Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Moratorium begitu membantu, Faedah terakru menjadi isu, Soalan satu sudah dituju, Silakan Menteri usah terpaku.
1. Dato' Haji Mohd. Salim Sharif [Jempol] minta Menteri Kewangan menyatakan implikasi faedah terakru kepada para peminjam menerusi moratorium dan kesediaan kerajaan untuk menghapuskan faedah tersebut.
Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat pada asasnya bank adalah institusi komersial dan pinjaman merupakan kontrak peribadi yang dimeterai antara bank dan pelanggan, perlu dihormati. Oleh itu aspek pengenaan faedah merupakan satu keputusan komersial yang dipersetujui oleh sesebuah bank dan pelanggannya semasa permohonan pinjaman dibuat.
Saya juga ingin menjelaskan bahawa dalam melaksanakan bantuan moratorium semasa, semua institusi perbankan telah mengambil pelbagai langkah untuk membantu mengurangkan kos pinjaman tambahan terutamanya bagi pinjaman yang paling terjejas melebihi kewajipan yang termaktub di dalam perjanjian pinjaman yang asal.
Pertama, semua bank telah bersetuju untuk tidak mengkompaun faedah, mengenakan faedah atas faedah atau mengenakan faedah penalti dalam tempoh moratorium bagi semua produk pinjaman. Meskipun tidak ada faedah kompaun, faedah biasa akan terus diambil kira atau faedah terakru ke atas baki pinjaman terkumpul. Ini kerana, bank-bank perlu terus menunaikan tanggungjawab untuk membayar faedah kepada pendeposit, menampung kos pendanaan yang lain dan membolehkan bank-bank terus menawarkan pinjaman bagi menjana ekonomi.
Kedua, pemegang kad kredit boleh memohon untuk menukar baki pinjaman kad kredit mereka kepada fasiliti pinjaman bertempoh pada kadar pembiayaan yang lebih rendah. Ketiga, peminjam yang memohon bantuan melalui AKPK daripada kalangan mereka yang sangat terjejas seperti peminjam yang kehilangan sumber pendapatan ataupun isi rumah yang berdepan dengan situasi kematian pencari nafkah atau breadwinners boleh mendapatkan pengurangan caj faedah daripada institusi perbankan sebagai salah satu pakej bantuan penstrukturan semula pinjaman mereka.
Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, AKPK juga sedang membangunkan program bantuan sementara atau temporary relief programme (TRP) untuk mengurangkan beban pinjaman individu dan PKS yang masih menghadapi kesukaran memulihkan aliran tunai mereka selepas berakhirnya bantuan bayaran balik di bawah program PEMULIH akibat pendapatan yang terus terjejas.
Maklumat yang terperinci berkenaan program ini akan diumumkan dalam masa terdekat. Peminjam akan turut menerima nasihat kewangan daripada AKPK termasuklah daripada segi perancangan kewangan yang bersesuaian dengan keperluan peminjam, pendidikan berkenaan pengurusan kewangan dan juga rujukan kepada agensi-agensi lain melalui rangkaian sinergi sosial bagi membantu meningkatkan keupayaan dan pendapatan peminjam.
Oleh itu, adalah tidak benar tanggapan bahawa terdapat golongan yang akan tercicir terutamanya daripada kalangan mereka yang terjejas sekiranya bantuan moratorium pinjaman berakhir atau tidak dilaksanakan dengan lebih meluas seperti penghapusan caj faedah secara keseluruhan. Terima kasih.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada kementerian atas komitmen yang ditunjukkan bagi memansuhkan faedah.
Kewujudan faedah terakru ini boleh diibaratkan seperti menabur garam atas luka.
Walaupun para peminjam sedar atas syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh institusi bank namun mereka tiada pilihan lain untuk memastikan ada makanan di atas meja.
Berdasarkan statistik Jabatan Insolvensi Malaysia, seramai 10,317 individu telah diisytiharkan muflis sejak Mac 2020 hingga Julai 2021 iaitu ketika adanya moratorium.
Soalan saya, bilakah jangkaan pemansuhan faedah terakru ini akan dapat diputuskan oleh kementerian?
Kedua, adakah inisiatif moratorium yang akan dilanjutkan bagi untuk satu tempoh yang bersesuaian tanpa faedah terakru. Sekiannya institusi perbankan gagal untuk memberikan kerjasama dengan sebaiknya, apakah ada kaedah lain ataupun pendekatan lain yang boleh dilakukan oleh kementerian untuk menjayakan pemansuhan faedah terakru ini. Mohon Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Terima kasih.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Tuan Yang di-Pertua, ingin saya jelaskan bahawa bank-bank mempunyai obligasi untuk menerangkan terang implikasi bayaran balik pinjaman terhadap tempoh dan kos keseluruhan pinjaman kepada peminjam.
Perkara yang penting apabila kedudukan kewangan peminjam bertambah baik, mereka boleh berbincang dengan bank untuk membayar balik pinjaman dengan lebih cepat. Ini seterusnya akan mengurangkan keseluruhan kos pinjaman.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan pengecualian faedah sepertimana yang tertera dalam Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang melibatkan penerima moratorium daripada kumpulan 50 peratus terbawah daripada keseluruhan rakyat Malaysia untuk tempoh tiga bulan, buat masa ini perkara ini sedang diperincikan oleh institusi perbankan berikutan kesan langkah ini ke atas kedudukan kewangan mereka dan terhadap kepentingan pemegang saham bank-bank tersebut.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Susulan daripada perbincangan ini, satu rumusan yang boleh dilaksanakan akan dilaksanakan dan akan diumumkan kelak. Ingin saya menekankan bahawa kerajaan sentiasa prihatin mengenai masalah yang dihadapi oleh rakyat dan akan mempertimbangkan apa juga cadangan yang dikemukakan. Namun begitu sebarang bentuk bantuan yang diberikan kerajaan haruslah berhemah setara dan mengambil kira kesan jangka masa panjang terhadap pelbagai faktor dan pihak yang berkepentingan.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan yang kedua, saya menjemput Yang Berhormat Kuala Selangor.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mendengar
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi. Kita sedia maklum bahawa pinjaman daripada golongan B40 atau B50 ini hanyalah sekadar 10 peratus daripada pinjaman yang dibuat oleh kumpulan ini, Tuan Yang di-Pertua. Saya kira, congak- congakkan yang pernah saya baca tentang analisis dapatan itu hanya keuntungan bersih mereka daripada 1.5 peratus hingga lima peratus.
Dari sudut kesannya itu tidaklah besar tetapi andainya kalau faedah terakru ini dapat dihapuskan, ia memberikan satu suntikan yang besar kepada golongan yang kita dengar sebentar tadi Yang Berhormat Jempol menyebut 10,000 went bankrupt atau muflis. Tuan Yang di-Pertua, dengan izin. Kalau boleh dipertimbangkan, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya tidak berapa pasti dengan angka 10 peratus itu. Akan tetapi yang saya tahu jumlah pinjaman PKS yang layak ikut secara automatik berjumlah lebih kurang RM1.4 trilion yang bentuk 73 peratus jumlah peminjam dalam sistem bank. Maka ada implikasi yang serius kepada peranan kritikal bank sebagai pemangkin utama untuk memulihkan kembali ekonomi negara kita.
Pertamanya mereka akan mengurangkan pinjaman untuk melindungi buffer mereka terutama sekali apabila dijangkakan kerugian kredit akan menjadi lebih tingi.
Keduanya, penilaian serta penarafan bank kita juga akan terjejas dan diturunkan melihat keupayaan mereka untuk menjana keuntungan masa hadapan menjadi lebih lemah.
Sudah tentu ini juga menyebabkan kos pinjaman lebih mahal untuk bank dalam mengumpul dana modal dan kos yang tinggi ini akhirnya akan diberi oleh peminjam.
Akibatnya juga banyak lagi tetapi salah satu daripadanya ialah pengecualian faedah ini juga akan menyebabkan bank untuk menghadapi kesukaran dalam membayar dividen kepada bukan sahaja pelabur runcit mereka tetapi dana institusi yang menyimpan simpanan awam ini merangkumi KWSP, Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Permodalan Nasional Berhad (PNB), LTAT dan Tabung Haji. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Sedikit tambahan saya Tuan Yang di-Pertua. Bersediakah Yang Berhormat Timbalan Menteri menerima hakikat bahawa semua komersial bank membuat keuntungan dalam keadaan pandemik ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, respons sedikit.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Terima kasih. Kita kena rasa bersyukur kerana dengan polisi-polisi yang sedia ada oleh Bank Negara, kedudukan kewangan bank-bank kita ini berada dalam keadaan yang kukuh. Namun begitu, kita tidak boleh take things for granted kerana mereka, kita tidak boleh tengok dalam masa sekarang ini tetapi dalam masa jangka sederhana di mana kita kembali memulihkan ekonomi kita, kita memerlukan bank ini untuk memberi pinjaman kepada certain sektor-sektor yang penting dan ini akan sekali gus membantu untuk membina ekonomi kita semula, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
2. Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir [Johor Bahru] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan:
(a) strategi pembukaan semula institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara bagi sesi pengajaran secara bersemuka; dan
(b) perkembangan program vaksinasi khususnya dalam kalangan pelajar mahasiswa
Menteri Pengajian Tinggi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru. Tuan Yang di-Pertua, dalam merangka strategi pembukaan semula institusi pengajian tinggi ataupun IPT di seluruh negara bagi tujuan PdP secara bersemuka, pihak KPT telah mengadakan beberapa sesi libat urus dan perbincangan dengan semua pihak yang berkepentingan. Antaranya semua pengurusan tertinggi IPT dan kepimpinan mahasiswa. Selain daripada pihak yang terlibat secara langsung dengan institusi pendidikan, kementerian juga telah mengadakan perbincangan dengan wakil kerajaan negeri, KKM, MKN, PDRM, MOSTI dan syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan penerbangan. Sesi libat urus ini adalah bagi mendapatkan input dan pandangan yang menyeluruh dalam menentukan kaedah dan mekanisme terbaik agar pembukaan serta kemasukan semula pelajar ke kampus dapat dilaksanakan dengan teratur dan lancar.
Berdasarkan input sesi libat urus yang dilaksanakan, pihak kementerian telah membentangkan pelan pembukaan dan pengoperasian IPT termasuk SOP yang akan digunakan di Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara, Mesyuarat Kumpulan Teknikal Pengurusan Pandemik dan Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19.
Antara perkara yang ditekankan dalam pelan ini adalah pengurusan kemasukan pelajar secara berperingkat, pengurusan PdP, pengurusan aktiviti pelajar, pengurusan keluar masuk kampus, pengurusan pelajar yang positif atau mendapat gejala COVID-19, pemerkasaan jawatankuasa tindakan kecemasan dan bilik gerakan. Pengukuhan dan pematuhan SOP, pemerkasaan pengurusan kesihatan mental dan sebaginya.
Di samping itu juga pihak kementerian juga mengutamakan pelajar dan warga IPT yang telah mendapat suntikan dos vaksin lengkap yang dibenarkan kembali ke kampus secara berperingkat. Manakala pelajar-pelajar lain boleh mengikuti PdP secara dalam talian. Ketetapan ini adalah bagi menyediakan persekitaran IPT yang lebih selamat untuk melaksanakan aktiviti PdP secara bersemuka dengan norma baharu dan mematuhi SOP yang ditetapkan.
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan status program vaksinasi kepada warga IPT, izinkan saya untuk menjawab bersekali dengan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Muar iaitu soalan nombor 8 yang membangkitkan isu yang sama.
Bagi makluman Ahli-ahli Yang Berhormat KPT dengan kerjasama Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 ataupun CITF sedang giat melaksanakan program vaksinasi warga IPT melalui Program Back to Campus bagi meningkatkan kadar vaksinasi warga IPT khususnya kepada pelajar KPT dengan kerjasama KKM juga telah menyediakan kemudahan akses secara walk-in kepada pelajar dan kakitangan IPT di mana-mana PPV bermula 9 September 2021.
Untuk makluman Yang Berhormat sehingga 1 Oktober 2021, seramai 83 peratus orang pelajar IPT telah menerima vaksin lengkap vaksinasi iaitu 951,739 orang daripada 1.15 juta pelajar secara keseluruhan. Manakala bagi kakitangan IPT seramai 117,721 orang ataupun 90 peratus telah menerima dos lengkap vaksinasi, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan pertama sila Yang Berhormat Johor Bahru.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan tersebut. Ini adalah sejajar dengan apa yang saya kemukakan dalam memorandum sebelum ini kepada Yang Berhormat Menteri supaya kampus-kampus ini hanya dibuka apabila mahasiswa telah mendapat dua dos.
Jadi hari ini ada dua lagi tuntutan ataupun persoalan yang saya ingin kemukakan.
Yang pertama kepada Yang Berhormat Menteri, adakah kementerian bercadang untuk mengagihkan kit ujian kendiri secara saliva secara percuma kepada semua mahasiswa, IPTA, IPTS semua IPT-IPT yang lain. Sebab ini mampu mengurangkan risiko kes positif dibawa masuk ke dalam kawasan kampus dan perlu dibuat secara berkala.
Manakala tuntutan yang kedua bagi Yang Berhormat Menteri, walaupun secara dasarnya semua kampus ini dibuka apabila mahasiswa telah diberikan dua dos vaksin tenaga pengajar, kakitangan semua sudah dua dos vaksin, mengikut SOP yang terkini.
Cuma apabila kita merujuk pengalaman di Langkawi Tuan Yang di-Pertua, apabila kita
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
wujudkan bubble travel ataupun gelembung pelancongan ini, SOP ada vaksin dua dos ada, tetapi masih berlakunya kes positif malah kluster di sebuah hotel yang merangkumi 59 kes positif.
Jadi persoalannya kepada Yang Berhormat Menteri, apakah strategik kementerian sementara kita buka bagaimana untuk kita mengelak kekeliruan ataupun kekecohan seperti tahun lepas apabila kampus-kampus ini ditutup dengan mengejut dan menimbulkan banyak kerisauan, kebimbangan di peringkat ibu bapa dan juga menyusahkan mahasiswa. Jadi, mohon sekiranya Yang Berhormat Menteri dapat menyatakan apakah strategi kita untuk kurangkan, kalau terpaksa mengawal kluster ini, apakah kaedahnya? Terima kasih
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Menteri menjawab.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Johor Bahru atas keprihatinan, terutamanya kepada warga kampus ataupun warga IPT. Mengenai soalan yang pertama, adakah kementerian ada mengagihkan self- kit ataupun kit ujian kendiri ini. Untuk makluman Yang Berhormat, bila pelajar itu kembali ke kampus bermula pada 15 Oktober secara berperingkat. Mereka akan disaring dengan kit ujian kendiri. Tujuan dia adalah dalam usaha untuk memantau dan mengekang penularan COVID-19 walaupun mereka telah mendapat vaksinasi sebanyak dua dos.
Saringan kesihatan ini akan dibuat secara berkala dan ini untuk bagi memastikan pelajar sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Selepas itu, dalam kes soalan yang kedua pula, untuk mengurangkan risiko-risiko kejangkitan sekiranya ada. Mereka, yakni pelajar ataupun kontak rapat ini kita akan letakkan di pusat pengasingan ataupun kuarantin yang disiapkan oleh setiap IPT berkenaan. Operasi IPT tidak perlu ditutup. Jadi, sebaliknya aktiviti PdP secara bersemuka oleh pelajar yang terlibat hanya perlu ditangguhkan dan kita akan sebab tadi dalam soalan asal saya, saya ada maklumkan bahawa dia ada dua cara iaitu PdP, satu bersemuka dan satu lagi dalam talian maknanya dibuat secara hibrid. Jadi, kalau kita sekiranya IPT merekodkan kes jangkitan yang lebih serius, penutupan sesuatu institusi untuk tempoh tertentu hanya boleh dipertimbangkan tertakluk kepada pandangan dan saranan daripada KKM, Yang Berhormat. Terima kasih banyak.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Apakah perancangan kementerian untuk memastikan syllabus atau pengajian pelajar-pelajar yang terganggu atau tercicir kerana perintah kawalan pergerakan atau kerana mereka kekurangan akses internet sebelum ini dapat diatur semula bagi memastikan kualiti pengajian mereka tidak terjejas. Terima kasih. Pohon jawapan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Dungun.
Seperti yang saya katakan dalam soalan tambahan sebelum ini. Pelajar ini kita akan benarkan dia orang masuk secara berperingkat. Walau bagaimanapun, setengahnya lagi akan melalui proses PdP ini secara dalam talian. Sebanyak enam kategori keutamaan untuk kemasukan dalam kampus ini, salah satu daripadanya adalah mereka yang tidak mempunyai akses internet. Maka, insya-Allah tidak akan ada masalah mengenai kesukaran mereka untuk belajar. Ini kerana mereka ada opsyen, sama ada belajar sendiri di rumah ataupun kembali ke kampus. Terima kasih banyak.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Yang Berhormat Menteri, ada soalan berkenaan dengan keadaan mahasiswa yang tidak divaksin. Saya difahamkan ada juga banyak dakwaan ataupun kes semakan mahkamah sedang berlaku berkenaan dengan mereka yang mahu masuk ke kampus tetapi masih belum dapat vaksin. Apakah penerangan yang boleh Yang Berhormat Menteri sampaikan dan ada dakwaan juga yang mengatakan ada anak muda yang diugut berkaitan dengan tidak pengambilan vaksin. Walaupun, kita sedar ada banyak manfaatnya pengambilan vaksin ini. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Ledang.
Saya hendak kongsikan beberapa maklumat mengenai— ini maklumat daripada IPT setakat pada 8 Oktober baru-baru ini. Sebenarnya, seramai 2,286 pelajar ataupun sebanyak 0.2 peratus yang menghadapi masalah kesihatan. Jadi, dia tidak dapat untuk divaksin. Jadi, IPT disarankan untuk membantu pelajar-pelajar ini supaya pengajian dia orang tidak terjejas.
Dalam situasi kritikal Yang Berhormat, sekiranya kehadiran secara fizikal tenaga pengajar ataupun pelajar yang tidak divaksin itu tidak dapat dielakkan, maka prosedur pemantauan pergerakan yang lebih ketat perlu insya-Allah kita akan laksanakan seperti pelaksanaan ujian saringan RT-PCR tiga hari sebelum masuk ke kampus adalah diwajibkan. IPT juga digalakkan melaksanakan ujian saringan kendiri menggunakan kit ujian kendiri secara berkala untuk memastikan mereka berada dalam keadaan yang baik.
Terima kasih banyak.
3. Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi [Igan] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan apakah ada cadangan pembinaan menara-menara telekomunikasi baharu di kawasan Parlimen Igan dan adakah kementerian bercadang untuk menaik taraf menara komunikasi yang ada sekarang ini kerana kebanyakan kawasan masih tidak mempunyai liputan internet atau capaian internet yang rendah.
[Pertanyaan di bawah P.M.22(5)]
Menteri Komunikasi dan Multimedia - Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih pada Yang Berhormat Igan atas soalannya. Untuk makluman Yang Berhormat, saya ingin perturunkan di sini kedudukan di kawasan Yang Berhormat dari sudut liputan 4G pada masa ini hanya kepada tahap sebanyak 67.9 peratus yang mana berbanding dengan Sarawak secara keseluruhannya pada masa ini ialah pada sejumlah 80.84 peratus.
Memahami keadaan yang tersebut, sememangnya kawasan Yang Berhormat Parlimen Igan dimasukkan dalam Rancangan Pelan Jalinan Digital Negara dan kepada soalan Yang Berhormat sama ada perancangan baharu, sepertimana telah saya edarkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Di kawasan Parlimen Yang Berhormat, sebanyak 13 menara baharu dirancang untuk didirikan dan daripada jumlah tersebut sebanyak empat telah pun disiapkan. Sementara keperluan untuk menaikkan taraf atau menaik taraf stesen-stesen pemancar sebanyak 45 menara perlu dinaiktarafkan. Sebanyak 15 telah disiapkan. Juga, program untuk menambah bilangan premis yang mendapat khidmat daripada gentian optik sebanyak 466.
Selain daripada itu, di kawasan Parlimen Yang Berhormat terdapat keperluan membina dua tower yang menggunakan kaedah jalur lebar satelit. Semua ini akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat malah untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, semalam dan hari sebelumnya saya telah melakukan lawatan ke beberapa lokasi bermula dari Kuala Lumpur ke Perak, Pahang, Sungai Koyan dan kembali ke Kuala Lumpur untuk menyemak secara random tahap-tahap bekalan sebenar berbanding dengan apa yang dilaporkan oleh telcos dan tindakan-tindakan memberi peringatan kepada penyedia- penyedia khidmat untuk meningkatkan perkhidmatan mereka dilakukan secara berkala.
Jadi, untuk program-program di Sarawak. Sarawak adalah negeri yang diberikan keutamaan yang tinggi untuk merapatkan jurang digital divide dan kemudahan- kemudahan yang mana seluruh Sarawak sebanyak 823 menara baharu perlu dibina dan sebahagiannya adalah termasuk di kawasan Parlimen Igan. Kementerian akan terus bekerjasama dengan Sarawak Multimedia Authority dan juga Sarawak Digital Economic Corporation (SDEC) untuk membolehkan program JENDELA dilaksanakan dengan sempurna, khususnya di kawasan Parlimen Igan.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang positif dan memberi harapan dalam mengatasi masalah capaian internet di kawasan Parlimen Igan, khususnya dengan
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
sebagaimana yang disebut tadi dengan pelaksanaan projek di bawah JENDELA. Di mana disebut tadi ada sebanyak 13 menara baharu akan dibina dan sebanyak 45 menara sedia ada akan dinaik taraf stesen pemancarnya.
Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Menteri, persoalan yang saya hendak bangkitkan ialah dikatakan ada syarikat telekomunikasi yang enggan menyediakan perkhidmatan mereka dengan tidak menyediakan alat pemancar ataupun piring pemancar atas sebab keputusan komersial. Jadi jika ini berlaku, pembinaan menara telco ini sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah liputan internet.
Jadi, soalan saya adakah pihak kementerian bercadang untuk memastikan supaya syarikat telco ini wajib ataupun secara mandatorinya memberikan perkhidmatan mereka dengan menyediakan alat pemancar ini pada setiap menara yang didirikan.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Yang Berhormat Menteri, saya juga ingin tahu berapa banyak menara telekomunikasi yang mempunyai radius liputan yang luas iaitu dengan kelajuan 4G dengan kapasiti 30 megabait per saat kerana kebanyakan sekarang ini, kelajuan internet hanya 25 megabait per saat atau lebih rendah daripada itu yang menyebabkan radius liputan internet amat terbatas. Oleh sebab itu di Sarawak Yang Berhormat Menteri khususnya di luar bandar, kita mendengar dalam media sosial ada individu ataupun pelajar yang naik bukit atau panjat pokok dan ada yang menggunakan perahu-perahu di ceruk sungai untuk mencari talian internet ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya di Sarawak agak unik sedikit kerana ada menara yang dibina di bawah program JENDELA dan ada menara yang dibina di bawah kelolaan Sarawak Multimedia Authority (SMA) yang kedua-duanya melalui proses yang sedikit berbeza.
Saya difahamkan masih banyak menara yang dibina di bawah SMA masih lagi di peringkat rundingan dengan pihak-pihak telcos untuk memastikan pemasangan alat-alat pemancar di towers berkenaan. Sekiranya pihak SMA ada masalah, SKMM sedia membantu.
Walaupun demikian, bagi program di bawah program The Jalinan Digital Negara
(JENDELA), sebenarnya ada mandatori kepada telcos untuk mereka memberikan khidmat di mana tempat-tempat yang kita arahkan. Saya ingin mengambil kesempatan di Dewan yang mulia ini untuk memberikan soft reminder kepada penyedia-penyedia khidmat ataupun service provider supaya bukan sahaja mereka perlu mencari keuntungan, kementerian faham syarikat perniagaan perlu menjana keuntungan. Akan tetapi kita akan memantau supaya tahap keuntungan itu mestilah juga dipulangkan kembali kepada perkhidmatan di luar bandar. Itulah adanya spirit USP.
Akan tetapi saya telah membuat beberapa semakan secara random Tuan Yang di-Pertua, didapati ada tempat-tempat di mana telco tidak memberikan servis sepertimana yang mereka uar-uarkan. Ini adalah suatu keadaan yang tidak adil kepada pengguna dan saya ingin memberi peringatan kepada syarikat-syarikat telco untuk terus bekerjasama dengan SKMM bagi memastikan mereka memberikan khidmat yang lebih baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan kedua saya jemput Yang Berhormat Papar.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan isu yang sama di mana di Daerah Papar, terutamanya sepanjang laluan jalan Pan Borneo dari Simpudu hingga ke Lok Kawi memang tidak mempunyai liputan internet yang konsisten. Begitu juga dengan capaian talian telefon mudah alih. Jadi, saya merayu kepada kementerian supaya dapat mempercepatkan pembinaan menara-menara pemancar telekomunikasi di tempat ini. Soalan saya ialah bilakah ia akan dapat dilaksanakan? Terima kasih.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
Terima kasih Yang Berhormat. Saya faham. Pelaksanaan program JENDELA 1 telah agak tertangguh walaupun tender-tender telah dikeluarkan seawal bulan Mac tahun ini. Saya ingin memberi jaminan kepada Dewan yang mulia ini bahawasanya arahan-arahan kerja akan dikeluarkan dalam bulan ini juga untuk memulakan secara fizikal pembinaan menara-
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
menara di bawah program JENDELA 1, part satu dan part dua termasuklah dan terutamanya di Sabah dan Sarawak.
Sepertimana Yang Berhormat sedia maklum, matlamat kita ialah untuk memastikan menjelang akhir tahun ini, kemudahan 3G akan ditutup. Spektrum khidmat 3G ditutup untuk kita migrate kepada perkhidmatan berasaskan 4G. Untuk itu berlaku, kita ingin memastikan menjelang akhir tahun hadapan penyediaan kemudahan 4G harus meliputi 96.7 peratus liputan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Oleh itu, kementerian akan memastikan pelaksanaan program JENDELA ini diberikan keutamaan yang tinggi.
Seperti mana Yang Berhormat Igan dan soalan tambahan tadi, sebenarnya speed yang ada sekarang bila saya buat semakan secara random, bukan pun 25 di sesetengah tempat malah bawah daripada 10, ada yang bawah dari lima yang menyebabkan murid dan sebagainya terpaksa mencari tempat yang mendapat speed yang lebih tinggi. Di bawah program 4G, kita mensasarkan speed sekitar 35 megabits per second. Itu matlamat kita supaya perkhidmatan ini menjadi lebih efisien untuk seluruh negara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya, saya ingin menjemput Tuan Charles Anthony Santiago, Klang.
4. Tuan Charles Anthony Santiago [Klang] minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah permohonan pinjaman perniagaan dalam semua pakej rangsangan/pemulihan ekonomi negara sejak pandemik, kadar kelulusan permohonan, alasan permohonan ditolak, jumlah peruntukan yang disediakan bagi program pinjaman perniagaan, jumlah pinjaman yang telah diluluskan, serta jumlah peruntukan yang belum diluluskan.
Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Klang, jumlah kemudahan pembiayaan yang diluluskan di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh 6 Mac 2020 hingga 28 Julai 2021 adalah sebanyak RM16 bilion. Kelulusan ini melibatkan lebih 37,959 akaun perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan kadar kelulusan sebanyak 80 peratus daripada keseluruhan permohonan yang diterima. Statistik bagi kemudahan pembiayaan tersebut adalah seperti berikut:
(i) peruntukan RM10 bilion bagi Kemudahan Bantuan Khas (Special Relief Facility– SRF), RM10 bilion diluluskan kepada lebih 21 ribu akaun PKS dan kadar kelulusan adalah 78.1 peratus;
(ii) peruntukan RM6 bilion bagi Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (Targeted Relief and Recovery Facility – TRRF) RM3.2 bilion diluluskan kepada 12,027 akaun PKS dan kadar kelulusan sebanyak 83 peratus;
(iii) peruntukan RM800 juta bagi Kemudahan Teknologi Tinggi Aspirasi Pelaburan Nasional (High Tech Facility - National Investment Aspiration – HTF-NIA) RM68 juta diluluskan kepada 47 akaun PKS dengan kadar kelulusan sebanyak 81 peratus;
(iv) peruntukan RM1 bilion bagi Kemudahan Automasi dan Digital
(SME Automation and Digitalization Facility – ADF) RM389 juta diluluskan kepada 338 akaun PKS dengan kadar kelulusan sebanyak 82.4 peratus;
(v) peruntukan RM6.5 bilion bagi kemudahan semua sektor ekonomi
(All Economic Sectors Facility – AES) RM954 juta diluluskan kepada 2,103 akaun PKS dengan kadar kelulusan sebanyak 77.7 peratus;
Timbalan Menteri Kewangan II - Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
(vi) peruntukan RM1.5 bilion bagi kemudahan agromakanan
(Agrofood Facility – AF) RM1.398 bilion diluluskan kepada 1,868 akaun PKS dengan kadar kelulusan sebanyak 91.9 peratus; dan
(vii) peruntukan RM600 juta bagi Pembiayaan Pelancong PENJANA
(PENJANA Tourism Financing – PTF) RM67 juta diluluskan kepada 336 akaun PKS dengan kadar kelulusan sebanyak 63.5 peratus.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan, sila Yang Berhormat Klang.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana jawapan yang panjang itu.
Tujuan saya bangkit soalan ini ialah untuk mencari kelonggaran bagaimana peniaga-peniaga kecil dapat meminjam dari bank-bank ataupun terus kepada pihak kerajaan kerana mereka lebih senang untuk pinjam dari kerajaan dan bank-bank. Ini adalah sebab pejabat saya telah menjalankan satu kajian pada Jun tahun ini dan daripada kajian ini kita nampak, kajian itu meliputi lebih kurang 1,200 orang dan 60.2 peratus daripada peniaga-peniaga kecil tidak dapat. Mereka hantar permohonan kepada bank tetapi ditolak. Ditolak, mengapa? Mereka tidak ada cash flow, mereka tidak ada apa yang dipanggil score credit yang bagus ataupun lemah dan juga 20.5 peratus tidak tahu mengenai senarai-senarai, nama yang diberikan oleh Yang Berhormat tadi.
Soalan saya ialah, tadi Yang Berhormat mengatakan kerajaan bagi juta-juta, kepada siapa jutaan ringgit ini pergi? Kalau ramai orang tidak dapat menerima wang itu melalui kerajaan ataupun menerusi bank. Jadi macam mana kita hendak tolong orang yang terdesak, peniaga-peniaga kecil yang terdesak supaya mereka dapat lanjutkan perniagaan mereka. Minta pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Klang. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Terima kasih kepada Yang Berhormat Klang.
Semasa membuat penilaian ke atas permohonan pembiayaan oleh PKS, mungkin ada terdapat tiga sebab utama kenapa permohonan mereka ditolak iaitu aliran tunai yang tidak mencukupi seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi, perniagaan mereka tidak berdaya maju (not viable) dengan izin dan tahap keberhutangan yang tinggi.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Namun begitu, usahawan yang memerlukan khidmat nasihat boleh menghubungi pusat khidmat pelanggan PKS di institusi kewangan dan BNMTELELINK, telelink.bnm.gov.my dan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) juga menyediakan platform atas talian untuk SME yang memadankan PKS dengan pembiayaan yang sesuai berdasarkan profil perniagaan, skor kredit serta keperluan pembiayaan. PKS yang tidak mendapat pilihan pembiayaan akan dirujuk juga kepada pasukan penasihat kewangan imSME untuk bantuan selanjutnya.
Sekiranya permohonan pembiayaan tidak berjaya juga, PKS juga boleh menghubungi khidmat nasihat pembiayaan atau MyKNP sebuah unit di bawah CGC, MyKNP@CGC yang menyediakan khidmat nasihat kewangan kepada PKS yang tidak berjaya dalam permohonan pembiayaan perniagaan daripada institusi kewangan. PKS juga akan mendapat nasihat mengenai cara-cara untuk meningkatkan kelayakan dan sumber pembiayaan alternatif dan Bank Negara sebenarnya mereka peka juga tentang keperluan pembiayaan PKS. Kemudahan pembiayaan baharu dan bersasar akan dirancang pada masa akan datang berdasarkan keperluan PKS dan kita akan pastikan peruntukan di bawah dana BNM untuk PKS adalah mencukupi untuk menyokong pembiayaan kepada PKS.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan saya, merujuk kepada jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Timbalan Menteri, mengatakan sebab permohonan pinjaman mereka ditolak ialah kerana cash flow dengan izin, perniagaan mereka tidak ada viable dan juga hutang mereka tinggi.
Dalam tempoh pandemik ini Tuan Yang di-Pertua, sudah pasti semua perniagaan akan menghadapi masalah ini sebab itu mereka pergi ke bank untuk buat pinjaman.
Jadi saya hendak tanya kepada pihak kerajaan, adakah pihak kerajaan boleh berbincang dengan bank-bank komersial ini supaya dalam tempoh pandemik ini mereka seharusnya memberi kelonggaran apabila mereka memproses semua permohonan pinjaman ini agar mereka yang hendak buat pinjaman dapat pinjaman tersebut supaya mereka tidak menghadapi masalah bankrap. Apa yang dibuat oleh bank hari ini mereka seolah-olah simpan payung pada waktu hujan. Kita hendak minta supaya kerajaan campur tangan.
Pada tahun 1997 apabila bank-bank industri menghadapi masalah banyak bank hendak bankrap, kerajaan campur tangan, Bank Negara campur tangan menyelamatkan bank-bank perdagangan ini. Jadi waktu sekarang ini apabila peminjam, peniaga dan sektor industri menghadapi masalah sepatutnya bank harus bantu mereka dan kita minta supaya kerajaan memainkan peranan lebih dalam usaha ini. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Kota Melaka. Kita mengambil maklum tentang cadangan Yang Berhormat Kota Melaka dan kita pun mencadangkan kepada bank-bank akan melonggarkan lagi bantuan bayaran itu, requirements yang diperlukan. Apabila peminjam menerima bantuan bayaran balik dalam tempoh pandemik COVID-19, ia juga kita tidak rekod dalam CCRIS.
Bantuan khusus yang bersesuaian dengan keperluan kewangan individu itu adalah penting dan PKS yang memerlukan bimbingan dan bantuan bayaran balik pinjaman boleh menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melalui servis akpk.org.my sebagai usaha berterusan untuk membantu sektor PKS terutamanya golongan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
AKPK juga turut menubuhkan meja bantuan perusahaan mikro, Micro Help Desk yang beroperasi sejak November 2020 yang kini dikenali sebagai SME Help Desk dan boleh diakses melalui laman web https//:www.akpk.org.my, SME Help Desk. Untuk PKS yang tidak berdaya maju dan tidak dapat membuat balik bayaran pinjaman, institusi kewangan juga mencadangkan PKS ini untuk mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat daripada AKPK.
Melalui Program Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil, Small Debt Resolution Scheme (SDRS), AKPK juga turut menawarkan penyelesaian khusus bagi membantu PKS termasuk perusahaan mikro untuk menguruskan hutang mereka dan menggalakkan amalan pengurusan kewangan yang berhemah.
Jadi, PKS yang menghadapi masalah pembayaran balik pinjaman boleh menghubungi AKPK untuk mendapatkan khidmat nasihat dalam menyusun semula pelan pembayaran balik dengan bank mereka. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
5. Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong] minta Menteri Pendidikan menyatakan sejauh mana perancangan kementerian dalam meneruskan usaha untuk melaksanakan hanya satu aliran sekolah sahaja iaitu Sekolah Kebangsaan bagi memastikan tiada lagi masyarakat di dalam negara yang tidak fasih berbahasa Malaysia.
Timbalan Menteri Pendidikan II - Datuk Mohamad bin Alamin
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Yang Berhormat Lenggong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih mengekalkan dasar sedia ada berdasarkan seksyen 17 Akta Pendidikan 1996 yang memperuntukkan iaitu:
“(1) Bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan
Timbalan Menteri Pendidikan II - Datuk Mohamad bin Alamin
Kebangsaan kecuali di sekolah jenis kebangsaan (SJK) yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini;” Dalam seksyen 17(2) iaitu:
“(2) Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selain daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib di institusi pendidikan itu.” Bagi memastikan murid fasih berbahasa Melayu, KPM melaksanakan Pelan Hala Tuju Memartabatkan Pendidikan Bahasa Melayu 2016-2025 melalui strategi pemerkasaan bahasa Melayu bagi memastikan murid di institusi KPM menguasai bahasa Melayu. Institusi Pendidikan Swasta yang berdaftar dengan KPM juga digalakkan untuk melaksanakan strategi pemerkasaan bahasa Melayu dalam pelan hala tuju tersebut.
Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016-2025 KPM menyenaraikan sembilan strategi memartabatkan pendidikan bahasa Melayu seperti berikut:
(i) memperkukuh penggunaan bahasa Melayu standard;
(ii) memperkasakan kurikulum bahasa Melayu;
(iii) memperkasakan Kesusasteraan Melayu;
(iv) memperkasakan pentaksiran bahasa Melayu;
(v) memperkukuh bahasa Melayu dalam kokurikulum;
(vi) meningkatkan keterampilan guru bahasa Melayu;
(vii) menaik taraf Institusi Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu sebagai peneraju kecemerlangan pembangunan profesionalisme guru bahasa Melayu;
(viii) memperluas jalinan dan jaringan memartabatkan bahasa Melayu; dan
(ix) memperkaya khazanah ilmu dalam bahasa Melayu.
Walaupun terdapat pelbagai aliran sekolah iaitu SJK(C) dan SJK(T) namun murid- murid di sekolah aliran ini masih dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik.
Contohnya, Yang Berhormat di luar sana ramai yang mampu berbahasa Melayu walaupun mereka berbangsa Tionghoa ataupun berbangsa India. Dalam Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, ada beberapa Ahli Yang Berhormat sangat fasih berbahasa Melayu.
Contohnya Yang Berhormat Ayer Hitam, Menteri Pengangkutan cukup baik bahasa Melayunya, kalah bahasa Melayu saya.
Sama juga dengan Timbalan Menteri KPM kita, Yang Berhormat Senator cukup fasih dalam bahasa Melayu. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, tahap penguasaan bahasa Melayu sebenarnya bergantung kepada sikap terhadap amalan penggunaan bahasa berkenaan sendiri. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Terima kasih jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kalau kita rujuk pada Perlembagaan Perkara 152, Bahasa Melayu bahasa rasmi dan merujuk kepada Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 kedudukan bahasa Melayu memang berkedudukan tinggi. Kalau kita rujuk kepada beberapa buah negara lain di Amerika Syarikat misalnya, ia tidak mengamalkan sistem pendidikan yang pelbagai sebaliknya hanya melaksanakan satu bentuk sistem kebangsaan sahaja.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Begitu juga kalau kita lihat di Singapura dan juga Indonesia yang mempunyai bentuk demografi masyarakat majmuk yang sama sebagaimana Malaysia. Namun, dalam aspek sistem pendidikan, mereka hanya melaksanakan satu bentuk sistem pendidikan sahaja.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah - Lenggong
Memang saya akui pencapaian dan penguasaan bahasa Melayu tinggi. Cuma, tentu saya ingin mendapat penjelasan daripada kerajaan, apakah faktor yang menghalang pelajar-pelajar pendidikan vernakular gagal menguasai bahasa kebangsaan? Kemudian, apakah dengan jumlah dan bilangan sekolah-sekolah yang ada dalam negara ini dapat menggambarkan matlamat untuk mencapai perpaduan negara tercapai? Dan apakah penguasaan bahasa kebangsaan benar-benar tercapai dengan jumlah bilangan sekolah yang ada pada hari ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Lenggong. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih atas soalan tambahan. Sebagaimana saya nyatakan tadi, Tuan Yang di-Pertua, bahawa Dasar Pendidikan Negara kita sudah digubal sedemikian rupa dan ditadbir oleh sebuah perundangan iaitu Akta Pendidikan 1996 di mana semua garis panduan itu telah pun disebut dalam undang-undang ini.
Jadi kalaulah barangkali masih ada kedapatan penguasaan itu masih lagi dalam keadaan yang lemah, barangkali itulah saya katakan tadi juga bahawa penguasaan bahasa Melayu ini adalah terserah kepada alam persekitaran. Bagaimana kita praktis, kita amalkan dalam budaya hidup bermasyarakat ini, maka kita dapat membantu kita menguasai bahasa Melayu.
Soalan tambahan juga, Tuan Yang di-Pertua, kalau mengikut rekod kita, jumlah sekolah kebangsaan, sekolah rendah― sekolah rendah ini adalah yang asas sekali. Saya sebutkan data ini. Sebanyak 5,872 sekolah rendah dan SJK(C) sebanyak 1,301 dan dicampur dengan SMJK(C), ia menjadi 1,984 manakala SJK(T) pula berjumlah 527.
Maknanya jumlah ini juga dapat diwujudkan dan dapat dijamin bahawa penggunaan bahasa Melayu itu jangan ditinggalkan juga. Kita akan memastikan malahan penguasaan pemerkasaan itu akan berterusan bukan sahaja di sekolah kebangsaan tetapi juga di sekolah jenis kebangsaan juga. Terima kasih.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Tuan Yang di-Pertua.
Setiawangsa.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan yang kedua. Saya jemput Yang Berhormat Bukit Bintang. Sila. Dia sudah awal-awal tadi.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Okey.
Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri. Untuk menjadikan seorang murid fasih bahasa kebangsaan tidak tentu satu aliran, pelbagai aliran pun boleh.
Cuma, sejauh mana keseriusan usaha kerajaan dan pihak sekolah untuk memajukan penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar? Saya ingin bertanya apakah pandangan Yang Berhormat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Bintang. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Mohamad bin Alamin
Ya, saya sangat setuju, Yang Berhormat Bukit Bintang, bahawa ini adalah usaha kita secara berterusan untuk memperkasakan penguasaan bahasa Melayu walaupun berada di SJK(C). Dalam akta itu, disebut juga bahawa SJK(C) itu walaupun bukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar tetapi wajib diajar juga bahasa kebangsaan di sekolah SJK(C).
Jadi maknanya ini adalah satu integrated effort bukan sahaja di kalangan guru tetapi juga kepada semua ibu bapa juga. Masyarakat setempat memainkan peranan bagaimana kita boleh memupuk semangat perpaduan itu yang sekali gus dapat menjamin penguasaan bahasa Melayu, bahasa kebangsaan kita. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Tuan Yang di-Pertua, boleh tambah?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya bagi tambahan satu lagi. Sila, Yang Berhormat Balik Pulau.
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi laluan. Saya ingin meminta penjelasan daripada KPM dalam menangani masalah di kalangan pelajar-pelajar yang mengguna bahasa Melayu yang rojak ataupun yang salah dan mereka sudah lagi tidak meminati dan mempelajari seni bahasa Melayu seperti seloka, gurindam, pantun dan syair. Seolah-olah ia telah dilupakan. Jadi, apakah langkah untuk mengatasi masalah ini?
Juga soalan tambahan saya satu lagi, adakah pihak KPM ada sebut tentang sekolah swasta tadi ataupun adakah dimandatkan sekolah-sekolah international school, dengan izin, supaya mereka juga mempelajari bahasa Melayu? Sebab, kita lihat anak- anak Melayu dan anak-anak orang Malaysia yang berada di sekolah antarabangsa ini tidak fasih berbahasa Melayu. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Balik Pulau. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Mohamad bin Alamin
Terima kasih, Yang Berhormat Balik Pulau.
Sebagaimana saya sebutkan tadi bahawa Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016-2025, KPM telah pun menyasarkan beberapa hala tuju. Antaranya ialah memperkasakan kesusasteraan Melayu ini, Yang Berhormat. Disebutkan soal gurindam dan sebagainya ini adalah di bawah kesusasteraan Melayu. Kita juga ingin memperkasakan itu sebagai hala tuju pelan penguasaan pendidikan bahasa Melayu kita.
Mengenai sekolah antarabangsa itu, saya sebutkan tadi bahawa mana-mana yang di bawah KPM, kita akan pastikan juga mereka juga harus mengajar ataupun bahasa kebangsaan harus juga diajar di sekolah international ataupun mana-mana institusi kalau di bawah penyeliaan ataupun bidang kuasa KPM. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus daripada Hulu Langat.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Terima kasih.
*Lompat ke sana lompat ke sini, Setiap lompatan ada habuan, Untuk pengetahuan Tuan Menteri, Soalan 6 menunggu jawapan.
[Tepuk]*
[Dewan riuh]
6. Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus [Hulu Langat] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan apakah kementerian memantau skrip drama yang sewenang-wenangnya menggunakan watak bergelar Tan Sri dan Datuk Seri yang tidak bermoral seperti melakukan hubungan sulit dengan isteri orang serta mengambil rasuah kerana ia menjatuhkan imej gelaran tersebut.
Menteri Komunikasi dan Multimedia - Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
Terima kasih, Yang Berhormat. Yang Berhormat bertanya sama ada adakah kementerian memantau skrip-skrip drama dari sudut menggunakan watak- watak bergelar Tan Sri, Datuk dan sebagainya. Jawapannya ialah sememangnya kementerian membuat pemantauan kepada semua kandungan yang disiarkan.
Namun begitu, seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, dalam masyarakat kita, sememangnya ada banyak jenis gelaran. Ada cikgu, ada ustaz, ada ustazah, ada tok imam, ada juga tok guru, ada Yang Berhormat, ada Yang Amat Berhormat, ada Datuk, ada Datuk Seri, ada Datin, ada Tun, Toh Puan dan sebagainya. Maka kita memahami dalam industri penulisan kreatif, memang ada sifat-sifat digambarkan untuk
Menteri Komunikasi dan Multimedia - Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
menyampaikan mesej-mesej yang tertentu dan sememangnya dalam penulisan kreatif ada sifat antagonis, ada protagonis dan sebagainya.
Jadi, selagi mana penulisan itu membawa mesej umum yang tidak melanggari garis-garis panduan tertentu apalagi sentiasa menghormati prinsip-prinsip Rukun Negara seperti “kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, kedaulatan undang-undang, keluhuran perlembagaan dan kesopanan dan kesusilaan”, maka kita mengizinkan pendekatan-pendekatan kreatif termasuk dalam penulisan skrip drama.
Namun demikian, nilai-nilai yang berunsur negatif kepada masyarakat dalam bentuk yang mungkin bercanggah dengan prinsip-prinsip yang saya sebutkan tadi akan sentiasa dipantau oleh kementerian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan. Sila, Yang Berhormat Hulu Langat.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, soalan asal saya sebenarnya bertolak daripada pandangan pemain-pemain industri dan ahli akademik yang mengatakan cerita-cerita negatif bunuh diri, jenayah melampau, seks tentunya menarik minat penonton dan cepat popular tetapi ia boleh membawa kesan mutu yang rendah dalam program-program TV, tiada substance dan juga memberi imej picisan kepada karya seni negara.
Soalan saya. Ketika pitching, adakah RTM melaksanakan kriteria yang ketat atau ada ketirisan dalam memilih syarikat-syarikat penerbitan yang berkualiti, mempunyai falsafah mendidik dan membawa risalah mesej mulia kepada orang ramai? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Hulu Langat. Sila, Yang Berhormat Menteri.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
Terima kasih, Yang Berhormat. Secara umumnya, ada dua kaedah perolehan bahan-bahan untuk siaran.
Pertamanya, dikeluarkan sendiri oleh RTM misalnya, dengan agak lebih terkawal dengan mesej yang jelas. Akan tetapi, kita juga membenarkan pembelian ataupun perolehan idea-idea kreatif termasuk drama yang dibuat oleh pihak-pihak yang lain. Dan untuk yang sedemikian, sememangnya mereka perlu melalui proses pitching dan dalam proses itu ada panel yang akan memantau nilai-nilai Yang Berhormat sebutkan tadi.
Saya mengambil perhatian yang baik tentang syor-syor Yang Berhormat bahawasanya perkara-perkara tersebut perlu sentiasa dikawal selia dengan baik oleh kerajaan. Terima kasih.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya jemput soalan tambahan kedua. Yang Berhormat Machang.
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya ada sedikit pandangan hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri.
Setuju atau tidak walaupun dalam drama-drama yang disiarkan ada unsur ganas, ada unsur-unsur yang berbentuk sedikit pendedahan terhadap suasana yang berlaku pada hari ini, kita tidak boleh melihat bahawa semua itu dalam bentuk negatif.
Ia juga berbentuk pengajaran yang kadang-kadang tersirat dan tersurat terkandung di dalam cerita tersebut bukan bertujuan untuk ditujukan kepada sesiapa tetapi agar memberikan satu teladan baik kepada generasi belia pada hari ini bahawa ini akibat sekiranya perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Saya rasa perkara-perkara sebegini perlu dipandang dari sudut yang positif. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Machang, sila Yang Berhormat Menteri.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
Saya sangat bersetuju dan kerajaan akan terus memainkan peranan kerana kita sedar bahawa apa juga yang dipaparkan di kaca-kaca televisyen dan sebagai perlu membawa nilai-nilai yang tertentu.
Baru-baru ini, ada juga saya memberikan sedikit pandangan ataupun teguran supaya kandungan-kandungan drama itu juga sepatutnya disesuaikan dengan keadaan masa. Misalnya sewaktu PKP memuncak di mana rakyat berada dalam keadaan kesusahan, kehidupan yang tertekan dan berlaku peristiwa-peristiwa termasuk membunuh diri dan sebagainya. Maka tidak perlulah ada drama-drama yang melukakan dan menambah lagi suasana dan kemurungan.
Seperti juga sekarang kita telah masuk ke fasa pemulihan negara di mana pergerakan lebih terbuka dan sebagainya. Kita patut membawa kembali suasana keceriaan serta kita menghidupkan semangat Keluarga Malaysia, prinsip-prinsip kebersamaan, inclusivity dan sebagainya.
Jadi, nilai-nilai semasa ini dan juga nilai-nilai nasional ini memang kita galakkan untuk diterapkan melalui medium-medium siaran termasuk drama, telemovie dan sebagainya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Menteri, soalan tambahan ketiga saya jemput Yang Berhormat Simpang Renggam.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong apa yang Menteri katakan, di waktu ini kita perlu untuk menyuburkan semangat kekeluargaan dan juga memulihkan kembali perasaan di kalangan rakyat kita.
Ada satu industri yang saya kira perlu diberikan perhatian oleh KKMM untuk dibantu iaitu industri gusti profesional tempatan. Kalau di luar negara, kita ada WWE yang didokong banyak oleh media di sana malah oleh kerajaan— baru-baru ini Kerajaan Saudi turut mempromosikan.
Di Malaysia, kita mempunyai bakat-bakat penggusti profesional yang sudah terkenal di peringkat antarabangsa. Malangnya tidak diberikan perhatian oleh kerajaan dan juga oleh kementerian Yang Berhormat. Cadangan saya supaya RTM ataupun saluran media milik kerajaan boleh membantu industri yang mula berkembang ini, gusti profesional (professional wrestling) dengan izin, orang-orang tempatan seperti Phoenix penggusti berhijab wanita itu, yang terkenal tersohor di dunia, Ayez Shaukat terkenal.
Malangnya di negara sendiri tidak diberikan perhatian. Kita boleh lakukan, kita boleh bantu mereka untuk menaikkan nama Malaysia dan juga untuk menghiburkan rakyat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Sila Menteri, satu minit.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
Terima kasih Yang Berhormat, saya kena akui saya sendiri tidak begitu mengetahui secara mendalam. Cuma apa yang saya tahu baru-baru ini dalam, sewaktu melancarkan Hari Sukan Negara, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menyebut untuk menjadikan sukan sebagai satu industri dan akan ada garis panduan yang akan dikeluarkan.
Setakat yang saya faham, biasanya pembangunan apa-apa jenis sukan juga termasuk jenis-jenis sukan yang baharu itu ada badan-badan mereka dan kita bersedia untuk bekerjasama dengan badan-badan yang mengawal sukan-sukan berkenaan termasuk sukan gusti yang Yang Berhormat sebut tadi. Kalau ada kaedah yang boleh kita membantu pertumbuhan industri yang sedemikian. Malah hari ini pukul 2.30 pun saya duduk dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia untuk menyediakan, barangkali Yang Berhormat boleh anjurkan bawa persatuan gusti berjumpa saya.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Menteri, malangnya gusti ini anak yatim tidak berbapa. Dia tidak masuk kategori sukan. Ia masuk kategori hiburan (entertainment). Oleh sebab itu, SOP agak berlainan. Jadi kalau Yang
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Berhormat Menteri boleh tawarkan untuk saya bawa mereka bertemu, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Simpang Renggam, saya tidak benarkan yang tambahan itu. Kalau empat saya tidak boleh ambil, peraturan mesyuarat, tidak boleh, kena ada soalan dan tidak boleh dibahaskan.
Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Sibuti.
7. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [Sibuti] minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah langkah kerajaan untuk mengurangkan harga tiket penerbangan dari Sarawak ke Semenanjung dan Sabah yang sangat mahal ketika pandemik COVID-19 dan apakah langkah pemulihan bagi perkara tersebut.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Dato’ Henry Sum Agong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Sibuti.
Tuan Yang di-Pertua, penetapan tambang penerbangan domestik oleh syarikat- syarikat penerbangan negara adalah berdasarkan kepada rasionalisasi sektor perkhidmatan udara domestik pada tahun 2006. Dalam hal ini, Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa syarikat-syarikat penerbangan negara yang menyediakan perkhidmatan udara domestik diberikan kebebasan dalam menentukan liputan rangkaian network coverage, kekerapan penerbangan dan tambang yang ingin ditawarkan berdasarkan permintaan pasaran.
Harga tiket penerbangan ditentukan menggunakan kaedah dinamik yang antara lain mengambil kira kadar penawaran dan permintaan yang didorong oleh pasaran syarikat-syarikat penerbangan negara akan menetapkan kadar tambang penerbangan dengan mengambil kira permintaan pasaran, keadaan ekonomi serta faktor-faktor lain seperti harga bahan api dan kos operasi.
Di samping itu, syarikat penerbangan juga mempraktikkan konsep cross subsidization di dalam penetapan harga tambang. Mana-mana laluan penerbangan yang mencatatkan keuntungan akan menampung kos operasi laluan-laluan yang tidak mencatatkan keuntungan. Melalui konsep ini syarikat penerbangan mampu menawarkan harga penerbangan yang rendah dan mampu dibeli oleh penumpang.
Pemantauan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia
(MAVCOM) bagi tempoh di antara 26 September 2021 sehingga 2 Oktober 2021 untuk perjalanan selepas 8 Oktober 2021, MAVCOM mendapati penerbangan di antara Kuala Lumpur–Kuching telah merekodkan harga tiket yang lebih rendah iaitu di antara 29 peratus sehingga 74 peratus berbanding harga tiket pada tahun 2019. Manakala, laluan- laluan lain seperti Kuala Lumpur–Miri dan Kuala Lumpur–Sibu masih lagi merekodkan harga yang tinggi iaitu di antara RM530 hingga RM1,600 untuk sehala.
Bagi laluan Semenanjung ke Sabah pula, berdasarkan pemantauan yang dilaksanakan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) bagi tempoh di antara 26 September 2021 sehingga 2 Oktober 2021, MAVCOM mendapati harga tiket yang lebih tinggi di antara lapan peratus hingga 163 peratus direkodkan berbanding harga tiket pada tahun 2019.
Harga tiket penerbangan yang tinggi ini antara lain merupakan kesan daripada pelaksanaan had kapasiti penerbangan oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Pelaksanaan had kapasiti ini adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri Sarawak melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri untuk menangani penularan wabak COVID- 19. Pada ketika itu kekerapan penerbangan ke Sarawak telah berkurangan sebanyak 94 peratus berbanding semasa tempoh sebelum wabak COVID-19.
Manakala bagi penerbangan di antara Semenanjung dan Sabah, kekerapan penerbangan telah berkurangan sebanyak 89 peratus berbanding semasa tempoh sebelum wabak COVID-19.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Dato’ Henry Sum Agong
Kerajaan Negeri Sarawak melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri pada 24 September 2021, telah bersetuju untuk membenarkan peningkatan kekerapan penerbangan bagi mana-mana laluan di antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak daripada 22 penerbangan sehingga kepada 87 penerbangan seminggu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Timbalan Menteri, minta ringkaskan jawapan. Panjang sangat sudah.
Dato’ Henry Sum Agong
Sedikit lagi. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Sarawak juga telah bersetuju untuk membenarkan syarikat penerbangan menyediakan perkhidmatan tanpa had kepada penumpang. Peningkatan kekerapan dan kelonggaran had kapasiti ini akan berkuat kuasa mulai 8 Oktober 2021.
Harga tiket penerbangan bagi laluan-laluan ke negeri Sabah dan Sarawak dijangka akan kembali ke paras purata apabila jumlah kekerapan penerbangan beroperasi seperti biasa. Sehubungan dengan itu, kerajaan melalui MAVCOM akan meneruskan pemantauan terhadap harga tiket penerbangan bagi semua laluan penerbangan domestik termasuk laluan-laluan di antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Silakan soalan tambahan pertama, Yang Berhormat Sibuti.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga jawapan daripada Timbalan Menteri sebentar tadi. Sememangnya kenaikan harga tiket memberikan kesan yang besar kepada Keluarga Malaysia, terutama sekali Sabah dan juga Sarawak.
Juga saya berharap agar kerajaan dapat memantau dan tegas kepada syarikat penerbangan berkenaan tentang isu-isu refund, dengan izin di mana kebanyakan yang membeli tiket yang terbatal akibat penerbangan yang terhad. Mereka menuntut untuk mendapatkan refund tunai. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan sekurang-kurangnya syarikat penerbangan dapat mengembalikan tiket-tiket yang terbatal?
Saya juga ingin membangkitkan satu isu di mana tiket yang pada bulan lepas kita booking, dengan izin berharga dalam sekitar RM1,800 untuk kembali dari Kuala Lumpur ke Miri. Akan tetapi pada hari ini, harga tiket tersebut dianggarkan dalam sekitar RM300 ke RM400. Adakah syarikat penerbangan dapat melakukan sedikit iaitu mengembalikan refund kepada pembeli harga tiket yang mahal? Ini kerana, contohnya negeri Sarawak membuka lebih banyak penerbangan ketika ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Sila Timbalan Menteri, satu minit.
Dato’ Henry Sum Agong
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, syarikat penerbangan di Malaysia secara amnya menawarkan bayaran balik atau refund kepada penumpang yang terkesan daripada pembatalan penerbangan akibat daripada penularan wabak COVID-19. Dalam hubungan ini, syarikat penerbangan pada kebiasaannya akan menawarkan pilihan kepada penumpang untuk menerima bayaran balik dalam bentuk baucar perjalanan atau kredit akaun yang boleh digunakan untuk perjalanan yang ingin dilakukan pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Sedikit Yang Berhormat, Hulu Rajang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan kedua.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Kepong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta ringkas. Sila Yang Berhormat Hulu Rajang.
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Okey, Yang Berhormat Timbalan Menteri, yang saya hendak minta – saya sebagai selalu pergi dari Bintulu ke Kuching, bagi saya okey. Bagi rakyat-rakyat yang kurang pendapatan, satu contoh – dari Bintulu ke Kuching hanya memakan masa 30 atau 45 minit tetapi kos tambangnya sampai RM800, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Mohonlah kepada kementerian supaya memberitahu kepada sektor penerbangan, kalau ia tiga kali ganda, bermaknanya rakyat yang susah. COVID-19 lagi, tiada kerja lagi.
Saya mohon supaya lantai tambang dari Bintulu ke Kuching, berilah macam dulu RM100 lebih – Ini tidak, tiga kali ganda. Apakah mekanisme kementerian? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang. Sila Timbalan Menteri, satu minit.
Dato’ Henry Sum Agong
Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan tambahan. Sepertimana yang saya katakan tadi, kadar tambang yang tinggi ini adalah disebabkan oleh kekerapan penerbangan itu yang sedikit dan juga daripada kapasiti pun tidak ramai. Jadi oleh yang demikian, menyebabkan kadar tambang yang tinggi.
Walau bagaimanapun, mulai dari 8 hari bulan dan sehingga sekarang ataupun masa depan, tambang bagi penerbangan awam ini keseluruhannya akan berkurangan dengan adanya peningkatan penerbangan itu sendiri dan juga penumpang yang akan meningkat. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Timbalan Menteri. Untuk soalan nombor 8, kita skip kerana telah dijawab tadi bersekali dengan soalan nombor 2. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim, Baling.
[Soalan No. 8 – telah dijawab bersekali soalan no. 2]
9. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan apakah perancangan dan status terkini program pelancongan eko luar bandar khususnya di negeri Kedah.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Datuk Seri Dr. Santhara
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Baling atas soalan yang baik.
Segmen ekopelancongan adalah antara fokus utama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) terutamanya dalam merancakkan pelancongan domestik selaras dengan Pelan Ekopelancongan Kebangsaan (NEP 2.0) iaitu dari tahun 2020 hingga tahun 2030 yang merangkumi strategi-strategi dan pelan tindakan bagi memastikan kelestarian produk ekopelancongan agar kekal mampan.
Di bawah NEP 2.0, MOTAC telah mengenal pasti tiga kluster ekopelancongan di negeri Kedah yang berpotensi untuk dibangunkan. Pertamanya adalah Jitra-Alor Setar- Gunung Jerai. Keduanya adalah Sungai Petani-Ulu Muda dan yang ketiganya adalah Langkawi Geopark-Pulau Payar. Ketiga-tiga kluster ekopelancongan ini akan dipantau oleh dengan izin, Destination Coordination Group (DCG) yang diterajui oleh kerajaan negeri yang akan bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan produk ekopelancongan secara holistik, yang merangkumi dengan izin, community-based tourism yang memberikan manfaat dan kesejahteraan komuniti setempat dan penjanaan ekonomi.
Kluster ini juga merangkumi penglibatan 356 pengusaha homestay yang melibatkan 23 buah kampung di bawah program Pengalaman Homestay Malaysia di negeri Kedah.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Datuk Seri Dr. Santhara
Data-data atau fakta mengenai homestay dalam ekopelancongan adalah seperti berikut; Pendapatan yang diperoleh dari Januari hingga Ogos 2021 adalah sebanyak RM134,877 dengan pelawat domestik seramai 104,057 orang.
Selain itu, bagi memastikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah berkualiti, MOTAC telah menyediakan dua jenis peruntukan:
(i) penyelenggaraan kemudahan dan juga infrastruktur ekopelancongan di mana enam projek telah diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM1.4 juta; dan,
(ii) pemerkasaan sektor pelancongan, kebudayaan dan warisan di mana 18 projek telah diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM1.8 juta.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan pertama. Silakan Yang Berhormat Baling.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Negeri Kedah memang terkenal dengan keindahan alam selain Langkawi, seperti Gunung Jerai di Yan, Lata Mengkuang di Sik dan Pantai Merdeka dan sebagainya.
Untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri juga, Baling juga tidak terkecuali kerana untuk makluman, Baling termaktub di dalam sejarah berkenaan Rundingan Damai Baling 1955 di antara Almarhum Tunku Abdul Rahman, Kerajaan Persekutuan dan Chin Peng, Komunis. Ibu daerah indah yang juga bersebelahan dengan Betong, Thailand. Itu Baling. Saya minta Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Menteri datang.
Di Baling juga terdapat pusat-pusat peranginan dan pelancongan luar bandar yang dapat menarik minat pengunjung. Antaranya Gunung Baling, Gunung Pulai, Kolam Air Panas Ulu Legong, Pusat Rekreasi Air Terjun Lata Bayu, Lata Iboi, Lata Bukit Hijau, Sungai Angkat, Ulu Legong, Gua Sirih, Gua Kelambu, Gua Jepun dan banyak lagi.
Soalan saya, adakah kementerian Timbalan Menteri ada peruntukan yang boleh diberikan kepada Baling untuk menjadikan daerah indah ini sebagai satu daerah pelancongan yang boleh meningkatkan sosioekonomi rakyat. Yang Berhormat sebutkan tadi community-based tourism turut melibatkan pengusaha-pengusaha kraf di luar bandar.
Justeru, apakah usaha yang telah dijalankan oleh MOTAC bagi mengangkat kraf tangan yang banyak, terlalu banyak di Baling ini sebagai salah satu penjana ekonomi bagi penduduk khususnya kami rakyat Baling? Terima kasih Timbalan Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Baling. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu minit.
Datuk Seri Dr. Santhara
Terima kasih Yang Berhormat Baling. Saya rasa satu soalan yang rumit. Saya akan cuba jawab dengan sebaik yang mungkin. Destinasi- destinasi pelancongan yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi adalah merupakan lokasi-lokasi ekopelancongan yang berpotensi untuk dibangunkan secara bersepadu dalam kluster-kluster yang telah dikenal pasti oleh kementerian ini menerusi Pelan Ekopelancongan Kebangsaan.
Seperti yang saya maklumkan daripada jawapan saya yang sebentar tadi, pembangunan destinasi-destinasi pelancongan menerusi kluster boleh diselaraskan dan dipantau oleh Destination Coordination Group (DCG) yang diterajui oleh kerajaan negeri.
MOTAC juga akan sentiasa bekerja erat dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah dan memberi perhatian kepada produk-produk pelancongan yang berpotensi untuk dibangunkan atau dinaiktarafkan di negeri Kedah khususnya dalam Daerah Baling.
Sehubungan itu, MOTAC sangat mengalu-alukan cadangan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat demi memastikan produk pelancongan di Malaysia dapat dibangunkan dan memberi manfaat kepada masyarakat tempatan. Bagi tujuan tersebut, Ahli-ahli Yang
Datuk Seri Dr. Santhara
Berhormat bolehlah memohon peruntukan untuk menaiktarafkan destinasi-destinasi tersebut kepada kementerian ini dan akan dipertimbangkan melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri Kedah.
Saya mohon izin berikan saya satu minit lagi kerana jawapan yang ditanya itu agak— soalannya agak berkaitan. Saya akan ringkaskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta ringkaskan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Seri Dr. Santhara
Di samping itu MOTAC juga mempunyai beberapa insentif yang boleh dipertimbangkan dalam membantu pengusaha-pengusaha pelancongan dalam Baling yang ingin dibangunkan:
(i) permit-permit penginapan pelancongan;
(ii) kemudahan-kemudahan; dan
(iii) lain-lain projek yang kita klasifikasi sebagai projek pelancongan.
Maka, terdapat dua kemudahan pembiayaan yang diberi manfaat iaitu pertamanya ialah Skim Infrastruktur Pelancongan (SIP) dan keduanya Tabung Khas Pelancongan (TKP) 2.0. Yang lainnya saya akan berikan secara bertulis memandangkan masa tidak mencukupi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua saya jemput Yang Berhormat Merbok.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Terima kasih. Saya ingat banyak kali bangun tak dapat-dapat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Yang ini keluarkan satu.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Saya mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai cultured tourism ataupun pelancongan berasaskan budaya untuk orang Malaysia lebih menghargai warisan sejarah seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Baling tadi itu. Termasuklah Lembah Bujang ataupun Sungai Batu.
Pada tahun 2019, kerajaan pernah luluskan RM10 juta tetapi pada tahun 2020 ditarik semula dan Yang Berhormat Menteri menjawab pada 23 November akan kaji semula dan akan memberikan sama ada RM30 juta atau RM50 juta. Saya mohon penerangan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Seri Dr. Santhara
Terima kasih kepada Yang Berhormat Merbok atas soalan tambahan tadi. Memandangkan Yang Berhormat telah berikan fakta-fakta dan juga merujuk kepada soalan Yang Berhormat Menteri sendiri, saya rasa mengenai peruntukan dan juga sebagainya kita akan tunggu dalam bajet ini kerana kita telah pun meminta dan agar ia diberikan dalam peruntukan-peruntukan dan butiran, maka kita akan pertimbangkan dan kaji semula. Kementerian - MOTAC akan memberi priority kepada projek yang telah pun dijanjikan sebelum ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Tuan Karupaiya a/l Mutusami, Padang Serai.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
*Malam hari pasang pelita, Ada pelita kaca, ada pelita buluh, Jangan leka jangan lena, Ini dia soalan nombor sepuluh.
[Tepuk]*
10. Tuan Karupaiya A/L Mutusami [Padang Serai] minta Menteri Pengangkutan menyatakan perancangan dan projek komersial yang akan dilakukan sempena pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim.
Timbalan Menteri Pengangkutan - Dato’ Henry Sum Agong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Karupaiya a/l Mutusami, Padang Serai.
Tuan Yang di-Pertua, mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) dalam mesyuaratnya pada 27 Oktober 2020 hanya memberi kelulusan prinsip terhadap cadangan projek pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).
Kelulusan prinsip ini adalah tertakluk kepada permohonan mendapatkan pertimbangan daripada Kementerian Pengangkutan dan beberapa agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Alam Sekitar dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan beberapa agensi kerajaan lain.
Cadangan pembinaan KXP juga adalah tertakluk kepada kajian Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara (NASP) yang akan dimulakan pada akhir tahun 2021 bagi semua 42 buah lapangan terbang sedia ada termasuk cadangan pembinaan lapangan terbang baharu Mukah. Penggerak projek KXP Kerajaan Negeri Kedah kelak akan diminta untuk memberi maklumat kepada pasukan perunding NASP berhubung unjuran-unjuran yang realistik dan tepat khususnya unjuran permintaan perkhidmatan penumpang dan kargo serta komitmen syarikat penerbangan yang ingin menggunakan KXP lebih-lebih lagi dalam era pasca COVID-19.
Kelulusan akhir bagi cadangan pembinaan KXP hanya akan dipertimbangkan apabila kajian NASP telah disiapkan serta pematuhan kepada semua syarat yang ditetapkan oleh agensi-agensi kerajaan yang lain seperti mana yang dinyatakan dalam laporan-laporan teknikal seperti laporan penilaian impak alam sekeliling (EIA), laporan penilaian impak sosial (SIA), laporan penilaian kesan trafik (TIA) dan sebagainya.
Sehubungan itu, sebarang perancangan projek komersial yang berkaitan lapangan terbang akan dilakukan sempena pembukaan KXP hanya akan dapat ditentukan setelah cadangan pembinaan KXP ini dimuktamadkan oleh kerajaan. Sekian, terima kasih.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Yang di-Pertua
Soalan tambahan pertama.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan. Soalan tambahan saya, saya ingin bertanya pihak kementerian, adakah cadangan pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim ini akan menyebabkan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas akan ditutup? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dato’ Henry Sum Agong
Terima kasih, Yang Berhormat. Ya, dengan adanya lapangan terbang baharu ini nanti, ia merupakan complement kepada lapangan terbang yang sedia ada. Inilah tujuan mengapa cadangan atau proposal Lapangan Terbang Kulim ini diadakan. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih atas projek menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu. Sesuai dengan fungsinya ialah antara lapangan terbang domestik yang paling sibuk. Soalan saya ialah adakah pihak kementerian akan menjadikan lapangan terbang ini sebagai lapangan terbang antarabangsa apabila siap nanti? Terima kasih.
Dato’ Henry Sum Agong
Yang Berhormat, ya mengenai lapangan terbang ini saya tidak ada maklumat lanjut mengenainya dan saya akan memberi jawapan secara bertulis. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan bagi hari ini. Terima kasih semua Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tuan Yang di-Pertua, saya ada dua usul saya akan baca satu selepas yang lain Tuan Yang di-Pertua.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tuan yang di-pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga dibahaskan dan diputuskan Usul Menteri di Jabatan Perdana Menteri (D.R 3/2021) Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19))
(Pindaan) 2021 dan (D.R 2/2021) Rang Undang-undang Kumpulan Wang Amanah Negara (Pindaan) 2021 di nombor 1, 2 dan 3 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hari ini selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 12 Oktober 2021.”
Tuan Yang di-Pertua
Ada yang menyokong? Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Timbalan Menteri Kewangan I - Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Perihal Dagangan 2011; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna [Dato’ Rosol bin Wahid]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli [Datuk Ali anak Biju]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kedua nanti.
Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli [Datuk Ali anak Biju]; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kedua nanti.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Dengan izin...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Ketua Pembangkang dulu.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Pada 7 Oktober, Tuan Yang di- Pertua menerima usul saya memohon mengikut Peraturan Mesyuarat 90(2) dan 90(1) untuk mencadangkan supaya Tuan Yang di-Pertua, mengambil perhatian soal usul saya yang ditolak itu dan dirujuk kepada Select Committee yang belum kita muktamadkan.
Jadi, oleh yang demikian, saya ingin menggesa Tuan Yang di-Pertua memberi ruang supaya Pandora Papers ini, tetap dibincangkan dan dibahaskan di Dewan Rakyat.
Dengan beberapa maklumat terbaharu, ia nyata lebih meruncing daripada yang saya sebutkan minggu lalu. Ini melibatkan juga tokoh-tokoh politik dan peniaga. Ada beberapa tokoh politik yang telah memberi penjelasan.
Akan tetapi, saya fikir adalah wajar, pertama penjelasan itu dibuat di sini. Kedua, kerajaan digesa membuat penyiasatan lebih terbuka. Tuan Yang di-Pertua, sebentar sahaja. Saya hendak sebutkan di sini bahawa saya musykil mengapa soal yang begini besar, rumit diputuskan. Tidak disiarkan besar-besaran di media, tidak dibahaskan oleh tokoh-tokoh politik, terutama dalam kerajaan, padahal jumlah ratusan bilion, ternyata disorok, di tax havens. Kalau mereka kata tidak salah sepertimana yang dibuat oleh Yang Berhormat Selayang dan Yang Berhormat Menteri Kewangan, kita terima baik penjelasan. Akan tetapi, itu tidak menutup kemungkinan dan keperluan mengadakan penyiasatan yang lebih menyeluruh. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tegaskan sekali lagi bahawa hal ini jauh lebih besar daripada kita bahaskan yang lain. Kalau Yang Berhormat Menteri Kewangan hendak usulkan beberapa bilion tambahan, wang ini kecil berbanding dengan wang yang hilang sejak kita bangkitkan Global Financial Integrity 2012, Panama Papers 2015 dan sekarang Pandora Papers 2021.
Aneh sekali, mengapa tidak ada kekuatan politik untuk memastikan perkara ini disiasat dan wang yang haram yang dipunggah dari negara kita, dipulangkan balik untuk rakyat.
[Dewan tepuk]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Jadi, saya minta penjelasan dan saya boleh jangka Tuan Yang di- Pertua akan berikan satu Jawatankuasa Teknikal, kemudian, mematikan usul ini.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Keduanya, mengatakan bawa ke Select Committee yang tidak akan sama kekuatannya jika dibahaskan di sini.
Jadi, saya ingin tegaskan, kalaupun Tuan Yang di-Pertua buat keputusan begitu, saya mahu Ahli-ahli Parlimen menggunakan apa sahaja ruang, termasuk petang ini, tatkala membahaskan dana tambahan COVID-19 oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk tetap tidak menutup, tidak bersekongkol atau menutup kes ini. [Dewan tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang.
Sebenarnya, saya baru melihat usul Yang Berhormat itu. Akan tetapi, saya sebenarnya telah pun menandatangani surat itu. Memang tepatlah jangkaan Yang Berhormat.
Sebenarnya saya ingin menolak usul tersebut kerana Yang Berhormat membuat usul untuk Peraturan Mesyuarat 90(1) dan 90(2) untuk menangguhkan prosiding, untuk menghentikan kuat kuasa peraturan tetapi tidak pun dinyatakan peraturan mana yang hendak dihentikan, nombor satu.
Nombor kedua, pokok pangkal persoalan yang dibangkitkan oleh usul Yang Berhormat yang baharu ini, yang terbaharu ini adalah mengenai perkara yang sama dengan usul 18(1) dan 18(2) yang Yang Berhormat kata buat minggu lepas, yang telah pun saya tolak. Jadi, terpaksalah saya tidak boleh menerima Peraturan Mesyuarat 90(1) dan 90(2) itu Yang Berhormat.
Sebenarnya, mengenai keputusan saya yang minggu sudah itu, sebenarnya, saya rasa lah, aturan yang patut Yang Berhormat gunakan peraturan 43 iaitu untuk Dewan ini review, keputusan saya itu. Saya ingatkan Yang Berhormat telah pun beri notis kepada saya secara lisan itu hari untuk buat usul 43. Akan tetapi, saya dapat usul 90(1) dan 90(2).
Itu nombor satunya.
Nombor dua, mengenai ratusan bilion itu, saya rasa sepanjang pengetahuan saya yang saya baca, Pandora Papers bukanlah mengenai sorokan itu, wang ataupun pengeluaran wang berbilion-bilion dari negara kita ke luar pesisir. Ia mengenai pendedahan dan pemegangan saham di dalam syarikat-syarikat luar pesisir. Itu dua perkara yang berlainan Yang Berhormat. Saya telah baca sedikit sebanyak Pandora Papers itu. Ia bukannya mengenai outflow of money, ia mengenai shareholding of several individuals in, dengan izin, in offshore companies.
Tuan Yang di-Pertua
So, ia bukan outflow of money seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat pada tahun 2012 dan dalam Panama Papers tahun 2015 itu. Jadi, ia dua perkara yang berlainan. Malah, saya nampak pegangan share itu pun mengikut kenyataan-kenyataan di luar sana kecil sahajalah, bukannya berbilion-bilion ringgit. Ada yang lima pound sahaja kut saya baca, kalau tidak silap sayalah. Satu lagi itu ada company yang memegang harta dalam USD2.5 juta atau pound.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Oleh sebab saya bawa Peraturan Mesyuarat 91 atau Peraturan Mesyuarat 92 ini, untuk memberi ruang kepada Tuan Yang di-Pertua membuat keputusan membetulkan keputusan awal. Selepas ini kalau Tuan Yang di-Pertua tolak, barulah saya buat usul
(motion) supaya bawa kepada Dewan Rakyat.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Okey, itu satu tentang peraturan.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua hendak jadi peguam bagi pihak perasuah-perasuah ini sebab apa?
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Saya bukan...
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Now look, saya ada seluruh dokumen yang ada ini dan ia— bagaimana seorang Yang Berhormat Menteri umpamanya boleh simpan pemain saham di sana. Kemudian, ini bukan pengaliran keluar, dia daripada
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
mana? Daripada langit? Maknanya dari sini dan sebab itu saya kaitkan tiga perkara Yang Berhormat Menteri tahu.
Saya bangkitkan yang pertama, Global Financial Integrity 2012. Panama Papers 2015. Kemudian disusuli dengan tahun 2021, wang ini dibawa keluar. Jumlahnya itu ratusan bilion. Saya tidak faham mengapa Tuan Yang di-Pertua memilih untuk menjadi peguam bela bagi orang-orang ini. Saya yang hendak ini supaya benda ini dibentang dan dibahas. Kalau betul ada lima pound, lima pound-lah ya. Akan tetapi yang kita tahu daripada maklumat— saya tidak mahu sebut nama-namanya. Itu jauh melebihi. So, tahun ini two million pages report ini memerlukan masa, tetapi sebahagian kita dapat dan jangan tanya sumber saya ya. Sumber saya bukan sekadar Tuan Yang di-Pertua baca daripada media, walaupun ia terbatas.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Sumber saya alhamdulillah, lebih daripada itu. Oleh sebab itu saya hendak bawa ini supaya Parlimen membahaskan.
Tuan Yang di-Pertua, saya mahu hal ini dibentang dan dibahas. Seperti mana yang saya sebut minggu lalu, kita tidak menghukum kerana mungkin ada orang yang bawa buka akaun di tax haven itu tidak semestinya cara rompakan atau rasuah tetapi kebanyakan kes yang terlibat ini melibatkan pembesar-pembesar, Menteri-menteri, pemimpin-pemimpin negara yang tidak ada sebab mengapa boleh mengumpul wang begitu banyak di luar negara.
Ini yang saya minta Tuan Yang di-Pertua ambil berat itu dan saya harap Ahli-ahli Parlimen sebelah sini dan sebelah sana, sama ada parti Melayu atau parti kebangsaan, hendak pejuang Melayu atau hendak pejuang Islam, fasal apa diam apabila rakyat tahu hilang duit begitu banyak?
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya saya bukan hendak jadi peguam, saya cuma set the facts straight. Yang Berhormat kata keluar ratusan bilion tetapi Pandora Papers bukan mengenai pengeluaran wang ratusan bilion. Itu yang saya ingin memperbetulkan. Bukan saya hendak jadi peguam, saya sudah lama tidak jadi peguam.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Salah hendak betulkan yang itu?
Kalau wang itu ratusan bilion di tax haven, ia daripada mana? Maknanya pengaliran keluar.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, tetapi Pandora Papers...
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Sebahagiannya— *yes, yes, yes.
I have the documents.*
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tuan Yang di-Pertua, saya minta sikit.
Sik mohon sikit.
Tuan Yang di-Pertua
Siapa?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tuan Yang di-Pertua nampak, Yang Berhormat Port Dickson nampak. Sik minta laluan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sik...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Saya tidak setuju dia terus mengatakan bahawa kami adalah penjenayah, perompak.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak apa Yang Berhormat, tidak apa Yang Berhormat.
Yang Berhormat, Yang Berhormat, tidak apa.
[Pembesar suara dimatikan]
Beberapa Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Tolong, tolong.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Decorum, decorum, decorum. Sebenarnya, kalau kita Erskine May – kalau kita ikut Erskine May permohonan untuk buat usul Peraturan Mesyuarat 18(1), Peraturan Mesyuarat 18(2) itu tidak patut diadakan point of order dan tidak patut dihujahkan oleh sesiapa kecuali pengusul. Okay? So, please. Tidak apa Yang Berhormat, saya telah buat keputusan saya. Maka saya mengatakan keputusan itu muktamad. Terpulanglah kepada Yang Berhormat sama ada untuk rujuk keputusan saya mengikut Peraturan Mesyuarat 43 ya. Terima kasih. Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Seperti yang dimaklumkan, Tuan Yang di- Pertua semestinya tahu bahawa saya telah mengemukakan satu usul yang perlu disegerakan.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Saya telah menerima surat di mana ia telah ditolak tetapi yang saya hendak beritahu— sebab saya terima...
Tuan Yang di-Pertua
Sebab sudah selesaikan?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Saya terima keputusan itu tetapi ada sesuatu kesulitan di sana Tuan Yang di-Pertua. Di mana ini adalah isteri yang asing, yang telah berkahwin dengan rakyat Malaysia ada dua orang anak yang kecil.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Umur empat tahun dan dua tahun. Di mana apabila dia merentasi daerah, dia tidak tahu tetapi dia telah di-charge di court. Selepas itu atas rayuan ke mahkamah tinggi dia dilepaskan. Setakat itu, kita setuju. Akan tetapi selepas itu dia dilepaskan, dia ditangkap balik oleh imigresen, disimpan di depot. This is an abuse of power.
Tuan Yang di-Pertua
Akan tetapi saya diberitahu mereka telah dibebaskan.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Telah dibebaskan selepas dia ditahan di depot, selepas itu baru dilepaskan. So, when there’s— bila ada satu perintah mahkamah, katakan dilepaskan, dia patut dilepaskan.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Jangan diangkat balik ke depot, simpan di sana beberapa hari dan sedemikian dan baru dilepaskan. This is an abuse of process. Itu yang saya hendak ingatkan kepada Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Faham.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Walaupun satu keputusan telah dibuat, saya terima tetapi ini perlu diingat bahawa apabila mereka menggunakan kuasa terlampau— I mean abuse of process, kita patut memberi ruang untuk mengkritik...
Tuan Yang di-Pertua
Mungkin ada legal redress Yang Berhormat? Saya pun tidak tahu. Saya tidak mahu jadi peguam. *So...
[Ketawa]*
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat tetapi saya agak gembiralah melihat perkara itu diselesaikan. Yang Berhormat, untuk tindakan selanjutnya saya harap si polan yang terlibat dalam kes itu boleh meminta nasihat perundangan.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau boleh kita ke...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Point of order.
Tuan Yang di-Pertua
Banyak hal kita hari ini. Yang Berhormat?
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lain.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, last ya.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ya. Peraturan Mesyuarat 36(12), itu berkaitan dengan dasar kabotaj. Di mana pada 30 September, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan telah menyatakan bahawa itu projek Apricot di mana adalah kabel bawah dasar laut sepanjang 12,000 kilometer tidak ada kaitan langsung dengan dasar kabotaj, di mana beliau enggan berikan pengecualian kepada kapal-kapal negara asing untuk buat pembaikan.
Akan tetapi pada 5 September, Yang Berhormat Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah menjawab secara bertulis kepada Yang Berhormat Bukit Mertajam, di mana beliau telah menyatakan secara hitam putih bahawa dasar kabotaj belum diselesaikan...
Tuan Yang di-Pertua
Point of order Yang Berhormat, point of order-nya apa?.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
...adalah satu sebab mengapa Apricot tidak di— datang ke Malaysia, bypass. So, di sini ada dua jawapan yang berbeza. Saya harap Tuan Yang di-Pertua, sekiranya ada perselisihan di antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan juga Kementerian Pengangkutan, yang mana adalah betul? Ini kerana mesti salah satu kementerian telah mengelirukan Dewan yang mulia ini, bercanggah dengan point of order Peraturan Mesyuarat 36(12). So, saya harap Tuan Yang di-Pertua boleh siasat mana version yang betul.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jadi peguam pun tidak boleh, jadi penyiasat pun tidak boleh.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Yang Berhormat Menteri Pengangkutan tipu atau Yang Berhormat Menteri KKMM..
Tuan Yang di-Pertua
Tadi jadi peguam pun tidak boleh. Sekarang hendak jadi penyiasat pula, macam mana?
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ya?
Tuan Yang di-Pertua
Tadi Yang Berhormat Ketua Pembangkang kata saya tidak boleh jadi peguam. Sekarang Yang Berhormat suruh saya jadi penyiasat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
No, sebagai Tuan Yang di-Pertualah. Sebagai Tuan Yang di-Pertua, this is your duty to seek the truth. Saya tidak sebut peguam pun Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
So, sekarang saya kena jadi penyiasat?
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya hanya cakap bahawa sebagai Tuan Yang di-Pertua, sebelum mempengerusikan Dewan yang mulia ini mestilah cari...
Tuan Yang di-Pertua
Okey, Yang Berhormat macam ini...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
...kebenaran, bukanlah tutup kebenaran. Yang mana versi betul? Yang Berhormat Menteri Pengangkutan betul atau KKMM yang betul?
Tuan Yang di-Pertua
Okey. Yang Berhormat...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya lebih cenderung bahawa KKMM cakap benar.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, baik.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Akan tetapi itu terpulang kepada Tuan Yang di- Pertua untuk siasat.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Yang mana cakap betul?
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Okey, Yang Berhormat. Yang Berhormat, Yang Berhormat cukup, cukup. Cukuplah, sudah lama.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Yang Berhormat Menteri ada di sini. Saya harap Yang Berhormat Menteri KKMM boleh menjelaskan tentang perkara yang penting ini kerana ia melibatkan RM15 bilion punya pelaburan...
Tuan Yang di-Pertua
Bukan sekarang, bukan sekarang.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
...digital ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat. Yang Berhormat, sebenarnya saya baru selesai buat research mengenai tugas Tuan Yang di-Pertua, mengenai jawapan Yang Berhormat Menteri ini ya.
Tuan Yang di-Pertua
Di Kanada, di Australia dan di negara-negara Komanwel, Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat atau Speaker tidak bertanggungjawab mengenai kualiti sebarang jawapan.
Saya boleh bagi semua nas termasuklah Erskine May. Akan tetapi tidak apa, oleh sebab Yang Berhormat minta saya menyiasat. Boleh tidak Yang Berhormat tulis dekat saya, tunjuk apa berlainan di antara kedua-dua jawapan itu, saya akan cuba meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri-menteri yang berkenaan. Okey Yang Berhormat?
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Berikan saya minta Yang Berhormat Menteri untuk jelaskan?
Tuan Yang di-Pertua
Cukuplah.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Adakah dasar...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, saya sudah kata. Yang Berhormat, saya sudah kata. Tulis, bukan sekarang. Bukan sekarang. Q&A sudah habis.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, jangan tutup mic Tuan Yang di-Pertua. Benarkan Yang Berhormat Bagan untuk...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Saya tutup mic tu. Duduk. Duduk. Duduk Yang Berhormat Jelutong. Saya belum benarkan. Duduk.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Boleh bercakap tetapi ikutlah peraturan Dewan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, be fair.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Boleh bercakap tetapi ikut peraturan lah. Tidak ada masalah pun hendak bercakap.
Tuan Yang di-Pertua
Ya betul. Pandai Yang Berhormat Kuala Krai. Tulis surat pada saya, I will go beyond my duty. Saya akan minta penjelasan Yang Berhormat Menteri. Okey? Sebab Yang Berhormat minta saya siasat. So, tutup.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Tolong. Habis sudah. Usul?
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua kena tentukan jawapannya memuaskan.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Ini adalah Parlimen.
Tuan Yang di-Pertua
Bukan, bukan.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Semua soalan dikemukakan untuk mendapat jawapan supaya rakyat tahu, mana boleh lepas tangan macam ini. You are hiding behind all these...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
...*Rules and regulations.
[Pembesar suara dimatikan]*
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, biar saya baca. Ini Speaker House of Commons. Dia baru sahaja buat statement ini 11 Mac 2021. Baru sahaja. Ini House of Commons yang selalu kita gembar-gemburkan ya. Okey dia kata, saya quote dalam bahasa asal. *“I want to make it clear what my responsibility is with regards to answers and what the responsibilities are of those giving them. It is long established that the Speaker is not and cannot be responsible for the content of Ministerial Answers”.
All right*? Secara pendeknya. Cukuplah, cukup.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
You are not responsible for the content.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Jangan ikut budaya yang kita rasa tak betul.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Cukup.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
... Mesti kena jawab. [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Cukup.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Cukuplah. Yang Berhormat.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Institusi ini Tuan Yang di-Pertua, telah menelan belanja berpuluh, beratus juta. Supaya rakyat tahu apa yang berlaku.
Memang lah Tuan Yang di-Pertua tidak bertanggungjawab, takkanlah Tuan Yang di- Pertua hendak jawab bagi Yang Berhormat Menteri. Akan tetapi bila sudah jelas Yang Berhormat Menteri tidak jawab soalan...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Shah Alam duduklah.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Dan bercanggah.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Duduklah Yang Berhormat Shah Alam.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Duduk. Sudahlah. Saya layan semua ini. Tuan Setiausaha, tolong.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Macam ini tidak payah tanya soalan lah kalau no quality, no responsibilities. Lepas tangan.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Duduklah Yang Berhormat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 86(5), maka Penyata Jawatankuasa Dewan yang dibentangkan di atas meja mesyuarat di dalam Dewan ini, sebagai kertas DR.8 Tahun 2021 hendaklah diterima dan dipersetujukan".
Tuan Yang di-Pertua, Penyata Jawatankuasa Dewan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas yang telah dibentangkan di atas meja Mesyuarat di dalam Dewan ini sebagai kertas DR.8 Tahun 2021 adalah susulan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Dewan Bilangan 2, Bilangan 3 dan Bilangan 4 Tahun 2021 yang setelah diadakan pada Isnin, 13 September 2021, Rabu, 22 September 2021 dan Khamis, 7 Oktober 2021 yang mengandungi beberapa syor Jawatankuasa dikemukakan untuk diterima oleh Majlis.
Syor pertama adalah berkaitan komposisi Ahli untuk semua Jawatankuasa Pilihan Khas, ditambah dari tujuh Ahli kepada sembilan Ahli iaitu lima Ahli Parlimen kerajaan dan empat Ahli Parlimen pembangkang. Penambahan ini adalah selaras dengan Peraturan 82(1) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
Kedua adalah mengenai penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas yang baharu.
Jawatankuasa Khas Dewan telah bersetuju dengan cadangan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Antarabangsa (Special Select Committee on International Affairs), dengan izin.
Jawatankuasa Dewan juga bersetuju agar terma rujukan bagi Jawatankuasa- jawatankuasa Pilihan Khas ini hendaklah mengandungi perkara-perkara yang seperti berikut:
(i) tujuan penubuhan;
(ii) keanggotaan sembilan orang Ahli termasuk Pengerusi;
(iii) tempoh pelantikan selama dua tahun atau dua penggal;
(iv) kuasa memanggil; dan
(v) Penyata Dewan.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Antarabangsa ini adalah penambahan daripada sembilan Jawatankuasa Pilihan Khas yang telah ditubuhkan.
Syor ketiga ialah Jawatankuasa Dewan telah bersetuju untuk pemakaian baju batik Malaysia berlengan panjang [Tepuk] , oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan Rakyat ketika menghadiri sidang Dewan Rakyat pada setiap hari Khamis. Ini adalah cadangan Yang Berhormat Menteri Pelancongan, Seni Budaya Malaysia kepada Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk mendorong warisan negara. Pemakaian baju batik ini bukanlah mandatori, adalah secara sukarela.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Undang-undang.
Ada yang menyokong usul ini?
Timbalan Menteri Kewangan - Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat semua, oleh sebab perkara- perkara ini adalah perkara dwipartisan (bipartisan) maka sekarang saya kemukakan
Tuan Yang di-Pertua
masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah usul-usul seperti yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Yang di-Pertua
Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Menteri Kewangan, saya ada sedikit pemakluman. Saya ingin maklumkan bahawa sepanjang persidangan kita kali ini alhamdulillah dengan ujian-ujian antigen dan PCR yang dijalankan tidak seorang pun yang telah didapati positif dari pekarangan Parlimen sepanjang persidangan ini.
[Tepuk] Berdasarkan penilaian risiko sebegitu, maka Kementerian Kesihatan Malaysia berpandangan bahawa pelitup muka ketika perbahasan di dalam Dewan Rakyat dibenarkan untuk dibuka semasa perbahasan.
[Tepuk] Akan tetapi Ahli-ahli Yang Berhormat diingatkan untuk memakai semula pelitup muka dengan kadar segera selepas setiap kali berucap. Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Menteri Kewangan.
Menteri Kewangan - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan
(Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19)) (Pindaan) 2021 dibacakan kali yang kedua sekarang.
Tuan Yang di-Pertua, cadangan Rang Undang-undang Akta Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19)) (Pindaan) 2021 dibentangkan bagi memperoleh kelulusan untuk meningkatkan had siling perbelanjaan di bawah Kumpulan Wang COVID-19 (KWC19) daripada RM65 bilion kepada RM110 bilion serta untuk menaikkan had statutori hutang semasa daripada 60 peratus kepada KDNK kepada 65 peratus.
Menteri Kewangan - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Saya ingin menekan betapa pentingnya pindaan rang undang-undang ini dan keperluan untuk meningkatkan had hutang statutori tersebut. Ini adalah kerana kedua- dua perkara ini akan menentukan kesinambungan kepada usaha bersama kesemua Ahli Dewan dalam memelihara kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan pemulihan ekonomi. Paling utama, ia akan memastikan sokongan berterusan disampaikan kepada semua pihak khususnya supaya golongan B40 dan Keluarga Malaysia yang terkesan mendapat bantuan bagi meringankan beban mereka. Ia juga bertujuan untuk mengukuhkan sistem kesihatan awam terutamanya bagi membendung penularan wabak COVID-19 serta merawat pesakit COVID-19 dan menyokong kelangsungan perniagaan terutamanya bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta PKS mikro.
Selain daripada mengukuhkan keadaan ekonomi negara yang kian pulih susulan kejayaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, pindaan rang undang-undang dan
Menteri Kewangan - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
peningkatan had hutang statutori tersebut akan menjadi pembuka kepada peruntukan Bajet 2022 yang berpaksikan kesejahteraan Malaysia dilakari oleh kepelbagaian jenis perniagaan dan aktiviti ekonomi.
Tuan Yang di-Pertua, semenjak pandemik COVID-19 melanda negara, kerajaan telah pun melaksanakan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi berjumlah RM530 bilion.
Ini merangkumi kedua-dua langkah fiskal dan bukan fiskal dan telah memanfaatkan lebih 20 juta rakyat serta 2.4 juta perniagaan. Dengan lebih dari 450 program dan inisiatif melalui kesemua pakej ini, saya akui bahawa masih terdapat ruang untuk penambahbaikan.
Oleh itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas nasihat dan teguran yang telah diberikan oleh kesemua Ahli Dewan, tidak kira dari barisan kerajaan mahupun pembangkang. Walaupun kita berbeza pendapat tetapi di saat getir apabila rakyat memerlukan, segala perbezaan perlu diketepikan demi menangani pandemik ini secara bersama dalam membawa kembali sinar kepada Keluarga Malaysia.
Oleh itu, saya percaya pada hari ini sekali lagi kita akan berjaya untuk melakar sejarah seperti yang dibuktikan melalui persefahaman yang dicapai melalui Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik bekerjasama ke arah pentadbiran negara yang mengutamakan kesejahteraan rakyat serta kemajuan ekonomi negara.
Tuan Yang di-Pertua, hampir 13 bulan yang lalu, semangat muafakat kesemua Ahli Dewan yang mulia ini terserlah apabila kita berjaya meluluskan Rang Undang-undang KWC-19 yang pertama bernilai RM45 bilion pada September 2020. Disusuli oleh persetujuan untuk meminda had siling tersebut daripada RM45 bilion kepada RM65 bilion pada Disember 2020. Had siling yang ditingkatkan pada waktu itu bertujuan untuk membiayai empat pakej utama iaitu PRIHATIN, PRIHATIN PKS Tambahan, PENJANA dan KITA PRIHATIN serta sebahagian dari langkah Belanjawan 2021.
Namun, pada awal tahun ini, negara kita masih berdepan dengan pandemik COVID-19. Sebagai langkah segera dan proaktif, kerajaan telah melaksanakan empat pakej bantuan dan rangsangan ekonomi iaitu PERMAI, PEMERKASA, PEMERKASA Tambahan dan PEMULIH yang mengurangkan impak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan ketika itu.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, keempat-empat pakej tersebut memerlukan tambahan peruntukan sejumlah RM27 bilion. Justeru, pindaan rang undang- undang dan peningkatan had hutang statutori adalah penting bagi memenuhi komitmen tersebut serta untuk membiayai langkah yang seterusnya bagi tahun ini dan tahun 2022 dalam memastikan momentum pemulihan negara dapat diteruskan.
Ingin saya menekankan bahawa berdasarkan kedudukan semasa KWC-19, Kementerian Kewangan mengunjurkan bahawa peruntukan tahun ini tidak mencukupi untuk membiayai pakej-pakej tersebut. Ini adalah kerana sejumlah RM60 bilion telah dibelanjakan dan baki siling setakat hujung September 2021 adalah berjumlah RM5 bilion sahaja.
Mengambil kira keperluan tambahan tersebut serta prestasi ekonomi dan had statutori hutang bagi tahun ini dan tahun 2022, adalah wajar supaya Akta 830 dipinda untuk menampung peningkatan had siling KWC-19 kepada RM110 bilion. Seperti yang saya nyatakan tadi, ini melibatkan pindaan Akta 830 supaya had statutori hutang ditingkatkan kepada 65 peratus daripada KDNK berbanding 60 peratus sebelum ini untuk membiayai perbelanjaan tambahan KWC-19 sejumlah RM45 bilion serta pelaksanaan projek pembangunan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).
Namun, dalam jangka masa sederhana, kerajaan masih komited terhadap langkah konsolidasi fiskal yang digariskan di bawah RMKe-12 dengan defisit disasarkan berkurang kepada 3.5 peratus berbanding KDNK menjelang tahun 2025.
Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya, rang undang-undang ini merangkumi tiga fasal seperti berikut:
Fasal 1 adalah tajuk ringkas akta yang dicadangkan.
Menteri Kewangan - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Fasal 2 bertujuan untuk meminda subseksyen 3(1) Akta 830 untuk menaikkan had amaun bagi jumlah amaun wang yang boleh diperdapatkan di bawah Akta Pinjaman Tempatan 1959 [Akta 637] dan jumlah amaun wang yang boleh diterima oleh kerajaan di bawah Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275] daripada 60 peratus daripada keluaran dalam negeri kasar (KDNK) Malaysia kepada 65 peratus. Kenaikan ini diperlukan bagi membiayai tambahan kepada jumlah amaun Kumpulan Wang COVID-19 daripada RM65 bilion kepada RM110 bilion bagi program-program yang disenaraikan dalam Jadual kepada Akta 830.
Fasal 3 bertujuan untuk meminda Jadual kepada Akta 830 untuk mengadakan peruntukan bagi amaun tambahan untuk program dalam butiran 1, 2, 3, 6, 7, 8 dan 19 di bawah pakej rangsangan ekonomi dan pelan pemulihan ekonomi serta meminda jumlah keseluruhan amaun yang diperuntukkan bagi semua program.
Tuan Yang di-Pertua, anggaran perbelanjaan tambahan yang dipohon untuk diluluskan di bawah fasal 3 rang undang-undang yang dibentangkan ini adalah sebanyak RM45 bilion yang boleh diringkaskan pecahannya seperti berikut:-
(i) sebanyak RM12.7 bilion bagi menampung peruntukan tambahan Program Subsidi Upah dari RM18.3 bilion kepada RM31 bilion melalui pakej PEMERKASA, PEMERKASA Tambahan dan PEMULIH;
(ii) sebanyak RM15.8 bilion bagi menampung peruntukan tambahan Bantuan Prihatin Nasional dari RM25.2 bilion kepada RM41 bilion mengambil kira kelulusan rayuan serta peningkatan pemberian di bawah PEMERKASA dan PEMERKASA Tambahan;
(iii) sebanyak RM2 bilion untuk meningkatkan peruntukan projek berskala kecil bagi kontraktor-kontraktor kecil G1 hingga G4 dari RM4 bilion kepada RM6 bilion selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan aktiviti ekonomi sekali gus menjana ekonomi negara;
(iv) sebanyak RM3.6 bilion bagi penambahan peruntukan Geran Prihatin Khas PKS dari RM2.4 bilion kepada RM6 bilion mengambil kira perluasan inisiatif ini pada tahun 2021 melalui pakej PERMAI, PEMERKASA dan PEMERKASA Tambahan;
(v) sebanyak RM1 bilion bagi peningkatan had amaun bagi pinjaman mikro kredit di bawah Bank Simpanan Nasional dan TEKUN Nasional serta pindaan nama kepada pinjaman mikro kredit berjumlah RM2 bilion. Ini juga mengambil kira program pinjaman mudah mikro kredit yang diluluskan di bawah agensi lain, antaranya SME Corp Malaysia, MARA yang telah diumumkan di bawah PEMERKASA.
(vi) sebanyak RM4 bilion untuk meningkatkan peruntukan bagi Kementerian Kesihatan bagi perbelanjaan berkaitan COVID-19 dari RM5 bilion kepada RM9 bilion. Ini akan memastikan inisiatif yang diumumkan berkaitan dengan pengukuhan sistem kesihatan awam terutamanya bagi membendung penularan wabak COVID-19 serta merawat pesakit COVID-19 dapat diteruskan.
(vii) sebanyak RM5.9 bilion bagi meningkatkan sokongan bantuan sosial untuk golongan mudah terjejas dari RM110 juta kepada RM6.01 bilion . Peningkatan ini mengambil kira beberapa program atau projek baharu yang diperkenalkan seperti Program Jaringan Prihatin, Subsidi Penstabilan Harga Minyak Masak, Program PRIHATIN MyKasih, Program Bakul Makanan, program klinik bergerak serta program-program bantuan di
Menteri Kewangan - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi meningkatkan ekonomi golongan rentan.
Menteri Kewangan - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, akhir kata kelulusan bagi RUU ini amatlah penting dan memerlukan sokongan semua Ahli Dewan yang mulia ini. Semenjak pandemik COVID- 19 melanda negara, kesan yang ditinggalkan adalah ketara dan tidak terhad kepada hanya aspek kesihatan. Ia juga telah menjejaskan kehidupan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia. Oleh itu, kita tidak ada pilihan lain selain meneruskan inisiatif kritikal seperti Bantuan Prihatin Nasional serta Geran Khas Prihatin dan kedua-dua ini dibiayai melalui KWC-19.
Kelangsungan program pekerjaan dan perniagaan termasuk Program Subsidi Upah dan pinjaman mikro kredit juga bergantung kepada peruntukan di bawah KWC-19.
Sekiranya RUU ini tidak diluluskan, rakyat tidak dapat menerima bantuan dan manfaat untuk bangkit semula selepas mengharungi cabaran pandemik COVID-19 semenjak awal tahun ini. Malah kesemua butiran yang terkandung dalam jadual kepada Akta 830 dikhuatiri tidak dapat dilaksanakan lantas mengekang penyaluran bantuan yang amat diperlukan oleh Keluarga Malaysia.
Baharu-baharu ini juga negara sudah mula mengorak langkah ke arah pemulihan dan momentum ini perlu diteruskan. Pasaran saham kita kekal aktif mencatatkan kemasukan pelaburan asing berjumlah hampir RM2 bilion sepanjang bulan Ogos dan September.
[Tepuk] Selain dari pertubuhan KDNK yang telah berlonjak kepada 7.1 peratus pada separuh pertama tahun ini berbanding dengan penguncupan sebanyak 8.4 peratus sepanjang tempoh yang sama tahun lalu. Nilai pelaburan asing atau dengan izin FDI juga telah melonjak lebih dua kali ganda pada separuh pertama tahun ini. Statistik ini merupakan antara bukti yang menggambarkan keyakinan dan kepercayaan komuniti antarabangsa yang nyata terhadap prospek pertumbuhan dan pemulihan negara.
Justeru saya ingin menyeru Ahli-ahli Dewan yang mulia ini untuk bersama-sama sekali lagi memberi sokongan penuh bagi pindaan RUU ini. Seperti yang dizahirkan pada tahun lepas, saya percaya dan yakin kebijaksanaan serta keprihatinan kesemua Ahli Yang Berhormat dapat mengurangkan keluh kesah rakyat yang sentiasa berharap agar sinar perubahan dapat dikecapi dengan segera terutamanya bagi meneruskan kehidupan seharian seperti biasa. Di luar sana tinggi harapan rakyat supaya mereka boleh memulihkan kedudukan kewangan masing-masing dan meneruskan kehidupan seharian seperti biasa.
Pandemik global COVID-19 ini kita ibaratkan satu samudera penuh gelora, satu petualangan yang cukup mengganas. Namun, negara tetap cekal meredah puncak- puncak gelora yang mengerikan. Alfa, Beta, mahupun Delta dengan izin Allah SWT, bahtera kita belum terlerai negara belum tersadai. Kita masih di sini. Kini suara Ahli-ahli Yang Berhormat dapat menyuluh jalan di celah angin taufan untuk bahtera negara dan Keluarga Malaysia selamat tiba ke satu muara yang terlindung lagi sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, ada sesiapa yang menyokong?
Menteri Komunikasi dan Multimedia - Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 2020 dibacakan kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
Ahli-ahli Yang Berhormat, kita bercadang untuk Menteri memberi jawapan dalam pukul 4.00 petang. Saya rasa seorang dapat lima minit sahaja. Akan tetapi pembahas pertama dari pihak pembangkang Yang Berhormat Kuala Selangor saya berikan masa 13
Tuan Yang di-Pertua
minit mengikut apa yang Yang Berhormat Menteri gunakan. Silakan Yang Berhormat Kuala Selangor.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
13 minit ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih pembentangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan. Saya tidak tahu bahawa saya diberikan 13 minit walaupun membuat persiapan lebih daripada itu. Apa pun saya rakamkan dahulu assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera semua.
Tuan Yang di-Pertua
Waalaikumsalam.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Ya kita nantikan RUU ini dan saya merakamkan pertama-tamanya dan saya pernah menyebutkan sedikit kepada Menteri Kewangan mungkin ini bukan waktunya untuk kita segera membuat fiscal consolidation atau dengan kata lain dengan izin untuk menjadi terlalu prudent menjaga hal hutang negara ataupun debt, dengan izin. Ini adalah kerana dalam suasana krisis seperti ini, kita tidak punya pilihan kecuali untuk memahami bahawa dalam KDNK— dalam formula KDNK faktor yang dikatakan faktor the G-factor ataupun faktor government spending...
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Buka mask.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Boleh buka mask ya, dengan izin. Alhamdulillah. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Lumut.
Faktor penubuhan KDNK ditentukan dengan formula C+I+G+(X-M) atau mudahnya faktor perbelanjaan consumption rakyat atau domestic spending, faktor investment pelaburan- pelaburan swasta dan faktor G yakni faktor perbelanjaan kerajaan dan eksport tolak import. Itulah yang akan menentukan paling mudahnya, formula menentukan bagaimana pertumbuhan berlaku ataupun tidak dalam setiap fiscal year kewangan tahunan.
Saya tegaskan sekali lagi hari ini kita terpaksa bersama-sama secara bipartisan dwi-partisan untuk menyokong sedikit langkah untuk mengizinkan kerajaan berbelanja kerana faktor government spending dalam suasana ekonomi meleset mesti sifatnya expansionary ataupun pengembangan dan terpaksa meminjam dengan apa jua tools ataupun apa jua kaedah dan caranya nanti. Ya kita tahu, maka saya kira secara bipartisan seluruhnya ahli-ahli di Dewan yang mulia ini akan menyokong untuk kita paling tidaknya memberikan laluan sedikit waktu yang tertentu untuk statutory limit ataupun hak pinjaman itu diangkat kepada 65 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar. Saya kira ini tidak ada masalah.
Persoalan besar yang mahu ditanya, persoalan besar yang menjadi pertikaian adalah bagaimana perbelanjaan itu akan dipertanggungjawabkan supaya dapat dilaksanakan an effective spending atau perbelanjaan yang berkesan akan benar-benar akan memenuhi sasaran lalu dengan izin kesan multiplier-nya itu, kesan berganda ataupun kesan kepada sasaran-sasarannya itu mengikut apa pun program-program yang akan dilancarkan akan menyampai kepada matlamatnya. Itu point pertama saya Tuan Yang di-Pertua. Kita bersama dalam hal ini. We are in together for this and we would not want to be— sesiapapun tidak mahu menjadi petualang, penghalang dalam mengizinkan peningkatan statutory limit ini. Itu pertama buat saya.
Keduanya, sebenarnya this is not the time for one-upmanship dengan izin. Bukan untuk mendabik dada siapa yang hebat dan lebih hebat. Ini kerana kalau kita perhatikan— minta maaf saya terpaksa sebutkan ini. Perkara ini diperhatikan juga oleh pembangkang awal-awal tadi semasa PM kelapan lagi mentadbir dan apa pun kita boleh sebutkan PM kesembilan menyambut apa yang gagal dilaksanakan oleh PM kelapan dengan Pakatan Harapan khususnya pembangkang amnya, sebenarnya telah mengesyorkan perbelanjaan RM45 bilion dengan perincian yang ada juga disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi. Saya terpaksa mengakui— we just want to put on record untuk kita rakamkan bahawa Pakatan Harapan khasnya dan pembangkang amnya dalam memohon supaya perbelanjaan besar itu berlaku kerana kita memahami kalaulah kapal
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
terbang itu hendak take off, dia perlu ada momentum yang cukup to get the takeoff, to get the momentum.
Jadi jadi perbelanjaan yang tidak cukup khasnya walaupun RM530 bilion yang diperbelanjakan, tidak silap saya fiscal injection itu hanya sekadar berapa, Yang Berhormat Menteri. 80? 60? Lebih kurang begitu. Saya minta maaf kalau kurang tepat.
Apa pun diberikan diperhatikan oleh pakar-pakar ekonomi bahawa dari sudut injection ataupun suntikan fiskal, ia tidak mencukupi kerana dalam bentuk-bentuk yang diberikan itu walaupun RM530 bilion, there is no direct fiscal injection to push and turn around the economy dengan izin, untuk kita dapat buat satu lonjakan seperti mana yang saya sebutkan tadi supaya kapal terbang kita boleh take off.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Akan tetapi kalau kita hanya belanja berdikit-dikit, akhirnya walaupun ratusan bilion yang kita belanjakan, ia tidak akan dapat to cost that trigger that take-off to reboot dan kembali untuk menyaksikan pertumbuhan yang rancak. Jadi, itu saya perlu sebutkan bahawa kami di pihak sini telah awal-awalnya, di hujung tahun 2020 ataupun awal tahun 2021 menyarankan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kelapan. Namun, beliau saat-saat akhir pada menghitung hari akhirnya baru mahu untuk menyambut atau memberikan sedikit persetujuan dengan cadangan kami tetapi apakan daya tidak diizinkan oleh Allah SWT. Maka tersungkur beliau seperti mana beliau naik dengan those who live with the sword, die with the sword, dengan izin.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Yang Berhormat Kuala Selangor, boleh saya tambah sedikit kalau izinkan.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Ya, boleh. Ringkas.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor dan Tuan Yang di-Pertua. Saya mendengar sebentar tadi perbahasan Yang Berhormat Kuala Selangor menyatakan bahawa kita perlu expansion dan kita tidak boleh sangat nak terlalu rigid dalam mengikut segala disiplin fiskal yang sebelum ini menjadi kita punya panduan.
Bagi saya, menyokong untuk dirakamkan di sini bahawa apa yang kita lakukan dengan meningkatkan had siling ini adalah sebenarnya sebagai satu usaha untuk kita melabur dengan satu wang yang besar dan kita mengambil risikonya tetapi akhirnya adakah Yang Berhormat Kuala Selangor setuju bahawa semua ini adalah untuk membela rakyat dan apabila rakyat kembali balik segar dan ekonomi kembali balik, maka ketika itulah baru kita memikirkan bagaimana cara untuk kita membayar balik hutang ini.
Apa yang penting soalan saya ialah apakah Yang Berhormat Kuala Selangor setuju bahawa dalam hal ini, kita semua tidak berbeza pandangan dan itulah konsensus nasional yang harus kita tegaskan di sini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Kuala Selangor.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Baik, itu jadi sebahagian daripada ucapan saya. Yang Berhormat Shah Alam, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor dan Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak merakamkan di sini bahawa dalam ketika ini Pakatan Harapan memainkan peranan sebagai pembangkang yang bertanggungjawab.
[Tepuk] Tidak mengambil kesempatan daripada hakikat perlunya dinaikkan had statutori. Kalau kita hendak ambil kesempatan politik, kita boleh kritik kerajaan dan kata kenapa kerajaan melepasi statutori limit yang telah ditetapkan. Akan tetapi oleh kerana dengan izin, exceptional times requires exceptional measures. Oleh kerana itu, kita sebagai pembangkang yang bertanggungjawab bersetuju tambahkan statutori limit itu tetapi syaratnya kita hendak tentukan adanya semak imbang yang berkesan.
[Tepuk] Dalam soal semak imbang yang berkesan Tuan Yang di-Pertua, saya kena tegur.
Petikan daripada Erskine May, itu “with all due respect”, salah ditafsirkan.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Banyak lagi petikan.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Betul. Tuan Yang di-Pertua boleh tidak bertanggungjawab atas jawapan Yang Berhormat Menteri tetapi Tuan Yang di- Pertua mesti menentukan Yang Berhormat Menteri menjawab soalan.
[Tepuk] You are not responsible for the answers.
Tuan Yang di-Pertua
No, no.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Kalau Yang Berhormat Menteri itu bodoh, beri jawapan yang bodoh, bodohlah Yang Berhormat Menteri itu. Akan tetapi kalau dia lari daripada jawapan, lari daripada persoalan, dia kena ditegur.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Jadi dalam soal RM45 bilion tambahan ini, memang kita setuju tetapi kita hendak Parliamentary Select Committee di- empowered supaya kawalan terhadap perbelanjaan itu adalah berkesan.
[Tepuk] Memang saya pengkhianat PAS kerana PAS khianat Pakatan Rakyat. Kita tidak akan berdiri bersama dengan pengkhianat yang menang atas Pakatan Rakyat...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ke mana ke situ pula perginya ini Yang Berhormat Shah Alam?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kuala Selangor sekejap, sekejap.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Yang di- Pertua, dah tinggal dua minit dah ini.
Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Shah Alam lari jauh.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Guane Yang Berhormat Shah Alam...
Tuan Yang di-Pertua
Saya tambah seminit.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Yang Berhormat Shah Alam makan ubat ke?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Shah Alam, satu lagi quote ya. Erskine May ya, “An answer to a question cannot be insisted upon if the answer has been refused by a Minister.” Okey?
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yes Tuan Yang di-Pertua. *An answer to a question but this is not the answer. They don’t answer the question and when the answers contradict one from another from both...
[Pembesar suara dimatikan]*
Tuan Yang di-Pertua
Tak kata, dia tak kata macam itu.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Boleh Kuala Selangor meneruskan?
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Understand what is the purpose of the Parliament. The Parliament is check and balance. Kalau dalam soal...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, duduk.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Baik, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Saya ingin untuk menegaskan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Shah Alam. Apa yang mustahaknya ialah kita wujudkan pertanggungjawaban dan ketelusan dalam mengurus
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
RM45 bilion. Itu point Yang Berhormat Shah Alam kalau tidak silap saya, Tuan Yang di- Pertua.
Apa pun saya akan teruskan, saya hanya tinggal berbaki dua minit lebih sahaja.
Telah saya sebutkan dan tegaskan bahawa butiran-butiran itu juga yang telah dikemukakan oleh Pakatan Harapan dan pembangkang untuk bagaimana kita cerakinkan perbelanjaan RM45 bilion. Mungkin saya tidak punya waktu untuk membutirkan semuanya itu, cuma cukup sekadar saya menyebutkan tentang RM4 bilion yang dipohon dan hari ini sudah ditambah dengan RM5 bilion. Itu adalah bersabit dengan peruntukan untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Dalam perkara ini saya mungkin menyimpang sedikit untuk merakamkan betapa Yang Berhormat Menteri Kesihatan telah membuat satu penegasan bahawa kaedah FTTIS— ini dilaporkan oleh Sinar Harian baru-baru ini. Akan diperkasakan untuk benar- benar menangani apa juga kemungkinan outbreak dalam fasa kita transisi daripada pandemik kepada endemik. Saya menyambut baik perkara ini kerana inilah perkara yang telah kita mahukan dilakukan secara lebih agresif dengan segala peruntukan dan pelaburan.
Pertamanya, persoalan testing. Lama kita minta RTK-Ag itu. RTK-Ag ini ada dua iaitu satu sekarang ini dilakukan oleh profesional dan satu lagi dilakukan oleh rakyat sendiri dengan saliva kendiri itu. Saya telah sebutkan perkara ini, saya tidak mahu ulangi.
Selepas itu, setelah test, setelah kita FTTIS itu— test dan trace. Tracing itu Tuan Yang di- Pertua, kita mahukan benar-benar pelaburan untuk memperkasakan digitalization dalam kita contact tracing kita, MySejahtera kita itu, telah pun saya sebutkan dahulu betapa ia at best was semi manual but dengan Yang Berhormat Menteri Kesihatan membuat komitmen ini, saya harapkan perkara ini dapat kita atasi buat for once and for all, insya-Allah. Ketiganya, dari sudut human resource itu sendiri. Saya mahukan peruntukan sebanyak ini ada juga peruntukan yang ditumpukan kepada mengangkat ataupun meningkatkan human resource frontliners khususnya dalam hal-hal contact tracing dan juga dalam acute care di hospital dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, perkara ini sekali gus saya mahu sebutkan betapa kalau dalam konteks, dalam akronim baharunya dikatakan FTTRIS itu tetapi tidak apa. Itu ialah pelaporan yang dibuat kalau kita melakukan swab kendiri itu, mesti kita upload sendiri dalam reporting. Itu adalah sangat mustahak. Saya kira perkara ini sudah pun dapat dilaksanakan oleh KKM. Inilah yang kita nantikan.
Paling penting Tuan Yang di-Pertua, saya mahukan untuk testing kendiri, saliva test dengan RTK-Ag ini benar-benar menjadi the game changer dalam kita memasuki transisi endemik. Ia mesti pertamanya, murah. Keduanya, mudah untuk kita dapat capaian itu ataupun untuk kita beli. Lalu saya ingat dalam konteks ini, kalau boleh Tuan Yang di- Pertua saya rakamkan, ia mesti harganya mesti lebih ataupun kurang daripada RM10 per kit. Kalau dapat RM5 lebih baik Tuan Yang di-Pertua. Ini adalah untuk membantu rakyat.
Bayangkan a very empowering tool. Kalau kita contohnya mahu keluar rumah, ada rasa sedikit tidak sedap badan, bergejala dan sebagainya, immediately kita buat sendiri saliva test itu dan andainya negatif kita boleh keluar. Andainya positif kita kuarantin dan kita angkat. Sama ada negatif atau positif, kita angkat untuk kita rakamkan dalam aplikasi MySejahtera.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Di situ adalah sangat penting kerana kita akan memberikan data yang cukup baik untuk apa pun data analytic yang dibuat. Hari ini, kalau semua ini tidak dapat kita jalankan, garbage in, garbage out, data-data itu satu masa dahulu didedahkan oleh Yang Berhormat Rembau, ada back log dan sebagainya. Kalaulah tidak dinaikkan semuanya, ia akan menjadi satu yang tersasar. It will be skewed, there will be spurious result dengan izin, analytic yang tidak tepat.
Tuan Yang di-Pertua, saya memandang waktu yang sangat saya kejar ini tetapi saya ada banyak point lain. Apa pun yang hendak saya tegaskan kita tidak boleh selesa dalam keadaan kita sudah mencapai vaksinasi yang begini baik kerana andainya kita selesa, kita sudah — terhadap orang dewasa 90 percent over dan juga remaja adolescent
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
dan juga kumpulan at the younger group kita pun masih memerhatikan, saya menyokong atas keperluan untuk memvaksinasi mereka kerana inilah cara untuk kita berdepan dengan situasi, berdepan dengan virus varian delta dan sebagainya.
Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua saya ingin tegaskan kita tidak boleh sit on our lorell kita tidak boleh berlengah dan dengan izin let our guard down. Oleh sebab itu, saya mahukan, saya tegaskan kepada KKM dan juga kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk memastikan supaya kalau kita lakukan contohnya bubble Langkawi, gelombang Langkawi ia tidak burst, ia tidak pecah kerana kita tidak dapat menjaga SOP itu.
Tuan Yang di-Pertua, itulah sahaja sekadar dapat saya bersama dalam hal ini.
Saya sekali lagi menyokong untuk memberi sokongan kepada usul ataupun rang undang- undang mempertingkatkan statutori limit kepada 65 peratus daripada nisbah KDNK dan juga yang lain. Mana yang baik tetap kami akan sokong dan kami mahukan pertanggungjawaban atas Parliamentary Select Committee untuk memantau perbelanjaan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Maaf masanya itu agak suntuk sebab ramai yang hendak cakap. Seramai 30 orang sebenarnya. Seterusnya Yang Berhormat Pasir Mas, 10 minit Yang Berhormat sebagai pembahas utama sebelah kerajaan.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
*Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas ruang dan peluang yang diberikan kepada saya. Melihat kepada objektif kenaikan had statutori hutang ini, saya berpendapat adalah perlu dan wajar rang undang-undang ini diberikan kelulusan dengan memahami isu pokok dan mengambil kira beberapa cadangan penambahbaikan.
Pertamanya apabila kita bahas soal had hutang negara, sering kali rakyat dimomokkan dengan kebankrapan negara sedangkan realitinya had hutang negara kita adalah sejajar dengan norma antarabangsa bagi ekonomi membangun walaupun negara- negara maju mempunyai paras hutang yang jauh lebih tinggi. Saya ambil contoh tiga buah negara tertinggi iaitu Jepun sebanyak 253 peratus, Greece 181 peratus, Lebanon 152 peratus dan negara jiran kita Singapura dengan peratusan 112.2 peratus.
Merujuk kepada ulasan pakar-pakar ekonomi dan intelektual di negara kita, apa yang jauh lebih penting adalah untuk kita melihat ke mana wang ini dibelanjakan dan adakah ia benar-benar sampai secara efektif tanpa sebarang ketirisan kepada golongan bersasar, yang benar-benar memerlukan ruang tersebut.
Sebelum mengulas lebih lanjut, saya juga tertarik untuk berkongsi ulasan kertas kerja yang diterbitkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa bertajuk *Debt and Growth:
Is There a Magic Threshold* dengan izin. Ia menyatakan negara-negara dengan nisbah hutang terhadap KDNK pada 90 peratus ke atas boleh mengalami penurunan pertumbuhan ekonomi yang drastik.
Justeru, saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk kita sama-sama bersiap- siaga dengan alternatif dan strategi yang mapan agar negara tidak perlu mengusulkan kenaikan had hutang yang jauh lebih tinggi dalam masa dua atau tiga tahun terdekat. Ada tiga persoalan yang perlu dijawab oleh kerajaan. Pertama, bagaimanakah tambahan KWC ini akan dibiayai? Kedua, berapakah jumlah pinjaman kumpulan wang COVID-19 setakat ini? Ketiga, apakah impak kepada kedudukan kewangan kerajaan setelah syiling ini dinaikkan.
Tuan Yang di-Pertua, antara bentuk bantuan yang akan disalurkan melalui kenaikan RN45 bilion ini adalah bantuan tunai langsung kepada rakyat yang mana kita boleh takrifkan sebagai bantuan yang memberikan impak jangka masa pendek. Saya berpendapat bahawa bantuan ini masih relevan atas dua faktor yang turut ditekankan oleh
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
intelektual ekonomi di negara kita iaitu pertama memastikan rakyat cukup makan dan memastikan yang kedua rakyat masih mampu survive atau bertahan untuk bekerja.
Namun untuk mengimbangi keperluan jangka masa panjang, Kementerian Kewangan perlu untuk memberikan perhatian kepada strategi atau inisiatif untuk berikan impak jangka masa panjang. Antaranya menaikkan kadar gaji bagi pekerja tempatan dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dengan tempoh kontrak yang lebih panjang kerana kita sedia maklum sepanjang tahun lepas banyak peluang pekerjaan baru diwujudkan oleh kerajaan melalui program protege bagi membantu golongan graduan.
Namun tempoh kontrak mereka akan tamat sekitar awal tahun depan. Kita masih tidak tahu berapa ramai akan diserap oleh syarikat-syarikat ke posisi masing-masing.
Adakah kitaran masalah employment ini akan kembali seusai tamatnya program- program bersifat masa pendek. Begitu juga bantuan-bantuan one off. Saya hendak mengulangi balik apa yang telah saya tanyakan di Dewan ini pada minggu lepas berhubung dengan bantuan one off kepada sekolah-sekolah tahfiz. Ya, saya tidak pertikaikan bantuan kerajaan kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina namun dalam masa yang sama kepada sekolah-sekolah tahfiz ini saya minta kerajaan buat pengumuman berapakah bantuan segera kepada sekolah-sekolah tahfiz, pengusaha sekolah tahfiz yang kebanyakannya dalam keadaan cukup suffer sekarang ini, dalam keadaan cukup-cukup menderita.
Banyak sekolah tahfiz ditutup. Kalaulah pada era dahulu Yang Berhormat Bagan ya kita banyak tidak setuju tetapi paling tidak RM100 juta diumumkan untuk sekolah tahfiz.
Jadi, kenapa tidak dalam era ini saya kira boleh pengumuman segera oleh kerajaan berapakah ratus juta diumumkan untuk pendidikan sekolah tahfiz untuk bantuan segera kepada sekolah tahfiz.
Berikutnya mengkaji semula jumlah perbelanjaan mengurus. Suka untuk saya sentuh semula point utama yang telah saya terangkan tadi yang mana kita perlu mengelak sebarang bentuk ketirisan dalam pengurusan. Kita tidak mahu wang sepatutnya disuntik kepada golongan B40, M40 ini akhirnya lenyap dalam proses pengurusan. Pakar ekonomi turut mencadangkan dalam diskusi umum yang mana alternatif kepada penyelesaian ini ialah tentunya mengurangkan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.
Justeru, Kementerian Kewangan khususnya perlu mengkaji dan memastikan sebarang bentuk rasuah dan penyelewengan dapat dielakkan. Dalam masa yang sama, dalam keadaan kita mencari income baharu dan sebagainya, saya mohon sekali lagi supaya kadar kenaikan, kadar cabutan special draw 22 dibatalkan kadar kenaikan ini kerana ia tidak mengundang ada-apa faedah kepada rakyat untuk jangka masa yang panjang.
Buatlah apa sahaja untuk mencari income yang baharu tetapi saya mohon kepada kerajaan batalkan semula kerana ia tidak memberikan isyarat yang baik. Berapa sangat kah peluang wang yang dapat daripada kenaikan ini untuk kita serapkan kepada perbelanjaan untuk kembali kepada Kumpulan Wang Disatukan yang pada akhirnya tidak mengundang keberkatan di dalam perbelanjaan negara.
Saya sangat berharap dan janganlah sama sekali memaksa kita Ahli-ahli Parlimen kerajaan menggunakan ugutan-ugutan yang tidak sepatutnya dalam keadaan kerajaan cuma bertahan dengan majoriti yang kecil. Jadi tidak perlu untuk sampai kepada tahap itu. Saya pun tidaklah hendak sampai kepada tahap itu tetapi kadar cabutan judi ini saya mohon supaya dapat diumumkan oleh kerajaan diturunkan semula, dibatalkan kenaikan judi ini supaya akhirnya kita ini tidak mengundang kemurkaan daripada Allah SWT. Tuan Yang di-Pertua ...
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Yang Berhormat Pasir Mas boleh mencelah sedikit?
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Silakan.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Tadi sebut tentang perbelanjaan mengurus. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Pasir Mas. Tadi
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
saya tertarik apabila Yang Berhormat Pasir Mas menyebut tentang pentingnya kita mengurangkan belanja mengurus.
Saya meneliti rekod belanjawan kita dari tahun 2009 sehingga 2018. Kalau kita tengok dalam tahun 2009 itu berlaku peralihan kuasa Perdana Menteri daripada Yang Berhormat Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Yang Berhormat Pekan. Ketika pada tahun terakhir Yang Amat Berhormat Tun Abdullah belanja subsidi kita berada pada nilai kurang dalam RM74 bilion dan pada tahun 2018 ia telah menurun sehingga hanya pada sekitar RM26 bilion. Maksudnya ada pengurangan subsidi yang banyak.
Dalam belanjawan kita yang lepas untuk tahun 2021, kita mengurangkan lagi RM3.5 bilion. Adakah ini bentuk pengurangan belanja subsidi yang sepatutnya kita ambil.
Belanja mengurus maksud saya.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Ya ia juga termasuk di dalam apa yang saya hendak sebut dalam ucapan ini iaitu kita perlu untuk mengurangkan perbelanjaan mengurus kerana bagi saya ia juga merupakan satu point utama untuk kita highlight dalam keadaan kita menghadapi kekurangan kewangan pada hari ini. Terima kasih kepada Yang Berhormat Kangar.
Berikutnya, kita perlu untuk memahami tujuan kenaikan had hutang ini kerana dalam masa yang sama kita bersetuju terhadap usul menaikkan had hutang negara bagi tujuan pemulihan ekonomi negara yang lebih baik.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya menyeru kepada semua Ahli Parlimen untuk kita memahami tujuan ini bukanlah satu perkara sewenang-wenangnya dilakukan. Ia bukan sekadar satu tindakan populis tetapi ia lebih kepada langkah untuk memacu pemulihan ekonomi pada kadar yang lebih pantas. Secara makroekonominya, ini masa yang sesuai untuk kita galakkan spending, perbelanjaan kerajaan terhadap pembangunan dan secara ekonomi, periuk nasi rakyat juga masa yang sesuai kerana rakyat sedang berada dalam kesusahan.
Namun begitu perkara ini tidak sewajarnya menjadi budaya, apatah lagi digunakan oleh ahli politik masa hadapan untuk memperbanyakkan lagi cara untuk menaikkan hutang negara. Kita melihat had hutang negara ini sudah meningkat sekali tahun lepas dan sekali pada tahun ini.
Ia tidak bermakna kerajaan boleh sesuka hati menaikkan had hutang negara pada bila- bila masa tetapi kali ini ia dilakukan hanya kerana COVID-19 melanda.
Dengan pelbagai pengumuman yang dibuat oleh kerajaan termasuklah semalam rentas negeri, saya bagi pihak rakyat mengucapkan terima kasih kepada kerajaan mengumumkan kebenaran untuk rentas negeri setelah kita mencapai 90 peratus vaksinasi dan ia merupakan langkah yang tepat oleh pihak kerajaan melegakan rakyat.
Kita mengharapkan supaya inilah dia kali terakhir di mana had hutang ini kita naikkan dan kita akan melihat bagaimana ekonomi berjaya dirangsang selepas pergerakan rakyat ini dapat diperluaskan.
Dalam masa yang sama, kita mahu supaya kerajaan membuat perancangan jangka masa sederhana dan jangka masa panjang. Ini di mana kita tahu bahawa Kementerian Kewangan ada menyatakan bahawa kerajaan akan meneruskan pendekatan konsolidasi fiskalnya berdasarkan rangka kerja fiskal jangka sederhana dan disokong oleh pelaksanaan strategi hasil jangka sederhana secara berperingkat yang bertujuan untuk meningkatkan asas pendapatan negara. Perkara ini perlu disambut baik namun perlu wujud satu perancangan jangka masa panjang kerana kita memahami COVID-19 ini tidak akan hilang.
Sekiranya kita membaca semula perancangan dan usaha kerajaan, Kementerian Kewangan di bawah inisiatif PENJANA banyak menawarkan alternatif bersifat sederhana pendek. Ia sangat perlu dan keberkesanannya dapat dilihat.
Namun tempoh mitigasinya hanyalah sekitar satu tahun atau dua tahun. Saya mencadangkan agar peruntukan kali ini difokuskan kepada iaitu:
(i) peluang pekerjaan baharu iaitu sektor pertanian dan perladangan;
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
(ii) pendidikan, kebajikan pelajar dan juga guru; dan
(iii) memperluaskan kepada golongan yang bersasar.
Tuan Yang di-Pertua, jumlah RM45 bilion ini satu nilai yang amat besar dan telah dinyatakan antara golongan yang bersasar yang akan mendapat manfaat terus ialah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan PKS mikro. Adapun jaringan golongan bersasar ini perlu diperluaskan dan mengambil kira sektor penerbangan, industri pelancongan yang baharu sahaja dibenarkan beroperasi secara berperingkat.
Selain itu semakan semula perlu dilaksanakan dan perusahaan yang mungkin gagal dalam permohonan terdahulu perlu diberikan kebenaran untuk memohon semula bagi memastikan tiada rakyat yang tertinggal daripada mendapat manfaat yang sepatutnya.
Tuan Yang di-Pertua, Pasir Mas mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Seterusnya Yang Berhormat Simpang Renggam diikuti Yang Berhormat Pontian dan akhir sekali sebelum pukul 1.00 tengah hari, Yang Berhormat Jelutong. Silakan Yang Berhormat Simpang Renggam, lima minit.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Eh! Belum lagi?
Tuan Yang di-Pertua
Tidak, Yang Berhormat Simpang Renggam, selepas itu Yang Berhormat Pontian kemudian...
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Oh! Belum lagi ya.
Tuan Yang di-Pertua
...Yang Berhormat Jelutong. Sabar Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Simpang Renggam silakan.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya bila mengamati ucapan daripada Yang Berhormat Menteri tadi berkaitan dengan gelombang dan bagaimana kita...
Seorang Ahli
Badai.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
...Badai. Teringat saya kepada kata-kata Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau Buya Hamka yang mengatakan; “Kehidupan itu laksana lautan, orang yang tiada berhati-hati dalam mengayuh perahu, memegang kemudi dan menjaga layar maka karamlah ia digulung oleh ombak dan gelombang. Hilang di tengah samudera yang luas, tiada akan tercapai olehnya tanah tepi...”. Jadi, kita dihempas oleh badai dan juga ombak wabak COVID-19 dan dampak daripada wabak ini mengesankan daripada sektor bukan sekadar kesihatan, ekonomi semata-mata tetapi juga kepada pendidikan dan proses tumbesaran anak-anak itu sendiri.
Saya ingin mengulangi gesaan yang telah saya bawa sewaktu perbahasan RMKe-12 baru-baru ini perlunya kita memberikan tumpuan kepada perkembangan dan tumbesaran anak-anak kita yang menurut banyak sekali laporan sama ada daripada UNDP, Khazanah Institute dan lain-lain lagi mengalami kebantutan dan juga mengalami kerencatan pada pembesaran mereka dampak COVID. Maka apa sekolah telah mula dibuka, kita perlu bantu.
Maka saya seru sekali lagi supaya dilaksanakan Program Sarapan Pagi Percuma
(PSP 2020) bagi anak-anak sekolah rendah dan dimasukkan di dalam Pakej Rangsangan ini. Ia amat perlu kerana ia bakal membantu lebih 2.7 juta murid di 7,772 sekolah dan akan membantu lebih 50,000 guru yang akan turut terlibat dalam pelaksanaannya. Membantu lebih 100,000 petugas kantin dan juga pengusaha-pengusaha kantin yang telah dihenyak
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
teruk oleh wabak ini. Ia juga membantu lebih daripada setengah juta ahli keluarga mereka yang terlibat dengan kantin di sekolah.
Begitu juga saya masih teringat bagaimana di antara pakar ekonomi kita telah mengatakan jikalau dilaksanakan Program Sarapan Pagi ini bukan sekadar akan membantu pengusaha kantin, pembekal bahan basah tetapi juga menjimatkan ekonomi keluarga, ibu dan bapa yang mempunyai anak-anak di sekolah. Ia akan membantu mereka untuk lebih berjimat terutamanya di dalam mengharungi hari-hari pasca wabak ini.
Itu yang pertama.
Kedua Tuan Yang di-Pertua, industri taman tema hiburan keluarga. Saya kira sekarang ini sudah boleh rentas negeri. Orang sudah boleh mula pergi ke banyak tempat.
Kita jangan lupakan antara libur untuk keluarga ialah taman tema hiburan dan Malaysia pernah menyasarkan untuk menjadi hab bagi taman tema hiburan. Malangnya satu persatu syarikat telah meninggalkan Malaysia, “gulung tikar”, tutup perniagaan. Menurut kenyataan Malaysia Association of Themepark and Family Attractions (MATFA) akibat wabak COVID-19 banyak lagi kerugian yang terpaksa mereka tanggung.
Saya ingin mencadangkan di dalam pakej ini dimasukkan juga insentif kepada pengusaha-pengusaha taman tema hiburan agar dapat menyelamatkan industri ini demi rakyat dan dapat membantu para pekerja dan para petugas yang terlibat. Anak-anak kita perlu didedahkan dengan hiburan yang sihat yang akan dapat membentuk pembangunan holistik tumbesaran mereka. Kita juga cadangkan supaya diberikan kepada mereka pengecualian daripada Akta Duti Hiburan 1953. Jikalau tempoh yang boleh diberikan, saya cadangkan juga tax holiday selama tiga tahun bagi mereka untuk mereka kembali pulih. Ramai yang terjejas teruk.
Ketiganya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menggulung iaitu gesaan seperti dikatakan oleh Yang Berhormat Pasir Mas dan saya masih teringat lagi ketika Yang Berhormat Menteri duduk di situ pada Belanjawan 2021, saya telah meminta supaya diteruskan apa yang Yang Berhormat Bagan mulakan dahulu, memberikan peruntukan RM100 juta kepada sekolah-sekolah agama swasta, sekolah-sekolah agama persendirian dan juga tahfiz-tahfiz.
Kita tahu pada waktu ini akibat wabak COVID-19 ramai pengusaha tahfiz yang akan tutup sekolahnya. Jadi Yang Berhormat Menteri masukkan juga di dalam pakej RM100 juta itu untuk membantu sekolah- sekolah agama swasta dan juga pusat-pusat tahfiz. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Saya jemput Yang Berhormat Pontian. Lima minit Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua
Waalaikumsalam.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Paras defisit fiskal kita meningkat 6.5 peratus hingga tujuh peratus kerana kutipan hasil kerajaan berkurang. Kita hendak tanya berapa berkurang kutipan hasil kerajaan ini tetapi pada ketika yang sama dividen petroleum dan minyak sawit mentah itu bertambah. Saya juga ingin tahu berapakah tambahan daripada dividen itu? Pada tiga tahun setengah yang lepas, kita diuar-uarkan bahawa hutang Kerajaan Persekutuan telah mencecah RM1 trilion tetapi sebenarnya pada ketika itu hanya RM688 bilion.
RM1 trilion ini ialah pada Julai 2021 hampir RM1 trilion iaitu RM957.3 bilion yang sudah mencecah 62.8 peratus pada KDNK. Jadi Yang Berhormat Menteri saya ingin buat beberapa cadangan.
Pertama, segerakan Akta Tanggungjawab Fiskal atau Fiscal Responsibility Act
(FRA) supaya hutang sentiasa dalam paras yang terurus dan hutang dalam jangka masa yang sederhana dan panjang itu dapat dikawal.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Cadangan kedua, mengadakan inisiatif-inisiatif pembaharuan cukai. Yang Berhormat Pekan ada mencadangkan supaya diadakan cukai sementara. Sementara setahun, sementara dua tahun. Contohnya, cukai keuntungan luar biasa kepada pengeluar sarung tangan dan juga pengeluar besar kelapa sawit misalnya. Setelah kita pulih maka cukai itu boleh ditamatkan. Itu cadangan kedua, inisiatif pembaharuan cukai dan tolong beritahu kita kaedah-kaedah punca pendapatan yang lain.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Cadangan ketiga ialah strategi hasil jangka sederhana. Bagaimana untuk tambah baik sistem percukaian, memperluas hasil-hasil kerajaan, bagaimana tentang sektor tidak formal, bagaimana untuk mengurangkan ketirisan. Pada zaman kami dahulu zaman BN, telah ada MoU antara LHDN dengan kastam. Apabila kita melaksanakan GST, segala fail yang ada di kastam juga boleh diintegrasikan dengan fail yang dimiliki oleh LHDN.
Kita tahu bahawa GST boleh mengurangkan ketirisan dan telah pun mengurangkan ketirisan. Jika satu-satu syarikat ketika GST membayar RM10 juta cukai tetapi ketika SST hanya membayar RM5 juta cukai, maka LHDN patutnya mengajar syarikat itu mengapa berlaku ketirisan yang sedemikian rupa. Itu cadangan yang ketiga iaitu mengintegrasikan data dengan agensi-agensi yang berkaitan.
Yang Berhormat Menteri, South of Africa 57.81 peratus hutang kerajaan daripada KDNK, Germany 56.93 peratus, China 55.36 peratus, Thailand 41.47 peratus, Korea Selatan 40.54 peratus, Filipina 39.1 peratus, Saudi Arabia 23.7 peratus, Norway 36.75 peratus, Turki 29.93 peratus, negara jiran Indonesia 29.3 peratus, New Zealand 28.07 peratus, UAE 19.2 peratus, Brunei 2.63 peratus.
Tadi Yang Berhormat Pasir Mas menyebut negara-negara maju Jepun, USA, Perancis, UK, Singapura, Kanada tetapi yang saya senaraikan itu ialah negara-negara yang juga maju Germany, China, South Korea, New Zealand. Contohnya, mereka boleh menurunkan peratus hutang daripada KDNK dengan begitu rendah sekali. Kita kena belajar daripada mereka ini. Saya ingin tahu bagaimana kita hendak membayar cukai- cukai ini, Yang Berhormat Menteri.
Apa akan terjadi daripada peratusan pembayaran cukai dalam bajet tahunan?
Sekarang ini peratusan untuk membayar hutang sembilan kepada 11 peratus, adakah selepas ini menjadi 20 peratus daripada bajet tahunan untuk kita bayar hutang? Kalau 20 peratus apa akan jadi pada pembangunan negara dan juga rakyat dan kita tidak mahu generasi akan datang dibebankan dengan cukai-cukai yang kita laksanakan. Credit rating kita bagaimana? Adakah dengan meningkat kepada 65 peratus maka credit rating daripada peringkat antarabangsa akan downgrade Malaysia?
Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri, lapan pakej rangsangan RM530 bilion tetapi kita juga diberitahu bahawa suntikan fiskal hanya RM91.8 bilion bererti angka ratusan bilion yang lain itu tolong jelaskan kepada kita, bagaimana ia dianggap sebagai pakej sedangkan rangsangan cuma RM91.8 bilion. Walau bagaimanapun, oleh kerana permintaan eksport China, Singapura, USA meningkat, minyak juga meningkat USD 70 ke USD 80 se tong tetapi pada ketika yang sama kita juga terbeban dengan memberikan subsidi pukal.
Apakah kaedah untuk mengatasi perkara ini dan juga apakah kaedah untuk kita mengatasi hutang isi rumah 89.6 peratus daripada KDNK antara yang tertinggi di Asia ini dan hutang seperti kenderaan, rumah, kad kredit, hutang peribadi perlulah ditambahkan lagi jaringan pendidikan kewangan ataupun financial education network supaya rakyat tidak terbeban dengan hutang-hutang ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pontian, terima kasih. Seterusnya akhir sekali sebelum pukul 1.00 tengah hari, Yang Berhormat Jelutong, silakan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selamat pagi, saya berterima kasih di atas peluang yang telah diberikan kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan mengenai rang undang-undang ini.
Saya telah mendengar dengan jelas dan teliti pembentangan oleh Yang Berhormat Menteri bahawa pakej rangsangan ini ataupun undang-undang ini perlu diluluskan bagi tujuan kesejahteraan rakyat dan kelangsungan ekonomi dan juga mengukuhkan sistem kesihatan awam. Jelutong bersama-sama dengan rakan-rakan di sebelah sini turut menyokong perlu kita bersama-sama membela nasib rakyat.
Akan tentang saya juga ingin memberi teguran, Tuan Yang di-Pertua tahu saya lantang berkenaan dengan cara wang ini dibelanjakan. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri Kewangan. Minggu lalu, dua tiga hari yang lalu kita telah mendengar penggulungan oleh Yang Berhormat Menteri Perpaduan berkenaan dengan Rancangan Malaysia Kedua Belas, terutamanya berkenaan dengan pengagihan bakul makanan.
Yang Berhormat Menteri telah menyentuh perkara ini dan saya di sini ingin menyatakan kehampaan saya bahawa tidak ada sebarang ketelusan, keikhlasan di dalam pembentangan laporan mengenai cara bagaimana bakul makanan ini diagihkan. Oleh kerana saya mendapat laporan atau aduan bahawa jumlah yang telah diedarkan jauh lebih banyak kepada parti-parti politik.
Saya sebagai wakil rakyat hanya mendapat 200 bakul makanan begitu juga dengan ramai wakil rakyat di sebelah sini tetapi pemimpin MIC, Datuk Asojan yang merupakan Setiausaha Agung MIC telah mendapat peruntukan RM3 juta.
Begitu juga dengan Datuk Seri Andy, RM500,000 dan juga satu lagi bantuan atau dana kewangan yang diberikan kepada Presiden MIC, Tan Sri Vigneswaran iaitu sebanyak RM9.1 juta untuk Yayasan Strategik Sosial. Saya di sini cuma tidak mahu pakej- pakej ini dihijack oleh parti-parti politik tertentu untuk tujuan-tujuan tertentu. Tolonglah Yang Berhormat Menteri, pastikan bahawa wang yang...
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Yang Berhormat..
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jelutong, bagi laluan kepada Yang Berhormat Port Dickson.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak susuli dan minta penjelasan Yang Berhormat, dua perkara. Kita banyak yang kita setuju kerana ia melibatkan perundingan kita dengan kerajaan tetapi persoalannya dua. Satu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong iaitu kelulusan atas dasar pelaksanaannya itu haprak jadinya kerana disalahgunakan*.
[Tepuk]* Contoh terbaik ialah MITRA. Dana MITRA untuk India miskin tetapi sampai sekarang belum ada penjelasan yang memuaskan bagi salah guna itu.
[Tepuk] Kedua yang sangat relevan dengan apa Yang Berhormat Menteri bentangkan tadi ialah dana suntikan RM45 bilion. Persetujuan kita dalam memorandum persefahaman antara pembangkang dan kerajaan RM45 bilion itu suntikan langsung kepada orang miskin B40 tetapi saya lihat ada kekeliruan sedikit kerana sebahagiannya itu diperuntukkan untuk kontrak untuk beberapa urusan lain. Saya tidak bantah tetapi jangan guna peruntukan RM45 bilion kerana telah dipersetujui wang itu khusus untuk orang miskin B40. Minta penjelasan.
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Saya amat setuju dengan pandangan Yang Berhormat Port Dickson. Kalau ikut kami, kami berharaplah Yang Berhormat Port Dickson akan pada suatu hari nanti duduk di sebelah sini dan juga memberi bantuan dan membela nasib rakyat India, kaum India terutamanya. Hari itu akan kita tunggu dan saya percaya hari itu akan sampai dalam masa setahun lagi.
Dalam perkara ini saya juga ingin membangkitkan perkara berkenaan dengan mengukuhkan sistem kesihatan awam. Saya cuma ingin tahu Tuan Yang di-Pertua, apa yang berlaku di Melaka. Saya ingin menarik perhatian.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya di sini ingin tanya sebagai seorang wakil rakyat, mengapakah keputusan dibuat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Melaka. Sepatutnya kita menunggu perkara ini kerana ini akan menyebabkan masalah kesihatan yang lebih rumit. Mungkin menyebabkan kita perlu menambahkan dana lagi.
Ketika sekarang Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berada di luar negara, bukankah sepatutnya perkara ini kita tunggu sehingga berjumpa dengan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang boleh menggunakan kewibawaannya untuk memutuskan sama ada untuk mengadakan atau tidak pilihan raya di Melaka.
Oleh kerana kalau kita meneruskan dengan pilihan raya di Melaka, saya risau kalau kita ingin mengukuhkan sistem kesihatan awam, belum pulih lagi kes sudah mula menurun, ia boleh menyebabkan kita terjebak lagi dalam satu kluster yang besar. Ini boleh menyebabkan sistem kesihatan kita menghadapi masalah-masalah yang lebih serius, yang lebih parah. So, persoalan saya adalah di sini, saya menggunakan kesempatan ini, peluang ini yang diberikan kepada saya untuk bertanyakan kalau boleh keputusan sama ada untuk mengadakan pilihan raya itu ditangguhkan.
Tuan Yang di-Pertua, sendiri tahu bahawa perkara ini telah dibahaskan di sini oleh Yang Berhormat Bagan Datuk dan keputusan beliau dalam perbahasannya minggu lalu telah menyatakan bahawa beliau akan membuat keputusan untuk membubarkan Dewan.
Saya akan mengakhiri Tuan Yang di-Pertua, sudah pukul 1.
Adakah kenyataan beliau mempunyai pengaruh di atas apa yang berlaku di Melaka dan bolehkah perkara ini diperhalusi dan kita tunggu sehingga Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kembali ke tanah air kita dan membuat keputusan kalau boleh kita menangguhkan pilihan raya di Melaka. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Sebelum saya tangguhkan ke 2.30 petang, pada pukul 2.30 nanti kita akan mulakan dengan Yang Berhormat Tumpat dan diikuti dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang berikut; Yang Berhormat Kuala Kedah, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Tebrau, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Kuala Langat, Yang Berhormat Bandar Kuching dan seterusnya.
Oleh kerana sudah pukul 1.00, maka saya tangguhkan Mesyuarat ini sehingga pukul 2.30 petang nanti. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera.
[Mesyuarat ditempohkan pada jam 1.01 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Tuan Yang di-Pertua
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ahli Yang Berhormat, kita sambung perbahasan dengan menjemput Yang Berhormat Tumpat. Lima minit.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kerana diberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan pindaan Akta Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan
(Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) (Pindaan) 2021.
Pindaan ini tertumpu kepada peningkatan had statutori hutang kerajaan yang dinaikkan kepada 65 peratus KDNK selain peningkatan perbelanjaan Kumpulan Wang COVID-19 daripada RM65 bilion kepada RM110 bilion. Langkah ini tidak dapat dielakkan memandangkan kerajaan berhadapan dengan situasi yang sukar ketika ini.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Perkembangan perbelanjaan dan peningkatan hutang sesuatu yang telah dijangka.
Desperate times call for desperate measures, dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua, kita berada dalam fasa transisi ke era endemik selepas kejayaan besar dalam gelombang vaksinasi yang ditingkatkan sejak bulan Mei yang lalu.
Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan walaupun terdapat pihak yang sentiasa mencari dan memperbesarkan kelemahan di peringkat kerajaan. Malah, tarikh 11 Oktober iaitu hari ini juga mencatatkan sejarah baharu selepas kerajaan membenarkan perjalanan rentas negeri yang memberi maksud gerbang endemik telah pun dibuka secara rasmi.
Kita mengharapkan ruang yang diberikan oleh kerajaan ini dimanfaatkan sebaiknya oleh rakyat dan kita terus kekal menjaga SOP yang ditentukan untuk menjaga diri kita dan keluarga Malaysia seperti yang digagaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai persediaan menghadapi tahun pertama endemik 2022, maka rangka asas fiskal perlu diperluas dan diperkukuh bagi memastikan rakyat dan negara dapat menghadapi fasa pasca pemulihan daripada pandemik yang lebih baik dan teratur.
Pindaan Akta 830 yang baru sahaja digubal tahun lalu adalah sebahagian daripada persediaan ke arah menyediakan satu kerangka fiskal yang kukuh sebelum Dewan yang mulia ini akan menyaksikan pembentangan Belanjawan 2022 yang dijadualkan pada penghujung Oktober ini. Kita sedia maklum kerajaan tidak mempunyai pilihan yang baik selain terus mengamalkan dasar pengembangan fiskal atau expansionary fiscal yang menyaksikan perbelanjaan kerajaan terus mengalami peningkatan bagi menampung keperluan rakyat dan negara ketika ini.
Dengan peningkatan peruntukan Kumpulan Wang COVID-19 yang disebutkan dalam pindaan ini iaitu daripada RM65 bilion kepada RM110 bilion, kita dapat mengunjurkan perbelanjaan fiskal bagi Belanjawan 2022 akan terus berkembang melebihi peruntukan kerajaan dalam belanjawan tahun lalu iaitu RM322.5 bilion.
Tuan Yang di-Pertua, saya melihat peningkatan peruntukan dalam Kumpulan Wang COVID-19 seperti yang tertera dalam pindaan ini dapat meluaskan sokongan fiskal khususnya melibatkan bentuk bantuan subsidi. Dalam situasi pendapatan hasil kerajaan yang terhad, maka bebanan di bawah perbelanjaan mengurus wajar dialihkan di bawah Kumpulan Wang COVID-19 bagi memastikan kerajaan dapat terus mengekalkan disiplin fiskal pada tahun hadapan. Inilah antara kriteria utama yang cuba diketengahkan oleh kementerian melalui pindaan yang dikemukakan pada hari ini. Dalam masa yang sama, kita juga akan menyaksikan peningkatan terimaan pinjaman bagi menampung keperluan di bawah Kumpulan Wang COVID-19.
Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan PKP 3.0 mendorong kepada penilaian semula terhadap unjuran KDNK negara bagi tahun 2021. Sasaran asal enam hingga tujuh peratus KDNK telah berubah kepada tiga kepada empat peratus berdasarkan unjuran yang diletakkan boleh Bank Negara Malaysia.
Meskipun kita berhadapan dengan situasi yang mencabar bagi penutup tahun 2021, berdasarkan perspektif yang dikemukakan oleh beberapa institusi antarabangsa seperti Tabung Kewangan Dunia (IMF) dan Bloomberg menunjukkan prestasi ekonomi negara akan mengalami prestasi yang baik dan kembali ke fasa pra pandemik pada tahun mendatang. Oleh itu, berdasarkan prospek positif tersebut, sudah tentu Belanjawan 2022 nanti akan menjadi tumpuan utama kerajaan.
Dalam aspek ini, saya suka untuk kita terus memberi tumpuan yang khusus kepada kuasa beli rakyat yang telah dikemukakan dalam peruntukan di bawah Bantuan Prihatin Nasional yang telah dinaikkan peruntukannya daripada RM25.2 bilion kepada RM41 bilion. Penggunaan domestik yang terus mengukuh ini dapat menjadi salah satu daripada teras yang dapat membantu menginjakkan pertumbuhan ekonomi dan KDNK negara sekali gus kita juga dapat mengawal hutang kerajaan kepada KDNK daripada terus menggelembung.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Minta rumuskan, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tuan Yang di-Pertua, kita memerlukan kepada kerangka fiskal yang stabil. Selain faktor KDNK, unjuran purata harga minyak mentah berada pada paras USD63 se tong pada tahun 2022, akaun semasa berdasarkan kepada hasil dan perbelanjaan mengurus pula semakin menipis sejak dekad kebelakangan ini.
Di sinilah strategi hasil jangka sederhana perlu diberikan perhatian yang lebih serius oleh kerajaan. Apa bentuk dasar percukaian yang lebih efektif yang wajar diketengahkan? Apa bentuk pentadbiran percukaian yang harus digembleng bagi memastikan kutipan cukai yang optimum? Apa rangka kerja perundangan percukaian sedang dirangka ketika ini? Perkara ini semua akan menjadi keutamaan perancangan fiskal dalam dua, tiga tahun akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, banyak lagi yang saya hendak sebut di sini. Cuma saya hendak ambil yang terakhir berkaitan dengan pindaan peruntukan yang disebutkan dalam jadual ini khususnya dalam butiran 19 yang menunjukkan peningkatan bantuan sosial kepada golongan mudah terjejas daripada RM110 juta kepada RM6 bilion.
Saya pernah bangkitkan di Dewan yang mulia ini mengenai bantuan khusus kepada golongan yang banyak menggunakan perkhidmatan kenderaan yang tinggi dalam kerja-kerja seharian seperti golongan pemandu Grab, Foodpanda, Bungkusit, Lalamove dan sebagainya. Golongan ini menggunakan kenderaan motosikal dan kereta pada kadar yang tinggi dalam kerja harian mereka dan perkara ini sudah tentu mendorong kepada penggunaan petrol yang tinggi. Situasi ini ditambah lagi dengan suasana peningkatan penggunaan platform atas talian yang mendorong penggunaan penghantaran produk yang tinggi dalam negara.
Dalam perkara ini, saya pernah cadangkan supaya bantuan yang lebih bersasar disalurkan kepada mereka berupa bentuk suatu subsidi petrol yang menampung meringankan beban kewangan mereka yang terpaksa dibelanjakan bagi petrol consumption. Bukan bantun tersasar seperti yang dikemukakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan pada hari itu. Oleh itu, saya mohon pandangan kementerian dalam hal ini.
Sekian, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kuala Kedah.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas peluang yang diberikan untuk saya turut sama berbahas Akta Langkah-langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019
(COVID-19)) (Pindaan) 2021, menambah RM45 bilion kepada dana tadi.
Saya secara dasarnya bersetuju dengan penambahan ini kerana kita sekarang sedang berada dalam keadaan yang luar biasa dan kita sangat perlu menyelamatkan nyawa, sangat perlu keluar daripada pandemik ini. Namun Tuan Yang di-Pertua, wang yang akan kita suntikkan ini dan yang akan kita pinjam kepada dana ini adalah merupakan wang rakyat. Ia seharusnya dibelanjakan dengan berhemah, dengan baik, dengan tepat dan dengan penuh rasa tanggungjawab. Keterkaitan ekonomi bermaksud bahawa kita bukan sahaja dapat wang tetapi kita juga membelanjakannya dengan bijak.
Saya hendak sebut tentang PKPD Tuan Yang di-Pertua. PKPD ialah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan yang kita lakukan di beberapa tempat. Kuala Kedah kena pada bulan 13 September. Tiga hari selepas PKPD Kuala Kedah, baru kita dapat SOP. Tiga hari tidak ada SOP. Maka nelayan tidak tahu mereka boleh keluar atau tidak boleh ke laut. Mereka yang keluar ke laut diberitahu, boleh tangkap ikan tetapi tidak boleh jual. Petani tidak boleh ambil hasilnya. Saya difahamkan perkara yang sama berlaku di
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Manjung, Perak juga. Di Johor kita dapat lihat, ada video tentang orang tidak dapat ambil nanas. Ini merupakan satu kerugian.
Kita perlu selamatkan nyawa tetapi tidak bolehkah kita lakukan dengan cara yang tidak mengorbankan ekonomi rakyat. Kita hendak selamatkan wang ringgit, kita hendak gunakan banyak wang tetapi kita tidak boleh bazirkan wang. Itu pembaziran dan sesuatu yang berlaku yang boleh dielakkan. Pembaziran ini boleh dielakkan. PKPD dikendalikan oleh MKN tempatan, ada pegawai daerah, ada pegawai-pegawai tempatan. PKPD boleh dilakukan dengan cara yang lebih sensitif dengan kehendak tempatan, dengan mengambil kira SOP yang diketatkan.
Saya difahamkan PKPD Kuala Kedah hari ketiga baru dapat SOP kerana menunggu tandatangan seseorang individu. Itu tidak patut berlaku Tuan Yang di-Pertua.
Saya minta supaya kerajaan menjawab tentang ini dan juga di masa hadapan, kalau diperlukan PKPD, maka ia harus dilakukan dengan penuh tanggungjawab dan tidak boleh tergantung-gantung tiga hari begitu Tuan Yang di-Pertua. Itu satu benda.
Keduanya, selepas begitu lama dikurung dan lain-lain tidak dapat jalankan perniagaan, ramai peniaga apabila mereka balik ke kedai, mereka semuanya sudah rosak dan mereka memerlukan bantuan khusus. Kalau tidak, mereka akan terus terbeban dengan hutang along dan lain-lain lagi. Ini harus dilihat sebagai bantuan khusus dalam pakej ini juga, dalam penyelamatan ekonomi rakyat.
Ketiga Tuan Yang di-Pertua, poin yang saya hendak sebutkan ialah kita juga akan memberikan dana untuk Kementerian Kesihatan. Saya ada banyak teguran tetapi dalam masa yang terhad ini, saya hendak sebut tentang kecenderungan Kementerian Kesihatan untuk tiba-tiba bersetuju dengan perkara-perkara yang mahal dan sukar. Molnupiravir, ubat baharu, ia ada peranan. Saya setuju kita beli dan kita cuba tetapi data yang diberikan itu hanyalah data di syarikat Merck.
Kita ada benda lain yang lebih murah. Saya hendak sebut bahawa yang kita tidak pedulikan langsung, vitamin C Tuan Yang di-Pertua. Kita sudah sebutkan di sini sejak tahun 2015 tetapi ada kertas-kertas saintifik yang diterbitkan dalam Journal of the American Medical Association (JAMA) dalam New England tentang memberikan vitamin C pada kadar yang tinggi, 8 gram, 6 gram sehari kepada penghidap COVID-19, kategori 1 dan kategori 2. Maka itu membuatkan mereka cepat pulih. China menggunakannya di Wuhan dan China juga membuatkan trial ataupun percubaan yang severe COVID-19, kategori 4 dan kategori 5 menggunakan IV, 24 gram China gunakan, Profesor Peng Zhiyong di Wuhan. Australia menggunakan sampai 60 gram sehari untuk rawat COVID- 19 yang teruk. Itu tak sukar.
Akan tetapi ujian dan juga cubaan untuk menggunakan vitamin C, 3 atau 4 gram sehari, 4 atau 5 gram sehari, itu murah. Sangat murah, sangat mudah dilakukan. Akan tetapi tidak dilakukan. Sedangkan ketika negara lain melakukan percubaan itu, satu unit Kementerian Kesihatan mengeluarkan pula nasihat vitamin C tidak boleh diambil lebih daripada 100 miligram sehari. Ini perkara karut Tuan Yang di-Pertua.
Saya sebutkan perkara karut kerana tidak ada sebarang good evidence, tidak ada sebarang good study, tidak ada good scientific evidence, dengan izin, tidak ada bukti saintifik yang baik mengatakan bahawa tubuh manusia tidak boleh mengambil vitamin C lebih daripada 100 miligram atau 200 miligram, tidak ada.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Yang Berhormat Kuala Kedah.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Malahan vitamin C macam air. Di China, Profesor Peng Zhiyong di dalam unitnya, mereka memberikan 24 gram bukan miligram, 24 gram sehari kepada ratusan orang...
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Yang Berhormat Kuala Kedah, boleh?
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Dan mereka ada data yang cukup baik.
Kajian menunjukkan bahawa tidak berlaku sebarang kerosakan kepada buah pinggang, jantung dan lain-lain lagi. Tidak ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta rumuskan Yang Berhormat.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Australia sampai 60 gram. Jadi benda yang mudah kita tidak berapa pandang, tidak berapa berminat tetapi bila keluar satu benda yang belum jelas, Molnupiravir, mahal. Satu orang pesakit, satu kos rawatan, RM3,000 lebih kurang. Maka kita tempah. Ya boleh ditempah tetapi kita kena tahu bahawa ia satunya yang terhad dan ia bukan untuk semua orang. Akan tetapi kenapa kita pandang sebelah mata sahaja kepada benda yang murah.
Ivermectin, sukar untuk dilakukan trial. Saya faham, dan kontroversi tetapi benda- benda yang ada asas dan di seluruh dunia telah lakukan banyak kajian dan telah tunjukkan peranan vitamin C yang boleh kita gunakan. Kita boleh buat sendiri IV vitamin C, government medical store di Petaling Jaya boleh buat, pernah buat.
Jadi maksud saya begini, kita kena berhemah dengan perbelanjaan tadi dan kita kena lakukan ujian dan kajian kita dan kita kena bijak dan kita jangan terikut-ikut sangat dengan dana dengan cara negara kaya yang tidak kisah melakukan pembaziran tetapi mereka mendapat untung kerana industri itu mereka punya.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Yang Berhormat Kuala Kedah, boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Masa sudah tamat dah. Minta maaf. Masa sudah tamat Yang Berhormat. Sudah ambil masa orang lain dah.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Jadi Tuan Yang di-Pertua, atas– Ya, maksud saya begini, saya rumuskan. Kita tambah dana, okey dan saya sokong dan saya rasa semua kita sini sokong tetapi kita juga kena pastikan dana itu dibelanjakan dengan bijak dan dengan penuh tanggungjawab. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Setiu. Saya hendak bacakan– Yang Berhormat Setiu, minta maaf sekejap, sekejap. Saya hendak bacakan senarai. Selepas Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Kangar, selepas Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Tebrau. Kemudian Yang Berhormat Kubang Pasu.
Kemudian Yang Berhormat Kuala Langat, kemudian Yang Berhormat Bandar Kuching, kemudian Yang Berhormat Kuala Krai, kemudian Yang Berhormat Lumut, kemudian Yang Berhormat Dungun, kemudian Yang Berhormat Papar, kemudian Yang Berhormat Sik, kemudian Yang Berhormat Pasir Gudang, Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Lembah Pantai, Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat Sungai Buloh.
Dipersilakan Yang Berhormat Setiu.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Tuan Yang di-Pertua.
[Membaca sepotong doa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada Setiu untuk bersama- sama membahaskan Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) (Pindaan) 2021.
Pertamanya secara asasnya Islam mengajar kita untuk sentiasa adil dalam melakukan apa sahaja terutama dalam membuat keputusan demi kebaikan rakyat.
Peruntukan tambahan ini amatlah bertepatan bukan sahaja demi membantu rakyat, malah ia jua sebagai langkah memulihkan semula ekonomi ekoran penularan wabak COVID-19.
Oleh itu saya yakin perbelanjaan tambahan tepat pada masanya. Selari dengan maksud adil yang disebut oleh Allah dalam surah An-Nahl, ayat 90. [Membaca sepotong ayat al- Quran]
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Maksudnya, “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi bantuan kepada kerabat dan Dia melarang melakukan perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepada kamu agar kamu dapat mengambil pengajaran”. Tuan Yang di-Pertua, perkara pertama yang ingin sentuh ialah berkaitan dengan skim perlindungan sosial buat golongan B40. Saya kira program ini amat penting sebagai langkah untuk meningkatkan jaringan keselamatan sosial dalam kalangan B40 terutamanya. Ketidaksamaan perlindungan sosial di Malaysia adalah disebabkan oleh beberapa faktor termasuk hasil cukai rendah dan perbezaan pendapatan menyebabkan golongan rentan tidak mampu untuk mencarum apa-apa skim perlindungan sosial mahupun untuk diri mereka ataupun keluarga mereka.
Impaknya, perlindungan sosial di Malaysia berada di tahap minimum berbanding negara berpendapatan tinggi dan berpendapatan sederhana tinggi.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Oleh itu, langkah kerajaan dengan menyalurkan RM50 untuk setiap individu B40 yang mencarum perlindungan sosial amatlah wajar bagi menerapkan asas kukuh perlindungan sosial terhadap risiko hidup utama yang boleh menimpa sesiapa sahaja.
Namun, saya mencadangkan agar kerajaan turut memperluaskan bantuan ini kepada golongan kanak-kanak. Jelas sekali perlindungan sosial kepada kanak-kanak memainkan peranan penting sebagai pelaburan meningkatkan potensi awal setiap kanak- kanak dengan menyediakan persekitaran dan keupayaan untuk menjalani kehidupan yang selesa serta keselamatan yang terjamin.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan agar diwujudkan satu sistem maklumat bersepadu perlindungan sosial negara bagi memberi manfaat jaminan sosial yang lebih cekap untuk setiap individu menyalurkan maklumat. Langkah ini memudahkan pihak kerajaan untuk menyalurkan apa-apa bantuan perlindungan dengan lebih bersasar.
Tuan Yang di-Pertua, perkara seterusnya adalah berkaitan vaksinasi kebangsaan. Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan khususnya MOSTI yang telah bertungkus-lumus dengan memastikan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mencapai 90 peratus. Tahniah diucapkan.
Namun begitu, kanak-kanak terutama golongan 12 tahun dan ke bawah juga perlu diberi perhatian dan dipastikan tidak ada golongan yang tercicir untuk mendapatkan suntikan vaksin bagi melindungi diri. Hal ini kerana, kes kematian di negara kita akibat COVID-19 turut melibatkan golongan ini. Oleh itu, saya mencadangkan agar program mobile vaksin dijalankan secara besar-besaran agar meliputi sekolah kerajaan di semua negeri tanpa ada yang tercicir.
Peruntukan wajar disalurkan kepada program ini bagi memastikan Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dapat diselesaikan dengan kadar segera sekali gus golongan ini turut terlindung daripada jangkitan COVID-19 terutamanya dalam mempersiapkan rakyat untuk menghadapi fasa endemik.
Tuan Yang di-Pertua, selain itu saya juga ingin bangkitkan berkenaan pemerkasaan ujian kendiri dalam kalangan masyarakat. Saya kira langkah ini perlu dijadikan norma baharu pada setiap individu terutama bagi mana-mana individu yang tidak boleh divaksin. Hal ini bagi mengelak berlakunya pandemik kepada mereka tidak divaksin jika mereka tidak melakukan ujian kendiri secara berkala.
Ini kerana, golongan ini berisiko mendapat komplikasi yang teruk sekiranya dijangkiti COVID-19. Selain itu, ujian kendiri ini juga penting bagi memastikan kebenaran merentas negeri yang diumumkan semalam tidak menjadi punca lonjakan kes harian akibat penularan kes positif disebabkan mereka tidak melakukan ujian kendiri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta rumuskan Yang Berhormat.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Oleh itu sejauh mana tahap persediaan negara dalam menghadapi kebarangkalian lonjakan kes harian yang tinggi akibat daripada jangkitan mereka yang tidak boleh divaksin juga setelah kebenaran rentas negeri yang diberikan.
Saya kira peruntukan khas perlu disalurkan bagi memastikan kit ujian kendiri adalah satu alat everyone must use dengan izin, Tuan Yang di-Pertua di mana bukan sahaja mampu memiliki malah jadikan keperluan wajib kepada setiap rakyat. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua ,berkenaan isu mental dalam kalangan OKU yang tidak wajar dipinggirkan. Mereka golongan first out, last in dengan izin iaitu paling awal dibuang kerja dan paling akhir diterima semula untuk bekerja turut mengalami tekanan perasaan dan masalah mental kesan pandemik COVID-19.
Justeru, saya mencadangkan agar peruntukan tambahan ini mengambil kira tambahan talian psikososial khusus untuk komuniti wajar diwujudkan di mana petugas- petugas juga wajar dilantik dalam kalangan mereka. Langkah ini mampu menggalakkan lagi golongan ini bekerja sekali gus mampu membantu menyelesaikan masalah mental OKU dengan lebih tepat.
Saya kira RUU ini sangat penting untuk dibahaskan bagi membantu rakyat kembali kepada kehidupan normal pasca-COVID-19. Oleh itu, penambahan peruntukan yang dibuat kerajaan amatlah wajar. Dengan itu, saya mohon menyokong RUU ini. Sekian Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Setiu. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kangar.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan yang saya hormati sekalian.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan kerana membawakan usul ini yang sebenarnya telah saya bangkitkan beberapa kali, sejak tahun 2018 sehingga kali terakhir semasa berdialog dengan Kementerian Kewangan dan juga semasa membahasakan RMKe-12.
Sebenarnya, saya pernah mencadangkan had syiling hutang ni dinaikkan bukan sekadar 65 peratus tetapi sehingga 70 peratus. Bukan kerana– bagi saya dalam keadaan biasa pun defisit tahunan kita ada pada kadar tiga hingga empat peratus. Jadi, dalam tempoh yang dalam dua, tiga tahun, sudah tentulah jumlah yang kita perlu membelanjakan untuk menghidupkan semula ekonomi kita perlu lebih daripada pendekatan yang biasa kita amalkan.
Ini kerana, kita sedang berada dalam krisis dan sudah tentulah apabila saya membawakan ini tentunya saya akan menyokong usul ini tetapi sudah tentu saya tidak akan memberikan cheque kosong kepada sokongan saya. Saya faham dalam usaha kita menjaga credit rating, dengan izin kita boleh mengambil pendekatan kreatif dalam aspek perakaunan. Kadang-kadang saya hairan juga bila dalam hal-hal begini kita takut rating kita jauh tetapi pendedahan seperti Pandora Papers kita buat-buat rasa tidak apa. Tidak ada rasa kebimbangan.
Namun, kita mesti ingat bahawa ia bersifat sementara dan kita tidak boleh menyapu sampah ke bawah lantai ataupun sweep rubbish under the carpet, dengan izin kerana masalah kewangan ini tetap wujud walaupun kita cuba sorokkan.
Tuan Yang di-Pertua dan juga Ahli-ahli Dewan, hari ini jika bank meluluskan saya satu pinjaman berjumlah RM10 juta saya juga boleh mengisytiharkan diri saya jutawan, tetapi hakikatnya kekal saya berhutang dan perlu membayarnya. Jika saya tidak menggandakan wang pinjaman ini melalui pelaburan yang baik, maka lambat laun saya akan terbeban dengan hutang ini.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Meskipun hari ini kita dapat menarik nafas lega sementara RUU ini akan diluluskan, kita mesti berhati-hati meraikan kononnya kerajaan hari ini banyak duit. Corak belanjawan kita kini menunjukkan pembayaran hutang kita berada pada kadar 15 hingga 20 peratus setahun. Ini bermaksud, daripada setiap RM10 yang kita kutip daripada hasil cukai RM1.50 hingga RM2 perlu kita guna untuk membayar hutang-hutang lama. Ini tentulah akan menyempitkan lagi ruang untuk kita merancang.
Justeru itu, penting untuk kita memberi perhatian teliti kepada corak belanjawan dan juga semua perancangan kita. Tadi, saya sebut kebimbangan langkah konsolidasi fiskal semakin menekan golongan rentan dalam soalan saya kepada Yang Berhormat Pasir Mas. Maka penting kita menentukan ke mana belanjawan ini perlu disalurkan.
Jangan nanti, projek-projek kerajaan, muka-muka yang sama yang dapat projek dan projek ini juga yang menjadi projek sakit, projek yang sama gagal disiapkan, tidak siap pada waktunya, meningkatkan kos dan lain-lain.
Saya ingin sebut di sini, tidak susah untuk kita menghabiskan peruntukan namun tahun demi tahun Laporan Ketua Audit Negara masih menunjukkan pelbagai bentuk belanjawan yang begitu mencengangkan. Ternampak seolah-olah kita bukan sahaja merancang perbelanjaan sekadar untuk berbelanja, bukan untuk mencapai pelbagai objektif rancangan pembangunan. Maksudnya, kita belanja ini sebab ada duit hendak belanja, tetapi kita tidak memberikan fokus kepada apa yang hendak capai daripada perbelanjaan ini.
Kita ada banyak objektif. Misalnya, membasmi kemiskinan, merapatkan jurang pembangunan antara negeri dan wilayah, meningkatkan kecekapan pengangkutan awam, mempercepatkan keseimbangan pembangunan digital, mengurangkan bil import makanan dan lain-lain. Jadi, kebanyakan perkara ini lambat dilakukan kalau kita tengok.
Jadi, apakah yang akan dilakukan oleh kerajaan untuk mempercepatkan sebab sebelum ini kita sudah ada pakej rangsangan dalam kebanyakan negeri.
Sebenarnya, pakej rangsangan ini masih belum semua dilaksanakan. Jadi, dengan pertambahan RM45 bilion ini, sudah tentulah ia akan memakan banyak birokrasi.
Jadi, apakah langkah-langkah kerajaan yang hendak lakukan kerana masa darurat kerajaan ada naikkan, runding terus boleh RM50,000. Adakah kerajaan akan meneruskan ini? Apakah penambahbaikan supaya sistem pemerolehan kerajaan ini akan menghalang ketirisan dan juga memastikan pulangan maksimum kepada perbelanjaan kerajaan?
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Yang Berhormat Kangar.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Kita mesti sedar bahawa masalah- masalah yang kita hadapi ini adalah berdasarkan acuan pembangunan yang lama. Ia mesti ditukar untuk menghasilkan perkara yang berbeza. Acuan lama inilah walaupun ada sejumlah kejayaan tertentu telah menghasilkan kesan sebaliknya ataupun dalam ekonomi kita sebut sebagai unintended consequence seperti jurang besar ekonomi rakyat dan juga antara negeri.
Jika kita meneruskan cara lama jangan terkejut jika aliran wang masih lagi akan berlegar hanya di kawasan tertentu hanya dan juga kepada segelintir kumpulan yang sama. Saya bagi 30 saat.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Saya faham tidak ada banyak masa, 10 saat sahaja. Sebut tadi tentang kepentingan untuk dana ini digunakan dengan betul. Ini berkenaan dengan pengukuhan sistem kesihatan awam. Saya dimaklumkan ada di peringkat daerah memohon daripada wakil-wakil rakyat untuk sumbangan bagi Program Vaksinasi Remaja dan juga program vaksinasi yang lain.
Jadi, mengapakah itu berlaku? Adakah kerana kurang peruntukan yang turun kepada peringkat daerah atau pun peringkat negeri untuk membantu daripada segi program vaksinasi?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat, sila teruskan.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Terima kasih. Masukkan soalan ini juga dalam perbahasan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ya.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Saya fikir inilah yang saya bangkitkan tadi. Mungkin aspek birokrasi, bagaimanakah kita kena fikirkan untuk mempercepatkan segala perbelanjaan yang kita telah luluskan? Ada dua perkara, ringkas sahaja Tuan Yang di-Pertua, yang saya hendak bangkitkan yang mana dalam RMKe-12 juga, saya ada sebutkan sedikit.
Saya mencadangkan sebahagian peruntukan ini dibelanjakan melalui kerjasama dengan kerajaan negeri. Misalnya untuk mencapai objektif membasmi dan mengurangkan bil import makanan. Jadi, kerajaan negeri sediakan tanah dan penduduk yang berminat dilatih, diberikan peralatan, modal dan diasuh dengan pengurusan projek sehingga berjaya.
Jadi, dapatlah tanah itu, dimanfaatkan untuk objektif yang khusus. Paling bagus ialah kalau kita ada pelajar-pelajar, misalnya pelajar pertanian daripada UPM. Mereka ini yang mana yang hendak bergraduat, kita beri. Ini disebabkan telah dilatih dalam bidang pertanian. Jadi, kita susun mereka supaya kemahiran mereka dan pengetahuan mereka ini dapat kita optimumkan.
Jadi , saya juga sebutkan dalam RMKe-12 ini supaya sebahagian besar perbelanjaan, diperuntukkan kepada negeri-negeri yang miskin. Jadi, barulah ini kita, saya sebut sebagai pembangunan berbalik (reverse development). Jadi, barulah kita dapat mencapai objektif mengurangkan jurang antara wilayah dan juga negeri.
Terakhir yang saya hendak sebut, kita mesti mengambil kira unjuran pertumbuhan penduduk. Kita tahu dari tahun ke tahun penduduk bertambah. Ada keperluan infrastruktur yang mendesak sebab ia mengambil masa. Misalnya, sekolah dan kemudahan jalur lebar.
Jadi, saya percaya ini semuanya ada dalam pengetahuan tetapi apabila kita hendak berbelanja, kadang-kadang oleh kerana kita ini terlalu terdesak, hendak habiskan cepat duit ini, hendak keluarkan sebelum habis hujung tahun dan sebagainya, kita terlupa.
Dalam perancangan kita, bahawa objektif-objektif inilah yang perlu kita utamakan.
Demikian sahaja perbahasan saya untuk RUU ini. Saya mohon untuk menyokong.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tebrau.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua mengizinkan saya untuk sertai perbahasan RUU ini. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sudah berusaha gigih untuk memerangi pandemik COVID-19. Banyak kos dan perbelanjaan yang masih diperlukan. Maka, saya tiada pilihan selain daripada menyokong RUU ini.
Akan tetapi saya ingin juga memberi beberapa cadangan untuk pertimbangan kerajaan untuk menambah baik kaedah-kaedah untuk membantu rakyat khususnya B40 dan juga perusahaan kecil dan sederhana yang terjejas.
Oleh disebabkan banyak aktiviti ekonomi dan sosial telah dibenarkan, banyak kekosongan pekerjaan sedang menunggu dipenuhkan dan ramai yang sebelum PKP dilaksanakan bergaji tetapi kini, telah mula berniaga atau bekerja sendiri. Maka, pelbagai Pakej Rangsangan Ekonomi termasuk bantuan PRIHATIN harus dikaji semula dan diberi fokus kepada yang harus diberikan walaupun secara amnya, saya sudi menyokong permohonan kerajaan.
Dengan itu, saya ingin mencadangkan bahawa sesiapa yang masih tidak dapat pekerjaan, harus dikaji adakah mereka tidak mahu kerja atau memilih pekerjaan. Kerajaan tidak harus memberi bantuan kepada mereka yang sudah bekerja dengan gaji tidak kurang RM1,800 sebulan atau pendapatan seisi keluarga tidak kurang daripada RM4,000 sebulan ya. Itu adalah pandangan saya.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Semua individu yang tidak berniaga, harus mendaftar dengan MYFutureJobs dan bantuan PRIHATIN disalurkan melalui PERKESO dan bukan secara automatik masuk ke dalam akaun bank mereka mengikuti kaedah sekarang. Kaedah sekarang masih diguna pakai bagi mereka yang bersara sahaja atau berstatus eKasih atau OKU.
Sesiapa yang sudah bekerja sendiri atau mula berniaga, diberi geran RM3,000 secara one-off sekiranya mereka sudah memaklumkan kepada LHDN dengan sijil pendaftaran SSM yang menunjukkan tarikh permulaan bekerja sendiri atau perniagaan.
Sesiapa yang bekerja sendiri atau berniaga sebelum PKP dan meneruskan pekerjaan sendiri atau perniagaan diberikan tambahan moratorium pinjaman bank tanpa faedah dan subsidi upah pekerja sehingga 31 Disember 2021.
Memandangkan unjuran Bank Dunia bagi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia sehingga 3.3 peratus tahun ini dan ada profesor-profesor tempatan yang memberikan pandangan yang berbeza. Unjuran mereka hanya sekadar dua peratus dan ke atas sebab penurunan sembilan peratus dalam purata gaji tahun ini dan kadar pengangguran yang tinggi bermakna pendapatan boleh guna ramai orang akan terjejas.
Tambahan lagi, simpanan isi rumah serta simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi 6.3 juta orang pemegang Akaun 1 dan 9 juta pemilik Akaun 2, telah habis.
Keadaan ini diburukkan lagi dengan kenaikan hutang isi rumah dan berakhirnya moratorium pinjaman. Maka, bantuan kerajaan harus disalurkan terus kepada pengguna bagi meningkatkan penggunaan barang (consumption of goods), dengan izin dan perkhidmatan di pasaran.
Oleh itu, selain daripada tiga jenis bantuan yang telah disebut sebelum ini, saya ingin mencadangkan juga beberapa perkara di bawah. Nombor satu, peruntukan sebanyak RM3 bagi setiap pengundi untuk setiap Ahli Parlimen untuk disalurkan kepada golongan yang memerlukan. Ini bermakna kawasan yang ada 100,000 orang pengundi akan menerima RM400,000. Jenis barangan kali ini adalah barangan lain seperti peranti pengajian, kit ujian COVID-19, bayaran bil elektrik dan air dan bayaran sewa. Amaun dihadkan kepada RM1,000 bagi setiap individu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Rumuskan Yang Berhormat.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Kedua, peruntukan ya— Beri saya 30 saat lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Peruntukan sebanyak RM3 juga, bagi setiap pengundi untuk setiap Ahli Parlimen untuk disalurkan kepada warga yang berumur 45 tahun dan ke atas yang memulakan perniagaan selepas kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19. Amaun juga dihadkan kepada RM1,000 untuk setiap individu.
Akhirnya, saya menyeru kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat untuk menyokong permohonan kerajaan untuk meningkatkan had siling KWLC kepada RM110 bilion dan had statutori hutang negara kepada 65 peratus KDNK.
Itu sahaja daripada saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kubang Pasu.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. *Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah.
[Berselawat]* Kita semua sedar bahawa dunia telah diuji ya dengan pandemik COVID-19 ini. Ia bukan sahaja memberi impak yang cukup dahsyat kepada kesihatan dan nyawa manusia tetapi juga kepada ekonomi.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Oleh sebab itulah, banyak ekonomi dunia negara-negara telah melancarkan pakej-pakej rangsangan bagi memastikan bahawa ekonomi terus bergerak, rakyat akan terus mendapat makanan dan sebagainya. Daripada pakej-pakej bantuan dan rangsangan yang telah diadakan ini, kebanyakannya menggunakan sumber daripada pinjaman ya untuk perkara ini.
Data daripada Reuters, menganggarkan hutang global telah meningkat sebanyak USD24 trilion kepada USD281 trilion atau 300.55 peratus daripada KDNK dunia sepanjang tempoh pandemik ini. Jadi, oleh sebab itulah kita pun pada hari ini, sedang berbahas tentang perkara ini, rang undang-undang ini untuk menambah siling kepada Kumpulan Wang COVID-19 dan juga peningkatan had siling hutang daripada 60 kepada 65 peratus.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Jadi Tuan Yang di-Pertua, dalam kita meminjam untuk membiayai pakej-pakej rangsangan ini dan don’t get me wrong, dengan izin, kita bersetuju dalam keadaan ini untuk— kalau kerajaan terpaksa meminjam, kita pinjam dan pastikan ia dapat kita sampaikan kepada rakyat. Jangan nanti kita pinjam tetapi kita macam teragak-agak ataupun lambat untuk mengeluarkan pinjaman ataupun bantuan kepada rakyat. Jangan pula jadi the case of too little, too late. Hendak bagi, hendak bagi tetapi apabila hendak bagi, lambat. Apabila sudah sampai, kesannya sudah teruk dan sebagainya.
Jadi, ini saya sebutkan kerana dalam satu kenyataan daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan sendiri pada 10 September. Dia kata ada lagi RM300 bilion yang masih tinggal untuk dibelanjakan kepada rakyat. Maknanya fiscal injection campur dengan yang lain-lainnya. Berbanding antara Mac 2020 hingga Jun 2021, selama 16 bulan hanya RM260 bilion sahaja dibelanjakan. Tiba-tiba tinggal lagi tidak beberapa bulan sudah ada lagi RM300 bilion. Jadi, apabila tergesa-gesa untuk memberi pinjaman, bantuan dan sebagainya, takut sasarannya tidak sampai, kesannya tidak berapa dan sebagainya.
Saya ingin sebutkan bahawa dengan— apabila kita meminjam ini, sudah tentulah ia bukan free. Kita kena bayar. Daripada soalan yang saya tanya, Kementerian Kewangan telah menjawab— saya ingat tadi sahabat saya dari Kangar juga telah menyebutkan bagi tahun 2020, kita telah membelanjakan RM34.5 bilion untuk bayaran khidmat hutang kerajaan. Bermakna RM1 hasil yang kita kutip cukai dan sebagainya, 15 sen kita gunakan untuk bayaran faedah pinjaman ini. Sudah tentulah apabila kita tingkatkan lagi siling hutang kita, maka sudah tentulah bayaran khidmat hutang kita juga akan bertambah.
Ingin saya sebutkan bahawa bayaran khidmat hutang negara kita Malaysia ini, kalau kita bandingkan dengan negara-negara yang ratingnya yang sama dengan kita, kita ini untuk makluman Fitch Ratings BBB+ stable, Standard & Poor's A minus negative outlook dan Moody's Rating A3 stable. Negara-negara yang seakan ataupun seumpama ini, ia punya bayaran khidmat hutang itu hanyalah dalam lapan sen begitu, tetapi kita sudah jadi 15 sen, double. Jadi, saya ingat apabila ini berlaku sudah tentulah keupayaan bayaran khidmat hutang kita juga akan meningkat dan ini akan memastikan bahawa setiap RM1 yang kita kutip itu, maknanya 15 sen akan pergi kepada bayaran khidmat hutang.
Jadi, untuk itu perlulah kita pastikan selepas ini bahawa untuk kita menampung ini, maka ada cukai-cukai yang perlu kita kutip dan sebagainya. Kita mengharapkan cukai- cukai baharu yang hendak diperkenalkan ialah cukai-cukai yang tidak membebankan rakyat tetapi saya rasa kita missed the boat, untuk mengenakan cukai windfall kepada syarikat yang telah membuat keuntungan yang amat besar. Syarikat-syarikat yang membuat sarung tangan contohnya. Ada satu syarikat 384 percent increase dalam keuntungannya, kita tidak kenakan. Yang Berhormat Menteri Kewangan ada sebut not for now. Kalau tidak sekarang, bila lagi? Ini bukan kita tax dia kerana kita hendak tekan dia kerana efisiennya dia, tidak!
Kebetulan berlaku pandemik, permintaan kepada rubber glove ini tinggi dan mereka mendapat keuntungan sampai 384 peratus peningkatan. Sepatutnya kita ambil.
Hendak bagi kepada siapa? Bagi kepada rakyat. Sepatutnya ini kita pertimbangkan— we missed the boat. Saya harap ini tidak akan berlaku lagi kerana ia akan menyebabkan satu
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
sumber yang sepatutnya kita gunakan untuk kita kembalikan kepada rakyat itu dapat diperkenalkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Masa sudah habis.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Tuan Yang di- Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Saya landing sekarang ini, sementara kita boleh menyokong untuk tambahan kepada Kumpulan Wang COVID-19 dan juga peningkatan kepada— padan rasa penat, tidak buka mask.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ya.
Seorang Ahli
Start balik.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Start balik boleh?
Jadi, dengan kita — we don’t mind. Insya-Allah, tidak apa.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sudah terlepas.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Akan tetapi pastikan bahawa setiap ringgit yang dibelanjakan itu sampai kepada sasarannya dan dapat memastikan bahawa mereka yang terkesan dapat kita keluarkan daripada keadaan yang mendesak ini. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Kuala Langat.
Dato' Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam sejahtera dan salam hormat. Mula-mula saya hendak katakan saya sokong penuh untuk rang undang-undang ini yang telah dibentangkan oleh kementerian dan juga untuk physical injection sampai RM45 bilion untuk kita atasi masalah COVID-19 dan sebagainya dalam negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, soalan saya ialah, adakah kita dengan RM45 bilion akan bagi tumpuan kepada the informal sector ataupun pekerja-pekerja yang tidak ada safety net? Oleh sebab saya tengok dalam perbahasan yang akan diberi ialah Bantuan Prihatin Rakyat, Bantuan Khas COVID-19, Bantuan Kehilangan Pekerjaan, Jaringan Prihatin dan juga Geran Khas Prihatin ini, adakah kumpulan-kumpulan ini termasuk sektor informal ataupun orang-orang yang kerja setiap hari ataupun yang tidak ada SafetyNet?
Saya harap pihak kerajaan akan beri tumpuan kepada informal sector ini untuk pastikan bahawa mereka boleh dapat RM1,000 sekeluarga untuk at least, tiga bulan yang akan datang. Oleh sebab saya ingat dengan COVID-19 yang kita telah hadapi ini luar biasa, satu-satu yang kita tidak disengajakan sebab— ini pun kita telah belanja along the way dengan macam mana kita hendak atasi masalah ini.
This is the new norm, tetapi saya ingat kita tidak nampak kehairanannya dalam tahun ini sebab saya baca bahawa, a bit of normal see, kita akan tengok ialah akhir tahun 2023 sahaja. So, we have to wait till 2023 untuk lihat macam mana kita kena kembali balik kepada satu sistem yang kita tahu sebelum ini.
Oleh sebab itu saya minta kerajaan di mana-mana perbelanjaan yang kita akan lakukan pada masa depan yang akan datang. Kita kena pastikan bahawa perbelanjaan itu pergi terus kepada orang yang terlibat. Saya kata ini sebab saya tahu, apabila saya tanya soalan kepada MOF, bahawa mereka katakan 35 peratus dari M40 telah jatuh kepada B40.
That is about 600,000 families yang ada. Saya tidak tahu berapa dari T20 masuk kepada M40 juga. adalah dalam Dewan ini juga beberapa orang pemimpin katakan it is
Dato' Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
no more B40. It is now B70, B60 bukan M40 lagi, ia sudah jadi M20 dan sebagainya.
Memang, saya faham ini berlaku di bawah tetapi kita kena bagi perhatian kepada ekonomi negara kita dan macam mana kita hendak kembali balik.
Satu caranya ialah untuk pump priming the economy. Kita kena— apa pun, like English saying goes because we are the beg, borrow and steal, untuk dua tahun ini, untuk pastikan bahawa ekonomi kita kukuh. Oleh sebab itu kita kena pinjam dan pinjaman ini saya tahu, walaupun sakit tetapi that ratio GDP, kita hendak naikkan dari 60 peratus kepada 65 persen. Saya setuju sebab dalam tempoh dua tahun ini, kita kena buat apa juga untuk pastikan bahawa ekonomi kita kukuh dan pekerja-pekerja kita dalam semua sektor will hold on to your job dan bukan mereka hilang.
Masalah sekarang Tuan Yang di-Pertua ialah dengan kehilangan pekerjaan dan juga apabila gaji-gaji mereka diturunkan kepada 40 peratus, adapun yang 70 peratus diturunkan, mereka ada masalah untuk membuat pembayaran. Ini saya minta kerajaan untuk ambil tindakan-tindakan sewajarnya dan juga untuk support this sector of people untuk mereka kembali balik kepada satu taraf yang kita boleh jamin untuk mereka dalam kedudukan yang baik.
Dato' Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
Tuan Yang di-Pertua, untuk kita jaga ekonomi negara kita dan pastikan di dalam masa depan negara kita akan maju, meritokrasi itu penting di dalam negara kita.
Meritokrasi ini bukan sahaja untuk kalangan pendidikan dan sebagainya tetapi meritokrasi penting untuk kerajaan juga. We thought meritocracy in this country is doomed. We have to make sure that we have meritocracy untuk kita jamin masa depan negara kita. Put the right people in the right place in order to do the work and get their KPIs. If not, sack them.
Saya minta kerajaan untuk pastikan bahawa ini boleh dilakukan untuk masa depan negara kita. Dengan itu saya sokong penuh kepada RUU ini. Sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Bandar Kuching.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk membahaskan rang undang-undang ini. Saya sendiri menyokong suntikan RM45 bilion kerana pandemik telah menunjukkan keperluan untuk berbelanja secara expansionary bukan sahaja untuk membantu meningkatkan sistem kesihatan awam kita dan juga membantu rakyat yang memang sangat tertekan semasa pandemik ini, dengan izin there would not be any economic recovery without health protection.
Akan tetapi saya ingin ingatkan agar kerajaan membelanjakan peruntukan ini di tempat yang betul, spesifik, efisien dan juga efektif. Oleh itu saya ingin bagi sedikit cadangan di mana saya rasa suntikan tersebut haruslah dibelanjakan terutamanya untuk meningkatkan kapasiti dan memperkukuhkan sistem kesihatan awam negara kita terutamanya dalam isu FTTIS.
Jadi pertama untuk kenal pasti (find), kerajaan haruslah menggunakan suntikan tersebut untuk meningkatkan kapasiti Hotspot Identification for Dynamic Engagement System (HIDE) untuk membuat ramalan atas satu lokasi yang berpotensi menjadi titik panas penularan COVID-19 ini dengan lebih tepat. Maka selepas buat ramalan tersebut, kita boleh buat satu intervention supaya tidak ada penularan yang sangat cepat.
Kedua, kita kena perluaskan ujian saringan (test) dan satu ujian saringan kebangsaan (National Test Strategy) haruslah diwujudkan terutamanya apabila kita hendak transisi daripada pandemik ke endemik COVID-19. Bagi saya, untuk menjayakan satu national testing strategy ada dua perkara kita perlu buat:
(i) kita perlukan harga test kit kendiri tersebut kalau boleh lebih rendah daripada RM10 dan;
(ii) kita kena memberikan insentif kepada rakyat, seperti yang saya cadangkan dalam perbahasan dahulu, kita kena beri satu rebat
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
kepada mereka untuk melaporkan keputusan test kendiri tersebut mungkin dalam MySejahtera.
Ketiga, ia harus dibelanjakan untuk menambah baik sistem pengesanan atau pengesanan kontak rapat penularan COVID-19. Sebenarnya dengan ini integrasi teknologi sangat-sangat penting sama ada menggunakan teknologi Bluetooth dan sebagainya, suntikan kewangan haruslah digunakan untuk menambah baik.
Keempat, pengasingan. Kita kena memperkemaskan SOP pemantauan kendiri di rumah bagi mengurangkan risiko bring in dead (BID). Kita juga kena memperkasakan proses pemantauan dan pengawasan pesakit secara maya, dengan izin virtual CAC mungkin dengan kerjasama pihak swasta, GP, swasta dan sebagainya. Kita kena satu home surveillence programme yang sangat terperinci untuk memastikan semua mendapat sokongan yang sepatutnya.
Selain itu, kita juga haruslah menyediakan fasiliti pengangkutan bagi proses pergerakan pesakit. Mungkin ambulans yang lebih dan van-van yang lebih supaya jika memang ada simptom yang tenat, mereka boleh dibawa ke PKRC ataupun hospital dengan lebih cepat tanpa menunggu masa yang sangat lama.
Yang terakhir, sokongan. Kita kena memperkukuhkan sokongan dalam pelbagai aspek yang sedia ada. Kerajaan haruslah membekalkan oxymeter, test kendiri, termometer, mas muka terutamanya kepada golongan B40 atau B60. Kerajaan juga haruslah menyediakan sokongan fiskal kepada mereka mungkin ada yang kehilangan kerja, kena kuarantin kendiri di rumah, tidak ada kerja. Kita kena bantu kerana ini satu isu yang besar. Ini kerana ada kait rapat dengan kesihatan mental mereka juga.
Ini suatu isu yang sangat penting bagi saya, kita kenalah memperuntukkan satu significant amount pada kesihatan mental terutamanya untuk frontliners kita. Sebabnya dalam dua hari ini saya terbaca satu berita di mana kita tahu frontliners kita ada tekanan yang berat, ada tekanan yang besar disebabkan oleh pandemik ini.
Malah ada doktor– saya membaca satu surat mengatakan doktor frontliners tersebut berkata sebenarnya kami berharap untuk mendapat COVID-19 supaya kami ada 14 hari untuk rehat. Bagi saya, my heart broke apabila saya membaca ini, ini satu isu yang sangat serius dan kita haruslah memperuntukkan sejumlah wang bukan sahaja untuk memperkasakan sistem kesihatan mental kita tetapi untuk menggaji lebih psychiatrists, clinical psychologist dan lain-lain.
Selain itu kita harulah menambah katil unit rawatan rapi (ICU) di setiap hospital besar sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang peningkatan mendadak pesakit baharu COVID-19. Ini juga merangkumi satu strategi untuk membina ICU ataupun hospital medan. Satu bajet juga harulah diwujudkan, saya cadangkan hampir RM250 juta diperuntukkan untuk kita panggil decant patient daripada hospital besar, hospital kerajaan kepada hospital swasta jika ada keperluan terutamanya jika ada pertambahan pesakit secara mendadak.
Jadi, saya rumuskan yang ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Rumuskan Yang Berhormat.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Saya mengesyorkan agar saya harap bajet akan datang, saya harap perbelanjaan dan peruntukan untuk sistem, untuk health budget kita akan ditambahkan sehingga empat peratus ke KDNK negara kita.
Sekarang lebih kurang dua peratus. Sebenarnya syor WHO adalah tujuh peratus tetapi saya harap pandemik ini adalah satu pengajaran kepada kita untuk berbelanja, untuk invest dalam sistem kesihatan kita. Saya rumuskan last three points. Bagi saya untuk memastikan transisi daripada pandemik kepada endemik, kita haruslah tidak mengabaikan isu kesihatan dan tiga syor yang terakhir:
(i) pendekatan tindakan melalui digitalisasi yang menitikberatkan faktor masa sebenar (speed scale equity);
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
(ii) integrasi Program Vaksinasi COVID-19 di seluruh kemudahan rawatan kesihatan yang ada dan yang terakhir; dan
(iii) kerjasama awam-swasta yang lebih efektif dan penjagaan kesihatan primary.
Dengan itu saya mohon menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kuala Krai, diikuti oleh Yang Berhormat Lumut, kemudian Yang Berhormat Dungun. Sila Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu*h. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kesempatan dan peluang kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian dalam perbahasan Akta Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) (Pindaan) 2021.
Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan khususnya kerana telah hampir berjaya membawa negara ini keluar daripada pandemik. Semalam negara kita telah mencapai 90 peratus penduduk dewasa yang telah mengambil suntikan vaksin. Ternyata kejayaan ini menunjukkan kerajaan hari ini adalah kerajaan yang sangat bertanggungjawab dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan Keluarga Malaysia kembali dapat menjalani kehidupan seperti mana sebelum pandemik ini menyerang kita.
Insya-Allah, cahaya di hujung terowong semakin terang dan kita teruskan berdoa agar negara kita akan pulih secepatnya dan dalam masa yang sama ekonomi kita kembali pulih dan melonjak semula untuk kebaikan seluruh warga negara kita. Saya tertarik dengan persetujuan awal untuk menyokong sepertimana yang diumumkan oleh kawan- kawan sebelah sana dalam ucapan mereka tadi, ternyata ini adalah satu kepentingan bersama untuk negara kita yang tercinta.
Tuan Yang di-Pertua, isu yang berkaitan dengan penyampaian bantuan. Perlu diberikan perhatian oleh pihak kerajaan agar pelbagai tabung yang diwujudkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat khususnya oleh mereka yang terkesan dengan COVID-19. Dalam isu berkaitan bantuan khas hilang pendapatan dan bantuan khas pengurusan kematian, saya difahamkan bahawa Agensi Pengurusan Bencana Negara
(NADMA) telah meluluskan kepada 18,000 lebih pemohon bantuan khas hilang pendapatan dan hanya kepada lebih 4,200 orang waris telah menerima bantuan khas pengurusan kematian.
Berkaitan dengan bantuan khas hilang pendapatan, melihat kepada data iaitu 18,000 lebih yang mendapat bantuan ini, ini bermakna ramai lagi di luar sana yang tidak memohon ataupun permohonan mereka tidak diluluskan ataupun tidak diproses. Begitu juga dengan bantuan khas pengurusan kematian. Terdapat lebih 4,000 sahaja pemohon dan kelulusan yang telah diberikan. Saya difahamkan ada permohonan yang telah dibuat tetapi ada juga bayaran yang dibuat agak lambat, mungkin mengambil masa dan pihak kerajaan perlu meletakkan SOP nya, KPI nya berapa lama kah tempoh untuk bayaran ini dibuat kepada mereka yang terkesan ini.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Saya berpandangan ia terjadi mungkin kerana rakyat di bawah sana tidak mendapat maklumat berkaitan perkara ini dan tidak mengetahui cara untuk memohon dan sebagainya. Oleh itu, kerajaan perlu meningkatkan penyampaian kepada seluruh rakyat Malaysia yang layak agar mengambil peluang yang ditawarkan oleh kerajaan dan perlu mengadakan penyelarasan silang kementerian atau silang agensi bagi memastikan birokrasi dapat diatasi dan rakyat di bawah sana dapat menerima manfaatnya. Adalah menjadi kerugian seandainya perkara ini tidak dapat mencapai sasaran terutama kepada
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
golongan yang terkesan dan terkena COVID-19 ini, lebih-lebih lagi keluarga yang kehilangan orang yang tersayang akibat COVID-19.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk membangkitkan isu bantuan kepada sekolah agama rakyat, pondok dan juga tahfiz.
Apakah halangan pihak kerajaan untuk mengumumkan bajet khas kepada pusat pengajian Islam melalui tabung ini? Ini kerana mereka juga amat terkesan dengan COVID- 19 ini.
Pengumuman bantuan pihak kerajaan amat penting pada waktu ini bagi membolehkan mereka memulakan sesi pengajian setelah pelbagai kebenaran telah diberikan bermula hari ini dan sesi persekolahan juga telah bermula secara berperingkat.
Jika kerajaan tidak bersetuju dengan jumlah RM100 juta sebagaimana yang diumumkan sebelum daripada ini, mungkin boleh tambah. Saya cadangkan RM200 juta ataupun lebih lagi kerana ini adalah masa yang sesuai untuk pusat-pusat pengajian Islam ini dapat memulakan operasi mereka.
Isu seterusnya ialah saya ingin juga mencadangkan agar pihak kerajaan dapat memperuntukkan kepada agensi pelancongan bagi mereka memulakan operasi setelah hampir dua tahun perniagaan mereka terpaksa ditutup. Dengan kebenaran merentas negeri bermula hari ini, saya yakin pusat-pusat pelancongan dalam negeri akan pecah panggung termasuk di Kelantan.
Dalam kawasan saya sendiri, fenomena Train to Dabong mendapat sambutan yang amat luar biasa. Saya mencadangkan agar pihak kementerian memperuntukkan kepada Kementerian Pengangkutan melalui KTMB dapat menaik taraf stesen kereta api Dabong termasuk membina bumbung dan menyediakan fasiliti lain bagi memberi keselesaan kepada pengunjung.
Kemudahan-kemudahan seperti ini dapat merancakkan ekonomi setempat dan memberi peluang perniagaan kepada penduduk agar ekonomi dapat kembali pulih.
Banyak aktiviti sampingan yang dapat dimanfaatkan oleh rakyat dengan pembukaan pelbagai sektor termasuk penjajanya, peniaga kecil, penjual goreng pisang, pengusaha Grab car ataupun kereta sapu dan lain-lain lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Rumuskan Yang Berhormat.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Ya Tuan Yang di-Pertua.
Sebelum berakhir saya ingin melontarkan beberapa soalan untuk dijawab oleh pihak kementerian. Pertama ialah dengan peningkatan had statutori hutang ini, adakah nisbah bayaran khidmat hutang (DAC) kepada hasil pada ketika ini berada pada tahap mampan?
Kedua, adakah penarafan kredit negara akan terjejas dengan peningkatan siling ini.
Ketiga, adakah kecairan pasaran mencukupi bagi menampung pinjaman tambahan ini.
Dengan ini Kuala Krai menyokong pindaan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Lumut.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kali ini kita mendengar sekali lagi rang undang-undang untuk meningkatkan had statutori hutang kita. Sebelum ini dalam tempoh dua tahun ini daripada 55 percent kepada 60 percent dan hari ini kepada 65 percent.
Soalan saya yang ringkas ialah, apakah kenaikan ini juga hanya kenaikan sementara dan kita akan cuba untuk mengatasi masalah ini dan kembali kepada satu had yang lebih munasabah iaitu 60 percent atau lebih rendah pada masa akan datang. Kalau ya, bila kita akan sampai ke tahap yang asal itu kerana kita rasa had yang tinggi ini akan mendedahkan kita kepada masalah pembayaran balik.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Saya juga hendak bertanya kepada kementerian dan kerajaan, apakah langkah- langkah segera yang akan diambil untuk memastikan hutang-hutang kita ini terbayar dan dapat kita mengekalkan kita punya sovereign dalam hal ini di kalangan negara seluruh dunia.
Seterusnya kita bersetuju bahawa ini adalah langkah-langkah untuk mengawal masalah yang terkesan daripada pandemik COVID-19. Cuma yang saya hendak sebut di sini antara sektor yang sangat terjejas ialah sektor SME, small and medium-sized enterprises. Apabila PKP dibatalkan, kita boleh bergerak antara negeri dan antara industri yang akan meningkat naik ialah industri pelancongan. Kita pun sudah mendengar pergerakan rakyat kita ke destinasi-destinasi yang baharu ini.
Ertinya kita perlu menyokong supaya industri SME ini yang mengendalikan usaha-usaha di sektor-sektor yang akan berkembang laju ini yang disebut oleh Yang Berhormat Kuala Krai pecah panggung ini mesti dibantu. Akan tetapi yang disediakan ialah hanya RM1 bilion tambahan kepada lebih kurang hampir satu juta syarikat-syarikat kecil yang berdaftar dengan pendaftar syarikat.
Jadi berapa sangat yang mereka boleh dapat untuk memulakan semula aktiviti- aktiviti perniagaan mereka. Jadi saya rasa RM1 bilion untuk sejumlah syarikat ini memang tidak akan cukup sedangkan SME ini menanggung ataupun mengambil pekerja-pekerja yang walaupun tidak ramai tetapi adalah juga menyumbang empat, lima kali daripada jumlah syarikat itu sendiri. Ertinya kalau kita membantu SME ini, kita sebenarnya membantu ramai di antara rakyat kita.
Seterusnya yang saya ingin sebut dengan ringkas ialah mengenai butiran yang disebut salah satu butiran iaitu butiran 8 untuk membantu jaringan sosial mereka yang terkesan oleh kerana pandemik ini. Saya mengharapkan subsidi-subsidi ini betul-betul digunakan untuk membantu mangsa-mangsa dari sudut penyediaan bakul-bakul makanan seperti disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi dan juga klinik-klinik bergerak tetapi janganlah peruntukan ini digunakan untuk perkara-perkara yang di luar. Contohnya memberi subsidi harga minyak masak yang sememangnya sudah ada dalam aktiviti- aktiviti bajet yang sedia ada.
Jadi ini mesti ditumpukan kerana kita khuatir kadang-kadang wang ini akan disalah salurkan. Kita bersetuju sangat tentang subsidi upah yang diberikan di butiran 1 yang diberikan lonjakan RM12.7 bilion dan ini mesti dikawal oleh kerajaan dan juga dikaji, dimonitor oleh kerajaan. Ini kerana kita masih mendengar syarikat-syarikat yang menerima subsidi upah ini tidak memperturunkannya kepada pekerja malah masih ada pekerja-pekerja yang dipotong gajinya atau yang hilang pekerjaannya walaupun syarikat- syarikat mereka telah diberikan bantuan untuk subsidi upah ini.
Ini kita harapkan tidak ada berlaku penyelewengan oleh mana-mana pihak. Begitu juga dalam hal kita hendak menjaga keselamatan rakyat kita. Kita menjalankan program vaksinasi. Kita tidak mewajibkannya tetapi sangat dicadangkan kepada seluruh rakyat dan mereka ini diberikan insentif untuk mengambil vaksin dan hari ini apabila kita hendak bergerak ke seluruh negara syaratnya ialah dua dos vaksin.
Kita mendengar rungutan daripada rakyat. Saya memang bersetuju langkah- langkah mempromosikan vaksin ini, menggalakkannya, mengintensifkannya. Namun ada yang tidak bersetuju apabila halangan-halangan kepada pergerakan mereka, hak asasi mereka dikenakan walaupun tidak berkaitan dengan vaksin tetapi oleh sebab mereka tidak mengambil vaksin, mereka dihalang.
Saya rasa kerajaan mesti memberi penjelasan supaya mereka yang tidak mengambil vaksin ini memahami kenapa kita berbuat demikian. Kalau tidak kita akan mendapat satu reaksi bangkangan yang boleh juga menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat. Jadi ini the onus is on the government to explain to the people dengan izin, supaya tidak timbul kekeliruan-kekeliruan ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Dungun.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Allah berfirman...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak malu untuk membuat contoh perumpamaan nyamuk dan yang lebih kecil daripadanya”. Awal ayat 26, surah Al-Baqarah.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, ayat ini mengingatkan kita tentang kecilnya nyamuk tetapi membawa penyakit yang sangat berbahaya iaitu denggi dan malaria. Apatah lagi yang lebih kecil daripadanya iaitu virus COVID-19 yang kita tidak lihat tetapi nyata kesannya membawa kematian.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Oleh itu, marilah kita mengambil iktibar daripada pandemik COVID-19 ini supaya meletakkan diri kita sebagai insan yang lemah dengan kita merendah diri dan meraikan pendapat-pendapat orang lain.
Saya ingin untuk kita melihat supaya tidak menghina orang lain sepertimana yang telah berlaku ketika mana dituduh masyarakat Dungun dan rakyat Dungun sebagai konservatif. Oleh itu, saya harap kita semua menyedari bahawa orang yang hina sahajalah menghina orang lain. Penting bagi kita ambil ingatan tentang pandemik COVID-19 ini.
Tuan Yang di-Pertua, dalam ucapan perbahasan ringkas ini, saya ingin untuk dinyatakan tentang projek berskala kecil iaitu pindaan kali ini menyaksikan dengan kenaikan sebanyak 50 peratus kepada RM6 bilion. Jumlah peningkatan ini memang jelas naik mendadak. Namun, bagi pindaan kali ini, tidak dinyatakan secara jelas apakah jenis- jenis projek berskala kecil yang dinyatakan secara terperinci ini. Saya mohon dinyatakan projek-projek berskala kecil yang dimaksudkan dalam butiran ini bagi menjustifikasikan jumlah peruntukan ini yang naik sehingga 50 peratus. Pohon penjelasan kementerian.
Pohon juga kepada kementerian untuk membuat penilaian secara menyeluruh dari semasa ke semasa dalam semua pakej rangsangan atau pemulihan ekonomi negara dalam membantu keperluan rakyat bagi memastikan keberkesanan objektif bantuan- bantuan ini benar-benar tercapai.
Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, struktur fiskal yang berdaya tahan dalam rang undang-undang ini akan melibatkan implikasi kewangan kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan sebanyak RM45 bilion ke RM110 bilion. Oleh itu, saya menyeru memastikan struktur fiskal negara kita berdaya tahan atau resilient, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kerana jumlah hutang negara kita akan bertambah dengan perbelanjaan wang tambahan.
Tuan Yang di-Pertua, saya berharap kerajaan dapat memastikan usaha-usaha bagi menambahkan pendapatan negara dapat dilipat gandakan memandangkan kita sudah bersedia masuk ke arah endemik dan hampir semua sektor ekonomi sudah dibuka pada waktu ini. Oleh itu, hendaklah dipastikan bahawa setelah mencapai kedudukan kewangan seperti mana yang boleh dibuat jangkaan, maka hendaklah saluran-saluran kepentingan bantuan kepada rakyat dipulihkan dengan sebenarnya mengikut corak penyampaian yang dikehendaki.
Daripada Program Subsidi Upah, insentif pengekalan pekerjaan dan pengambilan pekerja dan bantuan latihan, kemudian berkait dengan bantuan-bantuan yang bukan sahaja melibatkan projek berskala kecil, Geran Prihatin Khas dan lain-lain, pinjaman mikro kredit dan lain-lain yang melibatkan kepentingan rakyat mestilah sampai kepada rakyat.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri akan menjawab pada pukul 4 petang. Jadi daripada sekarang sehingga pukul 4, saya hendak memanggil Ahli- ahli Yang Berhormat dari Dungun, kemudian Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Pasir Gudang dan mungkin yang terakhir Yang Berhormat Baling.
Mereka yang lain boleh berbahas dan bangkit di peringkat jawatankuasa.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Papar.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Tuan Yang di-Pertua, tahun lalu, kita telah menambah sebanyak RM20 bilion, manakala hari ini tambahan sebanyak RM45 bilion lagi. Ini merupakan satu jumlah yang besar. Saya memahami akan keperluan untuk kita memulihkan serta menyelamatkan ekonomi negara. Akan tetapi, perbelanjaan yang besar ini perlu dipastikan tidak tersasar dan ketirisan tidak berlaku.
Saya ingin dapatkan penjelasan, pertama, berkenaan dengan Program Subsidi Upah, insentif pengekalan pekerjaan dan pengambilan pekerja serta bantuan latihan yang menerima tambahan sebanyak RM12.7 bilion.
Soalan saya. Saya mahukan pecahan peruntukan bagi program-program tersebut. Kedua, sejak program ini dilaksanakan, berapakah jumlah pekerja yang dikekalkan tanpa pendapatan mereka terjejas? Ketiga, berapakah pula jumlah peluang pekerjaan yang dapat dijana dan adakah daripada syarikat-syarikat yang dibantu?
Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan untuk program latihan dan agensi-agensi yang terlibat? Berapakah peruntukan yang diberikan kepada MEDAC untuk pembelajaran kursus dan sijil percuma yang diperkenalkan pada tahun lalu, pencapaiannya serta adakah ia akan disambung?
Kedua, Bantuan Prihatin Nasional yang ditambah sebanyak RM15.8 bilion bersamaan dengan 63 tambahan daripada jumlah asal. Soalan saya ialah adakah peningkatan yang ketara ini menggambarkan situasi sebenar rakyat Malaysia yang terjejas? Berapa peratuskah mereka yang dahulunya T20 dan M40 yang telah dikategorikan B40? Berapa pula anggaran pengurangan kutipan cukai pendapatan untuk tahun 2021? Ketiga, pecahan umur dan negeri penerima Bantuan Prihatin Nasional.
Tuan Yang di-Pertua, Geran Prihatin PKS telah ditingkatkan kepada 1.5 kali ganda iaitu sebanyak RM2.4 bilion kepada RM6 bilion. Soalan saya ialah mengapakah berlakunya peningkatan sebesar ini? Adakah ini kerana kerajaan telah melonggarkan syarat-syarat permohonan ataupun permohonan yang meningkat dengan mendadak?
Kedua, bagaimanakah kerajaan ingin memastikan geran ini tidak disalahgunakan dan hanya mereka yang layak sahaja yang akan diberi bantuan?
Tuan Yang di-Pertua, keempat, projek berskala kecil ditingkatkan daripada RM4 bilion kepada RM6 bilion. Soalan saya. Berapakah kementerian atau agensi yang terlibat di dalam projek berskala kecil ini dan jenis-jenis projeknya? Daripada jumlah tersebut, berapakah yang diperuntukkan untuk Sabah?
Kelima ialah berkenaan dengan kenaikan sebanyak 100 peratus peruntukan bagi pinjaman mikro kredit daripada RM1 bilion kepada RM2 bilion. Soalan saya. Mengapakah pinjaman yang sebelum ini di bawah BSN dan TEKUN Nasional dipotong di dalam pindaan rang undang-undang ini? Daripada jumlah RM1 bilion itu, sebelum peruntukan ini, berapakah jumlah pinjaman yang telah diluluskan dan sektor apakah yang terlibat? Soalan saya lagi ialah apakah agensi-agensi yang akan mengambil alih peranan bagi memberikan pinjaman selepas ini?
Tuan Yang di-Pertua, soalan yang keenam adalah peruntukan sebanyak RM5 bilion yang sebelum ini dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan bagi perbelanjaan berkaitan COVID-19 telah ditingkatkan hampir sekali ganda iaitu kepada RM9 bilion.
Soalan saya ialah apakah perbelanjaan yang terlibat dan pecahannya?
Terakhir, Tuan Yang di-Pertua, adalah berkenaan dengan sokongan bantuan sosial untuk golongan mudah terjejas yang mana peningkatan peruntukan yang paling besar dalam rang undang-undang ini. Hampir sebanyak RM6 bilion peruntukan baharu disediakan. Saya mohon penjelasan, apakah bentuk bantuan yang akan diberikan?
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Agensi manakah yang terlibat dan siapakah golongan yang dimaksudkan mudah terjejas ini?
Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menyeru kepada kerajaan untuk memudahkan menangani segala masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat semasa COVID-19 ini. Kami di Sabah banyak bandar bah terkesan. Naik sedikitlah. Saya bercakap fasal bahasa kami sedikit. Jadi, kami banyak terkesan. Dari itu, kami ingin memohon kepada kerajaan supaya kita ini yang bergelar Keluarga Malaysia benar-benar Keluarga Malaysia dan bukannya keluarga MoU. Maksudnya, jangan pula fasal kami tidak menandatangani MoU, tidak ada pula peruntukan untuk rakyat di kawasan kami. Perlu diingat, yang terkesan adalah rakyat dan rakyat adalah penentu kepada kerajaan.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Ini juga sejajar dengan apa yang telah dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, “yang menang tidak menang semua, yang kalah tidak kalah semuanya”. Terima kasih banyak-banyak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Papar. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya bersama untuk memberi pandangan dan mengangkat beberapa persoalan dalam kita meminda Akta Langkah-langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan
(Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) ini. Sudah pastilah rangka besar pindaan kita ini dalam aspek pemulihan ekonomi dan meningkatkan taraf kesihatan rakyat sangat penting disampaikan segala peruntukan ini ke peringkat bawah sehinggalah rakyat merasai bagaimana prihatinnya kerajaan untuk memulihkan keadaan rakyat dan negara kita.
Pertama, saya ingin membangkitkan berkaitan dengan isu graduan kita, khususnya sebahagian besar graduan kita yang masih lagi belum memperoleh pekerjaan akibat keadaan ekonomi yang lembap. Sudah pastilah bagaimana kerajaan melihat untuk menggalakkan penggunaan aplikasi dalam talian bagi pembangunan usahawan techno ini terutamanya di kalangan graduan belia ini. Ketika mana hari ini teknologi-teknologi termasuk drone, internet of things, sensor dalam pertanian dan juga dalam perladangan dapat membantu menarik minat golongan graduan kita untuk menceburi bidang pertanian dengan lebih dekat.
Kedua, berkaitan dengan institusi keluarga. Kita sedia maklum ketika mana pandemik ini dilaporkan, jumlah peningkatan yang sangat tinggi kes-kes penceraian dan juga keganasan rumah tangga. Bagaimana kerajaan melihat dalam peruntukan kita ini untuk memberi insentif kepada pasangan-pasangan bagi melihat ataupun menyatakan rumah tangga yang lebih baik di kalangan khususnya mereka yang akan melangsungkan perkahwinan, memulakan kehidupan baru.
Begitu juga dalam bantuan awal perniagaan kepada usahawan-usahawan wanita, ibu-ibu tunggal yang juga terkesan apabila sebahagian mereka tidak dapat meneruskan perniagaan ketika mana berlaku pandemik ini. Sudah pastilah kerajaan perlu melihat dengan lebih terperinci dengan kementerian-kementerian yang berkaitan untuk membantu mereka ini usahawan-usahawan desa, usahawan-usahawan yang terlibat langsung dengan perniagaan di pasar malam, di pekan sehari dan sebagainya.
Seterusnya, begitu juga dengan usahawan keseluruhannya. Bagaimana kerajaan melihat pembentukan polisi bagi memantau dan menyelaras pengendali aplikasi online yang mengaut keuntungan dengan sewenang-wenangnya melalui kenaikan caj perkhidmatan harga dari kedai-kedai pembekal. Ini yang dirungut oleh usahawan- usahawan kita yang terlibat dengan aplikasi jualan online ini. Mereka telah pun sangat terkesan apabila syarikat-syarikat pengendali ini secara tidak langsung cuba menekan mereka atas keperluan yang sangat tinggi, pengguna yang menggunakan aplikasi online ini.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Begitu juga yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, di sektor kesihatan. Bagaimana kerajaan melihat selain daripada kita dapat melaksanakan Program Vaksinasi Kebangsaan yang sangat berjaya, kerajaan juga perlu melihat bagaimana untuk mempertingkatkan keupayaan infra di hospital-hospital dan juga di klinik-klinik kita. Ketika mana kita sedia maklum ketika pada satu waktu kita berhadapan dengan penggunaan kapasiti di wad ICU, di hospital-hospital yang sangat tinggi. Begitu juga daripada segi sumber manusia di kalangan pegawai-pegawai kesihatan kita.
Seterusnya juga berkaitan dengan saya ingin bertanya bagaimana dalam program vaksinasi, mereka yang bukan warganegara yang belum di vaksin yang mereka bersedia untuk membayar kos vaksinasi ini termasuk di kalangan majoriti yang profesional dan mereka bersedia untuk membayar. Adakah ini munasabah untuk kita menekan caj kepada mereka?
Begitu jugalah yang dilaporkan bagaimana ramainya peningkatan rakyat kita daripada M20 kepada B40. Contoh yang kita lihat, pekerja-pekerja kita yang berulang-alik ke Singapura sebelum ini sebanyak 400,000 setiap hari. Yang naik motor berulang-alik sebanyak 160,000 kumpulan ini yang banyak terjejas. Bagaimana kerajaan dapat melihat dan membantu mereka kerana mereka menghadapi situasi yang sukar, hilang pekerjaan, komitmen yang tinggi daripada segi pinjaman rumah, kereta dan sebagainya. Adakah juga kita akan melihat secara terperinci apa yang sedang dirasai oleh rakyat di bawah sana?
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk bersama menyokong. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Sik. Saya ingin memanggil Yang Berhormat Pasir Gudang, nampak tidak ada.
Saya akan terus panggil Yang Berhormat yang terakhir Yang Berhormat Baling, dipersilakan Yang Berhormat Baling.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Baling untuk sama-sama bahaskan perkara tambahan siling ke RM110 bilion. Saya tertarik, sebenarnya banyak point rakan- rakan dah bawa tetapi saya tertarik berkaitan dengan Program Subsidi Upah dan Insentif Kerajaan ini.
Saya ingin mengesyorkan kepada Kementerian Kewangan, alhamdulillah insya- Allah kalau diluluskan semua selepas ini, semua pakat sokong, pastikan tiada ketirisan seperti ramai Yang Berhormat yang telah menyebutkan tadi. Untuk makluman, di luar sana hampir kesemua syarikat yang saya kenali, mereka mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana mereka dapat bantuan untuk mereka membayar gaji iaitu subsidi upah dan insentif pekerjaan memang sebenarnya meringankan beban mereka. Jadi saya lihat di sini, hampir satu kali ganda iaitu RM24.9 bilion ditambah. Jadi saya harap perkara ini dapat dilaksanakan.
Saya juga ingin bertanya berkaitan dengan apakah cara kaedah bantuan yang diberikan khususnya kepada pinjaman mikro kredit dengan geran prihatin PKS ini tadi kerana kami di Baling ramai yang berniaga di pasar malam dan pasar pagi. Inilah selain daripada penoreh getah, kalau cerita fasal B40 ini, kami di Baling hampir 85 peratus B40.
Jadi saya harap kaedah masih lagi ada red tape Yang Berhormat Menteri, masih lagi ada red tape dalam konteks pemberian bantuan khususnya dalam konteks mikro kredit.
Jadi saya harap perkara ini dapat kita teliti kerana hari ini selepas pandemik dah jadi endemik. Alhamdulillah selepas endemik mungkin tiada lagi tetapi endemik inilah masa pemulihan untuk khususnya peniaga-peniaga kecil. Macam rakan saya dari Sik menyebutkan, kami lawan Baling kata sebalaslah. Abang Mat tahulah, sebalas itu maknanya sama-samalah kami di Baling dan Sik ini. Jadi kita peniaga kecil, pasar malam dan ramai peniaga siang hari yang bersandarkan harapan yang begitu tinggi dengan bantuan ini tadi.
Jadi saya harap Program Subsidi Mikro Kredit dan Geran Prihatin PKS ini dapat benar-benar sampai ke peringkat akar umbi seperti Yang Amat Berhormat Bera
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
menyebutkan Keluarga Malaysia. Kerajaan Keluarga Malaysia ini semestinya insya-Allah akan mendengar denyutan nadi rakyat di setiap peringkat bandar mahupun di kawasan luar bandar. Saya dengar rakan-rakan dari Sabah mengeluh, Sarawak mengeluh, saya ucapkan insya-Allah kami luluskan, saya doakan agar kementerian Yang Berhormat Menteri Kewangan diberikan taufik dan hidayah untuk memastikan pengagihan ini berjalan dengan lancar, dengan sebaik-baik yang mungkin, tiada ketirisan dan untuk kita mengagihkan.
Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya ada tiga persoalan dalam perbahasan berkaitan dengan rang undang-undang ini. Saya hendak tanya pertama sekali, adakah had statutori 65 peratus KDNK memadai untuk menanggung keperluan perbelanjaan kerajaan? Satu.
Keduanya, adakah kerajaan telah melanggar had statutori hutang 60 peratus KDNK?
Ketiga, adakah had statutori 65 peratus KDNK mempunyai tempoh kuat kuasa seperti Akta 830 yang akan berakhir pada 31 Disember 2022? Jika ya, adakah statutori akan kembali kepada 55 peratus KDNK pada tahun 2023?
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Ini tiga persoalan yang saya hendak bangkitkan. Sekali lagi saya harap bajet yang dipohon pada kali ini untuk mencapai RM110 bilion ini memadai cukup untuk kementerian Yang Berhormat untuk mengagihkan pada waktu masa endemik ini dilaksanakan.
[Dato’ Sri Azalina Othman Said (Pengerang) **mempengerusikan Mesyuarat****] Sekali lagi saya dan rakan-rakan lain insya-Allah kami akan memberikan sokongan penuh insya-Allah. Sekali lagi saya mendoakan agar semua kakitangan Kementerian Kesihatan diberikan taufik dan hidayah untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab ini untuk melaksanakan tugas dengan lebih baik, telus, teliti agar seluruh masyarakat rakyat negara tercinta ini mendapat manfaat dengan kelulusan rang undang- undang ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Kementerian Kewangan yang bentangkan pada petang ini, terima kasih.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum. Perbahasan tamat, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab, 30 minit. Silakan.
Menteri Kewangan - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan
(Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) (Pindaan) 2021. Tidak kurang daripada 30 Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan membahaskan isu- isu berkaitan dengan RUU ini, terima kasih.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan ke atas cadangan dan pandangan syor dan rujukan serta idea dan teguran yang telah diberi. Saya akan menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat susulan perbahasan yang telah berlangsung.
Tuan Yang di-Pertua, isu pertama ialah isu meningkatkan siling Kumpulan Wang COVID-19. Saya menerima baik sokongan yang diberikan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Shah Alam, dan Yang Berhormat Parit Buntar untuk
Menteri Kewangan - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
meningkatkan perbelanjaan di bawah Kumpulan Wang COVID-19 serta had siling statutory. Saya bersetuju dengan saranan Yang Berhormat Kuala Selangor supaya dasar fiskal perlu menyokong pemulihan ekonomi yang dirancang untuk tahun 2022. Dengan itu, Kementerian Kewangan berhasrat untuk meneruskan pendirian dasar fiskal mengembang dengan izin expansionary fiscal stunt.
Ini jelas ternyata dengan langkah kerajaan untuk meningkatkan had siling Kumpulan Wang COVID-19 daripada RM656 bilion kepada RM110 bilion. Penambahan sebanyak RM45 bilion ini akan diutamakan bagi memastikan kesejahteraan rakyat terjamin serta kelangsungan perniagaan terus disokong untuk merancakkan aktiviti ekonomi tahun depan yang akan terus dipacu oleh pembukaan ekonomi secara menyeluruh sebelum hujung tahun ini. So, terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor.
Yang Berhormat Kuala Selangor juga mencadangkan suntikan fiskal oleh kerajaan ditingkatkan lagi. Namun seperti yang dibahaskan oleh Yang Berhormat Pasir Mas dan juga Yang Berhormat Kangar, kerajaan perlu mengambil pendekatan yang bertanggungjawab dan berhemat dengan melaksanakan peningkatan perbelanjaan secara sementara untuk menangani krisis COVID-19. Dengan itu RUU ini mempunyai tempoh terhad dan hanya berkuat kuasa sehingga hujung 2022. Selaras dengan pendirian yang bertanggungjawab kerajaan tidak bercadang meningkatkan had statutory lebih daripada 65 peratus seperti yang dibentangkan pada hari ini.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kubang Pasu, perbelanjaan kepada hutang yang hampir mencecah 18 peratus daripada hasil. Sudah naik Yang Berhormat Kubang Pasu daripada 15 peratus akan mencecah 18 peratus. Tahap ini memang melebihi had 15 peratus daripada hasil yang telah lama diamalkan secara pentadbiran. Di samping itu, pelaksanaan langkah konsolidasi fiskal disertai kutipan hasil yang lebih baik pascakrisis dijangka akan dapat mengurangkan paras hutang. Ada cadangan-cadangan juga bagaimana hendak menaikkan hasil tadi daripada beberapa Yang Berhormat di sini, terima kasih. Kita ada belanjawan ataupun Bajet 2022 yang akan dibentangkan pada 29 Oktober ini. Sesetengah cadangan itu kita terima baik dan kita akan perhalusi. Cadangan mengenai hendak menaikkan hasil. Akan tetapi, yang Lumut pun ada mengatakan bagaimana kita hendak mengimbangi hutang kita dengan hasil.
Terima kasih juga Yang Berhormat Baling yang bertanya sama ada kita akan menaikkan hutang ini daripada 65 peratus kepada 70 peratus atau ke atas. Pada masa ini kita rasa sudah cukup, untuk kita menaikkan dulu had hutang ini daripada 60 peratus kepada 65 peratus. Kerajaan memanglah mengutamakan kebajikan rakyat. Dengan itu, pertambahan terbesar daripada RM45 bilion adalah untuk bantuan Prihatin Rakyat dan bantuan sosial. Ini pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Port Dickson supaya fokus diberi kepada golongan B40. Memang peruntukan yang banyak juga diberi kepada golongan ini. Di samping itu tambahan subsidi upah dan...
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
[Bangun]
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Last sentence – insentif pengajian walaupun akan dibayar kepada majikan akhirnya akan tertumpu untuk mengekalkan dan menambah peluang pekerjaan untuk rakyat. Yang Berhormat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Satu daripada yang rakyat sudi bayar kepada kerajaan ialah levi atas pekerja-pekerja asing yang hendak membuat pemutihan. Akan tetapi, Kementerian Dalam Negeri langsung tidak melaksanakan tanggungjawab sejak 1 Julai. Oleh sebab itu, kekurangan pekerja asing kutipan daripada kelapa sawit ini sudah dianggarkan menurun RM20 bilion dan kutipan cukai kerajaan RM2 bilion. Ini wang yang boleh diterima tanpa membebankan rakyat.
Adakah kerajaan akan memastikan Kementerian Dalam Negeri dan juga Kementerian Sumber Manusia segera melaksanakan tanggungjawab mereka supaya kutipan yang senang dapat ini boleh diraikan oleh kerajaan.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tidak sempat hendak berbahas tadi sebab ringkas sahaja.
Berkenaan dengan bantuan PRIHATIN. Sebelum ini saya ada mendapat aduan terutama
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
bagi sesetengah keluarga yang sebelum ini duit itu diberi kepada isteri. Akan tetapi, apabila berlaku penceraian, terutama dalam keadaan macam certain Indian families dengan izin dia tidak ada sijil perkahwinan, because of various issues. Akan tetapi, kali ini diberi kepada suami.
Maka isteri yang selama ini dapat, walaupun sudah bercerai, tetapi dia sudah tidak dapat. Maksudnya boleh tidak Yang Berhormat Menteri mungkin maklumkan kepada kami siapa pegawai yang boleh kami bawa perkara-perkara ini supaya dapat diselesaikan. Ini kerana, banyak aduan yang kami terima seperti ini. Mohon pertimbangan.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri, kalau oleh sedikit sahaja Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri.
Mungkin Yang Berhormat Menteri boleh membuat sedikit penjelasan kerana tidak sangat ada clarity kejelasan itu yang dimaksudkan dengan langkah sementara. Apakah kita akan kembali kepada 60 percent statutory limit hadnya after certain time dan tarikh yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri? Ataukah bagaimana untuk kita pastikan benar-benar kita akan there will be prudent spending, preduciary punya responsibility segala tanggungjawab kewangan itu. Boleh dapat sedikit penjelasan kerana ada yang mempertikaikan. Apa sebenar-benarnya yang akan berlaku kemudian. Terima kasih.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Menteri, boleh tidak menjawab tiga soalan, sebab ramai yang berdiri. You answer these three first.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Okey, saya jawab tiga soalan.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Tiga ini dahulu.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Tiga ini dulu. Selepas itu saya jawab...
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Then you continue. Siapa hendak then they can stand up and ask.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Okey, terima kasih.
Terima kasih Yang Berhormat tadi bertanya mengenai levi. Saya hendak maklumkan kerajaan telah mengemukakan sebenarnya untuk membenarkan pekerja asing baharu masuk dan telah kita umumkan baharu-baharu ini sektor perladangan bagi memastikan kelangsungan sektor perladangan tersebut. Pada masa yang sama akan membantu kutipan hasil yang berkaitan, kerajaan juga akan mengkaji bagaimana hendak mengawal risiko COVID-19 yang diimport dalam usaha untuk membenarkan pekerja asing sektor lain. Kita akan bincang lagi dengan Kementerian Sumber Manusia cadangan yang dibuat tadi, bersama sama dengan Kementerian Dalam Negeri Yang Berhormat. Akan tetapi, kita telah memulakan, dengan izin kita starting toallow sektor perladangan untuk masuk.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Maksud saya ini untuk pemutihan hendak dijalankan sejak 1 Julai ini langsung website tidak berfungsi. Pemutihan PATI, pekerja tanpa izin dalam negara kita ini haruslah dibuat dengan segera sementara kita menunggu pekerja asing dari luar negara, terima kasih.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Soalan daripada Yang Berhormat Lembah Pantai saya akan perhalusi. Ini satu information yang baharu untuk saya. Saya akan check dengan pegawai-pegawai saya mengenai isu di mana suami isteri yang telah bercerai tidak mendapat, seorang sahaja yang mendapatkan?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Dia sama macam orang yang tidak patut terima, dia yang terima. Jadi macam mana kita hendak pastikan dia sampai ke kumpulan yang kita sasarkan. Terima kasih.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Isu ini saya akan bawa ke MOF Yang Berhormat.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Mengenai Yang Berhormat Kuala Selangor, soalan yang ditujukan ialah mengenai adakah ini sementara ataupun bukan, had limit itu. Seperti yang saya sebut tadi Rang Undang-undang Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) (Pindaan) 2021 ini adalah sampai akhir tahun 2022. Akan tetapi, jika perlu dinaikkan ataupun perlu ditetapkan semula pada kadar 65 peratus ini boleh dilakukan melalui perintah ataupun melalui gazet oleh Menteri Kewangan.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Apakah maksud Yang Berhormat Menteri kita automatically? Because if this time bound, bila sampai waktunya itu kita trigger back to 60 peratus...
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Ya.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
...KDNK Yang Berhormat Menteri? Apakah itu juga maksudnya? Atau option-nya.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Okey, mungkin boleh beri penerangan di sini. Kalau kita lihat Akta 830, akta ini ia akan tamat pada 31 Disember.
Maka tempoh kuasa had hutang itu iaitu yang 65 peratus ini akan tamat pada masa yang sama. Oleh itu had statutori hutang akan kembali dikuatkuasakan melalui P.U. (A) 241/2009 berdasarkan Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983.
Jadi dalam hal ini, mengambil kira keperluan ini seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor kalau kita perlu melanjutkan tempoh ini had hutang statutori ini akan dikekalkan pada 65 peratus bagi memberi ruang untuk memulihkan ekonomi kembali. Peningkatan had statutori yang baharu ini boleh dibuat melalui satu perintah yang baharu melalui Akta 830, tidak perlu untuk kembali di sini Yang Berhormat.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan Bantuan Prihatin – Jelutong ya. Tadi perkara yang dibangkitkan, yang dijawab oleh Yang Berhormat Menteri dibangkitkan oleh Yang Berhormat Port Dickson ketika saya berbahas. Yang Berhormat Menteri juga mendengar bahawa Yang Berhormat Port Dickson berpendapat bahawa bantuan-bantuan yang diberi ini perlu sampai kepada sasaran. Saya telah menyatakan memang kita ikhlas memberi sokongan mengenai RUU tetapi aduan saya adalah bahawa dana yang digunakan telah disalurkan kepada parti politik tertentu dan saya telah memberi kesimpulan di mana RM3 juta telah diberikan kepada Setiausaha Agung MIC, Datuk M. Asojan untuk memberi bakul makanan. Walhal Ahli-ahli Parlimen di sebelah sini hanya mendapat 200 bakul sahaja.
Jadi apakah mekanisme yang akan digunakan untuk pastikan bahawa dana ini sebenarnya akan sampai kepada sasaran dan tidak akan di-hijack oleh parti-parti politik seperti MIC. Apakah mekanisme atau langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian untuk memastikan bahawa rakyat, umpamanya rakyat India yang betul-betul memerlukan bantuan menerima bantuan tersebut. Terima kasih.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong, terima kasih keprihatinan Yang Berhormat Jelutong mengenai Program Bakul Makanan. Pada bulan Januari 2021 di bawah Pakej PERMAI, kerajaan telah menyalurkan RM50 juta seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Jelutong bagi melaksanakan Program Bakul Makanan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bersama juga dengan Yayasan Kebajikan Negara (YKN). Program ini telah memberi manfaat kepada 500,000 orang di seluruh negara.
Selanjutnya pada bulan Jun 2021 Yang Berhormat, di bawah Pakej PEMULIH untuk bakul makanan, kerajaan telah bersetuju untuk peruntukkan lagi RM300,000 bagi setiap Ahli Parlimen dengan kadar yang sama. Inisiatif ini juga melibatkan peruntukan lebih kurang RM66.6 juta. Lanjutan daripada itu, kerajaan juga telah bersetuju supaya program ini dipanjangkan juga kepada Ahli Dewan Negara dengan peruntukan sebanyak RM19.5 juta.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Saya telah menerima Yang Berhormat, pelbagai maklum balas positif berhubung dengan pelaksanaan Program Bakul Makanan melalui Ahli Parlimen di mana ramai yang telah kerahkan sukarelawan untuk mengagihkan bantuan tersebut. Dengan itu saya akan pertimbangkan, Kementerian Kewangan akan pertimbangkan bagaimana kita boleh melibatkanlah Ahli Parlimen pula untuk program pada tahun 2022 Yang Berhormat.
Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan
Yang Berhormat Menteri sedikit boleh?
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebagai selaku bekas ketua bank, pengurus bank, top banker, kini dengan pembentangan akta ini sebenarnya jumlah hutang dan liabiliti Kerajaan Persekutuan seperti yang difahami oleh Yang Berhormat Menteri sendiri akan mencecah RM1.3 trilion. Dengan kata lain setiap anak Malaysia terpaksa menanggung hampir RM40,000 hutang kerajaan.
Adakah kementerian mempunyai satu roadmap supaya dalam tempoh jangka masa pertengahan ataupun panjang bukan sahaja hutang ini tidak akan terus menggunung sebaliknya kita ada program dan rancangan untuk mengurangkan hutang negara secara berskala. Ini supaya kejadian seperti tahun lepas apabila Fitch Ratings telah pun downgrade kredit rating negara dalam tempoh 17 tahun buat pertama kali kredit rating kita di-downgrade tidak akan berulang lagi. Saya mengharap kerajaan berikan satu jawapan supaya masa depan anak-anak kita tidak tergadai atas hutang yang semakin menjadi beban cukup berat. Terima kasih.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Yang Berhormat Teluk Intan. Ya, benar sehingga akhir Ogos 2021 paras hutang statutori ini naik sampai 59.2 peratus KDNK menghampiri had 60 peratus KDNK. Selepas kalau kita mengambil kira anggaran pinjaman, hendak membiayai keperluan perbelanjaan pembangunan dan juga KWC ini, ia akan melebihi had statutori 60 peratus pada bulan ini sebenarnya, pada akhir bulan ini ataupun pada Oktober 2021.
Untuk tahun 2021 tadi Yang Berhormat Kubang Pasu ada menyebut juga, beliau mengatakan sekitar 15 peratus tetapi ia pada tahun ini debt-service coverage ratio (DSCR) berjumlah RM39 bilion ataupun 18 peratus. Jadi untuk tahun 2022, tahun depan dijangka debt-service coverage ratio ini dengan izin, dianggarkan mencecah RM43.1 bilion. Seperti disebut sekali oleh beberapa Ahli Yang Berhormat di sini, setiap RM1 hasil, 18 sen kena bayar hutang interest, ia bukan hutang prinsipal. Jadi kita ada diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Rancangan Malaysia Ke-12 supaya defisit kita diturunkan pada tahun 2025 kepada lingkungan tiga hingga 3.5 peratus. Inilah our mid- term plan dalam lima tahun ini.
Ini kerana disebut oleh Yang Berhormat Kuala Selangor tadi juga, kita tidak boleh tiba-tiba shut the engine down-lah. Kita kena slowly and gradually mid back out target out of three to 3.5 percent. Ini melalui medium term fiscal framework dan juga dengan akta dalam bahasa Inggeris Fiscal Responsibility Act, Akta Tanggungjawab Fiskal.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Celahan Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua minta izin?
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Yang Berhormat Menteri. Sekejap lagi kita akan sama-sama undi untuk menyokong rang undang-undang ini yang hendak naikkan kadar perbelanjaan RM45 bilion menjadikan total RM110 bilion. Jadi Yang Berhormat Menteri kena sabar sikit kalau kita tanya soalan- soalan ini. Saya percaya Yang Berhormat Menteri boleh menjawab.
Saya Yang Berhormat Menteri, saya perhatikan ketika RM45 bilion ini kita bentang untuk lulus, ada empat latar belakang. Pertama, sejumlah besar M40 sekarang jatuh dalam B40. Jadi kita pun keluarkan term baharu B60. Itu senario pertama dekat luar sana.
Kedua, saving untuk kelompok ini B40 ini jatuh dan keadaan menjadi semakin teruk kerana pendapatan terjejas teruk, saving.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Ketiga, pandemik COVID ini mendedahkan kelemahan structure yang serius.
Kalau SME kelihatannya sangat fragile bahkan broken down under a savior economic condition. Keempat, masyarakat kita hakikatnya sangat bergantung kepada fizikal mobiliti, ekonominya itu. Jadi bila kita impose PKP, maka dia memberikan kesan yang besar. Apa yang saya hendak bangkitkan Yang Berhormat Menteri, boleh tidak syarahkan sikit. Bila kita luluskan RM45 bilion, Yang Berhormat Menteri akan gunakan untuk Program Subsidi Upah, Bantuan Prihatin, projek berskala kecil dan Geran Khas Prihatin PKS.
Bagaimanakah ia boleh sedikit sebanyak meredakan empat keadaan yang saya sebutkan tadi? Ataupun secara khusus Yang Berhormat Menteri, apakah kerajaan ada ura-ura hendak buat semacam SME ini ya. Entiti macam kita pernah ada Danaharta satu ketika dulu, ketika krisis ekonomi tetapi khusus untuk SME yang sekarang bergelut.
Terima kasih.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Yang Berhormat. Saya setuju dengan apa yang telah dirumuskan oleh Yang Berhormat mengenai kesan-kesan yang dihadapi oleh golongan B40 atau sekarang ada sampai B50 hingga B60. Apabila kita lihat juga kepada PKS-PKS yang terkesan terutamanya sektor- sektor yang paling terkesanlah seperti sektor pelancongan, peruncitan dan juga PKS-PKS mikro. Di sini kerajaan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat tadi telah membuat peruntukan yang banyak untuk Program Subsidi Upah.
Di sini kalau tidak silap saya tadi pun kalau kita lihat permintaan untuk ditambahkan lagi Program Subsidi Upah dan insentif pekerjaan naik sampai RM31 bilion.
Ini sedikit sebanyak dapat membantulah. Akan tetapi kita tahu kesannya ekonominya amatlah teruk dan ini hanyalah sekadar untuk menolong bagi mereka yang terkesan.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Bantuan Prihatin Nasional juga dan juga Geran Khas Prihatin juga telah diperuntukkan di mana GKP ini telah dapat dimanfaatkan lebih kurang satu juta PKS mikro yang jumlah RM6.08 bilion.
Jadi mengenai soalan Yang Berhormat tadi sama ada kita akan menubuhkan sebuah institusi atau agensi seperti dana harta pada masa ini kita tidak ada perancangan kerana yang diperlukan ialah modal kerja, yang diperlukan ialah pinjaman, yang diperlukan ialah ekuiti di mana kita di Kementerian Kewangan bersama-sama dengan kementerian-kementerian yang berkaitan insya-Allah di dalam Bajet 2022 akan memperincikan dan memperhalusi bagaimana bantuan yang patut kita beri buat masa ini untuk PKS-PKS ini terutamanya apabila ekonomi kita telah mula dibuka.
Sebagai contoh semasa industri pelancongan masih lagi belum buka terutamanya sebelum merentas negeri, kita ada memberi dana lebih kurang RM1 bilion tetapi dana ini tidak digunakan kerana industri itu tidak boleh beroperasi. Sekarang mereka sudah boleh beroperasi tetapi dana yang diperlukan bukan sahaja dana dari segi pinjaman tetapi dari segi ekuiti to restart, to jump start dan juga dana dari segi working capital, modal kerja dan juga dana untuk seperti guarantee. Itulah salah satu antara cadangan yang kita sendiri telah bincangkan sebenarnya, Yang Berhormat.
Insya-Allah kita akan memberi sedikit lebih perincian mengenai ini dalam masa yang terdekat, Yang Berhormat.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Minta pencerahan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.
Saya hendak ucapkan terima kasih kerana telah pun bersetuju untuk menaikkan dana COVID-19 sebanyak RM45 bilion tetapi sungguhpun kita mengalu-alukan kenaikan ini demi membantu rakyat dan menyemarakkan mata pencarian, dari segi pecahan penggunaannya saya rasa tidak seperti mana yang dibincangkan.
Oleh kerana kami pun telah mengesyorkan dan ini kami rasa telah dipersetujui bahawa RM30 bilion daripada RM45 bilion akan digunakan untuk membantu perniagaan-
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
perniagaan khususnya PKS kerana penting ialah untuk membuat suntikan dana secara langsung sebelum akhir tahun. Saya harap bahawa sungguhpun Yang Berhormat telah berikan pecahan tadi tetapi nampaknya tidak selari dengan apa yang dibincangkan iaitu RM30 bilion hanya yang itu untuk kesihatan itu memang seperti yang ada muafakat itulah itu RM4 bilion.
Akan tetapi yang lain-lain saya harap bolehlah dirundingkan lagi kerana ia lari daripada apa yang kita bincangkan kerana yang penting untuk RM45 bilion selain daripada membantu PKS, penting untuk menyelamatkan pekerjaan dan juga PKS kerana kita tahu apabila mereka gulung tikar tidak mungkin mereka akan hidup kembali. So, itulah sebabnya direct injection secara fizikal ini amat perlu.
Di samping itu juga untuk bantuan mewujudkan pekerjaan dan lain-lain. So, saya harap perkara ini dapatlah dirundingkan kerana kalau tidak hanya menaikkan itu bumbung atau siling dana tetapi penggunaannya dianggap dengan izin terpesong. Saya rasa ia amat dikesalilah dan tidak selari dengan apa yang kita bersetuju dalam MoU. Saya harap Yang Berhormat Menteri boleh pertimbangkannya.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih, Yang Berhormat Bagan. Saya ingin bercakap sedikitlah mengenai MoU ini. Kita telah berbincang dari persefahaman saya kita telah bersetuju untuk menolong PKS, PKS mikro, golongan B40 dalam peruntukan yang diumumkan hari ini, RM45 bilion. Tadi semasa Yang Berhormat Port Dickson mencelah Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Port Dickson telah mengatakan semua RM45 bilion ini mesti diberikan kepada golongan B40, tidak konsisten dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bagan.
Akan tetapi tidak apa, yang pentingnya kita akan memperuntukkan Yang Berhormat RM30 bilion itu tetapi bukan sahaja dalam KWC tetapi juga dalam Bajet 2022 kerana kita setuju golongan PKS, golongan PKS mikro memang perlu dapatkan bantuan terutamanya bila kita start back ataupun jump start the economy. Jadi Yang Berhormat saya memberi komitmen dari Kementerian Kewangan kita akan menolong golongan PKS ini kerana pecahan RM45 bilion ini terpaksa dipecahkan juga kepada golongan B40, M40 dan juga seperti yang dipersetujui RM4 bilion kita naikkan untuk Kementerian Kesihatan, Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Memang kami bersetuju kerana itu merangkumi B40 seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tetapi kita harap ia diberikan secara dalam bentuk geran dan PKS ini seperti Yang Berhormat sebut, mereka perlukan start-up kalau tidak mereka tidak boleh survive sudah. So, kita harap boleh berikan dalam bentuk subsidi sewa, subsidi utiliti selain daripada subsidi upah dan juga geran secara langsung. Harap diperluaskan macam RM3,000 untuk mikro kredit ia terlalu kecil, too narrow arrange kalau diperluaskan untuk merangkumi lebih banyak itu PKS.
Satu lagi ialah seperti mana kita sebut dan pernah bincangkan itu selain daripada perkara ini ialah kita harap Yang Berhormat Menteri kita memohon jasa baik Yang Berhormat Menteri untuk meminta satu siasatan ke atas Kertas Pandora kerana kita ada perkara yang penting janganlah kita dialihkan perhatian oleh satu skandal berkaitan dengan aliran luar negeri, biar itu Bank Negara buat siasatan itu dan saya rasa kita akan tahu apakah kedudukan sebenarnya. Terima kasih.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih, Yang Berhormat. Mungkin saya jawab soalan yang terakhir tadi kerana telah dibangkitkan juga oleh Yang Berhormat Port Dickson dengan Speaker tadi. Dia suruh Tuan Yang di-Pertua jadi peguam.
Di sini, saya ingin bagi sedikit maklumanlah mengenai ini kerana isu ini asyik dibangkitkan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pemantauan yang berterusan terhadap sebarang aktiviti akaun luar pesisiran ataupun offshore account ini kalau ada yang mencurigakan sentiasa dibuat oleh agensi penguat kuasa undang-undang dan juga agensi pengawal selia Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti-aktiviti Haram ataupun Tuan Yang di- Pertua, commonly known as AMLA.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Ini merangkumi Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan juga Lembaga Hasil Dalam Negeri, jadi kalau ada apa-apa isu yang timbul inilah agensi-agensi yang bertanggungjawab. Jadi kalau ada perkara yang perlu disiasat seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Bagan, Bank Negara Malaysia sebagai pihak berkuasa berwibawa atau dengan izin, competent authority di bawah AMLA sentiasa bersedia bekerjasama dan memanjangkan sokongan kepada agensi-agensi tersebut.
Institusi-institusi pelapor Yang Berhormat adalah disenaraikan dalam Jadual Pertama AMLA, ini termasuklah institusi pelapor yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia, Labuan FSA dan Suruhanjaya Sekuriti. Mereka perlu mematuhi AML ataupun CFT sebagai obligasi pelaporan. Ini termasuk menjalankan proses ketekunan wajar pelanggan ataupun dengan izin customer due diligent dan memfailkan Suspicious Transaction Report (STR) ataupun Cash Threshold Report (CTR) apabila terdapat beberapa tanda yang mencurigakan dalam transaksi kewangan.
Ini satu something yang Yang Berhormat Bagan very aware of semasa menjadi Menteri Kewangan. Jadi selain itu Yang Berhormat Bagan sebagai mantan Menteri Kewangan tahu bahawa makluman kewangan juga diterima melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui mekanisme Automatic Exchange of Information (AEOI) dari luar negara. Ini termasuklah BVI, Hong Kong dan Singapura melalui mekanisme pertukaran maklumat berkaitan percukaian sama ada di bawah perjanjian pengelakan percukaian dua kali atau double tax avoidance agreement dengan 74 negara dan juga perjanjian di bawah Mutual Administrative Assistance in Tax Matters menerusi common reporting standard. Jadi maklumat kewangan yang diperolehi merangkumi butir-butir dengan izin, depository account, custodial account, investment entities dan cash value and annuity insurance contract. So, ingin saya tekankan bahawa kerajaan mengalu-alukan laporan orang ramai termasuk tadi Yang Berhormat Port Dickson kata dia ada laporan sekiranya terdapat maklumat bahawa seseorang individu ataupun entiti mungkin terlibat dengan pengubahan wang haram, aktiviti pembiayaan keganasan dan penjanaan pendapatan ataupun hasil daripada aktiviti haram, Yang Berhormat.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Yang Berhormat Menteri, minta pencerahan dari Bukit Bendera. Yang Berhormat Menteri, berkenaan dengan RUU ini memperuntukkan RM45 bilion dan saya ingin mendapat pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri kerana nominal GDP pada tahun 2020, RM1.42 trilion dengan tambahan five percent increase of had hutang statutory, ruang fiskal yang dibenarkan melalui lima peratus ini, berapakah mengikut kiraan nominal GDP lebih kurang RM70 bilion. Saya ingin mendapat pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri melalui RUU ini dengan increase of five percent berapakah ruang fiskal yang perkembangannya sampai berapa boleh kita untuk dapat hutang.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Kedua yang saya ingin bangkitkan tentang PENJANA *Tourism Financing.
Performance* yang amat lemah kerana mengikut LAKSANA report bahawa peratus kegunaan dana tersebut — kalau mengikut kiraan saya ia memperuntukkan RM1 bilion untuk PENJANA Tourism Financing (PTF) tetapi hanya RM6.69 juta dibenarkan.
Performance ini hanya 6.7 peratus sahaja.So, minta— saya tidak ada peluang untuk bahas di bahagian dasar. Minta Menteri untuk jelaskan PENJANA Tourism Financing.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih, untuk PENJANA Tourism Financing saya sudah sebut tadi masa Yang Berhormat Saifuddin mengatakan — saya bagi contoh, satu contoh itu ialah dana PENJANA Tourism Financing di mana penggunaannya tidaklah begitu memberangsangkan kerana semasa dana itu diumumkan sektor pelancongan masih lagi tutup.
Jadi keperluan pengusaha-pengusaha sektor pelancongan pada masa itu bukan berbentuk pinjaman tetapi sekarang apabila kita telah membuka semula rentas negeri lebih ramai rakyat Malaysia terutamanya pelancong-pelancong domestik akan pergi kepada destinasi-destinasi pelancongan tempatan dan insya-Allah kita akan lihat lebih banyak akan menggunakan dana ini. Akan tetapi saya setuju kita akan memantau
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
keadaan industri ini dan pada masa yang sama memberi perhatian kepada pertolongan yang diperlukan bukan sahaja dari segi pinjaman tetapi seperti yang disebut oleh Ahli-ahli Yang Berhormat tadi dari segi ekuiti, dari segi modal kerja dan sebagainya.
Mengenai isu yang dibangkitkan pertama tadi mengenai ekonomi. Walaupun berdasarkan tambahan perbelanjaan yang dirancang dalam RUU ini tahap hutang statutori akan mencecah 60 peratus seperti yang saya umumkan tadi bagi tahun ini tetapi diunjurkan akan masih kekal di bawah 65 peratus kalau kita luluskan penambahan RM45 bilion ini sehingga tahun 2022.
Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan
Yang Berhormat boleh izin sedikit.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Silakan.
Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan
Berkenaan dengan jawapan Yang Berhormat tentang keberkesanan perbelanjaan duit kerajaan. Mengikut laporan Ketua Audit Negara di mana saya bagi contoh Rancangan Malaysia Ke-11 banyak projek sebenarnya — projek yang telah dilengkapkan hanya 46 peratus tetapi duit telah habis 94 peratus. Saya bagi contoh seperti di Perak telah diperuntukkan RM8.63 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-11, money spent project not completed. Sebenarnya ini merupakan masalah yang berulang kali telah pun berlaku. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kementerian untuk memastikan due diligence internal audit dijalankan secara bersekala?
Memastikan duit itu memang kena pada tempatnya, tidak ada ketirisan, tidak ada pembaziran dan efektif, berkesan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih, Yang Berhormat Teluk Intan. Saya dalam ucapan bacaan kedua tadi memang mengakui ada, kita ada menerima teguran dan ada cadangan-cadangan untuk penambahbaikan. Ini kerana kita agak transparent dalam laporan LAKSANA mingguan kita. Tadi ada Yang Berhormat quote the laporan LAKSANA mengenai setengah dana-dana. Jadi di sini agensi LAKSANA dan juga agensi-agensi kementerian akan membuat pemantauan tetapi yang penting bukan sahaja penyaluran tetapi the outcome, keberhasilan seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Teluk Intan.Inilah objektif kita sebenarnya RM45 bilion ini akan dipantau dengan lebih baik dan juga ada memorandum persefahaman, ada pemantauan daripada kedua-dua pihak secara terperinci mengenai penyaluran RM45 bilion Yang Berhormat Teluk Intan. Yang Berhormat saya sudah habis masa?
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Sudah habis? Sorry?
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Kita sudah habis masa. Saya hendak, boleh saya gulung.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Are you done?
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Gulung?
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
...boleh ceritakan tentang permintaan saya itu.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Ya.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Keputusan Yang Berhormatlah, your time is up.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Mungkin saya hendak cakap isu tahfiz juga. Tadi banyak ditanya mengenai...
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Tahfiz dan sarapan percuma dan juga taman tema.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Dengan taman tema.
Mengenai tahfiz tadi ada dua Yang Berhormat bertanya tadi Yang Berhormat Pasir Mas salah satunya mengenai sekolah tahfiz. Walaupun tidak dibiayai melalui Kumpulan Wang COVID-19, suka saya mengumumkan bahawa Kementerian Kewangan telah pun
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
menyalurkan RM100 juta pada tahun ini kepada JAKIM bagi penyelenggaraan sekolah tahfiz, pondok serta sekolah agama rakyat dan sekolah agama persendirian.
Tahun lepas kita juga telah membuat pertama kali masukkan dalam belanjawan RM100 juta telah juga disalurkan. Saya sendiri telah memberitahu kepada Menteri Agama minggu lepas bahawa keseluruhan yang last sekali itu RM40 juta telah disalurkan minggu lepas kepada JAKIM untuk membantu sekolah-sekolah tahfiz, pondok serta sekolah agama. Taman tema...
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat sebelum sambung taman.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Baik, saya jawab.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Terima kasih, kerana saya masih ingat lagi ketika kita minta itu langsung terus Yang Berhormat Menteri umumkan. Cuma persoalannya dengan sejumlah yang begitu banyak kenapa banyak sekolah tahfiz yang berada di ambang penutupan waktu ini.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Yang Berhormat sedikit fasal tahfiz — Pokok Sena depan Yang Berhormat. Berkaitan dengan bantuan itu, bantuan yang diberikan RM60 juta itu ialah bantuan penyelenggaraan hanya empat ratus — beberapa pusat tahfiz sahaja yang dapat dengan RM22 juta lebih sikit. Akan tetapi, apa yang mereka hendak sekarang ialah yang mereka berhadapan ialah mereka tidak dapat beroperasi.
Jadi duit yuran mereka tidak boleh pungut daripada ibu bapa. Jadi mereka hendak bayar gaji tidak cukup, pengurusan. Oleh sebab itu yang diminta ialah ihsan daripada Menteri Kewangan khususnya RM40 juta itu di-convert-kan menjadi bantuan pengurusan, bantuan khas COVID untuk pengurusan supaya mereka boleh dapat membayar gaji dan juga pengurusan-pengurusan yang lain. Itu yang diperlukan.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih, Yang Berhormat Pokok Sena, saya amat setuju yang RM40 juta ini bukan lagi bentuk Perbelanjaan Pembangunan (DE). Oleh itu saya telah bercakap dengan Menteri Agama sendiri minggu lepas RM60 juta berbentuk DE tetapi RM40 juta itu Perbelanjaan Mengurus
(OE). Jadi apa yang telah diminta oleh Yang Berhormat Pokok Sena telah diberi minggu lepas.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Terima kasih.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Saya jawab Yang Berhormat Simpang Renggam. Yang Berhormat Simpang Renggam memang sedia maklum pada satu waktu di bawah PKP taman tema tidak dibenarkan beroperasi. Namun demikian, kita telah mengeluarkan SOP berhubung dengan taman tema tidak silap saya bulan lepas bulan September dan dibenarkan taman tema beroperasi di bawah Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Walaupun pada masa ini terdapat negeri yang masih di Fasa 2, kami yakin insya-Allah bahawa dengan perkembangan positif pengurangan kes bergejala serius dan juga kapasiti ICU dalam terdekat ini ada beberapa negeri lagi akan dapat beralih ke Fasa 3 dengan itu taman tema boleh beroperasi di semua negeri.
Dengan pembukaan semula aktiviti ekonomi ini kita di Kementerian Kewangan akan usahakan supaya akses kepada perniagaan seperti ini dipertingkatkan terutamanya untuk menyokong keperluan, modal kerja bagi meraih peluang ekoran pemulihan ekonomi.
Berhubung cukai yang dibangkitkan tadi Yang Berhormat. Kerajaan Persekutuan telah memberikan pengecualian duti hiburan untuk Wilayah Persekutuan selain itu negeri seperti Selangor juga telah menyambut dengan pengecualian duti hiburan bagi negeri Selangor. Saya harapkan lebih banyak negeri akan turut melaksanakan pengecualian duit hiburan untuk membantu, menyokong pemulihan taman tema, panggung wayang serta perniagaan lain yang terjejas kerana ini sebenarnya di bawah kuasa kerajaan negeri Yang Berhormat.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Menteri, berkaitan tax holiday bagaimana?
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Yang Berhormat Menteri, sedikit berkaitan PKS.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Yang mana?
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Tax holiday untuk mereka untuk tempoh tiga tahun.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Yang Berhormat, kita dari segi hasil memang amat terkesan tetapi kita akan mengkaji dalam Belanjawan 2022 ini kita akan mengkaji dan memperhalus cadangan-cadangan yang telah diterima dalam sesi libat urus kita memang ada beberapa cadangan yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Simpang Renggam.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Yang Berhormat Menteri sedikit fasal PKS.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Selain dari itu, sekolah untuk sekolah tahfiz.
Adakah Yang Berhormat Menteri boleh pertimbangkan peruntukan untuk sekolah vernakular Cina dan Tamil dan juga sekolah persendirian Cina. Terima kasih.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Yang Berhormat, saya tidak ada data itu masa ini. Saya hanya ada data mengenai sekolah tahfiz.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Boleh pertimbangkan.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Insya-Allah, boleh.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Yang Berhormat sikit.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Ya Yang Berhormat Kangar.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Sebelum ini kita ada bagi macam Geran Khas Prihatin (GKP) bersama bantuan-bantuan yang lain. Akan tetapi saya menerima banyak aduan yang menerima Geran Khas Prihatin ini mereka tidak layak misalnya mendapat Bantuan Prihatin Nasional (BPN).Jadi mereka rasa tidak adil sebab Geran Khas Prihatin ini adalah untuk membantu perniagaan sedangkan mereka sendiri dari segi aspek kekeluargaan mereka juga terjejas. Jadi boleh dapat dipertimbangkan supaya mereka juga layak.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih, Yang Berhormat, Yang Berhormat Kangar, saya pun setuju apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kangar. Ini adalah satu ulasan yang telah saya terima ataupun cadangan yang telah saya terima dan kita insya-Allah akan membenarkan tetapi ini sedang diperhalusi tetapi saya faham apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kangar. Yang Berhormat Kangar sendiri mencadangkan kepada saya beberapa hari yang lepas. Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, itu sahajalah daripada saya. Saya akan cuba menjawab yang lain secara lisan, Yang Berhormat.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Menteri, berkaitan dengan program sarapan pagi sekolah itu yang ditanya. Itu yang paling penting saya rasa rakyat mengharapkan supaya ia dapat dilaksanakan. Terima kasih.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Okey.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Menteri ...
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Ya.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Yang terakhir ya.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Okey. Terima kasih.
Ini mengenai rancangan makanan pagi di sekolah. Kita masih lagi berbincang dengan Kementerian Pendidikan. Tahun lepas pun ada cadangan mengenai menaikkan. Ini kita telah naikkan tetapi pada baru-baru ini kita sedang memperhalusi bersama dengan Kementerian Pendidikan. Insya-Allah, dalam dua tiga minggu ini, semasa Bajet 2022 kita akan perhalusi untuk cadangan Yang Berhormat.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Rakyat mengharapkan.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat. Itu sahaja daripada saya bagi pihak Kementerian Kewangan Yang Berhormat.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.
Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Dato’ Sri Azalina Othman Said (Pengerang) **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Fasal-fasal 1 hingga 3 – Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Saya buka. Silakan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Tuan Pengerusi, di peringkat Jawatankuasa ini, saya cuma ada dua perkara sahaja yang saya hendak bangkitkan.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Can you refer – sila rujuk pada yang mana. Point on point ya.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Ya, Butiran
(i) yang menaikkan 18.3 kepada 31 bilion dalam kertas ini.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Muka surat? Point on point.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Jadual kepada apa?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Fasal 3, fasal 3.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Fasal 3, sorry. Yang Berhormat Menteri, di peringkat ini, bolehkah Yang Berhormat Menteri terangkan secara terperinci daripada mana kerajaan hendak dapatkan wang untuk biaya amaun RM45 bilion ini? Apakah dengan cara kerajaan akan mengeluarkan sukuk atau bon atau kerajaan akan meminta GLC atau KWAN atau Bank Negara meningkatkan dividen mereka? Itu yang pertama.
Kalau boleh Yang Berhormat Menteri berikan perincian itu kerana implikasi kepada tanggungan ini terhadap butiran yang telah kita bincangkan tadi cukup besar. Jadi adalah munasabah dan adil untuk Dewan diberitahu secara transparent bagaimanakah datangnya pembiayaan. Terima kasih.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Seluruh ...
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Belum habis lagi Yang Berhormat. Ada lagi soalan.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Ada, ada.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Ada lagi.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
... Lembah Pantai.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Silakan. Saya rasa siapa yang minat – Yang Berhormat sekalian, ia dalam technical points ya.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Ya, ya.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Technical points, bukan perbahasan on Dasar ...
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Tidak, tidak. Ini bacaan kali ketiga ya?
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Straight to the points. Silakan satu persatu. Yang Berhormat Menteri, point on point.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Saya ingin merujuk kepada pindaan jadual perkara 3 itu di dalam (e), di dalam Butiran 7, dengan memotong di bawah Bank Simpanan Nasional dan TEKUN Nasional.
Jadi dalam program yang terbaharu ini, apakah agensi yang akan menangani pengurusan wang RM1 bilion yang hendak disampaikan kepada SME ini kalau bukan di bawah BSN ataupun TEKUN? Apakah puncanya kenapa BSN dan TEKUN di drop kan kali ini sebagai agensi untuk mengendalikan pinjaman ini? Adakah kerana prestasi sebelumnya atau ada alasan-alasan yang lain? Itu sahaja.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat, silakan.
Yang Berhormat Ipoh Timur. Kemudian Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak merujuk kepada fasal 3 rang undang-undang di hadapan kita. Tiga perkara saya hendak bangkitkan.
Nombor satu, tadi Yang Berhormat Menteri ada menyatakan bahawa sejumlah RM12.7 bilion akan digunakan untuk tujuan Program Subsidi Upah (PSU). Bolehkah pihak Menteri memberikan maklumat terperinci berkenaan dengan bagaimana RM12.7 bilion ini akan disalurkan iaitu sama ada ada lanjutan untuk PSU ini selepas PSU 4.0 atau tidak?
Sama ada jumlahnya akan ditingkatkan? Jumlah sekarang adalah lebih kurang RM600 sebulan, sama ada ia akan ditingkatkan. Itu nombor satu.
Nombor dua, kita tahu bahawa bantuan di bawah – segala bantuan biar pun di bawah PRIHATIN ataupun pakej-pakej yang lain haruslah disalurkan dengan tepat dan pantas. Saya merujuk kepada pengumuman mantan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Pagoh yang telah pun mengumumkan bantuan kehilangan pendapatan pada jumlah RM500 pada bulan Jun. Akan tetapi sampai sekarang bulan Oktober, masih lagi, belum lagi disalurkan. Kita telah check dengan pihak PERKESO dan dimaklumkan bahawa pegawai PERKESO pun tidak mendapat apa-apa memo yang berkaitan dan ia cuma dipaparkan atas website PERKESO sahaja.
So dengan ini dua soalan daripada saya. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Kuala Selangor.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Sekejap, Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Saya ingin merujuk kepada pindaan jadual fasal 3(b) untuk bantuan PRIHATIN.
Apakah yang akan dilakukan oleh pihak kementerian untuk memastikan masalah yang kita hadapi sebelum ini, orang yang tidak layak menerima memandangkan banyak daripada data yang kita ada sekarang ini, ia bermasalah. Saya percaya Yang Berhormat Menteri tahu dan faham jumlah yang akan kita belanjakan bukan jumlah yang kecil. Jadi bagaimana kita hendak pastikan masalah yang kita hadapi tentang data ini dapat diselesaikan dalam fasa yang akan datang.
Kedua, fasal yang sama, Butiran (c), berkenaan dengan projek kecil. Adakah Yang Berhormat Menteri boleh memberikan perincian jumlah tersebut kalau perlu secara bertulis, jumlah yang telah dibelanjakan untuk projek-projek kecil mengikut kawasan Parlimen supaya kami boleh tahu perincian kepada perkara tersebut.
Seterusnya, untuk Butiran 3(f). Apakah perancangan yang RM4 bilion tambahan yang akan digunakan untuk Kementerian Kesihatan? Tolong jelaskan.
Butiran 19(g) ini, peningkatan 5.9 bilion untuk bantuan sosial. Ini adalah semestinya kita tahu dan kita amat hargai peningkatan yang begitu besar tetapi apakah perancangan yang khusus? Apakah pecahan mengikut negeri bagi jumlah tersebut sekiranya telah dirancang? Terima kasih.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Kuala Selangor. Kemudian, Yang Berhormat Pasir Gudang. Kemudian...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sik. Sik mohon juga.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Pengerusi. Pendek sahaja.
Dalam Butiran 8 fasal 3 yang menggantikan perkataan “lima bilion” kepada “sembilan bilion”. Apakah dapat kiranya Menteri sedikit memberikan pencerahan untuk bagaimanakah perbelanjaan itu akan ditumpukan khususnya kerana kita akan beralih kepada fasa endemik yang agak dalam waktu terdekat? Jadi apakah dalam pelaburan teknologi, apakah human resource, apakah perolehan-perolehan yang penting seumpama dapat diturunkan harga kit ujian kendiri itu sendiri? Saya minta untuk diberikan sedikit pencerahan. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sik mohon sedikit.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Menteri saya merujuk kepada fasal 2 di mana rang undang-undang akan meminda tiga akta iaitu Akta 830, Akta 637 dan Akta 275. Ini berkait dengan implikasi kewangan di bawah itu iaitu akan melibatkan kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan sebanyak RM45 bilion.
Soalan saya Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan, maknanya pindaan akta itu semuanya untuk membolehkan kerajaan membuat hutang. Kita bersetuju untuk menyokong rang undang-undang ini tapi saya ingin bertanya, sekarang kerajaan tidak ada duit, adakah kerajaan ada cadangan untuk melaksanakan pertama, capital gains tax;
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
kedua, inheritance tax; dan yang ketiga, windfall tax untuk tolong negara, tolong rakyat supaya negara ada wang? Terima kasih, Tuan Pengerusi.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Kangar, sedikit.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Kejap, kejap. Yang Berhormat Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri.
Saya merujuk fasal (3)(f) itu ya. Apa yang dikhususkan untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat. Jadi, saya ingin bertanya, adakah pihak kementerian mempunyai perincian peningkatan RM4 bilion itu khusus untuk KKM ataupun juga kepada MOSTI, ya?
Bagaimana juga― akan adakah penambahan dari segi sumber manusia, pegawai- pegawai kesihatan kita? Begitu juga dalam kita hendak memenuhi kapasiti hospital- hospital termasuk kapasiti ICU yang sangat penting ketika mana kita tidak menjangka― minta dijauhkan― kalau ada lagi gelombang baharu COVID-19 ini. Terima kasih.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Perkara yang sama. Kangar.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Kangar.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Ya, fasal (3)(f) ada peningkatan sebanyak RM4 bilion. Saya hendak tanya dari segi unjuran, adakah ini juga termasuk dengan isu long COVID-19 yang kini semakin banyak diperkatakan? Adakah ini juga ditanggung?
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Dungun.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin tahu dari segi Butiran 8, peruntukan bagi Kementerian Kesihatan bagi perbelanjaan kesihatan berkaitan COVID-19. Dalam amaun asal RM1 bilion, kemudian kepada akaun pindaan kali pertama RM5 bilion, kemudian bagi kali kedua RM9 bilion. Ada peningkatan dalam perkara berkait dengan peruntukan bagi Kementerian Kesihatan.
Akan tetapi, dalam Butiran 19, sokongan bantuan sosial untuk golongan mudah terjejas, dari amaun asal RM110 juta, kemudian pada pindaan kali pertama tiada penambahan, kemudian pada pindaan kedua ada amaun RM6.01 bilion. Boleh jelaskan sebab mengapa berlaku dalam pindaan pertama itu kosong, tidak ada pindaan? Terima kasih.
Tuan Pengerusi - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Menteri.
Menteri Kewangan - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih. Yang Berhormat Kulim-Bandar Baru, seperti yang telah saya jelaskan tadi, perbelanjaan Kumpulan Wang COVID-19 ini akan dibiayai― sebenarnya dalam ucapan saya menyebutkan semuanya 100 peratus melalui pinjaman kerajaan. Ia tidak melibatkan sumbangan khusus daripada GLC ataupun kaedah yang berlainan daripada program
Menteri Kewangan - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
hutang biasa. Dengan itu, kerajaan perlu meningkatkan had siling daripada 60 peratus kepada 65 peratus.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****] Yang Berhormat, ada soalan mengenai implikasi kepada DSC juga tadi. Oleh itulah kita hadkan kepada 65 peratus ataupun RM110 bilion, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Ipoh Timur, untuk makluman Yang Berhormat Ipoh Timur, berdasarkan pengumuman setakat ini, peruntukan untuk Program Subsidi Upah dan juga insentif penggajian telah memecah RM25 bilion, Yang Berhormat, dan telah menyumbang untuk menyelamat hampai tiga juta pekerjaan. Seperti yang dicadangkan, siling peruntukan ini, dalam butiran, kita hendak naikkan hingga RM31 bilion bagi memberi ruang untuk membuat langkah tambahan berkaitan menjana peluang pekerjaan baharu ke arah mengurangkan kadar pengangguran. Seperti Yang Berhormat tahu, sekarang kadar pengangguran pada akhir Ogos ini ialah 4.6 peratus. Itu adalah satu perkembangan yang baik dibandingkan dengan 5.3 peratus. Perincian tambahan berhubung perlanjutan dan penambahbaikan PSU ini akan diumumkan dalam Bajet 2022, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Pasir Gudang tadi, kalau tidak silap saya. Ya, Yang Berhormat Pasir Gudang bertanya mengenai pelbagai cukai yang wajar diperkenalkan untuk membantu rakyatlah. Windfall tax, inheritance tax dan sebagainya. Inisiatif yang berterusan sebenarnya, Yang Berhormat, sedang dijalankan oleh kerajaan untuk meneliti secara menyeluruh kita punya sistem pencukaian yang efisien, adil dan mestilah saksama.
Kerajaan juga sedang meneroka dan mengkaji cadangan sumber hasil baharu yang dapat meningkatkan hasil pendapatan negara untuk tujuan menampung perbelanjaan pemulihan ekonomi melalui bantuan kepada golongan yang bersasar, Yang Berhormat. Kajian ini turut melibatkan libat urus dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas mengenai kesan sekiranya langkah- langkah pencukaian baharu ini dilaksanakan. Jadi, kita masih lagi dalam proses menjalankan libat urus. Pelaksanaan langkah cukai ini hendaklah tidak menjejaskan kedudukan ekonomi kita juga dan daya saing negara selaras dengan usaha berterusan untuk kita menarik pelaburan asing.
Yang Berhormat Lembah Pantai ada banyak soalan tadi. Saya akan cuba.
Kerajaan memang mengambil berat semua golongan dalam lapisan masyarakat dengan memastikan bantuan tunai yang langsung yang diberi pada tahun 2021 oleh kerajaan seperti BPN, BPR, BKC dan juga Bantuan Kehilangan Pendapatan. Bantuan yang diterima ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos sara hidup dan beban kewangan semasa.
Yang dibangkitkan tadi mengenai data penerima. Data penerima yang digunakan bagi bantuan tunai langsung ini, Yang Berhormat, pada pengetahuan saya dan juga perbincangan saya dengan semua kementerian adalah data yang terkini. Ini berdasarkan semakan silang dengan agensi yang berkelayakan, antaranya KWSP, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Akauntan Negara, Bendahari Negeri dan PBT dan sebagainya.
Akan tetapi, memanglah kita akan― we depend-lah pada data-data ini dan kita cuba mendapatkan data yang terakhir. Insya-Allah, kita akan cuba memastikan data-data yang terkini, the latest data dari kementerian dan agensi-agensi yang saya sebutkan tadi, Yang Berhormat.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih.
Saya cadangkan untuk masukkan sekali Baitulmal.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Baitulmal. Okey.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
They have a very good on the ground system untuk mengesahkan keadaan. Saya rasa ini salah satu daripada kekangan sistem eKasih yang mana hendak pengesahan on the ground itu.
Baitulmal is very good. Terima kasih.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih kerana cadangan Yang Berhormat Lembah Pantai.
Yang Berhormat Lumut, nama program ini dicadangkan dipinda sebenarnya, Yang Berhormat, daripada pinjaman mikro kredit di bawah Bank Simpanan Nasional atau TEKUN kepada pinjaman mikro kredit sahaja. Ini mengambil kira beberapa program pinjaman mudah mikro kredit yang diluluskan di bawah agensi lain, contohnya SME Corp, Majlis Amanah Raya (MARA) yang telah diumumkan di bawah PEMERKASA.
Selain itu, melalui PEMERKASA Tambahan dan PEMULIH, kerajaan juga telah mengumumkan tambahan kemudahan pembiayaan mikro kredit sebanyak RM500 juta, Yang Berhormat. Justeru, had siling ini ditingkatkanlah daripada RM1 bilion kepada RM2 bilion.
Yang Berhormat Ipoh Timur ada juga tadi mengenai Bantuan Kehilangan Pekerjaan tadi Yang Berhormat mentioned that. Sebenarnya ada dalam Jadual dan akan dibuat pada hujung bulan Oktober ini yang memanfaatkan hampir satu juta orang penerima. Peruntukannya ialah RM500 juta. Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun penerima yang didaftarkan. Data adalah berdasarkan data KWSP dan juga PERKESO, Yang Berhormat.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Yang Berhormat Menteri, saya ingin bertanya. Bagaimana rakyat tahu sama ada beliau layak ataupun tidak? Kerana apa yang kita tahu adalah setiap kali pengumuman kata kesemua data akan diambil dari KWSP. So, itu masalahnya yang akan mengakibatkan kekeliruan.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih, Yang Berhormat. Kita menggunakan data KWSP dan PERKESO. Kalau mereka tidak membuat pencaruman, kita assume mereka telah hilang pekerjaan. Jadi, dari segi automatik, kita akan memberi. Akan tetapi, mereka boleh membuat permohonan juga kalau mereka tidak menerima pada akhir bulan Oktober ini, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Kuala Selangor dan Yang Berhormat Kangar, peningkatan peruntukan RM4 bilion untuk COVID-19 ini akan disampaikan secara bertulis. Saya tidak ada pada masa ini. Antaranya melibatkan― saya tahu pecahan but I will give you the bigger picture, Yang Berhormat. Melibatkan keperluan tambahan untuk merawat pesakit COVID-19 seperti reagen, PPE, ubat dan sebagainya. Di samping itu, peruntukan juga diperlukan untuk penambahan emolumen kakitangan kontak dan juga peningkatan kapasiti, decanting ataupun penyumberan luar kepada hospital swasta. Itu pun ada dalam list itu, Yang Berhormat.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Kalau diizinkan, Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi
Sila.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Saya tambah sikit saja. Salah satu daripada kejayaan Greater Klang Valley Taskforce adalah kerana penggunaan penggemblengan tenaga public, private, pakar ya. Kumpulan-kumpulan yang membantu mereka mencerakinkan polisi dan dasar dan action plan. Saya harap perkara ini juga akan mengambil pendekatan di mana penentuan perbelanjaan ini diizinkan golongan stakeholders seperti ini terutamanya the specialist. Ataupun kalau boleh kita wujudkan Parliamentary Select Committee untuk oversee dan memantau penentuan perbelanjaan ini, saya kira kesannya akan jadi lebih baik, the greater cost effective perbelanjaan dan outcome will be better, Yang Berhormat Menteri. So, saya harap perkara ini akan dapat dipertimbangkan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Kita akan pertimbangkan. Itu saja jawapan saya dalam soalan peringkat Jawatankuasa Tuan Pengerusi.
[****Fasal-fasal 1 hingga 3** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang]
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
[Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga, disokong oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Dato Sri Alexander Nanta Linggi) dan diluluskan]
Menteri Kewangan - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) ditubuhkan pada tahun 1988 melalui Akta Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) 1988 [Akta 339]. Penubuhan KWAN bertujuan untuk memastikan penggunaan optimal hasil sumber asli negara yang menyusut.
Ini adalah supaya sumber pendapatan yang berterusan dan stabil dapat diberikan demi manfaat negara dan generasi yang akan datang. Seksyen 5, Akta 339 telah memperuntukkan wang yang dikehendaki dibayar ke dalam KWAN seperti berikut:
(i) wang yang dari semasa ke semasa diuntukkan daripada Kumpulan Wang Disatukan kepada bagi maksud ‘Kumpulan Wang’;
(ii) apa-apa sumbangan sebagaimana yang dibuat oleh Petroleum Nasional Berhad kepada Kumpulan Wang;
(iii) apa-apa sumbangan sebagaimana yang dibuat oleh mana- mana negeri di Malaysia yang mendapat apa-apa bentuk royalti daripada pengeksploitasian petroleum atau sumber menyusut lain;
(iv) segala wang daripada apa-apa pelaburan Kumpulan Wang;
(v) segala pemberian, derma, derma kekal, alang, sumbangan dan bequest sebagaimana yang dibuat kepada untuk faedah Kumpulan Wang; dan
(vi) apa-apa sumbangan sebagaimana yang dibuat oleh mana- mana orang atau pihak berkuasa yang perniagaannya termasuklah penyelidikan dan pembangunan sesuatu sumber yang menyusut.
Akta KWAN 1988 juga memperuntukkan pentadbiran oleh panel Pemegang Amanah yang dilantik oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, manakala tanggungjawab pentadbiran dan pengurusan harian dana dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia.
Semenjak penubuhan KWAN sehinggalah hujung tahun 2020, PETRONAS telah membuat sumbangan sebanyak RM10.4 bilion. Jumlah aset terkumpul KWAN pada masa yang sama adalah RM20.9 bilion yang merangkumi pulangan daripada pelaburan dalam bon, ekuiti, deposit, emas dan Amanah Pelaburan Hartanah (REITs).
Tuan Yang di-Pertua, selari dengan semangat Keluarga Malaysia, kerjasama dan sokongan semua pihak adalah sangat penting bagi menyokong usaha negara dalam menghadapi cabaran krisis kesihatan dan ekonomi akibat pandemik COVID-19. Dengan kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan yang terhad, suatu langkah yang alternatif
Menteri Kewangan - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
yang dapat menampung perbelanjaan tambahan untuk keluar daripada kemelut pandemik COVID-19 perlulah diambil.
Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, pilihan pembiayaan yang paling optimal telah dipilih dan mengimbangi kepentingan sekarang dan masa depan dengan kos melepas (opportunity cost) yang berkaitan. Oleh itu, penggunaan dana KWAN sebagai salah satu sumber kewangan adalah wajar memandangkan dana tersebut mempunyai kecairan tunai serta dapat memenuhi keperluan vaksin yang mendesak.
Malahan, penggunaan dana KWAN tidak meningkatkan had statutori hutang kerajaan yang hampir mencecah had yang dibenarkan. Tambahan lagi, memandangkan dana KWAN adalah bersumber dengan Kumpulan Wang Amanah Disatukan dan bukan daripada Kumpulan Wang Hasil Disatukan, penggunaan dana ini tidak akan memberi implikasi langsung ke atas kedudukan kewangan negara.
Oleh yang demikian, penggunaan dana KWAN dalam menampung perolehan vaksin dan perbelanjaan berkaitan pemberian vaksin, dapat membantu kedudukan belanjawan negara supaya peruntukan sedia ada dapat diagihkan semula kepada perkara lain bagi mempercepatkan pemulihan ekonomi pasca COVID-19.
Tuan Yang di-Pertua, buat masa ini, seksyen 6, Akta 339, hanya membenarkan dana KWAN dibelanjakan untuk maksud Kumpulan Wang Pembangunan serta memberi pinjaman atau pendahuluan mengikut terma konsesi kepada Kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri. Walau bagaimanapun, mengambil kira situasi gelombang ketiga penularan pandemik COVID-19 yang mula sejak akhir taun 2020, kerajaan pada 19 Mac 2021, telah meluluskan cadangan Kementerian Kewangan melalui Ordinan Darurat
(Kumpulan Wang Amanah Negara) (Pindaan) 2021 (KWAN) atau Ordinan Darurat
(KWAN) untuk meminda seksyen 6, Akta 339.
Pindaan seksyen 6, Akta 339 adalah berhubung penggunaan dana KWAN dengan memasukkan perenggan seperti berikut, “(c) Pemerolehan vaksin dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengan vaksin bagi suatu wabak apa-apa penyakit berjangkit sebagaimana yang dinyatakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] .” Namun, penggunaan Ordinan KWAN ini adalah terhad kerana ia akan terhenti berkuat kuasa apabila habis tempoh enam bulan selepas Proklamasi Darurat ditamatkan, sekiranya ia tidak diungkai terlebih dahulu. Ini adalah selaras dengan fasal (7) Perkara 150, Perlembagaan Persekutuan. Justeru, kerajaan melalui Rang Undang-undang KWAN
(Pindaan) 2021 berhasrat untuk mengekalkan penggunaan dana KWAN bagi maksud, “Pemerolehan vaksin dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengan vaksin bagi suatu wabak apa-apa penyakit berjangkit sebagaimana yang dinyatakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] .” Tuan Yang di-Pertua, memandangkan dana KWAN tidak terangkum dalam Kumpulan Wang Disatukan, penggunaan dana ini akan membantu kerajaan dalam mengawal kedudukan fiskal negara sekali gus memberi impak positif kepada kedudukan kewangan negara secara keseluruhan.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, selain daripada KWAN, negara seperti Norway, UAE dan Kanada juga telah menubuhkan suatu dana kekayaan negara yang hampir serupa dengan dana KWAN. Ini di mana objektifnya adalah keuntungan dari sumber-sumber asli negara, generasi terdahulu dan dapat disalurkan ke dana tersebut dan seterusnya disimpan untuk dinikmati oleh generasi yang akan datang.
Malahan, bukan negara kita sahaja yang menggunakan dana kekayaan negara dalam menghadapi pandemik COVID-19. Banyak negara membangun yang terjejas teruk disebabkan kemerosotan harga pasaran komoditi dan pandemik COVID-19, telah menggunakan dana kekayaan negara mereka untuk membiayai rangsangan fiskal.
Antaranya, termasuklah Azerbaijan, Columbia, Chile, Kazakhstan, Mexico dan Peru.
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang telah saya sebutkan tadi, objektif KWAN apabila ditubuhkan lebih daripada 30 tahun dahulu adalah untuk melindungi generasi
Menteri Kewangan - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
masa depan melalui simpanan yang telah dibina. Izinkan saya menyoal, siapakah lagi generasi masa depan itu jika bukan kita?
Menteri Kewangan - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Di saat mengharungi cabaran COVID-19 yang merupakan antara krisis yang paling getir dalam sejarah negara kita, program vaksinasi yang berkesan perlu diutamakan bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan negara. Malah, saya juga ingin menyatakan bahawa jika tidak digunakan sekarang, bilakah masa yang lebih sesuai untuk menggunakan dana KWAN? Jika dana KWAN boleh digunakan untuk pembangunan projek Paya Indah Wetlands, bukankah keperluan untuk menggunakannya bagi program vaksinasi yang dapat menjamin kesejahteraan masa depan bagi generasi akan datang adalah lebih mendesak pada waktu ini.
Daripada segi kemapanan dana untuk jangka masa panjang, kerajaan akan berusaha untuk meningkatkan semula saiz dana KWAN apabila ekonomi telah kembali stabil. Ini termasuklah meningkatkan bilangan penyumbang dengan menggalakkan sumbangan daripada syarikat atau pihak berkuasa yang lain termasuklah syarikat yang terlibat dalam pengeksploitasian petroleum atau sumber menyusut seperti yang termaktub dalam seksyen 5 Akta 339. Usaha penambahan semula dana KWAN perlu dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak yang berkaitan. Komitmen daripada Kerajaan Persekutuan dan negeri untuk turut mengambil bahagian dalam inisiatif bagi meningkatkan dana KWAN amatlah penting di samping memperkukuhkan tadbir urus untuk memastikan dana KWAN dapat melaksanakan peranannya.
Oleh itu, saya memohon pertimbangan Dewan yang mulia ini supaya kita sama- sama menimbang tara dan berkhidmat dalam menggunakan dana ini agar kita juga dapat mewaris dan melipatgandakan hasil simpanan yang sama sebagai bekalan generasi anak-anak kita. Sama-samalah kita memegang amanah bahawa sumber bumi negara adalah juga untuk generasi yang akan datang.
Kesimpulannya, penggunaan dana KWAN melalui peruntukan Rang Undang- undang Kumpulan Wang Amanah Negara (Pindaan) 2021 dilihat adalah penting kerana langkah ini dapat mempergiatkan usaha kerajaan dalam melindungi kesejahteraan rakyat dan mempercepatkan proses pemulihan ekonomi yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. Semoga kesiapsiagaan kerajaan dalam mempercepatkan proses pemerolehan vaksin ini, dapat membantu negara membuka semula ekonomi dengan lebih selamat agar rakyat dapat menjalani kehidupan norma baharu dengan lebih bersedia.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Siapa yang menyokong?
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Saya menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk di bahas. Selalunya saya bagi Yang Berhormat Ketua Pembangkang dahulu.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
15 minit Yang Berhormat.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Baik, ringkas sahaja. Saya meneliti Yang Berhormat Menteri Kewangan dan saya faham alasan dan rasional memanfaatkan dana KWAN ini. Akan tetapi, seperti mana Yang Berhormat Menteri menyebut, ada asas kukuh manakala kita bentangkan. Kebetulan masa itu saya di Kementerian Kewangan. Perbahasan yang panjang memandang kepada hasil kita yang sudah bertambah, harta yang melimpah. Jadi kita gunakan wang ini untuk generasi akan
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
datang. Jadi sebab itu penggunaan dana ini haruslah cukup teliti dengan mengambil kira pengurusan kerajaan itu telus dan tidak ada ketirisan atau pembocoran. Jadi kita tidak boleh lihat bermakna keperluan KWAN ini dalam konteks mendesak. Apa yang saya terima kalau tujuannya sekadar membeli dan memperoleh vaksin ada kemunasabahannya. Akan tetapi, seperti mana yang kita tahu, dengan izin boleh ya?
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Seperti mana kita tahu, alasan ini kita harus juga terima dengan beberapa pertimbangan. Pertama, pengurusan kita cekap, tidak ada ketirisan, tidak ada pembaziran dan ada cara atau kaedah tata kelola yang ketat termasuk cara kita peroleh vaksin. Ini kerana seperti mana Yang Berhormat Menteri tahu, walaupun ini bidang kementerian lain, sampai sekarang kita tidak punyai maklumat lengkap dan teliti tentang kos vaksin dan juga kaedah perolehannya secara teliti. Jadi ini pertimbangan saya yang berat kerana saya arif tentang pembentangan KWAN itu, kerana kita lakukan bersama KWAN dan KWAP. Masa itu Kumpulan Wang Amanah Pencen. Itu semata-mata memikirkan bahawa tidak adil dan tidak munasabah bagi generasi sekarang menggunakan dana membelanjakan tanpa memikirkan kemungkinan generasi akan datang terpaksa membayar hutang yang tinggi. Hutang yang dibuat sekarang tetapi ditanggung oleh generasi kemudian.
Maka sebab itu KWAN dan juga masa itu KWAP diperkenalkan. Maknanya, perbelanjaan itu harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya. Apabila Yang Berhormat Menteri menyebut tentang keperluan membeli vaksin, tentu kita di pihak pembangkang merasa sukar untuk menolaknya kerana tujuannya itu khusus dan tujuan itu mendesak.
Untuk bongkar balik tentang cara ketelusan tender dan ketirisan wang Pandora Papers, ini tidak boleh kita lakukan dalam keadaan yang mendesak ini. Oleh sebab itu, kita menyatakan persetujuan tetapi saya hendak ada kaveat yang jelas iaitu dana ini terpaksa kita luluskan kerana masalah kritikal sebab vaksin. Keduanya, peringatan agar apa – dengan jaminan Yang Berhormat Menteri Kewangan yang tegas bahawa kita akan bertindak selepas ini dengan mengambil kira sistem perolehan, tender yang terbuka dan tidak seperti mana yang kita tanya baru-baru ini tentang Kementerian Pertahanan dan sebagainya, yang tidak dijawab Yang Berhormat Menteri. Sampai sekarang belum dijawab. Ini tidak boleh kita terima.
Soal penjagaan tanah, pemberian milik tanah sewenang-wenangnya – balak dan sebagainya, kerana ini ada terkait. Apabila kita ada masalah, kita guna wang KWAN, tetapi yang menimbulkan masalah awal itu kita. Jadi, jangan ambil umpamanya ketetapan bahawa kita bersetuju seolah-olah everything seems all right. No. Something is rotten in the state of landmark. Kita dalam keadaan sekarang terpaksa berbelanja. Saya menyatakan ya, kita boleh terima kerana khusus tetapi saya hendak kaveat ini jelas. Kita tidak memperakui kecurangan yang berlaku, yang menyebabkan kita menghadapi kemelesetan dan permasalahan ekonomi yang ada sekarang. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson, Ketua Pembangkang. Ada sesiapa di sebelah sini? Kalau tidak ada, Yang Berhormat Kulim- Bandar Baharu, 10 minit Yang Berhormat.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dalam mengambil untuk perbahasan Rang Undang-undang Kumpulan Wang Amanah Negara, saya faham. Perkara ini terpaksa kita bentangkan kerana pertama, kita berada dalam keadaan negara mengalami unstable source of revenue, dengan izin.
Pada ketika yang sama di sisi lain, keperluan perbelanjaan itu besar dalam bentuk subsidi. Tadi kita bincang subsidi upah, subsidi pekerjaan, subsidi kesihatan, subsidi sosial dan segala macam. Ketika keperluan perbelanjaan itu besar, hasil negara pula kecil.
Kita dilanda pandemik COVID-19, kita buat darurat. Ketika daruratlah kita ambil daripada KWAN RM5 bilion. Yang Berhormat Menteri sebelum ini sudah beritahu pada Dewan daripada jumlah itu, kita sudah belanja RM3.3 bilion. Kita ada baki RM1.7 bilion lagi. Jadi
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
kalau Ordinan Darurat itu kita ungkai, kita tidak boleh guna duit ini. Jadi kita terpaksa buat perbahasan sekarang. Kita tidak ada halangan apa-apa sebab tujuannya murni, noble objective, iaitu untuk tujuan pembelian vaksin.
Bolehkah Yang Berhormat ketika memberi jawapan nanti, memberikan full disclosure jenis-jenis vaksin yang kita beli, yang ada empat itu. Tolong beritahu jumlahnya dan bagi setiap jenis vaksin itu berapa sudah kita belanja? Kita tahu Dewan telah diberitahu, kita sudah belanja RM2.8 bilion untuk pembelian vaksin. Di antara perbincangan kita juga, Yang Berhormat Menteri sedia maklum ada keperluan yang dikatakan mendesak di pihak kerajaan – ini diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dari Bera, iaitu ada keperluan segera untuk kita beli lagi enam juta vaksin. Kita sudah belanja RM3.3 bilion, kita ada balance lagi RM1.7 bilion. Oleh sebab itu kita, hendak Rang Undang-undang KWAN ini kita bincangkan dan luluskan. Saya minta supaya full disclosure diberikan terhadap item yang saya sebutkan tadi, satu
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Kedua, apakah masih ada keperluan untuk memberi enam juta dos ini? ada keperluan lagi atau tidak sebab ketika ketua pembangkang menulis kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Menteri Kesihatan menjawab di dalam suratnya pada 1 Oktober cadangan membeli enam juta dos itu cuma satu opsyen. Cuma satu pilihan dan katanya kerajaan tidak ada lagi keperluan untuk membuat pembelian tambahan ini. Tak perlu lagi, kita ada suratnya sebab ini kita minta untuk Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk beri taklimat. Yang Berhormat Menteri Kesihatan kata boleh tetapi kalau perkara enam juta dos itu tak perlu lagi sebab kerajaan sudah buat keputusan.
Di suatu sesi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Oktober memaklumkan bahawa ada keperluan mendesak membeli segera. Yang Berhormat Menteri Kesihatan kata bekalan vaksin sudah lebih sudah. Penggunaan RM2.8 bilion daripada duit KWAN ini untuk beli vaksin cukup untuk 120 peratus rakyat Malaysia, bersamaan 38.5 juta untuk disuntik vaksin. Jadi, Yang Berhormat Menteri mesti perjelaskan kepada Dewan. Yang Berhormat Menteri Kesihatan kata sudah cukup, takkan beli lagi. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Ogos berkata perlu beli lagi enam juta. Kalau ada rasionalnya, ada alasan yang kuat, kita tidak ada masalah untuk menyokong tetapi harus ada clarity dalam soal ini.
Tuan Yang di-Pertua, tadi disebut sejarah dana KWAN dari PETRONAS.
Keuntungan petrol— PETRONAS ini sudah jadi macam angsa bertelur emaslah kepada kerajaan kita. Maknanya terlalu banyak jasanya sehinggakan PETRONAS ini dana pelaburan semula untuk meneroka hasil baharu, di antara syarikat minyak di dunia PETRONAS ini, penggunaan dana untuk reinvestment adalah yang paling kecil sekali di kalangan syarikat-syarikat utama dunia. Ini tidak sustainable untuk kesihatan PETRONAS. Akan tetapi PETRONAS menyampaikan atau memainkan peranan yang besar. Yang Berhormat Menteri sebut negara lain pun buat juga. Norway misalnya. Ini model yang paling hebat.
Pernah Yang Berhormat Menteri satu ketika di Norway duit daripada dana seperti ini dia boleh buat tawaran kepada rakyatnya pilihlah destinasi mana kamu hendak melancong, kerajaan boleh bagi duit. Kita tak mampu sampai tahap itu, PETRONAS bagi kepada KWAN pun cukup cuma guna biar seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Port Dickson tadi, dengan penuh tanggungjawab.
Saya ambil peluang ini untuk mengingatkan pesanan Khalifah Umar al-Khattab.
Prinsipnya dalam membelanjakan duit negara tak ubahlah seperti menjaga darah yang mengalir dalam sebatang tubuh. Tubuh jangan terpotong, kelak darah keluar membuak- buak dan melemahkan tubuh. Begitulah membelanjakan duit negara dengan amanah. Tak boleh ada rasuah, ketirisan, kebocoran dan penyelewengan. Itu akan melemahkan sistem kewangan sesebuah negara. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Sebelah sini tak ada ya. Yang Berhormat Subang, sila.
Tuan Wong Chen - Subang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya merujuk kepada rang undang-undang ini tentang KWAN. Ucapan saya itu memang pendeklah.
Saya hendak tanya accounting treatment dengan izin, kegunaan wang sebanyak RM5 bilion untuk membeli vaksin ini.
Soalan pertama saya ialah selepas RM5 bilion ini dikeluarkan, apakah baki aset dan wang dalam akaun KWAN? Adakah ia RM15 bilion? Soalan kedua, adakah wang ini dibayar sebagai operating expenses KWAN ataupun secara dividen kepada kerajaan?
Walaupun dana ini penting dan telah banyak menolong Malaysia untuk mengatasi pandemik ini, kementerian manakah yang bertanggungjawab dengan kegunaan wang ini?
Adakah ia diberi kepada MOSTI atau diberi kepada Kementerian Kesihatan? Dengan izin, which ministry is ultimately accountable for this spending? Isu-isu tentang accounting treatment wang ini adalah sangat penting. Harap Yang Berhormat Menteri dapat menjelaskan dengan baik.
Perkara terakhir, saya teliti bahawa kerajaan berhasrat untuk mengembalikan wang sebanyak RM5 bilion ini ke dalam Akaun KWAN pada masa akan hadapan. Katakan negara kita pulih baik dan dapat hasil yang cukup dalam tiga, empat, lima tahun ini.
Kerajaan berhasrat membayar balik RM5 bilion atau tidak? Ataupun hendak tambah lagi ke RM10 bilion?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Subang. Sedikit. Bayan Baru.
Tuan Wong Chen - Subang
Okey boleh.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Yang Berhormat Subang, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat Subang dan juga kepada Yang Berhormat Menteri juga tentang dana permulaan KWAN— RM10 bilion yang telah disumbangkan oleh PETRONAS. Itu pada 30 tahun yang lalu.
Selepas itu adakah pernah PETRONAS atau mana-mana pihak telah menyumbang kepada dana tersebut? Apakah pernah di sepanjang 30 tahun KWAN ditubuhkan, duit daripada KWAN itu pernah diguna pakai untuk pembangunan atau macam-macam perbelanjaan? Apakah rancangan pada masa depan? Adakah kita akan cuba meningkatkan dana KWAN ini demi anak cucu kita? Terima kasih Yang Berhormat Subang.
Tuan Wong Chen - Subang
Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Minta Yang Berhormat Menteri untuk jawab soalan dia juga ya.
Jadi tentang isu hendak bayar balik RM5 bilion ini, saya setuju dengan Yang Berhormat Port Dickson bahawa boleh atau tidak bayar balik terpulang sangat kepada kebolehan kerajaan untuk membaiki hasil fiskal dan memastikan ketirisan dan rasuah dihapuskan. Isu tentang tax avoidance seperti didedahkan dalam Pandora Papers perlu dihentikan. Jadi soalan saya senang. Setuju atau tidak Yang Berhormat Menteri akan membuat satu task force dengan LHDN untuk menyiasat sepenuhnya perkara Pandora Papers? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pulai. Kejap, tadi Yang Berhormat Pulai sudah bangun.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sik mohon juga membahas.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pulai dahulu, selepas itu Yang Berhormat Bukit Bendera.
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Baik. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih atas peluang yang diberikan. Saya rasa semangat rakan-rakan
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
berbahas ini adalah untuk kepentingan negara, tidak lain daripada itu. So, sebagaimana Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan rakan-rakan yang lain, falsafahnya adalah do not kill the goose that lays the golden egg. Itu yang saya rasa perlu kita perhatikan. Sebab laporan kerajaan telah pun memperuntukkan RM17 bilion untuk Tabung COVID-19 dan pada Belanjawan 2021. Kemudian darurat diaplikasikan, mahu tidak mahu perkara itu telah berlaku. Akan tetapi kita bahas dalam Parlimen ini tentang ketelusan daripada segi pemulihan COVID-19. Itu satu bab yang tidak selesai lagi dan kita tidak ganggu proses kerajaan. Itu saya faham.
Kemudian kita diberikan jawapan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi tentang komputer, gadget yang diberikan kepada sekolah-sekolah. Sedangkan kita sudah belanjakan RM17 bilion. Pembukaan PPV Tuan Yang di-Pertua, ini satu perkara yang kita sebut dalam Dewan ini secara terbuka. Duitnya banyak tetapi bila dibuka, DO minta kepada Ahli Parlimen, Ahli-ahli ADUN untuk pembelian perabot, ada laptop atau tidak.
Jadi ini tidak menggambarkan— itu sahaja yang kita bimbang. PETRONAS telah menyumbang saya rasa lebih kurang RM17 bilion setakat 2018 kepada tabung ini. Jadi, sovereign fund ini kalau diterima pakai di Norway adalah suatu yang kita kena jaga. Jadi, saya rasa sama ada ia dibelanjakan atau tidak, saya rasa kita boleh fokus kalau MOU ada steering committee yang kita bersama bertanggungjawab pada hari ini.
Adakah penggunaan KWAN ini mekanismenya macam mana? Adakah Kementerian Kewangan bersedia untuk berbincang dari segi pengawalan selia kepada tabung ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Bukit Bendera ya?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tuan Yang di-Pertua, Sik juga mohon bahas.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Bukit Bendera sudah lama dah. Selepas Yang Berhormat Bukit Bendera...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sik mohon.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Kuala Selangor.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sik dahulu, selepas itu Yang Berhormat Kuala Selangor. Selepas itu Yang Berhormat Kubang Pasu ya? Ya Yang Berhormat Bukit Bendera.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya ingin turut membahas tentang pindaan Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988 dan saya membaca Laporan Tahunan KWAN berakhir tahun 2019.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Jumlah dana terkumpul ialah RM19.2 bilion. Saya tadi mendengar Yang Berhormat Menteri melaporkan bahawa dana terkumpul semasa ialah RM20.9 bilion. So, oleh kerana laporan tahunan KWAN 2020 dan juga laporan terkini belum ada atas meja Ahli Parlimen atau pun belum juga publish di mana-mana, so saya minta Yang Berhormat Menteri untuk berikan butiran apa yang berlaku tahun 2020, tahun 2021 jumlah perbelanjaan dan peruntukan dan jumlah pendapatan secara ringkas supaya masyarakat kita tahu apa berlaku pada dua tahun ini.
Ini kerana tujuan asal KWAN ialah untuk sebagai satu Dana Kekayaan Negara, wang berkenaan dengan sumber asli seperti dimasukkan dalam seksyen-seksyen Akta Penubuhan, Akta Kumpulan Wang Amanah ini.
Saya ingin membangkitkan, tadi saya mendengar pembahas-pembahas lain yang menyatakan bahawa perlu ada transparency, perlu ada pemantauan terhadap Dana KWAN. Saya setuju dengan mereka. Kalau kita rujuk kepada dua buah negara yang mempunyai dana kekayaan negara sedemikian, salah satu ialah Timor-Leste. Timor-Leste
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
juga mempunyai petroleum fund yang telah ditubuhkan pada tahun 2005. Akan tetapi sehingga tahun 2018, dia sudah mengumpul dalam Timor-Leste Petroleum Fund sudah mengumpulkan USD15.8 ataupun RM65 bilion jauh melebihi KWAN.
So, saya ingin menanyakan sama ada kenapa dana terkumpul KWAN begitu kurang berbanding dengan sebuah negara yang baru mencapai kemerdekaan Timor- Leste yang baru mempunyai dana sedemikian pada tahun 2005.
Saya juga ingin merujuk kepada tadi Yang Berhormat Menteri juga sebut Norway.
norway sovereign fund dan perbezaan Norway dengan Malaysia, perundangan kita memberikan satu kuasa yang begitu besar dengan had-had tertentu kepada kerajaan untuk menggunakan dana kekayaan ini. Di Norway telah dihadkan hanya tiga peratus daripada value of the fund boleh digunakan oleh kerajaan dengan kekangan-kekangan legislatif. Akan tetapi kita begitu senang, kita melalui Ordinan Darurat boleh guna.
Saya juga ingin menanyakan Yang Berhormat Menteri rasional keputusan tersebut sama ada melalui pinjaman adakah lebih murah dengan menggunakan pinjaman ataupun menggunakan KWAN. Ini seperti tadi pembahas-pembahas kita yang telah membangkitkan tadi Yang Berhormat Menteri menggunakan Projek Paya Indah Wetland sebagai justifikasi RM40 juta penggunaan KWAN. Sebenarnya itu satu justifikasi yang lemah kerana sepatutnya amaun tersebut RM42 juta itu tidak harus disalurkan dari KWAN.
Ia harus digunakan daripada dana pembangunan yang lain.
Tadi kita telah meluluskan menaikkan had siling statutori untuk hutang kita daripada naik lima peratus. Tadi saya sebut ia telah membuka ruang fiskal RM70 bilion kerana kalau kita mengenakan nominal GDP kita tahun 2020, RM1.4 trilion, ruang fiskal yang diwujudkan tadi melalui perundangan tersebut five percent ialah RM70 bilion. Walau perundangan tadi kita hanya wang COVID-19 Fund kita meluluskan RM45 bilion, so memang kita ada ruang fiskal yang begitu besar yang telah dibenarkan, yang dibenarkan oleh legislatif.
Saya ingin mengingatkan kepada kerajaan sejarah pada tahun 2003, had hutang statutori kita 40 peratus sahaja. Kemudian dinaikkan kepada 55 peratus tahun 2009.
Tahun 2020 – 60 peratus dan sekarang dinaikkan 65 peratus. So, kita ingat kita perlu prudents dalam perbelanjaan kita, kita perlu transparent dalam segala perbelanjaan kita.
Saya meminta penjelasan tentang kegunaan dana-dana KWAN seperti yang saya sebut tadi. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Yang Berhormat Sik, silakan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin membangkitkan beberapa perkara berkaitan Akta KWAN ini. Pertama kita lihat semangat dan pokok kepada pindaan ini adalah untuk kita mengukuhkan sistem kesihatan rakyat dalam kita menggunakan dana ini untuk Program Vaksinasi.
Jadi persoalan saya, bagaimana kah juga dana ini digunakan selain daripada program vaksinasi termasuk kita memperbaiki sistem hospital kita, penggunaan wad ataupun menambah kapasiti wad ICU dan sebagainya adakah juga termasuk dalam dana ini. Begitu juga berkaitan dengan adakah khusus untuk vaksin kepada penyakit COVID- 19 ataupun vaksin-vaksin yang lain.
Seterusnya yang kita diberi maklum bahawa vaksin-vaksin ini ada yang diperoleh oleh kerajaan dan dijual kepada pihak swasta kepada pihak hospital-hospital swasta ini.
Jadi, pihak swasta telah mengenakan caj ataupun bayaran kepada mereka yang menerima. Adakah hasil daripada caj kepada vaksin ini akan dipulangkan kepada tabung ini dan perlu dilihat ia juga sebagai dana untuk kita menampung kembali dana yang telah kita keluarkan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Seterusnya saya ingin bertanya berkaitan dengan adakah dana ini juga akan kita gunakan untuk kes-kes kesan kepada COVID-19 itu termasuk yang disebut long COVID- 19 itu, mereka yang terjejas kesihatan mereka sama ada kita boleh menggunakan Dana KWAN ini.
Terakhir Tuan Yang di-Pertua iaitu bagaimana perolehan kembali pembayaran ataupun caj yang kita kenakan kepada bukan warganegara yang menerima vaksin itu yang mungkin sebahagian daripada mereka itu perlu bayar termasuk pekerja-pekerja asing ini. Adakah akan dikembalikan juga kepada tabung ini. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Kuala Selangor.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Menyambut daripada perbahasan yang dibuat oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain, saya sangat memahami mengapa tujuan dan niat murni kita terpaksa dengan izin resort to penggunaan Dana Kekayaan Negara ini. Namun di Dewan yang mulia ini juga kalau boleh kita hendak rakamkan kalau benar-benar ia dana kekayaan, sovereign wealth fund sewajarnya ia tidak mudah-mudah dipergunakan terutama ketika ia digunakan dalam pendekatan dan cara yang sangat diralati semasa Ordinan Darurat itu.
Dari sudut fiduciary responsibility dengan izin, kebertanggungjawaban kewangan itu kita terpaksa hari ini membawa perbahasan di sini.
Dana Kekayaan Negara ini Tuan Yang di-Pertua kalaulah kita ambil kawan-kawan telah menyebutkan tadi kalau kita banding dengan Timor-Leste tahun 2005 pun sudah ada RM65 bilion. Itu kalau kita ambil yang disebut-sebut tentang Norway USD1.3 trilion, China, Kuwait, UAE, Abu Dhabi dan sebagainya kita sebenarnya mendapat sumbangan daripada Petronas sahaja Tuan Yang di-Pertua sejak awal sehinggalah tidak silap saya tahun 2019, sumbangan daripada Petronas sahaja adalah RM1.3 trilion keseluruhannya.
Hari ini kita struggle dengan kita hanya punya dana kekayaan negara tidak pun sampai RM20 bilion Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya mahu kita merakamkan bahawa benar-benar kalau ia berfungsi sebagai dana untuk kita simpan untuk masa depan anak cucu kita, kalau boleh tidak boleh tidaklah seharusnya kita – bukan saya kata simply tetapi kita jadikan ia sovereign wealth fund yang hanya boleh diambil dalam keadaan yang memerlukan we do not have any more fiscal space, dengan izin fiscal barulah ya saya kira mungkin ini satu-satunya tetapi tidak semudah-mudah seharusnya ia diambil perolehan begitu.
Satu perkara yang saya ingin sebutkan bersabit dengan perolehan vaksin Tuan Yang di-Pertua. Saya pernah membangkitkan di Dewan yang mulia ini keperluan untuk sama ada MOSTI, MOH mahupun MOF pertanggungjawaban pembelian itu diwujudkan satu dashboard di mana perolehan ataupun derma yang diberikan oleh Amerika dan yang lain jumlah perolehan berapa yang digunakan, berapa berbaki.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Dari sudut itu, jenis-jenis vaksin itu. Akan tetapi malangnya sehingga hari ini tidak ada satu dashboard yang memberikan pencerahan dan penerangan itu kepada seluruh rakyat. Jadi tiba-tiba keperluan RM6 juta lagi. Sebenar-benarnya kita tidak boleh track perolehan, derma dan sebaginya. Ini yang diralati juga Tuan Yang di-Pertua. Kalau pertanggungjawaban itu adalah benar-benar dapat kita pertanggungjawabkan ia tidak akan jadi begini dan tidak mudah kita resort to,dengan izin menggunakan Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) dana KWAN negara ini sementara kita tidak boleh pertanggungjawabkan kepada setiap satu juta dos yang kita beli.
Mungkin sahaja kita telah melebihi keperluan kita ataupun tidak ataupun seperti mana yang kita tahu ada yang membuat laporan-laporan menunjukkan bahawa kita telah melebihi keperluan. Jadi itu semua tidak dapat saya tahu sendiri atau sesiapapun kerana kita tidak diberikan akses kepada informasi ini dengan dashboard yang
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
dipertanggungjawabkan kepada seluruh rakyat. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang ini.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat, Yang Berhormat Kubang Pasu.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sedikit sahaja masa yang saya hendak ambil Pertamanya untuk diingatkan objektif penubuhan KWAN adalah untuk memastikan penggunaan optima hasil sumber asli negara yang menyusut agar mendapat memberi sumber pendapatan yang berterusan dan stabil demi faedah negara dan generasi yang akan datang.
Saya faham bahawa dalam kekangan fiskal yang kita ada sebelum ini, mungkin ini kita hendak resort untuk ambil duit daripada KWAN. Cadangan saya ialah oleh kerana hasil sumber negara daripada gas dan juga minyak ini masih boleh didapati dan kita masih mengharapkan Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) dan juga mana-mana yang lain yang menggunakan hasil yang akan menyusut ini untuk memasukkan dalam Tabung KWAN.
Saya ingin mencadangkan agar penggunaan ataupun wang yang hendak digunakan untuk COVID-19 ini bukan diambil terus tetapi iaa merupakan satu pinjaman.
Kerajaan meminjam daripada tabung ini at no cost. Itu kelebihannya, at no cost dan apabila sampai masa dan ketikanya apabila keadaan ekonomi kita semakin baik dan sebagainya, wang ini perlu dikembalikan semula ke dalam tabung ini kerana memang dalam KWAN memang dibenarkan untuk kita belanja pembangunan dan juga boleh memberi pinjaman. Saya cadangkan sebagai satu pinjaman kepada kerajaan dan kemudian apabila masa dan ketikanya keadaan ekonomi sudah baik, kita kembalikan. Ini adalah kerana RM19 bilion adalah satu jumlah yang tidak besar dan ianya perlu kita simpan lebih banyak lagi untuk kegunaan masa hadapan bagi generasi akan datang apabila reserve gas kita sudah habis, minyak sudah habis sekurang-kurangnya we have got this KWAN, Tabung KWAN ini untuk kita fall back on. Jadi itu cadangan saya, ianya bukan diambil terus dengan membuat pindaan, tetapi merupakan pinjaman yang diambil dari Tabung KWAN ini, sekian terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, saya menjemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab.
Menteri Kewangan - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli-ahli Yang Berhormat...
Tuan Yang di-Pertua
15 Minit.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
15 minit, okey...yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan tadi. Saya juga ingin merakamkan penghargaan ke atas cadangan yang diberikan, pandangan, syor serta idea dan teguran termasuk Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Bayan Baharu, Yang Berhormat Bukit Bendera dan ramai lagi.
Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson dan juga Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu atas sokongan pindaan KWAN yang membenarkan perbelanjaan dana KWAN untuk vaksin. Saya setuju bahawa amatlah penting supaya KWAN terus diuruskan dengan cekap dan tidak berlaku sebarang ketirisan atau pembaziran.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Seksyen 4 Akta KWAN menetapkan bahawa pemegang amanah hendaklah dilantik hendaklah terdiri daripada ahli-ahli panel KWAN. Pengerusinya pun daripada Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS dan juga Timbalan Pengerusinya, xxx Kewangan, ahli panel Bank Negara dan sebagainya. Inilah ahli-ahli panel KWAN.
Pengurusan KWAN Yang Berhormat Port Dickson I think you also know, you established it in 1988, pengurusan KWAN ini tertakluk kepada Akta KWAN dan juga memperuntukkan pentadbiran KWAN oleh panel pemegang amanah yang dilantik.
Manakala tanggungjawab pentadbiran dan pengurusan harian dana KWAN dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia.
Saya setuju Yang Berhormat Port Dickson kerana telah menyatakan bahawa sehingga kini maklumat perolehan tidak dikongsi. Seperti semua ahli Yang Berhormat sedia maklum, kerajaan telah mengambil pendekatan mendedahkan secara terbuka dan terperinci segala maklumat perolehan dan kontrak, termasuk setiap kontrak bilangan dos serta kos setiap dos kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, PAC. Itu Yang Berhormat Ipoh Timur pun tahu, saya sendiri telah berjumpa dengan PAC Yang Berhormat Menteri Kesihatan juga mengenai apakah yang telah dibelanjakan setakat ini.
Walau bagaimanapun, seperti Yang Berhormat sedia maklum, selaras dengan perolehan di negara lain juga perincian kontrak perolehan vaksin adalah tertakluk kepada dengan izin non-discloser agreement (NDA) dan dengan itu perincian berkenaan kos tidak dapat diumumkan. Serupa juga dengan kaedah perolehan. Ianya tidak dapat dilaksanakan secara tender. Ini selaras dengan pendekatan di negara lain. Namun demikian kerajaan telah merunding perolehan secara terus dengan pembekal seperti Pfizer dengan izin there is no middle man ataupun third part.
Selain daripada itu ingin saya menekankan bahawa pembelian vaksin oleh kerajaan tidak menggunakan konsep orang tengah seperti yang saya sebut tadi bagi memastikan tiada memanipulasi harga atau value for money di mana pembelian tersebut turut mengambil kira harga semasa vaksin berdasarkan kadar tukaran wang asing.
Dari segi tadbir urus penggunaan dana KWAN menurut Seksyen 6 Akta KWAN, penggunaan dana KWAN adalah terhad dan juga memerlukan kelulusan Menteri Kewangan. Penggunaan adalah terutamanya untuk maksud pembangunan sahaja dan sebagai polisi, sebarang cadangan penggunaan akan dibentangkan di kabinet dan hanya melibatkan pendapatan terkumpul. Penggunaan dana KWAN untuk tujuan perolehan vaksin dan perbelanjaan berkaitan dengannya telah merangkumi 63 peratus daripada jumlah perolehan terkumpul KWAN setakat 31 Disember 2020.
Sebenarnya Kementerian Kewangan berharap agar penggunaan dana KWAN sebanyak RM5 bilion ataupun hampir RM6 bilion ini akan mencukupi untuk menampung perbelanjaan vaksin pada ketika ini. Pada masa yang sama kerajaan juga perlu menilai semula situasi COVID-19 dari semasa ke semasa sekiranya terdapat keperluan vaksin yang mendesak di masa hadapan di samping mempergiat usaha untuk menambah semula dana KWAN yang telah digunakan semasa krisis kesihatan ini.
Perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Subang sehingga September 2021 betul yang disebut tadi RM3.27 bilion daripada RM5 bilion dana KWAN telah dibelanjakan. Sebanyak RM2.8 bilion bagi tujuan perolehan vaksin, manakala selebihnya sebanyak RM430 juta adalah perbelanjaan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Dari segi baki dana keseluruhan KWAN, impak jangka masa pendek adalah pengurangan saiz dana sebanyak 23 peratus serta anggaran kerugian bersih sebanyak RM4.3 bilion bagi tahun berakhir 2021. Seperti yang nyatakan dalam ucapan tadi, jumlah aset terkumpul KWAN pada masa yang sama adalah RM20.9 bilion. Akan tetapi hendak menjawab juga Yang Berhormat bertanya mengenai adakah PETRONAS telah memberi sekali gus RM10 bilion itu, tidak. Ini dalam masa daripada 1998 secara berperingkat PETRONAS telah memberi peruntukan ataupun memberi wang, dana kepada KWAN.
Jadi dalam memastikan kemampanan dana jangka masa panjang adalah amat penting. Saya setujulah dengan cadangan Yang Berhormat semua kita mesti meningkat
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
semula dana KWAN apabila ekonomi telah kembali stabil dan mensasarkan penambahan saiz dana selanjutnya dengan memperbanyakkan lagi bilangan penyumbang.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri minta penjelasan.
Tadi Yang Berhormat Menteri kata sepanjang 30 tahun PETRONAS memberi sumbangan secara berperingkat. Akan tetapi sepanjang 30 tahun ini, adakah pernah kita membelanjakan duit KWAN? Minta penjelasan. Terima kasih.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Ada tadi saya sebut, juga disebut oleh salah seorang Yang Berhormat tadi, saya tidak ingat mengatakan guna untuk Paya Indah Wetlands. Itulah kali pertamanya digunakan untuk pembangunan projek Paya Indah Wetlands Yang Berhormat. Dengan izin that was the only time it was used.
Berkaitan enam juta tambahan dos tadi Yang Berhormat Kulim juga berhubung enam juta dos tambahan. (YO)
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Seperti Yang Berhormat sedia maklum, kerajaan pada bulan Ogos pada ketika itu telah pun menandatangani kontrak yang melibatkan hampir 80 juta dos vaksin. Namun begitu, sebahagian daripada dos vaksin ini tidak dapat dibekalkan mengikut masa dan antaranya hanya akan dihantar pada hujung tahun. Senario pada bulan Ogos menampakkan bilangan kes tinggi terutamanya di Lembah Klang serta keperluan untuk meningkatkan kadar vaksinasi bagi membolehkan pembukaan ekonomi secara beransuran. Dengan itu, kerajaan telah memutuskan untuk memperoleh enam juta dos tambahan kerana dapat dibekalkan dengan segera. Pembelian tersebut antara lain telah membolehkan pelaksanaan PICK dengan lebih cepat sehingga mencapai 90 peratus vaksinasi lengkap penduduk dewasa semalam dan membolehkan pembukaan bagi luar negara termasuk rentas negeri.
Bagi penambahan sebanyak enam juta dos ini, kini bilangan dos adalah sehingga 140 peratus penduduk di Malaysia. Akan tetapi ini tidak merupakan pembelian berlebihan kerana stok vaksin ini akan digunakan untuk golongan remaja seperti yang diberikan kepada mereka yang berumur 12 hingga 17 tahun dan juga akan mula diberikan booster shot dos ketiga terutamanya kepada golongan barisan hadapan kesihatan serta golongan berisiko tinggi. Itulah jawapan daripada saya mengenai enam juta tadi Yang Berhormat.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Boleh minta pencerahan sedikit? Tuan Yang di-Pertua, dengan izin.
Yang Berhormat Menteri, cuba jelaskan di mana sebenarnya kenyataan bahawa komitmen kerajaan untuk membeli sebanyak enam juta dos itu dengan penjelasan oleh Menteri Kesihatan bahawa tidak lagi menjadi keperluan untuk kerajaan membeli. Jadi soalannya dah beli atau belum beli lagi yang enam juta itu?
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Sudah beli Yang Berhormat.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Sudah beli?
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Ya.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Kalau sudah beli macam mana Yang Berhormat Menteri boleh menjelaskan bahawa...
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Kita telah beli meaning we have ordered lah Yang Berhormat, belum lagi dibayar.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Oh okey.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Bila saya sebut the timing memang lambat, kita hendak cepatkan so yang mana dapat dulu itu kita belilah dulu Yang Berhormat.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Baik, terima kasih.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Sekarang dah jadi 140 peratus, sebelum ini tidak silap saya 120 peratus lebih penduduk.
Dato' Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato' Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Tadi penggunaan pertama tentang projek Wetland tentang kumpulan wang ini. Saya boleh dapat maklum tak sudah bayar belum ke balik?
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Itu projek pembangunan. Saya belum ada information about that Yang Berhormat, saya akan.
Sudah lama ini, saya akan check balik.
Yang Berhormat, ada lagi soalan mengenai perpecahan. Saya sudah sebut tadi, sebenarnya accounting treatment ini Yang Berhormat Subang, sorry. Perbelanjaan KWAN di bawah MOSTI dan KKM. Ini Yang Berhormat Subang juga membangkitkan tadi.
Sejumlah RM3.27 bilion dari RM5 bilion saya sebut tadi, sebanyak RM2.8 bilion tujuan perolehan vaksin. Jadi RM432 juta ini yang diperuntukkan untuk MOSTI. Accounting treatment juga Yang Berhormat Subang.
Untuk makluman Yang Berhormat Subang, selepas penggunaan dana KWAN sebanyak RM5 bilion untuk pemerolehan vaksin, dana KWAN masih lagi ada baki sebanyak RM15 bilion. Setelah ekonomi negara stabil, kita akan usahakan penambahan semula dana KWAN yang perlu dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak yang berkaitan. Komitmen daripada Kerajaan Persekutuan dan negeri untuk turut mengambil bahagian.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Yang Berhormat Menteri, boleh celah?
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Bukan sahaja Petronas Yang Berhormat.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Yang Berhormat Menteri, boleh celah?
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Okey.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Cuma hendak tanya, tadi Yang Berhormat Menteri sudah dua kali sebut bahawa akan cuba tambahkan balik dana KWAN selepas ekonomi kita pulih. Akan tetapi adakah Yang Berhormat Menteri set satu target katakan berapa KDNK kita capai, then kita kena tambah balik, pulang balik dana KWAN.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Ya. Yang Berhormat, kita belum ada lagi sasaran yang kita akan umumkan. Kita masih lagi memperincikan.
Kalau kita lihat defisit kita pada tahun depan dan juga tahun ini masih lagi tinggi kerana kita masih lagi membuat perancangan untuk membuat lebih suntikan fiskal seperti yang diluluskan tadi. Insya-Allah pada tahun 2025 semasa sasaran defisit fiskal kita turun balik kepada tiga atau 3.5 peratus, kerajaan akan mula menambah semula dana KWAN ini.
Kalau lebih cepat memang lebih baguslah Yang Berhormat.
Dato' Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
[Bangun]
Tuan Wong Chen - Subang
Yang Berhormat Menteri, tentang isu sama ada dia bayar dividen atau secara operating expediture, expenses? Duit RM5 bilion itu dikeluarkan daripada KWAN itu sebagai geran ataupun cara macam mana?
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Dikeluarkan sebagai tunai pada - it’s grant lah.
Dato' Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Kubang Pasu.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Yang Berhormat Kubang Pasu.
Dato' Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Terima kasih.
Oleh sebab itu saya cadangkan kalau setakat ya bila keadaan ekonomi kita baik, kita akan
Dato' Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
pastikan bahawa ada sumbangan balik ke tabung KWAN dan sebagainya. Something yang tidak certain Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab itu saya cadangkan supaya oleh kerana adapun RM19 bilion sahaja, tidak banyak. Jadi saya cadangkan supaya ia menjadi, yang saya fahamlah, kalau digunakan untuk pembangunan tadi itu, untuk Wetland memang hangus dibelanjakan begitu. Ia juga dibenarkan dalam KWAN ini untuk memberi pinjam.
Jadi saya mencadangkan supaya untuk ini bagi memastikan kita dalam keadaan ruang fiskal yang cukup terhad sebelum ini, maknanya tidak diberikan outright grant macam itu seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri tetapi sebagai satu pinjaman. When the time comes, keadaan ekonomi kita elok dan sebagainya, pulangkan balik semula ke dalam ini sebab ini adalah untuk generasi kita masa depan yang pada ketika itu minyak sudah tidak ada, gas sudah tidak ada. Inilah sumber yang kita hendak gunakan. Jadi saya hendak mencadangkan supaya ia sebagai satu pinjaman. Apa yang baiknya pinjam ini chargesnya tidak ada, maknanya it is interest free. Terima kasih.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih. Saya ada jawapan untuk Yang Berhormat Pulai mengenai sudah bayar atau tidak projek Wetland Sanctuary di Hulu Langat. Ia sudah dibayar pada tahun 1998 hingga tahun 2000 sebanyak RM42 juta. Just to reconfirm juga tadi Yang Berhormat Subang, tunai itu bermaksud operasilah dan bukannya dividen.
Mengenai jawapan untuk Yang Berhormat Kubang Pasu. Saya telah menyebut tadi, kalau kita membuat pinjaman daripada dana KWAN, ini akan meningkatkan hutang negara. Jadi kita sudah ada limit seperti Yang Berhormat sebut tadi. Kita ada had hendak mengehadkan kepada 65 peratus. Kalau kita menggunakan dana KWAN ini, ia akan masuk sebagai pinjaman dan ini akan menaikkan had hutang negara kita Yang Berhormat.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri, last question ya Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya, kita mulakan dengan RM10 bilion.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Kita tidak mulakan dengan RM10 bilion, kita start smaller.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Ya, maksud saya KWAN kita start tahun 1988 lebih kurang RM10 bilion, I mean over the years, 30 tahun RM10 bilion. Akan tetapi selepas 30 tahun, baru naik kepada RM20 bilion. Ini bermaksud bahawa pulangan atau investment dan sebagainya itu tidak tinggi because over 30 years baru kita capai 100 percent pulangan. Jadi apa cadangan Yang Berhormat Menteri untuk menaikkan because now kalau we put into investment, into stock market dan sebagainya, mungkin pulangannya beratus peratus over 30 years. Jadi saya tidak nampak bahawa ia aggressively invests to increase the tabung ini.
Bagaimana kita mengurus tentang isu ini? Adakah duit KWAN ini digunakan untuk beli bon sahaja atau boleh invest dalam stock market dan sebagainya? Minta penjelasan, terima kasih.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih. Dana asal bukan RM10 bilion Yang Berhormat. Dana asal sebenarnya RM100 juta, setiap tahun ada average contribution yang diberikan pada setiap tahun. Kalau kita lihat return nya, pinjaman atau investment yang dibuat termasuklah simpanan tetap, bon dan ekuiti. Dalam pasaran tempatan juga, KWAN mempunyai pegangan ekuiti juga di dalam sesetengah syarikat sebagai tambahan kepada pelaburan dalam ekuiti awam melalui Program Pengurusan Dana Luar.
Jadi kalau kita lihat penggunaan dana KWAN ini bermula dengan RM100 juta dan naik kepada RM1 bilion setahun tertakluk kepada prestasi Petronas. Pada masa kini dana ini telah membuat pulangan yang agak bagus kalau kita lihat tetapi saya tidak ada the latest number. Akan tetapi kalau kita fokus kepada tahun-tahun yang telah dilaburkan investment ini, daripada RM10 bilion ini telah naik kepada RM20 bilion dalam masa 30 tahun. Jadi returnnya ialah lebih kurang RM10.4 bilion dalam masa 30 tahun Yang Berhormat.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja kalau dapat saya mencelah.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Ya.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Yang di- Pertua, dengan izin. Yang Berhormat Menteri, saya membangkitkan tentang vaksin perolehan tadi dan dashboard itu khasnya kerana bukan semua jenis ataupun vaksin type itu mempunyai vaksin efficiency― sebagai contoh kalau saya boleh istilahkan― contoh, relative risk of ICU admission. Kajian yang dibuat oleh KKM sendiri, Dr. Kalai di Sungai Buloh Hospital, Tuan Yang di-Pertua, menunjukkan bahawa the inactivated vaccine Sinovac, maaf, Pfizer adalah jauh lebih superior daripada vaksin seumpama Sinovac sebanyak 5.5 kali ganda dan AstraZeneca sebanyak 11 kali ganda.
Jadi, apabila kita tidak ada transparensi dalam perolehan ini dan juga penglibatan pakar-pakar yang lain untuk memberikan cadangan, kita continue to be spending investing on Sinovac or inactivated vaccine yang tidak efficient atau vaccine efficiency seumpama the mRNA vaccines. Itu yang mustahaknya ketelusan ini ada dalam dashboard yang diberikan kepada rakyat. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya akan bincang dengan Yang Berhormat Menteri Kesihatan kerana perolehan ini kita telah turunkan kuasa dari segi vaksin kepada Kementerian Kesihatan untuk tolong memantau apa yang telah disebut tadi oleh Yang Berhormat. Saya percaya mereka mendapat nasihat pakar perubatan Kementerian Kesihatan. Akan tetapi, saya akan bincang juga dengan Yang Berhormat Menteri Kesihatan.
Itu sahajalah daripada saya pada petang ini, Yang Berhormat...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri, mohon. Sik mohon soalan tadi. Sik mohon kalau tidak dapat dijawab mungkin jawab bertulis.
Tuan Wong Chen - Subang
Yang Berhormat Menteri, soalan tentang taskforce untuk Pandora Papers. Terima kasih.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Sorry?
Tuan Wong Chen - Subang
Pandora Papers.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Task force untuk Pandora Papers?
Tuan Wong Chen - Subang
Ya lah, sebab hasil kerajaan sekarang ini memang terdesak. Seperti Yang Berhormat Menteri tahu, ya lah, tax avoidance is not a crime but tax avoidance is also, you know, reduces the income of the nation. Jadi, sama ada kita boleh buat dengan LHDN atau tidak?
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Saya telah sebutkan tadi sebenarnya. Ini soalan tidak ada kena mengena dengan dana KWAN. Tetapi kerana Yang Berhormat Subang kawan saya, saya hendak jawablah.
Mengenai kewangan tahunan, sebenarnya Lembaga Hasil Dalam Negeri, saya sebut tadi, ada secara berkala mendapat maklumat melalui Automatic Exchange of Information (AEOI) dari luar negara. Ini termasuklah negara-negara yang― ada BVI, even our neighbor Singapura dan sebagainya. Kita buat maklumat pertukaran mengenai percukaian. Kita ada di bawah perjanjian ini dan 74 negara is involved dan maklumat kewangan yang diperoleh merangkumi butir-butir, dengan izin, all the accounts seperti custodial account, investment dan sebagainya.
Tambahan lagi, Yang Berhormat, maklumat berkenaan juga boleh diperoleh menerusi mekanisme pertukaran maklumat secara permintaan ataupun, dengan izin, exchange of information on request sekiranya terdapat asas untuk mendapatkan
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
maklumat tambahan berkenaan bagi tujuan atau siasatan yang disebut oleh Yang Berhormat tadi.
Sebenarnya kalau saya hendak cerita sedikit sejarah di sini, ia bermula pada tahun 2018. Berikutan pelaksanaan AEOI ini, ada lebih 4,000 kes diaudit telah diselesaikan dengan jumlah penyelesaian hampir RM350 juta oleh LHDN. Selain itu, di bawah Program Khas Pengakuan Sukarela, yang ini Yang Berhormat tahulah yang telah diadakan semasa Pakatan Harapan, lebih daripada 250,000 pembayar cukai sama ada di Malaysia atau di luar negara juga telah membuat pembayaran balik yang melibatkan cukai tambahan dan juga penalti.
Izinkan saya tekankan di sini bahawa kerajaan sentiasa mengalu-alukan lapisan orang ramai, semua Yang Berhormat di sini, sekiranya dapat maklumat bahawa seorang individu atau entiti mungkin terlibat dengan penggubahan wang haram, aktiviti pembiayaan keganasan dan penjanaan pendapatan ataupun evading taxes, tolonglah buat laporan kepada pihak-pihak berkuasa dan mereka akan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya, Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.
Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] [Rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa] [Majlis bersidang dalam Jawatankuasa] [Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Jawatankuasa****]
Fasal-fasal 1 hingga 2 – Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Sedikit kalau boleh, Tuan Pengerusi
Tuan Pengerusi
Sila.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Sedikit saya sebutkan. Takut disilap fahami, pembelian perolehan vaksin ini walaupun lebih daripada 100 peratus atau lebih daripada itu iaitu sebanyak 150 peratus pun, yang mustahaknya adalah, saya sebutkan tadi, sebagai the vaccine type yang sesuai. Keduanya, saya sendiri dan ramai yang lain juga adalah menyokong akan penggunaan booster dose atau the third dose. Jadi, oleh sebab itu, kita sangat memahami keperluan untuk membeli perolehan yang munasabah dari segi jumlahnya. Itu sahaja, Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Pengerusi
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Ada lagi?
Kalau tiada, Yang Berhormat Menteri hendak menjawab kepada Yang Berhormat Kuala Selangor?
Menteri Kewangan - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Yang Berhormat Kuala Selangor tadi hanya memberi pencerahan, Tuan Pengerusi.
Menteri Kewangan - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
[****Fasal-fasal 1 hingga 2** diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang] [Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang] [Majlis Mesyuarat bersidang semula] [Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali ketiga, disokong oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Dato Sri Alexander Nanta Linggi) dan diluluskan]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga esok jam 10 pagi, hari Selasa, 12 Oktober 2021.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera semua.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.08 petang]