Oct282021

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Tuan Mordi anak Bimol [Mas Gading] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan dalam usaha membina semula ekonomi pada zaman pasca COVID- 19, apakah KPI Kementerian, strategi dan langkah yang diambil demi merangsang pertumbuhan sektor ekopelancongan khususnya di Sarawak yang mempunyai destinasi- destinasi unggul seperti Taman Negara Mulu, Taman Negara Tanjung Datu, Taman Negara Gunung Gading dan Taman Negara Kubah. Berapa jumlah peruntukan yang dirancang untuk pembangunan sektor ini di Sarawak di bawah RMKe-12.

final • 10:00 AM

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Mas Gading.

Bagi memulihkan dan mengembalikan daya saing industri pelancongan negara, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah menggubal Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030 yang merupakan agenda transformasi yang menumpukan pada usaha-usaha meningkatkan pendapatan negara, menggalakkan kerjasama dan pelaburan, memperkasa masyarakat setempat serta mengukuhkan daya tahan dan kemapanan industri pelancongan negara.

Menerusi DPN, MOTAC juga berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi ekopelancongan pilihan dunia memandangkan negara kita merupakan antara 17 buah negara yang dikenali sebagai negara mega diversiti kerana kekayaan dan kepelbagaian flora dan fauna.

Justeru, tumpuan akan diberikan kepada pelancongan lestari. Bagi tujuan tersebut, segmen ekopelancongan merupakan fokus utama MOTAC terutamanya dalam merancakkan semula industri pelancongan selaras dengan Pelan Ekopelancongan Kebangsaan (NEP) 2.0 2020-2030. NEP ini merangkumi strategi-strategi dan pelan tindakan bagi memastikan kelestarian produk ekopelancongan negara kekal mampan.

Bagi negeri Sarawak khususnya, MOTAC telah mengenal pasti sembilan kluster ekopelancongan yang berpotensi untuk dibangunkan iaitu:

(i) Lundu, Sematan, Telok Melano, Tanjung Datu;

(ii) Bako, Santubong, Kubah, Semenggok, Bau, Padawan;

(iii) Seri Aman, Batang Ai, Ulu Sungai Menyang, Maludam;

(iv) Sibu, Kapit, Tuno, Baleh, Pelagus;

(v) Mukah, Daro, Pulau Bruit, Tanjung Manis;

final • 10:00 AM

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri

(vi) Bintulu, Bakun, Belaga, Lusong Laku, Nanga Merit, Murum;

(vii) Miri, Sibuti, Niah, Loagan Bunut;

(viii) Limbang, Mulu, Gunung Buda; dan

(ix) Lawas, Bario, Ba’kelalan, Baram.

Kesemua kluster ini merangkumi penglibatan 676 pengusaha inap desa di bawah Program Pengalaman Homestay Malaysia yang berdaftar dengan MOTAC melibatkan 50 buah kampung. Antara homestay itu ialah Kampung Telok Melano dekat dengan Yang Berhormat, Kampung Bako, Rumah Panjang Bawang Assan, Kampung Sungai Asap, Kampung Senau, Kampung Darul Islam Belimbing dan di kawasan Yang Berhormat sendiri iaitu Kampung Krokong dan Kampung Atas.

Pada tahun 2020, pendapatan diperoleh menerusi program ini di Sarawak adalah melebihi RM1.2 juta dengan kehadiran hampir 9,700 orang pengunjung. Manakala jumlah pendapatan ini adalah jauh le bih baik semasa sebelum penularan COVID-19 iaitu melebihi RM4 juta pada tahun 2018 dan 2019. Insya-Allah, dengan pembukaan semula aktiviti pelancongan domestik dan kebenaran merentas negeri sekarang, kita berharap pengusaha program homestay ini akan kembali menjana pendapatan yang baik.

Panjang lagi jawapan untuk Yang Berhormat tetapi saya hendak menyatakan di sini Sarawak di antara negeri yang paling banyak homestay iaitu sebanyak 50 buah kampung dan ada lagi ahli-ahli yang terlibat ramai dalam beberapa― kejap nanti saya bagi figure. Disebabkan masa, saya akan beri jawapan secara sepenuhnya selepas ini.

Terima kasih.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sila Yang Berhormat Mas Gading untuk bertanya soalan tambahan pertama selama 30 saat.

final • 10:00 AM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Umum mengetahui bahawa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Darurat yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan, ia menjejaskan sektor pelancongan dan perhotelan sama ada dalam jangka masa pendek mahupun dalam masa jangka panjang.

Hal ini kerana pihak Kerajaan Persekutuan mengambil langkah untuk mengenakan sekatan pintu sempadan dan ruang udara. Pihak Kerajaan Persekutuan tidak menawarkan sebarang pampasan mahupun insentif terutamanya kepada pekerja daripada sektor pelancongan dan perhotelan yang terpaksa diberhentikan. Jadi, kadar penurunan jumlah kemasukan pelancong keluar negara mahupun dalam negara telah menyebabkan ramai pengusaha sektor pelancongan dan perhotelan mengambil langkah kos rasionalisasi dengan memberhentikan pekerja mereka.

Jadi, soalan saya. Apakah langkah holistik Kerajaan Persekutuan, terutamanya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dalam membela nasib pekerja sektor pelancongan dan perhotelan yang terpaksa diberhentikan sebagai langkah kos rasionalisasi sepanjang PKP dan Perintah Darurat? Adakah terdapat sebarang akta khusus yang boleh melindungi nasib pekerja sektor pelancongan dan perhotelan yang terpaksa diberhentikan sebagai langkah kos rasionalisasi sepanjang tempoh PKP dan Perintah Darurat? Sekian.

final • 10:00 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri

Yang Berhormat, sebenarnya ia bukan hanya peruntukan yang diberi melalui MOTAC sahaja. Ia cross the ministries dengan izin sebab yang diberhentikan bekerja ataupun mereka yang terpaksa diretain dengan izin ada di bawah Kementerian Sumber Manusia. Bagi kita untuk tourist guide dan juga homestay, kita ada beri.

Baru-baru ini kita beri juga kepada SME seperti dalam RM3,000 dan yang industry players yang lain juga kita bagi. Saya rasa Yang Berhormat kena ikut apa nama kita punya perkembangan maklumat terkini sebab kita sentiasa memberi untuk membantu semua pihak yang terlibat dalam industri pelancongan ini Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri

Baru-baru ini, kami baru beri kepada mereka yang terlibat dalam kebudayaan sama ada penyanyi ataupun mereka dalam industri ini melalui teater kah, semuanya kita ada beri peruntukan sebagai membantu. Bantuan khas kepada bukan kerajaan iaitu kepada mereka yang berdaftar dengan kita.

Jadi, banyak Yang Berhormat yang kita bantu. Bukan kita tidak bantu. Saya rasa Yang Berhormat perlu ikut perkembangan maklumat yang diberi melalui berita rasmi dan juga daripada sosial media banyak Yang Berhormat. Rugi Yang Berhormat tidak tahu supaya Yang Berhormat juga boleh juga kongsi dengan orang di kawasan-kawasan Yang Berhormat, sama ada di Sarawak ataupun di mana sahaja. Ini adalah satu dasar yang menyeluruh Yang Berhormat, dibantu oleh kerajaan melalui Kerajaan Persekutuan.

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Menteri.

Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Igan, 30 saat.

final • 10:10 AM

Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Yang Berhormat Menteri, saya telah mendengar dengan teliti jawapan yang telah disampaikan Yang Berhormat Menteri sebentar tadi, di mana salah satu kluster yang disebut ialah kawasan Daro itu ialah kawasan Parlimen saya.

Soalan tambahan saya Yang Berhormat Menteri, selain daripada projek pembangunan fizikal seperti yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi, apakah ada usaha-usaha lain pihak kementerian dalam memastikan pembangunan modal insan masyarakat tempatan Sarawak yang terdiri daripada pelbagai etnik yang mempunyai potensi untuk terlibat sama dengan lebih efektif ke dalam industri ekopelancongan di negeri Sarawak. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya kalau kita bercakap mengenai homestay tadi, itulah salah satu daripada projek ekopelancongan.

Selain daripada itu juga, kita membantu melalui memberi diskaun baucar melalui tiket penerbangan untuk mereka pergi ke satu-satu tempat dan menikmati produk ecotourism.

Apa yang saya nyatakan mengenai kawasan-kawasan cluster tadi, kawasan Yang Berhormat juga saya rasa memang banyak yang bergiat dalam bidang kraf tangan dan kita masa ini terutama sekali melalui PENJANA, kita telah menubuhkan community-based tourism dengan izin di mana kita membantu untuk mewujudkan usahawan-usahawan daripada segi batik, daripada segi yang lain serta reskilling, upskilling terutama sekali mereka yang terjejas oleh COVID-19 ini.

Kita tubuhkan community-based tourism ini untuk mereka menggiatkan diri dalam kraf-kraf tangan dan dibayar gaji basic RM1,200 seorang. Kita hendak menggalakkan terutama sekali golongan muda seperti yang dikata oleh Yang Berhormat Mas Gading tadi. Saya hendak nyatakan di sini, kita bantu juga banyak tempat dan ini adalah proses yang berterusan di mana kita bantu mereka yang bergiat dalam bidang-bidang, terutama sekali bukan fizikal tadi daripada segi tempat pelancongan.

Jadi kita merangkumi semua, daripada segi aspek asalkan ia di bawah pelancongan yang boleh kita bantu malah buskers kita bantu. Kita cari jalan untuk membantu mereka ini menggalakkan orang muda terutama sekali mereka bergiat dalam industri ini untuk bergiat di PPV. Kita bawa mereka di mana-mana supaya mereka, di mana-mana kita menganjurkan program, supaya mereka juga dapat manfaat daripada itu.

Terima kasih Yang Berhormat.

Saya hendak mengambil peluang ini Tuan Yang di-Pertua, sedikit ingin mengambil sedikit ruang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang anggun dan segak mengenakan baju batik Malaysia masing-masing pada hari ini. You deserved all applauds yourself dengan izin. Bagi meraikan–

final • 10:10 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Sejuk, sejuk.

final • 10:10 AM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Kena sponsor kepada setiap Ahli Parlimen.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri

Boleh, insya-Allah. Bagi meraikan hari bersejarah ini, hari pertama pemakaian batik di Dewan Rakyat, sukacita saya maklumkan bahawa Yang Berhormat dan semua Keluarga Malaysia akan mendapat rebate tunai RM30 bagi setiap pembelian bernilai RM100 yang kita tawarkan ke atas pembelian mana-mana produk kraf Malaysia yang dijual di tempat-tempat berikut– Ini membantu industri batik.

Kita ada outlet di Parlimen juga dan mana-mana outlet di cawangan Kraftangan Malaysia di mana-mana sahaja, anda dapat rebate RM30 setiap RM100 nilainya. Terima kasih banyak-banyak, tahniah semua. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua pun hari ini pakai batik, kena puji sama dia.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya, saya beli di Parlimen.

final • 10:10 AM

Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu

Satu sahaja hendak sambut Yang Berhormat Menteri punya ucapan tadi.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih.

final • 10:10 AM

Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tangga Batu hendak cakap pantun untuk sambut Yang Berhormat Menteri punya berkenaan pemakaian batik.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya. Ringkas sedikit.

final • 10:10 AM

Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu

Ya, okey pantun satu sahaja okey.

*Berbaju batik tampak budiman, AP wanita tidak kurang jelita, Pasaran tempatan perlu ditawan, Demi membantu industri kita.

[Tepuk]* Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Pertanyaan Menteri seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Tuaran.

final • 10:10 AM

2. Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau [Tuaran] minta Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan apakah peranan Kerajaan Persekutuan dalam usaha mengatasi masalah bekalan air di Sabah meliputi masalah sumber air, masalah rawatan air dan masalah Non-Revenue Water (NRW).

final • 10:10 AM

Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, bahawa di peringkat persekutuan, Akta Industri Perkhidmatan Air dan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara telah pun diwujudkan bagi melaksanakan fungsi kawal selia industri bekalan air di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Walau bagaimanapun, kedua-dua akta ini tidak terpakai di Sabah kerana Sabah tidak migrasi kepada Kerajaan Pusat. Sehingga setakat ini, ada tiga negeri Sabah, Sarawak dan Terengganu yang belum melakukan migrasi pada Kerajaan Pusat. Walau bagaimanapun, kedua-dua akta ini untuk makluman, bahawa selain daripada itu dicadangkan agar enakmen yang sama dapat diwujudkan di negeri Sabah bagi mengawal selia industri bekalan air untuk memastikan fungsi kawal selia dan operasi dapat diasingkan.

Ini bagi membolehkan satu badan kawal selia diwujudkan untuk membolehkan industri bekalan air di Sabah beroperasi secara lebih ekfektif. Untuk makluman Dewan yang mulia, Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air bertanggungjawab dalam menyediakan pembiayaan secara pinjaman bagi pelaksanaan bagi projek-projek bekalan air di kawasan bandar di seluruh negeri Sabah.

final • 10:10 AM

Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Untuk makluman, jumlah pengeluaran pinjaman yang telah diluluskan semenjak Rancangan Malaysia Ke-8 hingga Rancangan Malaysia Ke-10, sebanyak RM2.5 bilion.

Manakala, peruntukan untuk Rancangan Malaysia Ke-12, kita telah sediakan sebanyak RM2.2 bilion untuk negeri Sabah. Manakala pembangunan peruntukan bekalan air luar bandar disediakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi projek- projek bekalan air luar bandar.

Untuk makluman Yang Berhormat, urusan operasi dan pembangunan infrastruktur bekalan air di Sabah di bawah tanggungjawab Yang Berhormat Menteri Kerja Raya Sabah, melalui dasar-dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Kerja Raya Sabah, selanjutnya pihak berkuasa air negeri yang diberi kuasa sejajar dengan Enakmen Bekalan Air Sabah (2003) adalah Jabatan Air Negeri Sabah.

Dalam hal ini, saya ingin tegaskan bahawa sebagai pihak bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan bekalan air di Sabah, peranan Jabatan Air di Negeri Sabah adalah sangat besar dan sangat kritikal dalam memastikan perancangan pembangunan dan mengoperasi sistem bekalan air termasuk juga NRW di Sabah dapat ditingkatkan.

Sementara itu, untuk makluman Dewan yang mulia, pada tahun 2021 di bawah RP1, Rancangan Malaysia Ke-12, sebanyak RM117 juta diperuntukkan bagi membiayai pelbagai projek dalam usaha menyelesaikan masalah bekalan air di seluruh negeri Sabah.

Terima kasih.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Terima kasih di atas jawapan itu Yang Berhormat Menteri. Peruntukan RM2.2 bilion untuk Rancangan Malaysia Ke-12 untuk menyelesaikan masalah bekalan air di Sabah. Persoalan kita di sini ialah bagaimanakah peruntukan itu akan dilaksanakan pada ketika di mana Lembaga Air negeri Sabah yang dinyatakan Yang Berhormat Menteri belum lagi ditubuhkan. Adakah peruntukan ini disalurkan terus ke kerajaan negeri dan kerajaan negeri yang akan tentukan ataupun Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan secara langsung peruntukan RM2.2 bilion ini, terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Silakan Yang Berhormat Menteri, dua minit 30 saat.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Terima kasih. Peruntukan sebanyak RM2.5 bilion yang saya sebutkan tadi disalurkan pada kerajaan negeri. Ia menjadi pinjaman bagi pihak kerajaan negeri. Berbeza kalau negeri yang migrasi pada Kerajaan Pusat. Pinjaman itu diberi pada syarikat air. Oleh kerana itu, ia tidak termasuk pinjaman kerajaan negeri. Oleh kerana Sabah tidak migrate pada Pusat, menyebabkan pinjaman itu ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri dan kerajaan negeri akan menguruskan dengan pihak Jabatan Air Negeri Sabah. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Jerai, Jerai.

final • 10:20 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sik mohon tambahan.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan yang kedua, saya menjemput Yang Berhormat Beaufort.

final • 10:20 AM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Terima kasih Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan peruntukan RM2.2 bilion untuk negeri Sabah dalam RMKe-12. Akan tetapi yang penting sekarang ini, kita masih lagi bermasalah. Di antara kawasan yang bermasalah air di Sabah ini ialah Parlimen Beaufort, meliputi Daerah Beaufort dan Daerah Kuala Penyu. Setiap kali berlaku masalah ini, jawapannya NRW yang tinggi 60 peratus, kekeruhan air yang tinggi dan loji-loji yang ada dua itu tidak berfungsi dengan sebenarnya.

Oleh kerana peruntukan ini merupakan pinjaman datang dari Kerajaan Persekutuan, adakah kementerian berhasrat untuk meninjau bagi memastikan peruntukan-peruntukan tersebut dilaksanakan bagi memberi manfaat kepada rakyat yang

final • 10:20 AM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

memerlukan seperti pembinaan loji? Memastikan loji itu benar-benar berfungsi untuk membekalkan air kepada pengguna-pengguna.

Memastikan kekeruhan air itu dapat dilihat dengan lebih telus lagi dan bagaimana caranya untuk menyelesaikan masalah ini? Paip-paip yang dikatakan tidak dapat menghantar air kepada pengguna itu, dapat ditengok lagi dengan sebenar-benarnya supaya masalah air yang sekarang ini dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya dan bermanfaat kepada rakyat yang memerlukan. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Sila Menteri, dua minit 30 saat.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort.

Saya mengambil maklum tentang apa yang berlaku di Beaufort sebabnya banyak kali soalan dibangkitkan. Untuk makluman, Beaufort ini kita telah peruntukan sebanyak RM226 juta untuk pembinaan loji dan pemasangan rangkaian paip di daerah Beaufort.

Beaufort ini kadar NRW nya sangat tinggi 60 peratus. Isu yang dibangkitkan ialah kerana kerajaan negeri, kita beri pinjaman keseluruhannya.

Pelantikan kontraktor, pengawalan dan penyeliaan, semua di bawah kerajaan negeri. Kerajaan Pusat tidak bertanggungjawab kepada kontraktor dilantik oleh pihak kerajaan negeri. Walau bagaimanapun, saya telah pun mengadakan perbincangan awal dengan Timbalan Ketua Menteri Sabah untuk kita lihat perkara ini secara yang lebih dekat, bagaimana untuk kita membantu di peringkat Kerajaan Persekutuan. Walaupun kami tidak boleh campur tangan dalam urusan-urusan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Sabah. Akan tetapi kita cuba bantu supaya perkara-perkara yang dibangkitkan itu dapat kita atasi bersama. Terima kasih .

final • 10:20 AM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Sikit ya, Jerai, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Dua soalan sahaja.

Pertanyaan-pertanyaan Menteri yang seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Puan Kasthuriraani a/p Patto, Batu Kawan.

final • 10:20 AM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua. Sebelum saya memulakan soalan saya, ingin saya merakamkan penghargaan Dewan ini kepada Yang Berhormat Permatang Pauh dan kepada Yang Berhormat Balik Pulau di atas kerja dan usaha mereka untuk memastikan hari ini menjadi realiti, semua Ahli Parlimen memakai baju batik.

Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan soalan saya dengan serangkap pantun.

Baju batik khazanah negara, Serlah megah di mata dunia, Batik di Parlimen sejuk dipandang mata, Mohon menjawab soalan Batu Kawan nombor tiga.

final • 10:20 AM

3. Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan mengapa RM0.50 sen dikenakan sebagai caj sebagai komisen oleh Pejabat Pos kepada pelanggan apabila membayar bil ASTRO sekiranya dibayar secara manual di Pejabat Pos.

final • 10:20 AM

Menteri Komunikasi dan Multimedia - Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

Tuan Yang di-Pertua. Pohon betik buah papaya, Banyak ditanam di Batu Kawan, Pakaian batik memang indah coraknya, Bersamalah dipakai di persidangan Dewan. Tuan Yang di-Pertua, walaupun Yang Berhormat merujuk kepada pejabat pos tetapi hakikatnya Pos Malaysia Berhad telah pun lama dikorporatkan pada tahun 1992

final • 10:20 AM

Menteri Komunikasi dan Multimedia - Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

dan kemudiannya disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 2001. Kini, Pos Malaysia adalah anak syarikat kepada Kumpulan DRB-Hicom Berhad.

Selain daripada menyediakan perkhidmatan pos asas, Pos Malaysia telah mengembangkan aktiviti perniagaannya dan kini merupakan sebuah syarikat perkhidmatan logistik dan e-dagang bersepadu yang terulung di Malaysia melalui rangkaian melebihi 1,500 touch points di seluruh pelosok negara seperti pejabat pos, pusat pos laju, terminal layan diri dan pejabat pos bergerak.

Pos Malaysia menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan untuk kemudahan rakyat di samping untuk mempelbagaikan sumber pendapatan syarikat. Ini termasuklah perkhidmatan ejen perbankan dan penghantaran wang, insurans, ‘Jabatan Perkhidmatan Jalan’, urus niaga Permodalan Nasional Berhad, pembayaran cukai dan pembayaran bil.

Pos Malaysia berfungsi sebagai saluran penting untuk kemudahan rakyat bagi pembayaran bil kepada lebih 200 buah agensi dan jabatan kerajaan, termasuk syarikat- syarikat swasta. Ini termasuklah kerajaan tempatan seperti majlis pembandaran dan majlis daerah, jabatan dan yayasan yang berkaitan pendidikan seperti PTPTN, MARA, KPT dan sebagainya. Perkhidmatan utiliti seperti TNB, Air Selangor, Indah Water dan juga syarikat telekomunikasi dan penyiaran seperti TM, Maxis, Celcom dan Astro.

Sehubungan itu, caj perkhidmatan bagi urusan pembayaran bil adalah berbeza bergantung kepada jenis dan tahap perkhidmatan yang ditawarkan atas persetujuan bersama secara komersial. Untuk makluman Yang Berhormat, secara umumnya sejak Januari tahun ini, caj perkhidmatan sebanyak 50 sen bagi pembayaran bil Astro telah dilaksanakan oleh ejen-ejen pembayaran Astro yang lain. Cuma pihak Pos Malaysia sahaja yang baru memulakan mengenakan caj perkhidmatan yang sama bagi pembayaran bil Astro di kaunter jabatan pos bermula 1 September 2021.

Walaupun demikian, para pengguna Astro masih mempunyai alternatif untuk membayar tanpa caj di platform-platform pembayaran seperti berikut:

(i) perkhidmatan auto debit - pelanggan perlu mendaftar melalui self-service portal atau dipusat perkhidmatan pelanggan Astro, platform Astro QuickPay, portal Astro self service, saluran Astro 200 dan aplikasi MyAstro, platform JomPAY;

(ii) pembayaran menggunakan kad debit dan kad kredit melalui kaunter pusat khidmat pelanggan Astro dan sebagainya.

Jadi, para pengguna mempunyai option sama ada untuk membayar yang dikenakan service charges ataupun menggunakan kaedah-kaedah bayaran yang tidak memerlukan pembayaran sebarang service charges. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sila Yang Berhormat Batu Kawan, soalan tambahan pertama.

final • 10:20 AM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Saya sedia maklum apa yang Yang Berhormat Menteri berkongsi, namun saya just ingin membawa isu ini bahawa walaupun 50 sen itu boleh dianggap sebagai satu amount yang kecil tetapi bayaran untuk seorang bayar di pejabat pos untuk setahun ialah RM6, kalau 1,000 orang ialah RM6,000, kalau 1,000,000 orang ialah RM6,000,000. Ini di atas enam peratus service charge yang kita bayar juga kepada Astro.

Memandangkan juga mengikut jawapan Yang Berhormat Menteri, internet tidak wujud di semua tempat dan tidak stabil di semua tempat. Ramai termasuk ibu saya sendiri membayar bil-bil di Pejabat Pos. Adakah bayaran ini untuk pejabat pos? Adakah kementerian akan boleh menjadi middle person untuk mencadangkan bahawa :

(i) 50 sen charge ini dimansuhkan;

(ii) Astro yang menanggung charge 50 sen ini.

final • 10:20 AM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Oleh sebab on a long-term, kita mahu tahu juga 50 sen service charge- on top of the service charge, where is this 50 sen going? Ini ialah cadangan saya. Mohon jawapan dari Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Sila Menteri, dua minit 30 saat.

final • 10:20 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

Saya ambil perhatian terhadap cadangan itu. Sepertimana yang saya katakan, charges ini adalah commercial arrangement di antara Astro dan juga Pos Malaysia. Tidak ada sebarang peraturan yang boleh memaksa mereka ataupun kementerian tidak mempunyai jurisdiction untuk menentukan. Akan tetapi cadangan itu satu cadangan yang baik. Barangkali boleh saya merujuknya kepada Pos Malaysia.

final • 10:20 AM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Menteri, sebagai custodian, eventhough Pos Malaysia is private tapi you adalah custodian, the ministry is the custodian for Astro, for Pos Malaysia.

final • 10:20 AM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Commercial agreement ini saya rasa, lima puluh sen ini tidak patut dibebani oleh rakyat. Rakyat yang tak perlu bayar, biar Astro yang telah mendapat banyak profit termasuk masa lockdown ini, biar Astro yang bayar lima puluh sen komisen ini kepada Pos Malaysia. Itu cadangan saya. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 10:30 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Macam saya katakan tadi, Astro memberikan option. Ada platform bayaran bil tanpa dikenakan sebarang charges macam yang saya sebutkan tadi dan ada juga option untuk di pejabat pos. Walaupun bagaimanapun, kita merupakan satu badan regulatory yang bertanggungjawab kepada Pos Malaysia. Jurisdiction itu adalah masih merupakan satu commercial arrangement tetapi saya akan merujuk kepada mereka tentang cadangan Yang Berhormat. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada soalan tambahan?

final • 10:30 AM

Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh - Sri Gading

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Sri Gading.

final • 10:30 AM

Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh - Sri Gading

Berkaitan dengan perkara ini, dengan charges lima puluh sen ini juga ialah tentang Touch ‘n Go yang dikenakan kepada stesen-stesen minyak. Kita sudah beli minyak, stesen minyak pun dapat untung.

Touch ‘n Go pun kita bayar, dapat upfront lagi. Kenapa dikenakan caj lima puluh sen?

Walaupun tidak berkenaan, pihak pengguna sepatutnya— Minta Yang Berhormat Menteri memberi maklum balas tentang perkara ini. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading, sila Yang Berhormat Menteri beri jawapan.

final • 10:30 AM

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa

Tuan Yang di-Pertua, soalan itu tidak berkaitan dengan soalan yang asal. Walau bagaimanapun, saya ambil perhatian.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

final • 10:30 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh [Besut] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan apakah usaha diambil kementerian dalam meningkatkan hasil sawit dan getah melalui kaedah Pertanian Pintar khasnya melibatkan penggunaan teknologi sistem navigasi satelit dan sistem pengairan pintar.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi II - Datuk Willie anak Mongin

Selamat pagi, salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Besut yang sentiasa prihatin dengan industri komoditi ini. Beliau selalu bertanyakan mengenai industri ini dan sudah pasti sebagai seorang ahli politik yang veteran, beliau tetap memperjuangkan nasib untung pekebun-pekebun kecil sawit dan getah kita.

Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian sentiasa prihatin dan komited dalam usaha-usaha meningkatkan hasil komoditi sawit dan getah negara kita dengan mengaplikasikan teknologi semasa seperti sistem navigasi satelit dan juga pengairan pintar.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah menggunakan teknologi-teknologi berkaitan bagi meningkatkan hasil sawit seperti berikut:

(i) teknologi sistem navigasi satelit di mana menggunakan teknologi geospatial yang melibatkan teknologi penderiaan jauh

(remote sensing);

(ii) Navigasi satelit; dan

(iii) geographic information system (GIS) untuk menghasilkan Oil Palm Resource Information System ataupun dikenali sebagai OPRIS.

OPRIS adalah sistem yang mengenal pasti serta menyediakan maklumat geospatial tanaman sawit, jenis tanah, agro iklim, kawasan yang sesuai ditanam sawit dan kawasan tanaman sawit yang berpotensi serta membantu pemetaan kawasan Kelompok Minyak Sawit Mampan (SPOC) dan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan maklumat-maklumat ini dapat membantu pengurusan ladang yang lebih baik dan seterusnya meningkatkan hasil sawit.

Selain daripada itu, maklumat global positioning system (GPS) sebagai indikator untuk menjalani aktiviti penanaman semula juga digunakan untuk pekebun kecil.

Manakala untuk sistem pengairan pintar, pelaksanaan kajian terperinci mengenai kitaran air termasuk pengukuran air di pelbagai peringkat dan ekosistem sawit seperti kadar curahan hujan, kadar evaporasi kandungan air dalam tanah dan kadar penggunaan air oleh sawit. Data-data ini adalah untuk memahami dan mengaitkan kitar air ekosistem sawit dengan persekitaran dan perubahan cuaca. Seterusnya membantu menguruskan pengeluaran sawit yang lebih baik.

Selain daripada itu, dalam teknologi penggunaan sektor getah, penggunaan teknologi remote sensing juga untuk memantau keadaan pokok getah di ladang dan mewujudkan pangkalan data yang boleh digunakan untuk membangunkan dan menambahkan hasil industri getah. Selain daripada itu, LGM juga mewujudkan database geographic information system sebagai alat pengurusan ataupun management tools untuk menjangka corak cara penghasilan getah. Ini sedikit sebanyak telah dapat membantu sektor komoditi kita meningkatkan hasil sawit dan juga getah.

Selain daripada kaedah Pertanian Pintar ini, kita juga ada klon-klon benih sawit yang boleh ditanam dan boleh meningkatkan dalam 20 hingga 30 kadar pengeluaran yang lebih tinggi daripada klon yang selama ini kita guna. Itu sahaja yang kita telah lakukan di peringkat sawit dan getah. Banyak lagi yang telah dan sedang giat kita laksanakan. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila Yang Berhormat Besut, soalan tambahan pertama.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh - Besut

Terima kasih Kementerian Perladangan dan Komoditi dalam usaha-usaha untuk meningkatkan hasil sawit dengan penggunaan geospatial information system, satellite imaging dan lain-lain.

Soalan tambahan saya, apakah langkah-langkah under kementerian untuk meningkatkan penggunaan internet of things (IOT) untuk meningkatkan lagi hasil sawit dan getah agar masyarakat petani lebih pintar teknologi?

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Besut. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

final • 10:30 AM

Datuk Willie anak Mongin

Terima kasih Yang Berhormat Besut. Memang di negara kita ini, di peringkat Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, banyak usaha dan juga inisiatif yang telah dilaksanakan untuk kementerian ini menggunakan IOT ataupun internet pelbagai benda ini. Jadi, khasnya dalam menggalakkan peningkatan hasil tanaman sawit dan getah, kementerian memang menyahut cadangan penggunaan IOT dalam peningkatan hasil sawit dan juga getah dalam negara.

Buat masa ini, penerapan untuk IOT sektor sawit yang dijalankan oleh MPOB adalah menggunakan teknologi geospatial dan juga dron. Selain daripada itu, seperti mana yang saya sebutkan pada jawapan yang awal tadi, MPOB juga menggunakan GIS dan juga OPRIS untuk melihat keadaan tanah dan sebagainya, seperti yang saya sebutkan tadi. Selain daripada itu juga, penggunaan dron dalam pengurusan ladang dapat memberi jumlah sebenar dirian pokok per hektar dan dron juga digunakan untuk kawalan serangga, untuk mengawal penyakit Ganoderma dan sebagainya.

Kita telah menggunakan teknologi-teknologi ini di dalam industri sawit. Manakala untuk industri getah, kita juga ada big data yang melakukan remote sensing, global navigation satellite dan sebagainya untuk menghasilkan dan juga menambahkan produktiviti getah negara kita. Kita dalam kementerian sentiasa terbuka untuk melakukan penambahbaikan daripada semasa ke semasa. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua, saya jemput— Yang Berhormat Pasir Gudang hendak tanya kah? Sila Yang Berhormat Pasir Gudang. Saya tengok sudah berdiri.

final • 10:30 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi berusaha meningkatkan teknologi dalam industri sawit dan getah ini dengan satu inovasi iaitu kerja memotong buah sawit itu tidak lagi akhirnya menggunakan tenaga manusia tetapi mesin atau jentera? Begitu juga menoreh getah. Kita sudah pergi ke bulan dan akan pergi ke Marikh, boleh atau tidak urusan teknologi ini diusahakan? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

final • 10:30 AM

Datuk Willie anak Mongin

Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Pasir Gudang. Sebenarnya soalan ini agak terpesong sedikit sebab sebenarnya smart farming ataupun kaedah pertanian pintar ini lebih kepada penggunaan ICT ataupun teknologi dalam pertanian. Manakala yang disebut oleh Yang Berhormat Pasir Gudang tadi adalah lebih kepada mechanization, ia berbeza. IOT dengan mechanization, ia berbeza.

Akan tetapi, saya memang bersetuju dengan Yang Berhormat Pasir Gudang di mana sebenarnya menuai buah sawit ini dia tidak sama untuk kita naik ke bulan. Jadi, kita memang telah banyak mencipta alat-alat untuk penuaian dan cara-cara penuaian yang lebih berkesan dan menggunakan inovasi-inovasi yang telah direka cipta di MESCORP di bawah MPOB.

final • 10:30 AM

Datuk Willie anak Mongin

Akan tetapi, kebanyakan kekangan yang kita ada iaitu salah satu daripadanya, sepertimana yang pernah saya sebut dalam Dewan ini, disebabkan oleh topologi tanah dan juga kadang-kadang kosnya terlalu tinggi untuk kita transfer kepada pekebun- pekebun kecil khasnya. Kalau ladang-ladang besar, tidak ada masalah.

Jadi, kalau Yang Berhormat Pasir Gudang hendak menyelami cara kita menuai buah ini, Yang Berhormat Pasir Gudang boleh ikut saya pergi ke ladang, kita tuai bersama- sama. Baru kita tahu cara, penderitaan dan juga kekangan yang kita lalui apabila kita membuat penuaian. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan yang ketiga. Sila Yang Berhormat Alor Gajah.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah

Saya memohon supaya Kementerian Perladangan berkongsi sedikit apakah inisiatif-inisiatif yang boleh memberi impak tentang pengeluaran dari plantation, daripada perladangan dari sudut sumbangan kepada KDNK negara.

Ini melibatkan menambah nilai kepada barangan keluaran daripada kelapa sawit, contohnya. Hari ini kalau kita lihat, sisa-sisa kelapa sawit dihantar terus ke negara Jepun untuk digunakan sebagai bahan bakar. Di Malaysia, kita tidak menggunakan. Kita cuma mengepam ke dalam Shell. Dapatan daripada kajian oleh sesuatu syarikat yang saya pernah berkongsi pendapat, kalau kita proses atau tambah nilai sisa daripada kelapa sawit, kita boleh menambah sumbangan KDNK negara sebanyak lima ke tujuh peratus.

Ini akan memberi impak yang tinggi kepada sektor perladangan.

Jadi, saya harapkan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi mengkaji ini dan memberi jawapan kepada Dewan ini sama ada mereka mengambil serius atas cadangan ini yang boleh membantu industri perladangan dan juga orang-orang yang terlibat dalam sektor perladangan. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Alor Gajah. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu minit.

final • 10:40 AM

Datuk Willie anak Mongin

Terima kasih Yang Berhormat Alor Gajah atas pertanyaan mengenai langkah-langkah yang kita lakukan untuk kita menggunakan sisa- sisa kelapa sawit ini.

Sebenarnya di peringkat kementerian, kita ada membuat kajian dan ini lebih kepada industri biomass di mana memang saya setuju, banyak di antara sisa-sisa kelapa sawit kita tidak digunakan secara optimum. Oleh itu, di peringkat kementerian, kita telah dan sedang membuat kajian untuk menambah baik dan melihat bagaimana kita boleh menggunakan sisa-sisa ini untuk kita gunakan di peringkat biomass dan boleh digunakan sebagai baja dan bahan-bahan lain yang boleh diguna pakai. Untuk lebih lanjut, saya boleh beri secara bertulis kepada Yang Berhormat Alor Gajah.

Saya juga ingin memaklumkan dalam Dewan ini, sebenarnya industri komoditi negara kita menyumbang lebih kurang dalam 20 ke 25 peratus daripada KDNK negara.

Pada tahun 2020, kita telah menyumbang sebanyak lebih kurang dalam RM180 bilion kepada KDNK negara kita. Ini adalah industri yang memberi pulangan yang cukup tinggi kepada negara. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:40 AM

2. Tuan Wong Tack [Bentong] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan mengesahkan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) telah mengeluarkan kenyataan pada 15 Ogos 2018 bahawa sisa radioaktif yang terkumpul di kilang Lynas perlu dipindahkan segera kerana kawasan tersebut terdedah kepada banjir besar. Adakah AELB masih berpegang kepada pendirian ini. Jika tidak, kenapa.

final • 10:40 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat Bentong atas soalan ini. Untuk makluman Yang Berhormat, kenyataan media Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) yang dimaksudkan adalah pada 15 Ogos 2019 dan bukannya pada tahun 2018.

Seterusnya, pada masa ini, kerajaan masih berpendirian bahawa pemindahan sisa radioaktif yang terkumpul boleh disegerakan dengan syarat mempercepatkan pembinaan kemudahan pelupusan kekal ataupun permanent disposal facility (PDF).

Untuk makluman Yang Berhormat, sebelum kelulusan pembinaan kemudahan pelupusan kekal atau permanent disposal facility ini diberikan, pihak Lembaga Pelesenan Tenaga Atom mensyaratkan supaya dua aspek penilaian utama dipatuhi iaitu penilaian kesan radiologi ataupun radiological impact assessment (RIA), kedua, penilaian impak alam sekitar ataupun environmental impact assessment (EIA).

Kemudahan pelupusan kekal atau permanent disposal facility ini telah dikenal pasti di Kawasan Perindustrian Gebeng dan kini sedang dalam proses penilaian sebelum diberikan kelulusan pembinaannya.

Ekoran kebimbangan yang wujud berkenaan dengan risiko banjir di kawasan sekitar Kawasan Perindustrian Gebeng, pelbagai penilaian awal di atas laporan RIA telah diterima pada bulan September 2021 dan telah dilakukan. Daripada penilaian awal tersebut, didapati tapak cadangan baharu bagi pembinaan PDF ini diklasifikasikan sebagai kawasan berisiko rendah dilanda banjir. Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Soalan tambahan.

Sila, Yang Berhormat Bentong.

final • 10:40 AM

Tuan Wong Tack - Bentong

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pada tahun 2018, kenyataan itu mengatakan “Segera”. Susah hendak faham perkataan ‘segera’ ini.

Kenyataan ini dibuat pada tahun 2018, tetapi sampai hari ini lebih daripada satu juta metrics ton radioactive wastes dikumpul di belakang kilang Lynas sampai hari ini. Dengan kesan perubahan iklim, kita tahu apa sahaja boleh berlaku, khasnya di daerah rendah di tepi pantai, seperti banjir besar, seperti tsunami. Apa pun boleh berlaku dengan kesan perubahan iklim. Saya rasa pengurusan management of radioactive waste is not child play. Jadi, kita tidak boleh sia-sia sahaja.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Soalannya, Yang Berhormat?

final • 10:40 AM

Tuan Wong Tack - Bentong

Ya. Lynas sepatutnya mengenal pasti lokasi PDF dalam masa 10 bulan selepas menerima lesen. Tetapi sudah 10 tahun, Lynas belum lagi mematuhi syarat ini. Saya mahu tanya, adakah AELB sedang tidur dengan isu ini ataupun tidur dengan musuhnya? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila, Yang Berhormat Menteri jawab. Satu minit.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba

Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Saya kena betulkan fakta bahawa kenyataan akhbar tersebut bukan pada tahun 2018, tetapi pada 15 Ogos 2019. Maknanya dua tahun lepas.

Yang Berhormat, bahawa kita dalam penilaian terhadap pembinaan PDF, RIA dan EIA telah pun dihantar kepada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom dan Jabatan Alam Sekitar dan diperlukan dua bulan iaitu telah dihantar pada September dan pada November ini kita akan buat keputusan.

Dan lesen Lynas telah dilanjutkan kepada tahun 2023. Untuk itu, syarat pembinaan PDF ataupun kajian dibuat melibatkan bagaimana kita melihat kesemua parameter keselamatan. Saya memberi makluman kepada Yang Berhormat, yakinlah kita akan sama-sama mempertahankan keputusan kita dalam negara daripada segi pencemaran radioaktif sekiranya berlaku.

final • 10:40 AM

Tuan Wong Tack - Bentong

Yang Berhormat Menteri, sudah 10 tahun syarat ini tidak dipatuhi. Kenapa lesen boleh terus dilanjutkan? Bukankah sepatutnya operasi

final • 10:40 AM

Tuan Wong Tack - Bentong

dihentikan sampai mereka dapat tapak yang sedia? How could we have CF offer to a house without a toilet?

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya jemput soalan tambahan kedua. Antara Yang Berhormat Tumpat dan Yang Berhormat Pontian, saya jemput Yang Berhormat Pontian.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Terima kasih. Hari ini kita semua berbaju batik ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya berpandangan dan bertanya soalan kepada Yang Berhormat Menteri mengenai Lynas dan isu rare earth atau nadir bumi ini, sudah lama tidak selesai-selesai. Walhal, nadir bumi dan rare earth ini adalah merupakan satu sumber kekayaan baharu negara.

Adakah MOSTI melakukan kajian bersama Kementerian Sumber Asli untuk mencari potensi rare earth ataupun nadir bumi yang tidak beradioaktif? Kerana ia memberikan kekayaan kepada negara. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila, Yang Berhormat Menteri. Satu minit.

final • 10:40 AM

Dato' Seri Dr. Adham bin Baba

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Betul, sebenarnya rare earth ataupun nadir bumi yang telah dimaksudkan oleh Yang Berhormat Pontian tadi merupakan salah satu sumber kekayaan negara kita yang baharu. MOSTI melalui Lembaga Perlesenan Tenaga Atom bekerjasama dengan Agensi Angkasa Malaysia, mengesan dan juga memaklumkan dalam masa-masa yang terkini dan akan datang bahawa terdapat keperluan untuk negara menggerakkan usaha untuk mendapatkan rare earth kita dan diproses di negara kita.

Untuk itu, soalan Yang Berhormat Pontian merupakan soalan yang baik kerana dia menunjukkan bahawa kita mempunyai sumber kekayaan dan boleh diproses melalui sains dan teknologi. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya bagi ruang soalan tambahan yang ketiga. Sila Yang Berhormat Kuantan.

final • 10:50 AM

Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan tapak pelupusan kekal sisa buangan radioaktif daripada kilang Lynas memandangkan tapak PDF yang awal sebelum tapak yang dipamerkan sekarang ini di Bukit Ketam, telah ditolak oleh DOE kerana ia merupakan water catchment area. Kemudian baru dicadangkan tapak pelupusan kekal yang baharu iaitu di Gebeng iaitu di kilang, di tapak sebelah kilang.

Saya hendak tanya, apakah rasional memilih tapak ini sebagai tapak pelupusan kekal, memandangkan kawasan itu ialah kawasan yang water table dia ataupun air bawah tanah (underground water) is less than one metre, sudah ada air? Bagaimana hendak buat tapak pelupusan kekal di kawasan tersebut?

Refer kepada preliminary EIA Lynas, masa hendak bina kilang tersebut pada tahun 2008, di situ, dalam dokumen itu Yang Berhormat Menteri ada disebut bahawa di kawasan tersebut, just one metre underground, sudah ada air. Memandangkan sisa ini adalah sisa radioaktif yang mempunyai jangka hayat, separuh hayat 14 bilion tahun dan di Bukit Ketam itu water catchment pun ditolak, macam mana, apa rasionalnya memilih Gebeng yang bawahnya satu meter sudah ada air? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Sila Yang Berhormat Menteri, satu minit.

final • 10:50 AM

Dato' Seri Dr. Adham bin Baba

Ya, saya maklum tentang pemilihan Gebeng sebagai pusat PDF yang baharu kerana tempat pemilihan awal di Bukit Ketam ditolak ya.

Jadi, kajian RIA dan EIA ada dilaksanakan. Kita melihat kepada keseluruhan aspek modelling yang telah pun RIA dan EIA laksanakan, dia melibatkan evaluation of impact

final • 10:50 AM

Dato' Seri Dr. Adham bin Baba

kepada assessment yang berlaku, termasuklah apa yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Kuantan.

Saya hendak maklumkan bahawa daripada pembinaan kawasan perindustrian Gebeng, kawasan tersebut telah pun dikatakan tidak terlibat dengan banjir besar ataupun masalah flood pada 2014.

Kedua, tapak tersebut dinaikkan lima meter daripada sea level dan kawasan sea level di Gebeng pun sebenarnya selamat. Jadi pemilihan pembinaan PDF di Gebeng, masih lagi diteruskan kebenaran tetapi seperti saya maklum, laporan EIA dan IA yang sedang dihantar, evaluation sedang dibuat dan keputusan akan dibuat pada November dan kebenaran untuk membina PDF yang kekal, pasti kita akan dapat laksanakan.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat. Pertanyaan jawab lisan seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Sabak Bernam.

final • 10:50 AM

3. Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh [Sabak Bernam] minta Perdana Menteri menyatakan sejauh manakah pengukuhan kerjasama antara kerajaan dengan NGO, GLC dan pihak swasta dalam pengurusan bencana.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Mastura binti Tan Sri Dato' Mohd Yazid

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam.

Yang Berhormat, sebagai Keluarga Malaysia, penglibatan masyarakat sivil untuk sama-sama dengan pihak kerajaan dalam pengurusan bencana amatlah penting. NADMA telah mewujudkan kerjasama yang berterusan dengan badan-badan bukan kerajaan yang terlibat dalam pengurusan bencana, bukan sahaja dalam fasa tindak balas bencana, malah dalam fasa persediaan dan pasca bencana. Lebih daripada 100 buah NGO telah berdaftar sebagai rakan NADMA yang merupakan platform kerjasama kerajaan dan NGO.

NGO-NGO berkaitan bencana boleh mendaftar sebagai rakan NADMA secara manual dengan mengisi borang dan pada masa ini, NADMA dalam proses menambah baik kaedah pendaftaran secara dalam talian.

Empat kerjasama boleh dilaksanakan Yang Berhormat seperti perkongsian maklumat bencana, penyelarasan bantuan semasa bencana, membantu pembangunan kapasiti dan penglibatan NGO dalam usaha-usaha kerajaan seterusnya.

NADMA juga telah membangunkan sistem e-sumbangan badan sukarela yang akan menjadi platform penyelarasan bantuan antara penderma iaitu NGO, GLC dan swasta dan penerima iaitu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah.

Sistem ini akan dilaksanakan secara rintis dalam fasa Monsun Timur Laut 2021/2022 yang dijangka akan dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 8 November 2021 nanti.

Selain itu, NADMA dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi akan meneruskan inisiatif penyampaian amaran banjir melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada penduduk di kawasan berisiko banjir dengan kerjasama JPS melalui Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara. Kos SMS ditanggung oleh syarikat-syarikat telekomunikasi kerana ia dilaksanakan secara tanggungjawab sosial korporat, Yang Berhormat.

NADMA juga telah mendapat kerjasama MASkargo Sdn. Bhd untuk menyokong penyaluran bekalan barangan bantuan kemanusiaan kepada kawasan-kawasan di negeri Sabah dan Sarawak melalui jalan udara. Kos yang minimum ditanggung oleh kerajaan.

Untuk pengangkutan udara, ia lebih rendah daripada kadar komersial selain proses yang dipermudahkan, meskipun di saat-saat akhir. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Sabak Bernam, soalan tambahan pertama.

final • 10:50 AM

Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri

final • 10:50 AM

Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam

yang telah memberikan jawapan tadi. Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih dan tahniah kerana membaik tambah dan sistem pelbagai untuk mengatasi bencana.

Saya hendak membincangkan tentang sama ada NADMA ini mengenalkan akta menangani risiko bencana yang bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah bencana yang sedang melanda negara kita.

Soalan saya, berapakah bilangan kes bencana yang berlaku di seluruh negara dan nyatakan setakat manakah keberkesanan dasar dan akta ini dalam mengurangkan risiko kejadian bencana alam dan setakat manakah maklum balas serta laporan yang diterima tentang keberkesanan dan memperkembangkan dasar akta tersebut mengikut kesesuaian modus operandi terkini? Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:50 AM

Datuk Mastura binti Tan Sri Dato' Mohd Yazid

Terima kasih, soalan yang baik.

Banyak soalannya.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan Arahan No. 20 Majlis Keselamatan Negara, saya pada hari ini ingin berkongsi ya takrifan apa itu bencana. Bukan hanya dengan Yang Berhormat Sabak Bernam tetapi dengan semua Yang Berhormat supaya kita tidak lagi mentakrif bencana ini berbagai-bagai dan kita tahu di mana keperluan NADMA sampai kepada sesuatu bencana itu.

Berdasarkan Arahan No. 20, Majlis Keselamatan Negara, bencana Yang Berhormat ditakrifkan sebagai “kejadian yang menyebabkan gangguan kepada aktiviti masyarakat dan urusan negara, melibatkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda, kerugian ekonomi dan kemusnahan alam sekitar yang melangkaui kemampuan masyarakat untuk mengatasinya dan memerlukan tindakan penggemblengan sumber yang ekstensif”. Di antara bencana– ada senarai, saya baca dengan cepat. Bencana alam, bencana industri, kemalangan pengangkutan barangan berbahaya, keruntuhan bangunan, kemalangan udara, pelanggaran, kegelinciran pengangkutan rel, kebakaran struktur khas, kemalangan kimia biologi, radiologi dan nuklear, jerebu, pandemik dan lain- lain bencana yang diisytiharkan kerajaan. Jadi Yang Berhormat, banjir kilat bukan ditakrifkan sebagai bencana.

final • 10:50 AM

Datuk Mastura binti Tan Sri Dato' Mohd Yazid

Walau bagaimanapun, memandangkan Yang Berhormat Sabak Bernam bertanyakan mengenai bencana alam, izinkan saya untuk memaklumkan pada tahun ini sehingga September 2021 analisis kejadian bencana alam mengikut jenis adalah seperti yang berikut.

Pertama, bencana banjir melibatkan sebanyak 48 daerah, 12,853 orang mangsa, enam kes kematian dan pembukaan 224 buah pusat pemindahan sementara (PPS).

Bencana tanah runtuh yang berlaku di Sungai Buloh dan Gombak, Selangor melibatkan 28 orang mangsa dan pembukaan sebanyak dua buah PPS dan bencana gempa bumi yang berlaku di Semporna dan Kundasang, Sabah tidak melibatkan mangsa dan pembukaan PPS.

Ingin saya maklumkan juga bahawa banjir kilat seperti saya sebut tadi, tidak dianggapkan sebagai bencana dan ia adalah kejadian yang berlaku dalam tempoh yang singkat dan melibatkan sejumlah kecil mangsa dan tiada kemungkinan untuk ianya merebak. Aduan mengenai banjir kilat boleh diajukan kepada pihak berkuasa tempatan dan jabatan yang berkaitan, Yang Berhormat.

Kedua, saya ingin memaklumkan bahawa dasar pengurangan risiko bencana masih di peringkat akhir penyediaan manakala Akta Agensi Pengurusan Bencana Negara seperti Yang Berhormat tanya tadi, masih di peringkat penyediaan draf awal setelah kedua-dua dokumen ini dimuktamadkan Yang Berhormat, barulah indikator berkaitan dapat dibangunkan untuk pengukuran keberkesanan instrumen ini secara kuantitatif.

final • 11:00 AM

Datuk Mastura binti Tan Sri Dato' Mohd Yazid

Dimaklumkan juga bahawa penggubalan dasar dan akta ini selari dengan Kerangka Kerja Sendai 2015-2030 di peringkat antarabangsa. Keberkesanannya nanti akan dinilai melalui indikator sasaran yang telah ditetapkan di peringkat global iaitu– sedikit sahaja lagi, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Cepat sedikit, masa sudah tamat.

final • 11:00 AM

Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid

Ya. Pertama, pengurangan kadar kematian, bilangan mereka yang terkesan akibat bencana, kadar kerugian langsung, kerosakan terhadap infrastruktur kritikal dan gangguan kepada kemudahan asas. Selain itu ketersediaan sistem ramalan awal dan sebaran maklumat juga turut menjadi indikator keberkesanan dasar dan akta ini kelak. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 11:00 AM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya rasa arahan nombor 20 yang mengatakan bahawa banjir kilat itu bukan bencana perlu diteliti dan dikaji balik. Okey, sekarang ini saya hendak kaitkan arahan nombor 20 ini, dalam arahan itu ada lima peringkat iaitu:

(i) pencegahan;

(ii) peredaan;

(iii) mitigasi;

(iv) kesiapsiagaan;

(v) tindak balas; dan

(vi) pemulihan.

Kalau kita melihat kajian yang dibuat oleh Noraini Omar Chong dan Khairul Hisyam Kamarudin 2018, “Disaster Management in Malaysia”. Dia mengatakan bahawa perkara pemulihan ini sangat lemah dan kita mengharapkan agar Jabatan Perdana Menteri mengkaji ataupun mengadakan perbincangan dengan semua agensi yang terlibat dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan pemulihan bencana alam ini. Ini kerana dalam pemulihan itu menunjukkan tindakan dan juga apa-apa sahaja yang berkaitan dengannya sangat lemah. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

final • 11:00 AM

Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid

Terima kasih Yang Berhormat dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya setuju bahawa perlu dilihat semula hal-hal banjir kilat ini sebab ia tetap menjadi satu kemusnahan kepada rakyat.

Keduanya, mengenai kajian yang telah disebut oleh Yang Berhormat tadi, untuk apa sahaja bencana bantuan itu mesti sampai tepat pada masa dan mesti awal.

Semestinya amaran itu penting. Penyaluran bantuan itu penting dan sasaran mangsa itu juga penting.

Jadi, mengenai untuk menyelaraskan semua agensi yang berkaitan dengan hal- hal bencana ini saya juga setuju Yang Berhormat tetapi dalam masa yang sama ia memerlukan satu usaha, peruntukan yang besar juga dan juga melibatkan semua peringkat, daripada peringkat daerah, negeri dan juga Pusat.

Kita harus tahu bahawa NADMA itu terletak di Pusat. Semua jawatankuasa bencana daerah dan negeri itu hanya akan di activate kan ketika bencana berlaku. Jadi, saya juga berkongsi pandangan Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa ketika tidak bencana itu, di mana peranan NADMA pula.

final • 11:00 AM

Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid

Mungkin persediaan yang lebih awal dan lebih bersepadu dengan semua agensi itu harus ditambah baikkan dan juga saya harap akta yang bakal diadakan ini akan membantu. Terima kasih, Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan Jawab Lisan yang seterusnya saya ingin jemput Yang Berhormat Tuan Chan Ming Kai dari Alor Setar.

final • 11:00 AM

Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya mengemukakan soalan, saya ingin mengambil kesempatan ini selaku Pengerusi KRPPM Pelarian, mengucapkan terima kasih kepada– KRPPM Pelarian, untuk membentangkan satu borang kaji selidik hari ini.

Saya juga ambil kesempatan ini untuk minta kerjasama semua Yang Berhormat tolong isi borang kaji selidik dan kembalikan kepada Bentara ataupun kami supaya pandangan Yang Berhormat ini boleh dikaji dalam usaha kita untuk mengusahakan satu polisi Pelarian. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

4. Tuan Chan Ming Kai [Alor Setar] minta Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan tunggakan bil pembetungan Indah Water bagi setiap kategori mengikut negeri dan senaraikan premis kerajaan yang masih ada tunggakan belum dibayar serta jumlah nilai tunggakan.

final • 11:00 AM

Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Untuk makluman Yang Berhormat, tunggakan bil terkumpul bagi perkhidmatan pembetungan Syarikat Indah Water Consortium Sdn. Bhd. (IWK) setakat Disember 2020 ialah sebanyak RM760.19 juta untuk akaun tertunggak sahaja. Jumlah kutipan kumulatif ialah sebanyak 92 peratus daripada jumlah pengebilan kumulatif sebanyak RM9,709.49 juta sehingga 31 Disember 2020.

Daripada jumlah tersebut, tunggakan bil terkumpul kategori domestik merupakan penyumbang tertinggi dengan tunggakan terkumpul sebanyak RM463.77 juta atau 61.01 peratus diikuti dengan komersial sebanyak RM255.51 juta ataupun 33.61 peratus dan agensi kerajaan sebanyak RM33.23 juta atau 4.37 peratus dan industri sebanyak RM7.67 juta atau 1.01 peratus.

Daripada jumlah tunggakan bil terkumpul tersebut, pelanggan-pelanggan di tiga negeri yang mempunyai jumlah tunggakan tertinggi ialah Selangor dengan tunggakan sebanyak RM287.60 juta atau 37.83 peratus, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan tunggakan sebanyak RM107.42 juta atau 14.13 peratus dan Perak dengan tunggakan sebanyak RM69.54 juta atau 9.15 peratus.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah nilai tunggakan bagi kerajaan setakat tahun 2020, secara keseluruhannya adalah sebanyak RM33 juta dengan pecahan seperti berikut:

(i) agensi Kerajaan Persekutuan sebanyak RM7.29 juta;

(ii) agensi kerajaan negeri sebanyak RM6.78 juta;

(iii) pihak berkuasa tempatan sebanyak RM13 juta; dan

(iv) lain-lain agensi kerajaan RM5.91 juta.

Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Soalan tambahan sila, Yang Berhormat Alor Setar.

final • 11:00 AM

Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Di sini ada dua perkara Yang Berhormat Menteri, sebelum ini pernah ada cadangan yang mengundangkan banyak bantahan iaitu cadangan untuk

final • 11:00 AM

Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar

memasukkan bil Indah Water dalam bil air. Saya hendak tanya, sama ada cadangan tersebut kementerian masih memegang pendirian untuk setuju atau masih dalam kajian.

Keduanya, sekiranya kementerian bersetuju dengan cadangan itu, adakah ini bermakna selepas cantuman bil air dengan bil Indah Water ini hutang yang tunggakan sebelum ini akan masuk kira juga sekali dalam bil itu dan sekiranya tidak bayar maka akan potong bekalan air tersebut? Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Alor Setar, sila Yang Berhormat Menteri.

final • 11:00 AM

Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Isu utama kita bil pembetungan ialah kita tidak boleh melakukan pemotongan ke atas pembetungan, sistem pembetungan. Apa yang berlaku ialah kita berusaha supaya tunggakan-tunggakan yang terkumpul dapat kita atasi. Antara mekanisme sebagaimana disebut ialah untuk mencantumkan bil tersebut, bil air bersama dengan bil pembetungan.

Untuk makluman Dewan yang mulia, hingga setakat ini dua iaitu di Labuan dan Terengganu telah pun melaksanakan bil bersepadu ini. Kita sedang mengkaji juga beberapa kaedah lain termasuk juga mengadakan perbincangan. Untuk makluman Dewan yang mulia juga, satu libat urus berhubung dengan isu tunggakan bil pembetungan bagi premis Kerajaan Persekutuan bersama dengan semua ketua akauntan kementerian telah diadakan pada 25 Ogos 2020 Lanjutan daripada itu, kita dapati pembayaran bil dapat kita tingkatkan dan saya jangka bahawa isu-isu tunggakan dapat kita atasi daripada semasa ke semasa, insya- Allah. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Tebrau.

final • 11:00 AM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Tumpat, tumpat.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Tebrau sebab dia bangun dahulu. Sila, Yang Berhormat Tebrau.

final • 11:00 AM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, memandangkan IWK memainkan satu peranan yang penting untuk memastikan air kumbahan dirawat dengan baik dan tidak akan dilepaskan tanpa dirawat atau kurang dirawat, akibatnya akan mencemari sungai-sungai kita.

final • 11:00 AM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Dengan pendedahan tunggakan yang begitu besar yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri, adakah ini akan menjejaskan prestasi IWK dalam kerja selenggaraan?

Sila menjawab, terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 AM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Terima kasih. Untuk makluman Dewan yang mulia bahawa walaupun kos tunggakan itu agak tinggi, sehingga setakat ini kerajaan, IWK masih lagi dapat melaksanakan kerja dengan baik. Untuk makluman juga, bahawa kita baru mengambil alih satu negeri di Kelantan daripada Syarikat Majaari, diambil alih oleh IWK.

Kedua, Bandar Raya Johor Bahru dan Pasir Gudang juga telah diambil alih.

Dengan pengambilalihan ini, menggambarkan prestasi IWK walaupun ada tunggakan, kita masih boleh menjalankan tugas dengan baik. Menjelang tahun 2023, Kerajaan Pusat tidak lagi membiayai IWK dan kita jangka bahawa kita dapat menjana pendapatan sendiri bagi menguruskan penyeliaan ini.

Untuk makluman juga, kita melaksanakan Sistem Pembetungan Bersepadu kepada hampir semua bandar utama. Kita yakin dengan usaha ini kita dapat tingkatkan servis kita kepada masyarakat dan pastikan air yang kita rawat di loji-loji pembetungan bukan lagi discaj ke sungai, bahkan dihantar ke industri untuk selain daripada makan dan

final • 11:10 AM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

minum iaitu air untuk penyejukan air-condition dan sebagainya di kilang-kilang tersebut.

Itu yang kita gunakan. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan

Tuan Yang di-Pertua, minta satu soalan tambahan.

final • 11:10 AM

Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Minta satu.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih. Saya jemput soalan ketiga, sila ringkas Yang Berhormat Teluk Intan.

final • 11:10 AM

Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa terpanggil apabila Yang Berhormat Menteri tadi jawab agensi kerajaan sendiri telah pun gagal untuk menjelaskan tunggakan bayaran bil IWK sebanyak RM33 juta. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah sebab utama kerajaan sendiri tidak bayar bil IWK? Bak kata pepatah ‘pimpinan melalui teladan’. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk memastikan Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan PBT, jelaskan semua bil IWK? Ini pertama.

Kedua, apakah sudah berlaku kepada rancangan kerajaan untuk menaikkan, saya dengar hendak naikkan kadar tarif IWK. Maka sekarang, apakah yang telah berlaku kepada rancangan kerajaan tersebut? Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Teluk Intan. Sila Yang Berhormat Menteri, satu minit.

final • 11:10 AM

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Terima kasih Yang Berhormat Teluk Intan. Untuk makluman, walaupun data tadi saya ingin jelaskan persoalannya ialah apakah langkah yang diambil oleh pihak kerajaan.

Pertama, kita buat penghantaran laporan berkala tunggakan bil pembetungan kepada semua setiausaha kementerian, setiausaha kerajaan negeri dan Yang di-Pertua Kerajaan Tempatan yang terlibat.

Kedua, kita mengadakan perundingan kerjasama dengan semua akauntan kementerian untuk pastikan bahawa semua tunggakan dapat dilaksanakan.

Ketiga, kita mengadakan mesyuarat dan sesi perbincangan dengan jabatan- jabatan kerajaan yang kerap diadakan dan menggalakkan pendaftaran akaun pembetungan secara sistem bayaran pukal kerajaan.

Untuk makluman Dewan yang mulia, sebahagian besar tunggakan itu ialah tunggakan lama sebenarnya, sebelum dilakukan suatu penambahbaikan yang saya sebutkan tadi mulai tahun 2020. Tunggakan lama ini ialah tunggakan yang memang sebahagian peruntukan itu tidak ada. Kita di peringkat IWK, kita cuba menghapus kira beberapa hutang lapuk, contohnya syarikat telah ditutup dan tidak mungkin dapat kita ambil balik dan sebagainya. Itu antara langkah yang kita buat sebenarnya.

Adapun soal kenaikan semakan tarif, kita sedang laksanakan dan kita jamin semakan ini tidak melibatkan orang awam. Cuma melibatkan agensi-agensi yang kita yakin mereka sebenarnya mampu membayar, cuma mekanisme pembayaran perlu kita tingkatkan. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Parit, Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria,

final • 11:10 AM

Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum itu saya hendak berpantun.

Wau batik tinggi di awangan, Dimain oleh golongan kerabat, Batik dipakai menjadi kebanggaan, Supaya menjadi lambang muafakat sesama rakyat.

final • 11:10 AM

5. Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [Parit] minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) berapa jumlah laporan berkenaan ajaran sesat yang telah dilaporkan sepanjang tahun 2020 sehingga suku ketiga tahun 2021; dan

(b) apakah usaha berterusan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi mencegah penyebaran ajaran sesat.

final • 11:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Parit.

Untuk menjawab persoalan berkenaan dengan soalan hal pertama, bagi tahun 2020, sebanyak 33 kes dilaporkan melibatkan pemujaan salah yakni perbuatan ajaran salah. Manakala 14 kes dilaporkan pada bulan Januari hingga September 2021. Di antara langkah-langkah untuk kita mengatasi berkenaan dengan isu hal yang berkaitan dengan penyelewengan akidah di kalangan umat Islam ini ialah:

(i) kita bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri dalam aspek penyelidikan mengenai ajaran dan doktrin yang meragukan atau disyaki menyeleweng daripada ajaran Islam;

(ii) mengadakan pertemuan dan sesi dialog secara tertutup bersama dengan kumpulan-kumpulan yang terlibat;

(iii) melaksanakan kajian secara menyeluruh dalam pelbagai aspek sebelum sesuatu ajaran atau doktrin itu diberi pandangan hukum oleh Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI);

(iv) Jabatan Mufti di negeri mengeluarkan fatwa mengenai ajaran terbabit mengikut peruntukan dan bidang kuasa masing- masing berpandukan kepada pandangan hukum dan muzakarah MKI dan perbincangan di peringkat Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Negeri-negeri; dan

(v) memberi kaunseling dan nasihat agama kepada mereka yang terlibat bagi memantau mengembalikan akidah dan kehidupan mereka kepada kehidupan norma masyarakat.

Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Isu ajaran sesat ataupun salah ini bukanlah asing dalam kamus kehidupan umat Islam ini. Ada ajaran yang disebarkan berselindung di sebalik penggunaan istilah Arab yang boleh mengelirukan seperti ajaran Hakikat Insan, ajaran Taslim, Wahdah Al-Wujud, Al-Fana, Kashah dan lain-lain.

Jadi setakat mana JAKIM telah menangani hal tersebut secara serius? Apakah tindakan- adakah terdapat sebarang kajian yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa PEMANDU menangani ajaran salah ataupun sesat peringkat kebangsaan JAPAS bagi mengenal pasti punca mengapakah masih berlaku penyebaran ajaran salah ataupun sesat di Malaysia ini sungguhpun terdapat ramai agamawan, agensi berkaitan agama, pakar rujuk agama malah tokoh-tokoh agama tersohor. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Parit. Dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan soal ajaran sesat ini, maka kajiannya berjalan berterusan. Dua hari lepas kita telah mengadakan pertemuan di kalangan jawatankuasa untuk menangani berkenaan dengan penyelewengan akidah dan ajaran sesat.

Kita menjemput semua negeri membuat report ataupun membuat laporan serta perbincangan bagaimana untuk mengatasi hal sebegini. Malahan di bidang kajian di

final • 11:10 AM

Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad

JAKIM sendiri, kajian-kajian berkenaan dengan ajaran yang tidak tepat dengan ajaran Islam ini berjalan berterusan. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Jerai, Jerai.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Jerai, soalan tambahan kedua.

final • 11:10 AM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Baru-baru ini ada Yang Berhormat Menteri menyebut tentang ajaran sesat ataupun khurafat di Gunung Jerai. Apakah tindakan susulan daripada kenyataan Yang Berhormat Menteri terhadap gejala ataupun status yang berlaku di sana?

Sekian.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Dalam isu- isu hal berkaitan dengan yang berlaku di negeri, khususnya macam apa yang berlaku di Jerai yang secara spesifiknya, maka memang kita telah meminta kepada Jabatan Agama Islam Negeri untuk memantau dan mengambil tindakan terhadap kes-kes yang berlaku seperti begini. Terima kasih.

final • 11:10 AM

6. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan [Segambut] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan bagaimana sinergi boleh dicapai berkenaan lot tanah hak milik pajakan seperti di Taman Bukit Maluri yang boleh ditukar kepada hak milik kekal atau dilanjutkan hak milik pajakan serta apakah panduan Pejabat Tanah dan Galian dalam menentukan perkara ini.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan - Datuk Seri Jalaluddin bin Alias

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan - Datuk Seri Jalaluddin bin Alias

Terima kasih Yang Berhormat Segambut. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Segambut, perumahan Taman Bukit Maluri merupakan projek perumahan yang terawal di Kuala Lumpur iaitu pada tahun 1973. Asalnya tanah ini merupakan tanah estet perladangan getah milik Edinburgh Rubber Estate. Edinburgh Rubber Estate telah menjual tanah ini kepada Syarikat Permodalan Kebangsaan Berhad dan seterusnya SPKB telah memindah milik tanah ini kepada Syarikat Murni Sendirian Berhad.

Tanah yang terlibat dalam pembangunan Taman Bukit Maluri berasal daripada tanah milik GRN Grant 1417 Lot 153 dan Certificate of Tittle 11316, Lot 4026, Mukim Batu.

Kedua-dua tanah milik ini berstatus tanah untuk selama-lamanya. Pihak berkuasa negeri telah meluluskan permohonan pembangunan tanah oleh SPKB dan SPKB bersetuju untuk membuat penyerahan keseluruhan tanah menjadi tanah kerajaan dan diberi milik semula mengikut pelan perancangan perumahan Taman Bukit Maluri.

Selain itu, SPKB juga bersetuju bahawa kesan penyerahan keseluruhan tanah miliknya ini menjadi tanah kerajaan dan akan menyebabkan perubahan ke atas status geran tanah daripada milikan kekal selama-lamanya kepada geran tanah bertempoh ataupun pajakan.

Sekiranya pemilik-pemilik tanah perumahan di Taman Bukit Maluri merasakan bahawa tanah milik kediaman mereka sepatutnya berstatus geran tanah untuk selama- lamanya yakni freehold maka bolehlah menggunakan saluran perundangan yang ada untuk membuat tuntutan. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Soalan tambahan saya, adakah pihak kerajaan boleh mempertimbangkan permohonan blanket conversion dengan izin memandangkan tanah ini mempunyai fakta perundangan dan juga sejarah yang sama. Kalau tidak, setiap penduduk kena pergi melalui mahkamah dan melibatkan kos perundangan. Jadi, bagaimana sinergi ini boleh dicapai jika 50 peratus pergi melalui perundangan, 50 peratus lagi tidak pergi. Jadi kita ada setengah lot freehold, setengah lot leasehold. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya ini adalah mengikut Kanun Tanah Negara 1965 yang terpakai di dalam proses permohonan untuk pindahan milik daripada pajakan pergi ke hak milik kekal. Dalam seksyen yang dikuatkuasakan Yang Berhormat, sebarang status tanah ataupun pegangan tanah tidak boleh disangkal. Jadi maknanya, seperti yang telah saya jelaskan tadi, Taman Bukit Maluri ini telah diberi ataupun pemilikan pajakan selama 99 tahun yang akan tamat pada 2066.

Sebarang permohonan untuk pergi daripada pajakan pergi kepada hak milik kekal mestilah melalui tuntutan mahkamah.

Walaupun Yang Berhormat sebut tadi ada kes yang telah dibawa ke mahkamah, setakat ini untuk makluman Dewan yang mulia sebanyak 60 kes telah pun difailkan kepada mahkamah. Jadi, bermakna apa yang boleh saya jelaskan ialah ini adalah keperluan-kepada ketentuan mahkamah untuk buat justifikasi sama ada tuntutan mereka diterima oleh mahkamah untuk dilunaskan oleh pihak berkuasa negeri.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua, ya sila.

final • 11:20 AM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Boleh tak saya tanya lagi satu soalan?

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Soalan tambahan kedua, sila.

final • 11:20 AM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Boleh tak?

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Satu lagi boleh.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias

Boleh Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Okey. Terima kasih atas info yang terperinci yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi soalan general saya adalah, adakah kerajaan akan mempertimbangkan kaedah baharu ataupun meminda Kanun Tanah Negara kerana kita perlukan kesamaan, consistency. Kalau tidak, macam saya katakan satu kawasan setengah freehold, setengah leasehold. Jadi susah untuk kerajaan pada masa depan untuk membuat dasar pembangunan baharu di sesebuah tapak. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Segambut. Sila.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias

Ahli Yang Berhormat, saya ada – kalau boleh Tuan Yang di-Pertua Kanun Tanah Negara 1965 ini terpakai oleh Majlis Tanah Negara atau Kanun Tanah Negara sampai hari ini. Oleh kerana itu, sebarang pemilikan tanah tidak boleh disangkal. Itu adalah menurut peraturan.

Yang Berhormat sama dengan saya yakni untuk memberikan khidmat semaksimum mungkin kepada penghuni kita. Akan tetapi, kita tertakluk kepada peraturan dan tuntutan yang telah sedia ada. Oleh kerana itu Yang Berhormat, saya sebut tadi bahawa pemilikan sama ada milik kekal atau pun pemilikan pajakan tidak boleh disangkal.

Maknanya pemilikan pajakan tidak boleh mohon kepada pemilikan kekal. Ini sudah termaktub Yang Berhormat. Pemilikan yang telah termaktub itu adalah mutlak.

Akan tetapi, kalau hendak mohon pemilikan itu bolehlah dimohon melalui punca kuasa ataupun tuntutan mahkamah. Sekali lagi saya sebut di Dewan yang mulia ini apabila mahkamah sudah membuat justifikasi sama ada lulus atau tidak, jadi pihak berkuasa negeri akan execute keputusan itu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Dungun.

final • 11:20 AM

7. Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli [Dungun] minta Perdana Menteri menyatakan perancangan kementerian dalam memastikan perlindungan daripada serangan siber dari dalam dan luar serta tidak akan menggugat keselamatan infrastruktur digital negara kita pada waktu ini.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid

Maaf Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menjawab soalan ini bersekali dengan soalan nombor 13 daripada Yang Berhormat Lenggong dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini dan nombor 36 daripada Yang Berhormat Muar pada 16 November 2021. Ini kerana membawa maksud yang sama. Saya mohon izin kepada Tuan Yang di-Pertua.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 11:20 AM

Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid

Okey. Kita sama-sama sedia maklum bahawa isu keselamatan siber merupakan isu keselamatan negara Yang Berhormat. Selain itu, keselamatan siber juga merupakan aspek yang penting bagi mewujudkan keyakinan kepada persekitaran ekonomi yang berlandaskan internet digital.

Kita sedia maklum, isu jenayah siber yang juga merupakan isu keselamatan siber telah mengakibatkan kerugian ratusan juta ringgit setiap tahun.

Kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif dalam memastikan perlindungan daripada memastikan perlindungan negara daripada serangan siber dari dalam dan luar serta terutamanya melindungi keselamatan infrastruktur digital negara kita melalui Pelan Pengurusan Krisis Siber Negara (National Cyber Crisis Management Plan) dengan izin yang telah dibangunkan pada tahun 2008 lagi.

Pelan ini dibangunkan berdasarkan kepada rangka kerja pengurusan risiko menggariskan strategi bagi mengurangkan kesan serangan siber dan tindak balas yang perlu dilaksanakan oleh agensi Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara atau Critical National Information Infrastructure (CNII) dengan izin selepas ini saya akan menyebut CNI yang terdiri daripada agensi awam dan swasta. Pelan ini seterusnya diterjemahkan kepada Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 24, Dasar dan Mekanisme Pengurusan Krisis Negara dan Prosedur Tindak Balas Komunikasi dan Penyelarasan Krisis Siber Negara.

Kerajaan juga telah mewujudkan Pusat Penyelarasan dan Kawalan Siber Negara dengan izin National Cyber Coordination dan Command Centre (NC4). Selepas ini, saya akan menyebut NC4 yang telah beroperasi pada tahun 2016 bagi memantau dan menangani sebarang insiden dan ancaman siber dari dalam dan luar melibatkan agensi organisasi CNII yang merangkumi sektor awam dan swasta.

Bagi memperkukuhkan lagi tahap keselamatan siber negara bagi mewujudkan persekitaran siber yang berdaya tahan dan lestari, kerajaan melalui Agensi Keselamatan Siber Negara dengan izin National Cyber Security Agency (NACSA) di bawah MKN telah melancarkan Strategi Keselamatan Siber Malaysia dengan izin Malaysia Cyber Security Strategy, selepas ini saya akan sebut MCSS 2020-2024 pada 12 Oktober 2020 yang menggariskan tindakan strategik bagi menangani ancaman tersebut melalui pendekatan bersepadu meliputi pelbagai aspek keselamatan siber secara holistik dan terselaras.

Strategi ini menekankan lima tonggak utama Yang Berhormat. Dalam mempertingkatkan perlindungan daripada serangan siber dari dalam dan luar negara, pelaksanaan MCSS yang turut menumpukan kepada peningkatan keupayaan NC4 yang akan turut memperluaskan visibility pemantauan dengan merangkaikan kepada semua pusat pemantauan di dalam negara termasuk pusat pemantauan yang dikendalikan oleh syarikat swasta, mewujudkan sectoral cyber command centre melalui sistem NC4 ini dan sistem pemantauan rapi terhadap sistem kritikal negara.

Sistem NC4 juga akan dilengkapi dengan sistem pengurusan insiden yang lebih berkesan bagi meningkatkan pengurusan insiden siber melibatkan pasukan tindakan

final • 11:20 AM

Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid

balas kecemasan komputer dengan izin computer emergency response team di peringkat ketua sektor dan Agensi CNII.

Akhir sekali, melalui inisiatif komprehensif yang digariskan ini kerajaan dapat mengetahui situasi keselamatan siber semasa dan tahap kesiapsiagaan negara dalam memastikan ia dilindungi daripada risiko ancaman siber dari dalam dan luar negara.

final • 11:20 AM

Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid

Pelaksanaan MCSF juga digariskan sebagai strategi yang akan dirujuk dalam RMke-12 aspek pengukuhan keselamatan siber dalam Strategi A1– Menyediakan Persekitaran yang Menyokong Pertumbuhan Ekonomi Digital. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Soalan tambahan.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Dungun ya.

final • 11:30 AM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bila berkaitan dengan serangan siber, mesti ada jaminan perlindungan dan memerlukan pertahanan. Pertahanan memerlukan latihan.

Untuk membuktikan keberkesanan terhadap keputusan akhir ialah perlindungan dari serangan siber.

Soalan saya. Adakah kerajaan melaksanakan latih amal krisis siber dan sejauh manakah keberkesanan Latih Amal Krisis Siber Negara tersebut dalam mempertingkatkan keupayaan agensi-agensi dalam menangani serangan siber? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:30 AM

Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, kerajaan sebenarnya telah mula melaksanakan Latih Amal Krisis Siber Negara yang ditanya oleh Yang Berhormat ini sebagai salah satu daripada perkara yang digariskan dalam Pelan Pengurusan Krisis Siber Negara yang telah dibangunkan sejak tahun 2008. Latih Amal Krisis Siber Negara yang turut dikenali sebagai X-Maya, Yang Berhormat, merupakan latih amal simulasi bersepadu yang diadakan bagi menilai kesiapsiagaan dan tindak balas agensi-agensi Infrastruktur Kritikal Maklumat Negara (CNII) terhadap serangan siber serta menguji keberkesanan prosedur yang telah dibangunkan.

Latih amal ini julung kali diadakan pada tahun 2008 dan terus sampai tahun 2017.

Di samping pelaksanaan Latih Amal Krisis Siber Negara, latih amal krisis siber di peringkat sektor juga turut dilaksanakan, Yang Berhormat.

Simulasi insiden serangan siber yang dipilih sewaktu latih amal ini adalah berdasarkan situasi sebenar-benarnya serangan siber dan trend ancaman yang terkini.

Berdasarkan kepada penganjuran enam siri latih amal yang terdahulu, adalah didapati bahawa...

[Disampuk] Tuan Yang di-Pertua, saya ada sedikit lagi. Tahap kesiapsiagaan dalam kalangan agensi CNII telah menunjukkan peningkatan sejak penyertaan mereka dalam latih amal ini. Kebanyakan organisasi mula sedar betapa pentingnya untuk mempunyai mekanisme dalaman yang betul dan prosedur dalam menguruskan insiden keselamatan siber.

Walau bagaimanapun, masih terdapat jurang keupayaan antara agensi organisasi CNII dalam mereka yang mengendalikan insiden keselamatan siber. Kerajaan melalui NACSA masih perlu untuk meningkatkan pelaksanaan program dalam inisiatif bagi mengurangkan jurang ini. Strategi Keselamatan Siber Malaysia 2020-2024 yang telah dilancarkan pada 12 Oktober 2020 turut menggariskan pelaksanaan latih amal krisis siber ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 11:30 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Baik, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Peperangan siber sekarang ini sudah menjadi satu kaedah untuk tindak balas terhadap peperangan yang berlaku peperangan sebenar ini.

final • 11:30 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Contoh, pada 14 Mei baru-baru ini, dilaporkan dalam Berita Harian, satu kumpulan yang dikenali sebagai penggodam daripada Malaysia iaitu DragonForce telah pun melakukan serangan siber, sebagai tindak balas terhadap kekejaman Israel di Gaza, dengan mereka melakukan serangan siber untuk melumpuhkan sistem pangkalan data Israel.

Dikatakan lebih 16 laman web Israel telah digodam dan mereka telah berjaya mendedahkan empat juta data peribadi rakyat Israel di Facebook melibatkan nama, nombor telefon, alamat dan link ID Facebook. Operasi ini dipanggilkan #OpsBedil. Ini maknanya tindak balas kita berhadapan dengan kekejaman Israel.

Jadi, saya hendak tanya, apa pendirian kerajaan pula terhadap tindakan tentera- tentera siber yang melakukan tindak balas terhadap Israel ini? Kita tidak suka orang menyerang kita dalam peperangan siber ini tetapi kekejaman Israel itu satu perkara yang sangat memanggil seluruh dunia mengutuk. Jadi, sekarang ini ada kumpulan DragonForce ini melakukan serangan siber sebagai tindak balas terhadap kekejaman Israel. Apa pendirian kerajaan?

final • 11:30 AM

Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Semestinya inilah yang akan berlaku. Sekiranya ada serangan, mesti ada tindak balas. Itu adalah orang kata art of war ataupun sesuatu yang akan berlaku di dalam apa sahaja bentuk peperangan.

Semestinya negara mesti bersedia dengan apa sahaja bentuk tindak balas ataupun serangan-serangan yang dibuat sama ada yang diramalkan atau tidak diramalkan. Antara perkara yang kerajaan sedang usahakan yang juga mengambil kira bukan hanya serangan sebegitu tetapi perkara-perkara lain yang boleh menaik taraf dan juga menambah baik lagi sekuriti siber kita ini adalah satu kajian mengenai analisis kerentanan ataupun vulnerability code dan macam mana capaian pada perkara-perkara yang melibatkan fail-fail yang ada di dalam pentadbiran kerajaan diusahakan.

Juga, perbincangan berterusan dengan semua sektor, sama ada kerajaan atau awam untuk memastikan analisis-analisis ini dijalankan dan merancangkan tindakan- tindakan sekiranya berlaku serangan-serangan yang tidak menentu ini. NC4 yang saya sebut sebelum ini akan terus memberi khidmat bantuan teknikal supaya mereka lebih dapat mempertingkatkan lagi serangan-serangan sepertinya.

Kita tahu bahawa kita mesti bekerjasama dengan pihak PDRM dan juga SKMM dan juga Jabatan Perlindungan Data Peribadi dan juga Siber Sekuriti Malaysia untuk memastikan ada satu penyelarasan yang tersusun, mantap dan juga komprehensif bagi melindungi negara. Ada banyak lagi perkaranya, Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Bertulislah, Yang Berhormat. Bertulis boleh?

final • 11:30 AM

Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid

Ya. Okey, saya boleh memberi jawapan bertulis kepada Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Baik, terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Soalan tambahan. Sebab tadi pun...

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Muar last ya, singkat.

final • 11:30 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Yang Berhormat. Campur tangan negara luar kepada politik negara tidak berkisarkan soal wang semata-mata. Kita lihat di Amerika Syarikat, Amerika Latin dan banyak negara lain di mana mereka menubuhkan trolling sites, fake blogs, fake news sites dan juga menggodam e-mel-e-mel musuh politik mereka.

Persoalan saya. Apabila trend ini telah pun dibiasakan bukan sahaja di negara- negara besar tetapi negara-negara yang memainkan peranan yang penting dalam membentuk dasar benua tersebut seperti Malaysia, apakah perancangan kerajaan untuk memastikan bahawa perkara ini tidak berlaku di Malaysia? Kita lihat negara jiran kita Singapura ada gubal undang-undangnya tersendiri. How sure are we, perkara ini tidak akan berlaku di Malaysia? Terima kasih.

final • 11:30 AM

Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid

Terima kasih Yang Berhormat Muar. Ya, kita sedar bahawa kedudukan Malaysia mengenai hal-hal berkaitan dengan perlindungan ataupun siber sekuriti kita harus dipertingkatkan lagi. Walaupun sememangnya kita mempunyai kedudukan yang baik ketika ini, tetapi akan dipastikan ia dinaikkan lagi.

Saya berpendapat satu kesedaran di kalangan rakyat kita harus diusahakan daripada awal. Bukan hanya di peringkat agensi dan pentadbiran kerajaan tetapi juga di peringkat sekolah dan juga rakyat sendiri.

Sekarang kerajaan melalui NACSA sedang mengambil inisiatif meningkatkan sesi libat urus bersama rakyat untuk meningkatkan kesedaran rakyat terhadap ancaman keselamatan siber. NACSA akan berkongsi dengan masyarakat terhadap inisiatif-inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan sebagai usaha meningkatkan keyakinan rakyat nanti.

Juga, pelaksanaan Strategi Keselamatan Siber Negara (MCSS) akan dilengkapkan dengan pelaksanaan induk PIKKS yang akan dilancarkan kelak di bawah kerangka PIKKS dan akan meningkatkan lagi tahap kesedaran kesiapsiagaan negara dalam melindungi keselamatan siber negara. Terima kasih.

final • 11:30 AM

8. Datuk Ignatius Darell Leiking [Penampang] minta Menteri Kanan Kerja Raya menyatakan langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengawal harga bahan- bahan pembinaan yang mengalami peningkatan harga yang mendadak dan impak kenaikan drastik harga tersebut kepada projek-projek kerajaan yang telah diluluskan.

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Arthur Joseph Kurup

Selamat pagi dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini mengambil maklum mengenai kenaikan harga bahan binaan seperti pasir dan besi bertetulang yang ketara mengikut lokaliti setempat. Ini turut memberi kesan kepada indeks harga pengguna (IHP) dalam kumpulan atau subkumpulan wajaran tertentu serta menjejaskan kelancaran pembinaan- pembinaan projek-projek kerajaan.

Berdasarkan kajian terhadap data Jabatan Perangkaan Malaysia daripada Januari 2021 sehingga Ogos 2021 yang diunjurkan sehingga Disember 2021, didapati berlaku kenaikan kepada pada indeks kos pada kadar di antara 3 peratus sehingga 19 peratus di seluruh negara kesan pandemik COVID-19 dan peningkatan harga pasaran global.

Antara bahan yang terkesan, yang berkait secara langsung dengan industri pembinaan adalah seperti besi bertulang dan crushed aggregate ataupun crusher run.

Bagi menangani isu kenaikan kos bahan binaan ini, kementerian KKR melalui JKR dan juga Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia serta agensi pelaksana berkaitan telah mengambil langkah-langkah yang berikut.

Pertama, mengadakan beberapa sesi libat urus bersama pemain industri untuk memperhalus perkara tersebut. Hasil daripada sesi libat urus ini, KKR telah mengemukakan cadangan untuk mewujudkan semula peruntukan syarat perubahan harga atau VOP.

Kedua, kita telah melaksanakan pemantauan harga bulanan dan telah menerbitkannya melalui portal National Construction Cost Centre (N3C). Harga bahan binaan ini di kumpulkan melalui kerjasama dengan beberapa buah persatuan berkaitan pembinaan dan diperoleh daripada para kontraktor. Aktiviti pemantauan ini telah dilaksanakan semenjak tahun 2002. Kesan daripada kenaikan harga bahan binaan, kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif untuk memastikan projek-projek kerajaan terus dilaksanakan.

Antaranya yang pertama, Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menguatkuasakan pekeliling baharu PK2.4 - Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga

(variation of price - VOP) dalam kontrak kerja. Pekeliling ini berkuat kuasa untuk semua kontrak kerja konvensional kerajaan mulai daripada 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Arthur Joseph Kurup

2021 dan meliputi kerja bangunan, kejuruteraan awam dan mechanical and electrical bagi kerja-kerja sebut harga dan kontrak bernilai RM500 ribu ke atas.

Kedua, KKR melalui JKR juga telah mengemukakan permohonan kepada MOF bagi meluaskan pemakaian VOP bagi kontrak kerja reka dan bina untuk projek-projek pada 1 September 2021 dan masih menunggu pertimbangan daripada MOF. Terakhir, JKR telah melaksanakan kajian terhadap jadual kadar harga yang dikhususkan kepada pelaksanaan projek secara kontrak terkecil, kerja undi kontraktor G1 dan G2.

MOF melalui surat yang bertarikh 12 Julai 2021, telah meluluskan penggunaan Jadual Kadar Kerja (JKK) Kejuruteraan Awam dan Bangunan 2021 yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2021 sehingga 31 Disember 2022. Sekian dan terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, soalan tambahan.

final • 11:40 AM

Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri. Variation of price yang telah diumumkan akan berakhir pada 31 Disember ini akan juga tentu tidak menyelesaikan problem yang kita ada dalam projek-projek kerajaan. Because, I believe that the cost of price will keep on increasing, dengan izin, dengan setiap peningkatan raw materials. Adakah pelan kerajaan bersedia untuk berunding dengan Ministry of International Trade and Industry

(MITI) dengan mengeluarkan AP untuk mengimport kan steel dari luar negara? Oleh sebab there is definitely a problem dengan price of steel di Malaysia. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:40 AM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Yang Berhormat Penampang.

Sebagai maklumat kepada Ahli Yang Berhormat, sebenarnya terdapat beberapa faktor kenapa harga bahan binaan seperti besi ini mengalami kebanyakan fluctuation.

Contohnya, faktor seperti kesukaran untuk mendapatkan bahan mentah bagi memproses besi tetulang iaitu bahan itu adalah seperti biji besi dan juga sebahagian scrap metal. Ini kerana kedua-duanya diimport dari luar negara.

Kedua, harga biji besi telah meningkat di seluruh dunia dan kebanyakan ini adalah daripada isu pandemik, di mana lombong biji besi tidak dapat beroperasi. Ketiga, disebabkan oleh PKP, maka isu logistik juga telah mengakibatkan kepada kenaikan harga bahan binaan ataupun bahan mentah itu.

Jadi, secara keseluruhannya pihak KKR memang akan sentiasa bekerjasama dengan MITI. Sebagai langkah awal ini, kita telah melaksanakan VOP dan juga pemantauan harga. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat, VOP ini akan dipohon daripada semasa ke semasa. Untuk masa ini ia hanya berkuat kuasa sehingga akhir tahun ini. Sekiranya memerlukan, kita akan melihat kepada keadaan ekonomi dunia dan kita boleh memohon untuk dilanjutkan pada tahun hadapan. Sekian, terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Jerai.

final • 11:40 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Kuala Krai.

final • 11:40 AM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

[Bangun]

final • 11:40 AM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

[Bangun]

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 11:40 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya ini agak lari sedikit daripada soalan asal. Akan tetapi oleh sebab ini merupakan keperluan rakyat dan juga menjadi pertanyaan dan juga bualan rakyat di kampung iaitu berkaitan dengan harga bahan binaan yang naik secara mendadak. Jadi, ini yang memberi kesan kepada rakyat yang ingin membina rumah dan juga kontraktor yang akan memberi kesan kepada hartanah di negara kita ini.

Jadi, adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri berhasrat untuk mengadakan engagement dan juga penyelarasan dengan pihak MITI dan juga lain-lain kementerian bagi memastikan bahan binaan ini dapat diturunkan dan juga dapat dipastikan rakyat tidak terkesan dengan isu ini? Terima kasih.

final • 11:40 AM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Seperti mana saya katakan tadi, kita mengadakan beberapa sesi libat urus bersama dengan pemain industri untuk memperhalus perkara ini. Hasil daripada itu, KKR telah mengemukakan cadangan untuk mewujudkan semula peruntukan syarat perubahan harga. Akan tetapi itu adalah untuk projek-projek kerajaan.

Bagi projek swasta, contohnya pembinaan rumah dan sebagainya. Ini sebenarnya terpulang kepada syarat kontrak ataupun perjanjian di antara dua orang individu atau pihak swasta tersebut. Sekiranya ada dimasukkan klausa perubahan harga (VOP) dalam perjanjian di antara dua pihak swasta tersebut, KKR tidak mempunyai kuasa untuk mengubahsuai perjanjian swasta.

Sebagai maklumat juga untuk Ahli Yang Berhormat, harga binaan seperti bar bulat, keluli lembut dan simen sahaja yang ada dalam senarai kawalan bekalan di bawah barang-barang kawalan berjadual di bawah seksyen 5, Akta Kawasan Bekalan 1961.

Kuasa untuk mengawal harga barangan seperti ini adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Sekian dan terima kasih.

final • 11:40 AM

9. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah bantuan yang telah disalurkan kepada sekolah-sekolah tahfiz persendirian dan pondok-pondok pengajian agama sepanjang tempoh wabak pandemik COVID-19.

final • 11:40 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Mas. Tuan Yang di-Pertua, pandemik COVID- 19 yang melanda seluruh dunia ini memberi impak yang besar, termasuk dalam sektor pendidikan.

Justeru itu, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi membantu kelangsungan mengoperasi institusi pendidikan di negara ini, termasuk institusi tahfiz swasta yang berdaftar dengan pihak berkuasa agama negeri. Antaranya ialah dengan perkenalkan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) bagi membolehkan institusi terus beroperasi dalam norma baharu.

final • 11:40 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad

Sebelum itu, ingin saya jelaskan di Dewan yang mulia ini bahawa berdasarkan maklumat yang disahkan oleh pihak berkuasa agama negeri, hakikatnya penutupan institusi tahfiz swasta berdaftar adalah hanya bersifat sementara bagi mematuhi arahan kerajaan supaya jangkitan wabak COVID-19 dapat diputuskan. Namun begitu, tidak dinafikan terdapat institusi yang tidak berdaftar yang berhadapan dengan kemerosotan sumber kewangan impak daripada pandemik ini.

Pada tahun 2020, sebanyak RM100 juta telah diperuntukkan bagi tujuan yang sama. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM18,596,520 telah diperuntukkan di bawah Bantuan Khas COVID-19 secara one-off, merangkumi Bantuan Sara Hidup berjumlah RM800 seorang kepada guru-guru warganegara di institusi pendidikan Islam berdaftar termasuk guru-guru di institut tahfiz dan bantuan pengurusan operasi dengan peruntukan RM10 perkapita bagi setiap murid warganegara bagi tujuan pengurusan institusi berkenaan. Peruntukan pada tahun 2020 telah memberikan manfaat kepada 1,667 buah tahfiz dengan peruntukan sebanyak RM39,963,810 dan 339 buah pondok dengan jumlah peruntukan sebanyak RM11,014,030.

Pada tahun 2021, kerajaan sekali lagi menyediakan peruntukan sebanyak RM100 juta secara one-off bagi tujuan selenggara dan naik taraf institusi pendidikan Islam di bawah penyelenggaraan Lembaga Penasihat Penyelaras Pelajaran Dan Pendidikan Islam

(LEPAI) merangkumi sekolah agama, institusi tahfiz dan pondok. Sehingga Ogos 2021, sebanyak RM60 juta telah disalurkan kepada 1,066 buah institusi yang layak dan daripada jumlah tersebut sebanyak RM22,257,100 telah disalurkan kepada 413 buah institut tahfiz di seluruh negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 11:50 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Soalan tambahan.

final • 11:50 AM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mendengar dengan teliti jawapan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Saya mengalu-alukan langkah kerajaan yang telah memperuntukkan dana yang begitu besar sebanyak RM100 juta pada tahun lepas dan tahun ini RM60 juta telah disalurkan, berbaki RM40 juta lagi. Saya yakin bahawa kerajaan akan mencari jalan untuk menambahkan lagi dana ini kerana sebelum ini, dana ini diperuntukkan pada waktu kita tidak berdepan dengan COVID-19.

Sekarang waktu COVID-19, institusi tahfiz sangat begitu menderita sekali. Ini sehingga terpaksa mereka berada dalam keadaan suasana yang sangat lemas. Akan tetapi, Yang Berhormat Menteri, di luar sana, pengusaha-pengusaha tahfiz sering kali merungut bahawa mereka tidak dapat bantuan apa-apa pun. Mungkin ada institusi tahfiz yang mendapat bantuan tetapi ada yang menyatakan bahawa mereka tidak mendapat apa pun.

Jadi soalan saya, apakah mekanisme yang kerajaan letakkan untuk memilih institusi tahfiz yang boleh diberikan bantuan? Bagaimanakah penentuan kadar bantuan yang diberikan kepada institut-institut tahfiz yang tertentu ini? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Mas. Walaupun bajet ini pada asalnya ialah ia diberikan kepada institusi tahfiz ataupun sekolah yang berdaftar, namun begitu oleh sebab keperitan yang dialami oleh mereka akibat daripada pandemik ini, maka dengan perbincangan secara peribadi dengan Yang Berhormat Menteri Kewangan, maka lebihan daripada RM40 juta tadi boleh untuk disalurkan juga kepada sekolah-sekolah yang belum lagi mendaftar dan kita menggalakkan mereka itu melakukan pendaftaran.

Sehingga 26 Oktober 2021, sejumlah 1,600 permohonan bantuan khas telah diterima iaitu untuk baki RM40 juta nanti yang akan kita berikan. Sebahagian lagi juga kita akan berikan kepada mereka yang belum lagi mendapat bantuan daripada soal infrastruktur. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ada soalan tambahan nombor dua sebelah sini? Tidak ada? Ya, Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 11:50 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih atas jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Saya ingin dapat kepastian daripada Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawasanya— saya ada data dari sudut bantuan-bantuan yang telah diterima oleh pondok dan juga tahfiz yang agak kecil berbanding dengan tahun sebelum ini iaitu tahun 2020.

Ini saya bagi contoh satu sahaja iaitu RM50 ribu yang dapat tetapi berbanding dengan tahun 2017, 2018 dan 2019, semuanya dapat bantuan ini lebih daripada RM200 ribu. Akan tetapi, tahun 2020 hanya RM50 ribu. Jadi tahun ini— sedangkan tahun 2020 dan 2021 ini adalah tahun pandemik.

Dengan pengumuman Yang Berhormat Menteri tadi berkaitan RM40 juta yang akan diagihkan nanti, saya harap dengan jumlah ini, dapat diagihkan jumlah yang selayaknya kepada pondok dan juga pusat tahfiz yang telah pun berdaftar dengan pihak JAKIM dan juga pihak Jabatan Agama Islam ini, bagi memulakan operasi pengajian mereka khususnya pasca pandemik ini. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Krai. Mungkin pada tahun 2017 dahulu, institusi macam ini tidak berapa banyak. Mungkin diberikan dengan pengagihan yang banyak. Sekarang, oleh sebab pertumbuhan yang begitu banyak mengikut rekodnya,

final • 11:50 AM

Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad

terdapat yang berdaftar sahaja sebanyak 1,276. Dalam proses pendaftaran sebanyak 39 buah dan tidak berdaftar sebanyak 324 buah.

Mungkin atas asas inilah mungkin kita hanya mampu untuk memberikan RM50 ribu satu untuk infrastruktur. Walau bagaimanapun, kita memohon kepada pihak dalam bajet esok, kita harapkan sikit ada penambahan kepada institusi seperti begini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

10. Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail [Kulim-Bandar Baharu] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan apakah bidang-bidang baharu R&D yang negara mempunyai kelebihan dalam penemuan teknologi, jumlah pattern yang telah didaftar dan “success stories” pengkomersialannya?

final • 11:50 AM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Sebelum saya menjawab, saya hendak dapatkan kepastian daripada Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu sama ada perkataan ‘pattern’ itu, P-A-T- E- N atau P- A-T-T- E-R-N? Ini sebab saya hendak jawab berkenaan dengan paten.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Dalam bahasa Inggeris P- A-T-T- E-R-N P. Pattern yang didaftarkan dengan intelek.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya rasa, saya rasa P, A, T, E, N, T.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Ya, T, E, N.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba

‘Paten’ ya, betul ya?

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Paten.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Paten yang didaftarkan dengan intellectual property.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba

Ya, kalau perkataan ini, ‘corak’. Pattern spelling.

final • 11:50 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Ya, spelling error. Minta maaf.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba

Terima kasih. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam usaha Malaysia untuk menjadi sebuah negara berteknologi tinggi menjelang tahun 2030, MOSTI telah berganding bahu dengan pelbagai agensi dan kementerian termasuk badan bukan kerajaan bagi memastikan bahawa kita jayakan aspirasi Dasar Kemakmuran Bersama 2030 berdasarkan kepada Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara dan Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan. Ekonomi Malaysia (MySTIE 10-10).

Antara jawapan yang saya akan bentangkan kepada Yang Berhormat ialah teknologi baharu selaras dengan Revolusi Industri 4.0 yang akan diberikan tumpuan dalam aspek pembiayaan pendidikan dan pembangunan oleh MOSTI adalah seperti berikut:

(i) sensor meliputi peranti dan sistem aplikasi yang mengesan perubahan dalam persekitaran seperti sensor warna, sensor kelembapan dan lain-lain;

(ii) kecerdasan buatan (artificial intelligence);

(iii) keselamatan siber;

(iv) data analytic;

(v) neurotechnology;

(vi) Internet kebendaan (internet of things)

(vii) nanotechnology;

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba

(viii) penderiaan jauh (remote sensing);

(ix) robotik; dan

(x) dron.

Semua bidang keutamaan yang dinyatakan ini dijangkakan mempunyai kelebihan dalam penemuan teknologi yang dimaksudkan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Malaysia sedang giat dalam pembangunan teknologi baharu dan telah menghasilkan banyak paten teknologi berpotensi untuk pasaran perniagaan serantau dan antarabangsa.

Bagi menyelaraskan jumlah paten yang telah didaftarkan di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), jumlah permohonan paten untuk tiga tahun bermula 2019 sehingga September 2021 bulan lepas, adalah sebanyak 20,422 permohonan. Manakala pemberian paten ataupun patent granted bagi tempoh yang sama adalah sebanyak 18,609 buah paten.

Pecahan daripada permohonan, saya akan berikan kepada Yang Berhormat secara bertulis. Seterusnya, daripada data statistik pemberian paten yang telah dinyatakan tadi, trend menunjukkan pemberian paten yang tertinggi adalah dalam tiga bidang iaitu:

(i) kimia dan logam;

(ii) keperluan manusia; dan

(iii) pelaksanaan operasi dan pengangkutan.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba

Seterusnya bagi menjawab mengenai success stories pengkomersialan teknologi. Terkini, apa yang kita lakukan, kejayaan kita ialah kerajaan pada 13 Oktober yang lepas telah pun meluluskan Dasar Pengkomersialan Harta Intelek R&D dan Reka Cipta, dibiayai kerajaan di bawah MOSTI mulai tahun 2021 hingga 2025. Dasar ini ialah sebagai garis panduan yang jelas untuk melaksanakan tadbir urus pengkomersialan.

Kedua, mendukung aspirasi kementerian serta agensi untuk memastikan bahawa ia merupakan pusat rujukan tunggal semua harta intelek milik kerajaan yang telah dikomersialkan.

Tuan Yang di-Pertua, MOSTI sedang melaksanakan pelbagai program dan inisiatif bagi menyokong aktiviti pengkomersialan. Antaranya ialah Malaysian Commercialisation Years (MCY) ataupun Tahun Pengkomersialan Malaysia. Kedua, National Technology and Innovation Sandbox (NTIS). Ketiga, pembiayaan melalui Dana Penyelidikan R&D MOSTI dan juga keempat, agensi di bawah MOSTI.

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita berikan contoh-contoh tentang kejayaan iaitu di bawah Tahun Pengkomersialan Malaysia, sebanyak 386 hasil pengkomersialan telah pun diadakan produknya. Ia melibatkan hasil sebanyak RM402 juta dan ia telah mencapai lebih sasaran 360. Itu ialah kejayaan kita dalam MCY. Seperti NTIS, beberapa buah syarikat telah didaftarkan statusnya di peringkat dunia.

Contohnya Aerodyne Sdn. Bhd., Poladrone Sdn. Bhd. dan juga di bawah MOSTI, Dana Penyelidikan, kita ada contoh, projek spillover di bawah universiti seperti UTM dan UPM. Contoh ialah AGV iaitu syarikat robotik yang telah pun dapat memasarkan produk hingga ke Singapura dan juga di negara-negara luar lain. Agensi di bawah MOSTI seperti Agensi Nuklear ada dua produk yang telah pun dikomersialkan iaitu nano-hybrid biocomposite dan aqua cage serta teknologi pembuatan resin plastik bernilai tinggi.

Sekian, terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Terima kasih juga jawapan sahabat saya Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Menteri, soalan tambahan saya berbunyi begini.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

R&D banyak keluar dana. Bila berjaya, ia harus dipatenkan. Paten sahaja tidak berguna kalau tidak dikomersialkan. Soalan saya ialah dalam laluan untuk mengkomersialkan satu hasil penyelidikan yang dipaten, selalunya ekosistem yang diguna pakai adalah akan dibuat syarikat terbitan (start-up). Apakah Yang Berhormat Menteri dan kerajaan sedar bahawa ekosistem ini ada beberapa halangan? Halangan yang pertama ialah ketika rakan industri memberikan dana untuk syarikat terbitan, penyelidik yang terdiri daripada profesor di universiti misalnya, mereka memberikan nasihat teknikal tetapi undang-undang yang sekarang adalah berupa kekangan.

Pertama, seksyen 168, Akta 574, Kanun Keseksaan yang melarang penjawat awam terlibat dalam aktiviti-aktiviti perniagaan. Tidak boleh pegang ekuiti, sedangkan mereka adalah penyelidik dalam syarikat start-up yang dibiayai oleh industri. Kekangan kedua ialah Peraturan 4, Akta 605 Badan Berkanun. Kena minta izin Naib Canselor tetapi kedudukan mereka sebagai Non Executive Director dalam syarikat start-up, masih dianggap kerja luar dan yang paling keras sekali ialah seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 yang menyebut bahawa pegangan ekuiti oleh penyelidik dalam syarikat start-up yang melesenkan teknologi boleh mendedahkan mereka kepada kesalahan rasuah.

Ada tiga saya sebutkan peruntukan khusus dalam undang-undang sedia ada, yang membantutkan aktiviti pengkomersialan ketika researchers sudah memerah otak sehingga menghasilkan satu hasil penyelidikan yang dipatenkan. Mohon reaksi Yang Berhormat Menteri.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri.

final • 12:00 PM

Dato' Seri Dr. Adham bin Baba

Terima kasih. Yang Berhormat betul, Yang Berhormat telah menyatakan bahawa dalam ekosistem pembangunan research and development kepada ke arah pengkomersialan. Ia satu laluan dipanggil value of debts iaitu sama ada fundamental research R&D boleh sampai ke pengkomersialan. Tentu sekali kerangka peraturan menyebabkan kita patut dan hari ini revisit the major perlu kita laksanakan.

Oleh sebab itu saya nyatakan tadi, bahawa jawapan saya tadi, kementerian telah pun menyusulkan atau telah berjaya sebenarnya membawa kepada Kabinet supaya Dasar Pengkomersialan Harta Intelek R&D dan Reka Cipta yang dibiayai oleh kerajaan di bawah MOSTI dan juga agensi-agensi berkaitan ada modul yang terbaharu. Bagaimana kita boleh membantu pihak-pihak yang dikatakan mungkin terhalang untuk mengkomersialkan produk kerana peraturan atau kerangka yang telah pun, yang menyatakan, yang lain yang berkaitan dengan CAAM iaitu industri dron.

Hari ini pun kita perlu lihat kepada bagaimana kerangka peraturan di setiap agensi yang menghalang bagaimana pengkomersialan aktiviti komersial dron di zon-zon tertentu dapat kita atasi. Jadi Yang Berhormat, terima kasih di atas pandangan dan juga cadangan yang baik.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat semua. Sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 12:00 PM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Tuan Yang di-Pertua. Hulu Rajang, Tuan Yang di-Pertua. Soalan nombor 11 agak penting untuk didengari oleh rakyat penduduk Sarawak dan Sabah. Boleh tidak..

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Maaflah.

final • 12:00 PM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Macam mana Tuan Yang di-Pertua?

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Maaf Yang Berhormat, sudah tamat masa. Kita ada tiga rang undang-undang, maaf. Terima kasih Yang Berhormat semua. Usul Menteri.

final • 12:00 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga dibahas dan diputuskan DR. 4/2021 Rang Undang-undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2021, DR. 8/2021 Rang Undang-undang Ordinan Peguam Bela Sabah (Pindaan) 2021 dan DR. 15/2020 Rang Undang-undang Lembaga Angkasa Malaysia 2020 di No. 1, 2 dan 3 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 4.00 petang hari Jumaat, 29 Oktober 2021”.

final • 12:02 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) - Dato Hajah Hanifah Hajar Taib

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 12:02 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 12:02 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERIHAL DAGANGAN (PINDAAN) 2021 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato’ Rosol bin Wahid

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu satu Rang Undang-undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2021 dibacakan kali yang kedua sekarang. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730], digubal oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk mengadakan peruntukan bagi menggalakkan amalan perdagangan yang baik dengan melarang perihal palsu, pernyataan, pengendalian dan amalan palsu atau mengelirukan berhubungan dengan pembekalan barang-barang dan perkhidmatan serta untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara lain yang berkaitan atau bersampingan dengannya.

Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] telah diwartakan pada 18 Ogos 2011 dan berkuat kuasa pada 1 November 2011. Bagi menambah baik Akta 730 dan menjadikannya lebih komprehensif, bersesuaian dengan peredaran masa dan isu-isu berbangkit masa kini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah meminda

final • 12:08 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato’ Rosol bin Wahid

beberapa peruntukan Akta 730 bagi tujuan menyusun semula dan memantapkan fungsinya.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, Rang Undang-undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2021 ini telah disemak dan diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara.

final • 12:08 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato’ Rosol bin Wahid

Rang undang-undang ini juga telah diluluskan oleh Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 20 Januari 2021. Pindaan yang dicadangkan adalah seperti berikut.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.

Fasa 2 bertujuan untuk menggantikan tajuk panjang Akta 730 bagi meluaskan skop akta untuk memasukkan larangan penggunaan apa-apa penyataan, ungkapan ataupun petunjuk yang mungkin mendiskriminasi atau memboikot apa-apa keluaran atau barang-barang atau untuk tidak menggalakkan larangan menghalang atau mempengaruhi mana-mana orang daripada menggunakan atau mengambil apa-apa keluaran atau barang-barang dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan.

Dengan perluasan skop Akta 730, pernyataan, ungkapan atau petunjuk terhadap komoditi negara terutamanya minyak kelapa sawit seperti ungkapan, “Tanpa minyak kelapa sawit” atau “Palm oil free” dan sebagainya yang digunakan dalam mana-mana iklan termasuk label makanan, notis dan katalog akan dilarang melalui peraturan-peraturan yang akan dibuat di bawah Akta 730.

Fasal 3 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 39A ke dalam Akta 730 bagi memberikan kuasa kepada penolong pengawal untuk menangkap mana-mana orang yang dipercayai telah melakukan atau cuba melakukan kesalahan di bawah seksyen 5, 16, 17, 20 atau 51, Akta 730.

Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 52A ke dalam Akta 730 untuk memberikan seseorang penolong pengawal kuasa untuk meminda, memilih, mengambil atau mendapatkan sampel apa-apa barang bagi maksud analisis tanpa bayaran daripada mana-mana orang yang mengilang, mengeluarkan, menjual dan mengimport barang-barang itu atau daripada ejen atau perkhidmatannya. Seksyen 52A yang dicadangkan juga bertujuan untuk menjadikan suatu kesalahan jika mana-mana orang enggan untuk mematuhi apa-apa permintaan yang dibuat oleh penolong pengawal.

Fasal 5 bertujuan untuk menggantikan nota bahu seksyen 54 Akta 730 untuk menggambarkan peruntukan seksyen 54.

Fasal 6 bertujuan untuk menggantikan seksyen 56 Akta 730 bagi memberikan Menteri kuasa untuk mengecualikan mana-mana peruntukan Akta 730. Pada masa kini, Menteri hanya boleh mengecualikan apa-apa perihal bagi barang-barang yang dimaksudkan untuk dihantar ke suatu tempat di luar Malaysia atau apa-apa kegunaan atau maksud tertentu.

Fasal 7 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 56A ke dalam Akta 730 untuk memberi pengawal kuasa untuk membuat perintah untuk menghendaki mana-mana orang untuk menghentikan apa-apa pelanggaran, menahan diri daripada pelanggaran atau menahan diri daripada pelanggaran lanjut Akta 730.

Fasal 8 bertujuan untuk meminda perenggan 69(2)(b) Akta 730 berbangkit daripada pindaan tajuk panjang Akta 730. Pindaan yang dicadangkan bertujuan untuk meluaskan kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan bagi melarang, menyekat, mengawal selia atau mengawal penggunaan apa-apa pernyataan dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan.

Fasal 9 bertujuan untuk mengesahkan pengenaan dan pemungutan fi bagi perkhidmatan yang telah diberikan oleh pihak berkuasa berwibawa berkenaan dengan pensijilan dan penandaan halal bagi tempoh mulai 1 Januari 2012 hingga 22 Oktober 2018. Pengenaan dan pemungutan fi ini disifatkan sah walaupun ia dibuat sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-peraturan Perihal Dagangan (Fi Perakuan dan

final • 12:10 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato’ Rosol bin Wahid

Penandaan Halal) (Pindaan) 2018 [P.U.(A) 268/2018] yang mengadakan peruntukan bagi pengenaan dan pemungutan fi itu bermula pada 23 Oktober 2018.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada siapa yang menyokong?

final • 12:10 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perihal Dagangan 2011 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Saya telah dapat senarai pembahas, semuanya sembilan orang. Akan dimulakan oleh Yang Berhormat Bukit Bendera, diikuti oleh Yang Berhormat yang berikut. Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Segambut dan akhir sekali, Yang Berhormat Kuala Selangor. Dipersilakan Yang Berhormat Bukit Bendera. Selama tujuh minit.

final • 12:10 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bangun untuk menyertai perbahasan berkenaan dengan pindaan Akta Perihal Dagangan 2011 dan kalau kita meninjau sejarah perundangan, Akta Perihal Dagangan telah diluluskan pada tahun 1972. Kemudian, digantikan pada tahun 2011 dan pindaan terkini tahun 2019 untuk memasukkan provision selari dengan Akta Cap Dagangan 2019.

Kita membaca inti sari preamble tentang Akta Perihal Dagangan, sebenarnya ia ingin mengadakan kawal selia terhadap pengilang dan juga peruncit atau retailer dan juga industri perkhidmatan untuk melindungi, mengawal selia mereka, untuk melindungi kepentingan pengguna.

Seksyen 6 dan 7 dalam akta ini telah menjelaskan 14 subseksyen dari (a) sampai

(n) butiran-butiran berkenaan dengan perihal dagangan supaya memberikan satu certainty in law, kepastian dalam undang-undang untuk membolehkan pengilang dan juga peruncit untuk mengikuti perundangan ini dengan jelas supaya kepentingan– mereka boleh menjalankan perniagaan mereka ataupun pemprosesan pengilangan mereka dan juga pada masa yang sama melindungi pengguna.

Fasal 4, saya membaca fasal 2 dahulu. Fasal 2 dalam pindaan ini menyatakan tambahan perkataan petunjuk ataupun ungkapan perkataan yang mungkin mendiskriminasi atau memboikot apa-apa keluaran atau barang-barangan dan perkataan yang digunakan adalah mungkin yang which is likely, dengan ini dia membenarkan satu budi bicara kepada Yang Berhormat Menteri.

Dia bukan strip liability tetapi balance of probability. Membuka satu budi bicara.

Saya ingin mendapat kepastian dari Yang Berhormat Menteri kerana kalau dalam fasal 2 huraian dengan jelas menyatakan bahawa tujuan fasal ini antara lainnya ialah berkenaan dengan perkataan, “Tiada minyak kelapa sawit” atau “Palm oil free” dan kementerian berhasrat membuat satu subsidiarily legislation supaya pengilang-pengilang tidak menggunakan “Tiada minyak kelapa sawit”. Saya sokong. Saya sokong perkara ini kerana minyak kelapa sawit atau industri kelapa sawit industri yang penting untuk negara.

Akan tetapi, saya menanyakan kerana budi bicara yang besar kepada Yang Berhormat Menteri, melalui pindaan ini bukan sahaja minyak kelapa sawit. Kalau saya menanyakan kalau pengilang menggunakan perkataan seperti “Tiada gula” atau “Sugar free” sebenarnya kalau tiada gula atau sugar free bagaimana pindaan ini, apa kesan terhadap pindaan ini? Saya ingin dapatkan satu kepastian daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 12:15 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Fasal 4 dalam pindaan ini juga meminda pada masa dahulu pegawai ataupun penolong penguasa atau penolong pegawai, kalau mereka perlu membeli sampel untuk tindakan penguatkuasaan tetapi kali ini kuasa untuk mengambil sampel dan saya ingin mendapatkan kepastian apakah procedural safeguard untuk memastikan kuat kuasa ini tidak disalah guna.

Fasal 9 dalam perundangan ini saya membaca berkenaan dengan Peraturan- peraturan Perihal Dagangan (Fi Perakuan dan Penandaan Halal) (Pindaan) 2018.

final • 12:15 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Sebenarnya, fasal 9 bertindak secara retrospektif meluluskan satu fi yang sudah dikutip sejak tahun 2018 yang sepatutnya luluskan undang-undang dahulu baru kenakan fi tetapi ini acting retrospectively. Saya ingin mendapatkan penjelasan, kenapa kekeliruan ini timbul dan perlu datang ke Parlimen tiga tahun kemudian untuk Parlimen untuk meluluskan satu fasal untuk bertindak secara retrospektif terhadap pengutipan fi? Dan berapakah fi yang terlibat sejak tahun 2018 sampai sekarang?

Perkara-perkara lain yang secara dasarnya saya ingin membangkitkan ialah berkenaan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Isu-isu tentang perihal dagangan seperti kartel daging haram yang telah dilaporkan baru- baru ini yang telah diseludup daging sejuk beku masuk ke Malaysia dan dijual dengan logo daging lembu halal dan sebagainya, ini memang jelas melanggari Akta Perihal Dagangan yang kita bahas sekarang ini. So, apakah tindakan yang lebih tegas daripada kementerian berkenaan dengan kartel daging haram ini?

Begitu juga saya menerima aduan daripada Persatuan Ahli Farmasi, Pharmacists Society bahawa pelbagai medical device, pelbagai peralatan medical antara lainnya mungkin oximeter, ubat-ubat dan sebagainya dijual di online platform seperti Shopee dan sebagainya.

Saya baru membaca Instagram Medical Device Authority (MDA) bahawa kit ujian COVID-19 hanya boleh dijual di farmasi dan klinik kesihatan berlesen sahaja. Malaysian Medical Device Authority (MDA), sebuah autoriti untuk kawal ubat-ubat dan juga peralatan device menyatakan bahawa device boleh dijual di farmasi dan klinik kesihatan. Tetapi secara meluas online platform yang tidak ada lesen farmasi boleh melakukan urus niaga secara online. Pengguna menempah― dan kadangkala barangan yang dijual tidak memenuhi spesifikasi MDA dan mempunyai perihal dagangan yang mengelirukan.

Apakah tindakan ataupun strategi daripada pihak kementerian untuk menangani kes-kes perihal dagangan yang saya sebut tadi, daging haram, daripada medical device dan seumpamanya itu? Saya memohon penjelasan Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan apa yang saya sebut tadi. Sekian, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Bendera. Seterusnya Yang Berhormat Dungun.

final • 12:20 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang dan ruang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2021 yang disebutkan ini.

Tuan Yang di-Pertua, pada tahun lepas, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memaklumkan bahawa mereka telah menerima aduan daripada pengguna berkaitan pernyataan palsu pada menu makanan dan minuman yang diperihalkan oleh peniaga atau restoran seperti minuman berjenama ‘A’ atau minuman berjenama ‘B’ sepertimana yang tertera pada menu mereka tetapi minuman yang diberikan oleh peniaga adalah daripada jenama lain dan berbeza dengan kualiti yang diberikan sepertimana yang dikehendaki oleh pengguna. Perlakuan ini jelas menunjukkan penggunaan perihal dagangan palsu pada barangan atau makanan yang ditawarkan oleh peniaga atau restoran.

final • 12:23 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Sebagaimana sedia maklum, kenyataan pada menu makanan sama ada di meja atau di dinding restoran adalah suatu bentuk perihal dagangan yang dirujuk oleh pengguna untuk mendapatkan maklumat sebelum memesan sesuatu makanan atau minuman. Perihal dagangan palsu dan mengelirukan yang diberikan kepada pengguna adalah merupakan satu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Perihal dagangan palsu jelas cuba memesongkan pelanggan dengan kemungkinan niat daripada pihak penjual ataupun pengusaha perniagaan yang cuba memberi produk lain yang lebih murah daripada barang yang diiklankan. Malah dikhuatiri produk yang digantikan itu mungkin mempunyai bahan-bahan yang mungkin mengancam kesihatan seperti kadar gula yang tinggi.

Oleh itu, persoalan saya ialah bagaimanakah kementerian dalam perancangan untuk menambah bilangan anggota penguat kuasa bagi memastikan usaha pemantauan dapat dijalankan secara menyeluruh? Kedua, apakah kementerian mempunyai jaringan kerjasama rentas kementerian seperti dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk memantau isu perihal dagangan palsu yang banyak berleluasa di media sosial?

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merujuk kepada isu sesetengah restoran tidak menjual makanan haram atau dalam erti kata lain tiada khinzir, namun ia masih diragui kerana pengusaha premis tersebut mempamerkan papan tanda ‘no pork’ atau ‘pork free’, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Ia seolah-olah bagaikan menjadi trend sebilangan restoran hari ini. Apakah sebenarnya status yang dimaksudkan dengan ‘pork free’ ini?

Sebenarnya kalau kita melihat kepada aspek yang melibatkan halal, ia jauh lebih luas daripada soal yang berkait dengan tanda atau label ‘tiada khinzir’ atau ‘pork free’ itu.

Ia adalah dua perkara yang berbeza. Oleh itu, dimaklumkan juga bahawa keperluan untuk memberikan penerangan supaya perbezaan daripada segi tanda ini dapat meletakkan kepentingan pengguna dalam mereka menentukan bahawa mereka mencari status halal walaupun mungkin dalam keadaan tidak mempunyai logo halal seperti mana yang ditetapkan oleh pihak berkuasa di peringkat persekutuan.

Saya ingin untuk mendapat maklumat berkait dengan apa langkah-langkah yang mungkin boleh diambil, dan dipohonkan adakah langkah-langkah ini akan dilakukan? Iaitu pohon supaya kempen kesedaran kepada rakyat beragama Islam berkenan perbezaan tanda logo halal dan ‘ketiadaan khinzir’ atau ‘pork free’, dengan izin, bagi mengelakkan kekeliruan. Kedua, mempertingkatkan penguatkuasaan terhadap pengusaha-pengusaha premis yang bertindak mengelirukan pelanggan beragama Islam seperti ini.

Tuan Yang di-Pertua, pada akhir tahun lalu telah terbongkar modus operandi kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia dalam serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai.

Kegiatan itu dipercayai dijalankan sejak beberapa tahun lalu dengan menjadikan gudang tersebut sebagai lokasi untuk membuat label dan cap palsu yang akan ditampal pada kotak daging yang telah dibungkus semula sebelum dijual di pasaran tempatan sebagai daging halal. Sejumlah 1,500 tan daging sejuk beku bernilai RM30 juta telah disita dalam operasi yang diketuai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu.

Oleh sebab ia berkaitan dengan isu label dan cap palsu yang masih lagi di bawah pengawalan perihal dagangan di bawah akta ini, ia adalah suatu isu yang sangat sensitif kepada umat Islam kerana ia telah menimbulkan suasana panik dengan jumlah daging yang dirampas dalam kuantiti yang sangat besar.

Saya ingin memohon penjelasan daripada kementerian berkenaan. Pertama, apakah status siasatan dalam kes kartel daging haram ini?

final • 12:23 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Adakah semua individu yang terlibat telah ditangkap dan dibawa ke proses pengadilan? Yang kedua, apakah jaminan dan tindakan oleh kementerian bahawa kes ini

final • 12:30 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

tidak akan berulang lagi di masa yang akan datang? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Sepang.

final • 12:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Boleh buka Tuan Yang di- Pertua?

[Sambil menanggalkan pelitup muka] Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana membenarkan saya untuk turut sama berbahas mengenai pindaan ke atas Akta Perihal Dagangan 2011. Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang kita tahu bahawa akta ini pada asalnya telah pun digubal seawal tahun 70-an dan telah dimansuhkan dan digantikan Akta Perihal Dagangan 2011. Sekarang ini diluluskan satu pindaan yang agak major juga, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengatakan bahawa perihal dagangan ini memang satu perkara yang penting dalam konteks pengguna, khususnya dalam Malaysia ini dalam negara masyarakat majmuk ini tanpa mengira orang Islam ataupun orang bukan Islam. Kita khuatir apabila mana-mana barangan dagangan dikelirukan ataupun dipalsukan, ia boleh mewujudkan keresahan di kalangan masyarakat, khususnya di kalangan orang Islam.

Orang Islam ini mereka begitu, saya boleh katakan terlalu sensitif dgn isu-isu barangan ini, sama ada barangan pemakanan ataupun perkhidmatan. Banyaklah sebab dia. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, apabila saya melihat kepada seksyen 5 akta ini yang telah memperuntukkan satu tafsiran mengenai perihal dagangan iaitu satu petunjuk jenama, ada secara langsung dan tidak langsung yang diberikan dengan apa-apa cara mengenai mana-mana daripada perkara yang berikut berkenaan dengan apa barang atau bahagian barang-barang antara jenis dan nama.

Dalam seksyen 7(1) memang ada. Seksyen 7 secara keseluruhannya memang ada peruntukan-peruntukan yang nampaknya memberikan kuasa yang agak luas juga kepada pihak penguat kuasa kementerian ini untuk mengambil tindakan kalau sekiranya satu barangan itu dilihat satu barangan yang palsu ataupun kalau tidak palsu pun boleh dianggap mengelirukan.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks ini saya ingin bertanya kepada kementerian bagaimanakah- sekarang ini heboh tentang arak berjenama Timah walaupun cuba ditonjolkan seolah-olah ia tidak ada kaitan dengan orang Islam, tetapi Tuan Yang di- Pertua, selepas kita dengar Timah, kita dengar Omar pula. Sebab ini Tuan Yang di-Pertua, pihak kerajaan sebelah sana itu dilabelkan sebagai Kerajaan Melayu Islam.

Jadi orang Islam sudah tentu merasakan bahawa apa-apa yang berkaitan dengan Islam ini mesti mereka merasakan sepatutnya kerajaan ini membela. Tetapi pada 7 Oktober 2021, tiba-tiba arak Timah dilancarkan dan telah memenangi– Wiski, telah memenangi hadiah, memenangi gelaran, memenangi banyak- macam Olimpik memenangi pingat emas lagi.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, pertamanya bagaimanakah boleh jenama ini dibenarkan untuk dilancarkan? Apakah justifikasi pihak kerajaan untuk membenarkan ini? Itu yang pertama. Yang keduanya saya ingin bertanya, adakah kerajaan merasakan bahawa jenama Timah ini tidak ada apa-apa masalah kepada orang-orang Islam.

Tuan Yang di-Pertua, saya- memasukkan kaveat di sini, saya tidak langsung mengatakan bahawa orang bukan Islam tidak ada hak untuk minum arak. Itu tidak ada masalah. Kami daripada Parti Amanah, tidak ada masalah, itu hak mereka. Cuma saya hendak katakan isu ini telah menjadi isu yang panas diperbincangkan. Oleh sebab orang Islam, malahan saya difahamkan, even Yang Berhormat Menteri Agama pun telah membuat aduan kepada kementerian. Jadi satu lagi hal Tuan Yang di-Pertua, yang saya

final • 12:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

rasa mungkin kerajaan perlu memikirkan bagaimanakah akta ini boleh lebih efektif dalam hal-hal yang berurusan dengan isu-isu halal ini.

Kalau boleh kita serahkan kepada pihak ataupun kita buat satu undang-undang lain untuk membenarkan pihak JAKIM untuk mempunyai kuasa-kuasa seperti mana kuasa pihak kerajaan ataupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Apa yang berlaku sekarang ini Tuan Yang di-Pertua adalah apabila penguatkuasaan berkaitan dengan isu-isu yang ada kaitan dgn isu halal ini, pihak JAKIM hanya dibawa untuk membantu sahaja. Dia tidak ada kuasa pun untuk melakukan tangkapan, penyiasatan dan sebagainya, jauh sekali pendakwaan. Tetapi dia hanya membantu sahaja. Jadi saya rasa ini perlu kita fikirkan.

Tentang jenama Timah ini Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ini perkara yang memang ramai sangat orang marah Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab isu ini mengelirukan Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab apabila orang Islam ini, mereka begitu sensitif. Tuan Yang di-Pertua, arak ini daripada dahulu memang benda yang sensitif.

final • 12:30 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

[Bangun]

final • 12:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Shah Alam ingin- dia sudah bangun itu. Dia hendak tunjukkan baju batik dia.

final • 12:30 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

[Ketawa] Terima kasih. Isu sebenarnya ialah isu mempolitikkan perkara-perkara yang seperti ini. Sekiranya perkara seperti ini berlaku pada zaman kerajaan Pakatan Harapan, saya rasa pihak pembangkang pada ketika itu akan menimbulkan huru-hara oleh kerana ianya dipolitikkan.

Sekiranya semua persoalan dapat ditangani dengan suasana yang tenang dan rasional, maka isu-isu seperti ini tidak akan menjadi sensitif. Ianya bukan sensitif atas sebab on its own, dengan izin tetapi dijadikan sensitif sepertimana semasa kerajaan Pakatan Harapan memerintah, isu ICERD tidak dapat dibahaskan dan dibincangkan dengan keadaan yang tenang kerana diberikan tafsiran-tafsiran yang pelbagai.

Malangnya di negara kita, umat Islam diadakan dalam suasana siege mentality, diberikan gambaran bahawa umat Islam sedang diserang oleh yang bukan Islam, bahawa umat Islam ini ada satu perancangan untuk hendak sabotaj orang Islam dan sebagainya.

Inilah yang menjadikan banyak isu yang sepatutnya tidak sensitif dijadikan sensitif. Sebagai contoh, isu nama Timah dikatakan bahawa ini adalah nama anak Rasullah SAW iaitu Saidatina Fatimah Az-Zahrah. Tetapi setahu saya, tiada mana-mana kuliah yang diadakan oleh mana-mana ustaz di mana-mana surau ataupun di mana-mana masjid yang mana nama ataupun peribadi Saidatina Fatimah Az-Zahrah digelar sebagai Timah. Tiada orang di kalangan umat Islam memanggil Saidatina Fatimah Az-Zahrah sebagai Timah.

Tetapi oleh kerana ingin mensensasikan persoalan ini, oleh kerana hendak mempolitikkan persoalan ini, sekiranya perkara ini berlaku pada zaman kerajaan Pakatan Harapan, maka ia akan dikatakan, ‘Inilah DAP hendak serang umat Islam, hendak hina Saidatina Fatimah Az-Zahrah’ dan sebagainya. Maka spin yang seperti itu akan berlaku.

Nasib baik kami sebagai pembangkang merupakan pembangkang yang bertanggungjawab dan tidak menggunakan isu ini sebagai satu isu untuk menghangatkan suasana dan mewujudkan satu keadaan yang mana umat Islam dan bukan Islam bertelagah dan bergaduh dengan tujuan untuk mencapai some political advantage, dengan izin.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Masa tamat.

final • 12:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Inilah masalah apabila kita memberikan ruang kepada Yang Berhormat Shah Alam untuk mencelah.

[Ketawa]

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Tumpat minta daripada membahas...

final • 12:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Kadang-kadang dia rasa dia berbahas, saya pula yang mencelah.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Masa sudah habis.

final • 12:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, untuk gulung ya.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Masa sudah habis.

final • 12:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tidak, saya hendak gulung sedikit.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Tumpat, tumpat.

final • 12:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sedikit sahaja.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Tumpat ini tidak boleh ke Yang Berhormat Sepang?

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

30 saat.

final • 12:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, saya...

final • 12:30 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Yang Berhormat Sepang, sahabat mu dari Tumpat.

final • 12:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Saya sebenarnya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Shah Alam sebab jelas memang isu ini, pertama bagi saya, sudah keliru, dipolitikkan lagi menambah kekeliruan itu. Oleh sebab itulah bagi saya, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Shah Alam - memang nasib baiklah kita ini pembangkang yang bertanggungjawab. Kalau kita pembangkang macam dahulu itu, memang saya rasa isu ini tidak tahulah apa yang jadi, seperti mana mereka melaungkan isu Adib dan sebaginya, semua temberang ini.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey Yang Berhormat.

final • 12:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kalau bolehlah, kalau minta supaya kerajaan memberi justifikasi kenapakah ‘Timah’ ini dibenarkan.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

All right. alright

final • 12:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Sekian, terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Sepang dan Yang Berhormat Shah Alam. Walaupun Yang Berhormat Shah Alam hanya mencelah. Yang Berhormat Tebrau.

final • 12:40 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, hak-hak pengguna di negara kurang dilindungi di negara kita atas sebab peniaga-peniaga dan entiti-entiti perniagaan tidak ada etika perniagaan yang selaras dengan negara yang maju. Lagi satu sebab adalah kelemahan undang-undang yang digubal sebelum ini serta penguatkuasaan yang tidak memuaskan bagi melindungi pengguna-pengguna.

Pengguna-pengguna sentiasa jadi mangsa penipuan seperti barang yang berkualiti tidak sama dengan spesifikasi yang disebut dalam portal atau kotak, atau yang ditetapkan oleh agensi-agensi kerajaan yang mengawal mutu barang-barang seperti SIRIM.

Ada yang buat atau jual barang palsu dan tidak selamat atau tidak halal tapi letak cap halal. Ada yang sengaja menyenyapkan syarat-syarat yang akan buat warranty yang dijanjikan terbatal. Ada lagi yang tidak membeli penjelasan yang dalam tentang pros dan

final • 12:40 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

cons dengan izin suatu produk dan biasanya akan tumpu kepada pros dan senyap- senyapkan cons. Ada yang buat atau jual barang tiruan atau menggunakan nama atau cap dagangan yang hampir serupa dengan yang authentic. Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan pindaan-pindaan yang dicadangkan dalam rang undang-undang ini.

Pindaan-pindaan telah mengambil kira kelemahan-kelemahan yang baru saya sebutkan tadi.

Walaupun ia bukan dan tidak akan menutup semua peluang untuk menipu dan ditipu oleh sebab kelemahan manusia yang ada mahu jadi kaya cepat dan ada yang mahu barang atau perkhidmatan yang murah. Akan tetapi, ia masih merupakan satu inisiatif yang baik daripada kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya amat tertarik kepada skop akta ini yang diluaskan supaya pengawal diberi kuasa untuk melarang, menyekat atau selainnya mengawal selia atau mengawal penggunaan apa-apa pernyataan, ungkapan atau petunjuk yang mungkin mendiskriminasikan atau memboikot apa-apa keluaran atau apa barang-barang. Dengan pindaan ini pengawal telah diberi kuasa menangkap tanpa waran mana-mana orang yang dipercayai dengan munasabah telah melalukan atau cuba untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah tajuk seperti:

(i) larangan perihal palsu;

(ii) representasi palsu;

(iii) penyertaan palsu atau mengelirukan; dan

(iv) halangan perjalanan tanggungjawab pengawal atau penolongnya.

Sekiranya pengawal gigih menjalankan tugasnya agar isu perihal palsu, representasi palsu, penyertaan palsu atau mengelirukan dapat dikurangkan. Saya ingin sentuh dua pindaan baharu dalam perbahasan saya kerana dua ini bagi saya amat penting ya. Yang pertama ialah seksyen 52A yang baharu.

Seksyen ini akan memberi kuasa kepada pengawal atau penolongnya untuk mengambil sampel barang percuma bagi tujuan analisa. Sebelum ini pengawal atau penolongnya perlu membeli barang untuk buat analisa. Dengan kuasa ini pengawal boleh melindungi dengan lebih berkesan pengguna-pengguna daripada barang-barang yang palsu atau tidak selamat atau tidak mematuhi spesifikasi.

Yang kedua adalah seksyen 56A yang baharu. Ini memberi kuasa kepada pengawal untuk memerintah pematuhan kepada peruntukan-peruntukan di dalam akta ini sekiranya pelanggaran dipercayai atau didapati berlaku. Tuan Yang di-Pertua, apa yang bagus dengan dua seksyen ini adalah kuasa untuk mendakwa mana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa permintaan atau perintah daripada pengawal atau penolongnya.

Akhirnya saya ingin minta Yang Berhormat Menteri menyatakan statistik kes-kes kesalahan perihal dagangan yang dilaporkan, yang dikendalikan dan yang sudah diselesaikan oleh kementerian. Ini kerana, statistik ini akan jadi kayu ukur pencapaian pengawal selepas RUU diluluskan. Itu saja. Saya ingin bercadang menyokong RUU ini.

Terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Yang Berhormat Kepong, tidak ada ya. Yang Berhormat Tumpat, silakan.

final • 12:40 PM

Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Tuan Yang di-Pertua; Ramai MP bangun berpantun, Khusus mengenai pakaian batik, Walaupun saya tidak berpantun, Namun menyokong pemakaian batik.

final • 12:47 PM

Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan pindaan Akta Perihal Dagangan 2011.

Pindaan Akta Perihal Dagangan 2011 ini menyentuh mengenai larangan perihal dagangan palsu yang turut melibatkan pernyataan dan pengendalian amalan palsu dan mengelirukan termasuklah bentuk diskriminasi terhadap setiap barangan dagangan dalam negara ini.

Walau bagaimanapun, orientasi perbahasan saya pada tengah hari ini lebih menumpukan mengenai perihal dagangan yang melibatkan produk halal yang masih menjadi perhatian dalam kalangan rakyat ketika ini. Tuan Yang di-Pertua, aspek halal tidak disentuh secara terus dalam Akta Perihal Dagangan 2011 tetapi lebih banyak dirujuk kepada Perintah Perihal Dagangan 2011 melibatkan takrif ‘Halal’, perakuan dan penandaan halal dan sebagainya. Peruntukan yang terkandung dalam Perintah Perihal Dagangan 2011 ini menjadi antara salah satu teras yang melindungi industri halal kepada pengguna yang beragama Islam dalam negara ketika ini selain beberapa akta lainnya.

Hal yang demikian termasuklah bahagian import makanan halal yang termaktub dalam Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang meletakkan kewajipan kepada produk halal yang diimport mendapatkan kebenaran pihak JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri selain autoriti perakuan halal luar yang juga mesti mendapat pengiktirafan daripada JAKIM. Terdapat 81 badan pensijilan halal luar negara daripada 45 buah negara yang telah mendapat pengiktirafan daripada JAKIM setakat ini.

Walau bagaimanapun, negara dikejutkan dengan isu pengimportan daging kartel yang didedahkan pada penghujung tahun lalu. Pelbagai pandang sisi telah dikemukakan isu tersebut. Cuma apa yang menarik perhatian saya adalah, apakah langkah memperkukuhkan perakuan halal khususnya terhadap daging import supaya rakyat tidak berdepan dengan defisit keyakinan terhadap industri makanan halal dalam negara.

final • 12:47 PM

Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Tuan Yang di-Pertua, kita sedia maklum bahawa rantaian import daging sejuk beku ini melalui proses yang ketat dan terperinci. Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan melakukan inspection di kilang luar negara yang akan menjadi tempat pengimport daging sejuk beku tersebut untuk meneliti aspek halal bukan sahaja terhadap produk itu sendiri bahkan juga melibatkan aspek pengendalian, penyimpanan, packaging serta pengangkutan. Pihak MAQIS pula bertanggungjawab terhadap dokumentasi, manakala JAKIM pula terlibat dalam audit halal.

Kesemua ini melalui jalur proses yang ketat dan teliti. Namun, bagaimana masih ada kewujudan kes-kes seperti itu? Adakah jumlah penguatkuasaan hari ini tidak cukup bagi menampung aktiviti penguatkuasaan produk-produk import daging sejuk beku dari luar?

Saya juga ingin tahu pandangan kementerian terhadap langkah menggubal akta halal. Walaupun ia tidak berada di bawah tanggungjawab kementerian ini sepenuhnya, namun ketika ini, perlindungan terhadap aspek produk dan perdagangan industri halal berada di bawah perintah perihal dagangan seperti yang saya sebutkan sebentar tadi yang berada di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Apakah pertimbangan semasa kementerian supaya perdagangan halal ini dikhususkan di bawah satu akta lain?

Tuan Yang di-Pertua, masih dalam topik halal. Saya ingin beralih kepada aspek perihal dagangan makanan halal dalam talian. Kerajaan telah memberikan penekanan yang khusus terhadap aktiviti penjualan dalam talian atau e-dagang yang tumbuh ibarat cendawan selepas hujan, khususnya sejak tahun lalu apabila negara dilanda oleh pandemik serta penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan.

Namun, di sana terdapat segelintir pengendali makanan e-dagang, sama ada melalui platform FoodPanda, GrabFood atau ShopeeFood yang tidak meletakkan tanda ‘non halal’ terhadap makanan yang mereka jual sehingga mengelirukan pengguna Muslim. Persoalannya, apa bentuk penguatkuasaan dalam talian yang dilaksanakan bagi memastikan pengendali makanan tersebut tidak mengelirukan pengguna Muslim yang membeli makanan non halal?

final • 12:50 PM

Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu

Yang Berhormat, izin laluan.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Sila.

final • 12:50 PM

Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu

Okey. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, Yang Berhormat. Bila kita sebut mengelirukan, saya hendak menekankan semula bahawa perkataan jenama ‘Timah’ ini benar-benar mengelirukan disertai oleh lambang Kapten Speedy yang memakai kopiah. Tidak adakah gambar Kapten Speedy ini yang memakai topi? Ataupun yang Timah ini, tidak bolehkah kita panggil apa jenama yang lain? Mines, The Mines kah, apa kah? Lagi satu, ia merupakan satu perkara yang tidak bagus untuk wanita sebab dibayangkan Timah itu adalah wanita Melayu. Kak Timah, Mak Timah, Makcik Timah. Apabila kita minum wiski itu, seolah-olah kita meminum wanita Melayu. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Saya bersetuju. Apa-apa sahaja perkara yang mengelirukan pengguna sepatutnya tidak dibenarkan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mendengar tadi perbahasan daripada Yang Berhormat Sepang yang turut dicelah oleh Yang Berhormat Shah Alam. Saya mendengar dengan teliti bahawa Yang Berhormat Shah Alam cuba membangkitkan isu bahawa ratifikasi ICERD sebenarnya bukan isu yang sensitif. Sedangkan, bagi saya, isu itu sebenarnya sangat sensitif terutamanya kepada orang Melayu, orang Islam bumiputera di negara ini.

Jadi, dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Shah Alam itu seolah-olah menggambarkan kalau Pakatan Harapan mungkin kembali berkuasa, wal iyadzubillah, mungkin akan dibawa semula ratifikasi ICERD sepertimana yang diperjuangkan oleh Pakatan Harapan sebelum daripada ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengharapkan apa-apa yang saya sebut dalam ucapan saya tadi, oleh kerana masa pun sudah tidak mengizinkan, benar-benar diberi perhatian yang teliti oleh kementerian dan saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Yang Berhormat Kepong dah ada ya? Silakan.

final • 12:50 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Akta ibu rang undang-undang ini adalah Akta Perihal Dagangan. Tujuan akta itu adalah seperti berikut:

“Suatu Akta bagi maksud untuk menggalakkan amalan perdagangan yang baik dengan melarang perihal dagangan palsu dan pernyataan, pengendalian dan amalan palsu atau mengelirukan berhubung dengan pembekalan barang-barang dan perkhidmatan” Saya nak bangkit dua kekurangan dalam akta ini yang tidak mengikut perkembangan semasa. Pertama, sejajar dengan peredaran zaman moden ini, kegiatan- kegiatan penipuan atau skim piramid, Ponzi atau di Malaysia dipanggil money game, kini mengambil tempat di dunia maya dan jikalau kita lihat keadaan semasa, aktiviti-aktiviti mereka juga semakin rancak. Apa yang lebih mengejutkan adalah syarikat-syarikat yang menjalankan kerja yang tidak bermoral ini mempunyai SSM yang sah. Ada daripada mereka mempunyai bangunan tersendiri lagi di bandar raya.

Pandemik COVID koronavirus menyaksikan ramai orang menjadi mangsa penipuan seperti begini dan juga penipuan atas talian. Bila orang sudah tiada kerja, tiada duit, mereka sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan wang dan ini adalah titik lemah yang dieksploitasi oleh sindiket-sindiket money game ini. Orang ramai juga tahu akan aktiviti yang mereka lakukan.

Oleh yang demikian, persoalan di sini, apakah langkah-langkah dalam rang undang-undang ini untuk membanteras money game, skim piramid, Ponzi dan sebagainya? Ataupun perkara ini hanya dipandang enteng? Apakah setimpal hukuman dan penguatkuasaan yang wujud? Tidak.

final • 12:54 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Syarikat-syarikat yang menjalankan kerja-kerja penipuan ini, mereka tidak hanya bergantung pada syarikat atau kumpulan bagi menjalankan kerja-kerja penipuan dan penjualan produk mereka. Bahkan mereka mempunyai banyak anak syarikat, subgroup, ejen, downline, dengan izin, wakil-wakil untuk beroperasi. Lebih banyak anak syarikat, downline, wakil, ejen mereka wujudkan, lebih banyak untung yang boleh diperoleh. Tidak hairanlah mengapa mereka boleh sahaja membayar denda dan saman yang dikenakan ke atas mereka oleh mahkamah. Saman-saman yang dikenakan ini, jikalau hendak diikutkan, sangat kecil dengan apa yang mereka raih selama mereka menipu orang ramai.

Tahun lalu, seorang perempuan yang ada gelaran Datuk Seri dituduh di mahkamah sebab terlibat dalam aktiviti money game. Dia mengaku salah, diberi denda beberapa juta sahaja. Sedangkan mangsa skim penipuan ini, jumlahnya beratus-ratus juta ringgit. Adakah setimpal? Tidak.

Dalam pada itu, penangkapan terhadap individu-individu yang terlibat kadangkala tidak melibatkan dalang-dalangnya atau mastermind, dengan izin. Baru-baru ini juga didedahkan seorang VVIP telah lari daripada mahkamah atas tuduhan kes penipuan atas talian. Dia lolos dari mahkamah. Itu bukanlah perkara yang biasa. Sudah pastinya ada bantuan daripada pihak dalaman.

Kedua, kekurangan yang saya dapati dalam rang undang-undang ini iaitu rang undang-undang atau akta ibu ini tiada sebut langsung dengan produk yang terkini di dunia ini dan juga di Malaysia iaitu bitcoin atau macam-macam coin. Bookcoin, Dogecoin, Ahhockcoin, AliCoin, Mutucoin. Langsung tidak disebut. Adakah produk-produk coin ini dibenarkan di Malaysia? Apa jenis coin yang tidak dibenarkan mesti disebut dalam rang undang-undang ini. Adakah coin ini produk yang boleh dibeli, dijual? Adakah ia satu produk yang halal yang mengikut peraturan undang-undang di Malaysia? Tiada sebut langsung dalam rang undang-undang ini.

Jadi, kesimpulannya, saya nak minta pihak kerajaan harus tegas dalam memastikan aktiviti tidak berakhlak ini, money game, coin-coin, mendapat peraturan dan juga hukuman yang setimpal jika produk-produk itu adalah salah. Selain daripada denda yang tinggi, pihak kerajaan juga harus menetapkan hukuman penjara yang wajib, mandatori bagi mereka yang terlibat daripada dalang-dalangnya, mastermind hingga ke konco-konconya. Selagi kita biarkan dalangnya terlepas, selagi itu mereka akan terus beroperasi dan menipu orang ramai.

Sekian, terima kasih.

final • 12:54 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Kepong. Kita akan sambung pada pukul 2.30 petang. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.

final • 12:54 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan

final • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita sambung perbahasan Rang Undang-undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2021. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Rasah.

final • 2:30 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk saya turut serta untuk rang undang-undang, satu akta meminda Akta Perihal Dagangan 2011 pada petang ini. Dengan masa yang terhad, saya akan menyebut beberapa perkara yang berkaitan. Pertama, saya nampak pindaan terhadap akta ibu,

final • 2:33 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

seksyen 54 iaitu nota barunya daripada perkataan asal ‘mengambil sampel’ ditukar ataupun dipinda kepada ‘anggapan dan pemeriksaan berkenaan dengan sampel’.

Padahal seksyen dalam perkataan ataupun maksud dalam seksyen ini tiada perubahan. Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri yang akan menjawab nanti, apa maksudnya? Oleh sebab saya tidak nampak ada nilai substantif terhadap pindaan ini.

Kedua adalah berkenaan dengan pindaan terhadap seksyen 56. Saya nampak seksyen 56 selepas pindaan berdasarkan pindaan yang dicadangkan ini, ia akan memperluaskan kuasa Menteri. Saya nampak di sini daripada huraian yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, dikatakan bahawa pada masa kini Menteri hanya boleh mengecualikan apa-apa perihal bagi barang-barang yang dimaksudkan untuk dihantar ke suatu tempat di luar Malaysia atau apa-apa kegunaan atau maksud tertentu.

Daripada huraian di sini, apa yang saya faham adalah, selepas pindaan ini Yang Berhormat Menteri akan ada kuasa terhadap perihal barangan yang akan diperdagangkan dalam negeri. Saya mohon pengesahan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri nanti, betul atau tidak tafsiran sebegini? Oleh sebab saya nampak daripada tafsiran ini.

Walaupun seksyen yang baru tersebut tidak menyatakan secara tersurat, secara nyata berkenaan dengan perkara ini.

Kalau betul anggapan saya, Yang Berhormat Menteri yang kita ada, Yang Berhormat Menteri KPDNHEP sekarang, memang saya yakin beliau akan menggunakan kuasa dengan sebaiknya. Akan tetapi kalau esok satu hari kita tidak tahu dalam politik ini, kita dapat Menteri yang mungkin tidak berapa betul, dia salah gunakan kuasa, dia gila kuasa dan sebagainya, macam mana keadaannya? Kalau buat pindaan sebegini, apa garis panduan ataupun jaminan terhadap kuasa Menteri supaya kuasa tersebut tidak disalahgunakan satu hari nanti?

Jadi, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Perkara ketiga yang saya hendak sebutkan adalah berkenaan dengan penambahan seksyen 39A yang baru, kuasa menangkap ke dalam akta asal. Kalau kita tengok pada asalnya, kuasa menangkap diperuntukkan di bawah seksyen 39 hanya melibatkan satu kesalahan di bawah seksyen 8, Akta 730. Akan tetapi dengan adanya seksyen baru 39A ini menyebabkan kesalahan-kesalahan di bawah seksyen 5, 16, 17, 20 dan 51 di bawah Akta 730 ini turut boleh ditahan oleh pegawai yang dilantik, seolah-olah mereka sebagai polis.

Persoalan saya, saya bukan hendak mempertikaikan kuasa, sebab saya rasa kalau ada keperluan kena buat selaras dengan perkembangan terkini dagangan, perniagaan dan sebagainya. Adakah agensi yang terbabit mempunyai kakitangan yang mencukupi? Saya tidak mahu dengan kekuatan yang sedia ada, pegawai yang diberikan kuasa dibebani dengan tugasan yang melampau. Oleh sebab kalau mereka cuma buat kerja untuk kesalahan di bawah seksyen 8, sekarang ini banyak seksyen.

Jadi, adakah akan ada pertambahan kakitangan, pegawai yang terbabit, yang layak, cadangan daripada kementerian sendiri? Saya nampak, saya secara amnya bersetuju dengan pindaan-pindaan yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Saya meneliti dan memang ada keperluan kita melakukan pindaan tersebut.

Cuma satu perkara yang saya rasa, saya anggap ada peninggalan (omission) daripada mereka yang mendrafkan pindaan rang undang-undang ini adalah tidak mengambil kira keadaan perdagangan perniagaan semasa.

Kita nampak semenjak negara kita seperti mana negara-negara lain dilanda pandemik COVID-19 pada setahun setengah yang lepas, banyak perniagaan telah beralih arah kepada perniagaan secara online. Banyak benda, sama ada benda yang berjenama hebat, jenama yang kita kenali ataupun banyak jenama baru ataupun barangan yang tidak pernah diperdagangkan secara online sebelum ini.

Hari ini trendnya bukan lagi perniagaan secara konvensional, kedai runcit biasa, kedai biasa, tidak. Trendnya ke arah perniagaan online. Jadi, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apa ataupun kenapa tiada apa-apa klausa ataupun

final • 2:33 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

seksyen yang terlibat dalam pindaan kali ini merujuk kepada perniagaan online secara spesifik dan khusus?

Saya rasa kebanyakan penduduk kita, kebanyakan rakyat Malaysia- saya masih ingat, saya rasa Ahli-ahli Dewan dan Tuan Yang di-Pertua sendiri semua, rakyat Malaysia, kita masih ingat sejak tahun lepas bulan Mac permulaan PKP, kita diajar supaya duduk di rumah (stay at home). Sekarang ini tidak adalah, kita kerja. Akan tetapi disebabkan oleh pelaksanaan PKP itu sendiri membolehkan kita duduk di rumah tetapi perniagaan, urusan masih berjalan. Pihak logistik akan hantar barang terus ke rumah kita dan kita beli secara online.

Jadi, apa jaminan terhadap kualiti barang-barang yang dihantar, yang kita pesan, yang kita langgan, yang kita sudah bayar sebelum dihantar. Barangan itu bukan barangan palsu di bawah Akta Perihal Dagangan ini. Saya rasa kepentingan untuk pengguna supaya tidak tertipu dengan tipu muslihat dan sebagainya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, kena terjamin.

final • 2:33 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Saya bukan kata semua peniaga online itu tidak apa. Saya pun pengguna juga.

Saya pun melanggan secara online juga, tetapi kena ada satu jaminan keselamatan supaya pengguna tidak tertipu. Oleh sebab golongan pengguna yang akan menggunakan saluran secara online ini semakin hari semakin bertambah. Sekiranya tiada perubahan ataupun tiada penguatkuasaan undang-undang dengan tambahan seksyen yang baru, saya bimbang satu hari nanti pihak yang tidak bertanggungjawab, sindiket yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan. Akhirnya, rakyat Malaysia akan menanggung kerugian.

Jadi, saya mohon supaya pihak kerajaan memberikan perhatian. Mungkin bukan kali ini, mungkin pada tahun depan. Kalau perlu kita buat lagi pindaan. Saya sendiri saya bersedia menyokong sebab saya anggap pindaan sebegini adalah sesuatu yang progresif, sesuatu yang perlu diselalukan sebab ada keperluan selaras dengan perkembangan perdagangan pada masa sekarang. Jadi, terima kasih Tuan Yang di- Pertua, ambil masa tambahan sedikit. Sekian,terima kasih.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Ahli Yang Berhormat, sekarang tamat perbahasan oleh Ahli-ahli Dewan. Sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri atau Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawabnya 15 minit.

final • 2:40 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato’ Rosol bin Wahid

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Kata-kata aluan dalam bahasa Arab] Saya mulakan jawapan saya dengan ayat Al-Quran yang berbunyi, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya, “*Wahai manusia makanlah apa sahaja yang berada di atas muka bumi ini yang halal dan baik.

Jangan kamu menurut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata”.* Surah Al-Baqarah, ayat 168.

Tuan Yang di-Pertua, serta Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pertama sekali terima kasih kepada tujuh orang Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam membahaskan Rang Undang-undang Akta 750 yang dibentangkan sebelum kita berhenti rehat tadi. Pertama Yang Berhormat Bukit Bendera. Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Kedua Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Sepang, kemudian dicelah oleh Yang Berhormat Shah Alam.

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Kemudian Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Tumpat, dicelah oleh Yang Berhormat Tangga Batu dan terakhir sahabat saya, Yang Berhormat Rasah. Terima kasih atas keprihatinan dan juga kecaknaan Ahli Yang Berhormat berkaitan dengan isu yang dibangkitkan yang saya rasa cukup penting untuk kita mempertahankan kedaulatan negara kita, untuk kita mempertahankan sistem ataupun agenda dan juga menjadi peniaga yang berhemah.

final • 2:41 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato’ Rosol bin Wahid

Yang Berhormat Bukit Bendera bertanya tentang masalah minyak sawit, palm oil sugar free bagaimana. Jawapannya ialah kalau barang tersebut ada gula tetapi dinyatakan dalam preskripsi barang tersebut tiada gula, maka kita boleh ambil tindakan di bawah seksyen 5 iaitu Akta 750 ini. Jadi ia untuk memastikan niat-niat yang tidak baik di kalangan mereka yang anti minyak sawit. Mereka letak sebotol air kemudian mereka tulis air tersebut palm oil free sedang air botol tersebut tiada kaitan pun dengan minyak sawit.

Jadi menunjukkan prejudis mereka terhadap minyak sawit keluaran utama negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu ditanyakan juga kenapa fi yang telah dikutip sejak tahun 2012 dahulu, sekarang baru hendak disahkan. Sebenarnya kita mengakui berlaku kekhilafan ketika itu yang mana untuk makluman Dewan yang mulia bahawa pensijilan halal dahulu sebenarnya diterajui ataupun dibuat oleh badan ataupun Majlis Agama Islam Negeri dan juga JAKIM.

Akan tetapi sekarang kita melakukan penjelasan yang mana JAKIM sahaja dibenarkan atau diberi kuasa untuk mengeluarkan sijil dan logo halal tetapi pengurusan, pemeriksaan dan sebagainya dibuat oleh negeri-negeri. Jadi atas hal tersebut, maka kita selaraskan fi tersebut. Maka pada hari ini kita minta supaya Dewan mengesahkan apa yang telah dikutip yang jumlahnya lebih kurang RM23 juta.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu Yang Berhormat Dungun membangkitkan isu berkaitan dengan minuman ataupun penyataan yang tidak sama dengan apa yang terdapat pada menu. Menu makanan yang palsu ataupun tidak sama.

Kemudian hendak bezakan antara halal dengan no pork atau pork free. Jadi jawapan berkaitan dengan pernyataan yang tidak bersamaan dengan apa yang ditulis atau apa yang tertera pada menu adalah satu penipuan. Contohnya dikatakan kedai tersebut menjual air milo, tiba-tiba yang dibuat adalah air coklat. Itu adalah satu kesalahan. Jadi, boleh diambil tindakan.

Berkaitan dengan pork free dan ia berbeza dengan logo halal, sebenarnya saya yakin semua umat Islam mengetahui bahawa daging halal ataupun daging babi ataupun pork adalah semua memahami ia dilarang untuk dimakan oleh umat Islam. Saya yakin orang bukan Islam pun tahu akan hal tersebut. Akan tetapi masalahnya sekarang ada rakan-rakan kita yang bukan beragama Islam masih mengatakan bahawa yang haram pada Islam itu cuma daging babi sahaja ataupun khinzir. Mereka tidak mengetahui bahawa daging yang tidak disembelih itu juga adalah haram.

Jadi ini peranan pendidikan dan juga kerjasama daripada kementerian- kementerian lain, daripada badan-badan lain untuk mendidik dan memaklumkan kepada masyarakat bahawa yang haram itu bukan sahaja khinzir tetapi perkara-perkara yang berkaitan yang tidak disembelih mengikut cara syariah yang betul juga tidak dibenarkan.

Kadang-kadang yang makan duit curi, duit rasuah juga haram. Itu yang perlu diterangkan.

Kemudian pihak JAKIM dan kerjasama kementerian-kementerian dan juga badan-badan berkanun serta badan kerajaan sentiasa mengadakan kempen berkaitan dengan logo halal dan kesedaran halal. Ini kerana logo halal yang dikeluarkan oleh JAKIM dalam negara kita adalah logo halal yang diiktiraf oleh dunia. Ertinya kalau logo tersebut tertera pada barang atau produk sesuatu yang dijual dalam negara atau luar negara memang ia terbukti halal, terbukti terbaik.

Oleh sebab itu ia diminta ataupun dimohon oleh kebanyakan peniaga dan sesuatu yang amat mengujakan pihak kementerian. Untuk makluman bahawa jumlah pensijilan halal pada tahun 2020 hingga 2021 suatu yang amat menarik. Permohonan daripada bukan Bumiputera sebanyak 9,650 yang mohon. Manakala daripada Bumiputera 3,832 permohonan sahaja. Ini menunjukkan bahawa seluruh masyarakat di Malaysia ini amat mengejar ataupun mereka tercari-cari untuk mendapatkan sijil halal daripada kerajaan kita.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Bendera juga ada bertanyakan tentang status daging kartel yang menjadi satu kekecohan sejak awal tahun ini. Untuk makluman Dewan yang mulia, kes kartel daging yang dituduh di bawah Akta KPDNHEP sedang menunggu untuk dibicarakan. Mereka telah dituduh pada 9 Februari 2021 dan tarikh perbicaraan akan datang ditetapkan oleh mahkamah pada 14 hingga 16

final • 2:41 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato’ Rosol bin Wahid

Disember tahun ini dan 20 Januari 2022 serta 21 hingga 24 Februari 2022. Jadi ini telah diambil tindakan sebab bagi kita makanan halal, produk halal ini satu benda yang cukup sensitif, yang tidak boleh kita pandang ringan.

Berkaitan dengan Yang Berhormat Bukit Bendera bertanyakan tentang bagaimana isu-isu penjualan test kit yang berleluasa di atas talian. Sebenarnya untuk makluman, test kit terutamanya saliva ini, insya-Allah dalam masa terdekat sebelum bulan depan ia akan dijual bukan sahaja di farmasi ataupun di kedai-kedai ubat tetapi ia akan diperluaskan dan dijual di mall-mall, chain store dan juga akan dimasukkan ke stesen- stesen minyak.

Jadi ini akan memudahkan lagi pengguna untuk mendapatkan test kit ini dan juga untuk memastikan bahawa berlaku persaingan sihat. Ini kerana hari ini harga jualannya hampir RM20 tetapi kita mendapat keyakinan daripada pengeluar ini, mereka meyakinkan kita bahawa ada sesetengahnya akan dijual bawah daripada RM10.

Jadi ini yang kita nanti-nantikan. Jadi saya rasa pihak kementerian tidak perlu menentukan harga maksimum ataupun harga minimum untuk test kit ini. Kita biarkan pasaran bebas menentukan harga tersebut. Itu jawapan kepada Yang Berhormat Bukit Bendera berkaitan penjualan test kit yang berleluasa. Kemudian...

final • 2:41 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Rasah.

final • 2:41 PM

Dato’ Rosol bin Wahid

Sila, sila.

final • 2:41 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Minta maaf ya. Walaupun Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Bukit Bendera, saya mohon mencelah sedikit berkenaan dengan test kit tersebut. Daripada ulasan ataupun jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, Yang Berhormat Timbalan Menteri kata tidak ada keperluan kalau tidak silap saya, tiada keperluan untuk menurunkan harga siling sebab apabila banyak, harga akan jadi murah. Maksudnya begitu kah?

final • 2:41 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Saya sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat Menteri, kalau Yang Berhormat Menteri tengok bulan lepas pun saya pernah tanya soalan ini kepada Yang Berhormat Menteri KPDNHEP berkenaan dengan harga siling dia. Saya lebih suka kalau kementerian boleh tetapkan harga siling, of course sekarang ini kita tahulah harga runcit RM19.90. Kalau boleh kita turun lagi supaya akhirnya benda itu jadi benda yang common untuk semua rakyat Malaysia. Orang mampu untuk beli. Tidak kira dia B40 kah M40 kah.

Ini supaya kita tahu sebab virus itu ada dekat kita, kita hendak mudahkan rakyat kita supaya dia tidak bergantung kepada kerajaan. Oh! Semua pergi– tanggungan semua pada kerajaan. So, sama-sama kita share responsibility dan tanggungan kewangan. Itu pandangan saya Yang Berhormat Menteri.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 2:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Rasah. Saya amat setuju dengan apa yang dikatakan oleh sahabat saya tersebut.

Cuma, hari ini kita menetapkan bahawa test kit saliva ini RM19.90 harga runcit.

Jadi, apabila ramai yang memohon untuk menjual test kit ini, ada yang memberitahu kepada kita bahawa mereka sanggup menjual bawah daripada RM10. Ini suatu benda yang pada asalnya kita kementerian sudah bercadang untuk hendak tentukan harga maksimum mungkin RM15 ataupun RM13. Akan tetapi, bila ramai player ini datang dan beradvokasi dengan kita, ada yang ingin menawarkan bawah daripada RM10. Dia kata kalau dibenarkan dijual di pasar-pasar terbuka yang diluluskan oleh MDA, maka dia boleh jual dengan harga yang lebih murah.

Saya yakin, janji yang dibuat oleh pemain-pemain ini akan dapat dikotakan akhir bulan ini.

final • 2:50 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Tumpat minta laluan.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Tumpat.

final • 2:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid

Yang Berhormat Tumpat, silakan.

final • 2:50 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Okey Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih di atas apa yang dinyatakan itu di mana rakyat akan menikmati harga test kit ini yang agak murahlah.

Cuma, apakah mekanisme kementerian untuk memastikan daripada segi test kit yang murah ini, benar-benar dapat memenuhi makna in terms of reliability keputusan- keputusan yang diperolehi daripada test kit yang berlawanan untuk menjual dengan harga yang murah ini?

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 2:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid

Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Tumpat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Sebenarnya test kit ini telah diluluskan oleh MDA. MDA telah– mereka telah melalui proses penilaian oleh MDA. MDA sudah approved test kit tersebut untuk dijual kemudian ia dibenarkan untuk dijual. Kalau ia tidak diluluskan oleh MDA, maka ia menjadi satu kesalahan untuk menjual peralatan tersebut. Jadi, saya rasa menjawab apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tumpat, tiada kerisauan. Maknanya bila ada test kit, ada cap MDA, maka ia sudah approved oleh kerajaan. Jadi kita boleh belilah dengan senang hati.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu Yang Berhormat daripada...

final • 2:50 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri. Tadi soalan asal saya, Bukit Bendera sini.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Bukit Bendera.

final • 2:50 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Ya, tadi saya terima jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang test kit. Bagaimana dengan alat-alat medical device, alat perubatan lain seperti oximeter dan ubat-ubat yang dijual secara meluas di platform online? Sepatutnya mengikut peraturan-peraturan MDA, ia hendaklah dijual di farmasi kerana kita khuatir bahawa apa yang dijual di online itu tidak memenuhi trait Akta Perihal Dagangan yang kita bahaskan.

Apakah rang undang-undang ini ada menyelesaikan masalah ini ataupun apakah penyelesaian ataupun daripada segi kementerian terhadap online issues tentang alat perubatan (medical device) dan juga ubat-ubat dalam secara online?

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 2:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya dari Bukit Bendera dan minta maaf. Saya tertinggal apa yang dibangkitkan berkaitan dengan peralatan ataupun barang medical yang dijual melalui online.

Sebenarnya ia juga ter cover ataupun terkandung dalam Akta 730 ini, semua barang. Cuma, setakat ini, kita dahulu ada laporan ataupun dalam media sosial mengatakan bahawa dia terbeli oximeter tiruan. Oximeter ertinya oximeter tiruan tetapi bila kita check, ia bukan tiruan. Ia satu oximeter yang menggunakan jenama dia sendiri.

Dia bukan barang tiruan.

Akan tetapi, seperti saya sebut, memang mutunya lebih rendah dan ia tidak ada ketepatan. Jadi, setakat ini pihak kementerian ataupun pihak penguat kuasa tidak menerima apa-apa laporan berkaitan dengan oximeter tiruan ataupun perkara tersebut tetapi kita sentiasa terbuka. Kalau ada hal-hal yang berkaitan dengan penipuan, hal yang berkaitan dengan ada fake dan sebagainya, kita akan terbuka untuk sentiasa menyiasat.

final • 2:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid

Tuan Yang di-Pertua, masa ada lebih kurang satu minit lagi. Saya hendak respons terhadap apa yang dibangkitkan oleh beberapa orang sahabat iaitu Yang Berhormat Sepang, kemudian Yang Berhormat Tumpat berkaitan dengan isu Timah yang telah mewujudkan suasana yang tidak selesa di kalangan masyarakat terutamanya orang Islam di negara kita.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kebetulan kelmarin, kementerian telah mengadakan sesi libat urus dengan syarikat pengeluar bersama dengan Yang Berhormat Menteri Komunikasi, Yang Berhormat Menteri Perpaduan, Yang Berhormat Menteri Agama dan juga pegawai dari MITI, berbincang tentang isu yang dibangkitkan oleh masyarakat yang menjadikan ia suatu benda yang havoc sekarang.

Alhamdulillah, dapatan tersebut cukup menggembirakan di mana pihak syarikat telah pun membuat satu komitmen untuk mengkaji balik dan memahami akan keresahan dan juga kerisauan masyarakat umat Islam. Jadi, ini menunjukkan bahawa Keluarga Malaysia yang berada di Malaysia ini cukup prihatin tanpa mengira bangsa, agama dan kepercayaan. Kita berharap dalam masa terdekat, kementerian ataupun kerajaan akan mengeluarkan satu kenyataan yang menggembirakan semua pihak, menggembirakan pihak peniaga, pengusaha dan menggembirakan rakyat yang terkesan ataupun yang sensitif dengan hal tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itu sahajalah...

final • 2:50 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat Menteri.

final • 2:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid

Apa yang ingin saya kongsikan– ya Yang Berhormat Muar. Okey, sila.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Muar.

final • 2:50 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Saya hendak tanya sedikit.

Saya faham pendirian kerajaan dalam bab ini dan rundingan sedang berlaku berkenaan isu mungkin disalah tafsir.

Persoalan saya, jika nama senang untuk disalah tafsir, saya lihat di media sosial, ramai juga yang troll kata adakah kita akan tukar nama coklat Daim kerana nama berkait rapat dengan Tun Daim ataupun minuman Dutch Lady yang boleh dikaitkan juga dengan nama wanita seperti orang kata Timah dan banyak contoh lain? Ada rakan saya di negara luar kongsikan kerana berita ini sudah viral sampai ke luar negara. Ada juga minuman yang berkait rapat dengan nama seseorang presiden Parti Islam. Adakah itu juga akan ditukar?

Saya berharap apa pun pendirian kerajaan, perkara seperti ini harus diperjelaskan supaya kes-kes lain tidak timbul kerana isu salah faham. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 2:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid

Terima kasih adinda saya daripada Yang Berhormat Muar. Terima kasih kerana sebut dan cukup bernas saya rasa kerana ia suatu pandangan yang cukup baik untuk ditengok secara keseluruhan. Ini kerana kita tidak mahu kita tengok case by case. Selepas ini ada isu lain pula, kita jawab lain.

Jadi cuma saya setuju dengan apa yang dibangkitkan dicelah oleh kakanda saya daripada Yang Berhormat Shah Alam tentang bahawa isu ini sebenarnya digembar- gemburkan ataupun disensasikan untuk kepentingan politik. Saya amat setuju.

Jadi, kita harap selepas daripada ini, kita akan dapat melahirkan ataupun mewujudkan satu masyarakat yang matang, masyarakat yang berhemah dan masyarakat yang bertanggungjawab, yang tidak mengambil kesempatan atas apa sahaja isu untuk kepentingan dan juga untuk keuntungan sesetengah pihak. Itu harapan saya.

Okey, sila Yang Berhormat Shah Alam.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Shah Alam.

final • 2:50 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana bersetuju dengan apa yang dikatakan sebagai satu kesimpulanlah ya. Di mana malangnya di negara kita ini, ramai sangat yang suka mempolitikkan isu yang sebenarnya tidak sensitif tetapi sengaja disensitifkan.

Saya harap bahawa pihak kerajaan akan berusaha untuk menangani masalah ini sehingga masyarakat kita boleh menjadi lebih matang dan membincangkan semua isu dengan tenang dan secara bertanggungjawab. Bukan memainkan emosi, main sentimen, sahaja hendak lagakan di antara Melayu dengan yang bukan Melayu, Islam dengan yang bukan Islam dan sebagainya, sehingga menyebabkan negara kita menjadi bahan tertawa, bahan lawak oleh dunia. Saya harap itu merupakan satu isu yang boleh ditangani. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam.

final • 2:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid

Okey terima kasih. Saya setuju 100 peratus dan kita tidak hendak berbincang ataupun berdialog secara emosi. Kita mesti ada rasional dan juga ada reason setiap apa yang kita buat.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa itu sahajalah...

final • 2:50 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

final • 2:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid

Apa yang saya ingin kongsikan.

final • 2:50 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

Yang Berhormat Menteri, boleh saya celah sedikit?

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ada satu lagi. Yang Berhormat Kuala Langat, sila.

final • 2:50 PM

Dato’ Rosol bin Wahid

Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 2:50 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

Yang Berhormat Menteri, saya harap apa keputusan pun apa yang kerajaan akan buat, ini bukan satu precedent untuk masa depan yang akan datang, atas nama dan sebagainya.

Kita ada lebih perkara penting di dalam negara kita untuk diselesaikan. Ini ialah nama sahaja dan ini tidak terlibat dengan mana-mana pihak. So, jangan lah kita adakan satu precedent, selepas itu masa depan, kita akan ada masalah juga dengan nama-nama yang akan dikeluarkan oleh perniagaan ataupun syarikat-syarikat berkenaan.

Lets pay attention to the priorities in the country. Thank you very much.

final • 2:50 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Timbalan Menteri.

final • 3:00 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Ya Timbalan Menteri, Ipoh Timur.

final • 3:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid

Okey, saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Kuala Langat tadi sebagai sama dengan apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Muar. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Isu sama.

final • 3:00 PM

Puan Teresa Kok - Seputeh

Boleh tanya?

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Seputeh.

final • 3:00 PM

Puan Teresa Kok - Seputeh

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi, saya tidak tahu apa berlaku dalam sesi libat urus semalam di antara syarikat Timah dengan kementerian. Adakah pada masa akan datang kesemua pengeluar minuman, mereka perlu dapat kelulusan daripada segi

final • 3:00 PM

Puan Teresa Kok - Seputeh

nama yang digunakan, brand yang mereka gunakan itu dengan kementerian sebelum mereka memasarkan produk mereka?

Sebenarnya dalam isu Timah ini, ramai orang Malaysia tidak tahu tentang negara kita ada mempunyai syarikat pengeluaran wiski. Tidak tahu langsung tentang Timah.

Kerana ia dibangkitkan dengan ini, sekarang ia begitu popular. Sekarang ramai orang pergi cari apa itu. Pergi tanya. Jadi ini adalah macam– yang mereka hendak kacau syarikat itu. Sekarang sudah menjadikan produk itu lebih popular. Jadi, soalan saya ialah adakah syarikat ini kalau ia hendak jalankan rebranding, tukar nama, adakah ia perlu dapat kelulusan daripada kementerian sebelum brand baharu boleh dikeluarkan?

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Timbalan Menteri, kita bagi Yang Berhormat Ipoh Timur dahulu.

final • 3:00 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Ya, boleh? Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri, tadi saya dengar Yang Berhormat Timbalan Menteri memang bersetuju bahawa isu ini telah pun di-sensationalize-kan. Memang bukannya satu isu yang patut dibincangkan. Dalam konteks itu, saya hendak tanya pihak kerajaan. Kenapa pihak kerajaan tidak mengambil satu pendirian yang mana since this is a non-issue dengan izin.

Ini bukan satu isu yang betul-betul membawa apa-apa masalah. Kenapa pihak kerajaan tidak memberi free hand, menjamin satu kebebasan kepada peniaga-peniaga di luar untuk menjalankan perniagaan mereka tanpa campur tangan daripada ahli-ahli politik dari mana-mana pihak? The unnecessary campur tangan daripada ahli-ahli politik dari kedua-dua pihak.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Sila. Saya ingat ini...

final • 3:00 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Tuan Yang di-Pertua, satu sahaja.

Sebelum saya naik atas itu. Kesian saya, di atas tidak boleh bertanya.

final • 3:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid

Sila, sila.

final • 3:00 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya rasa isu yang saya dengar ini memang kena mengena sebab daripada dahulu kita kecik-kecik makan A&W ada hot dog. Selepas itu ada coney dog. Jadi, macam mana? Anak saya suka makan hot dog. Takkan saya hendak kata tidak boleh makan anjing panas? Jadi, saya rasa ini penting. Kita kena didik masyarakat kita memikirkan secara lebih logik. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid

Setuju dengan Yang Berhormat Pengerang. Setuju dengan apa yang diperkatakan oleh sahabat tadi. Sebenarnya kita tidak mahu ia jadi satu precedent. Selepas daripada ini keluar pula root beer, contoh. Ini mabuk, root beer. Jadi, ini tidak akan ada kesudahan. Kita harap dengan adanya advokasi syarikat pengeluar ini dan untuk menjawab Yang Berhormat Seputeh sebenarnya untuk mengeluarkan nama tersebut, mereka memohon daripada Intellectual Property Corporation of Malaysia

(MyIPO).

Apabila dimohon, dia punya deskripsi nama tersebut, kenapa rasional semua sekali itu. Kemudian MyIPO akan gazet kan ataupun uar-uarkan selama dua bulan. Apa yang dikatakan setelah dua bulan dimaklumkan nama tersebut kepada masyarakat tiada bantahan. Maknanya daripada segi undang-undang, namanya sah. Cuma bila wujud sedikit havoc atau keresahan dalam masyarakat, kadang-kadang saya setuju dengan Yang Berhormat Shah Alam kata ada orang hendak mengambil kesempatan. Saya setuju dengan Yang Berhormat Pengerang bahawa dengan nama ini kadang-kadang tidak melambangkan isu yang sebenar.

Akan tetapi ini sudah dibuat advokasi kelmarin bersama dengan pengeluar dan pengeluar nampaknya memahami hakikat tersebut. Kita harap ia tidak akan berlaku lagi.

Kerana saya tahu ada nama Rayan, Haddy dan macam-macam nama berkenaan dengan ini. Apa yang penting bahawa ini minuman yang diharamkan oleh umat Islam. Kalau umat Islam ia tidak akan mendekati minuman yang sebegini. Nama sahaja pun ia tidak penting.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih. Saya ingat Menteri telah menutup atau hendak buka lagi?

final • 3:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid

Sila, last.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Simpang Renggam.

final • 3:00 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, saya amat hormati pendirian yang diambil oleh Yang Berhormat Menteri dan juga Yang Berhormat sekalian. Namun, kalau kita masih ingat isu ini juga ada ditimbulkan oleh Yang Berhormat Rusila sebab selaku Presiden kepada PAS sendiri. Saya kira perlu juga kita dengar pendapat daripada MP-MP PAS di Parlimen ini. Apakah pandangan mereka? Akan tetapi kita nampak macam tiada pula MP PAS pada waktu ini. Apakah pandangan mereka?

Sebab kita tidak mahu kerajaan cakap sesuatu perkara dan mereka berada dalam kerajaan cakap perkara lain di luar. Kalau boleh, biar konsisten. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid

Satu cadangan yang baik Tuan Yang di-Pertua. Jadi, mungkin sesi tersebut kita buka kepada sesi yang lain. Hari ini sesi Akta Perihal Dagangan, Akta 730. Kita selesaikan Akta 730 dahulu. Saya rasa itu sahaja ulasan saya, Tuan Yang di-Pertua. Ada lagi Yang Berhormat Seputeh?

final • 3:00 PM

Puan Teresa Kok - Seputeh

Saya mahu tanya. Lain kali kalau ada orang hendak keluarkan biskut, kopi, teh atau pun syarikat, boleh guna nama Timah kah atau adakah ini adalah nama yang diban, dilarang digunakan oleh mana-mana produk.

final • 3:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid

Saya rasa tidak sebegitu. Sebenarnya nama itu nama Timah, kemudian dikaitkan dengan benda yang memabukkan. Itu makna ada kontradiksi.

Nama Timah tetapi bila kita– syarikat tersebut mengatakan Timah ini sebenarnya tin.

Bukan nama orang. Itu kata dia. Ia ada rasional dia. That is why MyIPO luluskan kata tersebut. Jadi bukan kita hendak ban nama Timah tersebut. Saya rasa Yang Berhormat Seputeh faham apa saya ingin maksudkan. Terima kasih. Yang Berhormat Shah Alam ada lagi?

final • 3:00 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Last, penutup.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya serahkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kalau hendak berhenti.

final • 3:00 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Last, last.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Last daripada Yang Berhormat Shah Alam.

final • 3:00 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Nama Timah itu, syarikat itu menjelaskan ia bijih timah dan gambar itu walaupun nampak macam ulama tetapi ia adalah gambar seorang residen British pada ketika itu. Kalau kita dengar secara rasional mungkin kita boleh terima. Akan tetapi kalau kita hendak gunakannya sebagai satu isu untuk menimbulkan ketegangan dan sebagainya, memang lah ada macam-macam yang boleh ditimbulkan.

Begitu juga saya sebut tentang ICERD. Ia merupakan satu usaha untuk menamatkan diskriminasi berdasarkan kepada kaum. Akan tetapi tidak sempat kita hendak bahas sudah digerakkanlah, apalah, ini lah, kata Yang di-Pertuan Agong akan terjejas lah, Sultan Melayu akan– macam-macam, seolah-olah kita ini sokong diskriminasi berdasarkan kepada bangsa. Itu memberikan satu gambaran yang buruk terhadap negara kita.

Lalu saya harap bahawa semua persoalan dapat kita bahas dengan cara yang tenang, rasional. Bukan menggunakan kesempatan untuk hendak menimbulkan ketegangan dan sebagainya. Itu sahajalah. Saya harap itulah pengajaran bagi kita.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat Shah Alam.

final • 3:00 PM

Dato’ Rosol bin Wahid

Okey, terima kasih. Terima kasih banyak-banyak dengan penjelasan yang diberi. Saya harap selepas lulusnya Akta 730 ini, semua Ahli-ahli Parlimen kita akan berbincang dengan rasional, dengan waras dan dengan terbaik untuk agama, bangsa dan negara. Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja. Sekian, terima kasih.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan tersebut.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 9 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] *[Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

(Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff) dan diluluskan]*

final • 3:00 PM
RANG UNDANG-UNDANG ORDINAN
PEGUAM BELA (SABAH) (PINDAAN) 2021 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan rang undang-undang bernama suatu Akta Ordinan Peguam Bela (Sabah)

(Pindaan) 2021 dibaca kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang yang akan saya bentangkan adalah Rang Undang-undang Ordinan Peguam Bela (Sabah) (Pindaan) 2021 yang digubal bagi memantapkan sektor perundangan dan perkhidmatan peguam bela di Sabah secara amnya. Sebagaimana semua Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Ordinan Peguam Bela

(Sabah) 1953 iaitu Sabah Bab 2 adalah Undang-undang Persekutuan yang mengawal selia profesion undang-undang Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, yang sama tarafnya seperti Ordinan Peguam Bela (Sarawak) Bab 110 yang mengawal selia profesion perguaman di negeri Sarawak dan Akta Profesion Perundangan 1976 [Akta 166] yang terpakai bagi Semenanjung Malaysia.

Ordinan Peguam Bela (Sabah) telah digubal pada tahun 1953 ketika Sabah pada masa itu dikenali sebagai North Borneo, Masih merupakan sebahagian daripada koloni British. Apabila Sabah menjadi sebahagian daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1965, ordinan ini telah diisytiharkan sebagai Undang-undang Persekutuan di bawah Perkara 4(d) Senarai Persekutuan, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

final • 3:11 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Oleh yang demikian, apa-apa pindaan dalam ordinan berkenaan hendaklah dilaksanakan oleh Parlimen memandangkan perkara-perkara tentang profesion orang- orang yang berhak menjalankan Amalan Mahkamah selain Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak Negeri terkandung dalam Senarai Persekutuan dalam Jadual Kesembilan tersebut. Ordinan ini telah dipinda pada tahun 2016 untuk memasukkan beberapa peruntukan. Antaranya seperti yang berikut:

(i) menubuhkan Pertubuhan Undang-undang Sabah, pertubuhan undang-undang. Untuk menjadikan wakil dan badan kawal selia untuk profesion undang-undang di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan;

(ii) menubuhkan Lembaga Tatatertib untuk menguruskan semua proses siding tatatertib berhubung dengan peguam bela;

(iii) memperuntukkan mengenai liberalisasi profesion undang- undang di Sabah yang bertujuan untuk mengembangkan kepakaran dan pengkhususan profesion undang-undang di negeri Sabah; dan

(iv) membolehkan firma peguam asing untuk menjalankan amalan di Sabah dalam bidang amalan dibenarkan melalui perkongsian antarabangsa atau Lesen Firma Guaman Asing Berkelayakan.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Ordinan Peguam Bela (Sabah)

(Pindaan) 2021 digubal bertujuan untuk antaranya:

(a) Mengadakan peruntukan yang berkaitan dengan tatatertib seperti berikut:

(i) tidak mewajibkan kehadiran Pengerusi Lembaga Tatatertib ataupun Yang di-Pertua Pertubuhan Undang- undang atau Naib Yang di-Pertua Pertubuhan Undang- undang untuk membentuk satu kuorum;

(ii) membolehkan anggota Lembaga Tatatertib yang dilantik oleh Pengerusi membentuk panel bagi mempercepatkan ke pelupusan kes tatatertib; dan

(iii) memberi kuasa kepada Lembaga Tatatertib dalam kes tertentu untuk membuat perintah supaya kos dibayar kepada pengadu atau peguam bela berkenaan.

(b) Mengadakan peruntukan yang berkenaan dengan tatacara pemilihan anggota Jawatankuasa Eksekutif seperti yang berikut:

(i) mengadakan pemilihan setiap dua tahun bagi pelantikan Jawatankuasa Eksekutif;

(ii) menambahkan bilangan anggota biasa Jawatankuasa Eksekutif daripada enam anggota kepada lapan anggota; dan

(iii) memberikan Pertubuhan Undang-undang kuasa untuk membuat kaedah-kaedah bagi memperuntukkan dan mengawal selia pemilihan secara undian dalam talian atau undi pos.

(c) Mengadakan peruntukan untuk membolehkan Pertubuhan Undang- undang mengambil milik harta peguam bela jika peguam bela itu didapati tidak berupaya atas sebab kesihatan atau apa-apa sebab lain sebagai tambahan kepada peruntukan sedia ada iaitu apabila:

(i) seorang peguam bela itu merupakan seorang bankrap yang belum dilepaskan atau suatu perintah penerimaan dalam kebankrapan sedang berkuat kuasa terhadapnya;

final • 3:11 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

(ii) seorang peguam bela itu telah membuat sesuatu komposisi dengan penghitungannya atau sesuatu surat ikatan perkiraan bagi kaedah pemiutangnya;

(iii) satu perintah committal atau suatu perintah supaya satu writ penahanan dikeluarkan telah dibuat terhadapnya; atau

(iv) seorang peguam bela merupakan pesakit sukarela atau pesakit tidak sukarela sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Kesihatan Mental 2001 [Akta 615].

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini digubal berdasarkan keperluan seperti yang berikut. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 7C(1) ordinan untuk memperkatakan tentang pengeluaran Sijil Amalan oleh Pertubuhan Undang-undang pada mana-mana peguam bela yang baru diterima masuk.

Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 12A ordinan terutamanya subseksyen

(5) untuk mengeluarkan kehendak yang diwajibkan kehadiran Pengerusi Lembaga Tatatertib, Yang di-Pertua atau Naib Yang di-Pertua Pertubuhan Undang-undang dan mana atau daripada lapan peguam bela sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perenggan 12A(2)(c), ordinan dalam Mesyuarat Lembaga Tatatertib untuk pembentukan kuorum.

Fasal ini juga bertujuan untuk meminda seksyen 12A(6) untuk memberi Naib Yang di-Pertua Pertubuhan Undang-undang kuasa sebagai menggantikan Yang di-Pertua Pertubuhan Undang-undang untuk mempunyai hak yang sama untuk mempengerusikan sesuatu Mesyuarat Lembaga Tatatertib semasa ketiadaan Pengerusi Lembaga Tatatertib dan boleh secara sama hilang kelayakan untuk menimbang teliti apa-apa aduan dibawa aduan di bawah subseksyen 12A(7) ordinan.

final • 3:11 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Seksyen 12A juga dipinda dengan memasukkan subseksyen baharu (9A), (9B) dan (9C) untuk memberi Lembaga Tatatertib kuasa untuk duduk dalam dua atau lebih panel dengan syarat bahawa setiap panel hendaklah mempunyai kuorum seramai tiga anggota yang dilantik oleh pengerusi dalam kalangan anggota Lembaga Tatatertib untuk mempercepatkan penyelesaian aduan dan untuk memperuntukkan bahawa apa-apa pendengaran, penyelesaian, penentuan keputusan, penetapan arahan, perintah atau perintah muktamad panel hendaklah bersifat sebagai pendengaran, penyelesaian, penentuan keputusan, penetapan arahan, perintah atau perintah muktamad Lembaga Tatatertib.

Fasal 4 bertujuan untuk meminda subseksyen 12C(1) ordinan untuk membenarkan apa-apa aduan terhadap orang-orang peguam bela atau pelatih untuk diuruskan mengikut seksyen 12D Ordinan.

Fasal 5 bertujuan untuk menggantikan subseksyen 12D(1) ordinan dengan subseksyen baharu untuk memberi Lembaga Tatatertib kuasa untuk menolak terus apa- apa aduan yang tidak merit atau remeh atau menyusah dan jika aduan itu mempunyai merit, Lembaga Tatatertib hendaklah meneruskan untuk mendengar aduan itu mengikut kaedah-kaedah dibuat di bawah Ordinan.

Fasal 6 bertujuan untuk meminda seksyen 12G ordinan dengan memasukkan atau subseksyen baharu untuk membenarkan Lembaga Tatatertib untuk membuat perintah kos terhadap mana-mana pihak untuk dibayar kepada pihak lawan pada mana- mana peringkat prosiding tatatertib.

Fasal 8 bertujuan untuk meminda seksyen 13D ordinan termasuk perenggan 12(2)(g) untuk menambahkan bilangan anggota jawatankuasa dalam Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Undang-undang daripada enam anggota kepada lapan anggota dan subseksyen (7) untuk mengadakan peruntukan bagi pemilihan pemegang jawatankuasa eksekutif selain daripada pengerusi terdahulu yang terdekat untuk diadakan sekali setiap dua tahun.

final • 3:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Fasal ini juga bertujuan untuk memasukkan dua subseksyen baharu (7A) dan (7B) untuk mengadakan peruntukan bagi tatacara pengundian di Mesyuarat Pertubuhan Undang-undang dan Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah untuk mengadakan peruntukan bagi dan untuk mengawal selia pengundian secara undian dalam talian atau undi pos.

Fasal 9 bertujuan untuk meminda perenggan 13K(1)(c) ordinan untuk mengadakan peruntukan bagi memilih pemegang jawatankuasa eksekutif pertubuhan undang-undang untuk diadakan sekali setiap dua tahun.

Fasal 10 bertujuan untuk meminda subseksyen 15(1) ordinan untuk memasukkan kehendak tambahan selain mempunyai akaun amalan yang sah. Seorang peguam bela hendaklah mempunyai suatu sijil tahunan yang sah sebelum dia boleh beramal sebagai peguam bela atau melakukan apa-apa perbuatan sebagai seorang peguam bela.

Fasal 11 bertujuan untuk meminda subseksyen 16B(1) ordinan untuk memasukkan perenggan baharu (e) untuk memperuntukkan jika seorang peguam bela menjadi tidak upaya disebabkan oleh penyakit atau apa-apa sebab lain, pertubuhan undang-undang boleh mengambil milik dan pengawal harta peguam bela itu mengikut Jadual Kedua Ordinan.

Fasal 12 bertujuan untuk memberi Menteri kuasa untuk menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa seksyen 23 Akta Ordinan Peguam Bela (Sabah)

(Pindaan) 2017 [Akta A1528] yang memasukkan bahagian baharu, Bahagian VII yang memperkatakan tentang perkongsian antarabangsa, firma guaman asing berkelayakan dan pendaftaran peguam asing di negeri Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, seksyen 23 Akta A1528 masih belum berkuat kuasa.

Tuan Yang di-Pertua, proses penggubalan Rang Undang-undang Ordinan Peguam Bela (Sabah) (Pindaan) 2017 ini telah melibatkan pihak-pihak berkepentingan seperti penjawat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Jabatan Peguam Negara yang memastikan ia memenuhi ekspektasi yang diperuntukkan. Rang undang-undang ini diperlu untuk memantapkan sektor perundangan dan perkhidmatan peguam bela di Sabah secara amnya.

Selanjutnya, pindaan lain yang dicadangkan melalui rang undang-undang ini adalah penting bagi menambah baik peruntukan sedia ada seperti menambah kuasa Lembaga Tatatertib untuk memastikan kepentingan orang yang membuat aduan kepada pertubuhan undang-undang dapat diurus dengan lebih teratur dan pelupusan aduan yang lebih cepat.

Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ada siapa yang menyokong? Minta seorang Yang Berhormat Menteri.

final • 3:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad

Saya mohon menyokong Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih. Yang Berhormat. Masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Ordinan Peguam Bela (Sabah) dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Saya ada menerima seramai enam Ahli Yang Berhormat ingin berbahas. Yang Berhormat Penampang, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Kota Kinabalu, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Sepang dan Yang Berhormat Jelutong. Oleh itu, saya ingin memulakan dengan memanggil Yang Berhormat Penampang. Tujuh minit.

Silakan Yang Berhormat.

final • 3:20 PM

Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin meminta keizinan awal untuk berbahas dengan Bahasa Malaysia dan juga dalam Bahasa Inggeris.

final • 3:28 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Silakan.

final • 3:28 PM

Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang

Terima kasih. Pindaan kepada Rang Undang-undang Peguam Bela (Sabah) adalah pindaan yang telah lama dicadang oleh state attorney office termasuk Sabah Law Society yang diketuai oleh my learned friend, Roger Chin dan juga peguam-peguam di Sabah. Kita tetap akan sokong pindaan ini dan kerana pindaan ini adalah suatu yang telah dijelaskan dalam Bacaan Kedua oleh Yang Berhormat Menteri tadi, kita dapat faham bahawa Sabah perlu new type of enactment or act to ensure that kita punya pelaksanaan undang-undang di Sabah dan juga pelaksanaan kepada peguam-peguam Sabah akan dibaikkan.

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa isu yang berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang or the dispensing of justice. Justice system in Sabah yang perlu saya membangkitkan berkenaan dengan Hakim, peguam di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dan perlu penjelasan di Dewan ini.

Saya ingin membawa kepada perhatian Yang Berhormat Menteri bahawa selaras dengan cadangan Yang Berhormat Menteri untuk memperbetulkan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam Artikel 1(2) yang telah menukar hasrat dan persetujuan ataupun the spirit and letter of the Malaysia Agreement 1963 yang unfortunately ditunda baru-baru ini.

Satu pindaan pada tahun 1994 di mana Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan perwujudannya suatu Artikel 122A dan B telah menyekat or curtail the autonomy of the High Court of Sabah and Sarawak and more so kepada kuasa autonomi Sabah dalam pelantikan Judicial Commissioner di Sabah dan juga di Sarawak.

final • 3:28 PM

Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang

Pindaan Artikel 122AB ini mesti dibaik pulih ataupun di penambahbaikan ataupun juga dimansuhkan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri sendiri dalam kenyataan akhbar bertarikh 18 Januari 2020 setelah menjawab cadangan yang dibuat oleh mantan mendiang Ahli Parlimen kita, Datuk VK Liew di mana Yang Berhormat Menteri sendiri telah menggesakan untuk to relook back into the amendments of Article 122AB whereby our rights of Sabah and Sarawak to appoint our Judicial Commissioner by the TYT has been revoked unconstitutionally. Ini kerana, sepertimana yang telah disebut oleh Yang Berhormat Menteri dalam kenyataan akhbar, hak ini telah dimansuhkan di Sabah dan Sarawak. We are no longer able to decide siapa yang jadi Judicial Commissioner di Sabah dan Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, the safeguards yang disenaraikan dalam Perlembagaan Malaysia has been breached because there was no consent from the state of Sabah and Sarawak dalam penggubalan ataupun pindaan Artikel 122AB ini. I hope Yang Berhormat Menteri akan membuat yang terbaik untuk Sabah dan Sarawak so that we can bring back what was intended during the Formation of Malaysia and as contained in the Intergovernmental Report. Tuan Yang di-Pertua, in line juga dengan devolution of powers and the reinstating of equal status of Sabah and Sarawak with the Federation of Malaya, it is also important more so, that the special interest of Sabah continues to protected by the Federal Government because that is what we agreed on when we formed the Federation of Malaysia. Now, the amendment in 1994 Tuan Yang di-Pertua, had also changed the name of the Head of the Borneo Courts. At the time kita mengenali kita punya Chief Justice of Borneo, antara *1963 until 1994. But in 1994, we changed the name to Chief Judge of Sabah and Sarawak.

Fine with Sabah and Sarawak* tetapi mungkin kita mesti kembalikan nama ‘Chief Justice’ itu. This is just a little proposal from outside. The High Court was functioning well – High Court of Sabah and Sarawak but then I don’t know why the amendment in 1994

final • 3:30 PM

Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang

was made. Now, I propose a relook into this so as to comply with what was designed at the Formation of Federation of Malaysia and that is to reinstate the title ‘Chief Justice of Sabah and Sarawak' from the current title of ‘Chief Judge of Sabah and Sarawak’. Tuan Yang di-Pertua, the requirements also untuk some sort of autonomy in terms of fiscal control dalam High Court of Sabah and Sarawak mesti juga dihalusi di peringkat Pusat kerana there millions of ringgits collected from Sarawak and Sabah High Courts dan their subordinate courts seperti section dan magistrate court di mana duit ini dihantar ke Federal and you can see the allocation of funds kepada *High Court of Sabah and Sarawak is very little.

In fact, one example* adalah the mobile court in Sabah, di mana our learned judges, majistret mereka melaksanakan the Registration of Birth and Deaths Ordinance where they help National Registration Department untuk mendaftar birth certificate di Sabah but they don’t have any funding. I think this is an issue that needs to be addressed in Sabah so that the service to the people by our learned judges as well as High Court, as well the Chief Justice of Sabah and Sarawak dapat melaksanakan yang terbaik untuk *to overcome the fake birth certificates that are being issued and the many crimes committed with abuses of power with the registration of birth.

So, fundings to mobile court are extremely needed and I urge the Federal Government to allocate special allocation of funds* bagi High Court of Sabah and Sarawak so that they can dispense justice for the people of Sabah and Sarawak. Before I end as well, the separation of the Attorney General Office dan juga judiciary di Sabah *where crossovers happen.

[Tidak jelas] magistrates after serving a long time as well as section court* dipindah kepada AG office sebagai DPP.

Maybe this is not something that should be practiced anymore sebab kita punya magistrate and section courts have been trained to dispense justice, mores o on laws in Borneo and suddenly they become DPP and vice-versa. I think the High Court of Sabah and Sarawak, the Chief Justice of Sabah and Sarawak should be given the power to decide on transfers or inter-transfers within the judiciary. Yang Berhormat Menteri, another one is the use of English in the High Court of Sabah and Sarawak must be defended and this is one of the foundation of our courts. I believe that we should give more training kepada DPP’s dan juga magistrate dan juga *Section Court who have very tough challenges in English, but we need to maintain this.

More so* dengan undang-undang yang akan digubal berkenaan dengan *Artifical Intelligence, the internet and all other laws related to cyber which are all scientific, at the same time very English-related.

[Dato’ Sri Azalina Othman Said* **mempengerusikan Mesyuarat****] This is not to be parochial, but we must honor the spirit and letter of the Formation of Federation of Malaysia. Nor is it to put down any other language and I believe that with the fundings the Federal Government can do, Yang Berhormat Menteri can push this for us while you make changes to the Federal Constitution in equalizing Sabah and Sarawak. Terima kasih dan saya sokong dengan pindaan ini.

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Terima kasih Yang Berhormat Penampang. Sepatutnya semua dalam bahasa Malaysia kecuali dengan kebenaran ataupun perbahasan.

final • 3:30 PM

Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang

Sudah minta izin awal daripada Tuan Yang di-Pertua. Sebelum...

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Patut beritahu saya. Yang Berhormat Tuaran.

final • 3:30 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Terima kasih. Tuaran bangun untuk menyokong Rang Undang-undang Peguam Bela Sabah (Pindaan) 2021.

Saya difahamkan RUU ini adalah atas kehendak dan permintaan Sabah Law Society

(SLS) dan dalam kesempatan ini Tuaran ingin mengalu-alukan kehadiran Tuan Roger, Presiden Sabah Law Society di Dewan yang mulia ini untuk memerhati pembentangan dan seterusnya perbahasan RUU ini.

Tuaran bersetuju pada dasar dan prinsipnya, 12 pindaan utama yang dicadangkan dalam RUU ini adalah wajar dan diperlukan untuk mempermudah urusan guaman sebagai sebuah badan profesional termasuk hal-hal yang berkaitan dengan disiplin peguam ataupun pegawai undang-undang di Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, Tuaran ingin mengambil kesempatan dalam perbahasan ini untuk membangkitkan dua perkara. Sebenarnya, perkara yang sama yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Penampang sebentar tadi iaitu pada dasar kerajaan terkait dengan urus tadbir kehakiman dan keadilan ataupun the administration justice and judiciary di negara kita yang telah pun dinyatakan dengan begitu jelas dalam Artikel 121, Perlembagaan Persekutuan bahawa di negara kita Malaysia terdapat dua Mahkamah Tinggi iaitu pertama, untuk Semenanjung Malaysia dan kedua untuk tanah besar Malaysia iaitu wilayah Sabah dan Sarawak.

Inilah persetujuan semasa pembentukan Malaysia sepertimana terkandung dalam MA63. Cumanya dari dulu sampai sekarang Mahkamah Tinggi untuk tanah besar Malaysia tidak pernah diberi bajet tahunan seperti dinyatakan Yang Berhormat Penampang sebentar tadi. Mereka terpaksa meminta peruntukan daripada Palace of Justice di Putrajaya termasuk untuk membeli sekecil-kecil item seperti toilet paper. Pada Tuaran, Tuan Yang di-Pertua keadaan seperti ini memerlukan reformasi dalam pentadbiran keadilan dan kehakiman di negara kita.

Berilah bajet tahunan untuk mengurus badan kehakiman di tanah besar Malaysia yakni Mahkamah Tinggi untuk Wilayah Sabah dan Sarawak. Takkanlah Ketua Hakim wilayah-wilayah tersebut tidak boleh diberi kepercayaan langsung untuk mengurus dana pengurusan Mahkamah Tinggi wilayah Sabah dan Sarawak. Hakikatnya ialah dalam Perjanjian Malaysia 1963 bagi wilayah-wilayah di tanah besar Malaysia yang terdiri daripada wilayah Sabah dan Sarawak sepatutnya mempunyai autonomi urus tadbir keadilan dan kehakiman.

final • 3:37 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Oleh sebab itulah di Sabah kita ada Sabah Law Society (SLS) dan di Sarawak kita pula ada Sarawak Advocates Association sebagai badan profesional yang bebas untuk menjaga kepentingan para peguam yang mengamalkan undang-undang di kedua- dua wilayah tersebut, yang tidak tertakluk pada BAR Council yang ada di Semenanjung Malaysia. Malah, para peguam dari Semenanjung perlu mendapat permit daripada pihak berkuasa Sabah, termasuk daripada SLS bagi Sabah dan SAA bagi Sarawak untuk membolehkan mereka mengambil kes-kes guaman dari Sabah dan Sarawak.

Akan tetapi apa yang telah berlaku ialah sejurus pembentukan Malaysia, bermulalah pelbagai percubaan untuk memusatkan urus tadbir kehakiman dan keadilan ke Putrajaya. Malah pada Tuaran, pindaan Artikel 1(2) pada 13 Julai 1976 yang telah meletakkan Wilayah Sabah dan Sarawak sebagai hanya salah sebuah negeri di Malaysia adalah langkah pertama ke arah pemusatan urus tadbir yang total. Apa yang menariknya dalam pembentangan rang undang-undang pindaan Artikel 1(2), Perlembagaan Persekutuan tersebut, kerajaan telah berselindung di bawah beberapa lagi pindaan Perlembagaan yang telah dibuat pada masa yang sama. Dalam kesempatan ini, Tuaran meminta kerajaan yang ada pada hari ini supaya to declassify Memorandum Jemaah Menteri (MGM) yang memberi kelulusan kepada pindaan Artikel 1(2) yang telah membawa kepada pembentangan pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 13 Julai 2021.

final • 3:40 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Kenapa Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri? Saya telah membuat kajian di Hansard dan tidak ada penjelasan langsung daripada Perdana Menteri yang membentangkan pindaan Artikel 1(2) itu. Tiada ada penjelasan langsung kenapa ia dipinda. Sehinggakan pada hari ini kita terpaksa, sepatutnya pada hari ini dibentangkan sepertimana telah ditaklimatkan oleh Yang Berhormat Menteri, yang kita mengembalikan perkara yang sepatutnya tidak dipinda terlebih dahulu.

Rakyat berhak mengetahui apakah rasional serta justifikasi meminda Artikel 1(2) tersebut sebab penjelasan tidak pernah dibuat oleh pihak kerajaan. Kajian yang kita buat dalam Hansard Persidangan Parlimen 30 Julai 1976 juga menunjukkan bahawa tiada penjelasan khusus tentang rasional pembuatan pindaan tersebut. Langkah kedua dalam usaha pemusatan ialah seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Penampang sebentar tadi ialah pemansuhan kuasa Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah untuk melantik Judicial Commissioner melalui pindaan Artikel 122AB, Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1994.

Sekali lagi dalam pindaan tersebut telah dibuat secara terburu-buru tanpa consent dan concurrent Kerajaan Sabah dan Kerajaan Sarawak yang sepatutnya dibuat sepertimana yang terkandung dalam dokumen MA63, khususnya dalam Intergovernmental Committee (IGC) Report. Sekali lagi dalam pembentangan rang undang-undang berkenaan tidak ada dinyatakan rasional dan justifikasi kenapa pindaan tersebut telah dibuat.

Jadi, walaupun amalan dalam pelantikan Judicial Commissioner kini dibuat oleh Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan bukan lagi Tuan Yang Terutama Yang di- Pertua Negeri Sabah. Namun bagi kita di Wilayah Sabah, kuasa Yang Dipertuan Agong dalam melantik Judicial Commissioner masih menjadi tanda tanya sebab keabsahan serta kesahihan pindaan Artikel 122AB, Perlembagaan Persekutuan tersebut dibuat tanpa consent and concurrent daripada Kerajaan Sabah. Oleh itu, pindaan tersebut masih lagi dipersoalkan validity nya sehingga pada hari ini.

Jadi, pertanyaan Tuaran pada kerajaan yang ada pada hari ini, Yang Berhormat Menteri secara kebetulan Yang Berhormat Menteri dari Sarawak dan Menteri yang mengkaji hal-hal berkenaan dengan MA63 juga berasal dari Sabah. Kita bertanya- saya bertanya, apakah pindaan Artikel 122AB itu valid? Pada Tuaran, pindaan itu tidak valid sebab terang dan jelas Artikel 661E(2), Perlembagaan Persekutuan menyatakan, “no amendment should be made to the Constitution without concurrent of Yang di-Pertuan of the State of Sabah dan Sarawak".

Sangat-sangat jelas dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi tidak dibuat. 27 tahun sudah berlalu sejak pindaan itu dibuat dan sehingga pada hari ini, tidak ada consent and concurrent bersama Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah telah dibuat.

Perkara kedua yang Tuaran ingin sebut adalah dalam hal pembentukan panel hakim di Mahkamah Rayuan yang melibatkan when hearing appeals arising out of Sabah and Sarawak.

Dimana menurut Artikel 8, Perjanjian Malaysia 1963 dan juga Annexe C MA63 iaitu di Intergovernmental Committee (IGC) Report, khususnya terjemahan terhadap para 26.4 of the IGC dimana memerlukan pelantikan at least one of the judges of the Federal Court (formerly the Supreme Court) shoud be of judge with Bornean experience, telah disalah ertikan sebagai ‘hanya satu’ dan bukannya ‘sekurang-kurangnya’.

Dalam lain perkataan, sebenarnya kesemua panel hakim itu boleh semua daripada Borneo berasaskan kepada ‘Bornean judicial experience’. Perkara ini penting Tuan Yang di-Pertua, kerana akhirnya kita mahu memastikan keadilan dapat dipastikan dalam kes-kes yang dibawa ke Mahkamah Rayuan. Contohnya, dalam keputusan Mahkamah Persekutuan - dismissing a review application relating to Iban communities and the applicability of their native laws in Sarawak. *The application was to revive the Federal Courts earlier decision where it held that the Iban community’s custom, hunting and foraging in uncultivated jungle for the livelyhood, had no force of law under Article 160

(2) of the Constitution,* dengan izin.

final • 3:40 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Native laws and native issues are as relevent in present Sabah, as they are in Sarawak. Apa yang perlu diambil perhatian bahawa keputusan mahkamah dalam kes ini ialah keputusan 4.1 dan keputusan yang dissenting datang dari seorang hakim yang mempunyai judicial Borneo experience iaitu Yang Arif Tan Sri David Wong. Empat hakim yang lain datangnya daripada Semenanjung Malaysia yang langsung tidak ada pengalaman kehakiman Tanah Besar Malaysia ataupun no Borneo judicial experience whatsoever. Jadi dengan ini, maka keadilan telah- being denied of justice sebab orang yang berkenaan ini tidak mendapat keputusan yang sepatutnya. Jadi Tuan Yang di-Pertua, di situ sahaja. Cuma saya mengambil juga kesempatan ini bahawa kita dari Sabah ini begitu rasa gembira apabila salah seorang anak Sabah, seorang pengamal guaman Sabah telah diangkat sebagai Chief Justice of Malaysia yang lalu.

Akan tetapi sehingga pada hari ini beliau lah satu-satunya Chief Justice yang belum diberi gelaran Tun dan secara kebetulan beliau beragama Kristian. Apakah ini disebabkan beliau atau dari Borneo, kenapa tidak diberi gelaran Tun? Kenapa yang baru dilantik sekarang ini, baru bekerja terus diberi gelaran Tun? Apahal? Jadi Yang Berhormat Menteri, barangkali Yang Berhormat Menteri boleh melihat perkara ini. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

final • 3:40 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Kota Kinabalu.

final • 3:40 PM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

Terima kasih Yang di-Pertua. Ordinan Peguam Bela Sabah hanya terpakai di Sabah. Seksyen 8(1), Ordinan Peguam Bela Sabah, Bab 2, memberikan hak eksklusif kepada peguam bela yang diterima masuk di bawah Ordinan Peguam Bela Sabah untuk menjalankan amalan di Sabah. Sebelum saya memulakan perbahasan saya berkenaan pindaan atas Ordinan Peguam Bela Sabah, saya ingin bertanya berkenaan status bagi draf cadangan Akta Profesion Undang-undang 2019 bagi Semenanjung Malaysia yang mencadangkan bahawa, dengan izin, the Advocates Ordinance of Sabah, Chapter 2 and Advocates Ordinance of Sarawak, Chapter 1.1.O shoud be repealed on the coming into operation of this act in Sabah and Sarawak. Saya berharap agar draf cadangan ini sudah terbatal dan tiada lagi cadangan untuk mencampuri hak Sabah dan Sarawak oleh mana-mana pihak. Ordinan Peguam Bela Sabah (SAO) telah sebelum ini dipinda pada tahun 2006 yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2017, membawa masuk langkah dan ciri baru yang terdapat dalam Akta Profesion Undang-undang Semenanjung Malaysia (LBA) yang terpakai di Semenanjung Malaysia untuk peguam di Sabah, termasuk penubuhan Sabah Law Society (SLS). Bagi memberikan kuasa kepada peguam Sabah untuk mengawal selia ahli-ahli sendiri.

Dengan ini, maka keperluan untuk melanjutkan keseluruhan LBA ke Sabah dan memansuhkan SAO seharusnya tidak terbangkit lagi. Akan tetapi kesan SAO yang dipinda jelas tidak memuaskan. Oleh yang demikian, rang undang-undang yang pada petang ini diperkenalkan. Tuan Yang di-Pertua, saya telah membaca rang undang-undang ini dan saya mendapati bahawa pindaan yang paling utama adalah berkenaan kuasa disiplin ke atas peguam di bawah SAO. Di sini saya ingin membangkitkan isu yang berkenaan dengan lembaga tatatertib. Sebelum tahun 2017, tiada badan berkanun yang mentadbir profesion guaman di Sabah dan tiada lembaga tatatertib dan ia memakan masa untuk membuat aduan tatatertib terhadap seorang peguam yang hanya boleh dilakukan di mahkamah.

final • 3:47 PM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

Terdapat juga kesukaran untuk akses akaun pelanggan apabila peguam meninggal dunia atau muflis. Selain itu, jika terdapat isu hilang dana dalam akaun pelanggan firma guaman, maka ini akan menjadi satu perkara jenayah. Saya difahamkan bahawa sejak pindaan tahun 2016 itu berkuat kuasa di Sabah pada tahun 2017, Lembaga Tatatertib SAO telah amat sibuk dengan pelbagai perbicaraan berkaitan tatatertib setiap bulan.

final • 3:50 PM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

Dilaporkan bahawa pada tahun 2019, terdapat 85 aduan di hadapan Lembaga Tatatertib SAO yang menelan belanja kira-kira RM104,000. Purata RM1,238 setiap kes sebelum ditolak. Sekiranya dibandingkan dengan RM100 yuran permohonan oleh pengadu, jumlah yang terpaksa ditanggung oleh ahli-ahli adalah jauh lebih tinggi. Kira-kira 10 peratus telah dirayu atau dalam proses rayuan di mana keseluruhan aduan dilihat semula seperti dalam perbicaraan semula oleh hakim-hakim di mahkamah tinggi.

Di bawah seksyen 100 LPA, lembaga tatatertib akan menentukan sama ada terdapat sebarang merit atau keperluan untuk penyiasatan. Dalam rang undang-undang di hadapan Dewan pada hari ini, Lembaga Tatatertib SAO juga akan diberikan kuasa yang serupa. Saya berpendapat ia munasabah dan saya tiada bantahan terhadap ini. Jika dibandingkan dengan LPA, Lembaga Tatatertib LPA tidak menjalankan pendengaran.

Sekiranya ada merit, maka ia akan melantik jawatankuasa tatatertib yang mempunyai satu orang awam dan dua orang pegawai yang diperuntukkan dalam seksyen 103A(2) LPA untuk menyiasat dan memberikan penemuan faktanya ke Lembaga Tatatertib Seksyen 103(C) LPA.

Tiada jawatankuasa tatatertib yang serupa dalam Ordinan Peguam Bela Sabah

(SAO). Di Sabah, tiga orang daripada lembaga tatatertib, kesemuanya peguam akan menjalankan pendengaran dan terdapat dakwaan bahawa Lembaga Tatatertib SAO bukan sebuah badan bebas dan mungkin berat sebelah terhadap peguam yang diadu. Ini adalah berlainan dengan Lembaga Tatatertib LPS Semenanjung Malaysia di mana jawatankuasa tatatertib, panel tiga orang akan ditugaskan untuk mendengar aduan dan dalam tiga orang ini, seorang adalah bukan peguam.

Dalam pindaan di hadapan Dewan hari ini, kuorum seramai tiga orang anggota Lembaga Tatatertib SAO adalah seharusnya dianggap mencukupi untuk membuat keputusan muktamad. Saya ingin cadangkan agar sekurang-kurangnya satu daripada tiga orang ahli panel Lembaga Tatatertib SAO yang menjalankan pendengaran aduan seharusnya bukan peguam dan ia boleh dilantik daripada ahli akademik, ahli profesional dan lain-lain.

Satu lagi bahagian penting yang tiada dalam Ordinan Peguam Bela Sabah ialah seksyen 100(9) LPA. Lembaga tatatertib hendaklah sebelum membuat apa-apa perintah dan mengenakan apa-apa penalti atau hukuman, memberitahu peguam bela dan peguam cara tentang niatnya untuk berbuat demikian dan beri dia peluang yang munasabah untuk didengari juga dikenali sebagai keperluan natural justice.

Ini adalah notis untuk memaklumkan peguam tentang keputusan penalti ini atau hukuman yang belum selesai dan peluang terakhir untuk bertemu dengan peguam tersebut. Akan tetapi, dalam Ordinan Peguam Bela Sabah ini, silent, senyap. Saya cadangkan bahawa peruntukan natural justice ini dimasukkan ke dalam Ordinan Peguam Bela Sabah.

Akhir sekali, saya ingin membangkitkan isu yang lain tetapi ia berkaitan dengan undang-undang iaitu isu berkenaan penerimaan Sijil Amalan Guaman (CLP) yang diiktiraf untuk diterima masuk sebagai peguam bela di Sabah. CLP dikeluarkan oleh Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang (LPQB). Namun demikian, tiada wakil daripada SLS dan Sabah State Attorney General di dalam LPQB. Adakah kerajaan bercadang untuk meminda LPA untuk mengiktiraf SLS yang ditubuhkan di bawah Ordinan Peguam Bela Sabah ini dengan memasukkan Pengerusi SLS sebagai ahli dalam LPQB dan juga memasukkan Sabah State Attorney General ke dalam committee LPQB? Bilakah kerajaan akan melaksanakan pindaan tersebut?

Selain itu, baru-baru ini terdapat satu aduan bahawa sistem LDB tidak adil.

Menurut satu laporan media di www.thevibes.com bertarikh 5 Oktober 2021, baru-baru ini “RM250,000 down the drain: four-time CLP exam limit dashes 26-year-old’s hope of becoming lawyer”. So, ini kes yang berlaku di mana graduan undang-undang daripada institusi pengajian tinggi dari luar negara, apabila mereka balik, kena menduduki peperiksaan CLP. Namun, graduan undang-undang dari institusi pengajian tinggi awam tempatan tidak diwajibkan untuk menduduki peperiksaan CLP dan dibenarkan menjadi peguam selepas menamatkan 12 bulan latihan dalam kamar.

final • 3:50 PM

Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu

Mantan Yang Berhormat Menteri Undang-undang Liew Vui Keong pada tahun 2019 menyatakan bahawa kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa mengenai kemungkinan menggantikan peperiksaan CLP dengan Common Bar Course (CBC) yang perlu diduduki oleh kesemua graduan undang-undang termasuk dari institusi pengajian tinggi awam tempatan. Cadangan CBC ini bukan baru dan pernah dibangkitkan semenjak era Yang Berhormat Menteri Zaid Ibrahim terdahulu.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah status untuk cadangan CBC ini? Ini sahajalah perbahasan saya. Terima kasih dan saya mohon sokong rang undang-undang ini dengan bersyarat persoalan yang telah saya bangkitkan di atas dijawab dengan memuaskan. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Terima kasih Yang Berhormat.

Saya jemput Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 3:50 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Perbahasan saya ini merujuk kepada satu pindaan yang penting iaitu berkenaan meminda subseksyen 7C(1). Ini ada kaitannya dengan pengeluaran sijil tahunan oleh Pertubuhan Undang-undang (Law Society). Saya perlu menyatakan bahawa amat menyedari negara kita sebuah negara Malaysia berasaskan federalism. Tiga buah wilayah iaitu Sabah, Sarawak dan Semenanjung dan saya juga menghormati sovereignty, kedaulatan dan kebebasan profesion guaman di Sabah dan juga di Sarawak.

Dalam ucapan penjelasan Yang Berhormat Menteri apabila membentangkan bacaan kedua rang undang-undang ini, menyebutkan ada kaitannya pindaan ini dengan usaha liberalisasi profesion guaman ini iaitu tentang kepakaran dan juga ada disebut tentang perkongsian kepakaran antarabangsa. Dalam hal ini, dengan menghormati kemerdekaan profesion guaman di Sabah dan Sarawak, saya melihat bahawa dalam semangat Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh kerajaan sekarang ini, peguam- peguam dari Semenanjung tak boleh mengamal (practice) di Sabah mahupun di Sarawak.

Kalau memohon pun sijil amali itu, tidak akan dibenarkan. Kalau saya silap, tolong betulkan. Manakala peguam-peguam dari Sabah dan Sarawak boleh praktis, mengamalkan guaman di Semenanjung dengan memohon sijil amali, practicing certificate

(PC). Jadi, kena difikirkan juga, kita sudah 58 tahun sebagai negeri Persekutuan Malaysia ini, iaitu saya tidak berhasrat supaya memberikan kebebasan yang...

final • 3:56 PM

Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang

Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:56 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

...sembarangan. Wujud satu floodgate, bebas begitu, tidak. Maknanya, boleh secara yang terpilih-pilih, sparingly iaitu...

final • 3:56 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat, sekejap. Yang Berhormat Penampang kena minta kebenaran daripada Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 3:56 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Okey, baik. Sila, sila.

final • 3:56 PM

Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang

Terima kasih. Saya ingin menjelaskan berkenaan dengan isu praktis di Sabah. Adanya ad hoc admission sudah ada dipraktis di Sabah di mana peguam dari Sarawak dan juga di Semenanjung boleh memohon kepada mahkamah di Sabah dan juga Attorney General di Sabah termasuk SLS untuk memberi ad hoc admission. Berkaitan dengan mendapat practicing certificate di Sabah, ada juga dia punya undang-undang di mana mereka mesti ada kaitan di Sabah dan mereka mesti sudah lama di Sabah dan sekian.

final • 3:56 PM

Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang

All these are part and parcel, dengan izin of the IGC dan juga apa yang dipersetujui semasa penubuhan Persekutuan Malaysia. Terima kasih.

final • 4:00 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Penampang atas pencerahan itu. Jadi saya percaya bahawa bukanlah hasrat

final • 4:00 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

peguam-peguam di Semenanjung ini hendak praktis secara melulu sahaja di Sabah ataupun di Sarawak. Akan tetapi perkara ini, kemudahan ini, ada salurannya dipermudahkan supaya demi keadilan. Kita menghormati profesion ini kerana apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi tentang liberalisasi profesion ini sangat penting dalam soal kepakaran. Ini tentu sekali bertentangan kalau kita meneruskan satu pendirian yang protectionism yang keterlaluan.

Jadi saya percaya bahawa proses dua hala ini antara kerjasama profesion guaman ini untuk kebaikan rakyat di tiga-tiga wilayah kita ini, dapat dimanfaatkan. Ertinya, ada kepakaran daripada peguam-peguam di Sabah dan Sarawak dalam isu-isu tanah anak negeri, native land umpamanya, dapat membantu kes-kes di Semenanjung, kepakaran mereka boleh digunakan di Semenanjung. Begitu juga kepakaran-kepakaran, mungkin ada terdapat di Semenanjung ini yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat di Sabah dan Sarawak.

Akan tetapi ini bukanlah satu perubahan yang mendadak. Ertinya, kita beransur- ansurlah, kerana kita menghormati dalam semangat Perjanjian Malaysia ke-63 dan kita menghormati hak-hak rakyat di Sabah dan Sarawak di dalam Perlembagaan Persekutuan ini. Jadi hanya hendak mewujudkan satu pendekatan supaya sentimen kekeluargaan kebersamaan kita dalam sebuah negara persekutuan ini. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat Sepang.

final • 4:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua – boleh tanggalkan ya?

[Sambil menanggalkan pelitup muka] Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk turut sama berbahas sekali lagi berkaitan dengan pindaan kepada Ordinan Peguam Bela

(Sabah). Tuan Yang di-Pertua, pada awalnya saya mengatakan saya menyokong penuh pindaan ini walaupun mungkin pada saya, lebih elok kalau sekiranya dapat dipinda lebih awal lagi.

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya rasa bahawa pindaan-pindaan ini adalah satu pindaan yang baik dan pada dasarnya saya dapati, pindaan ini adalah bertujuan untuk memastikan ketinggian standard peguam itu dijaga. Ini disebabkan, profesion guaman ini adalah satu profesion yang memang amat cemburu dengan standard performance para peguam itu. Memang bidang guaman ini adalah satu bidang yang agak unik, yang agak mungkin berbeza dengan sesetengah profesion yang lain. Ia kaya dengan tradisi.

Oleh sebab itu saya masih ingat lagi Tuan Yang di-Pertua, semasa Opening Legal Year, apabila saya menjadi Deputy Minister ketika itu, saya pergi ke Opening Legal Year di Sabah. Kita tahu dia berakhir dengan satu program dinner and dance yang pada kami seperti Tuan Yang di-Pertua pun seorang bekas peguam tahu bahawa ia adalah satu amalan yang biasa. Akan tetapi entah macam mana, ada satu pihak yang menganggap mereka ini golongan suci, menjadikan isu itu, menghentam habis Peguam Negara pada masa itu yang menari.

Terus terang saya katakan Tuan Yang di-Pertua, sebagai orang Islam, mungkin saya ada reservation daripada segi agama saya, tetapi saya tidak ada masalah langsung boleh mengiktiraf ataupun menghargai mereka. Akan tetapi, ada pihak-pihak yang saya gelar yang suci ini, memainkan isu itu seolah-olah mereka suci. Akan tetapi tiba-tiba sekarang, ada juga Ahli Parlimen daripada mereka yang menari, menari zumba lagi. Tidak ada isu. Jadi saya rasa kadang-kadang tidak adil daripada segi– kita mahu orang lain menghormati kita, tetapi kita sendiri tidak menghormati agama orang lain. Itu yang pertama.

Tuan Yang di-Pertua, saya ada pengalaman juga menjadi peguam di hadapan beberapa orang hakim di Sabah. Kalau di mahkamah Labuan, kita boleh appear sebab kita adalah peguam yang dianggap– Labuan itu adalah sebahagian daripada

final • 4:02 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Semenanjung sebab dia kata di bawah Wilayah Persekutuan. Jadi hakim-hakim yang mendengar kes di mahkamah Labuan adalah hakim dari Sabah.

Saya amat dengan izin, impress dengan penguasaan teknologi maklumat mereka. Kalau kita lihat di Sabah dan Sarawak khususnya, daripada segi penguasaan teknologi maklumat di kalangan para peguam, para hakim, jauh lebih baik daripada peguam-peguam ataupun mahkamah di Semenanjung sendiri. Akan tetapi saya amat terkejut apabila didapati dalam pindaan ini, tiba-tiba ada beberapa perkara yang saya rasa sepatutnya dipinda lebih awal, agak kemudian dipinda.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan kepada seksyen 12D yang mengatakan bahawa – izinkan saya membaca Tuan Yang di-Pertua, *“(1) Where a written complaint is made or referred to the Disciplinary Board, the Disciplinary Board shall, if it is satisfied that—

(a) there is no merit in the complaint or the complaint...”* Sampai seterusnya, dia boleh dismiss. Kalau ada merit, dia akan dengar.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri, daripada segi pengamalan kepada ataupun mengamalkan provision ini, adakah nanti akan wujudnya satu pendengaran dahulu ataupun Disciplinary Board boleh terus ditolak secara summarilary, secara summary ya, tolak terus. Ada complaint dia rasa tidak ada merit, dia tolak. Kalau kita lihat dalam konteks mahkamah, kalau ada satu permohonan dibuat, satu saman itu mengandungi unsur-unsur frivolous dan vexatious mahkamah dengar dahulu. Mahkamah rasa kalau tidak ada unsur-unsur itu, baru mahkamah– ada unsur vexatious, mahkamah akan tolak. Bermakna, ada pendengaran.

Akan tetapi dalam isu ini, saya ingin tanya, adakah akan ada pendengaran dahulu ataupun dapat satu written complaint, dia dengar secara unilateral, boleh terus tolak tanpa mendengar dahulu pihak yang membuat complaint itu? Saya ingin tanyakan, itu yang pertama.

Keduanya, saya ingin tanya juga tentang pindaan kepada seksyen 13D iaitu daripada segi pemilihan executive committee di mana saya bersetuju bahawa perlunya kita sesuaikan undang-undang ini dengan peredaran zaman. Sekarang ini oleh kerana telah pun fenomena online voting seperti pemilihan-pemilihan di universiti dan sebagainya dan juga pemilihan ballot ini secara ballot voting ini memang menjadi satu amalan yang agak berleluasa.

Jadi, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, bagaimanakah kita hendak memastikan semua proses ini berjalan dengan penuh ketulusan? Apa yang diragui, apabila kita buat electronic voting dan sebagainya, online voting ini, isu ketelusan.

Itu yang kadang-kadang menjadi satu dilema kepada pihak-pihak yang hendak mengamalkan sistem ini.

Saya juga ingin bertanya soalan yang last kepada Yang Berhormat Menteri, bagaimanakah pihak kementerian ini sendiri ataupun pihak kerajaan ini memastikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang mengatakan bahawa perlunya Undi 18 itu dilaksanakan pada sebelum 31 Disember tahun ini, akan betul dilaksanakan dalam Pilihan Raya Kecil di Sarawak. Saya ingin mendapatkan kepastian, adakah kerajaan betul-betul serius atau kerajaan hanya menganggap keputusan mahkamah itu tidak ada apa-apa?

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri dan minta tolong Yang Berhormat Menteri menjawab. Saya haraplah, kalau boleh di Sarawak, kita mulakan langkah pertama iaitu kerajaan menghormati keputusan mahkamah di Kuching itu dan seterusnya melaksanakan pemilihan pilihan raya di Sarawak itu dengan membenarkan mereka yang berumur 18 tahun untuk mengundi. Sekian, terima kasih.

final • 4:02 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Terima kasih Yang Berhormat.

Akhir sekali, Yang Berhormat Jelutong sebelum Yang Berhormat Menteri menjawab.

final • 4:02 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya juga berterima kasih di atas kesempatan untuk turut serta dalam perbahasan di atas rang undang-undang ini di mana pada dasarnya saya menyokong rang undang-undang ini. Saya percaya rang undang-undang ini adalah penting bagi kita memastikan dan menjamin integriti peguam-peguam dalam profesion undang-undang.

Tuan Yang di-Pertua sebagai seorang peguam, saya percaya sedia maklum dan Yang Berhormat Menteri sebagai seorang peguam juga sedia maklum bahawa sebagai seorang peguam bila kita hadir di mahkamah terutamanya sebagai peguam bela bagi sesuatu kes jenayah atau kes sivil, hakim yang bersidang pada hari itu akan mengambil penghujahan kita sebagai satu faktor sebelum membuat keputusan, yang mana integriti seorang peguam itu adalah begitu penting.

The honesty, the integrity dengan izin Tuan Yang di-Pertua, of a lawyer is very important. Kita lihat bahawa sejak kebelakangan ini ada beberapa peguam-peguam yang mendapat kelonggaran. Ini adalah perkara yang dibawa kepada perhatian saya di mana saya telah menerima maklum balas iaitu dalam kes melibatkan aduan-aduan, tindakan- tindakan diambil terhadap peguam-peguam tertentu.

Akan tetapi ada juga peguam-peguam yang terlepas daripada tindakan disiplin.

Kita lihat peguam-peguam ini adalah peguam yang terlibat, dituduh di mahkamah untuk kesalahan-kesalahan jenayah. Peguam-peguam yang dikatakan terlibat dalam kesalahan-kesalahan seperti kesalahan dengan izin, money loundering dan tidak ada sebarang tindakan diambil.

Malahan peguam-peguam yang menghadapi tindakan-tindakan kecil seperti menggelapkan duit anak guam. Walaupun ia merupakan kesalahan yang serius, diambil tindakan. Maka persoalan saya adalah apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk memantapkan lagi, menambah baik lagi peruntukan undang-undang untuk menangani kes-kes seperti ini? Kita lihat ada peguam-peguam yang terlibat dalam kes-kes jenayah yang dituduh yang memohon keizinan untuk meninggalkan negara, ke luar negara. Pada masa yang sama peguam-peguam lain yang juga menghadapi kesalahan-kesalahan yang kurang serius, digantung lesen amalan.

Saya percaya Tuan Yang di-Pertua tahu bahawa dalam kes-kes tertentu, lembaga disiplin boleh mengambil tindakan untuk terus menggantungkan lesen amalan peguam itu bila ada sesuatu pertuduhan ataupun aduan terhadap beliau. So, ini adalah persoalan saya. Janganlah kita benarkan double standards, orang-orang kenamaan yang mempunyai kaitan dengan parti-parti politik tertentu tidak diambil tindakan.

Manakala peguam-peguam yang kecil, yang beramal sebagai peguam dalam firma-firma kecil walaupun menghadapi tuduhan-tuduhan yang tidak begitu serius, digantung lesen ataupun sijil amalan mereka. Ini adalah perkara yang saya mohon Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan supaya tidak ada double standards dalam penguatkuasaan perkara-perkara melibatkan disiplin peguam-peguam.

Saya juga tertarik dengan peruntukan-peruntukan yang membenarkan peguam asing untuk beramal di Sabah. Saya kurang pasti sama ada rakan-rakan saya dari Sabah menyokong peruntukan ini. Umum mengetahui bahawa pandemik COVID-19 telah pun sedikit sebanyak menjejaskan pendapatan peguam-peguam terutamanya peguam-peguam yang beramal, melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai peguam bela dalam kes-kes jenayah di mana rata-rata anak guam peguam ini tidak dapat membayar yuran guaman dan walaupun ada kes-kes sivil, mereka juga tidak dapat membayar yuran-yuran guaman.

So, adakah ia merupakan satu langkah yang baik untuk membenarkan firma-firma guaman antarabangsa untuk bertapak di Sabah? Saya kurang pasti kerana ini adalah sesuatu yang telah dinyatakan dalam fasal 12 yang berbunyi seperti berikut, “Bertujuan untuk memberi Menteri kuasa untuk menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa seksyen 23 Akta Ordinan Peguam yang memasukkan Bahagian VII baharu yang memperkatakan tentang perkongsian antarabangsa, firma guaman asing

final • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

berkelayakan dan pendaftaran peguam asing, di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.” Adakah peguam-peguam di Labuan akan bersetuju kepada pindaan tersebut?

Sekiranya peguam-peguam daripada negara asing dibenarkan untuk bertapak dan memulakan amalan di sana. So, ini adalah perkara yang saya mohon penjelasan daripada Menteri. Saya juga ingin tanya berkenaan dengan perkara-perkara melibatkan sijil amalan guaman. Tuan Yang di-Pertua mengetahui bahawa pada lebih kurang 10 tahun yang lalu, penuntut-penuntut yang layak memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-undang umpamanya dengan izin external law degree, walaupun mempunyai third-class honours atau general degree dibenarkan untuk menduduki peperiksaan Certificate in Legal Practice (CLP) dan selepas lulus, boleh beramal sebagai peguam.

Sejak lima tahun yang lalu, peruntukan baru telah diamalkan, telah pun dikuatkuasakan di mana bila seseorang itu belajar lima tahun atau empat tahun dan akhirnya memperolehi general degree ataupun third-class honours, mereka tidak dibenarkan untuk menduduki peperiksaan Certificate in Legal Practices dan tidak boleh beramal.

Bolehkah saya menggunakan platform ini untuk merayu bagi pihak penuntut- penuntut tersebut yang telah membelanjakan begitu banyak wang, yang tidak dapat pergi ke London tetapi belajar di Malaysia sebagai external student dengan izin. Memperoleh ijazah dalam Sarjana Muda Undang-undang, external degree tetapi tiba-tiba memperoleh kelulusan Third-Class Honours atau general degree dan tidak dapat menduduki peperiksaan *Certificate in Legal Practice.

So*, bolehkah Menteri membawa perkara ini kepada Kabinet dan menghalusi perkara itu, memberi pertimbangan. Kalau boleh penuntut-penuntut yang telah memperolehi Sarjana Muda Undang-undang kelulusan third-class honours ataupun general degree untuk dibenarkan untuk menduduki peperiksaan Certificate in Legal Practice supaya mereka dapat keluar sebagai peguam dan beramal sebagai peguam.

So, saya menggunakan kesempatan ini untuk menyatakan perkara-perkara tersebut dan menunggu maklum balas daripada Menteri. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Setelah...

final • 4:10 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Bolehkah satu lagi?

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Boleh Yang Berhormat Menteri?

final • 4:10 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Sekejap saja.

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Daripada Beaufort. Tujuh minit.

final • 4:10 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Sekejap saja.

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Sila. Yang terakhirlah.

final • 4:10 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Ya, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hanya ingin menyentuh dua perkara. Pertama, saya ucapkan tahniahlah kepada negeri Sabah kerana mengemukakan pindaan kepada Ordinan Peguam Bela Sabah ini. Perkara pertama yang saya ingin sentuh ialah saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri ialah berkaitan dengan fasal 11 yang mana bertujuan untuk meminda subseksyen 16B(1) ordinan untuk memasukkan perenggan baharu, memperuntukkan bahawa jika seorang peguam bela menjadi tidak boleh, tidak upaya disebabkan oleh penyakit atau apa-apa sebab lain. Pertubuhan undang-undang boleh mengambil milikan dan mengawal harta peguam bela itu mengikut Jadual Kedua ordinan.

Jadi persoalan saya di sini, oleh kerana seorang peguam itu dikatakan sudah tidak berupaya lagi atau sebab-sebab yang tertentu, maka hartanya boleh diambil alih oleh pertubuhan undang-undang. Saya ingin tanya apakah terjadi kepada hak kepada waris

final • 4:18 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

peguam yang terlibat ini? Adakah mereka langsung tidak mempunyai hak lagi kerana sekarang hak ini diambil alih pula oleh pertubuhan undang-undang?

Apa akan terjadi dengan nasib mereka kerana harta kepunyaan peguam yang sudah menjadi tidak berupaya ini diambil alih? Apa akan jadi dengan kehidupan seharian mereka kerana keluarga ini memerlukan juga untuk meneruskan kehidupan mereka daripada akta yang dipunyai oleh peguam bela tersebut.

final • 4:18 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Jadi, saya ingin tahu tentang perkara ini supaya boleh diperjelaskan dengan lebih lanjut lagi. Keduanya, berkaitan dengan fasal 12 tadi iaitu sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Jelutong tadi yang mana bertujuan untuk memberikan Menteri kuasa menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa seksyen 23 Akta Ordinan Peguam (Pindaan) 2017 memasukkan bahagian baharu yang memperkatakan tentang perkongsian antarabangsa firma guaman asing yang berkelayakan dan pendaftaran peguam asing di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Saya juga ingin tahu adakah perkara ini telah diperhalusi dan saya tidak tahulah sama ada rakan-rakan peguam saya di Sabah telah mempersetujui perkara ini di mana perkataan ini ialah ‘asing’ ia bukan dari dalam negara Malaysia, ia bukan ceritanya peguam daripada Semenanjung Malaysia tetapi daripada negara asing, foreign lawyers katanya dan foreign firms.

Saya setuju dengan Yang Berhormat Jelutong dalam keadaan masa pandemik ini ramai kawan saya peguam termasuk mereka yang berada di Semenanjung Malaysia di Kuala Lumpur ini pun mengadu bahawa kehidupan mereka menjadi susah disebabkan oleh pandemik ini.

Jadi, apatah lagi seperti di negeri Sabah itu.

final • 4:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Beaufort.

final • 4:20 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

In-terms of perniagaannya pun agak terhad.

final • 4:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Beaufort, saya turut menyokong. Persoalannya dalam bahasa Inggeris, “Why allow foreign lawyers to set foot in Sabah when local lawyers find difficult to make a living”, dengan izin.

final • 4:20 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

[Ketawa] Ya, itulah saya mendengar tadi apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Jelutong. Saya pun tertanya- tanya dalam benak saya, adakah ini telah dipersetujui. Is not just, dengan izin Tuan Yang di-Pertua sahabat-sahabat kita lawyers firms Semenanjung Malaysia but we are talking about foreign lawyers, foreign firms. Jadi kalau begitu boleh menyebabkan firma-firma kita yang kecil di sana pun yang mungkin seorang sahaja practitioner nya ataupun dua orang sahaja akan tidak ada business lagi untuk meneruskan kehidupan mereka sebagai practicing lawyers, dengan izin. Jadi saya betul-betul kurang fahamlah dengan maksud dan tujuan untuk membenarkan perkara ini dilakukan, bukan di Malaysia tetapi di negeri Sabah dan juga di Labuan. It is a big question that I want it to be answered properly. Saya tidak tahu sama ada ini sudah dilaksanakan. Jadi kalau ya, berapa ramaikah peguam-peguam asing dari luar negara yang akan dibenarkan untuk mengadakan perkongsian di negeri Sabah. Daripada negara manakah mereka ini datangnya? Apakah jenis-jenis kelayakan ataupun kepakaran mereka yang tidak ada pada peguam-peguam di Sabah ataupun di Malaysia ini yang mesti kita hendak import daripada luar negara untuk datang berkhidmat di negeri Sabah itu. Ini satu persoalan yang besar dan saya ingin jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Silakan Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, 20 minit boleh?

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya harap boleh dapat Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua Yang Berhormat yang telah membahaskan Rang Undang-undang

(Pindaan) kepada Rang Undang-undang Ordinan Peguam Sabah ini. Saya tertarik dengan beberapa perkara yang dibangkit walaupun tidak ada hubung kait dengan rang undang-undang ini tetapi saya ingin sepintas lalu menjawab.

Pertamanya yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Tuaran tadi berhubung dengan pindaan kepada Perlembagaan pada tahun 1976. Pendapat pada ketika itu Yang Berhormat ialah bahawa tidak ada beza arrangement Perlembagaan pada tahun 1963 dengan apa yang dibuat pada tahun 1976, hanya satu penyelarasan. Dengar perkataan saya, kepada mereka pada ketika itu Yang Berhormat melihat bahawa itu adalah satu penyelarasan.

Penyelarasan maknanya untuk mengaturkan hanya dalam satu bentuk rangka sahaja. Jadi bukan saya hendak menjelaskan whether it is right or wrong, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Bukan right or wrong tetapi pandangan mereka pada ketika itu ialah satu penyelarasan, maknanya tidak ada beza dengan arrangement 1963 dengan yang dibuat pada tahun 1976.

final • 4:23 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Penjelasan Yang Berhormat. Sebenarnya isu yang saya bangkitkan adalah begini, Yang Berhormat.

Seperti mana yang kita tahu bahawa bila kita tengok Hansard, Ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak rata-rata telah menyokong pindaan tersebut, yang membantah adalah beberapa Ahli Parlimen daripada Semenanjung, terutama sekali pada ketika itu Yang Berhormat Lim Kit Siang dan sebagainya.

Persoalannya ialah kenapakah Ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak tidak membantah langsung? Oleh sebab mereka barangkali tidak tahu, tidak diberi taklimat apakah sebenarnya, rasionalnya, sebab dalam pembentangan pindaan tersebut di Dewan ini, tidak diberi langsung. Tidak ada penjelasan semasa dibentangkan oleh Perdana Menteri ketika itu yang membentangkan rang undang-undang tersebut.

Jadi persoalan saya di sini ialah daripada segi amalan di Dewan ini. Amalannya ialah apabila ada pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan, hendaklah jangan dilonggokkan dengan banyak pindaan, you know. Pindaan Artikel 1(2) begitu juga dengan pindaan 122AB dibuat secara begitu juga dilonggokkan dengan lain dan tidak diberi penjelasan tentang rasional pindaan tersebut sehinggakan Ahli-ahli Dewan pun keliru dan tidak boleh memberikan pandangan.

Akhirnya mereka tidak dapat mengundi yang sepatutnya dan daripada segi amalannya apabila hal seperti ini yang melibatkan hak-hak Sabah dan Sarawak dan sebagainya sebab itu memang terletak dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak dibuat.

Jadi daripada masa akan datang apabila pindaan-pindaan seperti ini hendaklah diberi penjelasan sejelas-jelasnya. Rasional kenapa? Jika tidak membuang masa, sekarang ini kita kembalikan lagi artikel yang terdahulu sebab pindaan telah diluluskan tanpa memahami apa yang mereka undi.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 4:23 PM

Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang

Tuan Yang di-Pertua, sekejap boleh on the same subject.

final • 4:23 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya.

final • 4:23 PM

Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, boleh ingin tanya kalau Yang Berhormat Menteri setuju dengan pindaan pada tahun 1976 itu? Saya tahu Yang Berhormat Menteri sudah cakap right or wrong is another matter. Setujukah Yang Berhormat Menteri dengan pindaan pada tahun 1976 itu berkenaan dengan Artikel 1(2).

final • 4:23 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih, Yang Berhormat Tuaran. Sebenarnya amalan untuk memberi penjelasan kepada Ahli-ahli Parlimen hanya bermula, minta izin bercakap orang putih sedikit Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:23 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 4:23 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Later part of 1990. Sebelum itu, apa sahaja rang undang-undang diberi kepada Parlimen dibawa kepada Ahli-ahli Parlimen, dibentang atas Dewan, jarang sekali dia ada satu penjelasan sebagaimana Yang Berhormat kata itu. Saya bersetuju memang patut diberi satu penjelasan khusus untuk meminda Perlembagaan.

Oleh sebab perkara-perkara ini bukan semua Ahli Parlimen dalam Parlimen ini mempunyai pengetahuan, kepakaran, research-based untuk mengetahui implikasi tiap- tiap satu perundangan yang dibuat. Memang saya setuju dengan Yang Berhormat tetapi persoalan yang kedua Yang Berhormat, apabila pihak kerajaan- saya tidak tahu sama ada pada 1976 itu saya belum ada dalam Dewan lagi, Yang Berhormat. Pada 1976 itu saya masih pakai uniform, Yang Berhormat.

final • 4:23 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Akan tetapi Yang Berhormat dalam Dewan semasa 1994. Tahun 1994 telah dipinda Artikel 122AB Yang Berhormat di mana kuasa TYT Sabah dan Sarawak telah dimansuhkan untuk melantik Judicial Commissioner, Yang Berhormat ada di Dewan ini.

Jadi saya ingin bertanya, bagaimana Ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak boleh bersetuju kuasa TYT dibuang, Yang Berhormat.

[Ketawa]

final • 4:23 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, okey, Yang Berhormat. Saya pun ingin berjumpa dengan Ahli Parlimen pada ketika itu 1976, hendak tanya, ‘Kenapa you setuju dahulu?’.

final • 4:23 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

[Ketawa] [Bangun]

final • 4:23 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Jadi Yang Berhormat...

final • 4:23 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Bukan yang maksud saya, yang tahun 1994. Tahun 1994 itu Yang Berhormat Menteri.

final • 4:23 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ini bukan market Yang Berhormat, minta maaflah.

final • 4:23 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat..

final • 4:23 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Jadi, patutnya tidak ada macam ini. Saya duduk you berdiri, kalau you berdiri I duduk.

final • 4:23 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya yang kedua I reserve my answer untuk soalan Yang Berhormat tadi sama ada you setuju atau tidak. Kalau saya tidak setuju, saya tidak bawa bentang rang undang-undang pindaan yang baharu ini Yang Berhormat, yang serupa hampir dengan 1963. Landasan kenapa saya setuju atau tidak setuju itu, tidak payah jawablah Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, kedua saya hendak sentuh Yang Berhormat Tuaran juga.

Yang Berhormat Tuaran ini benda-benda yang di luar sedikitlah. Validity of pindaan dia persoalkan juga. Jadi Yang Berhormat, sebenarnya tiap-tiap kali rang undang-undang dibawa ke Parlimen, apabila rang undang-undang itu didapati tidak selaras dengan pandangan kita, Perlembagaankah, undang-undang yang boleh mendatangkan invalidity of the undang-undang itu sendiri, bukan Parlimen, bukan administration yang membawa undang-undang itu akan mencabarnya. Ia orang dari luar.

Itulah kenapanya diwujudkan sistem di dalam negara kita ini ada legislatif, ada eksekutif dan ada judiciary. Apabila dua pihak ini melakukan kesilapan atau kesalahan, sengaja ataupun tidak sengaja, there’s where dengan izin Tuan Yang di-Pertua, the judiciary plays it part. Semenjak 20 tahun – sebab pindaan Artikel 122AB ini tidak ada orang bawa ke mahkamah mencabar. Saya setuju Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Saya setuju betul banyak the erosion of rights dengan izin, kehakisan hak-hak Sarawak Sabah di dalam Perlembagaan 1963 telah terhakis kerana pindaan kerajaan, tindakan kerajaan dengan tidak mengikut syarat-syarat yang tertentu, diletak di bawah undang-undang dan Perlembagaan itu sendiri. Itu saya setuju kerana saya selalu sebut benda itu. Sepatutnya tiap-tiap pindaan mesti mengikut garis panduan yang ada dalam undang-undang itu sendiri untuk meminda mana-mana provision undang-undang khusus Perlembagaan.

final • 4:30 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Terima kasih Yang Berhormat. Dalam kes pindaan 122AB ini, jelas ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan 161E(2) iaitu bahawa mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan ini yang terkait dengan hak Sabah dan Sarawak hendaklah mendapat concurrent daripada TYT dan ini telah tidak dibuat. Sangat jelas – It’s very clear, sangat jelas. Oleh sebab itu, jelas bahawa pindaan yang 122AB ini jelas invalid, it’s ultra vires.

Memang dah bertentangan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Persoalan Yang Berhormat ialah begini, apabila saya melihat mengkaji dalam Hansard. Tebal ini Yang Berhormat saya telah kaji dalam Hansard apa dibuat di sana.

[Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Sekali lagi benda itu semasa dibentangkan tidak diberi penjelasan rasionalnya.

Rasional kenapa dimansuhkan kuasa TYT itu kepada Seri Paduka Baginda. Tidak ada penjelasan di sini. Dengan lain perkataan, tidak ada orang tahu, pihak media pun tidak tahu dan sebagainya sebab tidak disebut langsung di sini. Bila tidak disebut langsung, diluluskan di sini membuta tuli oleh Ahli-ahli Parlimen yang ada pada ketika itu dan termansuhlah kuasa TYT untuk melantik Judicial Commissioner dari Sabah dan Sarawak.

final • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Jadi dengan itu, amalannya sekarang macam mana, kedudukannya? Adakah undang-undang ini valid atau invalid?

final • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Maaf Yang Berhormat. Saya rasa kita perlu perhatikan rang undang-undang yang di depan kita sekarang. Bukan pindaan perlembagaan yang lepas. Maaflah.

final • 4:30 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Ini ada berkaitan dengan amalan kehakiman dan juga urus tadbir keadilan di Sabah dan Sarawak yang terkait dengan pindaan ini Tuan Yang di-Pertua.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, tidak ada kena mengena dengan rang undang-undang ini. Itu telah dibuat oleh Dewan yang lepas, kita tidak boleh revisit malah ada Peraturan Mesyuarat mengatakan sekiranya sesuatu perkara itu telah diputuskan oleh Dewan, maka kita tidak boleh berbahasnya lagi. Maaf ya. Yang Berhormat, tolong.

final • 4:30 PM

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih. Saya ingin menyentuh satu perkara lagi iaitu berhubung dengan CLP. Ramai yang membangkitkan soalan CLP ini tadi.

Latar belakang CLP ini Tuan Yang di-Pertua ialah pada tahun 1978 dahulu, apabila – di England hendak memasuki The Council of Legal Education– tidak ada bahasa Melayu, jadi saya guna bahasa Inggeris itu. Untuk memasuki Council Legal Education dibataskan had kemasukan itu untuk membuat satu kajian. Dahulu dipanggil– ada juga orang panggil the Funnel Examination, the Bar Examination tetapi I would prefer to use my sijil iaitu the Degree of Utter Barrister. Untuk mengajikan degree of Utter Barrister ini, you boleh masuk ke Council Legal Education. Akan tetapi, pada tahun 1978, notis diberi kepada semua negara di Komanwel mengatakan bahawa The Council of Legal Education tidak lagi menerima orang yang berkelulusan less than second class honors. Hanya yang second class honors ke atas iaitu second class lower, upper and first class sahaja, tidak kisah daripada universiti mana sama ada daripada Oxford, Cambridge ataupun mana-mana universiti, top university di

final • 4:30 PM

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Commonwealth countries tidak boleh lagi hendak masuk Council Legal Education buat the Degree of Utter Barrister. Maka dengan sebab itulah kenapanya Kerajaan Malaysia pada ketika itu menghantar Dekan Universiti Malaya pergi ke England mengkaji system of CLP untuk memperkenalkan peperiksaan CLP di Malaysia. Jadi dengan itu, ia memang pada ketika itu dikhususkan untuk kelulusan graduate dari England sahaja. Memang tidak ada orang lain. Yang Australia habis universitinya, Universiti Malaya habis dengan universitinya, empat tahun mengaji, dia terus buat chambering sahaja. Dia tidak buat lagi CLP di Malaysia ini. Oleh kerana itu, untuk mengambil orang yang dari luar yang keluar universiti di England pada ketika itu dan seterusnya boleh menyambung pengajian mereka untuk menjadi seorang peguam di Malaysia ataupun di negara-negara lain.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, CLP ini boleh kita lihat semula macam mana, sama ada hendak diperkenalkan sebagai the basis of doing legal practices dengan izin di Malaysia ini walaupun kelulusan daripada local university, Australia, New Zealand dan sebagainya sebelum mengamalkan undang-undang di Malaysia. Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas penjelasan. Saya menghargai penjelasan tersebut. Cuma saya hendak mengambil kesempatan ini untuk merayu bagi pihak yang akan menduduki peperiksaan CLP. Pertama, terdapat keluhan dan rintihan bahawa disebabkan oleh COVID-19, peperiksaan mereka telah ditangguhkan beberapa kali. Itu adalah perkara pertama yang ingin saya gunakan kesempatan ini untuk merayu. Kalau boleh memastikan ia tidak berlaku.

Keduanya, terdapat satu persepsi bahawa ada kuota sistem dalam kelulusan CLP ini. Jadi saya mohon kalau boleh perkara itu juga diperhalusi dan diberi perhatian di mana terdapat fobia yang akan duduk peperiksaan ini bahawa tiap-tiap kali dalam peperiksaan ini hanya 15 percent yang akan lulus, 20 percent yang akan lulus.

Jadi, mohon juga perkara ini diberi perhatian. Kalau boleh peperiksaan itu dikemaskinikan dan mungkin cara kelulusan itu, peperiksaan itu juga diberi perhatian di mana kita mengambil satu pendekatan yang lain. Umpamanya latihan pergi ke mahkamah, melihat. Cara bar exam digunakan daripada menduduki peperiksaan macam pressure cooker.

Saya sendiri melalui pengalaman tersebut pada tahun 1994 di mana pada ketika itu pensyarah-pensyarah saya ketika itu adalah Allahyarhamah Mimi Kamariah dan Profesor Balan di Universiti Malaya. Ketika itu saya bertuah kerana dapat mendengar syarahan mereka di Universiti Malaya. Akan tetapi, sekarang ramai yang duduk untuk peperiksaan itu terpaksa belajar sendiri ataupun terpaksa belajar di luar di mana mereka hanya mengharungi persediaan itu untuk beberapa bulan dan terus menduduki peperiksaan.

Jadi, saya cuma mengambil kesempatan ini untuk memohon, merayu kepada Yang Berhormat Menteri supaya perkara ini juga diperhalusi di mana pada masa akan datang, Certificate of Legal Practice atau peperiksaan itu dikemaskinikan atau dibuat perubahan supaya cara mereka menduduki peperiksaan itu lebih mudah dan pendekatan yang diambil itu adalah secara latihan. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, kalau boleh saya menyampuk. Saya pernah jadi examiner CLP, memang tidak ada kuota itu. Terima kasih. Silakan Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang saya ketahui Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya the first Director General of CLP ialah classmate saya.

final • 4:30 PM

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Akan tetapi the Board of CLP itu, AG Pengerusi kalau tidak salah saya, kalau tidak ada perubahan sejak itu. Jadi, memang dia very tough oleh kerana lock, stock and barrel diambil oleh Dean of Faculty of Law Universiti Malaya dahulu, diperkenalkan CLP itu. Akan tetapi ia hanya ganti undang-undang sahaja. Kalau Evidence of England diganti dengan undang-undang Evidence of Malaysia. Diganti undang-undang sahaja. Akan tetapi

final • 4:40 PM

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

standard, method semua sekali itu, memang ikut the council legal education punya proses.

Jadi, sebagaimana yang kita tahu council legal education, the process of passing rate is memanglah di antara 30 peratus satu kali peperiksaan dalam dan trinity exam setiap tahun.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya pindah kepada perkara yang lebih dekat rang undang-undang ini. Yang Berhormat Pasir Gudang tadi bertanya, ramai orang debate perkara ini Yang Berhormat Pasir Gudang, soalan kenapa peguam Sarawak dan peguam Sabah ini masih tertutup untuk peguam daripada Semenanjung.

Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, ini tradisi yang telah ada dalam Perlembagaan kita. Kalau kita lihat Artikel 161 itu, ada terletak di situ. Jadi, saya tadi bertanya dengan President of Advocates’ Associations dari Sabah itu. Dia tanya saya pula, dia tanya, “Apa yang menyebabkan peruntukan ini diletakkan dalam Perlembagaan dahulu?”. Jadi, saya pun tidak boleh jawab juga. Apa yang saya ketahui ialah sebabnya apabila Malaysia ini dibentuk dahulu tahun 1963, bahawa pada ketika itu ramai peguam yang mengamalkan undang-undang di Sarawak dan Sabah mewariskan tradisi ilmu dan tradisi amalan dari England. Very conservative, Tuan Yang di-Pertua.

Dengan conservatism itulah, makanya mungkin terbentuk di sini very close kind of amalan diadakan di negeri Sabah dan dimasukkan ke dalam Perlembagaan ini. Akan tetapi kalau kita lihat keseluruhannya Malaysia itu sendiri dan lihat Sarawak dan Sabah, ada perbezaan dengan seluruh Semenanjung. Jadi, kalau ini hendak diliberalizekan Yang Berhormat, kita kena kembali balik kepada negeri Sarawak dan Sabah untuk keputusan mereka secara sendiri.

Kita tidak pernah memberi arahan sebagai kerajaan kepada negeri Sarawak, advocate association Sarawak dan juga Sabah untuk to liberalize. Ia sendiri fikir mana satu yang patut. Jadi, keputusan termasuk pindaan yang ada di hadapan kita ini semuanya dirangka di Sabah. Saya sebagai pembentang Tuan Yang di-Pertua, bentang apa orang sudah buat, dipersetujui oleh pihak peguam-peguam di negeri Sabah dengan AG di negeri Sabah dan negeri Sabah itu sendiri. Apabila mereka sudah bersetuju, dihantar kepada AG di Semenanjung untuk diperhalusi daripada bentuk undang-undang. Itu yang menjadi itu.

Kalau tidak, ia tidak akan menjadi.

Jadi, itulah kalau kita lihat Sarawak jauh lebih konservatif in controlling the Sabah punya association itu ataupun amalan perundangan di Sabah daripada di Sarawak.

Perbezaannya di Labuan Tuan Yang di-Pertua. Di Labuan itu ialah negeri luar pesisir.

Banyak badan yang negara luar di situ. Jadi, ada liberalisasi sedikit kelebihannya boleh diamalkan di Sabah. Berlainan daripada di Sabah, berlainan daripada di Sarawak. Akan tetapi untuk Labuan itu sahaja kerana by nature, dengan izin, Labuan is a kita punya to luar pesisir. Jadi, itulah kenapa rasional ini mungkin diambil oleh pihak negeri Sabah dan peguam-peguam negeri Sabah membuat liberalisasi yang dipersoalkan Yang Berhormat tadi.

Jadi, balik Tuan Yang di-Pertua, kepada pindaan Artikel 122AB dan Artikel 122B ini. Untuk makluman Yang Berhormat Tuaran, rakan-rakan Ahli Yang Berhormat dari Sabah dan juga kalau ada Ahli Yang Berhormat Sarawak dekat sini bahawa ini adalah salah satu yang tengah dikajikan oleh pihak AG Sabah, AG Sarawak dan AG Persekutuan, untuk mengkaji bila boleh kita kembali kepada itu dan kita berbincang di antara peguam- peguam dan hakim-hakim dari negeri Sabah dan Sarawak dan kerajaan. Ini ada dalam Jawatankuasa MA63 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Saya minta, dengan izin, lagi sekali help side of the pindaan yang bakal diguna pakai tetapi belum lagi dipersetujui Tuan Yang di-Pertua, tetapi masih dalam kajian. Insya-Allah Yang Berhormat.

Selain daripada itu, tambahan peruntukan dan pengasingan peruntukan kepada Sabah dan Sarawak. Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada menyoal soalan kenapa tidak peruntukan diagihkan ke negeri Sarawak dan Sabah supaya by nature, Sabah dan Sarawak itu berlainan sedikit. Saya memahami macam di Sabah, kita ada dua mobile court. Di Sarawak kita ada satu mobile court. Akan tetapi kalau saya pandang, Sarawak lebih besar lagi, kenapa tidak ada tiga mobile court di Sarawak, kerana the whole Sarawak itu hampir sama besar dengan Semenanjung. Kalau di cut out Melaka ataupun Perlis, kita

final • 4:40 PM

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

sudah sama saiz dengan Sarawak. Jadi, kenapa satu sahaja. Persoalannya ialah komunikasi dan peruntukan yang ada pada kita.

Jadi soalan ini Yang Berhormat, sebenarnya pentadbiran. Tidak ada perlu undang-undang dibuat, hanya pentadbiran pihak kehakiman di Sarawak dan di Sabah berbincang dengan pihak di Kuala Lumpur. Insya-Allah saya cukup yakin, kalau libat urus dibuat dengan sebaik mungkin menunjukkan bahawa keperluan kewangan itu kita agih- agihkan mengikut keperluan Sabah dan Sarawak itu dan tidak perlulah menunggu Chief Registrar dekat sini, chief administrator dekat Semenanjung ini untuk membeli perkara- perkara yang contohnya macam hendak van ataupun bas untuk negeri Sarawak dan Sabah melaksanakan...

final • 4:40 PM

Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang

Tuan Yang di-Pertua, boleh just a short one.

final • 4:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

...apa yang dipanggil accessibility to justice yang dipromosikan di Sarawak dan Sabah itu sebab memudahkan pihak-pihak litigant untuk akses kepada mahkamah.

final • 4:40 PM

Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, berkaitan dengan apa yang dimention oleh Yang Berhormat Menteri tadi, Chief Registrar. The Chief Registrar di Federal menentukan administrasi di Sabah dan Sarawak, walaupun kita adanya Chief Justice di Sabah dan Sarawak. So, setuju kah Yang Berhormat Menteri bahawa sebagai Menteri yang telah diamanahkan untuk mentadbir undang-undang and berkaitan dengan AG’s office dan juga Ketua Hakim, bolehkah registrar di Sabah dan Sarawak itu membuat keputusan berkenaan dengan pentadbiran di Sabah dan peruntukan sepatutnya diberikan kepada registrar Sabah and Sarawak? Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak ada kena-mengena itu, Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

[Ketawa]

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Masa sudah tamat, Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sebenarnya Yang Berhormat, kita sudah ditegur oleh Tuan Yang di-Pertua sedikit. Jadi sebenarnya, saya sudah raise up the issue dengan Chief Registrar di Semenanjung. Insya-Allah, saya minta orang Sarawak dan Sabah itu bercakap dengan Chief Registrar itu sebab saya sudah cakap, Tuan Yang di-Pertua. Selepas itu, cadangan pindaan Akta Profesion Rang Undang-undang 1976 ini, pindaan kepada LPA sedangkan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara bersama Bar Malaysia.

Jadi, ada jugalah jawapan walaupun tidak ada kena-mengena dengan undang- undang yang di hadapan kita, Yang Berhormat. Jawatankuasa mengkaji untuk menggantikan CLP dengan Common Bar Course (CBC). Ini juga saya akan melihat semula cadangan bagi menggantikan CLP dengan CBC memandangkan perkara ini memerlukan kajian terperinci, termasuk sesi libat urus dengan semua pihak, Yang Berhormat. Ini jawapan kepada Yang Berhormat. Kita akan ambil perhatian.

final • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih. Saya menghargai jawapan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 4:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Rumuskan Yang Berhormat Menteri.

final • 4:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Isu menjalankan amalan peguam Semenanjung di Sabah. Sebenarnya, peguam Semenanjung hendak mengamalkan di Sabah itu ada condition yang tertentu. Ada tiga syarat yang ditetapkan tetapi satu sahaja cukup. Akan tetapi kadang-kadang ada hakim-hakim di mahkamah mengatakan semua tiga kena dicukupkan, permastautinan, ada connection dengan Sabah dan sebagainya itu.

final • 4:40 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Akan tetapi kadang-kadang ada juga hakim memandang perkara itu— they must be treating to be right together, dengan izin. Akan tetapi ada juga hakim memandangkan satu cukup. Kalau contohnya orang itu lahir di negeri Sabah. Walaupun tidak duduk di negeri Sabah, dia lahir di Sabah, hendak mengamalkan di Sabah, boleh. Ada juga hakim berpandangan sedemikian. Akan tetapi ada juga hakim mengatakan dia mesti lahir di Sabah, bermastautin di Sabah dan tidak kurang daripada lima tahun di Sabah. Jadi, ini mungkin kita kena perhalusi dan pihak-pihak bar patut berbincang dengan pihak hakim di sana, mungkin macam mana we can come up to— untuk menyelaraskan undang-undang pelaksanaannya. Akan tetapi peguam Semenanjung Malaysia boleh menjalankan amalan di Sabah berdasarkan ad hoc admission. Begitu juga peguam Sabah boleh menjalankan amalan di Semenanjung berdasarkan ad hoc admission di Semenanjung.

Sebenarnya itulah kenapa saya tidak buka legal firm saya di Semenanjung Tuan Yang di-Pertua. Apabila saya diperlukan untuk undergo chambering, saya kata sudah buat legal practice 10 tahun, apa hendak buat chambering pula? Apa benda baharu yang saya kena belajar? Jadi, saya kata di Sarawak zaman saya memang tidak ada chambering.

Balik dari England, daripada lulus Degree of Utter Barrister itu terus buka legal firm esok, call to the Bar, terus boleh buat practice tidak ada chambering. Chambering itu is a new feature dalam amalan orang di Sarawak. Jadi, kepada Yang Berhormat Sepang, ada pertanyaan-pertanyaan Yang Berhormat Sepang itu tadi tidak ada hubung kait sebenarnya dengan undang-undang.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bertulislah, bertulislah Yang Berhormat. Yang Berhormat Sepang tidak ada.

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Dia bertanya berhubung penggunaan umur 18 untuk pilihan raya itu. Akan tetapi kalau Pilihan Raya Negeri Sarawak dia akan sebelum 31 Disember. Dia masih tidak mengguna pakai yang baharu tetapi kalau dia laksanakan selepas Januari sama ada senarai electoral itu bersih atau tidak bersih, betul atau tidak betul, ada orang yang umur 165 tahun pun terpaksalah akur dengan arahan mahkamah itu. Kita sudah berjanji bahawa setiap orang mesti akur dengan arahan mahkamah yang telah dibuat di Kuching itu. Itu isu sama ada lembaga tatatertib akan terus menolak apa-apa aduan tidak merit atau remeh tanpa hearing atau summarily dismiss.

Ini Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya pun rasa pelik juga tadi sebab kita sebagai pengamal undang-undang, biasanya kita kena menilai satu-satu perkara. Bila masa, siapa yang boleh mengatakan tidak ada merit. Siapa yang boleh mengatakan frivolous and vexatious. Jadi, siapa yang menentukannya. Jadi nampaknya penjelasan yang diberi kepada saya bukan daripada orang Semenanjung, bukan daripada orang Sarawak tetapi dari bar di Sabah itu sendiri bahawa banyak sangat kompelin yang macam tidak ada betul.

Jadi discipline body di Sabah itu bogged down Tuan Yang di-Pertua, sehingga tidak boleh buat kerja lain lagi. Tengok itu sahaja. Kadang-kadang benda itu memang remeh betul. Jadi itulah kenapa landasan permintaan Bar Council Sabah itu sendiri hendakkan pindaan ini dibuat. Jadi bukan Semenanjung, bukan Sarawak, bukan badan- badan lain, bukan kerajaan. Pemindaan permintaan daripada pihak peguam-peguam pengamal dia sendiri.

final • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Walau bagaimanapun, terdapat— tunggu sekejap Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, terdapat peruntukan section 12H right to appeal and final order by disciplinary board. Jadi, masih ada.

Walaupun direject, dia boleh masih pergi ke disciplinary board buat rayuan Tuan Yang di- Pertua.

final • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri, cuma saya telah menyatakan tadi bahawa peruntukkan-peruntukkan ini tidak merangkumi kes-kes melibatkan peguam-peguam yang terlibat dalam kesalahan-kesalahan jenayah

final • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

seperti penggubahan wang haram dan sebagainya. Oleh sebab itu saya mengatakan bahawa peruntukkan ini perlu merangkumi pindaan-pindaan yang juga memasuki perkara-perkara tersebut.

Kalau tidak, kita lihat terdapat double standard. Saya telah memberi kesimpulan di mana di Malaysia sekarang ada peguam-peguam yang dituduh terlibat dalam kes-kes pengubahan wang haram, tidak mengisytiharkan pendapatan ke Lembaga Hasil Dalam Negeri dan sebagainya tetapi tidak ada tindakan diambil. Berbanding dengan peguam- peguam di mana ada aduan umpamanya memberikan diskaun dalam satu sell and purchase agreement. Majlis Peguam boleh mengambil tindakan terhadap peguam tersebut.

Malahan Tuan Yang di-Pertua tahu terdapat kes-kes di mana lesen amalan beliau juga boleh digantung tanpa memulakan proses pendengaran lembaga disiplin. Oleh sebab itu saya mengatakan perlu ada keseimbangan, di mana semua peguam tidak kira siapa mereka perlu diambil tindakan apabila terdapat isu integriti ini— melibatkan isu integriti. Oleh sebab itu saya mengatakan saya menyokong tetapi peruntukkan tersebut harus merangkumi kes-kes sebegitu.

Kita lihat— saya telah memberi kesimpulan tadi. Beberapa orang peguam kes- kes melibatkan 1MDB dan sebagainya. Banyak sangat peguam yang terlibat dalam penggubahan wang haram, mengeluarkan cheque tersebut tetapi tidak ada tindakan diambil. Jadi, persoalannya adalah kenapa double standard ini? Bolehkah dalam— mungkin undang-undang yang dibentangkan kemudian perkara-perkara ini diperhalusi dan dikemas kini. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, sebenarnya kita bincang hal undang-undang Sabah. Jadi, kemungkinan di Sabah belum lagi bangkit perkara ini, Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, sebenarnya bar council ada mohon untuk berjumpa dengan saya. Insya-Allah, saya ada raise up the same issue Yang Berhormat sebut tadi. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, minta rumuskan Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sedikit sahaja lagi, dua sahaja. Itu pindaan kepada seksyen 16B. Ini daripada Yang Berhormat Beaufort. Memang wajar ditanya soalan ini.

Sebenarnya Yang Berhormat, jawapannya mengambil alih ini bukanlah harta peribadi peguam itu sendiri. Harta yang disimpan contoh dalam akaun under the control the peguam—klien punya itu. Cuba bayangkan kalau duit disimpan dalam klien akaun itu dan peguam itu meninggal. Dia seorang sahaja sold proprietor dan tidak ada orang lain.

Duit itu akan tertinggal di situ sahaja kalau tidak ada kuasa untuk mengeluarkannya, ia akan terletak di situ.

Jadi itulah kenapa peruntukkan ini amat diperlukan khususnya pada mereka yang mengamalkan undang-undang dan legal firm yang kecil-kecil seorang sahaja, yang banyak kita dapati di Sabah mungkin ada. Kalau di Sarawak memang ramai Yang Berhormat.

Jadi yang kedua, sesudah peguam bersetuju untuk membenarkan foreign lawyers practice di Sabah. Ini merupakan komitmen kerajaan berkaitan dengan liberalization yang telah diperuntukkan WTO, Tuan Yang di-Pertua dan General Agreement on Trade in Services (GTTS). Ini perkara baru dan telah dimasukkan pada tahun 2016. Jadi kemasukan ini ialah oleh sebab sebagaimana saya sebutkan tadi bahawa Labuan itu sendiri is a unique arrangement, tempat kewangan luar pesisir dan sebagainya itu. Jadi, nombor dua liberalisasi ini berkehendakkan dilaksanakan oleh kerana...

final • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Yang Berhormat, saya tahu Yang Berhormat, yang kecil-kecil janganlah bunuh.

final • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, mungkin Tuan Yang di-Pertua akan setuju dengan saya.

Saya telah katakan bahawa pendapatan peguam di seluruh Malaysia, Semenanjung Sabah dan Sarawak terkesan disebabkan oleh COVID-19. Apakah ini langkah terbaik untuk membenarkan peguam asing dengan izin, what makes foreign lawyers better than local lawyers, dengan izin? Itu adalah persoalan saya. Kenapa perlu peguam-peguam asing dibenarkan untuk bertapak di Sabah? Adakah ini akan menyebabkan pendapatan peguam-peguam Sabah itu terkesan? Ini adalah persoalan saya.

So, bolehkah perkara-perkara ini diperhalusi? Adakah wakil-wakil rakyat di Sabah benar-benar memahami kesan pindaan ini? Saya menyokong tetapi persoalan saya adalah, kenapa? Persoalan saya adalah, siapakah peguam-peguam ini? Apakah kepakaran mereka? Apakah kelayakan mereka? Adakah mereka akan menjadi subjek kepada perundangan-perundangan seperti penggubahan wang haram dan sebagainya?

Kita sudah ada peguam-peguam Malaysia yang terlibat dalam banyak kontroversi. Ini kita membenarkan peguam-peguam luar pula masuk ke Sabah. Kita perlu perhalusi perkara- perkara ini sebelum kita meluluskan rang undang-undang ini. Itu adalah permohonan saya kepada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Kebanyakannya Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya secara ringkas jawapannya ialah untuk di Labuan, Tuan Yang di- Pertua. Jadi patuh kepada WTO dan GATT tadi. Jadi itulah kita kena akur juga dengan international agreement yang kita telah party to it. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi, dengan itu sahaja penggulungan saya Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

final • 5:00 PM
Fasal-fasal 1 hingga 12 –

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya cuma ingin merujuk kepada fasal 12 yang berbunyi seperti berikut, “Bertujuan untuk memberi Menteri kuasa untuk menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa seksyen 23 Akta Ordinan Peguam Bela (Sabah) (Pindaan) memasukkan Bahagian VII baharu yang memperkatakan tentang perkongsian antarabangsa...”. Saya memberi penekanan “...perkongsian antarabangsa, firma guaman asing berkelayakan dan pendaftaran peguam asing di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan".

final • 5:01 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya menyokong tetapi cuma ada beberapa perkara yang ingin saya bangkitkan.

Saya cuma tidak mahu firma-firma asing ini digunakan sebagai the front untuk aktiviti- aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Yang Berhormat Menteri tahu walaupun saya tidak ingin menyentuh secara terbuka, terdapat beberapa ahli wakil rakyat yang sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah sekarang, di mana wang-wang yang diperolehi oleh mereka telah diletakkan dalam client account di mana wang itu telah pun dibayar keluar. Saya tidak mahu menyebut mana-mana Ahli Parlimen secara terperinci tetapi ini telah didedahkan di mana wang itu diperolehi untuk kerja-kerja amal melibatkan yatim piatu beragama Islam. Akan tetapi wang itu digunakan untuk membeli barang-barang mewah, membayar untuk kad- kad kredit untuk pergi shopping dan sebagainya, bukan sahaja di Malaysia tetapi di luar negara.

So, adakah firma-firma guaman ini akan dipantau? Adakah mereka akan terikat dengan undang-undang kita? Bagaimana kita hendak pastikan bahawa mereka tidak akan digunakan oleh mana-mana individu sama ada pemimpin ataupun tidak, untuk mengubahkan wang haram? Ini adalah persoalan saya. Are we facilitating something, dengan izin Tuan Yang di-Pertua kerana kita lihat bahawa perkara-perkara ini sudah pun berlaku, sudah pun dibongkar melalui perbicaraan-perbicaraan di mahkamah?

So, apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian untuk memastikan bahawa firma-firma antarabangsa, firma guaman antarabangsa, perkongsian antarabangsa ataupun peguam-peguam asing tidak akan bertapak di Labuan ataupun di Sabah dengan niat tertentu untuk melakukan kesalahan-kesalahan tertentu? Ini adalah persoalan saya. Terima kasih.

final • 5:01 PM

Tuan Pengerusi

Lagi?

final • 5:01 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan ini agak relevan. Sebenarnya, Akta Ordinan Peguam Bela (Sabah) (Pindaan) 2017 [Akta A1528] ini sebenarnya memang sudah diluluskan lama tetapi belum diguna pakai. Jadi, penguatkuasaannya itu ditetapkan oleh pihak Yang Berhormat Menteri. Dia akan letak bersama-sama dengan mungkin pindaan ini nanti yang sudah lama orang Sabah menunggu perkara ini dilaksanakan.

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin memberi jaminan bahawa tiap- tiap kelulusan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri, yang saya tahu – amalan Yang Berhormat Menteri lain saya tidak tahu. Amalan saya, tidak pernah membuat secara arbitrary. Saya mendapat komen daripada semua agensi saya yang terlibat dengan khusus pelaksanaan satu-satu perkara. Apabila telah mendapat kelulusan sedemikian, baharulah saya membuat keputusan sama ada dilaksana ataupun tidak di laksana.

Bukanlah ditetapkan sendiri.

Kita juga mengikuti pengawasan kepada aktiviti tiap-tiap individu supaya tidak menyalahgunakan kedudukan mereka, mengambil tindakan yang sedemikian. Semua pihak adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia termasuk disciplinary board, tidak kira firma guaman asing ataupun foreign lawyer. Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 5:03 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

[****Fasal-fasal 1 hingga 12** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula]

final • 5:03 PM

Tuan Pengerusi

[Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Menteri Perpaduan Negara (Datuk Halimah binti Mohamed Sadique) dan diluluskan]

final • 5:03 PM
RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA ANGKASA MALAYSIA 2020 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang- undang bernama suatu akta untuk menubuhkan Lembaga Angkasa Malaysia, untuk mengawal selia aktiviti berkaitan angkasa yang tertentu, bagi tujuan keselamatan untuk mengawal selia pendaftaran objek angkasa dan untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan berkaitan angkasa yang tertentu dan perkara yang berkaitan dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, usaha penggubalan Rang Undang-undang Lembaga Angkasa Malaysia berbangkit daripada keperluan negara untuk memperkasakan pembangunan sektor angkasa yang turut meliputi urusan mengawal selia aktiviti berkaitan angkasa. Peningkatan penggunaan teknologi angkasa di dalam bidang komunikasi, navigasi, pengurusan sumber, pembangunan dan keselamatan negara serta manfaat yang diperolehi, telah menarik minat bukan sahaja pihak kerajaan tetapi juga pihak industri dan institusi pengajian tinggi untuk terlibat sama di dalam aktiviti pembangunan teknologi angkasa.

Selaras dengan peningkatan perkembangan teknologi semasa yang menuju ke arah Revolusi Industri 4.0 dengan izin, big data analytics dan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi, peningkatan keperluan terhadap data, imej serta maklumat yang diperolehi daripada teknologi angkasa telah melonjakkan pembangunan industri angkasa di seluruh dunia.

Berdasarkan laporan dengan izin, Satellite Industry Association, pendapatan ekonomi angkasa di peringkat antarabangsa bagi tahun 2020 mencecah USD371 bilion yang mana sebanyak USD271 bilion disumbangkan oleh industri satelit yang merangkumi industri pelancaran sebanyak dua peratus, pembuatan satelit sebanyak lima peratus, infrastruktur bumi 50 peratus dan perkhidmatan satelit 43 peratus yang terdiri daripada aplikasi sains remote sensing, komunikasi dan keselamatan negara.

final • 5:57 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Dijangkakan pendapatan daripada industri angkasa ini akan terus meningkat sehingga melebihi USD1 trilion menjelang tahun 2040. Tuan Yang di-Pertua, di Malaysia penglibatan di dalam sektor angkasa telah dimulakan seawal tahun 1988 dengan menumpukan kepada pembangunan program dan aktiviti hiliran atau downstream dengan izin, teknologi angkasa yang telah dimanfaatkan sepenuhnya bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan serta menyumbang kepada kesejahteraan rakyat.

Sebagai contoh, teknologi remote sensing melalui penggunaan Sistem Maklumat Geospatial Tanaman Padi (MakGeoPadi) telah dimanfaatkan oleh seramai 37,916 pesawah padi bagi 12 jelapang padi di seluruh negara. Sistem ini telah meningkatkan sehingga 57 peratus kecekapan mengurus dan memantau tanaman padi serta meningkatkan sehingga 30 peratus kecekapan mengurus subsidi baja dan racun oleh kerajaan.

Portal iDengue pula adalah merupakan satu platform pelaporan maklumat denggi harian dan lokasi wabak denggi yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam dan komuniti setempat yang berada di dalam kawasan wabak denggi untuk mengambil langkah pencegahan dan kawalan seperti membersihkan kawasan

final • 5:10 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

persekitaran, mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes bagi memastikan mereka bebas daripada denggi.

Maklumat yang dipaparkan di dalam portal iDengue adalah dalam bentuk laporan dan pemetaan kawasan wabak denggi yang di kemas kini secara harian. Pembangunan portal iDengue adalah merupakan projek kerjasama di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

Perwujudan portal iDengue dapat mengurangkan sehingga 60 peratus kluster wabak denggi dan kos pengurusan wabak denggi. Maklumat yang komprehensif dan interaktif ini telah memudahkan agensi terlibat untuk membuat pelaporan dan juga merancang aktiviti kesedaran, pencegahan dan kawalan bersama komuniti.

MakGeoPadi dan portal iDengue adalah antara 40 sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa yang telah dibangunkan oleh MYSA dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan. Sistem-sistem aplikasi berkenaan sedang diguna pakai secara dalam talian oleh lebih daripada 80 buah agensi kerajaan di peringkat Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan bagi mempertingkatkan keberkesanan dan kecekapan perancangan dan pengurusan di dalam bidang:

(i) pertanian;

(ii) perikanan;

(iii) sumber asli;

(iv) alam sekitar;

(v) perusahaan perladangan dan komoditi;

(vi) kesihatan persekitaran;

(vii) pembangunan fizikal;

(viii) pengurusan bencana;

(ix) penilaian hartanah;

(x) keselamatan;

(xi) ketenteraman aman;

(xii) pertahanan; dan

(xiii) perisikan.

Pembangunan kesemua sistem aplikasi ini telah menyumbang kepada penjimatan perbelanjaan pembangunan kerajaan sehingga RM49.8 juta. Berdasarkan kepada keperluan dan permintaan tinggi terhadap penerimaan penerima gunaan teknologi angkasa di peringkat hiliran, MOSTI melalui MYSA telah merangka program bagi memperkasakan industri huluan atau upstream dengan izin, untuk memastikan kesinambungan pembekalan data dan maklumat yang berkaitan.

Usaha ini juga penting untuk menjadikan negara tidak hanya berperanan sebagai pengguna teknologi tetapi juga memainkan peranan selaku pembangun teknologi dalam sektor angkasa. Pelbagai program dan inisiatif telah dirangka dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membangunkan sektor angkasa negara secara lebih terancang dan sistematik.

Salah satu inisiatif utama dengan izin, Malaysia Space Exploration 2030 adalah bagi melaksanakan Dasar Angkasa Negara 2030 yang merangkumi pembangunan keseluruhan rantaian ekosistem teknologi angkasa di negara ini. Antara program yang dirancang dan sedang dilaksanakan di bawah inisiatif ini termasuklah program:

(i) pembangunan satelit negara;

(ii) pembangunan pelan induk industri angkasa;

(iii) pemerkasaan kapasiti infrastruktur angkasa negara;

final • 5:10 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

(iv) pembangunan sistem aplikasi berteraskan teknologi remote sensing dan Sistem Maklumat Geografi (GIS)

(v) pembangunan kepakaran dengan izin, Global Navigation Satellite System (GNSS);

(vi) produk knowledge creation sains angkasa; dan

(vii) pengukuhan kerjasama antarabangsa dalam sektor angkasa.

Berdasarkan satu kajian dengan izin, Public View About Science in Malaysia yang dijalankan oleh Pew Research Center pada bulan September 2020, didapati sebanyak 80 peratus responden menyatakan bahawa inisiatif dan program eksplorasi angkasa yang dilaksanakan dan dirancang oleh kerajaan adalah baik dan mempunyai impak positif kepada masyarakat.

Tuan Yang di-Pertua, kemajuan teknologi angkasa yang pesat telah memberikan pelbagai manfaat kepada pembangunan fizikal dan sosioekonomi untuk kesejahteraan manusia sejagat. Bagi pembangunan satelit, dianggarkan secara purata, sebanyak 990 buah satelit akan dilancarkan setiap tahun menjelang tahun 2028 di seluruh dunia.

Kemajuan dan teknologi angkasa ini turut berhadapan dengan cabaran keselamatan di dalam industri yang terlibat khususnya seperti aktiviti pembuatan, pelancaran dan operasi dalam sektor angkasa.

Di peringkat antarabangsa, terdapat lebih kurang 612 kemalangan yang melibatkan aktiviti angkasa telah dilaporkan berlaku ketika pelancaran. Semasa berada di orbit dan juga ketika aktiviti kemasukan semula objek angkasa ke atmosfera bumi.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak lapan kemalangan yang melibatkan liabiliti pihak ketiga yang mana tujuh daripadanya melibatkan kenderaan pelancar dan satu melibatkan satelit.

Kemalangan ini telah mengakibatkan kemalangan nyawa, kerosakan harta benda dan alam sekitar. Salah satu daripadanya adalah melibatkan kegagalan pelancaran Roket Delta II, Amerika Syarikat pada 17 Januari 1997 yang telah mengakibatkan kemusnahan kawasan sekitar 16 kilometer daripada tapak pelancarannya. Ia melibatkan kerugian sekitar USD95 juta. Insiden-insiden kemalangan sektor angkasa ini amat diambil berat oleh pelbagai pihak khususnya dengan izin, United Nations Office for Outer Space Affairs

(UNOOSA) yang telah menyediakan garis panduan dan prosedur yang perlu dipatuhi di dalam sebarang aktiviti pembangunan teknologi angkasa.

Tuan Yang di-Pertua, menurut pangkalan data pendaftaran objek angkasa UNOOSA, pada masa ini terdapat sembilan buah satelit di bawah tanggungjawab Kerajaan Malaysia yang berada di orbit. Dua daripadanya adalah satelit remote sensing milik negara iaitu TiungSAT-1 dan RazakSAT. Lima buah satelit lagi adalah milik syarikat Malaysia iaitu MEASAT Satellite Systems Sdn. Bhd. yang dilancarkan untuk kegunaan komunikasi dan penyiaran manakala dua buah satelit yang bersaiz nano pula adalah milik Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Astronautic Technology Sdn. Bhd. (ATSB).

Berdasarkan triti antarabangsa, dengan izin, Convention on International Liability for Damage Caused by Space Objects, kerajaan perlu bertanggungjawab dan menanggung liabiliti kerosakan yang disebabkan oleh kesembilan satelit berkenaan serta apa-apa objek angkasa seperti satelit, kapal angkasa, kenderaan pelancar dan lain-lain termasuk bahagian komponennya yang dilancarkan sama ada oleh agensi kerajaan, industri, institusi pengajian tinggi ataupun orang perseorangan.

Sehingga kini, tiada kawalan ataupun penetapan syarat dan peraturan yang diwujudkan di dalam negara bagi aspek keselamatan terhadap aktiviti-aktiviti angkasa yang dijalankan oleh pelbagai pihak sama ada di dalam ataupun di luar negara. Aspek keselamatan turut merangkumi keterjaminan atau dengan izin, space worthiness iaitu keupayaan objek angkasa daripada segi reka bentuk dan berjaya dilancar serta beroperasi dengan selamat di angkasa.

Sehubungan dengan itu, bagi memelihara kepentingan kerajaan, suatu rang undang-undang perlu diwujudkan bagi memindahkan liabiliti dan tanggungjawab tersebut kepada pemilik objek angkasa berkenaan.

final • 5:10 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Tuan Yang di-Pertua, menyedari hakikat ini, kerajaan telah bersetuju dengan cadangan penggubalan Rang Undang-undang Lembaga Angkasa Malaysia bagi mengawal selia, mentadbir dan mengkoordinasi aktiviti-aktiviti sektor angkasa di semua peringkat yang meliputi kerajaan, industri, institusi pengajian tinggi dan orang perseorangan.

Rang undang-undang ini digubal bagi memastikan aktiviti angkasa negara dilaksanakan secara selamat dan bertanggungjawab dengan mematuhi triti dan perundangan antarabangsa berkaitan dengan angkasa. Sehubungan dengan itu, rang undang-undang ini menekankan kepada keselamatan yang turut merangkumi, dengan izin, space worthiness di dalam semua aktiviti angkasa yang dilaksanakan.

Sepanjang proses penggubalan Rang Undang-undang Lembaga Angkasa Malaysia, sebanyak 38 sesi libat urus bersama pihak-pihak berkepentingan telah dilaksanakan pada tahun 2019 dan 2020 bagi mengenal pasti isu-isu berkaitan dan mengelakkan pertindihan bidang kawal selia dengan akta-akta yang sedia ada. Antara kementerian dan agensi yang terlibat dalam sesi libat urus berkenaan adalah seperti:

(i) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri;

(ii) Kementerian Pertahanan;

(iii) Kementerian Pengajian Tinggi;

(iv) Kementerian Pengangkutan;

(v) Kementerian Dalam Negeri;

(vi) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia;

(vii) Kementerian Tenaga dan Sumber Asli;

(viii) Kementerian Alam Sekitar dan Air;

(ix) Kementerian Luar Negeri; dan

(x) Majlis Keselamatan Negara.

final • 5:10 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Selain itu, sesi libat urus awam melalui platform dengan izin Unified Public Consultation (UPC) di bawah Malaysia Productivity Corporation (MPC) juga telah dilaksanakan bagi memberi penerangan dan mendapatkan makluman balas daripada pihak industri dan awam.

Di samping itu, sesi libat urus khusus dengan industri telah dilaksanakan oleh MYSA secara dalam talian bagi memberi penerangan mengenai rang undang-undang ini dan mendapatkan maklum balas daripada pihak industri. Antara maklum balas yang diterima adalah bagi mengawal selia aktiviti teknologi angkasa di dalam negara yang menjadi satu keperluan susulan daripada perkembangan teknologi angkasa. Rang undang-undang juga akan menjadi panduan dan pemangkin yang akan merancakkan lagi pembangunan industri angkasa negara supaya Malaysia menjadi salah satu pemain sektor angkasa di peringkat antarabangsa dan seterusnya, membuka industri angkasa kepada semua pemain industri yang berhasrat dan berkemampuan untuk terlibat tanpa ada sebarang halangan atau pihak yang memonopoli industri.

Sebagai contoh, Korea Selatan yang agak lewat terlibat di dalam sektor angkasa berbanding Malaysia iaitu pada tahun 1990 telah berjaya melonjakkan pembangunan industri angkasa dengan meningkatkan keupayaan teknologi melalui program inisiatif yang diterajui oleh kerajaan. Kerajaan Korea Selatan telah membangunkan pelan jangka panjang pembangunan sektor angkasa pada tahun 1996 dan disokong dengan izin Commercial Space Act pada tahun 1998 yang menyediakan mekanisme kawal selia dan garis panduan serta turut menyediakan hala tuju yang jelas bagi pembangunan sektor angkasa sehingga tahun 2015. Korea Selatan kemudiannya membangunkan tiga lagi akta berkaitan angkasa. Iaitu dengan izin, Space Development Promotion Act 2005, Act on Composition for Damage Cause by Space Object 2013 dan Astronomy and Space Act

final • 5:20 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

2013. Kini Korea Selatan telah berjaya ditempatkan sebagai antara pemain utama industri angkasa di peringat antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan perkembangan semasa sektor angkasa di dalam negara, MOSTI bercadang untuk mewujudkan Rang Undang-undang Lembaga Angkasa Malaysia bagi memperkukuhkan tadbir urus sektor angkasa negara selaras dengan Teras 1, Dasar Angkasa Negara 2030 iaitu mewujudkan peraturan dan garis panduan yang jelas bagi mengawal selia aktiviti berkaitan angkasa dari aspek keselamatan melindungi kerajaan daripada liabiliti kerosakan yang disebabkan oleh aktiviti angkasa dengan memindahkan liabiliti dan tanggungjawab tersebut kepada pemilik objek-objek angkasa dan membangunkan sektor angkasa negara secara bertanggungjawab dengan mematuhi segala obligasi antarabangsa berkaitan dengan angkasa.

Rang undang-undang ini mengandungi 10 Bahagian dan 73 Fasal yang merangkumi empat elemen yang utama iaitu tadbir urus kawal selia, pengurusan dan penguatkuasaan serta perlindungan dan liabiliti. Kandungan bagi 10 bahagian tersebut adalah seperti berikut:

(i) Bahagian I memperkatakan berkaitan permulaan akta yang dicadangkan;

(ii) Bahagian II bahagian memperkatakan tentang penubuhan lembaga;

(iii) Bahagian III memperkatakan sesuatu peruntukan berkaitan dengan aktiviti angkasa yang dilarang;

(iv) Bahagian IV memperkatakan tentang lesen, permit, pelancaran dan perakuan pelancaran;

(v) Bahagian V memperkatakan tentang pendaftaran tentang objek angkasa;

(vi) Bahagian VI memperkatakan tanggungan bagi kerosakan yang diakibatkan daripada pelancaran dan pengendalian sesuatu objek angkasa;

(vii) Bahagian VII memperkatakan kesalahan lain di bawah akta yang dicadangkan;

(viii) Bahagian VII memperkatakan perkara yang berhubung dengan insiden dan kemalangan;

(ix) Bahagian IX tentang peruntukan berhubungan dengan penguatkuasaan; dan

(x) Bahagian X memperkatakan mengenai peruntukan am.

Tujuan utama Rang Undang-undang Lembaga Angkasa adalah untuk menubuhkan Lembaga Angkasa Malaysia yang akan mengawal selia aktiviti berkaitan angkasa tertentu bagi memastikan aktiviti berkenaan dijalankan dalam keadaan terjamin dan selamat termasuk operasi sebelum dan selepas pelancaran objek angkasa. Ia juga adalah bagi memastikan aktiviti berkaitan angkasa yang dijalankan mematuhi semua syarat dan garis panduan yang ditetapkan sama ada di bawah rang undang-undang ini atau mana-mana akta sedia ada seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan Akta Perdagangan Strategik 2010 (Akta 708).

Sehubungan dengan itu, rang undang-undang ini perlu dibaca bersama dengan akta-akta berkenaan serta akta-akta lain yang berkaitan dan sedang berkuat kuasa.

Lembaga Angkasa Malaysia yang ditubuhkan di bawah rang undang-undang ini akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha MOSTI, manakala Timbalan Ketua Setiausaha MOSTI akan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga. Ahli Lembaga yang akan dilantik oleh Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi terdiri daripada enam orang wakil daripada kementerian dan agensi yang berkaitan iaitulah Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pertahanan,

final • 5:20 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Kementerian Pengangkutan.

Lembaga Angkasa Malaysia bertanggungjawab untuk menasihati Kerajaan Malaysia mengenai perkara-perkara berhubung dengan pelaksanaan akta dan pengawal seliaan aktiviti berkaitan angkasa tertentu, mempertimbang dan meluluskan semua permohonan lesen, permit pelancaran dan perakuan pelancaran yang diterima serta mengeluarkan garis panduan dan arahan yang bersesuaian di bawah rang undang- undang ini. Manakala, penguasa angkasa akan dilantik oleh Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi daripada kalangan pegawai awam bagi membantu Lembaga Angkasa Malaysia untuk melaksanakan dan menguatkuasakan rang undang-undang ini serta bertindak sebagai Setiausaha Eksekutif Lembaga.

Penguasa angkasa ini pula akan dibantu oleh pegawai-pegawai yang diberi kuasa termasuk pegawai keselamatan pelancaran dan penyiasat. Pegawai-pegawai ini akan dilantik daripada kalangan pegawai awam. Manakala, penyiasat boleh juga terdiri daripada pakar-pakar luar. Bagi membantu pegawai yang diberi kuasa dari kalangan pegawai awam di dalam melaksanakan penguatkuasaan terhadap pematuhan peruntukan rang undang-undang dan peraturan yang dibuat di bawah rang undang-undang ini serta menjalankan siasatan berkaitan kesalahan jenayah yang melibatkan bidang kuasa polis, pegawai diberi kuasa boleh dilantik daripada kalangan pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor sebagaimana yang ditakrifkan di dalam Akta Polis 1967

(Akta 344).

Rang Undang-undang Lembaga Angkasa Malaysia juga mengandungi peruntukan berkaitan liabiliti dan perlindungan terhadap kerajaan daripada tuntutan ganti rugi kerosakan yang disebabkan oleh pelancaran dan pengoperasian objek angkasa.

Peruntukan ini perlu memandangkan aktiviti pelancaran objek angkasa merupakan aktiviti yang berisiko tinggi dan boleh menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian yang besar kepada negara. Selain itu, peruntukan ini akan membolehkan kerajaan menjadi negara pihak kepada dengan izin Convention on International Liability for Damage Cause by Space Objects pada masa hadapan.

Rang Undang-undang Lembaga Angkasa ini turut mengandungi peruntukan berkaitan penemuan objek angkasa termasuk objek yang berasal daripada angkasa dan personel atau penumpang kapal angkasa. Selain itu, terdapat juga peruntukan mengenai pengurusan ketika berlakunya kemalangan atau insiden yang melibatkan objek angkasa dan fasiliti pelancaran.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Lembaga Angkasa Malaysia telah menetapkan bahawa angkasa hanya boleh digunakan untuk diteroka untuk tujuan aman selaras dengan triti antarabangsa berkaitan angkasa. Justeru, rang undang-undang ini telah menetapkan aktiviti-aktiviti yang dilarang sama sekali untuk dilaksanakan terutamanya aktiviti yang melibatkan senjata pemusnah besar-besaran dan aktiviti yang boleh menjejaskan serta menyebabkan pencemaran atau perubahan yang buruk kepada persekitaran bumi atau angkasa. Bagi mengawal selia aktiviti angkasa, rang undang- undang ini telah menetapkan empat kaedah kawal selia iaitu lesen untuk mengawal aspek keselamatan bagi aktiviti berkaitan angkasa tertentu. Permit pelancaran iaitu bagi penyedia perkhidmatan pelancaran dan yang menjalankan aktiviti pelancaran objek angkasa daripada fasiliti pelancaran di dalam Malaysia. Perakuan pelancaran bagi pemilik objek angkasa yang melancarkan objek angkasa daripada fasiliti pelancaran di dalam dan di luar Malaysia serta pendaftaran objek angkasa yang telah berjaya dilancarkan dan beroperasi di orbit.

Tuan Yang di-Pertua, aktiviti-aktiviti yang akan dilesenkan di bawah rang undang- undang ini adalah membina atau membuat apa-apa objek angkasa, memiliki atau mengendalikan mana-mana fasiliti untuk integrasi dan pengujian objek angkasa serta memiliki serta mengendalikan mana-mana fasiliti pelancaran di dalam Malaysia.

Pembinaan dan pembuatan objek angkasa yang dilesenkan di bawah rang undang- undang ini adalah objek angkasa yang dibangunkan dengan lengkap sebagai sebuah objek angkasa termasuk bahagian komponennya bagi memastikan aspek keselamatan aktiviti berkaitan angkasa dapat dikawal selia sepenuhnya. Manakala, pemilikan dan

final • 5:20 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

pengoperasian objek angkasa ini adalah dikawal selia di bawah Akta 588. Justeru itu, sekiranya pembuat objek angkasa ini adalah juga pemilik objek angkasa maka pihak tersebut berkemungkinan akan memiliki dua lesen selaras dengan keperluan yang berbeza di bawah Rang Undang-undang Lembaga Angkasa Malaysia 2020 dan Akta 588.

Dalam perkara ini, tiada pertindihan kuasa atau dengan izin, double licensing berlaku memandangkan kedua rang undang-undang ini dan akta ini mengawal selia skop dan pihak yang berbeza mengikut bidang kuasa masing-masing. Antara negara yang turut memiliki dua atau lebih akta secara bersaingan yang mengawal selia aktiviti angkasa dan telekomunikasi adalah Indonesia, Jepun, Korea Selatan, China, Australia dan Amerika Syarikat.

final • 5:20 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Secara keseluruhannya rang undang-undang ini juga menyentuh aktiviti-aktiviti berkaitan angkasa tertentu dan akan membolehkan aktiviti-aktiviti tersebut dikawal selia, ditadbir dan diselaraskan secara menyeluruh bagi mengelakkan pelaksanaan tanpa pengetahuan atau kebenaran kerajaan. Pewujudan rang undang-undang ini juga akan dapat memastikan aktiviti angkasa negara dilaksanakan secara bertanggungjawab, selamat dan terjamin serta mematuhi segala peraturan dan garis panduan yang dipersetujui di peringkat antarabangsa.

Seterusnya negara dapat meratifikasikan triti-triti antarabangsa berkaitan angkasa dan melaksanakan obligasi di bawah perundangan antarabangsa dan secara tidak langsung mendapat pengiktirafan di peringkat global di dalam pembangunan sektor angkasa. Kerajaan juga akan dilindungi daripada liabiliti dan tanggungjawab ke atas kerosakan yang disebabkan oleh aktiviti angkasa yang dilaksanakan oleh pihak lain serta membolehkan kerajaan mengurus dan menangani segala isu-isu berkaitan liabiliti mengikut lunas perundangan secara sistematik dan efisien.

Penggubalan RUU ini akan dapat meningkatkan keyakinan pelabur dan industri untuk terlibat di dalam aktiviti sektor angkasa negara melalui pewujudan tadbir urus yang cekap, selaras dengan kehendak dan garis panduan antarabangsa. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada siapa yang menyokong.

final • 5:30 PM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk menubuhkan Lembaga Angkasa Malaysia, untuk mengawal selia aktiviti berkaitan angkasa yang bertentu bagi tujuan keselamatan, untuk mengawal selia pendaftaran objek angkasa dan untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan berkaitan angkasa yang tertentu dan perkara yang berkaitan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Saya mempunyai senarai pembahas. Kita akan mulakan dengan Yang Berhormat Kuala Selangor, diikuti oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berikut iaitu Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Permatang Pauh dan Yang Berhormat Kemaman. Ini senarai yang saya dapat.

final • 5:30 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Permatang Pauh hendak dulu.

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Permatang Pauh hendak dahulu. Saya boleh bagi. Yang Berhormat Kuala Selangor benarkan?

final • 5:30 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:30 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Pendek? Sila-sila.

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Permatang Pauh dahulu, alright.

final • 5:30 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor bagi laluan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan rang undang-undang baharu kita, Lembaga Angkasa Malaysia 2020. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam hormat. Lupa bagi salam.

Sejak pandemik melanda Tuan Yang di-Pertua, kita didesak untuk menjadi lebih proaktif dan menyediakan Malaysia yang kalis kejutan dan cabaran masa depan. Walau sepintas lalu mungkin rang undang-undang ini seolah-olah tidak berpijak di bumi yang nyata tetapi sebenarnya dengan kehadiran lebih 2,231 satellite mengorbit bumi pada ketinggian 200 kilometer dari permukaan kita, kita berhadapan dengan ancaman Tuan Yang di-Pertua, sekiranya berlaku pelanggaran sesama mereka apatah lagi sebahagiannya berfungsi dan sebahagian lagi terbiar menjadi sampah ataupun debris angkasa.

Penting untuk Malaysia bersiap saga dan ketika ini kita berada dalam kedudukan ketiga dalam perkembangan teknologi angkasa di peringkat Asia Tenggara. Saya fikir usaha keras wajib diteruskan pasca pengenalan rang undang-undang dan saya lihat memang ada 72 buah agensi angkasa. It will not be easy tetapi kita dapat melihat pengkomersialan angkasa ini membuahkan hasil semenjak tahun lepas lagi. I mean even earlier SpaceX ketika itu disebut milik Elon Musk yang membawa manusia dan kargo ke stesen angkasa antarabangsa.

Bagi saya peringkat Malaysia kita perlu ingat bidang teknologi angkasa ini tidak boleh jadi taman permainan bagi golongan elit semata-mata. Bukan tertakluk pada bidang astronomi dan angkasa lepas tetapi melibatkan pembangunan teknologi yang berinovasi merentasi pelbagai bidang. Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut tadi tentang ‘MakGeoPadi’. Saya fikir itulah yang kita mahukan limpahan manfaat yang memberi kesan lanjutan kepada masyarakat dan segmen seluruh Malaysia.

Ada beberapa persoalan Tuan Yang di-Pertua, yang saya ingin tanyakan.

Pertama, adalah daripada segi pelaksanaan Dasar Angkasa Negara 2030. Apabila bercakap tentang manfaat sudah tentu kita mengingatkan the mission of sending a man to the moon. Mungkin nampak hantar manusia ke bulan, tetapi sebenarnya melahirkan teknologi lain, GPS. Teknologi kalau dilihat daripada segi makanan untuk bayi yang bernutrisi (enriched baby formula) dan juga teknologi makanan tertutup (vacuum packed food). Jadi pada saya memang menjadi keutamaan kita untuk memastikan rakyat dapat merasa usaha dan teknologi yang kita laburkan ini.

Jadi berbalik pada pelaksanaan Dasar Angkasa Negara, sasaran ini disebut bahawa industri angkasa bakal menyumbang 0.3 peratus KDNK Negara bersamaan RM3.2 bilion menyokong industri terlibat dan mencipta lebih 500 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi. Saya harap kementerian dapat memperhalus perincian dan kerjasama rentas agensi yang bakal menghasilkan kesemua target ini kerana moon shot sebesar ini harus melibatkan pihak berkepentingan. Lebih-lebih lagi bila IPTA dan IPTS baru sahaja dibuka berserta dengan institusi TVET.

Inilah misi angkasa yang patut melibatkan kesemua pihak dan untuk meneliti juga laluan domestik kerana saya nampak kalau di NASA, Profesor Madya Dr. Wan Wardatul Amani, anak jati Pulau Pinang. Anak tempatan kita merupakan wanita pertama Malaysia yang terlibat dengan program penghantaran penyelidikan ke angkasa dalam misi NASA ke planet Marikh. Jadi bagaimana kita dapat pastikan laluan mudah (pathway) itu berlaku supaya semua kepakaran dalaman termasuklah mungkin orang luar tetapi dapat memberi manfaat kepada Malaysia.

Soalan kedua daripada segi R&D. Saya tahu target dikatakan mahu mencapai 3.5 peratus menjelang tahun 2030 dalam R&D bawah MPSTI that was planned. Saya hendak jawapan untuk menjelaskan bagaimanakah jalinan khusus dapat dibuat dengan MYSA dan daripada segi pantauan saya di bawah, walaupun disebut tentang program MakGeo

final • 5:32 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh

tadi, ada juga penghasilan Malaysia, contohnya Profesor Datuk Dr Halimaton Hamdan, profesor maerogel. Beliau pada tahun 2009, menghasilkan silika aerogel daripada sekam padi yang selama ini dibuang. Jadi mengurangkan sehingga 80 peratus kos penghasilannya.

Daripada pantauan saya di kilang-kilang penghasilan padi di seluruh Malaysia termasuklah bawah BERNAS, bukan semua hasil sekam padi ini diguna pakai untuk maksud yang menepati penemuan yang begitu hebat ini. Jadi pada saya how do you ensure the linkages are there kerana kita hendak memaksimumkan lebih-lebih lagi dalam tahun pandemik kita bersaing dengan negara-negara lain untuk mendapatkan pelaburan, minat dan sebagainya.

I will end with this kerana pada saya, saya juga mengamati tentang penjelasan semua satelit yang ada. The latest report by space observation, dia sebut bahawa MEASAT III ada masalah iaitu disebut sebagai zombie satellite sekarang, Tuan Yang di- Pertua. How do you audit? Bagaimanakah kita mengaudit kesemua satellite? Saya setuju rang undang-undang ini akan memastikan syarikat dipertanggungjawabkan tetapi pada masa yang sama untuk tidak ada kerugian daripada segi kewujudan dan penghantaran mereka ke angkasa.

Akhir kata, saya hendak petik skrip sedikit daripada komedi Space Force yang ditayangkan di Netflix tahun lepas, “Forget history and you are doomed to repeat the mistakes of the past. The real enemy is arrogance’’ dan moga- moga kita belajar daripada that lesson. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, thank you Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 5:32 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Yang Berhormat Kuala Selangor sekarang.

final • 5:32 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera semua. Petang-petang sudah ini. Saya mengucapkan banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah bersungguh membentangkan apa yang merupakan Rang Undang-undang penubuhan Lembaga Angkasa Malaysia 2020. Ia punya 51 muka surat, 10 bahagian dan 73 fasal pindaan dan pastinya satu yang telah melalui libat urus yang sangat intense dan menyeluruh.

Melibatkan bukan sahaja kementerian-kementerian, pertahanan, MITI, multimedia, Kementerian Dalam Negeri dan sebagainya juga stakeholders yang lain yang saya difahamkan. Satu whole-government-approach dengan izin, libat urus seluruh kerajaan dan juga society masyarakat.

final • 5:39 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Di sebalik itu semua, saya akan mengambil pendekatan yang agak kritis sedikit, Tuan Yang di-Pertua. Saya mulakan dengan menyatakan betapa kita telah pun mengagaskan Dasar Angkasa Negara 2030 pada tahun 2017, dengan akhirnya bertujuan untuk kita memperkukuhkan bidang angkasa di Malaysia. Sektor angkasa sebagai penyumbang strategik kepada kedaulatan dan daya saing negara. Pada akhirnya, akan merupakan usaha untuk menguasai bidang angkasa dan juga kelestarian negara dalam pembangunan ekonomi dan commerce.

Tuan Yang di-Pertua, dalam pada itu, pada tahun 2019, kerajaan telah menggabungkan Agensi Remote Sensing Negara (ARSN) dan Agensi Angkasa Negara

(ANGKASA) dan menjadikan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA). Nah, itu daripada sudut kronologinya. Penubuhan yang dicadangkan dalam rang undang-undang ini adalah penubuhan Lembaga Angkasa Malaysia. Lalu, penubuhan Lembaga Angkasa Malaysia ini saya kira perlu dihalusi. Oleh sebab ia punya fungsi yang kurang lebih sama dengan MYSA. Sebagai agensi kawal selia, kita perlu perhatikan komposisi ahli dan pengerusinya perlu dilihat semula bagi memastikan agenda pembangunan angkasa itu untuk kerajaan

final • 5:40 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

dan juga industri tidak akan terhalang atau terbantut antara lainnya kerana pertindihan seumpama ini.

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan keperluan untuk mempergiatkan program dan aktiviti serta pembangunan sektor industri angkasa ini amat wajar dan perlu, saya kira, keanggotaan mesti rangkum semua. Keanggotaan lembaga angkasa ini tidak hanya terhad kepada keanggotaan mereka dalam penjawat awam sahaja, Tuan Yang di-Pertua, KSU, Ketua Pengarahnya (KP) dan seumpamanya. Oleh kerana kalau benar-benar kita mahu mempergiatkan, hendak mencerdaskan industri ini, perlu ada keanggotaan daripada industri.

Ini baru benar-benar akan dapat kita rangkum keterlibatan semua pihak. Itu antara poin terawal saya. Sedikit untuk saya komentar apa yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Memang nampak baik, cantik, molek. Namun, saya perlu menyebutkan bahawa Malaysia mempunyai polisi dan agensi-agensi yang telah dibentuk tetapi malangnya tiada program dan tiada pembangunan. Maaf, kalau saya sebut tiada itu, mungkin sifatnya relatif. Akan tetapi apa yang saya akan hujahkan, you have now introduced satu lagi agensi. Sudah ada, tapi buat lagi satu birokrasi yang tugasnya sama mengawal selia.

Jadi, tiada program pembangunan teknologi yang signifikan. Selepas pelancaran RazakSAT pada 14 Julai 2009, didahului oleh TiungSAT, semua ini sudah obsolete.

Semua sudah tidak berfungsi, Tuan Yang di-Pertua, untuk peringatan semua ya. MEASAT tadi pun sudah menjadi zombies, kecuali MEASAT-3d. Jadi sebenar-benarnya, di angkasa raya kita ini, 100 kilometer atmosfera bumi kita ini, hanya ada MEASAT dan yang kecil itu, 10x10cm daripada itu pun dipanggil UiTMSAT-1, CubeSat satellite yang tidaklah juga punya peranan yang besar, dimiliki UiTM.

Jadi, dulu kita punya ATSB atau boleh dikatakan astronautic technology, tubuhnya 1995 bawah MOF Inc. dan bawah MESTECC yang dahulunya terlibat dalam pelbagai bidang. Design, development of space qualified systems, emphasizing advance and innovative technologies tetapi sudah bubar, sudah defunct dalam tahun 2020, Tuan Yang di-Pertua. Saya mahu bertanya, kalau boleh saya bertanya, MYSA telah memanggil request for information (RFI) pada Ogos 2020 dan industri masih menunggu lagi request for proposal (RFP) daripada MYSA yang sepatutnya telah keluar hujung tahun lepas. Itu persoalan saya.

For the record, untuk makluman Dewan ini, pihak kerajaan juga telah beberapa kali mengeluarkan RFP bagi projek-projek satelit tapi tiada tindakan selanjutnya. Jadi, apa sebenar-benarnya state of affairs ini ya? Penangguhan dan kelewatan projek mengakibatkan pembangunan industri terbantut dan peralatan contohnya, the assembly, the integration and testing (AIT) kind of set up di Banting itu tidak dapat lagi digunakan.

Kita khuatir ia akan menjadi hanya gajah putih, Tuan Yang di-Pertua. MYSA perlu lebih bersifat mesra industri ataupun industrial friendly dan memastikan bukan sahaja rang undang-undang seperti ini dibangunkan tetapi lebih penting juga ialah bajet. Bajet yang mesti di secure oleh KSU, di secure oleh penjawat awam untuk membangunkan teknologi satelit. We need this satellite technology. The small one for the universities, the bigger one satellite, dengan izin, adalah untuk industri, Tuan Yang di-Pertua.

Inilah kerana pelabur-pelabur tidak akan tertarik, minta maaf Yang Berhormat Timbalan Menteri, menyebutkan tarikan. Tarikan telah berlalu. Kita started off. Kita mendahului pada tahun 2009 Tuan Yang di-Pertua, we were number one in the Asian, di Asia Tenggara, Southeast Asia. Kita nombor satu di Asia Tenggara dan nombor enam di Asia Pasifik, those times when we have RazakSAT in 2009. Remote sensing kita, teknologi kita. We have the eye in the sky so to say, dengan izin. Kita ada mata di langit, di angkasa kita. Dengannya, kita lakukan surveillance, security dan sebagainya. Akan tetapi kesemua ini sudah tidak lagi seperti itu, Tuan Yang di-Pertua.

Jadi, sementara gambarannya cukup indah sebentar tadi, saya juga mahu menyebutkan bahawa ada beberapa perkara yang perlu disebut juga yang tidak dirangkumkan dalam rang undang-undang ini. Antara lain, dengan izin, the launch and operation of high altitude platforms, space tourism, regulation of space debris yang disebutkan zombies yang berkeliaran di angkasa itu sangat penting dan regulatory

final • 5:40 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

principles for exploration, exploitation and use of space resources juga tidak dapat dirangkumkan dan dimuat dalam pindaan RUU ini. Saya dalam peringkat Jawatankuasa mungkin akan membangkitkan beberapa perkara.

Tuan Yang di-Pertua, itulah kedudukan. Kita kena ingat, satu perkara yang saya hendak rumuskan, Tuan Yang di-Pertua. At the end of the day, apa yang diistilahkan oleh Dr. Rais Hussin, penulisan yang terkini. Saya boleh sebutkan daripada that group of think tankers. EMIR Research menyebutkan tentang apa yang diistilahkan sebagai digital sovereignty. Digital sovereignty sangat penting untuk kita fahami sebagai, dengan izin, the ability to have control over our own digital destiny. Maaf, digital economy dan segala aspek pembangunan negara.

Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, sementara saya sangat mahukan rang undang- undang ini disokong tetapi ia tidak hanya perlu berlegar dalam rang undang-undang ini.

Oleh kerana saya lihat bahawa penggarapan action plannya untuk menggerakkan pelbagai aktiviti, program and content dan bermula dengan the satellite technology sendiri untuk dibangunkan. Kita perlu faham, disebutkan tadi the prediction of dengue dan sebagainya itu. Saya ingin bertanya, kita Tuan Yang di-Pertua, cloud computing kita pun, saya nak sebut, TM kita, mana kita letakkan cloud kita? It is all overseas. Pinjam Huawei dan sebagainya, Tuan Yang di-Pertua. Saya punya beberapa poin yang lain tetapi cukup sekadar itu untuk saya mulakan dalam peringkat dasar ini. Terima kasih atas peluang ini, Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 5:50 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Lembaga Angkasa Malaysia 2020 yang telah pun dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi.

Ada beberapa isu yang saya ingin bangkitkan di sini ialah pertama berkaitan dengan satelit kecil (satellite nanosat). Sejak pelancaran satelit pertama Sputnik 1 pada tahun 1957, berat satelit yang dilancarkan semakin bertambah berikutan keperluan platform satelit yang lebih besar untuk menjalankan misi yang lebih kompleks dan peningkatan kapasiti muatan satelit yang boleh dibawa oleh roket pelancar.

Pada masa tersebut, pembangunan satelit kecil iaitu satelit dengan berat di bawah 500 kilogram tidak diberi keutamaan disebabkan oleh kekangan satelit kecil di mana fungsi satelit kecil adalah terhad dan jangka hayat di orbit yang pendek. Namun begitu, kebelakangan ini pelancaran satelit kecil semakin meningkat berikutan perkembangan teknologi khususnya teknologi nano. Selain itu, satelit kecil dilihat mempunyai kelebihan daripada segi kos pembangunan yang lebih rendah dan tempoh pembangunan yang lebih singkat berbanding satelit besar.

Saya tertarik dengan beberapa perkembangan terkini berkaitan dengan satelit kecil dan satelit nanosat. Sebagai contoh, berdasarkan pangkalan data satelit nano di laman web www.nanosat.eu sehingga Ogos 2021, lebih daripada 1,700 satelit nanosat telah dilancarkan oleh 76 buah negara yang berlainan. Selain itu, daripada jumlah 1,300 satelit yang dilancarkan pada tahun 2020, lebih daripada 80 peratus satelit tersebut ialah satelit kecil seperti yang dilaporkan dalam ESPI Yearbook 2020 yang diterbitkan oleh European Space Policy Institute. Malahan 90 peratus daripada satelit kecil yang dilancarkan adalah untuk tujuan komersial dan tidak terhad kepada penyelidikan dan pembangunan ataupun R&D sahaja. Potensi satelit kecil memang terbukti apabila constellation mega star link yang diusahakan oleh Elon Musk terdiri daripada 12,000 buah satelit kecil dengan berat kira-kira 260 kilogram akan membekalkan perkhidmatan Internet kepada pengguna di seluruh dunia.

final • 5:50 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Memandangkan perkembangan satelit kecil yang semakin pesat di peringkat global dan potensi pulangan ekonomi besar yang bakal diperoleh, saya ingin bertanya kepada kerajaan, adakah kerajaan bercadang untuk menghantar satelit kecil seperti cubesat dan nanosat pada masa hadapan bagi meningkatkan pertumbuhan industri pembuatan komponen satelit industri hiliran berasaskan data berteraskan teknologi angkasa dan industri sampingan?

Kedua Tuan Yang di-Pertua, ialah berkaitan dengan kesedaran kepentingan sektor angkasa kepada penduduk luar dan pinggir bandar. Sektor penerokaan di angkasa raya dan angkasa lepas masih baharu di negara ini. Ramai yang tidak sedar akan sektor angkasa ini yang memberi pelbagai manfaat terutama daripada segi ekonomi, komunikasi dan keselamatan negara. Buku panduan Dasar Angkasa Negara 2030 turut mengakui kurangnya kesedaran rakyat mengenai teknologi berkaitan angkasa raya yang masih baru ini. Selain itu, 40 aplikasi telah dibangunkan termasuklah aspek keselamatan, pertanian yang merangkumi sawah padi, perikanan dan beberapa aspek termasuk sektor perladangan yang perlu dipantau agar kos pemantauan dapat dikurangkan dengan perancangan yang tepat supaya memperoleh hasil yang berganda. Secara tidak langsung dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Tambahan pula, sektor angkasa dapat membantu nelayan-nelayan untuk mendapat ikan lebih strategi bagi mendapatkan hasil yang lebih banyak. Kemungkinan besar kita tidak perlu lagi bergantung hasil laut dengan negara luar dan eksport makanan laut ini juga dapat berkembang luas. Justeru, apakah mekanisme yang digunakan oleh kerajaan untuk memberikan kesedaran kepada rakyat mengenai teknologi ini serta manfaatnya terutama kepada penduduk luar dan pinggir bandar yang mengusahakan aktiviti pertanian dan perikanan?

Ketiga Tuan Yang di-Pertua, ialah mewujudkan peluang pekerjaan. Rang Undang-undang Angkasa ini juga dapat membuka peluang pekerjaan yang lagi besar kepada pelajar-pelajar kejuruteraan khususnya dalam bidang ruang angkasa iaitu kejuruteraan aeroangkasa ataupun kejuruteraan astronautikal. Peluang ini dapat memupuk semangat rakyat bagi menyambung bidang pengajian kejuruteraan ini. Oleh itu, apakah usaha kerajaan bagi memastikan anak-anak muda kita tertarik untuk mengikuti kursus-kursus yang berkaitan dengan bidang tersebut? Saya mengharapkan peruntukan yang diberikan nanti dapat melahirkan lebih ramai generasi yang menceburi bidang ini sekali gus dapat membawa Malaysia setanding dengan negara kuasa dunia seperti Australia, China dan lain-lain lagi.

Terakhir Tuan Yang di-Pertua ialah berkaitan dengan menaik taraf remote sensing. Pengukuran kecemerlangan dan impak terhadap sistem ini dapat diukur oleh pengguna sehingga mencatatkan penjimatan negara melalui pengimportan ikan dan keuntungan melalui tangkapan ikan menggunakan teknologi remote sensing serta untuk para petani. Sejauh mana teknologi remote sensing diguna pakai oleh golongan nelayan dan petani di negara kita? Adakah peruntukan ini termasuk dalam usaha kerajaan menaik taraf teknologi ini supaya lebih mesra diguna oleh pengusaha-pengusaha aktiviti perikanan dan pertanian di negara kita ini?

Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, perbahasan saya. Saya ucapkan terima kasih dan saya menyokong.

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Seterusnya Yang Berhormat Bukit Bendera. Silakan.

final • 5:50 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Saya turut ingin menyertai perbahasan Rang Undang-undang Lembaga Angkasa Malaysia 2020. Saya juga meneliti Dasar Angkasa Negara 2030 dan juga membuat perbandingan dengan keadaan industri angkasa yang besar seperti di negara Amerika Syarikat ataupun United Kingdom yang di Amerika Syarikat telah berbelanja sebanyak USD22.6 bilion kepada National Aeronautics Space Administration (NASA) dan 40.48 peratus kepada seluruh bajet Amerika Syarikat. Akan tetapi Malaysia tidak dapat

final • 5:56 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

setanding dengan space program Amerika Syarikat ataupun NASA pada masa kini kerana kita masih pada peringkat awal. Kita mempunyai potensi sebenarnya untuk exploring industri angkasa tetapi saya mempunyai reservation terhadap penubuhan Lembaga Angkasa kerana ini merupakan sebuah lembaga baharu.

Saya ingin menanyakan kenapa kita perlu menubuhkan sebuah lembaga baharu?

Ini kerana buat masa ini fungsi seperti mengkaji semula perjanjian antarabangsa, memberikan lesen dan beberapa lagi boleh dilakukan oleh agensi yang sedia ada. Selain itu, kita juga—apakah kadar penggunaan fasiliti di agensi-agensi kita seperti Agensi Angkasa Malaysia? Kerajaan telah melabur sebanyak RM200 juta untuk membina fasiliti ini dan apakah kegunaan fasiliti ini di tahap maksimum? Bukan ini sahaja, apakah jumlah wang yang telah dibelanjakan oleh kerajaan dalam kos penyelenggaraan fasiliti seperti Langkawi National Observatory, makmal ujian dan fasiliti-fasiliti yang lain?

Saya ingin menyeru supaya Jabatan Audit Negara untuk meneliti perbelanjaan Agensi Angkasa Malaysia supaya wang yang telah disalurkan dapat dibelanjakan dengan baik dan efisien. Saya mencadangkan supaya pihak kementerian mengambil inisiatif yang kukuh untuk melaksanakan dasar supaya kegunaan fasiliti ini dapat disewa ke pihak swasta secara meluas supaya dapat menjana pendapatan tambahan.

Juga tadi saya dengar aplikasi-aplikasi teknologi angkasa ini dibangunkan, saya ingin dapatkan satu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri dan angka dianggap besar. Persoalan saya, apakah kadar penggunaannya? Berapa wang yang telah dibelanjakan untuk menghasilkan aplikasi tersebut?

Kita sudah mempunyai Agensi Angkasa Malaysia ataupun Malaysian Space Agency (MYSA). Perlukah kita wujudkan satu lagi badan yang berfungsi lebih kurang sama? Di manakah Lembaga Angkasa ini akan berfungsi? Berapakah kos perbelanjaan lembaga baru ini? Adakah lebih baik kita menggunakan wang tersebut untuk menangani COVID-19 dan jalankan R&D untuk vaksin?

Saya ingin menanyakan, apakah status MYSA selepas lembaga baharu angkasa ini diwujudkan? Bagaimana arrangement untuk staf-staf yang sedia ada untuk berkhidmat? Apakah perancangan kementerian jika Lembaga Angkasa ini diwujudkan dan status kakitangan di MYSA? Saya merujuk kepada fasal-fasal rang undang-undang ini. Fasal 2 rang undang-undang ini menggunakan ayat ‘Angkasa’ ruang yang bermula daripada ketinggian 100 kilometer atas aras laut purata, tetapi adakah ia bermaksud dalam konteks Malaysia ataupun dikira sebagai ruang keseluruhan termasuk negara lain yang mempunyai unsur extraterritorial?

Untuk fasal 5 Pengerusi Lembaga Angkasa adalah KSU kementerian dan saya ingin menegaskan KSU MESTECC adalah seorang yang amat sibuk dengan pelbagai tanggungjawab. Bagaimana KSU MESTECC boleh menjalankan tugas sebagai Pengerusi Lembaga Angkasa yang efektif? Ini kerana barangkali seorang profesional ataupun expert boleh menjawat perjawatan tersebut.

final • 5:56 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Fasal 15 Lembaga Angkasa juga menyatakan bahawa untuk hendaklah digunakan bagi tujuan keamanan dan menjangkaui sempadan antarabangsa. So ia mempunyai extraterritorial dengan denda RM50 juta sama ada mengikat terhadap orang- orang, personaliti-personaliti negara asing sama ada dari China, Rusia, USA adalah amat diragui kerana fasal 15 antara lainnya menyebut supaya dia mempunyai larangan dan juga denda yang tinggi.

Fasal 17, kehendak permit pelancaran. Saya ingin menanyakan, di manakah launching facility di Malaysia dan untuk membolehkan kita mengeluarkan permit pelancaran?

Fasal 31, penggantungan lesen dilancarkan. Sekiranya objek angkasa, satelit dilancarkan ke angkasa tetapi permit itu dibatalkan oleh lembaga, apakah tindakan seterusnya? Satelit sudah lancar, tetapi permit dibatalkan. Bagaimana kita recall balik satelit tersebut?

final • 6:00 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Fasal 39(2) dan 40(2) terdapat konflik kerana dia membolehkan undang-undang ini dilaksanakan di luar Malaysia. Fasal 39(2), 40(2) membolehkan rang undang-undang yang kita bahaskan, di luar Malaysia, conflict of law sama ada undang-undang negara ketiga akan terpakai ataupun undang-undang ini.

Saya ingin menanyakan, berapakah perbelanjaan tambahan daripada kerajaan berkenaan rang undang-undang dan penubuhan Lembaga Angkasa ini sama ada dia akan dimasukkan dalam bajet yang akan kita umumkan esok?

Saya khuatir, saya setuju bahawa industri angkasa perlu dipelopori tetapi saya khuatir bahawa Lembaga Angkasa ataupun berkenaan dengan penubuhan satu lagi statutory body ini, saya khuatir dia ‘Indah khabar dari rupa’. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Sekian, Terima kasih.

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Yang Berhormat Sik.

final • 6:00 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Assalamualaikum warahmatullah.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya bersama untuk membahaskan Rang Undang-undang Lembaga Angkasa Malaysia 2020.

Pertama, saya ingin menyentuh berkaitan pemerkasaan pendidikan siswazah bagi pembangunan kepakaran di universiti dalam bidang aeroangkasa. Bidang aeroangkasa ini merangkumi dua perkara iaitu aeronautik dan astronautik dan dalam laporan menyatakan bahawa pembangunan dengan izin, space economy yang digubal bakal menyumbang RM3.2 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang 2030.

Saya mencadangkan agar banyak lagi hasil pengeluaran negara dimasukkan dalam pembangunan dan penyelidikan. Kita melihat Rang Undang-undang Lembaga Angkasa Malaysia 2020 akan memfokuskan perkara-perkara dasar, tatacara kawal selia aktiviti ruang angkasa negara, infrastruktur, kepakaran dan pembangunan sains dan teknologi.

Kedua, saya ingin menarik perhatian bagi kluster hijau iaitu dengan izin, knowledge creation, pembangunan sumber manusia, ciptaan kesinambungan teknologi.

Sehingga kini, hanya tiga universiti yang menawarkan subjek aeroangkasa iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Sains Malaysia sahaja. Saya mencadangkan agar lebih banyak institusi juga berasaskan TVET juruteknik angkasa perlu dikenal pasti supaya pembangunan sumber manusia di peringkat ini dibangunkan.

Ketiga, seksyen 15 rang undang-undang itu menyebut angkasa hendaklah digunakan bagi tujuan keamanan dan tidak boleh antaranya meletak, memasang, melancar dan mengendalikan apa-apa saja senjata pemusnah besar-besaran di angkasa.

Kerajaan perlu menggalakkan pembangunan aplikasi pintar oleh pakar-pakar IT berasaskan teknologi angkasa supaya lebih telus dan dalam masa yang sama, menyokong lebih banyak syarikat baharu dengan izin, start up. Kita melihat sokongan daripada kerajaan melalui pemberian geran sangat penting dalam program berskala mega ini. Sebagai contoh, bajet USD1.6 bilion kontrak oleh NASA kepada SpaceX untuk menghantar 12 misi dengan izin, resupply mission ke stesen angkasa lepas ISS.

Keempat, kerajaan perlu mengukur sejauh mana kekuatan teknologi angkasa dalam negara sekiranya space exploration, dengan izin ke Marikh turut dijalankan kerana perkara ini sedang menjadi perkara hangat menerusi penerokaan pihak-pihak swasta seperti SpaceX di bawah Elon Musk’s, Sir Richard Mc Bronson melalui syarikat yang diterajui beliau. Kerajaan harus lebih agresif dan aktif bekerjasama melalui dalam dan luar negara, menjalin hubungan kerjasama pembangunan teknologi angkasa dengan agensi angkasa luar seperti NASA Amerika, Japan Aerospace Exploration Agency, China National Space Administration. Kelima, daripada segi pengurusan bencana, penggunaan satelit dilihat berkesan bagi mengesan dan memberi amaran awal sebelum berlaku bencana. Maka, apakah pelan-pelan jangka panjang bagi membangunkan sistem meteorologi bagi pengesanan

final • 6:02 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

awal bencana alam termasuk banjir kilat, tanah runtuh, ribut taufan, terbaru fenomena yang telah berlaku iaitu isu kepala air di Gunung Jerai di Kedah?

Keenam, saya mengambil perhatian perolehan satelit pertahanan di negara jiran oleh Tentera Udara Diraja Thailand yang perlu dijadikan contoh bagi menguatkan sistem pertahanan negara kita. Saya ingin mencadangkan agar pihak Lembaga Angkasa turut meneliti pembangunan satelit bagi tujuan pertahanan yang diperlukan oleh pihak ATM bagi kawalan sempadan dan ruang angkasa negara, termasuk pengawalan sempadan untuk membanteras penyeludupan manusia yang menggunakan lorong-lorong tikus dan kawasan perairan negara kita yang sangat luas.

Terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya berkaitan dengan persediaan kepakaran pegawai-pegawai kita dalam penyelidikan di MYSA bagi membangunkan sistem ataupun aplikasi berteraskan teknologi angkasa (remote sensing) ini dalam sistem pertanian negara kita, khususnya yang disebut sistem maklumat geospatial padi yang boleh dimanfaatkan lebih ramai lagi pesawah-pesawah padi di seluruh jelapang-jelapang di negara kita ini.

Tuan Yang di-Pertua, secara umumnya, saya menyokong usaha kerajaan mewujudkan rang undang-undang ini untuk mengawal selia aktiviti angkasa agar aktiviti angkasa dapat dilaksanakan dengan selamat dan bertanggungjawab dengan mematuhi perundangan antarabangsa, selain bertindak sebagai panduan kepada pemain industri untuk terlibat dalam sektor ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 6:02 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Sik. Yang Berhormat Tuaran.

final • 6:02 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk turut memberi sokongan terhadap pembentangan Rang Undang-undang Lembaga Angkasa Malaysia 2020. Sebenarnya, rang undang- undang ini long overdue. Kerja-kerja untuk menyediakan rang undang-undang ini bermula semasa saya di MOSTI dahulu.

Walaupun beberapa soalan yang telah dibangkitkan oleh rakan-rakan sebelah sini sebentar tadi tetapi sebagai seorang yang terlibat secara langsung terlebih dahulu dalam rang undang-undang ini, saya ingin mengatakan bahawa teknologi angkasa sebagai salah satu daripada sumber kekayaan baharu negara kita. Perlu diletakkan dalam satu ekosistem yang kukuh di mana kita ada penyelidikan dan salah satunya daripada segi regulatory Jadi kalau kita ambil analisa seperti dalam hal nuklear sebagai contoh, kita ada Nuklear Malaysia untuk menjalankan penyelidikan dan hal-hal pembangunan dan daripada segi regulatory nya kita sudah, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom sebagai regulatory pemberian lesen dan sebagainya. Begitu juga dalam bidang angkasa, perlu ada regulatory dan dalam bidang angkasa, apabila melaksanakan hal-hal regulatory ini, kita perlu menandatangani beberapa triti antarabangsa supaya kita dapat menjalankan kerja-kerja regulatory. Apa yang penting ialah setelah nanti diperkukuhkan ekosistem sistem penyampaian dan pembangunan teknologi angkasa ini Tuan Yang di-Pertua ialah integriti kepimpinan dalam agensi-agensi yang berkenaan. Memang pada hari ini setelah di consolidate seperti mana yang telah disebutkan tadi, Agensi Remote Sensing Malaysia dan Agensi Angkasa Malaysia yang telah disatukan sekarang sebagai satu agensi angkasa Malaysia.

final • 6:07 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Ini sebenarnya adalah satu langkah yang the right direction. Walau bagaimanapun pengalaman yang kita lalui dengan kewujudan ATSB dahulu itu, perlu kita ambil iktibar. Satu ketika dahulu kita mempunyai kepakaran jurutera-jurutera yang terlatih

final • 6:10 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

dan sebagainya sehinggakan telah dihantar ke luar negara dan akhirnya mereka telah begitu sahaja tidak dapat menjalankan, melaksanakan, menggunakan kepakaran mereka kerana perkara-perkara tertentu.

Oleh sebab itu pengalaman dan apa yang kita lalui di masa yang lalu itu perlu kita ambil iktibar. Oleh sebab itu apabila disebutkan dalam rang undang-undang ini tentang kepimpinan dalam Lembaga Angkasa Malaysia yang akan ditubuhkan ini iaitu diletakkan KSU sebagai Pengerusinya, saya tidak berapa pasti dengan hal itu. Oleh sebab ada juga beberapa agensi di bawah kementerian dahulu di mana pengerusinya adalah orang dalam kementerian dan pelbagai cabaran juga dihadapi. Jadi, itu sesuatu perkara yang harus diambil kira.

Pergi kepada rakyat, saya ingat apa yang dilihat ialah kita perlu betul-betul manfaatkan sumber kekayaan baharu negara hasil daripada yang berasaskan teknologi dan penyelidikan. Di negara kita ini, inilah yang sangat-sangat diperlukan apatah lagi yang berasaskan sains, berasaskan teknologi dan di kementerian dahulu kita telah buat teknologi foresight yang melihat bagaimana teknologi dapat dimanfaatkan sebaik-baik mungkin.

Cumanya saya ingin bertanya apakah beberapa rancangan yang telah dicadangkan di Sabah dahulu, contohnya penubuhan Pusat Sains Negara di Sabah.

Apakah sudah jadi? Apakah ini dapat diteruskan supaya kita dapat manfaatkan, pertingkatkan kesedaran dan penghayatan rakyat di Sabah tentang hal-hal yang berkaitan dengan Sains, hal-hal STEM dan sebagainya.

Saya ingat itu sahaja saya ingin nyatakan Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 6:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Yang Berhormat Dungun.

final • 6:10 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Firman Allah...

[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Bagi Allah khazanah yang ada di langit dan khazanah yang ada di bumi dengan maksud kita memperoleh faedah dan manfaat dari ruang angkasa di antara bumi dengan langit.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Lembaga Angkasa Malaysia 2020, adalah lebih tertumpu kepada urus tadbir dan kawal selia berkaitan angkasa yang tertentu bagi tujuan keselamatan untuk mengawal selia pendaftaran objek angkasa dan untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan berkaitan angkasa yang tertentu dan perkara yang berkaitan. Saya maklum bahawa kerajaan mempunyai peruntukan bajet yang terhad dalam setiap perancangan untuk pembangunan dan penyelidikan R&D dalam sektor aeroangkasa ini kerana kos pembangunan aeroangkasa ini adalah sangat tinggi.

Soalan saya dalam tempoh 10 atau 20 tahun akan datang adakah kerajaan mempunyai perancangan melalui kementerian ini untuk mempunyai agensi angkasa kebangsaan yang merancang dan melaksanakan program angkasa lepas seperti yang dilakukan oleh NASA di Amerika Syarikat dan China National Space Administration di China. Saya mengambil contoh di India, Indians Space Research Organization (ISRO) telah ditubuhkan pada tahun 1962. Mereka hanya mula melancarkan roket satelit buatan sendiri dari tanah air mereka pada tahun 1980. Mereka mengambil masa 18 tahun untuk mempunyai fasiliti secukupnya bagi melaksanakan program angkasa lepas mereka secara berperingkat.

Saya berpendapat tiada salahnya kementerian mula mengorak langkah untuk bersiap ke arah persediaan menyediakan agensi angkasa kebangsaan seperti ini. Lebih- lebih lagi apabila situasi ekonomi negara kita sudah pulih dan mampu menyediakan bajet yang bersesuaian dan faedah-faedah serta manfaat-manfaat ekonomi yang disumbangkan oleh sektor ini akan dapat memberi faedah dan manfaat kepada rakyat.

final • 6:12 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Justifikasi saya bagi cadangan ini adalah kita tidak mahu ketinggalan dalam usaha memastikan negara kita mampu mengoptimumkan sektor aeroangkasa ini tanpa melibatkan negara luar dan menggunakan tenaga kepakaran tempatan. Saya mahu memberi contoh. Jika kita ingin melancarkan satelit telekomunikasi ke ruang angkasa untuk kegunaan negara kita, kita terpaksa menggunakan perkhidmatan agensi angkasa negara luar seperti Rusia untuk membantu melancarkan satelit tersebut. Situasi ini amat merugikan kerana kos yang tinggi terpaksa dikeluarkan dan juga kepakaran teknikal tidak dapat dikongsikan kepada rakyat negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin merujuk kepada keperluan satelit untuk tujuan penggunaan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam negara kita.

Walaupun ini adalah urusan yang melibatkan Kementerian Pertahanan, saya berpendapat masih sesuai bagi kita untuk membincangkan tentang satelit bagi tujuan keselamatan di sini.

Secara geografinya negara kita mempunyai perairan mahupun permukaan tanah yang luas yang berukuran 329,847 kilometer persegi. Dengan keluasan yang sebesar ini, amat sukar jika kita mengharapkan kawalan dan pemantauan menggunakan tenaga fizikal. Saya berpendapat penggunaan satelit ini juga mampu membantu pemantauan objek asing seperti boat dan kapal yang cuba mendatangkan ancaman kepada kedaulatan negara.

Soalan saya, adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk melancarkan satelit bagi tujuan pemantauan keselamatan dalam negara kita dalam masa yang terdekat ini?

Itu sahaja perbahasan saya. Saya ucapkan terima kasih dan saya mohon menyokong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:12 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Padang Serai.

final • 6:12 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas kesempatan yang diberikan untuk saya berbahas mengenai Rang Undang-undang Lembaga Angkasa Malaysia 2020. Walaupun tujuan RUU ini jelas tetapi perkara yang melibatkan teknikal perlu dibahas dalam memastikan semua perkara diambil cakna dan ditambah baik dalam menyediakan negara ke arah melibatkan dalam sektor angkasa.

RUU ini jelas menunjukkan bahawa apa-apa teknologi yang melibatkan sektor ini mesti berpaksikan kepada keamanan melalui seksyen 15. Akan tetapi persoalan yang ingin saya bangkitkan ialah bagaimana kerajaan ini memastikan pelaburan luar negara ke arah sektor ini dapat perhatian. Sektor angkasa memerlukan modal yang cukup besar dalam memastikan penyelidikan dan pembangunan teknologi. Maka kerajaan kena memperjelaskan apakah garis panduan akan dibuat oleh Lembaga Angkasa Malaysia dari segmen pelaburan luar negara.

Selain itu melalui rang undang-undang ini, mana-mana pihak yang ingin membina perkilangan serta memiliki atau mengendalikan kemudahan perlu mempunyai lesen.

Perkara ini saya nampak ada positifnya tetapi saya ingin memberi cadangan untuk memperoleh lesen itu dipermudahkan kepada syarikat tempatan. Ini penting dalam memastikan dominasi sektor ini adalah oleh syarikat tempatan dan bukan syarikat luar negara.

final • 6:18 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Kerisauan saya adalah kesediaan syarikat tempatan dalam sektor ini kerana sektor ini memerlukan modal yang besar dan kemahiran yang tinggi. Saya harap kerajaan menjelaskan apakah langkah dalam menyelesaikan isu ini.

Seterusnya, perkembangan sektor angkasa di dunia menjadikan rang undang- undang ini penting. Untuk mewujudkan persaingan negara-negara besar dalam sektor ini

final • 6:20 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

menyaksikan bahawa kerajaan perlu membuat persediaan dalam memastikan penglibatan ke dalam sektor ini fokus kepada pembangunan negara dan teknologi.

Kesediaan kerajaan bukan hanya melalui rang undang-undang, malah perlu melaksanakan tentang penyelidikan dan bekerjasama rentas negara dalam sektor ini terutama dengan negara-negara Asia Tenggara agar pertukaran teknologi dan kepakaran itu berlaku.

Rang undang-undang yang saya hormati sekalian, saya percaya bahawa fungsi yang punya kuasa Lembaga Angkasa Malaysia ini mesti kukuh kerana kepentingan sektor angkasa negara terletak di tangan mereka. Apa-apa pun saya menyokong dengan rang undang-undang ini, cuma perlu ada penambahbaikan agar keberkesanan lebih inklusif.

Saya harap setiap isu yang saya bangkitkan dalam perbahasan saya ini diberi perhatian oleh pihak kerajaan. Maka saya akan mengakhiri ucapan saya ini dengan serangkap pantun.

Berat mata memandang, Berat lagi bahu yang menyandang, Tetapi patah semangat kamu jangan, Selagi bernafas lawan tetap lawan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Padang Serai menyokong rang undang-undang ini.

final • 6:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Petang- petang pun berpantun. Yang Berhormat Tebrau.

final • 6:20 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, saya lihat cadangan kerajaan untuk mengadakan akta ini lebih memihak kepada keselamatan rakyat dan harta rakyat. Sekiranya ada objek angkasa atau objek berasal dari angkasa khususnya debris satelit atau lain-lain yang jatuh dalam tanah air kita tetapi saya mahu melihat perkara ini dari aspek yang akan menjana ekonomi dan juga peluang pekerjaan yang berteknologi tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia duduk di atas equator yang buat Malaysia sebagai sebuah tempat yang paling sesuai untuk mengadakan kemudahan pelancaran (launching site) dengan izin. Oleh sebab roket yang dilancar daripada equator lebih laju berbanding dengan roket yang dilancarkan di subtropics. Ini bermakna roket akan tiba di orbit yang dikehendaki lebih cepat dan ini bermakna lebih jimat minyak. Tempat-tempat seperti mana-mana pantai di rantau barat Sabah dan Sarawak bagi saya adalah sesuai untuk diadakan kemudahan pelancaran. Jadi saya faham lah kita harus cari joint partner untuk merealisasikan projek ini yang akan bawa keuntungan yang lumayan, bukan sahaja dalam segi lain yang disebut oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain dan juga yang dikongsikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi.

Saya faham adakan kemudahan pelancaran ada risiko daripada roket. Sekiranya suatu pelancaran gagal, negara jiran kemungkinan akan membantah projek sebegini, malah bukan mustahil masalah ini boleh diatasi dengan perbincangan yang melibatkan semua negara di rantau Asia Tenggara supaya mereka nampak ini adalah satu usaha yang baik bagi rantau Asia Tenggara seperti untuk mengadakan kemudahan pelancaran di Pantai Barat Sumatera, sekiranya pantai-pantai di Sabah dan Sarawak tidak sesuai.

Saya berharap Kementerian MOSTI akan mempertimbangkan perkara ini.

Walaupun prospek mengadakan kemudahan pelancaran kelihatan bagus tetapi kita harus juga mempertimbangkan satu perkara yang akan mengancam keselamatan bukan negara kita sahaja, malah seluruh dunia iaitu aktiviti keganasan (terrorist activity atau attack) dengan izin. Sekiranya negara kita akan ada kemudahan pelancaran, negara kita kena memperkukuhkan sekuriti sempadan negara iaitu sistem pengesanan (checking system) dengan izin supaya negara kita selamat dan tidak akan jadi tempat aktiviti keganasan.

final • 6:22 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Seterusnya, saya ada tiga soalan yang memerlukan jawapan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertama adalah mengenai seksyen 5, penubuhan lembaga. Saya tidak nampak ada orang yang ada kepakaran dalam perkara-perkara angkasa yang akan dilantik dalam lembaga ini. Bukankah mereka yang paling sesuai dan penting tetapi tidak nampak ada peruntukan untuk mereka duduk dalam lembaga ini. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab apa sebabnya.

Keduanya ialah seksyen 14 dan 44. Seksyen 14 adalah pelantikan penguasa angkasa dan seksyen 44 adalah pelantikan penyiasat. Soalan saya juga sama, sudah adakah orang yang layak untuk memegang jawatan ini sudah dikenal pasti untuk dilantik untuk memegang jawatan ini?

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, sistem radar kita terlalu uzur sehingga mana pergi pesawat MH370 pun tidak dikesan dengan cepat. Apalagi dengan objek angkasa, objek berasal dari angkasa seperti meteoroid atau objek pengganas yang lebih kecil. Saya ingin bertanya adakah sistem radar itu satu perkara yang penting bagi kejayaan pelaksanaan akta-akta yang dinyatakan dalam rang undang-undang ini? Bila pelan tindakan akan diwujudkan? Adakah pelan tindakan ini merangkumi kerjasama dengan entiti-entiti lain daripada luar negara supaya negara kita boleh memanfaatkan daripada usaha mereka.

Itu sahaja perbahasan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:22 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Seterusnya Yang Berhormat Papar, silakan.

final • 6:22 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, teknologi angkasa merupakan penyelesaian meluas terhadap isu-isu tempatan dan global semasa seperti berkaitan dengan pendidikan, perikanan, pertanian, tenaga, pengurusan bencana, kesihatan dan juga keselamatan negara.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****] Dengan kewujudan rang undang-undang ini, ia memperlihatkan Malaysia sudah bersedia untuk memanfaatkan sepenuhnya ekonomi angkasa yang sedang berkembang.

Ketika ini, perlumbaan penerokaan angkasa lepas telah melakar sejarah baru dunia. Tiga buah syarikat gergasi aeroangkasa seperti SpaceX milik Elon Musk, Virgin Galactic – Richard Branson dan juga Blue Origin dimiliki oleh Jeff Bezos dan tidak lupa juga teknologi angkasa yang dimiliki oleh negara China yang mana mereka berlumba-lumba menunjukkan kemampuan masing-masing dalam teknologi pelancaran roket.

final • 6:28 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Justeru, melihat perkembangan positif dan penerokaan angkasa lepas melalui syarikat swasta dan prima pemula di negara luar, Malaysia tidak boleh ketinggalan jauh dan perlu mengorak langkah dengan strategi yang bersesuaian seperti yang telah dilaksanakan oleh Amerika Syarikat.

Kementerian perlu mengambil langkah dalam memperkasakan teknologi angkasa lepas termasuk pembangunan roket tempatan yang mana antara elemen yang paling penting adalah proses penyelidikan dan pemindahan teknologi kepada masyarakat tempatan. Ini boleh direalisasikan dengan pemberian geran penyelidikan serta pembangunan kepada pihak universiti tempatan saya syarikat swasta berkaitan teknologi angkasa lepas. Soalan saya ialah berapakah jumlah peruntukan penyelidikan dan pemindahan teknologi angkasa lepas yang telah dibuat di negara kita dalam tempoh lima tahun ini. Berapakah jumlah geran yang telah diberikan lagi bagi tempoh yang sama dan jumlah syarikat dan universiti yang terlibat.

final • 6:30 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Tuan Yang di-Pertua, saya terus pergi kepada inti pati dalam rang undang-undang ini. Pertama, seksyen 16 yang menyebut mana-mana pihak yang berniat membina, mengilang serta memiliki atau mengendalikan kemudahan untuk penyepaduan atau pengujian objek angkasa selain memiliki dan mengendalikan kemudahan pelancar perlu memohon sesuatu lesen. Soalan saya, apakah syarat-syarat yang ditetapkan untuk memohon lesen khususnya kepada syarikat tempatan.

Kita tahu bahawa syarikat tempatan kita mungkin agak jauh ketinggalan berbanding dengan syarikat-syarikat angkasa gergasi di luar negara. Apakah syarat- syarat yang ditetapkan kepada syarikat-syarikat antarabangsa yang ingin memohon lesen tersebut? Ketika ini berapakah jumlah syarikat tempatan dan antarabangsa yang berada di dalam industri angkasa lepas. Kedua, seksyen 41(1) menyatakan individu yang menemukan objek berasal dari angkasa perlu memaklumkan mengenai penemuan berkenaan. Manakala, seksyen 42(1) menetapkan mana-mana individu yang menemukan objek angkasa tidak boleh mengusik, mengalih, merosakkan ataupun memusnahkan objek itu kecuali jika perlu berbuat demikian bagi mencegah bahaya.

Jika melakukan kesalahan itu, mereka boleh didenda tidak melebihi RM10,000 dan maksimum RM20,000 bagi pertubuhan, perbadanan. Oleh itu soalan saya, apakah mekanisme penentuan yang diguna pakai kementerian bagi menentukan jumlah denda tersebut. Apakah bentuk pampasan yang akan diberikan kepada mereka yang terkesan oleh objek yang terjatuh dari angkasa ini. Sekiranya objek tersebut dimiliki sesebuah syarikat, maka syarikat tersebut akan membayar pampasan. Bagaimana pula dengan objek yang tidak dikenal pasti. Siapakah yang akan membayar pampasan dan bagaimanakah penentuannya.

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini mempunyai implikasi kewangan yang besar. Persoalan saya, adakah kerajaan serius dengan pembangunan teknologi angkasa ini? Adakah kerajaan mempunyai peruntukan dana yang cukup. Saya sebagai wakil rakyat menyokong akan pembangunan program angkasa ini kalau ia memberi kebaikan dan memberi manfaat kepada kerajaan dan rakyat Malaysia.

Akan tetapi pada masa yang sama, saya juga ingin menyinggung akan keperitan kehidupan rakyat di Sabah terutamanya di P175 Papar di mana kebanyakan mereka ini memerlukan pembangunan fizikal untuk memudahkan kehidupan mereka seperti pembinaan jambatan kedua di Papar yang hanya panjangnya 150 meter kalau saya tidak silap. Kalau di Semenanjung kita boleh lihat jambatan bertingkat-tingkat dan panjangnya berbatu-batu, masakan jambatan hanya 150 meter pun tidak dapat dibuat. Di manakah Keluarga Malaysia?

Bersesuaian dengan teknologi yang ada, saya ingin menyeru kepada kerajaan supaya dapat mengajar nelayan-nelayan tentang penggunaan teknologi angkasa ini untuk mengenal pasti di manakah banyak ikan untuk mereka tangkap dan juga dengan teknologi ini mereka akan dapat amaran awal kalau adanya cuaca buruk yang akan melanda.

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita ingin mengembangkan program angkasa lepas jangan lupa juga program di lautan lepas untuk nelayan-nelayan pantai yang perit kehidupan mereka. Saya menyokong rang undang-undang ini. Terima kasih.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Papar. Sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri atau Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Minta maaf, ada satu lagi. Yang Berhormat Setiu.

final • 6:30 PM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

Kemaman, Kemaman satu lagi.

final • 6:30 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Membaca selawat]* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas ruang yang diberikan kepada Setiu untuk sama-sama membahaskan Rang Undang- undang Lembaga Angkasa Malaysia 2020 ini.

final • 6:35 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Tuan Yang di-Pertua, Program Angkasawan Negara yang telah dilancarkan pada tahun 2003 bertujuan untuk membuktikan kebolehan negara kita serta anak tempatan untuk mencapai sesuatu yang sama seperti rakyat di negara maju yang lain. Melalui Program Angkasawan Negara Pertama (PAN 1 2007) Malaysia telah berjaya menghantar angkasawan negara yang pertama Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ke stesen angkasa antarabangsa (ISS).

Program ini adalah merupakan program timbal balik Malaysia dengan Rusia dalam pembelian jet pejuang. Melalui program ini , negara khususnya saintis Malaysia buat pertama kalinya berpeluang menyertai program penyelidikan di ISS.

Tuan Yang di-Pertua, Program Angkasawan Negara adalah antara contoh penglibatan dan kejayaan negara dalam bidang sains angkasa. Selain penglibatan dalam sains angkasa, saya percaya kerajaan juga telah merancang program dan strategi untuk merancakkan usaha pembangunan dan penyelidikan berkaitan teknologi angkasa bagi menggalakkan pembangunan teknologi tempatan (home-grown technology) dengan izin Tuan Yang di-Pertua bagi membolehkan negara menjadi lebih berdaya saing dalam mengharungi cabaran global dan mencapai hasrat menjadi negara berpendapatan tinggi dan berteknologi tinggi.

Saya ingin mengambil peluang untuk menimbulkan suatu persoalan. Adakah kerajaan mempunyai hasrat untuk mengadakan kerjasama dengan negara-negara lain pada masa hadapan bagi menggalakkan pembangunan teknologi angkasa negara.

Tuan Yang di-Pertua, kehidupan rakyat masa kini amat bergantung kepada teknologi satelit. Telefon bimbit yang kita guna setiap hari adalah sebahagian daripada teknologi komunikasi satelit. Lebih-lebih lagi fasa pandemik COVID-19 yang memerlukan rakyat berada di rumah, bekerja dari rumah serta belajar dari rumah. Terbukti kebergantungan kepada teknologi ini teramat tinggi. Manfaat lain turut diperoleh daripada kemajuan teknologi satelit seperti pengurusan hutan, pemantauan perairan, bencana, maklumat data metrologi serta aktiviti pertanian.

Sistem ini terbukti mampu memberi kesan yang besar kepada sektor pertanian di mana kecekapan mengurus dan memantau tanaman meningkat sehingga 57 peratus.

Begitu juga dengan kecekapan mengurus subsidi baja dan racun meningkat sehingga 30 peratus. Oleh itu saya ingin bertanya, adakah kerajaan bercadang untuk membangunkan lebih banyak pusat fasiliti yang lengkap untuk tujuan penyelidikan serta pembangunan industri angkasa negara yang sehingga kini masih belum dijalankan secara meluas.

Saya kira usaha ini amat diperlukan agar Malaysia mampu mengawal selia aktiviti negara dengan lebih cekap dan efisien dalam masa yang sama mampu membawa negara muncul antara pemain sektor angkasa pada peringkat antarabangsa.

Itu sahaja perbahasan saya Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.

Sekian, terima kasih.

final • 6:35 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Terakhir saya jemput Yang Berhormat Kemaman.

final • 6:35 PM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di- Pertua kerana memberi saya ruang untuk sama-sama membahaskan Rang Undang- undang Lembaga Angkasa Malaysia 2020 ini.

Tuan Yang di-Pertua, jika hampir lima dekad yang lalu semenjak negara mula terlibat dalam bidang angkasa melalui pembinaan stesen bumi satelit komunikasi di Kuantan Pahang, kita hanya menjadi pengguna teknologi, terutamanya teknologi angkasa. Kini telah tiba masanya untuk kita mengorak langkah ke arah menjadi pembangun teknologi dalam usaha memastikan negara terus membangun secara mampan dan mencapai hasrat menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dan

final • 6:40 PM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

berteknologi tinggi sebagai mana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan RMke-12 baru-baru ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam kesempatan ini saya suka menyebut beberapa perkara. Pertamanya, seperti mana yang kita sedia maklum, bidang teknologi angkasa ini bukan hanya tertakluk kepada bidang astronomi dan angkasa lepas semata-mata.

Namun, bidang telekomunikasi pemetaan satelit juga merupakan antara cabaran yang penting untuk diberi perhatian. Dalam penggunaan teknologi yang kian canggih ini, bidang pertanian ada pertanian pintar dan smart farming, dengan izin, umpamanya. Namun, untuk sektor perikanan pula, bagaimana kerajaan boleh memanfaatkan kecanggihan teknologi angkasa ini untuk membantu para nelayan dalam mendapatkan hasil tangkapan yang lebih banyak tetapi dengan kos yang lebih rendah. Pada masa yang sama, dapat mengekalkan keseimbangan ekosistem lautan agar sumber hasil lautan tidak mengalami short supply, dengan izin, dalam tempoh jangka masa panjang.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya tujuan utama diwujudkan akta ini adalah untuk mengadakan suatu peruntukan bagi kesalahan berkaitan angkasa. Justeru, saya ingin membangkitkan persoalan mengenai statistik salah laku yang telah dilakukan oleh pemain industri ini di bawah kesalahan kawal selia dan tadbir urus. Sehingga kini berapa kerugian yang dialami oleh pihak kerajaan oleh negara kesan tadbir urus dan kawal selia yang salah ini? Selain itu, apa kekurangan aspek kawal selia yang dikenal pasti oleh kerajaan?

Apakah perancangan pihak kerajaan bagi menangani agar matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai pemangkin dalam industri aeroangkasa menjelang 2030 dapat dicapai?

Tuan Yang di-Pertua, walaupun Malaysia bukanlah sebuah negara yang terkenal dalam bidang teknologi aeroangkasa, namun kita patut berbangga dengan kebolehan dan kemampuan anak muda tempatan yang mampu mencipta nama di peringkat global di peringkat antarabangsa dalam mencipta teknologi tinggi aeroangkasa ini. Saya mengambil contoh, sebuah syarikat teknologi tinggi aeroangkasa yang bertapak di Kuala Lumpur iaitulah Independent-X Aerospace Sdn. Bhd (IDXA) diterajui sepenuhnya oleh anak tempatan. Sehingga kini telah banyak prototaip yang dicipta dan mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Saya yakin sebenarnya terdapat lebih ramai anak tempatan di luar sana yang berkecimpung dalam industri ini dan wajar diberi perhatian dan sokongan penuh oleh pihak kerajaan, terutama daripada aspek dana dan kewangan.

Tuan Yang di-Pertua, oleh itu saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan untuk mengenal pasti anak-anak tempatan yang berbakat dalam bidang ini agar kepakaran mereka dapat dimanfaatkan secara optimum bagi tujuan meningkatkan teknologi aeroangkasa negara sedia ada, sekali gus kelak Malaysia mampu berdiri sebaris dengan negara-negara maju dalam industri ini.

Selain itu, saya turut ingin mencadangkan agar kerajaan turut serta terlibat dalam usaha sama untuk mempatenkan hasil kejuruteraan aeroangkasa anak tempatan agar kreativiti mereka terpelihara.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, selaku peneraju bidang Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) di negara ini, Kementerian Sains, Teknologi, Inovasi (MOSTI) dilihat telah merangka dan merancang pelbagai strategi program dan inisiatif bagi memastikan kemajuan sains dan teknologi bergerak seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara.

Seiring dengan perkembangan pesat teknologi masa kini dan peningkatan aktiviti berkaitan teknologi angkasa oleh sektor kerajaan, industri dan akademia, memang jelas terdapat peningkatan keperluan sumber tenaga pakar dan bekalan bakat dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM). Namun begitu, berasaskan Laporan Kementerian Pendidikan yang dikeluarkan pada tahun lepas, menunjukkan bahawa bilangan pelajar sekolah yang mengambil jurusan STEM masih kurang daripada sasaran 60 peratus, bahkan tidak sampai separuh daripada angka keseluruhan. Daripada jumlah itu, sebanyak 66.6 peratus pelajar memilih bidang latihan serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) manakala baki 20.51 peratus lagi merupakan pelajar aliran Sains tulen.

final • 6:40 PM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

Tuan Yang di-Pertua, oleh itu adalah dikhuatiri bekalan bakat dalam bidang STEM tidak dapat menampung keperluan sumber tenaga pakar dalam bidang STEM bagi sektor industri angkasa yang semakin meningkat. Sehubungan itu, saya ingin memohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menyatakan, adakah dengan wujudnya Rang Undang-undang Lembaga Angkasa Malaysia ini, MOSTI boleh meningkatkan minat dan kesedaran pelajar dan anak-anak generasi muda kita terhadap bidang teknologi angkasa? Apakah jaminan yang boleh diberikan pada masa ini?

Itu sahaja perbahasan saya. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

final • 6:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Kemaman. Ahli-ahli Yang Berhormat, seramai 13 orang Ahli Yang Berhormat telah berbahas. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Silakan, 15 minit.

final • 6:40 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Assalamualaikum, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Pertama sekali, saya ucapkan terima kasih kepada kesemua 13 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat dasar bagi Rang Undang-undang Lembaga Angkasa Malaysia ini. Ia menunjukkan sokongan padu dalam konteks Keluarga Malaysia untuk memperkasakan agenda sains, teknologi dan inovasi negara di dalam bidang sains angkasa.

Bagi menjawab soalan yang pertama daripada Yang Berhormat Permatang Pauh mengenai bagaimana Program R&D dapat dibuat dengan MYSA untuk memaksimumkan penghasilan padi iaitulah aplikasi MakGeoPadi bagi mendapatkan pelaburan. MOSTI melalui MYSA telah menjalinkan kerjasama dengan agensi dan jabatan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan sejak tahun 2010 bagi memastikan pengurusan pertanian dengan lebih cekap dan berkesan melalui pemantauan jelapang menggunakan teknologi satelit remote sensing padi setiap 11 hari sepanjang musim penanaman padi.

MYSA mempunyai 136 orang penyelidik daripada 17 bidang kepakaran dan bersedia untuk berkongsi kepakaran dengan pelbagai pihak sama ada akademi swasta serta industri. Selain daripada 40 sistem aplikasi berteraskan teknologi angkasa yang telah dibangunkan dan telah saya sebutkan dalam pembentangan tadi, MYSA juga menyasarkan pembangunan lima sistem aplikasi baharu setiap tahun berdasarkan keperluan pengguna di seluruh negara.

Seterusnya, mengenai manfaat Dasar Angkasa Negara 2030. Untuk makluman Yang Berhormat, peningkatan penggunaan teknologi angkasa di dalam bidang komunikasi, navigasi, pengurusan sumber pembangunan dan keselamatan negara serta manfaat yang telah diperoleh, telah menarik minat bukan sahaja pihak kerajaan tetapi juga pihak industri dan institusi pengajian tinggi untuk terlibat sama dalam aktiviti pembangunan teknologi angkasa.

Perkembangan ini telah mencetuskan keperluan kepada usaha penggubalan Rang Undang-undang Lembaga Angkasa Malaysia 2020 yang dibentangkan pada hari ini untuk memperkasakan pembangunan sektor angkasa negara yang turut meliputi urusan mengawal selia keselamatan aktiviti berkaitan dengan angkasa. Rang undang-undang ini digubal bagi menyediakan satu kerangka perundangan bagi memastikan aktiviti angkasa lepas negara dilaksanakan secara yang bertanggungjawab, selamat dan terjamin serta mematuhi segala peraturan dan garis paduan yang dipersetujui di peringkat antarabangsa.

Kewujudan rang undang-undang ini akan menjadi panduan untuk perkembangan teknologi angkasa tempatan dan dijangka dapat meningkatkan keyakinan dan minat industri tempatan dan luar negara untuk melabur dalam sektor angkasa negara.

Seterusnya, dapat merancakkan pertumbuhan industri angkasa, termasuk industri-industri

final • 6:46 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

pembuatan komponen satelit, industri hiliran berasaskan data berteraskan teknologi angkasa dan industri sampingan, dengan izin, spin-off secara tidak langsung. Sila.

final • 6:46 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Persoalan khusus adalah daripada segi peranan agensi gergasi macam BERNAS. Kalau kita lihat dalam penghasilan padi, bagaimanakah sinergi hasil penemuan saintifik oleh MYSA ini diguna pakai secara automatik? Ini kerana kita tahu dalam penghasilan tanaman pun mereka masih lagi gunakan taktik atau cara lama, pembakaran dan bukan semua hasil sekam itu digunakan dalam bentuk yang paling modenlah contohnya. Mungkin Yang Berhormat boleh berikan sedikit maklum balas. Terima kasih.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Sila.

final • 6:50 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Saya bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat dari Permatang Pauh tadi tentang keperluan. Selain daripada kerjasama dengan pihak kementerian, yang mana sebelum tadi saya sebut kerjasama di peringkat kementerian iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, agensi seperti BERNAS perlu dilibatkan sama. Benar, berkaitan dengan sekam saya perhatikan permintaan untuk sekam ada banyak dengan penghasilan barang- barang komposit dan sebagainya. Saya baru sahaja dalam beberapa hari yang lalu ke Kelantan melihat bagaimana sekam padi atau jerami padi digunakan untuk penghasilan bongkah bagi tujuan penanaman cendawan. Ini menunjukkan bahawa sebenarnya sekiranya kerjasama ini diperluaskan kepada agensi BERNAS, ini adalah akan dapat memberikan manfaat yang sangat besar pada masa akan datang. Terima kasih.

Antara inisiatif yang dilaksanakan kerajaan yang akan menyumbang kepada pembangunan bakat dalam sektor angkasa adalah inisiatif di bawah dengan izin, Blueprint Malaysia, Space Exploration 2030, Malaysia Space Act 2030 yang sedang dibangunkan oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) selaras dengan teras keempat, Dasar Angkasa Negara 2030 iaitu menyumbang kepada ekonomi dan kesejahteraan negara. Blueprint ini yang menggariskan strategi 10 tahun untuk memacu pertumbuhan sektor angkasa negara dan mewujudkan ekosistem angkasa negara yang komprehensif turut merangkumi program dan inisiatif-inisiatif pembangunan bakat melalui program penyelidikan, penjanaan ilmu dan pengukuhan kerjasama dalam dan luar negara.

Berkenaan dengan soalan yang ketiga berkaitan dengan isu satelit MEASAT yang disebut Zombie satellite tadi yang tidak berfungsi. Satelit berkenaan masih lagi beroperasi.

Pergerakan masih lagi dikawal selaras dengan Peraturan Operasi Satelit Antarabangsa.

Justeru, bagi tujuan masa akan datang rang undang-undang yang dibentangkan ini adalah sangat penting untuk mengaudit satelit-satelit yang akan dilancarkan pada masa akan datang. Ini perlunya rang undang-undang ini.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kuala Selangor berkaitan dengan fungsi MYSA yang sebenarnya tidak sama dengan Lembaga Angkasa yang akan ditubuhkan ini. Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) berperanan sebagai agensi kerajaan yang khusus dalam pembangunan dan penyelidikan (R&D) dalam sektor angkasa. Manakala apa yang dibincangkan pada hari ini Lembaga Angkasa Malaysia akan memainkan peranan sebagai regulator, badan kawal selia sektor angkasa.

Konsep ini boleh dilihat seperti mana yang diguna pakai di bawah MOSTI juga. Misalnya, kita ada Agensi Nuklear Malaysia. Agensi Nuklear Malaysia adalah agensi kerajaan yang mengkhusus di dalam R&D tenaga atom. Manakala kita ada satu lagi apa yang disebut sebagai Lembaga Pelesenan Tenaga Atom. Ini adalah badan yang mengawal selia (regulatory body) dengan izin, bagi tujuan sektor tenaga atom.

Mengenai persoalan berkenaan dengan keanggotaan Lembaga Angkasa Malaysia ini, ia sebenarnya tidak terhad hanya di kalangan penjawat awam. Penjawat awam merupakan ahli lembaga bagi memastikan lembaga adalah bebas dan tidak mempunyai konflik kepentingan dalam melaksanakan kewajipan khusus yang berkaitan dengan pengeluaran lesen berkaitan dengan angkasa. Ahli-ahli Lembaga Pengarah

final • 6:50 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

adalah terdiri daripada agensi dan kementerian yang mempunyai kepentingan dan kepakaran dalam sektor angkasa. Dalam pelaksanaan Lembaga Angkasa Malaysia yang akan ditubuhkan ini, pihak swasta dan industri akan dipanggil bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan pembangunan dan pengoperasian teknologi angkasa di negara kita. Dengan pendekatan Whole-of-Nation Approach, dengan izin.

Seterusnya, persoalan mengenai Program Pembangunan Satelit Penderiaan Jauh Negara (PSPJN). Program Pembangunan Satelit Penderiaan Jauh Negara akan dilaksanakan secara request for proposal (RFP) kepada pihak swasta dengan local content dilaksanakan sebagai kesinambungan kepada Program Pembangunan Satelit Penderiaan Jauh Negara. Program PSPJN ini adalah untuk memastikan keupayaan dan kapasiti negara dalam bidang teknologi angkasa negara terus di perkasa, di samping meningkatkan sumber kepakaran tempatan. Pada masa ini, dokumen RFP ini sedang dalam peringkat penyediaan dan sedang diperhalus dengan pihak-pihak yang berkepentingan langsung. Penyediaan dokumen RFP ini dibuat dengan mengambil kira pandangan pakar dan keperluan pelbagai stakeholder termasuklah pemain-pemain industri.

Bagi persoalan oleh Yang Berhormat Bukit Bendera dan juga Yang Berhormat Sik, perkara mengenai keperluan penubuhan Rang Undang-undang Lembaga Angkasa telah saya perjelaskan dalam pembentangan saya awal tadi. Untuk makluman Yang Berhormat, Rang Undang-undang Lembaga Angkasa ini juga akan turut menggalakkan inisiatif awam swasta dengan izin, public private partnership, serta industri dalam membangunkan teknologi angkasa di negara kita.

Untuk kos aplikasi pula, saya mohon memaklumkan juga bahawa semua sistem aplikasi yang dibangunkan di bawah MYSA adalah menggunakan kepakaran dalaman.

MYSA sendiri bersama dengan agensi-agensi kerajaan yang berkolaborasi berkaitan dengan fasiliti assembly, integration and testing (AIT) pula ia masih aktif dan menerima banyak klien bagi tujuan pengujian dan pengukuran peralatan daripada syarikat seperti Daikin, SIRIM, QAS dan PROTON. Buat masa ini, MYSA sedang meningkatkan keupayaan assembly, integration, and testing (AIT) ini agar mendapatkan pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, pemakaian rang undang-undang secara extraterritorial, dengan izin, adalah sesuatu perkara yang telah lama diamalkan khususnya melibatkan perkara yang melibatkan rentas sempadan. Sebagai contoh, Akta Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran 2007, Akta Kesalahan-kesalahan di Luar Negeri 1976, Kanun Keseksaan Mengenai Keganasan Terrorism. Dalam hal ini, sekiranya terdapat kesalahan di bawah rang undang-undang ini yang dilakukan oleh rakyat Malaysia di luar Malaysia, rang undang-undang ini akan terpakai dan bukan undang-undang negara yang ketiga dan kes akan dibicarakan di mahkamah Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Tuaran. Terima kasih atas sokongan dan pandangan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Tuaran. Rang undang-undang ini digubal untuk memastikan sektor angkasa negara dapat dikawal selia secara lebih sistematik dan berkesan. Untuk makluman, sebenarnya isu penubuhan Pusat Sains Sabah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, tidak berkaitan dengan rang undang-undang ini. Namun begitu, saya boleh berkongsi maklumat bahawa rancangan Penubuhan Pusat Sains Sabah akan diteruskan. Buat masa ini, MOSTI dan Kerajaan Negeri Sabah sedang memuktamadkan lokasi yang strategik untuk membina Pusat Sains Sabah supaya dapat dimanfaatkan oleh segenap lapisan rakyat Sabah. Ia juga merupakan satu langkah yang strategik dan kos efektif untuk sebarang program kesedaran STI dijalankan di sabah dan akan turut mendapat manfaat kepada negeri yang bersebelahan iaitu Sarawak kerana kedudukan geografinya lebih dekat berbanding dengan Semenanjung.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tebrau berkaitan dengan pelantikan penguasa angkasa. Ia masih belum dibuat pada masa ini dan akan diputuskan oleh Yang Berhormat Menteri dengan nasihat yang akan diberikan oleh Pengerusi Lembaga Angkasa Malaysia yang akan ditubuhkan. Begitu

final • 6:50 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

juga dengan pegawai penyiasat yang mana pelantikan juga masih belum dibuat oleh Yang Berhormat Menteri.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat dari Padang Serai. Terima kasih kerana menyokong penubuhan rang undang-undang ini.

Untuk makluman Yang Berhormat, lembaga merupakan badan kawal selia sektor angkasa daripada aspek keselamatan dan teknikal. Sektor angkasa pula adalah sektor berteknologi tinggi yang memerlukan kepakaran khusus dan melibatkan kos yang sangat besar. Oleh yang demikian, kerjasama strategik perlu dibentuk di antara industri tempatan dan rakan luar negara yang mempunyai keupayaan dalam bidang ini untuk memperkasakan pembangunan kapasiti dan kepakaran tempatan.

MYSA pada masa ini mempunyai kerjasama antarabangsa dengan banyak agensi angkasa luar negara. Bertujuan bagi menyokong kegiatan aktiviti angkasa tempatan.

Selain membolehkan Malaysia memperoleh faedah dan manfaat kepada aktiviti-aktiviti pembinaan teknologi, pertukaran tenaga, kepakaran serta memudahkan Malaysia mengadakan usaha kerjasama dengan pihak agensi angkasa luar negara dalam bidang- bidang yang lain pada masa hadapan.

final • 6:50 PM

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

MYSA juga turut menganggotai pertubuhan antarabangsa seperti:

(i) United Nations Office for Outer Space Affairs (UNOOSA);

(ii) International Astronomical Union (IAU); dan

(iii) International Astronautical Federation (IAF).

Tadi ada dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Kuala Selangor dan juga Yang Berhormat Kemaman tentang bagaimana penggubalan Rang Undang-undang Lembaga Angkasa Malaysia dapat membantu pembangunan bakat dalam sektor angkasa. Peningkatan penggunaan teknologi angkasa di dalam bidang komunikasi, navigasi, pengurusan sumber pembangunan dan keselamatan negara serta manfaat yang diperoleh telah menarik minat, bukan sahaja pihak kerajaan tetapi juga pihak industri dan institusi pengajian tinggi untuk terlibat sama dalam aktiviti pembangunan teknologi angkasa.

Perkembangan ini telah mencetuskan keperluan kepada RUU kita pada hari ini.

Jadi, kewujudan rang undang-undang ini akan menjadi panduan untuk perkembangan teknologi angkasa tempatan dan dijangka dapat meningkatkan keyakinan dan minat industri tempatan dan luar negara untuk melabur dalam sektor angkasa negara, seterusnya dapat merancakkan pertubuhan industri angkasa termasuk industri pembuatan komponen satelit dan sebagainya.

Saya rasa untuk soalan-soalan yang dibangkitkan Tuan Yang di-Pertua, setakat itu saja penggulungan oleh saya. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan tadi.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

final • 7:00 PM

Fasal-fasal 1 hingga 73 – Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ada yang hendak membangkitkan fasal?

final • 7:00 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Terima kasih...

final • 7:02 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Dungun.

final • 7:02 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Tuan Pengerusi.

final • 7:02 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sebut fasal mana.

final • 7:02 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Fasal 5 iaitu berkait dengan Lembaga Angkasa Malaysia ditubuhkan. Maknanya ini adalah akta berkaitan dengan organisasi. Ia ada kaitan dengan Fasal 11 kerana lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkan perlu untuk membantu lembaga.

Jadi, apabila saya melihat kepada penubuhan asal lembaga ini diberikan tanggungjawab terdiri daripada Ketua Setiausaha kementerian dan Timbalan Ketua Setiausaha kementerian yang bertanggungjawab terhadap sains dan teknologi. Akan tetapi, wakil-wakil daripada Kementerian Pertahanan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Pengangkutan dan juga Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta wakil daripada Majlis Keselamatan Negara. Saya pohon supaya jawatankuasa-jawatankuasa yang difikirkan sesuai, perlu dan boleh ditubuhkan ini, mengikut kehendak daripada Fasal 5 Lembaga Angkasa Malaysia ini. Itu yang pertama.

Kedua, saya juga minta penjelasan kerana apabila kita hendak majukan dan memperkasakan sektor aeroangkasa ini, maka lembaga ini adalah satu daripada organisasi penting. Cuma, apabila saya lihat dalam Fasal 9, “Lembaga hendaklah mengadakan mesyuaratnya sekurang-kurangnya sekali dalam setahun dan mesyuarat itu hendaklah diadakan pada masa dan tempat yang dinyatakan dalam notis bertulis oleh Pengerusi”. Jadi, sekali setahun ini ialah sekurang-kurangnya. Jadi, kalaulah ditakdirkan hanya dipenuhi kehendak akta ini, Fasal 9 ini, maka tidak mungkinlah kita akan dapat memperkasakan industri aeroangkasa kerana lembaga ini memberikan nasihat yang sangat penting kepada perkara yang berkait dengan aeroangkasa ini.

Ketiga ialah implikasi kewangan. Walaupun dalam rang undang-undang ini akan disebutkan akan melibatkan kadar perbelanjaan dan wang tambahan yang amaunnya belum dapat ditentukan sekarang ini.

Saya pohon supaya dilihat kesemua perkara yang penting daripada rang undang- undang ini iaitu pertama ialah organisasi, set up organisasi memang memerlukan elaun dan sebagainya yang melibatkan kewangan. Kemudian, akan ada perjawatan-perjawatan.

Di antaranya saintis dan sebagainya yang juga perlu. Ketiga ialah peralatan-peralatan.

Kalau kita lihat kepada peralatan dan kemudahan pelancar, pelantar pelancar, pelabuhan angkasa, platform laut atau struktur yang lain-lain, yang ini memerlukan kos yang besar.

Jadi, ini juga perlu dilihat.

Keempat, mungkin apabila berlaku kerosakan. Keperluan kepada baik pulih dan sebagainya dan mungkin yang baharu dan apatah lagi kalau berlaku kemalangan jiwa yang melibatkan tuntutan-tuntutan yang dibuat terhadap lembaga, maka ini juga perlu – memang amaunnya akan jadi sangat besar yang walaupun belum dapat ditentukan sekarang ini tetapi saya pohon supaya diberikan perhatian serius kerana ini kos yang sangat besar, kerana kita beroperasi di bumi ini, di tanah kita ini. Akan tetapi, ia akan melibatkan sesuatu yang kadang-kadang di luar daripada kawalan dan jangkaan. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 7:02 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Sila, saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab.

final • 7:02 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Ya, ya. Perlu dibezakan tadi apa ini berhubung dengan Lembaga Angkasa Malaysia. Seperti mana yang disebutkan tadi, Lembaga Angkasa Malaysia ini adalah bagi tujuan kawal selia. Jadi, kerana itu daripada kos berkait dengan pelancaran objek angkasa dan sebagainya, ini bukan di bawah –Itu adalah orang yang melancarkan, organisasi yang melancarkan yang berkenaan. Kita mengawal selia.

Jadi, berhubung dengan soalan-soalan dan saranan-saranan yang dibangkitkan, saya tengok molek sangatlah berhubung dengan saranan yang diberikan itu dan kita mengambil kira dan mengambil maklum tentang cadangan yang diberikan. Terima kasih.

final • 7:06 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih.

[****Fasal-fasal 1 hingga 73** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II (Datuk Haji Hasbi bin Habibollah) dan diluluskan]

final • 7:06 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 4.00 petang esok, Jumaat, 29 Oktober 2021. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 7:06 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.09 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026