Oct262021

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Tuan Wong Hon Wai [Bukit Bendera] minta Menteri Kanan Pertahanan menyatakan relevan Perjanjian Pertahanan Lima Negara (Five Power Defense Arrangements) selepas 50 tahun penubuhannya dan bagaimana FPDA boleh membantu negara menghadapi cabaran ketenteraan masa hadapan.

final • 10:00 AM

Menteri Kanan Pertahanan - Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein

Terima kasih. Sebelum saya menjawab soalan Yang Berhormat Bukit Bendera, izinkan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, thank you.

[Ketawa] [Tepuk]

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein

Sama-sama kita doakan Tuan Yang di- Pertua dilimpahi dengan keberkatan, dikurniakan kesabaran, ketabahan untuk memimpin kita di dalam Dewan yang mulia ini, insya-Allah.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Amin. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Pertahanan Lima Negara atau Five Power Defense Arrangements (FPDA) telah ditubuhkan pada tahun 1971. Kerjasama pertahanan pelbagai hala yang kedua tertua di dunia ini melibatkan lima buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Australia, New Zealand dan United Kingdom. Matlamat utama di sebalik penubuhan FPDA adalah demi mempertahankan keselamatan Malaysia dan Singapura.

Setiap negara anggota bertekad untuk saling berunding mengenai langkah- langkah yang harus diambil sekiranya berlaku ancaman luar terhadap Malaysia dan Singapura. Sejak penubuhannya, negara-negara anggota FPDA telah menjalinkan kerjasama ketenteraan yang rapat melalui exercise-exercise konvensional bagi tujuan meningkatkan keupayaan negara masing-masing. Selain memastikan kebolehoperasian antara tentera negara anggota semasa menghadapi ancaman.

Terbaru bermula 8 hingga 18 Oktober lalu, Exercise BERSAMA Gold (BG21) telah diadakan di kawasan perairan Laut China Selatan dan ruang udara Malaysia dan Singapura. Ia melibatkan 25 pesawat pejuang, enam pesawat sokongan, enam helikopter, 10 kapal maritim, sebuah kapal selam serta lebih 2,600 anggota tentera dari Malaysia, Singapura, United Kingdom, Australia dan New Zealand.

Saya sendiri telah mengadakan pertemuan dengan peserta exercise tersebut dan gembira untuk melaporkan di Dewan yang mulia ini bahawa exercise telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Lebih bermakna, exercise ini merupakan significant sempena ulang tahun ke-50 penubuhan FPDA, yang mana Malaysia telah diberi penghormatan sebagai

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein

tuan rumah sambutannya serta mempengerusikan Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan FPDA Ke-11 minggu lalu.

Dalam langkah ke hadapan– sedikit lagi ya. Dalam melangkah ke hadapan, kesemua negara anggota FPDA telah menyuarakan komitmen untuk saling memberi tumpuan bagi membangunkan tiga elemen penting iaitu memupuk hubungan antara negara anggota untuk memenuhi komitmen strategik, meningkatkan kapasiti negara anggota seiring dengan keperluan keselamatan semasa dan memperkukuh koordinasi antara angkatan tentera masing-masing.

Kita berpendapat bahawa FPDA masih relevan dan masih mampu berperanan dan boleh membantu negara menghadapi cabaran-cabaran keselamatan pada masa- masa akan datang. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, soalan tambahan pertama Yang Berhormat.

final • 10:00 AM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Baru- baru ini terdapat pengumuman penubuhan AUKUS – satu pakatan ketenteraan antara Australia, United Kingdom dan juga Amerika Syarikat. Apakah interaksi antara FPDA dan AUKUS memandangkan dua ahli sedia ada dalam FPDA iaitu Australia dan UK dan sama ada FPDA ahli bersekutu kepada AUKUS atau FPDA satu subset kepada AUKUS.

Apakah hala tuju dalam ‘geog’ Malaysia dalam Indo-Pasifik akan mempengaruhi polisi ketahanan negara dan sama ada adakah kerajaan masih komited dengan Kertas Putih Pertahanan (Defense White Papers) yang telah dibentangkan dan dibahaskan di Dewan pada 1 Disember tahun 2019. Itulah soalan tambahan saya. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein

Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan masih lagi berpegang kepada kertas putih yang telah pun dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini. Saya hendak nyatakan di sini bahawa pendekatan kita dengan FPDA tidak ada kaitan langsung dengan kewujudan AUKUS.

final • 10:00 AM

Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein

Sebenarnya dua buah negara yang terlibat iaitu Australia dan United Kingdom mengambil kesempatan mesyuarat kita tempoh hari untuk menerangkan sedikit sebanyak apa sebenarnya perancangan dan apa yang sudah diumumkan berhubung kait dengan AUKUS, sama ada ia diterima di peringkat ahli-ahli anggota FPDA dan sama ada ia diterima oleh ahli anggota ASEAN. Ini banyak bergantung kepada pendirian negara- negara berkenaan.

Pendirian Malaysia mengenai AUKUS jelas dan saya telah pun menerangkannya di dalam Dewan yang mulia ini. Pendirian kita tidak berganjak walaupun hubungan kita dengan FPDA baru-baru ini menunjukkan bahawa kita terus memastikan apa kelebihan yang ada dalam kita meniti dan menyelami geopolitik kuasa-kuasa besar di rantau kita khusus di Laut China Selatan. Kita pastikan bahawa hubungan dan apa yang telah pun diwujudkan selama ini, FPDA 50 tahun terus dapat kita pertahankan untuk menitinya.

Jadi, saya hendak tekankan di dalam Dewan yang mulia ini berdepan dengan geopolitik kuasa-kuasa besar merupakan suatu perkara yang kompleks dan bukan mudah. Akan tetapi kelebihan yang ada kepada negara kita ialah hubungan kita dengan 10 buah negara ASEAN, hubungan kita dalam pendekatan pelbagai dengan FPDA, hubungan kita secara dua hala dengan negara-negara tertentu. Ini meletakkan Malaysia dalam satu posisi yang bukan sahaja dapat mengimbangi kuasa-kuasa besar di rantau ini tetapi pada masa yang sama cukup dihormati juga oleh kedua-dua kuasa polar di Selat China Selatan ini. Insya-Allah.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Jerantut.

final • 10:10 AM

Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan Jerantut berbunyi, meminta Yang Berhormat Menteri Pertahanan menyatakan apakah hasil Mesyuarat Menteri- menteri Pertahanan Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) yang telah diadakan pada 21 Oktober 2021 serta manfaat kepada jaringan keselamatan dan kedaulatan negara Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri.

final • 10:10 AM

Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein

Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Selain daripada exercise bersama Gold 2021 yang saya jawab tadi berhubung kait dengan soalan asal, penting juga mesyuarat siri yang ke-11, di mana Malaysia mempengerusikan Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan FPDA dan mengambil kira situasi pandemik, mesyuarat telah berjalan dengan lancar di mana Menteri-menteri Pertahanan negara-negara berkenaan bermesyuarat secara maya tetapi pada masa yang sama pesuruhjaya tinggi dan defense attache masing-masing pula hadir secara fizikal.

Mesyuarat berkenaan telah memutuskan bahawa komitmen untuk mengukuhkan kesefahaman dan kerjasama demi kepentingan keselamatan Malaysia dan Singapura terus diperkukuhkan. Setiap negara juga saling bertukar pandangan mengenai cabaran keselamatan semasa, berbincang mengenai latihan dan aktiviti FPDA, meneliti rancangan 10 tahun untuk latihan dari tahun 2022 hingga 2031 serta kepentingan stocktake ulang tahun FPDA ke-50.

Ini kita beri penekanan kepada beberapa aspek yang saya hendak maklumkan kepada Dewan yang mulia ini isu-isu semasa yang terkini;

(i) pengenalan aset generasi kelima bagi mengukuhkan lagi keupayaan pertahanan setiap negara anggota;

(ii) meningkatkan kapasiti dan menambah fokus terhadap misi melawan keganasan;

(iii) mengukuhkan kerjasama pertahanan bagi menangani ancaman keselamatan maritim dan bukan traditional;

(iv) memperkenalkan keselamatan siber secara lebih progresif dan exercise FPDA; dan

(v) meneruskan program pemerhati bagi mengekalkan transparensi dan kepercayaan sebagai jaminan kepada jalinan kerjasama serantau.

Ini semua merupakan usaha kita memastikan bahawa Malaysia diposisikan dalam satu keadaan yang bukan sahaja dihormati tetapi suara kita didengari dan dalam perancangan yang mereka lakukan, kita juga terlibat secara langsung. Akan tetapi prinsip kita amat jelas Tuan Yang di-Pertua. Kerjasama rapat Malaysia dengan mana-mana negara sama ada secara dua hala mahupun pelbagai hala tidak sesekali bermakna yang kita akan berkompromi dalam soal kedaulatan dan kepentingan negara.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan seterusnya Yang Berhormat Tebrau.

final • 10:10 AM

2. Tuan Steven Choong Shiau Yoon [Tebrau] minta Perdana Menteri menyatakan langkah-langkah yang akan diambil pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi mengelakkan peningkatan kes positif COVID-19 yang sebelum ini berlaku pada PRN Sabah tahun lepas.

final • 10:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia sedang membuat persiapan sewajarnya meliputi aspek seperti keperluan bajet pilihan raya, peralatan logistik, pembangunan sistem, pengurusan sumber manusia, latihan kepada petugas standard operating procedure pencegahan COVID-19 dan aspek lain yang berkaitan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Melaka yang ke-15 yang akan diadakan pada 20 November 2021.

Ini adalah penting bagi memastikan pengendalian perjalanan pilihan raya tersebut berjalan dengan selamat, lancar dan sempurna dalam tempoh pasca COVID-19 ini. SPR dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekarang ini sedang memuktamadkan penambahbaikan SOP pencegahan COVID-19 bagi pelaksanaan PRU DUN Melaka Ke-15 ini dan isu kesihatan,

final • 10:10 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

keselamatan dan pelaksanaan pilihan raya menjadi keutamaan dengan mengambil kira situasi COVID-19 ketika ini.

SOP ini akan disesuaikan selaras dengan fasa Pelan Pemulihan Negara di samping mengambil kira pandangan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara, SPR sentiasa berbincang dengan pihak KKM dan MKN memandangkan PRU DUN Melaka Ke-15 ini akan diadakan semasa peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara sebagaimana yang telah diumumkan oleh kerajaan. SPR akan mengumumkan SOP ini sebelum hari penamaan calon PRU DUN Melaka Ke-15 nanti.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan pertama.

final • 10:10 AM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Terima kasih atas penjelasan dan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan akan tetapi Yang Berhormat Menteri.

Akan tetapi Yang berhormat Menteri, pilihan raya ini akan memberi kesan. Betapa sukar kita dibebaskan daripada Perintah Kawalan Pergerakan. Saya bagi pihak rakyat di luar ingin mengutarakan kekhuatiran Perintah Kawalan Pergerakan yang ketat akan dilaksanakan lagi sekiranya langkah-langkah yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri masih tidak efektif bagi membendung wabak COVID-19.

Yang Berhormat Menteri pasti tahu PRN atau PRK dianggap ramai seperti karnival. Ramai dari luar akan turun untuk bercuti apa lagi orang balik untuk mengundi.

Jadi, soalan saya, adakah kerajaan sudah menyediakan pelan tindakan alternatif bagi mengelakkan kembalinya PKP yang ketat? Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana kita tahu desakan umum, ada dua pihak kita dengar.

final • 10:10 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

[Bangun]

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Pertama ialah pihak yang berkehendakkan supaya demokrasi ini divibrantkan keadaan pemilihan pilihan raya itu sendiri untuk mempertahankan demokrasi negara. Ini yang SPR tekankan tetapi dalam sudut yang sama juga pihak KKM, MKN menekankan keselamatan mereka yang terlibat, the players dengan izin, semasa berkempen dan semasa mengundi.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Jadi, daripada sudut itulah makanya pihak SPR bekerjasama dengan MKN dan KKM untuk mewujudkan satu SOP yang boleh memberi kebaikan kedua-dua pihak dan kita mengambil jalan tengah supaya demokrasi itu boleh dilaksanakan sebagaimana SPR berkehendakkan dan dalam masa yang sama juga menggerakkan orang boleh dengan selamat untuk datang berkempen sebagaimana yang telah diumumkan oleh banyak pihak sudah.

Kedua, semasa mengundi khususnya dan semasa mengundi sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, di situlah letaknya di mana pengumpulan nanti akan beramai- ramai. Kita mempunyai 248 pusat mengundi dan 1,156 saluran, yakni perlu dijarakkan dan penambahan telah dibuat oleh pihak SPR sebanyak 218 saluran tambahan kena sebabnya untuk mengurangkan densiti manusia yang berkumpul di situ nanti.

Jadi, dengan itu juga kita berharap manusia itu sendiri, rakyat itu sendiri kena observe SOP ini Yang Berhormat. Jadi sama-samalah kita mendesak rakyat dalam kita menyemarakkan demokrasi kita jagakan keselamatan dalam negara kita. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Soalan tambahan.

final • 10:20 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar, Sabah.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Saifudin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Soalan tambahan saya sepertimana di pihak kerajaan, begitu

final • 10:20 AM

Datuk Seri Saifudin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

jugalah kami sayangkan nyawa. Ini keutamaan. Soalan saya adalah di bawah Pelan Pemulihan Negara, Melaka sekarang diletakkan di bawah fasa 4, itu fakta. Apa yang boleh? Pasar dibuka, sekolah dibuka, aktiviti keagamaan dibenarkan, aktiviti sukan dibenarkan, rentas negeri dibenarkan, seminar, bengkel, latihan, ceramah dibenarkan, majlis rasmi kerajaan dibenarkan, aktiviti sosial dibenarkan, perdagangan, pengedaran dibuka, dine-in, semua dibenarkan.

Ini semua bermaksud orang ramai akan berkumpul dan ada panduannya kena dapat double dose. Kena test selesai. Kemudian berlaku pilihan raya. SPR buat pula SOP, walkabout tidak boleh, rumah ke rumah tidak boleh, ini keadaannya. Jadi Yang Berhormat Menteri, mari kita berterus-terang sama ada Yang Berhormat Menteri boleh memberi jaminan bila kempen berlaku 11 hari nanti, 8 hari bulan hingga 20 hari bulan apa kata Menteri Pertahanan, sahabat saya pergi Kem Sungai Udang untuk berkempen dengan askar di sana.

Mengikut fasa 4 tidak salah, majlis rasmi kerajaan. Sahabat saya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna melancarkan Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia, majlis rasmi kerajaan. SOP pelan pemulihan tidak salah, SOP SPR salah atau tidak? Kemudian kami hendak anjurkan seminar sempena Maulidur Rasul, okey. Kami sampai, saya turun. Ini fasalnya.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan, soalan, Yang Berhormat.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Saifudin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Jadi Yang Berhormat Menteri, yang kita tidak mahu adalah double standard daripada segi pelaksanaan. Kerajaan pergi SOP, MKN. Kita pergi SOP, SPR. Ini akan menimbulkan ketegangan, Tuan Yang di-Pertua. Kemarahan yang sukar dikawal yang ini saya hendak pre-empt awal-awal. Kalau boleh, katakan boleh. Saya hendak turun buat seminar isu semasa di Lendu. Saya hendak turun, dua hari saya boleh buat program. Saya hendak minta penjelasan yang tuntas daripada Yang Berhormat Menteri. Boleh katakan boleh, tidak katakan tidak. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tuan Yang di-Pertua, saya mengamati soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi. Sebenarnya Yang Berhormat, kita tidak mengamalkan double standard dan saya berharap tiap-tiap pihak, saya bercakap bagi pihak MKN, KKM dan juga SPR sini. Dua agensi, group yang berbeza.

Satu SPR berkehendakkan the vibrancy of democratic practice. Maknanya membenarkan keseluruhannya asalkan berpandu kepada apa yang diletakkan oleh pihak KKM dan MKN, undang-undang itu kena juga dicomply. Jadi, kalau undang-undang ini dilaksanakan oleh satu pihak, mesti juga dilaksanakan oleh pihak lain. Jadi setakat ini Tuan Yang di-Pertua, saya tidak boleh beri jaminan kerana apa yang berlaku di Sabah dahulu kita buat SOP juga.

Akan tetapi rakyat yang buat, orang kempen yang buat, orang parti yang buat.

Jadi tidak ada control. Kita tidak boleh memberi jaminan kepada aktiviti-aktiviti aktivis ini politiknya sendiri. Jadi saya berharap juga apa yang disebut oleh Yang Berhormat tadi saya ambil kira. Saya akan bangkitkan perkara ini dalam Mesyuarat Kabinet yang akan datang meminta supaya menteri-menteri jangan cari– to succumbent the SPR, bukan SPR. KKM, MKN punya SOP itu yang dilaksanakan oleh pihak SPR. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:20 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar, Papar, Sabah.

final • 10:20 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

final • 10:20 AM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

Merbok, Tuan Yang di-Pertua satu lagi.

final • 10:20 AM

Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu

Tangga Batu, Tangga Batu.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Maaf, maaf tidak dapat. Ada lagi satu soalan. Yang Berhormat Datuk Robert Lawson Chuat.

final • 10:20 AM

3. Datuk Robert Lawson Chuat [Betong] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan apakah inisiatif SSM berkaitan pengenalan mekanisme penyelamat korporat untuk membantu entiti perniagaan yang bermasalah.

final • 10:20 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Tuan Yang di-Pertua, mohon izin buka pelitup muka.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh, boleh.

final • 10:20 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya selaku Menteri KPDNHEP sentiasa menitikberatkan aspek ease of doing business agar sektor ekonomi, perdagangan domestik negara dapat terus dirancakkan. Tumpuan bukan sahaja diberikan kepada membantu perniagaan dan kumpulan sasar untuk restart dan meneruskan perniagaan mereka terutama dalam mengharungi cabaran pandemik COVID-19 malah kerajaan akan turut memudahcarakan entiti perniagaan yang bermasalah.

Justeru itu Rang Undang-undang Syarikat (Pindaan) 2021 sedang disediakan dan diperhalusi oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bertujuan untuk memperkasa dan menambah baik kerangka perundangan sedia ada berkaitan rehabilitasi korporat untuk membantu syarikat yang menghadapi masalah kewangan.

Pindaan rang undang-undang ini terus memantapkan peranan SSM dalam menyokong inisiatif berterusan oleh kerajaan bagi membolehkan syarikat yang menghadapi masalah kewangan tetapi mempunyai kemampuan untuk terus berdaya saing memasuki rehabilitasi dengan pemiutang melalui cadangan pindaan yang bersifat fasilitatif antaranya adalah seperti berikut:

(i) meluaskan pemakaian mekanisme penyelamat korporat sedia ada iaitu perkiraan sukarela korporat (corporate voluntary arrangement) dan pengurusan kehakiman (judicial management) kepada lebih banyak kategori syarikat termasuk syarikat awam yang disenaraikan (public listed company);

(ii) menambahbaikkan peruntukan berkaitan skim perkiraan atau kompromi (scheme of arrangement) dengan menyediakan prosedur yang lebih efisien bagi membolehkan syarikat mendapatkan perintah halangan daripada tindakan penggulungan atau perundangan oleh pemiutang;

(iii) memberikan kuasa kepada mahkamah untuk meluluskan skim perkiraan atau kompromi dengan memastikan hak-hak pemiutang minoriti tidak di prejudis;

(iv) membolehkan syarikat yang telah memasuki skim perkiraan atau kompromi atau yang telah mendapat perintah pengurusan kehakiman mendapatkan pembiayaan penyelamat (rescue financing) serta memberikan perlindungan terhadap pembiayaan tersebut; dan

(v) menyediakan peruntukan yang melindungi pembekalan perkhidmatan atau barangan yang penting (supply of essential goods and services) kepada syarikat yang telah memasuki proses rehabilitasi.

SSM juga sedang melaksanakan pindaan Rang Undang-undang Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2021 (RUU PLT). Pindaan yang dicadangkan antaranya bagi tujuan memperkenalkan keseluruhan kerangka mekanisme penyelamat korporat di dalam Akta Syarikat 2016 serta pindaan-pindaan yang berkaitan untuk turut terpakai ke atas perkongsian liabiliti terhad. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan pertama.

final • 10:30 AM

Datuk Robert Lawson Chuat - Betong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya, apakah mekanisme penyelamat korporat untuk perkongsian liabiliti terhad ini dapat membantu entiti perniagaan yang bermasalah dan bilakah rang undang-undang ini akan dilaksanakan?

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Silakan, Yang Berhormat Menteri.

final • 10:30 AM

Dato' Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini bertujuan untuk menambah baikkan kerangka perundangan sedia ada berkaitan rehabilitasi korporat bagi perkongsian limited liability ataupun perkongsian liabiliti terhad. Penambahbaikan serta pindaan untuk memperluaskan pemakaian perundangan berhubung mekanisme penyelamat korporat ini akan membantu perkongsian liabiliti terhad yang menghadapi masalah kewangan memohon proses rehabilitasi korporat agar perkongsian liabiliti terhad boleh terus beroperasi, to stay afloat. Tanpa kerangka perundangan yang komprehensif ini, entiti perniagaan seperti syarikat dan perkongsian liabiliti terhad ini akan menghadapi risiko untuk diambil tindakan penggulungannya sekiranya mereka berdepan dengan masalah kewangan walaupun perniagaan tersebut hakikatnya masih berdaya maju. Dengan adanya peruntukan ini, mana-mana perkongsian liabiliti terhad ini yang menghadapi masalah kewangan tetapi masih berkemampuan serta berdaya saing, boleh memanfaatkan mekanisme penyelamat korporat dengan memasuki pelan rehabilitasi dengan pemiutang mereka.

Tuan Yang di-Pertua, sedikit lagi. Inisiatif ini adalah penting untuk membantu perkongsian limited liability ataupun perkongsian liabiliti terhad yang menghadapi masalah kewangan terutama sekali akibat daripada kesan pandemik COVID-19 agar kekal beroperasi dan menjana ekonomi negara. Terakhir, SSM sedang dalam proses memuktamadkan draf-draf Rang Undang-undang Syarikat (Pindaan) dan Rang Undang- undang Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) ini dan akan dibentangkan di sesi Parlimen terdekat. Sekian, terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ada soalan tambahan kedua? Kalau tak ada, Yang Berhormat semua, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan- pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih semua.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

final • 10:30 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan bilangan permohonan dan jumlah unit rumah yang ditawarkan mengikut negeri di bawah Program Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia (Rumah IKRAM KPKT) setakat ini.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Sri Dr. Hj Ismail bin Abd Muttalib

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat dari Jempol. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam usaha membantu dan menyediakan rumah mampu milik bagi mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 24 September 2021 yang lalu telah melancarkan Inisiatif Kediaman Keluarga Malaysia (KPKT) iaitu Rumah IKRAM Keluarga Malaysia.

Objektif utama program ini adalah untuk memberikan perlindungan melalui penyediaan kediaman yang berdaya huni, selesa dan selamat kepada rakyat yang kehilangan tempat tinggal serta menyediakan kemudahan insentif melalui sewaan serendah RM124 sebulan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh rakyat yang terlibat.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Sri Dr. Hj Ismail bin Abd Muttalib

Sebagai permulaan, sebanyak 2,000 unit rumah sedia ada ditawarkan untuk Rumah Ikram Keluarga Malaysia melibatkan beberapa lokasi Program Perumahan Rakyat

(PPR) di seluruh negara. Penerima manfaat ini seterusnya akan menerima pengecualian bayaran sewa untuk enam bulan pertama.

Sehingga 20 Oktober 2021, sejumlah 897 permohonan diterima melalui Sistem Permohonan Perumahan Negara (SPRN), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Daripada jumlah tersebut, seramai 124 orang penerima manfaat Rumah IKRAM Keluarga Malaysia telah menerima surat tawaran manakala sebanyak 1,876 unit rumah lagi akan dibuat pengisian secara berperingkat tertakluk kepada permohonan yang diterima oleh pihak KPKT. Dijangkakan seramai 78 orang lagi pemohon akan diberikan surat tawaran pada 1 November 2021 akan datang. Pecahan bilangan permohonan dan pemohon yang berjaya ditawarkan Rumah IKRAM Keluarga Malaysia mengikut negeri dan projek adalah seperti berikut:

NEGERIBILANGAN PERMOHONANBILANGAN YANG TELAH DITAWARKAN
Selangor17822
Kedah- PPR Aman Jaya PPR Kota Setar PPR Sinar Intan24 74 3813
Kelantan- PPR Kota Baharu PPR Gua Musang195 10339 14
Kuala Lumpur2220
Johor- PPR Sungai Melana Fasa II19636
JUMLAH KESELURUHAN897124

KPKT juga sedang bekerjasama dengan pihak kerajaan negeri yang lain melalui Setiausaha Kerajaan (SUK) Perumahan Negeri dan Lembaga Perumahan Negeri untuk memperluaskan lagi penawaran dan hebahan inisiatif ini bagi membantu golongan yang memerlukan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan pertama, silakan Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah menjawab, memperkenalkan inisiatif Rumah IKRAM bagi membantu rakyat yang terkesan akibat COVID-19. Walau bagaimanapun, setakat hari ini, saya dapati tadi yang disebut Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Kelantan dan Johor sahaja yang memperoleh manfaat yang sebegini rupa. Saya juga difahamkan bahawa hanya kawasan yang terdapat projek perumahan PPR sahaja.

Soalan saya, apakah status yang terkini perancangan kementerian bagi memperluaskan inisiatif Rumah IKRAM ke negeri-negeri lain ataupun kawasan Parlimen lain yang tidak ada PPR? Kemudian, adakah kementerian mempunyai perancangan lain untuk konsep Rumah IKRAM supaya mereka yang terkesan dapat menikmati bantuan perumahan di kawasan Parlimen lain. Terima kasih.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat, silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:30 AM

Dato’ Sri Dr. Hj Ismail bin Abd Muttalib

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat sahabat saya. Sebenarnya program Rumah IKRAM ini – inisiatif kerajaan dalam penyediaan kediaman yang berdaya huni bagi mereka yang kehilangan tempat berteduh kesan pandemik COVID-19 akibat pelbagai faktor seperti kehilangan pendapatan, kekurangan pendapatan, kehilangan pekerjaan dan juga dikeluarkan dari rumah kerana tidak boleh membayar sewa.

Jadi, kita tidak memberikan tawaran keseluruhan kepada masyarakat yang memerlukan rumah tetapi khusus kepada mereka yang terkesan akibat COVID-19. Sebab itulah kita meletakkan syarat kepada pemohon-pemohon yang layak iaitu pemohon dan pasangan mesti warganegara Malaysia, pemohon berumur 18 tahun dan ke atas, tidak memiliki rumah, rumah sedia ada telah dilelong, tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah atau yang berkaitan dengannya dan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3000.

Insentif yang diberikan sepertimana yang saya sebutkan sebentar tadi Tuan Yang di-Pertua, ialah RM124 sebulan dan bagi enam bulan pertama, kita berikan percuma sewa rumah bagi tempoh dua tahun ini dan bagi soalan tambahan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat, sebenarnya kita banyak program lain di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang boleh membantu golongan lain yang tidak terlibat khusus dengan COVID-19 ini.

Umpamanya kita ada rumah transit, kita ada rumah PPR yang dijual yang harganya murah. Kita ada rumah Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) dan kita ada juga rumah mesra rakyat yang juga sesuai untuk B40 ini dan kita ada perumahan PR1MA yang juga sesuai untuk mereka yang di bawah golongan B40 dan juga lain-lain, Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab, sebahagian daripada projek perumahan PPR ini terletak di bawah kerajaan negeri, jadi kita membuka dan memberikan tawaran kepada kerajaan negeri untuk bersama kalau boleh menyahut program IKRAM ini bagi kita perluaskan di peringkat negeri lain. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ada soalan? Saya bagi Yang Berhormat Padang Serai.

final • 10:40 AM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Hulu Langat.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai.

final • 10:40 AM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Terima kasih. Siapa?

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai, sorry. Yang Berhormat Padang Serai.

final • 10:40 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Selamat hari jadi Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Bolehkah kerajaan memperincikan bilangan permohonan Rumah IKRAM Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini melalui segmen ekonomi dan kaum? Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib

Saya tidak berapa jelas apa, Yang Berhormat. Daripada segi kaum? Kita tengah bertepuk Tuan Yang di-Pertua, hari jadi Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Dalam fahaman saya adalah tentang tidak ada perbezaan antara kaum dan sebagainya. Sebenarnya, memang. Baru-baru ini, beberapa tawaran yang kita berikan bukan sahaja kepada Bumiputera bahkan juga kaum-kaum lain termasuk kaum Cina, India dan sebagainya, yang terkesan akibat daripada COVID-19 ini.

Jadi, sebab itulah saya kira Yang Berhormat jangan risau daripada segi masalah perkauman ini. Kita tidak akan timbulkan isu perkauman. Apa yang penting, siapa sahaja, kaum mana pun, bahasa apa yang mereka gunakan, warna kulit apa pun, kalau mereka terlibat dengan kesusahan seperti ini, maka kita akan pertimbangkan.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib

Begitu juga tambahan Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua, kita menjangkakan kita telah cuba mengenal pasti lebih kurang 1,000 buah tambahan Rumah IKRAM yang akan kita buat. Oleh sebab itulah kita minta juga kerjasama daripada kerajaan negeri, kalau ada rumah-rumah PPR yang disewa ini yang masih kosong, maka tolonglah bersama dengan kita untuk kita berikan ruang supaya mereka yang berada di negeri-negeri ini yang menghadapi masalah yang sama, dapat kita selesaikan beban mereka. Sebagai contoh tambahan yang kita cadangkan ialah Sungai Melana di Johor, Kamunting di Perak, Langkawi di Kedah dan beberapa lagi Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih banyak.

final • 10:40 AM

2. Tuan Wong Kah Woh [Ipoh Timur] minta Menteri Kesihatan menyatakan sama ada kementerian sedang/telah mula meneliti kesesuaian dan keberkesanan penggunaan vaksin COVID-19 bagi kanak-kanak berumur 12 ke bawah. Sama ada kementerian telah mendapat maklumat-maklumat berkaitan daripada pengilang vaksin COVID-19.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kesihatan II - Datuk Aaron Ago Dagang

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, beberapa sesi perbincangan telah diadakan oleh Kementerian Kesihatan dengan syarikat-syarikat pengeluar vaksin COVID-19 untuk mendapat status semasa dan data berkaitan keberkesanan serta keselamatan penggunaan vaksin bagi golongan kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun.

Walaupun masih belum menerima data yang diperlukan daripada syarikat- syarikat pengeluar vaksin COVID-19, setakat ini, Jawatankuasa Pemilihan Calon Vaksin, Kementerian Kesihatan Malaysia sedang meneliti keberkesanan dan keselamatan vaksin ke atas populasi tersebut berdasarkan bukti-bukti saintifik melalui kajian klinikal ataupun real world data.

Setakat ini, beberapa kajian klinikal sedang dan telah dijalankan termasuk pada 20 September 2021, pihak Pfizer-BioNTech telah mengeluarkan hasil dapatan kajian klinikal fasa tiga untuk usia lima tahun hingga kurang daripada 12 tahun. Vaksin didapati selamat, di toleransi dengan baik dan menunjukkan tindak balas antibodi peneutralan yang kuat. Seterusnya, berdasarkan kenyataan media pihak Pfizer dan BioNTech pada 15 Oktober tahun ini, data kajian klinikal tersebut telah dikemukakan kepada United States Food and Drug Administration (USFDA) dan European Medicines Agency (EMA).

Kedua, China telah meluluskan dua vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh Sinovac dan Sinopharm untuk penggunaan kecemasan pada orang yang berusia tiga tahun hingga 17 tahun. Kajian klinikal fasa satu dan dua yang dijalankan oleh mereka mendapati vaksin tersebut selamat dan mampu merangsang tindak balas imun yang kuat di kalangan kanak-kanak dan remaja.

Untuk makluman Yang Berhormat, calon-calon vaksin lain seperti Novavax, Sinovac dan lain-lain, sedang dalam kajian klinikal fasa tiga bagi golongan kanak-kanak.

Malaysia telah terpilih sebagai salah satu lokasi kajian klinikal fasa tiga vaksin Sinovac.

Kajian ini bakal dimulakan pada hujung bulan Oktober ini dan akan dijalankan di 10 lokasi yang merangkumi lapan fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, Universiti Malaya dan UiTM. Kajian ini diselaraskan oleh Clinical Research Malaysia (CRM) dengan penglibatan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR). Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya, sekian maklum bahawa Malaysia, apabila kita berbincang berkenaan dengan isu pembelian vaksin ini adalah terlambat beberapa bulan berbanding dengan negara-negara serantau yang lain. Salah satu sebab adalah apabila Malaysia tidak menempatkan strategic vac sebelum vaksin itu dikeluarkan ke pasaran.

Soalan saya adalah sama ada kerajaan bersedia untuk menempatkan strategic vac untuk mendapatkan bekalan vaksin yang cepat untuk mereka yang berumur antara lima tahun hingga 11 tahun. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Aaron Ago Dagang

Seperti yang saya telah jawab tadi, Malaysia memang masih dalam kajian dan kita terlibat dengan sepenuhnya untuk mengkaji sama

final • 10:40 AM

Datuk Aaron Ago Dagang

ada vaksin ini boleh diluluskan untuk penggunaan kepada kanak-kanak lima tahun dan ke atas. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebagaimana yang kita maklum, penggunaan vaksinasi kepada golongan kanak- kanak berumur 12 tahun ini masih menjadi persoalan di peringkat global. Seperti mana yang disebut oleh Timbalan Menteri tadi, Presiden US mengumumkan mereka akan mengenakan suntikan vaksin kepada kanak-kanak berumur lima tahun hingga 11 tahun.

Beberapa negara lain juga telah memulakan langkah yang sama.

Soalan saya, sekiranya kerajaan mengekalkan polisi sedia ada iaitu untuk tidak memvaksinasikan golongan kanak-kanak ini, apa implikasi kepada golongan tersebut dan bagaimana peratusan vaksinasi dewasa serta rollout vaccination program untuk golongan remaja ini sudah cukup untuk melindungi kanak-kanak? Mohon pandangan.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:40 AM

Datuk Aaron Ago Dagang

Terima kasih atas soalan Yang Berhormat. Tidak boleh dikatakan kita tidak mengambil berat dalam isu vaksinasi kanak-kanak. Itulah urusan kita sekarang ini. Oleh sebab itu, kita melibatkan diri dalam beberapa kajian.

Kita memang maklum di Amerika syarikat telah pun diputuskan untuk vaksin Pfizer diberikan kepada kanak-kanak yang di bawah 12 tahun. Kita pun sekarang ini dalam perbincangan untuk mengadakan satu polisi ataupun regulatory approval supaya kita dapat juga menggunakan vaksin-vaksin tersebut untuk digunakan di Malaysia. Bukan kita tidak gunakan, kita masih dalam kajian untuk ia diluluskan sepenuhnya sebab banyak faktor dari NPRA dan sebagainya yang kita perlu buat keputusan bagi ubat-ubat vaksin ini dan kita perlu buat dengan teliti. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya sangat menyanjung usaha-usaha untuk segera membuat keputusan atas perkara penggunaan vaksin ke atas kanak-kanak di bawah 17 tahun ini.

Namun Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengingatkan Kementerian Kesihatan Malaysia, on record, dengan izin sudah 108 kematian kanak-kanak bawah 17 tahun dan sehingga 23 Oktober dan daripada kategori 3, kategori 4 dan kategori 5. 198 daripada 235 jumlahnya Tuan Yang di-Pertua. Itulah perkara yang kita mahu elakkan apa yang diistilahkan oleh Public Health England sebagai “the preventable death”.

Jadi, sementara kita mahu buat kajian dan sebagainya, malam ini pukul 8.30 malam, FDA akan buat keputusan atas– malam ini Malaysian time, untuk keputusan penggunaan vaksin Pfizer ke atas kanak-kanak bawah 17 tahun. Itu perlu diambil prihatin.

Jangan sahaja kita dengan apa pun kajian yang kita buat, kita hormati tetapi kita juga perlu mengambil pandangan international dan jurudiksi lain. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:40 AM

Datuk Aaron Ago Dagang

Terima kasih atas makluman yang diberi oleh Yang Berhormat. Memang betul data-data yang diberikan oleh Yang Berhormat.

final • 10:40 AM

Datuk Aaron Ago Dagang

Kita ambil maklum untuk remaja, kita memang maklum bahawa kadar vaksin remaja ini dalam 15 kepada 20 peratus. Oleh sebab itu, kita dengan usaha sebenarnya untuk sama-sama mengeluarkan vaksin yang dapat digunakan untuk golongan ini. Bagi 12 ke 17 tahun, kita sudah mendapat dasar untuk mereka divaksin dan sekarang ini bagi golongan kurang daripada 12 ke bawah. Betul apa Yang Berhormat katakan, di USA malam ini keputusan ini akan diberikan untuk vaksin Pfizer diberikan kepada murid-murid ataupun people below 12 tahun. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Machang.

final • 10:50 AM

3. Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub [Machang] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan adakah terdapat sebarang kajian yang membuat penilaian terhadap tahap ketegangan kaum di Malaysia dan apakah keputusan penilaian tersebut.

final • 10:50 AM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga bagi pihak rakan-rakan yang berada di sebelah sini mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari ulang tahun kelahiran kepada Tuan Yang di-Pertua. Semoga dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah SWT.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Amin.

final • 10:50 AM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Machang. Untuk makluman Yang Berhormat, indeks ketegangan masyarakat dibentuk dan diselenggarakan sebelum ini Yang Berhormat oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Apabila Kementerian Perpaduan Negara ini terbentuk, maka pihak kementerian berpendapat bahawa Malaysia memerlukan satu modal yang lebih komprehensif untuk kita mengukur tahap perpaduan dan juga keharmonian negara.

Menyedari pentingnya perkara ini Tuan Yang di-Pertua, maka Kementerian Perpaduan Negara telah pun bekerjasama dengan pihak Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui UKM pakar runding untuk kita bersama- sama melaksanakan kajian Indeks Perpaduan Nasional ataupun kita namakan IPNas bagi tahun 2021 bagi mengukur tahap perpaduan di Malaysia dan untuk dijadikan sebagai instrumen pengukuran rasmi tahap perpaduan dan juga keharmonian negara secara berkala dan berterusan.

Kajian IPNas 2021 ini Tuan Yang di-Pertua adalah sangat penting untuk bertindak sebagai yang pertama, instrumen pengukuran rasmi tahap perpaduan dan keharmonian negara. Ia adalah bertepatan dan selari dengan matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di bawah tujuh teras strategik iaitu modal sosial bertujuan untuk meningkatkan persefahaman dan mewujudkan keharmonian yang berkekalan antara masyarakat berbilang kumpulan etnik dan agama di Malaysia dan juga bertepatan dengan Dasar Perpaduan Negara dalam menetapkan hala tuju perpaduan negara untuk kita memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pengukuran tahap kemakmuran Malaysia di peringkat nasional menggunakan kaedah empirikal dan sistematik bagi memahami dan menjelaskan kedinamikan masyarakat dan kerangka struktur IPNas 2021 ini Tuan Yang di-Pertua adalah berdasarkan kepada kerangka perpaduan kesefahaman baharu yang mengandungi tiga buah komponen penting iaitu perpaduan, kesepaduan dan juga penyatupaduan.

Saya juga ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat bahawa kajian IPNas 2021 ini juga mengambil kira Tuan Yang di-Pertua amalan yang dilaksanakan di dalam dan di luar negara dan juga kajian perbandingan dan penanda aras yang telah pun dibuat dengan negara-negara seperti New Zealand, Kanada serta Scanlon-Monash Index (SMI) of Social Cohesion di Australia di mana negara-negara ini turut mengguna pakai konsep asas yang sama iaitu kesepaduan sosial.

Mungkin sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua. Objektif satu mengukur tahap perpaduan keharmonian dalam hubungan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia di peringkat nasional dan juga di peringkat negeri. Kedua, untuk menghasilkan laporan Indeks Perpaduan Nasional 2021 yang boleh diguna pakai sebagai ukuran tahap perpaduan untuk tempoh dua tahun Yang Berhormat bagi tahun 2021 dan 2022. Ketiga ialah mencadangkan perancangan program yang lebih mantap. Untuk makluman Yang Berhormat, kajian ini dijadualkan akan selesai pada Jun 2022. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Soalan tambahan satu.

final • 10:50 AM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri. Keluarga Malaysia memberi gambaran kepada kita tentang kesungguhan kerajaan di dalam menjaga dan memelihara perpaduan dalam negara ini.

final • 10:50 AM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Soalan saya ialah, apakah pendapat Yang Berhormat Menteri apabila ada pihak yang mengatakan bahawasanya subjek yang wajib di universiti melibatkan falsafah, kewarganegaraan, budaya tidak sepatutnya dibebankan kepada mahasiswa.

Apakah langkah kementerian bagi memastikan elemen perpaduan yang diterapkan ini dapat diperkasakan daripada semasa ke semasa kerana kita tahu kesungguhan kerajaan ini mesti diselarikan dengan pelaksanaan yang dibuat dan sejauh manakah kerajaan melihat keberkesanan subjek wajib tersebut di dalam memupuk elemen perpaduan dan keharmonian di antara kaum di dalam negara ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 10:50 AM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Machang. Yang Berhormat, dalam usaha untuk kita menerapkan atau menyemai semangat dan juga nilai-nilai yang berkaitan dengan perpaduan ini, di pihak kementerian kita telah pun memulakan daripada pendidikan awal kanak-kanak iaitu di 1,781 buah Tabika Perpaduan yang ada di seluruh negara. Kita telah pun menghasilkan Pelan Pendidikan Awal Kanak-kanak bagi tahun 2021 hingga 2030 berteraskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Selain itu Tuan Yang di-Pertua, dalam sistem pendidikan kita bekerjasama dengan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu kita sedang menghasilkan modul yang berkaitan dengan pewujudan Kelab-kelab Rukun Negara— kita ada sebanyak 6,621 Kelab Rukun Negara di semua sekolah rendah dan sekolah menengah. Kita ada 185 Sekretariat Rukun Negara di universiti-universiti. Kita harap dengan modul Kelab-kelab Rukun Negara (KRN) dan Sekretariat Rukun Negara (SRN) ini, pendidikan penyampaian yang saya sebutkan dalam jawapan saya tadi dapat dilakukan.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian juga sedang dalam peringkat terakhir untuk menghasilkan pelan perpaduan Keluarga Malaysia yang berkonsepkan kepada merakyatkan perpaduan. Antara cabaran-cabaran yang kita masukkan dalam pembentukan pelan perpaduan Keluarga Malaysia ini ialah membina keakraban dan perpaduan dan fokus utama kepada empat ejen sosialisasi utama iaitu keluarga, institusi pendidikan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi, tiga kepada rakan sebaya dan empat kepada media massa.

Jadi saya berharap mudah-mudahan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, pelan kita ini akan kita lancarkan insya-Allah pada bulan Disember ini dan itu akan menjadi satu gerakan untuk kita melangsungkan aktiviti-aktiviti dan program-program untuk kita merakyatkan perpaduan dalam masyarakat Keluarga Malaysia ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Yang Berhormat Pulai.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Selamat hari jadi, semoga Allah SWT merahmati di dunia dan akhirat.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Amin.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang budiman. Soalan tambahan saya. Tuan Yang di-Pertua, isu kematian Allahyarham Adib, seorang pegawai bomba ini hampir mencetuskan isu perkauman. Saya bersetuju dengan langkah kerajaan baru-baru ini menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyelesaikan kes ini.

Saya rasa tidak cukup jawatankuasa, kena ada RCI. Polis sudah hampir dua tahun tidak boleh mengemukakan satu pendakwaan tetapi isu ini dimainkan sebagai satu isu perkauman. Adakah Yang Berhormat Menteri yang budiman ini bersetuju supaya once for all jangan diadakan lagi, wujud lagi isu perkauman ini. Satu RCI mesti ditubuhkan secara tuntas untuk menamatkan sentimen dan dapat memberikan keadilan kepada Allahyarham Adib ini dan isu-isu perkauman yang sengaja dimainkan ini. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri.

final • 10:50 AM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang sangat budiman daripada Parlimen Pulai.

Ini bangsa Johor, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Tuan Yang di-Pertua, soalan Yang Berhormat ini saya tidak boleh jawablah kerana dia bukan di bawah bidang kementerian. Akan tetapi, satu perkara yang saya dapat jawab kepada persoalan yang ditimbulkan iaitu kesepaduan – perpaduan di antara kaum supaya tidak lagi berlaku ketegangan seperti mana yang telah pun dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi.

Tuan Yang di-Pertua, saya sudah sebut tadi, kita harap dengan adanya Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia dengan konsep “Merakyatkan Perpaduan” – satu modul untuk memperkukuhkan agenda perpaduan negara yang berpusatkan kepada rakyat dan prinsipnya adalah asas merakyatkan perpaduan dengan empat cabaran. Tadi saya baru sebut satu. Pertama adalah membina keakraban dalam perpaduan dengan fokus kepada empat ejen sosialisasi, terutamanya yang saya nyatakan tadi.

Kedua, meningkatkan accessibility perpaduan iaitu fokus kepada ruang maklumat-maklumat yang dihebahkan, memilih dan mahu membaca kepada maklumat yang sah. Bukan membaca ataupun menerima maklumat yang tidak sahih, yang tidak tulen dan tidak sahih. Ketiga ialah untuk memajmukkan perpaduan. Fokus kepada kenegaraan, kepercayaan, amalan, hormat-menghormati antara kita semasa kita, antara kaum dan juga agama.

Keempat ialah inklusiviti dalam masyarakat iaitu keterangkuman. Ini bermaksud setiap lapisan masyarakat tanpa mengira etnik, agama, umur, jantina, ketidakupayaan berhak untuk dihormati dan juga terlibat dalam aktiviti yang akan kita lakukan. Jadi RCI itu mungkin Yang Berhormat boleh bangkitkanlah kepada kementerian yang relevan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

Tuan Yang di-Pertua, sempena hari jadi ini boleh tidak bagi lagi satu soalan?

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 11:00 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Soalan tambahan, soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kota Melaka dululah sebab sudah tunggu lama. Maaf. Yang Berhormat Kota Melaka.

final • 11:00 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

30 saat.

final • 11:00 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Selamat Hari jadi, happy birthday, [Bercakap dalam bahasa Cina] dengan izin. Akan tetapi betul, setelah kita meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Menteri, banyak usaha yang telah dijalankan oleh pihak kementerian untuk memupuk semangat perpaduan.

Soalan saya ialah, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri apakah pandangan Yang Berhormat Menteri tentang pentingnya apabila sesebuah kerajaan sama ada kerajaan negeri ataupun Kerajaan Persekutuan– Apabila mereka melaksanakan polisi-polisi atau dasar-dasar mestilah mempunyai juga semangat perpaduan supaya kita dapat mencapai matlamat kita. Saya merujuk kepada satu statement, kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Exco Kerajaan Negeri Melaka Perikatan Nasional yang baru-baru ini sudah dibubarkan.

Mengikut beliau mengatakan, dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka Perikatan Nasional, mereka mengamalkan polisi no bin no policy. Apa itu no bin no policy Tuan Yang di-Pertua? Ertinya apabila ada pembentangan cadangan, kertas kerja dibawa masuk ke dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka Perikatan Nasional, mereka bukan lihat kepada content tetapi mereka akan lihat siapa yang bentang, siapa yang hantar proposal tersebut. Kalau proposal tersebut tidak ada ‘bin’ – ‘bin’ itu Tuan Yang di-

final • 11:00 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Pertua ialah kalau bukan daripada syarikat Melayu, maka semua akan ditolak. Mereka tidak akan tengok isi kandungan.

[Tepuk]

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan, soalan.

final • 11:00 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Akan tetapi apabila saya teliti dengan lebih mendalam, saya dapati apabila yang kata kononnya yang akan diluluskan ialah ada ‘bin’...

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

...tetapi apabila ia tandatangan, Majlis tandatangan ada juga yang bukan kaum Melayu juga akan hadir di Majlis tersebut.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalannya Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Jadi saya lihat ini ialah – ada sesetengah Kerajaan Negeri Melaka Perikatan Nasional sebelum ini mereka mempergunakan perkauman dan memberikan projek-projek kepada kroni mereka.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Soalannya Yang Berhormat, soalannya.

final • 11:00 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Jadi soalan saya, apakah pandangan Yang Berhormat Menteri? Penting tidak dasar kerajaan sepatutnya mesti adil dan saksama kepada semua kaum supaya kita boleh capai matlamat perpaduan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, itu soal negeri itu Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Ya, ya. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka, dah tidak sabar hendak kempen ya.

[Ketawa] Okey.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun melancarkan Keluarga Malaysia. Keluarga Malaysia menegaskan kepada – Tuan Yang di-Pertua izinkan saya buka mask ini sekejap, berasap cermin mata, tidak nampak.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya. Sila, sila.

final • 11:00 AM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Tidak nampak Yang Berhormat Kota Melaka. Aspirasi Keluarga Malaysia– Yang Berhormat segala persoalan yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi ia berbalik kepada aspirasi Keluarga Malaysia iaitu menegaskan azam, iltizam negara supaya masyarakat wujud dalam keadaan kesepaduan dalam kepelbagaian. Apa juga yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi, aspirasi Keluarga Malaysia dan juga amalan-amalan yang akan dilaksanakan secara berterusan, kita mahu ia menjadi tunjang.

Bukan sahaja kepada perpaduan antara kaum Yang Berhormat termasuk juga integrasi antara wilayah, antara daerah, antara sektor dan juga pelbagai lagi kegiatan sosioekonomi. Jadi saya yakin dengan aspirasi Keluarga Malaysia ia akan menjadi pegangan kepada pelaksanaan bagi kita merakyatkan perpaduan supaya kita dapat membahagiakan dan menyejahterakan rakyat Malaysia. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Sepanggar.

final • 11:00 AM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Akan tetapi, sebelum itu kami Ahli-ahli Parlimen dari Parti Warisan juga ingin mengambil kesempatan dan tidak ketinggalan ingin mengucapkan selamat menyambut hari lahir kepada Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa] Terima kasih, terima kasih.

final • 11:00 AM

4. Datuk Mohd Azis bin Jamman [Sepanggar] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan bilakah kementerian akan membina infrastruktur sukan bertaraf antarabangsa yang hanya ada di Semenanjung seperti gelanggang sukan permotoran, dan gelanggang velodrom.

final • 11:00 AM

Menteri Belia dan Sukan - Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Petang hari menjala ikan, Sambil menyiram bunga di taman, Selamat hari lahir kami ucapkan, Buat Yang di-Pertua pemuda budiman.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas soalan yang diajukan oleh sahabat baik saya dari Sepanggar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, saya telah meneliti senarai projek pembinaan infrastruktur sukan bertaraf antarabangsa di Sabah dan Sarawak. Namun, dukacita saya maklumkan buat masa ini pihak Kementerian Belia dan Sukan belum mempunyai perancangan untuk membina infrastruktur sukan bertaraf antarabangsa seperti litar lumba permotoran dan velodrom seperti yang terdapat di Semenanjung Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, pembinaan infrastruktur sukan bertaraf antarabangsa dibina atas keperluan dan mengambil kira kedudukan kewangan semasa kerajaan. Inisiatif pembinaan infrastruktur sukan antarabangsa ini perlu melalui kajian yang menyeluruh di peringkat KBS terlebih dahulu sebelum dapat dipertimbangkan pelaksanaannya. Antara kriteria penting yang perlu diambil kira dalam pembangunan infrastruktur sukan bertaraf antarabangsa adalah seperti berikut:

(i) lokasi tapak yang sesuai;

(ii) kos penyelenggaraan;

(iii) kos pengurusan; dan

(iv) penggunaan jangka masa panjang.

Kementerian amat memberi perhatian kepada aspek gaya hidup aktif. Salah satu fokus utama KBS adalah untuk menerapkan pembudayaan sukan dalam kalangan masyarakat di seluruh negara. Oleh yang demikian, tumpuan utama kementerian pada masa ini adalah untuk menaik taraf kemudahan sukan massa di seluruh negara. Dengan cara ini kemudahan sukan yang disediakan dapat dimanfaatkan penggunaannya secara optimum dan memberikan lebih manfaat kepada komuniti setempat.

KBS akan terus menyediakan platform untuk menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat bagi menyatupadukan Keluarga Malaysia. KBS akan membuat pengagihan pembinaan kemudahan sukan massa ini secara menyeluruh terutamanya di kawasan yang langsung tidak mempunyai kemudahan dan fasiliti sukan bagi memastikan pembudayaan sukan dapat diterapkan di seluruh pelosok negara.

Segala keputusan yang dibuat mestilah mengambil kira kepentingan rakyat secara keseluruhan dan tidak tertumpu kepada satu-satu kawasan sahaja. Pada masa ini pelbagai kemudahan sukan sedang dan akan dinaiktarafkan berdasarkan kepada keperluan dan permohonan yang diterima.

Ahli Yang Berhormat bolehlah mengemukakan cadangan rasmi untuk membangunkan kemudahan sukan massa yang sesuai untuk pertimbangan pihak kementerian selanjutnya. Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebagaimana yang Yang Berhormat Menteri dukacita kami dari Sabah juga sebenarnya merasa dukacita mendengar jawapan yang telah disebut oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Apakan tidaknya setelah 68 tahun Malaysia dibentuk masih lagi daripada segi fasiliti sukan ini, Sabah seolah-olah ditinggalkan.

final • 11:00 AM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum juga, seluas-luas Sabah dan Sarawak tiada satu pun fasiliti sukan yang bertaraf antarabangsa diwujudkan di negeri Sabah termasuklah fasiliti yang saya sebutkan tadi iaitu permotoran dan juga velodrom basikal dan sebagainya.

final • 11:10 AM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, sewaktu Yang Berhormat Muar menjadi Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan dalam satu sesi dialog bersama belia, pernah dibangkitkan tentang fasiliti sukan permotoran ini. Saya difahamkan bahawa KKIP satu GLC anak syarikat di negeri Sabah telah menawarkan satu bidang tanah bagi membolehkan Kementerian Belia dan Sukan dapat membuka fasiliti sukan permotoran ini di kawasan mereka.

Jadi, sebab itulah saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri apakah status cadangan ini? Kalau boleh kita haraplah agar Kementerian Belia dan Sukan dapat mempertimbangkan agar Sabah ini jangan ditinggalkan daripada segi fasiliti sukan.

Sudahlah dalam bidang pendidikan, fasiliti pendidikan pun kita ketinggalan, fasiliti sukan pun anak-anak belia Sabah tidak dapat bersaing dengan rakan-rakan belia mereka yang ada di Semenanjung Malaysia kerana kekurangan fasiliti-fasiliti sukan yang ada di negeri Sabah. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Terima kasih, Yang Berhormat Sepanggar.

Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan apa yang dikatakan tentang betapa perlunya kita mengadakan fasiliti sukan bertaraf antarabangsa bukan sahaja di negeri Sabah tetapi juga di negeri Sarawak.

Akan tetapi, buat masa ini, apa yang saya sebutkan sebentar tadi setelah saya teliti senarai-senarai projek yang akan diadakan termasuk dalam RMKe-12 tidak ada senarai tersebut. Akan tetapi, perkara ini perlulah kita perhalusi dan kita sama-sama usahakan agar ia dapat diadakan.

Dalam masa yang sama juga, saya berpandangan bahawa fasiliti sukan tidak semestinya diadakan secara bertaraf antarabangsa. Mungkin boleh dinaikkan bertaraf kebangsaan terlebih dahulu. Ini boleh dilakukan apabila insya-Allah satu hari nanti negeri Sabah dapat menjadi tuan rumah kepada sukan Malaysia umpamanya dan tentunya Kerajaan Persekutuan akan membuat pelaburan dengan memberi peruntukan kepada pembinaan fasiliti-fasiliti sukan seperti velodrom dan sebagainya. Terima kasih.

Berkenaan dengan tanah yang disebut oleh Yang Berhormat Sepanggar tadi, saya mohon maaf kerana saya tiada makluman berkenaan perkara itu. Saya berharap dapat berhubung rapat dengan saya supaya kita dapat usahakan agar perkara ini dapat jadi kenyataan. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Insya-Allah akan saya hantar kepada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada sebelah sini?

final • 11:10 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar, Papar.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak ada sebelah sini?

final • 11:10 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Papar. Ya.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, di Papar ini kita berasa sedih, sedih, sedih. Ini kerana kita di Parlimen Papar sudah bertahun-tahun menunggu bilakah durian Musang King ini akan jatuh ke Papar. [Dewan Ketawa] Kami menunggu pengumuman dari kerajaan bilakah pembinaan mini kompleks sukan di Beringgis yang mana telah dipohon sejak dari RMKe-11 lagi.

Jadi, setelah bertahun-tahun kita menunggu saya rasa ini adalah masa yang tepat untuk kita —kerajaan yang dipanggil kerajaan Keluarga Malaysia dapat menterjemahkan apa yang kami pohon itu kepada realiti supaya orang-orang Papar di Kampung Beringgis terutamanya dapat menikmati mini kompleks sukan yang telah begitu lama ditunggu- tunggu kerana kami di Sabah ini sebetulnya serba kekurangan. Terima kasih banyak- banyak.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Yang Berhormat dari Papar saya harap janganlah terus bersedih kerana insya-Allah tentunya perkara yang seperti yang telah diminta daripada RMKe-11 sehingga hari ini walaupun masih belum dapat ditunaikan, ia tetap dalam perhatian kami.

Saya ingin mengesyorkan agar perkara seperti ini kita tidak perlu tunggu untuk diadakan peruntukan untuk keseluruhan kompleks sukan. Ini kerana mini kompleks sukan ini ia ada padang, trek dan juga astaka sebagai contoh.

Akan tetapi, kalau kita boleh adakan padang terlebih dahulu bersama dengan astaka bolehlah kita dahulukan. Insya-Allah, kesedihan Yang Berhormat Papar ini saya akan beri perhatian yang utama dan saya akan berbincang dengan pihak kementerian untuk memastikan ia dapat diadakan dalam seberapa cepat yang boleh. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Papar...

final • 11:10 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Untuk pengetahuan Yang Berhormat Menteri, tanah sudah ada. Hanya menunggu bilakah pecah tanah ataupun peruntukan ini akan dapat diluluskan kerana kita sudah menyediakan tanah yang begitu luas, terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Saya ambil perhatian. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya, Yang Berhormat Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz.

final • 11:10 AM

5. Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal [Bukit Gantang] minta Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri menyatakan kesediaan dan komitmen kementerian terhadap baik pulih dan penambahbaikan enam balai dan sebuah pondok polis yang daif di Parlimen Bukit Gantang iaitu Balai Polis Simpang, Balai Polis Changkat Jering, Balai Polis Trong, Balai Polis Padang Gajah, Balai Polis Kamunting dan Balai Polis Kuala Sepetang manakala sebuah pondok polis yang dimaksudkan adalah Pondok Polis Pulau Pasir Hitam. Baik pulih ini demi memastikan anggota dapat menjalankan tanggungjawab dalam suasana yang kondusif dan selamat.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sudah ramai orang ucapkan selamat hari lahir, saya juga turut serta supaya mendapat keberkatan daripada Allah SWT untuk Tuan Yang di-Pertua yang Yang Berhormat Menteri kata masih lagi belia, muda, gagah perkasa. Tahniah.

Untuk jawapan pada soalan Yang Berhormat, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan dan usaha murni Yang Berhormat dalam memastikan Polis Diraja Malaysia di Parlimen Bukit Gantang sentiasa dijaga dan terbela. Diucapkan terima kasih Yang Berhormat.

Untuk makluman Yang Berhormat, balai-balai polis yang dinyatakan dalam pertanyaan ini berada di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping. Adalah dimaklumkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin mengenai prasarana setiap agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri termasuklah yang melibatkan Polis Diraja Malaysia.

Untuk makluman Yang Berhormat, bagi tahun 2020, Kementerian Dalam Negeri telah melaksanakan kerja-kerja membaik pulih terhadap tiga daripada enam balai polis yang seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat tadi dengan kos sebanyak RM120 ribu seperti pecahan berikut:

Balai PolisJumlah
SimpangRM50 ribuTrongRM50 ribu
final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

KemuntingRM20 ribu
JumlahRM120 ribu

Manakala bagi tahun 2021 tahun ini Yang Berhormat, di bawah inisiatif PEMERKASA sebanyak RM800 ribu telah diluluskan bagi kerja-kerja pembaikan seperti

final • 11:10 AM

mana yang disebut oleh Yang Berhormat

Balai PolisJumlah
TaipingRM300 ribu
Pulau Pasir HitamRM500 ribu
JumlahRM800 ribu

Untuk makluman Yang Berhormat juga, KDN sentiasa membuat kajian dan menilai keperluan bersama dengan agensi-agensi di bawah KDN bagi sebarang kerja- kerja pembaikan dan menaik taraf dengan sewajarnya. Semua perancangan bagi baik pulih balai dan juga pondok polis akan dibincangkan dan dipertimbangkan berdasarkan keutamaan dalam RP3 Rancangan Malaysia Kedua Belas bagi tahun 2023. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ada soalan tambahan?

final • 11:10 AM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Sepanggar. Sepanggar.

final • 11:10 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Pokok Sena.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bukit Gantang dulu.

final • 11:10 AM

Dato' Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Menteri, ada dua kemalangan maut telah berlaku di persisiran Pulau Pasir Hitam oleh kerana kemudahan jetinya sudah roboh dan keperluan botnya kapasiti sangat rendah menyebabkan bantuan penyelamat tidak dapat disegerakan.

Walau bagaimanapun, pada hari ini saya ucapkan terima kasih kepada kementerian yang telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM500 ribu untuk Pondok Polis Pulau Pasir Hitam. Terima kasih banyak.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, ada komen?

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kita sangat prihatin dan juga mengambil berat atas kemalangan yang telah berlaku yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi.

Untuk makluman Yang Berhormat dan Yang Berhormat Ahli Dewan, Pulau Pasir Hitam, Perak adalah terletak di dalam tanggungjawab Pasukan Polis Marin (PPM), Wilayah 1, Kampung Acheh, Perak sepanjang pantai negeri Perak merangkumi dari Hutan Melintang hingga ke Tanjung Piandang lebih kurang 101 batu nautika atau sepanjang 162 kilometer.

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Bagi kesiapsiagaan PDRM sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi, kita telah menyediakan dua markas, iaitu Markas Operasi PPM Kampung Acheh yang lebih kurang jaraknya daripada Pulau Pasir Hitam adalah lebih kurang 24 batu nautika atau 45 kilometer dan markas yang kedua iaitu Markas Taktikal PPM Kuala Kurau, Perak yang jaraknya di antara ke Pulau Pasir Hitam sejauh 27 batu nautika. Insya-Allah, rondaan secara berkala akan kita lakukan untuk mengelakkan sebarang kejadian atau kegiatan jenayah dan juga kemalangan yang berlaku. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 11:20 AM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi sesiapa yang ingin tahu berapakah usia Tuan Yang di-Pertua boleh rujuk kepada Wikipedia ya. Ada tercatit tahun kelahirannya.

[Ketawa] Adinda Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya merujuk kepada Rancangan Pelaksanaan Program Projek Pelan Strategik PDRM ataupun ringkasnya PS PDRM yang berlangsung 2015-2020 yang melibatkan kajian dan juga pembangunan balai-balai polis dan beberapa pondok polis yang perlu dibangunkan dan saya difahamkan ada 54 projek.

Sejauh manakah kejayaan itu? Ini kerana kita dapati untuk tahun 2021 ataupun lima tahun berikutnya apakah perancangan sebab kita masih dapati bukan hanya sekadar di Bukit Gantang, malah di seluruh negeri Sabah dan Sarawak pun kita dapati balai-balai polis masih berada dalam keadaan daif dan juga kalau di Hulu Langat termasuk di premis PGA yang perlukan pengubahsuaian dan juga pembaikan dari semasa ke semasa, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:20 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kandaku Yang Berhormat Hulu Langat. Terima kasih kerana sangat prihatin dan mengambil berat terhadap keadaan kemudahan prasarana sama ada di balai IPD, balai polis, pondok polis dan juga saya ucapkan terima kasih kerana menceritakan bagaimana keadaan kemudahan di perumahan-perumahan anggota polis kita.

Untuk makluman Yang Berhormat, kita sentiasa berbincang dengan klien kita iaitu PDRM di peringkat Bukit Aman Bahagian Logistik dan juga Bahagian Pembangunan di kementerian kita. Untuk makluman Yang Berhormat, kita di KDN ini kita telah mengawal selia 14 buah ibu pejabat kontinjen dan bagi ibu pejabat polis daerah sebanyak 156 buah dan balai polis biasa sebanyak 807 buah, pondok polis dan juga perumahan yang sentiasa kita tengok dari segi prasarana dan kemudahan asas.

Sepertimana yang disebut pelan strategik yang disebut oleh kanda saya Yang Berhormat memang kita sentiasa mengambil berat dan juga memajukan, kita sama-sama berdoa Yang Berhormat apabila bajet yang akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan ada satu sinar dan berita gembira bagi anggota PDRM seluruh negara. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi...

final • 11:20 AM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi soalan tambahan.

final • 11:20 AM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Berkaitan, berkaitan Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 11:20 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih. Happy Birthday yang ke-62.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya bukan kartun ya.

final • 11:20 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Akan tetapi moga-moga dirahmati oleh Allah SWT.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Amin.

final • 11:20 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ramai orang ucap. Sekejap lagi jangan lupa belanja kami di kafe.

[Ketawa] Pulut kuning pun jadilah.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri berapa banyak lagi balai-balai polis yang akan dinaikkan taraf menjadi IPD baharu? Saya sebut ini kerana ada kepentingan kepada kawasan Parlimen Pokok Sena yang pernah saya bangkit sejak daripada Yang Berhormat Bagan Datok menjadi Menteri Dalam Negeri iaitu merayu untuk dinaiktarafkan Balai Pokok Sena itu menjadi IPD baharu.

Ini kerana dalam Parlimen Pokok Sena ini dia ada dua daerah pentadbiran, satu pentadbiran Daerah Kota Setar dan satu lagi pentadbiran Daerah Pokok Sena.

Sedangkan pentadbiran polis hanya satu daerah sahaja iaitu Daerah IPD Kota Setar. Jadi

final • 11:20 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

dengan keadaan di mana Balai Polis Pokok Sena itu 13 anggota, dia terpaksa menjaga satu daerah yang pesat membangun dengan ada penjaranya dengan ada kawasan perindustriannya, perumahannya makin bertambah. Saya fikir sudah sampai masa dia untuk dinaikkan taraf menjadi IPD baharu untuk membolehkan ada lebih menjamin keselamatan di kawasan daerah Pokok Sena.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Betul Yang Berhormat, kita sebenarnya mengkaji dan melihat tentang keperluan bukan sahaja balai polis dinaikkan taraf sebagai ibu pejabat polis daerah, tetapi balai-balai polis ini kita ada tiga kategori. Kategori C, B dan A. Kita sedang mematikan supaya balai polis C ini kita naikkan kepada gred balai polis B dan B kita naikkan gred kepada A.

Bermakna kalau DSP untuk kategori C, Superintenden untuk balai polis B dan ACP untuk balai polis IPD. Tentang kedudukan Balai Polis Pokok Sena hendak dinaikkan sebagai IPD, saya akan merujuk kepada keperluan dan akan berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Tuan Chong Chieng Jen.

final • 11:20 AM

6. Tuan Chong Chieng Jen [Stampin] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan berapa akan diperuntukkan pada tahun 2022 di bawah Program Skim Rasionalisasi Harga Minyak (COSS) dan berapa akan diperuntukkan untuk Sarawak. Apakah jangkaan Kementerian tentang harga PBD Palm Olien untuk tahun 2022 dan berapa metrik tan minyak masak akan dapat dibekalkan di bawah program ini.

final • 11:20 AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya serta Gabungan Parti Sarawak ingin turut serta mengucapkan selamat hari jadi kepada Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Stampin yang bertanya, berdasarkan ketetapan semasa jumlah kuota yang akan diperuntukkan bagi pelaksanaan Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak adalah 60,000 tan metrik sebulan. Bagi negeri Sarawak kuota yang ditetapkan adalah sebanyak 4,217 tan metrik sebulan. Penetapan kuota dibuat berdasarkan nisbah penduduk dan penggunaan minyak masak pada kadar 1.5 ataupun satu setengah kilogram sebulan per kapita.

Seperti mana semua Ahli Yang Berhormat sedia maklum, harga RBD iaitu refined bleach deodorized palm olein bergantung kepada harga minyak sawit mentah yang mana ianya bergantung kepada penawaran dan permintaan. Bagi tahun 2022, KPDNHEP telah membuat unjuran purata harga RBD palm olein di sekitar RM4,500 setan metrik dan dengan jumlah pembekalan minyak masak yang sama iaitu untuk 60,000 tan metrik sebulan. Sekian, terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, soalan tambahan pertama.

final • 11:20 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Program Rasionalisasi Harga Minyak ini adalah untuk pembekalan satu kilogram paket minyak di pasaran pada harga RM2.50. Akan tetapi apa yang saya teliti adalah walaupun kita telah memperuntukkan RM400 juta untuk tahun ini tetapi sejak PN ambil alih kerajaan, nampaknya itu pembekalan satu kilogram paket minyak adalah amat kekurangan di pasaran termasuk di Kuching, Sarawak juga. Saya teliti apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri adalah yang diperuntukkan untuk Sarawak ini adalah kurang daripada 10 peratus yang diperuntukkan oleh kementerian.

final • 11:20 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Maka soalan saya adalah adakah itu proportion percentage itu tidak adil kepada penduduk Sarawak, khususnya penduduk Sarawak merupakan lebih kurang 10 peratus daripada penduduk populasi Malaysia. Soalan saya juga menuju kepada adakah ada penyalahgunaan pembekal-pembekal paket minyak di mana walaupun mereka buat tuntutan untuk claim subsidi daripada kementerian, tetapi mereka tidak membekalkan satu kilogram paket minyak di pasaran supaya sampai sekarang amatlah kekurangan satu kilogram minyak di pasaran sehingga golongan yang miskin terpaksa untuk membeli minyak dengan harga yang semakin hari semakin tinggi.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Stampin. Apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Stampin itu bagi saya separa betul, separa tidak betul. Okey, sebenarnya kalau ikut purata mengikut jumlah penduduk Sarawak, penduduk kita kurang lebih 2,816,000 orang penduduk. Jadi, peratus penduduk kita tidak sampai 10/100, hanya 8.6 peratus sahaja. Jadi, ini dikira dengan teliti Yang Berhormat.

Jadi, 4,217 metrik tan itu adalah kurang lebih dalam purata nisbah penduduk seluruh Malaysia di Sarawak dan dikira juga kalau mengikut sebenarnya tidak ada penyelewengan, betul memang mencukupi. Tidak ada masalah, malah lebih. Dikatakan tidak mencukupi itu ia bukan merata-rata tempat, ada sesetengah tempat. Saya pun teliti sebab saya prihatin seperti Yang Berhormat Stampin juga.

Sebenarnya, ya ada ketirisan. Itu penguat kuasa Yang Berhormat sendiri tahu selaku mantan timbalan menteri, sentiasa memantau dan sentiasa on the ground, kata orang untuk menangani masalah ini.

Kedua, ada kes-kes di mana tidak mencukupi itu baru-baru ini mungkin ia lebih ketara dalam bulan-bulan lepas kerana ada Program Bakul Makanan yang diedarkan.

Jadi, pada masa itu di pekan-pekan kecil banyak Program Bakul Makanan ini dibeli daripada peruncit di tempat itu yang menimbulkan, ada keadaan tidak ada bekalan mencukupi di peringkat retails di pekan-pekan ini.

Oleh sebab itu, saya menasihatkan kalau ada program sebegini biarlah beli daripada pemborong supaya tidak mengganggu bekalan di peringkat runcit di pekan- pekan kecil di pedalaman. Kalau di bandar juga betul kata Yang Berhormat ada syarikat pembungkus, pengusaha ini tidak beretika. Mereka diberi peluang dan ruang untuk menjalankan perniagaan ini, mereka tipu, tidak menjual kepada retailer atau peruncit untuk kegunaan B40 atau M40. Mereka mengaut keuntungan tidak berpatutan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****] Oleh sebab itu kita sekarang ada 19 kes kita tangkap mereka dan kita hadap ke mahkamah pun. Ada juga mereka ini merayu kepada KPDNHEP, kepada saya melalui [Tidak jelas] tetapi saya tidak layan sebab mereka buat kesalahan, sebab kita tak nak ada situasi timbul seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Stampin yang prihatin juga kepada perkara ini.

Jangan risau Yang Berhormat, pokoknya Sarawak tidak kurang daripada apa yang sepatutnya Sarawak dapat. Kalau itu kerisauan Yang Berhormat. Akan tetapi, saya setuju dengan Yang Berhormat. Kita seharusnya membuat penambahbaikan agar B40 ini mendapat bekalan dan tidak ada penyelewengan dilakukan oleh syarikat-syarikat pembungkus yang kita bagi lesen. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Boleh bagi senarai nama pembekal yang telah salah gunakan program itu?

final • 11:30 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Boleh. Akan tetapi, Yang Berhormat pun seorang peguam. Ada di mahkamah.

final • 11:30 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Yalah.

final • 11:30 AM

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Boleh. Tidak mengapa. Saya beri secara bertulis kepada Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Stampin dan Yang Berhormat Menteri. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Kinabatangan tidak ada dalam Dewan. Seterusnya Yang Berhormat Muar.

final • 11:30 AM

[Soalan No. 7 – YB. Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin (Kinabatangan) tidak hadir]

8. Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [Muar] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apa langkah jangka masa panjang untuk menggalakkan perkembangan pasukan e-sukan di Malaysia. Apakah langkah kerajaan untuk menyediakan sistem sokongan yang baik termasuk pendanaan dan infrastruktur untuk melahirkan pasukan e-sukan yang bertaraf antarabangsa; dan menggubal sistem pentadbiran dan peraturan yang relevan untuk membantu pembangunan e-sukan di Malaysia sebagai industri yang penting dan bukan hiburan orang muda semata-mata.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan menjawabnya. Tempoh masa tiga minit.

final • 11:30 AM

Menteri Belia dan Sukan - Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas inisiatif Yang Berhormat Muar juga Kementerian Belia dan Sukan telah melancarkan Pelan Strategik Pembangunan Esports 2020 hingga 2025 pada tahun 2019 dalam usaha untuk membentuk hala tuju pembangunan Esports negara. Pelan tersebut seperti yang semua sedia maklum mempunyai lima bidang keutamaan merangkumi pembangunan atlet untuk kecemerlangan sukan elektronik, etika dan tanggungjawab dalam sukan elektronik, penambahbaikan akses untuk infrastruktur, pembangunan ekosistem yang mampan serta sistem tadbir urus yang baik.

KBS menerusi inisiatif Esports Integrated (ESI) telah memperkenalkan beberapa langkah jangka masa pendek dan masa panjang untuk menggalakkan perkembangan ekosistem Esports di Malaysia selari dengan strategi yang digariskan pelan tersebut. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Muar yang telah membuat inisiatif ini dan insya- Allah Yang Berhormat Tambun akan teruskan.

Di bawah bidang keutamaan untuk memperbaiki akses untuk infrastruktur sukan elektronik, KBS melalui ESI sedang dalam proses pembangunan hab sukan elektronik kebangsaan di Spacerubix di Puchong yang akan digunakan sebagai tempat latihan dan kem untuk pasukan-pasukan Esports amatur, profesional dan juga wakil negara. Selain itu, studio hab negeri di bawah kelolaan Majlis Sukan Negara menerusi Persatuan Sukan Elektronik Negeri juga menggalas misi untuk membantu pasukan-pasukan dan pemain Esports negeri untuk menyerlahkan bakat para belia.

Manakala pendanaan juga akan diteruskan menerusi bajet yang diterima sebanyak RM10 juta pada tahun 2019 dan RM15 juta pada tahun 2020 dan tahun 2021.

Untuk memastikan pembangunan industri sukan elektronik sebagai sukan penting dan bukan hanya hiburan, KBS juga telah memperkenalkan persidangan Esports Integrated Conference (EIC) pada bulan Jun yang lalu yang bertujuan untuk mengumpulkan pemegang taruh industri, pemain dan pempengaruh sebagai platform wacana berkenaan industri sukan elektronik.

Selain itu program-program pembangunan kapasiti di bawah ESI turut diperkenalkan sebagai panduan permulaan kepada mereka yang ingin menceburi industri sukan elektronik termasuklah ESI Master Class yang berfokus kepada pengisian berkenaan mekanik permainan, taktik dan pengurusan pasukan serta kejohanan oleh permain berpengalaman dan pakar industri.

Dalam pada itu, KBS adalah turut dalam usaha bagi mewujudkan anugerah khusus kepada penggiat sukan elektronik sebagai penghargaan kepada sumbangan dan pengiktirafan kepada pencapaian mereka dalam mengharumkan nama negara dan membangunkan ekosistem sukan elektronik negara.

final • 11:30 AM

Menteri Belia dan Sukan - Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Di samping itu, KBS dengan diterajui ESI bersama-sama beberapa agensi di bawah KBS adalah sedang dalam proses untuk memperkenalkan sebuah Garis Panduan Kawal Selia Sukan Elektronik Kebangsaan dengan turut melibatkan beberapa kementerian dan pemegang taruh yang berkaitan sebagai permulaan untuk menggubal sistem pentadbiran, peraturan dan pengawalseliaan industri sukan elektronik yang mampan dan jitu. Ini untuk memastikan pembangunan industri yang lebih lestari. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila soalan tambahan pertama Yang Berhormat Muar.

final • 11:30 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan menyeluruh dan terus memperkasakan industri Esports negara. Soalan tambahan saya sedikit melencong tetapi berkait rapat dengan kementerian Yang Berhormat Menteri. Semalam ada berita yang mengatakan bahawa Yang Berhormat Menteri mempertikaikan pendedahan yang dilakukan oleh Datuk Pandelela yang merupakan ratu negara.

Dalam PC Yang Berhormat Menteri, persoalan saya, pertama sekali apa pendirian Yang Berhormat Menteri dan kementerian berkenaan dengan isu gangguan seksual khususnya melibatkan atlet kerana ini bukan pendedahan baru. Ada juga yang dibuat oleh Cindy Ong sebelum ini serangan gangguan seksual yang dilakukan ke atas atlet Farah Ann. Itu pertama pendirian kementerian.

Kedua, pada tahun 2020 sebelum pertukaran kerajaan ada cadangan untuk menubuhkan dan sudah hendak dalam proses akhir untuk menubuhkan jawatankuasa tertinggi kementerian untuk melihat kes gangguan seksual. Ini kerana lazimnya jika hanya laporan dan tindakan diambil oleh MSN semata-mata, ia dilihat sebagai berat sebelah kerana atlet ada pandangannya, persatuan ada pandangannya, kementerian, pejabat menteri ada pandangannya.

Akan tetapi, jawatankuasa tertinggi ini melibatkan semua pihak dan juga dibina bersama dengan AWAM and all action group for women. Adakah Yang Berhormat Menteri akan teruskan supaya jika laporan itu berlaku ia tidak berat sebelah hanya kepada satu pihak but we get all parties on board supaya tindakan yang menyeluruh dapat diambil.

Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Saya mohon sila Yang Berhormat Menteri satu minit.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Terima kasih Yang Berhormat. Saya ucapkan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Muar kerana membangkitkan perkara ini dan saya anggap amat penting dan amat serius untuk kita sama-sama perdebatkan.

Pertama, pendirian kerajaan berkenaan dengan perkara ini tentu sekali kerajaan amat serius dalam memerangi masalah sexual harassment tambah lagi jika berlaku perkara yang lebih daripada harassment di kalangan atlet daripada pegawai ataupun jurulatih sendiri.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Apa yang telah kita dan saya sendiri perkatakan di dalam satu sidang media semalam, mungkin telah dicatatkan secara out of context, dengan izin oleh media bahawa kita perlu mendapatkan penjelasan yang lebih daripada Datuk Pandelela sendiri dan juga mereka yang terlibat di dalam perkara yang melibatkan jenaka lucah dan sebagainya. Jadi saya cuba untuk mendapatkan penjelasan menyeluruh sebelum mengambil tindakan- tindakan yang sewajarnya.

Saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Muar untuk meneruskan jawatankuasa tertinggi untuk memastikan perkara sebegini tidak berlaku lagi. Jika berlaku pun, perlu diadakan siasatan yang menyeluruh dan memastikan bahawa atlet-atlet kita, anak-anak kita yang terbabit dalam sukan, tidak terdedah kepada perkara-perkara yang begitu menjengkelkan ini.

Dalam masa yang sama, saya juga telah meminta pihak Majlis Sukan Negara untuk memastikan gender training, dengan izin di dalam latihan dalam semua sukan.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Bukan semata-mata dalam sukan renang, dalam semua sukan juga mesti dititikberatkan.

Bukannya tidak ada sebelum ini, dari zaman Yang Berhormat Muar sendiri memang sudah ada tetapi mesti ditekankan lagi. Saya menggesa juga kepada semua atlet untuk stand- up dan speak-up tentang perkara ini jika ia berlaku supaya segera dapat kita ambil tindakan tentang perkara ini. Terima kasih, Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih. Soalan tambahan yang kedua, saya menjemput Yang Berhormat Setiu. Saya minta supaya ia berdasarkan kepada soalan asal kepada pertanyaan-pertanyaan jawab lisan ini. Sila, Yang Berhormat Setiu.

final • 11:40 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya...

final • 11:40 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, point of order, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sekejap, sekejap. Is it related or not?

final • 11:40 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya, berkenaan dengan soalan tadi.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Bagi saya dengar yang itu.

final • 11:40 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya, dengan soalan tadi.

final • 11:40 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

...e-sukan menjadi salah satu daripada tarikan baharu daripada anak muda khususnya para pelajar universiti di mana ia menjadi salah satu kerjaya baharu di kalangan pelajar IPTA dan anak muda. Apakah inisiatif yang dilakukan oleh kementerian dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi bagi mencungkil bakat-bakat baharu dan mengembangkan e-sukan di kalangan pelajar IPTA dan IPTS?

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila, Yang Berhormat Menteri, satu minit.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Terima kasih, Yang Berhormat. Saya ingin nyatakan bahawa Kementerian Belia dan Sukan sentiasa mengadakan program rentas kementerian terutama sekali bersama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga Kementerian Pengajian Tinggi dan e-sukan ini begitu popular di kalangan anak muda termasuk di kalangan para pelajar di institut pengajian tinggi. Tentunya program-program seperti penganjuran kejohanan e-sukan ini akan diteruskan.

Bagi mereka yang telah menjadi begitu baik permainan yang boleh menjana pendapatan dan juga mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa, akan pastinya kita cungkil bakat-bakat ini dan kita beri latihan melalui Spacerubix seperti yang saya sebutkan tadi. Insya-Allah, ia akan dapat mendatangkan keuntungan dalam jangka masa panjang kepada negara. Terima kasih, Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ya, Yang Berhormat Puchong.

final • 11:40 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 21(1) yang berkaitan dengan pertanyaan yang boleh diarahkan kepada Menteri berkenaan dengan hal-hal dalam urusan jawatan mereka. Tadi apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri ini Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan isu Datuk Pandelela.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya Yang Berhormat Menteri ini tidak layak menjadi Menteri Belia dan Sukan kerana beliau tidak memberikan sokongan kepada mereka ataupun apa yang disebut oleh Datuk Pandelela. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri ini, adakah Yang Berhormat Menteri ini tahu bahawa tidak ada had masa untuk aduan-aduan khususnya aduan yang membawa kepada masalah jenayah?

There is no time limitation in criminal law.

final • 11:40 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Jadi memang kalau ada aduan, walaupun ia lama, ia seharusnya diambil tindakan. You as a Minister should set the example and stand-up to support things like this in your ministry. Could you please answer that question, Mr. Minister?

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Secara ringkas, ulaskan Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh saya menjawab. Saya amat bersetuju dengan apa yang disebutkan dan saya faham tentang tidak ada jangka masa...

final • 11:40 AM

[Dewan riuh]

Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya

Kalau setuju, mengapa tidak ada tindakan?

final • 11:40 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Sila, sila.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Tindakan sedang diambil. Dalam jawapan saya kepada sidang media, “Saya sedang mengambil tindakan”.

final • 11:40 AM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Akan tetapi Yang Berhormat Menteri selalu menafikan.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang lain duduk dahulu.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu

Saya mengatakan bahawa – maafkan saya. Mohon saya terangkan kepada Dewan. Maafkan saya.

Jadi apa yang saya cuba lakukan ialah “...untuk mendengar semua pihak sebelum memberi penjelasan”. Itu yang saya sebutkan dalam sidang media. Ia telah pun saya muat naikkan di dalam laman Facebook saya dan untuk semua dengar sendiri apa yang telah saya katakan. Saya mesti pertahankan apa kejadian-kejadian buruk yang telah berlaku kepada Datuk Pandelela, kepada mana-mana atlet yang terkesan akibat perkara ini kerana kita mesti pertahankan anak-anak kita dan juga atlet-atlet yang telah mengharumkan nama negara. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Seterusnya pertanyaan-pertanyaan jawab lisan, Yang Berhormat Bintulu tidak ada dalam Dewan, saya ingin menjemput Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 11:40 AM

[Soalan No. 9 – YB. Dato' Seri Tiong King Sing (Bintulu) tidak hadir]

10. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew [Wangsa Maju] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan:

(a) apakah strategi dan pelan untuk membantu Peniaga Kecil Sederhana (PKS) menyelesaikan masalah kekurangan pekerja akibat ramai pekerja asing telah pulang ke negara asal mereka semasa PKP; dan

(b) adakah kerajaan bercadang untuk memudah dan mempercepatkan proses permohonan pekerja asing untuk tempoh sementara supaya masalah kekurangan pekerja dapat diselesaikan dengan segera.

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju yang membangkitkan soalan. Dua soalan yang disentuh di sini.

Saya terus menjawab kedua-dua soalanlah.

Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia telah merancang strategi dan juga pelan bagi membantu peniaga kecil

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim

sederhana (PKS) menyelesaikan masalah kekurangan pekerja akibat pekerja asing yang telah pulang ke negara asal mereka semasa MCO ataupun PKP.

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Timbalan Menteri pakai baju kebangsaan, baju Melayu, hendak menikah kah?

[Ketawa]

final • 11:40 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim

[Ketawa] Inisiatif pertama yang diambil oleh kerajaan bagi menyelesaikan masalah ini adalah Program Pertukaran Majikan. Pihak kerajaan pada 4 Jun 2020 telah bersetuju untuk memberi kelonggaran dalam permohonan pertukaran majikan dengan membenarkan pertukaran dalam sektor yang berbeza iaitu employers cross sector, dengan izin.

Selain daripada itu, mana-mana majikan asal yang tidak mampu untuk menggaji pekerja asing, dibenarkan untuk melepaskan sebahagian pekerja mereka serta tidak akan disenaraihitamkan. Jadi sehingga 30 September 2021, seramai 286 majikan telah membuat permohonan dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 200 permohonan telah disokong oleh KSM dan kelulusan peringkat akhir adalah di peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Manakala bagi program seterusnya iaitu Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) yang diperkenalkan pada 16 November 2020 dan dilaksanakan sehingga 31 Disember 2021. Pihak kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan program RTK ini bagi menangani isu kekurangan tenaga kerja selain daripada pembekuan pengambilan tenaga kerja baharu.

Program ini adalah inisiatif jangka masa pendek bagi meregularisasikan, dengan izin regularized pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam negara menjadi pekerja asing yang sah. We make a legalized for them, dengan izin yang mereka masuk secara haram dan kita dapat kepastian untuk kita legal kan memberi dokumen-dokumen mereka dan kita hantar kepada KDN untuk proses bagi membantu industri mendapatkan tenaga kerja bagi sektor-sektor yang kurang diminati oleh rakyat tempatan. Sejak program ini dimulakan sehingga Ogos 2021, sebanyak 3,858 majikan telah membuat permohonan yang melibatkan 177,776 pekerja asing.

Bagi menjawab soalan yang kedua– sedikit sahaja, pertanyaan kedua daripada Yang Berhormat Wangsa Maju, sejak tahun 2017, permohonan pekerja asing telah dipermudahkan iaitu dibuat secara atas talian yang boleh diakses di mana sahaja keperluan dokumen juga dimuat naik dalam permohonan dan tidak memerlukan penghantaran fail secara fizikal. Sekian, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, soalan tambahan yang pertama, Yang Berhormat Wangsa Maju.

final • 11:40 AM

Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew - Wangsa Maju

Tuan Yang di-Pertua, apabila kerajaan hantar beratus ribu pekerja asing balik ke negara asal mereka, takkan Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia tidak tahu industri kita akan menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja apabila tamatnya PKP dan kilang-kilang dibenarkan beroperasi semula.

final • 11:40 AM

Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew - Wangsa Maju

Apakah Yang Berhormat Menteri buat dalam tempoh masa dua tahun kebelakangan ini untuk mendapatkan penyelesaian masalah yang sudah boleh dijangka.

Sekiranya tujuan kerajaan ialah untuk orang tempatan mengambil alih tempat yang telah dikosongkan oleh pekerja asing, saya ingin tahu apakah rancangan yang telah disediakan untuk menggalakkan orang tempatan mengambil alih kerja pekerja asing? Kalau ya, sejauh manakah rancangan itu mencapai matlamatnya? Sekian.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

final • 11:50 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Terima kasih kepada Yang Berhormat Wangsa Maju yang membangkitkan berkenaan dengan perancangan kerajaan. Itu yang saya katakan tadi, yang pertamanya, kita mengesahkan parti-parti yang ada untuk mereka pergi ke sektor-sektor yang dikehendaki terutamanya— kerajaan juga baru sahaja membuat

final • 11:50 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim

keputusan, apabila kita untuk fokus kepada sektor perladangan yang mana sektor yang kritikal terutamanya perladangan kelapa sawit apabila permintaannya tinggi sekarang ini dan tidak ada pekerja.

Jadi, kerajaan baharu akan membuat satu pengumuman dengan kita membuka untuk kita mengambil pekerja bagi sektor perladangan dalam masa yang terdekat ini. Jadi itu perancangan-perancangan daripada kerajaan. Yang keduanya, kita sebut tadi. Majikan telah memohon. Sebanyak 3,858 majikan yang memohon pekerja untuk sektor-sektor yang ada dalam Malaysia, dengan kita menggunakan program cross sector ini, maka kita memberi peluang kepada majikan untuk mereka mendapat pekerja-pekerja yang ada dalam negara ini yang belum boleh balik, yang banyak lagi akibat daripada MCO.

Jadi walau bagaimanapun, pihak Kementerian Sumber Manusia lebih menumpukan kepada pekerja-pekerja tempatan melalui portal-portal yang kita sediakan seperti mana portal MYFutureJobs yang di bawah GLC di bawah Kementerian Sumber Manusia iaitu PERKESO. Kita sediakan aplikasi ini untuk mereka mendapat kerja-kerja ketika kita selepas pasca MCO ini yang mana kita tengok dengan trend decreasing of figure COVID-19 ini sedang berlaku. Jadi, menggunakan apa yang ada dalam negara kita, bagi kita mengeksploitasikan sepenuhnya PATI iaitu pendatang tanpa izin. Bagi mereka, kita legalize mereka dan mendapat pekerjaan. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 11:50 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Baik, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan.

Saya nak dapatkan penjelasan, apakah langkah-langkah yang dibuat oleh pihak kerajaan dalam menggerakkan kesedaran warga tempatan untuk mengisi tempat-tempat yang ditinggalkan oleh pekerja-pekerja asing. Kita hanya tertumpu untuk hendak mencari pekerja-pekerja asing tetapi saya percaya bahawa kalau dalam sektor kedai makan umpamanya dalam seminggu ini kes kedai mamak yang mengeluh kekurangan pekerja.

Saya melihat bahawa tak munasabah kalau dikatakan bahawa pekerja tempatan tak boleh bekerja di kedai makan. Saya tunjuk contoh Tuan Yang di-Pertua, satu kedai mamak, restoran mamak di Kota Kinabalu, Jamal Salim. Majoriti pekerja dia adalah warga tempatan Sabah. Kedai Mamak BTC di Sabah, dia orang Teluk Intan asalnya. Mamak Teluk Intan, dia buka restoran mamak di Sabah, BTC. Majoriti pekerja dia adalah warga tempatan.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Apa soalannya?

final • 11:50 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Jadi, yang penting sekarang ini bagi saya, menggerakkan kesedaran warga tempatan, pekerja-pekerja ini untuk mengisi kekosongan ini. Ini yang sangat penting. Kalau pilot pun boleh jual mi kari, menunjukkan bahawa mereka ada keinginan untuk bekerja di tempat-tempat, sektor yang dianggap sebagai sektor kotor dan sebagainya.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

final • 11:50 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Terima kasih kepada kakanda, Yang Berhormat Pokok Sena. Saya sangat setujulah dengan pandangan daripada Yang Berhormat Pokok Sena tentang ini dan memang ini sedang kita menggerakkan untuk kita menggunakan pekerja-pekerja tempatan tadi yang disebut terutamanya dalam sektor kedai makan di mana banyak pengusaha kedai makan dan persatuan kedai makan datang berjumpa dengan kami terutamanya di KSM ini, termasuk saya dan juga Yang Berhormat Menteri bagi meluahkan masalah yang mereka hadapi sekarang ini iaitu kekurangan pekerja.

Alhamdulillah sebab itulah dalam program PEMULIH baru-baru ini yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita meletakkan satu program yang dinamakan Malayization. Di situlah kita nak tumpukan bagaimana kita nak bangkitkan, kita nak gerakkan orang-orang tempatan yang kehilangan pekerjaan dan sebagainya yang sebelum ini mereka mendapat gaji yang agak besar di sektor industri dan sebagainya, sektor construction dan kita memulakan dengan kita melancarkan

final • 11:50 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim

program Malayization ini yang kita sebut iaitu kerajaan akan menambah gaji asas yang ada dalam negara kita sekarang ini, paling minimum dengan kita menambah lagi paling kurang minimum, RM500 sebagai satu insentif menarik pekerja-pekerja tempatan untuk bekerja termasuk di sektor kedai-kedai makan ini.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih.

final • 11:50 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Jadi maknanya paling kurang gaji yang mereka akan dapat di antara RM1,800 ke RM2,000 sepertimana yang saya umum baru-baru ini yang diambil short-short dalam TikTok bagi mengatakan gaji daripada RM1,500 ke RM1,200. Tak betul sebenarnya. Kalau mana-mana majikan yang sedang menggaji RM1,200, dalam program ini kita tambah lagi supaya mereka membayar gaji minimum lagi RM500 dan mereka akan mendapat paling kurang RM1,700 ke RM1,800 dengan elaun- elaun tertentu. Ini untuk kita hendak menggalakkan orang-orang tempatan dan inilah yang kita sedang merancang termasuk di kedai-kedai makan ini. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih. Saya nak teruskan, ada satu lagi soalan untuk jawab lisan.

final • 11:50 AM

12. Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan jumlah pertemuan dengan pemimpin agama selain Islam di setiap negeri dibuat mengikut tahun dan apakah perkara yang dibincangkan. Tidak ada institusi khusus mengawal selia keperluan hal ehwal agama bukan Islam. Adakah peruntukan tertentu khusus untuk memenuhi keperluan mereka.

final • 11:50 AM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat dari kawasan Kangar.

Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Perpaduan Negara telah pun mewujudkan Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama ataupun kita namakan sebagai HARMONI selain daripada Islam pada 14 Ogos 2020, tahun lepas. Jawatankuasa HARMONI selain daripada Islam ini Tuan Yang di-Pertua, dipengerusikan oleh saya dan dianggotai oleh 14 orang pemimpin badan-badan agama dan wakil pertubuhan yang telah pun kita kenal pasti yang bermesyuarat dua kali setahun.

Komposisi ahli Jawatankuasa HARMONI selain daripada Islam di bawah KPN ini

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua, adalah seperti berikut

AGAMABILANGAN AHLI JAWATANKUASA
Kristian4
Buddha4
Hindu2
Sikh1
Tao2
Baháʼí1
Jumlah Keseluruhan14

Jawatankuasa kedua Tuan Yang di-Pertua, ialah Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama iaitu HARMONI bersama dengan pihak JAKIM yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Agama bersama dengan saya dan 24 orang pemimpin badan-badan agama ataupun wakil pertubuhan yang dikenal pasti dan komposisi bagi ahli Jawatankuasa HARMONI bersama JAKIM ini adalah seperti berikut:

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua, adalah seperti berikut

AGAMABILANGAN AHLI JAWATANKUASA
Islam10
Kristian4
Buddha4
Hindu2
Sikh1
Tao2
Baháʼí1Jumlah Keseluruhan24
final • 11:50 AM

Fungsi jawatankuasa ini Tuan Yang di-Pertua

(i) membentuk platform pemimpin badan agama, persatuan agama dan lain-lain pihak yang berkaitan;

(ii) memantapkan iklim perhubungan yang baik dalam kalangan pemimpin serta penganut pelbagai agama berteraskan kepada semangat saling hormat-menghormati dan bekerjasama di semua peringkat;

(iii) menggalakkan semua penganut agama memahami dan menghormati Perlembagaan Persekutuan;

(iv) meningkatkan penghayatan rakyat kepada nilai-nilai agama selaras dengan prinsip Rukun Negara;

(v) meningkatkan kefahaman mengenai kepelbagaian agama, budaya dan adat resam agar menjadi sumber kekuatan negara dan masyarakat; dan

(vi) membantu menyelesaikan konflik ataupun salah faham berkaitan dengan isu agama melalui kaedah intervensi dan mediasi.

Di peringkat negeri pula Tuan Yang di-Pertua, terdapat 14 negeri yang telah pun mempunyai jawatankuasa bagi menguruskan hal ehwal agama selain daripada Islam di negeri-negeri. Yang Berhormat, ini ialah kuasa negeri. Jadi, jawatankuasa ini telah pun diwujudkan di negeri-negeri dan jawatankuasa ini dipengerusikan oleh exco-exco yang memegang portfolio perpaduan kaum di negeri masing-masing dan senarai jawatankuasa negeri-negeri ini nanti mungkin saya boleh bagi kepada Yang Berhormat kerana panjang, ada 14 buah negeri secara keseluruhannya.

final • 11:50 AM

Fungsi jawatankuasa ini Tuan Yang di-Pertua

Tuan Yang di-Pertua, kita mengharapkan semoga dengan apa Yang Berhormat telah pun diwujudkan ini akan dapat diadakan pertemuan bersama supaya keharmonian agama itu dapat dilaksanakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Sebagaimana soalan saya ini ada kaitan dengan soalan Yang Berhormat Machang yang lebih awal pagi tadi. Ada soalan saya itu yang belakang itu mungkin Yang Berhormat Menteri belum jawab tentang– sebab institusi khusus sudah dibentuk kata ada jawatankuasa tetapi tidak ada misalnya mandat daripada segi undang- undang dan juga peruntukan yang tertentu khusus untuk keperluan masyarakat selain Islam. Ini kerana, kalau Islam kita ada Majlis Agama Islam di negeri-negeri.

final • 12:00 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, di bawah Jawatankuasa HARMONI ini pun tidak ada apa-apa peruntukan kuasa Yang Berhormat yang diperuntukkan sama ada di bawah Jawatankuasa HARMONI yang dipengerusikan oleh saya, di bawah kementerian ataupun

final • 12:00 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Jawatankuasa HARMONI secara bersama dengan pihak JAKIM. Tidak ada apa-apa peruntukan kuasa. Dia lebih kepada penyelarasan sahaja daripada segi keharmonian.

Akan tetapi, di peringkat kerajaan-kerajaan negeri ini dia lain sikit kerana – contoh tanah ini adalah kuasa kerajaan – saya ingat dia orang tengah bergaduh fasal agama agaknya.

Contohnya tanah. Tanah adalah kuasa kerajaan negeri. Saya bagi contoh Perlis ada Jawatankuasa Induk Rumah Ibadat Bukan Islam, Jawatankuasa Teknikal Rumah Ibadat Bukan Islam. Apa yang saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat, bagi jawatankuasa-jawatankuasa yang telah diwujudkan di peringkat negeri ini, pihak kerajaan negeri boleh mempertimbangkan kepada perkara-perkara – Contohnya pemberi milikan tanah ataupun bab yang berkaitan dengan peruntukan yang perlu disediakan seperti yang wujud di Sarawak di bawah UNIFOR.

Jadi, keputusan-keputusan itu boleh dibuat oleh kerajaan negeri tetapi tidak ada peruntukan kuasa di bawah Jawatankuasa HARMONI yang diwujudkan di peringkat kementerian. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli Yang Berhormat tidak ada soalan tambahan kedua. Ahli Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 12:00 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga dibahas dan diputuskan D.R. 2/2021 Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2021, D.R. 5/2021 Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2021 dan D.R. 6/2021 Rang Undang-undang Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)

(Pindaan) 2021 di nombor 1, 2 dan 3 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Rabu, 27 Oktober 2021”.

final • 12:02 PM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 12:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.

Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 12:02 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Peraturan mesyuarat Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya. Sila peraturan mesyuarat mana?

final • 12:02 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 36(12) yang telah saya bangkitkan pada sesi yang lepas. Untuk makluman Dewan yang mulia ini saya telah menerima sepucuk surat daripada Tuan Yang di-Pertua kepada saya bertarikh 22 Oktober tetapi saya baru terima semalam. Jadi saya ingin ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas surat tersebut dan juga tindakan Tuan Yang di-Pertua minta penjelasan daripada kedua-dua Menteri Pengangkutan dan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) atas isu yang telah saya bangkitkan. Akan tetapi, selepas saya meneliti surat tersebut, saya ingin kata bahawa saya terpaksa untuk tidak bersetuju dengan petua yang telah diberikan oleh Tuan Yang di-Pertua dalam perkara ini.

Ada tiga poin saya yang hendak bangkitkan di sini. Poin yang pertama ialah penjelasan bertulis oleh kedua-dua Menteri tersebut seolah-olah cuba memutarbelitkan jawapan Parlimen Yang Berhormat Menteri KKMM kepada saya pada 5 Oktober dan saya jelaskan. Dalam jawapan Parlimen pada 5 Oktober itu, Yang Berhormat Menteri KKMM telah berkata bahawa pemilihan negara dan keputusan untuk memintas ataupun bypass– ‘Bypass’ ini perkataan yang digunakan oleh Menteri sendiri ya– adalah keputusan syarikat Facebook dan Google dalam Projek Apricot ini.

Faktor yang menyebabkan keputusan tersebut ialah isu pengecualian Dasar Kabotaj yang masih belum selesai. Akan tetapi, dalam penjelasan bertulis oleh kedua- kedua Menteri tersebut mereka telah memutar belit, kononnya yang dimaksudkan dengan isu pengecualian Dasar Kabotaj yang masih belum selesai ialah Jemaah Menteri belum memuktamadkan dasar berkenaan ketika jawapan tersebut diberikan pada 5 Oktober.

Penjelasan ini Tuan Yang di-Pertua tidak masuk akal sama sekali. Ini kerana, ini bermaksud kalau jawapan Yang Berhormat Menteri KKMM pada 5 Oktober jika dibaca dengan menyeluruhnya dengan penjelasan tersebut maka ia akan membawa maksud Facebook dan Google membuat keputusan tidak melibatkan ataupun bypass Malaysia dalam Projek Apricot kerana Jemaah Menteri masih belum membuat keputusan tentang isu pengecualian Dasar Kabotaj. Ini dah – satu percubaan untuk alihkan tiang gol Tuan Yang di-Pertua. Kalau salah kita kena terima, 5-0 pun kita kena terima dan kita baiki. Ini sudah alihkan tiang gol.

Dalam penjelasan– demi untuk menutup kegagalan seorang Menteri kini seluruh Jemaah Menteri termasuk Perdana Menteri sendiri sudah terpalit dengan kegagalan tersebut yang menyebabkan Malaysia tidak dilibatkan dalam Projek Apricot. Kalau macam itu saya hendak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri untuk memberikan penjelasan kerana dua orang Menteri beliau telah menuding jari kepada Jemaah Menteri dalam isu ini.

final • 12:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:02 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Keduanya- ada tiga poin sahaja.

Keduanya, Tuan Yang di-Pertua juga telah menerima alasan Yang Berhormat Menteri Pengangkutan bahawa pengecualian kabotaj hanya terpakai kepada kerja-kerja pembaikan dan bukan pemasangan kabel laut dan oleh itu tidak terpakai dalam Projek Apricot yang merupakan projek pemasangan. Alasan ini juga tidak boleh diterima sama sekali kerana syarikat teknologi akan mengambil kira faktor pembaikan dalam keputusan pemasangan kabel dasar laut itu. Mengikut satu laporan oleh bekas...

final • 12:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Bukit Mertajam kena cepat sikit ya saya ada urusan lain Yang Berhormat.

final • 12:02 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

...Pengerusi MDEC, Datuk Dr. Rais Hussin, kabel dasar laut di Malaysia ini sering kali mengalami kerosakan antara enam hingga sembilan kali setiap tahun dalam tahun kebelakangan ini. Setiap kali berlaku kerosakan akan mengakibatkan kerugian. Dalam kata lain, pemasangan hanya sekali, pembaikan mungkin akan berkali-kali dalam setahun. Jika isu berkaitan pembaikan kabel tidak diselesaikan maka syarikat teknologi seperti Facebook dan Google tidak akan melabur berbilion-bilion untuk pemasangan kabel di negara kita.

final • 12:02 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Ketiga, akhirnya Tuan Yang di-Pertua juga telah menyatakan bahawa Yang Berhormat Menteri Pengangkutan tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa akibat keputusan dasar yang salah oleh beliau dalam isu kabotaj ini, negara kita akan kehilangan pelaburan teknologi tinggi antara RM12 bilion hingga RM15 bilion.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan bahawa ini bukan kenyataan oleh calang-calang orang. Ini kenyataan Datuk Dr. Rais Hussin semasa beliau memegang jawapan sebagai Pengerusi MDEC iaitu sebuah badan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap pembangunan ekonomi digital negara kita. Jika kenyataan Pengerusi MDEC dalam isu yang melibatkan kepakaran badan tersebut boleh dianggap sebagai tidak benar maka apa gunanya fungsi MDEC.

Seterusnya sebuah lagi badan berkaitan kerajaan iaitu MIDF Research juga telah menyatakan bahawa pengecualian Malaysia daripada Projek Apricot telah mengakibatkan negara kita kehilangan pelaburan dan kesalinghubungan (connectivity) dengan izin berkapasiti tinggi melibatkan nilai antara RM1.3 hingga RM1.7 bilion. Ini tidak mengambil kira lagi kerugian-kerugian lain termasuk kerugian daripada pelaburan pusat-pusat data sama ada dalam atau luar negeri.

Jadi jelas di sini bahawa...

final • 12:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Okey, Yang Berhormat cukuplah, cukup, cukup. Terlalu panjang masa saya bagikan...

final • 12:02 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Tiga poin lagi.

final • 12:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

...Kalau tidak puas hati...

final • 12:02 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Jelas saya hendak bagi tahu...

final • 12:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

...Boleh tolong tulis kepada Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:02 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

...Tuan Yang di-Pertua, jelas saya hendak bagi tahu bahawa Menteri telah...

final • 12:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih.

final • 12:02 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

...Memesongkan Dewan yang mulia ini. Saya harap Tuan Yang di-Pertua akan– saya mengulangilah supaya Tuan Yang di- Pertua merujuk Yang Berhormat Menteri tersebut kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan mengikut Peraturan Mesyuarat 36(12).

final • 12:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih.

final • 12:02 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Kalau tidak, Parlimen ini akan dilihat sebagai tidak berdaya untuk mengangkat maruah dan integriti Parlimen sendiri jika Menteri dibenarkan untuk kalih-kalih tiang gol, jika Menteri dibenarkan untuk terus memutar belitkan fakta dan jika Menteri dibenarkan untuk berdegil meneruskan satu dasar yang merugikan negara kita. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. Baik saya minta supaya– ada lagi usul?

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Tuan Yang di-Pertua, semalam saya telah mengemukakan usul untuk keputusan Tuan Yang di-Pertua di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan 18(2).

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat, saya sudah...

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Boleh dapat jawapan esok...

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Jawapan esok.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Okey.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

...Kerana baru terima semalam petang.

final • 12:10 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Okey, terima kasih.

final • 12:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan untuk mengusulkan D.R 2/2021.

final • 12:10 PM
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PINDAAN) 2021 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu akta untuk meminda Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 dibacakan kali kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) ialah sebuah badan berkanun yang diberi kuasa di bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 (Akta 720). Matlamat penubuhan PIDM adalah untuk mentadbir sistem insurans deposit serta sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans di bawah akta ini.

Memperuntukkan insurans terhadap kehilangan sebahagian atau kesemua deposit yang baginya anggota penerima deposit adalah bertanggungan dan memperuntukkan perlindungan terhadap kehilangan sebahagian atau kesemua manfaat takaful atau insurans yang baginya anggota penanggung insurans adalah bertanggungan.

final • 12:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh saya cadangkan buka face mask supaya jelas lagi suara, teruskan.

final • 12:01 PM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Mengadakan insentif bagi pengurusan risiko yang wajar dalam sistem kewangan dan menggalakkan atau menyumbang kepada kestabilan sistem kewangan. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, industri kewangan menjadi semakin kompleks dan dinamik dengan kemunculan teknologi dan inovasi baharu, globalisasi, penukaran demografi serta persekitaran pasaran yang sering berubah. Ini telah memberi peluang dan juga cabaran baharu kepada sektor kewangan di Malaysia.

Oleh yang demikian, PIDM sentiasa menjalankan kajian dan semakan untuk menambah baik akta PIDM supaya lebih efektif, tangkas dan boleh memenuhi keperluan sektor kewangan yang cepat berubah. Kesimpulannya, Rang Undang-undang PIDM

(Pindaan) 2021 ini adalah perlu dan penting untuk membolehkan PIDM memainkan peranannya dan memenuhi mandat dengan lebih cekap dan berkesan.

Semoga dengan pindaan ini akan dapat melindungi kepentingan serta memelihara keyakinan orang ramai terhadap sistem perbankan dan insurans seterusnya mengekalkan kestabilan sistem kewangan di samping merangsang pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

final • 12:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ada sesiapa menyokong?

final • 12:01 PM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 12:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik. Ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

final • 12:01 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat, saya ada menerima 10 orang pembahas dan hari ini kita ada tiga rang undang-undang, jumlah keseluruhan ada 40 orang pembahas. Oleh itu, saya tetapkan setiap pembahas diberikan masa lima minit dan bermula dengan Yang Berhormat Bangi kemudian Yang Berhormat Pasir Mas, kemudian Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Sepang. Sila Yang Berhormat Bangi memulakannya dahulu. Sila.

final • 12:01 PM

Dr. Ong Kian Ming - Bangi

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk melibatkan diri dalam perbahasan ini. Sebagai sedikit latar belakang, saya hendak beritahu Dewan yang mulia ini bahawa saya pernah menjadi intern di MAS bukan Malaysia Airline tetapi Monetary Authority of Singapore pada tahun 1998 semasa Krisis Kewangan Asia atau Asian financial crisis. Pada masa itu, saya telah menulis kertas pendek untuk mengesyorkan penubuhan skim insurans deposit ataupun deposit insurans skim di Singapura serupa dengan Federal Deposit Insurance Corporation di Amerika Syarikat yang telah ditubuhkan untuk menyelesaikan isu savings and loan dalam dekad 80-an.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Perbadanan Insurans Deposit Malaysia

(PIDM) telah ditubuhkan pada Ogos 2005 iaitu beberapa bulan sebelum penubuhan Deposit Insurance Scheme Corporation di Singapura pada Oktober 2005. Dalam hal ini, saya hendak mengucapkan tahniah kerana kami lebih proaktif berbanding dengan Singapura untuk isu ini.

Saya hendak mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan tiga soalan yang melibatkan pindaan Akta PIDM 2011. Walaupun soalan-soalan ini mungkin lebih sesuai untuk dikemukakan semasa perbahasan peringkat Jawatankuasa, saya ingin memberi penjawat awam lebih masa untuk menyediakan jawapan kepada soalan-soalan ini, jadi saya membangkitkan isu ini sekarang.

Isu yang pertama ialah berkenaan dengan komposisi lembaga pengarah PIDM ataupun board of directors. Saya memang menyokong klausa empat pindaan ini iaitu untuk menyatakan dengan lebih terperinci kepakaran dan juga latar belakang yang diperlukan untuk dilantik sebagai ahli lembaga pengarah PIDM serta pelantikan pengarah ganti sekiranya pengarah yang dilantik tidak dapat menghadiri mesyuarat lembaga pengarah.

Keahlian semasa untuk lembaga pengarah PIDM sememangnya saya rasa adalah orang yang pakar dan terdiri daripada individu yang mempunyai pengalaman yang relevan daripada sektor awam dan juga swasta. Saya juga perlu menyatakan bahawa lima daripada sembilan orang pengarah adalah wanita. Jadi, tahniah kerana kita ada majoriti wanita dalam lembaga pengarah PIDM.

Akan tetapi, saya ingin menegaskan bahawa tujuh orang daripada sembilan orang pengarah yang dilantik adalah lantikan Menteri Kewangan termasuk pengerusi. Tadi Timbalan Menteri telah mengatakan bahawa sistem kewangan dan juga landskap kewangan amat rumit sekarang dan saya rasa memandangkan bahawa PIDM mempunyai 42 buah bank dan 50 buah syarikat insurans sebagai ahlinya, bukankah lebih sesuai untuk industri bank dan industri insurans melalui persatuan industri mereka seperti Association of Banks in Malaysia (ABM), Persatuan Insurans Hayat Malaysia ataupun Life Insurance Association of Malaysia dan juga Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) untuk melantik wakil mereka kepada lembaga pengarah.

Saya rasa ada ramai pesara bank dan juga insurans yang ada pengalaman yang sesuai untuk menjadi lembaga pengarah untuk mewakili sektor-sektor insurans dan juga perbankan kerana pengalaman mereka boleh digunakan untuk mengawal selia industri ini dengan lebih baik. Saya juga hendak menyatakan bahawa seksyen 11 dalam akta ini hanya menyatakan bahawa sekurang-kurangnya seorang sahaja daripada ahli lembaga yang dilantik oleh Menteri harus mempunyai pengalaman dalam sektor perbankan ataupun kewangan yang berkaitan.

final • 12:14 PM

Dr. Ong Kian Ming - Bangi

Memandangkan kerumitan kedua-dua sektor perbankan dan juga insurans yang juga boleh dibahagikan kepada insurans hayat ataupun life insurance dan juga bukan hayat, bukankah lebih baik untuk menambah bilangan wakil industri untuk mencerminkan landskap kewangan yang lebih rumit sekarang.

Soalan yang kedua ialah berkenaan dengan membenarkan perbadanan lembaga meminda wang daripada satu kumpulan wang kepada satu kumpulan wang yang lain.

Saya bersetuju dengan klausa sembilan iaitu untuk meminda seksyen 28 akta ini supaya boleh memberi lebih fleksibiliti kepada perbadanan ataupun cooperation untuk mengalihkan wang daripada satu kumpulan ke kumpulan yang lain apabila diperlukan.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sekarang terdapat enam kumpulan wang insurans deposit yang diuruskan oleh PIDM iaitu deposit Islam, deposit konvensional, takaful keluarga, takaful am, insurans hayat dan juga insurans am. Kadar penyusutan sesetengah dana ini mungkin lebih cepat daripada yang lain kerana kemungkinan mesti bayar kepada pendeposit apabila ada sesebuah syarikat yang ada masalah.

Akan tetapi persoalan yang saya hendak kemukakan ialah apakah mekanisme dalam PIDM untuk menganalisis dan juga memutuskan keperluan untuk mengalihkan wang daripada satu kumpulan wang kepada kumpulan wang yang lain? Adakah terdapat jawatankuasa berasingan selain daripada jawatankuasa audit, tadbir urus dan imbuhan yang mempunyai mandat dalaman ataupun internal mandate untuk meneliti kesan pembiayaan yang berkaitan dengan peralihan wang daripada satu kumpulan wang ke kumpulan wang yang lain.

final • 12:14 PM

Dr. Ong Kian Ming - Bangi

Saya minta Yang Berhormat Menteri menjelaskan isu ini. Last sekali isu yang ketiga ialah berkaitan dengan Skim Pemindahan Perniagaan (Business Transfer Scheme) yang merupakan istilah yang baharu yang diperkenalkan dalam pindaan ini. Skim Pemindahan Perniagaan kita boleh cari dalam fasal 12, fasal 13, fasal 17, fasal 23, fasal 27. Saya hendak Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk memberi contoh khusus tentang keperluannya untuk memasukkan Skim Pemindahan Perniagaan di bank ataupun di syarikat insurans untuk tujuan perlindungan deposit.

Adakah pindaan baharu ini adalah untuk kes di mana bank ataupun syarikat insurans menubuhkan anak syarikat baharu dan memindahkan sebahagian daripada deposit sedia ada mereka kepada anak syarikat baharu ini ataupun pindaan ini mengambil kira aktiviti mergers and acquisition (M&A) yang melibatkan bank dan syarikat insurans.

Sebagai contoh diumumkan pada Jun 2021 bahawa syarikat insurans Itali, Generali akan memperoleh pegangan majoriti (majority control) dalam AXA Affin dan juga merancang untuk meningkatkan pegangan dalam MPI Generali Insurans daripada 49 peratus kepada 100 peratus. Jadi, saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh jawab ketiga-tiga soalan ini. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Bangi. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 12:20 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sudah kita ketahui satu badan berkanun yang bertanggungjawab bagi mentadbir urus sistem insurans deposit bagi melindungi pendeposit. Peranannya juga melengkapi Bank Negara Malaysia telah menyumbang kepada sistem kewangan yang lebih stabil dengan cara menggalakkan pengurusan risiko berhemat dalam kalangan ahli.

Saya ingin menekankan soal pendidikan kewangan kerana dalam masa pada sama kita memahami tujuan asal badan berkanun ini, saya berpendapat bahawa ada keperluan untuk PIDM menjadi salah satu peneraju anak muda dalam soal pendidikan kewangan. Kerajaan harus sedar dan lihat bahawa pendidikan kewangan adalah asas kepada mentaliti anak muda yang mampu meningkatkan produktiviti negara.

final • 12:21 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Seandainya anak muda bijak berbelanja, menyimpan dan pandai menguruskan kewangan, barangkali anak muda ini jugalah yang akan memulakan perniagaannya sendiri dengan lebih pantas. Malahan, pengurusan kewangan ini juga mampu untuk menyentuh topik hutang perniagaan yang boleh juga menjadi peneraju kepada mentaliti masyarakat ke arah keusahawanan.

Saya merujuk kepada beberapa berita yang telah dibangkitkan berhubung dengan peranan PIDM sendiri yang mana PIDM mengeluarkan ataupun PIDM mengambil berat berkenaan berhubung dengan kes-kes penipuan kewangan dan tidak akan melindungi penipuan kewangan. Banyak kes telah berlaku berkaitan dengan sindiket penipuan yang melibatkan pendeposit-pendeposit PIDM.

Perkara ini berkait rapat dengan soal pendidikan kewangan. Ia bukanlah satu perkara baru malah satu isu kitar semula yang berlaku saban tahun dalam apa jua sektor kerajaan. Malahan, pembocoran maklumat di peringkat syarikat juga sering kali berlaku yang melibatkan semua lapisan masyarakat sama ada di bandar mahupun luar bandar.

Saya percaya PIDM sebagai salah satu badan berkanun yang diberikan mandat salah satunya mempromosikan kestabilan sistem kewangan negara turut perlu menunjukkan keprihatinan terhadap isu seperti ini. Kerajaan mahupun PIDM haruslah tegas dalam usaha membanteras usaha mengelakkan sindiket penipuan dilakukan menggunakan nama PIDM. Kalaupun kerajaan harus memberikan suntikan bagi menggalakkan kempen kesedaran ini, saya percaya ia lebih baik dan tetap baik dari sudut ekonomi periuk nasi rakyat.

Rakyat perlu disedarkan dengan pelbagai kaedah yang digunakan oleh sindiket untuk melakukan penipuan. Ada yang menggunakan kaedah saman, gift card, penyertaan pertandingan dan sebagainya. Walaupun asasnya setiap orang yakin dirinya tidak tertipu, hakikatnya kaedah yang pelbagai ini tetap menjerat rakyat kita. Justeru, peranan kerajaan mahupun PIDM kestabilan sistem kewangan negara bukan sahaja perlu dinilai kepada bagaimana wang pendeposit stabil dan rakyat bebas risiko kemalangan tetapi juga perlu dinilai dengan aspek lebih kualitatif seperti bilangan yang mahir menguruskan kewangannya sendiri.

Saya mencadangkan beberapa perkara. Pertama, pendidikan kewangan berterusan terhadap anak muda, jadikan ia satu subjek. Walaupun ia tidak wajib tetapi ia perlu diajar di universiti-universiti dan juga kolej-kolej bagi menyediakan anak muda kepada suasana pengurusan kewangan sendiri supaya mereka tidak terjebak dengan isu scammer dan sebagainya dengan izin.

Kedua, hasrat pindaan ini untuk mengira premium pertama pendeposit Islam dan konvensional akan dikira secara berasingan. Saya merujuk kenyataan Yang Berhormat Timbalan Menteri sebelum ini. Satu hasrat yang baik. Modul pembelajaran peperiksaan berhubung kewangan Islam perlu dilaksanakan secara kepada berterusan kepada pengamal industri sama ada secara atas talian mahupun secara offline.

Pengalaman saya dalam perjuangan untuk memperkenalkan pembiayaan secara shariah compliance dalam institusi-institusi tertentu, kita hendak memperkenalkan pembiayaan pinjaman secara shariah compliance. Masih ramai yang tidak faham berhubung dengan kewangan Islam. Jadi, sektor kewangan Islam pada masa ini walaupun berkembang dengan pesat tetapi masih terlalu kecil berbanding dengan potensinya yang sebenar. Pasaran sektor ini ke atas umat Islam seluruh dunia ini masih belum diterokai sepenuhnya.

Justeru hasrat pindaan ini untuk membuat kiraan yang berasingan di antara konvensional dengan islamik adalah satu hasrat yang baik ke arah mendedahkan kepada rakyat berhubung dengan potensi kewangan Islam yang sebenar di mana Islam meletakkan isu kewangan ini satu isu yang penting. Al-Quran sendiri ayat yang paling panjang di dalam Al-Quran ialah berkenaan dengan ayat hutang piutang. Selok-belok hutang-hutang ini dijelaskan terperinci dalam al-Quran berhubung dengan kewangan seperti pusaka dan sebagainya. Ia dijelaskan secara terperinci. Ini bermaksud bahawa soal kewangan bukan satu soal yang remeh di dalam Islam.

Saya juga ingin mohon penjelasan, saya tahu bahawa PIDM boleh dengan kelulusan Yang Berhormat Menteri Kewangan menamatkan keahlian setiap –Sekiranya

final • 12:21 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Bank Negara Malaysia meletakkan bahawa sesebuah institusi ahli telah menjadi atau akan menjadi tidak berdaya maju. Institusi itu boleh ditamatkan keahliannya. Justeru pertanyaan saya berapakah jumlah institusi kewangan yang telah ditamatkan keahlian akibat tidak berdaya maju khususnya ketika berdepan dengan wabak pandemik COVID- 19?

Kedua, berapakah saiz peratus kewangan Islam terutamanya dalam bidang insurans dibandingkan dengan kewangan konvensional? Ketiga, kita tahu bahawa jumlah deposit yang dilindungi oleh PIDM ialah RM250 ribu sahaja. Adakah kerajaan berhasrat untuk menaikkan lagi jumlah perlindungan deposit ini bagi memberikan lebih jaminan kepada para pendeposit? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:21 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Subang.

final • 12:21 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Tuan Yang di-Pertua terima kasih memberi peluang kepada saya untuk membahaskan perkara ini iaitu tentang PIDM. Tuan Yang di-Pertua, saya telah meneliti ketiga-tiga komponen rang undang-undang ini dan saya setuju dengan kesemua pindaan-pindaan tersebut. Namun, saya ada satu, dua persoalan dan juga pandangan yang saya ingin kongsikan.

Komponen pertama iaitu berhubung dengan pelantikan pengarah termasuk alternate director dan keperluan memastikan adanya diversity of expertise ini adalah pindaan yang baik dan akan memberi pelbagai pandangan berlainan mengenai pengurusan PIDM juga investment portfolio strategy PIDM.

Komponen kedua perkara meningkatkan tafsiran premium dan levi untuk institusi anggota baharu. Saya juga tidak ada isu besar mengenai perkara ini. Cuma, ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri sekiranya premium yang dikenakan sesuatu anggota itu adalah terlalu tinggi. Kalau premiumnya terlalu tinggi apakah proses rayuan terhadap premium tersebut? Apakah kriteria terperinci untuk mengenal pasti apakah premium yang berpatutan kepada setiap satu anggota PIDM sama ada bank ataupun syarikat insurans? Adakah kriteria ini diterbitkan secara awam?

Komponen ketiga mengenai sebuah institusi baru yang terlahir akibat penggabungan dua entiti melalui mergers and acquisitions. Semasa saya bekerja sebagai peguam korporat sebelum menjadi Ahli Parlimen, saya ada sedikit sebanyak pengalaman dalam perkara mergers and acquisition syarikat-syarikat tetapi M&A ini antara bank dan institusi kewangan adalah memang sesuatu yang jarang, sangat jarang berlaku.

Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, apabila dua entiti kewangan merge, satu adalah anggota PIDM dan satu lagi bukan anggota PIDM. Selepas merger itu menjadi entiti kewangan yang baharu yang lebih besar, apakah faktor yang akan diambil PIDM untuk menentukan tahap premium baru yang dikenakan? Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ada dua soalan dasar lagi yang saya ingin dan saya harap Yang Berhormat Menteri boleh memberi jawapan baik. Setahu saya ekosistem perbankan di bawah kawalan Bank Negara adalah baik dan cukup konservatif. Oleh itu,sejak PIDM ditubuhkan pada tahun 2005 setahu sayalah, tidak ada bank ataupun syarikat insurans yang telah menghadapi krisis besar ataupun mengalami dengan izin, bank run. Tidak adapun institusi kewangan yang totally collapsed ataupun menjadi bankrap. Oleh itu, PIDM telah dapat menyimpan dan mengumpul dana yang cukup besar daripada premium tahunan anggota-anggotanya.

final • 12:27 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Soalan dasar pertama, berapa besar kah dana yang terkumpul sampai sekarang?

Adakah ia RM1 bilion, RM5 bilion ataupun RM10 bilion? Minta Yang Berhormat Menteri memberi maklumat ini.

Soalan kedua, apakah investment philosophy dan strategi dana ini? Adakah dana ini hanya boleh membeli bon kerajaan? Berapa peratus digunakan untuk MGIS? Adakah

final • 12:30 PM

Tuan Wong Chen - Subang

PIDM diberikan mandat untuk membeli saham lain dan berapa peratus dibenarkan untuk pembelian saham-saham di Bursa Malaysia?

Adakah investment strategy ini boleh dipantau dan disoal tanya oleh anggota PIDM? Adakah ia subject to Parliament oversight dengan izin to whom is PIDM’s investment performance ultimately accountable to? Soalan ini penting kerana PDIM ini adalah lebih kurang macam EPF di mana asal wang adalah bukan kepunyaan kerajaan tetapi kepunyaan depositors dan dalam kes PIDM berpunca dari premium yang dibayar oleh anggota-anggotanya.

Akan tetapi seperti EPF, Menteri Kewangan mempunyai kuasa yang boleh mempengaruhi pengurusan pelaburan dana-dana. Dalam kes EPF juga duit EPF pernah diguna untuk buat national service membeli MGIS dan juga masa pentadbiran Yang Berhormat Pekan digunakan untuk membeli saham FGV dan pelaburan tersebut malangnya telah mengalami kerugian besar.

Apa yang berlaku di EPF tidak patut berlaku kepada PIDM. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua saya minta Yang Berhormat Menteri memberi jawapan, apakah dengan izin what are the mechanisms for oversight, so to make PIDM fully accountable for its investments?

Paling akhir saya ingin mendapat satu jaminan daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan bahawa dana premium terkumpul PIDM ini tidak boleh digunakan oleh kerajaan seperti apa yang telah berlaku kepada dana KWAN sebanyak RM5 bilion untuk diguna pakai membeli vaksin. Harap Menteri memberi penjelasan baik, sempurna atas soalan-soalan saya. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Subang. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Tebrau.

final • 12:30 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, mengizinkan untuk sertai perbahasan RUU ini. Tuan Yang di-Pertua, sebelum Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia dikuatkuasakan pada tahun 2015, individu atau entiti perniagaan mengalami risiko kehilangan wang deposit seperti akaun semasa, akaun simpanan deposit tetap dan deposit mata wang asing.

Dengan penguatkuasaan akta tersebut, perlindungan daripada kehilangan wang deposit tersebut termasuk sijil takaful dan polisi insurans takaful telah diwujudkan. Dengan langkah yang telah diambil oleh kerajaan pada ketika itu bukan sahaja pendeposit atau pemilik sijil takaful dan polisi insurans diberi perlindungan percuma malah industri bank konvensional dan takaful dapat manfaat daripada akta tersebut.

Pendeposit tempatan tidak perlu simpan duit lebih di bawah bantal, tanam di bawah tanah atau simpan dengan kawan yang boleh dipercayai. Pendeposit dari luar negara pun ada keyakinan untuk menyimpan wang di negara kita atas sebab faedah atau pulangan yang lebih tinggi dan ada jaminan tidak akan kehilangan wang deposit mereka.

Bank-bank Malaysia mengalami pelonjakan wang deposit yang ketara. Ini membolehkan bank-bank untuk bertambah pinjaman kepada entiti-entiti perniagaan yang memerlukan dana untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan faedah yang munasabah.

RUU ini bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara antara lain yang berhubung dengan pelantikan pengarah silih ganti berhubung dengan pengarah ex-officio meningkatkan penaksiran premium dan levi bagi institut anggota baharu dan institusi anggota yang terlibat dalam satu penggabungan kuasa untuk merancang resolusi yang berkesan. Langkah ini akan memperkukuhkan peranan dan kuasa Perbadanan Insurans Deposit Malaysia bagi menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab mereka yang lebih efektif.

Tuan Yang di-Pertua, bank-bank pada zaman sekalian telah wujudkan banyak jenis produk seperti saham amanah, gold investment dan lain-lain yang tidak dilindungi di bawah akta tersebut.

final • 12:32 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia hendaklah sentiasa mengikuti perkembangan jenis produk bank yang diperkenalkan dari semasa ke semasa supaya perlindungan pelabur atau pendeposit tidak diabaikan.

Saya ingin mencadangkan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia bekerjasama dengan Bank Negara dan bank-bank untuk mengkaji kemungkinan memberi perlindungan kepada pemegang saham amanah dan produk-produk yang takrifan sedia ada. Ini adalah untuk menjamin industri bank makin berkembang.

Saya juga berharap Perbadanan Insurans Deposit Malaysia akan bekerjasama dan mengkaji selalu fungsi mereka supaya industri bank-bank Malaysia akan berkembang dengan baik dan pendeposit-pendeposit dapat perlindungan yang baik. Itu sahaja daripada saya, saya bercadang menyokong RUU ini, terima kasih.

final • 12:32 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Tebrau. Sekarang saya jemput seterusnya Yang Berhormat Sepang.

final • 12:32 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk turut sama berbahas mengenai pindaan ke atas Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011.

Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab di peringkat dasar saya ingin pertamanya menyentuh bahawa secara umumnya Tuan Yang di-Pertua kita tahu bahawa dalam skim insurans ini biasanya selalu dijanjikan janji-janji yang indah semasa mereka ingin mendapatkan orang-orang untuk menandatangani proposal form untuk ambil insurans dalam bahasa mudahnya.

Akan tetapi, apabila tiba ketika waktu untuk membayar pampasan dan sebagainya ketika itulah selalunya pihak insurans ini dia akan mencari alasan apa sahaja untuk membolehkan mereka tidak bayar.

Tuan Yang di-Pertua, sahabat saya Yang Berhormat Bangi dan juga Yang Berhormat Subang mereka ini adalah terlibat banyak dengan syarikat-syarikat korporat tetapi saya Tuan Yang di-Pertua sepanjang saya menjadi peguam hampir 25 tahun, Tuan Yang di-Pertua saya banyak mewakili rakyat yang melarat.

Saya bukan lawyer’s wall street, saya adalah lawyer on the street. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya bercakap ini kerana saya bercakap untuk pihak rakyat. Tuan Yang di- Pertua, idea mengadakan Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia ini adalah untuk membolehkan sekiranya bank-bank menjadi klien kepada PIDM ini, sekiranya mereka menghadapi masalah wang yang didepositkan dalam bank-bank mereka itu iaitu wang rakyat tidak akan terlepas begitu sahaja maknanya ada satu pampasan sehingga ke— walaupun diletakkan tadi kata Yang Berhormat Pasir Mas sehingga RM250,000 betul.

Mungkin saya bersetuju dengan Yang Berhormat Pasir Mas kemungkinan boleh kita fikirkan untuk tambah jumlah itu kerana mereka yang deposit wang itu mungkin mendepositkan wang lebih daripada RM250,000.

Jadi kita mungkin kena fikir pada waktu ini khususnya di waktu-waktu COVID ini.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya berasakan bahawa kalau kita betul ingin mengkaji PIDM ini. Saya dapati memang satu massive amendment. Secara prinsipnya saya tidak ada masalah sangat dengan segala pindaan itu. Akan tetapi, saya ingin supaya pihak yang terlibat ini untuk membuat satu mungkin sudah sampai masanya untuk kita betul-betul buat satu seminar untuk membolehkan satu skim insurans yang baru untuk kita tawarkan yang lebih bersifat equitable dengan izin dan juga fair kepada semua pihak.

final • 12:37 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ini sebab Tuan Yang di-Pertua, selalunya dalam kes insurans ini, ramai pihak yang menulis mengatakan bahawa dia adalah satu skim di mana tidak adanya satu level playing field, tidak sama rata. Padang tidak sama rata.

Saya hendak beri contoh Tuan Yang di-Pertua dalam insurans-insurans biasa, banyak kes di mahkamah Tuan Yang di-Pertua, mereka sudah bayar premium, mereka

final • 12:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

sudah sign proposal form, tetapi tiba-tiba dinafikan untuk mendapat wang pampasan bila berlaku kecelakaan kepada pihak yang telah pun membuat satu permohonan untuk mendapatkan insurans itu.

Alasannya contoh Tuan Yang di-Pertua, memang Tuan Yang di-Pertua, dalam kontrak insurans ini, ada satu maxim, legal maxim ataupun istilah Latin ialah satu kontrak yang dipanggil berdasarkan dalam bahasa Latinnya, “uberrimae fidei” iaitu contract based on utmost faith. Maknanya kamu mesti mendedahkan segala-gala maklumat yang material dalam tawaran kamu untuk mendapatkan kontrak insurans itu.

Akan tetapi biasanya Tuan Yang di-Pertua, apa yang berlaku ialah pihak insurans ini melalui dia punya insurance agent ini, kadangkala mereka Tuan Yang di-Pertua, bersikap tidak adil kerana selepas orang sudah sign proposal form itu Tuan Yang di- Pertua, mereka letak pula satu clause baharu iaitu sebarang non-disclosure of material fact, akan membatalkan insurans itu. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, cara mereka menafsirkan perkataan non material fact itu selalunya bersifat arbitrary. Kadang-kadang pihak yang sign itu tidaklah kata orang itu tidak mendedahkan material facts, itu adalah non material fact, tetapi mereka tafsirkan itu sebagai material fact. Dalam undang-undang Tuan Yang di-Pertua, kalau sekiranya kita gagal mendedahkan material facts, the most adalah dipanggil kontrak itu adalah voidable, bukan void. Have an issue. Bukan dari awal lagi dia sudah batal, dia voidable sahaja. Dalam bahasa lingua franca sistem perundangan Islam mereka kata ialah kontrak yang fasid, ‘fa’ ‘alif’ ‘sin’ ‘dal’, fasid. Dia bukan satu kontrak yang langsung terbatal. Akan tetapi apa yang berlaku, pihak mahkamah pun kadang-kadang sering lebih memihak kepada pihak insurans, menafsirkan sehinggakan kontrak itu dianggap kontrak yang tidak sah.

Akhirnya...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Minta rumuskan.

final • 12:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Jadi Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks ini saya harap rakyat itu Tuan Yang di-Pertua, mesti dilindungi. Jadi saya harap Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab kontrak ini melibatkan dengan bank, saya harap pihak bank ini betul-betul menjaga kepentingan rakyat. Pihak bank ini syarikat-syarikat besar, PIDM pun besar, dikawal oleh kerajaan pula.

Akan tetapi rakyat di bawah Tuan Yang di-Pertua, mereka tidak ada perlindungan kalau sekiranya katakan PIDM enggan membayar, mereka tidak ada perlindungan. Jadi saya harap Tuan Yang di-Pertua, supaya kalau bolehlah, kena buat satu perubahan yang lebih besar untuk memastikan sebarang pendeposit dalam mana-mana perbankan ini, pastikan mereka betul-betul selamat bila mereka memasukkan duit mereka ke dalam bank.

Terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya minta Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh saya minta juga pihak kerajaan mungkin boleh memikirkan untuk mewajibkan juga sebagai contoh, badan-badan berkanun seperti Lembaga Tabung Haji yang juga menerima deposit ataupun mengambil deposit daripada rakyat, supaya mereka ini juga– Buat masa sekarang yang saya tahu, mereka tidak diwajibkan untuk menginsuranskan.

Jadi, saya harap pihak kerajaan mungkin boleh memikirkan bagaimanakah supaya mereka juga ataupun semua pihak yang terlibat dalam menerima deposit wang daripada orang ramai ini, mesti wajib untuk menginsuranskan dengan PIDM. Sekian, terima kasih.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Dungun. Kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Bukit Bendera. Kemudian Yang Berhormat Kuala Krai, kemudian Yang Berhormat Hulu Langat digantikan oleh Yang Berhormat Sungai Petani dan yang terakhir Yang Berhormat Beruas. Saya jemput Yang Berhormat Dungun.

final • 12:40 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

*Bismillahi Rahmani Rahim.

[Membaca sepotong doa]* Di dalam ayat 283, sebahagian daripada ayat itu ialah dalam

final • 12:44 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

surah Al-Baqarah, [Membaca surah Al-Baqarah: Ayat 283] iaitu “barang yang dipegang sebagai jaminan”. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya pertamanya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi keizinan untuk saya mengambil bahagian dalam membahaskan Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2021.

Isu yang berkait dengan rang undang-undang pindaan PIDM ini ialah bagaimana kita melihat asas dasar jaminan yang diberikan oleh pihak bank dan juga syarikat-syarikat insurans, jika sekiranya berlaku bank dalam kebankrapan atau syarikat insurans dalam kebankrapan dan hilang daripada segi deposit yang dibuat oleh para pendeposit di bank dan juga surat-surat insurans.

Akan tetapi realitinya ialah bank-bank dan syarikat-syarikat insurans di Malaysia, sejak Akta PIDM 2011 iaitu Akta 720, tidak ada yang mengalami kerugian atau bankrap yang menyebabkan jaminan PIDM menerusi Akta 720 menjadi jaminan kepada akaun pendeposit iaitu Deposit Insurance System dan Takaful and Insurance Benefits Protection System, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Oleh sebab itu, apabila bank atau syarikat-syarikat insurans menjadi ahli kepada PIDM, maka barulah pendeposit-pendeposit di dalam kedua-dua sistem perbankan atau insurans ini mendapat jaminan. Soalnya ialah perlindungan dibuat terhadap institusi yang besar, perbankan dan juga institusi syarikat insurans. Soal yang penting ialah bagaimana jika sekiranya ia hanya melibatkan pendeposit-pendeposit?

Isu yang berkenaan dengan hari ini, kehilangan wang oleh pendeposit yang bukan daripada pihak bank seperti yang ada jaminan dalam PIDM, scam sebagai contoh.

Mengapa tiada perlindungan terhadap pendeposit tersebut? Pemindahan wang yang dilakukan oleh pihak lain yang tanpa persetujuan dan pengetahuan pendeposit. Begitu juga pengeluaran wang di ATM oleh pihak lain yang juga sehingga hari ini, kita dapati tidak ada jaminan yang boleh diberikan, berbeza dengan PIDM punya akta. Oleh itu juga, kita dapati bagaimana hari ini, unit trust seperti amanah saham dan juga perbankan sekarang juga sudah mula dalam pelaburan emas. Itu juga kalau hilang daripada pihak pendeposit, maka hilanglah segala-galanya.

Akhir, saya pohon supaya diberikan data-data bank atau syarikat insurans yang menjadi ahli kepada PIDM ini. Ini kerana bagaimana kedudukan bank koperasi atau bank pertanian atau yang lain-lain kerana mereka juga mengutip deposit daripada pendeposit.

Pohon penjelasan dan saya menyokong rang undang-undang pindaan bagi PIDM ini.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:44 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Bukit Bendera.

final • 12:50 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin berbahas terhadap pindaan Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011.

Seperti yang kita ketahui bahawa akta ibu ini telah menyatakan dengan jelas untuk mengadakan peruntukan bagi kewujudan berterusan PIDM dan pentadbiran sistem insurans deposit dan sistem perlindungan manfaat takaful dan insurans di bawah akta ini.

Saya membaca Laporan Tahunan PIDM dan saya dapati bahawa dalam laporan tersebut menyatakan bahawa financial results total comprehensive income for the financial year 2020 iaitu untuk deposit insurance funds RM209 bilion dan takaful and insurance fund benefit protection fund RM84 bilion. Itu adalah jatuh ataupun kurang banyak berbanding dengan tahun 2019. Kedua-dua funds tersebut pada tahun 2020 RM293 juta tetapi pada tahun 2019 sebenarnya adalah RM504 juta.

Oleh itu, ia jatuh lebih kurang RM200 lebih juta. So, saya minta satu penjelasan daripada Menteri apa terjadi terhadap pendapatan ataupun income daripada kedua-dua funding ini walaupun secara total deposit untuk insurance fund berakhir tahun 2020

final • 12:50 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

sebanyak RM2.9 bilion, untuk takaful dan insurance fund RM1.89 bilion. Saya hendakkan penjelasan daripada Menteri.

Saya juga membaca laporan ini bahawa deposit yang dilindungi oleh Akta PIDM terjumlah kepada 30 peratus total deposit insure in full iaitu 96 peratus total depositor.

Untuk life insurance 99 peratus, syabas. Untuk general policy 96 peratus. Oleh itu, untuk bank dan juga general policy hanya 96 peratus. Saya ingin mencadangkan supaya coverage untuk RM250,000 per depositor per member bank untuk akaun bank dan juga insurans polisi RM500,000 for insure benefit per insurance member dinaikkan supaya untuk memberikan perlindungan lebih kepada depositor dan juga insurance policy holder. Ini supaya ia boleh mencecah kepada satu angka yang lebih tinggi daripada 96 peratus, barangkali 99 peratus. Memandangkan bahawa kita telah— PIDM mencapai satu result yang baik tetapi kita hendak juga casting the safety net bigger supaya pendeposit- pendeposit boleh mendapat perlindungan yang lebih tinggi, mungkin RM300,000 atau RM400,000 tertakluk kepada kajian teknikal dan kewangan oleh pihak PIDM.

Saya juga ingin menyatakan bahawa sistem kewangan kita telah berkembang dengan begitu maju sekali. Deposit-deposit bukan sahaja dimasukkan dalam bank, bukan sahaja untuk insurans polisi atau takaful tetapi juga perkembangan terbaharu eWallet tetapi kita tidak menawarkan apa-apa perlindungan— PIDM tidak menawarkan apa-apa perlindungan terhadap deposit eWallet sama ada dalam bentuk deposit Touch ‘n Go, GrabPay, Alipay, FY e-wallet dan sebagainya.

Perkembangan terkini untuk electronic money, wang dimasukkan dalam electronic money. Bank Negara telah keluarkan exposure draft untuk electronic money (e- money). Apakah protection yang kita tawarkan untuk deposit-deposit dalam bentuk eWallet? Apakah protection atau perlindungan yang kita tawarkan untuk electronic money? Buat masa ini tiada. So, apa saya ingin minta supaya...

final • 12:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Penjelasan. Yang Berhormat Bukit Bendera, sikit ya.

final • 12:50 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Ya silakan.

final • 12:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih. Saya tertarik dengan perbahasan Yang Berhormat Bukit Bendera tentang eWallet dan sebagainya. Kita tahu bahawa masa depan adalah masa depan fintech. Fintech ini ia ada banyak bank, online dan sebagainya. Saya difahamkan bahawa Bank Negara tengah mempertimbangkan beberapa syarikat untuk memberikan status e-banking kepada syarikat-syarikat yang tengah memohon seperti AirAsia pun memohon, Grab juga memohon.

Jadi, ini adakah ia tertakluk dan akta ini adakah mencukupi untuk menjamin bank- bank dan juga maybe insurance company, online insurance company pada masa depan.

Saya mohon penjelasan daripada Menteri, mohon dimasukkan dalam ucapan Yang Berhormat Bukit Bendera. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Sila Yang Berhormat Bukit Bendera.

final • 12:50 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Saya rasa satu— itulah kekurangan dari segi perundangan menghadapi cabaran terbaharu dalam bentuk digital banking dan juga e-money dan sebagainya. Saya juga ingin meminta supaya kementerian, Yang Berhormat Menteri Kewangan dan juga PIDM untuk membuat benchmark terhadap hak-hak perlindungan kita, selari dengan International Association of Deposit Insurers (IADI) untuk benchmark performance kita terhadap international standard dan juga supaya memastikan bahawa perlindungan deposit dan juga insurans polisi dan takaful polisi ini boleh benar-benar melindungi kepentingan rakyat semaksimum yang mungkin dengan kos yang minimum. Itu sahaja ucapan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai sebelum kita berhenti rehat. Sila.

final • 12:50 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Bismillahi Rahmani Rahim.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) pada kali ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh beberapa perkara berkaitan dengan pindaan Rang Undang-undang PIDM ini. Pertama ialah berkaitan dengan pengurusan kumpulan dana PIDM. Saya amat bersetuju dengan usaha yang dibuat oleh PIDM yang menguruskan cara berasingan kumpulan dana Islam daripada konvensional. Saya cadangkan pihak PIDM agar dapat terus berusaha bagi memastikan semua urusan khususnya melibatkan orang Islam agar patuh syariah ataupun syariah compliance agar manfaat yang diterima nanti adalah halal.

Besar jasa kerajaan melalui PIDM ini jika dapat memastikan rakyat khususnya umat Islam mendapat manfaat daripada sumber yang halal. Kempen-kempen kesedaran perlu sentiasa dimainkan agar umat Islam dapat menggunakan kemudahan yang disediakan ini. Banyak petunjuk dalam Al-Quranul Karim dan juga hadis Nabi SAW berkaitan dengan takaful ini.

Antaranya ialah ayat yang biasa kita baca, *[Membaca sepotong ayat Al-Quran] “...

dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan jangan kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa ataupun maksiat dan pencerobohan.”* Surah al-Maidah, ayat yang kedua.

Isu yang kedua ialah Tuan Yang di-Pertua berkaitan dengan lambatnya mendapat claim ataupun tuntutan. Kegusaran rakyat Malaysia berkaitan dengan insurans dan juga takaful ialah kelambatan untuk mendapatkan tuntutan ataupun claim. Setiap kali berlaku kemalangan ataupun kecelakaan ataupun musibah, untuk tuntutan kemalangan kecil hampir dua minggu diperlukan untuk diselesaikan. Malahan ia boleh mencecah berbulan.

Begitu juga dengan tuntutan yang lebih besar ataupun total lost. Tentunya ia memakan masa yang sangat panjang.

Saya difahamkan antara punca utama ialah ketidakcukupan pegawai penyiasat ataupun adjuster insurans. Saya ingin mencadangkan agar perkara ini diperbaiki sesegera mungkin. PIDM perlu memastikan setiap syarikat insurans mempunyai pegawai yang cukup dan juga pegawai penyiasat yang cukup untuk mengelakkan kelewatan pembayaran tuntutan ini. Rakyat di bawah sering mengungkapkan dan menjadi bualan di kedai kopi bahawa syarikat insurans ini masa bayar perlu cepat tetapi masa hendak claim selalunya lambat.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang ketiga ialah harga insurans ataupun takaful antara syarikat yang berbeza. Kadar premium insurans dan takaful antara syarikat insurans tidak selaras dan jauh berbeza. Ini menyebabkan rakyat terpaksa membayar lebih apabila syarikat insurans tersebut tiada wakilnya dalam kawasan tersebut.

Saya ambil contoh mudah. Misalnya syarikat insurans ‘A’ yang menawarkan harga yang lebih rendah untuk kenderaan yang sama. Namun kerana syarikat tersebut tiada di kawasan tersebut, maka rakyat terpaksa memilih syarikat ‘B’ untuk membayarnya. Saya memohon pihak PIDM membuat satu penyelarasan harga agar setiap syarikat mempunyai kadar harga yang sama ataupun jurang perbezaan yang tidak jauh.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang keempat dalam ucapan saya ini ialah harga insurans kereta lama. Kadar insurans untuk kereta lama, kereta tahun lama misalnya tahun 80-an ataupun 90-an yang sangat tinggi. Malah sesetengahnya lebih tinggi daripada kereta yang tahunnya 2000 ke atas.

Kebanyakan mereka yang menggunakan kenderaan yang lama ini tentunya di kalangan mereka yang miskin dan juga yang tidak mampu untuk membeli kereta baharu.

Lebih memeritkan tuntutan ataupun claim untuk kereta lama sangat rendah, malah ada yang tidak layak. Jadi, apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan dalam membantu rakyat di bawah sana dalam isu khususnya isu ini?

final • 12:56 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua perbahasan saya dan saya ucap terima kasih dan menyokong pindaan RUU Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) pada kali ini.

Terima kasih, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 12:56 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Ahli Yang Berhormat, kita akan sambung semula pada jam 2.30 petang. Saya ada dua senarai pembahas iaitu Yang Berhormat Sungai Petani dan Yang Berhormat Beruas. Ahli Yang Berhormat, sidang berhenti rehat.

final • 12:56 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan

final • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita sambung perbahasan Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2021 dengan menjemput Yang Berhormat Sungai Petani.

Kemudian, diikuti oleh Yang Berhormat Beruas. Lima minit.

final • 2:30 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang kita sedia maklum bahawa Perbadanan Insurans Deposit Malaysia ditubuhkan di samping faktor-faktor lain adalah antaranya untuk mempertahankan dan juga menyelamatkan keadaan di mana mereka yang membuat deposit-deposit terjamin akan apa jua pelaburan mereka di dalamnya.

Namun pun begitu Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyebut beberapa perkara yang saya kira harus PIDM dan juga autoriti yang lain mengambil kira. Sebagai contohnya, bagaimana industri insurans ini walaupun telah lama bertapak di Malaysia, tetapi saya melihat coverage yang diberikan kepada rakyat Malaysia ini amat rendah. Data menunjukkan rakyat Malaysia yang mempunyai insurans selain daripada insurans kenderaan dan insurans harta benda, tidak sampai pun 16 peratus.

Maknanya sejumlah besar rakyat Malaysia tidak mempunyai insurans. Oleh sebab itu kadangkala kita melihat bagaimana mereka yang hilang punca pendapatan, mereka yang ditimpa kemalangan dan penyakit meminta-minta dalam akhbar dan sebagainya bagi membantu mereka. Bayangkan kalau sekiranya mereka ini ada insurance coverage, ramai— masalah ini dapat diselesaikan.

Isu yang kedua ialah bagaimana kerajaan memberikan tumpuan dengan memberikan pendidikan yang lebih kepada masyarakat di Malaysia untuk memastikan pendidikan bahawa mempunyai insurans itu suatu yang penting. Bukan sahaja untuk masa depan mereka tetapi juga untuk memastikan masyarakat lebih terjamin dalam hal bantu-membantu antara satu sama lain.

Isu kedua yang saya hendak bangkitkan Tuan Yang di-Pertua ialah tentang bagaimana kita melihat insurans-insurans company lazimnya mempunyai kaedah untuk membina ejen-ejen dia sendiri. Akan tetapi akhir-akhir ini, apa yang kita lihat disebabkan oleh market share, ada insurans-insurans company yang juga bersaing dengan ejen-ejen dia sendiri. Sebagai contoh, insurance company memperkenalkan satu produk tetapi bukan sahaja produk itu dijual oleh ejen-ejennya tetapi dia sendiri sebagai syarikat induk menjual produk-produk yang sama.

Sekali gus, dia membunuh ejen-ejennya dalam keadaan dia mempunyai kekuatan. Oleh sebab itu saya kira PIDM dan juga Bank Negara harus membuat polisi sekiranya satu-satu produk diintroducedkan dan diperkenalkan dalam market dan diberikan ruang untuk ejen-ejen menjadi marketing arms-nya, maka syarikat itu sendiri

final • 2:33 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

tidak boleh menjual produk-produk kerana ini akan sendirinya membunuh ejen-ejen yang telah pun dilantik oleh mereka sendiri.

Isu seterusnya yang saya hendak bangkitkan ialah masalah seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sepang tadi. Sementara bank dan juga insurans- insurans company mempunyai institusi seperti PIDM boleh membantu mereka dalam menyelesaikan masalah mereka tetapi apa nasib pendeposit-pendeposit awam, public at large yang mempunyai kompelin terhadap tindakan-tindakan bank ataupun tindakan- tindakan syarikat insurans ini yang melanggar akta ataupun langgar tatasusila, di manakah tempat mereka untuk mengadu? Saya difahamkan kita boleh kompelin dekat Bank Negara. Akan tetapi, adakah public tahu bahawa ada satu department di Bank Negara itu boleh menerima kompelin-kompelin dari public?

Jadi, ini harus kerajaan memastikan mereka yang mempunyai masalah dengan syarikat-syarikat insurans, mereka yang mempunyai masalah dengan bank-bank harus ada tempat untuk mengadu dan harus ada tempat untuk melaporkan kompelin mereka.

Mereka tahu apabila mereka memasukkan kompelin mereka, kompelin mereka akan diambil tahu dan akan diberikan masa atau tempoh bilakah ia akan diselesaikan.

Sekurang-kurangnya mereka tahu bahawa ada satu entiti yang mengambil berat tentang masalah yang mereka hadapi. Untuk itu, saya menyokong rang undang-undang ini Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Seterusnya pembahas terakhir, saya jemput Yang Berhormat Beruas, 10 minit.

final • 2:33 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk membahaskan rang undang-undang meminda Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2021.

Tuan Yang di-Pertua, PIDM ini memang satu skim yang baik untuk menjamin deposit orang awam dengan institusi kewangan, tuan punya sijil takaful dan juga polisi insurans. Ini untuk mengelak daripada krisis tahun 1980-an di mana banyak syarikat penerima deposit tidak dapat membayar pendeposit-pendeposit dan ramai yang kerugian.

Ini krisis yang harus kita sentiasa ingati dan hindarkan. Walau bagaimanapun, dalam industri insurans ini ada perlunya dibuat penambahbaikan seperti yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Sepang tadi, bahawa apabila insurans diperlukan untuk membayar, biasanya mereka akan cuba mendapat alasan untuk tidak membayar.

Tuan Yang di-Pertua, pada lazimnya setahu saya amalan sekarang ini ialah bahawa apabila seseorang itu beli insurans, mereka hanya diberikan cover note tanpa diberikan polisi sepenuhnya.

final • 2:38 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Apabila berlakunya sesuatu keadaan yang memerlukan insurans membayar, mereka akan dengan izin, read the small print ataupun menggunakan syarat-syarat yang dinyatakan dalam polisi insurans untuk tidak membayar. Kerajaan haruslah mengatasi masalah ini. Kalaupun satu hari nanti Perbadanan Insurans Deposit Malaysia, saya haraplah masa perlunya dibayar mana-mana wang kepada rakyat kerana mana-mana institusi kewangan tidak berkeupayaan, ini tidak berlaku.

Saya memberi dua contoh misalan yang saya pernah diberitahu ataupun aduan yang telah dikemukakan kepada saya. Kes pertama, di mana sebuah excavator, tuan punya sebuah excavator telah membeli satu comprehensive insurance, maksudnya apa- apa yang berlaku haruslah dibayar coveragenya apabila berlaku kemalangan. Akan tetapi malangnya insurans tidak membayar kerana menggunakan satu syarat dalam polisi yang tidak diberikan semasa mereka membeli insurans.

Di mana pada kebiasaannya, kita peguam, anggap itu satu klausa ‘act of God’ iaitu tanah sinking maksudnya tiba-tiba tanah runtuh kerana mungkin tidak tahulah apa yang berlaku di bawah tanah itu, ‘act of God’ di luar kawalan. Akan tetapi apa yang berlaku

final • 2:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

ialah jentolak ini ataupun excavator ini sedang bekerja dekat tepi dengan membersihkan satu longkang. Memang jentera ini berat dan kerana dalam laporan dinyatakan tanah itu sink a little bit. Dia menggunakan kerana ada sinking, jadi tak bayar.

Lagi satu jenis keadaan di mana professional insurance peguam, satu kes di mana peguam itu mempunyai insurans sebanyak RM2 juta. Akan tetapi malangnya seorang anak guamnya telah kerugian RM1 juta yang telah disimpan di pejabat peguam itu. Oleh sebab peguam cuba menyelesaikan perkara, dia telah berlengah untuk memberitahu pihak insuransnya dan kerana masa 14 hari dalam syarat insurans mesti diberitahu syarikat insurans, mana-mana tuntutan yang akan timbul dalam masa 14 hari, peguam itu tidak memberitahu kepada pihak insurans.

Akhirnya, peguam tidak berupaya membayar balik RM1 juta wang berkenaan dan insurans enggan membayarnya atas alasan pihak peguam tidak memberitahu syarikat insurans dalam masa 14 hari.

Tuan Yang di-Pertua, dalam profesional insurans ini, kita nak melindungi anak guam. Kalau dalam keadaan ini, insurans dibenarkan tidak membayar, it will defeat the very purpose of the insurance.

Jadi akhir kata, saya merayu kepada pihak kerajaan agar menggubal undang- undang dengan jelas supaya syarikat insurans dimestikan membayar dan tidak boleh menggunakan alasan-alasan sedemikian untuk menidakkan hak mereka yang telah membayar premium untuk membeli insurans. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Sekarang tamatlah perbahasan. Saya dengan ini menjemput Yang Berhormat Menteri atau timbalannya untuk menjawab, 15 minit.

final • 2:40 PM

Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya pertamanya, merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)

(Pindaan) 2021 dan saya ingin merakamkan penghargaan ke atas semua cadangan dan pandangan, syor dan rujukan serta idea dan teguran yang telah diberi.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2021 ini akan:

(i) meningkatkan keberkesanan tadbir urus korporat PIDM;

(ii) memperkasakan kesediaan dan kecekapan operasi PIDM dalam melaksanakan fungsi dan kewajipannya untuk menggalakkan kestabilan sistem kewangan Malaysia;

(iii) meningkatkan keberkesanan pentaksiran premium dan levi institusi anggota PIDM; dan

(iv) meningkatkan keberkesanan pentadbiran penjelasan penyelarasan pelaksanaan kuasa PIDM serta untuk membetulkan kesilapan tipografi.

Fasal 4 sehingga 8 adalah merupakan pindaan yang untuk meningkatkan keberkesanan dan kebertanggungjawaban tadbir urus Lembaga PIDM seperti berikut:

(i) Pengarah ex-officio PIDM iaitu KSP dan Gabenor Bank Negara Malaysia diberi kuasa untuk melantik pengarah silih ganti

(alternate director) masing-masing dan untuk menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengarah sekiranya pengarah ex-officio tidak dapat menghadirkan diri; dan

(ii) satu peruntukan baharu diperkenalkan untuk memupuk kepelbagaian lembaga (board diversity) dengan tujuan memastikan Lembaga Pengarah PIDM mempunyai wakil yang

final • 2:44 PM

Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

seimbang dalam bidang kepakaran dan pengalaman yang berkenaan dan mengikut keperluan semasa tahap pembangunan dan aspirasi PIDM.

Tuan Yang di-Pertua, selain itu mandat PIDM juga adalah termasuk mengambil tindakan yang sewajarnya dengan pantas bagi menangani krisis kewangan yang berlaku terhadap institusi anggota PIDM demi memastikan kestabilan sistem kewangan. Selaras dengan prinsip teras dan amalan terbaik (best practices) dengan izin, bagi sistem perlindungan konsumer dan kuasa resolusi yang berkesan, Rang Undang-undang PIDM

(Pindaan) 2021 akan memperkasakan kesediaan dan kecekapan PIDM dalam melaksanakan tanggungjawab statutorinya seperti berikut.

Seksyen baharu 97A di bawah fasal 30 akan memperuntukkan bahawa PIDM akan merangka, mengkaji semula dan meminda pelan resolusi bagi institusi anggotanya.

Perancangan resolusi merupakan pra perancangan yang dibuat awal sebagai persediaan untuk sebarang kemungkinan berlakunya kegagalan institusi anggota. Dengan adanya pra perancangan ini, ia dibolehkan pengendalian kegagalan institusi anggota dilakukan secara lebih teratur tanpa menyebabkan gangguan sistemik kepada sistem kewangan.

Kedua, di bawah Akta PIDM. PIDM wajib menguruskan enam pelan dana berasingan bagi setiap industri iaitu Perbankan Komersial, Perbankan Islam, Insurans Hayat, Insurans Am, Takaful Keluarga dan Takaful Am.

Fasal 9 tujuan mempertingkatkan kecekapan pengurusan dana oleh PIDM terutamanya sekiranya berlaku kegagalan institusi anggota. Pindaan ini telah mendapat kelulusan Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia dan PIDM mempunyai tadbir urus syariah yang mantap untuk memastikan pematuhan keperluan syariah yang mantap.

Akta PIDM memperuntukkan pentaksiran premium dan levi atas institusi anggota PIDM yang merupakan satu komponen penting dalam pentadbiran sistem deposit insurans dan perlindungan manfaat takaful insurans. Pentaksiran premium dan levi adalah berdasarkan profil risiko institusi anggota kerana ia akan memberi insentif dan menggalakkan institusi anggota mengamalkan pengurusan risiko yang baik. Seterusnya, dapat mengurangkan risiko kemerosotan institusi anggota tersebut.

Sejajar dengan matlamat tersebut, fasal 12 sehingga 17 berkenaan dengan anggota penerima deposit dan fasal 22 sehingga 27 berkenaan dengan anggota penanggung insurans, rang undang-undang ini bertujuan memperhalusi (refine) dengan izin, pentaksiran premium dan levi bagi institusi anggota PIDM.

final • 2:44 PM

Dr. Ong Kian Ming - Bangi

Yang Berhormat Menteri, adakah anda akan menjawab soalan yang dikemukakan oleh saya dan...

final • 2:44 PM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Ya, sekejap ya. Pindaan ini memperuntukkan cara pentaksiran premium dan levi bagi institusi anggota yang terlibat dalam penggabungan, (amalgamation) dengan izin sekiranya sebuah institusi anggota bergabung dengan yang lain, institusi anggota tergabung (merge entity) akan ditaksirkan berdasarkan profil risiko institusi anggota tergabung itu dan ini akan memastikan pentaksiran premium dan levi yang lebih adil, telus dan setara dengan pentaksiran institusi anggota yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini juga bertujuan untuk meminda peruntukan lain dalam Akta PIDM bagi meningkatkan keberkesanan pentadbiran, kejelasan dan keselarasan pelaksanaan kuasa PIDM serta untuk memperbetulkan dari sudut kesilapan tipografi. Pindaan yang dicadangkan termasuk yang:

final • 2:44 PM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

(i) menyelaraskan tafsiran ‘deposit konvensional’, ‘deposit Islam’ dan ‘akaun pelaburan’ dalam Akta PIDM dengan tafsiran dalam perundangan Bank Negara Malaysia iaitu Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758] dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759];

final • 2:50 PM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

(ii) memperjelaskan bahawa produk berkaitan pelaburan

(investment linked to the revertive product) dengan izin, tidak termasuk dalam tafsiran deposit dan oleh itu bukan di bawah skop perlindungan PIDM; dan

(iii) mengemas kini dan meminda semula semua rujukan kepada Akta Syarikat 1965 [Akta 125] yang lama kepada Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang baharu.

Pindaan lain yang dinyatakan secara khusus adalah pindaan bersifat kecil atau consequential in nature, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini juga memasukkan peruntukan kecualian untuk menangani isu-isu yang boleh berbangkit berikutan pindaan yang telah dicadangkan.

Yang Berhormat Bangi tadi ada bertanya tentang komposisi ahli pengarah.

Keperluan untuk menambah Ahli Lembaga Pengarah yang mempunyai latar belakang perbankan insurans yang dicadangkan lantikan daripada wakil atau pesara daripada Association of Banks in Malaysia, Life Insurance Association of Malaysia (LIAM) dan Persatuan Insurans Am Malaysia. Wakil dari industri sebenarnya mempunyai konflik kepentingan kerana perbincangan di mesyuarat pengarah meliputi kedudukan kewangan dan strategi bank-bank dan syarikat insurans yang menjadi saingan mereka.

Namun, pesara dari industri adalah dibenarkan. PIDM pernah melantik pesara sebagai Ketua Eksekutif sebagai Ahli Lembaga Pengarahnya. Kedua, Yang Berhormat Bangi tanya tentang Interfund Transfer seksyen 28(3). Kadar pengusutan mungkin lebih cepat bagi sesuatu dana. Mekanisme untuk menganalisis, mengalirkan dari suatu kumpulan dana ke kumpulan dana yang lain melalui jawatankuasa selain pentadbiran.

Pengurusan Kumpulan Wang PIDM adalah tertakluk kepada tadbir urus governance dengan izin, yang baik. Pertama, pengurusan kumpulan dana termasuk pemindahan antara kumpulan dana akan mengikut polisi dan prosedur yang diluluskan dan tertakluk kepada pengawasan pengurusan risiko dan proses audit. Ini termasuk pematuhan kehendak syariah. Keduanya, PIDM mendedahkan maklumat kewangan untuk enam kumpulan dananya dalam penyata kewangannya yang di audit oleh Ketua Audit Negara serta penyata tahunan dan laporan tahunan akaun PIDM turut dibentangkan ke parlimen setiap tahun.

Ketiganya ialah istilah skim pemindahan...

final • 2:50 PM

Dr. Ong Kian Ming - Bangi

Yang Berhormat, boleh tanya soalan tidak?

final • 2:50 PM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Boleh.

final • 2:50 PM

Dr. Ong Kian Ming - Bangi

Ya, untuk isu yang pertama itu apa yang saya cadangkan adalah supaya pesara yang pernah menjadi pengurus ataupun management team di bank, industri ataupun insurance company boleh dimasukkan sebagai wakil industri. Bukan maknanya mereka hendak mewakili sesebuah syarikat tetapi untuk memberi pandangan di mana keadaan kewangan sekarang adalah lebih rumit.

Ini kerana dalam Lembaga Pengarah yang ada sekarang ada hanya seorang sahaja yang ada private banking punya pengalaman. Tiada seorang pun yang ada latar belakang insurans. Saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat Timbalan Menteri tahu atau tidak. Jadi, cadangan saya ialah kenapa tidak boleh masukkan ini sebagai satu pelantikan yang rasmi dalam terms of reference dalam akta ini?

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Bangi. Silakan Yang Berhormat Sipitang.

final • 2:50 PM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Terima kasih Yang Berhormat Bangi. I think, apa yang saya jawab tadi kita tidak mahu ada konflik. Mungkin mereka yang sudah bersara dari private banking atau insurans mereka ini mungkin kita boleh consider...

final • 2:50 PM

Dr. Ong Kian Ming - Bangi

Tidak ada konflik kerana seksyen 12 ternyata kata kalau orang itu masih lagi bekerja dalam bank ataupun syarikat insurans mereka tidak boleh menjadi Lembaga Pengarah. Jadi, apa yang saya kata adalah pesara.

final • 2:50 PM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Ya, pesara memang kita sudah pernah lantik pun.

final • 2:50 PM

Dr. Ong Kian Ming - Bangi

Ya, pesara termasuk seorang pun yang pernah bekerja di CIMB adalah seorang daripada Lembaga Pengarah.

final • 2:50 PM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Ya, Dato' Dr. Gan Wee Beng, right?

final • 2:50 PM

Dr. Ong Kian Ming - Bangi

Yes, exactly.

final • 2:50 PM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Yes, yes.

final • 2:50 PM

Dr. Ong Kian Ming - Bangi

So, why cannot you put that in, you know, berikan Association of Banks in Malaysia ataupun salah satu insurans association untuk mencadangkan wakil mereka yang bersaralah, yang bersara?

final • 2:50 PM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Yang bersara mungkin kita boleh consider- lah. Kita boleh pertimbangkan. Akan tetapi, ongoing itu tidak bolehlah kan Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Dr. Ong Kian Ming - Bangi

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Pesara. Sila.

final • 2:50 PM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Okay, question Yang Berhormat yang nombor tiga istilah, ‘Skim Pemindahan Perniagaan’. Adakah istilah ini meliputi subsidiari atau mergers and acquisitions dengan izin, antara syarikat insurans dan juga bank? Ya, istilah , ‘Skim Pemindahan Perniagaan’ adalah bagi institusi anggota yang terlibat dalam usaha penggabungan atau Skim Pemindahan Perniagaan iaitu mergers and acquisitions dengan izin. Istilah ini dimasukkan adalah sebahagian daripada pindaan kepada peruntukan pentafsiran premium dan levi PIDM supaya ia adalah lebih adil dan telus serta dapat mencerminkan profil risiko yang betul.

Yang Berhormat Pasir Mas ada juga bertanya tentang pendidikan kewangan dengan sumbangan PIDM. Untuk makluman Yang Berhormat, PIDM ialah ahli Financial Education Network (FEN) yang adalah kumpulan antara agensi yang dipengerusikan oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Sebagai ahli FEN, PIDM menyokong dan menyumbang kepada inisiatif kegiatan dan projek berkenaan dengan literasi kewangan. Di samping itu, PIDM juga melaksanakan inisiatif kesedaran awam mengenai PIDM dan sistem perlindungannya melalui pelbagai medium.

PIDM juga menggalakkan literasi kewangan di kalangan orang awam dengan tujuan meningkatkan lagi pemahaman dan membangunkan kandungan yang bernilai.

Baru-baru ini, PIDM telah melancarkan kempen, ‘Sediakan Payung Kewangan’ untuk bertujuan memberi panduan dan petua kepada kalangan orang awam mengenai pengurusan wang yang cekap.

Yang Berhormat...

final • 2:50 PM

Dr. Ong Kian Ming - Bangi

Yang Berhormat, Yang Berhormat, soalan yang tentang education. Saya tidak tahu sama ada Yang Berhormat sedar tidak dalam annual report atau Laporan Tahunan PIDM 2020 ada satu checklist yang berwarna merah iaitu belum lagi mencapai apa yang PIDM sendiri hendak iaitu educational awareness tentang PIDM punya tanggungjawab.

Jadi, cadangan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri bolehkah Kementerian Kewangan aturkan satu perbincangan di antara Ahli Parlimen dengan wakil dari PIDM supaya isu-isu yang tertentu boleh ditanya kepada PIDM seperti mungkin trust account yang saya rasa adalah sesuatu yang banyak Ahli Yang Berhormat di sini pun tidak tahu bagaimana kita hendak gabungkan dan kita hendak interpret trust account supaya kita boleh dapatkan satu gambaran yang lebih komprehensif tentang deposit protection yang diberikan kepada semua orang, ya. Boleh tidak cadangan ini?

final • 2:50 PM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Baik, kita akan pertimbangkanlah. Akan tetapi, semua informasi ini ada di dalam online kan? It is online. Mereka pun telah buat berbagai apa...

final • 2:50 PM

Dr. Ong Kian Ming - Bangi

Akan tetapi, bukan semua Yang Berhormat ada masa untuk bacakan?

[Ketawa]

final • 2:50 PM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Akan tetapi, Yang Berhormat baca.

[Ketawa] .

final • 2:50 PM

Dr. Ong Kian Ming - Bangi

Did you know in the annual report there is a red mark untuk PIDM? Itu adalah analisis mereka sendiri bahawa educational awareness out of this issue tidak cukup. Adakah Yang Berhormat sedar tidak? Ada baca tidak Annual Report 2020 ini? Laporan tahunan? Yang Berhormat, saya hendak tanya ada baca tidak? Did you read this? I read this yesterday untuk prepare for my speech. Yang Berhormat ada baca tidak Laporan Tahunan PIDM 2020?

final • 2:50 PM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

I take note from you-lah.

final • 2:50 PM

Dr. Ong Kian Ming - Bangi

So, that means you did not read it-lah?

final • 2:50 PM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

I did not see it.

final • 2:50 PM

Dr. Ong Kian Ming - Bangi

You did not read it, or you did not see it?

final • 2:50 PM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

I read it, but I did not see the red mark.

final • 2:50 PM

Dr. Ong Kian Ming - Bangi

Okey, okey. Okey, maksudnya Yang Berhormat Timbalan Menteri baca tetapi tidak nampak. Akan tetapi, saya sebagai seorang Ahli Parlimen biasa ada baca, ada nampaklah?

final • 2:50 PM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Ya, ya terima kasih sebab then, thus you are an expert kan? So, kita…

final • 2:50 PM

Dr. Ong Kian Ming - Bangi

Bukan expert-lah. Saya ada bacalah. Baca dengan lebih terperinci. Terima kasih, terima kasih.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua

Baik, terima kasih Yang Berhormat Bangi. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 2:50 PM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Seterusnya Yang Berhormat Pasir Mas juga berkata tentang peranan PIDM untuk menangani kes penipuan ataupun scam kewangan.

Untuk makluman Yang Berhormat Dungun juga, mandat dan skop perlindungan PIDM adalah seperti yang tertera dalam Akta PIDM iaitu memberikan perlindungan sekiranya berlaku kegagalan institusi PIDM, kejadian kehilangan wang berikutan penipuan kewangan ataupun financial scam, transaksi dalam talian yang tidak sah (unauthorized online transaction) dengan izin, bukan di bawah bidang kawal selia PIDM.

final • 2:50 PM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Di samping itu, PIDM juga menjalankan aktiviti kesedaran awam secara berlanjutan untuk mendidik orang awam mengenai penipuan kewangan dan tindakan pencegahan yang harus dilakukan semasa membuat perbankan dalam talian. PIDM juga mengeluarkan peringatan pengguna kewangan (financial consumer alert) dengan izin, di laman webnya dengan contoh bahan-bahan yang mempunyai maklumat yang tidak tepat mengenai perlindungan PIDM sebagai peringatan kepada masyarakat untuk terus berwaspada terhadap penipuan.

Keduanya, Yang Berhormat juga ada bertanya dengan adakah premium konvensional dan Islam dikira secara berasingan dan apakah nisbah saiz deposit Islam berbanding dengan konvensional. PIDM tertakluk kepada pematuhan keperluan syariah dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya di bawah Akta PIDM termasuk mentadbirkan sistem insurans deposit Islam dan sistem perlindungan manfaat takaful dan PIDM mempunyai tadbir urus syariah yang mantap untuk memastikan pematuhan keperluan syariah.

Selain itu, seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Krai, pengurusan kumpulan dana PIDM juga adalah patuh syariah dan PIDM ialah antara penginsurans deposit yang paling awal di dunia yang mengasingkan kumpulan dana deposit Islam dan kumpulan dana perlindungan deposit konvensional.

PIDM tertakluk kepada pematuhan keperluan syariah dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya di bawah Akta PIDM, termasuklah mentadbirkan sistem insurans deposit Islam dan sistem perlindungan manfaat takaful. PIDM mempunyai tadbir

final • 3:00 PM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

urus syariah yang mantap untuk memastikan pematuhan kumpulan syariah dan jika perlu, PIDM mendapatkan resolusi daripada Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia.

Sehingga hujung tahun 2020, saiz deposit Islam yang diinsuranskan adalah 23 peratus daripada jumlah deposit yang diinsuranskan iaitu bersamaan dengan RM135 bilion.

Yang Berhormat juga bertanya mengenai penamatan keahlian dan berapa institusi yang ditamatkan.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Timbalan Menteri, berapa minit lagi perlu?

final • 3:00 PM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Okey, saya habiskan.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya bagi dua minit lagi. Sila.

final • 3:00 PM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Sejak penubuhan PIDM pada tahun 2005, tiada lagi ahli yang ditamatkan keahlian.

Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Subang berhubung saiz dana PIDM yang mana setakat 31 Disember 2020 adalah sebanyak RM4.9 bilion. Meskipun tiada sebarang kegagalan pada ketika ini dengan izin, bank runs, PIDM sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan di masa hadapan dan mandat PIDM adalah khusus untuk kestabilan sistem kewangan negara.

RUU PIDM (Pindaan) 2020 adalah penting untuk memastikan PIDM akan terus ditadbir dan diuruskan dengan baik dan mengikut amalan tadbir urus korporat dan peruntukan dalam Akta 720 adalah kukuh, relevan serta mengelakkan kekeliruan. RUU PIDM (Pindaan) 2020 juga dapat mempertingkatkan rangka kerja sistem premium dan sistem levi yang berbeza bagi memberi insentif untuk amalan risiko yang wajar dan melengkapkan PIDM dengan perancangan resolusi dan pengurusan keperluan dana bagi menangani institusi anggota yang bermasalah dan membolehkan PIDM memainkan peranan serta memenuhi mandatnya dengan lebih cekap dan berkesan.

Langkah ini akan dapat meyakinkan orang ramai terhadap sistem perbankan dan insurans dan melindungi kepentingan orang awam dan mengekalkan kestabilan sistem kewangan dan seterusnya, menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana telah menjawab.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua, sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Jawatankuasa****]

final • 3:00 PM

Fasal-fasal 1 hingga 56 – Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ada Ahli Yang Berhormat hendak membangkitkan fasal-fasal? Silakan Yang Berhormat Bukit Bendera. Sebutkan fasal mana.

final • 3:00 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Tuan Pengerusi, tadi saya berbahas sebelum makan tengah hari. Satu jawapan pun tidak ada oleh Yang Berhormat Timbalan

final • 3:05 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Menteri. So, guna masa kecederaan. Sila jawab tentang isu-isu e-wallet, isu yang saya bangkit tentang account consolidated fund dan juga dua isu utama ini. Silakan.

final • 3:05 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Bukit Bendera kena rujuk fasal. Ini dalam Jawatankuasa, saya Pengerusi. Sebutkan, kena spesifik.

final • 3:05 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Pengerusi, saya minta ...

final • 3:05 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Yang Berhormat Timbalan Menteri mesti ada jawapan. Itu tadi fasal – saya cari fasal itu.

final • 3:05 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Pengerusi, sebenarnya saya tidak hendak berucap. Saya hendak katakan minta yang tidak jawab hari itu, minta jawapan bertulislah.

final • 3:05 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ya, saya akan sebut nanti.

final • 3:05 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Bukan apa, dia tidak cakap jawapan bertulis pun.

final • 3:05 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Ya, Fasal 1 iaitu tajuk ringkas akta itu.

Tadi saya bangkitkan isu e-wallet dan isu akaun 2020 untuk PIDM.

final • 3:05 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, beri jawapan.

final • 3:05 PM

Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Fasal 1 ini adalah tidak ada kena mengenai dengan e-wallet. Ia dicadangkan untuk berkuat kuasa bagi tarikh ditetapkan oleh Yang Berhormat Menteri memberi pemberitahuan dalam warta dan Yang Berhormat Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi penguatkuasaan peruntukan dalam akta ini dan pindaan ini adalah untuk memasukkan sub perenggan 1(2) dan rang undang-undang ini memperuntukkan antara lainnya peruntukan baharu berkenaan pentaksiran premium dan levi.

Sub perenggan 1(2) ini berkenaan permulaan tarikh kuat kuasa ini adalah perlu untuk tujuan kecekapan operasi PIDM dalam pentaksiran premium dan levi adalah penting bahawa tarikh kuat kuasa peruntukan berkenaan dan pentaksiran premium dan levi dalam Akta PIDM (Pindaan) 2021 diselaraskan dengan permulaan tahun taksiran dan bukannya pada tarikh perkenan Diraja atau tarikh penyiaran warta bila yang mungkin berlaku pada bila-bila dalam satu tahun.

Mungkin saya jawab sedikit tentang apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat tadi.

final • 3:05 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Timbalan Menteri, mungkin mana-mana yang tidak dijawab, boleh dibuat secara bertulis. You must say the statement ya.

final • 3:05 PM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Okey. Mana-mana yang tidak dapat dan tidak sempat saya jawab tadi, saya akan jawab secara bertulis.

final • 3:05 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih. Ada yang hendak bangun lagi?

final • 3:05 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

[Bangun]

final • 3:05 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Pengerusi, saya ingin bahas sikit. Tuan Pengerusi.

final • 3:05 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Dungun kena sebut ada fasal mana.

final • 3:05 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Fasal 5, pinda seksyen 12.

final • 3:07 PM

Tuan Pengerusi - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ya, Fasal 5.

final • 3:07 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

(ca) ini, “kuorum suatu mesyuarat lembaga”. Jumlah ahli lembaga.

Kemudian, dalam melibatkan pindaan seksyen 13, Perkara 6 iaitu pengarah silih ganti yang ditugaskan. Boleh atau tidak kalau kita lihat kepada akta yang dipinda ini, digabungkan sekali iaitu pengurusan perbadanan ini bersama dengan pengoperasian.

Boleh kah atau tidak diasingkan dan dijadikan satu akta asing untuk pengurusan dan pengoperasian perbadanan, kemudian selepas itu barulah satu akta seperti yang ada ini untuk melibatkan urusan-urusan yang dibuat oleh PIDM yang melibatkan tanggungjawab PIDM.

Kemudian, seterusnya juga saya ingin untuk mohon dilihat kepada pindaan penggantian seksyen 47, Perkara 13 itu iaitu di bawah (2)(a) atau (b). Dalam (a) jelas disebut “dua ratus lima puluh ribu ringgit” atau (b), “suatu amaun...” – tidak dinyatakan “...berdasarkan suatu kadar yang ditetapkan oleh Menteri atas syor perbadanan”. Tidak ada satu jumlah bagi Yang Berhormat Menteri membuat keputusan dan di mana disebut “mengikut seksyen 47A tetapi mengikut mana-mana yang lebih tinggi”. Syor perbadanan mungkin tidak diambil kira oleh Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri mungkin ada pengiraan sendiri. Jadi, kalau boleh diketahui satu jumlah Yang Berhormat Menteri boleh tetapkan supaya ia menjadi satu perkara yang jelas dalam kita melihat pindaan kepada akta ini. Terima kasih Tuan Pengerusi.

final • 3:07 PM

Tuan Pengerusi

Baik Yang Berhormat Timbalan Menteri beri jawapan.

final • 3:10 PM

Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Saya minta maaf tadi dia punya fasal dan akta itu...

final • 3:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Pengerusi, saya ingin berbahas. Tuan Pengerusi, Tuan Pengerusi saya hendak bahas juga. Jangan minta Yang Berhormat Menteri jawab dahulu boleh?

final • 3:10 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Muka surat 4. Muka surat 4...

final • 3:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tadi saya bangun Tuan Pengerusi tidak itu ...

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sekejap bagi Yang Berhormat Dungun dulu sekejap.

final • 3:10 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Pindaan seksyen 12(5) subseksyen 12(1) ‘kuorum suatu mesyuarat lembaga’.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Fasal 5?

final • 3:10 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Fasal 5, kuorum suatu mesyuarat lembaga. Jadi, berapa jumlah ahli lembaga. Kemudian pengarah silih ganti.

Maknanya dalam akta ini yang walaupun dipinda tetapi operasinya juga sekali dengan...

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak tanya.

final • 3:10 PM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Pertama itu daripada seksyen mana? Tidak dengar tadi, sorry.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Seksyen 12 dan kuorum.

final • 3:10 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Seksyen 13.

final • 3:10 PM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Seksyen 12. Betullah kuorum mesyuarat lembaga. Okey. Pertanyaan tadi itu tentang kuorum mesyuarat lembaga sahaja?

final • 3:10 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Jumlah ahli lembaga dan berapa kuorum yang diperlukan. Kemudian yang keduanya melibatkan seorang pengarah silih ganti yang ditugaskan. Maksud saya ialah dalam akta ini, kedua-dua dimasukkan sekali. Satu ialah untuk melibatkan operasi perbadanan iaitu satunya dimasukkan sekali, tidak diasingkan di antara kepentingan menjaga pendeposit berdasarkan kepada akta ini.

final • 3:10 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Kemudian operasi yang melibatkan kuorum ahli lembaga melibatkan pengarah dan sebagainya juga duduk dalam akta ini. Boleh tak dibuat satu akta asing untuk melibatkan pengurusan yang melibatkan operasi, suku yang melibatkan apa yang melibatkan tanggungjawab kerja dibuat mengikut akta ini. Diasingkan ikut kepentingan.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 3:10 PM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Seksyen 12(1) ini kuorum mesyuarat lembaga ini tidak bergabung dengan operasi. Ia diputuskan oleh undang-undang kecil yang dipengerusikan oleh lembaga. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik terima kasih. Yang Berhormat Sepang, sila Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Okey terima kasih kepada Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya fasal seksyen baharu seksyen 46A subseksyen (1)(a). Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya ingin tanya, kalau berdasarkan ini izinkan saya baca, “Bagi maksud Bab ini— (a) “jumlah deposit diinsuranskan” ertinya jumlah deposit yang diinsuranskan secara berasingan sebagai deposit Islam atau deposit konvensional di bawah seksyen 42, dikira mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan”. Soalan saya Tuan Pengerusi, saya hendak tanya daripada segi apabila diadakan dua deposit berasingan iaitu deposit Islam dan deposit konvensional, adakah berdasarkan amalan yang ada sekarang ini sebelum ada seksyen ini, semua deposit ini contohnya yang melibatkan bank-bank berorientasikan Islam seperti Bank Muamalat, Bank Islam dimasukkan dalam bank konvensional juga? Itu yang menyebabkan perlunya dipinda ini untuk mengasingkan. Itu sahaja.

final • 3:14 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 3:14 PM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Tidak. Ia memang diasingkan dari awal.

final • 3:14 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Memang diasingkan dari awal.

final • 3:14 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Kenapa tujuan? Tujuan dari ini?

What this purpose this amendment? Can you answer that.

final • 3:14 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 3:14 PM

Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa

Pindaan ini bukan untuk mengubahkan amaun primer pertama tetapi ia subseksyen untuk menjelaskan lagi tentang dana tersebut.

final • 3:14 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik.

[****Fasal 1 hingga 56** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli (Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan) dan diluluskan]

final • 3:14 PM
RANG UNDANG-UNDANG PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR (PINDAAN) 2021 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2021 dibacakan kali kedua sekarang.

final • 3:16 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila teruskan bagi ulasan.

final • 3:16 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan yang dihormati sekalian, cadangan rang undang-undang atau Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2021 ini telah diluluskan oleh Jemaah menteri dalam persidangan Jemaah Menteri pada 10 Februari tahun 2021. Seiring dengan komitmen negara untuk terus memelihara khazanah hidupan liar negara, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] telah diperkenalkan dan mula dikuatkuasakan pada 28 Disember 2010 menggantikan Akta Hidupan Liar 1972 [Akta 76] yang mana telah dimansuhkan. Akta 716 mengandungi 136 seksyen dan sembilan bahagian yang berkaitan dengan pemuliharaan hidupan liar dan habitatnya.

Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara ataupun PERHILITAN merupakan agensi yang bertanggungjawab untuk memulihara dan menguruskan hidupan liar dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya melalui penguatkuasaan Akta 716 yang terpakai di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja.

final • 3:16 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Setelah 10 tahun pelaksanaan Akta 716, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara telah mengenal pasti beberapa perkara yang perlu dibuat penambahbaikan ke atas Akta 716 ini khususnya yang melibatkan tindakan penguatkuasaan. Pindaan kali ini merupakan yang pertama diadakan untuk Akta 716 ini.

Pindaan yang dilaksanakan ke atas akta ini merangkumi perkara-perkara berikut.

Pertama, skop perlindungan terhadap hidupan liar yang tidak seiring dengan perkembangan teknologi dan isu semasa. Pada masa ini tiada peruntukan yang membolehkan tindakan diambil terhadap individu yang mengiklankan penjualan hidupan liar di atas talian (online). Situasi ini telah menjadi faktor penggalak kepada pemburu haram untuk mengeksploitasi hidupan liar dan menjual terus melalui platform media sosial dan e-commerce kepada pembeli yang berminat.

Kedua, tiada peruntukan khusus bagi mengawal aktiviti melibatkan hidupan liar yang semakin berkembang seperti rehabilitasi, latihan dan penginapan hidupan liar, pengambilan sampel bagi tujuan penyelidikan dalam rizab hidupan liar, pengendalian pertandingan hidupan liar, pengendalian perkhidmatan kawalan hidupan liar dan juga penggunaan hidupan liar bagi apa-apa aktiviti keagamaan, adat dan kebudayaan.

Ketiga, tiada punca kuasa untuk kutipan fi dilaksanakan bagi aktiviti di dalam kawasan rizab hidupan liar dan kawasan perlindungan hidupan liar. Hasil kutipan fi ini boleh digunakan untuk penyelenggaraan fasiliti, pengurusan sampah, pembaikan laluan pendakian dan pengurusan keselamatan pelawat.

Keempat, aktiviti hibrid hidupan liar tidak dapat dijalankan kerana spesies hibrid dikategorikan sebagai spesies terkawal. Spesies terkawal adalah spesies apa sahaja penggunaannya kerana sifat invasive dan berpotensi merosakkan ekosistem. Bagi sesetengah spesies hidupan liar yang boleh dihibrid, ia berpotensi membawa keuntungan daripada segi ekonomi dan keselamatan makanan (food security), dengan izin sekiranya diuruskan dengan baik melalui peraturan khusus.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Kelima, hukuman dan denda yang rendah tidak memberikan pengajaran kepada pesalah-pesalah.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Pemulihan Hidupan Liar (Pindaan) 2021 ini adalah lebih responsif kepada keperluan semasa dalam membanteras jenayah hidupan liar. Penguatkuasaan Akta 716 sedia ada tidak dapat menurunkan kadar jenayah hidupan liar yang akan menyebabkan kepupusan hidupan liar. Pendekatan ini bukan sahaja bertujuan untuk melindungi hidupan liar malah turut juga melindungi habitatnya.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara telah mengadakan sesi libat urus (engagement), dengan izin dengan semua kerajaan negeri, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan turut melaksanakan online public consultation, dengan izin di antara tahun 2019 sehinggalah Julai 2021. Hasil rundingan awam mendapati bahawa 97 peratus daripada respondent yang diadakan konsultasi telah bersetuju dengan cadangan pindaan kepada Akta 716 ini.

Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang saya hormati sekalian, saya akan menerangkan RUU ini dengan lebih terperinci di mana RUU Pemuliharaan Hidupan Liar

(Pindaan) 2021 ini merangkumi pindaan kepada 63 peruntukan, pemansuhan tujuh peruntukan dan pengenalan lima peruntukan baharu yang boleh dirangkumkan kepada tujuh skop utama yang beriku; Skop yang pertama adalah penyelarasan dan pengukuhan hukuman dan penalti.

Skop ini bertujuan untuk menetapkan hukuman penjara selama tiga tahun ke atas bagi membolehkan kesalahan tersebut dikategorikan sebagai kesalahan boleh tangkap selaras dengan peruntukan Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]. Pada masa ini, hukuman pemenjaraan bagi kesalahan terhadap aktiviti-aktiviti melibatkan hidupan liar adalah antara enam bulan sehingga dua tahun sahaja. Pindaan utama kepada Akta 716 bagi tujuan skop ini adalah seperti berikut;

(i) pindaan kepada subseksyen 17(2), 21(2), 22(2), 36(2), 37(2), 44(2), 51(3), 53(5), 54(4) dan 55(4) Akta 716 dengan meningkatkan tempoh penjara daripada tidak melebihi enam bulan kepada tidak melebihi tiga tahun;

(ii) pindaan kepada subseksyen 29(2) dan seksyen 49 Akta 716 dengan menggantikan penalti pemenjaraan kepada tempoh tidak melebihi 10 tahun;

(iii) pindaan kepada seksyen 74, 77, 78, 80, 82, 83, 84, 86, 87, 88, 114 dan 125 serta subseksyen 40(2), 41(2), 42(2), 43(2), 45(3), 46(2), 101(4), 115(2), 117(2) dan 120(2) Akta 716 dengan meningkatkan tempoh penjara daripada tidak melebihi satu tahun kepada tidak melebihi 3 tahun;

(iv) pindaan kepada seksyen 43 Akta 716 dengan memasukkan subseksyen 3 iaitu meletakkan penalti pemenjaraan tidak melebihi tiga tahun;

(v) pindaan kepada seksyen 64, 67, 75, 79, 81 dan 85 serta subseksyen 60(1) dan 119(2) Akta 716 dengan meningkatkan tempoh penjara daripada tidak melebihi dua tahun kepada tidak melebihi tiga tahun;

(vi) pindaan kepada seksyen 61 dan 62, Akta 716 dengan meningkatkan tempoh penjara daripada tidak melebihi lima tahun kepada tidak melebihi tujuh tahun;

(vii) pindaan kepada seksyen 63 Akta 716 dengan memasukkan perenggan (a) iaitu penalti pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun;

(viii) pindaan kepada seksyen 65 Akta 716 dengan meningkatkan tempoh penjara daripada tidak melebihi satu satu tahun kepada tidak melebihi 15 tahun;

final • 3:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

(ix) pindaan kepada seksyen 66 Akta 716 dengan memasukkan perenggan baharu (a), (b) dan (c) iaitu penalti pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun; dan

(x) pindaan kepada subseksyen 70(2) Akta 716 dengan meningkatkan tempoh penjara daripada tidak melebihi lima tahun kepada tidak melebihi 15 tahun.

Tuan Yang di-Pertua, skop kedua adalah meningkatkan kadar hukuman dan penalti. Pada masa ini denda maksimum bagi kesalahan berat seperti kes melibatkan pemburuan haram hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya seperti harimau belang, harimau kumbang, harimau dahan, kambing gurun dan seladang adalah sebanyak RM500,000.

Pindaan Akta 716 melibatkan cadangan untuk meningkatkan denda maksimum daripada RM500,000 kepada RM1 juta. Hukuman penjara maksimum pula ditingkatkan daripada sepuluh tahun kepada lima belas tahun. Ini semua sebagai hukuman yang bersifat mencegah (prevention), dengan izin dan memberikan pengajaran yang sewajarnya kepada pelaku jenayah.

final • 3:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Pindaan utama kepada Akta 716 bagi skop ini adalah seperti berikut:

(i) pindaan kepada seksyen 49 Akta 716 bagi mewujudkan denda maksimum RM1 juta terhadap mana-mana orang yang memburu mana-mana hidupan liar, haiwan atau burung atau mengambil, mengganggu sarang atau telur mana-mana hidupan liar, haiwan atau burung, atau mengganggu, memotong, mengalih atau mengambil apa-apa tanih pokok kayu atau tumbuh-tumbuhan, atau mengambil apa-apa jenis sampel yang lain di dalam rizab hidupan liar atau kawasan Perlindungan Hidupan Liar;

(ii) pindaan kepada subseksyen 69(1) Akta 716 bagi meningkatkan hukuman penjara daripada tidak melebihi 10 tahun kepada 15 tahun bagi mana-mana orang yang memburu atau menyimpan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya yang tidak matang;

(iii) pindaan kepada subseksyen 69(2) Akta 716 bagi meningkatkan hukuman penjara daripada tidak melebihi lima tahun kepada tidak melebihi 15 tahun bagi mana-mana orang yang melakukan kesalahan membabitkan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya seperti harimau belang, harimau kumbang, seladang, kambing gurun dan badak Sumatera;

(iv) pindaan kepada subseksyen 70(2) Akta 716 bagi meningkatkan hukuman penjara daripada tidak melebihi lima tahun kepada tidak melebihi 15 tahun bagi mana-mana orang yang melakukan kesalahan membabitkan hidupan liar betina yang dilindungi sepenuhnya; dan

(v) Pindaan kepada seksyen 71 Akta 716 bagi meningkatkan hukuman denda tidak melebihi RM1 juta dan pemenjaraan tidak melebihi 15 tahun bagi kesalahan mengimport, mengeksport atau mengeksport semula hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya tanpa permit khas.

Skop tiga adalah peruntukan kesalahan bagi pengisytiharan palsu. Pada masa ini, tiada sebarang penalti bagi kesalahan membuat pengisytiharan palsu dalam dokumen atau maklumat lain yang dikehendaki dalam permohonan lesen, permit dan permit khas.

Pengenalan seksyen baharu 123A Akta 716 bagi memperuntukkan tindakan perundangan dikenakan kepada kesalahan membuat pengisytiharan palsu.

Skop empat adalah larangan penganjuran peruntukan pertunjukan dan promosi hidupan liar

final • 3:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Peruntukan baharu diperkenalkan iaitu seksyen 88A yang mengehadkan penganjuran pertunjukan hidupan liar hanya kepada pemegang permit pengendalian zoo yang memiliki fasiliti mengikut standard yang ditetapkan dan boleh mengawal penonton untuk menganjurkan pertunjukan hidupan liar.

Selain itu, seksyen 88B juga diperkenalkan bagi membolehkan tindakan perundangan dikenakan kepada individu yang mengiklan atau mempromosi hidupan liar bagi maksud menjual atau menawarkan perolehan hidupan liar secara haram.

Pada masa ini, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara tidak dapat mengawal aktiviti-aktiviti mempromosikan hidupan liar atas talian melalui laman web, media sosial atau medium-medium interaktif yang lain memandangkan tiada peruntukan yang melarang aktiviti tersebut.

Skop lima adalah mewujudkan peruntukan khusus bagi mengawal aktiviti melibatkan pengendalian dan perkhidmatan hidupan liar.

Pindaan terhadap seksyen 10 Akta 716 yang melibatkan aktiviti baharu seperti pengendalian fasiliti-fasiliti rehabilitasi, latihan dan penginapan serta pengendalian pertandingan, perkhidmatan kawalan dan penggunaan hidupan liar dalam menjalankan aktiviti keagamaan, adat dan kebudayaan.

Skop enam adalah pengenalan kutipan fi. Pindaan kepada seksyen 48 Akta 716 bagi memperuntukkan kutipan fi masuk dan fi aktiviti yang dijalankan di dalam rizab hidupan liar atau kawasan perlindungan hidupan liar. Pada masa ini, tiada fi masuk dan fi aktiviti seperti seni, sains atau rekreasi dikenakan di dalam rizab hidupan liar atau kawasan perlindungan hidupan liar.

Skop yang ketujuh adalah berkaitan penyelarasan seksyen-seksyen. Pindaan yang dilakukan memerlukan penyelarasan antara satu seksyen dengan seksyen yang lain agar ia tidak bercanggah.

Pindaan utama kepada Akta 716 bagi tujuan skop ini adalah seperti berikut:

Pertama, pemansuhan Seksyen Anak Hidupan Liar yang tidak dilindungi sepenuhnya yang diturun taraf sebagai hidupan liar dilindungi. Seksyen 30 Akta 716 dimansuhkan kerana taraf hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya tidak boleh disamakan tarafnya sebagai kelas hidupan liar yang dilindungi. Sekiranya anak hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya yang dibiak baka tetapi tarafnya telah diturunkan kepada hidupan liar yang dilindungi, maka akan berlaku konflik dalam menetapkan pertuduhan bagi kesalahan yang melibatkan seksyen ini.

Kedua, pemansuhan Seksyen Perniagaan Taksidermi. Setelah dikaji semula, aktiviti perniagaan ini tidak mempunyai perbezaan dari segi pengurusan mahupun pemantauannya berbanding dengan jenis perniagaan lain yang dilesenkan di bawah Akta 716 seperti kedai haiwan peliharaan (pet shop), butik fesyen, kedai ubatan tradisional Cina

(traditional Chinese medicine) ataupun restoran. Kesemua peniaga berlesen di bawah Akta ini tertakluk kepada obligasi seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 33 Akta 716 iaitu dikehendaki menyimpan dan menyelenggara suatu rekod yang mengandungi butiran mengenai hidupan liar atau bahagian atau terbitan hidupan liar yang diniagakan. Justeru, seksyen 38 dan seksyen 39 Akta 716 dimansuhkan kerana tiada keperluan untuk memperuntukkan seksyen khas bagi aktiviti taksidermi di bawah akta ini.

[Dato’ Sri Azalina Othman Said (Pengerang) **mempengerusikan Mesyuarat****] Ketiga, mempermudahkan aktiviti penyelidikan. Sebagai inisiatif kerajaan untuk mempermudah dan menggalakkan aktiviti penyelidikan berkaitan hidupan liar, seksyen 73 Akta 716 dimansuhkan dengan meminda dan memperkemaskan seksyen 10 Akta ini.

Keempat, Pemansuhan Seksyen Mengguna Hidupan Liar. Seksyen 72 Akta 716 dimansuhkan bersama dengan perenggan 11(e) kerana memadai dengan operator zoo, pameran atau pembiak baka di dalam kurungan komersial untuk memiliki permit khas menyimpan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya yang dikeluarkan di bawah

final • 3:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

perenggan 11(a) Akta 716 dan memiliki permit mengendalikan zoo, pameran dan pembiakbakaan dalam kurungan komersial yang dikeluarkan di bawah perenggan 10(a), 10(b) atau 10(c) Akta 716.

Kelima, pemansuhan Seksyen Larangan Penghibridan. Terdapat percanggahan di dalam peruntukan berkaitan hibrid di dalam Akta 716 iaitu antara seksyen 117, 118 dan 119. Peruntukan seksyen 119 menerangkan bahawa sebarang aktiviti hibrid melibatkan hidupan liar adalah tidak dibenarkan tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara. Peruntukan seksyen 118 pula menerangkan bahawa hasil penghibridan disifatkan sebagai spesies yang dikawal yang disenaraikan di bawah Jadual Kelima Akta 716 di mana tiada apa-apa aktiviti boleh dilakukan bagi spesies di bawah jadual ini.

final • 3:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Justeru itu, hasil aktiviti penghibridan yang diberikan kebenaran oleh Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara tidak boleh disimpan, dijual, dibeli, diimport dan dieksport selaras dengan peruntukan seksyen 117. Bagi penyelarasan semula seksyen berkaitan hibrid, seksyen 118 dimansuhkan. Spesies hibrid tidak lagi disifatkan sebagai spesies yang dikawal bagi membolehkan aktiviti penghibridan dijalankan untuk tujuan komersial dan kepentingan penyelidikan.

Tuan Yang di-Pertua, kesimpulannya saya yakin rang undang-undang yang dikemukakan ini akan memastikan konservasi hidupan liar melalui pengawalan, pengurusan dan penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan bagi melindungi dan memelihara hidupan liar di negara ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Ada sesiapa yang menyokong?

final • 3:40 PM

Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Ali anak Biju

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 3:40 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Terima kasih. Tahniah ya Yang Berhormat Menteri dan kementerian. Sudah 10 tahun tunggu benda ini. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pemulihan Hidupan Liar 2010 dibacakan kali yang kedua sekarang dan dibuka untuk di bahas.

Saya akan menjemput 10 orang setakat ini, lima minit setiap seorang. Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Sungai Petani dan Yang Berhormat Tebrau. Silakan Yang Berhormat Kuala Kedah, lima minit.

final • 3:40 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan. Tahniah kepada Menteri dan kerajaan kerana ini ialah satu pindaan yang telah lama ditunggu-tunggu oleh sesiapa sahaja yang mengikuti isu-isu tentang wildlife trafficking, dengan izin di Malaysia.

Pada tahun lepas ketika mesyuarat tahun lepas pada bulan Julai telah saya bangkitkan isu bahawa pemerdagangan hidupan liar inilah telah menyumbangkan kepada jadinya COVID-19, antara punca terbesar terjadinya pandemik COVID-19. Saya bertanyakan tahun lepas bila kita hendak pinda akta ini.

Tuan Yang di-Pertua, ini adalah masa yang telah lama ditunggu-tunggu, masa yang tepat tetapi kalau hendak kata tepat pun agak terlambat kerana sepatutnya telah lama kita bendung dan kita kawal pemerdagangan hidupan liar di Malaysia yang telah banyak mencemarkan nama Malaysia dan akhirnya telah melibatkan nama kita dengan tercetusnya pandemik COVID-19. Salah satu teori yang paling diterima tentang terjadinya COVID-19 ialah bahawa ia bermula dengan kelawar dan juga tenggiling yang diperdagangkan kebanyakannya di Asia Tenggara dibawa ke China dan dilayan dan dibawa seperti “non-living thing” dengan izin seperti yang tidak hidup.

final • 3:42 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Sebanyak 30 ekor disumbat ke dalam satu beg. Haiwan ini berada dalam kurungan yang begitu zalim, yang begitu menekankan, mereka stres, di situlah mereka hidup dalam keadaan yang cukup stres tidak makan dan tidak minum dengan penuh kencing dan najisnya. Sebahagian daripada haiwan hidup ini kemudian dimakan oleh manusia ketika badannya telah dipenuhi oleh virus yang asalnya daripada rimba. Ini bukanlah kali pertama. AIDS dulu dengan chimpanzee, Ebola juga dengan chimpanzee.

Ini juga teorinya. Selesema burung dengan burung liar. Maka inilah masanya kita perlu kawal.

Oleh sebab kita perlu – saya bersetuju kita ketatkan kawalan termasuklah perdagangan dalam talian dan kita kenakan hukuman yang lebih berat, hukuman wang ringgit dan penjara yang lebih berat, penjara yang lebih panjang kerana ini adalah satu business yang cukup lucrative dengan izin, cukup lumayan. Berapa nilai pemerdagangan haiwan liar di dunia?

Dianggarkan oleh Interpol bernilai RM90 bilion, lebih RM90 bilion setahun. Itu adalah satu rough estimate oleh Interpol. Wildlife trafficking dan pemerdagangan secara haram hidupan liar adalah salah satu daripada trafficking yang paling lumayan yang jenayah trafficking ataupun jenayah merentas sempadan yang paling lumayan dan paling besar tetapi risikonya sangat besar kepada kesihatan awam manusia. Maka kita perlu melakukan, kita perlu membina balik dan kita perlu mengadakan undang-undang yang ketat dan cukup baik untuk membina balik reputasi Malaysia.

Pada tahun 2016 ada dikeluarkan laporan bahawa KLIA dan Kuala Lumpur adalah pusat pemerdagangan, pusat dibawa haiwan liar yang telah diseludup dan ditangkap dan dibawa secara haram. KL merupakan antara pusat pemerdagangan yang paling sibuk di dunia, pemerdagangan haram tadi. KLIA dikatakan sebagai pusat untuk membawa keluar haiwan liar tadi dengan kos yang lebih rendah dan lebih murah. Ini telah cukup mencemarkan nama Malaysia sehingga Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES) telah meletakkan Malaysia sebagai kategori A untuk pemerdagangan liar gading dan haiwan-haiwan lain juga yang kita sebut tadi.

Jadi ini yang tepat cuma penguatkuasaannya. Saya minta supaya dijelaskan mengapa penguatkuasaan akta ini tidak dikenakan kepada Sabah dan Sarawak. Banyak laporan antarabangsa yang melibatkan pemerdagangan haiwan liar yang ditangkap di Sarawak dan mereka tidak kena dan itu merupakan satu kelompongan yang besar dalam akta ini.

Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua satu sebab sedikit, sebab kedua sedikit sahaja mengapa kita sangat perlu memperkasakan akta ini dan kemudian menggunakan dan mengaplikasikannya ialah kerana isu moral. Saya petik kata Ghandi...

final • 3:42 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Kuala Kedah.

final • 3:42 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

The greatness of a nation and its moral progress can be judged by the way its animals are treated.

final • 3:42 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Kuala Kedah. Sekejap.

final • 3:42 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Sedikit sahaja. Ketinggian ataupun kebesaran sesebuah negara atau masyarakat dan juga kemajuan moralnya dapat dilihat dengan cara masyarakat atau negara itu melayan haiwannya. Haiwan liar perlu dilayan dengan lebih baik daripada yang telah kita lakukan selama ini. Kita tidak cukup masa tetapi kita akan sebut dalam peringkat jawatankuasa, zoo kita juga kena diperbaiki kerana sangat memalukan kalau dibandingkan dengan Zoo Negara jiran terutamanya Thailand.

Boleh saya...

final • 3:42 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Kuala kedah. Sedikit sahaja, Yang Berhormat Kuala Kedah.

final • 3:42 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Silakan.

final • 3:42 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Saya juga ingin bertanya Menteri kerana kita tahu bahawa penguatkuasaan ini selalunya diletakkan di agensi lain seperti kastam dan sebagainya. Dari segi kementerian kekurangan kakitangan dan pemantauan. Akan tetapi kita tahu bahawa Kastam dan juga penguatkuasaan agensi lain mereka tidak

final • 3:42 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

menitikberatkan penguatkuasaan tentang wildlife trafficking. Jadi ia menjadi prioriti yang sangat rendah. Ini adalah isu inter-agency dan ministry yang selalu dihadapi.

Jadi, apakah langkah-langkah kementerian untuk menjadikan isu ini, Kastam itu lebih responsif dan mengurangkan isu-isu penyalahgunaan kuasa atau rasuah dan sebagainya yang menyebabkan Malaysia menjadi transit sehinggakan wildlife transit center seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah.

final • 3:42 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:42 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Terima kasih. Yang Berhormat Kuala Langat.

final • 3:42 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak ucapkan tahniah dan syabas kepada kementerian akhirnya bawa Akta 716 ini kepada Parlimen untuk dipinda. Kita nampak penambahbaikan atas Akta 716 ini akan bawa kemakmuran dan kebaikan kepada keseluruhan negara dan akan diterima baik oleh rakyat Malaysia.

Pemulihan hidupan liar ini satu perkara yang sangat sensitif kepada ramai di sini dan juga kita kena jaga keadaan hidupan liar ini melalui akta yang kita nampak ini. I think this act was started in 2019 dan kita telah bawa ke Parlimen kepada sekarang. Saya pun hendak ucapkan ribuan terima kasih kepada AGC Chambers untuk memberikan kuasa yang luas di dalam akta ini untuk kebaikan yang saya nampak di dalam Akta 716.

final • 3:48 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

Keutamaan yang diberikan ialah kepada hukuman dan juga penalti yang kita telah naikkan sampai 100 peratus. This is a deterrent kepada sesiapa pun yang akan turun untuk wildlife trafficking di dalam negara kita. Kita difahamkan bahawa Malaysia ialah sebuah negara transit untuk wildlife trafficking antara benua Afrika dan kepada Asia. Oleh sebab itu, kita kena menunjukkan sebagai sebuah negara di mana kita akan mengambil tindakan yang berat dan juga penalti-penalti ini yang telah dibawa oleh kementerian untuk diluluskan akan memberikan kesan kepada sesiapa yang hendak berbuat demikian.

Saya juga untuk pengetahuan Dewan ini, pejabat Jabatan PERHILITAN dan pengarahnya, saya hendak katakan bahawa tugas mereka bukan senang dan sekarang dengan penalti dan hukuman yang tinggi, penguat kuasa ini kita kena tingkatkan dan pastikan bahawa orang-orang yang melakukan business ini akan ditangkap dan dihukum di mahkamah.

Pada waktu yang sama, saya hendak minta kementerian untuk mengkaji pegawai- pegawai di pejabat PERHILITAN ini dengan situasi mereka sekarang dan bolehlah kaji kalau boleh kita kena meningkatkan taraf mereka. Ini kerana mereka membuat kerja yang susah, bukan senang. Mereka ini yang akan membawa nama kepada negara dengan posisi akta ini pada masa yang akan datang. So, saya minta kalau boleh kerajaan please look towards the welfare of the PERHILITAN officers untuk memastikan penguat kuasanya akan cukup dan tinggi di dalam masa depan yang akan datang.

Saya hendak beritahu kepada Dewan ini bahawa cara PERHILITAN membuat kerjanya, kalau ditanya dengan orang ramai tidak faham tetapi satu-satu kaedah yang mereka gunakan contohnya untuk menangkap dan juga menukar kawasan untuk gajah di dalam negara kita, standard SOP yang telah digunakan oleh PERHILITAN ini sekarang telah mendapat pengiktirafan di dalam kawasan kita di Asia dan digunakan oleh negara- negara lain. So, this is a good example of how creative our PERHILITAN officers are in transporting wild elephant from one area to another and also untuk how they are good at catching them and transferring them. So, ini satu kejayaan kita di dalam negara ini.

Saya ambil perhatian juga bahawa survey National Wildlife ini yang telah dilakukan oleh kementerian— minta maaf, kita belum mendapat report itu, kalau boleh kementerian kena tablekan report itu kepada kita di Parlimen untuk diteliti dan kita boleh tahu keadaan sekarang contohnya kehidupan Harimau Malaya dan sebagainya. So, saya

final • 3:50 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

terima Akta Pemulihan Hidupan Liar ini dan juga pembaikan Akta 716 dan menyokong dengan sepenuhnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:50 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat Kalabakan.

final • 3:50 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya juga sangat mengalu-alukan undang-undang Akta 716, Pemulihan Hidupan Liar (Pindaan) 2001 ini dibentangkan dan diluluskan. Ia dapat meminda dan menambah baik pemuliharaan hidupan liar 2010 yang antara lain memasukkan seksyen baru yang membolehkan denda maksimum sebanyak RM100,000 dikenakan terhadap pesalah dalam kes penganjuran dan mempromosikan hidupan liar.

Akta sedia ada ke atas kesalahan-kesalahan berkaitan juga harus dipertingkatkan. Kita harus terus memperketat penguatkuasaan terhadap aktiviti pembalakan haram. Setakat 31 Ogos 2019, dilaporkan tiga kes pembalakan haram dan 49 kes kesalahan hutan berkaitan. Sudah tentu aktiviti-aktiviti haram ini juga mengganggu habitat hidupan liar. Sebanyak 70 tangkapan ke atas kesalahan penyeludupan hidupan liar dilaporkan telah dilakukan pada tahun 2020 di Sabah. Kesalahan-kesalahan ini sudah pasti dilakukan oleh pemburu haram dan pembalak haram.

Habitat semula jadi Gajah Borneo yang semakin hari semakin mengecil memaksa haiwan liar keluar berkeliaran dalam kawasan hutan berhampiran seperti ladang-ladang kelapa sawit untuk mencari makanan sehingga ada kalanya menimbulkan konflik manusia dan gajah yang kini semakin meruncing. Hakikat yang harus difahami bersama, hutan adalah habitat asal gajah. Kita perlu meningkatkan usaha mempromosikan kewujudan bersama manusia dan hidupan liar itu dengan memahami punca konflik serta mengkaji kaedah berkesan bagi mengurangkan konflik.

Jika gajah ditemui mati akibat ditembak, ia berkemungkinan berpunca daripada konflik gajah manusia kerana kerosakan tanaman atau harta benda atau aktiviti pemburuan haram. Bagi kematian disebabkan keracunan ia mungkin disebabkan oleh manusia secara sengaja atau tidak sengaja. Untuk kes keracunan tidak disengajakan, perkara harus disiasat sama ada ia disebabkan penggunaan bahan kimia di ladang-ladang komersial. Membunuh Gajah Borneo termasuk mencederakan haiwan liar itu yang terpaksa masuk ke dalam kawasan kebun atau ladang sehingga merosakkan tanaman bukanlah tindakan yang wajar dilakukan.

Walaupun sudah tersedia beberapa akta penguatkuasaan dalam state provision di Sabah, pemerkasaan kepada penguatkuasaan adalah sangat dialu-alukan. Itu sahaja daripada saya. Terima kasih.

final • 3:54 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 3:54 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2020 ini.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan akta ini iaitu Akta 716 adalah tepat pada masanya.

Malaysia sangat kaya dengan kepelbagaian spesies haiwan liar. Menurut Laporan Kebangsaan Keenam Malaysia kepada Konvensyen Kepelbagaian Biologi 2019, negara dilaporkan memiliki 306 spesies mamalia, 742 spesies burung, 242 spesies amfibia, 567 spesies reptilia, lebih 2000 spesies ikan dan 150,000 spesies Invertebrata.

Ini bermakna hutan dan hidupan liar di negara kita ini merupakan khazanah penting negara. Namun, kekayaan kepelbagaian ini bukan hanya perlu dibanggakan pada bilangannya dengan laungan Malaysia negara mega biodiversiti semata-mata jika hidupan liar terus terdedah dengan pelbagai bentuk ancaman. Data terbaru menunjukkan Harimau

final • 3:57 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Malaya hanya tinggal kurang daripada 200 ekor. Semua pihak kini perlu memandang nasib raja rimba ini yang menjadi ikon dan kebanggaan kita dengan lebih serius bagi mencegah aktiviti-aktiviti haram yang begitu rakus mendapatkan kulit, daging, kuku, taring dan tulang.

Ternyata konflik manusia-haiwan liar tidak kurang hebatnya dalam mempengaruhi kelestarian jangka panjang haiwan liar di negara ini. Banyak spesies haiwan di Malaysia akan pupus jika tiada langkah drastik diambil untuk menangani isu pembunuhan dan pemburuan haram yang semakin kritikal. Perdagangan hidupan liar berlaku di seluruh dunia dengan negara-negara mempunyai kepelbagaian biodiversiti yang tinggi seperti Malaysia menjadi sumber kawasan transit dan hab bagi spesies yang diseludup.

Tuan Yang di-Pertua, dalam mengejar kemajuan daripada pelbagai aspek, kelestarian hidupan liar tidak boleh dikesampingkan, hakikatnya hidupan liar adalah aset yang sangat penting dalam persekitaran dan ekosistem kita serta perlu dikekalkan kewujudannya. Hidupan liar yang semakin pupus akan menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang. Justeru, hidupan liar juga berhak untuk dilindungi serta dipantau secara konsisten agar tidak mengalami kepupusan dan dapat dikekalkan untuk tatapan generasi akan datang.

Di kawasan saya misalnya akibat tidak mempunyai tempat yang sesuai untuk mendapatkan makanan dan penempatan, gajah terpaksa merayau keluar sehingga mengganggu penempatan manusia.

final • 3:57 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terdapat tiga kawasan yang sering diganggu oleh kumpulan gajah ini iaitu Slow Mengkuang, Lata Rek dan Pasir Kelang. Tuan Yang di-Pertua, sudah tiba masanya kerajaan merangka satu pelan perancangan dalam mewujudkan pendidikan mengenai alam sekitar supaya ia dapat diterapkan kepada generasi muda.

Sebelum berakhir, saya ingin bertanyakan tentang masalah musuh tanaman dan ancaman kepada penduduk seperti kera, babi hutan dan lainnya yang mengganggu di kawasan-kawasan perumahan penduduk dan memusnahkan tanaman serta kemudahan awam seperti padang bola dan sebagainya.

Isu ini perlu ditangani segera oleh pihak kementerian kerana menjadi kesalahan apabila penduduk memusnahkannya sendiri. Apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini? Masalah ini sudah lama berlarutan dan saya difahamkan ia berlaku hampir di kesemua kawasan. Tidak hanya di kawasan kampung malah ia juga di kawasan penempatan di bandar.

Tuan Yang di-Pertua selain itu, saya ingin menyentuh tentang bajet khas untuk anggota PERHILITAN yang menjalankan operasi menangkap dan memindah gajah liar yang mengganggu penduduk. Saya difahamkan anggota PERHILITAN yang menjalankan operasi perlu mendapatkan ataupun mencari dana sendiri memandangkan tiada peruntukan khas yang disediakan. Ini tentunya akan menyulitkan operasi terutama apabila melibatkan masa yang panjang. Ada yang mengambil masa sehingga dua minggu ataupun lebih. Memang kita tahu kerjasama semua pihak sama ada Yang Berhormat tempatan, pemimpin masyarakat dan penghulu amat diperlukan dan mereka tidak membiarkan kebajikan anggota yang menjalankan operasi ini terabai Akan tetapi, jika terdapat ataupun dapat disediakan bajet khas oleh pihak kerajaan, bukan sahaja makan, minum dan penginapan mereka tetapi kos operasi seperti sewa jentolak dan menyediakan kemudahan lain kerana kawasan operasi biasanya di dalam hutan dan perlu menyediakan kemudahan bagi membawa keluar gajah tersebut.

Saya juga ingin mencadangkan agar pihak kementerian boleh membekalkan kenderaan pacuan empat roda yang baharu, yang mencukupi dan sesuai kepada anggota PERHILITAN untuk menjalankan operasi.

Terakhir Tuan Yang di-Pertua, mini zoo di Kuala Krai dan Taman Hutan Bandar di Kuala Krai sedang dihidupkan semula. Saya mengharapkan agar mendapat sokongan daripada pihak Yang Berhormat Menteri khususnya dari sudut meluluskan peruntukan yang sepatutnya bagi menyediakan fasiliti terbaik dan menempatkan haiwan yang bersesuaian kerana tempat ini adalah satu-satunya zoo yang akan wujud di Kelantan. Itu

final • 4:00 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

sahaja perbahasan saya. Saya ucapkan terima kasih dan saya mohon menyokong Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat Bukit Bendera.

final • 4:00 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya terpanggil untuk bangun berbahas dalam akta pindaan Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 ini. Saya mewakili Bukit Bendera, Penang Hill yang baru mendapat pengiktirafan UNESCO Biosphere Reserve dan merupakan UNESCO Biosphere Reserve yang ketiga dalam Malaysia selepas Tasik Chini di Pahang dan Crocker Range di Sabah.

Mengikut senarai merah, Red List of Mammals for Peninsular Malaysia antara senarai-senarai haiwan-haiwan yang telah disenaraikan sebagai pupus (extinct) di Semenanjung Malaysia, sudah pupus, badak Jawa dan badak Sumatera. Manakala spesies yang dinilai sebagai amat terancam atau critically endangered, Harimau Malaya, tenggiling dan banteng dan juga spesies-spesies yang endangered ataupun mempunyai ancaman vulnerable. Antaranya adalah cencurut hitam, Tapir Malaya, Orangutan, monyet Belanda, langur ataupun dipanggil dusky leaf monkey dan juga di Borneo, gajah pygmy Borneo. Akta yang dicadangkan pindaan ini hanya terpakai untuk Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bolehkah Yang Berhormat Menteri melaporkan kepada Dewan ini kerja-kerja pindaan perundangan di Borneo untuk Wildlife Conservation Enactment 1997 Sabah, Wildlife Protection Ordinands 1998 di Sarawak. Saya ingin mendapat satu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Kita mengetahui bahawa jabatan yang bertanggungjawab untuk melindungi wildlife ataupun hidupan liar ini adalah PERHILITAN.

Saya ingin membangkitkan satu isu yang dilaporkan dalam surat khabar bahawa pada Mei tahun ini, terdapat satu insiden di Negeri Sembilan bahawa pegawai PERHILITAN telah shooting ataupun menembak mati 20 ekor langur iaitu satu endangered species yang disenaraikan sebagai endangered species. 20 ekor langur yang telah dizonkan sebagai endangered species telah ditembak oleh pegawai PERHILITAN.

Saya hendak mendapatkan penjelasan Yang Berhormat Menteri kerana dilaporkan secara meluas di media dan satu police report telah dibuat di Negeri Sembilan oleh pencinta alam. Saya ingin mendapatkan penjelasan kenapa pegawai-pegawai PERHILITAN yang kita harapkan untuk melindungi hidupan liar tetapi melakukan kerja menembak hidupan liar? Kita harapkan pagar, pagar pula memakan padi. Saya ingin mendapatkan satu penjelasan dari Yang Berhormat Menteri insiden penembakan 20 ekor langur ataupun dusky leaf monkey di Port Dickson, Negeri Sembilan pada bulan Mei 2021.

Saya juga ingin menyatakan di sini, tadi kita telah antara lain secara dasar kita hendak ingin memberikan pandangan saya. Walaupun saya membaca Dasar Perhutanan Malaysia 2021 yang diluluskan oleh kementerian Yang Berhormat Menteri, tetapi saya baca tiada mechanism funding, pendanaan apabila projek-projek mega seperti ECRL telah membuka 100 of hectares of the Central Forest Spine. Antara lain memikirkan satu kajian populasi tapir di sekitar kawasan tersebut akan mendapat impak yang besar, akan kurang kerana pembukaan projek ECRL.

Kita tidak mempunyai satu dana spesifik. Kita boleh meminta pemaju-pemaju ataupun syarikat-syarikat gergasi ini menyumbangkan sebahagian daripada dana kepada satu dana by invest, biodiversiti negara supaya dana ini boleh digunakan untuk membantu pemindahan hidupan-hidupan liar di sekitar kawasan itu untuk ditempatkan semula di tempat-tempat yang bersesuaian.

Walaupun Dasar Perhutanan Negara Malaysia kita ada tetapi tiada bangkitkan isu pendanaan. Begitu juga saya membangkitkan bahawa –Saya ingin membangkitkan supaya kita kerajaan mengikuti komitmen antarabangsa terhadap berkenaan dengan pemuliharaan haiwan liar antara lainnya Convention on International Trade of Endangered

final • 4:02 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Species of Wild Fauna and Flora dan juga COP15 di Kunming berkenaan Convention on Biological Diversity. Saya meminta kerajaan supaya memastikan undang-undang ataupun komitmen antarabangsa ini diikuti. Saya juga tadi setuju dengan Yang Berhormat Kuala Kedah bahawa satu kawalan terhadap zoonotic disease iaitu penyakit daripada haiwan kepada manusia ini perlu dibuat kawalan supaya kawalan hidupan liar ini dapat dijalankan.

Akhir sekali saya ingin membuat penggulungan Tuan Yang di-Pertua. Dua ujian untuk kerajaan komitmen terhadap hidupan liar dan juga biodiversiti. Harimau Malaya di Jata Negara mewakili bangsa dan negara dan sekarang kurang daripada 200 ekor.

Apakah Pelan Tindakan Pemulihan Harimau Kebangsaan 2008 - 2020 apakah sambungannya? Tidak efektif, tidak efektif. Pelan Konservasi Gajah Kebangsaan 2013- 2022, apakah pelan pada masa depan? Pelan tindakan pemulihan untuk spesies-spesies terancam yang saya sebut tadi. Apakah in-situ conservation plan untuk Harimau Malaya?

final • 4:02 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Yang Berhormat Bukit Bendera?

final • 4:02 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Ya?

final • 4:02 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Sini, sini Kepong.

final • 4:02 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Ya, silakan Yang Berhormat Kepong.

final • 4:02 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Fasal Harimau Malaya saya minta dimasukkan dalam bahas Yang Berhormat Bukit Bendera pada bajet yang akan kita bentang minggu depan mungkin, sebahagian peruntukan bajet tahun depan diperuntukkan untuk pelan untuk memulihara Harimau Malaya. Terima kasih.

final • 4:02 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Ya, saya setuju dengan Yang Berhormat Kepong kerana ia merupakan satu identiti yang begitu penting.

final • 4:02 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat, masa.

final • 4:02 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Ya, di belakang Tuan Yang di-Pertua Harimau Malaya dan juga...

final • 4:02 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat, Harimau Malaya pun ada masanya.

final • 4:02 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Ya, ya betul. Akan tetapi begitu penting.

final • 4:02 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Tidak boleh Yang Berhormat...

final • 4:02 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Yang Berhormat Menteri hanya sebut bracket, bracket...

final • 4:02 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

...Banyak lagi.

final • 4:02 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Akan tetapi kita...

final • 4:02 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat Bukit Bendera lagi hendak bahas.

final • 4:02 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Okey, satu lagi, last point.

final • 4:02 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Sudah berapa kali last point...

final • 4:02 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Ujian kedua ialah Tasik Chini...

final • 4:02 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat...

final • 4:02 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Yang disenaraikan sebagai UNESCO Biosphere Reserve.

final • 4:02 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat janganlah degil sangat Yang Berhormat. Banyak lagi, saya ada 22 nama.

final • 4:10 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Satu, dua sentences sahaja. Tadi saya kata harimau Malaya, Tasik Chini juga— biosphere reserves UNESCO akan dipotong daripada senarai kalau sekiranya kita tidak menyelamatkan keadaannya. Perlombongan

final • 4:10 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

di sebelah sana. Apakah tindakan Menteri untuk menyelamatkan spesies-spesies terancam dan juga kawasan biosphere reserve yang akan dipotong penyenaraian oleh UNESCO? Itu sahaja perbahasan terima kasih.

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat Setiu, lima minit.

final • 4:10 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua, *Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

[Membaca selawat]* Terima kasih kerana memberikan peluang kepada Setiu untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2021.

Pertamanya secara asasnya Islam mengajar kita untuk sentiasa berbuat baik kepada semua makhluk termasuklah haiwan sebagai mana firman Allah, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya, “Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini, kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka untuk dihisab dan menerima balasan.” Surah Al-An’am ayat 38.

Tuan Yang di-Pertua, hari demi hari kita kehilangan lebih banyak primat berharga akibat tindakan manusia. Rentetan pemusnahan habitat, pemecahan hutan dan perdagangan hidupan liar secara haram sedangkan haiwan liar merupakan khazanah alam yang tidak ternilai kerana spesies ini merupakan salah satu unsur penting dalam keseimbangan ekosistem alam.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang berlaku hari ini gajah sering kali menyerang penduduk kawasan saya Setiu. Seperti mana yang berlaku baru-baru ini di Kampung Sungai Tarum dan Pengkalan Atap, seekor gajah memasuki perkampungan penduduk yang jelas sekali membahayakan penduduk. Oleh sebab itu berlakunya kes di mana kadang-kadang penduduk terpaksa menembak haiwan liar demi keselamatan nyawa mereka. Sebelum ini haiwan liar ini juga kebanyakannya akan menyerang tanaman- tanaman petani. Sudah acap kali gajah menyerang dan merosakkan tanaman penduduk di Kampung Pelong dan Seri Bayas dalam kawasan Parlimen Setiu.

Persoalannya apakah mekanisme yang digunakan oleh kerajaan dalam memastikan isu kebun-kebun yang dirosakkan oleh gajah dapat dielakkan di masa yang akan datang. Oleh itu saya benar-benar mengharapkan tindakan proaktif daripada pihak kerajaan untuk membantu kedua-dua pihak iaitu bagi menyelamatkan gajah, pada masa yang sama kebun-kebun petani juga dapat diselamatkan.

Tuan Yang di-Pertua, perkara seterusnya adalah berkenaan kesedaran masyarakat yang semakin berkurangan terhadap pemeliharaan haiwan liar. Nilai kasih sayang terhadap haiwan juga semakin terhakis dalam kalangan masyarakat hari ini.

Buktinya kes penganiayaan haiwan, penderaan masih berlaku. Sebagai contoh tular video di media sosial pada 27 Jun yang lalu sembilan ekor kera di racun. Lebih zalim lagi awal tahun ini bangkai gajah pygmy Borneo ditemui dalam keadaan anggota badan terpisah dan kulitnya dilapah demi kepentingan diri.

Justeru, usaha mengingatkan dan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang status haiwan liar yang semakin pupus wajar diteruskan dan dipergiatkan.

Program pendidikan, penyelidikan dan kesedaran mestilah dilaksanakan dengan lebih agresif dan sistematik. Sehubungan dengan itu, saya juga menyokong penuh usaha kerajaan dalam memelihara kehidupan liar dengan meningkatkan denda sehingga dua kali ganda iaitu daripada RM500,000 kepada RM1 juta sebagai salah satu langkah bagi memupuk kesedaran kepada masyarakat peri pentingnya haiwan liar daripada terus terancam dan pupus.

Tuan Yang di-Pertua, aktiviti pemerdagangan haiwan liar secara atas talian telah berlaku sekian lama. Pada tahun 2016, kerajaan telah membina Akta PERHILITAN bagi meningkatkan penguatkuasaan berkenaan isu tersebut. Namun aktiviti ini semakin menjadi-jadi. Bukitnya Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara

(PERHILITAN) mengesan kewujudan 150 akaun media sosial pasar haram yang giat

final • 4:10 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

menjual haiwan liar hampir pupus. Aktiviti-aktiviti sebegini jelas sekali menjadi penyumbang kepada kepupusan haiwan liar di negara ini. Selain daripada aspek penguatkuasaan undang-undang, pihak berkuasa juga seharusnya meningkatkan lagi pemantauan di laman sosial dari semasa ke semasa terutama di era globalisasi media sosial hanyalah di hujung jari.

Aktiviti penjualan haram amat senang untuk dilakukan. Oleh itu saya mengharapkan dengan pindaan akta ini isu penjualan haiwan liar atas talian mampu ditangani. Justeru, kita amat memerlukan satu pelan tindakan umum dan khusus berkaitan pemerdagangan hidupan liar secara atas talian dengan jelas serta holistik dengan memastikan aktiviti dibanteras dari akar umbi.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkenaan pengharaman penggunaan jerat kecuali bagi aktiviti penyelidikan dengan lesen yang sah. Saya kira langkah ini amat tepat. Namun begitu, kesedaran masyarakat seharusnya dipertingkatkan lagi. Hal ini kerana jerat yang digunakan bagi menangkap khinzir dan sebagainya, memangsakan haiwan liar yang dilindungi seperti kes yang berlaku di Tapah apabila seekor harimau jantan yang terperangkap dalam jerat khinzir sehingga tercedera. Jika tiada tindakan luar biasa yang dilakukan Malaysia bakal kehilangan pelbagai spesies hidupan liar akibat kecuaian manusia.

Soalan saya, sehingga kini berapakah jumlah jerat yang telah dimusnahkan oleh PERHILITAN dan adakah kerajaan bercadang untuk menjalankan operasi memusnahkan jerat secara berkala bagi mengesan jerat-jerat haram sekali gus mampu menyelamat haiwan liar daripada terkena jerat tersebut.

Akhirnya satu hadis Rasulullah SAW yang menunjukkan bagaimana Islam menjaga semua pihak. Bukan sekadar manusia bahkan binatang. Hadis riwayat Muslim yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah mewajibkan berlaku baik terhadap segala sesuatu, jika kamu membunuh hendaklah membunuh dengan cara yang baik dan jika kamu menyembelih, maka sembelihlah dengan cara yang baik, hendaklah ia menajamkan pisau dan menyenangkan haiwan sembelihan itu.” Saya mohon menyokong RUU ini.

Sekian Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Terima kasih. Yang Berhormat Sepang.

final • 4:10 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih, kepada Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya saya juga seperti Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain bersetuju dan boleh menerima pindaan-pindaan yang dibuat ini dan saya juga mengucapkan tahniah kepada pihak Menteri kerana dapat akhirnya mengemukakan RUU untuk meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Bagaimanapun, saya rasa saya ingin bangkitkan di sini beberapa persoalan yang mungkin Yang Berhormat boleh fikirkan untuk pembaikan di masa hadapanlah.

Pertamanya dari segi, Tuan Yang di-Pertua, saya lihat kepada walaupun ini nanti boleh dibincangkan di peringkat jawatankuasa tetapi saya lontarkan dahulu supaya Yang Berhormat mungkin boleh fikirkan.

Kalau kita lihat kepada seksyen 3 iaitu biasanya seksyen yang berkaitan dengan taksiran. Saya melihat Tuan Yang di-Pertua, ia punya penyusunan ini agak kelam kabut sedikit. Ia tidak ikut alphabet sangat. Bermula dengan huruf ‘T’, nombor satu, biasanya ia ikut alphabet. Jadi saya haraplah kalau boleh sekiranya di masa akan datang, kita mungkin boleh fikirkan supaya apabila kita baca rang undang-undang ini mudah untuk kita merujuk.

Akan tetapi saya tidak pasti adakah bagi pihak kerajaan benda ini okey, tidak ada masalah. Akan tetapi bagi saya, saya membaca rang undang-undang yang asal itu sebelum pindaan ini, saya dapati— maybe I read in English, I do not know in Malay. Bila saya baca dalam bahasa Inggeris, saya dapati memang ia tidak ikut alphabet. Dia agak – daripada perkataan huruf ‘C’, kadang-kadang terus jumpa huruf ‘T’ dulu, ‘F’ dulu dan

final • 4:17 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

sebagainya. Daripada segi teknikal, saya harap pihak kementerian boleh fikirkan untuk memperbaiki. Itu yang pertama.

final • 4:17 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Keduanya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya, oleh sebab kita telah meletakkan satu jabatan khusus bagi melakukan usaha-usaha untuk memelihara binatang liar ini iaitu institusi PERHILITAN, saya dapati dalam pembacaan di media-media, media- media sosial khususnya mereka sering mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai manpower dengan izin yang mencukupi sedangkan mereka ditugaskan untuk melakukan perkara ini.

Jadi saya – berdasarkan pengalaman sikit, bila kita contohnya apabila kes-kes dibawa ke mahkamah, kita tahu bila kita bawa ke mahkamah ini peranan PERHILITAN ini penting. Ini kerana, di sanalah mereka menyiasat, mereka yang membuat penangkapan dan sebagainya dan mereka ini akan dipanggil sebagai saksi. Akan tetapi, selalunya kakitangan mereka ini, kakitangan yang saya dapati memang sering mudah dicabar oleh para peguam. Akhirnya kes-kes yang sepatutnya boleh menang – tetapi oleh kerana the performance of the witnesses ataupun persembahan saksi-saksi itu di mahkamah tidak begitu meyakinkan, akhirnya kes yang boleh menang jadi kalah. Jadi, saya harap perkara ini mungkin pihak kerajaan boleh fikirkan bagaimana kita boleh memperkasakan lagi PERHILITAN ini.

Ketiga, daripada segi jenis binatang ini, saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, saya ada terbaca bahawa ada satu kompelin daripada mungkin daripada pihak luar negara mengatakan bahawa di Malaysia hidupan liar ini adalah terancam kerana ada masalah deforestation iaitu penghapusan hutan. Ini sering dimomokkan dan menyebabkan usaha-usaha untuk kita menjaga hidupan liar ini dimusnahkan oleh pihak yang terlibat iaitu yang menebang hutan ataupun membakar hutan dan sebagainya.

Jadi, saya harap pihak kerajaan boleh mengambil perkara ini dengan serius sebab telah adapun katanya – sebagai contoh ada yang mengatakan bahawa – walaupun di sini ada menerangkan tentang ada – nama-nama binatang ini susah juga. Sebagai contoh badak Sumatera. Katanya badak Sumatera ini di Malaysia telah pun apa dipanggil – extinct apa? Pupus. Jadi, adakah benar dakwaan ini? Kalau benar kenapakah binatang ini telah pupus? Atas dasar apa? Sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, kita dapati di setengah-setengah tempat termasuk di Sepang sendiri kita mengalami masalah gangguan daripada kera. Kera ini memang masalahlah di dalam politik pun kera pun bermasalah juga yang biasa melompat-lompat ini kan.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat, kerakah monyet?

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tidak apa, ada juga kera juga, ada juga monyet. Ada kera dan ada monyet. Tuan Yang di-Pertua dua-dua ada. Akan tetapi, kera yang sebelah sana itu banyak.

[Merujuk kepada blok kerajaan]

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Kera dan monyet. Ingatkan katak saja yang bermasalah.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, tidak apa.

Kalau monyet mungkin saya tidak pastilah dengan monyet ini. Tuan Yang di-Pertua, kalau monyet di Sepang itu contohnya mereka ganggu pelajar-pelajar sekolah, mereka yang duduk di bangku dan meja di sekolah. Kadang-kadang budak-budak pun jadi baik dengan dia. Sampai dia pun macam masuk kelas juga.

final • 4:20 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Dia cari Yang Berhormat itu.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Dia jinak. Sudah jinak itu.

final • 4:20 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Dia cari Yang Berhormat itu, kawan dia.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Akan tetapi dia tidak suka dengan yang pakai serban yang ada di PASlah sebab dia tidak percaya pada PAS itu. Binatang pun tidak percaya pada PAS.

[Ketawa]

final • 4:20 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Serban itu sunah Nabi.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ala cakap saja guna ayat al- Quran tetapi kaki penipu semua temberang saja.

final • 4:20 PM

Dato' Haji Salim Sharif - Jempol

Ini bukan hidupan liar ini.

final • 4:20 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Jangan dok hina serban.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, mereka temberang lebih ini Tuan Yang di-Pertua. Anyway, saya harap...

final • 4:20 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Yang Berhormat Sepang temberang.

final • 4:20 PM

Timbalan Menteri Pendidikan II - Datuk Mohamad bin Alamin

Yang Berhormat Sepang ini melalutlah.

final • 4:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Lagi satu harimau, harimau pun ada masalah juga. Katanya ada kepupusan. Jadi, saya harap Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh pihak Menteri menjaga betul binatang-binatang ini. Binatang-binatang lebih baik dipelihara daripada kita pelihara orang-orang tertentu dalam politik ini khususnya daripada PAS itu. Kalau boleh termasuklah dalam yang boleh dipupuskan pun okey. Sekian, terima kasih.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat Jempol.

final • 4:20 PM

Dato' Haji Salim Sharif - Jempol

Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya turut sama bagi membahaskan RUU Pemeliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2021. RUU ini telah dibentangkan terdapat keperluan dan desakan daripada rakyat untuk menambah baik dengan memasukkan peruntukan baharu supaya akta ini selaras dengan perkembangan semasa.

Pada hemat saya, RUU ni sememangnya perlu disegerakan dan diluluskan untuk menambah baik dan dimasukkan peruntukan baharu supaya akta ini selaras dengan perkembangan semasa. Pada hemat saya ia perlu disegerakan kerana kita ingin memelihara kehidupan liar daripada ia terus pupus. Oleh yang demikian, saya ucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan, kepada kementerian yang telah membawa RUU ini ke Parlimen. Secara umumnya, saya menyokong segala pindaan di bawah kerajaan pada kali ini namun terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian.

Selain daripada memasukkan peruntukan baharu, pindaan ini juga turut meningkatkan kadar penalti bagi kesalahan tertentu. Denda maksimum RM500,000 akan ditingkatkan kepada RM1 juta, penjara maksimum pula akan dinaikkan kepada 15 tahun berbanding sebelum ini iaitu 10 tahun. Berdasarkan Akta Pemeliharaan Hidupan Liar, babi hutan merupakan antara haiwan yang dilindungi. Ini bermakna mana-mana individu yang menembak, menjerat dan membunuh babi hutan adalah merupakan satu kesalahan.

Soalan saya, apakah hukuman kepada individu yang ditangkap melakukan kesalahan tersebut menerusi pindaan ini?

Isu babi hutan ini amat membimbangkan kepada penduduk kawasan luar bandar khususnya pada mereka yang mengusahakan tanaman dan kebun termasuk di kawasan gugusan kawasan saya contohnya di Palong dan di Serting. Isu babi ini telah mengganggu ketenteraman masyarakat kerana menerobos masuk ke kawasan tempat tinggal mereka.

Begitu juga dengan berlaku di Palong 7, terdapat antara peneroka yang telah meninggal dunia sekitar dua tahun yang lalu akibat disondol oleh babi hutan ketika sedang menoreh.

Ada juga di antara penduduk yang telah terlibat dalam kemalangan jalan raya akibat babi hutan ini memasuki rumah ibadah, surau, masjid, tadika, sekolah dan semua tempat perumahan.

Pada pendapat saya, di samping ini – kita meletakkan kepentingan untuk melindungi hidupan liar, kerajaan juga perlu mempertimbangkan terhadap nasib rakyat penduduk yang terancam akibat babi hutan. Tindakan sebilangan besar para petani yang

final • 4:24 PM

Dato' Haji Salim Sharif - Jempol

menembak, menjerat, membunuh babi hutan tidaklah bukan – adalah untuk melindungi tanaman, keselamatan diri dan keluarga mereka sendiri. Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan agar kerajaan memberi pengecualian atau kebenaran khas kepada para petani dan pekebun untuk menembak, menjerat dan membunuh babi hutan.

final • 4:24 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Jempol, saya sokong.

final • 4:24 PM

Dato' Haji Salim Sharif - Jempol

Perkara ini juga tidak langsung akan meringankan beban kakitangan jabatan PERHILITAN untuk menghapuskan babi tersebut.

final • 4:24 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Yang Berhormat Jempol, celah sikit.

final • 4:24 PM

Dato' Haji Salim Sharif - Jempol

Sekiranya kerajaan tidak berbuat demikian, perkara ini akan terus menjadi isu berbangkit kerana babi hutan betina boleh melahirkan anak di sekitar lima hingga 15 ekor setahun. Ini, menunjukkan babi hutan ini tidak pupus.

Selain daripada itu, saya juga difahamkan PERHILITAN telah mengeluarkan kebenaran untuk memburu babi hutan iaitu daripada Julai sehingga Disember mulai 7 pagi sehingga 7 malam. Walau bagaimanapun, para penembak masih terikat dengan syarat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mana penggunaan senjata api masih dilarang untuk dijadikan memburu hidupan liar.

final • 4:24 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Yang Berhormat Jempol, sikit.

final • 4:24 PM

Dato' Haji Salim Sharif - Jempol

Akta Kebajikan 2015 seksyen 30 berkaitan pembunuhan haiwan, seksyen 1 menyatakan tidak seorang pun boleh membunuh, menembak, menggunakan senjata api mana-mana anjing, kucing, mana-mana haiwan yang ditetapkan oleh Menteri menerusi pemberitahuan dalam warta melainkan jika dibenarkan oleh pihak berkuasa veterinar dalam waktu kecemasan ataupun maksud kawalan penyakit. Seksyen 30 menyatakan pembunuhan haiwan boleh dilakukan untuk mencegah bahaya yang sudah nyata kepada kehidupan ataupun anggota badan manusia.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 4:24 PM

Dato' Haji Salim Sharif - Jempol

Justeru itu, saya mohon agar kementerian memainkan peranan dalam memberi kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri untuk memberi kelonggaran terhadap usaha membasmi hidupan liar yang mengancam keselamatan penduduk khususnya di luar bandar. Saya amat berharap agar kerajaan memberi perhatian yang serius terhadap perkara ini bagi melindungi nasib para pekebun kecil, petani di luar bandar.

final • 4:24 PM

Dato' Haji Salim Sharif - Jempol

Oleh yang demikian, oleh sebab masa yang terlalu terhad, saya berharap pindaan kepada akta tersebut hendaklah diambil kira rakyat yang telah mengusahakan ternakan – tanaman sayur dan sebagainya. Sehingga hari ini pun saya dapat mesej bahawa banyak kerosakan berpunca dari babi-babi liar yang datang ke kampung mereka kerana tidak ada makanan lagi di hutan, masuk ke kampung, habis rosak segala tanaman. Jadi saya pohon supaya perkara ini diambil kira dalam kita memelihara kehidupan liar ini tetapi musuh tanaman juga perlu diambil kira. Contohnya, babi hutan yang saya sebutkan tadi.

Sekian sahaja daripada saya, saya mohon menyokong Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2021. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Sungai Petani, lima minit.

final • 4:30 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya ingin menyentuh beberapa perkara. Pertamanya ialah tentang bagaimana kehidupan binatang-binatang yang makin pupus ini dapat kita maintain-kan. Jadi seperti yang Tuan Yang di-Pertua juga faham, bagaimana barat khususnya Amerika Syarikat

final • 4:31 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

yang mengutuk kita apabila kita market minyak kita, palm oil kita dan kempen memboikot palm oil kita, kononnya kita telah pun menghapuskan hutan. Akibat hapusnya hutan, maka banyak binatang liar yang juga terancam termasuklah orang utan Sumatera dan juga orang utan Borneo dan beberapa binatang yang lain.

Saya ingin mencadangkan supaya kita mengambil inisiatif untuk memperbanyakkan binatang-binatang liar ini dengan memberikan kawasan-kawasan mereka digazetkan supaya kita dapat membiakkan binatang-binatang ini yang semakin hari semakin pupus. Di antaranya yang boleh hidup dengan senang di sini seperti orang utan, kucing-kucing yang boleh kita adakan kawasan-kawasan yang sesuai untuk kita perbiakkan mereka. Itu yang pertama. Boleh juga kita gunakan kawasan-kawasan ini sebagai kawasan pelancongan di mana mereka yang ingin melihat jenis-jenis orang utan ataupun jenis-jenis kucing, boleh datang dan melawat kawasan-kawasan ini. Itu yang pertama.

Keduanya, seperti juga kawan-kawan lain menyebut tentang kebimbangan bagaimana monyet-monyet dan kera-kera yang hilang tempat mereka berteduh apabila kawasan-kawasan hutan telah pun dibuka untuk kawasan penempatan manusia. Mereka ini masuk ke kampung-kampung. Saya berhadapan dengan orang kampung yang tidak tahu nak buat apa kerana membunuh monyet-monyet ini juga menjadi satu kesalahan.

Jadi saya ingin mencadangkan kepada kementerian, kalau ada satu kaedah memberikan mereka ini pil-pil pencegah hamil. Jadi fikirkanlah bagaimana kalau kita tidak mahu membunuh mereka secara ganas, tetapi kalau kita boleh memberikan makanan atau pil apa juga, kena buat research supaya akhirnya pembiakan monyet-monyet ini dapat kita kurangkan.

Ini sebab Tuan Yang di-Pertua, memang betul di kawasan saya ada monyet yang keluar dengan jumlah yang banyak, masuk ke rumah-rumah orang dan benda paling mereka attack sekali adalah telur dalam fridge. Tuan Yang di-Pertua, monyet pun pandai buka fridge sekarang. Dia masuk fridge, walaupun benda lain banyak, tetapi item yang paling mereka suka ialah telur ayam. Kedua, mereka mengganggu anak-anak, dalam buai pun diganggu. Jadi, saya mengharapkan kerajaan membuat research bagaimanakah boleh kita menyekat kehamilan mereka kalaupun kita tidak mahu membunuh mereka dengan cara kejam seperti menembak.

Ketiganya Tuan Yang di-Pertua, ialah saya ingin mencadangkan supaya kawalan yang lebih ketat khususnya di kawasan sempadan kita di Thailand, di Kedah dan juga di selatan, di Johor di mana berlakunya kemasukan binatang-binatang eksotik ini yang kita rasa kadang-kadang bukan sahaja digunakan untuk bahan makanan, tetapi juga untuk menjadi pet, pemeliharaan. Saya tahu ramai kawan-kawan kita di sini juga yang bela pet pelik-pelik. Ada orang bela ular sawa di rumah dia dan sebagainya. Akan tetapi, ini amat mendukacitakan apabila kita lihat bagaimana importation binatang-binatang ini, exotic animals ini yang masih hidup tetapi cara mereka ini dibawa masuk ke dalam negeri kita khususnya untuk ditransitkan sahaja sebelum dihantarkan ke negara ketiga dalam keadaan yang amat menyedihkan. Ada binatang-binatang yang hidup dalam keadaan amat mendukacitakan dan terseksa. Jadi, saya kira harus ada tindakan yang lebih tegas.

Alhamdulillah, saya tengok pindaan yang kita kemukakan hari ini memberikan satu penegasan yang kerajaan serius. Akan tetapi soal yang ada sekarang ini ialah bagaimana kita memastikan sempadan kita ini dikawal dengan begitu ketat supaya kita pastikan penyeludupan ini dapat kita banteras dengan habis-habisan.

Akhir sekali ialah tentang Zoo Negara dan zoo-zoo di tempat lain. Kita bercakap tentang memelihara, juga melindungi binatang-binatang ini, tetapi bagaimanakah nasib binatang-binatang yang ada di zoo-zoo kita? Walaupun kita ada perbadanan, walaupun ada kerajaan negeri, tetapi kementerian juga harus melihat, harus ada satu bajet khas saya kira bagaimana untuk memastikan binatang-binatang zoo kita ini mendapat kawalan yang baik, mendapat treatment yang baik, mendapat medical treatment dan sebagainya supaya mereka ini juga terhindar daripada penyeksaan yang kita anggap sebagai satu penderitaan yang luar biasa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:31 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Tebrau.

final • 4:31 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk menyertai perbahasan ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli yang berjaya membentangkan rang undang-undang yang tertangguh sekian lama. Izinkan saya memetik slogan, ‘Hidupan Liar Untuk Generasi Akan Datang’ yang terdapat pada laman web Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara. Malangnya, ia tidak memenuhi aspirasi sebagai pemuliharaan hidupan liar kerana haiwan seperti monyet, gajah, tapir, harimau, musang, orang utan dan lain-lain tidak diberikan kawasan atau tempat bagi pembiakan haiwan yang hampir pupus.

Dalam konteks Kamus Dewan dan Pustaka, pemuliharaan yang membawa maksud suatu proses usaha atau perbuatan yang sedang dipergiat untuk memelihara serta memulihkan. Oleh yang demikian, kerajaan perlu ada pelan tindakan utama bagi memastikan hidupan liar dapat dipelihara dengan baik tanpa membinasakannya.

Tuan Yang di-Pertua, hidupan liar semakin pupus atas sebab musnahnya kawasan pembiakan habitat bagi tujuan projek perumahan, pertanian dan lain-lain.

Kekurangan makanan menyebabkan hidupan liar keluar mencari makanan sehingga memusnahkan pertanian dan juga merosakkan harta benda rakyat. Manusia yang tiada sikap simpati terhadap kesengsaraan hidupan liar akan menghalau dengan cara yang kejam sehingga ada yang memberikan racun kepada hidupan liar untuk tujuan membunuh. Sebagai contohnya, monyet yang berkeliaran dilanggar mati ketika melintas di lebuh raya untuk mencari sumber makanan yang telah tiada. Oleh itu, bilangan hidupan liar semakin berkurangan akibat tiada rantaian makanan.

Tuan Yang di-Pertua, Malaysia masih belum mengharamkan aktiviti memburu.

Ramai yang memperoleh lesen senjata api untuk tujuan memburu tanpa pengawalan sehingga hidupan liar mengalami kepupusan.

final • 4:37 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Saya berharap satu hari nanti kerajaan akan mengharamkan aktiviti memburu kerana boleh mendatangkan banyak keburukan serta menjejaskan rantaian makanan hidupan liar. Sebelum itu, saya memohon agar langkah proaktif perlu diambil bagi mengawal lesen atau permit untuk tujuan memburu. Banyak hidupan liar telah dijual sebagai haiwan peliharaan di media sosial dan juga di kedai. Kerajaan dalam usaha untuk membanteras aktiviti penjualan hidupan liar melalui media sosial. Pada masa yang sama, harus juga menasihatkan pihak berkuasa tempatan untuk menghentikan kelulusan lesen atau permit kedai haiwan peliharaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga memohon penjelasan kepada Yang Berhormat Menteri, di mana restoran yang menghidangkan makanan daripada hidupan liar semakin berleluasa walaupun undang-undang yang melarangnya telah sedia ada. Kerajaan harus mengkaji semula kelemahan atau kecuaian dalam memantau aktiviti haram tersebut.

Banyak undang-undang di Malaysia ini telah digubal untuk tujuan penambahbaikan tetapi adalah tidak adil sekiranya peningkatan penalti atau denda bagi sesuatu kesalahan dinaikkan dan diperketatkan. Walhal tiada tindakan penguatkuasaan yang menyeluruh bagi membendung aktiviti ini. Lagi teruk sekiranya peningkatan penalti atau denda menjadi alasan pesalah menyuapkan pegawai penguat kuasa seperti mana yang biasa berlaku sebelum ini. Saya berpendapat menaikkan penalti atau denda bukan satunya jalan penyelesaian. Menguatkuasakan undang-undang adalah cara terbaik dalam menangani isu ini.

Akhirnya, saya masih menyokong rang undang-undang ini walaupun ada perkara yang masih tercicir dalam penggubalan. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Seterusnya selepas ini ialah Yang Berhormat Kepong dan dituruti oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berikut. Selepas Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Batu Gajah, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Hulu Langat, Yang Berhormat Padang Serai dan kemudiannya baru saya mendapat nota daripada Yang Berhormat Kangar dan

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

akhir sekali, Yang Berhormat Merbok. Ini yang mutakhir ya. Terima kasih. Dijemput sekarang Yang Berhormat Kepong, silakan.

final • 4:40 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pepatah Melayu pernah mengatakan, “Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”. Dasawarsa ini, kita dapat lihat pepatah ini tidak lagi relevan dek kerana manusia yang menunjukkan belang terhadap binatang terancam. Kini harimau mati hanya meninggalkan nama.

[Ketawa] Kita tidak boleh bersifat “Kura-kura dalam perahu, berpura-pura tidak tahu”, atas aktiviti haram memburu binatang liar yang dijalankan sama ada pembalakan haram atau pemburuan binatang secara haram. Sebelum ini bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid bin Bador pernah memaklumkan bahawa dalang-dalang di sebalik kegiatan haram ini adalah mereka yang terdiri daripada golongan VVIP.

Tambahan pula, sekiranya kita lihat aktiviti-aktiviti pemburuan haram yang dilakukan kebanyakan daripada mereka adalah individu yang diupah oleh tauke-tauke besar. Kita harus faham bahawa kerja-kerja yang dilakukan oleh mereka ini tidak dilakukan oleh seorang individu sahaja, mereka bekerja sebagai sebuah pasukan dan sudah tentu mereka mempunyai hubungan dengan orang-orang tertentu bagi memudahkan kerja mereka.

Langkah dalam rang undang-undang ini untuk meningkatkan denda dari RM500,000 ke RM1 juta dan hukuman penjara dari 10 tahun kepada 15 tahun adalah tidak wajar sebab langkah kenaikan denda ini— kenaikan hukuman ini mungkin akan menggalakkan aktiviti rasuah di antara agensi penguat kuasa. Jadi saya minta kerajaan kekalkan hukuman denda RM500,000 dan 10 tahun dan juga binatang liar yang babi hutan yang dalam rang undang-undang ini saya minta kerajaan dikecualikan atau dibatalkan sebab babi hutan saya rasa seperti Ahli Parlimen Jempol tadi bahaskan, ia bukan binatang yang akan terancam. Dia boleh didapati di merata-rata tempat khususnya di kampung.

Saya cadangkan dua perkara. Satu, operasi membanteras daging haiwan eksotik secara berkala dan tindakan tegas bagi mereka yang menjualnya. Sebagai contohnya, menyenaraihitamkan individu tersebut daripada terus berniaga dan tuntutan ganti rugi bagi binatang-binatang yang dikorbankan. Kedua, memastikan tauke-tauke, dalang- dalang golongan VVIP disiasat dan dikenakan hukuman yang paling berat di atas perbuatan mereka memburu binatang liar. Selain penglibatan daripada pihak PDRM, PERHILITAN, SPRM juga wajar menjadikan badan yang menyiasat kerja-kerja ini. Sekian, terima kasih.

final • 4:43 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Saya jemput Yang Berhormat Dungun, silakan.

final • 4:43 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pada awal ayat 29 Surah Al- Baqarah, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] yang bermaksud, “Dialah (Allah) yang telah menciptakan bagi kamu apa yang ada di Bumi semuanya”. Bumi merupakan satu-satunya planet yang dihuni oleh makhluk hidup sama ada manusia, haiwan, tumbuhan dan jutaan makhluk hidup lain.

Antara sebab pindaan ini dilakukan adalah kerana memastikan akta ini relevan mengikut peredaran zaman. Sesuatu undang-undang akan menjadi hidup jika ia dilihat kepada realiti mengikut zaman. Sudah 10 tahun barulah cadangan pindaan ini dibuat kerana keperluan bagi memastikan urus tadbir agensi yang berkenaan dapat dilaksanakan selaras dengan perkembangan kemajuan negara.

Saya ingin mengambil contoh dalam pindaan ini dicadangkan bahawa had maksimum bagi denda bagi kesalahan dalam akta ini telah dinaikkan dari RM500,000 kepada RM1 juta. Malahan hukuman penjara dinaikkan dari 10 tahun kepada 15 tahun.

final • 4:46 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Undang-undang seperti ini perlu diperkemaskan sebab ia melibatkan kenaikan denda dan hukuman penjara bagi mewujudkan kegerunan di kalangan individu yang melakukan kesalahan-kesalahan yang tertera dalam akta ini. Kegerunan kepada undang-undang itulah yang menjadi paksi asas kepada sesuatu undang-undang yang kadang-kadang perlu dipinda mengikut masa dan zaman.

Saya suka mengambil contoh di negara seperti Afrika Selatan. Hukuman bagi pemburuan haram di Safari adalah denda sebanyak USD1 juta. Ramai warga asing datang yang terlibat pemburuan haram telah didenda dalam amaun itu kerana ketegasan kerajaan negara tersebut. Memandangkan banyak hidupan liar telah pupus sebelum undang-undang itu diperkenalkan. Mereka sebagai contohnya telah kehilangan gajah yang bergading oleh sebab permintaan tinggi untuk mendapatkan gading gajah di pasaran antarabangsa.

final • 4:46 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Kita melihat dewasa ini bahawa masih ramai pemburu haram yang telah melakukan pemburuan haram di Taman Negara untuk mendapatkan kulit harimau dan beruang demi untuk menjual dalam harga yang amat tinggi.

Bahkan, kita boleh melihat mereka cuba menyeludup keluar negara bagi menjual di pasaran gelap antarabangsa. Saya berpendapat pindaan ini perlu dibuat sesuai dan tepat pada masanya supaya agensi penguat kuasa seperti PERHILITAN diberi kuasa perundangan yang terbaik bagi menangani masalah ini. Dengan berjayanya pindaan ini saya berharap PERHILITAN akan lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah pemburuan haram bagi memastikan hidupan liar dapat hidup dengan aman di dalam hutan dan persekitaran mereka.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong pindaan rang undang-undang ini.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Yang Berhormat Hulu Selangor.

final • 4:50 PM

Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Masih tidak terlambat lagi saya ucapkan selamat hari jadi kepada Tuan Yang di- Pertua. Semoga diberkati kesihatan dan murah rezeki.

final • 4:51 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 4:51 PM

Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Hulu Selangor bangkit untuk mengambil bahagian dalam membahaskan pindaan Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2021. Pertama sekali, Hulu Selangor amat bersetuju dengan tindakan kerajaan yang memperketat lagi pelaksanaan rang undang-undang tersebut. Malah, tindakan untuk meningkatkan jumlah denda juga amat wajar dilaksanakan bagi memberikan tindakan tegas kepada pesalah yang akan disabit di bawah akta ini.

Dengan pelaksanaan pindaan rang undang-undang ini, ia secara tidak langsung dapat mencerminkan pendirian negara kita yang sangat serius dalam memelihara khazanah negara turut menunjukkan ketegasan negara kita dalam mengawal pencerobohan hutan, pembalakan haram dan juga pemburuan hidupan liar.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini zaman serba moden. Negara ini di arus penggunaan teknologi tinggi. Tidak dinafikan penggunaan media sosial serta perdagangan atas talian kini menjadi satu normalisasi baharu bukan sahaja di negara kita malah di seluruh dunia. Aktiviti perdagangan hidupan liar tanpa kebenaran atau permit sah juga tidak ketinggalan dalam sebarang transaksi komunikasi melalui atas talian dan media sosial. Untuk ini, adakah akta sedia ada ini dapat menggamitkan sebarang kesalahan yang dibuktikan secara atas talian? Bagaimanakah kerajaan akan mengawal selia aktiviti ini di media sosial dan pelbagai laman sesawang yang ada atas talian tersebut? Adakah kerajaan menerusi Jabatan PERHILITAN yang akan menguruskan pemantauan ini?

final • 4:51 PM

Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor

Selain itu, adakah kekuatan anggota Jabatan PERHILITAN negara kita mencukupi untuk melaksanakan fungsi tambahan setelah pindaan ini diluluskan? Mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, persoalan yang terakhir yang ingin dibangkitkan adalah berkaitan masyarakat Orang Asli. Tidak dinafikan sehingga kini masih lagi ramai masyarakat Orang Asli yang menyara kehidupan dengan memungut hasil hutan dan sebagainya. Malah, peranan masyarakat Orang Asli yang aktif membantu kerajaan dalam menyalurkan maklumat mengenai sebarang kegiatan haram pemburuan hidupan liar dan pencerobohan hutan simpan juga amat kita hargai dan disanjung tinggi.

Untuk itu, Hulu Selangor ingin bertanya adakah kerajaan dapat memberikan sebarang toleransi terhadap masyarakat Orang Asli yang didapati membantu merawat hidupan liar tanpa sebarang dokumen yang diluluskan secara sah. Adakah mereka juga akan disabitkan dengan denda begitu tinggi? Apakah mekanisme terbaik dalam memastikan masyarakat Orang Asli tidak tertindas melalui akta ini? Mohon pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, Hulu Selangor sekali lagi menyatakan pendirian dan menyokong pindaan rang undang-undang ini agar tindakan tegas dapat diambil terhadap pesalah-pesalah serta secara tidak langsung kita dapat bersama meneruskan pemeliharaan dan pemulihan khazanah semula jadi di negara kita. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:51 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Yang Berhormat Tumpat. Silakan.

final • 4:51 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2021.

Pertama, saya ingin menyentuh mengenai permit dalam menjalankan kajian dan penyelidikan terhadap semua hidupan liar dalam negara. Tidak dapat dinafikan negara kita kaya dengan sumber biodiversiti dan keunikan spesies tumbuhan dan haiwan.

Penemuan spesies biodiversiti yang pelbagai ini menjadi tarikan bukan sahaja kepada pelancong asing untuk datang melihat keunikan yang ada pada negara bahkan juga pada golongan pengkaji.

Saya bersetuju dengan langkah kementerian menyediakan satu peruntukan khas dalam akta ini untuk menggalakkan aktiviti kajian dan penyelidikan terhadap hidupan liar dalam negara. Namun, apa yang mendukacitakan adalah ketika ini adalah banyak pengkaji asing yang datang ke negara ini atas visa pelancong untuk mengkaji spesies yang ada dalam negara tanpa permit yang sah daripada Kerajaan Persekutuan mahupun negeri.

Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2019, negara pernah digemparkan dengan penerbitan jurnal artikel The Journal of the British Tarantula Society oleh pengkaji antarabangsa mengenai satu penemuan spesies tarantula baharu yang dikenali dengan nama blue tarantula yang ditemui di hutan Sarawak. Ironinya, maklum balas dari Jabatan Perhutanan Negeri Sarawak ketika itu menunjukkan mereka tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri untuk menjalankan sebarang kajian di hutan apatah lagi untuk menerbitkan sebuah artikel penemuan spesies tersebut yang ada di negara ini.

Tambahan lagi nama saintifik birupes simoroxigorum – betul tidak betul baca ini, yang diberikan kepada spesies tarantula tersebut diambil bersempena nama tiga orang anak pengkaji berkenaan. Situasi ini membuka ruang perbahasan terhadap sejauh mana kita benar-benar memelihara sumber khazanah yang ada dalam negara sehingga terlalu mudah untuk pihak luar datang membuat kajian tanpa ada permit daripada pihak kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, ini bukanlah kes yang pertama berlaku dalam negara.

Bahkan jua banyak lagi kajian-kajian asing hidupan dalam negara yang dimuatkan dalam jurnal antarabangsa tetapi tidak mendapat kebenaran permit daripada pihak kerajaan.

final • 4:55 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Beberapa buah tempat telah dikesan oleh pakar-pakar tempatan berkenaan hal ini.

Antaranya, melibatkan hutan simpan dan Taman Negara.

Oleh itu, saya mohon agar kementerian dapat meneliti perkara ini dengan mendalam dan tidak membiarkan isu ini berlarutan tanpa ada langkah yang tegas. Dalam hal yang sama saya juga ingin memanjangkan perbahasan mengenai rancangan kementerian untuk mempertingkatkan geran penyelidikan kepada pengkaji daripada institusi pendidikan dalam negara supaya mereka sendiri dapat meneroka keunikan spesies hidupan liar yang ada dalam negara. Sangat merugikan jika pakar-pakar tempatan ini tidak digembleng sepenuhnya bagi memastikan mereka melakukan kajian terhadap perkara ini sedangkan ramai pihak luar mencari ruang dan peluang untuk mencari sumber- sumber untuk dijadikan bahan kajian mereka.

Oleh itu, amat wajar perkara ini turut diteliti bersama dalam kerajaan dalam melakukan pindaan khususnya pada pindaan seksyen 10 ini. Seperkara lagi, saya juga ingin tahu apakah galakan kepada golongan pelajar dan pengkaji bagi meneroka spesies hidupan liar dalam negara bagi menambah minat mereka bagi menyertai bentuk kajian dan penyelidikan.

Tuan Yang di-Pertua, antara tujuan utama pindaan akta ini juga adalah bagi menangani penjualan hidupan liar atas talian yang terlalu berleluasa beberapa tahun kebelakangan ini. Saya telah meneliti rancangan kementerian sendiri dengan menubuhkan Unit Cybercrime di bawah Jabatan PERHILITAN selain kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, para penyedia perkhidmatan telekomunikasi serta syarikat penyedia perkhidmatan jualan atas talian bagi mengekang jenayah penyeludupan dan penjualan hidupan liar atas talian ini.

final • 4:55 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Maka dengan pindaan akta ini akan memberikan ruang penguatkuasaan yang lebih luas kepada kementerian dan agensi yang terlibat untuk bertindak menangani perkara ini.

Cuma apa yang menjadi persoalan adalah, apakah secara spesifik mekanisme yang akan dilaksanakan oleh kementerian dan agensi yang terlibat, bagi menangani aktiviti jenayah perdagangan hidupan atas talian ini?

Tambahan lagi, apa yang menjadi persoalan adalah mengenai pemberian lesen dan permit kepada individu untuk melakukan jualan atas talian ini berdasarkan peruntukan baharu di bawah seksyen 88(b). Adakah perkara ini menunjukkan pada masa hadapan, ada golongan perdagangan atas talian yang dibenarkan, serta golongan yang haram menjalankan perdagangan atas talian? Seterusnya persoalannya, bagaimana kita akan membezakan kedua-dua golongan ini?

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sebut satu – kena sebut juga. Saya minta masa sedikit kerana kalau saya tidak sebut ini, petani-petani, orang kampung akan marah kepada saya. Di sebalik usaha konservasi yang dilakukan oleh kerajaan, saya juga ingin mengambil perhatian mengenai isu hidupan liar yang sering kali menceroboh tanaman penduduk tempatan.

Perkara ini sudah pun dibangkitkan oleh saya sebelum ini beberapa kali dan juga oleh rakan-rakan Ahli Parlimen yang lain. Di mana kerajaan perlu mengambil langkah yang serius dan segera bagi memastikan isu musuh-musuh tanaman ini dapat diatasi dalam keghairahan kita untuk menjaga kelangsungan hidupan liar ini.

Difahamkan bahawa kerajaan telah melancarkan inisiatif Biodiversity Protection and Patrolling Programme (BP3) yang melibatkan veteran ATM dan Orang Asli secara contract for service bagi mengatasi isu kekurangan anggota PERHILITAN ketika ini. Saya ingin memohon penjelasan lanjut kementerian mengenai program ini.

Saya juga ingin mendapatkan jawapan kementerian, apakah rancangan penguatkuasaan yang akan dilakukan berkenaan perkara ini selain rancangan menambah jumlah anggota PERHILITAN pada hari ini bagi melindungi bukan sahaja tanaman yang diusahakan dengan titik peluh oleh penduduk tempatan, bahkan juga melibatkan keselamatan mereka yang mungkin terancam? Walau bagaimanapun, saya mohon menyokong. Terima kasih.

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 5:00 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada Batu Gajah untuk membahaskan rang undang- undang meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Negara kita adalah cukup istimewa kerana kaya dengan khazanah flora dan fauna. Kita adalah salah satu daripada 12 buah negara yang diiktiraf sebagai kepelbagaian raya ‘mega diversity’. Kita mempunyai 286 spesies mamalia, lebih kurang 1,500 jenis vertebrata darat, lebih daripada 150,000 spesies invertebrata, 4,000 spesies ikan laut dan macam-macam lagi dalam ekosistem kita. Oleh yang demikian, adalah wajar untuk memastikan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan terhadap hidupan liar dijalankan dengan giat di Malaysia.

Walaupun kita mempunyai undang-undang untuk menjaga hidupan liar, tetapi ancaman manusia terhadap hidupan liar masih tidak berhenti-henti. Isu perdagangan hidupan liar juga kerap didengari. Kita tidak boleh menafikan bahawa penularan penyakit koronavirus yang juga ada kaitan dengan hidupan liar yang dikatakan menjadi punca kepada pandemik yang menggoncang seluruh dunia. Oleh yang demikian, kita tidak boleh memandang ringan isu-isu yang berkaitan dengan hidupan liar yang menjadi part and parcel of the entire ecosystem, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, pemburu haram tidak peduli sama sekali sama ada jenis spesies yang diburu itu eksotik atau tidak. Selagi ada permintaan di pasaran, mereka akan memburu haiwan berkenaan. Gajah diburu untuk mendapatkan gading yang mempunyai nilai pasaran yang cukup tinggi. Dikatakan harga gading adalah di antara RM4,000 sehingga RM9,000 sekilogram untuk diproses bagi pelbagai tujuan, terutamanya dijadikan barang perhiasan, ubat dan sebagainya.

Mengikut satu laporan media pada bulan April 2019, kita telah memusnahkan hampir empat tan gading gajah dan produk gading gajah bernilai RM13.3 juta dalam usaha membanteras sindiket yang menggunakan negara kita sebagai transit bagi penyeludupan gading. Saya ingin tahu, sama ada aktiviti transit seperti ini masih berlaku pada tahun 2020 dan 2021. Jika ya, berapakah jumlah kes yang terlibat dan nilai tangkapan bagi dua tahun tersebut?

Sebagai ahli Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam Flora dan Fauna Liar (CITES), apakah tindakan-tindakan yang telah diambil oleh kerajaan untuk membendung aktiviti transit perdagangan gading gajah?

CITES dalam satu kenyataan pada tahun 2013 berkata, ia telah mengenal pasti lapan buah negara iaitu Kenya, Tanzania, Uganda, China, Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam terlibat secara langsung sebagai sumber lokasi transit atau destinasi negara dalam perdagangan gading gajah. CITES juga mahu kesemua lapan buah negara tersebut untuk bangun melaksanakan Pelan Tindakan Gading Kebangsaan.

Apakah pencapaian dan perkembangan terkini mengenai pelan yang dimaksudkan itu? Kedudukan geografi Malaysia yang dekat dengan pengguna besar gading gajah di dunia iaitu China dan Thailand dan juga kecekapan dan infrastruktur pelabuhan yang membangun, merupakan faktor penting kenapa negara kita digunakan berulang kali untuk menyeludup gading gajah. Bagaimanakah kerajaan memastikan kita mempunyai kawalan yang secukupnya di pelabuhan, lapangan terbang dan pintu-pintu masuk keluar jalan darat supaya tidak wujud transit perdagangan gading gajah?

Menjejaki penyeludupan gading gajah adalah mencabar tetapi bukanlah satu tugas yang mustahil. Apakah inisiatif kerajaan dalam meningkatkan kolaborasi dan komunikasi dengan negara pengeluar gading gajah dan juga negara pengguna?

Selain daripada gading, kaki dan ekor gajah juga merupakan antara organ sasaran yang menyebabkan haiwan berkenaan terus menjadi sasaran pemburu haram.

final • 5:02 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Kaki dan ekor gajah juga mendapat permintaan yang tinggi serta tawaran harga lumayan selain gading yang sering dikaitkan sebagai punca utama haiwan itu dibunuh.

Saya juga difahamkan, adanya penglibatan orang-orang tempatan yang menjadi orang tengah dalam kegiatan pemburuan haram. Apakah inisiatif-inisiatif kerajaan untuk memberi kesedaran kepada orang-orang tempatan supaya tidak membantu pemburu- pemburu dalam kegiatan haram? Ini adalah kerana orang tempatan lebih faham tentang selok-belok hutan dan tahu secara terperinci mengenai laluan-laluan gajah.

Setakat ini, berapakah orang yang telah diberikan lesen pemburuan yang sah di seluruh negara? Saya juga ingin tahu, berapakah gajah yang telah mati disebabkan terpijak jerat, termakan racun, konflik di antara manusia dan gajah.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan harus bertindak dengan tegas terhadap pemburuan haram dan menyelesaikan konflik manusia dengan gajah bagi mengelak haiwan itu menerima nasib yang sama seperti badak Sumatera yang pupus.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu, berapakah jumlah gajah dan jenisnya di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak setakat hari ini? Jika boleh, berikan statistik 10 tahun yang lalu untuk membuat perbandingan. Apakah usaha-usaha kerajaan untuk memastikan supaya habitat gajah tidak diganggu secara sewenang-wenangnya dengan membuka kawasan-kawasan hutan bagi tujuan penempatan, perladangan, pertanian, dan perindustrian?

Bagaimanakah pihak berkuasa mengambil inisiatif untuk memastikan gajah liar mempunyai makanan yang cukup dan tidak mengganggu manusia dan menimbulkan konflik yang akhirnya memudaratkan spesies tersebut?

Bagaimanakah kerajaan membantu menyelesaikan konflik antara gajah dan manusia supaya haiwan itu tidak dibunuh kerana kemarahan atau perasaan balas dendam kerana merosakkan harta benda, ladang dan pertanian?

Gajah merupakan khazanah negara yang boleh menggiatkan ecotourism. Apakah usaha-usaha kerajaan dalam mempromosikan ecotourism ini tanpa memudaratkan habitat dan kebebasan haiwan sebagai hidupan liar?

Apakah rancangan kerajaan untuk menambahkan populasi gajah dalam tempoh 10 tahun akan datang? Apakah penyelidikan dan pembangunan R&D yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh pihak kerajaan, pihak swasta dan institusi-institusi pendidikan berhubung dengan pemeliharaan dan pemuliharaan gajah liar di negara kita? Sekian, terima kasih.

final • 5:02 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Oh, patutlah banyak bercakap tentang gajah. Dari Batu Gajah.

[Ketawa] Yang Berhormat Sik.

final • 5:02 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Assalamualaikum warahmatullah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tahniah kepada kementerian di atas usaha untuk kita membuktikan komitmen terus menjaga unsur alam hidupan liar yang kita pastikan akan terus terpelihara.

final • 5:09 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Pertama saya ingin bangkitkan berkaitan dengan aktiviti pemburuan haram yang banyak menggunakan peralatan senapang angin yang sebahagiannya mereka menyeludup daripada negara jiran. Jadi, persoalan saya adakah pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia ini selepas pindaan akta ini ada kuasa yang secukupnya untuk membendung ataupun memastikan bahawa tiada ada penyeludupan senjata haram ini untuk pemburuan hidupan-hidupan liar?

Kedua, kementerian melalui pusat pendidikan perlu mengemas kini senarai spesies binatang yang terancam yakni termasuk dalam kempen atau program haiwan angkat di zoo-zoo yang ada di seluruh negara. Jadi, sejauh manakah kempen tersebut berjaya menyelesaikan isu kepupusan beberapa spesies hidupan liar ini?

final • 5:10 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ketiga, banyak dibangkitkan tadi oleh beberapa Ahli Parlimen iaitu ancaman babi hutan dan kera ini kepada tanaman-tanaman petani-petani kita di kampung-kampung termasuk di daerah saya di Sik. Namun demikian, babi hutan dan kera ini termasuk dalam senarai Jadual Perintah Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan Jadual) 2012. Adakah pihak Kementerian ingin melihat bahawa senarai kedua musuh tanaman ini untuk kekal dalam jadual pindaan ini?

Keempat, berkaitan dengan isu pembekalan daging eksotik ke restoran-restoran.

Sejauh manakah senarai atau jenis hidupan liar yang tertakluk di bawah akta ini disampaikan kepada masyarakat supaya masyarakat mengetahui bahawa haiwan-haiwan yang terpelihara dan tidak boleh dijadikan sebagai makanan eksotik.

Kelima, unsur alam termasuklah hidupan liar ini yang sepatutnya dijadikan sebagai sumber ilmu kerana ia adalah anugerah yang sangat ternilai yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia dan seluruh alam. Maka, kewujudan taman pewartaan taman negara atau taman negeri perlu menjadi keutamaan pihak kementerian untuk dijadikan tempat penyelidikan, pendidikan dan rekreasi. Ini kerana sudah pastilah kita ingin melihat generasi kita dan kita sendiri bagaimana kehidupan-hidupan liar ini yang sangat istimewa di habitat-habitat mereka masing-masing.

Keenam, berkaitan dengan penggunaan pemasangan kamera di kawasan hutan simpan untuk memastikan bahawa tidak berlakunya pencerobohan haram ataupun pemburu-pemburu haram ini. Jadi persoalan saya adakah keadaan ini berjaya mengekang pemburuan haram hidupan liar ini? Sejauh manakah teknologi ini dapat dikembangkan lagi ketika mana ada sebahagian pemburu haram ini mereka memburu kamera-kamera ini dahulu sebelum memburu binatang-binatang kerana mereka mengetahui aktiviti mereka dirakam melalui kamera-kamera ini.

Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya membangkitkan berkaitan satu spesies yang sampai di negara kita ini iaitu disebut burung Asian openbill ataupun burung upih ataupun burung hijrah yang terbang jauh dari Asia Selatan dari Thailand –Minta maaf, dari Sri Lanka dan dari Myanmar. Burung ini sebahagian besarnya singgah di kawasan- kawasan sawah termasuk di Kedah, Perlis, Perak dan para petani telah melihat bagaimana burung ini telah berjaya menjadi satu unsur binatang kawalan biologi iaitu burung ini telah memusnahkan satu binatang yang menjadi perosak kepada tanaman padi iaitu siput gondang emas.

Namun demikian, burung ini akan kembali terbang ke negara asalnya apabila selesai mungkin dia berehat di sini. Jadi, soalan saya adakah pihak Jabatan PERHILITAN melihat keadaan burung Asian openbill ini sebagai satu kaedah untuk kita mengekalkan habitat mereka dan kalau istilahnya para petani minta kalau boleh kita, pihak kementerian memberi kad pengenalan (IC) kepada mereka untuk mereka juga ataupun burung-burung ini kekal di negara kita. Ia menjadi teman kepada petani-petani kita khususnya pesawah- pesawah kita di dataran-dataran, di Kedah dan seluruh negara. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya mohon menyokong.

final • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Sik, seterusnya Yang Berhormat Beruas. Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Beruas keluar sekejap kot. Yang Berhormat Baling.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Keluarga Malaysia yang kita kasihi. Yang Berhormat Menteri, terima kasih kepada kementerian yang telah membuat kajian yang menyeluruh melalui media- media sosial. Saya mendapati cadangan rang undang-undang ini hampir 97 peratus rakyat Malaysia menyokong hasrat dan niat yang bakal dilakukan. Alhamdulillah, saya yakin dan percaya dengan hujahan rakan-rakan dalam Dewan yang mulia pada hari ini insya-Allah akan kita luluskan sebentar lagi.

Tuan Yang di-Pertua, saya ada tiga perkara yang saya hendak sebutkan. Pertama sekali rakan-rakan lain sudah sebut tetapi saya juga kena sebut kerana rakyat saya pun

final • 5:15 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

mendengar apa yang saya bahas di Parlimen, dalam Dewan yang mulia ini. Pertama sekali isu kes babi hutan. Kawasan saya khususnya di jalan-jalan utama di jalan Kampung Sadek, jalan utama Kupang, Baling, Parit Panjang ke Baling, Ulu Tawar ke Bakai setiap hari malah kemalangan maut.

Ini bukan mereka langgar babi, babi sondol motor mereka. Jadi, ini telah banyak berlaku. Saya harap kementerian boleh memikirkan apakah kaedah? Hendak tembak, rakyat kami di Baling ramai sudah ada RELA, ada senapang tetapi hendak tembak takut sebab kad tidak ada kelulusan, kena ada permit dan sebagainya. Jadi, saya harap ini kementerian boleh memainkan peranan.

Keduanya, isu monyet seperti yang rakan-rakan sebutkan tadi pun banyak juga di Baling. Jadi, ada yang saya tengok tadi Yang Berhormat Sungai Petani tadi kata bagi pil perancang untuk membunuh dalam diam-diam daripada tembak atau tidak bagi dia beranak dan sebagainya. Carilah kaedah. Ini juga yang macam Yang Berhormat Sungai Petani sebut tadi, buka peti ais pun pandai. Ini bukan, tebuk atap masuk bilik katil tengah malam pun ada. Jadi, saya harap ini juga dua perkara khususnya yang saya hendak sampaikan.

Lebih penting pada hari ini berkaitan dengan usul ataupun rang undang-undang ini kalau kita melihat isu gajah. Tuan Yang di-Pertua, saya mungkin rasa saya di antara Ahli Parlimen yang mempunyai begitu banyak pengalaman dengan gajah-gajah. Jadi, saya berharap rakan-rakan yang ada di dalam Dewan yang mulia ini, boleh saya kongsi sedikit pengalaman-pengalaman yang ada.

Yang terbaru rasa last month. Gajah hampir lebih tiga tan yang telah duduk dalam hutan iaitu kami ini Baling, Sik share sampai ke Thailand, iaitu Betong dan Thailand.

Sudah lebih 40 tahun duduk dalam hutan akhirnya keluar. Keluar kerana dia cedera di kaki. Bukan cedera apa, ia ada bisul. Bisulnya sebesar ‘speaker’. Ia bukan Speaker ini, I mean speaker kereta, speaker. Jadi bukan Tuan Yang di-Pertua. Jadi, sebesar-besar itu di kakinya. Jadi, ia keluar kerana kesakitan. Setelah ia keluar, bayangkan ia masuk ia makan buah pisang, batang pisang, pokok tebu, pokok kelapa, nyok habis semua dikerjakan. Ini di Kampung Bukit Hijau.

Kalau tengok Facebook saya boleh tengoklah apa yang berlaku. Pengalaman saya empat hari bersama gajah. Saya berinya nama ‘Awang Bukit Hijau’, saya siap bagi nama dekat ia. Jadi, gajah ini so special. Gajah ini bukan sebarang gajah, gajah ini yang setahu saya ia faham tiga bahasa. Satu, ia faham cakap Tamil, kedua ia faham cakap Siam dan ketiga ia faham cakap Myanmar.

Ini kemungkinan zaman-zaman dahulu atuk nenek kita semua ini, gajah ini dibela oleh orang-orang ini, itu sebab memungkinkan mereka faham. Jadi, apabila ia datang hari pertama hendak tangkap ia, hendak ikat ia, kakinya hendak diikat, very difficult. Kami berinya 13 dos pelali, ia masih kuat lagi. 13 doses. Untuk makluman, hendak tangkap seekor gajah, strength PERHILITAN, 36 of them, 36 orang. Daripada doktor veterinarnya, dia jaga, dia menghalusi sampai kulit ia pun tidak boleh ada darah. Kalau ada darah, dia kena cuci. Begitulah prihatinnya kerajaan kita melalui PERHILITAN kita pegawai-pegawainya. Tiga hari.

Hari keempat finally, hari pertama saya bawa pergi cempedak, beri ia makan cempedak. Ia baling cempedak ke bahunya, ia tidak hendak. Ia tidak hendak bercakap, ia tidak hendak makan dan ia tidak hendak bertenang pun. Sebab penenang itu tidak cukup. Hari ketiga saya cakap Siam, kita kena bawa mari dua denak pula , untuk memastikan denak ini boleh pujuk ia boleh rayu ia.

final • 5:15 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Jadi untuk makluman, hari ketiga saya dapat tahu dia boleh faham cakap India.

Saya cakap bahasa Tamil dengan gajah itu Tuan Yang di-Pertua. Saya bercakap dengan dia dan tenangkan dia, akhirnya dia angkat belalai dia, dia tunduk dan saya bagi dia tebu.

Dia makan tebu.

final • 5:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Baling cuba cakap, dengar macam mana Yang Berhormat Baling cakap dengan gajah.

[Ketawa]

final • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Ini hari keempat...

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kita kena dengar dahulu.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Tuan Yang di- Pertua tidak bagi ruang mana boleh cakap bahasa lain. Tidak boleh.

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kita kena dengar, kita kena dengar macam mana cakap itu.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Tuan Yang di- Pertua, saya sebenarnya tak nak berbahasa lain memandangkan hari ini hari jadi Tuan Yang di-Pertua dengan kita ucapkan selamat hari jadi, happy birthday to you sir. Kami doakan you panjang umur, murah rezeki dalam peliharaan Allah SWT sentiasa.

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Amin.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Jadi pada gajah itu saya dapat tahu dia boleh berbahasa Tamil. Memandangkan gajah itu jantan, saya bercakap dengan dia. Saya kata [Bercakap dalam bahasa Tamil] .

final • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua. Saya minta maaf. Saya minta Yang Berhormat Baling supaya tidak mengulangi perkataan itu kerana that already an insulting Tamil language.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Why not?

final • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Mengatakan bahawa beliau boleh bercakap dengan gajah menggunakan bahasa Tamil adalah sesuatu yang tidak logik langsung.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Tidak mengapalah, tidak kisah. Ini pengalaman...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ini cerita dia, cerita dia. Habiskan, habiskan.

final • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya minta beliau jangan ulangi kenyataan itu.

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Habiskan, habiskan.

final • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya hendak kata bodoh tidak mahu tetapi kurang pandai, kurang bijak.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Akhirnya, akhirnya gajah itu untuk makluman Tuan Yang di-Pertua saya boleh bagi by hand bagi makan gajah dan kami dapat pindahkan gajah ke Terengganu hari keempat...

final • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jangan menghina bahasa Tamil Yang Berhormat Baling. Jangan menghina bahasa Tamil.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Ini saya tidak...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat...

final • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Saya tidak pernah ganggu Yang Berhormat Jelutong berbahas. Saya tidak pernah ganggu Yang Berhormat Jelutong sentiasa biadab dalam Parlimen ini saya tidak pernah ganggu. Please don’t disturb me. Saya tidak pernah kacau. Jangan kacau...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk, duduk, duduk. Cukup, cukup.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Ini pengalaman saya. Apa salahnya? Tidak mahu dengar, keluarlah...

final • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, adakah Tuan Yang di-Pertua...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat ‘Puchong’, Yang Berhormat Jelutong, maaf. Yang Berhormat Puchong juga kena. Okey, sila habiskan.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Tidak, tidak siap.

Yang Berhormat Jelutong tidak tahu, you – Tuan Yang di-Pertua yang bagi kebenaran...

final • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan Dewan, Peraturan Dewan. Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Dewan.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Tuan Yang di- Pertua yang bagi kebenaran. Tidak mengapa.

final • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Baru masuk dua minit hendak punch card kononnya dia buat kerja dengan orang Jelutong. Inilah dia. Baru masuk. Dia tidak tahu yang Tuan Yang di-Pertua bagi peluang.

final • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Dewan.

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan Mesyuarat 36(12) mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis.

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Mana ada. Tidak betul itu.

final • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, dengarlah dahulu. Dengar dahulu. Ada wakil-wakil rakyat di sebelah sana yang berbangsa Tamil [Merujuk kepada blok kerajaan] . Ada juga berbangsa Tamil di sini [Merujuk kepada blok pembangkang]. Negara Malaysia ramai berbangsa Tamil. Adakah Tuan Yang di- Pertua hendak benarkan Yang Berhormat Baling menghina yang berbangsa Tamil dengan mengeluarkan kenyataan tersebut? Beliau boleh bercakap dengan gajah dalam bahasa Tamil. Kenyataan yang bodoh, kurang ajar.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah, sudah. Duduk, duduk Yang Berhormat Jelutong.

Yang Berhormat Jelutong duduk. Tolong. Itu cerita dia. Yang Berhormat, ada orang yang bercakap Arab, ada orang bercakap Inggeris. Duduklah. Habiskan.

final • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, I’m sorry Tuan Yang di-Pertua. Tolong ...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Habiskan Yang Berhormat Baling. Yang Berhormat, Yang Berhormat ini macam kilang marah. You can manufacture anger. Janganlah.

final • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, tolonglah dengar saya.

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya sudah dengar.

final • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua jangan benarkan beliau menghina bahasa Tamil.

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak ada siapa yang menghina bahasa Tamil.

final • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Mengatakan beliau bercakap dengan gajah dalam bahasa Tamil adalah menghina bahasa Tamil.

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Mana ada.

final • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya minta beliau menarik balik kenyataan itu.

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak ada. Saya tidak suruh beliau tarik balik.

final • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Beliau adalah seorang yang...

final • 5:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tak betul, tin kosong...

final • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, please...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk, duduk. Okey duduk. Duduk. Yang Berhormat, sudah habis. Duduk. Saya putuskan. Bukan menghina bahasa Tamil. Itu cerita dia. Sudah habis, duduk. Saya suruh duduk. Sudah habis, duduk. Duduk. Yang Berhormat Jelutong.

final • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, beliau adalah seorang yang mempunyai rekod dalam Dewan ini yang menghina seorang wanita dengan kenyataan-kenyataan...

final • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Hey, come on- lah ...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, duduklah. Sudahlah. Please. Duduk.

Saya tak nak. Saya sudah putuskan, saya tak akan minta dia withdraw. Yang Berhormat Baling sudah habis?

final • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, you allowed him to insult the Tamil...

final • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Belum. Dia mengganggu ...

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sudahlah. Saya sudah kata sudah habis. Duduk. Yang Berhormat Baling sudah habis?

final • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, ini bukan perkara yang remeh. Tolonglah jangan benarkan dia ulangi kenyataan itu. Jangan benarkan beliau menghina orang Tamil di Malaysia. Tolonglah ambil tindakan.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Tuan Yang di- Pertua, I think you should stop him. Ini floor saya. Hormatlah saya...

final • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya merayulah, Tuan Yang di-Pertua jangan benarkan beliau ...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk. Rayuan tidak diterima. Yang Berhormat Baling tolong habiskan.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih. Ini floor saya.

final • 5:20 PM

Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Macam budak-budak pula Yang Berhormat Jelutong.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Tuan Yang di- Pertua yang arahkan saya untuk share, kongsi. Bukan saya bercakap.

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Yang Berhormat habiskan.

final • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ini sungguh tidak logik Tuan Yang di-Pertua. Tolonglah minta beliau tarik balik kenyataan itu.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Ya, you are not in semasa Tuan Yang di-Pertua suruh saya cakap itu. You tidak ada dalam Dewan ini.

final • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ini kenyataan yang biadab dan kurang ajar.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, duduklah. Sudahlah. Okey sudah habis.

Yang Berhormat Baling duduk. Yang Berhormat Jelutong duduk sudah habis. Okey, last point.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Saya hendak point saya. Saya hendak ...

final • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, tolong minta dia ...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk! Duduk!

[Mengetuk tukul] Yang Berhormat Jelutong keluar sekarang 10 minit. Yang Berhormat Jelutong.

final • 5:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, saya...

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jelutong, saya perintahkan Yang Berhormat keluar 10 minit. Bentara.

final • 5:20 PM

Beberapa Ahli

Keluar, keluar.

[Tepuk]

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bentara, 10 minit tolong escort. 10 minit daripada keluar pintu. Yang Berhormat Baling sudah habis?

final • 5:20 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Belum, belum.

Tuan Yang di-Pertua, jadi saya hendak syorkan kepada kementerian memandangkan untuk mengubah seekor gajah dari kawasan ke satu kawasan memerlukan satu strength yang besar. Lebih 36 orang untuk melaksanakan.

Justeru, saya melihat kebajikan mereka harus kita tengokkan dan apatah lagi tambahkan bajet kepada PERHILITAN ini kerana mereka sentiasa peka dan melakukan tanggungjawab mereka apabila ada sebarang binatang yang buas yang masuk dalam kampung, merekalah duduk di barisan hadapan. Saya merayu dan menyeru kepada Yang Berhormat Menteri dan kementerian tolong tengokkan kebajikan mereka dan tambahkan kekurangan kakitangan PERHILITAN yang ada di seluruh negara termasuk dalam kawasan daerah Parlimen Baling.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon maaf bagi pihak Yang Berhormat Jelutong tadi.

Happy birthday to you sir. It spoiled your mood. I hope you okey sir. Tuan Yang di-Pertua yang suruh saya translate dalam bahasa Tamil tadi. Jadi saya minta maaf. Bukan saya yang hendak cakap. Apa pun Baling mohon menyokong. Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya orang Melayu tapi saya pandai cakap bahasa Tamil.

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Walaikumussalam. Yang Berhormat Beruas.

final • 5:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk membahaskan akta untuk meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Tuan Yang di-Pertua, sama ada hidupan liar dalam negara kita ini terpelihara atau tidak, tindakan pihak berkuasa bagi saya adalah yang terpenting sekali. Ini kerana, masalah hidupan liar terancam sebab utamanya ialah kerana kita telah membuka atau membersihkan kawasan hutan yang merupakan tempat tinggal binatang-binatang hidupan liar ini.

Jadi bagi saya adalah penting pihak Kerajaan Persekutuan berbincang dengan kerajaan-kerajaan negeri tentang pembukaan dan pembersihan kawasan hutan. Saya dapati ada dua perkara yang kerajaan negeri gagal ataupun Kerajaan Persekutuan gagal buat yang menyebabkan hidupan liar ini terancam. Tadi dikatakan oleh sebab dibukanya

final • 5:28 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

kawasan hutan ini, binatang-binatang liar ini akan masuk ke kampung-kampung dan kebun-kebun rakyat jelata.

Kalau kehidupan rakyat jelata terancam, memanglah mereka tidak ada cara lain dan mereka akan cuba untuk melindungi tanaman mereka dengan membunuh atau meracun binatang-binatang liar ini.

final • 5:28 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Kegagalan kedua ialah – sebelum itu saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan apabila membuka sesuatu hutan atau membersihkan hutan ini, pastikan salah satu tempat lain disediakan untuk memastikan hidupan liar ini boleh diangkut ataupun dipindahkan kepada tempat untuk mereka hidup di satu tempat kawasan yang lain.

Saya juga dapati bahawa pihak PERHILITAN memang tidak ada pengangkutan ataupun tenaga kerja yang mencukupi untuk mengangkut terutamanya binatang-binatang liar yang besar seperti gajah. Di merata-rata tempat sama ada di Sabah dan Sarawak ataupun Pahang, Terengganu atau Kelantan didapati banyak aduan telah dibuat kepada pihak PERHILITAN tetapi mereka tidak mampu untuk menjalankan tugas memindahkan binatang-binatang liar yang dilindungi ini terutamanya gajah-gajah. Jadi saya mohon kerajaan memberikan peruntukan yang mencukupi dan pegawai tenaga kerja yang mencukupi untuk memastikan kerja pemindahan ini dapat dijalankan dengan baik.

Isu yang kedua yang saya ingin bangkitkan dan saya bantah dengan sekeras- kerasnya di sini ialah cadangan untuk menaikkan hukuman ke atas mereka yang dikatakan melakukan kesalahan dalam kesalahan di bawah akta ini. Tuan Yang di-Pertua, bagi saya denda RM500,000 dan penjara sampai 10 tahun ini sudah mencukupilah untuk menghindarkan siapa-siapa daripada melakukan kesalahan di bawah akta ini.

Masalahnya ialah enforcement (penguatkuasaan) yang masalah kita tidak ada pegawai yang mencukupi untuk melaksanakan penguatkuasaan di bawah akta ini. Akhirnya sungguhpun undang-undang ada tetapi tidak terlaksananya penguatkuasaan.

Apabila kita menaikkan had denda dan hukuman penjara ini kepada satu tahap yang terlalu tinggi, bagi saya hukuman yang lebih teruk daripada culpable homicide, not amounting to murder atau grievous hurt untuk manusia. Jadi kita seakan-akan menganggap binatang ini lebih penting daripada manusia nilainya. Jadi saya mohonlah supaya perkara yang betul dibuat kerana dengan hukuman terlalu tinggi tentu akan berlakunya rasuah dan akhirnya orang yang menjadi mangsa terbiar dalam penjara bertahun-tahun adalah mangsa rakyat biasa seperti Orang Asli dan mereka yang duduk berdekatan dengan hutan. Bagi golongan rakyat ini sudah kebiasaan generasi mereka membunuh binatang-binatang sebagai makanan.

Mereka tidak tahu sama ada binatang ini dilindungi secara penuh atau tidak.

Kalaulah mereka tidak tahu dan terbunuhnya seekor binatang yang dikatakan di bawah perlindungan penuh, mereka boleh dipenjarakan sampai 15 tahun dan didenda RM1 juta.

Kalau mereka tidak ada duit, akan tambah lagi berapa tahun lagi untuk dipenjarakan.

Adakah ini adil? Bagi saya, Tuan Yang di-Pertua saya harap cara yang betul ialah pelaksanaan atas undang-undang yang sedia ada dan pastinya janganlah mereka yang tidak ada duit untuk rasuah ini akhirnya jadi mangsa hukuman yang terlalu berat ini.

Jadi saya harap pihak kerajaan mempertimbangkan isu menaikkan denda dan penjara ini dalam akta ini supaya rakyat biasa jangan jadi mangsa. Terima kasih.

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Beruas. Seterusnya Yang Berhormat Hulu Langat.

final • 5:30 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada kementerian dan pegawai-pegawai yang telah menyediakan RUU Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2021 sehingga dapat dibahaskan di Parlimen ini.

Saya ingin membawa semangat pegawai-pegawai di kementerian Yang Berhormat Menteri. Firman Allah SWT, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Allah SWT

final • 5:35 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

telah menciptakan langit tanpa tiang sebagaimana yang kamu melihatnya dan dia mengadakan di bumi ini gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi ini tidak menghayun-hayunkan kamu dan dia biakkan kepadanya pelbagai jenis binatang”. Bererti, binatang-binatang yang ada di hutan itu adalah merupakan suatu yang telah disebutkan oleh Tuhan, dia membiakkan binatang itu dan amatlah sangat wajar kita sebagai pemerintah membetulkan agar binatang-binatang ini tidak dipersia-siakan. Ayat tadi, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] , “Dan telah dicampakkan di atas muka bumi ini. Saya ingin mengambil kesempatan yang pertama sekali denda RM100,000 yang dikenakan terhadap pesalah dalam kes penganjuran dan mempromosi organ dan produk hidupan liar ini kononnya dengan mengatakan ia sebagai ubat kuat. Ia adalah suatu penghinaan kepada negara kita kerana apabila binatang-binatang itu dipromosikan organ- organ mereka bererti seolah-olah menunjukkan kepada dunia bahawa mereka boleh menangkap dan memanfaatkan binatang-binatang itu sewenang-wenangnya. Oleh sebab itu, pindaan ini sangat penting kepada negara kita.

Keduanya pindaan ini kalau kita lihat selain daripada kedudukan strategi Malaysia dengan banyak negara jiran menjadikan kita sebagai jalan transit dan tempat persinggahan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menjual hidupan liar ini ke negara ketiga dan ini adalah merupakan satu benda yang sangat memalukan negara kita.

Namun, sedarkah kita pelbagai undang-undang yang digubal ini tidak akan berguna jika penguatkuasaannya lemah. Saya ingin sebutkan di kalangan para pemburu yang berlesen dan tidak berlesen selalu mengadu kepada kami mengatakan bahawa sekiranya berjaya menangkap rusa, satu peha mesti dibahagikan kepada orang-orang tertentu dan inilah merupakan satu perkara yang sama-sama kita perlu tangani. Siapakah yang akan menguatkuasakan undang-undang ini semua? Tentunya pegawai-pegawai PERHILITAN.

Oleh sebab itu kami mengharapkan Yang Berhormat Menteri sepatutnya mengkaji semula perjawatan pegawai-pegawai di PERHILITAN di negeri dan daerah. Ada negeri yang Pengarah PERHILITAN nya bergred G48 dan timbalannya terus gred G41. Kalau pengarah berurusan di luar pejabat dan timbalan pengarah ke mahkamah, tiada pegawai kanan yang ada di pejabat. Sepatutnya pengarah di negeri yang besar berada pada gred G54 seperti skim-skim lain dan janganlah ada perbezaan antara gred yang sangat ketara.

Begitu juga pegawai PERHILITAN yang menjalankan operasi di lapangan dalam gred G19 dan G29. Mereka ini sepatutnya ditambah perjawatan kenaikan pangkatnya di gred G22, G32 dan G36, barulah bersemangat untuk mereka bekerja bagi menguatkuasakan undang-undang ini.

Isu-isu lain ialah elaun kritikal pegawai PERHILITAN yang sudah bertahun-tahun tidak disemak sebanyak RM150. Mereka masuk ke hutan digigit binatang berbisa, masuk ke dalam paya dan bermacam-macam kerja lagi namun elaunnya begitu juga. Kerajaan harus menaikkan elaun kritikal ini.

Dalam keadaan sempadan negara yang terdedah kepada lanun, kongsi gelap yang memperdagangkan hidupan liar, ancaman terhadap pegawai PERHILITAN juga meningkat. Beberapa tahun yang lalu pemburu haram di Terengganu juga dilengkapi senjata api. Kita hendakkan supaya mereka diberikan authority dan diberikan juga senjata api untuk mempertahankan diri dalam berhadapan dengan musuh-musuh yang sengaja melakukan apa yang mereka lakukan ini.

Juga saya ingin mengambil kesempatan supaya teman-teman di penjawat- penjawat awam di PERHILITAN ini sentiasa diberikan kemudahan-kemudahan asas, kenderaan-kenderaan, kemudahan-kemudahan yang lain supaya mereka dapat memainkan peranan yang sebaiknya. Terima kasih.

final • 5:35 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Yang Berhormat Padang Serai.

final • 5:35 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Salam sejahtera, salam harapan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih untuk memberi peluang untuk Padang Serai berbahas RUU ini.

final • 5:39 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Saya dengan rendah hati ingin membahaskan Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2021. RUU ini akan membincangkan penambahbaikan yang akan dilakukan terutama dalam perkara yang melibatkan penganjuran, pertunjukan dan kebajikan hidupan liar di Malaysia. Saya percaya ini memberi keadilan kepada semua kehidupan liar yang telah disalahgunakan oleh manusia bagi membuat duit.

Tanggungjawab kita semua adalah untuk memastikan keselamatan dan kebajikan hidupan liar ini dijaga sepenuhnya oleh rakyat Malaysia. Apa yang menarik dengan pindaan ini adalah RUU ini tidak membenarkan apa-apa jerat dipasang kecuali atas tujuan penyelidikan dan kajian atas spesies tersebut. Pemasangan jerat telah menyebabkan begitu banyak hidupan liar terkorban atau cacat.

Tuan Yang di-Pertua, daripada tahun 2015 hingga 2018, sebanyak 75 ekor spesies telah terkorban disebabkan jerat. Dengan pindaan ini, sesiapa yang memasang jerat bukan tujuan penyelidikan, boleh dikenakan denda. Pemasangan jerat ini adalah patut diharamkan sejak dahulu dan dengan pindaan yang terbaru ini akan memastikan perkara ini akan berlaku. Saya ingin mencadangkan bahawa apa-apa pertunjukan hidupan liar yang memberi kesan fizikal atau mental kepada haiwan tersebut mestilah dihentikan walaupun mempunyai permit dan lesen. Saya melihat kerajaan perlu lebih agresif untuk tidak membenarkan apa-apa pertunjukan haiwan yang memberi mudarat kepada haiwan tersebut.

Saya percaya RUU perlu digerakkan rentas kementerian dan organisasi serta agensi bagi memastikan pelaksanaan itu lebih berimpak dalam mengawal kes-kes dan salah guna yang melibatkan promosi dan penjualan hidupan liar. Terdapat keperluan untuk semua perkara yang disuarakan oleh saya diambil serius dalam memastikan setiap polisi atau langkah yang dibuat oleh kerajaan akan memberi manfaat secara maksimum kepada rakyat Malaysia.

Saya juga mencadangkan agar pokok buah-buahan ditanam di kawasan hutan mengelakkan daripada kera-kera datang ke kawasan perumahan. Dengan ini, saya menyokong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Yang Berhormat Kangar, silakan.

final • 5:40 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Alhamdulillahi Rabbil Alamin.

[Membaca doa]* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selamat panjang umur dan semoga dipermudahkan segala urusan.

final • 5:43 PM

Tuan Yang di-Pertua

Amin.

final • 5:43 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Saya terpanggil untuk mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang ini kerana sebagai seorang graduan dalam bidang perhutanan, pengurusan hidupan liar adalah salah satu subjek yang wajib saya ikuti semasa di universiti. Isu seperti ini jarang diperkatakan oleh orang-orang politik.

Mungkin kerana ia tidak boleh diterjemahkan sebagai undi namun ia sebenarnya mempunyai kaitan rapat dengan tujuan pembangunan yang lebih luas iaitu bagi mengekalkan keseimbangan ekosistem. Apatah lagi dalam dunia hari ini bercakap tentang sustainable development goals, dengan izin.

Pada 3 Mac yang lalu, Hari Hidupan Liar Sedunia 2021 disambut dengan tema “Forest and Livelihoods: Sustaining People and Planet”, dengan izin. Secara tersiratnya, ia memberi isyarat bahawa hidupan liar ini memerlukan satu habitat yang sesuai untuk

final • 5:43 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

hidup. Hidupan liar lazimnya tidak keluar daripada habitat mereka sekiranya mereka mempunyai cukup makanan dalam habitat ataupun mereka tidak terancam. Ada ribuan jenis hidupan liar sama ada mamalia, burung, amfibia, reptilia, ikan dan juga Invertebrata.

Jadi kalau kita nak campur semua ini, jumlahnya ratusan ribu dan masing-masing memerlukan habitat mereka tersendiri. Namun, rancangan pembangunan yang kita selalu buat tanpa mengambil pertimbangan keseimbangan ekosistem dan juga pencemaran sungai dan udara khususnya telah memangsakan banyak hidupan liar ini sehingga ribuan ekor setiap tahun dicatatkan mati di kebanyakan negeri.

Saya ingin sebut satu kes di Long Boh, di bawah Parlimen Arau di Perlis sebelum ini di mana satu spesies yang dipanggil beruk kentoi ataupun dalam bahasa saintifiknya Macaca arctoides, saya pun tak pasti sebutan ini betul ke tidak, telah ditemui di luar habitatnya. Jadi setakat yang saya tahu, spesies beruk ini tidak boleh ditemukan di tempat lain kecuali di negeri Perlis. Saya hendak tahu apakah langkah yang telah diambil oleh PERHILITAN secara khususnya untuk melindungi spesies beruk ini. Adakah ditemui mungkin keluarganya yang cukup banyak yang mana kita boleh jalankan proses pemuliharaan yang lebih menyeluruh.

Sebagai seorang graduan yang mengkhusus dalam bidang taman dan rekreasi sama seperti ramai rakan saya yang kini bekerja di PERHILITAN, saya percaya perlindungan hidupan liar dalam negara kita perlu mengambil bentuk baru. Saya boleh bersetuju dengan banyak pindaan yang dikemukakan dalam rang undang-undang ini tetapi ia lebih bersifat soal denda, penjara dan sebagainya. Akan tetapi kita perlu lebih proaktif iaitu dengan cara membangunkan pusat-pusat perlindungan hidupan liar yang lebih moden dan juga cekap.

Kita ada misalnya Pusat Perlindungan Gajah di Kuala Gandah yang cukup terkenal. Saya sendiri pernah berpeluang melihat misalnya semasa dihantar oleh Persatuan Parlimen Komanwel bersama dengan Yang Berhormat Paya Besar dan juga Yang Berhormat Pensiangan ke Afrika Selatan, saya dapat lihat bagaimana hidupan liar mereka diuruskan dengan sangat baik sebagai satu tarikan pelancongan yang mampu menjana pendapatan dan juga tidak menzalimi hidupan liar. Di Perlis juga kami ada Taman Ular yang mana di dalamnya ada buaya, ada rusa dan saya berterima kasih kepada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis yang mengizinkan sebuah taman kucing dibuat di sana yang dikenali sebagai Bustana Kucing.

Cuma tempat-tempat begini sudah tentulah memerlukan kos operasi yang tinggi kerana haiwan ini dia makan bukan macam kita, makanan dia itu mahal lah kalau berbanding dengan kita. Ini hanya mungkin berlaku sekiranya tempat ini boleh beroperasi dengan cemerlang, dengan baik dan sekiranya dia mampu menjana cukup pendapatan sendiri. Ini yang selalu menjadi masalah. Tadi saya ingat Yang Berhormat Sungai Petani ada bangkitkan tentang Zoo Negara. Sebelum ini pun ada memohon sumbangan orang ramai kerana tidak mampu untuk menampung keperluan haiwan.

Akan tetapi penjagaan hidupan liar ini bukan hanya sekadar bagi makan. Tadi ada yang sakit dan sebagainya sebab setiap haiwan itu unik. Perlu ada pemantauan berkala dengan kerjasama jabatan-jabatan lain termasuklah veterinar untuk memastikan kualiti pengurusan. Saya pernah mencadangkan supaya tempat-tempat begini tidak hanya dihadkan untuk haiwan tetapi ia menjadi satu taman tema yang bersifat sains dan teknologi yang mana terkandung elemen pendidikan, elemen pelancongan keluarga supaya dengan itu, kerajaan tidak terbeban untuk mewujudkan tempat-tempat yang begini dan sudah tentulah tarikan-tarikan ini akan juga mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan sebagainya.

Jadi, saya berharap kementerian dapat melihat dalam usaha memelihara hidupan liar ini, dia mesti ada satu pelan yang lebih menyeluruh. Bukan sekadar kita buat undang- undang, denda orang, penjara orang kerana ini perkara yang saya ingat lebih mudah tetapi sebelum pulihara kerana pulihara ini maksudnya benda dah rosak. Jadi kalau sebelum dia rosak, kalau boleh kita tukar satu bentuk supaya orang melihat haiwan itu dengan aspek yang lebih positif dan dapatlah orang kata, menjaganya.

Yang terakhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya juga minta satu penyelarasan dan hebahan dibuat. Ini mungkin berbeza sedikitlah. Saya pernah tengok dalam laporan- laporan berita, banyak rampasan misalnya daging-daging, sayur-sayuran yang terbuang.

final • 5:43 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Kalau boleh, adalah satu penyelarasan supaya tempat-tempat begini dapatlah menjadi tempat saluran. Jadi kita tak payahlah lupuskan daging. Nak tanam, sayur buang macam itu sahaja. Jadi sekurang-kurangnya dapatlah membantu meringankan beban tempat- tempat yang sebegini untuk menerima makanan-makanan ini. Itu sahaja daripada saya, saya menyokong pindaan ini. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 5:43 PM

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Akhir sekali, saya jemput Yang Berhormat Merbok.

final • 5:43 PM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Selamat hari lahir kepada Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:49 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 5:49 PM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

Kita punya bintang Scorpio yang sama.

Saya setuju dengan pindaan akta ini yang mana saya suka untuk melihat bila kita bercakap perkataan hidupan liar, dia sangat terkait dengan hutan. Umpama isi dan kuku.

Salah satu kalau kita ganggu, dia memang akan tercemar salah satunya. Jadi, kita di Malaysia ini secara umum memang terkenal dengan kekayaan hutan dan juga hidupan liar dan hutan hujan tropika ini ada banyak jenislah ya. Hutan paya gambut, paya laut, darat.

final • 5:49 PM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

Jadi, saya ingin sentuh bab urus tadbir dahulu. Di dalam Perlembagaan Perkara 74(2) ada mengatakan bahawa hutan adalah di bawah bidang kuasa negeri yang mana hak untuk menggubal undang-undang dan juga menguruskan dasar perhutanan negeri masing-masing. Jadi berkenaan urusan hutan ini saya lihat kadang-kadangkala berlaku percanggahan terutamanya ketika dalam pelaksanaan.

Seterusnya, saya juga turut membaca Dasar Perhutanan Negara yang baru diluluskan awal Januari ini tidak silap saya, ada 136 pages. Dalam strategi tiga mengatakan mengurangkan konflik antara manusia dan hidupan liar. Jadi, disebut di situ adalah konflik antara manusia dan hidupan liar apabila terdapat pertindihan kepentingan antara kedua-duanya terutamanya mengenai kehidupan mereka. Mengambil kira kepentingan habitat hidupan liar dalam pengurusan dan setiap pembangunan yang kita lakukan itu adalah perlu dihalusi supaya isu hidupan liar ini tidak akan terus menjadi isu yang berpanjangan.

Namun begitu, saya melihat juga ketiga-tiga akta dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak kelihatan hidupan liar masih tidak dilindungi sepenuhnya daripada perdagangan serta pemburu haram. Semua undang-undang di Malaysia ini membenarkan pemburuan perdagangan dengan permit dan lesen. Isunya di sini semua pemburuan hidupan liar harus dilarang dengan atau tanpa lesen pemburu atau permit khas. Saya pasti pandangan ini tidak popular ataupun populis bahkan mengundang kemarahan. Namun, kita harus ada keazaman untuk membetulkan perkara yang biasa kerana ini adalah perkara yang betul untuk kita lakukan.

Saya meneliti juga penerangan Yang Berhormat Menteri dalam penerangan beliau tadi. Saya bersetuju dengan menaikkan denda dan juga hukuman tetapi saya juga bersetuju dengan Yang Berhormat Tebrau bahawa hukuman dan denda bukan satu- satunya masalah untuk kita melindungi hidupan liar.

Tiga perkara utama, saya meneliti juga tulisan Profesor Madya Dr. Haliza Abdul Rahman daripada UPM yang menyatakan tiga punca utama masalah kehidupan liar adalah kegiatan pembukaan tanah secara besar-besaran, aktiviti pemburuan dan pembalakan. Tiga ini. Ini semua adalah melibatkan hutan. Jadi, laporan Suruhanjaya Keadilan Hidupan Liar pada tahun 2016 mendedahkan juga Kuala Lumpur seperti yang disebutkan oleh rakan-rakan yang lain tadi sebagai pusat transit hidupan liar secara haram, perdagangan haram hidupan liar global yang bernilai kira-kira RM15.46 bilion

final • 5:50 PM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

kepada RM61.84 bilion setahun dengan China, Amerika Syarikat dan Eropah sebagai pasaran utama.

Jadi, salah satu lagi contoh kenapa gajah diburu kerana gandingnya yang sangat mahal. Gading-gading gajah ini memang sangat mahal. So, sekilo lebih kurang antara RM4,000 dan juga RM9,000 bergantung kepada jenis gajah.

Saya juga meneliti dalam Dasar Perhutanan Negara lagi yang telah dikongsi ini dengan komitmen Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 bagi mencapai pembangunan mampan iaitu SDG dan United Nation Decade on Ecosystem Restoration 2021-2030 untuk kita lakukan agar tercapai.

Akhir sekali, saya ingin menyebutkan berkenaan penguatkuasaan. Ia harus dikuatkuasakan dengan tegas. Saya juga bersetuju kekuatan Jabatan PERHILITAN diperkasakan dengan kelengkapan yang juga canggih serta penambahan perjawatan bagi membantu dan memastikan akta yang dipinda ini tercapai. Terima kasih.

final • 5:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Merbok. Sekarang tamatlah perbahasan Ahli-ahli Yang Berhormat semua. Terima kasih kepada yang mengambil bahagian. Saya sekarang menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, 20 minit Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya terlebih dahulu mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua rakan Ahli-ahli Parlimen seramai 22 orang mengikut catatan saya Tuan Yang di-Pertua yang telah memberikan pandangan yang begitu baik dan juga cadangan-cadangan yang amat konstruktif bagi saya. Ini menunjukkan bahawa pindaan rang undang-undang Akta 716 ini pada dasarnya disokong oleh semua Ahli Parlimen kita ini dan ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia merupakan rakyat yang amat prihatin dan mempunyai ihsan yang tinggi bukan sahaja kepada makhluk, kepada manusia tetapi juga kepada binatang hidupan-hidupan liar yang ada di dalam negara kita ini.

Sebelum saya menjawab soalan-soalan yang dikemukakan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beberapa pihak khususnya pihak Jabatan Peguam Negara tidak lupa juga sahabat saya Yang Berhormat Kuala Langat, Mantan Menteri yang beliau telah memulakan usaha-usaha ke arah meminda Akta 716 ini dan juga semua pihak yang memberikan sumbangan ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh beberapa perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Kepong dan Yang Berhormat Tumpat berkaitan dengan perundangan. Sebagaimana yang kita maklum bahawa agensi utama yang bertanggungjawab dalam memelihara dan menguruskan hidupan liar dan aktiviti berkaitan adalah Jabatan PERHILITAN secara pendeknya yang mana ia menggunakan penguatkuasaan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, Akta 716 ini sebagaimana yang saya sebut dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat semua maklum ia hanya terpakai di Semenanjung Malaysia dan Labuan sahaja.

Kenapa dan mengapa berlaku begitu? Ini adalah kerana di negeri Sabah mereka mempunyai Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997 (Wildlife Conservation Enactment 1997) di Sabah. Manakala di Sarawak mereka mempunyai Ordinan Pelindungan Hidupan Liar 1998 (Wildlife Protection Ordinance 1998). Jadi, ini adalah perkara biasa Tuan Yang di-Pertua kerana kalau kita tengok dari segi perhutanan pun ada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, ada Jabatan Perhutanan Sabah dan Sarawak. Itu perkara biasa sahaja.

Begitu juga dari segi perdagangan spesies flora dan fauna yang dibangkitkan.

Saya ingin maklumkan perkara ini dikawal sepenuhnya oleh panduan dan peraturan convention peringkat negara dan juga Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686). Manakala perundangan berkaitan laporan penilaian kesan kepada alam sekitar EIA yang mana ada di sini dikaitkan dengan pelaksanaan

final • 5:54 PM

Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Wildlife Impact Study (WIS) dan Wildlife Management Plan bagi mana-mana projek ini ia di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar Tahun 1974.

Yang Berhormat Sepang membangkitkan mengenai susunan takrifan dalam seksyen 3. Saya menerima baik pandangan beliau. Untuk makluman Yang Berhormat Sepang seksyen 3 taksiran versi bahasa Inggeris adalah mengikut susunan seksyen 3 tafsiran bahasa Melayu. Oleh sebab itulah kadang-kadang ia tidak ikut alphabet dalam bahasa Inggerisnya.

[Disampuk]

final • 5:54 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Yang Berhormat Menteri boleh?

final • 5:54 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Dia baca bahasa Inggeris, dia tidak baca bahasa Melayu.

final • 5:54 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Yang Berhormat Menteri boleh sikit? Boleh saya celah sikit.

final • 5:54 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Sila.

final • 5:54 PM

Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tentang Sabah dan Sarawak mempunyai akta mereka sendiri, itu saya faham. Akan tetapi, kalau kita baca dalam laporan peringkat antarabangsa itu menimbulkan masalah besar kerana hukuman yang dikenakan di sana jauh lebih rendah. Apakah kita tidak boleh melakukan sesuatu terhadap isu itu? Terima kasih.

final • 5:54 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah.

Saya pun terfikir perkara apabila Yang Berhormat bangkitkan perkara itu dan saya bercadang untuk mengadakan satu libat urus ataupun perbincangan dengan pihak Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak. Kalau boleh kita streamline-kan antara undang-undang di Semenanjung Malaysia dan Labuan ini dengan Sabah dan Sarawak. Saya, I undertake to look into that issue ya. Terima kasih.

Mengenai pertanyaan Yang Berhormat Kepong kenaikan denda adalah tidak wajar kerana akan meningkatkan rasuah. Saya rasa penalti dinaikkan oleh undang- undang mempunyai tujuan supaya memberi impak mencegah (prevention) dan juga menggerunkan orang ramai, orang awam serta memberikan pengajaran kepada pelaku jenayah hidupan liar.

Yang Berhormat Kepong sebagai seorang peguam sudah tentulah tahu bahawa satu juta ini adalah maksimum untuk semua kesalahan. Kesalahan besar dan kesalahan kecil. Apabila pergi ke mahkamah sudah tentulah hakim atau majistret akan menilai serius atau tidak satu-satu kes itu. Jadi, maksimum bukannya minimum.

[Disampuk]

final • 5:54 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Boleh dapat pandangan Yang Berhormat Menteri. Bukankah RM500,000 denda dengan 10 tahun penjara ini sudah merupakan satu hukuman yang berat dari segi undang-undang.

final • 5:54 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Ya. RM500,000 itu...

final • 5:54 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Jadi, that is no reason for increase.

final • 5:54 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Sebanyak RM500,000 itu lebih berat daripada RM100,000. Akan tetapi, RM1 juta ini adalah memadai dan mencukupi untuk seriusnya kes-kes terhadap ancaman hidupan liar dalam negara kita. Ini telah dipersetujui oleh 97 peratus responden yang telah diberikan persoalan ini untuk kita libat urus.

final • 5:54 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Boleh dapat penjelasan. Responden ini, adakah dia pekebun kecil dan orang yang duduk?

final • 6:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Semuanya. Sebagai mana yang saya sebutkan tadi Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Beruas, kita sebagai peguam kita tahu ini adalah maksimum penalti kepada kes daripada kecil sehinggalah besar. Jadi itu sahaja jawapan saya.

final • 6:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Akan tetapi saya hendak beritahu, mesej yang Parlimen hantar kepada mahkamah, menunjukkan bahawa RM500,000 dan 10 tahun itu

final • 6:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

tidak mencukupi. Jadi mahkamah akan mengenakan denda dan penjara yang sangat tinggi. Kalau RM500,000 dianggap tidak...

final • 6:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Di dalam mahkamah mempunyai isu undang-undang dan isu fakta. Every case based on law and fact. Jadi kalau fakta itu tidak berat, tidaklah tinggi hukumannya. Itu semua kita tahulah.

final • 6:00 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Akan tetapi daripada segi undang-undang...

final • 6:00 PM

Dato' Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Tuan Yang di-Pertua, mengenai pertanyaan Yang Berhormat Tumpat membangkitkan...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Beruas sudah dijawab.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Yang Berhormat Tumpat membangkitkan...

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Mic, mic.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Penjualan hidupan liar atas talian. Saya ingin maklumkan, antara langkah yang diambil oleh kementerian dan juga PERHILITAN untuk mengekang aktiviti penjualan hidupan liar di laman web adalah dengan menubuhkan Pusat Perisikan dan Taktikal Antijenayah Hidupan Liar atau Intelligence and Tactical Centre for Wildlife Crime (INTAC). Ini ditubuhkan oleh kementerian yang bertujuan untuk mengumpul, menganalisis dan menyelaras maklumat jenayah hidupan liar dan mengkoordinasi operasi penguatkuasaan. Ini yang dibuat oleh pihak kerajaan.

Di bawah INTAC ini, pelbagai sistem yang canggih seperti IBM i2, XRY dan juga Analysis Wildlife Crime Report System (IPAW), Sistem Pelesenan Jabatan PERHILITAN

(SPJP) dan sebagainya telah dilengkapkan untuk memperkasakan lagi aktiviti penguatkuasaan.

Yang Berhormat Bayan Baru membangkitkan pemerdagangan haram hidupan liar dan juga jualan atas talian. Sebagaimana disebutkan tadi bahawa Malaysia dianggap menjadi hab penyeludupan hidupan liar disebabkan oleh beberapa faktor. Sudah tentulah kerana negara kita ini berkedudukan strategik di Selat Melaka pelabuhannya dan juga laluannya dengan negara-negara di Indo-China yang mempunyai pasaran yang banyak, Myanmar, Vietnam, Kemboja, Thailand dan China.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan mesyuarat****] Begitu juga pelabuhan kita mempunyai kemudahan yang baik dan juga kita mempunyai sistem lapangan terbang dan pelabuhan yang efektif sehingga menjadikan pilihan kepada para penyeludup. Ini satu perkara yang amat kita dukacita.

Namun demikian, kerajaan sentiasa mengambil langkah yang proaktif termasuklah dengan menandatangani perjanjian World Trade Organization yang menghalang untuk meletakkan barangan terlalu lama di sesuatu pelabuhan perkhidmatan.

Ini untuk mengelakkan daripada penyeludupan itu berlaku.

Yang Berhormat Kuala Kedah dan Yang Berhormat Batu Gajah membangkitkan mengenai penyakit zoonotik. Kementerian ini sentiasa peka dengan perkembangan terkini berhubung dengan pandemik COVID-19 dan telah mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya selaras dengan dasar kerajaan.

Selain daripada itu, saya suka menyebutkan bahawa kementerian juga berkomunikasi dengan satu sekretariat iaitu Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES). Dengan mempunyai komunikasi yang baik dengan sekretariat ini, ia boleh membantu kerajaan terhadap pengawalan perdagangan spesies flora dan fauna dan juga hidupan liar sebagai mana yang disebutkan tadi.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Cuma saya hendak sebutkan satu perkara di sini, Yang Berhormat Kuala Kedah ada di sini. Mengikut maklumat yang kita ada setakat ini, tidak ada virus COVID-19 yang telah ditemui pada hidupan liar di Malaysia. Tidak ada setakat inilah, tidak ada.

Menurut kajian Jabatan PERHILITAN dengan kerjasama EcoHealth Alliance

(EHA) bertajuk ‘The Study of Zoonotic and Infections Among Persons Exposed to Wild Animal and Zoonotic Disease Surveillance in Wildlife’ yang telah dijalankan pada tahun 2010 sehingga 2019, tiada penemuan virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan penyakit COVID-19 ditemui pada hidupan liar. Itu satu fakta yang ingin kita maklumkan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai Zoo dan Pameran Tetap (ZPT). Kementerian ini melalui PERHILITAN telah mengambil langkah sejak dari bulan Mac tahun 2020 membantu ZPT ini menerusi operasi melalui inisiatif jangka pendek yang dilaksanakan.

Antaranya ada penyaluran Dana Prihatin Kebajikan Hidupan Liar bermula Mei 2020 hingga Ogos 2021 sebanyak RM7.3 juta kepada premis ZPT yang terjejas terutamanya semasa COVID-19 ini. Dana ini bertujuan untuk membantu meringankan bebanan kos operasi ZPT ini.

Selain daripada itu, ada pemberian diskaun 15 peratus bil elektrik selama enam bulan kepada ZPT di Semenanjung Malaysia di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi.

Begitu juga pengagihan lebih daripada 205.9 tan barang sitaan makanan mentah iaitu daging dan tulang sejuk beku bernilai RM4.1 juta kepada ZPT melalui kolaborasi bersama Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) serta pelbagai agensi yang lain dan juga penyediaan bantuan teknikal dan pengurusan husbandry seperti khidmat nasihat dan bantuan kepakaran serta kepakaran kakitangan di veterinar dan juga PERHILITAN.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Setiu membangkitkan isu mengenai konflik manusia dan hidupan liar. Satu perkara yang amat serius. Konflik manusia dan hidupan liar seperti gajah berlaku disebabkan oleh pengecilan kawasan habitat gajah liar yang menyebabkan gajah menjadikan kawasan berhampiran hutan, kebun dan kampung sebagai kawasan rayau. Inilah punca yang sebenarnya.

Sebagai mana juga kita manusia, kalau rumah kita diganggu, diceroboh, maka kita akan lari dan mencari tempat perlindungan. Begitulah juga dengan gajah.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Kebanyakan kawasan kebun penduduk, sekejap— kebanyakan kawasan penduduk kampung yang mempunyai kebun tidak dilengkapi dengan langkah-langkah mitigasi meliputi sistem pagar elektrik gajah bagi menghalang gangguan. Itu juga satu faktor yang menyebabkan gajah ini senang-senang masuk ke kawasan ini. Sila Yang Berhormat Baling.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penjelasan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tadi dalam perbahasan saya, saya diganggu, saya tidak sempat habis. Saya hendak menyatakan kepada Yang Berhormat Menteri hasrat Yang Berhormat Baling dan Yang Berhormat Sik ini memandangkan kami mempunyai tanah yang begitu luas. Kami ingin menawarkan kalau ada ruang dan peluang untuk penempatan gajah-gajah yang sesat di dalam negeri Kedah ini ataupun elephant reserve area, kami ada tempat, kalau ada Yang Berhormat Menteri.

Kedua Yang Berhormat Menteri, sikit sahaja lagi. Sebab apa saya tak nak rakyat di luar sana keliru. Saya tadi, Tuan Yang di-Pertua yang bagi saya untuk translatekan bagaimana saya bercakap dengan gajah. Ini hendak menyatakan bahawa betapa mulianya bahasa Tamil itu— kita tidak mengherdik atau mencaci atau mengumpat ataupun bercakap perkara-perkara yang tidak elok. Ini betapa mulianya bahasa Tamil itu, gajah pun hormat dan faham tetapi, Yang Berhormat Jelutong ini dia salah tafsir.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Baling.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Okey, terima kasih Yang Berhormat Baling.

Mengenai yang cadangan supaya daerah Baling dan Sik dijadikan kawasan konservasi gajah itu, kita menyambut baik. Cuma Yang Berhormat Baling dan juga Yang Berhormat Sik boleh melobi Kerajaan Negeri Kedah supaya membantu kalau sekiranya kita meminta dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, ada Yang Berhormat yang membahaskan rang undang- undang ini meminta penjelasan inisiatif bagi mengurangkan berlaku penganiayaan hidupan liar seperti gajah dan kera. Dalam hal ini, tindakan pihak kerajaan dalam menguruskan musuh tanaman seperti babi hutan dan kera ini. Kementerian melalui Jabatan PERHILITAN telah melaksanakan pelbagai langkah untuk mengatasi masalah konflik hidupan liar iaitu kera, babi hutan dan sebagainya.

Antaranya program penakaian di kawasan yang berisiko, menjalankan program bersepadu dengan agensi seperti RELA dan penduduk kampung, program perangkap komuniti di mana setiap kawasan DUN akan menyumbangkan perangkap untuk menangkap hidupan liar yang bermasalah dan juga program kontrak menangkap hidupan liar bermasalah melalui pemasangan perangkap babi dengan kerjasama agensi semasa.

Mengenai isu lotong yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, saya tidak pasti tadi mengenai katanya penembakan lotong— Yang Berhormat Bukit Bendera, rasanya di Negeri Sembilan.

final • 6:00 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Jabatan PERHILITAN ingin menjelaskan bahawa penembakan lotong yang bernama lotong cengkong...

final • 6:10 PM

Seorang Ahli

Lotong.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Lotong. Lotong cengkong di satu tempat di Port Dickson adalah disebabkan oleh terlalu banyak aduan. Aduan yang berulang-ulang daripada penduduk kampung, di mana monyet-monyet ataupun lotong cengkong ini bukan hanya mengganggu tetapi juga mencederakan penduduk. Tidak betul aduan satu NGO mengatakan ditembak 20 ekor. Sebenarnya yang ditembak, yang terpaksa ditembak hanyalah tujuh ekor sahaja. Itu pun kerana langkah-langkah yang tidak dapat dielakkan.

Jadi mengenai perkara berhubung dengan Harimau Malaya. Ini dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Kepong dan juga beberapa rakan Ahli Parlimen tadi. Saya hendak sebutkan bahawa survey ataupun Kajian Harimau Kebangsaan Pertama, First National Tiger Survey (NTS1) yang dilaksanakan oleh PERHILITAN pada tahun 2016 sehingga 2020 di Hutan Central Forest Spine, mendapati populasi Harimau Malaya di habitat semula jadi berada pada tahap yang amat membimbangkan.

Betul, sebagaimana seorang Ahli Parlimen tadi menyebut, survey menunjukkan kita Malaysia mempunyai tidak lebih daripada 200 ekor sahaja Harimau Malaya ini. Kita bimbang kalau kita tidak menjaga kepupusan ini, Harimau Malaya ini hanya tinggal pada Jata Persekutuan dan pada nama pasukan bola sepak Harimau Malaya sahaja.

Kehilangan Harimau Malaya di habitat semula jadi akan menyebabkan akan tinggal di tempat-tempat yang saya sebutkan tadi dan kita akan berada dalam krisis kehilangan spesies ikonik negara buat selama-lamanya. Ini amat membimbangkan kita.

Oleh sebab itulah, menyedari hakikat ini Jemaah Menteri pada 16 Jun 2021 bersetuju mengambil langkah tindakan strategik konservasi Harimau Malaya bagi tempoh 10 tahun dari tahun 2021 sehingga tahun 2030 melalui tiga pendekatan.

Saya beritahu secara ringkas iaitu

(i) mengukuhkan usaha menghentikan penurunan populasi Harimau Malaya; dan

(ii) meningkatkan tadbir urus yang baik, keberkesanan dalam melaksanakan konservasi Harimau Malaya.

Dalam hal ini, saya hendak sebutkan bahawa satu task force telah ditubuhkan yang bernama Pasukan Petugas Kebangsaan bagi Konservasi Harimau Malaya (National

final • 6:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Tiger Conservation Task Force) atau ringkasnya MyTTF Tuan Yang di-Pertua. Pentingnya pasukan petugas ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjadi pengerusi kepada MyTTF ini. Di samping itu ada satu working group, satu jawatankuasa working group yang dinamakan My Tiger Working Group (MyTWG) yang dipengerusikan oleh saya sendiri.

Ahli-ahlinya adalah semua exco-exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab daripada segi alam sekitar dan juga hidupan liar.

Inilah pentingnya perkara ini. Esok saya akan pergi ke satu tempat yang bernama Sungkai Tiger Rescue Centre di Sungkai untuk melihat dan mengkaji perkara ini supaya kita giatkan perkara ini. Lusa 28 hari bulan, saya akan membuat satu MoU dengan pasukan Harimau Malaya iaitu pasukan bola sepak negara. Saya telah berhubung dengan FAM untuk kami mengadakan MoU sama-sama safe Harimau Malaya dengan mana beberapa percent daripada gate collection di stadium bola sepak mungkin akan disumbangkan kepada tabung untuk safe Harimau Malaya ini.

final • 6:10 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Boleh? Kuala Langat. Yang Berhormat Menteri, saya hendak ucapkan ribuan terima kasihlah sebab atas inisiatif di mana Perdana Menteri menjadi pengerusi pada jawatankuasa ini. That is the way to go forward. Akan tetapi saya hendak juga put on record untuk ucapkan ribuan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia juga yang telah bagi pasukan Senoi Praaq yang telah digunakan untuk kawalan hutan untuk Harimau Malaya.

Begitu juga saya hendak minta Yang Berhormat Menteri, ini tidak silap saya Menteri, ada satu pasukan anjing juga yang kita telah pelihara, K9. I think we use some foreign countries help untuk anjing ini. Pasukan itu masih adakah atau kita akan perkembangkan pasukan itu juga? Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Okey, terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat sahabat saya yang saya sebut tadi. Saya hargai segala inisiatif yang telah beliau ambil. Saya akan ambil perhatian perkara yang telah di...

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, masa sudah tamat. Kalau boleh dirumuskan dan...

final • 6:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Ya. Saya akan berikan jawapan bertulislah.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

...Secara bertulis.

final • 6:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Tuan Yang di-Pertua, secara umumnya banyak lagi perkara yang perlu sebutkan di sini tetapi secara umumnya saya telah menyentuh perkara-perkara yang penting untuk saya ketengahkan atau saya highlight kan dalam perbahasan dan juga pembentangan ini. Akhirnya saya ingin menyatakan bahawa pindaan kepada Akta 716 ini adalah satu yang amat wajar dan tepat. It’s very timely untuk kita menuju ke arah yang lebih harmoni di dalam negara kita ini, bukan sahaja di kalangan rakyat jelata tetapi juga hidupan liar dan juga habitatnya.

Akhirnya saya mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli Parlimen dan juga semua pihak yang telah memberikan kerjasama sehingga saya dapat membentangkan rang undang-undang ini dengan sebaiknya. Terima kasih, .

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua, sekarang.

[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa]

final • 6:10 PM

Fasal-fasal 1 hingga 75 – Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Pengerusi sekarang adalah untuk fasal ke fasal bukan?

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Dalam jawatankuasa.

final • 6:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Sekarang dalam jawatankuasa untuk fasal 1 hingga 75?

final • 6:10 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

final • 6:10 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya hendak bangkitkan...

final • 6:17 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila.

final • 6:17 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya hendak bangkit satu dua perkara. Tuan Pengerusi, saya rasa agak aneh peruntukan dalam akta ini yang hendak dipinda seksyen 22 ini hendak ditambah denda daripada RM10,000 kepada RM50,000 dan enam bulan kepada tiga tahun. Dikatakan kalau selepas lesen tempoh habis, mesti dipulangkan kepada pihak yang mengeluarkan lesen dalam 14 hari.

Saya rasa kalau sesuatu lesen ini sudah tamat tempoh, tamat tempohlah. Kenapa perlu ada peruntukan yang menjadikan ia satu kesalahan? Seharusnya seksyen 22(2) ini tidak harus ada. Saya minta Yang Berhormat Menteri sebagai seorang peguam, selepas tempoh lesen sudah tamat, dia mati. Tidak berkuat kuasa lagi. Betul tidak? Kalau orang itu terlupa bagi balik lesen akan didenda RM50,000 atau penjara tiga tahun. Saya rasa aneh.

Kedua, hendak ditambah seksyen 25A. Kalau lesen itu dicacatkan atau dirosakkan boleh didenda sampai RM100,000, tujuh tahun penjara. Kalau sesuatu lesen itu dikeluarkan kepada satu pertubuhan sampai RM200,000. Tidak masuk akal lah.

final • 6:17 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Kalau lesen itu koyak, adakah orang itu akan– kalau dikoyakkan oleh seorang kanak-kanak, takkanlah kita hendak mendakwa pemegang lesen ini sehingga RM100,000 dan tujuh tahun penjara? Tidak masuk akal. Jadi saya hendak Yang Berhormat Menteri beri penjelasan. Ini perkara...

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik.

final • 6:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tidak masuk akal. Jelaskan, kalau boleh sebenarnya seksyen 22(2) ini harus delete dengan izin, dibatalkan daripada akta ini.

Terima kasih.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Tuan Pengerusi, saya rasa Yang Berhormat Beruas juga seorang peguam. Perkara ini telah diteliti oleh Jabatan Peguam Negara dan telah disahkan ia mengikut peraturan dan mempunyai alasan-alasannya tersendiri. Jadi, saya hendak mencadangkan kalau sekiranya undang-undang ini diluluskan, ada kes-kes yang dituduh di mahkamah berdasarkan seksyen ini, Yang Berhormat boleh ambil sebagai lawyer dan challenge di mahkamah. Terima kasih.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih. Sila Yang Berhormat.

final • 6:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Pengerusi...

final • 6:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Yang Berhormat Tuan Pengerusi...

final • 6:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Ini bukan jawapan yang saya minta...

final • 6:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Saya mohon mencadangkan...

final • 6:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Bukan pergi mahkamah, kita Parlimen, kita menggubal undang-undang. Berikanlah alasan kenapa...

final • 6:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

...Iaitu bahawa rang undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Terima kasih.

final • 6:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

...Tempoh lesen yang sudah mati ini perlu dipulangkan, kalau tidak dipulangkan akan didenda begitu teruk sekali?

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Beruas.

final • 6:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

What is the rational? Bukan pergi mahkamah.

Kita penggubal undang-undang, bukan mahkamah yang tetapkan. Oleh sebab itu, saya hendak tahu, yang aneh ini berilah penjelasan. What is a logic. A license that expired is expired. Kalau orang itu lupa bagi balik kepada pihak berkuasa, takkanlah kita hukum dia?

Di mana keadilan...

final • 6:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Yang Berhormat Beruas, sesuatu yang dibuat undang-undang itu ada justifikasinya.

final • 6:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya hendak tahu justifikasi...

final • 6:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Oleh sebab itulah...

final • 6:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

...Give the reason...

final • 6:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Justifikasinya, you have to read carefully each and every sentence in the law. I think you...

final • 6:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Menteri di sini jawab, saya tanya kenapa. We are law makers. Kita yang buat undang-undang, bukan mahkamah.

Jadi, saya hendak dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, kenapa ada peruntukan ini? Itu sahaja. You give a reason bukan pergi mahkamah. Bukan mahkamah yang buat undang-undang, kita yang buat undang-undang.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Alasan saya peruntukan ini telah diteliti dengan begitu cermat, very carefully done. Ia adalah berdasarkan undang-undang. Jika sekiranya Yang Berhormat tidak berpuas hati, you can go to court and can challenge the laws in court. Itu yang saya maksudkan.

final • 6:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Undang-undang kita yang teliti, bukan orang lain. Kita Ahli Parlimen yang teliti. Saya sudah teliti dan tanya.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik.

final • 6:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya meminta...

final • 6:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Yang Berhormat seorang sahaja tanya, orang lain semua sudah berpuas hati.

final • 6:20 PM

Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat

Ambil, ambil.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Beruas.

final • 6:20 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Saya on record. Bagi saya, saya bantah sekeras-kerasnya undang-undang ini tidak berlandaskan apa-apa sebab Menteri tidak bagi apa-apa sebab.

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih. Ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.

[****Fasal-fasal 1 hingga 75** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula]

final • 6:20 PM

Tuan Pengerusi - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

[Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Kewangan I (Tuan Mohd Shahar bin Abdullah) dan diluluskan]

final • 6:20 PM
RANG UNDANG-UNDANG HARTA PUSAKA KECIL (PEMBAHAGIAN) (PINDAAN) 2021 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Tuan Yang di-Pertua, saya bangun sekali lagi pada hari ini untuk memohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Harta Pusaka Kecil

(Pembahagian) 1955 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua dan juga rakan-rakan ahli-ahli Dewan yang saya hormati sekalian, Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) telah digubal pada tahun 1955 melalui Ordinan Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) No. 34/1955 dikenali sebagai Akta No.

98/1972 berkuat kuasa di Semenanjung Malaysia sahaja pada 1 November1972.

Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98] merupakan undang- undang yang digubal berdasarkan Senarai I, Jadual Kesembilan, Perkara 4(e)(i) Perlembagaan Persekutuan untuk memastikan keseragaman undang-undang dan dasar mengenai pengurusan harta pusaka di negara ini.

Akta 98 ini merupakan undang-undang utama kepada perundangan dan pentadbiran harta pusaka yang melibatkan kebanyakan rakyat di negara ini. Melalui statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Surat Kuasa Mati, Mahkamah Tinggi (Central Registry), purata hampir 70 peratus urusan harta pusaka si mati di Malaysia direkodkan setiap tahun, dilaksanakan di bawah Akta 98 oleh Bahagian Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) berbanding dengan agensi lain seperti mahkamah dan juga Perbadanan Amanah Raya Berhad (ARB).

Selama lebih 50 tahun pelaksanaan Akta 98 ini, pengurusan dan pembahagian harta pusaka di Malaysia berfokus kepada memberikan kemudahan kepada rakyat dalam urusan perundangan, pertukaran hak milik harta si mati kepada waris dan orang berkepentingan dengan mudah dan murah. Sejak penguatkuasaannya juga, ia telah mengalami beberapa siri pindaan iaitu tahun 1972, 1977, 1979, 1989 dan yang terakhir 2009.

Dalam tempoh itu juga, terdapat banyak perubahan yang berlaku dan ada di antaranya tidak dapat ditangani melalui undang-undang yang sedang berkuat kuasa sekarang. Justeru, terdapat keperluan sekarang ini untuk kita membuat pindaan bagi memastikan ia kekal relevan dan dapat meneruskan perkhidmatan yang lebih optimum kepada rakyat. Ini kepentingan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan yang saya hormati sekalian, harta pusaka merupakan satu isu yang sangat dekat di hati rakyat. Pada masa kini, ia dikendalikan beberapa buah agensi mengikut peruntukan undang-undang dengan bidang kuasa masing-masing. Kesan atau akibat daripadanya, maka terdapat pelbagai isu yang dibangkitkan, pelbagai peringkat dalam pengurusan harta pusaka di Malaysia ini.

Oleh itu, satu usaha untuk menambah baik kerangka perundangan dalam sistem penyampaian perkhidmatan pembahagian pusaka telah dilaksanakan melalui Kajian Transformasi Pentadbiran dan Pengurusan Harta Pusaka di Malaysia oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) pada tahun 2015 hingga 2016 yang turut melibatkan JKPTG.

Seterusnya, bahagian pembahagian pusaka JPKTG juga telah terlibat secara aktif dalam kajian pembaharuan undang-undang di bawah seliaan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) JPM melalui geran yang diberikan kepada perunding iaitu International Islamic University Malaysia Entrepreneurship and Consultancies Sdn. Bhd

final • 6:35 PM

Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

pada akhir tahun 2016 iaitu “Reforming the Administration of Estate in West Malaysia Towards Establishing an Effective Estate Administration Modal” and “One-Stop Data Centre of Wills, Assets and Liabilities”. Dapatan hasil kedua-dua kajian yang disebutkan tadi menjurus kepada keperluan permasalahan rakyat yang perlu diatasi dengan pengurusan harta pusaka menjadi asas kepada kajian cadangan pindaan akta ini.

final • 6:35 PM

Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Sejak tahun 2016, pelbagai sesi rundingan ataupun libat urus bersama stakeholders dalam lapangan pengurusan harta pusaka telah dilaksanakan bersama Amanah Raya Berhad, Majlis Agama Islam, baitulmal negeri, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan, MAMPU, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Majlis Peguam (Bar Council), Pejabat Tanah dan Galian Negeri, Syarikat Amanah Kewangan dan Perbankan serta ahli akademik universiti tempatan dan swasta.

Cadangan pindaan Akta 98 juga telah dibawa ke sesi perundingan bersama stakeholders kementerian dan agensi kerajaan, NGO, ahli akademik dan awam selaras dengan aspirasi kerajaan kita menggalakkan penglibatan rakyat bagi pembangunan dasar awam. Pindaan ini juga dibentangkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara Ke-74 dan Mesyuarat Majlis Tanah Negara Ke-75. Seterusnya Rang Undang- undang Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) (Pindaan) 2021 ini telah dibawa, dibentangkan dan dipersetujui dalam Jemaah Menteri pada 24 September 2021 yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli yang dihormati, saya ingin menerangkan secara lebih terperinci mengenai rang undang-undang pindaan Akta 98 ini yang merangkumi pindaan ke atas 23 seksyen sedia ada termasuk pewujudan satu bahagian baharu, pindaan ke atas 18 seksyen sedia ada, penggantian ke atas satu seksyen dan satu jadual serta pengenalan kepada tiga seksyen baharu. Pindaan ini dilaksanakan ke atas merangkumi empat skop seperti berikut.

Skop yang pertama, mewujudkan tafsiran dan peruntukan baharu yang meliputi bidang kuasa bagi penyelesaian harta pusaka kecil yang lebih meluas serta menyediakan pelbagai alternatif untuk lebih memberi kemudahan kepada rakyat. Pindaan utama kepada Akta 98 bagi skop ini adalah seperti berikut.

Pertama, pertukaran penggunaan nama perjawatan daripada Pentadbir Tanah kepada Pegawai Pembahagian Pusaka. Pemakaian gelaran perjawatan yang baharu akan mengoptimumkan peranan Pegawai Pembahagian Pusaka setakat yang dibenarkan dalam menjalankan fungsi Akta 98 sahaja. Pemakaian gelaran yang baharu juga tidak memerlukan pewartaan setiap pegawai yang dilantik sebagai pegawai tadbir, selain bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan yang kerap berlaku pada masa kini dalam menentukan sesuatu tindakan dalam perintah yang dikeluarkan merujuk kepada isu berhubung dengan pusaka dan sebaliknya.

Perkara ini Tuan Yang di-Pertua, kerap berbangkit memandangkan berlakunya hal keadaan di mana pegawai yang membuat keputusan dalam pembahagian harta pusaka si mati turut disaman sebagai pentadbir tanah yang turut merujuk kepada pegawai yang melaksanakan urusan pendaftaran hak milik iaitu dua pihak yang menggunakan gelaran yang sama, tetapi sebenarnya pelaksanaan urusan yang berbeza. Jadi, pertukaran ini untuk mengelakkan kekeliruan ini.

Kedua, pewujudan peruntukan pelantikan bagi Presiden Pembahagian Harta Pusaka, Timbalan Presiden Pembahagian Harta Pusaka dan pegawai-pegawai pembahagian harta pusaka. Bagi tujuan ini, peruntukan Bahagian IA diperkenalkan dengan pelantikan dibuat oleh Menteri yang bertanggungjawab terhadap akta ini bagi menjalankan fungsi dan kuasa yang diberikan di bawah akta dalam membuat pembahagian pusaka si mati. Pada masa kini, fungsi dan kuasa tersebut dilaksanakan oleh pegawai lantikan Persekutuan yang diwartakan sebagai Pentadbir Tanah.

Pindaan ini diperlukan bagi memastikan pegawai yang dilantik mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sepatutnya dalam pentadbiran harta pusaka yang memerlukan keupayaan teknikal dalam membuat penyelesaian pembahagian pusaka yang sempurna agar hak dipelihara dan undang-undang diri si mati (personal law) dapat dipastikan keadilannya.

final • 6:30 PM

Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Ketiga, perluasan bidang kuasa harta pusaka kecil. Ini penting Tuan Yang di- Pertua, meliputi semua jenis harta dan peningkatan nilaian keseluruhan harta pusaka si mati daripada RM2 juta kepada RM5 juta. Bidang kuasa harta pusaka kecil diperluaskan lagi meliputi semua jenis harta dan tidak lagi tertakluk kepada syarat si mati mesti meninggalkan harta tak alih seperti sedia ada melalui pindaan subseksyen 3(2). Setakat ini hanya harta tak alih sahaja di bawah undang-undang ini.

Pindaan ini akan memberi kemudahan kepada kelompok rakyat yang tidak mempunyai harta tak alih seperti rumah dan tanah. Sebagai contohnya, si mati hanya mempunyai kenderaan ataupun wang simpanan sahaja. Itu dipanggil movable property

(harta alih). Maka kini, waris si mati yang tidak mempunyai harta tak alih boleh mendapat perkhidmatan pembahagian pusaka daripada kerajaan berbanding sebelum daripada ini.

Sudah dibolehkan.

Cadangan pindaan dalam peningkatan nilaian adalah bersesuaian dengan tuntutan kenaikan nilaian hartanah semasa untuk memenuhi keperluan rakyat dalam urusan pembahagian harta pusaka si mati. Kali terakhir peningkatan bidang kuasa dalam nilaian harta pusaka kecil adalah pada tahun 2009 iaitu nilaiannya naik daripada RM600 ribu kepada RM2 juta. Itu tahun 2009, lebih daripada 10 tahun yang lalu. Maka, sudah tentulah peningkatan nilaian ini wajar diadakan, dipertingkatkan dengan kadar semasa yang lebih sesuai. Kerajaan mencadangkan dalam lingkungan RM5 juta.

Cadangan peningkatan ini juga dapat memberi lebih kemudahan kepada rakyat apabila tidak perlu menguruskan pembahagian harta pusaka di mahkamah yang memerlukan mereka mendapat khidmat guaman dan jumlah kos yang lebih tinggi.

Pindaan turut memberi peluang kepada waris si mati yang meninggalkan harta alih yang masih mempunyai liabiliti untuk mendapat autoriti perundangan bagi menguruskannya.

Dalam situasi sedia ada, terdapat kelompongan atau lakuna perundangan apabila waris yang terkesan ini dinafikan untuk mendapat penyelesaian perundangan atas alasan harta berkenaan masih mempunyai hutang dan belum dimiliki si mati sepenuhnya. Masih menjadi milik bank sebagai contohnya.

Sekiranya hanya harta ini sahaja yang ditinggalkan si mati sebagai pusakanya, perkara ini mendorong kepada peningkatan pengeluaran perintah palsu. Ini berlaku berleluasa apabila rakyat dalam kelompok ini tidak mempunyai penyelesaian untuk mendapat autoriti bagi menyelesaikan harta peninggalan si mati yang masih mempunyai hutang.

Keempat, kuasa untuk mendengar petisyen oleh Pegawai Pembahagian Pusaka walau di mana jua ia dikemukakan dalam sesebuah negeri tersebut. Peruntukan seksyen 4 dalam Akta 98 dipinda bagi membolehkan Pegawai Pembahagian Pusaka mempunyai kuasa mendengar petisyen yang dikemukakan di hadapannya walau di mana juga petisyen tersebut difailkan dalam negeri yang sama.

Misalnya difailkan di satu daerah lain, maka boleh didengar di daerah mana-mana juga, asal dalam negeri yang sama. Pada masa ini, Pentadbir Tanah hanya boleh mendengar petisyen di daerah yang mana harta tersebut berada sahaja.

Pindaan membolehkan rakyat mendapat kemudahan untuk memfailkan petisyen di mana-mana daerah dalam negeri yang mempunyai harta pusaka si mati dan negeri di mana petisyen paling awal difailkan akan mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk mendengar petisyen pembahagian harta pusaka si mati bagi semua harta. Ini membolehkan waris untuk membuat pilihan lebih awal memfailkan petisyen yang akan memudahkan akses baginya dan ahli keluarga yang lain untuk hadir bagi pendengaran pembahagian harta pusaka si mati kelak.

Kelima, memasukkan peranan baharu bagi Majlis Agama Islam Negeri sebagai pempetisyen atau pemohon. Perkara ini melalui pindaan peruntukan subseksyen 8(1) yang memberi peluang kepada Majlis Agama Islam Negeri memainkan peranan sebagai pempetisyen atau pemohon dengan mengambil kira peranan Majlis Agama Islam yang aktif dalam pentadbiran harta pusaka orang Islam sebagai penguasa wasiat, wasi, pemegang amanah atau pentadbir harta pusaka yang diperuntukkan mengikut enakmen negeri yang berkaitan di peringkat negeri. Pindaan ini membolehkan golongan asnaf atau

final • 6:30 PM

Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

mualaf yang tidak berkemampuan dapat diwakili oleh pihak Majlis Agama Islam dalam urusan pentadbiran harta pusaka yang berkaitan dengannya.

final • 6:30 PM

Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Keenam, ini juga perkara baharu memasukkan lantikan sahabat wakil ataupun next friend. Ini terutamanya kepada orang bukan Islam sebagai pihak yang boleh menjadi pempetisyen atau pemohon sebagai wakil waris. Pindaan peruntukan subseksyen 8(1) membolehkan wakil waris tunggal yang tidak mempunyai keupayaan di sisi undang- undang atau dalam keadaan berpenyakit yang serius dan terlantar sakit atau bed ridden menggunakan lantikan sahabat wakil sebagai pempetisyen atau pemohon untuk membuat permohonan pembahagian harta pusaka si mati.

Pindaan peruntukan seksyen 10 pula merupakan penambahan dalam konteks pelantikan penjaga sebagai wakil diri mereka yang tiada keupayaan dari segi undang- undang dalam membolehkan prosiding perbicaraan diteruskan tanpa memprejudiskan hak atau bahagian yang layak diwarisi daripada pembahagian harta si mati yang akan diterima memandangkan pelantikan ini adalah bertujuan untuk menghadiri prosiding perbicaraan pembahagian harta pusaka si mati.

Ketujuh, pelantikan pentadbir sementara. Peruntukan baharu iaitu seksyen 8C memperkenalkan bagi pelantikan pentadbir sementara letters of administration pendente lite ataupun dalam bahasa sains sikit pendente lite. Itu satu kes litigation yang masih pending di mahkamah. Dengan tujuan untuk mendapat maklumat berkenaan dengan harta alih si mati seperti penyata kewangan si mati yang terkini di institusi kewangan yang berkaitan. Pindaan ini dapat membantu waris untuk memperoleh maklumat harta si mati dengan lengkap dan dapat mengelakkan harta si mati daripada terbiar yang tidak boleh dimanfaatkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Kelapan, penjualan harta si mati mengikut konsep majoriti bahagian ataupun majority shares. Pegawai pembahagian pusaka akan mempunyai budi bicara untuk menjual harta yang dipertikaikan berdasarkan kehendak majoriti bahagian ataupun majority shares yang akan diwarisi waris-waris dan mengikut ketetapan harga pasaran atau yang lebih menguntungkan melalui pengenalan peruntukan seksyen 15(4B) dan (4A) yang baharu A dan B yang baharu.

Dalam keadaan ini, hasil penjualan harta tersebut tetap akan dibahagikan mengikut bahagian yang telah ditetapkan dalam undang-undang perwarisan sama ada secara faraid bagi orang Islam dan mengikut Akta Pembahagian 1958 ataupun probate bagi orang bukan Islam. Perkara ini turut telah dirunding dan mendapat kelulusan bahagian syariah dan pengharmonian undang-undang Jabatan Peguam Negara termasuk pihak pentadbiran Majlis Agama Islam negeri-negeri berdasarkan kepada maqasid syariah dan faedah yang lebih besar. Maka peruntukan baharu ini diwujudkan secara khusus mengenai hak yang diwarisi benefisiari sama ada berbentuk pemilikan harta fizikal atau yang boleh digantikan dengan nilai yang setara dengannya.

Skop yang kedua adalah untuk memperbaiki struktur tadbir urus pengurusan permohonan harta pusaka kecil melalui kaedah perundangan bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan yang optimum. Pindaan utama Akta 98 dalam skop 2 ini yang pertamanya tanggungjawab pempetisyen dan pemohon bagi memastikan penyampaian notis pendengaran kes kepada benefisiari dan pihak berkepentingan yang terlibat.

Kedua, pindaan peruntukan seksyen 9 dibuat bagi mengadakan peruntukan yang jelas mengenai tanggungjawab pihak yang menjadi pempetisyen atau pemohon dalam penerimaan notis panggilan perbicaraan yang menyatakan tarikh, masa dan tempat perbicaraan pembahagian harta pusaka si mati akan diadakan untuk turut menyerahkan notis berkenaan kepada waris lain yang dinyatakan di dalam senarai benefisiari dalam petisyen permohonan.

Ketiga, kehadiran perbicaraan. Pengenalan peruntukan subseksyen 11(2A) baharu memberi kuasa budi bicara kepada pegawai pembahagian pusaka sekiranya dirasakan perlu untuk membataskan kehadiran bagi mengelakkan petisyen atau permohonan pembahagian harta pusaka tidak dapat diteruskan prosiding

final • 6:40 PM

Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

pendengarannya apabila terdapat pihak-pihak yang tidak berkaitan mencampuri urusan waris.

Pengenalan peruntukan subseksyen 12(11) pula adalah bagi membolehkan pegawai pembahagian pusaka memberikan arahan kepada pempetisyen atau pemohon untuk mendapatkan surat persetujuan daripada waris yang tidak hadir namun layak untuk mewarisi mengenai cara mana bahagian waris yang tidak hadir tersebut hendak dibahagikan dalam tempoh masa yang difikirkan wajar.

Selain itu, pengenalan peruntukan subseksyen 12(12) baharu adalah bagi membolehkan pegawai pembahagian pusaka membuat keputusan perbicaraan dan seterusnya mengeluarkan perintah pemberian harta pusaka si mati walaupun dalam keadaan pempetisyen atau pemohon dan waris yang tidak dapat hadir pada hari perbicaraan gagal mengemukakan surat persetujuan. Ini bagi mengelakkan petisyen atau permohonan dibiarkan tergantung tanpa penyelesaian.

Keempat, penetapan tempoh dan prosedur rayuan ke Mahkamah Tinggi. Pindaan peruntukan seksyen 29 bertujuan untuk menyelaraskan tempoh masa serta prosedur rayuan ke Mahkamah Tinggi menggunakan kaedah-kaedah mahkamah yang terpakai di Mahkamah Tinggi iaitu Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. Pindaan turut menyatakan kaedah rayuan yang akan diguna pakai adalah mengikut kaedah yang berkuat kuasa dalam pemakaian peruntukan rayuan daripada mana-mana perintah yang dikeluarkan oleh badan kerajaan melaksanakan fungsi dalam semi judicial yang diberikan.

Skop ketiga adalah bagi memberi pilihan kepada rakyat dalam mengemukakan petisyen pembahagian dan memperkenalkan peruntukan-peruntukan baharu yang dapat memendekkan tempoh masa penyelesaian harta pusaka kecil dengan pindaan utama seperti berikut.

Pertama, pilihan perkhidmatan penilaian swasta dan penilaian muktamad oleh pegawai pembahagian pusaka sekiranya terdapat lebih daripada satu nilaian terhadap harta yang sama. Pindaan pada peruntukan subseksyen 8(6A) memberikan pilihan kepada waris untuk menggunakan perkhidmatan penilaian pihak swasta ke atas harta si mati sebelum memfailkan permohonan berbanding di mana situasi sekarang hanya penilaian daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) sahaja digunakan.

Dengan ini, ia telah dapat menjimatkan masa dan mempercepatkan proses di peringkat seterusnya bagi pendengaran sesuatu kes harta pusaka.

Kedua, pengenalan prosedur bagi pembahagian ringkas ataupun summary distribution. Pengenalan peruntukan seksyen 8B(1)(a) yang baharu untuk mewujudkan prosedur bagi pembahagian ringkas atau summary distribution dalam menyelesaikan harta pusaka yang meninggalkan harta alih di bawah jumlah RM600,000 sahaja. Selaras dengan perkara ini, tempoh penyelesaian bagi petisyen atau permohonan akan dapat diselesaikan dengan cepat dan mudah bagi harta pusaka si mati yang tidak mempunyai isu yang kompleks tanpa perlu mematuhi prosedur perbicaraan seperti sedia ada. Kalau di mahkamah ada summary judgement, ini ada summary distribution.

Ketiga, pembetulan atau pindaan kepada peringkat pembahagian pengenalan seksyen 16A yang baharu bagi mengadakan peruntukan untuk pembetulan perintah pembahagian yang telah dikeluarkan sekiranya melibatkan kesilapan minor perkeranian atau dengan izin clerical error atau ketinggalan omission yang berbeza daripada maklumat yang dikemukakan dalam masa perbicaraan. Cadangan ini akan dapat menjimatkan masa dan kos apabila pihak yang terlibat tidak perlu lagi mendapatkan perintah pindaan dan perlu pergi ke mahkamah buat kali yang kedua.

Keempat, penggantian peranan penghulu dan pegawai penempatan kepada perbadanan dan Majlis Agama Islam untuk membuat pelaporan dan menerima bertindak atas arahan pegawai pembahagian pusaka.

final • 6:40 PM

Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Peranan penghulu dan pegawai penempatan dalam seksyen 8(1) digugurkan mengambil kira kedua-dua skim perjawatan ini adalah di bawah kawal selia pentadbiran tanah negeri-negeri dan fungsi pegawai di bawah Akta 98 dalam cadangan pindaan tidak lagi boleh bergantung kepada pentadbiran tanah negeri-negeri. Oleh itu, pindaan kepada

final • 6:50 PM

Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

peruntukan seksyen 18 dibuat dengan menggantikan peranan penghulu dan pegawai penempatan kepada perbadanan iaitu Amanah Raya Berhad dan Majlis Agama Islam untuk membuat pelaporan kepada Pegawai Pembahagian Pusaka sekiranya didapati terdapat harta pusaka yang masih belum dibuat pembahagian harta pusaka oleh mana- mana waris si mati setelah lebih enam bulan daripada tarikh kematiannya.

Seterusnya, terakhir bagi skop yang keempat iaitu mengadakan peruntukan pengemukaan petisyen secara elektronik dan menambah baik peruntukan kecil sedia ada bagi memperkemaskan pengurusan harta pusaka kecil dengan pindaan utama berkaitan skop seperti berikut:

(i) Menteri mempunyai kuasa dalam menentukan penetapan kuat kuasa Akta 98 pindaan mengikut tarikh yang bersesuaian bagi peruntukan pindaan yang berbeza. Perkara ini adalah melalui pindaan peruntukan subseksyen 8(10), subseksyen 16(5) dan subseksyen 18(3) bagi penetapan tarikh kuat kuasa yang berbeza di bawah kuasa negeri bertanggungjawab melibatkan pemakaian peranan Majlis Agama Islam Negeri-negeri dalam pindaan enakmen negeri masing-masing;

(ii) pemindahan bidang kuasa eksklusif bagi mengurangkan kerenah birokrasi dan masalah komunikasi. Peranan Ketua Pengarah Tanah dan Galian atau Pegawai Tanah dan Galian dipinda kepada Presiden Pembahagian Pusaka untuk pemindahan bidang kuasa eksklusif melangkaui negeri atau daerah melalui pindaan peruntukan seksyen 4. Ini adalah bagi pelaksanaan secara dalam talian tanpa perlu merujuk kepada autoriti yang tidak terlibat secara langsung dalam prosiding pembahagian harta pusaka;

(iii) kebenaran untuk membuka semula pendengaran kes yang masih belum dikeluarkan Perintah Pembahagian. Melalui pindaan peruntukan subseksyen 12(9), Presiden Pembahagian Pusaka boleh memberikan kebenaran untuk membuka semula kes bagi pendengaran semula sekiranya terdapat bukti baharu yang kukuh bagi membolehkan kes tersebut didengar semula. Cadangan pindaan bukan sahaja dapat menjimatkan masa pihak-pihak yang terlibat kepada kelewatan yang tidak sewajarnya (unnecessary delay) malahan mengurangkan kerenah birokrasi dan masalah komunikasi untuk mewajarkan permohonan daripada pihak yang tidak terlibat secara langsung operasi dalaman pembahagian harta pusaka si mati; dan

(iv) Arahan Kemasukan Kaveat Pendaftar oleh Pegawai Pembahagian Pusaka kepada Pentadbir Tanah atau Pendaftar Hak Milik. Pindaan peruntukan subseksyen 16(2) membolehkan kaveat pendaftar (registrar caveat) dimasukkan bagi bahagian waris minor ataupun kanak-kanak atau waris yang tidak sempurna akal atau tidak siuman untuk melindungi kepentingan waris-waris dalam kategori ini. Pindaan ini juga diperlukan memandangkan pegawai tidak lagi diwartakan sebagai Pentadbir Tanah untuk memasukkan kaveat pendaftar dengan sendirinya susulan pertukaran gelaran nama perjawatan yang digunakan dalam cadangan pindaan Akta 98. Apabila waris yang dinyatakan telah sempurna akal kembali ataupun telah dewasa, maka kaveat pendaftar atas pembahagian tersebut boleh ditarik semula atau dibatalkan atas arahan Pegawai Pembahagian Pusaka kepada Pentadbir Tanah.

Tuan Yang di-Pertua dan juga Ahli-ahli Dewan, hasrat utama pindaan ini adalah untuk memberi pilihan kepada rakyat dalam pengurusan harta pusaka untuk mendapatkan perkhidmatan pengurusan pusaka yang ditawarkan oleh pihak kerajaan. Oleh itu, adalah menjadi obligasi dan tanggungjawab kerajaan dalam membantu memudahkan urusan

final • 6:50 PM

Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

rakyat khususnya bagi rakyat yang memerlukan dengan kadar yang begitu rendah dan tidak membebankan.

Kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, saya yakin rang undang-undang yang dikemukakan ini akan dapat memenuhi kekangan undang-undang sedia ada dalam mengisi kelompangan atau lakuna dan melengkapkan peruntukan perundangan yang telah berkuat kuasa bagi memastikan pengurusan harta pusaka negara dapat dikawal selia secara menyeluruh dengan cekap dan berkesan di samping memenuhi aspirasi rakyat secara langsung. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon dengan hormatnya mencadangkan. Terima kasih.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ada sesiapa yang menyokong?

final • 6:50 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) - Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Saya ada senarai 11 orang pembahas. Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Tebrau dan Yang Berhormat Pasir Gudang.

Oleh itu, saya menjemput yang pertama Yang Berhormat Sepang, lima minit.

final • 6:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, pertama saya mengucapkan terima kasihlah kerana membenarkan saya untuk turut sama dalam perbahasan rang undang-undang pindaan ini. Akta yang agak penting.

final • 6:56 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Sepang kalau hendak ini, boleh buka.

final • 6:56 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tidak apa. Tuan Yang di-Pertua, pertama saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri. Tadi beliau mengatakan telah ataupun pihak kementerian telah melakukan rundingan dengan beberapa stakeholder. Saya ingin tanya, adakah pihak Majlis Peguam ataupun peguam syarie kah ada juga turut dirunding? Itu yang pertama.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, saya dapati secara keseluruhan saya tidak ada masalah sangat dengan rang undang-undang ini, pindaan ini tetapi ada beberapa reservation yang saya rasa, saya harus kongsi di sini kerana pertama, pindaan ini yang paling jelaslah ia telah pun menyebarluaskan bidang kuasa dalam pengagihan harta kecil ini. Oleh sebab, kalau dahulu ia hanya tertumpu kepada harta tidak alih (immovable property). Akan tetapi, sekarang ini telah pun diperluaskan kepada harta-harta alih. Jadi, ini sudah tentu menimbulkan bidang kuasa yang lebih luas kepada pihak-pihak yang akan mendengar tuntutan harta pusaka kecil ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga— saya harus declare saya punya interestlah.

Sebenarnya saya juga pernah beberapa kali semasa jadi peguam dahulu memang ada terlibat dalam kes-kes yang seperti ini. Dalam kes-kes harta tidak alih ini secara relatifnya, secara perbandingannya ia agak lebih mudah tetapi apabila ia turut juga melibatkan harta- harta alih ini, seperti nanti ada timbul isu dividen, KWSP, dividen insurans dan beberapa lagilah harta-harta lain, ia nanti di situ mungkin Yang Berhormat Menteri— mungkin akan menimbulkan beberapa kerumitan.

Saya bagi contoh, apabila melibatkan harta KWSP. Dalam undang-undang KWSP, seseorang pencarum itu dia harus menamakan nominee. Secara umum tidak ada masalah tetapi bila masalah apabila ada berlakunya pertukaran agama. Di mana seorang

final • 6:56 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

yang asalnya orang bukan Islam menamakan nominee daripada kalangan bukan Islam sama ada abangnya atau ahli keluarganya, tiba-tiba dia masuk Islam.

Apabila masuk Islam, dia ingin menukar status nominee dahulu. Dia tukar kepada mungkin keluarganya, isterinya atau anaknya yang telah Islam. Ketika itu akan ada masalah. Ini kerana apa saya kata ada masalah, sebab dalam undang-undang KWSP, memperuntukkan bahawa nominee yang bukan Islam ini boleh menjadi pentadbir harta pusaka kepada deceased yang Islam itu, kepada si mati yang Islam itu. Walaupun dia tidak berhak untuk mendapat harta— daripada segi faraid, tidak berhak tetapi dia berhak untuk menjadi pentadbir harta pusaka. Jadi, ini yang akan menimbulkan masalah.

final • 6:56 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Dalam kes yang melibatkan harta pusaka ini, yang agak sensitif ini, khususnya orang-orang Islam sebab orang Islam, kita berpegang bahawa [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Janganlah kamu memakan harta benda yang dalam keadaan batil sesama kamu”.

Jadi, ini yang merisaukan ramai orang Islam, khususnya. Saya hendak beri contoh Tuan Yang di-Pertua, dalam pindaan fasal 13, yang ingin meminda subseksyen 11(2A), iaitu membenarkan Estate Distribution Officer– saya minta gunakan dalam bahasa Inggeris, “to restrict public access to the hearing of any petition to ensure public safety, public security or public propriety”.

Walaupun saya boleh secara spirit-nya menerima pindaan ini, tetapi saya risau kuasa ini mungkin akan membuka kepada arbitrariness ataupun kuasa-kuasa arbitrary. Ini kerana ada pihak-pihak yang mungkin ada kepentingan yang memang ingin hadir untuk mendengar kes itu tetapi telah dihalang.

Kedua tentang seksyen 12(12), yang memberikan bidang budi bicara kepada bidang Estate Distribution Officer to proceed with the hearing despite the letter of consent.

Kita tahu dalam undang-undang yang ada sekarang ini, seseorang yang tidak dapat hadir, beneficiary atau waris, dia boleh – pempetisyen boleh kemukakan apa yang dipanggil surat kebenaran.

Akan tetapi undang-undang ini, ia boleh seolah-olah memberi satu kuasa kepada Estate Distribution Officer, Pegawai Pembahagian Harta ini, untuk teruskan perbicaraan itu walaupun tidak ada surat consent itu. Ini Tuan Yang di-Pertua, bagi saya, akan membuka kepada salah guna kuasa. Ini bahaya. Kalau diteruskan juga tanpa surat consent itu, dia akan menimbulkan banyak masalah nanti.

Seterusnya, tentang Clause 11 untuk meminda seksyen 9 di mana dikemukakan ataupun dikenakan tanggungjawab kepada petitioners untuk menyerahkan notis petition dan juga tarikh dan tempat perbicaraan kepada semua orang yang dinamakan dan dialamatkan dalam petition. Kalau sekarang ini, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, kuasa itu diberikan kepada pihak yang – pegawai pembahagian pusaka itu. Akan tetapi sekarang dia berikan kuasa kepada pempetisyen.

Apa yang saya khuatir dan bimbang, ini boleh menimbulkan satu keadaan di mana mungkin pempetisyen itu jika dia ada dispute kah atau dia ada masalah dengan waris- waris yang lain, dia mungkin bertindak tidak langsung hantar notis itu kepada pihak yang terbabit.

Ini boleh berlaku sebab kata bekas Hakim Mahkamah Syariah Wilayah, Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman, dia mengatakan bahawa, memang banyak kes di mana ketika hendak mendapatkan sijil faraid, pihak-pihak waris tidak berlaku jujur, tidak bercakap benar dan tidak memberikan fakta yang betul kepada pihak yang mendengar kes itu sehingga banyak waris yang lain tidak diberikan notis untuk hadir.

Jadi ini saya risau sebab Tuan Yang di-Pertua, akhirnya dalam kes-kes yang melibatkan khususnya harta-harta pusaka orang Islam ini, kita tidak mahu nanti, harta- harta ini mungkin diagihkan kepada pihak-pihak yang tidak sepatutnya. Banyak Tuan Yang di-Pertua tetapi masa saya pendek. Kalau boleh, saya hendak berbahas panjang lagi.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Faham, faham.

final • 7:00 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Hendak cerita tentang wasiat, hibah dan sebagainya tetapi oleh kerana masa yang agak terhad, saya mohon apa yang saya bangkitkan ini, kalau boleh pihak kementerian betul-betul mengambil kira ini. Ini disebabkan saya risau bila tidak diambil kira ini semua, dia akan menimbulkan masalah khususnya kepada orang Islam sebab orang Islam very particular in every single cent yang dia belanjakan sebab ia melibatkan harta orang yang telah meninggal dunia. Sekian, terima kasih.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 7:00 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih diberikan peluang untuk turut membahaskan Rang Undang-undang Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) (Pindaan) 2021. Saya mulakan dengan hadis. Nabi SAW bersabda, [Membaca sepotong Hadis] . Bermaksud, “Pelajarilah ilmu faraid serta ajarkanlah kepada orang lain kerana sesungguhnya ilmu faraid setengah daripada ilmu yang akan dilupakan dan ilmu pertama yang akan diangkat dari umatku”. Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Majah.

Tuan Yang di-Pertua, rekod Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian menunjukkan tidak kurang daripada sekurang-kurangnya RM60 bilion harta pusaka yang masih belum dituntut. Jadi, perjuangan untuk memastikan harta pusaka ini dapat diagihkan dengan cara yang betul dan dapat dicairkan dengan secepat mungkin adalah merupakan satu perjuangan yang perlu di dokong oleh semua pihak.

Saya memerhatikan dan mendengar satu per satu ucapan yang dikemukakan, yang diucapkan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Saya melihat hasrat yang baik daripada pihak kerajaan namun di sana, saya fikir ada beberapa perkara yang boleh untuk kita sentuh dan kita boleh highlightkan dalam isu pembahagian harta pusaka ini.

Pertama ialah isu birokrasi dan bidang kuasa. Apabila berlaku kematian, persoalan yang sering kali menjadi kekeliruan ialah sama ada waris perlu merujuk kepada Amanah Raya, Unit Bahagian Pusaka Pejabat Tanah, Mahkamah Syariah atau Mahkamah Tinggi. Ini kerana keempat-empat institusi tersebut mempunyai hubung kait dengan urusan bahagian harta pusaka. Mereka tidak dapat memahami tentang bidang kuasa, saya maksudkan rakyat tidak dapat memahami bidang kuasa setiap institusi tersebut. Ini menunjukkan bahawa keberkesanan pendidikan dan kesedaran di kalangan rakyat masih rendah dan perlu ditambah baik seiring dengan melancarkan proses birokrasi sedia ada.

Antara kunci kekeliruan ini adalah apabila jumlah harta pusaka kecil ini melebihi jumlah anggaran selepas penilaian. Waris-waris sekali lagi dikehendaki membuat permohonan baharu mengikut kaedah mahkamah dalam bidang kuasa yang berbeza.

Justeru, saya mencadangkan bahawa terdapat keperluan agar empat buah institusi ini disatukan dan pengurusan harta pusaka diletakkan di bawah satu bumbung bagi menjimatkan masa dan kos memproses hal berkaitan harta pusaka ini.

Saya dengar tadi bahawa bagaimana proses konsultasi sejak tahun 2016, telah diadakan oleh pihak kerajaan bersama wakil daripada Amanah Raya, pihak mahkamah, Jabatan Peguam Negara, Majlis Agama Islam, Baitulmal, PTG Negeri, Pejabat Tanah Daerah, MOF, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Badan Peguam Malaysia dan sebagainya. Namun sekalipun demikian, dalam banyak pemegang taruh yang terlibat itu, empat pihak ini saya kira perlu untuk difikirkan, disatukan di bawah satu bumbung untuk memudahkan rakyat, khususnya umat Islam melakukan proses terhadap tuntutan harta pusaka.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, tiada penyelarasan undang-undang bagi wasiat di setiap negeri. Enakmen Wasiat Orang Islam telah digubal bagi membolehkan rujukan dibuat berkaitan hukum wasiat. Walau bagaimanapun, hanya tiga buah negeri sahaja yang menggubal iaitu negeri Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan.

final • 7:04 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Masalah berbangkit daripada pemakaian enakmen tersebut ialah apabila beberapa peruntukan yang ada di dalamnya tidak terdapat di dalam hukum wasiat mengikut Mazhab Syafie yang diamalkan di negeri-negeri yang tidak mempunyai enakmen tersebut.

Akibatnya, sijil faraid yang dikeluarkan oleh negeri yang mempunyai enakmen wasiat tidak boleh dilaksanakan di negeri yang tidak mempunyai enakmen tersebut. Jadi untuk melambangkan keseragaman tindakan oleh seluruh umat Islam, saya fikir Akta Wasiat perlu diperkenalkan bagi negeri-negeri pula, seharusnya menerima pakai atau mencontohi akta tersebut untuk digubal di dalam Enakmen Wasiat Orang Islam masing- masing.

Berikutnya saya fikir di antara perkara yang perlu untuk kita sebutkan adalah isu harta pusaka Felda. Harta tanah yang tertakluk di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 [Akta 530] yang mana penggubalan akta ini bertujuan membolehkan tanah Felda dikategorikan sebagai penempatan tanah yang tidak boleh dipecah bahagi kepada bahagian yang lebih kecil, bagi memastikan nilai ekonomi tanah Felda kekal relevan dengan pasaran semasa. Begitulah uniknya tanah Felda ini. Akan tetapi hinggakan tiada apa-apa instrumen seperti hibah, wasiat, kuasa wakil atau pajakan yang boleh dilaksanakan di atas tanah itu tanpa izin bertulis FELDA.

Dalam masa yang sama, ia mengakibatkan perselisihan di kalangan waris. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, perselisihan berkaitan pusaka ini berlaku dalam warga Felda sehingga berjumlah sekitar RM2.5 juta orang, apabila peneroka dan peneroka wati meninggal dunia dan meninggalkan lebih daripada dua orang anak dan isu yang tidak dapat diselesaikan. Ini kerana tidak lebih dua nama sahaja boleh didaftarkan ke dalam suratan hakmilik tanah berdasarkan seksyen 12, 14 dan 15 Akta 530 tersebut.

Soalan saya, apakah tindakan kerajaan bagi memastikan pembahagian pusaka tanah rancangan Felda ini dapat dimuktamadkan mengikut hukum Islam? Kedua, apakah sasaran yang diletakkan oleh kerajaan bagi menyelesaikan isu RM60 bilion ini, harta pusaka yang tidak dapat diselesaikan?

final • 7:04 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Bayangkan kalau ia dapat dicairkan, begitu banyak kegiatan ekonomi yang boleh dirangsang dengan RM60 bilion ini dapat berlegar di kalangan rakyat. Terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya dengar Yang Berhormat Menteri tadi sebut bagaimana proses ini akan dapat menyingkatkan masa tuntutan ini. Cuma adakah kerajaan meletakkan target iaitu tuntutan harta pusaka dapat diselesaikan dalam masa-masa tertentu? Supaya ia dapat lagi melambangkan kesungguhan pihak kerajaan dan dapat lagi memberikan keyakinan bahawa kerajaan benar-benar bersungguh dan benar-benar menunjukkan komitmen untuk menyelesaikan isu harta pusaka. Terima kasih.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Seterusnya, Yang Berhormat Kuala Selangor.

final • 7:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera semuanya.

Saya mendengar huraian yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi yang sekali gus ia menyinggung persoalan ataupun yang terkait katanya bagaimana urusan pusaka ini adalah antara yang dianjurkan oleh maqasid syariah. Kalau boleh saya sebutkan bagaimana hifz al-mal penjagaan ataupun preservation atas perkara harta adalah sangat penting.

Namun, sepertimana yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas sebentar tadi, nyata bahawa kita sebenarnya belum lagi mampu untuk terbaiknya menguruskan perkara ini dengan kenyataan yang dibuat. Saya juga memerhatikan fakta ini ketika wang yang tidak dituntut itu berjumlah hampir RM70 bilion terkini. Dulunya pada tahun 2007, hanyalah RM40 bilion. Dengan kata lain, pengurusan harta pusaka ini masih

final • 7:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

terdapat pelbagai masalah yang disebutkan tadi. Antara lainnya adalah lacuna yang cuba diatasi dengan pindaan ini.

Tuan Yang di-Pertua, perancangan harta pusaka atas sebarang usaha dan rancangan persediaan yang perlu dan wajar dilakukan adalah sesuatu yang mesti disokong. Saya memerhatikan perkara ini dalam pindaan ini. Saya sebutkan di sini, namun satu kesedaran rakyat tentang kepentingan pengurusan harta pusaka ini adalah sangat mengecewakan. Daripada segi literasinya, dari sudut pencerahan dan penjelasannya.

Antara lain, adalah mungkin pelbagai sebab-sebab itu, ada yang sifatnya berlapis- lapis harta pusaka ini. Tuntutan seumpama Kampung Baru sebenarnya, kita dapati generasi satu, dua, tiga dan sebagainya yang akhirnya menyebabkan sangat rumit perkara itu hendak dileraikan.

Persoalannya, apakah peranan kerajaan dalam membangkitkan kesedaran rakyat tentang perkara ini? Apakah inisiatif kerajaan melalui agensi-agensi terbabit untuk menyedarkan dan kalau dah berlapis-lapis terdapat kesukaran di mana terpaksa melantik peguam dan sebagainya, yang tidak dapat mereka tangani akan kos itu.

Tuan Yang di-Pertua, terdapat empat buah badan yang bertanggungjawab menyelesaikan urusan harta pusaka dan perkara ini saya kira tidak berapa jelas apabila dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Yang dimaksudkan dengan bahagian pusaka kecil ini— maaf. Bahagian pusaka kecil yang ditangani oleh Jabatan Tanah dan Galian itu hanyalah pada harta kecil.

Hari ini, tujuan utama RUU ini akan saya sebutkan sebentar nanti. Cuma Mahkamah Tinggi sebagai badan utama ataupun Mahkamah Tinggi sebagai badan yang kita boleh memohon untuk dijadikan pentadbir bagi harta pusaka si mati. Permohonan probet untuk si mati yang mahu meninggalkan wasiat ataupun yang berwasiat, manakala surat kuasa mentadbir pula bagi si mati yang meninggal tanpa wasiat. Itu Mahkamah Tinggi sivil.

Amanah Raya pula mempunyai kuasa untuk mentadbir harta pusaka sekiranya waris bersetuju untuk membuat permohonan di Amanah Raya dan tentunya ada sedikit kos. Bahagian pusaka kecil pejabat tanah yang memproses apa yang dikatakan dulunya terhad kepada RM2 juta yang sudah pun ditingkatkan dengan tujuan utama RUU ini yang mana menaikkan had harta pusaka kecil daripada RM2 juta kepada RM5 juta. Sebelum ini sekiranya nilai tanah didapati melebihi RM2 juta, proses akan ditangani oleh mahkamah. Dengan kenaikan ini, maka itulah yang disebutkan tadi had bahagian harta pusaka kecil telah diperluaskan.

Persoalan yang saya ingin bangkitkan adalah adakah dengan pindaan ini bermakna pejabat pembahagian pusaka kecil mempunyai bidang kuasa eksklusif terhadap harta pusaka bawah RM5 juta dan adakah waris si mati sudah tidak boleh kemukakan permohonan ke Mahkamah Tinggi Sivil untuk mendapatkan perintah pentadbiran serta pusaka dalam keadaan sebegitu? Itu persoalan yang sekali gus yang terkait dengan pindaan ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya telah sebutkan serba sedikit isu yang saya perhatikan yang disebutkan tadi isu-isu pusaka orang Islam ini yang saya ingin tekankan sedikit di mana kalau kita ambil pendekatan atau ambil wasilah dengan cara faraid itu pastinya ditangani oleh Mahkamah Syariah.

Namun, Tuan Yang di-Pertua sedia maklum mengapa ia tidak merupakan satu jalan yang popular. Mungkin juga kerana rakyat umat Islam tidak dididik dan juga tergendala dengan birokrasi berbanding Mahkamah Sivil yang mengambil masa mungkin dua bulan tetapi kurangnya Mahkamah Syariah yang sifatnya terbeban, tidak ada digital punya pendekatan dan teknologi itu. Enam bulan, ya. Itu sangat tidak menggalakkan.

Sangat tidak memberikan dorongan.

Jadi, saya cenderung untuk memberikan sokongan kepada Yang Berhormat Pasir Mas sebentar tadi bahawa isu-isu pusaka orang Islam ini tiada badan selia atau regulator yang mengawal. Seperti perbankan dan takaful, regulator adalah Bank Negara dan investment dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Securities Commission Malaysia tetapi dalam hal pusaka kita tidak melihat.

final • 7:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Apakah sudah sampai waktunya ia boleh dirasionalisasikan dan paling tidaknya diperkasakan di Mahkamah Syariah atas isu-isu pusaka orang Islam. Kalaupun kita tahu itu semuanya boleh dapat access orang Islam juga tetapi kita perhatikan gendala-gendala dan mengapa Mahkamah Syariah itu tidak popular.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih.

final • 7:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Terima kasih. Itu sahaja yang dapat saya dengan waktu yang terkekang ini. Terima kasih.

final • 7:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Dungun.

final • 7:10 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang untuk saya berbahas berkenaan Rang Undang-undang Harta Pusaka Kecil

(Pembahagian) (Pindaan) 2021. Saya maklum bahawa agensi yang terlibat secara langsung dalam pindaan ini adalah Amanah Raya Berhad, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian serta institusi mahkamah.

Tuan Yang di-Pertua, bila kita bincang tentang tujuan mewujudkan tafsiran dan peruntukan baharu dalam Rang Undang-undang Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)

(Pindaan) 2021 ini, ia meliputi bidang kuasa bagi penyelesaian harta pusaka kecil yang lebih meluas. Tuan Yang di-Pertua, isu bidang kuasa ini sangat penting kerana ia melibatkan kebajikan rakyat dan masalah sumber manusia di pejabat kerajaan. Pertama ialah pada waktu ini, nilaian jumlah harta tidak alih atau campuran harta tidak alih dan harta alih, kurang daripada RM2 juta sahaja yang diuruskan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian melalui unit pengurusan pusaka kecil yang ada di seluruh negara.

Namun, dengan pindaan ini rakyat akan memperoleh kemudahan penyelesaian harta pusaka kerana ia telah melibatkan kenaikan jumlah harta pusaka yang boleh diuruskan kepada RM5 juta dan pindaan ini juga mencadangkan bahawa harta alih boleh diuruskan oleh unit pengurusan harta pusaka kecil ini selagi mana ia bernilai di bawah kurang dari RM5 juta.

final • 7:18 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Ini akan memudahkan pengurusan dan penyelesaian kes-kes harta pusaka dan rakyat boleh terus ke Unit Pengurusan Pusaka Kecil dan situasi sekadar ini akan membantu rakyat kerana pandemik COVID-19 telah menyebabkan mereka sudah terbeban dengan kegawatan ekonomi dan juga kerana keperluan penyelesaian pusaka ini memerlukan kos.

Isu penting kedua juga ialah dengan pindaan ini, saya boleh jangkakan beban dan tugas pegawai-pegawai dan kakitangan di Unit Pengurusan Pusaka Kecil akan bertambah mendadak dan seterusnya menyebabkan kelambatan dalam proses pengurusan pusaka ini. Dalam waktu sekarang pun, kita sudah mendengar pelbagai rungutan daripada rakyat di mana Unit Pengurusan Pusaka Kecil mengambil masa yang lama.

Ada kalanya sehingga sudah ada waris yang membuat permohonan meninggal dunia sebelum urusan pusaka itu selesai. Saya mendapat maklum bahawa pada waktu ini ada Unit Pengurusan Pusaka Kecil yang menjaga dua atau tiga daerah dan menerima lebih 60,000 permohonan baharu yang masuk setiap tahun ditambah dengan tunggakan kes-kes yang lama. Apatah lagi hanya 68 orang sahaja pegawai yang dalam Unit Pengurusan Pusaka Kecil yang ditugaskan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Malah daripada maklumat yang diterima bahawa Unit Pengurusan Pusaka Kecil ini menumpang pejabat tanah yang mana di bawah pentadbiran kerajaan negeri. Situasi ini sangat kritikal kerana ia menyebabkan kes-kes pengurusan pusaka akan mengambil masa bertahun-bertahun. Oleh itu saya ingin untuk mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Pertama, adakah kementerian merancang untuk menambah perjawatan secara besar-besaran untuk pegawai untuk menyelesaikan kes-kes tertunggak atau timbunan kes yang banyak ini dalam masa terdekat ini.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun

Kedua, adakah kementerian merancang untuk menambah Unit Pengurusan Pusaka Kecil kepada setiap daerah dan mempunyai fasiliti tersendiri bagi memastikan segala gerak kerja berjalan lancar. Saya berharap dengan penambahan jawatan ini akan dapat membantu rakyat dalam isu pengurusan pusaka ini dengan kadar masa yang cepat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,saya mohon menyokong.

final • 7:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Dungun, sekarang ini ingin menjemput Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 7:20 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya mengalu-alukan secara dasarnya menyokong pindaan ke atas tafsiran “property” ataupun hartanah yang telah pun yang mana harta pusaka si mati sekarang boleh melibatkan harta tidak alih atau harta alih atau kedua- duanya. Apa yang berlaku sekarang situasi sedia ada adalah sesuatu petisyen ataupun permohonan haruslah melibatkan harta tidak alih sahaja ataupun harta tidak alih dengan harta alih sekali dan ini mendatangkan kesukaran bagi mereka yang hanya memiliki kenderaan atau akaun bank dan tidak mempunyai harta alih.

Pengurusan Pusaka Kecil adalah suatu proses yang menjimatkan kos dan dengan pindaan ini maka pemohon-pemohon tidak perlu menggunakan perkhidmatan guaman pergi ke mahkamah dan sebagainya. Namun demikian, berkenaan dengan satu pindaan yang lain iaitu peningkatan nilai harta pusaka dari RM2 juta ke RM5 juta, secara dasarnya saya tidak ada bantahan. Akan tetapi apa yang saya bimbang ataupun apa yang saya concern di sini adalah apakah justifikasi kita untuk meningkatkan nilai harta pusaka daripada maksimum RM2 juta kepada RM5 juta kerana kita sudah tahu apabila akta ini mula-mula digubal tahun 1950-an, nilai yang ditetapkan adalah RM10,000 sahaja. Itulah yang dipanggil harta pusaka kecil.

Sampai tahun 1989 ditingkatkan daripada RM300,000 hingga RM600,000. Pada 2009 daripada RM600,000 ke RM2 juta dan saya terbaca satu artikel yang ditulis sebelum ini yang mana sekarang jutawan pun boleh menggunakan proses di bawah Akta Harta Pusaka Kecil untuk pembahagian hartanya. Saya hendak tegaskan saya tidak ada bantahan terhadap peningkatan ini. Akan tetapi, daripada segi konsepnya apa yang kerajaan is trying to look at dengan izin dengan meningkatkan had nilai kepada RM5 juta ini yang masih dianggap sebagai harta pusaka kecil.

Dengan bidang kuasa yang lebih luas ini, saya hendak tanya kepada kerajaan, sama ada kerajaan telah pun tersedia dengan kakitangan-kakitangan yang mencukupi untuk menyelesaikan kes-kes yang akan bertambah selepas ini. Apa yang kita dapati adalah semasa tempoh PKP memang kita mempunyai banyak kes tertunggak di Pejabat Harta Pusaka Kecil dan apakah tindakan kerajaan untuk memastikan bahawa timeline katakan tiga bulan hingga empat bulan untuk menyelesaikan sesuatu kes itu boleh dipatuhi.

Isu kedua Tuan Yang di-Pertua, pindaan rang undang-undang untuk meminda Akta Harta Pusaka Kecil ini tidak dapat menyelesaikan satu masalah iaitu isu bagi harta tidak alih yang masih dicagarkan kepada bank. Sekarang sekiranya hartanah tersebut masih ada terhutang dengan bank katakan, rumah tersebut masih dicagar dengan bank dengan satu pinjaman, apa yang akan dibuat oleh Pejabat Harta Pusaka Kecil adalah borang ‘F’ iaitu pentadbir akan dilantik dan setelah pembayaran hutang habis, barulah pendengaran semula petisyen hendaklah dibuat di bawah borang ‘P’ dan selepas itu dikeluarkan perintah pembahagian di dalam borang ‘P’.

Ini mengambil masa yang lama, kadang-kadang hutang itu hanya boleh diselesaikan ataupun dibayar habis dalam tempoh lima 10 tahun. Ini akan membangkitkan isu apabila pentadbir telah meninggal dunia dalam tempoh tersebut ataupun beneficiary meninggal dunia dalam tempoh tersebut. Saya berpandangan bahawa adalah perlunya pentadbiran harta pusaka kecil ini adalah perlu dengan lebih cekap dan untuk mencapai tujuan iaitu memberikan convenience dengan izin kepada mereka yang membuat permohonan.

final • 7:23 PM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Saya mencadangkan akta ini perlu memberi kuasa kepada Presiden Pemberian Harta Pusaka untuk memberikan perintah pembahagian dalam borang ‘E’ walaupun ada cagaran ke atas hartanah tersebut. Ini akan membolehkan pinda milik dibuat walaupun dengan cagaran yang sedia ada.

Isu yang ketiga yang saya ingin bawa Tuan Yang di-Pertua, adalah berkenaan dengan pindaan seksyen 15 akta ibu iaitu pindaan ini memberikan kuasa kepada pegawai pembahagian non-harta untuk membuat perintah jualan hartanah yang terlibat berdasarkan persetujuan dua peratus tiga beneficiaries. Pada hemah saya, kuasa ini haruslah diberikan kepada pentadbir yang dilantik.

Saya ingin bertanya kepada kerajaan apakah kriteria dalam pemberian perintah ini sama ada ini terpakai untuk semua kes di hadapan yang akan didengar di hadapan Pejabat Harta Pusaka Kecil atas sesetengah kes yang mana beneficiaries tidak dapat mencapai satu persetujuan dan isu yang seterusnya adalah bagaimana kepentingan beneficiary minoriti iaitu satu pertiga itu boleh dipelihara oleh undang-undang yang akan kita luluskan ini dan oleh Presiden Pembahagian Harta Pusaka yang akan dilantik nanti.

Dengan itu, terima kasih. Sekian daripada saya, terima kasih.

final • 7:23 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Baling.

final • 7:23 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Syabas dan tahniah seorang pengamal undang-undang diamanahkan untuk menjadi Menteri pada hari untuk mengubah satu undang-undang, menggubal Rang Undang-undang Harta Pusaka Kecil

(Pembahagian) ini. Syabas dan tahniah. Insya-Allah kita akan luluskan. Saya ada beberapa perkara yang saya hendak sentuh Yang Berhormat Menteri. Isunya berkaitan dengan apakah persediaan kita. Saya meneliti dan mengamati setiap perkataan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi berkaitan dengan kalau kita tengok kes setiap tahun 60,000 kes.

final • 7:29 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Kalau kita tengok kes-kes yang tertunggak, masih ada lagi 49,844 kes sehingga akhir September 2021. Kalau kita kaji tengok, teliti balik maklumat yang saya peroleh seluruh negara, kita hanya ada 69 orang sahaja pegawai-pegawai yang hendak menyelesaikan kes-kes yang tertunggak ini. Jadi, purata kes kalau kita tengok seorang pegawai untuk melaksanakan hampir 2,000 kes yang mereka hendak selesaikan.

Jadi, saya fikir kita perlu teliti perkara ini. Kalau dalam konteks negeri Kedah, saya melihat Unit Pusaka terpaksa menjaga dua buah daerah hingga tiga buah daerah untuk menyelesaikan isu-isu ini. Kalau kita tengok masih lagi tertunggak di negeri Kedah ada 14,000 kes yang belum selesai. Namun, kalau kita lihat balik dalam negeri Kedah, hanya ada enam orang. Saya datang dari kawasan Baling dan di Kedah ini khususnya orang Melayu, orang Islam banyak perkara rentetan-rentetan isu yang kena diselesaikan.

Jadi, saya harap apa Yang Berhormat Menteri buat ini satu perkara yang baik.

Cuma, rakan-rakan lain semua sebutkan tadi untuk menambahbaikkan apakah kaedah yang boleh kita dapat lakukan untuk memastikan kita dapat selesaikan. Apakah KPI dan di manakah Mahkamah Syariah itu? Jadi, kita sebagai orang Islam, kita hanya perlu Mahkamah Syariah. Saya ingin mengesyorkan kalau boleh, pada pandangan saya kita guna pakai Mahkamah Syariah.

Kalau dahulu kita tengok kes-kes COVID-19. Kalau kita tengok balik apa sejarah yang telah berlaku dalam negara kita. Banyak sangat agensi dan kementerian yang terpaksa ambil maklum berkaitan dengan pengumuman, enforcement dan sebagainya.

Akan tetapi, apabila mari sekarang ini alhamdulillah kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Bera iaitu Keluarga Malaysia hanya seorang Yang Berhormat Menteri sahaja jaga.

final • 7:30 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Jadi, saya harap dalam hal ini pun dapat kita fikirkan. Saya ingin mencadangkan kalau boleh bincang dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan KPPA untuk tambahkan strength, tambahkan jawatan dan kalau boleh kita wujudkan Jabatan Pusaka macam JPJ, macam imigresen dan sebagainya.

Jabatan Pusaka dan dipantau oleh Mahkamah Syariah khususnya untuk orang Islam. Saya yakin dan percaya perkara ini dapat kita selesaikan dengan baik dan kita adakan KPI. Kalau kita lihat Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua setakat hari ini pengumuman-pengumuman yang ada. Dalam Amanah Raya, setakat 30 September, Amanah Raya ada RM1.73 bilion wang masih lagi tidak diclaim. Kalau kita tengok Berita Harian yang lalu pada tahun 2020, hampir RM9 bilion wang tidak dituntut dengan kerajaan pemegang amanah bukan badan swasta.

Ini yang dipegang duit-duit ini RM9 bilion. Apatah lagi pada hari ini, mencari sumber pendapatan baharu kerajaan kian mencabar dalam mengharungi pandemik COVID-19 demi memastikan pengekalan pekerja subsidi upah dan insentif upah. Kerajaan minta mereka pergi cari balik datang wartawan uar-uarkan untuk claim duit ini. Makna kata oleh kerana banyak sangat agensi yang terlibat, kalau boleh kita wujudkan Jabatan Pusaka ini macam JPJ, Imigresen dan sebagainya. Tambahan lagi, saya ingin mengesyorkan kalau boleh kita tambahkan seorang pegawai yang lantikan Ahli Parlimen di setiap Parlimen. Kita ada 222 Parlimen. Macam pegawai-pegawai seranta dahulu, dalam RISDA, FELDA dan sebagainya kalau kita boleh.

Oleh kerana hari ini, satu rang undang-undang yang amat penting dan terbaik untuk rakyat dapat menyelesaikan masalah pusaka. Kalau kita tengok pada hari ini, masalah pusaka ini apa yang kita hendak fikirkan dalam pandemik COVID-19 Tuan Yang di-Pertua, bukan orang-orang yang berumur meninggal dunia. Muda-muda sudah meninggal dunia. So, macam mana esok kalau ada kejadian yang ayah ibu meninggal, anak sudah meninggal lebih awal. Jadi, ia akan menjadi banyak masalah dalam untuk kita libatkan berkaitan dengan harta pusaka ini.

Jadi, sekali lagi saya ucapkan terima kasih, tahniah berani dapat lakukan. Itulah pandangan dan syor saya. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh ambil maklum.

Baling mohon menyokong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Baling. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Alor Setar. Lima minit.

final • 7:30 PM

Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang sedia dengar ucapan kita. Tuan Yang di-Pertua, saya cuma hendak bangkitkan lima perkara. Secara amnya saya setuju dasarnya untuk mempertingkatkan jumlahnya. Maksudnya lebih banyak kes kita boleh terima.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Secara amnya kita kena faham akta ini sebenarnya untuk menguruskan harta pusaka maka perlu kita sampai ada dua target. Pertama, mempermudahkan dan yang kedua keadilan.

Di sini saya nampak beberapa perubahan. Peningkatan RM2 juta sampai RM5 juta secara amnya memberi lebih banyak kes boleh diterima adalah baik cuma mungkin ada conflict of interest kepada firma-firma guaman yang barangkali ada urusan kes.

Untuk pindaan seksyen 4, pindaan dari ‘district’ kepada ‘state’, saya anggap itu salah satu perubahan dari segi kerana berlakunya banyak property di kawasan yang cross district. Cuma di sini saya hendak tanya kementerian, adakah ia akan diwujudkan satu lembaga yang lebih kurang sama dengan Amanah Raya?

Kalaulah strukturnya ada lebih kurang sama dengan Amanah Raya, bagaimana ia ada perbezaan? Bayangkan, asalnya secara dahulunya semua estate ini biasa diterima kes yang hanya ada property di atas tanah dan kalaulah tidak ada hartanah yang tidak beralih, maka akan rujuk kepada kes Amanah Raya.

final • 7:34 PM

Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar

Sekarang kita membenarkan kes yang ada mempunyai harta tanpa beralih juga diterima di bawah struktur ini. Adakah ia secara amnya ada peranan yang berkonflik dengan Amanah Raya ataupun pihak kementerian berhasrat untuk melantik pegawai- pegawai dari Amanah Raya juga menjadikan salah seorang pegawai di antara estate distributor ini? Kalau begini, ia sebenarnya lebih kurang sama dan ada sedikit bercanggah.

Saya cuma risau sekiranya kes yang sama ada adik-beradik yang seorang dia submit di bawah lembaga ini, ada yang submit dekat Amanah Raya. Adakah ditapis mereka boleh dapat kenal pasti kes yang daripada keluarga yang sama?

Kemudian seksyen 8 secara amnya, kita ubahkan peranan penghulu itu kepada Amanah Raya dan corporation dan Majlis Agama Islam. Cuma di sini saya rasa sahabat wakil itu, next friend itu perlu ada definisi yang lebih jelas. Bahkan dalam takrif seksyen 2 itu tidak ada definisi next friend itu.

Barangkali akan jadi isu kerana sekarang kadangkala kalau ada adik-beradik pun susah tidak boleh claim juga harta pusaka waris apatah lagi saudara pun tidak boleh hendak claim. Tiba-tiba, next friend ini yang kononnya ikut penjelasan dari tadi adalah yang sahabat, wakil yang sakit kah. Saya rasa perlu ada takrifan yang lebih jelas supaya tidak disalah guna.

Secara amnya kita setuju untuk ada penilaian secara peribadi atau swasta. Perlu kita membenarkan suatu penilaian yang lebih fleksibel. Pernah saya ada uruskan satu kes macam ini. Sebuah kereta yang cukup lama tetapi oleh kerana pegawai insist kereta itu nilainya ikut pasaran yang harga tinggi, maka tidak ada second opinion yang boleh diterima. Kita risau nanti pegawai akan minta bahawa ada wujudkan penilaian swasta yang profesional sedangkan ada beberapa jenis contohnya kereta.

Kita tidak boleh hendak minta mana-mana profesional untuk nilaikan satu harga yang barangkali kurang daripada RM10 ribu. Maka, perlu ada cara yang fleksibel untuk menetapkan harga dan nilai tersebut. Isu yang keempat adalah seksyen 8B di mana kita membenarkan harta alih di bawah RM600 ribu tetapi cuma saya tidak berapa jelas di bawah penjelasan ini. Spesifik kes itu apa maksudnya? Adakah bukan semua jenis kes yang di bawah summary distribution ini yang di bawah RM600 ribu itu boleh diterima.

Mungkin ada diterima, mungkin ada yang tidak diterima.

Seksyen 12 yang ada pindaan tambahan di mana ada (11) dan (12). Saya setuju bahawa perlu sebenarnya sebelum ini memang sudah dilaksanakan. Kalau ada sesiapa waris yang tidak dapat kembali ke Malaysia, biasa kita akan minta, pegawai akan minta dia tunjuk SD ataupun surat angkat sumpah untuk tunjuk bahawa dia setuju ataupun tidak dapat kembali untuk hearing. Akan tetapi, di sini kita membenarkan pegawai dalam keadaan tertentu di mana tanpa surat tersebut masih boleh proceed. Saya faham daripada segi urusan kita perlu ada satu masa untuk kita proceed selagi kita tidak ada pengesahan. Akan tetapi, saya cuma hendak tanya, secara am dahulu sekiranya seseorang itu dia tidak hadir tetapi oleh kerana kita boleh kenal pasti waris itu, maka walaupun hearing proceed tetapi portion bagi waris yang tidak hadir itu masih disimpan. Akan tetapi, kalaulah ada pindaan baru ini sama ada prosiding hearing itu akan –Maksud saya tidak akan ambil kira waris yang tidak dapat hadir tanpa dokumen tersebut.

final • 7:34 PM

Tuan Chan Ming Kai - Alor Setar

Adakah portion itu masih diambil kira? Last sekali adalah berkenaan dengan pegawai yang boleh membenarkan jualan satu hartanah sekiranya dapat sokongan dua pertiga majoriti. Di sini saya rasa dia ada pro and con, saya minta kementerian jelaskan.

Kalau katakan dalam satu pertiga minoriti tersebut adakah mereka yang tidak setuju ini masih berhak untuk masuk kaveat untuk menahankan penjualan tersebut. Sekiranya ia masih ada hak untuk masuk kaveat untuk penjualan tersebut adakah tidak ia wujud percanggahan antara akta yang kita hendak enact ini berkenaan dengan hak satu pertiga minoriti tersebut.

Saya harap semua ini boleh dapat uruskan untuk mempermudahkan dan bukan menyusahkan. Sekian, terima kasih.

final • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Alor Setar. Seterusnya Yang Berhormat Jerai. Silakan.

final • 7:40 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Harta Pusaka Kecil Pembahagian

(Pindaan) 2021.

Pertama sekali syukur alhamdulillah atas keputusan yang telah dibuat berkaitan Rang Undang-undang Harta Pusaka Kecil Pembahagian (Pindaan) 2021. Saya menyokong penuh pindaan ini dan diharapkan dengan pembaharuan yang dilaksanakan ia akan memberi kesan positif lebih baik kepada semua pihak terutama rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan agar wajar untuk mewujudkan iklan pesanan khidmat masyarakat di TV tentang prosedur yang betul dalam menguruskan harta pusaka ini. Prosedur kerja yang mudah membantu rakyat terutama mereka yang sudah berusia agar tidak tertekan dengan karenah birokrasi yang sedia ada. Tanpa pendedahan berkala, rakyat tidak akan tahu akan kemudahan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan.

Punca nilai harta pusaka tidak dituntut meningkat setiap tahun disebabkan banyak faktor luar kawalan. Antaranya waris gagal dikesan kerana mereka tidak mengetahui ada harta si mati yang perlu dituntut dan pewaris harta si mati misalnya bapa, ibu, datuk, nenek tidak diperturunkan pemilikannya kepada waris yang berhak.

Selain itu, kerenah birokrasi menguruskan harta menyebabkan waris bersikap lepas tangan dan enggan bertanggungjawab. Ada kes berlaku harta pusaka tergantung kerana jumlah cukai tanah menimbun selepas puluhan tahun tidak diselesaikan. Hal ini menyebabkan waris tidak mahu pening kepala menanggung kos berkenaan dan membiarkan aset pusaka terus beku.

Tuan Yang di-Pertua, dilaporkan pada tahun 2004 nilai aset yang dibekukan tanpa dituntut adalah RM15 bilion. Kemudian, pada tahun 2014 meningkat kepada RM66.6 bilion sementara pada tahun 2020 nilai aset yang dibekukan mencecah RM90 bilion pada 11 September 2021 dan akhbar Utusan Malaysia mendedahkan hampir RM90 bilion jumlah harta beku dan tidak dituntut di negara ini pada tahun lalu melibatkan 90 peratus daripadanya milik orang Melayu.

Tuan Yang di-Pertua, dalam hal pengurusan harta pusaka bagi orang Islam sebelum ini diuruskan oleh dua entiti iaitu Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian

(JKPTG) Pusaka Kecil, Amanah Raya dan ditambah lagi dengan satu entiti setelah diluluskan semalam iaitu Mahkamah Tinggi. Sehingga ke hari ini, Mahkamah Syariah masih tidak mempunyai bidang kuasa dalam menguruskan harta pusaka bagi orang Islam dan hanya berperanan dalam menentukan bahagian waris dengan mengeluarkan sijil faraid sahaja.

Hatta perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah juga dijadikan sekadar tidak lebih dari dokumen sokongan sahaja. Sebagai contoh, pengurusan harta pusaka dibuat di Pusaka Kecil. Pihak Pusaka Kecil akan mengarahkan pemohon untuk membuat satu perintah sijil faraid dan selepas selesai mendapatkan sijil tersebut, Pusaka Kecil akan mengeluarkan satu lagi perintah lain dari Pusaka Kecil berdasarkan seksyen 12(7) Akta Pusaka Pembahagian 1955.

Oleh itu, dengan masa yang terhad berbalik kepada pengurusan harta pusaka, kita juga berharap minda masyarakat kita akan terbuka dengan pengurusan harta ini. Bagi mereka yang masih hidup dan mempunyai harta, ambillah tindakan bijak dengan mengambil langkah awal mewariskan hak milik kepada pewaris yang berhak tanpa perlu menunggu lagi. Berdasarkan senario sekarang, pada pendapat saya kelulusan RUU Pusaka Kecil ini haruslah seiring dengan pemantapan dan kebersediaan staf. Jumlah staf perlu dikaji semula kerana ia nyata memerlukan penambahan. Sejak tahun 1974, pegawai dan kakitangan masih di takuk lama.

final • 7:40 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan wajar untuk menjadikan urusan pusaka kecil ini sebagai satu jabatan khas, Jabatan Pusaka Kecil yang asing dan mempunyai tenaga kerja yang cekap dan mahir. Peningkatan kos apatah lagi pindaan ini melibatkan nilaian bidang kuasa dari RM2 juta kepada RM5 juta. Rasionalnya ialah kes akan meningkat dan sudah tentu beban kerja akan bertambah, memberi peluang kerja kepada lulusan syariah yang berkelayakan.

Tuan Yang di-Pertua, saya kira sangat wajar untuk mewujudkan satu jabatan khas asing bagi memastikan urusan Pusaka Kecil ini berjalan dengan lancar dan cepat. Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kerana berjaya melancarkan sistem eFaraid MAIS pada 15 Oktober lalu.

Sistem ini diperkenalkan bagi membolehkan masyarakat Islam kini menguruskan harta pusaka dengan mudah dan pantas dalam talian. Sekian, saya menyokong pindaan ini.

final • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Jerai. Yang Berhormat Rasah.

final • 7:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan. Bagi saya, saya menyambut baik RUU untuk pinda Akta Harta Pusaka Kecil Pembahagian 1955 ataupun Akta 98 ini.

Perkara pertama saya rasa sudah pastinya akan disambut baik oleh semua rakyat Malaysia iaitu menaikkan siling daripada RM2 juta kepada RM5 juta dan yang keduanya kalau sebelum ini waris ataupun si mati wajib mempunyai harta tidak alih (removable property) tetapi sekarang tidak kira. Kalau tidak ada harta tidak alih hanya dengan harta alih sahaja pun layak. Saya rasa ini satu perkembangan dan tambah baik yang dialu- alukan.

Akan tetapi tambah baik untuk bahagian ini akan menimbulkan kemungkinan longgokan kes yang lebih banyak. Saya hendak sebutkan di sini, pengalaman saya di JKPTG Seremban, Negeri Sembilan. Kalau sebelum PKP secara puratanya untuk mendapatkan tarikh pendengaran dalam tiga bulan hingga empat bulan. Bertahun saya rasa Yang Berhormat Menteri tahu. Saya sebagai seorang peguam memang saya tahu benda ini sejak dahulu lagi.

Akan tetapi sejak PKP, apa yang terjadi adalah banyak kes yang tertangguh walaupun dibenarkan permohonan secara online tetapi sesi pendengaran masih perlu dilakukan secara fizikal. Walaupun kita sekarang ini, Negeri Sembilan sudah masuk Fasa 4 memang sudah mula ada kes yang dibenarkan pendengaran secara fizikal tetapi longgokan lebih setahun setengah. Saya ada banyak bukti, banyak kes dan saya baru sahaja dimaklumkan oleh seorang Ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini yang mana ayah beliau meninggal dunia tahun lepas, bulan Mei tahun lepas beliau memfailkan kes di Pulau Pinang hanya dapat tarikh pendengaran September tahun ini. Satu gap hampir setahun setengah.

Jadi bukan setakat berlaku di Negeri Sembilan tetapi di Pulau Pinang. Jadi dengan meningkatkan siling daripada RM2 juta kepada RM5 juta dan termasuk sesiapa yang tidak ada harta alih juga dibenarkan menggunakan fasiliti kemudahan ini yang saya anggap ia mudah dan murah tetapi longgokan kes kita boleh jangka akan meningkat.

Jadi saya mohon selepas pandemik ini, kita ambil peluang untuk tambah baik.

Kalau boleh dibenarkan untuk sesi pendengaran secara online (maya) sebab kalau mahkamah boleh. Ini saya rasa Yang Berhormat Menteri lebih arif daripada saya, sebelum ini Yang Berhormat Menteri adalah Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang.

Kalau mahkamah boleh adakan sesi memberikan perintah untuk probate dan LA. High Court boleh buat sedemikian secara maya, secara online sejak selepas pandemik, selepas PKP dan sebagainya kenapa JKPTG tidak boleh laksanakan ini.

Jadi saya mohon tambah baik bahagian ini amat mustahak supaya tidak ada longgokan kes yang lebih banyak yang akhirnya akan walaupun niat itu baik, naikkan sehingga RM5 juta tetapi akhirnya menyebabkan waris terpaksa tunggu lama, itu yang pertama.

final • 7:46 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Kedua, saya nampak dalam klausa yang disebutkan ini tidak disebutkan bilakah geran ataupun perintah tersebut akan dikeluarkan. Saya nampak ada kelewatan, kadang- kadang sampai lebih dua bulan, tiga bulan tidak keluar perintah. Waris tengah tunggu- tunggu ini, jadi saya mohon kalau boleh bahagian ini juga ditambah baik.

Perkara kedua Tuan Yang di-Pertua yang saya hendak sebutkan adalah berkenaan dengan pelantikan Presiden Pembahagian, Timbalan Presiden dan Pegawai Pembahagian.

final • 7:46 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Saya nak tanya, presiden ini, dia kakitangan awam ataupun lantikan politik? Ini saya nak sebut secara terbuka sebab saya nampak sebelum ini, kerajaan yang ada, banyak lantik orang politik untuk jawatan-jawatan tertentu. Apakah ini melibatkan lantikan politik ataupun kakitangan awam? Saya mohon supaya kakitangan awam yang mempunyai kelayakan pengalaman dilantik ke jawatan-jawatan yang penting sebegini sebab jawatan sebegini, ia melibatkan pengetahuan, pengalaman daripada segi undang- undang. Saya percaya Yang Berhormat Menteri cukup arif dalam hal ini dan boleh bersetuju dengan pandangan saya. Jadi, saya mohon pengesahan daripada Yang Berhormat Menteri.

Perkara terakhir yang saya hendak sebutkan, di bawah fasal 13 subseksyen baru 11(11) dimasukkan. Ia berkenaan dengan kuasa pegawai untuk mengehadkan akses.

Saya nak tanya sama ada akses di sini melibatkan peguam yang dilantik oleh waris ataupun tidak. Saya harap dia tak menghalang peguam yang membantu waris dalam pengurusan tertentu sebab kita perlukan satu keadaan di mana ada waris yang kurang arif ataupun dia tak fasih berbahasa Melayu yang menyebabkan komunikasi dalam sesi pendengaran akan tergendala.

Jadi, mereka perlukan perkhidmatan daripada peguam, banyak yang pro bono sebenarnya. Saya sendiri pernah buat untuk membantu mereka yang kurang fasih berbahasa Melayu untuk hadir dalam sesi pendengaran bersama dengan waris.

Jadi, saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Secara keseluruhan, saya menyambut baik. Cuma, saya harap perkara yang hibrid itu dapat diberikan perhatian. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 7:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Yang Berhormat Tebrau.

final • 7:50 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Masalah akan timbul sekiranya seorang si mati meninggal tanpa wasiat. Antara masalah- masalah yang timbul adalah isu siapakah pentadbir yang perlu dilantik bagi menguruskan harta pusaka si mati. Seterusnya, berlakulah sesi perebutan dan saling menyalahi hingga melambatkan proses pengurusan dan pembahagian harta si mati tersebut. Ada juga di kalangan waris sudah merasa selesa duduk di rumah atau tanah yang dimiliki oleh si mati sebelum beliau meninggal dunia. Mereka risau sekiranya rumah atau tanah tersebut dibahagikan, mereka harus keluar dari rumah atau tanah tersebut.

Mungkin juga ahli waris yang lain yang mahukan tanah atau rumah tersebut dijual dan dibahagikan wang hasil jualan tersebut dalam jumlah yang sama oleh ahli waris yang menduduki rumah atau tanah tersebut ataupun apabila mereka telah dengan tidak jujur menukar geran tanah atau rumah tersebut atas nama anak-anak mereka tanpa pengetahuan dan kebenaran ahli waris yang lain. Maka, berlakulah konflik dan masalah hingga melibatkan saman menyaman dan tuntutan di Mahkamah Syariah dan Sivil bertahun-tahun tiada penyelesaian apabila pihak yang telah mengambil tanah, rumah atau duit tersebut enggan untuk memulangkannya dengan cara baik.

Pembahagian harta pusaka akan tersangkut atas sebab waris tidak berkemampuan untuk menggunakan perkhidmatan peguam bagi menguruskan kesemua kerja pembahagian mematuhi undang-undang yang sedia ada. Pembahagian harta

final • 7:52 PM

Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau

pusaka juga akan tersangkut sekiranya ada waris yang tidak dapat dikesan atau tidak bersetuju untuk menjual harta pusaka tersebut untuk dibahagikan kepada semua waris.

Tuan Yang di-Pertua, buat masa sekarang, undang-undang yang sedia ada bagi menyelesaikan sebahagian masalah tersebut di atas yang dihadapi waris seseorang si mati yang meninggal tanpa wasiat adalah atas Akta Pusaka Kecil. Akta ini merupakan satu akta yang diguna pakai kepada semua tuntutan harta pusaka yang mana jumlah nilainya tidak melebihi RM2 juta pada tarikh permohonan dibuat. Permohonan pembahagian harta pusaka kecil boleh dibuat di hadapan pegawai penyelesaian pusaka di pejabat tanah jajahan atau pejabat daerah negeri-negeri di Malaysia buat masa sekarang.

Sebelum RUU pindaan ini, hanya nilai harta pusaka tidak melebihi RM2 juta diguna pakai. Selepas pindaan diluluskan, harta pusaka akan ada tafsiran baru dan akan termasuk harta alih dan tidak alih atau kedua-duanya. Nilai RM2 juta yang dicadangkan adalah tidak sesuai dan kini, kerajaan bercadang untuk menaikkan nilai kepada RM5 juta.

Soalan saya adalah, apa sebabnya meningkatkan nilai ini kepada RM5 juta?

Mengapa RM2 juta yang sedia ada tidak cukup untuk menyelesaikan isu harta pusaka tersebut? Adakah kajian dibuat sebelum pindaan ini dicadangkan? Siapa yang terlibat dalam kajian dan adakah semua pemegang taruh dilibatkan?

Tuan Yang di-Pertua, kos guaman adalah terlalu mahal yang jadi punca ramai waris tidak mampu mengurus pembahagian harta pusaka yang kecil. Dengan peningkatan nilai daripada RM2 juta kepada RM5 juta, maka ramai waris akan mendapat manfaat daripada RUU ini tetapi saya khuatir dengan peningkatan nilai, kita akan meminta banyak kes kepada badan pembahagian harta pusaka.

Sebelum ini juga, pembahagian harta pusaka dan penjualan harta memerlukan persetujuan semua waris. Dengan RUU pindaan yang dicadangkan, cuma majoriti dua pertiga waris diperlukan untuk perkara-perkara yang tersebut. Maka dengan kelulusan RUU ini, masalah-masalah kes penjualan dan pembahagian harta pusaka si mati tanpa wasiat yang sangkut lama dapat diselesaikan selepas akta pindaan ini berkuat kuasa.

Bagi saya 30 saat lagi ya, Tuan Yang di-Pertua.

Akhirnya, salah satu pindaan adalah untuk lepaskan Ketua Pengarah Tanah dan Galian dan Pengarah Tanah dan Galian daripada perkara ini adalah baik sekiranya anggota badan pembahagian harta pusaka terdiri daripada orang yang layak, berilmu dan ada pengalaman yang relevan supaya kes-kes dapat diproses dan diselesaikan dengan kaedah yang pantas. Itulah sahaja perbahasan daripada saya. Saya bercadang untuk menyokong RUU ini. Sekian, terima kasih.

final • 7:52 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Akhir sekali, Yang Berhormat Pasir Gudang. Silakan.

final • 7:52 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya telah meneliti rang undang-undang ini. Bagus, pada dasarnya baik tetapi hendak juga menyumbang yang baik itu dimolekkan lagi. Bumi mana yang tak ditimpa hujan, gading yang baik pun kadang-kadang ada retaknya. Jadi, saya menyemak ini dengan kritikal terutama daripada segi yang melibatkan undang-undang misalnya yang pertama, meminda subseksyen 29(1) akta ibu iaitu apabila perintah telah dikeluarkan, tempoh nak buat rayuan hanya 30 hari.

Ini macam rayuan di mahkamah lah. Akan tetapi, saya melihat ada keadaan di mana kalau kita hendak mohon rayuan untuk lakukan judicial review (semakan kehakiman), kalau tak silap saya, tempohnya rayuan itu tiga bulan sebab 30 hari itu suntuk sangat. Sejak dari tarikh, tiba-tiba dah luput tempoh itu, dah tak boleh merayu.

final • 7:58 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Jadi, ini mungkin Yang Berhormat Menteri mungkin ada jawapan terhadap perkara ini. Kedua, sangat menarik usaha meminda seksyen 18 akta ibu iaitu melibatkan Amanah Raya Berhad dan Majlis Agama Islam boleh jadi pempetisyen. Ini baik. Akan

final • 8:00 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

tetapi dia ada baik, ada buruknya pada pandangan saya. Apa yang baiknya iaitu kepentingan bukan sahaja waris diambil kira, kepentingan kreditor (pemiutang) dan juga pembeli diambil kira. Jadi maknanya, Amanah Raya dan Majlis Agama Islam ambil inisiatif proaktif menolong. Apa yang baiknya itu baiknya.

Satu lagi kebaikannya, boleh atau tidak dengan pindaan seksyen 18 ini boleh membantu kes-kes pusaka yang sudah berpuluh-puluh tahun tidak selesai kerana waris tidak ada duit, lepas itu prosesnya sangat kompleks dan ramai keluarga sudah mati. Akan tetapi kalau melibatkan Amanah Raya dan Majlis Agama Islam ia ada tenaga profesional, mungkin boleh membantu kes-kes macam di Kampong Bharu dan di kampung-kampung yang lain juga yang sudah bergenerasi tidak selesai ini, mungkin pindaan ini boleh membantu. Itu yang baiknya.

Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, yang negatifnya pada pandangan saya, apabila Majlis Agama Islam atau Amanah Raya menjadi pempetisyen, perintah itu atas mereka. Perintah pembahagian pusaka itu kepada Amanah Raya, tidak kepada waris.

Jadi kalau waris hendak ambil tindakan di mahkamah, locus standi dia akan terjejas, dia tidak ada perintah, dokumen itu. Jadi, mungkin ini perlu diteliti.

Lagi satu yang saya ingin sentuh di sini iaitu subseksyen 15(4A) di mana disebut di situ, hendak memberi kuasa kepada pegawai pembahagian harta pusaka, hendak diberi kuasa untuk menjual tanah atau mana-mana bahagian tanah. Mungkin ada rasionalnya tentang perkara ini. Akan tetapi ini juga boleh memberi kesan iaitu ada kemungkinan pegawai pembahagian harta pusaka itu akan di saman, akan diheret ke mahkamah oleh waris-waris yang minoriti yang tidak puas hati.

Perkara terakhir Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua iaitu seksyen 13 memberi surat kuasa mentadbir kepada lebih daripada seorang sebagaimana difikirkan layak. Jadi, kalau perintah pusaka ini diberi lebih daripada seorang, mungkin nanti timbul konflik. Jadi, mungkin Yang Berhormat Menteri ada jawapannya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 8:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Dengan itu, tamatlah perbahasan rang undang-undang ini. Saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Silakan, lima minit Yang Berhormat.

final • 8:00 PM

Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk menjawab beberapa persoalan yang telah dibangkitkan oleh rakan-rakan Ahli-ahli Parlimen. Terima kasih banyak kepada Ahli-ahli Parlimen yang seramai 11 orang mengikut catatan saya iaitu Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Alor Setar, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Tebrau dan akhirnya Yang Berhormat Pasir Gudang yang telah memberikan pandangan.

Bagi saya di pihak kementerian, mereka yang telah memberikan pandangan merupakan mereka yang komited walaupun tidak semua yang bercakap, yang komited dengan cadangan yang dibuat oleh kerajaan untuk meminda Akta 98 ini. Segala pandangan yang amat baik diberikan amat dialu-alukan oleh kerajaan. Saya beri aku janji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat rakan saya Yang Berhormat Sepang bertanya mengenai konsultasi rang undang-undang ini dibuat atau dirunding, adakah mengambil kira pandangan peguam. Saya ingin menyatakan di sini bahawa konsultasi telah dibuat dengan peguam syarie ataupun Badan Peguam Syarie dan juga Majlis Peguam Malaysia (Bar Council) pada tahun 2017 lagi. Rata-ratanya pihak yang diadakan konsultasi ini bersetuju dengan cadangan untuk buat pindaan. Mereka turut berikan sumbangan input dan sebagainya.

Yang Berhormat Sepang juga bertanya mengenai penamaan bagi harta alih contohnya Akta KWSP yang mempunyai penama. Saya ingin menyatakan bahawa mana-

final • 8:03 PM

Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

mana harta pusaka yang mempunyai penama ataupun penama yang telah ditetapkan, ia tidak tertakluk kepada rang undang-undang ataupun Akta 98 ini. Mana-mana perundangan yang mempunyai penama sebagaimana yang kita tahu adalah berdasarkan akta yang mana ia mempunyai penama tersebut, sebagaimana contoh Akta KWSP dan sebagainya. Walau bagaimanapun, penama adalah merupakan wasi yang perlu membahagikan kepada waris-waris si mati yang berhak.

Yang Berhormat Pasir Mas membangkitkan tiadanya penyelarasan undang- undang di enakmen negeri pengeluaran sijil faraid yang dikeluarkan tidak mempunyai enakmen wasiat dan dicadangkan ada Akta Wasiat digubal. Saya ingin maklumkan sebagaimana yang kita maklum, enakmen mengenai pentadbiran agama Islam negeri, begitu juga sijil faraid dan enakmen wasiat adalah di bawah bidang kuasa negeri. Namun demikian, isu pewarisan harta pusaka sebagaimana kita bincangkan ini merupakan bidang kuasa Persekutuan berdasarkan perkara ini terletak di dalam Senarai I, Jadual Kesembilan, Perkara 4 (e)(i) Perlembagaan Persekutuan.

Yang Berhormat Kuala Selangor membangkitkan peranan kerajaan untuk memberi kesedaran kepada rakyat mengenai harta pusaka supaya tidak berlapis. Pada asasnya, JKPTG tidak mempunyai data tanah pusaka atau data harta alih yang masih belum dituntut oleh pewaris. Jadi, maknanya yang ada dalam data kita adalah yang dibuat tuntutan. Selagi pihak pewaris tidak memulakan tindakan membuat tuntutan pembahagian pusaka kecil itu, maka tidak ada datalah di pihak JKPTG.

Walau bagaimanapun, dalam usaha berterusan memberi kesedaran mengenai pengurusan harta pusaka agar isu waris berlapis dapat ditangani, jabatan sentiasa membuat promosi secara berterusan melalui program outreach atau turun padang bagi mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat, memberi maklumat yang tepat dan juga memberi maklumat mengenai prosedur pembahagian harta pusaka dengan lebih jelas bagi menggalakkan waris membuat tuntutan harta pusaka sesegera mungkin selepas kematian pada tuan punya harta itu.

Pada tahun 2019 dan sehingga awal 2020, sebanyak 92 program telah dilaksanakan sebagaimana yang saya rujuk tadi termasuk ceramah kepada orang kampung, komuniti Felda, taklimat kepada agensi kerajaan dan swasta, program promosi melalui radio dan televisyen di seluruh negara. Statistik JKPTG merekodkan, sejumlah RM518 bilion harta pusaka telah berjaya diselesaikan sejak dari tahun 2007 sehingga tahun 2020. Hampir RM518 bilion ya harta ini.

Mengenai pertanyaan Yang Berhormat Dungun mengenai kerajaan, adakah merancang menambah bilangan pegawai secara besar-besaran mengatasi kes tertunggak. Mengambil kira peningkatan dan peluasan bidang kuasa baharu dengan kenaikan nilai RM2 juta kepada RM5 juta secara total dalam harta pusaka si mati serta jenisnya kepada harta alih dan harta tak alih yang boleh dipohon ataupun harta alih sahaja boleh dipohon tanpa perlunya wujud harta tak alih dalam senarai itu, pihak kementerian sudah tentulah akan mengemukakan permohonan pertambahan perjawatan melibatkan pegawai pembahagian pusaka bersama kakitangan sokongan supaya pindaan akta ini akan membuahkan hasil bagi memberikan kemudahan kepada rakyat.

final • 8:03 PM

Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Sebagaimana yang semua kita maklum, Tuan Yang di-Pertua yang penting kepada kita ialah akta ini memberikan panduan ataupun prosedur yang jelas. Kita harap dengan adanya prosedur yang jelas dan memudahkan, ia boleh membuahkan hasil yang baik. Bayangkan di dalam sesebuah negeri di Malaysia ini, kadang-kadang hakim Mahkamah Tinggi satu orang sahaja tetapi menyelesaikan ratusan ataupun ribuan kes.

Akan tetapi dalam kes pembahagian pusaka ini bukan satu orang dalam sebuah negeri.

Pada masa ini, JKPTG sebagaimana disebutkan oleh sebahagian Ahli Yang Berhormat mempunyai 69 orang pegawai pembahagian pusaka yang perlu mendengar dan menyelesaikan harta pusaka kecil seluruh Malaysia. Saya ingin menegaskan bahawa mereka ini merupakan pegawai yang cekap dan berkepakaran. Dengan kepakaran ini, kadang-kadang melebihi daripada kepakaran peguam lagi. Mereka boleh menyelesaikan isu-isu mengenai pembahagian pusaka ini dengan baik dengan bantuan semua pihak.

final • 8:10 PM

Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Jadi dalam hal ini, kerajaan perlu memberi fokus kepada keperluan pertambahan perjawatan melibatkan urusan pembahagian pusaka kecil yang mana secara logiknya setiap antara kita ini akan melaluinya, semuanya akan menjadi orang yang meninggalkan harta. Kementerian memohon agar pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi keutamaan apabila rang undang-undang diluluskan agar perkhidmatan yang ditawarkan oleh kerajaan kepada rakyat berjalan dengan efektif dan merealisasikan penyampaian yang optimum kepada rakyat dan memenuhi objektif pindaan akta ini.

Pertanyaan daripada Yang Berhormat Ipoh Timur, justifikasi peningkatan daripada RM2 juta kepada RM5 juta. Kementerian mengambil kira kenaikan nilaian ini selepas mendapat pandangan terutamanya dari Jabatan Penilaian Perkhidmatan Harta

(JPPH) yang mana jumlah RM5 juta tersebut adalah bersesuaian dengan peningkatan nilai hartanah semasa. Kali terakhir pindaan ini dilakukan pada tahun 209 sebagaimana kita maklum, RM600,000 kepada RM2 juta. Jadi, itu pun sudah menjadi suatu yang lumrah RM2 juta seorang yang mati meninggalkan harta sejumlah tersebut.

Yang Berhormat Ipoh Timur juga bertanya bolehkah sesuatu harta tak alih yang dicagarkan kepada pihak bank terus dibuat perintah pembahagian melalui borang ‘E’ dan bukannya surat mentadbir iaitu borang ‘F’. Saya ingin menyatakan bahawa pemberian surat kuasa tadbir adalah bagi memudahkan waris si mati membuat pelepasan gadaian pada harta si mati yang tersebut terlebih dahulu sebelum sesuatu harta si mati dapat diturun milik. Kepentingan pihak memegang gadaian seperti bank sebagai antara pihak yang mempunyai kepentingan ke atas harta si mati.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Alor Setar bertanya mengenai jika ada konflik antara dua orang adik-beradik, seorang mahu menggunakan khidmat Amanah Raya Berhad (ARB) dan seorang JKPTG. Macam mana kalau ada pertindihan? Di Malaysia ini terdapat tiga buah agensi yang menguruskan harta pusaka iaitu Mahkamah Tinggi, Amanah Raya Berhad (ARB) dan bahagian pusaka.

Ketiga-tiga ini akan menerima mana-mana permohonan akan membuat notifikasi kepada bahagian kuasa mati Central Registry di Mahkamah Tinggi sebagai contoh di Jalan Duta itu ada Central Registry. Jadi, mana-mana permohonan yang masuk dahulu akan dikira sebagai permohonan pusaka yang pertama diuruskan oleh agensi berkenaan.

Justeru, tidak akan berlaku pertindihan di antara agensi yang berbeza dalam permohonan harta pusaka si mati yang sama.

Yang Berhormat Rasah bertanya berkenaan pelantikan presiden pembahagian pusaka, adakah ia satu lantikan politik ataupun pegawai kerajaan. Saya ingin menyatakan bahawa lantikan di bawah RUU ini khususnya seksyen 2(3) merujuk kepada pelantikan di kalangan pegawai pembahagian pusaka iaitu penjawat awam di bawah bahagian pembahagian pusaka. Tidak timbullah isu Ahli Parlimen Baling kah dan sebagainya, Yang Berhormat Kapit kah— tidak ada. Ini pegawai kerajaan semua.

Yang Berhormat Alor Setar juga meminta supaya diadakan tafsiran next of friend atau next friend yang akan dijelaskan di dalam— ini akan dijelaskan dalam garis panduan penetapan kriteria next of friend yang akan mengikut tafsiran sedia ada di bawah undang- undang dan juga kes-kes mahkamah yang telah diputuskan.

Yang Berhormat Tebrau bertanya mengapa nilai RM2 juta, tidak cukup untuk menyelesaikan masalah, apakah kajian telah dibuat dan apakah pemegang taruh semuanya terlibat. Jawapannya ialah nilaian RM2 juta dalam bidang kuasa sedia ada adalah mencukupi. Walau bagaimanapun, sebagai agensi yang menguruskan majoriti kes pusaka di Malaysia, tuntutan rakyat Malaysia untuk meningkatkan bidang kuasa kepada nilai yang lebih tinggi selaras dengan peningkatan jumlah nilaian harta semasa.

Kajian konsultasi bersama pemegang taruh telah dibuat sepanjang tahun 2017 sebagaimana yang dimaklumkan tadi di awal pembentangan saya melibatkan Majlis Peguam, pejabat tanah, syarikat amanah, majlis agama negeri termasuk pihak Jabatan Peguam Negara.

Tuan Yang di-Pertua, terakhirnya Yang Berhormat Pasir Gudang bertanyakan mengenai majlis agama Islam sebagai pempetisyen, bolehkah membantu kes-kes pusaka yang belum selesai. Dalam hal ini, majlis agama Islam sudah tentulah akan memainkan peranan sebagai pempetisyen ataupun pemohon. Sebelum ini tidak boleh ataupun

final • 8:10 PM

Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

menjadi wakil pemudah cara bagi membantu waris asnaf atau yang bersesuaian dalam urusan dokumentasi dan sebagainya.

Selain itu, kita percaya pihak majlis agama boleh menjadi pemegang amanah ataupun trustee kepada waris minor ataupun kanak-kanak ataupun yang tidak sempurna akal yang melibatkan orang-orang Islam.

Yang Berhormat Pasir Gudang juga bertanya, adakah majlis agama Islam menjadi pempetisyen waris yang tidak mempunyai local standi ataupun hak di sisi undang-undang.

Saya percaya peranan majlis agama Islam menjadi pempetisyen hanya sekadar pemudah cara. Namun, bukan untuk menafikan hak-hak waris terlibat mengikut hukum syarak.

Lebih kepada membantu menyelesaikan kes pusaka orang Islam yang tidak dituntut. Jadi dengan kata-kata itu Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua...

final • 8:10 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Yang Berhormat Menteri, satu sedikit sahaja. Sedikit, thank you Sir, thank you. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri ini memang terlalu komited. Saya tengok cara dia berbahas, gulung, hendak siapkan perkara ini. Cuma, saya hendak tanya sedikit sahaja berkaitan dengan cadangan saya tadi untuk kita mewujudkan sorang pegawai di setiap Parlimen untuk membantu kementerian Yang Berhormat Menteri untuk menyelaraskan.

Apakah itu boleh di-consider? Satu lagi, saya sebutkan tadi apa salah kiranya kalau kita boleh menjadikan ia sebagai sebuah jabatan pusaka seperti JPJ, imigresen dan sebagainya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Terima kasih adinda saya Yang Berhormat Baling. Saya menyambut baik. Saya kira itu sepatutnya. Apabila nilai daripada RM600,000 naik RM2 juta, naik RM5 juta, I think it is very timely untuk— Insya-Allah kementerian akan mengusahakan supaya Bahagian Pembahagian Pusaka Kecil ini akan menjadi sebuah jabatan dengan menambahkan perjawatan dan juga sudah tentulah...

final • 8:10 PM

Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling

Amin, *amin.

Thank you very much Sir.*

final • 8:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Ini juga memberikan satu revenue atau pendapatan kepada negara.

final • 8:10 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Sokong.

final • 8:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya dengan ini mengakhiri penggulungan saya. Terima kasih.

final • 8:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang dibacakan kali yang kedua sekarang.

[Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****] [Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatnkuasa]

final • 8:10 PM

Fasal-fasal 1 hingga 25 - Tuan Pengerusi

Ada perbahasan? Yang Berhormat Pasir Gudang.

final • 8:10 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Ya, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya merujuk fasal 5 Yang Berhormat Menteri. Saya memahami tanah kita semua ini akan mati juga termasuklah peneroka-peneroka FELDA. Dengan naik jumlah siling kepada RM5 juta besar kemungkinan harta tanah-tanah atau harta pusaka peneroka FELDA itu mungkin terletak dalam kategori small estate atau harta pusaka kecil.

Saya menyedari tentang wujudnya Akta Group Settlement Acts (GSA) yang mengawal selia harta tanah FELDA. Akan tetapi ini soal pusaka, soal daripada segi perspektif hukum Islam. Sampai bilakah umpamanya hal pusaka peneroka-peneroka FELDA yang majoritinya orang Islam ini tidak diuruskan secara pusaka ini sama ada melalui small estate atau estet biasa. Jadi mungkin pihak kementerian, Yang Berhormat Menteri ada jawapan kepada perkara ini iaitu kepentingan-kepentingan tertentu kepada golongan peneroka FELDA. Terima kasih.

final • 8:20 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Ada lagi? Kalau tidak ada saya pohon Yang Berhormat Menteri menjawab.

final • 8:20 PM

Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Ya, terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menyambut baiklah pandangan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang untuk kita mengkaji perkara ini. Setakat yang saya tahu bahawa aset di bawah FELDA ini diuruskan melalui GSA sebagaimana yang disebutkan tadi dan ia sudah tentulah akan diuruskan tertakluk kepada undang-undang GSA itu yang memberikan atau mengehadkan kepada dua orang sahaja pemilik bagi satu- satu hak milik itu.

Jadi dalam hal ini saya mohon untuk bagi pandangan yang jelas secara bertulis Yang Berhormat Pasir Gudang kerana saya perlu juga mengkaji – Yalah kita sebagai lawyer cannot simply bagi pandangan without looking at the act ya. Saya mohon untuk memberi jawapan secara bertulis. Terima kasih.

final • 8:21 PM

Tuan Pengerusi

Terima kasih. Yang Berhormat semua...

[****Fasal-fasal 1 hingga 25** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli (Datuk Ali anak Biju) dan diluluskan]

final • 8:21 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan pada sehingga jam 10.00 pagi, hari Rabu 27 Oktober 2021.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.

final • 8:21 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.24 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026