Oct062021

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya jemput Yang Berhormat Kota Samarahan.

final • 10:00 AM

Puan Rubiah binti Haji Wang - Kota Samarahan

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Helang putih terbang ke rimba, Gagak hitam menerkam pula, Hati sedih ramai berduka, Wira disanjung gugur terluka.

final • 10:00 AM

1. Puan Rubiah binti Haji Wang [Kota Samarahan] minta Menteri Kanan Pertahanan menyatakan:

(a) apakah pampasan yang diberikan kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden tembakan di Pondok Pengawal Skuadron 330 Tentera Udara Diraja Malaysia, Kota Samarahan yang berlaku pada 13 Ogos 2021; dan

(b) apakah tindakan daripada pihak kerajaan dalam memastikan tahap kesihatan mental dalam kalangan anggota dan pegawai tentera dalam keadaan baik sekiranya itulah punca insiden ini.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz

Allah.

Hendak jawab pantun ini saya minta maaf lah. Apa pun saya jawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Kota Samarahan. Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih juga saya ucapkan kepada Yang Berhormat Kota Samarahan yang dikenali sebagai Kak Ruby yang saya tahu dan kenali, beliau seorang yang sangat prihatin, sangat cakna dengan anggota tentera, khususnya dalam hal kebajikan.

Mengenai soalan beliau, mengenai isu kebajikan ahli keluarga yang terlibat dalam insiden tembakan di Pondok Pengawal Skuadron 330 TUDM Kota Samarahan yang saya tahu ada dalam kawasan Parlimen Yang Berhormat yang telah berlaku pada 13 Ogos 2021 yang lalu yang menyebabkan empat anggota TUDM telah terkorban.

Untuk makluman Yang Berhormat, insiden tembakan yang disebutkan tadi masih dalam siasatan Polis Diraja Malaysia bagi mengenal pasti sekiranya wujud elemen jenayah dan mengesahkan punca sebenar insiden. Siasatan oleh pihak TUDM juga turut dibuat berkaitan aspek-aspek pentadbiran, prosedur operasi standard atau SOP, isu kebajikan dan sebagainya.

final • 10:00 AM

Timbalan Menteri Pertahanan - Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz

Pada 13 Ogos 2021 yang lalu, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Akhbar sendiri telah bertemu ahli keluarga anggota-anggota TUDM yang meninggal dunia di Pangkalan Udara Kuching, Sarawak dan beliau telah menyampaikan sumbangan awal kematian yang melibatkan belanja pengebumian, sumbangan kematian dari tabung kebajikan TUDM, serta sumbangan derma tanggungan dari Tabung Kebajikan Angkatan Tentera.

Selain itu, pihak Markas Angkatan Tentera Malaysia, Bahagian Perkhidmatan Anggota Jabatan Rekod dan Pencen telah selesai memproses dokumentasi pencen terbitan, ganjaran terbitan dan faedah gantian cuti rehat melibatkan orang tanggungan keempat-empat anggota TUDM berkenaan. Seterusnya pembayaran juga kepada semua orang tanggungan ini telah dilaksanakan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) pada hujung bulan September 2021.

Walau bagaimanapun, pembayaran pencen orang tanggungan dan ex-gratia orang tanggungan adalah tertakluk kepada keputusan Lembaga Penentuan Sebab oleh Markas Angkatan Tentera Malaysia, Bahagian Perkhidmatan Kesihatan dan laporan akhir siasatan PDRM. Dalam masa yang sama, pihak Skuadron 330 Kota Samarahan juga sedang bekerjasama dengan pihak koperasi tentera dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera mengenai semakan kelayakan pembayaran kepada ahli keluarga yang melibatkan caruman dan simpanan yang telah dibuat oleh semua anggota TUDM berkenaan sepanjang perkhidmatan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, menjawab soalan yang kedua...

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ringkaskan.

final • 10:00 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz

Yang Berhormat Kota Samarahan.

Berkaitan, ringkas– sedikit lagi ya. Usaha kementerian untuk memastikan tahap kesihatan mental yang baik di kalangan anggota TUDM mempunyai mekanisme dalam memantau tahap kesihatan mental anggota supaya berada dalam keadaan baik dan terkawal.

Mekanisme sedia ada yang dilaksanakan antara lain adalah dengan memberi perkhidmatan psikologi dan kaunseling kepada anggota dan keluarga mereka.

Perkhidmatan psikologi dan kaunseling yang diberikan adalah selari dengan keperluan ATM dan kementerian untuk memantau, mencegah, memberi nasihat dan kaunseling ke atas segala isu yang membabitkan masalah tekanan kesihatan mental tempat kerja, keluarga, kewangan dan lain-lain isu yang dibimbangi akan menjejaskan kesiapsiagaan pasukan.

Akhir sekali, insiden tembakan yang telah berlaku melibatkan anggota TUDM di Kota Samarahan sememangnya memberi kesan trauma kepada anggota di pasukan tersebut. Tindakan susulan TUDM dengan menghantar tim kaunseling dan psikologi sejurus insiden itu berlaku sangat membantu anggota dan keluarga mangsa yang terlibat dalam menenangkan keadaan. Sehingga kini, pemantauan secara berkala dengan menjalankan sesi bimbingan dan nasihat telah dilaksanakan oleh pegawai AKRAB iaitu Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam di Pangkalan Udara Kuching. Terima kasih.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Timbalan Menteri. Soalan tambahan yang pertama. Yang Berhormat Kota Samarahan.

final • 10:00 AM

Puan Rubiah binti Haji Wang - Kota Samarahan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Timbalan Menteri atas jawapan itu tadi. Soalan tambahan saya, apakah langkah-langkah khas daripada pihak kementerian untuk memastikan insiden seperti ini tidak berulang lagi pada masa akan datang? Terima kasih.

final • 10:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kota Samarahan. Sila Timbalan Menteri, satu minit.

final • 10:00 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz

Terima kasih. Soalan tambahan yang cukup baik dari Yang Berhormat Kota Samarahan. Untuk makluman Yang Berhormat dan Ahli-ahli Dewan, prosedur pengambilan dan penggunaan senjata api dari stor senjata merupakan satu prosedur yang cukup ketat yang ditekankan di bawah prosedur operasi standard Angkatan Tentera Malaysia.

final • 10:00 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz

Menyentuh hal berkaitan insiden tembakan di Skuadron 330 Kota Samarahan ini, ia melibatkan anggota pertahanan darat TUDM, atau yang kita panggil Handau, yang berfungsi sebagai polis tentera dalam perkhidmatan tentera udara. Sudah pastinya tugas- tugas anggota Handau adalah untuk mengawal keselamatan pangkalan dengan menggunakan senjata api. Namun demikian, saya boleh nyatakan di sini bahawa insiden tembakan yang berlaku adalah kes yang terpencil di mana dalam situasi latihan atau urusan melibatkan senjata api, ia tidak boleh diambil atau digunakan sewenang- wenangnya. Apa yang berlaku adalah amat dikesali dan tidak dijangka.

Namun, kementerian mengambil maklum saranan Yang Berhormat Kota Samarahan dan kami akan melihat semula berkaitan perkara ini setelah Lembaga Siasatan TUDM selesai menjalankan siasatan. Antara elemen penting atau fokus utama lembaga ini ialah menambah baik atau mengemas kini prosedur operasi standard bagi pengendalian dan pengurusan senjata dalam TUDM. Insya-Allah Yang Berbahagia Tan Sri Panglima Tentera Udara sendiri akan memaklumkan hasil siasatan berkenaan. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Labuan.

final • 10:10 AM

Datuk Rozman bin Isli - Labuan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri pasti sedar bahawa Labuan adalah military base terutamanya tentera udara. Soalan saya, selain daripada bantuan-bantuan kebajikan seperti yang telah dijelaskan tadi, adakah bantuan ataupun kaedah perlindungan terutamanya insurans dan takaful untuk ahli-ahli keluarga dan waris-waris mangsa yang terkorban semasa bertugas?

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Sila Timbalan Menteri, satu minit.

final • 10:10 AM

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Labuan.

Saya tahu beliau juga seperti Yang Berhormat Kota Samarahan yang cukup mengambil berat hal ehwal kebajikan anggota tentera kerana di tempat beliau ada pangkalan udara.

Okey, menjawab soalan Yang Berhormat Labuan, di bawah Skim Perkhidmatan ATM sememangnya terdapat yang kita panggil Skim Takaful Berkelompok Angkatan Tentera Malaysia yang ditawarkan kepada semua anggota tentera.

Skim ini merupakan satu skim perlindungan yang direka khas bagi menjaga kebajikan anggota termasuk kakitangan awam yang bertugas di Kementerian Pertahanan.

Pengurus skim ini ialah Koperasi Tentera manakala penanggung skim ialah Great Eastern Takaful Berhad. Skim takaful ini direka bertujuan untuk memberi perlindungan kepada semua peserta dalam tempoh 24 jam terus-menerus sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan atau penyakit atau kematian biasa atau lain-lain sebab seperti hilang upaya penuh dan kekal, hilang upaya separa dan kekal, serta ketidakmampuan bekerja yang disebabkan oleh kemalangan sahaja sama ada semasa bertugas atau di luar masa bertugas. Tidak kira di mana sahaja termasuk di luar negara.

Jadi, akhirnya suka saya tegaskan di sini, di bawah kepimpinan Menteri Kanan Pertahanan Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein di hari pertama beliau melaporkan diri di MINDEF, yang mana beliau memaklumkan bahawa agenda kebajikan anggota dan veteran ATM adalah agenda yang utama dan sangat penting di bawah kepimpinan beliau dalam menerajui Kementerian Pertahanan Malaysia. Sama-sama kita doakan niat suci beliau berjaya. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya..

final • 10:10 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua, tambahan soalan tiga.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya sudah bagi masa setiap masa jawapan itu berlebih panjang. Minta maaf.

final • 10:10 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Ini hal tentera ini.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sekarang saya jemput Yang Berhormat Tuan Wong Chen, Subang.

final • 10:10 AM

2. Tuan Wong Chen [Subang] minta Menteri Luar Negeri menyatakan:

(a) kedudukan kerajaan mengenai rancangan untuk menghentikan pengusiran pelarian Rohingya; dan

(b) tindakan politik dan kemanusiaan sehala yang Kerajaan sedia ambil ke atas rampasan kuasa di Myanmar, di luar daripada payung ASEAN.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Menteri Luar Negeri untuk menjawabnya. Tiga minit.

final • 10:10 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Saifuddin Abdullah

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Subang. Seperti Dewan yang mulia ini sedia maklum, isu pelarian Rohingya dari Myanmar adalah krisis yang telah berlarutan sejak beberapa dekad yang lalu. Pengusiran keluar etnik Rohingya dari Myanmar pada Ogos 2017 hanyalah manifestasi terkini diskriminasi ke atas etnik Rohingya oleh Kerajaan Myanmar.

Walaupun Myanmar pernah diterajui sebuah kerajaan demokratik oleh Aung San Suu Kyi, mereka masih dikecualikan daripada senarai 135 etnik yang dianggap rakyat Myanmar. Etnik Rohingya kekal tidak bernegara (stateless) dengan izin, dan hak-hak mereka terabai. Jumlah pelarian Rohingya di Malaysia pada masa ini dianggarkan lebih 200 ribu orang iaitu jumlah terbesar di Asia Tenggara. Dalam masa yang sama, pengusiran mana-mana populasi secara paksa adalah tersenarai sebagai salah satu jenayah kemanusiaan dalam undang-undang antarabangsa, khususnya Statut Rom berkenaan Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan konvensyen mengenai pencegahan dan hukuman ke atas genocide. Walaupun penghentian pengusiran ini terletak sepenuhnya di bawah kuasa pemerintah Myanmar, Malaysia dan negara-negara sependirian perlu terus berusaha ke arah merealisasikan penghentian pengusiran tersebut. Dalam hal ini, Malaysia mengambil langkah untuk terus mengetengahkan isu pelarian Rohingya dalam perbincangan peringkat serantau mahupun antarabangsa. Di peringkat ASEAN misalnya, Malaysia adalah negara yang paling konsisten dan lantang mengutarakan tentang isu pelarian Rohingya.

Malaysia juga menyokong kuat usaha-usaha ASEAN dalam memudah cara repatriasi pelarian Rohingya kembali ke Myanmar. Malaysia juga melihat bahawa sekiranya kebertanggungjawaban atau akauntabiliti ke atas pengusiran etnik Rohingya ini dapat dicapai melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). Etnik Rohingya mungkin mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Menjurus kepada soal usaha-usaha Malaysia berhubung situasi Myanmar di luar payung ASEAN. Ingin saya jelaskan bahawa Malaysia mengambil pendekatan bekerjasama dengan negara-negara ASEAN dan tidak bergerak secara sendiri. Ini mengambil kira bahawa ASEAN mempunyai pengaruh yang lebih besar ke atas Myanmar untuk mengubah haluannya dan kembali kepada landasan demokrasi seperti yang telah dimandatkan oleh rakyat Myanmar menerusi pilihan raya.

Terakhir, pada bulan April 2021, pemimpin-pemimpin negara ASEAN telah membincangkan isu ini bersama dengan wakil tentera Myanmar dan dua keputusan besar telah diambil, yang pertama, melantik Menteri Luar II Brunei Darussalam menjadi Utusan Khas Pengerusi ASEAN untuk Myanmar dan keduanya ialah bersetuju tentang konsensus lima perkara bagi menyelesaikan isu-isu terkini yang berlaku di Myanmar. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Menteri.

Soalan tambahan pertama, sila Yang Berhormat Subang.

final • 10:10 AM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, sudikah Kerajaan Malaysia secara unilateral memulakan dialog dengan pihak National Unity Government (NUG)? Soalan ini berdasarkan dua perkara.

Pertama, MyASEAN belum lagi jumpa NUG, setahu saya. Kedua, five points consensus yang Menteri cakap tadi itu membenarkan dialog among all parties to seek a peaceful resolution. Jadi, minta Menteri beri pandangan tentang sudikah Malaysia memulakan dialog dengan NUG. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Subang. Sila Menteri, satu minit.

final • 10:10 AM

Dato’ Saifuddin Abdullah

Pertamanya, dalam Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN pada 4 Oktober yang lepas, kita telah diberi taklimat oleh utusan khas bahawa Naypyidaw tidak memberikan kerjasama tentang konsensus lima perkara. Oleh kerana itu, saya telah memaklumkan kepada mesyuarat itu, sekiranya tidak ada kemajuan dalam pelaksanaan konsensus lima perkara, Malaysia berpendapat adalah sukar untuk mengundang Ketua Tentera yang sedang berkuasa di Naypyidaw untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN pada 26 hingga 28 Oktober.

Namun, proses ini masih juga proses melaksanakan konsensus lima perkara masih diusahakan dengan izin, with whatever that is humanly possible oleh utusan khas.

Sekiranya perkara-perkara itu tidak berlaku, Malaysia memang dari dulu lagi negara pertama yang menjalankan, dengan izin, constructive engagement sebelum pun Myanmar menjadi anggota ASEAN. Saya fikir, apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Subang boleh kita fikirkan sekiranya perkara berkaitan dengan konsensus lima perkara itu sudah nyata tidak dapat dilaksanakan. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Soalan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Papar.

final • 10:20 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Soalan saya ialah setelah 58 tahun kita di dalam Malaysia, kami di Sabah masih lagi menunggu keputusan daripada Kerajaan Persekutuan untuk berusaha berunding dengan negara Filipina bagi menyelesaikan tuntutan negara Filipina terhadap Sabah. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila, nampak soalan lari sedikit daripada soalan asal tetapi Yang Berhormat Menteri sila jawab.

final • 10:20 AM

Dato' Saifuddin Abdullah

Saya faham soalan yang ditimbulkan tetapi tiada kaitan dengan soalan asal. Akan tetapi bagi meraikan isu yang penting saya akan jawab secara bertulis.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Cameron Highlands, namun tidak ada dalam Dewan. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

[****Soalan No. 3** – YB. Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor (Cameron Highlands) tidak hadir]

final • 10:20 AM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, UMNO lawan UMNO di Melaka, Rakyat dihukum dengan pilihan raya, Tolong jawab Menteri bijaksana, Soalan nombor 4 daripada Hang Tuah Jaya.

final • 10:20 AM

4. Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd Akin [Hang Tuah Jaya] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan sejauh manakah perancangan kementerian di dalam merancakkan lagi pemberian vaksin harian dan apakah program vaksin bergerak (mobile vaccine) boleh dilaksanakan secara menyeluruh serta kenapa negeri Melaka menjadi antara negeri yang rendah kadar vaksinasinya.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bumi Melaka bumi pahlawan, Tamadun gemilang makmur dan kaya, Berdirinya hamba menjawab soalan, Soalan tuan dari Hang Tuah Jaya. Tuan Yang di-Pertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), maklumat terkini sehingga 4 Oktober 20201 telah mencapai kadar populasi dewasa lengkap divaksinasi sebanyak 88.4 peratus. Melihat kepada pencapaian ini, CITF optimis usaha PICK sedang berjalan mengikut landasan dan perancangan yang ditetapkan.

Antara program vaksin bergerak yang telah dilaksanakan adalah program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) Outreach 2.0. Program ini merupakan inisiatif bersama di antara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) yang digerakkan ke seluruh negeri di Semenanjung Malaysia bagi mewujudkan ekosistem sokongan dalam mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada komuniti.

Pasukan sedang digerakkan secara berperingkat ke seluruh negara bagi membantu proses vaksinasi melalui PPV di negeri-negeri. Untuk perancangan selanjutnya, MOVAK menyasarkan pelaksanaan vaksinasi terhadap remaja di kawasan PPR yang tertakluk kepada keputusan KKM. Secara keseluruhannya sebanyak 84,868 dos suntikan telah diperuntukkan bagi pelaksanaan program Outreach MOVAK ini bermula pada 23 Ogos 2021 yang lalu dan sehingga kini ia telah pun dilaksanakan di tujuh buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan juga Johor.

Pencapaian vaksinasi di negeri-negeri ini telah meningkatkan kadar vaksinasi keseluruhan negara melebihi 85 peratus pada masa ini. Kadar vaksinasi di Melaka sehingga 5 Oktober 2021 ialah 91.4 peratus populasi dewasa negeri telah menerima sekurang-kurangnya satu dos dan sebanyak 88.5 peratus telah pun lengkap dos. Kadar pencapaian ini sebenarnya melebihi kadar vaksinasi populasi dewasa kebangsaan yang pada hari ini 88.4 peratus. Jadi Yang Berhormat insya-Allah Melaka bukan antara yang terendah.

Agihan bekalan negeri Melaka bagi bulan September 2021 adalah sebanyak 435,750 dos. Ini menunjukkan pelaksanaan PICK di negeri Melaka berada pada landasan yang tepat menuju matlamat yang disasarkan. Sekian, terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

final • 10:20 AM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang pada saya baik. Namun saya ada satu soalan tambahan, ada beberapa aduan yang saya terima daripada beberapa keluarga pesakit yang khususnya dimasukkan ke wad ICU yang mana mereka menyatakan kebanyakan yang masuk itu sudah lengkap dua dos tetapi mereka menerimanya daripada jenama Sinovac. Jadi saya ingin tanya kementerian, daripada segi keberkesanan Sinovac, Pfizer ini dan kalau betul, apakah ada jaminan kepada kerajaan untuk bagi booster daripada Pfizer, kepada mereka terutamanya kumpulan yang menerima Sinovac ini? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

final • 10:20 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Setakat ini semua jenis vaksin sama ada Pfizer, Sinovac ataupun AstraZeneca termasuk CanSino yang digunakan di bawah program PICK, didapati berkesan di dalam yang pertama ialah mengurangkan jangkitan dan yang kedua dari segi mengurangkan kemasukan ke hospital dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, benar ada didapati berlaku penurunan setelah tempoh masa yang tertentu. Maka oleh kerana itu, kerajaan telah pun menyebut tentang keperluan kepada booster dose, khusus kepada kumpulan-kumpulan yang tertentu yang mempunyai risiko yang tinggi. Ini telah pun dibuat keputusan dan perincian sedang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Kuala Krai.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Soalan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 10:20 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih,Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya ialah apakah sumbangan lain MOSTI dalam usaha mengawal pandemik COVID-19 selain terlibat dalam PICK ataupun P.I.C.K ini?

Berapakah jumlah dos vaksin yang diperolehi secara derma dari luar negara dan apakah tindakan kementerian dengan vaksin-vaksin yang diterima ini? Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Krai. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

final • 10:20 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Terima kasih. Selain daripada terlibat di dalam program pelaksanaan imunisasi COVID-19 Kebangsaan, MOSTI turut terlibat dalam pelbagai usaha mengawal pandemik ini melalui pelan hala tuju pembangunan vaksin negara iaitu bagi menghasilkan vaksin di masa hadapan secara tempatan, daripada segi pembangunan sijil vaksinasi di bawah Vaccine Management System (VMS) dan penambahbaikan di dalam contact tracing yakni sistem pengesanan kontak di dalam MySejahtera.

Berhubung dengan soalan berkaitan dengan sumbangan vaksin yang telah diterima daripada luar negara, Kerajaan Malaysia telah menerima sumbangan vaksin daripada kerajaan luar iaitu:

(i) daripada Jepun jenis AstraZeneca sebanyak 998,400 dos;

(ii) daripada Amerika Syarikat jenis Pfizer sebanyak 1,350,000 dos;

(iii) daripada China jenis Sinovac sebanyak 500,000 dos; dan

(iv) daripada United Kingdom jenis AstraZeneca sebanyak 415,000 dos.

Semua sumbangan ini kita terikat kepada perjanjian yang mana tidak membolehkan sebarang penjualan, vaksin ini semata-mata untuk program vaksin percuma kepada rakyat. Terima kasih.

final • 10:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Pontian.

final • 10:20 AM

5. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan kaedah terperinci bagi meningkatkan pelaburan langsung dalam negara 'Domestic Direct Investment' (DDI) dan 'Foreign Direct Investment'

(FDI) serta pelan bagi menaikkan ekonomi negara dan ekonomi rakyat dipulihkan dengan kaedah 'V curve'.

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Lim Ban Hong

Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha untuk menggalakkan pelaburan domestik, inisiatif MITI melalui MIDA adalah seperti berikut:

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Lim Ban Hong

(i) melaksanakan program MIDA Invest Series Conference bagi mengenal pasti potensi pelaburan setiap negeri dan dimaklumkan kepada komuniti perniagaan tempatan mengenai peluang pembangunan dan pelaburan terkini di negeri masing- masing;

(ii) melibatkan pemain industri tempatan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di dalam rantaian bekalan global melalui program domestic investment coordination platform

(DICP);

(iii) menawarkan khidmat nasihat mengenai bantuan dan fasilitasi kerajaan secara one-stop-centre kepada PKS melalui SME Investment Desk di MIDA bagi meningkatkan keupayaan PKS negara ini;

(iv) menganjurkan seminar pelaburan domestik dan program kerjasama dengan persatuan-persatuan industri dan Dewan Perniagaan Tempatan untuk penyebaran maklumat dasar kerajaan dan fasilitasi;

(v) mengadakan lawatan ke syarikat-syarikat berpotensi untuk memudah cara rancangan pelaburan syarikat melalui domestic specific project mission (DSPM);

(vi) melaksanakan Supply Chain Programme yang melibatkan kerjasama strategik di antara syarikat MNC atau syarikat besar tempatan dengan syarikat pengeluar tempatan bagi melengkapkan ekosistem bekalan dan perkhidmatan syarikat berkaitan.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menarik pelaburan asing ke dalam negara pula inisiatif MITI dan MIDA adalah seperti berikut:

(i) mengadakan misi perdagangan dan pelaburan ke negara- negara pengeksport utama, modal dan teknologi untuk menyebarkan maklumat tentang keadaan ekonomi negara yang terkini dan peluang pelaburan yang berpotensi di dalam negara;

(ii) menandatangani perjanjian persefahaman dan menganjurkan webinar dengan kolaborasi bersama dewan perniagaan, bank, agensi promosi pelaburan, syarikat multinasional dan pemaju tanah untuk menarik pelaburan berkualiti ke negara ini;

final • 10:20 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Lim Ban Hong

(iii) menjalankan e-misi pelaburan khusus bersama pelabur berpotensi di luar dan dalam negara secara maya, dan;

(iv) menjalankan media blitz bagi tujuan mempromosikan Malaysia melalui media antarabangsa termasuk Bloomberg dan The Economist Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga menawarkan pelbagai insentif, inisiatif dan fasilitasi berkaitan pelaburan untuk meningkatkan keyakinan pelabur-pelabur. Contohnya, pakej pengecualian cukai istimewa bagi menggalakkan syarikat asing memindah operasi mereka ke Malaysia. Kedua, insentif elaun pelaburan semula (reinvestment allowance – RA) untuk syarikat sedia ada yang telah tamat RA dan insentif RA khas. Ketiga, kita juga mewujudkan pusat sehenti, one stop center (OSC) di MIDA untuk menilai permohonan oleh perniagaan yang layak untuk memasuki Malaysia bagi tujuan perdagangan dan pelaburan.

Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, kita juga telah memperkenalkan kerangka dasar pelaburan baru iaitu national investment aspiration (NIA). Akhir sekali, saya nak nyatakan hasil kesemua usaha ini Tuan Yang di-Pertua, bagi tempoh Januari hingga Jun 2021, pencapaian yang memberangsangkan telah direkodkan dengan kelulusan

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Lim Ban Hong

pelaburan bernilai RM107.5 bilion iaitu melonjak sebanyak 69.8 peratus berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lepas. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Pontian, sila. Soalan tambahan pertama.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apa yang saya ingin tanyakan di sini juga ialah mengenai pelaburan yang berkualiti. Apakah maksud pelaburan berkualiti dan juga setakat mana ia memberikan peluang pekerjaan? Peluang pekerjaan bukan sebarang peluang pekerjaan tetapi yang berpendapatan tinggi dan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi itu bukan untuk orang luar tetapi untuk rakyat tempatan.

Setakat mana kejayaannya itu dan setakat mana kejayaan FDI, DDI membawa industri ke kawasan luar bandar? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

final • 10:30 AM

Datuk Lim Ban Hong

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan ini ada beberapa soalan tambahan sekali. Pertama, saya nak menjawab, kalau mengikut national investment aspiration (NIA) yang saya sebutkan tadi, kita lihat ada lima teras utama:

(i) meningkatkan economic complexity,

(ii) mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi,

(iii) memperluaskan rangkaian domestik,

(iv) membangunkan kluster baru dan sedia ada; serta

(v) mempertingkatkan keterangkuman.

Lima teras ini Tuan Yang di-Pertua, merupakan teras yang akan kita gunakan untuk hala tuju menarik pelabur-pelabur asing pada masa yang akan datang dan ini juga merupakan teras yang bakal kita wujudkan pekerjaan bernilai tinggi yang seperti tadi Yang Berhormat Pontian sebutkan, pendapatan tinggi untuk orang tempatan. Kita akan berpandukan kepada kerangka NIA ini.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan macam mana MITI dan MIDA menarik pelaburan ke kawasan luar bandar seperti yang ditanya oleh Yang Berhormat Pontian.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kita ada lima Koridor Ekonomi Wilayah. Di Utara, kita ada Wilayah Ekonomi Koridor Utara dan kita ada Wilayah Ekonomi Pantai Timur. Di bahagian Selatan, kita ada Iskandar Malaysia.

Di Sabah, kita ada Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan di Sarawak ada Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), di mana MIDA dan MITI bersama-sama dengan kerajaan negeri dan kita akan menggunakan insentif dan pakej yang sedia ada di Koridor Wilayah Ekonomi ini untuk menarik pelabur-pelabur ke kawasan ini. Oleh kerana kesemua Koridor Wilayah Ekonomi ini direka untuk mendatangkan pembangunan di kawasan-kawasan tersebut, termasuk kawasan luar bandar. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Padang Serai.

final • 10:30 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya, saya ingin bertanya tentang pelaburan dalam dokumen RMKe-12. Kerajaan menyatakan bahawa kerajaan akan menggunakan pendekatan private public partnership untuk menampung kos dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan. Maka, saya ingin bertanya, apakah langkah kerajaan dalam mencapai hasrat ini? Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

final • 10:30 AM

Datuk Lim Ban Hong

Tuan Yang di-Pertua, sekiranya kita merujuk kepada RMKe-12, yang tadi soalan tambahan yang ditanya oleh Yang Berhormat Padang Serai berkenaan dengan macam mana kita nak wujudkan lebih banyak private public partnership atau kerjasama swasta dan awam. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya selama ini kalau kita lihat kepada usaha yang dijalankan oleh MIDA yang seperti saya sebutkan tadi, dalam semua siri usaha kita untuk menarik pelaburan, bukan sahaja usaha daripada pihak kerajaan tetapi kita melibatkan usaha pihak swasta.

Seperti yang tadi saya sebutkan dalam jawapan saya, apabila kita mengadakan seminar pelaburan domestik dan juga program kerjasama, kita libatkan persatuan- persatuan industri, dewan perniagaan tempatan dan juga kita mengadakan siri conference untuk memaklumkan kepada pelabur-pelabur yang rata-ratanya terdiri daripada syarikat swasta untuk memaklumkan kepada mereka peluang-peluang pembangunan dan pelaburan yang ada. Kita yakin dengan kerjasama yang lebih erat di antara swasta dan awam ini, ia akan membantu membangunkan sektor ekonomi, terutamanya pemulihan ekonomi dengan lebih cepat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya beri peluang soalan tambahan yang ketiga. Sila Yang Berhormat Pokok Sena, pantas ya.

final • 10:30 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebut bahawa enam bulan pertama ini lebih kurang RM107 bilion kan? Saya semak daripada lebih RM107 bilion itu, RM58.2 bilion adalah dalam sektor pembuatan. Kita tahu bahawa sektor pembuatan sebelum-sebelum ini kebanyakannya menyediakan peluang- peluang pekerjaan yang berkemahiran rendah yang tidak membawa pulangan kepada pendapatan tinggi. Jadi, saya nak minta penjelasan, berapa peratuskah daripada keseluruhan pelaburan RM107 bilion itu, ia melahirkan pekerja-pekerja yang memberikan pulangan pendapatan tinggi, gaji yang tinggi?

final • 10:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pokok Sena, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:30 AM

Datuk Lim Ban Hong

Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan angka yang diberikan oleh Yang Berhormat Pokok Sena, saya ingin membuat sedikit pembetulan.

Sebenarnya jumlah pelaburan untuk sektor perkilangan ialah RM66.9 bilion. Apa yang dirujuk tadi oleh Yang Berhormat Pokok Sena itu merupakan pecahan kepada pelabur asing, maksudnya FDI. FDI ialah RM58.2 bilion iaitu 86.9 peratus daripada keseluruhan pelaburan dalam sektor perkilangan dan DDI ialah RM8.7 bilion.

Berkenaan dengan pekerjaan berpendapatan tinggi, berkemahiran tinggi. Tuan Yang di-Pertua, sekiranya kita lihat kepada pelabur-pelabur asing yang masuk ke Malaysia. Ada beberapa contoh yang saya hendak ambil. Pertamanya ialah pelaburan dari Risen Energy yang mengeluarkan produk-produk berteknologi tinggi dalam sektor solar. Ini semua bakal mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi kepada orang tempatan.

Begitu juga beberapa pelaburan yang masuk, contohnya SK Nexilis yang melabur di Sabah iaitu juga merupakan penghasilan produk-produk yang bakal digunakan dalam sektor automotif, khasnya untuk kereta-kereta elektrik. Semua ini merupakan pelaburan berkualiti yang bakal mewujudkan pekerjaan-pekerjaan berkemahiran tinggi dan berpendapatan tinggi untuk rakyat tempatan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

6. Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji [Raub] minta Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan keadaan kejadian banjir kilat semakin kerap berlaku mahupun di bandar atau desa pada masa kini. Apakah langkah-langkah dan dasar yang diambil oleh kementerian dalam menangani masalah ini.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Mansor bin Othman

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Raub atas soalan ini. Banjir kilat ialah banjir

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Mansor bin Othman

yang berlaku selepas hujan berkeamatan tinggi yang akan surut dalam masa kurang daripada enam jam. Antara faktor-faktor penyebabnya ialah sistem saliran tidak lagi berupaya menampung aliran daripada hujan yang turun, halangan dalam sistem saliran dan hujan berkeamatan tinggi iaitu terlampau lebat.

Setiap sistem saliran direka bentuk berdasarkan sesuatu nilai reka bentuk.

Sekiranya hujan yang turun adalah melebihi nilai reka bentuk, maka banjir kilat akan berlaku walaupun tiada halangan dalam sistem saliran. Dalam pemantauan JPS, sememangnya kekerapan banjir kilat telah meningkat. Ini ialah satu akibat daripada fenomena perubahan iklim. Dalam usaha menangani kejadian banjir kilat, khasnya di kawasan bandar, Kementerian Alam Sekitar dan Air melalui Jabatan Pengairan dan Saliran telah mengambil beberapa langkah penyelesaian seperti berikut;

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Mansor bin Othman

Pertama, penyediaan Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) bagi lembangan-lembangan sungai utama. Pelan Induk Tebatan Banjir bagi lembangan sungai yang terjejas banjir. Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) di bandar- bandar utama di seluruh Malaysia untuk diguna pakai dan dijadikan panduan oleh semua pihak berkuasa tempatan untuk semua jenis pembangunan.

Kedua, pemakaian garis panduan Manual Saliran Mesra Alam yang disediakan oleh JPS.

Ketiga, kerjasama di antara PBT dan JPS dalam usaha menangani masalah banjir kilat yang berlaku di seluruh negara dengan memantapkan lagi mekanisme pematuhan ulasan saliran oleh JPS dalam proses permohonan kebenaran merancang bagi sesebuah pembangunan di dalam sistem one stop centre dengan izin, Tuan Yang di-Pertua.

Akhirnya, melaksanakan beberapa pendekatan dalam usaha untuk memperbaiki sistem saliran. Antaranya dengan melaksanakan kerja-kerja pembinaan dan menaik taraf infrastruktur saliran seperti membina dan menaik taraf kolam takungan dan menaik taraf sistem perparitan sedia ada.

Dalam pada itu, kementerian juga menekankan aspek kesedaran dalam kalangan masyarakat dan penduduk setempat agar tidak membuang sampah ke dalam sistem perparitan atau sungai yang boleh menyebabkan aliran air terhalang yang boleh menyebabkan kejadian banjir kilat berlaku. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila Yang Berhormat Raub, soalan tambahan pertama.

final • 10:40 AM

Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji - Raub

Pada tahun 2020, persekitaran bandar Raub, kampung India belakang Pasaraya Tong Fatt dan Taman Sungai Kelau telah mengalami banjir kilat lebih daripada dua kali. Kerugian dianggarkan mencecah ratusan ribu ringgit.

Soalan saya, selain daripada jawapan daripada pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi, adakah pihak kementerian akan membuat atau telah membuat kajian fenomena perubahan iklim kerana salah satu faktor banjir kilat ini selain daripada larian air tersekat, faktor hujan yang lebat luar biasa dalam jangka masa yang panjang juga adalah satu penyebabnya. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Raub. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

final • 10:40 AM

Dato' Mansor bin Othman

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Raub. Soalan yang baik, satu jangkaan. Pihak KASA sedang berusaha untuk mereka bentuk satu sistem amaran banjir awal ataupun kita panggil Sistem Amaran Banjir Kepala Air di kawasan-kawasan yang selalu kena banjir. Kementerian sedang merancang untuk melaksanakan Sistem Amaran Banjir Kepala Air.

Untuk permulaan, sistem ini akan dicadangkan untuk diuji di kawasan Gunung Jerai dan sekiranya berjaya untuk memberikan amaran awal kepada penduduk, ia akan diperluaskan ke seluruh negara termasuk di kawasan rekreasi di Daerah Raub juga.

Sistem ini melibatkan pembinaan sistem stesen cerapan hujan, aras air dan siren.

final • 10:40 AM

Dato' Mansor bin Othman

Untuk tujuan ini, JPS memerlukan kerjasama sepenuhnya dengan kerajaan negeri khususnya Jabatan Perhutanan memandangkan kebanyakan lokasi terletak di kawasan hutan simpan. Ini merupakan salah satu usaha yang dilakukan untuk tangani masalah banjir kilat. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 10:40 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Minta satu lagi nanti.

final • 10:40 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan berkaitan dengan sistem amaran bencana tadi.

Saya ingin tahu ialah selain daripada apa yang telah dirancang oleh pihak kementerian untuk mengadakan ataupun menguji sistem ini, adakah terdapat inisiatif selain daripada ini. Selain daripada membaik pulih sistem perparitan bagi menangani isu banjir kilat dan sejauh manakah sistem pengairan dan mitigasi sedia ada dapat menangani isu tersebut?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 10:40 AM

Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Boleh tambahkah Tuan Yang di-Pertua?

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:40 AM

Dato' Mansor bin Othman

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Selain daripada usaha-usaha itu yang dianggap penting juga oleh kementerian ialah usaha- usaha memberi kesedaran atau pendidikan tentang kebersihan alam sekitar dan kelestarian sungai ini.

Dalam usaha itu, kementerian telah merancang satu program yang kita panggil Denai Sungai Kebangsaan (DSK). Kita sasarkan dalam tahun 2030, kita akan bina 10,000 kilometer. Dalam program ini, kita akan menggalakkan rakyat, kita menggalakkan penduduk setempat untuk prihatin dan juga sama-sama dengan pihak berkuasa untuk menjaga keindahan sungai.

Di lembangan sungai, di tanah-tanah rizab sungai ini akan diubahsuai, akan dibangunkan untuk mengindahkan bagi penduduk setempat untuk menjalankan riadah dan juga menjana aktiviti ekonomi. Ini akan membangkitkan kesedaran rakyat juga untuk menjaga keindahan sungai untuk seterusnya melindungi pembuangan sampah sarap ke dalam sungai. Itu di antara merupakan satu program.

Program yang seterusnya pendidikan. Saya terangkan pendidikan ini sebab ini mustahak sebab kita dapati kalau kita perhatikan dalam Facebook dan YouTube sekarang ini, kita tengok banyak sekali kita membuang sampah sarap dalam perparitan dan sungai.

Jadi salah satu lagi usaha ialah dengan mewujudkan kelab-kelab mencintai alam sekitar ini di sekolah-sekolah dan juga dengan NGO-NGO yang lain. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Saya beri peluang soalan tambahan ketiga. Saya jemput Yang Berhormat Ledang.

final • 10:40 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar.

final • 10:40 AM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Johor Bahru hari itu banjir kilat.

final • 10:40 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Antara faktor juga yang membawa kepada banjir kilat ialah berkenaan dengan penyenggaraan. Saya rasa perkara ini juga perlu diberikan perhatian oleh pihak

final • 10:40 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

kementerian di mana banyak kawasan berlakunya banjir kilat– juga di kawasan Tuan Yang di-Pertua baru-baru ini ada berlaku.

Bagi saya, apakah tindakan kerajaan untuk memastikan penyenggaraan dapat dilakukan secara berkala? Berapa kalikah penyenggaraan dilakukan dalam tempoh setahun bagi setiap kawasan kampung terutama luar bandar? Berapakah peruntukan yang dikeluarkan ataupun yang diallocate untuk kawasan-kawasan ini dari segi penyenggaraan kerana saya dimaklumkan pihak JPS mempunyai peruntukan yang sangat-sangat terhad? Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri, satu minit.

final • 10:40 AM

Dato' Mansor bin Othman

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Ledang. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Ledang yang penyenggaraan merupakan aspek yang cukup penting dalam usaha kita menangani banjir kilat ini. Suka juga saya sebutkan di sini, usaha-usaha penyenggaraan ini bukan sahaja terletak di bahu JPS sahaja tetapi berkaitan juga dengan agensi-agensi lain seperti kerajaan tempatan, itu salah satu contohnya.

Kerajaan telah memperuntukkan banyak juga peruntukan bagi usaha-usaha penyenggaraan ini. Contohnya macam kita buat takungan banjir. Program Penyenggaraan Kolam Takungan Banjir contohnya telah pun dimulakan pada tahun 2019 untuk memperakukan peruntukan sebanyak RM250 juta kepada JPS untuk kerja-kerja penyelenggaraan kolam takungan banjir.

Dalam tahun 2019, sebanyak RM40 juta telah diperuntukkan bagi menyenggara 670 buah kolam takungan banjir. Manakala bagi tahun 2020, sebanyak RM150 juta telah diperuntukkan dengan 1,473 buah kolam takungan banjir yang telah diselenggarakan. Kita beri penekanan tentang pembangunan kolam takungan banjir ini. Ini merupakan salah satu usaha yang hari ini agak terbukti sedikitlah untuk tangani isu banjir kilat ini.

Selain itu, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, kalau untuk program menaik taraf sistem saliran. Contohnya dalam RMKe-11 dan RMKe-12, sebanyak RM1.2 bilion kos projek telah diperakukan bagi kerja-kerja pembinaan dan menaik taraf sistem saliran di kawasan-kawasan yang terlibat dengan banjir di seluruh negara. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Serian.

final • 10:40 AM

7. Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem [Serian] minta Menteri Kanan Kerja Raya menyatakan apakah status penurapan semula dan bilakah Jalan Serian ke Tebedu, Jalan Persekutuan (FR21) akan dinaik taraf.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Arthur Joseph Kurup

Selamat pagi dan salam sejahtera. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah panjang jalan persekutuan di bahagian Serian yang diselenggara oleh syarikat konsesi adalah sepanjang 109.2 kilometer, manakala bagi jalan Serian ke Tebedu ke Indonesian border adalah sepanjang 41.9 kilometer. Bagi menghubungkan Serian ke Tebedu dan seterusnya ke Entikong sempadan Indonesia.

Kementerian ini telah melaksanakan penyelenggaraan rutin di bahagian Serian dengan peruntukan bernilai RM3.4 juta setahun dan peruntukan bagi penyelenggaraan berkala pavement dari tahun 2017 hingga 2021 adalah bernilai RM22.9 juta. Pada tahun 2021, sejumlah enam kerja pembaikan yang bernilai RM5.7 juta telah diperuntukkan untuk kerja-kerja menurap semula jalan yang melibatkan Jalan Serian ke Tebedu.

Berdasarkan pemantauan isi padu trafik yang terkini di Stesen Banci di Jalan Serian ke Tebedu, Sarawak iaitu jalan persekutuan FT21, kementerian mendapati bahawa tahap perkhidmatan ataupun level of service masih berada di tahap A dan aliran trafik masih lancar serta mampu ditampung oleh jalan yang sedia ada.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Arthur Joseph Kurup

Maka kementerian ini mendapati bahawa cadangan projek tersebut belum ada dalam senarai keutamaan yang dikemukakan Kerajaan Negeri Sarawak bagi permohonan Rolling Plan Kedua dalam RMKe-12. Walau bagaimanapun kementerian ini akan meneliti cadangan projek tersebut sekiranya dipohon dalam rolling plan yang akan datang dan kita akan mempertimbangkan untuk diangkat kepada agensi pusat sekiranya ia memenuhi keperluan teknikal untuk dinaik taraf. Sekian dan terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Timbalan Menteri. Sila Yang Berhormat Serian, soalan tambahan pertama.

final • 10:40 AM

Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem

Terima kasih Timbalan Menteri.

Seksyen yang kita panggil sebagai seksyen atau bahagian Bukit Parabinong. Tuan Yang di-Pertua, Bukit Parabinong satu gradient yang curam, tinggi. Keduanya lebar jalan itu kecil. Maka bila sesebuah kenderaan ingin memotong, menaik jalan itu, ia terlalu bahaya.

Kedua, Seksyen Parabinong ini kejadian tanah runtuh berlaku hampir setiap tahun. Syukur sehingga kini belum ada nyawa yang terkorban. Jadi di Dewan yang mulia ini, saya minta agar kementerian benar-benar melihat akan keadaan di seksyen yang kita panggil sebagai Bukit Parabinong ini kerana saya tidak mahu nyawa orang mati kerana kegagalan kita, terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Serian. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 10:40 AM

Datuk Arthur Joseph Kurup

Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, dari segi aliran trafik di Jalan Serian ke Tebedu memang seperti mana yang saya katakan tadi masih lagi berada di level of service di tahap A. Akan tetapi pada masa yang sama kementerian juga ambil maklum tentang kejadian tanah runtuh yang berlaku di Parabinong.

Semakan di peringkat kementerian, kita dapati bahawa terdapat tujuh lokasi yang berlaku pada awal tahun ini iaitu pada Februari 2020 pada tahun lalu melibatkan FT21 dari Jalan Serian ke Tebedu di Seksyen 16.45 sehingga Seksyen 18.30. Maka dengan itu JKR Sarawak dengan syarikat yang konsesi telah mengambil tindakan yang segera untuk penyelenggaraan dengan membersihkan sisa-sisa tanah runtuh yang telah merentangi jalan supaya jalan yang terlibat dapat digunakan dengan selamat.

Manakala pembaikan untuk jangka panjang atau pembaikan kekal bagi lokasi yang disenaraikan, JKR Sarawak telah melantik perunding untuk melaksanakan kajiannya terperinci dan menyeluruh iaitu kerja-kerja survey dan soil investigation. Kerja pembaikan kekal bagi kesemua lokasi runtuhan di laluan tersebut telah mula dilaksanakan pada bulan Mei tahun lalu di bawah program Pakej Rancangan Ekonomi serta Program Pembaikan Cerun Tahun 2021 dengan nilai keseluruhan RM5.018 juta dan kerja ini dijangka siap sepenuhnya pada bulan Januari tahun 2022. Sekian dan terima kasih.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Tiada soalan tambahan kedua, jadi saya seterusnya menjemput Yang Berhormat Selayang.

final • 10:40 AM

8. Tuan William Leong Jee Keen [Selayang] minta Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan jumlah pelabur asing yang telah menutup perniagaan mereka, apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengekalkan mereka dan bagaimana untuk menarik lebih ramai pelabur asing semasa tempoh pandemik COVID- 19 ini.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Lim Ban Hong

Tuan Yang di-Pertua, pandemik COVID-19 yang melanda dunia telah mengubah landskap pelaburan dunia, termasuk Malaysia. Berdasarkan rekod Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dari Mac 2020 sehingga Mei 2021, terdapat sembilan buah syarikat pengilangan asing daripada sektor tekstil, besi keluli dan jentera, bahan kimia, bahan binaan, elektrik dan elektronik telah menamatkan operasi mereka di Malaysia.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Lim Ban Hong

Syarikat-syarikat tersebut ialah Esquel Malaysia Sdn. Bhd., Pulau Pinang, Esquel Malaysia (Kelantan) Sdn. Bhd., Pen Apparel Sdn. Bhd, Syarikat Bekaert Ipoh Sdn. Bhd., HOWCO Metal Management Malaysia Sdn. Bhd, Transnorm System Sdn. Bhd, Terreal Malaysia Sdn. Bhd, Sika Kimia Sdn. Bhd dan Sony EMCS (Malaysia) Sdn. Bhd.

Antara faktor-faktor penamatan operasi ialah penguncupan ekonomi global disebabkan oleh pandemik COVID-19 dan pasaran yang lemah berikutan penurunan dalam jualan dan permintaan di luar negara. Selain itu, peningkatan kos operasi, persaingan daripada pengeluar yang sama di pasaran tempatan dan luar negara, tiada permintaan bagi produk yang dikeluarkan serta penstrukturan semula merupakan faktor- faktor penamatan operasi.

Tuan Yang di-Pertua, yang perlu diberi penekanan di sini ialah sungguhpun terdapat syarikat pengilangan asing yang terpaksa menamatkan operasi, Malaysia masih kekal utuh sebagai destinasi pelaburan utama bagi para pelabur di rantau ini. Hal ini terbukti apabila jumlah pelaburan yang diluluskan dari Januari hingga Jun 2021 meningkat sebanyak 69.8 peratus kepada RM107.5 bilion, berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas.

Daripada jumlah pelaburan yang diluluskan ini, kalau kita lihat pada pelaburan langsung asing FDI menyumbang sebanyak RM62.5 bilion. Jumlah ini melonjak sebanyak 214.9 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu. Antara projek yang berimpak tinggi seperti yang saya sebutkan tadi SK Nexilis dari Republik Korea, Risen Energy dan juga Porsche AG. Semua ini merupakan syarikat projek-projek impak tinggi, Tuan Yang di-Pertua.

Usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang kekal kompetitif dan berdaya saing dalam tempoh pandemik adalah seperti berikut:

(i) mengumumkan Pakej PEMULIH yang bernilai RM150 bilion di mana di antaranya merangkumi potongan cukai diberi ke atas perbelanjaan yang meliputi pembiayaan peralatan dan perkhidmatan penyediaan pusat vaksinasi oleh majikan;

(ii) pelancaran permohonan dalam talian melalui portal InvestMalaysia untuk mempercepatkan kelulusan yang diperlukan termasuk permohonan lesen pengilang, insentif dan pengecualian cukai, dengan memanfaatkan penggunaan teknologi digital; dan

(iii) menubuhkan DIO, digital investment office iaitu platform kerjasama digital antara MIDA dan MDEC untuk menyelaras dan fasilitasi kesemua pelaburan digital dan juga kita melancarkan E-Misi Pelaburan Khusus (E-Specific Project Mission).

Tuan Yang di-Pertua, dalam tempoh pandemik untuk bersama dengan pelabur untuk menarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih. Yang Berhormat Selayang, soalan tambahan pertama.

final • 10:40 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih untuk jawapan yang lengkap tadi. Apa yang kita telah melihat beberapa sektor dan juga syarikat multinasional telah membuat keputusan untuk tutup operasi mereka. Kita melihat adalah satu trend selain daripada multinasional yang telah membuat keputusan untuk tutup operasi mereka, kita juga ada laporan daripada United Nations Conference on Trade and Development yang melaporkan bahawa kejatuhan ketara FDI bagi tahun 2020 sebanyak 68 peratus kepada Amerika Syarikat USD2.5 bilion.

final • 10:40 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Kita juga telah mengadakan rayuan bertulis daripada Dewan Perniagaan dan Perdagangan Jepun, Jerman, Netherlands, Amerika Syarikat bahawa mereka akan menimbang untuk meminda pelaburan mereka dan operasi mereka akibat kesan SOP COVID-19 yang telah menghentikan operasi mereka dan meminta ini dikaji semula.

final • 11:00 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Apakah langkah yang telah diambil supaya kita dapat kekalkan syarikat-syarikat ini dan juga langkah spesifik tentang trend di mana FDI telah melihat di dalam satu trend yang menjatuhkan pelaburan di negara kita. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.

final • 11:00 AM

Datuk Lim Ban Hong

Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih kepada keprihatinan Yang Berhormat Selayang tetapi saya fikir angka-angka dan juga maklumat yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Selayang tidak menggambarkan keadaan sebenar usaha-usaha kerajaan menarik pelabur-pelabur asing ke Malaysia. Ini adalah kerana di bawah pandemik seperti yang tadi saya jelaskan dalam jawapan saya, ia memang akan memberi gangguan bukan sahaja kepada kita tetapi kepada seluruh dunia.

Akan tetapi kalau kita lihat pada angka yang terbaharu di mana yang tadi saya gunakan dalam jawapan, saya telah merujuk dan memberitahu bahawa pelaburan asing

(FDI) telah menyumbang sebanyak RM62.5 bilion, di mana ini merupakan satu lonjakan 214.9 peratus. Jadi ini menggambarkan usaha-usaha yang telah diambil oleh kerajaan seperti penubuhan unit Project Acceleration and Coordination Unit (PACU) di MIDA untuk membantu menyelaraskan pelaburan serta usaha kita di bawah OSC dan juga portal InvestMalaysia, telah membantu kita mengekalkan dan meningkatkan keyakinan para pelabur ke Malaysia.

Tadi saya telah memberikan beberapa syarikat yang mempunyai impak tinggi yang telah masuk ke Malaysia untuk melabur. Jadi, saya harap semua jawapan yang diberi ini dapat memberi gambaran yang sebenar kepada keadaan pelaburan di negara kita. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya jemput soalan tambahan kedua kepada Yang Berhormat Tumpat.

final • 11:00 AM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Berhubung dengan usaha menarik lebih ramai pelabur asing serta mengekalkan pelabur-pelabur sedia ada seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Selayang tadi, saya ingin bertanya, sejauh manakah Dasar Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) yang dirancang dalam RMKe-12 ini dapat menjadi tarikan utama kepada pelaburan asing dalam negara serta sektor manakah yang menjadi tumpuan pembangunan teknologi termaju dan kelestarian alam sekitar daripada pelabur asing dalam negara. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.

final • 11:00 AM

Datuk Lim Ban Hong

Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada kerangka NIA seperti yang telah dirujuk oleh Yang Berhormat Tumpat, sekiranya kita lihat tadi dalam jawapan saya, saya telah memaklumkan bahawa terdapat lima teras di bawah kerangka NIA ini. Di mana tumpuan kita ialah kepada sektor-sektor yang bakal membawa pekerjaan yang berkemahiran tinggi, berpendapatan tinggi dan menggunakan teknologi.

Ini selaras juga dengan RMKe-12 yang menekankan supaya industri-industri tempatan terutamanya perusahaan kecil dan sederhana melakukan transformasi daripada yang bergantung kepada buruh dan juga tenaga kerja, kepada yang berorientasikan teknologi. Jadi, kalau kita berpandukan kepada kerangka NIA, maka ia akan mewujudkan pekerjaan dalam sektor-sektor yang berteknologi tinggi dan berkemahiran tinggi untuk orang tempatan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Sikit Tuan Yang di-Pertua. Sikit sahaja.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya minta soalan tambahan ketiga, saya jemput Yang Berhormat Jerlun. Sila Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, kerana saya dengar jawapan sebentar tadi menyatakan bahawa angka yang tepat perlu kita gunakan sebagai dasar kepada kerajaan. Saya bertanya mengenai pelaburan daripada Syarikat Risen Energy yang dikatakan RM42.23 bilion.

final • 11:00 AM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

Satu angka yang sangat menakjubkan tetapi dalam pengumuman yang dibuat, pelaburan itu adalah untuk jangka masa 15 tahun. Adakah wajar MITI meletakkan atau merakamkan pelaburan itu dalam masa tahun yang pertama sahaja. Ini melibatkan 48 ekar bermaksud RM880 juta setiap ekar. Adakah itu satu pelaburan yang munasabah agaknya.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Jerlun. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.

final • 11:00 AM

Datuk Lim Ban Hong

Tuan Yang di-Pertua, angka yang disebutkan oleh Yang Berhormat Jerlun tadi merupakan jumlah pelaburan yang telah diluluskan dan ini akan dilaksanakan secara berperingkat seperti tadi yang disebut oleh Yang Berhormat Jerlun.

Untuk sesuatu pelaburan itu Tuan Yang di-Pertua, ia bukan sahaja bergantung kepada pembelian aset atau pembelian tanah tetapi ia juga melibatkan pembelian peralatan mesin dan juga penggunaan teknologi terutamanya untuk pelaburan yang dibuat oleh Risen Energy yang melibatkan teknologi canggih dalam industri solar.

Jadi kita perlu mengambil kira kesemua kos-kos yang terlibat. Bukan sahaja tanah dan aset tetapi juga peralatan dan mesin yang bakal digunakan dalam pelaburan tersebut.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari, Pasir Mas.

final • 11:00 AM

9. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Perdana Menteri menyatakan status Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau dikenali sebagai RUU355 dan RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam yang sudah sedia dibawa ke rundingan bersama negeri-negeri pada tahun lepas.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjawab. Tiga minit.

final • 11:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, sepanjang tahun 2020 dan 2021 kerajaan melalui Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil JAKIM yang ditubuhkan oleh Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) telah mengadakan beberapa siri mesyuarat bagi membincangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah

(Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2021 (RUU 355) dengan melihat daripada pelbagai aspek khususnya aspek perlembagaan, undang-undang dan hukum syarak agar rang undang-undang ini lebih komprehensif dan seterusnya memperkasakan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah.

Berhubung dengan Rang Undang-undang Kawalan dan Sekatan Perkembangan Doktrin dan Kepercayaan Agama dalam kalangan Orang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2021 pula, jawatankuasa teknikal turut mengadakan beberapa siri mesyuarat sepanjang tahun 2020 dan 2021 bagi membincangkan rang undang-undang kawalan tersebut.

Selain itu jawatankuasa teknikal turut menubuhkan sebuah jawatankuasa kecil, khusus bagi meneliti secara lebih mendalam rang undang-undang kawalan tersebut dan seterusnya mencadangkan penambahbaikan terhadap rang undang-undang kawalan tersebut bagi memastikan ia selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Setelah Rang Undang-undang 355 dan rang undang-undang kawalan dimuktamadkan kelak, kedua-dua rang undang-undang ini akan dibentangkan kepada negeri-negeri dalam Persidangan Penyelarasan Undang-undang Syarak dan Sivil yang dijadualkan akan diadakan pada 12 hingga 14 Oktober 2021. Sekian terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan pertama, sila Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 11:00 AM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan sebentar tadi yang saya lihat, bagaimana kerajaan telah pun mempunyai perancangan yang begitu rapi untuk memastikan kedua-dua rang undang- undang ini akan menjadi kenyataan.

Cuma persoalannya Yang Berhormat Menteri menjadi satu persepsi di luar sana, bahawa kedua-dua rang undang-undang ini tidak akan memberikan keadilan terutamanya kepada golongan non-muslim. Pelbagai tulisan di luar sana– ada yang saya baca RUU 355 a bill to talibanized Malaysia, untuk menjadikan Malaysia negara Taliban dan sebagainya. Jadi, setakat manakah komen Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan persepsi bahawa kedua-dua undang-undang ini tidak akan memberikan keadilan. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Menteri menjawab.

final • 11:00 AM

Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Mas. Kedua-dua rang undang-undang ini tidak pun melibatkan hal berkenaan dengan orang bukan Islam. Ia hanyalah melibatkan untuk orang Islam sahaja. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih. Soalan tambahan yang kedua, saya menjemput Yang Berhormat Bukit Bintang.

final • 11:00 AM

Tuan Fong Kui Lun - Bukit Bintang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri. Mengapakah negara memerlukan undang-undang menyekat perkembangan agama bukan Islam sedangkan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan Islam ialah agama persekutuan dan agama lain boleh diamalkan dengan bebas dan secara aman? Tidakkah ini melanggar hak asasi rakyat berkaitan dengan agama? Minta penjelasan. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bintang. Sebenarnya Rang Undang-undang ini ialah merupakan sekatan perkembangan doktrin atau kepercayaan agama dalam kalangan orang Islam sahaja. Rang Undang-undang ini bukan bertujuan untuk menyekat kebebasan beragama daripada kalangan orang-orang bukan Islam. Orang-orang bukan Islam bebas untuk hendak menyebarkan agama mereka daripada kalangan mereka, tidak dari kalangan orang-orang Islam. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja.

Tiga puluh saat sahaja.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Soalan tambahan.

Yang Berhormat Menteri jawab pendek sahaja tadi itu.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya beri kepada Yang Berhormat Hulu Langat. Sila.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, saya meneliti jawapan berkenaan dengan perancangan Rang Undang-undang 355 (RUU 355) itu tetapi saya ingin bertanya, perjuangan 30 tahun untuk memastikan menaik taraf peguam-peguam syarie yang ada telah berjaya dilaksanakan apabila dibentangkan Akta Profesion Guaman Syarie

(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 dalam kerajaan Pakatan Harapan.

Akan tetapi tidak ada follow-up kerana ada peguam-peguam syarie yang mengadu telah berlaku proses termenung yang agak panjang sehingga isu ini tidak dapat diangkat ke Jabatan Peguam Negara dan akhirnya peguam-peguam syarie ini boleh pergi ke Mahkamah Sivil dalam keadaan yang lebih berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.

Follow-up yang kedua iaitu kepada Majlis Raja-Raja Melayu di negeri-negeri supaya akta ini nanti, Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan)

final • 11:10 AM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

2019 ini akan jadi enakmen-enakmen di kerajaan negeri supaya pintu untuk terus meminda akta-akta yang berkenaan guaman syarie, undang-undang syariah mahkamah, dapat dilaksanakan. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Hulu Langat. Sila, Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Walaupun soalan itu tidak berkaitan dengan soalan asalnya. Walau bagaimanapun, kita hendak sebut tentang Akta Profesion Guaman Syarie

(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 bukanlah dibuat zaman Pakatan Harapan, tetapi sebenarnya telah pun dibuat zaman dulu tetapi dipetik pada zaman Pakatan Harapan.

Sekarang...

final • 11:10 AM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Dibentang dan diluluskan.

final • 11:10 AM

Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad

...Sedang kita berjalan. Jadi sebab itu janganlah mendakwa kita yang buat, ya. Sorry. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Kita itu siapa?

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Pertanyaan jawab lisan seterusnya, saya menjemput Tuan Chan Foon Hing, Yang Berhormat Kota Kinabalu.

final • 11:10 AM

10. Tuan Chan Foon Hing [Kota Kinabalu] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan kekangan kerajaan dalam memvaksinasikan penduduk Sabah sehingga hanya 42 peratus penduduk Sabah telah diberikan dos pertama vaksin COVID- 19 setakat 10 Ogos 2021. Apakah langkah-langkah kerajaan bagi mempercepatkan (ramp up) vaksinasi di Sabah bagi mencapai matlamat herd immunity COVID-19 di Sabah menjelang Oktober.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ataupun Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab. Tiga minit.

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 5 Oktober 2021, pelaksanaan vaksinasi di Sabah telah mencapai 72.7 peratus populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Manakala, 62.7 peratus populasi dewasa telah pun lengkap dos.

Daripada segi agihan bekalan vaksin untuk bulan Ogos, Sabah telah dibekalkan vaksin sebanyak 1.8 juta dos vaksin. Untuk agihan bekalan vaksin bagi bulan September pula, negeri Sabah masih adalah keutamaan dengan jumlah agihan vaksin bagi bulan September adalah sebanyak 2.59 juta dos dengan sejumlah 299,000 dos vaksin jenis CanSino.

Ini adalah jumlah agihan bagi bulan Ogos sehingga 1 Oktober 2021 yang telah diagihkan sebagai strategi vaksinasi untuk penduduk luar bandar atau pedalaman, termasuk bukan warganegara seperti Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), pelarian United Nations High Committee of Refugees (UNHCR) dan golongan tanpa negara di Sabah.

Peratus penggunaan vaksin di negeri Sabah bagi bulan September ialah 77.8 peratus. Ini adalah data 26 September 2021 yang mana bekalan vaksin yang telah diberi ke Sabah adalah sebanyak 4,880,476. Jumlah yang divaksinasi sebanyak 3,796,023, manakala baki yang masih ada sebanyak 1,084,453.

Bagi meningkatkan kadar penggunaan vaksin Sabah, beberapa program home- to-home outreach atau capaian komuniti telah dilaksanakan bagi membantu inisiatif Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Sebanyak 51 buah pasukan telah digerakkan secara jangkauan luar, outreach, ke setiap daerah di Sabah. Sehingga pada

final • 11:10 AM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

30 September 2021, program jangkauan luar di Sabah telah selesai pemberian dos vaksin berjumlah sebanyak 533,293 dos dengan pecahan dos pertama sebanyak 373,608 dos.

Manakala bagi pemberian dos kedua, sebanyak 159,685 dos.

Menyedari ini, kerajaan akan meningkatkan kapasiti vaksinasi di Sabah melalui peningkatan program jangkauan luar, outreach, supaya dapat mencapai sasaran yang ditetapkan. Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila Yang Berhormat Kota Kinabalu. Soalan tambahan pertama.

final • 11:10 AM

Tuan Chan Foon Hing - Kota Kinabalu

Ya, terima kasih, jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Untuk setakat awal bulan Oktober ini, ada beberapa daerah di Sabah ini masih kurang daripada 60 peratus kadar vaksinasi untuk orang dewasa seperti Keningau, Labuan, Papar, Semporna, Sandakan, Tongod, Tawau dan paling rendah adalah Kinabatangan, 40 peratus. So, apakah usaha-usaha atau program yang lebih spesifik kepada daerah-daerah yang tersebut? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih. Yang Timbalan Menteri, sila.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Benar Yang Berhormat Kota Kinabalu. Untuk di Sabah, pada masa sekarang sebanyak empat daerah telah pun mencapai 80 peratus fully vaccinated, sembilan daerah di bawah 60 peratus dan ada dua daerah yang sebenarnya di bawah 40 peratus iaitu Daerah Tongod dan juga Kinabatangan.

Sepertimana yang disebut tadi, daripada segi bekalan vaksin sebenarnya kita telah menghantar jumlah yang agak besar sehingga, disebut tadi, baki sebanyak satu juta lebih, tetapi kadar penggunaan masih rendah. Maka kerana itu, kita pelbagaikan usaha di dalam bentuk jangkauan outreach yang telah disebutkan tadi.

Oleh sebab itu juga kita memohon kerjasama daripada segi pemimpin-pemimpin masyarakat dalam mengesan mereka yang belum divaksin untuk tampil untuk menerima vaksin selain daripada kaedah yang disebut tadi dari segi outreach dan sebagainya. Itu sahaja. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua saya jemput Yang Berhormat Setiu.

final • 11:10 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apakah strategi yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam memberi vaksin kepada bukan warganegara? Sekian.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

Selaras dengan konsep apa yang disebut sebagai lindung diri, lindung semua ataupun di peringkat antarabangsa, no one is safe until everybody is safe, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan setiap penduduk di dalam negara kita dilindungi, sama ada mereka warganegara atau tidak. Ini kerana COVID-19 tidak mengenal sama ada seseorang itu warganegara atau tidak. Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan menyasarkan 80 peratus daripada populasi dewasa negara yang turut meliputi kategori bukan warganegara yang menetap di dalam negara.

Bagi pelaksanaan di Pusat Pemberian Vaksin, pihak COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) telah mengeluarkan garis panduan vaksinasi terhadap bukan warganegara. Melalui ini, semua penduduk bukan warganegara yang hadir ke PPV boleh mendapatkan vaksinasi selaras dengan objektif PICK. Pihak CITF juga telah memperkenalkan kaedah vaksinasi secara walk-in kepada bukan warganegara di PPV terpilih iaitu PPV Stadium Bukit Jalil, mulai 9 Oktober 2021 hingga 23 Ogos 2021.

Kini semua bukan warganegara yang ingin mendapatkan suntikan dos, perlu mendapatkan janji temu terdahulu di dalam sistem MySejahtera. Bagi bukan warganegara

final • 11:10 AM

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim

tanpa dokumen yang sah pula, dengan mengambil kira syor Kementerian Dalam Negeri, pihak CITF sedang merekodkan pendataan PATI, pelarian UNHCR dan golongan stateless melalui penjanaan ID unik di dalam sistem MySejahtera selaras dengan format pendataan di dalam Pekeliling Ketua Pengarah Bil. 1/2001. Pelaksanaan vaksinasi bagi PATI, pelarian UNHCR dan golongan stateless di kawasan pinggir bandar dan pedalaman adalah melalui kaedah jangkau luar atau outreach terutama di Sabah dan Sarawak.

Sekian, terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih.

Pertanyaan jawab lisan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau, Yang Berhormat Libaran.

final • 11:10 AM

Yang Berhormat Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya nombor 11.

final • 11:10 AM

11. Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [Libaran] minta Perdana Menteri menyatakan bagaimanakah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) dan Bajet 2022 dapat memulihkan kedudukan kewangan dan ekonomi negara kita pada alaf pasca COVID-19.

final • 11:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) - Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah pun mengambil langkah proaktif untuk mengatasi kemelesetan ekonomi akibat wabak pandemik COVID-19. Setakat ini, kerajaan telah memperkenalkan lapan Pakej Rangsangan Ekonomi dan bantuan rakyat berjumlah RM530 bilion. Seperti Ahli Yang Berhormat sedia maklum, RMKe-12 merupakan pelan pembangunan lima tahun dengan matlamat, “Keluarga Malaysia - Makmur, Inklusif, Mampan” yang bertujuan menangani isu semasa dan pada masa yang sama memulihkan serta merancakkan semula pembangunan ekonomi Malaysia.

Seperti yang dinyatakan dalam pembentangan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, RMKe-12 akan memberi tumpuan kepada sembilan fokus utama. Antara fokus tersebut, dua saya hendak highlight. Pertama, fokus pertama merancakkan pertumbuhan ekonomi. Memberi tumpuan kepada usaha mengembalikan semula momentum pertumbuhan kesemua sektor ekonomi dan mewujudkan sumber pertumbuhan baharu. Ini termasuklah:

(i) melonjakkan pertumbuhan beberapa industri yang strategik dan berimpak tinggi dan akan melonjakkan, termasuk industri elektrikal dan elektronik, perkhidmatan global, aeroangkasa dan aktiviti pertanian pintar;

(ii) memperkukuh ekosistem bagi menyokong pelaburan swasta dan membangunkan tenaga kerja mahir; dan

(iii) menarik pelaburan berkualiti.

Fokus kedua dalam RMKe-12, memperkukuh pemangkin pertumbuhan bagi memastikan infrastruktur di perkukuh dan bakat masa hadapan dibangunkan. Antara tumpuan yang akan diberikan ialah:

(i) mempercepat penggunaan teknologi dan inovasi ditumpukan kepada pendigitalan dan teknologi termaju, termasuk teknologi 4IR; dan

(ii) meningkatkan infrastruktur dan perkhidmatan digital bagi menangani pelbagai jurang digital.

Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2022 yang akan dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada 29 Oktober nanti akan menjadi pemangkin dalam melaksanakan RMKe-12 bagi terus memacu pertumbuhan, keterangkuman dan kelestarian ekonomi dalam masa jangka sederhana. Berdasarkan kerajaan akan terus menumpukan kepada

final • 11:20 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) - Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

usaha melindungi kebajikan rakyat dalam Bajet 2022, di samping memastikan kelangsungan perniagaan dan membina semula ketahanan ekonomi.

Kerajaan komited untuk mengukuhkan kedudukan kewangan fiskal dalam jangka masa sederhana seperti yang digariskan dalam RMKe-12 dengan defisit disasarkan berkurang kepada 3.5 peratus menjelang 2025. Mesyuarat Jawatankuasa Fiskal Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 30 September lalu telah meneliti pelbagai langkah untuk mengukuhkan lagi kedudukan kewangan kerajaan dengan kesemua langkah proaktif yang diambil dalam RMKe-12 dan juga Bajet 2022.

Kerajaan yakin kedudukan kewangan dan ekonomi negara akan bertambah kukuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan

Tuan Yang di-Pertua, Teluk Intan. Tuan Yang di-Pertua?

final • 11:20 AM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih juga jawapan yang sangat baik dan juga terperinci daripada Menteri. Namun, soalan tambahan saya, minta Menteri di Jabatan Perdana Menteri jelaskan adakah pergelutan politik yang berlaku dan ketidakstabilan politik negara akan memberi kesan negatif kepada perdagangan antarabangsa, termasuk pelabur asing dan seterusnya menjejaskan pelaksanaan RMKe-12? Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, kita ahli-ahli politik, Ahli- ahli Dewan Rakyat sedia maklum bertapa pentingnya kestabilan politik. Itulah yang mendorong kerajaan, khususnya dan juga pembangkang pada 13 September lalu untuk menandatangani MoU. Setakat ini alhamdulillah, nampaknya ada kesan agak baik walaupun tidak sempurna. Jadi, kestabilan politik adalah penting untuk kemakmuran negara dan untuk membolehkan kita beri fokus kepada usaha-usaha menangani COVID- 19 dan juga untuk memantapkan lagi pertumbuhan ekonomi negara serta memulihkan ekonomi negara yang merudum tahun lepas.

Ini termasuklah pelaburan. Kalau tidak ada kestabilan politik, sudah pasti pelaburan juga akan terjejas. Jadi, kita mendoakan semoga MoU yang ditandatangani ini akan menghasilkan outcome yang baik untuk rakyat. Akhirnya, rakyat akan mendapat manfaat dan dengan itu membolehkan kita terus merancakkan pertumbuhan ekonomi 2022 dan tahun-tahun selepasnya, khususnya dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Tuan Yang di-Pertua?

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Menteri.

Soalan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Port Dickson.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Saya sebab Yang Berhormat Menteri menyebut tentang MoU untuk kestabilan politik. Akan tetapi saya hendak beritahu, walaupun ada sedikit sebanyak kemajuan, kemajuan itu sangat lemah sehinggakan reform Parlimen pun belum ada kejayaan apa-apa. Janji yang dibuat sudah melebihi satu bulan dan tidak ada satu komitmen untuk melaksanakan selain dari uar-uarkan soal kestabilan politik. Beberapa langkah lain juga bertentangan dengan semangat demokrasi dan transparensi dan semangat untuk bekerjasama seperti mana yang disebut oleh Perdana Menteri.

Jadi, saya hendak jelaskan di sini kepada Yang Berhormat Menteri untuk membetulkan kenyataan dia bahawa ada kemajuan, meredakan suhu politik yang kami sokong pada peringkat awalnya. Akan tetapi saya hendak nyatakan pada hari ini, kita tidak berpuas hati kerana lembap dan sengaja dilengahkan.

[Tepuk]

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Soalannya?

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Soalannya penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Minta maaf ya.

final • 11:20 AM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Kemajuan mengikut Yang Berhormat Port Dickson adalah tidak

final • 11:20 AM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

memuaskan. Dalam hal ini, sudah pasti kita perlu telus dan berterus terang jika ada kemajuan, kita katakan ya, jika tidak ada ataupun kurang kemajuan, maka kita harus menyatakan demikian. Ini penting dalam kita menyelesaikan sebarang masalah, ketelusan dan keikhlasan adalah penting. Maka, saya sudah pasti Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Ketua Pembangkang dan lain-lain Ahli Dewan Rakyat, lebih faham tentang keadaan semasa.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Jika itulah keadaan sebenarnya, termasuklah reform Parlimen umpamanya, maka tindakan harus diambil untuk memastikan hasrat murni yang dicapai pada 13 September lalu dapat dicapai. Itu pandangan saya berkaitan perkara ini. Pertama, kita harus telus dan ikhlas dalam memberi pandangan. Kedua, harus ada komitmen daripada semua pihak, bukan sahaja kerajaan tetapi pembangkang untuk memastikan bahawa niat murni itu tercapai dalam masa terdekat. Akan tetapi kita harus sedar, kita baru sahaja dan saya rasa kita perlu bagi masa sedikit. Itu pandangan saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 11:20 AM

Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

final • 11:20 AM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah dua dah. Sudah dua.

final • 11:20 AM

Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan

Boleh tambah satu?

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Maaf. Seterusnya, saya ingin jemput Yang Berhormat Puan Maria Chin binti Abdullah.

final • 11:20 AM

12. Puan Maria Chin binti Abdullah [Petaling Jaya] minta Perdana Menteri menyatakan penjelasan apakah tindakan-tindakan yang diambil untuk membebaskan para pengundi (enfranchise voters) yang berada di luar negara dan juga orang-orang dari negeri Sabah dan Sarawak yang berada di Semenanjung Malaysia untuk dapat mengundi dari Semenanjung atau luar negara dan adakah ia akan dilakukan secara maya atau/dan fizikal.

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Perkara 119, Perlembagaan Persekutuan menetapkan salah satu kelayakan untuk didaftarkan sebagai pemilih ialah bermastautin di mana-mana bahagian pilihan raya. Bagi maksud tersebut, SPR menentukan bahagian pilihan raya seseorang pemilih berdasarkan kepada alamat pemastautin pemilih seperti di dalam kad pengenalan.

Buat masa ini, kemudahan mengundi secara pos diberikan kepada pengundi dalam kategori seperti berikut:

(i) ahli SPR dan juga kakitangan SPR;

(ii) petugas pilihan raya;

(iii) tentera, polis, Polis Pasukan Gerak Am (PGA) yang bertugas pada hari mengundi awal;

(iv) pengamal media yang bertugas membuat liputan pilihan raya di luar kawasan pada hari mengundi;

(v) kakitangan bagi sembilan agensi iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Sukarelawan Simpanan Polis, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kesihatan Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara UTC, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara yang bertugas pada hari mengundi;

final • 11:20 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

(vi) pengundi Malaysia yang berada di luar negara, kecuali negara Brunei, Singapura, Kalimantan dan juga Selatan Thai; dan

(vii) pengundi tidak hadir (PTH) luar negara iaitu penjawat awam yang berkhidmat di luar negara dan pasangan serta pelajar universiti atau institusi tinggi sepenuh masa di luar negara dan juga pasangan.

Bagi pengundi-pengundi di negeri Sabah dan Sarawak yang bermastautin di Semenanjung Malaysia, SPR menggalakkan pengundi untuk memohon pertukaran bahagian pilihan raya berdasarkan tempat pemastautin terkini bagi memudahkan urusan pengundian bagi suatu pilihan raya umum ataupun kecil. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya

Soalan saya ialah adakah pendaftaran automatik akan dipanjangkan kepada pengundi yang tersebut, di luar negara dan juga Sabah Sarawak yang bermastautin di Semenanjung Malaysia? Ini adalah terlibat beberapa bilangan pengundi. Bagaimanakah mekanisme matlamat ini yang mana pendaftaran automatik akan disampaikan kepada mereka tersebut?

final • 11:20 AM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tersebut. Ya, pengundi pendaftaran, pengundi automatik yang akan kita laksanakan pada 31 Disember 2021 berdasarkan keputusan kes Mahkamah Kuching. Berdasarkan keputusan Mahkamah Kuching itu, SPR komited untuk melaksanakan pendaftaran pengundian secara automatik dan juga undi 18. Oleh sebab itulah segala maklumat ataupun warganegara Malaysia pastinya akan turut sama diregisterkan, dengan izin, didaftarkan sebagai pengundi.

final • 11:20 AM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Kalau mengikut apa yang termaktub dalam peraturan dan juga undang-undang, tidak ada yang terkecuali sebagaimana yang telah disebut, maksudnya mereka berada di luar negara walaupun mereka tidak mendaftar sebagai pemilih tetapi secara automatik mereka akan didaftarkan sebagai pemilih. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ada soalan tambahan kedua?

final • 11:30 AM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Soalan tambahan.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sekejap. Sebelah sini tidak ada?

final • 11:30 AM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Soalan tambahan.

final • 11:30 AM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Sibu.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sibu dahulu, sudah bangun lama.

final • 11:30 AM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 11:30 AM

Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu

Soalan saya ialah banyak dalam apa yang telah dipaparkan, dipamerkan oleh SPR dalam website SPR tentang pengundi-pengundi 18 tahun ke atas yang belum mendaftarkan diri— banyak dalam kawasan Sibu sini, saya ternampak ada pengundi yang tinggal di kawasan DUN tertentu tetapi mereka sudah dipindahkan ke kawasan DUN yang di sebelahnya. Jadi bagaimana untuk mengatasi masalah seperti ini? Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 11:30 AM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, sekiranya berlaku sebarang persoalan ataupun pertikaian berkenaan dengan alamat ataupun pengundian dan sebagainya, saya mengesyorkan supaya penama tersebut berjumpa dengan pihak SPR dan membuat bantahan ataupun memberikan respons ataupun maklum balas kepada pihak SPR untuk tindakan SPR selanjutnya. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Satu lagi.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tuaran, 30 saat.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Satu okey. Saya ingin bertanya berkenaan dengan hal pengundi pos. Apakah pengundi-pengundi dari Sabah sebagai contoh yang berada di semenanjung ini boleh mengundi secara pos sebab undi pos masih lagi diamalkan dalam sistem SPR. Jadi jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi mengatakan bahawa mereka yang berada di Semenanjung, orang-orang Sabah yang berada di Semenanjung digalakkan untuk mendaftar di tempat mereka bekerja. Akan tetapi kenapakah tidak boleh diatur mereka supaya boleh mengundi secara pos? Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:30 AM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebagaimana telah saya nyatakan sebentar tadi bagi pengundi di negeri Sabah dan juga Sarawak yang bermastautin di Semenanjung Malaysia, SPR menggalakkan pengundi untuk memohon pertukaran bahagian pilihan raya berdasarkan tempat bermastautin terkini untuk kita memudahkan urusan pengundian.

Setakat ini, untuk Sabah dan Sarawak kita tidak adapun dalam kategori sebagaimana yang telah saya sebutkan tadi. Kita hanya berdasarkan perkara itu sahaja, maksudnya tidak ada pengundian pos tetapi digalakkan untuk menukar alamat pengundian berdasarkan tempat pengundian, pemastautin terkini. Itu sahaja. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih semua Yang Berhormat yang mengambil bahagian. Ada usul Menteri.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya maklum bahawa pada 4 Oktober, saya telah mengemukakan kepada Tuan Yang di- Pertua, Usul di Bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) mengenai Panama Papers yang saya anggap sangat kritikal bagi negara kerana negara-negara lebih bertanggungjawab apabila melihat ratusan bilion dollar di negara mereka hilang, maka Pakistan, India, Czech Republic, Mexico, Spain, Brazil, Sri Lanka, Australia, Panama setakat ini telah mengumumkan penyiasatan terbuka.

Ini sebelum Tuan Yang di-Pertua memberikan penjelasan, saya hendak sebut bukan perkara baharu. Tahun 2012, saya berdiri di sini mengangkat permasalahan laporan Global Financial Integrity yang menunjukkan wang yang dibawa keluar dari Malaysia tidak mengikut channel yang sah yang disebut tax evasion scandal. Itu mencecah RM900 bilion. Akan tetapi Bank Negara memberikan kenyataan umum tidak ada siasatan, tidak ada tindakan daripada kerajaan.

Tahun 2015, kita tahu tentang Panama Papers yang juga membangkitkan hal yang sama. Sekarang 2021, ini sama macam apa yang disebutkan oleh Shakespeare dalam Hamlet, “In the corrupted currents of this world, offense’s gilded hand may shove by justice”. Ini saya anggap mesti dibahas di sini. Kita tidak menghukum, Tuan Yang di- Pertua. Tidak menghukum siapa yang disebut, dia boleh bagi penjelasan tetapi kalau ratus juta ringgit hidden accounts di offshore companies dan kita tidak beri ruang kepada orang yang berkenaan ataupun kerajaan untuk membuat siasatan, negara ini akan lingkup.

Negara-negara yang lebih bertanggungjawab mengumumkan dan saya minta Perdana Menteri yang hendak menjaga kestabilan politik, yang hendak menjaga transparency atau ketelusan, yang mahu menjamin kemampanan ekonomi negara bagaimanakah kita boleh diam apabila ratusan bilion ringgit dibawa keluar tanpa peraturan dan cara haram dari negara kita.

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, ini melibatkan banyak nama. Saya bukan sebut Ahli-ahli Parlimen UMNO ataupun BERSATU, saya juga sebut Ahli Parlimen daripada PH khususnya PKR supaya beliau boleh memberi penjelasan. Saya menegaskan kita tidak

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

menghukum sesiapa sahaja yang disebut tetapi kalau ratusan juta ringgit disorok, di tax heaven dan kita diam, malu kita sebagai Ahli Parlimen!

Saya hendak sebut di sini, ini mesti cross party sebab itu saya sengaja menyebut nama-nama Menteri Kewangan, mantan Menteri Kewangan termasuk Ahli Yang Berhormat Selayang supaya mereka— saya hendak menunjukkan ini mesti bipartisan.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Point of ordernya?

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Kalau hendak bercakap soal MoU persefahaman inilah persefahaman. Persefahaman apa? Jaga negara ini jangan dirompak oleh pemimpin-pemimpin!

Akhir, akhir, akhir kalam— saya hendak sebut Tuan Yang di-Pertua. Tidak mudah dan tidak popular bagi pembesar-pembesar dan tauke-tauke kaya billionaire untuk saya kemukakan. Kemukakan ini ada risiko. Risiko hilang pengaruh. Risiko hilang bantuan kewangan. Risiko tidak disokong untuk apa-apa jawatan. Akan tetapi saya sanggup mengambil risiko ini kerana negara tidak boleh terus dan Parlimen tidak boleh dilayan seperti ini. Hal yang melibatkan ratusan bilion dibawa keluar tidak boleh disiasat. We cannot accept this! Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Saya ada menerima usul daripada Yang Berhormat di bawah Usul 18(1) dan 18(2). Di bawah 18(1) dan 18(2) ini, pertamanya Yang Berhormat, sesuatu perkara itu hendaklah dirundingkan tetapi tidak boleh buat apa-apa ketetapanlah. Cuma hendak merunding sahaja. So, dalam bahasa Inggeris ialah discuss. Itu nombor satu.

Keduanya, di dalam memutuskan sama ada untuk membenarkan atau tidak membenarkan usul tersebut, saya terpaksa membuat keputusan mengenai tiga elemen.

Pertama, ia berkepentingan awam. Kedua, ia hendaklah disegerakan atau urgent dan ketiga, ia mengenai sesuatu perkara yang tertentu. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat bahawa perkara itu adalah satu perkara yang tertentu, nombor satu. Nombor dua, ia adalah perkara mengenai kepentingan awam, saya bersetuju. Saya bersetuju sekali dengan Yang Berhormat bahawa perkara itu ialah perkara penting dan perlu disiasat.

Akan tetapi masalahnya ialah saya mendapati bahawa ia tidak perlu disegerakan kerana mesyuarat persidangan kita ini didahulukan dengan Aturan Urusan Mesyuarat.

Maksudnya, apabila Aturan Urusan Mesyuarat itu kita hendak ketepikan, maka sesuatu perkara yang hendak dibawa itu mestilah perlu disegerakan. Walaupun perkara itu penting atau teramat penting seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang, tidak semestinya ia perlu disegerakan.

Nombor satu, perkara itu berterusan dan boleh dibangkitkan pada bila-bila masa sahaja. Nombor dua, ia boleh dibangkitkan melalui prosedur-prosedur yang lain, soalan Menteri contohnya, soalan jawab lisan contoh yang kedua. Malah untuk siasatan terbuka Yang Berhormat cadangkan, maka saya rasa Yang Berhormat boleh mencadangkan siasatan terbuka oleh Suruhanjaya Diraja, salah satu caranya.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Salah satu cara lagi bagi pendapat saya ialah kita ada sembilan Special Select Committee sekarang. Salah satu Jawatankuasa Pilihan Khas itu ialah Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi yang merangkumi MOF, Ministry of Economic Affairs, dan saya rasa lebih sesuai sekiranya perkara ini dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas tersebut dan juga apa-apa Jawatankuasa Pilihan Khas lain yang berkaitan untuk didalami dengan lebih teliti dan dalam jangka masa yang lebih panjang, selain dari dalam Dewan ini.

Oleh itu, saya terpaksa menolak usul Yang Berhormat. Satu lagi perkara yang pertinent, yang berkenaan dalam usul ini ialah sebagai mana yang kita tahu, Pandora Papers ini ialah laporan-laporan akhbar yang didasarkan kepada pembocoran maklumat- maklumat dari beberapa agensilah. Setakat ini, yang kita tahu tentang Pandora Papers ini ialah melalui laporan-laporan akhbarlah, online dan sebagainya.

final • 11:40 AM

So, dalam Peraturan Mesyuarat 23 (1)(i) Yang Berhormat Ketua Pembangkang

“sesuatu pertanyaan itu tidak boleh dikeluarkan berkenaan dengan betul atau tidaknya penerangan-penerangan dalam surat-surat khabar atau penerangan-penerangan yang dikeluarkan oleh seseorang bagi dirinya sendiri atau penerangan badan-badan kewangan;” Itu masalahnya Peraturan Mesyuarat 23 (1)(i), dan sekiranya saya baca peraturan ini bersekali dengan Peraturan Mesyuarat 18 (7)(c), itu pun satu kekangan peraturan yang saya ada. Saya akui, perkara ini penting tetapi saya mempunyai kekangan peraturan, Yang Berhormat. Jadi, saya syorkan agar Yang Berhormat dapat mengambil prosedur- prosedur yang lain dalam perkara ini. Terima kasih, Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim–Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:40 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak usul sebab – dengan hormat, Tuan Yang di-Pertua menyebut Peraturan Mesyuarat 23 (1)(i).

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 11:40 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Akan tetapi, saya hendak – mungkin Tuan Yang di-Pertua tidak ikuti, mantan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin mengesahkan dan mengulas, Yang Berhormat Menteri Kewangan sekarang mengesahkan dan menafikan– bukan menafikan content, tetapi menafikan keterlibatan dalam hal yang dianggap tax evasion dan menjelaskan. Yang Berhormat Selayang juga telah menjelaskan aktiviti itu semasa beliau di Manila dan syarikat itu tidak ada kepentingan peribadi melainkan client. Ini dibolehkan, tidak ada – jadi untuk menafikan dan menggunakan technical point bahawa laporan ini tidak sah, Tuan Yang di-Pertua–

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tidak kata tidak sah. Saya tidak kata tidak sah.

final • 11:40 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Akan tetapi belum di-verified. Okey, masalah ini sejak tahun 2012. Kita bangkitkan tahun 2012, Global Financial Integrity Report, tidak ada siasatan. Pada tahun 2015, Panama Papers, tidak ada siasatan. Pada tahun 2021, kita bangkitkan Pandora Papers, dan Tuan Yang di-Pertua kata baik kita sahkan, ada channel lain.

Saya hendak katakan, kita mula dengan channel ini. Kemudian, bawa select committee, boleh. Select committee, Yang Berhormat Menteri pun ada ahli Jawatankuasa, sampai sekarang belum putus. Itu saya hormat, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua tekankan, dan saya hadir mahu menyegerakan. Akan tetapi, jawatankuasa di pihak kerajaan belum memutuskan.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baru diputuskan pagi ini, Yang Berhormat. Saya diberitahu.

final • 11:40 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Ya, tetapi tertangguh lagi. Jadi kita nak guna channel itu kita boleh guna. Ruang ini, bagi saya terbaik. Tuan Yang di- Pertua, ini soal maruah negara, keselamatan negara. Mana boleh kita terima kenyataan dengan apa alasan teknikal sekalipun untuk menolak kenyataan bahawa ratusan bilion ringgit sah keluar dari negara, melibatkan tokoh-tokoh besar. Kemudian kita kata, jangan bincang sekarang. Saya tidak boleh terima keputusan itu.

final • 11:40 AM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim–Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, boleh? Sedikit sahaja ya. Tuan Yang di-Pertua, saya menghormati pandangan Tuan Yang di-Pertua tetapi saya memilih untuk berbeda.

Tuan Yang di-Pertua, kita mengingatkan diri kita. Parlimen adalah tempat untuk Ahli Parlimen berperanan sebagai check and balance. Semak dan imbang. Kedua, peranan oversight rule, peranan mengawasi. Ketiga, peranan membuat undang-undang dan juga polisi. Itu adalah tugas hakiki kita.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim–Bandar Baharu

Ketika Tuan Yang di-Pertua memetik Peraturan Mesyuarat 23 (1)(i) yang disebut tadi ya, tidak boleh ada sangkaan, fikiran tohmah. Saya mengingatkan kita balik, dengan penuh keinsafan. Ketika 1MDB mula diperkatakan, Yang Berhormat Port Dickson juga – waktu itu sebagai Yang Berhormat Permatang Pauh mula-mula membangkitkan. Speaker – bukan Tuan Yang di-Pertua sekarang menggunakan ruling yang sama. Lama sebelum 1MDB itu meletup dan terpalit imej buruk pada wajah negara.

Ada percubaan waktu itu oleh Yang Berhormat Port Dickson– sekarang Port Dickson, dahulu Permatang Pauh– meminta supaya Parlimen memberi ruang membincangkan perkara itu. Cukuplah, kita ini kalau sudah terhantuk baru tengadah.

Ketika kita tidak memberi platform yang luas menggunakan Parlimen untuk membincangkan perkara besar. Elephant in the room. Kita terlepas, kemudian berlakulah tragedi, seperti yang kita tahu tentang 1MDB.

Sekarang, terhidang pula satu lagi kasus besar. Jadi, kita minta supaya peraturan ini ada, tetapi tidak statik. Ia dinamik. Ia memerlukan wisdom Tuan Yang di-Pertua untuk membuat ruling. Itu yang kita minta sebenarnya. Tidak kiamat dunialah sebenarnya, kalau hanya kerana memberikan ruang kemudian kita berbahas dan kerajaan menjawab. Itu adalah fungsi kepada kemuliaan institusi Parlimen. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya akui apa yang diperkatakan itu, tetapi kita ada Aturan Urusan Mesyuarat, kita mesti follow. Kalau kita hendak ketepikan Aturan Urusan Mesyuarat itu, maka sesuatu perkara itu mestilah *exceptionally urgent.

Exceptionally urgent.*

final • 11:40 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Tuan Yang di-Pertua, you mean RM1.9 trilion keluar dari negara bukan perkara yang mendesak?

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, setakat yang–

final • 11:40 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

What’s wrong, Tuan Yang di- Pertua? Saya dengar pidato Tuan Yang di-Pertua mengenai 1MDB, sebelum menjadi Yang di-Pertua. Please, be consistent. Ini duit negara, duit rakyat. Saya tidak buat tuduhan. Saya minta kita kemukakan, sekurang-kurangnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi pengakuan yes, Suruhanjaya Diraja akan ditubuhkan.

Yes, siasatan terbuka dan telus dibuat. Ini sahaja yang kita hendak. Apa yang hendak guna technical point. Ini saya tidak setuju. Wibawa dan wewenang yang ada pada Tuan Yang di-Pertua itu membolehkan. Apakah yang tidak bolehnya? Perkara ini sudah berlaku. Kita bukan baharu, Parlimen ini. Banyak usul seperti ini yang dibenarkan.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, cukup.

final • 11:40 AM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Tuan Yang di-Pertua, Sungai Buloh. Just sedikit sahaja.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tamat – tolong, tolong, cukup. Cukup.

final • 11:40 AM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Semalam Tuan Yang di-Pertua ...

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Maaf, maaf.

final • 11:40 AM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Semalam, Tuan Yang di-Pertua benarkan usul daripada Yang Berhormat Bandar Kuching berkaitan dengan kebakaran.

Kita setuju. Specific, urgent dan perlu disegerakan. Jadi, bermaksud – tapi hari ini kita bangkitkan isu berbilion-bilion ringgit yang melibatkan negara– trilion, kita mahu tolak.

Jadi, adakah Peraturan Mesyuarat 18(1) ini akan dihadkan kepada kebakaran dan banjir sahaja?

final • 11:40 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Okey, bolehkah saya jawab sekarang? Cukuplah, cukup.

Cukup. Yang Berhormat, maaf.

final • 11:40 AM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Bukan sahaja kebakaran yang perlu disegerakan, ya. I agree with that. So, you allowed it yesterday. Thank you very much.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, duduk. Saya sudah buat keputusan.

Sebenarnya, semalam itu ialah kebakaran dan orang ramai masih pergi ke klinik, hospital dan sebagainya. Ia mengenai nyawa manusia yang sehari-hari menghadapi risiko itu, ya.

Perkara ini, macam Yang Berhormat Ketua Pembangkang kata, tahun 2012 ada report dan sebagainya. Saya rasa Special Select Committee itu merupakan lagi satu prosedur yang teramat baik untuk perkara ini dibincangkan dengan lebih mendalam dan masa pun panjang di situ.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, saya rasa itu lebih efektif daripada kita kena ketepikan Aturan Urusan Mesyuarat untuk membincangkan, merundingkan perkara itu dalam masa 30 minit - 45 minit. Saya rasa itu lebih, Special Select Committee punya prosedur itu lebih efektif, lebih berkesan. Saya bukan kata perkara ini tidak penting, ia penting. Ia penting tetapi semata- mata kerana ia penting, tidak semestinya ia perlu disegerakan. Banyak perkara penting pun. Hari-hari ada perkara penting. RMKe-12 ini pun penting.

Jadi, saya membuat keputusan tersebut dengan berpandukan kepada perkara- perkara dan elemen-elemen...

final • 11:50 AM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

...Sebenarnya perkara ini Yang Berhormat ialah, kalau kita mengikut konvensyen di House of Commons Yang Berhormat, kalau kita ikut Erskine May dan sebagainya perkara ini ialah perkara yang private antara saya dan Yang Berhormat sahaja, tidak perlu pun di sini.

final • 11:50 AM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Kenapa pula? Ini merupakan perkara yang berhubung dengan negara.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat, sebenarnya usul ini— tolonglah diam sekejap. Usul ini sebenarnya ditangani secara private antara Speaker dan Ahli Parlimen yang mengusulkannya.

Ahli-ahli Yang Berhormat selalu hendak quote convention Erskine May ini saya quote. Saya quote Erskine May. So, apa fasal Yang Berhormat tidak setuju pula?

final • 11:50 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Saya setuju tetapi Erskine May tidak menafikan hak seorang Ahli Parlimen in House of Commons to still raise on the point on procedure or principle kalau benda itu it may seems, I think you must reread Erskine May.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

I read. Saya baca, saya baru baca.

final • 11:50 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Yes, we have used that. I have used that even my argument semasa mantan Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya baca— secara...

final • 11:50 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Akan tetapi, sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat tadi, kebakaran penting, COVID penting, RMKe-12 penting.

Tanya saya, RM1 trilion keluar kepada negara lebih penting daripada semua itu dan kita boleh, saya setuju juga dengan Tuan Yang di-Pertua, dua kali setuju ini, bahawa bawa kepada select committee segara tetapi ini ruang dasar yang kita putuskan supaya select committee boleh bergerak atas keputusan dasar ini yang kita putuskan.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya rasa itu lebih efektif...

final • 11:50 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Lebih efektif, the details akan dibincangkan di select committee.

final • 11:50 AM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Yes.

final • 11:50 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Prinsipnya di sini supaya rakyat tahu, negara tahu soal kecurian dan rompakan beratus bilion duit negara ini, seluruh Parlimen bertindak menentang.

final • 11:50 AM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua,..

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi begitulah.

final • 11:50 AM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua, saya setuju juga dengan Tuan Yang di-Pertua, COVID penting, RMKe-12 penting, that is why we are discussing here. Why do not we form just Parliament Select Committee bincang COVID.

Why not kita buat dekat— tak payahlah kita bincang dalam Dewan. Because it is important, kita bincang dalam Dewan.

On that basis dengan izin barulah masuk kepada Parlimen punya Select Committee to discuss on details. Saya setuju dengan cadangan daripada Yang Berhormat Port Dickson, biarlah kita bincang di sini, kita set the term barulah PAC take over but we have to discuss it here kerana ia amat penting, terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, perbezaannya ialah RMKe-12, COVID dan sebagainya berada dalam Aturan Urusan Mesyuarat, itu perbezaannya.

final • 11:50 AM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

That is why kita bawa kepada Tuan Yang di-Pertua supaya masukkan ini dalam Aturan Urusan Mesyuarat juga.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, tetapi...

final • 11:50 AM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Itulah sebab ada dia punya peruntukan itu supaya kita boleh masukkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat benda yang penting. That was the point of 18(1).

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya rasa kita—Yang Berhormat, kita tidak perlu pusing- pusing. Sebenarnya benda itu ada dalam Aturan Urusan Mesyuarat, apa yang kita hendak buat sekarang adalah untuk mengetepikan Aturan Urusan Mesyuarat, ia mestilah urgent untuk berbuat demikian. Saya dapati ia tidak urgent.

final • 11:50 AM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua, bukan kita hendak ketepikan. It is just 30 minutes, 30 minit sahaja, sepertimana perbincangan tentang kebakaran di Kuching. Apa masalahnya? Pleaselah do not avoid this issue.

final • 11:50 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua, kita boleh extend, waktu malam pun tidak apa.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Semalam saya cadangkan prosedur yang lebih baik. Usul Menteri.

final • 11:50 AM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Tuan Yang di-Pertua, saya ada satu perkara lagi.

Tuan Yang di-Pertua, Kulai di sini.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kulai.

final • 11:50 AM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, saya ada satu perkara hendak mintalah bantuan daripada Tuan Yang di-Pertua. Semalam ada satu soalan yang naik untuk Menteri Kanan Pendidikan tetapi dijawab oleh Timbalannya. Isu itu adalah tentang pengambilan khas 18,000 orang guru gred DG41.

Akan tetapi, sebenarnya soalan yang identical telah dijawab pada 20 September dalam Dewan ini iaitu soalan ketujuh yang dibangkit oleh Yang Berhormat Jerai, juga adalah tentang pengambilan guru 18,000 orang ini.

Oleh sebab soalan itu identical, jawapan yang dibaca oleh Menteri Kanan Pendidikan dan juga oleh Timbalannya di Dewan ini semalam, jawapan itu juga identical. Jadi, saya hendak tanya di sini bahawa siapa yang buat keputusan soalan mana satu yang dibangkitkan dan yang dijawab dalam Dewan ini. Saya telah bangkit banyak isu, tentang isu pendidikan khas, tentang isu gangguan seksual di sekolah, tidak pernah soalan itu dijawab dalam Dewan Rakyat ini.

Akan tetapi, kita nampak, saya bukan cakap bahawa pengambilan guru sebanyak 18,000 orang itu tidak penting tetapi dua kali dijawab dalam Dewan Rakyat ini, jawapan pun identical oleh Menteri dan juga Timbalannya.

final • 11:50 AM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Adakah ini satu pemilihan soalan oleh KPM untuk elak daripada jawab soalan yang lebih susah atau mereka tidak ada satu jawapan yang konkrit yang ada di/atau soalan ini dipilih oleh— saya tidak tahu pejabat Tuan Yang di-Pertua dan saya hendak tahu kenapa soalan yang identical dijawab dua kali dalam Dewan ini dengan jawapan yang identical. Akan tetapi soalan-soalan lagi tentang pendidikan, tidak pernahlah ada peluang untuk dibangkitkan dalam sesi soal jawab ini kerana saya bangkit banyak isu, pendidikan khas itu penting juga, gangguan seksual yang berlaku dalam sekolah pun penting juga.

Tak pernahlah Menteri jawab dalam sesi soal jawab secara lisan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih kerana membangkitkan perkara ini. Saya tidak tahu sebenarnya. Biar saya tanya Setiausaha Dewan Rakyat dulu apa yang terjadi.

Bagaimana boleh soalan yang sama itu ditanya pada sesi yang sama dan jawapan yang identical. Itu saya rasa tidak sepatutnya terjadi. Saya setuju. Saya akan tanya SUDR selepas ini dan kita akan mengambil tindakan untuk memperbetulkan keadaan.

final • 11:50 AM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Satu lagi Select Committee tentang pendidikan tidak pernah ada mesyuarat lagi. Jadi, saya hendak juga minta bantuan daripada Tuan Yang di-Pertua bahawa tadi cakap bahawa kita ada Select Committee untuk ekonomi, bolehlah bincang isu-isu perkara tetapi Select Committee untuk pendidikan setakat ini tidak ada mesyuarat lagi. Jadi minta tolong Tuan Yang di- Pertua untuk pastikan select committee ini memang boleh memainkan fungsi kami. Terima kasih.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, saya diberitahu oleh SUDR, Select Committee Pendidikan itu pengerusinya dilantik menjadi Timbalan Menteri. Jadi, terpaksalah select committee itu melantik pengerusi yang baharu.

Akan tetapi ada perkembangan sedikit pada pagi ini. Saya telah difahamkan bahawa pihak kerajaan dan pihak pembangkang telah bersetuju untuk menukar komposisi Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan Khas dan ini akan saya terus bawa ke Jawatankuasa Dewan esok tengah hari untuk diputuskan.

Kemudian rancangannya setelah diputuskan oleh Jawatankuasa Dewan, maka perlu ada usul untuk tukar komposisi pada hari Isnin, usul Menteri dan selepas sahaja usul Menteri itu di pagi hari Isnin itu, saya telah panggil Jawatankuasa Pemilih tengah hari Isnin.

Insya-Allah, pada hari Selasa kita boleh lay di Dewan, komposisi yang baharu dan ahli-ahli yang baharu semua Jawatankuasa Pilihan Khas itu. Itu status yang terkini baru tadi saya difahamkan.

final • 11:50 AM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:50 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Peraturan mesyuarat.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 11:50 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Memandangkan keputusan Tuan Yang di-Pertua mengenai usul saya Pandora Papers, saya beri notis untuk membuat motion (usul) untuk memohon supaya Tuan Yang di-Pertua mengkaji semula keputusan itu. Saya ingat Peraturan Mesyuarat 43, I will recheck, I am just giving a motion.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat akan tulis kepada saya.

final • 11:50 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Ya, saya tulis.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 11:50 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Tentang pengumuman Tuan Yang di-Pertua, keputusan itu saya ucap terima kasih dan mengalu-alukan.

final • 11:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Segambut.

final • 11:50 AM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Tuan Yang di-Pertua, saya minta izin untuk bangkitkan mengenai isu berbangkit yang Yang Berhormat Kulai bangkitkan mengenai jawapan bertulis oleh Menteri, atas isu-isu yang telah dibangkitkan semasa perbahasan ataupun semasa soalan. Dua kali, dua Menteri Yang Berhormat Rina Harun dan Yang Berhormat Shahidan Kassim, ada membangkitkan bahawa mereka akan memberikan jawapan bertulis kepada kita. Satu adalah trigger system, satu lagi adalah cost legal fees Taman Rimba Kiara.

final • 11:50 AM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Akan tetapi apabila jawapan bertulis itu sampai kepada saya, saya lihat itu adalah jawapan yang sama untuk Rimba Kiara yang dibaca oleh Menteri, tidak ada detil khas walaupun dia kata akan bagi secara bertulis, tidak ada.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 12:00 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Untuk Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina binti Mohd Harun, trigger system itu langsung tidak jawab dengan tepat dalam soalan.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tolong...

final • 12:00 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Jadi, saya tidak tahu apa lagi cara untuk kita dapatkan jawapan yang tepat.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, ya. Sebenarnya saya telah ambil tindakan mengenai jawapan-jawapan yang kurang tepat dan tidak mempunyai butir ini sudah banyak kali. Yang Berhormat Kulai pun sudah dua kali tulis kepada saya dan saya telah pohon jawapan yang lebih baik dan ia diberikan. Jadi, kalau Yang Berhormat Segambut boleh beri saya surat itu, bagi detil sikit tentang soalan mana dan jawapan yang mana, saya akan ambil tindakan.

final • 12:00 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Maklum, terima kasih.

final • 12:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, sama juga dengan soalan saya daripada Menteri Kewangan.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, tolong. Tolong bagi surat kepada dia.

final • 12:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya minta diperjelaskan projek- projek dan dia kata, “Sila tengok website.”

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, okey. Tolong bagi saya...

final • 12:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ini kita minta dia bagi detil kepada kita.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Alor Setar pun saya– I think ada bagi saya surat. Bagi saya surat, saya akan ambil tindakan. Insya-Allah.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Ini Yang Berhormat Pokok Sena, Menteri Kewangan malas lah, banyak kerja.

Kalau malas, baik berhenti.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Usul Menteri. Ya.

final • 12:00 PM
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Tuan yang di-pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 9.00 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 7 Oktober 2021.”

final • 12:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

final • 12:01 PM

Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato’ Haji Kamarudin Jaffar

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong.

final • 12:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 12:01 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

RANCANGAN MALAYSIA KEDUA BELAS 2021-2025

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

"(a) BAHAWA Dewan ini, menyedari akan cabaran untuk memulih serta menjana semula ekonomi negara bagi mencapai pertumbuhan yang mampan, dengan mengambil kira landskap sosioekonomi pasca COVID-19 dan pencapaian Rancangan Malaysia Kesebelas, 2016-2020; merestui usaha Kerajaan untuk merancang dan melaksanakan agenda pembangunan negara yang mampan selaras dengan semangat Keluarga Malaysia, aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Agenda Pembangunan Mampan 2030; dan meluluskan Rancangan Malaysia Kedua Belas bagi tempoh 2021 hingga 2025 yang menetapkan hala tuju strategik bagi mencapai objektif “Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan” dengan memberi tumpuan kepada usaha untuk merancakkan kembali pertumbuhan ekonomi, memastikan kemakmuran negara dapat diagihkan secara lebih adil dan saksama serta mengekalkan kelestarian alam sekitar, menurut Kertas Perintah CMD. 1 Tahun 2021.

(b) BAHAWA dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kedua Belas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya berusaha dengan sepenuh komitmen dan iltizam yang jitu untuk membangunkan negara secara mampan bagi membolehkan setiap ahli Keluarga Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum menikmati taraf hidup yang wajar.” [5 Oktober 2021]

final • 12:01 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri bagi Kementerian Tenaga dan Sumber Asli. Silakan, 30 minit.

final • 12:01 PM

Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di- Pertua, saya terlebih dahulu ucap terima kasih setinggi-tinggi kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan RMKe-12 yang telah menyentuh mengenai Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

Seramai 10 rakan-rakan saya daripada kerajaan dan pembangkang Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Seputeh, Yang Berhormat Kemaman, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Muar dan juga Yang Berhormat Keningau, 10 orang saya ucapkan terima kasih. Saya ingin memberikan penjelasan mengikut susunan isu-isu merangkumi tiga sahaja isu utama iaitu biodiversiti, keduanya tanah dan ketiganya bekalan elektrik.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kangar memohon kerajaan menyatakan berapakah nilai hasil kerajaan negeri yang diperoleh daripada kegiatan yang berasaskan pembalakan dan insentif perlu disediakan untuk kerajaan ini mengekalkan hutan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, kutipan hasil kerajaan negeri yang diperoleh daripada kegiatan berasaskan pembalakan adalah melalui lima perkara iaitu pertama pembayaran royalti, kedua premium, ketiga ses, keempat kompaun kesalahan hutan dan kelima pampasan serta lain-lain charge ataupun fi.

Pada tahun 2020, kutipan yang disebutkan di atas adalah berjumlah RM883.4 juta dan oleh sebab soalan ini ditanya oleh Yang Berhormat Kangar, untuk negeri Perlis berjumlah RM2.72 juta. Kerajaan Persekutuan juga melalui Kementerian Kewangan menyediakan satu insentif yang dipanggil ecological fiscal transfer atau EFT yang merupakan satu bentuk pemberian yang berupa insentif kewangan tambahan kepada kerajaan negeri-negeri juga untuk melaksanakan program dan projek bagi menjamin kelestarian biodiversiti.

Peruntukan ini disalurkan bagi tujuan pelaksanaan projek pemuliharaan kawasan perlindungan hutan dan marin di mana pada tahun 2019 dan tahun 2021, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM60 juta untuk tahun 2019 dan RM70 juta pada tahun 2021 di mana EFT ini disalurkan melalui pemberian berdasarkan tahap pembangunan ekonomi, infrastruktur dan kesejahteraan hidup ataupun ringkasnya TAHAP.

Selain daripada itu, KeTSA juga sedang membangunkan kerangka kewangan REDD Plus yang merupakan insentif kewangan tambahan kepada kerajaan-kerajaan negeri juga bagi melaksanakan aktiviti mengekal, memulihara, melindungi serta mengurus sumber hutan secara berkekalan. Untuk Yang Berhormat Kangar juga, EFT tahun 2021 bagi negeri Perlis adalah berjumlah RM1.40 juta.

Yang Berhormat Bukit Bendera, memohon kerajaan menjelaskan usaha yang diambil bagi memastikan Tasik Chini akan terus kekal sebagai kawasan yang diiktiraf sebagai UNESCO Biosphere Reserve berikutan kata Yang Berhormat Bukit Bendera risiko pengiktirafan ini akan ditarik balik. Tuan Yang di-Pertua, program Man and the Biosphere atau MAB dilancarkan oleh UNESCO pada tahun 1971 lagi merupakan program saintifik antara kerajaan atau intergovernmental yang menetapkan asas saintifik bagi memperbaiki pertalian antara manusia dan alam sekitar dengan mengimbangkan keperluan pembangunan dan penjagaan alam sekitar.

Untuk Tasik Chini di negeri Pahang, ia telah diiktiraf sebagai satu tapak rizab biosfera. Kawasan ini meliputi keluasan seluas 6,922.97 hektar telah diwartakan oleh kerajaan negeri sebagai tapak rizab biosfera yang pertama di Malaysia iaitu pada 26 Mei 2009 lagi. Setiap tapak rizab MAB yang saya sebutkan tadi termasuk Tasik Chini, mengikut peraturannya perlu mengemukakan laporan periodic review selepas 10 tahun pengiktirafannya untuk penilaian semula oleh sekretariat UNESCO.

final • 12:02 PM

Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Untuk tujuan ini, laporan berkenaan MAB Tasik Chini ini telah pun disediakan dan dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Pahang dan ia telah dikemukakan kepada sekretariat UNESCO Paris pada 23 Disember 2020. Laporan periodic review tersebut telah disemak oleh International Advisory Committee for Biosphere Reserves (IACBR) yang mana memutuskan laporan ini perlu ditambah baik sedikit. Pihak Tasik Chini atau Kerajaan Negeri Pahang telah diberikan, saya ingat 30 September 2022, untuk semakan. Jadi, dalam hal ini tidak berbangkit ia akan ditarik balik.

Saya ingin memaklumkan bahawa untuk mempertahankan pengiktirafan Tasik Chini, kerajaan melalui KETSA telah memperuntukkan sejumlah RM1.554 juta sepanjang tahun 2016 sehingga tahun 2021 untuk tujuan mempertahankan pengiktirafan ini melalui pemantauan kualiti air, kajian pembungaan teratai, program pengukuhan tebing dan juga kajian sedimentasi.

Yang Berhormat Subang memohon kerajaan supaya meningkatkan usaha menangani isu pembalakan haram dan pembalakan kroni kata Yang Berhormat Subang.

Saya tidak tahu jenis pembalakan apa ini kroni ini. Ia dilihat dikatakan dipengaruhi oleh amalan rasuah dan salah guna kuasa. Tuan Yang di-Pertua, antara usaha yang dilaksanakan oleh KETSA memalui jabatan perhutanan negeri-negeri ialah memantau pembalakan terutama di kawasan hutan simpan melalui pelbagai cara. Antaranya pengawalan terhadap pembukaan kawasan usaha hasil yang mana ia dilaksanakan melalui apa yang dipanggil catuan tebangan tahunan (CTT) yang diluluskan oleh Majlis Tanah Negara berdasarkan setiap Rancangan Malaysia lima tahun. Penetapan CTT ini berasaskan kepada keupayaan pemulihan semula jadi atau natural regeneration capasity bagi setiap kawasan yang diusaha hasil.

final • 12:02 PM

Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Kedua, adanya pelaksanaan pensijilan Malaysian Criteria and Indicators for Sustainable Forest Management (MC&I) certification bagi negeri-negeri yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti pengeluaran kayu balak.

final • 12:10 PM

Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan

Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Cuma boleh saya tanya sedikit berkenaan dengan catuan tebangan tahunan (CTT) ini? Isu pembalakan ini hangat kerana ia melibatkan kelestarian, kemapanan alam sekitar dan juga hasil kerajaan. Akan tetapi saya perhatikan kerajaan negeri sentiasa mereka tidak buat sistem tender terbuka dan diluluskan begitu sahaja tanpa sebarang ketelusan, kecuali waktu 2008 di Perak telah pun ada sistem tender terbuka.

Apa pendirian kementerian pada abad ke-21 ini untuk memastikan isu pembalakan ini hanya boleh diberikan menerusi satu sistem tender terbuka yang telus dan untuk memastikan ia tidak merosakkan alam sekitar untuk mencapai keseimbangan?

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Teluk Intan. Saya amat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat.

Perkara ini perlu dibuat secara yang telus dan terbuka, terutamanya dalam isu usaha hasil kawasan hutan ini. Akan tetapi kita perlu ingat bahawa perkara ini adalah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Semasa saya berada di negeri Kelantan, kita juga mengadakan secara tender terbuka dan itu ialah satu cadangan yang baik. Namun, di peringkat Persekutuan, kita tidak boleh campur tangan urusan kerajaan negeri, cuma kita mengharapkan perkara-perkara ini akan diamalkan. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Yang Berhormat Menteri, sekejap kalau boleh.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Subang.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Ya.

final • 12:10 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, memberi pandangan yang baik tadi. Saya cuma hendak tahu sama ada Yang Berhormat Menteri setuju atau tidak bahawa teknologi canggih seperti satellite imagery, global positioning system dan QR code untuk supply chain ini, boleh tidak Yang Berhormat Menteri ataupun

final • 12:10 PM

Tuan Wong Chen - Subang

kementerian mengesyorkan kepada negeri-negeri di mana ada balak ini dan dipergunakan serta diperluaskan penggunaannya. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Terima kasih Yang Berhormat Subang.

Perkara itu dalam jawapan saya. Saya akan jawab, Yang Berhormat telah bangkitkan, terima kasih. Mengenai MC&I bagi negeri-negeri, kita mengeluarkan satu sijil, certificate yang mana ianya merupakan satu kayu pengukur pelaksanaan prinsip Sustainable Forest Management (SFM) yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Saya juga ingin menyebutkan bahawa untuk mengawal perusahaan hutan secara yang tidak baik itu telah dibuat juga melalui penguatkuasaan hutan secara bersepadu.

Sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Subang tadi, di negeri Sarawak, mereka mengambil inisiatif melalui Continuous Monitoring of Surveillance (COMOS) di negeri Sarawak dan juga di negeri Sabah ada mempunyai dasar sejak tahun 2010.

Setiap pemegang lesen jangka panjang dan lain-lain lesen pembalakan diwajibkan untuk diaudit oleh independent third party auditor. Apa yang dipanggil sebagai Sabah Timber Legality Assurance System (TLAS). Ini semua adalah perkara-perkara yang diambil oleh pihak kerajaan negeri dan juga dalam pengetahuan Kerajaan Pusat untuk mengawal pembalakan secara yang tidak terurus sebagaimana yang disebutkan tadi. Yang Berhormat Subang, ini soalan Yang Berhormat supaya teknologi terkini menggunakan pengimejan satellite, global positioning system, QR code supply chain tracking, ini jawapan saya.

Tuan Yang di-Pertua, KETSA melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) sebenarnya sedang melaksanakan Projek Pendigitalan Sumber dan Operasi Perhutanan untuk membantu menyelesaikan masalah yang melibatkan perancangan, pengurusan dan pemantauan hutan serta hasilnya. Di mana penggantian penggunaan secara kerja manual sekarang ini dengan penggunaan teknologi internet of things (IOT) dan juga digital ini menjadikan data lebih tersusun dan mudah dicapai serta mengurangkan human error dan juga ketirisan dalam proses kutipan hasil kayu yang sering berlaku di lapangan.

JPSM juga akan membangun, memperluas dan mengukuhkan pelbagai sistem aplikasi teras perhutanan, aplikasi sokongan, aplikasi berasaskan geospatial, aplikasi mobile dan juga laman sesawang yang sedia ada melalui pelaksanaan projek ini.

Pengurusan hutan secara berkekalan diperkasakan dengan menjadikan ICT serta teknologi geospatial sebagai pemangkin ke arah transformasi maklumat yang komprehensif dan berkualiti. Projek ini dijangka akan siap pada tahun 2024.

final • 12:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

[Bangun]

final • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Selain daripada itu, untuk makluman Yang Berhormat Subang, KETSA juga melalui JPSM dengan kerjasama daripada Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) yang kini dikenali sebagai Agensi Angkasa Malaysia

(MISA), membangunkan sebuah sistem pemantauan hutan menggunakan teknologi remote sensing yang dikenali sebagai forest monitoring using remote sensing (FMRS) yang mana kerjasama dengan MISA telah bermula sejak tahun 2012 lagi. Pemantauan melalui sistem ini dilaksanakan bagi mengesan sebarang perubahan yang berlaku dalam kawasan hutan simpan, terutamanya akibat daripada pencerobohan, pembalakan haram, perubahan litupan hutan dan insiden kebakaran.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Subang juga mencadangkan kepada kerajaan supaya aktiviti perlombongan di kawasan hutan tidak dibenarkan. Untuk response kepada perkara ini, saya hendak sebutkan daripada segi fakta. Aktiviti kuari dan juga perlombongan telah menyumbang sebanyak 0.7 peratus, bersamaan RM9.9 bilion bagi keluaran negara kasar (KDNK) bagi tahun 2019 sahaja. Ya, Yang Berhormat.

final • 12:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Muar.

final • 12:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat Menteri, mungkin tidak berkenaan dengan perlombongan tetapi berkenaan dengan kementerian Yang Berhormat Menteri. Pada tahun 2019 dan awal 2020, KeTSA telah pun dipertanggungjawabkan untuk menggerakkan pilot programme bagi tujuan industrial

final • 12:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

hemp dan juga medical marijuana. Saya difahamkan juga selepas berbincang dengan bekas Menteri...

final • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Saya ada.

final • 12:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Mengenai perkuarian ini secara umumnya, sesebuah syarikat atau pengusaha yang ingin membuat perlombongan ini perlu membuat permohonan kepada dua pihak. Satunya kepada kerajaan negeri untuk mendapat lesen cari gali, prospecting license, exploration license dan juga untuk menjalankan tujuan cari gali ini serta juga pajakan melombong itu daripada kerajaan negeri.

Daripada Kerajaan Pusat melalui KeTSA terutamanya, permohonan untuk mendapatkan Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SKPSM) perlu dibuat melalui Jabatan Mineral dan Geosains Negeri-negeri dan surat kelulusan tersebut membolehkan syarikat itu menjalankan operasi di kawasan lombong itu.

Tanpa SKPSM ini yang dikeluarkan oleh Geosains, aktiviti perlombongan ini tidak dapat dijalankan. Sijil ini atau surat kelulusan ini kita pastikan tidak dikeluarkan untuk lombong di atas tanah hutan simpanan kekal (HSK) atau rizab perlindungan dan juga kawasan yang diwartakan sebagai kawasan sensitif alam yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, dalam hal melombong ini juga suka kerajaan menjelaskan bahawa kerajaan amat tidak bersetuju untuk pihak kerajaan negeri sekiranya membuat keputusan membuat pewartaan keluar ataupun di gazet kawasan hutan simpanan kekal untuk tujuan perlindungan. Walaupun urusan ini di bawah kerajaan negeri, Kerajaan Pusat ingin menyatakan bahawa kita tidak bersetuju untuk kawasan hutan simpan dikeluarkan ataupun diadakan di gazettement untuk tujuan perlombongan ini.

Seterusnya, Yang Berhormat Subang sekali lagi memohon mencadangkan supaya hutan simpan Taman Negara perlu di pakej semula agar Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri dapat mengutip dana dan dari reducing emissions from deforestation and forest degradation (REDD). Saya ingin menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan sedang membangunkan satu kerangka kewangan REDD+ ataupun REDD-plus Finance Framework (RFF) yang merupakan satu inisiatif kewangan kepada kerajaan negeri bagi melaksanakan inisiatif mengekalkan dan memelihara hutan serta menjamin ekosistem hutan yang berterusan.

final • 12:10 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Ini menunjukkan Kerajaan Persekutuan amat prihatin tentang perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat subang, malahan KeTSA telah menubuhkan sebuah syarikat berhad menurut jaminan ataupun company limited by guarantee iaitu Malaysia Forest Fund (MFF) yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan kerangka REDD+ yang saya sebutkan tadi.

final • 12:20 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Yang Berhormat Menteri, Pasir Gudang, sedikit sahaja. Berkenaan hutan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak dapat kesempatan membahaskan RMKe- 12 tetapi isu yang dibangkitkan Menteri sangat baik jawapan, Yang Berhormat Menteri soal hutan simpan ini perlu dikawal sangat bagus. Hanya saya melihat daripada jawapan Yang Berhormat Menteri, nampaknya ada pertindihan kuasa.

Kerajaan Pusat di Putrajaya mempunyai pendirian yang baik daripada jawapan Yang Berhormat Menteri tadi untuk hendak jaga hutan-hutan simpanan ini di seluruh negara. Akan tetapi disebut tadi hal hutan ini berada dalam kerajaan negeri dan kita sistem federalism. Kita faham yang itu. Akan tetapi adakah Yang Berhormat Menteri boleh bincang dengan Kabinet supaya dibuat kalau perlu pindaan Perlembagaan untuk generasi akan datang iaitu hutan simpan ini, kuasa ini dialihkanlah kepada Putrajaya.

Saya tidak mahu seperti di Johor kawasan-kawasan hutan simpan ini digazetkan dan dibangunkan. Jadi penyalahgunaan dan menjadi buruk alam sekitar. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang. Yang Berhormat Pasir Gudang juga seorang peguam. Kita tahu berdasarkan Perlembagaan soal hutan, tanah, dan beberapa aspek lagi adalah terletak di bawah

final • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Jadual Kesembilan di bawah Senarai Negeri. Jadi untuk meminda perlembagaan itu satu urusan yang lain.

Namun demikian, saya hendak sebut sebagai respond kepada Yang Berhormat Pasir Gudang. Bukan semua hutan simpan kekal ini tidak boleh diusahakan hasil. Dia ada dua bahagian. Satunya hutan simpan untuk pengeluaran. Pengeluaran dari hutan simpan ini berdasarkan CTT tadi iaitu catuan, tebangan, tahunan. Manakala yang tidak boleh dibuka diusahakan hasil ialah hutan simpan perlindungan untuk water catchment dan sebaginya. Itu tidak boleh sama sekali dibuka. Jadi saya rasa itu adalah satu yang amat jelas.

Saya hendak jawab soalan Yang Berhormat Seputeh. Sekejap. Yang Berhormat Seputeh, pandai dia bangun masa saya hendak jawab. Yang Berhormat Seputeh mohon penjelasan kerajaan apakah langkah-langkah yang akan dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan...

final • 12:20 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Mohon penjelasan.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

...Untuk mengelakkan— Ini perkara yang sama. Hutan simpanan kekal yang diwartakan keluar oleh..

final • 12:20 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat, minta jalan, sekejap.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Sorry?

final • 12:20 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Minta jalan.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Okey.

final • 12:20 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Baik, terima kasih. Saya minta maaf. Saya hanya hendak tanya tentang hutan simpan. Biasanya kalau kita ikut amalan yang dibuat oleh kerajaan negeri ialah kalau hendak ambil atau hendak digazet hutan simpan, biasanya akan digantikan dengan baharu supaya dapat dikekalkan.

Pada masa yang sama water catchment iaitu kawasan tadahan air seperti mana yang disebut tadi itu juga amat penting. Saya hendak tanya di sini, bolehkah Parlimen, kementerian kerana semasa saya memimpin kerajaan negeri selalu ada satu nasihat supaya kita jangan kurangkan hutan simpan, harus ditambah kalau boleh. Harus juga diwartakan kawasan tadahan air.

Bolehkah Yang Berhormat berikan senarai kerajaan negeri mana yang kurangkan hutan simpan dan yang belum wartakan kawasan tadahan air kerana dalam pengetahuan saya, hanya satu negeri sahaja yang mewartakan kawasan tadahan air termasuk Pulau Pinang. Akan tetapi banyak negeri lain yang tidak buat sedemikian termasuk Kelantan yang menyebabkan Kelantan ada masalah kekurangan air. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Terima kasih Yang Berhormat Bagan, sahabat saya. Kita sama-sama pernah berada di kerajaan negeri, kita tahu. Memang kalau berlakunya pengeluaran ataupun pewartaan keluar, kawasan hutan simpan mesti ganti. Sama ada diganti keadaan yang sama sepadan atau tidak, itu isu yang lain. Walau bagaimanapun, untuk maklumat terperinci saya perlukan masa untuk mendapatkan dan saya akan beritahu selepas pada ini.

Yang Berhormat Seputeh bertanya bagaimana ataupun apakah langkah Kerajaan Persekutuan untuk mengelak hutan simpan kekal daripada diwartakan keluar atau digazet. Kerajaan dicadangkan supaya menggubal undang-undang dan sebaginya termasuklah melalui pendengaran terbuka ataupun public hearing. Dalam hal ini bagaimana saya sebut kepada Yang Berhormat Pasir Gudang tadi dalam Perlembagaan Perkara 74 fasal 2 jelas memperuntukkan bahawa hutan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri yang mana mereka mempunyai almost absolute power dalam hal forest ini.

Manakala peringkat Persekutuan, terutamanya KeTSA melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia adalah dalam keadaan hanya boleh memberi nasihat teknikal semata-mata mengenai pengurusan dan pembangunan hutan serta menjalankan penyelidikan khidmat latihan. Jadi dalam hal ini kita sekali lagi menyatakan bahawa dalam

final • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

membuat dasar-dasar mengenai tanah termasuk di negeri-negeri ada platform yang dilibatkan semua kerajaan negeri iaitu Mesyuarat Majlis Tanah Negara.

Sebagaimana di dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-66 pada 1 Disember 2010 yang lalu dan juga pada bulan Januari tahun 2021 yang lalu, bersetuju ini penting.

Saya hendak sebut kerajaan negeri diputuskan mesti berusaha untuk memastikan keluasan tanah negara dikekalkan sebagai kawasan berhutan dan dilitupi oleh pokok- pokok. Itu satu consensus dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan negeri. Ya Yang Berhormat Seputeh.

final • 12:20 PM

Puan Teresa Kok - Seputeh

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Saya ada lima minit sahaja lagi.

final • 12:20 PM

Puan Teresa Kok - Seputeh

Saya hendak tanya satu soalan. Saya baru baca laman web Global Forest Watch. Dia kata dalam bahasa Inggeris, “From 2002 to 2020, Kelantan Lost 150,000 hectares of humid primary forest making up 37 percent of it’s total tree cover loss in the same time period. In 2020, Kelantan lost 8.83 thousand hectares of natural forest equivalent to 6.02 matric tan of CO2 emission. Okey, soalan saya ialah semalam Menteri Alam Sekitar dan Air dia kata sampai tahun 2030 Malaysia akan mencapai net zero carbon admission dan sekarang Yang Berhormat Kota Bharu menjadi Menteri Tenaga dan Sumber Asli jaga pokok, jadi negeri Kelantan terus tebang pokok dan lakukan penyahhutanan, macam mana Malaysia akan capai net zero carbon admission pada tahun 2030.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Terima kasih Yang Berhormat Seputeh.

final • 12:20 PM

Puan Teresa Kok - Seputeh

Jadi adakah kedua-dua Menteri akan mempengaruhi, menukar dasar kerajaan negeri supaya tidak melakukan penyahhutanan lagi.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Okey terima kasih. Saya ingin quote Peraturan Mesyuarat 23 (1)(i) tadi yang disebut oleh Tuan Yang di-Pertua. Itu maklumat daripada media massa yang tidak boleh saya rely masa ini. Saya akan check perkara itu.

Namun demikian, saya ingin menegaskan bahawa sama ada di Kelantan ke di negeri mana ke, pengusaha hasilan adalah berdasarkan kepada CTT setiap tahun, setiap tahun berapa ribu hektar. Itu sahaja yang boleh dikeluarkan.

Jadi kalau sekiranya dikatakan negeri-negeri tertentu ataupun Kelantan dan sebagainya yang membuat penebangan melebihi CTT, itu adalah saya kira satu tohmahan yang perlu dibuktikan. Bukan saya kata tidak betul, perlu dibuktikan. You cannot go beyond CTT of every year. Tidak boleh lebih daripada itu.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak teruskan banyak lagi perkara. Saya ada tujuh minit sahaja lagi. Saya masuk kepada soal mengenai electricity, bekalan elektrik. Saya tidak sempat menjawab semuanya.

final • 12:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, bolehlah ambil lima hingga lapan minit.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Ya, terima kasih. Yang Berhormat Setiu memohon kerajaan supaya pemberian diskaun elektrik kepada pengguna domestik dan perusahaan mikro kecil sederhana yang asalnya berakhir pada September 2021 dilanjutkan. Cadangan Yang Berhormat Setiu saya ingat akhir tahun ini.

final • 12:20 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Saya hendak beritahu kepada Dewan yang mulia ini bahawa kerajaan semasa, terutamanya semasa negara dilanda oleh pandemik COVID-19 baru-baru ini. Sejak awal tahun 2020, kerajaan telah memberikan diskaun bil elektrik melalui pelbagai inisiatif dengan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2.75 bilion yang mana peruntukan ini dibiayai oleh kerajaan melalui Kementerian Kewangan iaitu:

(i) Kumpulan Wang COVID-19;

(ii) Dana Kumpulan Wang Industri Elektrik; dan

(iii) Tenaga Nasional Berhad.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Kesemua ketiga-tiga sumber ini RM2.75 bilion. Itu tahun 2020 Tuan Yang di- Pertua. Pada tahun 2021, kerajaan telah meneruskan inisiatif untuk membantu pengguna elektrik termasuk pengguna domestik dan perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS) seperti berikut.

Pertama, memberikan rebat elektrik RM0.02 per kilowatt jam kepada semua kategori pengguna elektrik di Malaysia bermula dari 1 Januari sehingga 31 Disember 2021 dan melibatkan peruntukan sebanyak RM2.274 bilion, another allocation di situ.

Kedua, memberikan diskaun bil elektrik sehingga 40 peratus secara bersasar kepada pengguna domestik dan diskaun lima peratus kepada perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) mulai 1 Julai sehingga 30 September 2021 di Semenanjung dan juga di Sabah iaitu di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), another amount discount telah diberikan. Peruntukan sebanyak RM487 juta bagi pakej tersebut dibiayai secara bersama iaitu Kumpulan Wang COVID-19 sebanyak RM437 juta dan Tenaga Nasional Berhad sebanyak RM50 juta. Ini telah diberikan kepada diskaun bil elektrik.

Ketiga, diadakan juga Program Rebat Bil Elektrik RM40 yang telah dilaksanakan sejak tahun 2019, zaman kerajaan dulu lagi untuk membantu ketua isi rumah dalam kategori miskin tegar yang berdaftar dan disahkan oleh sistem eKasih.

Jadi bagi menjawab soalan atau cadangan Yang Berhormat Setiu, saya bagi pihak kerajaan hanya boleh menyebutkan bahawa pertimbangan untuk menyambung sehingga akhir tahun ini iaitu Disember 2021 mengenai pemberian rebat atau diskaun, ia tertakluk kepada kedudukan kewangan kerajaan. Setakat ini sehingga akhir 31 September 2021 sahaja.

Yang Berhormat Setiu juga bertanya mengenai bekalan elektrik bagi Pulau Redang dan Pulau Perhentian termasuk premis-premis pelancongan. Saya ingin maklumkan bahawa bekalan elektrik di Pulau Redang dan Pulau Perhentian di Terengganu disediakan oleh TNB melalui Stesen Jana Elektrik Diesel dengan kapasiti terpasang 2000 kilowatt di Pulau Redang dan 1400 kilowatt di Pulau Perhentian. Bagi memenuhi permintaan bekalan elektrik oleh pengguna komersial, pertambahan permintaan oleh pengguna domestik, kerajaan sedang mengadakan perbincangan bersama TNB dan juga Suruhanjaya Tenaga bagi meneliti opsyen yang terbaik untuk memenuhi peningkatan permintaan di Pulau Redang dan juga Pulau Perhentian.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Muar bertanyakan atau membangkitkan mengenai isu industri hemp dan medical marijuana. Isu ini saya ada jawapan tetapi saya difahamkan jawapan ini akan diberikan oleh Kementerian Kesihatan. Saya ada jawapan di sini tetapi telah diberikan. Jadi Yang Berhormat boleh bertanya sekejap nanti bila Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan akan menggulung perkara ini.

Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, mengenai soalan daripada Yang Berhormat Kemaman.

final • 12:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat, sedikit sahaja mungkin yang ini memang saya difahamkan di bawah kementerian Yang Berhormat. Dalam bab kelulusan daripada Kementerian Kesihatan, itu memang bawah kementeriannya. Cuma saya baru difahamkan bahawa pada tahun 2019 dan awal 2020, KETSA telah pun dipertanggungjawab untuk program pilot yang dijalankan di Kedah dan telah ada specific land which has been cuffed out for this purpose tetapi selepas pertukaran kerajaan, there is not much update. Mungkin ini di bawah, bila saya berbincang dengan bekas Menteri Kedah pun sama juga. Jadi mungkin ini koordinasi di antara kerajaan negeri dan juga kementerian Yang Berhormat Menteri.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Terima kasih Yang Berhormat. Saya ada fakta ini. Memang KETSA telah diberikan tugas untuk menerajui projek perintis penanaman hemp untuk tujuan penyelidikan, ada di sini. Namun demikian, mungkin Yang Berhormat Muar pun ada maklumat bahawa pada tahun 2019 telah ditandatangani perjanjian jual beli tanah di negeri Kedah bertempat di Bukit Tangga, Kubang Pasu, Kedah untuk penanaman hemp ini tetapi buat masa ini ada satu kes mahkamah yang belum selesai. Tanah itu telah dituntut oleh satu syarikat yang bernama OG Global Venture Sdn.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Bhd. dengan memasukkan caveat on that land. Jadi kes ini masih lagi dalam mahkamah.

Namun demikian, saya rasa saya boleh beri jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat untuk perkara ini.

Yang Berhormat Kemaman Tuan Yang di-Pertua, membangkitkan soal gajah.

Dikatakan gajah ini penting untuk rakyat, gajah yang merosakkan kawasan tanaman dan juga mengancam nyawa. Dalam hal ini saya ingin menyatakan bahawa PERHILITAN, satu jabatan di bawah kementerian saya telah membuat satu rekod bahawa terdapat sebanyak, banyak ini. Ada tiga kumpulan gajah di Kemaman, gajah cero sebanyak 35 ekor, gajah bandi sebanyak 25 ekor, gajah tebak sebanyak 15 ekor, hampir 100 ekor di situ. Sebanyak 251 aduan telah dibuat oleh penduduk kampung dan juga pemilik ladang kerana dirosakkan oleh gajah dan telah melibatkan kerugian jutaan ringgit.

Dalam hal ini, secara ringkas saya hendak sebutkan bahawa kementerian melalui Jabatan PERHILITAN telah mengadakan pelbagai program terutamanya untuk menguruskan isu masalah gangguan gajah di kawasan penempatan dan pertanian ini.

Namun demikian, jabatan ini amat berhati-hati dalam perkara ini untuk mengimbangkan antara kepentingan kita menjaga conserved gajah-gajah ini dan juga masalah yang ditimbulkan. Dalam hal ini, kerajaan amat mengharapkan supaya timbulnya kesedaran dan kefahaman dalam kalangan orang ramai supaya kita tidak mengambil langkah yang lebih tidak baik sehingga menyebabkan kita kehilangan habitat yang amat-amat penting dalam hal ini.

Dalam hal ini, PERHILITAN mengadakan usaha dengan menggaji seramai 600 orang renjer hidupan liar yang terdiri daripada 160 orang veteran ATM, 15 orang veteran PDRM dan 425 Orang Asli untuk menjadi renjer hidupan liar. Ini semuanya adalah untuk menjaga supaya hidupan liar khususnya gajah ini dapat kita jaga, tidak pupus dan pada masa yang sama mereka ini tidak merosakkan tanam-tanaman dan mengancam nyawa.

Jadi inilah antara usaha-usaha yang saya boleh sebut secara ringkas sahaja Tuan Yang di-Pertua kerana tidak mencukupi masa.

Akhirnya untuk Yang Berhormat Taiping ini, saya mohon untuk memberikan jawapan bertulis mengenai tanah rizab Melayu ya Yang Berhormat Taiping.

final • 12:30 PM

Tuan Teh Kok Lim - Taiping

Okey, terima kasih.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Yang Berhormat Keningau juga mengenai hemp. Yang Berhormat Kangar mengenai Sekolah Kebangsaan Chuping itu, saya rasa saya tidak ada kaitan. Ini Kementerian Pendidikan akan membuat rumusan. Jadi akhirnya sekali lagi Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Menteri, Sik sedikit mohon penjelasan. Sik, belakang ya.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Ya, ya. Sik tak dapat bercakap pun kan?

final • 12:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Berkaitan dengan penjagaan hidupan liar yang diuruskan oleh Jabatan PERHILITAN ini. Yang Berhormat Menteri sedia maklum, Hutan Ulu Muda ataupun Hutan Simpan Ulu Muda di Sik adalah antara kawasan yang paling baiklah pembiakan hidupan- hidupan liar ini. Adakah Yang Berhormat Menteri setuju untuk Yang Berhormat Menteri membuat lawatan dan kita melihat bagaimana pengurusan di sana.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Insya-Allah, Yang Berhormat Sik. Saya ingin maklumkan bahawa kita mempunyai Pusat Konservasi Gajah yang peringkat nasionalnya di Pahang, kemudian kita ada di Johor. Sekarang ini, kita sedang buat di Lenggong, Perak, dan kalau sekiranya Yang Berhormat Sik berminat, bolehlah menghubungi kita untuk kita buat di Sik, tetapi jangan nanti penduduk di Sik pula tidak mahu ada gajah di situ.

Jadi secara umumnya, saya ucap terima kasih sekali lagi kepada rakan-rakan yang membahaskan dan juga rakan-rakan Yang Berhormat yang membangkitkan persoalan semasa saya menggulung ini. Terima kasih, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Walaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Seterusnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri bagi Kementerian Pengajian Tinggi. Silakan. Yang Berhormat Menteri, kita berhenti pukul satu dan sambung jam 2.30 ya.

final • 12:40 PM

Menteri Pengajian Tinggi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kedua Belas dan menyentuh perkara- perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pengajian Tinggi.

Saya percaya, 27 isu yang telah dibangkitkan oleh 12 orang Ahli Yang Berhormat adalah sangat penting dan relevan dalam usaha untuk memantapkan lagi bidang pendidikan tinggi negara. Saya akan memberi fokus untuk menjelaskan isu-isu dasar mengikut tema. Perkara-perkara spesifik dan operasi akan dirumus secara umum bagi menjimatkan masa. Walau bagaimanapun, semua isu yang dibangkitkan akan diambil perhatian oleh pihak kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pontian telah mencadangkan penubuhan Majlis Tindakan Pendidikan Kebangsaan yang akan berperanan, antara lain, untuk merangka pelan induk pendidikan di peringkat sekolah, pendidikan tinggi, dan TVET pasca COVID-19. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Pontian atas cadangan yang dikemukakan. Untuk makluman Yang Berhormat, KPT mempunyai beberapa mekanisme sedia ada, yang berperanan untuk memantapkan sektor pendidikan tinggi. Antaranya, Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi yang ditubuhkan bagi memberikan pandangan dan input kepada kementerian mengenai hala tuju pengukuhan pendidikan tinggi negara.

Bagi bidang TVET pula, Majlis TVET Negara yang melibatkan pelbagai kementerian telah ditubuhkan sebagai badan pemutus dasar untuk menyelaras dan mengawal selia semua institusi TVET awam dan swasta termasuk institusi TVET kerajaan negeri. Antara intervensi pasca-pandemik, pelan tindakan pemulihan dan garis panduan pengoperasian politeknik dan kolej komuniti pasca-pandemik COVID-19 dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara telah disediakan untuk memastikan pendidikan TVET yang berkualiti dapat ditawarkan secara berterusan.

Bagi meneruskan momentum kecemerlangan pendidikan tinggi yang terkesan akibat pandemik COVID-19 pula, Pelan Kesejahteraan Pendidikan Tinggi ataupun Sejahtera IPT telah dimulakan sebagai respons strategik KPT dalam mendepani pendidikan tinggi negara fasa endemik. Sejahtera IPT ini merangkumi tujuh strategi utama, iaitu:

(i) mengukuhkan ekosistem kampus yang selamat;

(ii) memperkukuh kebolehpasaran graduan;

(iii) memperkasakan agenda pendigitalan;

(iv) memantapkan jaringan kolaborasi strategik;

(v) memacu kesejahteraan komuniti;

(vi) mempersada kecemerlangan institusi; dan

(vii) menyemarak semangat #KPTPrihatin.

Sejahtera IPT ini juga dijajarkan dengan dasar dan hala tuju semasa kerajaan seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi), Keluarga Malaysia, KPTPrihatin, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, Sustainable Development Goals (SDG’s) dan Rancangan Malaysia Ke-12.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pontian dan Yang Berhormat Bachok ada mencadangkan agar bilangan kolej komuniti ditambah mengikut bilangan kawasan

final • 12:41 PM

Menteri Pengajian Tinggi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Parlimen. Untuk makluman Dewan yang mulia, sehingga Oktober 2021, terdapat 104 kolej komuniti telah ditubuhkan dan sedang beroperasi di seluruh negara. Walaupun pada peringkat awal, idea penubuhan kolej komuniti dicadangkan di setiap kawasan Parlimen, Jemaah Menteri pada 8 September 2004 menetapkan bahawa penubuhan kolej komuniti tidak semestinya dibina di setiap daerah atau kawasan Parlimen.

Penubuhan kolej komuniti hendaklah berasaskan kepada kajian keperluan serta faktor-faktor lain termasuklah peruntukan kewangan, dasar perjawatan yang berkuat kuasa, kehendak industri dan unjuran guna tenaga negara, dan keutamaan penubuhan kolej komuniti juga ditumpukan kepada kawasan-kawasan yang belum mempunyai institusi latihan seperti Institut Latihan Perindustrian, Pusat GIATMARA, Institut Kemahiran MARA dan sebagainya.

Terima kasih saya ucapkan juga kepada cadangan...

final • 12:41 PM

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok

Mohon sedikit penjelasan, Yang Berhormat Menteri. Untuk Bachok, Yang Berhormat Menteri, oleh kerana kerajaan sebelum ini telah pun melancarkan kolej komuniti itu, maka rakyat Bachok terus bertanya.

Yang keduanya, di Kelantan ini, tidak silap saya ada lima termasuk cawangan kolej komuniti, dan jarak di antara Bachok dengan cawangan kolej komuniti yang paling dekat itu agak jauh sedangkan rakyat Bachok ada dekat 100,000 pengundi. Jadi, saya harap sangat supaya apa yang telah dirancang dan dicadangkan oleh kerajaan itu dihidupkan kembali supaya kolej komuniti di daerah Bachok itu dapat menjadi kenyataan.

Terima kasih.

final • 12:41 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat daripada Bachok. Memang, semasa pertukaran kerajaan tempoh hari, ada beberapa kolej komuniti yang telah dipersetujukan telah dibatalkan. Walau bagaimanapun, pihak kementerian ada membuat permohonan baru kepada EPU agar diluluskan permohonan tersebut. Sekarang ini, kami masih menunggu feedback dan maklum balas daripada EPU dan juga Kementerian Kewangan berkaitan perkara tersebut.

Juga, untuk makluman Yang Berhormat Bachok, kita di peringkat kementerian juga berharap agar projek itu dapat diteruskan. Untuk makluman, dua surat telah dihantar oleh KPT kepada EPU yang bertarikh 16 Julai dan 23 September dan kita masih menunggulah kelulusan daripada EPU berkaitan perkara berkenaan.

final • 12:41 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Yang Berhormat Menteri. Simpang Renggam. Okey. Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Pontian berkaitan dengan pelan pendidikan jangka masa panjang bagi pendidikan dasar, pendidikan tinggi, seterusnya pendidikan TVET dan telah dijawab oleh Yang Berhormat Menteri.

Akan tetapi, yang saya nampak di sini agak ada persamaan, mungkin antara Simpang Renggam dengan Yang Berhormat Pontian, iaitu kita melihat pendidikan secara holistik, tidak terpancar-pancar. Tidak dibahagikan seperti mana yang ada pada hari ini, yang pendidikan tinggi merancang sesuatu, pendidikan dasar merancang sesuatu, dan TVET lain. Ini yang menyebabkan banyak isu keciciran seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pontian berkali-kali.

Jadi di sini kalau kita lihat, ya, saya yakin bukan hanya untuk di pihak KPT sahaja, tetapi perlu ada usaha terangkum dan usaha sama dengan KPM dan juga dengan kementerian-kementerian lain untuk melakarkan satu pelan pendidikan jangka masa panjang pasca-COVID-19. Saya telah berikan kepada Yang Berhormat Menteri dan juga Yang Berhormat Menteri Kanan Pendidikan, satu proposal alternatif dan mungkin daripada proposal itu, boleh dibangunkan pelan yang lebih komprehensif dengan tenaga dan sumber yang ada di pihak KPT, KPM, dan pihak kerajaan.

Kalaulah individu seperti saya boleh hasilkan proposal seperti itu, saya yakin di pihak kerajaan boleh pergi lebih jauh. Cuma satu perkara, saya agak tertarik bila Yang Berhormat Menteri sebutkan tadi tentang Jawatankuasa Penasihat Kementerian Pendidikan Tinggi. Kita mempunyai Akta 546 yang mengatakan tentang Majlis Pendidikan Tinggi Kebangsaan dan pada November tahun 2019, kita telah cuba mulakan usaha

final • 12:41 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

menghidupkan semula Majlis Pendidikan Tinggi Kebangsaan yang mana tujuannya untuk mengangkat wibawa pendidikan tinggi negara dengan memberikan urusannya kepada mereka yang pakar, yang profesional tanpa ada campur tangan politik kepartian.

final • 12:41 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Jadi, saya hendak tahu apakah beza antara jawatankuasa tersebut dengan Majlis Pendidikan Tinggi Kebangsaan yang sepertimana termaktub dalam Akta 546 tahun 1996 dan mengapa tidak ditubuhkan Majlis Pendidikan Tinggi Kebangsaan tersebut. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat...

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

Tampin ingin mencelah sedikit.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Jempol pun mencelah. Jempol dahulu ya.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Saya jawab dahulu daripada Yang Berhormat Simpang Renggam...

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Jempol sedikit sahaja.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Selepas itu saya akan bagi kepada Yang Berhormat Tampin dan Yang Berhormat Jempol.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

Terima kasih.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Sebenarnya Yang Berhormat Simpang Renggam ada membawa isu mengenai penubuhan Majlis Pendidikan Tinggi Kebangsaan di dalam Titah Diraja dan juga baru-baru ini diulang semula. Saya pun sudah menjawab semasa penggulungan Titah Diraja tetapi saya hendak maklumkan dan jelaskan sekali lagi bahawa MPTN ini ditubuhkan sebenarnya Yang Berhormat di bawah Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996. Memang fungsinya adalah untuk merancang, membentuk dan menentukan dasar nasional bagi pembangunan pendidikan tinggi. Cuma buat masa ini Akta 546 mengatakan bahawa Pengerusi MPTN itu merupakan Menteri Pendidikan. Justeru proses untuk memperkasakan semula MPTN ada sedikit cabaran di peringkat kementerian. Ini kerana, yang dinyatakan bahawa fungsi Menteri bertanggungjawab adalah bukan Menteri Pengajian Tinggi.

Walau bagaimanapun, kementerian dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara – kita tengah buat engagement, kita telah berjumpa dengan mereka beberapa kali telah membuat semakan ke atas Akta MPTN 1996 melalui kuasa yang diperuntukkan kepada Pesuruhjaya Penyemak Undang-undang di bawah Akta Penyemakan Undang-undang 1968. Saya difahamkan ia dalam peringkat akhir semakan oleh AGC. Oleh sebab itulah, menyedari kesedaran dan beberapa kali Yang Berhormat juga menyatakan pentingnya MPTN di mana kami juga merasakan betapa pentingnya untuk activate-kan semula MPTN tersebut.

Kita mengambil satu tindakan proaktif dengan menubuhkan secara pentadbiran Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi untuk melaksanakan sebahagian daripada fungsi MPTN. Keahliannya sama Yang Berhormat. Cuma kita tambah seorang lagi iaitu Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Jawatankuasa ini pun sudah bersidang untuk pertama kali pada 20 Julai.

Saya hendak kongsi juga apa perkara yang kita bincangkan iaitu kita bincangkan mengenai penjanaan pendapatan universiti awam, pelan penggantian (succession plan) universiti awam, pengajaran dan pembelajaran masa hadapan (future method of learning).

Itu pun sangat penting dan banyak kali juga yang dibawa oleh Yang Berhormat Simpang Renggam. Kebolehpasaran graduan, pengoperasian IPT dalam tempoh PPN dan lain-lain isu yang kita rasakan penting berkaitan dengan pendidikan tinggi negara. Sekiranya selesai, baru kita akan activatekan semula MPTN sebab minta kebenaran daripada AGC dahulu.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Sedikit.

final • 12:50 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, ia berkaitan dengan Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara [Akta 546] satu

final • 12:50 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

hal tetapi ia ada terkait dengan satu lagi akta yang secara tidak langsung berkaitan dengan governance IPTA iaitu AUKU 1971. Boleh Yang Berhormat Menteri updatekan sejauh mana usaha yang pernah dimulakan pada tahun 2019 untuk menggantikan AUKU dengan akta yang lebih komprehensif supaya kita lebih terkehadapan dan universiti kita boleh dimartabatkan seperti universiti-universiti di negara maju. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Izinkan saya tambah Yang Berhormat Menteri...

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

Tuan Yang di-Pertua, Tampin.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Bagi saya ruang, empat kali bangun dah.

Okey, Yang Berhormat Menteri beri terima kasih.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

Tampin tak dapat lagi ini.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Saya...

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Nanti Tampin. Yang Berhormat Jempol dahulu, Yang Berhormat Tampin minta maaf.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Duduk Yang Berhormat Tampin.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

Tampin dahulu– Nogori.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

[Ketawa] Ompek kali bangun dah. Okey terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih – Yang Berhormat Menteri saya bimbang tadi takut tak terjawab dalam ini. Pertanyaan itu ialah inisiatif MyBrain15 yang telah banyak membantu membiayai anak-anak muda dalam kalangan graduan yang layak untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana dan ijazah doktor. Walau bagaimanapun, insentif tersebut telah dihentikan oleh Pakatan Harapan dengan alasan ketidakstabilan ekonomi dan kewangan negara.

Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, apakah status terkini MyBrain15 dan adakah telah dihentikan atau ditambah peruntukan bagi meringankan beban pengajian pelajar yang terlibat. Mohon jawab Yang Berhormat Menteri.

final • 12:50 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya betulkan fakta sebab ada disebutkan tentang Kerajaan Pakatan Harapan di waktu saya...

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Bagilah Yang Berhormat Menteri jawab.

Cukup – Bagi Yang Berhormat Menteri jawab.

final • 12:50 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Kenyataan tersebut cukup mengeliru...

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Bagi Yang Berhormat Menteri jawab, saya tak tanya...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri jawab dahulu, bagi Yang Berhormat Menteri jawab dahulu. Selepas itu Yang Berhormat Tampin pun tengah tunggu.

Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Standing order. Ini kerana, kenyataan tersebut mengelirukan Dewan. Kita telah jawab berkali-kali di Dewan ketika saya duduk di sana bahawa ia tidak dimansuhkan, MyBrainSc ada.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Berilah Yang Berhormat Menteri jawab. Saya bertanya...

final • 12:50 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Standing order. Mengelirukan Dewan Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bagi Yang Berhormat Menteri jawab dahulu.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Saya hendak minta soalan daripada Yang Berhormat Tampin dahulu.

final • 12:50 PM

Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya beberapa isu. Pertamanya ialah daripada aspek kawalan kualiti yang dilaksanakan oleh KPT terhadap IPT. Saya ingin bertanya berapa banyak IPT yang KPT telah menolak program IPT untuk diakreditasikan secara sepenuhnya.

Isu yang kedua ialah bagaimana kementerian memastikan kualiti pendidikan tinggi negara berjalan dengan baik dan yang ketiga isu tentang kemasukan pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi. Apakah kemasukan pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi pada tahun ini dikurangkan ataupun bagaimana? Ini kerana, terdapat persoalan yang dikemukakan oleh masyarakat tentang perkara ini. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya jawab dahulu intervention daripada Yang Berhormat Simpang Renggam sebelum saya jawab daripada Yang Berhormat Jempol dan juga Yang Berhormat Tampin.

Yang Berhormat Simpang Renggam– Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 – Sebenarnya, ada jawapan ini tetapi di belakang jadi didepankan jawapan tersebut – telah diwartakan pada 30 April 1971 dan merupakan akta induk bagi maksud menubuhkan, menyelenggarakan dan mentadbir universiti dan kolej universiti awam di Malaysia. Selain daripada perkara berkaitan pelajar, kandungan utama AUKU turut merangkumi hal berkaitan kawal selia dan tadbir urus universiti seperti punca kuasa, penubuhan, Lembaga Pengarah Universiti, kuasa universiti dan Perlembagaan universiti.

Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian sentiasa prihatin dan responsif ke atas aspirasi pelbagai pihak yang inginkan AUKU ditambah baik dari semasa ke semasa. Atas dasar inilah AUKU telah mengalami proses pindaan sebanyak tujuh kali sejak ia diwartakan sehingga pindaan terakhir semasa zaman Yang Berhormat jadi Menteri pada tahun 2019.

Pindaan pada tahun 2012 misalnya telah membolehkan mahasiswa menyertai kegiatan parti politik di luar kampus manakala pindaan pada tahun 2019 pula telah memberikan kebebasan kepada pelajar menyertai aktiviti parti politik dalam kampus.

Kedua-dua pindaan ini boleh dianggap sebagai pindaan signifikan ke atas kebebasan pelajar berpolitik. Usaha berterusan memang kita sentiasa laksanakan di pihak kementerian untuk menambah baik AUKU mengikut keperluan semasa.

Oleh sebab itulah, pada tahun lepas saya telah mengarahkan agar satu Jawatankuasa Kerja Penambahbaikan AUKU telah ditubuhkan pada bulan September 2020 untuk meneliti secara menyeluruh penambahbaikan yang boleh dilaksanakan supaya AUKU sentiasa relevan dengan kehendak semasa. Keahlian jawatankuasa terdiri daripada pakar Perlembagaan, pakar sektor pendidikan tinggi, wakil pengurusan tertinggi universiti, wakil persatuan dan NGO serta wakil pelajar. Apa juga tindakan yang akan diambil oleh kementerian ia berlandaskan hasrat untuk melahirkan mahasiswa yang dinamik, peka dan prihatin terhadap isu kenegaraan dalam usaha mempersiapkan mereka menjadi pemimpin masa hadapan.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, libat urus terakhir telah diadakan dengan Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan pada 14 September 2021 bagi mengumpul input terkini berkaitan penambahbaikan yang boleh dibuat melalui pindaan Akta 30 dan sesuai dengan keperluan semasa. Yang itu sebagai jawapan kepada Yang Berhormat. Saya hendak...

final • 12:50 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Sedikit ada.

final • 12:50 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Yang Berhormat Menteri sedikit.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat sudah pukul satu Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Okey.

final • 12:50 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Tak – ada satu yang berkaitan dengan sikit dengan AUKU itu biasanya saya akan berikan dengan Akta 605. Ini berkaitan dengan hak kebebasan ahli akademik yang kita pernah cuba lakukan dan saya bawa dua tiga kali. Apakah ia akan diteruskan iaitu usaha pindaan terhadap Akta 605 untuk memberikan kebebasan akademik kepada para pensyarah. Saya rasa mungkin dalam jawapan itu ada sekali.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Ada, ada.

final • 12:50 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Yang Berhormat Menteri.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh kita sambung selepas 2.30 petang? Sambung 2.30?

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Saya hendak menjawab – habiskan sekejap Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak menjawab sebab ada dua tadi soalan yang dibangkitkan. Berhubung dengan cadangan penubuhan kesatuan pelajar. KPT sangat komited untuk meningkatkan keterlibatan pelajar. Jadi, terdapat pelbagai inisiatif yang sedang dan akan dilaksanakan oleh KPT dalam memperkasakan dan mempertingkatkan keterlibatan pelajar. Akan tetapi, yang lain-lain boleh tak saya jawab secara bertulis Yang Berhormat?

final • 12:50 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Saya rasa lepas rehat nanti kita boleh sambung Tuan Yang di-Pertua?

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Oleh sebab pukul satu habis.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri boleh sambung 2.30

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

KPT mengadakan perbincangan pengurusan universiti awam dan merealisasikan penubuhan kesatuan-kesatuan pelajar di universiti masing-masing. Kementerian turut mengadakan sesi libat urus secara berterusan bersama perwakilan pelajar untuk mendapatkan...

final • 12:50 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Maksudnya akan diteruskan usaha penubuhan?

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Ya, ya. Ya betul Yang Berhormat .

final • 12:50 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Yang saya tanyakan tadi Akta 605.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Jadi Yang Berhormat – itu Akta 605.

final • 12:50 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Tak, Akta 605 berkaitan kebebasan akademik bagi para pensyarah.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Ya, betul. Kita akan teruskan engagement.

final • 12:50 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Selepas rehat?

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Okey. Menjawab kepada soalan Yang Berhormat Jempol, program MyBrain15 ini telah kita laksanakan oleh KPT pada 1 Disember 2010. Semasa itu di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh kemudian disambung pula Rancangan Malaysia Kesebelas. Untuk makluman program MyBrain15 ini telah berjaya menaja seramai 56,910 orang pelajar mengikut program di peringkat pascasiswazah. Yang baharu ini kita ada membuat permohonan dan kejayaannya memang sangat bagus.

Antara kejayaannya selain daripada menaja seramai 56,910 program pascasiswazah. Oleh sebab itu, itulah kementerian memohon untuk menyambung program ini di dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas dan kita telah menghantar beberapa surat dan membuat engagement bersama EPU.

Kita harap permohonan ini dapat diluluskan oleh EPU dan pihak Kementerian Kewangan kerana permintaan tinggi daripada pelajar untuk laluan kemajuan kerjaya yang lebih baik, mempertingkatkan kelayakan akademik untuk dapat peluang pekerjaan,

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

mendalami penyelidikan dan inovasi dan persiapan untuk perubahan kerjaya.

Permohonan ini adalah sebanyak RM500 juta. Itu yang telah kita kemukakan.

Untuk Yang Berhormat Tampin pula...

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat boleh sambung 2.30 petang. Ada masa lagi.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Okey. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Beri Yang Berhormat Menteri habis sekaranglah.

Tambah 10 minit atau 8 minit sahaja. 2.30 petang kita boleh sambung...

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

2.30 petanglah kita sambung sebab...

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Saya tinggal satu sahaja. Yang lain saya boleh jawab bertulis.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Oh! Okeylah.

final • 12:50 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Sambung sahaja.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Ya, ya.

final • 12:50 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Yang Berhormat Menteri boleh saya bangkitkan satu soalan?

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Eh! Nantilah.

[Ketawa]

final • 12:50 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

[Ketawa] Yang Berhormat Menteri cakap satu sahaja tinggal?

final • 12:50 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat Menteri soalan.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Kita keluar minum, nanti kita makan sekali.

final • 12:50 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Masa sudah cukup.

final • 12:50 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat Menteri soalan saya belum jawab lagi.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Nanti jawab bertulislah.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

2.30 petang lah, 2.30 petang.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Semuanya ada jawapan bertulis.

final • 12:50 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat Menteri, Kuala Krai.

final • 12:50 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Yang Berhormat Menteri saya hendak bertanya tentang pelantikan ahli politik dalam universiti.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Itu sebab saya cakap, 2.30 petang. Kita ada banyak masa.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Ya.

final • 12:50 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

2.30 petanglah, 2.30 petang.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Untuk yang lain, saya akan jawab secara bertulis. Sekian terima kasih.

final • 12:50 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Kuala Krai lagi – jawapan.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya boleh tambah 10 minit. Saya boleh tambah 10 minit okey. Saya tangguhkan persidangan ini sehingga pukul 2.30 petang nanti. Terima kasih, assalamualaikum.

final • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada jam 1.04 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Tuan Yang di-Pertua

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan

final • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli Yang Berhormat, kita sambung perbahasan dengan saya menjemput Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi untuk menyambungnya. Dipersilakan, Yang Berhormat Menteri.

final • 2:30 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Walaupun tadi saya sudah cakap jawab secara bertulis, tetapi saya sambung. Ada dua perkara lagi yang saya hendak bangkitkan.

final • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik. Ada lapan minit.

final • 2:30 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Bagan Datuk dan Yang Berhormat Simpang Renggam telah menyentuh mengenai pemerkasaan technical and vocational education and training (TVET), penyesuaian bidang TVET yang ditawarkan dengan perkembangan industri, penglibatan industri dalam pendidikan dan kebolehpasaran graduan TVET. Keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat tentang pendidikan TVET amat kami hargai. KPT sentiasa komited untuk meluaskan akses dan meningkatkan penawaran program TVET yang berkualiti di seluruh negara, termasuk di Sabah dan juga di Sarawak.

Malaysian Technical University Network ataupun MTUN yang memfokuskan TVET aras tinggi menawarkan 461 program merangkumi program diploma hingga ke peringkat doktor falsafah. Manakala politeknik dan kolej komuniti secara keseluruhannya menawarkan 536 program pengajian di peringkat sijil, diploma dan sarjana muda, yang kesemuanya mendapat akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia ataupun MQA, Lembaga Teknologi Malaysia (MBOT) atau Lembaga Jurutera Malaysia. Selain itu, program-program pembelajaran sepanjang hayat mencakupi pelbagai bidang, kemahiran dan terbuka kepada semua kelompok masyarakat...

final • 2:30 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Yang Berhormat Menteri.

final • 2:30 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

...Termasuk golongan Orang Kurang Upaya

(OKU), B40...

final • 2:30 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Jerai, Jerai. Mencelah sedikit.

final • 2:30 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Sekejap. Saya hendak habiskan satu line sahaja. B40, orang asal, pelajar tahfiz, belia, ibu tunggal dan warga emas.

final • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila, Yang Berhormat Jerai.

final • 2:30 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Selepas ini Kuala Krai.

final • 2:30 PM

Tuan Sabri bin Azit - Jerai

Okey terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun tanya untuk MyBrain15 yang telah pun senyap begitu lama dan saya hendak tahu status MyBrain15 setakat ini? Sekian.

final • 2:30 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Boleh Kuala Krai sambung sedikit, Yang Berhormat Menteri?

final • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 2:30 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Tadi sebenarnya sudah jawab sebelum...

final • 2:30 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Boleh...

final • 2:30 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

...Sudah jawab sudah Yang Berhormat Jerai. Nanti boleh tengok pada hansard-lah.

final • 2:30 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Yang Berhormat Menteri, Kuala Krai sekejap. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-

final • 2:30 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Pertua. Dalam perbahasan saya, saya ada buat cadangan iaitu mewujudkan cawangan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Kuala Krai, khususnya dalam jurusan agama. Jadi saya minta response daripada Yang Berhormat Menteri kerana Kelantan ini sesuai dengan jolokan Serambi Mekah dan tempat sesuai untuk diwujudkan cawangan yang keempat di Kelantan ialah di Kuala Krai.

Kedua ialah berapakah jumlah perbelanjaan yang telah dibayar oleh pihak IPTA kepada penerbit antarabangsa untuk menerbitkan jurnal dan buku semenjak penerapan Malaysia Research Assessment Instrument (MyRA) dan MyRA II diperkenalkan?

Berapakah manfaat yang diterima bagi setiap perbelanjaan yang dibuat? Terakhir ialah bolehkah Yang Berhormat Menteri nyatakan apakah pelan jangka pendek dan jangka panjang Kementerian untuk menghasilkan graduan doktor perubatan yang berkualiti tinggi untuk memenuhi keperluan kesihatan negara? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 2:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Boleh...

final • 2:30 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Okey. Untuk Yang Berhormat daripada...

final • 2:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Kuala Krai.

final • 2:30 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

...Kuala Krai tadi, cadangan untuk mewujudkan branch UMK itu akan diteliti oleh pihak Kementerian berdasarkan kepada keperluan semasa. Untuk MyRA pula, berkaitan dengan MyRA, memang kita sentiasa menggalakkan Institut Pengajian Tinggi Awam menerbitkan jurnal dan buku. Antara manfaat berdasarkan rekod pada pangkalan data SCOPUS, sebanyak 303,808 penerbitan ilmiah dan 2.9 juta sitasi telah diterima oleh penyelidik Malaysia.

Jadi, penerbitan ilmiah tahunan tertinggi direkodkan adalah pada tahun 2019 sebanyak 57,984 berbanding hanya 5,460 bagi tahun 2007. Jadi, yang geran antarabangsa yang diterima oleh universiti awam pula adalah sebanyak RM56 juta iaitu meningkat sebanyak 52 peratus, kalau kita bandingkan pada tahun 2010 di mana hanya RM27 juta yang diterima.

Lain-lainnya boleh atau tidak saya jawab secara bertulis oleh sebab ada beberapa isu yang belum dibangkitkan.

final • 2:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat Menteri.

final • 2:30 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Kulai, Kulai. Yang Berhormat Menteri.

final • 2:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Sedikit. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

final • 2:30 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Isu yang ketiga tadi yang belum jawab.

final • 2:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Dalam...

final • 2:30 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Isu doktor yang ketiga, doktor yang berkualiti tadi.

final • 2:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

...Dalam ucapan saya, saya ada berikan cadangan untuk memendekkan tempoh pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam kita merombak cara kita memasuki IPT di mana subjek-subjek seperti etika, peradaban, kawad kaki, Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) dapat dirombak semula dan tidak dimandatkan untuk semua mahasiswa ambil.

Kalau mahu, boleh buat secara pilihan supaya anak-anak muda ini dapat tamatkan pengajian lebih awal, buat multiple internships, dapat pengalaman pengajian dan pada masa yang sama, they can pursue their passion di universiti. Bukan kelas dari pagi sampai ke malam, kadangkala kerana kokurikulum, sampai hujung minggu pun ada kelas. So, minat mereka itu tidak dapat diceburi. Ini sama dengan piawaian antarabangsa.

Saya berharap perkara ini dapat dipertimbangkan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 2:30 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Muar tadi.

Kita maklum atas cadangan daripada Yang Berhormat Muar mengenai perkara yang dibangkitkan itu, tetapi— okey. Ada jawapan. Ia agak panjang juga, Yang Berhormat Muar, menyentuh mengenai tempoh pengajian pelajar IPT di Malaysia, mengenai tempoh minimum pengajian sarjana muda adalah tiga tahun dengan minimum kredit bergraduat sebanyak 120 kredit.

Berdasarkan pada norma antarabangsa, tempoh pengajian program sarjana muda adalah tiga tahun iaitu selepas high school ataupun pra-universiti. Bagi negara yang mempunyai sistem persekolahan 12 tahun, lepasan sekolah boleh terus menyambung pengajian ke peringkat sarjana muda dengan tempoh pengajian minimum sebanyak tiga tahun.

Merujuk kepada sistem persekolahan 11 tahun di Malaysia, lepasan sekolah perlu mengikuti program persiapan sebelum menyambung pengajian ke peringkat sarjana muda. Berdasarkan rekod MQA, program sarjana muda ditawarkan oleh IPT adalah dalam tempoh tiga hingga empat tahun kecuali program-program yang melibatkan pengiktirafan oleh badan profesional dalam bidang perubatan dan program berbentuk ijazah berganda.

Penawaran kursus MPU ataupun mata pelajaran pengajian am, ini memerlukan salah satu inisiatif KPT untuk memperkukuh aspirasi falsafah pendidikan kebangsaan dalam melahirkan graduan holistik dan sejahtera.

final • 2:30 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Selain daripada itu, kursus ini bertujuan untuk melahirkan pelajar universiti yang dapat menghayati nilai-nilai patriotisme dan mempunyai semangat jati diri dalam menguasai kemahiran insaniah. Jadinya Yang Berhormat, jadi tempoh penawaran program pengajian IPT di Malaysia hampir setara dengan program akademi di luar negara bergantung juga kepada bidang pengajian. Jadinya, cadangan supaya KPT menjalinkan kerjasama strategik dengan KSM dan sebagainya. KPT sebenarnya memang ada melakukan beberapa inisiatif, bekerjasama melalui kementerian lain, terutamanya KSM daripada segi peningkatan kemahiran yang berkonsepkan place and train. Selepas itu juga, kita juga ada bekerjasama dengan PERKESO, sebuah lagi agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Ia juga melaksanakan program padanan pekerjaan dengan graduan. Graduan ini dipadankan dengan kekosongan jawatan di syarikat yang memerlukan pekerja melalui portal graduates reference hub for employment and training (GRADE) yang dihubungkan dengan portal MyFutureJobs. Jadinya, kita dipihak kementerian, kita mengambil maklum balas mengenai apa juga cadangan Yang Berhormat dan kita akan mengikut kesesuaian dan sama ada kita boleh laksanakan tetapi maklum balas tersebut kita terima baik. Bagi memastikan program-program TVET yang ditawarkan berkualiti tinggi dan menepati keperluan industri, kementerian melaksanakan usaha-usaha antaranya:

(i) penubuhan TVET sebagai badan tertinggi pembuat dasar;

(ii) menubuhkan Industry Advisory Council di peringkat nasional;

(iii) melaksanakan pendekatan pembelajaran industry led-training seperti work based learning, 2u2i, program perantisan, program latihan industri bagi membolehkan pelajar TVET mendapat pengalaman pekerjaan sebenar;

(iv) laksanakan Program CEO@Faculty;

(v) memperkukuhkan institusi TVET;

(vi) konsep Industry on Campus; dan

(vii) melakukan kolaborasi dengan industri.

Jadinya, itu antara lain yang dapat saya bangkitkan. Masa pun sudah tamat, yang lain-lain saya akan jawab secara bertulis. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, saya sudah berdiri sejak pukul satu. Janganlah buat tidak tahu.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Alah.

[Ketawa]

final • 2:40 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Yang Berhormat Menteri.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Kalau you boleh sebut, satu.

final • 2:40 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Yang Berhormat Menteri, saya sudah berdiri sejak pukul satu tadi sampai sekarang.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

[Ketawa]

final • 2:40 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Janganlah oleh sebab saya berdiri di sini diam sahaja. Yang Berhormat Menteri, you tidak pandang sini dan tidak mahu jawab.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Kita bagi masa pendek. Yang Berhormat Menteri, kita bagi masa pendek. Ringkas untuk dia. Silakan Yang Berhormat Kulai.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Okey. Soalan Yang Berhormat tadi...

final • 2:40 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Ya, saya hendak tanya kerana sekarang kita tahu bahawa seorang pegawai kepada Yang Berhormat Pengerang atau bekas pegawai kepada beliau telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Universiti Malaya walaupun beliau berumur 26 tahun sahaja. Bukan saya pandang rendah terhadap orang muda tetapi saya hendak tanya, apakah keistimewaan tentang orang tersebut? Ini kerana kalau kita cakap- saya tahu Menteri cakap bahawa dia seorang alumni daripada UM. Akan tetapi saya rasa UIA juga lantik alumni mereka. Kebelakangan ini dua alumni dilantik untuk ahli lembaga untuk UIA. Satu orang adalah seorang peguam dan orang kedua adalah Governor of Bosnia Central Bank. Jadi, saya hendak tanya, apakah keistimewaan tentang orang yang telah dilantik oleh Yang Berhormat Menteri walaupun beliau berumur 26 tahun?

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Okey, Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Apakah keistimewaan tentang beliau? Saya hendak dapat jaminan daripada Yang Berhormat Menteri, bahawa tidak akan ada campur tangan politik terhadap pengurusan universiti kami. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kulai.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih Yang Berhormat Kulai. Saya menyambut baik apa Yang Berhormat suarakan itu tadi. Sebenarnya, pelantikan beliau adalah betul, mewakili komposisi alumni dan berdasarkan penglibatan aktif beliau dalam program dan aktiviti pelajar sepanjang bergelar mahasiswa. Sehingga kini masih lagi menyumbang pada aktiviti alumni.

Pelantikan beliau seperti Yang Berhormat dan hari itu dalam jawapan lisan saya, saya mengatakan sebagai satu bentuk penghargaan kepada orang muda, di samping memberi peluang untuk menyumbang input kepada UM dari kaca mata alumni itu sendiri.

Kita juga hendak melihat sumbangan secara langsung anak muda dalam kepimpinan organisasi di peringkat nasional, terutamanya di universiti awam.

Untuk makluman Yang Berhormat, beliau juga alumni Pusat Kebudayaan UM, mempunyai pemikiran terbuka, tidak kekok dan jangan risau sebab pemilihan beliau dan cadangan yang dibawa kepada saya ini adalah berdasarkan profesionalisme.

final • 2:40 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Yang Berhormat Menteri.

final • 2:40 PM

Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad

Terima kasih banyak.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri telah menjawab. Seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk memberi jawapan- jawapan atas perbahasan. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri atau Timbalan Menteri.

final • 2:40 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Ya, terima kasih. *Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengambil di kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang terlibat dalam sesi perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-12.

Rancangan Malaysia Ke-12 sepertimana yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri jelas menterjemahkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasakan golongan wanita. Usaha murni ini dapat dilihat melalui pelan perancangan seperti yang telah digariskan. Antaranya, memperkasakan peranan wanita dan menggalakkan kesaksamaan gender dengan meningkatkan penyertaan dalam ekonomi, menyemak perundangan bagi memastikan wanita mendapat perlindungan yang lebih baik dan menambah baik peranan wanita dalam proses pembuat keputusan. Pelan perancangan ini bukan sahaja merupakan usaha murni kerajaan bagi memperkasakan wanita, malah ia juga satu bentuk pengiktirafan kepada golongan wanita di Malaysia.

Syabas saya ucapkan.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah meneliti semua pertanyaan, isu, cadangan, mahupun pandangan daripada semua Ahli Yang Berhormat sepanjang sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 yang berlangsung selama empat hari di Dewan yang mulia ini. Seramai 16 orang Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan sebanyak lebih kurang sembilan isu yang berkaitan sepanjang perbahasan dan izinkan saya menjawab semua pertanyaan itu.

Tuan Yang di-Pertua, yang pertama Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Setiu dan Yang Berhormat Petaling Jaya mencadangkan untuk menyediakan perancangan yang teliti supaya menjamin kesejahteraan dan kelangsungan hidup warga emas serta sebagai persediaan negara ke arah Negara Tua pada tahun 2030.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kini mengambil inisiatif dengan melaksanakan pelbagai kajian.

Antara kajian yang sedang dijalankan adalah kajian diagnostik bagi membentuk model penjagaan warga emas jangka panjang yang bersepadu dan mampan di Malaysia.

Ini termasuk juga kajian kandungan, pendekatan, skop bagi mewujudkan satu akta khusus untuk warga emas, termasuk juga untuk persediaan menuju Negara Tua 2030. Begitu juga kita berusaha untuk memastikan hak-hak warga emas terus dilindungi. Kementerian juga telah pun selesai menjalankan kajian untuk mewujudkan akta warga emas bagi persediaan menuju Negara Tua 2030.

Hasil utama kajian ini adalah penggubalan satu draf rang undang-undang warga emas yang bertujuan untuk melindungi hak dan kebajikan warga emas, termasuklah penyediaan hak-hak, penjagaan, pelindungan, pemerkasaan dan sokongan yang merangkumi keluarga dan komuniti. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat komited untuk memastikan kesejahteraan warga emas dengan meneruskan usaha bersepadu.

Untuk mempertingkatkan penjagaan, pelindungan, sokongan dan membolehkan warga emas menjadi anggota masyarakat yang sihat, aktif dan produktif. Mewujudkan ekosistem yang menyokong warga emas supaya produktif dengan memperluaskan penubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di 222 Parlimen di bawah Projek Rancangan Malaysia Ke-11 dan Rancangan Malaysia Ke-12. Sehingga ini, sebanyak 143 buah PAWE telah ditubuhkan yang memanfaatkan seramai 49,675 orang warga emas.

Pusat Aktiviti Warga Emas ini adalah tempat bagi warga emas menjalankan aktiviti harian dalam komuniti. Ia merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan, pembangunan kepada warga emas melibatkan kerjasama strategik antara kementerian dengan agensi kerajaan yang lain serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Kesedaran mengenai kehidupan hari tua yang sihat akan dipergiat, manakala penjagaan warga emas akan dijadikan sebagai kerjaya profesional.

final • 2:45 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Program bantuan sosial sedia ada akan diselaraskan untuk mengukuhkan pelindungan sosial bagi warga emas. Sistem eWEN akan dilancarkan sebagai pangkalan data bersepadu nasional warga emas dan program pengintegrasian akan terus dipromosikan untuk memperkukuhkan interaksi antara generasi.

Tuan Yang di-Pertua, menjawab soalan daripada Yang Berhormat Petaling Jaya...

final • 2:45 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Tuan Yang di-Pertua, saya minta penjelasan jika diizinkan.

final • 2:45 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Ya.

final • 2:45 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Boleh tidak? Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi ada mengatakan bahawa kementerian telah selesai kajian untuk golongan warga emas dan akan sediakan rang undang-undang untuk golongan ini. Daripada segi timeline Yang Berhormat Timbalan Menteri, KPWKM ada rang undang-undang untuk warga emas. Satu lagi pindaan Akta OKU. Satu lagi untuk gender equality. Satu lagi gangguan seksual. Satu lagi untuk perkhidmatan sosial, social workers.

final • 2:45 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Jadi, dari segi timeline mana satu yang akan jalan dulu ataupun semua akan jalan serentak dan sama ada tahun ini kita akan lihat hasil daripada kelima-lima rang undang- undang ini. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Terima kasih Yang Berhormat Segambut, terima kasih atas soalan. Yang Berhormat pernah menjadi Timbalan Menteri.

Yang Berhormat lebih tahu sistem macam mana proses undang-undang dibuat. Kita mengambil serius terhadap setiap undang-undang yang ada kaitan dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan insya-Allah kita melalui proses- proses yang telah ditetapkan. Saya kira perkara ini Yang Berhormat tidak bangkitkan dalam perbahasan awal. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Jadi, soalan tidak dijawab, saya minta timeline saja.

final • 2:50 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Saya sudah jawab tadi Yang Berhormat, saya sudah jawab.

final • 2:50 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Yang Berhormat, saya hendak minta timeline saja untuk tahu kerana...

final • 2:50 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta penjelasan.

final • 2:50 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Kita akan berusaha.

final • 2:50 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Ini kerana jawapan ini kita pernah dengar sejak...

final • 2:50 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Sejak bila?

final • 2:50 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Sejak sebelum PKP.

final • 2:50 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Sebab dulu Yang Berhormat yang menggulung. Jangan buat tuduhan.

final • 2:50 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Minta penjelasan.

final • 2:50 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Sebab kita telah berapa kali sebut isu berkaitan dengan gangguan seksual. Insya-Allah kita sedang berusaha untuk memastikan supaya hujung tahun ini dapat dibentangkan dan draf berkaitan dengan akta warga emas ini sedang disusun. Jadi, sudah tentu melalui proses. Saya kira Yang Berhormat sebagai mantan bekas Timbalan Menteri lebih tahu isu ini.

final • 2:50 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:50 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Tidak payah jadi marah. Saya tanya fasal timeline sahaja.

final • 2:50 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, saya sedikit.

final • 2:50 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:50 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak berhajat untuk memberi ruang, saya akan meneruskan jawapan saya.

final • 2:50 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Saya hanya timeline.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik.

final • 2:50 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 2:50 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Mengapa so defensive?

final • 2:50 PM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya bangkitkan isu dalam perbahasan. Minta penjelasan.

final • 2:50 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Banyak lagi isu yang belum sempat dijawab ini. Banyak lagi. Masa terhad.

final • 2:50 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Yang Berhormat Timbalan Menteri, jangan marah- marah.

final • 2:50 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Isu yang saya bangkitkan adalah begini. Pakatan Harapan dalam tempoh 22 bulan sedia untuk membentangkan pindaan kepada Kanun Keseksaan untuk sertakan stalking sebagai jenayah dan kedua untuk table ataupun membentangkan RUU baharu Akta Gangguan Seksual. Kini Perikatan Nasional lebih daripada 24 bulan.

final • 2:50 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Yang Berhormat, saya tidak bagi laluan kepada Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Ya, so saya juga...

final • 2:50 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Belum sampai lagi giliran kepada Yang Berhormat, ada jawapan terhadap isu Yang Berhormat bangkitkan.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ya, ya.

final • 2:50 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Belum sampai lagi.

final • 2:50 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Ya, saya tahu sebab sebelum ini ramai Menteri pun tidak cukup masa hendak bagi jawapan bertulis. Maka saya mohon untuk masa, timeline.

final • 2:50 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Jadi, belum sampai lagi. Jadi, kalau Yang Berhormat PH masa 22 bulan pun tidak sempat bentang, jangan soal hari ini.

final • 2:50 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Sebab ada Langkah Sheraton.

Yang Berhormat Timbalan Menteri ini tidak adil.

final • 2:50 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Yang Berhormat Petaling...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat. Baru lima minit Yang Berhormat Timbalan Menteri baru hendak cakap. Semua...

final • 2:50 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Minta dia jawab dulu, minta dia jawab dulu, please. Minta dia jawab dulu. Baik. Ada dalam jawapan dia. Baik.

final • 2:50 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Tidak payahlah politikkan. Kami hendak minta tarikh saja.

final • 2:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat, kes Adib apa jadi Yang Berhormat? Dulu sebelah sini kes Adib bising-bising. Sekarang tidak ada apa pun.

final • 2:50 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Itu bukan di bawah bidang kuasa KPWKM.

final • 2:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

What have you done for Adib? Kes Adib.

final • 2:50 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Yang Berhormat Petaling Jaya turut...

final • 2:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

“Cakap tidak serupa bikin”.

final • 2:50 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

...Menyentuh berkaitan dengan pangkalan data sistem kebajikan masyarakat yang tidak lengkap manakala sistem yang tidak mesra dan sukar diakses oleh golongan miskin tegar, orang tua dan OKU. Untuk makluman Yang Berhormat, sistem pengurusan bantuan kebajikan eBantuan JKM yang dibangunkan oleh jabatan mulai tahun 2006 merupakan satu sistem online yang mempermudah pengurusan bantuan dari sudut proses, permohonan, pendaftaran, siasatan, kelulusan dan pembayaran yang diselarikan dalam proses kerja ISO 9001:2015 dan peraturan kewangan sedia ada. Sistem ini juga memberi akses kepada pengguna bagi membuat permohonan dan membuat semakan status.

Jadi, sekiranya— untuk makluman Yang Berhormat, sistem pengurusan bantuan kebajikan eBantuan JKM yang dibangunkan oleh jabatan pada tahun 2006 ini boleh merujuk sekiranya— untuk merujuk iaitu melalui pautan eBantuan— di pautan yang disediakan di bawah JKM. Berdasarkan statistik JKM pada bulan Ogos 2021...

final • 2:50 PM

Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh saya tanya?

final • 2:50 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Ya, ya. saya hendak habiskan satu ayat Yang Berhormat. Berdasarkan statistik jabatan pada Ogos 2021, seramai 513,054 penerima bantuan aktif dengan peruntukan yang disalurkan sebanyak RM1.6 bilion. Ya, dipersilakan Ahli Parlimen Petaling Jaya.

final • 2:50 PM

Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya

Terima kasih. Walaupun saya faham sistem sudah sedia ada, tetapi masih susah untuk akses sistem, satu. Kedua ialah kriteria untuk sesiapa yang hendak memohon untuk bantuan adalah berbeza kerana JKM masih mengikut the rate of RM980 to qualify. Akan tetapi sekarang kita sudah revise, sudah naikkan ke RM2,080. Saya rasa mungkin kita hendak menyelaraskan rate ini.

final • 2:50 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Ya, ya saya faham. Ya, saya faham soalan Yang Berhormat. Terima kasih Yang Berhormat. Kita mengambil perhatian atas cadangan Yang Berhormat ya.

final • 2:50 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh

Boleh Tuan Yang di-Pertua, bersekali soalan.

final • 2:50 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Saya rasa ada soalan daripada Yang Berhormat Permatang Pauh pun ada isu yang sama dan ada dalam jawapan saya. Jadi, kita meneliti. Insya-Allah saya akan jawab selepas ini isu berkenaan.

Seterusnya saya menyentuh berkaitan dengan soalan yang daripada Yang Berhormat Sabak Bernam yang menyentuh tentang...

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat, Yang Berhormat tanya.

final • 2:50 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

...Bantuan warga emas bagaimana jabatan kebajikan...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat, saya tanya kalau— kita lihat Yang Berhormat tidak ada mungkin jawapan bertulis. Yang Berhormat Sabak Bernam contohnya. Boleh tanya.

final • 2:50 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Bagi saya jawab dulu. Lepas itu kalau tidak sempat, baru saya jawab bertulis.

final • 2:50 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Jawapan PDF, bagi jawapan PDF sahaja. Okey duduk.

final • 2:50 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Terima kasih Yang Berhormat. Ya, kita ambil perhatian, insya-Allah. Yang Berhormat Sabak Bernam menyentuh secara khusus mengenai bantuan warga emas memaklumkan Jabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai skim bantuan untuk warga emas yang memerlukan kelayakan berdasarkan garis panduan RM50 sebulan. Penerima bantuan di bawah skim bantuan warga emas merupakan skim bantuan yang mempunyai penerima bantuan tertinggi iaitu 138,214 penerima. Ia melibatkan peruntukan RM559.3 juta sehingga Ogos 2021.

Jadi, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa menggalas tanggungjawab bagi memastikan golongan miskin dan miskin tegar terus dibantu dan dipelihara dan kebajikan mereka terpelihara. Sehingga Ogos 2021, seramai 531,054 orang terdiri daripada golongan miskin dan miskin tegar serta mereka yang memerlukan telah diberi bantuan secara bulanan melibatkan kos RM1.6 bilion setahun yang telah disalurkan.

JKM mengunjurkan untuk Disember 2021 sejumlah 515,000 orang akan menerima bantuan bulanan JKM dengan anggaran peruntukan sekurang-kurangnya RM2.2 bilion diperlukan. Di samping itu juga, inisiatif ini turut dilaksanakan untuk golongan yang memerlukan termasuk jugalah bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan melalui peruntukan PERMAI, PEMULIH dan juga kepada semua Ahli-ahli Parlimen melibatkan 222 Ahli Parlimen.

Yang Berhormat Kangar juga menyentuh berkaitan dengan isu bantuan kewangan bulanan yang disediakan oleh JKM yang menyentuh isu berkaitan dengan bantuan supaya secara bersasar dan terbuka kepada semua golongan yang memerlukan.

Jadi, skim bantuan ini diwujudkan oleh JKM yang mana kita menjuruskan kepada semua kumpulan sasar yang ada di bawah kementerian kita termasuk warga emas, OKU, warga miskin dan anak-anak yang memerlukan.

final • 2:50 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Minta pencelahan sikit, Kangar.

final • 2:50 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Ya, saya belum habis jawab tetapi boleh silakan.

final • 2:50 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Apa yang saya maksudkan dalam perbahasan saya tempoh hari ialah dalam pengalaman kita turun ke lapangan berjumpa penduduk. Dia miskin ini memang lah ramai yang miskin tetapi ada sesetengah kes dia dalam keluarga itu ada miskin dalam masa yang sama dia ada anak OKU, ada yang sakit terlantar. Jadi, sebab itu yang saya cadangkan kita kena semak semula daripada satu kadar rata kepada pendekatan bersasar mengikut kes. Itu maksud saya.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kangar.

final • 2:50 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Terima kasih Yang Berhormat. Kita sentiasa prihatin dan meneliti tentang isu bantuan kebajikan ini untuk sentiasa ditambah baik daripada semasa ke semasa ya. Alhamdulillah kita telah menyediakan pelbagai skim bantuan termasuk juga lapan skim bantuan bulanan JKM termasuk bantuan kanak-kanak yang kita telah naikkan kadar minimum daripada RM150 sehingga maksimum RM1,000.

Begitu juga bantuan warga emas kita telah naikkan kadar kepada RM500. Begitu juga kepada bantuan am, bantuan elaun pekerja cacat, termasuk juga bantuan OKU, bantuan OKU tidak berupaya bekerja, bantuan anak pelihara— semua itu dinaikkan.

final • 2:50 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Simpang Renggam.

final • 2:50 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Ya saya, mana?

final • 2:50 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Simpang Renggam.

final • 2:50 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Okey.

final • 2:50 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Saya amat tertarik dengan bantuan-bantuan diberikan kepada OKU dan saya ingin mengambil kesempatan hari ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Cerebral Palsy Sedunia. Berhubung

final • 2:50 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

dengan itu, saya lihat banyak bantuan diberikan kepada OKU. Persoalannya apabila berlaku PKP, anak-anak berkeperluan khas terpaksa duduk di rumah. Bila duduk di rumah bidang kuasa KPM adalah untuk PdPR sahaja.

final • 2:50 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Akan tetapi kebajikan anak-anak, kebajikan ibu bapa, itu saya kira di bawah kementerian Yang Berhormat Timbalan Menteri. Boleh ceritakan apa yang kita telah lakukan?

final • 3:00 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Terima kasih Yang Berhormat.

Sebenarnya ini adalah menjadi tanggungjawab bermasyarakat juga pimpinan. Apabila ada golongan OKU yang terlantar atau keluarga yang memerlukan bantuan, sila laporkan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah. Bukan itu sahaja, kita ada ramai Skuad Waja dan insya-Allah menyasarkan 100,000 Skuad Waja untuk menjadi penghubung antara komuniti dengan agensi kita...

final • 3:00 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Yang Berhormat Timbalan Menteri, maksud saya bantuan pendidikan. Apakah bantuan yang akan diberikan...

final • 3:00 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Fasal bantuan pendidikan ini di bawah Kementerian Pendidikan...

final • 3:00 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Apakah telah diberikan peranti kepada mereka? Diberikan sistem sokongan kepada mereka?

final • 3:00 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Oh! Sistem sokongan, okey. Jadi, kita di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kita memberi perhatian selain daripada anak-anak yang ada di institusi termasuk juga anak-anak yang di luar. Kita juga ada program MyTablet yang dilaksanakan di bawah YKN untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan ini.

Jadi, sekiranya ada isu-isu sebegini saya minta Yang Berhormat Simpang Renggam dan sokongan semua Ahli Yang Berhormat, sila laporkan kepada pihak pejabat kami untuk kita tengok keperluan yang sesuai terutamanya melibatkan golongan OKU.

final • 3:00 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Yang Berhormat Timbalan Menteri, maksud saya, semalam...

final • 3:00 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Saya masa tidak banyak, ringkaskan.

final • 3:00 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Pendek sahaja sebab ini kita berbincang RMKe-12. Kita bincangkan semalam tentang banyak peranti yang tidak sampai dan sebagainya kerana kita bergerak in silos. Sepatutnya peranti untuk anak-anak OKU, untuk keluarga yang kurang berkemampuan diambil cakna oleh kementerian Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi kita ingin benarkanlah.

final • 3:00 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Terima kasih, saya faham. Jadi kita kena faham tanggungjawab ini adalah tanggungjawab bersama. Kita menggunakan mekanisme yang ada untuk memastikan yang terbaik untuk kumpulan sasar. Sekiranya ada keciciran, ada terlepas pandang, inilah peranan Ahli Yang Berhormat. Inilah peranan pimpinan masyarakat untuk bersama kami untuk memastikan supaya mereka yang layak itu mendapat hak yang sewajarnya.

Seterusnya saya ingin menjawab soalan daripada Yang Berhormat Setiu iaitu berkaitan dengan inisiatif productive welfare...

final • 3:00 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh

Yang Berhormat, dari Permatang Pauh. Berkaitan dengan keciciran.

Bolehkah Yang Berhormat bagi saya peluang sekejap? Saya bangkitkan dalam perbahasan...

final • 3:00 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Okey, okey. Terima kasih adinda Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 3:00 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh

Begini Yang Berhormat. Saya ada membangkitkan tentang penemuan Khazanah Research Institute dua perkara. Satu ialah bantuan untuk kanak-kanak Yang Berhormat jawab tadi. Bantuan kanak-kanak ini hanya sampai kepada satu peratus sahaja daripada seluruh isi rumah yang mengandungi kanak-kanak di Malaysia. Jadi mungkin di sini, saya hendak tanyakan adakah sebabnya kerana PGK yang diguna pakai pada tahun 2020, diguna pakai RM980, maksudnya untuk semua bantuan kita tidak guna pakai yang terkini iaitu RM2,208.

Jadi ini, kalau Ahli Parlimen beri pun tidak boleh Yang Berhormat, kita perlu juga penyelarasan daripada kementerian. Saya hendak minta sedikit dan jawapan yang jelas kerana kalau tidak, saya tidak boleh hendak libatkan dengan ramai lagi yang layak.

Keduanya adalah bantuan warga emas juga mendapati semua yang berumur 60 tahun ke atas, empat peratus sahaja dapat. Jadi mungkin ada perlu integrasi data. Saya berharap Yang Berhormat dapat ambil kira. Ini khas untuk kebajikan, bantuan yang memang diperuntukkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh.

final • 3:00 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Okey, terima kasih adinda Yang Berhormat Permatang Pauh. Sebenarnya kita sangat berterima kasih kerana ramai Ahli Yang Berhormat yang sangat prihatin kepada kumpulan sasar KPWKM.

Berkaitan dengan bantuan-bantuan ini, memang kita mengikut kelayakan, kategorinya dan syarat-syarat kelayakan. Kalau isu warga emas, ada yang silap faham.

Kadang-kadang beranggapan semua warga emas layak, sebenarnya tidak. Mereka yang betul-betul layak sahaja yang layak menerima bantuan warga emas ini. Termasuk juga berkaitan dengan bantuan kanak-kanak. Jadi kita fokus kepada golongan kanak-kanak terutama mereka yang tidak ada saraan, anak-anak yatim ataupun mereka yang memang memerlukan kerana keluarga mereka miskin.

Jadi berkaitan dengan PGK yang disoalkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh tadi, untuk tahun 2022, insya-Allah kita akan menggunakan PGK lain. Sebelum ini kita masih lagi menggunakan PGK yang lama. Kita telah berbincang kenapa kita masih lagi menggunakan PGK yang lama. Ini adalah kerana kita melihat bagaimana beban kewangan yang ditanggung oleh kerajaan terlalu besar. Apabila kita menggunakan PGK yang baru, saya dimaklumkan kos tanggungan yang akan ditanggung oleh kerajaan melebihi daripada RM3 bilion setahun. Jadi ini merupakan satu beban yang besar kepada kerajaan apa lagi dengan suasana ekonomi yang ada pada hari ini.

Walau bagaimanapun, kerajaan tidak berputus asa dan sedang berusaha serta sedang libat urus dengan pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk memastikan supaya kita melihat semula PGK ini betul-betul selaras dengan hasrat rakyat dan apa yang kita hendak capai sebab itulah yang terbaiknya. Saya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan yang telah diberikan oleh Ahli Yang Berhormat.

Seterusnya, saya menyentuh berkaitan dengan Yang Berhormat Setiu tadi yang bertanyakan tentang program yang dilaksanakan untuk membantu golongan mereka yang miskin ini. Kita telah melaksanakan pelbagai program termasuk juga program 2 Years Exit Programme (2YEP) yang mana kita telah melibatkan 5,010 orang peserta. Daripada jumlah tersebut, 1,465 orang telah berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan.

Melalui program tersebut, peserta wanita mendominasi senarai peserta lelaki iaitu 4,000 orang peserta wanita berbanding dengan peserta lelaki. Ini bukan bermakna kita diskriminasi gender tetapi kita melihat bagaimana keperluan untuk mereka dapat keluar daripada kemiskinan ini, perlu dilihat di semua peringkat dan golongan wanita di antara kajian kita adalah golongan yang sangat terkesan akibat pandemik COVID-19.

Tahun 2021, JKM menyasarkan 300 orang peserta untuk mengikuti program tersebut dan jenis perniagaan yang dominan dalam sektor makanan, minuman, termasuk jahitan pakaian dan sebagainya. Begitu juga, Kementerian Pembangunan Wanita telah memperuntukkan di bawah projek pembangunan bukan fizikal P.48 sebanyak RM7 juta bagi program 2YEP.

final • 3:00 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Jadi selain itu juga, kita telah membangunkan Pelan Tindakan Keusahawanan Sosial JKM bagi tahun 2021 hingga 2025 bertujuan mewujudkan mekanisme ke arah pembangunan sosioekonomi kumpulan sasar jabatan secara inovatif dan berdaya saing dengan menggunakan kaedah keusahawanan sosial. Melalui pelan tindakan ini, jadi pemangkin terdiri daripada kumpulan sasar, jabatan yang telah dikenal pasti akan diberi bimbingan, latihan, motivasi dari agensi kementerian berkaitan bagi membantu memperkasakan kemandirian sosioekonomi kumpulan sasar jabatan bagi mengurangkan kebergantungan dan menjadi lebih produktif serta berdaya saing.

Seterusnya, menjawab persoalan daripada Yang Berhormat Permatang Pauh yang membangkitkan isu PGK. Saya rasa PGK ini saya sudah jawab tadi adinda, Yang Berhormat ya. Jadi, insya-Allah saya terus kepada soalan yang seterusnya iaitu daripada Yang Berhormat Damansara dan Yang Berhormat Petaling Jaya iaitu yang membangkitkan tentang peluang, usaha untuk meningkatkan peluang penyertaan wanita dalam pasaran kerja secara inklusif termasuk wanita di Sabah dan Sarawak.

Alhamdulilah konsep inklusif yang memastikan untuk tiada sesiapa yang tertinggal adalah penting untuk memastikan supaya sokongan persekitaran yang membolehkan wanita terlibat dalam tenaga buruh. Berhubung dengan sasaran untuk meningkatkan kadar penyertaan buruh wanita kepada 59 peratus, ia adalah tempoh pelaksanaan dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Maknanya, tempoh ini kita jangka dalam masa lima tahun bukan dalam masa satu tahun. Kementerian ini berpandangan, sasaran kita untuk mencapai 59 peratus untuk tahun depan memang ada beberapa bulan, tidak sempat dicapai tetapi sasaran kita 59 peratus, sasaran tenaga wanita berada di pasaran kerja ini adalah dalam tempoh lima tahun, insya-Allah. Jadi, kita yakin dengan sasaran ini dapat merealisasikan pelbagai inisiatif yang dilancarkan untuk Majlis Pekerjaan Negara menyasarkan 500,000 peluang pekerjaan.

Inisiatif ‘Wanita Bangkit’ di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga akan memperkasakan wanita khususnya untuk mendapat pekerjaan dan menjana pendapatan.

Dalam hal ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyedari isu dan cabaran mengenai pemerkasaan wanita dalam tenaga buruh. Di antaranya, jurang pasaran kerja, penyertaan wanita yang lebih rendah dibandingkan daripada lelaki. Statistik Perangkaan Malaysia menunjukkan kadar penyertaan tenaga buruh wanita adalah 55.3 peratus berbanding dengan lelaki 80.6 peratus untuk tahun 2020.

Jadi, kita memahami bagaimana wanita menanggung double burden untuk mengimbangi kerjaya dan mengurus keluarga. Wanita tidak mampu kembali ke pasaran kerja selepas career break disebabkan isu penjagaan anak. Itu juga isu yang menjadi cabaran kita. Jadi semua itu insya-Allah kita sedang berusaha bagaimana untuk memberi persekitaran yang baik dan di antaranya ialah untuk kita mewujudkan ekosistem yang kondusif agar wanita boleh terus aktif dalam pasaran kerja termasuk kemudahan taska dan bantuan kebajikan masyarakat untuk mereka berkelayakan.

final • 3:00 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Begitu juga bagaimana kita berusaha untuk memberi bantuan subsidi yuran pengasuhan taska begitu juga kursus asuhan PERMATA...

final • 3:10 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Timbalan Menteri.

final • 3:10 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Ya, silakan Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ya, sila Yang Berhormat Batu Kawan.

final • 3:10 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberikan. Saya dengar dengan khusyuk tadi tetapi yang saya dengar satu jawapannya seolah-olah saya pernah dengar sebelum ini dalam Dewan.

Kedua, saya ingin tahu usaha-usaha yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Saya tahu...

final • 3:10 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Sebelum ini, sebab yang sebelum ini, sebelah Yang Berhormat jadi Menteri.

final • 3:10 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Timbalan Menteri, boleh tidak jangan ungkitkan perkara ini kalau tidak berani untuk menjawab. Akta- akta semua sudah ready untuk dibentangkan dalam Dewan sebelum Langkah Sheraton dan kerajaan bertukar.

Sepatutnya tahun lepas juga Akta Gangguan Seksual dibahaskan di Dewan...

final • 3:10 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Tuan Yang di-Pertua, saya kira dia lari daripada topik, minta maaf Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Jangan menuding jari kepada pihak kami. Sekarang siapa yang kerajaan. Tidak boleh dinafikan kami telah lakukan apa yang sepatutnya.

final • 3:10 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Kita pun insya-Allah melaksanakan apa yang sepatutnya. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

We were all– you have been in government with the biggest Cabinet for more than 24 months, you cannot still say berusaha.

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak tahu, apakah usaha tersebut untuk membantu wanita, working mother untuk masuk balik ke alam pekerjaan? Saya dengar tadi Yang Berhormat berkata kami sedang berusaha, kami sedang melihat, kami sedang memantau, kami sedang mengkaji?

final • 3:10 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Ya Yang Berhormat, saya tidak habis lagi menjawab.

final • 3:10 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Baik, saya ingin tahu ini RMKe-12 Timbalan Menteri.

final • 3:10 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Terima kasih Yang Berhormat, masa saya berjalan, ada tiga minit sahaja.

final • 3:10 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Jadi sila beri jawapan yang baik dan tepat dalam Dewan ini.

final • 3:10 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Sedikit.

final • 3:10 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Yang Berhormat masa saya terhad tetapi gangguan banyak macam mana saya bercakap.

final • 3:10 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

You didn’t give any statistics. What is your initiative to help working mothers go back to the working field? What is a childcare?

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hanya– ini adalah jawapan dasar sahaja, saya need perincian. Childcare centre, apa yang kerajaan akan buat?

final • 3:10 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Begini Yang Berhormat, jadi soalan Yang Berhormat kita ambil perhatian. Mana-mana tidak sempat kami jawab secara lisan, kita akan jawab secara bertulis.

final • 3:10 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Timbalan Menteri, kami sudah bangkitkan dalam ucapan perbahasan kami.

final • 3:10 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Jadi Yang Berhormat, jika tidak puas hati, kita boleh berbincang di luar, di kantin. Kita boleh bincang apa yang Yang Berhormat tidak puas hati.

final • 3:10 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

RMKe-12 hendak bincang di luar.

Ini untuk masa depan wanita patut dibincangkan, diputuskan dalam Dewan yang mulia ini.

final • 3:10 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Jadi banyak perkara hendak dibincangkan tetapi diganggu oleh Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Takkan hendak bincang di luar RMKe-12? Rancangan jangka masa lima tahun untuk membantu wanita.

final • 3:10 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Yang Berhormat...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Saya minta Timbalan Menteri jawab apa dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Kawan.

final • 3:10 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Menteri, Padang Serai sedikit.

final • 3:10 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Ya, terima kasih. Saya tidak izinkan sebab saya hanya ada masa dua minit sahaja lagi. Saya tidak bagi.

final • 3:10 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Tidak apa sikit sahaja Padang Serai.

final • 3:10 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Saya tidak izinkan, ini floor saya.

Saya tidak izinkan sebab saya hendak menjawab banyak lagi.

final • 3:10 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Timbalan Menteri, kami pun hendak dengar jawapan tetapi jawapannya tidak boleh macam ini?

final • 3:10 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Kementerian telah menyediakan pelbagai program pembangunan kapasiti dan penyediaan ruang dan peluang untuk golongan wanita menjana pendapatan dan membaiki taraf hidup mereka.

Di antara program ialah kolaborasi strategik bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) di mana Jabatan Pembangunan Wanita telah melaksanakan program penjanaan pendapatan wanita dan keusahawanan menerusi kolaborasi strategik iaitu termasuk pertama bersama TEKUN, ini untuk pembiayaan kelompok TemaNita, Perbadanan Nasional Berhad (PNS), sebuah program keusahawanan berkonsepkan francais.

Begitu juga perusahaan program INSKEN iaitu program untuk business coaching untuk bumiputera. Ini termasuk juga kita melaksanakan program kolaborasi strategik JPW dengan pelbagai pihak seperti TalentCorp iaitu bersama dengan PERKESO bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada wanita.

Sebanyak tujuh program karnival kerjaya dan usahawan wanita telah dilaksanakan melibatkan 91 majikan dan 9,015 tawaran pekerjaan. Program ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan melibatkan penyertaan 3,785 orang peserta.

Begitu juga bersama PERKESO untuk melaksanakan pelbagai program perkhidmatan pekerjaan bagi membantu 171,856 orang wanita kembali bekerja. Ini yang Yang Berhormat tanya tadi, saya tidak sempat hendak jawab Yang Berhormat serang saya.

final • 3:10 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Saya tidak serang Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 3:10 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Begitu juga bantuan MyKasih Kapital.

MyKasih Kapital merupakan satu inisiatif di bawah Yayasan Kebajikan Negara yang memberikan bantuan berbentuk keusahawanan...

final • 3:10 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa bahasa yang digunakan oleh Timbalan Menteri— soalan tambahan tidak boleh dilihat sebagai gangguan.

final • 3:10 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

...kebajikan, modal diberi kepada khususnya kepada wanita...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Saya bagi, bagi dia jawab dulu.

final • 3:10 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

...sebagai mencari nafkah utama keluarga yang sedang bergelut dengan masalah kewangan dan menjana semula pendapatan ekonomi keluarga.

final • 3:10 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Sehingga Ogos 2021, seramai 1,424 orang peserta telah menerima insentif melibatkan peruntukan RM712,000. Begitu juga termasuk bantuan khas kepada ibu tinggal melibatkan kos RM45 juta.

final • 3:10 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Menteri sedikit Padang Serai.

final • 3:10 PM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

Merbok sedikit.

final • 3:10 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Saya tidak bagi laluan masa sudah habis.

final • 3:10 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Sedikit sahaja. Padang Serai.

final • 3:10 PM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

Tuan Yang di-Pertua...

final • 3:10 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Jadi Yang Berhormat sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, banyak lagi isu-isu yang saya hendak jawab...

final • 3:10 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Sabar, sabar Yang Berhormat Menteri sedikit sahaja, cadangan sahaja.

final • 3:10 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Oleh sebab masa yang tidak mengizinkan untuk saya hendak beri laluan...

final • 3:10 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Padang Serai, cadang sahaja.

final • 3:10 PM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beri cadangan. Beri masa lebih.

final • 3:10 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Saya hendak bagi laluan pula kepada kementerian lain juga untuk menjawab.

final • 3:10 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Ini kebajikan wanita.

final • 3:10 PM

Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff

Jadi mana-mana soalan yang tidak sempat saya menjawab saya akan jawab secara bertulis dan saya mewakili Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengucapkan terima kasih kerana perhatian, kepekaan, kepada semua Ahli Yang Berhormat terhadap isu-isu kebajikan dan kumpulan sasar di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Sedikit Padang Serai— hal-hal wanita.

final • 3:10 PM

Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok

Saya mohon diberikan lebih masa kepada wanita.

final • 3:10 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Kebajikan wanita, bagi sedikit.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Menteri atau Timbalan Menteri setakat yang dia hendak menjawab dan tidak beri laluan. Jadi, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, yang lain dijawab secara bertulis di atas perbahasan.

Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Komunikasi dan Multimedia atau Timbalannya untuk menjawab, 30 minit.

final • 3:10 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak Tuan Yang di-Pertua tengok keadaan di Parlimen sekarang, perbahasan sudah tidak ada makna...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Saya kena panggillah— yang akan menjawab kementerian. They are now ready to jawab. Silakan Timbalan Menteri.

final • 3:10 PM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia - Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu bagi pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) berterima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang prihatin serta mengambil bahagian dalam memberikan pandangan serta saranan yang menyentuh bidang tugas Kementerian KKMM sepanjang sesi perbahasan di atas Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

[Disampuk]

final • 3:16 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Tuan Yang di-Pertua, you are making a mockery of Parliament Tuan Yang di-Pertua. Tidak boleh tanya soalan, jawapan bertulis semua tidak ada makna, tidak menjawab soalan Ahli-ahli Parlimen.

final • 3:16 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, kami membawa suara rakyat. Kalau mic kami, mute, suara rakyat mute.

final • 3:16 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Kalau semua datang baca skrip, siapa pun boleh jadi Menteri. Kena jawab soalan Ahli Parlimen di atas perbahasan baru ada makna Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan ini tidak boleh dilihat sebagai serangan ataupun gangguan.

final • 3:16 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat boleh berhenti sekejap? Boleh stop sekejap?

final • 3:16 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Tengok semua datang baca skrip sahaja.

final • 3:16 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, tolong buat satu ruling Tuan Yang di-Pertua. Semalam pun kami tunggu sampai malam.

final • 3:16 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

KKMM menyokong sepenuhnya RMKe-12 yang berobjektifkan 'Keluarga Malaysia – Makmur, Inklusif, Mampan' yang dilihat yang telah memenuhi keperluan semua peringkat Keluarga Malaysia seterusnya mencapai matlamat Wawasan...

[Disampuk]

final • 3:16 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Sampai malam kami tunggu untuk jawapan, tidak dibenarkan mencelah tujuh minit berbahas.

final • 3:16 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Pakai robot sahajalah. Pakai robot tidak payah pakai Ahli Parlimen. Tidak payah pakai Ahli Parlimen, pakai robot sahaja.

final • 3:16 PM

Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan

Tidak payah bahas, Tuan Yang di-Pertua.

Kita penat-penat bahas, langsung tidak dengar jawapan.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 3:16 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sekarang ini, minta maaf Timbalan Menteri, yang hendak menjawab tidak memberikan laluan untuk memberi jawapan. Jadi kena teruskan kepada kementerian yang seterusnya. Silakan Timbalan Menteri.

final • 3:16 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Kementerian akan terus komited dalam merealisasikan peranan KKMM dalam mempercepatkan penerima gunaan teknologi dan inovasi melalui penyediaan jaringan gantian optik yang meluas bagi kedua-dua perkhidmatan tetap dan bergerak bagi memastikan liputan, kualiti dan pengalaman yang berkesan selaras dengan pendekatan ekonomi digital..

[Disampuk]

final • 3:16 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Ini adalah Twelfth Malaysia Plan Tuan Yang di-Pertua bukan kelas membaca. This is not a reading class.

final • 3:16 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

She has to answer– this is not your answer for Minister.

final • 3:16 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

It is a Twelfth Malaysia Plan, perbahasan untuk lima tahun.

final • 3:16 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Sebagai Tuan Yang di-Pertua, kalau Tuan Yang di-Pertua bagi tahu Timbalan Menteri untuk jawab, beliau harus jawab dalam Dewan.

final • 3:16 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Tuan Yang di-Pertua, tanggungjawab Tuan Yang di-Pertua adalah untuk menjadi fasilitator supaya perbahasan...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 3:16 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Timbalan Menteri sekejap. Petua saya ialah, saya telah panggil Timbalan Multimedia. Saya minta tidak akan ada siapa yang akan menjawabnya dan saya panggil Timbalan Menteri untuk meneruskannya. Baik, terima kasih.

final • 3:16 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Tuan Yang di-Pertua, panggil Menteri untuk membaca ya, betul tidak?

final • 3:16 PM

Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan

Tidak payah bahaslah kalau macam ini kalau Timbalan Menteri tidak hendak jawab.

final • 3:16 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Ini kelas membacakan, semua datang baca.

final • 3:16 PM

Puan Alice Lau Kiong Yieng - Lanang

Mahu baca sahaja, jawapan bertulis cukup.

final • 3:16 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:16 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Selain mempertingkatkan kesinambungan digital, KKMM juga melaksanakan inisiatif pembangunan dan menggalakkan ekonomi digital...

[Disampuk]

final • 3:16 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Masa dia pun baca juga.

final • 3:16 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, tujuh minit kami membahas, jawab dalam 30 minit.

final • 3:16 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Kami dah puas dengar warta berita dekat TV3, tidak payahlah ini.

final • 3:16 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

...yang dapat melonjakkan pendigitalan kepada segenap lapisan masyarakat, industri dan pelabur antarabangsa.

[Disampuk]

final • 3:16 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Rancangan lima tahun macam ini Tuan Yang di-Pertua, the future of Malaysia is in 30 minutes.

final • 3:16 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Kementerian juga memainkan peranan dalam mengawal selia keselamatan siber dan etika penggunaan media sosial.

Akhir sekali, selaras dengan aspirasi RMKe-12 telah menamakan industri kreatif sebagai salah sebuah industri strategik yang berimpak tinggi. Kementerian akan membuat rancangan inklusif dan komprehensif bagi memastikan agenda pengukuhan ekosistem industri kreatif tercapai dan mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Seramai 26 Ahli Yang Berhormat telah membahaskan perkara-perkara yang terletak di bawah tanggungjawab kementerian ini. Saya akan menjawab persoalan tersebut secara umum. Penggulungan jawapan saya akan menyentuh tiga perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu penyalahgunaan media sosial, ekonomi digital dan perkhidmatan Internet jalur lebar.

Izinkan saya menyentuh mengenai penyalahgunaan media sosial yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tenom.

final • 3:16 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Untuk makluman, KKMM bersama jabatan dan agensi di bawahnya sedang dan akan terus mengambil langkah-langkah proaktif bagi menyebar luas kefahaman tentang penyalahgunaan media sosial dan memberi kesedaran kepada pelayar internet agar tidak menyalahgunakan media sosial yang mampu mencetus kegusaran dalam kalangan orang ramai dan kerapuhan perpaduan kaum.

Antara tahun 2018 hingga bulan Ogos tahun 2021, sebanyak 86 buah kertas siasatan telah dibuka oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia berhubung penyebaran kandungan berunsur penghinaan kepada agama, kaum dan institusi raja.

final • 3:20 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Sebanyak empat buah kertas siasatan dihadapkan ke mahkamah. Usaha yang dijalankan oleh SKMM ini akan diteruskan berdasarkan laporan dan aduan awam yang diterima.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau panggil Yang Berhormat, kalau tidak ada dalam Dewan – jawapan bertulis.

final • 3:20 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Okey, okey. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Simpang Renggam. Okey, boleh ya. Okey Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan apa yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi berkaitan dengan– boleh saya katakan termasuk dalam kategori digital literacy, dengan izin, atau pun literasi digital. Saya ada bawakan ini sewaktu membahaskan Titah Tuanku tempoh hari. Akan tetapi, saya masih menantikan jawapannyalah. Kiranya, ada penyelarasan antara kementerian Yang Berhormat Timbalan Menteri, dengan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga kementerian yang terlibat lain untuk menyebarluaskan literasi digital, yang amat penting, termasuk dalamnya cyber security dan sebagainya.

Hal ini kerana kita tahu banyak jenayah yang melibatkan mereka yang digitally illiterate, atau pun dahulu buta huruf, sekarang buta digital. Jadi, perlu kita sebar luaskan kesedaran. Kalau saya ingat, anak saya dahulu seawal umur tujuh tahun di UK didedahkan dengan digital literacy ini, untuk mengawal mereka daripada penipuan, daripada scammers, daripada jenayah, daripada sex predators dan lain-lain lagi.

Jadi, boleh kongsikan apa yang telah kementerian lakukan untuk tujuan memantapkan literasi digital dalam kalangan rakyat terutamanya dalam kalangan anak- anak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Simpang Ringgam. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 3:20 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Okey, terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Buat masa kini, usaha yang kita lakukan antaranya kita memberi penerangan melalui media-media kerajaan yang ada, seperti RTM dan sebagainya. Di samping itu juga, CyberSecurity Malaysia mengadakan kursus-kursus dan juga sesi penerangan ke kawasan-kawasan yang terlibatlah. Kawasan luar bandar dan bandar. Kita adakan program dan kursus, terutamanya kepada ibu bapa dan juga kalau permintaan sekolah- sekolah, maka kita akan adakan program melalui CyberSecurity Malaysia, buat masa ini.

Sekarang ini, perancangan kita hendak libatkan sama SKMM, Yang Berhormat.

Sebuah jawatankuasa khas dinamakan Jawatankuasa Jenayah Siber PDRM- MCMC telah ditubuhkan, bertujuan untuk memerangi ancaman jenayah siber secara lebih strategik dan tersusun. Jawatankuasa yang dianggotai oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM dan SKMM ini berperanan untuk menyelaraskan tindakan penguatkuasaan yang lebih pantas dan bersepadu ke atas sebarang perlakuan jenayah siber yang berlaku di negara ini terutamanya apabila melibatkan isu-isu sensitif seperti isu agama, isu raja-raja dan isu bangsa.

KKM juga telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Isu-isu Berita Palsu pada 21 Julai 2021 sebagai salah satu usaha untuk memperkasakan penyampaian maklumat kepada masyarakat. Jawatankuasa ini berperanan membincangkan naratif bagi menjelaskan atau menafikan isu-isu semasa serta berita palsu yang dikenal pasti dengan input daripada kementerian-kementerian yang berkaitan.

Kementerian ini juga tegas dalam memastikan setiap kesalahan yang dilakukan agar diadili sebaiknya dan diambil tindakan yang sewajarnya. Rakyat juga perlu bersama membantu kerajaan menangani isu-isu sumbang siber ini. Semangat Keluarga Malaysia akan disemai dengan sebaiknya serta kefahaman yang jitu kepada seluruh rakyat supaya setiap daripada kita menjaga satu sama lain dan meraikan perbezaan dan persamaan dalam sebuah Keluarga Malaysia.

final • 3:20 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Seterusnya, isu ekonomi digital yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Julau, dan Yang Berhormat Lumut. Ada?

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Baling tidak ada. Yang Berhormat Julau tidak ada. Jawab bertulis pun boleh.

final • 3:20 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Untuk– tetapi sekali tiga ini. Yang Berhormat Lumut, ada atau tidak ada?

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Lumut tidak ada. Teruskan.

final • 3:20 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Okey, cuma kita hendak bagi tahulah. Salah satu program ekonomi gig yang mempunyai impak tinggi ialah eRezeki. Sepanjang tempoh pelaksanaan program eRezeki sehingga penghujung tahun 2020, seramai hampir 700 ribu orang individu daripada isi rumah B40 dan M40 telah mendapat manfaat, dalam bentuk pendapatan tambahan.

MDEC juga ingin bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk memberi kefahaman berhubung ekonomi perkongsian atau ekonomi gig, termasuk syarikat-syarikat GLC. Ini saya hendak terangkan bahawa kita ada bekerjasama dengan Permodalan Usahawan Nasional Berhad, Unit Peneraju Agenda Bumiputera, Pos Malaysia, Petronas dan juga dengan pihak TEKUN. Jadi, tidak ada – kita teruskanlah.

Okey, izinkan saya seterusnya memberikan makluman balas terhadap perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Kangar – ada? Yang Berhormat Igan, Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Tumpat, Yang Berhormat Labuan, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Mas Gading, Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Baram, Yang Berhormat Hulu Selangor, Yang Berhormat Penampang, Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Cameron Highlands, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Selangau, Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat Julau, Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Tenom dan Yang Berhormat Permatang Pauh berkaitan perkhidmatan jalur lebar.

Untuk pengetahuan Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Persekutuan telah mengiktiraf komunikasi sebagai utiliti awam melalui keputusan yang telah dibuat dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Jun 2021. Melalui pengiktirafan ini, penyediaan infrastruktur komunikasi kini diwajibkan dalam setiap aspek pembangunan di peringkat persekutuan dan juga pihak berkuasa tempatan.

Ini bermakna, utiliti komunikasi perlu disediakan oleh pemaju, sebelum memajukan sesebuah kawasan perumahan dan sekali gus, memudahkan lagi perancangan pembangunan sesuatu kawasan secara lebih terancang memandangkan talian sudah tersedia sebelum diduduki. Dengan mewartakan telekomunikasi sebagai utiliti awam, akses perkhidmatan komunikasi dapat disediakan secara menyeluruh, berkualiti tinggi, cepat dan kos operasi yang berpatutan. Kesediaan rangkaian komunikasi yang berkualiti tinggi ini dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan seterusnya meningkatkan tahap daya saing negara.

KKMM melalui SKMM telah membuat perancangan dan kini sedang melaksanakan pelan pembangunan infrastruktur komunikasi yang dinamakan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) bertujuan untuk menambah baik perkhidmatan komunikasi. Pelaksanaan Pelan JENDELA fasa satu telah bermula pada bulan September 2020, memberi fokus kepada peluasan liputan gentian optik dan pembangunan infrastruktur digital termasuk pembinaan tapak 4G baharu, dan menaik taraf stesen pemancar sedia ada kepada 4G bagi meningkatkan liputan dan kualiti perkhidmatan 4G di seluruh negara.

Pencapaian JENDELA suku dua tahun 2021 adalah seperti berikut. Penambahan sebanyak 1.1 juta buah premis daripada 4.95 juta buah premis yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 6.5 juta buah premis di seluruh negara telah disediakan dengan akses gentian optik. Kelajuan jalur lebar mudah alih daripada 25 megabait kepada 26.03 megabait. Peluasan liputan jalur lebar mudah alih daripada 91.8 peratus kepada 94.03 peratus di kawasan penduduk.

final • 3:20 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Saya hendak terangkan di sini, dalam WhatsApp groups dan sebagainya yang kita lihat di media sosial terdapat mereka yang mengatakan bahawa data ini tidak betul.

Akan tetapi, saya hendak tegaskan kepada rakyat. Pertama sekali, kita sebut di sini 94.3 peratus kawasan berpenduduk– jangan salah faham. Bukan seluruh negara. Di kawasan berpenduduk di seluruh negara. Jadi, sebab itulah 94.3 peratus ini adalah data yang kita dapat apabila kita membuat kajian.

final • 3:20 PM

Dato' Haji Salim Sharif - Jempol

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya bertanya?

final • 3:20 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Ya, boleh.

final • 3:20 PM

Dato' Haji Salim Sharif - Jempol

Okey. Tadi, Yang Berhormat Timbalan Menteri ada menyebut bahawa 94 peratus seluruh negara mendapat liputan 4G. Saya ada bertanya soalan ini, yang enam peratus ini dekat mana? Mana lokasi yang tidak dapat.

Adakah di kawasan Jempol? Itu soalan saya. Akan tetapi tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak jawab. Jadi, enam peratus ini kerana apa? Tidak ada pencawang, tidak ada – apa sebabnya? Kekurangan penduduk kah? Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Jempol.

final • 3:20 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Okey, terima kasih Yang Berhormat Jempol.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ada satu lagi. Yang Berhormat Rasah.

final • 3:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri, bolehkah saya tambah sedikit? Berkaitan dengan Rasah.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Cuma, saya ambil kesempatan ini. Saya pun mempunyai persoalan yang sama macam Yang Berhormat Jempol sebab kawasan saya banyak melibatkan kawasan yang ada penduduk.

final • 3:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Jadi saya hendak tanya, sama ada kawasan Rasah terlibat atau tidak yang 6 peratus yang belum ada liputan? Saya hendak ambil kesempatan pada petang ini, ucapkan terima kasih kepada pegawai KKMM yang hadir ketika saya membahaskan RMKe-12 pada hari Khamis petang yang lepas, sebab saya ada menyatakan bahawa dua buah sekolah di bandar Seremban di bawah Parlimen Rasah yang tidak ada liputan UniFi.

Pegawai yang terbabit telah hubungi pegawai saya pada hari Jumaat pagi dan terus ke sekolah sebelum tengah hari, hari Jumaat.

Saya ucapkan terima kasih kepada pihak KKMM dan saya juga minta pegawai yang sama, untuk makluman pegawai yang sama, sebenarnya ada lagi beberapa sekolah yang hubungi saya dalam dua-tiga hari ini yang menghadapi masalah yang sama. Oleh sebab—untuk makluman, Negeri Sembilan termasuk Jempol, Rasah dan semua ini, kami sudah masuk ke fasa 4, sekolah akan dibuka dan budak-budak akan balik ke sekolah pada 18 Oktober ini. Jadi, kami mempunyai satu keadaan yang terdesak untuk mendapatkan liputan.

Jadi saya mohon budi bicara daripada KKMM supaya Negeri Sembilan diberikan keutamaan, sebab pelajar-pelajar akan balik ke sekolah dan PdPR dan PdP bersemuka berjalan dengan serentak. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Rasah. Saya bagi Yang Berhormat Ledang satu lagi. Sila, Yang Berhormat Ledang.

final • 3:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tidak sempat berbahas semasa RMKe-12 kerana masa terhad, tetapi saya percaya perkara ini telah ditimbulkan juga oleh beberapa Ahli Yang Berhormat berkenaan dengan JENDELA, di mana kita tahu benar seperti mana yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri 94

final • 3:30 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

peratus, dan juga ada kerja-kerja keras yang dilakukan oleh SKMM untuk memastikan supaya JENDELA ini dapat dilaksanakan dalam tempoh yang sesingkat mungkin.

Cumanya saya ingin bertanya, apakah dalam pelaksanaan JENDELA ini, kerajaan menghadapi masalah daripada segi penentuan tapak-tapak menara? Hal ini kerana, terdapat—mungkin, dan minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri sekiranya ada—berlaku campur tangan politik dalam menentukan tapak-tapak menara sehingga menjejaskan dari segi membangunkan menara-menara ini di kawasan- kawasan yang ada masalah dari segi internet.

Keduanya, saya rasa ialah berkenaan dengan— daripada segi pelaksanaan JENDELA ini, dalam tempoh masa yang singkat ini, apakah peruntukan-peruntukan itu telah pun digunakan? Berapakah jumlah yang telah digunakan mengikut Belanjawan yang telah dikeluarkan untuk projek JENDELA khususnya bagi kawasan-kawasan luar bandar?

Terima kasih.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Ledang. Sila, Yang Berhormat Timbalan Menteri sambung perbahasan.

final • 3:30 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Okey, terima kasih. Pertama sekali, saya hendak bagi jawapan. Yang Berhormat Jempol, ini ada jawapan di sini, tetapi secara umumnya, pertama sekali, kita sebut di sini 94 peratus kawasan berpenduduk. Jadi 6 peratus ini di seluruh negara ini, di seluruh negara 94 peratus, jadi ada lagi 6 peratus.

Kawasan berpenduduk ini, contoh, bukan di Semenanjung sahaja, di Sabah dan Sarawak, di seluruh negara.

Contoh di Sarawak, banyak kawasan berbukit-bukau tidak ada penduduk, ini 6 peratuslah. Di Sabah dan Sarawak, Sabah pun hari itu, ada kawasan berpenduduk tetapi kawasan yang tidak ada penduduk—ladang dan sebagainya, tetapi tidak ada penduduk.

Ini tidak ada line.

[Dato' Sri Azalina Othman Said (Pengerang) **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 3:30 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Satu lagi, ada kawasan-kawasan yang kita lihat tidak cukup coverage. Coverage ada, tetapi dia punya line tidak kuat. Contoh pengguna, kalau ramai pengguna menggunakan di kawasan tersebut, jadi maknanya penggunaan itu line-nya kurang bagus, jadi orang akan kompelin. Satu lagi berkenaan dengan tempat- tempat, tempat macam kita guna pemancar dan sebagainya, perlukan elektrik. Akan tetapi, kadang-kadang ada vandalisme, orang pergi curi alat-alat elektrik itu, jadi elektrik terpadam. Maka terus pemancar itu terpadam dan tidak ada line.

Ini semua— kalaulah Yang Berhormat ada laporan, maknanya laporan kawasan ini tidak ada line, kita tolong beritahu. Kalau tidak masuk UniFi, kita akan suruh Telekom masuk UniFi. UniFi ini sebenarnya kita kena minta Telekom masuk untuk dia kuatkan kawasan tersebut dengan Unifi. Ini antaranya.

Juga saya hendak beritahu, untuk Yang Berhormat Jempol, berdasarkan liputan 4G nasional yang telah mencapai 93 peratus, masih terdapat hampir 6 peratus kawasan penduduk yang masih tidak mempunyai liputan 4G. Bagi kawasan penduduk di Parlimen Jempol, ia telah meningkat kepada 89.50 peratus untuk Jempol sahaja setakat suku kedua 2021, berbanding dengan pesanan JENDELA iaitu 77.01 peratus pada suku kedua.

Oleh yang demikian, masih terdapat lingkungan 10.5 peratus kawasan penduduk di Parlimen Jempol yang tidak mempunyai 4G. Ini perancangan tengah buat untuk di kawasan Jempol, dan ini laporan yang kita bagi kepada Jempol daripada MCMC. Kita hendak beritahu, soalan tadi tanya tentang pilih kawasan— ada politik, tidak ada politik— tidak timbul.

Kita ikut jajaran yang kita hendak buat, tetapi masalahnya, dia tidak seperti menara Telekom dan juga menara TNB, maka ini sudah ada akta. Kalau TNB hendak buat, dia letak tower sahaja, dia terus bina, dia suruh penduduk itu keluar dan sebagainya.

Kita belum ada lagi, maknanya kita perlu perancangan awal. Jadi kita beritahu, kalau

final • 3:30 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

hendak buat sebagai utiliti ini, kalau hendak buat satu kawasan perumahan— berapa kita minta, bahawa kerajaan negeri menyediakan tempat tower dekat mana, semua disediakan. Kalau tidak, siap satu projek, maka tower tidak ada. Hendak bina tower, kita kena minta kebenaran baru, jadi lambat.

Ini yang dihadapi oleh MCMC. Contoh, satu kawasan itu kita tidak ada politik, kita minta. Akan tetapi, kalau kawasan itu lalu tentang— ada tuan tanah, kita kena minta kebenaran tuan tanah. Kadang-kadang tuan tanah tidak bagi buat tower, kita sudah masuk jalan tanah Orang Asli. Kita kena minta, kalau Tok Batin tidak bagi, tidak boleh buat. Kita hendak minta pula kena Mesyuarat Exco dan sebagainya.

final • 3:30 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh

[Bangun]

final • 3:30 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Akan tetapi, di mana contohnya sekarang ini...okey.

final • 3:30 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh

Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya kerana saya bangkitkan isu yang sama dalam perbahasan. Yang Berhormat, kita sedar bahawa ada beberapa permasalahan bila bercakap tentang project preparation. Dia kena ada tapak, kalau di kawasan Guar Perahu, Permatang Pauh pun samalah, not everthing— certainly tidak ada 4G dan semuanya.

Akan tetapi, persoalan saya, kerana itu saya bangkitkan, kalau kita mengikut dasar yang dipilih oleh kementerian, boleh laksana pelaksanaan teknologi TV white space. Dia guna spektrum televisyen-televisyen yang ada dekat rumah-rumah, hanya memerlukan kelulusan daripada segi undang-undang oleh kerajaan kerana memanglah dilihat sebagai mencabar kuasa dan monopoli syarikat-syarikat telekomunikasi, tetapi dekat Singapore, dekat Kenya, dan juga dekat Filipina, mereka gandingkan kedua-duanya sekali.

Saya dapat jawapan juga daripada Yang Berhormat Menteri, dia beritahu di Permatang Pauh, ada perancangan sampai 2022. Jadi sementara hendak tunggu ini, saya fikir, pohonlah kementerian untuk laksana dan luluskan supaya kita boleh bagi immediate connection buat masa yang sekarang, di kawasan-kawasan yang sangat terdesak, lebih- lebih lagi tidak melibatkan pengambilalihan tanah, tidak melibatkan perkara-perkara yang rumit supaya anak-anak dapat continue buat belajar atas talian. Saya pohon keputusan dan pendirian daripada kementerian. Terima kasih, Yang Berhormat.

final • 3:30 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya menyokong apa yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh, malah saya juga ada utarakan tentang penggunaan white space tadi dalam perbahasan membahaskan ucapan Titah Tuanku itu hari, dan juga dalam pelan alternatif kepada pendidikan selepas COVID-19, yang mana kalau kita lihat, ini merupakan cara yang termurah yang dapat membantu anak-anak kita untuk mencapai capaian digital.

Seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh tadi, telah banyak digunakan oleh negara-negara lain yang menghadapi masalah seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi kalau boleh kementerian lakukan, buat tindakan radikal tersebut, ia akan menolong jutaan anak-anak kita dalam pendidikan dan akan membantu kita bangkit kembali pulih daripada dampak wabak COVID-19. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:30 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Yang Berhormat, sedikit sahaja dari Tuaran. Sedikit sahaja dari Tuaran. Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri cerita tadi, pelbagai cabaran untuk meletakkan communication tower tadi dan sebagainya. Berapa banyak pun tower yang akan dibina, kita akan menghadapi masalah kerana permukaan bumi yang berbukit-bukau dan sebagainya.

Tentu sahaja ada gaung yang tidak dapat dan sebagainya, sebab itu dalam perbahasan saya timbulkan, saya bercerita tentang penggunaan satelit. Sampai bila kita bergantung dengan communication tower ini. Kenapa tidak menggunakan satelit. Saya tahu kita ini— kita tidak ada communication satellite di Malaysia, sedangkan remote

final • 3:30 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

sensing satellite pun tidak ada. Akan tetapi, ada sudah daripada swasta juga, daripada negara lain dan sebagainya.

Pertanyaan saya di sini daripada segi dasar. Apakah keputusan kerajaan daripada segi bagaimana kita mengakses capaian ini melalui satelit? Itu persoalan saya.

Kalau tidak, persoalan tentang tower ini tidak akan habis-habis, tapaknya dan sebagainya, pelbagai bantahan dan sebagainya, tetapi dengan satelit benda ini dapat dipermudahkan.

Terima kasih.

final • 3:30 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya, untuk Yang Berhormat Permatang Pauh ini, ada jawapan di sini. Akan tetapi, saya hendak jawab secara umum dahulu tentang kita hendak penggunaan spektrum dan sebagainya.

final • 3:30 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Ia ada masalah di sini tentang spektrum ini. Maknanya kita ada service provider dan masalah sekarang ini service provider ini dia hendak pakai atau tidak pakai. Macam spektrum apa dia hendak pakai? Jadi sekarang ini apa yang dia hendak buat itu dia gunakan spektrum yang dia sudah gunakan. Akan tetapi, kalau kata orang lain hendak buat, dia tidak hendak pakai. Ini yang jadi masalah sebab dia ada perancangan. Itu yang jadi masalah.

Selepas itu satu lagi berkenaan dengan contoh Telekom, Maxis dan sebagainya, service provider ini, sekarang ini kita tingkat 4G. 4G belum selesai lagi, tetapi kerajaan ini – saya ada jawapan, tetapi saya hendak baca, senang saya hendak terang di sini. Dia ada 5G, kerana service-service provider ini dia tidak dapat buat 4G tidak habis lagi, baharu naik 3G ke 4G tidak dipercepatkan, maka kerajaan tubuh SPV Digital National Berhad untuk 5G.

5G ini maknanya kita tubuhkan satu SPV lagi di bawah Kementerian Kewangan penuh. Maknanya ini kuasa penuh Kementerian Kewangan. Jadi kadang-kadang kita pertikai kenapa tidak bagi Telekom, Telekom pun Kementerian Kewangan, kita tubuh lagi SPV buat apa? Ini kerana, maknanya tugas 4G ini belum selesai, kita hendak suruh Telekom buat, Maxis semua buat – 5G ini makna kita hendak suruh Digital National Berhad.

Satu lagi saya hendak bagi tahu, apa yang dicadangkan – satu lagi 5G ini lebih baik. Kalau kita buat 5G ini dia stesen ini cepat, kalau kita buat 4G atau 3G perlu lima stesen, tetapi 5G ini ada satu stesen ini cukup dia boleh bagi kawasan. Kalaulah Digital National Berhad ini dapat ke luar bandar membuat 5G, makna contoh macam Permatang Pauh apa semua, jadi kita dapat liputan yang lebih meluas kerana 5G ini hanya perlu satu stesen.

Kalau 4G kena tiga empat stesen. Ini di antara yang sedang kerajaan usahakan sekarang ini. Peruntukannya adalah peruntukan swasta. Makna kita suruh swasta buat.

Kita boleh suruh– ada complain Maxis dan sebagainya, kenapa tidak bagi kami? Ini kerana tidak bagi, tidak selesai lagi 4G dan sebagainya. Ini tengah kita usaha sebab di luar negara di Amerika dan sebagainya, di luar bandar 5G, dia cepat. Ini yang kita tengah usahakan.

final • 3:40 PM

Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Yang Berhormat Timbalan Menteri...

final • 3:40 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh

Sedikit sahaja Yang Berhormat. Terima kasih atas jawapan kerana saya faham kita mahu kalau boleh 5G, tetapi berdasarkan pengalaman kita dahulu semasa 1BestariNet memang tidaklah begitu positif. Sangat-sangat buruk walaupun bilion dibelanjakan, itu satu. Keduanya, dengan kolaborasi pihak swasta kami pun dapat briefing daripada DNB, saya fikir kerajaan pun kena step in untuk memberi sedikit tekanan supaya internet itu dapat mengguna pakai– pelaburannya tidak begitu tinggi because it’s considered low investment, tetapi accessibility itu immediate.

Jadi, kerana itu saya syorkan kalau boleh dapat ada multi-modaliti dan multi- teknologi. Memang mencabar, tetapi pada saya kalau kita bergantung hanya kepada hi- tech, 5G. Memanglah bunyinya hebat tetapi hendak tidak hendak, saya takut anak-anak

final • 3:40 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh

kalau berminggu-minggu, berbulan-bulan mereka tunggu tanpa meneruskan pelajaran mereka loose out, kita pun loose out because the investment is too high.

Jadi saya bersetuju, saya rasa bagus untuk kerajaan teruskan tetapi kenalah ada langkah-langkah in the meantime supaya kita tidak meletakkan risiko kita semua kepada DNB semata-mata. Jadi, kena cari juga gandingan because it is done. Di negara lain memang mereka buat secara kolaborasi both technologies. Jadi white space ini dia bawa 16 megabit per second dia memang automatik. It’s done. Jadi bukanlah sesuatu yang experimental dan kita boleh sahaja laksanakan dan hanya perlu pendirian dan mungkin iltizam daripada pihak kerajaan mohon Kementerian take ahead up can start with projek rintis Yang Berhormat.

final • 3:40 PM

Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak tambah...

final • 3:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Ledang sedikit hendak tambah daripada Yang Berhormat Permatang Pauh tadi.

final • 3:40 PM

Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien - Julau

Ya, itu saya hendak tambah.

Jadi saya hendak tanya macam di kawasan luar bandar ada banyak tempat macam di kawasan saya Julau ada tempat yang ada 2G sahaja, ada 3G sahaja. Akan tetapi, saya hendak tanya bolehkah kita terus meningkat sampai ke 5G di dalam kawasan pedalaman ataupun kita mesti tunggu 2G 3G sampai 4G baharu kita boleh dapat 5G? Itu persoalan saya.

final • 3:40 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Yang Berhormat point yang itu saya jawab dahulu. Dia sekarang ini 2G dan 3G sudah tidak ada. Kita buat 4G semua seluruh negara.

Oleh sebab itu kita bagi 5G ini kepada DNB. Jadi maknanya kita pertanggungjawaban.

Saya hendak menjawab Yang Berhormat Permatang Pauh tadi, kita ada pelbagai teknologi, ada yang mahal ada yang murah.

Maka sekarang ini kita tengah bincang dengan Kementerian bahawa kawasan- kawasan ini kita perguna dahulu apa teknologi yang ada yang lebih murah yang mampu untuk kawasan luar bandar ini mendapat liputan dan juga mendapat liputan yang kuatlah.

Maknanya bar itu tiga bar, empat bar, jangan satu bar sahaja. Akan tetapi, saya juga saya hendak terangkan, apabila kita bagi telco ini buat – service provider ini dia melibatkan keuntungan.

Kadang-kadang kawasan itu contoh– untuk maintain satu tower itu lebih kurang RM10,000. Kalau kawasan itu perlu tiga tower, RM30,000. Akan tetapi, dalam kawasan itu ada lebih kurang seratus orang yang duduk. Makna ada seratus orang pakai prepaid RM30. RM30 kali 100, berapa? RM300. Jadi RM300 bermaknanya tower hendak maintain RM10,000, RM30,000.

Jadi kadang-kadang dia tidak maintain. Ini yang menjadi masalah satu kawasan luar bandar itu tidak ada line dan sebaginya. Satu lagi kawasan bukit-bukau. Kerajaan memang berniat hendak bagi liputan terutamanya kawasan-kawasan luar bandar gunakan satelit. Ini kerana kawasan berbukit bukau ini kadang-kadang dia tidak line. Tidak ada line kadang-kadang terlindung dan sebaginya. Kadang-kadang saya hendak bagi tahu kawasan-kawasan ladang yang serap line, jadi kawasan itu tidak ada line. Jadi ini penting.

Akan tetapi, penggunaan satelit ini mahal. Saya hendak maklumkan bahawa tidak pernah naik harga. Tidak pernah naik harga adalah– kita telekomunikasi tidak pernah kerajaan naik harga. Kecuali dia hendak tambah data, dia bagi luar negeri dan sebaginya itu lain. Akan tetapi, kebanyakannya – maknanya daripada segi rate kita hendak bayar bil dan sebaginya, bil kita jarang naik harga.

Kita maintain harga supaya kita dapat membantu rakyat. Jadi satelit ini mahal. Ini kalau ada syarikat swasta yang hendak masuk minta buat satelit dan dia boleh pertimbangkan harganya murah, yang boleh bagi harga sama dengan line. Line yang dok sedia ada maka kita tidak ada masalah, sepertimana Yang Berhormat minta tadi.

final • 3:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sekejap. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ringkas sahaja.

Sebenarnya apa yang disebut oleh Yang Berhormat Permatang Pauh tadi, saya setuju

final • 3:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

kita perlu ada kombinasi teknologi. Saya rasa itu dalam perancangan SKMM juga dan juga kementerian. Cumanya apabila sebut tentang 5G itu cara di mana kita menggunakan single network wholesaler di bawah DNB ini juga telah dilaksanakan di beberapa negara seperti di Rusia, di Mexico di Belarus tetapi mereka menemui masalah dan ada cabaran- cabaran yang sangat besar.

Justeru, saya percaya perkara ini perlu diteliti dengan betul, supaya ada pemantauan daripada pihak kerajaan dan pihak SKMM berkenaan dengan SKMM berkenaan dengan pelaksanaan di bawah DNB. Kemudiannya sebuah syarikat tunggal iaitu Ericsson yang akan melaksanakan 5G ini. Ini kerana, saya tengok nilainya agak besar iaitu kalau Ericsson sebanyak RM11 bilion. Kemudian untuk seluruh negara kita, bukan hanya Semenanjung tetapi di Sabah dan Sarawak.

Maka saya bimbang di sana sekiranya berlaku kegagalan apakah fallback plan kita supaya ada pembekal yang juga boleh melaksanakan rangkaian 5G ini dan ia akan dilaksanakan dalam tempoh yang panjang iaitu 10 tahun. Jadi, ini satu perkara besar dan saya rasa mesti diberikan perhatian serius oleh pihak kerajaan untuk benar-benar memastikan kita bukan sahaja dapat teknologi...

final • 3:40 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat, Yang Berhormat kena tanya soalan Yang Berhormat, bukan bagi ceramah.

final • 3:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Baik, baik saya tanya. Saya ringkaskan.

final • 3:40 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Soalan, soalan kepada Timbalan Menteri.

final • 3:40 PM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Soalan ringkas saya yang akhir, apakah yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam RMKe-12 iaitu pelaburan sebanyak RM15 bilion itu adalah on top off RM11 bilion yang disalurkan kepada syarikat Ericsson terima kasih.

final • 3:40 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Yang Berhormat, kalau boleh saya hendak tambah...

final • 3:40 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat Timbalan Menteri berapa lama lagi?

final • 3:40 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Sedikit lagi, sudah hendak habis. Banyak lagi ini, 10 muka surat. Akan tetapi, tidak apa...

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

Soalan singkat sahaja.

final • 3:40 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Saya jawab yang jawapan sahaja...

final • 3:40 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Macam ini. Yang Berhormat Timbalan Menteri kejap, saya bagi lagi lima minit untuk Yang Berhormat Timbalan menteri wrap up, kemudian yang mana tidak sempat buat jawapan secara bertulis.

final • 3:40 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Saya jawab sahaja. Ini kerana yang tanya soalan ini...

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

Yang Berhormat Timbalan Menteri...

final • 3:40 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Bolehkah Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua ?

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

Ada kaitan sedikit dengan tadi itu, tetapi berbeza sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan menteri.

final • 3:40 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Cepat.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

Pendek sahaja.

Sepertimana yang kita tahu Kerajaan Pusat sudah mengakui bahawa ada kekurangan kewangan sampai hutang kita sudah ditingkatkan. Apa kewajaran untuk kerajaan membelanjakan lagi wang yang sepatutnya biar sahaja pihak swasta melabur dalam

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

infrastruktur 5G ini. Mereka sendiri lebih tahu saya ingat tentang apa yang boleh, apa tidak boleh dibuat daripada kaca mata perniagaan sebab didorong oleh untung dan rugi berbanding dengan kerajaan yang hanya boleh belanja.

final • 3:40 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

Seperkara lagi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi. Kalaulah ada masalah dengan pemantauan ataupun pematuhan syarikat- syarikat telekomunikasi ini dalam soal perkhidmatan sosial kepada masyarakat, tidakkah sudah wujud USP iaitu pemberian perkhidmatan sejagat yang dikumpulkan wang yang agak besar yang boleh dibelanjakan untuk pastikan infrastruktur di kawasan-kawasan luar bandar itu boleh disediakan perkhidmatan telekomunikasi yang baik.

final • 3:50 PM

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin

Okey, terima kasih. Oleh sebab itu saya kata tadi, Yang Berhormat Permatang Pauh tanya tadi itu ia pelbagai teknologi. Ada kalau kita hendak kawasan-kawasan tiga kampung kita hendak gunakan lebih kurang RM100 ribu, kita boleh guna, ada teknologinya. Ini yang dimaksudkan. Kita hendak percepatkan supaya PdPR itu belum sampai 5G hendak buat, kita sudah ada, kita buat itu.

Akan tetapi saya hendak jawab balik tadi ini, untuk penggunaan satelit ini. Kita di peringkat Parlimen kalaulah kita bersetuju untuk mengenakan caj tambahan untuk liputan maknanya kita bagi satelit kawasan-kawasan luar bandar yang tidak untung, ini kita boleh buat. Kita tidak hendak rakyat merungut esok, contohnya kita kenakan tax kepada syarikat-syarikat luar negara yang membuat service delivery di Malaysia ini, kita caj lebih sedikit kah. Jadi ia akan caj pengguna. Jadi ini kita akan buat.

Satu lagi saya hendak beritahu tentang DNB tadi. Saya tidak dengarlah, saya bertanya countercheck tentang RM15 bilion tambahan kerajaan itu. Saya check tidak ada, kalau ada ini masalah sedikitlah. Kita bagi projek RM11 bilion buat rumah, lepas itu repair rumah RM15 bilion lagi tambah. Ini tidak betul tetapi saya check tidak betul. Kalau kata betul, maka kita boleh pertikaikan bersama. Ini saya tidak tahu tetapi saya hendak beritahu dari segi kejayaannya kita khuatir.

Memang kita khuatir, saya pun khuatir sebab backbonenya Telekom. Kita hendak guna tower Maxis dan tower Celcom. Sekarang ini kita tidak bagi 5G kepada mereka.

Kalau mereka sabotaj mungkin boleh kalaulah ada. Kalau tidak ada kerjasama, mungkin gagal sebab backbonenya adalah Telekom. Kita tidak bagi Telekom, kita buat DNB.

Selepas itu esok Telekom tidak hendak bagi backbone dia, memang tidak jalan. Jadi kerjasama ini MCMC memastikan bahawa kerjasama ini perlu ada.

Jadi terima kasih banyaklah. Saya hendak sambung lagi, bermakna saya sudah jawab sebahagian besar. Saya minta maaflah kalau tidak jawab itu, Yang Berhormat Parit dan sebagainya, Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Sibuti dan sebagainya. Kalau yang ada, saya akan jawab bertulislah. Terima kasih banyak, sekian.

final • 3:50 PM

Dato' Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya menjemput Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Silakan, 30 minit.

final • 3:50 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Baik. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tuan Yang di-Pertua, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas ruang yang diberikan untuk saya sampaikan penggulungan terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat yang berakhir pada 4 Oktober 2021. Pada umumnya terdapat 25 strategi, 48 inisiatif yang melibatkan peranan langsung KPKT dalam rangka kerja RMKe-12 ini.

Mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan kepada semua bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, tumpuan KPKT sepanjang tempoh pelaksanaan agenda nasional ini akan melibatkan enam bidang fokus utama.

final • 3:52 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican

(i) memastikan penyediaan rumah kediaman yang mencukupi, berkualiti dan mampu milik;

(ii) meningkatkan taraf hidup isi rumah miskin;

(iii) memantau dan menilai usaha dan pelaksanaan ke arah mencapai kemampanan bandar;

(iv) mengarus perdana pendigitalan dalam penyampaian perkhidmatan pihak berkuasa tempatan;

(v) mengutamakan pembangunan bandar hijau dan berdaya tahan; dan

(vi) mentransformasikan pengurusan sisa pepejal ke arah pembangunan ekonomi kitaran.

Secara keseluruhannya, 13 orang Ahli Yang Berhormat telah membahaskan perkara di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 yang berkait dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan khususnya dalam sektor perumahan, kerajaan tempatan, kebombaan dan juga pengurusan sisa pepejal.

Saya hendak ucapkan terima kasih secara khusus kepada Yang Berhormat Pengerang, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Johor Bahru, Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Rasah, Yang Berhormat Sekijang, Yang Berhormat Bagan Datuk dan Yang Berhormat Permatang Pauh.

Kepada perkara yang dibangkitkan berkaitan dengan Program Perumahan Rakyat dan Rumah Mampu Milik, saya ingin menzahirkan rasa terima kasih atas keprihatinan Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Bagan Datuk, Yang Berhormat Permatang dan Yang Berhormat Johor Bahru berkaitan agenda perumahan di bawah RMKe-12 khususnya isu-isu berhubung Program Perumahan Rakyat dan Rumah Mampu Milik.

Untuk makluman Yang Berhormat, segala hala tuju, perancangan dan pembangunan sektor perumahan di Malaysia adalah berpandukan kepada dua dasar yang penting. Pertama, Dasar Perumahan Negara 2018 hingga 2025 dan keduanya ialah Dasar Rumah Mampu Milik (DRMM) juga dari tahun 2018 ke tahun 2025. Aspirasi mewujudkan industri perumahan yang berdaya saing, mampan memerlukan kerjasama yang erat antara Kerajaan Pusat, kerajaan negeri dan juga sektor swasta.

Bagi menjawab soalan daripada Yang Berhormat Bukit Bendera yang meminta penjelasan kenapa status projek PPR di kawasan pulau dan seberang tiada dalam RMKe- 12. Ingin saya maklumkan bahawa perkara ini telah pun saya nyatakan dalam kenyataan akhbar ketika lawatan saya ke Majlis Bandaraya Seberang Perai. Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat empat projek Program Perumahan Rakyat telah siap dibina di Pulau Pinang dari 2015 hinggalah 2018 iaitu:

(i) PPR Lorong Selamat, Georgetown;

(ii) PPR Jalan Thamby, Butterworth;

(iii) PPR Tok Suboh, Seberang Perai Tengah; dan

(iv) PPR Mak Mandin.

Dua projek yang telah saya umumkan untuk dilakukan dan dilaksanakan dalam RMKe-12 adalah sebuah projek PPR di sebelah seberang dan sebelah lagi di seberang pulau. Ini adalah kerana Tuan Yang di-Pertua, daripada keseluruhan jumlah PPR yang telah pun dibina iaitu 154 projek PPR, Pulau Pinang hanya mencatatkan 2.6 peratus projek PPR daripada KPKT. Maka adalah amat munasabah untuk dipertimbangkan dua projek PPR untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

KPKT juga mengambil maklum kepada saranan Yang Berhormat Beaufort mengenai keperluan penyediaan perumahan mampu milik dan kos rendah yang sesuai

final • 3:52 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican

untuk penduduk setinggan yang tinggal di lereng-lereng bukit bagi menyelesaikan isu setinggan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan projek PPR di Sabah setakat ini merupakan bilangan yang terbesar iaitu 33 projek yang telah pun siap dibina merangkumi 23,009 unit. Manakala ada lima lagi projek dalam pembinaan yang merangkumi 3,090.

Secara keseluruhannya, daripada jumlah keseluruhan PPR yang dibina di seluruh negara, PPR yang telah siap dibina di Sabah merupakan 21.41 peratus ataupun melebihi satu perlima daripada PPR yang dibina seluruh negara. Di Beaufort, terdapat satu PPR iaitu PPR Selagun yang dijangka siap pada tahun hadapan yang merangkumi 67 unit.

Insya-Allah KPKT akan bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah untuk diberi keutamaan bagi tujuan program ataupun proses pengisian PPR itu nanti.

Berhubung pertanyaan Ahli Yang Berhormat Libaran mengenai penyediaan PPR untuk golongan B40 demi kesejahteraan rakyat. Dimaklumkan bahawa terdapat beberapa projek PPR di kawasan sekitar Libaran seperti berikut:

(i) PPR Taman Gum-gum Jaya;

(ii) PPR Sungai Manila;

(iii) PPR Taman Muhibah;

(iv) PPR Jalan Army Camp; dan

(v) PPR Batu Putih fasa 1 yang telah pun siap dan diuruskan dengan baik oleh kerajaan negeri.

Bagi program berkaitan dengan rumah mampu milik perumahan penjawat awam di Sabah. Sehingga tahun 2021, terdapat tiga projek yang telah siap yang merangkumi 1,594 unit rumah dan tiga projek dalam pembinaan merangkumi 700 unit. Bagi perumahan PR1MA di Sabah pula, terdapat tiga projek yang telah siap dibina merangkumi 1,591 unit dan empat projek pembinaan merangkumi 3,733 unit.

final • 3:52 PM

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Bagi menjawab pertanyaan daripada Yang Berhormat Sandakan, pelaksanaan PPR di Sandakan merupakan yang terbanyak jika dibandingkan di kawasan-kawasan Parlimen lain di Sabah, termasuk di seluruh negara. Sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, sepertimana yang disebut sebentar tadi, bilangan Projek PPR sedia ada di Sandakan ialah sebanyak sembilan projek merangkumi 6,080 unit rumah. Projek PPR Batu Putih Fasa I yang siap dibina pada bulan Oktober 2019 sebanyak 900 unit masih belum lagi dibuat pengisian kerana kerajaan negeri menggunakannya sebagai pusat kuarantin pesakit COVID-19.

Oleh yang demikian, KPKT sedang bekerjasama dengan KPKT Sabah untuk memastikan pengisian oleh pemohon yang layak dapat dilaksanakan segera selepas sahaja ia tidak lagi digunakan untuk pusat kuarantin. Untuk cadangan PPR Batu Putih Fasa II yang bersebelahan dengan PPR Batu Putih Fasa I yang melibatkan 500 unit, KPKT tetap komited untuk meneruskan projek tersebut dalam RMKe-12 sambil mengambil kira taburan penduduk yang berkelayakan, rancangan perumahan kerajaan negeri dan juga jumlah PPR yang telah sedia ada di situ.

Untuk soalan Yang Berhormat Pontian, Yang Berhormat Pontian tak ada?

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Yang Berhormat Menteri, kalau tak ada, Yang Berhormat boleh bagi jawapan bertulislah. Terpulang kepada Yang Berhormat Menteri.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Okey. Saya tengok yang ada dahulu ya. Yang Berhormat Permatang Pauh. Yang Berhormat Permatang Pauh membangkitkan berkaitan dengan soal Dasar Perumahan Negara. Suka saya maklumkan, memang secara prinsipnya, soal dasar, ia tidak meminggirkan semua pihak, termasuklah ketua isi rumah wanita, ibu tunggal, warga emas dan juga warga kelainan upaya. Termasuk dalam golongan yang disebut sebagai golongan rentan.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Mereka ini diberi perhatian dalam program-program insentif bantuan kerajaan.

Cuma saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat, saya amat memahami dan empati pada soal ketua isi rumah. Saya tahu bahawa Yang Berhormat sentiasa merujuk kepada laporan-laporan yang memberi gambaran bagaimana keadaan sebenar, terutama di PPR. Saya pun ambil juga Laporan UNICEF ini.

Jadi, saya dapati memang benar dalam soal unemployment ataupun kehilangan pekerjaan dalam tempoh yang cukup menduga ini, ketua isi rumah wanita yang kehilangan pekerjaan daripada jumlah unemployment rate itu, pada bulan Mac 2021 ialah 26 peratus dan secara pukul rata adalah sekitar 16 peratus. Ada satu lagi kategori Yang Berhormat, bukan hanya daripada segi ketua isi rumah wanita tetapi ketua isi rumah yang anaknya adalah disable. Mereka juga terlibat dengan kehilangan pekerjaan yang agak tinggi sehinggakan ke 46 peratus.

Maka, suka saya hendak maklumkan bahawa memang dalam Dasar Perumahan Negara, saya alu-alukan dan saya akan masukkan keutamaan ketua isi rumah wanita dan juga ketua isi rumah kumpulan rentan dalam tahap yang begitu kronik seperti mana yang saya sebut tadi sebagai keutamaan.

Sebagai testimonialnya, just nak maklumkan bahawa pada 5 Oktober yang lalu, ada sebanyak 690 permohonan diterima bagi rumah Ikram Keluarga Malaysia. Rumah Ikram ini adalah sebuah inisiatif yang dibuat bagi tujuan untuk menyediakan as a cushion measures kepada keluarga-keluarga Malaysia yang terkesan dalam tempoh setahun setengah ini. Ada keluarga Malaysia yang kehilangan pekerjaan, ada telah melalui pengusiran, ada yang terpaksa untuk menetap di rumah-rumah keluarga mereka dengan keadaan keluarga yang besar.

Maka, keluarga-keluarga Malaysia ini telah disediakan dengan inisiatif yang dinamakan Rumah Ikram Keluarga Malaysia dan ia diperuntukkan sebanyak 2,000 buah rumah. Setakat ini, 690 permohonan telah pun diterima dan daripada 690 permohonan, 310 permohonan tersebut ialah ketua isi rumah wanita. Insya-Allah, selaras dengan strategi RMKe-12 untuk meningkatkan bekalan kepada kumpulan sasar sebagaimana yang saya sebut tadi, ini komitmen saya dan komitmen KPKT bahawa ketua isi rumah wanita dan kumpulan-kumpulan rentan yang berada dalam keadaan kronik akan menjadi keutamaan kepada KPKT.

final • 4:00 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh

Boleh sikit Yang Berhormat?

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hargai usaha kerana sudah tentu bukan sahaja laporan Yang Berhormat baca tetapi banyak lagi yang melihat kepada kesan yang agak ketara kepada ketua isi rumah wanita dan anak- anak mereka.

Saya juga nak kongsikan tentang penemuan kami di Permatang Pauh kerana Permatang Pauh memang julat gaji pun sangat berbeza. Untuk ketua isi rumah wanita, RM1,452 berbanding dengan ketua isi rumah biasa, RM2,132. Ini dapatan daripada 332 isi rumah tetapi maksudnya, saya harap ia dapat diterapkan sebagai dasar, bukan sahaja oleh KPKT.

Kita tahu perumahan rakyat ini juga meliputi PBT, maka kita mahu seragam dan saya harap insya-Allah diteruskan, bukan sahaja semasa COVID-19 kerana bukan sahaja mereka yang terkesan tetapi anak-anak. So, you will see intergenerational trauma and poverty. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, thank you Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Bukan itu sahaja. Sebagai tambahan, memang dapatan daripada UNICEF mengatakan bahawa 54 peratus ketua isi rumah mempunyai pendapatan bawah daripada RM2,000 manakala 34 peratus berdepan dengan kemurungan. Oleh sebab itu, dalam jawapan saya ketika Titah Diraja dahulu, saya sebut dalam pendekatan yang baharu untuk PPR ini, saya mengutarakan tentang soal aspek livability, soal aspek daya huni.

Saya minta supaya diperkenalkan livability index. Tak guna kita buat rumah PPR, kita letak kepada mereka yang susah, mempunyai pendapatan yang cukup-cukup sukar dan akhirnya, mereka berdepan dengan serba serbi kekurangan. Sebagaimana yang tadi

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

dibahaskan tentang soal internet access. Apa guna kita bagi tab tapi hakikatnya mereka tak boleh lakukan PdPR.

Oleh sebab itulah salah satu daripada pendekatan hala tuju bukan hanya menjadi penyedia kepada kediaman-kediaman mampu milik, bukan sahaja mampu didiami tetapi lebih penting ialah keadaan dengan kawasan sekitar itu berdaya huni. Mempunyai last mile connectivity dan sebagainya dan akhirnya, menjadikan kehidupan mereka lebih lestari.

Jadi, boleh saya pindah ke satu lagi, Yang Berhormat Johor Bahru. Yang Berhormat Johor Bahru membangkitkan isu rumah mampu milik kepada yang lewat siap, sakit, terbengkalai sambil membuat rujukan khas kepada kes PR1MA Tebrau, Melaka Tengah dan juga Port Dickson. Saya fikir ini adalah pengalaman yang dilalui oleh ramai orang. Saya pun juga ditemui oleh pembeli-pembeli dari kawasan tersebut. Memang saya tak dapat nafikan Yang Berhormat, bahawa di dalam pelaksanaan projek-projek kerajaan, terdapat projek-projek yang bermasalah daripada segi tempoh penyiapan seperti Projek Perumahan Mampu Milik.

Berkaitan apa yang dirujuk oleh Yang Berhormat mengenai projek-projek Residensi PR1MA di Tebrau, Port Dickson dan Melaka Tengah II. Saya nak maklumkan status-status sebagaimana yang dipinta. Bagi Residensi Tebrau, unit jumlah yang dibina adalah 1,284 unit dan ini telah pun siap pada 31 Mac 2021 dan telah memperoleh CCC.

Tarikh serah kunci sudah pun dilakukan bermula daripada 24 April 2021.

Namun, projek ini mengalami kelewatan sebagaimana yang telah sedia maklum, ada LAD dan saya telah minta supaya dibayar. Ada yang dibayar secara advance pun untuk projek-projek yang lain dan untuk projek ini, 405 pembeli daripada 508 pembeli yang layak telah pun dibayar LAD nya. Setakat ini, status jualan adalah sebanyak 76 peratus dan harga jualan di antara RM169,000 ke RM300,000.

Keduanya adalah bagi Residensi Port Dickson. Port Dickson ini jumlahnya 659 unit dan kementerian baru melantik ataupun baru menyenaraikan pelantikan kontrak penyelamat dan tarikh baru yang dijangka siap adalah 31 Disember 2022. Ini pun kita telah lakukan pembayaran advance LAD. 48 orang pembeli daripada 83 pembeli yang layak telah pun dibayar. Harga jualan RM265,000. Unit yang terjual setakat ini 82 peratus dan pembinaan berada pada tahap 75 peratus.

final • 4:00 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Residensi Melaka Tengah, jumlahnya ada 980 unit. Tarikh jangka siap yang baharu adalah 28 Mac 2023. Advance LAD yang dibayar daripada 37 pembeli, 19 pembeli telah pun dibayar dan pembinaan berada pada tahap 64 peratus. Yang Berhormat nak tanya?

final • 4:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Okey baik. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.

Merujuk kepada apa yang saya bangkitkan tempoh hari kerana saya mengambil kira rumah-rumah mampu milik ini merupakan antara yang menjadi beban kepada pembeli dan juga kepada kerajaan. Akan tetapi rumah PR1MA ini juga kita tahu hari ini sudah dibentangkan Laporan PAC.

Saya harap Yang Berhormat Menteri pun boleh rujuk bagaimana komitmen kerajaan sebelum ini. Tahun 2013 kata hendak beri RM1.3 bilion tetapi apa yang diberi hanya RM500 juta. Kemudian 2014 pun janji RM1 bilion, geran yang diberikan hanya RM445 juta. So, saya rasa beban di PR1MA itu memang ketara daripada awal dan pembunuhnya adalah apabila tahun 2017, kerajaan langsung tak beri apa-apa. Hanya melalui sukuk dan 2016 sudah menghadapi defisit.

Cuma Yang Berhormat Menteri, sementara saya hargai, daripada pengurusan PR1MA sendiri sudah mengakui bahawa perjanjian sebelum ini adalah lemah dan lopsided, memberi kelebihan kepada kontraktor. Persoalannya sekarang ini adalah soal bagaimana kita hendak membela pembeli. Jadi saya hargai bila Yang Berhormat Menteri sebut ada pembayaran LAD advance.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Cuma kalau boleh daripada segi dasar yang Yang Berhormat Menteri boleh perhalusi kerana LAD ini kelazimannya dibayar apabila projek telah siap. Sedangkan ketika projek itu sakit ataupun terbengkalai, pembeli terpaksa menanggung beban. Jadi cadangan LAD advance itu adalah inisiatif Yang Berhormat Menteri tetapi saya cadangkan supaya dari segi dasar itu kita protect atau melindungi pembeli itu dari awal.

Cuma yang kedua, risiko yang selalu dihadapi oleh pembeli bila projek itu terbengkalai, masuk kontraktor penyelamat, LAD itu hilang tak tahu siapa yang bertanggungjawab. Seolah-olah lebih elok kepada pemaju itu bila kontraktor cabut lari dan sebagainya, LAD itu macam lesap begitu sahaja. Jadi saya harap daripada segi dasar itu dapat diperhalusi.

Terakhir sekali dari segi komitmen kepada rumah-rumah PR1MA. Saya perhatikan Yang Berhormat Pekan pun ada update di Facebook tadi, menunjukkan bahawa hari ini akan diumumkan tarikh-tarikh siap rumah-rumah PR1MA tersebut. Saya harap ini akan menjadi KPI kepada Yang Berhormat Menteri untuk pastikan ia betul-betul siap pada tarikh tersebut tetapi ganti rugi kepada pembeli kena buat dari sekarang sebab kontraktor yang dibatalkan projeknya dapat pampasan, sedangkan pembeli yang rumahnya terbengkalai selalunya terpaksa berjuang bermati-matian.

Jadi saya harap model kontraktor propose kepada kerajaan, tanah kontraktor.

Kemudian kontraktor yang bina rumah dan PR1MA yang kena jual itu sudah memang tak boleh pakai. Saya harap ada perubahan dalam jangka masa akan datang. Insya-Allah saya akan terus bawa isu-isu rumah mampu milik.

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Yang Berhormat Kangar?

final • 4:10 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Kangar. Sedikit lanjutan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita tahu isu perumahan ini penting. Kalau kita tengok dalam statistik dari Jabatan Statistik sendiri menunjukkan keluarga yang berpendapatan RM2,000 ke bawah ini berbelanja hampir suku pendapatannya. Akan tetapi saya suka dengan jawapan Yang Berhormat Menteri tadi— sebenarnya dari segi perancangan perumahan ia mesti melihat aspek daya huni (livability) tadi.

Cuma saya punya pengalaman kalau kita tengok perumahan-perumahan murah ini selalunya kawasannya ia akan terletak di kawasan ceruk-ceruk. Kawasan-kawasan yang kita kata connectivitynya lemah dan tidak ada aktiviti ekonomi yang baik. Jadi segala kemudahan tidak ada.

Cuma kalau kita tengok dalam kes PR1MA daripada yang saya baca laporan yang kita terima oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ini. Sebanyak 70 peratus daripada 94 projek PR1MA melibatkan tapak dan tanah yang dicadangkan oleh kontraktor. Jadi saya tertanya apa jadi dengan tanah kerajaan yang banyak dan apakah fungsi seperti Perbadanan Ekonomi. Adakah mereka ini sudah tidak ada lagi fungsi dalam penentuan pembangunan di negeri ataupun tidak ada engagement dengan kementerian?

Jadi saya minta sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 4:10 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Yang Berhormat Menteri?

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Okey.

final • 4:10 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Saya tertarik dengan perbincangan tentang rumah murah. Jadi baru ini dalam perbahasan saya tak sempat, waktu tak sempat hendak minta. Iaitu di Pekan Layang-layang yang mana double track project di sana akan menyaksikan perkembangan di pekan tersebut. Akan tetapi rumah mampu milik tidak ada.

Ada banyak projek terbengkalai di sana. Jadi kita minta supaya dimasukkan dalam RMKe- 12 pembinaan rumah mampu milik di Pekan Layang-layang. Itu yang pertama.

Keduanya, acap kali dengan Yang Berhormat Menteri sebelum ini saya minta supaya diteruskan projek pembinaan balai bomba di Simpang Renggam. Balai bomba terdekat adalah di Pekan Renggam dan sering kali bomba tak dapat capai KPI mereka untuk menyelamatkan mangsa kemalangan di jalan raya. Jadi ia telah diluluskan, RMK demi RMK tidak terlaksana. Kita harap RMKe-12 ini, Balai Bomba Simpang Renggam dapat direalisasikan. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Kepada jawapan Yang Berhormat Kangar mula-mula dahulu, tadi saya sudah maklumkan bahawa itulah yang saya letakkan KPI kepada Kementerian KPKT untuk pembinaan-pembinaan yang baharu. Malahan saya boleh incentivize kalau ada the private developer yang datang hendak buat PPR, hendak ambil tanggungjawab, the obligation of the government. Contohnya dia wired up kan atau dia disediakan infrastruktur-infrastruktur yang dapat menyokong kelestarian kehidupan the occupant of PPR secara lebih berdaya dihuni. We intend to even incentivize dengan cara yang lebih dapat membantu menyemarakkan.

Kepada perkara yang dibangkitkan tambahan tadi oleh Yang Berhormat Johor Bahru, sebenarnya advance LAD yang bukannya dibayar selepas selesai. Kalau di Port Dickson kita bayar masa perkara itu masih lagi belum diselesaikan atau belum disiapkan.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Cuma kalau kaedah itu boleh dijadikan satu dasar yang baharu...

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Ya.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

...Supaya LAD ini bukan hanya selepas selesai, tetapi kita ubah dasar supaya seperti mana kita buat di Port Dickson, kita guna pakai untuk mana-mana rumah yang sakit ataupun terbengkalai.

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Bahkan Yang Berhormat, di Port Dickson saya ambil langkah yang jauh lebih proaktif. Saya panggil semua pembeli, wakilnya berjumpa— saya ambil tiga pronged strategy. Pertama, lihat kepada areas where LAD can be paid in advance. That is what done by PR1MA.

Kedua, saya tengok bahawa dari segi pembiayaan mereka. Who are their pembiaya? Masalah di kalangan pembiaya-pembiaya yang datang dari commercial banks, it is okay. because dalam availability credit facility normally 60 bulan atau lima tahun. Akan tetapi yang mengambil Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA), oleh sebab aktanya mengatakan 36 bulan— kalau berlaku sebarang penundaan lebih, maka mereka terpaksa mula bayar. Ini pun kita panggil kelompok secara dedicated, secara targeted kita pergi dekat LPPSA untuk dapatkan pengecualian. Sebab LPPSA sudah decide tak nak bagi moratorium secara blanket kepada semua kerana pegawai kerajaan adalah mereka yang terus mendapat gaji. Akan tetapi adalah tidak adil kalau mereka ini terpaksa dibebankan sebegitu.

Ketiganya ialah memastikan kontraktor menyiapkan projek on time. This is the three-pronged strategy.

Terakhirnya saya hendak maklumkan saya sudah wujudkan satu war room untuk lihat semua 17 projek yang saya classify-kan sebagai sakit. Malahan I will be establishing one special committee checked by me dan insya-Allah I will be inviting all the MP dari kawasan yang mana terlibat. Contohnya kalau Tebrau, Yang Berhormat Tebrau will coming to see. Kalau Permatang Pauh baru ini selesai sudah, tak payahlah. Permatang Pauh sudah okey. So, ada mana-mana kawasan— let’s say penyelesaian penyediaan perumahan ini adalah satu tanggungjawab bersama dan akhirnya rakyat dapat menikmati dengan hasil daripada keprihatinan daripada Yang Berhormat sendiri.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Sikit lagi Yang Berhormat Menteri kalau Tuan Yang di-Pertua izinkan.

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Okey.

final • 4:10 PM

Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru

Pertama saya memang berterima kasih sebab Yang Berhormat Menteri dengar apa yang kami bawakan bertahun-tahun dalam soal rumah PR1MA ini. Cuma dalam soal LPPSA tadi kalau boleh Yang Berhormat Menteri sahkan dalam Dewan, maksudnya rumah-rumah yang sekarang ini sakit ataupun terbengkalai melibatkan rumah PR1MA seperti PR1MA Port Dickson dan Melaka Tengah 2 ini mendapat moratorium daripada sekaranglah. Maksudnya kalau boleh sahkan supaya mereka tidak datang mengejar saya supaya terus mengangkat isu ini.

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Saya tak boleh sahkan sebab LPPSA di bawah Kementerian Kewangan dan ini bukan dibuat secara blanket. It is still work in progress. But itu salah satu.

final • 4:10 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Cuma saya hendak maklumkan tadi— apa yang Yang Berhormat sebut tadi memang benar, bahawa model lalu adalah model yang tidak solid. Last time, model kepada PR1MA ini adalah model yang membeli bulk purchases atau en bloc sale, so berlakulah mismatch. Bila mana sale yang dilakukan oleh PR1MA gagal untuk mencapai satu tahap di mana pembangunan ataupun pembinaan progress berada dalam tahap yang lain.

So, risiko banyak ditanggung lebih kepada PR1MA. This is lop-sided lah, what you said. So, sekarang saya menganggap bahawa lebih penting adalah untuk melihat a more even punya, orang kata, distribution of obligation and risk management melalui proses JV dan sebagainya. Semua projek-projek sakit pada waktu ini adalah berada dalam model yang baharu. Mudah-mudahan insya-Allah, dengan pendekatan baru, kita dapatlah selesaikan secara lebih tuntas.

Tadi Yang Berhormat Sungai Petani hendak tanya.

final • 4:20 PM

Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani

Ya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya tidak sempat berucap kerana masa hari itu. Cuma hendak tanya Yang Berhormat Menteri, ini soal dasar.

Kementerian Pendidikan mempunyai beribu-ribu rumah yang ditinggalkan, kuarters-kuarters. Adakah Kementerian mempunyai hasrat untuk convertkan mereka ini menjadikan rumah PR1MA supaya dapat dijual kepada rakyat dengan harga yang berpatutan? Ini kerana sekarang ini kalau tidak buat apa-apa, dalam masa tiga, empat tahun ini, rumah ini semua akan lingkup. Jahanam habis semua. Jadi saya rasa daripada kita biarkan mereka ini rosak, rumah-rumah ini, lebih baiklah PR1MA tengok. Kemudian PR1MA jadikan sebagai program PR1MA untuk jualkan kepada rakyat. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Ya, terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani. Sememangnya itu adalah antara pendekatan juga. Saya hendak maklumkan bahawa Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan suatu pendekatan untuk kita bawa ke Parlimen nanti. Itulah penubuhan National Housing Corporation. Ia mungkin ada rang undang-undang sendiri untuk pastikan kita dapat pusatkan kesemua penyedia-penyedia perumahan social housing ini dengan juga mampu milik untuk berada di bawah satu naungan, daripada segi perancangannya, daripada segi penyediaannya, sekarang kita ada 15.

Kita ada KPKT, Jabatan Perumahan Negara (JPN), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), kita ada Kementerian Wilayah, kita ada Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) di belah Pulau Pinang. Akhirnya, ia menyebabkan banyak berlaku perancangan itu secara agak fragmented. So, salah satu daripada rancangan adalah untuk melihat.

Saya sendiri sudah bercakap dengan Yang Berhormat Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin sebab saya kata fikir kata di kalangan cikgu-cikgu. Saya tanya cikgu, kenapa tidak duduk? Dia kata dia tidak duduk sebab dia boleh beli rumah di kawasan itu. Jadi dia boleh dapat duit, apa nama, what do you call that thing, duit allowancelah, whatever it is, daripada dia duduk tinggal dan akhirnya tidak ramai yang hendak tinggal di kuarters.

Mungkin kuarters itu juga boleh digunakan sebagai rumah-rumah transit dan insya-Allah, itu antara yang juga saya sudah sebut dan saya bincang dengan Yang Berhormat Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin.

Jadi seterusnya adalah berkaitan...

final • 4:20 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Yang Berhormat Menteri. Simpang Renggam.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Oh! Yang Berhormat Simpang Renggam. Yang Berhormat Simpang Renggam, ya lah, ada dibangkitkan dan saya kena jawab soalan secara bertulislah. Balai-balai bomba- pembinaan balai-balai bomba ini dia bergantung pada apa yang disebut sebagai, dipanggil fire cover analysis. Dia akan buat

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

satu analisa, keperluan. Ada 16 semua, criterion. Saya pun tidak sempat hendak hafal lagi habis.

final • 4:20 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Dia telah dimulakan, cuma ditangguhkan dan tidak dimulakan lagi.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Ya.

final • 4:20 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Setiap kali saya bawakan, alasannya tunggu RMKe-12.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Kemudiannya...

final • 4:20 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Akan tetapi kita harap RMKe-12 dapat dilaksanakan.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Kemudiannya, dia juga ada daripada segi tengok keberadaan kata pasukan bomba sukarela.

final • 4:20 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Ya.

final • 4:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Pasukan bomba sukarela ini was— Okey, sekejap.

final • 4:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Cuma saya hendak ucapkan terima kasih di atas lawatan Yang Berhormat Menteri ke Pulau Pinang baru-baru ini dan kita berharap supaya Kerajaan Persekutuan di bawah— semasa Yang Berhormat jadi Menteri KPKT akan memberi perhatian lebih kepada keperluan rumah di Pulau Pinang lah, termasuk di kawasan saya.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Thank you very much.

final • 4:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya ucapkan terima kasih.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Anyway, itu saya akan lihat dan saya akan jawab secara bertulis, ya.

final • 4:20 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Rumah mampu milik di Pekan Layang-layang.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Okey, saya akan lihat itu juga, ya.

Boleh saya sambung?

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang

Lima minit, ya Yang Berhormat Menteri.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Untuk Yang Berhormat Sekijang, ada? Yang Berhormat Sekijang bangkitkan berkaitan dengan perumahan terbengkalai.

Saya hendak maklumkan memang saya pergi sendiri ke tempat tersebut. Memang jauhlah.

Syarikat pemaju yang dinamakan itu adalah Vital Landscape Sdn Bhd telah pun dikenakan Perintah Penggulungan oleh Mahkamah Tinggi Malaya Muar pada 21 September 2015. Untuk makluman Dewan, pemulihan atau penyelesaian projek ini sememangnya menghadapi kesukaran disebabkan faktor-faktor berikut.

Pertama, predikasi swasta ataupun pemaju penyelamat yang ingin mengambil alih projek ini dari pegawai penerima kerana projek ini didapati amat tidak berdaya maju, not viable dan sukar untuk dipulihkan disebabkan pemulihan infrastruktur memakan kos yang tinggi.

Sebagai langkah proaktif, ke arah melahirkan industri perumahan berdaya huni untuk Keluarga Malaysia, KPKT sedang sentiasa memainkan peranan untuk memudah cara dan menyediakan ruang mediasi bagi pembeli berhadapan dengan kemajuan yang bermasalah serta pertanyaan berkaitan isu-isu perumahan.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Kempen Bijak Beli Rumah juga adalah antara tanggungjawab yang KPKT perlu galas untuk memaklumatkan rakyat berkaitan dengan tanggungjawab sebelum, semasa dan selepas proses pembelian rumah.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Antara yang dapat dimuatkan adalah soal panduan pembeli rumah, informasi berkenaan hak-hak pembeli rumah dan juga di bawah Akta Pemajuan Perumahan, Sistem Carian Maklumat, juga saluran Sistem Aduan Bersepadu.

Saya hendak jawab satu lagi soalan daripada Yang Berhormat Pengerang sendiri.

Oh! Yang Berhormat Pengerang keluar sudah.

[Ketawa] Jadi, Yang Berhormat Pengerang bertanyakan berkaitan dengan cadangan perubahan persempadanan daerah baru bagi Pengerang. Untuk makluman Yang Berhormat Pengerang, secara peribadi, saya bersetuju. Namun, permohonan kelulusan ini adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa negeri.

Daripada prosedur, ia perlu diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Pihak berkuasa kerajaan negeri kemudiannya mengemukakan pemakluman keputusan tersebut kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan akan dibentangkan ke dalam Mesyuarat Jemaah Menteri. Sehubungan itu, Yang Berhormat Pengerang, saya cadangkan untuk kemukakan cadangan tersebut kepada Kerajaan Negeri Johor untuk pertimbangan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, banyak lagi sebenarnya kalau...

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

Satu sahaja.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

...tidak ada aral, saya...

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

Satu sahaja, sebelum dia landing.

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Oh! Ya, ya. Okey boleh.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya mengenai Projek Perumahan Rakyat (PPR). Kita tahu bahawa ada banyak kaedah yang terbaru dipakai melalui SPNB iaitu kaedah sewa beli.

Bila dibuat sewa beli ini, salah satu yang dibangkitkan ialah soal bank yang hendak lihat adakah seorang pemohon yang diluluskan mampu untuk membayar dan disemak credit worthiness, dengan izin, si pemohon tersebut. Ramai di kalangan pemohon ini peniaga kecil yang tidak mempunyai payslip dan tidak ada caruman.

Jadi, apakah kaedah yang terbaik boleh diusahakan oleh pihak KPKT agar membenarkan mereka ini untuk memiliki rumah sendiri?

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Baik, terima kasih. I think ini yang terakhir. Itulah sebab saya sebut tadi tentang kaedah RTO, rent to own. Rent to own ini tidak sangat memerlukan penganalisisan credit worthiness. Kalaulah yang— setakat ini kita ada 10 yang dijual ataupun dimiliki melalui RTO— kalau mereka membeli RM35 ribu, dalam tempoh 20 tahun bayar RM250 satu bulan, mereka akan akhirnya membayar dalam sekitar RM49 ribu effectively. Jumlah tersebut pun masih lagi, kalau dilihat daripada segi cost, daripada segi market price, jauh lebih rendah. Hakikat rumah-rumah yang bersifat heavily subsidised ini, sebenarnya memberi keuntungan bila mana mereka dimiliki.

Saya bagi contoh rumah yang berada di Lembah Pantai. Lembah Pantai ada sekitar lebih kurang 6,565 PPR. Lebih pulang 30 ke 40 persen telah pun dijual dan dimiliki.

Hari ini 700 kaki persegi disewa dengan harga sekitar RM900. Setelah dijual baru mereka boleh sewa. Kalau mereka sewa, mereka tidak boleh sublet. Bayangkanlah, Tuan Yang di-Pertua, RM900 kalau kali dengan 12, RM10,800 over RM35,000, it is like 33 percent. The yield is 33 percent. You can’t find any other

final • 4:20 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

property yield investment of that high. Akan tetapi ia diraikan pada— ataupun dirasai oleh mereka yang mempunyai PPR yang dimiliki di Lembah Pantai.

Jadi RTO ini salah satu untuk membantu di kalangan mereka yang tidak mampu dinilai melalui credit worthiness atau bankability di bank. Terima kasih Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, saya ucap...

final • 4:20 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Bolehkah saya minta satu sahaja Yang Berhormat Menteri?

final • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada satu lagi? Yang Berhormat Beaufort.

final • 4:30 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Beaufort. Terima kasih.

Bercakap tentang rent-to-own (RTO) itu saya pun hendak minta juga untuk PPR di Selagon, Beaufort itu supaya bila boleh diduduki nanti dibuat sistem rent-to-own (RTO) ini.

Keduanya itu saya ingin tahu juga tentang masalah rumah PR1MA yang masih lagi juga tergendala, tidak siap-siap sampai sekarang. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican

Rumah PR1MA Yang Berhormat saya sudah jawab panjang lebar dah tadi. Kalau daripada segi soal rumah PPR, saya sudah jawab tadi untuk Beaufort dan belum diisi lagi, insya-Allah. Kalau diisi boleh dipertimbangkan untuk digunakan kaedah RTO. Terima kasih.

Jadi, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada semua Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke- 12 yang berkaitan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan saya amat hargai pandangan dan juga segala saranan yang telah diberikan. Terima kasih, sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 4:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumsalam. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Menteri Kementerian Kesihatan. Timbalan Menteri, silakan.

final • 4:30 PM

Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

[Membaca sepotong doa] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 dan telah menyentuh perkara-perkara berkaitan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kerajaan komited untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Dalam hal ini Kementerian Kesihatan yang diberikan tanggungjawab untuk melaksanakan sistem penyampaian perkhidmatan penjagaan kesihatan akan memastikan bahawa aspek perkhidmatan yang responsif dan efisien dilaksanakan di semua fasiliti Kementerian Kesihatan.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan telah membuat penelitian dan perancangan yang komprehensif sebelum memperakukan projek-projek RMKe-12 kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Berdasarkan tempoh masa yang diberikan bagi sesi penggulungan ini, saya akan memberikan tumpuan kepada perkara-perkara utama yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang merangkumi iaitu:

(i) pembangunan fasiliti kesihatan;

(ii) sumber manusia;

(iii) kesan vaksin COVID-19 ke atas remaja;

(iv) pengesanan kontak rapat;

final • 4:31 PM

Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

(v) kesihatan mental; dan

(vi) ada cadangan tentang dana ataupun tabung kanser.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan cadangan Ketua Pembangkang, Ahli Yang Berhormat Port Dickson untuk meningkatkan prasarana perubatan, sukacita saya maklumkan bahawa di bawah Rolling Plan Pertama RMKe-12, Kementerian Kesihatan telah diperuntukkan belanja pembangunan sebanyak RM4.36 bilion. Peruntukan ini adalah untuk melaksanakan sebanyak 394 projek pembangunan Kementerian Kesihatan iaitu sebanyak 332 projek fizikal dan 60 projek bukan fizikal.

Bagi projek fizikal, terdapat pembinaan sebanyak 13 buah hospital baharu, 110 buah klinik baharu, 159 projek naik taraf fasiliti Kementerian Kesihatan dan 50 projek dari lain-lain kategori termasuk pejabat kesihatan daerah dan pembinaan kuarters bagi kakitangan Kementerian Kesihatan. Sementara itu di bawah Rolling Plan Kedua RMKe- 12, Kementerian Kesihatan telah mengemukakan permohonan projek baharu kepada EPU pada bulan Mac baru-baru ini. Permohonan ini melibatkan sebanyak 121 projek baharu dengan keperluan kewangan sebanyak RM4.67 bilion. Kini Kementerian Kesihatan sedang menunggu keputusan EPU.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan menyambut baik akan cadangan projek baharu dan projek naik taraf yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sewaktu perbahasan RMKe-12. Insya-Allah cadangan-cadangan ini akan diperhalusi dan diberi pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Kesihatan sebelum dikemukakan kepada EPU.

Sebahagian besar daripada perkara yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sewaktu perbahasan RMKe-12 adalah berhubung pembangunan fasiliti kesihatan. Ingin saya nyatakan bahawa kerajaan akan meneruskan inisiatif bagi memastikan Malaysia mencapai akses sejagat kepada penjagaan kesihatan berkualiti dengan menambah baik infrastruktur asas sistem kesihatan negara khususnya di wilayah Sabah dan Sarawak. Untuk makluman, dalam RMKe-11...

final • 4:31 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua boleh?

final • 4:31 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

...Kerajaan telah memberi sejumlah peruntukan sebanyak RM677.41 juta untuk Sabah dan RM632.9 juta untuk Sarawak bagi mempertingkatkan kemudahan kesihatan termasuk hospital di luar bandar.

final • 4:31 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:31 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Dalam tempoh...

final • 4:31 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Timbalan Menteri boleh?

final • 4:31 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Sekejap ya. Sebentar, saya tidak habis lagi. Dalam tempoh pembangunan Rolling Plan Pertama, RMKe-12 sahaja kerajaan memperuntukkan sebanyak RM422.49 juta untuk wilayah Sabah dan RM820.77 juta untuk wilayah Sarawak. Jumlah ini dijangka meningkat sebaik belanjawan diputuskan untuk– yang diluluskan di bawah Rolling Plan Kedua, RMKe-12. Siapa tadi?

final • 4:31 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Boleh? Sepang.

final • 4:31 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Silakan.

final • 4:31 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hanya ingin bertanya dua persoalan sahaja. Pertamanya, tadi Yang Berhormat kata tentang kerajaan akan begitu peka terhadap pembinaan hospital dan sebagainya. Jadi saya hendak tanya mungkin Yang Berhormat ada jawapannyalah tetapi tidak ada sekarang Yang Berhormat boleh bagi jawapan bertulislah. Saya ada bertanya tentang bilakah Hospital Cyberjaya akan dibuka? Satu.

Keduanya Yang Berhormat, tentang Yang Berhormat kata kerajaan begitu peka terhadap penjagaan kesihatan. Saya hendak tanyalah, apakah pendirian kerajaan

final • 4:31 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

sekarang khususnya pihak Kementerian Kesihatan terhadap hari ini kita mendengar kenyataan daripada Perdana Menteri mengatakan bahawa dia khuatir akan berlakunya the spread ya ataupun merebaknya ataupun kembali semula masalah COVID ini apabila Kerajaan Negeri Melaka membubarkan DUN. Jadi, apa pendirian Kementerian Kesihatan? Adakah Kementerian Kesihatan bersetuju dengan tindakan untuk mengadakan pilihan raya kecil di Melaka ini yang mungkin boleh mengakibatkan satu gejala pandemik yang baharu pula.

Jadi, macam mana? Apa pandangan Yang Berhormat? Sekian.

final • 4:31 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Terima kasih Yang Berhormat Sepang.

Yang Berhormat Sepang ini kuat betul ya, cepat betul dia. Saya baru mukadimah sahaja, Cyberjaya ada di tengah-tengah nanti. Apa pun dan juga kita sedang bercakap tentang fasiliti kesihatan. Kita bukan cakap tentang pilihan raya. Akan tetapi Yang Berhormat Sepang kata tadi boleh hendak secara bertulis pun boleh kan, secara jawab pun boleh, saya ingat tidak perlu jawab lagi sekarang.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan cadangan Yang Berhormat Sandakan bagi pembinaan sebuah hospital baharu di Sandakan. Kementerian Kesihatan perlu meneliti cadangan ini berdasarkan keperluan perkhidmatan. Akses kepada fasiliti kesihatan, ketersediaan tapak dan sumber manusia serta tertakluk kepada kemampuan kewangan kerajaan.

Pada masa ini kawasan Sandakan telah pun mempunyai Hospital Duchess of Kent yang masih boleh menampung keperluan perkhidmatan kesihatan semasa. Hospital ini mempunyai 400 buah katil dengan lingkungan kadar penggunaan katil BOR 70 peratus hingga 75 peratus dan dilengkapi dengan kekuatan 1,456 pegawai dan anggota kesihatan daripada pelbagai skim perkhidmatan.

Kementerian Kesihatan akan meneliti keperluan pembinaan blok tambahan baharu tertakluk kepada ketersediaan tapak. Saya juga telah pergi ke Sabah dan telah melawat hospital ini. Ya lah pada masa itu masa COVID pun telah berleluasa jadi keadaannya agak berlainan tetapi inilah yang kita dapat lihat yang saya katakan pembinaan hospital ini kita akan menilai daripada aspek ketersediaan tapak, keperluan BOR dan akhir sekali dana yang kita perlukan.

final • 4:31 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Yang Berhormat Timbalan Menteri mencelah sikit. Ada jawapan untuk Kangar tidak?

final • 4:31 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Daripada mana ya?

final • 4:31 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Kangar, Kangar.

final • 4:31 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Kangar kah?

final • 4:31 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Ada sebut fasal Hospital Padang Besar walaupun bukan kawasan saya tetapi untuk Perlis lah.

final • 4:31 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Ada Kangar. Sabaq na.

final • 4:31 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Jempol ada tidak, Jempol?

final • 4:31 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Kita pi, kita...

final • 4:31 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Jempol ada jawapan tidak?

final • 4:31 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Kangaq ada, Cyberjaya ada...

final • 4:31 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Jempol?

final • 4:31 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Jempol ada.

final • 4:31 PM

Dato' Haji Salim Sharif - Jempol

Ada ya? Okey.

final • 4:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Sabar ya. Kita tengah cakap fasal Sandakan ini. Jadi, insya-Allah.

final • 4:40 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Boleh celah sikit, Gopeng.

final • 4:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Gopeng hendak cakap fasal Sandakan?

final • 4:40 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Bukan.

final • 4:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Berkaitan kah?

final • 4:40 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Tidak, pembinaan. Projek baharu.

final • 4:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Ya kah? Ya lah, nanti saya tengok macam mana. Akan tetapi yang sebenarnya ini Sandakan ini.

final • 4:40 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Terima kasih Yang Berhormat dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya faham memang di bawah Kementerian Kesihatan memang ada banyak projek pembangunan untuk fasiliti baharu. Akan tetapi saya juga tahu bahawa blok kardiologi di Hospital Serdang akan siap dan masalah yang dihadapi adalah kekurangan kakitangan untuk kendalikan blok kardiologi di Hospital Serdang dan ada ura- ura bahawa blok yang baharu ini akan diswastakan keluar daripada Kementerian Kesihatan.

Jadi, kalau tidak ada perancangan untuk kakitangan yang mencukupi untuk kendalikan fasiliti baharu, apa guna ada bangunan hospital baharu, kemudahan klinik baharu dan sebagainya? Saya mohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan blok kardiologi baharu di Hospital Serdang. Sekian.

final • 4:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Terima kasih Yang Berhormat Gopeng.

Dia macam– Tuan Yang di-Pertua, dia macam kita capai negara maju tetapi rakyat semua sakit. Jadi, apa gunanya. Apa guna kalau ekonomi bagus semua tetapi rakyat sakit. Itu maksudnya. Jadi, sebab itu lah jawapannya itu yang akan saya bagi nanti berkaitan juga dengan Cyberjaya tadi. Akan tetapi biar saya habiskan usaha-usaha kita berkenaan dengan Sabah ini dahulu.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh mengenai Hospital Kota Belud, seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Belud, hospital ini adalah hospital tanpa pakar.

Berkapasiti 172 buah katil. Kadar penggunaan katil DOR adalah hanya 35 peratus sebelum pandemik COVID-19 dan kedatangan seharian di jabatan pesakit luar seramai 250 hingga 300 orang pesakit sehari. Bagi memperluaskan kebolehcapaian perkhidmatan kepada penduduk setempat, konsep hospital kluster dengan menggabungkan beberapa hospital tanpa pakar berdekatan dengan hospital berpakar telah dilaksanakan.

Sehubungan ini, Hospital Kota Belud diterajui oleh Hospital Queen Elizabeth untuk perkhidmatan pakar yang hadir secara berkala ke hospital ini. Sebagai makluman, Kementerian Kesihatan telah pun melaksanakan beberapa projek naik taraf di hospital ini seperti satu pembinaan bangunan unit kecemasan dan trauma pada tahun 2015 dan pembinaan stor hemodialisis unit yang baharu pada tahun 2017.

Jadi, konsep ini, konsep hospital kluster ini sudah mula sejak tahun 2014. Sebab kita tidak mampu. Macam hari ini kalau COVID-19 kita hendak test semua orang kita tidak mampu, kerajaan tidak mampu hendak buat begitu. Sebab itu kita pilih kaedah yang terbaik umpamanya. Jadi, kita tidak ada pakar, kita semua tahu pakar di Malaysia kekurangan sangat. Jadi, apa yang dibuat ialah konsep kluster. Ini konsep jemaah ini, konsep tolong-menolong ini, taawun. Ini penting. Sebab itu kita lihat kalau saya sebut hospital-hospital, banyak hospital yang digabungkan hospital kecil hari ini kita ada 42 buah hospital pakar kluster dengan 140 buah hospital di bawah.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Soalan Yang Berhormat, soal kluster.

final • 4:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Jadi, kluster – pakar-pakar ini akan rotate mengikut jadual untuk pergi dari hospital ke hospital. Jadi, ini yang akan membantu seolah-olah hospital itu ada pakar.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Soalan tambahan.

final • 4:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Itu maknanya.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Soalan tambahan dari Tuaran.

final • 4:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Ya, kita tidak dapat 100 peratus tetapi daripada tidak ada, dia ada. Itu bagus. Silakan.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Yang Berhormat, soalan tambahan. Terima kasih. Terima kasih di atas penjelasan tentang konsep hospital kluster. Kota Belud dan Tuaran itu berdekatan. Di Tuaran juga terlibat dalam hal penghantaran pakar berkala ini. Adakah kerajaan bercadang untuk menggunakan klinik- klinik kesihatan yang juga menjadi supporting services kepada hospital-hospital ini?

Contohnya di Tuaran kita mempunyai beberapa klinik kesihatan di mana ada juga pegawai perubatan di situ.

Masalah di sini ialah kalau kita mahu contohnya untuk membuat ujian-ujian makmal dan sebagainya boleh. Malah sudah pun ada. Akan tetapi daripada segi prasarananya dan ini bukan banyak sangat kos. Saya mengambil contoh Yang Berhormat Klinik Kesihatan Pekan Nabalu ini boleh membantu Daerah Kota Belud dan Tuaran. Akan tetapi Yang Berhormat lain kali pergi melawatlah tengok. Doktor yang merawat pesakit pun tidak ada, bukan dalam bilik. Boleh dilihat oleh seluruh orang, orang lain boleh dengar pun. Tidak ada kemudahan begitu. Kalau kita bikin makmal yang tidak perlu besar sedikit pun, boleh dibuat dan ini bukan hal. Dengan lain perkataan, jika sekiranya kita gemblengkan kesemua klinik kesihatan yang lain boleh mengurangkan kesesakan hospital-hospital seperti di Hospital Kota Belud, Hospital Tuaran dan sebagainya.

Berkenaan dengan pakar tadi itu walaupun ia secara kluster, tetapi kita mintalah.

Kita mohon supaya perkara itu walaupun berkala biar setiap hari ada lah. Sebab jika tidak ada, kesesakan di Hospital Queen Elizabeth 1 dan 2 itu memang sesak Yang Berhormat.

Jadi, apa pandangan Yang Berhormat dalam hal ini?

final • 4:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran.

Saya pun melihat juga Tuaran ini lead hospitalnya ialah Hospital Queen Elizabeth di bawah itu di Hospital Ranau, Kota Belud, Hospital Tuaran dan sebagainya. Kesesakan itu dalam kajian kita semua tahu sudah. Tidak payah cakap. Di Parlimen Bagan Serai pun sesak juga. Satu bilik ada tiga orang doktor dan macam-macam. Banyak benda yang kita patut buat sekarang ini. Akan tetapi kena bagi masa. Ini kerana kita kena fikir, kita kena bawa dalam mesyuarat, kita bincangkan dalam pembangunan bagaimana klinik-klinik yang sudah lama kita ganti.

Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, Klinik Kesihatan Bagan Serai di Parlimen saya sendiri type 4 bertindak sebagai type 2. Satu hari sepatutnya dalam 200 orang tetapi 450 orang. Kliniknya hampir-hampir sama dengan rumah saya, saya 60. Jadi, 57 atau 58 tahun sudah. Keadaan klinik yang berselerak. Jadi, ini pun patut ditukar. Begitu juga yang kita dengar– Yang Berhormat Tuaran, saya setuju dengan Yang Berhormat Tuaran dan ini lah keluhan bukan Yang Berhormat Tuaran malah semua Ahli Parlimen.

Kita hendak cerita ini hari ini. Saya pun duduk di sana dulu. Jadi, saya tengah fikir macam mana klinik kesihatan di Bagan Serai, bagaimana tentang Hospital Parit Buntar dan sebagainya.

final • 4:40 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Jadi, kita tahu. Sebab itu saya beritahu tadi kerajaan ataupun KKM Kementerian Kesihatan sangat berhati-hati untuk memilih dan sebagainya.

final • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Izinkan saya sambung. Mengenai saranan Yang Berhormat Lahad Datu.

final • 4:40 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Agar Hospital Lahad Datu ditambahkan mesin respiratory dan mesin dialilis...

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk dulu, duduk dulu.

final • 4:40 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Yang Berhormat Menteri, Padang Serai sedikit.

final • 4:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri tidak bagi, sekejap.

final • 4:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

...Sukacita dimaklumkan Kementerian Kesihatan memperuntukkan RM3.53 juta...

final • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

...bagi memperoleh peralatan perubatan bagi tahun 2021 di Hospital Lahad Datu. Peralatan perubatan termasuklah peralatan yang diperlukan dalam menangani wabak COVID-19 di Hospital Lahad Datu antaranya adalah empat unit mesin hemodialisis, empat unit portable RO, satu unit dialyzer reprocessor machine, 32 unit ventilator, peralatan makmal dan lain-lain.

final • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Yang Berhormat.

final • 4:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Kementerian Kesihatan– sebentar ya.

Yang Berhormat. Kementerian Kesihatan sentiasa berusaha menambah baik keperluan peralatan di hospital Lahad Datu dan memantau keperluan dalam penambahan atau penggantian peralatan ini dari semasa ke semasa agar perkhidmatan di hospital ini tidak terjejas.

final • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri.

final • 4:40 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Tuan Yang di-Pertua, bagi saya sikit lagi.

Kementerian Kesihatan amat prihatin dengan cadangan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Libaran mengenai usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan kesiapsiagaan fasiliti kesihatan. Yang Berhormat telah menyatakan keperluan sebuah klinik desa. Yang Berhormat telah pun sedia maklum pada masa ini perkhidmatan kesihatan di Libaran disediakan oleh tiga buah klinik kesihatan dan dua klinik desa.

Kementerian Kesihatan telah pun mengambil inisiatif untuk membina klinik kesihatan bagi menggantikan klinik desa. Makna, kita punya polisi tidak buka klinik desa sekarang ini.

Bagi perkhidmatan kesihatan primer yang lebih komprehensif termasuk perkhidmatan ibu dan anak.

Sukacita dimaklumkan, projek pembinaan Klinik Kesihatan Sungai Manila, Sandakan yang merupakan projek gantian Klinik Desa Sungai Manila kini di peringkat reka bentuk dan akan ditender pada awal tahun 2022. Silakan.

final • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Walaupun saya tidak diberi peluang untuk berbahas mengenai RMke- 12, ketika saya membahaskan Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong saya telah memuji kementerian di atas langkah-langkah yang telah diambil terutamanya di Pulau Pinang untuk membantu perkhidmatan perubatan di sana dengan mendirikan hospital oleh pihak tentera yang mendirikan hospital– temporary hospital dengan izin.

Pada masa yang sama, saya telah juga dengar ulasan Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan kekurangan kawasan Yang Berhormat Menteri sendiri. Di tiap-tiap kawasan kita lihat bahawa ada kekurangan terutamanya berkenaan dengan peralatan, perkara-perkara yang berkenaan dengan hospital.

final • 4:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Maka, bolehkah saya mencadangkan kalau dalam pembentangan bajet yang akan dibuat, supaya pembentangan itu diperhalusi dan tidak ada sebarang pembaziran

final • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

terutamanya yang berlaku baru-baru ini, di mana RM38.5 juta dibelanjakan untuk mengubah suai Kediaman Rasmi Perdana Menteri. Sekurang-kurangnya, wang itu boleh digunakan untuk diagihkan di kawasan-kawasan tertentu termasuk kawasan Yang Berhormat sendiri, untuk kita meningkatkan taraf hospital-hospital dan klinik-klinik.

Hal ini kerana, perkara itu adalah lebih penting berbanding dengan membelanjakan RM38.5 juta – Kediaman Rasmi Perdana Menteri yang tidak dihuni pun.

Apakah pandangan Yang Berhormat?

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, itu patutnya kena tanya kepada MOF.

final • 4:50 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sedikit. Padang Serai.

final • 4:50 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Soalan berkait rapat.

final • 4:50 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Padang Serai. Ya, berkaitan hospital.

final • 4:50 PM

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Tuan Yang di-Pertua, saya benarkan.

Akan tetapi, oleh sebab masa kita pun singkat....

final • 4:50 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Sedikit.

final • 4:50 PM

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Saya tahu saya tidak akan habis semua, banyak ini.

final • 4:50 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Tahu, tahu.

final • 4:50 PM

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Semua akan diberikan jawapan bertulis.

final • 4:50 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Sedikit.

final • 4:50 PM

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Akan tetapi, apabila you all– minta maaf.

Apabila kita hendak mencelah itu, tolong bagi ringkaslah supaya saya dapat bercakap.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya boleh bagi, extend– sekejap.

final • 4:50 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Padang Serai.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan I, saya boleh bagi sepuluh hingga 15 minit lebih. Boleh ya?

final • 4:50 PM

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Okey.

final • 4:50 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih. Sedikit sahaja. Ini sebab tadi, apabila saya tanya Yang Berhormat Menteri KeTSA, dia kata Kementerian Kesihatan akan jawab soalan saya berkenaan isu medical cannabis. Kalau saya dapat pendirian Kementerian Kesihatan, ini akan banyak membantu. Terima kasih, Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Terima kasih.

final • 4:50 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Padang Serai, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Padang Serai sedikit, berkaitan...

final • 4:50 PM

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Yang Berhormat Muar. Terima kasih, Yang Berhormat Muar. Berkenaan dengan cannabis ini, kalau tidak silap saya semalam, Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri telah memberikan ulasan juga. Apa pun saya rasa, tentang kebaikan– banyak kita bincang sudah. Dalam dunia ini sudah dibuat banyak perbincangan, malah dalam perbahasan saya dengar hari itu tentang– daripada Yang Berhormat Kuala Kedah, menceritakan tentang kebaikan ketum.

final • 4:50 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Kawan lama.

final • 4:50 PM

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Penyalahgunaannya banyak. Kalau kita makan nasi dengan banyak pun kita boleh mati. Itu penyalahgunaan. Jadi, kalau kita salah guna ketum, kita memang habislah. Banyak benda kita kena...

final • 4:50 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Padang Serai. Padang Serai sedikit.

final • 4:50 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:50 PM

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Jadi, saya mengambil pendirian yang Kementerian Kesihatan akan meneliti perkara ini.

final • 4:50 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Padang Serai, berkaitan dengan hospital sedikit.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai, sekejaplah. Sekejap. Yang Berhormat Timbalan Menteri sedang jawab fasal hemp itu.

final • 4:50 PM

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Ya, ya. Hemp, marijuana.

final • 4:50 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Simpang Renggam, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:50 PM

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Padang Serai, Padang Serai. Fasal dia dekat dengan Bagan Serai kan.

final • 4:50 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

[Ketawa]

final • 4:50 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Jemput ke Perlis nanti ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:50 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri, kawan baik saya. “RM 20 million multi-storey block would be built to increase the number of hospital beds. Adding that, the project was in the planning stage.” Ini pada tahun 2017, sampai sekarang tidak ada apa- apa jawapan. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau tidak dapat jawapan, berikan jawapan bertulis sebab ini adalah keperluan rakyat. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:50 PM

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Terima kasih, Yang Berhormat Padang Serai. Banyak orang macam Yang Berhormat Padang Serai juga, jangan risau. Di Bagan Serai, Hospital Parit Buntar kelulusannya pada tahun 2013. RMKe-10, Rolling Plan Ke-3.

Sampai hari ini belum nampak lagi.

final • 4:50 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

[Ketawa]

final • 4:50 PM

Seorang Ahli

Yalah.

final • 4:50 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Ini berbahas kah macam mana?

final • 4:50 PM

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Jadi, ini semua sama. Jadi, ini semua sama. Oleh sebab itu kita tengok, kita bagi ikut keutamaan, mana yang dahulu, mana yang sudah lama dan sebagainya. Saya setuju dengan Yang Berhormat Padang Serai. Akan tetapi, kita take turn. Kita take turn.

final • 4:50 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Yang Berhormat Timbalan Menteri, Simpang Renggam.

final • 4:50 PM

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:50 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Simpang Renggam, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:50 PM

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Sekejap. Yang Berhormat Kalabakan telah membangkitkan tentang keperluan untuk membina sebuah hospital baharu di Kalabakan. Semua orang minta hospital baharu. Semua orang minta klinik baharu.

Kementerian Kesihatan sedang mengkaji kesesuaian melaksanakan konsep hospital satelit di kawasan pedalaman. Selain ruangan untuk perkhidmatan pesakit luar, kemudahan hospital satelit bakal dilengkapi dengan kemudahan pesakit dalam seperti wad, dewan bedah, dan bilik bersalin.

Tuan Yang di-Pertua, meskipun kita berdepan dengan pelbagai cabaran dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di wilayah Sarawak, terutamanya topografi yang sangat luas, namun kementerian tetap komited melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan rakyat Sarawak tidak terpinggir dalam menikmati kemudahan perkhidmatan. Pada masa ini, Sarawak mempunyai bilangan hospital

final • 4:50 PM

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Kementerian Kesihatan yang kedua tertinggi dalam Malaysia selepas Sabah, dengan jumlah hospital sebanyak 23 buah dan jumlah katil sebanyak 4,146 buah.

Bilangan Klinik Kesihatan di Sarawak pula sebanyak 244 buah. Purata kadar penggunaan katil adalah 53.2 peratus. Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan sedia maklum akan kesesakan di hospital-hospital utama, seperti Hospital Umum Sarawak, Hospital Miri dan juga Hospital Sibu.

Bagi menambah baik perkhidmatan kesihatan di Sarawak, pembinaan kemudahan kesihatan baharu dan menaik taraf kemudahan sedia ada lebih tertumpu di kawasan atau kemudahan yang mempunyai beban kerja atau kadar penggunaan katil yang tinggi. Faktor lain yang turut diambil kira dalam perancangan sesebuah kemudahan kesihatan termasuklah kepadatan penduduk, akses kepada perkhidmatan di kemudahan yang ada, kesediaan tapak seperti yang saya sebutkan tadi, yang sesuai dan sumber manusia.

Jadi, sebab itu saya tengok soalan-soalan daripada pencelahan ini, semua sudah ada dalam jawapan ini. Saya tahu masa tidak ada, dan semua akan diberikan secara bertulis. Dapat kita lihat, perkara-perkara yang kita sebut ini.

final • 4:50 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:50 PM

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Bagi menjawab pertanyaan– sebentar ya.

Bagi menjawab pertanyaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Samarahan, di bawah Rolling Plan Pertama RMKe-12, sebanyak 36 buah projek telah diluluskan untuk negeri Sarawak. Projek-projek ini melibatkan pembinaan hospital, klinik baharu, naik taraf hospital sedia ada, serta pembaikan dan penyelenggaraan kuarters-kuarters hospital.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 12 buah projek merupakan projek baharu, manakala 24 buah projek lagi merupakan projek sambungan. Sehingga kini, sebuah projek telah disiapkan manakala 20 buah projek masih dalam fasa pembinaan dan 15 buah projek lagi dalam fasa pra-pelaksanaan.

Antara projek-projek tersebut ialah Klinik Kesihatan Simpang Bukut Mukah.

Hospital Sri Aman, dijangka siap pada bulan Disember 2021 dengan bilangan katil 108 buah. Blok tambahan Hospital Miri dijangka siap pada bulan Oktober 2023 dengan bilangan katil 328 buah. Hospital Lawas dijangka siap pada bulan Februari 2024 dengan bilangan katil 76 buah dan Hospital Petrajaya dijangka siap pada bulan Januari 2024 dengan bilangan katil sejumlah 300 buah. Silakan, Yang Berhormat Simpang Renggam.

final • 4:50 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Okey, pendek sahaja Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tidak minta hospital lah, cuma hendak minta naik taraf Pusat Kesihatan Daerah Simpang Renggam, Klinik Kesihatan Pekan Renggam dan Klinik Kesihatan Bandar Layang-layang. Harap dapat masuk rekod untuk dinaik taraf dan diselenggarakan, kerana apabila kita pergi buat lawatan tengok banyak kedaifannya.

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:50 PM

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Terima kasih, Yang Berhormat Simpang Renggam. Akan diambil perhatian dan insya-Allah, kalau boleh saya pun akan cuba melawat juga suatu hari nanti.

final • 4:50 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Ahlan wa sahlan.

final • 4:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:50 PM

Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong - Hulu Rajang

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:50 PM

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Tuan Yang di-Pertua – sebentar ya. Yang Berhormat Hulu Rajang ...

final • 4:50 PM

Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong - Hulu Rajang

Hulu Rajang, ah! Bagus.

final • 4:50 PM

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

...telah menyarankan agar Hospital Kapit dan Klinik Kesihatan Kapit dinaik taraf. Hospital Kapit adalah hospital pakar minor berkapasiti 134 buah katil, mempunyai Pakar Residen dalam empat bidang kepakaran, iaitu pediatrik, anestesiologi, obstetrik & ginekologi, dan perubatan am. Ini adalah

final • 4:50 PM

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

peningkatan daripada tiga buah bidang kepakaran residen pada tahun 2020. Jadi, sudah ada peningkatan.

Bagi meningkatkan akses kepada perkhidmatan kepakaran, Hospital Kapit juga merupakan sebahagian dari Hospital Kluster Sarawak yang mula dilaksanakan pada tahun 2019. Melalui pelaksanaan inisiatif Hospital Kluster, Hospital Kapit menerima perkhidmatan kepakaran dari Hospital Sibu, iaitu lead hospital meliputi bidang kecemasan, oftalmologi, nefrologi, otorinolaringologi, ortopedik, pembedahan neurosurgeri, psikiatri, dan pembedahan am. Hospital non-lead lain bagi kluster ini adalah Hospital Kanowit dan Hospital Daro.

Selain itu Tuan Yang di-Pertua, kerja-kerja menaik taraf wad kebergantungan tinggi (high dependency ward) kepada unit rawatan rapi dengan kapasiti empat buah katil termasuk pembelian aset perubatan pun telah siap pada bulan Ogos 2021. Buat masa sekarang, projek pembinaan bangunan baru bagi menaik taraf Jabatan Pengimejan dan Diagnostik sedang giat dilaksanakan.

Projek naik taraf ini melibatkan dua buah blok bangunan, merangkumi bilik pemeriksaan CT scan, bilik proses kawalan, ruang persediaan pemulihan, bilik persalinan, kaunter dan ruang menunggu, bilik Pejabat Radiologi, bilik seminar, bilik mesyuarat dan sebagainya, dan bangunan mekanikal. Projek ini bermula pada 8 April 2021 dan dijangka siap pada 6 April 2023 dengan kos pembinaan projek sebanyak...

final • 4:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini isu yang penting dalam negara, isu vaksin, isu COVID-19, bukan isu-isu seperti ini.

Nampak sangat dia macam hendak lari ini, Tuan Yang di-Pertua. Kena minta arahkanlah.

Jangan buat–

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sepang, duduk.

final • 4:50 PM

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Status fizikal projek ini adalah sebanyak 13 peratus mengikut jadual. Tuan Yang di-Pertua–

final • 4:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 4:50 PM

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Silakan, Yang Berhormat Klang.

final • 4:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Saya tidak minta hospital yang baharu, tetapi saya minta dana yang baharu. Dana ini saya telah bahas dalam perbahasan saya mengenai Rancangan Malaysia Ke-12. Saya telah mencadangkan supaya kerajaan membina atau pun membentuk– bukan membina, membentuk suatu dana kanser– cancer national fund, demi kepentingan orang ramai khususnya orang miskin yang tidak dapat rawatan yang cukup.

final • 4:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Memandangkan COVID-19 telah pandemik, kebanyakan hospital di Klang Valley terpaksa tunda appointment mereka kepada satu tahun. Ada beberapa patients, appointment mereka ditunda kepada satu tahun daripada appointment awal. Oleh sebab itu, saya minta...

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Terima kasih Yang Berhormat Klang.

Saya memahami hasrat di hati Yang Berhormat Klang.

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Akan tetapi...

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Ini untuk membantu mereka yang ada kanser

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Betul.

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

dengan dana ataupun tabungan...

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Betul, betul.

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Kita hendak buat tabungkah, hendak buat apakah sebab kita bantu– jangan– orang-orang yang ada kanser ini sudahlah susah jatuh ditimpa tangga. Jadi, mungkin saya boleh sentuh sedikit, Yang Berhormat..

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebelum...

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Kerajaan tidak pernah mengabaikan, kita dari dahulu lagi...

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya belum habis lagi.

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Umpamanya...

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Satu lagi...

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Kita ada B40. Projek PeKa B40 di dalamnya ada slot untuk membantu menyelesaikan masalah pesakit-pesakit kanser...

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Tetapi itu tidak cukup Yang Berhormat Menteri...

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Membantu daripada aspek kelengkapan, ubat, alat yang diperlukan dan sebagainya. Ini dibuat dalam PeKa B40. Kita juga ada Tabung Bantuan Perubatan yang telah diwujudkan oleh kerajaan sejak tahun 2005. Kita hari ini telah membantu rakyat sebanyak RM488.5 juta. Bagi tahun 2021 sebanyak RM31.65 juta telah diperuntukkan untuk bantuan ini. Sehingga kini, tabung bantuan perubatan telah memberi manfaat kepada seramai 67,000 orang pesakit. Ini orang yang susah ini...

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Betul.

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Ini orang yang susah sebab apa bukan sebarang orang, dia ada jabatan dia iaitu jabatan sosial yang akan menilai. Tengok gajinya, tengok hartanya dan sebagainya sebelum memberikan bantuan-bantuan ini...

final • 5:00 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Tuan Yang di-Pertua...

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Jadi maknanya Yang Berhormat, kita bagi bantuan bersasar. Kita bagi bantuan kena pada tempatnya. Maknanya, kita ...

final • 5:00 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Tuan Yang di-Pertua...

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Kita tidak akan biarkan...

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Saya ucapkan...

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Kerajaan, Kementerian Kesihatan tidak akan membiarkan sesiapapun orang-orang yang susah yang ada kanser merana. Kita akan bagi...

final • 5:00 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Sudahlah.

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Tahniah.

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Jadi ini yang kita buat.

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Tahniah Yang Berhormat Timbalan Menteri, tahniah.

final • 5:00 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Jempol tidak jawab tadi.

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri...

final • 5:00 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Timbalan Menteri...

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Insentif melengkapkan rawatan kanser dalam...

final • 5:00 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Timbalan Menteri...

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

PeKa B40 sebanyak RM2.3 juta telah diperuntukkan untuk membantu mereka ini.

final • 5:00 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:00 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Timbalan Menteri...

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Jadi hasrat, cadangan Yang Berhormat Klang itu sangat baik. Saya sangat setuju dan memang ada dalam jawapan saya di sini...

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih.

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Kalau saya tidak sempat, ia akan diberikan sebagai jawapan bertulis Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Jempol belum jawab lagi Tuan Yang di- Pertua...

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Timbalan Menteri tolong dengar saya satu minit.

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Terima kasih.

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Tolong dengar saya, satu minit.

final • 5:00 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Hospital Jempol.

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

PeKa B40 itu bagus. PeKa B40 itu bagus...

final • 5:00 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Timbalan Menteri...

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Tetapi tidak cukup. Tak cukup and we need a stand-alone fund.

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Daripada tidak cukup lebih baik ada. Lebih baik kita ada. Lebih baik kita ada...

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Dengar dahulu, dengar saya...

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Selepas itu kita tambah.

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Tolong dengar saya...

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Dana ini bukan datang daripada kerajaan...

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Isu kedua berkaitan dengan...

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Ia adalah tabungan...

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Kekurangan oncologist...

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Bukan sahaja kerajaan, ini adalah konsep kita semua orang. Semua orang pun patut juga...

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Saya terima. Timbalan Menteri, tolong dengar saya satu minit sahaja.

final • 5:00 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Timbalan Menteri, Jempol punya jawapan Hospital Jempol.

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Kedua, isu oncologist...

final • 5:00 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Jempol.

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Kita sekarang hanya 117...

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Saya tinggal lagi empat minit. Saya tinggal lagi empat minit...

final • 5:00 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Jempol, Jempol.

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Kita perlukan 183 oncologist lagi...

final • 5:00 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Timbalan Menteri, jawab sahaja.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Untuk jawapannya, dia masih tidak puas hati. Tuan Yang di-Pertua, saya ada empat minit lagi. Saya akan habiskan.

Berhubung dengan cadangan naik taraf Klinik Kesihatan Samarahan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Samarahan, Kementerian Kesihatan sedia maklum akan kadar kedatangan pesakit yang semakin meningkat akhir-akhir ini. Bagi mengurangkan kesesakan di klinik ini, Kementerian Kesihatan mempunyai perancangan untuk membina klinik kesihatan baharu bagi menggantikan Klinik Kesihatan Samarindah sedia ada. Kini Kementerian Kesihatan sedang mengenal pasti tapak yang sesuai okey, kesediaan tapak yang sesuai untuk Klinik Kesihatan Samarindah baharu ini.

Dalam usaha untuk menambah baik perkhidmatan rawatan kanser di Sarawak, Kementerian Kesihatan mempunyai perancangan untuk menubuhkan sebuah pusat kanser di Samarahan. Kementerian Kesihatan bercadang untuk memindahkan perkhidmatan kepakaran rawatan kanser sedia ada di Hospital Umum Sarawak ke pusat kanser baharu tersebut bagi menyediakan perkhidmatan rawatan kanser yang lebih komprehensif. Pada masa ini, cadangan ini di peringkat perancangan...

final • 5:00 PM

Puan Rubiah binti Wang - Kota Samarahan

Yang Berhormat Timbalan Menteri...

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Di mana Kementerian Kesihatan sedang mengkaji aspek pelaksanaan secara kerjasama awam dan swasta...

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Timbalan Menteri, terima kasih.

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Yang Berhormat Kota Samarahan ada tidak hari ini? Tak ada?

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih. Akan tetapi, Timbalan Menteri, saya ingin...

final • 5:00 PM

Puan Rubiah binti Wang - Kota Samarahan

Yang Berhormat Timbalan Menteri...

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Timbalan Menteri bahawa...

final • 5:00 PM

Puan Rubiah binti Wang - Kota Samarahan

Yang Berhormat Timbalan Menteri...

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Bahawa kerajaan.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tolong, tolong.

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Maklum...

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat...

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Akan kesukaran penduduk Long Lama untuk ke Hospital Miri atas faktor jarak. Seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Baram. Disebabkan Klinik Kesihatan Long Lama telah mengalami kerosakan akibat kejadian mendapan tanah pada tahun 2020. Susulan itu, operasi klinik telah dipindahkan dan beroperasi sementara di Dewan Masyarakat Long Lama.

Sejumlah RM890,000 diperuntukkan untuk kerja-kerja pembaikan kecemasan dan telah siap pada Januari 2021. Namun, kementerian mendapati masih terdapat keretakan pada cerun di klinik ini. Kerja subsurface investigations dengan izin untuk kerja pembaikan cerun telah pun selesai. Kini pihak JKR di peringkat reka bentuk pembaikan cerun dan dijangka tender pada bulan Disember 2021.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama pihak EPU telah meluluskan pembinaan Klinik Kesihatan Long San di bawah Rolling Plan Keempat, RMKe-11 Tahun 2020 yang terletak lebih hampir dengan kawasan pedalaman di Daerah Telang Usang.

Susulan kelulusan ini, Kementerian Kesihatan telah memperoleh kelulusan tapak projek daripada Kerajaan Negeri Sarawak dan juga telah memperluaskan skop projek untuk dimasukkan kemudahan X-ray, makmal, katil bersalin dan katil pemerhatian serta klinik penyakit berjangkit. Dengan adanya Klinik Kesihatan Long San yang baharu ini, penduduk

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

kawasan pendalaman akan lebih mudah untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif serta secara tidak langsung mengurangkan beban kerja di Klinik Kesihatan Long Lama.

final • 5:00 PM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Terima kasih Timbalan Menteri, terima kasih.

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Tuan Yang di-Pertua, Ya Yang Berhormat Baram. Yang Berhormat Baram selalu bercakap tentang perkara ini. Saya tahu...

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Timbalan Menteri...

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Kementerian Kesihatan akan mengkaji keperluan membina hospital di Long Lama. Pada masa ini, Kementerian Kesihatan sedang mengkaji kesesuaian...

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Timbalan Menteri...

final • 5:00 PM

Tuan Anyi Ngau - Baram

Buat saja.

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Melaksanakan konsep hospital satelit di kawasan pedalaman.

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Timbalan Menteri Kesihatan...

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Perkhidmatan pesakit luar, fasiliti hospital satelit ini bakal dilengkapi dengan kemudahan pesakit seperti wad, dewan bedah dan bersalin.

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Timbalan Menteri, saya hendak balik kepada isu kanser dan juga berkaitan dengan oncologist yang kita sedia ada. Pada masa kini, kita hanya ada 117 oncologist. Malaysia sebenarnya memerlukan lebih 183. Apakah cadangan kerajaan untuk melantik tenaga kerja sedia ada untuk memasuki bidang oncologist supaya kita dapat 183 lagi. Itu satu. Kedua, kerajaan telah membuat...

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Terima kasih Yang Berhormat Klang...

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Timbalan Menteri, dengar, dengar.

Tolong dengar. Oh, shit.

final • 5:00 PM

Beberapa Ahli

[Ketawa]

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Kerajaan memang mengambil berat. Itu Yang Berhormat Klang kena tengok betul, betul. Mengambil berat sebab kita ada pelbagai universiti yang menyediakan...

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Ya la, apakah rancangan...

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Khusus untuk pakar oncologist...

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Apakah rancangan kerajaan untuk melatih 183 lagi? Itu soalannya.

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

...dan melalui program Master ataupun melalui parallel pathway dan juga mereka boleh membuat pengajian di luar negara. Kita memberikan– kita ada Institut Kanser Negara pun. Jadi, semua ini dibuat supaya kita menambahkan...

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Timbalan Menteri, saya ingin memberitahu Timbalan Menteri...

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Kita tahu oncologist. You don’t have enough oncologist.

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Dua, tiga, empat tahun yang lalu kerajaan telah membuat keputusan untuk membina sebuah hospital kanser di Kedah.

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Jadi, kita...

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Apa sudah jadi dengan rancangan itu?

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Kita dalam perancangan yang saya akan cakap tadi perlu menunjukkan keprihatinan kerajaan untuk membantu rakyat sekarang, hari ini.

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Tuan Yang di-Pertua...

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau saya tambah lagi tiga minit, bolehkah tidak kita semua hendak dengar tentang...

final • 5:00 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Persoalan...

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kesan-kesan COVID-19 terhadap remaja itu. Saya rasa itu penting.

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Boleh, boleh. Tuan Yang di-Pertua, saya akan mengambil masa...

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tiga minit boleh? Selepas itu boleh rumuskan.

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Untuk melihat – berkenaan – walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, saya just menyatakan...

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Minta dengar semua Yang Berhormat.

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Kena dengar hospital Kampar, Teluk Intan, Hospital Cyberjaya, Hospital Padang Besar, Hospital Parit yang ditanya– sorry ya.

final • 5:00 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Jempol, Jempol.

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Dan keperluan-keperluan pakar ini semua. Ada Yang Berhormat yang telah bertanya. Mereka akan diberikan jawapan secara bertulis. Semuanya sudah ada di sini.

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Yang Berhormat semua tanya panjang- panjang, inilah kesannya juga. Tuan Yang di-Pertua...

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Berhubung dengan kegusaran Yang Berhormat Hulu Selangor yang bertanya ini mengenai kesan vaksin dan prosesnya kepada golongan remaja. Hanya vaksin yang diluluskan oleh NPRA sahaja akan diberikan, satu.

Seperti ubat-ubatan lain, vaksin juga berkemungkinan mempunyai kesan sampingan yang dikenali sebagai adverse events following immunization (AEFI). Setakat ini beberapa kes AEFI dilaporkan adalah ringan dan bersifat sementara seperti bengkak, sakit kemerahan di tempat suntikan, penat, sakit kepala, sakit sendi. Saya sebutkan di sini Tuan Yang di-Pertua. Demam, loya, rasa tidak sihat.

Sekiranya berlaku yang serius susulan daripada vaksin COVID-19, kerajaan pada 17 Mac telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin. Ini kalau serius tetapi setakat ini tidak ada. Kita ada satu yang minor myocarditis tetapi sudah selesai. Serius dan yang lain tidak ada. AEFI yang sedikit-sedikit yang ringan sangat itu memang ada tetapi ia dengan sendirinya baik selepas satu hari atau dua hari.

Sepertimana Ahli Yang Berhormat yang sedia maklum, pemberian vaksin kepada remaja adalah secara sukarela dan ibu bapa bertanggungjawab dalam membuat pilihan terbaik selepas membaca dan memahami maklumat mengenai vaksin yang dibekalkan.

final • 5:00 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Walau bagaimanapun, kerajaan akan terus berusaha untuk memberikan penerangan berhubung faedah vaksin kepada ibu bapa dan remaja sebagai langkah untuk melindungi mereka dan anak-anak mereka daripada jangkitan virus.

final • 5:10 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Saya bagi sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua?

final • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 5:10 PM

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Selain daripada itu, kerajaan merancang memberi fokus kepada pemberian vaksin ketiga atau booster dose kepada golongan yang berisiko ini seperti frontliners, anggota barisan hadapan, yang kurang daya tahan badan

(immunocompromised) dengan izin, warga emas dengan komorbiditi dan individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan yang panjang (long-term care facilities) dengan izin.

Dianggarkan seramai 1.17 juta individu dalam kumpulan tersebut dijangka terlibat dalam pemberian dos ketiga dan booster dose vaccine nanti. Sama ada keperluan vaksinasi secara tahunan perlu diberikan kepada penduduk Malaysia atau tidak akan dibincangkan kelak.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga memberi sedikit maklumat, berita baik iaitu remaja, anak-anak kita ini, semalam seramai 1.9 juta orang telah menerima dos yang pertama 12 tahun hingga 17 tahun iaitu sebanyak 62.5 peratus. Ini telah melepasi target kita atau KPI kita— target kita yang pertama ialah 60 peratus dos pertama sekurang- kurangnya pada bulan 11 tetapi kita setelah 14 hari iaitu kita bermula secara rasmi pada 20 September, setelah dua minggu kita telah mencapai 62.5 peratus. Ia satu pencapaian yang sangat memberangsangkan.

Ini juga sekali lagi Tuan Yang di-Pertua, 343,000 atau 90.9 peratus anak-anak kita yang berumur 16 tahun dan 344,000 atau 92.8 peratus anak-anak yang berumur 17 tahun — anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan besar dan juga Form 6 semester dua yang akan memasuki sekolah telah hampir melepasi 90 persen telah mendapat suntikan yang pertama. Ini adalah satu berita yang baik yang saya ingin sampaikan pada semua.

Saya mengambil kesempatan Tuan Yang di-Pertua untuk mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam pemberian vaksin remaja khususnya ini yang melibatkan daripada Kementerian Kesihatan, daripada Kementerian Pendidikan, daripada JAKIM, daripada bahagian pendidikan MARA, daripada sukarela daripada agensi-agensi lain seperti ATM, PDRM, RELA dan semua agensi mereka yang tidak saya sebut hari ini saya berasa amat bangga dan mengucapkan jutaan terima kasih.

Semoga Allah SWT memberkati anda semua. Semoga PICK remaja ini mencapai 80 peratus completed dose kedua sekurang-kurangnya sebelum hujung tahun ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Menteri di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

final • 5:10 PM

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. *Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Daun palas dicarik-carik, Buang ketupat berbuka puasa, RMKe-12 kita jayakan, Buat manfaat Keluarga Malaysia.* Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berbahas dan menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya semasa sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan yang mulia ini dari 28 September hingga 4 Oktober 2021 yang lalu.

Tentu sekali segala cadangan dan pandangan yang diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian ketika berbahas tempoh hari, saya dan kementerian ini berikan perhatian dan insya-Allah akan diambil kira dalam melaksanakan gagasan yang digarap oleh kerajaan melalui Rancangan Malaysia Ke-12.

final • 5:12 PM

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri

Ruang yang diberikan pada hari ini akan saya gunakan untuk memberi maklum balas dan berkongsi usaha serta perkara yang kami di MOTAC rancang dan laksanakan dalam usaha untuk mengembalikan semula momentum pertumbuhan sektor ekonomi negara dan dengan industri pelancongan disasarkan oleh RMKe-12 sebagai salah satu industri yang strategik dan berimpak tinggi yang akan dilonjakkan. MOTAC akan terus komited dan berusaha dalam memastikan sasaran ini akan dicapai insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, tumpuan RMKe-12 yang telah dibentangkan adalah selari dengan Dasar Pelancongan Negara iaitu DPN 2020-2030 iaitu menumpukan usaha- usaha ke arah meningkatkan pendapatan negara, menggalakkan kerjasama awam dan swasta, memperkasakan masyarakat setempat, mengukuhkan daya saing pembangunan sektor pelancongan secara mampan dan inklusif, pemulihan industri secara efektif berteraskan norma baharu serta kesediaan mendepani sebarang situasi ketidaktentuan pada masa akan datang.

Negara kita Malaysia sungguh bertuah kerana kaya dengan destinasi yang boleh dipromosikan dan dijadikan sebagai tarikan pelancongan. Pantai yang indah, udara yang segar di gunung-ganang, bandar yang moden, kehijauan hutan rimba yang asli.

Kepelbagaian ini boleh memenuhi apa jua yang ingin dicari oleh pelancong dari dalam mahupun luar negara.

Yang Berhormat Tumpat mahu supaya kawasan Tumpat sebagai pusat pelancongan, ini daripada Yang Berhormat Tumpat. Jadi pada masa yang sama, MOTAC komited untuk terus memelihara seni budaya dan warisan yang ada di negara kita seperti hasil seni dan yang halus. Kepelbagaian warisan dan kebudayaan yang mempesonakan di kalangan masyarakat majmuk kita. Monumen dan bangunan bersejarah bahkan juga aneka makanan yang enak.

Ini semua bukan hanya untuk memastikan seni dan budaya kita terus segar dan diangkat martabat dan kualitinya ke tahap yang lebih tinggi. Malah secara tidak langsung dapat dijadikan produk yang boleh ditonjolkan bagi menarik minat sesiapa sahaja untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pilihan pelancong demi merasai pengalamannya.

Justeru cadangan yang Yang Berhormat Tumpat agar menjadikan Tumpat yang mempunyai pelbagai tarikan seperti tempat-tempat yang bersejarah, makanan-makanan tempatan yang enak dan unik, hasil perusahaan kraf dan keindahan alam semula jadi seperti pantai dan sungai sebagai sebuah pusat pelancongan adalah senada dengan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh MOTAC di seluruh negara. Antaranya adalah Pelan Ekopelancongan Kebangsaan 2.0 yang dibangunkan khusus untuk memberi tumpuan kepada rancangan pengurusan yang mampan, pemuliharaan, pembiayaan, promosi dan operasi tapak-tapak ekopelancongan.

Sebagai contoh bagi Kelantan, pelan ini telah mengenal pasti tiga kluster ekopelancongan yang berpotensi untuk dibangunkan dan dipromosikan secara bersepadu iaitu:

(i) Merapoh, Gua Musang, Stong, Kuala Koh;

(ii) Pergau, Jeli, Gunug Stong, Nenggiri; dan

(iii) Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok.

Pada masa yang sama, Tumpat sememangnya diberi perhatian untuk dibangunkan sebagai salah satu tumpuan pelancongan di negeri Kelantan khususnya di Kampung Laut. Dalam hal ini, MOTAC telah menjalinkan hubungan kerjasama dengan East Coast Economic Region Development Council (ECERDC) yang merupakan badan berkanun di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi melaksanakan projek pembangunan tanah kampung laut sebagai kampung pelancongan warisan yang berkonsepkan living museum dengan izin dengan kos RM27.4 juta.

Projek yang terletak berhampiran dengan sungai Kelantan serta melibatkan dua pakej iaitu Laman Warisan Serunding Kampung Laut, pertama. Kedua ialah Laman Seni Kampung Laut yang menempatkan 12 usahawan kraf tempatan. Ia disasarkan akan mula

final • 5:12 PM

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri

beroperasi secara berperingkat bermula penghujung tahun 2021 serta merangkumi komponen seperti bengkel kraf tangan, kedai makanan tradisional, boardwalk, jeti, dataran kejat dan tandas.

Jalinan kerjasama dengan pelbagai kementerian dan agensi dari Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri seperti saya nyatakan tadi turut dilaksanakan di sebuah negeri dan akan diteruskan dalam menjayakan Rancangan Malaysia Ke-12 bagi memajukan lagi industri pelancongan negara.

final • 5:12 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Tumpat minta laluan sedikit.

final • 5:12 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri

Ya.

final • 5:12 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Pertamanya saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang mengisytiharkan beberapa projek bawah program di kawasan Tumpat itu.

Cuma soalan saya sebelum Yang Berhormat Menteri masuk ke tajuk-tajuk yang lain di kawasan yang sama adanya pasar terapung.

final • 5:12 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Apakah kementerian melihat kerana sambutan yang begitu baik sebelum daripada PKP baru-baru ini, cuma disebabkan oleh PKP dan pasar terapung itu perlu ditutup. Maka, untuk memulakan kembali pasar terapung yang mendapat sambutan yang cukup baik itu, perlu kepada beberapa penambahbaikan dan perlu kepada peruntukan.

Jadi, minta Yang Berhormat Menteri.

final • 5:20 PM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat, Hulu Rajang, tambahan. Hulu Rajang.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri

Sekejap Yang Berhormat Hulu Rajang. Saya jawab Yang Berhormat Tumpat dahulu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Saya minta kalau boleh Yang Berhormat Tumpat hantar kepada saya sebab saya hendak tahu apakah jenis syarikat kah apa sebab insya-Allah mungkin dalam Rancangan Malaysia nanti, dalam bajet kita mungkin kita akan bantu syarikat- syarikat. Oleh sebab itu, saya hendak tahu secara terperinci yang terlibat di pasar terapung itu ya.

final • 5:20 PM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Insya-Allah kita akan kemukakan.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri

Seterusnya, Yang Berhormat Hulu Rajang, terima kasih.

final • 5:20 PM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi saya dengar kawasan lain ada mempunyai tempat-tempat untuk melancong. Akan tetapi di kawasan Hulu Rajang, Yang Berhormat Menteri, di kawasan Lusong Laku ialah satu tarikan air terjun yang terbaik. Jadi, saya mohon supaya Yang Berhormat Menteri, walaupun saya tidak beri ucapan mengenai Lusong Laku, kalau boleh Yang Berhormat Menteri sebagai Menteri dari Sarawak juga, untuk melawat kawasan saya. So, melihat sendiri macam mana untuk menjadikan Lusong Laku sebagai destinasi pelancong dalam negeri kita sendiri kerana infranya tidak ada.

So, saya mintalah kalau Rancangan Malaysia Ke-12 ini ataupun bajet yang akan datang ini supaya Lusong Laku diberikan infra supaya lebih menyenangkan pelancong- pelancong tempatan kita untuk melihat Lusong Laku sebagai destinasi di kawasan Parlimen Hulu Rajang dan juga supaya mereka dapat memahami suku kaum Penan kita di Lusong Laku. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya saya memang ada perancangan untuk pergi ke Lusong Laku kerana ini adalah salah satu dari kawasan Penan dan juga kawasan orang hulu yang kita tidak pernah terokai. Maka, saya telah menghantar kumpulan kami dari agensi Kraftangan untuk mengadakan latihan dan insya-Allah mungkin pada pertengahan bulan ini kalau berkesempatan, insya-Allah saya akan melihat sendiri.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri

Saya faham kerana infrastruktur untuk pergi ke tempat seperti berikut memang agak sukar. Maka, kita akan melihat daripada segi bagaimana berapa panjang dan keseriusan daripada segi infra itu supaya kita boleh melihat kalau boleh propose kepada kita, dengan izin untuk mendapatkan peruntukan untuk infrastruktur.

final • 5:20 PM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri

Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, bagi memberi maklum balas kepada pertanyaan Yang Berhormat Bukit Bintang mengenai perancangan untuk membuka lebih banyak lagi destinasi gelembung pelancongan lain selain Pulau Langkawi bagi merancakkan pelancong domestik.

Suka untuk saya merujuk kepada pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari Rabu, 22 September 2021 yang lepas bahawa kerajaan akan membenarkan pembukaan pusat-pusat pelancongan, pulau-pulau atau kawasan pelancongan berserta aktiviti rentas negeri dengan syarat mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ini juga untuk menyahut seruan mereka yang ingin melawat pergi berjumpa keluarga. Oleh sebab selalu kita kena soal, kenapa boleh melancong, kenapa hendak jumpa keluarga susah? Jadi sebab itu, kerajaan telah memutuskan. Sebagai langkah ke hadapan, MOTAC kini sedang giat mempersiap, merangka dan meneroka segala peluang untuk pembukaan gelembung pelancongan antarabangsa juga membabitkan destinasi atau negara luar. Kita telah pun melaksanakan kerja-kerja awalan bagi tujuan ini.

Antaranya, saya sendiri telah mengadakan sesi libat urus secara maya bersama 33 orang Pengarah Tourism Malaysia kita yang kini sedang bertugas di luar negara bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci serta sentimen pasaran masing-masing.

Insya-Allah semua usaha yang kita laksanakan ini adalah untuk membangunkan gelembung pelancongan antarabangsa yang boleh menarik semula kehadiran pelancong asing.

Akan tetapi pada masa yang sama, berusaha untuk meminimumkan apa jua risiko bagi mengimbangi faktor ekonomi dengan kesejahteraan rakyat. Seterusnya, sementara itu Yang Berhormat Bukit Bintang turut ingin mengetahui sama ada kempen Tahun Melawat Malaysia akan diadakan semula berikutan pembatalan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 akibat pandemik COVID-19.

Saya menghargai keprihatinan Ahli Yang Berhormat yang ingin melihat untuk industri pelancongan negara kembali dirancakkan selepas hampir 2 tahun dibelenggu waktu yang sukar. Untuk makluman, pelaksanaan kempen berskala besar seperti Tahun Melawat Malaysia memerlukan persediaan yang panjang dan rapi. Sudah pastinya peruntukan bajet yang besar dan tempoh masa yang wajar diperlukan bagi membolehkan prapromosi dan pemasaran dalam skala yang besar dilaksanakan untuk menarik pasaran antarabangsa.

Penganjuran Kempen Tahun Melawat Malaysia adalah salah satu penggalak ataupun as a booster, dengan izin, yang diakui bukan sahaja boleh melonjakkan industri pelancongan, malah kepada ekonomi negara. Namun, Kempen Tahun Melawat Malaysia bukanlah satu-satunya jalan untuk mempromosi dan menarik kehadiran pelancong ke Malaysia. Pada masa ini, kerajaan sedang menumpukan kepada usaha-usaha pemulihan industri pelancongan menerusi pelaksanaan Pelan Pemulihan Pelancongan dan Kebudayaan yang telah dibangunkan oleh MOTAC.

Justeru, keputusan untuk melaksanakan Tahun Melawat Malaysia pada masa akan datang sudah pasti akan mempertimbangkan pelbagai faktor seperti pemulihan sektor pelancongan di peringkat global serta masa yang bertepatan dan bersesuaian ataupun right timing.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana ada isu lain yang dibawa dan disebut Kementerian Pelancongan tetapi sudah dijawab oleh kementerian yang lain. Maka dengan itu Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup saya sekali lagi ingin merakamkan penghargaan semua Ahli...

final • 5:20 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Boleh tanya soalan? Kangar, hari itu tidak sempat berbahas.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri

Yang Berhormat Kangar.

final • 5:20 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Banyak perancangan tentang pelancongan dan memang salah satu keperluan kerana mereka berada dalam sektor yang paling terjejas.

Selain daripada perancangan ke depan, kalau boleh saya hendak minta juga jawapan daripada Yang Berhormat Menteri tentang langkah-langkah untuk mengurangkan kelemahan-kelemahan yang berlaku. Misalnya, dalam Laporan Audit pada Ogos yang lalu turut menyebut tentang lima pusat pelancongan Perlis yang tidak diurus dengan cekap.

Bagaimanakah kita hendak mengelak daripada berulangnya peruntukan-peruntukan yang terbazir begini? Minta penjelasan.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri

Terima kasih Yang Berhormat, satu soalan yang baik sekali. Saya sudah pergi ke Perlis. Saya dimaklumkan Perlis ada 48 produk pelancongan secara rasminya dan saya tidak sempat pergi ke semua, saya hanya pergi kepada 11. Maka dengan itu, kita dalam Dasar Pelancongan Negara 2020 kepada 2030, kita ada meletakkan salah satu daripadanya kita mahu supaya infra kita diperbaiki. Jadi oleh sebab itu, pada tahun ini sebenarnya bajet yang diluluskan untuk tahun ini melibatkan RM50 juta untuk infrastruktur untuk kerajaan tempatan.

Jadi, maka sebab apa yang kita lihat di sini, produk-produk yang ada adalah di bawah kerajaan negeri. Maka kita telah menasihatkan- saya sendiri telah menasihatkan untuk mereka memohon dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kerana KPKT telah diperuntukkan RM50 juta untuk tahun ini. Akan tetapi sekarang ini saya tidak tahulah berapa bakinya. Oleh sebab we have to be realistic, dengan izin, kerana pada masa ini sudah penghujung.

Mungkin- macam kita, kita memberi peruntukan untuk produk-produk secara kecil-kecilan. Kalau ianya secara besar-besaran, maka perlu kita mohon melalui EPU tetapi ianya perlu dipohon oleh kerajaan negeri, itu ialah prosedurnya, Yang Berhormat, supaya Yang Berhormat tahu. Saya tahu dan saya yakin, Perlis ini satu tempat yang menarik. Saya pergi ke tempat padi itu, tempat kita boleh breakfast di situ. Walaupun ia satu tempat yang mempunyai kehijauan, tidak banyak perbelanjaan tetapi ianya amat menarik dan boleh menarik ramai pelancong.

final • 5:20 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri

Saya bertanya dengan orang-orang pergi ke situ, dari mana mereka, dia kata dari Penang, ada kata dari Kedah dan dari negeri-negeri berdekatan. Dari situ kita tahu bahawa orang menghargai produk-produk yang ada di Perlis, Yang Berhormat. Akan tetapi itulah yang saya nyatakan tadi kita mahu supaya— infrastruktur. Masa inilah kita menggunakan peluang untuk memperbaiki dan menaik taraf infrastruktur yang ada utk pergi ke tempat-tempat pelancongan ini.

final • 5:30 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

[Bangun]

final • 5:30 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri

Yang Berhormat ada hendak bertanya lagi ya?

final • 5:30 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Ada satu lagi soalan yang lain yang saya hendak tanyakan sebab masa pun ada lagi. Kalau kita tengok dalam laporan yang terdahulu Rancangan Malaysia yang terdahulu saya— ini Yang Berhormat sentuh tadi satu perkara yang penting dalam pelancongan yang kurang diberikan perhatian iaitu tentang perkembangan seni, budaya dan sastera sebagai salah satu produk pelancongan.

Jadi mungkin dia ada bertindih dengan kementerian-kementerian yang lain. Akan tetapi saya ada membaca dalam laporan Rancangan Malaysia terdahulu sebahagian penggiat dalam bidang ini mereka tidak tahu pun ada geran. Sebahagian gerannya telah diberikan kepada pelbagai pihak tetapi kita tidak dapat melihat hasilnya. Saya hendak kongsi dengan Yang Berhormat misalnya saya pernah hadir menonton teater tentang Pendeta Za’ba.

final • 5:30 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Saya pergi ke Jabatan Kebudayaan Negeri Sembilan, saya tengok walaupun sudah tentulah peruntukkan di bawah kerajaan ini tidak sebesar swasta. Akan tetapi saya rasa kita mempunyai ramai orang yang sangat berbakat dalam bidang-bidang yang begini.

Kalau boleh ada penyelarasan. Jadi tidaklah kita kata Kementerian Komunikasi dan Multimedia melakukan perkara ini secara in silo, tidak ada satu perancangan yang bersepadu [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****] Jadi kalau dapat kita selaraskan kita dapat optimumkan lagi produk-produk pelancongan yang mungkin ada berkaitan dengan kementerian-kementerian lain. Itu sahaja.

final • 5:30 PM

Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri

Terima kasih Yang Berhormat. Itu satu soalan yang baik kerana ini peluang kita untuk memberi awareness dengan izin, kepada orang ramai terutama sekali mereka dalam golongan NGO-NGO yang bergiat dalam seni.

Memang kita ada peruntukan seperti Geran Sokongan Sepadan. Itu bukan sepenuhnya daripada kita tetapi ada kongsi dengan NGO ini kerana mereka jual menjual tiket. Jadi itu salah satu daripadanya. Kita ada juga geran melancong untuk program melancong. Kita ada juga geran untuk membantu NGO-NGO untuk mengurus tadbir NGO mereka. Sebab NGO-NGO ini tidak tahu bagaimana hendak mendapat keuntungan untuk mengurusnya.

Kita ada juga membantu dan ada juga kita membantu daripada segi kebajikan mereka yang terlibat dalam seni ini, tetapi kita tertakluk kepada mereka yang berdaftar dengan persatuan di bawah MOTAC. Ada lagi Yang Berhormat kalau mereka rajin untuk pergi ke website agensi-agensi kita. Kita ada JKKN, ada juga insentif dia. Ada juga insentif bukan dalam bentuk kewangan Yang Berhormat, tetapi dalam bentuk bukan kewangan.

Itu saya hendak kongsikan di sini.

Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua sebagai penutup saya sekali lagi ingin merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pandangan, teguran, saranan dan cadangan dalam memajukan sektor pelancongan seni dan budaya negara. MOTAC komited untuk mencapai sasaran dan melaksanakan strategi yang digariskan dalam merealisasikan visi yang diinginkan melalui RMKe-12 ini. Pelancongan domestik yang kekal sebagai tonggak industri pelancongan akan terus dirangsang bagi mewujudkan permintaan dan menyokong kelangsungan industri terutamanya dalam usaha kembali bangkit setelah hampir terhenti sepenuhnya akibat penularan COVID-19.

Justeru saya menyeru sokongan semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama MOTAC dalam terus memajukan industri pelancongan negara serta menaikkan taraf seni dan budaya tempatan demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama Keluarga Malaysia.

Oleh kerana kita ini orang seni, saya kongsikan dua rangkap pantun.

*Sangat cantik batu delima, Elok terletak di dalam balang, Pelancongan domestik jayakan bersama, Biar semarak terus gemilang.

Sirih junjung sirih pinang, Sirih kami susun bertingkat, Seni budaya terus dijulang, Warisan bangsa diangkat martabat.* Akan tetapi saya juga hendak kongsi di sini sama-samalah kita memartabatkan songket Malaysia iaitu untuk membalut fail ini. Ini adalah songket Malaysia saya gunakan untuk dikongsikan bersama. Salah satu cara kita untuk memartabatkan songket Malaysia.

Sekian wabillahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan semua rakan-rakan.

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pelancongan Seni dan Budaya. Seterusnya saya ingin menjemput

final • 5:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi untuk memberi jawapannya. Masa 30 minit.

final • 5:30 PM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua.

Terlebih dahulu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menyambut baik pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 27 September yang lepas.

Sebagai satu tindakan proaktif yang berterusan kementerian telah mensasarkan tiga indikator pencapaian utama yang amat bertepatan dengan usaha pemulihan negara khususnya menjana semula ekonomi pasca pandemik COVID-19 iaitu pembangunan ekosistem industri pemula ataupun syarikat start-up yang komprehensif, penginovasi sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan melalui aplikasi teknologi dan pemudah cara dalam urusan kerajaan seharian dan yang paling dititikberatkan ialah amanat kerajaan kepada MOSTI untuk membangunkan keupayaan hasil vaksin tempatan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia ke-12 di Dewan Rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai kemampuan Malaysia dalam menghasilkan vaksin tempatan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Damansara dan Yang Berhormat Hulu Selangor. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan juga di antara individu penerima vaksin COVID-19, sudah tentulah kerajaan perlu memastikan vaksin yang diterima oleh Yang Berhormat adalah selamat, berkualiti dan juga berkesan. Oleh yang demikian tanggungjawab yang baharu yang diamanahkan kepada MOSTI untuk meningkatkan keupayaan penghasilan vaksin tempatan merupakan satu yang amat perlu pada masa ini.

Sasaran kerajaan kini Malaysia boleh menjadi pengeluar vaksin manusia dalam tempoh 10 tahun. Oleh itu, pelan hala tuju pembangunan vaksin negara akan dilancarkan dalam masa terdekat. Pelan ini dikoordinasi melalui kerjasama strategik pelbagai pihak merangkumi badan kerajaan, industri, para akademia dan masyarakat supaya pendekatan yang lebih menyeluruh dapat dikonsilidasikan.

Sebagai permulaan sebuah pusat vaksin negara akan ditubuhkan iaitu Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI). Inisiatif ini perlu disegerakan kerana kerajaan sedar adalah sukar Malaysia untuk terus bergantung dan mendapatkan vaksin daripada negara maju akibat vaccine hoarding, dengan izin. Oleh itu kepakaran dalam negara telah dikenal pasti dan sedang disusun bagi memastikan strategi dan tindakan dapat dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai cadangan daripada ahli Yang Berhormat Langkawi dan Lumut supaya lebih banyak teknologi moden dan baharu digunakan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, MOSTI melalui Akademi Sains Malaysia telah bekerjasama dengan Pusat STEM Negara di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dengan melaksanakan pendekatan pedagogi pendidikan sains berasaskan inkuiri ataupun lebih dikenali dengan inquiry-based science education kepada guru-guru STEM.

Seperti mana semua rakyat Malaysia sedia maklum, pada bulan September 2021 lepas seorang murid dari Sekolah Kebangsaan (P) Methodist Kuantan bernama Maryam Muzamir berumur 11 tahun telah mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila merangkul tiga pingat emas dalam pertandingan inovasi dan reka cipta yang berlangsung di Toronto, Canada.

Bakat muda oleh mencipta inovasi sejenis makanan haiwan baharu yang diperbuat daripada kulit udang dan siput sedut dengan menamakan produk itu sebagai Yam 2.0 dengan pertandingan sempena the 6th International Invention Innovation Competition 2021. MOSTI berpandangan bakat muda ini harus dibantu dan diberi galakan oleh kerajaan supaya lebih ramai lagi anak-anak kita lebih berjaya pada masa hadapan dalam bidang sains.

final • 5:35 PM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba

Seterusnya, saya ingin memberi respons yang baik daripada cadangan Yang Berhormat Bayan Baru supaya kerajaan membantu lebih banyak syarikat tempatan untuk melaksanakan research and development dan keperluan Malaysia meningkatkan tenaga mahir dalam kalangan rakyat tempatan.

Dalam Rancangan Malaysia Ke-12, MOSTI telah disediakan peruntukan pembiayaan dana R&D sebanyak RM500 juta. Melalui peruntukan ini, MOSTI akan memastikan 50 peratus daripada dana penyelidikan ini digunakan bagi pembangunan penyelidikan experimental (experimental development) untuk projek yang berpotensi untuk dikomersialkan. Dengan pelaksanaan perkara ini, perbelanjaan kasar research and development ataupun GERD dapat ditingkatkan daripada 1.44 peratus pada tahun 2018 menjadi 2.5 peratus pada tahun 2025.

Melalui usaha ini, lebih banyak syarikat tempatan dapat beralih daripada sektor pengguna teknologi kepada pembangun dan juga pencipta teknologi. Untuk makluman Yang Berhormat Bayan Baru, berkenaan cadangan bahawa Malaysia perlukan lebih ramai tenaga mahir, MOSTI mempunyai sebuah agensi yang dikenali sebagai Lembaga Teknologis Malaysia ataupun Malaysian Board of Technologies. Agensi ini berperanan mendaftar dan mengiktiraf teknologi profesional dan juruteknik bertauliah. Setakat ini Lembaga Teknologis Malaysia telah mengiktiraf 23 bidang teknologi. Antaranya teknologi elektrik dan elektronik, teknologi maklumat dan pengkomputeran, dan teknologi kimia.

Bagi memastikan pengiktirafan yang diberikan oleh Malaysia Board of Technologists memenuhi kriteria di peringkat antarabangsa, terdapat lima technology expert panel yang berperanan sebagai penasihat iaitu Saudi Council of Engineers, Institute of Civil Engineers UK, Institution of Occupational Safety and Health UK, Institution of Engineering and Technology UK dan Institute for Information and Communication Technology Promotion Republic Korea.

Setakat 30 September 2021, keseluruhan pendaftaran di bawah Lembaga Teknologis Malaysia adalah seramai 46,081 orang yang merangkumi teknologis berijazah seramai 27,460 orang, teknologis profesional seramai 11,765 orang, juruteknik berkelayakan seramai 5,623 orang dan juruteknik bertauliah seramai 1,233 orang.

Berkenaan maklumat mengenai bilangan tenaga mahir di dalam bidang kejuruteraan pula, engineering. Saya telah dimaklumkan data dari Lembaga Jurutera Malaysia Board of Engineers) menunjukkan sehingga 2019, keseluruhan pendaftaran di bawah Board of Engineers (BEM) adalah seramai 305,413 orang yang merangkumi jurutera profesional, dalam perakuan amalan seramai 20,945 orang, jurutera profesional seramai 18,646 orang, jurutera siswazah seramai 251,032 orang dan teknologis kejuruteraan seramai 14,790 orang.

Berkenaan isu keutamaan kepada teknologi tempatan dalam perolehan kerajaan.

Ministry of Finance (MOF) sedang bekerjasama dengan agensi berkaitan termasuklah MOSTI untuk membuat penambahbaikan kepada dasar barangan dan perkhidmatan tempatan yang telah diketengahkan oleh MOF melalui Kertas Konsultasi Awam Belanjawan 2022.

Seterusnya Ahli Yang Berhormat Beaufort ada menyebut dalam perbahasan beliau mengenai peruntukan khas kepada usahawan perusahaan mikro kecil dan sederhana untuk melakukan research and development bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Pada masa ini, MOSTI sedang mempergiatkan usaha dan sokongan kepada lebih ramai bakat tempatan yang mampu mencipta teknologi bagi menyokong pertumbuhan industri tempatan melalui penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembiayaan MOSTI meliputi hampir keseluruhan ekosistem dana pemula daripada fasa penyelidikan teknologi asas hingga ke fasa perkembangan syarikat seperti berikut:

final • 5:40 PM

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba

(i) fasa penyelidikan asas atau fundamental. Pembiayaan ini dinamakan sebagai apply an innovation yang diuruskan oleh Bahagian Dana MOSTI;

(ii) fasa penyelidikan experimental. Pembiayaan ini dinamakan pembiayaan pembangunan teknologi (bridging), penyelidikan strategik (Cradle Investment Programme), National Technology and Innovation Sandbox Fund, Program Venture Builder. Pembiayaan ini diuruskan oleh Bahagian Dana MOSTI, Cradle Fund Sdn. Bhd., Nano Malaysia Berhad dan Malaysia Technology Development Corporation;

(iii) Fasa awal start-up teknologi. Pembiayaan ini khusus untuk syarikat pemula ataupun start-up termasuklah syarikat bumiputera yang berpotensi dalam bidang teknologi dan inovasi. Pembiayaan ini diuruskan oleh Cradle Fund Sdn. Bhd., Venture Tax Sdn. Bhd.

iaitu syarikat di bawah Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT); dan

(iv) Fasa pengembangan syarikat. Pembiayaan ini boleh dimohon melalui MTDC, MaGIC, Kumpulan Modal Perdana, Malaysian Venture Capital Management Berhad dan Malaysia Debt Venture Berhad.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 5:40 PM

Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Yang Berhormat Menteri, bolehkah bertanya?

final • 5:40 PM

Dato' Seri Dr. Adham bin Baba

Ya, Yang Berhormat Beaufort.

final • 5:40 PM

Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Saya hendak bertanya, saya ucap tahniahlah atas usaha untuk membantu kepada terutama sekali yang mahu mulakan business mereka di dalam bidang tertentu ini.

Saya hendak tanya berapa ramaikah yang telah dapat dibangunkan melalui dana daripada MOSTI ini? Adakah mereka yang terlibat ini datang juga dari wilayah Sabah dan Sarawak? Kalau dapat, saya hendak tahu bilangan mereka dan jenis-jenis penyelidikan dan industri yang sudah mereka mulakan. Terima kasih.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 5:40 PM

Dato' Seri Dr. Adham bin Baba

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort, soalan yang sangat baik. Seperti saya maklumkan tadi bahawa di MOSTI kita ada satu dana yang merupakan geran daripada dana MOSTI sendiri. Selain daripada itu, daripada beberapa agensi seperti Cradle Fund Sdn. Bhd., Mavcap, Malaysian Debt Venture Berhad, Kumpulan Modal Perdana, MTDC dan juga MaGIC serta Nano Malaysia Berhad. Yang mana setiap entrepreneur ataupun usahawan-usahawan yang memohon sama ada dalam bentuk fundamental ataupun penyelidikan di peringkat asas iaitu mereka melalui geran yang diberikan oleh MOSTI.

Juga kepada mereka yang telah pun membuat prototaip serta commissioning of the project serta pengkomersialan, mereka diberikan bantuan sama ada bentuk geran, ekuiti ataupun pinjaman daripada beberapa agensi yang telah saya sebutkan.

Setakat ini kita menzahirkan supaya sebanyak lima ribu buah syarikat yang akan kita bangunkan melalui dana ini dalam RMKe-12. Syarikat-syarikat ini sebenarnya yang berada di merata tempat dalam negara kita. Bantuan-bantuan ini sekarang ini kebanyakan kita tumpukan di Technology Park Malaysia yang berada di Bukit Jalil untuk kita kembangkan dan juga bantu.

Yang Berhormat Beaufort boleh juga memohon sekiranya di bahagian Yang Berhormat perlu adakan social inventor ataupun innovator melalui satu agensi dipanggil Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) untuk mendapatkan bantuan serta galakan reka bentuk dan inovasi di peringkat asas ke bawah. Terima kasih Yang Berhormat Beaufort.

final • 5:40 PM

Dato' Seri Dr. Adham bin Baba

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja yang saya dapat maklumkan tentang MOSTI dan saya ucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian. Terima kasih.

final • 5:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Luar Negeri untuk memberikan jawapan di atas perbahasan ini.

Silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 5:40 PM

Menteri Luar Negeri - Dato' Saifuddin Abdullah

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bagi pihak Wisma Putra saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh isu-isu di bawah Kementerian Luar Negeri semasa perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 dalam Dewan yang mulia hari ini.

Ada dua orang Yang Berhormat. Pertama ialah Yang Berhormat Sepanggar.

final • 5:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Sepanggar sini, ada.

final • 5:48 PM

Dato' Saifuddin Abdullah

Pagi tadi ada soalan yang hampir sama dengan ini.

Saya tidak tahu kalau hendak saya jawab bertulis, saya boleh saja. Kedua, Yang Berhormat Pulai pun tidak ada dalam Dewan. Saya mudah sahaja Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat arah saya jawab, saya jawab. Kalau Yang Berhormat kata jawapan bertulis, saya boleh buat jawapan bertulis.

final • 5:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Untuk benefit kepada yang lain, elok diberi kerana ada masa. Sila jawablah.

final • 5:48 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Ada tadi, Yang Berhormat Papar pagi tadi.

final • 5:48 PM

Dato' Saifuddin Abdullah

Saya jawab yang satu itu yang spesifik.

final • 5:48 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ya, silakan Yang Berhormat Menteri.

final • 5:48 PM

Dato’ Saifuddin Abdullah

Berkaitan dengan tuntutan Filipina ke atas Sabah, Kerajaan Malaysia telah berulang kali menegaskan pendirian kita bahawa Malaysia tidak mengiktiraf dan tidak akan melayan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak ke atas sebahagian atau keseluruhan negeri Sabah. Negeri Sabah adalah sebahagian dari Malaysia malahan saya kena sebut di sini, Sabah bersama Sarawak menubuhkan Malaysia. Tak mungkin kita akan kompromi tentang kedudukan Sabah.

[Tepuk] Isu berkenaan tuntutan ke atas Sabah juga telah beberapa kali dibincangkan semasa pertemuan dua hala antara pemimpin-pemimpin Malaysia dan Filipina di mana kedua-dua belah pihak mempunyai persefahaman bahawa isu tersebut tidak akan dibangkitkan di mana-mana platform sama ada di rantau ini atau di peringkat antarabangsa. Oleh yang demikian, sebenarnya tiada keperluan bagi Malaysia membawa isu mengenai tuntutan Sabah ke mesyuarat atau sidang antarabangsa seperti ASEAN, Negara-negara Berkecuali ataupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Manakala yang berkaitan dengan Yang Berhormat Pulai, satu ialah tentang kawasan Asia Tenggara tetapi saya fikir soalan ini boleh saya jawab secara bertulis, Yang Berhormat.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik.

final • 5:50 PM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Saifuddin Abdullah

Terima kasih banyak.

Assalamualaikum.

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri Luar Negeri. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat

final • 5:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi untuk memberi jawapan-jawapan di atas perbahasan RMKe-12. Dipersilakan Yang Berhormat Menteri.

final • 5:50 PM

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillahi rabbil alamin. Tuan Yang di-Pertua, alhamdulillah. Saya ucapkan terima kasih kepada beberapa Ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat yang telah mengambil bahagian untuk isu-isu mengenai perladangan dan komoditi. Saya lihat macam tak ada orang yang dekat sini. Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Hulu Selangor ada?

final • 5:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sebelum itu Yang Berhormat Menteri, saya nak tanya. Bolehkah pakai face mask ataupun ada sebab tak boleh?

final • 5:51 PM

Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Oh! Sorry.

final • 5:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Kalau dengan keizinan, ada special reason, saya boleh benarkan tetapi setakat ini, kena pakai.

final • 5:51 PM

Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Ya, ada penjarakan sosial ini.

final • 5:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih.

final • 5:51 PM

Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Nanti tak boleh bernafaslah.

[Ketawa]

final • 5:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Teruskan Yang Berhormat Menteri.

final • 5:51 PM

Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Alhamdulillah. Tak apa, it’s okey.

Saya akan teruskan jawapan saya walaupun saya lihat Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan tidak hadir juga kerana saya ingat satu topik yang juga menarik.

final • 5:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya, Yang Berhormat Seputeh ada.

final • 5:51 PM

Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Okey, ex Menteri ada, Yang Berhormat Seputeh. So, she can cover all, insya-Allah. Jadi, saya menerima soalan daripada Yang Berhormat Subang dan Yang Berhormat Hulu Selangor yang bertanyakan apakah usaha kementerian dalam menangani kempen anti sawit yang sudah berjalan selama hampir 30 tahun.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kempen Anti Sawit ini memang telah berlaku semenjak 30 tahun dahulu. Jadi kalau kita lihat isu-isu yang telah dibawa oleh EU dan Amerika mengenai isu-isu kempen anti sawit ini, bermula daripada 1980 yang mana mereka mempertikaikan isu kesihatan minyak sawit itu sendiri.

Selepas itu pada tahun 2000 onwards, mereka mempertikaikan tentang isu environment pula dan sekarang mereka mempertikaikan tentang isu pekerja, labor. Jadi kita lihat bahawa ini adalah perkara-perkara yang seolah-olah disengajakan dan ditimbulkan oleh kerana market competition sahaja, bukan perkara yang sebenar. Kalau kita lihat daripada beberapa maklumat yang saya terima mengenai isu carbon footprint yang kita dapati bahawa bidang livestock and manure, kalau dibandingkan dengan agriculture lebih mengakibatkan isu-isu environment. Itu satu.

Kita lihat bahawa tanah yang digunakan oleh– ini report yang telah diberikan oleh World Data, the Biennial Update Report of Malaysia yang mengatakan bahawa tanah yang digunakan untuk tanaman sawit adalah hanya merupakan 7.85 percent of the world land usage and sawit produce 41.9, almost 50 percent of the oil product. So, it’s very productive.

Selepas itu, saya juga meneliti satu laporan yang saya dapat kerana kebetulan saya bertemu dengan Ambassador Uzbekistan. Beliau mengatakan bahawa Uzbekistan juga mengalami satu keadaan yang sama seperti Malaysia yang mana mereka adalah pengeluar cotton (kapas) yang keenam terbesar di dunia. So, ketika Uzbekistan menjadi

final • 5:51 PM

Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin

anggota kepada Liverpool Cotton Exchange, Uzbekistan tidak mengalami apa-apa masalah tetapi apabila Uzbekistan membuat keputusan untuk memulakan textile industry sendiri di negara mereka dan memberhentikan supply kepada Liverpool Cotton Exchange, maka isu mengenai child labor, environment itu pun timbul. Jadi ini adalah masalah yang seolah-olah dibuat oleh EU dan juga Amerika.

Satu lagi, saya juga baru baca satu laporan daripada Edge Report yang ditulis oleh kumpulan NGO antarabangsa, Palm Oil Monitor yang mengatakan bahawa, “the German government accomplish a key goal and a hypocrisy here is breathtaking. It’s diverted attention away from it’s on destruction of pit land and grassland for confuse mass for biogas”. Jadi mereka timbulkan isu ini untuk mengelakkan daripada mata luar melihat bahawa mereka adalah penyumbang kepada isu-isu environment. Oleh sebab itu, mereka menimbulkan isu-isu mengenai Malaysia ketika ini iaitu labor.

Jadi isu-isu ini bukan saya kata tidak penting, ianya penting. So, langkah-langkah proaktif yang KPPK telah rancangkan adalah untuk memastikan bahawa langkah seterusnya dalam segi menyediakan marketing strategy, marketing planning dan product development, kita harus mengambil langkah yang lebih agresif. Jadi Malaysia akan membuat study untuk fokus kepada pasaran negara-negara sebelah Timur seperti India, China, Jepun, Uzbekistan and all the stan, stan itu.

[Ketawa] Ini negeri-negeri yang memang menggunakan palm oil yang tinggi. Jadi, marketing strategy kita akan fokus kepada negara-negara sebelah Timur.

Yang Berhormat Subang, you are here ya. Okey. Kita akan fokus kepada negara sebelah Timur tetapi pada masa yang sama, kita akan cuba menekankan atau reduce the pressure from EU dan Amerika. So kita akan protect market kita di sebelah negara-negara Timur untuk mendapatkan the bigger share and at the same times, kita pastikan bahawa this EU and Amerika tidak mengganggu market kita sebelah Timur ini.

Jadi inilah langkah-langkah proaktif dan Insya-Allah yang KPPK akan laksanakan untuk memastikan bahawa market sawit kita, pasaran sawit kita kekal dan dapat sustain serta boleh kita tingkatkan production-nya, Insya-Allah. Minyak sawit kita ini juga mempunyai standard yang tinggi. Kita mempunyai Malaysia Sustainable Palm Oil (MSPO) dan juga pensijilan ini diiktiraf oleh negara China dan beberapa negara luar lagi. Ia telah diiktiraf dalam Sukan Olimpik Tokyo pada 2020 dan MPSO ini telah dan sedang dalam proses upgrading dan ianya akan disamaratakan atau disamatarafkan dengan RSPO

(round table sustainable palm oil).

Ini adalah antara langkah-langkah yang kita akan lakukan, Insya-Allah untuk memberikan nafas baru dan satu sistem atau satu strategy marketing yang jauh lebih agresif untuk memastikan Malaysia kekal sebagai pengeluar sawit yang berkualiti dan juga kita dapat sustain market kita serta kita akan fokus ke negara-negara Timur and the same time, we will tackle and engage the EU and the Amerika using all these fakta-fakta yang telah saya sebutkan tadi untuk kita berdialog dengan mereka agar mereka reduce pressure yang mengatakan bahawa Malaysia melaksanakan atau Malaysia melakukan kerja-kerja yang akan merosakkan environment dan sebagainya.

final • 5:51 PM

Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Seterusnya isu labour...

final • 6:00 PM

Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:00 PM

Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Ya.

final • 6:00 PM

Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor

Hulu Selangor. Terima kasih atas pencerahan daripada Yang Berhormat Menteri. Cuma saya masih lagi tidak terima apakah pencerahan daripada kementerian isu kita hendak kempen untuk gerakkan anti sawit.

Sebab rata-rata kita tahu pasaran sekarang adalah mencecah sampai RM5,000 satu tan.

Kita juga dimaklumkan tadi yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri iaitu Malaysia mempunyai pensijilan MSPO. Jadi ke arah usaha itu bukan kita sekadar hendak adakan pasaran di negara yang berdekatan. Apakah perancangan masa depan kementerian untuk kita mengembangkan lagi pasaran kita di dunia. Terima kasih Yang Berhormat Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor.

final • 6:00 PM

Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Yang Berhormat Hulu Selangor kurang perhatian dengan apa yang saya sebut tadi – marketing strategy yang kita akan buat untuk meningkatkan pasaran kita di luar negara. Sistem pensijilan kita juga telah diterima di luar negara. Jadi these are antara perkara penerimaannya tinggi dan insya- Allah kita akan dapat tambahkan peningkatan production of our minyak sawit and also export market. Ini yang saya sebutkan tadi.

Jadi, pensijilan ini juga kalau hendak tahu, we have dalam players yang besar, big players kita ada almost 100 percent yang sudah dapat pensijilan ini. Akan tetapi with the small holders itu kita baru 50 percent kerana small holders ini kita belum dapat lagi, kita akan cuba meningkatkan lagi. Because small holders ada mereka yang menanam sawit di tanah yang illegal, tanah-tanah yang tidak sepatutnya, bukan pemilikan mereka dan sebagainya. Akan tetapi walau bagaimanapun kementerian amat prihatin tentang pekebun-pekebun kecil ini, maka kita tengah cuba merangka satu polisi yang mana mereka boleh gunakan dan membolehkan mereka untuk diberikan pensijilan MSPO

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

MSPO.

final • 6:00 PM

Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Alright, Yang Berhormat Kluang dan Yang Berhormat Subang juga bertanyakan tentang pekerja-pekerja ladang dan isu-isu mechanization. Jadi ketika ini alhamdulillah KPPK telah berjaya untuk kelulusan untuk mendapatkan 32,000 pekerja ladang untuk dimasukkan ke dalam negara ini.

Jadi pekerja ladang ini memang kita sudah usaha untuk mendapatkan local tetapi pekerja ladang yang kita maksudkan kita akan bawa adalah pekerja untuk harvesters, untuk menuai, tukang tuai because orang Malaysia masih lagi kurang berminat untuk kerja-kerja berat, susah dan kotor untuk kait kelapa sawit dan sebagainya.

Jadi, kita harus perlukan pekerja asing, peladang ini untuk masuk kerana kita hendak catch the 40 percent yield year end yang kalau kita tidak bawa pekerja-pekerja asing ini kita akan lose out in about RM20 billion. So that is why KPPK is rushing for this approval so that the workers can come in and do the harvesting and we can export our kelapa sawit oil. So that is what we are doing now with the regards to the harvesters. Then mechanization...

final • 6:00 PM

Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya

Yang Berhormat Menteri boleh saya tanya satu soalan?

final • 6:00 PM

Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin

You are not – you tak ada di sini.

final • 6:00 PM

Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya

Saya ada tanya tentang 32,000...

final • 6:00 PM

Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin

It is not in my list. Anyway never mind I think I give to Yang Berhormat Subang

final • 6:00 PM

Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya

Pekerja warga asing.

final • 6:00 PM

Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Because Yang Berhormat Subang is asking this question.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Attend Yang Berhormat Subang dahulu.

final • 6:00 PM

Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Ya.

final • 6:00 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Ya terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam ucapan saya Yang Berhormat Menteri, saya memberitahu bahawa kita ada isu persepsi modern slavery lah, ada claim-claim macam itu. Jadi dalam ucapan saya, saya membuat cadangan supaya lebih kurang RM4 bilion digunakan oleh syarikat-syarikat untuk memperbaiki ataupun improve living conditions, bagi perubatan semualah. At least to counter the image dan bagi saya, saya juga memberi pandangan bahawa kita boleh beri some sort of tax incentive atau kontra the windfall tax

final • 6:00 PM

Tuan Wong Chen - Subang

sekiranya syarikat-syarikat membuat pelaburan terhadap produktiviti dan pekerja-pekerja mereka. Jadi apakah pandangan Yang Berhormat Menteri tentang ini? Terima kasih.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Subang. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 6:00 PM

Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Memang, betul. Dalam SOP yang dibenarkan yang kita ambil pekerja-pekerja asing ini, living quarters mereka must be comply with KKM and MKN punya SOP. So, they will go down to the ground and make sure they check, they comply and then baru boleh get the approval. *That is one.

But secondly also it is high time for* KPPK to develop a policy on plantation housing. Since I came from KPKT *last time so therefore now I am applying the housing policy to the plantation estates as well. So it will be more organized and at least there is a standard that they need to adhere to.

So, then with regards to incentives. At the moment whichever company that bought any* jentera, machinery outside, we give them 20 percent rebate, so 20 percent discount something like that – we give back 20 percent to them. So that is the incentive but at the same time we already form one committee called MACCOPS. So, MACCOPS is a committee where the ses money is given to this MACCOPS of RM30 million for this year and the government also give a matching grant of RM30 million. So these are the money they used to do research and come out with some mechanization to improve the harvesting job, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya.

final • 6:00 PM

Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin

The harvesting job in the ladang.

So, at the moment, they have come up with Cantas. Cantas is to harvest the fruits. We have Cantas Electro, the electrical one and we have the grabber where it is like a tractor where they grab all those buah tandan. Now we also have another one that I just met with the CM of Sarawak I think about three weeks ago. So, Sarawak is also coming out with one mechanization with regards to harvesting the sawit. So, it is drone on drone basis and in eight months time according to them it will be ready to be commercialised. So, this is also another one of the mechanization that is in place to help the sawit industry.

final • 6:00 PM

Tuan Wong Chen - Subang

Yang Berhormat Menteri, cadangan saya ialah tentang insentif untuk perumahan ataupun improvement perumahan pekerja-pekerja ladang sebab the main complaints from the NGOs adalah housing mereka tidak baik, makanan tak cukup, perubatan tak ada. Jadi bagi saya, saya rasa industri itu cukup kaya tapi kalau ia melabur RM4 bilion kepada keseluruhannya bolehkah kita bagi sedikit insentif kepada pelaburan tersebut?

final • 6:00 PM

Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin

The plantation players, the big players got no problem with the housing. Now all housing is in order and they follow the SOP. W*e got no problem. For plantations, no issue because they have individual houses.

In fact, the families* semua ada dekat situ, no issue.

So, probably Yang Berhormat talking about the small holders where they are not really organized. So, this is another approach yang KPPK akan laksanakan is to cluster them and manage them in clusters so it will be more effective and more organized and more structured. We want to formalized them. So, this is all in place to impove the situation because during this COVID-19 time we learned a lot. So, we have to do it, so that to prepare ourselves for a better Malaysia, *insya-Allah in the coming years.

So, with regards to* Yang Berhormat Kluang – just now is it Yang Berhormat Kluang that stands?

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Bukan, Yang Berhormat Petaling Jaya.

final • 6:00 PM

Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Yang Berhormat Petaling Jaya.

Yang Berhormat Kluang ada sini? Yang Berhormat Kluang.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Tak ada.

final • 6:00 PM

Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin

So, she was asking about income opportunity. I think it is part of the sawit just now, same question as Yang Berhormat Subang. Then Yang Berhormat Jempol. Where is Yang Berhormat Jempol?

final • 6:00 PM

Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya

So, boleh saya tanya itu soalan Yang Berhormat Menteri?

final • 6:00 PM

Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin

I think you can add last question, let me finish all these first, okay.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Jempol tak ada.

final • 6:00 PM

Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Yang Berhormat Jempol and Yang Berhormat Sik?

final • 6:00 PM

Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya

It is related.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Jempol tak ada.

final • 6:00 PM

Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin

So, I will do it in writing.

final • 6:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya.

final • 6:00 PM

Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Also I have Yang Berhormat Seputeh. Yang Berhormat Seputeh is still putih alhamdulillah.

[Ketawa] So, Yang Berhormat Seputeh tanya sama ada satu juta pokok masih lagi diteruskan. Tanaman satu juta pokok is still diteruskan cuma waktu COVID-19 ini a bit ada masalah with regards to kerja on the field. So now we have planted about 10,000 so far. Yang Berhormat Seputeh, kita teruskan the good one insya-Allah Yang Berhormat Seputeh, we teruskan.

On this B20. B20 so far – biodiesel 20 we have been successful in Labuan, Langkawi and Sarawak and we are moving to the next group of states that is Sabah and the other negeri-negeri Semenanjung.

With Pepper Board baru being approved in 2019, the formation of – the approval by ROS and those kind of things, 2019 and now this dalam proses untuk formation and appointment.

final • 6:00 PM

Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin

So, in operation, belum start lagi. So, therefore, there’s no income or whatever you’re asking tentang jualan and the income 2019 and 2020, memang belum ada lagi.

Yes?

final • 6:10 PM

Puan Teresa Kok - Seputeh

Boleh tanya?

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila, Yang Berhormat Seputeh.

final • 6:10 PM

Puan Teresa Kok - Seputeh

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Menteri. Tahniah, hari ini kita pakai baju yang sama warna, *so we are on the same page.

[Ketawa]* Yang Berhormat Menteri, sebenarnya, saya tidak salahkan Yang Berhormat Menteri kerana anda baru masuk ke Kementerian.

Nampaknya yang bekas Yang Berhormat Menteri itu tidak kerja tahu. Macam mana yang satu tanam satu pokok, sekarang hanya tanam 10,000 sahaja? Ini kerana, waktu yang saya pegang jawatan itu, sudah tanam 4,000 lebih dan tanam pokok mana ada kaitan dengan pandemik COVID-19. Adoi. Tidak perlu ada nursery dan mereka masuk hutan jaga itu nursery dan juga tanam pokok sahaja.

Sebenarnya saya hendak cadangkan kepada Yang Berhormat Menteri. Di Sabah, kita ada banyak syarikat perladangan sawit, dan sebenarnya yang syarikat-syarikat ini, mereka juga ada tanam pokok jenis hutan supaya imej mereka dinaikkanlah. Sebenarnya, bila saya jadi Menteri, mereka sebenarnya sudi datang tolong dan mereka ada banyak cadangan macam mana menambahbaikkan atau mempercepatkan proses untuk menanam pokok itu.

final • 6:10 PM

Puan Teresa Kok - Seputeh

Saya hendak cadang, Yang Berhormat Menteri mungkin boleh ada perbincangan dengan the industry players di Sabah supaya boleh mempercepatkan proses ini. Ini kerana, saya tahu Malaysian Palm Oil Council (MPOC) kebanyakan mereka di Selangor atau di Putrajaya. Jadi, agak susah bagi mereka hendak terbang pergi ke Sabah untuk memantau dan menanam pokok.

Akan tetapi, saya rasa memang ada caranya. Ini satu. Saya hendak tahu apakah jumlah angka yang diterima oleh agensi yang tanam pokok di bawah MPOC ini? Ini kerana, mengikut pengiraan saya ialah RM18 jutalah. Ini kerana kalau RM1 set per metric ton yang dikutip sejak tahun 2020, jadi sampai sekarang lebih kurang RM20 juta sudah pun dikutip. Adakah angka ini betul? Ini kerana, saya rasa kalau kita ada dana yang cukup, sebenarnya kita memang boleh mempercepatkan proses penanaman pokok ini.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:10 PM

Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Yang Berhormat Seputeh, bukanlah Menteri itu yang pergi tanam pokok. Kasihan dia, tak akan hendak tanam pokok. Okey.

Anyway, memang saya juga minta penjelasan daripada pegawai, apa status. That’s— itu jawapan yang telah diberi kepada saya, bahawa kerja-kerja menanam pokok itu memang tidak dapat dikendalikan oleh kerana pandemik, yes, but transportation semua.

All these issues yang melibatkan SOP dan sebagainya, mereka tidak dapat laksanakan. Akan tetapi, walau bagaimanapun, insya-Allah, after this because things are settling down, so insya-Allah I will look into this to make sure that the pokok will be tanam because it is very important for replanting process for the forestry. So, I understand that, okay? Insya-Allah we will do it, ya?

final • 6:10 PM

Puan Teresa Kok - Seputeh

Juga Saraspice, syarikat Saraspice.

final • 6:10 PM

Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Ah! Saraspice. Ya, Saraspice...

final • 6:10 PM

Puan Teresa Kok - Seputeh

Sejak tahun 2019 sampai sekarang...

final • 6:10 PM

Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Yes.

final • 6:10 PM

Puan Teresa Kok - Seputeh

...Masih kata dalam penubuhan...

final • 6:10 PM

Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Tidak apa. I...

final • 6:10 PM

Puan Teresa Kok - Seputeh

...Proses penubuhan.

final • 6:10 PM

Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin

I have the same view as you, because when I hear the briefings from 2019 up to 2020, I said what you are doing about this. So, they give me the explanation, but I think dia punya sebab-sebab itu quite genuine- lah. There are certain things that are beyond their control and never mind. Now things are already— the company has been formed and the centre has been activated. Now, because I think the last time dia appointed one general manager (GM) *and the GM backed off and now they got to find another person. So, we are in the process and I think we’re getting one, insya-Allah they will start operating.

I see the need for this because* saya jumpa— nampak produk-produk yang telah mereka present is a very sellable product, and it’s very good products. I think itu you punya initiative-lah at that time when you were with this Kementerian. Thank you.

final • 6:10 PM

Puan Teresa Kok - Seputeh

Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, saya ada cakap sentuh dalam ucapan sayalah, yang di bawah bekas Menteri dari Kuala Nerus itu, dia pergi memberhentikan Ketua Pengarah Lembaga Lada Malaysia. Dia berhentikan dia sebelum dia sampai tarikh perkhidmatan, dan lepas itu, macam tidak ada hala tuju, dia tidak lantik orang dan yang Saraspice yang sepatutnya untuk membuat promosi yang produk lada Sarawak kita ini, semua tidak buat.

So, he got to sack people and then he doesn’t know what to do. Itu sebab mana dia sekarang, yang Kuala Nerus itu, saya rasa ini Menteri yang tidak bertanggungjawab.

Bukan, saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh teruskan gigih mempergiatkan yang industri hiliran lada Sarawak.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Seputeh.

final • 6:10 PM

Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin

Insya-Allah Yang Berhormat Seputeh. Insya-Allah, I will be responsible for that, okay? Thank you very much. Yes, Yang Berhormat Petaling Jaya? I’m finished already. My...

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila, Yang Berhormat Petaling Jaya.

final • 6:10 PM

Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya

Ya, saya hanya hendak penjelasan kerana sekarang ada cadangan daripada Kementerian untuk membawa 32,000 pekerja warga asing. Apakah prosesnya supaya mereka dielakkan menjadi pendatang asing tanpa izin (PATI)?

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila, Yang Berhormat Menteri.

final • 6:10 PM

Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin

I thought dia *join new party. Okay.

[Ketawa] So, I—* Pekerja-pekerja asing yang datang kali ini tidaklah as loose, longgar seperti yang berlaku sebelum COVID-19, ya. So waktu COVID-19, banyak pekerja asing yang telah kita hantar pulang, yang tidak ada permit, and so on and so forth, itu I think we are quite clear of them. So, yang ini ada *fresh intake that we’re going to take.

Fresh intake* ini semua is very under strict supervision so plantation owners, they are responsible untuk pekerja-pekerja yang kita akan bawa masuk ini, termasuk untuk jab, untuk injection dan transportation mereka masuk, dan memastikan bahawa mereka diangkut ke tempat tinggal. Di tempat tinggal itu kita sudah periksa dan ianya dalam keadaan yang baik. Then they will be quarantined there. Lepas itu dia akan dibenarkan keluar bekerja selepas 14 hari.

So, jadi dengan strict control ini and numbers yang masuk ini kita tahu by the plantation owners. So each plantation owner, they write their request for the number of workers that they want, and then the Ministry will approve and will give them approval and they will have to melaksanakan sendiri untuk membawa pekerja-pekerja ini, sudah tentu dengan supervision daripada Jabatan Imigresen Malaysia, supervision daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN). Jadi, ini adalah perkara-perkara yang kita pastikan bahawa once they are here, dia akan dijaga oleh majikan-majikan yang telah membawa mereka ke dalam negara. Okey, terima kasih.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

final • 6:10 PM

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi II - Datuk Willie anak Mongin

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak— Peraturan Mesyuarat 36 (6), “Seorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa Ahli yang lain”. Sebagai Timbalan Menteri di bawah Kerajaan PN yang lalu, saya ingin menyatakan kepada Yang Berhormat Seputeh bahawa beliau membuat tuduhan yang melulu terhadap Yang Berhormat Kuala Nerus bahawa beliau tidak melakukan apa-apa. Itu adalah tidak benar.

final • 6:10 PM

Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya

Sudahlah.

final • 6:10 PM

Datuk Willie anak Mongin

Oleh sebab apabila kita menubuhkan Saraspice, kita baru menerima arahan daripada Ministry of Finance (MOF) pada bulan Mac 2021 untuk pemindahan aset dan sebagainya. Kita tidak boleh melaksanakan kerja-kerja aktiviti operasi company sebelum kita menerima arahan daripada MOF. Itu adalah fakta dan kita tidak boleh dikelirukan dalam Dewan ini dengan fakta yang tidak menentu.

Selain daripada itu, pemberhentian Ketua Pengarah Malaysian Pepper Board adalah berasaskan Memorandum of Articles of Association dan tidak menyalahi apa-apa undang-undang dan sebagainya, dan dilaksanakan secara telus dan baik.

Untuk mengatakan bahawa tidak ada apa-apa yang berlaku semasa pemerintahan Perikatan Nasional adalah tidak benar.

final • 6:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, standing order, apa ini?

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Tidak mengapa.

final • 6:10 PM

Datuk Willie anak Mongin

...Adalah tidak benar. Harga lada naik, harga sawit naik, harga getah naik, harga koko naik ketika PN menjadi kerajaan.

final • 6:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kita hendak mendengar syarahan daripada pengkhianatkah?

final • 6:10 PM

Datuk Willie anak Mongin

...Pemimpin Perikatan Nasional lakukan terbaik.

final • 6:10 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Tuan Yang di-Pertua, [Tidak jelas] Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak gulung lagi.

final • 6:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pengkhianat hendak beri syarahan.

final • 6:10 PM

Datuk Willie anak Mongin

Harga lada turun merudum. Harga sawit merudum ketika zaman Yang Berhormat Seputeh menjadi Menteri.

final • 6:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pengkhianat! Pengkhianat!

Pengkhianat!

final • 6:10 PM

Datuk Willie anak Mongin

PH tidak boleh jual sawit kepada negara India, perkara ini pun Yang Berhormat Seputeh tidak dapat selesai zaman dia.

final • 6:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pengkhianat! Pengkhianat!

final • 6:10 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Tuan Yang di-Pertua, jangan beri peluang [Tidak jelas]

final • 6:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Pengkhianat! Pengkhianat!

final • 6:10 PM

Datuk Willie anak Mongin

Yang Berhormat Seputeh adalah seorang Menteri yang gagal! There is no development significant effort during your time.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya tidak benarkan perbahasan ini kerana kita masih dalam...

final • 6:10 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kita tidak mahu dengar syarahan daripada pengkhianat.

final • 6:10 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ini syarahan daripada pengkhianat.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, Ahli-ahli Yang Berhormat saya ingin teruskan jawapan-jawapan daripada Menteri. Oleh itu saya ingin menjemput Menteri Perpaduan Negara untuk memberi jawapan-jawapan atas perbahasan ini. Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 6:20 PM

Puan Teresa Kok - Seputeh

Tuan Yang di-Pertua tadi yang Timbalan Menteri ini yang berlagak tidak hormat kepada Yang Berhormat Menteri Perusahaan Perladangan.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, baik. Saya sudah buat keputusan, saya takkan benarkan perbahasan ini, saya minta kepada Menteri untuk menjawab. Sila Yang Berhormat Menteri Perpaduan.

final • 6:20 PM

Puan Teresa Kok - Seputeh

Mungkin Menteri Perpaduan boleh menyatupadukan mereka.

final • 6:20 PM

Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Standing order Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:20 PM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Ya, ya bekas menteri jangan gaduh ya. Timbalan Menteri pun okey? Okey, okey, okey.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Okey, silakan.

final • 6:20 PM

Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Standing order.

final • 6:20 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Kita...

final • 6:20 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:20 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Ya, ya kita Keluarga Malaysia. Kita Keluarga Malaysia. Oh, ada point of order.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Okey, sila. Sekejap sahaja point of order.

final • 6:20 PM

Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tengok standing order untuk...

final • 6:20 PM

Seorang Ahli

Standing order mana?

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sebutkan standing order mana.

final • 6:20 PM

Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Standing Order 36(12) mengelirukan Dewan. Saya mendengar ucapan daripada Yang Berhormat Seputeh tadi yang banyak menghentam saya sebagai bekas Menteri. Amat tidak adillah sebab saya tidak boleh menjawab apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Cuma yang terakhir berkaitan dengan MPB LADA tadi, itu adalah kenyataan mengelirukan Dewan. Saya minta ditarik balik ataupun saya minta juga supaya Menteri menjawab secara bertulis hakikat sebenar berkaitan dengan pelantikan Ketua Pengarah LADA yang pernah dibangkitkan dulu sebelum ini oleh Yang Berhormat Seputeh.

Cuma saya harap jangan mengelirukan Dewan dan menganggap Menteri tidak pernah bekerja. Apa kejayaan yang dicapai ketika menjadi Menteri disaksikan oleh rakyat.

Akan tetapi tidak apalah. Tidak mungkin saya hendak bergaduh dengan Yang Berhormat...

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih.

final • 6:20 PM

Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

..Seputeh yang telah gagal ketika menjadi Menteri dulu. Cuma saya minta supaya satu kenyataan dikeluarkan oleh Yang Berhormat Menteri PDK untuk menjelaskan isu ini agar tidak timbul kekeliruan dan jika tidak sila sebut perkara ini di luar Dewan, tidak apa kita lihat apa yang berlaku. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus.

[Pembesar suara dimatikan] Baik saya tidak benarkan, tidak apa. Itu kita ambil maklum. Saya ingin meneruskan lagi urusan pada hari ini dengan menjemput sekali lagi Menteri Perpaduan Negara untuk memberikan jawapan-jawapan.

final • 6:20 PM

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Itu sudah ketawa itu, Keluarga Malaysialah. Jangan macam ini, nanti jadi perpecahan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ini hendak perpaduan di antara...

final • 6:22 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Ha, perpaduan.

final • 6:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli Dewan Rakyat.

final • 6:22 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Harmoni. Mesti bermula daripada kita Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua...

final • 6:22 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:22 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Ha, sudah jangan pula bergaduh dengan saya pula. Tuan Yang di-Pertua izinkan saya untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada lima oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan RMKe-12 yang telah pun menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan kementerian saya.

Tuan Yang di-Pertua, lima Ahli Yang Berhormat itu Yang Berhormat dari kawasan Klang, ada ya?

final • 6:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Klang ada.

final • 6:22 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Okey, terima kasih. Yang Berhormat dari Klang, Yang Berhormat Rasah...

final • 6:22 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Rasah sentiasa ada.

final • 6:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Rasah ada.

final • 6:22 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Okey, terima kasih.

[Ketawa] Yang Berhormat Tuaran? Adalah itu dekat mana agaknya.

final • 6:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Tidak ada.

final • 6:22 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Yang Berhormat Sungai Siput? Okey, terima kasih. Yang Berhormat Batu Gajah?

final • 6:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Tidak ada.

final • 6:22 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Ada, ada, ada.

final • 6:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Eh! Ada, minta maaf.

final • 6:22 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Ada, sana itu, penyokong kuat saya itu.

final • 6:22 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ada, ada.

final • 6:22 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua saya mohon izin, kalau Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak ada saya jawab secara bertulis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari kawasan Klang yang menyentuh tentang hal ehwal MITRA.

Mencadangkan beberapa perkara untuk masyarakat kaum India seperti mengemas kini Malaysian Indian Blueprint (MIB). Yang Berhormat dari kawasan Sungai Siput dan Yang Berhormat Batu Gajah juga turut menyentuh tentang penambahbaikan pengoperasian yang perlu kita laksanakan di MITRA.

Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan MITRA dapat melaksanakan peranan dalam mencapai matlamat Malaysian Indian Blueprint – Selepas ini saya sebut MIB sahaja Yang Berhormat. Kementerian Perpaduan Negara sedang membangunkan Pelan Tindakan Masyarakat India MITRA. MIB ini Yang Berhormat, MIB ini adalah blueprint bagi masyarakat India yang telah pun dilancarkan oleh mantan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita pada tahun 2017. MIB ini Yang Berhormat dia adalah satu perancangan masa depan bagi masyarakat India secara menyeluruh. Dia bukan sahaja berpusat kepada MITRA tetapi secara menyeluruh termasuklah di peringkat EPU dan sebagainya, secara menyeluruh.

Jadi, sebahagian daripada MIB itu telah pun saya ambil untuk kita bangunkan Pelan Tindakan Masyarakat India MITRA. Sebelum ini tidak ada Yang Berhormat. Jadi sebelum ini bila MITRA apa juga yang dirancang oleh MITRA dia bergantung kepada perancangan yang dibuat dari semasa ke semasa. Bila ada Pelan Tindakan Masyarakat India MITRA ini maknanya insya-Allah segala perancangan akan menyediakan panduan pelaksanaan terhadap program-program pembangunan, sosioekonomi masyarakat India di bawah tanggungjawab MITRA. Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat, melalui pelan ini Tuan Yang di-Pertua, lima tunjang menjadi isi, content kepada PTMI ini.

final • 6:22 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Jadi mungkin agaknya ada yang kata, “Alah cakap sahaja PTMI, MIB pun tidak buat”. Kita ambil apa yang perlu kita lakukan daripada MIB untuk dilaksanakan oleh MITRA kerana peruntukan yang diletakkan di bawah MITRA ini Yang Berhormat tidak banyak. RM100 juta sahaja. Akan tetapi, hari ini ada saya dengar banyak cerita mengatakan peruntukan RM100 juta yang diletakkan tidak digunakan dengan sebaik mungkin untuk membangunkan masyarakat India B40. Ke mana hilangnya RM100 juta yang diberikan oleh kerajaan?

Saya ambil alih kementerian ini Yang Berhormat selepas 47 tahun ditubuhkan dan MITRA duduk bersama di bawah kementerian ini. Pada tahun 2020 sehingga Januari 2020, sehingga Mac 2020, MITRA di bawah JPM dia serahkan kepada kementerian. Ada RM100 juta tetapi bila diserahkan kepada kementerian, kementerian hanya mendapat peruntukan bersih sebanyak RM65 juta dan RM34 juta lebih adalah untuk membayar hutang program-program yang telah dibuat sebelum ini, sebelum adanya kementerian.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan mesyuarat****] Waktu MITRA diletakkan di bawah JPM, yang diagihkan kepada semua NGO.

Bagi tahun daripada Januari 2021 Tuan Yang di-Pertua, sehinggalah kepada Ogos 2021, tahun ini – Ya, kita dengar peruntukan MITRA RM100 juta pada tahun ini. Akan tetapi, pada tahun ini juga kita hanya menerima RM49 juta sahaja, RM49.1 juta. Sebanyak RM50 juta lagi bayar hutang sambungan yang telah dibuat oleh MITRA sebelum ini waktu di JPM. Jadi saya hendak beritahu dengan Yang Berhormat, peruntukan yang ada kepada MITRA bagi tahun 2020 yang diuruskan oleh MITRA di bawah kementerian, hanya sebanyak RM65.1 juta dan peruntukan MITRA yang diuruskan oleh kementerian bagi tahun 2021 ini hanya RM49.1 juta.

Dia tidak ada cerita RM100 million for 100 percent of it, tidak ada. Jadi Tuan Yang di-Pertua, maka kerana itu pelan ini dibangunkan untuk kita ada perancangan jangka masa pendek, sederhana dan panjang yang lebih terancang. Bukan ad hoc lagi. Bukannya peruntukan MITRA dibuka untuk permohonan kepada mana-mana NGO yang mahu.

Jadi, maka kerana itu bila saya ambil alih kementerian ini, saya letakkan capping Yang Berhormat Jelutong, capping. Kalau dulu permohonan MITRA ini boleh minta agaknya berapa banyaklah agaknya, tetapi bila saya ambil alih permohonan MITRA dicapkan kepada hanya RM300,000 sahaja. Saya wujudkan dua jawatankuasa Yang Berhormat Jelutong.

final • 6:22 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

[Bangun]

final • 6:22 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Satu Jawatankuasa Penilai yang dipengerusikan oleh KSU saya. Saya tidak ada kuasa untuk memberikan kelulusan kepada mana perkara seperti yang berlaku sebelum ini.

final • 6:22 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Yang Berhormat Menteri?

Batu Gajah, boleh? Boleh mencelah.

final • 6:22 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Nanti, nanti belum habis, kejap lagi.

bila ada Jawatankuasa Penilai ada Jawatankuasa Pemantau. Ini kerana bila Jawatankuasa Penilai memberikan kelulusan kepada mana-mana permohonan yang dibawa di dalam Jawatankuasa itu maka sudah tentu ada Jawatankuasa Pemantau terhadap pelaksanaan kelulusan peruntukan yang diberikan melalui Jawatankuasa Penilai yang juga dipengerusikan oleh Datuk KSU saya. Ya.

final • 6:22 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Menteri...

final • 6:22 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Batu Gajah ya.

final • 6:22 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Atas penjelasan yang telus dan ikhlas, saya menghargai. Ini adalah kali pertama kita mendengar pendedahan- pendedahan tentang butiran-butiran jumlah yang dibelanjakan dan sebagainya.

final • 6:22 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kita lihat memang ada saya akui bahawa kementerian Yang Berhormat dan juga Yang Berhormat sendiri mengagihkan kotak-kotak makanan dan bantuan-bantuan kepada kawasan kami. Cuma yang saya ingin tanya adalah adakah Yang Berhormat akan

final • 6:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa wang ini akan sampai ke sasarannya?

Untuk makluman Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, pada hari ini kita mendengar berita yang mengejutkan yang mendakwa bahawa peruntukan MITRA ini disalurkan kepada beberapa NGOs di mana NGOs ini dipengerusikan ataupun dianggotai oleh ahli-ahli politik daripada Malaysian Indian Congress. Jumlah-jumlah yang dinyatakan dalam senarai yang telah diedarkan kepada kami amat mengejutkan umpamanya saya beri satu kesimpulan. Jumlah sebanyak untuk Program Yayasan Strategik Sosial, Program TURIYA Penuntut Sekolah Rendah, jumlah yang kononnya telah diedarkan – mungkin Yang Berhormat boleh menyemak perkara ini dan maklumkan menyiasat perkara ini adalah RM9 juta.

Kami difahamkan bahawa yayasan ini dipengerusikan ataupun dianggotai oleh Presiden MIC dan beberapa lagi senarai-senarai yang telah pun dinyatakan. Umpamanya Yayasan Sosial Wanita Malaysia, Program Gubahan Bunga Perkahwinan Secara Profesional dan Wedding Deco, RM470 juta. Pengerusinya adalah Komala Krishna Moorthy, mantan Ketua Wanita MIC ataupun Vickneswari Babuji Timbalan Ketua Wanita dan pegawai khas kepada Presiden MIC. Saya mohon perkara-perkara ini disiasat.

Persoalannya adalah saya percaya Yang Berhormat Menteri akan melaksanakan tugas.

Cuma dengan izin, I don’t want money meant for poor Indians to be stolen by MIC dengan izin.

final • 6:30 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Yang Berhormat Menteri.

Batu Gajah boleh? Okey, terima kasih. Yang Berhormat Menteri, dalam satu soalan yang saya kemukakan, soalan lisan, saya ada minta Yang Berhormat Menteri untuk menyatakan pengagihan dana MITRA bagi tahun 2021 secara terperinci. Akan tetapi Yang Berhormat Menteri memberi jawapan secara umum iaitu untuk tujuan modal insan berapa juta, untuk keusahawanan berapa juta dan kesejahteraan sosial berapa juta.

Akan tetapi seperti mana yang diberitahu oleh Yang Berhormat Jelutong tadi, hari ini memang kita melihat ada satu berita yang menular di media sosial di mana penerima geran MITRA terlalu besar. Tadi Yang Berhormat Menteri ada kata ada capping RM300,000 tetapi dalam berita yang keluar ini jumlahnya adalah terlalu besar. Jadi, saya hendak tahu adakah berita ini benar ataupun palsu?

Kedua, berkaitan dengan kotak makanan. Kita difahamkan bahawa 146 orang Ahli Parlimen diberikan 200 kotak setiap kawasan Parlimen. Jadi, jumlahnya sepatutnya 29,200 biji. Akan tetapi dalam jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri kepada saya, sebanyak RM12.4 juta telah disediakan – dana yang disediakan untuk pengagihan kotak makanan. Jadi, saya hendak tahu kenapa jumlah peruntukan itu terlalu besar sedangkan...

[Disampuk]

final • 6:30 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Okey Yang Berhormat. Saya akan jawab soalan itu nanti Yang Berhormat sebab Yang Berhormat pun ada bangkitkan ya Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Ya, sebab – okey, okey. All right, all right.

final • 6:30 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, Sungai Siput.

final • 6:30 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Okey, kalau tidak – masa saya habis.

Masa saya tinggal 19 minit saja. Terima kasih. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat dari kawasan Jelutong. Ya Sungai Siput, belum jawab lagi lah brother.

final • 6:30 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Padang Serai.

final • 6:30 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Nanti, saya belum jawab pada yang bahas.

final • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bagi, bagi Yang Berhormat Menteri jawab dulu.

final • 6:30 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Ini berkaitan, berkaitan.

final • 6:30 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Padang Serai sikit.

final • 6:30 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Saya belum jawab lagi Yang Berhormat Sungai Siput mahu tanya saya sekarang?

final • 6:30 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Ada berkaitan dengan apa yang dibangkitkan sebentar tadi.

final • 6:30 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Ya okey. Sila. Yang Berhormat Padang Serai.

final • 6:30 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Ya, lepas ini Padang Serai.

final • 6:30 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Nanti lepas habislah. Okey, sila Yang Berhormat Sungai Siput.

final • 6:30 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sebelum saya menyentuh saya merakamkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan sumbangan bakul makanan kepada masyarakat Parlimen Sungai Siput. Jadi, apa yang Yang Berhormat Menteri sebut tadi amat mengejutkan kami semua Ahli-ahli Parlimen di mana ia menjadi satu persoalan yang berlegar dalam pemikiran masyarakat India berkenaan dengan MITRA.

Saya juga terbaca satu media yang tular dalam Whatsapp di mana ia mengaitkan nama Yang Berhormat Menteri sendiri iaitu berkenaan dengan satu peruntukan sebanyak RM505,000 kepada sebuah syarikat Skills Asia International Sdn. Bhd. iaitu untuk...

[Disampuk]

final • 6:30 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Yang Berhormat, ini perkara ini sudah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong tadi, ia merangkumi lah itu. Ya, boleh saya jawab sekarang ya? Okey, terima kasih.

final • 6:30 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Padang Serai.

final • 6:30 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Yang Berhormat Padang Serai.

final • 6:30 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, kita puji Yang Berhormat Menteri sebab Yang Berhormat Menteri adalah yang sentiasa memberi jawapan dan sentiasa bantu kita. Walau bagaimanapun sebentar tadi Yang Berhormat Menteri memberitahu Yang Berhormat Menteri telah bayar banyak hutang yang ditinggalkan oleh pihak Menteri yang lain.

Walau bagaimanapun, pembayaran untuk tadika di seluruh Semenanjung Malaysia sudah sembilan bulan masih tidak diselesaikan sebab rakyat – ramai yang guru tadika ini dia kata sembilan bulan apa kita hendak makan. So, bolehkah bayaran-bayaran ini dibuat dengan segera sebab Deepavali akan datang tidak lama lagi. Mereka menunggu. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:30 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Okey, terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.

final • 6:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai ini saya benarkan Yang Berhormat Padang Serai cakap sebab kita ada masa. Saya bukan anti Yang Berhormat Padang Serai ya.

[Ketawa]

final • 6:30 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Ya. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Jelutong tadi. Saya pun dapat viral itu Yang Berhormat Jelutong.

Tuduhan konon saya kalau orang Johor kata cekik hasil, cekik hasil duit rakyat B40 masyarakat India MITRA. Dia kata saya on the take ambil– ada rasuah, curi, merompak.

Ini kata-kata yang dilemparkan. Jadi, sebab itu hari ini saya hendak jelaskan kepada Yang Berhormat, bukan kerja saya lah hendak curi-curi ini, hendak rompak-rompak.

Saya berada di kementerian ini bersama dengan KSU saya dan kepimpinan yang ada, kita mengusahakan yang terbaik. Ini kerana itu dari tadi saya sebut fasal Pelan Tindakan Masyarakat India MITRA ini. Ini kerana ada dulu bila tahun 2020 Yang Berhormat, bila saya ambil alih, tradisi pemberian peruntukan MITRA ini dibuat terbuka kepada mana-mana NGO. Saya ingat Yang Berhormat pun tahu.

final • 6:30 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Tadi Yang Berhormat Batu Gajah bangkitkan. Ala Yang Berhormat Batu Gajah, baru hari ini tidak bagi detil lah. Sebelum ini Yang Berhormat Batu Gajah minta saya bagi details tebal macam ini, semua syarikat siapa saja dapat.

final • 6:30 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Betul, betul.

final • 6:30 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Ya betul.

final • 6:30 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Memang saya ada terima tetapi kali ini saya tidak terimalah. Sebab itu bila berita ini keluar hari ini, saya pun hendak tanya juga betul ataupun tidak berita yang menular dalam ...

final • 6:30 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Saya sudah bagi Yang Berhormat Batu Gajah senarai tahun 2020 pada soalan yang lepas.

final • 6:30 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Ada, ada. Itu saya ada terima, betul.

final • 6:30 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Itu betul. Soalan yang lepas. Ini dibangkitkan ini ada sebahagian daripada pertuduhan pada soalan yang lepas. Jadi, kalau Yang Berhormat Batu Gajah hendak yang baharu nanti saya hantar. Jadi, kepada Ahli- ahli Yang Berhormat, kepada Yang Berhormat Jelutong, kepada Yang Berhormat Sungai Siput, kepada Yang Berhormat Padang Serai, kepada Yang Berhormat Batu Gajah, tahun 2020 bila saya datang ke kementerian ini, bila kementerian ini diwujudkan, kita buka– kita sudah wujudkan jawatankuasa itu. Jadi, apa juga pemilihan, apa juga kelulusan yang hendak diberi dibawa dalam mesyuarat jawatankuasa.

Kalau ada mana-mana NGO yang menerima peruntukan yang mungkin besar sedikit pada waktu itu kerana tahun 2020 kita belum cap lagi RM300,000. Tahun 2021 kita cap RM300,000. Sebelum itu belum ada lagi. Ini kerana kita cuma ada balance duit pada waktu itu hanya RM65.1 juta sahaja. Maka kerana itu, pada mana-mana permohonan akan dibawa pada jawatankuasa penilai.

Mana-mana projek permohonan yang kalau besar peruntukan yang dimohon akan dipecahkan mengikut negeri-negeri. Bukan diberikan kepada satu NGO dengan jumlah yang besar. Ia akan pecah mengikut negeri-negeri. Pada mana-mana program ataupun projek yang tidak dibelanjakan mengikut kepada permohonan akan dibatalkan sekiranya tidak– nanti, nanti dulu Yang Berhormat Batu Kawan.

final • 6:30 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Saya tunggu.

final • 6:30 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Ya, ya. Tunggu duduk lah. Tunggu duduk.

final • 6:30 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

Batu, Batu pun hendak tanya.

final • 6:30 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Sekiranya tidak memenuhi kepada perjanjian maka akan dibatalkan dan peruntukan akan ditarik balik oleh pihak MITRA. Jadi, saya harap bila ada Pelan Tindakan Masyarakat India (PTMI) MITRA ini bila ada pelan ini Tuan Yang di-Pertua, saya dapat memantau untuk memperkasakan keperluan asas.

Saya dapat memantau untuk meningkatkan kemenjadian kanak-kanak dan remaja, dapat memantau bagi projek-projek menaik taraf ekonomi dan keusahawanan, dapat juga memantau memperkasakan keterangkuman sosial dan dapat juga memantau mana-mana program dan projek dalam usaha untuk memperkasakan wanita ke arah kesaksamaan gender. Saya harap sokongan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

I am here for real. Ya, saya. Jadi, janganlah nanti ada di antara Ahli-ahli Yang Berhormat– sudah tentu bukan Yang Berhormat Jelutonglah.

[Ketawa] Ada antara Ahli- ahli Yang Berhormat kata, “Kenapa tidak pulangkan balik MITRA kepada JPM? Kita lebih percaya MITRA di bawah JPM.” MITRA sekarang duduk di bawah satu kementerian, Yang Berhormat. Senang untuk kita tadbir uruskan MITRA dengan adanya pelan tindakan dan sebagainya. Jadi, bagilah masa sedikit untuk saya bersihkan, bangun dan sihatkan MITRA ini.

final • 6:40 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

Yang Berhormat Menteri, mohon mencelah.

final • 6:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.

final • 6:40 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

Mohon mencelah.

final • 6:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Siapa lagi ini?

final • 6:40 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Batu Gajah...

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu. Yang Berhormat Batu dahulu.

final • 6:40 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

...Saya tidak sebut pindahkan MITRA ke JPM. Dalam ucapan saya, saya kata bagi MITRA RM200 juta. Saya tidak minta tetapi saya kata wujudkan satu yayasan, satu lagi yayasan untuk bagi RM300 juta. Jadi untuk MITRA, saya minta RM200 juta.

final • 6:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Okey, terima kasih. Saya tidak sebut Yang Berhormat Batu Gajah. Terasa pula.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Mikrofon, mikrofon.

final • 6:40 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

Yang Berhormat Menteri, saya ada soalan sedikit.

final • 6:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu. Yang Berhormat Batu.

final • 6:40 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Saya ada pengundi India juga.

final • 6:40 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

[Ketawa] Okey, tadi saya terdengar penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkaitan hutang yang begitu besar, hampir setengah daripada RM100 juta itu. Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri, kenapa ada hutang begitu besar?

final • 6:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Yang Berhormat Batu ya?

final • 6:40 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

Ya, Batu. Begitu besar untuk Yang Berhormat Menteri yang baharu ini untuk tanggung. Kenapa hutang itu begitu besar sampai the next year’s fund have to repay?

final • 6:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Okey, sepatutnya Yang Berhormat boleh tanyalah dengan Yang Berhormat Menteri yang dahulu, kenapa dia belanja banyak sangat sampai macam itu?

final • 6:40 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

Tidak jumpa. Tidak jumpa. Sudah hilang.

final • 6:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Sampai apabila saya ambil alih kementerian ini, saya tidak ada duit RM100 juta itu. Saya ada RM65 juta tahun lepas dan tahun ini saya hanya ada RM49.1 juta sahaja untuk saya belanjakan. Tanya dengan dia.

Kenapa dia belanjakan peruntukan MITRA, dia makan tahun 2020, dia makan tahun 2021.

Tanya dia. Jadi, beginilah. Saya tidak hendak ceritalah fasal apa yang telah berlaku. Okay, sila Yang Berhormat Sungai Siput.

final • 6:40 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Batu Kawan, sedikit.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Batu Kawan dahulu, Yang Berhormat Menteri.

final • 6:40 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Yang Berhormat Menteri...

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sungai Siput, saya rasa Yang Berhormat Batu Kawan sudah berdiri lama.

final • 6:40 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Tadi Yang Berhormat Menteri mengakui bahawa peruntukan RM100 juta itu tidak mencukupi. Jadi, dalam perbahasan saya, saya mengupas bahawa salah satu agenda Kementerian Perpaduan adalah menjadi satu asaslah dalam merangka apa juga program– dalam pelaksanaannya itu, asasnya ialah perpaduan, dalam menyediakan apa jua bentuk program. Jadi, saban tahunlah dalam bajet, MITRA hanya menerima RM1 juta. Tadi Yang Berhormat Batu Gajah telah mencadangkan RM200 juta. Jadi, dalam perbahasan saya–

final • 6:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Hendak cadangkan berapa?

final • 6:40 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Ya?

final • 6:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Yang Berhormat hendak cadangkan berapa sekarang?

final • 6:40 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Saya? RM500 juta.

final • 6:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Bagus. Saya harap MoF dengar cadangan daripada Yang Berhormat sebanyak RM500 juta, daripada Yang Berhormat Batu Gajah RM250 juta.

final • 6:40 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Sungai Siput, RM500 juta.

final • 6:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Daripada Yang Berhormat Jelutong, berapa hendak dicadangkan?

final • 6:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Saya sokong.

final • 6:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Sokong.

final • 6:40 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

Saya sokong.

final • 6:40 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Semua sokong ya?

[Ketawa]

final • 6:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Saya ucapkan terima kasihlah banyak- banyak. Saya perlukan peruntukan itu. Saya sangat memerlukan. Ya, Yang Berhormat Batu Kawan. Yang Berhormat Kangar tidak payah, duduk. Ya, Batu Kawan.

final • 6:40 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin just membangkitkan satu isu dan ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Menteri pembaharuan untuk MITRA. Isu yang saya ingin bangkitkan ialah salah seorang penerima geran MITRA, Malaysian Allied Health Science Academy Sdn. Bhd. (MAHSA) sebanyak RM831 ribu, melalui sijil...

final • 6:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Yang Berhormat Batu Kawan, saya sebut sudah tadi, yang ini adalah...

final • 6:40 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Can I just finish sedikit...

final • 6:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

No, no. I know what you are going to say lah, sister. Saya tahu apa you hendak cakap. Ini sama dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jelutong dan Yang Berhormat Sungai Siput tadi.

final • 6:40 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Isunya Yang Berhormat Menteri, hanya 45 orang pelajar yang selesai program itu. 55 orang pelajar tidak selesai program itu.

final • 6:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Saya sudah sebut tadi, Yang Berhormat. Kalau mana-mana peruntukan yang diluluskan, kalau tidak dibelanjakan mengikut kepada perjanjian yang ada, duit itu akan ditarik balik oleh MITRA.

final • 6:40 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Maka, saya ucapkan terima kasih sebab data-data ini kami tidak pernah dengar dalam Dewan Rakyat, pendedahan seperti Yang Berhormat Menteri lakukan.

final • 6:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Macam ini baguslah, apabila Yang Berhormat tanya, baru saya boleh jawab. Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan.

final • 6:40 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Thank you. Thank you. So– tetapi cadangan saya Yang Berhormat Menteri, adalah supaya laporan perbelanjaan MITRA ini diletakkan atas meja kami semua supaya we don’t have this situation where we have to get a WhatsApp message yang akan mendedahkan perbelanjaan dibenarkan atau pun tidak.

final • 6:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

No, no, no. Apabila kita...

final • 6:40 PM

Tuan P. Prabakaran - Batu

Setuju, setuju.

final • 6:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Begini Yang Berhormat. Kita dalam peringkat penyediaan Pelan Tindakan Masyarakat India MITRA. We will invite all of you...

final • 6:40 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Thank you.

final • 6:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

...Untuk lihat kepada pelan kita dan berikan pandangan dan nasihat.

final • 6:40 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, atas dasar ketelusan saya cadangkan bahawa before the budget happens, that we get a record of all the penerima geran.

final • 6:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Yes, we will do consultation with you.

final • 6:40 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Untuk ketelusan for all the MPs here. Bukan sahaja Ahli Parlimen kaum India tetapi semua Ahli Parlimen supaya mereka tahu di kawasan mereka NGO mana yang mendapat peruntukan daripada MITRA. Boleh?

final • 6:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Itu akan dipertimbangkan daripada Jawatankuasa Penilai ya. Okey.

final • 6:40 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Thank you.

final • 6:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Yang Berhormat Padang Serai, tadi bangkitkan fasal tadika kan? Yang Berhormat Padang Serai, ini ada lima buah konsortium tadika ya. Selama ini mereka dapat peruntukan daripada MITRA. Akan tetapi saya hendak maklumkan kepada Yang Berhormat Padang Serai, peruntukan yang MITRA beri kepada lima buah konsortium ini, bukan untuk bayar gaji cikgu tetapi ia adalah untuk bayar yuran bagi anak murid yang belajar di tadika-tadika tersebut. Akan tetapi yang ini kita akan selesaikan dan bagi tahun 2020 kita akan bayar RM7.576 juta. Pada tahun ini, kita akan berikan pertimbangan untuk kita berikan subsidi berdasarkan kepada bilangan pelajar yang betul, yang benar-benar belajar di tadika-tadika ini.

Yang Berhormat Padang Serai jangan bangkitkan lagi, saya tinggal tujuh minit.

final • 6:40 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Saya hendak bercakap fasal dasar, Dasar Perpaduan.

final • 6:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, Klang.

final • 6:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Actually, I have not finished, you know?

final • 6:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Just give me one second. One minute.

final • 6:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Okey.

final • 6:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

One second kah, one minute?

final • 6:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Ah! Sorry. Satu minit. Dua minit.

Soalan saya berkait dengan Malaysian Indian Blueprint. Pada pandangan saya, Malaysian Indian Blueprint merupakan satu daripada blueprint saya fikir yang bagus. Saya terima kesimpulan yang dibuat dan recommendation yang mereka buat juga. Akan tetapi blueprint itu dibuat semasa tahun 2017 tetapi sekarang kita dalam tahun 2021 dan kita telah mengalami pandemik yang besar. So, therefore it is important to...

final • 6:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Okey, Yang Berhormat Klang.

final • 6:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Hold on, hold on. Tuan Yang di- Pertua, I haven’t asked my question yet.

final • 6:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

[Menunjukkan isyarat ke arah jam Dewan] Enam minit.

final • 6:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

I haven’t asked my question yet.

final • 6:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Okey.

final • 6:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

The point is simple as this; it is good to say how much you have spent and where you have spent. But, have you solved the problem? That is the question. So, what is the problem in the Malaysian Indian Blueprint?

Unemployment, lack of jobs, lack of business opportunities. The question Yang Berhormat Menteri, has MITRA solved the problems after you have taken over?

final • 6:40 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Tambah masa Tuan Yang di-Pertua.

Tambah masa setengah– 15 minit.

final • 6:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Okey. Tuan Yang di-Pertua, saya sudah maklumkan tadi bahawa Malaysian Indian Blueprint ini bukan tanggungjawab MITRA semata-mata. How far can you go dengan peruntukan RM100 juta ini? Oleh sebab itu, KSM ada tanggungjawab, masing-masing– ada banyak kementerian ada tanggungjawab masing-masing, termasuk EPU.

Jadi, saya haraplah kementerian yang lain akan ambil beratlah tentang persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Klang tadi kerana peruntukan yang diberikan kepada MITRA is only RM100 million, itu satu. Keduanya, Pelan Tindakan Masyarakat India ini saya hendak maklumkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, bukan dibuat oleh kementerian semata-mata ya, Yang Berhormat Klang. Kita buat bersama-sama dengan Universiti Sains Malaysia untuk kita membangunkan Pelan Tindakan Masyarakat India MITRA ini. Bukan dibuat atas favoritism, syok sendiri apa yang kementerian hendak buat untuk MITRA. Tidak, Yang Berhormat. Kita bangunkan secara bersama dengan Universiti Sains Malaysia.

final • 6:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, kalau kita rujuk balik, kalau kita tengok ucapan Yang Berhormat Pekan pada masa itu, cadangan beliau untuk menubuhkan MITRA ialah untuk respond kepada masalah yang telah disenaraikan di blueprint. So, the blueprint is the basis of what MITRA should be doing.

final • 6:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Akan tetapi blueprint ini ialah rangka tindakan bagi masyarakat India. Seperti yang saya sebut tadi, ia bukan tanggungjawab MITRA semata-mata. Hal ini kerana dalam Malaysian Indian Blueprint itu ia melibatkan pelbagai kementerian yang ada di dalam. Yang Berhormat kena tengok balik MIB ini. Jadi, saya ambil yang patut diletakkan di bawah tanggungjawab MITRA kerana it covers all the ministries, not only Kementerian Perpaduan Negara.

final • 6:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Kalau macam itu Yang Berhormat Menteri, then you have just made a case in Parliament to transfer MITRA back to JPM, because JPM then will coordinate with all the other ministries.

final • 6:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

[Ketawa] If you think it should be transferred back to JPM, then request for one. Mintalah kepada kementerian.

final • 6:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Yang Berhormat Menteri, I trust you.

final • 6:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Ya, then you have to trust me...

final • 6:40 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

But, you have just made a case againt your own ministry.

final • 6:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

...with my Pelan Tindakan Masyarakat India ini MITRA ini. Hal ini kerana seperti yang saya sebutkan, setiap kementerian ada tanggungjawabnya yang termaktub dalam Malaysian Indian Blueprint itu. Bukan boleh diterjemahkan semata-mata oleh Kementerian Perpaduan Negara melalui MITRA dengan peruntukan RM100 juta, Yang Berhormat. Tidak boleh.

final • 6:40 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Yang Berhormat Menteri, boleh ya?

final • 6:40 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya– nantilah, saya ada banyak lagi hendak jawab.

final • 6:40 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Minta tambah masa Tuan Yang di- Pertua.

final • 6:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat saya boleh tambah masa sampai pukul 7.05 malam Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tadi Yang Berhormat Sungai Siput ada bangkitkan tentang kotak MITRA termasuk Yang Berhormat dari Klang tadi dan Yang Berhormat Batu Gajah. Kita agihkan kotak ini kepada 149 Ahli-ahli Parlimen. Semua sekali jumlah keseluruhan 55,750. Ahli Dewan Negara, Exco-exco perpaduan di negeri-negeri dan Menteri-menteri perpaduan di Sabah dan Sarawak, kepada kelompok komuniti KRT, kepada penduduk-penduduk kita di kawasan ladang— kita bekerjasama dengan NUPW. Kepada pemimpin-pemimpin tempatan, kepada NGO, kita agihkan kepada semua. Jadi saya tidak fikir ada satu Ahli Parlimen daripada pihak kita sebelah sana yang tidak dapat kotak ini. Kita agihkan kepada semua kerana kita semua diberikan tanggungjawab oleh rakyat kita.

Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua. Seterusnya Yang Berhormat Klang ada bangkitkan tentang bantuan ke atas masyarakat India dalam pandemik COVID-19 ini.

Saya sudah sebut tadi kotak makanan Yang Berhormat dan dalam situasi pandemik ini, pihak MITRA juga mengambil inisiatif bantu masyarakat B40 kita Yang Berhormat. Do not be sad Yang Berhormat. Kita akan sama-sama menterjemahkan Pelan Tindakan Masyarakat India ini. I know you have the big heart to translate it, Yang Berhormat. Do not be sad about it. Saya tengok Yang Berhormat Klang dia macam susah hati. Do not be sad, I will always be with you all to translate it together. Antara bantuan yang kita berikan Yang Berhormat, saya sebut tadi kotak makanan MITRA, kita bagi 13 jenis barang makan seperti 10 kilo beras, lima kilo minyak masak dan lain-lain. Nilai satu kotak RM150 Yang Berhormat. Ada di antara orang kata buat apa bagi RM150, banyak sangat. Saya berpendapat kalau kita hendak bantu orang, kita bantu betul-betul. Kita bantu dengan ikhlas. Bantu betul, bantu ikhlas kerana satu kotak itu harga RM150.

final • 6:50 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Terima kasih Menteri.

final • 6:50 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 6:50 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Siapa itu?

[Disampuk] Saya tambah lagi nanti. Jadi dalam KPI 100 hari Yang Berhormat, kita target kita akan tambah lagi untuk memberi manfaat kepada 90,000 keluarga B40 yang miskin dan miskin tegar termasuk yang ada di ladang-ladang.

Kedua, kita juga buat program mobilisasi vaksin komuniti. Kalau Yang Berhormat perhatikan ada bas-bas MOVAC kita berjalan. Dulu saya dengan Yang Berhormat Menteri KPKT— waktu Yang Berhormat Ampang jadi Menteri KPKT. 25 buah bas masuk ladang, masuk kampung. Buat program bersama dengan MOSTI, dengan KKM, dengan CITF pusat dan negeri, dengan PKD di peringkat daerah bantu untuk program vaksinasi ini.

Selain daripada itu— saya mohon sedikit masa Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua. Sedikit masa lagi. Selain daripada itu, bantuan— bagi pengurusan jenazah masyarakat India B40 yang meninggal akibat sama ada non-COVID-19 atau COVID-19.

Jadi kita letak peruntukan sebanyak RM500,000, Yang Berhormat Klang. Sehingga kini sebanyak RM263,500 telah pun disalurkan kepada waris keluarga sebanyak 95 waris keluarga. Kita buat kerjasama awal ini dengan PUSARA Hospital Kuala Lumpur dulu.

After this we are going to all the hospital COVID-19 yang ada untuk kita panjangkan bantuan kerana kalau meninggal COVID-19 Yang Berhormat, dia perlu bayar RM3,000 untuk pengebumian, untuk dibawa ke crematorium RM3,000. Kalau dia meninggal biasa dia perlukan sekurang-kurang RM2,000. Ada di antara rakyat kita terkesan dan tidak mampu hendak membayar. Maka, kerana itu peruntukan ini disediakan.

Selain daripada itu Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Rasah kerana mencadangkan peruntukan dinaikkan RM300 juta. Yang Berhormat Sungai Siput dan Yang Berhormat Jelutong RM500 juta, Yang Berhormat Batu Gajah RM200 juta, banyak dapat itu kalau campur semua.

final • 6:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Bagi RM1 bilion

final • 6:50 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

RM1 bilion.

final • 6:50 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Terima kasih banyak.

final • 6:50 PM

Tuan Charles Anthony Santiago - Klang

Menteri ini bukan lelong Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Bukan, bukan. Ini adalah campur RM300 juta, campur semua kita harap peruntukan lebih besar dapat diberikan kepada MITRA untuk kita terjemahkan Pelan Tindakan Masyarakat India MITRA itu.

Jangan lupa sokong dan lagi satu Yang Berhormat tolong jawab viral jahat ini, yang buat tuduhan ini. Saya sudah jelaskan hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, yang last sekali.

final • 6:50 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Yang Berhormat Menteri...

final • 6:50 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Kangar, Kangar.

final • 6:50 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:50 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Yang Berhormat Menteri, hendak tanya ini. Kangar.

final • 6:50 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Yang Berhormat Kangar, awak tidak bangkit apa-apa, duduk dahulu.

final • 6:50 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Last Yang Berhormat Menteri.

final • 6:50 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tuaran ini tidak ada. Saya mohon untuk jawab secara bertulis kepada Yang Berhormat Tuaran.

final • 6:50 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Saya hendak tanya dasar perpaduan ini.

Kangar.

final • 6:50 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Bahas atau tidak?

final • 6:50 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Masa tidak cukup apa semua.

final • 6:50 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Habis tidak cukup— ini saya sedang menjawab kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

[Bangun]

final • 6:50 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Masa ada, Tuan Yang di-Pertua bagi sampai 7.05 malam. Ada 10 minit lagi.

final • 6:50 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Nanti Yang Berhormat bahas dalam bajetlah. Ya Yang Berhormat Rasah.

final • 6:50 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Jangan macam itu. Ini RMK, penting ini.

final • 6:50 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Yang Berhormat Menteri, wakil Perlis.

final • 6:50 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Boleh ya? Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya merujuk kepada asas perpaduan negara yang mana dalam isu dan cabaran perpaduan di Malaysia— saya ingat kementerian sudah maklum. Defisit sosial ini menyentuh banyak perkara. Antaranya politik federalisme, ruang bandar dan desa. Tadi kebetulan jawapan Yang Berhormat Menteri yang terakhir itu ada menyentuh tentang susah hendak bayar bil jenazah tinggi.

Kalau Yang Berhormat Menteri dapat buat solution— saya sudah sebut sebelum ini. Yang Berhormat Menteri kata bidang kuasa negeri, bidang agama tetapi kita tahu agama-agama bukan Islam jarang— tidak ada institusi yang menjaganya. Tidak semua negeri ada. Jadi kalau Yang Berhormat Menteri dapat buat satu krematorium masyarakat Siam, masyarakat India, masyarakat Cina akan ingat Yang Berhormat Menteri ini sampai dia mati.

final • 6:50 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Okey, saya sudah faham itu.

final • 6:50 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Ya.

final • 6:50 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Untuk makluman Yang Berhormat— ini soalan terakhirlah. Saya wujudkan Jawatankuasa Max Unity, mesyuarat Menteri dan exco-exco perpaduan termasuk Menteri di Sabah dan Menteri di Sarawak. Kita wujudkan jawatankuasa itu. Dalam jawatankuasa ini Yang Berhormat, jawatankuasa ini semua negeri, ada 14 buah negeri. Semua negeri termasuk Wilayah Persekutuan. Tidak ada kita ambil kerajaan, bukan kerajaan. Semua ada dekat dalam.

Kita telah mengambil ketetapan supaya negeri-negeri wujudkan jawatankuasa— nanti, nanti Yang Berhormat. Duduklah, duduk. Ganggu saya pula. Supaya negeri-negeri wujudkan jawatankuasa yang dinamakan pelbagai nama oleh kerajaan negeri.

Jawatankuasa yang menguruskan urusan agama selain daripada Islam. Kita tidak kata bukan Islam, kita kata selain daripada Islam dan juga rumah-rumah ibadat.

Jadi, kalau ada persoalan yang berbangkit tentang pemberi milikan tanah kepada rumah ibadat, permohonan tanah perkuburan dan sebagainya, itu adalah kuasa kerajaan negeri. Jadi, maka kerana itu kita wujudkan jawatankuasa ini supaya kerajaan negeri dapat memberikan komitmen dan apa-apa isu kita akan bangkitkan dalam Max Unity dan dapatkan konsensus bersama.

final • 6:50 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Betul, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Cuma saya minta macam negeri Perlis, kita bukan negeri yang kaya, tidak banyak hasilnya. Jadi perlu. Saya ingat...

final • 6:50 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Negeri Perlis pun adalah Yang Berhormat, Yang Berhormat Siti Berenee.

final • 6:50 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Betul, jawatankuasa ada tetapi hendak buat krematorium ia memerlukan dana yang besar.

final • 6:50 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Yang Berhormat begini, krematorium bukan tanggungjawab MITRA.

final • 6:50 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Betul.

final • 6:50 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Bukan tanggungjawab Kementerian Perpaduan Negara. Itu kerajaan negeri kena uruskan.

final • 6:50 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Betul, tetapi atas— macam peruntukan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri misalnya, saya ingat macam perpaduan...

final • 6:50 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Then, Yang Berhormat mintalah dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya tidak ada permintaan itu.

final • 6:50 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Pihak Kementerian Perpaduan Negara boleh menjadi fasilitator sebagai kementerian yang bertanggungjawab isu perpaduan.

final • 6:50 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Ya, ya. Nanti biar Exco dari Perlis, Yang Berhormat Siti Berenee bangkitkan. Okey, terima kasih Yang Berhormat.

final • 6:50 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Ya.

final • 6:50 PM

Beberapa Ahli

Yang Berhormat Menteri.

final • 6:50 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Tuan Yang di-Pertua...

final • 6:50 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

final • 6:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, mencelah sikit.

final • 6:50 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Ya, ya Yang Berhormat Rasah.

final • 6:50 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Batu Gajah boleh sambung?

final • 6:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan berkenaan dengan MITRA. Saya mohon cadangkan macam ini,

final • 6:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

saya tengok rakan-rakan tadi banyak bagi cadangan. Tadi saya senyap sahaja. Saya rasa mungkin Yang Berhormat Menteri boleh adakan satu sesi libat urus yang melibatkan bukan sahaja Ahli-ahli Parlimen berketurunan India tetap melibatkan semua wakil rakyat yang berminat untuk sama-sama membantu masyarakat India yang berkenaan dengan MITRA sebab Yang Berhormat Menteri pun bukan India, saya pun bukan India...

final • 6:50 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Hei! Yang Berhormat Rasah, tadi Yang Berhormat Batu Kawan sudah cadangkan.

final • 6:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ya, saya rasa kita we work together untuk selesaikan...

final • 6:50 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Okey, okey. Terima kasih.

final • 6:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 6:50 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Yang Berhormat Menteri KPLB sudah bagi saya warning kerana saya ambil masa dia.

final • 6:50 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Yang Berhormat Menteri, last, last ya

final • 6:50 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Dia kata dia punya tebal sangat. Okey, last. Please Yang Berhormat Batu Gajah, last ya.

final • 6:50 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Ya, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, ini demi menjaga nama baik Yang Berhormat Menteri, ini dengan niat yang baik. Boleh atau tidak Yang Berhormat nafikan apa yang keluar dalam viral ini...

final • 6:50 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Ya, saya akan buat statement...

final • 6:50 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Ini adalah penting sebab perkara ini tidak akan berakhir di sini.

final • 6:50 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Ya, ya. Ya, saya akan buat statement.

final • 6:50 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Ia akan menjadi viral lagi.

So, ini adalah demi kebaikan...

final • 6:50 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Kerana ia satu tuduhan mencuri, merompak— saya akan buat statement itu. Terima kasih...

final • 6:50 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Bukan itu sahaja, mengenai senarai ini.

final • 6:50 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Ya, ya, terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah.

final • 6:50 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, sikit sahaja. Sikit Padang Serai.

final • 6:50 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Sudahlah, sudah habislah Tuan Yang di-Pertua...

final • 6:50 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Habis, habis. Sikit, sikit.

final • 6:50 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Ya, ya. Okey, okey. Last, last.

final • 6:50 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita minta parti-parti politik jangan rapatkan MITRA, itu kita minta. Jangan campur tangan dalam MITRA.

final • 6:50 PM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Sokong, sokong.

final • 6:50 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Oh! Please lah Yang Berhormat Padang Serai.

final • 6:50 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Itu kita faham sebab banyak...

final • 6:50 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Ini MITRA diluluskan oleh kementerianlah.

final • 6:50 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

MITRA kita lain. Parti-parti politik...

final • 6:50 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Tidak ada kaitan dengan politik-politik.

final • 6:50 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Kita tidak mahu— meanwhile, in that— okey, pada masa yang sama juga, saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Hari ini very cool, very nice. Thank you very much Tuan Yang di-Pertua.

final • 6:50 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon maaf banyak-banyak kerana saya tahu rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat sangat mendalam minat untuk mengetahui perkara sebenar yang sedang berlaku di MITRA.

Saya mengucapkan terima kasih kepada kesemua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian. Saya mohon Ahli-ahli Yang Berhormat, tolong. Yang Berhormat Sungai Siput, Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Batu Kawan, Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Batu Gajah termasuk Yang Berhormat Kangar tadi yang bangkitkan supaya viral yang sedang berlaku ini Yang Berhormat, tolonglah betulkan baliklah. Bukan tugas kita, kerajaan ini untuk mensakau duit-duit rakyat yang patutnya dibelanjakan kepada rakyat. Terima kasih banyak-banyak. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih banyak-banyak.

final • 7:00 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Kalau tidak ada soalan Kangar tadi sudah jadi kementerian MITRA sudah.

final • 7:00 PM

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Walaikumsalam. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Yang Berhormat Padang Serai, hari ini saya okey sebab saya makan ubat.

final • 7:00 PM
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Tuan Yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa tanpa menghiraukan usul yang terdahulu, Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai giliran Kementerian Pembangunan Luar Bandar di No. 23 dalam susunan giliran Yang Berhormat Menteri menjawab ke atas perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 dan selepas itu Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi, hari Khamis 7 Oktober 2021.”

final • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

final • 7:00 PM

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I - Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 7:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 7:00 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua

Akhir sekali pada hari ini, saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri bagi Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Silakan.

final • 7:00 PM

Menteri Pembangunan Luar Bandar - Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang. Tuan Yang di- Pertua, terima kasih ini giliran Kementerian Luar Badar. Ramai daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang berbahas Rancangan Malaysia Ke-12 tidak ada dalam Dewan, jadi saya ingat saya mengambil masa yang pendek sahaja untuk membuat penggulungan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Seramai 19 orang Ahli Yang Berhormat telah sudi berbahas dan mengajukan beberapa pertanyaan, membangkitkan isu, cadangan ataupun pandangan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Jadi saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang terlibat.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Luar Bandar adalah sebuah kementerian yang mempunyai mandat sosioekonomi, mandat keusahawanan dan juga mandat pendidikan yang membolehkan pembangunan terurus diuruskan di kawasan- kawasan luar bandar. Ada banyak program yang diuruskan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Antara program-program itu, saya akan bagi jawapan- jawapan seperti mana yang diuruskan, yang telah dijawab di dalam penggulungan ini.

Pertama, Program Jalan Luar Bandar yang dikenali sebagai JALB dan Jalan Perhubungan Desa. Ada 10 orang Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan isu jalan luar bandar dan juga jalan perhubungan desa. Yang Berhormat Igan, ada ya? Yang Berhormat telah membangkitkan mengenai dengan infrastruktur asas luar bandar, jalan dan juga jambatan yang berturap di luar bandar.

Untuk makluman Yang Berhormat, projek-projek infrastruktur asas luar bandar ini dijalankan oleh kementerian setelah dikemukakan bersama antara kerajaan negeri bersama-sama dengan kementerian. Kelulusan projek dan peruntukan pula adalah tertakluk kepada perakuan agensi pusat iaitu Unit Perancang Ekonomi menamakan projek, kemudiannya Kementerian Kewangan akan meluluskan peruntukan berasaskan kepada kemampuan kewangan negara. Ini dua buah agensi pusat yang akan memberikan kelulusan dan pihak kementerian akan melaksanakan yang telah diluluskan oleh pihak EPU dan juga Kementerian Kewangan.

Dalam rolling plan yang pertama Yang Berhormat, untuk RMKe-12 Tahun 2021 bagi negeri Sarawak, Yang Berhormat bertanyakan fasal Sarawak. 16 projek baharu, 56 projek sambungan telah diluluskan untuk Jalan Luar Bandar (JALB) Sarawak yang melibatkan peruntukan sejumlah RM191.7 juta. Status projek-projek ini adalah pelbagai peringkat pelaksanaan. 49 projek, proses pelantikan perunding dan reka bentuk, tujuh projek sedang dalam peringkat perolehan, 12 projek dalam peringkat pembinaan dan empat projek telah siap sepenuhnya.

Pencapaian kilometer jalan luar bandar yang telah siap sejak tahun 2016 hingga 2020, ini saya sebut untuk Rancangan Malaysia Ke-11 Yang Berhormat, 379.79 kilometer.

Manakala bagi tahun 2021 ini yang sudah siap untuk jalan luar bandar di wilayah Sarawak ialah 37.76 kilometer. Itu jawapan keseluruhan untuk negeri Sarawak, jalan luar bandar.

Yang Berhormat Papar?

final • 7:01 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar ada di sini.

final • 7:01 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Di manakah?

final • 7:01 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Sini, sini.

final • 7:01 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Okey, ada ya. Untuk jalan berturap di wilayah Sabah dan Parlimen Papar dalam Rancangan Malaysia Ke-11 dan Rancangan Malaysia Ke-12. Untuk makluman Yang Berhormat, sepanjang 461 kilometer jalan perhubungan desa telah dibina di naik taraf di wilayah Sabah dalam Rancangan Malaysia Ke-11. Jumlah itu telah melebihi daripada sasaran.

Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 pula, kita mensasarkan 400 kilometer jalan perhubungan desa di wilayah Sabah. Ini merangkumi projek RP1 dalam Rancangan Malaysia Ke-12, 536. Kalau untuk kawasan Papar sebanyak 22 projek JPD di Parlimen Papar di bawah RP1, Rancangan Malaysia Ke-12.

final • 7:01 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Bagi jalan luar bandar, 99 projek diluluskan di wilayah Sabah sepanjang Rancangan Malaysia Ke-12 dengan peruntukan RM1.26 bilion. Dalam tempoh tersebut, jalan sepanjang 488 kilometer telah berjaya disiapkan di seluruh Sabah termasuklah di kawasan Papar, membina jalan Beringgis Kawang, Papar yang telah siap dilaksanakan.

Bagi PR1, Rancangan Malaysia Ke-12 Tahun 2021, sebanyak RM306 juta diperuntukkan untuk pembinaan jalan di luar bandar di Sabah dan jumlah tersebut sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan projek-projek jalan luar bandar di Papar, Sabah. Insya-Allah kementerian komited Yang Berhormat Papar untuk meneruskan pembinaan perhubungan jalan darat di wilayah Sabah termasuklah di Parlimen Papar sepanjang tempoh Rancangan Malaysia.

final • 7:01 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Ya, kami dari Papar mengucapkan terima kasih dan kami akan sentiasa meminta dan memohon sehingga semua keperluan- keperluan rakyat itu dapat dilaksanakan. Terima kasih.

final • 7:01 PM

Dato' Seri Mahdzir bin Khalid

Bah, terima kasih bah! Yang Berhormat Papar.

Yang Berhormat Bukit Gantang, Yang Berhormat Libaran, ada-ada.

Yang Berhormat telah bertanya mengenai status projek Jalan Dandulit ke Kampung Kuala Gum-Gum. Projek jalan dari Kampung Wawasan Desa ke Kampung Semawang dan pembinaan jambatan Kampung Lalasun ke Kampung Tanjung Pisau.

Gerun ya, Tanjung Pisau.

Jalan Dandulit ke Kampung Kuala Gum-Gum adalah merupakan sebahagian projek Dandulit ke Kampung Banting, Sandakan, Sabah yang telah lulus pada tahun 2016 dengan kos sebanyak RM23 juta. Status terkini projek adalah di peringkat pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2022. Manakala projek jalan dari Kampung Wawasan Desa ke Kampung Semawang, pembinaan jambatan ke Kampung Lalasun, Yang Berhormat yang ini tiada dalam senarai keutamaan negeri. Jadi saya mencadangkan Yang Berhormat untuk mengemukakan satu permohonan.

Oleh sebab mana-mana yang tidak ada dalam senarai keutamaan negeri dia tidak akan hantar ke EPU Persekutuan dan tidak akan dimasukkan dalam rolling plan, jadi elok kalau mana-mana yang tiada dalam senarai kita mohon melalui EPU Sabah dan boleh dipanjangkan ke...

final • 7:10 PM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Dalam beberapa hari yang akan datang ini menyusul permohonan ini melalui kerajaan negeri dan akan disalurkan ke kementerian Yang Berhormat Menteri.

Terima kasih.

final • 7:10 PM

Dato' Seri Mahdzir bin Khalid

Terima kasih, Yang Berhormat Libaran. Yang Berhormat Mas Gading? Yang Berhormat Kota Belud?

final • 7:10 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Hadir.

final • 7:10 PM

Dato' Seri Mahdzir bin Khalid

Yang Berhormat Kota Belud...

final • 7:10 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Mas Gading ada.

final • 7:10 PM

Dato' Seri Mahdzir bin Khalid

Ya?

final • 7:10 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Mas Gading.

final • 7:10 PM

Seorang Ahli

Yang Berhormat Mas Gading, di belakang.

final • 7:10 PM

Dato' Seri Mahdzir bin Khalid

Yang Berhormat Mas Gading membangkitkan mengenai dengan pembinaan jambatan Selampit, pembinaan jalan ke Kampung Kendaie, betulkah saya sebut?

final • 7:10 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Kampung Kendaie, betul.

final • 7:10 PM

Dato' Seri Mahdzir bin Khalid

Kampung Kendaie dan menaiktaraf Jalan Bau Kuching Lama dan juga pemasangan lampu jalan. Seperti mana Yang Berhormat maklum, projek jambatan Selampit, Bau, Sarawak telah diluluskan pelaksanaannya dalam RP2

final • 7:10 PM

Dato' Seri Mahdzir bin Khalid

RMKe-11 dengan kos yang telah diluluskan oleh EPU, RM27.94 juta. Status semasa bagi projek ini adalah dalam peringkat reka bentuk. Sudah diluluskanlah oleh EPU.

Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Kerja Raya Sarawak sebagai agensi pelaksana bagi projek ini telah mengemukakan permohonan pertapakan sebanyak empat kali kepada Majlis Perancangan Negeri tetapi sehingga ini Yang Berhormat, Majlis Perancangan Negeri belum meluluskan projek ini. Ini di negerilah bukan di sini, kita sudah luluskan. Untuk makluman Yang Berhormat juga, pada masa ini kementerian masih lagi dalam proses libat urus bagi menyelesaikan isu ini.

Seterusnya membina jalan Kampung Kendaie, Selampit Lundu bahagian Kuching, telah lulus dalam RP4 RMKe-11 tahun 2020 dengan keseluruhan berjumlah RM72 juta. Skop projek ini adalah membina jalan sepanjang 12 kilometer, spesifikasi JKR R2, status projek peringkat reka bentuk dan dijangka di tender pada Disember 2021.

Untuk menaiktaraf Bau Jalan Kuching Lama, yang ini Yang Berhormat tidak ada dalam senarai EPU. Jadi Yang Berhormat, kena kemukakanlah kepada – Yang Berhormat boleh memohon permohonan ini dan dimasukkan ke dalam senarai keutamaan sebab ini tidak dimasukkan ke dalam senarai keutamaan, itu Yang Berhormat. Yang Berhormat Kota Belud, ada?

final • 7:10 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Ya, ada.

final • 7:10 PM

Dato' Seri Mahdzir bin Khalid

Yang Berhormat Kota Belud bertanya mengenai projek jalan Kampung Talungan, Terintidon Sayak, projek jalan Kampung Gandukut – Tengkurus, Lahanas dan projek Mangkalut–Pinolobuh dan Podos. Jalan yang pertama tadi dan Jalan Talungan ke Sayak dan Jalan Kampung Gandukut–Tengkurus adalah merupakan sebahagian daripada projek jalan luar bandar yang dilaksanakan di Kota Belud.

Projek ini diluluskan pada tahun 2021 dengan kos sebanyak RM145 juta manakala naik taraf Tengkurus, Lahanas Siba, Lahanas Sokid lulus pada tahun 2020 dengan kos RM67 juta. Status terkini projek adalah dalam peringkat perolehan dan dijangka pembinaan akan bermula pada tahun 2022.

final • 7:10 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri, boleh saya tahu yang jalan-jalan ini berapa untuk kos RM145 juta, RM67 juta itu berapa panjangnya?

final • 7:10 PM

Dato' Seri Mahdzir bin Khalid

Saya tidak ada diberikan jawapan di sini, Yang Berhormat. Saya boleh bagi dalam jawapan bertulis kepada Yang Berhormat. Bagi projek Jalan Mangkulat–Pinolobuh, Podos yang ini Yang Berhormat tidak ada dalam senarai keutamaan negeri dan seperti Yang Berhormat yang lain kena membuat permohonan semula, Yang Berhormat untuk dimasukkan diangkat kepada EPU di Persekutuan.

Yang Berhormat Lubok Antu?

final • 7:10 PM

Tuan Jugah a/k Muyang @ Tambat - Lubok Antu

Ada, Yang Berhormat Menteri di belakang sebelah sini, kanan.

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Okey, okey. Yang Berhormat bertanya mengenai Jalan Lidong, Skrang, Sri Aman dan akses jalan di rumah panjang setiap jaringan Mulu Batang Ai. Bagi Jalan Seri Aman Lidong di Sri Aman, Sarawak, telah diluluskan dalam RP4 Rancangan Malaysia Ke-11 Tahun 2019, dengan kos keseluruhan RM63 juta. Skop projek adalah untuk membina 10.5 kilometer dengan spesifikasi JKR R1 dan sebuah jambatan. Status semasa dalam reka bentuk dan dijangka di tender pada bulan Februari 2022.

Projek jalan masuk pelbagai kampung di sepanjang Ulu Batang Ai, Lubok Antu, bahagian Sri Aman, diluluskan dalam RP4 Rancangan Malaysia Ke-11 Tahun 2020 dengan kos keseluruhan RM185.5 juta. Skop projek ini menaik taraf sepanjang 25 kilometer dengan spesifikasi JKR R1. Status semasa ialah status pelantikan perunding, pelantikan consultant. Yang Berhormat Tampin? Yang Berhormat Kuala Krai? Yang Berhormat Baram?

final • 7:10 PM

Tuan Anyi Ngau - Baram

Ada, Yang Berhormat Menteri.

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Yang Berhormat Baram menyentuh isu berkaitan jaringan jalan raya di luar bandar di kawasan luar bandar terutama di Parlimen Baram supaya dinaiktarafkan dan diberikan keutamaan sewajarnya. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian akan terus komited melaksanakan projek pembangunan luar bandar khusus projek luar bandar di wilayah Sarawak.

Berhubung dengan ini, sebanyak tiga projek JALB telah diluluskan di kawasan Parlimen Baram dengan kos RM110.6 juta. Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum, Projek Jalan Balak di Negeri Sarawak (fasa 4) Miri, telah diluluskan dengan kos keseluruhan RM70.6 juta. Status semasa peringkat reka bentuk dan dijangka tender pada bulan April 2022.

Projek Jalan Belasui, Marudi bahagian Miri, Sarawak, telah diluluskan pelaksanaan dengan kos RM36 juta. Ini sepanjang enam kilometer, standard JKR R1 dalam pelantikan perunding. Tadi, saya ada sudah jawapan untuk Yang Berhormat Kota Belud tadi Yang Berhormat, yang sudah hantar kepada saya.

final • 7:10 PM

Tuan Anyi Ngau - Baram

Yang Berhormat Menteri...

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Untuk kilometer yang projek Jalan Pulau Sayak ini.

final • 7:10 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Ya betul.

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Sepanjang 16.8 kilometer dan lima buah jambatan. Jalan Tengkurus ini, 10 kilometer Yang Berhormat. Ini...

final • 7:10 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Semuanya akan bermula pada tahun 2022, confirm ya Yang Berhormat Menteri?

final • 7:10 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Kejap saya tengok balik saya punya statement ini.

final • 7:20 PM

Tuan Anyi Ngau - Baram

Yang Berhormat Menteri...

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Sekejap, sekejap. Kita settle satu-satu Yang Berhormat. Ya, status terkini projek berkenaan adalah dalam peringkat perolehan dan dijangka kerja pembinaan akan dimulakan pada tahun 2022 Yang Berhormat. Okey, silakan.

final • 7:20 PM

Tuan Anyi Ngau - Baram

Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana meluluskan beberapa projek di kawasan Baram. Berkenaan dengan naik taraf jalan balak fasa 4 ini, saya percaya projek-projek ini sudah lama dan perlu disegerakan sebab jalan balak fasa 4 ini sebenarnya kalau tidak silap dia diluluskan dalam tahun 2016 ataupun 2017. Namun atas sebab-sebab yang tertentu maka baharu kita kata dia luluskan balik.

Jadi saya mohon pihak kementerian untuk mempercepatkan pelaksanaan jalan ini sebab kita tahu kawasan Baram amat-amat memerlukan jaringan jalan ini.

Yang juga sama penting ini Yang Berhormat Menteri, ialah berkenaan dengan Jalan Lapok dan Long Ayak ini yang saya sebut dalam perbahasan saya mengatakan bahawa tanpa jalan ini, Jalan Lapok, Long Ayak ini maka sebab pada masa ini (HDA) Highland Development Agency ada buat jalan di sebelah hulu. Akan tetapi dia dead end.

Tanpa jalan ini yang saya sebut ini Lapok dan Long Ayak ini jalan yang dibuat oleh HDA di sebelah hulu ini, its does not have much benefit sebab jalan yang saya maksudkan ini dia memang selalu banjir masa kita pandemik ini pun kita punya frontliners ini mempunyai masalah untuk menghubungi penduduk-penduduk di kawasan. Saya harap pihak kementerian dapat meluluskan Jalan Lapok ke Long Ayak ini dalam RMKe-12 ini.

Mohon untuk dipertimbangkan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Yang Berhormat Baram, saya fikir yang ini sebab tidak ada dalam jawapan saya, apa yang boleh kita buat kita berbincang Yang Berhormat.

Kita duduk, Yang Berhormat jumpa dengan saya dan kita bincang secara detail sebab saya tidak ada untuk ini. Jadi elok kita tengok macam mana kita boleh tolong Yang Berhormat di Baram.

final • 7:20 PM

Tuan Anyi Ngau - Baram

Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Projek Jambatan Long Sobeng di Hulu Tinjar, ini diluluskan RM4 juta sepanjang 50 meter dan dijangka di tender pada bulan Disember 2021.

final • 7:20 PM

Tuan Anyi Ngau - Baram

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Kedah, tidak ada, Yang Berhormat Port Dickson tidak ada, Yang Berhormat Sibuti...

final • 7:20 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Ada.

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Terima kasih Yang Berhormat. Hasil semakan pihak kementerian mendapati bahawa projek bekalan air bagi laluan pesisir pantai Bakam- Bekenu, ini dalam RT1 RMKe-12 tiada Yang Berhormat. Ini tidak dimasukkan, saya syorkan supaya ini dibawa untuk pengetahuan negeri dan EPU Persekutuan Yang Berhormat sebab tidak dimasukkan. Bagi Yang Berhormat Libaran..

final • 7:20 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Yang Berhormat Menteri, saya hendak tambah sedikit berkenaan tentang ada beberapa isu yang saya tidak sempat hendak bangkitkan terutama sekali berkenaan tentang penyambungan projek-projek bekalan air luar bandar, terutama sekali di kawasan pesisir Sarawak. Memang ada wujud projek-projek di sepanjang Jalan Pan-Borneo ketika ini. Walaupun demikian sistem grid water itu tidak mencukupi. Saya berharap agar pihak daripada Parlimen Sibuti dapat berjumpa dengan Yang Berhormat Menteri untuk membincangkan peruntukan masa hadapan.

Satu lagi perkara yang ingin saya tekankan ialah Yang Berhormat Menteri, mungkin tidak ada dalam ucapan saya berkenaan tentang sebelum ini kerajaan yang lepas telah membatalkan ataupun telah meninggalkan RTC di kawasan Parlimen Sibuti yang telah beroperasi sejak 2014. Saya merasakan bahawa servis ataupun perkhidmatan RTC ini yang sebelum ini di bawah Kementerian Luar Bandar perlulah diteruskan dan juga RTC tersebut memerlukan pembangunan fasa kedua. Saya berharap agar RTC ini kembali semula di bawah pengurusan Kementerian Luar Bandar, terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Saya setuju, Yang Berhormat juga kita bincang sekali. Kita duduk dan kita berbincang sebab Yang Berhormat Timbalan Menteri pun ada di sini dari Sarawak, jadi boleh kita bincang bersama-sama.

Yang Berhormat Libaran membangkitkan berkenaan dengan bekalan air luar bandar iaitu Kampung — ada ini dia orang jawab Yang Berhormat Baram. Pegawai sudah bagi sama saya keperluan Jalan Long Lapok untuk diluluskan jalan dari Lapok Teran, Baram, Miri, Sarawak telah dimohon di bawah RP2 Rancangan Malaysia Ke-12, 2022.

Status terkini dalam pertimbangan agensi pusat iaitu EPU untuk diluluskan, sudah ada dalam permohonan. Tadi saya cakap tidak ada dalam permohonan.

final • 7:20 PM

Tuan Anyi Ngau - Baram

Harap dapat diluluskan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Semoga diluluskan. Ayat dia baik.

final • 7:20 PM

Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang

Banyak betul Baram Yang Berhormat Menteri.

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Tadi Yang Berhormat Libaran, Kampung Dundulit dan sekitarnya kos RM17 juta, status fizikal semasa 38 peratus dan manfaatnya untuk 456 buah rumah di beberapa buah kampung berdekatan, Yang Berhormat Libaran.

final • 7:20 PM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih banyak atas keprihatinan kepada Libaran dan saya akan menyusul beberapa permohonan yang masih lagi diperlukan daripada masyarakat Libaran di luar bandar. Terima kasih banyak.

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Sama, sama. Ini orang Sabah bilang Tuan Yang di-Pertua, ’boleh bah kalaukau’.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Yang Berhormat, ini dari Papar. Kalau niat itu tambah lagi ya nanti, minta tolongkan yang betul-betul.

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Okey, okey.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Banyak lagi yang sudah disubmit tadi itu.

final • 7:20 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri, Kota Belud jangan lupa.

final • 7:20 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Sebab Papar...

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Bekalan air luar bandar sistem retikulasi zon 9 Sandakan, Sabah ini ada kos sebanyak RM11 juta, status fizikal 99.4 percent dan memberi manfaat kepada 275 rumah di beberapa kampung. Seterusnya daripada Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Papar sekali lagi berbangkit mengenai dengan bekalan air di beberapa buah kampung. Saya kira bahawa apa yang Yang Berhormat bangkit mengenai dengan beberapa buah kampung sentiasa terputus, saya kira itu bahawa kita kena...

final • 7:20 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Yang Berhormat Menteri, bukan terputus, memang tidak ada air. Memang tidak ada bekalan air, terputus dan tidak ada bekalan air langsung.

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Setakat ini di EPU tidak diangkat sepenuhnya oleh Jabatan Air Negeri Sabah. Jadi kalau boleh kita berbincang macam mana hendak angkat oleh orang Papar. Yang seterusnya ialah bekalan elektrik luar bandar ada tiga Yang Berhormat. Yang Berhormat Batang Lupar tidak ada di sini, Yang Berhormat Papar.

final • 7:20 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Untuk Yang Berhormat Papar. Parlimen Papar berada di tengah-tengah talian yang sedang dibina dan insya-Allah akan siap transmission line, penghantaran 275KV daripada Kimanis ke Kolopis di Penampang, di bawah Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB).

Pihak kerajaan negeri dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. sedang merangka untuk menaik taraf apa yang dipanggil pencawang masuk utama Papar dan pembinaan pencawang pembahagi utama. Ia ada dua, satu PMU dan satu lagi PPU. Talian 33KV dan 11KV untuk ke kampung-kampung.

final • 7:30 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Terima kasih. Terima kasih.

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mahdzir bin Khalid

Sama-sama. Seterusnya, Yang Berhormat Setiu.

PPRT. Tidak banyak dah Tuan Yang di-Pertua, boleh saya habiskan?

final • 7:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan.

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mahdzir bin Khalid

PPRT, Yang Berhormat Igan dan Yang Berhormat Libaran. Untuk rumah PPRT ini, saya hendak nyatakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 telah mensasarkan pembinaan dan pembaikan rumah sebanyak 75 unit di bawah program, nama program itu Program Bantuan Rumah Kepada Golongan Miskin dan Miskin Tegar di Luar Bandar. Silingnya lebih kurang RM2.035 bilion sepanjang RMKe-12.

Untuk Yang Berhormat Igan, ada 15 buah rumah baharu, kos sejumlah RM1 juta, dan 155 unit baik pulih dengan kos sejumlah RM2.325 juta telah dilaksanakan di kawasan Igan sepanjang tahun 2021.

Yang Berhormat Libaran, dalam wilayah Sabah. Sabah keseluruhannya 520 unit bina baharu, lebih kurang RM83 juta dan 3,338 unit baik pulih untuk seluruh wilayah Sabah.

Bagi Parlimen Libaran, 19 unit bina baharu dan 108 unit baik pulih. Kita komited sebenarnya untuk membantu masyarakat di wilayah Sarawak dan juga di wilayah Sabah khususnya di tempat-tempat yang sememangnya ada keperluan. Cumanya, kementerian ada kekangan daripada segi peruntukan untuk hendak dihabiskan. Cuma dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, sebenarnya EPU bagi 50 unit, tetapi Yang Amat

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mahdzir bin Khalid

Berhormat Perdana Menteri telah umum bahawa dia hendak dalam Rancangan Malaysia Ke-12, 75,000 unit.

final • 7:30 PM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Yang Berhormat Menteri.

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mahdzir bin Khalid

Ya.

final • 7:30 PM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Saya hendak tahu, untuk Libaran ada 19 unit dan 108 unit untuk baik pulih. Bila ini akan dilaksanakan?

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mahdzir bin Khalid

Yang ini Yang Berhormat, saya tidak ada di sini.

Saya akan bagi jawapan bertulis kepada Yang Berhormat. Boleh ya? 19 itu di mana dan bila, boleh?

final • 7:30 PM

Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:30 PM

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 7:30 PM

Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Tumpat ini. Saya menunggu daripada tadi untuk jawapan Tumpat. Cuma hendak tahu ada atau tidak ada jawapan.

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mahdzir bin Khalid

Tumpat?

final • 7:30 PM

Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Masa sudah habis.

final • 7:30 PM

Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud

Yang Berhormat Menteri, mungkin sedikit sebelum Yang Berhormat Menteri menamatkan jawapan. Saya ingat ada beberapa juga Yang Berhormat Menteri nyatakan beberapa yang dibawa ke depan daripada RMKe-11 ke RMKe-12. Akan tetapi, kali ini kita mahu betul- betul make sure dengan izin bahawa semua projek yang kita nyatakan di RMKe-12 ini benar-benar kita dapat selesaikan dalam tempoh RMKe-12 ini. Jadi, mungkin—apakah strategi kementerian untuk pastikan bahawa RMKe-12 ini kita tidak bawa ke depan lagi untuk RMKe-13? Satu.

Kedua, saya juga ada cadangkan dalam perbahasan saya bahawa perlu ada satu badan yang monitor, satu badan bebas untuk mengetahui apakah mungkin cabaran dan juga kos projek sebenar, pemantauan dan sebagainya. Terima kasih.

final • 7:30 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Yang Berhormat Menteri, saya hendak tambah sedikit, sebab saya pun ada beberapa perkara kelemahan berkenaan tentang pelaksanaan program-program luar bandar di dalam rancangan sebelum ini.

Antara satu perkara yang saya bangkitkan ialah kelemahan daripada segi pemerolehan data dan juga data-data yang telah jelas dinyatakan di dalam buku RMKe- 12 adalah berkenaan tentang ketidakupayaan data yang disediakan oleh pihak agensi untuk mengesan siapakah penerima bantuan yang bersesuaian. Juga terdapat banyak pertindihan bantuan kepada masyarakat luar bandar daripada agensi-agensi yang berlainan.

Saya berharap agar program ataupun pembangunan penyambungan yang dibawa daripada Rancangan Malaysia Ke-9, Rancangan Malaysia Ke-10 dan Rancangan Malaysia Ke-11 ini, dapat diselesaikan di dalam Rancangan Malaysia Ke-12, dan juga Yang Berhormat Menteri dapat merangka masa depan yang lebih baik pada rancangan yang akan datang.

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mahdzir bin Khalid

Terima kasih kepada Yang Berhormat. Oleh kerana masa tidak mengizinkan, bagi yang lain-lain ini, saya akan jawab secara bertulis, tetapi untuk Yang Berhormat Kota Belud dan juga Yang Berhormat Sibuti, kenyataan berkaitan dengan bagaimana strategi untuk mendapat pelaksanaan itu yang lebih baik.

Saya kira bahawa saya telah juga berbincang dengan KSU dan pegawai-pegawai tinggi di kementerian, kita hendak kena ada mechanism, kita kena ada strategi, dan kita kena ada taskforce yang betul, untuk membolehkan semua projek ini dilaksanakan mengikut jadual.

Memang saya sedar, ia ada concurrent issue antara state dan federal. Ada tempat ada masalah tanah, ada tempat masalah perjalanan, ada transportation, tetapi kalau kita ada taskforce yang betul di Sarawak dan Sabah, saya mempunyai keyakinan bahawa kita

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mahdzir bin Khalid

dapat menyelesaikan isu-isu ini. Sama ada melibatkan jalan, melibatkan air, melibatkan rumah-rumah PPRT. Ini tiga yang penting, yang saya kira melibatkan rakan-rakan di wilayah Sabah dan Sarawak.

Saya pernah menjadi Menteri Pendidikan Tuan Yang di-Pertua, dan saya tahu bahawa itulah juga yang dikehendaki oleh masyarakat di wilayah Sabah dan Sarawak.

Yang penting adalah bagaimana kita boleh laksanakan. Semua yang ada ini, insya-Allah saya cuba membantu yang terbaik. Kepada rakan-rakan yang saya tidak dapat jawab.

final • 7:30 PM

Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Tumpat tidak ada jawapankah Yang Berhormat Menteri?

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mahdzir bin Khalid

Tumpat tanya apa Yang Berhormat?

final • 7:30 PM

Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Ya?

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mahdzir bin Khalid

Tumpat tanya apa?

final • 7:30 PM

Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Permohonan jambatan yang menghubungkan kepulauan Teluk Renjuna dengan tanah besar, yang mana menjadi isu yang viral beberapa kali dah. Satunya, terputusnya bekalan makanan masa musim banjir.

Kemudian baru-baru ini, viral lagi apabila frontliners yang terpaksa mengharungi sungai untuk membawa mayat keluar, mangsa COVID-19 kerana air cetek dan sebagainya.

Jadi, kawasan ini adalah bersempadan dengan Kota Bharu, ini bukan bahagian Sarawak dan sebagainya. Bersempadan dengan Kota Bharu dan pada sebelah malamnya mereka nampak lampu di Kota Bharu sebenarnya. Akan tetapi, daripada segi kemudahan asas termasuk jambatan dan sebagainya, seperti mana yang viral itu adalah merupakan masalah harian penduduk di situ baik dari segi kecemasan, yang sakit, perempuan hendak bersalin dan sebagainya.

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mahdzir bin Khalid

Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Saya amat bersimpati dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Tumpat. Cumanya saya tidak ada maklum balas yang jelas di sini. Jadi, saya akan jawab kepada Yang Berhormat secara bertulis.

final • 7:30 PM

Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mahdzir bin Khalid

Minta maaf Yang Berhormat. Jadi itu sahaja daripada saya, Tuan Yang di-Pertua.

final • 7:30 PM

Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Menteri, Cameron Highlands. Jawapan kepada soalan saya itu, kalau boleh dapat dijawab nanti.

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mahdzir bin Khalid

Cameron Highlands? Saya ingat tidak ada tadi.

final • 7:30 PM

Tuan Ramli bin Dato' Mohd Nor - Cameron Highlands

Ada, duduk belakang dari mula, Yang Berhormat Menteri.

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mahdzir bin Khalid

Ini cadangan penubuhan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Orang Asli. Ini cadangan daripada Majlis Perundingan Melayu dalam mengangkat dan memperjuangkan kedudukan dan kepentingan masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia.

final • 7:30 PM

Dato' Seri Mahdzir bin Khalid

Cadangan ini, cadangan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Orang Asli oleh Majlis Perundingan Melayu ini sedang diperhalusi oleh pihak-pihak berkepentingan bagi memastikan tiada pertindihan fungsi dengan JAKOA. Jadi maksud saya, Yang Berhormat, JAKOA ini dengan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Orang Asli ini adalah dua badan yang berlainan dan mengikut pengalaman kita dalam kerajaan, agensi kerajaan kalau nak tukar, dia kena corporatize. Maksudnya daripada JAKOA pergi kepada perbadanan.

Jadi, kita tengah berhubung dengan Kerajaan Pusat, EPU dan juga agensi-agensi lain yang ada berkepentingan sekali untuk membuat keputusan kerajaan mengenai dengan perkara ini, Yang Berhormat.

final • 7:40 PM

Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands

Yang Berhormat Menteri, satu perspektiflah. Saya pernah menyatakan JAKOA exist tetapi ini spesifik bab ekonomi sahaja because kami terlalu lama, terlampau jauh sangat ketinggalan. Dengan izin, the existence JAKOA wujud to service kebajikan dan sebagaimana dikehendaki oleh Perkara 8(5)(c) Perlembagaan. To catch up bab ekonomi ini after so many years, kita perlu satu vehicle. Itu sahaja. Bukan kata nak sangkal buang JAKOA, tak. JAKOA exist but this agency specific for economic development. Itu sahaja.

final • 7:40 PM

Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid

Saya mengambil maklum apa Yang Berhormat Cameron Highlands sebutkan itu dan kita boleh membuat libat urus dan kita berjumpa balik untuk mendapat maklumat yang lengkap mengenai dengan perkara ini, Yang Berhormat Cameron Highlands dan saya tidak ada masalah untuk menerima ang Berhormat untuk berbincang dengan saya di kementerian.

Ada Yang Berhormat Tumpat ini. Yang Berhormat tanya pasal Tumpat ini. Pihak kementerian telah memanjangkan cadangan pembinaan jambatan ini kepada pihak JKR Negeri Kelantan. Setakat ini, JKR belum memberi maklumat teknikal yang bersesuaian dengan skop Projek Jalan Luar Bandar (JALB), Yang Berhormat di Tumpat. Projek ini boleh dipertimbangkan oleh kerajaan negeri dan boleh dimasukkan dalam senarai bagi permohonan projek baru dalam Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia Kedua Belas, Yang Berhormat Tumpat.

Terima kasih. Itu sahaja daripada saya, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, kepada rakan- rakan yang lain, kita jawab secara bertulis. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 7:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi esok, hari Khamis, 7 Oktober 2021. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera.

final • 7:40 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.43 malam]

Hak Cipta Terpelihara © 2026