Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelaksanaan Persidangan Parlimen Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat semua, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.
Dalam memastikan Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas ini dapat dilaksanakan dalam keadaan lancar dan selamat, Prosedur Operasi Standard
(SOP) Pelaksanaan Persidangan Parlimen Fasa 4 telah diedarkan di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat.
Untuk makluman, terdapat beberapa Ahli Yang Berhormat yang masih belum membuat ujian RT-PCR untuk menghadiri mesyuarat kedua ini. Sehubungan itu, mohon kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat untuk segera membuat ujian tersebut sebelum boleh dibenarkan masuk ke Dewan Rakyat.
Ahli-ahli Yang Berhormat juga perlu menjalani ujian RTK-Ag Saliva secara berkala sepanjang tempoh persidangan ini. Ujian RTK-Ag Saliva untuk Ahli-ahli Yang Berhormat akan diadakan di Dewan Bankuet Parlimen Malaysia pada setiap Isnin dan Rabu. Ujian ini akan mengambil masa sekitar 20 minit dan dibuat apabila Yang Berhormat tiba di Parlimen.
Ahli Yang Berhormat dibenarkan untuk membuka pelitup muka – saya pun kena bukalah. Masa bercakap sahaja. Ketika berucap di dalam Dewan Rakyat dan perlu memakai semula pelitup muka dengan kadar segera selepas selesai berucap.
Dalam pada itu, semua Ahli Yang Berhormat diingatkan sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut – ada tujuh:
(i) individu yang bergejala, positif COVID-19 dan kontak rapat kepada kes positif tidak dibenarkan hadir ke persidangan;
(ii) mengamalkan pemakaian pelitup muka (face mask) digalakkan untuk memakai pelitup muka (face mask) berganda dan pelindung muka (face shield);
(iii) mengamalkan budaya mencuci tangan dengan betul dan kerap pada setiap masa;
(iv) mengamalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter;
(v) mengelakkan 3S – ‘sesak’, ‘sempit’ dan ‘sembang’ dengan jarak yang dekat;
(vi) mengamalkan 3W – ‘wash’, ‘warn’ dan ‘wear’; dan
Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelaksanaan Persidangan Parlimen Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
(vii) sentiasa menjauhi diri daripada berkumpul dalam kumpulan- kumpulan, sama ada di dalam ataupun di sekitar Parlimen.
Ahli-ahli Yang Berhormat, bermula Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Belas, Parlimen Keempat Belas ini, pengedaran risalah-risalah mesyuarat seperti laporan tahunan daripada agensi-agensi kerajaan dibuat secara digital sepenuhnya dan tidak lagi diedarkan menggunakan CD ataupun thumb drive. Risalah-risalah yang diedarkan secara digital ini boleh didapati di dalam komputer riba semua Ahli-ahli Yang Berhormat dengan klik ikon ‘Risalah’ di komputer riba masing-masing. Ahli-ahli Yang Berhormat seterusnya boleh memuat turun risalah tersebut.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, risalah-risalah itu turut boleh didapati di laman web Parlimen Malaysia di ruangan ‘Risalat’ dan ikon ‘Dewan Rakyat’.
Ahli-ahli Yang Berhormat, akhir sekali di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat juga telah diletakkan jadual kementerian menjawab semasa sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan. Jadual ini akan diguna pakai untuk penentuan hari kementerian menjawab sepanjang tempoh Mesyuarat Kedua ini. Sekian, terima kasih.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pantun awal pagi ya; Rancangan harian bermula di waktu pagi, Rancangan tahunan mengikut rangka musim bunga, Selamat pagi ucapan diberi, Semoga hidup sentiasa mewah.
1. Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [Libaran] minta Perdana Menteri menyatakan demi memenuhi sasaran RMKe-12, apakah inisiatif yang telah diambil oleh kerajaan untuk menangani isu 20 peratus isi rumah M40 beralih kepada had pendapatan di bawah kumpulan B40 akibat impak pandemik COVID-19.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) - Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Tuan Yang di-Pertua. Semoga selamat kembali bersidang dan semoga semua Ahli Yang Berhormat sihat walafiat. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, untuk tujuan menggubal dasar, isi rumah dibahagikan kepada tiga kategori mengikut pendapatan.
Kategori ini ditetapkan berdasarkan kepada survey pendapatan isi rumah yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan dua kali setiap lima tahun.
Berdasarkan survey terkini tahun 2019, kategori pendapatan adalah seperti berikut:
(i) B40 – mereka berpendapatan RM4,850 sebulan sekeluarga;
(ii) M40 – pendapatan isi keluarga (isi rumah) di antara RM4,850 hingga RM10,960; dan
(iii) T20 – pendapatan tertinggi, berpendapatan isi rumah lebih daripada RM10,960.
Pandemik COVID-19 Tuan Yang di-Pertua, telah menyebabkan krisis kesihatan dan ekonomi yang serius apabila ekonomi menguncup 5.6 peratus tahun lepas.
Pendapatan rakyat turut terjejas dengan ketara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) - Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Berdasarkan kajian Jabatan Perangkaan Malaysia, pendapatan purata bulanan isi rumah secara keseluruhan telah menurun sebanyak 10.3 peratus. Pada tahun 2020,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) - Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
sebanyak 20 peratus atau kira-kira 600,000 isi rumah daripada kumpulan M40 telah beralih kepada kumpulan B40. Angka 20 peratus inilah yang digunakan oleh Yang Berhormat dalam soalan hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun keutamaan kerajaan dalam meringankan beban rakyat semasa COVID-19 adalah untuk membantu kumpulan B40, kerajaan juga membantu M40 khususnya berada dalam kumpulan M1 iaitu yang berpendapatan di antara RM4,850 hingga RM5,880 sebulan di mana lapan pakej rangsangan ekonomi yang bernilai RM530 bilion antara bantuan yang turut memanfaatkan M40 adalah seperti berikut:
(i) Bantuan Prihatin Nasional;
(ii) Bantuan Prihatin Rakyat;
(iii) Bantuan Khas COVID-19;
(iv) moratorium bayaran balik pinjaman yang dimanfaatkan tujuh juta peminjam; dan
(v) pengeluaran daripada KWSP seperti i-Lestari, i-Sinar, i-Citra.
Tuan Yang di-Pertua, dalam RMKe-12, kita akan meneruskan dasar dan strategi untuk meningkatkan pendapatan dan kuasa beli serta kesejahteraan terutamanya B40 dan kumpulan 40 terendah daripada kumpulan M40.
Tuan Yang di-Pertua, tanda-tanda pemulihan ekonomi semakin kukuh sejak Ogos lalu umpamanya kadar pengangguran telah jatuh kepada 4.6 peratus dan indeks sektor pembuatan naik 6.8 peratus. Apabila ekonomi negara pulih sepenuhnya pada tahun depan, lebih banyak perniagaan akan dibuka dan lebih ramai rakyat yang akan kembali bekerja, pendapatan rakyat akan meningkat.
Seperti yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, Belanjawan 2022 akan memberi tumpuan kepada 3M iaitu memulih kehidupan, membina semula daya tahan dan memangkin pembaharuan. Langkah-langkah seterusnya bagi meringankan beban rakyat mungkin akan diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada hari Jumaat nanti. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang terperinci. Syabas saya ucapkan atas usaha yang bersepadu yang dilaksanakan oleh kerajaan demi melonjakkan kualiti hidup B40 dan M40. Kita sedar sebenarnya bahawa masalah jurang perbezaan antara golongan kaya dan golongan miskin yang dihadapi hampir semua negara sama ada negara mundur atau negara membangun.
Persoalan saya, apakah usaha kerajaan pada hari ini dalam pelaksanaan pengurusan kemiskinan dan pembangunan kapasiti demi pendekatan pembasmian kemiskinan yang melibatkan autonomi mengikut lokaliti, daerah dan negeri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Tuan Yang di-Pertua, yang pertama kita telah mengambil pendekatan whole of nation ataupun melibatkan semua dalam negara kita termasuklah CSO ataupun badan-badan bukan kerajaan. Keduanya, kita mengambil pendekatan berbeza yang mana kita akan mengintegrasikan kesemua kaedah bantuan, menyampaikan bantuan umpamanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melancarkan Skuad Keluarga Malaysia yang akan diterajui oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Skuad ini akan integrasikan kesemua bantuan oleh jabatan-jabatan tertentu. Itu pendekatan yang kedua.
Ketiga, cadang kita ialah untuk memberi perhatian yang lebih kepada miskin khususnya miskin tegar. Maka dengan itu di peringkat Kerajaan Pusat, kita akan melalui penugasan semula pegawai. Kita akan menubuhkan unit kemiskinan di peringkat pusat dan kita harap kerajaan negeri di peringkat daerah juga akan adakan tindakan yang sama.
Dengan itu kita harap lebih banyak lagi pendekatan bawah ke atas (bottom-up approach) akan dilaksanakan untuk menangani isu kemiskinan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Kita maklum Yang Berhormat Menteri, bahawa rakyat sedang bergelut untuk meneruskan kehidupan pada waktu ini. Saya ucapkan terima kasih atas inisiatif 3M yang sedang dan akan terus dilakukan.
Cuma permintaan saya agar di dalam inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan untuk membantu golongan B40 dan M40 ini dan mungkin angkanya telah berubah itu supaya Program Sarapan Pagi Percuma kepada anak-anak sekolah rendah sepertimana yang acap kali saya bawa ke Dewan yang mulia ini dapat dijalankan menjelang tahun 2022 nanti, yang akan dapat banyak membantu rakyat.
Bukan sekadar golongan B40, juga termasuk golongan M40 yang juga terkesan dampak wabak ini. Ia akan dapat membantu lebih 7,772 sekolah, lebih 2.7 juta orang anak-anak dan keluarga sudah tentunya. Harapan saya agar kerajaan dapat meneruskan Program Sarapan Pagi Percuma bagi anak-anak tanpa diskriminasi di sekolah rendah.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Simpang Renggam, seperti Yang Berhormat sedia maklum kerajaan bertekad untuk memastikan bahawa kesemua yang layak menerima bantuan akan menerimanya umpamanya kalau rancangan makanan tambahan yang sedia ada di sekolah-sekolah yang melibatkan pelajar-pelajar miskin tegar. Yang Berhormat memang memperjuangkan hari ini beberapa waktu dan saya yakin Yang Berhormat akan terus perjuangkan pada kali ini. Ini telah dikaji oleh kerajaan dan masih lagi dikaji.
Yang Berhormat mahu bantuan ini meliputi free breakfast ini makan pagi ini secara percuma dinikmati oleh semua pelajar tanpa mengira kelas pendapatan. Sudah pasti ini melibatkan peruntukan yang amat besar. Apa yang kerajaan laksanakan hari ini adalah rancangan makanan tambahan (RMT) untuk pelajar-pelajar miskin tegar ini diteruskan. Jadi sudah pasti cadangan Yang Berhormat ini didengar oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan. Terima kasih banyak.
2. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [Port Dickson] minta Perdana Menteri menyatakan apakah kesediaan kerajaan berikutan pendedahan Pandora Papers yang melibatkan beberapa anggota pentadbiran dan Ahli Dewan Rakyat serta bekas anggota pentadbiran negara dalam memastikan kredibiliti dan integriti pentadbiran negara terpelihara dan apakah pemantauan terhadap transaksi wang keluar negara secara haram serta nilai wang haram yang telah dikeluarkan sejak 2008 hingga kini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pertama saya ingin menyampaikan salam daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sepatutnya dijadualkan untuk menjawab soalan ini pada pagi ini tetapi oleh sebab ada Istiadat Mengucapkan Selamat Berangkat Timbalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, maka beliau mewakili saya untuk menjawab Yang Berhormat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Secara dasarnya penggunaan akaun luar pesisir bukanlah satu kesalahan di bawah undang-undang Malaysia dan tindakan akan diambil sekiranya terdapat bukti berkaitan salah laku jenayah mana-mana individu atau syarikat. Struktur Kewangan Malaysia dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia melalui Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 [Akta 758], Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759] dan Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 [Akta 731].
Aktiviti penguatkuasaan dan pematuhan transaksi wang ke luar negara adalah tertakluk di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2021 (AMLA) [Akta 613] dan akta berkaitan yang merangkumi langkah pencegahan terhadap kegiatan pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan, pemindahan dana melalui saluran tidak rasmi dan pengisytiharan mata wang di pintu masuk keluar negara.
AMLA dikuatkuasakan oleh agensi-agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bank Negara Malaysia sebagai pihak berkuasa berwibawa
(competent authority) di bawah AMLA sentiasa bersedia memberi bantuan dan sokongan kepada agensi-agensi tersebut.
Manakala aktiviti kewangan luar pesisir Malaysia dikawal selia oleh Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA) melalui penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704] dan Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010 [Akta 705]. Aktiviti penyelarasan dan aktiviti penguatkuasaan bersama juga telah dilaksanakan terutama melalui National Anti-Financial Crime Centre
(NFCC), penguatkuasaan dan kawalan sempadan termasuk pemantauan aliran tunai tidak sah.
Tuan Yang di-Pertua, Pandora Papers sebenarnya merupakan satu lagi pendedahan oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) yang berpusat di Washington D.C. sebagaimana pendedahan yang pernah dibuat sebelum ini iaitu Offshore Leaks pada tahun 2013, Panama Papers pada tahun 2016 dan Paradise Papers pada tahun 2017.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
ICIJ merupakan organisasi yang menghimpunkan lebih 280 jurnalis dan wartawan dari lebih 100 buah negara di samping mempunyai rangkaian kerjasama dengan media- media utama seperti BBC dan New York Times, The Guardian. Dalam pendedahan Pandora Papers, ICIJ hanya menyenaraikan siapa yang pernah atau yang sedang memiliki saham atau menjadi pengarah dalam syarikat di luar negara ataupun offshore.
Sebagaimana yang saya sebutkan tadi, penggunaan akaun luar pesisir semata- mata bukanlah satu kesalahan di bawah undang-undang Labuan kecuali terdapat bukti berkaitan salah laku jenayah mana-mana individu atau syarikat. Satu lagi organisasi yang kadang kala kita keliru dengan ICIJ tetapi sebenarnya ialah organisasi yang berbeza iaitu Global Financial Integrity (GFI).
Meskipun kedua-duanya berpusat di Washington, GFI pula merupakan organisasi yang terdiri daripada kumpulan penganalisis ekonomi yang membuat pendedahan berkaitan aliran keluar wang haram dengan aktiviti trade, mispricing oleh syarikat-syarikat pengimport dan pengeksport dan multinational company untuk mengelakkan cukai.
Merujuk kepada laporan pihak The Coverage berkaitan aliran keluar dana sebanyak RM1.8 trilion dan nama-nama individu lain seperti ahli-ahli keluarga mantan Perdana Menteri, laporan itu sebenarnya tidak merujuk kepada Pandora Papers semata- mata. Sebaliknya maklumat pengaliran dana tersebut dinyatakan dalam laporan GFI.
Manakala nama-nama tambahan tersebut adalah daripada pendedahan-pendedahan lain oleh ICIJ seperti Paradise Papers and Panama Papers.
Laporan GFI mengenai aliran keluar kewangan haram bagi Malaysia adalah lebih nyata, overstated kerana ia tidak mengambil kira Rotterdam Effect serta menganggap error and omission (E&O) yang timbul akibat pencegahan dalam proses kompilasi data sebagai bersamaan dengan aliran kewangan haram. Justeru mengaitkan pendedahan yang telah dibuat oleh ICIJ dan laporan yang telah dikeluarkan oleh GFI adalah satu yang kurang tepat dan boleh mengelirukan kerana kedua-duanya merupakan organisasi yang berbeza dengan laporan yang berbeza.
Buat masa ini, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum memulakan siasatan terhadap laporan Pandora Papers tetapi SPRM dalam proses untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubungan pendedahan ini. SPRM juga mengadakan perbincangan dengan agensi-agensi lain yang berkaitan termasuk dengan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memastikan koordinasi siasatan berhubung perkara ini berjalan lancar. Dalam hal ini, kerajaan tidak akan mengganggu pihak berkuasa sekiranya terdapat laporan terhadap mana-mana pihak atau individu dan memerlukan siasatan lanjut dijalankan terhadapnya.
Sebagai makluman juga, Bank Negara Malaysia juga telah meningkatkan pemantauan dan perisikan dalam mengesan aktiviti kiriman wang tanpa lesen. Ini
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
menyumbang kepada peringkat aktiviti penguatkuasaan bersasar aktiviti kiriman-kiriman wang tanpa lesen sama ada aktiviti bersindiket dan juga operator-operator runcit...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Menteri?
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Bagi tempoh 2017 sehingga 2020– sikit lagi Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Silakan ya.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tindakan penguatkuasaan telah dipertingkatkan dengan 64 kes telah didakwa dalam mahkamah melibatkan lebih RM11 juta jumlah denda dan perlucutan harta. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Sila soalan tambahan Yang Berhormat Port Dickson.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Terima kasih dan salam kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberi penjelasan tentang semua undang- undang yang ada yang dibuat daripada masa saya sampailah sekarang. Akan tetapi soalan saya itu agak spesifik. Walaupun disebut Pandora Papers itu ialah culmination laporan yang dikemukakan sejak awal di Dewan ini sejak 2012 Global Financial Integrity dan ada kaitan kemudian Panama Papers. Sekarang Pandora Papers. Baik.
Apa dia GFI yang dikaitkan dengan keterangan IMF, United Nations dan ini illicit financial flows. Kalau hendak jawab, beri penjelasan tak ada akaun, wang pesisir luar ini adalah halal dan betul, orang tak pertikai itu. Yang dibangkitkan ini ialah wang pengaliran haram. Apa yang disebut, “money that is illegally earned, used or moved and which crosses an international border.” Kalau laporan itu sejak 2012 dan tidak ada tindakan, tidak ada laporan, saya anggap ini hanya satu dalih untuk melengahkan. Saya hendak keputusan Perdana Menteri “ya, kita akan arahkan penyiasatan yang rapi dan tidak akan melindungi.” [Tepuk] Berapa jumlahnya Yang Berhormat Menteri? Berdasarkan Pandora Papers yang merujuk kepada GFI– tak apa kita tak fikir keseluruhannya wang aliran daripada negara- negara lain. Akan tetapi di Asia, kita ini jumlahnya tertinggi. Berdasarkan Laporan Global Financial Integrity 2019 yang merumuskan pengaliran wang dana haram ini, rasuah– wang dari sumber haram yang lain. Perjudian atau pembalakan, perdagangan manusia, ini semua digabungkan dan disebut di sini Malaysia tertinggi di Asia daripada 30 negara.
2015 - USD33.7 bilion – RM100 bilion lebih. India hampir USD10 bilion, Bangladesh hampir USD6 bilion, Filipina USD5.1 bilion. Kita USD33.7 bilion.
Yang Berhormat Menteri jawab, kata ini mungkin tidak tepat kerana ada yang dimasukkan wang yang halal. Ya. Buat siasatan. Sudah hampir 10 tahun siasatan, ambil tindakan. Bukan tindakan yang di bawah yang kecil-kecil ini. Ini nama-nama besar. Kalau mereka tidak salah, beritahu Parlimen. Bagi laporan, beritahu bahawa mereka ini tidak bersalah. Dia kutip RM900 juta bawa keluar ini kerana loteri setiap minggu. Beritahu kepada kita dan kita jelaskan. Inilah soalan saya hendak tanya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat. Soalannya.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Soalannya ialah, apakah tidak mungkin kerajaan meletakkan satu pengarahan jelas kepada SPRM, Jabatan Jenayah Komersial, Bank Negara Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri– ambil tindakan dan beri tempoh supaya tindakan diambil. Kerana ini sudah 10 tahun kita tidak ada ambil tindakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Sila Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Saya bagi jaminan pada Yang Berhormat saya akan jemput semua agensi yang Yang Berhormat sebut tadi iaitu SPRM, Bank Negara Malaysia, Commercial Crime Police Department dan pihak-pihak lain untuk memberi arahan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya penyiasatan
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
dilaksanakan sebagaimana yang disebut di perenggan 11 jawapan saya tadi. Insya-Allah kita akan berbincang dan untuk menentukan tarikh menetapkan jawapan diberi kepada pihak Parlimen apabila setelah didapati apa sahaja keputusan yang didapati daripada penyiasatan itu nanti. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Boleh jelaskan apa yang terjadi kepada laporan yang kita bangkitkan di Parlimen sejak 2012 sehingga sekarang? Apa yang– dari 2012 sampai sekarang– tidak apa yang berlaku. Bagaimanakah kita hendak yakin sekarang suddenly ada perubahan untuk ada tindakan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik. Itu pertanyaan tambahan yang kedua.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya cari ini tak berapa betul. Akan tetapi saya comply. Saya jawab dengan Yang Berhormat. Serius sangat dari semalam lagi sudah. Jadi insya-Allah Yang Berhormat, different kerajaan dia punya tindakan itu berbeza Yang Berhormat. Jadi sekarang berilah peluang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dan saya duduk di belakang ini Yang Berhormat, beri jaminan bahawa kita akan ambil tindakan walaupun telah berlaku dari tahun 2012.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya bagi ruang sebelah sini pula untuk tanya soalan yang terakhir kepada Yang Berhormat Pontian. Sila.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih. Saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri agar beberapa nama yang disebut di dalam Pandora Papers itu terutama mereka yang ada jawatan dalam kerajaan di dalam Dewan Rakyat ini memberikan jawapan dalam Dewan Rakyat ini sebagaimana yang dibuat oleh Menteri Kewangan dan sebagaimana yang dibuat oleh Yang Berhormat Bagan Datuk walaupun Yang Berhormat Bagan Datuk tidak ada jawatan. Akan tetapi ada dua atau tiga orang anggota pentadbiran yang disebut nama dalam Pandora Papers itu perlu menjawab dalam Dewan Rakyat ini. Itu yang pertama.
Kedua ialah kisah trade mispricing ini, contohnya antara eksport Malaysia ke China, sama ada dikira melalui Singapura dan sebagainya yang menyebabkan ketinggian angka di negara China dibandingkan angka yang diperoleh di Malaysia iaitu menyebabkan trade mispricing, itu juga perlu dijelaskan oleh Kementerian Kewangan supaya kita betul- betul faham dalam GFI itu, ada trade mispricing yang perlu dijawab. Terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Saya juga ingin memberi jaminan bahawa saya akan berbincang dengan Perdana Menteri dan supaya pihak-pihak yang terlibat di dalam Pandora Papers sebenarnya saya ada type out daripada Pandora Papers. Bottom note itu Yang Berhormat.
Insya-Allah kita akan maklumkan kepada tiap-tiap individu yang berkenaan untuk membuat penjelasan bahkan dibolehkan dalam Parlimen penjelasan peribadi mereka sendiri. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Peraturan mesyuarat 93 kata minta maaf.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Yang di- Pertua, saya sekejap sahaja. Boleh saya tanya lagi Pandora Papers?
3. Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi [Igan] minta Menteri Kanan Kerja Raya menyatakan berapa ramai pelatih Akademi Binaan Malaysia yang telah menceburi diri dalam bidang pembinaan. Sejauh mana akademi ini telah berupaya untuk menyediakan tenaga kerja mahir tempatan dalam usaha kerajaan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dalam pembinaan khususnya di negeri Sarawak.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Arthur Joseph Kurup
Selamat pagi dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kerja Raya atau KKR melalui Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) setakat ini telah melaksanakan tiga program latihan bagi meningkatkan kualiti kerja sektor pembinaan dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dalam industri pembinaan negara.
Program-program latihan tersebut adalah:
(i) Program Latihan Kompetensi Kemahiran Belia dalam bidang berimpak tinggi iaitu satu program yang menyediakan latihan kompetensi kemahiran untuk trade yang berimpak tinggi bagi tujuan penempatan belia di dalam industri pembinaan;
(ii) Program Latihan Kompetensi Kemahiran Personel Binaan iaitu satu program latihan kemahiran reskilling, upskilling dan multiskilling dan penilaian kompetensi kepada pekerja yang sedang bekerja di dalam industri pembinaan atau kepada golongan yang diberhentikan kerja bagi tujuan meningkatkan peluang pekerjaan; dan
(iii) Program Perantisan Industri Pembinaan CIDB untuk melaksanakan program perantisan iaitu satu inisiatif di mana para graduan dalam bidang pembinaan akan dilatih selama dua hingga 18 bulan bergantung kepada trade dan selepas tamat latihan peserta akan ditempatkan di syarikat pembinaan bagi tempoh tiga bulan.
Dalam tempoh ini, peserta akan mendapat pengetahuan dan kemahiran yang telah mereka pelajari untuk dipraktikkan apabila mereka bekerja di dalam industri. Bagi Program Latihan Kompetensi Kemahiran Belia dan Program Latihan Kompetensi kemahiran Personel Binaan adalah berfokuskan kepada latihan kemahiran yang berimpak tinggi seperti welding, scaffolding erection, air conditioning and ventilation, wireman, chargeman, gas pipe fitting, blasting dan painting, non-destructive testing, crane operation dan plant operation dan plumbing.
Peserta-peserta program yang telah berjaya menamatkan program latihan dan proses penilaian akan dianugerahkan Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan di bawah Akta 520. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dari tahun 2017 sehingga September 2021 dengan peruntukan kewangan yang ada, bilangan peserta yang telah dilatih di bawah program latihan ini adalah seperti berikut:
(i) jumlah keseluruhan bagi Program Latihan Kompetensi Kemahiran Belia seramai 22,284. Jumlah peserta di Sarawak adalah 3,161;
(ii) Program Latihan Kompetensi Kemahiran Personel Binaan.
Jumlah keseluruhan peserta 55,826. Jumlah peserta di Sarawak adalah 8,757; dan
(iii) Program Perantisan Industri Pembinaan CIDB, jumlah keseluruhan adalah sebanyak 4,766.
Selain itu, tracer study telah dilakukan oleh CIDB pada tahun 2020 bagi mendapatkan maklum balas kebolehpasaran dalam industri pembinaan. Hasil daripada kajian tersebut, 88 peratus peserta yang dilatih oleh CIDB telah mendapat pekerjaan dalam industri pembinaan. Di peringkat negeri Sarawak kebolehpasaran peserta program di bawah CIDB ini adalah sebanyak 83 peratus. Sekian, terima kasih.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan ini saya bangkitkan atas kesedaran tentang betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh Akademi Binaan Malaysia ini dalam konteks membangunkan industri pembinaan negara dengan menyediakan latihan kemahiran dan
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
pengurusan berkaitan pembinaan serta mengakreditasi pekerja mahir di dalam industri pembinaan. Jadi, ini amat penting dalam konteks pembangunan negara.
Soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, sejauh manakah usaha yang dilakukan oleh akademi ini bagi menarik minat golongan pelajar khususnya di dalam bidang TVET iaitu Latihan Teknikal dan Vokasional dan menggalakkan para pelajar menjadikan akademi ini sebagai satu pilihan utama? Berapa banyakkah cawangan akademi ini di Sarawak serta apakah ada cadangan untuk membuka lebih banyak cawangan terutamanya di luar bandar bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir di kalangan para belia di luar bandar? Terima kasih.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Dalam usaha untuk menarik minat para lepasan sekolah untuk menyertai program TVET, pihak CIDB atau ADM sentiasa berusaha untuk mempromosikan program-program latihan yang ditawarkan kepada belia-belia tempatan. Promosi telah dibuat dan antaranya melalui construction career fair yang dianjurkan oleh CIDB pada setiap tahun semasa international construction week untuk memberi pendedahan kepada belia berkaitan industri pembinaan.
Di samping itu juga CIDB sentiasa mempromosikan latihan kemahiran berkaitan industri pembinaan melalui platform lain seperti Karnival Masuk Institut Latihan Kemahiran yang dibuat secara maya dan dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia. Bagi menarik minat mereka, CIDB telah menawarkan Program Latihan Kemahiran Belia dengan membiayai belia-belia tempatan bagi mengikuti latihan yang berkaitan.
Berkaitan pula dengan soalan kedua daripada Ahli Yang Berhormat tadi, buat masa ini hanya terdapat satu kampus ABM di wilayah Sarawak iaitu di Kuching. Akan tetapi ABM Wilayah Sarawak juga bekerjasama dengan pusat latihan lain yang ditauliahkan oleh CIDB dan terdapat tiga bahagian utama di Sarawak iaitu satu di Miri, satu di Sibu dan satu di Kuching. Sekian, terima kasih.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga Yang Berhormat Igan kerana menimbulkan persoalan tentang TVET tadi. Saya mendengar dengan teliti penerangan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri dan saya dapati kita masih menggunakan method yang lama di dalam TVET iaitu train and place.
Malah training itu diberikan untuk tiga bulan semata-mata. Ini terbukti telah gagal.
Method seperti ini telah terbukti tidak berkesan. Mahu ataupun tidak mahu, bagi TVET kita perlu melihat kepada model Germany, place and train yang mana ia melibatkan dual training, vocational programme.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Jadi, saya mencadangkan kepada JKR untuk program tersebut, ubah. Buat anjakan paradigma, ikut sistem Germany. TVET kita place and train. Tiga bulan tidak cukup, biar mereka terus diserapkan ke dalam industri dan seterusnya boleh dimanfaatkan oleh industri, hatta sebelum mereka graduate lagi. Jadi, saya sekali lagi mencadangkan cara ke hadapan untuk berjaya ialah dengan mengikuti sistem Germany di dalam TVET.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Place and train. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Timbalan Menteri.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam.
Saya bersetuju bahawa sentiasa ada ruang untuk kita memperbaiki kaedah kita tetapi saya tidak bersetuju bahawa program ini telah gagal. Untuk maklumat Yang Berhormat Simpang Renggam, seperti mana yang saya telah sebutkan tadi 88 peratus peserta yang dilatih oleh CIDB telah mendapat pekerjaan dalam industri pembinaan.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat juga, modul latihan yang sentiasa digunakan adalah berdasarkan kepada standard kemahiran di mana panel pembangunan standard adalah terdiri daripada wakil-wakil industri pembinaan sendiri. Pada masa yang sama, kita sentiasa menyemak dan akan mengambil kira tambahan modul keusahawanan dan juga etika untuk dilaksanakan dalam program latihan CIDB untuk menambah baik program tersebut. Sekian.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa inilah masalah mentaliti kita. Kita berpuas hati dengan apa yang ada dan gagal untuk maju ke hadapan. Jikalau inilah sikapnya, saya meragui kita boleh maju ke hadapan dalam bidang TVET. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Saya berpuas hati Yang Berhormat, ini adalah hasil daripada traces study yang dilakukan oleh CIDB pada tahun 2020. Ada data untuk backup apa yang saya katakan tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Bagan.
4. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta Menteri Luar Negeri menyatakan pendirian Malaysia terhadap Afghanistan selepas dikuasai semula oleh Taliban dan sama ada hubungan diplomatik tertakluk kepada syarat hak asasi wanita tidak dicabuli di Afghanistan, khususnya dalam peluang pendidikan dan pekerjaan serta penglibatan dalam pentadbiran
Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato’ Haji Kamarudin Jaffar
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan atas pertanyaan yang dikemukakan.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan juga saya menjawab pertanyaan Yang Berhormat Bagan bersekali dengan pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Parit Buntar, Yang Berhormat Kota Raja dan Yang Berhormat Subang, masing-masing bertarikh 25 Oktober, 1 Disember dan 13 Disember kerana pertanyaan-pertanyaan tersebut menyentuh isu yang sama.
Secara keseluruhannya ada tiga isu utama yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Pertama, berkaitan pandangan dan pendirian Malaysia terhadap Afghanistan yang dikuasai oleh Taliban. Kedua, peranan Malaysia menerusi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk membina dan membangunkan semula Afghanistan dan ketiga, isu pengiktirafan ke atas kerajaan Afghanistan.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia berpendirian bahawa sebarang perubahan politik dalaman Afghanistan perlu berpaksikan kepada kepentingan para pemegang taruh serta aspirasi rakyatnya sendiri iaitu berdasarkan pendekatan dengan izin Afghan-led, Afghan- owned and Afghan-controlled, peace and national reconciliation process. Di sini terdapat keperluan dan kepentingan untuk menyelesaikan situasi di Afghanistan dengan cara perundingan dan muafakat inklusif yang melibatkan penyertaan semua lapisan masyarakat di negara tersebut dengan matlamat penubuhan sebuah Kerajaan Afghanistan yang menyeluruh.
Semasa mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif OIC pada 22 Ogos 2021 di Jeddah yang turut disertai Malaysia, OIC telah menetapkan pendirian-pendirian berikut:
(i) mengukuhkan komitmen dan sokongan OIC terhadap Afghanistan seperti yang dinyatakan dalam resolusi-resolusi yang diterima pakai pada Sidang Kemuncak OIC dan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar OIC;
(ii) mengetengahkan harapan masyarakat antarabangsa dan kepimpinan baru daripada kepimpinan baru di Afghanistan untuk mempromosikan perdamaian nasional dan mematuhi undang-undang antarabangsa dan resolusi serta Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; dan
Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato’ Haji Kamarudin Jaffar
(iii) menggariskan kepentingan untuk melindungi dan menghormati hak kehidupan, keselamatan dan maruah rakyat Afghanistan dalam memenuhi Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia di Universal Declaration of Human Rights dengan izin.
Secara keseluruhannya, negara-negara anggota OIC bersetuju untuk memberi sokongan penuh terhadap penyelesaian di Afghanistan dalam mencapai perdamaian secara komprehensif dan berkekalan. OIC pada ketika ini sedang memberi tumpuan kepada penyaluran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Afghanistan.
Yang Berhormat Menteri Luar Negeri kita telah juga mengadakan perbincangan- perbincangan mengenai Afghanistan dengan rakan sejawat beliau dari Arab Saudi, Indonesia dan Qatar serta Setiausaha Agung OIC. Pendirian Malaysia adalah selari dengan seluruh komuniti antarabangsa iaitu memberi keutamaan kepada bantuan kemanusiaan dan pembangunan semula Afghanistan. Untuk tujuan ini, Malaysia juga seperti negara-negara lain berpandangan bahawa keterlibatan secara membina, dengan izin constructive engagement perlu dilakukan dengan pihak yang berkuasa di Afghanistan.
Manakala sebagaimana amalan biasa dalam isu pengiktirafan sesebuah negara, faktor-faktor atau parameter tertentu yang perlu diambil kira atau dipertimbangkan. Antara faktor-faktor tersebut ialah seperti isu keabsahan atau dengan izin legitimasi yang merujuk kepada tahap penerimaan rakyat negara berkenaan terhadap penguasaan dan penubuhan kerajaan di negara tersebut.
Seterusnya, kerajaan yang dibentuk hendaklah bersifat inklusif yang merangkumi penyertaan pelbagai golongan termasuk etnik-etnik minoriti serta penyertaan wanita dalam pemerintahan bagi tujuan mencapai keamanan dan kestabilan yang berkekalan.
Penyertaan wanita dalam pentadbiran adalah penting bukan sahaja dari sudut memelihara hak-hak wanita dan anak-anak perempuan, women and girls dengan izin tetapi juga daripada aspek peranan dan sumbangan mereka kepada pembinaan sesebuah negara dan masyarakat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta rumuskan Yang Berhormat.
Dato’ Haji Kamarudin Jaffar
Akhir sekali dalam konteks Afghanistan, ia perlu berpaksikan kepada para pemegang taruh serta rakyatnya sendiri. Dalam hal ini, Malaysia akan terus memantau perkembangan di Afghanistan. Pada masa yang sama, Kementerian Luar Negeri juga bersedia menjadi pemudah cara kepada pertubuhan- pertubuhan bukan kerajaan, NGO’s dengan izin. Malaysia dalam usaha untuk menghulurkan bantuan-bantuan kemanusiaan kepada rakyat Afghanistan yang memerlukan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Timbalan Menteri. Sila Yang Berhormat Bagan, soalan pertama.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Saya hendak tanya, adakah Yang Berhormat Ampang, Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi yang menyatakan keresahan beliau tentang hak asasi wanita di Afghanistan kerana dinafikan peluang pendidikan dan pekerjaan serta penglibatan dalam pentadbiran kerajaan.
Beliau hendak pergi ke Afghanistan untuk memberikan asuhan ataupun panduan macam mana hendak mengukuhkan hak asasi wanita tersebut. Apakah perkembangan tentang perkara ini? Ini penting Tuan Yang di-Pertua kerana Malaysia sekarang menjadi ahli dalam hak asasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Itu satu perkara penting.
Kedua, adakah pendirian PAS yang menyokong Taliban di Afghanistan akan mempengaruhi dasar luar negara berkaitan dengan pengiktirafan Afghanistan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Sila.
Dato’ Haji Kamarudin Jaffar
Terima kasih Yang Berhormat Bagan.
Pertamanya, sahabat saya Yang Berhormat Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Yang Berhormat Ampang memang telah menyatakan dan telah pun mengambil langkah untuk bertemu dengan Duta Afghanistan di Kuala Lumpur. Kita menghormati dan kita sudah tentu bersimpati dan bersama-sama dengan Yang Berhormat Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi dalam usaha beliau untuk membantu kerajaan kita, membantu rakyat Afghanistan dalam isu kedudukan dan peranan wanita dalam negara tersebut.
Keduanya, berkaitan dengan keterlibatan PAS dalam menentukan dasar dan pengiktirafan kita terhadap Afghanistan. Sudah tentu PAS adalah sebahagian daripada anggota Kabinet dan sudah tentu apabila keputusan yang hendak dibuat, peranan PAS seperti juga peranan parti-parti dalam kerajaan dan Kabinet dan semua parti politik dalam kontak kita bersama ini dalam isu yang amat penting yang mana seluruh kuasa dunia bersatu untuk melihat Afghanistan itu dipulihkan dan sebagainya, ini adalah suatu saya fikir pencapaian terbaik komuniti antarabangsa, kuasa-kuasa besar bersama negara- negara kecil juga bersatu ingin melihat bahawa Afghanistan dipulihkan seberapa segera.
Terima kasih.
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
Tuan Yang di- Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik. Soalan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Kuala Langat.
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan tahniah Kementerian Luar Negeri Malaysia yang mengambil inisiatif yang positif kepada negara Afghanistan dengan kerjasama dengan OIC untuk mencari bagaimana kita hendak membentuk sebuah negara yang harmoni dan baik di sana.
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
Saya juga kena katakan situasi sekarang ialah sebab Amerika Syarikat keluar tanpa membuat apa-apa lain juga. Saya cadangkan kepada Kerajaan Malaysia untuk kita teruskan dengan hubungan melalui OIC ataupun golongan-golongan lain untuk adakan satu dialog di antara Afghanistan dengan Malaysia.
Dalam isu ini, saya cadangkan kalau boleh semua negara OIC, termasuk Malaysia, bina sebuah sekolah, khususnya untuk wanita di dalam Afghanistan. Let’s put our money where our mouth is. Kita boleh mulakan dengan cara yang baik untuk kita bantu wanita di dalam Afghanistan untuk ada sekolah ataupun kita boleh bina sebuah hospital juga dengan kerjasama negara lain di dalam Afghanistan. OIeh sebab inilah yang diperlukan oleh Afghanistan sekarang dan kita kena tunjukkan kesahabatan kita dan juga bantuan kita kepada sebuah negara seperti Afghanistan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Sila Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Haji Kamarudin Jaffar
Terima kasih Yang Berhormat sahabat saya, Yang Berhormat Kuala Langat. Sebagai mana yang beliau juga sebutkan, memang itulah dasar kerajaan kita. Berkaitan dengan kedudukan wanita di Afghanistan ini. Suka saya catitkan di sini dan laporkan di sini bahawa Laporan World Economic Forum pada pertengahan tahun ini sebelum kerajaan baharu ini mengambil alih juga mengatakan bahawa Laporan Indeks Jurang Gender Global 2021 meletakkan Afghanistan berada di kedudukan terakhir iaitu tempat 156 daripada kalangan negara-negara.
Ini bermakna, walaupun Amerika Syarikat dan kuasa barat telah menguasai Afghanistan selama 20 tahun daripada 2001 hingga 2021, keadaan gender dan wanita tidak terbela pun oleh kerajaan dan kuasa-kuasa asing ini. Jadi, takkanlah kita hendak harapkan Afghanistan yang baharu ambil kerajaan dua bulan ini, hendak tukar dan ubah semuanya dalam masa yang begitu cepat.
Akan tetapi apa pun, saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kuala Langat bahawa kita perlu kerjasama dengan negara-negara lain untuk membantu Afghanistan,
Dato’ Haji Kamarudin Jaffar
khususnya daripada segi pendidikan, khususnya kepada wanita-wanita dan anak-anak perempuan mereka. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Timbalan Menteri.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Satu lagi?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya bagi pertanyaan ketiga, sila, ringkas.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Ancaman baharu di Afghanistan sekarang ialah kumpulan ISIS yang telah mengebom tempat-tempat awam, termasuk masjid. Pengeboman di Airport Kabul dikatakan ada rakyat Malaysia yang terlibat. Rakyat Malaysia yang terlibat dengan ISIS agak ramai, di antaranya berada di Syria, sekarang ini, kawasan Idlib.
Sejauh mana pemantauan kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang terlibat dalam ISIS? Adakah mereka yang baharu direkrut atau dulu yang belajar di Afghanistan? Sejauh mana hubungan mereka dengan rakyat Malaysia dalam hal rekrut ISIS ini yang membuat satu ancaman baharu keamanan di Afghanistan sekarang ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Sila.
Dato’ Haji Kamarudin Jaffar
Terima kasih Yang Berhormat sahabat saya, Yang Berhormat Kota Raja. Memang itu sudah pun juga kita ikuti dalam media tentang pengeboman masjid dan dituduh dilakukan oleh ISIS. Secara teknikalnya, bidang berkaitan dengan keselamatan dan urusan-urusan yang berkaitan, tidaklah sepenuhnya berada di Kementerian Luar Negeri. Kita ada sebagai mana Yang Berhormat maklum, agensi-agensi yang menjaga keselamatan.
Akan tetapi secara umumnya, Wisma Putra membuat pemantauan. Segala maklumat itu sudah tentu kita akan kongsikan dengan agensi-agensi keselamatan negara kita untuk memastikan sebagaimana komitmen Kerajaan Taliban tidak ingin menjadikan Afghanistan sebagai tempat untuk terorisme di seluruh dunia. Maka, kita bersama-sama dalam komitmen yang sama, Yang Berhormat Kota Raja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seterusnya, saya menjemput Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi, Yang Berhormat Tumpat.
5. Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat] minta Perdana Menteri menyatakan status pembangunan rangka kerja tindakan pembangunan bumiputera seperti yang diumumkan di bawah RMKe-12 serta penglibatan agensi kerajaan bermandat bumiputera seperti Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dalam membangunkan rangka kerja tindakan pembangunan bumiputera ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Yang Berhormat, Unit Peneraju Agenda Bumiputera
(TERAJU) selaku agensi penyelaras utama bagi pembangunan ekonomi dan sosioekonomi bumiputera telah dimandatkan untuk membangunkan rangka kerja tindakan pembangunan bumiputera.
Untuk makluman, Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) telah bersidang sebanyak dua kali pada tahun 2021 dan telah menetapkan beberapa keputusan, antaranya adalah pembangunan rangka kerja tindakan pembangunan bumiputera.
Rangka kerja ini telah mengenal pasti beberapa sasaran (KPI) awal, daripada Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Rancangan Malaysia Ke-12 untuk meningkatkan status sosioekonomi bumiputera. Yang Berhormat, TERAJU sebagai sekretariat dalam membangunkan rangka kerja ini telah menjalankan sesi sindikasi dan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid
libat urus bersama 32 kementerian, agensi kerajaan dan pemain industri, antaranya ialah MOF, JPM, MOSTI, MAFI, MDEC dari April hingga Julai 2021.
Satu sesi pemantapan bersama pemegang taruh bumiputera telah dijalankan bagi mendapatkan maklum balas mengenai program pembangunan dan inisiatif yang telah dikenal pasti di bawah rangka kerja tindakan pembangunan bumiputera. Ia melibatkan 694 orang peserta selama empat bulan untuk mengenal pasti program pembangunan dan inisiatif untuk mencapai sasaran yang ditetapkan di bawah TPB 2030 ini. Ia berhasil mengenal pasti 142 program pembangunan dan inisiatif untuk memacu pembangunan sosioekonomi bumiputera dengan sumbangan lebihan kendali kasar (gross operating surplus), dengan izin, berjumlah RM201.5 bilion pada 2030 dan mencipta 406,995 pekerjaan.
Pembiayaan berjumlah RM106.47 bilion daripada sektor awam dan swasta akan disuntik ke dalam projek rintis dan inisiatif yang dikenal pasti untuk mencapai sasaran akhir key economic growth activities (KEGA) dan priority area, dengan izin. Ini akan dapat memperkukuh, mempersiapkan dan melestarikan perniagaan bumiputera dengan kemahiran dan pemikiran yang diperlukan untuk kekal berdaya saing dan berjaya di peringkat domestik, serantau dan global, di samping meningkatkan penyertaan syarikat bumiputera dalam rantaian nilai global berorientasikan eksport produk bernilai tambah tinggi.
Yang Berhormat, status semasa rangka kerja tindakan pembangunan bumiputera yang diumumkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 akan diumumkan dan dilancarkan pada hujung tahun ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ia akan memperincikan modul baharu pembangunan ekonomi bumiputera bagi 10 tahun akan datang dan menjadi kesinambungan dasar bumiputera terdahulu bagi meningkatkan status ekonomi serta sosioekonomi bumiputera, terutama bagi menghadapi era pascapandemik COVID-19. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan pertama, sila.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang sangat detail itu. Saya meneliti dan memahami akan Dasar Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 yang menjadi antara pemangkin utama kepada pembangunan dan pemerkasaan Bumiputera ketika ini. Soalan tambahan saya berdasarkan jawapan daripada Timbalan Menteri tadi, apakah kementerian merancang untuk meluaskan penguasaan sektor ekonomi bumiputera, khususnya melibatkan industri kreatif serta teknologi hijau yang menjadi pemangkin dasar masa depan negara? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Timbalan Menteri, satu minit.
Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid
Terima kasih Yang Berhormat.
Dua bidang ini adalah dua bidang yang menjadi perhatian saya juga. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat, rangka kerja tindakan pembangunan bumiputera yang dibangunkan oleh TERAJU ini sebenarnya bersifat holistik, menyeluruh dan telah pun mengambil kira segala aspek perancangan bagi meningkatkan penguasaan bumiputera dalam sektor-sektor baharu yang berimpak serta bernilai tinggi bagi tempoh 10 tahun akan datang.
Ini juga termasuk rancangan bagi meluaskan penguasaan bumiputera dalam sektor ekonomi yang melibatkan industri kreatif dan teknologi hijau. Industri-industri tersebut untuk makluman Yang Berhormat, merupakan antara cabang ekonomi yang telah dikenal pasti di bawah tujuh KEGA seperti:
(i) ekonomi digital;
(ii) pembuatan serta logistik;
(iii) pengangkutan dan mobiliti;
(iv) lestari.
Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid
Selain itu juga, pemerkasaan bumiputera dalam sektor-sektor ini akan turut disokong oleh pelaksanaan Program Intervensi Strategik serta inisiatif di bawah tujuh bidang keutamaan bumiputera yang telah pun digariskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12. Ia akan dilaksanakan oleh kementerian-kementerian serta agensi-agensi yang berkaitan. Aspek-aspek di bawah bidang keutamaan ini seperti keusahawanan, pembangunan modal insan dan penciptaan kekayaan bumiputera akan membantu memperkasakan serta melonjakkan lagi penyertaan bumiputera dalam sektor melibatkan industri kreatif dan teknologi hijau. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Batu Gajah.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tindakan-tindakan pembangunan bumiputera melalui TERAJU dan sebagainya adalah penting dan perlu untuk memastikan pembangunan sosioekonomi antara kaum yang lebih adil dan saksama.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Soalan tambahan saya ialah adakah kerajaan juga bercadang untuk mewujudkan agensi kerajaan bermandat selain daripada MITRA untuk membantu kaum India yang juga jauh ketinggalan dalam arus pembangunan negara. Setakat ini ekuiti kaum India hanyalah 1.15 peratus sahaja berbanding dengan sasaran 3 peratus. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.
Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid
Terima kasih, Yang Berhormat.
MITRA sudah tentu di bawah Kementerian Perpaduan tetapi di bawah Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU), salah satu daripada agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas). Kita juga melihat perkara ini supaya ia menimbulkan kesaksamaan di antara semua etnik sama ada daripada segi bangsa, daripada segi umur ataupun keluasan geographical di negara kita.
Ia sentiasa mengambil kira bahawa kita mahu satu usaha yang bersepadu di seluruh Malaysia supaya setiap rakyat tidak tertinggal dan menerima kenikmatan bersama apa sahaja kekayaan dan kehebatan di dalam negara ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih. Pertanyaan jawab lisan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus, Ahli Parlimen Hulu Langat.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Terima kasih.
Demi rakyat MoU terpateri, Namun rakyat masih diabaikan, Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, Jangan abaikan nombor enam.
6. Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus [Hulu Langat] minta Menteri Kanan Kerja Raya menyatakan bagaimana kerajaan boleh memanfaatkan teknologi dan inovasi tempatan seperti peralatan "Flood Depth Indicator Pole" dalam mengatasi masalah kualiti jalan raya di Malaysia yang kerap rosak akibat banjir serta faktor-faktor lain.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih, Yang Berhormat Hulu Langat. Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha untuk meningkatkan kualiti jalan raya, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) telah melaksanakan pelbagai kajian yang melibatkan pelbagai teknologi dan inovasi seperti:
(i) kajian penggunaan sisa plastik sebagai bahan tambah dalam turapan jalan;
(ii) kajian penggunaan warm mix asphalt sebagai bahan turapan jalan;
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Arthur Joseph Kurup
(iii) kajian penggunaan pelbagai bentuk getah sebagai bahan tambah dalam turapan jalan;
(iv) kajian penggunaan micro surfacing sebagai bahan turapan jalan;
(v) kajian penggunaan roller-compacted concrete (RCC) sebagai turapan jalan alternatif;
(vi) kajian all weather cold mix sebagai bahan penampal porthole;
(vii) kajian crack ceiling dalam merawat keretakan pada permukaan jalan;
(viii) kajian crumb rubber modified asphalt sebagai bahan turapan jalan;
(ix) assessment of bond between pavement layers;
(x) kajian lanjutan produk inovasi ‘cork mat’;
(xi) kajian latex asphalt sebagai bahan turapan jalan;
(xii) kajian plastik asphalt sebagai bahan turapan jalan; dan juga
(xiii) kajian kualiti garisan jalan serta kadar pemudaran retroreflectivity berbanding masa dan trafik;
(xiv) kajian keberkesanan turapan micro surfacing dalam menghindar keretakan pantulan; dan
(xv) kajian cup lump modified asphalt sebagai bahan turapan jalan.
Berkaitan pula dengan produk flood depth indicator pole sebenarnya Ahli Yang Berhormat, produk ini berfungsi sebagai penanda kedalaman aras banjir yang bertujuan memberi panduan kepada pemandu kenderaan daripada jarak yang selamat sebelum mereka mengharungi banjir tersebut. Produk sini sebenarnya bukan penyelesaian langsung terhadap masalah kualiti jalan raya di Malaysia yang kerap rosak akibat banjir serta faktor-faktor yang lain.
Akan tetapi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, produk inovasi ini terhasil daripada program Jejak Inovasi JKR Malaysia tahun 2015 dan telah didaftarkan di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) di bawah kategori pattern pada 3 Julai tahun 2017 dan masih di peringkat substantive examination. Selain itu produk ini telah melalui proses uji cuba di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia dan telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Bersama (JKR-LLM) dan kelulusan Produk Bagi Kerja-kerja Jalan
(JBKPJ) pada tahun 2017.
Jawatankuasa telah meluluskan penggunaan produk flood depth indicator pole ini dengan beberapa cadangan penambahbaikan yang perlu dibuat sebelum ia diadaptasi di peringkat jabatan. Walau bagaimanapun, peringkat cipta produk ini masih belum membuat sebarang penambahbaikan produk untuk dibentangkan semula kepada jawatankuasa tersebut. Justeru produk ini belum bersedia diadaptasi di peringkat jabatan dan seterusnya belum lagi boleh dikomersialkan. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila, Yang Berhormat Hulu Langat.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kami Ahli-ahli Parlimen sentiasa melihat dan menilai kualiti-kualiti jalan selenggaraan JKR. Sebenarnya, saya sangat kagum dengan kajian-kajian yang disebutkan tadi dan sebenarnya terdapat banyak lagi pelbagai peralatan dan produk buatan tempatan yang boleh membantu JKR khasnya dalam menyelenggarakan jalan raya yang kerap rosak seperti ..... board, concrete mattres dan sebagainya.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Sayangnya, walaupun produk-produk tempatan ini ada yang telah mendapat pengiktirafan antarabangsa seperti dengan izin, International Invention, Innovation And Technology Exhibition (ITEX) tetapi tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh JKR. Adakah Kementerian Kerja Raya menyediakan insentif ataupun geran-geran tambahan khas kepada syarikat-syarikat teknologi tempatan termasuk bertaraf bumiputera yang memiliki produk dan peralatan inovasi baharu agar dapat diguna pakai oleh JKR. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Hulu Langat. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat.
Sepertimana yang saya katakan tadi, JKR sentiasa akan menerima baik kajian-kajian ataupun teknologi dan inovasi yang baharu yang boleh bantu untuk meningkatkan lagi taraf jalan raya di negara kita.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari tahun 2017 hingga ke tahun 2020, Kementerian Kerja Raya telah pun memperuntukkan sejumlah RM6.2165 juta kepada CREaTE bagi menjalankan beberapa kajian perkembangan teknologi inovasi dan kreativiti dalam perkhidmatan dan pengkomersialan inovasi tempatan serta mengorak langkah dalam mempertingkatkan penyelidikan dan pembangunan.
Bagi memanfaatkan teknologi dan inovasi tempatan dalam mengatasi masalah kerosakan jalan, beberapa langkah akan diambil dan juga sedang dilaksanakan seperti;
(i) melindungi teknologi dan inovasi sebagai harta intelek. Ini juga merupakan satu insentif; dan
(ii) pengadaptasian di peringkat KKR dan JKR Malaysia di mana teknologi dan inovasi tempatan diaplikasikan ke dalam projek- projek pembangunan.
Ini juga merupakan satu insentif. Juga kolaborasi bersama start-up company bagi tujuan pengkomersialan produk inovasi termasuk memastikan produk inovasi tempatan adalah berdaya saing dan berpotensi untuk dikomersialkan. Kolaborasi sedemikian akan memberi peluang untuk syarikat tempatan khususnya warga bumiputera, kontraktor bumiputera untuk menyediakan produk inovasi yang seiring dengan pendigitalan IR.4.0 supaya dapat memenuhi pasaran tempatan dan sedia digunakan dalam projek-projek pembangunan. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua, saya jemput...
Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan
Kalabakan.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Kemaman.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Keningau.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin membangkitkan isu banjir disebabkan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah. Didapati bila mana ada hujan turun dan banjir, didapati bahawa satu daripada penyebab ialah Lebuhraya Pan Borneo yang mempunyai saluran air menggunakan culvert yang kecil sahaja yang tidak mampu memberi laluan kepada air menyeberangi jalan raya itu.
Ini menyebabkan takungan air yang berlebihan sehinggalah ada rumah-rumah kampung-kampung yang tenggelam oleh sebab itu. Jadi soalan saya, apakah tindakan kerajaan untuk mengatasi atau mengubahsuaikan design jambatan-jambatan yang kecil ini ataupun saluran-saluran air perparitan di Lebuhraya Pan Borneo.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
Sebab ini telah berlaku di Tebobon, Tuaran, Kolopis, Penampang dan baru-baru ini di satu kampunglah, saya lupa sudah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Keningau. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Ahli Yang Berhormat dari Keningau.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kita telah membuat kajian di kawasan-kawasan yang dilanda banjir baru-baru ini dan kampung-kampung khususnya di Daerah Penampang yang terlibat adalah yang diakibatkan daripada jajaran Pan Borneo hanya di kawasan Kampung Kolopis dan juga Duvanson. Jadi, pihak JKR hanya mempunyai kuasa untuk memberi arahan kepada kawasan di mana jajaran Pan Borneo itu adalah dibina.
Bagi kawasan-kawasan yang lain, ia sebenarnya di bawah bidang kuasa PBT ataupun kerajaan negeri. Jadi, bagi jajaran Pan Borneo yang telah mengalami banjir, sebenarnya reka bentuk jalan ini sudah mengambil kira purata hujan setiap tahun tetapi beberapa minggu yang lalu, kita telah mengalami taburan hujan yang luar biasa. Lima kali ganda daripada purata tahunan.
Maka, parit yang sebenarnya telah diambil kira itu tidak dapat menampung taburan hujan yang luar biasa pada waktu itu. Jadi sebagai tindakan segera, JKR telah mengarahkan kepada pihak kontraktor yang membina jajaran Pan Borneo di kawasan yang terlibat itu untuk membersihkan parit dan juga melebarkan parit-parit serta saluran air dan juga membaiki culvert supaya saluran air itu boleh mengalir dengan lebih lancar selepas daripada ini. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Satu lagi soalan, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta maaf. Kita masih ketinggalan daripada segi jumlah pertanyaan lisan.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Satu soalan tambahan lagi.
Berkaitan, berkaitan.
7. Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah [Lenggong] minta Perdana Menteri menyatakan libat urus golongan belia dalam memperkasa Akademi Pilihan Raya selaras dengan pelaksanaan Undi18 bagi memastikan mereka memahami tanggungjawab dan seterusnya mengambil bahagian dalam pilihan raya.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah pun melalui Akademi Pilihan Raya menjalinkan kerjasama strategik dengan beberapa kementerian untuk melaksanakan program pendidikan pengundi yang bertujuan untuk memberikan kefahaman terhadap proses pilihan raya yang dijalankan di negara kita serta mensiapsiagakan para belia agar menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab dengan melibatkan diri dalam proses pilihan raya.
Antara kementerian yang terlibat adalah Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta agensi-agensi dan juga badan-badan bukan kerajaan yang mempunyai kaitan dengan belia.
Selain daripada itu, bagi menyebar luas penyampaian maklumat pilihan raya kepada golongan belia, Akademi Pilihan Raya telah pun mengadakan program APR dengan izin, APR Associate Trainer ataupun lebih dikenali dengan AAT yang mana melalui program AAT ini, Akademi Pilihan Raya dapat melatih lebih ramai lagi anak muda golongan belia sebagai penceramah dan juga jurulatih yang mampu untuk bersama-sama dalam Akademi Pilihan Raya menyampaikan maklumat tentang proses pilihan raya di Malaysia kepada pelajar sekolah dan juga golongan belia dalam institusi pendidikan di seluruh negara.
Setakat hari ini, kita mempunyai lebih kurang 273 peserta yang telah pun mengikuti latihan insentif oleh Akademi Pilihan Raya dan seterusnya dilantik sebagai AAT
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
ini. Akademi Pilihan Raya juga mengambil inisiatif perkongsian secara maya dalam media sosial bagi memberikan penerangan yang lebih mudah dan juga ringkas berkenaan dengan proses pilihan raya melalui platform Facebook, YouTube, Twitter dan TikTok yang pada ketika ini menjadi trend untuk belia dan juga anak muda. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Soalan tambahan pertama, sila Yang Berhormat Lenggong.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita hendak ikut contoh, barangkali Australia adalah model terbaik yang mana negaranya melaksanakan pendidikan demokrasi dan pilihan raya seawal usia tujuh tahun dengan sistem kurikulum yang cukup tersusun, tidak dirancang secara ad hoc dan sebagainya.
Soalan saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi sebut lebih kepada menyediakan petugas-petugas. Soalan saya, bagaimana kita hendak meningkatkan kesedaran rakyat terutama di kalangan generasi muda daripada awal usia. Apakah sistem kurikulum benar-benar disusun, termasuklah Kementerian Pendidikan. Secara detailnya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Lenggong. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
Okey. Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan itu. Bagi menjawab soalan itu, silibus maksudnya dalam pendidikan, ia haruslah berkenaan dengan Kementerian Pendidikan tetapi untuk Akademi Pilihan Raya yang ada di bawah SPR ini, tugas kami adalah untuk memberikan pendedahan terutama sekali kepada anak-anak muda, kepada golongan belia dalam proses pilihan raya di negara kita ini.
Kalau kita tengok engagement secara media maya yang telah pun kita laksanakan, mencapai lebih daripada 300,000 capaian walaupun dalam waktu pandemik ini dan saya kira hari ini, dengan adanya sesi libat urus yang kita adakan baru-baru ini bersama dengan Majlis Belia Malaysia— Yang Berhormat pun pernah menjadi Presiden Majlis Belia Malaysia.
Sebab itulah Yang Berhormat sedar tentang betapa hebatnya kuasa anak muda dan betapa pengaruh berkesan anak muda ini kepada proses pilihan raya. Saya yakin dan percaya apabila adanya modul-modul yang baik ini dapat kita perkenalkan supaya bukan hanya untuk golongan muda tetapi juga seawal usia pelajar sekolah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Soalan tambahan yang kedua.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Yang Berhormat Timbalan Menteri, sikit, sikit. Tambahan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, yang saya sebutkan tadi ialah mesti ada sistem kurikulum yang betul-betul tersusun di awal usia, bukan program-program ad hoc dalam media sosial begitu. Kurikulum yang tersusun di peringkat awal usia sekolah. Itu yang saya minta kita buat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Lenggong, baik. Saya jemput pertanyaan soalan tambahan Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau kita lihat angka yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi adalah 273 peserta AAT ataupun trainers. Kalau kita bahagikan, lebih kurang satu trainer per satu kawasan Parlimen. Kita ada 222, semestinya tidak cukup.
Jadi, memandangkan jumlah yang begitu ramai yang akan menjadi pengundi dalam masa yang terdekat ini, apakah perancangan untuk tingkatkan jumlah peserta dan apakah APR berhasrat untuk bekerjasama mengambil kami, Ahli-ahli Parlimen untuk turut serta dalam usaha memberi pendidikan tentang proses pilihan raya kepada pengundi- pengundi baru nanti? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
Terima kasih Yang Berhormat. Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas penawaran khidmat Yang Berhormat dan juga rakan-rakan Ahli Parlimen untuk bersama-sama dengan SPR dalam usaha kita untuk melatih dan juga memberi pendedahan kepada anak-anak sekolah dan juga anak-anak muda ini dalam proses pilihan raya yang mana betul, tak cukup 273.
Cukup kecil sekali angkanya dan ini sebenarnya adalah sebelum pandemik dan disebabkan oleh kekangan pandemik ini, kita tidak boleh ke depan dalam usaha untuk melatih lebih ramai lagi tetapi saya yakin dan percaya dengan adanya sesi libat urus dan juga engagement bersama dengan Yang Berhormat bukan hanya Ahli-ahli Parlimen tetapi juga mungkin dengan pemimpin belia dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri yang boleh lagi datang bersama untuk sama-sama dalam melatih mereka ini.
Ini adalah cukup bagus kerana keupayaan kami di Akademi Pilihan Raya juga amat terhad. Kami mempunyai hanya seramai 30 kaki tangan sahaja dan ini tidak cukup.
Oleh sebab itu dengan adanya bantuan, kerjasama daripada semua pelbagai pihak adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan - Keningau
Tuan Yang di-Pertua, satu soalan lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
[Soalan No. 8 – YB. Tuan Kesavan a/l Subramaniam (Sungai Siput) tidak hadir]
9. Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [Julau] minta Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi menyatakan adakah pihak kementerian bersedia untuk mengadakan kerjasama dengan Jabatan Pertanian Sarawak dalam memanfaatkan penggunaan teknologi satelit bagi menentukan jumlah sebenar saiz keluasan kawasan tanaman dan pengeluaran lada yang dijalankan di negeri Sarawak.
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi I - Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat.
Kementerian sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk Jabatan Pertanian Sarawak dalam usaha untuk memajukan dan memperkasakan lagi industri lada negara. Pada masa ini, bagi tujuan menentukan keluasan tanaman lada dan pengeluaran dengan menggunakan teknologi satelit, Lembaga Lada Malaysia sedang menjalankan kerjasama dengan Agensi Angkasa Malaysia atau MYSA dahulunya dikenali sebagai Agensi Remote Sensing Malaysia. Kerjasama ini masih dalam pelaksanaan dan dilakukan secara berfasa di mana fasa pertama melibatkan kawasan tanaman di Semenanjung Malaysia yang dijangkakan akan diselesaikan pada penghujung tahun ini. Seterusnya, pelaksanaannya akan diteruskan di negeri Sabah dan Sarawak. Untuk maklumat Yang Berhormat juga, kerjasama dengan Jabatan Pertanian Sarawak yang sedang dan telah dilaksanakan adalah daripada aspek perkongsian maklumat pekebun kecil, kajian penyelidikan dan pembangunan berkaitan tanaman lada dan juga latihan serta pemindahan teknologi kepada usahawan perusahaan kecil dan sederhana. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan pertama, sila Yang Berhormat Julau.
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan sebentar tadi. Sewaktu saya berkhidmat selaku Pengerusi Lembaga Lada Malaysia, saya menyedari bahawa rekod data yang dikeluarkan oleh Lembaga Lada Malaysia atau MPB dan data daripada Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED) sangat berbeza dapatannya. Di peringkat MANRED, mereka menggunakan teknologi GIS
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
itu teknologi fotografi supply dan data mereka jauh lebih tepat. Manakala di peringkat agensi MPB, mereka menggunakan pendekatan yang berbeza dengan metodologi mereka sendiri.
Ketika membuat perbandingan antara kedua-dua laporan tersebut, terdapat perbezaan data yang sangat ketara antara data MANRED dengan data yang dikeluarkan oleh MPB. Ada sesetengah kes yang saya terima laporan, jumlah perbezaan keluasan tanaman ini 10 kali jauh beza dan sangatlah bercanggah. Di sini, saya boleh merumuskan bahawa data yang dikeluarkan oleh MANRED adalah jauh lebih tepat. Ini kerana mereka menggunakan teknologi pengimejan satelit.
Jadi soalan tambahan saya Yang Berhormat Menteri, adakah kementerian Yang Berhormat menerusi agensi MPB bersedia untuk mengguna pakai data-data sedia ada MANRED berbanding untuk mengkaji kadar atau metodologi baharu yang bukan hanya memakan masa, bahkan juga hanya membazirkan sumber yang terhad? Terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng
Terima kasih Yang Berhormat. Memang benar Yang Berhormat adalah ex-Chairman. Untuk makluman Yang Berhormat, sepanjang pengetahuan Lembaga Lada Malaysia sejak tahun 2018 data pekebun kecil dan keluasan lada di Jabatan Pertanian Sarawak adalah data yang dibekalkan oleh Lembaga Lada Malaysia. Jadi untuk makluman Yang Berhormat, adalah dimaklumkan bahawa penghujung tahun pemetaan untuk keluasan tanaman lada ini di Semenanjung akan selesai dan pada tahun 2022 akan selesai di Sabah, pada tahun 2023 di Sarawak.
Apa pun, saya bersetuju kalau katakan ada sistem atau kaedah yang didapati mungkin lebih berkesan. Saya akan aturkan perjumpaan terutama Yang Berhormat boleh berbincang dengan agensi berkaitan untuk memperkasakan satu kaedah sistem yang boleh dapat data yang lebih tepat untuk kegunaan Lembaga Lada Malaysia bagi masa depan. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.
Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau
Minta maaf Yang Berhormat Menteri, Lembaga Lada Malaysia tidak ada sistem GIS dan saya tadi baru confirm bersama bekas Pengarah MPB Stanley Liew dan saya pun ada tanya bersama Pengarah MANRED Dr. Alvin Sia ini, GIS sistem adalah di bawah MANRED, bukan di bawah MPB.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng
Boleh saya jawab Tuan Yang di-Pertua. Ini benar Yang Berhormat. Itulah saya katakan mungkin saya aturkan satu perjumpaan. Oleh sebab, untuk sistem ini sebenarnya pada Rancangan Malaysia Kesebelas iaitu awal Rancangan Malaysia Kesebelas di mana setiap agensi di bawah KPPK di arah untuk menjalinkan kerjasama bersama MYSA.
Ini bukan sahaja dengan bersama dengan Lembaga Lada Malaysia tetapi agensi- agensi lain seperti Lembaga Koko, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara juga menggunakan sistem ini. Jadi, saya tahu Lembaga Lada Malaysia tidak mempunyai sistem GIS yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi. Oleh sebab itu, saya katakan sekarang aturkanlah mungkin adakan perbincangan. Mungkin boleh bantu. Kita boleh bekerjasama dengan sesiapa sekalipun untuk kebaikan bersama.
Puan Teresa Kok - Seputeh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, sekarang harga lada agak tengah meningkat. Adakah kementerian mempunyai rancangan untuk menggalakkan penanaman lada gred premium secara besar-besaran supaya Sarawak boleh dijadikan sebagai negeri yang mengeluarkan lada yang ada kualiti, ini satu.
Kedua ialah apa yang berlakunya campuran lada di Sarawak dengan lada di negara-negara jiran. Jadi, adakah kementerian mempunyai apa-apa rancangan untuk mencegah perkara ini daripada berlaku untuk memastikan lada yang dikeluarkan yang dieksport dari Sarawak itu adalah pure Sarawak peppers?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Seputeh. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini soalan keluar daripada untuk kaedah kita membuat keluasan tanah ini. Apa-apa pun, kementerian mantan Yang Berhormat Menteri tahu daripada apa yang dirancang itu,
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng
memang untuk kebaikan pekebun kecil. Pekebun kecil kemajuan lada ini di Sarawak, kerajaan memang buat pelbagai bantuan, bantuan tanaman baharu, bantuan sebagai mantan yang menanya telah diberikan bantuan one-off.
Selain itu juga, untuk menggalakkan tanaman secara besar-besaran berskala besar. Oleh sebab itulah, kementerian memang melalui Lembaga Lada Malaysia membuat pelbagai perancangan untuk meningkatkan pendapatan kepada pekebun kecil.
Kalau untuk meningkatkan pendapatan, maknanya, marketing kita kena buat untuk membantu mereka di mana tanaman itu mesti berkualiti. Akan tetapi, kita tahu bahawa di Sarawak memang mempunyai lada berkualiti, memang terkenal. Kerajaan atau kementerian memang sentiasa mengambil perhatian dan perancangan masa hadapan untuk membantu dalam bidang ini, untuk membantu terutama pekebun kecil dalam bidang industri ini.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Tuan Cha Kee Chin.
10. Tuan Cha Kee Chin [Rasah] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan apakah pendekatan, inisiatif dan strategi terkini kementerian dalam usaha untuk memerangi kempen anti minyak sawit di negara Barat.
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi I - Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat.
Untuk makluman Yang Berhormat, tidak dinafikan bahawa industri sawit Malaysia sering ditohmah oleh negara-negara Barat yang mengaitkan isu ketidakmampanan, kemusnahan hutan dan kesan terhadap alam sekitar melalui kempen-kempen anti minyak sawit yang dilancarkan sejak sekitar 1980-an lagi.
Pihak kementerian memandang serius perkara ini dan sentiasa memantau perkembangan perundangan yang boleh memberikan impak negatif kepada industri sawit Malaysia di luar negara. Strategi dalam menangani kempen anti minyak sawit yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan adalah seperti berikut:
(i) kementerian melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bergiat aktif dalam mengadakan mesyuarat dan perbincangan dengan mengubah undang-undang di Eropah dan Amerika Syarikat untuk menjaga kepentingan minyak sawit Malaysia;
(ii) pejabat-pejabat MPOB di dalam dan di luar negara, telah bertindak sebagai pusat sehenti untuk rujukan pengguna bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang betul dan tepat terhadap industri minyak sawit Malaysia;
(iii) MPOB melalui rangkaian yang dibina melalui pejabat-pejabat di luar negara berjaya mendapat sokongan dari negara China, India dan lain-lain dalam usaha membantah cadangan- cadangan yang bakal memudaratkan perdagangan sawit menerusi Mesyuarat Quartet Arbitration Committee;
(iv) keanggotaan Malaysia dalam Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) di samping Indonesia sebagai langkah untuk mengiktiraf industri minyak sawit sebagai satu industri yang dibangunkan dan dikembangkan berdasarkan amalan mampan;
(v) penubuhan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) pada tahun 2006 untuk mempromosikan dan meningkatkan keboleh pasaran produk sawit. Antara usaha yang dijalankan adalah melalui penganjuran seminar, webinar dan penerbitan artikel;
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi I - Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng
(vi) integrasi berterusan dengan pihak-pihak berkepentingan termasuk ahli-ahli parlimen di Eropah, para pengubal polisi dan pengguna minyak sawit turut dilaksanakan untuk menyampaikan hasil-hasil kajian saintifik yang membuktikan bahawa minyak sawit dihasilkan secara mampan; dan
(vii) Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi bersama agensi-agensi sentiasa giat menggembleng tenaga bagi memastikan industri sawit negara berkembang secara mampan selaras dengan hala tuju dan kerangka sustainable development goals, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan memenuhi permintaan global.
Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi I - Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng
Untuk maklumat Yang Berhormat, peringkat dalam negara pula, penubuhan Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) pada tahun 2015 adalah untuk menerajui kemampanan industri sawit melalui pelaksanaan skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) secara mandatori mulai 1 Januari 2020.
Di sepanjang rantaian bekalan pengeluaran minyak sawit, dua pelaksanaan program penyelidikan dan pembangunan termasuk menghasilkan bahan tanaman sawit dengan hasil dan kualiti yang lebih baik serta meningkatkan penggunaan automasi dan mekanisasi dalam amalan pertanian yang baik serta meningkatkan produktiviti. Akhirnya, menetapkan had keluasan tanaman sawit pada 6.5 juta hektar sahaja untuk memastikan industri sawit tidak lagi dikaitkan isu penyahhutanan. Pembukaan kawasan baharu untuk tanaman sawit adalah bukan keutamaan bagi kementerian. Sekian, terima kasih.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang telah diberikan. Saya meneliti jawapan daripada Timbalan Menteri, tujuh langkah yang diambil tersebut, saya rasa kebanyakannya adalah langkah yang telah diguna pakai, telah dilaksanakan sejak sekian lama. Walaupun kementerian ini dah tukar banyak Menteri, dari Menteri dulu dah buat macam ini. Soalan saya, saya lebih menjurus- kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri tengok soalan asal saya, menjurus kepada strategi terkini. Apakah langkah yang boleh kita atasi masalah kempen antisawit ini?
Cuma saya nak tanya, kalau sekiranya tujuh langkah tersebut dianggap berkesan dan sebagainya, apakah unjuran daripada kementerian sendiri berkenaan dengan eksport kelapa sawit Malaysia keluar? Ini sebab tahun lepas ikut statistik yang saya ada, ia membawa pulangan hasil sebanyak RM72.8 bilion. Jadi, apakah tahun ini kita akan menyaksikan peningkatan unjuran sebab tahun ini dah masuk bulan Oktober, tinggal dua bulan lagi, keseluruhan tahun ini akan menyaksikan peningkatan? Sekiranya tiada peningkatan, jadi langkah-langkah tersebut kurang berkesan. Mohon jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya langkah-langkah yang dikatakan Yang Berhormat tadi memang betul. Inilah, langkah ini patut berterusan demi untuk memperjuangkan supaya terutama daripada Eropah, European Enforcement Order (EEO) yang sentiasa mendiskriminasikan kita bahawa mengatakan pelbagai isu dan tidak ingin membeli produk kita.
Apa-apa pun, saya boleh kongsi satu isu ataupun satu langkah lagi di mana keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 1 Julai 2020 di mana untuk kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap EU. Kerajaan telah memfailkan satu permohonan untuk konsultasi melalui mekanisme penyelesaian pertikaian atau dispute settlement mechanism (DSM) di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada 15 Januari 2021.
Satu sesi konsultasi secara atas talian antara Malaysia dan EU telah diadakan pada 17 Mac 2021. Akan tetapi, EU tetap dengan pendirian dan pandangan bahawa pelaksanaan RED II bukan tindakan diskriminasi ke atas minyak sawit. Jadi, kerajaan telah mengemukakan permohonan penubuhan panel melalui mesyuarat Dispute Settlement Body. Oleh itu pada 29 Julai 2021, Director General WTO telah diputuskan untuk
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng
menggunakan panel yang sama dengan kes Indonesia DS593 untuk kes Malaysia DS600 juga dan Malaysia sedang menunggu jadual substantive meeting selanjutnya daripada WTO.
Mengenai unjuran, Yang Berhormat faham bahawa kementerian memang sentiasa berusaha untuk meningkatkan sebab penjualan minyak atau CPO ini adalah bergantung pada permintaan dan penawaran antarabangsa. Jadi, kerajaan sentiasa berusaha untuk mengambil langkah mempromosi dan untuk menerokai pasaran-pasaran baharu bagi meningkatkan pembelian di negara-negara luar bagi membolehkan penjualan kita akan meningkatkan dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Kempen minyak sawit oleh Kesatuan Eropah telah pun berlarutan sekian lama iaitu lebih daripada 30 tahun. Sememangnya ia memberi kesan negatif kepada pengeluaran serta dagangan komoditi tersebut. Jadi soalan saya, tadi disebutkan tujuh langkah strategi telah pun dimaklumkan, berbagai-bagai perkara, tindakan telah pun dibuat, tetapi Menteri lupa nak beritahu apakah pencapaian. Strategi dah buat, langkah dah buat dan semua dah buat, dia punya pencapaian. Itu saya harap Menteri jelaskan.
Keduanya, dulu ada kempen “Sayangi Minyak Sawitku” telah dilancarkan dan diberi jenama semula kepada “Sawit Anugerah Tuhan”. Jadi, sejauh manakah sumbangan keberkesanan dan keupayaan sebenarnya kempen ini ataupun sekadar nama tukar nama sahaja? Jadi, mohon Menteri untuk menjawab. Terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, tadi saya jelas banyak dah langkah-langkah diambil, promosi telah dilakukan. Jadi kalau tidak ada kesan, maknanya kita tidak akan dapat jualan begitu banyak. Maknanya pasaran kita meningkat dari semasa ke semasa.
Selain daripada kita untuk memperkasakan pasaran yang sedia ada terutama pasaran-pasaran contoh di India, China dan sebagainya, kementerian juga mengambil langkah untuk menerokai pasaran-pasaran baharu seperti Asia Timur di Afghanistan, di Filipina.
Baru-baru ini di Jepun pun semasa dalam Sukan Olimpik ini juga menggunakan minyak sawit kita. Jadi maknanya, usaha kita ada kesan, berjaya. Memang dapat meningkatkan penjualan dan mempunyai satu hasil yang positif yang boleh mendapat jualan pasaran yang lebih baik dan lebih banyak lagi. Sekian, terima kasih.
[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kerja 1955; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Menteri Sumber Manusia [Datuk Seri M. Saravanan]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 90(2) dan dengan persetujuan Tuan Yang di-Pertua, saya mengemukakan usul untuk merentikan kuat kuasa Peraturan Mesyuarat 6 iaitu bagi menangguhkan pemilihan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat seperti perkara nombor 1 yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini ke Mesyuarat akan datang.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong usul tersebut.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga dibahas dan diputuskan Usul Mengungkai Ordinan-ordinan Darurat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri seperti di nombor 2 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini dan selepas itu Majlis mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Selasa, 26 Oktober 2021”.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Saya bangun di atas Peraturan Mesyuarat 18(2) iaitu saya telah mengemukakan satu usul
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
pada minggu dulu mengenai isu buruh paksa di mana banyak di antara firma-firma di negara ini terlibat dalam perkara tersebut sehingga United States Customs and Border Protection (CBP) telah mengeluarkan Withhold Release Orders tapi sayangnya usul itu telah ditolak oleh Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, itu saya selalu kata perkara ini bila kita mahukan beberapa perkara untuk perhatian Dewan dan orang ramai adalah untuk kepentingan yang perlu disegerakan. Akan tetapi, Tuan Yang di-Pertua mengatakan bahawa ia adalah satu perkara yang berlanjutan sejak beberapa tahun, maka ia tidak perlu diambil tindakan.
Sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua bukankah itu sahaja menjadi satu faktor untuk tindakan diambil? Bukankan kerajaan patut menjawab kenapa perkara ini berlarutan?
Macam tahun dulu, TopGlove di mana order yang sama dikeluarkan oleh Amerika. Kita mungkin rugi berbilion-bilion – kehilangan pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Jadi, bukankah ini adalah forum di mana perkara itu patut dibincang supaya kita boleh memberitahu pandangan kita kepada kerajaan dan juga kenapa mereka lalai, kenapakah mereka tidak membuat kerja-kerja yang patut dibuat.
Akta-akta yang dicadangkan ini semua telah pun– satu usaha semasa Pakatan Harapan menerajui kerajaan. Maka, saya rasa the forum adalah di sini. Saya memohon agar Tuan Yang di-Pertua mengambil perhatian perkara ini. If we cannot– kita tidak boleh bincang di sini, apakah guna Parlimen Tuan Yang di-Pertua?
Jadi, sekurang-kurangnya ia dibenarkan untuk dibaca macam dululah. Sekurang- kurangnya dibenarkan untuk dibaca supaya tindakan mereka boleh– mereka telah menulis, Tuan Yang di-Pertua telah menyatakan empat perkara yang perlu mereka ambil tindakan. Itu yang mereka kata. Adakah itu betul atau tidak?
Kita tahu banyak yang dibuat di sana adalah tidak betul. Kalau sedemikian, kenapakah negara-negara lain yang mengambil tindakan dapat mengatasi masalah ini?
What is so special kepada Malaysia? Apakah so special kepada kementerian? Ini yang kita perlu tahu, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Saya harap Yang Berhormat akan berbincang dengan Tuan Yang di-Pertua, fahamlah bahawa ini adalah rintihan-rintihan sebelah ini dan juga pekerja-pekerja di negara ini.
Kalau force labors menjadi satu isu yang besar. Kita malulah ini berlarutan dan berlanjutan dari negara ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik. Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Apa pun Yang Berhormat Ipoh Barat, saya nasihatkan supaya respons balik kepada ini kalau perlu kepada rayuan kepada apa yang telah diberi jawapan oleh Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Terima kasih.
Saya teruskan sila Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Mohon buka topeng, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Silakan.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Bismillahi Rahmani Rahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan;
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
“(a) BAHAWA Dewan ini membahas dan meluluskan ketetapan menurut Fasa (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk mengungkaikan ordinan-ordinan darurat yang berikut:
(i) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 [P.U.(A) 12/2021];
(ii) Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 [P.U.(A) 76/2021];
(iii) Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan)
2021 - P.U.(A) 77/2021
;
(iv) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021 [P.U.(A) 110/2021];
(v) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Pindaan)
2021 - P.U.(A) 151/2021
;
(vi) Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah)
(Pindaan) 2021 [P.U.(A) 173/2021]; dan
(vii) Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara)
(Pindaan) 2021 [P.U.(A) 186/2021].
(b) BAHAWA selaras dengan peruntukan fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah fasal (2B), Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen dan, jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua majlis yang mengungkaikan Proklamasi atau ordinan itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelumnya menurut kuasa proklamasi atau ordinan itu atau tanpa menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan suatu Proklamasi baharu di bawah fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan atau memasyhurkan apa-apa ordinan di bawah fasal (2B) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan; dan
(c) BAHAWA Dewan ini mengambil maklum langkah-langkah sewajarnya perlu diambil untuk memastikan tidak timbul kesukaran atau apa-apa halangan kepada kerajaan untuk mengawal ancaman pandemik dan perkara-perkara yang boleh menyebabkan ancaman terhadap ekonomi, ataupun ketenteraman awam termasuklah penyampaian perkhidmatan kesihatan awam apabila terhentinya kuat kuasa semua ordinan yang dibuat di bawah Proklamasi Darurat yang tersebut itu.
Tuan Yang di-Pertua, saya dengan rendah diri, rendah hati di sini untuk membentangkan cadangan mengungkaikan ordinan-ordinan darurat yang telah dinyatakan tadi.
Proklamasi Darurat dilaksanakan bagi membolehkan ordinan dimasyhurkan di bawah fasal (2B) Perkara 150 bagi memperuntukkan kuasa-kuasa perlu untuk mengekang dan menghalang daripada berlakunya penularan wabak COVID-19 dengan lebih serius di negara ini.
Gelombang ketiga wabak COVID-19 yang melanda negara kita telah bermula September 2020 menunjukkan kenaikan kes positif dan kematian begitu mendadak sehingga 24 Oktober 2021 jumlah kes keseluruhannya ataupun dipanggil confirmed cases dengan izin adalah seramai 2,426,050 juta kes. Jumlah kes aktif adalah seramai 77,305 kes dan jumlah kematian adalah seramai 28,354 kes.
2021 - P.U.(A) 151/2021
[Dato’ Sri Azalina Othman Said (Pengerang) **mempengerusikan Mesyuarat****] Mekanisme pengurusan darurat telah diwujudkan bagi memantau pelaksanaan dan pengurusan darurat di negara kita melalui tiga platform iaitu:
(i) Sidang Darurat Majlis Keselamatan Negara;
(ii) Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat; dan
(iii) Kumpulan-kumpulan Kerja Pengurusan Darurat.
(iv) Kumpulan-kumpulan kerja pengurusan darurat.
2021 - P.U.(A) 151/2021
Ordinan-ordinan yang digubal di bawah Proklamasi Darurat ke atas butiran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 [P.U.(A) 12/2021]. Ordinan ini diwartakan pada 14 Januari tetapi berkuat kuasa pada 11 Januari 2021. Penguatkuasaan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 ini terpakai kepada semua kerajaan negeri sebagaimana terpakai kepada Kerajaan Persekutuan.
Tujuan penggubalan ordinan ini adalah untuk memperkasakan sektor kesihatan awam, pengurusan sumber kerajaan dan memperkasakan penguatkuasaan.
Pelaksanaan ordinan ini bagi memperkasakan sektor kesihatan awam adalah dengan mengeluarkan arahan rawatan, imunisasi, pengasingan, pemerhatian dan pengawasan di mana pengamal perubatan swasta telah dilantik bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia melaksanakan perintah pemerhatian dan pengawasan ke atas kes positif COVID-19 Kategori 1 dan Kategori 2 yang didiagnosis oleh mereka.
Arahan ini dibuat melalui peruntukan seksyen 6 dan seksyen 3, Akta 342. Mereka membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Tuan Yang di-Pertua, menjalankan pemantauan harian ke atas kes COVID-19 yang menjalankan pengasingan di rumah dan dibayar RM10 sehari bagi seorang pesakit sehingga tamat tempoh home surveilance order, dengan izin, kes tersebut.
Peruntukan seksyen 8 menggunakan untuk membenarkan pengamal perubatan berdaftar beramal di tempat selain daripada tempat amalan utama yang menyatakan dalam peraturan amalan tahunan. Langkah ini akan meningkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan dan mobilisasi profesional kesihatan di seluruh negara. Pengambilmilikan sementara tanah, bangunan, harta alih telah dibuat untuk menempatkan dan menguruskan pesakit positif COVID-19 dan pesakit selain pesakit positif COVID-19. Bagi tujuan ini, Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia di bawah milikan Universiti Kebangsaan Malaysia telah diambil alih menggunakan peruntukan seksyen 3, Tuan Yang di-Pertua.
Seksyen 4 juga digunakan untuk mengarahkan penggunaan mana-mana perkhidmatan kemudahan jagaan kesihatan swasta bagi menjalankan ujian pengesanan COVID-19 dengan mengenakan fi yang tertakluk kadar maksimum yang ditetapkan oleh kerajaan bagi ujian pengesanan COVID-19. Langkah ini bagi meningkatkan kebolehcapaian rakyat Malaysia untuk menjalankan ujian pengesanan COVID-19 dan menggalakkan orang ramai menjalankan ujian kendiri di fasiliti kesihatan swasta dengan harga yang berpatutan.
Selain itu, semua data maklumat kes dan keputusan ujian pengesanan dan saringan COVID-19 perlu dimasukkan ke dalam Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam (SIMKA) bagi memastikan data daripada pihak swasta juga diambil kira. KKM juga telah mengambil langkah proaktif dalam meningkatkan kapasiti katil di hospital-hospital KKM bagi merawat pesakit COVID-19, terutamanya yang melibatkan fasiliti kesihatan swasta.
Pelaksanaan ordinan memperkasakan penguatkuasaan. Bagi tujuan penguatkuasaan, penurunan kuasa Polis Diraja Malaysia kepada Angkatan Tentera Malaysia dilaksanakan melalui seksyen 7. Surat arahan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dikeluarkan bagi memberikan angkatan tentera kuasa seperti pegawai
2021 - P.U.(A) 151/2021
polis yang apa jua pun pangkatnya sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] untuk membuat penangkapan, pemeriksaan dan rampasan semasa membantu agensi penguatkuasaan lain melakukan dua tugas utama iaitu:
(i) Ops Benteng. Pengawalan bagi maksud pencegahan PATI ataupun apa kesalahan lain melibatkan PATI di kawasan sempadan darat dan kawasan perairan laut Malaysia; dan
(ii) Ops Covid. Bagi melaksanakan operasi pencegahan COVID-19 di mana-mana tempat operasi yang ditentukan.
Seksyen 4 pula digunakan untuk penugasan semula anggota penguatkuasaan bagi pemantauan pematuhan SOP yang diketuai oleh Polis Diraja Malaysia. Agensi yang digerakkan bagi tujuan ini ialah pihak berkuasa tempatan (PBT), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (BKK), KDN dan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain.
Dengan terbatalnya Proklamasi Darurat pada 1 Ogos 2021, semua arahan yang telah dikeluarkan di bawah seksyen 3, seksyen 4, seksyen 6, seksyen 8, Ordinan Darurat
(Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 [P.U. (A) 12/2021] turut terhenti berkuat kuasa. Hal ini kerana seksyen-seksyen tersebut mempunyai ungkapan “bagi tempoh darurat berkuat kuasa”.
Sehubungan dengan itu, mulai 2 Ogos 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia telah kembali beroperasi seperti sedia ada dari sudut penggunaan sumber dan hal yang berkaitan dengan perkhidmatan kesihatan. Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah membuat rundingan bersama dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia bagi menguruskan kesinambungan rawatan pesakit COVID-19 di HPKK UKM.
Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 [P.U. (A) 76/2021]. Tuan Yang di-Pertua, pengenalan ordinan ini diwartakan pada 25 Februari 2021 dan dikuatkuasakan pada 11 Mac 2021. Digubal bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan lebih tegas untuk menangani pandemik COVID-19 dengan lebih berkesan. Ia merupakan pindaan kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].
Antara peruntukan utama dalam ordinan ini ialah perintah bagi pemakaian peranti pengesanan, menaikkan nilai kompaun iaitu RM10,000 bagi individu dan RM50,000 bagi pertubuhan perbadanan, menjadikan kesalahan melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan sebagai suatu kesalahan boleh ditangkap. Tindakan kompaun yang lebih tinggi kepada pesalah berulang atau pesalah yang lebih diberi amaran.
Status pelaksanaan pindaan kepada seksyen 2(i) telah dibuat di mana tafsiran pegawai diberi kuasa diperluaskan kepada mereka yang bukan dalam perkhidmatan awam Persekutuan seperti badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan (PBT).
Langkah ini dapat meningkatkan kapasiti penguatkuasaan sedia ada bagi menggerakkan pematuhan SOP yang lebih menyeluruh.
2021 - P.U.(A) 151/2021
Pindaan seksyen 10 dibuat supaya tiap-tiap pengamal perubatan memberi notis tentang wujudnya penyakit berjangkit itu kepada pegawai kesihatan yang paling hampir, seboleh-bolehnya tanpa kelengahan dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Ketua Pengarah jika mereka mempunyai sebab untuk percaya atau mensyaki tentang wujudnya penyakit berjangkit di mana-mana premis. Langkah ini dapat mengekang penularan wabak dengan mekanisme-mekanisme notifikasi yang lebih cepat dan efektif.
Pindaan seksyen 24 dibuat di mana penalti am dipinda dengan mengambil kira keseriusan wabak dan pesalah laku dari industri berskala besar. Pindaan seksyen 25 telah dibuat bagi mengkompaun kesalahan dengan nilai kompaun yang lebih tinggi iaitu untuk individu tidak melebih RM10,000 dan pertubuhan perbadanan tidak lebih daripada RM50,000.
2021 - P.U.(A) 151/2021
Seksyen 31 telah dipinda untuk memberi kuasa membuat peraturan-peraturan bagi memberi punca kuasa untuk mengenakan penalti di bawah Akta 342. Kesan dan implikasi ordinan diungkaikan pengungkaian Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 [P.U.(A) 76/2021] menjadikan nilai penalti dan nilai kompaun akan turun ke nilai yang sedia ada. Beberapa peruntukan penting telah dimasukkan ke dalam Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 [P.U.(A) 293/2021] seperti pemakaian peranti pengesan, KKM telah mengemukakan peraturan yang mempunyai pindaan berbangkit akibat pengungkaian itu kepada Jabatan Peguam Negara pada 8 Oktober 2021 dan akan berkuat kuasa pada hari yang sama dengan pengungkaian [P.U.(A) 76/2021] . Di samping itu, Rang Undang-undang Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 disasarkan akan dibentangkan di Parlimen pada Disember 2021.
Secara dasarnya, pengungkaian kedua Ordinan Darurat tersebut iaitu [P.U.(A) 12/2021] dan [P.U.(A) 76/2021] tidak akan menjejaskan penyampaian perkhidmatan kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Yang ketiga, Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021 [P.U.(A) 77/2021] . Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan usaha serius kerajaan menangani wabak COVID-19 di tempat penginapan pekerja dapat dilaksanakan secara berkesan, seterusnya akan memberi manfaat kepada semua pekerja dan majikan, maka Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021 [P.U.(A) 77/2021] telah diwartakan pada 25 Februari 2021 dan berkuat kuasa pada 26 Februari 2021. Ia merupakan pindaan kepada Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446].
Pindaan ini juga adalah bertujuan untuk;
(i) memperluaskan pemakaian Akta 446 ke Sabah dan Sarawak memandangkan buat masa ini tiada undang-undang yang mengawal selia penginapan pekerja Sabah dan di Sarawak;
(ii) operasi penguatkuasaan secara bersepadu dan menyeluruh dapat dilaksanakan di semua tempat penginapan pekerja di seluruh Malaysia termasuk Sarawak dan Sabah;
(iii) memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Pengarah JTK Sabah dan Pengarah JTK Sarawak untuk mengeluarkan arahan supaya; Pertama, majikan atau penyelia penginapan berpusat menggantikan, mengubah atau memperbaiki penginapan yang tidak mematuhi Akta 446 dan untuk memindahkan pekerja- pekerja dengan serta-merta dari penginapan yang sesak dan tidak sesuai didiami manusia ke penginapan sementara ditetapkan oleh jabatan; Kedua, majikan atau penyelia penginapan berpusat menanggung semua kos itu, pengangkutan dari penginapan asal ke penginapan sementara, pengangkutan pergi balik ke tempat kerja dan penginapan sementara dan kos sewaan penginapan sementara;
(iv) memberi kuasa kepada agensi lain untuk menguatkuasakan Akta 446. Terdapat 13 buah agensi yang telah diberi kuasa mengikut akta ini iaitu Jabatan Tenaga Kerja Sarawak, Jabatan Tenaga Kerja Sabah, Jabatan Perhubungan Perusahaan, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, JPA, KDN, KPDNHEP, KPKT, MAFI, MITI, CIDB dan PERKESO. Majikan atau penyelia penginapan berpusat yang gagal mematuhi arahan ini boleh didenda RM200,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
2021 - P.U.(A) 151/2021
Implikasi Ordinan Darurat diungkaikan – penguatkuasaan pasca pengungkaian ordinan ini akan terus dilaksanakan di bawah Akta 446 dan terpakai untuk Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja berbanding di bawah Ordinan Darurat ini, yang telah diperluaskan pemakaiannya ke seluruh Malaysia.
Di bawah pengungkaian peruntukkan Akta 446 sedia ada, tidak kuasa Ketua Pengarah Tenaga Kerja untuk mengarahkan penggantian perubahan dan pembaikan penginapan dan kemudahan pekerja jika Ketua Pengarah mendapat bahawa mana-mana penginapan ataupun kemudahan yang disediakan oleh majikan atau penyelia penginapan berpusat kepada pekerja tidak mematuhi standard minimum yang dikehendaki di bawah akta ini, mana-mana peraturan yang dibuat di bawah akta ini. Di bawah peruntukan Akta 446 sedia ada juga, tidak kuasa Ketua Pengarah untuk mengarah majikan atau penyelia penginapan berpusat untuk menyediakan penginapan sementara jika difikirkannya perlu bagi keselamatan dan kesejahteraan pekerja.
Walau bagaimanapun, tindakan undang-undang yang lain masih boleh diambil oleh Ketua Pengarah Tenaga Kerja terhadap ketidakpatuhan terhadap Akta 446. Daripada segi penguatkuasaan pula, pelantikan 13 buah agensi yang telah diberi kuasa mengikut Ordinan Darurat ini untuk melaksanakan penguatkuasaan Akta 446, adalah terbatal kecuali pegawai yang telah diletakkan oleh Akta 446 sedia ada.
Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No. 2) 2021 [P.U.(A) 110/2021] – Tuan Yang di-Pertua, ordinan ini diwartakan pada 11 Mac 2021 dan dikuatkuasakan pada 12 Mac. Objektif ordinan ini digubal adalah untuk;
(i) memastikan isu penyebaran berita palsu mengenai COVID-19 dan proklamasi darurat dikekang demi kepentingan dan keselamatan ketenteraman awam;
(ii) mempercepatkan proses penyiasatan dan penguatkuasaan serta pendakwaan terhadap kesalahan yang dilakukan di bawah ordinan ini; dan
(iii) memastikan rakyat mendapat maklumat yang sahih daripada sumber yang tepat.
Penggubalan ordinan ini akan dapat membendung penularan berita tidak benar mengenai COVID-19 dan proklamasi darurat untuk mengekalkan ketenteraman awam dan negara.
2021 - P.U.(A) 151/2021
Ordinan Darurat juga memperuntukkan alternatif kepada pegawai polis atau pegawai diberi kuasa untuk mengarahkan mana-mana orang yang mempunyai milikan, jagaan atau kawalan apa-apa penerbitan yang mengandungi berita tidak benar atau menghapuskan penerbitan tersebut dalam masa 24 jam bagi mempercepatkan proses penghapusan berita tidak benar tersebut tanpa melalui proses mahkamah. Makna, mana- mana orang yang melaksanakan arahan tersebut dalam masa 24 jam adalah tidak melakukan kesalahan di bawah subseksyen 6 (2) Ordinan Darurat.
Pelaksanaan Ordinan Darurat sejak Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021 ini dikuatkuasakan bermula 12 Mac 2021 sehingga 7 Oktober 2021, terdapat sebanyak 30 kes siasatan yang telah dibuka di bawah seksyen 4(1) ordinan ini bagi tindakan penguatkuasaan terhadap individu ataupun pihak yang didapati memuat naik atau menyebarkan berita tidak benar mengenai COVID-19 serta proklamasi darurat.
Kesan dan implikasi Ordinan Darurat diungkaikan berdasarkan fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan. Sekiranya Proklamasi Darurat dan Ordinan Darurat dibatalkan atau diungkaikan, ia tidak menjejas apa-apa jua yang dilaku sebelumnya menurut kuasa proklamasi atau ordinan itu, dengan izin, but without prejudice to anything previously done by virtue thereof, Tuan Yang di-Pertua.
Pembatalan Ordinan Darurat nombor dua tidak menghalang kes yang sedang dalam siasatan dan prosiding di mahkamah terhadap kesalahan yang telah dilakukan di bawah Ordinan Darurat (No. 2) 2021 untuk diteruskan walaupun selepas ordinan ini
2021 - P.U.(A) 151/2021
dibatalkan dengan syarat kesalahan tersebut berlaku semasa Ordinan Darurat (No.2) 2021 masih berkuat kuasa.
Kelima, Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (Pindaan) 2021 [P.U.(A) 151/2021].
Pada 31 Mac 2021, ordinan ini telah digubal bagi meminda Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 dengan memasukkan peruntukan berkaitan ketidakpakaian tatacara bagi penggunaan wang yang di dapat atau diterima. Peruntukan kewangan sementara di bawah seksyen 10A digunakan bagi perbelanjaan tambahan yang telah dibuat pada tahun 2020 mengambil kira ia telah dibelanjakan dan akaun Kerajaan Persekutuan tahun 2020 juga dalam proses dimuktamadkan pada kebiasaannya Anggaran Perbelanjaan Tambahan Kerajaan Persekutuan akan dibawa kepada sesi Parlimen bulan Mac dan April setiap tahun untuk kelulusan.
Kerajaan tidak mengguna pakai peruntukan di bawah Perkara 98 dan 101 Perlembagaan Persekutuan serta seksyen 4(2) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 ataupun Akta 406 dalam tempoh darurat dan apa-apa perbelanjaan tambahan yang dibuat oleh Perbendaharaan akan disiarkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan sebagai pemberitahuan sahaja tanpa perlu dibawa dan dibentangkan di Parlimen untuk kelulusan.
Seksyen mengenai peruntukan kewangan semasa telah digunakan oleh Kerajaan Persekutuan dalam meluluskan Anggaran Perbelanjaan Tambahan Pertama 2020.
Anggaran Perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan Tambahan Pertama 2020 telah diwartakan melalui Warta Kerajaan Persekutuan 20 Mei 2021 dan Waran Am Bil. 3 Tahun 2020 bagi Anggaran Perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan 2020 telah ditandatangani oleh Menteri Kewangan pada 2 Jun 2021.
Seksyen 10B iaitu ketidakpakaian tatacara bagi penggunaan wang yang diperdapatkan atau diterima memperuntukkan wang yang dipinjam atau diperdapatkan di bawah Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275] iaitu Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB) serta Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946 [Akta 188] iaitu Bil Perbendaharaan Malaysia (MITB) dipindahkan ke dalam Kumpulan Wang COVID-19 dan Kumpulan Wang Pembangunan tanpa pembentangan ketetapan untuk kelulusan Dewan Rakyat.
Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah) (Pindaan) 2021 ataupun P.U. (A) 173/2021. Tuan Yang di-Pertua, pengenalan ordinan ini diwartakan pada 15 April dan dikuat kuasa pada 16 April. Ia merupakan pindaan kepada Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 [Akta 461]. Perintah kehadiran wajib merupakan hukuman alternatif di luar penjara yang dijatuhkan oleh mahkamah kepada pesalah yang melakukan kesalahan tertentu di mana pesalah dikehendaki menjalankan kerja wajib khidmat masyarakat untuk kepentingan masyarakat dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Pindaan ini dibuat membolehkan pelaksanaan hukuman alternatif kepada pesalah yang dijatuhkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun untuk melalukan khidmat komuniti sebagai ganti kepada hukuman penjara tersebut. Ia juga memperuntukkan mengenai kenaikan tempoh PKW daripada tiga bulan kepada 12 bulan. PKW dilihat berkesan dalam membantu memulih banduan bagi mengelak banduan disisih oleh masyarakat. Di samping itu, pindaan ini juga membolehkan lebih ramai pesalah dijatuhkan hukum PKW di luar penjara sekali gus dapat mengekang penularan wabak COVID-19 dalam kalangan banduan di institusi penjara sepanjang tempoh darurat.
Pelaksanaan darurat Tuan Yang di-Pertua, selepas tarikh kuat kuasa Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah)(Pindaan) 2021 hingga 8 Oktober 2021 seramai 308 pesalah telah dikenakan perintah kehadiran wajib oleh mahkamah secara kumulatif dan 90 orang daripadanya telah mengguna pakai pindaan yang dibuat di mana PKW tersebut melibatkan tempoh melebihi tiga bulan dan tidak melebihi 12 bulan. Kesan dan implikasi ordinan diungkaikan pelaksanaan hukuman Perintah Kehadiran Wajib kembali mengguna akta asal iaitu Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 [Akta 461] di mana perintah dikenakan tidak melebihi tiga bulan bagi apa-apa hukuman yang layak digunakan penjara atau denda.
Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (Pindaan) 2021, P.U. (A) 186/2021. Tuan Yang di-Pertua, pengenalan ordinan ini diwartakan dan dikuatkuasakan
2021 - P.U.(A) 151/2021
pada 21 April 2021. Ia merupakan pindaan kepada Akta Kumpulan Wang Amanah Negara [Akta 339] dan dipinda tujuan untuk membolehkan dana Kumpulan Wang Amanah Negara
(KWAN) diguna untuk pemerolehan vaksin dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengan vaksin bagi wabak penyakit COVID-19.
Ordinan ini tidak memberi implikasi kewangan tambahan secara langsung kepada kerajaan, namun ia telah melibatkan penggunaan dana KWAN sehingga RM5 bilion bagi menampung pemerolehan vaksin dan apa-apa perbelanjaan berkaitan dengan vaksin.
Penggunaan dana KWAN juga merupakan solusi jangka masa pendek melalui instrumen perundangan untuk menjayakan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bagi memastikan imuniti kelompok tercapai dalam usaha melandaikan keluk jangkitan wabak COVID-19 di negara ini.
2021 - P.U.(A) 151/2021
Sekiranya Akta 339 tidak dipinda, kerajaan mungkin akan menghadapi masalah kewangan untuk membiayai perolehan vaksin COVID-19. Ini disebabkan Akta 339 memperuntukkan bahawa dana KWAN hanya boleh digunakan untuk membiayai projek pembangunan seperti yang diperuntuk dalam Jadual Pertama, Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 (Akta 406).
Implikasi dan kesan Ordinan Darurat diungkaikan walaupun ordinan ini diungkaikan pindaan kekal melalui rang undang-undang pindaan kepada Akta 339 telah dibentang di Dewan ini pada 11 Oktober 2021 Dewan Rakyat. Kerajaan akan memastikan pengungkaian tujuh ordinan ini tidak akan menjejaskan pengawalan ancaman pandemik ini demi kesejahteraan rakyat, keselamatan, ketenteraman awam serta pemulihan ekonomi negara. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ada sesiapa yang menyokong?
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya sekarang ini adalah bahawa usul Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini terbuka untuk dibahas.
Saya terdapat 20 orang pembahas selama tujuh minit dimulakan dengan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Tebrau. Saya rasa setiap tujuh minit sebelum pukul 1. Silakan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Perbahasan di bawah tajuk mengungkai tujuh Ordinan Darurat ini adalah ekoran daripada pengumuman kerajaan untuk mengadakan darurat di negara kita. Alasan yang diberikan pada waktu itu ialah negara sedang berdepan COVID-19 dan ada kesan kepada kesihatan, ekonomi dan kehidupan rakyat. Ketika darurat berlangsung, Jemaah Menteri terus berfungsi, badan kehakiman terus berjalan, Parlimen sahaja tidak boleh buat.
Pada masa yang sama, kerajaan juga mengumumkan dalam tempoh darurat tidak boleh buat pilihan raya. Alasan Perdana Menteri waktu itu ialah semasa COVID-19, Perdana Menteri hendak guna pakai prinsip maqasid syariah katanya. Sebagai ketua kerajaan, beliau bertanggungjawab untuk menjaga nyawa dan ini tugas utama sepertimana yang diajar oleh Islam. Maknanya darurat, tidak buat pilihan raya, maqasid syariah, keutamaan jaga nyawa.
Cuma, 20 November ini kita buat pilihan raya juga di Melaka. Itu agak paradoks sikit, seolah-olah kerajaan yang ada sekarang ini tidak mengamalkan maqasid syariah ini. Kita dipaksa untuk berdepan pilihan raya yang kita tidak minta pun. Akan tetapi akan diadakan dengan SOP yang sangat ketat. Tuan Yang di-Pertua, kita hanya bawa kertas
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
pencalonan, calon datang, pencadang, penyokong kemudian buat test, kalau negatif masuk, kalau positif duduk dekat khemah.
Kemudian balik duduk rumah sebab tidak boleh berjalan, walkabout tidak boleh, ceramah kelompok tidak boleh, ceramah umum tidak boleh tetapi SPR kata digalakkan berkempen menggunakan stesen televisyen. Siapakah yang ada televisyen?
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Boleh, boleh tanya?
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Sila.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Dia perkara-perkara pelik berlaku di Malaysia mutakhir ini. Peliknya dulu Ahli Parlimen tidak boleh masuk Parlimen, peliknya masa darurat penjangkitan itu paling sampai 24,000 orang mati, sampai beratus sehari, kemuncak sampai 360 kes satu hari.
Sekarang hendak berlaku pilihan raya di Melaka lagi pelik. Melaka tahap empat, restoran penuh, mall penuh, kenduri kahwin boleh buat, kuliah boleh buat, ceramah tidak boleh, berkempen tidak boleh, rumah ke rumah tidak boleh. Jadi, Malaysia ini menjadi negara yang pelik dalam dunia, undang-undangnya berubah mengikut nafsu pemerintah bukan peraturan-peraturan lagi.
Kita tidak faham tentang kesihatan umum begitu juga vaksin. Ada Yang Berhormat Menteri tidak vaksin, dia kata dia tidak perlu kerana dia dah ada imun. Kalau begitu, 2 juta lebih orang yang dijangkiti itu sebenarnya perlu vaksin. Jadi, dasar vaksin pun bercelaru dan dasar MCO bercelaru. Bersetuju atau tidak dengan saya, negara Malaysia negara kelam kabut sekarang ini.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Terima kasih sahabat saya dari Kota Raja. Tidak syak lagi. Saya bersetuju sepenuhnya. Tuan Yang di-Pertua, ketika pembentangan Yang Berhormat Menteri tadi dihurai panjang lebar tentang Ordinan Darurat yang tujuh perkara itu keberkesanannya dalam mencapai tujuan darurat. Tujuan darurat ini nak flatten the curve tetapi data dan angka tidak menceritakan begitu.
Contoh, sebelum darurat 11 Januari, kes positif 2,232 kes. Pada ketika darurat ditamatkan, kes positif 17,000. Kalau ikut logiknya, darurat bertujuan untuk flatten the curve, ketika kes masih tinggi ternyata tujuannya tidak tercapai. Jadi, lintang pukang habis daripada penggunaan katil ICU, penggunaan bantuan oksigen, kes kematian semua meningkat. Darurat dikatakan bertujuan untuk kawal masalah kesihatan. Semua angka menunjukkan darurat itu gagal.
Jadi, ordinan-ordinan yang disebut tadi sedikit sebanyak ada fasilitet-fasilitet here and there, ada. Akan tetapi hendak dikatakan bahawa darurat itu senjata ampuh untuk mengekang dan mengawal COVID-19 itu tidak betul kerana daripada carian data analytics yang kita kumpulkan dan melalui kajian literature yang kita kumpulkan lebih daripada 60,000 COVID-19 related publication. Kita dapati bahawa tidak ada satu pun yang merujuk kepada darurat sebagai ubat untuk mengawal COVID-19. Tidak ada.
Ada sejumlah 790 kertas kajian tentang non-pharmaceutical interference ini.
Maknanya, mask ini non-pharmaceutical. Jaga jarak ini non-pharmaceutical, suntikan vaksin ini pharmaceutical. Sebanyak 790 kajian as of today setakat hari ini, tidak ada satu pun yang memetik kaedah darurat sebagai cara atasi masalah COVID-19. Jadi kita sudah salah pakai formula dan ubat.
Jadi, tujuh ordinan yang kita ungkai ini semestinyalah sebab kewujudannya itu saya kata adalah satu dua soal penjajaran guna tenaga untuk kesihatan dan keselamatan, soal logistik, tempat dan kenderaan, soal kewujudan hospital kluster, mobilisasi sumber, bangunan dan facilities.
Poin saya adalah Tuan Yang di-Pertua hal itu boleh dibuat tanpa memerlukan perintah darurat, tanpa memerlukan proklamasi darurat, National Disaster Management Agency dengan arahan Majlis Keselamatan Negara, nombor 18 dan nombor 19, nombor 20 dan nombor 21 itu semuanya mencakup tentang penggemblengan sumber. Akan tetapi tujuan sebenarnya hanya terserlah selepas itu iaitu Parlimen terhenti. Walaupun ketika di
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
umum Perdana Menteri Yang Berhormat Pagoh pada waktu itu dia kata darurat sekalipun kerajaan bagi komitmen untuk mengamalkan good governance, tata kelola kerajaan tetapi itu tidak kesampaian sebab Parlimen tidak boleh bersidang.
Parlimen ini tempat untuk kita semak dan imbang. Parlimen ini tempat kita memantau. Parlimen ini ialah tempat kita membuat polisi dan undang-undang. Kalau kerajaan kata darurat sekali pun rakyat jangan bimbang kita tetap mengamalkan good governance tetapi itu tempang sebab institusi Parlimen itu tidak dibuka.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua bersyarah tajuk ini sebenarnya sedap tetapi saya menghormati Tuan Yang di-Pertua pun pandang banyak kali tujuh minit, saya jenis patuh dengan masa ini. Akan tetapi tidak apalah nanti mungkin Yang Berhormat Menteri boleh sebut lagi poin saya yang terakhir Tuan Yang di-Pertua satu minit.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Kementerian Kesihatan ini adalah tempat rujukan utama kepada Majlis Keselamatan Negara. Di sana, diletakkan, dibangunkan beberapa threshold dan kriteria sama ada darurat hendak terus ataupun tidak. Tuan Yang di-Pertua, malangnya kesemua threshold dan sasaran itu tidak tercapai bahkan tidak realistik. Saya bagi contoh, darurat ini boleh ditarik balik jika sekiranya 14 hari berturut-turut kematian sifar, 14 hari berturut- turut tidak boleh ada kematian barulah KKM cadang kepada Majlis Keselamatan Negara supaya diangkat kepada kerajaan untuk darurat tamat. Tiap-tiap hari ada angka kematian.
Baik, jangkitan frontliners 14 hari mesti sifar, tidak tercapai. Segala macamlah ia ada 9, 10 panjang senarai.
Isunya adalah apabila KKM membangunkan threshold untuk menasihati kerajaan untuk membuat satu keputusan politik yang penting dari hal hendak terus atau hendak tamat darurat, thresholdnya itu tersasar jauh. Seolah-olah dipetik di awang-awangan.
Saya bagi contoh, Pelan Strategik Kementerian Kesihatan bagi menangani pandemik COVID-19 semasa tempoh darurat melalui sains dan data.
Nombor satu, putuskan rantaian transmisi. Apa kriteria? Menurunkan kes harian kepada kurang 500 kes, Tuan Yang di-Pertua. Bila masa kita capai 500 kes? Jadi data dan sains digunakan sebagai alasan tetapi baik penetapan threshold ataupun pelan strategik tersasar jauh. KKM inilah juga menasihati SPR tentang SOP Pilihan raya Melaka. Kalau ini pun lari jauh apa jaminan bahawa SOP di Melaka itu juga adalah merupakan gambaran bahawa dia betul-betul hendak jaga nyawa ataupun sebenarnya hendak mewujudkan keadaan persaingan yang tidak sama rata padang permainannya.
Tuan Yang di-Pertua, apa pun Ordinan Darurat ini wajar diungkai kerana ordinan ini wujud kerana adanya darurat dan apabila darurat tamat 1 Ogos, ada ordinan yang tamat serta-merta tetapi ada fasa-fasanya terpakai selama 6 bulan kalau kita tidak ungkai di Parlimen. Saya menyokong mengungkai tujuh ordinan itu. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Terima kasih. Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, apakah pengajaran-pengajaran untuk masa hadapan mengenai episod darurat 170 hari kiraan saya daripada 11 Januari hingga 1 Ogos.
Pada pandangan saya yang pertama apa yang kita perlu belajar ialah sidang Parlimen dan sidang DUN sepatutnya diadakan walau ketika darurat kesihatan itu. Seri Paduka Baginda bertitah pada 24 Februari, seawal Februari bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa. Itu titah Seri Paduka Baginda. Diulangi pada 16 Jun 2021, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Itu kali kedua dan ada kali yang ketiga pada 29 Jun 2021. Tiga kali titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong barulah kita
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
adakan sidang Dewan Rakyat Khas itu pun daripada beberapa hari, dua hari tidak jadi.
Pada 2 Ogos patutnya kita ungkai apa yang kita hendak ungkaikan itu tidak berlaku dan baru hari ini kita boleh melaksanakan.
Ia memberi imej yang tidak baik. Demokrasi negara inilah Demokrasi Berparlimen.
Jika Parlimen digantung ia hanya demokrasi tidak berparlimen. Oleh itu saya kira perkara yang penting pengajaran pada masa hadapan ialah jika ada darurat kesihatan teruskan sahaja sidang Parlimen. Ketika Mac dan April selalunya 24 hari sidang Parlimen. Pada Julai – Ogos biasanya 21 hari sidang Parlimen dan kita terlepas perkara-perkara itu termasuklah sidang Dewan Undangan Negeri.
Walaupun demikian, kita tidak nafi bahawa kejayaan-kejayaan telah dapat dilaksanakan untuk sepanjang tempoh. Contohnya populasi dewasa yang divaksin satu dos 97.4 peratus sekarang ini dan bagi yang lengkap divaksinasi 94.5 peratus. Itu kita ucapkan tahniah kepada kerajaan. Itu populasi dewasa yang divaksin. Populasi Malaysia pula satu dos 77.6 peratus dan lengkap populasi Malaysia yang divaksin ialah 72.4 peratus.
Akan tetapi pada ketika kejayaan-kejayaan kes menurun 5,666 kes hari Ahad, 5,828 kes hari Sabtu, 6,630 hari Jumaat, ada juga kegagalan-kegagalan, Tuan Yang di- Pertua. Apa dia antara kegagalan yang sepatutnya kita boleh elakkan? Kematian 28,446.
Itu tinggi jika kita banding dengan standard negara-negara yang sepatutnya kematian itu tidak sebegitu tinggi.
Kemudian wujudnya pihak yang anti vaksin. Itu juga menunjukkan kegagalan kita dari segi mempromosi kebaikan vaksin dan kegagalan ketiga saya kira ialah tentang varian delta. Varian delta ini dijadikan alasan untuk SOP di Melaka dan kita tahu bahawa SOP di Melaka ini yang agak kita tidak boleh terima. Saya sendiri sebagai anggota yang menyokong kerajaan tidak boleh terima apa dia yang disebut, “Sebarang aktiviti berkaitan pilihan raya adalah tidak dibenarkan”. Jadi tanggapan itu terlalu luas, Tuan Yang di-Pertua. “Sebarang aktiviti perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya adalah tidak dibenarkan”. Kalau kita baca ayat itu juga bermaksud sebarang aktiviti berkaitan pilihan raya adalah tidak dibenarkan berkuat kuasa pada hari ini hingga 27 November. Kita hendak buat pilihan raya tetapi sebarang aktiviti mengenai pilihan raya tidak boleh dibuat. Jadi ini adalah satu..
Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
Yang Berhormat, boleh saya – izinkan laluan sedikit.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Siapa itu?
Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
Tangga Batu, Tangga Batu.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ya. Sedikit sahaja, sedikit.
Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
Adakah Yang Berhormat bersetuju seolah-olah SOP yang baru dikeluarkan ini, kita hendak pilihan raya tetapi tidak boleh buat aktiviti pilihan raya, seolah-olah jalan-jalan pergi Melaka, Melaka pindah?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih*.
[Ketawa]* Saya membaca website Kementerian Kesihatan. Apa disebut tentang varian delta ini?
Dalam website Kementerian Kesihatan disebut bahawa, “Jangkitan varian Delta dalam kalangan individu yang sudah divaksin jarang berlaku. Jika dijangkiti, tidak akan mengalami gejala teruk dan mungkin tidak perlu ke hospital”. Itu dalam website Kementerian Kesihatan tetapi ia dijadikan alasan untuk tidak boleh dilakukan sebarang aktiviti ketika Pilihan Raya Negeri Melaka. Itu saya harap disemak semula oleh kerajaan supaya ada perkara-perkara yang dibolehkan seperti rumah ke rumah, ceramah kecil- kecilan misalnya pertemuan kecil-kecilan sepatutnya boleh dibenarkan.
Saya ingin bertanya beberapa soalan mengenai ordinan ini. Pertama ialah mengenai RM10,000 dan RM50,000 kompaun ini. Kemudian apabila dibantah oleh media sosial maka perkara itu tidak dapat dilaksanakan sebagaimana yang diinginkan. Wujudlah apa yang disebut sebagai kompaun dua darjat dan sebagainya. Saya hendak tanya berapa jumlah kes kompaun itu?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Perkara kedua ialah Akta 446 ini, kesan-kesan apabila ditamatkan ordinan ini, adakah penginapan pekerja dan kemudahan pekerja ini akan kembali kepada standard lama? Apakah langkah-langkah pencegahan dan penerusan supaya standard minimum untuk penginapan pekerja dan kemudahan pekerja ini boleh diteruskan?
Soalan ketiga ialah sebaran berita palsu ini berapa jumlah kompaun? Tadi disebut 30 kes siasatan dan apakah ada pendakwaan di mahkamah dan bagaimana jumlah-jumlah, adakah ia menjadikan sebaran berita palsu itu tidak berlaku selepas ini?
Perkara keempat ialah peruntukan kewangan tambahan tanpa dibawa ke dalam sidang Dewan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, berapa belanja jumlahnya? Apakah pecahan-pecahan peruntukan yang digunakan?
Sebagai contoh yang baik apa yang telah dibuat iaitu Kumpulan Wang Amanah Negara yang ada dalam Ordinan Darurat kemudian terus dijadikan akta dan diluluskan dalam Dewan ini supaya apabila kita inginkan perolehan vaksin atau apa-apa perbelanjaan dilakukan berhubung dengan vaksin bagi satu wabak apa-apa penyakit berjangkit boleh dibawa dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, telah dibentangkan di Dewan ini tetapi pindaan-pindaan enam perkara yang lain tidak dibawa semula ke Dewan ini dan ada sebahagian daripada ordinan-ordinan itu adalah baik untuk pentadbiran dan juga untuk rakyat. Terima kasih.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Terima kasih. Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, semasa Yang Berhormat Menteri memberi ucapan, dia kata beliau telah mengatakan bahawa Ordinan Darurat ini perlu kerana kesejahteraan rakyat. Adakah ini benar Yang Berhormat? Kalau Yang Berhormat pergi ke ‘conscience’ sendiri dapat tahu bahawa ini adalah satu perkataan yang tidak benar langsung. Ini kerana Ordinan Darurat ini dibawa oleh kerajaan kerana untuk berada di kerajaan. Ini kerana pada masa itu bulan Januari, nampaknya mereka telah hilang majoriti dan telah mengusulkan Ordinan Darurat ini supaya mereka boleh menerajui kerajaan. Ini adalah benar, fakta yang benar kerana bukan sahaja saya dan Ahli-ahli Parlimen di sini mengatakan sedemikian, tetapi penulis- penulis bukan sahaja di negara ini, di negara luar pun mengatakan bahawa it’s unjustifiable stand by the government. Ini adalah menjadi perkara yang besar.
Pada Januari 2021 di bawah pentadbiran Perikanan Nasional, Proklamasi Darurat menjadi warta Kerajaan Persekutuan yang dikatakan kesan daripada pandemik COVID- 19. Namun, apa yang kita saksikan ialah darurat yang digunakan untuk menggantung Parlimen bagi membantu kerajaan ketika itu untuk meneruskan kuasanya. Dalam Sistem Demokrasi Berparlimen yang sekian lama kita amalkan, penyalahgunaan Proklamasi Darurat ini menjadi titik paling hitam dalam sejarah negara. Malah ketika darurat dikatakan untuk mengawal COVID-19, ia sebenarnya memburukkan lagi keadaan apabila jumlah peningkatan kes dan jumlah kematian ketika itu kian bertambah. Ini adalah kali pertama dalam lebih 50 tahun darurat negara diisytiharkan dan hanya kali kedua Parlimen digantung sejak merdeka daripada British pada tahun 1957.
Pada bulan Januari yang sama, juga menunjukkan COVID-19 harian mencatatkan rekod baharu iaitu 3,309 orang dan pada akhirnya sekarang, lebih daripada 28,000 dan ramai lagi yang meninggal dunia. Ini semua nampaknya Ordinan Darurat tidak dapat mengatasi situasi COVID yang dikatakan Ordinan Darurat diperlukan untuk mengawal COVID. Jadi, apa yang perlu dibuat? Apakah penjelasan daripada pihak kerajaan berkenaan kes dan kematian tersebut? Adakah tumpuan kerajaan ketika darurat adalah menguruskan perebutan kuasa di kalangan mereka berbanding dengan mengurus COVID-19?
Satu, saya cadangkan – Sebenarnya sebelum akta rang undang-undang ini dibawa hari ini untuk annul-kan Ordinan Darurat ini, sebenarnya kita perlu search our conscience, Tuan Yang di-Pertua. Saya cadangkan seperti di negara-negara lain,
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
mengadakan satu truth commission dan fungsi-fungsinya perlu diberi supaya ia dapat menyemak dan mengambil tahu supaya kerajaan sebelum ini telah membuat satu kesalahan yang besar di mana mereka telah menggunakan alasan darurat ini untuk kepentingan mereka sendiri. Truth commission merupakan badan rasmi yang ditubuhkan bagi menyiasat pelanggaran hak asasi manusia, jenayah perang atau pelanggaran serious lain dan bertujuan untuk mengenal pasti sebab dan akibat penyalahgunaan ini.
Daripada suruhanjaya ini, satu laporan boleh dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen.
Laporan ini juga mesti diterbitkan secara umum sebagai rujukan awam.
Perkara ini penting agar penyalahgunaan darurat di masa akan datang dapat dibendung. Rakyat Malaysia terutamanya yang terlibat dengan COVID-19 yang kehilangan ahli keluarga akibat wabak ini berhak mengetahui bagaimana kerajaan menggunakan Proklamasi Darurat lebih-lebih lagi apabila kerajaan ketika itu berikrar menggunakan Proklamasi Darurat ini bagi mengawal COVID-19. Seluruh Kabinet harus dipertanggungjawabkan atas ketidakcekapan dan lebih menumpukan perhatian kepada perebutan kuasa di kalangan mereka dalam tempoh yang begitu tragis dalam sejarah negara. Ironi masa barisan Menteri tersebut juga kini berada dalam Kabinet kerajaan ini tanpa sedikit rasa malu terhadap rakyat Malaysia yang terdera akibat kelemahan mereka dalam pentadbiran. Adakah mereka akan meminta maaf kepada rakyat Malaysia, kita akan ketahui nanti.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin cadangkan bahawa untuk Artikel 150(8) dan sebagainya di mana ia menyekat hak seorang untuk membawa kes ke mahkamah dibatalkan. Ini perlu satu inisiatif yang baharu kerana bila-bila masa kerajaan dapat kuasa darurat ini, mereka boleh berada menerajui kerajaan selama-lamanya. Setiap enam bulan ia boleh di-renew dan ini memberi kuasa yang terlampau kepada sesuatu kerajaan. Saya rasa hasrat dan fikiran pada tahun 1957 bila akta ini, Federal Constitution ini digubal iaitu 150, ia tidak merangkumi di mana memberi kuasa yang terlampau kepada sesuatu kerajaan. Saya berasa mahkamah perlu diberi kuasa untuk kerajaan justify adakah darurat ini perlu. Adakah ini benda baru? Bukan. Kalau kita tengok di Kanada, di mana kalau Emergency Provisions dibawa, mahkamah ada kuasa untuk menengok adakah ini benar- benar perlu atau tidak.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin tahu, apakah rang undang- undang ini telah membawa termasuk akta minimum pekerja telah mengatasi masalah yang dikatakan perlu disegerakan pada masa itu? Macam pekerja paksa dan forced labor, adakah ini telah mengatasi masalah tersebut? Kalau sedemikian, kenapa pula Amerika memberitahu bahawa Malaysia adalah dalam tier three dalam trafficking in persons?
Nampaknya akta-akta ini, semua ordinan ini, semua ini adalah satu is a trick to be in power.
Jadi, saya pohon penjelasan yang penuh dari Menteri. Juga, adakah kerajaan boleh bersetuju kepada truth commission, berani untuk mengadakan satu truth commission selepas ini? Juga, tengok pada 150 artikel (8), supaya kuasa-kuasa diberi kepada mahkamah untuk to analyze dan membuat satu keputusan adakah ia patut atau tidak satu Proklamasi Darurat. Terima kasih.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Terima kasih. Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, mengizinkan untuk sertai perbahasan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan penghargaan kepada pengorbanan barisan hadapan sejak mula PKP yang memang tidak dapat dinafikan. Oleh yang demikian, rakyat harus diberi maklumat terperinci bilangan kes positif COVID-19 di kalangan barisan hadapan dan apakah tindakan kerajaan dalam memastikan kebajikan keluarga barisan hadapan terjamin sekiranya ada kesan yang serius?
Tuan Yang di-Pertua, bagi saya, kerajaan juga harus mengemukakan bilangan kes COVID-19 yang telah pulih tetapi mengalami kesan sampingan atau side effects
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
dengan izin, menyebabkan mereka memerlukan rawatan perubatan dan jenis tindakan susulan kerajaan telah atau sedang melaksanakan sekiranya perubatan bukan penyelesaiannya?
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Tuan Yang di-Pertua, pengalaman yang lepas telah mengajak kita agar lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan. Rakyat tidak mahu lagi menerima satu kesukaran seperti yang dialami pada PRN Sabah. Saya mengalu-alukan pengumuman kerajaan agar perhimpunan politik dilarang pada pilihan raya Melaka mulai 25 Oktober iaitu hari ini bagi mengelakkan peningkatan kes positif COVID-19 yang sebelum ini berlaku pada Pilihan Raya Negeri Sabah tahun lepas.
Kita dan politik harus setiap masanya meletakkan kesihatan rakyat sebagai agenda utama kita. Malangnya, kita atas kepentingan diri telah menyebabkan pilihan raya Melaka dilakukan pada masa ini yang tidak sesuai bagi rakyat biasa di luar sana. Maka, saya ingin mencadangkan SOP yang ketat juga diperlukan pada perkara-perkara berikut:
(i) tiada perhimpunan penyokong pada hari penamaan calon dan hari mengundi;
(ii) bilangan pemilih bagi setiap pusat mengundi perlu dikurangkan, malah bilangan pemilih yang diizinkan masuk di kawasan sekolah atau dewan perlu dihadkan supaya ada penjarakan sosial; dan
(iii) pondok panas dan kenderaan parti politik juga harus dilarang pada hari mengundi.
Ini adalah untuk memastikan kes-kes jangkitan COVID-19 tidak meningkat seperti selepas PRN Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, rakyat harus tahu juga bilangan denda dan amaun yang telah dikeluarkan kepada individu atau syarikat sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan serta berapakah jumlah yang berjaya dikutip oleh pihak kerajaan dan langkah-langkah yang diambil sekiranya individu atau syarikat yang enggan membayar denda tersebut? Tuan Yang di-Pertua, sekiranya kes-kes positif COVID-19 dan yang memerlukan rawatan perubatan di hospital selepas dijangkiti COVID-19 meningkat dengan bilangan yang ketara, adakah undang-undang yang sedia ada telah mencukupi bagi tujuan memerangi wabak COVID-19 atau Ordinan Darurat akan diperkenalkan sekali lagi?
Tuan Yang di-Pertua serta Ahli-ahli Dewan Rakyat sekalian, izinkan saya mengimbas kembali sewaktu kita mula-mula menghadapi pandemik ini. Sudah tentu banyak perkara yang kerajaan telah pelajari daripada pandemik ini. Saya berharap kerajaan dapat mempelajari pengalaman akibat pandemik COVID-19 serta menambah baik daripada segi pelan tindakan yang lebih cepat bagi tujuan membendung sebarang wabak atau virus lain pada masa hadapan.
Saya juga berpendapat sama dengan Ahli Parlimen Pontian, kalau Ordinan Darurat dilaksanakan, sidang Parlimen dan DUN harus berjalan dan tidak harus diharamkan. Jadi, ini ialah ucapan saya dan perbahasan saya. Saya menyokong usul untuk merungkaikan kesemua Ordinan Darurat. Terima kasih.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Terima kasih. Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk turut berbahas perungkaian tujuh Ordinan Darurat ini. Tuan Yang di-Pertua, saya telah mendengar justifikasi pihak kerajaan melalui Yang Berhormat Menteri Undang-undang untuk merungkaikan undang-undang ini. Cuma,
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
saya berpendapat apa yang tersurat mungkin telah dinyatakan tetapi banyak yang tersirat yang tidak dinyatakan.
Antaranya, semasa berlakunya krisis kesihatan ini, negara kita juga menghadapi krisis politik. Jadi, tidak dapat tidak, kita tidak boleh menolak bahawa semasa rang undang-undang darurat ini digubal, hakikatnya kerajaan ketika itu mengalami krisis yang lebih dahsyat daripada segi kesihatan kerana tidak mempunyai suara yang cukup di Parlimen ini untuk memastikan ia menjadi kerajaan yang sah. Jadi, sebab itulah bagi saya sama ada kerajaan ini suka atau tidak suka, ia terpaksa menerima satu hakikat yang pahit bahawa Ordinan Darurat ini adalah diperlukan untuk menyelamatkan kerajaan itu sendiri.
Saya telah mendengar kerajaan telah memberi justifikasi contohnya, kenapa rang undang-undang darurat perlu pindaan, 2001 digubal dan sebagainya. Saya sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, boleh menerima. Contohnya, dikatakan bahawa jika tidak ada peruntukan, tidak adanya undang-undang berkaitan dengan Rang Undang-undang Darurat iaitu pindaan kepada Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN). Maka, kerajaan tidak ada duit untuk membeli vaksin yang dikatakan lebih kurang RM5 bilion. Walaupun pihak Yang Berhormat Menteri Kesihatan mengatakan RM5.8 bilion. Saya ingin tanya kepada kerajaan, apabila kita menggunakan wang rakyat ini walaupun lima sen, walaupun lima kupang or whatever lah. Sekupang kah.
Tuan Yang di-Pertua, kita sepatutnya memastikan wang itu dipertanggungjawabkan sebab kita bukan belanja wang sendiri. Kita belanja wang rakyat.
Oleh sebab itu, pihak kami mengalami satu masalah untuk menerima alasan pihak kerajaan bahawa kita terpaksa belanjakan ini semua. Tidak ada masalah. Kami faham kena belanjakan wang dan kerajaan kata tidak ada duit. Persoalannya bukan masalah dibelanjakan wang itu. Persoalannya, kenapa setiap perbelanjaan itu tidak dipertanggungjawabkan di Parlimen. Itu persoalannya. Oleh sebab itulah bagi saya, Tuan Yang di-Pertua, kita mendapati bahawa segala peruntukan Ordinan Darurat ini bagi kita mempunyai satu niat yang tidak baik. Dalam bahasa undang-undang, ia kata ada mala fide. Saya pergi pada pertamanya, rang undang-undang yang pokok itu. Rang Undang-undang Darurat 2001. Saya merasa amat pelik. Ini kerana apa, rang undang- undang itu sebagai contoh di bawah seksyen 18, mengatakan bahawa undang-undang itu mengatasi undang-undang bertulis. Maknanya, kalau ada apa-apa undang-undang yang bertentangan dengan Ordinan Darurat itu, dianggap tidak digantikan berdasarkan ketidakselarasan or non-compliance ataupun bercanggah.
Tuan Yang di-Pertua, kita di Malaysia ini mengamalkan doktrin ketinggian perlembagaan ataupun the supremacy of constitution. Kita bukan mengamalkan doktrin seperti di England iaitu ketinggian Parlimen. Kita seperti juga negara US, mengamalkan sistem ketinggian perlembagaan. Itulah yang telah pun kita amalkan sehingga sekarang.
Akan tetapi apabila kita mempunyai peruntukan di bawah seksyen 18, Ordinan Darurat itu.
Saya berpendapat kita telah pun, dengan izin, jettison ataupun kita lontarkan ke tepi ketinggian perlembagaan itu. Oleh sebab Ordinan Darurat ini seolah-olah telah mengatasi ketinggian perlembagaan dan malangnya, oleh sebab ia tidak pernah dibawa ke Parlimen ini, maka tidak kita tidak berpeluang untuk membantah di Parlimen ini kenapakah perlunya wujud seksyen 18 itu.
Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan bahawa segala perbelanjaan ini walaupun tadi kerajaan telah dedahkan, saya minta Yang Berhormat Menteri untuk mendedahkan pada Parlimen ini, berapakah wang telah dibelanjakan sepanjang tempoh darurat ini setelah semua rang undang-undang telah pun dibentangkan. Oleh sebab, Yang Berhormat Menteri mengatakan sebagai contoh, di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Pindaan) 2021 tidak perlu dibawa ke Parlimen. Tidak apa. Itu sudah pun berlaku.
Sekarang saya hendak tanya pada kerajaan, berapakah jumlah wang yang telah dibelanjakan sepanjang tempoh darurat itu yang tidak dibawa ke Parlimen ini? Berapa banyak?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Saya hendak tanya juga, bagaimanakah proses check and balance dilakukan ketika kerajaan membelanjakan wang itu? Oleh sebab, tidak pernah pun dibawa ke Parlimen, maka sudah tentu tidak ada satu proses check and balance. Sebagai contoh, kita difahamkan pada darurat itu juga dibelanjakan untuk membaiki rumah kerosakan pada rumah rasmi Perdana Menteri. Dari masa darurat itu juga, dikatakan bahawa adanya perbelanjaan untuk membina tiga Dewan di Parlimen Pagoh. Jadi, semua wang ini ialah wang rakyat. Oleh sebab tidak ada pernah dibentangkan di Parlimen, saya ingin tanya, bagaimanakah wang ini dapat dipertanggungjawabkan? Siapakah yang telah pun membuat satu semak imbang kepada perbelanjaan ini?
Saya mengharapkan Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mesti memberikan satu- walaupun kerajaan kata, kami telah menggunakan kuasa undang-undang, boleh tidak bentangkan di Parlimen? Akan tetapi saya mengharapkan demi untuk kita memastikan berlakunya satu semak imbang kerana ia melibatkan wang rakyat. Saya harap supaya ada satu mekanisme untuk membolehkan segala perbelanjaan itu juga dibentangkan di Parlimen. Sama ada melalui apa sistem, saya tidak pasti. Akan tetapi mesti ada satu cara untuk kita memastikan wang-wang itu dapat dibentangkan di Parlimen juga.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga telah melihat kepada pindaan kepada Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Pindaan) 2021 telah ada nombor dua. Soalan yang pertama, ada nombor dua.
[Loceng tamat masa berbunyi] Minta masa sedikit, Tuan Yang di-Pertua. Saya dapati Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah memasukkan satu peruntukan mengenai untuk memerangi berita palsu atau fake news. Saya dapati memang segala peruntukan undang-undang Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang telah pun dibatalkan, yang digubal masa Kerajaan Barisan Nasional dahulu dimasukkan balik. Incorporated balik. Makna, undang-undang ‘arwah’ Akta Antiberita Tidak Benar 2018 itu dimasukkan balik.
Tuan Yang di-Pertua, apa yang berlaku malangnya, banyak rakyat yang telah dikenakan tindakan kerana dikatakan menyebar berita tidak palsu. Akan tetapi hakikatnya, yang terlibat menyampaikan berita palsu juga ialah pihak kerajaan. Pihak-pihak Menteri.
Tidak berlaku telus daripada segi memberikan maklumat. Akan tetapi yang didakwa adalah pihak rakyat. Saya tidak nampak mana-mana individu daripada pihak kerajaan yang didakwa kerana menyebarkan berita tidak benar.
Kita— oleh sebab masa tujuh minit, saya tidak sempat hendak dedahkanlah. Akan tetapi sebenarnya saya rasa memang ada keadaan di mana Menteri-menteri juga memberikan fakta yang tidak betul. Akan tetapi tidak diambil tindakan. Bila rakyat, kita begitu segera. Kata kerajaan tidak ada wang untuk belanjakan. Akan tetapi yang kita hairan, kenapa pihak yang bertanggungjawab telah meruntuhkan ekonomi negara iaitu Yang Amat Berhormat Pekan dalam kes 1MDB. Sekarang ini diberikan layanan yang begitu istimewa. Boleh pergi Singapura untuk sekian lama. Sekarang hendak pinda pula daripada 25 hari bulan Oktober sampailah 6 hari bulan Disember. Asalnya daripada 20 hari bulan November sampai 22 hari bulan November.
Tuan Yang di-Pertua, kenapa dibenarkan pergi begitu lama? Alasannya untuk melawat anak dia yang hendak bersalin. Dia bukan bidan Tuan Yang di-Pertua, sampai hendak sebulan pergi. Bukan bidan. Dia bukan bidan, Tuan Yang di-Pertua. Kalau hendak lawat Singapura, mungkin lima hari cukup tetapi dekat sebulan. Adakah Yang Berhormat Pekan ini juga bidan? Saya hendak tanya. Untuk menolong— menolonglah apa yang perlu bagi seorang yang telah melahirkan anak. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya hairan. Orang yang merosakkan negara, merosakkan ekonomi negara, diberi layanan yang begitu istimewa oleh kerajaan yang ada sekarang.
Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Dah habis dah masa itu.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Jadi, saya harap kerajaan mestilah memastikan orang ini Tuan Yang di-Pertua, bukan tempatnya di Singapura, bukan tempat di tempat lain tetapi di penjara. Bukan di Singapura. Di penjara. Akan tetapi diberikan layanan yang begitu istimewa kepada kerajaan sekarang sedangkan dia merosakkan ekonomi negara. Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, memandangkan sekarang sudah jam menunjukkan pukul 1.04 minit tengah hari. Saya menangguhkan Mesyuarat sekarang dan akan bersambung semula jam 2.30 petang dengan Yang Berhormat Dungun, Yang Berhormat Sungai Buloh, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Ipoh Timur dan Yang Berhormat Tumpat.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.04 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya ada sedikit pemasyhuran sebelum kita mula.
Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk makluman, pada pagi tadi saya telah berkesempatan mewakili Dewan Rakyat dalam Istiadat Mengucap Selamat Berangkat Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang berlangsung di Dewan Seri Maharaja, Istana Negara.
Saya ingin menyampaikan salam dan ucapan selamat bersidang kepada semua Ahli Yang Berhormat daripada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Tuanku. Patik dan seluruh Ahli Dewan Rakyat menjunjung setinggi-tinggi kasih atas segala hemat kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Tuanku sepanjang menjalankan fungsi- fungsi Yang di-Pertuan Agong sebagaimana Perkara 33(1) Perlembagaan Persekutuan bermula 17 September 2021 yang lalu. Patik semua di sini turut berdoa ke hadrat Allah SWT, mudah-mudahan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Tuanku dianugerahkan taufik dan hidayah, sihat walafiat hendaknya. Daulat Tuanku. Sekian, terima kasih.
Kita sambung dengan perbahasan usul. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Dungun. Tujuh minit, Yang Berhormat. Silakan.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
*Bismillahi Rahmani Rahim, Alhamdulillah.
[Berselawat]* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan kepada saya peluang untuk sama-sama membahaskan untuk mengungkaikan Ordinan- ordinan Darurat di dalam Dewan Rakyat pada hari ini.
Sebagaimana kita semua maklum bahawa pengungkaian ordinan-ordinan ini adalah selaras dengan fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Dalam perkara yang melibatkan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 P.U.(A) 12/2021, walaupun terdapat tujuh ordinan yang hendak diungkaikan pada hari ini, saya ingin untuk menyebut salah satu daripadanya ialah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 ini iaitu P.U.(A) 12/2021. Ordinan yang diperkenalkan ini adalah ordinan yang diberi perhatian semua semasa pemasyhuran darurat dilakukan.
Dalam seksyen 6 dalam ordinan ini pada waktu darurat, ia menjelaskan bahawa arahan boleh dikeluarkan untuk tujuan rawatan, pengasingan, imunisasi, pemerhatian atau pengawasan oleh Yang di-Pertuan Agong atau orang yang dilantik oleh baginda selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 iaitu Akta 342. Dengan memperkenalkan ordinan ini, berkait dengan seksyen 6 ini kerana situasi COVID-19 ini tidak pernah berlaku dalam tempoh selepas merdeka. Ia disebut dengan
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
unprecedented dengan izin Tuan Yang di-Pertua dan situasi ini memerlukan tindakan yang luar biasa.
Dengan wujud ordinan ini, saya berpendapat Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) selaku tunjang utama dalam menangani jangkitan ini diberi kuasa yang luas dalam lingkup yang dibenarkan kepada mereka. Malah ordinan ini mengurangkan kerenah birokrasi yang melibatkan perundangan kerana segala tindakan mereka disahkan oleh ordinan ini bagi memastikan sistem kesihatan kita tidak lumpuh seperti mana yang dijangkakan mungkin berlaku.
Kewujudan ordinan ini bukan sahaja sesuatu yang amat penting kerana salah satu daripada kepentingan manifestasi supaya rakyat dapat memahami hasrat kerajaan iaitu dengan kadar yang sangat serius memastikan kadar jangkitan turun dalam tempoh secepat mungkin. Satu kaedah penting pemerintahan ialah... [Bercakap dalam bahasa Arab] iaitu urusan-urusan pemerintahan mesti diikat dengan maslahat kepentingan rakyat.
Kedua, Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit)
(Pindaan) 2021. KKM telah memasukkan 10 peruntukan iaitu lima pindaan Akta 342 dan lima peruntukan baharu dalam Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021. Langkah ini kerana terdapat keperluan segera semasa Proklamasi Darurat. Pindaan ini bertujuan menambah baik Akta 342 dan meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan mengekang penularan COVID-19.
Sebagai contoh, dengan wujud ordinan ini bermula 11 Mac 2021, mengikut seksyen 2(1), penguat kuasa PBT dan badan-badan berkanun diberi kuasa untuk menguatkuasakan pematuhan SOP bagi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan, seterusnya membendung penularan COVID-19 dalam tempoh darurat. Tindakan ini adalah bersesuaian kerana masalah yang dihadapi pada waktu itu ialah kekurangan sumber manusia oleh bahagian penguatkuasaan pihak KKM.
Di seluruh negara terdapat jabatan penguatkuasaan oleh setiap PBT yang bertanggungjawab untuk memastikan penduduk di daerah mahupun bandar mengikut undang-undang atau rule of law, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
Oleh itu, saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pihak PBT yang telah memberi bantuan yang amat besar dalam menjalankan tugas yang sebelum ini disandarkan sepenuhnya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Dalam hal ini, saya mengharapkan supaya walaupun ungkaian kepada Ordinan ini berlaku, tetapi hendaklah terus diberikan perhatian kepada kepentingan tentang kesihatan rakyat menangani COVID-19 ini.
Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021 P.U. (A) 77/2021. Kementerian Sumber Manusia melalui Ordinan ini telah meletakkan garis panduan bahawa antara pelaksanaan undang-undang baharu di bawah Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021 ini adalah di bawah Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) berhak mengeluarkan arahan kepada pemilik penginapan untuk mengganti, mengubah atau membaiki penginapan yang tidak mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).
Walaupun ungkaian berlaku tetapi saya harapkan diberikan perhatian juga mengenai Akta 342 di bawah KKM iaitu berkait dengan penyakit berjangkit. Ini kerana isu ini kita akan lihat mungkin berlaku apabila berlakunya virus dalam COVID-19 varian baharu ini dan juga daripada segi kesesakan penginapan. Saya pohon supaya diberikan perhatian kepada perkara yang penting ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Dungun, seterusnya Yang Berhormat Sungai Buloh. Sungai Buloh tidak ada? Yang Berhormat Batang Lupar, silakan.
Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Batang Lupar juga turut di dalam perbahasan untuk mengungkaikan Ordinan-ordinan Darurat di dalam menyokong, mengungkaikan Ordinan-ordinan Darurat. Salam Keluarga Malaysia dan ucapan menjunjung kasih saya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Terima kasih kepada yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Bera dan mantan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pagoh, anggota kabinet, Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat, pihak kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, pihak swasta, NGO serta unsung heroes, dengan izin yang telah menjalankan tugas cemerlang semasa tempoh darurat berlangsung sejak Januari 2021 dalam menangani dan mengawal pandemik COVID-19 dengan baik.
Tuan Yang di-Pertua, pada hemat saya, Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 yang dikuatkuasakan oleh kerajaan semenjak 11 Januari yang lalu telah mengambil kira seluruh aspek melibatkan kepentingan rakyat dalam usaha melawan penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Perkara ini pastinya telah merangkumkan aspek kedaulatan negara, kesihatan dan ekonomi setelah melihat kepada keadaan negara yang diancam oleh pandemik ini.
Penubuhan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat dengan keanggotaan 19 orang ahli yang pakar dalam bidang masing-masing sememangnya amat tepat bagi memastikan Yang di-Pertuan Agong memperoleh pandangan yang menyeluruh daripada semua pihak dan bebas daripada pengaruh politik dan kepentingan golongan tertentu sahaja.
Kita perlu melihat apakah sebenarnya objektif proklamasi darurat ini diisytiharkan.
Penggunaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) sahaja tidak memadai kerana masalah jangkitan penyakit kini tidak lagi terhad kepada lokaliti tertentu sahaja.
Tempoh darurat juga akan memberi ruang kepada kerajaan menumpukan pemulihan ekonomi negara, selain menjamin dan mengekalkan keselamatan serta ketenteraman awam. Pengisytiharan darurat perlu dilakukan bagi melandaikan lengkuk jangkitan COVID-19 secara lebih cepat dan berkesan.
Ini kerana kerajaan tidak boleh berlengah dalam membuat perkiraan dengan pihak swasta untuk menggunakan premis perubatan swasta serta sumber utiliti dan aset.
Sebagai contoh, penglibatan makmal ujian spesimen COVID-19, swab test dapat dilakukan dalam skala yang besar, seramai mungkin dengan penglibatan pihak swasta kerana makmal kerajaan tidak mencukupi.
Biarpun terdapat Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
(Akta 342), tetapi ia tidak memadai kerana situasi kemudahan di hospital kerajaan tidak cukup untuk menampung bilangan pesakit positif COVID-19.
Lihat sahaja negara pernah berdepan dengan keadaan di mana penggunaan kapasiti ICU melebihi 100 peratus dan ini amat membimbangkan kerana tidak semua pesakit yang memerlukan rawatan kritikal dapat ditempatkan di ICU.
Walaupun pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa bersiap siaga dengan menambah kapasiti katil di hospital, di pusat kuarantin dan rawatan COVID-19, bekerjasama dengan hospital pengajar, Kementerian Pengajian Tinggi dan Hospital Angkatan Tentera Malaysia dalam penubuhan hospital medan, tetapi penglibatan lebih luas dan serius hospital-hospital swasta, khususnya adalah sangat kritikal pada waktu genting ini.
Impak yang sangat ketara dapat dilihat sebaik sahaja Proklamasi Darurat ini ditamatkan, pihak hospital swasta telah menolak, ada yang menolak pesakit yang mempunyai gejala COVID-19 untuk menerima pemeriksaan dan rawatan lanjut. Fi bagi fasiliti pemeriksaan dan rawatan berkaitan COVID-19 juga naik mendadak tanpa kawalan
Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar
oleh pihak swasta, demi mengaut keuntungan memandangkan permintaan yang tinggi daripada masyarakat.
Selain daripada itu, penguatkuasaan peraturan berkenaan kawalan penularan pandemik boleh disegerakan tanpa urusan birokrasi dan peraturan yang menyukarkan.
Akta 342 telah memperuntukkan kuasa tertentu untuk mendapatkan kerjasama daripada pihak swasta.
Namun, kuasa yang diperuntukkan di bawah akta tersebut tidak mencukupi. Saya juga melihat kepada satu perkara di bawah ordinan ini di mana tiada kuasa peranan atau kuasa tambahan diberikan kepada petugas kesihatan kerajaan atau swasta.
Namun, berdasarkan kepada Seksyen 6, Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik tertakluk kepada syarat, pengamal swasta untuk mengeluarkan arahan rawatan imunisasi, pengasingan, pemerhatian atau pengawasan di bawah Akta 342 yang mana memberi kelebihan kepada sektor kesihatan mengawal demi meletakkan kepentingan kesihatan awam sebagai perkara yang paling utama.
Tuan Yang di-Pertua, Ketua Kerajaan Persekutuan dan Ketua Kerajaan Negeri telah diberi kuasa meluluskan perbelanjaan tambahan atau menggunakan Kumpulan Wang Disatukan sepanjang tempoh darurat yang berkuat kuasa.
Saya melihat bahawa ordinan ini telah menyokong perbelanjaan yang perlu diutamakan untuk memastikan negara terus kekal di landasan pemulihan dan pengukuhan ekonomi tahun ini. Faktor utama dan terpenting dalam aspek ini adalah pematuhan garis panduan mengenai tadbir urus kewangan yang baik serta ketelusan perbelanjaan kerajaan terutamanya dalam soal peruntukan tambahan dan perbelanjaan yang amat diperlukan dalam tempoh pandemik.
Kelulusan segera amat diperlukan dengan peruntukan dalam jumlah yang cukup besar, dalam keadaan kecemasan. Seksyen mengenai peruntukan kewangan sementara membolehkan perbelanjaan tambahan ini dibuat dengan kelulusan perbendaharaan atau Menteri Besar atau Ketua Menteri bagi sesuatu negeri demi keselamatan negara.
Tuan Yang di-Pertua, kuasa yang diberikan di bawah Ordinan Darurat ini adalah tambahan kepada dan bukanlah sebagai menggantikan kuasa yang diberikan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa.
Pemasyhuran pindaan kepada Ordinan Darurat ini telah dimuktamadkan selepas Yang di- Pertuan Agong berpuas hati dengan tindakan segera bagi menjamin dan mengekalkan kesihatan awam, kelangsungan ekonomi dan ketenteraman awam.
Yang menjadi persoalan saya, Tuan Yang di-Pertua, sesuatu yang perlu diberi perhatian dan diperhalusi adalah bagaimana kerajaan dapat memastikan segala kebaikan dan kelebihan yang diperoleh sepanjang tempoh darurat berlaku, masih boleh diteruskan walaupun tujuh ordinan ini akan diungkaikan selepas ini. Sekian terima kasih. Saya menyokong
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar.
Saya ingin mengumumkan senarai pembahas yang saya ada. Selepas ini ialah Yang Berhormat Ipoh Timur, diikuti dengan Ahli-ahli Yang Berhormat berikut iaitu Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Setiawangsa, Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Pokok Sena, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Simpang Renggam dan akhir sekali Yang Berhormat Selayang.
Saya jemput sekarang Yang Berhormat Ipoh Timur. Silakan.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk menyertai dalam perbahasan usul
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
mengungkaikan Ordinan-ordinan Darurat menurut fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
Isu ini sememangnya telah menjadi satu isu yang hangat pada persidangan khas Parlimen bulan Julai yang lepas. Minggu persidangan Dewan Rakyat tersebut merupakan satu titik hitam dalam sejarah Parlimen demokrasi negara kita dengan pelakunya Menteri Undang-undang kerajaan memberikan fakta yang mengelirukan Dewan, tidak menghormati institusi Raja Perlembagaan negara dan menyebabkan ketidakpastian kedudukan undang-undang yang kita hadapi. Isu ini juga telah menimbulkan segala kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional yang ditubuhkan sejak Februari 2020, satu kerajaan tanpa sokongan majoriti rakyat, bukan pilihan rakyat dan tanpa sokongan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat.
Segala-galanya bermula pada 26 Julai 2021 apabila Menteri Undang-undang pada ketika itu menyatakan dalam Dewan dengan begitu jelas dan yakin seperti yang tercatat dalam Penyata Rasmi, saya menyatakan di sini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyatakan, "Semua Ordinan Darurat dengan izin Tuan Yang di-Pertua – tadi saya tidak sebut semua Ordinan Darurat sebanyak enam Ordinan Darurat yang dibuat telah diputuskan untuk di revoked berkuat kuasa 21 Julai 2021”. Beliau juga berkata, “Proklamasi Darurat belum lagi dibatalkan dan yang dibatalkan adalah Ordinan Darurat”. Apabila ditanya oleh Yang Berhormat Bagan berkenaan dengan “Kalau Ordinan Darurat dibatalkan, semua denda sudah tidak boleh pakai”. Menteri telah menyatakan bahawa, “Ya, tidak boleh pakai. Already revoked”. So itu jawapan daripada Menteri.
Jelas, kerajaan pada ketika itu telah mengambil satu pendirian bahawa Ordinan Darurat telah pun diungkai dan tidak lagi berkuat kuasa sejak 21 Julai 2021. Walaupun daripada segi undang-undang kita semua tahu ia merupakan satu kesilapan besar dan pelanggaran undang-undang yang serius oleh kerajaan pada ketika itu. Walaupun pengumuman telah dibuat oleh kerajaan berkenaan dengan pendirian kerajaan pada ketika itu bahawa Ordinan Darurat telah pun diungkaikan, namun kita mendapati bahawa pasukan penguat kuasa masih mengeluarkan kompaun ketidakpatuhan SOP kesihatan dengan mengguna pakai Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 iaitu Ordinan Darurat yang akan diungkai pada hari ini.
Daripada jawapan yang diberikan kepada saya pada 27 September 2021, Perdana Menteri telah menyatakan jumlah kompaun yang dikeluarkan selepas 21 Julai 2021 sehingga 27 Ogos 2021 adalah sebanyak RM10,419 kompaun. Kesilapan dan kekeliruan yang disebabkan oleh kerajaan pada ketika itu telah mendatangkan satu isu undang-undang sama ada kompaun yang dikeluarkan tersebut adalah sah atau sebaliknya. Bagaimanakah rakyat boleh dihukum di bawah satu undang-undang yang mana telah diumumkan oleh kerajaan sebagai tidak sah dan tidak lagi berkuat kuasa?
Kerajaan harus sedar kompaun maksimum yang dibenarkan di bawah Ordinan Darurat 2021 adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan akta dan undang-undang asal iaitu RM50,000 berbanding dengan RM1,000. Walaupun kepatuhan SOP kesihatan adalah faktor patut dan perlu, namun rakyat tidak sepatutnya dihukum apabila terdapat kesilapan daripada kerajaan sendiri. Sekiranya kerajaan berpendirian bahawa Ordinan Darurat telah terbatal sejak 21 Julai 2021, maka jumlah kompaun yang boleh dikenakan hanyalah RM1,000 dan bukannya RM10,000 ataupun RM50,000 yang selalu dikenakan.
Pada pendapat saya, kerajaan sekarang haruslah mengakui kesilapan kerajaan pada Julai yang lepas, mengambil tanggungjawab untuk memikul kesilapan tersebut.
Tidak ada alasan untuk mengatakan bahawa ia merupakan kesilapan kerajaan lepas kerana pada hakikatnya, Kabinet sekarang adalah 95 peratus sama dengan kerajaan pada bulan Julai. Perdana Menteri sekarang juga merupakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) pada ketika itu. Akuilah kesilapan, mengambil langkah untuk memulihkan keadaan dan ini adalah apa yang kerajaan sekarang perlu buat.
Maka, kompaun-kompaun yang telah dikeluarkan sejak 21 Julai 2021, pada pendapat saya, hendaklah dibatalkan atau dianggap batal dengan sendirinya. Rakyat tidak seharusnya dihukum apabila undang-undang Ordinan Darurat pada ketika itu adalah begitu keliru dan kerajaan sendiri pun berasa keliru atas keabsahan Ordinan Darurat itu
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
dan dianggap oleh kerajaan sendiri sebagai sudah tidak berkuat kuasa. Dengan izin, there shall be no penalty without law. Isu yang kedua Tuan Yang di-Pertua, pada pagi tadi, Menteri Undang-undang juga menyatakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit akan dipinda selepas Ordinan Darurat diungkaikan dan pindaan itu akan dibawa ke Dewan Rakyat pada bulan Disember yang akan datang. Saya mencadangkan supaya segala pindaan untuk menaikkan semula amaun kompaun pelanggaran SOP, haruslah bersifat lebih adil dan lebih munasabah. Pematuhan SOP haruslah bermula daripada pendidikan dan penguatkuasaannya tidak seharusnya digunakan sehingga mendatangkan kebimbangan yang tidak wajar daripada kalangan rakyat.
Saya hendak membawa perhatian kerajaan bahawa kerajaan harus tahu betapa banyak pemilik perniagaan tidak berani untuk membuka kedai mereka walaupun perniagaan mereka dibenarkan untuk beroperasi. Antara sebab, kekeliruan terhadap SOP dan ada juga yang tidak mendapat kelulusan MITI atas masalah teknikal MITI sendiri.
Walaupun dibenarkan untuk beroperasi di bawah SOP, ramai pemilik perniagaan mengalami masalah untuk meneruskan perniagaan mereka, apatah lagi pada masa yang sama, perlu bimbang ke atas kompaun yang mungkin dikenakan. Bagilah amaran secara lisan terlebih dahulu, jangan mengkompaun sewenang-wenangnya.
Kita juga pernah nampak, sebulan selepas Ordinan Darurat yang membenarkan kompaun maksimum RM50,000 dikenakan, seorang penjual burger di Kelantan, telah dikenakan kompaun maksimum sebanyak RM50,000 kerana telah berniaga lebih masa tidak sampai 20 minit. Ini bukan hasrat utama apabila kita hendakkan satu undang-undang untuk mengawal daripada segi pandemik.
Maka saya menyeru supaya segala pindaan yang akan dibawa ke Dewan Rakyat nanti, haruslah lebih jelas dalam mengasingkan keseriusan kesalahannya dengan amaun yang lebih munasabah dan bukannya seperti yang dinyatakan oleh Ordinan Darurat yang telah pun dibuat sebelum ini.
Dengan itu, saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Sekian daripada saya, dari Ipoh Timur.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Yang Berhormat Tumpat. Silakan.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan untuk mengungkai Ordinan Darurat yang telah berkuat kuasa sepanjang 11 Januari hingga 1 Ogos 2021. Pengisytiharan darurat di Malaysia pada masa itu merupakan satu tindakan yang tidak dapat dielakkan memandangkan negara berdepan dengan penularan gelombang kedua pandemik COVID-19.
Tuan Yang di-Pertua, pengisytiharan darurat ini telah dilaksanakan menuruti lunas perundangan berdasarkan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan selain pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 mengikut Perkara 150(2)(b) Perlembagaan Persekutuan. Pengisytiharan darurat ini dilaksanakan berlandaskan kepada keselamatan negara, kelangsungan kehidupan dan ekonomi serta untuk menjaga ketenteraman awam. Pengisytiharan darurat mempunyai beberapa fungsi yang membolehkan kerajaan menjalankan tugas pentadbiran dengan lebih cekap dalam menangani pandemik COVID-19.
Teras utama yang tidak diberikan perhatian dengan pengisytiharan darurat di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 adalah pendekatan whole of government yang menjadi rencah kejayaan negara melawan pandemik ketika ini. Ia memberikan kuasa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi meningkatkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuklah aspek hukuman pada pelanggaran SOP dan peraturan-peraturan lain.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Dalam aspek lain, Ordinan Darurat juga membenarkan Angkatan Tentera Malaysia serta Polis Diraja Malaysia mengetatkan kawalan sempadan negara bagi melindungi negara daripada pendatang asing tanpa izin.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Pendekatan ini mengurangkan bebanan tugas kedua-dua pihak penguat kuasa dalam memastikan sempadan kedaulatan negara sentiasa terpelihara ketika negara berdepan dengan pandemik.
Tuan Yang di-Pertua, kita juga melihat bagaimana melalui pengisytiharan darurat membolehkan integrasi perkhidmatan institusi perubatan swasta dan awam yang banyak menyumbang kepada peningkatan kapasiti ujian COVID-19. Integrasi hospital awam dan swasta bagi tujuan kuarantin dan tindakan menangani penularan COVID-19 selain mobilisasi anggota perubatan bagi memastikan aspek perlindungan kesihatan awam sentiasa terjamin.
Oleh sebab itu, kita melihat bagaimana negara masih berupaya bertahan meskipun kes-kes COVID-19 terus mencatat peningkatan sebelum daripada kes ini.
Tambahan lagi, dengan pengisytiharan darurat juga membolehkan program vaksinasi dapat diperluaskan dan dipertingkatkan di bawah Program Imunisasi Kebangsaan.
Negara pernah mencapai sehingga melebihi 500,000 suntikan dalam sehari di seluruh negara dan menjadi antara suntikan harian tertinggi di dunia. Kesannya, dengan kadar vaksinasi yang pantas Malaysia telah pun melonggarkan sekatan dan kemuncaknya dengan kebenaran rentas negeri yang diumumkan oleh kerajaan setelah kadar vaksinasi mencecah 90 peratus populasi dewasa.
Kejayaan program vaksinasi ini sewajarnya menunjukkan indikator jelas kejayaan di sebalik langkah proaktif Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat.
Kebijaksanaan yang dizahirkan baginda ini memberikan suatu denai baharu kepada negara untuk mempercepatkan langkah menuju ke arah endemik yang tidak berapa lama lagi.
Tuan Yang di-Pertua, sungguh malang sekali apabila ada pihak yang suka menangguk di air keruh ketika kerajaan sedang bertungkus-lumus mengerah segala kudrat untuk melawan pandemik, mereka hanya menjadi penghasut dengan membawa slogan kerajaan gagal. Saya yakin,segala tohmahan dan kecaman yang ditujukan kepada kerajaan berlapikkan alasan kegagalan Ordinan Darurat menunjukkan mereka sendiri tidak faham situasi yang sedang dihadapi negara. Kesemua perkara dilonggokkan menjadi bahan politik sehingga tumpuan kepada rakyat dialihkan. Inilah realiti politik cara lama yang masih bersarang dalam negara.
Peningkatan kes yang berlaku sepanjang Mei sehingga Ogos disebabkan oleh varian Delta yang melanda negara menjadikan penularan gelombang ketiga COVID-19 dalam negara. Kes naik sehingga mencecah paras 20,000 ke 30,000 kes sehari dengan kes kematian yang dicatatkan juga tinggi. Kita tidak menolak fakta yang berada di hadapan kita dengan peningkatan kes tersebut. Benar, kes COVID-19 masih tinggi ketika negara sedang dalam tempoh darurat cuma ia tidak menggambarkan kegagalan darurat sepenuhnya. Masih ada fungsi lain di bawah Ordinan Darurat tersebut yang menyumbang kepada kejayaan yang kita kecapi pada hari ini dan menjelang era endemik kelak.
Pihak tertentu hanya menilai kegagalan darurat semata-mata berpandukan kepada kes harian dan kes kematian COVID-19 tetapi sengaja menutup mata terhadap fungsi dan kepentingan Ordinan Darurat yang lain yang membantu kerajaan merintis jalan keluar daripada pandemik. Mereka tidak mahu menilai kepada kejayaan Program Vaksinasi ketika itu yang merupakan penyumbang utama kepada kejayaan yang sedang kita tempuhi hari ini. Apa yang saya ingin tekankan adalah kejayaan vaksinasi ini adalah hasil kerjasama erat institusi perubatan awam dan swasta yang menjadi teras di bawah Ordinan Darurat.
Tuan Yang di-Pertua, meskipun dihimpit dengan pelbagai perkara kerajaan masih lagi berupaya memikirkan soal survival rakyat. Pakej-pakej bantuan dan rangsangan ekonomi diteruskan walaupun negara di bawah perintah darurat sekali gus menafikan
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
tuduhan kerajaan sekadar mahu mengekalkan kuasa. Bermula dengan Pakej Permai, PEMERKASA, PEMERKASA Tambahan dan PEMULIH menunjukkan respons balas kerajaan untuk membantu survival rakyat sentiasa berterusan.
Tuan Yang di-Pertua, kesemua penghujah saya ini tidak sesekali menidakkan usul untuk merungkai Ordinan Darurat ini. Saya sekadar mahu menjelaskan penilaian yang dibuat terhadap implikasi pengisytiharan darurat tempoh hari perlu dibuat seadilnya dan menyeluruh dan bukan semata-mata melihat kepada satu sisi kelemahan tetapi menolok progress serta penambahbaikan lain yang sedang berjalan. Inilah yang sangat dikesali oleh sikap sesetengah pihak dalam negara ini. Mereka mencari perpecahan, mencari jalan perpecahan ketika negara sangat memerlukan kesatuan dan kesepaduan.
Oleh itu, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin menyokong, merungkai ketujuh-tujuh Ordinan Darurat yang diusulkan tadi. Walau bagaimanapun, dalam perbahasan saya ini, saya ingin menumpukan kepada Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No. 2) 2021 [P.U. (A) 110/2021].
Ordinan Darurat tersebut seperti yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri Undang-undang, berkaitan dengan penyebaran berita palsu, fake news. Yang Berhormat Menteri menyatakan terdapat 30 kes yang telah disiasat di bawah seksyen 4(1) Ordinan Darurat tersebut. Mungkin saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh beritahu Parlimen, berapa banyak kes tersebut yang berada di mahkamah di mana pertuduhan dijalankan atau perbicaraan sedang berlangsung dan di mana butirannya, di negeri mana dan di mahkamah mana kes-kes tersebut.
Dalam penerangan Yang Berhormat Menteri tadi, beliau menyatakan walaupun Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No. 2) ini diungkai, dibubarkan oleh Parlimen, tetapi beliau menyatakan itu tidak akan menjejaskan kes-kes yang sedang dibicarakan di mahkamah. Jadi dalam hal ini saya harap Yang Berhormat Menteri kaji semula. Memang pengetahuan saya ada kes yang sedang berada di mahkamah di bawah kesalahan, di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No. 2) itu. Ada pihak yang tertuduh melalui peguam mereka, menulis surat representasi kepada Peguam Negara supaya kes mereka digugurkan. Akan tetapi, dimaklumkan permohonan itu ditolak kerana Ordinan Darurat
(Kuasa-kuasa Perlu) berkenaan berita tidak benar itu masih berkuat kuasa walaupun darurat telah tamat pada 1 Ogos yang lalu.
Jadi persoalannya, Yang Berhormat Menteri kena ambil maklum, sekiranya Dewan ini merungkai, memansuhkan Ordinan Darurat tersebut dan kemudian digazet dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong tidak jadi undang-undang, bolehkah yang tertuduh di mahkamah itu dibicarakan di mana undang-undang itu telah diungkai.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Jadi, di bawah kesalahan mana beliau dibicarakan? Bolehkah pihak pendakwaan meneruskan perbicaraan tersebut? Perkara ini penting kerana kesalahan di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.2) itu, hukuman ia boleh sampai penjara tiga tahun, boleh didenda tidak lebih RM100,000. Ini berkaitan dengan hak-hak Perkara 5 – fasal 1, Perkara 5 Perlembagaan yang bersangkut tentang kebebasan diri. Katakan lah Parlimen telah ungkaikan, telah mansuhkan Ordinan Darurat ini tetapi kes berjalan terus.
Tertuduh itu didapati bersalah lalu dihukum penjara yang boleh sampai tiga tahun. Dalam Perkara 5 Perlembagaan menyatakan tidak ada sesiapa boleh dilucutkan kebebasan dirinya melainkan dengan undang-undang. Kalau dia dihukum setahun atau dua tahun di penjara, undang-undang telah dibubarkan dan telah diungkaikan dan dia disumbat ke dalam penjara. Ini bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan.
Manakala perlu diingat, Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.2) itu yang bersangkut dengan berita tidak benar ialah undang-undang subsidiari, undang-undang
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
yang dibuat waktu darurat memang sah tetapi tidak serupa dengan undang-undang yang digubal melalui proses Parlimen yang lengkap. Jadi, saya mohon Yang Berhormat Menteri semak balik apa yang beliau katakan tadi di Dewan ini. Saya mohon supaya pihak pendakwaan bersetuju menggugurkan semua mereka yang dituduh di mahkamah, di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) itu. Barang siapa yang sudah ada dijatuhkan hukum dan berada dalam penjara, saya mohon dibebaskan. Demikian lah sahaja Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Seterusnya, Yang Berhormat Bukit Bendera.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin menyertai perbahasan berkenaan dengan usul mengungkai tujuh Ordinan Darurat. Tuan Yang di-Pertua, sejak kemerdekaan terdapat tiga darurat peringkat nasional, tahun 1964 waktu berlaku konfrontasi 13 Mei 1969 dan tahun ini, COVID-19.
Terdapat lima localize emergencies, darurat secara peringkat tempatan. Tahun 1966 di Sarawak, tahun 1977 di Kelantan dan tahun 2020 di Batu Sapi, Gerik dan Bugaya di Sabah.
Kalau kita melihat kepada sejarah perundangan darurat dan juga Perlembagaan Persekutuan, sebenarnya autoriti atau kuasa perundangan Parlimen tidak luput semasa darurat. Sebenarnya, pada tahun– saya bagi contoh. Parlimen ini, Dewan Rakyat ini pernah berbahas suatu Rang Undang-undang Emergency Powers (Kelantan) Act 1977.
Parlimen ini berbahas tentang suatu rang undang-undang untuk mengenakan darurat bagi negeri Kelantan dan dibentangkan pada hari yang sama, dibahas kemudian telah dikira undi. Parlimen sebenarnya– Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa Parlimen untuk bersidang. Akan tetapi dukacitanya untuk COVID-19 ini, tidak– kuasa Parlimen telah dikurangkan. Tiada persidangan Parlimen dan juga Dewan Undangan Negeri. Itu sangat mendukacitakan.
Saya juga ingin membangkitkan kerana waktu kita menghadapi krisis politik dan juga krisis kesihatan pada masa yang sama. Sebenarnya political solution telah mengatasi krisis kesihatan menggunakan pihak eksekutif di bawah Yang Berhormat Pagoh, telah mengutarakan cadangan untuk declaration untuk darurat untuk menyelesaikan satu krisis politik. Saya ingin bertanyakan, kali ini kita mengungkai tujuh ordinan.
Ada pengisytiharan darurat tempatan untuk kawasan Parlimen, untuk kawasan Dewan Undangan Negeri, Bugaya di Sabah yang tidak diungkaikan. Di Batu Sapi dan Gerik, kita faham kerana sudah tamat tiga tahun tempohnya. Oleh itu, tiada pilihan raya kecil. Akan tetapi untuk kawasan Bugaya kerana DUN Sabah baru adakan pilihan raya negeri dan masih– kenapa? Saya bertanyakan kenapa kalau kita membenarkan pilihan raya negeri Melaka dijalankan, kenapa emergency status untuk Bugaya tidak diungkai?
Saya bertanyakan kerana ini juga menafikan hak-hak pengundi-pengundi Bugaya untuk memilih seorang wakil rakyat. Saya ingin mendapatkan satu penjelasan, why is the double standard? Dua standard yang berbeza. Saya bukan untuk– saya berpendapat bahawa perlu ada consistency. Kalau Pilihan Raya Negeri Melaka dijalankan, Bugaya pilihan raya kecil perlu dijalankan, perlu diungkai. Sekiranya Eksekutif berpendapat atas keterangan-keterangan kesihatan bahawa tidak sesuai untuk diadakan pilihan raya untuk Bugaya, maka emergency status untuk Bugaya dikekalkan. Kenapa pula Melaka dibenarkan?
Ada satu tidak consistency daripada segi itu. Saya ingin meminta satu penjelasan kerana hari ini kita tak– hanya ungkaikan tujuh ordinan. Akan tetapi untuk declaration status yang untuk tiga darurat kecil ini tidak diungkaikan. Penjelasan. Tuan Yang di- Pertua, di bawah Ordinan Kumpulan Wang Amanah Negara (Pindaan) 2021, pindaan dibuat untuk membolehkan permohonan vaksin dan apa-apa perbelanjaan dilaksanakan.
Saya ingin bertanyakan, berapakah perbelanjaan telah dibuat di bawah ordinan pindaan ini? Apakah kedudukan terkini akaun Kumpulan Wang Amanah Negara?
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Oleh kerana kita hanya mengungkaikan tetapi kita juga pada hari itu kita ada membahaskan satu rang undang-undang untuk KWAN. Itu merupakan satu-satunya rang undang-undang yang menyambungkan satu ordinan yang selepas diungkai dan akan dihidupkan dengan satu akta pindaan. Saya hendak tahu berapakah perbelanjaan di bawah Ordinan KWAN tersebut?
Begitu juga di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Pindaan) 2021, peruntukan kewangan sementara– ketidakpakaian tatacara penggunaan wang di bawah Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan negeri, Akta Pendanaan Kerajaan 1983, Akta Bill Perbendaharaan 1946. Apakah prosedur singkat kita? Bagaimana ia boleh– Eksekutif telah tidak perlu.
Apakah akauntabiliti eksekutif dalam tempoh darurat ini apabila Parlimen tidak bersidang, boleh bypass Parlimen, boleh tidak memerlukan mematuhi peraturan- peraturan seperti– apakah prosedur singkat sama ada laporan-laporan akaun tersebut, sama ada akan lay before the House dan juga Dewan Undangan Negeri, sama ada ia akan diserahkan untuk scrutinize oleh Public Accounts Committee, Jawatankuasa Kira- kira Wang Negara– untuk Parlimen dan juga negeri masing-masing?
Tuan Yang di-Pertua, di bawah Emergency (Essential Powers) (No.2) Ordinance 2021 tentang berita tidak benar.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Saya rasa saya menanyakan sama ada seksyen-seksyen iaitu seksyen 4, seksyen 5, seksyen 6 dan seksyen 7 – seksyen-seksyen tersebut pernah dipakai sama ada kerajaan memohon untuk memerintahkan penghapusan penglibatan – penerbitannya mengandungi berita-berita tidak benar. Ini seperti Yang Berhormat Pasir Gudang menanyakan bagaimana dengan kes-kes yang belum selesai.
Saya juga ingin menyatakan bahawa ada perundangan sedia ada, ada perundangan Penal Code, ada perundangan Akta Komunikasi dan Multimedia yang boleh digunakan ke atas pesalah mereka yang menyebarkan berita tidak benar. Kita pula introduce ordinan untuk mereka yang menyebar berita tidak benar.
Oleh itu, saya meminta – saya lihat ketujuh-tujuh ordinan ini diungkai dan hanya satu yang akan disambung iaitu melalui satu akta pindaan KWAN. Bagaimana dengan status-status declaration, local declaration yang telah dibuat oleh Kerajaan Persekutuan.
Saya ingin mendapatkan satu penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Yang Berhormat Pulai, silakan.
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil bahagian di dalam perbahasan untuk merungkai tujuh Ordinan Darurat yang telah pun dibentangkan kepada kita pada pagi ini.
Walaupun perkara ini kita anggap sebagai dengan izin water under the bridge, benda yang telah berlalu, tetapi saya ingin mengungkapkan di dalam Dewan yang mulia ini paling tidak pun ada dua pelajaran yang perlu ditekuni dan dipelajari supaya kerajaan yang ada pada hari ini dan kerajaan pada masa yang akan datang akan dapat mengambil iktibar yang sebanyak-banyaknya. Ini supaya perkara-perkara yang dianggap suatu kesilapan tidak mungkin akan berulang lagi dalam sebuah negara yang mengamalkan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
Pelajaran nombor satu, lesson number one ialah kerajaan ataupun mana-mana kerajaan tidak boleh melakukan kesilapan kerana kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan amat sukar ataupun sangat berbahaya untuk diperbetulkan dengan izin, when the government is wrong, it is dangerous to be right. Ini kerana apa? Segala-galanya bermula pada sesi sidang Parlimen Khas pada 26 Julai yang sepatutnya berakhir pada 2 Ogos tahun 2021.
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Kalau mengikut tulisan yang panjang yang saya sempat pelajari daripada seorang bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad yang telah menulis satu artikel yang secara objektif saya telah melihat para demi para, ayat demi ayat yang mengatakan bahawa kerajaan pada ketika itu telah melakukan satu kesilapan besar iaitu telah tertinggal lima ayat – iaitu ayat itu berbunyi “...untuk menasihati yang di-Pertuan Yang di- Pertuan Agong”. Ini di mana usul itu telah dibentangkan di dalam Parlimen dan sepatutnya dibahaskan. Akan tetapi, Tuan Yang di-Pertua telah pun maklum Parlimen tidak boleh bersidang selepas ditangguhkan pada hari Khamis 29 Julai dan selepas itu apa-apa pun yang berlaku tidak berguna lagi untuk saya ungkapkan.
Akan tetapi, apa yang penting untuk saya rakamkan pada petang ini adalah bagaimana ordinan yang sepatutnya dibahaskan dalam sesi itu telah tersilap dituturkan oleh Yang Berhormat Kota Bharu pada waktu itu. Pada pagi 29 hari bulan itu Tuan Yang di-Pertua telah memberikan satu lecture yang panjang tentang sama ada ordinan itu perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong ataupun tidak perlu lagi mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong kerana Kabinet dikatakan pada 21 Julai telah revoked ataupun telah pun mengambil keputusan membatalkan ordinan itu.
Saya masih ingat lagi peristiwa itu dengan saya merasakan walaupun kami bukan semuanya berkelulusan undang-undang, tetapi bukanlah menjadi satu perkara ataupun subjek roket sains untuk kita faham tentang perkara yang didebatkan pada ketika itu.
Kalau sepatutnya pada pagi itu Yang Berhormat Kota Baharu bangkit dan menyatakan dia melakukan satu kesilapan iaitu untuk merujuk kepada kelulusan Kabinet, yang beliau sepatutnya mengatakan kita sedang mendapat usaha perkenan ataupun persetujuan Yang di-Pertuan Agong, saya rasa selesai perkara itu. Akan tetapi, saya dah ingatkan tadi government, kerajaan tidak boleh melakukan kesilapan. Sangat besar implikasinya apabila ia berlaku dalam Dewan yang mulia ini dan atas sebab itulah Tuan Yang di-Pertua apa pun bagi kami satu watershed yang menyebabkan kerajaan Perikatan Nasional jatuh selepas itu.
Ini harus menjadi satu pelajaran di mana bukan hanya – dah dibahaskan dengan panjang lebar oleh rakan-rakan tadi Ordinan-ordinan Darurat ini perlu atau tidak. Bagi kami secara objektif tidak perlu – hendak beli vaksin untuk melakukan segala kempen kepada rakyat untuk menerima vaksin untuk kita perangi COVID-19,tidak perlu kepada ordinan- ordinan itu. Tidak ada satu hujah yang empirikal pun bagi saya dan bagi kita semua untuk semua ordinan itu dilaksanakan yang hanya akhirnya kita membuat satu kesimpulan ordinan itu hanya sebagai suatu talian hayat. Suatu suasana yang saya rasa perlu untuk mereka mendapatkan dan mempertahankan daripada majoriti yang semakin dipertikaikan.
Kedua, Tuan Yang di-Pertua. Lesson yang kedua adalah perlu dan masanya untuk kita meneliti tentang Artikel 40(1) dan 1(a). Definisi yang sebenarnya tentang “nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong”. Di sini saya ingin memetik seorang political scientist daripada Britain iaitu Vernon Bogdenor yang telah menulis sebuah artikel “The Monarchy and The Constitutions” di mana dalam konsep Trinity, Walter Bagehot telah menyatakan tiga hak seorang raja di bawah konsep Raja Berperlembagaan. Izinkan saya selesaikan tiga perkara ini Tuan Yang di-Pertua.
Pertama hak seorang raja itu adalah untuk menyampaikan nasihat dan pandangan. Hak yang kedua adalah untuk memberikan galakan dan dorongan. Hak yang ketiga adalah untuk memberikan peringatan dan teguran. Kalau ketiga-tiga konsep ini ada pada seorang Raja Berperlembagaan dia tidak perlu lagi kepada extra power. Raja tidak perlu lagi pada lebihan kuasa ataupun lebihan yang diperlukan.
Jadi, saya rasa di atas perkara yang berlaku pada sepanjang masa ordinan itu dilaksanakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional, dua lesson ini ataupun dua pelajaran ini mestilah dipelajari sesungguhnya untuk masa depan Parlimen dan negara kita. Saya rasa pengalaman Lord Olivia Cromwell yang berhadapan dengan King Charles I dalam sejarah ketamadunan Britain harus diperhatikan. Kita tidak mahu berlakunya sesuatu perlanggaran, anybody who crosses the red line akan menghadapi satu isu yang besar dan masalah yang besar dalam negara kita. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Pulai, saya kena perbetulkan sedikit apa Yang Berhormat Pulai kata saya bagi lecture panjang itu.
Sebenarnya pagi itu saya tidak memberi apa-apa pandangan mengenai sama ada sesuatu pengungkaian itu perlu perkenan Yang di-Pertuan Agong atau tidak, saya ingat lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Saya merujuk kepada kes-kes........
[Tidak jelas] yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puchong dan saya kata terpulanglah kepada pihak Yang Berhormat Menteri untuk menjawab persoalan itu. Apa yang saya terangkan pada hari itu ialah sama ada sesuatu emergency itu perlu di-table, bentangkan atau perlu dicadangkan, dibahas dan diundi. Itu yang saya terangkan pada hari itu, sebagai penerangan. Seterusnya Yang Berhormat Setiawangsa, silakan.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Setiawangsa ingin turut berbahas tentang mengungkaikan tujuh Ordinan Darurat.
Tiada siapa saya percaya dalam Dewan ini yang mahu menafikan tentang krisis COVID- 19. Kita sudah ada banyak pesakit yang mati, warganegara kita dan rakyat yang tinggal di negara kita yang sakit. Kita ada ramai tauke ataupun peniaga yang gulung tikar, pekerja yang hilang kerja, pelajar-pelajar yang tidak dapat ke universiti dan sekolah. Cuma soalnya, kebanyakan negara lain tidak menutup Parlimen mahupun membuat satu darurat politik untuk mengatasi masalah COVID-19 ini.
Disebut tadi oleh Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, ketika kita mula-mula mengumumkan darurat pada 12 Januari 2021, kes baharu harian COVID-19 ialah sebanyak 3,309. Apabila darurat tamat ia telah naik tiga kali ganda dan apabila kita datang untuk Sidang Khas Parlimen, ia telah naik lima kali ganda kepada 17,045 kes.
Sebaliknya, darurat ini ialah satu political maneuver, dengan izin yang telah menimbulkan satu krisis perlembagaan antara eksekutif dengan pihak istana dan legislatif yang unprecedented dan kita telah lihat bagaimana pihak istana sendiri telah menegur seorang Menteri mengelirukan Ahli-ahli Dewan. Kalau kita hendak marah, hendak hukum rakyat fasal fake news, ini Menteri yang buat fake news.
[Tepuk] Apa yang kita khuatiri Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, ini membunuh kepercayaan rakyat dengan Perlembagaan kita, dengan sistem demokrasi kita dan juga dengan konsep darurat itu sendiri. Kita sekarang bersetuju untuk melaksanakan Undi 18 dan pendaftaran automatik. Pendaftaran automatik ini meliputi orang-orang yang sebelum ini mungkin tidak peduli fasal politik, tidak kisah fasal politik. Undi 18 ialah generasi kita boleh panggil generasi TikTok yang ada anak-anak muda yang mungkin sangat skeptikal dan sinis terhadap politik tetapi kalau kita terlibat menjadikan institusi politik kita begini, jangan kita salahkan mereka jika mereka tidak berminat untuk turut serta di dalam sistem politik negara.
Saya juga mahu bertanya saudara-saudara, Yang Berhormat sekalian.
Bagaimana Perdana Menteri yang ada pada hari ini merupakan seorang Menteri Kanan pada ketika itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ada pada hari ini, Yang Amat Berhormat Bera tidak boleh cuci tangan. Menteri-menteri yang ada pada hari ini kebanyakannya sama.
[Tepuk] Mereka tidak boleh cuci tangan dengan apa yang berlaku.
Oleh sebab itu, kita lihat ini bukan krisis main-main. Kita telah memperjudikan nyawa rakyat, kita memberi jaminan bahawa darurat ini dapat mengangkat kehidupan rakyat memerangi COVID-19 tetapi yang sebaliknya berlaku.
Saya hanya ingin fokus sedikit kepada soal pendidikan kerana saya duduk di dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Pendidikan. KPM telah mengesahkan dalam tempoh 2021 kebanyakannya ketika tempoh darurat ini, ada sembilan projek rundingan terus (direct negotiation) dengan izin termasuklah DidikTV dan juga kit ujian COVID-19 yang menimbulkan tanda tanya adalah ketika mana Parlimen tidak dapat bersidang, adakah pihak kerajaan telah melaksanakan piawai yang terbaik (the best standard of governance) untuk memastikan perolehan ini dilaksanakan dengan telus untuk kepentingan rakyat.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Akhir sekali, Setiawangsa ingin fokus sedikit kepada Pilihan Raya Negeri Melaka.
Sekali lagi saya setuju, ramai di antara kita di sini telah turut serta. Kita telah pergi ke Sabah tahun lepas dan kita saksikan bagaimana gelombang yang berlaku apabila kita pulang dari Sabah. Tidak ada saya percaya mana-mana Yang Berhormat mahupun rakyat biasa yang mahukan satu gelombang lagi berlaku di negara kita.
Cuma soalnya, mengapa ada double standards. Kalau boleh ya, kempen ikut SOP. Kita percaya SOP itu perlu dibuat dengan lebih ketat, dikuatkuasakan dengan lebih ketat dari Sabah. Saya setuju. Akan tetapi sekarang kalau calon tidak boleh jumpa pengundi, ceramah kelompok kecil-kecilan tidak boleh dibuat, lawatan rumah ke rumah tidak boleh dibuat sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Pontian— saya tidaklah selalu setuju dengan Yang Berhormat Pontian tetapi dalam hal ini saya setuju.
Saya minta SPR, pihak kerajaan perlu jelas dalam perkara ini supaya memandangkan pilihan raya telah dibuat, maka ia boleh dibuat mematuhi SOP dan dengan tidak dengan izin, insult our intelligence.
Saya hendak bagi contoh di negara Singapura. Saya percaya dalam banyak hal demokrasi Malaysia ini jauh ke depan berbanding demokrasi di Singapura tetapi tahun lepas apabila Singapura melaksanakan pilihan raya, apa yang mereka buat. Mereka membenarkan parti political broadcast secara sekata di antara semua parti yang bertanding.
Saya minta kerajaan memberi jaminan yang sama. Ya, kita ada social media, kita boleh hantar surat dan sebagainya tetapi medium media ini yang pernah dibuat dahulu TV dan radio broadcast di negara kita sendiri dibuat di banyak demokrasi-demokrasi maju, kita perlu bagi akses yang sama kepada semua parti bertanding. Kalau yang bertanding itu Parti Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Pakatan Harapan, bagi sama rata.
Kabinet hendak bergaduh itu masalah Kabinet tetapi kita sebagai wakil-wakil rakyat kita minta jaminan ini dan ini sepatutnya dijadikan reference point bila kita bergerak berhadapan dengan pilihan raya-pilihan raya lain akan datang. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat Setiawangsa. Seterusnya Yang Berhormat Padang Serai, silakan.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Rakan-rakan yang saya hormati sekalian, hari ini kita akan membahaskan usul untuk mengungkai tujuh Ordinan Darurat yang telah diwujudkan apabila darurat dilaksanakan semasa pemimpin Yang Berhormat Pagoh.
Kita semua sedia maklum, [Membuka pelitup muka] bahawa kerajaan sebelum ini menjelaskan tujuan darurat ini diwujudkan adalah untuk mengawal COVID-19. Akan tetapi persoalan yang perlu dijawab oleh kerajaan adalah bagaimana pelaksanaan darurat ini telah menyebabkan kadar kes baharu telah meningkat sebanyak hampir tujuh kali ganda atau bersamaan dengan 700,000 kes baharu. Maka ini telah menjadi soalan yang begitu besar untuk menjawab oleh kerajaan.
Kerajaan telah mewujudkan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Pindaan) 2021 iaitu di mana apa perbelanjaan tambahan atau pengeluaran daripada Kumpulan Wang Disatukan tidak perlu melalui Parlimen. Ya betul, melalui ordinan memang kerajaan boleh berbelanja tambahan tanpa perlu melalui Parlimen tetapi jika kerajaan ini sebuah kerajaan yang berintegriti, maka saya ingin mendesak laporkanlah semua perbelanjaan yang telah dibuat semasa darurat dilaksanakan kerana rakyat khususnya perlu tahu ke mana duit mereka digunakan.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Saya juga ingin bangkitkan beberapa perkara lain terutama apakah relevan kerajaan menggunakan Ordinan Darurat untuk memaksa hospital yang dibiayai oleh kerajaan untuk membantu kerajaan memutuskan rantaian COVID-19. Saya tidak nampak apa relevan ordinan ini diwujudkan sedangkan perkara ini boleh dilakukan tanpa darurat.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Saya tidak tahu jika pemahaman saya kurang mengenai perkara ini tetapi jika kerajaan yakin, maka boleh bagi pencerahan kepada saya mengenai perkara ini.
Sebelum ini, kerajaan PN telah menggunakan Ordinan Darurat untuk meminda Akta Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) dan sudah pasti kerajaan PN menggunakan darurat untuk memastikan perkara ini tidak melalui Parlimen dan tidak diluluskan oleh Parlimen. Pindaan ini telah membolehkan kerajaan memperuntukkan sebanyak lima bilion untuk tujuan pembelian vaksin tetapi apa yang membuat saya amat kecewa adalah kerajaan tidak menjelaskan berapa jumlah telah digunakan daripada KWAN bagi tujuan pembelian vaksin ini. Cukuplah menggunakan alasan untuk menutup perkara ini. Rakyat berhak tahu berapakah duit mereka telah digunakan untuk pembelian vaksin ini. Bagi saya, menggunakan dana adalah perkara yang amat penting dalam urusan pentadbiran kerajaan agar tidak berlaku penyelewengan dan ketirisan.
Itu baru bercakap mengenai kos vaksin, belum bercakap mengenai cara peroleh vaksin tersebut. Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya tegaskan di sini bahawa pembelian vaksin tidak pernah ditolak oleh saya kerana ia satu keperluan kepada negara di saat pandemik ini tetapi apabila saya ingin kerajaan lakukan sekarang adalah untuk membentangkan berapakah jumlah digunakan daripada dana KWAN untuk pembelian vaksin dan bagaimanakah proses perolehannya. Itu sahaja, kerana itu adalah duit untuk generasi akan datang. Maka mereka berhak untuk tahu.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pelaksanaan darurat ini terus menjadi persoalan kepada rakyat di luar sana. Kerajaan menyatakan bahawa darurat bagi tujuan mengawal COVID-19 tetapi pelaksanaan tidak menunjukkan keberkesanan darurat ini telah membolehkan kerajaan menggunakan duit rakyat tanpa diluluskan oleh Ahli Parlimen. Sudah pasti ini perkara yang serius. Terdapat keperluan untuk semua perkara yang saya suarakan diambil serius dalam memastikan setiap polisi atau langkah yang dibuat oleh kerajaan akan memberi manfaat secara maksimum kepada rakyat Malaysia. Saya ingin mengakhiri ucapan saya dengan sebuah pantun.
Bunga kekwa, bunga kemboja, Bunga kebangsaan pilihan saya, Ketika darurat, rakyat menderita, Menjadi pengajaran untuk semua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Seterusnya, Yang Berhormat Pokok Sena.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, nampaknya Parlimen kita dah jadi kartun. Minta maaflah Tuan Yang di-Pertua, Parlimen kita dah jadi kartun. Sepatutnya pada sidang Julai yang lalu, kita telah pun menyelesaikan masalah ini jika kita ikut apa yang telah pun dititah seperti yang dijanjikan dalam pertemuan antara pihak Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong dengan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Undang-undang pada waktu itu bersama dengan Peguam Negara dan titahnya adalah dibentang dan diperbahaskan dan dirungkai di dalam Parlimen ini.
Akan tetapi nampaknya pada waktu itu, kita tidak membentangkan di sini. Hanya membuat pengisytiharan seperti mana yang telah pun diumumkan oleh bekas Menteri Hal Ehwal Undang-undang pada waktu itu bahawa kerajaan telah pun menarik balik Ordinan Darurat ini pada 21 Julai dan tidak pada waktu itu kerajaan berpendapat, berpandangan bahawa tidak perlu kepada pembentangan. Cukup diletakkan di atas meja.
Jadi bagi saya, ini yang saya katakan kartun. Tiba-tiba hari ini bukan sekadar letak atas meja, jadi kita sudah naik atas meja sekarang ini. Maknanya kita telah bangkit, bangun untuk berbahas dan dibenarkan berbahas dan untuk kita buat satu ketetapan
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
sepertimana peruntukan dalam perlembagaan bahawa Parlimen perlu mengungkai dan membuat satu ketetapan.
Saya sendiri, saya berhujah pada sidang Julai yang lalu. Saya kata, saya minta petua daripada Tuan Yang di-Pertua, bagaimana yang dimaksudkan dengan peruntukan Perlembagaan itu untuk hendak mengungkai dan juga nak buat ketetapan. Takkan letak atas meja menunjukkan kita telah buat ketetapan. Jadi, ini bagi saya yang saya maksudkan bahawa Parlimen kita sudah menjadi kartun.
Tiba-tiba hari ini kita datang untuk membuat pembentangan dan mengungkai, membuat ketetapan untuk membatalkan ordinan ini. Saya percaya bahawa kalau mereka bentang pada waktu itu, tidak ada siapa pun yang akan tolak. Semua orang akan setuju tapi saya tak tahu apakah yang menghantui ataupun mereka sendiri telah jadi hantu kepada negara ini.
Sama ada mereka yang jadi hantu ataupun mengusik negara kita sehingga menjadi permasalahan yang besar kepada negara kita. Sebab saya tadi sebut bahawa Ordinan Darurat ini lahir daripada Proklamasi Darurat. Tanpa Proklamasi Darurat, saya percaya bahawa tidak ada Ordinan-ordinan Darurat ini. Jadi saya nak sebut ini bahawa bermula daripada proklamasi darurat itu yang tidak menjadi satu keperluan kepada negara kita. Hanya beralasan untuk menangani masalah COVID-19 yang hasilnya kita lihat bahawa darurat gagal mengatasi masalah-masalah COVID-19.
Kita telah berhujah pada waktu itu, cukup dengan Akta 342 untuk mampu menangani dengan masalah SOP dan sebagainya tetapi apa yang kita lihat bahawa kerajaan sebenarnya bukan mengatasi masalah darurat kesihatan tetapi Proklamasi Darurat itu untuk mengatasi masalah darurat kuasa politik yang tidak menentu yang dihadapi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada waktu itu iaitu Yang Berhormat daripada Pagoh dan ini yang menunjukkan bahawa masalah darurat ialah darurat kuasa.
Darurat kedudukan kepada Yang Amat Berhormat dari Pagoh pada waktu itu.
Jadi, akhirnya kita dapat lihat bahawa kita telah gagal untuk tangani COVID-19, pengurusan darurat telah mencetuskan satu keadaan darurat yang lain. Bagi saya, ia bukan sekadar krisis antara Istana dengan kerajaan tetapi ia menunjukkan betapa krisis itu sebenarnya mencetuskan darurat antara Istana dengan pihak kerajaan sehingga berbalas-balas kenyataan daripada pihak Istana dan sebagainya dan ini bagi saya, sesuatu yang sangat malang apabila di Dewan ini, bekas Menteri Hal Ehwal Undang- undang telah melakukan pembohongan yang amat sangat terhadap Dewan, terhadap Yang di-Pertuan Agong dan terhadap rakyat dalam negara kita.
Ini saya katakan bahawa satu yang memalukan negara kita dan menjadikan Parlimen ini sebagai Parlimen yang cukup kartun. Seolah-olahnya tidak ada satu kedudukan standard yang tinggi kepada Parlimen ini sedangkan kita sepatutnya mengangkat Parlimen ini menjadi institusi yang tertinggi untuk kita hormati Parlimen ini.
Akan tetapi nampaknya Menteri yang jaga hal ehwal undang-undang, yang jaga hal ehwal Parlimen ini tidak menghormati Parlimen ini sebagai sebuah institusi yang tinggi dalam negara kita dan akhirnya lahirlah rasa tidak puas hati dan dukacita daripada Yang di- Pertuan Agong.
Saya lihat macam saya sebutkan tadi Tuan Yang di-Pertua, pengurusan darurat kita ini telah mengheret yang tak sepatutnya mengheret sampai akhirnya Raja-Raja kena bersidang, kena duduk berbincang dan sebagainya.
Kerana apa? Kerana kegagalan kita hendak menguruskan negara kita ini. Jadi, ini menyebabkan keadaan menjadi keadaan yang sangat kalut sehingga akhirnya sidang tiba-tiba ditangguhkan, tak jadi. Sidang tiba-tiba tak jadi, sepatutnya ada hari akhir tiba- tiba tak jadi sehingga kami nak datang ke Parlimen pun dihalang. Hanya kerana apa?
Seorang Ahli
Kena bayar kompaun lagi.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Kena bayar kompaun lagi.
Sepatutnya bila kerajaan bentang hari ini, kena bayar balik kompaun yang kami bayar kepada kerajaan.
[Tepuk] Bukan sahaja kepada kami tetapi juga kepada orang lain yang
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
dikompaun itu kerana apa? Kerana saya nak sebut ini, darurat tak perlu. Ordinan Darurat tidak perlu daripada awal sehingga akhirnya memangsakan negara dan rakyat.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Inilah yang saya sebut bahawa kerajaan yang gagal. Akan tetapi, malanglah Yang Berhormat Marang tetap juga sokong kepada kerajaan yang gagal ini. Itu Yang Berhormat Marang. Yang Berhormat Marang. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Seterusnya, Yang Berhormat Kangar.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Bismillahi Rahmani Rahim. [Membaca sepotong ayat al-Quran] Tuan Yang di-Pertua, pada 10 tahun yang lalu seorang Yang Berhormat Menteri pernah menjawab di Dewan ini mengatakan bahawa Ordinan Darurat 1964 dan juga 1969 belum pernah dimansuhkan. Itu membawa maksud tempoh sebelum itu rakyat di negara ini sebenarnya masih berada dalam perintah darurat. Ini tentulah tidak munasabah dan menjadikan sistem kehidupan pada negara kita terdedah kepada kehidupan sivil yang tidak menentu. Kita tidak mahu lagi hal yang begini berulang. Kita memahami bahawa dalam keadaan tertentu darurat perlu diisytiharkan dan apa yang kita sedang bahaskan hari ini adalah untuk mengungkai tujuh Ordinan Darurat yang telah diumumkan sebelum ini.
Saya sepenuhnya menyokong usul ini dan ingin menyatakan kehairanan mengapa pentadbiran sebelum ini mengelak daripada membahaskannya ketika semua mahu mengungkaikannya dan ada arahan khusus daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membawanya ke Dewan yang mulia ini. Sebelum pergi lebih jauh, elok kita menoleh semula untuk melihat apa yang telah berlaku sebelum ini.
Pada Oktober tahun 2020, Kabinet membawa usul untuk mengadakan darurat.
Tepat satu tahun yang lalu Istana Negara mengeluarkan kenyataan menolak permohonan ini selepas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berbincang dengan Majlis Raja- raja. Namun, pada 12 Januari 2021, Baginda memperkenankan pula perisytiharan darurat sehingga 1 Ogos 2021. Premisnya ialah kes COVID-19 semakin meningkat dan Ordinan Darurat ini adalah jalan untuk mengatasinya. Kita tahu kes meningkat sejak Oktober 2020 selepas Pilihan Raya Negeri Sabah tetapi varian baharu sebenarnya telah masuk ke negara ini lebih awal. Kita ambil misalnya, kes Sivagangga di Napoh, Kedah. Cuma, yang membezakannya ialah selepas kes meningkat rentetan Pilihan Raya Negeri Sabah, kita masih menjalankan urusan di Parlimen ini seperti biasa. Akan tetapi, selepas perisytiharan darurat pada Januari 2021 boleh dikatakan semua perkara yang lain berjalan seperti biasa dan hanya Parlimen sahaja yang tidak menjalankan urusannya.
Jika ada perbezaan, saya minta Yang Berhormat Menteri-menteri yang berkaitan dalam Ordinan Darurat ini iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Perumahan dan Kajian Tempatan dan juga Kementerian Kewangan misalnya dapat menjelaskan kepada kami di sini dan menerangkan sekali kenapa perbezaan pendekatan itu gagal menurunkan kes COVID-19 malah menambah kecelaruan dan kemarahan orang ramai.
Kelonggaran runding— saya difahamkan kelonggaran untuk projek runding terus sepanjang darurat telah dinaikkan daripada RM20,000 kepada RM50,000. Jadi, saya hendak tahu berapa banyak projek yang telah diluluskan di Kangar dalam tempoh ini dan berapa banyak ia diberikan secara runding terus? Saya hendak minta satu senarai diberikan. Saya juga kalau kita tengok di sini tentang dana KWAN yang dikatakan khusus untuk vaksin. Saya minta Yang Berhormat Menteri jelaskan sama ada adakah ia hanya terhad untuk vaksin dan berapa banyak telah digunakan dan daripada jumlah pesanan vaksin yang dibuat, berapa banyak telah digunakan dan berapa banyak rosak dan juga tamat tempoh?
Saya bersetuju dengan sahabat saya Yang Berhormat Pulai tadi bahawa apa yang berlaku dalam perisytiharan darurat dan pengungkaiannya sehingga hari ini
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
terkandung helah politik dan saya juga menolak pandangan sahabat saya dari Tumpat yang meremehkan gema suara rakyat di luar sana yang semakin terdesak sehingga terkeluar istilah kerajaan gagal. Marilah kita sama-sama belajar bahawa dalam sepanjang tempoh darurat ini, ramai yang menghadapi masalah dan kita di sini sebagai wakil rakyat yang diamanahkan untuk berkhidmat diharapkan dapat menjadi suara mereka.
Lihatlah bagaimana orang ramai melihat kes tidak turun dan juga amalan dwi piawai ataupun dengan izin double standard khususnya di kalangan sesetengah ahli politik. Mereka tentulah marah kerana ketika susah ramai Ahli-ahli politik menerima lantikan dengan elaun besar tetapi bersungguh-sungguh berhujah untuk tidak mahu datang bersidang. Mereka tentulah marah bila kita berkempen untuk vaksinasi. Kononnya untuk mencapai imuniti kelompok ataupun dengan izin herd immunity. Akan tetapi, Ahli- ahli Parlimen yang sepatutnya telah mencapai imuniti kelompok juga berhujah untuk mengelak bersidang.
Ini sebenarnya bagi saya sangat malang. Sekali gus juga berbahaya. Kita sewenang-wenangnya telah menyerahkan perjalanan sistem negara kita ini hanya kepada kuasa eksekutif yang luas. Saya berharap dengan perbahasan untuk mengungkai semua Ordinan Darurat ini, ia akan menjadi satu duluan ataupun dengan izin precedence untuk memastikan tidak ada lagi Ordinan Darurat yang diisytiharkan atau diungkai tanpa perlu dibahaskan. Tidak perlulah kita bersungguh-sungguh menegakkan hujah bahawa ia hanya perlu dimaklumkan melalui penyata di atas meja Ahli-ahli Parlimen. Di sini saya mohon berbeza pendapat dengan Tuan Yang di-Pertua kerana bagi saya kita sebagai Ahli-ahli Parlimen ini mestilah menegakkan kemuliaan Dewan ini. Jadilah kita sebagai Ahli-ahli Parlimen yang sentiasa memihak kepada hak semua Ahli Dewan untuk membawa suara rakyat yang mereka wakili dari segenap penjuru negara. Berpihaklah kepada prinsip demokrasi dan semangat Perlembagaan untuk memastikan eksekutif sentiasa bersedia bertanggungjawab kepada Parlimen.
Demikian perbahasan saya. Saya sekali lagi ingin menyatakan sokongan saya untuk mengungkai semua tujuh Ordinan Darurat kita pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Yang Berhormat Simpang Renggam.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberikan ruang untuk saya turut terlibat dalam berbahasan merungkai tujuh Ordinan Darurat. Kita maklum suatu darurat berlangsung walaupun dengan keingkaran ataupun tidak setuju kebanyakan Ahli Parlimen.
Kementerian telah melakukan banyak langkah. Di antara langkah yang mereka ambil ialah melakukan direct tender berdasarkan garis panduan perbelanjaan darurat AP 55 dan juga perolehan darurat. Kita dapati bahawa terdapat kementerian-kementerian yang melakukan direct tender award tetapi walaupun dengan alasan darurat ia perlulah telus.
Perlulah didahulukan kepentingan rakyat dan bukan kepentingan kroni. Ketiga, paling penting ia dilakukan dengan penuh akauntabiliti.
Tadi Yang Berhormat Setiawangsa telah timbulkan isu rundingan terus yang telah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebanyak sembilan dan disentuh salah satu daripadanya berkaitan DidikTV iaitu rundingan terus kontrak yang telah diberikan kepada Media Prima Berhad untuk menjalankan TV pendidikan ataupun DidikTV. Saya telah bertanyakan soalan pada perbincangan tentang RMKe-12 yang lalu kepada Kementerian Pendidikan tentang jumlah rundingan terus tersebut. Juga, beberapa persoalan lain. Jawapan yang telah diberikan pada 5 Oktober tidak mengatakan jumlah keseluruhan dan berapa lama tempoh kontrak tersebut. Akan tetapi, apa yang disebutkan berapa yang telah diberikan iaitu sebanyak RM30.5 juta anggarannya. Persoalan, atas prinsip ketelusan, akauntabiliti dan mendahulukan kepentingan rakyat, kita bertanyakan, rakyat ingin tahu berapakah jumlah keseluruhan kontrak yang telah diberikan kepada Media Prima Berhad untuk DidikTV itu. Kita tahu yang telah dibayar sejumlah RM30.5 juta tetapi keseluruhan kontrak tersebut dan berapa lama.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Timbul di dalam kepala rakyat. Mengapa tidak diberikan, Tuan Yang di-Pertua, kepada saluran tv milik kerajaan, RTM? Kita tahu RTM mempunyai saluran-salurannya.
Sewaktu kami berada di kerajaan dahulu, pernah kami berbincang di antara KPM dengan KKMM untuk mendapatkan satu saluran TV pendidikan. Akan tetapi, mengapa diberikan kepada syarikat televisyen swasta yang menelan belanja yang begitu besar. Apakah benar, seperti mana yang diketahui oleh kebanyakan pegawai di KPM bahawa rundingan terus kepada Media Prima Berhad ini di dalam keputusan yang dibuat oleh BSTP, ia dipengaruhi dan dihadiri oleh Pengarah UKK KPM yang tidak sepatutnya terlibat. Beliau UKK tidak sepatutnya terlibat pada perbincangan untuk mencadangkan Media Prima diberikan rundingan terus tersebut.
Atas prinsip ketelusan dan akauntabiliti, kita inginkan penjelasan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Mengapa ada campur tangan pihak berkaitan dengan Yang Berhormat Menteri dalam rundingan terus tersebut? Saya kira ini juga akan membawa kepada soalan, apakah terdapat unsur-unsur kronisme sehingga menyebabkan pemberian tender kepada syarikat swasta berbanding memberikannya kepada RTM yang sepatutnya menjalankan tugas tersebut sebagai salah satu daripada agensi kerajaan.
Soalan kedua, saya agak tertarik dalam satu jawapan pada 29 September 2021 yang diberikan oleh KPM, apabila saya bertanyakan apakah nasib pencawang- pencawang telekomunikasi ataupun telecommunication tower milik YTL Berhad berdasarkan program 1BestariNet Receiver Information System ataupun 1BRIS atau pun iBRIS di 2,754 buah sekolah.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Apakah nasibnya? Ini kerana seingat saya pada 15 November 2019, kita telah menerima arahan daripada Jemaah Menteri, Kabinet, KPM untuk memuktamadkan sewa.
Tapak menara tersebut diletakkan di tapak sekolah, tetapi selama bertahun-tahun YTL yang menggunakan tower tersebut untuk tujuan komersial dan juga sedikit untuk sekolah tidak membayar sewa kepada KPM, tidak membayar sewa kepada pihak sekolah.
Malangnya, pihak sekolah terpaksa membayarkan bil elektrik bagi pihak YTL pula. Ini telah saya timbulkan.
Saya tahu isu ini akan dibincangkan dalam PAC nanti dan saya telah bincangkan panjang lebar dalam buku saya ‘Memori Bukan Memoir’. Persoalannya, saya bawakan apakah status dan setelah dua tahun cadangan daripada Kabinet, jawapan daripada KPM ialah KPM kini sedang dalam peringkat rundingan dengan pihak YTL bagi memuktamadkan perjanjian sewaan tapak. Dua tahun perbincangan tak selesai. Okeylah, kita katakan di zaman kami, kami cuba untuk memaksa YTL membayar sewa kerana tapak itu milik rakyat, mereka lakukan untuk tujuan komersial dan bil elektrik mereka dibayar oleh rakyat. Jadi, saya pernah tanyakan pada tahun lalu, maka Menteri katakan kepada saya, zaman saya pun tak boleh selesaikan, takkan nak harapkan zaman dia selesaikan.
Akan tetapi kini tarikhnya kita telah hampir berada pada November 2021, mengapa tidak dimuktamadkan lagi dan apakah status terkini? Soalannya, selama tempoh anak-anak tidak ke sekolah setahun lebih, menara itu berada di situ, elektriknya dibayarkan oleh pihak sekolah, dibayarkan oleh pihak kerajaan melalui dana rakyat, apakah selama tempoh ini YTL tidak membayar sewa kerana kontrak sewa masih belum dimuktamadkan lagi. Kita inginkan penjelasan. Kita tidak mahu darurat dijadikan alasan untuk mereka berterusan mengambil keuntungan daripada jerih perih rakyat dan rakyat pula terpaksa membayar elektrik, bil elektrik menara-menara tersebut.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kerana diberikan peluang di dalam perbahasan merungkaikan tujuh Ordinan Darurat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Selayang.
Kemudian diikuti yang terakhir, Yang Berhormat Papar. Sila Yang Berhormat Selayang.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya setuju untuk merungkaikan tujuh Ordinan Darurat. Saya hendak sentuh hanya satu perkara iaitu seksyen 14 dan seksyen 15 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021.
Saya meminta Yang Berhormat Menteri untuk menyatakan pada masa gulungan ucapan, bahawa pihak eksekutif tidak boleh gantung Parlimen dengan menggunakan kuasa-kuasa darurat tanpa persetujuan Dewan Rakyat dan Dewan Negara mengikut Perkara 150, Fasal 3 Perlembagaan Persekutuan. Kalau tidak, seksyen 14 dan seksyen 15 akan menjadi satu precedent yang akan menjejaskan sistem demokrasi berparlimen kita.
Saya berpandangan bahawa ini penting dirakamkan supaya seksyen 14 dan seksyen 15 ini tidak diulangi kerana kuasa untuk menggubal undang-undang adalah kuasa Parlimen dan bukan kuasa eksekutif atau digunakan pada masa darurat.
Pertamanya, kalau kita melihat kepada Perkara 150(3), walaupun tidak ada masa yang ditetapkan dalam perkara itu, ini bermakna bahawa pembentangan Proklamasi Darurat dan Ordinan Darurat hendaklah dibentangkan dalam Parlimen dengan secepat mungkin. Malangnya, ini tidak dibuat pada masa Proklamasi Darurat dan ordinan-ordinan.
Kedua, Parlimen tidak boleh digantung tanpa mengikut Perkara 150(3) dengan persetujuan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Kalau kita melihat sejarah kita daripada mulanya bila kita mengadakan beberapa darurat sebelum ini, Parlimen bersidang. Darurat bukan bermaknanya Parlimen digantung. Ini juga telah dikatakan dan ditulis oleh Datuk Emeritus Profesor Dr. Shad Saleem Faruqi bahawa kedua-dua darurat dan juga Parlimen boleh bersidang dan menggubal undang-undang pada masa yang sama.
Bila kita melihat, tidak ada alasan yang munasabah. Bagaimana wabak COVID- 19 ini akan menjejaskan persidangan Parlimen? Ramai Parlimen sedunia yang menghadapi masalah COVID-19 ini berfungsi dengan beberapa cara. Kita juga mengadakan persidangan sampai kita mengadakan Ahli Parlimen masuk ke Dewan ini pakai PPE. So, ini boleh dibuat. Pada saya COVID-19 itu bukan menjadi satu alasan yang munasabah tidak ada sidang Parlimen.
So, saya menyeru kepada Yang Berhormat Menteri, kita tidak mahu ini menjadi satu precedent di masa depan, eksekutif yang lain akan menggunakan precedent ini dan menggantung Dewan dan Parlimen tanpa apa alasan. Ini menjadi satu precedent yang bahaya kepada kita.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
[Bangun]
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Oleh sebab itu saya sekali lagi meminta dalam ucapan gulungan, memberikan satu kenyataan bahawa kita jangan menggunakan ini, itu adalah satu kesilapan yang telah dibuat. Kita tidak mahu ini diulang dan menjadi satu precedent lagi.
Ya Yang Berhormat Gopeng.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Mohon mencelah. Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Cuma satu perkara sahaja yang saya bangkitkan untuk perhatian Yang Berhormat Selayang. Berkenaan dengan pembukaan Parlimen, saya lihat setakat ini walaupun kita dalam fasa pandemik COVID-19 dan fasa akhir, tetapi jangan kita pandang ringan untuk kemungkinan pandemik yang akan datang.
Akan tetapi saya lihat Parlimen setakat ini tidak ada kesediaan untuk mengubah peraturan baharu untuk kita dapat bersidang secara maya. Jadi, saya minta pandangan daripada Yang Berhormat Selayang dan mungkin Tuan Yang di-Pertua boleh beri perhatian.
Sekian, terima kasih.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Saya setuju dengan Yang Berhormat Gopeng bahawa kita perlu untuk mengadakan persediaan. Ini bukan pandemik yang terakhir yang kita akan alami. So, kita hendaklah mengadakan persiapan supaya kita sedia bila-bila masa mengadakan lagi satu pandemik dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua. Saya setuju untuk merungkai tujuh Ordinan Darurat ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Papar.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang yang diberikan kepada Papar untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Mengungkai Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Tujuan utama darurat dilaksanakan oleh Kerajaan PN adalah bagi mengawal dan mengurangkan penularan wabak COVID-19 di seluruh negara. Persoalannya sekarang, adakah kita berjaya atau tidak? Mari kita lihat apakah yang terjadi. Kita lihat pada 11 Januari 2021, iaitu permulaan darurat dan hari pertama selepas tamatnya darurat iaitu pada 1 Ogos 2021, jumlah kes harian COVID-19 meningkat tujuh belas kali ganda. Jumlah kes kumulatif COVID-19 meningkat 10 kali ganda daripada 138,000 kepada 1.1 juta orang pesakit. Sementara itu, jumlah pesakit ICU juga meningkat hampir 10 kali ganda. Jumlah kematian harian juga meningkat dari empat kematian sehari kepada 160 kematian dan jumlah kematian kumulatif meningkat mendadak daripada 555 kematian kepada 9,184 kematian.
Tuan Yang di-Pertua, ternyata dan sememangnya kerajaan sebelumnya perlu menerima hakikat bahawa pelaksanaan Ordinan Darurat bagi mengekang pandemik COVID-19 bukan sahaja gagal dan membuang masa, malah memburukkan lagi ekonomi negara dan rakyat. Kita tahu disebabkan oleh kegagalan ini menyebabkan ramai pelabur yang telah lari daripada negara kita. Pelabur-pelabur yang sedia ada juga telah lari dari negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, terdapat beberapa persoalan utama yang perlu dijelaskan oleh kerajaan kepada rakyat jelata. Pertama, berkenaan dengan seksyen 2(1) Ordinan Darurat iaitu peranan dan fungsi Jawatankuasa Khas Bebas. Apakah perbezaan di antara nasihat Jemaah Menteri, Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan pula dan nasihat daripada Jawatankuasa Khas Bebas kepada Yang di-Pertuan Agong?
Kedua, berkenaan dengan seksyen 3 Ordinan Darurat, iaitu mengambil sementara harta benda. Wujud persoalan berkenaan dengan aset seperti tanah, bangunan mahupun harta alih yang telah diambil alih oleh kerajaan serta pampasan yang dibuat semasa tempoh darurat. Kami juga ingin mengetahui, adakah pengoperasian Hospital Pakar Kanak-kanak UKM yang merupakan sebahagian dari hospital kerajaan dan digunakan dalam seksyen 3 dan seksyen 4 sebagai sebuah hospital COVID-19. Ini dianggap sebagai kejayaan. Adakah kerajaan mengambil alih harta kerajaan hanya boleh dilakukan semasa timbul darurat?
Ketiga, berapakah jumlah pusat pemberian vaksin ataupun PPV yang diwujudkan dengan menguatkuasakan seksyen 3 dan seksyen 4 ini dan berapakah peruntukan yang telah diguna pakai? Rakyat ingin tahu.
Keempat, melalui kenyataan media Yang Berhormat Menteri Kewangan yang menyatakan kerajaan berkemungkinan perlu membayar pampasan kepada pihak bank kerana isu moratorium. Adakah seksyen 5 diguna pakai dan berapakah jumlah yang dibayar sekiranya ada?
Kelima, kenyataan bekas hakim Mahkamah Persekutuan yang ketika ini menjawat jawatan Timbalan Pendakwa Raya Kerajaan menyatakan bahawa tindakan undang-undang boleh diambil terhadap kerajaan ketika darurat jika hak asasi seseorang dilanggar termasuk untuk mendapatkan pampasan adil bagi hartanah. Adakah ini benar?
Keenam, sepanjang tentera memiliki semua kuasa pegawai polis, bagaimanakah kebajikan mereka ini dijaga? Contohnya, adakah elaun yang diberikan kepada pegawai polis juga diberikan kepada anggota tentera sepanjang tempoh darurat?
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Perkara yang paling penting adalah mengenai seksyen 14, mengenai persidangan Parlimen semasa tempoh darurat. Mengapakah kerajaan berterusan tidak memanggil persidangan Parlimen dalam tempoh darurat sehingga Yang di-Pertuan Agong perlu mengeluarkan titah sebanyak tiga kali berkenaan dengan isu pembukaan Parlimen?
Perkara pokok di sini adalah kenapa Kerajaan PN amat keberatan untuk membenarkan perbahasan isu Ordinan Darurat ini dan seolah-olah mereka menyorokkan sesuatu yang lebih besar daripada diketahui oleh umum. Apa yang paling menyedihkan kita, saya sebagai wakil rakyat tidak dapat mengajukan banyak masalah-masalah yang telah dihadapi oleh rakyat di Sabah, begitu juga dengan di Papar.
Jadi, ramai rakyat kita yang telah dikompaun sewaktu darurat disebabkan mereka keluar rumah untuk membeli keperluan harian untuk anak-anak mereka dan juga ibu bapa mereka yang sakit. Mereka dikompaun disebabkan mereka dikatakan melanggar SOP.
Persoalan saya yang ingin saya ajukan ialah berapakah banyak kompaun-kompaun yang telah dikumpulkan oleh kerajaan sewaktu darurat ini? Kita semua ingin mahu tahu.
Soalan terakhir saya ialah apakah implikasi kepada kerajaan sekiranya ordinan- ordinan darurat ini dirungkaikan sewaktu dalam tempoh darurat dan apa pula kesannya jika diungkaikan setelah tamat tempoh darurat sebagaimana yang kita lakukan pada hari ini. Apakah kesannya kepada kerajaan, kesan kepada undang-undang dan perolehan kerajaan? Saya mohon penjelasan yang jelas daripada kerajaan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Papar. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang tamatlah perbahasan dan seterusnya saya akan meminta Yang Berhormat Menteri-menteri untuk menjawab. Ahli- ahli Yang Berhormat ada enam kementerian yang akan menjawab.
Ia akan dimulakan dengan Kementerian Sumber Manusia kemudian Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan dan yang keenam Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang).
Saya berikan tempoh masa 10 minit, maka saya jemput Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia. 10 minit.
Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M. Saravanan
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Ada beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu-isu berkaitan dengan Kementerian Sumber Manusia di mana Yang Berhormat Ipoh Brat telah membangkitkan sama ada Akta Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021 dapat mengekang masalah berkaitan dengan buruh paksa (force labors) atau tidak.
Tuan Yang di-Pertua, salah satu petunjuk buruk paksa Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) ataupun forced labor indicator adalah abusive working and living conditions adalah salah satu indikator. Untuk maklumat peruntukan seperti seksyen 24FA dan seksyen 24FB. Di bawah Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021 memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja. Dua perkara penting iaitu yang pertama untuk mengarahkan penggantian pengubahan dan pembaikan penginapan dan penginapan berpusat dan kemudahan pekerja yang tidak mematuhi standard minimum dan untuk mengarahkan majikan atau penyelia penginapan berpusat untuk menyediakan penginapan semenara sebagaimana yang ditentukan ketua pengarah. Peruntukan tersebut sememangnya dapat memainkan peranan yang penting dan menangani masalah yang dihadapi berhubung dengan masalah penginapan pekerja yang kurang sesuai yang berkaitan dengan amalan buruh paksa.
Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M. Saravanan
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pontian, apakah kesan-kesan apabila Ordinan Darurat ini diungkaikan. Tuan Yang di-
Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M. Saravanan
Pertua, standard minimum penginapan pekerja akan terus dikuatkuasakan di bawah peruntukan sedia ada. Ada Akta 446 walaupun Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021 diungkaikan.
Peruntukan sedia ada dalam Akta 446 telah menetapkan standard minimum bagi penginapan, penginapan berpusat dan kemudahan pekerja yang wajib dipatuhi oleh semua majikan dan penyedia penginapan berpusat.
Walau bagaimanapun, apabila ia diungkaikan, ada beberapa elemen akan dikeluarkan di mana Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 hanya akan terpakai bagi Semenanjung Malaysia dan Labuan sahaja, berbanding di bawah Ordinan Darurat di mana ia telah diperluaskan sehingga ke Sabah dan Sarawak.
Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia tidak mempunyai kuasa lagi untuk mengarahkan penggantian, penggubahan dan pembaikan penginapan dan kemudahan pekerja sekiranya penginapan yang disediakan oleh majikan atau penyedia penginapan berpusat tidak mematuhi standard minimum yang ditetapkan di bawah akta ini.
Seterusnya, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia tidak mempunyai kuasa lagi untuk mengarahkan majikan atau penyedia penginapan berpusat untuk menyediakan penginapan sementara dan pelantikan 13 agensi yang telah diberikan kuasa mengikut Ordinan Darurat ini akan terbatal kecuali pegawai yang telah ditetapkan oleh Akta 446.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Dewan, sebagai langkah jangka panjang bagi memperkasakan perundangan berhubung dengan penginapan pekerja, Kementerian Sumber Manusia memutuskan supaya peruntukan yang dikuatkuasakan melalui Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021 dimasukkan sebagai cadangan dalam meminda Akta 446. Manakala bagi Sabah dan Sarawak, peruntukan-peruntukan dalam Ordinan Darurat tersebut akan dimasukkan dalam cadangan pindaan kepada Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) dan Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76).Pihak kementerian sedang menyediakan pindaan kepada semua undang-undang tersebut.
Dalam perkara ini, kementerian juga menyambut baik saranan oleh Yang Berhormat Dungun sebentar tadi agar peruntukan di bawah Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021 dimasukkan sebagai cadangan pindaan Akta 446. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Multimedia. 10 minit.
Menteri Komunikasi dan Multimedia - Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memohon izin untuk membuka pelitup muka.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Boleh buka.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
Terima kasih.
Pertama sekali saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang rata-ratanya telah memberikan sokongan terhadap syor untuk mengungkaikan pelbagai ordinan sepanjang perintah darurat dilaksanakan dalam negara kita, yang terhubung atau terkait dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia adalah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021 yang terkait dengan soal penyebaran berita-berita palsu.
Terdapat empat orang sahaja Ahli Yang Berhormat yang menyentuh perkara- perkara tersebut secara langsung. Pertama, Yang Berhormat Pontian. Boleh saya tahu Yang Berhormat Pontian ada dalam Dewan atau tidak?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Tidak ada.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
Yang Berhormat Pontian tidak ada. Kedua, Yang Berhormat Pasir Gudang, juga tidak ada. Ketiga, Yang Berhormat Bukit Bendera.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Ada, ada.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
Yang Berhormat Bukit Bendera dan yang keempat Yang Berhormat Sepang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Tidak ada.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
Jadi, oleh kerana semuanya tidak ada, seorang sahaja yang ada, jadi saya menyentuh yang mana Yang Berhormat berada dalam Dewan sahaja. Yang Berhormat yang lain saya berikan secara bertulis.
Yang Berhormat Bukit Bendera secara umumnya menyentuh perkara yang agak simple sahaja dan sebenarnya perlu dijelaskan tentang kebimbangan pelaksanaan perkara-perkara dalam ordinan ini dan apa yang berlaku setelah ia diungkaikan.
Sebenarnya, soal pengawalan terhadap penyebaran berita-berita palsu memang seterusnya akan terus menjadi tanggungjawab. Cuma sewaktu dalam ordinan ini diperkenalkan, beberapa prosedur untuk memudahkan dan mempercepatkan proses pada masa darurat untuk kita mengambil tindakan-tindakan yang tertentu.
Sementara kita amat sedar setelah ordinan ini diungkaikan, penularan berita palsu akan terus dikawal dengan menggunakan peruntukan-peruntukan undang-undang sedia ada, termasuklah Kanun Keseksaan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan 1984 [Akta 15] dan juga Akta Fitnah 1957.
Pengungkaian Ordinan Darurat tidak menghalang kes-kes yang sedang dalam siasatan dan juga prosiding mahkamah yang sedang berjalan mengikut peraturan undang-undang.
Untuk makluman, suka saya menyebutkan, sepanjang penguatkuasaan ordinan yang berkenaan, tidak ada sebarang kompaun kerana tidak ada provision untuk mengkompaun kesalahan. Akan tetapi ada kes-kes yang telah dibawa ke mahkamah dan telah didenda walaupun tidak banyak kes yang telah didenda. Untuk makluman, sejak Ordinan Darurat itu dikuatkuasakan antara 12 Mac hingga 21 Oktober, sebanyak 30 kertas siasatan yang telah dibuka, yang mana 26 kes telah selesai, yang terdiri daripada 12 kes yang telah dituduh dan 14 kes diklasifikasikan sebagai NFA ataupun tiada tindakan lanjut.
Empat kes masih dalam siasatan di mana daripada itu, satu kes dalam siasatan lanjut oleh PDRM dan tiga kes dalam kajian Jabatan Peguam Negara dan pengarah pendakwaan negeri-negeri.
Jadi selari dengan provision dalam Perlembagaan negara bahawasanya kes-kes yang berlaku sewaktu ordinan ini dikuatkuasakan, boleh diteruskan selepas pengungkaian sementara kes-kes yang disemak dan sebagainya, bergantunglah kepada budi bicara Jabatan Peguam Negara sama ada untuk meneruskannya atau tidak.
Itu sahaja pemakluman daripada saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Multimedia. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Gudang yang hanya satu isu sahaja di bawah Kementerian Dalam Negeri khusus mengenai Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah) (Pindaan) 2021.
Cuma Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menceritakan sedikit tentang sebelum pindaan akta ini, Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954. Ini disebabkan ordinan ini
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
dilakukan –oleh kerana disebabkan wabak COVID-19, kerajaan telah mewartakan Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah) (Pindaan) 2021. Tujuannya adalah untuk dua perkara iaitu; Oleh kerana kapasiti penjara akibat COVID-19 adalah 46,420, jadi ada lebihan kapasiti pada kadar 43.88 peratus bersama dengan 20,371 banduan. Ini melibatkan sebanyak 55 buah penjara di seluruh negara. Oleh sebab PKP yang telah bermula pada 18 Mac 2020, bagi mengurangkan kos kita, pewartaan 10 buah penjara satelit telah kita gunakan iaitu dengan ambil alih kem PLKN dan kita jadikan sebagai penjara satelit. Ini bagi mengurangkan yang pertama, mengurangkan penjarakan fizikal kita – terpaksa kita mengurangkan penjarakan fizikal dan juga terpaksa kita mengambil alih PLKN untuk dijadikan penjara satelit. Kedua untuk mengurangkan apabila kita adakan perintah kehadiran wajib ini, kita mengurangkan kos pengurusan seorang banduan kepada kadar RM15 sehari. Kalau sebulan RM450, kalau setahun RM5,475 setahun.
Bagi penempatan banduan sabitan dan reman kategori keselamatan dan minimum, kita letakkan di dalam penjara atau dalam perintah kehadiran wajib. Perintah kehadiran wajib ini adalah pesalah yang di bawah ordinan ini adalah pesalah yang hukuman penjara di bawah tiga tahun yang mempunyai alternatif melalui perintah mahkamah untuk menjalani hukuman di luar penjara tidak lebih dari 12 bulan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Merujuk kepada satu isu yang diutarakan oleh Yang Berhormat Pasir Gudang, apakah status terhadap pesalah-pesalah yang menerima hukuman penjara selepas Ordinan Darurat dibatalkan? Adakah pesalah tersebut boleh dibebaskan? Jawapannya Yang Berhormat Pasir Gudang, pesalah-pesalah yang dijatuhkan Perintah Kehadiran Wajib ketika Ordinan Darurat akan terus melaksanakan perintah tersebut sehingga tarikh yang ditetapkan selaras dengan Perkara 150, Perlembagaan Persekutuan.
Itu sahaja jawapan ringkas daripada pihak Kementerian Dalam Negeri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan untuk menjawab. Silakan, 10 minit.
Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat petang dan salam Keluarga Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan pengungkaian Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 yang telah menyentuh beberapa perkara berkenaan Kementerian Kesihatan.
Berdasarkan tempoh masa yang telah diberikan pada sesi ini, saya akan merangkumkan isu-isu ini kepada lima perkara. Pertama, prosedur operasi standard semasa pilihan raya negeri. Kedua, penggunaan Ordinan Darurat untuk membendung COVID-19. Ketiga, tindakan kepada mereka yang melanggar prosedur operasi. Keempat, long COVID-19. Kelima, dasar pemberian vaksin.
Untuk maklumat Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, SOP PRN Melaka perlu diperketatkan memandangkan pengalaman semasa PRN Sabah mendapati berlaku peningkatan kes dan kluster yang dilaporkan. Bukan sahaja di negeri Sabah tetapi juga peningkatan ini berlaku di negeri-negeri lain seluruh Malaysia yang mengakibatkan gelombang COVID-19 yang sangat besar.
Berdasarkan pemantauan yang dijalankan oleh KKM, peningkatan kes dan kluster ini berlaku dikaitkan dengan pergerakan rentas negeri yang melibatkan ramai individu dari negeri-negeri lain di Malaysia seperti di kalangan pengundi, penyokong, petugas, sebelum, semasa dan selepas pilihan raya. Aktiviti perhimpunan, perkumpulan melalui kempen-kempen yang dilaksanakan.
Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, kita tak nak– kata orang, jangan sampai “pisang berbuah dua kali” ataupun jangan sampai “nasi jadi bubur”. Oleh sebab itu kita mengambil pendekatan yang serius, supaya...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Timbalan Menteri...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
...kita mengetatkan prosedur SOP ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Berdasarkan– sedikit lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Teruskan.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Berdasarkan pengalaman PRN Sabah ini, kerajaan berusaha untuk memastikan kejadian yang sama tidak berulang semula semasa diadakan PRN di Melaka. SOP PRN Melaka yang ketat adalah bagi mempertingkatkan langkah-langkah kesihatan awam bagi mencegah berlakunya penularan jangkitan COVID-19 di Melaka dan juga di negeri-negeri lain di Malaysia. Ia mengambil kira negeri Melaka masih melaporkan kes COVID-19 yang masih tinggi.
Kes COVID-19 di Melaka pada 24 Oktober 2021 ialah seramai 262 kes baharu dengan 2,651 kes aktif. Manakala hampir 6,000 kontak rapat dengan kes aktif yang sedang dalam pengawasan dan pemerhatian. Kejadian kluster aktif di Melaka ialah 20 di mana kes tersebar ke seluruh negeri Melaka. Faktor risiko kepada berlakunya kes baharu serta penularan jangkitan ialah taburan kes sporadic yang tinggi iaitu 36 peratus.
Mengambil kira aktiviti perhimpunan berkaitan pilihan raya yang lazimnya sukar dikawal pematuhan SOP yang akan meningkatkan risiko penularan jangkitan, seterusnya peningkatan bilangan kes dan kejadian-kejadian kluster. Justeru itu, bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19 dan peningkatan kes mendadak, antara langkah- langkah pencegahan yang ditetapkan adalah sebarang aktiviti perhimpunan atau majlis sosial adalah tidak dibenarkan. Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebelum Yang Berhormat Timbalan Menteri pergi ke perkara yang lain, berkenaan dengan perkara yang telah diumumkan, kita telah mengambil maklum tentang pengumuman larangan yang telah dikenakan ke atas kempen pilihan raya di Melaka oleh Menteri Kesihatan.
Saya ingin tanya, apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk memastikan bahawa pihak kerajaan tidak akan mengambil kesempatan menggunakan majlis-majlis atau upacara-upacara rasmi kerajaan untuk menjalankan kempen secara senyap- senyap? Kita tahu bahawa larangan ini dikenakan ke atas semua pihak yang...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya belum habis, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tunggu dahulu, saya belum habis bercakap.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Saya macam dah faham dah apa yang Yang Berhormat Jelutong nak cakap. Masa singkat yang diberikan ini, tidak banyak. Saya ada beberapa perkara lagi yang nak disentuh.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, patut ambillah soalan ini. Ini perkara penting.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ambil, ambil.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kenapa nak lari? Kalau takut?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Mintak ringkaskan Yang Berhormat Jelutong.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Saya beri masa tetapi bukan ambil semua masa saya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Perkara ini adalah perkara yang amat dibincangkan.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Iyalah. Saya sudah beri masa. Cuba ringkaskan. Soalan sekarang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya nak tahu, apakah pihak kementerian akan mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa kerajaan ataupun Ahli-ahli Parlimen daripada kerajaan ataupun calon-calon yang disokong oleh kerajaan tidak akan mengambil kesempatan...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Iyalah saya sudah dengar. Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
...untuk berkempen secara senyap-senyap.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.
Terima kasih, bagus. Terima kasih, sila duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Langkah yang perlu diambil ialah perlu langkah...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Nak sambung apa lagi ini? Saya sudah faham.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Langkah yang tegas terhadap semua pihak. Ini ialah perkara yang saya nak satu kepastian daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih Yang Berhormat Jelutong.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Kau cakap sahajalah!
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk menjawab. Silakan.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Salah Tuan Yang di-Pertua. Beri sedikit, dia nak lama masa. Masa sudahlah singkat, bukan? Jadi, saya sudah kata tadi, kita tak mahu “pisang berbuah dua kali”. Kita ini kena insaf dan sedar apa yang telah berlaku di Sabah dahulu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Iyalah tetapi siapa yang bubarkan?
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Inilah kita risau.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Siapakah yang bubarkan?
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Kerisauan inilah sebab kita ambil tindakan supaya kita semuanya selamat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Siapakah yang menyebabkan pilihan raya ini berlaku? Who is responsible?
[Dewan riuh]
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Kita nak pilihan raya ini menjadi dengan rakyat Melaka ada kerajaan, kita nak rakyat buat pilihan, maka kita nak semua orang selamat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tanya sendiri, siapa yang menyebabkan semua ini berlaku? Siapakah yang bertanggungjawab? Tanya sendiri.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Sudah, sudah.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Don’t justify the unjustifiable. [Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya nak minta Yang Berhormat Jelutong bagi peluang Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Cukuplah. Jangan bersandiwara, cukup!
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Teruskan Yang Berhormat Timbalan Menteri, silakan.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Bagi dia mencelah, dia jadi macam mengamuk pula.
[Ketawa] Kesian dia.
Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu ini, sebab saya tengok isu ini penting untuk dijelaskan. Pelaksanaan Ordinan Darurat telah berjaya menurunkan kes dari sekitar 5,000 sehari pada akhir bulan Januari dan bulan Februari 2021 telah berjaya menurunkan kes kepada 1,000 pada pertengahan bulan Mac 2021.
Walau bagaimanapun, apabila varian Delta mula menular dalam negara pada bulan April 2021, kes kemudiannya telah meningkat semula secara mendadak dengan kes 8,290 dilaporkan pada bulan 28 Mei 2021, diikuti dengan 9,020 kes pada 29 Mei 2021, kes terus meningkat dengan kes tertinggi dilaporkan pada 26 Ogos 2021 iaitu 24,599 kes.
Bagi mengatasi sistem perkhidmatan kesihatan yang hampir lumpuh ini, dengan pelaksanaan Ordinan Darurat sepanjang tempoh Januari sehingga Ogos 2021, beberapa perkara dapat dilakukan menggunakan Ordinan Darurat. Pertama, mobilisasi petugas kesihatan ke seluruh negara, khususnya negeri-negeri yang terkesan teruk dengan jumlah kes yang tinggi serta bebanan sistem kesihatan yang teruk. Mobilisasi telah dibuat di bawah seksyen 8, Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.
Kedua, pengamal perubatan swasta telah dilantik dan diberi kuasa di bawah seksyen 6, Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 sebagai pegawai diberi kuasa bagi membantu KKM melaksanakan aktiviti pencegahan dan pengawalan COVID-19. Ia termasuk mengeluarkan perintah pengasingan kepada kes dan kuarantin kepada kontak rapat serta menjalani pengawasan dan pemerhatian.
Ketiga, penyumberluaran– it’s very important, penting ini, Tuan Yang di-Pertua.
Penyumberluaran bagi merawat kes COVID-19 dan kes non-COVID-19 telah dilaksanakan di bawah seksyen 4, Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021. Ia termasuk ujian makmal pengesanan COVID-19. Keempat, pelantikan pegawai dari badan berkanun dan kerajaan negeri seperti pihak berkuasa tempatan, dewan bandar raya dan pejabat daerah sebagai pegawai diberi kuasa bagi membantu dalam aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan terhadap pematuhan SOP. Tuan Yang di-Pertua, beberapa Ahli-ahli Yang Berhormat telah berbahas mengenai pemberian kompaun kepada mereka yang melanggar prosedur operasi standard.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Untuk makluman Yang Berhormat Pontian dan Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Ipoh Timur dan juga Yang Berhormat Papar, sehingga 23 Oktober 2021, jumlah kompaun yang telah dikeluarkan dalam tempoh Ordinan Darurat berkuat kuasa adalah sebanyak 91,626 kompaun dengan nilai kompaun yang telah dikutip iaitu sebanyak RM13.88 juta individu dan juga RM11.34 juta pertubuhan perbadanan. Jumlah kompaun yang dikeluarkan sebelum darurat pula adalah sebanyak 104,041 kompaun bersamaan dengan RM104.04 juta. Daripada jumlah ini, sebanyak 51,700 kompaun dengan nilai RM51.7 juta telah dibayar.
Selain itu, bagi kes-kes yang tidak menjelaskan kompaun, kertas siasatan akan dibuka dan dirujuk kepada pendakwa raya untuk diambil tindakan pendakwaan. Apa-apa kompaun yang dikeluarkan selepas 21 Julai 2021 di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 adalah seperti mana peruntukan yang diperuntukkan di bawah Seksyen 25 Ordinan Darurat iaitu bagi individu sebanyak RM10,000 dan bagi pertubuhan perbadanan adalah tidak melebihi RM50,000.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Memandangkan Ordinan Darurat masih sah berkuasa sepanjang tempoh darurat atau terus berkuat kuasa selama enam bulan selepas tamat Proklamasi Darurat atau sehingga Ordinan Darurat diungkaikan oleh kedua-dua Dewan. Ada masa lagi untuk saya?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Silakan, boleh.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Walau bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan atau pegawai yang diturunkan kuasa oleh Ketua Pengarah Kesihatan boleh memberi pengurangan kompaun berdasarkan Garis Panduan Pengurangan Kompaun Akta 342 yang telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung bilangan kes long COVID-19 yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tebrau, sehingga bulan Oktober 2021, seramai 16,914 bekas pesakit COVID yang discaj dari hospital telah diberi temu janji dan datang untuk rawatan susulan di fasiliti kesihatan bertujuan untuk pemantauan dan menerima rawatan.
Berdasarkan pemantauan ke atas pesakit, terdapat lima gejala utama yang sering dihidapi pesakit long COVID iaitu:
(i) kelesuan;
(ii) sesak nafas apabila melakukan aktiviti tertentu;
(iii) batuk;
(iv) kesukaran tidur, dan;
(v) resah atau anxiety. Antara langkah-langkah yang dilaksanakan bagi memastikan bekas pesakit COVID-19 yang mengalami long covid mendapat akses perubatan yang mencukupi di seluruh negara adalah:
(i) bekas pesakit COVID-19 kategori empat dan lima akan dirujuk dan diberikan temu janji di klinik pakar;
(ii) bagi pesakit yang mempunyai penyakit kronik yang lain seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya, mereka akan diminta untuk meneruskan rawatan susulan di fasiliti kesihatan seperti yang telah dijadualkan sebelum mereka dijangkiti COVID-19. Sekiranya mereka tidak mempunyai rawatan susulan biasa, mereka akan dirujuk kepada pakar tertentu dan diberikan temu janji susulan.
Tuan Yang di-Pertua, bekas pesakit COVID-19 juga boleh mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan awam atau swasta yang berhampiran secara walk-in sekiranya mempunyai sebarang gejala dan bagi pesakit yang mengalami gejala dan simptom yang semakin teruk semasa dalam tempoh pemantauan dan memerlukan rawatan segera, mereka akan dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Selain itu, sehingga 24 Oktober, seramai 31,937 petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia daripada semua jenis fasiliti telah mendapat jangkitan COVID-19 semenjak pandemik melanda negara. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 29 kematian telah dicatitkan. Tuan Yang di-Pertua, ada sikit lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Berapa minit nak?
Boleh bagi tiga minit lagi.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Sebentar ya. Insya-Allah boleh, boleh sangat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Boleh? Sila, tiga minit.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk maklumat Yang Berhormat Kota Raja yang membangkitkan mengenai dasar vaksin dan orang yang telah mendapat jangkitan tidak memerlukan vaksin. Pada masa ini, tidak
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
cukup bukti melalui terbitan artikel saintifik mengatakan orang yang telah dijangkiti COVID- 19 dilindungi sepenuhnya daripada mendapat jangkitan atau mendapat jangkitan teruk.
Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menyarankan walaupun individu telah menghidap COVID-19, mereka harus diberi vaksin kerana perlindungan yang diperoleh setelah dijangkiti adalah berbeza-beza mengikut individu.
Sebaliknya, imuniti yang diperoleh melalui vaksinasi adalah lebih konsisten di antara individu dan ia lebih berpanjangan. CDC Atlanta USA juga mengesyorkan vaksinasi COVID-19 perlu diberikan tanpa mengira sama ada individu itu telah mempunyai sejarah jangkitan COVID-19. Justeru itu, pemberian vaksin kepada mereka yang telah dijangkiti masih perlu bagi memastikan paras antibodi yang berpanjangan dan paras yang konsisten dan dapat melindungi individu tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja penggulungan saya bagi perkara-perkara yang menyentuh tentang Kementerian Kesihatan. Bagi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak sempat saya jawab di sini, saya akan berikan jawapan secara bertulis. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Menteri Kewangan atau timbalannya. Sila, sepuluh minit.
Timbalan Menteri Kewangan I - Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.
Salam Keluarga Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya bagi pihak Kementerian Kewangan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada lima Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam usul membahas dan mengungkaikan Ordinan Darurat yang melibatkan Kementerian Kewangan.
Tuan Yang di-Pertua, lima isu juga telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Bukit Bendera dan Yang Berhormat Padang Serai bertanyakan persoalan berkaitan jumlah perbelanjaan yang telah dibuat menggunakan dana KWAN di bawah Ordinan Darurat KWAN ini.
Untuk makluman Yang Berhormat, sepertimana yang telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam Rang Undang-undang (Pindaan) KWAN tempoh hari, sehingga 20 Oktober 2021, perbelanjaan bekalan vaksin dan perbelanjaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) menggunakan dana KWAN iaitu di bawah Ordinan Darurat KWAN yang masih berkuat kuasa adalah bekalan vaksin, RM2.84 bilion. PICK, RM0.53 bilion yang berjumlah keseluruhan RM3.37 bilion.
Yang Berhormat Bukit Bendera juga membangkitkan isu ketidakpakaian tatacara bagi penggunaan wang yang diperdapatkan atau diterima. Untuk makluman Yang Berhormat, sememangnya seksyen 10B di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)
(Pindaan) 2021 PUA 151/201 adalah bertujuan untuk membolehkan wang yang dipinjam oleh Kerajaan Malaysia dipindahkan ke Kumpulan Wang Pembangunan (KWP) dan Kumpulan Wang COVID-19 (KWC19) tanpa kelulusan Dewan Rakyat melalui pembentangan Resolusi Dalam Tempoh Darurat.
Pembentangan resolusi tersebut Yang Berhormat, merupakan prosedur biasa, dengan izin, procedural dan tidak melibatkan implikasi kewangan tambahan memandangkan jumlah wang yang dipindahkan telah diperuntukkan kepada KWP dan KWC dalam Belanjawan 2021. Akan tetapi Yang Berhormat, untuk makluman Yang Berhormat, pada sidang Dewan Rakyat yang lepas, Kementerian Kewangan juga telah membawa satu usul pindaan terhadap Kumpulan Wang Pembangunan berjumlah RM16.5 bilion dan Kumpulan Wang Covid sebanyak RM17 bilion yang telah dibentang dan dipersetujui pada 12 Oktober 2021. Jadi tidak timbul isu ketidakpakaian tatacara ini kerana kita dah bawa usul tersebut dalam Dewan Rakyat pada sidang yang lepas.
Yang Berhormat Pontian membangkitkan berapakah jumlah perbelanjaan dan pecahan perbelanjaan tambahan yang dilakukan dalam tempoh Ordinan Darurat. Untuk
Timbalan Menteri Kewangan I - Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
makluman Yang Berhormat, Anggaran Perbelanjaan Tambahan Mengurus dan Pembangunan 2020 yang telah diluluskan menggunakan seksyen 10A Ordinan Darurat
(Kuasa-Kuasa Perlu) (Pindaan) 2021 adalah seperti berikut:
Bagi Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2020 PUB2075 bertarikh 21 Mei 2021 adalah sebanyak RM665.9 juta manakala Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tambahan Pertama 2020 PUB2075 bertarikh 21 Mei 2021 adalah sebanyak RM2.98 bilion. Di bawah anggaran perbelanjaan tambahan tersebut, perbelanjaan yang diluluskan melalui Ordinan Darurat ini adalah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia berjumlah RM94.9 juta iaitu bagi perbelanjaan Pilihan Raya Negeri Sabah pada tahun 2020 yang lalu dan juga perbelanjaan tambahan bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-hal Ehwal Pengguna berjumlah RM84.4 juta iaitu bagi membiayai keperluan subsidi Skim Penstabilan Minyak Masak (COSS).
Manakala Yang Berhormat, di bawah Anggaran Perbelanjaan Tambahan Pembangunan 2020, antara perbelanjaan terbesar yang diluluskan adalah untuk Kementerian Kesihatan Malaysia berjumlah RM1.17 bilion.
Timbalan Menteri Kewangan I - Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
Untuk makluman Yang Berhormat, kesemua perbelanjaan yang diluluskan di bawah Ordinan Darurat ini adalah perbelanjaan yang telah pun dibelanjakan pada tahun 2020. Perbelanjaan tambahan yang perlu dibuat perlu diluluskan segera mengambil kira ianya telah dibelanjakan dan akaun Kerajaan Persekutuan pada tempoh 2020 sedang dimuktamadkan pada waktu berkenaan.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sepang dan Yang Berhormat Padang Serai sekali lagi membangkitkan isu berapakah jumlah yang telah dibelanjakan sepanjang tempoh darurat berkuat kuasa dan bagaimana checks dan balances dengan izin bagi perbelanjaan yang dibuat tersebut sepanjang darurat memandangkan ia tidak dibentangkan di Parlimen dan melaporkan perbelanjaan yang telah dibuat semasa darurat.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat 31 Ogos 2021 iaitu selepas berakhirnya tempoh darurat, sejumlah RM146.5 bilion telah dibelanjakan di bawah Anggaran Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan manakala sejumlah RM40 bilion telah dibelanjakan di bawah Anggaran Perbelanjaan Pembangunan.
Untuk makluman Yang Berhormat, kedua-dua perbelanjaan ini merupakan sebahagian daripada Belanjawan 2021 yang bernilai RM322.5 bilion dan dibuat berdasarkan peruntukan yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Parlimen di bawah Anggaran Perbelanjaan Persekutuan bagi tahun 2021. Sehubungan dengan itu, Ahli Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua, tiada perbelanjaan tambahan dibuat di bawah OE dan DE semasa tempoh darurat yang perlu dibentangkan di Dewan Rakyat kerana ia menggunakan peruntukan semasa yang telah diluluskan bagi tahun 2021.
Memandangkan perbelanjaan-perbelanjaan yang telah dibuat sepanjang tempoh darurat telah pun diluluskan dalam perbelanjaan 2021, maka tiada isu peruntukan digunakan bagi membiayai program dan aktiviti kerajaan sepanjang tempoh darurat tidak mendapat kelulusan Parlimen. Dari segi perbelanjaan dilaksanakan di peringkat kementerian, jabatan dan agensi, ia masih tertakluk kepada pengauditan oleh Jabatan Audit Negara sebagai mekanisme checks and balances bagi perbelanjaan yang telah dibuat.
Kerajaan telah meluluskan ordinan semasa tempoh darurat bagi membolehkan perbelanjaan tambahan diluluskan oleh Kementerian Kewangan tanpa dibentangkan ke Parlimen. Namun demikian, ordinan tersebut tidak digunakan untuk tahun 2021 tetapi ia hanya digunakan untuk meneruskan perbelanjaan tambahan bagi tahun 2020.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Padang Serai membangkitkan isu bagaimana proses perolehan vaksin dibuat. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM5.8 bilion bagi perbelanjaan berkaitan vaksin dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. Sebanyak RM1.5 bilion daripada RM5.8 bilion
Timbalan Menteri Kewangan I - Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
adalah khusus untuk pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan merangkumi bekalan pakai habis termasuk consumable dan deliverance, penyebaran luar, kos pemberian vaksin, pembelian aset dan bayaran sukarelawan-sukarelawan, sewaan utiliti, sanitasi serta kos pengurusan PICK. Sehingga September 2021 Yang Berhormat, sebanyak RM689.3 juta telah pun dibelanjakan.
Manakala berkaitan isu birokrasi, Kementerian Kewangan telah memudahkan cara proses perolehan kerajaan melalui tatacara khusus perolehan kerajaan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Kementerian Sains dan Teknologi. MOF juga telah meluluskan SOP perolehan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan MOSTI. SOP ini telah ditambahbaikkan pada Mei 2021 mengikut keperluan semasa.
Secara ringkasnya SOP yang telah diluluskan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan MOSTI dalam mempercepatkan proses perolehan berkala vaksin, peralatan dan perkhidmatan berkaitan COVID-19 dan perolehan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan adalah melibatkan;
(i) kaedah perolehan;
(ii) penurunan kuasa pihak berkuasa melulus;
(iii) penurunan kuasa kepada pegawai pengawal; dan
(iv) perubahan had nilai perolehan.
Di samping juga Kementerian Kewangan mengiktiraf PICK sebagai program rasmi kerajaan dan membenarkan perolehan berkaitan PPV dilaksanakan secara pakej berdasarkan tatacara khas PK7.1 Perolehan bagi Penganjuran Majlis/Acara Rasmi Kerajaan dan Jamuan Keraian Rasmi Kerajaan.
Untuk makluman Yang Berhormat, dalam program PICK terdapat juga peruntukan...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
Sekejap ya Yang Berhormat. Dalam program PICK terdapat juga peruntukan disalurkan kepada kerajaan negeri dan badan berkanun, universiti awam bagi menguruskan sendiri pusat pengagihan vaksin mereka. Dalam kes ini tatacara perolehan adalah berasaskan SOP yang sama dan dirujuk kepada lembaga perolehan pihak berkuasa negeri badan berkanun. Sila.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih sahabat saya. Hendak minta penjelasan apa prosedur pilihan kontraktor-kontraktor untuk PPV ini? Bolehkah Yang Berhormat kalau tidak dapat hari ini, berikan secara bertulis senarai kontraktor yang telah diberikan untuk PPV ini.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Pokok Sena telah membangkitkan isu berkaitan bagaimana tatacara perolehan.
Sepertimana yang saya nyatakan tadi, kita telah turunkan kuasa kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak Kementerian Sains dan teknologi untuk membuat perolehan. Sekiranya Yang Berhormat perlukan data tersebut, insya-Allah saya akan kemukakan secara bertulis.
Untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat kerajaan telah mengambil pendekatan mendedahkan secara terbuka dan terperinci segala maklumat perolehan, kontrak, setiap kontrak, bilangan dos dan kos setiap bilangan dos kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Itu sebabnya kita tidak ada rasa curiga dan kita tidak ada rasa bimbang kerana kita telah bentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara bagaimana perolehan vaksin ini dibuat.
Walau bagaimanapun, sepertimana Yang Berhormat sedia maklum, selaras dengan perolehan di negara-negara lain, perincian kontrak perolehan vaksin adalah tertakluk dengan izin, non-disclosure agreement (NDA). Dengan itu, perincian kos tidak
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
dapat diumumkan. Serupa juga dengan kaedah perolehan. Akan tetapi Yang Berhormat bangkitkan tadi ialah kontraktor yang membuat PPV tersebut. Jadi saya rasa itu tidak ada perkara yang berkaitan perolehan vaksin dan itu tidak ada masalah untuk kita bekalkan kepada Yang Berhormat.
Saya ingat Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja yang saya hendak sampaikan bagi isu-isu yang melibatkan Kementerian Kewangan. Saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam Ordinan Darurat yang melibatkan Kementerian Kewangan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Parlimen dan Undang-undang) untuk menjawab, 10 minit.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi pembahasan usul mengungkai Ordinan-ordinan Darurat. Segala cadangan dan pandangan oleh Ahli- ahli Yang Berhormat itu amat dihargai dan akan diberi perhatian yang sewajarnya.
Saya juga Tuan Yang di-Pertua ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Menteri-menteri dan juga Timbalan-timbalan Yang Berhormat Menteri yang memberi jawapan kepada Dewan untuk sedikit sebanyak memberikan penjelasan kepada persoalan yang dibangkit oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang berbahas tadi.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, dari Yang Berhormat Kulim- Bandar Baharu dan Yang Berhormat Sepang telah membangkit mengenai kewajaran Proklamasi Darurat dimasyhurkan. Proklamasi Darurat dilaksanakan bagi membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dimasyhur di bawah fasal 2(b) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bagi memperuntukkan kuasa-kuasa perlu untuk mengekang dan menghalang daripada berlakunya penularan wabak COVID-19 dengan lebih serius dalam negara. Tanpa Proklamasi Darurat, kerajaan akan menghadapi kesukaran untuk mengambil tindakan-tindakan yang perlu untuk menangani wabak COVID-19 yang pada ketika itu memasuki tahap yang kritikal.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat dan Yang Berhormat Ipoh Barat yang telah menyatakan bahawa pemasyhuran Proklamasi Darurat adalah berniat tidak baik dan bertujuan untuk memastikan kelangsungan kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menekankan di sini bahawa kerajaan dengan tegasnya menolak tohmahan tersebut dan semua pihak perlu memberhentikan tohmahan tidak berasas terhadap kerajaan yang ditubuhkan oleh Yang di-Pertuan Agong yang memperkenankan Proklamasi Darurat tersebut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Ini kerana kerajaan telah mengambil langkah yang difikirkan terbaik pada masa itu untuk mengekang penularan wabak COVID-19. Kerajaan berpandangan sekiranya pemasyhuran Proklamasi Darurat tidak dibuat, keadaan dijangka akan menjadi lebih teruk atau sebaliknya kerana dengan izin Tuan Yang di-Pertua, we cannot predict the situation pada ketika itu.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
[Bangun]
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Ipoh Barat...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Ya, penjelasan.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
...Juga mencadangkan agar– duduk dahulu, Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Akan jawab selepas ini?
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
..Penyalahgunaan pemasyhuran Proklamasi Darurat oleh kerajaan ini di bawah suatu suruhanjaya seperti mana the truth commission. Kerajaan mengambil maklum akan cadangan ini dan akan mengkaji kesesuaian penubuhannya.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berhubung cadangan pindaan fasal (8) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, bagi membolehkan pemasyhuran Proklamasi Darurat dicabar di mahkamah perlu mendapat keputusan dua pertiga majoriti Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Berhubung isu pilihan raya negeri Melaka pula, TYT Melaka telah memperkenankan...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Ya, penjelasan.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Pembubaran Kerajaan Negeri Melaka pada 4 Oktober 2021, oleh yang demikian PRN perlu dilaksanakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh tersebut.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Sila.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Ya, terima kasih. Nampaknya semua perkara yang saya bangkit telah pun dijawab. Saya akan ambil satu fasa demi satu fasa.
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat mula berkata bahawa Proklamasi Darurat ini bukanlah berniat untuk kerajaan kekal. Saya rasa Yang Berhormat you in a dream world kerana sesiapa pun dalam negara ini tahu bahawa darurat itu dibawa adalah atas kepentingan kerajaan dan Menteri-menteri dahulu. Itu satu aspek yang tidak dapat di deny. We cannot be in denial syndrome mengenai perkara tersebut, Yang Berhormat.
Kita perlu tahu itulah asas yang membawa semua kuasa dari legislatif dan sebagainya kepada eksekutif hingga Parlimen tidak dibenarkan untuk bersidang. Jadi untuk menafikan perkara tersebut, saya rasa mungkin Yang Berhormat perlu itu– saya kata dalam perbahasan saya, you must pick your conscience supaya ini adalah satu, bukan satu tohmahan tetapi itu adalah yang sebenar yang berlaku di negara ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Okey.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Itu satu perkara, ada tiga perkara saya ambil perkara yang pertama dahulu.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
[Bangun] .
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Yang Berhormat. Walau apa pun Yang Berhormat beri penjelasan kepada saya, kerajaan masih berpendirian pada ketika itu kita buat keputusan bahawa itu adalah tindakan yang terbaik untuk kerajaan, untuk negara dan untuk rakyat negara ini. Jadi itu...
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Papar, minta penjelasan.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Jadi, Yang Berhormat juga perlu menerima hakikat bahawa kerajaan mempunyai semua maklumat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
[Bangun]
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Itulah kenapanya apabila kerajaan membuat keputusan, begitulah kenapa perlembagaan dibuat sebegitu rupa membuat supaya Jemaah Menteri membuat keputusan dan boleh menasihatkan Yang di- Pertuan Agong atas beberapa perkara.
Dalam keadaan sedemikian, oleh kerana Jemaah Menteri mewakili kerajaan yang mengetahui semua butiran, Yang Berhormat. Itulah kenapa asasnya walaupun Yang Berhormat tidak menerima penjelasan saya, kami masih berpendirian bahawa itu adalah pilihan yang terbaik bagi kerajaan.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat, Yang Berhormat, sebelum ini sebenarnya 10 tahun yang dahulu, Yang Berhormat.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Papar, minta..
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Kerajaan telah memberitahu kepada Dewan ini bahawa the day or the era of the government knows all is over. Saya hairan Yang Berhormat sudah dalam satu pandangan yang sangat lama. Akan tetapi kita jangan lupa Yang Berhormat, asas membawa darurat itu adalah untuk contain COVID-19 tetapi tidak sedemikian kan. COVID-19 telah naik selepas itu hingga Ogos lebih teruk, vaksinasi tidak dijayakan semasa itu. Semua ini adalah kita mahu membuat satu pengakuan hingga kerajaan pun jatuh. This is very clear, Yang Berhormat.
Kedua Tuan Yang di-Pertua, ini dipanggil truth commission. Saya terima baik bahawa kerajaan akan memikirkan adakah ini boleh berfungsi kerana saya rasa ramai di antara rakyat Malaysia yang telah menghadapi krisis keluarga dan sebagainya kerana darurat yang dimulakan. Maka saya harap satu keputusan yang cepat boleh dibuat mengenai hal ini supaya rakyat akan tahu apakah yang benar dan yang telah berlaku di dalam negara ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Papar, Papar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya bagi Yang Berhormat Papar dahulu sebab dia lebih awal tadi. Sila, Yang Berhormat Papar.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih kepada Yang Berhormat Santubong. Kami di negeri Sabah ini memang tertunggu-tunggu kerana kita tahu di Sabah, Bugaya sudah lama kosong. Jadi kami ingin bertanya kalau PRN Melaka boleh diadakan dan juga kemungkinan akan ada PRN Sarawak, kenapa tidak PRK Bugaya dilaksanakan sewaktu COVID-19 ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Sila, Yang Berhormat Menteri hendak beri laluan dahulu atau hendak jawab dahulu.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Yang Berhormat Menteri boleh saya tanya perkara yang berkenaan...
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Bagi saya jawab ini.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Yang related.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, saya jawab daripada..
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Bagi jawab dahulu.
He will give you.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Persamaan dengan Yang Berhormat Ipoh Barat tadi. Isu, isu...
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Bagi saya jawab Yang Berhormat dari Ipoh Barat dahulu selepas itu saya hendak jawab juga...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Papar.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Soalan Sabah tadi.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Jawab sekali dengan Yang Berhormat Ipoh Barat, sedikit, sedikit sahaja. Sedikit sahaja, Yang Berhormat. Yang Berhormat, kerajaan jangan menafikan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat tadi sebab parti Yang Amat Berhormat Perdana Menteri hari ini telah menggariskan
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
tujuh kegagalan. Tujuh kegagalan yang dua daripadanya ialah berkaitan dengan kegagalan menguruskan COVID-19 ini dan kegagalan menyalahgunakan darurat untuk kepentingan politik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Pokok Sena.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Boleh saya tanya, Yang Berhormat? It’s related.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, minta bantu saya dahulu minta saya jawab yang itu dahulu selepas itu Yang Berhormat boleh bagi soalan. Terima kasih, Yang Berhormat.
Pertama, saya tidak hendak berbahas dengan Yang Berhormat Ipoh Barat berhubung dengan persepsi, perasaan conscience dan sebagainya itu sebab saya juga mempunyai conscience dan saya mengetahui apa yang dimaklumkan sebagai conscience. Akan tetapi, kita mempunyai, saya faham juga apa Yang Berhormat sebut bahawa kerajaan bukan knows all, tidak. Apa yang saya tahu ada kelebihan pengetahuan daripada kerajaan itu yang saya kata.
Berlandaskan pengetahuan yang didapati oleh kerajaan, kerajaan membuat keputusan sedemikian. Jadi itulah kenapa saya kata conscience kita clear. Jadi dalam keadaan sedemikian, maka Yang Berhormat juga satu mengatakan gagal tadi. Tadi kita sudah mendengar penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan.
Jelas mengatakan bahawa kita sebenarnya berjaya apabila darurat diadakan hingganya sampai COVID-19 delta varian datang, itu memang kita ketahui dari sudut sains dan kita mengetahui, kita dimaklumkan ketibaan delta varian ke negara ini.
Daripada itulah kenapanya kita melihat delta varian ini adalah satu jenis yang payah betul hendak diatasi. Bukan kerajaan gagal tetapi dalam keadaan yang sedemikian kita tidak ada pernah berpengalaman berhadapan dengan penyakit macam COVID-19 dan delta varian ini, Tuan Yang di-Pertua. Jadi dalam pandangan kerajaan bahawa tidak ada kegagalan menghadapi COVID-19 ini.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
[Bangun]
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menjawab Yang Berhormat daripada Bugaya tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Papar.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Soalan Bugaya, Sabah.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Papar, Papar.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, sebenarnya saya sudah membawa perkara ini ke Jemaah Menteri untuk supaya diadakan juga oleh kerana peninggalan Yang Berhormat Bugaya dahulu ialah di luar masa dua tahun. Maknanya ia perlu diadakan pilihan raya. Perkara ini telah dibangkitkan, saya bangkit, saya bawa ada dalam Jemaah Menteri pada minggu yang lepas, Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat, boleh jawab mengenai truth commission.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Jadi saya minta tunggu, Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat, Yang Berhormat. Saya bangkitkan truth commission. Saya ada bangkitkan mengenai truth commission belum jawab lagi, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya bagi kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor. Sila, Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang mana satu, Yang Berhormat. Ya, itu tadi saya sudah jawab, Yang Berhormat. Kita akan menilai dan kita akan memberi maklum kepada Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tanya dua soalan. Pertamanya, adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa perkara kesahan nasihat yang diberi kepada Yang di-Pertuan Agong untuk Proclamation of Emergency ini dalam proses di mahkamah dan di dalam proses rayuan pada masa ini oleh beberapa pihak yang telah pun membawa perkara ini ke mahkamah.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Di mana, pihak kerajaan telah pun membangkitkan isu bahawa perkara ini tidak boleh dicabar di mahkamah. Now, sekiranya ia tidak boleh dicabar di mahkamah, sekiranya ada penjelasan yang munasabah seperti yang Yang Berhormat berkata, kenapa ini tidak ditimbulkan sebagai defense yang boleh kita guna pakai seperti yang Yang Berhormat berkata sekarang?
Apa yang saya dengar daripada Yang Berhormat tadi, seolah-olah seperti darurat ini telah pun berjaya tetapi tidak dapat dilihat kesan berjayanya sebab Delta varian itu berlaku. Itu adalah seperti apa yang Yang Berhormat berkata tadi. Akan tetapi kalau saya ikut laporan dari– suatu laporan petikan daripada theedgemarkets.com, daripada satu artikel bertarikh 17 Ogos 2021. di sana dinyatakan, saya minta izin untuk berhujah dalam bahasa Inggeris iaitu bahasa asal.
“43 new COVID-19 cases of the highly infectious Delta variant were detected in Malaysia between August 10 and August 17 of this year, lifting the total so far to 467 cases in the country. There were no new cases of other variants of concern for the period.” Jadi persoalannya, darurat ini diisytiharkan dalam bulan 2 atau bulan 1, early this year. So persoalannya, *when was the first case of the Delta variant detected in this country?
Whether or not*, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, ini adalah suatu red herring, suatu excuse yang ditimbulkan oleh kerajaan untuk menutup keadaan sebenarnya iaitu bahawa darurat ini adalah satu smoke screen untuk kerajaan dahulu menahan tempatnya sebagai kerajaan. Is that the real reason why the emergency or the advise to the Yang di- Pertuan Agong to declare an emergency was made earlier in this year? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Sila Yang Berhormat.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Yang Berhormat, oleh sebab soalan ini Tuan Yang di-Pertua, dibangkit selepas perbahasan, jadi saya mohon untuk menjawab secara bertulis. Sepatutnya soalan ini tadi diajukan kepada Menteri Kesihatan yang mungkin lebih kompeten untuk menjawab soalan Delta varian dan sebagainya dan tarikh-tarikh yang tertentu. Jadi, dalam keadaan sedemikian Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan kepada Ahli Yang Berhormat, tindakan kerajaan memasyhurkan Proklamasi Darurat ialah tindakan yang proaktif, lebih terbaik yang telah diambil oleh kerajaan bagi memastikan perkara tersebut tidak menjadi lebih teruk. Ia juga pada pandangan kerajaan merupakan tindakan yang paling munasabah dan wajar bagi membantu rakyat yang terjejas teruk disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang melanda dunia dan termasuk negara kita, Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang).
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan oleh Yang
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah Nombor 2 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi esok, Selasa 26 Oktober 2021. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.14 petang]