Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****]
1. Tuan Wong Hon Wai [Bukit Bendera] minta Perdana Menteri menyatakan keadaan sekuriti tenaga (energy security) di Malaysia pada kala berlakunya krisis tenaga global dan apakah hala tuju untuk meningkatkan sekuriti tenaga negara kita.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) - Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, akhir-akhir ini media telah melaporkan krisis tenaga yang berlaku di beberapa buah negara termasuk negara China, Eropah dan India. Alhamdulillah pada masa ini Malaysia tidak menghadapi masalah berkaitan bekalan tenaga seperti berlaku di negara-negara tersebut.
Krisis yang berlaku di China, Eropah dan India antara lain disebabkan oleh peningkatan permintaan ke atas gas asli bagi menghadapi musim sejuk dan kenaikan mendadak harga gas asli serta arang batu. Sebagai contoh, harga arang batu yang pada awal tahun ini di sekitar USD80 satu tan, sekarang sudah mencecah kira-kira USD200 satu tan, khususnya pada bulan Oktober.
Berdasarkan definisi Agensi Tenaga Antarabangsa (International Energy Agency), sekuriti tenaga bermaksud ketersediaan bekalan tenaga tanpa gangguan pada harga yang berpatutan. Sekuriti tenaga mempunyai banyak aspek. Ini termasuklah keselamatan bekalan tenaga jangka panjang untuk menyediakan tenaga selaras dengan perkembangan ekonomi dan kelestarian alam sekitar. Manakala sekuriti tenaga bagi jangka masa pendek merujuk kepada kemampuan sistem tenaga untuk segera bertindak balas terhadap perubahan mendadak dalam keseimbangan penawaran dan permintaan ataupun balance antara supply and demand. Tuan Yang di-Pertua, sekuriti tenaga amat penting bagi sesebuah negara. Oleh itu kerajaan melalui Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KETSA) dan agensi seperti Petronas, Suruhanjaya Tenaga dan Tenaga Nasional Berhad sentiasa melaksanakan langkah-langkah yang bersesuaian bagi memastikan sekuriti tenaga negara adalah terjamin pada setiap masa.
Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah bekalan tenaga di Malaysia disumbangkan oleh sumber berikut:
| Peratus | Bekalan Tenaga | |||
|---|---|---|---|---|
| 41.0 | Gas asli | |||
| 25.8 | Minyak mentah | 22.3 | Arang batu |
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) - Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
| 6.2 | Hidro dan lain-lain sumber tenaga boleh baharu. |
|---|
Alhamdulillah, negara kita berada dalam keadaan yang baik kerana sumber penjanaan elektrik negara telah berjaya dipelbagaikan iaitu:
| Peratus | Bekalan Tenaga |
|---|---|
| 47 | arang batu |
| 41 | gas asli |
| 12 | tenaga boleh baharu termasuk hidro |
Selain itu result margin kapasiti terpasang elektrik di Semenanjung Malaysia adalah tinggi iaitu sebanyak kira-kira 38 peratus. Kapasiti terpasang adalah kira-kira 27,000 megawatt berbanding permintaan maksimum sebanyak kira-kira 19,000 megawatt.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KETSA) bersama beberapa pihak berkepentingan yang lain sedang merangka Dasar Tenaga Negara 2021–2040 bertujuan meningkatkan daya tahan ekonomi dan jaminan bukan tenaga mencapai kesaksamaan dan akses universal serta memastikan kelestarian alam sekitar. Sekian, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dijemput Yang Berhormat Bukit Bendera, soalan tambahan pertama, 30 saat.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan tambahan saya, memandangkan harga gas asli adalah kian meningkat, begitu juga dengan Brent crude oil price dalam mencecah USD80 per barrel pagi ini dan Malaysia telah mempunyai energy subsidy daripada segi petrol dan diesel, bil yang tinggi dan sekian meningkat setiap tahun.
Sama ada program rasionalisasi energy subsidy dan apakah perancangan rasionalisasi energy subsidy, memandangkan bil energy subsidy yang semakin tinggi dan juga soalan saya, sama ada akan melibatkan Ahli-ahli Parlimen pembangkang untuk perbincangan mengenai pendrafan Dasar Tenaga Negara. Memandangkan sebelum ini, Dasar Perhutanan tidak ada penglibatan Ahli-ahli Parlimen pembangkang, dasar-dasar RMKe-12 juga kurang penyertaan Ahli-ahli Parlimen pembangkang.
Sama ada Dasar Tenaga Negara yang akan didrafkan oleh JPM akan melibatkan input dan juga perbincangan dengan Ahli-ahli Parlimen sama ada dari kerajaan ataupun pembangkang. Itu dua soalan saya, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Sila Yang Berhormat Menteri, dua minit.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Tuan Yang di-Pertua, isu rasionalisasi subsidi diterajui oleh Kementerian Kewangan dengan kerjasama beberapa kementerian lain termasuklah KETSA, KASA dan Unit Perancang Ekonomi. Ia satu perkara yang diadakan secara berterusan dan kita sedia maklum harga minyak petroleum telah meningkat.
Semalam, malam tadi ada Mesyuarat OPEC dan saya menyertainya. Kita sudah buat keputusan untuk tambah pengeluaran 400,000 tong satu hari. Ini akan berlangsung dalam masa bulan-bulan akan datang untuk memastikan harga ini stabil sedikit. Pada 1 Oktober, harga paling tinggi melebihi USD81 satu tong. Kita sedia maklum bahawa kerajaan sudah buat keputusan bahawa bagi diesel harga maksimum ialah RM2.15 dan bagi RON95 harga maksimum ialah RM2.05.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Ini melibatkan subsidi sebagai contoh. Kerajaan sentiasa mengkaji perkara ini mengambil kira kepentingan pengguna, rakyat Malaysia, bertujuan untuk mengurangkan beban rakyat. Mengenai permintaan Ahli Yang Berhormat supaya diadakan libat urus berkaitan dengan rasionalisasi subsidi, insya-Allah kita akan kemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk pertimbangan.
Begitulah juga berkaitan dengan Dasar Tenaga Negara. Dasar ini sudah hampir dua tahun dalam pertimbangan kerajaan. Kita ada beberapa perkara yang agak serius, yang perlu diputuskan. Insya-Allah kita akan aturkan satu sesi libat urus untuk Ahli Yang Berhormat.
Ada dua perkara tadi Yang Berhormat bangkitkan. Pertama ialah berkaitan rasionalisasi subsidi. Ini diterajui oleh Kementerian Kewangan. Kita akan sampaikan permohonan ini kepada Menteri Kewangan.
Kedua ialah Dasar Tenaga Negara yang diterajui oleh Unit Perancang Ekonomi dengan kerjasama daripada KETSA dan juga KASA. Mengenai permohonan Yang Berhormat tadi, insya-Allah kita akan mempertimbangkan permohonan Ahli Parlimen kedua-dua belah pihak terlibat dalam libat urus untuk merangka Dasar Tenaga Negara yang baharu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Sibuti.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri berkenaan tentang apakah hala tuju pihak kementerian dan juga IPU, berkenaan tentang Dasar Penghasilan Tenaga Hidrogen? Juga, kita mempunyai banyak sumber gas dan juga di Sarawak menggunakan sumber air untuk menghasilkan hidrogen.
Apakah hala tuju yang tertentu? Juga, permintaan kepada tenaga hijau adalah sangat tinggi memandangkan negara seperti Singapura sanggup untuk mendapatkan sumber tenaga hijau dari Australia. Apakah langkah-langkah ke depan untuk kita menghasilkan lebih banyak tenaga hijau dan juga menjual tenaga tersebut untuk menjana pendapatan negara?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Menteri, dua minit.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tenaga hijau adalah satu isu yang penting, disentuh oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan RMKe-12 di Dewan yang mulia ini. Dalam bidang hidrogen, Sarawak mendahului negeri-negeri lain dalam Malaysia. Satu shipment sudah pun dihantar ke Jepun— tenaga hijau ini dan permintaan yang cukup— masa depan ini, sudah pasti semakin tinggi apabila semua negara menuju ke arah, dengan izin, low carbon economy.
Jadi susulan itu, maka pihak Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MiGHT) dan juga pihak Akademi Sains Malaysia serta MOSTI telah pun membuat beberapa pembentangan kepada kerajaan, termasuk Unit Perancang Ekonomi. Ini antara perkara yang perlu kita embrace ataupun kita perlu amalkan dalam negara kita, dalam konteks untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi hijau, dalam konteks ekonomi kitaran, untuk kita amalkan amalan pengeluaran dan consumption production practices yang sustainable, dengan izin. Maka, kita tidak ada pilihan.
Saya ingin memaklumkan Dewan yang mulia ini, memang dalam kerajaan, beberapa perbincangan telah diadakan dan mengikut pakar-pakar dalam negara, Malaysia mempunyai potensi besar bukan sahaja untuk membekalkan tenaga hidrogen untuk keperluan dalam negara eksport, tetapi boleh menjadi salah sebuah negara pengeluar utama di dunia. Dalam negara kita, negeri Sarawak adalah negeri yang paling ulung, paling terkehadapan dalam aspek ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertanyaan-pertanyaan Menteri seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Kuala Krai.
2. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan adakah kementerian bercadang untuk menetapkan paras siling komisen harga jualan bilik melalui OTA (online travel agent)?
Kadar yang dikenakan oleh pihak OTA pada masa kini ialah sekitar 12 peratus – 18 peratus bagi setiap harga bilik, amat membebankan kepada pengusaha hotel dan rumah tumpangan terutama musim pandemik ini, yang mana kos operasi meningkat.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya - Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat yang bertanya.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini pengoperasian kerjasama antara syarikat online travel agent atau OTA dengan premis penginapan pelancong atau pun hotel antara contohnya, mahupun transaksi yang pengguna adalah antara persetujuan terma dan syarat antara pihak-pihak yang terbabit sahaja. Ini termasuklah penetapan kadar komisen yang kini adalah berdasarkan persetujuan aturan perniagaan ataupun, dengan izin, business to business arrangement. Kedua-dua pihak iaitu di antara syarikat OTA dan premis penginapan pelancongan. Jadi hal ini, kerana pada masa ini tiada sebarang undang-undang atau peraturan yang mengawal selia syarikat OTA di Malaysia.
Oleh yang demikian, kami di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedang meneliti keperluan bagi mewujudkan satu mekanisme kawal selia terhadap salah satu segmen industri pelancongan ini. Kawal selia ini bukan sahaja boleh memastikan kualiti perkhidmatan premis penginapan yang baik, malah turut boleh dijadikan sebagai kerjasama antara kementerian dan pemegang taruh ataupun stakeholders, dengan izin untuk terus meningkatkan industri ini ke tahap yang lebih baik.
Penelitian ini Tuan Yang di-Pertua, antara lain sudah pasti turut melihat isu mengenai kadar komisen yang dikenakan oleh setiap syarikat OTA kepada premis penginapan. Namun, kita perlu objektif dalam menimbang perkara ini. Ini kerana pelbagai faktor perlu diambil kira dalam memutuskan suatu dasar untuk hal ini seperti kuasa pasaran ataupun market forces, dengan izin, menyokong pembangunan digitalisasi, serta mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif untuk membolehkan sesebuah syarikat berminat untuk terus beroperasi di Malaysia.
Pada masa yang sama, ia bukan hanya menyentuh bidang kuasa MOTAC semata-mata, malah boleh merentasi bidang kuasa kementerian lain seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ataupun KPKT serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan yang pertama, sila 30 saat, Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang telah diberikan.
Soalan tambahan ialah, memandangkan kementerian masih lagi meneliti mekanisme atau syarat-syarat untuk kawal selia ni, bolehkah pihak kerajaan melalui MOTAC memberikan komitmen bahawa syarat yang membela dan memenangkan pengusaha hotel akan dibuat bagi mengelakkan OTA mengaut keuntungan atas angin yang tinggi?
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Menteri, dua minit.
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri
Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang saya sudah terangkan tadi, kita perlu melihat perkara ini dari sudut yang lebih luas. Jika dilihat dari satu sudut, mungkin boleh dikatakan
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri
pengusaha premis penginapan pelancongan seolah-olah tidak mendapat manfaat, manakala OTA mengaut keuntungan atas angin.
Namun, sebenarnya kedua-dua pihak saling memerlukan satu sama lain untuk memberi kelebihan kepada pihak masing-masing. Contohnya, syarikat OTA memerlukan penyertaan banyak premis penginapan pelancongan bagi memberi pilihan yang lebih dan menarik kepada pengguna. Jika mereka tidak mengenakan terma yang baik kepada premis penginapan pelancongan, maka hotel ini akan dan boleh beralih ke syarikat yang lain, OTA yang lain.
Ini secara langsung akan menjejaskan tarikan dan penjenamaan OTA berkenaan. Pada masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, premis penginapan pelancongan pula boleh menggunakan syarikat OTA untuk akses pasaran yang lebih luas, tempahan dan pembelian digital yang lebih mudah, penjenamaan ataupun branding syarikat OTA, serta payment gateway, dengan izin, yang dipercayai oleh pengguna.
Semua ini memerlukan modal yang besar dan sukar dilaksanakan secara sendirian. Maka, jaringan peniagaan kedua-dua pihak ini adalah saling berkait dan boleh mempengaruhi perbincangan terma mereka. Justeru, hubungan kerjasama perniagaan di antara syarikat OTA dengan pengusaha premis penginapan pelancongan ini merupakan salah satu alternatif perniagaan untuk menjual bilik pada harga yang kompetitif kepada tetamu.
Pengusaha premis penginapan pelancongan mempunyai pilihan untuk bekerjasama dengan mana-mana syarikat OTA atau memilih untuk menjual terus bilik hotel tanpa melalui perkhidmatan syarikat OTA, seterusnya memperoleh keuntungan maksimum tanpa perlu berkongsi jualan dan keuntungan tersebut dengan syarikat OTA.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya difahamkan MOTAC dengan kerjasama Malaysia Productivity Corporation
(MPC) dan KPKT telah memulakan proses untuk mendaftarkan premis yang disenaraikan dalam platform Airbnb dan Airbnb juga bekerjasama dan mahu semua premis didaftarkan sebagai penginapan jangka pendek.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Apakah status pendaftaran Airbnb dan bilakah ia dapat dijalankan penguatkuasaan termasuk penggunaan cukai pelancongan supaya ia level the playing field dengan hotel bajet? Terima kasih.
Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri
Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya, MPC bertindak sebagai pemudah cara dan sekretariat yang telah membangunkan Garis Panduan Short-term Residential Accommodation yang di sini ialah Airbnb bagi memastikan semua jenis premis penginapan di Malaysia didaftarkan secara sistematik pada masa hadapan.
Di antara elemen utama yang digariskan adalah pendaftaran, pelesenan, kawalan kacau ganggu, kutipan cukai dan tempoh penginapan. Soalan Yang Berhormat tadi bertanya tentang statusnya. Sebenarnya kami– seperti juga homestay ya. Setelah ia diurus oleh pihak KPKT untuk mendaftarkan kesahihan sesuatu premis itu maka ia akan dikemukakan kepada pihak MOTAC.
Jadi setakat ini, kami di MOTAC belum lagi mendaftar. Yang Berhormat, belum lagi kami mendaftar Airbnb kerana ia perlu melalui satu proses yang sebelum kami iaitu pre- process untuk pendaftaran daripada segi membenarkan ia menjadi satu tempat untuk penginapan itu.
Jadi, proses yang lain itu adalah mungkin ia nya lebih sesuai di bawah KPKT Yang Berhormat ya, Terima kasih.
3. Tuan Cha Kee Chin [Rasah] minta Menteri Perpaduan Negara menyatakan sejauh manakah Tabika Perpaduan dapat memainkan peranan dalam memupuk nilai- nilai perpaduan dalam masyarakat majmuk, khasnya selepas konsep Keluarga Malaysia diketengahkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan apakah peranan yang bakal dipikul oleh kementerian ini selaras dengan pengenalan konsep Keluarga Malaysia.
Menteri Perpaduan Negara - Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat dari kawasan Rasah yang bertanyakan soalan berkaitan dengan Tabika Perpaduan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat Rasah selaras dengan objektif pertama dalam Dasar Perpaduan Negara, Tuan Yang di-Pertua, iaitu untuk memperkukuhkan perpaduan daerah integrasi nasional berteraskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
Di bawah Rangka Tindakan Perpaduan Negara (2021-2030), Kementerian Perpaduan Negara Yang Berhormat, telah pun mengambil inisiatif membangunkan Pelan Pendidikan Awal Kanak-kanak Tabika Perpaduan (2021-2030) yang telah pun kita lancarkan pada 24 Julai. Ini pelannya Yang Berhormat. [Sambil menunjukkan senaskah dokumen] Nanti saya bagi Yang Berhormat satulah pelan ini, supaya Yang Berhormat akan lebih fasih dalam bab yang berkaitan dengan Tabika Perpaduan ini.
Tuan Yang di-Pertua, Pelan Pendidikan Awal Kanak-kanak Tabika Perpaduan
(2021-2030) ini merupakan inisiatif kementerian-kementerian untuk memberi suntikan nafas baharu kepada Program Pendidikan Awal Kanak-kanak Tabika Perpaduan.
Matlamat pelan ini memperkukuh, memantap peranan Tabika Perpaduan sebagai institusi pendidikan awal kanak-kanak untuk menyemai nilai perpaduan dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Maka dengan itu Tuan Yang di-Pertua, bagi mencapai matlamat yang telah pun ditetapkan, Pelan Pendidikan Awal Kanak Kanak Tabika Perpaduan ini menggariskan
enam teras Yang Berhormat iaitu
(i) memantapkan elemen kenegaraan perpaduan dan nilai murni dalam kurikulum pengajaran dan juga pembelajaran di Tabika Perpaduan;
(ii) memantapkan kaedah pengajaran dalam pembelajaran;
(iii) memantapkan profesionalisme dan kepakaran guru Tabika Perpaduan;
(iv) memantapkan tadbir urus pengurusan dan pengoperasian Tabika Perpaduan;
(v) mengukuhkan jalinan kerjasama Tabika Perpaduan dan komuniti; dan
(vi) memperkasakan mekanisme pemantauan dan penilaian pengurusan pengoperasian Tabika Perpaduan.
Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, pelan ini juga telah memperkenalkan
empat program baharu Yang Berhormat
(i) pengajaran modul pendidikan rukun negara;
(ii) pengajaran elemen perpaduan dan nilai-nilai murni;
(iii) pengajaran komunikasi asas pengajaran bahasa ketiga iaitu pengajaran asas bahasa Mandarin, bahasa Tamil, bahasa Khadazan, dan bahasa Iban akan diperkenalkan di Tabika- tabika Perpaduan; dan
(iv) satu mata pelajaran baharu, juga pengajaran Modul Jom Urus Diri bagi anak-anak kita.
empat program baharu Yang Berhormat
Kementerian juga menghasilkan buku-buku aktiviti iaitu buku-buku teks yang telah pun kita cetak dan telah pun diedarkan untuk kita terapkan elemen-elemen perpaduan seperti nilai-nilai murni dan sebagainya yang telah pun saya nyatakan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang bagi saya nampak perancangan dan kesungguhan daripada kementerian.
Cuma, saya hendak tanya di bawah Pelan Pendidikan Awal Kanak-kanak Tabika Perpaduan ini, macam mana kita hendak meningkatkan kualiti dan profesionalisme guru- guru sebab saya rasa itu adalah elemen yang sangat mustahak untuk kita meningkatkan Tabika Perpaduan.
Saya bagi satu contoh pada ketika ini di bawah konsep Malaysia, satu insiden yang saya rasa saya mohon Yang Berhormat Menteri boleh memberikan sedikit komen yang melibatkan pemain badminton perseorangan wanita kita Cik Kisona Selvaduray yang telah dilemparkan dengan pelbagai tuduhan perkauman baru-baru ini.
Untuk makluman, beliau adalah penduduk Rasah. Jadi, saya ada tanggungjawab asas untuk mengemukakan masalah ini di sini sebab saya rasa tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau tidak selaras dengan konsep Keluarga Malaysia dan untuk makluman, beliau bukan sahaja bertanding untuk mengharumkan nama negara tetapi disebabkan pergi ke oversea untuk perlawanan antarabangsa, dua kali beliau dijangkiti COVID-19. Pengorbanan beliau untuk mengharumkan nama negara cukup besar.
Jadi, saya mohon kementerian– saya percaya Yang Berhormat Menteri setuju dengan saya, penghargaan patut diberikan buka soal beliau menang kah kalah tetapi soal semangat beliau tersebut wajar untuk seluruh Ahli Dewan di sini menghargai pengorbanan beliau. Beliau adalah wirawati negara.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Minta komen daripada Yang Berhormat Menteri.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Rasah, steadylah. Saya sudah sebut tadi Yang Berhormat dalam pelan enam teras dalam Pelan Pendidikan Awal Kanak-kanak Tabika Perpaduan yang saya nyatakan tadi, antara enam teras itu Yang Berhormat, ialah untuk memantapkan profesionalisme dan kepakaran guru Tabika Perpaduan.
Jadi, apa yang kita lakukan Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan supaya pelan kita ini dapat mencapai Tuan Yang di-Pertua kepada objektif yang kita hasratkan kualiti dan profesionalisme tenaga pengajar di Tabika Perpaduan ini dipertingkatkan melalui inisiatif seperti berikut.
Pertama, kita pastikan supaya semua guru tabika kita mempunyai kelayakan paling minimum iaitu Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak. Untuk makluman Yang Berhormat, hingga 1 Oktober 2021, seramai 1,574 orang atau 88 peratus Yang Berhormat daripada 1,781 guru Tabika Perpaduan memiliki Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris dan juga Open Universiti Malaysia. Manakala, bakinya pula Tuan Yang di-Pertua, sejumlah 207 orang iaitu 12 peratus guru tabika yang masih belum memiliki kelayakan tersebut kerana tidak dapat memenuhi kepada syarat asas untuk mengikuti Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak ini.
Jadi, untuk kita pastikan supaya 207 orang guru tadika yang tidak dapat menepati kriteria untuk masuk dalam kursus Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak, kita letakkan sekurang-kurannya kelayakan yang setara dengan diploma. Kementerian Perpaduan Negara Tuan Yang di-Pertua telah bekerjasama dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk kita sediakan kursus setara yang kita namakan Program Pensijilan Kompetensi Guru Tabika Perpaduan.
Saya – ada banyak lagi yang kita telah lakukan dan kita harap dengan usaha yang sedang dilakukan oleh pihak kementerian ini akan dapat mencapai kepada hasrat
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
untuk melahirkan pendidikan yang berkualiti. Menjawab kepada persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat tadi berkaitan dengan Kisona Selvaduray.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Saya pun baca Yang Berhormat. Pada saya, komen yang berunsur perkauman ke atas pemain badminton perseorangan negara, Kisona Selvaduray baru-baru ini sepatutnya dan tidak boleh diterima dalam budaya Malaysia yang pelbagai bangsa dan agama.
Sukan Tuan Yang di-Pertua, telah lama menjadi tapak integrasi perpaduan yang menyatukan kita semua tidak kiralah apa bangsa kita, apa kaum kita, apa agama kita.
Jadi nasihat saya kepada semua pihak yang ada di luar sana terutama pengguna- pengguna media sosial ini supaya mengelaklah, jangan bangkitkan api kemarahan dan api perkauman. Elak daripada menggunakan kata-kata yang boleh menghiris hati dan juga perasaan kaum yang lain demi kita menjaga perpaduan dan keharmonian keluarga besar kita iaitu Keluarga Malaysia. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Papar, Papar.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Pasir Mas.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Segambut.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Pertanyaan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya fikir komen nakal-nakal seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Rasah tadi patut dihantar ke Tabika Perpaduan semula.
Yang Berhormat Menteri, soalan saya, berdasarkan kepada petanda-petanda dalam Bancian 2020 yang mengunjurkan daripada 30 juta rakyat Malaysia, kaum bumiputera mewakili 69.8 peratus. Manakala kaum Cina sebanyak 24 peratus dan India sebanyak 6.8 peratus. Kaum Melayu menunjukkan pertumbuhan peratusan tahunan yang besar manakala kaum Cina menurun dan kaum India mendatar. Dianggarkan 30 ke 40 tahun akan datang, rakyat Malaysia akan berubah majoritinya Melayu mewakili 82 peratus, ini unjuran.
Dalam situasi majority rule and minority rights, dalam apa jua keadaan sekalipun sudah tentu majoriti yang matang akan tetap menghargai kewujudan kaum minoriti. Apa strategi Kementerian Perpaduan Negara dalam menghadapi perubahan demografik ini yang mengakibatkan berubahnya majoriti dan minoriti dan dalam kita terus meraikan perpaduan, adakah ia merupakan suatu ancaman terhadap perpaduan? Terima kasih.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Tuan Yang di-Pertua, soalan asal ialah tentang Tadika Perpaduan. Jadi soalan Yang Berhormat ini dah jauh sedikitlah, sudah jauh sedikit pada jalan yang lain.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Sedikit saja jauh.
Datuk Halimah binti Mohamed Sadique
Saya ingin memaklumkan Tuan Yang di-Pertua, apa sahaja yang sedang berlaku di peringkat Kementerian Perpaduan Negara, kementerian sedang merangka satu pelan tindakan iaitu Pelan Perpaduan Rakyat Malaysia.
Dalam pada itu juga Tuan Yang di-Pertua, kementerian sedang menjalankan satu kajian yang berkaitan dengan isu-isu yang sedang berlaku berdasarkan kepada indikator-indikator yang ada untuk kita bangunkan satu Indeks Perpaduan Nasional yang sedang kita jalankan Yang Berhormat.
Mudah-mudahan dengan adanya kajian ke atas Indeks Perpaduan Nasional ini, selain daripada perancangan kepada pelaksanaan Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia, kita akan dapat bersama-sama memainkan peranan supaya ia menjadi tanggungjawab bersama untuk kita terus mengharmonikan perpaduan itu dan ia juga menjadi tanggungjawab kepada Yang Berhormat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Segambut, soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Pertanyaan- pertanyaan Menteri hanya dua soalan sahaja. Minta maaf Ahli-ahli Yang Berhormat.
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
1. Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh [Sabak Bernam] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan setakat manakah tahap kebolehpasaran graduan semasa pandemik COVID-19 ini dan nyatakan langkah kementerian bagi menyediakan graduan yang berdaya saing di pasaran pekerjaan termasuk meningkatkan kebolehan insaniah atau soft skill di kalangan graduan bagi memastikan graduan memenuhi kehendak industri dan meningkatkan kebolehpasaran graduan semasa dan pasca pandemik COVID-19.
Menteri Pengajian Tinggi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak ucapkan terima kasih juga kepada Yang Berhormat Sabak Bernam.
Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan Kajian Pengesanan Graduan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2020, kadar kebolehpasaran graduan adalah pada 84.4 peratus menurun sebanyak 1.8 peratus berbanding tahun 2019 iaitu pada kadar 86.2 peratus. Sebagai usaha untuk meningkatkan daya saing graduan di pasaran pekerjaan, kementerian telah melaksanakan beberapa langkah.
Antaranya, yang pertama, melaksanakan program latihan berbentuk reskilling dan upskilling. Melalui usaha ini graduan universiti awam, IPTS, politeknik serta kolej komuniti bagi tahun 2019, 2020 dan 2021 yang masih belum bekerja ditawarkan tempat untuk mengikuti program-program latihan berbentuk reskilling dan upskilling.
Contohnya, inisiatif di bawah PENJANA KPT-CAP. Peserta yang mengikuti program ini dijamin penempatan pekerjaan, sebaik sahaja mereka menamatkan latihan sekurang-kurangnya bagi tempoh 12 bulan sekiranya memenuhi kriteria dan syarat yang telah ditetapkan. Sehingga 1 Oktober 2021, sejumlah 7,288 orang graduan yang menerima latihan telah mendapat penempatan pekerjaan atau menjana pendapatan sendiri.
Kedua, melaksanakan program intervensi kebolehpasaran graduan. Program intervensi ini memberikan nilai tambah kepada graduan yang dikenal pasti rendah kadar kebolehpasarannya iaitu CGPA 3.3 ke bawah atau daripada program-program pengajian yang rendah kadar kebolehpasaran iaitu 50 peratus ke bawah.
Program ini turut menawarkan jaminan pekerjaan kepada peserta sebaik sahaja mereka menamatkan latihan yang dilaksanakan secara kolaborasi strategik bersama penyedia perkhidmatan dan agensi-agensi tertentu. Bagi tahun 2020/2021, sejumlah 1,235 orang graduan telah mendapat penempatan pekerjaan melalui program ini.
Ketiga, melaksanakan Structured Internship Programme. SIP merupakan program penempatan pelajar untuk latihan industri secara berstruktur dan seterusnya ditawarkan penempatan di industri secara kekal sekiranya layak.
Keempat, menyemak dan menambah baik secara berkala kandungan modul dan program akademik yang ditawarkan. Di sini kementerian menekankan agar program pengajian serta kandungan kursus pengajian hendaklah sentiasa disemak secara berkala oleh institusi pengajian tinggi berkaitan.
Menteri Pengajian Tinggi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Saringan dilaksanakan bersama beberapa agensi dan jabatan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perangkaan Malaysia, Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh, TalentCorp., Malaysia Investment Development Authority, badan profesional dan sebagainya bagi memastikan program akademik yang ditawarkan oleh IPT adalah sejajar dengan keperluan guna tenaga negara serta memenuhi kehendak industri.
Kelima pula adalah membangunkan Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2021/2025 sebagai usaha jangka sederhana untuk meningkatkan kebolehpasaran.
Kementerian telah membangunkan Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2021/2025. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan pertama, sila Yang Berhormat Sabak Bernam.
Dato' Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam
Terima kasih Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan jawapan sebentar tadi. Nampaknya Kementerian Pengajian Tinggi berusaha bersungguh-sungguh. Walau bagaimanapun masih ramai lagi graduan di luar sana menganggur. Saya lihat mungkin kursus-kursus yang diadakan di kementerian ataupun di pihak swasta kadang-kadang tidak memenuhi kepada pasaran kerja.
Saya hendak bertanya kepada pihak Yang Berhormat Menteri, setakat manakah kerajaan telah menyediakan kemahiran digital dan juga kemahiran usahawan kepada graduan-graduan lepasan dan juga adakah usaha untuk meletakkan kadar elaun minimum untuk pelajar yang praktikal sama ada di sektor swasta ataupun di sektor awam? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Sila Yang Berhormat Menteri, satu minit.
Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad
Terima kasih di atas soalan tambahan berkenaan. Mengenai penyediaan graduan dengan kemahiran digital, IPT ada integrasikan kursus berkaitan ICT dengan program-program pengajian sedia ada seperti yang berkaitan dengan data sains, bio infografik literacy dan sebagainya. Selain daripada itu, ia bertujuan agar pelajar ini dapat menguasai kemahiran ICT berkenaan.
Keduanya pula, apa yang dilaksanakan oleh kementerian adalah menjalankan kolaborasi dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Microsoft. Yang ini untuk melaksanakan Program Microsoft Global Skills Initiative, Digital Skills for Tomorrow’s Job. Inisiatif ini kita tengok dapat menyediakan tempat kepada hampir 25,000 orang pelajar dan graduan dalam meningkatkan kemahiran digital mereka.
Saya juga hendak maklumkan terdapat kerjasama dengan Shopee yang dilaksanakan oleh kementerian melalui Program Siswa Mall MOHE X Shopee di mana ia mensasarkan 12,000 orang graduan dilatih dengan kemahiran digital.
Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad
Mengenai kadar elaun minimum pula, sebenarnya saya nak maklumkan bahawa latihan industri ini tertakluk kepada Dasar Latihan Industri Negara. Pelajar berhak untuk membuat pilihan penempatan praktikal swasta yang bersesuaian, termasuk memilih majikan yang memberi elaun dengan pemantauan bersyarat institusi masing-masing.
Bagi latihan praktikal di agensi kerajaan pula Yang Berhormat, surat edaran JPA Bil.10 mengenai Elaun Latihan Amali Pelajar Institusi Pengajian Tinggi di Agensi Kerajaan ada menyatakan bahawa pelajar sedang menjalani latihan praktikal dibenarkan menerima bayaran elaun sebanyak RM15 sehari untuk tempoh maksimum tiga bulan.
Walau bagaimanapun, di peringkat kementerian, untuk bajet yang akan datang, kita ada memohon peruntukan tambahan daripada Kementerian Kewangan dengan anggaran lebih kurang RM450 juta, Yang Berhormat Menteri Kewangan, melalui Belanjawan 2022 untuk pelajar yang mengikuti semua latihan industri bagi tahun 2022.
Saya harap dapat dipersetujukan oleh Kementerian Kewangan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Hang Tuah Jaya.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Padang Serai.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya jemput Yang Berhormat Permatang Pauh.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan susulan saya, Yang Berhormat Menteri. Sejak RMKe-11 lagi, isu ketidakpadanan pasaran buruh ini menjadi masalah yang dihadapi oleh kita. Sudah 83 minggu telah berlalu dengan 1,295 institusi TVET ditutup dan TVET ini sebahagian daripada keperluan industri. Laporan Ketua Audit juga menegur bahawa wujudnya fragmentasi, terlalu banyak kementerian yang mengawal selia TVET, maka akhirnya perlu ada usaha untuk menyatukan kesemua program dan akreditasi.
Yang Berhormat ada mengumumkan usaha ke arah ini. Akan tetapi saya juga ingin menanya, kenapakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga mengatakan bahawa program upskilling dan reskilling akan diletakkan di bawah Kementerian Sumber Manusia? Apakah sebenarnya perancangan ke depan berkait dengan penyatuan akreditasi? Adakah kita akan adakan satu suruhanjaya berkait dengan hal ini? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh. Sila Yang Berhormat Menteri, satu minit.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Permatang Pauh. KPT adalah sekretariat kepada Majlis TVET Negara. Majlis TVET Negara telah ditubuhkan dan mesyuarat kali pertama telah dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Pagoh sebelum ini. Majlis ini merupakan satu badan tertinggi pembuat keputusan berkaitan hala tuju TVET negara dan berperanan untuk menambah baik penyelarasan ekosistem TVET dengan sokongan padu daripada semua pihak. Kalau tak salah saya, ada 11 kementerian yang berkait rapat dengan Majlis TVET Negara dan disertai oleh para akademik dan peneraju industri.
Mesyuarat kedua, saya nak maklumkan, akan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada awal November. Mengenai soalan tadi, Yang Berhormat menyatakan bahawa ada satu paper yang akan dibawa di dalam Mesyuarat Majlis TVET Negara yang akan datang. Di mana sistem penarafan merentasi institusi TVET awam dan swasta ini akan diharmonikan oleh pihak kerajaan. Paper itu akan dibentangkan oleh Kementerian Sumber Manusia dan insya-Allah perbincangan lanjut akan dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim Bandar Baharu
Boleh satu lagi?
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya nak teruskan sebab panjang masa dah kita berikan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim Bandar Baharu
Fasal graduan, kebolehpasaran graduan ini, Tuan Yang di-Pertua. Kalau boleh, sikit. Pendek sahaja, 30 saat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
30 saat, baik. Sila Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, kebolehpasaran graduan sangat bergantung pada kualiti graduan yang dilahirkan oleh universiti. Jadi, kepimpinan dan hala tuju universiti itu sangat penting. Peranan ini dimainkan oleh lembaga pengarah universiti.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Bolehkah Yang Berhormat Menteri terangkan rasional pelantikan seorang anak muda umur 20-an, Danesh Raj Nagarajan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaya? Bagaimana beliau boleh membantu reputasi dan juga keyakinan pemegang taruh terhadap universiti tertua di negara kita ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Sila, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat. Lantikan beliau adalah berdasarkan bahawa involvement beliau selaku alumni di universiti berkenaan. Inilah masa yang paling sesuai untuk kita memberi kepercayaan kepada orang muda, terutamanya dalam peranan mereka sebagai salah satu daripada LPU di universiti awam. Terima kasih.
2. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah yang dibelanjakan berbanding dengan yang diperuntukkan sejak pandemik COVID-19 melanda Malaysia dan apakah bentuk bantuan wang rakyat keberkesanannya.
Menteri Kewangan - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Bagan, kerajaan telah mengambil langkah proaktif dan segera untuk menangani krisis COVID- 19, terutamanya dalam memenuhi keperluan sistem kesihatan awam, membantu rakyat yang terjejas dan menyokong kelangsungan perniagaan. Pada tahun 2019, Yang Berhormat Bagan telah membentangkan Belanjawan 2020 dengan peruntukan sebanyak RM297 bilion, di mana sasaran defisit ialah sebanyak 3.2 peratus daripada KDNK.
Walau bagaimanapun, susulan penularan wabak COVID-19, kerajaan telah meningkatkan perbelanjaan kepada RM314 bilion pada tahun tersebut menyebabkan defisit meningkat kepada 6.2 peratus. Oleh kerana situasi COVID-19 ini bersifat dinamik, adalah wajar bagi kerajaan untuk sentiasa berwaspada terhadap perkembangan semasa. Berdasarkan Belanjawan 2021, unjuran defisit ialah 5.4 peratus. Namun, kerajaan telah mengambil pendirian dasar fiskal yang mengembang atau, dengan izin, expansionary fiscal policy dalam mengatasi krisis COVID-19.
Oleh itu, defisit untuk tahun ini dijangka mencecah antara 6.5 peratus hingga 7 peratus. Setakat 15 September 2021, jumlah peruntukan sebanyak RM322.5 bilion di bawah Belanjawan 2021, sejumlah RM216 bilion atau lebih daripada 66 peratus telah dibelanjakan seperti yang dirancang. Di samping Belanjawan 2021, kerajaan juga telah mengumumkan lapan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi bernilai RM530 bilion yang merangkumi kedua-dua langkah fiskal dan juga bukan fiskal. Melalui pemantauan, setakat 24 September 2021, lebih daripada RM330 bilion atau lebih kurang 62 peratus telah dilaksanakan, memanfaatkan 20 juta rakyat dan 2.4 juta perniagaan.
Bagi menampung suntikan fiskal tambahan khusus untuk menangani krisis COVID-19, kerajaan telah membiayai langkah pakej-pakej ini melalui Kumpulan Wang COVID-19 (KWC). Setakat pertengahan bulan September 2021, nilai keseluruhan yang telah dibelanjakan di bawah KWC telah mencecah RM60 bilion atau lebih daripada 90 peratus siling semasa KWC bernilai RM65 bilion.
Jadi, mengambil kira keperluan tambahan, kerajaan akan membentangkan dalam Dewan untuk meningkatkan lagi had siling KWC daripada RM65 bilion kepada RM110 bilion. Ini bertujuan untuk membiayai bantuan dan sokongan tambahan bagi tahun ini dan selanjutnya.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Bagan, daripada segi bantuan tunai langsung kepada rakyat, kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM33 bilion.
Untuk bantuan tunai kepada perniagaan, khususnya golongan usahawan mikro dan PKS, kerajaan telah menyediakan peruntukan hampir RM30 bilion.
Jadi, daripada segi keberkesanan pakej dan langkah berkenaan, trend pemulihan ekonomi dapat dilihat. Di mana ekonomi negara telah berkembang sebanyak 7.1 peratus pada separuh pertama tahun 2021 berbanding dengan penguncupan
Menteri Kewangan - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
sebanyak 8.4 peratus pada tempoh yang sama pada tahun 2020. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Bagan. Soalan tambahan pertama.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah memberikan jawapan tadi. Saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri, memandangkan bahawa RM63 bilion bantuan tunai secara langsung telah pun dihulurkan tetapi nampaknya tidak dapat membolehkan ekonomi pulih kepada normal iaitu ke tahap 2019.
Kenyataan yang dibuat oleh mantan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kerajaan sudah tidak wang. Langkah ini menunjukkan bahawa lapan pakej rangsangan sebanyak RM530 bilion tidak berjaya untuk memulihkan ekonomi kerana bantuan secara langsung adalah terlalu kecil dan bolehkah perkara ini dapatlah dibetulkan?
Pada masa yang sama, berkaitan dengan pandora papers, di mana ada banyak wang yang telah pun didepositkan di luar negara. Apakah usaha untuk mendapat balik wang yang dianggarkan bertrilion ringgit ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Sila Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Seperti yang saya sebut tadi sebenarnya bantuan yang telah diberi ataupun peruntukan yang telah diberi kepada golongan yang memerlukan terutamanya rakyat dan juga perniagaan, jumlahnya ialah RM33 bilion untuk rakyat dan RM30 bilion untuk perniagaan. Jadi jumlahnya agak besar, RM63 bilion.
Akan tetapi, kita prihatin di mana ekonomi kita masih lagi dalam keadaan yang meruncingkan disebabkan oleh pandemik COVID-19. Akan tetapi, alhamdulillah, kita dapat lihat bagaimana ekonomi ini dibuka semula secara berfasa dengan selamat memandangkan kes-kes COVID-19 yang bergejala serius telah lebih stabil dan juga kapasiti ICU di hospital-hospital adalah lebih baik.
Jadi Yang Berhormat Bagan, kita akan memantau penyampaian dan outcome atau keberhasilan program-program kita yang telah kita umumkan dalam lapan pakej dan juga dalam Belanjawan 2021.
Ada satu soalan tadi itu ialah mengenai pandora papers di sini. Di sini saya ingin memaklumkan bahawa kalau kita lihat apa yang telah keluar dalam media massa pada hari semalam, kalau tidak silap saya, itu juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Port Dickson semalam.
Kita di Kementerian Kewangan ingin mengingatkan bahawa penyiasatan yang dibuat oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) melibatkan kebocoran rekod sulit 14 penyedia perkhidmatan luar pesisir ataupun offshore yang memberikan perkhidmatan profesional kepada individu ataupun syarikat untuk menubuhkan Shell company, syarikat amanah, yayasan ataupun entiti lain yang membuka akaun di negara-negara yang mempunyai kelemahan dalam perundangan kewangan.
Akan tetapi kita bukanlah salah satu negara yang mempunyai kelemahan begitu.
Sebagai makluman, sektor kewangan Malaysia dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia melalui Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 ataupun Akta 758 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 ataupun Akta 759.
Manakala aktiviti kewangan luar pesisir dikawal selia oleh Labuan Financial Services Authority ataupun Labuan FSA melalui penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010, Akta 704 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam dan Sekuriti Labuan 2010 ataupun Akta 705.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Di bawah undang-undang sedia ada, Kementerian Kewangan ingin menjelaskan bahawa mana-mana individu boleh membuka akaun dengan mana-mana bank berlesen termasuk akaun luar pesisir. Walau bagaimanapun, semua pelanggan yang membuka akaun di bank berlesen yang dikawal selia oleh Bank Negara atau akaun di bank luar pesisir yang dikawal oleh Labuan FSA hendaklah lulus proses yang dikawal selia ini mengenai customer due diligence ataupun usaha wajar pelanggan seperti yang disyaratkan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA), Akta 613 dan juga perundangan subsidiarinya. Terima kasih, Yang Berhormat Bagan.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Menteri. Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Rompin.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, bolehkah Yang Berhormat Menteri menjelaskan sekiranya terdapat keperluan tambahan, di mana kerajaan perlu membantu rakyat dan perniagaan yang masih terkesan? Adakah kerajaan mempunyai sumber kewangan dan dari manakah ini akan diperoleh? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Menteri, satu minit.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Seperti yang telah dijelaskan tadi, kerajaan sentiasa komited bagi memelihara kesejahteraan rakyat dan juga kelangsungan perniagaan. Pendekatan ini terbukti dalam lapan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi yang telah dilaksanakan semenjak wabak COVID-19 ini melanda negara.
Suntikan fiskal yang berkaitan dengan pakej bantuan tersebut dibiayai melalui Kumpulan Wang COVID-19 (KWC). Empat pakej, pertama PRIHATIN, PRIHATIN PKS Tambahan, PENJANA dan juga Kita PRIHATIN yang diumumkan bersama dengan Belanjawan 2021 melibatkan suntikan fiskal sebanyak RM65 bilion. Jumlah ini selaras dengan had siling yang telah diluluskan oleh Parlimen pada hujung tahun lepas.
Mengambil kira keperluan bantuan yang diumumkan pada tahun 2021 serta keperluan tambahan untuk membantu rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.
Kerajaan akan membentangkan pindaan kepada Akta Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit COVID-19), kita hendak tingkatkan had siling ini daripada RM65 bilion kepada RM110 bilion dan juga meningkatkan had hutang statutori kerajaan daripada 60 peratus kepada 65 peratus daripada KDNK.
Pindaan tersebut akan memberi kerajaan ruang untuk memperuntukkan bantuan tambahan untuk hujung tahun ini dan selanjutnya untuk tahun 2022 demi membantu rakyat yang terkesan terutamanya golongan rentan serta perniagaan yang terjejas.
Terima kasih Yang Berhormat Rompin dan juga Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Tuan Yang di-Pertua, Setiu sedikit, 30 second.
Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah
Sedikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Menteri, saya hendak teruskan sebab panjang masa. Saya ingin menjemput seterusnya Yang Berhormat Dungun.
3. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Pengangkutan menyatakan perkembangan terkini projek ECRL setakat ini dan jangkaan perubahan tarikh siap projek tersebut.
Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Tuan Yang di- Pertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Dungun bersekali dengan soalan nombor 63 berkaitan dengan projek ECRL daripada Yang Berhormat Hulu Selangor pada hari ini juga.
Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Kementerian Pengangkutan amat komited untuk memastikan projek ECRL ini dilaksanakan mengikut jadual dan dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat secepat mungkin. Komitmen ini dibuktikan apabila sehingga 31 Ogos 2021, pembinaan keseluruhan projek ini telah mencapai kemajuan sebenar sebanyak 23.96 peratus berbanding jadual sebanyak 25 peratus iaitu sedikit lewat daripada jadual iaitu sebanyak 1.04 peratus akibat daripada pelaksanaan PKP.
Bagi seksyen A iaitu dari Kota Bharu ke Dungun, skim kereta api telah diluluskan pada 14 Mei 2020, merangkumi pembinaan enam buah stesen iaitu Kota Bharu, Pasir Puteh, Jerteh, Bandar Permaisuri, Kuala Terengganu dan Dungun.
Kelulusan ini adalah bertepatan dengan program kerja penyediaan tapak yang telah dilaksanakan bermula pertengahan tahun 2020. Sehingga 31 Ogos 2021 kemajuan kerja fizikal telah mencapai 11.59 peratus berbanding jadual sebanyak 12.01 peratus.
Kerja-kerja fizikal juga sedang giat dilaksanakan di seksyen B iaitu jajaran dari Dungun ke Temerloh. Sejak disambung semula pada Julai 2019, kemajuan kerja fizikal di seksyen ini telah mencapai 28.04 peratus berbanding jadual sebanyak 26.9 peratus merangkumi kerja-kerja tanah, pembinaan terowong di Dungun, Paka dan Kuantan.
Kerja-kerja awalan bagi pembinaan terowong di Gambang, Seri Jaya, Gedung Siam dan Paya Pasir juga giat dijalankan.
Bagi seksyen C, iaitu dari Temerloh ke Pelabuhan Klang, kerajaan mengkaji jajaran terbaik bagi memastikan ECRL memberi impak ekonomi yang maksimum.
Jajaran yang terbaik dan memberi impak maksimum kepada rakyat seperti yang telah diumumkan pada 5 April 2021. Dalam hal ini, adalah penting ECRL dipastikan tersambung secara strategik dan jaringan logistik rel kebangsaan. Kelebihan logistik ini akan dicapai tanpa mengurangkan kualiti perkhidmatan penumpang sekali gus menjadikan ECRL sebagai pemangkin ekonomi.
Dalam hal ini, cadangan penjajaran balik pada jajaran utara asal iaitu Temerloh, Gombak, Serendah dan dilanjutkan ke Pelabuhan Klang telah dipertimbangkan oleh Jemaah Menteri pada 21 Ogos 2020 dan Mesyuarat Majlis Perancangan Fizikal Negara pada 13 Ogos 2020 serta diluluskan secara prinsip oleh Jemaah Menteri pada 21 Ogos 2020 dan 2 September 2020.
Susulan kepada kelulusan Jemaah Menteri, Kementerian Pengangkutan telah mengadakan lebih daripada 37 sesi libat urus yang melibatkan 17 jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Selangor serta 12 jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan. Ini bertujuan memperkemaskan cadangan penyesuaian teknikal untuk mengatasi isu-isu sosial dan alam sekitar seperti Permatang Kuartza dan juga Empangan Batu sepertimana yang telah diuar-uarkan dan apabila jajaran ECRL ini dikembalikan kepada asal dan semua perkara ini telah diambil kira.
Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Jajaran utara ICR telah sekali lagi diangkat untuk pertimbangan Jemaah Menteri pada 31 Mac 2021 dan diluluskan pada hari yang sama. Pada masa ini, Kementerian Pengangkutan menjangkakan tarikh penyiapan bagi seksyen A, B masih kekal sepertimana yang dijadualkan iaitu pada 31 Disember 2026. Walau bagaimanapun, penyiapan seksyen C dijangkakan akan mengalami kelewatan selama 12 bulan iaitu pada 31 Disember 2027. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan pertama, sila Yang Berhormat Dungun.
Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli - Dungun
Terima kasih kepada jawapan Yang Berhormat Pengangkutan. Soalnya ialah berlaku pertikaian jajaran antara Kerajaan Negeri Selangor dengan Kementerian Pengangkutan di bawah Kerajaan Persekutuan. Oleh sebab itu, apakah telah berlaku penyelesaian kerana difahamkan setakat 15 September 2021, masih belum dimuktamadkan jajaran-jajaran pertikaian ini.
Jadi, bolehkah dinyatakan tindakan daripada kementerian dalam penyelesaian yang perlu kerana melibatkan tanah-tanah di negeri Selangor? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Menteri, satu minit.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya apa yang berlaku ialah pada 11 Jun tahun lalu apabila ada mesyuarat MPFM di mana kedua-dua Ketua Menteri dan Menteri Besar ada. Apabila dibangkitkan oleh Menteri Besar Pahang yang tidak setuju dengan jajaran selatan, maka pengambilan balik tanah untuk seksyen jajaran selatan tidak dapat dilakukan.
Pada waktu yang sama, diminta mengkaji bagaimana ia memberi manfaat yang paling maksimum. Maka Kementerian Pengangkutan telah diberi mandat untuk mengkaji. Oleh sebab itulah, pada 13 Ogos sekali lagi dibincangkan sesama ahli-ahli majlis iaitu MPFM dan telah diputuskan pada masa itu dan sejak Jun tahun lalu, kita telah mengadakan engagement sepertimana yang saya katakan 37 kali sesi libat urus.
Saya sendiri telah berjumpa dengan pihak kerajaan negeri dan kita juga menyelesaikan semua masalah Permatang Kuartza . Dahulu kata melalui Permatang Kuartza merosakkan alam sekitar. Perkara dah diselesaikan. Empangan Batu dahulu terlalu dekat, 200 meter dan sekarang telah dianjakkan ke satu jarak, 2.2 kilometer dan dibuat terowong. Ini juga mesti diselesaikan.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Boleh mencelah kah tidak?
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Ya. Jadi, masalah-masalah sepertimana yang dihuraikan termasuk pengambilan balik tanah melibatkan tempat-tempat Orang Asli kalau dibandingkan dengan jajaran selatan...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Mencelah.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
...Lebih banyak dan kesemua ini...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Penjelasan.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
...Telah diuruskan dengan baik...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Boleh?
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
...Dan apabila...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di- Pertua...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
...Segala perkara ini telah dibentangkan kepada kerajaan negeri dan sehingga sekarang kerajaan negeri belum lagi diputuskan dalam [Tidak jelas] ataupun exco tetapi memandangkan kontrak itu berjalan, kita kena teruskan, maka kita bawa kepada Jemaah Menteri. Kita mempertimbangkan. Jadi cara ini kita kena buat koordinasi antara satu sama lain yang terbaik untuk memberi manfaat di mana Serendah Bypass adalah diidam-idamkan oleh Kerajaan Negeri Selangor juga.
Jadi, bukan sahaja sekadar kalau tengok jajaran utara yang asal cuma berhenti di Jalan Kastam. Sekarang ia telah dilanjutkan sebanyak 23.9 kilometer ke Westports dan Northport untuk membentuk satu jaringan drawbridge untuk kedua-duanya. Terima kasih.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Mencelah, boleh?
Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor
Hulu Selangor. Soalan saya dijawab bersekali pada hari ini, minta Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan yang kedua...
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Boleh?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya beri kepada Yang Berhormat Hulu Selangor.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Bukan hendak berucap, hendak bertanya boleh?
Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Bukan hendak berucap, hendak bertanya saja boleh dengan Menteri Pengangkutan ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Selepas ini Yang Berhormat. Ini soalan-soalan jawab lisan.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Apakah dia?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ini sesi soalan- soalan jawab lisan, tidak ada pencelahan. Saya bagi Yang Berhormat Hulu Selangor dahulu.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Saya bertanya pun secara lisan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Bagi peluang Yang Berhormat Hulu Selangor dahulu. Saya beri kepada Yang Berhormat Hulu Selangor dahulu, sila Yang Berhormat Hulu Selangor.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Ini berkenaan dengan pengangkutan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Selepas ini.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Pengangkutan ini, saya ucap terima kasih kepada Menteri. Akan tetapi saya hendak tanya satu, penyertaan kontraktor bumiputera dalam projek itu tidak ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, baik.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tidak ada. Tolong tengok. Yang Berhormat Menteri jangan syok sahaja. Penyertaan kontraktor bumiputera dan penyertaan local contractors.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Pasir Salak, saya bagi peluang kemudian. Saya bagi kepada Yang Berhormat Hulu Selangor dahulu. Bagi Yang Berhormat Hulu Selangor dahulu.
Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor
Baik, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih atas jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri. Soalan dari Hulu Selangor, Kerajaan Pusat bercadang untuk jajaran C2 iaitu dari Gombak, Serendah ke Port Klang. Akan tetapi buat masa ini, Kerajaan Negeri Selangor dilihat belum lagi menyatakan persetujuan bagi jajaran C2.
Jadi, apakah Kerajaan Persekutuan dapat mencari titik persetujuan bersama Kerajaan Negeri Selangor bagi merealisasikan projek ini? Mohon perincian daripada pihak kementerian, apakah perancangan dan gerak kerja yang telah dilakukan sehingga kini bagi ECRL bagi jajaran C2? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Sila Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma hendak menjawab terima kasih atas sokongan Yang Berhormat Hulu Selangor.
Saya lihat daripada segi perbahasan dan juga soalan menjurus kepada bagaimana kita hendak menyelesaikan.
Sebenarnya menjadi hasrat Kerajaan Pusat dan juga MOT untuk menyelesaikan masalah bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor. Apa yang kita bincangkan sebelum itu ada tujuh isu utama. Setiap satu, kita menggunakan kaedah yang terbaik.
Kita mengambil pandangan— kalau hendak elak, kita elak.
Jadi kita telah menggunakan tempoh masa lapan bulan untuk menyelesaikan perbincangan dengan pihak kerajaan Selangor. Kita sudah berbincang dalam Kabinet bagaimana kita hendak the way forward. Kita menanti dan bersama-sama kita sudi untuk berbincang dengan Kerajaan Negeri Selangor. Ini kerana saya dapati satu titik persamaan yang ada ialah kita hendak merealisasikan projek Serendah Bypass.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Serendah Bypass adalah sebahagian daripada ECRL jajaran utara. Jadi daripada segi itu, daripada segi kesalinghubungan dengan KTM di kawasan Yang Berhormat, Serendah akan berkembang maju. Kawasan ini juga koridor yang dibangunkan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Kita masih lagi berurusan dengan ini.
Mengenai apa Yang Berhormat Pasir Salak bangkitkan. Saya ingin menerangkan kepada Dewan yang mulia ini, tidak benar. Apa yang berlaku dalam SA5 yang ditandatangani oleh Kerajaan PH ketika itu, salah satu syaratnya ialah 40 peratus daripada...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Syarat sahaja tetapi tidak dikuti Yang Berhormat Menteri. Syarat sahaja.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Yang Berhormat, biar saya terangkan. Kita telah mengambil satu inisiatif untuk mematuhi apa juga SA5 yang ditandatangani.
Daripada kerja-kerja sivil di mana 40 peratus daripada kerja itu perlulah diberikan kepada kontraktor tempatan, yang pertama. Ini berjumlah RM8.6 bilion. RM8.6 bilion ini sekurang-kurangnya 30 peratus diberikan kepada bumiputera. Sebuah jawatankuasa telah dibentuk oleh Kabinet yang disertai oleh pihak MOT, pihak Kementerian Kewangan, TERAJU juga bersama-sama untuk melihat.
Daripada segi milestone, kita akan mensyaratkan supaya kontraktor atau EPCC ini iaitu CCCC, mereka kena mengikut apa yang telah dijanjikan dalam SA5 yang ditandatangani pada tahun 2019. Sebuah jawatankuasa dan MRL ini sebenarnya dipengerusikan oleh KSN. Cara pemantauan kita buat secara bulanan dan setiap tahun, kita ada milestone untuk dicapai sehingga 2024 untuk mencapai sasaran 30 peratus untuk kontraktor bumiputera termasuk juga untuk keseluruhan local contractor 40 peratus. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini soalan tambahan yang ketiga yang telah saya berikan kepada ketua backbenchers Yang Berhormat Pasir Salak. Terima kasih.
Ahli Yang Berhormat, saya ingin meneruskan dengan menjemput Yang Berhormat Kubang Pasu.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Jangan lari jangan lompat, Tolong jawab soalan saya nombor empat.
4. Dato' Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah [Kubang Pasu] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan berapa jumlah yang telah dibelanjakan daripada RM1 bilion dana jaminan makanan pakej PRIHATIN. Sektor manakah yang mendapat manfaat daripada dana tersebut dan apakah kesan positif hasil daripada dana tersebut.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya.
MAFI tidak lari tidak lompat, Duduk di sini menjawab soalan nombor empat. Terima kasih. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan inisiatif Dana Jaminan Makanan berjumlah RM1 bilion bermula pada bulan Mac 2020 yang lalu bertujuan untuk menjamin bekalan makanan kekal terjamin dan mencukupi, menstabilkan harga produk pertanian dan memperkukuhkan ruang pasaran sepanjang tempoh pandemik COVID-19.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Pelaksanaan Dana Jaminan Makanan (DJM) ini merangkumi empat fasa pelaksanaan yang disesuaikan dengan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara iaitu PRIHATIN 2020 sebanyak RM190 juta, PENJANA 2020 sebanyak RM227.37 juta, PENJANA 2021 sebanyak RM150 juta, pakej Inisiatif Dana Jaminan Makanan 2021 sebanyak RM338 juta menjadikan keseluruhan Dana Jaminan Makanan adalah sebanyak RM905.3 juta.
Untuk maklumat Ahli-ahli Yang Berhormat, sehingga 30 September 2021, bagi pelaksanaan program-program di bawah pakej-pakej DJM tahun 2020, sebanyak RM378.18 juta daripada RM417.3 juta iaitu bersamaan 90.6 peratus telah pun dibelanjakan.
Manakala bagi program di bawah pakej-pakej DJM tahun 2021 yang berjumlah RM488 juta, program-program ini sedang dalam peringkat pelaksanaan dan sebanyak RM260.65 juta bersamaan 53.41 peratus telah pun dibelanjakan. Baki peruntukan ini dijangka akan selesai dibelanjakan menjelang penghujung tahun ini.
Pelaksanaan DJM ini merupakan pelengkap kepada pelbagai subsidi insentif dan bantuan yang disediakan di bawah MAFI kepada golongan sasar iaitu pesawah, petani, penternak, nelayan dan pengusaha pertanian. Bagi pelaksanaan tahun 2020 seramai 198,000 individu ataupun persatuan telah menerima bantuan di bawah Pakej Prihatin 2020, manakala 32,000 individu dan persatuan telah menerima pakej bantuan secara langsung di bawah Pakej Penjana 2020. Penerima manfaat ini dijangka akan meningkat setelah pelaksanaan inisiatif DJM selesai sepenuhnya.
Antara inisiatif-inisiatif di bawah Pakej Prihatin 2020 adalah jaminan bekalan makanan, subsidi padi huma, padi bukit yang memberi manfaat kepada 41,435 pesawah, Program Bekalan Ikan Segar dan Ikan Beku yang memberi manfaat kepada 87,713 nelayan dan Dana Pertubuhan Nelayan Kawasan PNK dan Dana Khas Pertubuhan Peladang Kawasan PPK yang masing-masing memberi manfaat kepada 103 PNK dan 31,565 persatuan dan peserta.
Manakala inisiatif di bawah Pakej Penjana 2020 termasuk projek pertanian bandar, komuniti yang memberi manfaat kepada 14,150 orang peserta, Program Mobiliti Tenaga Kerja dalam sektor agromakanan yang memberi manfaat kepada 3,576 peserta dan 16,140 usahawan mikro telah mendapat manfaat melalui Skim Pembiayaan Mikrokredit Agromakanan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Silakan Yang Berhormat Kubang Pasu. Soalan tambahan pertama.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Daripada jawapan yang diberikan, saya kira ini lebih kurang perbelanjaan pembangunan atau belanja mengurus yang biasa dilakukan oleh MAFI setiap tahun. Contohnya subsidi kepada penanaman padi huma dan yang lain.
Bukannya satu dana yang khas diberikan untuk memastikan apabila negara dilanda dengan pandemik COVID-19 ini kita dapat buat satu untuk memastikan availability dan affordability of makanan itu dapat dijaga dengan baik.
Jadi saya nak minta yang pertamanya adalah tentang adakah ini sebenarnya merupakan perbelanjaan-perbelanjaan biasa? Cuma dijenamakan semula menjadi dana daripada Pakej Prihatin.
Yang kedua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Kubang Pasu, sebut soalan sahaja.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Saya nak tanya ialah tentang skor kita di dalam Global Food Security Index yang saya lihat affordability– bahagian affordability agak okey. Cumanya kita kurang skor kita dalam availability dan juga natural resources dan resilience.
Jadi saya nak tanya di dalam Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara yang sedang dirangka sekarang, sama ada penglibatan pelbagai pihak akan diminta
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
pandangan untuk menentukan perkara ini dan apa yang kita nak address untuk memastikan availability dan juga natural resources and resilience itu dapat ditingkatkan skornya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu, silakan Yang Berhormat Menteri. Satu minit.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soal kedudukan kita dalam Global Food Security Index itu akan saya jawab dalam penggulungan nanti. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Kubang Pasu, sama ada program-program yang saya nyatakan tadi di bawah PENJANA dan PRIHATIN merupakan program-program biasa dalam bajet. Jawapan saya tidak.
Program-program adalah on top of the budget yang telah diberikan kepada kementerian. Saya bagi contoh Program Kebuniti seumpamanya. Setakat ini sebanyak RM40 juta telah diperuntukkan oleh Kementerian Kewangan kepada MAFI. Program in tidak pernah disenaraikan dalam bajet-bajet kementerian sebelum ini. Ia merupakan satu program khusus ketika negara berhadapan dengan pandemik COVID-19 pada tahun 2020 yang lalu. Itu satu program baharu.
Begitu juga beberapa program disalurkan melalui PNK dan PPK, adalah merupakan on top of dana yang diberikan kepada PNK dan PPK, merupakan dana sebanyak yang saya nyatakan tadi adalah merupakan tambahan kepada program- program yang disalurkan kerajaan melalui dana-dana bajet yang biasa. Jadi jawapan saya program ini adalah program yang baharu dan sebahagian daripada itu adalah tambah baik daripada program yang sedia ada yang dibajetkan dalam perbelanjaan dana bajet yang sedia ada. Sekian, terima kasih.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di- Pertua.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Tuan Yang di-Pertua, minta laluan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya jemput Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nak tanya Yang Berhormat Menteri, dalam tempoh begitu banyak bantuan ini, berapa banyak kerosakan yang berlaku terhadap sawah padi yang menyebabkan kehilangan hasil?
Berapa luas kawasan sawah padi yang terlibat dan berapa tan, berapa nilai kehilangan pendapatan kepada petani-petani. Apa yang kerajaan buat untuk membantu mereka?
Keduanya, saya nak tanya tentang Syarikat Padiberas Nasional Berhad
(Bernas) ini. Apa peranan Bernas untuk menjamin food security ini? Atau nak ambil untung sahaja? Tidak henti-henti sampai sekarang? Bila nak ditamatkan dia punya concession? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Silakan Yang Berhormat Liburan.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ahli Yang Berhormat, bencana alam merupakan kejadian yang berlaku setiap tahun yang memberi kesan kepada industri sektor tanaman termasuk sektor tanaman padi negara kita.
Kerajaan memperuntukkan sejumlah kewangan sebanyak RM80 juta untuk tempoh lima tahun bagi bantuan petani, pesawah dalam sektor agromakanan ini yang berhadapan dengan kerosakan yang disebabkan oleh bencana alam.
Di peringkat MAFI ketika ini, kita sedang merancang untuk mengolah Skim Crop Insurance, insurans untuk tanaman bagi membantu pesawah ataupun pemain industri yang terkesan disebabkan oleh pelbagai bencana alam dan juga serangan penyakit bagi tanaman mereka.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Walau bagaimanapun ketika ini ia sedang diolah oleh kementerian dan jika bajet dilaksanakan, Skim Insuran Tanaman ini merupakan satu skim insurans yang pertama di negara kita yang memberi tawaran– offering crop insurance bagi industri agromakanan di negara kita. Ia sedang dalam perancangan dan akan diteliti dan diumumkan sebaik sahaja ia mendapat kelulusan daripada pihak-pihak yang tertentu. Terima kasih.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Tuan Yang di-Pertua, mohon Libaran.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan satu lagi. Silakan Yang Berhormat Libaran.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Terima kasih. Untuk soalan tambahan nombor empat ini, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, selain daripada Dana Jaminan Makanan (DJM) di bawah MAFI yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri sebentar tadi, terdapat juga pengumuman oleh kerajaan sebelum ini bahawa peruntukan sebanyak RM1 bilion di bawah Kemudahan Agrofood (AF) yang ditawarkan, ini bertujuan untuk membantu usahawan mikro meningkatkan pengeluaran makanan di Malaysia dan juga untuk tujuan pengeksportan.
Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan kemudahan yang telah diumumkan ini. Terima kasih banyak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ya, memang betul kerajaan telah mengumumkan satu dana yang dinamakan Agrofood Facility (AF) seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Libaran tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Peruntukan sebanyak RM1 bilion di bawah Bank Negara telah diperkenalkan oleh kerajaan melalui pakej rangsangan ekonomi pada tahun 2020 yang lalu. Seperti yang dinyatakan adalah untuk— khusus bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi meningkatkan pengeluaran agromakanan negara, termasuk pembangunan melibatkan pengeluaran pertanian makanan utama, pemprosesan, pengilangan, agromakanan, dan aktiviti hiliran makanan yang lain.
Keterlibatan MAFI dalam dana ini adalah—sebahagian dana ini disalurkan kepada Agrobank melalui Agrobank, yang di bawah seliaan MAFI. Setakat ini, Agrobank telah mengeluarkan setakat 30 September, Agrobank telah meluluskan pinjaman sebanyak RM313 juta kepada 611 PKS. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 181 juta telah pun disalurkan kepada 474 PKS.
Ini merupakan sebahagian dana yang disalurkan kepada Agrobank dan bank- bank lain terlibat mengendalikan skim mikrokredit di bawah Agrofood Facility (AF) ini, adalah termasuk Bank Islam Malaysia Berhad, institut kewangan pembangunan (DFI) dan beberapa bank yang lain. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Beluran. Pertanyaan jawab lisan seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Pasir Mas.
5. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan apakah perancangan terperinci kementerian di dalam melaksanakan pengambilan khas 18,702 guru gred DG41 seperti yang diumumkan Menteri Kanan Pendidikan sebelum ini.
Timbalan Menteri Pendidikan I - Dato’ Dr. Mah Hang Soon
Tuan Yang di- Pertua, pada 20 Jun 2021, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pengambilan khas seramai 18,702 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara one-off bagi mengisi kekosongan guru di sekolah KPM. Urusan pengambilan PPP ini adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku pihak berkuasa melantik.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, urusan pengambilan one-off ini telah bermula pada 7 Julai 2021. Buat masa ini, SPP sedang melaksanakan temu duga secara berfasa mulai 8 September 2021 sehingga 12 November 2021. Proses
Timbalan Menteri Pendidikan I - Dato’ Dr. Mah Hang Soon
pengambilan ini dijangka selesai pada bulan Disember 2021. Berdasarkan data sehingga 19 September 2021, terdapat 21,564 kekosongan guru di sekolah KPM seluruh negara.
Dengan mengambil kira pengambilan one-off tersebut, baki kekosongan 2,862 akan diisi melalui proses pelantikan biasa secara berterusan oleh SPP. KPM yakin dengan pengambilan one-off ini. Perkara berkaitan kekurangan guru yang telah berlanjutan bertahun-tahun lamanya akan dapat diselesaikan. Sekiranya bilangan calon yang berjaya dilantik dalam kalangan graduan yang mempunyai kelayakan ikhtisas pendidikan masih belum mencukupi, maka SPP akan melaksanakan kaedah lantikan secara contract of service (COS). Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Pasir Mas. Soalan tambahan pertama.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Terima kasih Timbalan Menteri Pendidikan I. Saya ucapkan tahniah kepada pihak kerajaan, dalam situasi kerajaan berdepan dengan kekurangan sumber kewangan akibat pandemik COVID-19, kita dapat mengadakan pengambilan khas guru DG41 yang paling besar di dalam sejarah secara one-off sebanyak 18,000 ini.
Soalan saya Yang Berhormat Menteri adalah, adakah kementerian bercadang untuk menyelesaikan isu guru dukalara iaitu, kita menempatkan terlebih dahulu guru- guru yang mengajar jauh dari kampung halaman mereka? Kita cuba untuk usahakan mereka pulang untuk berkhidmat di kampung halaman mereka supaya lebih memberikan mereka motivasi untuk bekerja. Selesaikan isu ini terlebih dahulu, barulah kita uruskan untuk penempatan guru-guru yang baharu. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Dr. Mah Hang Soon
Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Yang di-Pertua, tiga prinsip asas permohonan pertukaran guru ialah kekosongan jawatan, keperluan opsyen dan kepentingan, atau keperluan perkhidmatan. Permohonan atas sebab faktor pasangan suami atau isteri yang berjauhan adalah salah satu daripada empat kategori utama permohonan pertukaran.
KPM sentiasa member keutamaan kepada permohonan pertukaran yang melibatkan permohonan daripada kategori pasangan terpisah. Bagi setiap sesi pertukaran, kategori pasangan terpisah adalah merupakan peratus kelulusan yang tertinggi berbanding dengan lain-lain kategori.
KPM juga memaklumkan bahawa statistik permohonan pertukaran guru dukalara yang telah diluluskan daripada tahun 2016 sehingga Jun 2021 adalah seramai 17,179 guru. Selain itu, KPM telah membuat penambahbaikan dengan menyediakan Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 7/2021, pelaksanaan pemohonan pertukaran pegawai pendidikan di sekolah dan kolej vokasional, bersama satu garis panduan berkaitan permohonan pertukaran guru yang akan dilaksanakan sepenuhnya mulai Januari 2022.
KPM juga ingin memaklumkan bahawa garis panduan tersebut menjelaskan perkara yang berkaitan dasar pertukaran guru yang akan digunakan sebagai rujukan kepada pelaksanaan permohonan pertukaran guru. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan kedua saya mohon Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Tuan Yang di-Pertua, soalan saya kepada Timbalan Menteri. Tahniah kepada KPM yang melaksanakan pengambilan khas guru yang besar jumlahnya, 18,702 orang guru. Soalan saya, bagaimanakah kaedah yang telah dilaksanakan oleh pihak kementerian untuk menentukan kualiti guru- guru dalam pengambilan khas itu dibuat sebaik yang mungkin? Terima kasih.
Dato’ Dr. Mah Hang Soon
Terima kasih Yang Berhormat Pasir Gudang.
Mengenai cara macam mana kita hendak memastikan pengambilan guru adalah yang berkualiti, sebenarnya perkara ini telah kita bincangkan iaitu memberi syarat-syarat untuk memastikan bahawa kluster mata pelajaran untuk guru dan pengambilan one-off
Dato’ Dr. Mah Hang Soon
ini adalah dipatuhi dengan sepenuhnya, dan dengan memastikan bahawa proses pengambilan calon guru daripada graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) diutamakan. Pada waktu yang sama, graduan bukan pendidikan Ijazah Sarjana Muda
(ISM) atau umum untuk perkhidmatan di sekolah KPM turut dipertimbangkan.
Dengan cara-cara begitu, kita memastikan mereka atau calon yang mempunyai ikhtisas pendidikan diberikan keutamaan. Terima kasih.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ini penting...
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Soalan tambahan ketiga.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya hendak teruskan dengan pertanyaan jawab lisan seterusnya dengan menjemput Yang Berhormat Tanjong.
6. Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong] minta Menteri Tenaga dan Sumber Asli menyatakan sebab Pulau Pinang tidak tersenarai berhubung pembaharuan sistem e- Tanah selaras dengan inisiatif MyDigital. Apakah status permohonan Pulau Pinang kini?
Nyatakan sebabnya sekiranya ia tidak diluluskan. Sekiranya diluluskan, bilakah tempoh pelaksanaannya?
Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya yang, Yang Berhormat Tanjong di atas soalan ini. Kebetulan saya di kementerian ini memberikan penekanan.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sistem e-Tanah di Pulau Pinang merupakan projek perintis bagi sistem e-Tanah di Malaysia keseluruhannya. Sistem e- Tanah di Pulau Pinang ini telah dibangunkan bermula tahun 2005 lagi menggunakan peruntukan pembangunan. Di mana Pulau Pinang pada tahun 2005, dasar ini telah dilaksanakan bersama-sama dengan negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Tiga negeri yang menjadi projek perintis ini.
Seterusnya, pada tahun 2014, ini daripada segi evolusinya. Jemaah Menteri pada masa itu telah bersetuju sistem e-Tanah dilaksanakan pula secara kerjasama awam swasta ataupun public private partnership (PPP) yang dilaksanakan secara berfasa dengan projek secara rintis yang dilaksanakan di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kemudiannya diperluaskan ke negeri Perak, Putrajaya, Labuan, Terengganu, Selangor, Pahang Johor, Kelantan, Kedah, dan Perlis; sekiranya apa yang dilaksanakan di PPTG Kuala Lumpur berjaya dilaksanakan.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Sistem e-Tanah yang dilaksanakan secara PPP ini adalah merangkumi kos pembangunan dan penyelenggaraan sepanjang tempoh konsesi. Ia berbeza dengan yang melibatkan Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan melalui DE yang hanya merangkumi kos pembangunan sistem sahaja. Oleh yang demikian, Kerajaan Persekutuan telah memohon peruntukan bagi tujuan menyelenggarakan dari semasa ke semasa bagi memastikan sistem e-Tanah yang dibangunkan melalui DE juga termasuk Pulau Pinang, tetap terus dapat digunakan secara efektif oleh pentadbiran tanah.
Bagi Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan yang saya sebutkan tadi yang tidak tersenarai di dalam pelaksanaan e-Tanah mengikut PPP pada peringkat projek pada tahun 2012. Saya nak maklumkan, ketiga-tiga negeri ini telah pun dibangunkan sistem e-Tanah yang lebih awal. Saya sebutkan tadi, menggunakan peruntukan pembangunan (DE) di bawah rancangan lima tahun. Dalam hal ini, bagi negeri Pulau Pinang khasnya, sistem e-Tanah ini sebagaimana saya sebutkan tadi – mula tahun 2005, tahun 2009 telah pun dapat digunakan dan Pulau Pinang merupakan negeri yang terawal sebenarnya menggunakan sistem e-Tanah ini.
Namun demikian Yang Berhormat Tanjong, saya nak maklumkan bahawa saya mengesahkan kementerian telah menerima permohonan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada bulan Februari tahun 2021. Baru-baru ini kebetulan Yang Berhormat bercakap dengan saya, saya terus memanggil fail tersebut.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Saya nak maklumkan kepada Yang Berhormat Tanjong bahawa kementerian saya telah mengambil tindakan segera. Kita nak bawa ke Jemaah Menteri dalam waktu terdekat untuk kita laksanakan pentadbiran tanah mengikut PPP juga di Pulau Pinang.
Jadi Yang Berhormat, tak betullah kata Pulau Pinang ini tersingkir daripada projek yang kita laksanakan ini. Terima kasih.
Tuan Chow Kon Yeow - Tanjong
Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri kerana telah memberi jawapan dan komitmen yang positif. Memandangkan pengurusan tanah adalah KPI bagi ease of doing business dan memandangkan sistem di negeri Pulau Pinang sekarang dalam keadaan yang kritikal, maka kita harap perkara ini dapat diawalkan dan disegerakan. Terima kasih.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Terima kasih Yang Berhormat. Saya memberi komitmen sepenuhnya akan membantu Pulau Pinang sebagaimana juga di negeri-negeri lain. Terima kasih.
7. Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh [Besut] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan apakah perkembangan semasa Projek Kambing Tenusu yang diusahakan oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sejak tahun 2017 di Hulu Besut, Terengganu.
Menteri Pengajian Tinggi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Besut. Sebelum saya memulakan ucapan, saya ingin mengucapkan selamat menyambut ‘Hari Akademia 2021’. Tuan Yang di-Pertua, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah melaksanakan Projek Kambing Tenusu ataupun innovative approaches for community dairy farm to enhance the value of goat’s milk di bawah skim geran Translational Research, Dana Penyelidikan Fundamental, Kementerian Pengajian Tinggi bermula daripada 1 Mei 2018 dan tamat pada 30 April 2019. Jadinya, selama 12 bulan.
Tujuan projek ini adalah untuk menginovasi amalan penternakan kambing tenusu di ladang komuniti melalui penyelidikan komprehensif yang melibatkan pembiakan baka kambing tenusu kepada petani, meningkatkan pengeluaran dan kualiti nutrisi susu kambing melalui penambahbaikan daripada aspek pemakanan, kandang kambing dan pemantauan melalui penggunaan aplikasi teknologi maklumat. Projek ini mempunyai potensi yang luas dalam pasaran produk-produk berasaskan tenusu dan telah membantu meningkatkan pendapatan petani dan penternak di kawasan sekitar Besut dengan kadar pulangan (return of investment) positif pada tahun kedua dengan pendapatan kasar sebanyak lebih kurang RM3,000 sebulan.
Projek penyelidikan ini telah selesai sepenuhnya dan laporan akhir telah pun dikemukakan oleh pihak UniSZA. Hasil daripada kajian tersebut, pihak UniSZA berjaya menghasilkan perumahan kambing tenusu yang lengkap dengan reka bentuk baharu, tahan lama, mesra alam, lebih bersih dan mudah alih.
Selain itu, pihak UniSZA turut menghasilkan sistem i-farm bagi mempertingkatkan kecekapan pengurusan ternakan dan memantau tahap kesihatan serta kualiti susu kambing. Pada masa yang sama, projek ini telah berkembang dan usaha pembiakbakaan baka import yang beradaptasi dengan iklim Malaysia telah dilaksanakan dengan jayanya.
Sehubungan dengan itu, KPT melalui Dana Penyelidikan, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sentiasa menggalakkan kertas cadangan penyelidikan yang berkualiti daripada universiti awam dan institusi pendidikan tinggi swasta dalam menyokong ekosistem inovasi negara dalam bidang-bidang strategik.
KPT berharap penyelidikan yang dilaksanakan oleh pihak universiti boleh memberikan impak secara terus kepada masyarakat kepada industri dan negara serta memberikan tumpuan kepada beberapa bidang keutamaan yang difokuskan selaras dengan pemacu sosioekonomi negara, pertumbuhan ekonomi utama dan matlamat pembangunan mampan agar hasil penyelidikan mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Sekian, terima kasih.
Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh - Besut
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Sebenarnya susu kambing ialah satu susu yang baik sebenarnya. Kalau kita Google, kita lihat ada yang mengatakan ia lebih baik daripada susu lembu biasa. Oleh itu, adakah KPT ada perancangan jangka masa panjang untuk memastikan projek susu kambing ini akan dapat berkembang di masa-masa akan datang? Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan berkenaan. Untuk makluman Yang Berhormat, UniSZA Dairy Goat Farm merupakan satu-satunya ladang tenusu universiti di Malaysia yang mempunyai baka asli kambing tenusu. Jadinya, untuk mengekalkan status ini dan untuk memperkembangkan lagi pembangunan tenusu ataupun ladang tenusu ini, fakulti telah meletakkan beberapa sasaran dalam tempoh tiga tahun yang akan datang.
Pertamanya, daripada segi R&D. R&D ini kita mengadakan jaringan kerjasama dengan universiti luar melalui tandatangan memorandum persefahaman dengan satu universiti dari Indonesia. Selain daripada itu, dalam Mac baru-baru ini, dalam Mac 2021, UniSZA telah juga menandatangani memorandum persetujuan kajian biak baka melalui kaedah sperm freezing dan sperm sexing ditandatangani juga.
PdP pula Yang Berhormat Besut, kita juga menyediakan kemudahan pembelajaran di ladang dan memberi akses kepada pelajar universiti lain untuk menjalankan aktiviti PdP di ladang tenusu kambing di UniSZA. Saya juga nak maklumkan daripada segi pengkomersialan, pengurusan penjanaan hasil ladang tenusu ini telah dilaksanakan secara berpusat dan dipantau oleh pengurusan tertinggi universiti.
Jadinya, aktiviti pembangunan produk hiliran juga diaktifkan dan dipergiatkan. Terima kasih banyak.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan saya, apakah bidang tumpuan Dana Penyelidikan Fundamental, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi tahun 2021? Kalau ia boleh dibuat di Besut, maka saya sebagai wakil rakyat dari Sabah ingin keprihatinan KPT untuk melaksanakan program seperti ini di mana-mana sahaja di pusat pengajian tinggi di Sabah dan kalau boleh, di daerah Papar. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Papar. Mengenai pertanyaan Yang Berhormat ataupun cadangan Yang Berhormat Papar sama ada projek ini boleh dilaksanakan di negeri Sabah atau tidak. Sebenarnya, ia boleh dilaksanakan sekiranya ada keperluan. Kita pun faham, penyelidikan ini mempunyai satu potensi untuk dikembangkan bukan sahaja di Besut, tetapi juga di Sabah terutamanya di UMS. Ini kerana, UMS mempunyai satu kepakaran di dalam bidang berkaitan iaitu di bawah Fakulti Pertanian Lestari.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Di bawah fakulti ini, fokus bidang penyelidikannya merangkumi pengeluaran ternakan, pengurusan sisa ternakan dan sebagai contohnya pada tahun lepas, satu penyelidikan di bawah skim dana khas bertajuk, “Production of Local Protein Feed for Livestock from Local Market Byproducts” telah juga dilaksanakan dan lain-lain.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, mengenai tumpuan dana penyelidikan fundamental KPT pula, memang KPT menyokong dan menggalakkan cadangan penyelidikan yang berpotensi untuk menyumbang kepada kemajuan negara. Kita ada tujuh domain penyelidikan yang kita fokuskan yang kita encourage atau pun kita galakkan penyelidik. Penyelidik juga boleh mengemukakan cadangan penyelidikan.
Tujuh domain itu secara ringkasnya adalah:
(i) teknologi maklumat dan komunikasi;
(ii) sains tulen dan gunaan;
(iii) teknologi dan kejuruteraan;
(iv) sains kesihatan dan klinikal;
(v) sastera dan sastera ikhtisas;
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
(vi) warisan alam dan budaya; serta
(vii) sains sosial.
Untuk makluman Dewan juga, pada tahun 2021 sebanyak RM145.3 telah diperuntukkan di bawah DPF ini.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Isu pendidikan Tuan Yang di- Pertua. Penting, satu lagi mohon tambahan.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kuala Krai, satu.
Tuan Yang di-Pertua
Maaf.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat sudah banyak kali, saya hendak bagi Yang Berhormat Tampin.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kuala Krai, boleh? Kuala Krai.
Tuan Yang di-Pertua
Sebanyak 30 saat sahaja Yang Berhormat Tampin.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih juga kepada Menteri yang telah memberi jawapan yang agak lengkap dan tahniah kepada UniSZA yang telah mengusahakan satu hasil penyelidikan yang memberi impak kepada masyarakat setempat.
Persoalan yang saya hendak tanya ialah sejauh mana sambutan masyarakat setempat berkaitan dengan projek tersebut, berapa peserta yang terlibat dan apakah usaha pengkomersialan produk tenusu telah dilakukan dan yang akhir sekali berapa banyak produk hasil penyelidikan yang dilakukan oleh universiti telah dipatenkan dan telah dikomersialkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Wah! Tiga soalan itu Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri, seminit.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat dari Papar.
[Ketawa] Ada beberapa fakta yang perlu saya berikan secara bertulis tetapi bagi tempoh ini maklumat yang saya ada setakat ini, bagi tempoh tahun 2016 hingga tahun 2020, sebanyak 1,062 paten telah diperoleh dan kemudian dalam tempoh yang sama pula, sebanyak 306 produk R&D telah dikomersialkan. Mengenai peserta pula, saya perlu maklumat bertulis, kita akan bagi maklumat secara bertulis.
Pendapatan pula dari tempoh 2016 hingga 2020, sebanyak RM3.3 bilion pendapatan diperoleh daripada pengkomersialan produk dan idea yang meliputi pelbagai bidang termasuk perkhidmatan consultancy, latihan dan sebagainya. Bagi yang lain-lain kita akan beri maklumat secara bertulis Yang Berhormat. Terima kasih banyak.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Tuan Chang Lih Kang.
8. Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim] minta Menteri Kanan Pendidikan menyatakan bilangan guru yang telah melengkapkan dua dos vaksin sehingga 31 Ogos 2021. Dijangka berapa peratusan guru yang akan selesai dua dos vaksin ketika sekolah dibuka pada 3 Oktober 2021.
Timbalan Menteri Pendidikan I - Dato’ Dr. Mah Hang Soon
Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Malim. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memantau rapi kadar vaksinasi guru. Sehingga 4 Oktober 2021, seramai 388,897 guru bersamaan dengan 94 peratus telah lengkap divaksin. KPM sentiasa bekerjasama rapat dengan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) bagi memastikan kadar vaksinasi warga sekolah termasuk dalam kalangan guru dapat ditingkatkan. Terima kasih.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ramai ibu bapa yang belum yakin untuk
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
hantar anak mereka ke sekolah dan mereka diberi pilihan. Soalan saya, apakah strategi KPM untuk meringankan beban para guru supaya mereka tidak burnout dengan izin kerana perlu menjaga kedua-dua kelas secara fizikal dan juga kelas secara maya?
Terima kasih.
Dato’ Dr. Mah Hang Soon
Terima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong Malim. Sebenarnya banyak usaha yang telah kita buat untuk memastikan kebajikan guru dan pada waktu yang sama PdP murid dapat kita jaga. Jadi untuk ke arah itu, penyusunan pengoperasian semula sekolah telah kita susun dengan sebegitu rupa mengikut mingguan dan kita tidak mewajibkan guru untuk mengajar secara bersemuka dan pada waktu yang sama memberikan PdP melalui secara online. Akan tetapi cara yang telah kita susun adalah dengan cara penggiliran maka kedua-dua cara pengajaran, secara bersemuka dalam kelas dan untuk mereka yang belajar secara kendiri di rumah sementara menunggu giliran mereka untuk balik ke sekolah dapat kita jamin.
Maksudnya apabila kita turunkan dan kurangkan jumlah murid dalam satu-satu kelas, maka dengan cara susunan yang teratur, maka PdP dapat kita berikan dengan cara yang sebaik-baiknya. Terima kasih.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sebelum ini kementerian mengambil pendekatan bahawa guru yang belum atau enggan divaksin tetap perlu ke sekolah dan melakukan tugas kecuali mengajar secara bersemuka. Kementerian meneliti keperluan untuk menukar guru yang enggan mendapat vaksin atau pun tukar ke negeri lain. Terkini, JPA mewajibkan semua kakitangan awam Persekutuan untuk mengambil vaksin dan sekiranya gagal berbuat demikian boleh diambil tindakan tatatertib.
Soalan saya, apakah pendirian kementerian terhadap pekeliling yang dikeluarkan oleh JPA? Keduanya, sejauh manakah keupayaan pekeliling tersebut mampu mengatasi masalah guru yang enggan divaksin dan berapa jumlah guru yang belum mendapat vaksin ini? Terima kasih.
Dato’ Dr. Mah Hang Soon
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, guru sebagai penjawat awam harus akur kepada ketetapan terkini Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai syarat vaksinasi lengkap kepada pegawai perkhidmatan awam. Syarat yang ditetapkan adalah semua pegawai perkhidmatan awam Persekutuan dikehendaki untuk segera melengkapkan vaksinasi mereka sebelum 1 November 2021. Jadi dalam tempoh ini, pegawai yang belum divaksin hendaklah hadir secara walk-in ke pusat pemberian vaksin yang telah disediakan oleh kerajaan.
Jadi, mengenai hal perkara yang telah dibangkitkan tadi, bagi guru-guru yang enggan divaksin tanpa mendapat pengecualian daripada pegawai perubatan kerajaan dan menyebabkan gangguan kepada operasi sekolah, tindakan untuk memindahkan guru terpaksa dilaksanakan untuk memastikan PdP murid tidak tergugat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Simpang Renggam, 30 saat, yang berkaitan ya. Bagi yang berkaitan.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sepanjang PdPR, alhamdulillah kita dapati pihak Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan Didik TV yang diberikan kepada pihak televisyen swasta. Soalan saya kepada Timbalan Menteri, berapakah yang telah KPM bayar kepada saluran televisyen swasta untuk mengendalikan Didik TV? Itu yang pertama.
Kedua, hak milik – siapa yang memegang hak milik content di Didik TV? KPM ataupun syarikat televisyen swasta tersebut kerana content itu dibayar oleh KPM.
Ketiga, bagi guru-guru yang telah terlibat di dalam menghasilkan bahan-bahan, apakah mereka telah dibayar dengan market rate dan juga apakah insentif lain yang diberikan kepada guru-guru tersebut? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, soalan itu tidak berkaitan dengan soalan asal Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Mah Hang Soon
Terima kasih kepada Yang Berhormat Simpang Renggam. Saya sebenarnya hairan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan vaksin ini dibangkitkan oleh mantan Menteri Pendidikan di sini. Jadi sudah tentunya saya rasa lebih baik kalau ia dibangkitkan dalam debate dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua
Boleh jawab bertulis lah Yang Berhormat.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Minta jawab bertulis ya.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, jawab bertulis lah Yang Berhormat ya.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Okey, terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Dato’ Seri Tiong. Silakan.
9. Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan:
(a) apakah rancangan pihak kementerian dalam membantu para petani kampung yang mengusahakan pertanian kecil-kecilan untuk menjualkan hasil tanaman mereka terutamanya di kawasan pinggir bandar; dan
(b) apakah inisiatif dan rancangan terkini pihak kementerian dalam membantu para pengusaha pertanian skala kecil dan sederhana dalam segi kewangan atau peralatan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I - Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selain bantuan input pertanian, kementerian juga menyediakan pelbagai bantuan dan insentif untuk membantu para petani kampung yang mengusahakan pertanian secara kecil-kecilan menjual hasil tanaman mereka.
Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah seperti berikut. Pertamanya, untuk membangunkan pusat pengumpulan ladang (PPL) di bawah Program Ladang Kontrak MAFI sebagai pusat pengumpulan hasil pertanian daripada petani ke kawasan setempat. Melalui program ini, MAFI dapat membangunkan usahawan pemasar di samping untuk menyediakan ruang pemasaran kepada pengeluar hasil pertanian.
Sehingga kini, terdapat 186 PPL di seluruh negara dengan nilai kendalian sebanyak RM19 juta.
Selain itu, kementerian juga melalui LPP telah menyediakan 162 buah Peladang Outlet yang beroperasi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan juga Wilayah Persekutuan Labuan yang bertindak sebagai pusat pengumpulan pemasaran dan juga pengedaran dan menjual hasil-hasil pertanian peladang dan juga petani dengan nilai transaksi jualan yang mencecah melebihi RM89 juta yang melibatkan jualan hasil pertanian sebanyak 32,433 metrik tan.
Keduanya, bantuan khidmat pemadanan perniagaan dengan outlet peruncitan usahawan pemasar yang dibimbing oleh FAMA seperti pasar tani kekal (PTK), AgroBazaar Kedai Rakyat (AKR) dan juga AgroBazaar Rakyat (ABR). Petani boleh menghubungi pejabat FAMA daerah terdekat bagi mendapatkan bantuan pemadanan perniagaan dengan usahawan pemasar yang berhampiran.
Ketiganya, pengeluar yang mempunyai kemampuan dan juga lokasi pasaran yang strategik boleh memohon insentif peralatan pemasaran di bawah Program Gerai Buah-buahan Segar. Selain itu, petani juga boleh memohon untuk berniaga di pasar tani yang berhampiran.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, sehingga 31 Ogos 2021 kita telah mempunyai sebanyak 329 gerai buah-buahan segar dan juga 312 pasar tani dengan
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I - Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah
13,181 orang usahawan di seluruh Malaysia. Selepas 11 September 2021, semua pasar segar terkawal telah dibuka semula sebagai pasar tani dan pasar tani kekal, khususnya seiring dengan pembukaan sektor ekonomi. Di mana sebanyak 518 lokasi pelbagai outlet telah mula beroperasi. Semua pasar tani masih mengekalkan SOP yang ketat.
Keempatnya, MAFI turut menggalakkan para petani untuk memasarkan hasil pertanian dengan menggunakan platform e-Dagang AgroBazaar Online. Kelimanya, MAFI juga menggalakkan para petani untuk memasarkan hasil pertanian secara terus melalui media sosial. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Timbalan Menteri yang memberi jawapan. Tadi saya fikir, Yang Berhormat Menteri kata tidak lari, mesti jawab soalan. Akan tetapi tidak apa. Timbalan Menteri terima kasih.
Saya mahu beritahu Timbalan Menteri, banyak tadi kita punya jawab untuk kalau Sabah dan Sarawak, saya hendak pertama sekali di Sarawak di kawasan Bintulu ini saya tidak nampak kita ada apa-apa rancangan. Tidak ada apa-apa saya tengok. Kita cakap di West Malaysia sini sama Wilayah Labuan tetapi outlet Bintulu pun tidak ada, terutama sekali dalam masa pandemik COVID-19. Kita punya pegawai-pegawai daripada pertanian turun padang bantu petani semua, hantu pun tidak ada, tidak nampak.
Jadi, saya hendak tanya. Sekarang kita tadi soalan kata kita hendak wujudkan pusat pengumpulan pertanian di luar bandar untuk membantu collecting centre, contoh macam collecting center itu semua, bilakah hendak buat ini? Di Bintulu bila? Jangan syok sendiri.
Begitu juga, apa insentif kepada petani untuk mengeluarkan hasil pertanian berskala besar? Masa ini jangan ambil terlalu panjang. Sekaranglah masa hendak bantu rakyat dan menunggu kita bantu. Minta Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab tetapi jangan syok sendiri dan kongkalikung.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, peraturan Dewan, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan Dewan. Ini ialah kali kedua saya dengar Yang Berhormat Bintulu membuat serangan terhadap kakitangan kerajaan. Tadi beliau telah mengeluarkan...
Tuan Yang di-Pertua
Peraturan number berapa?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan 36(4)– menjadi kesalahan bagi Ahli-ahli Dewan menggunakan bahasa kurang sopan. Ungkapan beliau ‘hantu pun tidak ada’. Saya minta beliau jangan kurang sopan di Dewan. Ini ialah kali kedua beliau membuat serangan.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, okey. Saya dapati tiada pun kurang sopan tadi.
Akan tetapi peringatan untuk semua, kita kena...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ini beliau kurang biadab.
Tuan Yang di-Pertua
Kita kena always bersopan. Yang Berhormat, duduk.
Yang Berhormat Timbalan Menteri, silakan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bukan kurang biadab, maaf. Biadap.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat pun bila saya kata duduk, tidak duduk.
Itu pun...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
No, Tuan Yang di-Pertua.
Adakah Tuan Yang di-Pertua...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, bila saya kata duduk tetapi tidak duduk, itu pun kurang sopan. Yang Berhormat Menteri, sila.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, jangan berat sebelah.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak berat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kenapa takut beri beliau amaran?
Tuan Yang di-Pertua
Saya dah beri amaran. Duduk! Yang Berhormat. Mic, mic.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat yang bertanya, MAFI sebagai sebuah kementerian yang dianggap sebagai essential services. Kita sentiasa berada di lapangan walaupun dalam keadaan semasa kita dilanda PKP dan juga PKPD bagi memastikan supaya bukan sahaja rantaian bekalan makanan tidak terjejas, bahkan nasib petani sentiasa diambil perhatian. Kita bela.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, apa juga insentif yang akan diberikan mengikut lokaliti kawasan masing-masing, terutamanya di kawasan Yang Berhormat di Sarawak yang mempunyai kawasan pedalaman, bahkan kita beri banyak peluang kepada petani-petani untuk kalau boleh kita wujudkan pasar tani di kawasan-kawasan yang kita pilih sebagai strategik dan juga Program AgroBaazar kepada rakyat, AKR dan lain-lain.
Ini kerana kita mahu memastikan bukan sahaja pasar-pasar tani ataupun tempat outlet yang kita sediakan ini untuk pembeli-pembeli, bahkan untuk pemborong. Ini kerana kita maklum, petani-petani ini terpaksa berbelanja dengan lebih, terpaksa keluar ke bandar. Maka, kita boleh wujudkan pasar-pasar tani ataupun outlets di kawasan- kawasan yang telah dipilih sebagai strategik.
Seterusnya, untuk insentif Yang Berhormat sebut tadi kepada program-program Ladang Kontrak MAFI. Kita menyediakan insentif menandatangani forward agreement dengan pihak FAMA supaya ada satu perjanjian di antara pengeluar ataupun petani dengan FAMA yang akan membeli dan memasarkan apa juga produk-produk yang dihasilkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Soalan, satu dari Sik,
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Tuan Yang di-Pertua, mohon Libaran untuk...
Tuan Yang di-Pertua
Sebelah sini ada tak?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sik mohon juga. Soalan tambahan satu dari Sik.
Tuan Yang di-Pertua
So, Libaran. Selepas Libaran dulu.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Libaran untuk soalan tambahan. Soalan saya, saya minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan nyatakan, adakah bantuan dihulur kepada keluarga petani kecil sekiranya individu tersebut menghidap penyakit COVID-19 sehingga tidak berkeupayaan bekerja hingga hilang mata pencarian mereka?
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Apakah perancangan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan mempergiatkan penggunaan teknologi pintar untuk meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan tahap sekuriti makanan negara selaras dengan RMKe-12 yang telah dibentangkan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan tidak ada kena-mengena dengan soalan asal itu, Yang Berhormat. Jadi Yang Berhormat Timbalan Menteri hendak jawab secara bertulis?
Dipersilakan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih, Ahli Yang Berhormat dari Libaran.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, bahawa MAFI pada ketika ini kita telah melancarkan satu skim dipanggil MAFI Prihatin. Kita– bukan sahaja mereka yang terjejas dengan penyakit COVID-19 bahkan untuk kumpulan-kumpulan sasar dan kita berikan bantuan. Kepada pesakit-pesakit ini yang terjejas tanaman mereka juga kita akan berikan perhatian.
Berkenaan dengan teknologi pintar yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, bahawa penggunaan teknologi dalam sektor agromakanan khususnya pertanian pintar sememangnya sudah dikenal pasti dalam RMKe-12 yang berimpak tinggi untuk menjana semula pertumbuhan ekonomi negara. Jadi dalam Dasar Agromakanan Negara 2.0, mentakrifkan pertanian pintar sebagai merujuk kepada penggunaan dan juga pengintegrasian teknologi tinggi yang mesra alam secara lebih meluas dalam aktiviti pertanian.
Kita telah memperkenalkan beberapa insentif dan juga usaha bagi memastikan supaya pertanian pintar ini dengan pengenalan kepada input pertanian berkualiti tinggi seperti baka benih yang rintang penyakit, cuaca dan juga mampu menghasilkan pengeluaran berganda serta bermutu tinggi.
Saya menghormati masa, maklumat yang lain nanti saya akan bagi secara bertulis. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat semua sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan hari ini.
Terima kasih semua. Ada usul Menteri?
[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Menteri Pengajian Tinggi - Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad
Tuan Yang di- Pertua:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 8.00 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Rabu 6 Oktober 2021.”
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Tuan Muslimin bin Yahaya
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Usul 18(1) bahawa Dewan ini membenarkan permintaan Ahli Parlimen Bandar Kuching untuk membincangkan satu perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan.
Di Kuching, pada hari Ahad lalu berlaku satu kebakaran di stor perubatan dan farmasi Klinik Kesihatan Jalan Masjid yang menyebabkan kemusnahan lebih 40 peratus premis jenis kekal satu tingkat tersebut dan 80 peratus daripada barangan stok ubat- ubatan, vaksin COVID-19, alkohol dan bahan perubatan yang lain.
Kita memang bersyukur tiada sebarang kecederaan ataupun kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran terbabit. Namun isu besar masih jelas di mana keselamatan bangunan-bangunan Kementerian Kesihatan yang ada di seluruh negara terjamin terutamanya dengan kesesakan yang dialami disebabkan pandemik COVID-19 ini.
Malah banyak hospital di seluruh negara yang sampai sekarang belum mendapat kelulusan keselamatan api daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia atau Sijil Perakuan Bomba.
Ini adalah satu perkara yang sangat berbahaya dan adalah satu bom masa yang boleh meletup bila-bila masa sahaja seperti yang berlaku di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru yang mengorbankan enam nyawa pada tahun 2016. Saya berpendapat bahawa isu ini menepati parameter yang diperlukan iaitu ia adalah satu perkara yang tertentu kerana melibatkan satu isu yang terperinci di mana pertama sekali melibatkan penjelasan dari pihak KKM untuk membantu Klinik Kesihatan Jalan Masjid, Kuching dan lagi penting komitmen dan langkah-langkah kerajaan untuk menangani isu keselamatan api di kesemua premis KKM di seluruh negara.
Kedua, ini adalah satu isu yang harus disegerakan kerana kita kena mendapat jawapan dan komitmen kerajaan secara segera sebelum mana-mana insiden yang tidak diingini berlaku lagi. Akhirnya, ini satu isu yang memang melibatkan kepentingan orang ramai kerana keselamatan rakyat kita di hospital-hospital dan klinik-klinik di seluruh negara haruslah diutamakan pada musim pandemik ini di mana premis tersebut sering sesak dengan orang ramai.
Kita tidak mahu menempatkan pesakit-pesakit COVID-19 kita dalam satu perangkap kematian disebabkan langkah-langkah keselamatan atau kelulusan keselamatan tidak diperoleh secara betul. Oleh itu, ia adalah wajar untuk Dewan yang mulia ini membincangkan perkara itu supaya satu polisi dapat dicapai dan menyelesaikan masalah ini. Sekian, terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat Bandar Kuching. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu pemberitahu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) oleh Yang Berhormat kawasan Bandar Kuching pada Isnin, 4 Oktober 2021. Teks usul itu adalah seperti yang telah dibacakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi.
Bagi membolehkan perkara ini ditimbangkan oleh saya, saya hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu memenuhi tiga syarat iaitu:
(i) perkara itu tertentu;
(ii) ianya adalah bagi kepentingan orang ramai; dan
(iii) ianya hendaklah berkendak disegerakan.
Tuan Yang di-Pertua
Saya telah meneliti usul itu dan saya dapati semua elemen-elemen tersebut hadir dalam usul tersebut.
Oleh yang demikian, saya membenarkan usul ini untuk dibahaskan dan dirundingkan mengikut Peraturan Mesyuarat 16(6) usul ini akan dirundingkan pada petang ini, Selasa, 5 Oktober 2021 di Kamar Khas. Saya akan benarkan pihak pencadang berunding selama 30 minit dan dijawab oleh pihak kerajaan selama 30 minit.
Terima kasih.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Tuan Yang di- Pertua, sedikit sahaja. Johor Bahru ingin berbahas bersama dengan Yang Berhormat Bandar Kuching.
Tuan Yang di-Pertua
Sila. Bincang dengan Yang Berhormat Bandar Kuching akan masa itu.
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:
"(a) Bahawa Dewan ini, Menyedari akan cabaran untuk memulih serta menjana semula ekonomi negara bagi mencapai pertumbuhan yang mampan, dengan mengambil kira landskap sosioekonomi pasca COVID- 19 dan pencapaian Rancangan Malaysia Kesebelas, 2016- 2020; Merestui usaha Kerajaan untuk merancang dan melaksanakan agenda pembangunan negara yang mampan selaras dengan semangat Keluarga Malaysia, aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Agenda Pembangunan Mampan 2030; dan Meluluskan Rancangan Malaysia Kedua Belas bagi tempoh 2021 hingga 2025 yang menetapkan hala tuju strategik bagi mencapai objektif “Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan” dengan memberi tumpuan kepada usaha untuk merancakkan kembali pertumbuhan ekonomi, memastikan kemakmuran negara dapat diagihkan secara lebih adil dan saksama serta mengekalkan kelestarian alam sekitar, menurut Kertas Perintah CMD. 1 Tahun 2021.
(b) Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kedua Belas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya berusaha dengan sepenuh komitmen dan iltizam yang jitu untuk membangunkan negara secara mampan bagi membolehkan setiap ahli Keluarga Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum menikmati taraf hidup yang wajar.” [4 Oktober 2021]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Point of Order 36(12).
Tuan Yang di-Pertua
36?
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Peraturan 36(12). Tuan Yang di-Pertua, pada 30 September, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan telah mencabar saya untuk mengadakan satu perbahasan berkaitan dengan Dasar Kabotaj yang menyebabkan
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
kehilangan pelaburan sebanyak RM12 bilion hingga RM15 bilion. Sepertimana yang dinyatakan oleh Pengerusi MDEC, Datuk Dr. Rais Husin iaitu yang melibatkan pelaburan-pelaburan berteknologi tinggi, bernilai tinggi dalam bidang digital.
Tuan Yang di-Pertua
So, apa peraturannya?
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Sungguhpun saya telah menerima itu dipengerusikan oleh Tuan Yang di-Pertua sendiri.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Sungguhpun saya telah menerima cabaran itu dengan serta-merta tetapi sehingga sekarang tidak ada susulan, tiada susulan.
[Tepuk] Adakah dia buat cabaran kosong?
[Tepuk] Saya tidak cabar, dia yang cabar.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Akan tetapi sehingga sekarang cabaran kosong.
[Tepuk]
[Dewan riuh]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya tidak cabar, dia yang cabar.
Tuan Yang di-Pertua
Okey.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Akan tetapi, sehingga sekarang tidak ada perkembangan. Bilakah perbahasan tentang Dasar Karbotaj yang merugikan negara dalam aspek pelaburan akan diadakan?
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Okey, Yang Berhormat, macam ini, macam ini. Saya akan– biarlah saya dengan sukarela menawarkan diri untuk follow-up perkara ini. Saya akan tanya Yang Berhormat Menteri, ya. Terima kasih sebab saya yang mempengerusikan waktu itu, saya ingat. Terima kasih.
Ahli-ahli Yang Berhormat semua, hari ini akan bermula jawapan-jawapan Menteri di dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12, kita ada 32 saya rasa kementerian dan kita perlu tamatkan hari Khamis ini. Jadi saya tetapkan 30 minit untuk tiap-tiap kementerian. Kalau tidak sempat itu, maka saya minta Yang Berhormat Menteri menjawab secara bertulis dalam masa lima hari bekerja.
So, kita start kita akan mulakan sekarang. Saya akan menjemput Yang Berhormat Menteri Kanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Silakan.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Tuan Yang di-Pertua, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 dan menyentuh pelbagai aspek berkaitan dengan perdagangan, pelaburan dan perindustrian.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Saya dan kementerian mengambil perhatian serius terhadap semua pandangan dan cadangan yang telah dikemukakan untuk memastikan pemulihan ekonomi negara akan lebih rancak dan kekal mampan.
Yang Berhormat Pekan bertanyakan tentang usaha-usaha kerajaan dalam menyokong industri kenderaan elektrik ataupun EV. Malaysia mengambil pendekatan compare and offer dengan melaksanakan dasar yang komprehensif, jelas dan konsisten merangkumi keseluruhan rantaian bekalan industri EV serta memberi galakan dalam meningkatkan penggunaan EV. Manakala pesaing serantau memberi tumpuan insentif hanya kepada OEM.
Dasar Automotif Nasional telah menggariskan inisiatif khusus bagi memperkukuh ekosistem EV seperti pembuatan komponen kritikal, penetapan standard dan menggalakkan aktiviti research, development, commercialization and innovation untuk membangunkan teknologi tempatan. Pada masa ini, kerajaan menawarkan insentif
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
dalam bentuk pengecualian cukai langsung dan tidak langsung. Bagi aktiviti pemasangan dan pengilangan kenderaan EV, pembuatan komponen serta pembangunan ekosistem seperti fasiliti pengecasan. Antara insentif yang dinikmati oleh OEM adalah taraf perintis, elaun cukai pelaburan serta pengecualian duti import dan eksais.
Melangkah ke hadapan bagi mempertingkatkan pelaburan dan permintaan dalam industri EV, kerajaan sedang mengenal pasti strategi baharu yang melibatkan penawaran pakej insentif yang merangkumi insentif untuk menggalakkan penggunaan EV oleh rakyat tempatan.
Usaha ini adalah sejajar dengan dasar pelaburan baharu negara berlandaskan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) yang memberi fokus kepada usaha untuk menarik pelaburan yang mempunyai tahap kompleksiti ekonomi yang tinggi dan berteknologi maju serta memenuhi kerangka Environmental, Social and Governance (ESG).
Kementerian sedang memperhalusi cadangan pakej insentif untuk menggalakkan penggunaan EV yang antara lain pengecualian cukai jalan, pengecualian cukai pendapatan kepada individu yang memasang stesen pengecasan EV dan juga insentif kepada pembeli EV melalui pelepasan cukai pendapatan.
Malaysia telah berjaya menarik pelaburan daripada SK Nexilis daripada Korea bernilai RM4.3 bilion untuk mengeluarkan kerajang tembaga atau dengan izin electrodeposited copper foil yang digunakan bagi penghasilan bateri EV. Industri ini dibangunkan di negeri Sabah yang akan membuka peluang pekerjaan baharu yang berteknologi dan berkemahiran tinggi.
Pelaburan SK Nexilis ini merupakan yang pertama di luar Republik Korea dan ini membuktikan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang unggul dalam industri EV. Semua inisiatif ini dilihat mampu menyumbang ke arah merealisasikan hasrat kerajaan bagi menjadi negara neutral karbon seawal-awalnya pada tahun 2050.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bayan Baru membangkitkan isu prestasi perdagangan termasuk aktiviti import dan eksport serta usaha-usaha membantu perkembangan SME. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, salah satu fokus kerajaan dalam memulihkan ekonomi negara adalah pelaksanaan dasar-dasar perdagangan dan pelaburan yang terbuka, telus serta mesra perniagaan termasuk meratifikasikan RCEP...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah? Sedikit sahaja.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, penjelasan.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Sekejap, saya habiskan para ini.
Termasuk RCEP dan CPTPP. Perjanjian Perdagangan Bebas ini akan berupaya mempertingkatkan pasaran eksport bagi produk tempatan melalui pengurangan dan penghapusan duti import di pasaran rakan dagang serta pengurangan halangan (non- tariff barriers). Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pontian dahulu.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Ya?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pontian berdiri dahulu.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Ya Yang Berhormat Pontian. Minta maaf.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tuan Yang di-Pertua, kembali kepada EV tadi. EV ini ada beberapa jenis seperti motosikal, kereta, dan bas.
Saya pun sudah melihat ketika di MITI. Masalahnya ialah untuk mendapatkan kenderaan itu, kosnya agak mahal. Adakah kerajaan memberikan insentif tertentu bagi pengeluaran kereta EV misalnya dengan harga yang kompetitif?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Kemudian, setakat manakah jumlah-jumlah yang digunakan di negara kita ini?
Adakah kementerian berpuas hati terhadap jumlah-jumlahnya dan bila agaknya kita boleh mencapai KPI yang tertentu supaya rendah karbon dan sebagainya jika penggunaannya terlalu terhad dan tempat mengecasnya juga terlalu terhad? Terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Terima kasih Yang Berhormat Pontian.
Saya telah berkongsi sebentar tadi bahawa kementerian sedang mengenal pasti strategi baharu termasuk penawaran insentif bukan sahaja pengeluaran EV tetapi juga menggalakkan penggunaan EV di kalangan rakyat tempatan dengan insentif-insentif yang telah saya cerakinkan tadi.
Walau bagaimanapun, perkara ini sedang dalam pemerhatian Kementerian Kewangan dan kita berharap perkara-perkara ini dapat diberikan pertimbangan yang sewajarnya untuk menjayakan usaha ini.
Tuan Yang di-Pertua, keadaan ekonomi dunia yang...
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Tuan Yang di-Pertua, penjelasan tadi, Tuaran.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Yang Berhormat Tuaran ya.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas kejayaan menarik pelabur daripada Korea khususnya di Kota Kinabalu. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat sedar bahawa taman-taman perindustrian di Sabah seperti POIC Lahad Ladu, KKIP Kota Kinabalu, SEDC di Sipitang akan lebih menarik jika beberapa kekangan yang dapat diatasi.
Antaranya masalah bekalan air, sumber air yang begitu teruk di sekitar Kota Kinabalu juga di POIC Lahad Datu. Pada ketika ini Lahad Datu masa tertentu air terpaksa dihantar dengan lori. Okey kemudian daripada segi pelabuhan. Pelabuhan kita menghadapi masalah di POIC Lahad Datu. Kita sudah ada legal land, ada CIQ dan sebagainya tetapi daripada segi beberapa isu infrastruktur masih bermasalah.
Begitu juga di Kota Kinabalu begitu perlu diperluaskan. Ada peruntukan daripada Persekutuan tetapi belum lagi dilaksanakan dan untuk infra lain-lain di Taman Perindustrian Kota Kinabalu, peruntukan yang dapat daripada Persekutuan semuanya adalah bentuk pinjaman walaupun sekecil RM1 juta, RM300,000 semua pinjaman daripada Persekutuan. Adakah Yang Berhormat Menteri akan mengambil tindakan supaya perkara ini dapat diatasi supaya tempat ini lebih menarik untuk pelaburan?
Terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran.
Saya ada topik khusus tentang pembangunan industrial park dalam penggulungan saya sebentar lagi Yang Berhormat ya.
Tuan Yang di-Pertua, keadaan ekonomi dunia yang semakin pulih telah memberikan impak positif kepada prestasi perdagangan negara. Jumlah perdagangan bulan Ogos meningkat 15.7 peratus kepada RM169.8 bilion berbanding Ogos 2020.
Sejak Februari 2021, jumlah perdagangan merekodkan pertumbuhan dua digit untuk tujuh bulan berturut-turut. Eksport merekodkan peningkatan 18.4 peratus kepada RM95.6 bilion, import berkembang 12.5 peratus kepada RM74.2 bilion. Lebihan dagangan melonjak 44.7 peratus kepada RM21.4 bilion.
Menurut Bank Negara, unjuran pertumbuhan eksport 2021 adalah pada kadar 8.2 peratus. Peningkatan eksport akan didorong terutamanya oleh peningkatan permintaan luar daripada rakan dagang utama Malaysia seperti ASEAN, Republik Rakyat China dan Amerika Syarikat. Eksport Malaysia juga dijangka akan mendapat faedah daripada pengukuhan permintaan global bagi barangan electrical dan electronic serta harga dan pengeluaran komoditi yang lebih tinggi.
MATRADE komited untuk membantu meningkatkan keupayaan syarikat-syarikat tempatan termasuk PMKS bagi menembusi pasaran antarabangsa. Program eTRADE
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
bertujuan membantu PMKS menembusi pasaran antarabangsa menerusi platform e- marketplace. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-11, program ini telah berjaya memberi manfaat kepada 3,358 PMKS dan menghasilkan nilai eksport sebanyak RM376 juta.
Program eTRADE 2.0 akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 merangkumi Skim Onboarding dan Skim Digital Marketing and Training dengan peruntukan sebanyak RM10 juta.
Pameran MIHAS 2021 yang sedang berlangsung sehingga 31 Disember 2021 dianjurkan secara maya buat pertama kalinya pada tahun ini berjaya melibatkan 549 exhibitors yang terdiri daripada 246 pempamer tempatan dan 303 pempamer dari luar negara dengan perwakilan terbesar adalah Indonesia, China, Filipina, Republic of Korea, Thailand, Mexico dan Columbia.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Sehingga 30 September 2021, MIHAS telah berjaya merekodkan jualan sejumlah RM1.8 bilion secara atas talian yang terdiri daripada jualan yang dilaporkan oleh pempamer sebanyak RM1.2 bilion dan RM693.5 juta jualan daripada Program Penyumberan Antarabangsa ataupun dengan izin, International Sourcing Program (ISP).
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Ya, boleh pasal MIHAS.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Yang Berhormat Parit Buntar.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Terima kasih pada Tuan Yang di-Pertua yang beri laluan dan juga Yang Berhormat Menteri. Berkaitan dengan MIHAS, saya ingin minta Yang Berhormat Menteri memberikan maklum balas kepada Dewan tentang apakah kesan kepada industri halal dalam konteks pandemik yang berlaku hari ini sedangkan kita tahu MIHAS itu sendiri adalah mercu tanda kita dan pada masa dahulu memang di Jabatan Perdana Mentari bagi Agama dan juga MITI ini sebelah saya, rakan saya.
Kita bekerjasama berganding bahu untuk mempromosikan halal. Boleh maklum pada Dewan, bagaimanakah kesan halal kepada industri halal kepada apa yang berlaku dalam akibat pandemik ini? Terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar. Semua sektor terkesan akibat pandemik COVID-19. Namun, apa yang telah dilakukan oleh MATRADE dalam usaha mempromosi produk-produk tempatan yang berunsurkan halal, kita telah seperti saya nyatakan tadi, melakukannya secara atas talian buat kali pertamanya secara maya pada tahun ini dan sambutannya daripada bukan sahaja exhibitors dalam negara tetapi di luar negara.
Antara negara-negara yang saya sebutkan tadi yang cukup promising dan cukup positif dan saya percaya apabila sempadan negara sudah dibuka, ia lebih mempermudahkan tetapi usaha ataupun kaedah atas talian ini juga effective kerana kita boleh reach out bigger masses daripada apa yang kita lakukan secara konvensional sebelum ini secara fizikal.
Jadi, kalau boleh dalam masa terdekat kita hendak buat secara hibrid mungkin sebahagiannya secara fizikal, sebahagiannya secara maya. Namun, apa yang telah kita capai ini satu kejayaan yang cukup positif.
Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, saya juga ada topik tentang industri halal sebentar lagi yang boleh saya kongsi dengan Yang Berhormat Parit Buntar. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Tolong teruskan.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Yang Berhormat Muar, dia tidak terlibat dalam perbahasan ini.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Ada, ada isu yang terlibat tetapi saya rasa boleh dicadangkan juga. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
usaha kerajaan untuk memperhebatkan industri eksport negara, adakah Yang Berhormat Menteri akan memperhalusi cadangan untuk meluluskan kegunaan medical hemp ataupun medical marijuana untuk dieksport juga keluar negara, khususnya apabila perbincangan ini bukan berlaku baru-baru ini tetapi telah pun dibincangkan sampai ke proses muktamad.
Saya rasa Yang Berhormat Menteri pun tahu, iaitu pada bulan Februari 2020 sebelum kerajaan tumbang, sudah pun kajian dilakukan oleh Profesor Aishah daripada USM dan sudah ada mesyuarat penyelarasan bagi tujuan dalam negara dan untuk eksport ke luar negara. Adakah Yang Berhormat Menteri akan bincangkan perkara ini di peringkat Jemaah Menteri? Terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Terima kasih Yang Berhormat Muar.
Memang benar kita bersama dalam pentadbiran yang lalu. Perkara ini telah pun dibincang, dibentang dalam Mesyuarat Jemaah Menteri. Beberapa pandangan telah dikemukakan. Kita juga telah engaged dengan beberapa pihak termasuk academician dan juga pihak swasta untuk melihat potensi industri ini.
Namun, saya harus merujuk semula, apakah status perkara ini kerana ia juga melibatkan beberapa pindaan akta oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah dibentangkan dalam mesyuarat yang lalu. Namun, kita harus melihat daripada perspektif yang lebih besar tentang keperluan industri ini diperkembangkan, namun mestilah mengikut lunas-lunas peruntukan undang-undang yang sedia ada. Terima kasih Yang Berhormat Muar.
Tuan Yang di-Pertua, kehadiran syarikat-syarikat MNC pastinya akan membuka peluang kepada syarikat tempatan, khususnya PMKS untuk menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global. Bagi membolehkan PMKS memanfaatkan peluang ini, kerajaan telah mengambil dua pendekatan bagi meningkatkan kesiapsiagaan dan daya saing PMKS. Bagi menjaga masa yang telah diperuntukkan oleh Tuan Yang di-Pertua, saya akan menyebut insiatif-inisiatif yang sedang dan akan dilakukan. Perinciannya akan saya kemukakan secara bertulis kepada Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Pertama, kerajaan memperkenalkan beberapa insentif geran serta skim pembiayaan mudah untuk meningkatkan keupayaan syarikat tempatan dalam mengeluarkan produk dengan lebih cekap dan kos kompetitif melalui automasi.
Insentif Elaun Modal Automasi bertujuan mempercepat peralihan syarikat tempatan ke arah pengautomasian dan meningkatkan produktiviti. Sehingga 30 September 2021, sebanyak 421 syarikat telah diluluskan Insentif Elaun Modal Automasi.
Manakala, Skim Pembiayaan Mudah bagi Automasi dan Pemodenan di bawah MIDF adalah untuk meningkatkan produktiviti dan kapasiti pengeluaran melalui pemodenan dan pengautomasian proses pengeluaran serta mengurangkan kebergantungan tenaga buruh asing.
Sejak diperkenalkan sejak tahun 2007 sehingga 31 Ogos 2021, MIDF telah meluluskan pembiayaan kasar berjumlah sebanyak RM3.8 bilion kepada 556 syarikat.
Bagi tempoh Januari sehingga Ogos 2021, MIDF telah membiayai sebanyak RM231.4 juta untuk membantu 65 syarikat.
Industry4WRD telah menggariskan dua program iaitu Readiness Assessment di bawah MPC dan juga Industry4WRD Intervention Fund di bawah MIDA untuk membantu syarikat dalam transformasi ke arah Industri 4.0 yang merangkumi aspek mengenal pasti tahap pendigitalan dan pelaksanaan transformasi digital.
Sejak tahun 2019 hingga Ogos 2021, sebanyak 1,030 PKS telah dipilih untuk menjalani RA, di mana 962 syarikat adalah daripada sektor perkilangan manakala baki 68 syarikat adalah daripada sektor perkhidmatan berkaitan pengilangan. Bagi Dana Intervensi sehingga 30 September 2021 sebanyak 304 permohonan telah diterima dan 154 syarikat telah diluluskan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM54.3 juta.
Di bawah RMKe-12, sejumlah RM100 juta telah dicadangkan untuk RA dan Intervention Fund. Pelbagai program pemasaran produk dan perkhidmatan halal telah
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
dirangka oleh Halal Development Corporation bagi membantu SME termasuk Program i- Connect Halal Supply Chain iaitu program usaha sama HDC dengan Akademi Sains Malaysia yang bertujuan menyediakan bantuan kewangan sejumlah RM4 juta bagi pengkomersialan produk R&D dan Inovasi Halal.
HDC melalui Halal Integrated Platform (HIP) telah merangka program pembiayaan khas dengan usaha sama institusi kewangan untuk manfaat syarikat- syarikat yang berdaftar dengan HIP. Antara program pembiayaan yang diperkenalkan termasuk Go Halal SME Financing Program dengan penyediaan dana berjumlah RM100 juta melalui usaha sama HDC dan Bank Islam Malaysia Berhad. SME yang berdaftar di bawah HIP boleh memohon Go Halal SME Financing Program bagi membiayai aktiviti pemasaran produk, peningkatan keupayaan dan kapasiti serta penambahbaikan fasiliti perniagaan.
Kedua, kerajaan juga memfokuskan kepada usaha memudah cara PMKS menembusi pasaran antarabangsa melalui Geran Pembangunan Pasaran (MDG) di bawah MATRADE. Ini merupakan inisiatif fasilitasi eksport dalam bentuk geran bayaran balik dengan izin reimbursable grant bagi PMKS membiayai kos penyertaan pameran perdagangan antarabangsa, logistik, pensijilan antarabangsa, pendaftaran harta intelek serta pengiklanan dan pemasaran digital.
Di bawah Rancangan Malaysia ke-12, sebanyak RM300 juta telah diperuntukkan bagi menggalak dan merancakkan lebih banyak PMKS memasarkan produk tempatan ke pasaran dunia di mana seramai 1,500 PMKS disasarkan untuk menerima manfaat Geran MDG setiap tahun.
Bagi Rancangan Malaysia ke-11, sebanyak 7,727 syarikat PMKS telah menerima manfaat daripada MDG dengan menghasilkan jualan eksport sejumlah RM10.6 bilion. Sepanjang tempoh pandemik COVID-19 bagi tahun 2000 sehingga 15 September 2021 sebanyak 2,246 syarikat PKS telah menerima geran ini dengan penghasilan eksport sebanyak RM7.3 bilion.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
MATRADE juga menawarkan Dana Eksport Perkhidmatan ataupun SEF, iaitu Geran Bayaran Balik untuk meningkatkan eksport perkhidmatan Malaysia merangkumi kos pengurusan projek serta pembidaan tender antarabangsa. Bagi Rancangan Malaysia Ke-12, sejumlah RM45 juta telah diperuntukkan merangkumi 12 aktiviti promosi bagi membantu penyedia perkhidmatan Malaysia untuk mempertingkatkan akses pasaran eksport perkhidmatan.
Dalam Rancangan Malaysia Ke-11, sebanyak 305 buah syarikat penyedia perkhidmatan Malaysia telah menerima manfaat dengan penghasilan eksport berjumlah RM7.6 bilion. Untuk Rancangan Malaysia Ke-12, skop SEF diperluaskan kepada Koperasi GLIC dan juga GLC. Sebagai institusi pembangunan kewangan, MIDF menyediakan pelbagai skim pembiayaan mudah untuk menggalakkan pembangunan PMKS di Malaysia. Dalam tempoh Januari hingga 31 Ogos 2021, MIDF telah meluluskan sejumlah RM230 juta kepada 114 PMKS.
Tuan Yang di-Pertua, saya yakin, melalui usaha yang dilakukan oleh kerajaan, sasaran Rancangan Malaysia Ke-12 untuk meningkatkan 25 peratus sumbangan PMKS kepada jumlah eksport dan 45 peratus kepada KDNK akan dapat dicapai.
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Tuan Yang di-Pertua.
Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew - Wangsa Maju
[Bangun]
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Terima kasih banyak atas apa yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Menteri berhubung kait dengan PMKS tadi, iaitu daripada 100 lebih PMKS yang telah pun mendapat manfaat daripada itu, berapakah jumlah yang terkandung melibatkan wilayah-wilayah Sabah dan Sarawak terlibat dalam pembangunan ini?
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Saya juga bangkitkan tentang dalam perbahasan di mana industri, dengan izin, tend to be focused in certain places, dengan izin, di Selangor, di tempat-tempat lain, tetapi malangnya walaupun resources banyak di wilayah Sabah dan Sarawak, we don’t capitalise costs dari segi labour, excess di situ available, kita bergantung dengan Bangladesh, dengan banyak pekerja asing di Semenanjung.
Akan tetapi di Sabah, sampai 200 ribu, 300 ribu berhijrah dari Sabah masuk ke Semenanjung untuk mencari peluang pekerjaan. Where we can, resources is already available. Koko contohnya, kelapa sawit contohnya, produk-produk yang lain, takkan kita tidak boleh lahirkan industri di tempat-tempat, di mana kos mungkin agak rendah.
Terima kasih banyak.
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
Terima kasih Yang Berhormat Semporna.
Memang benar, Yang Berhormat ada membangkitkan perkara ini dalam perbahasan.
Saya telah menyediakan penggulungan yang ringkas untuk Yang Berhormat. Namun, apa yang saya hendak tegaskan di sini, memang kerajaan dalam usaha untuk menjayakan Wawasan Kemakmuran Bersama, di mana kita ingin mengurangkan kesenjangan pembangunan di antara wilayah. Perkara ini akan saya maklumkan kepada Yang Berhormat sebentar lagi dalam jawapan saya, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Bendera membangkitkan mengenai industri aeroangkasa.
Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew - Wangsa Maju
[Bangun]
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
Industri.
Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew - Wangsa Maju
Ya. Tuan Yang di-Pertua, dalam RMKe-12, banyak strategi untuk menjana semula ekonomi telah dicadangkan.
Selain daripada strategi yang cantik itu, ada unjuran yang penuh harapan seperti sumbangan PMKS kepada GDP, menaik kepada 45 peratus dan eksport meningkat kepada 25 peratus.
Akan tetapi, pelan implementasi dan peruntukan yang diperlukan untuk merealisasikan strategi ini tidak dinyatakan. Walaupun tadi, Yang Berhormat Menteri ada sebut sedikit peruntukan bagi beberapa strategi, tetapi peruntukan-peruntukan ini tidak dimasukkan dalam RMKe-12, buku yang diedarkan di Parlimen ini.
Apakah rasional dan alasan anggaran perbelanjaan dan projek-projek dan program yang akan dilaksanakan pada tempoh rancangan dirahsiakan? Saya ingin tahu, berapakah perbelanjaan kerajaan yang dirancang bagi melaksanakan projek-projek di bawah MITI dalam RMKe-12? Saya juga ingin minta Yang Berhormat Menteri sebutkan semua projek dan program yang akan dilaksanakan di bawah MITI dalam tempoh rancangan. Sekian.
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pemahaman saya, ini ialah sesi penggulungan terhadap perbahasan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Namun, Yang Berhormat Wangsa Maju tidak membangkitkan perkara ini dalam perbahasan. Walaupun saya mengambil perhatian di atas perkara yang dibangkitkan, cuma masa yang diperuntukkan ini tidak mencukupi.
Apa yang saya hendak nyatakan di sini...
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Jawapan bertulis.
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
Ya?
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Bagi jawapan bertulis.
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
Ya, terima kasih Yang Berhormat. Apa yang saya hendak nyatakan di sini, kerangka yang dibentangkan, Rancangan Malaysia Ke-12 ini adalah kerangka besar Agenda Pembangunan Negara. Namun secara spesifik, peruntukan bagi setiap inisiatif itu akan terkandung dalam butiran-butiran yang akan dibentangkan dalam belanjawan pada setiap tahun. Inilah yang akan kita saksikan dalam pada 29 Oktober nanti Yang Berhormat, untuk melihat apakah perancangan kewangan yang akan dibentangkan. Itu yang pertama.
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
Kedua Yang Berhormat, merujuk kepada pelaburan yang datang ke dalam negara, hari ini pelabur-pelabur bukan sahaja melihat kepada insentif-insentif yang bersifat fiskal. Akan tetapi, mereka juga melihat kepada value proposition yang baru.
Sebagai contoh, bagaimana cepatnya proses kelulusan yang boleh diberikan. Ini juga antara faktor-faktor yang dipertimbangkan oleh pelabur-pelabur dalam meletakkan pelaburan mereka di dalam negara kita. Jadi, perkara ini saya percaya akan kita bahas dan bincang dalam sesi belanjawan untuk kebaikan bersama, Yang Berhormat.
Saya hanya ada lima minit sahaja Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Bukit Bendera membangkitkan mengenai industri aeroangkasa. Industri ini dikenal pasti sebagai industri strategik dan berimpak tinggi serta pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara sejajar dengan Pelan Induk Industri Aeroangkasa Malaysia 2030.
Rancangan Malaysia Ke-12 juga telah menggariskan Strategi Industri Aeroangkasa dengan memberikan tumpuan kepada transformasi industri untuk lebih berdaya maju di peringkat global. Inisiatif yang akan dilaksanakan merangkumi pembangunan ekosistem yang kondusif, membangunkan keupayaan melalui pewujudan kluster dan zon aktiviti aeroangkasa di kawasan ekonomi terpilih dengan mengambil kira kewujudan sektor sokongan lain seperti elektronik, automotif, mesin dan peralatan, sistem digital aeroangkasa dan penggunaan sumber tenaga yang mampan.
Pembangunan industri aeroangkasa akan memberi tumpuan kepada empat subsektor iaitu:
(i) MRO;
(ii) pembuatan aeroangkasa;
(iii) integrasi sistem; dan
(iv) perkhidmatan kejuruteraan dan reka bentuk.
Sasaran bagi industri aeroangkasa yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 adalah untuk mewujudkan 30 ribu peluang pekerjaan dan mencapai pendapatan sebanyak RM30 bilion menjelang 2025.
Dalam Rancangan Malaysia Ke-12, pembangunan kluster industri aeroangkasa di Selangor akan ditumpukan kepada bidang MRO, pembuatan dan pemasangan aeroangkasa, manakala Pulau Pinang tertumpu pada pembangunan integrasi dan perkhidmatan kejuruteraan. Hasil komitmen kerajaan, Malaysia telah menjadi hab aeroangkasa kedua terbesar di Asia Tenggara, dengan lebih 240 syarikat di dalam rantaian bekalan industri aeroangkasa Malaysia. Hampir 70 peratus bahagian sayap komposit Airbus 320 dihasilkan oleh rantaian bekalan syarikat aeroangkasa di Malaysia.
CTRM Aero Composites Sdn. Bhd. adalah pengeluar tunggal dan pembekal bagi fan cowls untuk Airbus 350 dan Boeing 787...
Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Boleh saya bertanya?
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Minta penjelasan.
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
...manakala Aerospace Composite Malaysia Sdn. Bhd., pengeluar komponen komposit canggih untuk pesawat komersial Boeing beroperasi di Bukit Kayu Hitam, Kedah. Saya beri laluan kepada Yang Berhormat Bukit Bendera.
Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Tuan Yang di-Pertua, bolehkah?
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Ya terima kasih. Yang Berhormat Menteri hanya membacakan apa yang sudah ditulis dalam dokumen RMKe-12, saya pun baca. Soalan saya, apakah insentif khas untuk memupuk industri ini? Apakah lokasi atau zon khas di Selangor dan Pulau Pinang untuk memupuk industri aeroangkasa ini? Ini soalan, tetapi tidak dijawab, hanya membacakan apa yang sudah ditulis dalam RMKe- 12. Sila jawab, Yang Berhormat Menteri.
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
Untuk zon kluster bagi aktiviti aeroangkasa...
Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Tuan Yang di-Pertua, bolehkah saya juga?
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
...perkara ini akan dibincangkan dengan kerajaan-kerajaan negeri yang berkaitan, iaitu Pulau Pinang dan Selangor, kerana pengezonan kawasan-kawasan ini tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan negeri.
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
Insentif-insentif memang sedang dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan kerana kita mahu industri aeroangkasa ini terus diperkasakan seperti yang saya sebutkan tadi, bukan sahaja fiscal incentive tetapi beberapa cadangan baharu.
Saya nak bagi contoh, bukan sahaja apa yang telah dibangkitkan dalam buku RMKe-12. Contoh yang saya hendak bagi di sini, syarikat aeroangkasa Malaysia terus mendapat perhatian daripada pemain industri aeroangkasa global. Pada 12 Julai 2021, syarikat Sapura Technics Sdn. Bhd. telah memeterai heads of agreement (HOA) bersama syarikat dari Turki iaitu Turkish Technic bagi kerjasama strategik untuk operasi MRO di Lapangan Terbang Senai, Johor Bahru. Sebagai permulaan, kedua-dua syarikat tersebut akan menumpukan perhatian kepada narrow-body aircraft dan akan beralih kepada pesawat yang lebih besar pada masa hadapan.
Yang Berhormat Tuaran membangkitkan tentang dasar dan strategi bagi mempertingkatkan pelaburan langsung asing dalam sektor pembuatan termasuk di taman perindustrian di Sabah dan Sarawak. Untuk makluman Dewan, Malaysia komited untuk menarik pelaburan yang berimpak tinggi dan mengekalkan daya saing negara sebagai lokasi pilihan bagi pelaburan di rantau ini. Malaysia terus merekodkan pencapaian yang memberangsangkan. Bagi tempoh Januari hingga Jun 2021, sejumlah RM107.5 bilion pelaburan dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan sektor utama direkodkan yang dijangka dapat menjana 44,994 peluang pekerjaan.
Pelaburan langsung asing yang diluluskan bagi tempoh Januari hingga Jun melonjak dengan ketara sebanyak 214.9 peratus kepada RM62.5 bilion berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu iaitu RM19.8 bilion.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Berdasarkan prestasi sehingga Ogos 2021, jumlah pelaburan yang telah diluluskan dalam sektor pembuatan sahaja adalah sebanyak RM81.9 bilion iaitu peningkatan sebanyak 32.7 peratus berbanding tempoh yang sama bagi tahun 2020. Nilai pelaburan di Sabah adalah sebanyak RM4.5 bilion, manakala Sarawak pula merekodkan pelaburan sebanyak RM1.5 bilion.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya selain daripada itu, saya really mohon dengan Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh dalam– bukan, saya minta pengurusan time. Ini kerana, ini perkara yang penting, ini masuk RMKe-12. Perkara ini dah tak mahu berulang-ulang.
Daripada segi kedudukan how we industrialize the country, dengan izin. Akan tetapi persoalan dia, terkadang oleh kerana masa tak mengizinkan, banyak perkara yang cukup penting untuk ingin kita melihat dan meletakkan negara kita di landasan yang sepatutnya, industrialize nation or is it trading nation?
Saya tadi sebutkan, RM62 bilion yang kementerian telah luluskan. Daripada RM62 bilion yang diluluskan ini, berapa daripada itu yang dah on the ground atau yang telah dilaksanakan. Adakah ini termasuk dalam Rancangan Malaysia Keempat dan– ini pun belum lagi dilancarkan. Saya difahamkan is not even there yet. Minta kementerian Yang Berhormat. Banyak persoalan yang telah kita bangkitkan. Kemungkinan masa tak mencukupi untuk dapat dibahaskan di Dewan yang mulia ini.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Saya mohon...
Tuan Yang di-Pertua
Masa dah tamat sebenarnya. Kalau boleh bertulis, Yang Berhormat.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Ya. Sebenarnya kita boleh kemukakan secara bertulis perincian yang dibangkitkan.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, kita bertulislah.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Untuk makluman Yang Berhormat Semporna, angka-angka yang disebutkan tadi ialah kelulusan yang telah pun kita berikan untuk tempoh yang berkenaan. Namun pelaksanaan projek-projek ini tertakluk kepada kerjasama yang erat di antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan juga PBT. Kita sering bangkitkan dalam Mesyuarat Khas Menteri Besar dan Ketua Menteri supaya ada kerjasama yang baik. Namun, sebahagian besar daripada projek yang telah kita umumkan ini telah pun berada di lapangan, Yang Berhormat.
Sebagai contoh, SK Nexilis. Mereka telah pun memulakan kerja-kerja di peringkat lapangan. AT&S yang baru sahaja mengumumkan pelaburan yang bernilai lebih RM8 bilion dan kini dinaikkan hingga RM10 bilion. Pada 30 September 2021 ini, pengurusan tertinggi AT&S akan berada di Kulim Hi-Tech untuk melakukan ground breaking ceremony bagi melancarkan projek-projek yang berkenaan.
Jadi, saya bersetuju dengan concern dan keprihatinan Yang Berhormat Semporna kerana banyak pengalaman kita sebelum ini, projek-projek yang diumumkan tetapi akhirnya tidak dapat dilancarkan atau tidak berjalan kerana banyak masalah birokrasi. Oleh sebab itu, saya sebutkan di awal tadi, menjawab persoalan Yang Berhormat Wangsa Maju, selain daripada insentif yang sering kita tawarkan kepada pelabur-pelabur ini, mereka juga ingin melihat bagaimana pantas dan efisien kerajaan negeri, PBT dan Persekutuan untuk memberikan kelulusan-kelulusan ini supaya ia dapat dilakukan.
Ini juga ada dalam teks saya sebenarnya. Ada kaedah E10, di mana ia akan mempercepatkan proses kelulusan dan operasi syarikat yang berkenaan.
Tuan Yang di-Pertua
Tolong beri secara bertulis Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Penjelasan. Tuaran.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Saya minta lima minit lagi, Tuan Yang di- Pertua.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Penjelasan sebab ini Yang Berhormat respons kepada soalan Tuaran.
Tuan Yang di-Pertua
Saya minta maaf Yang Berhormat, kita tak ada masa.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Jadi, ada sedikit yang saya nak mohon penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri kata dia nak jawab secara bertulis. Jadi, lima minit lagi Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Ada soalan tambahan sahaja sebab Yang Berhormat Menteri respons kepada Tuaran tadi.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Saya nak habiskan sedikit. Ya, soalan yang sama.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Boleh? Pasal respons kepada Tuaran.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, tolong. Lima minit, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Ya, lima minit. Antara usaha terkini untuk makluman Yang Berhormat Tuaran dan juga Yang Berhormat Semporna, untuk memudah cara perniagaan yang dilaksanakan MPC adalah inisiatif E10 ataupun permit pembinaan ekspres. Inisiatif ini akan mempercepatkan proses kelulusan mendirikan kilang pembuatan dan permit operasi tanpa mengetepikan pematuhan kepada peraturan dan keselamatan.
Saya bagi contoh, sebuah kilang di Kulim yang melabur sebanyak RM280 juta telah dapat disiapkan dan beroperasi sepenuhnya dalam tempoh 10 bulan sahaja
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
berbanding dengan kaedah yang lama mengambil masa 24 bulan. Sekarang ini kaedah E10 ini akan dilaksanakan juga dan diperluaskan di negeri-negeri termasuk Sabah dan Sarawak untuk melihat usaha-usaha mempertingkatkan pelaburan tempatan ataupun pelaburan asing.
Yang Berhormat Semporna ada membangkitkan tentang New Industrial Master Plan. Untuk makluman Dewan, semenjak 1986, MITI telah memperkenalkan IMP sebagai pelan strategik yang menetapkan hala tuju jangka panjang bagi perindustrian negara. Bagi memperkukuhkan hala tuju strategik pembangunan industri dan mengambil kira perkembangan teknologi dan juga pembangunan lestari, MITI di peringkat akhir penggubalan New IMP (2021-2030) dan pelan ini akan menumpukan kepada sektor- sektor baharu yang berlandaskan NIA yang memberikan penekanan kepada industri pembuatan termaju, perkhidmatan berasaskan teknologi industri 4.0 serta green economy. Untuk makluman Yang Berhormat Semporna, New Industrial Master Plan
(NIMP) juga akan merangkumi strategi memastikan kelangsungan rantaian bekalan industri tempatan (supply chain resilience) dalam berhadapan dengan kemungkinan krisis ekonomi atau krisis kesihatan global di masa hadapan. Inilah perdebatan dan perbahasan di banyak platform antarabangsa untuk kita melindungi dan menjamin supply chain resilient.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Yang Berhormat, bahawa sebahagian daripada kerangka ini akan termasuk dalam RMKe-12 dan Rancangan Malaysia Keempat. Cuma saya hendak tahu, adakah dalam rancangan yang akan datang, di mana Yang Berhormat akan memastikan supaya where is the resources is. Contohnya di Sabah, kita mempunyai gas, kita mempunyai minyak but unfortunately downstream is not there. Kalau adapun, di Kimanis tapi bukannya downstream.
Kita terpaksa hantar gas kita ke Sarawak, di Bintulu untuk diproses and it’s all distributed there. Akan tetapi, kenapa tidak dimanfaatkan di mana raw materials is there is cheaper and labors also job of opportunity can be realized kalau sekiranya kita mempunyai dasar, kandungan, kerangka, perancangan akan datang memfokuskan ke arah putting the country into a very competitive nation. Di Pengerang, tak ada minyak pun tetapi kenapa letak dekat situ? Kenapa tak letak di Sabah, di mana abundant minyak supply di Sabah. Terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Terima kasih Yang Berhormat Semporna.
Saya mengambil pandangan itu secara serius. Yang Berhormat memberikan pandangan yang cukup baik dan positif. Sebagai contoh, di Sabah dan di Sarawak, kita ada tenaga hidro yang boleh kita manfaatkan apabila kita memperkenalkan green technology untuk dasar-dasar ekonomi di masa yang akan datang.
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua, penjelasan sebab tadi respons kepada Tuaran belum di...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Cukup, cukup Yang Berhormat Tuaran, tidak ada masa.
Yang Berhormat, tolong...
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Ini penting ini, dia respons dengan saya tadi kerana ini dibangkitkan oleh Tuaran.
Tuan Yang di-Pertua
Semua penting Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Pendek sahaja, tolonglah.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Okey, 30 saat sahaja.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Okey, macam ini.
Rancangan Malaysia Ke-12 ini ia makmur, inklusif dan mampan. Ekonomi yang
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
mampan strukturnya sumbangan industri kepada GDP adalah lebih 30 peratus.
Sekarang ini sumbangan industri kepada GDP hanya tujuh peratus.
Jadi saya mahu tanya kepada Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat sudah buat unjuran, berapakah pelaburan yang harus dibawa ke Sabah supaya kita boleh capai 30 peratus sumbangan industri kepada GDP tersebut?
Sekiranya unjuran itu ada, apakah langkah-langkah untuk memastikan kesemua hal hambatan untuk menarik pelabur itu dapat diatasi? Terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Terima kasih, Yang Berhormat Tuaran.
Untuk saya memberikan rekod dalam Dewan ini, sumbangan sektor pembuatan kepada KDNK pada tahun 2020 adalah sebanyak 22.9 peratus. Manakala sektor perkhidmatan menyumbang sebanyak 57.7 peratus. Itu rekod yang kita ada.
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12, sektor pembuatan kita menjangkakan akan mencatatkan kadar pertumbuhan yang lebih tinggi iaitu 5.7 peratus berbanding 5.2 peratus bagi sektor perkhidmatan.
Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 juga Yang Berhormat Tuaran, RMKe-12 telah mengunjurkan sasaran jumlah purata pelaburan swasta setiap tahun sebanyak RM258 bilion, ini satu jumlah yang agak besar. Pada tahun lepas, jumlah pelaburan yang melibatkan ketiga-tiga sektor ekonomi iaitu sektor pembuatan, sektor perkhidmatan dan sektor utama adalah RM164 bilion, Tuan Yang di-Pertua dan sektor pembuatan mencatatkan RM91 bilion.
Akan tetapi untuk tempoh Januari hingga Ogos sudah pun mencecah lebih RM80 bilion. Kita menjangkakan pada tahun ini sektor pembuatan sahaja akan menyumbang sebanyak RM150 bilion.
Dalam pengagihan yang kita lakukan ialah pastikan negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak juga mendapat manfaat daripada pelabur-pelabur asing dan juga tempatan yang ingin meneruskan atau mengembangkan pelaburan.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Pandemik ini memberi kesedaran kepada kita dengan sumbangan sektor perkhidmatan yang begitu tinggi.
Ekonomi ini begitu fragile, 50 lebih peratus.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Ya, saya akan berikan perincian kepada Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Soalnya tadi kalau setakat masih 22 peratus, bagaimana kita mahu sampai mapan? Apa yang makmur yang diceritakan itu? Kita pun hancur.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Terima kasih Yang Berhormat. Akhirnya Yang Berhormat Jerlun ada membangkitkan soal ASEAN Economic Community dan juga dibangkitkan tentang ASEAN FTA. Kedua-dua perkara ini oleh kerana Yang Berhormat Jerlun pun tidak ada di dalam Dewan, saya akan mengemukakan secara bertulis, Tuan Yang di-Pertua.
Akhirnya, saya nyatakan di sini bahawa MITI kekal komited untuk melaksanakan program dan inisiatif yang menyumbang kepada dasar dan sasaran yang telah digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Saya juga ingin menekankan bahawa MITI akan terus berusaha untuk mengangkat martabat negara bagi mencipta kemakmuran dan kesejahteraan Keluarga Malaysia, pertumbuhan ekonomi negara yang mapan, peningkatan pelaburan dan perdagangan serta penciptaan pekerjaan yang berkualiti adalah agenda utama MITI untuk menjamin pengagihan yang adil dan saksama sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan memberikan pandangan dalam sesi perbahasan ini. Sekian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Waalaikumusalam, terima kasih. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat...
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Menteri, Kulim, kalau ada buat program itu jangan lupa...
Tuan Yang di-Pertua
Boleh minta kebenaran tidak sebelum cakap?
Seorang Ahli
Relakslah.
Tuan Yang di-Pertua
Siapa relaks? Saya ingin jemput Yang Berhormat Menteri Kanan Kementerian Pertahanan, silakan.
Menteri Kanan Pertahanan - Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya mengambil bahagian dalam sesi penggulungan Rancangan Malaysia Ke-12 ini.
Bagi pihak seluruh warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri serta semua pihak yang terlibat dalam penggubalan rancangan lima tahun ini.
Ia bukanlah satu usaha yang mudah khususnya ketika negara dan dunia sedang mendepani cabaran pandemik COVID-19, terpaksa mengimbangi antara tuntutan kesihatan, memenuhi keperluan dan permintaan sektor ekonomi dan pada masa yang sama tanggungjawab untuk memastikan kesejahteraan rakyat terus terbela. Oleh itu kami di MINDEF berasa syukur kerana dalam tempoh serba-serbi mencabar ini segmen keselamatan dan pertahanan masih diberikan keutamaan di bawah RMKe-12 dan dijadikan sebagai salah satu daripada sembilan fokus utama iaitu fokus keempat, memantapkan keselamatan dan pertahanan awam.
Rancangan Malaysia Ke-12 ini yang bertemakan, “Keluarga Malaysia – Makmur, Inklusif, Mampan” telah digubal dengan cermat, inklusif dan komprehensif bagi memastikan setiap perkara penting diambil kira demi menentukan hala tuju negara dalam tempoh lima tahun yang akan datang.
Alhamdulillah, kesemua perancangan ini juga bertepatan dengan teras-teras utama Kementerian Pertahanan yang sedia ada di bawah pelan strategik kami iaitu tahun 2021 hingga 2025. Teras Pertama, peningkatan kesiapsagaan dan keupayaan pertahanan dalam melindungi kepentingan negara.
Teras Kedua, mengukuhkan kapasiti pertahanan yang kompeten. Teras Ketiga, pelestarian, kesejahteraan warga kerja pertahanan. Teras Keempat, pengukuhan kerjasama awam tentera (civil military corporation) dengan izin. Kelima, pembangunan sains teknologi dan industri pertahanan, pengukuhan kerjasama antarabangsa dalam menjamin pertahanan negara. Teras Ketujuh, transformasi kesejahteraan veteran.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Yang Berhormat. Boleh saya bertanya?
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Ya, ya. Sekejap ya. Satu ayat sahaja lagi. Selain tujuh teras ini, saya juga telah mengarahkan supaya kementerian mewujudkan teras kelapan yang memberikan tumpuan khusus kepada pengurusan cabaran dan ancaman baharu terhadap landskap keselamatan dan pertahanan negara dalam berdepan dengan COVID-19.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kota Raja, sila.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Tuan Yang di-Pertua, ancaman terbaharu ini, apakah Yang Berhormat Menteri Pertahanan bersetuju supaya dipertingkatkan keselamatan ini gabungan ASEAN? Oleh sebab ASEAN ada dua juta lebih kurang tentera. Oleh itu, sebarang ancaman ataupun mana-mana negara biarlah ASEAN yang berdialog, mungkinnya rakan dialog dengan China. Bukan satu negara tetapi dalam ASEAN itu sendiri kerana ASEAN ada dua juta tentera lebih kurang.
Kedua, Australia ini dekat dengan ASEAN. Supaya ASEAN lebih rapat dengan Australia menjadikan Australia rakan ASEAN. Bukan Australia ini menjadi rakan kepada
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Britain dan Amerika di rantau ini kerana ia membawa satu ancaman baharu seperti AUKUS di rantau ini. Oleh itu, ASEAN dalam menghadapi Australia ini, biarlah dalam satu pasukan supaya Australia lebih berperanan dengan negara ASEAN dibandingkan berperanan untuk mewakili Amerika dan Britain di rantau ini. Itu dua persoalan daripada saya.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Sememangnya perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat termasuk dalam Teras Keenam, Pelan Strategik MINDEF iaitu pengukuhan kerjasama antarabangsa dalam menjamin pertahanan negara. Tidak boleh dinafikan bahawa 10 buah negara dalam ASEAN ini lebih berkemampuan untuk berdepan dengan kuasa-kuasa besar untuk menjamin keselamatan dan kestabilan rantau kita sendiri.
Akan tetapi bagaimana kita hendak memastikan teras keenam ini dapat diperkukuhkan, banyak bergantung kepada hubungan kita sesama negara-negara ASEAN. Kebetulan semalam saya dapat berhubung dengan Menteri Pertahanan Indonesia, Jeneral Prabowo.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Beliau pun telah menyatakan betapa pentingnya kita 10 buah negara ini dapat berinteraksi secara dekat khususnya dalam perkembangan terkini iaitu AUKUS. Akan tetapi ini tidak bermakna bahawa kita tidak terus mendampingi kuasa-kuasa yang terlibat, kebetulan utusan khas dari Australia, Vice Admiral Australia akan datang berjumpa dengan saya hari ini. Apa yang kita lakukan melalui diplomasi ini bukan untuk menyatakan bahawa kita ini hebat sangat tetapi sekurang-kurangnya kita ada pendirian kita sebagai sebuah negara yang berdaulat tetapi pada masa yang sama, 10 buah negara di dalam ASEAN pun ada pendirian kita.
Kekuatan yang ada dalam kumpulan 10 buah negara ini boleh diutarakan kepada mana-mana pihak yang cuba menidakkan kedudukan kita di rantau ini. Jadi, teras– sebab kita sudah membincangkan Rancangan Malaysia Ke-12, perancangan 12 tahun ke hadapan dan teras keenam ini, akan merangkumi apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kota Raja tadi apabila berdepan dengan isu-isu yang berkaitan dengan geopolitik rantau kita sama ada hendak mengimbangi kuasa-kuasa besar atau kedudukan kita di Laut China Selatan contohnya.
Jadi itu merupakan satu cadangan yang tepat tetapi jawapan saya ia pun merupakan satu daripada tujuh atau lapan teras di bawah penekanan MINDEF pada hari ini.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Ya, saya.
Tuan Yang di-Pertua
Saya cuma boleh sambung masa 15 minit sehingga 1.15 petang. So, saya tidak tahu kalau Yang Berhormat boleh habis 1.15 petang. Kalau tidak boleh, maka kita...
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Terserah kepada Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Boleh habis?
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Saya belum masuk lagi hendak menjawab satu isu pun.
Tuan Yang di-Pertua
Satu isu.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Ini baru mukadimah.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau begitu...
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Saya tidak ada masalah tetapi hendak memberi penghormatan kepada Yang Berhormat Kota Raja yang memaklumkan kepada saya, dia tidak dapat bersama tengah hari ini, mungkin saya boleh jawab perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Raja dahulu dalam 15 minit yang ada ini.
Tuan Yang di-Pertua
All right.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Lain bertulis.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
[Ketawa] Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Gombak kata jawab bertulis sahaja tetapi saya tidak setuju. Menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Raja yang telah mencadangkan penggantian aset usang ATM dibuat melalui kerjasama joint venture antara syarikat pertahanan tempatan dan syarikat luar negara bagi memastikan industri pertahanan dapat dikembangkan. Kementerian Pertahanan melihat isu pembangunan keupayaan industri pertahanan tempatan sebagai perkara teras dalam mencapai tahap pertahanan berdikari atau self-reliance ATM.
Elemen pemindahan teknologi daripada pemain industri merupakan antara faktor penting dalam memastikan peningkatan keupayaan pemain industri pertahanan negara. Oleh yang demikian, kontrak-kontrak perolehan aset ATM sama ada baharu atau bagi menggantikan aset-aset usang ATM sememangnya dilaksanakan secara kerjasama dengan pemain industri antarabangsa dalam melaksanakan program offset dan Industrial Collaboration Program (ICP).
Namun, kita perlu realistik Yang Berhormat, penularan pandemik COVID-19 telah memberi tekanan terhadap situasi ekonomi dan kewangan semasa negara. Dalam situasi ini, amat sukar untuk kerajaan melaksanakan perolehan aset-aset baharu.
Sebenarnya, saya sudah memberi keutamaan dan arahan kepada pihak kementerian bahawa kalau sekiranya kita tidak dapat mempertimbangkan aset-aset baharu ketika ini, kita jangan berkompromi daripada memberi tumpuan kepada penyelenggaraan aset- aset yang sedia ada.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Sedikit Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Ya.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyatakan bahawa kementerian tidak lagi ingin meneruskan dasar pertahanan dan keselamatan negara yang digariskan sebagai dokumen susulan dengan kertas putih. Mohon penjelasan kerana industri pertahanan negara dan keselamatan ini sangat penting. Bagaimana kita melihat dalam RMKe-12 ini Kementerian Pertahanan memperkasakan dalam soal pertahanan negara untuk menghadapi masa-masa yang mendatang? Terima kasih.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Melalui Kertas Putih Pertahanan yang telah dibangunkan oleh Kementerian Pertahanan, ada satu bab khas iaitu bab tujuh mengenai sains, teknologi dan industri pertahanan diperuntukkan sebagai manifestasi kesungguhan berterusan kerajaan dalam mengkaji isu-isu yang mengekang pembangunan industri serta memformulasikan teras- teras bagi menyokong peningkatan keupayaan industri.
Jadi selaras dengan apa yang disarankan oleh Yang Berhormat Kota Raja dan diperingatkan oleh Yang Berhormat Jempol tadi bahawa dasar di bawah Kertas Putih Pertahanan dan dasar-dasar yang telah pun kita gubal dan sedang kita laksanakan, apa yang disarankan oleh kedua-dua Yang Berhormat sedang diambil kira dan sedang dilaksanakan, insya-Allah.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, boleh bertanya sedikit? Sungai Petani di depan ini.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Ya, sila.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri, tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebut tentang aset-aset. Pembelian aset- aset yang baharu ini kebarangkaliannya agak susah kerana kedudukan kewangan kita.
Namun Yang Berhormat Menteri pun tahu, apa juga yang kita beli jiran kita tahu. Apa juga yang kita beli, Amerika tahu. Itu there is no secret dalam defence aset ini.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Cuma, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri ialah adakah dalam pengetahuan Yang Berhormat Menteri, benda-benda yang kita beli yang kita order sudah lama tetapi tidak sampai, sama ada apa bentuk aset pun juga tidak sampai, boleh tidak kita membuat auditing dan Yang Berhormat Menteri memaklumkan kepada, sama ada select committee ataupun kepada di sini openly. Ini kerana kita hendak tahu masalah-masalah yang timbul disebabkan kontraktor-kontraktor yang tangguh lama, tidak dapat deliver aset-aset kita ini.
Jadi, kita takut begini Yang Berhormat Menteri, kalau orang tahu yang kita sebenarnya tidak ada aset-aset ini pun then kita punya kedudukan amat terdedah dengan bahaya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Kelebihan yang ada kepada aset- aset pertahanan, ia mengambil masa. Kalau ada kelewatan, ada prosedurnya untuk kita memastikan bahawa masa yang diambil, kelewatan yang ada tidak menjejaskan sedikit sebanyak perancangan kita. Saya tidak menafikan ada aset-aset yang lewat dibekalkan tetapi ini tidak bermakna bahawa kita tidak boleh menuntut ganti rugi. Kita dapat memastikan aset-aset ini dapat disampaikan kepada pihak pengguna. Apa jua masalah yang dihadapi ini dapat diatasi sebaik mungkin.
Di bawah kepimpinan saya beberapa minggu di MINDEF ini, kita meletakkan tiga kategori. Yang Berhormat Kota Raja senyum kerana benda-benda aset yang lama dahulu terpaksa dipikul tanggungjawabnya oleh Yang Berhormat Kota Raja semasa dia Menteri Pertahanan ketika itu.
Projek-projek sakit, projek-projek lama perlu diselesaikan, perlu diurus dan pada masa yang sama, ini tidak bermakna bahawa projek-projek hari ini yang perlu diputuskan tidak diputuskan. Apa yang kita bincangkan di dalam Dewan yang mulia ini, hari ini Rancangan Malaysia Ke-12, lima tahun ke hadapan dan juga bajet bulan Oktober ini merupakan perancangan kita untuk satu tahun.
Jadi, kalau sekiranya kita fokus kepada perkara-perkara yang boleh kita selesaikan, benda yang mungkin menjadi kelewatan dan kekangan kita selama ini kita selesaikan secara telus dan banyak cara bagaimana untuk kita mendapatkan ketelusan dan juga keadilan kepada kelewatan aset-aset tadi. Saya tidak teragak-agak untuk memastikan ia dapat direalisasikan.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Sila Yang Berhormat Semporna.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Berhubung kait dengan aset apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri tadi dan juga dari segi apa yang dibangkitkan oleh rakan-rakan lain, saya juga berharap agar langkah untuk meletakkan aset di tempat yang diperlukan ini juga penting bukan hanya dari segi peralatan bahkan juga manpower yang ada.
Contohnya Kem Lok Kawi, contohnya Kem Paradise di Kota Belud yang kena lanun ini Pantai Timur, yang ada ancaman keselamatan di kawasan-kawasan yang amat memerlukan aset.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Bolehkah kementerian memastikan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 supaya menempatkan anggota, peralatan di mana yang amat diperlukan untuk mempertahankan negara kita supaya ia a form of deterrence, mengelakkan orang masuk mencerobohi kawasan-kawasan yang selalu terancam. Terima kasih banyak.
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Sekali lagi Tuan Yang di-Pertua,..
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Yang Berhormat Semporna, biar saya jawab isu yang berhubung kait dengan lanun. Saya tidak ambil mudah sekiranya dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Semporna.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi memang tepat. Kalau kita tengok ancaman yang kita hadapi ketika dahulu di Lahad Datu dan ini semua menjadi pengajaran kepada kita. Nanti saya akan jawab apa yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat kita di Sabah dalam perbahasan ini dari segi bagaimana kita hendak atur gerak bukan sahaja anggota kita tetapi aset-aset yang sedia ada supaya apa yang kita lalui di Lahad Datu tidak berulang dan pada masa yang sama kita buat persiapan dan perancangan. Sekiranya ia berlaku sekali lagi kita tidak berada dalam keadaan kekangan untuk mengatur gerak berdepan cabaran berkenaan.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Boleh sekali lagi Yang Berhormat Menteri?
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Yang Berhormat Kota Raja.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Sedikit kepada industri pertahanan, kita ada negara-negara yang kaya yang sedia untuk membantu STRIDE penyelidikan kita.
Adakah usaha-usaha diteruskan untuk mendapat sokongan mereka dengan misalnya pinjaman ataupun tanpa interest dan sebagainya, mereka sudi untuk membina penyelidikan STRIDE, adakah diteruskan oleh pihak kementerian hal ini?
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Saya baru hendak menjawab perkara kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Raja yang mencadangkan STRIDE diperkasakan dengan melaksanakan penyelidikan bagi membangunkan aset-aset ATM yang berteknologi tinggi seperti dron, turut mencadangkan pelaburan dari luar negara dapat ditarik masuk. Mungkin itu maksud Yang Berhormat.
Saya bersetuju dengan cadangan ini dan kerajaan sentiasa menyokong cadangan R&D dalam bidang berteknologi tinggi bagi meningkatkan keupayaan berdikari dan teknologi pertahanan. Melalui peruntukan RMKe-12, kerajaan telah memperuntukkan dana kepada STRIDE untuk melaksanakan projek R&D yang berteknologi tinggi seperti unmanned aircraft system (UAS) di mana selari dengan cadangan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Sik, Yang Berhormat Hulu Rajang yang mahu aset pertahanan ditambah di dalam RMKe-12.
Untuk makluman Yang Berhormat Sik dan Yang Berhormat Hulu Rajang, bukan sahaja UAS dalam RMKe-12 ini, Tentera Darat telah merancang perolehan secara ringkas Tuan Yang di-Pertua elemen mobiliti dan daratan, mobiliti perairan, aset pertahanan udara, pengangkutan udara taktikal, aset kuasa tembakan dan aset peralatan optronik serta logistik. Tentera Laut pula dengan program transformasi TLDM 15 kepada lima. Tentera Udara pula TUDM melalui Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055.
Fokus pembangunan 10 tahun pertama pelan ini ialah penggantian aset-aset tamat jangka hayat melalui perolehan baharu dan naik taraf keupayaan pesawat yang telah usang melalui Service Life Extension Program (SLEP).
Jadi Yang Berhormat, bantuan kerjasama dan juga sumbangan daripada negara-negara yang begitu rapat dengan kita, pertamanya dalam isu penyelidikan bersama berdepan dengan ancaman yang sama, terrorisme, keganasan, lanun dan sebagainya. Itu semua merupakan ancaman yang kita terpaksa laluinya bersama dan tidak ada sebab rakan-rakan yang rapat dengan kita tidak kongsi bersama pembiayaannya.
Daripada segi aset pula, ia mesti sesuai dengan keadaan dan ancaman yang kita hadapi. Oleh sebab itu, the end user Tentera Darat, Tentera Laut, Tentera Udara saya sudah minta bahawa mereka selepas ini menentukan keperluan mereka.
Tuan Yang di-Pertua
Saya kena berhentikan sekarang Yang Berhormat.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Keduanya baru kewangan menentukan sama ada ada peruntukan atau tidak. Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Saya sambung 2.30. Kita sambung 2.30. Saya tangguhkan persidangan ini sehingga pukul 2.30 petang nanti. Terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Mesyuarat ditempohkan pada jam 1.15 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Tuan Yang di-Pertua
[Dato’ Sri Azalina Othman Said (Pengerang) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Saya jemput Yang Berhormat Menteri untuk menyambung.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Tuan Yang di-Pertua, standing order.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Oh! Sorry.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Dengan izin. Standing Order 7(3) ini adalah berkaitan dengan Speaker mengguna pakai peruntukan ini untuk melantik Yang Berhormat. Saya cuma mohon penjelasan kedudukan Yang Berhormat sekarang adalah penasihat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Bererti Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua juga ikut menasihati eksekutif. Itu isu pertama.
Kedua, sudah tentu kerusi ini menuntut kedudukan yang impartial, dengan izin.
Jadi, kedudukan Yang Berhormat menasihati cabang eksekutif yang kalau nanti sepanjang mempengerusikan sidang— katakanlah ini hipotetikal ya. Katakanlah timbul perkara-perkara yang membabitkan kedudukan Perdana Menteri, misalnya dalam soal perundangan dan human rights, di mana bidang Yang Berhormat dikehendaki menasihati Perdana Menteri. Sudah tentu itu akan mewujudkan semacam kejanggalan kalaupun tidak kita katakan itu sebagai conflict of interest. Jadi, saya mohon sedikit ruling dalam perkara ini. Terima kasih.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Terima kasih Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Saya telah dijemput di bawah 7(3). Kalau Yang Berhormat ada isu atas jemputan, boleh kah tidak Yang Berhormat bawa kepada Speaker. Saya mengikut arahan Speaker, tidak ada masalah.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Minta penjelasan. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu. Saya berharap Yang Berhormat Pengerang boleh refuse yourself kerana sudah ada konflik dan perlu dijelaskan pada awalnya dan bukan sehingga Speaker. Ini kerana memang ada jelas daripada segi pelantikan cabang eksekutif dan juga di Parlimen. Speaker boleh melantik di kalangan kita,. Ada 100 lebih orang Ahli Parlimen masih bersedia untuk temporarily chair the session. Saya harap perkara ini perlu dijelaskan dan bukan— pada awalnya dan bukan ditangguhkan lagi.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera, saya telah menerima jemputan daripada pukul 2.30 hingga 3.30 petang.
Bolehkah tidak Yang Berhormat bersabar, biar saya selesaikan dengan kementerian yang banyak. Mungkin selepas ini Yang Berhormat kah? Masa ini boleh berbincang dengan Speaker. Saya akan menerima apa-apa arahan daripada Speaker. Akan tetapi sekarang ini, saya hendak sambung daripada segi— saya telah menerima jemputan dan saya hendak menjalankan tugas sebagai pengganti Speaker dalam masa satu jam ini. Saya sudah buat ruling tadi kepada Yang Berhormat Kulim- Bandar Baharu. Saya hendak buat ruling kedua. Jadi sila bawa kepada Speaker lah.
Silakan Yang Berhormat Menteri, 10 minit ya.
Menteri Kanan Pertahanan - Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sambung. Memberi respons kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Belud dan Yang Berhormat Sepanggar yang mempersoalkan pembinaan markas lima briged yang baharu...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Menteri, maafkan saya. Sebelum itu, kita telah berhenti waktu tengah hari. Saya telah bangun untuk bertanya Yang Berhormat Menteri dua perkara sahaja. Kalau boleh— saya minta maaf. Saya mengakui saya tidak membahaskannya tetapi dewasa ini, kita sering kali mendengar tentang pencerobohan dalam kawasan Laut China Selatan oleh kapal-kapal sama ada kapal-kapal tentera atau kapal-kapal nelayan daripada China.
Kita tahu bahawa— kita telah baca dalam liputan akhbar di mana Singapura, apabila berlaku pencerobohan ini akan menghantar dengan izin saya menggunakan istilah scramble military jets untuk sampai dan sama ada kejadian itu berlaku pencerobohan di laut ataupun di udara, kapal-kapal terbang tentera akan dihantar.
Soalan saya, kenapa kah tidak kita melakukan perkara yang sama, nombor satu.
Kedua, saya juga telah membaca satu laporan dalam surat khabar di mana dengan tajuk, “China sends 16 military aircraft over disputed South China Sea shoals near Malaysia”. Adakah kita akan respons? Saya percaya perkara ini berlaku pada 2 Jun. Adakah kita akan respons? Memang kita ingin mengelakkan sebarang pertempuran atau pergolakan yang boleh menyebabkan masalah di antara dua buah negara tetapi apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian untuk kita menunjukkan equal show of force dengan izin, kepada pihak-pihak yang mencerobohi kawasan laut kita. Yang Berhormat Menteri, terima kasih.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jelutong mengakui bahawa ia tidak dibahaskan. Oleh sebab banyak lagi isu dan saya mempunyai lapan minit, jadi saya akan menjawab secara bertulis.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Silakan.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Terima kasih. Saya ingin memberi respons kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Belud dan Yang Berhormat Sepanggar yang mempersoalkan pembinaan markas lima briged yang baharu di Kota Belud yang dilihat tiada ada sebarang bentuk ancaman di kawasan berkenaan dan mencadangkan bahawa kem baharu sepatutnya dibina di pantai timur Sabah yang terdapat ancaman keselamatan yang lebih besar.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Briged Kelima Infantri yang kini berpangkalan di Kem Paradise, Kota Belud bertindak sebagai elemen kedalaman, in depth element yang sentiasa bersiap sedia membantu forward element di persempadanan sekiranya diperlukan dalam mempertahankan negeri Sabah daripada sebarang ancaman. Pengawasan keselamatan di negeri Sabah dan khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah secara keseluruhannya turut diperkukuh dengan pemantauan oleh Markas Angkatan Tugas Bersama di Kem Kukusan, Tawau secara bersama oleh ketiga-tiga perkhidmatan.
Tentera Laut Diraja Malaysia telah menempatkan Markas Pemerintahan Armada Timur di Kota Kinabalu bagi memerintah pangkalan laut di Sabah dan Sarawak, Manakala Markas Laut Dua telah ditempatkan di Sandakan bagi memantau Pantai Timur Sabah.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Tentera Udara Diraja Malaysia pula menempatkan Markas Wilayah Udara 2 di Labuan serta Pusat Bantuan Operasi Udara di Tawau bagi memantau keselamatan ruang udara keseluruhan negeri Sabah.
Selain itu bagi terus memperkukuhkan keselamatan Sabah dan Sarawak, MinDef juga sedang membangunkan pangkalan TLDM Markas Wilayah Laut 4 (Mawilla 4) di negeri Sarawak khususnya di Bintulu adalah berdasarkan lokasi yang strategik daripada segi kedudukan dan pemusatan operasi maritim di Laut China Selatan. Ia telah
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
lama dihasratkan bagi meningkatkan lagi keupayaan dan sokongan operasi TLDM.
TLDM bersama Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri sedang mengenal pasti tapak yang bersesuaian untuk pembinaan Mawilla 4 di Bintulu.
Oleh demikian untuk makluman Yang Berhormat, tentera darat telah mengambil kira semua sudut potensi ancaman keselamatan di keseluruhan negeri Sabah dan seterusnya mempertanggungjawabkan sebuah divisyen infantri yang dilengkapkan dengan keupayaan tempur oleh tiga buah briged infantri untuk menangani sebarang bentuk ancaman melalui strategi yang digariskan.
Ini termasuklah melalui Divisyen Pertama Infantri di Sarawak dan Divisyen Kelima Infantri yang telah ditubuhkan di Sabah dan Briged Ke-13 Infantri yang berpangkalan di Felda Sahabat, Lahad Datu. Insya-Allah, pihak MINDEF dan ATM akan sentiasa memberikan perhatian dan pengkhususan penuh ancaman keselamatan di Pantai Timur, Sabah.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Yang Berhormat Menteri, boleh minta izin Kota Belud?
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Boleh.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Saya bertanya tentang rasionalnya kita bina baru Kem Lima Brigade di Kota Belud iaitu di Kem Paradise kerana dalam tahun 2019, Kota Belud disenaraikan sebagai salah satu daerah termiskin di Malaysia. Jadi, pada saya yang Kota Belud perlu adalah daripada segi industri, ataupun infrastruktur lain tetapi bukannya kem tentera kerana yang seperti dibangkitkan juga oleh sahabat saya Yang Berhormat Sepanggar dan Yang Berhormat Semporna tadi, ancaman sebenarnya berada di Pantai Timur.
Kalau saya boleh quote Yang Berhormat Menteri, pagi tadi sebelum lunch break, ada menyebut bahawa kita akan beransur-ansur untuk pindahkan pemusatan pertahanan kita ini sebelah Pantai Timur. Akan tetapi saya kira kalau begini— sebab Kota Belud akan menempatkan bahagian ke dalaman ya Yang Berhormat Menteri ada sebut. Saya kira, perlu ada langkah yang nampak ataupun signifikan untuk kita pindahkan pertahanan ini tumpu di Pantai Timur.
Saya bukannya menolak pembangunan tetapi saya kira Kota Belud memerlukan pembangunan yang lain lagi untuk menangani isu yang utama iaitu isu kemiskinan di tempat kami. Terima kasih.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Isu pembangunan dan kemajuan di Kota Belud, saya cadangkan Yang Berhormat boleh bangkitkan kepada Menteri-menteri ekonomi lain. Tugas dan tanggungjawab saya adalah berhubung kait dengan keselamatan dan pertahanan khususnya di negeri Sabah. Buat masa...
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Saya faham Yang Berhormat Menteri. Cumanya pada saya, mungkin adalah masa yang sesuai juga untuk kita push pergi sebelah pantai timur sekarang untuk Kementerian Pertahanan fokus di situ daripada kita terus menambah apa yang ada di Kota Belud, pada saya. Terima kasih.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Itu aspek kedua. Aspek pertama yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ialah berhubung kait dengan kawasan dan kemiskinan di Kota Belud. Itu saya cuba jawab dalam peringkat awal tadi. Jawapan kepada soalan kedua tadi, apa yang merupakan perancangan Sabah ialah merupakan satu perancangan yang sentiasa diubah mengikut keadaan semasa.
Apa yang ada sekarang di Kota Belud dan apa yang saya sebut dalam jawapan kepada soalan asal tadi mencukupi untuk menjamin keselamatan Sabah buat masa ini.
Akan tetapi pada masa-masa yang akan datang, tidak ada sebab kalau sekiranya cukup peruntukan, ahli anggota dan juga aset untuk kita memberi tumpuan ke kawasan- kawasan lain di negeri Sabah atau di sempadan Sabah–Kalimantan.
Ini semua dalam perancangan kita. Kita kena buat berperingkat-peringkat. Apa yang saya bentangkan di dalam Dewan hari ini, saya difahamkan mencukupi untuk menjamin keselamatan Sabah buat masa ini.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Padang Serai. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Yang Berhormat Menteri, tahniah dua kali menjadi Menteri Pertahanan. Syabas dan tahniah saya ucapkan. Soalan saya, bilakah masalah penyelarasan pencen dapat diselesaikan? Saya rasa masalah ini telah bertahun-tahun tidak dapat diselesaikan.
Mohon beri penjelasan. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai tetapi lari jauh daripada jawapan yang saya tengah jawab sekarang dan tidak dibangkitkan semasa perbahasan. Biar saya teruskan. Tinggal 51 saat sahaja lagi dan banyak lagi isu yang dibahaskan secara rasmi yang perlu saya jawab.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab ada setengah minit lagi, dan soalan yang bagi saya di antara yang paling besar tentang kontrak berbilion ringgit— saya tengok macam Yang Berhormat Menteri macam nak elak sampai nak habis. Tidak boleh, jawab yang itu dahulu.
Yang Berhormat Menteri, ini melibatkan soalan saya berulang kali, penegasan saya...
[Tepuk] Ia melibatkan kontrak berbilion ringgit. Jadi, kita nak tanya apa prosesnya, apa ketelusannya, apa tendernya supaya maklumat itu sampai. Kalau tidak, nanti commission agents itu banyak yang meluru yang juga dapat maklumat tetapi saya tidak mahu bangkitkan. Saya nak penjelasan Yang Berhormat Menteri, baru saya nak soal balik.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Saya nak menjawab awal lagi tetapi Yang Berhormat Port Dickson yang tidak hadir pagi tadi. Sebenarnya daripada segi jawapan kita, mengenai isu-isu yang dibangkitkan yang Yang Berhormat Port Dickson telah pun kita sediakan dan saya dalam proses untuk menjawabnya. Akan tetapi saya tunggu sehingga makan tengah hari ini, alhamdulillah Yang Berhormat Port Dickson hadir dan kalau diberikan masa oleh Tuan Yang di-Pertua, saya jawab. Tidak ada benda yang kita nak sembunyikan.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua, boleh tambah masa sedikit? Ini hal keselamatan.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Oleh kerana dibangkitkan oleh Yang Berhormat Port Dickson.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Sekejap. Yang Berhormat Menteri nak jawab Yang Berhormat Port Dickson? Lima minit kah?
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Berapa minit?
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Lima minit boleh?
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Lima minit tidak cukup.
[Ketawa]
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Would you response to the...
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Saya cubalah ya. Yang Berhormat Port Dickson yang telah membangkitkan isu berkaitan dengan perolehan aset ATM yang melibatkan pembinaan littoral combat ships (LCS) yang mana ini juga menjadi soalan Yang Berhormat Ipoh Timur, perolehan helikopter McDonnell Douglas dan perolehan Starstreak peluru bersepadu.
Berhubung perolehan LCS, untuk maklumat Yang Berhormat Port Dickson, perolehan enam buah kapal second generation patrol vessel berkeupayaan littoral combat ship bermula pada tahun 2010. Cadangan ini kemudiannya telah diangkat oleh Jemaah Menteri pada 18 Ogos 2010. Pada 23 Mac 2011, pada dasarnya kerajaan telah bersetuju meluluskan permohonan tersebut di bawah RMKe-10 dan RMKe-11. Hari ini kita masih lagi memikirkan perkara ini dalam RMKe-12.
Sehingga 15 September 2021, kemajuan kerja bagi LCS adalah sebanyak 57.05 peratus berbanding jadual perancangan kerja asal iaitu sebanyak 95.94 peratus.
MINDEF mengakui secara keseluruhannya, perolehan ini telah mengalami kelewatan
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
sebanyak 38.89 peratus. Di atas kelewatan ini, pihak kerajaan juga telah mengenakan denda lewat sebanyak RM80,637,793.64 juta atau EUR4,524,618.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya mencelah sedikit. Saya tidak mahu tekankan soal prosedur— daripada segi proses, kelewatan dan sebagainya. Apa yang lebih penting adalah proses tender itu. Siapa yang masuk tender? Berapa kos? Apa perbandingan dengan kos yang sama perolehan oleh negara-negara lain yang membeli atau membuat kemudahan yang sama? Itu kita nak tahu. Kos dan proses tender yang telus.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Tender yang sedia ada, Yang Berhormat Port Dickson, tidak berubah dari dahulu lagi.
Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein
Dalam kes ini yang menjadi isu ialah kelewatan yang saya telah bentangkan kepada Dewan pada hari ini yang perlu kita selesaikan. Sejak tahun 2010 Yang Berhormat, benda ini tidak selesai termasuk...
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Dia tidak menjawab soalan saya, proses tender dipatuhi atau tidak, siapa yang buat bidding, berapa kos nya..
Dato' Seri Hisammuddin Tun Hussein
Yang untuk LCS?
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Saya tanya berkaitan LCS dan beberapa yang lain yang saya bangkitkan.
Dato' Seri Hisammuddin Tun Hussein
Yang saya hendak jawab ini berhubung kait dengan LCS.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Ya, it’s okay.
Dato’ Seri Hisammuddin Tun Hussein
Jadi saya memperincikan jawapan saya kepada apa yang berlaku kepada littoral combat ships (LCS) kita. Ini merupakan sesuatu yang telah diputuskan dalam tahun 2010 lagi. Sejak tahun 2010, Yang Berhormat Kerajaan Pakatan Harapan pun berdepan dengan isu yang sama untuk 22 bulan. Kalau isunya prosedur dalam meluluskan dan menawarkan projek berkenaan itu pun perkara yang boleh dibangkitkan masa Yang Berhormat sendiri menerajui kerajaan.
Yang penting sekarang, seperti saya sebutkan kepada Dewan pada hari ini...
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Saya tidak mahu argue, mintak maaf. Akan tetapi sebut 2010 diputuskan, 2011 diluluskan. Saya hendak tanya yang spesifik, hendak merewang ke tempat lain pasal apa? Hendak tanya saya, saya boleh buka fail Kementerian Kewangan, saya tidak ingat tapi boleh. Tidak ada masalah. Saya tidak terlibat. Pada masa saya Menteri Pertahanan itu ialah Yang Berhormat Pekan, boleh tanya.
Kemudian yang saya hendak tahu ada tiga empat tajuk yang saya berikan, apakah proses tender diperolehi, berapa kosnya, siapa ejen supaya kita tahu kerana benda ini dibangkitkan. Ini membantu Yang Berhormat Menteri juga supaya jangan ada tempiasan tuduhan itu kepada beliau. Janganlah...
Dato’ Seri Hisammuddin Tun Hussein
...jaga kepentingan saya. Akan tetapi benda ini merupakan sesuatu isu yang telah lama terpaksa kita hadapi. Seperti yang saya sebut tadi, semasa Pakatan Harapan menerajui kerajaan pun terpaksa dihadapinya. Yang Berhormat Kota Raja pada masa dan ketika itu telah pun mengenal pasti masalah-masalah LCS di mana kontraktor gagal siap reka bentuk, kontraktor lewat muktamadkan perolehan sebahagian peralatan, dan paling penting kualiti kerja yang tidak ikut spesifikasi.
Di bawah kepimpinan Pakatan Harapan ini, satu Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Perolehan Kewangan Kerajaan telah ditubuhkan. Siasatan berjalan seperti apa yang disyorkan oleh kerajaan ketika itu. Pemimpin-pemimpin MINDEF, saya sendiri, diminta memberi penjelasan sama ada kepada PAC, Jawatankuasa yang ditubuhkan, SPRM, atau Bukit Aman. Semua ini telah pun disiasat dan pihak berkuasa mempunyai failnya. Kalau sekiranya Yang Berhormat Port Dickson mempunyai maklumat dan bukti-
Dato’ Seri Hisammuddin Tun Hussein
bukti baharu, yang boleh membuka balik perkara ini, terima kasih saya pun tidak ada apa yang hendak sembunyikan.
Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Port Dickson boleh melindungi saya, saya mengalu-alukan. Akan tetapi apa yang kita bincangkan hari ini, merupakan Rancangan Malaysia ke-12, melihat ke hadapan. Hendak melihat ke hadapan, saya sudah pecahkan kategori kontrak-kontrak dan projek-projek kepada tiga.
Pertamanya projek-projek legasi, projek sakit, projek lewat, yang perlu dibayar denda. Itu sudah dikategorikan. Kedua ialah projek-projek yang perlu saya putuskan sekarang, kini. Ini akan menentukan struktur prosedur. Kalau prosedur yang sedia ada Yang Berhormat rasa tidak sesuai, beri cadangan pada kita dan kita boleh ubah suai untuk masa depan. Kategori ketiga ialah projek-projek yang ke hadapan. Ke hadapan untuk satu tahun, bajet yang hendak kita bentangkan dalam bulan Oktober. Projek- projek lima tahun akan datang yang dibahaskan dalam Dewan yang mulia ini di bawah Rancangan Malaysia ke-12.
Jadi, itu semua di dalam struktur kita. Kalau Yang Berhormat Port Dickson merasakan 22 bulan tidak mencukupi untuk menyelesaikan apa jua perkara-perkara yang kita warisi daripada pemimpin-pemimpin sebelum ini atau projek-projek yang tergendala, bayangkan saya sekarang. Kembali ke MINDEF baru lima minggu. Jadi dalam keadaan sebegitu, saya berterima kasih perkara ini dibangkitkan Yang Berhormat Port Dickson. Kita ambil maklum tetapi yang penting ialah...
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Yang Berhormat Menteri, tidak jawab. Saya tanya kalau tidak boleh jawab 2010, minta notis dan berikan jawapan.
Selama 22 bulan saya tidak terlibat dalam kerajaan. Itu bukan saya hendak ulang. Yang keduanya, ada juga kontrak-kontrak diluluskan semasa Yang Berhormat Menteri. Saya sudah jelaskan. Saya sudah sebut dalam ucapan saya. Saya percaya staf boleh teliti.
Jadi saya minta supaya masa Yang Berhormat Menteri sendiri pun apakah proses itu dipatuhi, apa prosesnya, bila tendernya. Itu yang saya hendak tahu. Dan kosnya. Saya tidak membuat satu kenyataan yang melulu ataupun terlalu kabur. Jelas saya tumpukan kepada spesifik items dan minta soalan yang saya tanya masa ucapan pun agak spesifik. Berapa kosnya, apakah proses tender diikuti? Kalau yang lama dikaji, sebut begitu. Kemudian yang sekarang, yang diluluskan baru-baru ini, bagaimana kedudukannya? Umpamanya, itu yang saya hendak.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, saya— banyak kementerian tidak selesai. Kita pun sudah— saya mintak Yang Berhormat Menteri boleh tidak bagi jawapan secara bertulis kepada Yang Berhormat Port Dickson, supaya saya rasa isu yang lebih spesifik dapat dijawab.
Saya minta maaf, saya— I’m guided by time. I’m so sorry. You boleh respond dan jawab secara bertulis, specifically. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Saya jemput Yang Berhormat yang mewakili Menteri Kewangan atau Timbalan Menteri Kewangan? Tiga puluh minit, silakan.
Timbalan Menteri Kewangan I - Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, salam Keluarga Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaacob atas pembentangan Rancangan Malaysia ke-12 pada 27 September yang lalu.
Ucapan terima kasih juga kepada 22 Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia ke-12 yang melibatkan perkara- perkara, isu-isu berbangkit berkaitan portfolio Kementerian Kewangan yang akan saya perjelaskan. Manakala sebarang pandangan, cadangan dan teguran yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian amatlah dihargai dan kita akan pertimbangkan.
Timbalan Menteri Kewangan I - Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua untuk memberi penjelasan beberapa perkara yang dibangkitkan di bawah tanggungjawab Kementerian Kewangan. Pertamanya, Yang Berhormat Bukit Bendera dan Yang Berhormat Pagoh telah membangkitkan isu yang agak spesifik berkaitan strategi membangunkan ekonomi selepas pandemik COVID-19 dan keperluan bagaimana untuk mengukuhkan sektor-sektor ekonomi yang pastinya memberi sumbangan besar kepada KDK negara.
Tuan Yang di-Pertua, sememangnya kerajaan telah dan sedang melaksanakan pelbagai strategi dan inisiatif bagi memulihkan ekonomi yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Di samping kita melindungi nyawa dan kehidupan rakyat, antara strategi yang utama untuk terus menyokong sektor yang terkesan dan merancakkan semula ekonomi adalah pertama, pelaksanaan strategi 6R; resolve, resilience, restart, recovery, revalitise dan reform, dengan izin. Bagi kita melakukan secara sistematik menyeluruh menangani krisis, kita kini berada di peringkat yang akhir iaitu reform phase.
Kedua, pelaksanaan sejumlah lapan pakej bantuan ransangan ekonomi dan bantuan komprehensif yang bernilai sebanyak RM530 bilion. Sejak Mac 2020, di mana peruntukan semasa tahun 2020 berjumlah lebih kurang RM305 bilion dan peruntukan semasa tahun ini 2021, berjumlah RM225 bilion.
Ketiganya kita memperkenalkan inisiatif-inisiatif belanjawan tahun 2021 dengan peruntukan RM322.5 bilion. Keempat, kita melaksanakan satu pendekatan yang menyeluruh melibatkan seluruh negara, iaitu melalui pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang menjadikan satu strategi peralihan keluar secara berfasa dan selamat daripada kemelut penularan pandemik COVID-19 susulan peningkatan kes mendadak yang mengancam kesihatan awam.
Timbalan Menteri Kewangan I - Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
Tuan Yang di-Pertua, berikutan pelaksanaan apa yang telah saya sebutkan tadi, pelbagai pakej, pelan, langkah berkenaan, trend pemulihan ekonomi telah dapat dilihat di mana ekonomi negara telah berkembang sebanyak 7.1 peratus pada separuh pertama tahun 2021 berbanding penguncupan sebanyak 8.4 peratus pada tempoh yang sama pada tahun 2020.
Namun Dewan yang mulia ini, setelah mengambil kira momentum pertumbuhan ekonomi yang terjejas berikutan pelaksanaan semula langkah pembendungan pandemik yang lebih ketat mulai Mei 2021 susulan ancaman varian baharu COVID-19, kerajaan telah menyemak semula unjuran pertumbuhan KDNK negara seperti mana yang telah diumumkan pada tahun 2021 untuk Bajet 2021 kepada antara tiga peratus kepada empat peratus, berbanding anggaran awal antara 6.5 peratus kepada 7.5 peratus.
Semakan semula tersebut adalah berdasarkan beberapa andaian. Satunya berkaitan pembukaan semula sektor ekonomi dan sosial pada suku tahun keempat 2021, berikutan beberapa kemajuan dan keberkesanan pelaksanaan.
Pertamanya, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Keduanya, pelaksanaan pelbagai pakej rangsangan sepertimana yang telah saya sebutkan sebentar tadi dan sepertimana Yang Berhormat Menteri Kewangan telah nyatakan soalan nombor dua, Yang Berhormat Bagan pagi tadi.
Ketiganya, kita juga memberi keutamaan kepada pemboleh daya pertumbuhan
(growth enabler) seperti pendigitalan, penggunaan teknologi dalam usaha meningkatkan prospek dan daya tahan ekonomi Malaysia dalam jangka masa sederhana selaras dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital yang kita sebut sebagai MyDIGITAL.
Keempatnya, kita juga melakukan pelaksanaan kerangka kerja Aspirasi Pelaburan Nasional dan Inisiatif Perkukuh Pelaburan Rakyat. Kelimanya, sudah pasti Rancangan Malaysia Ke-12 tahun 2021 sehingga tahun 2025 telah menggariskan pelbagai strategi dan inisiatif untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan terangkum sosioekonomi, kelestarian alam sekitar dalam jangka masa sederhana.
Sudah pasti ini semua, Tuan Yang di-Pertua, adalah sejajar dengan matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan matlamat Pembangunan Mampan Agenda 2030...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Timbalan Menteri.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
...sedikit, sedikit lagi. Tuan Yang di-Pertua – nanti saya bagi, Yang Berhormat Baling. Izinkan saya habiskan satu para lagi. Sebagai persediaan Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2022 yang akan diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan pada Oktober tahun ini, Kementerian Kewangan kini sedang melakukan pelbagai sesi libat urus di antara dua pihak, kerajaan dan pembangkang dan juga semua pihak yang berkepentingan.
Ini kerana, bagi Kementerian Kewangan, inilah langkah yang bertepatan dalam konsep Keluarga Malaysia dalam kita merangka strategi untuk memulihkan ekonomi negara yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Sudah pastinya, kita akan memastikan Malaysia akan pulih daripada krisis kesihatan berakhir pada tahun 2021 dan insya-Allah pada tahun 2022 merupakan tahun pemulihan. Saya beri kepada Yang Berhormat Bagan, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Baling.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih kepada jawapan daripada rakan saya, Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan I. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan jumlah kerugian ekonomi yang dialami selepas total lockdown dilaksanakan pada tahun lepas bulan Mac? Memandangkan bahawa lapan pakej rangsangan ekonomi sebanyak RM530 bilion telah diperkenalkan, tetapi masih tidak dapat memulihkan keadaan ekonomi kepada tahap tahun 2019.
Walaupun itu ada pembangunan ekonomi lebih tujuh peratus, tetapi kalau berbanding dengan penguncupan sebanyak 8.4 peratus, masih belum mencukupi lagi.
Adakah kerana daripada RM530 bilion ini, RM330 bilion yang dibelanjakan bukan kesemuanya dalam bentuk suntikan dana secara langsung? Tadi, Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan I sendiri menyatakan, kalau kita lihat daripada segi suntikan dana secara langsung hanya RM63 bilion. Sekiranya kita dapat memberikan suntikan dana secara langsung, mungkin keadaan akan lebih baik lagi. Ini yang pertama.
Kedua ialah, saya tanya—yang disebutkan usaha untuk bukan sahaja memberikan bantuan, tetapi dalam aspek ini, adakah satu siasatan terperinci atau secara rasmi yang merangkumi merentasi peringkat antarabangsa telah dijalankan ke atas Kertas-kertas Pandora, di mana kita lihat bahawa ada pengeluaran ataupun aliran dana secara haram lebih RM1 trilion? Adakah satu siasatan diadakan?
Apakah usaha untuk mendapatkan balik wang yang telah dialihkan? Saya tahu, ia melibatkan beberapa personaliti utama parti politik dan juga daripada orang-orang kenamaan, tetapi saya rasa demi kepentingan nasional, adakah satu siasatan akan diadakan? Kerana ini satu perkara penting. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya terbaca dalam Google Mobility Index berkaitan dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, berkaitan dengan pandemik COVID-19, bagaimana kita menyelaras. Saya nak ucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian Kewangan kerana dapat mengatasinya dengan ada juga merancakkan ekonomi.
Kita sedar ia bukanlah serancak terdahulu, tetapi walau bagaimanapun, kerana sumbangan-sumbangan seperti subsidi-subsidi, Bantuan Prihatin Nasional, projek berskala kecil, pinjaman mikro kredit, sokongan bantuan sosial kepada golongan muda terjejas, dan juga kepada Geran Khas Prihatin kepada mereka yang tidak ada kerja.
Alhamdulillah, teruskan usaha ini.
Sebelum saya hendak tanya soalan saya, saya ingin syorkan agar dalam bajet yang akan datang ini, harap-harap sudah buat persiapan yang rapi untuk tambahan wang untuk pastikan endemik ini yang akan kita laksanakan dapat kita kawal dan membantu. Soalan saya, apakah indikator ekonomi negara yang boleh dinyatakan bagi meyakinkan rakyat bahawa ekonomi negara kita berada di atas landasan yang tepat?
Apakah sektor-sektor yang terkesan dan sejauh mana jangka masa untuk melaksanakan pemulihannya? Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
Terima kasih...
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Tuan Yang di-Pertua, sedikit soalan tambahan. Boleh...
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
Boleh saya jawab dulu, atau macam mana?
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Berkaitan sedikit.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
Okey.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya adalah seperti ini. Di Malaysia hari ini, ada lapan peratus warga Malaysia yang tidak mempunyai akaun bank dan lapan peratus itu kira-kira dalam hampir dua juta rakyat Malaysia yang tidak ada akaun bank. Daripada dua juta ini, 55 peratus adalah wanita.
Mengikut laporan daripada World Bank dan juga Bank Negara Malaysia, mereka ini sama ada berpendapatan sangat rendah ataupun tiada pendapatan langsung. Now, lapan peratus ini sudah pasti tidak dapat menikmati bantuan-bantuan daripada Pelan Pemulihan Negara, bantuan-bantuan kewangan one-off dan sebagainya.
Maka saya ingin tahu di sini, apakah pelan tindakan dalam tempoh lima tahun atau kurang oleh Kementerian Kewangan untuk memastikan kita ada zero percent warga Malaysia yang tidak ada akaun bank? That we don’t have this eight percent anymore. Apakah langkah-langkah untuk reach out kepada mereka ini? Terima kasih.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih tiga orang Ahli Yang Berhormat yang bertanya beberapa persoalan di bawah sektor ekonomi. Saya hendak menjawab Tuan Yang di-Pertua, kepada Yang Berhormat Batu Kawan terlebih dahulu. Yang Berhormat, Kementerian Kewangan bagi komitmen, akses kepada sistem kewangan negara kita akan pertingkatkan, di mana di bawah Bank Negara Malaysia, kita mempunyai satu program yang dinamakan Financial Education Network di mana literasi kewangan ini juga merupakan satu usaha yang dibuat bukan sahaja Bank Negara Malaysia, tetapi ia melibatkan ramai pihak.
EPF terlibat, Securities Commission terlibat, dan juga pihak PIDM juga terlibat dan disokong oleh Bank Negara Malaysia. Jangan risau Yang Berhormat, Kementerian Kewangan akan sentiasa mempertingkatkan dari segi literasi kewangan dan kita juga akan memastikan regional gap between Pantai Barat, Pantai Timur juga akan dikurangkan jurang tersebut.
Saya hendak bagi Tuan Yang di-Pertua, kepada yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan. Yang Berhormat Bagan, sepertimana Yang Berhormat Bagan sedia maklum, semasa kita membuat PKP 1.0, Kementerian Kewangan menganggarkan kita kehilangan lebih kurang RM2.4 bilion untuk satu hari.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
Semasa kita buat PKP 2.0, kita kehilangan lebih kurang RM300 juta ke RM400 juta satu hari. PKP 3.0 kita kehilangan – kita menganggarkan kita kehilangan lebih kurang RM1.1 bilion. Jadi, apa yang disebutkan Yang Berhormat, saya amat memahami bagaimana suntikan fiskal itu harus diperluaskan kerana bagi Yang Berhormat yang pentingnya adalah fizikal.
Akan tetapi, sepertimana yang telah dinyatakan pagi tadi Yang Berhormat, apabila kita memperuntukkan RM530 bilion fiskal dan bukan fiskal, sebanyak RM330 bilion telah kita belanjakan. Itu sebabnya 62 peratus telah dilaksanakan melibatkan 20 juta rakyat dan 2.42 juta perniagaan. Isu cukup atau tidak itu adalah perkara yang sedang kita pertimbangkan di peringkat Kementerian Kewangan. Semasa sesi libat urus dengan Yang Berhormat Bagan juga bersama Kementerian Kewangan perkara ini juga telah dinyatakan.
Saya juga hendak beritahu kepada Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, kita peruntukkan RM332.5 bilion dalam Bajet 2021 dan setakat hari ini telah kita belanjakan sebanyak RM216 bilion iaitu lebih kurang 66 peratus. Sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Baling tadi, RM65 bilion di bawah Kumpulan Wang
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
Amanah COVID-19 – sebanyak RM65 bilion kita telah pakai lebih kurang 90 peratus daripada siling tersebut. Apa yang paling penting Yang Berhormat, bantuan tunai kepada rakyat kita beri RM33 bilion dan bantuan kepada usahawan mikro dan PKS kita bagi RM30 bilion. Ini direct injection Yang Berhormat.
Perkara kedua yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan tadi ialah berkaitan Pandora Papers yang menjadi isu yang berlegar di media sosial ini. Suka saya maklumkan kepada Yang Berhormat, pagi tadi Yang Berhormat Menteri Kewangan telah menyatakan dan izinkan saya mengulangi apakah pendirian di peringkat Kementerian Kewangan.
Pertamanya sektor kewangan Malaysia. Yang Berhormat juga sedia maklum kerana Yang Berhormat ialah bekas Yang Berhormat Menteri Kewangan diselia oleh pelbagai akta di bawah Bank Negara melalui Akta 758, Akta 759 dan juga Labuan LFA.
Di bawah undang-undang sedia ada Kementerian Kewangan, Yang Berhormat Bagan, ingin menjelaskan bahawa mana-mana individu boleh membuka akaun dengan mana- mana bank yang berlesen termasuk akaun luar pesisir. Walau bagaimanapun, semua pelanggan yang membuka akaun tersebut di bawah bank berlesen mesti dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.
Berkaitan siasatan atau tidak Yang Berhormat, sudah pasti di bawah pertimbangan Kementerian Kewangan untuk melihat apakah langkah ke hadapan yang ingin kita lakukan. Sudah pasti sekiranya mereka menyalahi akta-akta yang telah saya sebutkan tadi, Akta 758 dan Akta 759, kita juga akan melakukan sesuatu supaya kita tidak akan biarkan ketirisan berlaku di dalam negara ini.
Saya hendak berbalik Yang Berhormat berkaitan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Baling. Yang Berhormat Baling menyatakan apakah indikator-indikator ekonomi yang sudah pasti akan memberi satu keyakinan kepada rakyat. Saya melihat angka-angka yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Baling tadi adalah komitmen kerajaan untuk membantu rakyat.
Namun, dalam keadaan kita menghadapi krisis pada hari ini Tuan Yang di- Pertua, petunjuk kini telah menunjukkan bahawasanya ada tanda-tanda pemulihan yang tidak boleh kita nafikan akibat aktiviti ekonomi kerana lebih banyak sektor dibuka dan beroperasi, kelonggaran diberikan kepada individu yang diberikan vaksin dan petunjuk- petunjuk Yang Berhormat Baling, yang mungkin boleh meyakinkan rakyat ialah pertamanya adalah peningkatan dalam petunjuk runcit, rekreasi dan mobiliti.
Ini telah dinyatakan oleh Google mobility trends seperti mana yang dirujuk oleh Yang Berhormat Baling sebentar tadi, perbezaan sebelum pandemik dengan semasa pandemik, September 2021 ia menguncup kepada 18 peratus berbanding Jun 2021 menguncup kepada 36 peratus. Kalau kita bandingkan daripada segi pergerakan daripada segi runcit, rekreasi dan mobiliti, ia seolah-olahnya sudah menunjukkan pengukuhan daripada segi – walaupun masih berada dalam penguncupan tetapi daripada penguncupan 36 peratus kepada September iaitu 18 peratus.
Kedua Yang Berhormat Baling, prestasi eksport kasar terus mengukuh. Kalau kita hendak bandingkan pada suku kedua tahun 2020, ia menguncup 14.9 peratus. Akan tetapi Yang Berhormat Baling, pada Ogos 2021 Tuan Yang di-Pertua, 18.4 peratus. Itu yang kedua. Ketiga yang amat penting Yang Berhormat Baling adalah berkaitan peningkatan aliran masuk FDI yang berterusan untuk separuh tahun 2021 sebanyak RM17.2 bilion. Jumlah ini Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, ia lebih tinggi berbanding jumlah keseluruhan FDI pada tahun 2020 yang bernilai RM14.6 bilion.
Maknanya kita – separuh tahun 2021 sudah mencatat RM17.2 bilion.
Keempat, kelulusan pelaburan oleh MIDA lebih tinggi sebanyak RM107.6 bilion, separuh tahun 2021 berbanding separuh tahun 2020 sebanyak RM63.3 bilion. Sudah pasti yang kelima Tuan Yang di-Pertua, kenaikan harga komoditi termasuk minyak mentah pada quarter 2021 sebanyak USD73 per barrel. Harga semasa pada hari ini USD81 per barrel, LNG RM621 setan dan sawit juga telah menunjukkan prestasi yang cukup-cukup menguntungkan daripada segi komoditi...
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Berhormat.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
Reflectionnya Tuan Yang di-Pertua adalah berkaitan sekiranya harga komoditi naik maknanya daripada segi hasil (revenue) kepada kerajaan juga akan meningkat. Yang paling pentingnya Tuan Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia ini, kita mesti melihat KDNK negara kiat ditentukan oleh lima sektor ekonomi iaitu pertanian, perlombongan, perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan. Sudah pasti kelima-lima ini telah menunjukkan prestasi yang cukup baik.
Namun sepertimana yang ditanya oleh Yang Berhormat Baling tadi, tempoh untuk kita recover semua perkara ini juga harus kita lihat secara spesifik, bukan secara menyeluruh. Ini kerana, kalau sektor perkilangan itu tidak menjadi masalah tetapi sektor perkhidmatan seperti tourism, F&B ia mengambil masa yang agak lama. Itu sebabnya kerajaan akan masuk untuk membuat satu tindakan yang lebih baik bagi memastikan mereka dapat menjalankan perniagaan yang lebih baik. Silakan Yang Berhormat Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Berhormat, tiga soalan ringkas. Pertama sekali, pada belanjawan yang lepas kerajaan telah pun berjanji untuk memungut dalam RM400 juta daripada syarikat-syariat pengeluar sarung getah daripada segi peralatan. What is the status update? Soalan ini saya sudah tanya berkali- kali.
Soalan kedua, kerajaan telah pun menaikkan special draw daripada lapan kepada 22, berapakah jumlah pendapatan tambahan yang kerajaan dapat pungut dengan penambahan special draw daripada lapan kepada 22?
Terakhir sekali, soalan yang saya juga bangkitkan dalam ucapan saya. Oleh sebab, kita melalui situasi yang agak unik, sudah tukar Perdana Menteri tiga kali. Kalau ikut pekeliling, setiap kali pertukaran itu berlaku atau Parlimen dibubarkan, setiap Menteri akan diberikan gratuiti dan jumlahnya agak tinggi. Adakah Menteri yang telah pun kekal bagi tiga-tiga Perdana Menteri, di bawah Kabinet Pakatan Harapan, bawah Kabinet Perikatan Nasional dan sekarang di bawah Kabinet Keluarga Malaysia, adakah gratuiti itu datang tiga kali atau disekalikan sahaja. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
Tuan Yang di-Pertua, soalan yang dibangkitkan atau isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Muar itu saya akan jawab selepas saya selesai isu menyebabkan hutang negara. Boleh Yang Berhormat Muar?
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Tebrau. Boleh Tebrau mencelah?
Ya, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas penjelasan macam mana negara kita– ekonomi negara kita semakin bertambah baik. Akan tetapi, bagi pelabur- pelabur asing dan juga komuniti business, satu perkara yang amat penting adalah credit rating dengan izin, kita. Jadi soalan saya adalah bagaimana status prestasi penarafan kredit Malaysia terkini? Kedua, apakah langkah-langkah dalam memastikan prestasi penarafan kredit terus cemerlang di Malaysia? Terima kasih.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
Terima kasih Yang Berhormat Tebrau atas isu yang dibangkitkan yang amat signifikan. Bila kita berbicara tentang ekonomi sudah pasti isu rating ini juga akan menjadi topik perbualan.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
Untuk makluman Yang Berhormat, walaupun kita menghadapi krisis COVID-19, para penggubal dasar mengambil tindakan untuk menguatkuasakan kawalan pergerakan seperti mana yang telah saya nyatakan tadi dengan penutupan sektor. Ini semua adalah– tujuan kita adalah untuk membantu ekonomi dan rakyat. Kita telah laksanakan pelbagai libat urus dengan rating agensi sama ada Moody’s, S&P dan Fitch.
Untuk makluman Yang Berhormat, walaupun ada semakan semula terhadap penarafan kredit negara oleh Fitch Ratings, ianya akan terus disokong oleh asas-asas ekonomi yang akan kekal kukuh serta kedudukan luaran negara yang bertahan.
Malaysia untuk makluman Yang Berhormat secara konsisten mencatatkan lebihan akaun semasa, our current account, lebihan current account, surplus current account sepanjang dua dekad.
Lebihan akaun semasa terbesar dicatatkan pada tahun 2020 yang berjumlah RM60 bilion atau bersamaan 4.2 peratus kepada KDNK. Kedudukan ini Yang Berhormat disokong oleh reserve antarabangsa yang mencukupi aset luaran bank dan korporat
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
yang besar serta kedudukan luaran mata asing bersih berjumlah RM1.1 trilion atau 75.6 peratus daripada KDNK pada akhir Jun 2021.
Soalan kedua Yang Berhormat, adalah berkaitan apakah langkah-langkah kerajaan untuk kita mengelakkan penarafan ini terjejas. Penarafan kredit ke atas Malaysia didorong oleh pertamanya, ekonomi negara yang pelbagai dan kompetitif.
Keduanya, sumber asli yang mencukupi. Ketiganya ialah prospek pertumbuhan ekonomi jangka masa sederhana yang kukuh. Keempat, ketersediaan simpanan domestik yang besar dapat menyokong paras hutang yang tinggi dan mengurangkan risiko kecairan.
Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan yakin setiap agensi penarafan mempunyai kaedah penarafan tersendiri dan mereka akan membuat penilaian yang adil terhadap asas-asas ekonomi negara yang kita kekal kukuh seperti mana yang telah saya nyatakan tadi. Dasar fiskal dan monetary yang fleksibel dan prospek pertumbuhan ekonomi pada masa hadapan yang lebih baik berbanding negara-negara lain dalam kategori penarafan yang sama.
Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan hari ini akan kembali melaksanakan langkah konsolidasi fiskal setelah ekonomi pulih semula dan kerajaan akan memperkemaskan Yang Berhormat berkaitan strategi hasil jangka sederhana, medium- term revenue strategy secara beransur-ansur dalam memastikan kemapanan sumber kewangan negara. Kedua Yang Berhormat, yang paling penting adalah pembaharuan fiskal khususnya melalui penggubalan Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) dan kita lakukan ini adalah untuk penambahbaikan pengurusan fiskal yang lebih telus.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Timbalan Menteri, boleh?
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
Boleh saya pergi ke hutang negara sekejap?
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Okey.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan hutang negara yang sememangnya dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kangar. Yang Berhormat Kangar mempersoalkan apakah langkah kerajaan untuk merasionalkan hutang kerajaan dalam tempoh RMKe-12.
Untuk makluman Yang Berhormat sememangnya Yang Berhormat ketahui kerajaan sekarang ini berada dalam keadaan defisit. Kerajaan perlu membuat pinjaman bagi membiayai pakej-pakej bantuan selain projek pembangunan bagi menyokong objektif RMKe-12. Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat, kedudukan hutang kerajaan pada masa ini adalah kekal terkawal.
Pada akhir Ogos 2021 hutang negara mencatat RM965.3 bilion atau 63.3 peratus daripada KDNK. Manakala hutang statutori yang merangkumi instrumen MGS, MGII, MITD mencatatkan 59.2 peratus daripada KDNK sehingga Ogos 2021. Yang Berhormat ia masih berada di bawah 60 peratus daripada KDNK yang telah ditetapkan.
Perbelanjaan yang kita lakukan Yang Berhormat sudah pastinya akan memberi impak berganda kepada ekonomi rakyat. Reformasi fiskal melalui apa yang telah saya sebutkan tadi Akta Tanggungjawab Fiskal dan rangka kerja fiskal rangka sederhana dan kita juga akan lakukan konsolidasi fiskal yang akan disokong. Pertamanya, mengkaji dan menambah baik sistem percukaian sedia ada. Keduanya, kita memperluaskan asas hasil. Ketiganya, kita memanfaatkan potensi sektor tidak formal. Keempatnya, kita mengurangkan amalan kurang lapor dan isytihar. Keempat, kita mengurangkan ketirisan cukai serta yang berikutnya kita menambah baik pentadbiran cukai melalui pengurusan data...
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Timbalan Menteri.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
...Yang berkesan dan berinteraksi data dengan agensi lain. Itu sebabnya – sabar Yang Berhormat. Itu sebabnya apabila kita lakukan langkah konsolidasi fiskal ini disertai dengan kutipan hasil lebih baik pasca krisis
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
pada tahun 2022 dijangka akan mengurangkan paras hutang dan beban bayaran khidmat hutang, our debt service charges dengan izin secara beransur-ansur demi memastikan kemampanan fiskal dan kemampuan keberhutangan kerajaan dalam jangka masa panjang.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Boleh saya mencelah?
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kangar.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
Yang Berhormat Kangar dan Simpang Renggam.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Pasir Mas satu ya.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Terima kasih Timbalan Menteri. Saya faham dasar kerajaan sebenarnya bukanlah baharu dalam mengambil pendekatan konsolidasi fiskal. Saya sendiri pernah bercakap di Dewan ini bahawa ini adalah masa krisis jadi kita perlu tingkatkan had syiling hutang kita.
Cuma dalam pendekatan kerajaan sebelum ini kita melakukan antara cara konsolidasi fiskal adalah kita memindahkan beban hutang itu ditanggung oleh sebahagian agensi-agensi yang mendapat tanggungan oleh kerajaan dengan izin off- budget punya expenditure. Jadi, cuma kebimbangan saya dan saya bahaskan dalam perbahasan RMK ini ialah sejauh manakah agensi-agensi yang terpilih untuk mendapat tanggungan kerajaan ini mampu membayar balik hutang mereka dan tidak memindahkan beban itu kepada kerajaan? Terima kasih.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Okey, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Yang Berhormat Simpang Renggam.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Pasir Mas.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Ya, kalau kita lihat baru-baru ini kerajaan telah berikan RM15 juta kepada sekolah swasta Cina melalui Dong Zong.
Zaman Pakatan Harapan dulu kita beri kepada sekolah Cina dan kita beri kepada tahfiz dan juga sekolah agama swasta RM100 juta pada tahun 2019. Kemudian, tahun lepas masih lagi diikuti oleh kerajaan dan oleh juga Yang Berhormat Menteri kita.
Cuma sekarang ini kita lihat banyak sekolah tahfiz yang akan tutup.
Persoalannya, apakah Kementerian Kewangan bercadang untuk meneruskan apa yang telah dimulakan pada zaman Pakatan Harapan, berikan RM100 juta kepada sekolah- sekolah agama swasta dan sekolah tahfiz. Itu yang pertama.
Kedua, berkaitan dengan apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kangar tadi tentang sumber kutipan hasil. Kita tahu bahawa Kementerian Kewangan mengatakan antara kutipan hasil mereka ialah daripada hasil cabutan judi. Pada zaman Pakatan Harapan kita telah kurangkan kepada lapan kali dan pada zaman Perikatan Nasional dan diteruskan waktu ini kepada 22 kali. Apakah kerajaan bercadang untuk kembali kepada lapan kali seperti zaman Pakatan Harapan? Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Pasir Mas, akhirnya.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Pasir Mas.
Tuan Yang di-Pertua
Kemudian gulung ya.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
Okey.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Pasir Mas.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya juga ingin bertanya Timbalan Menteri antara pertanyaan saya adalah berkenaan dengan– dalam ucapan saya adalah berkenaan dengan cabutan judi yang dinaikkan sebanyak 22. Saya menunggu berita gembira daripada Timbalan Menteri bahawa hari ini kerajaan membatalkan semula kenaikan kepada 22 bahkan akan memansuhkan terus sebanyak special draw yang dilakukan selama ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, kemudian akhirkan. Akhiran.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada tiga orang Ahli Yang Berhormat yang bertanyakan soalan.
Cumanya Tuan Yang di-Pertua izinkan saya merujuk dahulu perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kangar. Yang Berhormat Kangar bangkitkan berkaitan tentang hutang yang dijamin oleh kerajaan. Yang Berhormat kangar juga memohon supaya senaraikan agensi-agensi yang ada hutangnya dengan di bawah jaminan kerajaan.
Untuk makluman Yang Berhormat maklumat terkini berkaitan senarai agensi yang hutangnya dijamin oleh kerajaan akan disiarkan hujung bulan ini dalam Laporan Tinjauan Fiskal 2022 yang diterbitkan bersama dokumen Belanjawan 2022 pada 29 Oktober nanti.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Timbalan Menteri minta sikit. Kalau boleh sekarang kita dapat tahu bahawa jumlahnya sebelum dapat yang terperinci.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
Setakat – saya hendak pergi ke arah itu Yang Berhormat. Setakat 30 Jun 2021, jumlah hutang yang dijamin oleh kerajaan adalah berjumlah RM300.44 bilion atau bersamaan dengan 19.84 peratus daripada KDNK negara.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
Jumlah hutang yang dijamin oleh kerajaan ini terdiri daripada pinjaman domestik sebanyak RM273.93 bilion dan pinjaman luar sebanyak RM26.51 bilion. Apa yang paling pentingnya Yang Berhormat, kesemua syarikat yang mendapat jaminan kerajaan tidak pernah gagal dalam memenuhi obligasi hutang mereka.
Kedudukan kewangan syarikat-syarikat ini adalah baik, Yang Berhormat. Di mana syarikat-syarikat ini ada sumber kewangan tersendiri, manakala hutang syarikat kerajaan yang dijamin akan disediakan peruntukan oleh kerajaan berdasarkan tempoh matang hutang masing-masing. Untuk membayar balik hutang mereka, kerajaan dari semasa ke semasa sentiasa memantau Yang Berhormat, berkaitan kedudukan kewangan syarikat-syarikat tersebut bagi memastikan komitmen bayaran hutang yang tepat pada waktunya.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Yang Berhormat Timbalan Menteri, tentang jaminan hutang.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, tolong bagi Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab. Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Simpang Renggam dan Yang Berhormat Pasir Mas dahulu.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Ya, sudah habis sudah pun. Oleh sebab saya hendak...
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
Saya– boleh tidak saya habiskan dahulu, nanti saya bagi Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak ada masa sudah ini.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Terima kasih, saya cuma tanya UJSB termasuk atau tidak lagi dalam laporan fiskal tadi?
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
Yang Berhormat, sepatutnya masuk awal tadi tanya. Ini Yang Berhormat baru masuk, lepas itu Yang Berhormat terus bangun.
Tidak betul, Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Yang Berhormat Simpang Renggam.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
Yang Berhormat Simpang Renggam dan Yang Berhormat Pasir Mas ada menyinggung berkaitan 22 cabutan khas (special draw) yang telah menjadi juga sebagai satu perkara yang didebatkan. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan akan mengambil maklum dan meneliti cadangan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, insya-Allah dalam masa terdekat, kerajaan akan mengumumkan. Berkaitan ia merupakan hasil negara atau tidak, ia tidak berapa tepat, Yang Berhormat. Oleh kerana banyak lagi hasil-hasil negara. Oleh kerana hasil
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
negara ini ada tiga kelompok yang besar Yang Berhormat, hasil cukai, hasil bukan cukai dan perkara-perkara yang tidak melibatkan cukai.
Jadi, saya harap Yang Berhormat dapat bersabar dalam masa terdekat. Kita akan memberi satu kenyataan berkaitan perkara-perkara yang sedang dilakukan. Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat, walaupun 22 kali cabutan yang diluluskan pada tahun ini, tidak semua dilaksanakan, Yang Berhormat. Buat setakat pada hari ini, hanya lapan sahaja yang berjaya dilaksanakan, tujuh terpaksa dibatalkan dan baki itulah yang akan kita nyatakan dalam tempoh yang terdekat.
Tuan Yang di-Pertua
Tolong habiskan, tolong habiskan.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah
Saya kira banyak isu-isu yang berkaitan Yang Berhormat, yang berkaitan GST, berkaitan KWSP dan banyak perkara yang melibatkan agensi-agensi yang saya rasa banyak perkara. Saya minta Yang Berhormat untuk saya bagi jawapan secara bertulis. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Berhormat, saya sudah tanya awal lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, masa sudah tamat.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Saya tanya sebelum Yang Berhormat Simpang Renggam.
Tuan Yang di-Pertua
Bertulis, bertulislah. Saya sekarang ingin menjemput Yang Berhormat Menteri Kanan Kementerian Kerja Raya, 30 minit.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Standing order, Tuan Yang di-Pertua.
Standing order, Perkara 7(3) dari Bukit Bendera.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Pada pukul 2.30 petang tadi, saya bersama dengan Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu telah membangkitkan isu bahawa Yang Berhormat Pengerang duduk dalam kerusi Tuan Yang di-Pertua iaitu mempengerusikan Mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, boleh saya jawab? Boleh saya jawab?
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Tidak, bagi saya ucap dahulu.
Tuan Yang di-Pertua
Saya tahu, saya sudah nampak. Saya tengok tadi.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Bukan, kerana...
Tuan Yang di-Pertua
Tidak payahlah, saya sudah tahu bagi saya jawab.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Ya, saya belum ucap lagi. Bagi saya short one. Oleh kerana ada pembahagian kuasa antara eksekutif, legislatif dan judiciary.
Itu sangat basic. Walaupun dalam Standing Order 7(3) menyatakan, “Speaker boleh meminta seorang Ahli mempengerusikan Mesyuarat...” tetapi harus ada penekanan.
Speaker tidak boleh meminta seorang Yang Berhormat Menteri untuk mempengerusikan Mesyuarat ataupun seorang GLC Chairman kerana GLC Chairman, Special Advisor to the Minister. Mereka ialah members of the administration. Mereka adalah di bahagian eksekutif dan ramai calon di sini sama ada sebelah sini atau sebelah sana boleh menjalankan tugas, mempengerusikan Mesyuarat. Saya meminta Tuan Yang di-Pertua, supaya mengkaji semula keputusan untuk perkara ini dan terpulang kepada kebijaksanaan Tuan Yang di-Pertua, itu sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, terima kasih. Saya telah dimaklumkan oleh Yang Berhormat Pengerang, bahawa pelantikan beliau bukanlah berstatus Menteri. Jadi, beliau bukanlah menjadi sebahagian daripada pihak pentadbiran ataupun eksekutif ya.
Beliau hanyalah seorang penasihat yang akan menasihati Perdana Menteri, bukannya menasihati government mengikut pendapat dan pengetahuan beliau dan kebijaksanaan beliau. Jadi, oleh kerana beliau bukan seorang ahli eksekutif, maka saya tidak nampak apa-apa masalah dalam permintaan saya untuk beliau mempengerusikan apa-apa persidangan, nombor satu.
Tuan Yang di-Pertua
Nombor dua, walaupun seseorang itu bukan merupakan ahli pentadbiran, macam saya tetapi apabila kita bercakap tentang conflict of interest ini, dinamiknya adalah berterusan. Jadi, sepanjang mempengerusikan apa-apa persidangan itu, sekiranya beliau tidak perlu membuat apa-apa ruling mengenai perkara-perkara yang dinasihati beliau, maka saya rasa beliau tidak mempunyai apa-apa conflict of interest. Serupalah macam saya, ramai orang kata saya ada masalah conflict of interest dengan Peguam Negara sebab beliau abang saya. Akan tetapi sekiranya perkara itu dibincangkan, saya boleh mempengerusikannya. Akan tetapi kalau saya hendak buat ruling, maka waktu itu conflict of interest akan timbul, maka saya akan recuse, mengecualikan diri saya.
Samalah juga dengan Yang Berhormat Pengerang, sekiranya apa-apa ruling perlu dibuat oleh beliau, maka sudah tentulah dan saya pasti beliau akan mengecualikan diri beliau daripada mempengerusikan pada waktu itu. Beliau pun seorang lawyer, malah beliau belajar bersama-sama saya. Ya, itu pandangan saya dan itu pegangan saya. Terima kasih.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Ya, Tuan Yang di-Pertua. Itu tafsiran Speaker tetapi pada pandangan orang ramai, beliau ialah special advisor to the Prime Minister. Dia bukan special advisor to the sembarangan orang.
Tuan Yang di-Pertua
Betul.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
So, memang ada conflict of interest yang amat besar.
Tuan Yang di-Pertua
Betullah, memang itu tetapi... betul-betul.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Untuk menjaga kedudukan beliau, eloklah lantik orang lain.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak apa.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Untuk menjaga kedudukan beliau, saya nasihat Tuan Yang di-Pertua untuk...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, itu pandangan...
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
...Mengecualikan beliau daripada Chair of Speaker.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, itu pandangan saya dan pegangan saya dan keputusan saya, ya. Sekiranya beliau berada dalam satu situasi conflict of interest, maka sudah tentu dan saya pasti beliau akan mengecualikan dirinya, malah saya sendiri akan menyuruh beliau untuk mengecualikan diri beliau. Tolong, tidak ada masa sudah.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Yang Berhormat...
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Daripada Tuan Yang di-Pertua memberikan jaminan, kita ada ramai lagi...
Tuan Yang di-Pertua
Jaminan apa ini? Saya sudah kata, saya sendiri akan suruh beliau mengecualikan diri beliau kalau ada conflict of interest. Okey?
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Tidak, kita ada ramai orang lagi maksud saya...
Tuan Yang di-Pertua
Itu jaminan saya.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Why can’t Tuan Yang di-Pertua just pilih daripada kita?
Tuan Yang di-Pertua
Duduk. Yang Berhormat Menteri Kanan Kementerian Kerja Raya.
Menteri Kanan Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha menjayakan pembangunan infrastruktur yang terbaik buat rakyat Malaysia, penelitian dan fokus terhadap projek pembangunan infrastruktur perlu mengambil kira situasi semasa, terutamanya pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara. Rancangan Malaysia Ke-12 merupakan agenda utama negara di dalam merancang dan melaksanakan pembangunan negara secara menyeluruh selaras dengan semangat Keluarga Malaysia, aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB 2030) dan Agenda Pembangunan Mampan 2030. Hasrat dan inspirasi ini adalah penting bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dengan pengagihan peluang dan hasil yang saksama.
Bagi memastikan pembangunan infrastruktur yang berkualiti dan berdaya harap, Kementerian Kerja Raya (KKR) menyambut baik pembaharuan yang diperkenalkan di dalam Pelan Pembangunan Rancangan Malaysia Ke-12 melibatkan tiga tema dan empat pemangkin dasar serta 14 pemacu perubahan. Bagi mencapai hala tuju strategik Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu, “Keluarga Malaysia - Makmur, Inklusif, Mampan”, Kementerian Kerja Raya sentiasa komited dalam pembangunan infrastruktur rangkaian jalan raya yang terancang, sistematik dan efisien bagi meningkatkan kebolehcapaian rangkaian dan kesalinghubungan penduduk serta menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi negara.
Menteri Kanan Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Sebagaimana yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, projek-projek utama seperti Lebuhraya Pantai Barat melibatkan negeri Selangor dan Perak akan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024. Manakala Projek Jalan Central Spine dari Bentong, Pahang ke Kuala Krai dan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2025.
Selain daripada itu, JKR turut menyokong fokus utama ketujuh, Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu melonjakkan pembangunan Sabah, Sarawak dan negeri-negeri kurang membangun. Antara komitmen kementerian adalah untuk meneruskan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak yang mana sebahagiannya telah dimulakan dan sedang dalam pembinaan. Manakala bagi pakej kerja belum dilaksanakan kerana ketiadaan peruntukan, kementerian akan sentiasa berusaha memohon peruntukan daripada Kementerian Kewangan atau sekiranya dapat dilaksanakan dengan kaedah- kaedah lain yang dipersetujui oleh kerajaan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 30 September 2021, JKR telah membelanjakan sebanyak RM3,009 juta bersamaan dengan 56.1 peratus daripada peruntukan pembangunan tahun 2021 sebanyak RM5,346 juta. Selain itu, sebagai Menteri Kanan yang bertanggungjawab terhadap kluster infra juga, saya komited untuk memastikan penyediaan infrastruktur asas akan diperluas dengan membina jambatan dan menaik taraf 1,400 kilometer jalan berturap luar bandar serta menyiapkan pembinaan 1,492 kilometer Lebuhraya Pan Borneo.
Ini termasuk kerja-kerja penyenggaraan jalan serta program-program pembangunan yang melibatkan keselamatan pengguna jalan raya yang berskala kecil tetapi memberi impak yang besar kepada rakyat selaku pengguna jalan raya.
Tuan Yang di-Pertua, dengan wujudnya rangkaian jalan raya yang lengkap di kepulauan Borneo serta negeri-negeri kurang membangun, bukan sahaja keterangkuman antara wilayah dapat dicapai malah ketersambungan dalam kawasan subserantau akan terus dipertingkatkan. Antara projek yang perlu diberi keutamaan adalah pelaksanaan pelbagai projek di bawah Projek Ketersambungan Fizikal atau dengan izin Physical Connectivity Project iaitu melibatkan Indonesia, Malaysia dan Thailand dan juga projek infrastruktur keutamaan dua hala. KKR turut melaksanakan projek infrastruktur jalan raya yang dikategorikan sebagai Physical Connectivity Projects ini iaitu Indonesia, Malaysia, Thailand dan hubungan sub serantau yang juga kini berada dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.
Menteri Kanan Kerja Raya - Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
KKR semestinya sentiasa berganding bahu dengan menggunakan kepakaran dan era pemangkin digital Revolusi Perindustrian Keempat atau dikenali sebagai 4IR untuk sama-sama merealisasikan matlamat Rancangan Malaysia Ke-12 dan membina sebuah negara yang berdaya saing serta kalis cabaran dengan membawa semangat dan mendakap erat prinsip bekerja bersama rakyat demi Keluarga Malaysia.
Sebelum saya meneruskan penggulungan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada 27 orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan yang menyentuh isu-isu di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya sepanjang sesi perbahasan yang lalu. Terima kasih atas keprihatinan Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai isu-isu yang dibangkitkan itu. Saya akan menggunakan kesempatan ini dengan sebaik mungkin bagi memberikan jawapan bagi setiap persoalan dan cadangan-cadangan Ahli Yang Berhormat tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, isu berhubung kait dengan Projek Lebuhraya Pan Borneo.
Ahli Yang Berhormat Sibuti membangkitkan tentang cadangan pemasangan menara komunikasi dan laluan fiber optic sejajar dengan Lebuhraya Pan Borneo. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat ini dalam perhatian kementerian dan sebenarnya operasi untuk pengalihan utiliti fiber optic sedia ada sedang dijalankan dan dipantau rapat oleh Sarawak Multimedia Authority (SMA) bersama-sama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Ini termasuk pemasangan menara komunikasi yang berada di dalam bidang kuasa SMA.
Ahli Yang Berhormat Labuan membangkitkan mengapa tiada jajaran ke Labuan di dalam Projek Lebuhraya Pan Borneo. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, bagi menghubungkan Wilayah Persekutuan Labuan dengan negeri Sabah, cadangan pembinaan jambatan Labuan-Sabah secara kerjasama awam swasta ataupun public private partnership (PPP) dengan izin telah diluluskan secara prinsip oleh Jemaah Menteri pada 9 September 2020 untuk dilaksanakan melalui proses request for proposal
(RFP) dengan izin melalui memorandum bersama Jemaah Menteri di antara Kementerian Wilayah Persekutuan dan juga Kementerian Kerja Raya dan projek ini masih dalam fasa pengiklanan yang akan tamat pada 1 November 2021.
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
[Bangun]
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Ahli Yang Berhormat Sandakan menekankan agar Projek Lebuhraya Pan Borneo segera dilaksanakan. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah fasa 1 dengan anggaran jarak keseluruhan 706 kilometer dibahagikan kepada 35 pakej kerja. Sehingga kini 12 pakej kerja telah dibuat pelantikan kontraktor bagi tujuan kerja-kerja pembinaan dengan status kemajuan pembinaan sehingga Julai 2021 bagi pakej kerja yang telah dimulakan adalah 56 peratus.
Manakala surat setuju terima (SST) bagi tiga pakej kerja baharu yang melibatkan laluan daripada Sandakan mile 35 ataupun 32 batu sehingga Sungai Boto telah dikeluarkan pada September 2021 dan kerja-kerja pembinaan tiga pakej tersebut akan bermula pada tahun ini.
Satu pakej kerja baharu yang melibatkan laluan dari Serusup ke Bintulu pula telah diperuntukkan di dalam Rolling Plan Pertama, Rancangan Malaysia Ke-12.
Menjadikan keseluruhan 16 pakej kerja akan dilaksanakan buat masa kini. Kerajaan sentiasa prihatin dan komited dalam memastikan kelancaran dan kelangsungan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah sebagai pemangkin pembangunan sektor sosioekonomi, perindustrian serta pelaburan di sepanjang jajaran projek tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, projek Lebuhraya Pantai Barat ataupun lebih dikenali sebagai WCE. Yang Berhormat Taiping menyentuh tentang kelewatan Projek WCE.
Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, pembukaan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat
(WCE) secara berperingkat telah bermula pada tahun 2019 melibatkan seksyen 5 iaitu di Bandar Bukit Raja ke Kapar, Seksyen 8, Seksyen 9 dan Seksyen 10 melibatkan Hutan Melintang ke Beruas. Manakala Seksyen 11 yang bermula dari Persimpangan Beruas ke Persimpangan Taiping Selatan merupakan jajaran di negeri Perak yang mengalami kelewatan setiap pembinaan.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Boleh mencelah?
Boleh mencelah? Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Peratusan kemajuan sebenar kerja pembinaan bagi Seksyen 11 bagi tempoh berakhir 25 September 2021 adalah 52.47 peratus. Seksyen ini dijangka siap pada tahun 2023.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Menteri, boleh mencelah?
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Sila Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, tadi disebut laluan dari Hutan Melintang ke Beruas. Itu adalah laluan sepanjang kawasan Parlimen Pasir Salak. Saya hendak tahu daripada Yang Berhormat Menteri. Adakah compensation ataupun sagu hati yang patut dibayar kepada mereka yang terjejas di sepanjang jalan tersebut dalam proses pembinaan ini kerana banyak rumah dan kedai yang terkesan daripada pembinaan jalan tersebut.
Kebanyakan mereka mengadu kepada saya sebagai wakil rakyat, yang mereka dapat ialah debu dan habuk-habuk daripada kerja-kerja pembinaan jalan tersebut.
Pernah kontraktor yang berkenaan menghubungi saya mengajak saya turun dalam satu majlis untuk menyerahkan botol-botol air kepada orang-orang kampung. Adakah Yang Berhormat Menteri sedar akan perkara ini berlaku? Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Yang Berhormat Pasir Salak, terima kasih kerana memaklumkan isu berkaitan dengan pampasan atau sagu hati. Sebagaimana kita sedia maklum dalam sebarang pembangunan, pampasan hanya akan dibayar mengikut peruntukan perundangan dan kalau ada pengambilan tanah maka ia mesti diselesaikan mengikut prosedur untuk pengambilan tanah di bawah Kanun Tanah Negara ataupun Land Acquisition Act. Itu memang sudah diperuntukkan. Selain daripada itu, kalau ada sagu hati dan sebagainya, mungkin boleh dibawa untuk makluman saya mungkin untuk kita bincang dengan developer project ini sebagai sagu hati. Ia terkeluar daripada konteks kontrak yang telah ditandatangani di antara kerajaan dan juga pihak pemaju projek ini.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Yang Berhormat Menteri, orang-orang di kampung ini dia tidak begitu arif berkenaan dengan legal matters, you know hak-hak mereka daripada segi legal.
Jadi kita sebagai pemimpin sepatutnya mengambil berat untuk turun mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh mereka. If we go by the book dengan izin, you know the kampung people, orang-orang kampung, maklumlah mereka tidak begitu tahu apa hak-hak mereka.
Yang mereka tahu mereka mengharapkan belas ihsan pemimpin, Yang Berhormat Menteri dan juga pegawai tinggi kerajaan yang biasanya susah untuk ditemui.
Susah untuk mendapat perhatian. Ini perlu diubah, sepatutnya mengambil berat ke atas apa yang berlaku. Terima kasih.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Saya mengambil maklum pandangan dan niat baik Yang Berhormat Pasir Salak dan insya-Allah saya akan meneliti perkara ini dan membawa untuk perbincangan dan mencari penyelesaian pada apa yang telah dibangkitkan.
Bagi menangani isu kelewatan tersebut, pihak syarikat konsesi iaitu West Coast Express Way Sdn. Bhd. telah mengambil alih kerja-kerja pembinaan di seksyen tersebut bagi menyiapkan baki kerja pembinaan yang terlibat.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat penyiapan Lebuh raya WCE yang dinyatakan pada tahun 2024 adalah khusus bagi jajaran negeri Selangor. Kelewatan yang berlaku antaranya disebabkan isu pengambilan tanah serta penentuan jajaran lebuh raya. Pada masa kini kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan di bahagian jajaran yang belum dibuka melibatkan kerja tanah, pembinaan struktur dan jambatan,
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
perparitan, cerun, turapan, kerja mekanikal dan elektrik, perabot jalan, bangunan dan lain-lain.
Walau bagaimanapun, kemajuan pembinaan agak terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bagi mengekang pandemik COVID-19.
Isu lebuh raya bertol. Yang Berhormat Bagan Datuk mencadangkan agar konsesi tol dikaji semula serta mengambil kira skema khas seperti concessionaries major restructuring untuk meringankan bebanan kerajaan dan menguntungkan pengguna lebih raya.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan pada masa ini masih mengkaji dan meneliti opsyen-opsyen ke atas pengurusan lebuh raya bagi tujuan meringankan beban yang ditanggung oleh kerajaan dan pengguna lebuh raya. Pada masa yang sama bebanan kewangan pada kerajaan terhadap opsyen-opsyen ini juga akan dipertimbangkan dan akan mengambil kira impak pada ekonomi, keyakinan pelabur dalam dan luar negara terhadap kerajaan serta kemampuan kewangan kerajaan secara keseluruhannya.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga pihak kerajaan bersama syarikat- syarikat konsesi lebuh raya sedang mengkaji berbagai-bagai inisiatif dan kaedah-kaedah yang boleh dipertimbangkan bagi mengurangkan kadar tol di lebuh raya di Malaysia.
Pihak Kementerian Kerja Raya juga membenarkan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya untuk mencadangkan kaedah penstrukturan semula kewangan syarikat bagi tujuan pengurangan kadar tol.
Semua cadangan berhubung perkara ini akan dibincangkan di antara Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kewangan, Unit Kerjasama Awam dan Swasta
(UKAS), Jabatan Perdana Menteri dan agensi-agensi yang berkaitan bagi mencapai keputusan secara holistik.
Tuan Yang di-Pertua, Projek Jalan Central Spine Road dan juga Projek Lebuhraya Kota Bharu, Kuala Krai. Ahli Yang Berhormat Kuala Krai mengharapkan projek CSR dan KB-Kuala Krai siap sepenuhnya pada 2025 tanpa sebarang kelewatan lagi.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan komited untuk menyiapkan keseluruhan pakej Projek Jalan Central Spine Road (CSR). Baki enam pakej CSR telah diluluskan dalam Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Ke-12 dan dijadualkan untuk memulakan pembinaan di tapak pada suku pertama tahun 2022.
Kementerian bersama JKR sentiasa memantau kerja-kerja kontraktor bagi projek yang sedang dalam pembinaan agar dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Penyiapan Projek CSR ini menjadi keutamaan kerajaan agar infrastruktur rakyat ini menjadi kenyataan bagi memberi kemudahan kepada semua rakyat Malaysia menjelang tahun 2025.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan mengambil maklum akan cadangan Ahli Yang Berhormat untuk membina jejambat di persimpangan lampu isyarat Guchil di laluan FT008. Buat masa ini cadangan projek ini tidak menjadi keutamaan kerana kerajaan telah meluluskan Pakej Projek CSR yang turut melibatkan jajaran Kuala Krai dalam Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Ke-12 yang akan menjadi alternatif kepada pengguna jalan raya yang secara tidak langsung akan menyuraikan trafik di lokasi tersebut.
Semakan kementerian ini juga mendapati cadangan projek jejambat ini belum tersenarai bagi permohonan Rolling Plan Kedua ataupun RP Kedua RMKe-12.
Kementerian ini akan mempertimbangkan cadangan projek ini sekiranya dimohon dalam rolling plan yang akan datang dan akan diangkat kepada kelulusan agensi pusat jika memenuhi kriteria semakan dan keperluan teknikal untuk dilaksanakan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, di Laluan Persekutuan FT008 di Jajahan Kuala Krai terdapat dua projek yang telah siap pembinaan iaitu cadangan kerja menaik taraf dan meninggi aras jalan di seksyen kilometer 326.7, jalan persekutuan FT008, Jalan Kuala Krai ke Kota Bharu, Kelantan yang siap pada 22 April 2018 dan
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
projek menggantikan jambatan FT008/340/70 – Kenor Kuala Krai, Kelantan telah siap pembinaan pada 19 Ogos 2020.
Manakala satu projek sedang dalam pembinaan iaitu penggantian jambatan FT008/342/80 Sungai Durian Kuala Krai, Kelantan yang telah diserah milik tapak pada 1 Jun 2021 dan tarikh siap pembinaan dijangka pada 30 April 2023.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semakan kementerian ini mendapati projek membina jalan baharu dari Kampung Bahagia ke Kampung Pasir Klang Kuala Krai, Kelantan dan projek membina jalan baharu dari Kampung Pasir Kelang, Kuala Krai ke Kampung Sokor Tanah Merah, Kelantan telah dimohon di bawah cadangan Projek Baharu Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia Ke-12 Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Tuan Yang di-Pertua, projek menaik...
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Sama-sama, Projek Naik Taraf Jalan Persekutuan. Kementerian Kerja Raya ingin memaklumkan bahawa bagi struktur jalan raya dibina di negara ini. Ia terbahagi kepada tiga kategori status jalan iaitu jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran.
Bagi maksud pembinaan dan penyelenggaraan semua jalan persekutuan, ia terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya Malaysia selaku agensi Kerajaan Persekutuan. Manakala bagi kategori jalan negeri dan perbandaran, pembinaan dan penyelenggaraan kedua-dua jalan ini adalah di bawah tanggungjawab dan bidang kuasa pihak kerajaan negeri.
Kementerian Kerja Raya sentiasa komited untuk melaksanakan program penyelenggaraan jalan di jalan persekutuan serta memastikan jalan persekutuan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan selesa untuk digunakan dengan peruntukan yang telah disalurkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
Kementerian mengambil perhatian akan cadangan untuk membina dan menaik taraf jalan di seluruh Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Kementerian ini akan meneliti permohonan projek-projek bagi jalan-jalan melibatkan bidang kuasa Kementerian Kerja Raya yang dimohon dalam setiap Rolling Plan Ke-12 dan akan diangkat untuk pertimbangan agensi pusat, jika ia memenuhi kriteria umum seperti berikut:
(i) projek tersenarai dalam senarai keutamaan projek di peringkat kerajaan negeri yang telah dipertimbangkan;
(ii) projek tersenarai dalam senarai keutamaan projek di peringkat Kementerian Kerja Raya yang telah disaring, dipertimbangkan dan memenuhi aspek teknikal seperti tahap perkhidmatan jalan ataupun dengan izin level of service, isi padu trafik, keselamatan jalan raya dan lain-lain; dan
(iii) kedudukan kewangan semasa negara serta kelulusan oleh agensi pusat.
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak dapat panduan ada beberapa perkara lagi sebenarnya banyak adalah permohonan khusus sama ada saya hendak bagi jawapan secara bertulis kepada setiap pemohon yang telah berbahas ataupun saya hendak sambung?
Tuan Yang di-Pertua
Jawab soalan dahulu Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Ya, permohonan khusus ya?
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Kalau tidak, siapa yang ada di Dewan saya akan...
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Tebrau ada mohon.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Yang Berhormat Selangau ada tak?
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Pasir Mas Yang Berhormat Menteri, ini bukan permohonan khusus.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Yang Berhormat Selangau kalau tiada saya akan bagi jawapan secara bertulis.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Rasah ada.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Yang Berhormat Selangau sebenarnya membangkit berhubung kait dengan Projek Lebuhraya Pan Borneo dan juga Sabah Sarawak Link Road.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Sebenarnya, sebahagian fasa pertama sudah pun dalam pelaksanaan dan SST sudah pun diserahkan. Insya-Allah yang lain itu nanti saya akan jawab secara bertulis untuk menjimatkan masa. Yang Berhormat Igan?
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Tebrau, ada?
Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof
Tunggu, tunggu. Yang Berhormat Igan ada?
Yang Berhormat Igan nanti saya akan bagi juga secara bertulis.
Tuan Steven Choong Shiau Yoon - Tebrau
Tebrau, Tebrau.
Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof
Yang Berhormat Igan bertanya berhubung kait dengan semua projek di negeri Sarawak termasuk penyenggaraan. Saya akan beri dengan jelas satu-persatu nanti secara bertulis. Begitu juga dengan Ahli Yang Berhormat Hulu Rajang. Yang Berhormat Mas Gading? Tidak ada. Yang Berhormat Labuan? Yang Berhormat Labuan ada?
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Ada, ada.
Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof
Okey. Ahli Yang Berhormat Labuan turut membangkitkan tentang projek penyenggaraan yang tidak dilaksanakan. Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah panjang jalan persekutuan di Wilayah Persekutuan Labuan yang disenggara oleh syarikat konsesi adalah sepanjang 137.3 kilometer.
Kementerian ini telah melaksanakan penyenggaraan rutin di Wilayah Persekutuan Labuan dengan peruntukan bernilai RM5.4 juta setahun. Peruntukan bagi penyenggaraan jalan dari tahun 2018 sehingga 2020 adalah bernilai RM30.4 juta. Pada tahun 2021 sahaja, sejumlah RM25.5 juta telah diperuntukkan untuk pelbagai program penyenggaraan jalan seperti penyenggaraan berkala pavement, berkala bukan pavement, serta pembaikan kecil jambatan.
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Yang Berhormat Menteri.
Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof
Ya.
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Banyak yang tidak terselenggara, yang saya maksudkan untuk JKR ini, lebih kepada bangunan-bangunan kerajaan yang mungkin bajetnya sepatutnya masuk melalui sama ada agensi berkaitan ataupun terus ke JKR.
Jalan raya, saya rasa yang main road dah okey, tetapi jalan-jalan kampung dan longkang adalah banyak keperluan untuk pembuatan baru.
Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Tuan Yang di- Pertua, saya setuju. Saya setuju banyak jalan...
Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof
Untuk maintenance bangunan kerajaan tadi, saya akan ambil maklum Yang Berhormat Labuan. Manakala untuk jalan kampung dan perparitan jalan-jalan kampung ini di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Kemudian peruntukannya melalui MARRIS. Jadi, boleh rujuk kepada kerajaan negeri berhubung kait dengan jalan-jalan kampung. Jalan utama atau jalan persekutuan sahaja adalah yang di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, memandangkan saya sudah berdiri dan tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut mengenai jajaran Pan Borneo, yang mana di Sabah daripada Beaufort ke Labuan tidak
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
termasuk. Memandangkan sekarang ini, kita cuba buat refinancing dengan cara PFI, bolehkah ianya dimasukkan memandangkan Labuan adalah bandar kedua terbesar selepas Kota Kinabalu di Pantai Barat Sabah, pelabuhan kedua terbesar dan airport kedua terbesar.
Akan tetapi selama ini, ia tidak dimasukkan sebab keputusan untuk menentukan di mana jajaran itu dibuat oleh kerajaan negeri dan kerajaan negeri nampaknya dulu membuat keputusan politik, bukan keputusan keperluan ataupun ekonomi. Terima kasih.
Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof
Saya ambil maklum apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Labuan. Sepertimana saya katakan tadi, sebahagiannya akan dilaksanakan melalui jambatan di bawah PPP, dan sama ada jalan sambungan seterusnya kalau tiada peruntukan mungkin boleh dimasukkan sekalilah. Akan tetapi, nanti saya akan perincikan apa yang dibangkitkan.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Pasir Mas, boleh? Sekejap Yang Berhormat Menteri, sebab saya tengok masa sudah nak habis. Saya ada bangkitkan Lebuh Raya Timur Barat dari Gerik, Jeli, Tanah Merah, Machang, sehingga ke Pasir Puteh. Kalau ada respons Yang Berhormat Menteri.
Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof
Baik. Yang Berhormat Papar ada?
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Papar sini, sini Papar.
Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof
Yang Berhormat Papar membangkitkan tentang menaik taraf Jalan Lok Kawi, Pengalat, Papar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jajaran bagi cadangan projek menaik taraf Jalan Lok Kawi, Pengalat, Papar Sabah turut melibatkan skop naik taraf jalan negeri. Sehubungan itu, jalan berkenaan perlu diwartakan kepada jalan persekutuan terlebih dahulu dan projek ini boleh dimohon semula di dalam rolling plan yang akan datang untuk diteliti dan seterusnya diangkat untuk pertimbangan Agensi Pusat sekiranya memenuhi keperluan teknikal untuk dinaiktaraf.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Yang Berhormat Menteri, boleh saya tanya sedikit?
Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof
Ya.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Jalan Lok Kawi ke Pengalat itu ada dalam RMKe-11 tetapi tidak dilaksanakan. Terima kasih.
Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof
Itu yang saya katakan. Bila dibawa Rancangan Malaysia Ke-11, taraf jalan itu dulu ialah jalan negeri. Bila jalan negeri, sebab itu di peringkat EPU, ia tidak dibenarkan peruntukan melainkan kerajaan negeri gazetkan untuk diserahkan jalan itu menjadi jalan persekutuan. Oleh sebab itu, kita kena mohon semula dan sudah dapat persetujuan daripada kerajaan negeri untuk digazetkan sebagai jalan persekutuan, barulah kita boleh mohon peruntukan daripada EPU bagi menaik taraf jalan tersebut dan sekiranya diluluskan, insya-Allah kita akan laksanakan.
Terima kasih.
Yang Berhormat Kalabakan? Yang Berhormat Kalabakan tidak ada. Yang Berhormat Pasir Mas? Ahli Yang Berhormat Pasir Mas membangkitkan tentang menaik taraf Lebuh Raya Timur Barat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini mengambil perhatian akan saranan Ahli Yang Berhormat untuk menaik taraf Lebuhraya Timur Barat iaitu jalan persekutuan FT004 dari Gerik ke Pasir Puteh.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan data trafik laluan berkenaan, didapati bahawa tahap perkhidmatan jalan (level of service) masih berada dalam tahap level of service A dan level of service B, iaitu jalan sedia ada dapat menampung aliran trafik. Semakan kementerian ini juga mendapati laluan ini belum tersenarai dalam senarai keutamaan projek untuk Rolling Plan Pertama dan Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia Ke-12.
Kementerian ini akan meneliti cadangan projek ini sekiranya dimohon dalam rolling plan yang akan datang, dan akan diangkat untuk pertimbangan Agensi Pusat sekiranya memenuhi kriteria untuk dilaksanakan. Baik ya, Yang Berhormat Pasir Mas?
Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof
Yang Berhormat Setiu, ada? Yang Berhormat Jerantut? Yang Berhormat Bukit Bendera?
Yang Berhormat Selayang? Yang Berhormat Rasah?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Rasah ada.
Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof
Rasah ada?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Ada.
Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof
Yang Berhormat Rasah membangkitkan tentang Jalan Lingkaran Tengah Seremban. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek membina Jalan Lingkaran Tengah Seremban, Negeri Sembilan dilaksanakan secara berfasa bermula tahun 2004. Panjang keseluruhan jajaran jalan MRLS yang telah dirancang adalah sepanjang 28.8 kilometer.
Sehingga kini, 18 kilometer telah disiapkan dalam beberapa fasa pembinaan.
Fasa 3B Bahagian Satu adalah fasa terkini yang telah disiapkan iaitu pada 4 November 2017. Baki 10.8 kilometer jajaran Jalan Lingkaran Tengah Seremban, iaitu fasa 3B Bahagian Dua persimpangan Jalan Labu ke persimpangan Mantin sepanjang 4.5 kilometer. Fasa 3B Bahagian Tiga, persimpangan Matin ke persimpangan Siamang Gagap, sepanjang 6.3 kilometer masih belum diluluskan untuk pelaksanaan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, cadangan menyiapkan baki kerja projek ini pernah diangkat kepada Agensi Pusat di bawah Rancangan Malaysia Ke-11, Rolling Plan Pertama, Rolling Plan Kedua dan juga Rolling Plan Keempat, tetapi tidak diluluskan pada masa ini. Manakala bagi Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia Ke- 12, kementerian ini telah menerima permohonan cadangan bagi baki projek tersebut.
Berdasarkan agihan siling peruntukan yang terhad untuk projek baru, kementerian ini tidak dapat mengangkat projek tersebut kepada agensi pusat untuk pertimbangan.
Kementerian ini akan meneliti semula cadangan projek ini apabila dimohon dalam rolling plan yang akan datang dan akan diangkat untuk pertimbangan agensi pusat sekiranya memenuhi aspek teknikal untuk dilaksanakan.
Yang Berhormat Tampin ada?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat Menteri, Rasah.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Ada, Tampin ada.
Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof
Tuan Yang di-Pertua, boleh?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat Menteri, saya mohon celahan tadi. Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Menteri, yang setakat ini untuk fasa seterusnya khasnya dari Labu ke Mantin tidak dapat dipertimbangkan ataupun diluluskan pada ketika ini. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat Menteri, bolehkah pada rolling plan yang akan datang, mungkin pada tahun yang akan datang ataupun tahun 2023, supaya ia boleh diteruskan, sebab jalan lingkaran tengah itu, sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri, 28.8 kilometer satu lingkaran. Sekarang ini, tinggal 10.8 kilometer tidak siap lagi, tetapi impaknya terlalu besar untuk pembangunan dan kemajuan pembangunan untuk daerah Seremban.
Jadi, saya mohon pertimbangan daripada Yang Berhormat Menteri dan juga agensi-agensi yang terlibat. Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Ya. Yang Berhormat, kalau dapat nanti Yang Berhormat, sewaktu EPU ataupun menggulung, Yang Berhormat boleh bangkitkan dan daripada segi prosedurnya, apa yang saya boleh bagi pandangan ataupun cadangan kepada Yang Berhormat ialah untuk pastikan kerajaan negeri angkatkan cadangan ini sekali lagi untuk rolling plan yang seterusnya. Di peringkat kementerian memang kita menyokong dan tertakluk kepada kelulusan di peringkat teknikal ataupun di peringkat kewangan oleh EPU. Ia bergantung pada keseluruhan keutamaan yang ditentukan berdasarkan permintaan di seluruh negara.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Sebenarnya – Saya mohon maaf.
Sebenarnya saya dah diarahkan oleh Tuan Yang di-Pertua untuk membuat rumusan.
Apa sahaja yang lain-lain itu yang belum dapat saya jawab, saya akan jawab secara bertulis. Yang Berhormat, kalau ada lagi persoalan, bolehlah panjangkan surat terus kepada saya ataupun WhatsApp kepada saya. Insya-Allah saya akan berhubung sendiri dengan Yang Berhormat. Boleh?
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Saya sebenarnya kalau boleh Tuan Yang di-Pertua, sebab isu jalan raya ini adalah isu yang sangat besar untuk orang Sabah dan Sarawak. Kalau boleh, dilanjutkanlah sedikit untuk Yang Berhormat Menteri jawapan. Sikitlah, kepada mereka yang ada dalam Dewan ini contoh macam saya, Kota Belud.
Tuan Yang di-Pertua
Dah banyak dah kita bincang Sabah dan Sarawak.
Tolong rumuskan, Yang Berhormat Menteri. Selepas ini, Kementerian Pendidikan.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Saya akur dengan apa yang diarahkan oleh Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Maaf.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Untuk itu, yang lain-lain, seperti mana yang saya katakan tadi, saya mohon maaf. Saya akan menjawab secara bertulis dan kalau ada lagi persoalan berbangkit daripada jawapan bertulis tersebut, bolehlah berhubung dengan kami dan insya-Allah kami akan memberi jawapan dan penjelasan seterusnya berhubung kait dengan apa sahaja persoalan yang dibangkitkan.
Semoga dengan apa yang telah dijelaskan tadi, dengan perancangan Rancangan Malaysia Ke-12 ini, kita bersama berganding bahu. Insya-Allah kita akan dapat mempertingkatkan infrastruktur negara kita untuk Keluarga Malaysia. Sekian, wabillahi taufik walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Walaikumussalam.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak
Terbaiklah Yang Berhormat Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Menteri Kanan Kementerian Pendidikan. Silakan.
Menteri Kanan Pendidikan - Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salah sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pembentangan Pelan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) di Dewan yang mulia ini yang bertemakan “Keluarga Malaysia – Makmur, Inklusif dan Mampan”.
Rancangan ini adalah sejajar dengan semangat Keluarga Malaysia beraspirasikan Wawasan Kemakmuran Bersama dan Agenda Pembangunan Mampan 2030. Bagi pihak seluruh keluarga Kementerian Pendidikan Malaysia, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan kerajaan yang telah mengambil kira pandangan dan syor KPM dalam merangka RMKe-12.
Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, tahun 2020 dan tahun 2021 merupakan satu tempoh yang amat mencabar bagi sektor pendidikan. Cabaran getir pandemik COVID- 19 yang bermula pada Mac 2020 telah mengakibatkan pembelajaran lebih lima juta orang murid terkesan. Selain itu, hampir 500,000 orang warga pendidikan telah melalui fasa perubahan dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran.
Syukur alhamdulillah minggu ini merupakan minggu pertama pembukaan sekolah secara berfasa setelah sekolah ditutup untuk satu tempoh yang panjang.
Menteri Kanan Pendidikan - Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
Pembukaan semula sekolah ini membolehkan murid yang telah lama renggang dengan persekitaran persekolahan bersemuka kembali semula ke sekolah. Melalui kerangka pembukaan sekolah yang komprehensif, KPM komited untuk memastikan sesi persekolahan ini berjalan dalam keadaan teratur dan selamat.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengulas perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, secara ringkas, saya ingin memaklumkan kepada Dewan yang mulia ini berhubung prestasi pelaksanaan pembangunan KPM sepanjang tempoh RMKe-11. Secara keseluruhannya, kerajaan telah pun memperuntukkan kepada KPM sebanyak RM11.308 bilion di bawah peruntukan pembangunan sepanjang RMKe-12.
Daripada segi prestasi perbelanjaan pembangunan, sehingga 31 Disember 2020, KPM telah membelanjakan RM10.98 bilion iaitu 96.37 peratus daripada keseluruhan siling yang diperuntukkan sepanjang RMKe-11.
Tuan Yang di-Pertua, seramai 37 orang Ahli-ahli Yang Berhormat telah menyentuh perkara berkaitan KPM semasa perbahasan RMKe-12 mulai 28 September 2021 hingga 4 Oktober 2021. Saya amat menghargai semua pandangan, teguran serta cadangan yang telah pun dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya mulakan dengan penjelasan berkaitan infrastruktur pendidikan.
Yang Berhormat Baram, Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Igan, Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Kota Samarahan, Yang Berhormat Kulai, Yang Berhormat Libaran, Yang Berhormat Lubok Antu, Yang Berhormat Papar, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Port Dickson dan Yang Berhormat Setiawangsa ada membangkitkan perkara berkaitan sekolah yang mempunyai bangunan daif. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, penetapan projek pembangunan semula atau menaik taraf bangunan sekolah yang daif adalah berdasarkan analisis score grade impact bagi menentukan tahap keadaan komponen fizikal ataupun fasiliti bangunan sekolah.
Skor ini mempunyai tujuh tahap skala. Skala satu hingga empat merujuk kepada keadaan bangunan yang masih berfungsi dan selamat digunakan manakala skala lima adalah bangunan yang dilaporkan oleh pihak sekolah sebagai tidak selamat dan memerlukan penyelenggaraan. Skala enam pula merujuk kepada bangunan yang tidak selamat dengan pengesahan daripada pihak teknikal PPD atau JPN manakala skala tujuh merujuk kepada bangunan yang tidak selamat dengan pengesahan dari Jabatan Kerja Raya (JKR).
Keutamaan KPM adalah kepada bangunan yang berada pada skala enam dan skala tujuh untuk dibaik pulih, dinaik taraf atau dibina bangunan gantian mengikut keperluan. Sepanjang RMKe-11 dan RMKe-12 (RP1 tahun 2021), sejumlah RM4.397 bilion telah diluluskan untuk menaik taraf dan membangunkan semula 879 buah sekolah yang mempunyai bangunan daif di seluruh negara.
Ahli Yang Berhormat Baram, Yang Berhormat Hulu Rajang, Yang Berhormat Igan, Yang Berhormat Kota Samarahan, Yang Berhormat Lubok Antu dan Yang Berhormat Sibuti turut membangkitkan pelaksanaan projek menaik taraf dan membangun semula sekolah yang mempunyai bangunan daif di Sarawak. Dalam RMKe- 11 (2016-2020), sebanyak 293 projek menaik taraf dan membangun semula sekolah yang mempunyai bangunan daif dengan kos berjumlah RM1.765 bilion telah diluluskan kepada KPM. Manakala dalam RMKe-12 (RP1 tahun 2021), sebanyak 59 projek dengan kos berjumlah RM402.71 juta telah diluluskan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kota Samarahan, projek penggantian penuh SMK Muara Tuang dalam peringkat penyediaan dokumen tender dan akan ditender pada awal tahun 2022. Bagi sekolah lain yang mempunyai bangunan daif seperti yang dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat, KPM akan meneliti keperluan dan kesesuaian sebelum dikemukakan untuk pertimbangan agensi pusat.
Bagi Sabah, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kota Belud, Yang Berhormat Libaran dan Yang Berhormat Papar, sebanyak 239 buah projek telah diluluskan dengan kos berjumlah RM1.234 bilion dalam RMKe-11. Manakala, dalam RMKe-12, (RP1 tahun 2021), KPM telah diluluskan sebanyak 30 projek dengan kos sebanyak RM500.03 juta.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kulai, kos bagi menaik taraf dan membangun
Menteri Kanan Pendidikan - Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
semula sekolah yang mempunyai bangunan daif adalah berbeza bergantung pada kompleksiti skop, kesediaan tapak dan juga lokasi sesebuah sekolah.
Merujuk kepada pertanyaan Ahli Yang Berhormat Papar, KPM telah diluluskan sebanyak...
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Minta penjelasan. Yang Berhormat Menteri Kanan, Kulai di sini.
Datuk Dr. Mohd. Radzi bin Md. Jidin
Okey.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Okey. Saya faham jawapan Yang Berhormat Menteri Kanan tadi bahawa kos untuk ganti penuh sesebuah sekolah daif ikutlah skop kerja, lokasi mereka dan sebagainya. Jadi di sini, dalam ucapan saya, saya memang minta Yang Berhormat Menteri Kanan untuk membekalkan 148 buah sekolah yang telah disenaraikan itu. Boleh kah bagi senarai itu kepada kami. Terima kasih.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
Terima kasih Yang Berhormat Kulai.
Yang Berhormat Kulai pernah berada di Kementerian Pendidikan selama 22 bulan dan Yang Berhormat Simpang Renggam juga pernah berada di situ untuk satu tempoh yang hampir sama. Namun pada ketika itu pun Yang Berhormat pun tidak mengeluarkan senarai jumlah peruntukan skop dan sebagainya kerana kita tahu bahawa dari sudut setiap projek ini ia berbeza, lokasinya berbeza, skopnya berbeza, kosnya berbeza dan sebagainya.
Sekiranya senarai ini dikeluarkan pelbagai perbincangan yang akan menyentuh pelbagai perkara akan menimbulkan perbincangan yang tidak produktif. Bagi pihak KPM, kita telus dalam konteks memastikan setiap sen duit rakyat ini dapat digunakan sebaiknya bagi memastikan supaya sekolah-sekolah daif ini dapat disiapkan seberapa segera.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Saya perlu betulkan kenyataan Menteri Kanan, siapa cakap pada zaman PH kita tidak bagi senarai. Saya rasa untuk senarai yang diluluskan oleh Pakatan Harapan, kita memang ada bagi senarai. Kalau hendak rujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan sama ada di bawah KPM atau di bawah MOF, memang senarai itu dibagi.
Jadi saya hendak tanya kalau itu memang telus, apa salah, apa kesusahannya untuk bagi senarai penuh— dalam ucapan telah sebut 148 buah bangunan dan dengan kos RM1.6 bilion. Jadi rakyat tidak berhak untuk tahu kah, mana satu sekolah yang terlibat dengan kos berapa tinggi? Ini saya rasa tidak munasabah Menteri Kanan.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Menteri, saya pun pelik kenapa nama saya dipetik ketika Yang Berhormat Menteri hendak pertahankan diri sendiri. Yang Berhormat Menteri telah mengelirukan Dewan. Kita bukan sekadar menyatakan list (senarai) dengan harganya, malah kita sediakan dashboard untuk rakyat boleh pantau.
Kita masih ingat lagi, saya bagi placard untuk mengemukakan progress dan kita tidak pernah sembunyikan dan sering jawapan bertulis, yang ditanyakan pada waktu itu di sebelah sini dan juga oleh backbenchers kita berikan senarai tersebut. Yang Berhormat Kulai juga sedar dengan perkara tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, tolong jawab.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Saya hendak tunjuk satu perkara...
Tuan Yang di-Pertua
Cukup, cukup. Perkara yang sama kan? Yang Berhormat Menteri tolong jawab, selepas itu teruskan.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Menteri, Kangar punya isu unik sikit fasal ia sebuah sekolah terus ditutup. Sebenarnya bukan di kawasan saya, di kawasan Padang Besar tetapi penduduk di sana...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kangar tolong.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
Okey, ada Chuping, saya akan jawab.
Jika saya boleh saya jelaskan apa yang saya sebut tadi berdasarkan perbincangan bersama, rekod-rekod yang ada yang kita lihat di kementerian. Itulah penjelasan yang saya berikan.
Namun begitu, seperti mana yang saya jelaskan untuk menamakan sekolah tidak ada masalah, itu boleh kita namakan. Penamaan sekolah itu tidak ada masalah, kita boleh perincikan pun penamaan sekolah. Begitu juga dengan kos setiap sekolah, kita boleh perincikan.
Akan tetapi, Yang Berhormat minta skop dan sebagainya yang begitu mendalam. Itu yang tidak diberikan. Itu yang saya hendak jelaskan. Nama sekolah kita boleh jelaskan satu persatu. Itu jelas, itu tidak ada masalah, kita transparent. Cuma apa yang diminta diperincikan skop secara satu persatu itu sebab itu kita kata ia boleh menimbulkan pelbagai perbincangan. Akan tetapi saya ingin memaklumkan di sini bahawa apa yang Yang Berhormat minta, tentang skop, tentang nama sekolah, skop secara umum itu kita boleh bagi, itu telah diberikan umum.
Akan tetapi Yang Berhormat minta dalam ucapan Yang Berhormat, saya baca satu persatu itu minta kalau boleh hendak tengok secara mendalam the costing. Itulah maksud saya tadi. Kita tidak sampai ke tahap itu. Waktu Yang Berhormat pun costing secara mendalam. Kos untuk setiap projek itu, ya, tetapi kos untuk setiap skop dan sebagainya itu kita tidak perincikan.
Jadi tidak ada masalah hendak bagi sekolah mana, kita boleh bagi. Berapa kos setiap sekolah kita boleh bagi? Itu tidak ada masalah.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, tolong bagi secara bertulis.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Saya minta senarai itu dan saya hendak tunjuk di sini. Ini adalah kenyataan...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, point’s taken. Menteri sudah setuju untuk beri.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Saya hendak betulkan kenyataan Menteri kerana ini adalah kenyataan yang diisukan oleh MOF. Masih ada dalam laman web MOF.
Dalam sini memang ada nama sekolah, ada tarikh untuk SST dan sebagainya.
Jadi saya hendak betulkan kenyataan Menteri bahawa kita tidak bagi itu nama sekolah dan juga kos untuk setiap sekolah.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, tolong beri Yang Berhormat.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Saya kira Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri, saya ingat apa yg di bawakan itu benar dan juga kalau boleh Yang Berhormat Menteri kena betulkan kenyataan tadi kerana dengan mengheret nama saya dekat situ seolah kami pun tidak bersikap tidak...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri sudah terangkan. Tolong teruskan.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Tuan Yang di-Pertua, tentang Sabah Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja, menyentuh tentang...
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
Sabah, okey boleh. Topik lain ya?
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
...Sedikit sahaja. Ia tentang sekolah daif tetapi lain tidak sama dengannya. Menyentuh tentang sekolah daif di negeri Sabah Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri pun sedar akan kekangan jarak di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak dan kita pun tahu kekerapan kementerian untuk turun ke negeri Sabah ini agak tidak selalu.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Jadi, adakah perancangan daripada kementerian untuk mungkin empower Kerajaan Negeri Sabah untuk memantau dan melaksanakan projek-projek sekolah daif di negeri Sabah? Terima kasih.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
Terima kasih, Yang Berhormat berkaitan negeri Sabah dan Sarawak sebenarnya memang kita empower kerajaan negeri melalui JKR untuk melaksanakan projek-projek ini. Itu telah pun dilaksanakan dan kita bekerjasama rapat bagi memastikan supaya ia dapat dilaksanakan dengan cepat.
Kita tahu ada pelbagai isu, perkara yang mungkin akan melambatkan pelaksanaan sesuatu projek itu dan sebab itulah kita ingin memastikan supaya kerajaan negeri turut sama bersama JKR negeri masing-masing membantu kita memastikan segala proses itu dapat berjalan dengan baik.
Merujuk kepada pertanyaan Yang Berhormat Papar, KPM telah meluluskan sebanyak 15 projek di bawah program naik taraf dan membangun semula bangunan daif di sekolah dalam Parlimen Papar dengan kos sebanyak RM71.86 juta. Sehingga 30 September 2021, sembilan projek telah siap, lima projek dalam pembinaan dan satu projek dalam fasa pra bina. Pada masa yang sama sebanyak 27 buah sekolah sedang diselenggara dengan peruntukan sebanyak RM13.73 juta.
Yang Berhormat Setiawangsa ada membangkitkan tentang keadaan dewan sekolah usang serta menghadapi masalah pendawaian elektrik dan serangan anai-anai di empat buah sekolah dalam kawasan Parlimen Setiawangsa. Untuk makluman Yang Berhormat, KPM telah menyalurkan sejumlah RM24.73 juta pada tahun 2020 untuk naik taraf, baik pulih dan selenggara sekolah di Kuala Lumpur. Bagi empat buah sekolah yang dirujuk oleh Yang Berhormat sejumlah RM817,000 telah diperuntukkan untuk naik taraf, baik pulih, penyelenggaraan dan rawatan kawalan anai-anai.
Yang Berhormat Kangar, membangkitkan tentang bangunan daif di SK Seri Perlis. Untuk makluman Yang Berhormat, KPM telah mengemukakan permohonan kelulusan pengesahan tidak selamat dan syor roboh daripada JKR. Setelah mendapat kelulusan JKR, KPM akan memohon peruntukan daripada agensi pusat bagi pembinaan bangunan baharu.
Berkaitan dengan SK Chuping, operasi sekolah tersebut telah dipindahkan ke sebuah bangunan khusus di SMK Mata Ayer yang terletak kira-kira 3.8 kilometer dari sekolah asal.
Merujuk kepada pertanyaan Yang Berhormat Port Dickson, KPM telah memohon pembinaan gantian bangunan daif di SK Si Rusa Port Dickson dalam RMKe- 12 (RP2 Tahun 2020). Permohonan ini masih dalam pertimbangan agensi pusat dan kelulusan adalah tertakluk kepada keutamaan dan kedudukan kewangan semasa kerajaan.
Merujuk kepada pertanyaan Yang Berhormat Igan, KPM menyedari terdapat sekolah kerajaan yang berisiko dan terdedah kepada hakisan tanah dan banjir. Bagi mengatasi masalah tersebut, sebanyak sembilan buah sekolah berisiko di Sarawak telah diluluskan projek gantian penuh di tapak baharu dalam RMKe-11 dan RMKe-12 (RP1 Tahun 2021). Manakala dalam RMKe-12 (RP2 Tahun 2022), KPM telah memohon sembilan projek perolehan tapak baharu bagi menggantikan sekolah berisiko tersebut.
Bagi Parlimen Igan, KPM telah membuat permohonan untuk perolehan tapak SK Batang Lassa dalam RMKe-12 RP2. Bagi sekolah lain yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Igan, KPM dan JKR akan meneliti keperluan dan kesesuaian penggantian bangunan daif sebelum dikemukakan untuk pertimbangan agensi pusat.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau yang tidak hadir tu bertulis sahaja Yang Berhormat Menteri.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
Okey boleh, Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kalabakan, ada? Tiada. Berhubung pertanyaan Ahli Yang Berhormat Sabak Bernam, tidak ada. Ahli Yang Berhormat Pengerang?
Tuan Yang di-Pertua
Tidak ada.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
Tidak ada. Ahli Yang Berhormat Bukit Gantang, ada? Tidak ada. Ahli Yang Berhormat Sibuti, ada?
Tuan Yang di-Pertua
Tidak ada.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
Tidak ada juga. Ahli Yang Berhormat Parit? Tidak ada.
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Ada.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Parit ada.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
Ada. Ahli Yang Berhormat Parit menyuarakan cadangan pembinaan dua buah sekolah iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah di Seri Iskandar. KPM menyedari akan pertambahan bilangan penduduk di kawasan Seri Iskandar, Perak. Bagi menampung peningkatan enrolmen murid di sekolah sekitar kawasan tersebut, KPM telah memohon pembinaan bangunan tambahan 18 buah bilik darjah dan lain-lain kemudahan di SK Iskandar Perdana dalam RMKe-12
(RP2 Tahun 2022).
Di samping itu, KPM juga memohon pembinaan bangunan tambahan 12 buah bilik darjah dan lain-lain kemudahan di SK Tronoh dalam RMKe-12 (RP2 Tahun 2022).
Kedua-dua permohonan ini masih dalam pertimbangan agensi pusat dan kelulusan adalah tertakluk kepada keutamaan dan kedudukan kewangan semasa kerajaan.
Selain itu, KPM juga merancang untuk membina sebuah sekolah menengah baharu di kawasan Seri Iskandar. Permohonan cadangan pembinaan sekolah tersebut akan dikemukakan dalam RMKe-12, RP3 pada tahun 2023 untuk pertimbangan dan kelulusan agensi Pusat.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Seterusnya, Ahli Yang Berhormat Sepang, ada?
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
Ya, teruskan.
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Pertama, saya mengucapkan terima kasih atas pertimbangan daripada pihak kementerian. Kedua, hari itu saya sebut bahawa keperluan bagi Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah, jadi mungkin Yang Berhormat Menteri boleh respons.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Menteri.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Parit.
Berkaitan dengan keperluan pejabat pendidikan itu, kita sedang meneliti dan sebarang makluman kita akan maklumkan kepada Yang Berhormat.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
Silakan.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Menteri menyebut tentang progress sekolah-sekolah daif dan sebagainya dengan memberi jawapan kepada mereka yang telah membahaskan. Saya juga telah memberitahu Yang Berhormat Menteri bahawa dahulu kita pernah ada dashboard untuk menceritakan progress, perkembangan sekolah-sekolah daif supaya rakyat boleh memantau, supaya MP kita boleh memantau.
Peliknya apabila saya membuka pautan kepada dashboard itu, sekarang ini tinggal 404.
Maksudnya, dashboard telah tiada lagi.
Jadi, untuk menyamakan ketidaktelusan pada zaman Yang Berhormat Menteri dengan zaman kami, itu tidak benar sekali-kali. Jadi, saya minta Yang Berhormat Menteri tarik balik kenyataan menyamakan bahawa ketidaktelusan pada zaman beliau juga sama dengan ketidaktelusan pada zaman kami. Kami ada dashboard, MP boleh
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
pantau, rakyat boleh pantau. Sekarang ini pada zaman Yang Berhormat Menteri, 404.
Kosong, tidak telus. Terima kasih.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Yang Berhormat Menteri, sedikit boleh? Pasir Mas.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Pasir Mas, sila.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Berhubung dengan apa yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri, bantuan-bantuan kepada sekolah-sekolah daif. Saya merujuk kenyataan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri berhubung peruntukan RM15 juta untuk 65 buah sekolah jenis kebangsaan Cina. Jadi, persoalan saya berapa pula yang diperuntukkan kepada sekolah-sekolah tahfiz yang juga berada dalam situasi yang daif pada ketika wabak pandemik ini? Adakah lebih daripada itu dan apakah sebenarnya pendirian kerajaan dalam isu ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Menteri.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
Terima kasih. Saya menjawab pertama, Yang Berhormat Simpang Renggam. Terima kasih Yang Berhormat kerana merujuk kepada perkara berkaitan dengan dashboard. Sebenarnya baru sahaja saya semak dalam perbincangan kita menyediakan draf ini, kita sudah semak apa yang ada dalam dashboard pun. Pada waktu itu dashboard-nya berfungsi. Let me check, insya-Allah kita selesaikan. Perkara kecil sahaja, insya-Allah. Kita tidak cuba menyorok apa-apa, kita sentiasa telus dan semua pihak boleh tengok apa yang kita laksanakan dalam konteks sekolah daif. Pada masa ini juga...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Menteri...
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
...Perhatian khusus kepada sekolah daif bagi memastikan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Bagi Yang Berhormat Menteri menjawab dahulu.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
...Supaya ia dapat dilaksanakan dengan lebih cepat. Oleh kerana dalam tempoh PKP ini banyak penangguhan dalam konteks pelaksanaan pembinaan dan juga pembaikpulihan sekolah-sekolah daif di seluruh negara.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
Sebelum itu, saya menjawab dahulu Yang Berhormat Pasir Mas ya. Nanti saya bagi Yang Berhormat Jelutong.
Berkaitan dengan soalan Yang Berhormat Pasir Mas tentang peruntukan untuk sekolah menengah persendirian Cina (SMPC). Pertama sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan apakah ruang lingkup bidang kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia tentang peruntukan dan juga bantuan untuk sekolah-sekolah.
Pertama sekali, Kementerian Pendidikan bertanggungjawab sepenuhnya kepada sekolah-sekolah kerajaan. Itu kalau sekolah kerajaan, Kementerian Pendidikan bertanggungjawab sepenuhnya.
Kedua, untuk sekolah bantuan kerajaan, kita menyediakan– ini sekolah bantuan kerajaan, kita menyediakan bantuan peruntukan bagi pembayaran untuk tujuan tertentu seperti emolumen dan elaun untuk guru, pemberian geran per kapita, bantuan untuk utiliti, bantuan untuk keselamatan dan juga kebersihan, bantuan-bantuan tertentu. Itu untuk sekolah bantuan kerajaan.
Sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) bukanlah sekolah kerajaan ataupun sekolah bantuan kerajaan. Sekolah SMPC ini ialah sekolah persendirian dan Kementerian Pendidikan tidak pernah menyalurkan sebarang peruntukan kepada sekolah persendirian. Itu Ahli Yang Berhormat, saya jelaskan. Jadi, ruang lingkup tadi
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
kena faham kerana ramai yang menganggap semua sekolah di negara ini peruntukannya datang daripada Kementerian Pendidikan, disalurkan oleh Kementerian Pendidikan.
Pertama, sekolah kerajaan. Itu jelas, itu tanggungjawab Kementerian Pendidikan. Kedua, sekolah bantuan kerajaan, ya kita boleh bagi bantuan tertentu dalam konteks tertentu seperti mana yang termaktub. Apabila kita bercakap selain itu, ia di luar ruang lingkup Kementerian Pendidikan.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Menteri, izinkan saya menyambung soalan Yang Berhormat Pasir Mas tadi. Ya, saya maklum saya pernah berada di situ dan menjawab tentang isu peruntukan sekolah menengah Cina.
Akan tetapi menariknya, Timbalan Yang Berhormat Menteri, Dato’ Dr. Mah Hang Soon dengan bangganya confirmed tentang pemberian tersebut. Jadi, ini memberikan innuendo bahawa peruntukan datang daripada kerajaan kepada sekolah menengah persendirian Cina.
Saya tidak kisah benda itu, kita ingin berlaku adil kepada semua. Cuma, soalan berkait dengan Yang Berhormat Pasir Mas tadi, sejauh mana apa yang kita pernah kita usahakan. RM100 juta untuk sekolah agama rakyat dan juga tahfiz. Ya, bukan daripada KPM, saya tahu. Daripada Kementerian Kewangan.
Tadi saya tanyakan, Timbalan Menteri tidak menjawab. Persoalannya, apakah Yang Berhormat Menteri sanggup memberikan komitmen untuk meminta Kementerian Kewangan teruskan memberi RM100 juta kepada sekolah agama rakyat dan tahfiz demi menyelamatkan banyak sekolah tahfiz yang akan tutup di waktu ini kerana dampak COVID-19. Kita pernah memberikan semenjak tahun 2019 dahulu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Menteri...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
Sekejap, saya jelaskan Yang Berhormat Simpang Renggam. Minta maaf Yang Berhormat Jelutong, saya bagi laluan sekejap lagi.
Pertama sekali, saya ingin menjelaskan bahawa keberadaan saya di sini di bawah Kementerian Pendidikan selaku Menteri Pendidikan adalah termaktub di bawah Akta Pendidikan. Jadi, ada ruang lingkup yang di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan. Itu yang saya boleh jelaskan di sini.
Apa yang saya jelaskan tadi bahawa berdasarkan bidang kuasa Kementerian Pendidikan memang tidak ada agihan yang dibuat. Yang Berhormat sendiri telah menjawab bagaimana peruntukan untuk sekolah-sekolah itu. Yang Berhormat sendiri sudah jawab. Jadi, itulah ruang lingkup yang saya gulung pada hari ini dalam konteks Kementerian Pendidikan. Saya bagi Yang Berhormat Jelutong.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Saya rasa tidak menjawab kerana– Yang Berhormat Menteri, saya katakan sanggup kah tidak memberi komitmen minta Kementerian Kewangan memberikan peruntukan yang sama? Itu yang pertama.
Bukan saya menjawab untuk pihak Yang Berhormat Menteri. Harap kena faham soalan dan jawapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Keduanya, berkaitan dengan kenyataan daripada Timbalan Yang Berhormat Menteri. Apakah timbalan lebih berkuasa daripada Yang Berhormat Menteri? Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih.
Memandangkan Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Yang di-Pertua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Ketika saya membahaskan bukan RMKe-12 tetapi titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, saya telah mempersoalkan Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan pengagihan komputer riba ataupun laptop kepada pelajar-pelajar di Pulau Pinang. Saya masih ingat lagi ketika saya berbahas, Tuan Yang di-Pertua sendiri juga amat tertarik kerana beliau juga bekas ADUN dari Pulau Pinang.
Saya percaya beliau sendiri juga prihatin dengan nasib pelajar-pelajar di Pulau Pinang. Tuan Yang di-Pertua telah mengarahkan Yang Berhormat Menteri untuk memberi penjelasan sama ada secara lisan di Dewan yang mulia ini— Yang Berhormat Menteri tidak memberi sebarang penjelasan tetapi kelmarin saya telah menerima satu jawapan.
Dalam jawapan tersebut untuk makluman Yang Berhormat Menteri, soalan saya adalah berapakah komputer yang telah diagihkan kepada pelajar-pelajar di Pulau Pinang sama ada sekolah agama, sekolah tahfiz, sekolah jenis kebangsaan, sekolah Tamil, sekolah Cina, jawapan yang diberikan adalah sebanyak 112,356 unit peranti telah diserahkan kepada murid B40 di 910 buah sekolah di seluruh negara. Berhenti di situ.
Tidak menjawab soalan saya. So, saya ingin menuntut supaya pengelasan diberikan daripada makluman yang saya terima daripada kawan-kawan, daripada guru-guru sekolah, tidak ada satu pun peranti atau laptop atau komputer riba diagihkan kepada pelajar-pelajar di Pulau Pinang.
Kalau begitu, soalan saya kenapakah Pulau Pinang dianaktirikan? Bukankah pelajar-pelajar di Pulau Pinang juga penting? Bukankah kita juga merupakan ahli keluarga dalam konsep Keluarga Malaysia ini? Itu adalah tuntutan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bagaimanakah jawapan ini boleh diberikan oleh kementerian? Siapakah yang memberi jawapan ini? Itu soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri. Bolehkan memberi penjelasan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat ini adalah sesi menjawab untuk RMKe-12 jadi ringkaskan.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Menteri, sedikit.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
Boleh. Silakan.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya telah membangkitkan dalam ucapan perbahasan saya semalam mengenai polisi atau dasar kerajaan mengenai— berhubung dengan nasihat yang diberikan oleh pejabat pendidikan daerah berhubung dengan isu kes-kes di mana pelajar tersebut sedang memohon kewarganegaraan di mana ayahnya seorang warganegara Malaysia, ibunya seorang warganegara asing...
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batu Kawan berhujah, tapi Yang Berhormat Simpang Renggam pula naik gambar atas. Nanti salah faham rakyat.
[Dewan ketawa]
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Oh! Ya lah. Yang Berhormat Simpang Renggam nak mai Penang ke?
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Kami tidak swap kerusi ya Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
[Ketawa]
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Maka, dalam banyak kes saya dan ramai Ahli Parlimen di sini hadapi...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta sekretariat— saya minta...
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Dia nak cari Batu Kawan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
...Adjustkan gambar.
Terima kasih, teruskan Yang Berhormat Batu Kawan.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
[Ketawa] Maka dalam isu untuk seorang pelajar itu meneruskan pendidikan, banyak kali pegawai-pegawai memberikan nasihat untuk pelajar tersebut mohon untuk pasport. Dia kata bawa pasport, ikut warga kenegaraan mak, kami akan benarkan pelajar tersebut dimasukkan ke dalam sekolah.
Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, satu polisi garis panduan telah wujud semasa Pakatan Harapan menjadi kerajaan bahawa sekiranya keluarga tersebut, ayah atau ibu boleh membuktikan bahawa permohonan telah masuk, whichever stage it is in that an application has been put in, that the child must be accepted into school. Akan tetapi saya mendapat tahu bahawa sekarang ini, pejabat pendidikan daerah, KPN menggunakan the old policy 2017.
Soalan saya, bila ada satu dasar baharu yang lebih progresif, yang lebih adil untuk anak-anak kita meneruskan pelajaran di sekolah, mengapa polisi ini— we go back to something that was more medieval, very old and it punishes the child. Maka saya ingin cadangkan di sini kalau boleh wujud satu cross-ministry or inter-ministry agency untuk pastikan bahawa pegawai tidak memberikan nasihat seperti ini. Bila kami tanya, pegawai kata mana tahu kalau tidak dapat kewarganegaraan Malaysia, dia boleh ikut kewarganegaraan mak.
This is unfair. Bila permohonan sudah masuk ke KDN, boleh dibuktikan ada surat permohonan kewarganegaraan, bapa warga Malaysia, lahir di hospital di Malaysia tetapi diberi nasihat ikut kewarganegaraan mak. So, saya harap Yang Berhormat Menteri, boleh berikan komitmen dasar. This is a dasar decision. It doesn’t need any money from you all. No funding from ministry. You just have to change your policy to put the interest of the child ahead of politics. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
Terima kasih. Pertama sekali Yang Berhormat Jelutong. Saya sebenarnya telah menyiapkan surat-surat untuk kesemua Ahli-ahli Parlimen tentang setiap peranti untuk setiap kawasan Parlimen. Sepatutnya sudah hantar pagi ini. Cuma ada sedikit penyelarasan yang perlu dibuat. Insya-Allah paling lambat esok. Kita perincikan setiap sekolah dalam...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri, Sik sudah dapat. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
Baik. Saya mohon maaf.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Itu Yang Berhormat Menteri, untuk makluman Yang Berhormat Menteri, saya pun nak pastikan supaya tidak ada sebarang tuduhan dibuat. Sekarang apa yang kami maklum semua peranti dihantar ke ahli backbenchers kerajaan sahaja. Semua kawasan Ahli Parlimen kerajaan dapat.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Tidak betul, tidak betul. Dakwaan yang salah itu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kami tidak dapat.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
Ahli-ahli Yang Berhormat, sabarlah. Saya kata saya dah siapkan semua surat. Nanti tengoklah masing-masing. Kita being fair.
Tidak ada pembangkang, tidak pembangkang. Ini tentang anak-anak kita. Jadi kita dah...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Itu Yang Berhormat Menteri, satu setengah tahun budak-budak ada di rumah. Satu setengah tahun. Berapa lama masa kena tunggu lagi?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Jelutong.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.
Seterusnya Yang Berhormat Batu Kawan tadi. Izinkan saya mendapat maklumat lanjut tentang apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Kawan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
Juga, saya dimaklumkan bahawa dapat nota sedikit ini. Untuk makluman Yang Berhormat Simpang Renggam, yang terakhir KPM update dashboard itu adalah pada 4 Oktober 2021. Sebab itu saya kata berdasarkan rekod saya, memang kita sentiasa update dashboard tersebut.
Okey, saya teruskan.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Sedikit. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Cuma merujuk kepada Yang Berhormat Batu Kawan, beliau timbulkan isu polisi Zero Reject Policy ataupun Dasar Penolakan Sifar. Apakah masih diteruskan? Kalau diteruskan, saya kira Yang Berhormat Menteri boleh membuat pengumuman di Dewan yang mulia ini supaya pegawai-pegawai dan pihak sekolah boleh menurut perintah tersebut dan melaksanakan polisi berkenaan demi masa depan anak-anak kita. Pendidikan untuk semua tanggungjawab kita bersama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta Yang Berhormat Menteri rumuskan.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
Okey, berkaitan— sebagaimana saya sebut tadi Yang Berhormat Batu Kawan, saya akan dapatkan maklumat spesifik kes yang disebutkan di PPD tadi. Apa yang kita ingin pastikan supaya anak-anak kita ini mendapat akses pendidikan yang terbaik. Ya? Itu kita beri keutamaan. Rumuskan...
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua, boleh Kota Belud? Tuan Yang di-Pertua, bolehkah kita minta Yang Berhormat Menteri ini lanjutkanlah masa untuk mereka bagi jawapan. RMKe-12 ini satu kali sahaja dalam lima tahun. Belum lagi masuk dalam isu sekolah kayu, sekolah daif untuk orang Sabah dan Sarawak.
Saya punya soalan, kalau mahu bagi jawapan bertulis, sayanglah. Kesian tau kita.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Saya setuju.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Kota Belud tadi tidak apa, tidak ada bertulis. Yang Berhormat Menteri akan— You just mention about your Parliament lah.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Saya— Yang Berhormat Menteri boleh saya tanya soalan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Tanya terus.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Okey, saya ada banyak persoalan tentang isu pendidikan tetapi saya ingin tambah soalan di sini sebab apabila kita buka buku...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ini dia menjawab apa yang telah disebutkan hari itu.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Ya, tapi ini berkaitan, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Silakan.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Dalam buku RMKe-12 ini kalau kita buka paparan 78, Issues and Challenges. Dalam sini, salah satunya lack of effective collaboration between the Federal and state government as well as inefficient public service delivery have hampered the development in Sabah and Sarawak to match with other states.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Jadi saya ingin minta penjelasan kalaulah sekiranya mungkin contohlah dalam sekolah-sekolah daif, kenapa banyak projek-projek RMKe-11 ini dibawa lagi ke RMKe- 12 disebabkan issues and challenges, lack of cooperation and inefficient service delivery ini, kenapa kita tidak empower kerajaan negeri untuk atur dan uruskan masalah yang berkaitan Sabah dan Sarawak. Kalau pun sebenarnya tidak— mungkin tidak kompeten atau apa, kenapa tidak kerajaan Federal ataupun jawatankuasa untuk bagi tunjuk ajar dan sebagainya. Ini soalan saya yang sangat berkaitan dengan pembangunan Sabah dan Sarawak. Terima kasih.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sepanggar sebentar tadi bahawa memang kita memang telah bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri dalam memastikan pelaksanaan-pelaksanaan projek ini dapat dijalankan dengan cepat. Itu memang kita telah laksanakan pun.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sepertimana di Sabah, kita telah bekerja sama rapat dengan JKR Sabah. Di Sarawak kita bekerjasama rapat dengan JKR Sarawak. Urusan-urusan perolehan tanah sebagai contoh, urusan-urusan pemutihan tanah itu merupakan perkara yang penting yang memerlukan sokongan dan dukungan daripada kerajaan negeri. Memang kita sentiasa bekerjasama rapat bagi memastikan pelaksanaan projek pembangunan sekolah-sekolah ini dapat dilaksanakan dengan cepat dan teratur.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Yang Berhormat Menteri, maksud saya di sini adalah dari segi staf yang bekerja untuk menguruskan pengurusan contoh pembinaan sekolah. Dahulu waktu saya sebagai jurutera elektrik, saya juga bekerja dalam konsultan yang terlibat dalam pembinaan sekolah ini.
Kadang-kadang bukan sahaja masalah tanah, banyak permasalahan kadang- kadang daripada segi staffing itu dia terpaksa kejar projek. Maksudnya menguruskan projek itu terlalu banyak. Jadi apa mungkin penyelesaian kepada ini sebab pada saya kalau kita tidak selesaikan ini, sampai Rancangan Malaysia ke-13, Rancangan Malaysia Ke-14, kita tidak dapat selesaikan masalah sekolah daif Sabah dan Sarawak. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Sikit boleh Yang Berhormat Menteri?
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Yang Berhormat Menteri, Merbok...
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Batu Gajah juga ada timbulkan soalan berkaitan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila, Yang Berhormat Merbok..
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kangar tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Tidak apa. Yang Berhormat Merbok dahulu.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Yang Berhormat Menteri saya Cuma hendak tanya. Untuk Merbok, sudah ada jawapan kah belum? Atau kalau saya boleh tanya sekarang terus?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila tanyakan.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Soalan terakhir saya semalam. Selain direct tender kepada Media Prima Berhad untuk DidikTV, apakah kontrak-kontrak lain yang telah KPM berikan secara direct award tanpa melalui open tender? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Batu Gajah. Switch on the microphone Yang Berhormat Batu Gajah.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan Zero Reject Policy, Batu Gajah juga timbulkan persoalan ini dalam perbahasan saya. Saya mohon Menteri memberi penjelasan berkaitan dengan Zero Reject Policy sama ada masih diteruskan ataupun tidak? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah. Yang Berhormat Kangar, last.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Tuan Yang di-Pertua terima kasih. Tadi Yang Berhormat Menteri jawab tentang pemindahan pelajar ke sekolah baharu sebenarnya itu sudah diketahui oleh rakyat. Cuma rakyat hendak tahu sampai bila mereka ini hendak menumpang sebab hendak bina sebuah sekolah baharu dia akan mengambil masa. Sedangkan bangunan daif dekat Sekolah Kebangsaan Seri Perlis itu pun sudah bertahun. Itu baru sebuah bangunan. Inikan pula sebuah sekolah. Saya hendak minta Tuan Yang di-Pertua selepas ini kalau boleh dibincangkan, macam peruntukan Kementerian Pendidikan dan juga Kementerian Pendidikan Tinggi ini memakan lebih kurang dalam suku daripada Belanjawan kita. Akan tetapi masa diberi sama banyak macam kementerian lain. Bagi saya ini perlu disemak semula.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kangar.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Tuan Yang di-Pertua, last.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Daripada Yang Berhormat Batu Gajah.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Mohon Menteri, saya juga bangkitkan soalan semalam berkaitan dengan diskriminasi di sekolah. Mohon Yang Berhormat Menteri boleh jawab hari ini juga.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Menteri.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
Pertama sekali berkaitan dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Merbok tentang DidikTV dan Media Prima Berhad itu sama adakah yang lain-lain lagi yang kita agihkan tender secara direct itu, berikan masa untuk jawab secara bertulis, ya berkaitan dengan hal tersebut.
Kedua Yang Berhormat Kangar tadi and then I’ll go to Yang Berhormat Batu Gajah dan juga Yang Berhormat Batu. Yang Berhormat Kangar tadi kita sedar memang Sekolah Kebangsaan Chuping telah dipindahkan muridnya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Mata Ayer. Pada waktu itu kita terpaksa laksanakan dengan segera mengambil kira keadaan di Sekolah Kebangsaan Chuping. Kita sedang meninjau secara keseluruhan keadaan sekolah-sekolah berhampiran tentang kapasiti murid dan sebagainya sebelum kita membuat sebarang keputusan.
Oleh sebab di SMK Mata Ayer pun memang ada bangunan yang tidak digunakan. Satu bangunan itu dan kita telah tambah baik bangunan itu untuk membolehkan murid-murid di SK Chuping ini dipindahkan.
Berkaitan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu Gajah, apabila kita bercakap tentang Zero Reject Policy ini, dia banyak perspektif. Saya bagi contoh, apabila kita bercakap tentang Zero Reject Policy dalam konteks murid bekeperluan khas sebagai contoh. Dalam konteks ini. Memang sebelum ini dikatakan dilaksanakan Zero Reject Policy. Apabila kita membuat audit, melihat berapa banyak sekolah yang sebenarnya mempunyai kemudahan untuk murid bekeperluan khas, kita dapati bahawa tidak banyak sekolah.
Jadi dalam konteks tersebut memang bila ibu bapa menghantar anak mereka yang bekeperluan khas ke sekolah tersebut, secara umumnya sekolah akan melihat sama ada ia sesuai ataupun tidak. Ini kerana demi keselamatan anak-anak ini. Kadang- kadang kemudahan tidak ada di sekolah, kepakaran pun tidak ada.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
Secara umumnya berkaitan dengan Zero Reject Policy dalam konteks Murid Berkeperluan Khas (MBK), saya sentuh, bahawa kita laksanakan tetapi kita tambah baik.
Oleh sebab itu tahun lepas kita mohon peruntukan khas daripada Kementerian Kewangan untuk murid-murid berkeperluan khas dan alhamdulillah RM45 juta telah disalurkan dan hampir semua telah digunakan untuk memberikan kemudahan kepada anak-anak berkeperluan khas ini.
Berkaitan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Batu tentang diskriminasi di sekolah. Pihak kementerian tidak tolerate, pihak kementerian bertegas bahawa tidak sepatutnya berlaku sebarang diskriminasi di mana-mana institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ahli-ahli Yang Berhormat yang saya hormati sekalian..
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Masa sudah habis saya bagi satu minit lagi.
Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md. Jidin
Okey. Saya rasa setakat ini sahaja penjelasan saya mengenai perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih di atas segala perhatian, keprihatinan, teguran, sokongan dan cadangan. Sekian terima kasih.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Yang Berhormat Menteri..
Tuan P. Prabakaran - Batu
Tuan Yang di-Pertua, mohon mencelah...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Pendidikan lebih masa yang panjang. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Pengangkutan untuk memberi jawapan-jawapan di atas perbahasan. 30 minit.
Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Tuan Yang di- Pertua, izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan tiga belas orang Ahli Yang Berhormat terhadap kementerian ini yang membahaskan dan menyentuh perkara di bawah bidang tugas Kementerian Pengangkutan.
Infrastruktur pengangkutan dan logistik merupakan antara pemboleh daya utama iaitu enabler kepada pembangunan sosioekonomi. Di bawah kerangka Rancangan Malaysia ke-12, sektor pengangkutan dan logistik akan dipertingkatkan lagi kecekapannya dalam usaha untuk menyediakan sistem pengangkutan yang bersepadu, mampu bayar dan lancar.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bayan Baru telah membangkitkan status pembangunan lapangan terbang antarabangsa dalam Rancangan Malaysia ke-11. Di bawah Rancangan Malaysia ke-11, tiada lapangan terbang antarabangsa baharu yang dibina atau lapangan terbang antarabangsa sedia ada yang telah dinaik taraf.
Walau bagaimanapun, terdapat tiga projek naik taraf atau bina lapangan terbang domestik yang sedang dilaksanakan seperti berikut;
(i) Lapangan Terbang Sandakan di mana status kemajuannya adalah 61 peratus siap;
(ii) Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kelantan. Projek ini baru sahaja dimulakan dengan kerja-kerja awalan; dan
(iii) Lapangan Terbang Baru Mukah, Sarawak. Telah siap sepenuhnya dan beroperasi mulai 17 Jun 2021.
Yang Berhormat Teluk Intan dan Yang Berhormat Ipoh Timur telah membangkitkan isu penaiktarafan...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri, Bayan Baru.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
...Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah
(LTSAS) Ipoh.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri, Bayan Baru. Saya hendak tanya sedikit kerana Yang Berhormat Menteri kita tahu bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa di Bayan Lepas sememangnya mempunyai perancangan untuk buat expansion. Itu sudah lama. Jadi apa status sekarang, kita hendak mohon Yang Berhormat Menteri jawab tentang ini.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Yang Berhormat Bayan Baru, dalam mukasurat keempat saya ada.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Sebab ada Yang Berhormat Bukit Bendera juga bawa isu ini.
Untuk Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, (LTSAS) Ipoh, kerajaan telah melaksanakan projek naik taraf LTSAS pada tahun 2012 yang merangkumi pemanjangan dan pelebaran landasan, menurap taxiway, dan menaik taraf terminal dengan peruntukan sebanyak RM40 juta bagi menampung operasi pesawat jenis Boeing 737 dan Airbus A320.
LTSAS direka bentuk untuk menampung pengendalian 0.5 juta penumpang setahun. Jumlah pengendalian penumpang di LTSAS pada tahun 2019 adlah seramai 457,231 orang penumpang iaitu penggunaan sebanyak 91 peratus daripada kapasiti reka bentuk. Penularan wabak pandemik COVID-19 telah memberi kesan terhadap sektor penerbangan penumpang berikutan dengan pelaksanaan sekatan perjalanan bagi sektor domestik dan antarabangsa oleh kerajaan bagi membendung penularan wabak ini.
Sektor penerbangan negara diunjurkan hanya akan pulih dalam tempoh tiga hingga empat tahun tertakluk kepada situasi semasa penularan COVID-19. Jumlah pengendalian penumpang LTSAS pada tahun 2020 telah mencatat penurusan drastik dengan pengendalian seramai 100,665 penumpang sahaja. Penurunan sebanyak 78 peratus berbanding tahun 2019 dan penurunan jumlah penumpang masih berterusan sehingga hari ini.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Kementerian Pengangkutan berpandangan LTSAS masih lagi mampu untuk menampung peningkatan penumpang, dan keadaan terminal lapangan terbang dan landasan sedia ada juga baik dan memadai bagi kelancaran operasi penerbangan yang sedia ada. Justeru, tiada keperluan mendesak untuk menaik taraf lapangan terbang tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Bendera telah membangkitkan isu projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) tidak dimasukkan dalam dokumen RMKe-12. Cadangan projek menaik taraf LTAPP sebelum ini akan dilaksanakan oleh pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) secara PFI
(inisiatif pembiayaan swasta). Walau bagaimanapun, penularan wabak COVID-19 telah memberi kesan negatif terhadap industri penerbangan negara terutamanya kemampuan MAHB untuk membiayai projek tersebut.
Berdasarkan perkembangan terkini dan kekurangan permintaan daripada industri penerbangan negara, projek ini akan ditangguhkan sehingga industri penerbangan pulih. Untuk tempoh ini, kerajaan sedang menyelesaikan beberapa isu termasuk pengambilan tanah di beberapa kawasan di sekitar LTAPP bagi membolehkan projek naik taraf LTAPP dapat dilaksanakan setelah industri penerbangan pulih.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pada Ogos tahun lalu, tidak silap saya 27 Ogos, saya sendiri telah bersama-sama dengan pimpinan MOT telah berbincang dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang mengenai masalah tanah yang perlu diuruskan dalam tempoh terdekat.
Jadi pada masa yang sama, bagi memastikan keperluan pembangunan jangka panjang lapangan terbang di Malaysia berdasarkan keperluan industri semasa,
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
mengambil kira impak COVID-19 dan keperluan sistem jaringan kesalinghubungan pengangkutan negara, Kementerian Pengangkutan akan melaksanakan kajian National Airports Strategic Plan (NASP) yang akan bermula hujung tahun ini untuk menentukan hala tuju pembangunan lapangan-lapangan terbang di Malaysia daripada segi pembangunan infrastruktur fizikal, keperluan ruang udara (airspace requirement), kajian ekonomi dan strategik, agar pembangunan lapangan terbang itu dilaksanakan berdasarkan kepada keperluan sebenar.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, sekejap. Tentang Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Menteri tadi kata tentang Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang akan dibangunkan dan diperluaskan menggunakan PFI. Kita tahu bahawa funding itu datang daripada MAHB.
Sekarang, kerana MAHB ada masalah COVID-19, lapangan terbang, MAHB, dan sebagainya mengalami kerugian yang besar. Jadi atas sebab itu, adakah MAHB masih mampu untuk menanggung kos tersebut? Itu soalan nombor satu.
Masih mampukah untuk raise funds untuk buat extension? Kedua, adakah schedule perancangan itu akan ditundakan atau dia akan ikut perancangan yang asal, yang sebenarnya harus dimulakan, projek itu akan dimulakan secepat mungkin? I mean tahun ini atau tahun lepas. Akan tetapi, adakah kerana COVID-19, dia terpaksa ditundakan? Minta penjelasan daripada Menteri. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih Yang Berhormat. Satu soalan yang baik, di mana pihak MAHB semasa berlakunya pandemik ini, mereka membelanjakan setiap bulan RM140 juta untuk maintenance dari segi 39 lapangan terbang di seluruh Malaysia yang mereka perlu selenggarakan dan juga beroperasi. Apa yang berlaku ialah, apabila PSC (passenger service charge) yang kita kenakan di Malaysia, kita tidak mengutip bagi mereka yang masuk ke Malaysia.
Apa yang dikutip adalah mereka yang keluar daripada Malaysia. Dalam keadaan ini, tiada pendapatan sebab tiada pelepasan dari Malaysia. Mereka tidak berlepas dari Malaysia. Jadi, dalam keadaan sumber pendapatan begitu kurang sekali, atau hampir kosong dan berbanding dengan pengoperasian RM140 juta satu bulan, bermakna lebih daripada RM2 bilion telah dibelanjakan semasa pandemik ini.
Jadi dalam keadaan ini, projek LTAPP ini sebenarnya menelan belanja RM1 bilion lebih. Jadi dalam keadaan yang terdesak, daripada ramalan daripada IATA, kita melihat secara realistik, lapangan terbang di Malaysia dan sektor penerbangan di Malaysia mengalami satu situasi, di mana sebelum COVID-19 pada tahun 2019, kita mendapat penumpang sebanyak 109 juta. Tahun lalu tahun 2020, dalam kita—pada suku tahun pertama masih okey, dan kita hanya mencapai sekitar 26 juta penumpang setahun.
Ini satu penurunan yang cukup mendadak. Pada tahun ini, untuk tempoh enam bulan yang pertama, hanya 3.6 juta penumpang. Daripada segi pendapatan MAHB, memang kurang. Maka tidak ada pilihan, terpaksa dianjakkan daripada segi aliran tunai.
Maka mengikut jangkaan IATA juga, kita akan pulih sepenuhnya pre-COVID pada tahun 2025.
Oleh sebab itu dalam jawapan saya, saya kata soal tanah, kita uruskan waktu ini. Kita kena reschedule balik apa yang dihasratkan. Memang Pulau Pinang ini satu lapangan terbang yang berdaya saing, yang cukup dinamik. Daripada segi jumlah penumpang, mereka telah mencapai penumpang yang agak tepu sebelum COVID-19.
Maka kita melihat kesemua fakta ini, itu akan diberi prioriti atau keutamaan dalam soal ini.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Menteri, sedikit sahaja, tambahan. Terima kasih Menteri kerana memberi jawapan yang bagus. Saya macam ini, kita apabila kita low time, biasanya kita buat kerja. Saya masih ingat apabila kita buat pembesaran
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
lapangan di Bayan Lepas Airport, keadaan yang huru-hara kerana banyak passenger masuk, tetapi at the same time, dia buat pembesaran.
Jadi, keadaan yang sangat sesak dan tidak selesa dan bahaya. Jadi apabila kita ada sekarang, kekurangan penumpang, this is the best time untuk kita buat expansion because saya percaya dan saya yakin, penerbangan itu akan kembali. Saya mohon supaya kementerian memberi keutamaan kepada Penang Airport, kerana itu adalah airport yang sangat penting daripada segi strategik, dari segi industri pelancongan, dan juga untuk domestik. Terima kasih.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Okey. Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru. Sebenarnya, Yang Berhormat sebagai seorang jurutera pun tahu bahawa situasi itu memang ideal. Kalau waktu ini adalah— kata orang dalam keadaan merosot dari segi ekonomi dan kita perlu merancakkan pembangunan pada waktu yang sama— waktu ini tak sibuk. Itu dalam keadaan ideal di mana kita ada sumber pendapatan.
Dalam keadaan kita telah menghabiskan semua tabungan dan dalam keadaan terdesak, terpaksa kita mengubah strategi. Jadi, saya juga mendoakan dia lebih cepat, lebih awal daripada tahun 2025. Pada waktu yang sama, NASP akan dilaksanakan hujung tahun ini sehinggalah tahun 2023. Jadi bila sampai itu, kita tahu mana yang mempunyai daya saing, mana yang perlu kita utamakan. Yang Berhormat, saya bagi jaminan, itu yang akan kita lakukan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Teruskan Yang Berhormat.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Yang Berhormat Seremban telah membangkitkan isu mengenai rancangan kerajaan berkenaan dengan pembangunan lapangan terbang dalam RMKe-12. Semua cadangan projek baharu pembinaan lapangan terbang baharu ataupun menaik taraf mana-mana lapangan terbang akan ditangguhkan sehinggalah industri penerbangan pulih. Dalam tempoh ini, sekiranya terdapat keperluan, kementerian hanya dapat menyelesaikan beberapa isu berhubung dengan pengambilan balik tanah dan beberapa kawasan lapangan terbang sedia ada seperti mana yang telah saya huraikan.
Walau bagaimanapun, cadangan pembangunan lapangan terbang atau padang terbang untuk tujuan penyediaan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) akan diteruskan tertakluk kepada kedudukan kewangan negara. Kementerian akan mempertimbangkan permohonan tersebut sekiranya terdapat keperluan mendesak penduduk-penduduk di kawasan pedalaman negara, khususnya di Sabah dan Sarawak.
Kementerian akan mengemukakan permohonan kepada Unit Perancang Ekonomi untuk menaik taraf dan membina mana-mana lapangan terbang berdasarkan laporan NASP yang disebut-sebutkan.
Begitu juga, menjawab persoalan Yang Berhormat Lahad Datu mengenai Lapangan Terbang Lahad Datu, iaitu kementerian akan mempertimbangkan...
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Penjelasan.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
...projek menaik taraf Lapangan Terbang Lahad Datu selepas kajian NASP disiapkan.
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Penjelasan.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Ya.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Seremban.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Saya hendak mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan status Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP). Walaupun saya difahamkan ini adalah satu inisiatif daripada pihak swasta dan telah banyak kali diuar-uarkan pembinaan lapangan terbang ini.
Setahu saya, tidak ada apa-apa kelulusan diberikan oleh Kementerian Pengangkutan
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
dan tidak pernah ada permohonan. Saya hendak tahu, apakah status dan apakah pendirian Kementerian Pengangkutan terhadap pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Seremban. Sila Yang Berhormat.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih Yang Berhormat Seremban...
Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan
Kalabakan.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Kalau tidak silap saya, pada 13 Ogos tahun lalu, semasa saya menghadiri majlis mesyuarat MPFN di bawah PLANMalaysia. Perkara ini telah dibangkitkan iaitu mereka meminta supaya KXP itu dapat diluluskan.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Ini sebagai salah satu agenda yang dibincangkan ketika itu. Akan tetapi, setelah kita menerima pandangan daripada semua agensi, mesyuarat tersebut hanya membenarkan mereka merancang. Bermaksud masih lagi tertakluk kepada kelulusan akhir daripada Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Permohonan untuk aerodrome pun belum dikemukakan. Dalam konteks ini, kalau kita hendak meluluskan sesebuah lapangan terbang, ia perlu melalui satu proses.
Pertama, perancangan fizikal negara. MPFN kena luluskan. Kedua, subjek kepada kajian seperti EIA, SIA, TIA, HIA, FIA dengan Marine Risk Assessment. Ini antara perkara yang perlu dilakukan dan selepas itu baru dihantar kepada Kementerian Pengangkutan sebagai regulator. Daripada satu lah kita akan melihat daripada segi cargo load adakah apa yang diunjurkan itu betul.
Kedua, daripada segi penumpang kita akan lihat. Kalau kedudukan KXP ini hanya complement kepada LTAPP bermaksud prioritinya adalah LTAPP. Ini kerana ia just complement this another airport. Itu yang pertama. Kita melihat perancangan untuk Pulau Pinang telah dimulakan. Jadi kita masih menunggu input daripada pasukan pakar daripada KXP ini untuk meyakinkan kita daripada segi cargo load berapa yang mereka letak. Contoh, mereka letak unjuran penumpang tiga juta. Kita kena lihat sama ada realistik atau tidak. Ini kerana, kalau dekat Langkawi sekarang baru tiga juta. Begitu banyak penerbangan ataupun route yang dialihkan ke Langkawi.
Kita melihat di Alor Setar lebih kurang 1.5 juta setahun. Jadi apakah KXP ramalannya tiga juta boleh dicapai dan syarikat mana penerbangan yang mana yang akan pergi ke sana. Ini semua perlu dilihat sebelum Kementerian Pengangkutan mengikut akta, kita berikan kelulusan dan CAF akan mempertimbangkan daripada semua sudut, bukan semata-mata satu perancangan projek mega seperti ini. Jadi ini yang saya hendak terangkan.
Yang Berhormat Port Dickson telah membangkitkan isu mengenai kos projek ECRL. Pelaksanaan projek infrastruktur mega seperti ECRL merupakan salah satu strategi untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi melalui kesan gandaan yang tinggi termasuk melalui rantaian bekalan yang besar. Projek infrastruktur berteraskan sistem pengangkutan bukan sahaja mampu menjana ribuan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan sederhana malahan pelbagai kesan pertumbuhan ekonomi di kawasan persekitaran.
Pembinaan ECRL juga akan membentuk ekosistem pelaburan yang lebih baik, menjana lebih banyak pelaburan langsung asing, domestik dalam jangka masa lima tahun akan datang serta menyumbang kepada pencapaian ekonomi yang mampan, meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Berkenaan dengan kos pembinaan. Kos terkini ECRL adalah RM50.3 bilion dan bukannya RM100 bilion seperti yang didakwa. Setelah mengambil kira langkah-langkah penyelesaian teknikal bagi meminimumkan impak sosial dan alam sekitar. Pembinaan ECRL juga akan menyumbang kepada penambahbaikan proses pengendalian kargo, peningkatan jumlah kargo dan pengukuhan perdagangan.
Dengan adanya ketersambungan logistik seperti yang ditawarkan oleh ECRL, maka kesalinghubungan pertama dan akhir dapat ditingkatkan sekali gus merangsang
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
daya saing industri. Bukan sahaja untuk memenuhi tuntutan semasa, tetapi juga untuk menarik pelaburan baharu dan inovasi untuk mentransformasikan industri masa hadapan dengan pertumbuhan yang tinggi.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Seremban telah membangkitkan isu jajaran ECRL. Perkara ini telah dijawab oleh saya pada pagi tadi semasa sesi persoalan.
Pilihan jajaran utara ECRL memberikan value for money di mana jajaran ini akan meningkatkan ketersambungan rail cargo ke hab kargo aktif melalui pembinaan Serendah Bypass. Ketersambungan ini meningkatkan daya tarikan untuk pemindahan mod daripada jala raya kepada rel, meningkatkan kapasiti kargo bagi jaringan rel sedia ada serta menyelesaikan isu laluan kargo dari [Tidak jelas] ataupun ke utara.
Faktor-faktor yang bakal menyumbang kepada aktiviti pengangkutan rail cargo ini lebih aktif di sepanjang jaringan kereta api Pantai Barat dan Pantai Timur seterusnya meningkatkan pergerakan kargo melalui rel di seluruh negara yang kini hanya sekitar lima peratus. Nanti saya baca habis.
Kelebihan daripada aspek logistik ini dicapai tanpa mengurangkan tawaran servis kereta api kepada penumpang di mana transit bagi pengguna ECRL adalah di projek yang sedang dibangunkan iaitu Integrated Transport Terminal (ITT) Gombak, Selangor. Ketersambungan ECRL dengan ITT Gombak akan membolehkan penumpang dari negeri-negeri Pantai Timur untuk terus dihubungkan kepada beberapa rangkaian rel dan perkhidmatan bas. ITT Gombak ini bakal menyediakan ketersambungan kepada LRT terus ke KL Sentral, access ke laluan MRT2 dan ERL terus ke KLIA serta perkhidmatan bas henti-henti dan bas ekspres.
Melalui jajaran utara, landasan baharu dual gauge sepanjang 23.9 kilometer akan dibina untuk menghubungkan stesen Jalan Kastam terus ke Westport dan Northport. Ini merupakan tambahan kepada skop asal di mana ia meningkatkan kesalinghubungan di antara Pelabuhan Klang dan juga Pelabuhan Kuantan tanpa isu double handling dan ia justeru akan menjadi satu draw bridge.
Ini sekali gus menjadikan pengangkutan rel melalui kargo lebih efektif daripada segi kos. Hal ini tidak dapat dicapai sekiranya jajaran ECRL melalui Pulau Carey di mana tidak terdapat sambungan terus ke Wesport kecuali melalui pembinaan jambatan terbuka (draw bridge). Selain daripada itu, projek pembesaran Westport masih lagi dalam peringkat perancangan di mana pembinaan dijangkakan bermula pada tahun 2022. Oleh itu, potensi kesalinghubungan Pelabuhan Kuantan dan Klang tidak dapat dicapai dalam waktu terdekat sekiranya melalui jajaran Selatan. Yang Berhormat nak tanya?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Seremban.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Tuan Yang di-Pertua, yang pertamanya saya tahu apa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Ayer Hitam ini, dia akan tetap berhujah sebegitu walau apa pun hujah kita. Memang saya tidak setuju dengan apa yang dihujahkan kalau hendak katakan daripada segi strategiknya lebih kepada jajaran utara. Akan tetapi, persoalan pokok di sini ialah Yang Berhormat Menteri telah mengarahkan supaya Jajaran C itu daripada Bentong dimulakan untuk masuk ke Selangor.
Akan tetapi, persoalannya ialah adakah Kerajaan Negeri Selangor sudah meluluskan permohonan daripada segi guna tanah tersebut kerana saya lihat seolah- olah Yang Berhormat Menteri sekarang nak bulldoze Jajaran C ini dengan menggunakan jajaran utara tanpa kelulusan daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor.
Itu persoalan pokoknya.
Kalau Kerajaan Negeri Selangor tidak memberikan kelulusan, tidak memberikan kerjasama daripada segi guna tanah maka apa yang dirancang itu tidak akan berjaya dan ini akan menjadikan satu konflik di antara Persekutuan dan negeri. Akhirnya, projek ini juga akan tergendala dan ini akan memberikan impak yang negatif kepada projek ini.
Saya pohon penjelasan. Adakah Selangor sudah berikan kelulusan? Terima kasih.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Sekejap Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Okey, Yang Berhormat Seremban. Satu soalan yang memberi peluang untuk saya terangkan kepada Dewan yang mulia ini kerana ramai yang nak tahu apa sebenarnya berlaku. Saya boleh menghafal tarikhnya 11 Jun tahun lalu, dalam mesyuarat MPFN, Menteri Besar Selangor tidak setuju dengan Jajaran Selatan di mana pengambilan balik tanah untuk Simpang Peringai sampailah ke sempadan Negeri Sembilan tidak akan dilakukan oleh kerajaan negeri.
Dalam keadaan itu, yang mempengerusikan mesyuarat itu adalah Perdana Menteri dan supaya MOT mencari satu penyelesaian. Pada 13 Ogos iaitu mesyuarat berikut dalam MPFN, perkara itu telah dibawa. Daripada segi proses, selepas 11 Jun iaitu pada 20 Jun, MOT telah membuat engagement dengan kerajaan negeri.
Sepertimana yang saya terangkan tadi, 37 kali libat urus dan kekhuatiran pihak Istana Selangor pun kita ambil kira. Dua perkara penting yang telah dititahkan oleh Tuanku iaitu Permatang Kuartza. Kedua, Empangan Batu. Dua isu alam sekitar yang disebutkan tetapi setelah mengambil input kerajaan negeri, kita selesaikan kedua-dua ini iaitu kita anjakkan jajaran kita supaya tidak merosakkan alam sekitar.
Kedua, untuk Empangan Batu kita sedia, kita rela untuk menganjakkan ke utara sedikit, jaraknya tidak lagi 300 meter dan ia telah dianjak ke satu jarak 2.2 kilometer dam dibuat terowong sepanjang 14 kilometer.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Ini mengambil pandangan daripada kerajaan negeri. Lantaran itu, pada 2 September tahun lalu satu jawatankuasa pasukan khas telah ditubuhkan yang diketuai bersama kementerian MoT melalui Ketua Setiausaha saya bersama dengan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk sama-sama. Kita telah mengadakan 37 kali libat urus dengan 17 agensi dengan pihak kerajaan.
Jadi saya hendak beritahu Yang Berhormat kita telah berbincang dengan Lembaga Urus Air Selangor, Pengurusan Air Selangor, Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor dan pihak MRL iaitu projek proponent ini mereka komited dengan apa juga perkara yang diminta oleh kerajaan termasuk daripada segi masalah. Saya tadi bawa satu gambar rajah yang telah saya paparkan pada 5 April.
Di situ dengan jelas kalau kita lihat untuk jajaran selatan Orang Asli yang terjejas lebih banyak daripada utara. Kalau kita lihat rizab Melayu, ianya lebih daripada apa yang berlaku di utara kerana kita mengambil pendekatan untuk elak, mengambil pandangan kerajaan negeri. Kerajaan negeri telah diberi tempoh lebih daripada lapan bulan setelah sesi libat urus diadakan bersama dengan mereka. Akhirnya, mereka buat satu keputusan.
Saya menjangkakan kalau melihat reaksi daripada Yang Berhormat Menteri Besar pada 13 Ogos tahun lalu, ianya agak positif di mana beliau sendiri berkata ada perkara yang belum lagi, sedikit lagi yang kita hendak selesaikan. Maka pada 21 Ogos tahun lalu dan pada 2 September, dua kali kita bawa paper ini, berdasarkan keputusan daripada MPFN, bawa kepada Kabinet dan diluluskan jajaran asal Gombak.
Apa yang berlaku adalah kita melihat untuk jajaran utara dia tidak 100 percent.
Dulu berhenti di jalan Kastam sahaja. Kawasan itu kalau Yang Berhormat Klang tahu memang kecoh sebab kawasan itu adalah kawasan yang memang didiami oleh ramai orang di situ. Satu tindakan yang diambil oleh Kabinet ialah kita lanjutkan kepada Westports dan juga Northport sepanjang 23.9 kilometer. Dengan cara ini...
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Yang Berhormat.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
...Kita membentuk satu draw bridge– sekejap.
Draw bridge dan ini memudahkan. Ini akan memberi satu kesan yang baik, impak yang amat besar kepada kawasan-kawasan Yang Berhormat Hulu Selangor iaitu di kawasan Serendah akan menjadi satu transportation hub yang baik daripada segi potensi.
Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat Seremban, saya sendiri telah berbincang dengan Yang Berhormat Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Port
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Dickson dan beliau telah bersetuju minggu depan sekali lagi kita akan present kepada Ketua Pembangkang. Apa yang kita hendak ialah satu penyelesaian yang diterima oleh kedua-dua pihak.
Apa yang berlaku, Yang Berhormat tanya saya kenapa kita letak PBM machine di situ. Kita kena membayar. Yang Berhormat sendiri pun tahu apabila Tun Daim menandatangani SA5 komitmen kita, kita tetap kena bayar. Dalam keadaan kita ini sudah terlewat, satu hari kelewatan ini kosnya ialah RM1.25 juta. Kalau kelewatan kita lebih daripada 18 bulan termasuk kos yang ditanggung oleh kita ialah RM685 juta.
Jadi, kita mengambil pandangan daripada kerajaan negeri yang mereka juga setuju Serendah Bypass itu adalah penting bagi mereka. Jadi, ianya membentuk satu rangkaian satu di Mentakab, satu lagi ialah di Serendah di mana line KTMB dari Pantai Timur dan juga dari utara, mereka membentuk satu kesalinghubungan menggunakan ECRL dengan ada nya the ‘...bridge’ sebelah kiri dan kanan iaitu Pelabuhan Kuantan dan juga Pelabuhan Klang.
Saya gunakan platform ini untuk terangkan kepada Yang Berhormat kerana kita lakukan ini yang terbaik untuk rakyat kita.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Saya hendak tahu sahaja Yang Berhormat.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Selepas itu Yang Berhormat– sekejap.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Adakah Selangor sudah lulus ataupun tidak?
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Yang Berhormat sehingga hari ini.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Saya hendak satu clear answer. Pada hari ini, setakat hari ini.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Yang Berhormat sehingga hari ini.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Adakah Selangor sudah lulus ataupun tidak? Itu sahaja.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Tidak apa Yang Berhormat, ini bukan mahkamah. Saya terangkan. Biar saya terangkan sekejap.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Ya.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Saya masih lagi menunggu jawapan daripada Kerajaan Selangor. Pelbagai usaha..
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri ada satu minit sahaja lagi Yang Berhormat Menteri.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Maksudnya belum. Itu sahaja. Saya hendak tahu jawapan itu sahaja.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Yang Berhormat sekejap.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Maksudnya Selangor belum bagi kelulusan. Itu sahaja. Terima kasih.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Akan tetapi Yang Berhormat, ada kaedahnya kita sudah bincang pada 31 Mac dan kita akan teruskan usaha ini. Kita bermusyawarah cari yang terbaik. Saya berharap kepada semua Ahli Dewan, kita cari satu penyelesaian yang baik untuk negara kita. Daripada segi kos, saya kata kalau bandingkan dulu telah banyak dikurangkan. Jadi yang baik kita teruskan. Bagi saya, saya boleh huraikan apa kebaikan dan apa keburukan yang ada dan kita boleh buat perbandingan. Ini akan saya bentangkan kepada Ketua Pembangkang minggu depan ya. Jadi Yang Berhormat...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Menteri. You are left with only one more minute. Saya ingat boleh libat urus, boleh ambil masa yang tepat.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Tuan Yang di-Pertua, saya boleh...
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Peraturan Mesyuarat Tuan Yang di-Pertua. Peraturan Mesyuarat 35(7). “Tuan Yang di-Pertua ataupun Pengerusi boleh mengehadkan masa bagi Ahli-ahli berucap.” Ini termasuk Menteri. Panjang sangat cerita ini. Saya hendak tahu fasal persoalan saya atas isu yang sama di Tumpat sama ada Yang Berhormat Menteri akan jawab ataupun tidak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Betul, saya dah hadkan masa 30 minit untuk Yang Berhormat Menteri. So, subjek, satu subjek.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Sekejap, sekejap.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Yang Berhormat saya sudah siapkan jawapan, tidak ada masalah. Yang Berhormat Tumpat ada menyarankan...
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Terima kasih.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
...Supaya kita dapat extension kepada stesen asal ya iaitu jajaran asal di Kelantan. Pada waktu ini disebabkan kekangan peruntukan, hanya terhad kepada RM50.3 bilion maka pada waktu ini tidak. Mungkin lanjutan selepas itu mungkin boleh kita fikirkan selepas kita siapkan ECRL ini.
Jadi, Yang Berhormat Bayan Baru ada bangkitkan tentang pembinaan LRT Bayan Baru. Saya rasa saya boleh bagi secara bertulis kerana kita telah meluluskan.
Kita telah memberi penekanan bahawa kita boleh membantu dan skim secara keseluruhan konsep telah kita berikan waktu Yang Berhormat Seremban. Apa yang kita perlu lakukan ialah kelancaran kedua-dua LRT disambungkan kepada LTAPP. Yang Berhormat membangkitkan...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri sedikit saya Yang Berhormat Menteri. Apa yang kita perlu adalah bantuan kewangan daripada kerajaan.
Sekarang LRT itu adalah hanyalah daripada kerajaan negeri. Kerajaan negeri tidak cukup kewangan, jadi tolonglah bantu sedikit sebab dalam RMKe-12 zero, nothing is given. No project is given to Penang. Jadi, mohon Yang Berhormat Menteri tolonglah bagi peruntukan supaya kita boleh LRT secepat mungkin ya. Itu kebaikan untuk semua ya, untuk rakyat.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Okey, Yang Berhormat saya meneliti apa yang telah dibincangkan sebelum itu antara Mantan Menteri Kewangan dengan Yang Berhormat Menteri Kewangan sekarang. Apa yang menjadi isu adalah jaminan. Itu ketika Yang Berhormat Bagan menjadi Menteri Kewangan, itu pun tidak dapat dilakukan pada waktu yang sama juga Yang Berhormat boleh bawa dari kerajaan negeri minta Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk mempertimbangkan dan berdasarkan– ini berpandukan kepada kemampuan kewangan negara.
Ini saya tidak kata tidak sokong. Kalau apa-apa sahaja projek yang memberi manfaat kepada rakyat, MoT pendiriannya memang kita sokong tetapi daripada segi availability of the fund Yang Berhormat mungkin boleh bawa kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk kelulusan mereka, mendapat kelulusan dari atas. Jadi..
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Masa sudah habis.
Yang Berhormat Menteri masa sudah habis Yang Berhormat Menteri.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Yang Berhormat Menteri ada satu isu lagi KVDT2, tolong jawab status itu.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Ya, ya. Yang Berhormat, sekejap bukan saya tolong jawab, saya kena jawab setiap satu. KVDT, Yang Berhormat bangkit isu KVDT2 dan saya hendak maklumkan projek KVDT fasa 2 ini dijadualkan siap pada tahun 2026 dalam Buku Rancangan Malaysia Kedua Belas. Ini boleh dilaksanakan dengan perancangan yang teliti serta kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa tempatan, syarikat yang mempunyai pengalaman dan kompeten dalam projek rel juga merupakan push factor untuk menyiapkan projek KVDT Fasa 2 ini.
Keputusan pembatalan SST terhadap syarikat DMLTAT adalah dibuat secara kolektif dan bona fide oleh Jemaah Menteri pada 28 Ogos 2020 dan 2 September 2020
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
bagi memastikan kepentingan kerajaan terpelihara di samping memberi nilai terbaik.
Namun begitu Kementerian Pengangkutan mengambil maklum keprihatinan Yang Berhormat Seremban mengenai perkara ini. Hala tuju projek ini dijangkakan, dibentangkan oleh Jemaah Menteri dalam tempoh terdekat selepas menerima ulasan daripada semua kementerian dan agensi berkaitan. Yang Berhormat...
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tuan Yang di-Pertua, sedikit Tumpat sedikit Tuan Yang di-Pertua. Saya sangat tidak berpuas hati dengan jawapan yang begitu ringkas daripada Yang Berhormat Menteri yang mengatakan bahawa tidak ada oleh sebab keadaan sekarang dan sebagainya.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
[Dato’ Sri Azalina Othman Said [Pengerang] **mempengerusikan Mesyuarat****] Apa yang saya minta bukanlah satu perkara yang baru tetapi perkara yang telah dirancang sebelum ini dan telah dibatalkan ataupun dipendekkan semasa pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan. Cuma apa yang saya hendak sebut, seperti mana jawapan Yang Berhormat Menteri yang begitu panjang lebar yang menyatakan bahawa kesan kepada pembinaan ECRL ini yang membawa menjana pulangan ekonomi yang cukup tinggi kepada kawasan di mana ECRL ini dibangunkan dan bagi membangunkan ekonomi kawasan setempat dan sebagainya. Saya merasakan bahawa menjadi priority kerajaan untuk membangunkan kawasan yang dikatakan sebagai mundur seperti sekarang ini di Tumpat.
Jadi, saya mengharapkan kerajaan tidak sekadar untuk menyatakan, “Okey, kita tidak sambung dan sebagainya”. Oleh kerana perancangan ini sebenarnya perancangan yang telah dibuat pun sebelum daripada ini, bukannya perkara baru. Jadi, tinggal lagi- dan kesan yang begitu positif itu sepatutnya diambil kira oleh kerajaan dalam mengimbangkan ekonomi negara.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Saya bagi satu jawapan yang memuaskan. Apa yang berlaku, pada Julai 2019 SA 5 telah ditandatangani oleh kerajaan terdahulu, di mana daripada segi seksyen A dengan seksyen B telah dimuktamadkan. Kalau ikut cadangan asal, kesemua laluan ini lebih kepada pantai, pesisir pantai tetapi telah dianjak masuk dan sepatutnya sampai Pengkalan Kubur dan ia sekarang sampailah ke Tunjung yang ada sekarang. Ya, ada beberapa buah stesen.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Jadi, apa yang saya minta adalah supaya kembalikan kepada jajaran yang asal sampai ke Pengkalan Kubur.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Ya, ya. Bagi saya sedikit, bersabar ya. Apa yang berlaku adalah untuk pemindahan ini, projek ini, skop ini. Kerajaan dahulu juga terpaksa membayar abandonment cost RM1 bilion kepada pihak kontraktor, ini pertama.
Kedua, seksyen A dan seksyen B telah berjalan, semasa kita mengambil alih telah berjalan. Sekarang cuma yang tidak selesai ialah seksyen C sepertimana yang melibatkan negeri Selangor, ya. Kita melihat - saya faham Yang Berhormat, ada permintaan daripada Yang Berhormat yang memperjuangkan nasib orang Kelantan.
Saya juga melihat dan oleh kerana pakej ini telah pun dilaksanakan dan setakat ini 11.59 peratus telah dibuat, maka untuk pakej ini ia tidak mengandungi stesen seperti mana yang asalnya yang telah diubah pada tahun 2019.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Akan tetapi selepas itu mungkin kita boleh cari...
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Menteri, boleh tidak gulung, masih ramai lagi Menteri.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Okey. Yang Berhormat- untuk Yang Berhormat Bagan Datuk, ada sebut tentang pas perjalanan, ini saya bagi secara bertulis.
Kemudian, Yang Berhormat Hulu Selangor, saya ada satu jawapan yang sangat panjang tentang sistem penghantaran bas. Yang Berhormat memang prihatin dan syarikat mana
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
yang memberikan perkhidmatan di situ pun ada. Apa juga insentif, tujuh insentif yang kita berikan kepada golongan Yang Berhormat sebutkan, ada dalam jawapan bertulis saya.
Yang Berhormat Kota Samarahan ada menyebut tentang ERT. Kita menyokong usaha Kerajaan Negeri Sarawak dan telah pun dibentangkan Kuching Urban Transportation System pada 10 September 2021 pada kita. Buat Yang Berhormat Setiu, disebut tentang untuk menambah JPJ mobile unit. Ini satu tindakan yang cukup- cadangan yang sangat baik. Di mana kita ada tujuh belas mobile unit dan setiap negeri puratanya hanya satu.
Baru-baru ini saya telah berjumpa dengan Yang Berhormat Menteri Kewangan dan dalam Belanjawan 2022, kita harap-harap ada pengumuman besar untuk membolehkan JPJ mobile unit dapat ditambah dan kita sama-sama menunggu pengumuman tersebut. Yang Berhormat, daripada segi perjawatan JPJ telah saya terangkan. Ini lebih kepada penstrukturan apabila SPAD dimansuhkan dan digantikan dengan APAD. Ada jawatan tambahan yang telah diberikan kepada JPJ sebanyak 300, kemudian JKJR dimansuhkan dan diserap dalam JPJ dapat 90.
Jadi, setakat ini 93 peratus untuk pegawai penguatkuasaan ini telah dapat diisi.
Mengenai lesen memandu dan lesen kenderaan motor, roadtax. Ini memang JPJ dalam proses membuat pendigitalan dan ia akan berlaku. Kita berharap kita dapat kurangkan kontak dengan pihak pelanggan dan kalau ia boleh dibuat atas talian, ia akan memudahkan rakyat, khususnya berdepan dengan pandemik.
Jadi, Yang Berhormat Kangar ada sebut tentang jeti Perlis. Untuk makluman, memang setiap tiga tahun kita membuat penyelenggaraan dan yang terbaru untuk jeti Kuala Perlis, kita juga mengeluarkan tender. Sekarang dalam proses kita hendak mengeruk dan tahun depan saya rasa kita akan mulakan kerja pengerukan dalam tempoh lapan bulan.
Saya rasa ini dapat kita teruskan dan menelan belanja yang lebih daripada RM20 juta. Itu yang saya boleh beritahu Yang Berhormat Kangar. Kawasan di mana terletaknya jeti ini pada kawasan yang memang cetek dan kedua ialah siltation.
Pemendapan berlaku begitu kerap sekali dan ini yang menyebabkan kita terpaksa mengeruk secara berkala.
Terakhir sekali Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Tumpat ada sebut had pelabuhan Tumpat. Yang Berhormat hendak jadikan ia sebagai satu pelabuhan. Yang Berhormat, berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh pihak EPU dengan World Bank, National Port Strategy pada tahun 2016. Kawasan itu ia kata setakat ini tiada keperluan tetapi Kementerian Pengangkutan berpandangan ialah sekiranya ada pihak swasta yang ingin melabur dari segi aktiviti perkapalan dan membaiki kapal, maka kita alu-alukan.
Melalui proses yang boleh dikemukakan kepada MOT dan kita akan menilai cadangan tersebut.
Jadi Yang Berhormat, akhir sekali saya hendak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan dan saya menggulung. Sekian, terima kasih.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, sedikit daripada Yang Berhormat Kapar. Hanya Sekretariat Gabungan Bas Malaysia telah memohon untuk satu temu janji dengan Yang Berhormat Menteri. So, mereka just minta saya tanyakan kalau SUSK Yang Berhormat Menteri boleh uruskan...
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Bas apa?
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Sekretariat Gabungan Bas Malaysia.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Tidak ada isu sebab selalu saya mengadakan mesyuarat semua stakeholders. Beritahu saya...
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Mereka belum dapat temu janji.
Baik, baik. Thank you, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia. 30 minit.
Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M. Saravanan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selamat petang dan salam sejahtera dan salam Keluarga Malaysia.
Terlebih dahulu Kementerian Sumber Manusia ingin merakamkan ucapan penghargaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas pembentangan usul Rancangan Malaysia Ke-12 pada 27 September yang lalu. Ucapan penghargaan juga kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri selaku penyelaras dokumen Rancangan Malaysia Ke-12 yang telah berjaya merealisasikan penyatuan dasar-dasar penting negara.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang terlibat dalam sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 di dalam Dewan yang mulia ini. Seramai 20 orang Ahli Yang Berhormat telah membangkitkan sebanyak 35 pertanyaan, isu dan cadangan berkaitan dengan Kementerian Sumber Manusia sepanjang sesi perbahasan kali ini.
Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang dibentangkan, Rancangan Malaysia Ke-12 bagi tempoh 2021 hingga 2025 dengan matlamat “Keluarga Malaysia - Makmur, Inklusif dan Mampan”, akan menumpukan beberapa usaha merancakkan semula pertumbuhan ekonomi negara. Di samping itu, pengagihan kemakmuran negara yang lebih adil dan saksama juga akan dipastikan selain kelestarian alam sekitar turut dikekalkan.
Rancangan Malaysia Ke-12 merupakan agenda pembangunan negara yang mampan, selaras dengan semangat Keluarga Malaysia berteraskan aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Agenda Pembangunan Mampan 2030. Walaupun dunia sedang berdepan dengan krisis kesihatan dan ekonomi yang meruncing, kerajaan komited untuk memulihkan semula ekonomi negara yang terjejas teruk supaya kesejahteraan rakyat dapat dipertingkatkan dan semua penduduk negara dapat menikmati taraf hidup yang wajar.
Rancangan Malaysia Ke-12 memperkenalkan beberapa pembaharuan melalui tiga tema, empat pemangkin dasar dan empat belas pemacu perubahan dengan pendekatan keseluruhan negara atau whole of nation approach, dengan izin, yang mana seluruh jentera dan agensi kerajaan, industri serta masyarakat terlibat secara langsung dalam melaksanakan pembaharuan ini.
Dalam konteks Dasar Pembaharuan dan Pembangunan Sumber Manusia, Kementerian Sumber Manusia menyambut baik matlamat utama kerajaan dalam RMKe- 12 ini, terutama yang berkaitan dengan penyediaan tenaga kerja masa hadapan. Tuan Yang di-Pertua, di bawah pelaksanaan pemangkin dasar satu iaitu membangunkan bakat masa hadapan yang menyokong pencapaian sasaran tema satu - menjana semula ekonomi. Kementerian Sumber Manusia terus komited dalam membangunkan bakat kemahiran tertinggi untuk memenuhi keperluan ekonomi.
Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M. Saravanan
Pemangkin utama ini akan menumpukan kepada pembangunan bakat masa hadapan dengan menjajarkan semula pasaran buruh, pendidikan dan latihan. Dalam tempoh lima tahun, usaha akan dilipat gandakan bagi penjajaran semula pasaran buruh, termasuk menggalakkan pampasan pekerja yang lebih saksama, meningkatkan penyertaan tenaga buruh dan memperkukuhkan sistem yang menyokong pasaran buruh. Di samping itu, kualiti pendidikan yang dipertingkatkan serta manfaat daripada teknologi baru muncul seperti realiti maya (virtual maya reality), realiti terimbuh
(augmented reality) dan kecerdasan buatan (artificial intelligence), dengan izin, dijangka akan dapat menambah baik sistem pendidikan dan latihan negara ini. Pemacu perubahan ke-10...
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Menteri, boleh saya bertanyakan?
Datuk Seri M. Saravanan
Biar saya habiskan mukadimah.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Okey.
Datuk Seri M. Saravanan
I’m not going to the question. Thank you. Pemacu perubahan ke-10 iaitu menambah baik ekosistem TVET bagi membangunkan bakat tersedia masa hadapan turut diperkenalkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Bagi memenuhi permintaan industri dengan lebih baik dan menangani isu-isu seperti kebergantungan kepada tenaga kerja warga asing dan outcome pelajar rendah, ekosistem TVET yang diperkukuhkan dilihat mampu menghasilkan pasaran buruh yang fleksibel serta menyumbang kepada peningkatan taraf hidup rakyat.
Dua strategi telah dikenal bagi menjajarkan semula pasaran buruh yang mencapai pertumbuhan yang inklusif dan mapan iaitu yang pertama, Strategi A1 - meningkatkan kesaksamaan pampasan pekerja dan penyertaan tenaga buruh yang memfokuskan usaha untuk menambah baik taraf hidup pekerja serta akses yang sama rata kepada peluang pekerjaan. Inisiatif baru bagi menangani kebergantungan kepada pekerja asing akan diperkenalkan dan penyertaan lebih ramai wanita dalam tenaga buruh akan digalakkan.
Strategi A2 - memperkukuhkan sistem sokongan kepada pasaran buruh melalui penambahbaikan ke atas maklumat pasaran buruh dan penggalakan latihan guna tenaga yang memenuhi keperluan semasa industri. Di samping itu, pemantauan kepada undang-undang dan peraturan buruh akan dipertingkatkan dan perlindungan sosial kepada pekerja gig akan diwujudkan.
Manakala tiga strategi yang menyokong usaha membangunkan bakat tersedia masa hadapan bagi memenuhi keperluan kemahiran melibatkan Kementerian Sumber Manusia adalah seperti berikut;
(i) Strategi B1 - meningkatkan kualiti pendidikan;
(ii) Strategi B3 - memanfaatkan teknologi baru muncul selaras dengan perkembangan Industri Revolution 4.0; dan
(iii) Strategi B5 - menangani pertindihan tadbir urus TVET iaitu menjajarkan pelbagai sistem institusi TVET dengan- dan menyelaras semula tadbir urus, sistem promosi, penjenamaan, kualiti program dan mewujudkan pangkalan data bersepadu TVET.
Bagi tujuan pemantauan ke atas pencapaian strategi-strategi tersebut, tiga petunjuk prestasi utama terpilih (KPI) bagi pemangkin dasar satu dikenal pasti iaitu:
(i) pampasan pekerja kepada KDNK pada tahun 2025 disasarkan kepada 40 peratus berbanding dengan 38 peratus pada tahun 2020; dan
(ii) gaji dan upah penengah untuk tahun 2025 pada 2,900 berbanding dengan 2,400 pada tahun 2020 dan pertumbuhan produktiviti buruh dan pekerja bagi tempoh 2021 hingga 2025 disasarkan kepada 3.6 peratus berbanding dengan 3.2 peratus bagi tempoh 2016 hingga 2022.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Penjelasan Yang Berhormat.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
[Bangun]
Datuk Seri M. Saravanan
Pengambilan lepasan SPM atau setaraf dalam Program TVET pada tahun 2025 disasarkan kepada 55 peratus dan kebolehpasaran graduan dari institusi pendidikan tinggi dan TVET awam pada tahun 2025 akan melonjak kepada 86.7 peratus. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Boleh Yang Berhormat Simpang Renggam.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kebetulan yang dijawab itu berkaitan dengan perbahasan yang telah saya bawakan. Jadi Yang Berhormat Menteri, kalau kita lihat contoh misali kejayaan TVET di dunia mutakhir ini ialah model negara Jerman. Itu yang telah saya bawakan dalam perbincangan saya.
Jadi, soalan saya begitu straight forward. Satu, apakah kita akan ikut sistem TVET Jerman seperti mana yang pernah kami cuba lakukan, yang pertama. Keduanya, kita dapati juga antara kejayaan model Jerman ialah mereka mempunyai center of excellence. Kita pernah cuba memutuskan dahulu, Yang Berhormat mantan Menteri Tenaga pun kita pernah berusaha iaitu untuk menubuhkan center of excellence di setiap negeri menggunakan model PSDC di Pulau Pinang. PSDC telah terlibat.
Ketiga, adakah Yang Berhormat Menteri telah melakukan libat urus dengan PSDC untuk mengembangkan model mereka yang telah berjaya dan diiktiraf oleh pelbagai pihak? Termasuk ketika saya ke Jerman, mereka memuji model PSDC. Adakah pihak kementerian akan membawa model tersebut dan telah melakukan libat urus untuk dikembangkan ke seluruh negeri? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri M. Saravanan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memandangkan masa begitu singkat dan saya memang ada jawapan untuk isu-isu yang telah dibahaskan oleh Yang Berhormat Simpang Renggam dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat lain, maka izinkan saya meneruskan dengan jawapan-jawapan sedia ada dan sekiranya sempat, saya bagi peluang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Menteri, saya kira itu antara soalan yang saya bawa dalam perbahasan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Beruas.
Datuk Seri M. Saravanan
Mengenai isu yang dibangkitkan PSDC, pihak kementerian tiada halangan. Tempoh hari Yang Berhormat Port Dickson pun telah bangkitkan isu yang sama. Maka kita lihat yang terbaik, kita tidak kira daripada segi ideologi politik, kita akan terima.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
[Bangun]
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
[Bangun]
Datuk Seri M. Saravanan
Saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat.
Saya telah mengkaji secara mendalam, PSDC adalah merupakan salah satu institusi penuh dengan kebolehan dan kewibawaan. Maka, kita tidak ada masalah. Apabila ada sesuatu institusi yang akan membawa kebaikan kepada negara, Kementerian Sumber Manusia dan kerajaan sentiasa bersedia bekerjasama dan memberi sebarang bantuan yang perlu. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat, Yang Berhormat, kalau di sini Yang Berhormat hanya datang untuk membaca polisi, it doesn’t serve any purpose.
Datuk Seri M. Saravanan
Yang Berhormat, sila duduk. Selepas saya jawab...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Sekurang-kurang...
Datuk Seri M. Saravanan
No. Can you just sit down. Once I answer, tidak berapa puas, barulah soalan. Tolonglah, tolong.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
I know, I know. Tak, sekurang-kurang jawab soalan daripada kita fasal perkara yang saya bangkitkan. Yang Berhormat pun ada jawab sebelum ini, mengenai gaji. Mengenai gaji.
Datuk Seri M. Saravanan
Tuan Yang di-Pertua, let me answer the question.
Saya belum jawab lagi. Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya baru habis mukadimah.
Sabarlah. Duduk, duduk dahulu.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
10 minit belum habis lagi? Satu dari- one third already ready over.
Datuk Seri M. Saravanan
Yang Berhormat, duduk. Duduklah dahulu, Yang Berhormat. Ini Ahli-ahli Yang Berhormat kan, belajarlah adab sopan sedikit. Tuan Yang
Datuk Seri M. Saravanan
di-Pertua, izinkan saya menjawab pertanyaan-pertanyaan yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan Kementerian Sumber Manusia. Seramai tujuh orang Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Johor Bahru, Yang Berhormat Simpang Renggam, Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Telok Intan, Yang Berhormat Penampang dan Yang Berhormat Bagan Datuk telah membangkitkan isu berkaitan pemerkasaan TVET dan peningkatan kemahiran.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Johor Bahru mencadangkan agar KPT dan KSM mempertingkatkan pendedahan mengenai kerjaya TVET seawal di bangku sekolah. Satu universiti khusus berkenaan program pendedahan kerja kepada anak- anak dan ibu bapa perlu dirangka dengan melibatkan pemegang taruh dan pemain industri. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, promosi dan penjenamaan TVET seperti yang terkandung dalam Strategi B5 - menangani pertindihan tadbir urus TVET, akan dapat meluluskan penyebaran maklumat mengenai sehingga ke peringkat akar umbi.
Yang Berhormat Simpang Renggam mencadangkan supaya pembangunan TVET diterajui oleh industri seperti yang berjaya dilaksanakan di Jerman. Ini kerana pihak industri lebih memahami apa yang diperlukan daripada tenaga kerja dalam melahirkan graduan TVET yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa.
Untuk makluman Yang Berhormat, seperti mana saya telah sebutkan sebentar tadi, kerajaan komited membangunkan bakat tersedia masa hadapan bagi memenuhi keperluan kemahiran industri. Tiga strategi berkaitan akan dilaksanakan oleh kementerian ini melalui penglibatan dan input daripada pihak industri, Program TVET akan dapat diperkukuhkan dan menepati keperluan. Saya setuju cadangan Yang Berhormat supaya kita bekerjasama, syarikat-syarikat.
Yang Berhormat Klang mencadangkan supaya pengambilan sekurang- kurangnya 10 peratus. Ahli Yang Berhormat Klang ada? Yang Berhormat Klang mencadangkan supaya pengambilan sekurang-kurangnya 10 peratus pelajar kaum India, khususnya daripada golongan B40 dalam Program TVET bagi membantu meningkatkan taraf hidup kaum India.
Walaupun daripada segi peribadi saya tiada halangan untuk menggalakkan golongan kaum India menyertai Program TVET, Kementerian Sumber Manusia melalui 32 buah institusi latihan Jabatan Tenaga Manusia menyediakan program latihan secara pengambilan terbuka dan tidak menetapkan sebarang kuota selain kapasiti dan latihan.
Pada tahun 2019, seramai 17,040 orang pelatih berdaftar sepenuh masa yang mana 948 orang iaitu 6 peratus merupakan pelatih kaum India. Pada tahun 2020, penyertaan pelatih kaum India meningkat kepada 1,199 orang ataupun 6.5 peratus daripada enrolmen keseluruhan.
Datuk Seri M. Saravanan
Sehingga September 2021 bilangan pelatih kaum India telah meningkat sedikit kepada 1,210 orang atau iaitu lebih kurang tujuh peratus daripada enrolmen. Institut latihan juga menawarkan kursus jangka pendek berkonsepkan modular atau customize dan peratusan penyertaan peserta daripada kaum India adalah pada kadar 4.4 hingga 52 peratus setahun.
Sehubungan dengan itu kementerian ini akan meningkatkan promosi secara lebih bersasar untuk menarik lebih ramai rakyat menjalani latihan kemahiran di institut khususnya daripada kaum India.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua tujuan saya melontarkan soalan itu dan juga cadangan itu adalah memandangkan bahawa kebanyakan daripada anak B40 India sekarang tidak ada mana-mana kelayakan termasuk *skills development.
So*, saya percaya dengan cara yang sedia ada iaitu melalui TVET, ini adalah satu cara untuk memberi peluang kepada anak muda lelaki dan juga wanita yang youth kaum India yang sekarang untuk tercicir dan tidak masuk ke sekolah diberi peluang sekali lagi untuk menceburi bidang-bidang yang dikemukakan yang made available oleh TVET.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
So, saya fikir kerajaan mesti - oleh sebab mereka datang daripada kumpulan yang miskin, kerajaan mesti membuat satu strategi untuk invite them or bring them into the TVET fold oleh kerana this there must be an effort by the government itself to bring the Indian Community all into TVET to increase the quality kehidupan mereka dan juga skills development mereka. Itu satu pandangan Yang Berhormat Menteri.
Tadi saya, I just want to move towards different topic yang bincang oleh Yang Berhormat Menteri sebanyak tiga kali iaitu berkait dengan compensation employee ataupun pampasan pekerja dan kita dapati bahawa dalam Rancangan Malaysia ke-11 Buku Rancangan Malaysia ke-12 mengatakan bahawa sasaran adalah 38 peratus tetapi yang mencapai hanya 35.9 peratus.
Sasaran untuk Rancangan Malaysia ke-12 adalah 40 percent so saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri apakah akan dibuat? Apakah rancangan kerajaan khususnya kementerian untuk mengubahsuai keadaan yang sedia ada termasuk mengubah undang-undang yang sedia ada supaya CE ini atau compensation employees ini akan at least touch 40 percent di Malaysia.
So, minta maaf saya ada soalan lain tetapi saya used the moment lah. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri M. Saravanan
Terima kasih atas pandangan yang begitu prihatin oleh Yang Berhormat Klang. Saya setuju Yang Berhormat. Masalah yang dihadapi oleh golongan belia yang tercicir daripada arus pembangunan khususnya daripada masyarakat India adalah amat kritikal dan kita sama-sama ada tanggungjawab untuk memastikan mereka tidak tercicir daripada arus pembangunan.
Pertama kita lihat walaupun kerajaan begitu terbuka dari semua isu latihan sedia ada memang terbuka untuk semua kaum tetapi daripada segi kesedaran masih lagi tidak mencukupi. Maksud saya pastikan kementerian akan mengadakan promosi-promosi yang mencukupi supaya perkara ini diatasi sama-sama sebab kita sepatutnya tidak - supaya jangan lihat masalah-masalah golongan masyarakat India khususnya belia India sebagai masalah kaum India. Ini harus dilihat sebagai masalah kebangsaan.
Kita sama-sama ada tanggungjawab untuk memastikan kita mengatasi masalah ini dan saya bagi jaminan kepada Yang Berhormat kerajaan hari ini, kerajaan dan kementerian akan mengambil langkah-langkah yang positif supaya kita menambah baik keadaan yang sedia ada dan meningkatkan banyak promosi supaya kita dapat menarik golongan belia ini yang tercicir ini menyertai dalam program-program TVET.
Bagi yang kedua bagi daripada segi pampasan dan...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri termasuk dengan Orang Asli.
Datuk Seri M. Saravanan
...pekerja dan penyertaan tenaga buruh saya akan bagi Yang Berhormat secara bertulis.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan seterusnya Tuan Yang di-Pertua isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Rompin ada, Yang Berhormat Rompin ada?
Saya akan bagi secara bertulis kepada Yang Berhormat Rompin Tuan Yang di-Pertua.
Seterusnya Yang Berhormat Penampang. Tuan Yang di-Pertua seterusnya terima kasih kepada Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Setiawangsa, Yang Berhormat Subang, Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Bukit Bendera, Yang Berhormat Petaling Jaya dan Yang Berhormat Bachok dan Yang Berhormat Lumut atas keprihatinan terhadap isu yang berkaitan kesejahteraan dan perlindungan keselamatan sosial pekerja.
Yang Berhormat Klang mencadangkan agar sistem perlindungan sosial dapat memperkukuhkan bagi mengurangkan kemiskinan dan meningkatkan kesamarataan.
Antara cadangan yang diketengahkan adalah berbentuk Skim Insurans Pekerjaan untuk pekerja tidak formal dan mendaftar semula pekerja tidak formal.
Untuk makluman Yang Berhormat, Skim Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri telah diwujudkan bagi memberi perlindungan kepada individu yang dijalankan pekerja sendiri di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 [Akta
Datuk Seri M. Saravanan
789]. Mulai 1 Januari 2022, perlindungan ini telah diperluaskan 19 sektor pekerjaan yang lain. Skim ini akan diberikan perlindungan di bawah Skim Bencana Khairat Pekerjaan jika kemalangan berlaku semasa bekerja atau penyakit yang terlibat berkaitan pekerjaan.
Selain itu, kerajaan juga sedang meneliti, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, kerajaan juga sedang meneliti kepada cadangan untuk memperluaskan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 [Akta 800] kepada golongan yang bekerja sendiri yang tidak dapat menjalankan aktiviti perniagaan atau mencari nafkah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akibat pandemik COVID-19.
Seterusnya Yang Berhormat Setiu pula mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan Skim Simpanan Sosial untuk suri rumah, penganggur, pekerja tidak formal serta mereka yang kekurangan caruman simpanan, simpanan masa tua untuk rakyat Malaysia khususnya miskin tegar.
Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian menumpukan kepada skim-skim perlindungan keselamatan sosial bagi seorang pekerja dalam pekerjaan khususnya bencana kerja dan penyakit-penyakit yang dihidapi dalam tempoh perkhidmatan.
Perlindungan ini juga turut meliputi orang tanggungan namun ia bukan berbentuk simpanan hari tua.
Bagi suri rumah, kerajaan kini dalam proses memperkenalkan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah khusus kepada semua suri rumah terutamanya golongan B40 tetapi bergantung pada kedudukan kewangan yang boleh disyorkan oleh Kementerian Kewangan. Bagaimanapun usul ini perlu diperhalusi...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Minta penjelasan.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat Menteri, mengenai suri rumah. Akta itu telah pun masa itu telah pun di draf sudah sedia. Bilakah ia akan dibawa ke Parlimen?
Datuk Seri M. Saravanan
Tuan Yang di-Pertua, akta saya setuju dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat akta ini telah pun dipersetujui tetapi dengan keadaan terbaharu kita sedang memperhalusi. Saya dalam usaha membawakan ini dalam masa terdekat sebab ini adalah hala tuju kementerian supaya kita pastikan memberi perlindungan kepada semuanya walaupun sebelum ini kita hanya bincang dan diluluskan untuk kumpulan B40 yang berdaftar dengan e-Kasih.
Akan tetapi kini telah diubahsuai oleh kementerian dan akan dipanjangkan kepada Jemaah Menteri supaya in yang akan diperluas kepada semua suri rumah tangga...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat, adakah ia akan membiayai 100 peratus oleh kerajaan? Oleh sebab dahulu Kerajaan Pakatan Harapan telah memberi aku janji bahawa semua bayaran akan dibuat oleh kerajaan.
Datuk Seri M. Saravanan
Tuan Yang di-Pertua, saya setuju apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat adalah betul. Sebelum ini cadangan daripada kerajaan sebelum ini sebab bantuan suri rumah untuk kebajikan Jaringan Keselamatan untuk 150,000 suri rumah tangga yang berdaftar di bawah e-Kasih, itu dalam keadaan sebelum COVID-19.
Akan tetapi setelah mengambil kira keadaan hari ini dan kegawatan ekonomi krisis kesihatan, Kementerian Sumber Manusia telah mencadangkan kepada kerajaan supaya janganlah mengehadkan kepada 150,000 orang suri rumah tangga tetapi diperluaskan kepada 2.9 juta suri rumah tangga yang akan melibatkan kos sebanyak RM200 juta.
Sebelum ini apa yang diluluskan oleh pihak Yang Berhormat adalah sebanyak RM20 juta untuk 150,000 orang.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri, tadi sudah bangkit berkait dengan pekerja informal. Saya maklum Yang Berhormat Menteri
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
memang sudah tahu bahawa pekerja yang kerja dalam sektor informal adalah lebih kurang lima juta orang. Itu satu nombor yang satu jumlah yang besar.
Akan tetapi kalau mereka tidak ada kerja ataupun mereka tidak dilepaskan kerja yang berlaku dalam pandemik yang kita mengalami ini, mereka tidak ada tempat untuk memberi untuk mendapat mana-mana pampasan. Oleh sebab condition pekerjaan mereka tidak ada gerenti, mereka tidak akan dapat apa-apa pampasan.
So, apakah cadangan kerajaan satu untuk mendaftarkan jumlah informal workers yang dibuat seperti di Brazil? Di Brazil, mereka mendaftarkan semua yang kerja dalam sektor informal dan selepas itu mereka membuat cadangan untuk membawa satu skim insurans kepada mereka.So, adakah kerajaan akan mempertimbangkan supaya pekerja informal ini akan juga diberi peluang? Saya dengar jawapan...
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat, sorry ya Yang Berhormat kena tanya soalan bukannya ceramah.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Soalan lah, bukan ceramah.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Tanya soalan supaya Yang Berhormat Menteri jawab.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Ya lah tetapi mesti ada mukadimah sedikit.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Oleh sebab kita masa pun tak mengizin. Saya ramai lagi Yang Berhormat Menteri tak habis.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Okey terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan saya pada Yang Berhormat Menteri adalah...
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Menteri tolong jawab ataupun jawapan bertulis.
Datuk Seri M. Saravanan
Yang Berhormat, saya faham keprihatinan Yang Berhormat. Saya bagi jaminan, sebab itu saya kata, saya rasa kedua-dua pihak apabila kita sebut warga kerja, saya berpendapat pendirian kedua-dua pihak adalah sama untuk memastikan nasib mereka dibela. Oleh sebab itu saya kata, apabila kita telah memperluaskan Akta 800 dan cadangan-cadangan baru, mungkin apa yang disebutkan atau dibangkitkan oleh Yang Berhormat akan dapat diselesaikan.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat Menteri, ada sedikit.
Datuk Seri M. Saravanan
Saya bagi jaminan, saya akan libatkan Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Klang dan Ipoh Barat untuk berbincang bersama dalam...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Terima kasih. Yang Berhormat, ada sedikit correction Yang Berhormat.
Datuk Seri M. Saravanan
Tuan Yang di-Pertua, memandangkan saya hanya ada enam minit lagi, saya pastikan saya jawab mereka yang telah bangkitkan isu dalam...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
150 ribu orang suri rumah is not eKasih sahaja. Kita ada cadangan untuk lebih daripada 2.5 juta, we want to enlarge, that is why we are holding on.
Datuk Seri M. Saravanan
You wanted to…? Yang Berhormat, yang ada dan yang you wanted to- is two different thing.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
No, no, we wanted to- We were discussing when the government was stolen.
Datuk Seri M. Saravanan
The government is not stolen, you all resigned lah, mana ada *stolen.
[Ketawa]* Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Setiawangsa membangkitkan isu mengenai penswastaan pekerja dalam kerja-kerja pembersihan dan keselamatan di
Datuk Seri M. Saravanan
agensi-agensi kerajaan dibayar gaji minimum. Kementerian Sumber Manusia sentiasa memastikan pihak majikan yang melaksanakan aktiviti outsourcing contract perkhidmatan keselamatan dan perkhidmatan pembersihan di agensi-agensi kerajaan agar mematuhi undang-undang yang sedia ada yang berkuat kuasa.
Ini merangkumi undang-undang perburuhan dan keselamatan sosial sedia ada seperti Akta Kerja 1955, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, Akta Sistem Insurans Pekerja 2017, dan Caruman Berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi menjamin hak-hak pekerja.
Usul Yang Berhormat Subang supaya syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri sawit melaburkan lima peratus daripada nilai jualan ataupun sebanyak RM4 bilion setahun bagi menjaga kesejahteraan pekerja perladangan sawit tanpa mengira kewarganegaraan pekerja asing mahupun pekerja tempatan. Kementerian ini menyambut baik apa-apa usul...
Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Yang Berhormat, bolehkah saya mencelah? Tadi ada disebut Beaufort juga kan dalam hal ini?
Dato' Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Terpulang kepada Yang Berhormat Menteri.
Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Boleh Yang Berhormat, sedikit saja?
Datuk Seri M. Saravanan
Boleh tapi biar saya habiskan.
Dato' Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Boleh atau tidak boleh?
Datuk Seri M. Saravanan
Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini menyambut baik apa-apa usul yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang prihatin ke atas kebajikan golongan pekerja. Walau bagaimanapun, usul ini perlu diperhalusi dan dibincang lebih mendalam dengan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi dan juga pihak industri.
Seterusnya Yang Berhormat Beaufort meminta supaya Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Sumber Manusia serta pihak berkuasa tempatan bekerjasama untuk merancang dan mengenal pasti bagaimana kemudahan di tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah B40 seperti PPR dapat dipertingkatkan.
Kementerian Sumber Manusia bersedia berbincang perkara ini dengan lebih lanjut bersama kementerian dan jabatan berkaitan.
Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Lumut, dan Yang Berhormat Bukit Bendera menyentuh isu berkaitan kebajikan dan perlindungan sosial bagi pekerja gig.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, buat masa kini, Kementerian Sumber Manusia melalui PERKESO menyediakan Skim Perlindungan Sosial bagi kumpulan pekerja gig seperti pemandu Grab dan sebagainya, yang dilindungi di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017.
Kementerian juga akan meneliti usul Yang Berhormat Parit supaya diwujudkan usaha sama di antara Kementerian Sumber Manusia, ataupun di antara PERKESO dan KWSP, untuk menyediakan satu bentuk perlindungan kepada pekerja gig bagi tempoh jangka masa panjang.
Yang Berhormat Bukit Bendera juga ingin tahu apakah cadangan perubahan perundangan untuk perlindungan sosial pekerja gig supaya mereka setaraf dengan pekerja sepenuh masa.
Mengenai penggubalan rang undang-undang untuk pekerja gig, Kementerian Sumber Manusia buat masa ini sedang giat mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan untuk mendapatkan maklum balas ke atas cadangan berkenaan.
Kementerian ini berpandangan bahawa sebarang cadangan perlulah dibuat tanpa menjejaskan keunikan sifat perniagaan gig itu sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan pelaksanaan gaji minimum. Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Rompin dan Yang Berhormat Ipoh Barat mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula kadar gaji minimum. Untuk makluman
Datuk Seri M. Saravanan
Ahli-ahli Yang Berhormat, kajian tentang gaji minimum dijalankan oleh Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara iaitu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Majlis Perundingan Gaji Negara. Kajian impak pelaksanaan gaji minimum secara berkala dijalankan selaras dengan Seksyen 25(1) Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732].
Akta ini merupakan kajian terhadap perintah gaji minimum perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap dua tahun. Kajian turut dijalankan di bawah Seksyen 25(3) Akta 732 bagi menilai keberkesanan perintah gaji minimum dan implikasinya terhadap pembangunan sosial dan ekonomi negara. Buat masa ini, jawatankuasa ini sedang memperhalusi dan menganalisis semua dapatan yang diperolehi. Laporan dapatan kajian akan dibentangkan dan dibahaskan di peringkat majlis perundingan sebelum syor dikemukakan untuk pertimbangan dan persetujuan kerajaan.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Boleh saya tanya sedikit? Yang Berhormat, ada masa itu, bila kita dalam kerajaan, ada cadangan progresif which model yang selaras dengan di Singapura, kerana ia will run together with the minimum wage. Ia akan merapatkan pekerja-pekerja kerana ia akan uplift mereka dalam skilling dan reskilling.
Adakah model itu sedang dipertimbangkan atau sudah lupa?
Datuk Seri M. Saravanan
Saya kurang pasti Yang Berhormat, saya tidak dimaklumkan mengenai cadangan Yang Berhormat. Walaupun saya sudah duduk sini hampir dua tahun, tidak apa, selepas ini Yang Berhormat boleh kemukakan kepada saya dan saya akan berikan secara bertulis. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat Klang pula minta penjelasan tentang kaedah pelaksanaan pengurangan kebergantungan kepada pekerja asing.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Dewan yang mulia ini, kerajaan terus komited untuk mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja asing.
Menerusi inisiatif mudah cara penyertaan tenaga buruh di bawah Strategi A1 dalam Rancangan Malaysia Ke-12, kerajaan akan meningkatkan usaha untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing serta menggalakkan penyertaan lebih ramai penduduk tempatan dalam pasaran buruh.
Dalam tempoh terdekat ini, pelaksanaan mekanisme levi pelbagai peringkat
(multitier levy) dengan izin, akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2022. Mekanisme ini akan dikaji setiap dua tahun supaya lebih mesra perniagaan. Kerajaan juga akan menggubal satu dasar khusus bagi memastikan pekerja asing yang telah tamat tempoh meninggalkan negara melalui Aku Janji Majikan yang menjadi prasyarat untuk kelulusan permit kerja.
Majikan yang menggaji pekerja asing membuat sesuatu Aku Janji bahawa mereka mempunyai rancangan untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dalam tempoh lima tahun sama ada melalui penggajian penduduk tempatan ataupun automasi. Di samping itu, majikan yang menggaji ekspatriat tertakluk kepada dasar ini. Dalam konteks ini, skala gaji ekspatriat dalam semua kategori akan disemak semula untuk ditinggikan bagi memastikan hanya pekerja tempatan kemahiran yang tidak tersedia ada dalam negara sahaja ditawarkan untuk ekspatriat.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Menteri, boleh dapat penjelasan?
Datuk Seri M. Saravanan
Sedikit lagi, saya habiskan. Sebagai usaha meningkatkan peluang pekerjaan serta melaksana program peningkatan kemahiran dan latihan kemahiran semula kepada semua penduduk tempatan, tambahan levi yang dikutip melalui pelaksanaan mekanisme levi pelbagai peringkat akan disalurkan kembali kepada industri.
Usaha akan terus dilaksanakan untuk memastikan majikan di dalam semua sektor ekonomi menjaga kebajikan pekerja, mematuhi keperluan berkaitan buruh pada peringkat antarabangsa. Usaha ini termasuklah melaksanakan penguatkuasaan yang lebih ketat di bawah Akta Kerja 1955. Akta Standard Minimum Perumahan Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 akan dipertingkatkan bagi memastikan majikan menyediakan tempat tinggal yang selamat, sesuai kepada pekerja.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri M. Saravanan
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Port Dickson, dan Yang Berhormat Klang telah menyentuh...
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Tadi isu tentang tenaga buruh. Boleh? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat Menteri, memang kita menggalakkan penduduk tempatan untuk bekerja dalam semua sektor, tetapi dalam keadaan COVID-19 pun, ramai yang tidak dapat kerja, tetapi kita masih mendapati banyak kekosongan dalam sektor perladangan.
Kita sekarang ini, sungguhpun menggalakkan rakyat tempatan untuk memasuki perladangan, kita mendapati kekurangan yang teruk sekali. Jadi, bagaimanakah kerajaan hendak menyelesaikan masalah ini, di mana Persatuan Minyak Sawit Malaysia
(MPOA) ini menyatakan tahun ini dianggarkan kita akan kerugian RM20 bilion pendapatan kerana tidak cukup—mereka dalam industri sawit, dan kerajaan akan kerugian RM2 bilion daripada segi cukai.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Tadi dikatakan semua hendak dihantar balik, jadi isunya atau masalahnya, Kementerian Sumber Manusialah yang hendak memastikan tenaga kerja mencukupi di Malaysia dan saya mengalu-alukanlah satu daripada langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk pemutihan atau recalibration PATI...
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Soalannya Yang Berhormat.
Soalan, what is your question?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Ya, my question is berkenaan dengan legalization of the illegal foreign workers. Jawapan yang telah saya dapat daripada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dan juga jawapan bertulis yang saya terima, dulu dikatakan kita memohon melalui dengan izin, Foreign Workers Centralized Management System tetapi apabila saya dapat jawapan, sistem ini tak boleh dipakai lagi sungguhpun dikatakan hendak dilaksanakan dari 1 Julai 2021.
Kemudian Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri kata, kita boleh memohon melalui sistem yang sedia ada iaitu melalui Human Resource Ministry. Saya nak tanya, apakah sistem yang disediakan dan dikatakan integrated with the immigration MyIMMS.
Namun pada hari Jumaat yang lalu, saya telah menghantar pegawai saya pergi ke Putrajaya dan bertanya mengenai cara untuk memohon dan beliau telah diberitahu untuk memohon melalui Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu atau eppax.gov.my tetapi apabila memasuki laman web itu, dikatakan sedang diselenggarakan, under maintenance. Jadi, isu ini sudah berlarutan lama. Saya nak minta Yang Berhormat Menteri beritahu cara bagaimana pemutihan ini, recalibration ini boleh dibuat secara simple step.
Apa yang perlu dibuat kerana ramai yang mengadu kepada saya tetapi saya nak tolong pun tak boleh. Thank you.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Menteri.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Yang Berhormat Menteri, saya...
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Lepas ini saya nak beri kepada Yang Berhormat Menteri lain. Ini last. Yang lain tolong, soalan bertulis, jawapan bertulis.
Datuk Seri M. Saravanan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Yang Berhormat Menteri, soalan saya ada berkaitan...
Datuk Seri M. Saravanan
Bagi menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Yang Berhormat, dalam kadar pengangguran 4.5 peratus, pendirian saya sebagai Menteri Sumber Manusia dan kerajaan hari ini adalah memastikan peluang- peluang yang sedia ada diberikan kepada warga tempatan. Itu yang penting tetapi saya juga setuju dalam keadaan hari ini, apabila ada permintaan daripada pihak industri, saya
Datuk Seri M. Saravanan
cadangkan supaya mereka mengiklankan peluang-peluang kekosongan kerja di MyFutureJobs supaya pastikan peluang ini diberikan kepada warga tempatan.
Sebaik sahaja ia diiklankan, apabila tiada penerimaan, baru kita tawarkan kepada pekerja asing. Akan tetapi dengan keadaan hari ini, walaupun kita dah iklankan di MyFutureJobs, masih ada 212,000 peluang pekerjaan yang tidak diambil oleh warga tempatan.
Bukan sahaja di sektor perladangan, sektor pertanian, sektor pembuatan, sektor pembangunan, services sector, semua sektor menghadapi masalah yang cukup kritikal sebab kurang pekerja. Apabila kita lihat daripada segi kedudukan sebenar, sebelum COVID-19 ataupun sebelum MCO yang pertama Tuan Yang di-Pertua, jumlah pekerja asing yang berdaftar dan mencarum di bawah PERKESO adalah sebanyak 1.8 juta.
Akan tetapi hari ini kita lihat hanya 1.1 juta, bererti 700,000 pekerja asing dah balik ke negara asal. We are facing a huge labor shortage, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Ekonomi kita sedang terjejas.
Datuk Seri M. Saravanan
Walau bagaimanapun, kementerian sedang mengkaji, mengambil kira keadaan di negara kita dan keperluan semasa di industri- industri akan melaksanakan secara berperingkat. Itu yang pertama.
Yang kedua, seperti mana Tuan Yang di-Pertua sedia maklum, sebelum ini kelulusan kuota untuk pekerja asing diluluskan di peringkat Kementerian Dalam Negeri.
Atas permintaan daripada pelbagai pihak, hari ini Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri telah menukar keadaan ini di mana kuota akan diluluskan oleh Kementerian Sumber Manusia.
Walaupun kementerian saya akan meluluskan kuota tetapi sistem yang sedia ada di Kementerian Dalam Negeri adalah sistem FWCMS. Baru-baru ini, Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri telah memberi kelulusan kepada Kementerian Sumber Manusia supaya sama-sama kongsi data dengan menggunakan sistem yang sedia ada dan kita sedang memperhalusinya dan dalam masa yang terdekat, kita akan menyelesaikannya. Sebelum pekerja asing masuk ke dalam negara ini, kita akan selesaikan isu-isu yang sedia ada.
Saya ingin memaklumkan kepada Yang Berhormat, sistem yang sedang digunakan adalah FWCMS yang akan diselaraskan dengan Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Akan tetapi sistem itu tak boleh berfungsi sejak 1 Julai 2021. Ekonomi kita terjejas.
Datuk Seri M. Saravanan
Nanti kita akan selesaikan dalam masa terdekat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Jadi isu ini sudah berlarutan dan ekonomi terjejas. Kita tidak mengambil alih peluang kerja kepada orang tempatan. Pekerjaan ini, orang tempatan tidak mahu.
Datuk Seri M. Saravanan
Kita akan selesaikan dalam masa yang terdekat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terlalu lama dah.
Datuk Seri M. Saravanan
Sedang diperhalusi dan dalam masa yang terdekat, saya akan bawa ke Kabinet, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Boleh diguna pakai sekarang ke Yang Berhormat Menteri?
Datuk Seri M. Saravanan
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Port Dickson dan Yang Berhormat Klang juga telah menyentuh isu-isu berkaitan pengangguran ...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri M. Saravanan
Untuk makluman, kadar pengangguran rakyat Malaysia pada suku 2021 berada di tahap...
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Gulung, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri M. Saravanan
...4.8 peratus dan ekoran pandemik COVID-19 berbanding sebelum berlakunya krisis iaitu 3.3 peratus pada bulan Februari. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, ada juga beberapa isu yang saya akan jawab secara bertulis.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri M. Saravanan
Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat Menteri, FWCMS boleh diguna pakai sekarang?
Datuk Seri M. Saravanan
Kementerian Sumber Manusia telah diberi kelulusan untuk menggunakan...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
That’s means it is operation now?
Datuk Seri M. Saravanan
...Portal FWCMS yang sedia ada...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
It is operation now?
Datuk Seri M. Saravanan
Yes.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Thank you.
Datuk Seri M. Saravanan
Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan pertanyaan...
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Yang Berhormat Menteri, saya ada satu soalan.
Datuk Seri M. Saravanan
Saya akan bagi jawapan secara bertulis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Makanan, 30 minit. Sila.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beritahu sedikit penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, kita selalu lupakan bahawa dalam sistem negara mana-mana di dunia, pekerjaan adalah...
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat, Yang Berhormat referring to standing order mana Yang Berhormat?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
No, no. We all shouldn’t be in different world.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Standing order mana, Yang Berhormat?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Employment is the most important. If there is no employment, tak ada food on the table.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat, standing order mana, Yang Berhormat?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Kita perlu memberi lebih masa.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
I don’t understand the concept of this Parliament.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat, saya minta maaf tapi ini untuk jawapan Yang Berhormat Menteri. Kalau Yang Berhormat tak puas hati, ada macam-macam cara Yang Berhormat boleh bawa. Tapi dalam Dewan ini, saya
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
kena ikut prosedur yang telah dibentangkan oleh Tuan Yang di-Pertua. Sila Yang Berhormat Menteri.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
30 minit ya.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada seramai 24 Ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh isu yang berkaitan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia (MAFI) dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kedua Belas sepanjang perbahasan yang telah berjalan sepanjang minggu yang lalu.
Beberapa Ahli Yang Berhormat menyentuh tentang isu hala tuju berkaitan sekuriti makanan negara, isu berkenaan dengan import makanan, sumbangan KDNK, cadangan memperkasakan pertanian pintar dan agro best manufacturing serta eksport pertanian dan isu yang berkaitan dengan kenyataan Global Food Security Index (GFSI).
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat yang bertanyakan isu-isu tersebut, Dasar Agromakanan Negara 2011-2020 atau DAN sebelum ini mengambil kira isu jaminan makanan merangkumi daya saing dan kemampanan serta bersandarkan agenda pembangunan nasional dan dasar-dasar semasa untuk menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan selamat dimakan menjadikan industri agromakanan sebagai industri yang berdaya saing dan mampan serta meningkatkan tahap pendapatan usahawan tani.
Kini, Dasar Agromakanan 2.0 (2021-2030) telah digubal oleh MAFI sebagai kesinambungan dengan mengambil kira isu sekuriti makanan yang meliputi daya saing dan kemampanan berlandaskan prinsip dan teras Wawasan Kemakmuran Bersama
(WKB 2030) dan Agenda Pembangunan Mampan 2030 (SDG 2030) termasuk Rancangan Malaysia Kedua Belas bagi menjayakan transformasi dan pemodenan sektor agromakanan.
Melalui DAN 2.0, pelbagai strategi dan pelan tindakan telah dirangka untuk meningkatkan hasil petani dan pesawah serta pendapatan mereka berasaskan kepada lima teras dasar utama iaitu mendukung pemodenan dan pertanian pintar, memperkukuh pasaran tempatan, meningkatkan hasil keluaran yang mempunyai permintaan tinggi dan produk berorientasikan eksport, membangunkan bakat yang memenuhi permintaan industri, meningkatkan amalan pertanian dan sistem makanan yang mampan dan menyediakan ekosistem perniagaan yang kondusif bagi kerangka institusi yang kukuh.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Penekanan khusus dalam DAN 2.0 terhadap penggunaan teknologi dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti serta kuantiti hasil tanaman seterusnya dapat meningkatkan produktiviti secara keseluruhan. Selain itu, usaha i memacu modenisasi dalam argomakanan adalah selari dengan aspirasi nasional ke arah merevolusikan Industri 4.0 dalam sektor ekonomi negara.
Bagi meningkatkan tahap penggunaan teknologi, MAFI akan melipatkan gandakan usaha untuk menarik penyertaan lebih ramai belia sebagai pengeluar makanan dan penyedia perkhidmatan teknologi. Selain itu penumpuan juga akan diberikan kepada kemudahan kewangan, pendigitalan produk serta penyediaan akses pasaran secara e-dagang.
Secara khusus, untuk pemerkasaan industri padi dan beras, tumpuan akan diberikan kepada peningkatan produktiviti hasil padi dan SSL beras melalui pengurusan penggunaan tanah dan air yang lebih baik, pembangunan varieti yang berpotensi, penstrukturan semula bantuan kewangan dan peningkatan penglibatan sektor swasta di sepanjang rantaian nilai.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Melalui strategi yang bakal dilaksanakan kerajaan menyasarkan SSL beras boleh mencapai 75 peratus pada tahun 2025 dan 80 peratus menjelang tahun 2030.
Manakala, Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 dirangka untuk memastikan kestabilan dan kemampanan sistem makanan negara kekal terjamin.
Pelan ini melibatkan lima teras strategi berkaitan perluasan teknologi, pemerkasaan penyelidikan dan pembangunan, pemerkasaan data berkaitan sekuriti makanan, perluasan kolaborasi strategik dengan pihak swasta dan orang awam serta pengukuhan kolaborasi di antara jabatan dan agensi kerajaan. Kesemua strategi tersebut dijangka mampu merapatkan jurang dan mempertahankan sistem makanan dalam apa jua keadaan.
Berkenaan isu peningkatan jumlah import makanan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerantut dan Yang Berhormat Hulu Langat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat pada tahun 2020 import makanan mencatat nilai RM55.4 bilion berbanding RM51.4 bilion pada tahun 2019 terutamanya bagi memastikan bekalan makanan tempatan terjamin dalam tempoh pandemik COVID-19.
Antara bahan makanan yang menyumbang kepada nilai import yang tinggi...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri...
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
...Sekejap. Termasuk bijirin dan sediaan bijirin, kopi, koko, teh, rempah dan keluaran dalam kesediaan makanan lain, daging, hasil tenusu, makanan ternakan, sayur-sayuran dan buah-buahan. Perangkaan ini juga meliputi import 30 peratus beras serta sayur-sayuran dan buah-buahan beriklim sederhana dari luar negara untuk memenuhi keperluan tempatan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Yang Berhormat Menteri boleh Sik mohon sedikit pencerahan.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, Yang Berhormat Sik.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri, terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Berkaitan dengan cadangan pelan jangka panjang untuk meningkatkan SSL beras ini, adakah pihak kementerian melihat keperluan untuk kita mengukuhkan R&D untuk industri beras itu sendiri? Maksudnya apa yang digariskan oleh *International Rice Research Institute
(IRRI)* yang boleh kita adaptasi di negara kita iaitu rice center of excellence itu melihat bagaimana penyelidikan beberapa buah negara yang telah pun menanam padi sebanyak lima kali dua tahun. Jadi nampak mungkin boleh kita usahakan secara berperingkat.
Begitu juga dalam soal memperluaskan kawasan-kawasan baharu untuk jelapang padi ini yang boleh kita menambah lagi kawasan yang sedia ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat Sik, tentu sekali dalam mencapai aspirasi kita untuk meningkatkan SSL beras negara, pelbagai sudut dan faktor akan diambil kira oleh kementerian bagi memastikan produktiviti ataupun peningkatan hasil dapat kita capai dalam jangka waktu lima tahun dan 10 tahun akan datang.
Ini termasuklah kajian terhadap variety research and development dalam semua aspek penggunaan tanah yang lebih efisien dan tentu sekali soil profiling, penggunaan teknologi moden dalam industri tanaman padi dan sebagainya akan diambil kira dalam Dasar Agromakanan 2.0 itu dilakarkan sedemikian. Ia juga menglibatkan pihak swasta dalam pengurusan tanah penanaman padi dalam keseluruhan rantaian.
Jadi itu merupakan keseluruhan aspek yang akan diambil kira oleh kementerian untuk membangunkan dan mencapai hasrat dan aspirasi kerajaan untuk tahap sara diri beras ditingkatkan daripada 75 peratus dan 80 peratus menjelang tahun 2030.
Saya sambung Yang Berhormat, kebergantungan terhadap sumber import ini perlu ditangani secara strategik bagi memastikan sistem makanan negara tidak terjejas oleh sebarang gangguan dalam perdagangan antarabangsa khususnya bekalan daripada sumber import.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Dalam hal ini, MAFI telah merangka beberapa strategi untuk merancakkan pengeluaran bahan makanan negara di bawah DAN 2.0 dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 bagi mengurangkan kebergantungan terhadap sumber import. Antaranya gerakan kerjasama dengan sektor swasta seperti saya kata tadi melalui:
(i) program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) untuk meningkatkan produktiviti industri padi dan beras negara;
(ii) menubuhkan Lembaga Ruminan Negara untuk memacu pertumbuhan industri ternakan serta hasilan ruminan;
(iii) merancakkan usaha penerima gunaan teknologi moden dalam Revolusi Industri 4.0, saya katakan tadi;
(iv) memperluaskan aktiviti pertanian bandar dan kebuniti di kawasan-kawasan yang bersesuaian;
(v) memperkasa pendidikan dan pembangunan berteraskan sekuriti makanan untuk menghasilkan baka dan benih berimpak tinggi; dan
(vi) menggalakkan pendidikan berteraskan pembangunan makanan alternatif termasuk penggunaan makanan alternatif ternakan.
Saya yakin pelaksanaan dan strategi-strategi dapat menyumbang dalam meningkatkan pengeluaran makanan secara tempatan selain mengurangkan permintaan terhadap makanan import sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada import makanan.
[Tuan Yang-di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Bagi menjawab cadangan Yang Berhormat Alor Setar, bagi meningkatkan eksport buah-buahan pula. Untuk makluman Yang Berhormat, melalui peruntukan pembangunan RMKe-12, FAMA akan melaksanakan projek pakej pembekalan AgroXport yang dijangka akan meningkatkan nilai eksport tahunan usahawan yang dibimbing sebanyak lima peratus dan meneroka lima destinasi eksport yang baharu.
Projek tersebut bertujuan meningkatkan daya saing, jangkauan, sasaran market reach, keupayaan, kapasiti, usahawan PKS agromakanan dalam bidang pengeksportan.
Jumlah eksport sektor pertanian pada tahun 2020 bernilai RM33.7 bilion berbanding RM30.2 bilion pada tahun 2014 menampakkan lonjakan sebanyak 11.58 peratus atau RM3.5 bilion sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-11. Daripada jumlah keseluruhan eksport pertanian dianggarkan 70 peratus adalah produk yang telah diproses manakala selebihnya merupakan produk yang belum diproses.
Buah-buahan tropika adalah di antara komoditi Malaysia yang tertinggi di eksport ke luar negara dengan nilai RM1.34 bilion pada tahun 2020 kerana sambutan yang hebat dan bernilai tinggi di pasaran luar negara. MAFI menggalakkan pengeksportan buah-buahan tempatan terutamanya buah-buahan yang tahap sara diri telah melebihi 100 peratus serta berkualiti tinggi sama ada dalam bentuk mentah, diproses secara minimum atau di proses menjadi produk.
Lima jenis buah tempatan yang mempunyai nilai eksport tertinggi pada tahun 2020 adalah buah durian RM74 juta, tembikai RM66 juta, nanas RM52 juta, pisang RM36 juta dan betik RM30 juta.
Selain daripada buah-buahan segar, buah-buahan diproses juga banyak dieksport ke luar negara. Untuk rekod sejumlah 32,789 metrik tan buah-buahan yang telah diawet bernilai RM829 juta dan 20,251 metrik tan jus buah-buahan dan sayur- sayuran yang bernilai RM90 juta telah dieksport pada tahun 2020.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Projek pembangunan buah-buahan jangka panjang dan pendek di bawah Jabatan Pertanian Malaysia akan memfokuskan beberapa buah tanaman utama yang mempunyai permintaan yang tinggi untuk dieksport seperti durian, nangka, rambutan, manggis dan tembikai. Melalui FAMA dan Jabatan Pertanian Malaysia, kita komited
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
untuk meningkatkan nilai eksport produk agromakanan di pasaran luar negara. Dalam Rancangan Malaysia Ke-12, FAMA telah diperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk aspek pemasaran produk agromakanan. Manakala Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) telah ditetapkan siling perbelanjaan pembangunan sebanyak RM65 juta
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, sila Yang Berhormat.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana memberikan penjelasan tentang eksport. Kita dalam Rancangan Malaysia Ke-12 ini, kita talk about long-term planning. Long-term planning ini, kita perlu idea yang baru.
Saya mengucapkan tahniah kerana MAFI mempunyai perancangan untuk eksport. Saya hendak meminta pandangan daripada Yang Berhormat Menteri. Kita di Malaysia ini, keunikan dan juga our comparative advantage adalah tropical fruits. Tropical fruits ini sebab tidak banyak tempat yang boleh produce tropical fruits. Hanya Malaysia dan juga di tropical areas. Market nya sangat besar, market nya cukup besar.
Tuan Yang di-Pertua
Soalannya apa, Yang Berhormat?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Jadi, isunya ialah kita memerlukan– saya memohon Yang Berhormat Menteri, apakah usaha untuk kita membuka lebih banyak market? Ini kerana market sekarang ia besar tetapi usaha kita umpamanya our agriculture attaché. Walaupun dihantar ke negeri-negeri tertentu tetapi kita tidak berupaya untuk membuka. Mereka kena bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh...
Tuan Yang di-Pertua
Soalannya apa? Apakah soalannya?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Saya minta supaya Yang Berhormat Menteri look into Middle East, contohnya Egypt. Attaché kita dahulu ada, sekarang saya rasa office itu sudah tutup. Kalau boleh kita hantar semula untuk membuka kawasan di sana juga. Saya mohon supaya Yang Berhormat Menteri fokus kepada enlarge our market, maka barulah kita boleh meningkatkan eksport. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, saya tidak akan tambah masa lagi ya. Kita ada cukup-cukup sampai 8.17 malam ini.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, saya akur, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Bayan Baru. Apatah lagi Yang Berhormat merupakan Timbalan Menteri di MOA sebelum ini. Tentu sekali saya sependapat dengan Yang Berhormat bahawa kita perlu market reach yang lebih besar dan juga penggunaan– make used of agriculture attaché secara meluas. Bagi mengeksport keluaran buah-buahan tempatan, saya bersetuju bahawa our competitive advantage adalah tropical fruits yang cuma boleh ditanam di kawasan yang beriklim macam kita. Tentu sekali fokus-fokus ini adalah merupakan fokus yang akan diberikan tumpuan oleh kementerian dan pihak industri seperti yang dilakarkan dalam Dasar Agromakanan 2.0 dan sebagainya untuk melihat market yang lebih besar dan menumpukan tanaman buah-buahan yang mempunyai pasaran antarabangsa.
Kita telah mulakan durian. Yang Berhormat Menteri ada di sini, turut menggalakkan pemasaran durian. Menteri-menteri sebelum ini pun menggalakkan pemasaran durian. Akan tetapi sekarang ini there are new fruits, contohnya sebelum ini nanas tetapi sekarang ini saya dimaklumkan oleh pihak kementerian, nangka adalah merupakan the next fruit yang akan mempunyai nilai market antarabangsa yang menggalakkan di masa akan datang. Oleh sebab itu, tumpuan akan diberikan oleh kementerian untuk mempromosi penanaman secara industri tropical fruits yang mempunyai nilai market antarabangsa ini.
Seterusnya, saya ingin menjelaskan berkenaan dengan kenyataan beberapa Ahli Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Batang Lupar, Yang Berhormat Teluk Intan, Yang Berhormat Taiping, Yang Berhormat Betong dan Yang Berhormat Cheras yang mengatakan kedudukan Malaysia dalam Global Fruit Security Index (GFSI) telah jatuh mendadak daripada kedudukan 28 pada 2019 kepada kedudukan 43 pada tahun 2020.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Seperti yang saya jelaskan di Dewan yang mulia ini minggu lalu, Laporan GFSI yang dikeluarkan oleh Economist Intelligence Unit (EIU) sejak tahun 2012 adalah bertujuan untuk menilai tahap kerentanan sesebuah negara terhadap sekuriti makanan.
Kedudukan sesebuah negara dalam GFSI ditentukan oleh purata skor keseluruhan daripada tiga dimensi sekuriti makanan iaitu affordability, availability dan quality and safety. Skor ini menentukan prestasi keseluruhan sekuriti makanan serta kedudukan sesebuah negara secara global. Walaupun pihak EIU telah membuat penyelarasan semula terhadap purata skor dari tahun 2012 sehingga tahun 2019, setelah menjadikan dimensi natural resources and resilient sebagai salah satu dimensi teras bermula tahun 2020, berdasarkan penyelarasan inilah kedudukan Malaysia pada tahun 2019 juga telah berubah daripada tangga ke-28 ke tangga 44 dalam kalangan 130 buah negara seluruh dunia.
Sebenarnya, penyelarasan ini bukan sahaja mengubah kedudukan Malaysia pada tahun 2019, malah Singapura juga telah berubah dari tangga pertama ke tangga 20 dan Australia dari tangga ke-12 ke tangga 26. Walaupun dimensi natural resources and resilient telah diperkenalkan sejak tahun 2017 sebagai faktor pelaras, namun hanya bermula tahun 2020 ia dijadikan sebagai dimensi teras berdasarkan kepentingan untuk mengukur daya tahan negara terhadap kesan perubahan iklim dan kerentanan negara terhadap risiko sumber semula jadi. Kedudukan Malaysia dalam GFSI tahun 2020 di tangga ke-43 sebenarnya merupakan peningkatan satu anak tangga berbanding tahun 2019.
Tuan Yang di-Pertua, SSL daging ialah isu yang dibangkitkan terhadap SSL daging baka Limousin dan Charolais. Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat, purata SSL bagi daging lembu pada tahun 2017 hingga 2020 ialah 22 peratus. Mengambil kira kedudukan SSL tersebut, Malaysia masih perlu bergantung kepada pengimportan daging lembu bagi memenuhi permintaan rakyat.
Dalam hal ini, bagi mengurangkan kebergantungan negara kepada sumber lembu import, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telah melancarkan Pelan Strategik Pembangunan Industri Pedaging Negara 2025 dan Pelan Strategik Pembangunan Industri Tenusu Negara
(DAIRY PLAN) 2021-2025.
Aktiviti yang dilaksanakan di bawah kedua-dua pelan strategik ini antara lain adalah seperti berikut:
(i) meningkatkan bilangan produk pembiak produktif;
(ii) menggalakkan penglibatan penternak tenusu dalam pengeluaran daging melalui kaedah beef and dairy line;
(iii) meningkatkan pengeluaran lembu fidlot melalui pengekalan dan pengukuhan kawasan pengeluaran lembu fidlot; dan
(iv) melibatkan penternak muda belia dalam bidang penternakan lembu daging.
Pada masa yang sama, sebanyak RM9 juta telah diperuntukkan melalui Institut Biodiversiti Veterinar Kebangsaan sepanjang Rancangan Malaysia Ke-12 yang bertujuan untuk mengukuhkan pengeluaran semen beku dari pejantan tulen seperti baka Limousin, Charolais dan Belgian Blue, di samping menaiktarafkan infrastruktur bangunan makmal dan ladang institut melalui Pelan Transformasi Institut Biodiversiti Veterinar Kebangsaan 2030.
Kerajaan juga akan menubuhkan Lembaga Ruminan Negara untuk meningkatkan kemampanan dan pertumbuhan industri ternakan serta hasilan ruminan daging dan tenusu yang dijangka lembaga ini akan beroperasi secara berfasa bermula tahun 2022. Kesemua langkah proaktif yang telah dan sedang diambil adalah sejajar dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 untuk meningkatkan bilangan ternakan ruminan dalam negara bagi memenuhi permintaan tempatan.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Mengenai isu online dan pemasaran petani yang dibangkitkan oleh beberapa orang Ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, MAFI telah mengatur pelbagai program bagi memperkukuhkan pemasaran digital sebagai kaedah pemasaran alternatif. Antaranya termasuklah kerjasama strategik dengan platform e- dagang swasta seperti Shoppe, Lazada, Airasia Farm, Mukmin Mart, Grab dan Foodpanda.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Melalui online store AgroBazaar Malaysia di Shopee dan AirAsia Farm, FAMA telah mencatat nilai jualan sebanyak RM675,177 bagi tempoh 16 April 2020 hingga 31 Ogos 2021. Selain itu, AgroBazaar online yang diurus oleh FAMA telah mencapai nilai jualan sebanyak RM3.17 juta dalam tempoh yang sama. AirAsia turut menjalinkan kerjasama dengan MAFI dengan memasarkan mangga Harumanis ke Sabah. Melalui kerjasama ini, sebanyak 10 metrik tan mangga Harumanis bernilai RM306,000 telah dapat dipasarkan.
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) melalui Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) telah melaksanakan inisiatif pemasaran secara digital melalui laman web Nekmatbiz, serta media sosial dengan menawarkan perkhidmatan penghantaran pesanan terus ke rumah pengguna. Melalui platform nekmatbiz.com.my, LKIM telah mencatat nilai jualan sebanyak RM231,540 bagi tempoh Mac 2020 sehingga 31 Ogos 2021.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, berkenaan dengan isu tanah terbiar MAFI sentiasa berusaha mengoptimumkan penggunaan tanah untuk tujuan pertanian menerusi projek pembangunan tanah terbiar dengan menawarkan insentif kepada usahawan dan pemilik tanah pada kadar minimum— maksimum RM20,000 per hektar secara one-off bagi pembangunan infrastruktur asas seperti pembersihan kawasan, sistem pengairan dan saliran serta pembinaan jalan ladang dan input pertanian berupa baja, benih, racun, mesin dan peralatan kecil.
Dari tahun 2007 sehingga 2020, seluas 10,367 hektar tanah terbiar seluruh negara telah dibangunkan melibatkan 8,179 orang pengusaha dengan jumlah peruntukan sebanyak RM111.6 juta telah dibelanjakan. Tanah-tanah tersebut telah dibangunkan dengan pelbagai jenis tanaman seperti buah-buahan, sayur-sayuran, padi, kelapa dan jumlah pengeluaran sebanyak 225,000 metrik tan dan nilai pengeluaran berjumlah RM214.5 juta.
Dalam hal ini, MAFI sentiasa bekerjasama dengan kerajaan negeri melalui Jabatan Pertanian Negeri dalam memajukan tanah-tanah terbiar ini. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, MAFI telah mengemukakan 37 permohonan projek pembangunan pertanian yang boleh dimanfaatkan oleh petani untuk membangunkan tanah-tanah pertanian termasuk tanah terbiar dalam pelbagai jenis tanaman.
Tuan Yang di-Pertua, empat minit. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, mengenai isu Program Agropreneur Muda. Saya bersetuju Program Agropreneur Muda di bawah MAFI yang bertujuan untuk menggalakkan penglibatan golongan muda dalam sektor pertanian dan agromakanan terus diperkasakan. Terdapat tiga komponen utama dalam Program Agropreneur Muda iaitu bantuan Geran Agropreneur Muda dalam bentuk barangan sehingga RM20,000, Skim Pembiayaan Agropreneur Muda (Agro-YES) sehingga RM500,000 melalui Agrobank dan TEKUN serta khidmat nasihat teknikal dan latihan melalui jabatan dan agensi di bawah MAFI.
Dari tahun 2016 sehingga Ogos 2021, kementerian telah membantu sejumlah 7,571 orang melalui program ini melibatkan peruntukkan berjumlah RM155 juta.
Daripada jumlah tersebut, seramai 7,406 orang telah dibantu melalui kelulusan Geran Agropreneur Muda bernilai RM131.87 juta, manakala 165 orang telah diluluskan Agro- YES melalui Agrobank dan TEKUN berjumlah RM23.13 juta. Bantuan Geran Agropreneur Muda yang diberikan dalam bentuk barangan in-kind dalam semua rantaian nilai pertanian iaitu tanaman, ternakan, perikanan dan industri makanan.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan isu the Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP) yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Parlimen, ingin saya jelaskan bahawa tangkapan spesies ikan tertentu di
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
bawah CPTPP seperti yang dibangkitkan, sebaliknya tiada larangan pemberian subsidi kepada tangkapan spesies ikan tertentu di bawah CPTPP. Sebaliknya larangan pemberian subsidi tersebut menjurus kepada aktiviti penangkapan ikan secara berlebihan yang seterusnya memberi impak negatif kepada stok ikan yang dikategorikan sebagai overfish oleh Jawatankuasa Stok Ikan Negara berdasarkan bukti empirikal.
Perkara ini juga selaras dengan pendekatan pengurusan perikanan yang sedang dilaksanakan pada masa ini oleh Department of Fisheries (DOF) sebagai contoh tindakan mengadakan kawasan, kawalan, musim tertutup dan sebagainya. Oleh yang demikian, komitmen untuk tidak menangkap spesies-spesies ikan tertentu atau kawalan terhadap penangkapan sesuatu spesies adalah atas sebab kelestarian dan bukan akibat penyertaan Malaysia dalam CPTPP.
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya.
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Setengah saat. Terima kasih.
Saya tertarik dengan isu tangkapan tadi. Apa jadi dengan Operasi Naga yang melibatkan empat kementerian pada waktu itu untuk mengawal bot-bot asing dan juga peralatan perikanan yang memusnahkan pukat tunda dan juga bubu naga yang saya rasa sepanjang kami dahulu, sangat berkesan. So, I just want an update sedikit tentang Operasi Naga itu. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Operasi penguatkuasaan untuk apa jua pelanggaran terhadap Akta Perikanan 1985 merupakan tindakan berterusan yang dijalankan oleh kementerian bersama dengan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain.
Tentulah operasi penguatkuasaan untuk menangkap bot asing, penggunaan peralatan yang tidak dibenarkan dalam Akta Perikanan 1985 adalah merupakan tumpuan penguatkuasaan kementerian dan juga kerjasama pihak agensi penguatkuasaan yang dipimpin oleh APMM. Jadi, Yang Berhormat Pulai, tindakan berterusan diambil untuk menangkap, menghalang apa jua pelanggaran terhadap Akta Perikanan 1985.
Tuan Yang di-Pertua
Yang lain bertulis Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Ya, penutup— saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat turut serta membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 ini, begitu dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya saya jemput Menteri Kementerian Alam Sekitar dan Air. Masa 30 minit Yang Berhormat Menteri.
Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat petang semua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seramai 27 Ahli Parlimen, Ahli Yang Berhormat telah membahaskan empat isu utama di peringkat kementerian pengurusan alam sekitar, perubahan iklim, bekalan air dan sumber air, dan pengurusan banjir. Bagi pihak kementerian, saya mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua Ahli Yang Berhormat yang memberi komitmen untuk pastikan alam sekitar terpelihara, terjaga. Insya-Allah. Saya memulakan jawapan kepada perkara dibangkitkan mengikut sektor tadi.
Isu pertama, isu pengurusan alam sekitar. Yang Berhormat Beaufort membangkitkan cadangan agar Kempen Kesedaran Alam Sekitar dipergiatkan hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan hasrat ini dapat dicapai.
Untuk makluman Yang Berhormat, bahawa KASA melalui Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar, secara ringkasnya SLAAS seawal tahun 2005 lagi. Program ini sebenarnya merupakan usaha sama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, dan sehingga kini sebanyak 1,025 buah sekolah telah menyertai program ini.
Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Selain daripada itu, satu modul Kelab Alam Sekitar Sekolah telah pun dibangunkan sebagai panduan kepada guru-guru dalam mengadakan aktiviti dan program Kelab Alam Sekitar di sekolah sebagai salah satu pendekatan dalam mendidik pelajar untuk mencintai alam sekitar. Bagi memastikan kesedaran alam sekitar adalah secara menyeluruh, Jabatan Alam Sekitar turut menjalankan program Rakan Alam Sekitar dengan penglibatan masyarakat yang akan digerakkan sebagai ejen membantu agensi-agensi kerajaan. Untuk makluman semua, sehingga kini, keahlian Rakan Alam Sekitar berjumlah 157,348 orang ahli.
Selain daripada itu, sisa plastik yang tidak diurus dengan baik menyebabkan pelbagai impak terhadap alam sekitar dan kesejahteraan hidup. Amalan 3R iaitu reduce, reuse, recycle dengan izin, merupakan asas penting dalam konsep ekonomi kitaran bagi menjamin sisa plastik dapat dikumpul dan diproses menjadi resin kitar semula. Aktiviti pengumpulan dan pengisian sisa plastik perlu diperkukuhkan bagi memastikan aliran sisa yang tersisih serta memenuhi spesifikasi untuk kitar semula.
Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Untuk itu di peringkat kementerian, kita telah pun menyediakan agenda penting memperkukuhkan ekonomi kitaran plastik dalam Rancangan Malaysia Ke-12.
Yang Berhormat Rasah membangkitkan isu pembinaan insinerator di daerah Seremban yang dikhuatiri mencemarkan alam sekitar dan menyokong penuh beberapa program yang telah dibuat oleh pihak kementerian. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Rasah kerana mendukung cita hasrat kementerian.
Untuk makluman Yang Berhormat, bahawa keputusan bagi kelulusan pembinaan insinerator di tapak yang dimaksudkan sebenarnya di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab pihak berkuasa yang meluluskan atau PBM iaitu Majlis Bandaraya Seremban selaras dengan dasar dan polisi yang ditetapkan.
Namun di pihak kementerian kita komited dalam memastikan punca pencemaran di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dapat dikawal melalui kawalan had-had pelepasan, pengenaan kepada pelesenan syarat kelulusan, penguatkuasaan dan pemantauan kepada kualiti alam sekeliling bermula di peringkat perancangan, operasi dan penutupan bagi suatu premis ataupun projek yang dipohon.
Sektor yang kedua yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat ialah sektor perubahan iklim. Yang Berhormat Batang Lupar menyokong agenda pembangunan Lestari 2030...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat Menteri, Rasah.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Sila.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Minta maaf Yang Berhormat Menteri. Sebelum Yang Berhormat Menteri ke tajuk lain, berbalik kepada insinerator, memang betul, kita tahu akhirnya kerajaan tempatan PBT. Cuma kenapa saya kemukakan kepada Yang Berhormat Menteri dan juga Kementerian Alam Sekitar dan Air adalah sokongan daripada Jabatan Alam Sekitar.
Saya rasa kalau tidak ada sokongan daripada Jabatan Alam Sekitar ataupun komen yang dikatakan tidak sesuai kawasan tertentu dibina apa-apa loji ataupun insinerator, saya rasa PBT tidak akan menjangkaui ataupun melanggar komen daripada pihak alam sekitar.
Oleh sebab experts dia bagi saya bukan PBT. Expert ada di Jabatan Alam Sekitar, yang very specific untuk isu ini. Jadi minta komen Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Terima kasih Yang Berhormat Rasah.
Memang cadangan tapak dikemukakan oleh pihak PBT dan di pihak kementerian kita akan pastikan bahawa tapak yang assign itu sesuai dan memenuhi syarat-syarat yang mesti dipenuhi. Sekiranya syarat-syarat tersebut tidak dipenuhi, pihak Jabatan Alam Sekitar tidak akan meluluskan tapak tersebut. Jadi walaupun selepas dibina pemantauan terus dibuat oleh pihak Jabatan Alam Sekitar. Terima kasih Yang Berhormat Rasah.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Bagi isu perubahan iklim, Yang Berhormat Batang Lupar menyokong Agenda Pembangunan Lestari 2030 dan menyebut bahawa saya percaya Malaysia akan majukan pertumbuhan hijau ke arah negara berkarbon rendah dan akhirnya suatu hari mencapai masa depan bebas karbon.
Untuk makluman Yang Berhormat kerjasama strategi dan holistik, daripada semua peringkat kerajaan serta pemain industri perlu ditingkatkan dan diperluaskan bagi mencapai pembangunan lestari dan hasrat kita bersama. Kementerian dan agensinya bergiat aktif dalam mempromosi Agenda Pertumbuhan Hijau seperti perluasan pelaksanaan perolehan hijau di peringkat Persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan.
Inisiatif ini bagi meningkatkan potensi permintaan dan pengeluaran produk dan perkhidmatan yang mesra alam. Inisiatif seperti pengecualian cukai seperti Green Investment Tax Allowance, GITA dan GITE turut diperkenalkan bagi menggalakkan perkembangan industri hijau negara.
Di samping itu beberapa strategi pembangunan rendah karbon daripada aspek pembandaran dan mobiliti telah dibangunkan oleh pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air. Inisiatif berkenaan adalah selaras dengan strategi yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 serta melibatkan kerjasama kerajaan negeri, kerajaan tempatan serta pemain industri teknologi hijau.
Yang Berhormat Subang Jaya dan Yang Berhormat Seputeh membangkitkan mengenai sasaran net zero carbon negara. Seperti Yang Berhormat sedia maklum bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun mengumumkan inspirasi negara bagi mencapai pelepasan sifar gas rumah kaca atau GSG net zero emissions seawal-awalnya pada tahun 2050. Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan responsif dan cakna terhadap usaha menangani isu perubahan iklim. Kementerian Alam Sekitar dan Air mengalu-alukan perhatian dan kerjasama pihak pembangkang dalam mengarusperdanakan agenda perubahan iklim negara.
Untuk makluman Dewan yang mulia, Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara
(MyCAC) akan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri akan mengadakan persidangan pada 11 Oktober 2021 sebelum persidangan UN Climate Change Conference (COP26). Majlis ini dianggotai oleh Menteri-menteri Persekutuan, bersama dengan Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri mewakili kerajaan negeri. Ia merupakan suatu kenyataan penting bagi negara untuk persidangan COP26.
Tuan Wong Chen - Subang
Hendak bertanya soalan boleh tidak, penjelasan daripada Subang.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Ya, sila.
Tuan Wong Chen - Subang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya memang hendak bertanya sedikit tentang minta penjelasan tentang isu seawal-awalnya 2050 net zero carbon. Tidakkah sepatutnya kita selewat-lewatnya net zero carbon pada 2050? Maknanya kita kena buat lebih awal lagi. Terima kasih.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Terima kasih. Kita sesuatu komitmen yang kita hendak buat dalam konteks komitmen negara kepada United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) kita mesti bangunkan beberapa mekanisme. Antaranya adalah tentang long-term low emission development strategies
(LT-LEDs) suatu pembangunan strategi rendah karbon jangka panjang sebagai asas untuk kita meletakkan sasaran tersebut.
Di samping kita perlu ada inventori karbon negara yang masih belum ada dan beberapa peraturan terhadap perkara ini perlu kita bangunkan. Termasuk carbon pricing dan sebagainya. Beberapa elemen yang perlu kita lengkapkan dahulu, sebab itu kita tidak meletakkan sasaran 2050. Cuma kita meletakkan seawal-awal 2050. Kita yakin kita mampu mencapai hasrat tersebut. Insya-Allah.
Puan Teresa Kok - Seputeh
Minta penjelasan. Yang Berhormat Menteri tadi jawapan Yang Berhormat Menteri tidak sentuh apa yang saya bangkitkan. Di negara kita ada buat satu kajian iaitu kajian strategi jangka masa panjang pembangunan rendah karbon atau long-term low emission development strategies (LT-LEDs) yang hanya
Puan Teresa Kok - Seputeh
akan berakhir pada 2022, akhir tahun depan. Akan tetapi sekarang kita pula telah pun mengumumkan kita akan capai net zero carbon emission pada tahun 2050. Jadi bukankah ini terlalu awal sebelum kajian yang terperinci dijalankan?
Kerajaan sudah pun mengumumkan dan sudah pun tulis dalam buku Rancangan Malaysia Ke-12. Biasanya ialah kita selepas buat kajian baru buat pengumuman kerana kajian itu akan beritahu kita sama ada kita boleh capai ataupun tidak. Jadi ini yang sebenarnya yang saya hendak tanya kenapakah we have to jump the gun, terburu-buru, buat pengumuman ini?
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Terima kasih. Sebagaimana yang dibangkitkan dalam perbahasan Yang Berhormat Seputeh. Sebagaimana telah pun kita letakkan sasaran bahawa LT-LEDs ini akan siap pada 2022. Ini bermakna ia sedang berjalan sekarang, 2022 siap. Dengan kata lain bahawa kita telah pun mengambil kira beberapa perkara yang terkandung dalam LT-LEDs. Sebab itu kita letak sasaran kita tidak menyebut 2050, cuma kita menyebut seawal-awal 2050 berdasarkan beberapa faktor yang telah saya sebutkan tadi. Jadi oleh sebab itu, sasaran yang kita letak ini penting sebelum COP26. Negara perlu dilihat mengambil tindakan proaktif ke arah itu.
Kita harus lihat bahawa persaingan terhadap perolehan hijau dan sektor hijau merupakan satu persaingan yang sangat kompetitif di peringkat rantau kita dan dunia seluruhnya. Kalau kita terlambat kita akan ketinggalan. Bukan sahaja peluang-peluang pelaburan yang masuk ke negara, bahkan kemungkinan kita juga dilihat tidak konsisten atau tidak komited untuk melaksanakan agenda rendah karbon negara. Terima kasih.
Puan Teresa Kok - Seputeh
Yang Berhormat Menteri dan tidak ada satu lagi dunia global stock take exercise di bawah UNFCCC yang hanya akan muktamad kajian ini itu mereka buat kajian seluruh dunia hendak lihat sama ada boleh capai karbon neutral, ataupun tidak. Kajian itu muktamad pada 2023. So, saya rasa kita tidak perlu terburu-buru mengumumkan selepas itu sampai waktu kita tidak boleh capai. Kita akan dilihat sebagai kurang jujur. Jadi saya rasa sebagai— bila kita mengumumkan Rancangan Malaysia Ke-12, satu rancangan lima tahun ini, kita harus buat kajian tunggu kajian secara dunia itu dahulu dan juga kajian di dalam Malaysia dahulu selepas itu baru kita umumkan. Saya rasa kita Malaysia tidak perlu buat pengumuman ini kerana kita ada banyak negara lain. Kalau kita tidak kisah kenapakah kita hendak terburu-buru buat pengumuman.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Okay terima kasih. Saya faham.
Sebenarnya isu apakah kita terburu atau kita terlewat? Sebenarnya kita sepatutnya telah pun menyiapkan kerangka ini lebih awal. Minta maaf untuk kita menyebut bahawa sebenarnya kerangka ini tidak dibentuk sebelum ini. Kita terpaksa bermula. Kelewatan kita ini menyebabkan kita dilihat tidak komited terhadap isu perubahan iklim. Negara tidak boleh menggambarkan situasi itu kepada publik, kepada dunia. Dunia menilai setiap negara dan komitmen kita pada pelaporan UNFCCC sangat penting.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Jadi oleh sebab itu, komitmen kita berdasarkan beberapa kriteria yang kita yakin sebenarnya kita mampu mencapai apa yang kita letak sasaran. Oleh sebab itu ucapan Perdana Menteri dalam persidangan MyCAC nanti merupakan satu komitmen penting yang kita akan bawa dalam persidangan di COP26. Terima kasih.
Saya hendak teruskan...
Puan Teresa Kok - Seputeh
Yang Berhormat Menteri, adakah Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Minta maaflah, saya...
[Pembesar suara dimatikan]
Puan Teresa Kok - Seputeh
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat. Yang Berhormat. Yang Berhormat, tolong. Yang Berhormat Menteri tidak bagi laluan pun, same issue. Tolong teruskan, Yang Berhormat. Saya tidak benarkan lagi, Yang Berhormat.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Kita ada masa sangat terhad dan saya ada tiga...
Tuan Yang di-Pertua
Maaf, maaf.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Saya hendak terus kepada Yang Berhormat Rasah menyokong Pelan Tindakan Bandar Hijau yang dinyatakan dalam fokus kelapan dan berhasrat supaya bandar Seremban dapat menjadi perintis. Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Untuk makluman Yang Berhormat, KASA telah membangunkan Pelan Induk Bandar Rendah Karbon Negara bagi memacu transformasi ke arah Bandar Rendah Karbon dan Seremban merupakan salah satu bandar sasaran di bawah NLCCM, di bawah Geran Pemangkin Bandar Rendah Karbon. Sebanyak 99 buat PBT telah pun diluluskan peruntukan berjumlah RM23.5 juta bagi pelaksanaan inisiatif bandar rendah karbon di seluruh negara.
Isu yang ketiga ialah isu bekalan air dan perkhidmatan pembetungan. Preamble kepada jawapan apa yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menjawab isu-isu yang dibangkitkan berkenaan dengan bekalan air. Saya ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan bekalan air disediakan oleh operator-operator air di negeri masing-masing.
Operator air ini hampir kesemuanya dimiliki oleh kerajaan negeri. Fungsi Kementerian Alam Sekitar dan Air adalah menetapkan hala tuju dan polisi sektor air negara, manakala fungsi kawal selia dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan pembiayaan pembangunan aset-aset bekalan air oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) berdasarkan pendekatan bina dan pajak dan bagi negeri-negeri yang telah memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air.
Sebagai sebuah entiti perniagaan, operator air harus mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk terus memberikan khidmat yang berkualiti kepada pengguna. Sekiranya pelaburan terhadap infrastruktur air tidak dapat dibuat, masalah bekalan air akan terus berpanjangan akibat infrastruktur yang telah lama dan usang, seterusnya akan memberi kesan kepada pengguna.
Namun dalam hal ini, kerangka atau model tadbir urus industri perkhidmatan bekalan air ini tidak terpakai di negeri Sabah dan Sarawak. Sehubungan dengan itu, saya ingin mencadangkan agar Sabah dan Sarawak juga turut mempertimbangkan untuk mengguna pakai kerangka pengurusan dan tadbir urus bekalan air yang sama, dalam menyusun semula sektor bekalan air dan pembetungan negeri masing-masing.
Yang Berhormat Port Dickson telah pun membangkitkan masalah bekalan air terawat yang tidak disebut semasa pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12, juga masalah bekalan air di kawasan Kota Kinabalu serta Lahad Datu. Untuk makluman Yang Berhormat Port Dickson, isu bekalan air di kawasan Kota Kinabalu dan Lahad Datu tidak dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 kerana projek ini termasuk dalam Rancangan Malaysia Ke-11 dan projek sambungan pelaksanaannya dalam Rancangan Malaysia Ke-12.
Untuk makluman Dewan yang mulia, Kerajaan Persekutuan telah pun memperuntukkan sebanyak RM429 juta bagi menyelesaikan isu bekalan air di Kota Kinabalu untuk naik taraf Loji Rawatan Air Telibong II daripada 80 juta liter sehari kepada 160 juta liter sehari, termasuk saluran paip utama daripada tangki simpanan projek ini sedang dilaksanakan dan jangka siap pada Mac 2022. Bagi daerah Lahad Datu pula, sebanyak RM270 juta telah pun diperuntukkan...
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Yang Berhormat.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Bagi membina loji rawatan air berkapasiti 60 juta liter sehari. Projek ini dijangka siap pada Jun 2023.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Yang Berhormat, daripada Sepanggar.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Sila.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Okey. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kementerian atas peruntukan yang telah disalurkan
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
oleh kerajaan melalui pembinaan Loji Rawatan Air Telibong II di kawasan sayalah, di kawasan Sepanggar. Cumanya dalam proses untuk menyiapkan projek ini Yang Berhormat Menteri, sedarkah kementerian atau tidak bahawa pada hari ini, Sepanggar ini telah pun mengalami masalah bekalan air terputus sejak empat bulan yang lalu?
Malah hari ini, untuk makluman Yang Berhormat, saya lagi masih menerima laporan daripada masyarakat khususnya di kawasan saya yang mengatakan bahawa ketiadaan air ini sudah berlarutan hingga empat bulan. Malah ada yang terpaksa berpindah, malah ada yang meletakkan rentang banner memohon agar kerajaan membantu mereka. Ini sebab masalah selain daripada isu COVID-19 ini yang dikehendaki mereka berada di rumah, air pula tidak ada. Jadi, ini amat memberi kesan.
Jadi, adakah perancangan kerajaan untuk short term measure bagi membantu masalah yang berlaku di kawasan saya? Terima kasih.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Terima kasih Yang Berhormat Sepanggar. Saya telah nyatakan bahawa sebenarnya bekalan air adalah merupakan tanggungjawab di peringkat operator-operator air negeri. Walau bagaimanapun di peringkat pusat, kita sedia membantu dalam konteks meringankan bebanan.
Untuk makluman, waktu bekalan air terhenti, kerana faktor-faktor yang berlaku menyebabkan operator air terpaksa menanggung kos penghantaran melalui lori-lori tanker kepada rumah-rumah tanpa ada kos yang dibayar kepada operator air. Ini menyebabkan operator air sebenarnya menanggung kerugian agak besar.
Walau bagaimanapun di peringkat kementerian, kita akan berusaha supaya projek-projek yang telah dilaksanakan dapat disiapkan dalam jangka masa yang telah ditentukan. Cuma kita memahami bahawa COVID-19 telah pun menghalang beberapa projek yang terpaksa kita tangguh kerana faktor-faktor tersebut. Jadi oleh sebab itu, komitmen kementerian, kita akan lihat semua bagi membantu meringankan bebanan rakyat. Terima kasih.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Sedikit Yang Berhormat Menteri.
Kalau dapat dipertimbangkanlah, saya ingin mengusulkan di sini, kalau boleh Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri duduk berbincang tentang isu ini. Mungkin disediakan bajet tambahan bagi membantu masyarakat yang ada ini, sebab keadaan mereka Yang Berhormat Menteri, cukup daif disebabkan oleh masalah air ini. Terima kasih.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Terima kasih. Saya ambil maklum dan insya-Allah, perbincangan kita akan uruskan selepas ini.
Untuk makluman juga, Yang Berhormat Papar membangkitkan isu berkenaan masalah bekalan air bersih yang tidak konsisten di kawasan Papar. Untuk makluman, kerajaan telah pun meluluskan peruntukan secara pinjaman sebanyak RM312 juta melalui Kementerian Alam Sekitar dan Air di bawah Rolling Plan Keempat Rancangan Malaysia Ke-11 bagi melaksanakan projek penambahan kapasiti Loji Rawatan Air Kogopon daripada 40 juta liter sehari kepada 80 juta liter sehari, termasuk saluran paip dan tangki simpanan. Reka bentuk projek telah pun siap dan projek dijangka siap sepenuhnya, insya-Allah pada suku keempat tahun 2024.
Yang Berhormat Bukit Bendera memohon agar projek Sungai Perak Raw Water Transfer Scheme disegerakan. Kajian penilaian opsyen dan kajian pra reka bentuk kejuruteraan bagi cadangan projek bekalan air dibangkitkan tadi telah pun dibangunkan bagi memenuhi keperluan di utara negeri Perak, dan dijangka dilaksanakan November 2020 – yang bermula pada November 2020 kajian tersebut dan dijangka siap pada November 2021. Walau bagaimanapun ekoran penularan wabak, kita ada masalah sedikit untuk menyiapkan pada jadual yang telah ditetapkan.
Untuk makluman Yang Berhormat, isu bekalan air Perak ke– water transfer dari Perak ke Pulau Pinang memerlukan perbincangan di antara dua kerajaan negeri. Suka saya maklumkan bahawa Pulau Pinang sebenarnya mempunyai rizab simpanan yang paling tinggi di Malaysia. Pulau Pinang ada 28 peratus rizab simpanan menjelang tahun 2025 dan sesetengah negeri kosong reserve margin. Oleh sebab itu, saya fikir bahawa perbincangan di peringkat lebih lanjut perlu diadakan di antara dua negeri bagi menyelesaikan masalah yang telah pun lama dibangkitkan.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Minta penjelasan Menteri.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Saya ada masa sembilan minit, sedikit sahaja.
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Sedikitlah. Adakah Majlis Air Negara bersedia untuk membuat penyelarasan supaya isu-isu air antara dua negeri seperti water transfer project dari Perak ke Pulau Pinang? Sudikah Majlis Air Negara memimpin dan menentukan formula dan juga penyelesaian supaya kerajaan-kerajaan negeri antara dua negeri boleh mendapat satu kata sepakat? Itu soalan saya.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Terima kasih. Isu yang berlaku ialah kerana Kerajaan Negeri Perak hendak jual air yang terawat dan Pulau Pinang hendak membeli air mentah. Ini merupakan polisi kerajaan negeri, sebab sumber air bawah kerajaan negeri. Walau bagaimanapun, perundingan saya fikir perlu diadakan dan Majlis Air Negara perlu turut campur tangan. Saya setuju bahawa satu perundingan perlu kita gerakkan, insya-Allah ke arah itu. Terima kasih.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Minta penjelasan Menteri. Sekejap sahaja.
Saya difahamkan bahawa Yang Berhormat Tambun, sebelum dia turun daripada Menteri Besar Perak, perkara ini sudah selesai, di mana Kerajaan Negeri Perak sudah sanggup untuk menjual air mentah kepada negeri Pulau Pinang. Adakah ada perubahan kerajaan di negeri Perak menyebabkan perjanjian ini telah ditukar balik? Saya nak minta penjelasan daripada Menteri. Terima kasih.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Untuk makluman, perjanjian ini belum diadakan lagi. Semua di peringkat perundingan baru, dan saya difahamkan bahawa Perak perlu menyelesaikan isu bekalan air di utara Perak terlebih dahulu bagi memastikan bahawa keperluan utara Perak dapat diselesaikan sebelum dimuktamadkan soal pembelian oleh Pulau Pinang. Jadi, Perak mengutamakan keperluan negeri yang memang kritikal di bahagian utara Perak. Baik.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Saya terus kepada Yang Berhormat Tumpat dan Yang Berhormat Bachok membangkitkan isu berkenaan dengan masalah bekalan air di Kelantan dan juga pelaksanaan projek bekalan air. Saya ingin maklumkan bahawa kerjasama kerajaan negeri telah pun melaksanakan kerjasama di antara KASA dan Kerajaan Negeri Kelantan dalam melaksanakan pelbagai insentif bagi memastikan 1 juta penduduk Kelantan mendapat akses kepada bekalan air bersih.
Di antara pelan jangka pendek yang sedang kita bangunkan ialah pembiayaan berjumlah RM664.8 juta bagi kerja-kerja perbelanjaan modal ataupun capex oleh Pengurusan Aset Air Berhad bagi tempoh operasi keempat (OP4) 2021–2023 seperti berikut:
(i) Pembinaan tiga LRA baharu iaitu LRA Chicha fasa 2 berkapasiti 40 juta liter;
(ii) LRA Tanjung Mas berkapasiti 30 juta liter; dan
(iii) LRA Bukit Cupak berkapasiti 10 juta liter sehari.
Pelaksanaan kerja-kerja ini dalam peringkat reka bentuk dan perundingan dan insya-Allah dijangka siap pada 2024 yang melibatkan pembinaan loji-loji baru.
Penukaran 511 paip uzur jenis AC secara berperingkat, anggaran kos RM218 juta dan sehingga kini sepanjang 106.2 kilometer paip telah pun diganti. Pembinaan LRA Kampung Telok, Kota Bharu berkapasiti 30 juta liter sehari di bawah pinjaman Kerajaan Persekutuan yang dijangka beroperasi pada penghujung tahun ini. Pembinaan LRA mini Telok Mesira, Bachok berkapasiti 2 juta liter sehari di bawah pinjaman kerajaan negeri dan projek dalam peringkat pembinaan dan juga dijangka siap pada hujung tahun ini.
Manakala projek pengurangan air tidak berhasil (NRW) kebangsaan melalui pendekatan 1, sebanyak 69.95 juta dijangka siap tahun 2022. Manakala untuk jangka panjang bagi menyelesaikan masalah bekalan air di Kelantan ialah Kerajaan Persekutuan telah mengenal pasti pelan jangka panjang sumber air Kelantan sehingga tahun 2050. Kajian dijangka telah pun kita mulakan selama beberapa bulan. Di antara
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
cadangan tersebut ialah pembinaan TAPS di Machang dan Tok Uban yang dalam proses penelitian terhadap kajian-kajian tersebut. Kita jangka bahawa kedua-dua ini ia akan menjadi penyelesaian masalah besar yang berlaku bekalan air di negeri Kelantan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri, berkenaan RTB Sungai Pinang. Saya telah membangkitkan, saya cuma...
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Ya, ada dalam jawapan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Yang Berhormat Tumpat? Yang Berhormat Tumpat juga membangkitkan berhubung pelaksanaan projek pembetungan negeri Kelantan. Mulai 1 Januari 2021, perkhidmatan pembetungan awam di negeri Kelantan telah pun diambil alih Indah Water Konsortium (IWK) bagi menambah baik tahap perkhidmatan pembetungan di negeri Kelantan. Dalam pada itu, Kementerian Alam Sekitar dan Air telah pun mengemukakan permohonan di bawah Rolling Plan Kedua Tahun 2022 Rancangan Malaysia Ke-12 bagi projek pembinaan loji rawatan kumbahan serantau dan rangkaian paip pembetungan di Tunjung, Kelantan.
Loji rawatan kumbahan serantau berkapasiti 140,000 penduduk setara dan rangkaian paip pembetungan sepanjang 40 kilometer sekiranya diluluskan, projek ini dijangka bermula pada suku ketiga tahun 2022 dan dijangka siap pada tahun 2026 iaitu projek kumbahan serantau bagi Tunjung.
Yang Berhormat Libaran memohon kerajaan untuk memberikan tumpuan...
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tuan Yang di-Pertua, sebelum pergi ke Yang Berhormat Libaran. Tumpat. Berkaitan dengan bekalan air Kelantan tadi, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang memberikan jawapan yang cukup meyakinkan dan kita mengharapkan rakyat Kelantan dapat menikmati ataupun dapat menyelesaikan masalah air di Kelantan, khusus kepada berkaitan cadangan pelaksanaan kajian untuk pembinaan TAPS tadi, pembinaan takungan air pinggiran sungai.
Jadi soalan saya, sejauh manakah cadangan TAPS ini mampu untuk memastikan rakyat Kelantan mendapat akses kepada bekalan air bersih dan berkualiti.
Apabila disebut perancangan tadi, soalan saya bilakah jangka masa yang diambil untuk pelaksanaan TAPS ini kerana rakyat Kelantan benar-benar mengharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan segera. Terima kasih.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Yang Berhormat Tumpat, bahawa dalam di samping kajian terhadap pembinaan dua TAPS yang saya sebutkan tadi, sebenarnya ada beberapa loji yang dalam proses pembinaan yang dijangka siap pada hujung tahun ini. Saya fikir bahawa kedua-dua loji tersebut sebenarnya mampu menyelesaikan masalah yang sedang berlaku.
Untuk makluman, loji TAPS Machang dia boleh membekalkan 500 juta liter sehari air. Masalah kita yang utama ialah terdapat hampir 11 loji di Kelantan yang tidak sampai kapasiti pembinaan. Dengan kata lain bahawa punca atau bekalan air tidak mencukupi. TAPS ini dijangka dapat memenuhi keperluan di LRA-LRA yang telah dibina.
Insya-Allah kita dalam perancangan pihak kerajaan, kita dapati bahawa pembinaan TAPS ini sebenarnya menyelesaikan masalah bekalan air bagi loji-loji yang sedia ada.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Saya ada masa dua minit 40 saat lagi dan mungkin saya tak sempat habiskan.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Saya nak tanya sedikit sahaja. Ada tak...
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Saya akan berhenti pada masa yang diperuntukkan kepada saya dan saya tidak mohon...
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Saya punya soalan ada tak Merbok, dijawab tak nanti?
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Panjang lagi ini. saya fikir sebab sebahagian yang saya tak sempat, saya akan jawab secara bertulis.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Soal banjir, Menteri. Menteri, soal banjir.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya cuma nak..
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, masa dah tak ada dah ini. Tolong.
Kalau tak sempat nanti Yang Berhormat Menteri akan jawab secara bertulis. Terima kasih ya.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Ya, ya. Yang Berhormat Libaran mohon kerajaan untuk memberikan tumpuan terhadap permintaan bekalan air bersih di kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Menteri, saya cuma nak berterima kasih kepada Menteri di atas langkah-langkah yang telah diambil. Cuma permintaan saya percepatkan RTB Sungai Pinang. Jangan bermula pada bulan Jun, kalau boleh mula pada bulan Januari 2022. Terima kasih.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Untuk makluman Yang Berhormat Libaran, Kerajaan Persekutuan memberi tumpuan utama dalam memperbaiki mutu bekalan air bersih di Sabah dan Sarawak melalui penyaluran peruntukan besar, masing- masing berjumlah RM7.7 bilion untuk Sabah dan RM5.6 bilion untuk Sarawak bagi tempoh Rancangan Malaysia Ke-9 hingga RP1 Rancangan Malaysia Ke-12.
Untuk makluman Yang Berhormat, bahawa peruntukan yang disediakan bagi kedua-dua negeri ini merupakan peruntukan yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain dan itulah sikap prihatin yang ditunjukkan oleh Kerajaan Pusat terhadap nasib atau pun bekalan air bagi negeri Sabah dan Sarawak.
Yang Berhormat Sik membangkitkan isu berhubung dengan penambahbaikan tadbir urus bekalan air dan juga NRW yang tinggi di negeri Kedah. Untuk makluman Yang Berhormat, di bawah dasar pendanaan yang sedia ada, pembangunan aset sumber air seperti empangan dan takungan air pinggir sungai bagi negeri yang menyertai skim penstrukturan semula industri bekalan air dibiayai melalui peruntukan geran Kerajaan Persekutuan.
Aspek operasi dan penyelenggaraan aset ini menjadi tanggungjawab kerajaan negeri, manakala pembangunan aset bekalan air dilaksanakan melalui pembiayaan dan pinjaman Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Bagi tahun 2020, kadar air tidak berhasil bagi negeri Kedah ialah 48.4 peratus berbanding kadar purata NRW nasional ialah 36.4 peratus.
Langkah intervensi bagi menurunkan kadar NRW Kedah, kerajaan telah pun memperkenalkan program pengurangan NRW Kebangsaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 melibatkan peruntukan geran keseluruhan berjumlah RM104.7 juta dengan pecahan RM44.7 juta untuk projek NRW di Tanah Besar dan RM60 juta untuk projek NRW di Langkawi. Kedua-dua projek ini dijangka masing-masing siap menjelang tahun 2022 dan 2023.
Yang Berhormat, saya fikir saya akan menjawab secara bertulis.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Saya ada satu bahagian lagi. Minta maaf banyak sebab sektor pengurusan banjir dibangkitkan tetapi bersifat tempatan dan saya akan jawab secara bertulis. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Menteri di dalam Kementerian Dalam Negeri. Silakan.
Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada 19 orang Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan yang mulia ini, dari 28 September hingga 4 Oktober. Antara lain telah menyentuh portfolio KDN, selaras dengan fokus keempat dalam RMKe-12 bagi memantapkan keselamatan dan ketenteraman awam di bawah tema, ‘Memperkukuh Keselamatan, Kesejahteraan dan Inklusiviti’.
Isu berkenaan kebajikan anggota-anggota PDRM telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jerai dan Yang Berhormat Petaling semasa sesi perbahasan. Antara lain telah memohon agar kementerian menyemak semula gaji, elaun dan kemudahan- kemudahan kuarters. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan dari semasa ke semasa sentiasa meneliti dan menyemak semula kadar emolumen dan kemudahan kepada anggota keselamatan dan penguat kuasa, termasuk Polis Diraja Malaysia demi memastikan kebajikan anggota terbela.
Bagi menambah baik emolumen anggota PDRM, kerajaan pada tahun 2016 telah mengemas kini struktur gaji dan skim perkhidmatan Polis Diraja Malaysia. Ini dilaksanakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2016 di bawah rasionalisasi Skim Perkhidmatan PDRM bagi Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Perubahan ini melibatkan pelbagai skim perkhidmatan di PDRM seperti pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan konstabel, pegawai rendah polis dan konstabel Orang Asli dan pegawai rendah polis dan konstabel sokongan.
Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Menerusi perubahan ini struktur gaji anggota PDRM ditambah baik berdasarkan parity dengan skim-skim perkhidmatan lain yang berkaitan. Kerajaan juga sentiasa menyemak mengkaji pemberian allowance bagi membantu anggota PDRM terutamanya yang berpangkat rendah dalam menangani kos sara hidup yang kian meningkat.
Kementerian juga berusaha menambah baik kemudahan infrastruktur PDRM dengan membina dan membaik pulih perumahan, kuarters bagi memastikan warga PDRM dapat menjalani kehidupan dengan suasana yang kondusif dan selesa.
Yang Berhormat Hulu Rajang pula bertanyakan mengenai peluang saksama yang dimiliki oleh anak jati Sarawak supaya dipilih menjawat jawatan tertinggi di dalam PDRM terutamanya di negeri Sarawak. Untuk makluman semua Ahli Yang Berhormat kementerian sentiasa bersedia untuk mempertimbangkan pegawai kanan polis yang merupakan anak jati di setiap negeri di seluruh negara termasuk juga di negeri Sarawak.
Walau bagaimanapun, proses pelantikan bagi mana-mana jawatan adalah tertakluk kepada susunan kekananan dan kelayakan seseorang pegawai kanan polis.
Seterusnya Yang Berhormat Kemaman telah bertanyakan berkenaan status pembangunan ibu pejabat polis daerah Kemaman. Kementerian Dalam Negeri mengambil perhatian tentang cadangan pembinaan ataupun pembangunan IPD Kemaman yang baru ini. Untuk makluman Yang Berhormat, perancangan bagi pembangunan sesebuah projek di bawah Kementerian Dalam Negeri termasuk pembinaan ibu pejabat polis daerah IPD adalah ditentukan berdasarkan priority dan kriteria-kriteria keutamaan mengikut kemampuan kewangan kerajaan. Buat masa ini, kerajaan memberi tumpuan kepada usaha menaik taraf premis-premis PDRM yang terlalu uzur dan tidak dapat digunakan dengan sempurna dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat.
Yang Berhormat Sibuti dan Yang Berhormat Jerai telah bertanyakan berkaitan program-program serta pindaan undang-undang berkaitan penagihan dan penyalahgunaan dadah. Pada masa kini perubahan drastik trend penagihan dadah dari dadah jenis tradisional kepada dadah jenis sintetik atau new psychoactive substances yang banyak mengubah pendekatan kerajaan dalam menangani permasalahan dadah di negara kita. Dasar dan program telah disesuaikan dengan perubahan semasa berasaskan bukti scientific evidence based dan amalan terbaik yang dilaksanakan di dalam dan juga luar negara.
Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
AADK juga telah mengenal pasti 155 kawasan berisiko tinggi di seluruh negara dan komited untuk membersihkan dan menghijaukan kawasan-kawasan tersebut secara berfasa sehingga tahun 2025. Dengan menyasarkan penurunan bilangan penagih baharu dan penagih berulang, peningkatan bilangan klien compliant dan klien kekal pulih serta peningkatan tahap kesediaan komuniti dalam proses integrasi klien kelak.
Kementerian Dalam Negeri juga sedang menyediakan Rang Undang-undang Penyalahgunaan Dadah dan Substan (Pencegahan, Rawatan dan Pemulihan) bagi menambah baik Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) bertujuan untuk memperkasa dan memperluas akses kepada perkhidmatan rawatan dan pemulihan dalam institusi atau komuniti. Akta baharu ini akan memberi punca kuasa untuk penyalahgunaan dadah dalam negara diberikan rawatan dan pemulihan daripada terus dipenjarakan.
Yang Berhormat Muar pula bertanyakan mengenai cadangan mewujudkan jawatankuasa khas yang dianggotai oleh Kementerian Dalam Negeri bagi mengawal selia berkenaan kelulusan industri hem dan medical marijuana sebagai rawatan alternatif di negara ini. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat terdapat platform khusus bagi membincang dan melaporkan isu berkaitan dadah iaitu Jawatankuasa Kabinet Membanteras Dadah (JKMD) yang diwujudkan melalui arahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tahun 2004. Sebarang perkara berkaitan kawalan dan penguatkuasaan dadah termasuk isu-isu kawalan kanabis yang merupakan dadah berbahaya di bawah Akta Dadah Berbahaya 1992 akan dibincangkan dalam jawatankuasa tersebut.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Berhormat Menteri.
Sedikit sahaja.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Ya.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Cuma untuk saya maklumkan Yang Berhormat Menteri isu berkenaan medical cannabis telah pun dibincangkan dengan agak panjang dalam Kabinet yang lepas dan telah pun mendapat persetujuan prinsipal tetapi untuk tujuan medical. Dalam bab ini pindaan-pindaan undang-undang wajar dilakukan.
Persoalan saya adakah Yang Berhormat Menteri dan Kabinet akan memperhalus cadangan yang sama supaya kita dapat membuka industri ini dan mendapat pendapatan baharu bagi negara dan juga membantu ibu bapa yang ingin menggunakan medical cannabis to treat their children, khususnya bagi beberapa masalah kesihatan mental. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Batu Gajah boleh?
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Terima kasih.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Sini, sini Yang Berhormat Menteri. Batu gajah, depan.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Okey.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Yang Berhormat Menteri, saya terima baik jawapan Yang Berhormat Menteri berkaitan dengan kebajikan kepada anggota PDRM. Akan tetapi saya juga hendak tahu adakah kerajaan bercadang untuk mengkaji semula skim gaji perjawatan dan kenaikan pangkat untuk anggota Penjara Malaysia.
Ini adalah amat penting sebab saya difahamkan terdapat lebih kurang 16,000 orang anggota Jabatan Penjara Malaysia di mana skim gaji mereka adalah agak kurang kalau dibandingkan dengan PDRM. Itu adalah keluhan daripada anggota-anggota daripada Jabatan Penjara Malaysia. Kita tahu bahawa mereka menghadapi masalah yang besar sebab mereka terpaksa menjaga lebih kurang 70,000 orang banduan, di mana kita juga tahu bahawa kapasiti penjara juga adalah melebihi 13.5 peratus. Mohon Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan mengenai hal ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Terima kasih terutamanya kepada Yang Berhormat Muar tadi memang betul kita sedang mengkaji melalui jawatankuasa yang saya sebutkan tadi. Beberapa kementerian sedang melihat bagaimana untuk kita mencari jalan sama ada kegunaan cannabis for medical purposes itu boleh dilakukan dan dikaji bagaimana undang-undang yang boleh digunakan nanti insya-Allah.
Kepada Yang Berhormat Batu gajah, saya hendak maklumkan bahawa tentang kedudukan semua anggota yang ada dalam Kementerian Dalam Negeri ini bukan hanya PDRM tetapi juga penjara. Kita akan lihat secara khusus bagi mana-mana agensi kalau difikirkan perlu untuk kita membawa ini dan menaikkan gaji mereka insya-Allah akan dilakukan dari masa ke semasa.
Hal ehwal imigresen. Berhubung pertanyaan Yang Berhormat Sandakan mengenai status pelaksanaan cadangan-cadangan hasil daripada laporan siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja di Sabah. Untuk makluman Yang Berhormat Sandakan dan Dewan yang mulia ini Suruhanjaya Siasatan Diraja, Royal Commission of Inquiry (RCI) mengenai pendatang asing di Sabah mencadangkan penubuhan sebuah jawatankuasa khas bagi mengenal pasti dan menguruskan isu pengurusan warga asing di Sabah.
Susulan itu, bagi memenuhi cadangan RCI berkenaan jawatankuasa pengurusan warga asing di Sabah JKPWAS telah ditubuhkan oleh kerajaan yang merangkumi JKPWAS induk yang dipengerusikan secara bersama oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dengan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah serta JKPWAS teknikal yang dipengerusikan secara bersama oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Yang Berhormat Ketua Menteri Sabah. Antara isu yang dibincangkan dalam Mesyuarat JKPWAS adalah seperti berikut:
(i) isu kepelbagaian dokumen yang dipegang oleh pendatang asing di Sabah serta cadangan penyeragaman yang sedang dikaji secara terperinci dengan penglibatan dan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah;
(ii) masalah kelewatan penghantaran pulang pendatang asing tanpa izin yang ditahan di depot imigresen; dan
(iii) kajian perundangan sedia ada berhubung tindakan penguatkuasaan terhadap masyarakat stateless seperti Pala'u bagi mengekang permasalahan sosial dan menjaga kebajikan golongan berkenaan.
Berhubung dengan pelaksanaan JKPWAS yang berusaha untuk menyelesaikan isu pengurusan warga asing di Sabah, perkara ini memerlukan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah. Kerjasama strategik ini diperlukan terutamanya melibatkan isu dokumen pengenalan diri, kewarganegaraan dan rundingan dengan perwakilan asing seperti Filipina dan juga Indonesia.
Justeru perihal pengurusan warga asing di Sabah memerlukan political will serta komitmen yang tinggi daripada semua pihak.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Ini termasuklah daripada pemimpin politik, ketua-ketua masyarakat dan kaum untuk mencari persamaan dan kesepakatan dalam mencari penyelesaian kepada isu yang telah lama berpanjangan ini. Kerjasama dan komitmen ini adalah amat perlu bagi memastikan isu ini tidak lagi dipolitikkan oleh mana-mana pihak selepas suatu keputusan dimuktamadkan kelak.
Hasil libat urus dan penelitian oleh Kerajaan Negeri Sabah ini akan dibincangkan semula dalam JKPWAS Teknikal yang akan datang sebelum dibentangkan semula dalam JKPWAS Induk untuk pengesahan. Selepas itu, JKPWAS Induk akan mencadangkan mekanisme penyelesaian pengurusan warga asing di Sabah untuk persetujuan dan keputusan sidang Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA 63) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Yang Berhormat Menteri, mohon mencelah.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Sandakan minta.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Sandakan. Sebenarnya penyeragaman dokumen, jawapan ini telah pun diberi daripada Yang Berhormat Menteri tahun lalu, jawapan yang sama juga. Jadi, saya tidak nampak ada komitmen untuk menyelesaikan masalah PATI di Sabah dan jawatankuasa-jawatankuasa yang JKPWAS, yang induk semua pun telah pun Yang Berhormat Menteri mentioned last year, sama.
Jawapan yang sama macam copy paste sahaja. Jadi, sampai sekarang kami tidak nampak apakah cara penyelesaian Yang Berhormat Menteri pernah cakap, sudah pun mentioned. Masalah ini sudah banyak tahun, banyak tahun tetapi tahun lalu sampai sekarang macam tidak ada progress langsung daripada jawatankuasa-jawatankuasa khas ini. Siapakah yang adalah leading jawatankuasa-jawatankuasa ini sama ada kami boleh be part of the committee ataupun supaya kami boleh menyelesaikan masalah ini?
Oleh sebab di Sandakan banyak bajet digunakan untuk memberikan vaksinasi kepada PATI-PATI yang tinggal di kawasan Sandakan dan tanpa dokumen, kami unable to trace them. Jadi sebagai contoh, dari Filipina saya datang ke Sabah as a PATI, bolehkah saya dapatkan vaksin di Sandakan? Oleh sebab kami langsung tidak tahu berapa orang yang tidak berstatus, yang adalah golongan PATI yang sedang tinggal di Sandakan. Masalah setinggan adalah sangat serius. So, daripada jawapan Yang Berhormat Menteri, adalah tidak patutlah sebab tidak ada progress langsung dari tahun lalu punya jawapan juga. Terima kasih.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Okey, Yang Berhormat Menteri, berkaitan, berkaitan sebagai tambahan sedikit. Berkenaan dengan isu penyeragaman dokumen itu. Saya masih ingat lagi sewaktu Yang Berhormat Menteri mula dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri. Dalam lawatan pertama ke negeri Sabah, Yang Berhormat Menteri ada mengumumkan tentang penyeragaman dokumen ini yang mana semua dokumen yang ada, di convert menjadi satu dokumen iaitu IMM13.
Kemudian Yang Berhormat Menteri juga ada mengumumkan bahawa setelah mereka ini mendapat IMM13, akan berurusan dengan Kerajaan Filipina untuk meminta agar Kerajaan Filipina menguruskan pasport kepada pemegang IMM13 ini, kemudian membuat pilihan sama ada mereka ingin balik ataupun diberikan permit kerja. Jadi, soalan saya Yang Berhormat Menteri, setakat ini sudah berapa ramai pemegang IMM13 yang telah pun diberikan pasport Filipina, setakat hari ini? Terima kasih.
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin
Jawapan kepada Yang Berhormat Sandakan.
Saya hendak maklumkan, sebab itu hari ini saya ada sebut tentang the political will. Kita hendak perbincangan kita ini kita masukkan pemimpin-pemimpin politik, ketua-ketua masyarakat dan juga kaum di negeri Sabah. Oleh kerana isu ini membabitkan juga masalah-masalah yang timbul di beberapa kawasan tertentu yang membabitkan perkauman di negeri Sabah sendiri.
Maka sebab itu, komitmennya bukan hanya datang daripada Kerajaan Federal tetapi juga harus datangnya daripada masyarakat di bawah untuk menerima apa sahaja cadangan yang dilakukan. Sudah banyak kali cadangan telah pun dikemukakan tetapi tiap-tiap kali, ditentang oleh beberapa masyarakat tertentu.
Maka sebab itu, kita fikirkan lebih baik...
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Mohon pencerahan, ‘beberapa masyarakat’ yang dimentioned daripada Yang Berhormat Menteri. ‘Beberapa masyarakat’ yang menentang perbincangan ataupun solusi yang dicadangkan oleh kementerian. Mohon pencerahan ‘beberapa masyarakat’ adalah dari siapa?
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin
Okey. Jadi, sebab itu apabila kita hendakkan supaya ada keseragaman daripada semua, kita akan jemput semua daripada pemimpin semua parti-parti yang ada di negeri Sabah untuk kita bincangkan khusus tentang masalah PATI. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sepanggar, saya hendak maklumkan, betullah ini yang telah pun saya katakan. Oleh kerana tahun lepas tetapi oleh kerana masalah MCO, perkara ini tergendala sedikit untuk kita menghantar mereka
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin
pulang dan juga untuk mereka mendapat verification dari embassy. Jadi, insya-Allah perkara ini apabila sudah buka nanti, kita akan lakukan dengan secepat mungkin.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Yang Berhormat Menteri sebut tadi yang menentang itu, sebenarnya kalau seingat saya, kerajaan negeri yang ada sekarang ini yang sebenarnya menentang kepada pelaksanaan one single document tadi. Jadi, ini saya minta Dewan yang mulia ini merekodkan perkara inilah. Terima kasih.
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin
Tidak apalah. Saya tidak payah sebut secara khusus siapa yang menentang tetapi saya hendak maklumkan, sesuatu perbincangan harus dilakukan di semua pihak, the political will, we sit down together, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, untuk kita selesaikan isu ini bersama.
Puan Vivian Wong Shir Yee - Sandakan
Yang Berhormat Menteri, satu lagi, the last one.
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin
Tuan Yang di-Pertua, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bintulu secara bersekali soalan daripada Yang Berhormat Padang Rengas yang menyentuh isu sama iaitu penambahbaikan terhadap Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perubahan dasar Program Malaysia Rumah Keduaku tidak dilaksanakan secara drastik kerana penilaian awal telah dibuat sejak tahun 2019 lagi. Turut melibatkan beberapa kementerian atau agensi yang berkepentingan. Kajian yang melibatkan pemegang taruh daripada sektor swasta juga telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia melalui pelantikan juru perunding.
Sepanjang program ini dibekukan pelaksanaannya pada tahun 2020, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya telah meneliti semula dasar dan syarat-syarat berkenaan dengan program ini sebelum mengumumkan pengaktifan semula Program MM2H.
Objektif utama pelaksanaan MM2H adalah bagi memberi peluang kepada pesara dan peserta yang berkualiti tinggi untuk tinggal dan berbelanja di Malaysia.
Manakala bagi tujuan menjalankan perniagaan, pelaburan dan mencari pekerjaan, Jabatan Imigresen Malaysia ada mengeluarkan kemudahan yang lain, pas yang lain seperti Pas Expatriate dan Pas Residence Talent. Jadi untuk itu, kerajaan telah menambah baik syarat-syarat Program MM2H berdasarkan kepada faktor ekonomi, keselamatan, penandaarasan dengan negara lain.
Hasil laporan kajian oleh perunding yang dilantik oleh MOTAC dan penemuan Jabatan Audit Negara serta sebagai sebahagian daripada strategi untuk menyokong Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, saya memberikan jaminan kepada peserta-peserta Program MM2H sedia ada bahawa mereka tidak akan tertakluk kepada syarat-syarat baru MM2H, kecuali peningkatan fi pas yang dinaikkan daripada RM90 kepada RM500 setahun dan syarat tempoh keberadaan di Malaysia minimumnya selama 90 hari setahun secara kumulatif.
Walau bagaimanapun, bagi semua peserta baru, mereka perlu memenuhi dasar baru Program MM2H bagi memastikan peserta program ini yang berada di Malaysia adalah benar-benar genuine, berkualiti tinggi dan dapat memberi sumbangan yang positif kepada pertumbuhan ekonomi.
Selanjutnya, merujuk isu berkaitan pemusatan semula pusat MM2H daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) ke Jabatan Imigresen Malaysia.
Ia adalah selari dengan tanda aras yang dipraktikkan di negara-negara seperti Australia, Portugal, Amerika dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, promosi dan pelantikan ejen- ejen masih lagi di bawah MOTAC.
Berhubung isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kluang dan Yang Berhormat Sepanggar bagi memperkasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
(APMM). Kementerian Dalam Negeri sentiasa prihatin terhadap keperluan
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin
memperkasakan APMM bagi membolehkannya melaksanakan tugas kawalan keselamatan maritim dengan berkesan.
Dato' Seri Hamzah bin Zainudin
Dalam hal ini, KDN telah mengemukakan permohonan peruntukan di bawah RP2, RMKe-12 dan Bajet 2022 yang meliputi keperluan aset-aset strategik dan pembinaan serta penambahbaikan infrastruktur bagi APMM.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua,...
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
...Bagi menangani masalah PATI, KDN melalui ESSCOM telah mengambil beberapa pendekatan. Antara langkah-langkah yang telah diambil adalah seperti berikut:
(i) mewujudkan road check point (RCP) di kawasan strategik dan laluan utama penduduk yang melibatkan anggota PDRM seperti di RCP Sapi Nangoh dan RCP Kalabakan dalam membendung aktiviti penyeludupan PATI, barang kawalan dan sebagainya;
(ii) melaksanakan Op Benteng bagi mengekang kemasukan PATI dan jenayah rentas sempadan;
(iii) melaksanakan tiga Op Cegah PATI iaitu OCP Utara Sandakan dan Kudat, OCP Timur Semporna dan OCP Selatan Tawau yang merangkumi hampir keseluruhan pesisir Pantai Timur Sabah melibatkan aset laut dari pelbagai agensi di bawah ESSCOM;
(iv) mempertingkatkan dan menambah baik kesiapsiagaan anggota dan aset di pos-pos kawalan hadapan khususnya di kawasan 72 laluan tikus yang sering digunakan oleh PATI di sepanjang sempadan ESSZONE; dan
(v) selain itu arahan perintah berkurung masih diteruskan di Pantai Timur Sabah yang melibatkan tujuh buah daerah iaitu Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.
Ia bertujuan untuk mengawal pergerakan dan mencegah berlakunya jenayah seperti pencerobohan PATI ke dalam negara dan penculikan kidnaping for ransom.
Berhubung penambahan aset serta peningkatan keupayaan ESSCOM, KDN melalui RMKe-12 di bawah Rolling Plan 2 telah mengemukakan permohonan bagi membiayai pembinaan kawalan pos baharu, pangkalan bot dan pos operasi hadapan
(forward operation base) serta perolehan peralatan berasaskan teknologi terkini untuk tujuan pengesanan dan pemantauan keselamatan di ESSZONE.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Okey. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dua perkara. Pertama sekali berkenaan dengan APMM tadi Yang Berhormat Menteri ada sebut. Cuma di kawasan saya ini seingat saya ada satu tanah yang dimiliki oleh Kementerian Dalam Negeri. Pada ketika ini yang saya ingat sewaktu saya berada di sana, APMM masih menyewa bangunan dengan membayar sewa bulanan sebanyak RM300,000 sebulan. Sewaktu saya berada di sana saya telah mencadangkan agar APMM ini perlu membina pejabat mereka sendiri tanpa perlu menyewa sebab kalau menyewa RM300,000 sebulan, bayangkan berapa kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan. Itu satu.
Kedua, berkenaan dengan isu ESSCOM. Tadi Yang Berhormat Menteri telah menyebut tentang beberapa permohonan yang telah dikemukakan oleh kementerian.
Terima kasih banyak. Cuma apa yang penting seingat saya di pantai timur Sabah ini kita menghadapi masalah radar-radar yang saya sebut dalam ucapan saya yang kebanyakannya tidak berfungsi. Jadi saya ingin tahu status tentang radar ini. Adakah ia
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
tidak dibaik pulih kerana saya tahu inilah antara perkara yang menjadi punca kemasukan banyak penceroboh-penceroboh khususnya pendatang asing tanpa izin ke pantai timur Sabah ini kerana perairan kita ini radar tidak berfungsi.
Jadi minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Yang Berhormat Sepanggar.
Saya tahu tentang kedudukan pejabat yang masih lagi disewa. Walau bagaimanapun, kita sedang mengkaji untuk mencari tapak dan melihat kesesuaian untuk kita mendirikan pejabat yang baharu.
Tentang kedudukan radar di Pantai Timur Sabah, kita akan tidak lama lagi memanggil tender tentang projek tersebut.
Yang Berhormat Batu dan Yang Berhormat Jerai pula telah bertanyakan mengenai status siasatan kes kematian dalam lokap polis. Prestasi terkini program Community Policing dan Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dan perbezaan antara Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Tata Kelakuan Polis (IPCC) yang akan menggantikan cadangan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis
(IPCMC).
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi tempoh dari 1 Januari 2021 hingga 30 September 2021, sebanyak 10 kes kematian dalam lokap PDRM dilaporkan.
Daripada jumlah ini, empat kematian melibatkan lelaki Melayu iaitu dua di Perak, satu Pahang dan satu Pulau Pinang.
Manakala satu kematian melibatkan perempuan Melayu di Johor. Dua kematian melibatkan lelaki Cina iaitu masing-masing satu di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Kematian melibatkan dua orang lelaki India masing-masing dilaporkan di Melaka dan Selangor manakala satu kematian melibatkan warganegara asing yang dilaporkan di Sabah.
Sehingga kini mahkamah telah memerintahkan satu kes dalam prosiding inkues dan sembilan kes lagi masih dalam siasatan. Berdasarkan statistik sedia ada, tidak ada sebarang diskriminasi yang berlaku terhadap mana-mana kaum semasa OKT atau orang kena tuduh berada dalam tahanan PDRM. Saya juga ingin menjelaskan bahawa peratusan kematian dalam lokap adalah sangat kecil. Statistik kematian mengikut tahun adalah seperti berikut.
Saya hendak jelaskan supaya isu ini tidak lagi dijadikan isu perkauman. Jadi saya hendak jelaskan sejelas-jelasnya supaya semua Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan isu ini daripada dahulu kebanyakan Ahli Yang Berhormat yang sama sahaja. Jadi saya hendak jelaskan.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Yang Berhormat Menteri...
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
[Bangun]
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
[Bangun]
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
**Pecahan kematian (orang) Jumlah Daftar di Jumlah Tahun Lokap Kematian
(orang) (Peratusan) M elayu C ina I ndia B angsaL-laainin A singWarga** 11 2016 113,111 (0.011%) 5 1 3 1 1
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
| 2017 | 92,462 | 14 (0.015%) | 5 | 3 | 4 | - | 2 |
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2018 | 91354 | 10 | 6 | - | 2 | - | 2 |
| 2019 | 94113 | 9 | 6 | - | 1 | - | 2 |
| 2020 | 91246 | 13 | 6 | 4 | 2 | - | 1 |
| 2021 (sehingga September) | 63773 | 10 | 5 | 2 | 2 | - | 1 |
Jadi, tidak timbullah diskriminasi kaum. Jangan dibesar-besarkan isu perkauman tentang kematian dalam lokap.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Yang Berhormat Menteri, boleh saya tanya satu soalan?
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Menteri...
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Rumuskan Yang Berhormat Menteri. Masa sudah tamat.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Saya jelaskan ini untuk Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa kita bukan hanya hendak berikan penambahbaikan tentang pengurusan lokap PDRM dengan menambah baik pemeriksaan kesihatan tahanan- tahanan melalui pelantikan panel klinik swasta. Dengan kaedah ini pemeriksaan tahap kesihatan tahanan dapat dibuat dengan segera sebelum tahanan dimasukkan ke dalam lokap. Begitu juga dengan memasang CCTV yang telah pun kita panggil kontraknya dan telah pun kontrak pemasangan CCTV di lokap-lokap PDRM telah dipecahkan kepada lima zon dan projek pemasangan CCTV dijangka akan selesai pada akhir tahun ini.
Ini menunjukkan bahawa kita ada penambahbaikan dan dalam waktu yang sama saya minta kepada mana-mana Ahli Yang Berhormat jangan timbulkan isu ini sebagai isu perkauman. Kadangkala kerana emosi kita yang menyebabkan kita terbawa- bawa sehingga ia boleh menjadikan sesuatu yang besar dalam negara kita.
Tuan Yang di-Pertua
Akhir, akhir.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
We should accept that we are here together.
Kita hendak itu dijadikan sesuatu yang lebih baik. Jadi Yang Berhormat saya minta maaf kerana membangkitkan isu ini sebab saya dengar perbahasan Yang Berhormat dan saya rasa tidak patut untuk dibangkitkan sebagai isu perkauman.
Tuan Yang di-Pertua
Masa sudah tamat Yang Berhormat.
Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin
Terima kasih Yang Berhormat.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Yang Berhormat Menteri, boleh saya bertanya satu soalan.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Menteri, sebenarnya ini bukan isu perkauman Yang Berhormat Menteri. Ini merupakan...
Tuan P. Prabakaran - Batu
Yang Berhormat Menteri...
Tuan Yang di-Pertua
Masa sudah tamat. Terima kasih.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Maaf, maaf.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
No Tuan Yang di-Pertua. This is important. Sedikit.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua, bagi sedikit sebab kita hendak penjelasan.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Tiada masa. Yang Berhormat, akhir sekali saya jemput Yang Berhormat Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Saya akan extend sehingga jam 8.15 malam. Jadi Yang Berhormat cuma ada 25 minit.
[Dewan riuh]
Tuan P. Prabakaran - Batu
Kenapakah tidak bagi tanya soalan? Ini topik penting Tuan Yang di-Pertua. Ini soal.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Tuan Yang di-Pertua, minta jawapan bertulis. Tidak payah jawab di sini. Saya hendak jawapan bertulis sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Masa sudah habis! Masa sudah habis! Faham tak! Ini bukan masa berbahas lagi ini masa Yang Berhormat Menteri menjawab! Yang Berhormat Menteri sudah jawab.
[Dewan riuh]
Beberapa Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat semua saya telah, saya telah...
[Mengetuk tukul] Tolong diam sikit boleh tak? Saya observe, saya observe sembilan puluh persen daripada Yang Berhormat tidak ikut peraturan.
Akan tetapi saya bagi juga laluan. Hari ini Yang Berhormat Timbalan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sudah dimakan masanya tinggal 10 minit sahaja. saya tambah juga sampai 15 minit lagi sampai 8.15.
Tolonglah ikut lah peraturan. Ini Rancangan Malaysia ke-12. Dasar Perancangan Malaysia untuk lima tahun ke depan bukannya yang spesifik.
[Dewan riuh]
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Ini dasar. Yang Berhormat Menteri, tolong teruskan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato’ Rosol bin Wahid
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
[Berucap dalam bahasa Arab] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ahli-ahli Yang Berhormat yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk ucap terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian sepanjang perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 baru-baru ini.
Saya percaya pandangan yang diberi amat berguna pada pihak kerajaan dan juga kepada pihak kementerian bagi memastikan RMke-12 mencapai sasaran sebagai mana yang dihajati. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob Perdana Menteri Malaysia yang telah membentangkan RMKe-12 di Dewan yang mulia ini. Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan kerajaan yang penuh dedikasi dan bertungkus-lumus dalam penyediaan RMKe-12 pada kali ini.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, izinkan saya untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit yang menyentuh tentang kerjasama yang diadakan melibatkan syarikat penghantaran makanan seperti GrabFood dan Foodpanda serta market place seperti Shopee dan Lazada.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato’ Rosol bin Wahid
Saya bersetuju dengan pandangan bahawa kadar pemberhentian kerja yang tinggi kesan daripada pandemik COVID-19 menyebabkan platform ekonomi gig mula menjadi pilihan rakyat untuk menyara kehidupan mereka. Jelas sepanjang pelaksanaan PKP, pertumbuhan industri p-hailing tumbuh umpama cendawan tumbuh selepas hujan.
KPDNHEP sangat prihatin dan sentiasa mengambil maklum isu-isu dan keperluan yang diketengahkan oleh peniaga dan pengguna termasuk p-hailing.
Selain itu, pihak kementerian turut mengadakan perbincangan bersama dengan kementerian dan agensi lain seperti Kementerian Pengangkutan, Kementerian Sumber Manusia dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kerana isu ini membabitkan kementerian-kementerian ini.
Bagi memastikan peniaga mendapat manfaat yang sewajarnya, kementerian telah pun mengadakan sesi libat urus bersama dengan syarikat p-hailing pada 29 Julai dan 29 September yang lalu bagi membincang kaedah penyelesaian dan inisiatif yang boleh dilaksanakan oleh mereka khususnya dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara ini.
Berdasarkan input dan kaji selidik yang telah dilaksanakan, kementerian mengambil langkah proaktif untuk terus bekerjasama dengan syarikat p-hailing dalam merangka kaedah penambahbaikan yang lebih sesuai dalam model perniagaan mereka supaya ia lebih mudah dan tidak membebankan peniaga kecil.
Alhamdulillah, langkah yang diambil oleh kementerian telah berjaya membuahkan hasil di mana salah satu pemain industri p-hailing ini bersetuju menurunkan siling komersial mereka daripada 35 peratus kepada 30 peratus.
Dalam konteks peralihan perniagaan secara digital terutamanya bagi peniaga- peniaga kecil. Kementerian sedang giat melaksanakan Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan ataupun Retail Digitalization Initiative (ReDI) yang memfokuskan kawasan luar bandar. Pelaksanaan inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan pendedahan kepada peniaga berhubung keperluan pengoperasian perniagaan yang berkonsepkan digital terutama melalui penggunaan kemudahan e-Wallet dalam suasana norma baharu.
Berhubung dengan isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Hulu Langat.
Suka saya ingin mengatakan dalam Dewan yang mulia ini bahawa penentuan harga bergantung pada faktor permintaan dan penawaran. Namun, sudah menjadi tanggungjawab kementerian untuk memastikan harga barangan keperluan asas tidak membebankan pengguna dan rakyat.
Selain daripada aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan di lapangan, kementerian juga mempunyai inisiatif bersifat rakyat centric seperti mengadakan Program Penyeragaman Harga dan Program Pengedaran Barang Perlu di mana objektifnya ialah untuk meringankan beban golongan sasar dan golongan rentan.
Tuan Yang di-Pertua, dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, RMKe-12 merupakan bahagian terakhir dalam pemulihan negara bagi memastikan negara berada dalam landasan yang betul dan menangani isu dan cabaran ekonomi, sosial serta kesan pandemik COVID-19.
Selain itu, RMKe-12 juga merupakan strategi untuk melonjakkan negara bagi mencapai pertumbuhan ekonomi jangka panjang yang mampan. Pendekatan inklusif di dalam RMke-12 jelas memperlihatkan hasrat kerajaan untuk merapatkan jurang ekonomi di samping menekankan aspek kesejahteraan rakyat.
Tumpuan dalam RMKe-12 juga diberi dalam memulakan semula atau resetting ekonomi, mengukuhkan ekosistem yang menyokong pertumbuhan ekonomi seperti penyediaan infrastruktur, menarik pelaburan berkualiti, pengembangan inovasi, pembangunan bakat serta menekankan pembangunan lestari.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, KPDNHEP ingin menyatakan komitmen untuk memastikan setiap hala tuju dan perancangan yang di garis di dalam RMke-12 dapat dicapai demi manfaat rakyat. Kementerian yakin dengan semangat Keluarga Malaysia setiap halangan dalam mencapai matlamat yang digariskan akan menjadi mudah seperti kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato’ Rosol bin Wahid
Saya yakin semua warga kementerian daripada pengurusan tertinggi hingga kakitangan di seluruh negara bersedia memikul tanggungjawab ini. Sudah semestinya beberapa dasar dan perancangan yang digaris dalam RMKe-12 dekat di hati kementerian dan lebih penting lagi meliputi kepentingan semua lapisan rakyat sama ada di bandar, luar bandar, komuniti pengguna ataupun peniaga, pelajar sehingga sektor perniagaan dan perdagangan.
Salah satu teras dasar pembangunan luar bandar di bawah RMke-12 ialah kehidupan luar bandar yang sejahtera. Untuk makluman Dewan yang mulia, selaras dengan Teras Ketujuh ini iaitu mewujudkan kehidupan luar bandar sejahtera seperti saya sebutkan tadi. Kementerian melaksanakan Program Pengedaran Barang Perlu LPG dan community drumming di mana program ini menyeragamkan harga tujuh barang keperluan asas iaitu beras, tepung, gula, minyak masak, LPG, petrol, RON95 dan diesel di kawasan luar bandar. Dalam program ini kos pengangkutan ditanggung oleh kerajaan bagi membolehkan penduduk luar bandar atau pedalaman menikmati harga yang sama seperti di bandar atau di pekan.
Pada tahun 2021 pada tahun ini, sebanyak 802 kawasan terlibat dengan program ini di mana penambahan kepada— terdapat penambahan iaitu sebanyak 137 kawasan baharu. Antara kawasan baharu termasuk untuk tahun ini ialah Pulau Perhentian dan Pulau Redang dan Terengganu, Pulau Tioman, Kuala Tahan, Kampung Pantai di Pahang.
Alhamdulillah secara keseluruhannya sehingga kini, lebih daripada 1.23 juta rakyat luar bandar dan pedalaman menerima manfaat daripada program ini melalui peruntukan berjumlah sebanyak RM200 juta. Kementerian komited untuk memastikan program ini dilaksanakan dengan baik dan memberi kelegaan kepada golongan sasar.
Selain daripada itu, kementerian juga menyokong teras di bawah kerangka ekonomi digital iaitu Malaysia Digital Ekonomi (Blueprint) dengan menggalakkan ekonomi kompetitif melalui pendigitalan ialah pelaksana inisiatif pendigitalan sektor runcit (ReDI) Inisiatif ini dilancarkan pada April tahun 2021 dan di bawah inisiatif ini kementerian mensasarkan sektor peruncitan menggunakan teknologi e-Wallet sebagai sebahagian daripada transaksi perniagaan mereka.
Jika tiada aral melintang, inisiatif ini akan diperluaskan di kawasan luar bandar dalam tempoh yang terdekat sebaik sahaja situasi pandemik ini membenarkan. Diharap, inisiatif ini akan memberi manfaat kepada keluarga peniaga terutama dalam melonjakkan lagi perniagaan mereka ke tahap yang lebih baik.
Di kesempatan ini saya menyeru supaya peniaga untuk segera mengadaptasi pendigitalan dalam perniagaan mereka teknologi digital mampu mengurang kos operasi serta mempercepatkan capaian pasaran produk mereka.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato’ Rosol bin Wahid
Tuan Yang di-Pertua, kementerian yakin, apabila wujudnya ekosistem masyarakat tanpa tunai (cashless society) di seluruh negara khususnya di luar bandar, peniaga-peniaga dapat mengambil peluang yang luas untuk mengembangkan perniagaan mereka melalui pelbagai promosi dan kemudahan yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan dari semasa ke semasa.
Tuan Yang di-Pertua, kita kini berada di Fasa Pemulihan Negara selepas hampir 20 bulan terkesan dengan pandemik COVID-19. Selaras dengan itu, kementerian telah merangka beberapa inisiatif yang segera dan proaktif untuk menyokong usaha memulihkan serta mengembalikan semula momentum ekonomi negara. Ia termasuk inisiatif dalam bentuk mencipta permintaan (creating demand).
Bagi mencapai matlamat ini, kementerian melaksanakan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) melalui peruntukan sebanyak RM14 juta yang fokus untuk meningkatkan sokongan dan kuasa beli rakyat terhadap barangan tempatan kerana ramai di kalangan kita terbawa-bawa dengan persepsi barangan tempatan tidak berkualiti. Inilah usaha kementerian untuk mendidik rakyat dengan mengatakan bahawa, “barang baik barang kita”.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato’ Rosol bin Wahid
Justeru, KBBM adalah antara fokus kementerian untuk membantu khususnya industri kecil dan sederhana melonjakkan momentum perniagaan mereka terutama dalam tempoh pasca pandemik COVID-19. Dalam masa yang sama, kementerian turut menggerakkan insentif Program Jualan Malaysia (PJM) bagi memulihkan semula keyakinan rakyat untuk berbelanja dan merancakkan semula aktiviti membeli-belah di dalam negara. Ini penting untuk mempercepatkan kitaran pemulihan, pengembangan dan pengukuhan ekonomi serta sektor perniagaan.
Tuan Yang di-Pertua, selain itu, beberapa inisiatif lain turut dirancang untuk mencipta pekerjaan (job creation) seperti memperkenalkan Program Pembangunan Francais Mikro dan Francais Mampu Milik. Daripada peruntukan RM6 juta, sebanyak RM4.5 juta disediakan dalam bentuk geran bagi membantu franchisor mengembangkan pakej berharga RM100 ribu dan ke bawah serta memudahkan golongan B40 dan M40 menceburi industri francais sebagai franchisee. Manakala bakinya RM1.5 juta diperuntukkan untuk promosi di media, roadshow, latihan dan francais siswa.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, kementerian juga sedar, orang awam dan khususnya golongan siswa patut diberi peluang dan maklumat lebih meluas mengenai program francais ini sebagai satu bidang perniagaan yang berdaya saing untuk diceburi. Untuk itu, KPDNHEP turut melancarkan cabaran niaga melalui Program Francais Siswa 2021 yang melibatkan 20 buah universiti dan tiga buah politeknik premier. Matlamat kementerian adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan francais yang berupaya membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan mengatasi masalah pengangguran kerana kebergantungan kepada prospek kerjaya makan gaji.
Kementerian juga melihat industri jualan langsung berpotensi untuk dikembangkan dan dimajukan. Saya berharap agar rakyat Malaysia mengambil peluang ini bagi membolehkan kita bermula semula (restart) kerana kita semua sedia maklum, ramai rakyat Malaysia yang terjejas punca pendapatan mereka akibat penularan wabak COVID-19 yang masih kita hadapi sekarang.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sebelum mengakhiri ucapan penggulungan ini, sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan pada kali ini. Saya percaya, pandangan dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat dapat membantu memperkukuhkan lagi dasar dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kementerian ini untuk dilaksanakan sebaik-baiknya, terutama usaha kementerian bagi memastikan pelaksanaan dan manfaat RMKe-12 dapat dinikmati oleh Keluarga Malaysia seluruhnya. Sama-sama kita ketepikan perbezaan, perkasakan penyatuan, dan tanamkan kecintaan untuk menjayakan usaha membebaskan negara daripada krisis kesihatan dan ekonomi ini. Sekian terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat semua, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, 6 Oktober 2021. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh dan selamat malam.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.04 malam]