebut disebabkan penggunaan teknologi yang tinggi.
Begitu juga dalam bidang teknologi pertanian, insentif pendigitalan pertanian amat diperlukan dan semakin mendapat sambutan terutama anak-anak muda. Pendigitalan pertanian amat penting bagi menarik minat anak muda untuk terlibat dalam bidang pertanian. Oleh itu, kita amat memerlukan teknologi yang mampu milik (affordable) dengan izin Tuan Yang di-Pertua, serta mesra pengguna. Kerajaan seharusnya memastikan setiap petani menggunakan teknologi tersebut disebabkan bukan sahaja harga yang murah, malah mendatangkan hasil yang lumayan.
Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 9,015 kes keganasan rumah tangga direkodkan dalam kalangan masyarakat sepanjang PKP dilaksanakan di seluruh negara. Jumlah ini menunjukkan isu ini berada dalam keadaan yang amat kritikal. Oleh itu, langkah kerajaan dengan menambah Pusat Sokongan Sosial Setempat serta bekerjasama dengan NGO untuk meningkatkan bilangan Rumah Perlindungan Khas Wanita amat tepat. Namun begitu, bagi mengukuhkan institusi keluarga dan masyarakat selari dengan tema bajet, ‘Keluarga Malaysia Keluarga Makmur’, saya berpandangan kerajaan perlunya mengukuhkan dasar ‘qawam’ iaitu dasar bagi memperkasakan golongan lelaki. Saya kira isu keganasan rumah tangga kebanyakannya berlaku disebabkan oleh masalah kewangan serta suami yang tidak bertanggungjawab. Kefahaman suami tentang tanggungjawab yang dipikulnya bukan sahaja mencari nafkah, malah tanggungjawab yang lebih besar perlu difahami secara mendalam.
Tuan Yang di-Pertua, isu seterusnya adalah melibatkan rakyat yang bekerja di sektor informal di mana kebanyakan pekerja tidak mempunyai caruman KWSP yang memberi jangka panjang kepada rakyat yang tidak mempunyai simpanan persaraan. Oleh itu, apakah langkah kerajaan bagi menggalakkan mereka terlibat dalam sektor informal ini mendaftar dan mencarum dengan KWSP? Selain itu, apakah inisiatif kerajaan bagi memastikan isu majikan yang menolak gaji pekerja untuk tujuan caruman, namun tiada caruman dilakukan? Saya juga mencadangkan agar gaji minimum ditingkatkan lagi daripada RM1,200 kepada kadar yang lebih munasabah bagi menggalakkan lagi caruman dan meningkatkan lagi caruman KWSP pekerja.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Berdasarkan statistik, sebanyak 46 peratus pencarum berusia bawah 55 tahun hanya mempunyai caruman kurang daripada RM10,000 dalam simpanan mereka. Allah SWT berfirman, [Membaca sepotong ayat al-Quran] “Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu ikut langkah- langkah syaitan. Sesungguhnya ia musuh untuk nyata bagi kamu...”. Sekian, Setiu menyokong Rang Undang-undang Belanjawan 2022. [Membaca sepotong doa] Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Wa’alaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Setiu.
Kita ada lagi 10 orang. Saya ingin senaraikan semua ya. Selepas ini Yang Berhormat Simpang Renggam, diikuti oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berikut. Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Setiawangsa, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Johor Bahru, Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Lembah Pantai dan akhir sekali, Yang Berhormat Sandakan.
Dipersilakan Yang Berhormat Simpang Renggam.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di dalam adi karyanya, The Idea of Justice, Nobel Laureate dan pemikir dari India, Amartya Sen ada menyebutkan tentang dua konsep Hindu Sanskrit yang mendasari konsep keadilan iaitu konsep ‘niti’ dan juga ‘nyaya’. Niti ialah keadilan dalam bentuk struktural, perundangan dan peraturan. Manakala nyaya secara ringkasnya menekankan konsep keadilan yang direalisasikan melangkaui institusi dan struktural dan melihat kepada fungsi dan kesannya sesuatu perlakuan yang adil kepada masyarakat.
Nyaya hampir menyamai konsep al-Adl dan al-Ihsan yang dibawa di dalam Islam.
Sama ada nyaya ataupun adil dan ihsan, keadilan yang direalisasikan inilah yang perlu mendasari apa-apa polisi dan belanjawan yang dibentangkan oleh mana-mana kerajaan yang meletakkan keutamaan rakyat sebagai prioriti dan bukannya kepentingan para ‘cukong’, kroni dan para politikus penguasa. Hal ini jugalah yang hampir senada dengan semangat yang telah dilaungkan oleh pemikir dan sarjana tempatan yang telah mendahului kita seperti Profesor Ungku Aziz dan juga Almarhum Profesor Syed Hussein Alatas dan juga yang masih hidup bersama kita seperti Profesor Jomo K. Sundram.
Jika kita bawakan kerangka nyaya, al-Adl dan al-Ihsan ataupun kerangka keadilan yang direalisasikan ini dan kita petakan Belanjawan 2022 yang telah dibentangkan oleh kerajaan, ternyata terlalu sikit yang boleh dianggap selari. Bajet yang telah dibentangkan beberapa minggu lalu lebih merupakan bajet populis, bajet jangka pendek, bajet politik atau lebih malang lagi disebut oleh Yang Berhormat Pokok Sena sebagai bajet sembelit.
Cukuplah perbicaraan para MP, rakan-rakan saya sebelum ini dengan kepincangan bajet ini. Saya hanya ingin memfokuskan kepada isu pendidikan seperti biasa.
Timbul isu, apakah Tuan Yang di-Pertua, bajet ini berbentuk perkauman?
Seorang pakar ekonomi kita, Muhammed Khalid telah menyebutkan, “Bajet kali ini menunjukkan kepincangannya apabila mempamerkan ketidaksetaraan dalam peruntukan, di mana peruntukan untuk komuniti bumiputera merangkumi RM11.4 bilion, manakala bagi komuniti Cina dan India hanya menerima RM345 juta secara bersama”.
Saya tidak pasti apakah angka-angka ini mencerminkan hal yang sebenar atau sekadar retorik atas kertas. Pendetilan dan juga perincian kita perlukan daripada Menteri Kewangan nanti. Akan tetapi jikalau ia berkaitan dengan pendidikan, perlu kita tekankan.
Pendidikan adalah untuk semua dan tanggungjawab kita bersama tanpa kita bezakan di antara seorang anak Malaysia dengan anak Malaysia yang lain.
Tuan Yang di-Pertua, di samping itu pembangunan pendidikan OKU ataupun murid berkeperluan khas pasca COVID-19 secara holistik di dalam semua tahap pendidikan agak kurang mendapat sentuhan yang substantif dalam bajet kali ini. Ya, kita tahu memang ada peruntukan tetapi ia tidak menyeluruh dan tidak terangkum. Saya telah dimaklumkan bahawa berdasarkan Pekeliling KPT Bil.1/2010 berkaitan dengan bantuan
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
kewangan dan elaun pelajar OKU di IPTA ada disebutkan. Syarat-syarat kelayakan pelajar OKU yang diberi elaun kewangan ini iaitu di muka surat tiga, Surat Pekeliling KPT Bil.1/2010 itu.
Perkara 4.4(4) mengatakan “Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) ataupun JPA...”. Hakikatnya Tuan Yang di-Pertua, ramai di kalangan anak-anak ini yang telah mula belajar ataupun menceburi bidang TVET sama ada di politeknik ataupun kolej komuniti dan juga institut-institut kemahiran yang lain dan mereka ini ada antara kursus tersebut tidak mensyaratkan SPM. MQA mensyaratkan SPM. Kesannya, anak-anak OKU ini tidak menerima elaun tersebut. Maka, saya rayu kepada KPT agar merubah peraturan ini dengan meletakkan mana-mana anak-anak OKU yang juga turut belajar di mana institusi TVET, walaupun mereka tidak mempunyai SPM, walaupun tidak diiktiraf oleh MQA, mereka juga diberikan elaun dan juga saraan.
Tuan Yang di-Pertua, seperkara yang kita dapati amat jelas dalam Belanjawan 2022 ini ialah tiadanya pelan pemulihan jangka masa panjang pendidikan pasca COVID- 19. Tiada pelan pemulihan jangka masa panjang ini kita dapati di kedua-dua pendidikan dasar di bawah KPM dan juga pendidikan tinggi di bawah KPT. Malah, lebih malang lagi terdapat beberapa institusi pendidikan sama ada di bawah KPLB, Kementerian Perpaduan dan lain-lain kementerian juga tidak mengemukakan pelan pemulihan pendidikan jangka masa panjang. Ini amat mengerikan, ini amat menakutkan. Jikalau kita ingin bangkit daripada wabak ini, kita perlukan hala tuju dan visi yang jelas pendidikan.
Kita akur isu lost generation, isu keciciran, isu kelesuan ataupun hilang minat sama ada bukan anak-anak sahaja, malah di kalangan guru sekalipun. Di sinilah kita lihat bahawa belanjawan ini, does not address that issue in specific. Mereka tidak melihat isu pendidikan sebagai satu yang begitu penting. Pemulihan ini perlu diberikan perhatian yang tuntas dan ini kita tidak dapati. Ia masih bersikap terpancar-pancar ataupun in silo. Lebih malang lagi bila pendidikan hanya diberikan tanggungjawabnya kepada Kementerian Pendidikan dan KPT semata-mata, walhal pendidikan itu merupakan tanggungjawab bersama.
Hakikatnya, jurang antara kaya dan miskin semakin melebar dalam bidang pendidikan. Jurang di antara mereka yang ada akses kepada internet dengan mereka yang tidak mempunyai akses kepada internet semakin melebar. Jurang kepada mereka yang memiliki dengan mereka yang tidak memiliki semakin melebar. Apakah pelan komprehensif kerajaan melalui belanjawan ini untuk merapatkan jurang tersebut? Kita tidak mahu apa yang berlaku dalam tempoh dua tahun ini akan memberikan kesan jangka masa panjang, lima, 10, 15 tahun pada isu kesenjangan pemilikan, pada isu kesenjangan pekerjaan, kepada isu kesenjangan pemilikan isi rumah. Maka, kita minta bahawa kerajaan lebih bertanggungjawab untuk melakarkan belanjawan jangka masa panjang dan bukan bersikap memberikan goodies semata-mata.
Tuan Yang di-Pertua, apabila tiada pelan pemulihan jangka masa panjang, kita dapati apa yang berlaku ialah kementerian, terutamanya KPM lebih bersikap political oriented dalam keputusannya. Hasilnya para pendidik terbeban dengan banyak keputusan adhoc dan keputusan yang sekadar inginkan dikosmetikkan dengan data-data yang cantik. Kita sedar bahawa isu pendidikan amat penting, terutamanya dalam usaha kita mengejar kembali pelbagai masalah yang timbul kerana pandemik seperti saya sebutkan sebelum ini.
Namun, saya fikir wajar untuk kita dengar suara para pendidik, para guru di bawah yang semakin hari semakin terhimpit, semakin tersepit hanya kerana untuk memastikan kejayaan di atas kertas yang ingin dipaparkan dan dibentangkan di Dewan yang mulia ini.
Saya mendapat ribuan, malah puluhan ribuan, jikalau tidak ratusan ribuan daripada para guru yang ditekan untuk memastikan bahawa dapatan dan data yang dipersembahkan harus mengikut selera orang atasan untuk dibentangkan kepada KPM.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
KPM akan bentangkan kepada Menteri. Menteri akan bentangkan kepada kita di Dewan yang mulia ini. Akan tetapi, data-data, angka-angka itu dikosmetikkan. Guru-guru tersepit antara prinsip untuk berkata benar ataupun untuk memberikan data kosmetik.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Jikalau mereka tidak berikan data kosmetik, akan dikenakan tindakan, akan dilaporkan dan sebagainya. Akan tetapi, kalau diberikan data yang tidak benar, ini tidak mencerminkan keadaan pendidikan yang sebenarnya. Ini akan menganiaya anak-anak bangsa kita tetapi inilah yang berlaku.
Sebagai contoh, dalam isu penilaian berdasarkan bilik darjah (PBD), apabila guru mengisi tahap penguasaan (TP) murid di bawah daripada 2— ini guru-guru fahamlah apa yang kita sebutkan ini― kerja buat guru akan dipertikai. Lebih parah, ada lagi yang akan dipaksa menukar data hanya untuk memastikan data dipersembahkan nampak indah, nampak cantik agar Menteri tidak nampak kepincangannya apabila membentangkan di Dewan yang mulia ini. Percayalah, ini bukan tujuan sebenar pentaksiran.
Saya mengucapkan tahniah kepada guru yang bertanggungjawab melaksanakan PBD dan melakukan intervensi kepada murid mencapai TP 1 dan 2 walaupun mereka kadang-kadang terpaksa menerima kesannya. Ya, anda berada di pihak yang benar, guru-guru sekalian.
Di samping itu, sehingga detik ini, saya mewakili para pendidik dan ibu bapa merasa gusar dan tertanya-tanya kepada Kementerian Pendidikan, bilakah takwim sesi pembelajaran tahun 2022 akan keluar? Sekarang bulan November, tidak lama lagi bulan Disember, tetapi takwim 2022 belum lagi muncul.
Tuan Yang di-Pertua, Program Sarapan Pagi. Saya kekal dan juga komited meminta supaya kerajaan melaksanakan. Kalau perlu, saya merayu kepada kerajaan laksanakan Program Sarapan Pagi percuma untuk murid-murid sekolah rendah ataupun dikenali sebagai Universal Breakfast Program. Bukan perkara baharu. Di Jepun, di Finland dan negara-negara maju melaksanakannya. Kesan yang begitu jelas, Jepun mempunyai hayat rakyatnya yang begitu panjang. Kesan inter-generasi itu dapat dilihat hasil pelaksanaan Program Sarapan Pagi tersebut.
Pelaksanaan ini bukan sekadar membantu anak-anak daripada segi ekonomi malah membantu keluarga, membantu pengusaha kantin, pekerja kantin, pembekal makanan mentah, para petani dan mereka yang terlibat dalam ekosistem tersebut. Lebih penting, kita mendidik anak-anak supaya mempelajari etiket makan, belajar waste management, belajar disiplin. Mereka makan bersama guru dan mereka makan bersama rakan-rakan tidak kira kau kaya, kau miskin, kau marhaen, kau kayangan, kita makan sekali. Makanan yang sama, yang berkhasiat dan bergizi, kita belajar erti kesetaraan. Ini yang kita mahukan daripada generasi baharu rakyat kita.
Kepada kerajaan, saya rayu, anda mempunyai peluang. Kita telah berikan MoU kepada anda. Gunakanlah MoU tersebut walaupun sehingga kini Simpang Renggam masih tidak dapat lagi peruntukan seperti rakan-rakan PH yang lain. Kita pun tidak tahu apa sebabnya sehingga kini Simpang Renggam tidak diberikan peruntukan untuk Parlimen tersebut.
Akan tetapi, anda melalui MoU diberikan kepercayaan oleh kami di saf pembangkang untuk melakukan yang terbaik. Tolong laksanakan Program Sarapan Pagi percuma. Tolong lakarkan sejarah. Kita bina generasi Malaysia yang lebih baik melalui Program Sarapan Pagi percuma. Saya kira rakyat di luar sana kesemuanya menyokong program ini demi masa depan yang lebih baik, demi ekonomi rakyat marhaen dan demi membangunkan kembali ekonomi rakyat kita dan juga generasi masa depan.
Tuan Yang di-Pertua, saya kira waktu sudah habis walaupun banyak lagi yang ingin kita bincangkan. Cuma, sebelum saya menutup, satu perkara berkaitan integriti di institusi pengajian tinggi kita. Kita menjadi bahan lawak dengan isu journal predator, dengan isu bonceng gratis, dengan isu plagiarisme yang dilakukan oleh ahli akademik kita. Keluar bukan sahaja dalam media tempatan malah media luar negara. Ini perlu diambil serius dan ini nampaknya tidak langsung dibicarakan oleh KPT dan tidak diberikan perhatian oleh belanjawan kali ini.
Maka saya ingin merayu kepada KPT, ingin menggesa supaya kita tubuhkan majlis integriti kebangsaan seperti mana yang pernah diutarakan oleh Akademi Sains Negara pada tahun 2017 dan juga lakukan pindaan pada Akta 605 untuk menjadikan
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
kecurangan akademik, isu integriti sebagai salah satu isu salah laku bagi para pensyarah dan para akademia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam.
Seterusnya Yang Berhormat Puchong. Silakan.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, dalam sesi yang lalu dalam Dewan yang mulia ini, saya telah pun membangkitkan satu hal berkaitan dengan SPRM. Isunya berkisar kepada satu kes iaitu kes melibatkan wang. Hasil siasatan, kononnya didakwa dicuri oleh pegawai-pegawai SPRM.
Tuan Yang di-Pertua, kes itu adalah kes yang berlaku pada tahun 2018 dan saya telah pun di dalam Dewan yang mulia ini menamakan siapa yang terlibat. Itu ialah kes Hassanah binti Abdul Hamid yang pada masa itu menjawat jawatan Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Negara ataupun dikenali sebagai MEIO.
Tuan Yang di-Pertua, beliau ditangkap SPRM bulan Ogos 2018 kerana disyaki terlibat dalam kes penyalahgunaan dana pilihan raya Malaysia. Itu laporan yang saya baca. Kemudian didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada 25 Oktober 2018 atas pertuduhan pecah amanah kononnya melibatkan, Tuan Yang di-Pertua, wang milik kerajaan berjumlah RM50 juta. Kemudian pada 12 April tahun yang lalu, beliau telah pun dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan tersebut selepas pihak pendakwaan menyatakan bahawa mereka tidak mahu teruskan dengan kes yang berkaitan.
Selepas daripada itu, Tuan Yang di-Pertua, apa yang berlaku adalah, seperti mana saya sebut, ada dakwaan bahawa wang yang telah pun dikemukakan dalam mahkamah dalam kes itu telah pun dilesapkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab khususnya pegawai-pegawai SPRM. Kita buat aduan dalam Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua sendiri ada di sini dalam persidangan hari itu, dengar apa yang kita katakan. Apa yang kita dapati adalah di sana keyakinan diberikan, dinyatakan kononnya pihak SPRM akan siasat kes ini, pihak SPRM akan siasat.
Kalau saya boleh baca apa yang disebut hari itu berkaitan dengan perkara ini oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri. Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah bin Zainuddin berkata selepas PDRM terima satu laporan berhubung kes kehilangan barang kes SPRM berjumlah RM6 juta itu. Beliau berkata, “KDN beri jaminan”, Tuan Yang di-Pertua. Jaminan diberikan bahawa sebarang laporan polis yang telah diterima akan disiasat dengan telus mengikut lunas perundangan sedia ada. Beliau juga mengatakan, Tuan Yang di-Pertua, menegaskan, minta polis supaya mempercepatkan siasatan demi kepentingan rakyat secara keseluruhan kononnya public interest case.
Saya juga telah bincang dengan Jabatan Siasatan Jenayah, Tuan Yang di-Pertua.
Ini apa yang dikatakan oleh Menteri Dalam Negerilah. Untuk pastikan kes ini dipercepatkan untuk kepentingan rakyat, kerajaan ini, Tuan Yang di-Pertua, kononnya kerajaan yang mengekalkan sikap benar-benar berintegriti dan perkara ini, tindakan akan diambil sewajarnya.
Apa yang berlaku? Sampai sekarang, Tuan Yang di-Pertua, biasa dalam Dewan ini katakan tindakan akan diambil, memberikan pengesyoran dan sebagainya tetapi langsung tidak ada sebarang berita berkenaan dengan kes ini. Ini yang kita sebutkan.
Sebenarnya mereka hendak lenyapkan, hendak senyapkan kes-kes sebegini. Apabila suatu kesalahan dibuat oleh pegawai SPRM...
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Boleh saya celah?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
...Kita lihat apa yang berlaku, SPRM memberi pengesyoran, jaminan bahawa tindakan akan diambil. Kemudian apabila tidak ada tindakan diambil, KDN pula beri jaminan yang sama, tindakan juga tidak diambil.
Ya, silakan Yang Berhormat Kota Raja.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Tuan Yang di-Pertua, kes ini berlaku di JPM dikatakan bahawa wang ini dari luar kah daripada dalam, JPM ini nadi kepada kerajaan. Apakah bila pegawai-pegawai seperti ini bertindak di JPM yang boleh mempengaruhi dasar negara pada masa akan datang. Nadi negara telah diceroboh dengan rasuah sekarang ini. Oleh itu, siasatan mesti kuat dalam hal ini. Setuju atau tidak Yang Berhormat Puchong mesti didedah kepada rakyat apa yang berlaku di JPM ini. Ini nadi negara telah diusik sekarang ini.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja.
Saya amat bersetuju, tapi apa yang penting juga adalah untuk kita terus memberi tekanan kepada mereka untuk pastikan jawapan-jawapan itu diberikan. Dewan Rakyat ini bukan tempat untuk main-main. Kalau jaminan diberikan, tindakan akan diambil kenapa tidak kena tindakan? Dinyatakan public interest kononnya what public interest? Apakah jawapan yang hendak kita tau. Ini perkara dia, ini perkara yang serius.
Which area are public interests? Those areas dengan izin which concern us. Apakah tindakan yang akan diambil Tuan Yang di-Pertua? Tuan Yang di-Pertua dalam masa yang sama kita kena lihat kepada realiti dalam kerajaan yang ada pada hari ini. Kerajaan berintegriti kononnya, kerajaan Keluarga Malaysia tapi kerajaan yang sama sekarang dalam pilihan raya negeri Melaka mereka lawan satu sama lain.
SPRM di bawah JPM, Perdana Menteri daripada parti UMNO, polis di bawah PDRM, di bawah KDN, Menteri dia daripada Bersatu. Mereka ini tidak yakin di antara satu sama lain di mana mereka lawan satu sama lain. Jadi apakah pendirian kerajaan? You cannot have kerajaan di mana mereka di antara sama berlawan kemudian di dalam Dewan yang mulia ini memberikan jaminan kerajaan ini adalah kerajaan yang berintegriti.
Kita ada untuk tolong ada keyakinan dalam kita, kita akan ambil tindakan. Tidak ada. Tuan Yang di-Pertua dalam masa yang sama, saya ingin merujuk kepada satu kes yang baru- baru ini berlaku iaitu kes berkaitan dengan kononnya tohmahan pembelian pangkat di dalam PDRM dan ini satu perkara yang cukup penting Tuan Yang di-Pertua.
Di dalam isu ini, saya memetik beberapa artikel. Pertamanya pada 12 Oktober Tuan Yang di-Pertua MalaysiaKini ada satu artikel. DSP didakwa ugut hendak bunuh wanita, ancaman dinyatakan di dalam artikel itu. Ancaman telah pun berlaku 7 Oktober 2021, apakah ancaman itu Tuan Yang di-Pertua? Ketika kedua-dua individu itu bertelagah berhubung dengan satu pinjaman wang RM100,000. Apa dakwaan dia? Dakwaan dia kononnya diperlukan seorang pegawai polis berpangkat Timbalan Superintenden untuk membeli pangkat Superintenden.
Jadi seorang DSP yang minta wang itu buat tujuan untuk membeli pangkat Superintenden. Bukankah ini satu perkara yang cukup penting. Kita di dalam Dewan ini diminta untuk luluskan duit berbilion-bilion untuk agensi-agensi tertentu. Dalam masa yang sama kita dengar berkenaan dengan perkara-perkara ini tapi tidak ada tindakan yang diambil. Yang menarik Tuan Yang di-Pertua, kita lihat aduan ini dibuat dan dibongkarkan pada 12 Oktober, 13 Oktober terus kita adakan kenyataan respons daripada Tan Sri Ketua Polis Negara. Kononnya pangkat tidak boleh dibeli, one day, dalam satu hari. Saya hendak tanya aduan yang dibuat, dakwaan yang dibuat merujuk kepada satu DSP sendiri, dinamakan di situ dalam laporan polis. Adakah siasatan dibuat?
Tan Sri IGP menyatakan – yang beliau sebut Dato’ Sri Acryl Sani Abdullah Sani menegaskan Tuan Yang di-Pertua, semua urusan kenaikan pangkat, pendapatan dan pertukaran dalam pasukan itu dilaksanakan menerusi prosedur serta sumber rasmi. And ini proses dilakukan secara teliti termasuk melalui temu duga dan saringan oleh pegawai- pegawai tertinggi PDRM. Itulah masalah dia. Di situlah disebut bahawa ada tuntutan wang daripada mereka yang memegang jawatan tinggi dalam PDRM. Adakah siasatan dibuat?
Jangan terus menyatakan tidak ada sebegitu berlaku tanpa ada siasatan. Ini perkara yang penting.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Minta izin...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Yang Berhormat Bukit Gelugor sila.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Saya Lembah Pantai lepas itu.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Lembah Pantai pun tunggu.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
It’s okay.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Ya, ya silakan.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Sekejap sahaja.
Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Saya hendak tanya Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Puchong telah membangkitkan beberapa insiden ataupun instances of police misconduct. Ini merupakan satu perkara yang amat serius terutamanya bila kita berbincang berkenaan dengan isu pangkat dan membeli pangkat dan sebagainya. Ini perlu ditangani dengan seriusnya. Jadi saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Puchong. Apa pandangan Yang Berhormat Puchong sekiranya berkenaan dengan penubuhan IPCMC ataupun satu badan seperti IPCMC tersebut untuk menangani masalah ini di mana terdapat pihak neutral yang terkecuali untuk menghakimi pihak polis yang melanggar undang-undang ini dan bukannya polis sendiri to judge themselves. Apakah pandangan Yang Berhormat Puchong? Terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Lembah Pantai?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Isu yang sama Yang Berhormat Lembah Pantai?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Berbeza.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Saya jawab itu dulu baru saya bagi.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Baik-baik.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih Yang Berhormat dari Bukit Gelugor. Kita telah pun mengambil pendirian Yang Berhormat Bukit Gelugor yang cukup konsisten bahawa perlunya kita ada satu agensi yang bebas untuk membuat siasatan dalam hal-hal keadaan sedemikian. Inilah satu perkara yang kita konsisten Tuan Yang di- Pertua. Dalam keadaan tersebut saya ingin menyatakan sekali lagi kita lihat kerajaan yang kita ada hari ini memang kerajaan yang tidak ada komitmen untuk membawa sebarang pembaharuan. Satu kerajaan yang memberi jaminan selepas jaminan, selepas jaminan tetapi selepas daripada itu tidak ada tindakan yang diambil.
Kerajaannya memang gagal dan setelah gagal sekarang kita lihat dalam pilihan raya negeri gaduh di antara satu sama lain. Macam mana kita hendak teruskan dengan kerajaan sebegini. Ya sila Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih.
Ringkas sahaja, dua perkara. Pertama kita dengar Yang Berhormat Puchong sebut bahawa bila dibangkitkan isu-isu contohnya dalam kes Dato’ Hasanah dan siasatan dilakukan, ada tangkapan. Akan tetapi adakah cukup setakat tangkapan sahaja ataupun adakah individu-individu tersebut perlu dihadapkan ke mahkamah dan sehingga kini kita tak dengar perkara itu berlaku ataupun tidak. Kedua saya ingin bertanya pendapat Yang Berhormat Puchong tentang satu – kita boleh anggap sebagai whistleblower dalam media sosial yang bernama dalam Twitter namanya Edisi Siasat. Apakah pandangan Yang Berhormat Puchong kerana di dalam itu begitu banyak cerita yang dibongkarkan. Apakah pandangan Yang Berhormat Puchong?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada sahabat saya daripada Lembah Pantai. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan soalan pertama perlukah atau tidak dihadapkan perkara ini ke mahkamah. Kita baca, ada tangkapan dibuat, ada permohonan untuk reman dibuat. Kemudian bila kita tanya berdepan dikatakan bahawa reman itu untuk dua atau tiga kes, akan mengambil masa. Selepas daripada itu apabila Parlimen atau sidang Dewan tertangguh, tidak ada sebarang respons diberikan. Sehingga sekarang kita masih mencari, apakah yang berlaku kepada kes itu. Kenapa tidak ada tindakan? Kenapa tidak ada laporan kepada Dewan yang mulia ini?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Kenapa kita langsung tidak dengar lagi berkenaan dengan kes ini? Adakah itu tidak konsisten dengan apa yang saya telah menyatakan berkali-kali dalam Dewan yang mulia ini. Kalau kita ada SPRM siasat SPRM, kalau kita ada PDRM siasat PDRM, siasatan-siasatan dalaman memang tidak akan ada tindakan. Perkara-perkara itu akan disenyapkan. This is a cover-up, there is no action dan saya minta supaya kerajaan memberikan respons berkenaan perkara ini. Itu satu.
Keduanya berkaitan dengan isu edisi siasat. Tuan Yang di-Pertua saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat Lembah Pantai ada lihat laporan dalam FMT hari ini. Saya rasa mungkin soalan ini adalah daripada laporan itu. Laporan itu menyatakan bahawa Tan Sri IGP telah pun menyatakan dan saya baca. Daripada FMP, katakan bahawa pendedahan salah laku pihak polis ataupun agensi kerajaan dan SPRM dalam Edisi Siasat itu adalah satu keadaan mensensasikan dakwaan skandal. IGP says is to sensationalize. Tapi soalan saya Tuan Yang di-Pertua adakah ia bermaksud bahawa benar apa yang disebutkan di situ, to sensationalize. Kenapa tidak ada siasatan berkenaan dengan apa yang atau jawapan berkenaan dengan siasatan berkenaan dengan apa yang disebut di situ. Itu yang kita hendak tahu apa yang dibawa oleh Edisi Siasat itu benar atau tidak dan sebagainya kerana seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Lembah Pantai. Ini satu perkara yang cukup penting dan ianya perlu disiasat. Jadi kenapa kita dapat respons-respons sebegini daripada Ketua Polis Negara?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Respons-respons yang tidak merujuk kepada bahan. Apakah asas aduan itu?
Reply to the issue. Akan tetapi, kita lihat respons dia berkenaan dengan perkara lain dan tidak menjurus kepada isu dan ini membawa kepada tanda tanya. Adakah apa yang disebut oleh Edisi Siasat itu benar? Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lembah Pantai juga tanya berkenaan dengan kes-kes yang dibawa ke mahkamah.
Satu perkara yang saya ingin bangkitkan Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan kelewatan kes-kes Mahkamah Rayuan dan Persekutuan. Tuan Yang di-Pertua, saya dimaklumkan bahawa kes Yang Berhormat Pekan, rayuan ke Mahkamah Rayuan telah pun didengar dan ditangguhkan dalam bulan Mei tahun ini. Sekarang kita dalam bulan November, masih menunggu keputusan.
Saya hendak tanya kepada kerajaan, berapa banyak kes-kes jenayah di Mahkamah Rayuan yang adanya kes itu ia tidak ditangguhkan untuk lima bulan untuk keputusan? Ini kerana kalau tidak, kita ada sistem penghakiman yang mendengar kes- kes dan sebagainya dan saya rasa ini satu perkara di mana kita hendak tahu, adakah atau tidak ada backlog ataupun kelewatan dalam keputusan-keputusan tersebut?
Tuan Yang di-Pertua, untuk menggulung Tuan Yang di-Pertua, saya tidak tahu ada masa. Tuan Yang di-Pertua, saya telah pun membawa perkara berkaitan dengan masalah banjir di Puchong beberapa kali. Pada 1 November yang lalu, kita lihat banjir cukup besar yang telah pun mengakibatkan banyak kerosakan di kawasan, khususnya DUN Seri Serdang dan kawasan Seri Kembangan. Saya tahu bahawa ada Tuan Yang di- Pertua, rancangan di bawah RMKe-11 untuk membuat kerja-kerja pembaikan untuk kos sebanyak RM300 juta untuk kita dapat menyelesaikan masalah-masalah ini.
Mereka ada menyatakan bahawa kerja-kerja ini secara fizikal akan bermula pada tahun 2023. Saya ingin bertanya pada kerajaan, adakah kita mempunyai cara untuk membawa ke hadapan tarikh tersebut? Ini kerana kalau kita lihat kepada tarikh yang diberikan iaitu lebih setahun yang akan datang, saya rasa apabila kita ada masalah banjir ini, kita akan tetap melalui keadaan-keadaan di mana kita akan menghadapi kerosakan yang besar.
Jadi, dalam keadaan tersebut, saya minta kerajaan supaya memberikan satu respons berkenaan dengan perkara ini. Adakah kita boleh membawa ke depan ataupun mulakan kerja-kerja sampingan sekarang? Kerja-kerja yang boleh dilaksanakan secara cepat kita laksanakanlah. Tidak perlu kita tunggu sehingga tahun 2023, baru saja kita start kerja-kerja ini.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Jadi, saya minta selaku Ahli Parlimen kawasan Puchong, sebab kawasan saya, untuk satu respons bagi perkara-perkara ini kerana ia satu masalah yang cukup besar dan kita lihat hujan yang cukup lebat setiap hari dan ini menyebabkan dan membawa kepada keadaan keresahan di antara penduduk di kawasan Puchong. Jadi, saya minta satu penjelasan berkenaan dengan perkara itu. Tuan Yang di-Pertua, masa tidak mengizinkan.
Saya mengucapkan terima kasih kerana membenarkan saya mengambil bahagian di dalam perdebatan ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Seterusnya Yang Berhormat Hulu Langat.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Terima kasih.
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, tahun lalu Yang Berhormat Menteri Kewangan mengatakan Bajet 2021 adalah bajet pemulihan. Akan tetapi, hakikatnya ia gagal menguruskan ekonomi dan menguruskan pandemik itu sendiri. Ini berdasarkan maklum balas daripada majoriti rakyat di akar umbi sana.
Saya meneliti ucapan Yang Berhormat Pekan dan ingin meminjam kata kuncinya yang menggambarkan kegagalan bajet pemulihan ini. Rakyat tertarik dengan ucapan Yang Berhormat Pekan ketika menyebut, ‘Bapa Lockdown’. Ia adalah kegagalan Kabinet ketika itu dan sebahagian besarnya masih ada dalam kerajaan pada hari ini. Suka saya ingin menyambung apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Langkawi pula.
Saya dapati Yang Berhormat Langkawi begitu teruja untuk menyebut nama Yang Berhormat Pekan. Rupa-rupanya rakyat tahu bahawa kerajaan menanggung hutang 1MDB sebanyak RM32 bilion sehingga September 2021. Saya difahamkan RM12.8 bilion telah dijelaskan oleh kerajaan dan sebahagian lagi akan dibayar pada tahun hadapan.
Ingatlah, ini semua adalah wang rakyat. Walaupun kelihatan Bajet 2022 itu besar tetapi sebahagiannya ada peruntukan untuk membayar hutang rupanya.
Tunjang utama pelaksana kepada bajet adalah penjawat awam dan GLC. Kini, segala permasalahan dalam jabatan kerajaan, khasnya di Putrajaya disebut oleh orang ramai di media sosial. Kenaikan pangkat dalam kerajaan mengambil kira banyak faktor termasuk kekananan, seniority dengan izin, bukannya kroni atau siapa kenalan atau saudaranya atau isteri orang tertentu yang berada di atas dengan gaji puluhan ribu dan pejabat berhawa dingin, bukanlah semudah menulis dengan pen di atas kertas, ‘Untuk tindakan’ atau ‘Sila uruskan’, tanpa melihat sendiri apa yang berlaku di bawah sana.
Sehingga hari ini, ada jabatan penting kerajaan yang sudah berbulan-bulan tidak mempunyai ketua pengarah. Bagaimanakah sebuah jabatan hendak berfungsi dengan baik dan berkhidmat kepada masyarakat tanpa ketua utama? Apabila ditanya, “Mengapa masih tiada keputusan?” Mereka menjawab, “Saya bukan ketua pengarah”. Apabila skim kecil tertutup ini bermasalah, skim lain yang tiada kepakaran dan pengalaman akan datang untuk mengambil tampuk kepimpinan agensi atau jabatan itu.
Maka, akan berubahlah dasar dan urusan kerja yang akan membuang masa serta tenaga. Rakyat juga yang menerima bahananya. Rasulullah SAW bersabda, [Membaca sepotong Hadis] “Apabila sesuatu urusan telah diserahkan kepada mereka yang bukan ahlinya, maka waspadalah, akan datangnya kiamat atau kemusnahan.” Meletakkan seseorang di jawatan di jabatan tertentu adalah sangat penting dan pada hari ini saya masih berfikir, jawatan tertinggi seperti Duta Khas ke Timur Tengah, adakah ia masih diperlukan lagi atau tidak?
Rasuah. Dalam Bajet 2022 ini saya lihat tiada usaha khusus untuk membendung najis rasuah. Tiada peruntukan tambahan untuk SPRM, Institut Integriti Malaysia dan Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), rakyat dan pelabur asing tertanya-tanya. Agensi-agensi ini sepatutnya menambah usaha sama dengan sekolah, INTAN, IPG-IPG, guru, pusat latihan, pasukan beruniform, PBT, tentera, polis, GLC dan pihak swasta bagi mengetuai usaha membanteras rasuah yang jijik dan merosakkan imej negara.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Tuan Yang di-Pertua, apakah gunanya satu bajet yang besar dan gah namun akibat ketirisan, rasuah, pecah amanah dan pembaziran, peruntukan tidak sampai ke bawah. Yang kaya semakin kaya, dunia juga memerhati apa yang berlaku di Malaysia.
Pekebun kecil serta kontraktor kecil semakin sukar mencari rezeki. Kini, rakyat tahu siapa yang dapat projek. Pengarah mana yang berikan projek dan kawan orang politik mana yang untung banyak? Bukankah ini sesuatu yang akan terus memalukan Malaysia di mata dunia, khasnya kepada pelabur luar.
Yang Berhormat Pasir Mas ada menyebut tentang rasuah. Tahniah Yang Berhormat, nampak gejala rasuah dalam kalangan mereka yang memerintah negara ini sejak puluhan tahun lalu. Peranan Angkatan Tentera Malaysia pada masa hadapan dalam menghadapi wabak berbahaya. Malaysia memiliki lebih 800 buah pulau dan separuh daripadanya terletak di perairan Sabah. Pulau-pulau penting dan utama seperti Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Tioman serta Labuan tidak disambung dengan jambatan ke tanah besar.
Bandar-bandar utama pesisir pantai yang terletak bersempadan dengan pintu masuk antarabangsa seperti Johor Bahru, Pulau Pinang, Melaka dan Miri pula terus akan menjadi tumpuan peniaga serta pelancong. Bayangkan jika pulau-pulau dan bandar- bandar utama ini sekali lagi diserang dengan wabak berbahaya, banyak perkara terpaksa dilakukan untuk pemulihan.
Saya hendak cadangkan kepada kerajaan supaya Kementerian Pertahanan memiliki kapal hospital atau hospital ship. Kuasa-kuasa besar dunia seperti Rusia, Amerika Syarikat dan China telah lama dilengkapi dengan kapal hospital yang dioperasikan oleh Tentera Laut mereka. Sejak pandemik melanda, ia semakin diperlukan terutamanya negara-negara maritim.
Negara-negara jiran kita seperti Indonesia, Vietnam dan Myanmar sendiri juga telah memiliki kapal hospital. Bukanlah hasrat kita hendak meniru apa sahaja yang dimiliki oleh jiran tetangga tetapi kapal hospital adalah keperluan pada waktu aman mahupun ketika kecemasan. Khasnya pascawabak yang telah membunuh berjuta nyawa di dunia ini.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan rasa bersyukur serta berterima kasih kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia yang bekerja kuat sepanjang PKP berkuat kuasa, khasnya Kor Kesihatan. Namun saya dapati kelengkapan hospital medan dan keperluan logistik kesihatan lain, ATM hanya tertumpu di daratan.
Dalam keadaan ekonomi yang teruk, saya rasa tiada sektor swasta akan mampu mengoperasi kapal hospital. Saya berharap janganlah nanti jawapan standard Yang Berhormat Menteri Pertahanan masih sama iaitu kewangan negara tidak mampu serta kekangan peruntukan. Isu kesihatan sentiasa menjadi keutamaan rakyat sejak COVID-19 menular.
Pingat Jasa Malaysia. Apabila bercakap tentang ATM, janganlah kita lupa kepada jasa-jasa veteran serta pesara tentera. Saya mendapat panggilan daripada veteran- veteran ATM yang kecewa kerana tiada sebarang insentif khas untuk penerima-penerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) itu. Kebanyakan daripada mereka sudah lanjut usia.
Janganlah nanti apabila mereka sudah tiada, baru kerajaan sibuk hendak mengenang jasa veteran mempertahankan negara.
Alhamdulillah pada zaman Yang Berhormat Kota Raja menjadi Menteri Pertahanan selama 22 bulan, isu ini ditangani dengan sebaiknya. Veteran ATM nilailah sendiri apa yang anda lalui. Jika Kementerian Pertahanan tidak boleh memberikan bantuan bulanan, cukuplah dengan bantuan one-off bagi meringankan beban kepayahan akibat lockdown berpanjangan sebelum ini. Bukan semua veteran tentera hidup mewah dan mempunyai perniagaan besar.
Jalan perhubungan desa dan lampu jalan kampung. Sebelum masuk ke Dewan ini. saya sempat meninjau masalah rakyat di kawasan. Apabila melalui jalan-jalan kampung, baru saya perasan bahawa Bajet 2022 untuk jalan luar bandar hanya
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
memperuntukkan sebanyak RM1.5 bilion sepanjang 519 kilometer yang memanfaatkan 130,000 penduduk.
Berbanding bajet pada tahun lalu, walaupun RM1.3 bilion tetapi panjangnya adalah 920 kilometer. Namun berguna untuk 290,000 penduduk. Mengapa nilai Bajet 2022 bertambah tetapi manfaatnya kurang? Kementerian mana yang patut jawab perkara ini? Peruntukan untuk lampu jalan kampung juga berkurangan untuk Bajet 2022. Hanya RM107 juta dibelanjakan bagi 7,000 unit lampu jalan kampung berbanding pada bajet tahun lalu sebanyak RM121 juta diperuntukkan bagi memasang 27,000 unit lampu serta menyelenggarakan operasi 500,000 unit lampu jalan kampung sedia ada. Jalan kampung yang gelap berbahaya kepada pengguna jalan raya. Peruntukan untuk itu sepatutnya ditambah.
Angkatan Pertahanan Awam. Bagaimana keadaan di kawasan Yang Berhormat- Yang Berhormat seminggu dua ini? Dalam keadaan hujan, adakah kawasan Yang Berhormat- Yang Berhormat yang ada di sini banjir? Tentunya kita memerlukan bantuan daripada pelbagai agensi antaranya bomba, jabatan kebajikan, Angkatan Pertahanan Awam dan lain-lain. Pada bajet kali ini saya mencadangkan agar ambulans APM pada masa hadapan perlu dilengkapi dengan kemampuan pacuan empat kali empat (4x4), bukannya van sahaja. Kenderaan pacuan 4x4 lebih mudah digunakan di kawasan pendalaman serta sesuai bergerak semasa bencana serta mengharungi banjir.
Tuan Yang di-Pertua, pegawai APM di daerah juga perlu setaraf dengan kalangan pengurusan dan profesional, sekurang-kurangnya gred 41 ke atas. Barulah sesuai mereka hendak berurusan dengan pegawai daerah OCPD yang berada dalam gred kanan. Kini kebanyakan pegawai APM di daerah, berada di bawah gred 41. Namun, bebanan tugas mereka tidak sepadan dengan risiko bencana yang perlukan mereka sentiasa bersedia 24 jam.
Pejabat-pejabat operasi APM di daerah-daerah juga daif terutamanya di Sabah dan Sarawak. JPM perlu memberi perhatian agar mereka ada premis yang sesuai untuk digunakan ketika berlakunya bencana. Bagaimana hendak tolong masyarakat kalau pejabat APM tidak selesa, sempit dan usang?
Rakyat perlu sedar bahawa pendapatan perusahaan mikro dan kecil merosot 49 peratus sepanjang tahun 2021 berbanding sebelum pandemik. Manakala pendapatan isi rumah yang bekerja sendiri turun 41 peratus berbanding sebelum pandemik. Pada tahun 2030, negara dijangkakan mengalami masalah sosial yang lebih serius apabila lebih 40 peratus pencarum KWSP hanya mempunyai baki kurang daripada RM10,000.
Apa tindakan jangka panjang Kementerian Kewangan dalam perkara ini?
Bagaimana pula dengan segala hutang-hutang yang disebutkan tadi? Adakah kerajaan masih mampu membayar pencen kepada pesara-pesara penjawat awam beberapa tahun akan datang? Sebab saya percaya banyak penganalisis telah mengkaji bahawa kerajaan akan menghadapi masalah besar untuk membayar pesara-pesara yang begitu besar belanjanya. Ramai yang sudah menghitung bebanan-bebanan jangka panjang yang boleh merosakkan ekonomi Malaysia pada masa hadapan.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan kepada semua bahawa kami telah memberikan satu isyarat yang kami akan memastikan kerajaan ini stabil. Akan tetapi sekali lagi sebagaimana yang disebutkan oleh Ahli-ahli Parlimen teman- teman saya bahawa kelihatan satu percakaran sedang berlaku dalam negara. Kami bimbang kerajaan ini tidak stabil dan tak akan mampu untuk mengurus negara dalam keadaan baik. Bajet yang kita bahaskan ini saya takut menjadi sia-sia kerana pemimpin- pemimpin di sana masih bercakaran antara satu sama lain.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Seterusnya Yang Berhormat Setiawangsa, silakan.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum Tuan Yang di-Pertua. Setiawangsa ingin turut serta dalam perbahasan Belanjawan 2022 dan saya ingin fokus kepada soal PTPTN. Ada diumumkan bahawa kerajaan akan berikan diskaun kepada peminjam PTPTN yang memberikan pembayaran penuh 15 peratus dan seterusnya beberapa siri diskaun yang lain yang diumumkan.
Kita balik kepada soal pokok. Pendidikan ini kita lihat atau kita anggap sebagai satu kunci mobiliti sosial dan ini merupakan mengapa negara kita pada tahun 70-an, tahun 80-an menerusi pembinaan universiti awam yang begitu banyak, penghantaran pelajar keluar negara menerusi biasiswa sehingga ia telah melahirkan antara kelas menengah yang ada di negara kita pada hari ini.
Namun bagi anak-anak muda, mereka hanya boleh harapkan PTPTN— majoriti besar daripada mereka. Sebelum ini PTPTN menjadi justifikasi kepada penswastaan pendidikan. IPTS tumbuh seperti cendawan selepas hujan. IPTS dapat gunakan wang PTPTN yang ketika itu mendapat suntikan daripada kerajaan sebagai modal penubuhan IPTS-IPTS tersebut dan kemudian risiko untuk mengutip balik hutang ini jatuh kepada PTPTN.
Namun, hari ini kita lihat banyak IPTS yang “gulung tikar” apabila PTPTN telah mengetatkan pinjaman mereka dan apabila berlakunya pandemik COVID-19 dan sebagainya. Ini menunjukkan banyak daripada IPTS yang satu ketika dahulu ratusan yang ada di negara kita sebenarnya tidak sustainable ataupun tidak mampan.
Apa yang saya ingin tekankan— ini sudah banyak kali diumumkan diskaun pembayaran penuh ataupun pembayaran separuh PTPTN. Malah kalau sebelum ini masih ada juga dasar conversion daripada sekiranya mereka mendapat ijazah kelas pertama, akan menjadi biasiswa penuh. Daripada pinjaman kepada biasiswa penuh.
Akan tetapi hakikatnya dasar-dasar ini bersifat regresif yang merugikan golongan B40. Sebab apa? Siapa yang mampu membuat pembayaran penuh? Kalau orang yang tinggal di flat, di PPR di Parlimen Setiawangsa, kalau mereka yang tinggal di kampung di luar bandar dengan hutang RM30,000 ke RM40,000, sukar untuk kita harapkan mereka untuk buat pinjaman penuh. Begitu juga hendak harapkan— hendak dapatkan ijazah kelas pertama bukan mudah. Daripada segi peratusan dan mengikut jurusan pula, berapa peratus sahaja tiap-tiap tahun yang mampu mendapat ijazah kelas pertama.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Saya yakin termasuk saya sendiri dalam Dewan ini, ramai di antara kita di sini tidak mendapat pun ijazah kelas pertama. Jadi, kalau hendak mengharapkan mereka untuk mendapat pengecualian ataupun mendapat penukaran kepada biasiswa ataupun mendapat diskaun dan sebagainya, ia tidak adil kepada golongan B40 yang sepatutnya menjadi sasaran utama sebarang dasar untuk kita membaik pulih ataupun menambah baik PTPTN.
Kajian yang dibuat dari tahun 2014 hingga 2018, sebanyak 55 peratus daripada peminjam PTPTN adalah daripada keluarga B40. Kajian PTPTN sendiri mendapati 97 peratus daripada penghutang lalai (defaulters) adalah daripada golongan B40, 97 peratus.
Ini menunjukkan sekiranya, saya tidak mengatakan tidak ada, tetapi ramai di antara mereka sekiranya mereka mampu untuk berbuat demikian, mereka akan bayar hutang.
Jadi sebab itu kita sering dengar momokan, kita diingatkan. Kadang-kadang diberi justifikasi agama dan sebagainya. Hutang wajib dibayar.
Saya setuju hutang wajib dibayar tetapi kita harus melihat kepada soal ini secara keseluruhan. Kita juga harus lihat hari ini kadar pengangguran di kalangan graduan lebih tinggi daripada mereka yang tidak pergi ke universiti. Tadi kita bercakap tentang social mobility tetapi fenomena masalah pekerjaan di kalangan graduan berlaku pada hari ini.
Pada masa yang sama, mereka yang bekerja mungkin juga bekerja di dalam underemployment dan kita tidak hanya boleh salahkan mahasiswa ataupun salahkan IPT semata-mata, sebab sepatutnya kita ada sebuah ekonomi yang ada nilai tinggi yang mampu untuk memberi tempat kepada mahasiswa ini.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Pada tahun 2019, kajian PTPTN mendapati satu pertiga daripada peminjam PTPTN mendapat gaji bawah RM2,000. Kita sering melihat dalam sejarah negara kita benda biasa, tauke-tauke gergasi diberikan bailout tetapi graduan dengan ijazah sarjana ataupun ijazah muda yang bekerja di 7-Eleven dengan gaji kecil diminta untuk bayar hutang PTPTN dengan momokan bahawa hutang wajib dibayar.
Di kalangan generasi 20 hingga 29 tahun pada hari ini, tidak ramai di antara kita berada dalam kategori itu. Kajian AKPK mendapati bahawa pinjaman pendidikan merupakan hutang kedua yang biasa ditanggung oleh mereka. Masuk ke dalam alam pekerjaan ataupun belum ada pekerjaan, mereka sudah ada hutang di belakang mereka.
Ini berbeza dengan generasi sebelum ini.
Apa yang lebih malang, saya balik kepada cerita social mobility. Bayangkan ada Ali, ada Mamat. Seorang selepas SPM terus kerja 7-Eleven pada usia 17, 18 tahun.
Seorang lagi pergi belajar, ambil hutang PTPTN, keluar daripada universiti tidak ada pekerjaan, terpaksa kerja di 7-Eleven yang sama dengan kawan dia tadi tetapi kawan dia lepas SPM masuk kerja, sekarang kerja mungkin dengan lebih baik gajinya sedangkan mereka yang keluar dari universiti, gaji lebih rendah, ada hutang PTPTN sebab ijazahnya tidak dapat kerja.
Jadi sebab itu, saya ingin mengesyorkan, kalau saya bercakap tentang tauke- tauke besar diberikan bailout, dihapuskan hutang mereka, kita harus juga mempertimbangkan bukan untuk semua tetapi untuk golongan-golongan tertentu, penghapusan hutang. Kita harus bezakan antara penghutang lalai sengaja (deliberate loan defaulters) dan penghutang lalai tidak sengaja (involuntary loan defaulters), kalau kita hendak bercakap soal moral.
Malah isu ini bukan lagi satu isu yang spesifik di Malaysia. Negara Amerika yang mana hutang pendidikan merupakan antara soal yang sangat besar di negara tersebut, penghapusan hutang mahasiswa menjadi cadangan beberapa calon parti Demokrat dalam pilihan raya Presiden yang lepas.
Kalau kita lihat Laporan Ketua Audit Negara, PERWAJA Terengganu, RM3.44 bilion hutang dihapus kira pada tahun 2011. Bank Pertanian, RM200 juta dihapus kira pada tahun 2012. Jadi, sekiranya kerajaan boleh hapus kira hutang syarikat besar dan membantu mereka menerusi bailout, mengapa hutang rakyat yang paling perlu dibantu tidak boleh dihapus kira dan dibailout?
Lebih zalim lagi pada era Kerajaan Barisan Nasional dahulu, antara langkah yang diambil untuk menghukum mereka yang gagal membayar PTPTN adalah dengan menyenaraihitamkan mereka di imigresen, tidak boleh keluar negara. Hutang mereka mungkin RM20,000 ke RM30,000 sahaja tetapi hari ini kita ada Yang Berhormat Pekan dan isteri, Yang Berhormat Bagan Datuk, peguam Shafee Abdullah atas alasan hendak hantar anak belajar ke luar negara, mereka boleh dapat balik pasport mereka tetapi penghutang-penghutang kecil dahulu dengan hutang yang sedikit dan dalam keadaan yang susah, mereka diblacklist daripada ke luar negara. Saya tidak tahu Keluarga Malaysia apa namanya?
Siapa yang layak untuk mendapat penghapusan hutang ini? Soalnya macam saya kata kita pernah buat kepada tauke-tauke besar dalam soal hutang korporat dan sebagainya. Kita juga pernah hapuskan ataupun sedang hapuskan hutang peminjam kelas pertama dan kita memberi diskaun kepada mereka yang membuat pembayaran penuh. Maka ia boleh dibuat, it is a political decision, it can be done. Sekiranya kita mahu membuatnya, maka ia perlu dibuat secara bersasar.
Antara perkiraan, golongan B40, kadar pendapatan peminjam, bidang pembelajaran dan mereka yang telah membayar pada tempoh yang lama. Contohnya 15 tahun, maka diberi satu masa untuk mereka terus dihapuskan hutang selepas 15 tahun dibuat pembayaran. Tahun lepas, ahli ekonomi Geoffrey Williams yang bertugas di Universiti Nottingham Malaysia menyifatkan PTPTN tidak stabil dengan peminjam terlalu miskin untuk membayar semula, gaji graduan terlalu rendah dan pengangguran graduan terlalu tinggi.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Penghapusan hutang bersasar (targeted debt forgiveness) akan membebaskan lebih banyak wang ke dalam kitaran ekonomi, meningkatkan kemampanan portfolio PTPTN dan membebaskan wang institusi kewangan yang terikat dengan PTPTN untuk dilaburkan dalam sektor-sektor kewangan yang lebih memerlukan. Walaupun PTPTN dimulakan dengan geran kerajaan tetapi hari ini PTPTN meminjam wang daripada institusi kewangan dengan membayar kadar keuntungan ataupun faedah yang komersial tetapi memberi pinjaman kepada mahasiswa dengan kadar ujrah yang sangat rendah. Ini menjadi kunci kepada ketidakmapanan PTPTN yang ada pada hari ini.
Kedua, perkara yang pernah dibawa oleh Pemuda Harapan sebelum PRU ke-14 dahulu ialah kadar pendapatan. Ini dimulakan di Australia dan diguna pakai di banyak negara, termasuk di England, Korea Selatan, Belanda, Thailand dan lain-lain lagi. Dahulu, usul daripada Pemuda HARAPAN ialah cadangan kami untuk dibayar semula hutang PTPTN hanya apabila gaji graduan lepas RM4,000 sebulan.
Pada era PH menjadi Kerajaan Persekutuan dahulu, kita pernah membuat usul pembayaran antara dua hingga 15 peratus berdasarkan pendapatan bulanan tetapi pendapatan asal yang ditetapkan adalah terlalu rendah pada RM1,000 dan tidak realistik.
Sekiranya kita hendak melaksanakan kadar pembayaran, contohnya kita boleh buat pembayaran bermula pada RM4,000 sebulan pada kadar paling rendah dan seterusnya meningkat sehingga tangga gaji tertinggi RM10,000 atau RM15,000 sebulan.
Jadi sebab itu bagi Setiawangsa, perkara ini sebenarnya pernah dikaji pada era Kerajaan PH secara lebih mendalam ketika Yang Berhormat Simpang Renggam menjadi Menteri Pendidikan dan beliau menubuhkan satu jawatankuasa untuk merombak model PTPTN. Ini telah dianggotai oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan yang ada pada hari ini dan juga bekas Setiausaha Politik Yang Berhormat Pagoh iaitu Datuk Marzuki Mohamad. Mungkin elok selepas kedua-dua mereka ini khianat kepada Pakatan Harapan, kita dapat khabar berita tentang apa berlaku kepada perjalanan jawatankuasa ini. Saya ingin menggulung.
Jadi pokoknya dalam soal ini, Setiawangsa meminta kerajaan terus memberikan suntikan. PTPTN cannot be sustained on itself.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Kerajaan dari semasa ke semasa perlu memberi suntikan untuk kemampanan PTPTN, pertama. Kedua, kerajaan kena terus memberi kawalan yang ketat kepada pertumbuhan IPT khususnya IPTS agar pendidikan berkualiti dan setara dengan keperluan ekonomi. Ketiga, kerajaan kena lihat cara untuk menggalakkan majikan swasta multinasional dan juga GLC untuk membuat perkongsian pembayaran balik PTPTN pekerja mereka secara bersama-sama.
Keempat, perlindungan kepada mahasiswa apabila pengiktirafan MQA untuk jurusan tertentu di sesebuah IPT ditarik balik.
Ini berlaku di Australia, perihal perlindungan tersebut dan ini tidak adil apabila ia berlaku kerana tidak ada salah mahasiswa tersebut. Sebagai contoh, Setiawangsa ingin memberi contoh pelajar-pelajar, ratusan pelajar di Lim Kok Wing University of Creative Technology yang terjejas apabila pensijilan mereka tidak diiktiraf oleh MQA.
Jadi, ini antara cadangan yang Setiawangsa ingin berikan untuk pihak kerajaan masukkan tentang PTPTN dalam Belanjawan 2022. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Seterusnya Yang Berhormat Batu Kawan. Silakan.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk Batu Kawan mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2022. Saya ingin mulakan perbahasan saya dengan memetik sepotong ayat daripada Kitab Injil, Proverbs 31, 8-9. “Speak up for those who cannot speak for themselves, for the rights of all who are destitute. Speak up and judge fairly; defend the rights of the poor and needy”.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mulakan ucapan dasar saya dengan menyentuh pengumuman Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob– Bulan November akan dikenali sebagai bulan Keluarga Malaysia, di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menggariskan ia sebagai satu platform untuk mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan menjunjung semangat inklusif antara anggota Keluarga Malaysia.
Falsafah konsep Keluarga Malaysia ini harus berlaku secara adil kepada semua rakyat Malaysia. Meskipun wujud usaha untuk mempamerkan gambar-gambar rakyat Malaysia yang senyum, muhibah dan majmuk namun realitinya adalah jauh berbeza. Jelas wujud ketidakseimbangan layanan dan diskriminasi terhadap wanita, terhadap etnik, kaum dan agama. Hujahan saya bukanlah berpusar isu gender, kaum dan agama semata-mata tetapi kepada rasuah, salah guna kuasa, kepincangan, ketirisan yang ditutupi dengan polisi-polisi yang dibayangi oleh dasar kaum, agama dan jantina.
Sudah tiba masa kerajaan beralih kepada needs-based approach daripada race-based approach. Ini merupakan perbahasan belanjawan saya yang kesembilan di Dewan yang mulia ini dan setiap tahun saya mendengar pengumuman gah oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan. Peruntukan besar yang diberikan bagi agenda transformasi bumiputera, bagi sekolah Tamil dan Cina, peruntukan bagi kemajuan dan pembangunan rakan-rakan Orang Asli dan orang asal Sabah dan Sarawak.
Kita bertepuk meja, membuat kenyataan media, senyum lebar dan pada tahun yang akan datang melihat dan mendengar lagi peruntukan berjuta dan berbilion yang sama untuk agenda yang sama. Persoalannya mudah. Adakah peruntukan tersebut telah mencapai sasarannya? Berapa ramaikah bumiputera yang telah diangkat dari kepompong kemiskinan?
Berapa ramaikah daripada kaum India dan Cina yang asnaf dan fakir miskin yang berjaya dikeluarkan daripada kitaran kemiskinan? Berapa ramai anak muda kita diselamatkan dari cengkaman geng-geng atau triads? Berapa ramai anak kita yang gugur dari sekolah akibat kemiskinan? Berapakah kanak-kanak yang terbantut tumbesaran akibat kemiskinan? Berapa ramai Orang Asli dan orang asal yang telah dan sedang menikmati pembangunan yang sudah lama dijanjikan kepada mereka pada masa yang sama hak dan tanah mereka dilindungi dan dipertahankan.
Sudah tiba masa kita beralih, sekali lagi, kepada needs-based approach atau pendekatan mengikut keperluan daripada hanya kepada berfokuskan kepada race-based approach mengikut kaum. Dengan KPI yang ditetapkan, KPI yang realistik akan menjadi lebih mudah untuk memantau statistik penduduk yang benar-benar mendapat manfaat daripada rancangan-rancangan dan program-program yang diumumkan oleh kerajaan.
Sebagai contoh, RM100 juta untuk MITRA bagi pembangunan sosioekonomi kaum India di Malaysia. Populasi kaum India hanyalah tujuh peratus. Maka, amat mendukacitakan untuk membaca perincian wang berjuta ini diberikan kepada NGO untuk program sosioekonomi ramai dibelenggu dengan lebih soalan daripada jawapan. Peruntukan MITRA hari ini dilayan seperti sebuah mesin ATM. Cucuk sahaja dapat duit. Bagaimana, untuk apa, ke mana wang itu dibelanjakan, tidak telus dan tiada dalam ruang pengetahuan kami Ahli Parlimen di sini.
Maka saya cadangkan agar laporan tahunan MITRA dari tahun 2018 sehingga kini diletakkan di atas meja semua Ahli Parlimen atas tujuan ketelusan, accountability dan pertanggungjawaban oleh pihak kementerian dan kerajaan.
Negara Malaysia walaupun kecil, merupakan salah sebuah negara yang menentang prinsip aparteid habis-habisan, di negara di mana aparteid digunakan secara lazimnya.
Allahyarham Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Pertama telah memainkan peranan penting apabila membangkitkan isu tembakan di Sharpeville, Afrika Selatan di Persidangan Komanwel Perdana Menteri atau the Commonwealth Prime Ministers’ Conference pada tahun 1960-an. Malaysia telah menggesa untuk tindakan pihak antarabangsa memansuhkan sistem aparteid dan menjurus kepada prinsip demokrasi.
Selepas 50 tahun, kita melihat roh aparteid mula dihidupkan semula di negara kita dengan penyisihan dan diskriminasi antara rakyat Malaysia. Ahli Parlimen juga menjadi mangsa aparteid apabila peruntukan pembangunan untuk kawasan disekat atau diberi satu amaun yang kecil. Budaya penyisihan ini bukan perkara yang baharu. Peruntukan pembangunan memang wujud walaupun bukan menerusi wakil rakyat yang diundi oleh rakyat.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Sebagai contoh pada tahun 2017, saya sebagai Ahli Parlimen pembangkang mendapat sifar peruntukan untuk menggaji dan menguruskan pejabat dan juga untuk menjaga kawasan saya daripada segi pembangunan, kebajikan dan peruntukan untuk program. Walaupun saya tidak tahu akan agihan RM4.1 juta yang dibelanjakan di kawasan saya. Soalannya adalah siapa yang memberi kebenaran untuk peruntukan tersebut dibelanjakan? Siapakah yang meluluskan peruntukan ini? Siapakah kontraktor projek-projek ini? Apakah proses pemberian kontrak ini?
Semasa Pakatan Harapan menjadi kerajaan, peruntukan RM100 juta diberikan kepada Ahli Parlimen pembangkang. Memang tidak cukup, saya mengaku. Akan tetapi, selepas Langkah Sheraton saya dan Ahli Parlimen pembangkang yang lain terpaksa merayu kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada masa itu untuk sedikit peruntukan apabila negara dilanda pandemik COVID-19 dan RM100,000 diluluskan pada masa itu.
Hari ini disebabkan MoU, kami menerima peruntukan untuk pengurusan pejabat dan untuk kegunaan pembangunan, kebajikan dan program kemasyarakatan di kawasan masing- masing. Sekiranya tiada keperluan untuk satu MoU, adakah peruntukan ini akan diberikan atau tidak? Selepas 60 tahun merdeka, kerajaan tidak boleh lagi menafikan hak Ahli Parlimen pembangkang dan hak Ahli Parlimen bebas. Hak mereka adalah hak rakyat juga untuk menerima peruntukan yang sama dengan Ahli Parlimen kerajaan.
Penafian peruntukan ini adalah penafian kepada warga marhaen, rakyat yang memerlukan bantuan ini. Maka, saya cadangkan di sini agar Parlimen sebagai satu institusi tunjang dan bebas bahawa Parlimen lah yang akan menjaga dan menguruskan dan memberi peruntukan kepada Ahli Parlimen dan bukannya badan eksekutif agar Ahli-ahli Parlimen kerajaan, pembangkang dan bebas mendapat peruntukan yang sama memandangkan kami ahli keluarga Malaysia dan harus diberi layanan yang sama.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga dapat tahu bahawa ini merupakan salah satu alasan mengapa Ahli Parlimen ataupun ADUN melompat atas isu ketiadaan peruntukan untuk kawasan ini. Maka saya harap kerajaan akan mengambil iktibar dan akan mengubah budaya ini agar Ahli-ahli Parlimen pada masa akan datang, generasi akan datang, anak muda tidak akan menjadi mangsa kepada sistem ini.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Dengan izin, Yang Berhormat batu Kawan.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Sila.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Saya tertarik dengan ucapan Yang Berhormat Batu Kawan. Saya hendak tanya berkenaan dengan isu lompat parti yang telah pun dibangkitkan oleh rakan saya di mana salah satu sebab perkara ini berlaku mungkin disebabkan kekurangan peruntukan.
Saya hendak tanya Yang Berhormat Batu Kawan. Fenomena lompat parti ini merupakan satu perkara yang kerap berlaku sejak GE14 yang lalu dan kami tidak, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, we don’t see an end in sight. Juga baru-baru ini bagi pilihan raya di Melaka juga terdapat empat orang yang dikatakan melompat. Sama ada definisi mereka adalah tidak melompat atau melompat, itu tidak timbul.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
But the point is, this has caused dengan izin Tuan Yang di-Pertua, this has caused a very serious dent in Parliament in democracy in Malaysia. Dengan izin Tuan Yang di- Pertua, apakah Yang Berhormat Batu Kawan, sekiranya ada cadangan untuk mengatasi masalah lompat parti ini demi masa depan Malaysia.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Terima kasih kepada rakan saya, Yang Berhormat Bukit Gelugor. Saya mohon bahawa cadangan beliau dimasukkan dalam ucapan saya dan dijawab oleh Menteri yang terlibat.
Akan tetapi saya ingin menyatakan bahawa saya setuju dengan soalan tersebut.
Sudah tiba masa kita harus menangani isu ini, we have to nip it in the bud to speak about lompat parti dan saya memang bersama dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain menanti dan menunggu masa Akta Lompat Parti untuk dibentangkan dan dibahaskan dalam Dewan yang mulia ini.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan. Anak-anak yang lahir di luar negara kepada ibu yang bergelar warganegara Malaysia tidak mendapat kewarganegaraan secara automatik sepertimana jika si bapa yang berkahwin dengan wanita bukan warganegara.
Saya tidak boleh terima jawapan sama sekali bahawa pendirian kerajaan terhadap isu ini ialah di atas dasar keselamatan negara. Adakah anak-anak kecil, bayi, kanak-kanak dan remaja kini dengan izin a threat to national security? Di manakah wujud keadilan bagi anak-anak dan ibu-ibu warganegara Malaysia yang tidak berdosa dalam Keluarga Malaysia ini?
Di manakah keadilan apabila pemain bola sepak yang bukan dilahirkan di sini ditawarkan kewarganegaraan tetapi rayuan ibu-ibu warganegara seolah-olah lambat diberi tindak balas. Saya berharap apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menghadap Majlis Raja-raja untuk mempersembahkan masalah ini bahawa beliau diberikan hidayah supaya ucapan beliau akan memihak kepada suara ibu-ibu ini dan dugaan serta cabaran mereka.
Tuan Yang di-Pertua, kandungan belanjawan ini bukanlah sekadar satu dokumen angka tetapi satu dokumen polisi dan dasar kerajaan. Matlamat, niat, tujuan dan objektif usaha kerajaan atau rolling plan kerajaan. Ia harus memberi gambaran dan visi di mana letaknya semua rakyat Malaysia suatu hari nanti dalam tahun-tahun yang akan datang.
Namun apa yang saya lihat ialah banyak peruntukan one-off yang diberikan kepada pelbagai golongan dan lapisan masyarakat.
Peruntukan belanjawan bukan sekadar untuk membantu rakyat yang jatuh ditimpa tangga dengan pandemik ini tetapi harus dilihat sebagai satu pelaburan masa hadapan yang mampan atau sustainable. Kerajaan harus menyasarkan cara dan kaedah bagaimana untuk menyelamatkan peniaga-peniaga yang kecil daripada terus lingkup, membantu wanita dan ibu tunggal, ibu tinggal dan wanita yang bekerja di rumah seperti suri rumah untuk berdikari menjana rezeki seperti yang dijalankan oleh Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) melalui Program Jana Rezeki yang mewujudkan ramai wanita usahawan yang berjaya untuk menjana rezeki sendiri.
Berapakah sasaran wanita bagi tahun 2022 yang akan menjadi usahawan yang berdikari? Saya ingin cadangkan di sini agar kerajaan anjurkan program outreach dalam pelbagai bahasa untuk lebih ramai wanita daripada pelbagai latar belakang termasuk di kawasan bandar, luar bandar dan mengikut pecahan sosioekonomi termasuk wanita Orang Asli dan orang asal. Saya agak kecewa apabila kerajaan berasa bangga dengan pengumuman kerajaan akan mewajibkan pelantikan sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita bagi semua syarikat senaraian awam.
Ini kerana piawaian antarabangsa untuk keterlibatan wanita sebagai decision- maker atau pembuat dasar ialah sekurang-kurangnya 30 peratus. Kerajaan sepatutnya berfokuskan untuk memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita menjadi ahli lembaga pengarah (board of directors) dan bukan sahaja seorang wanita sebagai pengarah. Ia memang penting tetapi tidak mencukupi. Tidak perlu untuk menunggu untuk menetapkan cadangan ini sehingga September tahun hadapan. Boleh mulakan tahun ini juga, ayuh. Sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dalam lembaga pengarah di syarikat- syarikat ini harus dilaksanakan dengan kadar segera.
Tuan Yang di-Pertua, saranan untuk wanita kembali ke alam pekerjaan tidak akan berjaya sekiranya kerajaan tidak melabur dalam menyediakan pusat penjagaan kanak- kanak yang mampu dibayar oleh golongan ibu ini. Bagaimanakah kerajaan akan meningkatkan bilangan pusat penjagaan kanak-kanak yang bertauliah untuk membantu wanita ini kembali bekerja?
Tuan Yang di-Pertua, tahniah saya ucapkan kepada Malaysia di atas kejayaan menjadi sebahagian daripada United Nations Human Rights Council. Saya berharap kerusi Malaysia di UNHRC bukanlah sebagai hiasan atau untuk memenuhi kuota pencapaian negara di mata dunia. Great positions come with great responsibilities, maka negara Malaysia harus serius untuk memperbaiki semua pelanggaran dan pencabulan hak asasi manusia di Malaysia.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Perkahwinan kanak-kanak masih berlaku di Malaysia. Apakah rancangan dan pelan kerajaan untuk menyifarkan perkahwinan kanak-kanak?
Sehingga hari ini, masih wujud lagi kematian dalam tahanan. Saya terkilan dengan komen tidak sensitif dan bertanggungjawab Menteri Dalam Negeri, dalam Dewan yang mulia ini tempoh hari bahawa kematian dalam tahanan tahun ini tidak begitu tinggi dan telah membuat perbandingan dengan kematian dalam tahanan dengan tahun-tahun sebelumnya. Ini bukan soal kurang atau banyak orang yang mati dalam tahanan.
Satu kematian dalam tahanan adalah seorang ayah, seorang anak, seorang isteri, seorang ibu, seorang suami, seorang abang atau adik yang telah mati dalam perlindungan dan tahanan pihak polis. Hujah yang mati itu penjenayah menunjukkan kelompangan pemahaman warga marhaen dan ramai di luar sana mengenai sistem keadilan jenayah
(criminal justice system) bahawa penjenayah atau bukan. Kematian itu bukanlah dalam tangan sesiapa pun, termasuk di dalam tangan polis.
Maka, saya sarankan kepada kerajaan untuk membentangkan IPCMC dan bukannya IPCC yang bidang kuasanya kurang daripada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) atau Enforcement Agency Integrity Commission (EAIC).
Belanjawan ini harus memastikan tiada lagi wujud kematian dalam tahanan selepas ini.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan digesa dan disarankan juga untuk meratifikasi konvensyen-konvensyen antarabangsa seperti International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR), International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights
(ICESCR), United Nations Convention Against Torture, Rome Statute dan konvensyen lain yang memelihara hak kebebasan agama seperti apa yang terkandung dalam Universal Declaration of Human Rights yang juga disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita sendiri. Saya berharap negara Malaysia akan masuk gear lima dalam usaha untuk memansuhkan hukuman gantung mandatori bagi 11 jenayah di negara kita.
Dalam nafas yang sama, ingin saya bawa perhatian Dewan yang mulia ini, kepada kes seorang warganegara OKU, mentally disabled, Nagaenthran, dengan IQ 69 yang akan digantung pada hari Rabu, pada 10 November ini. Akan tetapi saya mendapat berita terkini bahawa akan ada penangguhan pelaksanaan hukuman mati itu.
Rayuan saya dan ramai warga Malaysia di luar sana ialah seorang OKU mental tidak boleh dihukum gantung. Lebih-lebih lagi yang tidak mempunyai budi bicara seperti anda dan saya di sini. Mendiang Presiden Filipina, Benigno Aquino telah mencabar protokol dan telah berusaha sehingga saat terakhir melobi dengan Presiden Indonesia untuk menyelamatkan Mary Jane Veloso dari tali gantung pada tahun 2015 di Indonesia.
Maka ingin saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia di atas surat yang telah beliau utuskan kepada rakan sejawatan di Singapura, Perdana Menteri Lee Hsien Loong, untuk memohon ihsan dan pertimbangan agar Nagaenthran tidak dihukum gantung.
Tuan Yang di-Pertua, saya berharap bahawa pihak Menteri atau Timbalan Menteri sedang mengikuti perbahasan kami ini walaupun dari Putrajaya atau Melaka, agar jawapan bagi soalan dan cadangan kami ini akan dianggap serius dan diberikan jawapan kepada apa yang ditanya. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Seterusnya, Yang Berhormat Johor Bahru, silakan.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi izin kepada Johor Bahru untuk bersama-sama membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tahun 2022. Melihat kepada perkembangan politik semasa, MoU yang ditandatangani sepatutnya meredakan suhu politik membolehkan perbincangan antara kedua-dua belah pihak bagi menumpukan usaha merangka jalan untuk memulihkan negara pasca pandemik COVID-19.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Sebaliknya, kegopohan Kerajaan Barisan Nasional, Perikatan Nasional untuk mengadakan Pilihan Raya Melaka yang mana hari ini penamaan calon dan akan diikuti Pilihan Raya Negeri Sarawak hanya mendedahkan nafsu politik yang tiada henti dan tidak mustahil Tuan Yang di-Pertua, pilihan raya umum akan diadakan seawal tahun hadapan bagi mengelak kuasa undi anak muda undi 18. Oleh sebab itu, kita jangan tertipu, terpedaya dan hanya berpegang kepada kata-kata tetapi penilaian itu harus dibuat dengan meneliti perbuatan dan pelaksanaan.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Siri libat urus bagi mendapatkan pandangan dalam merangka Belanjawan 2022 ini, memungkinkan penceritaan yang baik tetapi mampu kah ia diterjemahkan? Mampukah perangai yang lama untuk diubah? Rasuah dan salah guna kuasa terus membelenggu negara dan ketika ini saya merasakan barah tersebut kembali dengan penuh helah muslihat.
Persoalan yang saya kemukakan kepada Menteri soal senarai untuk kontrak- kontrak pemberian secara terus sepanjang PKP ini sehingga hari ini masih belum terjawab. Ini kerana apa yang rakyat mahu tahu adalah berapa banyak wang negara yang tiris? Berapakah anggaran kerugian akibat rasuah kepada negara? Di sebalik kononnya agenda bumiputera Melayu, kebocoran duit rakyat ini boleh berlaku ketika ini secara halal oleh kerajaan yang ada pada hari ini.
Jadi, saya hendak ambil contoh di Johor. Terdapat lapan buah syarikat konsesi yang hampir memonopoli keseluruhan kerja-kerja penyelenggaraan dalam negeri Johor.
Contohnya, pertama, Safwa Global Venture (M) Sdn. Bhd., penyelenggaraan jalan PBT, ada Syarikat Amona Infra Care Sdn. Bhd., penyelenggaraan jalan-jalan negeri Jabatan Kerja Raya Zon A. TETO Engineering Sdn. Bhd. (Zon B), Infra Desa (Johor) Sdn. Bhd., penyelenggaraan jalan-jalan kampung dan luar bandar negeri Johor.
Jadi konsep itu nampak baik bila disusun melalui konsesi tetapi apakah isu-isu yang timbul dengan pemberian kerja melalui konsesi ini dan bagaimana ketirisan itu boleh berlaku? Jadi, pertama yang saya hendak kongsikan dalam Dewan ini, dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan tahun lepas, Syarikat Safwa Global Venture (M) Sdn. Bhd. telah dikatakan menerima ataupun dikurniakan sebanyak RM350 juta kontrak setahun daripada peruntukan MARRIS.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****] Yang Berhormat Batu Pahat mungkin tahu juga kes ini. Benar kah dalam tempoh tiga tahun ini kontrak keseluruhan yang diterima oleh Syarikat Safwa Global Venture (M) Sdn. Bhd. ini akan mencecah sebanyak RM1 bilion? Apa yang istimewa sangat kepada Syarikat Safwa Global Venture (M) Sdn. Bhd. ini sampai boleh membolot berbilion projek kerajaan? Siapakah yang memutuskan syarikat berkepentingan peribadi ini untuk mendapatkan kontrak MARRIS?
Berdasarkan semakan yang dibuat, Syarikat Safwa Global Venture (M) Sdn. Bhd.
hanya bermodalkan RM1 juta. Dapat kerja ataupun job bernilai RM1 bilion. Maksud pulangannya seribu kali ganda lebih daripada kemampuan. Selain kekuatan kewangan yang dicurigai, syarikat ini juga dikatakan tiada pengalaman kerja dan tiada tajuk kerja dalam CIDB pun. Sudah pasti rakyat perlu bertanya adakah syarikat konsesi seperti ini mempunyai kepentingan awam.
Sebagai perbandingan, kita tahu ada syarikat-syarikat konsesi pemegangnya adalah EPF sebagai contoh. Akan tetapi, dalam isu ini, tidak ada. Bukan sekadar tidak ada Tuan Yang di-Pertua, maklumat awal tahun ini yang kami perolehi menunjukkan bahawa Syarikat Safwa Global Venture (M) Sdn. Bhd. hanya ada seorang pemegang saham. Individu yang seorang ini jugalah satu-satunya pengarah syarikat tersebut.
Jadi, apakah istimewa syarikat konsesi yang dimiliki oleh seorang individu kerana ramai yang berkata bahawa beliau ini mempunyai hubungan yang rapat dengan orang-
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
orang politik Barisan Nasional dan Perikatan Nasional. Saya tidak pasti kalau Tuan Yang di-Pertua kenal beliau. Akan tetapi, masalah ini yang timbul.
Keduanya, apabila diswastakan pandangan kita keadaan itu sepatutnya keadaan itu bertambah baik, kos lebih efektif, akan lebih murah. Namun, melalui kaedah konsesi ini, bukan hanya kita tahu di Johor tetapi beberapa buah negeri juga sudah mula mengamalkan harga sebenar yang dibayar oleh kerajaan itu adalah meningkat berbanding dengan sebelum zaman konsesi. Maksudnya urusan tender itu dibuat oleh jabatan kerajaan.
Bukan itu sahaja, harga naik yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan. Kontrak yang diterima oleh syarikat konsesi tersebut, bila diagihkan kepada kontraktor-kontraktor kecil harganya jauh lebih murah berbanding sekiranya kontraktor-kontraktor tersebut mendapat secara terus daripada jabatan kerajaan. Jadi, apa istimewa wujudnya syarikat seperti orang kayangan boleh untung makan atas angin. Kenapa ada orang tengah yang kaut laba kekayaan? Malah, kaedah pemberian kerja-kerja yang diterima oleh konsesi tersebut untuk tujuan penyelenggaraan, bila diagihkan kepada syarikat-syarikat kecil, tidak pun mengikut garis panduan peraturan kewangan kerajaan. Ini belum lagi kita tegur soal kualiti, soal mutu hasil kerjanya. Maka elemen pilih bulu itu adalah amat terserlah.
Hanya kerja-kerja yang kecil ini diberikan kepada kontraktor-kontraktor bumiputera lah yang kebanyakannya. Akan tetapi, kerja-kerja yang bernilai tinggi ini yang membawa pulangan besar itu hanya diberikan kepada segelintir dan kroni. Saya ada buktinya, saya sudah terima dokumen tersebut tetapi saya hendak tanya kepada pihak kerajaan, benarkah terdapat projek kerajaan ini yang diuruskan oleh syarikat konsesi tersebut diberikan kepada ahli keluarganya?
Bolehkah kerajaan– yang saya mohon, untuk senaraikan semua kerja yang diuruskan oleh syarikat konsesi ini kepada Parlimen. Oleh sebab, walaupun namanya syarikat swasta, milikan seorang individu, yang beliau buat kerja itu adalah dana kerajaan, sebanyak RM350 juta yang disalurkan itu dana kerajaan. Akan tetapi kenapa kerajaan tidak ada akses ataupun kita tidak boleh menilai siapa yang menerima kerja-kerja tersebut?
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kepada Belanjawan 2022 yang terbesar dalam sejarah negara seperti yang saya sebut sebentar tadi, terdapat kekhuatiran mengenai kaedah pelaksanaan dan perbelanjaan. Ini kerana, apabila kita menguruskan belanjawan sebesar itu, ia harus seiring dengan usaha untuk memantau serta semak dan imbang.
Akan tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.
Sebagai contoh, peruntukan kepada Jabatan Audit Negara bagi tahun 2022 bukan naik tetapi dipotong. Dipotong sebanyak RM4 juta kepada RM154 juta. Jangan kita lupa jasa jabatan ini yang membongkar kan kes-kes seperti 1MDB, NFC dan Kapal LCS yang sehingga kini masih bermasalah.
Oleh sebab itu, jabatan ini sangat penting supaya ketirisan, kesilapan, kebocoran itu kita dapat banteras, maka saya hendak usulkan juga supaya tambahan dana itu diberikan kepada Jabatan Audit Negara supaya Jabatan Audit Negara juga diperluaskan skopnya untuk masuk ke syarikat-syarikat seperti konsesi tadi yang menguruskan dana kerajaan supaya kita dapat kesan sekiranya berlaku ketirisan. Oleh sebab apa yang saya bangkitkan ini adalah untuk mencari jawapan yang jujur yang lebih telus.
Selain itu Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa persoalan lain yang ingin saya utarakan. Kalau sebelum ini saya pernah bangkitkan soal kemajuan rumah PR1MA kerana banyak sebelum ini kita dengar yang terbengkalai, yang lewat dan sakit. Sesi yang lepas Yang Berhormat Menteri ada bagi jawapannya, cuma yang berlaku di bawah sebaliknya Tuan Yang di-Pertua.
Saya masih menerima rungut para pembeli bahawa tarikh siap projek tersebut ditukar sesuka hati tanpa dibincangkan dan dirundingkan dengan para pembeli dalam keadaan akhirnya pembeli yang terpaksa menanggung kerugian.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Sementara itu dalam belanjawan ini juga, Menteri Kewangan tempoh hari telah membuat pengumuman mengenai Skim Jaminan Kredit Perumahan. Ini bukan skim yang baharu. Cuma bezanya kali ini Menteri kata kumpulan yang tiada pendapatan tetap seperti pekerja-pekerja daripada gig economy. Ekonomi gig ini maka mereka boleh memohon Skim Jaminan Kredit Perumahan.
Cuma yang saya kuatirkan adalah ini hanya akan menjadi sekadar menanam tebu di tepi bibir ataupun lip service sahaja. Kerana kita tahu skim jaminan ini akhirnya akan diuruskan oleh pihak bank. Maka penilaian itu dibuat oleh pihak bank. Jadi saya hendak bertanya kepada pihak kementerian, berapa ramai sebenarnya yang rakyat Malaysia telah menerima manfaat ataupun faedah daripada Skim Jaminan Kredit Perumahan sebelum ini.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya menerima beberapa pertanyaan. Mungkin Tuan Yang di-Pertua pun ada terima dari Johor mengenai kekhuatiran daripada rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura. Apabila diumum rombakan cukai dan sebagainya, kita setuju mereka yang kaya itu wajar dikenakan cukai yang sepatutnya. Mereka yang simpan harta dana di akaun-akaun pesisir pantai di luar sana. Apabila bawa balik, kita patut tuntut cukai mereka.
Akan tetapi yang berlaku, mereka khuatir pekerja-pekerja golongan kolar biru ataupun pekerja-pekerja biasa ini ada ura-ura bahawa mereka juga akan dikenakan cukai lebih tinggi daripada apa yang mereka lalui sebelum ini. Jadi kalau boleh, pihak kerajaan kena jelaskan kerana wang yang dibawa pulang oleh pekerja-pekerja biasa ini adalah untuk kegunaan belanja dalam negara.
Akhir sekali, dalam soal negeri Johor. Tuan Yang di-Pertua, saya teliti diawal perbahasan soal pembekalan ataupun Belanjawan 2022 ini, ada usaha untuk membangkitkan semula projek yang dipanggil RTS untuk menyambung antara Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Cuma yang ini kalaulah kerajaan begitu banyak duit— kita dah tahu projek itu tidak vible isu antara soal kedaulatan negara dengan Singapura dan sebagainya. Malah usaha untuk menghubungkan bandar Johor Bahru dan Singapura itu sedang berlaku.
Apa yang saya hendak HSR— minta maaf Tuan Yang di-Pertua, HSR. RTS itu sudah disambungkan Johor Bahru ke Singapura. Yang saya mohon HSR ini, kalau boleh tukarlah. Lebih baik buat LRT dalam Johor Bahru. Itu lebih membantu penduduk tempatan, lebih menghidupkan ekonomi dalam Johor supaya memudahkan urusan pengangkutan awam di Bandar raya Johor Bahru.
Sebagai penutup, saya ingin menegaskan sekali lagi perlunya ada kesungguhan untuk kita bersama-sama melawan rasuah dan salah guna kuasa. Jangan berselindung, hanya di sebalik slogan Keluarga Malaysia. Akan tetapi yang membuat untung, hanyalah keluarga mereka dan kroninya. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Sibu.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk membahas dalam Belanjawan 2022 ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya berasa adalah tidak adil kepada negeri Sabah dan Sarawak. Dengan peruntukan perbelanjaan pembangunan hanya RM5.2 bilion untuk Sabah dan RM4.6 bilion untuk Sarawak masing-masing. Ini hanya 12.6 peratus daripada jumlah perbelanjaan pembangunan iaitu RM77.6 bilion atau untuk negeri Sarawak hanya enam peratus sahaja daripada jumlah itu. Sebagai rakan kongsi Persekutuan Malaysia iaitu Sarawak, Sabah dan Malaya. Jumlah peruntukan tersebut tidak menunjukkan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan ini.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Sekali lagi, kami orang Sarawak berasa dipinggirkan dan dianaktirikan. Yang disebut jumlah peruntukan tersebut adalah untuk membangunkan infrastruktur air, elektrik dan jalan raya serta kemudahan pendidikan dan kesihatan. Akan tetapi dengan jumlah kecil ini, memang tidak akan seratakan pembangunan negeri Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia.
Kami tetap akan kekal ketinggalan dalam harus pembangunan negara dan terus menjadi negeri kelas kedua atau ketiga. Saya meminta Kerajaan Persekutuan senaraikan jumlah peruntukan kepada negeri lain dalam Semenanjung Malaysia, seperti yang diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga berasa peruntukan sebanyak RM746 juta untuk memperbaiki 112 projek sekolah daif di Sabah dan juga 165 projek sekolah daif di Sarawak adalah tidak mencukupi untuk menyelesaikan masalah sekolah daif di negeri Sarawak dan Sabah. Pada zaman Pakatan Harapan, Kerajaan PH pernah menukarkan hutang negeri Sarawak sebanyak RM1 bilion kepada dana untuk memperbaiki sekolah daif di Sarawak.
Jumlah yang ditawarkan oleh Kerajaan PH ini adalah jauh lebih banyak daripada jumlah yang dicadangkan oleh kerajaan sekarang iaitu hanya sebanyak RM746 juta. Jadi, saya ingin memohon jumlah peruntukan untuk sekolah daif ditingkatkan kepada RM2 bilion supaya setiap negeri Sabah dan Sarawak boleh mendapat RM1 bilion untuk memperbaiki sekolah daif untuk tahun depan.
Tuan Yang di-Pertua, untuk menunjukkan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi dalam pembentukan Malaysia dan sebagai kesinambungan kepada pindaan Perlembagaan Perkara 1(2) dan Perkara 160 yang akan dipindakan, saya mencadangkan supaya hal pendidikan dan kesihatan juga dimansuhkan dalam concurrent list di bawah Ninth Schedule supaya hal mengenai pendidikan dan kesihatan boleh diuruskan oleh kerajaan negeri Sarawak dan Sabah.
Ini dicadangkan adalah atas sebab banyak masalah dan isu dalam pendidikan dan kesihatan di negeri Sabah dan Sarawak adalah lebih difahami oleh kerajaan negeri masing-masing. Adalah lebih berkesan dan baik untuk Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak untuk menguruskan kedua-dua hal ini. Sebagai contoh, masalah sekolah daif yang sudah lama belum diselesaikan dan juga masalah penempatan tenaga guru.
Tuan Yang di-Pertua, untuk hal kesihatan. Sarawak perlu lebih banyak hospital yang membekalkan perkhidmatan rawatan pakar tertentu terutamanya rawatan untuk kanser dan penyakit jantung. Dengan lebih spesifik, perkhidmatan radioterapi harus dibekalkan oleh Hospital Sibu dan juga Hospital Miri, selain daripada Hospital Kuching yang ada sekarang supaya penduduk di kawasan utara Sarawak tidak perlu pergi jauh ke Kuching untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut.
Sama juga untuk penduduk di kawasan zon tengah Sarawak. Ini akan meringankan beban kewangan mereka terutamanya mereka yang dari kawasan pedalaman Sarawak. Sekarang hanya Hospital Kuching yang mempunyai perkhidmatan tersebut. Kos perjalanan dan penginapan adalah tinggi kepada mereka yang datang dari jauh, dari pedalaman kawasan di zon tengah atau zon utara Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang perkara pembangunan infrastruktur di Sarawak. Perkara pembangunan infrastruktur memang merupakan satu isu yang hangat dibincangkan oleh orang Sarawak. Kami sudah ketinggalan selama 20 tahun berbanding dengan Semenanjung Malaysia.
Malaysia sudah dibentukkan selama 58 tahun. Akan tetapi kami hanya baru mendapat Pan Borneo Highway atau Lebuhraya Pan Borneo. Jadi, yang menjadi perkara yang sering disoalkan oleh rakyat Sarawak sekarang ialah apakah rancangan seterusnya, selain dari Lebuhraya Pan Borneo. Adakah kita juga akan mendapat LRT, MRT ataupun high-speed railway di negeri Sarawak? Belum tahu lagi.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Jadi saya ingin meminta Kerajaan Persekutuan, kita memerlukan lebih banyak projek mega infrastruktur supaya pembangunan di Sarawak boleh dikatakan setaraf
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
dengan Semenanjung Malaysia dan ia perlu perancangan sekarang. Sekurang- kurangnya, sesuatu selain daripada Lebuh Raya Pan Borneo haruslah dibentangkan oleh Kerajaan Persekutuan sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin hendak menyentuh pilihan raya yang akan diadakan di negeri Sarawak. Pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan lebih kurang dalam beberapa minggu ini. Apa yang kita lihat sekarang dengan SOP pilihan raya yang diadakan di Melaka memang tidak adil pada pendapat saya.
Sarawak begitu besar, Melaka adalah kecil. Sarawak sangat besar dengan kawasan pendalaman yang begitu luas dan kami sekarang ada banyak parti baharu yang pertama kali mengambil bahagian dalam pilihan raya negeri ini. Kalau kempen tidak dibenarkan, jadi saya hendak tanya, bagaimana untuk parti-parti politik baharu ini untuk memperkenalkan diri mereka ataupun untuk parti-parti politik lain untuk mempromosikan ideologi parti-parti, polisi ataupun manifesto mereka?
Tuan Yang di-Pertua, di kawasan pendalaman Sarawak tidak ada internet. Tadi juga disebut oleh rakan-rakan saya dari Sarawak, tidak ada internet, kami hanya boleh berkempen secara fizikal untuk menyampaikan ideologi kita dan juga polisi dan manifesto parti-parti kita. Saya rasa SOP pilihan raya tidak harus mengharamkan kita berkempen tetapi SOP boleh memastikan kita— apabila kita berkempen tidak mengamalkan penjarakan sosial yang berpatutan.
Kalau kita tidak dibenarkan untuk berkempen, maka ia adalah tidak adil untuk parti-parti politik baharu dan juga pembangkang kerana mereka tidak ada akses kepada media-media perdana seperti TV, seperti calon kerajaan mereka ada akses. Ini juga bercanggah dengan semangat demokrasi dan tidak adil, tidak saksama dan juga bebas.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin juga menyentuh tentang apa yang berlaku baru-baru ini di Wilayah Persekutuan. Wilayah Persekutuan merupakan kawasan yang dimiliki oleh semua negeri dalam persekutuan ini. Ia harus merupakan tempat yang bebas tanpa ada sebarang sekatan kepada semua kaum dan penduduk dari seluruh Malaysia. Akan tetapi, baru-baru ini DBKL mengharamkan penjualan produk arak keras di kedai serbaneka, kedai runcit dan kedai ubat Cina telah menyukarkan orang bukan Muslim daripada membeli arak di kedai-kedai tersebut dengan bebas.
Saya berasa jika sesiapa ingin menjual produk arak di kedai mereka, mereka sekarang memang perlu pohon lesen daripada DBKL. Apabila mereka perlu memohon lesen dari DBKL, mengapakah masih ada sekatan ke atas jenis kedai yang boleh jual atau jenis kedai yang tidak boleh jual? DBKL boleh mengambil tindakan keras ataupun mereka boleh tarik balik lesen yang mereka issuekan kepada kedai yang menyalahgunakan lesen penjualan arak. Mereka menyalahgunakan lesen penjualan arak kepada remaja ataupun orang Muslim.
Jadi tindakan yang mengharamkan kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat Cina untuk menjual produk arak keras adalah tidak bersemangat persekutuan, seolah- olah menghakiskan hak-hak orang Sarawak dan Sabah yang berada di Wilayah Persekutuan KL sini. Kami berasa kami seperti orang asing di negara kita sendiri tetapi ia sedang berlaku di Wilayah Persekutuan KL tempat yang dimiliki oleh semua rakyat Malaysia. Sekian, itu sahaja terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Sibu. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Parit Buntar. Sila, 13 minit.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.*
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Waalaikumussalam warahmatullah.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya diberi kesempatan mewakili rakyat dari Parit Buntar dalam membahaskan bajet kali ini di Dewan yang mulia ini.
Saya amat memahami apa yang telah berlaku di dalam senario politik tanah air, kadang kali bukan sahaja memerlukan sentuhan, sembuhan secara politik. Kita juga harus kembali kepada sentuhan secara spiritual supaya kita ada sesuatu kekuatan untuk meneruskan perjalanan yang panjang ini.
Izinkan saya memetik ayat Al-Quran yang kita kembalikan kepada segala apa yang berlaku ini kepada Allah, Tuhan yang bukan sahaja mencipta manusia tetapi juga menguji manusia dengan berbagai-bagai ujian termasuklah pergolakan politik dan sebagainya. Allah berfirman, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Sesungguhnya Aku mengetahui bahawasanya Allah itu ke atas segala sesuatu itu menentukan segala- galanya dan juga Allah melingkungi dengan ilmunya segala sesuatu dan telah pun membuat perkiraannya dengan perkiraan yang teliti”.
Tuan Yang di-Pertua, ayat ini seharusnya memberikan kita dorongan di sebalik kedukaan kita, sakit kita melihat rakan sendiri mengkhianati, langkah entah apa yang dibuat. Saya hendak sebut nama dia pun saya tidak mahu sebut, sakit hati. Sakit tangan boleh diubat, sakit hati ini...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Siapalah yang tahu.
[Ketawa]
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Siapalah yang tahu Tuan Yang di-Pertua.
[Dewan ketawa]
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Kalaulah tidak ada sentuhan rohani yang besar mengingatkan kita, bahawa ini ujian yang semuanya telah dibuat perkiraan. Namun demikian, saya tidak mahu menjadi mereka yang hanya menyerah kepada takdir kerana kita juga dituntut untuk melaksanakan sunnatullah fil ard. Perkara yang memang menjadi tugasan kepada orang-orang yang berkuasa dan kita di dalam arena politik ini dituntut mengikut sunnatullah yang mana ia merupakan prinsip yang kita perlu menjadi hamba untuk menjayakan prinsip itu. Bukan kita yang jadi tuan kepada prinsip tetapi hamba kepada prinsip. Hamba itu saya sebut sebagai ianya juga adalah perintah Allah, bukan daripada manusia yang mengatakannya seperti soal menegakkan keadilan, memberikan kebebasan, kesaksamaan dan kita seharusnya bukan sahaja sekadar mahu digelar sebagai wakil rakyat Yang Berhormat, tetapi kita mahu menjadi wakil rakyat yang berkhidmat kepada prinsip-prinsip ini.
Tuan Yang di-Pertua, apa yang menyedihkan kita, kita menjadi hamba kepada kedudukan. Kita menjadi hamba kepada kuasa. Kita menjadi hamba kepada kepentingan diri bahawa itulah yang matlamat kita mahu, menjaga diri, menjaga kepentingan, menjaga kedudukan, menjaga kuasa. Ini sudah terbalik, Tuan Yang di-Pertua. You are not supposed to be like that, dengan izin. You are supposed to be the servant of the principle.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Perlu kita menjadi hamba kepada prinsip. Bukan kita menjadi tuan kepada nafsu, tuan kepada kedudukan, tuan kepada kepentingan. Saya ingatkan kepada diri saya dengan penuh rendah diri, rakyat di luar sana memerhatikan kita. Jangan sekali-kali kita menganggap apa yang kita pertontonkan kepada mereka itu seolah-olah tidak dibuat penilaian, Tuan Yang di-Pertua.
Setiap tindakan kita diberi penilaian dan saya sudah tidak tahu apa lagi yang harus saya katakan kalau seseorang itu sudah tidak ada lagi sifat malu untuk menyerlahkan niat asalnya. Apa yang ada pada orang ini. Sebab itu Nabi SAW, Tuan Yang di-Pertua saya ingatkan, [Membaca hadis dalam Bahasa Arab] “Jikalau anda tidak ada perasaan malu...” sabda Nabi, “...ayuh lakukan, buatkan apa yang kamu hendak buat.” Because you don’t have any more shame dan tidak aib dan kemaluan– Kemaluan ya, aib ya, yang paling besar.
Malu yang paling besar ialah apabila kita dalam kalangan orang-orang yang berpolitik menjadikan kedudukan sebagai komoditi untuk kepentingan kita. Lalu menjadi hamba kepada nafsu serakah yang mana kuasa itu kita jadikan sebagai satu matlamat tetapi bukan satu wasilah untuk menegakkan prinsip yang telah saya sebutkan tadi.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Rakyat tidak jahil dengan semua ini. Bak kata pepatah Melayu, “sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina”. Tidak perlu kita hendak memberi alasan agamalah, susahlah. Oh! Ini kerana Melayu. Oh! Ini kerana Islam. Tidak usahlah. Pepatah Arab lebih kurang sama macam kata-kata pepatah Melayu.
[Bercakap dalam bahasa Arab] Kalau tidak faham bahasa orang putih, kita cakap bahasa Arab. “Orang yang cerdik melihat isyaratnya sudah dia tahu.” Samalah ya, ‘sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina”.
Kita jantan kah, kita betina kah, kita guna nama atas agamalah konon, guna namalah atas bangsa, silakan. Tapi jangan lupa, “sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina”.
Kita dibenci, Tuan Yang di-Pertua. Kita dimomok. Saya rasa Tuan Yang di-Pertua juga mengalami pengalaman yang sama apabila turun di bawah, mereka kata apa. Rakyat kata, “Allah, orang politik ini sama saja semua”. Saya rasa itu isyarat yang tidak baik.
Kalau mereka tidak lagi dapat membezakan mana yang prinsip, mana yang tidak prinsip, mana yang benar-benar mahu mempertahankan prinsip. Mana yang menggunakan alasan prinsip tapi untuk kepentingan diri, itu sudah bahaya bagi saya dan inilah momok- momok yang kita dengar dan kita sudah menjualkan prinsip dengan harga yang murah untuk kepentingan diri kita.
Nah, menyedari keadaan ini Tuan Yang di-Pertua, dengan penuh rasa insaf dan memahami denyut nadi rakyat di bawah, maka Pakatan Harapan telah mengambil sikap untuk membetulkan keadaan jika masih ada ruang masa dengan menandatangani perjanjian MoU dengan Perdana Menteri bagi membetulkan suhu politik dengan apa yang kita namakan sebagi MoU berprinsip.
Tapi dalam pada harapan kita ke arah itu Tuan Yang di-Pertua, pepatah Inggeris pula mengatakan, “old habits die hard”. Perangai lama susah hendak buat. Dalam pada kita hendak selesai, bagi suhu reda, nah kita dibalas dengan pergolakan politik di Melaka.
Tidak ada kena mengena dengan kita tetapi terpalit lagi satu persepsi bahawa orang politik ini tidak pernah mahu belajar daripada apa yang berlaku. Maka kita akan terus dimomok.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itu sebagai satu ingatan kepada kita di sini walaupun tidak ada yang mendengarnya tapi akan direkod sebagai satu rakaman mahu kembali kepada tujuan, basic utama kenapa kita menjadi ahli politik dan Menteri mahupun Ahli Parlimen. Itu, go back to the basics dan kita kena harus bekerja ke arah tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, masa berbaki ini tidak cukup kalau saya tidak menyentuh isu pentadbiran Islam. They are so close to my heart dan kita tahu Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Banyak isu yang dijadikan sebagai alasan. Sebab itu saya ada satu pantun di sini iaitu- *Mari kita melestarikan hutan, Hindari kita dari berjiwa lemah, Nama Timah jadi sebutan, Ku sangka Kak Timah rupanya bijih timah.
[Ketawa]* Jadi, pentadbiran Islam harus bebas daripada tunggangan politik. Kita sudah melalui pengalaman pahit, manusia-manusia yang menggunakan agama demi kepentingan politik, habis dengan Tabung Haji dia belasahnya. Walaupun kita sudah cuba baiki keadaan, tapi dibelasahnya juga lagi sampai saya terpaksa berdebat untuk rakyat mengetahuinya. Tapi akhirnya, [Bercakap dalam Bahasa Arab] kebenaran pasti akan tiba.
Cubalah kamu macam-macam, kalau fakta ia tetap fakta. Alhamdulillah. Jadi, itu contoh.
Please, jangan ulang lagilah. Sudahlah, sudah. Let us move on. Ya, sahabat saya, Yang Berhormat Ranau, tinggal seorang. Please tell to your other friends.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
[Ketawa]
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Ya, kita mahu begitu. Kita mahu sampai kepada destinasi negara ini yang dicitakan oleh pengasas-pengasas kita.
Ini sudah jadi lingkup, binasa hanya kerana alasan agama, alasan kaum, jadi huru-hara negara. Last-last macam saya kata, ingat “sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina”.
Bukan agama, bukan bangsa, tapi perut kita yang tidak pernah-pernah kenyang.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Tuan Yang di-Pertua, mari kita pada waktu yang sama menyokong dasar. I have to be true to myself. Lestari yang diperkenalkan ini kita harus sokong kerana inilah masa depan dunia dan saya memohon kepada kerajaan hari ini dan semasa saya dulu menjadi Menteri, kita telah mengetengahkan tentang SDG ini sebagai satu framework yang perlu dijadikan sebagai satu teras utama.
Saya hendak ambil satu contoh. Apabila berlaku satu pertembungan antara kepentingan jaga alam sekitar, dengan kepentingan para kapitalis yang tamak, selalunya kepentingan alam sekitar akan jadi mangsa mengalah. Kerana apa? Kerana pemimpin- pemimpin tidak tegas untuk membela keperluan alam sekitar.
Saya boleh bagi contoh apa yang berlaku di Parlimen Parit Buntar, di Sungai Betul, di mana 200 hektar tanah dari hutan kayu bakau yang sepatutnya menjadi penampan kepada zon penampan kepada angin ribut dan sebagainya, tsunami dan sebagainya telah dicerobohi dan kami telah berusaha untuk mempertahankan alam sekitar ini.
Tapi malangnya perjuangan mempertahankan alam sekitar ini tidak mendapat tempat di kalangan pemimpin-pemimpin di negeri Perak dan saya ingin nyatakan di sini sebagai rakaman mewakili rakyat negeri Perak, Tuan Yang di-Pertua, sebagai akhir ucapan saya bahawa kita jangan hanya berdegar bercakap tentang dasar lestari tetapi di depan rumah kita sendiri kita tidak dapat untuk memastikan.
Kali ini, buat masa ini, kita pastikan yang menang adalah keperluan alam sekitar dan bukan para pemodal dan kapitalis yang mereka tidak memikirkan masa depan yang kita hanya kita meminjam bumi ini, Tuan Yang di-Pertua, untuk generasi yang akan datang. Ia bukan milik kita. Sekian dahulu, saya akhiri dengan ucapan terima kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Waalaikumsalam warahmatullah. Sila. Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar. Seterusnya saya ingin menjemput pembahas kedua terakhir. Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya berdiri untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 ataupun Belanjawan 2022. Sebelum saya mulakan ingin saya sampaikan ucapan tahniah kepada kerajaan, khususnya Yang Berhormat Menteri Kewangan di atas kejayaan membuat penjimatan yang cukup besar di atas penukaran kenderaan rasmi Menteri dari Proton Perdana kepada Toyota Vellfire yang telah menjimatkan RM2.80 sebulan, iaitu penjimatan 0.0577% bersamaan dengan RM33.60 setahun atau RM1,075.20 setahun bagi 32 buah Toyota Vellfire kalau diguna.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Tahniah. Tidak cukup untuk bayar gaji minimum sebulan. Jadi, apa pun tahniah diucapkan dan saya ingin gunakan masa yang ada untuk membahaskan ataupun membincangkan satu perkara yang sebenarnya tidak ada dalam belanjawan ini iaitu pelaksanaan 5G kerana ramai yang melihat bahawa isu yang terbentang di hadapan kita sering kali terselindung banyak isu yang bersifat off-budget termasuklah pelaksanaan 5G dan kita semua tahu pada waktu ini, pihak kerajaan telah memutuskan untuk menggunakan sistem single wholesale network dengan menganugerahkan spektrum kepada sebuah syarikat yang dimiliki penuh oleh Kementerian Kewangan ataupun Menteri Kewangan Diperbadankan iaitu Digital Nasional Berhad (DNB).
Saya telah dikejar oleh wartawan untuk bertanya beberapa soalan dan saya harap dalam perbahasan ini, beberapa soalan yang ditanya oleh wartawan akan dapat diangkat dan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri sendiri. Kita dengar bagaimana sebelum ini salah satu stesen pemancar ataupun stesen telekomunikasi yang telah dilengkapi dengan peralatan 5G ialah di Bukit Tunku.
Tahniah sekali lagi kepada pihak kerajaan kerana memilih tempat yang paling tepat, Bukit Tunku. This is the Top 20 of T20 of T20. Itulah komunitinya. Kenapa dibuat di
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Bukit Tunku, Kenny Hills dan bukan di Bukit Apit di Masjid Tanah contohnya. Kawasan yang separa bandar. Ada kawasan kampung di sekitar itu. Kenapa dipilih Bukit Tunku? Itu bagi saya adalah satu perkara yang cukup ganjil kerana yang ingin kita memperagakan ialah keupayaan 5G digunakan oleh segenap lapisan masyarakat. Bukan setakat mereka yang rumahnya begitu besar dengan kereta-kereta Vellfire dan lebih daripada itu yang begitu besar di situ.
Jadi bagi saya, pemilihan Bukit Tunku ini send the wrong message, dengan izin.
Akan tetapi, apa pun Tuan Yang di-Pertua, persoalan yang ingin saya ketengahkan adalah sama dengan persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia pada minggu lalu iaitu kenapa spektrum yang dikhususkan untuk 5G ini diberi kepada syarikat bernama DNB dan bukan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)?
Ini adalah satu kejanggalan dan satu perkara yang luar biasa kalau dibandingkan dengan semua spektrum yang telah dianugerahkan sebelum ini yang mana dengan penganugerahannya kepada syarikat-syarikat telekomunikasi, Malaysia mampu meraih, mengumpulkan dana yang besar untuk digunakan setiap tahun.
Malangnya dengan –keputusan untuk bukan sahaja menganugerahkan spektrum 5G kepada DNB, malah dengan menghalang spektrum lain daripada dibangunkan untuk dilengkapi dengan teknologi 5G. Dia seperti menutup semua kawasan, tak boleh tanam padi. Hanya tanam padi di tanah dia sahaja, tempat lain semua tak boleh tanam. Walhal kalau kita lihat sebelum ini, daripada 2G boleh naik ke 3G. Daripada 3G boleh naik ke 4G, tapi daripada 4G tak boleh naik ke 5G.
Saya nak tanya dengan Yang Berhormat Menteri, kenapa diputuskan buat cara ini? Walhal di negara-negara lain, kita lihat dengan memberi ruang yang lebih banyak, penggunaan spektrum memang kita tahu penggunaan spektrum ini juga akan memberi kesan kepada kelajuan dan juga capaian 5G itu, tapi itu adalah soalan yang perlu ditanya kerana ini akan mendatangkan kesan jangka masa panjang kepada pengguna-pengguna perkhidmatan telekomunikasi. Jadi, itu persoalan pertama yang ingin saya bangkitkan.
Kedua, kenapa dipilih satu entiti untuk melaksanakan bagi seluruh negara? Kalau kita lihat sebelum ini, ada disebut bahawa dengan menggunakan satu syarikat DNB sahaja, pelaksanaan 5G ini boleh lebih cepat kalau dibandingkan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi dahulu yang telah melancarkan 3G, 4G begitu lambat. Akan tetapi kita lihat daripada satu artikel dalam The Edge yang mengatakan 4G telah dilaksanakan dalam masa empat tahun dan by the end of 2020 dengan izin, ia telah mencangkupi capaian 92 peratus negara kita berbanding dengan 3G yang bermula pada tahun 2003, mengambil masa lapan tahun dan hanya pada tahun 2013, merangkumi 85 peratus capaian seluruh negara.
Ini bermaksud dengan 4G sendiri telah menampakkan peningkatan yang baik.
Jadi, apakah sebenarnya motif di sebalik pemilihan DNB untuk melaksanakan 5G ini? Apa sebenarnya yang akan berlaku?
Tuan Yang di-Pertua, adakah Tuan Yang di-Pertua tahu ataupun sedar dengan memberi 5G kepada satu syarikat, adakah itu bermaksud sekiranya ada 6G, maka DNB jugalah yang akan laksana? Jika ada 7G, adakah DNB juga yang akan laksana? Apa yang akan berlaku kepada semua pelaburan yang telah dibuat oleh syarikat-syarikat telekomunikasi yang jumlahnya berbilion? Apakah yang akan berlaku kepada pemilik tapak-tapak menara telekomunikasi? Ada di antara mereka, surau-surau, gereja-gereja, rumah-rumah kedai, malah tanah milik kerajaan negeri. Apakah yang akan berlaku kepada pemilik-pemilik ini?
Adakah sewaan-sewaan mereka juga akan turun? Ataupun tidak lagi? Mereka mahu ataupun mereka tidak lagi akan mendapat sewa daripada menara-menara telekomunikasi ini? Juga apakah yang akan berlaku kepada begitu ramai rakyat Malaysia yang berkhidmat dalam syarikat-syarikat telekomunikasi? Anggarannya, salah satu anggaran ialah saya baca sikit ya. Ada kemungkinan dalam masa tiga ke lima tahun, sejumlah 20,000 orang yang bekerja dalam bidang telekomunikasi, termasuklah sekitar
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
8,000 yang dianggap high skill akan kehilangan kerja. Siapa yang nak bagi mereka makan? Siapa yang nak bagi mereka kerja? DNB?
Kalau kita baca kenyataan dalam satu wawancara yang dibuat oleh CEO DNB, beliau menyatakan bahawa, kita baca, “...dianggarkan RM2.5 bilion akan digunakan, diperuntukkan untuk 600 staf DNB bagi satu jangka masa 10 tahun”. Puratanya ialah RM34,722 seorang setahun. Itu lebih tinggi daripada gaji, elaun Ahli-ahli Parlimen. Jumlah RM34,722 purata pada saat 600,000 rakyat Malaysia hilang kerja. Jatuh daripada, maaf.
Pada saat, pada ketika 600,000 rakyat Malaysia jatuh daripada kelompok M40 masuk ke kelompok B40. Seramai 600 orang sahaja yang akan kemungkinan secara purata mendapat gaji yang begitu besar. Hanya 600 orang sahaja. Di manakah rasionalnya dan apakah kesan kepada dengan izin, the shareholders of this syarikat- syarikat komunikasi?
Saya bagi contoh, Maxis. Pegangan saham sebanyak 24.8 peratus adalah dimiliki oleh syarikat GLIC termasuklah KWSP, 11.9 peratus. PNB, 10.3 peratus. KWAP, 1.4 peratus. Urusharta Jamaah, 1.2 peratus. Axiata, 58.9 peratus dipegang oleh Khazanah, KWSP, PNB, KWAP, Yayasan Pelaburan Bumiputera, Urusharta Jamaah. Adakah ini dengan melaksanakan DNB ini akan mendatangkan kesan yang begitu buruk terhadap syarikat-syarikat yang dipegang? Kalau kita tengok Axiata, dipegang oleh majoriti duit rakyat Malaysia. Apakah kesannya?
Jadi ini, inilah antara sebab kenapa Yang Berhormat Port Dickson, saya, Yang Berhormat Ledang dan begitu ramai Ahli-ahli Parlimen yang lain menegaskan bahawa isu 5G ini pelaksanaannya oleh DNB tidak boleh kita biarkan begitu sahaja. Mesti dibawa ke Parlimen, mesti dibahas, mesti diterangkan, dijelaskan dan kita perlu mendapat jawapan yang tuntas, yang jelas daripada Yang Berhormat Menteri.
[Tepuk]
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Kalau tidak, tak guna sebab isunya rakyat Malaysialah yang akan terkesan. Kalau 5G tidak dapat dilaksana, siapa yang akan terima bahananya? Rakyat Malaysia!
Sekiranya DNB ini gagal, siapakah yang terpaksa membayar hutang kontinjen liabiliti?
Rakyat Malaysia!
Kalau kita lihat sekarang ini pun jumlah kontinjen liabiliti telah mencecah lebih RM300 bilion. Adakah kita sanggup untuk menanggung beban sekiranya DNB ini becomes too big to fail? Kita rakyat Malaysia akhirnya yang terpaksa menanggung hutang membayar, samalah seperti kita membayar hutang 1MDB setiap tahun, berbilion yang kita bayar. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, kita perlu faham makna kenapa kita perlu beralih daripada DNB ini dan kita patut auction off the spectrum, jual, bida kepada syarikat- syarikat telekomunikasi.
Pada saat kerajaan begitu terhimpit untuk mendapatkan revenue untuk tahun depan kita memberikan aset negara kita kepada sebuah syarikat yang saya difahamkan syarikat-syarikat telekomunikasi diminta untuk membayar purata RM1.4 bilion setahun untuk satu jangka masa sepuluh tahun. Maksudnya setiap syarikat telco yang setuju dengan menggunakan DNB nanti perlu membayar RM14 bilion selama sepuluh tahun itu.
Apa yang dijanjikan? Very basic, saya difahamkan basic sahaja. Saya bagi contoh kalau target speed dia untuk di Malaysia the edge of– cell edge ya, dikatakan maksimum dia punya speed dia adalah 100 Mbps. Kalau di Korea Selatan 380 Mbps, Singapura 143 Mbps, Thailand 122 Mbps, Filipina 141 Mbps, Malaysia 100 Mbps sahaja. Itu sahaja target DNB.
Ini bukan saya yang sebut, ini adalah Twitter DNB sendiri yang sebut ya. Jadi, saya rasa kita perlu pertimbangkan semula beralih daripada DNB, buat consortium sama seperti di Singapura contohnya. Ada dua consortiums yang mengusahakan. Korea Selatan ada tiga yang mengusahakan, Thailand tiga yang mengusahakan dan Filipina tiga yang mengusahakan. Jadi bagi saya Tuan Yang di-Pertua, dalam saat-saat yang terakhir ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta rumuskan Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Ya. Bagi saya penting untuk kita ketengahkan bahawa DNB ini, this is the wrong way forward. Bagi saya this is the wrong way forward. Kita perlu pertimbang semula dan kita mahukan satu kebertanggungjawaban di dalam Dewan yang mulia ini oleh Yang Berhormat Menteri yang berkenaan tentang kenapa langkah ini digunakan?
Kita mahu ubah, tukar kembali kepada satu sistem di mana kita membenarkan syarikat-syarikat telekomunikasi ini untuk mengusahakan, terpulang kepada mereka tetapi itulah sebabnya kita ada USP Fund untuk membina di tempat-tempat yang capaiannya tidak baik.
Akhir kalam, banyak sebenarnya yang hendak disebut tetapi bagi saya yang paling penting kita perlu memberi penelitian yang khusus kepada isu 5G kerana ini adalah masa depan negara kita Malaysia. Selama mana kita hendak mengusahakan kelapa sawit sahaja ataupun yang lain? Kita telah mewujudkan unicorn seperti Grab tetapi sekarang ini Grab tidak ada dekat Malaysia antara lain ya. Infrastruktur yang kurang memuaskan.
Jadi, harapan saya adalah kita boleh memberi satu pertimbangan yang serius dan membuat keputusan yang lebih baik untuk masa depan negara. Sekian, assalamualaikum.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Pembahas terakhir, saya jemput Yang Berhormat Sandakan.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Belanjawan 2022 ini. Soalan pertama saya mengenai bajet Malaysia 2022 ini, adakah ini bajet Malaysia ataupun bajet Semenanjung Malaysia?
Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya amat kecewa dengan Belanjawan 2022 ini yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan. Saya percaya saya kongsi sentimen ramai orang Sabah atas kekecewaan pembentangan belanjawan ini di mana kita melihat Sabah dan Sarawak terus diketepikan dalam peruntukan belanjawan untuk pembangunan. Semua slogan seperti Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera ataupun merapatkan jurang antara Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak juga hanya kata-kata untuk memperdaya rakyat kita di Sabah dan Sarawak.
Semasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membentangkan Pelan RMke- 12 pada bulan Ogos di Parlimen, beliau juga telah menyatakan bahawa daripada RM400 bilion jumlah peruntukan untuk RMke-12, sebanyak 15 peratus akan diperuntukkan untuk Sabah bersamaan dengan RM60 bilion untuk tempoh lima tahun atau secara purata RM12 bilion untuk setiap tahun antara tahun 2021 sehingga 2025.
Sehubungan itu, saya ingin bertanya kepada kedua-duanya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri Kewangan, kenapa hanya RM5.2 bilion diperuntukkan untuk Sabah di bawah Belanjawan 2022? Di manakah peruntukan 15 peratus yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri? Apakah yang terjadi kepada peruntukan pembangunan bernilai RM12 bilion untuk Sabah di bawah RMke-12?
Bolehkah Yang Berhormat Menteri menjawab berkenaan hal ini? Bagaimana Sabah boleh mengejar atau setaraf dengan Semenanjung Malaysia jika apa kerajaan lakukan hanya untuk mengekalkan status politik semasa atau status quo? Apakah jenis semangat Keluarga Malaysia yang kita katakan jika kami orang Sabah sentiasa dilayan secara tidak adil dan dengan istilah yang tidak sama rata.
Tuan Yang di-Pertua, dunia kita telah tunggang terbalik oleh pandemik COVID- 19. Walau bagaimanapun sekali bencana tetap akan sentiasa membawa kepada akibat yang tidak diingini. Salah satunya ialah bagaimana wabak itu telah memaksa ramai kita untuk menilai semula gaya dan cara hidup mereka? Terdapat tumpuan dan keutamaan
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
yang juga perlu diperbaharui untuk kehidupan sihat dan dengan cara yang lebih mesra alam selepas COVID-19.
Oleh itu, saya percaya kita mesti memulakan inisiatif yang lebih mampan untuk meletakkan diri kita berada di hadapan pada tahun-tahun yang akan datang. Ini juga semakin kritikal, untuk mendorong masyarakat dan negara kita menjadi lebih hijau dan lebih mampan untuk membina semula komuniti kita yang lebih baik. Pada peringkat tertinggi atau makro, kerajaan perlu menjadi contoh dalam pelaburan teknologi hijau dan tenaga boleh diperbaharui.
Berdasarkan penerbitan Research for Social Advancement (REFSA) pada Oktober 2020, sejumlah 51.53 peratus daripada jumlah pelepasan gas rumah hijau atau dengan izin, greenhouse gases Malaysia pada 2014 datang daripada hanya dua sektor iaitu pengeluaran elektrik haba dan pengangkutan. Jelas sekali ketika Malaysia bergerak ke hadapan untuk pulih daripada kemusnahan pandemik COVID-19. Hala tuju baharu mesti ditetapkan untuk dua sektor penting ini untuk termasuk mewujudkan persekitaran yang lebih hijau.
Malaysia perlu meningkatkan tumpuannya kepada penjanaan kuasa melalui solar, biojisim dan biogas untuk mengurangkan GHG kita. Infrastruktur dan insentif yang lebih baik perlu diperkenalkan untuk memanfaatkan segmen baharu ini. Sebagai contoh, di Sabah sebagai negeri pengeluar kelapa sawit terbesar di negara kita.
Kita mempunyai sejumlah besar tandan buah kosong kulit isirung dan batang kelapa sawit yang sedia ada sebagai biojisim untuk penjanaan kuasa. Walau bagaimanapun, kerana kebanyakan ladang kelapa sawit terletak jauh di luar talian grid sedia ada. Tiada sesiapa yang sanggup melabur dalam penjanaan tenaga biojisim berskala besar walaupun bahan-bahan itu boleh didapati di mana-mana ladang kelapa sawit.
Pada peringkat yang kecil atau mikro saya menyeru kepada kerajaan untuk memulakan Reduce, Reuse and Recycle (Program 3R) dengan izin atau kurangkan guna semula dan kitar semula di seluruh negara untuk menjadikan Program 3R ini sebagai cara hidup untuk setiap rakyat Malaysia di negara ini. Kita tidak boleh terus menerus menjadikan sungai dan laut kita sebagai sasaran atau tempat pembuangan sampah.
Pencemaran sungai dan laut juga akan mengancam sumber makanan dan pendapatan kita sendiri.
Begitu juga jika ada kehabisan tanah untuk menimbus sampah kita suatu hari nanti. Kita tidak boleh berharap untuk mengeksport sampah kita ke negara lain apabila berlaku hal itu.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Justeru, satu-satunya cara adalah dengan membiasakan sikap 3R ini ke dalam diri rakyat Malaysia. Sebagai contoh, setiap pihak berkuasa tempatan perlu memulakan program mengasingkan sampah kita di puncak untuk tujuan kitar semula. Insentif hendaklah diberikan kepada syarikat yang terlibat dalam pembangunan dan penyelidikan R&D untuk menghasilkan produk atau pembungkusan menggunakan bahan berasaskan bahan utama alam. Dalam hal lain, kerajaan juga harus mempertimbangkan untuk memperkenalkan beberapa bentuk cukai berkaitan dengan menghilangkan kebiasaan kita terhadap penggunaan plastik sama seperti cukai gula dan yang diperkenalkan.
Dalam perkembangan lain, amalan guna tanah bandar ataupun urban land use dengan izin, semasa di Malaysia. Dasar pengangkutan berpaksikan automobil juga perlu dicabar. Kawasan bandar yang luas, urban sprawl dengan izin, dengan taman perumahan yang terletak jauh dari tempat kerja dan majoriti penduduk bergantung pada kenderaan persendirian mereka untuk berulang-alik ke tempat kerja. Sudah tentu ia bukan cara penggunaan tanah yang mampan dan juga menyumbang secara besar-besaran kepada pelepasan GHG kita.
Saya menggesa kerajaan menetapkan dasar pengangkutan awam negara bagi memastikan semua majlis perbandaran dan dewan bandar raya di negara ini mempunyai
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
garis panduan yang jelas untuk merancang dan melabur dalam rangkaian pengangkutan awam berdasarkan tahap populasi penduduk mereka.
Pengangkutan awam dipersepadukan dengan perancangan guna tanah bandar perumahan dan pejabat awam mesti disepadukan dengan mod pengangkutan awam untuk menyediakan perjalanan yang lancar antara rumah dan tempat kerja. Pengangkutan awam sistematik juga tidak seharusnya menjadi sesuatu yang menjadi pilihan untuk beberapa bandar utama yang terpilih di negara ini.
Tuan Yang di-Pertua, mungkin ramai yang berkata bahawa dalam era teknologi dan informasi serta penguasaan media sosial, ia amat bermakna untuk belia yang di mana juga adalah pentas yang diberi khusus untuk belia mempamerkan bakat dan kebolehan mereka. Malangnya realiti tidak menggalakkan. Kita selalu mengatakan bahawa belia adalah pembina masa hadapan negara kita. Akan tetapi bagaimanakah mereka membina masa hadapan negara ini sedangkan mereka tidak dapat mencari pekerjaan yang sewajarnya dan terpaksa hidup dalam keadaan B40 generasi kedua akibat daripada hal ini?
Tuan Yang di-Pertua, ramai daripada golongan belia sedang hidup dalam krisis.
Ramai belia hari ini bergelut untuk mencari pekerjaan yang sesuai dan untuk terus bertahan hidup dalam masyarakat kita. Beratus ribu belia termasuk graduan dari universiti kita setiap tahun juga bertahan dalam sektor ekonomi gig sebagai rider penghantaran, pemandu Grab, bekerja sambilan dengan ramai lagi yang masih menganggur.
Isu pengangguran di kalangan belia juga amat membimbangkan di Sabah.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, anggaran kadar pengangguran dalam kalangan belia di Sabah boleh mencapai 20 peratus dan sebahagiannya disebabkan oleh pemberhentian dan penutupan perniagaan akibat pandemik COVID-19. Ekonomi kita juga jelas memperlihatkan ia tidak mampu mewujudkan pekerjaan berkualiti yang mencukupi untuk mereka.
Baru-baru ini Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menjawab soalan saya mengenai jumlah rumah setinggan di Sandakan Sabah. Saya terkejut apabila dikatakan bilangannya hanyalah sekitar 6,516 buah rumah. Ini kerana semasa pandemik, kami juga mengedarkan kira-kira 8,000 set pek makanan termasuk ke kawasan setinggan. Saya rasa kami hanya menampung 20 peratus dari rumah setinggan ini. Saya benar-benar meragui ketepatan angka rumah setinggan di Sandakan.
Selain itu, apakah kerajaan yang akan lakukan terhadap 6,516 buah rumah setinggan itu? KPKT juga memberitahu bahawa sebanyak lima projek perumahan PPR baharu yang sedang dibina dan dilaksanakan semuanya terletak di luar Daerah Sandakan. Adakah kerajaan kita tidak akan berbuat apa-apa mengenai cara mengatasi setinggan di Sandakan dan juga ada dihuni ramai warga tempatan kita?
Jadi, saya mendesak kerajaan agar memperuntukkan jumlah unit peratus tertentu untuk perumahan PPR atau rumah Malaysia bagi kumpulan individu ini. Ini juga sudah pasti bantuan yang terbaik untuk membantu orang dewasa muda yang terdesak untuk mencari rumah yang selesa dan mampu untuk diduduki.
Jadi, yang kedua sebagai tambahan bagi program pemilikan rumah, saya menyeru kepada kerajaan untuk memperkenalkan skim rumah belia di mana pembeli rumah di kalangan belia muda yang layak dan pertama kali membeli rumah boleh mendapatkan jumlah tertentu subsidi atau rebat daripada kerajaan. Ini sudah pasti akan membantu lebih ramai golongan belia untuk memiliki rumah mereka sendiri dan meningkatkan tahap kehidupan.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, poin yang seterusnya adalah mengenai zon perindustrian bebas. Selain peruntukkan pembangunan infrastruktur, kami juga memerlukan anjakan paradigma daripada kerajaan dalam dasar pembangunan dan juga keutamaan kami. Daripada hanya mempunyai satu pertumbuhan ekonomi utama di Kota Kinabalu untuk negeri besar di Sabah, kerajaan juga mesti mengangkat Sandakan sebagai satu lagi pusat pertumbuhan utama dan yang kedua di Sabah untuk saling melengkapkan antara Kota Kinabalu dan Sabah untuk memanfaatkan potensi besar Sabah dan memacu pembangunan ekonomi di pantai timur Sabah.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Sebagai bandar kedua terbesar di Sabah, Sandakan juga bertuah dengan limpahan sumber asli dan terletak secara strategik di tengah-tengah wilayah kawasan pembangunan Asia timur dan melibatkan negara Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina iaitu BIMP-EAGA. Ia juga dapat menjadi pusat pertumbuhan utama yang sempurna bagi pantai timur Sabah, selain akan dapat memainkan peranan utama dalam perdagangan dan logistik melalui pelabuhan dan lapangan terbang.
Selain itu, Sandakan juga merupakan satu pengeluar minyak sawit...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta rumuskan Yang Berhormat. Rumuskan.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Okey, dua minit lagi. Oleh itu, seperti yang telah saya cadangkan semasa perbahasan RMKe-12 di Parlimen bulan lepas, kerajaan mesti menyegerakan penubuhan zon perindustrian bebas di Sandakan untuk membantu memacu pembangunan aktiviti hiliran minyak sawit dan industri yang lain untuk meletakkan Sabah ke tahap yang lebih baik serta lengkungan atau trajektori pertumbuhan baharu.
Tuan Yang di-Pertua, saya telah berulang kali membangkitkan isu tentang kemudahan kesihatan awam di Sandakan. Sekarang di bawah tekanan yang sangat luar biasa ketika kes COVID-19 melonjak naik di Sabah pada awal tahun ini. Sebagai bandar kedua terbesar di Sabah, untuk meningkatkan standard perkhidmatan kesihatan kami serta-merta untuk keperluan setengah juta penduduk di Sandakan, klinik pakar Hospital Duchess of Kent di Sandakan terpaksa ditutup untuk lebih satu tahun kerana COVID-19 dan begitu juga dengan sebanyak mungkin sumber kemudahan kesihatan berkaitan dengan dialihkan untuk bertepatan dengan kes COVID-19.
Jadi, ratusan pesakit bukan COVID-19 berkaitan pembedahan juga perlu ditunda atau diletakkan sebagai senarai menunggu akibat kes COVID-19. Jadi, kekurangan sumber kemudahan kesihatan seumpama juga telah meletakkan petugas kesihatan dan barisan hadapan kita dalam risiko yang tinggi. Jadi, saya berharap Menteri Kesihatan akan mengambil maklum berkenaan hal ini. Saya hanya meminta kerajaan untuk melakukan pengagihan sumber yang adil dan saksama agar rakyat Sandakan dan Sabah boleh menikmati tahap perkhidmatan kesihatan seperti rakyat Malaysia yang lain di Semenanjung.
Oleh itu, berjuta-juta nyawa telah terkorban di seluruh dunia dan ramai lagi kehilangan mata pencarian akibat pandemik tetapi kerana penderitaan yang menyakitkan ini, adalah mencipta momentum dan peluang untuk kita membina semula negara kita dengan lebih baik. Ini adalah peluang untuk direbut untuk mewujudkan tempat yang lebih selesa untuk kita semua dan generasi akan datang. Slogan Keluarga Malaysia hanya boleh diterima jika Sabah dan Sarawak diberikan peruntukan yang adil dan berpatutan.
Dengan itu saya mengakhiri perbahasan saya. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Sandakan.
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi esok, Selasa, 9 November 2021. Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.40 petang]