Oct272021

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
PERUTUSAN DARIPADA DEWAN NEGARA

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Yang di-Pertua Dewan Negara, yang menyatakan persetujuan Dewan itu kepada Rang Undang-undang yang telah diluluskan dalam Dewan Rakyat dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas 2021 yang lalu. Saya menjemput Setiausaha membacakan perutusan itu sekarang.

[Setiausaha membacakan Perutusan] “26 Oktober 2021 Perutusan Daripada Dewan Negara kepada Dewan Rakyat Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dewan Negara telah meluluskan rang undang-undang yang berikut tanpa pindaan:

  1. Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19))

(Pindaan) 2021.

  1. Rang Undang-undang Kumpulan Wang Amanah Negara

(Pindaan) 2021.

  1. Rang Undang-undang Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2020.

Yang ikhlas, t.t YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA”

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

Tuan Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak jual pantun kepada Yang Berhormat Menteri; Dari Lawas ke Tanjong Datu, Soalan Tanjong Manis nombor 1.

final • 10:00 AM

1. Tuan Haji Yusuf bin Abd Wahab [Tanjong Manis] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan apakah perancangan untuk memperkenalkan tourism bubble ke negeri Sarawak, sebagaimana yang telah dimulakan di Pulau Langkawi.

final • 10:00 AM

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jawab pantun tetapi banyak yang bertanya soalan.

Jadi, sebelum saya meneruskan jawapan terhadap soalan oleh Yang Berhormat Tanjong Manis ini, saya mohon izin untuk menjawabnya bersekali dengan 14 soalan lain kerana menyentuh perkara yang sama iaitu soalan nombor 26 oleh Yang Berhormat Bukit Bintang pada hari ini 27 Oktober, soalan nombor 29 oleh Yang Berhormat Seputeh dan soalan nombor 34 oleh Yang Berhormat Tangga Batu bertarikh 2 November, soalan nombor 3 oleh Yang Berhormat Lenggong, soalan nombor 21 Yang Berhormat Kemaman dan soalan nombor 34 oleh Yang Berhormat Port Dickson bertarikh 9 November.

Soalan nombor 7 oleh Yang Berhormat Machang dan soalan nombor 31 oleh Yang Berhormat Taiping bertarikh 15 November, soalan nombor 8 oleh Yang Berhormat Balik Pulau dan soalan nombor 9 oleh Yang Berhormat Pengerang bertarikh 30 November, soalan nombor 14 oleh Yang Berhormat Kepong bertarikh 6 Disember, soalan nombor 4 oleh Yang Berhormat Kota Melaka bertarikh 9 Disember serta soalan nombor 4 oleh Yang Berhormat Kota Kinabalu dan soalan nombor 12 oleh Yang Berhormat Jerlun bertarikh 15 Disember.

Tuan Yang di-Pertua, susulan penularan COVID-19 di seluruh dunia, Malaysia telah menutup sempadan antarabangsanya sejak Mac 2020, ditambah pula dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara. Aktiviti sektor pelancongan negara menerima impak yang teruk.

Situasi sukar sektor ini bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia.

Walaupun aktiviti sektor pelancongan terbatas namun Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sentiasa meneroka segala peluang dan mempersiapkan penggiat industri untuk kembali aktif apabila ia dibenarkan beroperasi serta merancang untuk industri ini bangkit semula selaras dengan Pelan Pemulihan Negara.

Antara inisiatif besar yang dilaksanakan oleh MOTAC adalah memperkenalkan gelembung pelancongan domestik Langkawi bermula 16 September pada tahun 2021.

Apa yang lebih istimewa adalah pembukaan semula Pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan domestik melalui projek rintis. Ini dilancarkan semasa larangan rentas negeri masih berkuat kuasa di seluruh negara.

Kami di MOTAC sebenarnya telah membangunkan perancangan untuk pembukaan lebih banyak gelembung perjalanan domestik secara berperingkat dan bersasar selepas Langkawi. Walau bagaimanapun, kita lebih gembira dengan pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 10 Oktober 2021 berhubung kebenaran aktiviti rentas negeri hasil daripada kejayaan negara mencapai kadar vaksinasi 90 peratus populasi dewasa.

Ini tentunya membawa khabar yang lebih baik kepada industri pelancongan negara kerana sebagai industri yang sangat bergantung kepada mobiliti atau pergerakan kebenaran rentas negeri untuk tujuan pelancongan ini tidak lagi membataskan pergerakan dan destinasi pilihan yang terhad untuk rakyat Malaysia melancong di dalam negara.

Justeru Tuan Yang di-Pertua, susulan pengumuman kebenaran rentas negeri tersebut, maka pada masa ini tiada lagi keperluan untuk mewujudkan gelembung-gelembung pelancongan domestik yang lain.

Jadi, merujuk kepada projek rintis gelembung pelancongan domestik di Pulau Langkawi, sukacita dimaklumkan bahawa tempoh 16 September hingga 15 Oktober Pulau Langkawi telah menerima kemasukan seramai lebih 100,000 orang pelawat dari seluruh negara. Sebenarnya panjang lagi jawapan saya. Memandangkan masa, saya terpaksa berhenti saya akan beri secara bertulis yang lengkap. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, saya buka soalan tambahan pertama, Yang Berhormat Tanjong Manis.

final • 10:10 AM

Tuan Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita berharap selepas ini mungkin lebih ramai lagi pelancong yang akan sampai ke Sarawak dan juga negeri-negeri lain. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, Tanjong Manis terkenal dengan kain songket Rajang, udang kering Belawai, ikan salai dan gula apong di Pulau Bruit, dolfin, buaya dan lain-lain lagi.

Baru-baru ini, Sarawak Forestry Corporation (SFC), sebuah badan berkanun di Sarawak telah memaklumkan kepada saya tentang penemuan beberapa kumpulan monyet Belanda atau proboscis monkey di kawasan Tanjong Manis terutamanya di Batang Paloh. Ini adalah di luar kawasan totally protected areas (TPA). Ini merupakan produk pelancongan baru yang berpotensi untuk membawa luar negeri ke kawasan ini untuk melihat monyet Belanda dan produk-produk pelancongan lain di Tanjong Manis.

Soalan saya, apakah bantuan yang kementerian dapat salurkan kepada pengusaha pelancong untuk memperkenalkan produk pelancongan baru ini kepada pelancong dari dalam dan luar negeri?

Soalan berkaitan, secara umumnya, apakah inisiatif dan insentif yang akan ditawarkan oleh kementerian kepada pengusaha pelancongan tempatan Sarawak untuk merancakkan lagi industri pelancongan di Sarawak? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis. Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri

Terima kasih Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis.

MOTAC sentiasa berusaha untuk mengetengahkan produk-produk dan penemuan pelancongan baru, bukan sahaja di Tanjong Manis tetapi di seluruh negara.

Antara bantuan yang boleh diberikan oleh kementerian melalui Tourism Malaysia iaitu insentif Galakan Melancong Malaysia atau lebih dikenali dengan GAMELAN.

Insentif Galakan Melancong Malaysia atau lebih dikenali dengan GAMELAN dan juga Geran Sokongan Pelancongan, Seni dan Budaya (GSPSB) telah diperkenalkan oleh kementerian kewangan melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dalam usaha membantu pengusaha industri pelancongan, pihak NGO serta pengusaha penginapan yang berdaftar menggunakan konsep geran sempadan atau, dengan izin, matching grant. Insentif ini dapat mengurangkan beban kos promosi kepada penggiat industri pelancongan dalam Malaysia dan seterusnya menggalakkan pelancongan domestik serta meningkatkan ketibaan pelancong asing terutama semasa tempoh pemulihan COVID-19.

Insentif promosi ini akan meningkatkan visibility bagi acara-acara pelancongan negara termasuk program-program yang dianjurkan dengan sokongan geran ini di Sarawak.

Sekali lagi Tuan Yang di-Pertua, panjang jawapan saya untuk membantu mereka untuk mengetahui. Jadi, saya akan beri secara bertulis jawapan yang penuhnya. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Padang Serai.

final • 10:10 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mohon penjelasan daripada pihak kementerian, bolehkah Menteri terangkan secara terperinci mengenai garis masa pembukaan sektor pelancongan di seluruh Malaysia? Terima kasih Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Sila.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Cuma saya nak tanya, apakah yang dimaksudkan dengan pembukaan untuk antarabangsa ya?

final • 10:10 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Di seluruh Malaysia.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri

Seluruh Malaysia daripada pelancong antarabangsa? Itu yang dimaksudkan?

final • 10:10 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Ya.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri

Ya, sebenarnya kita telah mengumumkan untuk pembukaan untuk Langkawi sahaja bermula daripada 16 November ini dan untuk antarabangsa dan untuk seluruh Malaysia kita akan melihat dulu secara penuh. Kita observe dengan izin, kita hendak observe dulu bagaimana keadaan Langkawi dahulu barulah kita berani membuka untuk seluruh negara.

Namun begitu, memang kita sudah bersiap sedia Yang Berhormat, kita bersiap sedia daripada segi kita punya prosedur, SOP dan juga apabila sudah nampak macam okey sahaja, walaupun kita meletakkan tiga bulan, saya rasa tak sampai tiga bulan Yang Berhormat.

Jadi saya rasa bolehlah kita buka awal daripada itu. Jadi, kita doakan agar ia boleh berlaku dalam masa yang dekat lagi, selepas 16 November ini dan mungkin awal bulan Disember. Insya-Allah ya, itu bukan janji saya tetapi kita cuba, kita usahakan.

Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 10:10 AM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya pun ada pantun.

DUN Melaka dibubarkan juga; Akan diadakan pilihan raya; Kerana nak halang PH berkuasa; Sanggup bebankan rakyat Malaysia.

final • 10:10 AM

2. Tuan Khalid bin Abd Samad [Shah Alam] minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) adakah kerajaan bakal melanjutkan pemberian moratorium kepada individu dan perusahaan; dan

(b) adakah kerajaan akan memperkenalkan pemberian moratorium tanpa faedah terakru.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Kewangan I - Tuan Mohd Shahar bin Abdullah

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Ahli Yang Berhormat Shah Alam atas persoalan yang dibangkitkan kepada Kementerian Kewangan.

Untuk makluman Yang Berhormat, pada 14 Oktober 2021- industri perbankan telah mengumumkan Skim Pengurusan dan Ketahanan Kewangan atau lebih mudah dikenali sebagai URUS. Bagi golongan 50 peratus terbawah kumpulan pendapatan, atau B50 itu isi rumah berpendapatan sehingga RM5,880 yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19.

Untuk makluman Yang Berhormat, skim ini yang menyeluruh bukan sahaja membantu peminjam membuat bayaran balik pinjaman mengikut kemampuan mereka malah peminjam juga mendapat manfaat menerusi nasihat pengurusan kewangan yang boleh meningkatkan daya tahan kewangan mereka dalam jangka masa yang panjang.

Di bawah program URUS ini, peminjam golongan B50 yang memenuhi syarat akan mendapat perkecualian faedah selama tiga bulan dan juga pilihan untuk mengurangkan bayaran ansuran pinjaman sehingga 24 bulan secara keseluruhannya.

final • 10:10 AM

Timbalan Menteri Kewangan I - Tuan Mohd Shahar bin Abdullah

Untuk makluman Yang Berhormat, bagi peminjam-peminjam lain yang juga terkesan dan memerlukan bantuan balik pinjaman selepas pakej PEMULIH tamat, bank- bank akan terus menyediakan pakej bantuan termasuk pengurangan bayaran ansuran bulanan mengikut kemampuan peminjam. Peminjam juga boleh memohon pelbagai program yang ditawarkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit atau AKPK seperti:

(i) Program Pengurusan Hutang atau, dengan izin, Debt Management Program;

(ii) Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil atau Small Debt Resolution Scheme; dan

(iii) Skim Sokongan Daya Tahan Kewangan atau Financial Resilience Support Scheme. Untuk makluman Yang Berhormat, program-program ini dilaksanakan dengan kerjasama dan sokongan institusi perbankan dan mempunyai ciri-ciri seperti ansuran bulanan yang berkurangan berlanjutan, tempoh bayaran balik dan program sokongan daya ketahanan.

Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun kerajaan ingin menekankan bahawa bank-bank bersedia untuk memberi bantuan balik pinjaman kepada mereka yang terjejas.

Permohonan moratorium di bawah PEMULIH masih dibuka kepada peminjam yang memerlukan dan mereka hanya perlu menghubungi bank masing-masing. Sekiranya menghadapi sebarang kesukaran semasa berurusan dengan pihak bank atau permohonan bantuan bayaran balik pinjaman ditolak, mereka boleh menghubungi Bank Negara Malaysia secara terus melalui BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Timbalan Menteri. Sila.

final • 10:10 AM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Terima kasih saya ucapkan pada Timbalan Menteri atas jawapan yang telah diberikan. Saya nak ucapkan terima kasih kepada kerajaan keseluruhannya kerana telah bersetuju dengan cadangan yang telah dibawa oleh Pakatan Harapan supaya moratorium yang tanpa faedah ditawarkan paling kurang selama tiga bulan berdasarkan pada jawapan itu. Cukup baik, bukan sekadar itu tetapi ada juga khidmat kaunseling dan sebagainya.

Untuk mendapatkan keberkesanan yang lebih dalam soal ini, saya nak bertanya sama ada pihak kerajaan akan mengadakan program untuk menggalakkan supaya penerima moratorium tanpa faedah itu iaitu pemilik hartanah akan memanjangkan pula kepada golongan penyewa? Ini kalau kita baca apa yang telah berlaku di Germany ya, apabila diberikan moratorium pada pemilik hartanah, rumah, kilang dan sebagainya.

Mereka pula telah memanjangkan manfaat moratorium ini kepada penyewa rumah dan penyewa kilang kerana mereka ini lagi susah berbanding dengan golongan yang boleh dapat pinjaman untuk membeli hartanah.

Kalau boleh kerajaan fikirkan satu skim menggalakkan pemilik hartanah yang dapat moratorium tanpa faedah itu untuk tidak mengenakan sewa pada mereka yang menyewa rumah mereka ataupun paling kurang ada diskaun pada sewa-sewa itu. Apakah pandangan Timbalan Menteri? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:20 AM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kewangan mengambil pandangan Yang Berhormat Shah Alam tadi sebagai satu langkah yang ke hadapan apabila pemilik-pemilik hartanah mendapat moratorium yang diberikan oleh kerajaan. Mereka sepatutnya mempunyai rasa tanggungjawab untuk memastikan penyewa-penyewa yang terkesan juga mendapat bantuan hasil daripada moratorium.

final • 10:20 AM

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah

Namun demikian Yang Berhormat, kerajaan boleh menggalakkan mereka tetapi ia tertakluk kepada keputusan kerana perjanjian di antara penyewa dan pemberi sewaan itu adalah tertakluk kepada perjanjian asal. Namun demikian, kerajaan akan menggalakkan dan kementerian mengambil pandangan Yang Berhormat sebagai satu pandangan yang baik. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Galakan kerana Keluarga Malaysia, kempen yang telah dimulakan oleh Yang Berhormat Pandan dahulu. Semangat Keluarga Malaysia saling membantu. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih.

Pertanyaan tambahan kedua. Kalau tidak ada, saya teruskan dengan menjemput Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

*Hormati bahasa jiwa bangsa, Tamil, Melayu dan juga Cina, Itulah kebanggaan kita Keluarga Malaysia.

Soalan saya nombor tiga.*

final • 10:20 AM

3. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling] minta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan apakah ada perancangan untuk pihak kementerian menjadikan subjek pengurusan kewangan sebagai subjek mandatori di peringkat sekolah menengah bagi mengelak lebih ramai anak muda terdedah dengan masalah kewangan pada masa hadapan.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Pendidikan I - Dato’ Dr. Mah Hang Soon

Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha untuk memastikan kurikulum yang digubal relevan dengan keadaan semasa. Buat masa ini KPM tidak mewujudkan mata pelajaran khusus berkaitan pengurusan kewangan sebagai mata pelajaran mandatori. Walau bagaimanapun, elemen pengurusan dan perancangan kewangan merupakan satu daripada enam elemen dalam pendidikan kewangan yang telah diintegrasikan dalam kurikulum bermula daripada peringkat prasekolah hingga ke sekolah menengah.

Elemen pengurusan dan perancangan kewangan dalam pendidikan kewangan menerapkan pengetahuan dan kemahiran merancang dan mengurus kewangan peribadi di samping menerapkan nilai kewangan secara rasional dan bertanggungjawab.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengintegrasian elemen ini telah dilaksanakan dalam mata pelajaran teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam pada peringkat menengah rendah dan menengah atas. Elemen ini turut diintegrasikan dalam mata pelajaran elektif iaitu Ekonomi, Prinsip Perakaunan, Perniagaan, Sains Rumah Tangga dan Pertanian pada peringkat menengah atas.

Melalui pelaksanaan pengintegrasian elemen tersebut dalam mata pelajaran teras dan elektif, KPM yakin murid dapat mempelajari asas pengurusan kewangan yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Pendekatan ini secara tidak langsung akan melahirkan murid yang celik kewangan dan mendidik mereka daripada terdedah kepada masalah kewangan yang serius pada masa akan datang. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Soalan tambahan, sila Yang Berhormat Baling.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau kita tengok

final • 10:20 AM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

fakta, lebih 1,000 belia diiktiraf muflis baru-baru ini yang berumur di antara 18 hingga 35 tahun. Mereka telah dibankrapkan sepanjang tahun 2020 dan 2021.

Jadi soalan tambahan saya, di samping subjek Pengurusan Kewangan, adakah kementerian akan memperluaskan subjek Keusahawanan bagi mendidik pelajar-pelajar sekolah menengah tentang asas-asas berniaga dan juga fungsi agensi-agensi kerajaan yang ada di Malaysia, memandangkan ramai anak muda tidak tahu tentang kewujudan atau fungsi kewujudan sesuatu agensi yang bertujuan untuk membantu mereka khususnya dalam bidang keusahawanan?

Bagaimanakah KPM dapat memastikan pengintegrasian elemen pendidikan kewangan ini dapat dilaksanakan secara berkesan dengan anak-anak muda tidak terjebak dengan apabila- mereka ini kan naif, terlalu naif sampai nama-nama mereka disenaraihitamkan dalam CTOS, OCIS dan sebagainya. Umur 21 tahun, hendak pinjam loan motosikal pun nama sudah disenaraihitamkan dalam CTOS dan sebagainya. Jadi bagaimana berkesannya integrasi ini. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Dato’ Dr. Mah Hang Soon

Terima kasih kepada Yang Berhormat Baling. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan peringkat kewangan dalam kurikulum mata pelajaran diintegrasikan secara langsung dan merentas kurikulum bermula daripada peringkat prasekolah hingga ke sekolah menengah, sebagaimana yang telah saya terangkan tadi. Terdapat enam elemen pendidikan kewangan yang diintegrasikan dalam kurikulum persekolahan iaitu:

(i) wang sumber pendapatan dan kerjaya;

(ii) tanggungjawab dan membuat keputusan kewangan;

(iii) pengurusan dan perancangan kewangan;

(iv) simpanan dan pelaburan;

(v) pengurusan kredit dan hutang; dan

(vi) pengurusan risiko, perlindungan dan insurans.

Kesemua nilai ataupun elemen pendidikan kewangan ini telah diterapkan sebagaimana yang telah saya terangkan tadi. Jadi selain daripada itu, Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia untuk mengintegrasikan elemen tersebut dalam kurikulum persekolahan sebagaimana yang telah saya sebutkan tadi. Dalam proses penerapan tersebut, murid akan mempelajari apa yang telah kita bincangkan tadi iaitu nilai-nilai murni, cara pengendalian, pengurusan kewangan dan perancangan kewangan. Ianya akan menghindari mereka daripada terjebak dalam keadaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Baling. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua, sila Yang Berhormat Kulim- Bandar Baharu.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya tertarik dengan soalan asal Yang Berhormat Baling berkenaan dengan pengurusan kewangan ataupun lebih menjurus kepada literasi kewangan. Saya mendengar jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, soalan tambahan saya begini. Di luar sana, corak negara kita ini adalah, hutang isi rumah penduduk adalah di antara yang paling tinggi. Kalau tidak di Asia pun, di Asia Tenggara. Kita ini penduduk mengalami hutang isi rumah yang tinggi. Itu satu.

Yang kedua, kadar yang diisytiharkan muflis seperti yang disebut oleh sahabat saya Yang Berhormat Baling. Soalan Yang Berhormat Menteri. Apakah memadai dengan kurikulum sekarang yang telah Yang Berhormat Timbalan Menteri jelaskan, apakah Kementerian Pendidikan bersedia untuk melonjak daripada keadaan sekarang untuk melakukan ubahsuaian terhadap kurikulum supaya ianya tailored ataupun bersesuaian dengan masalah yang sedang dialami oleh masyarakat? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kulim - Bandar Baharu. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:20 AM

Dato’ Dr. Mah Hang Soon

Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

Sebenarnya ada tiga elemen atau unsur yang sangat penting bila mana kita menerapkan pengetahuan ataupun pendidikan cilik kewangan ini. Yang pertama adalah pengetahuan, kedua adalah kemahiran, ketiganya adalah yang paling penting saya rasa adalah nilai murni yang perlu kita terapkan, termasuklah sifat bertanggungjawab dalam pengurusan dan selain daripada apa yang saya sebutkan tadi.

Jadi, saya pasti dengan apa nilai-nilai yang telah kita terapkan tadi, dan juga dengan kerjasama dan apa yang mereka pelajari daripada ibu bapa mereka, kalaulah dapat kita wujudkan satu masyarakat dengan nilai-nilai yang telah saya sebutkan tadi, maka sudah tentunya ianya dapat menghindarkan murid kita daripada terjebak dalam apa yang disebutkan tadi. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin teruskan...

final • 10:20 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua, tambahan satu soalan lagi. Padang Serai.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Tidak perlu. Saya menjemput Pandan, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

final • 10:20 AM

4. Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail [Pandan] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan kelangsungan institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang kebanyakannya dilaporkan memerlukan bantuan disebabkan tidak dapat beroperasi seperti biasa dalam tempoh 12 hingga 18 bulan ini disebabkan oleh SOP berkaitan COVID-19.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi menjawab dalam masa tiga minit.

final • 10:20 AM

Menteri Pengajian Tinggi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Pandan. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan amat prihatin dan memahami kesan yang dirasai oleh IPTS akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara ketika ini. Dalam mendepani perkara ini, KPT telah mengambil beberapa langkah strategik bagi memastikan IPTS dapat meneruskan operasi sepanjang tempoh pandemik. Antaranya adalah yang pertama, menubuhkan pasukan PEMUDA IPTS.

final • 10:20 AM

Menteri Pengajian Tinggi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Pasukan ini bertindak mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi IPTS serta mencadangkan penyelesaian terbaik berbentuk jangka pendek, sederhana dan panjang agar IPTS dapat bergerak maju dan bersaing di peringkat nasional mahupun global.

Terdapat 37 inisiatif telah dikenal pasti untuk dilaksanakan. Sebanyak enam daripadanya berbentuk jangka pendek sedang dilaksanakan dan dijangka selesai Disember 2021.

Manakala yang kedua pula adalah melaksanakan program Penjana KPT-CAP IPTS berbentuk reskilling dan upskilling disasarkan kepada graduan IPTS yang belum mendapat pekerjaan selepas bergraduat. Pihak IPTS diberi tanggungjawab untuk mengendalikan latihan dan kerjasama dengan pihak industri bagi menawarkan pekerjaan kepada peserta sebaik saja mereka menamatkan kursus. Sehingga 25 Oktober 2021, sebanyak 89 program dengan nilai RM18.8 juta telah diluluskan kepada 16 buah IPTS yang mengemukakan permohonan.

Selain daripada itu, melibatkan juga sesi libat urus dan konsultasi antara IPTS dengan persatuan IPTS dan juga dengan KPT. Seterusnya, memperkukuhkan penggunaan sistem e-IPTS.

Kita juga di peringkat KPT menyediakan self-test COVID-19 kepada pelajar di IPTS. Di sini saya hendak maklumkan, hampir 350,000 selt-test COVID-19 kepada IPTS telah kita berikan. Tujuannya adalah untuk pastikan keselamatan pelajar.

final • 10:30 AM

Menteri Pengajian Tinggi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Kemudahan bantuan dan pinjaman kewangan juga kita siapkan melalui kemudahan pinjaman PTPTN kepada pelajar yang berkelayakan. Wang pendahuluan pinjaman sebanyak RM1,500 kepada pelajar IPTS telah diperkenalkan tahun ini untuk membantu menampung sebahagian perbelanjaan mereka. Terima kasih banyak.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih. Soalan tambahan pertama. Sila Yang Berhormat Pandan.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Pandan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana saya tengok adalah juga pelan-pelan untuk jangka pendek dan jangka panjang.

Akan tetapi saya hendak tanya, kerana mengikut apa yang dijangkakan, 10 peratus daripada IPTS akan tutup, iaitu “gulung tikar”. Daripada 440 itu, dianggarkan 40 sudah ditutup manakala 30 lagi juga akan ditutup. Apakah kerajaan mempertimbangkan pelepasan cukai, tax holiday selama dua tahun bagi membantu IPTS meneruskan kelangsungan dalam situasi COVID-19 yang melanda?

Akan tetapi, saya juga tahu bahawa kadang IPTS ini ada yang kualitinya dipertikaikan. Jadi kita mesti memilih yang mana yang boleh kita tolong.

Akan tetapi juga, apabila pelajar-pelajar ini terutama dari kumpulan B40 dan juga M40. Ketika ini PTPTN tidak memberikan mereka dana yang cukup untuk sara hidup. Jadi kalau pelajar pilih kelangsungan hidup, dia kena fikirkan win-win situation ya. Lagi satu, IPTS untuk tujuan pendidikan tetapi juga memerlukan student-student itu yang kita hendak dimasukkan. Ini kerana kalau IPTS itu boleh diberikan kelonggaran seperti diturunkan yuran pengajian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pandan. Sila, Yang Berhormat Menteri. Satu minit.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad

Terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat daripada Pandan. Memang kementerian tidak nafikan ada beberapa IPTS yang telah ditutup disebabkan― tapi kebanyakannya adalah berstatus kolej. Itu atas dasar permohonan dan permintaan secara sukarela oleh pihak kolej yang memohon untuk ditutup. Akan tetapi, pihak KPT sentiasa memberi peluang kepada kolej ini untuk memperbaiki pengurusan masing-masing.

Inisiatif pengurangan cukai juga dibincangkan di dalam PEMUDAH IPTS. Ia salah satu daripada 37 inisiatif yang telah dicadangkan oleh PEMUDAH IPTS dalam tujuan untuk membantu IPTS berkenaan.

Walau bagaimanapun, KPT telah memanjangkan cadangan ini untuk pertimbangan pihak Kementerian Kewangan. Untuk makluman Yang Berhormat juga, KPT masih lagi membuat libat urus dengan MOF agar dapat mempertimbangkan permohonan yang dikemukakan oleh PEMUDAH IPTS.

Mengenai pengurangan yuran pula, untuk makluman Yang Berhormat juga, kita telah menetapkan moratorium di mana kenaikan yuran di IPTS ini tidak dibenarkan sehingga 31 Disember 2021. Ada IPTS yang telah memberi pengurangan yuran, contoh, sebanyak RM520 dan diberi laptop percuma kepada pelajar B40 dan pelbagai inisiatif yang diberikan kepada pelajar IPTS.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, pengurusan IPTS ini sebenarnya di bawah Akta Syarikat. Akan tetapi, engagement sentiasa kita buat bersama dengan IPTS- IPTS berkenaan. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu

Tangga Batu, Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Soalan tambahan kedua. Saya jemput Yang Berhormat Beaufort.

final • 10:30 AM

Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Menteri, adakah kerajaan memberikan bantuan pinjaman yang mudah kepada IPTS yang terjejas disebabkan oleh

final • 10:30 AM

Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

COVID-19? Kalau ada, berapa ramai yang mendapatnya dan berapakah jumlah kewangan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan untuk membantu IPTS ini? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila, Yang Berhormat Menteri.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort atas keprihatinan Yang Berhormat terhadap IPTS di Malaysia ini.

Untuk makluman Yang Berhormat, engagement seperti yang saya nyatakan tadi, telah dijalankan melalui PEMUDAH IPTS. Waktu yang sama juga, Yang Berhormat juga maklum selaku Pengerusi MARA, ada kerajaan melalui PENJANA juga telah memperuntukkan sejumlah dana melalui KPLB dan MARA untuk membantu IPTS Bumiputera yang terlibat. Jadinya, secara langsungnya di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), kita hanya memudah cara dan, insya-Allah, kita akan memanjangkan― dan kita anggap IPTS ini adalah satu daripada industri yang berpotensi di Malaysia ini. Terima kasih banyak.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 10:30 AM

5. Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Menteri Tenaga dan Sumber Asli menyatakan langkah-langkah yang diambil terhadap mitigasi kawasan bencana tahap 1 di Gunung Jerai baru-baru ini.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Ali anak Biju

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jerai.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membahagikan pengurusan bencana kepada tiga tahap mengikut skala kejadian dan penyelarasannya iaitu tahap satu di peringkat daerah, tahap dua di peringkat negeri dan tahap tiga di peringkat negara.

Kejadian tanah runtuh dan aliran puing yang melanda Gunung Jerai pada 18 Ogos 2021 merupakan kejadian bencana setempat yang terkawal dan tiada potensi merebak menjadikan pengurusannya mengikut pengurusan bencana tahap satu di bawah penyelarasan Pegawai Daerah Yan.

Kementerian ini dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan agensi tindak balas yang berkaitan dalam menjalankan aktiviti mitigasi bencana yang diperlukan di kawasan yang terjejas akibat kejadian bencana di Gunung Jerai.

Sehingga kini, JMG telah melaksanakan analisa geologi, geomorfologi dan geologi kejuruteraan bagi mengenal pasti lokasi cerun di Gunung Jerai yang berisiko terjadi tanah runtuh serta pemetaan aliran puing termasuk mengenal pasti ciri-ciri aliran puing yang terjadi.

Di samping itu, JMG juga sedang mengenal pasti tapak-tapak yang bersesuaian di Gunung Jerai bagi membangunkan sistem amaran awal bencana.

JMG turut mengadakan program-program pemerkasaan komuniti dan kesiapsiagaan masyarakat setempat bagi mengurangkan kesan buruk bencana geologi ke atas masyarakat.

JMG juga sedang menyediakan Laporan Pemetaan Bahaya dan Risiko Cerun di Gunung Jerai, Kedah yang diserahkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara

(NADMA) pada 26 November 2021. Laporan tersebut akan membantu pihak NADMA menentukan hala tuju mitigasi yang sesuai dilakukan di kawasan tersebut.

Dalam masa yang sama, KeTSA melalui JMG bersama dengan Kerajaan Negeri Kedah akan melaksanakan projek pemetaan kawasan bencana geologi di Gunung Jerai, Kedah bagi mengkaji kejadian tersebut dengan lebih terperinci dan mengenal pasti langkah-langkah mitigasi tambahan yang diperlukan serta pemasangan sistem amaran awal bencana geologi di tempat kejadian. Ini bagi memastikan keselamatan penduduk di

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Ali anak Biju

kawasan terjejas dapat dijaga dan jika berlaku semula akan mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila Yang Berhormat Jerai, soalan tambahan pertama.

final • 10:30 AM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan.

final • 10:30 AM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Alhamdulillah, pihak kami merasa lega sebab daripada jawapan yang diberikan tadi, potensi untuk merebak runtuhan-runtuhan cerun tidak akan berlaku lagi. Soalan saya, mohon penjelasan tentang langkah-langkah intensif jangka pendek oleh pihak kementerian dengan kosnya sekali dan apakah status bantuan yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini sebanyak RM75 juta. Sekian.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

final • 10:40 AM

Datuk Ali anak Biju

Terima kasih Yang Berhormat Jerai di atas soalan tambahan. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 23 Ogos 2021 telah mengumumkan bantuan sebanyak RM75 juta bagi membantu negeri Kedah membaiki segala kemudahan awam dan infrastruktur di Yan dan Merbok yang rosak akibat terjadi kepala air tersebut.

Dana tersebut disalurkan kepada Kementerian Alam Sekitar (KASA) bagi kerja- kerja naik taraf sungai dan sistem aliran pembinaan dua jambatan baru, pembinaan intake loji rawatan air, pembinaan Empangan Sabo dan kerja pembaikan kemudahan pelancongan desa serta kerja baik pulih bekalan air. Perincian projek tersebut boleh dirujuk kepada KASA.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, bagi skop KeTSA, KeTSA sedang menjalankan projek pemetaan kawasan bencana geologi di Gunung Jerai di mana pada tahun 2021, sebanyak RM848,000 peruntukan telah disediakan bagi kerja-kerja pemetaan lapangan tanah runtuh dan aliran puing. Sebanyak RM500,000 bagi pembinaan infrastruktur tolok hujan automatik dan untuk persediaan pembinaan sistem amaran awal tanah runtuh sebanyak RM300,000.

Pada tahun 2022, sebanyak RM3,392,000 diperlukan bagi kerja-kerja pengumpulan data tapak lapangan. Sebanyak RM3,050,000 untuk cadangan reka bentuk kaedah mitigasi tanah runtuh, pembangunan sistem amaran awal tanah runtuh dan konsep pemerkasaan komuniti, RM100,000 serta penyediaan laporan peta sebanyak RM50,000.

KeTSA akan memperuntukkan sebanyak RM100,000 daripada peruntukan sedia ada untuk melaksanakan skop kerja tahun 2021 di mana peruntukan akan disalurkan kepada GMG Kedah, Perlis, Pulau Pinang yang dilantik sebagai agensi pelaksana. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua, sila Yang Berhormat Papar.

final • 10:40 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya ingin menyampaikan perasaan orang-orang di P.175 Papar. Kesian, dia cakap. Kesian, kesian, kesian. Ini macam filem P.Ramlee.

Tuan Yang di-Pertua, di Parlimen Papar, kami sentiasa berhadapan dengan masalah alam sekitar di mana banyak tebing sungai yang runtuh mengakibatkan beberapa buah rumah, begitu juga jalan raya yang terputus apabila terjadinya hujan. Saya merayu, sebelum masalah ini menjadi barah tahap empat kepada kementerian untuk mengambil inisiatif atau mengatasi masalah ini supaya orang-orang di Papar, di tempat- tempat yang terlibat itu dapat tidur dengan nyenyaknya.

final • 10:40 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Kampung-kampung yang terlibat ialah Kampung Pengalat Besar, Kampung Pengalat Kecil, Kampung Beringgis, Kampung Kawang, Kampung Kinuta, Kampung Limbahau, Kampung Lakut, Kampung Surati dan juga Kampung Tamoi. Inilah kampung- kampung yang sangat-sangat memerlukan perhatian daripada kerajaan Keluarga Malaysia. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Papar, soalan tak berkaitan dengan soalan asal ini. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, nak ulas?

final • 10:40 AM

Datuk Ali anak Biju

Terima kasih Yang Berhormat Papar akan keprihatinan kepada penduduk-penduduk di kawasan Papar. Saya amat setuju dengan pendapat yang diberikan oleh Yang Berhormat Papar kerana masalah bencana banjir ini boleh memberi kesan yang buruk kepada rakyat dan saya rasa kementerian yang terbaik untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Papar adalah Kementerian KASA iaitu melalui Jabatan Pengairan dan Saliran. Ini juga bergantung kepada kedudukan semasa kewangan dan ini bergantung pada Kementerian Kewangan juga. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Yang Berhormat Timbalan Menteri, ini berkenaan dengan tanah runtuh. Banyak sekali tanah runtuh.

final • 10:40 AM

Datuk Ali anak Biju

Tanah runtuh, kita daripada KeTSA sedia menyediakan khidmat nasihat teknikal di kawasan tanah runtuh tersebut dan untuk menyediakan khidmat nasihat itu, kita akan bekerjasama melalui Kerajaan Negeri Sabah dan kita memang bersedia memberi kerjasama khidmat teknikal tersebut tetapi actual work, kerja yang sebenarnya dijalankan oleh KASA. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Ya, okey. Yang penting, tebing-tebing sungai yang runtuh itu kita dapat selesaikan secepat mungkin sebelum dia merebak ke tempat-tempat lain lagi. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Ali anak Biju

Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Papar, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:40 AM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya tanya satu lagi soalan?

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya buka soalan tambahan yang ketiga kepada Yang Berhormat Merbok.

final • 10:40 AM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua sebab berlaku juga limpahan itu kepada kawasan Parlimen Merbok. Saya cuma ingin dapatkan apakah dapatan awal GMG, punca kejadian di Yan tersebut. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

final • 10:40 AM

Datuk Ali anak Biju

Punca sebenar kejadian tersebut adalah disebabkan oleh hujan yang turun terlalu lebat dalam masa yang singkat. Perkara ini jarang berlaku, ini mungkin disebabkan oleh kejadian fenomena pertukaran iklim yang berlaku. Itu sahaja yang saya boleh jawab untuk kejadian tersebut. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan Jawab Lisan seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Sri Gading.

final • 10:40 AM

Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh - Sri Gading

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, orang Batu Pahat. Saya, Sri Gading. Saya nak berpantun sikit untuk Tuan Yang di-Pertua, sila jawab, sila balas.

Ujian RTK Parlimen terlalu kerap, Penjawat awam, cikgu-cikgu tak pula dibuat, Soalan enam, silakan jawab, Amalan hijau jadi penyelamat.

final • 10:40 AM

6. Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh [Sri Gading] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan apakah inisiatif kementerian dalam meningkatkan amalan hijau dalam sektor pertanian bagi meminimumkan impak terhadap alam sekitar.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II - Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Sri Gading yang memulakan dengan pantun dan saya beli pantun tersebut.

Kucing selasih siapa yang punya, Harimau jantan berjalan tenang, Terima kasih Sri Gading sudi bertanya, Dengarlah jawapan di nombor yang keenam. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tempoh 10 tahun akan datang, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah merangka Dasar Agromakanan 2021-2030 (DAN 2.0) telah merangka inisiatif-inisiatif dalam meningkatkan amalan hijau dalam sektor pertanian bagi meminimumkan impak terhadap alam sekitar seperti berikut:

(i) meningkatkan penerima gunaan pensijilan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) dan Skim Pensijilan Organik Malaysia (myOrganic) bagi sektor tanaman, perikanan dan juga ternakan;

(ii) MAFI menggalakkan pemuliharaan biodiversiti dan sumber asli termasuk sumber air melalui pemerkasaan perancangan bagi pembangunan projek agromakanan di kawasan sensitif alam sekitar dan pengurusan perosak secara bersepadu, Integrated Pest Management (IPM) iaitu kawalan perosak secara biologi dengan penggunaan bahan kimia yang paling minimum;

(iii) meningkatkan penggunaan teknologi dalam program pertanian bandar atau kebuniti dalam kalangan masyarakat yang dapat menghijaukan persekitaran dengan tanaman makanan menggunakan kaedah fertigasi;

(iv) melaksanakan penanaman dalam persekitaran terkawal

(controller environment farming) seperti kilang tanaman di dalam bangunan dengan kawalan cahaya, suhu, kelembapan dan sebagainya mengikut keperluan tanaman;

(v) menggalakkan penggunaan baja organik dan mikroorganisma berfaedah yang lebih mesra alam dan bersifat semula jadi serta melaksanakan pengurusan nutrien lokasi spesifik di kawasan jelapang padi bagi mengenal pasti dan membuat pengesyoran pembajaan mengikut status kesuburan tanah;

(vi) menggalakkan aktiviti mengompos sisa tanaman untuk dijadikan baja organik; dan

(vii) menggalakkan penggunaan sistem reban tertutup bagi industri unggas untuk mengurangkan masalah pencemaran bau dan air serta kaedah penternakan babi secara moden (modern pig farming) dan strategi-strategi ke arah pertanian mampan turut disokong dengan penyediaan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara.

Sekian, terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila Yang Berhormat Sri Gading, soalan tambahan pertama.

final • 10:50 AM

Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh - Sri Gading

Terima kasih atas jawapan.

Saya dengar jawapan Tuan; Air dan tanah Tuan sebutkan; Banyak rancangan telah dinyatakan; Tapi pelaksanaan masih tak kelihatan. Tuan Yang di-Pertua, penggunaan racun sintetik dan baja kimia di ladang-ladang ataupun di kawasan-kawasan pertanian telah menyebabkan air dan tanah menjadi begitu toksik. Bacaan pH sepatutnya di skala enam atau tujuh, tetapi di kawasan saya di mana saya tinggal, kawasan pedalaman, pH sudah menunjukkan nilai dua ataupun tiga.

Maknanya air dan tanah begitu acidic, begitu asid sekali. Ikan tidak boleh hidup di air, di tali-tali air, di parit-parit, sudah tidak boleh hidup, mati semua.

Kalau kita hendak bandingkan dengan zaman kita 50 tahun dahulu, ada ikan, ada cacing dan sebagainya. Bumi mati, cacing pun tidak ada, tanaman kita hendak tanam pun susah hendak hidup. Jadi apa yang saya hendak katakan di sini, apakah inisiatif sebenar kerajaan dan juga kementerian untuk memulihkan tanah dan air yang begitu toksik ini? Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.

final • 10:50 AM

Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh

Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Kalau kata P. Ramlee, kalau tidak nampak itu tanda hendak mati. Saya kira insya- Allah Yang Berhormat Sri Gading panjang umur, insya-Allah. Cuma, langkah-langkah yang sedang diambil oleh pihak kerajaan sebagai contoh di kawasan sawah padi yang memang kerosakan tanah berlaku sebelum daripada ini, maka proses untuk memulihkan tanah, memulihkan air, kerajaan telah memperkenalkan SMART SBB di mana syarikat-syarikat swasta dengan kerjasama daripada agensi kerajaan telah memulihkan tanah dengan cara yang sangat berkesan. Saya kira Yang Berhormat Sri Gading boleh pergi ke mana-mana tempat SSB ini. Insya-Allah akan...

final • 10:50 AM

Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh - Sri Gading

Di kawasan Sri Gading ada apa?

final • 10:50 AM

Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh

Insya-Allah, pihak kerajaan akan terus melaksanakan dasar-dasar ini. Sebagaimana yang saya sebut, ada tujuh- rangka, dalam jawapan tadi, kerajaan memberi keutamaan untuk sektor pertanian, penternakan dan juga perikanan. Saya yakin sebahagian daripada ini akan terus dilaksanakan.

Untuk makluman Yang Berhormat Sri Gading, sebahagian daripadanya telah pun dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan saya sendiri turun dalam perancangan ini. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Alor Gajah. Sila Yang Berhormat Alor Gajah.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat gembira mendengar tujuh inisiatif yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Setiap kali kita dengar dasar itu nampaknya jelas. Inisiatif itu separuh faham, separuh tidak faham. Hari ini, setakat ini kita telah berbelanja berbilion- bilion Ringgit dalam sektor pertanian contohnya. Adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh menyenaraikan impak-impak yang telah kita capai setakat ini dengan tujuh inisiatif itu? Terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Alor Gajah. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

final • 10:50 AM

Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh

Terima kasih kakanda saya Yang Berhormat Alor Gajah yang sangat prihatin dengan pertanian.

final • 10:50 AM

Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh

Untuk makluman Yang Berhormat, antara input yang telah kita terima apabila kita perkenalkan tujuh inisiatif daripada pihak kerajaan antaranya, secara detil saya akan bagi secara bertulis. Antaranya kita memperkenalkan SMART SBB.

SMART SBB ini apabila kita perkenalkan dengan kita baik pulih tanah, dengan kita menggunakan kaedah perairan yang berteknologi, alhamdulillah sebagai contoh di Pendang saya hadir baru-baru ini, daripada hasil padi biasanya sekitar dua tan metrik untuk satu hektar, alhamdulillah ia mencecah 7.9 tan per hektar. Banyak lagi tempat lain yang kita buat. Insya-Allah senarai yang lain dari sudut fertigasi, dan seumpamanya, saya akan bagi secara bertulis. Kesannya sangat baik Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah

Boleh tambah sedikit?

Dalam menjawab secara bertulis, saya memohon supaya Kementerian Pertanian dan Industri Makanan memberi angka- gross operating surplus, dan juga sumbangan kepada KDNK terhadap pelaksanaan inisiatif-inisiatif. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh

Baik, insya-Allah. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya bagi satu lagi soalan tambahan. Yang Berhormat Jempol.

final • 10:50 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Aktiviti pertanian sememangnya tidak terkecuali daripada menjejaskan alam sekitar di mana penggunaan racun serangga, racun kimia, menebang hutan dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, perkara ini diberi perhatian menerusi fokus kelapan Rancangan Malaysia Kedua Belas. Jadi saya hendak tahu keadaan, bagaimana kita dapat merealisasikan keadaan ini bilamana kawalan peratus daripada segi penggunaan baja kimia ini.

Adakah kementerian bercadang ingin meletakkan peratus penggunaan baja kimia di mana kita mengamalkan baja organik untuk kita memelihara struktur tanah, alam sekitar dan sebagainya? Bagaimanakah kerjasama dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air untuk kita dapat menterjemahkan perkara tersebut? Mohon Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Sila.

final • 10:50 AM

Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh

Terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat Jempol.

Untuk makluman Yang Berhormat, penggunaan racun dan baja yang berasaskan kepada organik memang kita perkenalkan secara sungguh-sungguh kepada pengguna.

Cuma kita berhadapan dengan sedikit masalah yang insya-Allah, pihak MAFI akan selesaikan masalah ini. Antara yang besar iaitu penggunaan baja dan racun organik atau bioorganik ini dari sudut kosnya.

Kosnya agak tinggi menyebabkan petani-petani kita ini dia kira mana benda yang murah tanpa dia memahami bahawa penggunaan baja secara organik dan pemulihan tanah juga secara organik sebenarnya ia menghasilkan hasil tanaman yang berganda, lebih baik daripada dia menggunakan baja-baja yang lama.

Pihak kerajaan insya-Allah, akan memberi penjelasan, penerangan dalam isu ini.

Saya khususnya mengharapkan kepada semua para petani, pesawah dan seumpamanya mengambil perhatian dalam isu ini. Sekian, terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Pertanyaan seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari, Pasir Mas.

final • 10:50 AM

7. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan, adakah kementerian mempunyai cadangan untuk mewujudkan bangunan dan lokasi Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas yang sehingga ke hari ini masih lagi menumpang di bangunan milik sebuah sekolah menengah.

final • 10:50 AM

Timbalan Menteri Pendidikan I - Dato’ Dr. Mah Hang Soon

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa komited dalam usaha menyediakan prasarana dan kemudahan infrastruktur pendidikan kepada semua warga pendidikan di seluruh negara.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM telah merancang untuk membina bangunan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas, Kelantan yang baharu di atas tapak berstatus hak milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi mengatasi isu menumpang di bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim 2.

Tapak yang telah dikenal pasti ini merupakan kawasan bendang yang memerlukan kerja-kerja awal rawatan tanah sebelum pembinaan bangunan boleh dilaksanakan. KPM akan mengemukakan permohonan peruntukan untuk kerja-kerja rawatan tanah di tapak tersebut untuk pertimbangan agensi Pusat. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih. Soalan tambahan. Sila Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 10:50 AM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang saya kira cukup melegakan kepada warga pendidik di Pasir Mas khususnya. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi telah pun saya dengar disebut-sebut oleh warga pendidik.

final • 10:50 AM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Cumanya, adakah timeline? Kalau boleh diletakkan sasaran untuk kalau boleh kita letakkan tarikh untuk dimulakan pembinaan atau sekurang-kurangnya tarikh yang dapat disiapkan supaya ia memberikan satu berita gembira kepada kami di Pasir Mas dan juga saya lihat bagaimana bajet yang untuk penyelenggaraan sekolah Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya lihat bahawa bajet untuk penyelenggaraan sekolah-sekolah juga nampaknya masih belum turun terutama di Pasir Mas dengan atapnya, dengan prasarana yang tidak terjaga.

Boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi komen sikit. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:00 AM

Dato’ Dr. Mah Hang Soon

Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Mas.

Menjawab soalan Yang Berhormat Pasir Mas mengenai timeline. KPM akan mengemukakan permohonan peruntukan untuk kerja-kerja rawatan tanah di tapak tersebut dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas, Rolling Plan Ketiga, tahun 2023.

Permohonan ini adalah tertakluk kepada kelulusan oleh agensi pusat dan kedudukan kewangan kerajaan. Setelah kerja-kerja rawatan tanah selesai dilaksanakan, KPM akan memohon peruntukan untuk pembinaan bangunan baharu dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas, Rolling Plan Keempat, tahun 2024.

Mengenai bajet penyelenggaraan bagi tempoh tahun 2016 sehingga 2021, bilangan sekolah yang telah diselenggarakan serta jumlah peruntukan yang telah disalurkan KPM untuk penyelenggaraan sekolah-sekolah di Parlimen Pasir Mas adalah seperti berikut:

TahunBilangan SekolahJumlah Peruntukan (RM)
201612220000
20171435000020188310000
final • 11:00 AM

Dato’ Dr. Mah Hang Soon

201942.83 juta
2020151.2 juta
20215580,000

Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua, saya jemput...

final • 11:00 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar.

final • 11:00 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Ledang.

final • 11:00 AM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Machang.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Ledang.

final • 11:00 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Saya lihat sebenarnya kebanyakan masalah daripada apa yang berlaku berkenaan dengan mewujudkan bangunan ini ialah masalah pelaksanaan. Apa yang disebut tadi PPD di Pasir Mas, begitu juga PPD di Tangkak..

final • 11:00 AM

Dato’ Dr. Mah Hang Soon

Ya saya tahu.

final • 11:00 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Masih lagi menumpang bangunan milik sekolah menengah, jadi tidak selesai-selesai. Saya minta supaya satu tindakan tegas diambil. Kedua, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Saya ingin bertanya sedikit berkait dengan soalan ini juga berkenaan dengan, apakah langkah kerajaan untuk memanfaatkan PPD sebagai satu one stop centre untuk menangani dan menyelesaikan masalah berkaitan dengan PdPR serta Didik TV, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini kerana, ia telah dicadangkan oleh Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional sejak bulan April yang lepas.

Terima kasih.

final • 11:00 AM

Dato’ Dr. Mah Hang Soon

Terima kasih kepada Yang Berhormat Ledang. Usaha sentiasa diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan keselesaan dan perkhidmatan yang terbaik daripada segi pembelajaran diberikan dapat kita sampaikan kepada murid. Jadi untuk itu, memang tidak dinafikan masih ada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang masih menumpang di sekolah dan banyak lagilah usaha yang perlu dilaksanakan ke arah tersebut, itu yang pertama.

Kedua, mengenai kewujudan one stop centre (OSC) daripada segi pelaksanaan PdPR dan sebagainya. Ini sebenarnya telah saya terangkan tadi iaitu usaha sentiasa diambil termasuklah libat urus dengan NGO, dengan pelbagai pihak untuk memastikan pelaksanaan PdPR yang terbaik untuk anak murid kita. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Pertanyaan seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Puan Teo Nie Ching, Kulai.

final • 11:00 AM

8. Puan Teo Nie Ching [Kulai] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, bila bantuan bulanan RM1,000 JKM untuk golongan OKU akan dilaksanakan.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui JKM telah menyediakan bantuan kewangan kebajikan untuk meringankan beban kumpulan sasar buat sementara waktu sehingga mereka mampu untuk keluar daripada kepompong kemiskinan dan hidup berdikari.

Bantuan kebajikan yang diberikan bukan untuk menampung kos sara hidup sepenuhnya, sebaliknya adalah membantu meringankan beban kewangan yang dialami.

Antara kenaikan kadar-kadar skim yang telah dilaksanakan di bawah JKM yang melibatkan orang kurang upaya, warga emas dan keluarga miskin iaitu Bantuan Kanak- kanak daripada RM100 kepada RM150 dan maksimum RM1,000 untuk satu keluarga.

Kenaikan ini memanfaatkan seramai 63,183 orang keluarga miskin melibatkan kos sebanyak RM206.3 juta.

Bantuan Penjaga OKU/Pesakit Terlantar iaitu daripada RM350 kepada maksimum RM500 yang memanfaatkan seramai 25,835 orang penjaga OKU dan pesakit terlantar sebanyak RM106.8 juta. Bantuan OKU tidak berupaya bekerja iaitu daripada RM250 dinaikkan kepada RM300 sebulan dan kenaikan ini memanfaatkan seramai 83,929 OKU yang melibatkan peruntukan sebanyak RM202.5 juta.

Elaun pekerja OKU daripada RM400 kepada RM450 dan memanfaatkan seramai 92,265 OKU dengan kos sebanyak RM329.6 juta. Begitu juga kenaikan pada Bantuan Warga Emas daripada RM350 kepada RM500 sebulan yang melibatkan kos sebanyak RM559.2 juta. Jadi, setakat ini seramai 513.054 orang penerima yang melibatkan kos RM1.6 bilion.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, konsep pelaksanaan kenaikan bantuan JKM adalah lebih berfokus kepada keperluan isi rumah merujuk kepada penggabungan bantuan mengikut keperluan sesuatu isi rumah yang mempunyai pelbagai kategori seperti warga emas, orang kurang upaya, ibu tunggal yang mempunyai anak yang berumur bawah daripada 18 tahun serta pesakit kronik. Sekiranya sebuah isi rumah itu mempunyai kriteria yang ditetapkan, maka dia boleh menerima lebih daripada RM1,000 sebulan.

Contoh sekiranya di dalam rumah itu ada warga emas, ada OKU tidak bekerja, ada ibu tunggal, ada empat orang anak, maka bantuan yang diterima antara RM1,900 sebulan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jawapan yang panjang tetapi tidak menjawab soalan kerana di sini saya hendak ingatkan Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa pada 3 Disember 2020 last year, bersempena Hari OKU Sedunia. Pada masa itu, mantan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, janji bahawa bantuan bulanan JKM yang pada masa ini berjumlah antara RM200 dan RM300 kepada mereka yang layak dinaikkan ke RM1,000. Saya akan pastikan cadangan ini dapat dilaksanakan segera.

Facebook post ini masih di dalam Facebook bekas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Pagoh. Jadi saya hendak tanya di sini, semasa pengumuman dibuat Yang Berhormat Timbalan Menteri juga merupakan Timbalan Menteri dalam kementerian yang sama. Jadi, sejak 3 Disember 2020 sampai hari ini, sudah hampirlah 11 bulan, apakah usaha kementerian dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk memastikan bahawa cadangan RM1,000 sebulan ini dapat dilaksanakan?

Ataupun Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak cakap di dalam Dewan Rakyat ini bahawa janji yang dibuat, cadangan yang dibuat oleh mantan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada masa itu ialah satu janji yang kosong. Ataupun kita perlu mintalah Dewan Bahasa dan Pustaka untuk pinda definisi “segera”. Segara itu bukan maksudnya tiga minit lagi, segera ini ialah maksudnya lebih daripada satu tahun. Minta jawapan.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kulai.

final • 11:00 AM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan.

final • 11:00 AM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Saya telah sebut tadi bagaimana bantuan yang kita laksanakan ini adalah dalam bentuk isi rumah sebuah keluarga. Kalau kita lihat usaha yang telah dibuat oleh kementerian – kita telah berusaha menghantar dan mengangkat cadangan kenaikan kadar bantuan JKM kepada pihak Kementerian Kewangan.

Sebagaimana yang kita maklum, tertakluk kepada kelulusan dan kedudukan kewangan kerajaan. Sekiranya kita naikkan, saya bagi contoh, apabila kita naikkan RM1,000 ia melibatkan kos kerajaan yang sangat besar. Jadi sebab itulah apa yang kita laksanakan ini tertakluk kepada kelulusan yang telah diberikan oleh pihak MOF dan kerajaan.

final • 11:00 AM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Jadi maksudnya janji yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri pada masa itu merupakan satu janji yang tidak realistik dan juga janji kosong?

final • 11:10 AM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Yang Berhormat, saya sudah jawab tadi.

final • 11:10 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Janji kosong.

final • 11:10 AM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Setuju tidak Timbalan Menteri, maksudnya...

final • 11:10 AM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Yang Berhormat, saya sudah jawab tadi.

final • 11:10 AM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Janji yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri pada masa itu adalah satu janji yang tidak realistik.

final • 11:10 AM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Janji bukan kitab suci.

final • 11:10 AM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Yang Berhormat, saya sudah jawab tadi. Saya telah maklumkan tadi ialah pelaksanaan ini tertakluk kepada jumlah keseluruhan bantuan untuk satu keluarga.

final • 11:10 AM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Bekas Perdana Menteri janji segera, apakah maksud segera Timbalan Menteri? Kalau perlu buat kajian lagi, bergantung kepada kemampuan kerajaan, kenapakah hendak janji segera? Itu soalan saya.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, Yang Berhormat Kulai. Sebab satu soalan telah pun dijawab tadi. Untuk soalan tambahan yang kedua saya jemput Yang Berhormat Tumpat.

final • 11:10 AM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Walaupun Yang Berhormat Kulai nampaknya tidak faham jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri tetapi saya merasakan jawapan yang cukup baik, jelas.

final • 11:10 AM

Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim

Yang Berhormat Tumpat, tanya soalan lah.

final • 11:10 AM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Soalan Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya, saya sudah bagi- soalan.

final • 11:10 AM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Di samping kriteria-kriteria yang disebut Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, apakah syarat yang dikenakan bagi menerima bantuan tersebut dan adakah kementerian bercadang untuk mewujudkan talian hotline khusus untuk golongan OKU yang tidak mampu bergerak bagi memudahkan mereka untuk mendapat bantuan? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Timbalan Menteri.

final • 11:10 AM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat atas soalan tambahan. Antara syarat-syarat yang dikenakan adalah mereka yang berpendapatan di bawah paras garis kemiskinan dan mereka ini adalah golongan yang layak dan memerlukan bantuan dan mereka ini juga- kita ada Pejabat JKM, ada 108

final • 11:10 AM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Pejabat JKM di seluruh negara dan kita ada juga talian kasih hotline- 24 jam. Sekiranya mana-mana mereka memerlukan boleh terus berhubung dengan pejabat kami.

Di samping itu juga kita ada Skuad Waja di seluruh negara untuk membantu komuniti sekiranya mereka memerlukan bantuan. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih. Saya...

final • 11:10 AM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Boleh saya satu lagi?

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Bagi peluang kepada Yang Berhormat Machang. Sudah banyak kali bangun. Dipersilakan.

final • 11:10 AM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, terdapat aduan kelewatan apabila permohonan untuk mendapatkan bantuan JKM daripada pegawai-pegawai yang membuat penyiasatan dan semakan.

Apabila kita pergi melawat ataupun ziarah orang-orang sakit, tiga bulan kemudian kita pergi lagi sampai meninggal tetapi pegawai belum pun datang untuk membuat semakan bagi tujuan mendapatkan bantuan. Jadi, apakah terdapat kekurangan kakitangan ataupun faktor-faktor lain yang menyebabkan kelewatan-kelewatan ini berlaku? Saya minta penjelasan daripada Timbalan Menteri.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Machang. Dipersilakan Timbalan Menteri.

final • 11:10 AM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Terima kasih Yang Berhormat Machang atas soalan tambahan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Apabila berlaku kelewatan saya mengharapkan supaya laporan segera diadukan kepada kita supaya kita boleh ambil tindakan. Setakat ini kita telah berusaha contohnya sepanjang pandemik COVID-19, sejak Mac 2020 sampai sekarang. Di mana kita buka pengaduan ataupun permohonan secara talian untuk mengelakkan permasalahan. Malah penyiasatan pun hanya melalui talian sebab dengan keadaan pandemik COVID-19, tidak membenarkan untuk pergerakan pegawai turun di semua lokasi.

Jadi, dalam keadaan ini, kita memastikan supaya semua mereka yang layak dapat menerima bantuan yang selayaknya dan sekiranya ada yang tercicir.

Saya harap boleh berhubung terus dengan kami untuk mengambil tindakan segera. Terima kasih.

final • 11:10 AM

9. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan, pencapaian Dasar Agromakanan Negara yang berakhir pada tahun 2020, khususnya dalam sektor penternakan dan usahawan tani luar bandar serta apa perkembangan sektor ini di dalam Dasar Agromakanan Negara 2.0 yang bermula pada tahun 2021 hingga 2030.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I - Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, matlamat utama dan Dasar Agromakanan Negara 2011-2020 atau DAN adalah untuk menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan selamat untuk dimakan.

Selain menyumbang kepada pendapatan negara dan usahawan tani dalam DAN, industri ternakan dan industri asas tani adalah merupakan dua- industri khusus yang telah diberikan tumpuan. Selepas itu, kita memperkenalkan pula DAN 2.0 yang bermula pada 2021 hingga tahun 2030.

Dalam tempoh pelaksanaan dan sumbangan sektor agromakanan kepada KDNK meningkat dengan kadar pertumbuhan purata sebanyak 6.8 peratus setahun kepada RM51.3 bilion pada tahun 2020 berbanding RM26.6 bilion pada tahun 2010. Secara khususnya, sumbangan subsektor ternakan kepada KDNK telah meningkat dengan kadar

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I - Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah

pertumbuhan sebanyak 86 peratus setahun daripada RM7 bilion pada tahun 2020 kepada RM16 bilion pada tahun 2020.

Ini menunjukkan potensi nilai tambah subsektor ini dalam meningkatkan pendapatan penternak, petani dan juga usaha tani. Bagi subsektor ternakan pengeluaran komoditi utama khususnya daging, ayam, itik, telur ayam dan telur itik telah meningkat masing-masing pada 1.3 juta metrik tan kepada 1.7 juta metrik tan dan juga 9.8 biji telur kepada 13.2 bilion biji telur dari tempoh tahun 2010 hingga tahun 2020.

Walau bagaimanapun, terdapat keperluan untuk mempertingkatkan usaha dan tindakan bagi terus kita dapat meningkatkan lagi pengeluaran daging lembu, kerbau dan juga susu segar untuk menambah keperluan tempatan. Bagi industri asas tani pula seramai 22,415 orang usahawan tani telah menerima manfaat menerusi pelbagai program pemerkasaan usahawan tani yang telah dilaksanakan dalam tempoh pelaksanaan DAN yang berakhir pada tahun 2020:

(i) Program AZAM Tani antara tahun 2010 hingga tahun 2018, melibatkan 19,700 peserta dengan peruntukan sebanyak RM238 juta;

(ii) Program Rezeki Tani antara tahun 2019 hingga tahun 2020 melibatkan 1,000 peserta dengan peruntukan sebanyak RM10 juta;

(iii) Program MyInfaq projek antara tahun 2014 hingga tahun 2020, melibatkan 197 orang penerima dengan peruntukan sebanyak RM27.4 juta; dan

(iv) program, dengan izin, Change Upgrade Product ataupun CUP antara tahun 2014 hingga tahun 2020 melibatkan 1,485 orang penerima dengan peruntukan sebanyak RM25.4 juta.

Sebagai hala tuju DAN yang telah bermula pada tahun ini tumpuan khusus subsektor ternakan meliputi usaha-usaha untuk meningkatkan kebersihan ladang, mencegah penyakit haiwan dan meningkatkan amalan penternakan yang baik. Bagi kita sama-sama meningkatkan produktiviti dan hasil pengeluaran selain mengurangkan kebergantungan kepada import dan defisit perdagangan.

Usaha ini bagi mencapai sasaran tahap sara diri (SSL) manakala strategi-strategi untuk memperkasakan usahawan tani pula terus diberikan tumpuan kepada pengukuhan rantaian bekalan dan juga daya saing pasaran tempatan melalui pemberian berbagai- bagai insentif oleh pihak kerajaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan tambahan yang pertama, sila Yang Berhormat Pontian.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Ya, kita ucap tahniah kerana kerajaan dapat meningkatkan produk makanan dan industri asas tani ini melalui pelbagai program contohnya program yang kita mulakan dahulu yang bernama Akhiri Zaman Miskin (AZAM).

AZAM Tani tadi telah disebut cuma kerisauan saya ialah mengenai import, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Import bahan makanan, produk makanan, bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan contoh 10 buah produk utama yang diimport, nilai import setahun, langkah-langkah untuk mengurangkan import berkaitan produk makanan itu agar food security atau keselamatan kecukupan makanan lebih terjamin untuk negara kita. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pontian yang bertanyakan soalan yang cukup relevan sekali.

Pertamanya saya pergi kepada DAN 1.0 pada tahun 2010, kita dapat lihat jumlah import kita yang begitu besar sekali iaitu pada ketika tersebut dicatatkan RM30 bilion, itu kita punya import. Pada tahun 2020 ia melonjak kepada RM57.4 bilion sementara eksport kita pada tahun 2010 hanya RM18 bilion sahaja.

final • 11:10 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah

Akan tetapi tahun 2020, eksport kita hanya RM36 bilion. Maknanya kita ada short fall, imbangan dagangan kita mencatat negatif pada tahun 2011 adalah sebanyak 40 peratus. Sementara tahun 2020 mencatatkan negatif sebanyak 36.7 peratus, ada sedikit peningkatan. Di sini sebenarnya kita dapat lihat bahawa permintaan barangan daripada import begitu tinggi sekali bagi kita menampung kekurangan pengeluaran tempatan untuk memenuhi permintaan dalam negara terutamanya bahan-bahan yang tidak ekonomik kita hasilkan seperti makanan ataupun sayur-sayuran dan buah-buahan temperate. Keduanya, tentang apakah barang-barang yang banyak sekali kita import dan berharga ini? Pertamanya sekali kita dapat lihat sini macam kopi, koko, teh dan rempah, kita import sebanyak RM8.3 bilion tetapi angka ini kita dapat lihat bahawa jumlah eksport kita pula kita reexport barang itu dengan nilai tambah sebanyak RM8.8 bilion. Sementara bijirin dan sediaan bijirin termasuk beras, kita import sebanyak RM7.9 bilion.

Saya tidak dapat bahagikan sepuluh, okey saya bandingkan benda-benda yang penting sahaja, macam bahan makanan untuk ternakan, kita terpaksa import sebanyak RM6.2 bilion. Sementara sayur-sayuran kita import sebanyak RM5.1 bilion, selepas itu, tenusu kita import sebanyak RM4.4 bilion, buah-buahan RM4.1 bilion, sementara daging kita import sebanyak RM4 bilion.

Dalam masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil masa sedikit. Kita hendak maklumkan apakah insentif yang diberikan oleh kerajaan bagi memastikan supaya kita dapat mengurangkan import kita?

Pertamanya, kita akan bagi pelepasan cukai pendapatan melalui Akta Cukai.

Inisiatif ini kita berikan pada syarikat-syarikat DDI ataupun FDI, sama ada tempatan ataupun luaran, kita bagikan tax holiday sebanyak 10 tahun daripada tarikh mereka mendapatkan keuntungan berkanun. Selepas itu, syarikat-syarikat pembesaran kita bagi kan mereka tax holiday sebanyak lima tahun selepas mendapat keuntungan.

Itulah sebenarnya macam-macam insentif yang telah dibuat oleh kerajaan bagi memastikan supaya kecukupan makan untuk dibekalkan bagi keperluan rakyat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan kedua saya jemput Yang Berhormat Pulai.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ucap terima kasih kerana MAFI masih mengekalkan Program Rezeki Tani. Saya sangat bersemangat dalam program itu dahulu. Saya harap RM10 juta itu tidak cukup ya, saya faham. Harap dapat ditingkatkan paling tidak pun kita dapat RM30 juta kerana golongan sasar itu sangat terkesan.

Cuma, Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya adalah satu projek yang tidak berjaya kami selesaikan dahulu adalah National Feedlot Corporation (NFC). Apakah perkembangan NFC ini? Ini kerana tujuan asalnya adalah untuk meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan sehingga DAN tamat 2021, SSL kita dalam daging tempatan ini masih rendah. Jadi, boleh saya dapat penjelasan tentang itu? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ya, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah

Terima kasih sahabat saya, bekas Menteri MAFI yang telah banyak berjasa.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, bahawa daging adalah merupakan satu daripada produk pertanian yang pada ketika ini kita tidak berkeupayaan untuk mencapai SSL kita. SSL kita pada ketika ini hanyalah 23 peratus sahaja dan kita sekarang telah pun menubuhkan satu Majlis Ruminan Negara bagi memastikan supaya bukan sahaja kita

final • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah

dapat meningkatkan lagi pengeluaran, bahkan kita mahu menarik minat petani-petani untuk menyertai bidang ini.

Pada ketika ini kita dapat lihat bahawa minat begitu tinggi sekali bukan sahaja daripada petani dan penternak kita, bahkan daripada syarikat-syarikat swasta. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu

Kubang Pasu satu lagi.

final • 11:20 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Tuan Yang di-Pertua satu lagi.

final • 11:20 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Happy belated birthday Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, tambahan.

final • 11:20 AM

Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu

Tuan Yang di- Pertua, minta Kubang Pasu satu lagi.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kubang Pasu.

final • 11:20 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Tuan Yang di-Pertua, Setiu soalan.

final • 11:20 AM

Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu

Terima kasih kerana memberi peluang. Tentang sektor penternakan ini Tuan Yang di-Pertua, tadi disebutkan ramai yang sudah berminat.

Antara masalah yang dihadapi oleh penternak-penternak ini ialah apabila mereka menternak - saya ambil spesifik lembulah yang paling sesuai dengan climate kita adalah Lembu Kedah/Kelantan (KK) tetapi tidak ada sumber ataupun pusat pembiakan yang besar yang boleh membekalkan lembu-lembu jenis ini.

Keduanya ialah masalah feed yang harganya kadang-kadang naik melambung cukup tinggi yang menyebabkan akhirnya mereka terpaksa tinggalkan industri penternakan ini. Jadi, saya mohon mendapat pencerahan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri tentang apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan dua perkara ini, terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah

Terima kasih Yang Berhormat. Pertamanya tentang baka KK. Pada ketika ini saya ingin memaklumkan kepada Dewan bahawa pihak MARDI telah membuat satu penemuan setelah menjalankan satu penyelidikan lebih daripada 10 tahun. Baka KK Kedah Kelantan ini telah menjadi lembu sado dan insya-Allah kita akan memperkenalkan - pada ketika ini kawasan saya telah bermula dengan menghasilkan baka ini. Kita akan dapat lihat dalam jangka masa yang singkat nanti, ianya akan diperkenalkan di pasaran.

Keduanya, tentang harga bahan makanan yang cukup tinggi pada ketika ini.

Memang kita terima hakikat bahawa ini adalah masalah besar yang sedang dihadapi oleh petani bagi bukan sahaja untuk mengembangkan usahawan atau penternakan mereka.

Akan tetapi kebanyakan daripada bahan-bahan makanan ini adalah kita import yang menyebabkan bukan sahaja tukaran asing bahkan pada ketika ini untuk makluman, banyak perkara yang terjadi di luar sana.

Kita beli dari luar bukan sahaja jagung, soya dan juga bahan-bahan yang lain yang dibekalkan dari luar negara ini. Pada ketika ini mereka mengambil peluang untuk menaikkan harga bukan sahaja sebab COVID-19, bahkan ada sebab-sebab lain yang telah menyebabkan kita menghadapi masalah, bukan sahaja untuk lembu dan kambing, bahkan kepada ayam dan lain-lain ternakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu

Tidak dijawab Tuan Yang di-Pertua tindakan pihak kerajaan untuk menyelesaikan perkara ini. Kita tahu itu masalah, itu penyataan masalah. Jadi, apakah tindakan yang telah diambil oleh pihak kerajaan untuk mengatasi perkara ini? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah

Sebenarnya untuk jangka pendek Tuan Yang di-Pertua, memang harga barang-barang import ini adalah di luar kawalan kita. Akan tetapi kita telah mengambil beberapa langkah sekarang untuk menanam, yang pertamanya keperluan-keperluan untuk bahan makanan ternakan misalannya macam jagung bijirin itu. Itu yang menjadi masalah pertama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Puan Nor Azrina binti Surip.

final • 11:20 AM

10. Puan Nor Azrina binti Surip [Merbok] minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan berapa ramai pemandiri keganasan rumah tangga yang telah dilindungi di masjid sebagaimana yang diuar-uarkan oleh KPWKM dan Menteri Agama sebelum ini iaitu program perlindungan keganasan rumah tangga di dua buah masjid di Wilayah Persekutuan dan berapa peruntukan KPWKM bagi program perlindungan ini?

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan dikemukakan. Kami Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat amat prihatin terhadap kes keganasan rumah tangga yang sering diperkatakan.

Di antara inisiatif yang telah dilaksanakan ialah membantu mangsa keganasan termasuk menjadikan masjid sebagai pusat transit kepada mangsa keganasan rumah tangga. Dalam hal ini Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita telah mewujudkan pusat transit keganasan rumah tangga di masjid.

Inisiatif ini adalah di bawah Pelan Pengimarahan Masjid-masjid Wilayah Persekutuan 2020-2024 yang dilaksanakan bagi memperluaskan fungsi masjid sebagai pusat komuniti setempat yang menyediakan pelbagai kemudahan termasuk sokongan psikososial dan kerohanian. Program berkonsepkan perlindungan segera ini kepada komuniti dan masyarakat setempat dalam kalangan kariah masjid diberi kepada mangsa keganasan rumah tangga sama ada lelaki dan wanita tanpa mengira kaum.

Sebanyak 12 masjid di Wilayah Persekutuan telah dipilih sebagai pusat aduan dan khidmat kaunseling kepada mangsa keganasan rumah tangga yang memerlukan khidmat nasihat dan sokongan. Manakala sebagai pusat transit iaitu dua buah masjid iaitu di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Masjid Al-Ghufran di Pinggiran Taman Dr. Ismail.

Di pusat transit ini juga mangsa diberi kaunseling dan bimbingan spiritual oleh pegawai masjid serta pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat yang terlatih. Mangsa tinggal di asrama untuk sementara dan diberi makan minum selain daripada keperluan persalinan selimut, tuala dan kebersihan diri.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Setakat ini yang telah mengadu setakat ini, alhamdulillah, hanya baru satu orang.

Sebab, kita tak nak ramai. Kalau ramai itu bermakna isu atau masalah banyak. Setakat ini, alhamdulillah, satu orang yang telah dilindungi di Masjid Wilayah Persekutuan dan tiada pun melibatkan apa-apa peruntukan. Jadi, harap perkara ini dapat kita hebahkan untuk kemudahan kariah yang berada di sekitar. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan.

final • 11:30 AM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau cuma seorang, jadi apakah masjid ini kita boleh kategorikan definisi sebagai tempat selamat? Itu yang pertama. Dan apakah pelan kerajaan untuk menjadikan masjid di negeri-negeri lain juga?

Satu soalan lagi adalah pada 23 September baru-baru ini, Kementerian Pembangunan Wanita ada menyatakan akan menyediakan tiga pusat sokongan sosial

final • 11:30 AM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

setempat dengan peruntukan RM21 juta dan akan beroperasi pada awal tahun depan.

Jadi saya hendak tahu statusnya. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan.

Untuk makluman Yang Berhormat, kita sedang berusaha untuk memastikan supaya maklumat ini dapat disebarluaskan kepada pihak masyarakat. Setakat ini, kita perluaskan program ini ke negeri-negeri melalui Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri.

Sehingga kini, Perlis menamakan dua buah masjid bersesuaian termasuk juga Pulau Pinang, Kelantan dan Negeri Sembilan telah mencadangkan tetapi akan melaksanakan tertakluk kepada perbincangan dengan Jabatan Pembangunan Wanita. Di Selangor, maklumat yang kita terima, mereka akan melaksanakan dengan kerjasama NGO dan kita juga masih sedang berunding dengan negeri-negeri lain.

Berkenaan dengan soalan Yang Berhormat berkenaan dengan pembentukan tiga pusat sokongan sosial (PSS) ini, kita akan laksanakan satu dalam bentuk statik, insya- Allah, akan dilaksanakan di Kelantan, dan empat lagi akan dalam bentuk mobil. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat semua, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih Ahli- ahli Yang Berhormat semua.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan DR.13/2020, Rang Undang-undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2020 dan DR.14/2020, Rang Undang-undang Kilang dan Jentera (Pemansuhan) 2020 di No. 1 dan No. 2 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Khamis, 28 Oktober 2021.”

final • 11:32 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 11:32 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 11:32 AM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH P.M. 18(1)
PENJUALAN ASET GAS PETRONAS DI AZERBAIJAN

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan 18(2) Peraturan- peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat seperti berikut:

“Bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini merundingkan laporan bahawa Petronas telah menjual aset gas di Azerbaijan dengan harga hampir RM10 bilion berikutan desakan kerajaan menaikkan bayaran dividen Petronas sebanyak RM25 bilion kepada kerajaan bagi tahun 2021.” Perkara ini adalah perkara tertentu kerana penjualan aset gas di Azerbaijan bernilai RM10 bilion dan juga pembayaran dividen kepada kerajaan sebanyak RM25 bilion bagi tahun 2021 adalah berbahaya dan menjejaskan masa depan Petronas. Terkait dengan― sedikit penjelasan. Kerana tindakan seperti ini telah menyebabkan J.P. Morgan mengeluarkan Petronas dari ESG Emerging Market Bond Index dan ESG Asia Credit Index.

Oleh itu, perkara itu perlu disegerakan kerana Petronas mengalami defisit berikutan pembayaran dividen berlebihan sejak tahun 2018 sehingga kini yang memaksa Petronas menjual aset atau meminjam lebih banyak dana luar negara bagi menampung aliran tunai.

Ini diperkukuh dengan kenyataan Tengku Muhammad Taufik, CEO Petronas, “If there is a policy shift but it comes too suddenly or too slowly, not only Petronas but the entire Malaysian economy could be put at risk, with regards to our energy mix.” Ini perkara berkenaan dengan kepentingan orang ramai, malah seluruh ekonomi negara, kerana Petronas adalah institusi penting ekonomi negara dan sewajarnya diperkukuh kekuatannya dan tidak dilemahkan penarafan syarikat. Kemampuan untuk melabur bagi menjana keuntungan masa depan yang mampu untuk membayar dividen yang munasabah kepada kerajaan demi kepentingan rakyat. Dengan tambahan RM7 bilion tahun ini, hasil Petronas akan berjumlah RM44.8 bilion atau 18 peratus daripada pendapatan kerajaan bagi tahun 2021 daripada RM37.8 bilion sebelumnya.

Jadi, mohon persetujuan Tuan Yang di-Pertua untuk dibahaskan.

[Tepuk]

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya Yang Berhormat perlu melengkapkan teks Yang Berhormat dan cuma dibaca teks tersebut mengikut peraturan. Akan tetapi, tak apa.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu pemberitahu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) oleh Yang Berhormat Port Dickson, Ketua Pembangkang pada hari Isnin, 25 Oktober 2021. Teks usul itu adalah seperti yang dibacakan tadi dengan sedikit tambahan oleh Ahli Yang Berhormat Port Dickson sebentar tadi.

Bagi membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat, saya hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu mematuhi tiga syarat seperti mana biasalah iaitu:

(i) perkara tertentu;

(ii) bagi kepentingan orang ramai; dan

(iii) berkehendak disegerakan.

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya telah meneliti perkara ini dan mendapati bahawa perkara ini adalah perkara tertentu, ia adalah bagi kepentingan orang ramai serta juga perkara ini perlu juga disegerakan.

Oleh yang demikian, saya membenarkan usul ini untuk dirundingkan pada hari ini di Kamar Khas pada jam 2.30 petang. Terima kasih.

final • 11:33 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Tuan Yang di-Pertua, sebelum itu. Memandangkan kaitan yang saya sebut tadi dan― sedikit penjelasan.

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 11:33 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Terima kasih kerana keizinan Tuan Yang di-Pertua memberi ruang untuk saya baca dengan tambahan walaupun saya tahu peraturannya membaca. Sebab saya katakan tambahan itu ialah kerana menunjukkan kesan kepada ekonomi negara, pendapatan dan juga masa depan Petronas. Oleh yang demikian, walaupun saya hargai keputusan Tuan Yang di-Pertua untuk dibenarkan perbahasan tetapi sepatutnya hal yang menyentuh kepentingan negara dan kepentingan ekonomi negara yang diakui sendiri, maka sewajarnya Dewan yang patut membahaskan.

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya sudah putuskan untuk diadakan di Kamar Khas sebab kita pun ada urusan yang lain di Dewan ini. Ada dua rang undang-undang yang agak besar untuk dihabiskan pada hari ini. Maka seperti biasa, amalan biasa, saya luluskan di Kamar Khas, Yang Berhormat ya.

final • 11:33 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Tuan Yang di-Pertua, ketimbang berbanding dengan dua rang undang-undang yang dibentangkan yang juga penting, tetapi lebih penting ialah soal ekonomi negara...

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Faham.

final • 11:33 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

...Pendapatan negara sebelum belanjawan. Ini harus dibahaskan, pada hemat saya, sebelum belanjawan kerana ia terkait dengan pendapatan negara. Saya hanya sebut secebis dan memberikan pengertian tentang implikasi yang besar kepada ekonomi negara dan pendapatan kerajaan.

Oleh yang demikian, saya ingin tegaskan semula keperluan kita membahaskan di Dewan walaupun dalam masa yang singkat.

final • 11:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Serupa sahaja, Yang Berhormat. Sebenarnya prosiding di Kamar Khas mahupun di Dewan boleh dilihat oleh orang ramai dan akan dirakam. Di situ juga direkodkan melalui Hansard. So, sebenarnya tak ada perbezaan pun. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:33 AM
RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2022 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2022 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan II [Tuan Yamani Hafez bin Musa]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada hari Jumaat, 29 Oktober 2021, jam 4.00 petang.

final • 11:33 AM
RANG UNDANG-UNDANG ANTIPEMERDAGANGAN ORANG DAN ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN (PINDAAN) 2021 Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri I, [Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.

final • 11:40 AM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PINDAAN) 2020 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M. Saravanan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 selepas ini disebut sebagai Akta 514 merupakan suatu akta yang membuat peruntukan pertama bagi memastikan keselamatan dan kesihatan, kebajikan orang yang sedang bekerja.

Kedua, bagi melindungi orang lain seperti orang awam terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan berkaitan dengan aktiviti orang yang sedang bekerja. Ketiga, bagi menubuhkan majlis negara bagi keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan keempat bagi perkara lain yang berkaitan.

Akta 514 ini dikuatkuasakan oleh Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). Ia digubal berlandaskan prinsip pengaturan kendiri dengan izin, self-regulations yang menekankan konsep tripartite iaitu komitmen dan tanggungjawab kerajaan, majikan dan pekerja dalam memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja terjamin. Pada masa yang sama, terdapat satu lagi akta yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dikuatkuasakan oleh JKKP iaitu Akta Kilang dan Jentera 1967 selepas ini disebut sebagai Akta 139.

Akta 139 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pengawalan kilang berkenaan dengan perkara yang berhubung dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang di dalamnya serta pendaftaran dan pemeriksaan jentera. Akta 139 ini telah dikuatkuasakan sejak tahun 1997 menggunakan pendekatan [Tidak jelas] yang tidak lagi sesuai dengan teknologi yang sentiasa berkembang pada masa ini.

Sehubungan dengan itu, selaras dengan cadangan pindaan Akta 514, kementerian memutuskan untuk memansuhkan Akta 139 dan memasukkan peruntukan berkaitan pemeriksaan jentera yang terdapat di dalam Akta 139 ke dalam cadangan pindaan Akta 514 tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, setelah dikuatkuasakan selama 27 tahun, kini pindaan dibuat kepada Akta 514 bagi menambah baik dan menempatkan lagi perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di negara ini dengan objektif utama seperti yang berikut:

(i) untuk meluaskan liputan pemakaian akta kesemua tempat kerja;

final • 11:41 AM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M. Saravanan

(ii) untuk mengintegrasikan peruntukan yang terdapat dalam Akta 139 dan Akta 514 bagi mewujudkan satu perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang komprehensif selaras dengan perkembangan semasa;

(iii) untuk mencegah risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan seawal mungkin melalui kewajipan prinsipal dengan mengguna pakai prinsipal pencegahan dengan izin principal of prevention dan ini adalah selaras dengan perubahan yang berlaku di dalam landskap pekerjaan, teknologi dan proses kerja;

(iv) untuk melindungi kesihatan pekerja melalui perkhidmatan kesihatan pekerjaan dengan izin occupation health service yang merupakan perkhidmatan bagi perlindungan kesihatan pekerja semasa bagi pengekalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan juga pencegahan penyakit dan keracunan pekerja;

(v) untuk mengambil kira saranan konvensyen antarabangsa bagi melindungi hak pekerja;

(vi) mengenakan penalti di bawah akta yang lebih bersifat mencegah sesuatu kesalahan dilakukan dengan izin, deterrent; dan

(vii) untuk mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja dan penyakit pekerja.

Dalam menggubal pindaan Akta 541, pihak kementerian telah mengadakan pelbagai sesi libat urus semenjak tahun 2011 bersama agensi kerajaan, pemegang taruh, pihak industri serta pihak berkepentingan yang lain. Cadangan pindaan ini juga turut dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa teknikal berhubung pindaan ke atas undang-undang perburuhan di bawah Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan dan juga Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang dianggotai oleh wakil-wakil daripada pihak kesatuan, majikan dan pekerja.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2020 mengandungi 55 fasal yang merangkumi penambahan 27 seksyen baru, pemotongan dua seksyen dan pindaan terhadap 35 seksyen yang sedia ada.

Seterusnya saya akan menjelaskan fasal-fasal utama dalam rang undang-undang ini.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai penetapan tarikh permulaan kuat kuasa pindaan akta ini.

Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 1 bagi membolehkan pemakaian Akta 514 ke semua tempat kerja di seluruh Malaysia dan mengecualikan jenis pekerjaan tertentu daripada pemakaian Akta 514 sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

Pengecualian daripada pemakaian akta diberikan kepada pekerjaan yang di atas kapal yang dikawal selia di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 bagi Semenanjung Malaysia dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1960 bagi Sabah dan Sarawak, pekerja domestik dan juga angkatan tentera.

Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 3 mengenai tafsiran dengan memasukkan tarif penyedia latihan berdaftar, perakuan kelayakan, orang berlesen, orang kompeten, perkhidmatan kesihatan pekerjaan, kontraktor, ketua pengarah, prinsipal dan pengamal perubatan berdaftar ke dalam Akta 514 serta meminda takrif lain dengan perkataan dan ungkapan tertentu.

Tuan Yang di-Pertua, fasal 5 bertujuan untuk menggantikan seksyen 5 dengan seksyen baru bagi memperuntukkan antara lain seperti yang berikut:

(i) memberi Menteri kuasa untuk melantik ketua pengarah, timbalan ketua pengarah, pengarah, timbalan pengarah, penolong

final • 11:41 AM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M. Saravanan

pengarah dan pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan lain daripada kalangan pegawai awam dalam skim pemeriksa kilang dan jentera; dan

(ii) memberi kuasa untuk melantik mana-mana pegawai awam daripada mana-mana skim perkhidmatan lain yang bagi maksud menguatkuasakan akta ini. Pegawai awam yang dilantik ini adalah tertakluk kepada batasan, kawalan arahan dan pengawasan ketua pengarah keselamatan dan kesihatan pekerja.

Fasal 8 bertujuan untuk memasukkan empat seksyen baru iaitu seksyen 7A, 7B, 7C dan 7D. Peruntukan ini dimasukkan bagi memberi kuasa kepada Menteri untuk memberikan lesen kepada mana-mana orang yang akan menjalankan pemeriksaan loji yang ditetapkan mengikut akta ini iaitu orang berlesen. Menteri boleh menetapkan apa- apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut bagi mengawal selia orang berlesen tersebut termasuklah membatalkan lesen orang tersebut jika orang itu telah melanggar mana-mana syarat yang serius.

Tuan Yang di-Pertua, fasal 9 hingga 12 mengandungi pindaan kepada peruntukan berkenaan dengan Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan selepas ini disebut majlis. Antara pindaan tersebut adalah seperti yang berikut:

(i) menaikkan bilangan anggota majlis iaitu tidak kurang daripada 22 orang anggota dan tidak melebihi daripada 25 orang anggota.

Pada masa ini, majlis terdiri dan tidak kurang daripada 12 orang dan tidak lebih daripada 15 orang anggota;

(ii) menjelaskan lagi senarai dan kriteria keanggotaan majlis yang berdasarkan pengalaman atau pengetahuan khas yang luar dalam perkara yang berhubung dengan keselamatan dan kesihatan pekerja; dan

(iii) meluaskan skop fungsi majlis dalam membuat syor kepada Menteri berkenaan dengan perkara yang berhubung dengan tujuan Akta 514 dan memberi majlis kuasa untuk menyelaraskan perkara yang berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dijalankan oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, fasal 14 bertujuan untuk meminda seksyen 15, Akta 514 mengenai kewajipan am majikan dengan mengecualikan orang yang bekerja sendiri daripada seksyen ini memandangkan kewajipan orang bekerja sendiri telah diperuntukkan dalam seksyen 17, Akta 514.

final • 11:41 AM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M. Saravanan

Melalui fasal ini juga, liputan kewajipan majikan di bawah seksyen 15 diperluas agar termasuklah membangunkan dan melaksanakan tatacara bagi berurusan dengan kecemasan yang boleh timbul semasa pekerjanya sedang bekerja.

Fasal 16 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 18A dan 18B seperti berikut. Seksyen baharu 18A memperuntukkan mengenai kewajipan kepada prinsipal untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan keselamatan dan kesihatan mana-mana kontraktor, subkontraktor dan pekerja yang diambil kerja oleh kontraktor atau subkontraktor semasa menjalankan kerja mereka selagi prinsipal itu mempunyai kawalan ke atas mereka.

Kedua, seksyen baharu 18B memperuntukkan mengenai kewajipan majikan, orang yang bekerja sendiri atau prinsipal untuk menjalankan pentaksiran risiko dan untuk melaksanakan langkah-langkah kawalan jika diperlukan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Pindaan ini bertujuan untuk mencegah risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan seawal mungkin.

final • 11:50 AM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M. Saravanan

Tuan Yang di-Pertua, fasal 18 hingga 20 mengandungi pindaan kepada peruntukan dalam Bahagian V mengenai kewajipan am pereka bentuk, pengilang dan pembekal. Antara pindaan tersebut adalah seperti berikut;

(i) memasukkan kewajipan am pereka bentuk, pengilang, pengimport dan pembekal sesuatu loji untuk memastikan pengguna dilengkapi dengan maklumat terkini jika diketahui terdapat risiko baharu yang akan menjejaskan keselamatan dan kesihatan pekerja semasa menggunakan loji; dan

(ii) memasukan kewajipan am perumus dengan izin, formulator pengilang, pengimport dan pembekal sesuatu bahan untuk memastikan pengguna dilengkapi dengan maklumat terkini jika diketahui terdapat risiko baharu yang akan menjejaskan keselamatan dan kesihatan pekerja semasa menggunakan bahan.

Pindaan peruntukan Bahagian VI - Kewajipan Am Pekerja. Fasal 22 hingga 24 mengandungi pindaan kepada peruntukan dalam Bahagian VI mengenai kewajipan am pekerja. Antara pindaan tersebut adalah seperti berikut:

(i) memasukkan seksyen baharu 26A mengenai hak pekerja untuk mengeluarkan dirinya daripada bahaya atau aktiviti jika majikan gagal melakukan apa-apa tindakan untuk menghapuskan bahaya hampir pasti dan pekerja itu hendaklah dilindungi daripada akibat tidak wajar dan tidak boleh didiskriminasikan.

Perlindungan hak pekerja ini adalah selaras dengan peruntukan dalam konvensyen antarabangsa dengan izin, Occupational Safety and Health Convention 1991; dan

(ii) meminda seksyen 27 bagi menjelaskan bahawa seseorang pekerja yang membantu dalam siasatan yang dijalankan oleh pegawai atau pengapit tidak boleh dikenakan tindakan oleh majikan seperti dipecat, dicederakan dalam pekerjaannya atau diubah kedudukannya sehingga memudaratkan pekerja itu.

Tuan Yang di-Pertua, bahagian baharu VIA pindaan kepada Akta 514 ini turut dilibatkan kemasukan bahagian baharu VIA melalui fasal 25 berkaitan dengan keperluan pemberitahuan untuk menduduki tempat kerja, pemasangan, pemeriksaan, pembuatan, mengubah suai, mendirikan dan membuat apa-apa loji yang ditetapkan. Di Bahagian VIA mengandungi seksyen baharu iaitu 27A hingga 27G yang di antara lain memperuntukkan seperti berikut:

(i) mengenakan kewajipan kepada orang yang menduduki atau menggunakan premis sebagai tempat kerja atau menjalankan aktiviti kerja yang ditetapkan untuk memberikan notis kepada pegawai bagi membolehkan penguatkuasaan dijalankan secara proaktif;

(ii) memperuntukkan mengenai kuasa Menteri untuk menetapkan mana-mana loji yang memerlukan perakuan kelayakan;

(iii) memperuntukkan bahawa tidak ada sesiapapun diberikan untuk mengendali atau membenarkan pengendalian mana-mana loji yang ditetapkan tanpa perakuan kelayakan yang sah; dan

(iv) memperuntukkan bahawa penghuni boleh memohon kelulusan bagi Skim Pemeriksaan Khas daripada Ketua Pengarah berkaitan pemeriksaan loji kelas tertentu dan tertakluk kepada pembayaran satu fi. Jika permohonan diluluskan, pemeriksaan loji hendaklah dijalankan mengikut Skim Pemeriksaan Khas itu.

Tuan Yang di-Pertua, fasal 26 bertujuan untuk meminda seksyen 28 untuk menggantikan sebutan mengenai pengawasan perubatan dengan sebutan perkhidmatan kesihatan pekerjaan. Perkhidmatan kesihatan pekerjaan mempunyai skop yang lebih luas

final • 11:50 AM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M. Saravanan

termasuklah perkhidmatan bagi perlindungan kesihatan pekerja semasa bekerja bagi penggalakan kesihatan dan kesejahteraan di tempat kerja dan pencegahan penyakit berjangkit pekerjaan dan keracunan pekerjaan.

Fasal 27 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 28A bagi memberi perlindungan kepada mana-mana orang yang menjalankan perkhidmatan kesihatan pekerjaan daripada dikenakan apa-apa tindakan oleh majikan kerana membuat aduan mengenai perkara yang dianggap risiko kepada kesihatan atau membuat laporan kepada Ketua Pengarah mengenai mana-mana pesakit yang dipercayai menghidapi apa-apa penyakit pekerjaan atau keracunan pekerja.

Fasal 28 bertujuan untuk meminda seksyen 29 bagi memperuntukkan antara lain bahawa seseorang hendaklah dilantik sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan hanya untuk satu tempat kerja pada satu-satu masa melainkan jika dibenarkan selainnya oleh Ketua Pengarah.

Fasal 29 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 29A berhubung dengan kewajipan majikan untuk melantik salah seorang daripada pekerjanya sebagai penyelaras keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja sekiranya majikan mengambil pekerja lima orang atau lebih pekerja.

Fasal 31 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 31A berhubung dengan kuasa Menteri untuk membuat perintah yang disiarkan dalam warta bagi mengehendaki mana-mana kelas atau perihal orang untuk menghadiri kursus keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan penyedia latihan berdaftar di bawah akta. Majikan hendaklah memastikan mana-mana orang tersebut menyelesaikan kursus tersebut sebelum membenarkan untuk melaksanakan apa-apa kerja yang baginya latihan untuk diperlukan.

Latihan merupakan elemen keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang amat penting bagi memastikan pekerja menjalankan aktiviti berisiko tinggi diberi latihan yang diperlukan sebelum boleh menjalankan aktiviti tersebut. Menjadi hasrat kementerian dengan adanya peruntukan mengenai latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam Akta 514, pekerja dapat menjalankan aktiviti kerja dengan selamat dan sihat, tidak membahayakan orang lain dan dengan itu, dapat mencegah atau mengurangkan kemalangan di tempat kerja.

Tuan Yang di-Pertua, bahagian baharu VIIA fasal 32 bertujuan untuk memasukkan bahagian baharu VIIA yang mengandungi seksyen baharu 31B hingga 31F berkaitan dengan kawal selia aktiviti orang kompeten dan penyedia latihan berdaftar serta prosedur untuk pendaftaran, pembaharuan dan pembatalan pendaftaran orang kompeten dan penyedia latihan.

Ingin ditegaskan bahawa tujuan peruntukan mengenai orang kompeten dimasukkan ke dalam akta ini adalah untuk memastikan beberapa aktiviti yang dilaksanakan seperti pemasangan loji, pengendalian loji serta pentaksiran risiko kesihatan hendaklah dilaksanakan oleh orang yang benar-benar kompeten dan perlu berdaftar dengan JKKP.

Peruntukan ini dilihat sebagai salah satu usaha untuk menambah baik Akta 514 bagi mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja yang merupakan objektif dan tujuan utama rang undang-undang ini diubahsuai. Bagi penyedia latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan pula hendaklah bagi pendaftaran dengan JKKP adalah untuk memastikan kualiti latihan dan perkhidmatan penyedia latihan sentiasa berada di standard yang ditetapkan.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan peruntukan Bahagian VIII pemberitahuan mengenai kemalangan kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit-penyakit pekerjaan dan siasatan.

Fasal 33 hingga 35 bertujuan untuk meminda peruntukan dalam Bahagian VIII antara lain bertujuan untuk:

(i) membenarkan pengapit dengan izin, assessor yang dilantik oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 33(2) untuk memasuki dan memeriksa mana-mana premis bagi menjalankan inkuiri;

final • 11:50 AM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M. Saravanan

(ii) memasukkan seksyen baharu 34A berhubung dengan kewajipan pemunya, penghuni atau majikan untuk membantu pengapit dalam apa-apa inkuiri yang dijalankan.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan peruntukan bagi Bahagian IX, larangan terhadap penggunaan loji atau bahan. Fasal 36 bertujuan untuk memasukkan subseksyen baharu 35(3) bagi mewujudkan penalti khusus bagi kesalahan di bawah subseksyen 35(1) mengenai ketidakpatuhan terhadap perintah larangan penggunaan loji atau bahan iaitu denda tidak melebihi RM500,000 dan penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua- duanya.

final • 11:50 AM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M. Saravanan

Fasal 37 bertujuan untuk memotong seksyen 36 mengenai rayuan orang yang terkilan dengan perintah yang dikeluarkan di bawah seksyen 35.

Fasal 38 hingga 41 bertujuan untuk meminda peruntukan dalam Bahagian XI antara lain bagi memberikan kuasa tambahan kepada pegawai semasa menjalankan penguatkuasaan Akta 514.

Fasal 42 hingga 46 bertujuan untuk meminda peruntukan dalam Bahagian XII antara lain bagi memperkatakan perkara berikut:

(i) tanggungan pengarah, pekongsi, pengurus, setiausaha dan sebahagiannya apabila kesalahan dilakukan oleh syarikat;

(ii) penalti bagi seseorang atas perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran yang dilakukan oleh pekerja atau ejen orang itu atau pekerja ejen orang itu; dan

(iii) peruntukan mengenai keterangan yang menjelaskan bahawa apa-apa laporan, rekod atau daftar dan apa-apa cabutan daripadanya yang diperakui oleh pegawai boleh digunakan sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding atau perbicaraan di mahkamah.

Tuan Yang di-Pertua, fasal 50 iaitu pindaan peruntukan Bahagian XV iaitu “Pelbagai”. Fasal 50 bertujuan untuk menggantikan seksyen 67 bagi memperuntukkan kewajipan terhadap mana-mana orang termasuk seorang pegawai, badan pemeriksa bebas, kepakaran daripada mana-mana bidang dan penilai untuk melindungi kerahsiaan maklumat bagi perkara-perkara yang telah dikelaskan dan disiarkan sebagai rahsia pengeluaran atau perdagangan oleh penghuni atau pemilik. Kesalahan yang dilakukan di bawah seksyen ini boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM100,000 dan penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Fasal 51 bertujuan untuk memasukkan seksyen yang berikut, yang pertama seksyen baru 67A bagi memberikan kuasa kepada menteri atas syor Ketua Pengarah untuk mengecualikan mana-mana loji, bahan, proses, orang atau tempat kerja atau kelas orang, atau kelas tempat kerja daripada mana-mana peruntukan akta ini atau perundangan subsidinya. Kedua, seksyen baharu 67B bagi memberikan kuasa kepada menteri untuk meminda jadual-jadual kepada akta ini kecuali Jadual Pertama.

Fasal 52 hingga 54 memperkatakan mengenai pindaan kepada jadual sedia ada dan memasukkan jadual baharu keempat dan kelima.

Fasal 55 mengandungi peruntukan pengecualian dengan izin saving bagi akta ini.

Tuan Yang di-Pertua sebagaimana yang telah dinyatakan salah satu objektif pindaan Akta 514 adalah untuk mengenakan penalti yang lebih bersifat mencegah dengan izin deterrence effects terhadap sesuatu kesalahan yang telah dilakukan.

Sehubungan dengan itu, fasal 17, 20, 22, 30 dan 41 mengandungi peruntukan secara amnya menaikkan jumlah penalti yang ditetapkan secara khusus bagi kesalahan- kesalahan tertentu di bawah akta seperti yang berikut:

(i) fasal 17 bertujuan untuk meminda seksyen 19 menaikkan kadar denda bagi kesalahan di bawah seksyen 15, 16 dan 17 daripada

final • 12:00 PM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M. Saravanan

RM50,000 kepada RM500,000. Denda ini juga terpakai bagi kesalahan di bawah seksyen baharu 18A dan 18B;

(ii) fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 23 bagi menaikkan kadar denda bagi kesalahan di bawah seksyen 20 dan 21 bagi daripada RM20,000 kepada RM200,000;

(iii) fasal 22 bertujuan untuk meminda seksyen 24 menaikkan kadar denda bagi kesalahan di bawah seksyen tersebut daripada RM1,000 kepada RM2,000;

(iv) fasal 30 bertujuan untuk meminda seksyen 30 bagi menaikkan kadar denda bagi kesalahan di bawah seksyen tersebut daripada RM5,000 kepada RM100,000;

(v) fasal 41 bertujuan untuk meminda seksyen 49 bagi menaikkan kadar denda bagi kesalahan di bawah seksyen tersebut daripada RM50,000 kepada RM500,000 dan menaikkan kadar denda bagi kesalahan yang berterusan daripada RM500 kepada RM2,000 bagi setiap kesalahan yang dilakukan; dan

(vi) fasal 42 pula mengandungi pindaan untuk menaikkan penalti am bagi kesalahan-kesalahan di bawah akta dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah akta yang tidak diperuntukkan secara nyata dalam peruntukan khusus daripada RM10,000 kepada RM100,000.Pindaan yang lain tidak dinyatakan secara khusus kepada pindaan-pindaan bersifat kecil atau berbangkit dengan izin consequential in nature.

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini merupakan satu usaha kerajaan yang penting dan signifikan bagi menambah baik aspek keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja dan bagi melindungi orang lain terhadap risiko kepada keselamatan dan kesihatan berkaitan dengan aktiviti orang yang sedang bekerja.

Rang undang-undang ini juga menunjukkan usaha dan komitmen kerajaan dalam memastikan rang undang-undang buruh di negara ini dan termasuklah perundangan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah selaras dengan kehendak di luar instrumen sejagat secara khususnya C155 ini seterusnya dapat meningkatkan imej negara di mata dunia.

Akhir kata saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang tidak terbelah bahagi dalam menjayakan rang undang-undang ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada sesiapa yang menyokong?

final • 12:00 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim

Saya menyokong.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan kita Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan.

Saya telah menerima senarai pembahas, 12 orang semuanya. Saya akan jemput seorang-seorang dengan dimulai dengan Yang Berhormat Ipoh Barat dan diikuti oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat berikut ya iaitu Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Tebrau dan akhir sekali Yang Berhormat Dungun. Semua saya akan beri 10 minit kecuali Yang Berhormat Ipoh Barat 15 minit.

Silakan.

final • 12:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, akta ini rang undang-undang ini bukan baharu. Sebenarnya semasa Pakatan Harapan menerajui kerajaan semua ini telah pun diteliti dan sebenarnya patut dibawa ke Parlimen tahun dulu. Akan tetapi, kerana orang curi kerajaan, Sheraton Move maka ia telah dilaga-laga dan dilambatkan.

Akan tetapi, tak apalah kita move on from there tetapi saya rasa Yang Berhormat Menteri, patut memberi sedikit taklimatlah kepada kita untuk saya dan Yang Berhormat Pokok Sena no issue. Ini kerana, kita adalah orang yang terus terlibat dalam hal ini di mana kita ada di kementerian tersebut.

Saya difahamkan kawan baik saya Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu iaitu Setiausaha Pakatan Harapan telah pun menulis satu surat kepada Kementerian Sumber Manusia supaya ada taklimat kepada semua Ahli Parlimen yang minat mengenai perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu spesifik isu bukan semua orang dapat tahu mengenai occupational safety dan health issues. Walaupun seorang peguam dia tak berapa arif dalam hal ini tetapi kalau terlibat dia adalah – boleh mengambil tahu.

Maka satu peluang yang baik Yang Berhormat untuk menunjukkan bahawa Yang Berhormat ini betul-betul serius dengan patut memberi sikit penerangan kepada semua- semua Ahli Parlimenlah. Saya rasa itu satu peluang yang telah hilang. Jangan kita lupa Tuan Yang di-Pertua bahawa bila kita menandatangani memorandum of understanding di bulan September niatnya adalah kita berkolaborasi sebanyak yang boleh untuk menolong kerajaan dan juga kita berfungsi sebagai check and balance.

Akan tetapi sayangnya satu di antara yang kita mohon di sana adalah penerangan dan taklimat yang diberi kepada Ahli Parlimen. Mungkin Yang Berhormat Menteri sibuk, saya faham tetapi bagilah sedikit masa at least give face to us supaya lebih kita boleh arif dalam hal ini. Saya dan Yang Berhormat Pokok Sena no issue. Tutup mata kita boleh debat tetapi lain orang dia mungkin ada lebih arif kalau dia ada penerangan yang sedalam- dalamnya.

Maka saya harap Yang Berhormat, esok hari apabila ada rang undang-undang yang lain bolehlah mengambil peluang itu supaya bukan sahaja kalau kita tengok spirit memorandum of understanding itu lebih bermakna kalau ada perbincangan dan sebagainya.

final • 12:06 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Jangan lupa hingga sekarang Tuan Yang di-Pertua, Bill Kewangan, kita sudah ada lima perbincangan. Saya sendiri ada pergi untuk perbincangan tersebut, membuat cadangan-cadangan. So, we are not anti per say. Akan tetapi jangan bikin kita anti.

Kedua, mengenai MA63 pun sama juga and this is a new norm. Kita perlu memberi tekanan dan nyawa pada tersebut. Saya haraplah Yang Berhormat Menteri, walaupun sibuk esok hari, tolonglah asingkan sedikit masa...

final • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 12:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ya.

final • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya juga difahamkan ketika undang-undang ini digubal pada masa Yang Berhormat Ipoh Barat menjadi Menteri, terdapat cadangan bahawa bagi hari-hari kebesaran seperti Deepavali, juga diberikan cuti wajib kepada pekerja-pekerja sekurang-kurangnya dua hari. Kita tahu dalam masa seminggu nanti kita akan menyambut Deepavali.

Jadi, saya juga mengambil kesempatan untuk merayu kepada Menteri daripada MIC, kalau boleh perkara ini juga diperhalusi dan diberikan perhatian. Ini kerana setiap tahun, yang menyambut Deepavali hanya mendapat cuti satu hari sahaja.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merayu kepada Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh beri semua Ahli Parlimen, minggu depan sekurang-kurangnya cuti bermula

final • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

pada hari Rabu. Kita hendak balik kampung untuk menyambut Deepavali. Tahun lalu tidak dapat sambut. Jadi, saya mintalah kalau boleh perkara ini juga diperhalusi. Di luar sana, banyak keluhan dan rintihan kenapa setiap tahun Deepavali, satu hari sahaja dapat cuti.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon dipertimbangkan. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sebenarnya saya sudah perhalusi untuk habiskan awal hari Rabu.

final • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan...

final • 12:10 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Balik kampung.

final • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Selamat hari jadi, kelmarin.

Tidak sempat sudah. Saya terpaksa bertikam lidah dengan Yang Berhormat Baling, kelmarin.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa] Silakan Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 12:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

“Happy birthday to you”.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa] Please.

final • 12:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Saya pun boleh menyanyilah. Bukan sahaja...

[Suara kurang jelas] Yang Berhormat, jadi tolong ambil perhatian lah ya esok hari. Usaha-usaha yang dibuat oleh pembangkang...

final • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Ipoh Barat, boleh mengesahkan bahawa cadangan Yang Berhormat Ipoh Barat ketika itu...

final • 12:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Saya- menjadi sebahagian daripada ucapan saya.

final • 12:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Sebenarnya saya tahulah Yang Berhormat Menteri semestinya akan bersetuju kepada itu. Dia takkan beri bantahan. Saya tahu. Lagi- lagi pilihan raya tidak lama lagi. Perlu sokongan semua orang.

Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada beberapa perkara yang telah kita ketahui. Tuan Yang di-Pertua, yang mustahak di sini adalah self-regulation. Saya rasa self-regulation ini bagus. Ini merupakan cadangan bila kita menerajui kerajaan tetapi self- regulation ini perlu kita faham apakah study atau research yang telah dibuat untuk kita mengadakan self-regulation ini. Saya setuju bahawa ada perlunya tetapi adakah study ini telah dibuat?

Ini kerana ILMIA, dulu ada dengan kita. Sekarang telah dijual kepada kementerian lain. Nampaknya tidak ada seriousness. Sebenarnya saya hairan kerana ILMIA- sebuah institusi, labour institute di mana-mana dunia pun, negara, dia ada labour institute. It is a most important. Macam mana dia boleh diamputed daripada kementerian dan diberikan pada Jabatan Perangkaan? Walhal ini menjadi satu fokus yang besar. Kalau Yang Berhormat ada hadiri ILO, di antaranya adalah research institute beside kena mengena dengan pekerjaan, pengangguran dan sebagainya.

Akan tetapi bila Kerajaan PN mengambil alih dia telah memberikan institut ini kepada kementerian lain dan saya rasa mungkin Menteri setuju kepada itu. Akan tetapi saya rasa mungkin boleh bawa kepada Kabinet untuk membawa balik.

Akan tetapi untuk self-regulation ini Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beri sedikit penekanan. Pertama, research study dan sebagainya dan kita perlu ada high degree of transparency and accountability dalam hal ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan, macam lif lah Tuan Yang di-Pertua, lift in this country. Ada beribu-ribu lif di negara ini tetapi kementerian tidak ada cukup pegawai untuk memberikan certifications untuk semua lif untuk beroperasi. Saya difahamkan hanya lebih kurang 50 peratus, 60 peratus lif di negara ini diberikan certifications. Lain- lain itu minta maaflah. Very dangerous level. Kementerian tidak ada manpower tetapi tidak apa. Bila self-regulation ini datang, diimplementasikan, mungkin ia boleh dipercepatkan.

final • 12:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Akan tetapi soalan saya adalah, adakah orang-orang yang ingin menjadi operator ini, saya difahamkan telah pun dikenal pasti dan kontrak pun sedang dibuat selepas rang undang-undang ini diluluskan, mungkin syarikat-syarikat yang ditentukan, yang ada sebab-sebab tertentu mereka dipilih. Adakah akan berlaku atau accountability dan transparency, bermakna semua orang yang layak dipanggil, diberitahu bahawa self- regulation ini semua orang akan diberikan peluang dan ada body yang tertentu untuk membuat keputusan tersebut?

Saya bertanya soalan ini kerana kita tahu dulu pada tahun 90-an, privatization Yang Berhormat has become “piratization.” Pirate dalam kerajaan. Jadi, saya harap dalam hal self-regulation ini, we don’t have any “piratization” kita open supaya semua orang dapat tahu. Ini lif sahaja Tuan Yang di-Pertua. Berjuta-juta Ringgit. It is not just simple and kalau kontrak itu diberi untuk self-regulation, setahun, dua tahun, tidak adalah, mana boleh cari makan. Jika 30 tahun, 20 tahun. Ini menjadi masalah yang besar. Like PLUS Highway dan sebagainya. People ingat ini PLUS Highways, mereka terlibat, kena-mengena.

Akan tetapi juga kementerian, ini pun ada menjadi satu perkara yang besar. Saya harap ada accountability dan sebagainya supaya Tuan Yang di-Pertua, no monopoly. Kita perlu memberi bukan satu buah syarikat walaupun kita suka, kita pilih kasih, jangan. Kita perlu bagi pada orang yang dapat menjalankan tugas tersebut, self-regulation ini dan sekurang-kurangnya dua atau tiga buah syarikat diberi untuk beroperasi supaya there is inbuilt competition, supaya kita dapat harga yang bagus, self-regulation yang bagus dan tindakan susulan diambil dalam hal ini. Adakah ini baru dibuat? Bukan. Di negara-negara lain seperti Australia pun sudah dilancarkan. Saya harap diberikan keutamaan mengenai hal ini.

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, yang mustahak DOSH atau akta ini. Apa yang penting sekali, adalah enforcement, the crust of the matter. Lain semua come secondary. Jadi, apa yang dibuat berbanding dengan Singapura, orang kata Singapura kecil Tuan Yang di-Pertua tetapi construction industry dia sesama atau lebih dari Malaysia.

Pada tahun 2012, kematian di Malaysia 582 orang, di Singapura 66 orang.

Selepas itu 2013, Malaysia rekod lagi, 617 orang, Singapura hanya 42 orang. Tahun dulu, tahun 2017, Malaysia 711 orang mati semasa bekerja. Singapura banyak kurang daripada itu. Tahun dulu, kita hanya ada kematian 312 orang, Singapura 30 orang. Bagus penurunan tetapi Tuan Yang di-Pertua, kilang-kilang tidak berfungsi.

They are not working because of MCO. Patutlah pun jatuh, kurang. So, it is not an achievement per say. Jadi kita perlu inisiatif insentif, apakah insentif yang dibuat oleh kerajaan? Hanya dengan memberikan denda RM50,000 dan sebagainya, itu takkan menyelesaikan perkara ini. A safe system of work is required dan apakah yang telah dikenal pasti?

Tuan Yang di-Pertua, sekarang di Singapura dan sebagainya, bila bangunan bertingkat-tingkat dibuat, tidak perlu pegawai-pegawai naik ke tingkat 18, 17 dan sebagainya untuk memeriksa adakah pekerja-pekerja dan situasi itu mengikut standard operating procedure. Sekarang dron boleh dihantar, sekarang CCTV ada. Jadi, information, IT dan sebagainya. Adakah kementerian dalam keadaan sedemikian?

Adakah ia diimplementasikan supaya kemalangan sedemikian boleh di- sekurang-kurangnya dikurangkan. Ini sangat mustahak.

final • 12:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Saya tengok baru-baru ini Tuan Yang di-Pertua, di Top Glove, seorang pun mati.

How can anybody die in a glove making company? Akan tetapi “Malaysia Boleh.” *Why?

Because,* ini era “Malaysia Boleh.” But, hari-hari bila seorang pekerja asing datang ke Malaysia, no training, no basic training. Dia terus menerus diarahkan membawa forklif, dan sebagainya. Apakah kawal selia oleh kerajaan? Apakah kawal selia oleh kementerian? Ini lah khususnya- penguatkuasaan.

Semasa kita menerajui kerajaan, kita kata every enforcement officer patut ada video cam. Patut melaporkan- there must be- sebelum penyerbuan dibuat, send the drone first supaya tindakan boleh diambil, and must be a win-win position, supaya jangan kita

final • 12:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

takutkan orang. Jangan kita ambil tindakan semata-mata untuk menyelesaikan atau mendapat statistik dan sebagainya. Ini merupakan perkara yang perlu diambil kira.

Saya difahamkan tidak cukup pegawai. Ini betul. Semasa kita di sana pun sama juga. Bila ILO datang berjumpa dengan kita Tuan Yang di-Pertua, mereka kata, with the manpower you have, if you don’t get any new development, next five years also you will not overcome certification process and checking process. We are- bukan backlog, we are far behind. Ini adalah kerana JPA.

I don’t blame the Minister, JPA. Untuk JPA- ah! Ini kementerian is a very irrelevant, selalu mahu pegawai. They don’t know bahawa the physical presence perlu dalam Kementerian Sumber Manusia berbanding dengan lain. You cannot do eveything by online Tuan Yang di-Pertua pemeriksaan dan sebagainya. Perlu inisiatif yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada kes kematian dan saya haraplah Yang Berhormat Menteri boleh mengesahkan atau memberi guarantee supaya there can be zero accident dalam negara ini. Apakah cara untuk mencapainya? Apa yang boleh dibuat atau telah dibuat atau telah dipelajari atau akan diimplementasikan? Adakah kita pegawai- pegawai yang telah ditrain dalam hal ini untuk mengambil tindakan sedemikian?

Akhir sekali, memandangkan masa dan sebagainya. Ratifikasi ILO 155. Itu bagus.

Bila ia- lepas rang undang-undang ini diluluskan, kita tanda tangan. Akan tetapi there must be spirit and there must be real feeling dalam bila kita tanda tangan. Jangan bila kita tanda tangan Tuan Yang di-Pertua, just for the tanda tangan sahaja. Macam mana kita dapat implementasikan? Kita perlu semua stakeholders untuk perbincangan dan juga saya harap- dan loopholes yang sedia ada di akta ini, selepas ini akan diambil tindakan untuk overcome ini dan training dan sebagainya.

Itu yang saya akan bincang mengenai hal itu dalam Committee Stage yang mana saya khuatirlah bahawa niat dia Tuan Yang di-Pertua. Apabila kita di Pakatan Harapan, kita sudah bagi tahu department ini tidak boleh terlibat dalam trainee atau certification. Itu perlu. Kita perlu asingkan. There must not be seen to have any conflict of interest. Itu perlu.

Apakah dia punya asas? What is the basic? Apakah dia punya hal pokok dalam hal ini? Hal pokok dalam hal ini merupakan penguatkuasaan. Jangan kita terlibat dalam training dan sebagainya. Saya khuatir. Ini bila kita di sana, mereka berniat untuk membuat sedemikian, buat sebuah institusi. Why? Kita tahulah Tuan Yang di-Pertua, ada udang di sebalik batu. We don’t want.

Itu sebab satu di antaranya kita bagi tahu, tekanan yang tertentu. Kita harap Yang Berhormat Menteri semestinya boleh meneliti perkara ini mengambil tindakan, memberi pengesahan bahawa jalankan tugas. Untuk certification ini kita ada satu department yang khas Tuan Yang di-Pertua di kementerian yang kawal selia semua certification. Mereka boleh diberi kuasa sedemikian.

Saya harap itu antara perkara-perkara dengan bernas saya kata di sebelah sini.

Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh meneliti dengan sedalam-dalamnya dan memberi jawapan dengan ikhlas. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat.

Sedikit peringatan penting kepada Yang Berhormat semua termasuklah diri saya, marilah kita utamakan bahasa kebangsaan. Kalau boleh kurangkanlah sikit bahasa asing ya, terima kasih.

Seterusnya Yang Berhormat Hulu Rajang, 10 minit.

final • 12:20 PM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Rang Undang-undang mengenai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

(Pindaan) 2020.

final • 12:25 PM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Secara umumnya saya bersetuju dengan hukuman denda dan penjara yang dinaikkan. Ini menunjukkan dengan jelas ketegasan kerajaan di dalam memastikan tempat kerja di dalam negara sentiasa selamat dan sihat. Walau bagaimanapun, beberapa perkara yang perlu diambil kira oleh kementerian.

Satu, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sebagai pemegang amanah dan penguat kuasa dalam akta ini perlu fokus kepada aktiviti penguatkuasaan di tempat kerja.

Kedua, dengan pindaan menaikkan nilai denda dan tempoh hukuman penjara semata-mata, tanpa tindakan penguatkuasaan, tidak akan membawa apa-apa makna Tuan Yang di-Pertua. Kelewatan proses pengeluaran permit, mesin, kekurangan bilangan kakitangan pemeriksaan dan kelemahan proses siasatan merupakan perkara pokok yang perlu diutamakan.

Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh dinafikan antara faktor penyebab kes-kes ini berlaku antaranya adalah kerana kelemahan penguatkuasaan itu sendiri termasuk satu kekurangan pegawai pemeriksaan. Petikan akhbar bertarikh 17 Januari 2019 menyebut 100 orang pantau 14 ribu buah tapak projek.

Ini bermaksud seorang pegawai JKKP terpaksa membuat pemantauan ke atas lebih 100 buah tapak pembinaan Tuan Yang di-Pertua. Backlog ke atas aset-aset seperti mesin dan jentera lif dan eskalator yang memerlukan permit yang beroperasi dinyatakan bahawa lebih 400 ribu- aset yang perlu permit JKKP. Inspektor JKKP hanya berjumlah 173 orang sahaja berdasarkan maklumat yang saya terima pada tahun 2019. Hanya 60 peratus sahaja aset-aset ini yang sempat mendapat permit.

Ini bermakna Tuan Yang di-Pertua, 40 peratus ini tidak sempat diperiksa. Saya mohon perlu ditambah dan mohon pada JPA untuk memberi Menteri dan kementerian ditambahkan anggotanya.

Kepelbagaian bidang tugas JKKP juga perlu dilihat mengganggu tugas hakiki mereka. Kita boleh lihat kepada profil JKKP yang dinyatakan di laman web JKKP sendiri.

Selain menguatkuasakan Akta AKKP 1994, mereka juga:

(i) menjalankan kajian, pendidikan dan pembangunan R&D;

(ii) menjalankan program-program galakan dan publisiti;

(iii) memberi khidmat nasihat dan maklumat; dan

(iv) menjadi urus setia untuk majlis negara bagi keselamatan dan kesihatan pekerja.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang saya cuba kaitkan dengan perkara tadi adalah berkaitan klausa baharu yang dimasukkan dalam rang undang-undang pindaan ini. Apa yang saya rasa menambah lagi bebanan tugas dan kuasa JKKP.

Pada muka surat 28, menyatakan Bahagian VIIA, kurang kompeten dan penyelia latihan berdaftar. Klausa ini menyebut bahawa Ketua Pengarah JKKP mengawal selia pengurusan orang yang kompeten dan penyelia latihan. Ini bagi saya merupakan penambahan bebanan tugas dan kerja hakiki sebenarnya JKKP.

Orang yang kompeten dan penyelia latihan ini bukan melibatkan tempat kerja Tuan Yang di-Pertua. JKKP seharusnya menumpukan perhatian sepenuhnya kepada penguatkuasaan, pemeriksaan, penyiasatan, pematuhan, peraturan majikan dan pekerja di tempat kerja.

Tuan Yang di-Pertua, dengan kekangan kekurangan pegawai pemeriksaan ditambah lagi dengan bilangan backlog yang semakin saban tahun meningkat, dengan kejadian kemalangan maut yang tiap-tiap tahun terjadi, langkah menambah peranan yang indirectly seperti ini hanya akan mengakibatkan JKKP lari daripada fungsi asas mereka, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:25 PM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Pengasingan bidang kuasa berkaitan penguatkuasaan di tempat kerja dan aspek latihan juga telah diamalkan di negara-negara lain. Pengasingan fungsi dan bidang tugas penguatkuasaan di tempat kerja dan juga pengurusan latihan akan menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti. JKKP seharusnya membuang masa mereka mengawal selia perihal latihan itu dan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara

(NIOSH), Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) atau Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) adalah sangat layak untuk diberi dan menggalas tugas dan tanggungjawab ini, Tuan Yang di-Pertua.

Pengurusan bidang latihan ini melibatkan pelbagai elemen yang memerlukan penambahan kakitangan, sumber kewangan, peruntukan kerajaan, pengurusan dan latihan perlu diberi kepada jabatan atau agensi yang lebih profesional.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong kepada pindaan yang menaikkan lagi kadar penalti denda kepada majikan serta menaikkan lagi tempoh denda penjara.

Hukuman berat menunjukkan ketegasan dan komitmen kerajaan.

Walau bagaimanapun, perkara pokok kepada asas kelemahan dan penguatkuasaan ialah bila ia lari daripada fungsi yang sebenar. Saya mencadangkan klausa rang undang-undang pindaan pada Bahagian VIIA wajar dikaji semula oleh kementerian kerana fungsi kawal selia orang yang kompeten dan penyelia latihan ini boleh diletakkan di bawah mana-mana jabatan atau agensi sedia ada seperti Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran.

JKKP perlu kekal fokus kepada tempat kerja. Fungsi-fungsi JKKP seperti melaksanakan kajian, pendidikan dan khidmat nasihat, galakan dan promosi seharusnya diserahkan kepada jabatan dan agensi KSM yang lain. Mohon JKKP menumpukan sepenuh tenaga dan perhatian kepada pematuhan majikan dan pekerja di tempat kerja, bukan di tempat lain, Tuan Yang di-Pertua.

Dengan itu, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang. Seterusnya Yang Berhormat Pokok Sena yang kita tunggu-tunggu.

final • 12:30 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah pun membuat pembentangan.

Seperti yang disebut oleh rakan saya dari Ipoh Barat, pembentangan ini telah pun disiapkan sewaktu Yang Berhormat Ipoh Barat dan saya berada di Kementerian Sumber Manusia. Apa pun, ia terpaksa terlewat dan tertangguh, dan hingga hari ini barulah dapat dibentangkan. Ini merupakan suatu langkah yang sangat tepat pada masanya walaupun agak terlewat sedikit.

Ia adalah untuk memastikan supaya isu yang berkaitan dengan soal keselamatan dan kesihatan pekerjaan ini akan dapat menambat hati semua orang untuk memberikan perhatian. Sebab, pindaan ini akan terpakai kepada semua tempat kerja di seluruh negara kita ini termasuklah dalam sektor awam.

Kita lihat bahawa sektor awam memulakan langkah yang agak terlewat sedikit tetapi seharusnya menjadi contoh kepada sektor swasta bahawa sektor awam mengambil berat isu-isu yang berkaitan dengan soal keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Ini saya fikir bahawa akan memberikan langkah yang lebih ke hadapan untuk memastikan supaya isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan ini akan dapat memberikan kesan, impak dan lonjakan ekonomi yang lebih baik kerana kita dapat menjaga dan mengawal tenaga kerja yang mahir dan berpengalaman.

final • 12:32 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tidak ada industri yang terpaksa tertangguh akibat daripada perlanggaran ataupun kecuaian terhadap isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Jadi, kita harap bahawa semua pihak harus mengambil langkah yang bijaksana untuk memberikan kesedaran di semua peringkat.

Tuan Yang di-Pertua, namun begitu, sewaktu kita merangka rang undang-undang ini, mungkin pada waktu itu belum timbul isu daripada segi pandemik COVID-19. Pada waktu kita menyiapkan rang undang-undang ini, belum timbul isu pandemik COVID-19.

Oleh sebab itu, apabila saya semak kembali ini, saya pun tidak pasti sama ada atau tidak peruntukan yang berkaitan dengan soal isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam konteks kerja dari rumah. Sebab, ke hadapan ini kita akan terus berhadapan dengan isu-isu seperti mana pandemik ini.

Ini yang saya faham bahawa kebanyakannya ialah dia bekerja dari tempat kerja di kawasan yang telah pun kita sedia maklum. Tetapi pekerjaan dari rumah (work from home) ini merupakan perkara baharu yang lahir daripada isu kewujudan pandemik COVID-19 ini.

Jadi, saya minta supaya satu penjelasan daripada pihak kerajaan, bagaimana persediaan dan persiapan kita untuk berhadapan dengan isu-isu ini? Bagaimana isu soal keselamatan dan kesihatan pekerjaan? Apakah formula-formula yang perlu disediakan oleh DOSH ataupun JKKP itu sendiri?

Kemudian, bagi saya bahawa soal seksyen 18A telah memperuntukkan penyediaan pengisytiharan pekerja yang selamat ke atas majikan untuk memastikan golongan pekerja dinamik berhubung dengan pekerja-pekerja yang bekerja di bawah subkontraktor. Ini suatu benda yang sangat perlu untuk diberikan perhatian supaya pekerja-pekerja yang bekerja di bawah subkontraktor ini perlu diberikan perlindungan.

Saya bawa contoh iaitu pekerja-pekerja di bawah bidang kren menara.

Kebanyakan daripada pengendali-pengendali kren menara ini bekerja dengan subkontraktor. Jadi, mereka ini selalunya teraniaya kerana subkontraktor ini ialah mereka tidak berdaftar dengan JTK ataupun CIDB.

Mereka hanya cukup mudah untuk jadi subkontraktor dalam bidang kren menara ini, hanya daftar dengan SSM dan supply operator. Jadi, pengendali kren menara yang bekerja dengan subkontraktor atau pihak ketiga ini, majoritinya saya difahamkan oleh pekerja-pekerja ini, tidak dicarumkan PERKESO dan juga KWSP, serta tidak mengikut Akta Kerja 1955. Tidak ada offer letter, masa bekerja melebihi had dan kadar upah lebih masa juga tidak mengikut peruntukan akta.

Jadi, seharusnya penguatkuasaan yang lebih tegas terhadap pihak subkontraktor ini supaya pihak kontraktor utama itu juga harus bertanggungjawab untuk memberikan perlindungan kepada golongan ini.

Kemudian, saya juga meminta supaya soal dalam isu kren menara ini, walaupun kita nampak mereka ini bekerja dalam sektor pembinaan yang lekeh, tetapi tanpa mereka, bangunan yang tinggi tidak boleh tertegak. Walaupun kita ada seorang engineer, seorang jurutera yang hebat, yang pakar bagaimanapun, tetapi tanpa pengendali kren menara ini, engineer yang hebat itu tidak boleh mendirikan sebuah bangunan yang tinggi, yang mencakar langit dan sebagainya.

Jadi oleh sebab itu, kita minta supaya kerajaan dapat mengatasi masalah lambakan pengendali kren menara ini kerana kita ada lebih kurang 4,000 yang berdaftar dengan DOSH.

Saya difahamkan 4,000 yang berdaftar dengan DOSH dan JKKP ini tetapi oleh kerana kewujudan warga asing yang berstatus pemastautin tetap ini, telah menyebabkan yang warganegara kita ini agak terpinggir. Ini kerana pihak-pihak subkontraktor ini melayani lebih kepada pihak-pihak yang berstatus pemastautin tetap. Ini mungkin disebabkan dibayar dengan gaji yang lebih murah dan sebagainya.

Jadi, oleh sebab itu, pihak kerajaan perlu untuk memastikan supaya pengendali kren menara ini, pertama sekali, ialah kursus-kursus yang bersifat kompetensi ini akan dapat diberikan secara yang lebih baik.

final • 12:32 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya lihat bahawa kursus sekarang ini yang berjalan, kursus ekspres lima hari untuk orang mengendalikan kren menara ini, kursus lima hari yang dikendalikan oleh berbagai-bagai pihak dengan bayaran ada RM2,000, ada RM800, ada RM1,000 dan sebagainya. Saya fikir bahawa ia tidak menyelesaikan masalah sebab akhirnya menyebabkan mereka ini tidak kompeten bila mereka bekerja mereka tidak dapat melaksanakan tugas secara yang baik.

Jadi oleh sebab itu, bagi saya bahawa kita kena kembalikan kepada kursus yang lebih bersifat melahirkan mereka ini kompeten melalui kerjasama antara DOSH dan juga Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang juga di bawah Kementerian Sumber Manusia. Ini sangat penting untuk dilihat sebagai suatu keperluan kepada pengendali- pengendali kren menara.

Kemudian juga, saya ingin menyentuh juga soal yang berkaitan dengan peruntukan seksyen 26A yang membenarkan pekerja untuk mengeluarkan diri daripada apa-apa situasi berbahaya dengan alasan yang munasabah. Maknanya pekerja ini dia kena beritahu kepada majikan dia dan majikan tidak boleh mengambil apa-apa langkah tindakan terhadap dia daripada segi diskriminasi.

Namun saya percaya bahawa ini adalah suatu benda yang agak sukar untuk pekerja hendak beritahu majikan bahawa kamu tidak menyediakan suasana persekitaran tempat kerja yang betul-betul selamat. Dia pun rasa takut nanti akan ada tindakan diskriminasi terhadap mereka. Jadi penguatkuasaan perkara ini untuk memastikan seksyen 26A ini benar-benar memberikan perlindungan kepada golongan-golongan pekerja itu sendiri.

Kemudian saya juga ingin memastikan supaya kerajaan dapat mempercepatkan proses selepas daripada ini iaitu untuk melesenkan orang yang berlesen untuk pengendalian mesin angkat, pemeriksaan lif, eskalator, skylift, kren bergerak, kren menara dan juga kren berantai dan juga pemeriksaan perakuan mesin tekanan dan juga mesin dandang dan sebagainya. Ini satu benda yang perlu sebab inilah tujuan daripada pindaan ini untuk memindahkan liabiliti kerajaan, tanggungjawab kerajaan itu, bebanan kerajaan itu kepada pihak-pihak ketiga.

Jadi sekarang ini belum ada lagi orang yang berlesen, jadi selepas ini perlu dipercepatkan dan mesti memastikan supaya syarikat-syarikat lif itu, pekerja mereka itu betul-betul kompeten dalam mengendalikan pemeriksaan mesin ini. Ini adalah merupakan suatu keperluan kepada kita untuk memastikan supaya peluang pekerjaan.

Saya fikir bahawa Tuan Yang di-Pertua, sedikit masa, pindaan ini akan membuka ruang peluang pekerjaan yang lebih apabila dipindahkan bebanan kerajaan itu kepada pihak ketiga, maka peluang pekerjaan ini akan bertambah. Jadi bermakna bahawa dapat mengisi di kalangan siswazah-siswazah kita yang masih menganggur dalam bidang- bidang teknikal ini untuk berada dalam pasaran-pasaran pekerjaan.

Begitu juga bagi saya bahawa kita perlu memperbanyakkan kerana selepas daripada pindaan ini nanti diluluskan, akan mewujudkan jawatan-jawatan SHO dalam setiap majikan itu perlu ada SHO. Maknanya SHO ini perlu daripada orang yang ada kemahiran yang terlatih daripada sistem latihan kemahiran TVET ini, perlu diperbanyakkan. Oleh sebab itu JKKP dengan JPK perlu ada satu langkah yang ke hadapan untuk memperbanyakkan lagi pengeluaran mereka-mereka dalam bidang- bidang yang berkelayakan untuk berada di SHO dan juga di peringkat pegawai penyelaras di dalam majikan-majikan.

Ini saya fikir satu peluang pekerjaan yang akan bertambah dan kita harap bahawa kerajaan akan dapat memberikan suatu yang lebih segera untuk memastikan supaya suasana ekonomi kita ini akan dapat bergerak dan dapat memberikan perlindungan keselamatan dan kesihatan kepada golongan pekerja. Saya fikir masa yang tidak mengizinkan. Itulah yang dapat saya sampaikan.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Yang Berhormat Pasir Mas..

final • 12:40 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Tuan Yang di-Pertua, Setiu ganti tempat Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Setiu, silakan.

final • 12:40 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. *Bismillahi Rahmani Rahim.

[Membaca sepotong doa]* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada Setiu untuk turut sama membahaskan Rang Undang-undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2020.

Pertamanya, secara asasnya setiap rakyat semestinya mengharapkan kerajaan yang memerintah dapat meletakkan kepentingan keselamatan dan kesihatan mereka mengatasi segala-galanya. Saya kira perbahasan rang undang-undang ini amat tepat dalam memastikan setiap rakyat yang bekerja ketika fasa pandemik COVID-19 bukan sahaja mampu menyumbang kepada negara, bahkan keselamatan dan kesihatan mereka turut diberikan keutamaan.

Tuan Yang di-Pertua, isu pertama yang ingin saya sentuh adalah berkaitan penularan COVID-19 di tempat kerja, di mana kebanyakan kluster yang muncul adalah kluster di tempat kerja. Saya berpandangan isu ini amat penting bagi menyahut keputusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah memberi kelonggaran agar semua sektor kembali dibuka.

Oleh itu saya mencadangkan agar organisasi Jawatankuasa Pengurusan COVID- 19 di tempat kerja diperkukuhkan agar usaha menangani penularan COVID-19 di tempat kerja dapat dikurangkan. Malangnya apa yang berlaku sekarang terdapat majikan yang menyembunyikan status pekerja yang positif COVID-19, sedangkan perkara tersebut jelas membahayakan pekerja yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang ingin saya bahaskan berkenaan isu pekerja yang enggan mengambil suntikan vaksin COVID-19. Umum mengetahui berdasarkan akta ini, para pekerja yang enggan menerima vaksin boleh dikenakan tindakan. Namun begitu saya mencadangkan agar pihak kerajaan dapat memperbanyakkan program penerangan atau pertemuan secara tertutup dengan para pekerja yang tidak mahu di vaksin, menyediakan perkhidmatan kaunseling untuk menasihati dan memujuk mereka dan berdialog dengan mereka sebagai satu pendekatan harmonis sebelum sesuatu tindakan dikenakan terhadap mereka.

Tuan Yang di-Pertua, perkara seterusnya yang ingin saya bangkitkan berkenaan kesihatan mental para pekerja sama ada di sektor awam mahupun swasta. Jelas sekali isu kesihatan mental di tempat kerja seharusnya tidak dipandang ringan oleh mana-mana pihak mahupun organisasi.

Ianya dilihat sebagai isu global yang memberi impak besar terhadap produktiviti organisasi. Isu seperti syarikat mengurangkan operasinya, pemotongan gaji, kehilangan pekerjaan, kerja dari rumah memberi banyak tekanan kepada rakyat sekali gus mendorong kepada masalah kesihatan mental di kalangan pekerja.

Oleh itu saya mencadangkan agar kerajaan dapat menyediakan mekanisme bagi memastikan setiap pertubuhan kerajaan mahupun swasta mampu menyediakan perkhidmatan kaunseling di setiap tempat kerja yang senang untuk diakses oleh mana- mana pekerja tanpa mengira pangkat dan gaji. Jika isu ini gagal diselesaikan, ia akan merugikan organisasi kerana masalah mental di tempat kerja ibarat pembunuh senyap kepada tenaga kerja berkualiti.

Tuan Yang di-Pertua, perkara terakhir yang ingin saya bangkitkan berkenaan keselamatan jentera. Jika kita lihat di media massa terdapat kemalangan-kemalangan yang berkaitan jentera berlaku bukan sahaja membawa maut kepada pekerja tetapi juga kepada orang awam yang melalui kawasan tersebut. Contohnya, kemalangan yang melibatkan kren bergerak dan kren menara yang menimpa orang awam.

final • 12:45 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Jika kita lihat pada pendekatan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, ia berbentuk peraturan kendiri dengan izin, self-regulation. Apa yang saya faham melalui pendekatan ini majikan perlu mengenal pasti bahaya dan mengambil langkah-langkah pencegahan. Justeru saya ingin bertanya kepada pihak kementerian berkaitan integriti jentera yang saya sebutkan tadi adakah kementerian masih menjalankan pemeriksaan ke atas jentera-jentera ini ataupun memadai kawalan-kawalan yang dilaksanakan oleh pihak majikan.

final • 12:45 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Saya mohon penjelasan daripada kementerian berkaitan dengan perkara ini.

Dengan ini, saya mohon menyokong rang undang-undang ini. Sekian, Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Yang Berhormat Sepang.

final • 12:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pertamanya, saya juga minta maaf lambat sikit bagi ucapan selamat hari jadi.

*Happy birthday to you.

[Ketawa] . Actually,* Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:50 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tapi tak ada jamuan.

final • 12:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

... Tuan Yang di-Pertua punya birthday sama dengan my wife. My wife kata deputy atau Speaker? Saya kata, Speaker.

Kalau Speaker, okeylah dia kata.

[Ketawa] So, dapat masa lebih ya? Dah puji-puji sikit tadi.

[Ketawa] Okey, Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya saya berterima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk berbahas. Saya ingin katakan, sebenarnya saya amat berterima kasihlah kepada pihak kerajaan hari ini walaupun usul ini telah pun dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan, tetapi maknanya, akhirnya dapat juga meneruskan pembentangan undang-undang yang ditunggu-tunggu ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bermula daripada Perlembagaan dahulu. Seperti Tuan Yang di-Pertua sedar bahawa dalam satu kes yang diputuskan oleh mahkamah, kalau tak silap saya kes Hong Leong Equipment, lebih kuranglah. Bagaimana mahkamah telah mentafsirkan perkataan ‘life’ dalam artikel 5(1). Izinkan saya membaca dalam bahasa Inggeris Tuan Yang di-Pertua. Sometimes, we lawyers, we think in English Tuan Yang di-Pertua. It’s a bit difficult, I know you also have the same problem. Tuan Yang di-Pertua, ia mengatakan ‘No person shall be deprived of his life or personal liberty save in accordance with law’. Makna, tidak ada orang boleh dilucutkan hak kehidupan, life bermaksud kehidupanlah dan juga kebebasan (liberty), kecuali dengan berdasarkan undang-undang. Jadi, perkataan ‘life’ di situ telah diterjemahkan begitu luas termasuk juga rights untuk employment. Jadi Tuan Yang di-Pertua, bila saya melihat amendment kepada undang-undang ini khususnya meluas pakai - apa ke ayat yang meluas pakai? Untuk meluaskan lagi pemakaian undang-undang ini kepada sektor awam dan juga sektor-sektor yang mungkin akan diterjemahkan juga kalau ditafsirkan dengan secara loose termasuklah mungkin sektor apa ini, apa dipanggil? Sektor ini, sektor - Minta maaf.

final • 12:50 PM

Seorang Ahli

Swasta.

final • 12:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Bukan swasta. Saya nak...

[Ketawa] Dah ingat dah tadi, tapi perkataan itu lupa. Sektor yang bekerja di rumah ini iaitu sektor...

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Domestik.

final • 12:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ha, domestik ini ataupun yang jadi servant. What is servant ya?

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pembantu rumah?

final • 12:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ha, pembantu rumah. Sorry, sorry Tuan Yang di-Pertua. Bukanlah kerana ‘teror’ bahasa Inggeris, tetapi berfikir itu...

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, jadi kan, saya nak tanya kepada pihak kerajaan, adakah pemakaian ini termasuk juga kepada sektor seperti itu? Walaupun mungkin ada boleh dihujahkanlah sebab undang-undang ini dalam bahasa Melayu dia kata, dalam bahasa Melayu mungkin diterjemahkan sebagai Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan tetapi kalau kita lihat dalam bahasa Inggerisnya, ada perkataan ‘occupational’ itu. Jadi itu yang mungkin akan menjadi satu kaveat mungkin tak terpakai kepada sektor itu.

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan bahawa ini satu pencapaianlah apabila dapat melebar luaskan. Ini sebab Tuan Yang di-Pertua, lagi satu saya merasakan sepatutnyalah dalam undang-undang ini juga perlu mentafsirkan dengan jelas apakah yang dimaksudkan dengan keselamatan ataupun safety itu. Kalau tidak Tuan Yang di- Pertua, kemungkinan undang-undang ini dengan izin, mungkin akan membuka juga pandora box. Bukan pandora papers ya, pandora box iaitu di mana kemungkinan juga security, safety itu diterjemahkan begitu luas sehingga ia mungkin akan menimbulkan banyak pula masalah lain pula kepada sektor pekerjaan.

Saya cuba Tuan Yang di-Pertua, untuk cuba mengimbangi di antara kepentingan majikan dan juga kepentingan pekerja. Saya tidak mahu - okeylah walaupun saya biasa mewakili pekerja, tetapi saya rasa kita have to be fair-lah. Saya takut nanti bila kita terlampau buat undang-undang yang terlampau memihak kepada pekerja sahaja, kemungkinan akan menjejaskan pula sektor pekerjaan pula. Mungkin nanti orang dah takut nak ambil pekerja.

Sebagai contoh, perkataan safety itu Tuan Yang di-Pertua. The right to privacy ataupun hak untuk kerahsiaan. Bagi seorang wanita, ini amat-amat satu hak yang betul- betul dicemburui. Sebab apa Tuan Yang di-Pertua, kalau hak ini dilanggar khususnya kepada pekerja-pekerja wanita, kemungkinan berdasarkan tafsiran perkataan safety yang mungkin agak longgar, kemungkinan kes ini juga boleh dibawa ke mahkamah dan sebagainya. Apatah lagi mahkamah juga telah menafsirkan dalam kes Sivarasa, Hakim Gopal Sri Ram mengatakan bahawa perkataan ‘liberty’ itu termasuk right to privacy dan telah pun ada keputusan mahkamah. Walaupun ada mahkamah mengatakan right to privacy itu bukan satu hak yang tersendiri dalam tort, dalam undang-undang tort tetapi ada juga mahkamah berkata sebaliknya.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mengharapkan perkara-perkara seperti ini kalau boleh kita juga cuba address ataupun kita tumpukan juga. Kalau tidak boleh melalui amendment kepada undang-undang ini, mungkin kita boleh buat dalam bentuk peraturan.

Ini sebab bila peraturan ini, tak perlu pergi ke Parlimen.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, begitu juga Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengucapkan tahniah kerana kerajaan juga telah membuat pindaan kepada seksyen 18 berkaitan dengan principal -kah? Minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, minta maaf Tuan Yang di-Pertua. Walaupun Tuan Yang di-Pertua minta kita mengurangkan penggunaan bahasa Inggeris, tetapi dalam realitinya bila saya merujuk undang-undang ini, saya akan rujuk kepada versi bahasa Inggeris Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Betul.

final • 12:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Bukan kerana apa, tetapi dah terbiasa Tuan Yang di-Pertua. Dengan izin, *“Duties of principal, (1) It shall be the duty of every principal to take, so far as is practicable, such measures as are necessary to ensure the safety and health of –

(a) any contractor engaged by the principal when at work;

(b) any subcontractor or indirect subcontractor when at work;* Jadi maknanya pemakaian ini agak lebih luas. Kalau dahulu yang selalunya dalam bahasa-bahasa undang-undang pekerjaan ini dipanggil contract for service, contract of service secara mudahnya. Jadi, saya mengucapkan tahniahlah sebab apa, memang pekerja-pekerja kontrak ini selalunya menghadapi masalah tidak dilindungi. Tuan Yang di-

final • 12:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Pertua, menjaga keselamatan pekerja ini Tuan Yang di-Pertua, memang satu perkara yang amat-amat penting.

Tuan Yang di-Pertua, saya terpaksa isytiharkan saya punya kepentingan sebab saya pernah jadi peguam dan mewakili pekerja-pekerja yang menghadapi masalah apabila bekerja di sektor-sektor perkilangan yang membuat bahan-bahan kimia Tuan Yang di-Pertua. Bila terdedah dengan bahan kimia terlalu lama, mereka menghadapi penyakit. Biasanya Tuan Yang di-Pertua, dalam keadaan yang biasa, para doktor juga mempunyai pendapat yang berbeza. Biasanya kalau kita pergi doktor PERKESO, selalunya memihak kepada majikan. Selalunya ya, jarang memihak kepada pekerja. Akan tetapi kalau kita pergi kepada doktor yang lain pula, doktor ini biasanya agak lebih balance-lah. Selalunya mengatakan, ‘Oh ini memang ada masalah’. Tuan Yang di-Pertua, dalam kes yang saya pernah lakukan Tuan Yang di-Pertua, memang dia terdedah dengan bahan-bahan kimia ini begitu lama sehingga akhirnya menghadapi penyakit sesak nafas yang begitu lama dan berakhir Tuan Yang di-Pertua, dia sampai menghidap penyakit mental sebab tertekan dengan alam pekerjaan itu. Ini sebab apabila dia dipindahkan ke tempat lain yang lebih selamat Tuan Yang di-Pertua, ada pekerja-pekerja lain yang jadi cemburu dan mula mempersendakan beliau. ‘Kamu ini bodek bos’ dan sebagainya. Akhirnya dia tertekan sehingga menghadapi masalah penyakit mental. Saya tak pasti bagaimanakah dalam keadaan sebegitu, akta ini boleh menyelesaikan masalah kes itu.

Sebab itu bagi saya Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini memang pindaan yang betul-betul baik dan saya memang 100 peratus bersetuju. Cumanya saya seperti mana kata Yang Berhormat Ipoh Barat dan Yang Berhormat Pokok Sena, apa pun masalah di Malaysia ini, kita menghadapi masalah dengan penguatkuasaan. Jadi Tuan Yang di- Pertua, saya haraplah kalau boleh, kita haraplah penguatkuasaan ini jangan ambil remehlah. Kita betul-betul kuatkan penguatkuasaan ini, kita betul-betul. Bukan sahaja mereka ini harus dipanggil – cekap tetapi mereka ini juga perlu cekap dan cepat Tuan Yang di-Pertua.

Kadang-kadang Tuan Yang di-Pertua, daripada segi realitinya di bawah ini, bila kita membuat apa-apa aduan dan sebagainya, lambat tindakan diambil. Kadangkala pekerja ini merasakan bahawa tidak ada faedah untuk mereka membuat sebarang aduan kerana mereka merasakan tidak ada pembelaan.

Jadi saya harap Tuan Yang di-Pertua, walaupun kita punya undang-undang yang baik sekalipun, kita pastikan sebarang bentuk penguatkuasaan mesti diambil berat. Saya rasa itu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Sebelum saya tangguh, pada jam 2.30 petang ini kita akan bermula dengan Yang Berhormat-Yang Berhormat berikut. Yang Berhormat Jerai, diikuti dengan Yang Berhormat Lumut. Yang Berhormat Setiu, sudah. Jadi, Yang Berhormat Pasir Mas selepas itu. Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Dungun dan Yang Berhormat Kepong.

Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh kerana masa dah pukul 1.00 tengah hari, saya tangguhkan persidangan ini sehingga pukul 2.30 petang. Assalamualaikum.

final • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Dato’ Sri Azalina Othman Said (Pengerang) mempengerusikan Mesyuarat]

final • 2:30 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Saya menjemput Yang Berhormat Jerai.

final • 2:30 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya, terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2020 ini.

Saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini, pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada hari ini dan juga melanda negara kita telah membawa kesan kepada ekonomi, kesihatan dan kepada rakyat di negara kita. Pandemik COVID-19 juga telah menyebabkan ramai pekerja di negara kita telah bekerja secara norma baharu seperti bekerja dari rumah, bekerja menggunakan gajet secara atas talian. Tidak kurang juga ramai pekerja yang telah kehilangan pekerjaan dan beralih ke bidang pekerjaan yang berbeza daripada pekerjaan asal mereka.

Sejak kebelakangan ini kita sering mendengar para pekerja mengalami masalah tekanan mental disebabkan wabak covid ini. Ada pekerja yang terpaksa bekerja melebihi masa terutamanya para pekerja yang bertugas di barisan hadapan sama ada para pekerja di sektor swasta mahupun di sektor awam. Pekerja yang bekerja dari rumah juga turut menghadapi tekanan mental disebabkan terpaksa menguruskan keluarga dan dalam masa yang sama terpaksa menguruskan hal-hal berkaitan kerja mereka. Berdasarkan kajian, antara emosi negatif yang dialami ketika pandemik COVID-19 merupakan ketakutan, keresahan, kemurungan dan kesedihan.

Untuk para pekerja kita pula kesan negatif ini diburukkan lagi dengan tekanan disebabkan oleh masalah kerja. Dalam pemerhatian saya, dalam tempoh pandemik COVID-19 ini, bagi golongan pekerja faktor lain yang menjejaskan lagi tahap kesihatan mental mereka termasuklah risiko kehilangan pekerjaan dan pekerja mengalami kelesuan akibat daripada perubahan cara kerja dan pengurangan pekerja. Bagi pemilik syarikat pula, cabaran untuk memastikan kelangsungan perniagaan susulan pandemik ini, menjadi satu faktor yang menyebabkan kesihatan mental mereka tidak di tahap yang optimum.

Saya khuatir situasi ini boleh menyebabkan kemalangan pekerjaan dan peningkatan masalah kesihatan mental dalam kalangan pekerja di negara kita. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah langkah-langkah yang telah atau akan dirangka dan dilaksanakan oleh kerajaan bagi menangani masalah kesihatan mental di kalangan pekerja?

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada isu kesihatan mental kepada pihak pekerja, saya juga bimbang dengan penyakit pekerjaan lain. Contohnya, pendedahan kepada bunyi bising yang dihasilkan oleh jentera dan juga pendedahan kepada bahan kimia berbahaya yang digunakan dalam proses kerja dalam kalangan para pekerja di negara kita. Saya ingin tahu berapakah bilangan pekerja di negara ini yang telah terjejas kesihatannya akibat terdedah dengan bunyi bising di tempat kerja dan juga bilangan pekerja yang telah terkena dengan penyakit pekerjaan yang diakibatkan oleh bahan kimia di tempat kerja.

Selain itu, saya ingin menarik perhatian Ahli Dewan mengenai pindaan dalam fasal 26 yang pada pandangan saya mempunyai kaitan dengan kesihatan pekerjaan.

Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak Kementerian Sumber Manusia bagaimana pindaan ini boleh meningkatkan tahap kesihatan pekerja dan seterusnya dapat mencegah atau mengurangkan masalah kesihatan mental atau penyakit pekerjaan lain seperti hilang pendengaran, keracunan pekerjaan dan masalah psikososial pekerjaan.

Saya berharap rang undang-undang ini dapat mencegah para pekerja kita dari terkena penyakit disebabkan oleh pekerjaan mereka. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:33 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Tahniahlah ya, kurang daripada 10 minit. Yang Berhormat Lumut, sepuluh minit.

final • 2:33 PM

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin turut mengambil bahagian membahaskan pindaan akta ini yang asalnya dibuat pada tahun 1994 yang membawa pada perubahan-perubahan yang saya bersetuju dengan Yang Berhormat Jerai tadi yang mengaitkannya dengan norma baharu yang sedang dihadapi atau yang sedang dijalani oleh rakyat kita sekarang.

Kita bersetuju bahawa takrifan kepada tempat kerja ini tidak dihadkan kepada Jadual Pertama dalam akta ibu yang telah mencatatkan sepuluh buah, tempat pekerjaan.

Akan tetapi kini semua tempat pekerjaan dimasukkan dalam tanggungjawab ataupun dalam kawalan akta ini supaya semua majikan tidak kira sama ada mereka industri besar, industri kecil ataupun industri tradisional yang ada dalam akta yang asal, perlu mengambil isu kesihatan dan keselamatan pekerjaan ini secara serius.

Jadi, yang kita hendak pastikan daripada kementerian adalah setakat mana ya, mungkin telah dibangkitkan oleh pembahas yang lain, setakat mana takrifan semua tempat kerja ini yang akan dikawal oleh akta ini? Sama ada terlibat juga mereka yang bekerja di rumah ataupun bekerja secara online dan juga pekerjaan-pekerjaan lain yang tercipta daripada keadaan pandemik yang ada pada hari ini. Ini penting kerana kita tidak mahu mana-mana sektor pekerjaan tertinggal sehingga menjejaskan cara hidup mereka apabila ia tidak termasuk di dalam pindaan ini.

final • 2:38 PM

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut

Kemudiannya kita juga mahu melihat semua majikan di tempat kerja menyediakan kawasan yang selamat dan juga menangani isu-isu kecemasan dengan segera. Cuma kita tidak tahu takrifan kecemasan di sini, kalau boleh Kementerian memberikan detil bagaimana atau jenis kecemasan macam mana?

Adakah ia terhad kepada misalnya kecederaan semasa menjalankan jentera- jentera ataupun berlaku kemalangan kenderaan ataupun berlaku keruntuhan bangunan atau macam mana. Ini juga kita perlu pastikan.

Saya mencadangkan supaya kementerian mengambil sikap yang lebih menyeluruh supaya tidak ada yang tertinggal. Ini akan memaksa majikan-majikan kita mengambil langkah-langkah yang kita anggap boleh menyebabkan mereka terpaksa mengeluarkan modal dan persediaan, tetapi demi keselamatan para pekerja kita, ia harus diambil berat termasuk juga dalam hal-hal isu penempatan pekerja-pekerja.

Yang Berhormat Menteri sudah banyak melawat semasa COVID-19 ini dan telah melaporkan bagaimana keadaan kediaman pekerja-pekerja kita ini di tempat-tempat yang sepatutnya tidak menjadi tempat kediaman, tetapi itu yang berlaku. Jadi kita mahukan supaya isu-isu kecemasan di tempat-tempat kediaman ini juga disebut di dalam ataupun ditakrifkan di dalam pindaan akta ini.

Selain daripada itu, kita juga hendak minta penjelasan daripada kementerian kerana kadang-kadang, bahagian-bahagian akta ini terpakai kepada main contractor dalam mana-mana pekerjaan yang telah diperoleh oleh mereka, dan mungkin tidak terpakai kepada subcontractor-subcontractor yang diambil untuk menyelesaikan tugas- tugas tertentu. Jadi adakah pekerja-pekerja subcontractor ini juga termasuk dalam tanggungjawab main contractor dan mereka ini diberikan penjagaan daripada segi keselamatan dan kesihatan semasa mereka bertugas.

Ini amat perlu kerana syarikat-syarikat yang kecil yang menjadi subcontractor, saya berkeyakinan ramai di antara mereka tidak berkeupayaan untuk menepati peruntukan-peruntukan dalam akta ini. Jadi saya hendak minta penjelasan, setakat mana ataupun secara menyeluruh, manakah tanggungjawab untuk mengambil tanggungjawab ini terletak kepada kontraktor-kontraktor ataupun majikan-majikan, sama ada yang prinsipal punya majikan ataupun yang subcontractor punya.

Selain daripada itu, dalam akta ini juga menentukan bahawa mereka yang terlibat dalam industri-industri ini kalau dalam akta ibu, dalam 10 sektor yang disebutkan itu, menyediakan pegawai-pegawai perubatan dan kesihatan pekerjaan di dalam organisasi mereka. Saya rasa ini sangat penting.

final • 2:40 PM

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut

Bidang perubatan ataupun bidang kesihatan pekerjaan ini sudah begitu maju di negara barat. Bukan hanya sekadar menangani isu-isu pencemaran di tempat-tempat kerja, debu, bunyi, dan sebaginya. Itu merupakan masalah-masalah tradisional yang sudah pun ditangani dan sedang ditangani oleh pihak-pihak yang lama, tetapi dalam keadaan sekarang ini, pakar-pakar kita di bidang kesihatan pekerjaan juga sudah boleh menangani isu-isu, termasuklah isu-isu yang disebutkan oleh Yang Berhormat Jerai tadi iaitu isu mental pekerja-pekerja.

Jadi saya menerima hakikat bahawa untuk majikan-majikan ini mengambil pegawai-pegawai ini merupakan satu perkara yang besar Yang Berhormat Menteri, yang melibatkan kos kerana mereka ini dalam struktur di kementerian ataupun Kementerian Kesihatan merupakan pakar kesihatan pekerjaan. Tentulah mereka akan melibatkan perbelanjaan yang besar kepada syarikat.

Akan tetapi dalam konteks memberikan jaminan keselamatan dan kesihatan bagi pekerja-pekerja ini, saya rasa mereka tidak boleh mengelakkan diri daripada mengambil pakar-pakar yang sudah terlatih ini. Jadi apa bentuk persediaan yang ada di dalam negara kita yang di bawah kementerian ini untuk memastikan kita mempunyai suatu jumlah kepakaran yang sudah terlatih kerana kursus-kursus ini sebenarnya tidak disertai oleh ramai kakitangan ataupun doktor-doktor perubatan yang mengambil bidang ini, akan tetapi dalam keadaan ini mesti ada insentif-insentif untuk memastikan ramai di antara pegawai perubatan kita dan pegawai kesihatan kita mengambil bidang-bidang kesihatan pekerjaan ini supaya ia dapat menampung keperluan yang mendesak ini...

final • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Lumut.

final • 2:40 PM

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut

Sila.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Lumut.

Maaf kalau saya terpaksa back track sedikit sebab tidak sempat untuk berucap nanti kerana tidak diberi laluan. Saya mengajak Yang Berhormat Lumut untuk memerhatikan pindaan rang undang-undang ini yang Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ini sementara sebahagian besarnya pindaan-pindaan ini adalah baik dan saya yakin ia adalah ke arah membina sebuah negara yang lebih bertamadun dari sudut mengurus kemaslahatan dan kebajikan pekerja.

Namun dalam konteks pindaan ini Yang Berhormat Lumut, ia tidak termasuk the extension of work place kerana kita mempunyai tiga broad category workers. Local, yang akan balik ke rumah mereka, tetapi kedua, documented workers and non documented workers, tidak tahulah banyak mana jumlahnya- ada tiga atau lima juta jumlahnya. Mereka akan balik ke dormitories, ke tempat tinggal mereka dan di sini the living conditions - pandemik ini telah mendedahkan kelemahan itu.

Bagaimana Yang Berhormat Lumut memandang persoalan ini kerana sebuah syarikat, saya tidak perlu sebut nama telah dikenakan ban import - mereka kerana telah dikatakan abusive working and living conditions dengan izin, tempat tinggal yang begitu teruk dan dahsyat. Jadi adakah patut kita masukkan pindaan ini dalam akta ini. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut

Terima kasih. Saya sudah menyentuh hal ini di peringkat awal ucapan tadi. Kalaulah boleh kita masukkan cadangan itu sekali lagi di bawah cadangan Yang Berhormat Kuala Selangor kepada Yang Berhormat Menteri, ini penting. Kita tidak mahu lagi kalau ketika ini ada negara yang memboikot hasil dagangan kita kerana isu-isu yang sedemikian. Jadi diharapkan dengan adanya pindaan akta ini dan kementerian mengambil serius mengenai pelaksanaannya dan juga...

final • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Kluster, perebakan kluster, meletup dalam dormitory ini.

final • 2:40 PM

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut

Ya, itu berkaitan dengan pandemik. Memang itu telah menjadi suatu yang tidak boleh dirahsiakan lagi. Jadi saya

final • 2:40 PM

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut

masukkan pandangan daripada Yang Berhormat Kuala Selangor. Sedikit lagi Yang Berhormat Menteri ya.

Saya juga dalam banyak-banyak pindaan ini bersetuju supaya punitive action ataupun denda-denda yang dikenakan, penalti yang dikenakan dinaikkan kerana kita tidak mahu isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan ini diambil sambil lewa.

Kalau sekadar dendanya RM50 ribu ada majikan-majikan besar yang menganggap ia tidak memberikan kesan kepada syarikat. Namun begitu, kalaupun kita tambah denda ini yang dicadangkan kepada setengah juta contohnya, kadar kejayaan pendakwaan ataupun tuntutan kepada syarikat ini mengikut rekodnya adalah kecil yang dibawa ke mahkamah, percentage yang kecil lebih kurang 2.3 percent sahaja.

Jadi ini bermakna banyak kelemahan untuk kita cuba mendapatkan denda ini berjaya di peringkat mahkamah walaupun jumlahnya dinaikkan nanti kalau peratusannya masih kecil, ertinya kita tidak berjaya untuk memastikan majikan mengambil tindakan. Jadi adakah langkah-langkah kementerian supaya pematuhan kepada akta ini, selain daripada penalti-penalti ini dapat diikuti, dan dilaksanakan oleh para majikan yang menjamin keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada pekerja-pekerja kita. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.

final • 2:40 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 2:40 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua berikan peluang kepada saya untuk turut membahaskan Rang Undang-undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerja ini.

Antara inti pati rang undang-undang ini yang dilihat signifikan adalah berkaitan dengan had denda maksimum terhadap majikan dan juga pekerja. Perkara ini telah pun dibentangkan dalam beberapa seksyen berkaitan iaitu seksyen 19, seksyen 23 dan seksyen 49.

Saya percaya isu keselamatan dan kesihatan pekerja wajar diletakkan had yang tinggi. Bukanlah kerana kita ingin mendenda syarikat yang kecil sehingga terpaksa menggulung tikar tetapi meletakkan keadilan kepada syarikat-syarikat yang telah mendapat keuntungan berjuta-juta untuk menitik beratkan soal keselamatan dan kesihatan ini secara serius. Justeru, langkah kerajaan meminda seksyen 19 ini saya kira satu langkah yang cukup baik iaitu pindaan ditukar daripada RM50,000 kepada RM500,000.

Cadangan tambahannya ialah, yang pertama, Tuan Yang di-Pertua, latihan keselamatan dan kesihatan SME daripada aspek ergonomik. Keselamatan dan kesihatan bukan sahaja tertakluk kepada bidang pembinaan, pembuatan dan sektor-sektor yang bahaya. Pada hari ini kita boleh melihat perspektif kesihatan, keselamatan dan juga suasana ataupun health safety environment, dengan izin, pendefinisian keselamatan dan kesihatan telah pun berkembang dengan lebih luas selari dengan revolusi industri pekerjaan pada hari ini.

Kalau dahulu SME melibatkan peruncit yang melakukan penjualan secara fizikal, hari ini cabarannya berbeza. Mungkin kebanyakan SME sudah beralih kepada e-business yang melibatkan pekerjaan di hadapan komputer yang mengambil masa lama untuk bekerja. Hal ini disebut sebagai ergonomik pekerja harus diberikan penekanan daripada kerajaan.

Secara makronya, kerajaan harus melihat dengan penekanan terhadap ergonomik pekerja iaitu penekanan terhadap postur kerja, alat yang dapat membantu ergonomik pekerja. Perkara-perkara ini mampu untuk meningkatkan produktiviti rakyat dalam jangka masa yang panjang dan pendidikan berhubung perkara ini haruslah diberikan dan diselarikan dengan seluruh SME di Malaysia terutama dalam konteks

final • 2:50 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

ergonomik. Ini termasuk computer ergonomics, cellphone ergonomics dan lain-lain berkaitan dengan SHE.

Malah bukan sektor yang di perbandaran sahaja. Sektor perladangan, pertanian, perikanan dan luar bandar juga masing-masing ada pendidikan ergonomik yang boleh diselarikan dengan pekerjaan masing-masing.

Saya yakin, Tuan Yang di-Pertua, seandainya perkara ini diberikan tumpuan sekarang, kita akan melihat satu pelaburan untung hasil daripada peningkatan kesihatan modal insan dan peningkatan produktiviti modal insan.

Kedua ialah penekanan keselamatan dan kesihatan khusus bagi sektor p-hailing.

Baru-baru ini, isu telah hangat diperkatakan dalam masyarakat kita iaitu isu yang merisaukan pengguna jalan raya iaitu keselamatan p-hailing. Ini melibatkan cara pemanduan motosikal yang laju, berbahaya dan isu yang kerap dikatakan adalah melanggar lampu isyarat merah.

Walaupun kita boleh melihat perkara ini sebagai satu bidang kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tetapi dari sudut perniagaannya, boleh juga dijadikan satu pendekatan oleh pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) kepada syarikat-syarikat p-hailing sama ada yang syarikat p-hailing yang besar mahupun secara kecil-kecilan. Ini kerana selepas daripada ini, kita tidak menafikan kita akan melihat akan munculnya syarikat-syarikat ini dalam suasana pada hari ini. Mungkin kita lihat yang ada pada hari ini ialah Foodpanda, GrabFood dan sebagainya tetapi sebenarnya kemunculan syarikat-syarikat ini semakin lama semakin banyak dan itu bagus untuk rakyat, tetapi penekanan terhadap keselamatan juga adalah satu perkara yang penting.

P-hailing ini sebagai industri yang baru sahaja bertapak di Malaysia harus dilihat sebagai satu skop keselamatan dan kesihatan yang wajar diberikan penekanan selari dengan sektor baharu tersebut. Ini kerana pemandu p-hailing berdepan dengan pelbagai risiko kesihatan seperti pendedahan cahaya UV lebih enam jam sehari, kedudukan postur menaiki motosikal dalam masa yang lama, pendedahan kawasan rehat yang tidak efisien bagi penunggang motosikal membuatkan ada di antara mereka terpaksa berteduh di tepi- tepi jalan. Perkara ini seandainya berlanjutan bagi seorang pemandu p-hailing dalam 10 atau 20 tahun akan datang memberikan kesan yang tidak baik kepada penunggang- penunggang motosikal p-hailing.

Oleh sebab itulah saya kira bahawa kita boleh menjangkakan pemandu-pemandu yang berada dalam industri ini mereka mungkin tidak dapat bertahan dengan masa yang lama sebab ancaman-ancaman dari sudut keselamatan ini agak merisaukan.

Saya juga mencadangkan supaya diwujudkan hotline aduan pekerja berkaitan keselamatan dan kesihatan. Setiap pekerja apabila menceburi satu bidang pekerjaan, kebanyakannya hanya akan bertanya hak pekerja dari sudut gajinya, cutinya, manfaatnya yang mereka dapat sepanjang tempoh perkhidmatan. Jarang kita mendengar pekerja bertanya dari sudut keselamatan dan kesihatan sebagai persoalan utama untuk mendapatkan pekerjaan.

Kalau kita lihat dari sudut pekerjaan di ofis, di pejabat yang melibatkan pekerjaan simulasi, coding, designing yang mengambil masa berjam-jam dalam sehari, ramai pekerja selepas memulakan pekerjaan akan mula membuat aduan kepada majikan dari perspektif ergonomik tempat kerja yang terpaksa ditanggung kesakitannya oleh pekerja pada setiap hujung harinya. Ia melibatkan permohonan kepada majikan untuk mengubahsuai work stationnya kepada yang lebih sesuai dengan pekerjaan mereka.

Isu ini tidak timbul ketika mereka apply pekerjaan tersebut dan kadang-kadang majikan memandang hal tersebut remeh dan tidak memberikan hak tersebut. Jadi, di sini perlunya satu hotline, di samping kita mewujudkan pelbagai akta dan juga kita mewujudkan pelbagai peraturan, satu hotline di peringkat DOSH yang diberitahu kepada semua pekerja pada awal kemasukannya iaitu selain daripada mereka mengadu kepada majikan, mereka boleh mengadu kepada hotline ini supaya apa sahaja berkaitan keselamatan dan kesihatan sama ada ergonomik, pencemaran dan lain-lain dapat dibuat secepat mungkin kepada DOSH sebelum isu kesihatan pekerja terjejas.

final • 2:50 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Hak-hak pekerja melaporkan aduan ini perlulah dikemukakan oleh majikan kepada setiap pekerja setiap tempoh pengambilan pekerja. Ertinya, majikan mempunyai kewajipan untuk memberitahu kepada pekerja mereka talian-talian mereka boleh hubungi jika ada sebarang permasalahan berhubung dengan pekerjaan mereka.

Berikutnya berkenaan dengan kesihatan mental pekerja. Tuan Yang di-Pertua, krisis COVID-19 ini telah membuka mata terhadap banyak perkara sama ada dari sudut politik, ekonomi mahupun kesihatan mental. Kita melihat sekeliling kita semakin ramai di kalangan masyarakat menyedari kepentingan mental yang barangkali meningkat selepas wujudnya teknologi maklumat yang memuncak ketika COVID-19. Soal depresi, kerisauan, tekanan adalah tiga tunjang kesihatan mental rakyat yang barangkali sering kita abaikan.

Saya merujuk kenyataan DG Kesihatan pada September lalu. PDRM melaporkan peningkatan 140 peratus kes bunuh diri dari bulan Januari hingga Julai berbanding tempoh masa yang sama. Jadi isu ini melibatkan tekanan kepada pihak pekerja. Jadi, di sinilah saya fikir kerajaan perlu berperanan, di samping kita mewujudkan undang-undang ini, tetapi kita juga perlu mewujudkan satu mekanisme aduan tekanan mental yang terpaksa dihadapi oleh pekerja.

Begitu juga, bukan setakat di sektor swasta, sektor awam. Kita sebagai pembuat undang-undang, saya hendak memperingatkan diri saya dan semua pihak, kita tidak boleh memberi tekanan kepada penjawat awam sehingga mereka mengalami tekanan mental di tempat kerja kerana tekanan daripada penjawat-penjawat politik.

Satu video, Tuan Yang di-Pertua, disebarkan dua atau tiga hari lepas, salah seorang exco di sebuah negeri memarahi seorang pekerja sektor awam, memarahi seorang penjawat di hadapan khalayak ramai dengan menggunakan perkataan, kalau saya boleh gunakan, bodoh dan sebagainya. Jadi, memarahi seorang penjawat awam di hadapan khalayak ramai ini satu perkara yang tidak boleh diterima apatah lagi oleh seorang penggubal undang-undang. Kalau ada kawan-kawannya di Dewan ini, saya minta tolong dinasihatkan.

Saya yakin, tidak ada mana-mana parti, mana-mana pihak yang boleh membenarkan Ahli Parlimen atau ADUN nya membuat perangai ataupun melakukan perkara seperti ini, memarahi penjawat awam di khalayak ramai. Akan tetapi ia lebih kepada attitude, lebih kepada sikap ataupun pendekatan kita kepada penjawat awam.

Seorang penjawat politik bertaraf Ahli Parlimen mahupun ADUN, beliau tidak boleh ataupun bukanlah merupakan level atau peringkatnya untuk memarahi seorang penjawat awam di khalayak ramai semata-mata untuk menunjuk hero di mata rakyat.

Levelnya, kalau isu perparitan, kita boleh jumpa dengan pengarah JPS negeri, sebagai contoh, isu elektrik boleh berjumpa dengan orang-orang yang mempunyai jawatan di TNB di peringkat negeri mahupun kawasan tetapi bukan dengan cara memarahi penjawat awam ini di khalayak ramai.

Ini membawa satu persepsi yang buruk kepada penjawat politik kononnya orang politik ini kerjanya ialah untuk hendak bertengkar dengan penjawat awam di khalayak ramai. Jadi, saya fikir bahawa kita sebagai Ahli-ahli Parlimen, kita sentiasa berdiri teguh bersama dengan penjawat-penjawat awam, laksanakan tugas sebagaimana yang diarahkan, sebagaimana SOP yang telah ditetapkan dan hormati penjawat-penjawat politik tetapi dalam masa penghormatan itu, tidaklah sampai kepada peringkat mematuhi arahan yang melanggar peraturan dan undang-undang.

final • 2:50 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Tumpat minta laluan.

final • 2:50 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Sila, Yang Berhormat Tumpat.

final • 2:50 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Yang Berhormat Pasir Mas, kalaulah insiden yang wakil rakyat memarahi penjawat awam ini kalau berlaku di kalangan wakil rakyat daripada PAS, saya rasa meletup Malaysia. Boleh Yang Berhormat sebut, be specific? Supaya tidak menjadi tohmahan kepada parti-parti yang lain. Jadi sebut dengan jelas di mana berlaku dan siapa sebenarnya.

final • 2:50 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Saya tidak berhasrat untuk menyebut secara spesifik sebab perkara ini telah pun viral. Sebagaimana yang saya sebut tidak ada mana-mana parti, tidak ada mana-mana pihak yang membuat ini sebagai dasar mereka. Ia lebih kepada sikap (attitude), pendekatan dan sebagainya. Soal ia meletup, viral atau tidak viral itu terpulanglah kepada persepsi masing-masing.

Saya menyebut ini secara umum untuk menjadi peringatan kita bahawa berdepan dengan penjawat awam jangan kita tingkatkan stres ataupun tekanan mereka yang menyebabkan tekanan mental ini, bukan sekadar berlaku kepada rakyat dalam sektor swasta bahkan kepada penjawat awam pun akan terlibat dengan tekanan yang akhirnya melibatkan tekanan mental hasil tekanan orang-orang politik. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.

final • 3:00 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat Kapar.

final • 3:00 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, membenarkan dan mengizinkan saya berbicara dalam menyertai perbahasan meminda Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Sebenarnya keperluan untuk meminda adalah perkara yang tidak boleh dikompromi apabila berlakunya pandemik yang tidak mengizinkan keselamatan dan kesihatan itu diabaikan.

Saya mengucapkan sekalung tahniah di atas pembentangan ini dalam membentuk satu wardah baharu dalam memberi jaminan keselamatan dan kesihatan itu dapat ditingkatkan dan diangkatkan martabatnya supaya tidak berlakulah apa yang dimaksudkan sebagai penganiayaan dalam segi kesihatan di tempat kerja. Apa yang hendak saya singgung dalam perbahasan ini ialah kita telah pun melihat dan mendengar Menteri membentangkan dalam cadangan-cadangan dan pindaan yang telah pun dibuat.

Antaranya ialah untuk meningkatkan tenaga siasatan dan anggota yang menyiasat ke atas kes-kes yang berlaku dalam soal kesihatan dan juga keselamatan.

Barang diingat bahawa akta ini sudah pun dilaksanakan semenjak tahun 1994 dan ia memberikan kesan yang banyak baiknya tetapi adakah ia diangkat implementasinya atau sekadar dibukukan dalam akta tanpa ada peranan yang boleh memberikan kesan baik kepada pekerja.

Saya hendak bawa, mengheret kementerian atas apa yang berlaku dan ini berkuat dengan keadaan penambahan anggota untuk strengthen the main enforcement supaya ia memberikan kesan baik kepada setiap kali langkah pemindaan dibuat. Saya berterima kasih di atas komitmen, atas cadangan ini untuk memperkuatkan anggota dengan penambahan jawatan-jawatan yang diasingkan untuk mereka ini menumpu sepenuhnya kepada pelaksanaan tanggungjawab. Ini satu cadangan yang cukup baik dan perlu diperkukuhkan dengan mengimplementasikan keadaan yang sebenar yang di luar sana.

Seterusnya, saya juga melihat bahawa diberikan latihan-latihan yang proaktif untuk memastikan bahawa tidak berlaku salah laku atau membuat keputusan yang tidak efisien atau tidak accuracy, dengan izin. Ataupun complexity yang menyebabkan bahawa padah itu akan berbalik kepada syarikat dan juga kepada pekerjaan. Ini juga adalah satu inisiatif yang baik untuk memperkukuhkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini. Ini adalah salah satu langkah yang saya anggap melengkapkan apa yang hendak dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia.

Namun saya hendak menyinggung sedikit Menteri dalam proses pandemik ini berlaku, makna jabatan yang mengepalai keselamatan dan kesihatan ini ialah sumber manusia tetapi kenapa pihak Kementerian MITI campur tangan dan mengizinkan atau tidak mengizinkan setiap kilang itu beroperasi. Sedangkan itu adalah di bawah jabatan khusus Kementerian Sumber Manusia iaitu di dalam deskripsi kesihatan dan

final • 3:01 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

keselamatan. Ini bakal membolehkan mengundang banyak perkara yang paling drastik, mengundang kematian.

Saya hendak tegaskan jangan ada disebabkan kita hendak berdagang, hinggakan kita memperjudikan nyawa pekerja dan ini berlaku di Selangor disebabkan oleh industri perkilangan dibuka secara berleluasa, maka mengundang kematian yang tidak dapat kita elakkan dan COVID-19 meningkat ribuan, puluhan ribu dan ia berlaku dalam keadaan yang dipanggil kluster kilang. Ini ialah tanggungjawab sepenuhnya di bawah Kementerian Sumber Manusia, di bawah Jabatan Kesihatan dan Keselamatan, DOSH yang tidak boleh dikompromikan dan ia berlaku.

Ini ialah satu perkara yang amat-amat menyedihkan kita semua dan apa yang berlaku ialah peranan yang patutnya dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Kesihatan dan Keselamatan ini pastikan ia berfungsi dan tidak mengizinkan walaupun ia dicadangkan oleh Menteri kanan kah, Menteri kiri kah tetapi nyawa pekerja itu tidak boleh dikompromikan.

[Tepuk] Ini adalah salah satu disebabkan pindaan ini begitu dikehendaki kerana pandemik mengajar kita erti tanggungjawab, pandemik mengajar kita tentang erti kemanusiaan dan pandemik mengajar kita erti menghargai nyawa orang. Ini adalah salah satu kekuatan yang ada dalam pindaan ini. Saya percaya Menteri bersetuju dengan saya kerana ia adalah kepentingan pekerja yang tidak boleh kita kompromi. Begitulah ke atas pindaan memperkukuhkan di antara fasal-fasal 24, pindaan seksyen 27.

Sepertimana yang telah kita melihat daripada akta yang ada sekarang ini pun Menteri, ia di bawah seksyen 30, mewajibkan di setiap industri itu ada gabungan antara Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan itu di pihak syarikat, di pihak majikan, sudah pun ada. Namun saya pohon ia mesti adalah dikuatkuasakan dan diwajibkan. Tidak boleh kita biarkan jawatankuasa ini diketepikan ataupun sepertimana yang telah Menteri cadangkan di bawah beberapa perkara yang saya lihat yang telah pun diklasifikasikan oleh Menteri sebentar tadi.

Di bawah fasal 23 dan juga di bawah fasal 24 yang menjurus kepada hukuman majikan yang gagal mengambil tindakan untuk menghapuskan bahaya ini. Ini ialah salah satu langkah yang begitu memberikan kesan baik kepada semua yang menjadi pemain dalam industri-industri perkilangan ini. Begitu juga dengan keadaan bila disebut ‘dalam keadaan berbahaya’ dan ia juga ada dalam fasal 24 yang telah pun diutarakan oleh Menteri tadi yang tidak boleh diizinkan pekerja itu dipecat ataupun mereka itu dizalimi dan mereka itu dicederakan dalam pekerjaannya.

Ini satu langkah yang proaktif yang saya lihat bahawa memberikan timbang balas kepada pihak-pihak di antara majikan dan pihak-pihak syarikat. Saya melihat di sini ada pindaan yang telah dilakukan oleh pihak kementerian berkenaan dengan Undang-undang Kilang dan Jentera (Pemansuhan) 2020 diletakkan dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ini.

Saya hendak menegur sedikit tentang perkara ini. Sepertimana yang telah pun dilalui kerana kalau kita bagi kuasa kepada jawatankuasa yang ada termasuklah lantikan- lantikan yang diberikan kepada Menteri dan juga ketua pengarah, ia berbalik kepada soal jangan ada kuasa bertindih. Sepertimana yang berlaku dalam Akta Perkilangan ini yang menyebabkan bahawa kastam kata ini kuasa dia dan pihak Jabatan Kesihatan dan juga pihak yang lain, selepas itu pihak ketiga mengatakan ini kuasa mereka.

Sebagai contoh, di bawah seksyen 40, Akta Perusahaan 1967 mengizinkan berlakunya piket tetapi bila kita tengok daripada kes yang berlaku di Renesas Semiconductor Sendirian Berhad di Teluk Panglima Garang, free industry zone. Bila mana mereka hendak buat piket kerana gaji tidak dibayar dan sebagainya, berlaku penindasan tetapi dia tidak boleh melakukan demikian kerana dia kata ini kawasan zon bebas dan tidak boleh. Sedangkan dalam seksyen 40, mengizinkan apabila berlaku dispute diambil tindakan.

Jadi ada dua akta yang bertindih dalam menegakkan hak masing-masing. Ini juga kementerian harus merujuk dan memberikan kesan baik sama ada keperluan atau tidak keperluan ia diasingkan untuk memastikan hak setiap yang berada dalam negara ini tidak

final • 3:01 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

dicalarkan atau tidak ditarik atau direntap oleh akta yang ada dalam pertindihan dua akta yang sama.

final • 3:01 PM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Begitulah yang saya nampak di atas berlakunya United Industries, di Meru. Saya sudah ulang beberapa kali bila bantahan itu dibuat. Apabila tidak ada keselamatan, pekerja asing terlalu banyak dan mereka tidak ada treatment, rawatan kesihatan, tetapi apabila disuarakan oleh pekerja, bila kesatuan memberikan teguran, maka pemimpin itu dipecat ataupun dihantar kepada inkuiri untuk disuspendkan dan dilucutkan jawatan.

Ini adalah langkah-langkah yang saya lihat bahawa ada berlaku pertindihan tanpa tindakan drastik. Maka saya ingin cadangkan kepada kementerian, apabila kita telah pun melaksanakan Rang Undang-undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2020 ini, maka Menteri pastikan, wajib pastikan bahawa penguatkuasaannya, implementasinya tidak boleh dikompromikan dan diberikan ruang untuk berlaku penganiayaan dan juga kezaliman kepada mereka yang digelar pekerjaan termasuk juga majikan. Maka dengan itu, masa sudah cukup. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Terima kasih Yang Berhormat Kapar kerana memberi ceramah terhadap rang undang-undang. Hebat Yang Berhormat Kapar. Terima kasih. Yang Berhormat Kuala Krai, 10 minit. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas ruang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2020 ini.

Tuan Yang di-Pertua keselamatan dan kesihatan di tempat kerja hendaklah menjadi keutamaan bagi setiap majikan. Ini adalah kerana kemalangan di tempat kerja mendatangkan pelbagai implikasi buruk terutama kepada ekonomi sesebuah organisasi mahupun negara ini. Buktinya, amaun pampasan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial untuk pekerja yang berinsurans bagi kemalangan di tempat kerja adalah meningkat setiap tahun. Bukan sekadar itu sahaja, peningkatan kemalangan ini turut menyebabkan industri kehilangan pekerja mahir, penurunan kadar produktiviti dan kehilangan mata pencarian bagi ahli keluarga pekerja.

Tuan Yang di-Pertua, Akta 514 ini terpakai di seluruh Malaysia bagi industri- industri yang dinyatakan dalam Jadual Pertama iaitu pengilangan, perlombongan, pengkuarian, pembinaan, pertanian, perhutanan, perikanan, kemudahan elektrik, gas, air, perkhidmatan kebersihan, pengangkutan, penyimpanan, komunikasi, perdagangan, borong, runcit, hotel, restoran, kewangan, insurans, hartanah, perkhidmatan perniagaan, perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun.

Namun begitu, antara salah satu penambahan yang dicadangkan dalam pindaan Akta 514 ini adalah berkenaan perluasan pemakaiannya yang terpakai kepada semua tempat kerja yang mana ia akan meliputi lebih banyak sektor termasuklah perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun. Saya sangat menyokong dengan peluasan skop pemakaian akta ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang terbatas yang diberikan kepada saya ini, saya ingin mengambil peluang untuk menimbulkan satu persoalan agar pindaan yang dibuat boleh memberi manfaat kepada rakyat Malaysia sebaik mungkin. Di sini saya ingin menzahirkan kekhuatiran saya berkaitan dengan seksyen 1 subseksyen (3) rang undang- undang ini yang mana seksyen ini menyatakan bahawa pemakaian Akta 514 ini dikecualikan kepada beberapa aktiviti pekerjaan.

Saya khuatir sekiranya pekerjaan ini tidak dirangkumi dalam Akta 514, maka keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di dalam aktiviti-aktiviti pekerjaan ini tidak

final • 3:11 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

dilindungi. Dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memohon Yang Berhormat Menteri untuk memberikan justifikasi mengapa aktiviti-aktiviti tersebut dikecualikan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan isu berkaitan dengan kenaikan kadar denda paling tinggi daripada RM50,000 kepada setengah juta dalam cadangan pindaan rang undang-undang ini. Ini melibatkan peningkatan kenaikan denda sebanyak 10 kali ganda daripada Akta 514 yang sedia ada. Walaupun saya bersetuju kadar penalti sedia ada agak rendah dan tidak relevan, namun saya mohon kementerian memberikan penjelasan apakah rasional peningkatan kadar denda yang meningkat 10 kali ganda ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa majikan di negara ini terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan akibat pandemik COVID-19 dan tidak dapat beroperasi sepenuhnya, malah sebahagiannya mengalami kerugian dan terpaksa menyusun semula operasi perniagaan mereka. Walau bagaimanapun, aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan tidak boleh dikompromi dalam menjalankan perusahaan perniagaan.

Dalam keadaan sekarang, saya mencadangkan pihak kementerian perlu memikirkan kaedah penguatkuasaan yang berhemah seperti pepatah Melayu, “Umpama menarik rambut daripada tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak”. Saya berpandangan bagi kesalahan pertama yang dilakukan oleh majikan, tawaran kompaun hendaklah ditawarkan terlebih dahulu terhadap mana-mana pelanggaran perundangan.

Walau bagaimanapun, apabila berlaku kemalangan maut, saya bersetuju untuk tindakan tegas diambil ke atas pihak-pihak yang berkaitan. Itu sahaja perbahasan saya Tuan Yang di-Pertua. Saya ucap terima kasih dan saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 3:11 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Terima kasih Yang Berhormat.

Lagi satu, tahniah begitu pendek. Dipersilakan Yang Berhormat Tebrau. Yang Berhormat Tebrau, sini ada Yang Berhormat Tebrau? Listed Yang Berhormat Tebrau. Tidak ada?

final • 3:11 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Bagi sayalah.

final • 3:11 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Tidak boleh Yang Berhormat, satu-satulah. Bersabar.

final • 3:11 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Nama saya ada.

final • 3:11 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Man-man. Yang Berhormat Tebrau tidak ada. Yang Berhormat Kepong.

final • 3:11 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Saya ada.

final • 3:11 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat Kepong. Lepas Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Dungun. Lepas itu tidak ada orang lain, Menteri? Tidak ada. Okey. Dipersilakan Yang Berhormat Kepong.

final • 3:11 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pandemik COVID-19 telah menyaksikan perubahan cara kerja yang ketara bagi kebanyakan sektor ekonomi di Malaysia. Kebanyakan sektor-sektor yang boleh dijalankan secara terpencil, remote dengan izin Tuan Yang di-Pertua, dijalankan melalui cara tersebut. Manakala sektor yang melibatkan pembuatan, pengilangan dan pembuatan diteruskan seperti biasa.

Secara keseluruhan, rang undang-undang ini agak baik perangkaannya.

Walaupun begitu, perangkaan rang undang-undang ini masih tidak dikemas kini mengikut keadaan semasa lebih-lebih lagi dalam situasi wabak COVID-19 sudah mengubah cara kerja sektor-sektor pengilangan secara 180 darjah. Ingin saya sentuh dua isu ini iaitu isu perangkaan berkenaan penyakit tanpa dijangka dan kebajikan pekerja asing.

Kita sudah lihat sepanjang beberapa bulan ini, SOP dan peraturan sentiasa berubah-ubah sehinggakan pihak majikan dan pekerja tidak mempunyai ruang waktu yang cukup untuk mengemas kini dengan peraturan dan SOP yang disediakan. Apa yang lebih teruk adalah di dalam kacau bilau tersebut, pihak berkuasa juga tidak bersikap

final • 3:17 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

lembut dan mengenakan saman yang tinggi bukan sahaja kepada majikan, tetapi juga kepada pekerja.

Sekiranya kita teliti pemberian saman ini juga kadangkala tidak masuk akal dan tidak wajar penguatkuasaannya. Apakah wajar seseorang pekerja kilang dengan gaji RM1,200 dikenakan saman RM10,000 hanya kerana melakukan tugas yang diarahkan oleh pihak atasan. Apakah kuasa mereka untuk menolak tugasan-tugasan yang diberikan?

Pihak majikan dan pengurusan juga terpaksa berdepan dengan pelbagai perubahan sehingga pihak berkuasa juga mengakui mereka sendiri keliru dengan SOP dan peraturan yang dikeluarkan. Oleh yang demikian, melalui rang undang-undang ini, saya ingin meminta pihak kementerian untuk mewujudkan sebuah SOP khusus yang perlu dirangka di seksyen 2 rang undang-undang ini bagi memastikan pihak-pihak terlibat dapat bersiap siaga dengan situasi-situasi seperti pandemik COVID-19 ini.

Kita tidak tahu bila lagi penyakit-penyakit seperti COVID-19 akan muncul semula.

Tidak mustahil ada COVID 2022 boleh muncul tahun depan dan mengubah cara kita bekerja sekali lagi. Pokok pangkalnya kita perlu bersedia untuk menghadapi bencana- bencana seperti ini. Kita tidak boleh lagi menyediakan SOP berkali-kali dan memeningkan ramai pihak. Dalam pada itu, perangkaan ini juga perlu memberi fokus kepada keselamatan dan kesihatan pekerja.

final • 3:17 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Kita sudah lihat berapa ramai individu dari sektor ini menjadi mangsa COVID-19.

Walaupun ada SOP kebanyakan kluster tercetus di dalam sektor ini. Pengurusan teruk dari pihak majikan juga telah menyumbang kepada masalah ini. Kita harus faham sektor pengilangan adalah sektor yang perlu bergerak sentiasa.

Oleh itu perlunya kita fahamkan situasi on the ground dengan izin dan bekerja dengan efektif di dalam persekitaran tersebut. Dengan penyediaan rangka tentang COVID-19 dalam RUU ini yang khusus lebih mudah untuk pihak berkaitan untuk merujuk apa-apa yang perlu dilakukan.

Selain itu sudah tiba masanya untuk kita memastikan golongan warga asing yang bekerja sebagai buruh kasar di negara kita mendapat pampasan bayaran dan faedah pekerjaan yang setimpal. Mahu atau tidak, kita sangat bergantung dengan buruh kasar asing dan mereka adalah tunjang ekonomi negara. Sekian lamanya pembangunan yang dijalankan di sekitar negara kita adalah disebabkan usaha mereka. Amat sedih sekiranya kita lihat situasi semasa di mana mereka ini dijadikan sebagai hamba apabila bekerja. Ada yang tidak dibayar berbulan lamanya, ditempatkan di tempat tinggal yang sempit seperti di kandang kambing dan ada yang dilayan dengan teruk tanpa sifat keperimanusiaan.

Bukan itu sahaja, ada syarikat yang keji dengan mengambil individu tanpa dokumen untuk bekerja.

Namun, setelah kerja-kerja hampir selesai pihak majikan memanggil pihak berkuasa untuk mengambil mereka yang tanpa dokumen ini. Semua ini taktik yang diguna pakai untuk mengelak dari membayar mereka. Sudah tiba masanya kita menganggap pekerja asing biarpun dengan izin atau tanpa izin sebagai golongan yang penting diberikan penghormatan yang sewajarnya sebagai pekerja di Malaysia.

Oleh yang demikian, saya minta kementerian memasukkan seksyen yang baharu yang relevan dalam RUU ini untuk menjaga kepentingan keselamatan dan kesihatan di tempat pekerjaan bagi warga asing. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Terima kasih Yang Berhormat.

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Dungun dan kemudian saya dimaklumkan Yang Berhormat Papar kemudian Yang Berhormat Menteri. Silakan.

final • 3:20 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salah satu daripada pesanan

final • 3:22 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Nabi Besar Muhammad S.A.W iaitu dengan ingatan [Membaca sepotong Hadis] . “Kamu semua dibantu dan ditolong oleh orang-orang yang lemah dan orang-orang bawahan dari kalangan kamu”. Dengan makna Tuan Yang di-Pertua tidak ada majikan kalau tidak ada pekerja.

Begitu juga tidak ada yang akan menjadi tauke jika tiada pekerja bawahan. Ini adalah pusingan kitaran hidup. Oleh itu saya ucap terima kasih atas peluang yang diberi dalam perbahasan Rang Undang-undang Keselamatan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2020 pada kali ini. Pindaan ini dicadangkan bertujuan menaikkan denda ke atas majikan yang gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja.

Pertamanya saya ingin mengulas berkenaan seksyen 19 dalam rang undang- undang ini yang mencadangkan denda dinaikkan dari RM50,000 kepada RM500,000 bagi kesalahan termasuk membabitkan kegagalan majikan untuk menjaga kewajipan am pekerja dan membentuk dasar keselamatan dan kesihatan.

Saya menyambut baik cadangan kenaikan denda ini kepada RM500,000. Ini kerana jumlah RM50,000 dari amaun asal yang dikira sangat kecil kepada syarikat- syarikat yang bersaiz besar serta yang mengaut untung berjuta-juta mahupun berbilion ringgit setiap tahun. Kemungkinan dengan denda RM50,000 itu potensi berlaku semula kesalahan yang sama pada masa akan datang mungkin berulang.

Akan tetapi saya juga ingin mencadangkan kepada kementerian untuk mempertimbangkan memberi sebahagian dari setiap jumlah denda yang dikenakan kepada syarikat yang ingkar ini diberikan kepada pekerja-pekerja yang terkesan dari segi fizikal dan mental akibat daripada ketidakpatuhan majikan mereka untuk menjaga aspek keselamatan serta kesihatan dan kebajikan di tempat kerja. Ia bagi memberi keadilan kepada pekerja-pekerja ini serta membantu mereka menempuhi hari-hari yang sukar dilalui akibat kecederaan yang dialami oleh mereka.

Tuan Yang di-Pertua, selain itu juga saya ingin mencadangkan diwujudkan satu bentuk penghargaan mahupun pengiktirafan sama ada dalam bentuk pelepasan cukai atau insentif kewangan atau apa sahaja ganjaran yang sesuai diberikan kepada syarikat- syarikat yang merupakan majikan yang telah terbukti mematuhi aspek dan kriteria penjagaan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dalam masa beberapa tempoh.

Ini adalah sebagai satu langkah bagi mendorong mereka untuk mematuhi peruntukan undang-undang dalam akta ini dan juga salah satu manifestasi bahawa kerajaan sangat serius dalam hal ini. Majikan yang patuh kita berikan ganjaran insentif dan yang tidak patuh kita kenakan denda seperti yang dicadangkan dalam akta pindaan ini. Dengan pematuhan oleh majikan berkenaan membentuk dasar keselamatan dan kesihatan dalam syarikat, saya meletakkan harapan untuk isu yang melibatkan kecederaan dan kematian di tempat kerja dapat dikurangkan. Ia juga memudahkan kepada agensi kerajaan yang terlibat dalam memantau penjagaan keselamatan dan kesihatan dalam syarikat-syarikat terbabit dari masa ke masa.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga berminat untuk berbincang dengan pindaan bagi fasal 23 yang bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 26A ke dalam akta ini.

Seksyen 26A yang dicadangkan mengadakan peruntukan bagi hak seseorang pekerja untuk mengeluarkan dirinya dari apa-apa bahaya atau kerja jika selepas memaklumkan kepada majikannya atau wakil majikan itu bahawa dia mempunyai justifikasi yang munasabah untuk mempercayai bahawa terdapat suatu bahaya hampir pasti berlaku.

Majikan itu gagal untuk mengambil apa-apa tindakan yang menghapuskan bahaya itu. Seorang pekerja yang melaksanakan haknya di bawah seksyen 26A yang dicadangkan hendaklah dilindungi daripada akibat yang tidak wajar dan tidak boleh didiskriminasikan. Oleh itu saya ingin menyatakan persetujuan terhadap seksyen baharu ini bagi melindungi hak pekerja itu dalam memastikan beliau mendapat meneruskan pekerjaan dalam keadaan selamat.

Seseorang itu tidak berhak dipecat kerana semata-mata melaporkan wujudnya unsur-unsur bahaya dalam persekitaran tempat kerjanya. Saya ingin merujuk kepada satu tindakan yang dibuat oleh satu syarikat pengeluar sarung tangan getah dalam negara.

Pada akhir tahun lepas, di mana mereka telah memecat salah seorang pekerjanya kerana bersuara berkenaan tiada penjarakan fizikal di kalangan pekerja pada waktu bekerja.

final • 3:22 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Beliau risau berlakunya penyebaran jangkitan COVID-19 jika SOP penjarakan sosial tidak dipatuhi. Bahkan kerisauan sudah memenuhi definisi bahaya hampir pasti berlaku dalam rang undang-undang yang bermaksud suatu risiko kematian yang serius atau kecederaan badan yang serius kepada mana-mana orang yang disebabkan oleh mana-mana loji, bahan, keadaan, aktiviti, proses, amalan, tatacara atau bahaya tempat kerja.

final • 3:22 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Ini merupakan satu kezaliman yang nyata dan menjelaskan betapa peri pentingnya hak seorang pekerja dilindungi dalam melaporkan isu-isu keselamatan kepada majikan. Oleh itu, saya ingin bertanya kepada kementerian. Pertama, adakah kementerian mempunyai perancangan untuk melakukan kempen kesedaran kepada pekerja-pekerja sektor swasta berkenaan hak mereka adalah dilindungi oleh undang-undang jika melaporkan wujudnya unsur-unsur bahaya dalam tempat pekerjaan ini.

Kedua, apakah kementerian mempunyai perancangan untuk mewujudkan peruntukan undang-undang berkenaan hukuman atau denda secara khusus kepada majikan yang mengambil tindakan kepada pekerjanya yang melaporkan sebarang bahaya di tempat bekerja? Tuan Yang di-Pertua, Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) di bawah Kementerian Sumber Manusia adalah sebuah badan tertinggi yang bertanggungjawab menentukan hala tuju dan dasar negara berhubung dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia. Ia ditubuhkan oleh Menteri Sumber Manusia, pada tahun 1995 mengikut kehendak seksyen 8 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 iaitu Akta 514.

Majlis ini ditubuhkan bertujuan sebagai usaha berterusan pihak kerajaan untuk menjadikan semua tempat kerja di Malaysia selamat di samping meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerja seterusnya menjadikan amalan kerja selamat dan sihat sebagai sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia. Ia dianggotai oleh wakil majikan, pekerja dan juga agensi yang berkaitan dengan keselamatan pekerjaan.

Dalam pindaan ini dicadangkan, bilangan keanggotaannya ditambah. Namun sehingga sekarang saya ingin bertanya apakah keberkesanan fungsi majlis ini dalam memastikan gerak kerja untuk meningkatkan kualiti kesihatan dan keselamatan pekerjaan sehingga kini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 3:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Papar.

final • 3:30 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang yang diberikan. Pada tahun 2019 jumlah kemalangan pekerjaan adalah sebanyak 40,811 dengan 578 daripadanya merupakan kemalangan maut. Walaupun jumlah ini telah berkurangan pada tahun 2020, ia mungkin kerana kekangan-kekangan disebabkan oleh faktor pandemik COVID-19.

Jumlah ini mungkin meningkat sekiranya tiada faktor tersebut. Terdapat 47 pindaan dan seksyen baharu di dalam rang undang-undang ini dan saya hanya ingin menyentuh dua pindaan.

Saya secara dasarnya bersetuju dengan pindaan seksyen 19 dan pindaan seksyen 23 yang menaikkan denda daripada RM50,000 kepada RM500,000 dan daripada RM20,000 kepada RM200,000. Ini menunjukkan ketegasan dan komitmen kerajaan.

Walaupun begitu, ketegasan ini perlu diterjemahkan kepada tindakan yang tuntas.

Persoalan saya ialah:

(i) berapakah jumlah syarikat ataupun majikan yang telah didenda bagi tempoh lima tahun ini?

(ii) berapakah jumlah denda yang telah dikumpulkan?

(iii) adakah denda-denda tersebut dibayar penuh ataupun mendapat potongan ataupun diskaun setelah pekerja-pekerja ada justifikasi yang relevan kepada setiap kes yang telah ditetapkan?

final • 3:32 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

(iv) sektor manakah yang paling banyak dikenakan denda dan kenapakah sektor ini yang banyak dikenakan denda?

(v) berapakah jumlah syarikat tempatan dan juga syarikat asing yang telah dikenakan denda setakat ini?

(vi) selain daripada denda yang dikenakan bagaimana pula dengan pampasan-pampasan kepada pekerja tersebut? Adakah pekerja- pekerja tersebut dibayar pampasan oleh syarikat-syarikat berkenaan atau berapakah pekerja-pekerja yang malang yang sudah terlibat dan berapakah purata jumlah pampasan yang diperolehi oleh setiap seorang mangsa.

Kedua, pindaan seksyen 23 yang menaikkan denda daripada RM20,000 kepada RM200,000. Bagi pihak yang melanggar peruntukan seksyen 21 dan 22 mengenai kewajipan pengilang ke atas loji dan bahan bagi kegunaan semasa bekerja. Persoalan saya ialah apakah alasan-alasan yang selalu diberikan kepada majikan atau syarikat- syarikat apabila mereka didapati melanggar peruntukan seksyen 21 dan 22. Selain daripada denda, apakah lagi hukuman-hukuman yang boleh disabitkan dan adakah operasi mereka boleh juga ditutup.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini Menteri menyatakan bahawa pekerja yang enggan mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) kerana menyebabkan suasana tempat kerja yang tidak selamat. Begitu pun saya tidak nampak sebarang peruntukan spesifik untuk tujuan ini untuk pindaan rang undang-undang ini.

Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Masih isu yang sama, saya juga ingin mendapatkan penjelasan daripada Menteri berkenaan pekerja yang tidak mengambil vaksin boleh mengancam keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja dan persekitaran kerja yang tidak selamat. Ini akan menyebabkan suasana di tempat kerja yang tidak kondusif dan akan boleh menimbulkan bermacam-macam ragam dan persepsi.

Saya ingin bertanya, adakah bukti-bukti saintifik yang diberikan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang menunjukkan bahawa risiko orang yang tidak mengambil vaksin boleh menyebarkan virus COVID-19 yang lebih tinggi berbanding dengan orang yang mengambil vaksin? Ini selalu jawapan ataupun soalan yang diajukan oleh pekerja-pekerja anti vaksin. Kita tahu bahawa orang yang sudah di vaksin atau belum di vaksin masih boleh dijangkiti dan menyebarkan virus COVID-19. Saya menyuarakan isu ini supaya kerajaan tidak akan menghadapi masalah di kemudian hari jika sekiranya perkara seperti ini dibawa ke mahkamah. Saya dengan ini menyokong rang undang- undang ini. Terima kasih.

final • 3:32 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Papar. Akhir sekali Yang Berhormat Tebrau. Silakan.

final • 3:32 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya sertai perbahasan walaupun tadi saya di luar Dewan. Terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya. Ucapan saya tidak panjang tetapi saya cuba habiskan, haraplah tak memerlukan 10 minit.

Tuan Yang di-Pertua, cadangan-cadangan untuk meminda Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 amat dialu-alukan oleh sebab kes-kes kemalangan atau kecederaan di tempat kerja semakin meningkat. Punca-punca kemalangan dan kecederaan pelbagai termasuk kecuaian daripada pihak majikan ataupun pekerja atau masa bekerja terlalu panjang atau lantai terlalu licin atau mesin tidak diguna atau tidak dipasang dengan cara yang betul atau proses pengilangan yang bahaya. Ada yang tidak memakai pakaian yang sesuai dalam tempat bekerja atau mesin yang tidak selamat atau tercacat diguna pakai.

final • 3:39 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Pindaan-pindaan dalam RUU ini kelihatan menyeluruh, merangkumi kesemua kemungkinan yang akan menjejaskan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja di semua tempat kerja yang sebelum ini hanya terpakai kepada industri di seluruh Malaysia sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama Akta 514. Pindaan ini memberi kuasa kepada Menteri untuk melantik daripada kalangan pegawai dalam skim perkhidmatan pemeriksa kilang dan jentera dan timbalannya, pengarah dan lain-lain.

Fungsi dan tugasan mereka lebih luas dan mendalam berbanding dengan yang sebelumnya.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun ada banyak perkara dan dalam cadangan untuk dipinda tetapi saya amat tertarik kepada empat pindaan. Pertama, adalah seksyen baru iaitu seksyen 15, pindaan dibuat untuk mengadakan peruntukan bagi kewajipan tambahan seseorang majikan untuk membangunkan dan melaksanakan tatacara bagi berurusan dengan kecemasan yang boleh timbul semasa pekerjanya sedang bekerja. Ini amat penting kerana kalau tidak ada tatacara yang baik, kalau pekerja tidak mematuhi, kemalangan atau kecederaan akan berlaku.

Kedua, satu lagi seksyen yang baru adalah seksyen 18B. Pindaan baru ini mengadakan peruntukan bagi kewajipan setiap majikan, pekerja sendiri atau prinsipal untuk menjalankan pentaksiran risiko berhubung dengan risiko keselamatan dan kesihatan. Itu pun adalah satu langkah yang baik, kita kata adalah preventive measures dengan izin untuk mengelakkan risiko di tempat bekerja.

Ketiga, satu seksyen baru 26A dengan mengadakan peruntukan bagi hak seorang pekerja untuk mengeluarkan dirinya dari apa-apa bahaya atau kerja jika selepas memaklumkan kepada majikan bahawa dia mempunyai justifikasi untuk mempercayai bahawa terdapat suatu bahaya yang hampir pasti akan berlaku. Ini adalah satu pindaan yang amat baik kerana ini memberi free will dengan izin kepada seorang pekerja untuk menarik diri dan tidak boleh dipaksa oleh majikan untuk membuat apa-apa juga yang akan membahayakan kesihatan atau keselamatan beliau.

Keempat adalah pindaan satu seksyen baru juga, 27(1)(d). Di sini adalah disebutkan bahawa tiada majikan boleh memecat seseorang pekerja, mencederakannya dalam pekerjaan atau mengubah kedudukannya sehingga memudaratkannya semata- mata oleh sebab pekerja itu telah membantu pegawai dalam mana-mana siasatan.

Pindaan ini amat bagus kerana ia memberi jaminan kepada pekerja untuk membuat apa yang betul dan mereka akan mendapat keberanian untuk memastikan tempat kerja atau pekerjaan mereka tidak mengancam kesihatan dan keselamatan mereka.

Akhir, undang-undang yang baik sekiranya pendidikan kepada semua pemegang taruh khususnya majikan dan pekerja tidak mencukupi, bagi pihak ketua pengarah yang bertanggungjawab untuk melaksanakan apa-apa ...

[Tidak jelas] dalam akta ini, kalau beliau tidak melaksanakan dengan kaedah atau pendekatan yang baik serta mengawal atau memantau dengan cara yang efektif, akan gagal mencapai matlamat yang disasarkan. Itu sahaja perbahasan daripada saya. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Dengan itu, tamatlah perbahasan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat semua. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Masa 15 minit, boleh? Silakan.

final • 3:40 PM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M. Saravanan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi pihak Kementerian Sumber Manusia, saya terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2020. Kementerian menghargai semua pandangan, saranan, cadangan mahupun teguran Ahli-ahli Yang Berhormat tersebut.

Hari ini kita lihat sokongan bulat daripada Ahli-ahli Yang Berhormat walaupun ada beberapa isu yang dibangkitkan, ada yang menjadi pandangan, ada yang menjadi

final • 3:46 PM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M. Saravanan

kenyataan dan juga menjadi soalan untuk menambahkan keadaan. Walau bagaimanapun, saya bersetuju dengan pandangan Ahli-ahli Yang Berhormat memandangkan akta ini telah dikuatkuasakan 27 tahun dahulu. Negara belum maju lagi sebagaimana hari ini. Daripada segi keadaan, sumber manusia pun bukan begitu maju.

Dalam keadaan ini, hari ini kita Kementerian Sumber Manusia sedang berusaha untuk memperbaiki – saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada mantan Menteri Sumber Manusia yang telah mengambil inisiatif semasa beliau memegang jawatan sebagai Menteri Sumber Manusia.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan dengan rang undang-undang ini.

Seramai 12 orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Kapar, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Papar dan Yang Berhormat Tebrau telah membangkitkan isu- isu berkaitan Rang Undang-undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat berkenaan taklimat Rang Undang-undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

(Pindaan) 2020 dan RUU Kilang dan Jentera (Pemansuhan) 2020 kepada Ahli-ahli Dewan, akhirnya telah diadakan pada 3 November 2020.

final • 3:46 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Minta maaf. Saya terkejut kerana...

final • 3:46 PM

Datuk Seri M. Saravanan

Mungkin Yang Berhormat terlepas pandang nanti saya...

final • 3:46 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Bukan terlepas pandang, saya...

final • 3:46 PM

Datuk Seri M. Saravanan

Saya boleh hantar dokumen-dokumen bukti.

final • 3:46 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

I know but no Members of Parliament on this side were informed, I’m shocked.

final • 3:46 PM

Datuk Seri M. Saravanan

Saya rasa Yang Berhormat mungkin terlepas pandang. I send you the document.

final • 3:46 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Because Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu who wrote the letter. Kita sedang menunggu. Dia kata Menteri sangat sibuk.

final • 3:46 PM

Datuk Seri M. Saravanan

Mungkin sudah setahun, Yang Berhormat lupa. Ini 3 November 2020. Kebetulan – sekarang patut dibawa ke Dewan, sudah lewat setahun.

final • 3:46 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Saya hairan.

final • 3:46 PM

Datuk Seri M. Saravanan

Ini Dewan Yang Berhormat, tidak boleh tipu, tidak boleh manipulasi fakta. Apa yang saya cakap betul. Telah mengadakan sesi pada 3 November 2020 bertempat di Dewan Bankuet, Bangunan Utama Parlimen Malaysia.

Berkenaan isu pegawai yang tidak cukup untuk menjalankan pemeriksaan lif, kementerian ingin menjelaskan bahawa telah ada mekanisme yang komprehensif untuk memastikan lif beroperasi dengan selamat iaitu lif perlu diperiksa secara berkala di selenggara dan di servis oleh orang yang kompeten.

Melalui lapan rang undang-undang ini, Menteri boleh melantik orang berlesen bagi menjalankan pemeriksaan loji yang ditetapkan, termasuklah pemeriksaan lif.

Pelantikan orang berlesen akan dilaksanakan berdasarkan panduan dan kaedah yang ditetapkan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta di bawah Jabatan Perdana Menteri.

final • 3:46 PM

Datuk Seri M. Saravanan

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan isu JKKP tidak perlu terlibat dalam perkara yang berkaitan dengan latihan dan hanya perlu fokus kepada aktiviti penguatkuasaan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Hulu Rajang dan Yang Berhormat Pokok Sena, kementerian ingin menegaskan bahawa JKKP tidak pernah terlibat dalam memberikan latihan dan cadangan

final • 3:50 PM

Datuk Seri M. Saravanan

rang undang-undang ini juga tidak akan menjadikan JKKP sebagai pemberi latihan. JKKP hanya memberikan ceramah sebagai menjalankan khidmat nasihat dan promosi berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan sahaja.

Kementerian juga ingin menegaskan bahawa bagi memastikan pekerja yang dinyatakan dalam fasal 31 menerima kursus latihan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkualiti, JKKP melalui fasal 32 akan mengawal selia penyedia latihan yang berdaftar dengan Ketua Pengarah JKKP.

Ini penting bagi memastikan kualiti latihan dan perkhidmatan penyedia latihan sentiasa berada pada standard yang ditetapkan daripada segi modul, tenaga pengajar dan fasiliti. Melalui fasal 32 juga, penyedia latihan berdaftar yang gagal mematuhi syarat yang ditetapkan boleh menyebabkan pendaftarannya tidak diperbaharui atau dibatalkan.

Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian, kebimbangan Yang Berhormat...

final • 3:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Datuk Seri M. Saravanan

Biar saya habiskan dulu, Yang Berhormat. Mungkin ada jawapan.

Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian, kebimbangan Yang Berhormat Ipoh Barat dan Yang Berhormat Hulu Rajang mengenai fokus JKKP dalam penguatkuasaan akan berkurangan adalah tidak berbangkit kerana JKKP pada setiap masa akan kekal sebagai agensi penguat kuasa bagi memastikan pematuhan perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja dan melindungi pekerja daripada kemalangan, penyakit pekerjaan dan keracunan pekerjaan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Sepang juga telah membangkitkan isu penguatkuasaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Untuk makluman semua Yang Berhormat, JKKP merupakan agensi penguatkuasaan perundangan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia. Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2021, JKKP telah menjalankan sebanyak 180,000 aktiviti penguatkuasaan di seluruh negara. Menerusi aktiviti penguatkuasaan tersebut, sebanyak 138 kes pendakwaan telah selesai dijalankan dengan penalti berjumlah RM1.56 juta, sebanyak 328 kompaun dikeluarkan dengan nilai kompaun berjumlah RM1.33 juta, sebanyak 4,812 notis larangan dan 2,593 notis perbaikan dikeluarkan dan 24,900 surat arahan penambahbaikan telah dikeluarkan setakat hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, antara petunjuk pencapaian utama (KPI) JKKP adalah penurunan kadar kemalangan pekerjaan sebanyak 41 peratus dalam tempoh 10 tahun iaitu daripada 3.68 per seribu pekerja pada tahun 2020 kepada 2.18 per seribu pekerja pada tahun 2020 dan penurunan kadar kematian pekerjaan sebanyak 68 peratus iaitu daripada 6.45 per seribu pekerja pada tahun 2010 kepada 2.09 per seribu pada tahun 2020. Peningkatan sebanyak 19 peratus bilangan orang yang berkompeten dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan iaitu daripada 57,445 orang pada tahun 2018 kepada 68,330 orang setakat Ogos 2021.

Tuan Yang di-Pertua, selain itu, kementerian juga melancarkan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2021-2025 (OSHMP25) yang bertemakan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Inklusif-Kebersamaan dan Komitmen pada 13 Oktober 2021. Pelancaran pelan induk ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari tersebut.

Matlamat utama pelaksanaan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ialah untuk memastikan penambahbaikan berterusan terhadap KKP di negara ini dalam usaha mencegah berlakunya kemalangan dan penyakit pekerjaan di kalangan hampir 15 juta orang warga kerja. Pelaksanaan OSHMP juga selaras dengan elemen utama Convention C178 ILO – Promotion Framework for Occupational Safety and Health. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Sepang juga telah membangkitkan mengenai pemakaian akta ini kepada pekerjaan pekhidmat domestik.

Rang undang-undang ini telah mengecualikan pemakaian kepada pekerjaan pekhidmat

final • 3:50 PM

Datuk Seri M. Saravanan

domestik sepertimana yang dinyatakan dalam Jadual 1. Pengecualian ini termasuklah kepada pekerjaan pekhidmat domestik yang berhubung dengan seseorang yang mengambil kerja, disebut majikan, atau orang yang diambil kerja, disebut pekerja, seperti orang gaji atau tukang kebun sebagai pekhidmat domestik.

Pengecualian diberikan kerana jenis kerja ini dilakukan oleh pekhidmat domestik adalah berkisar tentang kerja rumah tangga yang berisiko rendah. Lazimnya skop kerja dan tempat kerja untuk pekhidmat domestik hanya di ruang lingkup dan kawasan kediaman peribadi, dengan izin, private home. Oleh itu, jenis pekerjaan pekhidmat domestik ini dikecualikan daripada pemakaian Akta 514.

Walau bagaimanapun, memandangkan kita sedang membuat penggubalan selepas 27 tahun, segala pandangan akan dikaji secara mendalam supaya melihat sama ada cadangan itu relevan atau tidak untuk masa hadapan.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan takrifan ‘safety’ yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sepang, pihak kementerian berpandangan istilah ‘keselamatan’ atau, dengan izin, ‘safety’ tidak perlu ditakrifkan. Semua peruntukan dalam akta perlulah dibaca secara keseluruhannya dalam menentukan maksud dan konteks keselamatan. Ia bersifat subjektif dan bergantung pada aktiviti kerja yang dijalankan.

Dalam hal ini, majikan hendaklah menjalankan penaksiran risiko, dengan izin, risk assessment berkaitan dengan keselamatan sebelum sesuatu aktiviti kerja dapat dijalankan. Sekiranya ditakrifkan atau diperihalkan, dikhuatiri aspek keselamatan tidak dapat dicakupi oleh takrifan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Pokok Sena membangkitkan berkaitan isu kerja dari rumah disebabkan oleh pandemik COVID-19. Akta 514 sedia ada telah memperuntukkan tanggungjawab majikan untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjanya semasa bekerja dan ia terpakai kepada pekerjaan yang bekerja dari rumah.

Walau bagaimanapun, tanggungjawab majikan tersebut adalah terhad kepada setakat yang praktik terutamanya bagi perkara yang berada di bawah kawalannya.

Tanggungjawab majikan tersebut juga tertakluk kepada sifat kerja, dengan izin, nature of job yang dijalankan oleh pekerja tersebut.

Amalan bekerja dari rumah (BDR) telah menjadi satu kebiasaan dalam pekerjaan sejagat. Oleh itu, kementerian telah memasukkan peruntukan berkenaan kaedah bekerja secara fleksibel di dalam cadangan pindaan Akta Kerja 1955 yang akan dibaca kali kedua dalam mesyuarat kali ini yang dijadualkan pada 14 hingga 16 Disember.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pokok Sena juga membangkitkan berkenaan lambakan operator kren. Sehingga Ogos 2021, bilangan operator kren yang berdaftar dengan JKKP adalah seramai 15,739 orang. Manakala jumlah bilangan jentera kren bergerak dan kren menara yang memerlukan operator kren adalah sebanyak 6,983 buah jentera.

Lebihan operator kren pada masa sekarang adalah disebabkan kebanyakan tempat kerja terutamanya tapak pembinaan tidak beroperasi atau beroperasi dengan kadar minimum. Pihak kerajaan menjangkakan sektor ekonomi akan meningkat semula selepas pandemik COVID-19 berakhir. Secara tidak langsung, permintaan terhadap keperluan operator kren oleh pihak industri akan meningkat.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pokok Sena juga membangkitkan isu berkaitan mana-mana majikan tidak mematuhi peraturan-peraturan di bawah Akta Kerja 1955― kementerian juga memang memandang serius― seperti tidak memberi kontrak perkhidmatan dan lain-lain kepada mereka.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Akta Kerja 1955 ini dikuatkuasakan oleh Jabatan Tenaga Kerja. Saya mohon kepada Yang Berhormat Pokok Sena, jika ada maklumat ketidakpatuhan akta ini untuk memberi saya maklumat berkenaan untuk disiasat oleh JTK.

final • 3:50 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat.

final • 3:50 PM

Datuk Seri M. Saravanan

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Pokok Sena, peruntukan seksyen 26A menyatakan bahawa pekerja tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan dirinya dari tempat kerja tanpa kebenaran majikan dan pihak majikan perlu mengambil tindakan sewajarnya untuk menghapuskan bahaya tersebut sebelum pekerja dibenarkan bekerja semula.

final • 3:50 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat, sikit. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan kren menara tadi. Apa yang dibangkitkan oleh pihak pengendali kren ini ialah kerana masih wujud, walaupun di peringkat awalnya ialah kursus lima hari itu ialah untuk mereka yang sudah pun terlibat dalam pengendalian kren, cuma mereka tidak mempunyai sijil yang disahkan oleh DOSH bahawa mereka adalah layak untuk mengendalikan kren.

final • 3:50 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Akan tetapi selepas daripada itu sekarang ini ada berlaku lagi orang baru. Dia tidak ada pengalaman membawa kren pun terlibat dalam kursus lima hari dan akhirnya apabila mereka masuk ke pasaran, pasaran tidak boleh terima, majikan tidak boleh terima kerana mereka tidak kompeten dalam mengendalikan kren. Kursus yang dikendalikan oleh pihak-pihak swasta iaitu pusat-pusat bertauliah swasta ini yang mengendalikan kursus lima hari ini. Itu yang perlu diambil tindakan supaya pastikan supaya lima hari itu hanya untuk orang yang betul-betul layak, untuk yang mereka yang sudah terlibat dalam pengendalian kren.

final • 4:00 PM

Datuk Seri M. Saravanan

Tuan Yang di-Pertua, dalam keadaan COVID-19 ini walaupun kita dalam keadaan ini, memang ada usaha daripada pihak kerajaan untuk memberi pelbagai latihan daripada segi untuk upskilling dan reskilling. Mungkin perkara ini terlepas pandang dalam usaha untuk reskill dan upskill. Walau bagaimanapun Yang Berhormat, saya akan pastikan kita/saya akan mengarahkan JTK untuk menyelesaikan dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Bagi menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerai dan Yang Berhormat Pasir Mas yang ingin mendapatkan penjelasan berkenaan peranan dan strategi kementerian bagi menangani masalah kesihatan mental dalam kalangan pekerja.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Sumber Manusia menerusi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan amat peka dengan isu kesihatan mental di tempat kerja.

Antara langkah-langkah yang dilaksanakan oleh JKKP bagi menangani masalah kesihatan mental atau fizikal di tempat kerja adalah menguatkuasakan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 secara menyeluruh di tempat kerja di mana antara objektifnya adalah menggalakkan persekitaran kerja yang sesuai dengan keperluan psikologi dan fisiologi pekerja. Sebanyak 18,270 aktiviti penguatkuasaan berkesan JKKP telah dijalankan bagi tempoh Januari hingga Ogos 2021.

Kedua, menyediakan sistem pelaporan atas talian iaitu e-JKKP7 bagi memudahkan majikan dan mengambil tindakan dalam melaporkan sebarang penyakit dan keracunan pekerja kepada JKKP termasuklah penyakit mental berkaitan pekerjaan.

Ketiga, menyemak dan mengemas kini perundangan sedia ada termasuk proses pindaan ke atas peraturan-peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Pemberitahuan mengenai kemalangan, kejadian yang berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan 2004. Antara lain mengemas kini senarai penyakit pekerjaan seperti penyakit psikologi pekerjaan dan yang wajib dilaporkan kepada JKKP.

Keempat, mewujudkan dan melaksanakan program basic occupational health services iaitu modul saringan kesihatan asas kepada pekerja dengan membuat pemantauan berkala di tempat kerja seluruh Malaysia bagi mengenal pasti penyakit dan keracunan pekerjaan termasuk kesihatan mental pekerja.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Jerai, terdapat 7,941 kes bilangan pekerja di negara ini yang telah terjejas kesihatannya akibat terdedah dengan bunyi bising di tempat kerja. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, dalam meningkatkan tahap kesihatan pekerja dan seterusnya dapat mencegah atau mengurangkan masalah

final • 4:00 PM

Datuk Seri M. Saravanan

kesihatan mental atau penyakit pekerjaan lain seperti hilang pendengaran, keracunan pekerjaan dan masalah psikologi pekerjaan, pihak kementerian akan mengubah atau menambah baik beberapa peraturan khusus yang berkaitan dengan penyakit berkaitan pekerjaan, penggunaan bahan kimia di tempat kerja. Peraturan pendedahan bunyi bising juga telah digubal dan diwartakan di bawah Akta 514 pada tahun 2019.

Tuan Yang di-Pertua, fasal 26 akan memberikan definisi baharu perkhidmatan kesihatan pekerjaan kepada pengawasan perubatan dan pemeriksaan perubatan, tidak termasuk rawatan perubatan yang bersifat mencegah kepada pekerja. Perkhidmatan kesihatan tersebut diperuntukkan di bawah seksyen 28 dan Undang-undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Dengan adanya rang undang-undang pindaan yang menyokong pelaksanaan perkhidmatan kesihatan pekerjaan, akan dapat mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan kondusif dan seterusnya memberikan manfaat kepada pekerja seperti berikut:

(i) meningkatkan keyakinan pekerja untuk melaksanakan kerja secara produktif;

(ii) menjamin keupayaan pekerja melalui pencegahan penyakit dan keracunan pekerjaan yang boleh menyebabkan kesihatan terjejas;

(iii) mengelakkan daripada menjadi beban kepada keluarga, masyarakat dan negara akibat penyakit dan keracunan pekerjaan; dan

(iv) memberikan kesan positif terhadap kualiti hidup pekerjaan dan kualiti hidup pekerja.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya berkenaan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai mengenai kenaikan denda yang tinggi untuk kesalahan keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah selaras dengan praktis yang dilaksanakan di negara-negara maju yang lain bagi memastikan majikan menjalankan tanggungjawab mereka dalam memelihara keselamatan dan kesihatan para pekerja. Kerajaan juga tidak mahu pihak majikan hanya menumpukan aspek keuntungan perniagaan semata-mata hingga mengabaikan aspek keselamatan dan kesihatan pekerja.

Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun 2020 seramai 32,674 pekerja terlibat dengan kemalangan tempat kerja dengan 312 daripadanya merupakan kemalangan maut. Pihak kerajaan berpandangan pekerja adalah aset yang penting kepada negara yang mencari nafkah dan rezeki untuk keluarga mereka seterusnya menyumbang kepada kemajuan negara. Negara akan mengalami kerugian yang besar jika terdapat para pekerja tercedera atau maut disebabkan pekerjaan mereka.

Pertubuhan Buruh Antarabangsa menganggarkan negara kehilangan empat peratus daripada KDNK berpunca daripada kemalangan dan penyakit pekerjaan. Sebagai contoh di United Kingdom, denda yang boleh dikenakan terhadap majikan adalah tanpa had jika melibatkan kemalangan di tempat kerja yang menyebabkan kematian.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga berpandangan kadar denda sedia ada adalah terlalu rendah dan pihak kerajaan sering mendapat maklum balas daripada orang awam, parti politik, NGO dan kesatuan sekerja yang meminta supaya kadar penalti ini dinaikkan.

Ini boleh dilihat dengan hukuman denda yang dikenakan kepada kontraktor utama yang bertanggungjawab dengan kos kemalangan maut yang melibatkan kematian 11 orang pekerja di tapak pembinaan di Tanjung Bungah, Pulau Pinang, pada tahun 2017 yang hanya didenda RM35,000 sahaja selepas kita dapati 11 orang maut.

Walaupun pihak mahkamah telah menjatuhkan hukuman kepada pihak kontraktor tetapi maklum balas yang diterima daripada orang awam, ahli politik, NGO dan kesatuan sekerja masih tidak berpuas hati dengan jumlah denda yang terlalu kecil jika dibandingkan dengan nyawa pekerja yang melayang tanpa pembelaan yang sewajarnya.

Ini memberi persepsi negatif terhadap kerajaan yang dikatakan tidak serius dengan melindungi aspek keselamatan dan kesihatan pekerja. Denda yang rendah menyebabkan pihak majikan tidak akan memandang serius isu berkenaan keselamatan,

final • 4:00 PM

Datuk Seri M. Saravanan

kesihatan dan kebajikan para pekerja. Walau bagaimanapun, penalti yang akan dikenakan adalah berdasarkan pertimbangan kebijaksanaan mahkamah yang mengambil kira kepentingan awam, kesalahan yang berulang, keseriusan kes serta fakta rayuan orang kena saman.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Pasir Mas juga mencadangkan kementerian untuk memberikan fokus kepada isu ergonomik di kalangan pekerja dan juga pekerja e-hailing dalam Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2021-2025

(OSHMP25). Kedua-dua isu ini telah ada teras strategi khusus untuk menanganinya.

Satu program khusus di bawah teras strategik ini adalah program memantapkan kesedaran dan kepekaan amalan keselamatan dan kesihatan dalam perkhidmatan e- hailing termasuklah p-hailing. Program ini dilaksanakan oleh pelbagai agensi iaitu Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pengangkutan, Institut Keselamatan Jalan Raya, PERKESO dan NGO berkaitan. Kementerian juga menyediakan satu aplikasi baharu Working For Workers yang membolehkan para pekerja membuat aduan secara langsung di mana jabatan yang berkaitan akan mengambil tindakan dalam masa tempoh tujuh hari.

final • 4:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Panjang lagi Yang Berhormat Menteri?

final • 4:00 PM

Datuk Seri M. Saravanan

Ada sikit lagi. Tuan Yang di-Pertua, bagi isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kepong mengenai masalah keselamatan, kesihatan dan kebajikan kepada pekerja asing. Rang undang-undang ini telah meliputi kesemua pekerja yang bekerja di negara ini termasuklah pekerja asing. Segala hak dan kepentingan pekerja asing bagi isu KKP adalah dilindungi di bawah akta di sepanjang perkhidmatan mereka. Isu-isu yang boleh dibangkitkan selain daripada akta ini akan dikendalikan oleh kementerian berdasarkan akta spesifik di bawah jabatan atau agensi di bawah Kementerian Sumber manusia.

Selain daripada itu, ada juga Tuan Yang di-Pertua isu-isu yang telah dibangkitkan di luar daripada bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia. Salah satu contohnya adalah sepertimana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Jelutong untuk menambahkan cuti Deepavali. Itu bukanlah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia.

final • 4:00 PM

Datuk Seri M. Saravanan

Walau bagaimanapun, kementerian menyambut baik cadangan Yang Berhormat Kapar untuk meningkatkan bilangan pegawai penguat kuasa bagi memastikan cadangan rang undang-undang ini dapat dilaksanakan secara efektif dan dapat menjamin keselamatan dan kesihatan pekerjaan dipatuhi oleh semua pihak.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:10 PM

Datuk Seri M. Saravanan

...ada juga beberapa isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lumut. Pekerja yang bekerja dari rumah juga dilindungi di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Isu kedua, berkenaan tanggungjawab kontraktor yang utama juga meliputi tanggungjawab kepada pekerja subkontraktor seperti mana takrifan majikan utama dan majikan langsung dalam akta asal. Isu ketiga, berkenaan keberkesanan penguatkuasaan keselamatan berkaitan pekerjaan adalah seperti penerangan sebelum ini.

Yang Berhormat Lumut juga membangkitkan isu berkaitan peranan doktor kesihatan pekerjaan. Setakat Ogos 2021, terdapat seramai 1,081 orang doktor kesihatan pekerjaan berdaftar dengan JKKP. Menerusi pindaan akta ini, seluruh perkhidmatan kesihatan...

final • 4:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:10 PM

Datuk Seri M. Saravanan

Sebentar, sebentar. Skop pindaan akta ini, perkhidmatan kesihatan pekerjaan akan diperluaskan kepada tempat kerja yang akan ditetapkan menerusi perundangan subsidi kelak.

final • 4:10 PM

Datuk Seri M. Saravanan

Yang Berhormat Lumut juga membangkitkan isu takrifan kecemasan yang berpotensi berlaku di sesuatu tempat kerja. Rang undang-undang ini menyatakan peruntukan berkenaan tanggungjawab majikan untuk membuat penaksiran risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan menerusi penilaian risiko ini. Majikan perlu mengenal pasti situasi kecemasan yang berpotensi berlaku di premis mereka dan seterusnya membuat langkah kawalan yang sesuai.

final • 4:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Okey Yang Berhormat, ini saya hendak balik kepada taklimat. Saya difahamkan ramai di antara kita tidak tahu tetapi tidak apalah, sudah diadakan oleh kementerian, itu saya terima baik. Akan tetapi apabila sepucuk surat ditulis oleh sekretariat Pakatan Harapan, tidak ada jawapan mengenai taklimat tersebut.

Maka hingga hari ini kita ingat bahawa taklimat itu belum dibuat, dan boleh membuat sedemikian*.

At least you have another explanation. I don’t understand* kenapa kita kedekut mengenai hal ini. Ini kerana kalau hendak bekerjasama, we must look at the long-term.

Macam hari ini pun, we can call for belah bahagi and all that, but we don’t want. We want to have cooperation and worker’s interest to be bagi priority Tuan Yang di-Pertua. Maka saya pohonlah esok hari macam ini, tidak apa beri jawapan sekurang-kurangnya kepada surat yang ditulis. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Datuk Seri M. Saravanan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Saya akan— saya memang akan terima sebarang surat daripada Yang Berhormat Dato’ Saifuddin, tetapi saya akan semak balik siapa yang menerima dan saya akan pastikan perkara ini tidak berulang lagi. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, besarlah harapan saya dan rakyat dalam Keluarga Malaysia untuk meneruskan kehidupan dengan selamat dan sihat...

final • 4:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Menteri, Kuala Selangor. Kuala Selangor mencelah ketika Yang Berhormat Lumut berucap Yang Berhormat Menteri dan saya menekankan tentang peri pentingnya keselamatan pekerjaan atau tempat kerja mestilah juga dilebarkan kepada tempat tinggal Yang Berhormat Menteri.

Justeru kerana pekerja kita, workforce kita melibatkan bukan sahaja locals yang bila habis kerja balik rumah, tetapi the documented ataupun pekerja yang legal dan yang juga tidak legal balik ke dormitory dan tempat tinggal mereka yang bersifat dormitory dan Yang Berhormat Menteri pun sudah melawat mereka.

Saya sebutkan sebentar tadi dalam penghujahan saya, sebuah syarikat yang dibanned produk mereka, justeru kerana allegation of abusive working and living conditions. Lalu, apakah Yang Berhormat Menteri bersedia untuk memuatkan ini sebagai satu extension, lanjutan kepada safety at work, juga bermaksud safety ataupun keselamatan tempat tinggal Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.

final • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri, sikit sahaja. Dalam konsep Keluarga Malaysia yang telah disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi, saya juga telah turut serta dan ketika Yang Berhormat Ipoh Barat membahaskan. Mungkin perkara ini tidak boleh dimasukkan dalam rang undang-undang yang telah dibentangkan.

Akan tetapi semasa perbincangan Kabinet, sekurang-kurangnya Yang Berhormat Menteri sebagai salah seorang wakil kaum India dalam Kabinet boleh mengambil permintaan kami di sebelah sini untuk mewajibkan majikan-majikan memberikan cuti sekurang-kurangnya dua hari kepada pekerja-pekerja terutamanya pekerja-pekerja di pihak swasta. Mungkin perkara ini boleh diperhalusi kerana kita lihat setiap kali sambutan hari Deepavali, cuma diberi cuti satu hari sahaja.

Mungkin seperti yang telah dinyatakan oleh Tuan Yang di-Pertua juga tadi, beliau mungkin berbesar hati memberi cuti seminggu minggu depan untuk kita bersama-sama kali pertama kita menyambut perayaan Deepavali ini.

[Ketawa] Tahun lalu kita tidak dapat sambut disebabkan oleh COVID-19, kali ini sekurang-kurangnya semua dapat balik kampung. Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh membincangkan perkara ini dan

final • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

mengangkat perkara ini kepada pihak Kabinet. Tuan Yang di-Pertua juga akan berbesar hati membenarkan kita. Ini kerana kita lihat cuti satu hari tidak mencukupi.

final • 4:10 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim

Berceramah ini, panjang.

final • 4:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Mungkin perkara ini boleh diperhalusi Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Akan tetapi bukan kuasa saya, bukan kuasa saya.

final • 4:10 PM

Datuk Seri M. Saravanan

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Menyentuh apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor, kita tidak akan kompromi lagi apabila sentuh tempat kediaman dan tempat kerja. Saya telah mengadakan beberapa lawatan. Kalau saya hendak maklumkan kepada Dewan yang mulia ini, saya rasa masyarakat India datang ke negara ini sebagai imigran untuk bekerja di ladang-ladang getah telah diberi tempat yang lebih selesa daripada apa yang mereka dapat pada hari ini, khususnya di kawasan-kawasan manufacturing ataupun pembuatan.

This is what I called modern standi. Maka, Kementerian Sumber Manusia, saya bagi jaminan Yang Berhormat, kita akan mengambil tindakan yang tegas terhadap mana-mana syarikat tanpa kompromi sebab ini adalah asas. Saya perlu menyatakan di Dewan yang mulia ini Tuan Yang di- Pertua, imej kita di arena antarabangsa cukup tercalar sehingga kita jatuh daripada tier dua kepada tier tiga. Maka, kita sedang mengambil pelbagai inisiatif termasuklah meletakkan prasyarat apabila mana-mana syarikat memohon untuk pekerja asing, mereka perlu meyakinkan Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Tenaga Kerja bahawa mereka ada tempat tinggal yang kondusif mengikut Akta 44.

Selain daripada itu, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong, saya akan sampaikan kepada rakan-rakan Kabinet. Saya ingin mengambil kesempatan ini merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian untuk menambahbaikkan akta ini dan dengan ini Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih.

final • 4:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan buat kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

final • 4:10 PM

Fasal-fasal 1 hingga 55 – Tuan Pengerusi

Ada perbahasan?

final • 4:10 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Pengerusi.

final • 4:17 PM

Tuan Pengerusi

Ya, Yang Berhormat Ipoh Barat.

final • 4:17 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Pengerusi, saya seperti Tuan Pengerusi maklum, telah mengemukakan beberapa cadangan untuk meminda tetapi itu telah ditolak.

final • 4:17 PM

Tuan Pengerusi

Ya.

final • 4:17 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Walaupun saya tidak setuju kepada pandangan Yang Berhormat, saya ingin mengambil bahagian dalam beberapa perkara ini supaya kita dapat memperhalus, apakah niat dan efeknya. Ini kerana seperti Tuan Pengerusi tahu, bahawa dalam Committee stage, apabila perkara-perkara dibangkitkan, ia boleh diguna pakai di mahkamah pada esok hari.

final • 4:17 PM

Tuan Pengerusi

Ya.

final • 4:17 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada fasal 8. Ini memberi kuasa kepada Menteri untuk memberikan lesen kepada mana-mana orang yang menjalankan pemeriksaan ataupun loji yang ditetapkan oleh Menteri dan mengeluarkan pengakuan kelayakan berkenaan dengan loji yang diperiksa.

Tuan Pengerusi, saya hendak ambil tahu, apakah keputusan ini dibuat oleh sebuah committee atau seorang diri atau objektif atau secara subjektif? Itu soalan saya mengenai apa— supaya kita dapat faham, apakah yang ingin dilaksanakan.

Tuan Pengerusi, saya ada beberapa perkara yang lain. Mungkin saya habis ini, saya akan alih kepada— terima kasih.

final • 4:17 PM

Tuan Pengerusi

Tidak, saya rasa Yang Berhormat Ipoh Barat teruskan kesemua.

final • 4:17 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Okey. Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada fasal 11, iaitu untuk tujuan meminda akta ibu 12(1) di mana Ketua Pengarah menjadi setiausaha kepada Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Kita tahu bahawa ini Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan ini memainkan satu peranan yang besar.

final • 4:17 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Apa yang saya ingin tahu adalah apakah yang telah dibuat sebelum ini dan apakah yang akan dibuat oleh committee ini selepas ini? Apakah penalti yang akan dikenakan jika arahan-arahannya tidak diikuti oleh pihak-pihak yang berkenaan? Ini kerana, banyak di antaranya adalah pandangan dan juga penalti. Apakah yang akan dibuat secara– sedang dalam ini? Itu perkara yang kedua.

Perkara yang ketiga adalah mengenai fasal 46– no, no, sorry. Fasal 23 Tuan Pengerusi. Ini mengenai tujuan untuk melantik seorang pegawai atau “seseorang hendaklah dilantik sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan hanya untuk sesuatu tempat kerja pada satu-satu masa melainkan jika dibenarkan selainnya oleh Ketua Pengarah.” Apakah niatnya? Ini kerana pada pandangan saya, bila kita ke satu tempat kejadian dan selepas itu kita perlu pergi ke tempat lain, takkan kita hendak mendapatkan kebenaran Ketua Pengarah. This is not feasible. Itu saya percaya adalah birokrasi yang perlu dihapuskan. Kita perlu menyelaraskan, membenarkan pegawai-pegawai bawahan yang mengendalikan kes-kes kecemasan untuk membuat penyiasatan dan sebagainya. Kalau kita menyekat dan menyuruh mereka hanya untuk mengikut dan mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah, dengan izin, itu tidak masuk akal ya, pada pandangan saya.

Tuan Pengerusi, selain daripada itu adalah fasal 33 dan fasal 34. Ini sebelum ini Yang Berhormat Menteri ada kata, standard yang akan ditetapkan dalam kedua-dua ini.

Jadi apakah standard-standard yang telah dikenal pasti supaya ia boleh diguna pakai dalam hal ini? Ini mustahak kerana orang ramai perlu tahu apakah standard-standard yang dicadangkan.

Tuan Pengerusi, yang akhir sekali adalah fasal 37 iaitu ia katakan– seksyen 36(1) akta ibu Tuan Pengerusi. Ia kata dengan izin saya baca, “power to prohibits...” – 36 “aggrieved person may appeal”. Ini ada di akta ibu. Dengan izin, “A person who is aggrieved by an Order made under subsection 35(1) may, within thirty days of the order, lodge an appeal with secretary to the Council who shall transmit the appeal to an appeal committee appointed by the Minister under section 63”. Tuan Pengerusi, sebenarnya Menteri ada kuasa dalam committee tersebut tetapi hairannya, dalam dunia yang lebih luar, borderless, yang lebih open, saya hairan kenapa

final • 4:20 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

appeal process ini hendak dihapuskan oleh kementerian. Menteri kata tidak boleh merayu.

Saya rasa ini adalah satu pandangan yang sangat menggetarkan, dan tidak meluaskan pandangan dan fikiran kita.

Kita perlu lebih luas dan open dalam hal ini iaitu membenarkan jika satu keputusan telah dibuat oleh Ketua Pengarah atau Menteri, mereka sebenarnya perlu memberi proses. Kalau Akta ibu lebih 20 tahun dulu adalah berniat luas sangat, kenapa kita tidak membenarkan. Kita patut menggalakkan sedemikian. Takkan Menteri hendak sekat perkara itu. Saya rasa, apakah hajatnya? Saya hendak tanya. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Ada lagi yang hendak ini? Ya, Yang Berhormat Lumut.

final • 4:20 PM

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut

Ya, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya ingin menyentuh beberapa perkara, membuat sedikit perbandingan di antara keseriusan kerajaan untuk meminda ini, membawakan contohnya denda yang lebih berat dan juga keperluan-keperluan yang boleh membantu keselamatan kepada pekerja.

Pada fasal 16 dan beberapa fasal yang lain berikutnya di fasal 18, 19. Saya ambil contoh di dalam fasal 16, seksyen 18A, “Hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap prinsipal untuk mengambil, setakat yang boleh dipraktikkan...”. Saya ingin menyentuh mungkin ini adalah frasa yang biasa di dalam rang undang-undang tetapi ia tidak menggambarkan keseriusan kita untuk memastikan pihak majikan mengambil langkah-langkah yang kita hendak sebut satu persatu di dalam rang undang-undang ini.

Contohnya, “...setakat yang boleh dipraktikkan...”. Di tempat-tempat yang lain pun diulang juga. “Hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap prinsipal untuk mengambil, setakat yang boleh dipraktikkan apa-apa langkah sebagaimana yang perlu...”. Kemudian diberikan apakah langkah-langkah tersebut.

Saya mengandaikan kalau kita serius, kita pastikan bahawa semua langkah diambil. Praktikal atau tidak, itu menjadi subjektif kepada pihak-pihak yang berkenaan.

Pihak majikan akan mengatakan ia tidak praktikal. Not practicable tetapi bagi keperluan pekerja-pekerja, maka ia adalah suatu yang sangat penting.

Jadi saya mencadangkan supaya di dalam fasal-fasal yang saya sebutkan tadi digugurkan perkataan “...setakat yang boleh dipraktikkan...” itu sebagai menunjukkan keseriusan kita untuk memastikan segala pindaan yang kita bawa ini adalah dipandang serius dan mesti diikut oleh pihak-pihak majikan khususnya sama ada di peringkat prinsipalnya, peringkat maincon peringkat subconnya dan sebagainya. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:25 PM

Tuan Pengerusi

Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 4:25 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Pengerusi. Sekadar untuk menambah sedikit fasal 14 RUU OSHA ini Tuan Pengerusi...

[Ketawa]

final • 4:27 PM

Tuan Pengerusi

Fasal 14.

final • 4:27 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Baik. RUU ini telah memberikan tanggungjawab baharu kepada majikan untuk membangunkan dan melaksanakan prosedur-prosedur untuk mengendalikan kecemasan Tuan Pengerusi yang mungkin berbangkit semasa pekerjaan dan berkhidmat, pekerja. Cumanya, pindaan ini memaksa majikan untuk memastikan prosedur kecemasan itu mereka bangunkan.

Namun, satu perkara yang kita perhatikan adalah terma ‘kecemasan’ itu sendiri tidak pernah didefinisikan dalam OSHA. Perkara ini mewujudkan semacam satu lacuna

final • 4:27 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

(kelompangan) untuk membantu majikan untuk bersedia untuk sebarang bentuk kecemasan. Tanpa takrifan yang jelas ya, pindaan ini akan menemui jalan buntu kerana majikan akan masih keliru ataupun there is no clarity, dengan izin.

Keduanya fasal 16, memperuntukkan tanggungjawab baharu kepada majikan untuk membuat penilaian risiko (risk assessment) di sini pun di tempat kerja. Majikan juga selepas membuat penilaian perlu mengambil langkah-langkah untuk mengatasi risiko yang mereka telah kenal pasti. Namun, kebiasaannya untuk majikan merujuk, membuat hazard identification risk assessment and risk control (HIRARC) itu yang dicadangkan akan menjadikan ia kewajipan untuk majikan melaksanakan segala langkah.

final • 4:27 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Masalahnya adalah Tuan Pengerusi, apabila HIRARC ini mengukur tahap bahaya dan risiko mengikut skala yang tersendiri, disebabkan seksyen 18B ini terlalu luas dan sekali lagi kabur tanpa menimbulkan persoalan sama ada semua risiko kecil dan yang berskala, yang terlalu jarang untuk berlaku patut diatasi oleh majikan ataupun tidak. Jadi, contoh risiko kecederaan disebabkan oleh jentera mungkin timbul hanya jika jentera tersebut tidak digunakan dengan betul.

Jadi, there is this ruang untuk perkara ini dipertikaikan ketika penggunaan jentera- jentera itu. Kesemua ini saya ingat perlu penjelasan dan clarity. Saya ingat begitu saja Tuan Pengerusi. Ada dua atau tiga lagi perkara yang mungkin telah disebut oleh rakan- rakan yang lain. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Akan tetapi kalau semua istilah itu terang dan jelas maka peguam tidak akan ada kerjalah Yang Berhormat.

[Ketawa] Kalau tidak ada lagi, saya hendak jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

final • 4:30 PM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M. Saravanan

Tuan Pengerusi, kebetulannya Kementerian Sumber Manusia tidaklah membuat keputusan unilateral. Ini telah menelan masa hampir 10 tahun dari sejak tahun 2011 sehingga ke hari ini, kita bawa masuk ke Dewan Rakyat dan ini telah melibatkan majlis dialog mendapatkan input daripada pemegang taruh, majikan pekerja, ahli akademi dan NGO. Pada tahun 2015, pembentangan kepada MNKKP dan pada tahun 2018 dokumen pindaan dari MNKKP dikembalikan semula setelah pertukaran kerajaan.

Tahun 2019 Januari, sesi libat urus bersemuka bersama National Labour Advisory Council dan pada tahun 2019 sesi libat urus bersemuka bersama semua wakil kementerian. Maka segala keputusan bukan untuk menambahkan kuasa dan sebagainya, bukan dibuat mengikut kehendak mana-mana individu. Kesemua ini telah melibatkan sesi libat urus dengan pelbagai pihak.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Jawatankuasa****] Kedua, pelantikan orang yang berlesen di bawah fasal 8 akan dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan menurut Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).

Selain daripada itu Tuan Pengerusi, Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan berfungsi antara lain menasihati Menteri Sumber Manusia berkaitan isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Menteri boleh mempertimbangkan cadangan yang diberikan dan membuat keputusan terhadapnya.

Kedua, mengenai kuasa kepada ketua pengarah. Ini melibatkan keselamatan dan kesihatan. Kita kena ada punca kuasa sekiranya berlaku isu perundangan. Atas arahan siapa dia berkhidmat. Maka, untuk meletakkan punca kuasa dengan ketua pengarah supaya mereka diberi kebenaran untuk melaksanakan tugas.

final • 4:31 PM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M. Saravanan

Kedua, tafsiran setakat yang boleh dipraktikkan telah diberikan. Ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Lumut, telah diberikan data asal iaitu bergantung kepada tindakan sesuatu yang bahaya, pengetahuan untuk mengawal bahaya, keadaan yang sesuai untuk mengawal bahaya dan kos untuk mengawal bahaya tersebut. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 4:31 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

[****Fasal-fasal 1 hingga 55** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia (Datuk Haji Awang bin Hashim) dan diluluskan]

final • 4:31 PM
RANG UNDANG-UNDANG KILANG DAN JENTERA (PEMANSUHAN) 2020 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M. Saravanan

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta untuk memansuhkan Akta Kilang dan Jentera 1967 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, Akta Kilang dan Jentera 1967 selepas ini disebut sebagai Akta 139 merupakan satu akta yang memperuntukkan bagi kawalan ke atas kilang berkaitan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang di dalamnya. Pendaftaran dan pemeriksaan jentera dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Walau bagaimanapun Akta 139 meliputi sektor pembinaan, perkilangan, perlombongan dan pengkuarian. Akta ini telah dikuatkuasakan oleh Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan semenjak tahun 1970.

Selepas pemansuhan Akta 139 ini segala perkara berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan akan diuruskan di bawah Akta 514 yang lebih komprehensif dan terkini dalam menjaga keselamatan, kesihatan dan kebajikan para pekerja. Tuan Yang di- Pertua, Rang Undang-undang Kilang dan Jentera (Pemansuhan) 2020 mengandungi enam fasal dan saya akan menjelaskan fasal-fasal tersebut.

Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.

Fasal 2 mengandungi peruntukan tafsiran dan memperuntukkan mengenai tarif “akta yang dimansuhkan” yang merujuk kepada Akta 139.

Fasal 3 menjelaskan mengenai pemansuhan Akta 139.

Fasal 4 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bahawa apa-apa pun pendaftaran yang dibuat atau diperintah, arahan, notis kelulusan, perakuan kelayakan jentera, skim pemeriksaan khas atau sijil kompetensi yang telah dikeluarkan di bawah Akta 139 hendaklah diuruskan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan [Akta 514] kecuali notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen 19(2), 39(3) atau 40(4) Akta 139 hendaklah terus diteruskan di bawah Akta 139.

Fasal 5 bertujuan untuk memperuntukkan bagi perkara-perkara yang belum selesai di bawah Akta 139. Semua permohonan rayuan atau pemeriksaan di bawah Akta 139 yang belum selesai sebelum permulaan kuat kuasa pemansuhan Akta 139 hendaklah

final • 4:36 PM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M. Saravanan

pada permulaan kuat kuasa pemansuhan ini diuruskan di bawah Akta 139 seolah-olah akta yang dimansuhkan tidak dimansuhkan.

Fasal 6 bertujuan untuk memperuntukkan bagi penerusan prosiding undang- undang, pendakwaan jenayah atau penyiasatan atau apa-apa hukuman yang dikenakan atas tindakan yang diambil sebelum permulaan kuat kuasa pemansuhan Akta 139.

Tuan Yang di-Pertua, akhir kata Kementerian Sumber Manusia mohon agar pindaan Akta 514 dan pemansuhan Akta 139 disambut baik dan dilihat secara positif sebagai satu pakej yang akan memberi faedah yang besar kepada golongan pekerja dan majikan dari aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan keselamatan jentera dan kilang. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan rang undang-undang ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 4:36 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ada yang menyokong?

final • 4:36 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim

Saya mohon menyokong.

final • 4:36 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk memansuhkan Akta Kilang dan Jentera 1967 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Saya ada empat orang Ahli yang ingin membahaskannya. Pertama, Yang Berhormat Pasir Gudang. Kedua, Yang Berhormat Pontian. Ketiga, Yang Berhormat Sepang dan yang keempat, Yang Berhormat Tumpat. Dengan itu, saya ingin menjemput Yang Berhormat Pasir Gudang tujuh minit.

final • 4:36 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Pada petang ini kita membincangkan dan membahaskan dua rang undang- undang yang sangat penting berhubung dengan soal keselamatan dan kesihatan pekerja.

Kebetulan saya mewakili Parlimen Pasir Gudang yang merupakan tempat terdapat ribuan para pekerja yang di sana juga di Pasir Gudang terdapat kilang yang besar-besar, terdapat pelabuhan, limbungan kapal yang melibatkan penggunaan jentera dan mesin.

Jadi, sebentar tadi Parlimen telah meluluskan di Dewan Rakyat ini telah meluluskan Rang Undang-undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Saya mengikuti perbahasan sejak tengah hari tadi sehingga petang ini dan mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri, ini pindaan yang baik. Hanya- bila sekarang kita hendak membahaskan tentang...

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Mansuh.

final • 4:40 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

...Hendak mansuhkan Undang- undang Kilang dan Jentera tahun 1967. Sebelum kita hendak mansuhkan, hendak kebumikan undang-undang yang telah lama berkhidmat, selama 54 tahun Yang Berhormat Menteri, dari tahun 1997 sehingga sekarang. Saya hendak bertanya, apakah kelemahan Undang-undang Kilang dan Jentera ini? Sudah 54 tahun diguna pakai, apa kelemahannya? Ada disebutkan tadi ketinggalan zaman. Apakah yang dimaksudkan ketinggalan zaman itu?

Ketiga, adakah Yang Berhormat Menteri dan kerajaan yakin, Undang-undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang baru kita luluskan tadi pindaannya dapat menggantikan Undang-undang Kilang dan Jentera 1967 itu. Yang Berhormat Menteri, sekurang-kurangnya Undang-undang Kilang dan Jentera, ia mengkhususkan kepada soal kilang dan soal jentera terutamanya hal mesin ini, jentera ini. Ini ada fokus dalam undang- undang yang hendak kita mansuhkan ini.

final • 4:40 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Saya bimbang kalau kita tergopoh-gapah mansuhkan ini, kita hilang satu akta yang telah berfungsi selama 54 tahun. Oleh sebabnya di Pasir Gudang misalnya, kita ada Malaysian Heavy Engineering dahulu dipanggil MHE yang membuat- dipanggil pelantar minyak untuk Petronas dan lain-lain syarikat. Ertinya jentera yang berat terlibat dan dikawal oleh Akta Kilang dan Jentera ini.

Begitu juga di Pelabuhan Johor. Kita ada kilang yang besar, bukan sahaja di Pasir Gudang tetapi di Pengerang juga yang tidak sampai 100 kilometer daripada Pasir Gudang, di Pengerang ada RAPID Petronas, ada Terminal Bebas Laut Dalam milik Syarikat Dialog.

Kilang-kilang petrokimia ini pernah terbakar, Yang Berhormat Menteri. RAPID ini pernah terbakar di Pengerang, ada terkorban nyawa dan mati. Syarikat kilang petrokimia yang besar di Pasir Gudang, Titan pernah terbakar yang menimbulkan kegemparan dan menyebabkan pencemaran udara.

Jadi, walaupun kita telah pinda tadi Rang Undang-undang Keselamatan dan Kesihatan, saya merasa bimbang apabila terkuburnya, dimansuhkan Undang-undang Kilang dan Jentera ini. Ertinya satu aspek penggunaan jentera di negara ini iaitu mesin dalam kilang-kilang yang besar dan juga yang kecil yang bertaraf global ini, maka kita kehilangan satu akta yang selama ini walau pun dengan serba kekurangannya, dapat menjaga kebajikan pekerja kita walaupun tidak sempurna.

Jadi, saya boleh menerima dan boleh menyokong pemansuhan ini seandainya Yang Berhormat Menteri dapat meyakinkan bahawa Undang-undang Keselamatan dan Kesihatan yang baru kita luluskan itu sudah cukup ampuh untuk melindungi keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, perbahasan saya. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Gudang. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Pontian.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Perkembangan Revolusi Industri daripada IR 1.0 kepada IR 4.0. Sebagai contoh, 1.0 ini penggunaan kilang dan penggunaan mesin kuasa wap untuk pengeluaran produk.

Itu dalam satu tempoh lama dahulu, kemudian kepada IR 2.0, peningkatan produktiviti dan kualiti produk melalui penemuan bahan dan sumber tenaga baharu.

Manakala IR 3.0 menggunakan teknologi pembuatan yang lebih canggih dan fleksibel untuk menghasilkan produk yang berkapasiti tinggi dan lebih ekonomi dari sudut pengeluaran dan IR 4.0 iaitu penggunaan peranti pintar yang dihubungkan secara internet dan menggunakan bahan yang lebih canggih, menggunakan teknologi nano dan bioteknologi, contohnya.

Ini adalah latar belakang kepada industri yang ada di hadapan kita. Saya ada banyak melawat kilang di merata tempat ketika jawatan-jawatan saya yang terdahulu dan melihat suasana di kilang-kilang yang berkaitan. Bahaya yang dihadapi oleh pekerja ini ada banyak seperti bahaya kimia, bahaya fizikal, bahaya biologi, bahaya ergonomik, bahaya psikososial ataupun dipanggil hazard kepada kelima-lima perkara itu.

Saya harap apabila akta ini dimansuhkan dan diganti dengan akta baru yang lebih komprehensif, pada saya perkara-perkara ini perlulah diambil kira. Apakah alasan utama selain tadi yang telah disebut? Mungkin ada alasan lain oleh pihak kementerian ingin memansuhkan Akta 139 ini sedangkan akta ini telah berfungsi dengan baik dalam memastikan keselamatan jentera dan tempat kerja, sedangkan akta ini boleh ditambah baik bagi mendepani isu keselamatan dan isu kesihatan pekerjaan masa kini.

Akta 139 juga mempunyai beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawalan jentera seperti keselamatan lif penumpang, keselamatan dandang stim dan jentera- jentera mesin angkat sebagaimana yang diberitahu oleh Ahli Parlimen tadi dan keselamatan di tapak pembinaan. Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan status peraturan-peraturan tersebut setelah rang undang-undang ini diluluskan

final • 4:46 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

dan tindakan pihak kerajaan untuk memastikan supaya jentera tersebut selamat digunakan di tempat kerja.

Harapan kita ialah agar kemalangan yang melibatkan jentera-jentera yang beroperasi di tapak pembinaan dan penggunaan lif penumpang dapat dielakkan walaupun dengan pemansuhan Akta 139. Saya berpandangan perkara ini perlu diberikan perhatian serius oleh pihak kementerian. Satu lagi ialah jentera-jentera seperti dandang stim ataupun dengan izin, steam boiler, pengandung tekanan tidak berapi dan mesin angkat perlu mempunyai perakuan kelayakan yang sah sebelum ianya boleh dikendalikan.

Mengikut akta ini, jentera tersebut hendaklah diperiksa secara berkala dalam selama masa 15 bulan oleh pemeriksa kilang dan jentera yang dilantik di bawah akta ini.

Saya ingin mendapatkan maklum balas pihak kementerian mengenai status perakuan kelayakan dan pemeriksaan jentera ini setelah pemansuhan Akta 139.

final • 4:46 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Tuan Yang di-Pertua, apabila kita melawat kilang, antara perkara yang kita lihat di mana-mana kilanglah, sama ada kilang kecil, sederhana ataupun kilang moden, ada ditulis, “Amalkan 5S”. Apakah 5S itu? Ia adalah amalan negara Jepun, dengan izin, seiri

(sort) ataupun sisih, seiton (set) ataupun susun, seiso (sweep) atau sapu, seiketsu

(standardize) atau seragam, shitsuke (sustain) atau sentiasa amal. Ada satu yang kurang, Tuan Yang di-Pertua, 5S ini, di mana-mana 5S, iaitu safety dan selamat. Tak ada dalam 5S itu.

Jadi, saya ingin mencadangkan supaya kita di Malaysia ini walaupun kita nak ikut Jepun, 5S, tetapi kilang-kilang kita kena ada ‘S’ yang keenam iaitu safety dan selamat.

Kalau nak guna juga perkataan Jepun, ia tidak bermula dengan ‘S’ tetapi perkataannya ialah anzen-sei, safety dan selamat. Safety, security, keselamatan itu adalah amat penting.

Yang kita bincang hari ini dari tadi ialah mengenai keselamatan dan juga kesihatan di kilang-kilang. Saya harap apabila akta ini sudah ditiadakan, pekerja hendaklah selamat, bangunan hendaklah selamat, mesin-mesin yang digunakan hendaklah selamat. Ada satu lagi, Tuan Yang di-Pertua, iaitu orang luar yang berhampiran dengan tempat pembinaan itu hendaklah selamat.

Baru-baru ini kita lihat bagaimana ada bahan binaan yang terjatuh di atas kereta di lebuh raya tak jauh dari tempat kita ini dan ia melibatkan kemalangan nyawa dan juga kemalangan kenderaan. Bererti, keselamatan itu bukan hanya keselamatan untuk pekerja tetapi ialah keselamatan orang luar. Ini saya kira perlu diambil perhatian oleh pihak kementerian.

Seperkara lagi ialah alat-alat perlindungan diri untuk keselamatan. Adakah dengan kita memansuhkan Akta 139 ini, ada di mana-mana dinyatakan dalam akta yang kita telah pinda tadi mengenai alat-alat perlindungan diri atau dalam bahasa Inggeris, PPE yang kita selalu dengar iaitu personal protective equipment? Ia bukan hanya PPE yang kita lihat ketika berlaku COVID-19 itu. Itu satu jenis PPE. Ada lagi PPE yang sesuai di tempat kuari, PPE yang sesuai di tempat pembinaan. PPE yang sesuai di tempat yang ada banyak habuk, bunyi, suhu panas, pengudaraan, biohazard, kesan-kesan seumpama itu.

Kerana mesin ini ada macam-macam jenis, Tuan Yang di-Pertua. Ada mesin pelarik, memotong, mengisar, menebuk, memperbaiki, memproses, menggerudi, mesin elektrik, mesin jet air, mesin laser, mesin haba. Jadi, segala-gala ini mendatangkan hazard kepada kesihatan, kepada keselamatan, mendatangkan penyakit-penyakit yang tertentu.

Jadi, perkara-perkara ini perlulah diambil perhatian dalam apa juga yang kita lakukan dalam pindaan kita, dalam pemansuhan Akta 139 dan dalam penambahbaikan akta yang baru dibentangkan tadi supaya kita mengamalkan apa yang baik di peringkat international.

Sekali lagi, saya ingin mencadangkan supaya 5S yang ada pensijilannya yang selalu diberikan oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) ditambah satu lagi ‘S’ demi

final • 4:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

pekerjaan kita, demi manfaat pekerja dan rakyat kita iaitu selamat ataupun safety dan security. Terima kasih.

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Seterusnya, Yang Berhormat Sepang tiada dalam Dewan. Saya jemput yang terakhir, Yang Berhormat Tumpat. Tiga minit.

final • 4:50 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua atas peluang memberikan saya keizinan untuk turut terlibat sama dalam perbahasan Rang Undang-undang Kilang dan Jentera (Pemansuhan) 2020. Kita baru sahaja selesai membahaskan pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Hujahan yang akan saya bawa ini tidak banyak bezanya dengan apa yang telah dibawa oleh kawan-kawan, Ahli-ahli Yang Berhormat yang terdahulu terutamanya apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Pasir Gudang.

Tuan Yang di-Pertua, saya kira banyak aspek yang telah dirangkum melibatkan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di negara ini termasuklah keselamatan yang tertakluk di tempat kerja. Namun begitu, saya berpandangan masih ada beberapa penjelasan khusus perlu diberikan oleh pihak kementerian berkenaan dengan langkah untuk memansuhkan akta ini.

Tuan Yang di-Pertua, negara pernah digemparkan dengan insiden kemalangan yang berlaku di tapak pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi–Ulu Kelang yang mengancam bukan sahaja para pekerja bahkan juga para pengguna jalan raya yang lain. Malah jika kita perhatikan khususnya di beberapa tempat di Lembah Klang, terlalu banyak pembinaan jalan raya yang dilaksanakan secara serentak dan kebanyakan jalan ini merupakan jalan utama kepada pengguna di Lembah Klang. Antara yang kita boleh lihat adalah di sepanjang Jalan Lingkaran Tengah 2 iaitu MRR2 ke Zoo Negara, Jalan Jelatek dan sebahagian tempat yang lain.

Kejadian insiden kecelakaan melibatkan jentera ini begitu membimbangkan meskipun pihak kementerian dan agensi telah mengeluarkan pelbagai rangka tindakan untuk menanganinya. Apa yang saya lihat, kita tidak mempunyai perancangan yang berperingkat dan jalan lencongan alternatif yang lebih selamat bagi menjamin keselamatan para pengguna dan pekerja khususnya.

Oleh sebab itu, saya ingin mendapatkan penjelasan kementerian, apa justifikasi pihak kementerian untuk meneruskan pemansuhan Akta 139? Sedangkan daripada satu sudut, akta ini merupakan akta penting bagi memastikan keselamatan jentera dan tempat kerja. Sejauh manakah peruntukan yang utama dan komprehensif ini akan terangkum hanya di bawah satu akta sahaja? Sedangkan realitinya, keselamatan dan jentera tempat kerja ini juga menjadi salah satu isu besar dalam negara.

Tuan Yang di-Pertua, tujuan Akta Kilang dan Jentera 1967 ini digubal adalah bagi memastikan pengoperasian kilang-kilang yang bukan sahaja melibatkan keselamatan jentera bahkan juga keselamatan dan kebajikan para pekerja yang mengendalikan jentera berkenaan. Saya mohon kementerian supaya menjelaskan implikasi kepada keselamatan pengoperasian kilang-kilang dalam negara selepas akta ini dimansuhkan. Saya juga mohon statistik lengkap terhadap kilang-kilang yang terlibat dalam akta ini, berapa kali penguatkuasaan dan pemantauan dilaksanakan bagi memastikan pematuhan terhadap keselamatan pengoperasian kilang di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, insiden yang berpunca daripada keselamatan jentera ini sering kali berlaku. Antaranya melibatkan jentera seperti kren jatuh, jentera piling termasuklah kerangka besi dan lif. Jika kita teliti kes kemalangan maut di laman web rasmi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pengguna Kementerian Sumber Manusia, antara faktor-faktor utama yang mendorong kepada kemalangan di tempat kerja adalah disebabkan jentera tidak diselenggarakan dengan baik, pihak pengendali jentera yang tidak cekap, tiada pengadang serta tanda amaran yang khusus, tiada sistem dan SOP yang selamat khususnya melibatkan hazard, penaksiran risiko dan kawalan risiko.

final • 4:54 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Tuan Yang di-Pertua, faktor utama yang saya perlu jelaskan di sini adalah mengenai sistem kerja selamat melibatkan pengendalian jentera menjadi asas kepada insiden kemalangan kepada pekerja di negara ini. Oleh itu, bagaimana aspek ini diberikan penekanan selepas kementerian memansuhkan akta ini kelak? Apa juga langkah kementerian bagi memastikan sistem kerja selamat ini betul-betul diambil serius di semua sektor yang berkaitan?

Tambahan lagi, kita juga pernah berhadapan dengan tragedi Pasir Gudang pada tahun 2019 yang mengalami keracunan makanan disebabkan oleh pembuangan sisa industri daripada perkilangan berdekatan. Perkara ini tidak boleh dibiarkan terus berlaku, berlalu tanpa kawalan dan pemantauan yang serius oleh pihak kementerian.

Oleh itu, soalan saya, bagaimana aspek penguatkuasaan tegas serta sistem kerja selamat terhadap pengendalian bahan kimia dilaksanakan di kilang-kilang bahan kimia di seluruh negara? Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

final • 4:54 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.

Tempoh masa 10 minit.

final • 4:54 PM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M. Saravanan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dari Pasir Gudang, Pontian dan Tumpat.

Saya lihat daripada sudut keprihatinan ketiga-tiga Ahli Yang Berhormat terhadap apa yang akan berlaku memandangkan akta ini merupakan satu akta yang penting untuk memberi kepentingan kepada warga kerja.

Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun, yang pertama, keputusan ini telah dibuat melalui sesi libat urus hampir sepuluh tahun dengan pelbagai lapisan kerja yang terdiri daripada majikan, pekerja, ahli akademik, NGO dan juga National Labour Advisory Council dan AG Chamber. So, ini adalah satu kajian yang cukup lama. Dan Akta 139 ini hanya meliputi sektor pembinaan, pengilangan, perlombongan dan pengkuarian sahaja.

final • 4:59 PM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M. Saravanan

Setakat Akta 139, hanya memberi kawalan kepada empat sektor dan akta ini telah dikuatkuasakan oleh Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan semenjak tahun 1970. Sepertimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian tadi, dunia telah mengalami empat revolusi. Kalau kita ikut akta lama, untuk memeriksa mesin perlu dihentikan daripada operasi dan membuka. Ini apa yang berlaku 50 tahun dahulu. Namun hari ini Yang Berhormat, kita tidak perlu berhentikan.

Melalui sensor-sensor khas, kita boleh mengetahui sama ada mesin itu selamat atau tidak.

Maka sekiranya kita gunakan kaedah lama dengan akta yang sedia ada, mungkin negara akan menghadapi kerugian yang besar. Ada juga-juga mesin-mesin Petronas, sekiranya kita berhentikan, akan menghadapi kerugian sebanyak bilion ringgit, kalau kita ikut akta lama. Maka sampai masa kita perlu mengikut perubahan semasa.

Saya ingin meyakinkan Yang Berhormat walaupun saya lihat dari sudut soalan, ingin memberi keyakinan kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat sama ada kita buat keputusan yang sah atau tidak. Yang pertama Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat dari segi Akta Kilang dan Jentera 1967 [Akta 139], akta bagi kawalan kilang yang berhubung dengan keselamatan, kesihatan, kebajikan orang yang berada di dalam kilang.

Maksudnya akta ini memberi perlindungan kepada mereka yang berada di dalam kilang.

Sekiranya sebab perbuatan mereka yang dalam kilang, sesuatu berlaku kepada orang yang di luar kilang, mungkin tidak akan mengawal. Akan tetapi Akta 514 akan mengawal keseluruhan dan pendaftaran pemeriksaan jentera Akta 139, keselamatan dan kesihatan kebajikan orang yang ada dalam kilang, pendaftaran dan pemeriksaan jentera, perkara-perkara berkaitan kilang dan jentera. Saat ini saja, di bawah Akta 514.

final • 5:00 PM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M. Saravanan

Akan tetapi ini telah dimasukkan ke dalam 514 di mana memastikan keselamatan kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja, yang pertama. Yang kedua melindungi orang lain selain daripada orang pekerja. Tidak ada risiko keselamatan kesihatan pekerjaan. Maksudnya 514 akan memberi perlindungan kepada orang di luar sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam kilang. Yang ketiga menggalakkan persekitaran pekerjaan yang sesuai daripada segi fisiologi dan psikologi.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, konsep perundangan secara kendiri.

Kita hari ini dalam dunia yang beralaf baru dengan menghadapi COVID-19 dan sebagainya, kita perlu konsep perundangan secara kendiri, self-regulation dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Yang kedua, penggubalan peraturan seiring perkembangan teknologi terkini dan yang ketiga percanggahan peruntukan dua akta boleh diseragamkan.

Ini pernah berlaku sebelum ini.

Yang keempat, meratifikasi ILO Convention 155, hak pekerja. Yang keempat dapat mengatasi loophole yang sedia ada. Ada juga beberapa loophole yang sedia ada Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, ada juga kontraktor- kontraktor mengambil kesempatan yang pernah bayar denda. Hampir setiap tahun sebab dendanya bukan tinggi sangat, RM1,000, RM2,000, RM10,000 bukan besar sangat. Big contractors RM10,000 is nothing. They pay almost every year. Maka dengan akta ini dapat mengatasi loophole dari Akta 514 daripada segi skop, risk assessment dan prinsipal. Juga meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang, meningkatkan penalti daripada RM50,000 hingga RM500,000.

Tuan Yang di-Pertua, daripada segi memperkenalkan tanggungjawab prinsipal.

Kalau sebelum ini kita lihat apabila prinsipal dapat kepada dia, dia menawarkan kepada subcon dan tiada tanggungjawab terhadap pekerja subkontraktor. Begitu saja mereka cuci tangan. Hari ini dengan mengadakan akta baru ini, kita memperkenalkan tanggungjawab prinsipal, menjelaskan tanggungjawab di antara pemaju, pemilik dengan kontraktor, subkontraktor dan pekerja, ketiga-ketiga ini berkait.

Penaksiran risiko. Peruntukan spesifik kewajipan majikan menjalankan penaksiran risiko dan langkah kawalan risiko di tempat kerja, kenal pasti bahaya, analisa risiko, kawalan risiko. Hak pekerja juga, menambah baik hak pekerja, mengambil kira Artikel 13, ILO Convention 155, hak pekerja untuk mengasingkan diri dari tempat kerja sekiranya terdapat bahaya hampir pasti yang mengancam KKP.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, kita juga sempat menambah baikkan pindaan ini di mana keperluan orang terlatih untuk menghadiri kursus KKP yang ditetapkan. Memastikan orang terlatih mendapat kualiti latihan yang sewajarnya. Tidak lupa juga pendaftaran pemantauan dan akauntabiliti pengamal KKP, orang kompeten, pusat pengajar, firma kompeten diseragamkan di bawah perundangan dan meningkatkan komitmen daripada tahap profesionalisme pengamal KKP.

Juga pemansuhan elemen pengurusan integriti jentera dalam pemeriksaan jentera berperakuaan yang terkandung dalam akta 1967. Selain daripada itu, memantapkan dan menambah baikkan peruntukan orang berlesen dan memindahkan liabiliti kerajaan kepada orang berlesen selaras dengan prinsip perundangan kendiri menangani isu backlog pemeriksaan jentera.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, ada juga isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang. Bagi isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang mengenai justifikasi pihak kementerian untuk memansuhkan Akta Kilang dan Jentera, Akta 139 adalah seperti berikut. Keperluan untuk menambah baik perundangan yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan supaya ianya sentiasa relevan dengan hala tuju dan pendekatan penguatkuasaan undang-undang. Pendekatan Akta 139 lebih bersifat preskriptif yang tidak sesuai dengan perubahan landskap pekerjaan masa kini.

Sepertimana Yang Berhormat sedia maklum terdapat dua akta yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan iaitu Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, [Akta 514] dan Akta Kilang dan Jentera 1967 [Akta 139]. Sebahagian besar peruntukan-peruntukan ini dalam Akta 139 telah dirangkumi di bawah Akta 514.

final • 5:00 PM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M. Saravanan

Telah tiba masanya negara kita menguatkuasakan satu akta tunggal saja untuk mengawal selia keselamatan dan kesihatan pekerjaan di negara ini termasuklah keselamatan penggunaan jentera di tempat kerja.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Pasir Gudang juga mengenai kawalan terhadap integriti jentera di kilang-kilang petrokimia seperti Rapid di Pengerang.

Walaupun Akta 139 telah dimansuhkan, pihak kementerian akan menggubal peraturan baharu yang berkaitan dengan jentera di bawah Akta 514 yang telah, lebih sesuai dengan perubahan teknologi yang tidak terlalu bersesuaian dengan pendekatan falsafah peraturan kendiri Akta 514. Dengan peraturan baru ini kementerian yakin kawalan terhadap keselamatan jentera akan menjadi lebih baik.

Selagi lagi saya daripada pihak kementerian ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli-ahli Yang Berhormat Pontian, Tumpat dan Pasir Gudang. Segala pandangan, saranan khususnya cadangan Yang Berhormat Pontian untuk menambahkan satu lagi ‘S’ sebagai safety dan selamat akan diambil secara terbuka dan diamalkan mengikut peraturan-peraturan yang sedia ada. Sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa] [****Fasal-fasal 1 hingga 6 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Datuk Halimah binti Mohamed Sadique (Menteri Perpaduan Negara) dan diluluskan]

final • 5:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, esok, Khamis, 28 Oktober 2021. Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.10 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026