Nov032021

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [Parit] minta Menteri Luar Negeri menyatakan:

(a) apakah usaha tuntas yang telah dilaksanakan oleh kementerian bersama negara-negara ASEAN bagi menyelesaikan isu Rohingya; dan

(b) sejauh manakah usaha yang telah dilaksanakan oleh kementerian bagi menempatkan pelarian Rohingya di negara ketiga.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato’ Haji Kamarudin Jaffar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi, salam sejahtera. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Parit atas soalan yang dikemukakan berhubung isu Rohingya dan etnik lain yang tertindas di Myanmar. Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua, menjawab pertanyaan Yang Berhormat Parit ini bersekali dengan pertanyaan Yang Berhormat Sik bertarikh 7 Disember kerana kedua-dua pertanyaan tersebut menyentuh isu yang sama.

Malaysia merupakan negara anggota ASEAN yang paling terkesan oleh isu pelarian etnik Rohingya ini. Sehubungan itu, Kerajaan Malaysia akan terus berusaha untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik dalam menangani isu Rohingya termasuk melalui mekanisme ASEAN.

Dalam Mesyuarat-mesyuarat ASEAN, Malaysia sering kali menggariskan kepentingan ASEAN menggesa Myanmar menangani krisis kemanusiaan di wilayah Rakhine. Malaysia turut berulang kali menegaskan bahawa negara kita tidak mampu menampung lebih ramai lagi pelarian Rohingya dan menyeru masyarakat antarabangsa tampil membantu mencari jalan penyelesaian yang berkekalan. Perkara ini turut dibangkitkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri Luar Negeri kita semasa mesyuarat-mesyuarat ASEAN berkaitan, termasuk semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 yang diadakan pada 28 hingga 29 Oktober yang baru lalu.

Di samping itu Malaysia tegas menggesa Myanmar melaksanakan cadangan- cadangan yang dikemukakan oleh dengan izin, ASEAN-Emergency Response and Assessment Team dan melaksanakan penilaian keperluan komprehensif dengan izin, comprehensive needs assessment. Ini untuk memastikan proses repatrasi pelarian Rohingya dari Bangladesh ke Myanmar dilaksanakan secara sukarela, selamat dan bermaruah serta mengurangkan jumlah pelarian yang membuat perjalanan lanjutan ke Malaysia.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato’ Haji Kamarudin Jaffar

Isu penempatan pelarian Rohingya ke negara ketiga sering diketengahkan oleh kerajaan dalam perbincangan dengan negara-negara asing dan di platform-platform antarabangsa. Malaysia sentiasa menggesa Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu untuk pelarian dengan iMialSaifulzin, United Nations HCR atau United Nations High Commissioner for Refugees untuk memberi kerjasama dalam mempercepatkan proses penempatan semula pemegang kad UNHCR ke negara ketiga.

Kementerian juga konsisten mengadakan libat urus bersama UNHCR untuk mencari jalan bagi meningkatkan kadar penempatan semula pelarian Rohingya ke negara ketiga.

Dalam isu ini, Kementerian Luar Negeri juga sentiasa menyeru pihak negara ketiga kepada Konvensyen Status Pelarian 1991 dan Protokol Status Pelarian 1967 untuk berkongsi beban dan tanggungjawab terutamanya dalam menerima lebih ramai golongan pelarian bagi tujuan penempatan semula menerusi platform perbincangan dua hala dan pelbagai hala di peringkat antarabangsa.

Dalam perbincangan dua hala antara Malaysia dengan negara-negara yang berkemampuan untuk menerima pelarian Rohingya dari Malaysia, Malaysia sering menekankan isu ini dan berharap agar lebih ramai dapat diterima masuk ke negara- negara berkaitan.

Berkaitan dengan soalan Yang Berhormat Sik yang mengetengahkan dua isu utama iaitu taraf kewarganegaraan Rohingya serta kebertanggungjawaban ke atas pelarian pelanggaran hak asasi manusia yang berlaku ke atas hak etnik minoriti tersebut.

Mengenai isu kewarganegaraan, Kerajaan Myanmar pada tahun 1982 telah meluluskan Undang-undang Kewarganegaraan 1982 yang mengecualikan etnik Rohingya daripada senarai etnik bertaraf warganegara Myanmar.

Dalam hal ini, Malaysia akan terus memastikan bahawa penyelesaian isu Rohingya meliputi pengiktirafan mereka sebagai warganegara Myanmar. Antara lain Malaysia sentiasa menyokong usaha-usaha antarabangsa bagi memastikan kebertanggungjawaban ke atas pelanggaran hak asasi manusia dan jenayah kemanusiaan yang berlaku ke atas etnik Rohingya. Sebagai contoh Malaysia menyokong resolusi Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menubuhkan satu mekanisme yang dinamakan Independent Investigative Mechanism for Myanmar dengan izin, bagi mengumpul bukti-bukti pelanggaran hak asasi manusia di Myanmar.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, Malaysia juga konsisten mengadakan libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan yang terlibat dengan kes dakwaan genosid ke atas etnik Rohingya yang sedang dibicarakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, International Court of Justice.

Tambahan pula Mahkamah Jenayah Antarabangsa, International Criminal Court turut menjalankan penyiasatan ke atas jenayah-jenayah kemanusiaan yang berlaku ke atas etnik Rohingya. Dalam hal ini, wajar bagi Malaysia untuk bekerjasama dengan mekanisme-mekanisme tersebut agar keadilan dapat dilunaskan kepada etnik Rohingya dan hak-hak mereka dapat dikembalikan secara saksama. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan yang pertama.

final • 10:00 AM

Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:00 AM

Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Negara kita cukup konsisten dalam memperjuangkan isu-isu kemanusiaan di peringkat antarabangsa sekian lama. Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah Malaysia, negara kita mampu untuk menguruskan isu Rohingya ini yang dikatakan jumlah etniknya melebihi 200,000.

Apakah perkembangan terkini hasil Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-16 Berkaitan Pelarian baru-baru ini serta bagaimana reaksi negara-negara yang terbabit, khususnya yang telah menandatangani Konvensyen Pelarian 1951. Apakah negara kita

final • 10:10 AM

Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit

hendak terus bergantung pada kuasa PBB yang dilihat gagal dalam menangani isu etnik Rohingya ini dan sebaliknya ASEAN adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan secara kebersamaan sebaik-baiknya. Jadi, saya mohon pendirian daripada negara kita. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:10 AM

Dato’ Haji Kamarudin Jaffar

Terima kasih Yang Berhormat Parit, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang sebagaimana yang termaktub dalam jawapan asal saya tadi, Malaysia sudah menganggap kita sudah menanggung terlalu ramai pelarian daripada Myanmar yang kita anggarkan lebih daripada 200,000 orang semuanya. Usaha-usaha kita melalui negara-negara yang menjadi pejanji, penandatangan isu ataupun konvensyen berkaitan dengan pelarian ini adalah– hasilnya amat kecil sekali.

Saya boleh sebutkan di sini bahawa dalam 18 tahun yang lalu, daripada tahun 2003 hingga 2021, kita hanya mampu menghantar ke negara ketiga, seramai 8,312 orang sahaja kepada 10 buah negara seperti negara Australia, Kanada, Jepun dan sebagainya.

Negara yang terbesar menerima pelarian ini ialah Amerika Syarikat iaitu lebih 7,000 orang dan yang terkecil, negara Finland, hanya satu orang sepanjang 18 tahun yang lalu. Jadi, hasil daripadanya tidaklah membanggakan.

Maka oleh sebab itu, kita perlu terus bekerjasama dengan negara-negara di seluruh dunia dan khususnya melalui ASEAN yang mana sekali lagi sebagaimana Sidang Kemuncak ASEAN beberapa hari yang lalu, tunjukkan bahawa kerjasama tentang isu ini tidaklah begitu berjaya. Lagi pula kita ada isu yang lebih besar dengan negara Myanmar itu sendiri selain daripada isu Rohingya ini iaitu isu kerajaan yang ada atau pemerintah yang ada sekarang ini di Myanmar itu. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan kedua.

final • 10:10 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Soalan. Pasir Gudang ya?

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai dah bangun daripada tadi.

Yang Berhormat Padang Serai.

final • 10:10 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya adalah, saya percaya Malaysia perlu ke hadapan dalam isu kemanusiaan ini. Saya tahu kekangan di mana negara luar tidak boleh masuk campur dalam hal urusan negara lain tetapi saya berharap kerajaan gerakkan lebih banyak bantuan kepada etnik Rohingya di Myanmar. Bukan Myanmar sahaja tetapi mana-mana negara dalam hal isu perikemanusiaan perlu disuarakan. Pendirian Malaysia perlu dihormati mana-mana negara dalam hal ini. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:10 AM

Dato’ Haji Kamarudin Jaffar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Padang Serai di atas pandangan, sokongan dan seruan kepada negara kita, kerajaan kita. Kita memang selari dengan pandangan Yang Berhormat Padang Serai itu. Selamat Hari Deepavali Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ya, Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 10:10 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ringkas.

final • 10:10 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan saya, adakah Malaysia akan meminta ASEAN supaya mengkaji semula prinsip ASEAN yang tidak boleh campur tangan dalam hal negara masing-masing dikaji semula sekiranya ada berlaku genocide seperti dalam contoh Rohingya di Myanmar ini.

Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato’ Haji Kamarudin Jaffar

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang dan Tuan Yang di-Pertua. Memang implikasi daripada tindakan ASEAN akhir-akhir ini di sidang-sidang kemuncak yang baru ini dan yang awal sebelum ini, dalam isu khusus

final • 10:10 AM

Dato’ Haji Kamarudin Jaffar

berkaitan dengan kedudukan di Myanmar itu, saya melihat bahawa prinsip tidak campur tangan dalam hal dalaman negara itu bukan sahaja perlu kita lihat daripada perspektif yang baharu iaitu tidaklah ia boleh menghalang negara-negara ASEAN lain daripada memberi pandangan, menyentuh, malah mengambil tindakan.

Saya fikir, walaupun tidak secara rasmi prinsip charter ini diketepikan tetapi saya lihat bahawa perkembangan terkini menunjukkan bahawa negara-negara ASEAN makin terbuka daripada segi mengambil pendirian bahawa apabila isu-isu utama iaitu pelanggaran hak asasi ataupun rampasan kuasa berlaku, maka prinsip yang disebutkan dalam charter itu sudah diberi suatu pengertian yang baharu dengan tindakan-tindakan yang baharu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

2. Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir [Jerlun] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan:

(i) pendekatan baharu yang digunakan untuk menggalakkan penghasilan inovasi teknologi terkini bagi meningkatkan daya saing negara di pasaran dunia; dan

(ii) apakah tahap kerjasama antara universiti-universiti penyelidikan dan antara universiti tempatan dengan pihak swasta.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berteknologi tinggi menjelang tahun 2030, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah melaksanakan pelbagai pendekatan baharu.

Pendekatan pertama ialah melalui Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 dengan beberapa program dan inisiatif telah dilaksanakan iaitu;

(i) Program Rangka Kerja 10-10 Sains Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (MySTIE);

(ii) Program Pemacu Pengkomersialan Teknologi atau Technology Commercialization Accelerated (TCA);

(iii) Inisiatif Sandbox Inovasi dan Teknologi Nasional (NTIS);

(iv) Inisiatif Teknologi Tinggi Sentuhan Rendah (High-Tech Low Touch); dan

(v) Program MyTech Pitch.

Melalui pendekatan kedua, penglibatan di dalam Majlis Ekonomi Digital dan 4IR yang dipengerusikan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia. Di bawah majlis ini, MOSTI dipertanggungjawab menerajui Kluster Teknologi Baharu Muncul yang berperanan menyelaras pelaksanaan inisiatif yang menyokong Rangka Tindakan Ekonomi Digital ke arah pengupayaan sektor perniagaan melalui transformasi pendigitalan.

Pendekatan ketiga pula melalui pembangunan pelan hala tuju Technology Road Map dalam pelbagai bidang keutamaan yang antaranya adalah seperti pembangunan vaksin, elektrik dan elektronik, blockchain, ekonomi hidrogen, teknologi nano, kecerdasan buatan, robotik dan bahan termaju (advanced material).

Seterusnya, melalui pendekatan keempat, MOSTI menyusun semula Skim Pembiayaan Dana Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dengan memberikan penekanan kepada aspek pembangunan eksperimental. Sasaran kerajaan di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 ialah agihan perbelanjaan penyelidikan pembangunan eksperimental kepada GERD perlu ditingkatkan kepada 24.5 peratus pada tahun 2018 ditingkatkan kepada 50 peratus menjelang tahun 2025.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjelaskan mengenai tahap kerjasama antara universiti penyelidikan dan universiti tempatan dengan pihak swasta, MOSTI ingin

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

memaklumkan bahawa kerjasama yang telah terbentuk setakat ini adalah pada tahap yang sangat memuaskan. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan oleh MOSTI adalah seperti berikut; Pertama, melalui bahagian pembudayaan dan perkhidmatan sains, teknologi dan inovasi, Program Researcher-Industry Scientific Exchange (RISE) yang mana penempatan penyelidik dalam industri telah ditingkatkan daripada 15.83 peratus kepada melebihi 40 peratus. Setakat ini terdapat 24 agensi pelaksana yang menawarkan kepakaran di bawah RISE iaitu 13 agensi di bawah MOSTI dan 11 agensi daripada kementerian yang lain. Seramai 295 penempatan pakar penyelidik dan teknikal telah dibuat melibatkan 89 kerjasama dengan syarikat melalui penyelidikan, pemindahan teknologi, konsultasi dan latihan.

Kedua, melalui Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) yang melibatkan program yang dijalankan antaranya Idea Lab dan juga MaGIC Ecosystem Builders.

Ketiga, melalui Akademi Sains Malaysia. Program yang telah dilaksanakan ialah Malaysia Open Science Platform (MOSP), Collaborative Network Platform for Disruptive Innovation, Program Idea Exchange dan Top Research Scientists Malaysia. Melalui Yayasan Inovasi Malaysia, terdapat program-program yang lain yang dilaksanakan yang saya cuma boleh menyebutkan tajuknya.

Antaranya Inclusive SME Ecosystem, Inisiatif Inovasi Social Malaysia, Malaysia Social Innovation Accelerator program dan sebagainya. Juga melalui Lembaga Teknologi Malaysia (MBOT) yang mana turut melaksanakan beberapa program seperti Ekspo Teknologi dan Inovasi (MTeX’21) yang bertemakan “Bakat Berteknologi Untuk Pembangunan Mampan”. Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan yang pertama, Yang Berhormat Jerlun.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri MOSTI.

Pertamanya, adakah IPTA-IPTA kita ini dikenakan satu bentuk KPI, di mana hasil penyelidikan dan pembangunan mereka itu masuk ke dalam pasaran, meraih keuntungan dan mewujudkan kerjaya?

Keduanya, sepertimana yang telah termaklum dalam Belanjawan 2022, sejumlah RM423 juta disediakan untuk R&D IPTA dari MOSTI dan KPT. Oleh kerana IPTA ini mendapat geran daripada kerajaan maka kadang-kadang wujud persaingan di antara IPTA-IPTA ini. Oleh kerana itu, tidak wujud pula kolaborasi di antara mereka untuk berkongsi peralatan penyelidikan dan kemudahan-kemudahan lain. Apakah tindakan yang diambil oleh pihak MOSTI bersama dengan KPT untuk memastikan bahawa geran yang digunakan untuk penyelidikan dan pembangunan di universiti ini dapat dikongsi di antara universiti-universiti yang ada? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Terima kasih Yang Berhormat yang bertanya. Sememangnya di peringkat penilaian untuk setiap cadangan penyelidikan yang ditujukan kepada MOSTI, faktor utama yang menjadi kriteria oleh panel penilai adalah sama ada penyelidikan yang berkenaan mempunyai nilai komersial. Oleh kerana geran penyelidikan yang disediakan oleh MOSTI adalah berbeza dengan geran penyelidikan di bawah, misalnya Kementerian Pengajian Tinggi, yang mana pengkhususannya adalah bagi projek-projek penyelidikan yang boleh dikomersialkan, yang sudah tentulah memberikan peluang kerjaya pada masa hadapan.

Berkaitan dengan pertindanan tentang pelaburan yang telah dibuat oleh kerajaan, tentang kemudahan-kemudahan fasiliti dan sebagainya. Ini sentiasa diberi perhatian oleh MOSTI melalui perundingan yang dilaksanakan dari semasa ke semasa antara MOSTI dan juga Kementerian Pengajian Tinggi. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya bagi Yang Berhormat Kuala Krai dulu, sebelah sini.

Selepas itu, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

final • 10:20 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tahniah kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri atas pelbagai inisiatif dan juga program yang telah dilaksanakan di bawah MOSTI bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berteknologi tinggi. Soalan saya ialah apakah kerjasama strategik yang dibuat oleh MOSTI di bawah inisiatif High-Tech, Low Touch (HTLT)? Minta senaraikan projek-projek yang telah pun dilaksanakan melalui projek ini. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai atas soalan yang sangat spesifik dan baik. Untuk soalan berkaitan dengan kerjasama strategik yang dibuat oleh MOSTI di bawah inisiatif High-Tech, Low Touch yang diminta. Saya boleh sebutkan beberapa inisiatif yang telah dilaksanakan.

Pertama ialah Projek Aplikasi Robotik.

Ini melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia yang mana aplikasi robotik telah dibangunkan di dalam membantu petugas kesihatan dalam tugas-tugas harian yang perlu dilaksanakan. Misalnya pembersihan lantai, telepresence, membawa tray makanan kepada pesakit di katil-katil masing-masing, mengangkut tong-tong oksigen dan sebagainya yang sebenarnya boleh dilakukan secara autonomous. Kedua, organisasi seperti FELDA yang mana kerjasama telah dilaksanakan untuk mewujudkan aplikasi robotik dan dron dan juga artificial intelligence di ladang kelapa sawit dalam isu berkaitan dengan penyemburan baja dan racun serangga, penggunaan teknologi di dalam area mapping dan juga pemetikan sayur dan pelbagai lagi inisiatif bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, di pasar-pasar awam dan pihak berkuasa tempatan berkaitan dengan kaedah pengesanan kesesakan, pemantauan infrastruktur dan juga pemantauan trafik.

Melalui inisiatif lain dilaksanakan bersama dengan Perbadanan Muzium Melaka menggunakan kaedah remote sensing dalam penerokaan arkeologi di Bandar Melaka dan juga Prasarana Malaysia Berhad. Ini juga melibatkan teknologi robotik sensor AI dalam pengurusan bas dan stesen LRT, MRT. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan saya berbunyi begini ya. Bercakap tentang ekosistem inovasi di negara kita, apakah Yang Berhormat Timbalan Menteri bersetuju bahawa kita berada dalam keadaan yang fragmented? Saya katakan begitu sebab saya melihat laporan dalam Science Outlook Akademik Sains Malaysia, ia sebut bahawa tidak ada synchronization di antara national priority areas for R&D dengan paten yang telah didaftarkan dengan export-based priority areas, tidak synchronized. Contoh, keutamaan R&D negara bidang biodiversiti, bidang environment and climate change. Paten yang didaftarkan pula ialah digital communication dan medical technologies, top two. Manakala peringkat komersial pula, ia pergi kepada electronic integrated circuit dan processed petroleum oil. Ia tidak synchronized, fragmented. They are working in silo, dengan izin.

Soalan saya, hasilnya bila satu research berjaya dihasilkan, kemudian dipatenkan, dikomersialkan dan berjaya, sistem perolehan kerajaan pula mengutamakan proven technology. Jadi, new local technology yang telah terhasil, tidak mendapat keutamaan. Ini akan discourage pelaburan sektor swasta di dalam research tempatan.

Apa reaksi Yang Berhormat Timbalan Menteri?

final • 10:20 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Ya, satu pandangan yang baik dan sebenarnya masalah ini memang kita kenal pasti. Oleh kerana itu, dari semasa ke semasa isu ini dibincangkan yang melibatkan perbincangan antara kementerian sebab kita tidak lagi boleh bekerja secara in silo sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat tadi. Jadi, kerana itu saya mengakui masalah ini ada berlaku dan ia perlu diselesaikan dengan segera. Kita, kerajaan akan mengambil tindakan berhubung dengan perkara itu.

Saya bersetuju dengan apa yang disebut tadi, tentang dasar perolehan perlu diambil langkah, di mana saya pun mendapat banyak maklum balas tentang bagaimana penyelidikan yang telah pun melalui proses prototyping, berjaya dan sebagainya. Antara complaint yang kita terima, bagaimana inovasi yang telah dilaksanakan itu telah dapat

final • 10:20 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

mereka pasarkan di luar negara tetapi apabila mahu dibawa masuk ke dalam sistem perolehan kerajaan, kita dapati kerajaan kita sendiri, agensi kita sendiri masih agak reluctant untuk menerima produk itu. Jadi, sesuatu perlu dilaksanakan di sini dan saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 10:20 AM

3. Datuk Haji Shabudin Yahaya [Tasek Gelugor] minta Perdana Menteri menyatakan apakah peranan yang dapat dimainkan oleh Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dalam memastikan penyertaan syarikat bumiputera dalam pembangunan rangkaian 5G sebanyak 60 peratus seperti yang diumumkan oleh Digital Nasional Berhad (DNB) dan bagaimana untuk memastikan usaha ini tercapai.

final • 10:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat Tasek Gelugor. Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) selaku agensi penyelaras utama dalam pembangunan ekonomi dan sosioekonomi bumiputera telah pun dilantik sebagai sekretariat dalam Mesyuarat Majlis Kemakmuran Bumiputera yang diadakan pada bulan Jun 2021.

TERAJU adalah sekretariat kepada Program 5G yang dipunyai oleh, dengan izin, special purpose vehicle, Digital Nasional Berhad (DNB). Ekoran daripada itu, kita sebagai sekretariat kita akan bekerjasama dengan DNB untuk memastikan rangkaian 5G ini, 60 peratus daripada RM11 bilion itu akan diperuntukkan untuk kepentingan usahawan bumiputera. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Datuk Haji Shabudin Yahaya - Tasek Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.

Seterusnya saya ingin mendapatkan sedikit lagi penjelasan melalui soalan tambahan ini iaitu apakah impak penyertaan syarikat bumiputera dalam pembangunan infrastruktur rangkaian 5G, dan manfaat teknologi 5G kepada kaum bumiputera terutama dalam menyediakan peluang perniagaan serta pembangunan sosioekonomi yang mapan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 10:30 AM

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Tasek Gelugor. Kalau kita lihat DNB ini adalah the concessional, dan Ericsson adalah partner. Ia bukan sahaja menguntungkan usahawan dalam bentuk yang terlibat dalam kejuruteraan civil and structure kerana 5G ini akan lebih cepat dan lebih pantas. Paling penting pengisian kepada perkara-perkara asas dalam network ini.

Justeru, ia akan memberi banyak peluang pekerjaan. Sebagai contoh, betul kerajaan akan belanja lebih kurang RM11 bilion dalam bentuk sukuk tetapi yang paling penting ia memberi manfaat kepada umpamanya 500 ribu pekerjaan.

Kita akan pastikan banyak syarikat yang start-up yang seperti dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri MOSTI tadi dapat kita manfaatkan. Lebih daripada itu kita menjangkakan lebih daripada RM70 bilion pelaburan asing akan dapat sampai ke negara ini bila dan ketika 5G ini dapat kita muktamadkan pada tahun 2025. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan Yang Berhormat Jerlun.

Sila.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Minta maaf kalau saya kata jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi tidak langsung meyakinkan untuk sampai sasaran 60 peratus untuk agenda bumiputera tadi.

Saya ingin bertanya, adakah mungkin agenda 60 peratus untuk bumiputera ini dibuat semata-mata untuk mengaburi pandangan rakyat apabila DNB ini mengambil alih kontrak untuk membuat 5G ini daripada pihak swasta iaitu telcos.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Menteri

final • 10:30 AM

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Kenyataan Yang Berhormat Jerlun itu tidak berapa tepat. DNB ini kepunyaan special property kepunyaan kerajaan. Telco ada kepentingan-kepentingan tersendiri kerana ia adalah listed company. Sudah pasti ia terpaksa akur dengan pemegang-pemegang saham yang dipunyai dalam syarikat telco tersebut, Axiata, Maxis.

Akan tetapi dari sudut kerajaan, kerajaan lebih mementingkan kepentingan ramai.

Saya beri contoh Tuan Yang di-Pertua, kalau kita hendak beri kepada 5G, yang ada sekarang 4G, mereka tidak akan beri kemudahan-kemudahan ini di tempat yang klien mereka kurang. Di sinilah peranan sahabat saya Yang Berhormat Menteri KKMM untuk fill up the vacuum, dengan izin.

Oleh sebab itu, carve-out ini telah berjaya dilakukan dalam banyak modul.

Umpamanya MRT Corporation dalam jajaran MRT, Jajaran 1 dan Jajaran 2. Bermakna untuk rel kita sudah berjaya, model dan sistem itu sama sahaja. Cuma kita hendak pastikan yang ia dilakukan secara transparent. Bumiputera yang layak patut diberi kemudahan dan green lane dan tidak bermakna bahawa kita bagi sebarang sahaja kepada sesiapa yang mungkin know who. Ini bukan dasar kerajaan sekarang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Temerloh.

final • 10:30 AM

4. Datuk Wira Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir [Temerloh] minta Menteri Kanan Kerja Raya menyatakan, bila projek KL Outer Ring Road/East Klang Valley Expressway

(EKVE) akan dibuka kepada pengguna jalan raya.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Temerloh. Kuala Lumpur Outer Ring Road merupakan jajaran lebuh raya di luar Bandaraya Kuala Lumpur yang merupakan gabungan lebuh raya berikut:

(i) Lebuhraya Kuala Lumpur ke Kuala Selangor Expressway atau LATAR;

(ii) Lebuhraya Guthrie Corridor Expressway atau GCE;

(iii) Lebuh raya Baru Lembah Klang atau NKVE;

(iv) Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah atau ELITE;

(v) Lebuhraya Lembah Klang Selatan atau SKVE;

(vi) Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang atau SILK; dan

(vii) Lebuhraya Lembah Klang Timur atau EKVE.

Lebuhraya Lembah Klang Timur atau EKVE merupakan sebahagian dari Kuala Lumpur Outer Ring Road yang melalui Bandar Mahkota Cheras, Jalan Hulu Langat dan kemudian melalui Hutan Simpan Ampang dan seterusnya berakhir di MRR2.

EKVE ini merupakan projek lebuh raya yang melibatkan pembinaan jajaran dual two-lane yang bermula daripada Sungai Long di Lebuh raya Kajang SILK hingga ke Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Ukay Perdana. Panjang keseluruhan jajaran utama EKVE merupakan 36.16 kilometer dan 3.5 kilometer yang melibatkan kerja naik taraf di jalan Ukay Perdana.

Sehingga September 2021, kemajuan terkini pembinaan lebuh raya East Klang Valley Expressway atau EKVE, berakhir bulan sebanyak 94.48 peratus. Bagi memastikan EKVE dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan, kontraktor sedang giat menjalankan kerja-kerja pembinaan di tapak terutamanya yang melibatkan kerja tanah, pembinaan struktur dan jambatan, perparitan, cerun, turapan, kerja mekanikal dan elektrik, perabot jalan, bangunan dan lain-lain. Lebuh raya ini dijangka akan dibuka kepada trafik pada penghujung tahun 2022. Sekian, dan terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan pertama Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Datuk Wira Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir - Temerloh

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan yang ingin saya kemukakan mengenai lebuh raya yang sedang dibina dan dijanjikan akan dibuka kepada para pengguna kemudian nanti.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apa pendirian kementerian terhadap Kuala Lumpur Outer Ring Road di antara Ukay Perdana-Ulu Klang dengan Templer Park yang belum terbina kerana sensitiviti alam sekitar. Adakah kementerian bersedia menerima cadangan alternatif daripada pencinta alam sekitar serta pemegang taruh yang lain bagi melengkapkan rangkaian jalan raya ini bagi mengelakkan pertambahan bebanan tinggi trafik yang sedia ada di Jalan Lingkaran Tengah 2. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Temerloh. Silakan.

final • 10:30 AM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Terima kasih kepada Yang Berhormat Temerloh, khususnya ke atas keprihatinan beliau terhadap kesan alam sekitar dan juga status pembinaan Lebuh Raya EKVE. Untuk makluman Yang Berhormat, EKVE sebelum dibina telah melantik Runding Trafik MKZ Sendirian Berhad untuk menjalankan Kajian Penilaian Kesan Trafik (TIA) untuk lebuh raya dan juga kesan impak di kawasan sekitarnya. Ini telah dijalankan pada 11 Februari 2012 dan telah dikemukakan kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada 12 Jun 2012.

Objektif utama kajian ini ialah untuk menganalisis kesan pembinaan lebuh raya tersebut untuk memastikan kelancaran aliran trafik dan juga pergerakan trafik yang efisien.

Semasa EKVE pula, semua Pelan Pengurusan Trafik atau Traffic Management Plan

(TMP) telah dilaksanakan mengambil kira keadaan semasa trafik. TMP ini telah disemak oleh beberapa peringkat kejuruteraan termasuk pegawai trafik, jurutera perunding dan juga pemilik kawasan seperti PBT ataupun JKR.

Setelah siap, Lebuh Raya EKVE dapat mengurangkan kesesakan terutamanya di kawasan Hulu Langat, Ampang dan juga Cheras. Berkaitan pula dengan soalan tentang kesan alam sekitar tadi, kerja-kerja pembinaan EKVE telah diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor dan Laporan Terperinci Penilaian Alam Sekitar (DEIA) telah diluluskan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar Selangor pada 25 April 2013. Antara skop kajian ini ialah seperti soil erosion, climate and meteorology, water quality, air quality dan juga noise and vibration. Berkaitan pula dengan tinjauan penduduk di kawasan, kajian ini tidak merupakan sebahagian daripada laporan DEIA tetapi ia juga dilaksanakan secara berasingan oleh juru perunding yang dilantik oleh syarikat konsesi tersebut. Dalam hal ini sebanyak 86.8 peratus responden telah bersetuju dengan cadangan jajaran lebuh raya ini. Kementerian KKR juga telah memastikan bahawa Pelan Pengurusan Risiko (Risk Management Plan) dilaksanakan di peringkat prapembinaan lagi di mana risiko-risiko yang mungkin dihadapi serta langkah-langkah pencegahan diambil untuk meminimumkan kesan alam sekitar.

Kementerian ini akan sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain termasuk Kerajaan Negeri Selangor untuk merangka dan merancang strategi bagi meminimumkan impak dan risiko seperti Yang Berhormat nyatakan tadi. Sekian dan terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi. Soalan saya ialah pembinaan EKVE ini atau dulunya dikenali sebagai Lebuh Raya Lingkaran Luar Kuala Lumpur, sebenarnya daripada dulu lagi telah menjadi satu kontroversi di kalangan pencinta alam sekitar sehingga ia melibatkan penyahwartaan hutan simpan dan sebagainya.

Soalan saya. Setakat manakah tindakan Kerajaan Pusat, Kerajaan Persekutuan dalam memastikan hutan simpan yang telah dinyahwarta digantikan dengan pewartaan hutan simpan yang baharu? Setakat manakah Orang Asli yang terlibat di kawasan- kawasan berkenaan turut dirunding sebagai pemegang taruh? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Yang Berhormat dari Pasir Mas.

Apabila kita membuat semakan terdapat beberapa kejadian banjir yang berlaku sepanjang jajaran EKVE. Contoh seperti yang berlaku di kawasan ‘Kem R9’ pada tahun 2016 dan juga Kampung Sungai Michu pada tahun yang sama juga. Dalam hal ini, kementerian telah mengarahkan tindakan serta-merta diambil oleh pihak kontraktor dan juga konsesi seperti memperbaiki sistem perparitan, membina longkang kekal dan sebagainya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, sebenarnya kita sedang melaksanakan perubahan reka bentuk sedikit di beberapa kawasan yang berkaitan.

Antara puncanya ialah terdapat bantahan daripada pihak Pristine Power oleh berkaitan dengan pembinaan ramp di MRR 2 dan juga ada beberapa kawasan yang termasuk seperti hutan simpan dan juga lot tanah Beverly Hills dan beberapa isu ini sedang dalam kes siasatan mahkamah dan kita akan mengikuti perkembangan kes tersebut.

Akan tetapi sepertimana yang kita katakan tadi, kita sentiasa akan mengambil kira kepentingan alam sekitar khususnya dalam pembinaan lebuh raya untuk negara kita.

Sekian dan terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 10:40 AM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Ada soalan tambahan.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, ringkas Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Baik. Sungai Michu yang dikatakan tadi memang berada dalam Parlimen Hulu Langat dan banjir itu bukan hanya sekali tetapi dalam tahun ini saya boleh buktikan lebih daripada tiga, empat kali kesan daripada projek ini.

Saya ingin melihat, tadi kita katakan bahawa telah ada perunding-perunding yang telah membuat kajian sebelum projek itu bermula, tetapi hari ini kalau kita lihat kajian yang dibuat yang disebut oleh Timbalan Pengarah JPS Wilayah Persekutuan, dia mengatakan sejak 16 Februari lagi telah mendapati air keruh mula mengalir dari Sungai Ampang di Hutan Lipur Ampang, Selangor dan masuk ke Sungai Klang. Ini membuktikan bahawa kesan dan risiko yang berlaku itu masih berterusan sampai hari ini. Apakah tindakan- tindakan segera yang akan diambil oleh kementerian untuk mengatasi perkara-perkara yang seumpama ini yang disebutkan dan yang tidak disebutkan? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:40 AM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Yang Berhormat dari Hulu Langat.

Berkaitan dengan isu kekeruhan di Sungai Klang, kita telah menyemak kes tersebut dan kita sebenarnya mendapati bahawa berdasarkan rekod kajian yang ada, kekeruhan itu bukannya disebabkan oleh projek pembinaan EKVE sahaja.

Hal ini sebab sepanjang jajaran pembinaan EKVE ini hingga ke pertemuan Sungai Klang ialah sepanjang 13 kilometer dan sepanjang jajaran tersebut juga terdapat beberapa pembangunan lain yang juga giat dijalankan. Sebagai tindakan serta-merta, kita akan sentiasa memantau kontraktor dan konsesi. Sepertimana yang dikatakan tadi, beberapa kerja diarahkan untuk dibuat seperti membina longkang yang kekal untuk memastikan pengaliran air yang baik, pembinaan terramesh, soil milling dan juga aktiviti pembersihan.

Kita juga ingin menegaskan di sini bahawa sekiranya ada orang mengatakan incovenience, sebenarnya ini hanya merupakan sementara sahaja sewaktu kerja pembinaan itu sedang dilaksanakan dan kita sentiasa mengambil langkah untuk meminimumkan apa-apa kesan seperti banjir sewaktu kerja-kerja pembinaan. Sekian dan terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman.

final • 10:40 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Pucuk pauh buah delima, Mari makan bersama-sama,

final • 10:40 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Pak Menteri yang bijaksana, Soalan saya nombor lima.

final • 10:40 AM

5. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah yang diambil oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk memastikan pengundi 18 tahun akan keluar mengundi pada Pilihan Raya umum nanti.

final • 10:40 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon maaf tidak pandai pantun sangat.

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui Akademi Pilihan Raya (APR) telah melaksanakan Program Pendidikan Pengundi (Voter Education) bagi mendekati warganegara, khususnya warga belia yang masih diteruskan sehingga kini.

Program ini bertujuan untuk memberi kefahaman terhadap proses pilihan raya yang dijalankan di Malaysia, di samping menjawab isu-isu yang sering dibangkit oleh banyak pihak semasa pilihan raya. Dengan kesedaran dan kefahaman tentang proses demokrasi dan pilihan raya, maka diharapkan mereka akan menunaikan tanggungjawab untuk keluar mengundi semasa pilihan raya.

Sejak pandemik COVID-19 melanda negara dan di Perintah Kawalan Pergerakan

(PKP) yang diumumkan oleh kerajaan, akademi telah memperkenalkan Program Pendidikan Pengundi secara maya (virtual voter education) sebagai alternatif dalam melaksanakan Program Pendidikan Pengundi yang dilaksanakan secara bersemuka sebelum pandemik COVID-19 berlaku.

Sehingga 30 September 2021, APR telah melaksanakan Program Pendidikan Pengundi bersama beberapa buah institusi pengajian tinggi secara bersemuka dengan mematuhi ketetapan prosedur operasi standard (standard operating procedure) melibatkan penyertaan seramai 2,740 orang pelajar.

Manakala program pendidikan pengundi secara maya pula adalah sebanyak 152 program dengan 50,858 jumlah tontonan.

final • 10:40 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Selain itu, Tuan Yang di-Pertua, APR mengambil inisiatif perkongsian secara maya dalam media sosial melalui platform Facebook, YouTube, Instagram, Twitter, TikTok yang pada ketika ini merupakan trend belia dan anak muda. Inisiatif ini diambil sebagai menggalakkan pengundi 18 tahun keluar mengundi pada pilihan raya umum nanti.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Kuala Krai, soalan tambahan. Selepas Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Setiawangsa. Yang Berhormat Setiawangsa bangun dahulu.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Selepas Yang Berhormat Setiawangsa, Baling.

final • 10:50 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri.

Saya ingin bertanya, adakah terdapat usaha pihak kerajaan melalui KPM untuk menerapkan kesedaran demokrasi pilihan raya dan juga kepentingan mengundi ini kepada anak-anak muda khususnya pelajar lepasan sekolah kerana sebahagian ataupun kebanyakan mereka adalah lepasan SPM?

Dan adakah terdapat negara yang boleh dijadikan sebagai contoh ataupun model terhadap kesedaran sivik dan juga kesedaran pendidikan mengundi ini kepada anak-anak muda ini? Bagaimana pula dengan anak-anak muda kita ataupun pengundi-pengundi muda kita ini yang berada di menara gading, khususnya di luar negara? Adakah juga akan dilaksanakan secara e-voting ataupun secara online?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sebenarnya, Tuan Yang di- Pertua, apa sahaja yang dibuat secara maya adalah terbuka kepada umum. Jadi, mengikut maklumat yang saya terima daripada SPR, bahawa penglibatan warganegara kita daripada luar negara juga ada menerusi libat urus yang telah dibuat ataupun pendedahan yang dibuat oleh pihak SPR, khususnya apabila SPR mengadakan program yang dipanggil 10 minit Bersama APR dan juga 15 minit Bersama Pengarah APR yang telah kita laksanakan sebanyak 37 sesi bersama APR dan sebanyak 35 sesi bersama dengan Pengarah APR yang melibatkan sebanyak 72 kali dan 304 dan 600,000 penglibatan anggota bukan sahaja dalam negara tetapi juga di luar negara.

final • 10:50 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Setiawangsa hanya ingin bertanya, mengapa pihak kerajaan perlu tunggu keputusan mahkamah sebelum meneruskan pelaksanaan undi 18 tahun ini sedangkan perkara ini merupakan sesuatu pindaan Perlembagaan yang telah disepakati rentas parti pada era Pakatan Harapan dahulu? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya menyambut baik soalan tambahan ini oleh sebab memberi peluang kepada saya memberi penjelasan sebenar.

Apa yang berlaku, apabila perlembagaan dipinda iaitu pada tahun 2019, maka time frame ataupun jangka masa untuk pelaksanaan di bawah pindaan ini ialah dalam masa hingga pada tahun 2023. Itulah makanya, kalau kita lihat timeline yang diletakkan oleh SPR, pelaksanaan semua proses ini akan siap pada bulan September 2022 dan sistem ini akan berjalan lancar.

Ini kerana banyak perkara perlu dibuat. Contohnya, electoral roll kena dibersihkan daripada yang telah meninggal, yang gila, yang sakit dan sebagainya ataupun yang masuk penjara. Begitu juga mereka yang berumur lebih daripada 90 tahun yang kita ketahui melebihi jumlah 7,000 orang sekarang yang berumur 90 hingga 160 tahun yang belum lagi dibersihkan daripada kertas pendaftaran pengundi. Jadi itulah makanya time frame itu bukan menjangkakan sistem ini boleh dilaksanakan dalam masa yang terdekat selepas perlembagaan dipinda. Itu yang pertama.

Kedua, Tuan Yang di-Pertua, apabila intervensi berlakunya COVID-19, maka ini telah mengekang tindakan pihak APR untuk bersemuka dan mengambil tindakan secara terperinci untuk melaksanakan apa yang dikehendaki oleh negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Tuan Yang di- Pertua, ini undi 18 tahun.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Melaka dulu.

final • 10:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Melaka berdiri dulu. Sila

final • 10:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ringkas ya.

final • 10:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Ya, ringkas. Yang Berhormat Menteri, oleh kerana proses pelaksanaan yang terlalu lambat, telah menafikan hak golongan pemuda untuk mengundi kali ini di Pilihan Raya Negeri Melaka. Ada lebih kurang 130,000 mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas tidak dapat mengundi kali ini. Oleh sebab proses terlalu lambat, telah menafikan hak mereka. Itu yang pertama.

Kedua, Yang Berhormat Menteri, saya hendak minta penjelasan daripada Menteri, memandangkan pandemik COVID-19 ini, bukan sahaja kita hendak fikir cara bagaimana kita memastikan pengundi 18 tahun untuk keluar mengundi tetapi juga dalam Pilihan Raya Negeri Melaka ini, bagaimanakah SPR akan melaksanakan langkah-langkah untuk memastikan pengundi akan keluar mengundi? Sebab kita lihat hari ini semua berasa

final • 10:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

waswas hendak keluar mengundi. Apakah mekanisme yang akan digunakan oleh SPR?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, itu dijawab bagi soalan induk tadi. Sudah dijawab oleh Yang Berhormat Menteri.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya soalan yang pertama itu sudah dijawab tadi.

Kedua itu untuk memberi kemudahan kepada pihak pengundi, SPR membuat persediaan bermacam-macam termasuk mengadakan khemah untuk orang-orang yang dijangka ada terlibat dengan penyakit ataupun dijangka positif COVID-19, juga disediakan.

Juga, kekangan yang lain ialah untuk membanyakkan lagi saluran-saluran mengundi untuk menjarakkan tiap-tiap pengundi sebelum masuk mengundi sampai ke peti undi. Ini juga diambil kira.

Dan SOP dibuat oleh pihak KKM dan MKN. Itu diserah kepada SPR dan SPR akan melaksanakannya. Kira setakat ini kita belum dimaklumkan apakah jenis SOP yang bakal dilaksanakan untuk pilihan raya di Melaka ini, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang Berhormat Menteri, bolehkah satu libat urus diadakan...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 10:50 AM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, hanya cadangan.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Melaka, duduk. Maaf, peraturan mesyuarat hanya membenarkan saya bagi tiga soalan tambahan.

final • 10:50 AM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Ini bukan soalan. Ini cadangan sahaja. Lima saat sahaja.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Lima saat? Okey.

final • 10:50 AM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Antara wahana yang paling berkesan kepada anak-anak muda ialah melalui komik untuk mendidik mereka. Jadi, saya telah menghasilkan Komik Undi 18 untuk mendidik anak-anak muda kita. Jadi, kita harap supaya SPR dapatlah bekerjasama untuk mendidik. Ini bukan komik propaganda politik tetapi pendidikan sivik untuk mereka menjadi warga bertanggungjawab. Dan kebetulan perkenalan kita pun bermula dengan SPR dulu. Okey, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Yang Berhormat Menteri, boleh...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Simpang Renggam, dia bukan sahaja seorang Yang Berhormat, dia boleh jadi pelakon, boleh jadi pengeluar komik dan sebagainya.

[Ketawa]

final • 10:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, saya cuma tambah sikit sahaja.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Maaf, maaf.

final • 10:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Saya minta supaya Menteri boleh adakan...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Melaka, tolong. Dah habis dah.

final • 10:50 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Libat urus dengan semua parti politik...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 10:50 AM

6. Puan Wong Shu Qi [Kluang] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan jumlah pinjaman bagi skim Program Pembangunan Ladang Hutan yang gagal dibayar balik dari tahun 2006 hingga 2020.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi II - Datuk Willie anak Mongin

Terima kasih. Selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kluang kerana telah bertanyakan soalan.

Sebelum saya menjawab, saya hendak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua rakan berbangsa India yang menyambut Hari Deepavali.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga kini, tiada syarikat yang gagal membayar pinjaman Program Pembangunan Ladang Hutan ataupun dikenali sebagai PPLH dari tahun 2006 sehingga 2020. Malah, beberapa buah syarikat peminjam yang menanam spesies pokok getah telah melaksanakan bayaran balik hasil lateks dengan jumlah keseluruhan kutipan sebanyak RM17.48 juta. Selain itu, terdapat syarikat yang telah menjelaskan bayaran balik yang telah diterima daripada hasil tebangan pokok sebanyak RM7.59 juta.

Untuk makluman Yang Berhormat, kita telah meluluskan 82 perjanjian pinjaman PPLH yang terdiri daripada 70 buah syarikat swasta dan juga agensi kerajaan dengan jumlah keseluruhan kawasan tanaman ladang hutan seluas 126,457.99 hektar dengan nilai pinjaman berjumlah RM913.97 juta.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi II - Datuk Willie anak Mongin

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****] Ingin saya maklumkan juga grace period untuk tempoh pembayaran balik pinjaman PPLH adalah sebanyak 15 tahun bagi setiap peminjam dan peminjam hanya mula membayar pada tahun keenam belas. Ini disebabkan kebanyakan spesies di bawah PPLH adalah amat sesuai ditebang selepas 15 tahun.

Sehingga tahun 2020 dan sehingga kini juga masih tiada kutipan bagi bayaran balik pinjaman PPLH kerana tarikh matang perjanjian yang terdekat dengan bayaran balik pinjaman adalah hanya bermula pada Januari 2022. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Soalan tambahan pertama, sila Yang Berhormat Kluang.

final • 11:00 AM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan Program Pembangunan Ladang Hutan ini saya ingin tahu kalau Yang Berhormat Menteri boleh bagi jawapanlah kerana kalau kita lihat pada laporan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia bermula tahun 2007 sehingga tahun 2019 kalau kita lihat laporan tahunan itu pembalakan cepat tetapi tanam balik lambat.

Minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan apa faktor di belakang dan bagaimana kita mengelakkan masalah yang sama berulang lagi dan boleh menggalakkan ladang hutan ini diperkembangkan dengan trend yang lebih baik dan sihat, terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:00 AM

Datuk Willie anak Mongin

Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Memang tidak dinafikan bahawa aktiviti pembalakan adalah lebih cepat daripada aktiviti menanam sebab banyak daripada spesies-spesies kayu tropika kita memerlukan jangka masa penanaman yang begitu lama antaranya spesies-spesies yang kita tanam daripada hasil hutan tropika kita ini boleh mengambil masa 10 ke 20 tahun.

Namun begitu, kita di peringkat PPLH, kita telah mengetengahkan ada spesies- spesies yang boleh ditanam dengan cepat iaitu dalam jangka masa tiga tahun sehingga

final • 11:00 AM

Datuk Willie anak Mongin

kelima tahun seperti spesies buluh, spesies Paulownia, Albizia dan juga kayu-kayu softwood yang boleh dituai dengan masa yang cepat.

Sepertimana yang kita tahu di peringkat kementerian juga kita telah memohon di RMke-12 sejumlah wang RM500 juta untuk kita merancakkan lagi penanaman pokok- pokok hutan ini supaya kita boleh memberi pinjaman dan juga kita boleh mempergiatkan industri penanaman hutan ini dengan lebih cepat dan rancak. Dengan penanaman spesies yang dapat membesar dengan cepat ini kita percaya dia dapat menyumbang kepada pengeluaran produk kayu-kayan yang lebih cepat, terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan tambahan kedua...

final • 11:00 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Beruas.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

...Saya jemput Yang Berhormat Tebrau.

final • 11:00 AM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya difahamkan program ini bermula selepas kelulusan Kabinet pada bulan Mac 2005 untuk membangunkan 375,000 hektar ladang hutan pada kadar penanaman tahunan 25,000 hektar setahun bagi tempoh 15 tahun.

Soalan saya, sejauh manakah kejayaan program ini yang telah ditamatkan pada tahun 2020 dan sekiranya tidak diteruskan, sila memberi maklumat terperinci apa jenis pokok yang ditanam dan masih ditanam? Berapa juta meter padu kayu telah berjaya dihasilkan? Sekiranya ada jenis pokok yang tidak berjaya, apa sebabnya? Berapa kos telah dibazirkan atas program ini? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:00 AM

Datuk Willie anak Mongin

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Soalan yang begitu spesifik dan banyak fakta yang perlu diketengahkan. Namun begitu, saya tidak ada maklumat yang disediakan di sini tetapi saya boleh menjawab dari apa yang saya ingat.

final • 11:00 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

final • 11:00 AM

Datuk Willie anak Mongin

Daripada jumlah keseluruhan keluasan 126,447.99 hektar yang telah diluluskan, sebanyak 66,553.98 hektar adalah bagi penanaman di Semenanjung ataupun 52.7 peratus dan 30,404.01 hektar ataupun bersamaan dengan 24 peratus di negeri Sabah dan 29,500 hektar ataupun bersamaan dengan 23.3 peratus di negeri Sarawak.

Berdasarkan laporan dan semakan kemajuan kerja syarikat peminjam ini yang berakhir pada 30 September 2021 didapati bahawa keluasan 117,489.26 hektar ataupun bersamaan 92.9 peratus daripada keseluruhan keluasan kawasan telah dibangunkan untuk penanaman. Untuk pertanyaan mengenai masalah-masalah yang kita ada dengan spesies-spesies yang kita tanam, memang ada spesies yang kita mempunyai masalah seperti kayu jati dan juga Akasia dan sebagainya.

Oleh sebab Akasia ini ia lebih menjadi dominan kalau kita tanam, ia akan menyebabkan tumbuhan-tumbuhan lain sukar untuk tumbuh jadi ia mengganggu ekosistem hutan kita. Banyak lagi spesies yang mempunyai masalah namun begitu seperti mana yang saya telah katakan tadi di peringkat PPLH kita telah mengemukakan 10 spesies yang telah diluluskan untuk skim penanaman hutan.

Jadi, kalau Yang Berhormat Tebrau hendak mengetahui lebih lanjut boleh ketemu dengan saya. Saya akan berikan dengan lebih jelas dan kalau beliau ingin saya juga boleh extend secara bertulis. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:00 AM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Ya, sila beri jawapan bertulis ya, terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya tambah lagi satu soalan.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ada soalan tambahan yang ketiga. Sila Yang Berhormat Beruas.

final • 11:00 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa balak ini hanya boleh mengeluarkan hasil selepas 15 tahun.

Jadi, saya hendak minta Yang Berhormat Menteri untuk menyatakan sama ada kementerian akan bersetuju membela nasib pengusaha-pengusaha ladang hutan ini untuk meminta Kementerian Kewangan untuk mengecualikan industri ladang hutan ini daripada peraturan di mana kerugian sesuatu syarikat itu tidak boleh dibawa ke depan selepas tujuh tahun dan sekarang sudah dijalankan tidak boleh dibawa selepas 10 tahun.

Ini kerana termasuklah pinjaman ladang hutan ini, syarikat akan kerugian dari segi bunga ataupun faedah atas pinjaman itu kalau tidak boleh dibawa selepas 10 tahun.

Selepas 10 tahun, apabila pokok dituai atau ditebang untuk dijual, kos ini tidak boleh diambil kira. Jadi ini tidak berlaku adil kepada pengusaha-pengusaha ladang hutan ini.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:00 AM

Datuk Willie anak Mongin

Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Setakat ini kita tidak ada mekanisme untuk kita mengecualikan pengusaha-pengusaha ladang hutan daripada membayar cukai dan bayaran-bayaran yang berkaitan dengan industri perhutanan.

Oleh sebab seperti mana yang kita lihat, kalau kita lihat penggiat industri perhutanan di negara kita kebanyakan mereka ini sebenarnya kaya-kaya. Jadi, setakat ini kita tidak ada menerima sebarang permohonan daripada pihak industri.

Namun begitu, sekiranya ada kekangan dan permasalahan daripada pihak industri, kita sedia duduk berbincang dan kita akan memperhalusi dan kita akan membantu mereka sebab kita inginkan industri ini berjalan dengan lebih giat dan juga lebih membawa keuntungan kepada negara dan juga rakyat kita. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:00 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri silap faham soalan saya. Soalan saya ialah bolehkah kerugian yang dialami oleh syarikat- syarikat ini semasa menanam boleh diambil kira selepas 10 tahun?

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik,baik.

final • 11:00 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Because the lost incurred is not allowed to be brought forward more than seven years currently dan dicadangkan...

final • 11:00 AM

Datuk Willie anak Mongin

Okey, terima kasih Yang Berhormat. Saya mendengar tadi, seperti mana yang saya sebut, mungkin Yang Berhormat tidak dengar tadi. Saya kata setakat ini kita tidak ada mekanisme untuk menyelesaikan masalah itu dan sekiranya mereka ingin kita mengetengahkan permasalahan mereka, mereka boleh tampil dan kita berbincang dengan industri. Itu yang saya jawab tadi.

final • 11:00 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Memang...

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih.

Saya tidak benarkan, ini bukan perbahasan.

final • 11:00 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

...Memang industri ini sudah pun memohon.

Harap Yang Berhormat Menteri menyokonglah permohonan mereka. Sudah pun memohon, terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih.

Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali, Yang Berhormat Kuala Nerus.

final • 11:00 AM

7. Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Perdana Menteri menyatakan, usaha drastik pihak kerajaan dalam mengurangkan ketirisan dan pembaziran kewangan negara melalui projek-projek yang tertangguh seperti di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 2.

final • 11:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tuan Yang di-Pertua, Ketua Audit Negara diberi mandat untuk menyemak perbelanjaan negara melalui pengauditan yang dijalankan. Pengauditan program aktiviti kementerian jabatan kerajaan dilaksanakan bagi menentukan ia dilaksanakan dengan cekap, berhemat dan berkesan bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Pengauditan pematuhan dilaksanakan bagi mengenal pasti elemen pembaziran, pemborosan, penyelewengan dan ketirisan wang awam akibat dari ketidakpatuhan kepada undang-undang dan peraturan kewangan.

Laporan Ketua Audit Negara yang telah dibentangkan di Parlimen akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). PAC akan memanggil pihak yang terlibat dan kemudiannya akan mengemukakan pandangan dan cadangan bagi membantu memperkemaskan pengurusan kewangan audit agar ia dilaksanakan secara telus dan berhemat.

Secara keseluruhannya, sebanyak 550 teguran telah dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 2. Sebanyak 525 teguran dikategorikan sebagai isu corrective dan akan disusun melalui Auditor General Dashboard- AG Dashboard. Manakala sebanyak 25 isu iaitu 4.5 peratus dikategorikan sebagai berpotensi isu punitif.

Sebanyak 25 potensi punitif tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat bersama agensi penguat kuasa dan Agensi Pusat pada 23 hingga 24 September 2021 dan 20 Oktober 2021.

Berdasarkan mesyuarat tersebut, sebanyak tujuh isu telah diputuskan untuk disiasat oleh agensi penguat kuasa seperti SPRM, PDRM dan Suruhanjaya Syarikat

(SSM).

Selain itu, mesyuarat tersebut juga memutuskan untuk mendapat penjelasan lanjut daripada pihak Audit melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Laporan Ketua Audit Negara ataupun JTLKN Bilangan 3 Tahun 2021 yang akan diadakan pada 9 hingga 11 November 2021. Jawatankuasa Tindakan Laporan Ketua Audit Negara dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara dan dianggotai oleh Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Timbalan Ketua Setiausaha

(Kabinet) Bahagian Kabinet, Perlembagaan Perhubungan Antara Kerajaan, Ketua Pengarah Unit Perancangan Ekonomi dan Pengawal Tugas-tugas Khas (Integriti dan Keselamatan) Pejabat Ketua Setiausaha Negara.

Diharap dengan tindakan the punitive, corrective serta tindakan oleh kementerian dan jabatan yang akan dapat mengurangkan ketirisan dan pembaziran wang awam, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sila Yang Berhormat Kuala Nerus. Soalan tambahan pertama.

final • 11:10 AM

Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Isu ketirisan ini isu amanah dan yang boleh menjaganya iman terhadap syurga dan neraka, dosa dan juga pahala.

Dalam kementerian, kita ada Pegawai Integriti. Sejauh mana Pegawai Integriti ini dapat kita manfaatkan sebaiknya untuk menangani isu ketirisan dalam jangka masa panjang. Juga dalam ucapan Belanjawan 2022, disebut kerajaan akan bergerak melaksanakan public expenditure review dengan kerjasama Bank Dunia. Apa asas-asas kepada public expenditure review ini untuk kita menangani ketirisan? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Sila Yang Berhormat Menteri. Satu minit.

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebenarnya kerajaan mengambil langkah yang aktif untuk menangani masalah ketirisan sebagaimana Yang Berhormat sebut tadi memang sumber kewangan yang kerajaan belanjakan itu merupakan sumber rakyat. Kewangan rakyat perlu dijaga. Review ini di samping itu juga kerajaan telah menubuhkan apa yang dipanggil penubuhan Putrajaya Inquisition yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri, Tuan Yang di-Pertua.

Tujuannya tidak lain dianggotai semua pihak yang berkenaan sebagai Peguam Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Setiausaha Perbandaran, Ketua Polis Negara, Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet- macam yang disebut saya awal tadi. Tujuannya adalah mempercepatkan penyelesaian isu-isu laporan ketirisan ini. Ketua Audit Negara dengan masih tunggak dengan lebih setahun terutamanya yang memberi impak kepada rakyat. Contohnya Laporan Tahun 2019. Itu dianggap lambat Tuan Yang di-Pertua.

Jadi, kita hendak semua isu ini ditangani dengan secepat mungkin. Jadi, itulah kenapanya penubuhan badan ini oleh Perdana Menteri adalah satu yang amat tepat dan bertepatan pada masanya, demi menjaga sumber kewangan negara, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan kedua. Saya jemput Yang Berhormat Rasah.

final • 11:10 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi ketika menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kuala Nerus berkenaan dengan ketirisan dan juga bidang kuasa agensi seperit SPRM dan sebagainya.

Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, sejak bulan September tahun ini ada satu Twitter yang dinamakan Edisi SiasatMY yang mendedahkan banyak isu yang berkaitan dengan ketirisan, penyalahgunaan kuasa yang melibatkan SPRM dan beberapa buah agensi yang terbabit.

Saya percaya Yang Berhormat Menteri selaku Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang sedia maklum berkenaan dengan maklumat yang disebutkan dalam Twitter. Saya tidak kata itu betul ataupun sebaliknya. Ia bergantung pada siasatan dan kita hendak sebut secara fakta. Saya percaya Yang Berhormat Menteri boleh setuju dengan saya.

Soalan saya ringkas. Apakah pendirian kerajaan terhadap pendedahan- pendedahan yang dilakukan oleh Twitter ini? Sebab ia melibatkan pegawai-pegawai tertinggi. Termasuk orang nombor satu dalam SPRM. Saya bukan membuat tuduhan.

Akan tetapi cuma saya mohon pendirian kerajaan sama ada siasatan telah dijalankan.

Sekiranya belum, apakah ia akan dijalankan dalam masa terdekat? Mohon penjelasan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya menerima, mendengar soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dan saya memahami apakah tujuan soalan tersebut. Saya memberi penegasan di sini bahawa tindakan kerajaan ialah untuk menyiasat sesiapa sahaja dan kita tidak kisah sama ada dia ketua jabatan ataupun pemimpin-pemimpin kerajaan yang tertinggi. Siasatan ini tentunya dibuat dengan sebaik mungkin dan kita tidak akan memilih kasih dalam sudut penyiasatan.

Yang Berhormat, sebenarnya kerajaan masih meneliti semuanya. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, tidak semua soalan penyelidikan ini ataupun siasatan ini boleh didedahkan kepada umum selagi penyiasatan itu belum siap dan lengkap. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Pertanyaan Jawab Lisan seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat, sekali lagi Yang Berhormat Rasah.

final • 11:10 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya mengemukakan soalan nombor 8, saya ingin mengambil kesempatan pagi ini mengucapkan selamat menyambut hari Deepavali- Happy Deepavali valthukkal kepada semua rakyat Malaysia yang akan menyambut sambutan yang penting ini. Soalan saya, soalan nombor 8.

final • 11:10 AM

8. Tuan Cha Kee Chin [Rasah] minta Perdana Menteri menyatakan, apa kategori pendapatan isi rumah mengikut B40, M40 dan T20 masih relevan selepas pandemik COVID-19, kerana pendapatan hampir separuh daripada M40 kini telah berkurangan dan masuk ke kategori B40. Sama ada kerajaan bersedia meminda M40 menjadi M20 dan B40 menjadi B60 agar bantuan yang sewajarnya dapat disalurkan kepada mereka yang terlibat.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) - Dato’ Eddin Syazlee bin Shith

Ya terima kasih kepada Yang Berhormat Rasah. Tuan Yang di- Pertua, seperti Yang Berhormat sedia maklum, berikutan pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan, kerajaan telah mengkaji kesannya ke atas sosioekonomi rakyat. Fokus kerajaan ini adalah bagi melihat kesan pandemik COVID-19 ke atas pendapatan isi rumah dan kemiskinan tahun 2020.

Berdasarkan kajian yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini, pendapatan purata kasar bulanan isi rumah secara keseluruhan telah menurun sebanyak 10.3 peratus daripada RM7,901 pada tahun 2019 kepada RM7,089 pada tahun 2020.

Walau bagaimanapun, kerajaan ini telah mengeluarkan nilai pendapatan garis kemiskinan (PGK) yang baharu yang mana nilai PGK 2019 masih dikekalkan. Jabatan Perangkaan Malaysia juga telah menganggarkan sebanyak 20 peratus atau kira-kira 600,000 isi rumah daripada kumpulan M40 telah turun ke kumpulan B40 akibat daripada pandemik COVID-19.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) - Dato’ Eddin Syazlee bin Shith

Pada masa ini, kategori kumpulan pendapatan masih relevan dengan bantuan sosial B40 dan M1 iaitu kumpulan 10 peratus terendah dalam kalangan M40. Kerajaan akan mengemas kini PGK dan klasifikasi pendapatan pada tahun 2022 serentak dengan HIES dan BA ataupun survey pendapatan dan perbelanjaan isi rumah dan juga kemudahan asas akan dilaksanakan pada tahun hadapan.

Dapatan kajian tersebut yang lebih komprehensif akan digunakan untuk memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan yang bersasar dan relevan dengan keadaan sosial ekonomi semasa. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, HIES dan BA dijalankan dua kali dalam tempoh setiap lima tahun. Sekian.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Rasah. Soalan tambahan yang pertama.

final • 11:20 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada sahabat saya Timbalan Menteri yang telah memberikan jawapan tadi. Saya meneliti jawapan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ternyata daripada perangkaan yang ada, statistik yang ada menunjukkan bahawa lebih kurang 10 peratus, ia daripada isi rumah M40 telah jatuh ke dinamakan M1 tadi. 10 peratus dah jatuh pada pendapatan mereka B40.

Jadi saya hendak tanya, apakah langkah jangka panjang dan jangka pendek kerajaan? Mungkin bukan jangka panjang, mungkin jangka pendek untuk sementara membantu mereka supaya pendapatan mereka sebelum mereka lonjak semula masuk balik dalam M40 diberikan bantuan tertentu secara interim, untuk mereka mengharungi masa yang sukar ini.

final • 11:20 AM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Soalan kedua singkat, berkenaan dengan T20. Saya percaya golongan T20 pun ada yang akan terjejas. Jadi saya hendak tanya, berapa peratuskah— mungkin golongan ini tidak banyak. Akan tetapi apakah peratusan golongan daripada T20 yang terjatuh menjadi M40 ataupun B40? Sebab golongan ini pun kita kena bagi bantuan. Saya percaya mereka yang terlibat itu mungkin golongan daripada IKS yang memerlukan bantuan segera mungkin secara sementara ataupun mungkin secara kekal daripada kerajaan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Timbalan Menteri.

Satu minit.

final • 11:20 AM

Dato’ Eddin Syazlee bin Shith

Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Rasah atas soalan tambahan. Untuk makluman Yang Berhormat, M1 seperti Yang Berhormat sebutkan tadi adalah terdiri daripada 10 peratus daripada mereka yang dikategorikan kumpulan M40 yang mana sasaran pendapatan bagi M1 adalah mereka yang mempunyai lingkungan pendapatan RM4,850 ke RM5,880.

Jadi untuk bantuan, antara bantuan yang diberikan oleh kerajaan, kalau untuk bantuan yang terkini, Bantuan Keluarga Malaysia hanya untuk mereka yang berpendapatan di bawah RM5,000 yang layak menerima. Jadi dalam kategori M1 ini pula, daripada 10 peratus ini, hanya 14 peratus yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia.

Selain daripada itu, ada bantuan M40 sekarang seperti pengeluaran akaun KWSP, Bantuan Prihatin Rakyat dan juga bantuan pelepasan cukai termasuklah insentif bagi Bajet 2022. Untuk bantuan boleh dilihat melalui pelepasan cukai individu, pengurangan kadar caruman minimum KWSP dan pelepasan khas cukai pendapatan individu bagi perbelanjaan pelancongan domestik dan juga pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 turut diberikan ke atas kos pembelian dan pemasangan sewaan dan sewa beli kemudahan....

[Tidak jelas] kemudahan pengecualian ini.

Untuk T20, yang ini saya berikan jawapan bertulis kepada Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Jawapan bertulis.

final • 11:20 AM

Dato’ Eddin Syazlee bin Shith

Ya insya-Allah.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Soalan tambahan kedua saya jemput Yang Berhormat Tumpat.

final • 11:20 AM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya perhatikan kita bukan sahaja perlu menilai semula garisan pendapatan serta tanggungan, bahkan apa yang juga penting adalah geographical profiling. Bandar utama, bandar biasa serta luar bandar. Ini kerana faktor kos sara hidup yang berbeza.

Soalan saya, sejauh manakah perkara ini diteliti oleh kementerian bagi memastikan intervensi bantuan yang lebih berstrategik. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Tumpat.

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:20 AM

Dato’ Eddin Syazlee bin Shith

Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat tadi. Saya fikir ini adalah antara perkara-perkara yang sedang diteliti oleh kerajaan pada hari ini. Mungkin juga pandangan-pandangan yang Yang Berhormat itu boleh diambil kira untuk diserap dalam apa juga pendekatan yang digunakan oleh kerajaan untuk memastikan bantuan-bantuan dapat dirasai terus pada sasaran penerima yang diperuntukkan.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih.

Saya ada hendak memanggil soalan jawab lisan seterusnya, yang terakhir. Menjemput Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh - Besut

Dewan bersidang tak sampai petang, Soalan saya nombor sembilan.

final • 11:20 AM

9. Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh [Besut] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan apakah strategi yang diambil kementerian dalam menggalakkan penggunaan mekanisasi pertanian, terutamanya bagi menangani isu kekurangan pekerja asing dalam sektor pertanian sawit dan getah.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi II - Datuk Willie anak Mongin

Terima kasih Yang Berhormat Besut yang begitu peka dan juga begitu prihatin dengan permasalahan industri sawit dan juga getah. Memang kita sedia maklum, cara untuk menyelesaikan masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor perladangan ini bukanlah suatu yang mudah tetapi agak rumit dan kompleks.

Namun begitu, bagi memastikan kerugian yang tidak terus meningkat, kita di Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi juga telah berusaha membawa masuk pekerja asing ke Malaysia bagi mengatasi kekurangan tenaga kerja ini. Sekarang ini kita telah mendapat kelulusan seramai 32,000 orang dan kita dalam proses memperhalusi kemasukan mereka ini dan MoU juga sedang diperhalusi untuk membawa pekerja-pekerja asing ini.

Selain daripada kebergantungan kepada pekerja-pekerja asing, kerajaan juga sentiasa menyarankan penggiat industri untuk mengadaptasi pergunaan mekanisme dalam proses kerja di mana mekanisasi bukan sahaja mempercepatkan proses kerja tetapi boleh mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja manual.

Bagi mempromosikan penggunaan mekanisasi dan automasi, Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi juga telah menghasilkan lebih daripada 50 teknologi yang sedia untuk dikomersialkan. Produk R&D ini merangkumi dilapangan termasuk bagi pekebun kecil sawit bagi memastikan hasil produk R&D disampaikan kepada penggiat industri dan juga promosi dilakukan di media massa dan dari semasa ke semasa.

Mereka harus mengadaptasi teknologi hasil R&D ini untuk diguna pakai di peringkat perladangan mereka. Kita juga melihat banyak penyediaan insentif bagi menggalakkan penggunaan mekanisasi dan juga kita menggiatkan aktiviti R&D di sektor agrokomuniti di mana antara yang telah diguna pakai secara komersial adalah mesin bermotor penuai buah sawit ataupun dikenali sebagai cantas. Dengan adanya mesin cantas ini bukan sahaja ia mampu mempercepatkan proses penuaian, malah dapat mengurangkan tenaga kerja sehingga 30 peratus.

Manakala di peringkat industri getah, kita juga telah membangunkan mesin mengisi tanah polybag ataupun Soffell yang berupaya menghasilkan media tanaman sehingga 20,000 polybag setiap lapan jam. Ini sedikit sebanyak telah mengurangkan tenaga kerja. Banyak lagi aktiviti yang kita lakukan seperti mempergiatkan aktiviti pengkomersialkan seperti melalui komersialan MPOB juga membangunkan alat mengangkat buah tandan yang dipasang pada mini traktor yang dikenali sebagai The Grabber, Beluga dan juga Rhyno. Banyak lagi inovasi-inovasi yang kita ketengahkan untuk mengurangkan kepenggunaan tenaga kerja. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sila Yang Berhormat Besut.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh - Besut

Terima kasih kementerian. Ini kerana, penggunaan mekanisasi ini akan meningkatkan hasil dan juga mengurangkan pengambilan tenaga buruh asing yang merugikan industri iaitu lebih berbilion sebagaimana yang dikatakan – juga digalakkan oleh Rancangan Malaysia Ke-12.

Soalan saya ialah dalam masa terdekat apakah mekanisme terbaik kementerian untuk mengatasi isu kekurangan tenaga kerja dalam sektor perladangan. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Besut. Sila Timbalan Menteri.

final • 11:30 AM

Datuk Willie anak Mongin

Terima kasih sekali lagi Yang Berhormat Besut sepertimana yang saya katakan tadi untuk kita mengambil shortcut untuk menyelesaikan masalah ini daripada peladang-peladang dan pekebun-pekebun kecil dengan kerugian

final • 11:30 AM

Datuk Willie anak Mongin

berbilion. Kita memang faham di dalam industri sawit disebabkan tidak ada penuaian daripada pekerja-pekerja asing kita telah kerugian dalam lingkungan 20 ke 30 peratus.

Jadi itu adalah satu jumlah yang amat besar kerana industri sawit ini memberi sumbangan yang begitu besar kepada negara kita.

Jadi antara cara yang kita guna dengan secepat mungkin untuk mengurangkan masalah ini kita seperti mana yang kita sebutkan tadi kita membawa pekerja asing iaitu 32,000 pekerja asing. Selain daripada itu kita juga ada pekerja asing yang kita menukar sektor mereka. Sebagai contoh apabila mereka ini bekerja di sektor binaan dan mereka ini tidak dapat bekerja kita alihkan mereka kepada industri perladangan untuk membantu perladangan kita. Selain daripada itu saya juga menyebut seperti mana inovasi-inovasi yang kita ada tadi di mana kita boleh mengkomersialkan juga mempelawa mereka supaya mengguna teknologi ini.

Selain daripada itu, pekebun-pekebun kecil tidak mampu untuk menggunakan inovasi yang kita keluarkan. Jadi di sinilah kita di peringkat kementerian membuat kajian dan melihat macam mana kita boleh menyusun pekebun-pekebun kecil ini supaya – sebagai contoh mungkin kita boleh tubuhkan koperasi dan koperasi ini akan membelikan mekanisme-mekanisme alat yang diguna pakai untuk memudahkan mereka.

Mungkin juga kita boleh cadangkan kepada pihak kementerian untuk meminta dana kepada Kementerian Kewangan untuk memberi geran kepada pekebun-pekebun ini membeli alat yang telah kita reka. Itu kerana, kita sudah banyak reka alat. Sudah 50 lebih ciptaan tetapi masalahnya mereka tidak mampu untuk beli. Jadi, kalau kita ada kereta kita untuk memudahkan pergerakan kita, kita tidak mampu beli kereta tidak bolehlah kita bergerak pantas. Begitu juga dengan pekebun-pekebun kecil. Itu masalah yang kita perlu tangani. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Boleh Tuan Yang di-Pertua satu soalan.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Okey, terima kasih.

Baik soalan tambahan yang kedua. Saya menjemput Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua Timbalan Menteri dalam jawapannya tadi menegaskan tentang inovasi, mekanisasi dan semua perkara yang membabitkan teknologilah. Saya ingin tanya Timbalan Menteri berkaitan tentang pengumuman Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi baru-baru ini yang mengumumkan bahawa 32,000 pekerja asing akan dibawa masuk untuk sektor perladangan sawit.

Saya ingin tanyakan apakah yang dimaksudkan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat ini. Apakah hanya ada one-off 32,000 dan apakah ini hanya sekadar sawit tetapi dikembangkan kepada perladangan yang lain maksudnya getah dan sebagainya. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Sila Timbalan Menteri satu minit.

final • 11:30 AM

Datuk Willie anak Mongin

Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya mantan Timbalan Menteri Komoditi sudah semestinya beliau juga peka dan prihatin mengenai industri komoditi ini. Sebenarnya statement yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Menteri mengenai 32,000 pekerja asing yang akan datang ke negara kita adalah khas untuk industri sawit dan memang, kita juga akan melihat kemasukan yang diperlukan untuk sektor perabot, kayu kayan dan industri yang lain seperti getah dan sebagainya. Setakat ini kita memang melihat bahawa kemasukan mereka ini akan membantu industri.

Mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang perlu diperketat tadi sebenarnya banyak antaranya adalah kemasukan mereka itu hendaklah mengikut prosedur-prosedur tertentu seperti kena ada saringan dan pembayaran kos untuk mereka melakukan saringan itu hendaklah dibayar oleh majikan-majikan mereka sendiri.

Selain daripada itu kita juga melihat kebajikan mereka melalui central labour quarters ataupun temporary labour quarters yang kita perlu diperhalusi supaya kedudukan

final • 11:30 AM

Datuk Willie anak Mongin

penginapan mereka ini lebih terjaga supaya kita tidak boleh dituduh oleh negara luar bahawa kita ini laksanakan buruh paksa di dalam sektor industri sawit dan itulah SOP yang kita hendak perbaiki. Sekian terima kasih.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Tuan Yang di-Pertua pendek sahaja.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Five second soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan.

[Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 2021 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri

(Parlimen dan Undang-undang) [Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

final • 11:30 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2022 Bacaan Kali Yang Kedua DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2022

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2022 ini dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari tujuh puluh tujuh bilion dan enam ratus juta ringgit (RM77,600,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2022, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2022, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 32 Tahun 2021, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut." [2 November 2021]

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ada senarai seramai 12 pembahas iaitu Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Jerlun, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Sempang Renggam, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Julau, Yang Berhormat Kangar dan Yang Berhormat Labuan.

Oleh sebab kita akan habiskan ini sampai pukul dua petang maka kita akan memberikan 12 minit seorang. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kota Kinabalu.

Dipersilakan.

final • 11:30 AM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada Kota Kinabalu untuk turut serta dalam perbahasan Bajet 2022. So, sebagai mukadimah saya ingin menyatakan bahawa beberapa perkara yang dibentangkan dalam Bajet 2022 oleh kerajaan di bawah tema “Keluarga Malaysia Makmur Sejahtera”.

Sebenarnya ia adalah sambungan ada penerapan cadangan ataupun inisiatif yang dimulakan oleh Pakatan Harapan. Antara yang paling ketara adalah kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM40 bilion di bawah Semarak Niaga untuk membantu perniagaan-perniagaan yang meliputi pinjaman langsung, jaminan pembiayaan dan suntikan ekuiti yang bertujuan untuk memulihkan ekonomi selepas pandemik COVID-19.

Selain itu Menteri Kewangan juga telah mengumumkan inisiatif baharu JaminKerja yang diperuntukkan RM48 bilion untuk menyediakan insentif sehingga subsidi 30 peratus jumlah gaji bagi pengembalian pekerja daripada kalangan penganggur dan wanita. Ini adalah sambungan semula Program Malaysia@Work oleh Pakatan Harapan terdahulu. Menurut Menteri Sumber Manusia kadar pengangguran rakyat Malaysia pada suku kedua tahun ini adalah 4.8 peratus. Manakala Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah mencatat kadar pengangguran yang paling tinggi lebih lapan peratus iaitu masing- masing pada kadar 8.8 peratus dan 8.7 peratus.

Ini bermaksud daripada 100 orang yang tenaga buruh di Labuan dan Sabah, sembilan orang daripadanya adalah penganggur. Di sini soalannya, bagaimanakah inisiatif baharu JaminKerja ini dapat membantu penganggur-penganggur di Sabah.

Apakah program dan rancangan yang kerajaan spesifik untuk mengatasi masalah pengangguran yang tinggi di Sabah dan Labuan dengan pembangunan industri yang bersifat labour-intensive. Sila Menteri untuk berikan penerangan.

Tuan Yang di-Pertua bukan semua cadangan Pakatan Harapan diterima oleh kerajaan. Perkara yang penting tetapi ditolak mentah-mentah oleh kerajaan sekarang adalah semakan semula dan peningkatan geran khas kepada Sabah di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan PH telah memulakannya semasa Bajet 2020 iaitu daripada RM26.7 juta kepada RM53.4 juta pada tahun 2020 dan diunjurkan bahawa dalam tempoh lima tahun kemudian geran khas tersebut akan berganda.

Namun usaha ini tidak diteruskan dan tidak dilaksanakan selepas pertukaran kerajaan. Sebagai peringatan kepada kerajaan sekarang dan generasi sekarang saya ingin memetik Hansard ucapan bajet oleh Menteri Kewangan Tun Tan Siew Sin pada bajet yang pertama selepas Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 iaitu dengan izin, “I should first mention that as a result of the Malaysia Agreement, the Constitutional arrangements for the sharing of revenue and expenditure between the Central Government and the states are different in each case.

“In order to provide a growth element in state revenue, Sabah is also to receive each year a grant equal to 40 percent of any increase in Federal revenue derived from Sabah.” “The sum payable would be calculated on the basis of actual revenue received in each year.”

final • 11:37 AM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

Inilah yang dijanjikan dan dilaksanakan oleh kerajaan alliance pada tahun 1963.

Mengapakah kerajaan sekarang ini kekal kepada jumlah pembayaran geran khas kepada Sabah sebanyak RM26.7 juta sejak pemerintahan Barisan Nasional dan bukan berdasarkan anggaran hasil bersih 40 peratus daripada Sabah?

Saya menyeru selaras dengan aspirasi pindaan Perlembagaan yang telah dibawa bacaan kali pertama pada pagi ini untuk akta ini, Rang Undang-undang Perlembagaan

(Pindaan) 2021 dengan pindaan Artikel 1(2) dan Artikel 160, saya rasa sila buat pindaan terhadap bayaran geran khas kepada Sabah dalam bajet tahun depan ini juga.

Seterusnya, saya ingin membangkitkan suara-suara daripada pengusaha- pengusaha ladang kelapa sawit dari Sabah dan Sarawak berkenaan dengan kadar levi keuntungan luar biasa atau durian runtuh yang dikenakan daripada 1.5 peratus kepada tiga peratus.

Pengusaha-pengusaha ladang kelapa sawit Sabah dan Sarawak tersebut menyatakan bahawa levi tiga peratus tersebut adalah sangat membebankan sebab mereka juga perlu membayar cukai jualan minyak sawit mentah (CPO) negeri masing- masing sebanyak lima peratus di Sarawak dan 7.5 peratus di Sabah selepas ambang ataupun threshold RM1,500 setiap tan. Tiada negeri lain di Malaysia yang ada cukai ini.

Sementara kerajaan juga telah mencadangkan untuk menaikkan harga ambang bagi levi untung durian runtuh untuk Sabah dan Sarawak kepada RM3,500 daripada RM3,000. Nilai ambang ini tidak mencukupi. Kos pengeluaran di Sabah dan Sarawak adalah kira-kira lima kepada 20 peratus lebih tinggi daripada di Semenanjung Malaysia disebabkan kos pengangkutan, bahan input dan buruh yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, threshold tersebut haruslah dinaikkan, ditetapkan pada RM4,000 setiap tan.

Semakan terakhir threshold levi keuntungan durian runtuh ini telah dilakukan pada tahun 2009, kira-kira 12 tahun yang terdahulu. Dalam 12 tahun ini, gaji bahan telah meningkat 80 sehingga 100 peratus untuk barangan keperluan tertentu seperti baja, bahan kimia bersama-sama dengan buruh. Ini seterusnya meningkatkan kos pengeluaran produk.

Banyak syarikat pula di Sabah dan Sarawak masih bergelut dengan pinjaman bank mereka. Selain itu, industri ladang kelapa sawit Sabah dan Sarawak telah kekurangan buruh kerana pekerja asing tidak dapat diambil kerana penutupan sempadan antarabangsa semasa penularan COVID-19 itu. Akibat daripada kekurangan itu, dianggarkan kerugian RM5 bilion kepada industri tersebut di Sabah dan Sarawak.

Saya membantah kenaikan kadar levi ke tiga peratus. Kadar levi durian runtuh Sabah dan Sarawak harus dikekalkan pada 1.5 peratus, dan selain itu, kerajaan harus menaikkan harga threshold untuk levi keuntungan durian runtuh untuk penanaman kelapa sawit Sabah dan Sarawak kepada RM4,000.

Tuan Yang di-Pertua, Menteri juga mendakwa bahawa cukai makmur dan levi keuntungan luar biasa ada berupaya membantu membiayai kos kesihatan negara yang tertinggi dalam meneruskan usaha menangani pandemik COVID-19. Kalau betul cukai makmur diperlukan untuk membantu membiayai kos kesihatan negara, jangan lupa Sabah perlukan lebih banyak kemudahan perubatan.

Sebagai contoh, di Sabah, kami tiada walaupun satu fasiliti imbasan positron emission tomography, computed tomography (PET/CT) di mana-mana hospital di Sabah untuk pengesanan awal kanser oleh pakar onkologi. Ramai rakyat Sabah terpaksa pergi ke tempat lain seperti Kuala Lumpur, Singapura untuk diagnosis kanser. Penduduk di kawasan saya Kota Kinabalu lebih bertuah kerana ada akses yang lebih mudah ke hospital dan klinik kerajaan. Rakyat dari daerah lain di Sabah terpaksa melakukan perjalanan jauh ke Kota Kinabalu untuk mendapatkan rawatan perubatan yang tidak terdapat di daerah mereka.

Nisbah antara penduduk dengan pakar seperti pakar perbidanan, pakar sakit puan, pakar bedah, pakar bius dan lain-lain semakin membesar dengan pertambahan penduduk. Lebih banyak jawatan seperti itu perlu diwujudkan di Sabah terutamanya di

final • 11:40 AM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

kemudahan kesihatan kerajaan di kawasan-kawasan luar bandar. Bagi seluruh Sabah, hanya satu hospital yang ada perkhidmatan angiogram dan angioplasty iaitu Hospital Queen Elizabeth II di Kota Kinabalu. Mana-mana pesakit yang mengalami serangan sakit jantung di Tawau atau Sandakan perlu menunggu sehingga keadaan mereka stabil baru boleh pergi ke Kota Kinabalu untuk mendapatkan pembedahan angioplasty.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia tidak dapat memindahkan pakar kardiologi intervensi ke Tawau kerana tiada cath lab di sana. Sudah tibanya masa kerajaan meletakkan fasiliti-fasiliti ini di bandar-bandar utama seperti di Sandakan dan Tawau.

Seterusnya, Bajet 2022 telah memperuntukkan RM1.6 bilion melalui tujuh inisiatif utama untuk membantu sektor pelancongan yang terjejas akibat pandemik sejak Mac 2020. Namun, inisiatif yang diumumkan dilihat tidak mencukupi untuk memulihkan dan merangsang pelancongan domestik. Ini bukan yang saya katakan. Demikianlah pendapat atau pandangan Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA).

MATTA ini mencadangkan lepasan cukai individu sebanyak RM1,000 bagi pelancongan domestik yang dilanjutkan pada tahun depan tidak mewujudkan impak yang ketara. Mereka meminta pelepasan cukai individu yang lebih tinggi iaitu RM8,000.

Tambahan pula, tiada juga insentif cukai untuk syarikat tempatan untuk melaksanakan insentif perjalanan atau cuti untuk kakitangan mereka di dalam negara supaya pelancongan domestik ditingkatkan.

Untuk Penjana Tourism Financing dan BPMB rehabilitation scheme mesti ada fleksibiliti dalam terma dan syarat untuk permohonan dana, dan kadar faedah nominal mesti ditawarkan untuk membolehkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pelancongan yang terkesan dapat akses kepada dana tersebut. Persatuan Kampungstay dan Homestay Malaysia (MKHA) juga berharap syarat kelayakan permohonan geran padanan bagi tujuan pembaikan dilonggarkan dan lebih fleksibel buat pemilik inap desa.

Kini ramai yang mengadakan pelancongan yang jenis staycation di mana individu atau ahli-ahli sekeluarga mereka mengambil bahagian dalam aktiviti riadah di hotel-hotel atau tempat pelancongan dalam jarak dekat dari rumah mereka.

Dengan ini, saya mohon MOTAC harus mengadakan program-program untuk mempromosikan tempat pelancongan Sabah dan Sarawak kepada Semenanjung Malaysia. Ini kerana melancong ke Sabah dan Sarawak seolah-olah melancong ke luar negara. Macam pergi oversealah semasa melawat ke Sabah dan Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang seterusnya ini adalah isu penangguhan pengambilalihan semula Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) dari TNB ke Kerajaan Sabah.

SESB ini Kerajaan Pakatan Harapan dan Warisan terdahulu telah sangat hampir untuk memeterai perjanjian pengambilalihan SESB pada Februari 2020 sebelum 'Langkah Sheraton’. Untuk bukan sekadar pengambilalihan SESB dan subsidi berbilion-bilion tetapi kuasa kawal selia juga dikembalikan sebagai Sabah termasuk membentuk Suruhanjaya Tenaga untuk Sabah.

Soalan saya. Kenapa usaha pengambilan SESB ini dan kuasa seliaan tenaga ke Sabah tidak diteruskan?

Selain itu, saya juga ingin membangkitkan isu Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP).

Ini yang memakan RM4 bilion untuk menyambung bekalan gas dari terminal gas Kimanis ke Sandakan dan Tawau. Lebih RM3.5 bilion telah dibayar, 88 peratus jumlah nilai projek tersebut kepada pemaju projek walaupun projek itu cuma siap 11.4 peratus dan ini tanpa diaudit. Kerajaan yang sekarang ini telah menghidupkan semula projek TSGP ini. Saya hendak menggesa Menteri Kewangan untuk menjelaskan, apakah rasional untuk menghidupkan semula TSGP untuk di Sabah? Ini kerana kita ada cara-cara lain untuk meningkatkan bekalan elektrik di Sabah juga.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Minta rumuskan, Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

Sebagai rumusan...

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, sila.

final • 11:40 AM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

Slogan ‘Keluarga Malaysia' ini tiada guna sekiranya sektor perladangan terasa dimangsakan, sektor pelancongan terasa terpinggir, penganggur-penganggur terasa tercicir dan rakyat Sabah tidak diberikan kenaikan geran khas yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia. Saya berharap Menteri Kewangan boleh membuat pindaan-pindaan kepada cadangan-cadangan yang saya bangkitkan di teks saya tadi itu.

Selamat menyambut Deepavali. Sekian, terima kasih.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Pasir Salak.

Masa 12 minit.

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi dan salam sejahtera kepada semua. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih bagi saya peluang untuk berbahas mengenai perbelanjaan yang telah dibentangkan.

final • 11:49 AM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya ucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada Menteri Kewangan daripada pihak kerajaan yang telah membentangkan satu bajet yang komprehensif dan inklusif.

Merupakan satu bajet prihatin rakyat.

Saya ingin mengambil kesempatan ini hendak bertanya kepada Menteri Kewangan, RM70 bilion peruntukan untuk pembangunan- development expenditure, berapa daripada jumlah itu yang diperuntukkan kepada kawasan Pasir Salak. We are talking about equitable distribution of allocation. Equitable antara daerah, kawasan, negeri.

Saya hendak tahu, sebagai Wakil Rakyat, mewakili rakyat Pasir Salak, berapa peruntukan, allocation yang diperuntukkan bagi Kawasan Pasir Salak bagi menjalankan beberapa inisiatif dan tindakan kerajaan untuk membangunkan ekonomi dan rakyat Pasir Salak.

Satunya pertanian. Kita amat bergantung pada sawah padi dan juga pekebun kecil sawit dan pekebun buah-buahan. Saya hendak tahu, apa dia projek yang telah diatur dan diperuntukkan oleh Menteri Kewangan untuk, umpamanya sawah padi, berkenaan dengan irrigation. Menaik taraf irrigation untuk sawah-sawah padi ini supaya ia boleh meningkatkan produktiviti petani daripada sekarang- mungkin dua tan satu hektar dan sebagainya- sungguh rendah, pendapatan pun lebih kurang RM1500 ke bawah sahaja.

Ini sudah jatuh pada tahap miskin.

Jadi projek irrigation- selain itu, tentang masalah benih padi sah dan masalah penyakit. Banyak perkara yang berkenaan sawah padi yang perlu diatasi yang memerlukan peruntukan daripada bajet ini. Itu berkenaan pertanian.

Lagi saya hendak bertanya daripada segi sektor perniagaan. Apa peluang perniagaan dan berapa banyak peruntukan, berapa banyakkah projek yang dibuat oleh kerajaan untuk kawasan atau daerah Pasir Salak ini yang sudah ketinggalan begitu lama?

Apa yang ada di kawasan saya ini peluang perniagaannya ialah perniagaan runcit, kemudian pasar tani, pasar malam. Itulah tahap perniagaan di Kawasan Parlimen Pasir Salak, daripada dulu sampai sekarang. Jadi ini sungguh menyedihkan.

Saya hendak bertanya kepada kerajaan, kepada Menteri Kewangan, adakah perhatian yang telah diberikan oleh kerajaan terhadap mereka ini, peluang perniagaan?

Dulu pernah saya suarakan iaitu you must bring new projects into rural areas termasuk Pasir Salak. Jangan tumpukan projek-projek baharu di kawasan-kawasan dan negeri- negeri yang maju seperti Selangor, Pulau Pinang, Johor sahaja. Kena bawa ke kawasan

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

negeri-negeri dan kawasan-kawasan yang tertinggal- Pasir Salak, Gerik umpamanya, dan begitu juga Parit, apa yang ada parit-parit- sungai pun dia kata parit.

Jadi peluang perniagaan, mereka pengeluar bahan mentah seperti padi, buah- buahan, sawit dan sebagainya. Kerajaan boleh memikirkan projek-projek bagaimana untuk memproses bahan-bahan mentah ini- processing, marketing. Memanglah orang kampung tidak tahu macam mana akses marketing, sama ada at national level ataupun global. Jadi saya minta kerajaan adakan inisiatif untuk membantu pengeluar bahan- bahan mentah ini, bahan pertanian dan sebagainya ini kita boleh add value, tambah nilai dan boleh dipasarkan di peringkat kebangsaan dan juga di peringkat antarabangsa. Kita mempunyai GLC, banyak syarikat GLC, big companies, besar-besar belaka, berniaga beratus bilion satu-satu syarikat, but what are they doing? Saya minta daripada Menteri Kewangan jawab, apa peranan GLC sebenarnya untuk menjadi payung kepada peniaga-peniaga kecil, kepada pengusaha small and medium enterprise? What are they doing about it? Mereka sepatutnya menjadi mentor, menjadi payung kepada ekonomi bumiputera di peringkat small and medium enterprises, pengeluar-pengeluar ini.

Akan tetapi sampai hari ini- saya pun sudah bertanya dulu kepada CEO Khazanah umpamanya, what do you do to help the bumiputera? Oh, ada-ada. Akan tetapi dah tidak pernah tunjuk, I have asked. Show me the list what you have done for the bumiputera? Apa yang kita dengar, kebanyakan daripada GLC ini, pegawai-pegawainya bergaji besar dan they are more interested in making money for the company- okay good, making money buat profit, kerajaan boleh dapat cukai, bagus. Akan tetapi dari satu aspek ialah untuk membantu ekonomi bumiputera.

Pernah dulu mantan Perdana Menteri, masa itu Yang Berhormat Pekan, saya rasa membuat dasar supaya GLCs, they are diverse ataupun memindahkan perniagaan mereka kepada bumiputera yang mampu untuk mengambil alih perniagaan-perniagaan tertentu. Tidak perlulah GLC ini selama-lamanya hendak kongkong semua, hendak monopolize all the businesses. There are businesses yang bumiputera boleh buat. Bagilah kepada mereka tetapi mereka hendak monopoli, hendak kontrol itu semua supaya mereka boleh menjana pendapatan, kononnya is good for the government. Yes, it is good for the government tetapi masalahnya apa sumbangan kepada bumiputera.

Jadi saya ambil peluang kali ini untuk bertanya kepada Menteri Kewangan, dan juga menggesa Menteri Kewangan supaya melihat dengan pendekatan yang baharu.

Walaupun dulu pernah kita telah desak tetapi mereka tidak lakukannya. Kali ini kena betul- betul desak dan jadi satu kemestian.

Baru-baru ini diumumkan oleh Menteri Kewangan mengatakan bahawa, pelantikan wanita sebagai lembaga pengarah dimestikan kepada semua syarikat GLC dan bukan GLC yang mahu sekurang-kurangnya seorang wakil wanita menjadi board member, baguslah. Jadi kalau itu buat, syarat itu boleh dibuat, diwajibkan, kenapa hal- hal yang lain yang tidak boleh diwajibkan.

Saya beri pandangan umpamanya, pernah hendak dilakukan tetapi dibuat sesungguhnya. AirAsia trying to help, hendak membantu produk-produk IKS tempatan dipasarkan di peringkat dunia. They want to bring all the IKS’s punya produk to India, to other countries to help market the product which was very good tetapi tidak kesampaianlah sebab apabila kita kalah pilihan raya, mereka pun tidak jaga kita sudah, jaga orang lain, tidak pandanglah daripada usaha yang kita mulakan itu dan dengan COVID-19 dan kejatuhan ekonomi ini, langsung tidak ada dilakukan.

Saya menggesalah kali ini. Mengikut laporannya, ekonomi akan naik semula kepada empat, lima, enam peratus *for the next one year or two years or whatever years.

So this is the dream. Let’s get restarted.* Daya usaha kita, perjuangan kita ini.

Jadi itu daripada segi Kawasan Pasir Salak, saya minta Menteri Kewangan melihat, berikan peruntukan, berikan perhatian. Kami sudah lama ini menyokong kerajaan ini daripada sejak merdeka lagi sokong. Petani-petani, pesawah sana, peniaga-peniaga

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

kecil, all support the government from day one until now. We never lose, very loyal. Jadi sebab itu, janganlah tinggalkan mereka. Tuan Yang di-Pertua, banyak peluang. Tourism boleh dimajukan di sana.

Saya hendak ambil juga kesempatan ini hendak bertanya kepada kerajaan, kepada Menteri Kewangan dan juga kepada kerajaan berkenaan dengan education. Buat sekolah, buat kolej, buat itu, buat ini. Di Pasir Salak ini, saya hendak tanya, berapa ramai pelajar yang lulusan SPM, STPM, matrikulasi yang telah berjaya meneruskan pembelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi ke universiti dan dalam bidang-bidang yang kritikal seperti kedoktoran, kejuruteraan, perakaunan dan sebagainya. Tidak ada statistik.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Saya biasa memberitahu guru besar di sekolah-sekolah, *“Sekolah ini ibarat kilang.

You are producing the manpower, the human resource. You keep on producing.”* Selepas SPM, STPM, semua itu, begitu begini. Eh, berapa ramai yang telah berjaya? Adakah mereka akhir-akhirnya menjadi peneroka FELCRA ataupun peserta rancangan- rancangan tanah yang lain? What is the percentage? What are the numbers? Berapa orang anak-anak tempatan di Pasir Salak itu, daripada sekolah yang begitu banyak yang dibina oleh kerajaan kita Barisan Nasional dahulu, mereka sudah berjaya ke peringkat apa? Apabila saya tanya bilangan doktor pun, tidak ada statistik yang boleh diberikan kepada saya. Bilangan jurutera pun, tidak boleh diberikan kepada saya. So, we do not know pencapaian education yang telah dicapai selama ini bertahun-tahun di kawasan Pasir Salak.

Jadi, saya minta kerajaan, Yang Berhormat Menteri Kewangan memberitahu, apakah peruntukan yang telah diberi untuk education sector dan juga apakah pencapaian- pencapaiannya?

Oleh sebab masa yang terhad, saya ingin tumpu kepada makro― tadi saya pergi pada microeconomics. Macroeconomics. Saya ingin menyebut di sini berkenaan dengan agenda ekonomi Bumiputera.

Dahulu, kita telah diperkenalkan dengan Dasar Ekonomi Baharu (DEB). DEB dilaksanakan dengan tujuan untuk to close the gap antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera, meningkatkan pencapaian Bumiputera dalam ekonomi. Adakah kita telah berjaya? Kalau tengok kepada statistik-statistik yang ada pada hari ini, kita tidak berjaya.

Kita tidak berjaya. Kenapa?

[Dato’ Sri Azalina Othman Said (Pengerang) **mempengerusikan Mesyuarat****] Semasa Yang Berhormat Langkawi menjadi Perdana Menteri, dia ubah Dasar Ekonomi Baharu itu, yang dibuat oleh Tun Abdul Razak cukup cantik itu. Ada dikenakan syarat-syarat bahawa kalau projek baharu, inisiatif baharu atau perusahaan baharu, sama ada oleh kerajaan mahupun swasta, mesti diwajibkan peratusan penyertaan Bumiputera dari segi ekuiti, board dan pengurusan. Sudah ada.

Akan tetapi apabila Yang Berhormat Langkawi mengambil alih menjadi Perdana Menteri, dia mengubah dengan satu dasar baharu yang dipanggil Dasar Pembangunan Negara (DPN) dan menggalakkan privatisation. Banyak projek di-privatised. Apabila di- privatised, syarat-syarat yang mewajibkan penyertaan Bumiputera telah diketepikan, tidak diberatkan lagi.

Kita menggalakkan pelaburan dari luar. Ya, good, kita menggalakkan pelaburan dari luar untuk membangunkan ekonomi negara kita tetapi syarat pengerusi untuk Bumiputera, untuk local sudah tidak ada. Syarat ekuiti, participation dalam projek itu sebanyak 30 peratus sudah tidak ada. Dalam pengurusan, tidak ada lagi. So, kita sudah lari daripada perjuangan Dasar Ekonomi Baharu.

Akhirnya, hari ini apa yang kita lihat? Kerajaan yang mengambil alih selepas BN pun meneruskan dasar yang meninggalkan Bumiputera dalam penyertaan ekonomi. Hari ini, berapa percent penyertaan Bumiputera di semua peringkat? At all levels, that is what

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

I am talking about. I am not just talking about equity but every level. Kita tidak sampai pun lima peratus.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya minta sedikit sahaja lagi. I think we have to change. Saya ingin menggesa kerajaan, Yang Berhormat Menteri Kewangan dan Kabinet untuk memikirkan satu dasar baharu menggantikan Dasar Ekonomi Baharu dan Dasar Pembangunan Negara. Satu dasar baharu yang betul-betul boleh menjayakan matlamat pembangunan ekonomi Bumiputera. Kalau tidak, sampai 50 tahun lagi akan datang pun kita tidak tahu sama ada kita orang Melayu akan ketinggalan seperti pada hari ini.

Ya, jangan salahkan― selalu ada yang berucap, pemimpin-pemimpin dan ahli- ahli politik selalu menyalahkan orang Melayu. Katanya orang Melayu ini sudah diberi ekuiti, diberi shares, diberi tanah, diberi projek, semuanya dijual. Disalahkannya orang Melayu. Orang Melayu malas, tidak berdisiplin.

Come on, man. Kalau kita berniaga, takkan hendak simpan sahaja? Kalau ada tanah, kena jual. Dah dijual, kita buat projek baharu. Kita ada ekuiti, kita ada shares, kita jual shares untuk buat business baharu. Kita kembangkan perniagaan kita. Kalau kita tidak jual, kita hendak kembangkan macam mana? This is what the others are doing. Sahabat kita daripada masyarakat Cina, they are doing this. Buying and selling, buying and selling. Every time they buy, they are increasing their assets, penguasaan dia. This is what we should be doing. Lagi satu, kalau kita bagi tolong sedikit-sedikit, projek setakat dapat satu projek RM500,000, RM200,000 setahun, tiga tahun satu projek macam ini? Macam mana hendak berniaga? Macam mana hendak meningkatkannya? How to maintain the business, manpower dan sebagainya?

Dengan sebab itu― I think kita pemimpin-pemimpin ini janganlah tengok rakyat- rakyat biasa ini, kita salahkan merekalah. Kita sudah buat macam-macam kononnya.

Dasar kita, all the best. Kerajaan sudah buat everything. Kadangkala kita sendiri pun, pemikiran kita pun tidak betul. Kita hendak tolong Melayu dengan cara beri bantuan subsidi, subsidi, subsidi. Bantuan handout, handout. Ini welfare, okay, I support this. We need to give all these. Terutamanya sekarang dalam tempoh pandemik COVID-19 ini.

Akan tetapi, this is welfare. How long we want to go on as a welfare state? We have to move further. We want to be a developed country, a high-income country. So, it is not enough. Tidak cukup dengan hanya memberi subsidi, dengan memberikan suapan- suapan.

Saya mintalah kerajaan pada hari ini dan semua termasuklah kita pemimpin dari sebelah sana atau sebelah sini, think big. Berfikir besar. We have to change.

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Jangan fikir kita minta rakyat sahaja berubah.

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat.

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Kita pun kena berubah. Pemimpin sendiri kena berubah.

final • 12:00 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Termasuk saya sendiri pun. Saya hendak berubah. Betul tidak?

final • 12:00 PM

Seorang Ahli

Betul. Betul.

final • 12:00 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Itu yang paling betul.

[Ketawa]

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Jadi, itulah dia.

Selalunya kita menyalahkan rakyat. Oh, kita sudah bagi RM1 bilion, RM2 bilion, berpuluh- puluh bilion tetapi tidak juga menjadi. Sebab apa? Oh, sebab rakyat.

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat, masa tidak dapat berubah. Saya ada lagi 12 orang.

[Ketawa]

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Sudah lama ini. Saya bagi peluang kepada members of backbenchers to talk. Hari ini baru saya bercakap.

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Jadi, lastly, remember this. We have to change; that is number one. Number two, change in a big way. We have to revolutionize our thinking, our brain. Revolusi mental mesti dikembalikan. Sekian, terima kasih.

final • 12:00 PM

Dato' Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Terima kasih, Yang Berhormat.

Saya jemput Yang Berhormat Kota Raja.

final • 12:00 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Hebat, Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 12:00 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

PAC di bawah Yang Berhormat Ipoh Timur amat aktif mendedahkan dan menyiasat kepincangan yang berlaku terutama dari sudut kewangan. Apa yang dibincangkan itu ialah penyelewengan yang telah berlaku.

Misalnya, baru-baru ini, pihak PAC panggil bekas menteri, “Kenapa RM6 bilion habis, kapal tidak siap?” Bukan tujuan kita menyalahkan sesiapa, orang itu dan orang ini, tetapi kerajaan mestilah membuat kawalan awal suatu perkara itu supaya penyelewengan kurang berlaku dan wang negara digunakan sebaiknya.

Belanjawan kali ini apabila Yang Berhormat Menteri Kewangan mengumumkan setiap kementerian, tepukan gemuruh. Akan tetapi, apabila RM6 bilion hilang, tidak ada tepuk pun. Tepuklah sama.

Misalnya kita bercakap keselamatan negara mesti dipertingkatkan. Laut, darat dan udara mesti diperlengkap dengan alat-alat moden dan baharu. Pembelian helikopter mestilah diambil kira supaya keselamatan negara dapat dijaga. Beli helikopter, lima tahun tidak sampai. Perkara inilah saya hendak tumpu pada hari ini.

Perdana Menteri ini Perdana Menteri yang dilantik sekarang ini. Kemudian, ada pula perjanjian persefahaman. Ertinya, Perdana Menteri ini tidak mungkin jatuh sehingga pilihan raya akan datang.

final • 12:07 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Perdana Menteri hendaklah berani seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Salak tadi, hendak kemukakan satu perkara kerana dia tidak akan diusik, jangan lembik. Kita lihat misalnya pendedahan dibuat oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid bin Bador. Tan Sri Hamid bin Bador ini bukan sahaja polis Gua Musang atau koperal polis di Tawau, dia adalah Ketua Polis Negara mendedahkan bagaimana rasuah dan penyelewengan berlaku di kalangan pemimpin politik termasuk parti lebai.

[Ketawa] Sampai sekarang sudah setahun lebih pendedahan daripada Tan Sri Hamid bin Bador, saya tidak nampak ada penyiasatan yang serius dan diberitahu kepada Parlimen, apakah bekas Ketua Polis Negara itu hanya buat omong kosong? Kalau bekas Ketua Polis Negara membuat omong kosong, mesti mendakwa beliau kerana beliau memburukkan imej negara termasuk imej pasukan polis. Katanya ada kartel dalam polis. Saya sebut sekali lagi dia bukan sarjan di Gua Musang, dia adalah bekas Ketua Polis Negara.

Sekarang kita lihat pula laporan daripada Edisi Siasat mendedahkan bahawa ada di kalangan polis hendak naik pangkat kena bayar RM100,000. Betulkah ini? Sehingga Tan Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan, bekas Ketua Polis Negara terpanggil untuk menyatakan kena siasat segera. Oleh sebab kalau ia fitnah, mesti diambil tindakan kepada mereka yang mendedahkan ini. Kalau ia betul, imej pasukan polis sudah tercemar.

Inilah yang kita lihat sehingga terpanggil bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa bin Hassan untuk bercakap hal ini, kenaikan pangkat boleh dibeli. Betulkah ini?

Perkara inilah yang perlu kita ambil kira. Jangan apabila umum sahaja peruntukan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan naik, tepuk bom, bom, bom. Dahulu masa Menteri Kewangan Permatang Pauh dahulu, dia umum projek PPRT. Orang miskin yang rumah sudah hendak reban, rumah robek, bagi RM5,000 untuk ganti. PAC buat siasatan.

Di bawah Menteri pada waktu itu dan pegawai-pegawai ada yang rumah bungalow dapat bantuan PPRT. Dia buat bantuan PPRT itu bukan untuk baiki rumah tetapi untuk buat

final • 12:10 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

garaj kereta. Ertinya pengumuman baik Menteri Kewangan, pelaksanaannya? Bocor sana, tiris sana, jerlus sana, ini yang wang negara kita habis.

Lihat terdedah lagi Datuk Hasanah katanya terlibat skandal RM50.4 juta. Ejen siapa dia ini? Kita kena ingat dahulu dituduh komunis, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Allahyarham Datuk Abdullah Ahmad dan siasatan dibuat. Ertinya ditangkap entah betul atau tidak mereka ditahan di bawah ISA, kerana kononnya komunis sudah masuk dalam peringkat tertinggi kerajaan Datuk Abdullah Ahmad, Datuk Abdullah Majid dan Tan Sri Abdul Samad Ismail ditahan. Sekarang dikatakan ejen asing telah menguasai Datuk Hasanah ini, siapa dia? Siapa yang telah dibeli? Jabatan Perdana Menteri ini nerve, otak kepada kerajaan. Apakah sudah ada unsur-unsur asing masuk untuk mengubah dasar Malaysia pada masa akan datang? Oleh sebab negara di Timur Tengah sekarang ini, ejen asing ini masuk akhirnya mereka ubah pendirian satu demi satu. Apakah ini sedang berlaku?

Tambahan pula, apabila bekas Perdana Menteri dituduh menerima wang daripada negara asing. Ini bukan perkara kecil, ini perkara besar. Perdana Menteri jangan tidur dalam hal ini. Ini soal negara, penetration ejen-ejen asing boleh berlaku. Tambahan pula, apabila terdedah berita ini, apa yang berlaku adalah SPRM tangkap SPRM.

Bagaimana? Ceritanya kita tidak tahu. Perkara inilah yang kita lihat kena jaga sebab dasar berkecuali Malaysia ini mesti dipertahankan. Jangan ada unsur-unsur wang negara asing masuk kemudian mempengaruhi otak center kepada Malaysia iaitu Jabatan Perdana Menteri untuk mengubah dasar-dasar kita pada masa yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, kita dengar lagi— ini harap kementerian jawab. Katanya PERKESO akan membuat sebuah hospital atau rehab center yang belanjanya RM500 juta. Pihak kontraktor yang menjumpai saya mereka kata mereka boleh buat dengan harga RM300 juta. Kenapa ia sampai begitu rupa? Apabila kita umum belanjawan berbilion-bilion kita seronok tetapi bocor berbilion-bilion. hendak import pula 32,000 orang pekerja asing.

Siapa admin Bangladesh ini? Mereka pekerja asing ini sudah jadi macam slaves di Malaysia. Macam zaman sebelum Abraham Lincoln. Mereka hendak datang sini Tuan Yang di-Pertua, dia kena bayar ejen di Bangladesh atau ejen di Nepal. Datang di sini pula bayar ejen sini. Selama dua tahun mereka kontrak, setahun habis bayar ejen, hanya setahun untuk mereka. Ini berlaku kepada pekerja-pekerja asing, yang kaya-raya ialah orang-orang atasan yang terlibat dalam membawa buruh-buruh asing ini.

Tuan Yang di-Pertua, kita lihat misalnya pembocoran lagi dan sekarang ini PAC sedang menyiasat hal ini, tetapi menyiasat perkara yang lalu. Sebanyak RM1 bilion dibelanjakan untuk buat kapal, tidak kena-mengena dengan buat kapal. Ini didedahkan oleh bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin bin Buang dalam siasatan yang dibuat terhadap Kementerian Pertahanan. Kalau RM1 bilion ini tidak kena-mengena dengan pembinaan LCS, bayangkanlah kementerian-kementerian lain dan tempat-tempat yang lain. Oleh sebab itulah kita lihat bahawa pembocoran ini terlalu banyak.

Kita lihat lagi kita ini dididik pentadbirannya oleh British. Kita pun bila boleh melawat London itu, balik, seronok pula anak cucu kita ataupun orang yang kerajaan hantar belajar di England. Akan tetapi, apabila dia balik ke Malaysia, dia tidak bawa sistem pentadbiran UK. Dia balik dia jadi tampuk lama. Kita lihat number 10 Downing Street. Ia sudah pun umurnya—Number 10 Downing Street ini, sudah 57 Perdana Menteri duduk di situ, sudah hampir 300 tahun. Kalau kita naik bas, kita boleh nampak itu dia rumah Perdana Menteri number 10 Downing Street. Saya, masa Menteri hari itu, dibawa melawat The Oval Office. Di situ tempat mereka memantau seluruh dunia. Seramai 6,000 orang pekerja siang dan malam untuk mempertahankan bahawa Britain ini sebuah kuasa besar.

Ini kita hendak masuk sahaja ke Pejabat Perdana Menteri, renovation RM65 juta.

Masuk Perdana Menteri baharu, RM38 juta. Masuk pula Menteri bertukar renovation RM300,000 dalam pejabat. Dibina pejabat, pembaziran tidak dikira, keadaan negara— kapal kita sudah lebih 40 tahun semuanya sudah buruk, itu tidak kira. Apa yang penting hendak memperbaharui pejabat. Apabila rakyat minta, tiada duit, memanglah pembocoran banyak. Misalnya, ubahsuai rumah Perdana Menteri sudah RM100 juta. Sejumlah RM100 juta ini kalau hendak bagi elaun tambahan khas kepada veteran tentera, lebih daripada

final • 12:10 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

cukup. Akan tetapi renovation sahaja RM100 juta. Saya apabila masuk pejabat Kementerian Pertahanan, saya lihat tidak perlu renovation apa, sudah cantik.

final • 12:10 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Ada pula mengatakan kalau kita duduk kerusi bekas orang lain duduk, feng shui nya tak kena, kena tukar. Ini feng shui, kerana apa? Kerana nak dapat duit ataupun nak beri duit kepada seseorang. Ini yang kita lihat bagaimana – keadaan kita lihat, yang kita tak belajar dari England. Bagaimana bila saya – kita lihat misalnya Parlimen England. Baru tukar mikrofon, dahulunya macam zaman Saloma. Ya! Akan tetapi yang difikirkan oleh mereka bagaimana mereka hendak kuasai dunia.

Bagaimana mereka nak maju dalam teknologi. Bagaimana kapal terbang mereka sejenis Typhoon yang baharu itu dapat dijual kepada dunia. Kita di sini, baiki rumah Perdana Menteri. Dato’ Seri Anwar, kalau jadi Perdana Menteri esok, jangan buat dah benda ini. Maksudnya jangan dok ulang apa yang mereka buat ini.

[Tepuk] Sebab kita kena lihat bagaimana mereka tumpu hal research, hal pendidikan, bukan tumpu dari sudut kita kata perkara-perkara yang remeh yang boleh menghilangkan kewibawaan.

Misalnya kita lihat dalam semua kementerianlah, yang saya sebut ini sebab kajian yang dibuat terhadap Kementerian Pertahanan oleh satu jawatankuasa khas. Kita dari segi industri pertahanan, 4x4 truck, 6x6 boleh dibuat di Malaysia. Kita ada kepakaran tetapi kita lebih tunduk kepada pelobi-pelobi yang hendak import daripada luar. Ada misalnya 6x6 yang digunakan untuk UNIFIL Lebanon. Memang mendapat kepujian dan ia setaraf dengan negara-negara lain.

Oleh itu kita lihat perlu kita hidupkan industri pertahanan ini dengan lebih serius pada masa yang akan datang.

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat, lagi...

final • 12:20 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Sekali lagi saya nak sebut Dato’ Seri, Perdana Menteri ini tak jatuh insya-Allah sehingga pilihan raya akan datang. Kena beranilah sedikit! Jangan kita nampak macam Perdana Menteri kita ini jadi macam hostage, dikawal oleh orang tertentu. Kena berani. Hal Melaka sampai sekarang tak buat kenyataan. Nak buat pilihan raya ke tak? Kalau hendak buat, SOP dia macam mana? Ini Menteri ini bercakap, Menteri ini bercakap. Kita jumpa dengan Perdana Menteri, dia kata boleh ceramah atas trak. Rakan kita daripada Keadilan, bersyarah atas trak kena denda RM10,000.

Perdana Menteri mesti tunjuk kuasanya, bukan kuasa nak tunjuk diktator. Akan tetapi kuasa untuk mengendalikan kerajaan ini. Jangan ada ugutan-ugutan daripada mana-mana pihak sebab itu kita buat perjanjian persefahaman supaya Perdana Menteri ini boleh kekal hingga pilihan raya akan datang. Akan tetapi kita nampak dia tak berani membuat sesuatu untuk menyelamatkan Malaysia sekarang ini.

Kita dengar sekarang ini tender runding berjalan berleluasa kononnya untuk duit pilihan raya. Nanti dua tahun lagi Yang Berhormat Ipoh Timur akan bincang lagi masalah kebocoran yang banyak, penyalahgunaan wang dan berbilion pula wang negara kita hilang. Inilah yang kita harapkan dan untuk Tuan Yang di-Pertua, saya sepatutnya setengah jam tetapi tak sampai. Tak apalah. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Terima kasih Yang Berhormat.

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 12:20 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. *Bismillahir Rahmanir Rahim.

Alhamdulillah wassalatu wassalamu ala Rasulillah wa aalihi wasahibi wa man walaah.* Saya mulakan dengan hadis Nabi SAW.

[Membaca sepotong hadis] Maksudnya, “Sesiapa yang dilakukan kepadanya kebaikan lalu dia berkata kepada orang tersebut, semoga Allah membalas mu dengan kebaikan. Maka sesungguhnya dia telah benar-benar meninggikan pujian”. Hadis Riwayat al-Nasa’i dan al-Tirmizi.

final • 12:24 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan Keluarga Malaysia di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia Ke-9 dan khususnya kepada Yang Berhormat Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia di atas peluncuran Bajet 2022.

Sesungguhnya Bajet 2022 ini membuktikan kepakaran dan kebijaksanaan Yang Berhormat Menteri Kewangan mengadun sumber kewangan yang terhad dan membelanjakannya dengan penuh berhemah, mengimbangi kelangsungan ekonomi yang terhimpit oleh pandemik COVID-19 dan kewajipan untuk terus membela dan melindungi rakyat dengan menyediakan jaringan sosial yang komprehensif dan konklusif. Saya ucapkan jazakumullah khaira. Isu yang pertama ialah pendidikan. Kita harus mengakui hanya kerjasama di antara etika wahyu dan etika kemanusiaan yang akan menyelamatkan manusia daripada terperangkap dalam keterpecahan keperibadian. Dengan peruntukan terbesar sebanyak RM52.6 bilion menunjukkan kerajaan sentiasa sedar tentang kepentingan pendidikan untuk semua. Perbelanjaan penyelenggaraan untuk aset-aset sekolah seperti penyaman udara dan komputer serta lain-lain perlu diberi keutamaan agar peralatan tersebut sentiasa berfungsi dengan baik.

Saya memohon kerajaan memperuntukkan perbelanjaan penyelenggaraan kepada pihak sekolah paling tidak setahun sekali. Selain itu, kerusi dan meja pelajar sudah terlalu lama dan banyak yang telah rosak. Ada yang 10 tahun malah ada yang lebih 15 tahun. Saya difahamkan kali terakhir pemberian kerusi meja untuk pelajar adalah pada tahun 2016. Musim pandemik yang masih mencengkam ini, saya menyarankan pemberian peranti kepada pelajar B40 perlu diteruskan malah perlu kepada penambahan.

Pihak sekolah perlu dilibat uruskan sebagaimana permohonan KWAPM bagi mengelakkan pemberian ini kepada yang tidak sepatutnya. Musim PdPR juga menuntut guru lebih kreatif dan inovatif. Saya mengucapkan terima kasih di atas insentif RM100 yang diberikan kepada guru. Namun begitu, RM100 terlalu kecil berbanding jasa dan kepayahan mereka. Saya mencadangkan pemberian lebih baik ditambah kepada RM300 kerana tanpa guru siapalah kita semua.

Sudah sampai masanya guru pelatih di IPG ditambah elaun mereka daripada RM430 kepada RM750. Saya juga ingin mengesyorkan kepada kerajaan supaya memperluaskan pemberian untuk pelajar-pelajar yang ingin menyambung pembelajaran ke peringkat Master dan PhD terutama dari kalangan mereka yang berpendidikan agama.

Akhirnya dalam isu ini, apakah rancangan yang lebih komprehensif Kementerian Pendidikan untuk pelajar Darjah Enam selepas UPSR dihapuskan terutama untuk pemilihan pelajar bagi melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh, MRSM dan sebagainya.

Kedua ialah syiar Islam. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas pemberian sebanyak RM140 juta untuk pondok dan sekolah tahfiz. Pemberian ini adalah ketika dan waktu terbaik untuk mereka memulakan kembali operasi. Alhamdulillah dan terima kasih. Saya juga mengucapkan terima kasih, tidak ketinggalan insentif khas sebanyak RM500 kepada imam, bilal, siak dan sebagainya.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua ialah berkaitan dengan kesihatan. Tentunya petugas kesihatan antara pasukan hadapan yang terpenting dalam memerangi COVID- 19. Kerajaan mengumumkan sejumlah RM266 juta untuk program perumahan kakitangan awam. Saya memohon jasa baik kerajaan untuk memasukkan kuarters dan perumahan untuk kakitangan Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai. Hospital Sultan Ismail Petra merupakan hospital kedua terbesar di Kelantan dengan 14 major specialists yang mana ia amat memerlukan sebuah penempatan untuk kakitangan hospital ini.

Dengan penambahan hampir 100 peratus beban tugas akibat penambahan katil daripada 172 di hospital lama kepada 268 katil di hospital baru selain dijadikan sebagai hospital untuk COVID-19 tanpa penambahan kakitangan, tentunya ini adalah satu keperluan yang sangat mendesak. Saya harap dengan pengumuman 28 menara telekomunikasi baru-baru ini untuk Kuala Krai yang telah diumumkan oleh Menteri

final • 12:24 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Komunikasi dan Multimedia, kawasan Hospital Sultan Ismail Petra ini menjadi salah satu lokasi pembinaan menara memandangkan capaian Internet dan telefon di sini sangat lemah.

Dalam masa yang sama, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Krai pula memerlukan kenderaan tambahan seperti van dan kenderaan pacuan empat roda untuk kegunaan harian turun ke kawasan penduduk. Saya difahamkan sebuah van yang terlibat dalam kemalangan dua tahun lepas belum lagi diganti.

Program vaksinasi yang telah mencapai 95 peratus sasaran orang dewasa dan 65 peratus di kalangan remaja ternyata memberi kejayaan dalam memerangi COVID-19.

Namun di sana terdapat mereka yang masih enggan untuk di vaksin. Saya berharap kerajaan mengambil langkah yang lebih holistik dalam menangani dan berdepan dengan golongan ini.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang seterusnya ialah pelancongan. Fenomena Train to Dabong yang melonjakkan industri pelancongan kepada rakyat Dabong dan Kuala Krai.

Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana turut berkempen untuk program ini atau fenomena ini dalam ucapan bajet. Terima kasih juga kepada kerajaan di atas penerusan subsidi kos operasi perkhidmatan tren kurang ekonomik.

Saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan I, Yang Berhormat Paya Besar dan pasukan MOF yang turut mencuba Train to Dabong. Ternyata kehadiran Yang Berhormat membawa sesuatu yang sangat bermakna untuk kemajuan Dabong dan Kuala Krai.

final • 12:24 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Saya difahamkan antara pihak yang memulakan Train to Dabong ialah tiga orang anak muda yang mewujudkan sebuah page di Facebook. Tahniah atas cetusan idea tersebut dan saya turut berbangga dengan anda.

Tentunya penambahbaikan infrastruktur amat diperlukan untuk melonjakkan lagi sektor yang memberi pulangan kepada penduduk Dabong. Jaringan jalan raya yang lebih baik serta talian telefon dan internet merupakan keutamaan di Dabong dan juga di Kuala Krai.

Selain itu, saya mencadangkan kerajaan mengembalikan semula Ekspres Wau laluan Tumpat ke Kuala Lumpur yang dihentikan selepas banjir 2014 dan boleh dimasukkan dalam subsidi kos operasi tren yang tidak ekonomik ini. Saya yakin ia mampu melonjakkan lagi industri pelancongan terutama dalam kehadiran pelancong dari ibu kota dan juga Lembah Klang.

Sudah sampai masanya beberapa pihak yang terlibat dengan pelancongan seperti malim gunung, pengusaha kereta sewa, pengusaha rumah tumpangan diberikan kursus berkaitan pelancongan serta elaun khas untuk memantapkan lagi industri ini. Saya mencadangkan kerajaan menaik taraf kemudahan pelancongan di Kompleks Gua Gelap, Gua Keris dan Gua Pagar di Dabong.

Saya juga memohon penambahan mesin ATM di Dabong bagi kemudahan semua. Buat masa sekarang terdapat hanya sebuah ATM sedangkan jarak ke Kuala Krai sekitar 70 ataupun 80 Kilometer dan ia tidak mencukupi terutama dengan penambahan pelancong.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua ialah isu getah. Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas penerusan bantuan musim tengkujuh untuk penoreh getah.

Tentunya ia merupakan khabar gembira buat semua. Dalam masa yang sama, saya menyokong penuh perbahasan beberapa orang Yang Berhormat Ahli Parlimen yang lain yang mahukan harga lantai getah dinaikkan daripada RM2.50 kepada RM3.50.

Ketujuh Tuan Yang di-Pertua, ialah pembangunan semua kaum. Perpaduan antara masyarakat dan kaum diibaratkan sebagai tiang kemakmuran dan kedamaian negara ini di samping menyumbang kepada keamanan dan kestabilan. Sekiranya kepelbagaian menjadi punca percanggahan dan pertelagahan, suasana damai yang diimpikan dilihat sukar dikekalkan sekiranya setiap etnik bersifat etnosentrik.

final • 12:30 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Situasi ini pernah termaktub dalam sejarah negara apabila meletusnya peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Ia menyebabkan hubungan etnik di Malaysia berada dalam keadaan yang begitu genting dan tegang. Ungkapan seorang ahli falsafah George Santayana, “Those who forget history are doomed to repeat it” adalah relevan dan signifikan dalam perbincangan mengenai perpaduan.

Oleh itu, saya mencadangkan kerajaan perlu memperkasakan Kementerian Perpaduan Negara sebagai asas paling penting dan utama untuk menjayakan belanjawan ini dan juga keharmonian jangka panjang negara. Boleh dilihat bagaimana adunan Islam terhadap keharmonian kaum. Kementerian ini perlu diberikan peranan yang lebih besar serta bajet yang sewajarnya agar ia dapat bergerak dengan lebih baik dan berkesan.

Bukan sahaja menjaga masyarakat India, malah kesemua bangsa perlu disatukan di bawah kementerian ini. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu.

Tuan Yang di-Pertua, dalam kesempatan ini, saya ingin untuk menyenaraikan projek-projek dan keperluan rakyat di Kuala Krai khususnya berkaitan dengan infrastruktur. Antaranya ialah keperluan yang perlu dipertimbangkan oleh pihak kerajaan ialah membina sebuah IPD baharu di Pahi untuk menggantikan IPD sedia ada yang sudah terlalu lama dan usang.

Kedua, menaik taraf jalan dan jambatan konkrit dari Kampung Enggong ke Kampung Sungai Mas ke Kampung Bechah Salak sebagai jalan alternatif selain jalan utama Kuala Krai ke Kota Bharu.

Menaik taraf dan membina jalan baharu menghubungkan Kampung Chenulang, Kampung Kuala Pertang, Kampung Mial ke Kampung Telekong termasuk sebuah jambatan yang juga sebagai jalan alternatif menuju ke Machang.

Membina jalan baharu pesisir sungai Kelantan dari Kampung Kuala Nal ke Kampung Batu Lada melalui Kampung Aur Duri sejauh lapan kilometer.

Membina jalan baharu yang menghubungkan Kampung Pahi dengan Kampung Bekok yang merupakan jalan alternatif untuk ke Kuala Lumpur dari bandar Kuala Krai.

Menaik taraf dan membina jalan dari Kampung Padang 9, Kampung Lubok Simpul ke Kampung Tengah bagi memendekkan perjalanan warga setempat menuju ke Hospital Sultan Ismail Petra.

Menaik taraf dan membina jalan serta jambatan dari Kampung Temalir ke Kampung Belanga dan seterusnya keluar ke Kampung Pahi juga bagi memendekkan perjalanan warga setempat menuju ke Hospital Sultan Ismail Petra.

Pembangunan projek bekalan air Kampung Sungai Sam di bawah Projek Bekalan Air Luar Bandar. Pembangunan projek bekalan air Manek Urai di bawah Projek Bekalan Air Luar Bandar. Projek pembangunan bagi mewujudkan taman hutan bandar Kuala Krai yang dahulunya dikenali sebagai Zoo Kuala Krai.

Seterusnya ialah, mewujudkan klinik pakar pergigian non-hospital based dan Pejabat Kesihatan Pergigian Kuala Krai iaitu dengan menaik taraf bangunan asrama doktor pelatih hospital lama Kuala Krai yang terletak di kawasan pejabat-pejabat Kerajaan Persekutuan dan negeri di bandar Kuala Krai.

Saya juga ingin bertanyakan apakah status projek yang telah dilawati oleh agensi terlibat di bawah KPLB seperti membina baharu Jabatan Temalir yang runtuh. Jambatan di Kampung Belanga dan Slow Temiang yang rosak dan membahayakan dan membina jambatan baharu di Kampung Belanga, Kampung Tanjung Kala dan Pasir Jering yang sentiasa ditenggelami air.

Tuan Yang di-Pertua, isu berkaitan dengan kebajikan OKU. Kumpulan murid berkeperluan khas atau orang kurang upaya (OKU) menjadi golongan tersisih yang berkemungkinan besar tercicir dalam pelajaran akibat tidak dapat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran ataupun PdPR secara bersemuka. Dalam bajet yang ditetapkan kepada golongan OKU merupakan salah satu usaha yang baik bagi

final • 12:30 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

membendung isu keciciran pelajar keperluan khas. Maka, di sini saya mahu mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas keprihatinan kerajaan atas insentif kepada OKU.

Namun begitu, saya ingin bertanya adakah kerajaan telah menetapkan bajet khusus bagi meningkatkan kemahiran fizikal mengikut keupayaan mereka untuk membantu mereka pada masa hadapan khususnya dalam bidang pekerjaan. Sebagai contoh, penganjuran Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang baru sahaja tamat baru-baru ini, sukan Paralimpik merupakan temasya sukan antarabangsa yang melibatkan atlet-atlet berkelainan upaya dari seluruh dunia yang layak bertanding.

Atlet Paralimpik Malaysia berjaya merangkul tiga emas, dan dua- perak. Perkara ini membuktikan bahawa mereka juga mampu menjadi seperti orang biasa dengan adanya latihan yang berterusan. Kejayaan yang diperoleh memerlukan masa dan latihan bermula di awal persekolahan agar kita dapat mengesan kelebihan para pelajar dari awal.

Setiap pelajar mempunyai kelebihan yang tersendiri sekali gus mampu menyumbang kepada ekonomi negara.

Terkini seorang pelajar di Kuala Krai, saudara Mohamad Saiful Riduan bin Yusof terpilih sebagai atlet para powerlifting negara ke Bahrain untuk menyertai Asian Youth Para Games 2021 pada hujung bulan ini.

Pada masa yang sama, saya mencadangkan kerajaan memperbanyakkan Independent Living Centre (ILC) ataupun pusat kehidupan berdikari di Kelantan. Saya bagi pihak OKU negeri memohon pertimbangan sewajarnya kepada pihak kerajaan agar diwujudkan sebuah ILC. Keterampilan para penggiat OKU Kelantan boleh dijadikan contoh untuk menjayakan usaha pemerkasaan OKU di negara ini.

Terakhir Tuan Yang di-Pertua adalah berkaitan dengan Stadium Bukit Merbau. Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan kerajaan kepada negeri Kelantan. Kelantan sudah lama menunggu wujudnya stadium dan kompleks sukan baharu yang berprestij. Seperti yang sedia maklum, bagi SUKMA 2026, Kelantan merupakan tuan rumah penganjuran Sukan Malaysia ataupun SUKMA. Maka, SUKMA di negeri Kelantan nanti akan dapat dijalankan dengan baik dan jayanya dengan wujudnya stadium dan kompleks sukan ini. Selain itu, peruntukan ini juga dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Kelantan khususnya mereka yang berada di Pasir Puteh, Ketereh dan Machang.

Sebagai penutup Tuan Yang di-Pertua ialah sekali lagi saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas pengurniaan sebuah kerajaan yang sangat prihatin ini. Umumnya, semua pihak sangat menyetujui belanjawan kali ini. Ternyata belanjawan ini merupakan belanjawan yang menyentuh hampir setiap ceruk nadi rakyat. Ia menjalar ke seluruh pelosok tanah air. Saya berharap, penubuhan jawatankuasa yang diketuai oleh Perdana Menteri akan menjadi benteng terbaik untuk pelaksanaannya. Semestinya ia diperhatikan dan dinantikan oleh seluruh Keluarga Malaysia.

Adat Melayu berpantun bermadah; Peneman duka di hujung usia; Belanjawan 2022 terluncur sudah; Bekal kejayaan Keluarga Malaysia. Dengan ini, saya mewakili Kuala Krai yang saya cintai, mohon menyokong Belanjawan 2022 dengan penuh takzim. Sekian. Wassalamualaikum.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Terima kasih. Yang Berhormat Jerlun.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua, Jerlun turut membahasakan Belanjawan 2022 dengan menyatakan bahawa bajet gergasi ini tidaklah langsung menunjukkan daya kreatif

final • 12:38 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

Kementerian Kewangan dan Kerajaan Persekutuan dalam merangka hala tuju negara yang akan menjamin masa depan generasi akan datang. Sebaliknya, pendekatan yang diambil oleh kerajaan jelas akan meletakkan beban hutang yang teramat besar di atas bahu anak-anak muda kita yang akan mewarisi negara ini. Ditambah pula, hutang lama akan dibayar dengan pinjaman baharu. Lihat sahaja hutang 1MDB yang dulunya dikatakan off-balance sheet kewangan negara, tapi kini diletakkan beban bayaran semula jumlah pokok dan faedahnya ke atas kerajaan.

Sambil itu, tiada pula strategi untuk menangani masalah kenaikan kos sara hidup yang membelenggu rakyat yang dirasai khususnya oleh masyarakat termiskin. Kenaikan harga barang termasuk bahan makanan asas sangat membebankan golongan yang susah sehingga Bantuan Keluarga Malaysia tidak langsung membantu rakyat termiskin secara yang bermakna.

final • 12:38 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

Harga bahan binaan juga naik secara mendadak. Kos untuk membina rumah, untuk membaiki surau, menambah baik sekolah, semuanya memakan belanja yang tinggi berbanding dahulu.

Tentunya kerajaan akan berkata “Harga barang-barang ini di luar kawalan kerajaan dan tertakluk kepada ketentuan pasaran global”. Namun, saya mendesak kerajaan untuk ambil tanggungjawab mengawal harga makanan asas, bahan binaan dan sebagainya kerana apa juga yang dibelanjakan oleh kerajaan atas nama rakyat, akan hilang kesannya dengan penurunan kuasa beli.

Bantuan tunai RM300, RM500 malah RM2,000 sekali pun tidak bermakna jika kuasa beli wang itu menurun kerana harga barang yang naik. Antara yang boleh dibuat oleh kerajaan ialah mencari penyelesaian bersama dengan pesawah padi tentang bagaimana untuk mengawal kos pengeluaran padi, meningkatkan jumlah pengeluaran padi dan menurunkan jumlah import. Selain memberi wang tunai yang sedikit kepada rakyat termiskin, lihat juga kepada rayuan pesawah untuk dibebaskan daripada monopoli benih dan input, kualiti benih yang rendah dan mengawal kos pengeluaran yang sudah meningkat 100 peratus dalam tempoh hanya beberapa tahun ini.

Subsidi yang berterusan tanpa memberi perhatian kepada kos pengeluaran yang terjejas akibat monopoli bekalan benih dan input seperti baja dan racun tidak akan menyelesaikan sebarang masalah. Di Jerlun, saya perhatikan bahawa pulangan pesawah semakin hari semakin menurun. Maka tidak harianlah jika ramai di antara mereka berhenti mengusahakan tanah bendang. Akibatnya, semakin berkuranglah pengeluaran padi tempatan dan bertambah-tambahlah jumlah beras import.

Sebaliknya, jika pesawah dibenarkan mendapatkan keuntungan yang setimpal dengan usaha mereka tanpa bergantung pada subsidi, sudah tentu pengeluaran akan meningkat. Kebiasaannya bekalan yang banyak akan mengawal harga beras daripada menjadi yang terlalu tinggi untuk dibeli oleh pengguna. Satu lagi contoh pembaziran yang boleh diatasi dengan mudah ialah soal infrastruktur air negara. Pengalaman saya di Kedah, cukup untuk memberi gambaran mengenai dasar kerajaan yang tidak berpandangan jauh sehingga menyebabkan pembaziran yang berterusan.

Masalah air tanpa hasil atau NRW masih tidak ditangani dengan baik. Air yang terbazir merugikan negara dan pengguna kerana jumlahnya besar dan berterusan setiap hari selagi punca kebocoran tidak dibaiki. Kos untuk merawat seliter air supaya selamat untuk digunakan tidaklah begitu tinggi namun jika yang bocor berjumlah ribuan juta liter sehari, tentunya ini satu pembaziran yang tidak boleh dibiarkan.

Malangnya, pendekatan yang sering digunakan untuk mengatasi masalah ini ialah dengan membina lebih banyak loji rawatan air untuk menambah jumlah air yang terawat.

Usaha untuk menangani NRW seperti menggantikan paip yang lama atau yang sudah pecah dan meter yang lama dilaksanakan dengan tidak bersungguh-sungguh. Kerajaan sepatutnya bertindak dengan lebih berkesan untuk selesaikan masalah bekalan air seluruh negara dengan memperuntukkan belanjawan yang mencukupi supaya dimanfaatkan oleh rakyat dalam jangka masa yang panjang.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

Saya sebut tadi bahawa Belanjawan 2022 tidak mencadangkan apa-apa pendekatan baharu yang kreatif untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi negara. Ini tidak mengejutkan kerana pembentangan RMKe-12 juga ketandusan hala tuju baharu untuk lima tahun ke hadapan bagi melonjakkan kedudukan negara dalam pasaran dunia yang semakin kompetitif dan mencabar ini. Yang nyata, jumlah belanjawan meningkat sehingga memecah rekod iaitu RM332.1 bilion. Walhal, hasil hanyalah RM234 bilion. Apa yang hendak dibuat oleh kerajaan bagi menjana hasil baharu supaya defisit ini tidak berterusan bagi tahun-tahun seterusnya sehingga siling hutang perlu dinaikkan lagi.

Malaysia yang dahulunya dilihat sebagai salah satu ‘Harimau Asia’ yang pertumbuhan ekonominya begitu pesat, penguasaan teknologi setanding Korea Selatan, pentadbiran yang berwawasan, cekap dan beramanah kini dilihat jatuh merudum daripada pelbagai aspek. Daya saing kita tidak sehebat dan segah dahulu. Kita tidak lagi bersaing dengan negara yang sudah maju sebaliknya sekarang kita hanya dibandingkan dengan negara-negara jiran seperti Vietnam, Indonesia dan Filipina.

Kalau tidak dialih trend ini, nampak gayanya mereka juga akan pintas kita. Kita sedar, kita terpaksa menguruskan sumber yang terhad. Sebenarnya, semua negara menghadapi keadaan yang sama, tambah-tambah lagi dilanda pandemik COVID-19 ini.

Akan tetapi, kita dibelenggu lagi dengan skandal penyelewengan tahap mega dan kepimpinan yang langsung tidak memberangsangkan.

Apa yang kita sangat perlukan ketika ini ialah hala tuju jelas, yang mengambil kira kebolehan-kebolehan yang ada pada kita. Saya sangat percaya kepada kebolehan usahawan-usahawan muda kita yang berani meredah pasaran global dengan penemuan- penemuan teknologi tinggi. Syarikat-syarikat inovatif ini membuka pasaran baharu di luar zon selesa kita dahulu seperti perladangan. Dengan penguasaan teknologi canggih, anak- anak muda kita mampu bersaing serata dunia. Kelebihan yang mereka miliki ialah pemahaman mendalam terhadap teknologi, daya kreatif untuk mengaplikasikan teknologi untuk kegunaan pasaran dan semangat juang yang kental.

Apa yang mereka tidak biasa miliki ialah sumber kewangan yang membantu mereka bertumbuh dengan sihat. Di sinilah peranan kerajaan. Saya tahu kerajaan telah mewujudkan banyak agensi dengan tujuan untuk mendanai syarikat-syarikat berinovasi.

Ratusan juta ringgit, mungkin berbilion ringgit juga telah dibelanjakan untuk tujuan ini.

Akan tetapi, apakah kesannya setakat ini? Apakah sebenarnya masalah yang dihadapi yang menyebabkan syarikat-syarikat penerima dana kerajaan ini masih tidak berjaya sehingga mampu menyumbang secara signifikan kepada ekonomi negara?

Sebagai dana kekayaan berdaulat negara, Khazanah Nasional Berhad seharusnya tidak berfungsi sebagai pengurus dana. Khazanah perlu menjual kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau tabung-tabung simpanan kerajaan yang lain, kepentingan saham yang dipegang dalam GLC seperti Telekom Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan CIMB. RM6 bilion yang hendak diperuntukkan oleh Khazanah di bawah Inisiatif Perkukuh Pelaburan Rakyat (PERKUKUH) tidak mencukupi untuk memberi impak yang diharapkan. Saya amat yakin jika boleh dijana sekurang-kuranya RM20 bilion daripada nilai aset boleh tunai milik Khazanah yang kini berjumlah RM95.3 bilion, berapa banyak syarikat tempatan pemula (local start-ups) yang berinovasi tinggi dapat di dana untuk berkembang maju supaya menembusi pasaran dunia?

Berapa banyak di antara mereka telah ataupun boleh disenaraikan sahamnya di Bursa Malaysia mahupun di bursa-bursa asing yang akhirnya boleh dilupuskan dengan menguntungkan Khazanah bagi mendanai semula syarikat pemula yang lain? Industri kejuruteraan berinovasi tinggi perlu diberi tumpuan supaya ekosistem industri pengeluaran dan perkhidmatan Malaysia dieksploitasi sepenuhnya. Oleh sebab Malaysia mempunyai sektor elektrikal dan elektronik yang sangat lengkap, inovasi dalam rekaan produk-produk baharu, contohnya bagi industri pertahanan, sepatutnya disediakan dana khas yang mencukupi bagi semua peringkat pertumbuhan syarikat tempatan yang mengusahakannya.

Penekanan perlu diberikan kepada syarikat-syarikat tempatan yang berpotensi untuk mengeksport. Kenapakah perlu dana kekayaan daulat negara melabur dalam syarikat-syarikat asing? Kalaupun alasannya akses kepada teknologi yang mereka miliki,

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

apakah usaha yang dibuat untuk memindahkan teknologi itu kepada pengusaha tempatan? Saya ingin tegaskan bahawa sekiranya syarikat-syarikat teknologi tinggi tempatan diberi kepercayaan dan keupayaan kewangan yang secukupnya, yakinlah mereka akan mengalahkan sesiapa juga di seluruh dunia ini. Jangan pandang rendah keupayaan usahawan-usahawan kita. Mereka mampu melahirkan jenama sohor seperti Samsung, Tesla dan sebagainya jika diberi peluang.

Saya juga yakin, pulangan pelaburan awal itu akan sangat berbaloi, tidak hanya daripada segi keuntungan kewangan, tetapi lebih penting lagi iaitu daripada aspek peluang pekerjaan bernilai tinggi, penghasilan kekayaan dan pertumbuhan ekonomi secara keseluruhannya. Inilah yang patut diutamakan oleh Khazanah Nasional. Itulah daya kreatif yang diharapkan daripada Belanjawan 2022 iaitu sesuatu pencetus yang akan menyemarakkan semangat baru di kalangan penggiat industri, memulihkan keyakinan tinggi dalam dasar kerajaan yang berpandangan jauh ke hadapan dan menimbulkan keterujaan rakyat.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

Malangnya yang kita dengar Jumaat lepas hanyalah pendekatan lama yang di jenama semula, bajet bertambah, gula-gula pilihan raya pun banyak tetapi bebanan hutang yang juga meningkat. Bursa Malaysia pun memberi isyarat kecewa dengan bajet ini. Akhir sekali mengenai tadbir urus kewangan negara yang sangat memalukan.

Kerajaan telah membuat pengakuan bahawa hutang 1MDB yang kini masih berbaki RM32.2 bilion akan dijelaskan melalui pinjaman pendahuluan daripada kerajaan atau Menteri Kewangan Diperbadankan dan Akaun Amanah. Tiada apa-apa manfaat pun yang dinikmati oleh rakyat daripada hutang 1MDB ini. Malah sebaliknya, generasi demi generasi akan datang terpaksa tanggung ‘biawak hidup’ ini, walhal banyak lagi perkara yang lebih bermanfaat patut diusahakan dengan sumber yang terhad yang ada pada kita.

Walaupun dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara, tiada komitmen dilafazkan oleh Menteri Kewangan bahawa skandal kecurian wang negara seperti 1MDB ini tidak lagi akan berlaku. Tiada jaminan diberikan bahawa langkah-langkah pencegahan menyeluruh sedang atau akan dikuatkuasakan bagi mengelak daripada jenayah ini berulang lagi.

Sebelum gejala rasuah dan salah guna kuasa menjadi amalan biasa yang membinasakan negara, saya menyeru kepada pihak kerajaan untuk memeranginya dengan segala kudrat yang ada. Jangan dibiarkan berbilion wang negara hilang tanpa sesiapapun dipertanggungjawabkan atas alasan kekurangan bukti, rasa hormat tidak bertempat kepada bekas Perdana Menteri walaupun sudah didapati bersalah oleh mahkamah atau kerana kegagalan menjejaki pesalah yang bersembunyi di luar negara.

Saya percaya kalau tindakan paling tegas diambil ke atas semua pesalah walaupun setinggi mana jawatan yang pernah disandang, tiada siapa akan berani memecah amanah yang diberikan.

final • 12:50 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Jerlun.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

Keputusan yang masih tertangguh walaupun sudah enam bulan berlalu dalam kes SRC dan pendakwaan yang tidak membantah pelepasan pasport pihak kayangan yang disabit kesalahan sangat tidak masuk akal.

final • 12:50 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Masa sudah tamat, Yang Berhormat Jerlun.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

Ya, hendak landing sudah, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Sebelum landing...

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

Kalau inilah sikap mahkamah dan Peguam Negara, negara akan hancur akibat penyelewengan pihak-pihak yang rakus menyalahgunakan kuasa. Agar kita tidak berdolak-dalik mengenai masalah 1MDB ini, saya ingin mencadangkan hutang 1MDB yang sangat membebankan rakyat ini dijenamakan semula dan dinamakan hutang ‘NTR’ kerana Yang Berhormat Pekan yang bertanggungjawab penuhnya atas skandal antarabangsa ini.

[Tepuk] Dengan itu...

final • 12:50 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Jerlun.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

Boleh, Tuan Yang di-Pertua?

final • 12:50 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Tidak ada masa, ada lagi 7 orang hendak, habis pukul 2, saya minta maaf.

final • 12:50 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Setengah minit sahaja.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

Dengan itu, saya mohon supaya Menteri Kewangan menjawab persoalan-persoalan yang telah saya timbulkan. Sekian, terima kasih.

final • 12:50 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Terima kasih. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 12:50 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kuala Langat hendak turut ambil bahagian dalam pembentangan Bajet 2022. Mula-mula saya hendak katakan bajet ini nampaknya komprehensif atas pemberian bantuan kepada rakyat di bawah. Akan tetapi saya hendak bangkit juga perkara national debt to GDP ini sekarang tinggi sangat. Household debt to GDP pun tinggi dan juga gini index yang kita nampak sekarang makin luas dan telah pun kita nampak perbezaan di antara T20 dan lain-lain dalam negara kita.

Sekarang kita diberitahu bahawa hutang negara ini sudah jejak RM1.3 trilion. Ini satu yang bahaya dan juga amaunnya sangat besar untuk kita hadapi dan bagaimana masa depan akan datang negara kita akan bayar hutang ini. Ini akan ambil beberapa generasi depan untuk buat bayaran. Kita kena teliti dengan baik apa yang kita akan buat dalam tempoh 10 tahun yang akan datang untuk negara kita, untuk jadi satu negara yang membangun, developed nation dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, effect nya kepada hutang negara akan adakan effect dalam sosioekonomi status penduduk di dalam negara kita. Di antara orang luar bandar dan bandar, kita akan nampak peningkatan kemiskinan yang luas. Contohnya, khususnya dalam kemiskinan bandar yang kita tahu keadaan dalam pandemik COVID-19 ini, macam mana mereka telah ada kesan besar dalam kehidupan mereka. Bila kita buat sesuatu Tuan Yang di-Pertua, kita kena lihat apanya effect dan macam mana effect nya akan kita nampak selama-lamanya. Contohnya, bila kita biarkan orang-orang rakyat Malaysia keluarkan duit mereka dari EPF baru-baru ini. Sekarang kita tahu sudah sebab kita lakukan sesuatu untuk bantu orang pada masa itu tetapi sekarang ada masalah dengan caruman EPF.

Saya diberitahu dan kita diberitahu bahawa jumlah yang telah dikeluarkan pada waktu satu tahun sahaja catat RM101 bilion yang telah dikeluarkan oleh 7.5 juta orang penduduk dalam Malaysia. Ini bermakna, simpanan mereka ini kurang dari RM10,000 sekarang sekeluarga dan kalau mereka lepaskan kerja dan pesara, they don’t have any saving whatsoever. Golongan ini akan masuk di dalam golongan-golongan kemiskinan di dalam negara kita. Kita akan ada satu masalah besar di hadapan kita as far as socioeconomic problems are concerned, di dalam bandar dan khusus juga di dalam luar bandar.

Oleh sebab itu, apa pun yang kita buat dalam masa akan datang, kita kena tengok what effect it has on the whole financial situation di dalam negara kita. Kita kena buat sesuatu yang terbaik untuk negara kita untuk masa depan yang akan datang. Oleh sebab itu, saya nampak setahun demi tahun ini, perbelanjaan kita ialah totally race-based perbelanjaan. Ini sebab itu kita kena jawab di bawah pun susah kadang-kadang. Selalu timbulkan isu berapa Bumiputera dapat, berapa Cina dapat, berapa India dapat, berapa orang asing dapat, Orang Asli dapat.

Situasi ini kita tidak boleh jawab kalaulah kita teruskan dengan race-based budgeting untuk lama-lama ini. Saya minta kerajaan untuk lihat situasi dan juga untuk kita

final • 12:53 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

adakan satu bajet yang munasabah, budget development, bajet untuk Keluarga Malaysia untuk masa depan yang akan datang. Oleh sebab kalaulah kita teruskan dengan race- based budgeting, race and religious based budgeting itu, kita tidak akan dapatkan kefahaman ataupun perpaduan di dalam negara untuk masa depan yang akan datang.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, saya memang sukacita dengan apa yang telah akan diberi kepada golongan-golongan B40 ataupun M40 dalam bajet ini. Akan tetapi saya mintalah untuk Kementerian Kewangan untuk pastikan bahawa program-program prihatin ini akan kita telah diumumkan, ia akan terus pergi kepada orang-orang yang berkenaan. That means, they have to reach the target, that means they have to reach the people who need them. Saya minta untuk kita buat laporan tiap-tiap tiga bulan atas isu ini. Oleh sebab kita kena tahu bahawa apa yang telah kita bajetkan, keluarkan kepada orang-orang yang berkenaan dalam masa depan yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak juga sentuhkan isu the fertility rate in Malaysia compared to the aging population in Malaysia. Saya ingat bajet kita kena faham bahawa penduduk di dalam negara kita pada sekarang, the fertility rate is coming down. Akan tetapi orang-orang yang lebih dari 60 tahun meningkat. The aging population is increasing. So, our budgeting also has to look into this. Kita kena mesti faham bahawa ini isu ini satu isu besar. Kementerian Kesihatan khususnya, untuk adakan peruntukan yang sesuai untuk kita bantu mereka yang lebih dari 60 tahun.

final • 12:53 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak fokuskan kepada budgeting untuk Kementerian Kesihatan. Sudah lama dah, ramai Ahli-ahli Parlimen di dalam Dewan dan juga di luar telah minta untuk peningkatan perbelanjaan untuk Kementerian Kesihatan.

Malangnya dalam Bajet ini pun peruntukan kita ialah sampai 2 peratus sahaja daripada KDNK. Ini memang tidak sesuai dan kita tidak boleh terima. Saya telah minta banyak kali dah untuk perbelanjaan Kementerian Kesihatan dinaikkan kepada 4 peratus ataupun 6 peratus ataupun 8 peratus ataupun 12 peratus macam negara-negara lain di dalam kawasan kita.

Tanpa meningkatkan perbelanjaan di dalam Kementerian Kesihatan, apa yang kita akan nampak ialah bottleneck yang kita ada di dalam hospital-hospital kesihatan kita dan pakar-pakar kita pun akan migrate ke private practice sebab tak cukup tempat dan sebagainya. Ini satu isu yang kita nampak di dalam golongan doktor kontrak sekarang.

Apa yang kita hendak buat? Bukan satu-satu isu untuk sementara sahaja tetapi kita khususnya mesti ada satu pelan untuk masa depan yang akan datang, 10 years from now ataupun 15 years from now.

Saya minta, kalau boleh Kementerian Kewangan kena kaji, apa yang kita minta ini untuk pastikan bahawa sistem kesihatan di dalam negara kita mencukupi untuk masa depan yang akan datang.

Sebanyak 70 peratus daripada penduduk di dalam Malaysia pergi untuk rawatan di dalam klinik-klinik kerajaan, 30 peratus sahaja yang pergi kepada swasta. Sebaliknya, 70 peratus pakar di dalam Malaysia sekarang bekerja di swasta dan 30 peratus sahaja pakar yang bekerja di public hospital. Kalau ini kita teruskan, kita akan ada masalah besar.

Pandemik ini telah menunjukkan situasi di dalam negara kita. Janganlah kita tak buat sesuatu dan nantikan untuk pandemik yang akan datang untuk kita buat sesuatu. Then it is too late for us to handle this situation. Tuan Yang di-Pertua, saya juga nak sentuh sedikit tentang cryptocurrency yang sekarang menjadi isu besar di dalam dunia. Saya minta kerajaan untuk kaji cryptocurrency ini dan janganlah kita lambat sangat untuk ambil tindakan atau buat sesuatu and we will lose the race as far as cryptocurrency is concerned. So, saya minta Bank Negara dengan juga MOF meneliti industri ini untuk kita bersama-sama - sebagai negara-negara lain yang terlibat di dalam industri ini - Malaysia terlibat di dalam cryptocurrency untuk masa depan yang akan datang.

final • 1:00 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

Akhir sekali,dalam satu minit, saya nak minta beberapa isu yang penting. Nombor satu, apa yang telah jadi kepada ECRL? Apa telah jadi kepada HSR ataupun MRT 3 dan juga DNB? Oleh sebab kita kena tahu macam mana perbelanjaannya dan apa yang kita kena lakukan. Saya diberitahu oleh pegawai-pegawai di dalam MOF bahawa tiap-tiap hari kita tidak selesaikan masalah ECRL ini, negara kita bayar denda RM1.25 juta sehari kepada syarikat berkenaan. Ini satu amaun yang besar, Tuan Yang di-Pertua, sebab kita ada cadangan lain. Kalau tidak boleh selesaikan di dalam negeri Selangor ataupun di Gombak, kita boleh buat di kawasan lain yang sudah ada pelan yang kita telah ada di atas meja. Pasal apa kementerian tak minta jumpa dan juga tengok pelan yang kedua yang kita ada untuk selesaikan masalah ini? Akan tetapi, kita sanggup untuk bayar RM1.25 million sehari dengan tidak kita putuskan pendirian kita kepada ECRL.

Ini satu-satu yang saya minta sangat jawapan daripada kementerian untuk masa depan. Pandangan jauh negara kita, satu negara yang baik tetapi kita kena bagi peluang kepada pemuda-pemuda kita, usahawan-usahawan kita untuk kemajuan ke depan. Saya minta sangat, jangan paksa mana-mana syarikat untuk jual 51 percent kepada mana- mana orang tanpa ada sebabnya. Ini bukanlah caranya untuk kita promote negara kita dan juga saya minta kepada wakil-wakil kita di dalam Dewan, jangan uar-uarkan banyak.

Baru-baru ini kes Timah. Bukan ini dibincangkan di dalam Dewan ini sahaja, dunia dengar apa yang kita bincang ini. Negara kita ini tanggung kepada pelaburan-pelaburan dari luar yang datang ke negara kita ini untuk labur di dalam negara kita. Apa yang kita bincang di dalam Parlimen ini bukan didengar di kampung dan di bandar Malaysia sahaja tetapi di seluruh dunia. So, saya minta sangat kepada wakil-wakil kita di dalam Dewan ini untuk sedikitlah pay attention to what you are saying. It is important. The world is listening, and Malaysia depends on the world for more investments in the country. Dengan itu, saya, Kuala Langat, sokong Belanjawan 2022 tetapi minta jawapan kepada soalan-soalan yang saya telah ajukan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 1:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Kita ada enam orang lagi, jadi saya terpaksa kurangkan waktu perbahasan ke 11 minit. Yang Berhormat Hang Tuah Jaya, silakan.

final • 1:00 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Berapa minit?

final • 1:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Masa 11 minit. Maaf. Sebab last sekali pun, Yang Berhormat Labuan pun tengah stressed sama ada dia sempat ke tak sempat.

final • 1:00 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Happy Deepavali, Deepavali Nal Valthukal kepada rakan-rakan kita yang menyambutnya pada 4 November ini.

Cuma saya hendak mulakan perbahasan Belanjawan ini dengan mengungkapkan bait-bait kata daripada kitab Thirukkural yang menyebutkan bahawa ‘Sesungguhnya dengan amalan kebaikan, maka hadirlah kemuliaan. Sesungguhnya kejahatan itu menjelma apabila kita melupakan amalan kebaikan’. Justeru dalam kerangka perbahasan Belanjawan ataupun Bajet pada kali ini, Tuan Yang di-Pertua, mengambil penegasan bahawa kita mesti memulakan sesuatu perkara itu dengan menyemarakkan kebaikan. Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan di bawah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan ini merupakan Keluarga Malaysia. Jadi secara umumnya, kita memahami Keluarga Malaysia ini dia mestilah menyantuni kepelbagaian kaum dalam negara kita. Majoriti merupakan masyarakat Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak, Peribumi Kadazan, Dusun dan sebagainya.

Ianya harus diterjemahkan dalam Belanjawan ataupun Bajet yang dibentangkan.

Saya setuju dengan beberapa pandangan rakan-rakan tadi, memang di dalam Belanjawan ini dinyatakan dengan jelas peruntukan yang besar untuk orang-orang Melayu

final • 1:07 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

bumiputera. Namun jangan kita kesampingkan juga kepentingannya untuk mereka yang bukan Melayu dan bukan bumiputera. Orang-orang Cina, India dan yang lain-lain kerana kita bercakap tentang yang disebut tadi sebagai Keluarga Malaysia. Jadi apa makna Keluarga Malaysia kalau daripada segi Belanjawan negara ini kita tidak memperuntukkan dengan secara adil? Jadi ini perkara yang saya fikir penting sebagai mukadimah dalam perbahasan ini kerana kita semua sedia maklum bahawa kalau itu tidak kita susun dengan baik, negara kita tidak akan berada di atas landasan yang tepat untuk masa-masa depan yang mendatang.

Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, yang ingin saya bangkitkan ini adalah soal pengupayaan ekonomi luar bandar. Kita tahu bahawa pandemik ini memberikan kesan kepada masyarakat, terutamanya yang berada di luar bandar. Saya teliti misalnya apa yang disusun ataupun apa yang diunjurkan oleh kementerian yang menjaga, khusus tentang pembangunan luar bandar ini terutamanya di dalam memastikan usahawan- usahawan yang dibantu dengan pembiayaan sokongan pengukuhan keusahawanan.

Maknanya, daripada satu segi, Belanjawan ini diharap dapat merancakkan lagi ekonomi di luar bandar dengan melahirkan usahawan-usahawan di luar bandar dan di sana terdapat sokongan, bantuan kepada mereka.

final • 1:07 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Namun, kita berasa agak kesal kerana kalau mengikut buku bajet ini, menyatakan bahawa peratusan usahawan yang berjaya meningkatkan pendapatan selepas enam bulan menerima bantuan pembiayaan ini, kalau pada tahun 2020, hanyalah sebanyak 66 peratus sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Untuk tahun 2021, disasarkan hanya 60 peratus sahaja usahawan yang telah berjaya meningkatkan pendapatan selepas enam bulan menerima bantuan. Jadi, tidak 100 peratus.

Jadi, saya minta Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk menyatakan bagaimana hendak menyelesaikan perkara ini. Kita tahu bahawa ekonomi di luar bandar ini bukan sekadar pembangunan infrastruktur tetapi bagaimana untuk kita membentuk satu budaya yang baharu, budaya usahawan terutama di kalangan generasi muda di luar bandar dan kita beri sokongan. Bukan sekadar sokongan tetapi kita memberikan juga mereka peluang dan ruang semaksimum mungkin agar ekonomi luar bandar itu berjaya dirancakkan.

Jadi saya minta, I put a task kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, agar perkara ini dapat dijelaskan dengan terperinci dalam jawapannya nanti.

Kedua ialah berkaitan dengan pelancongan. Kawasan yang saya wakili, kawasan Hang Tuah Jaya, merupakan kawasan pelancongan. Kalau Tuan Yang di-Pertua datang Melaka, masuk sahaja Ayer Keroh sudah masuk ke kawasan Hang Tuah Jaya. Kita ada satu kajian. Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya baru-baru ini membuat kajian tentang aktiviti ekonomi di kawasan Ayer Keroh.

Di kawasan Ayer Keroh ini, Tuan Yang di-Pertua, kalau pergi, tidak perlu pergi ke bandar untuk makan asam pedas. Ada satu asam pedas namanya Asam Pedas Pak Man.

Pendapatannya luar biasa kerana mereka tidak mahu ke bandar kerana jalan sesak.

Namun di kawasan Ayer Keroh itu boleh dibangunkan produk-produk pelancongan. Saya tahu kerajaan memperuntukkan sejumlah wang yang agak signifikan untuk pelancongan, untuk restart pelancongan. Kita tahu Melaka ini tidak ada sumber ekonomi yang lain yang signifikan selain daripada pelancongan (tourism). Jadi, apakah di sana terdapat kesediaan di peringkat kementerian agar produk- produk pelancongan yang mungkin bukan berskala besar tetapi yang berskala sederhana yang boleh menarik paling tidak pun pelancong-pelancong di dalam negara? Agar aktiviti ekonomi yang akan terbit daripada pelancong-pelancong yang datang ke Melaka ini akan membantu untuk merancakkan lagi kegiatan ekonomi di kalangan rakyat di kawasan Melaka terutamanya di kawasan Hang Tuah Jaya.

Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bangkitkan juga tentang Bantuan Tanam Semula. Saya lihat Yang Berhormat Menteri Perusahaan, Perladangan dan

final • 1:10 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Komoditi ada masuk dalam Dewan hari ini. Jadi saya boleh tanya straight kepada Yang Berhormat Menteri.

Kita lihat dalam belanjawan ini, kerajaan memperuntukkan RM35 juta Bantuan Tanam Semula untuk pekebun-pekebun sawit. Kalau berdasarkan pengalaman saya dahulu, mungkin sekarang ini ada perubahan atau tidak, saya ingat Yang Berhormat Menteri nanti boleh jelaskan. Kalau sekadar RM35 juta peruntukan Bantuan Tanam Semula ini, kita hanya boleh bagi untuk tanam semula sekadar 9,500 hektar sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Untuk RM35 juta ini kita boleh buat tanam semula untuk 9,500 hektar mengambil kira RM1,500 bantuan. Namun, pekebun kecil, keluasan pekebun kecil ini yang mengusahakan sawit, ia mencecah 1.7 juta hektar. Jadi, Tuan Yang di-Pertua bayangkan, 1.7 million hektar, kita dengan RM35 juta ini hanya boleh bantu 9,500 hektar sahaja untuk geran tanam semula.

Jadi kalau begini keadaannya, yang kita buat itu hanyalah sekadar picisan, terlalu sedikit. Orang kata jangan tak adalah, bagilah sedikit. Adakah itu merupakan satu strategi yang objektif atau strategik?

Kedua, sekarang ini harga sawit sedang meningkat. Memang harga cantik. Jadi kalau kita buat program penanaman semula ini, bagi mereka RM35 juta, kita sediakan peruntukan RM35 juta, kalau mereka potong kelapa sawit, paling tidak pun hendak tumbuh tiga tahun lagi. Jadi apa maknanya dalam keadaan harga sawit sedang meningkat, kita mengusahakan ataupun seolah-olah menyediakan peruntukan agar boleh memujuk pekebun-pekebun kecil ini menebang pokok mereka dan melakukan penanaman semula? Pada saya, itu merupakan satu tindakan yang tidak bijaksana dalam keadaan harga sawit sedang meningkat ini, kita pergi tebang pokok.

Perkara yang paling penting lagi ialah― sekarang ini harga tengah naik. Mereka yang menanam sawit happylah, gembira harga tengah naik. Akan tetapi, harga tidak semestinya meningkat. Ada pepatah, ‘ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari’. Jadi, yang ingin saya tanyakan kepada kementerian, apakah perancangan kerajaan ini? Apakah ada suatu perancangan jangka panjang untuk pekebun-pekebun kecil ini ketika harga jatuh esok?

Kita tahu bahawa apa sahaja yang dilakukan di peringkat kementerian yang membabitkan bantuan kepada pekebun kecil bilamana harga jatuh, ianya ada kaitan langsung dengan Kementerian Kewangan. Kita minta ada satu kesalingan antara Kementerian Kewangan dan juga Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi untuk membantu dan memikirkan apakah long-term strategy untuk pekebun-pekebun kecil ini bilamana harga sawit itu jatuh. Ini satu perkara yang saya fikir penting untuk sama- sama kita fikirkan.

Termasuk sekarang ini yang berkait tentang strategi perladangan ini adalah apa yang berlaku sekarang di peringkat dunia iaitu kita sedang sama-sama saksikan COP26, isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar. Kita tahu antara isu yang membabitkan industri sawit kita ialah persoalan deforestation dan perkara ini harus diberikan tumpuan oleh Kementerian Kewangan dan juga kerajaan kerana ia berkait dengan satu industri yang pada saya menjana pendapatan yang cukup banyak kepada negara kita iaitu industri sawit.

Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, ialah berkait tentang apa yang disebut sebagai bantuan terus kepada rakyat ketika mereka berhadapan dengan bencana. Saya percaya sekarang ini musim hujan, kita tengok banyak kawasan yang banjir kilat dan sebagainya.

Saya telah membangkitkan perkara ini banyak kali, Tuan Yang di-Pertua, iaitu apabila masyarakat, rakyat terutamanya orang-orang yang miskin B40 ini berhadapan dikenakan dengan musibah banjir. Saya fikir ini cukuplah sekali saya cakap sebab dah banyak kali dah, Tuan Yang di-Pertua. Jawapan kerajaan itu standard.

Jadi saya hendak nyatakan begini. Baru-baru ini di kawasan Hang Tuah Jaya, kita berhadapan dengan banjir berterusan sampai banyak rumah yang naik bendera merah. Dah tidak ada bendera putih dah, bendera merah. Baik, bila berlaku banjir ini, ada dua pendekatan. Satu, penyelesaian jangka panjang, bermakna penyelesaian yang menyeluruh bagaimana hendak selesaikan perkara ini. Adakah ia membabitkan saliran?

final • 1:10 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Adakah ia membabitkan perparitan? Kadang-kadang bila berlaku perkara ini, maka berlakulah pertelingkahan antara kementerian ataupun agensi. Cukuplah dengan birokrasi ini. Bila banjir ini, bukan puluh, ratusan, malah ribuan orang-orang miskin di bawah itu berhadapan dengan suasana yang parah. Kalau Tuan Yang di-Pertua tidak percaya, boleh ikut saya sekali, kita harung banjir, tengok rumah pasca banjir. Betapa kasihan dan teruknya mereka.

Kemudian, bila ada bencana seperti ini, di sana terdapat peruntukan. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan, takkanlah selama-lamanya peruntukan hanya RM200? Di peringkat pejabat daerah, RM200. Kemudian kononnya ada NADMA sebanyak RM500. Bila diberitahu kepada orang kampung, “Jangan bimbang, nanti NADMA akan bantu”, sampai sudah tidak bantu.

Jadi, I am appealing to the government supaya dalam hal-hal ini biarlah ada satu pusat (center) yang khusus. Berlaku bencana, ini tempatnya dan kita akan release bantuan mengikut apa yang kamu hadapi.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, akhirnya, saya ingin tanya juga kepada kerajaan, kita belanja jumlah yang paling besar sekarang ini. Tengok, Tuan Yang di-Pertua, bajet untuk Parlimen. Di Parlimen ini, tugas kita untuk check and balance kepada perbelanjaan kerajaan. Bajet untuk Parlimen, tidak silap saya, meningkat hanya satu ke dua peratus sahaja. Bajet untuk SPRM pun sama, peningkatan dua ke tiga peratus. Peruntukan untuk Lembaga Audit turun. Kita belanja besar. Biarlah di sana terdapat pemerkasaan Parlimen, pemerkasaan SPRM, pemerkasaan Lembaga Audit supaya pemantauan yang komprehensif itu dapat diberikan kepada Kementerian Kewangan daripada belanja yang besar ini.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, begitulah sahaja hujah-hujah saya dalam perbahasan ini dan kita harap kerajaan akan menyediakan jawapan yang tepat untuk semua persoalan yang saya bangkitkan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 1:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

Seterusnya Yang Berhormat Tumpat. Silakan.

final • 1:10 PM

Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2022.

Pertama-tamanya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Kewangan, Yang Berhormat Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz kerana berjaya menyediakan sebuah belanjawan yang sangat baik kepada rakyat dan negara seperti mana yang telah dibentangkan pada 29 Oktober yang lalu.

final • 1:19 PM

Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Pembentangan belanjawan ini memanifestasikan betapa kerajaan menyediakan persiapan yang rapi kepada negara ke arah untuk keluar daripada himpitan pandemik yang melanda negara dan dunia selama dua tahun ini serta mencapai semula kemakmuran pada era pra-pandemik.

Tema Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera yang diketengahkan dalam belanjawan kali ini perlu benar-benar direalisasikan sebagai sebuah mesej perpaduan dan kesejahteraan kepada rakyat di mana sahaja berada.

Tuan Yang di-Pertua, kedudukan ekonomi negara mampu mencatatkan pertumbuhan positif menjelang tahun 2022. Keyakinan ini didorong oleh pembukaan hampir kesemua sektor ekonomi yang merancakkan semula penggunaan domestik selain faktor permintaan luar yang meningkatkan imbangan dagangan kerajaan.

Kita melihat bagaimana ekonomi negara kembali mengukuh dengan pantas pada suku kedua tahun ini kepada 16.1 peratus berbanding 0.5 peratus pada suku pertama 2021 serta lebih tinggi berbanding kadar KDNK pada tahun 2020 iaitu 5.6 peratus. Peningkatan yang ditunjukkan pada suku kedua itu menggambarkan situasi ekonomi negara berada pada

final • 1:20 PM

Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

kedudukan yang lebih baik daripada beberapa buah negara ASEAN yang lain termasuk Singapura dengan 14.3 peratus serta Indonesia 7.1 peratus. Laporan Bloomberg juga turut menjelaskan bahawa ekonomi Malaysia akan berpotensi untuk terus pulih dan bersedia untuk kembali ke era pra-pandemik.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun kita kekal positif dengan unjuran ekonomi negara, situasi fiskal negara yang tenat juga wajar diberikan perhatian yang khusus. Oleh sebab itu, langkah meminda Akta Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 2020 pada mesyuarat yang lepas sangat penting bagi menyediakan ruang fiskal yang lebih luas kepada kerajaan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negara.

Saya menyokong penuh langkah proaktif kerajaan bagi memastikan kerajaan masih mengekalkan pentadbiran fiskal disiplin yang tinggi serta dalam masa yang sama dapat menyediakan perbelanjaan yang besar bagi terus menyokong survival rakyat pada tahun yang mendatang. Pun begitu saya berpandangan kerajaan perlu menyediakan suatu pelan rancangan strategik bagi memastikan keadaan fiskal negara kembali berdaya saing dengan sasaran pencapaian defisit fiskal tiga peratus hingga tiga perpuluhan lima peratus menjelang tahun 2025 seperti mana yang dihasratkan dalam pembentangan RMKe-12 yang lalu.

Saya telah meneliti pelbagai inisiatif yang diambil bagi kerajaan meningkatkan hasil melalui inisiatif kemampanan hasil serta langkah mengetengahkan Akta Tanggungjawab Fiskal serta penilaian perbelanjaan awam. Cuma persoalan saya, apa sasaran hasil yang ingin dicapai oleh kementerian dan adakah kerajaan berhasrat untuk mengurangkan defisit fiskal secara lebih drastik berbanding sasaran tiga peratus pada tahun 2025. Kesemua ini adalah soal komitmen yang perlu diambil tanggungjawab oleh kerajaan.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai beberapa projek yang melibatkan pembangunan di negeri Kelantan dan khususnya di jajahan Tumpat sebagaimana tumpuan yang telah saya bangkitkan dalam perbahasan RMKe-12 yang lalu.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri serta Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bagi Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed di atas lawatan ke Tumpat dua hari yang lalu bahkan saya juga berbesar hati kerana Masjid Kampung Laut telah diangkat sebagai Tapak Warisan Dunia di bawah Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) serta mencalonkan Laman Warisan Serunding Kampung Laut sebagai Tapak Warisan Kebangsaan. Saya menganggap ia sebagai satu pengiktirafan yang besar kepada rakyat Tumpat dalam mengangkat kegemilangan jajahan Tumpat yang terkenal suatu ketika dahulu.

Tuan Yang di-Pertua, dalam mengangkat nilai warisan pelancongan dan hab ekonomi masyarakat Tumpat, perancangan pemetaan PKS berdasarkan sumber ekonomi setempat wajar diteliti dan dibangunkan secara strategik. Saya ada beberapa senarai hab ekonomi masyarakat Tumpat yang mempunyai potensi untuk dibangunkan. Antaranya adalah hab berasaskan laut iaitu ikan bekok, hab PKS berasaskan makanan tradisional di perusahaan Serunding Suzara dan Pasar Terapung Pulau Suri, hab eko-pelancongan di ladang ternakan Strawberi dan ladang kelapa pandan serta ladang durian belanda, hab perusahaan dan perkhidmatan pintas di kilang perusahaan wanita B40 yang terlibat dalam pemprosesan buah- buahan kering serta perkhidmatan bot nelayan serta hab perusahaan kraf tangan tempatan yang melibatkan perusahaan chalet, restoran serta pembuatan wau.

Pembangunan hab ekonomi setempat ini perlu dibangunkan secara strategik kerana secara tidak langsung ia bukan sahaja menyokong sosioekonomi masyarakat di Tumpat bahkan juga menyokong aktiviti pelancongan di sana. Tambahan lagi saya berpandangan aspek pemetaan PKS berdasarkan hab ekonomi masyarakat Tumpat ini juga wajar digabungjalinkan dengan aktiviti pemasaran bersifat ekonomi digital yang telah menjadi tumpuan dasar kerajaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Selain itu, saya juga ingin mengetengahkan cadangan projek keusahawanan sosial iaitu projek pewarnaan alam bagi pembuatan batik, shibori dan tie-dye sebagai aktiviti berdaya ekonomi komuniti setempat. Terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang mengadakan lawatan dan sesi temu mesra bersama

final • 1:20 PM

Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

usahawan kraf batik negeri Kelantan dan negeri Terengganu di Ayu Fashion di Tumpat selain lawatan ke kepulauan Teluk Renjuna.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan I yang singgah di Kak Pah Ikan Bekok di Pantai Geting di samping lawatan ke kepulauan Telok Renjuna. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya yang memilih Restoran Nasi Serati Wakaf Bharu, Tumpat sebagai destinasi makan pagi semasa lawatan beliau ke Kelantan baru-baru ini.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Air dan Alam Sekitar yang datang meninjau masalah kecetekan muara di kepulauan Teluk Renjuna dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I yang juga telah sampai ke kepulauan Teluk Renjuna dalam lawatannya untuk meninjau potensi pengeluaran makanan serta melihat Tumpat selaku daerah kluster kelapa yang diisytiharkan sebelum ini.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai tinggi kerajaan daripada pelbagai kementerian, jabatan dan agensi yang datang ke kepulauan Teluk Renjuna di Tumpat ini. Sepanjang lebih dua tahun, saya sebagai Ahli Parlimen Tumpat ramai sudah Menteri- menteri, Timbalan-timbalan Menteri dan pegawai-pegawai tinggi yang saya bawa ke Tumpat.

Semuanya bersetuju atas beberapa perkara bahawa kawasan ini adalah kawasan yang sangat berpotensi untuk pelancongan, pengeluaran makanan dan sosio budaya. Kawasan ini khususnya kepada kepulauan Teluk Renjuna, kawasan ini sangat ketinggalan dari segi infrastruktur asas berbanding kawasan yang berdekatan. Kepulauan ini memerlukan sebuah jambatan yang menghubungkannya ke tanah besar.

Oleh itu saya menyeru kerajaan supaya memberikan perhatian terhadap pembangunan infrastruktur asas di kawasan ini sesuai dengan apa yang kerajaan gagaskan untuk keseimbangan wilayah. Kesemuanya ini adalah merupakan sebahagian perkara yang wajar mendapat perhatian daripada kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh mengenai projek Pembangunan Lembangan Bersepadu Sungai Golok Kelantan. Saya difahamkan bahawa projek bernilai RM1 bilion ini dilakukan dalam tiga fasa dan fasa pertama dijangka siap pada April 2020. Jadi saya ingin bertanya, bilakah fasa kedua akan bermula? Apakah ada timeline khusus terhadap projek fasa kedua ini? Adakah ia termasuk dalam perancangan projek pembangunan infrastruktur pembinaan flood wall di Rantau Panjang seperti yang dinyatakan dalam Belanjawan 2022.

Saya mengharapkan kerajaan memberikan tumpuan terhadap pembangunan di bahagian sempadan negara kita menuju ke selatan Thailand. Ia melibatkan rancangan pembinaan Jambatan Pengkalan Kubor-Tak Bai serta laluan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3.

Pembinaan Jambatan Pengkalan Kubor-Tak Bai menjadi laluan perhubungan utama di antara Malaysia dan Thailand. Rancangan projek pembinaan jambatan ini sebenarnya sudah lama dan ia telah menjadi sebahagian daripada projek Strategi Pembangunan Bersama bagi wilayah sempadan di antara Malaysia dan Thailand yang ditandatangani sejak tahun 2012.

Dua buah jambatan yang disebutkan dalam kerjasama, joint development strategi ini adalah Jambatan Pengkalan Kubor di Tumpat dengan Tak Bai di Narathiwat serta satu lagi melibatkan jambatan kedua iaitu Rantau Panjang dan Golok.

Tuan Yang di-Pertua, di sebelah sempadan Thailand, kerajaan negara jiran telah membangunkan jalan pengangkutan dan infrastruktur menuju ke kawasan sempadan Malaysia.

Namun malangnya di sebelah sempadan negara menuju ke negara jiran masih tidak dibangunkan secara serius oleh kerajaan.

final • 1:20 PM

Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Pembinaan jambatan ini bukan sahaja penting bagi menyuburkan laluan di antara Malaysia dan Thailand, bahkan juga sangat penting kepada perhubungan perdagangan barangan import dan eksport kepada kedua-dua negara. Tambahan lagi, saya melihat ia dapat memperluaskan kepentingan Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor. Secara tidak langsung impak positif daripada sektor ekonomi termasuklah sektor pelancongan kepada negeri Kelantan sendiri dapat dijana dengan pembinaan jambatan tersebut. Oleh itu saya mohon perhatian kementerian terhadap perkara ini.

final • 1:30 PM

Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengetahui apakah perkembangan terkini terhadap pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa III, yang sepatutnya mengunjur daripada Gemuruh Kuala Terengganu sehingga Pengkalan Kubor.

Pembinaan LPT3 ini juga berkaitan dengan pembangunan jambatan tadi kerana Pengkalan Kubor boleh dijadikan asas pembangunan sempadan yang mampan kepada bukan sahaja sosioekonomi masyarakat tempatan bahkan juga penting kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Dalam kita mempertimbangkan secara mendalam soal keseimbangan wilayah dalam RMKe-12, maka sudah tentu aspek pengangkutan dan limpahan kesan pembangunan yang akan muncul pasca pembinaan LPT3 ini sangat mustahak dalam merealisasikan hasrat pembangunan wilayah yang seimbang. Justeru, saya mohon penjelasan kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, seperti Yang Berhormat Kuala Krai, saya mengucapkan penghargaan kepada rancangan kerajaan yang menyediakan peruntukan RM159 juta bagi membina, menaik taraf serta menyelenggarakan kemudahan sukan di seluruh negara serta dikhususkan pembinaan sebuah stadium di Bukit Merbau, Pasir Putih, Kelantan merangkumi pelbagai fasiliti sukan. Perjuangan rakyat Kelantan sejak hampir 10 tahun yang lalu, sejak daripada Kerajaan Barisan Nasional, tidak juga berjaya pada zaman Pakatan Harapan, mula menampakkan cahaya pada zaman kerajaan pimpinan Yang Berhormat Bera ini.

Kita sedia maklum bahawa Kelantan telah dipilih sebagai tuan rumah penganjuran Sukan Malaysia atau SUKMA bagi tahun 2026 dan ini adalah julung kalinya Kelantan menjadi tuan rumah kepada kejohanan berprestij dalam negara tersebut dan ia perlu sokongan sepenuhnya daripada kerajaan. Sehubungan itu, apa yang saya ingin tahu adalah berapa kos sebenar yang diperuntukkan terhadap Stadium Bukit Merbau serta beberapa fasiliti sukan yang lainnya kerana nilai yang dikemukakan dalam belanjawan tersebut dilihat terlalu rendah. Itu belum lagi melibatkan kos pengurusan SUKMA dan Sukan Para SUKMA yang melibatkan kos RM141.6 juta.

Oleh itu, saya mohon agar kementerian memperincikan perkara ini dan menyediakan peruntukan yang bersesuaian dengan nilainya supaya dapat membantu negeri Kelantan menjayakan SUKMA 2026 dengan jayanya.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan kerana memberikan keutamaan kepada peruntukan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta Lembaga Pertubuhan Peladang bagi memastikan kelangsungan agromakanan terus di perkasa seterusnya menyediakan manfaat yang besar kepada peladang, penternak, nelayan khusus kepada mereka yang bernaung di bawah payung Lembaga Pertubuhan Peladang.

Saya mengharapkan agar kerajaan terus mendukung pelbagai rancangan pembangunan sektor pertanian negara seperti yang digariskan dalam Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 serta Rancangan Malaysia Kedua Belas. Tuan Yang di- Pertua, belanjawan negara bukan sahaja melibatkan peruntukan kewangan kerajaan bagi pembangunan negara, bahkan apa yang lebih penting ialah penyampaian serta penyampaian yang berkesan supaya ia benar-benar sampai kepada kumpulan yang disasarkan.

final • 1:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tamatkan Yang Berhormat.

final • 1:30 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Akhirnya, saya mengharapkan agar kerajaan dapat menjalankan tugas serta menggerakkan keseluruhan jentera dengan penuh jujur dan telus dalam soal pengurusan kewangan dan tidak memilih bulu dalam soal penyampaian manfaat daripada belanjawan negara. Tema ‘’Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera’’ bukan sekadar di bibir tetapi perlu dibuktikan dengan tindakan yang berkesan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.

final • 1:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Yang Berhormat Bukit Bendera.

final • 1:30 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut juga ingin menyertai perbahasan Bajet Tahun 2022 dan pembentangan bajet tahun lalu, Bajet 2021 telah menganggarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ataupun Gross Domestic Product (GDP) berkembang 6.5 peratus sampai 7.5 peratus. Saya juga bersama dengan Ahli-ahli pembangkang waktu itu telah berucap, berbahas di dalam Dewan ini bahawa anggaran 6.5 peratus sampai 7.5 peratus itu terlalu optimistik.

Kita telah underestimated impact pandemik COVID-19 dan kita terbukti betul kerana kerajaan pada hari ini telah menurunkan (adjust down) GDP growth kepada antara tiga peratus sampai empat peratus sahaja. Kali ini Bajet Tahun 2022, anggaran GDP KDNK oleh kerajaan sekali lagi pada satu angka yang agak tinggi – 5.5 peratus sampai 6.5 peratus. Saya mengatakan ini juga satu angka yang on the high side, yang tinggi kerana sektor-sektor ekonomi dalam negara perlu masa pemulihan atau recovery time yang panjang. Bukan setakat ada yang berminggu-minggu tetapi ada juga yang berbulan- bulan tetapi ada yang juga menjangkaui satu tahun.

Masa pemulihan Tuan Yang di-Pertua, bukan dari segi V-shape, bukan V-shape tetapi barangkali K-shape. Ada yang makmur selepas pandemik ada yang jatuh terjunam dalam tempoh pemulihan yang lama. Saya meminta supaya perkara ini diambil pertimbangan yang khas.

Sektor pembinaan Tuan Yang di-Pertua, dijangka telah dianggarkan jatuh ataupun negatif 19.4 peratus pertumbuhannya pada tahun 2020. Pada tahun 2021 dianggarkan negatif 0.8 peratus tetapi pada tahun 2022, tumbuh 11.5 peratus.

Apakah ikhtiar dan program kerajaan membantu sektor pembinaan yang dilanda pelbagai masalah? Kenaikan harga minyak tembaga, bauksit untuk pembuatan aluminium dan bijih besi bagi hasilkan keluli. Harga keluli pada paras yang tinggi RM3,400. Harga batu bata meningkat dan juga pelbagai kekangan daripada segi tenaga kerja. Apakah langkah Kementerian Kerja Raya dan juga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk membantu industri pembuatan, untuk pulih kepada keadaan sebelum pandemik? Pada masa yang sama dapat membantu menstabilkan harga rumah dan menyerahkan kunci rumah demi melindungi pembeli rumah daripada projek terbengkalai.

Saya ingin mengingatkan kerajaan bahawa pada masa lalu krisis kewangan tahun 1998, banyak projek terbengkalai dan laporan PAC baru-baru ini juga telah membongkar bahawa Projek PR1MA membatalkan banyak projek yang lewat menyerahkan kunci, membatalkan projek dan ribuan pembeli rumah terpaksa service the bank loan dan sementara menunggu persiapan rumah. Saya meminta satu penjelasan daripada kementerian berkenaan.

Satu lagi sektor yang tumbuh secara makmur pada tahun 2021 ialah sektor pembuatan. Dianggarkan manufacturing sector 8.1 peratus jauh melebihi GDP. Saya berpandangan selain mengenakan cukai makmur ke atas syarikat yang meraih keuntungan besar semasa pandemik, kerajaan juga perlu memberi insentif khas, menggalakkan pertumbuhan industri pembuatan peralatan perubatan *(medical devices).

Basic medical devices* seperti ujian test kit COVID-19, oximeter, oxygen tank dan peralatan perubatan lain perlu diberi cukai galakan.

Saya ingin bertanya kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, apakah percentage antara basic medical devices yang saya sebut tadi dan berapakah peratus keluaran tempatan dan berapakah peratus diimport? Saya tidak mendengar apa- apa insentif untuk sektor pembuatan medical devices di bawah pengumuman bajet ini.

Selain daripada itu, sektor pertanian dan perladangan kukuh dan tidak banyak terkena kesan pandemik oleh kerana sektor itu resilient terhadap pandemik dan juga merupakan satu keperluan asas. Pengumuman kenaikan harga siling levi keuntungan luar biasa. Saya juga hendak bertanya sama ada terdapat satu keadaan pencukaian dua kali (double taxation) dan sektor-sektor perladangan dikenakan levi keuntungan luar biasa untuk minyak mentah dan kelapa sawit (crude palm oil). Dikenakan sekali levi keuntungan luar biasa atas revenue dan cukai makmur pula satu bentuk modified form of levi

final • 1:34 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

keuntungan. Sama ada kenakan kali kedua dan bukan sahaja ke atas revenue tetapi ke atas profit terhadap minyak mentah kelapa sawit.

final • 1:34 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Saya minta satu penjelasan daripada kerajaan sama ada sektor perladangan kelapa sawit dikenakan double taxation, sekali untuk levi keuntungan, sekali untuk Cukai Makmur.

Ekoran kenaikan harga kelapa sawit mencecah – kalau saya tinjau semalam sebanyak RM5,355.50 per tan di MPOB. Subsidi minyak masak juga akan meningkat.

Saya bertanya kepada kerajaan dalam segi jangkaan levi keuntungan biasa untuk atasi crude palm oil ini sama ada pada tahun 2021 dan tahun 2020, anggarannya sama ada ia cukup untuk menampung program subsidi minyak masak yang dijalankan. Berapakah subsidi minyak masak yang dibajetkan dalam Bajet 2022?

Saya ingin bertanya kepada kerajaan, berapakah unjuran kerajaan dalam program-program subsidi untuk projek tahun 2022 ini? Subsidi petrol, subsidi diesel, subsidi gas petroleum cecair (LPG), subsidi minyak masak dan subsidi tepung gandum.

Kita mengetahui bahawa Brent crude oil price telah meningkat ke USD84 dan juga bil subsidi minyak petrol semakin meningkat dan semakan perlu dijalankan dari semasa ke semasa. Ini kerana orang kaya juga dapat subsidi, warga asing juga dapat subsidi, bukan sahaja dapat subsidi LPG, subsidi petrol, diesel dan sebagainya. Apakah program rasionalisasi untuk subsidi supaya ke satu paras yang boleh dikawal, supaya target group orang yang kurang berada dapat enjoy subsidi ini dan tidak ada pengumuman daripada kerajaan dalam bajet ini.

Tuan Yang di-Pertua, sektor pelancongan dari segi – tahun lalu telah diumumkan RM1 bilion untuk bajet PENJANA Tourism Financing untuk membantu IKS-IKS dari segi pelancongan sebanyak RM1 bilion. Mengikut LAKSANA Report yang diterbitkan baru- baru ini, adalah kurang daripada 10 peratus penggunaan dana sebanyak RM1 bilion ini untuk membantu tourism industry dan itu adalah satu kegagalan daripada segi Kementerian Kewangan dan juga Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk membantu sektor-sektor pelancongan.

Saya mendengar sekali lagi bahawa PENJANA Tourism Financing ini diumumkan sekali lagi oleh kerajaan dan saya ingin mendapatkan penjelasan, apakah pendekatan baharu, apakah idea baharu, pendekatan baharu, supaya dapat betul-betul membantu sektor pelancongan untuk pulih daripada keadaan sebelum pandemik.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia telah jatuh dari tangga ke-22 pada tahun 2018 ke tangga ke-25 pada tahun 2021 dalam Indeks Daya Saing Global oleh IMD World Competitiveness Yearbook iaitu Global Competitiveness Index. Indeks ini mengukur produktiviti business environment dan government policy. Mengenai Cukai Makmur ini juga akan mempengaruhi sentimen pelaburan. Sebagai sebuah negara yang bergantung kepada perdagangan antarabangsa, polisi-polisi kerajaan antara lain Cukai Makmur dan juga polisi baharu MM2H yang ketat memberikan satu isyarat bahawa kerajaan tidak business-friendly. Polisi yang berubah-ubah seperti pendulum ini, pelabur datang ke Malaysia untuk long-term investment dan satu risiko besar sekiranya polisi kerajaan berubah-ubah.

Apakah ikhtiar Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk memperbaiki Indeks Daya Saing Global atau Global Competitiveness Index ini? Bagaimana untuk memperbaiki trade performance, pencapaian dari segi perniagaan, industri kita?

Tuan Yang di-Pertua, selain itu, bajet ini juga tidak, not addressing one of the incoming crisis in Malaysia, retirement security untuk warga emas. Walaupun pelbagai pengumuman upskilling, reskilling tetapi untuk mereka yang berumur melebihi 50 ke atas, upskilling dan reskilling tidak sesuai untuk golongan ini kerana – dan saya ingin bertanya bahawa sama ada kerajaan memberikan galakan? Saya mencadangkan kerajaan memberikan galakan kepada syarikat-syarikat daripada segi potongan cukai untuk mengupah certain percentage of workers yang melebihi 50 tahun.

final • 1:40 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau EPF apakah strategi EPF, bagaimana untuk mengembalikan simpanan mereka atau deposit ahli-ahli EPF supaya mereka boleh bersara dengan cukupnya?

Tuan Yang di-Pertua, dalam laporan ini SOCSO juga melaporkan hanya 6.5 peratus daripada 2,000,000 orang pekerja yang bekerja sendiri atau self-employed daftar dengan SOCSO, 6.5 peratus sahaja. Ini mendapat pelindungan SOCSO. Apakah ikhtiar kerajaan dan road map kerajaan, Kementerian Sumber Manusia untuk meningkatkan penyertaan mereka yang bekerja sendiri untuk mencapai satu angka sekurang-kurangnya 90 peratus. Sama ada satu compulsory SOCSO registration dijalankan dengan melibatkan pelbagai syarat supaya mereka apabila memohon untuk lesen perniagaan dan sebagainya, mereka perlu untuk menyertai SOCSO. Janganlah kita hanya – begitu kurang, 6.5 peratus self-employed yang mendapat pelindungan SOCSO.

Tuan Yang di-Pertua, untuk akhir sekali saya ingin menyatakan bahawa perlu juga kita melihat kepada satu angka yang sangat terus meningkat. Bagi tahun 2022, emolumen dan juga bayaran pencen dan juga service charge hutang negara sudah mencecah 67.5 peratus daripada perbelanjaan mengurus. Ketiga-tiga angka ini telah meningkat dari 40 peratus pada tahun 2001 hingga tahun 2009 kepada 50 peratus pada tahun 2015 dan pada hari ini mencecah 67.5 peratus, pada jangkaan 2020.

Ini kian meningkat terhadap bayaran khidmat hutang dan menyebabkan ketiga- tiga perbelanjaan emolumen, pencen dan juga bayaran khidmat hutang adalah lebih kurang 9.61 peratus of GDP. Apakah ikhtiar kerajaan untuk menangani perkembangan ketiga-tiga item ini supaya...

final • 1:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, masa sudah tamat Yang Berhormat.

final • 1:40 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Ya. Last paragraph. Supaya diadakan satu strategi untuk mengawal perkembangan ketiga-tiga ini supaya lebih banyak wang boleh digunakan untuk pembangunan dan tidak hanya untuk emolumen, persaraan dan juga membayar balik hutang. Saya harap dengan pelbagai pengumuman dalam bajet ini dapat memastikan distribution justice, equitable justice, supaya dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukannya.

Saya ingin meminta kerajaan untuk menjawab setiap persoalan yang saya sentuh tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 1:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sebenarnya Yang Berhormat yang mengambil masa panjang itu sebenarnya memakan masa rakan-rakan Yang Berhormat yang kemudian itu. Itu masalah dia. Sekarang kita ada lagi 26 minit sahaja untuk seramai tiga orang. Yang Berhormat Julau, silakan.

final • 1:40 PM

Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Terima kasih.

final • 1:48 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sembilan minit, maaf.

final • 1:48 PM

Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Ya.

final • 1:48 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh teruskan 11 minit, saya ambil minggu hadapan pun tidak mengapa.

final • 1:48 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, terima kasih. Jadi, kalau macam itu boleh 11 minit balik.

final • 1:48 PM

Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan saya peluang untuk mengambil bahagian berbahas di dalam Belanjawan 2022.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan kerana berjaya membentangkan Belanjawan Tahun 2022 yang saya lihat amat komited untuk meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat.

final • 1:48 PM

Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan mengenai kekurangan dana yang menggugat keberkesanan untuk tangani isu hak asasi manusia dan tenaga buruh asing. Untuk makluman Ahli Dewan yang mulia, baru-baru ini Malaysia menjadi perhatian dunia berikutan beberapa dakwaan yang mengaitkannya dengan layanan terhadap buruh warga asing. Sektor minyak sawit yang terkesan pula dikaitkan dengan isu hak-hak asasi manusia dan tenaga buruh yang bakal menggugat masa depannya, tidak kira sama ada dakwaan ini benar atau palsu.

final • 1:48 PM

Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Lebih buruk lagi Jabatan Negara Amerika Syarikat telah menurunkan status Malaysia ke tangga tercorot tahap tiga dan laporan tahunannya mengenai perbendaharaan Malaysia. Dalam laporan ini buruh paksa dilihat sebagai isu utama pemerdagangan manusia yang berlaku di Malaysia. Tindakan yang dikenakan ke atas ke beberapa buah syarikat pengeluar minyak sawit tempatan yang dikaitkan dengan pengeluaran hak-hak asasi buruh akan menjejaskan eksport komoditi ini ke pasaran dunia.

Jika ia dibiarkan berterusan, aktivis anti minyak sawit dan pesaing minyak sawit akan terus mensensasikan isu ini. Akibatnya, syarikat-syarikat ini dan sektor minyak sawit negara berdepan dengan risiko diancam dengan dakwaan-dakwaan baharu tindakan perundangan oleh Amerika Syarikat atau pemboikotan produk-produknya.

Memandangkan minyak sawit di pasaran dipasarkan di seluruh dunia, dakwaan-dakwaan ini merupakan isu global pada Malaysia dan tidak hanya tertumpu di Amerika Syarikat.

Walaupun Amerika Syarikat menyumbang hanya tiga peratus kepada jumlah eksport minyak sawit Malaysia, isu tersebut juga akan mendorong negara-negara mengimport minyak sawit lain memperkenalkan polisi-polisi baharu berkaitan pematuhan peraturan hak-hak asasi manusia. Ini bakal menggugat pasaran produk-produk sawit kita pada masa depan.

Tuan Yang di-Pertua, industri minyak sawit Malaysia telah mengharungi pelbagai cabaran melampau yang bukan sahaja mengancam pasaran globalnya malah menjejaskan reputasinya. Kempen Anti Minyak Sawit di media sosial yang berterusan memainkan isu-isu kemusnahan hutan hidupan liar dan kesihatan terus menghakis kepercayaan para penggunaan terutamanya di negara-negara maju terhadap minyak sawit.

Di samping syarikat-syarikat pengeluar minyak sawit, kehidupan lebih 450 ribu orang pekebun kecil sawit kita juga terancam oleh isu-isu dibangkitkan ini. Golongan ini telah lama bergantung kepada komoditi ini untuk meneruskan kelangsungan hidup daripada dibelenggu kemiskinan serta memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka. Kemerosotan pasaran global minyak sawit Malaysia akibat dakwaan yang dikaitkan dengan pencabulan hak asasi tenaga buruh akan memberi kesan sosial jangka panjang yang sangat teruk kepada mereka.

Oleh yang demikian, kerajaan perlu menyediakan dana yang mencukupi untuk industri minyak sawit Malaysia khususnya Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) jika ia berhasrat untuk menangani isu buruh paksa dan persepsi ini secara keseluruhannya.

Untuk makluman, dana yang diperuntukkan kepada MPOC selama ini adalah sangat kecil berbanding pendapatan yang dijana oleh sektor sawit. Sebagai contoh MPOC menerima sejumlah RM57 juta untuk membiayai segala aktiviti pemasaran, dan mengenai Kempen Anti Minyak Sawit pada tahun 2021. Jumlah ini bersamaan dengan 0.08 peratus daripada RM73.035 bilion yang dijana oleh sektor sawit.

Soalan saya adalah apakah strategi dan pelan tindakan yang berkesan untuk menangani isu ini yang turut menjejaskan sektor-sektor lain selain daripada sektor minyak sawit? Dalam hal ini, libat urus dengan para pembuat dasar di Amerika Syarikat serta penyebaran maklumat dari semasa ke semasa berkenaan langkah-langkah proaktif yang diambil adalah sangat mustahak.

Tuan Yang di-Pertua, saya memuji tindakan Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk mengembalikan semula diskaun PTPTN kepada peminjam bagi menggalakkan mereka peminjam rasa lebih bertanggungjawab untuk membayar baki hutang mereka.

final • 1:50 PM

Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Namun, saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian untuk pertimbangan iaitu dalam bagaimana boleh kita galakkan lagi pembayaran semula hutang-hutang mereka.

Jika sebelum ini pembentangan belanjawan pada tahun 2018, kerajaan memberikan grace period, dengan izin, sehingga enam bulan selepas tamat belajar untuk membayar semula hutang mereka. Walaupun enam bulan ini ada sedikit ruang untuk mereka merencanakan pembayaran semula hutang mereka, tetapi ada juga antara mereka masih belum bekerja dan tidak mempunyai pendapatan.

Jadi, adakah kerajaan boleh mempertimbangkan untuk mengembalikan semula grace period ini buat graduan. Bukan grace period selepas tamat belajar, tetapi grace period yang saya ingin mencadangkan mereka, iaitu graduan wajib membayar semula pinjaman mereka apabila mereka telah mendapat pekerjaan dengan gaji sekurang- kurangnya RM1,800 ke atas dengan galakan pembayaran automatik menolak gaji atau direct debit serendah RM50 sehingga RM100.

Selanjutnya, saya ingin pohon pertimbangan kerajaan untuk menukar terus status pinjaman mereka kepada biasiswa penuh buat mereka yang betul-betul datang dalam kalangan keluarga miskin tegar atau mereka berstatus anak yatim piatu. Cadangan ini saya lihat lebih realistik untuk kita laksanakan di peringkat awal dan lebih baik daripada mereka yang menjamin kan pemansuhan PTPTN tetapi gagal.

Tuan Yang di-Pertua, dengan kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua warga kaum India di Malaysia. Sekian, terima kasih saya mohon menyokong.

final • 1:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Julau. Akhir sekali Yang Berhormat Labuan. Silakan, 11 minit.

final • 1:50 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Terima kasih. Assalamualaikum dan selamat petang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi saya peluang untuk turut membahaskan Bajet 2022 ini.

Sebelum pandemik COVID-19 lagi di pertengahan 2015, ekonomi Labuan memang sudah jatuh merudum disebabkan oleh kejatuhan harga minyak. Sebelum itu lebih sepuluh cadangan pembangunan tanah kerajaan dengan konsep usaha sama kerajaan-swasta bernilai ratusan juta ringgit setiap satu dirancang dan diiklankan oleh Perbadanan Labuan.

Dalam keadaan ekonomi yang rancak ketika itu, banyak syarikat dari seluruh negara berminat dan bersaing menghantar cadangan pembangunan yang cukup menarik.

Pembangunan itu termasuk projek pembinaan gudang dan kawasan industri baharu hotel- hotel, pusat komersial termasuk shopping mall serta pembangunan semula bandar Labuan, waterfront di sepanjang Victoria Near Beach Resort, taman main tema mini, projek perumahan dan bandar satelit baharu. Ia perlu untuk meningkatkan kapasiti Labuan sebagai pusat industri minyak dan gas, Labuan sebagai International Business and Financial Centre (Labuan IBFC) dan bandar pintar. Labuan sebagai pusat pelancongan dan sebagainya.

Setelah melalui proses penilaian oleh Perbadanan Labuan, ia dilihat lagi oleh Kementerian Wilayah dan selepas itu ke UKAS, JKAS dan akhirnya kelulusan Kabinet Kerajaan Persekutuan. Kebanyakan cadangan sampai ke peringkat akhir dan proses itu memakan masa empat tahun terlalu lama. Hampir semua iaitu 90 peratus telah membatalkan hasrat walaupun mereka telah banyak berbelanja dan membuang masa menyediakan cadangan yang melibatkan kerja-kerja oleh badan profesional seperti konsultan ekonomi dan firma arkitek dan kejuruteraan. Terlalu banyak kerenah birokrasi yang tidak mesra pelaburan. Kalau mahu Labuan maju dan berdaya saing, masalah ini mesti dibetulkan.

Tuan Yang di-Pertua, ekonomi Labuan masih sangat bergantung dengan industri minyak dan gas.

final • 1:57 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Industri minyak dan gas di Labuan dimulakan oleh Kerajaan Negeri Sabah yang mengadakan Kawasan Perindustrian Ranca-Ranca di hujung tahun 70-an dan awal 80- an. Di sana lah bertapaknya banyak industri berat seperti methanol plant, steel manufacturing, limbungan membuat kapal dan Asian supply base sebagai hub logistic minyak dan gas huluan. Jadi, apa benda baharu yang diadakan selepas menjadi Wilayah Persekutuan. Duty free. Labuan memang pun pulau bebas cukai sejak zaman British lagi. Okey lah, ada tambahan arak, rokok dan coklat. Rokok pun tahun ini, 2021 sudah dikeluarkan balik daripada senarai. Kenapa ini perlu dibuat? Kalau hendak banteras penyeludupan, caranya adalah jangan dicukai terlalu tinggi. Kalau cukai terlalu tinggi, maka ada ruang untuk penyeludupan. Mereka tidak perlu melalui pulau bebas cukai pun.

Labuan diisytiharkan sebagai pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa dalam tahun 1990. Berbanding dengan financial offshore centres lain di seluruh dunia, memang Labuan sangat kecil daripada segi jumlah pendaftaran syarikat. Itu pun dengan sudah membenarkan syarikat-syarikat tersebut daftar sebagai Labuan entiti tetapi pejabat operasi berada di Kuala Lumpur atau Iskandar Malaysia.

Sedihnya sejak tahun yang lepas, dua tahun yang lepas, ribuan syarikat antarabangsa telah meninggalkan Labuan. Berpindah ke Singapura dan Hong Kong atas sebab di bawah perundangan baharu yang kita putuskan, syarikat-syarikat kategori general trading and services tidak lagi layak untuk cukai rendah 3 persen seperti sebelum ini.

Labuan sebagai military base memang sejak British lagi. Dahulu Labuan ialah air force base dan naval base. Navy pun sudah berpindah ke Sepanggar. Jadi, apa sangat kejayaan Kerajaan Persekutuan membangunkan ekonomi Labuan ini? Ahli Parlimen Kinabatangan semasa membahaskan RMKe-12 ada mengingatkan Dewan ini akan kegagalan Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan Labuan mengikut apa yang diharapkan oleh kerajaan dan rakyat negeri Sabah. Termasuk rakyat Labuan.

Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan kerana menyahut saranan yang saya selalu buat kepada Ahli-ahli Parlimen dari Sabah untuk mengingatkan Kerajaan Persekutuan bahawa objektif penyerahan Labuan secara percuma itu adalah untuk Labuan dibangunkan dengan cepat dan menjadikan ekonomi yang mampan serta menjadi perangsang kepada pembangunan ekonomi kawasan sekitar.

Sepatutnya, setelah 37 tahun, bukan sahaja Labuan menjadi pulau bertaraf antarabangsa. Akan tetapi kawasan persekitaran, terutamanya Pekan Menumbuk dan sekitarnya juga sudah mempunyai infrastruktur yang baik dan dapat bersama menarik pelaburan. Ini kerana ia sudah berdekatan dengan airport dan Pelabuhan Labuan yang sepatutnya dinaiktarafkan.

Apa yang saya dapat simpulkan ialah Kerajaan Persekutuan tidak bersungguh, terutamanya selepas 20 tahun Labuan sebagai Wilayah Persekutuan. Sekarang bukan sahaja Labuan dirasakan tidak diberi perhatian serius. Akan tetapi juga sudah mula terhimpit dan menjadi disadvantage apabila Kerajaan Negeri Sabah sendiri melihat Labuan sebagai negeri lain.

Barang-barang dari Sabah masuk ke Labuan dikira eksport. Contoh, mula bulan lepas, batu kelikir dan pasir dari Sabah tidak boleh masuk ke Labuan tanpa permit dari kerajaan negeri. Begitu juga banyak bahan makanan seperti telur memerlukan eksport permit. Saya bacakan antara aduan rakyat Labuan yang perlukan perhatian kerajaan. Kos sara hidup menjadi terlalu tinggi, terutamanya bahan binaan. Paip bekalan air selalu pecah dan mengganggu bekalan.

Banjir banyak semasa hujan lebat. Tanah runtuh di kawasan berdekatan rumah- rumah kampung, membuat mereka terdedah dengan bahaya. Kerajaan tempatan tidak benarkan kontraktor kecil G1 berpejabat di rumah untuk jimat kos. Keperluan lampu trafik di simpang Lajau, simpang Kinabenua, simpang Taman Mutiara. Peniaga kecil di UTC

final • 2:00 PM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Labuan dan lain-lain premis, ramai tidak mampu bayar tunggakan sekarang ini disebabkan tutup semasa PKP.

Isu keperluan tambahan ruang parkir di UTC Labuan. Isu peruntukan mengurus untuk Perbadanan Labuan yang semakin mengecil, termasuk tahun ini. Projek-projek jalan simen di kampung-kampung masih menunggu peruntukan. Peruntukan untuk Jabatan Kebajikan di Labuan jauh dari cukup. Isu lesen nelayan pesisir pantai. Isu internet di luar bandar Labuan. Isu setinggan dan penempatan yang boleh menjadi ancaman kesihatan awam, terutamanya apabila berlaku wabak.

Isu fasiliti kesihatan perlu ditingkatkan supaya rakyat Labuan tidak perlu ke Kota Kinabalu. Memandangkan Labuan markas ketenteraan, Labuan patut ada hospital tentera. Isu pengangguran Labuan 8.8 peratus dua kali ganda kadar purata negara. AJK JPKK masih belum dilantik, dengarnya cuma di Labuan. Elaun ketua kampung cuma RM700 sebulan. Bayarlah sekurangnya RM1,200 seperti gaji minimum. Isu Jambatan Labuan. Juga di Labuan banyak projek kerajaan yang sudah lama lulus tetapi pelaksanaannya tertangguh bertahun-tahun.

Sekolah menengah agama di Labuan baru diumumkan. Alhamdulillah ia sudah tertangguh lama. Klinik Kesihatan Bebuloh sudah lulus peruntukan tetapi masih tertangguh. Projek penggantian paip utama Jalan Muhammad Salleh bernilai RM100 juta, tertangguh. Projek JTLKIM RM20 juta, tertangguh. Projek Beach Nourishment di sepanjang pantai Sungai Miri, Sungai Pagar tertangguh 4 ke 5 tahun. Masjid Kampung Sungai Lada RM7 juta. Nur Iman Ganggarak RM7 juta. Masjid Terapung Darul Salam Patau-Patau 2 sudah diumum. Naik taraf Surau Nurul Islam sudah disiapkan design dan sudah lulus. Bagaimana dengan Masjid Bukit Kalam, Adam Lajau, Batu Arang, Patau- Patau 1, Kilan dan banyak lagi? Rumah pam untuk mitigasi banjir di Kampung Rancah- Rancah bernilai RM4.5 juta sudah diluluskan beberapa tahun yang lepas, belum dilaksanakan.

Sangat diperlukan time selalu banjir sekarang ini. Pusat Tingkatan 6 Labuan.

Projek penyelenggaraan dan baik pulih Kompleks Sukan Labuan tertangguh banyak kali.

Tahun lepas, Menteri Belia dan Sukan ada umumkan RM20 juta dahulu sebelum tambahan untuk membaiki ataupun membuat baharu kolam renang tetapi masih tidak terlaksana. Harga kontrak kebanyakan projek kerajaan pada masa ini masih tidak disesuaikan dengan harga baharu bahan binaan yang meningkat. Ia boleh membuatkan banyak projek kerajaan akan gagal dan kontraktor menanggung rugi.

Tuan Yang di-Pertua, mengakhiri ucapan. Saya ada dua permintaan penting untuk bantu pulihkan dan seterusnya, transform Labuan. Minta Petronas buat dasar baharu supaya sebahagian besar methanol yang dihasilkan di Labuan tidak dieksport tetapi akan dijual kepada industri hiliran methanol best products di Labuan. Petronas pastikan pelaburan untuk industri hiliran methanol masuk ke Labuan biar, banyak peluang pekerjaan.

Kedua, sangat penting. Adakan regional development authority berkuasa tinggi yang akan merangkumi kawasan pulau Labuan dan kawasan Lembah Klias di seberang di Sabah. Jawatankuasa Labuan Lembah Klias Regional Development Authority itu sepatutnya lebih kurang mengambil model Iskandar Malaysia, dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan ahli-ahlinya mesti melibatkan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, Menteri Wilayah, Menteri Kewangan dan Menteri EPU.

Bangunkan pulau Labuan dan Lembah Kelang serentak dalam satu perancangan komprehensif. Ini akan menjadikan Projek Jambatan Labuan Sabah yang mahu dibuat secara PFI itu menjadi berdaya maju dan seluruh kawasan akan dapat menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara. Terima kasih dan Happy Deepavali. Sekian.

final • 2:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menangguhkan Mesyuarat Dewan pada hari ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari Deepavali yang akan disambut pada hari esok, Khamis, 4 November 2021.

Balik ke kampung berkirim hadiah, Hajat menyinggah di bandar Jeli,

final • 2:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pesta cahaya disambut meriah, Selamat menyambut Hari Deepavali. Semoga Ahli-ahli Yang Berhormat selamat sampai ke destinasi masing-masing dan sentiasa sihat walafiat di samping keluarga tersayang.

Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan itu Mesyuarat Dewan pada hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Isnin, 8 November 2021. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.

final • 2:00 PM

[Dewan ditangguhkan pada jam 2.10 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026