Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****]
1. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] minta Menteri Kanan Kerja Raya menyatakan sektor pembinaan antara yang terkesan akibat penularan wabak pandemik COVID-19. Apakah cabaran yang dihadapi dan bagaimanakah Kementerian Kerja Raya membantu sektor pembinaan dalam mendepani cabaran ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Menteri Kanan Kerja Raya, jawab dalam tempoh masa tiga minit.
Menteri Kanan Kerja Raya - Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Jerantut.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kesan daripada pandemik COVID-19 dan pelaksanaan PKP, sektor pembinaan mencatatkan penurunan kadar pertumbuhan sebanyak 19.4 peratus pada tahun 2020. Sementara pada suku pertama 2021, sektor pembinaan terus menurun pada kadar 10.4 peratus. Walau bagaimanapun, ia telah meningkat pada kadar 40.3 peratus pada suku kedua 2021.
Sepanjang tempoh pelaksanaan PKP bermula daripada 18 Mac 2020 sehingga kini, industri pembinaan dianggarkan mengalami kerugian sebanyak RM42 bilion.
Daripada jumlah ini, RM18 bilion adalah anggaran kerugian dalam tempoh PKP 3.0 yang bermula pada 1 Jun 2021 sehingga September 2021. Sementara bakinya RM24 bilion merupakan kerugian daripada pelaksanaan PKP 1.0 pada 2020, yang menjejaskan pelaksanaan kerja pembinaan daripada Mac hingga Julai 2020.
Sememangnya sektor pembinaan adalah di antara industri yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19. KKR bersama-sama dengan agensi di bawahnya termasuk Jabatan Kerja Raya dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) serta agensi pelaksanaan berkaitan telah mengadakan beberapa sesi libat urus bersama pemain-pemain industri bagi mendepani cabaran-cabaran yang timbul serta mencari penyelesaian terhadap cabaran tersebut. Antara cabaran yang dihadapi oleh sektor pembinaan adalah seperti berikut:
(i) kenaikan kos bahan binaan;
(ii) kenaikan kos upah pekerja terutamanya pekerja am akibat kekurangan tenaga kerja disebabkan oleh:
(a) keperluan untuk pekerja binaan dapat vaksinasi lengkap; dan
(b) pekerja binaan yang kebanyakan terdiri daripada pekerja asing yang pulang ke negara asal dan tidak dapat kembali ke sini;
Menteri Kanan Kerja Raya - Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof
(iii) kos Program Rekalibrasi Tenaga Kerja yang terpaksa ditanggung oleh kontraktor serta pengenaan syarat ketat bagi mendapatkan kelulusan;
(iv) penambahan kos kepada majikan bagi menyediakan penginapan pekerja binaan untuk memenuhi syarat Akta 446;
(v) kos pemantauan tatacara operasi standard ataupun SOP yang perlu ditanggung sepenuhnya oleh kontraktor; dan
(vi) keperluan untuk mewujudkan universal tempoh lanjutan masa ataupun EOT ke dalam Akta 829.
Tuan Yang di-Pertua, antara cadangan penyelesaiannya terhadap cabaran- cabaran dikenal pasti adalah:
(i) Kementerian Kerja Raya ambil maklum berkenaan isu kenaikan kos bahan binaan dan telah mengemukakan cadangan untuk mewujudkan semula peruntukan pengiraan klausa perubahan harga ataupun variation of price (VOP) kepada Kementerian Kewangan Malaysia;
(ii) menjalankan inisiatif Construction Industry Vaccination Program
(CIVac) bagi membantu pekerja-pekerja sektor pembinaan mendapatkan suntikan vaksin dan seterusnya membolehkan kerja-kerja di tapak pembinaan dapat diteruskan tanpa kekurangan pekerja;
(iii) kerajaan telah bersetuju untuk melonggarkan syarat rekalibrasi khusus untuk pekerja binaan;
(iv) kerajaan menggalakkan penyediaan centralised labour quarters atau kawasan penginapan pekerja oleh penyedia perkhidmatan;
(v) bagi projek kerajaan, kos pematuhan SOP bagi tempoh tertentu telah disenaraikan dalam kerja awalan ataupun preliminary works; dan
(vi) akibat pelaksanaan PKP, kerajaan telah melaksanakan pemberian EOT secara automatik selama 60 hari untuk semua projek JKR.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kanan. Sila Yang Berhormat Jerantut, soal tambahan pertama, 30 saat.
Dato' Hj Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberikan.
Cuma saya ingin bertanya lagi, akibat daripada COVID-19 ini banyak sektor mengalami kenaikan barangan. Jadi apakah langkah yang telah diambil bagi menangani kos bahan binaan yang meningkat, boleh dikatakan saban hari akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan di mana banyak projek pembinaan tergendala dan kontraktor- kontraktor kecil khususnya tidak mampu berupaya menyiapkan projek-projek mereka kerana kenaikan dan juga kelewatan barang sampai ke tapak projek. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Menteri Kanan, dua minit 30 saat.
Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof
Terima kasih Yang Berhormat Jerantut.
Sepertimana yang saya katakan tadi, kita telah angkatkan kepada Kementerian Kewangan untuk variation of price (VOP). Alhamdulillah, Kementerian Kewangan telah pun bersetuju dan meluluskan dengan menguatkuasakan pekeliling baharu iaitu PK2.4 Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga ataupun variation price di dalam kontrak kerja pada
Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof
15 Julai 2021. Pekeliling ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2021 sehingga 30 Disember 2021.
Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof
Jadi, kerja-kerja termasuklah kerja kejuruteraan awam dan mekanikal serta elektrikal. Jadi, bahan-bahan yang telah diluluskan ialah untuk kerja bangunan, mild steel round bars dan juga high tensile deformed bars. Manakala untuk kerja kejuruteraan awam yang diluluskan ialah crusher run, mild steel round bars, high tensile deformed bars, water pipe and sewerage pipe dengan izin dan kerja M&E: copper cables, switch gears, transformers, generators, lightning protection system dan earthing system, air conditioning system dan juga motor, dengan izin.
Manakala CIDB pula telah menjalankan pemantauan harga binaan dan menerbitkannya melalui portal National Construction Cost Centre ataupun N3C. Harga bahan-bahan binaan ini akan dikumpulkan melalui kerjasama dengan beberapa persatuan berkaitan pembinaan dan diperolehi daripada kontraktor.
Aktiviti pemantauan telah dilaksanakan semenjak tahun 2002 lagi dan dengan itu saya mengharapkan akan dapat membantu para kontraktor untuk membuat perbandingan harga. Insya-Allah kita akan terus memantau untuk memastikan bahawa harga-harga barang ini akan dapat terkawal. Akan tetapi pada masa ini, saya kira alhamdulillah dengan pembukaan semua sektor ekonomi, barang sudah agak stabil daripada segi harga. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kanan. Pertanyaan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Sri Gading, 30 saat.
Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh - Sri Gading
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, ringkas sahaja soalan saya. Apakah bentuk-bentuk bantuan daripada CIDB kepada kontraktor kecil yang terjejas, sama ada bantuan itu bentuk kewangan ataupun bukan kewangan? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Menteri Kanan, dua minit.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof
Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading.
Untuk CIDB, sekarang ini apa yang dijalankan ialah pengecualian bayaran yang dikenakan kepada personnel binaan tempatan yang menghadiri kursus latihan. Maknanya kalau mereka menghadiri kursus, maka akan diberi pengecualian daripada bayaran sebab sekarang ini diwajibkan mereka untuk menghadiri kursus. Jadi pada waktu keadaan pandemik ini, mereka tak perlu membayar tetapi boleh hadir untuk kursus dan dikecualikan daripada bayaran yang dikenakan.
Manakala mereka yang mengambil pekerja asing untuk bekerja, diskaun sebanyak 50 peratus diberi bagi penilaian pekerja asing untuk mendapat certificate iaitu green card dan sebagainya. Kita juga mengadakan kursus secara percuma. Itu yang diberikan pada masa ini oleh CIDB. Selain daripada itu, sebenarnya untuk kontraktor- kontraktor, kerajaan telah banyak membantu, khususnya kategori G1 sehingga G4.
Ada pakej tertentu khususnya untuk penyelenggaraan jalan dan sebagainya yang diberi peruntukan sebanyak RM400 juta sebagai tambahan. Dengan itu diharapkan akan dapat menggerakkan ekonomi di peringkat akar umbi khususnya kontraktor-kontraktor G1 hingga G4 ini, selain daripada projek-projek besar untuk G7 yang sedang bergerak sekarang. Terima kasih.
2. Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan] minta Perdana Menteri menyatakan jika kerajaan akan menaikkan bayaran pencen bagi golongan B40 selaras dengan kos sara hidup yang tinggi dan ramai yang kehilangan sumber pendapatan di kala pandemik ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya, Yang Berhormat Batu Kawan. Sejujurnya ada COVID-19 atau tak ada COVID-19, pesara staf kerajaan memang tiap-tiap tahun naik bayaran pencennya sebanyak dua persen sejak 1 Januari 2013. Jadi kalau nak naik lebih daripada dua persen itu perlu satu kajian mendalam, ekoran daripada COVID-19. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Soalan tambahan pertama, sila Yang Berhormat Batu Kawan.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan. Yang Berhormat Menteri, paras pendapatan garis kemiskinan kini berada di tahap RM2,208. Namun ramai pesara yang menerima pencen tergolong di kategori B40 hanya menerima dalam lebih kurang RM300 dan ke atas setiap bulan. Satu amaun yang sangat rendah. Mereka mempunyai pekerjaan sambilan tetapi di masa pandemik ini, mereka terpaksa diberhentikan dan mungkin layak untuk suatu bantuan one-off kerajaan sahaja.
Menjelang 2030 hingga 2035, kira-kira 15 peratus daripada penduduk Malaysia akan tergolong sebagai warga emas. Apakah pelan perancangan bagi membantu golongan ini? Memandangkan bank-bank di Malaysia mencatatkan keuntungan mendadak, jika mereka boleh membantu kerajaan dan apakah pelan tindakan kerajaan untuk memperbaiki polisi persaraan yang lemah ini?
Apakah perincian skim persaraan baharu bagi kakitangan kerajaan dan bilakah ia akan dilaksanakan? Lebih-lebih lagi di masa ini apabila kerajaan menggalakkan pengeluaran wang daripada KWSP iaitu wang simpanan hasil titik peluh mereka untuk masa depan kelak. Mohon menjawab, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Sila Yang Berhormat Menteri menjawab, dua minit 30 saat.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Tuan Yang di-Pertua, untuk kakitangan awam, selepas mereka berkhidmat minimum 300 bulan atau 25 tahun, sejak 2018, pencen yang terendah adalah RM1,000 sebulan, pencen terendah. Saya bagi contoh, dulu sebelum 2013, pencen kakitangan awam paling rendah adalah RM720. Akan tetapi sejak 2018, pencen terendah kakitangan awam yang berpencen, tidak lagi RM720 tetapi RM1,000. Maknanya dah pencen, dia tak ada buat apa. Mungkin anak-anak sudah lepas sekolah.
Akan tetapi bagi mereka yang segelintir yang mungkin kurang daripada pendapatan garis kemiskinan yang berjumlah RM2,208, mereka mungkin terpaksa bekerja kerana memenuhi keperluan kehidupan. Itu adalah satu perkara yang sedang difikirkan. Sebenarnya JPA sudah membuat satu kajian dan akan dibentangkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebelum dibuat memorandum Jemaah Menteri untuk melihat kembali bila mereka pencen, mereka agak selesa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan kedua, sekiranya tidak ada, saya...
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Ada, ada. Padang Serai.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Tuan Yang di-Pertua, sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya bagi peluang Yang Berhormat Padang Serai.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Tapi sedikit lagi. Jawapan daripada Yang Berhormat Menteri tadi, saya baru semak dengan seorang yang menerima pencen daripada mendiang suami beliau dan beliau mendapat RM679 sebulan, Yang Berhormat Menteri, bukan 1,000 lebih. Saya faham ada kategori-kategori seperti Yang Berhormat Menteri katakan.
Akan tetapi kita tidak boleh nafikan bahawa ada golongan yang memang golongan rentan ini yang menerima pencen yang sangat sedikit. Dalam masa ini, cabaran mereka lebih daripada cabaran pesara kerajaan yang baru bersara dalam umur 50 tahun
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
lebih. I’m speaking about the ones who are older, more than 60 years or warga emas and B40. Terima kasih. Saya boleh menerima jawapan bertulis. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Okey, terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Tak apa, saya jemput dahulu Yang Berhormat Padang Serai. Soalan tambahan kedua, 30 saat sebelum Yang Berhormat Menteri menjawab.
Sila.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya berkaitan tentera. Saya ingin bertanya mengenai pencen tapi pencen untuk golongan veteran ATM. Saya ingin bertanya, adakah pihak kerajaan kini komited untuk membuat penyelarasan pencen lama dan baharu bagi golongan ATM. Ramai yang sekarang tersadai dekat katil. Pencen yang dibayar, nak beli ubat pun tak cukup. Tolonglah kerajaan. Nilaikan dan hargailah jasa mereka.
[Tepuk] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai. Sila Yang Berhormat Menteri, dua minit 30 saat.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Menjawab soalan Yang Berhormat Batu Kawan. Pencen bagi penjawat awam, dia akan dapat pencen sehingga dia hidup. Bila dia meninggal, isteri dia adalah beneficiary kepada pencen itu, tetapi dia ada had. Jika lebih daripada 15 tahun, dia akan perlahan-perlahan dikurangkan pencen itu. Jadi, ini adalah satu kes yang isolated-lah Yang Berhormat Batu Kawan.
Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad
Walau bagaimanapun kita akan tengok balik sebab yang pentingnya orang yang bekerja dengan kerajaan dapat layanan yang baik. Akan tetapi kerajaan lebih lagi bagi faedah kepada tanggungan dia. Tidak banyak negara dalam dunia buat macam itu.
Kemudian Yang Berhormat Padang Serai, saya dahulu pernah menjadi Timbalan Menteri di kementerian, ini masalah servis.
Betul, umpamanya pegawai waran yang sudah lama berkhidmat, skim dia mungkin tahun 70-an, dia pencen dapat mungkin RM1,000 seperti pencen terendah. Akan tetapi kalau dia pegawai waran, sekarang dia pencen dia dapat lebih kurang RM3,000 sebulan.
Semua macam perawatan perubatan memang ditanggung oleh kerajaan. Jadi, tidak timbul jika tidak ada duit hendak beli ubat, Jabatan Hal Ehwal Veteran memang menyediakan peruntukan yang cukup untuk memastikan pesara tentera sentiasa mendapat perhatian. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Dato’ Sri Hasan bin Arifin.
3. Dato’ Sri Hasan bin Arifin [Rompin] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan industri perabot pernah memberikan sumbangan nilai eksport yang tinggi kepada negara. Berapakah nilai eksport perabot pada tahun 2019, 2020 dan hingga Jun 2021. Apakah langkah kementerian untuk merancakkan lagi industri ini supaya mampu menambahkan nilai eksport negara.
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillah. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Rompin kerana sangat peka tentang industri perabot kayu yang telah diusahakan oleh negara kita dan komoditi menjadi satu pendapatan yang penting dalam negara dan kementerian ini amat penting kerana ia menjana pendapatan untuk negara ini, insya-Allah. Jadi untuk pengetahuan Yang Berhormat Rompin, maklumat yang lebih besar bahawa dalam world market furniture industry ini dia punya nilai adalah sebanyak RM543.9 bilion dan total export market is about RM307 bilion. Pada ketika ini, Malaysia pada tahun 2019 telah menyumbangkan sebanyak RM9.14 bilion eksport dan pada tahun 2020 sebanyak RM10.63 bilion eksport.
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Insya-Allah, pada tahun 2021, up to June now kita telah mengeksport sebanyak RM5.58 bilion perabot ke luar negara. Insya-Allah kita target sampai ke hujung tahun ini sebanyak RM12.5 bilion, yang mana ia akan menghasilkan peningkatan sebanyak 20 peratus daripada 2020.
Negeri-negeri yang kita telah memasarkan kita punya perabot-perabot kayu ini termasuk lima negara utama Amerika, Jepun, China, India dan Singapura. Pada tahun 2019, Amerika yang paling tertinggi sekali, 2020 pun Amerika yang paling tertinggi, 2021 pun Amerika paling tertinggi. Jadi, eksport ke Jepun pun negara yang kedua, China yang ketiga dan tahun 2020 ada shift.
Tahun 2019, India negara keempat tetapi tahun 2020 shift kepada Australia dan Singapura masih di tahap negara kelima. Begitu juga pada tahun 2021, negara Amerika pertama, Jepun kedua, China ketiga, Australia keempat dan Singapura yang kelima.
Kalau hendak details figure itu nanti saya akan buat secara bertulis kerana kalau saya hendak baca pun tidak sempat hendak catch up with the numbers.
Jadi, apakah usaha-usaha yang akan kita lakukan untuk merancakkan lagi contribution export furniture kayu ke luar negara. Ketika ini kita telah mengenal pasti beberapa negara yang berpotensi tinggi untuk mengimport furniture product kita iaitu negara-negara yang mempunyai temperate forest yang memerlukan kayu tropical forest.
Negara-negara ini seperti North America, Canada, India dan Middle East. Inilah market yang kita akan venture, yang akan kita pelopori untuk meningkatkan lagi eksport negara kita.
Selain daripada itu sudah tentu perkara-perkara teknologi, perkara penanaman semula dan juga transfer of technology and design daripada international design, kita akan belajar untuk buat local design dan juga mengambil bahagian dalam exhibition and expo.
Ini antara perkara untuk meningkatkan lagi export furniture kayu ke luar negara dari Malaysia. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan, sila Yang Berhormat Rompin.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Perabot getah pernah disebut sebagai the golden teak yang begitu popular di Amerika dan Europe. Apakah rancangan kerajaan untuk mempergiatkan lagi furniture, perabot getah ini dan pada masa yang sama mengeluarkan latex yang begitu bernilai tinggi?
Apakah kerajaan berhasrat untuk mempertingkatkan lagi tanaman getah yang berteraskan kepada getah yang boleh buat perabot?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Rompin, sila Yang Berhormat Menteri.
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Ketika ini kita semua memahami bahawa industri getah dalam negara agak menurun kerana memandangkan bahawa industri getah ini masih bergantung kepada teknologi lama ataupun cara lama untuk tapping the rubber, menoreh getah. Jadi oleh kerana ketiadaan, tidak wujudnya teknologi ataupun cara-cara yang lebih mudah untuk mereka menoreh getah, maka ini telah mengakibatkan industri getah kita menurun dan juga penanaman semula juga menurun.
Jadi, kita harus tangani ini kerana seperti apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Rompin, golden teak yang datang daripada pokok getah, jadi kementerian sekarang sedang berusaha untuk memastikan penanaman semula. Untuk memastikan bahawa the business model untuk pekebun-pekebun kecil yang mengusahakan getah 90 peratus of them, kita akan merangka polisi yang lebih membolehkan menstrukturkan mereka, mengawal mereka, memantau mereka dan memastikan bahawa the business model for penoreh getah ini is sustainable.
Dengan itu, kita boleh mampu untuk mengeluarkan pokok timber teak ini, tadi ada sebut golden teak ini daripada kayu getah untuk kita eksport kerana ada permintaan yang banyak untuk kayu seperti kayu getah ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kalau tadi dari Tampin, sekarang saya panggil Yang Berhormat Rompin pula. Sila Yang Berhormat Rompin.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Mana? Tadi Yang Berhormat Rompin.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Maaf, Yang Berhormat Rompin, sekarang Yang Berhormat Tampin.
[Ketawa]
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di bawah peruntukan RMKe-11, usahawan bumiputera telah diberi pelbagai insentif khusus seperti pembiayaan aktiviti pemasaran dan peluasan dan pengukuhan pemasaran domestik dan antarabangsa perkayuan. Usahawan bumiputera dibiayai menggunakan peruntukan Rancangan Malaysia Kesebelas.
Melalui projek pembangunan usahawan produk perkayuan bernilai tambah tinggi, namun penglibatan bumiputera dalam industri perkayuan amat rendah. Kira-kira 471 usahawan bumiputera dalam industri perkayuan dan perabot ketika ini. Malah sumbangan mereka berdasarkan nilai eksport produk berkenaan dianggarkan kurang daripada satu peratus. Soalan saya, apakah perancangan kerajaan untuk menggalakkan penglibatan bumiputera dalam industri perkayuan ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tampin, sila Yang Berhormat Menteri.
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Kita memahami bahawa dalam perancangan kerajaan, kementerian memang ada satu bahagian ataupun satu usaha untuk meningkatkan penglibatan bumiputera dalam industri furniture atau perabot ini. Jadi ada business model yang telah saya kaji dan insya-Allah kita akan kaji semula untuk memperbaiki business model ini agar dapat meningkatkan penglibatan bumiputera dalam industri ini kerana bumiputera banyak melibatkan diri dalam industri dalam membuat perabot kecil-kecilan dan bukan dalam satu bentuk perniagaan yang lebih besar.
Jadi, kementerian insya-Allah akan berusaha untuk menguruskan mereka secara berkelompok dan juga mengadakan polisi yang mana kita boleh menstrukturkan mereka dan memantau mereka dan memandu mereka untuk bagaimana menjadi usahawan maju dalam industri perabot ini.
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Jadi, ini adalah- bajet memang ada khusus untuk development, pembangunan bumiputera ini. Jadi insya-Allah dimanfaatkan dengan cara yang terbaik, yang lebih kos efektif, yang lebih produktif, yang akan mendatangkan hasil dan mereka juga menjadi sustainable dalam pendapatan mereka untuk business perabot kayu ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli Yang Berhormat sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan- pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih ahli-ahli Yang Berhormat.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Datuk Wilson Ugak anak Kumbong, Yang Berhormat Hulu Rajang.
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Sayang kumbang mencari makan, Terbang seiring menanti mentari, Soalan nombor satu saya ajukan, Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri.
1. Datuk Wilson Ugak anak Kumbong [Hulu Rajang] minta Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi menyatakan sekiranya pihak kementerian bercadang untuk:
(a) memperkenalkan semula Skim Pembiayaan Tanam Semula Pekebun Kecil (TSPKS) secara percuma kepada pekebun kecil; dan
(b) menaik taraf jalan kebun/ladang pekebun kecil sawit melalui Jabatan Pengaliran dan Saliran dan dengan kerjasama MPOB.
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi - Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi soalan saya nombor satu. Jadi memudahkan saya jawab dan boleh beredar dari Dewan. Terima kasih.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Teruskan Yang Berhormat Menteri.
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Ada kerja lain. Okey. So, jadi terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang di atas soalan ini. Saya juga hendak memberikan gambaran yang lebih besar dahulu sebelum saya jawab spesifik kepada soalan yang diberikan Yang Berhormat Hulu Rajang ya.
Ketika ini kita ada mempunyai seramai 238,108 orang pekebun kecil persendirian di dalam negara kita yang merangkumi 895,297 hektar. Jadi, ini merupakan 40 peratus daripada pekebun-pekebun sawit. Jadi, oleh sebab itu kita melihatkan ramai yang terlibat dalam industri sawit ini, terdiri daripada pekebun-pekebun kecil. Jadi ini kita harus– kementerian sedang merancang untuk memperkenalkan atau tengah merangka polisi dan untuk memberikan panduan bagaimana mereka boleh menguruskan ladang sawit mereka agar lebih produktif.
Jadi, oleh sebab itu kita akan memperkenalkan bantuan bersasar. Bantuan bersasar, maknanya kita akan sasarkan kepada golongan B40 dulu yang mempunyai tanah seluas selalunya average seluas 10 ekar ke bawah. So, jadi dengan itu kita akan– saya punya Timbalan, Yang Berhormat Wee Jeck Seng dia angguk-angguk, fasal ini juga idea daripada dia ya Yang Berhormat. Terima kasih. So, jadi daripada bantuan ini kita akan menyasarkan kepada betul-betul golongan yang memerlukan bantuan iaitu golongan B40 yang mempunyai keluasan tanah 10 ekar ke bawah.
Jadi kita ada juga model-model yang kita akan lihat berapa hasil mereka dan juga mungkin ada hasil tambahan dari segi penanaman integrasi pokok-pokok yang lain atau ternakan yang lain. Dari situ kita akan membuat formula bagaimana kita hendak membantu mereka dengan memberikan seperti geran ya. Tidak, bukan loan lagi. Geran kepada golongan B40 yang mengusahakan ladang sawit ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan pertama. Sila Yang Berhormat Hulu Rajang.
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Harga sawit pada hari ini BTS, harga di rem RM885, harga di kilang RM896. Jadi inilah satu menaikkan taraf hidup rakyat di luar bandar. Saya sendiri pun tanam pekebun sawit Yang Berhormat. Apakah perancangan yang masa hadapan kerajaan kita meneruskan program iaitu skim tanaman semula pekebun kecil
(TSSPK) yang sedia ada semasa Rancangan Malaysia Ke-10 telah banyak Yang Berhormat Menteri membantu pekebun kecil dan ramai lagi di kawasan-kawasan di luar bandar.
Namun hari ini ia telah ditukar daripada geran kepada pinjaman bermula pada Rancangan Malaysia Ke-11. Ini menyebabkan ramai pekebun kecil menghadapi kesukaran Yang Berhormat Menteri, bagi mencari dana yang hendak mulakan pertanian mereka. Usaha kerajaan dahulu, BN dahulu, ketika memberi geran, kini telah banyak membantu pekebun kecil yang senang lenang semasa penularan COVID-19 ini.
Jadi saya mintalah, saya minta Yang Berhormat Menteri jika kita tidak bantu mereka, siapa lagi Yang Berhormat Menteri. Saya mohon kerajaan Keluarga Malaysia ini,
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
bantulah pekebun kecil di seluruh Malaysia dan di kawasan saya pada hari ini. Mereka melihat kan TV Yang Berhormat Menteri dan agar syorkan agar skim geran ini dimasukkan semula dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Mohon Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Rajang. Baik, sila Yang Berhormat Menteri. Satu minit.
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Dia sangat passionate sampai dia tidak dengar apa saya jawab tadi ya. Itulah yang saya sebut tadi bahawa kita akan buat satu polisi baharu yang mana akan meneruskan TSPKS ini dengan cara berstruktur, teratur dan tersusun dan juga kita memastikan bahawa duit yang kita beri itu adalah geran, no more loan. Kita akan go back to geran. Only targeted kepada golongan B40 yang tanahnya 10 ekar ke bawah ya. So, jadi saya ingat saya sudah jawab soalan itu tadi. Jadi, insya-Allah Yang Berhormat Hulu Rajang, ia dilaksanakannya.
Datuk Wilson Ugak anak Kumbong - Hulu Rajang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri tolong.
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
So, soalan yang nombor (b), saya tidak jawab tadi ya tentang pekebun kecil, menaik taraf jalan kebun ladang atau pekebun kecil. Ini memang masih lagi diteruskan. Cuma Yang Berhormat Hulu Rajang dalam soalan itu dia silap. Dia bukan melalui Jabatan Pengaliran dan Saliran dan kerjasama MPOB. Dia MPOB kerjasama dengan JPS. Itu ada beza dia itu.
Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong - Hulu Rajang
Maaf Yang Berhormat Menteri.
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Siapa yang dulu, siapa yang membantu. Jadi yang ini masih lagi diteruskan Yang Berhormat Hulu Rajang mengikut kriteria-kriteria yang saya rasa Yang Berhormat Hulu Rajang lagi maklum ya tentang kriteria ini dan insya-Allah kita akan membuat sebaik mungkin untuk meluluskan jalan- jalan ini agar memudahkan infrastruktur mereka untuk menjalankan kerja-kerja perladangan mereka insya-Allah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan kedua, sila Yang Berhormat Hulu Langat.
Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, kalau tadi kita bercakap fasal TSPKS yang berkaitan dengan pekebun kecil, sekarang saya ingin bertanya tentang perkembangan status pensijilan minyak sawit mampan (MSPO) di kalangan pekebun kecil sebab dalam Belanjawan 2021 kita telah meluluskan RM20 juta untuk menjayakan usaha ini. Apa perkembangan dan benefit yang kita dapat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Langat. Sila Yang Berhormat Menteri, satu minit.
Datuk Dr. Hajah Zuraida binti Kamaruddin
Yang Berhormat Hulu Langat, ini adalah satu perkara yang dalam perhatian kita kerana kita lihat bahawa ramai pekebun kecil kita yang tidak mendapat sijil. Ini kerana beberapa sebab yang telah kita categorisekan. Ada yang tanah mereka bukan tanah hak milik ataupun sawit yang tidak ditanam di tempat yang sepatutnya lah, di lereng dan sebagainya. Ia tidak boleh sebenarnya.
Akan tetapi walau bagaimanapun, kementerian melihat serius kerana sumbangan mereka banyak, it’s quite substantial. Jadi kita tengah merancang atau merangka satu polisi jangka pendek bagaimana kita hendak membantu mereka agar mendapat pensijilan sementara mereka berusaha untuk upgrade themselves to the proper pensijilan.
Jadi, ini tengah kita dalam rangka kerana saya hendak appreciate, hendak memberikan mereka peluang dapat terus mendapatkan hasil pendapatan untuk dia punya kehidupan sehari-harian. Jadi kita tidak boleh mengambil langkah-langkah yang drastik.
Insya-Allah kita akan bantu mereka untuk mendapatkan pensijilan ini dengan satu polisi yang clear. Jadi, mereka boleh ikut polisi itu ya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya, saya menjemput Dato’ Seri Dr.
Wan Azizah Wan Ismail, Yang Berhormat Pandan.
2. Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [Pandan] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan:
(a) lebih terperinci mengenai kos program vaksinasi yang telah dijalankan; dan
(b) apakah strategi seterusnya kerajaan selain program vaksinasi dalam mengekang penularan wabak COVID-19 yang menyebabkan lebih banyak negeri melaporkan kes baharu harian melebihi 1,000, contoh 9 negeri pada 16 Ogos.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Pandan atas pertanyaan. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi isu perbelanjaan PICK ataupun Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat 30 Ogos 2021, daripada jumlah RM1 bilion yang diperuntukkan untuk program ini, sebanyak RM314 juta telah dibelanjakan. Daripada nilai ini, pecahan kategori perbelanjaan adalah seperti berikut:
(i) empat perkara yang meliputi kos pengoperasian PPV iaitu:
• perbelanjaan bagi sewaan dan utiliti; • perbelanjaan bagi pembersihan dan sanitasi; • perbelanjaan bagi perkakasan dan peralatan pakai habis; dan • perbelanjaan kebajikan petugas di PPV. Kerajaan telah mempertimbangkan dua perkara penting, iaitu sagu hati sukarelawan dan juga anggota keselamatan yang bertugas serta juga belanja makan minum petugas;
(ii) memantapkan rangkaian integrasi data dan sistem untuk proses pemberian vaksin melalui PICK;
(iii) meningkatkan jumlah pendaftaran rakyat untuk menerima vaksin di setiap kawasan Parlimen. Kerajaan telah menyalurkan sebanyak RM4.4 juta peruntukan untuk itu yang mana selaras dengan prinsip whole-of-society untuk menjayakan program PICK.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Terima kasih kepada semua Ahli Parlimen yang telah membantu dalam pelaksanaan PICK di kawasan masing-masing.
Seterusnya, berkaitan dengan strategi kerajaan selain program vaksinasi dalam mengekang penularan COVID-19. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, MOSTI bersama KKM dan agensi berkaitan sedang mengambil langkah untuk menambah baik sistem pengesanan kontak ataupun contact tracing system yang merangkumi empat langkah:
(i) sumber data untuk mengenal pasti dan menganalisa interaksi;
(ii) analisis untuk menentukan butiran risiko penyebaran wabak;
(iii) tracer hub ataupun dashboard untuk memudahkan kakitangan kita untuk melaksanakan pengesanan kontak; dan
(iv) aktiviti sokongan untuk mengukuhkan pengesanan kontak.
Seterusnya MOSTI juga telah membangunkan vaccine management system
(VMS) bagi penyimpanan rekod data vaksinasi melalui teknologi block chain yang dapat menjana sijil vaksinasi bagi setiap penerima vaksin. MOSTI juga menghasilkan aplikasi
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
vaccine certificate verifier untuk memastikan setiap sijil digital vaksin adalah tulen melalui kod QR. Terima kasih, Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, sila Yang Berhormat Pandan.
Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Pandan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya hendak tanya dengan MOSTI mengenai peruntukan hampir RM60 juta bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan vaksin COVID-19 keluaran negara kita sendiri Malaysia, untuk mengurangkan kebergantungan vaksin dari luar negara.
Difahamkan RM54 juta dibelanjakan untuk penyelidikan di Institut Genome Malaysia, RM2.5 juta sahaja untuk kumpulan pengkaji pembangunan vaksin dekat Universiti Malaya, mRNA dan RM2.5 juta lagi bagi pembangunan vaksin daripada toksin kuman yang dinyahaktifkan di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Soalan saya, siapakah yang rakan kongsi yang terlibat bersama-sama dalam R&D ini dan apakah inisiatif pemindahan teknologi kemahiran yang telah disepakati. Juga, sudah sampai manakah tahap proses setakat ini, kerana ia mestilah difast trackkan kerana kita melihat bahawa penularan ini masih lagi meningkat.
Dengan kadar bekalan vaksin yang terhad di kawasan pendalaman seperti Sabah dan Sarawak, apakah langkah lain untuk mengekang penularan COVID-19 ini di sana memandangkan vaksin pun tidak boleh bagi jaminan full immunity dan juga varian-varian ini sungguh agresif. Lagi satu kalau diberikan vaksin, kalau kita sekarang ini memerlukan booster, macam mana kita hendak bagi kalau ada yang belum lagi mendapat first vaccine pun. Serta, macam mana kita hendak mengekang masalah ini daripada penularan di pendalaman? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Pandan. Sila, Yang Berhormat Menteri, satu minit.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Terima kasih, Yang Berhormat berkaitan dengan perkara yang berkaitan dengan pembangunan vaksin. Saya ingin maklumkan bahawa pembangunan pemberian dana vaksin sebanyak RM60 juta itu adalah turutan daripada Rancangan Malaysia Kesembilan dahulu. Itu pun bukan RM60 juta tetapi RM55.46 juta. Jadi pembangunan vaksin itu meliputi vaksin-vaksin in human dan juga animal.
Walau bagaimanapun, perkara ini telah pun dipertingkatkan akhir-akhir ini dan kita akan membangunkan satu roadmap ataupun pelan strategik pembangunan vaksin negara yang akan diumumkan pada 1 November ini oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Kita bersetuju untuk memastikan bahawa kumpulan-kumpulan pembangun vaksin yang terdiri daripada virologist, microbiologist dan juga clinical pharmacologist serta mencukup centre untuk membuat ujian clinical untuk human fasa 1, 2 dan 3.
Untuk Sabah Yang Berhormat, kita bersyukur kerana selain daripada vaksin Pfizer, Sinovac, kita telah membekalkan hampir 200,000 vaksin CanSino di Sabah supaya satu dos hanya diberikan kepada mereka yang berada di pendalaman.
Ketika ini hanya 5.6 peratus sahaja penduduk dewasa yang belum mendaftar untuk mendapatkan vaksin. Maknanya untuk first dose kita telah mencapai 94 percent adult population untuk divaksinkan dan pada Oktober middle atau mid of October, 90 peratus penduduk dewasa akan lengkap divaksinkan pada mid of October. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Sekarang soalan tambahan kedua..
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Bandar Kuching.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tumpat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Pandan hendak soalan kedua?
Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Pandan
Soalan saya mengenai rakan kongsi itu tidak dijawab. Untuk R&D ada rakan kongsi? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Menteri, hendak jawab?
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Tidak dengar. Rakan kongsi?
Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Pandan
Saya tanya, siapakah rakan kongsi yang terlibat bersama-sama dalam R&D ini? Apakah inisiatif pemindahan teknologi? Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Kita memiliki saintis-saintis yang telah pun Yang Berhormat katakan tadi, Prof. Sazali di Universiti Malaya, Datuk Khatijah di UPM, Doktor Norazah di IMR yang telah membangunkan preclinical mRNA dan juga ternyah aktif virus.
Kita telah juga berbincang sekarang ini kolaborasi dengan Universiti Chulalongkorn, Thailand yang mana seorang daripada pembina vaksin mRNA yang berkaitan dengan kolaborasi dengan US telah pun kita hubungi untuk membantu kita.
Di samping komitmen dua syarikat, iaitu CanSino dan juga Sinovac untuk memulakan pembinaan vaksin inoculated virus di negara kita dan kita telah mula merundingkan perkara ini selain daripada beberapa lagi usaha yang telah dijalankan berkolaborasi dengan syarikat daripada India, Bharat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Ipoh Timur,
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Bandar Kuching.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya jemput dahulu this side, Yang Berhormat Tumpat, sila.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya mengucapkan tahniah kepada kementerian iaitu MOSTI kerana berjaya mencapai kapasiti pemberian vaksin sehingga ke suatu tahap yang tinggi sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi melebihi 90 peratus populasi dewasa di negara ini. Kita juga lihat pelbagai kelonggaran sekatan mula dibenarkan dalam negara hasil daripada vaksinasi ini.
Namun begitu, meskipun ramai yang telah menerima vaksin ini, masih terdapat segolongan rakyat Malaysia yang tidak boleh menerima vaksin kerana alahan dan mempunyai penyakit-penyakit tertentu yang tidak membolehkan mereka menerima vaksin kerana dibimbangi kesan yang bakal dihadapi oleh mereka.
Saya difahamkan bahawa kerajaan sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan supaya golongan khas ini diberikan suatu sijil khas yang menandakan mereka tidak boleh menerima vaksin dan sebagainya. Jadi, saya mahu mengetahui daripada segi perkembangannya mengenai sijil khas ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Sila Yang Berhormat Menteri, satu minit.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Terima kasih Yang Berhormat Tumpat. Kita telah pun maklumkan bahawa pada 20 September yang lepas, 80 peratus penduduk dewasa telah pun completed divaksinasikan dan tadi saya maklumkan bahawa ada 5.7 peratus penduduk dewasa yang belum lagi mendaftar dan ia ada banyak sebab seperti ignorant, mereka berpindah, comorbidity dan juga mereka di kalangan anti-vaxxer serta yang paling penting sekarang ini sukar untuk kita capai.
Jadi pada mereka ini kita masih ada program advokasi, masih lagi ada program advokasi supaya mereka terus mendaftar dalam MySejahtera supaya kita boleh memvaksinkan mereka. Sekiranya mereka refuse atau tidak mahu divaksinkan, bermakna nanti satu ketika KKM akan mengeluarkan perintah ataupun cadangan bagaimana kita boleh terus mengurus pandemik COVID-19 tanpa vaksinasi. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Boleh tambah satu lagi? Bandar Kuching.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya bagi tambah satu lagi, Yang Berhormat Bakri.
Puan Yeo Bee Yin - Bakri
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Oleh sebab saya sudah banyak kali saya tanya tentang kos vaksinasi dan PICK secara keseluruhannya akan tetapi tidak dapat jawapan yang memuaskan daripada MOSTI. Pertama adalah daripada RM5 bilion yang diperuntukkan, berapa jumlah keseluruhan yang telah dibelanjakan dan berapakah yang remaining. Kedua adalah berapakah— sebab dari PIKAS kita jual, kerajaan telah meningkatkan peruntukan ataupun perbelanjaan ataupun mendapat pendapatan daripada penjualan vaksin kepada sektor swasta. Berapakah yang kita dapat dan apakah yang dibelanjakan daripada pendapatan tambahan ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Menteri.
Puan Yeo Bee Yin - Bakri
Ketiga adalah...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya cuma allow satu soalan tambahan. Sudah tiga.
Puan Yeo Bee Yin - Bakri
Ini kos terperinci Tuan Yang di-Pertua, sebab sudah dua sidang saya tanya soalan yang sama tetapi tidak dapat jawapan daripada MOSTI.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik.
Puan Yeo Bee Yin - Bakri
Ketiga adalah RM70 juta untuk pembangunan MySejahtera, pangkalan data dan juga sistem temu janji. Saya tanya berkali-kali, siapakah pemenang kontrak tersebut dan juga berapakah yang kita telah belanja, juga tidak dapat jawapan yang memuaskan daripada MOSTI. Harap Yang Berhormat Menteri boleh jawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Bakri. Sila jawab Yang Berhormat Menteri. Kalau detail, hendak jawab bertulis boleh.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Ya, Yang Berhormat ini detail. Walau bagaimanapun, saya akan maklumkan mengenai perbelanjaan yang telah pun dibelanjakan.
Sehingga 20 Ogos untuk program PICK atau pun Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini, sebanyak RM2.8 bilion telah pun digunakan di mana untuk membeli vaksin dan juga logistik vaksin kita belanjakan RM2.6 bilion. Untuk program penyumberluaran program imunisasi oleh pengamal perubatan swasta kita bayar pada mereka RM210 juta, untuk aset program PICK KKM sebanyak RM19 juta, bekalan pakai habis termasuk consumable dan diluent sebanyak RM11 juta, bahan pendidikan vaksin termasuk kad vaksinasi dan borang kebenaran sebanyak RM1.9 million, kos pengurusan pelaksanaan pemberian vaksin sebanyak RM1.3 juta dan surveillance pasca imunisasi dan naik taraf sistem di KKM sebanyak RM443,000.
Tadi saya sudah maklumkan, untuk MOSTI telah belanjakan untuk pengurusan PICK sebanyak RM314 juta daripada RM1 bilion yang diperuntukkan. Ada lebihan dan belum dibelanjakan lagi sehingga tamat program PICK ini.
Yang Berhormat, berkenaan dengan RM70 juta yang MOSTI diberikan peruntukan untuk membuat sistem, bukan semua sistem dibelanjakan RM70 juta ya. Kita ada banyak kriteria dan saya akan berikan kepada Yang Berhormat detail tentang perbelanjaan RM70 juta tersebut. Terima kasih.
3. Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [Parit] minta Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan:
(a) apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh kementerian bagi memberikan pendidikan serta kesedaran mengenai kelestarian sungai bagi memastikan kualiti air sungai terjamin; dan
(b) sejauh mana kah kementerian telah mengambil tindakan yang sewajarnya dalam memastikan kejadian pencemaran sungai tidak berulang.
Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Mansor bin Othman
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Parit yang membangkitkan soalan. Dua isu. Pertama berkenaan dengan pendidikan untuk menjamin kelestarian sungai dan kedua ialah mengenai menangani isu pencemaran sungai.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah melaksanakan beberapa usaha bagi memberikan pendidikan serta kesedaran mengenai kelestarian sungai dan memastikan kualiti air sungai terjamin.
Dalam hal ini, KASA telah mewujudkan program pembangunan denai sungai kebangsaan (DSK) yang merupakan salah satu pendekatan nature-based solution ataupun solusi keberkesanan alam. Program DSK ini berperanan meningkatkan cakna masyarakat terhadap keindahan sungai, meramaikan pengunjung tepian sungai untuk riadah dan secara tidak langsung boleh menghindari aktiviti pembuangan sisa haram.
Di samping DSK, terdapat usaha-usaha pendidikan lain iaitu program-program dengan kerjasama bersama termasuk Rakan Alam Sekitar yang mempunyai ahli seramai 157,000 orang dan sekolah lestari dan green campus di peringkat IPTA. Contohnya di UM, UTM, UKM, USM dan di IPTS, contohnya di UNITEN dan MSU.
KASA melalui Jabatan Alam Sekitar juga telah mengambil tindakan yang sewajarnya dalam memastikan kejadian pencemaran sungai tidak berulang. Antara langkah-langkah yang diambil oleh Jabatan Alam Sekitar ke arah mencegah pencemaran sungai adalah seperti berikut:
(i) mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dengan memfokuskan penguatkuasaan kepada premis- premis yang menghasilkan efluen perindustrian dan terletak di hulu takat pengambilan air;
(ii) melakukan program penguatkuasaan secara berfokus kepada industri yang mempunyai risiko menyebabkan pencemaran melalui pelaksanaan operasi khas seperti Ops Gempur;
(iii) melaksanakan operasi bersepadu yang melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan ke atas punca yang dikenal pasti bermasalah;
(iv) pemantauan melalui rondaan dan dron kepada kawasan- kawasan yang dikesan;
(v) pindaan kepada Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 (AKAS 1974) bagi meningkatkan denda maksimum dan mengenakan denda minimum bagi memastikan hukuman setimpal yang dikenakan ke atas penjenayah alam sekitar; dan
(vi) mengadakan libat urus termasuk memberi pendedahan dan latihan kawalan pencemaran air dengan konsep total maximum dilute, dengan izin, kepada semua agensi pemegang taruh yang terlibat dalam pengurusan sumber air di peringkat Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk bersama-sama mengawal punca-punca pencemaran air yang tertakluk di bawah kementerian, jabatan dan agensi masing-masing.
Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Mansor bin Othman
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila Yang Berhormat Parit, soalan tambahan pertama.
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tahniah saya ucapkan kerana KASA telah pun melancarkan Program Denai Sungai Kebangsaan.
Saya ingin sebut Sungai Perak juga yang melalui kawasan Parlimen Parit, tidak terkecuali di mana Sungai Perak kini telah terkesan dengan berlakunya juga pencemaran, hakisan tebing dan juga pembentukan pulau-pulau kecil yang sedikit sebanyak menghalang atau menyekat laluan air dan ada kalanya cetek.
Jadi, bersesuaian dengan DSK yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi, saya ingin bertanya, setakat ini apakah status semasa sasaran dan usaha yang dijalankan oleh pihak kementerian bagi mencapai matlamat Program Denai Sungai Kebangsaan tersebut, khususnya merujuk kepada kejadian yang berlaku di Sungai Perak dan lain-lain kawasan yang mungkin terjejas akibat masalah ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Parit. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. Satu minit.
Dato’ Mansor bin Othman
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Parit atas soalan tambahan ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat Parit yang membangkitkan isu kelestarian sungai yang dibangkitkan sebentar tadi.
Untuk makluman Yang Berhormat Parit, kita gunakan dua pendekatan untuk pembangunan denai sungai ini. Pertama ialah untuk membina denai yang baharu dan yang kedua ialah untuk penambahbaikan denai yang sedia ada.
Untuk makluman Yang Berhormat juga, panjang DSK yang didaftarkan terkini adalah sepanjang 400 kilometer. Sasaran DSK seperti yang ditetapkan oleh Pelan Strategik KASA ialah sepanjang 1,000 kilometer pada tahun 2023, kemudian 5,000 kilometer pada tahun 2025 dan 10,000 kilometer menjelang tahun 2030.
KASA juga mensasarkan pembinaan denai sungai bagi menangani cabaran sosio alam sekitar, menjamin kelestarian sungai dan sekali gus mengawal sungai daripada risiko serta aktiviti pencemaran.
Melalui program DSK ini, kawasan-kawasan rizab sungai akan dibangunkan sebagai kawasan rekreasi melalui pembinaan denai dan aktiviti pengindahan sungai. Ini secara tidak langsung akan menggalakkan aktiviti seperti beriadah, memancing dan berbasikal di kalangan komuniti setempat serta merangsang aktiviti ekonomi masyarakat setempat seperti river ecotourism, dengan izin.
Program DSK ini juga akan mewujudkan tanggungjawab bersama, sense of belonging antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, badan korporat, badan bukan kerajaan dan komuniti setempat termasuk para pelajar.
Untuk maklumat Yang Berhormat Parit, maklumat spesifik mungkin ada sedikit data di sini. Untuk makluman Yang Berhormat, JPS telah merancang untuk membina denai sungai di Sungai Perak sepanjang 300 meter dengan anggaran kos lebih kurang RM100,000 dan denai sungai di Bidor sepanjang 350 meter dengan anggaran kos RM150,000 yang dijangka dilaksanakan pada tahun 2022. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya tengok ramai yang berminat. Saya jemput Yang Berhormat Pematang Pauh dahulu.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua di atas peluang. Saya hargai usaha yang dilakukan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) tetapi kita maklum bahawa pelaku-pelaku ataupun mereka yang
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh
mencemar sungai tidak langsung memperlihatkan ketakutan. Pada September 2020, gangguan air di Selangor berpunca dari kilang Sungai Gong, tindakan diambil.
Akan tetapi akhir Ogos, satu lagi kilang berasaskan makanan telah dikenal pasti sebagai salah satu punca pencemaran melibat kesan yang begitu besar kepada 324,000 akaun pengguna. Persoalan saya, daripada tindakan yang diambil, saya cuba mengamati tidak ada diumumkan tentang pindaan kepada undang-undang sedia ada, khususnya Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, Akta 655 kerana denda maksimum 10 tahun penjara tetapi tidak melebihi RM500,000.
Jadi, mohon maklum balas terkini memandangkan bawah kerajaan terdahulu pindaan telah dicadang yang melibatkan bukan sahaja rampasan kenderaan yang disyaki mencemarkan lubang kumbahan, tahan orang termasuk denda yang lebih tinggi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Pematang Pauh. Sila Timbalan Menteri satu minit.
Dato’ Mansor bin Othman
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Pematang Pauh atas soalan tambahan ini yang prihatin berkenaan dengan isu pencemaran sekali lagi di sepanjang sungai.
Untuk makluman Yang Berhormat, Akta 1974 ini di peringkat satu telah pun siap dan telah dikemukakan kepada PUU KASA untuk tindakan seterusnya dan untuk ulasan.
Ini maknanya telah dilaksanakan. Seterusnya draf pindaan Akta 1974 akan dikemukakan di pejabat Peguam Negara, AG Chambers untuk kelulusan dan KASA melalui JAS sasarkan untuk dibentang di Parlimen pada suku pertama tahun 2022. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi soalan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya perlu teruskan sebab panjang masa yang saya bagi.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Satu lagi, penting Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya ingin teruskan dengan menjemput Yang Berhormat Kelabakan.
4. Tuan Ma'mun bin Sulaiman [Kalabakan] minta Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan usaha yang telah digerakkan bagi mewujudkan pelaburan baharu dalam bidang logistik di negeri Sabah memandangkan bidang tersebut merupakan bidang terpenting dalam keadaan hari ini di mana pengangkutan komoditi sangat-sangat diperlukan.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Lim Ban Hong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sentiasa memastikan dasar-dasar domestik terus menyokong pertumbuhan ekonomi negara dalam meningkatkan pelaburan-pelaburan baharu.
Dalam hal ini, kerajaan komited melaksanakan pendekatan berfokus dan pendekatan ekosistem untuk mengukuhkan kedudukan negara sebagai destinasi pelaburan yang kompetitif dan berdaya saing. Bagi melaksanakan dua pendekatan ini, MITI berpandangan bahawa pemboleh dengan izin enabler atau elemen asas bagi pengurusan bagi semua jenis aktiviti pelaburan termasuklah perdagangan ialah perkhidmatan logistik.
Dalam perkara ini kerajaan menggalakkan perkhidmatan logistik bersepadu integrated logistics support (ILS) sebagai satu cabang industri logistik yang penting terutamanya bagi menangani kesan akibat penularan COVID-19. ILS merujuk kepada syarikat yang melakukan pelbagai aktiviti perkhidmatan berkaitan logistik dari hujung ke hujung seperti pengangkutan udara, laut, darat dan kereta api.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Lim Ban Hong
Pergudangan dan perkhidmatan serta tambah nilai lain yang membentuk keseluruhan pakej perkhidmatan logistik. Dalam usaha menarik pelaburan asing ke Malaysia kerajaan melalui MITI dan MIDA telah mempergiatkan promosi bagi meningkatkan pembangunan industri logistik tempatan dengan melaksanakan program jangkauan.
Perbincangan meja bulat dan dialog bagi memastikan kerajaan sentiasa dekat dengan syarikat-syarikat ini dalam memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi negara.
Kerajaan akan terus menyokong pertumbuhan syarikat yang menjalankan perkhidmatan logistik bersepadu dengan menawarkan insentif ILS dan status ILS antarabangsa ataupun ringkasnya ILS.
Berdasarkan rekod MIDA sejak tahun 2006 hingga Mac 2021, terdapat 271 buah syarikat daripada sektor logistik di seluruh negara yang diluluskan insentif ILS dan sebanyak 212 syarikat telah diluluskan status ILS. Dalam perkara ini, terdapat dua buah syarikat dari Sabah yang telah diluluskan insentif tersebut namun tiada syarikat dari Sabah yang memperoleh status IILS. Kerajaan melalui MITI dan MIDA juga mengadakan program libat urus dengan syarikat-syarikat logistik di Sabah untuk dikongsi maklumat berkenaan dengan facility dan insentif yang disediakan.
Daripada segi pembangunan infrastruktur Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan dana di bawah RMKe-10 sebanyak RM395 juta untuk projek pembangunan terminal pelabuhan kontena POIC Lahad Datu dan di bawah RMKe- 12, projek pembesaran pelaburan Sepanggar Bay yang dianggarkan perbelanjaannya ialah RM1.027 bilion akan diberi perhatian dan kapasiti pengendalian kontena dijangka dapat ditingkatkan sehingga 875,000 TEU setahun menjelang tahun 2024.
Selain itu, beberapa projek bukan fizikal juga telah dilaksanakan di bawah RMKe- 11 untuk mengenal pasti kekangan dan daya saing dalam bidang logistik di Sabah.
Antaranya kajian pelan induk hab penerbangan dan logistik flight udara di Sabah dan kajian pelan induk pembangunan zon ekonomi bebas di Kota Kinabalu Industry Park
(KKIP), di mana melalui kajian KKIP akan diwujudkan satu kawasan hab logistik di dalam kawasan KKIP yang akan menyokong usaha menjadikannya pelabuhan kontena Teluk Sepanggar sebagai Regional Transshipment Hub dengan izin yang penting di dalam kawasan Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, East ASEAN Growth Area (BIMP-EAGA).
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ringkaskan jawapan.
Datuk Lim Ban Hong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila soalan pertama Yang Berhormat Kalaban.
Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sistem pengurusan logistik dan pengangkutan yang baik dan cekap di kawasan-kawasan berpotensi adalah fundamental kepada aktiviti e-Commerce dan aktiviti perekonomian yang lain seperti Yang Berhormat Timbalan Menteri ketahui Sabah dan Sarawak juga berjiran dengan negara lain iaitu Brunei Darussalam dan Kalimantan Indonesia.
Negara Brunei sekarang juga sedang membina pelaburan mega mereka yang dirancang untuk menjadi hab pengeksportan barangan dan kargo keluar dari Borneo.
Kalimantan Indonesia terus giat membangun sistem jaringan lebuh raya dan pelaburan mereka di seluruh Kalimantan.
Contoh yang terbaik yang saya boleh bagi di sini ialah Tawau. Pelabuhan Tawau pernah menjadi pusat aktiviti barter trading dan transshipment barangan untuk tujuan eksport ke selatan Filipina. Disebabkan ancaman keselamatan yang berlaku selepas terjadinya pencerobohan di Lahad Datu dan perintah berkurung dikuatkuasakan, sehingga hari ini aktiviti ini telah dibekukan hampir empat tahun menyebabkan lebih 400 pemain industri logistik dan penghantaran terjejas disebabkan pedagang dan pengimport dari selatan Filipina telah beralih ke pelabuhan negara jiran iaitu pelabuhan Molukken di Kalimantan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Bagi soalan Yang Berhormat.
Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan
Ya sekejap. Ini ingin saya rekodkanlah. Peluang terbesar yang Sabah berpotensi untuk manfaatkan adalah pembukaan sempadan di Kalabakan untuk kita menarik minat pengeksport, komoditi seperti arang batu dan barangan hasil pertanian di Kalimantan Utara untuk menggunakan perkhidmatan pelabuhan-pelabuhan kita di Sabah.
Laluan perkapalan di Selat Melaka juga semakin popular sekarang. Jadi soalan saya, apakah kementerian melihat dan ingin segera melakukan kajian terperinci untuk pembukaan sepadan di Kalabakan dalam usaha merancakkan aktiviti penawaran perkhidmatan logistik dan penghantaran bagi negeri Sabah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Timbalan Menteri menjawab satu minit.
Datuk Lim Ban Hong
Tuan Yang di-Pertua saya ingin menyatakan bahawa sebenarnya banyak sesi libat urus telah diadakan oleh MITI dan MIDA untuk menggalakkan pembangunan sektor logistik di Sabah dan sewaktu pandemik, kita juga telah melakukan sesi secara maya dengan pemain-pemain industri sektor logistik di Sabah.
Jadi, kita akan sentiasa mendengar dan juga mengambil perhatian tentang pandangan dan juga pendapat yang disuarakan berkenaan dengan pembukaan sempadan yang disebut oleh Yang Berhormat Kalabakan kerana ia bukan sahaja melibatkan Kementerian MITI tetapi ia juga melibatkan Kementerian-kementerian yang lain. Jadi saya fikir perkara ini akan dibincangkan dengan Kementerian-kementerian berkaitan berkenaan dengan pembukaan sempadan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Kota Samarahan.
5. Puan Rubiah binti Haji Wang [Kota Samarahan] minta Perdana Menteri menyatakan:
(a) status terkini Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Perjanjian Malaysia 1963; dan
(b) pelan tindakan yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan dalam mengembalikan hak-hak keistimewaan kepada Sabah dan Sarawak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) - Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjawab soalan ini, sekali gus dengan soalan Ahli Yang Berhormat Bandar Kuching pada hari ini juga serta Ahli Yang Berhormat Lanang, Ahli Yang Berhormat Sibu, Ahli Yang Berhormat Tuaran pada 6 Oktober 2021 kerana soalan-soalan ini ada berkaitan.
Perkara-perkara yang dibangkitkan adalah berkaitan Perjanjian Malaysia 1963, Majlis Khas Perjanjian Malaysia (MA63) serta jawatankuasa-jawatankuasa yang telah ditubuhkan di bawah Majlis Khas MA63.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Jawatankuasa Khas Kabinet untuk melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (JKKK MA63) yang ditubuhkan oleh kerajaan sebelum ini iaitu pada tahun 2018 hingga 2019 telah pun dibubarkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan pada 15 Januari 2020.
Jawatankuasa Khas Kabinet (JKKK MA63) itu dahulu ialah persetujuan dasar untuk melaksanakan tuntutan MA63 yang masih memerlukan tindakan lanjut melibatkan perubahan dasar, pindaan undang-undang sama ada di peringkat Persekutuan atau peringkat negeri yang melibatkan juga pelbagai kementerian dan pelaksanaan.
Melalui Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (Majlis Khas MA63) yang telah ditubuhkan pada 9 September 2020, hak-hak yang dituntut di Sabah dan Sarawak terus
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) - Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
diteliti dan diperhalusi secara bersama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak. Sehingga kini, majlis telah bermesyuarat dua kali iaitu pada 2 Disember 2020 dan 13 April 2021 dan akan bermesyuarat semula pada Oktober iaitu selesai sahaja Mesyuarat Pertama Penggal Keempat ini iaitu Parlimen Keempat Belas selesai bersidang.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam memperhalus tuntutan-tuntutan dan hak-hak Sabah dan Sarawak ini, empat jawatankuasa kerja telah ditubuhkan di bawah Majlis Khas MA63. Jawatankuasa Kerja Rakan Sekutu (JKRS) yang largely dealing dengan perundangan. Membincangkan dengan pindaan 1(2) dan Perkara 160(2) mengenai tafsiran Persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Sabah dan Sarawak membincangkan perkara-perkara berkaitan keselamatan negeri seperti isu sempadan negeri Sarawak, isu imigresen seperti IMM13, Kad Burung-Burung, kad banci dan PSS di negeri Sabah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ringkaskan jawapan Yang Berhormat Menteri, minta ringkaskan.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Jawatankuasa Infrastruktur Asas Negeri Sabah dan Sarawak seperti...
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Papar, Sabah.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
...jalan raya, elektrik, kesihatan, pendidikan, digital, kemiskinan dan perumahan rakyat termiskin. Keempat, Jawatankuasa Perundingan Bersama Mengenai Pemberian Khas di bawah Perkara 112, Perlembagaan Persekutuan iaitu berkenaan dengan semakan semula pemberian khas di bawah Perkara 112, Perlembagaan Persekutuan dalam Jadual tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan yang pertama...
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Papar, Papar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Kota Samarahan dahulu, soalan pertama.
Puan Rubiah binti Wang - Kota Samarahan
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang telah diberikan. Perjanjian Malaysia 1963 merupakan perkara yang amat penting dan asas dalam pembentukan Malaysia. Soalan tambahan saya, apakah langkah yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan rakyat mengenai Perjanjian Malaysia 1963? Bukan sahaja untuk masyarakat di Sarawak dan Sabah, malah di peringkat Persekutuan. Maksudnya, di Semenanjung Malaysia. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kota Samarahan. Sila Yang Berhormat Menteri satu minit.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Terima kasih. Satu persoalan yang sememangnya begitu penting sekali. Tuan Yang di-Pertua, kita membincangkan beberapa perkara di bawah tajuk tersebut. Satu, adalah membuat semakan kepada syllabus di peringkat sekolah supaya sejarah penubuhan Malaysia iaitu diajar lebih luas di peringkat sekolah, khususnya sekolah menengah dan juga di peringkat tertiary institution.
Dalam hal ini, kita ada makluman dengan Kementerian Pendidikan, sekali gus juga dengan Kementerian Perpaduan Negara supaya lebih luas pengertian di peringkat negeri Sabah khususnya— saya rasa Kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Negeri Sabah juga sudah memulakan program pengedaran maklumat, khasnya bagi mereka di kalangan belia dan beliawanis.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Papar, Papar, Papar.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Kota Belud.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Bandar Kuching.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Papar.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Papar.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Kota Belud.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Dia ada tanya Bandar Kuching.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan saya juga berkenaan dengan MA63. Adakah Kerajaan Persekutuan pernah menghantar laporan kemajuan ataupun progress report negeri Sabah ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu? Kalau ada, bolehkah kerajaan memberi salinan kepada negeri Sabah? Kalau tidak ada, mengapa? Adakah ini tidak akan melanggar dan adakah ini tidak akan ada implikasi undang-undang dalam pembentukan Malaysia? Terima kasih.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Boleh tambah satu soalan?
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
Boleh tambah soalan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Menteri, jawab dahulu.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Yang Berhormat Penampang, dalam perkara ini sebenarnya kita cukup terbuka. Di peringkat Parlimen pun kita jawab hampir semua soalan yang dipohon mengenai dengan perkembangan dan fokus yang dilakukan oleh Majlis Khas. Jadi, kita begitu terbuka sekali sebenarnya.
Mengenai dengan membuat laporan terakhir, kerajaan masih lagi berterusan dan sebahagian khususnya hal-hal yang berkaitan dengan perundangan, khususnya mengenai dengan perbincangan minyak dan gas. Ini masih berterusan dan tidak boleh diedarkan sebelum lagi selesai. Dalam hal yang sama, apabila saya mengambil tugas menjaga perihal MA63, semua fail yang diserahkan kepada saya dicap rahsia oleh Kerajaan Pakatan Harapan sebelum itu.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
So, bukan saya yang sign tetapi dengan itu kita- kerana itu adalah...
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
Boleh kasi buka sedikit? You can unclassify it.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
...perbincangan dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak serta Persekutuan mesti berterusan dan belum lagi...
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
Tiada masalah untuk declassify.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
...untuk dibuka. Namun, kita boleh buat laporan dan kita boleh beri taklimat kepada Ahli-ahli Parlimen Sabah dan Sarawak jika perlu.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Saya beri satu lagi peluang kepada...
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Bandar Kuching, satu lagi.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Soalan tambahan, Kota Belud.
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
Soalan tambahan.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
Soalan pada hari Monday pun tidak dijawab, soalan bertulis.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Okey. Saya tanya soalan. Yang Berhormat Menteri...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Bandar Kuching ya.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Saya meneliti jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi dan Yang Berhormat Menteri telah menegaskan bahawa di bawah PH ada satu laporan khas yang dikeluarkan. Sejumlah 17 daripada 21 perkara telah dipersetujui. Tadi kata ada cap rasmi tetapi sekarang Yang Berhormat Menteri, kalau hendak didedahkan, declassify it, boleh classify.
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
Declassify it, declassify it.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Jangan main takut-takut...
[Dewan riuh]
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Apa yang dipersetujui oleh PH pada masa itu, satu bipartisan Parliamentary Select Committee akan ditubuhkan untuk monitor, memantau implementasi apa yang telah dipersetujui. Jadi, adakah kerajaan ini akan declassify. Jangan...
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
Apa yang takut?
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Ini hak kita. Adakah kerajaan akan tubuhkan sekali lagi jawatankuasa tersebut supaya kita dapat melihat progress apa yang dilakukan. Satu setengah tahun sudah. Berapa jawatankuasa telah ditubuhkan. Apa yang telah dilakukan. Ini hak kita. Berapa lama kita hendak tunggu. Jadi, jawablah. Jangan tuduh PH. Kalau tidak rahsia, declassify sekarang juga. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Ambil perhatian kepada perkara itu tetapi kebanyakan perkara ini masih berterusan khususnya mengenai dengan commercial settlement. Kita perlu menyelesaikan dahulu ini sebelum kita edarkan keputusan dan juga apa-apa keputusan kita berkait kepada Kerajaan Negeri Sabah, Kerajaan Negeri Sarawak. Mereka juga boleh memberi makluman kepada umum dengan saya.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Satu jawatankuasa untuk memantau.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya tidak benarkan tambahan sebab peraturan mesyuarat kata maksimum tiga. Minta maaf. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Tuan Lim Guan Eng, Bagan.
6. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta Menteri Pengangkutan menyatakan status kehilangan pelaburan luar negeri daripada projek Apricot, Facebook dan Google dan anggaran RM12-15 bilion oleh MDEC ekoran dasar Kerajaan PN yang membatalkan pengecualian kabotaj untuk syarikat teknologi tinggi yang diberikan oleh Kerajaan PH.
Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Tuan Yang di- Pertua, semasa ucapan penggulungan titah diraja, Kementerian Pengangkutan pada 22 September yang lalu, pengecualian Dasar Kabotaj yang diberikan untuk aktiviti pembaikan kabel dan salur sebelum ini hanyalah merujuk kepada pengecualian ke atas proses pengesahan ketiadaan kapal tempatan yang perlu diperoleh oleh kapal asing sebelum memohon domestic shipping license (DSL). Apa yang berlaku ialah semasa pengecualian diberikan, DSL hanya dipohon setelah sesebuah kapal asing masuk ke perairan Malaysia.
Kementerian Pengangkutan berpandangan adalah lebih elok dan teratur permohonan DSL dibuat terlebih dahulu sebelum sesebuah kapal yang memasuki perairan Malaysia. Ini soal kedaulatan negara. Walaupun pengecualian tersebut telah dibatalkan, kapal-kapal asing yang terlibat dengan pembaikan kabel dasar laut masih boleh beroperasi di perairan Malaysia.
Ini dibuktikan dengan kelulusan 10 DSL kepada dua buah kapal asing iaitu Asian Explorer dan Asian Restorer bagi tempoh Disember 2020 hingga Ogos 2021. Malahan kelulusan DSL telah diberikan dalam tempoh tiga hari sahaja berbanding lima hingga tujuh hari yang diambil sebelum ini ketika pengecualian berkuat kuasa pada zaman PH.
Balik kepada soalan Yang Berhormat Bagan, projek Apricot adalah projek pemasangan link kabel. Baik semasa zaman pemerintahan BN, PH atau kerajaan sekarang di mana polisinya tetap sama iaitu masih tertakluk kepada Dasar Kabotaj yang diamalkan sejak tahun 1980. Pengecualian Dasar Kabotaj sekarang hanyalah kepada kerja pembaikan kebel dan dasar laut ini dan ia tidak menghalang kemasukan pelaburan asing dalam industri digital.
Ini dapat dilihat melalui pelaksanaan projek kabel dasar laut baharu seperti MIST cable sistem yang menghubungkan Malaysia, Singapura, Myanmar, Thailand, India dan juga India-Asia-Xpress cable system atau IAX. Sistem kabel dasar laut Apricot akan menghubungkan Singapura, Jepun, Guam,Filipina dan juga Indonesia.
Sepertimana yang telah diumumkan oleh syarikat Arus Restu Sdn Bhd iaitu syarikat tempatan yang bertanggungjawab membina stesen pendaratan kebel dasar laut untuk sistem kabel MIST di Selangor pada 23 Ogos 2021. Sistem kabel MIST akan disambungkan dengan sistem kabel Apricot untuk menyediakan laluan alternatif yang menghubungkan pelbagai bandar utama di Asia Pasifik dengan selamat dan meningkatkan lagi kapasiti internet di rantau ini. Perhubungan kedua-dua sistem ini juga akan menyambungkan Malaysia secara terus dengan Guam, Jepun dan juga Taiwan.
Berdasarkan hasil perbincangan dalam mesyuarat yang dilaksanakan olek KKMM berhubung perkara ini pada 9 September 2021, penglibatan atau ketidakpenglibatan Malaysia dalam projek Apricot atau projek-projek lain adalah berdasarkan kepada pelbagai faktor, termasuklah tawaran yang diberikan dan syarat yang ditetapkan oleh Tech Giant.
Oleh yang demikian, pelaksanaan Dasar Kabotaj tidak wajar dipersalahkan sebagai satu-satu faktor sahaja apabila Malaysia tidak terlibat dalam projek tersebut apatah lagi projek Apricot adalah projek pemasangan kabel yang tertakluk kepada pematuhan dasar kabotaj sejak 1980 termasuk zaman pemerintahan PH pun tidak memindanya.
Kementerian Pengangkutan akan terus menambahbaikkan sistem penyampaian perkhidmatan yang telah dilaksanakan ke atas proses permohonan DSL melalui menaiktarafkan sistem elektronik DSL iaitu eDSL. Kementerian juga berpandangan bahawa kerajaan perlu mengimbangi inisiatif dan usaha pelaburan digital pihak luar dengan usaha-usaha membina kapasiti industri perkapalan tempatan, mengurangkan kebergantungan negara kepada kapal asing serta memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terjamin agar tidak menjejaskan kepentingan negara. Terima kasih.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan terima kasih jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan. Akan tetapi saya agak kesal bahawa Yang Berhormat Menteri tidak menjawab soalan. Di mana bila kita sebut tentang pelaburan luar negeri iaitu yang bernilai tinggi dan juga yang berteknologi tinggi khususnya dalam sektor digital yang tidak mahu datang ke Malaysia untuk buat pelaburan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya hendak sebut di sini dengan izin. In August, news reported that Apricot Facebook and Google new subsea cable aiming and boosting regional activity bypass Malaysia and Thailand. Facebook said in a statement that the cable system extracted to launch in 2024 would provide an initial design capacity of more than 190 terabits per second to meet rising data demand in the region and support upcoming Echo and Bifrost cables which were also not connected to Malaysia. Without submarine cables, data centres do not flourish and at that point, how we can attract digital investments that matter. Saya perhatikan di sini, Yang Berhormat Menteri is in a state of denial. Tidak mahu mengakui bahawa Dasar Kabotaj beliau yang silap telah menghalau pelaburan-pelaburan yang sepatutnya datang ke Malaysia. Saya sebut di sini ini bukan dari pembangkang. Ini bukan datang dari pembangkang.
Ini datang daripada pengerusi MDEC, Dr. Rais Hussin iaitu daripada kerajaan sendiri yang menyatakan bahawa Yang Berhormat Menteri silap dan menyebabkan pelaburan luar negeri di antara RM12 bilion hingga RM15 bilion tidak akan melabur ke Malaysia. Sekiranya dalam kerajaan MDEC satu GLC specialist untuk menarik pelaburan luar negeri tidak datang ke Malaysia dan mempersalahkan Yang Berhormat Menteri.
Bolehkah Yang Berhormat Menteri sebutkan di sini.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Kalau kita silap, kita betulkan demi kepentingan nasional. Itu tidak jadi masalah.
Asalkan masa hadapan...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, minta soalan Yang Berhormat.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ya, ya. Asalkan masa hadapan. Ini soalan.
Bolehkah Dasar Kabotaj ini dibatalkan kerana sungguhpun Yang Berhormat Menteri cakap tidak ada kaitan tetapi pengerusi MDEC sendiri cakap.
Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Soalankah apa ini?
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Itu pelaburan luar negeri RM12 bilion hingga RM15 bilion.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan, soalan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
I’m asking a question. So, bolehkah...
Tuan Yang di-Pertua
Ask a question lah.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Dasar Kabotaj ini, bolehkah ia dibatalkan supaya kita tidak kehilangan pelaburan seperti mana yang disebut oleh pengerusi MDEC sendiri.
Ini perkara penting supaya we do not only protect...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, tiada perbahasan. Tolong, tolong.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Harap jangan mengelirukan Dewan yang mulia ini dengan jawapan yang tidak berasas. Terima kasih.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di- Pertua. Izinkan saya sedikit masa untuk menerangkan Yang Berhormat Bagan ini. Apa yang berlaku ialah pertama, Apricot ini adalah satu projek alternatif.
Apabila berlakunya perang perniagaan iaitu trade war antara US dengan China pada tahun 2015 sebelumnya, semua kabel lama daripada Hong Kong, Jepun ke Singapura. Kawasan ini ada banyak kabel lama. Apabila berlakunya trade war, mereka telah memulakan satu laluan alternatif menggunakan Apricot dari asal diilhamkan pada masa itu.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Mereka melalui Pacific Ocean. Pacific Ocean daripada segi geografinya tidak melalui Malaysia. Dia melalui Jepun, Taipei, Filipina, masuk ke Lautan Jawa dan Makassar terus ke Singapura. Ininya 12,000 kilometer bagi Projek Apricot. Ini pemasangan kabel, Dasar Kabotaj kita ialah pembaikan. Dua perkara yang berlainan.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Pemasangan masih tertakluk kepada Dasar Kabotaj sejak Tun menjadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Itu memang ada. Apa yang berlaku sekarang, Yang Berhormat gunakan soal pembaikan tetapi projek ini adalah pemasangan. Apa yang Pengerusi MDEC kata itu tidak betul kerana Dasar Kabotaj ini hanya diguna pakai dalam konteks pembaikan bukannya pemasangan, itu pertama.
Kedua, Yang Berhormat tanya sama ada kita bincang. Kita berbincang. Pada 9 September yang lalu, semua kementerian duduk berbincang termasuk KPDNHEP, termasuk juga KKMM dan KDN. Kita mengambil pandangan semua mengimbangi kedaulatan negara ini penting. Yang sebelum ini, kita benarkan mereka masuk mereka tak perlu minta domestic shipping license (DSL) untuk masuk ke Malaysia...
Tuan Yang di-Pertua
Seminit lagi ya.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Sekarang kita bagi tiga hari. Kalau tak ada kapal Malaysia, benarkan mereka bawa. Sudah ada bukti 10 buah kapal asing masuk, tak wujud kata kita menyekat mereka masuk. Pemasangan dengan pembaikan dua perkara konsep yang berlainan. Itu saya minta Yang Berhormat baca balik kenyataan yang dibuat oleh Arus Restu Sdn. Bhd. (ARSB), syarikat yang tengah buat MIST.
Apa yang saya terangkan tadi, MIST ini dari India ke Singapore, Singapore ke Jepun. Dua rangkaian membentuk satu sistem. Yang memulakan Projek Apricot ini adalah entiti dari Jepun. Projek daripada MIST ini sebenarnya entiti juga adalah pemegang saham utama dalam syarikat Orient Link Limited. Yang Berhormat boleh semak, Yang Berhormat sebagai mantan Yang Berhormat Menteri Kewangan.
Kedua-dua daripada satu bapa yang sama sekarang dikatakan kesalinghubungan itu ada antara Malaysia dengan semua negara. Jadi, soal bypass peruntukan Malaysia itu tidak masuk akal. Saya sedia berdebat dengan Yang Berhormat. Dahulu kata saya tidak layak menjadi Presiden MCA, sekarang saya mencabar satu jam kita boleh bincang bicara apa-apa program kita bincang, terima kasih.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
[Tepuk] [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Soalan tambahan kedua kena sebelah sini. [Merujuk kepada blok kerajaan] Maaf Yang Berhormat, ini bukan sesi perbahasan. Maaf, maaf, maaf. Soalan tambahan nombor dua ada siapa di sini? Kalau tak ada, saya bagi Yang Berhormat Bagan? 30 saat Yang Berhormat tolong. Tak ada perbahasan, tak ada perbahasan?
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Tadi Yang Berhormat Menteri menyatakan...
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Ada, ada.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Saya terima cabaran daripada Yang Berhormat Menteri. Bila-bila tetapkan masa, saya akan datang. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri cara sebut bahawa Pengerusi MDEC silap.
Pengerusi MDEC, Datuk Dr. Rais Hussin Mohamed Ariff cakap tidak betul. Kalau sekarang, anda bergantung kepada laporan daripada syarikat swasta untuk menghentam seorang Pengerusi daripada syarikat berkanun daripada kerajaan. Saya hendak tanya, adakah Datuk Dr Rais Hussin akan dipecat? Adakah apa yang disebut sebagai kepakaran.
Sekarang Yang Berhormat Menteri menolak sama sekali, siapa yang betul sekarang?
Tuan Yang di-Pertua
Alright, Terima kasih.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Because the issue here is... [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Tak ada isu sudah. Faham, faham. Soalan itu difahami, soalan itu difahami.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri, silakan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] .
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Okey...
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Apakah RM12 bilion hingga RM15 bilion punya pelaburan luar negeri...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, tolong.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] .
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Bagan. Yang Berhormat Bagan, tolong duduk. Yang Berhormat Menteri, seminit.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Tuan Yang di-Pertua, 30 saat saya jawab.
Senang sahaja. Buktikan kepada saya cadangan asal Apricot melalui Malaysia? Kontrak dokumen saya pernah tengok. Tak ada, dia melalui Pacific Ocean? Mana ada? [Dewan Tepuk] Kedua, mesti melalui Selat Melaka, maka Projek MIST itu dihubungkan peratus Aprikot Yang Berhormat. Ini common sense.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
No, you are not answering the question. I’m asking about… [Pembesar suara dimatikan]
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Kedua..
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri sedang jawab.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Dasar Kabotaj adalah...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Bagan.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Dasar Kabotaj adalah– Saya tengah jawab Yang Berhormat. Yang Berhormat Bagan buat apa?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Bagan duduk!
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Yang Berhormat, Dasar Kabotaj di bawah kuasa Yang Berhormat Menteri Pengangkutan. Dimulakan dengan tahun 1980. Kenapa kita– boleh tanya pada Yang Berhormat Langkawi. Dulu tak ada setitik pun minyak petroleum dibawa oleh kapal Malaysia, sekarang sudah ada.
Dalam konteks ini, kita bagi kapal asing masuk ke Malaysia, tetapi masuk ke rumah bagi salam, ketuk pintu kerana ini kedaulatan kita. Takkanlah kita tak boleh bagi peluang. Kalau tak ada, kita benarkan. So, what’s the issue? Pemasangan masih tertakluk zaman Yang Berhormat Seremban pun tak pinda pasal pemasangan.
Ini Yang Berhormat sebut pemasangan Aprikot. Ia bukan pembaikan. Yang Berhormat bawa dasar tentang pembaikan jadi, tak ada correlation langsung. Yang Berhormat Pengerusi MDEC kata yang disebut oleh Yang Berhormat tadi ini bukan kuasa saya memecat sesiapa. Kita berbincang secara profesional. Yang Berhormat kena faham profesional.
Ini bukan saya ambil dari pasar malam. Semua data itu saya boleh hantar kepada Yang Berhormat untuk baca. Terima kasih.
7. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [Bachok] minta Perdana Menteri menyatakan langkah untuk terus memberdaya insiatif digitalisasi ekonomi sebagai kesinambungan kepada fasa reform dalam ekonomi negara.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) - Dato’ Eddin Syazlee bin Shith
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah melancarkan agenda MyDIGITAL bagi menjayakan aspirasi transformasi Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi yang berpacukan teknologi dan pendigitalan serta sebagai peneraju serantau dalam ekonomi digital.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) - Dato’ Eddin Syazlee bin Shith
Usaha untuk memperhebatkan ekonomi digital akan dilaksanakan dengan menyediakan persekitaran yang menyokong pertumbuhan memperkukuh penyediaan infrastruktur dan perkhidmatan digital serta membangunkan bakat digital tersedia masa hadapan. Dalam hal ini, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah proaktif antaranya seperti berikut; menubuhkan Majlis Ekonomi Digital dan 4IR negara bagi menetapkan, melaksana serta memantau dasar strategi dan inisiatif serta menyediakan perkhidmatan dalam talian termasuk perkhidmatan dan talian peringkat awal ke akhir penerima gunaan teknologi digital dalam penyampaian sektor awam dan mudah cara perniagaan dan perkembangan ekonomi digital.
Selaras dengan usaha yang dilaksanakan, kerajaan melalui RMKe-12 akan terus komited dengan memberi tumpuan untuk melonjakkan pendigitalan dan teknologi termaju bagi membangunkan ekonomi berasaskan teknologi tinggi. Usaha untuk memperhebat ekonomi digital akan dilaksanakan dengan penyediaan persekitaran yang menyokong pertumbuhan, memperkukuh penyediaan infrastruktur dan perkhidmatan digital serta membangunkan bakat digital tersedia pada masa hadapan.
Langkah-langkah dalam RMKe-12 yang akan diberi tumpuan antaranya menyediakan platform kepada pusat pemudah cara setempat dalam membantu Perusahaan Mikro Kecil Sederhana (PMKS) untuk mengakses pembudayaan kemudahan dan khidmat nasihat dengan lebih baik.
Kedua, memperkenalkan langkah-langkah awal setia dalam menyediakan ekosistem yang kondusif meneraskan dasar berkaitan perancangan pemasangan infrastruktur digital, memperkenalkan perkhidmatan telekomunikasi sebagai utiliti awam di bawah Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984, tambah baik rangkaian 4G sedia ada dan mempergiat kerjasama antara sektor awam dan swasta.
Pandemik COVID-19 juga telah meningkatkan kemampuan untuk mendapatkan teknologi digital dalam kelangsungan perniagaan. Di samping pembangunan sosioekonomi yang makmur inklusif dan mampan. Sehubungan dengan itu, kerajaan melalui RMKe-12 akan memberi tumpuan bagi melonjakkan pendigitalan dan teknologi termaju bagi membangunkan ekonomi berasaskan teknologi tinggi.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan satu.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Saya meneliti rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia yang sangat komprehensif dalam mendepani transisi ke arah digitalisasi ekonomi pada masa akan datang.
Kita sendiri masih lagi berada dalam fasa melonjakkan penerima gunaan bagi pengukuhan asas digital dalam negara kita. Sebagai titik tolak ke fasa inklusiviti merentas ekonomi digital, seterusnya meletakkan Malaysia sebagai pengeluar pasaran serantau bagi produk digital dan penyedia penyelesaian digital.
Antara yang menjadi perhatian saya, adalah soal keselamatan siber yang turut menjadi fokus penting saat kita beralih ke fasa digitalisasi ekonomi ini dengan selamat dan mendapat kepercayaan ataupun trust di kalangan rakyat. Ini disebabkan pelbagai kes-kes scammer atas talian yang terus berlaku sehingga hari ini. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, apakah rancangan kerajaan untuk memperkukuhkan aspek keselamatan siber yang lebih menyeluruh selain perlindungan terhadap data rentas sempadan?
Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, satu lagi soalan iaitu saya ingin tahu langkah strategik kementerian untuk memperluaskan ekonomi digital ke pedalaman dan negeri- negeri kurang membangun seperti Sabah, Sarawak dan Kelantan bagi mendekatkan jurang ekonomi digital. Terima kasih.
Dato’ Eddin Syazlee bin Shith
Ya. Terima kasih kepada Yang Berhormat Bachok. Untuk makluman Yang Berhormat kita mempunyai blueprint economy digital yang objektifnya untuk memberi galakan kepada pemain industri dan juga memanfaatkan modal insan serta mempertingkatkan ekosistem yang bersepadu bagi masyarakat untuk
Dato’ Eddin Syazlee bin Shith
menguasai ekonomi digital. Ini termasuklah melalui peningkatan enam teras, termasuklah membina persekitaran digital yang selamat dan beretika. Ini bagi menjawab soalan yang pertama tadi, berkenaan isu keselamatan.
Selain daripada itu saya percaya juga SKMM dan juga pihak polis sentiasa memantau kegiatan aktiviti melalui internet yang jelas melanggar peruntukan undang- undang yang sedia ada seperti Akta 233 dan juga Kanun Keseksaan. Akan tetapi untuk...
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Pasir Gudang Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Padang Serai.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Simpang Renggam.
Tuan Yang di-Pertua
Sudah habis dah?
Dato’ Eddin Syazlee bin Shith
Belum habis jawab lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Belum habis lagi.
Dato’ Eddin Syazlee bin Shith
Ya.
[Ketawa] Terperanjat saya. Sekejap ya.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Tuan Yang di-Pertua 36(7). Tuan Yang di-Pertua, 36(7) iaitu Tuan Yang di-Pertua boleh mengehadkan masa bagi Ahli berucap jika perlu. Saya, daripada Yang Berhormat Kota Marudu dan Yang Berhormat Kuala Pilah, saya tidak tahu orang lain, tetapi kami tidak faham apa yang mereka cakap dan tidak dengar.
Saya kira sepatutnya bagi pihak Menteri yang menjawab, perlu jelas jawapannya sebab kami yang bertanya inginkan jawapan jelas, jika tidak, diberikan jawapan bertulis ataupun diwakilkan kepada Menteri ataupun Timbalan Menteri.
Kami menghabiskan berpuluh-puluh minit hanya untuk mendengar dan melihat tetapi tidak faham apa yang diperkatakan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok
Tuan Yang di- Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh bercakap kuat sikit. Ya.
Dato’ Eddin Syazlee bin Shith
Yang Berhormat Simpang Renggam...
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Itu teguran, sekarang soalan.
Dato’ Eddin Syazlee bin Shith
Ya, ya terima kasih atas teguran. Suara saya ini agak...
Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim
Tuan Yang di-Pertua, 36(7) itu interpret dia tidak betul itu. Peraturan Mesyuarat 36(7) nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau nama Raja-Raja Melayu atau Tuan Yang Terutama...
Tuan Yang di-Pertua
Ya, saya...
Datuk Haji Awang bin Hashim
...Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri tidak boleh digunakan bagi mempengaruhi Majlis Mesyuarat. Tidak betul itu. Yang Berhormat Simpang Renggam sebut 36(7).
[Dewan riuh]
Datuk Haji Awang bin Hashim
Tidak betul, 36(7).
Dato’ Eddin Syazlee bin Shith
Kalau tidak betul, biar saya sambung jawapan.
Mana yang betul?
[Ketawa]
Datuk Haji Awang bin Hashim
Bagi sebut yang betullah Yang Berhormat Simpang Renggam.
Tuan Yang di-Pertua
35(7).
Datuk Haji Awang bin Hashim
Mana boleh.
Dato’ Eddin Syazlee bin Shith
Kalau tidak betul...
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Pokoknya sudah betul...
Datuk Haji Awang bin Hashim
Ini sudah...
Tuan Yang di-Pertua
Tidak apa, tidak apa, itu soalan am lah sebenarnya.
Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jangan kita buang masa.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
35(7) Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, ya.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Terima kasih.
Dato’ Eddin Syazlee bin Shith
Okey.
[Ketawa] Jadi di samping penerangan yang saya berikan, saya akan berikan jawapan bertulis sebab suara saya tidak berapa jelas. Jadi, antara objektif yang saya sebutkan enam teras tadi, pendekatan adalah untuk membina persekitaran digital yang lebih selamat dan beretika. Ini daripada segi keselamatan, kita serahkan pada pihak SKMM dan pihak polis. Daripada segi keselamatan juga, kita mempunyai peruntukan rang undang-undang Akta 233 dan juga Kanun Keseksaan. Minta bertenang.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok
Tuan Yang di- Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Sudah habis.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok
Tuan Yang di-Pertua oleh sebab...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Rasah, Rasah.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok
Sekejap. Saya tidak dapat jawapan dengan jelas suara. Bachok, Bachok.
Tuan Yang di-Pertua
So, ya.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok
Saya faham...
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Padang Serai.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok
...Timbalan Menteri mungkin tidak sihat, saya mohon jawapan bertulis.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan. So, jadi Yang Berhormat Timbalan Menteri tolong beri jawapan bertulis dalam masa lima hari bekerja.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Rasah.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Gudang. Soalan nombor dua.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri soalan saya, bolehkah Perdana Menteri perbaiki sistem digital e-Lelong yang dilaksanakan oleh pihak Mahkamah Tinggi Malaya sejak 2018 yang telah menyebabkan kehilangan, kerosakan dan kerugian kepada lebih 2,000 pelelong berlesen di seluruh Malaysia yang periuk nasi mereka telah terjejas akibat teknologi digital yang dilaksanakan tanpa prihatin kepada mereka yang berlesen ini.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pasir Gudang saya rasa soalan itu tidak berkenaan dengan soalan yang original itu. So...
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Jawab secara bertulis.
Tuan Yang di-Pertua
Akan tetapi jawapan bertulis bolehlah ya.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Boleh, bertulis boleh.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh beri jawapan bertulis itu.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tuan Yang di-Pertua, minta satu lagi soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Tidak. So,Yang Berhormat Timbalan Menteri saya minta jawapan bertulis untuk yang tadi soalan Yang Berhormat Pasir Gudang.
Dato’ Eddin Syazlee bin Shith
Ya, saya insya-Allah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tuan Yang di-Pertua minta satu...
Tuan Yang di-Pertua
Maaf, saya banyak lagi soalan. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Raub.
8. Tengku Zulpuri bin Raja Puji [Raub] minta Menteri Kerja Raya menyatakan tarikh penyiapan dan beroperasi sepenuhnya Central Spine Road. Jumlah kos yang dibelanjakan adakah mengikut bajet yang dicadangkan.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Arthur Joseph Kurup
Tuan Yang di- Pertua, Projek Jalan Central Spine (CSR) merupakan projek membina jalan baharu dan menaik taraf jalan yang sedia ada tanpa tol sepanjang 306.8 kilometer yang menghubungkan dua negeri iaitu daripada Kuala Krai, Kelantan ke Lebuhraya Pantai Timur di sebelah Karak, Pahang. Projek ini melibatkan enam pakej utama yang telah dipecahkan kepada 26 sub pakej. Sehingga kini status pelaksanaan Jalan Central Spine ini adalah seperti berikut.
Jalan yang sudah siap pembinaan adalah lapan subpakej dengan jarak sejauh 89.25 kilometer. Dalam pembinaan adalah sebanyak 12 subpakej dengan jarak sejauh 134.3 kilometer. Sedang dalam perolehan adalah satu subpakej dengan jarak 20 kilometer dan yang dalam perancangan tetapi sudah lulus pelaksanaannya adalah sebanyak lima subpakej dengan jarak sejauh 55.05 kilometer.
Projek CSR ini dijangka siap dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2025 dan ia melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM7.24 bilion. Kos tersebut telah diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE) di Jabatan Perdana Menteri dan jumlah kos yang dibelanjakan setakat ini adalah mengikut bajet yang dicadangkan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, apabila siap sepenuhnya Jalan Central Spine ini, ia akan bersambung dengan Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai, Kelantan bagi meningkatkan accessibility dan mobility laluan ke Pantai Timur. Ini adalah sebahagian daripada jajaran yang diperakukan oleh Laporan Highway Network Development Plan 2030 (HNDP 2030).
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Arthur Joseph Kurup
Ini bererti bahawa secara kesimpulannya, jarak dari Kota Bharu ke persimpangan LPT akan dikurangkan daripada 452 kilometer kepada 418 kilometer dan merupakan penjimatan sebanyak 34 kilometer. Masa juga akan dikurangkan daripada tujuh jam kepada 4.5 jam sahaja dan merupakan impak yang besar kepada semua pengguna jajaran tersebut. Sekian, terima kasih dan terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Tengku Zulpuri Shah.
Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji - Raub
Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Okey, soalan tambahan saya, pada awal Januari 2021 ya, banjir besar seperti tahun 1971 telah berlaku di kampung-kampung tradisi di Parlimen Raub. Sebahagian daripada jajaran jalan Spine Road ini telah ditenggelami air banjir seperti jalan ke Ulu Renggol, Kampung Ajal, Kampung Kuala Dong, Kampung Chenua, Kampung Pia serta Kampung Sengkela.
Soalan saya, adakah reka bentuk baharu bagi mengatasi banjir ini? Jika ya, berapakah kos tambahan dan adakah schedule jadual siap akan berubah? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat semua, sebenarnya tadi, Yang Berhormat Tengku Zulpuri Shah itu, itulah contohnya soalan tambahan sepatutnya ditanya. Right to the point, ya. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Yang Berhormat daripada Raub.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Central Spine Road (CSR) yang terlibat di Daerah Raub adalah melibatkan pakej 4 dan 5 dan ia juga melibatkan lima subpakej iaitu daripada Ladang Ulu Jelu ke Sega Lama, Sega Lama ke Kuala Dong, Kuala Dong ke Kampung Tanah Bercangkul, Raub Bypass dan Kampung Orang Asli Sungai Chandan ke Kampung Asap siap.
Apabila kita membuat semakan tentang aduan-aduan banjir di kawasan ini, khususnya di kawasan Raub ataupun di Pahang sepanjang jajaran CSR ini, setakat ini, JKR sebenarnya belum lagi menerima laporan mengenai masalah banjir yang melibatkan kawasan penduduk setempat. Maka dengan itu, JKR ataupun KKR akan sentiasa mengambil maklum terhadap isu-isu yang timbul di kawasan sini.
Masalah banjir sebenarnya susah dielakkan waktu pembinaan dan kita akan sentiasa usahakan supaya insiden banjir itu boleh dikurangkan sewaktu pembinaan. Akan tetapi, kita yakin bahawa masalah seperti ini boleh diatasi apabila pembinaan siap dan kita akan usahakan untuk memastikan bahawa pembinaan CSR ini akan disiapkan on time dan juga within budget. Sekian dan terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri pun, sebegitulah tadi contoh jawapan yang sepatutnya dijawab. Jitu, ringkas tetapi jitu.
Tuan Wong Tack - Bentong
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Ya, soalan yang kedua.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tuan Yang di-Pertua, Tumpat, Tumpat...
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kuala Krai.
Tuan Wong Tack - Bentong
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Sorry, Yang Berhormat Kuala Krai. Ya.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tumpat.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak tanya ialah setakat mana yang telah siapnya CSR ini, fasa manakah yang telah siap? Berapakah lagi fasa-fasa yang akan dibuka dalam masa terdekat kerana ia menjadi laluan setiap kali bersidang di Parlimen?
Kedua ialah saya dapati tidak banyak pusat R&R di CSR ini. Jadi, adakah kerajaan berhasrat untuk membina R&R? Berapakah dalam perancangan kerajaan untuk membina R&R ini? Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Yang Berhormat dari Kuala Krai.
Sebenarnya saya juga ada menyediakan jawapan yang khusus kepada Yang Berhormat Kuala Krai berkenaan dengan kawasan Yang Berhormat Kuala Krai tetapi terima kasihlah kerana menanyakan soalan yang agak umum dan juga penting untuk semua kawasan yang terlibat.
Jadi, secara ringkasnya, kita ada lapan subpakej yang telah siap pembinaannya.
Sebanyak 12 subpakej yang sekarang dalam proses pembinaan. Satu dalam proses perolehan dan lima yang sudah dalam perancangan tetapi sudah lulus. Sepertimana yang saya katakan tadi, Central Spine Road ini akan dianggarkan siapa pada tahun 2025. Kita akan berusaha sebaiknya untuk melaksanakan ini mengikut bajet yang telah ditetapkan dan dalam masa yang juga ditetapkan. Sekian dan terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan.
9. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian] minta Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan bilakah jangkaan yang pasti imuniti kelompok 80 peratus boleh dicapai dan adakah rancangan untuk memastikan hingga ke tahap 100 peratus vaksinasi? Apakah persiapan menghasilkan vaksin terhadap varian yang baru serta rancangan untuk menghasilkan vaksin sendiri bagi menghadapi pelbagai virus Alpha, Delta, Lambda dan lain-lain?
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi melebihi 85 peratus pada 29 September semalam. Melihat kepada pencapaian ini, MOSTI menerusi CITF optimis bahawa usaha yang sedang dilaksanakan dalam program ini, sedang berjalan mengikut landasan dan perancangan yang ditetapkan.
Sebagai langkah mempercepatkan proses vaksinasi, pihak CITF melalui operasi lonjakan kapasiti ataupun operation surge capacity, telah berjaya memvaksinasikan hampir semua penduduk dewasa di Lembah Klang. Sasaran berfokus yang terkini adalah memastikan semua negeri mencapai sekurang-kurangnya 60 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi.
Untuk makluman Yang Berhormat insya-Allah, pada hari ini, kita akan capai sasaran tersebut di Sabah. Status akan mencapai 60 peratus. CITF akan terus memberi tumpuan pengagihan bekalan vaksin ke negeri-negeri yang mempunyai bilangan kes positif COVID-19 yang tinggi berdasarkan data semasa daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Sasaran kerajaan supaya hampir semua populasi dewasa lengkap dos vaksin sebelum penghujung bulan Oktober, boleh dicapai.
Melalui usaha ini, kerajaan percaya, sasaran peralihan fasa melalui Pelan Pemulihan Negara dapat dipercepatkan. Sebagai contoh, semalam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan peralihan fasa untuk Lembah Klang daripada fasa 2 ke 3.
Untuk menjawab soalan yang berikut, MOSTI juga telah memperuntukkan lebih RM15 juta untuk pembangunan Research and Development (R&D) khusus untuk vaksin COVID-19 kepada beberapa buah institusi pendidikan kita seperti Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC) di bawah Universiti Malaya dan juga saintis di Universiti Putra Malaysia.
Selain itu, KKM telah memberi peruntukan research and development bagi usaha membangunkan vaksin COVID-19 di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) milik Kementerian Kesihatan Malaysia yang sebenarnya mula dirancang sejak awal bulan April tahun 2020. Yang Berhormat, terdapat dua teknologi vaksin COVID-19 yang sedang dibangunkan di IMR, KKM iaitu teknologi vaksin mRNA dan teknologi vaksin virus ternyah aktif.
Vaksin di IMR akan dibangunkan secara strategik bersama penyelidik dari Universiti Putra Malaysia dan Institut Penyelidikan Veterinar. Pada masa ini, kedua-dua projek di bawah berada di peringkat makmal iaitu bukti konsep atau proof of concept dengan izin, sebelum fasa kajian praklinikal kepada haiwan dilaksanakan.
Status terkini pembangunan vaksin COVID-19 di IMR adalah seperti berikut.
Vaksin virus ternyah aktif telah berada di tahap penyahaktifan virus dan vaksin mRNA sedang menjalani proses in vitro transcription. Yang Berhormat, dengan adanya kemahiran menjalankan pembangunan vaksin COVID-19, vaksin tersebut boleh digunakan untuk menghasilkan vaksin bagi mencegah jangkitan bakteria dan virus juga selain rawatan penyakit kronik.
Kita juga sedang membangunkan Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara dengan tujuan memastikan Malaysia mampu menjadi negara pengeluar vaksin manusia dalam tempoh 10 tahun. Ia tidak terikat kepada vaksin COVID-19 sahaja dan jawatankuasa bagi membangunkan pelan ini dipengerusikan bersama MOSTI dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Soalan tambahan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Menteri. Soalan saya ialah apakah tindakan terhadap kumpulan anti-vaksin? Apakah tindakan terhadap pemalsuan sijil vaksin? Bagaimana tentang cadangan mewajibkan vaksinasi kepada remaja agar anak-anak kita selamat dilindungi? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Yang Berhormat, tindakan advokasi memberi penjelasan yang lengkap tentang keberkesanan, keselamatan dan juga kualiti vaksin yang digunakan terhadap kita dalam program PICK dilakukan berterusan. Kepada mereka yang anti-vaxxer, kita tetap meneruskan usaha supaya penggunaan vaksin ini dapat diterima oleh mereka.
Walau bagaimanapun, dengan pengurusan wabak COVID-19 ini yang dijalankan bersama melalui whole-of-government approach, mereka ini, kita terus berikan pengetahuan bahawa kalaupun mereka tidak mahu mengambil vaksin, mereka perlu melalui beberapa kriteria tertentu yang boleh menjadikan kita mengawal COVID-19 daripada merebak.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Pemalsuan sijil palsu untuk sijil digital ini tidak boleh berlaku kerana pengeluaran sijil digital hanya dikeluarkan dalam MySejahtera dan mereka yang print sijil tersebut ke bentuk fizikal sebenarnya tidak diterima.
Oleh itu, ada juga beberapa pemalsuan dilakukan dan laporan polis telah dibuat dan ketika ini sijil vaksinasi digital hanya ada dalam MySejahtera. Untuk remaja Yang Berhormat, 3.2 juta orang remaja telah dianggarkan untuk menerima vaksin Pfizer kerana hanya vaksin Pfizer saja yang ada data klinikal yang selamat untuk diberikan kepada remaja dan sekarang telah mencapai untuk remaja progress-nya 50 peratus orang remaja telah pun divaksin satu dos. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri, satu soalan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Bandar Kuching 30 saat. 30 saat.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri, satu soalan.
Tuan Yang di-Pertua
Sekejap lagi.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Ya.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya meneliti soalan dan juga jawapan yang diberikan menyentuh tentang imuniti kelompok.
Kita tahu dengan varian Delta, imuniti kelompok ini bukan satu strategi yang dengan izin feasible. Jadi, saya hendak tanya tadi Yang Berhormat Menteri ada menyatakan akan menambah baik contact tracing capabilities di negara ini. Saya hendak tanya apakah teknologi yang digunakan sama ada ia bluetooth atau geofencing? Apakah kos penambahbaikan dan timeline jangka masa yang akan di implementasikan kerana ini sangat-sangat penting supaya kita transisi dengan selamat. Contact tracing sebenarnya haruslah dilancarkan bersama dengan pelan-pelan kerajaan untuk melonggarkan sekatan yang diberikan. Harap jawapan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Terima kasih, Yang Berhormat Kuching.
Berkenaan dengan contact tracing yang MOSTI bangunkan untuk tujuan pengesanan contact, tadi saya telah menjawab soalan daripada Yang Berhormat Pandan iaitu langkah pertama kita gunakan ialah sumber data untuk mengenal pasti dan menganalisa interaksi.
Data ini, Yang Berhormat kita menggunakan data dalam MySejahtera dan memberikan fokus kepada kemungkinan interaksi dan ia menggunakan teknologi bluetooth bagi membantu proses pengesanan.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Kedua ialah analisis untuk menentukan butiran risiko penyebaran wabak itu sendiri. Data ini kita gunakan melalui teknologi kecerdasan buatan ataupun artificial intelligence dan big data analytics bagi mengenal pasti risiko penyebaran wabak di kawasan berisiko tinggi, hotspot. Ini kita telah mulakan dengan pembangunan Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE).
Langkah ketiga, tracer hub iaitu dashboard untuk memudahkan kakitangan kita frontliners untuk melaksanakan pengesanan kontak dan pembangunan paparan dashboard ini dijangka siap pada Oktober 2021 dan ia memberi akses mudah kepada pengesanan kontak untuk mempercepatkan proses pengesanan.
Keempat ialah aktiviti sokongan mengukuhkan pengesanan kontak dengan izin penggunaan model geofencing, memantau pelaksanaan Home Surveillance Order. Ini akan siap hujung bulan ini. Terima kasih.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Soalan tambahan, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Tuan Yang di-Pertua, satu soalan lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat semua, sekarang tamatlah sesi untuk waktu...
Timbalan Menteri Pertahanan - Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz
Soalan nombor 10 perlu dijawab sebab ini national interest dan national security.
Tuan Yang di-Pertua
Ini disebabkan tidak cukup masa lah sebenarnya. Kalau– soalan 10.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Saya...
[Disampuk]
Tuan Yang di-Pertua
Soalan ringkas, ya. Tidak ada soalan tambahan. Sila.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih. Soalan saya nombor 10.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
10. Puan Wong Shu Qi [Kluang]: minta Menteri Kanan Pertahanan menyatakan rancangan penamatan operasi Aermacchi MB-339CM, jumlah rekod penerbangan tujuh buah pesawat sehingga kini.
Timbalan Menteri Pertahanan - Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz
Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana beri peluang. Okey, sebagai makluman Yang Berhormat pada masa ini TUDM memiliki tujuh buah pesawat Aermacchi dalam perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia yang berfungsi sebagai Fighter Lead In Trainer (FLIT) bagi melatih juruterbang pesawat pejuang TUDM. Pesawat ini telah memasuki perkhidmatan TUDM pada tahun 2009 dan sehingga kini pesawat telah berusia 12 tahun. Berdasarkan tempoh hayat ekonomi pesawat pejuang dan Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM, pesawat Aermacchi ini dirancang untuk ditamatkan pengoperasiannya pada tahun 2028 iaitu polisi casting negara, 20 tahun.
Walau bagaimanapun, pesawat ini telah digantung pengoperasiannya sejak tahun 2018 susulan satu kemalangan udara di Kuantan dan beberapa masalah teknikal yang membawa kepada insiden ke atas enjin pesawat jenis ini. Sehingga kini, pihak Original Equipment Manufacturer (OEM) pengeluar enjin pesawat ini iaitu Rolls Royce masih gagal mengenal pasti punca masalah teknikal enjin tersebut serta keupayaan memberikan kelangsungan sokongan kepada pesawat berkenaan.
Hala tuju pengoperasian pesawat ini akan ditentukan setelah pihak Directorate General Technical Airworthiness (DGTA) Malaysia melaksanakan audit ke atas pihak OEM enjin. Audit ini telah dijadualkan pada tahun lepas tetapi telah ditangguhkan atas faktor pandemik COVID-19.
Berdasarkan kepada perancangan Pelan Pembangunan TUDM juga, kementerian menyasarkan untuk menggantikan fungsi pesawat Aermacchi ini melalui
Timbalan Menteri Pertahanan - Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz
perolehan pesawat platform tunggal dua tempat yang berkemampuan melaksanakan tugas sebagai Fighter Lead In Trainer dan juga light combat aircraft untuk tujuan latihan bakal juruterbang pejuang serta bagi keperluan operasi TUDM dan ATM.
Perolehan pesawat yang berupaya melaksanakan dwifungsi ini bukan sahaja mampu memberikan pulangan penglibatan kepada kewangan kerajaan malah turut meningkatkan keupayaan pertahanan negara.
Bagi pertanyaan Yang Berhormat mengenai jumlah rekod penerbangan pesawat ini, secara keseluruhannya ia telah mencatat jumlah jam penerbangan flown, air frame hours sebanyak 5,961 jam.
Ingin saya tegaskan– akhir sekali, ingin saya tegaskan di sini untuk pengetahuan semua Ahli-ahli Parlimen dan rakyat Malaysia selaras dengan komitmen yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kanan Pertahanan pada pengumuman di hari pertama beliau melaporkan diri di kementerian, beliau menegaskan di sini tidak ada kompromi dalam memastikan kita bersiap siaga dan pertahanan negara kita akan sentiasa pada tahap optimum. Insya-Allah we are in the right track. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan tambahan satu saja. Ya, ringkas.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Saya memohon juga soalan tambahan. Satu lagi, Tuan Yang di-Pertua.
Puan Wong Shu Qi - Kluang
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Okey, keputusan kementerian yang tidak meneruskan operasi pesawat tersebut adalah amat dikesalilah memandangkan kebiasaannya jangka hayat pesawat adalah 25 tahun dan juga jumlah rekod penerbangannya pun amat kurang.
Saya hendak tahu adakah KEMENTAH akan menjalankan siasatan terhadap masalah ini khususnya berkenaan perolehan enjin yang banyak masalah dan akhirnya mengakibatkan penamatan operasi lapan buah pesawat tersebut. Sekiranya ada, saya minta KEMENTAH membentangkan laporan dalam Parlimen. Untuk menjamin keselamatan negara, saya mohon Kementerian Pertahanan jalankan rancangan masa hadapan TUDM selepas penamatan operasi pesawat Aermacchi 339 serta tahap kesiapsiagaan pertahanan udara negara dalam menghadapi ancaman luar. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz
Terima kasih, Yang Berhormat. Oleh sebab masa yang begitu ringkas, one minute saja saya akan menjawab secara bertulis.
Namun, saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat dan juga semua. Okey, kita ada Kementerian Pertahanan merangkakan satu pelan iaitu Pelan Pembangunan TUDM 2055 yang dikenali sebagai CAP55. Di bawah CAP55 ini fokus pembangunan 10 tahun pertama tahun 2021 sehingga tahun 2030 iaitu penggantian aset tamat jangka hayat melalui perolehan baharu dan naik taraf keupayaan pesawat yang telah usang melalui Service Life Extension Programme. Perancangan ini, pembangunan 10 tahun pertama ini akan turut melibatkan aset- aset seperti berikut:
(i) Perolehan pesawat baharu bagi ronda dan maritim iaitu maritime patrol aircraft (MPA).
(ii) perolehan baharu Medium-Altitude Long-Endurance Unmanned Aerial System (MALE UAS).
(iii) perolehan baharu dan penggantian radar pertahanan udara jarak jauh.
(iv) perolehan baharu Fighter Lead In Trainer-Light Combat Aircraft
(FLIT-LCA).
(v) penyewaan helikopter utiliti berkeupayaan siang dan malam.
(vi) perolehan baharu medium range air defense missile system.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz
(vii) dalam pembinaan bare base TUDM di Bintulu, Sarawak.
Melalui Pelan Peningkatan Keupayaan ini, kombinasi pelbagai aset seperti yang saya sebutkan ini yang merangkumi keupayaan aset radar, pesawat pejuang, pesawat rondaan maritime, sistem persenjataan serta kepunyaan mobiliti mampu digemblengkan secara integrasi bagi meningkatkan kesiapsiagaan pertahan udara negara. Insya-Allah, Yang Berhormat you can sleep well. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Beli yang baru punya...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Maaf. Saya cuma ada satu komen saja. Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang ingin menanyakan soalan selepas ini dan soalan tambahan, serta juga kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Menteri yang ingin menjawab soalan, kurangkan bunga, banyakkan buah.
Ahli-ahli Yang Berhormat semua, sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. Usul Menteri.
[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
Tuan yang di-Pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.30 malam dan selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 4 Oktober 2021.”
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ada sokongan?
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:
"(a) Bahawa Dewan ini, Menyedari akan cabaran untuk memulih serta menjana semula ekonomi negara bagi mencapai pertumbuhan yang mampan, dengan mengambil kira landskap sosioekonomi pasca COVID-19 dan pencapaian Rancangan Malaysia Kesebelas, 2016-2020; Merestui usaha Kerajaan untuk merancang dan melaksanakan agenda pembangunan negara yang mampan selaras dengan semangat Keluarga Malaysia, aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Agenda Pembangunan Mampan 2030; dan Meluluskan Rancangan Malaysia Kedua Belas bagi tempoh 2021 hingga 2025 yang menetapkan hala tuju strategik bagi mencapai objektif “Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan” dengan memberi tumpuan kepada usaha untuk merancakkan kembali pertumbuhan ekonomi, memastikan kemakmuran negara dapat diagihkan secara lebih adil dan saksama serta mengekalkan kelestarian alam sekitar, menurut Kertas Perintah CMD. 1 Tahun 2021.
(b) Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kedua Belas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya berusaha dengan sepenuh komitmen dan iltizam yang jitu untuk membangunkan negara secara mampan bagi membolehkan setiap ahli Keluarga Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum menikmati taraf hidup yang wajar.” [29 September 2021]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, saya ingin menjemput Yang Berhormat Pagoh, selepas ini disusuli oleh Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Pontian dan Yang Berhormat Kuantan. Yang Berhormat Pagoh, 15 minit selaku ketua parti. Silakan.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin menyertai rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk merakamkan ucapan penghargaan dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan semua pihak terutama Ahli Parlimen Jeli dan Unit Perancang Ekonomi, termasuk warga perkhidmatan awam di atas pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 pada hari Isnin yang lalu, bersamaan 27 September 2021.
RMKe-12 ini dibentangkan dalam suasana negara kita masih melalui fasa kritikal pemulihan negara setelah hampir dua tahun dirundung pandemik COVID-19. Pandemik ini melanda seluruh dunia dalam keadaan yang tidak pernah diduga, unprecedented yang telah merekodkan sejumlah 189,000,000 kes dan meragut lebih daripada empat juta nyawa.
Malaysia juga terjejas apabila sehingga kini lebih dua juta kes positif disahkan dengan lebih 25,000 kematian. Kenyataan ini agak pahit untuk kita telan. Mereka yang terkorban akibat virus ganas itu ada di antaranya adalah ibu, bapa, anak, saudara lelaki dan perempuan, sahabat dan juga kenalan rapat kita.
Dalam masa sukar sebelum ini, kerajaan pimpinan saya telah pun bertindak tegas untuk menyelamatkan nyawa rakyat dan memelihara ekonomi daripada terjejas lebih teruk. Kita mengambil langkah yang drastik untuk menutup sempadan negara dan
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh
melaksanakan perintah kawalan pergerakan yang belum pernah dibuat sebelum daripada ini.
Sebanyak lapan buah pakej bantuan dan rangsangan ekonomi bernilai lebih RM530 bilion turut diumumkan untuk rakyat, memberikan bantuan tepat pada masanya dan yang sangat diperlukan. Dengan ketahanan, kesabaran dan semangat kebersamaan Malaysia Prihatin, kerajaan dengan sokongan petugas barisan hadapan dan segenap lapisan rakyat hasilnya pada hari ini, kita mula melihat cahaya di hujung terowong.
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) merupakan kejayaan terbesar negara yang menyaksikan Malaysia antara negara terpantas di dunia dalam liputan vaksinasi populasi dewasa. Berdasarkan statistik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV), setakat 28 September sejumlah 19,912,566 orang individu atau 85.1 peratus sudah lengkap divaksinasi, manakala 21,993,709 orang individu atau 94 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Tuan Yang di-Pertua, setelah menempuh 11 rancangan pembangunan jangka lima tahun, Rancangan Malaysia Ke-12 yang dibentangkan di hadapan kita kini sudah pastinya diharapkan akan menjadi real shift untuk mengangkat aspirasi agenda 2030 bagi pembangunan mampan dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dalam semangat Keluarga Malaysia.
RMKe-12 akan menjadi kick-start untuk mengembalikan era kemakmuran yang pernah kita nikmati bersama, malah mungkin lebih baik lagi di mana kesejahteraan rakyat terus terpelihara, kelestarian pembangunan di utama dan transformasi struktur ekonomi diperkukuhkan.
Tuan Yang di-Pertua, RMKe-12 juga perlu meneruskan tindakan menyuntik reformasi mendasar yang benar-benar akan mengubah peningkatan ke arah yang lebih inklusif untuk semua, yang dibangunkan atas asas kekuatan ekonomi dan keutuhan rakyat serta tidak mengabaikan keprihatinan terhadap kelestarian alam sekitar menerusi penggunaan teknologi hijau.
RMKe-12 juga perlu memastikan segala perancangan ekonomi dan kewangan adalah tegas dan berani untuk menuju negara berpendapatan tinggi menjelang 2025 dengan pendapatan negara kasar per kapita meningkat daripada RM42,755 kepada RM54,843. Dengan adanya dasar dan instrumen yang tepat dan pelaksanaan game changer yang agresif dalam RMKe-12, sasaran ini tidak mustahil dicapai.
Perkembangan masa depan Malaysia mesti mengandungi program dan projek penting atau utama yang boleh melonjakkan ataupun spearhead pertumbuhan pengeluaran negara, ruang pekerjaan dan pendapatan dalam jangka pendek dan sederhana.
Saya menyokong pelan kerajaan berhubung pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) ke Johor Bahru, malahan juga ke utara untuk disambung dengan HSR dari Bangkok ke sempadan Malaysia–Thailand dengan pembiayaan swasta yang melibatkan konsortium kewangan di dalam negara dan impak projek seperti ini akan memberikan kesan berganda dalam membuka peluang pekerjaan dan perniagaan baru serta pembangunan wilayah dan pewujudan bandar-bandar baru sepanjang laluan HSR.
Ini sudah tentunya akan menghasilkan nilai berganda, berbilion-bilion ringgit dan mendatangkan manfaat besar kepada rakyat termasuklah masyarakat bumiputera.
Namun dalam peralihan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi Tuan Yang di-Pertua, realiti kehidupan rakyat dan komuniti perniagaan yang terjejas teruk akibat pandemik lebih setahun lalu perlu diberikan penelitian dan pertimbangan yang sewajarnya di samping kepentingan masyarakat bumiputera, khususnya di Sabah dan Sarawak untuk mendapat faedah daripada pertumbuhan ekonomi ini.
Jika sebelum ini, rakyat Malaysia dikategorikan dalam kumpulan pendapatan B40, M40 dan T20, realitinya kini sudah berlaku rombakan ketara apabila ramai daripada kalangan M40 yang tergelincir ke dalam kumpulan B40 kerana kehilangan mata pencarian atau terjejas sumber pendapatan sepanjang pandemik dan ini menunjukkan rapuhnya pembangunan ekonomi yang lain.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh
Oleh itu, inisiatif dan strategi yang digariskan di bawah RMKe-12 perlu bersifat cakna dan prihatin kepada isu agihan agar kekayaan, pertumbuhan dan peluang dapat disebarkan merentasi semua golongan rakyat Malaysia khususnya masyarakat pedalaman, bumiputera dan Melayu, Orang Asli dan peribumi Sabah dan Sarawak.
Kuncinya adalah pembangunan inklusif atau keterangkuman supaya tidak ada yang akan ketinggalan dengan izin, no one will be left behind. Tuan Yang di-Pertua, sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, saya memikul amanah untuk memastikan segala strategi dan usaha-usaha pemulihan negara yang dirancang dapat dilaksanakan tanpa halangan. Mesyuarat pertama MPN telah memutuskan untuk menubuhkan majlis pemulihan di setiap negeri supaya setiap keputusan dilaksanakan segera dan proses pemulihan dapat benar-benar memberikan manfaat kepada rakyat.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh
Antara cabaran besar kerajaan ialah menjana hasil negara untuk membiayai lebih banyak program pembangunan fizikal dan sosioekonomi. Kedudukan fiskal negara memerlukan kerajaan bersikap lebih berani untuk memperkasa peranan sektor swasta sebagai enjin pertumbuhan ekonomi menerusi usaha seperti kerjasama sektor awam swasta ataupun public-private partnership, dengan izin. Ini disebabkan sektor swasta mempunyai surplus atau lebihan dalam sumber kewangannya manakala kerajaan mempunyai defisit.
Namun demikian, kerajaan mesti memantapkan pengurusan kewangannya dengan memperbaiki sistem kutipan hasil dan menggunakan undang-undang sedia ada untuk menyeragamkan sistem cukai jualan dan perkhidmatan, harmonisation of sales and service tax bagi memperbaiki prestasi kutipan hasil cukai. Ini dapat mengelakkan berlaku ketirisan dan ketidakpatuhan dalam pembayaran cukai yang boleh menjejaskan hasil negara.
Peranan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan GLC dan GLIC perlu dinilai semula agar aset-aset kerajaan yang ada dapat dioptimumkan untuk membantu memperkukuhkan infrastruktur negara bagi memantapkan proses pemulihan ekonomi dan pertumbuhan ekonomi selanjutnya. GLC diminta supaya tidak bersaing dengan sektor swasta demi mengukuhkan keusahawanan negara kita. Mereka seharusnya melabur dalam bidang yang berimpak tinggi termasuk meneroka pasaran baharu dalam dan luar negara.
Sehubungan itu, kerajaan perlu memberikan tumpuan untuk memperkukuhkan sektor-sektor ekonomi yang memberikan sumbangan besar kepada keluaran dalam negara kasar dan menyediakan ekosistem yang kondusif bagi merancakkan pemulihan Malaysia dan menjadikan negara sebagai destinasi mesra perniagaan dan pelaburan yang mempunyai teknologi tinggi dan mempunyai nilai tambah (value added) yang lebih besar.
Tumpuan juga perlu diberikan dalam penyediaan peluang pekerjaan meliputi pelbagai sektor moden seperti perkilangan dan perkhidmatan bagi memastikan pembangunan bakat dan modal insan memenuhi keperluan pembangunan sosioekonomi, di samping meneroka potensi pekerjaan baharu terutama melibatkan ekonomi gig dan yang berteraskan era teknologi digital.
Kerajaan juga perlu meneruskan tindakan proaktif di bawah Majlis Pekerjaan Negara untuk mencapai sasaran mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan pada tahun ini.
Setakat ini, 376,000 pencari kerja telah berjaya mendapat pekerjaan di bawah inisiatif kerajaan.
Pada permulaan pelaksanaan Rancangan Malaysia Kedua Belas ini, usaha untuk mengenal pasti secara agresif golongan yang menganggur akibat pandemik COVID-19 perlu diberikan keutamaan. Penting dalam usaha ini, Tuan Yang di-Pertua, adalah untuk merangka strategi dan tindakan proaktif untuk menyediakan bentuk-bentuk bantuan mengikut realiti yang didepani setiap rakyat pada hari ini agar segala bantuan dapat disalurkan secara bersasar dan memenuhi kehendak golongan yang benar-benar memerlukan.
Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin - Pagoh
Tuan Yang di-Pertua, kesimpulannya, Rancangan Malaysia Kedua Belas adalah rancangan jangka sederhana untuk Malaysia mencapai matlamat muncul kembali sebagai gergasi ekonomi Asia yang tidak mengabaikan kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya.
Untuk mencapai objektif ini, peranan MPN untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara menjadi amat signifikan sebagai pembuka jalan dan pemangkin kepada pembaharuan dan perubahan yang perlu dilaksanakan dalam proses reformasi dan transformasi yang dirancang.
Satu cara untuk Rancangan Malaysia Kedua Belas mencapai sasarannya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang makmur, inklusif dan mampan adalah dengan semua pihak mengetepikan perbezaan yang ada dan bersatu di bawah payung Keluarga Malaysia, berusaha sedaya upaya meningkatkan produktiviti dengan kemampuan dan kebolehan masing-masing. Sekarang adalah masanya. “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.
Bersatulah atas nama anak Malaysia dengan semangat wira seumpama berperang melawan musuh durjana. Kita sudah hampir menang melawan musuh halimunan COVID-19. Sasaran kita kini adalah untuk mendukung usaha kerajaan memulihkan negara yang kita cintai dan membawa Malaysia kembali ke puncak kegemilangan dan merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Saya harap dalam masa lima tahun ini, kita berusaha untuk melaksanakan Rancangan Malaysia Kedua Belas dengan gigih, secara kolektif bagi merealisasikan impian Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi yang makmur, inklusif dan mampan, insya-Allah.
Tuan Yang di-Pertua, dengan ini, saya menyokong usul ini. Terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Pagoh. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Langkawi. Masa 15 minit selaku ketua parti.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terlebih dahulu, saya ingin menyatakan ucapan tahniah saya kepada kerajaan yang telah berjaya membuat rancangan pembangunan Malaysia yang kedua belas ini. Saya juga ingin ucap tahniah kepada timbalan-timbalan menteri yang begitu cekap membaca jawapan dan menjawab soalan. Saya percaya mereka ada masa depan yang cerah.
[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, agak mudah bagi kita merancang tetapi tidak sebegitu mudah untuk laksanakan rancangan. Yang pertamanya, apabila kita hendak laksanakan rancangan kita, kita perlu kepada wang. Apakah kita mempunyai wang yang cukup untuk rancangan ini? Kita tahu bahawa bagi tahun ini kita telah belanja sebanyak RM600 bilion sehingga kita diberitahu bahawa sudah tidak ada duit lagi. Yang tinggal cuma RM38.5 juta untuk projek tertentu. Saya tak perlulah namakan projek itu.
Juga, apabila kita hendak bangunkan negara, kita perlu tahu cara untuk melaksanakan projek kita itu. Umpamanya, kita sedar tentang kemiskinan di kampung di luar bandar dan kita ingin memperkayakan mereka. Caranya tidaklah sebegitu mudah walaupun ada kerajaan yang berpendapat bahawa untuk mengatasi kemiskinan di luar bandar, yang perlu ialah ambil duit kerajaan dan bagi kepada mereka dan dengan itu mereka akan jadi kaya. Akan tetapi, kerajaan akan bankrap. Itu bukan caranya. Banyak cara yang diperlukan dan kita perlu tahu bagaimana mengatasi masalah-masalah kemiskinan di luar bandar.
Ada cara-cara tertentu tetapi pihak yang akan laksanakan mestilah tahu berkenaan dengan cara dan halangan yang akan dihadapi oleh pelaksana. Umpamanya, di kawasan luar bandar, terdapat ramai orang yang miskin yang memiliki tanah terlalu kecil untuk memperkayakan mereka. Mereka memiliki cuma satu atau dua ekar tanah dan ini tidak mencukupi untuk mereka mendapat pulangan yang terbaik. Akan tetapi, untuk kita perkayakan mereka, kita perlu fikir dengan cara-cara yang lain.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi
Saya dapati sifat agak negatif terhadap rancangan-rancangan baharu untuk memperkayakan penduduk di luar bandar. Umpamanya, ada satu cadangan iaitu kalau kita ternak udang galah di dalam sawah, kita boleh tambah pendapatan mereka. Akan tetapi, sudah tiga tahun pihak yang mencadangkan ini meminta daripada kerajaan, sama ada mereka boleh laksanakan projek ini, tetapi pihak yang berkuasa dalam kerajaan menyatakan bahawa udang galah ini bahaya kerana dia bukan udang galah kita, dia udang galah China. Kalau kita ternak dia di sini, jadi banjir, dia masuk dalam sungai, dia akan makan semua ikan dalam sungai.
Oleh sebab itu, kita tidak boleh benar udang galah ini di Malaysia. Hendak cuba pun tidak dibenarkan. Sudah tiga tahun minta berkali-kali dan mematuhi segala arahan daripada pihak berkenaan, tetapi kita tak boleh ternak udang galah di Malaysia ini walaupun udang galah ini dimakan oleh orang China dan tiada siapa pun meninggal kerana memakan udang galah ini. Di sini, di Malaysia tak boleh. Orang China nak buat di Malaysia kerana di negara mereka musim sejuk, tak boleh ternak. Mereka boleh datang ke Malaysia dan kawasan kita ini lebih baik untuk ternakan udang galah.
Bermacam-macam lagi masalah. Umpamanya, pemilik tanah di Malaysia ini, di luar bandar, sudah melalui tiga generasi. Melalui faraid, tuan tanah sudah bertambah dengan begitu banyak dan kita tidak tahu di mana mereka berada. Mereka memiliki keping-keping tanah yang kecil-kecil belaka. Untuk melakukan apa-apa perubahan, kita perlu dapatkan kebenaran daripada mereka. Akan tetapi, sukar bagi mendapatkan kebenaran ini. Ini juga masalah.
Oleh sebab itu saya mengatakan bahawa walaupun kita buat perancangan yang baik, yang bertujuan cukup baik, tetapi kita hadapi banyak masalah dan kita perlu fikir tentang cara-cara mengatasi masalah-masalah seperti ini. Inilah sesuatu yang patut kita fikirkan apabila kita membuat perancangan. Membuat perancangan mudah, melaksanakan tidak begitu mudah.
Di Malaysia sekarang ini, kita dapati keadaan rule of law ini sudah berbeza.
Sekarang ini, kita dapati banyak orang yang didapati bersalah, tetapi masih lagi terus menjadi wakil rakyat umpamanya. Menasihati kerajaan bagaimana membelanjakan belanjawan kita dan tidak ada tindakan diambil terhadap orang ini. Walaupun mereka boleh hadir dalam Dewan ini dan buat ucapan yang panjang-panjang, tetapi tidak ada masa untuk menghadapi hakim di mahkamah. Jadi, keadaan ini perlulah kita ambil ingatan bahawa yang diutamakan ialah ucapan di Dewan dan bukan hukuman terhadap kesalahan.
Tuan Yang di-Pertua, kita sekarang ini dalam zaman teknologi moden. Banyak sudah teknologi yang diperkenalkan yang boleh membantu kita laksanakan cadangan- cadangan kita. Akan tetapi, kenapakah kita tidak menggunakan teknologi moden?
Umpamanya dalam bidang pendidikan, kita masih bergantung kepada guru dalam bilik darjah menyampaikan ilmu. Akan tetapi zaman ini, kita mempunyai kebolehan untuk rakam segala ilmu ini dan kita boleh main berkali-kali, bahkan kita boleh ada rakaman ini dimainkan di dalam bilik darjah dan guru darjah cuma memandu sahaja. Ini cara baharu.
Sudah beberapa buah syarikat memperkenalkan cara baharu mengajar, tetapi semua cara ini ditolak dan kita masih lagi bergantung kepada guru. Kita juga berasa tidak senang kerana ada guru-guru yang tidak begitu cekap terutama dalam mengajar bahasa Inggeris. Kita mencari-cari guru yang cekap dalam bahasa Inggeris, tetapi kita masih tidak dapat cukup bilangan untuk guna mereka.
Oleh sebab itu, saya mencadangkan supaya kita guna cara-cara baharu ini. Saya sendiri dapat belajar banyak benda melalui YouTube. Dalam YouTube kita boleh belajar macam-macam pelajaran kerana disediakan dalam YouTube itu, chart pengajaran yang cukup baik yang disampaikan oleh pakar. Oleh sebab itu, saya cadangkan supaya kita gunakan teknologi baharu dalam mengajar anak-anak kita di sekolah.
Teknologi lama iaitu dengan mengadakan seorang guru mengajar dalam bilik darjah tidak mencukupi lagi dan tidak sesuai dengan zaman ini. Ini kerana kita perlu acquire ataupun dapatkan lebih banyak ilmu daripada dahulu. Kalau dahulu ilmu yang sedikit sudah mencukupi, tetapi sekarang ini kita perlu lebih banyak ilmu terutama pada
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi
zaman IT, pada zaman artificial intelligence dan sebagainya, kita perlu lebih banyak ilmu dalam bidang sains dan bidang teknologi.
Selain daripada itu, dalam bidang pertanian juga ada peluang kita memperkenalkan cara-cara pertanian yang baharu. Akan tetapi selagi keluasan tanah itu kecil, kita tidak dapat menggunakan teknologi baharu ini. Oleh sebab itu, kita perlu cari jalan supaya kita guna teknologi moden untuk meningkatkan pendapatan petani dengan menggunakan tanah mereka yang kecil itu ataupun kita boleh cantum tanah-tanah mereka supaya menjadi aset yang besar dan diuruskan secara profesional.
Kita lihat di Malaysia ini, aset-aset yang besar begitu berjaya dan mereka memang pun mendapat keuntungan yang lebih. Akan tetapi, penduduk di kampung dengan tanah yang begitu kecil sehingga dahulukala pun mereka menjadi orang yang miskin yang memerlukan kepada subsidi sepanjang masa.
Oleh sebab itu, saya ingin cadangkan supaya kerajaan mempunyai pemikiran lebih terbuka kepada teknologi moden kerana selagi kita paksa petani tanam padi dalam sebidang tanah seluas sekangkang kera kata orang, mereka tidak dapat mengatasi masalah kemiskinan di kampung-kampung. Bahkan, ada cara-cara baharu termasuk yang saya sebutkan tadi, ternakan udang galah, ternakan ikan, kita boleh tanam sayur, boleh tanam buah-buahan dan bukan sahaja terhad kepada menanam padi di sawah padi. Kita perlu ada mixed farming, pertanian yang bercampur sebelum kita dapat mengatasi masalah kemiskinan yang terdapat di kampung-kampung.
Tuan Yang di-Pertua, saya berasa amat gembira dengan kejayaan kerajaan dalam menangani COVID-19 ini. Apabila sahaja kerajaan menubuhkan satu buah badan dan menentukan kepimpinan badan itu, dengan serta-merta bilangan kes baharu mengurang. Daripada 25 ribu satu hari, kita sudah sampai kepada 10 ribu satu hari. Jadi, saya percaya kita akan dapat mengatasi masalah wabak ini dalam jangka masa yang tidak panjang dan dengan itu, kita dapat pulihkan balik ekonomi negara kita.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi
Akan tetapi ekonomi baharu ini tidak seperti ekonomi yang lama. Ini kerana ekonomi baharu ini bergantung pada ilmu atau knowledge. Knowledge terutamanya dengan mempunyai digitalisation, artificial intelligence dan sebagainya. Oleh sebab itu, pengajaran di sekolah dan di universiti perlu ditumpukan kepada teknologi moden dan ilmu moden ini. Kalau tidak, kita akan ketinggalan dan kemiskinan tidak dapat diatasi.
Saya baca dalam akhbar. Saya tidak baca ucapan daripada Yang Berhormat Menteri. Saya baca dalam akhbar, kononnya Kastam kehilangan wang yang banyak iaitu lebih daripada RM200 juta. Ini bukan perkara baharu. Setiap tahun, inilah laporannya. Ia seolah-olah kita tidak dapat mengatasi masalah ini sampai bila-bila. Akan tetapi saya yakin kalau sistem audit diperkemas, perkara ini tidak akan berlaku. Ini kerana dalam urusan Kastam, mereka tidak dapat periksa semua barangan yang masuk ke dalam negara.
Mereka terpaksa guna random check. Random check, bermakna ramailah yang tidak diperiksa sama sekali.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, saya bagi lagi tiga minit. Boleh?
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi
Ya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi
Saya berpendapat bahawa sekali lagi teknologi baharu perlu dipergunakan. Kita hidup dalam zaman teknologi. Kita lihat bagaimana teknologi memberi banyak kemudahan kepada kita tetapi kita tidak menggunakan teknologi. Ini ialah perkara yang penting dan saya berpendapat bahawa kadang-kadang kalau kita mempunyai internal audit sahaja. Audit oleh kerajaan sahaja tidak memadai. Ada kalanya, kita perlu dapat swasta. Audit swasta untuk meng-second audit kepada akaun-akaun yang disimpan oleh jabatan-jabatan kerajaan.
Bukanlah kita hendak bagi peluang kontrak-kontrak kepada mereka tetapi antara kehilangan wang yang banyak dengan membelanjakan wang itu untuk menyelamatkan wang kita, saya fikir kita patut pilih untuk menyelamatkan wang kita walaupun dengan cara
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi
kita membelanjakan wang untuk dapat pakar-pakar yang akan tentukan segala yang diuruskan itu berjalan dengan baik.
Tuan Yang di-Pertua, saya ucap tahniah sekali lagi kepada kerajaan kerana memperkenalkan Rancangan Malaysia Kedua Belas ini. Saya berdoa kerajaan akan mempunyai cukup wang dan cukup niat untuk melaksanakan rancangan ini. Insya-Allah kalau kita teruskan rancangan ini dengan baik dan mencari cara-cara yang berkesan, kita akan mencapai kejayaan dalam pelaksanaan rancangan ini. Seperti yang saya sebutkan tadi, merancang itu mudah tetapi melaksana itu tidak sebegitu mudah. Sekian, terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Langkawi. Seterusnya, Yang Berhormat Pontian.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua. Minta maaf sekejap. Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat. Sekejap sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Peraturan Mesyuarat 14(1)(g).
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta satu arahan daripada- minta Tuan Yang di- Pertua boleh ingatkan, ada Menteri yang telah menggulung pada minggu lepas dan berjanji untuk memberikan jawapan bertulis. Akan tetapi sampai sekarang kami tidak dapat lagi. Contohnya, Yang Berhormat Menteri Undang-undang...
Tuan Yang di-Pertua
Beri kepada saya. Saya follow-up.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Minta. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Pontian. Silakan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih. Saya gembira diberi peluang pada hari ini dan saya juga mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita mempunyai kali pertama dalam sejarah, seorang anak penoreh getah menjadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia...
[Tepuk] Saya juga ingin menyebut di sini bahawa bagaimana anak penoreh getah itu diberi peluang belajar dalam bidang guaman dan kemudian menjadi peguam dari Universiti Malaya. Orang yang menyediakan RMKe-12 ini pula ialah seorang anak petani yang miskin dari Bachok, Kelantan yang diberi pulang untuk belajar ke Australia dan juga ke Amerika Syarikat.
Jadi, bak kata Kofi Annan iaitu Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu- United Nations, beliau menyebut, “Education is the great equalizer of our time”.
Maksudnya, pendidikan itu boleh menyamaratakan. Dalam Dewan ini, pada saat dan ketika ini kita ada seorang anak Perdana Menteri yang sedang duduk dan menulis di sebelah ayahnya, bekas Perdana Menteri dan dalam Dewan ini yang sedang bercakap ialah anak seorang penoreh getah.
Saya juga anak seorang penoreh getah sebagaimana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi, semua perkara ini antara puncanya ialah pendidikan. Pendidikan tinggi akan menyebabkan kita boleh mencapai cita-cita yang tinggi. Dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas ini, saya ingin mengesyorkan supaya kita tumpukan benar-benar tentang pendidikan ini supaya akhirnya anak-anak kita boleh hidup dengan lebih baik sebagaimana yang disebut sebagai pendidikan itu membawa apa yang disebut sebagai sosial mobiliti menegak. Ia bukan mobiliti sosial mendatar dan kerana pendidikan boleh menghapuskan kemiskinan dalam satu generasi, daripada anak penoreh getah boleh menjadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Begitulah contoh-contoh yang lain.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Perekayasaan sosial ataupun social reengineering ini perlu terus dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan kita boleh mengatasi kemiskinan. Kemiskinan ini tidak boleh diatasi dengan hanya memberi ikan tetapi kemiskinan boleh diatasi dengan mengajar mencari ikan. Bukan dengan cara mengail sahaja tetapi dengan menjala dan dengan pergi ke laut dalam. Itu peribahasanya.
Seterusnya, apa yang saya ingin timbulkan di sini mengenai keciciran. Sila. Yang Berhormat Jerlun.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih pada Yang Berhormat Pontian. Saya ingin bertanya, adakah Yang Berhormat Pontian setuju bahawa dalam dasar pendidikan kita ini, walaupun kita tekankan soal mendapat ilmu pengetahuan tetapi tidak kurang pentingnya juga ialah untuk mengajar nilai-nilai murni. Apa juga mata pelajaran yang kita ajar, ada banyak peluang untuk kita terapkan nilai-nilai murni supaya kita boleh tolak amalan-amalan yang tidak baik seperti rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dan sebagainya.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya bersetuju 100 peratus apa yang disebut.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Boleh Parit Buntar, sikit lagi saya hendak menyokong...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Sabar. Sekejap-sekejap.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
...Pandangan Yang Berhormat Pontian itu. Sangat baik sangat. Saya hendak menyokong.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Hendak jawab satu-satu dahulu. Yang Berhormat Parit Buntar, sabar ya.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Parit Buntar, tolong duduk. Yang Berhormat, tolong.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Soalan yang saya sama juga. Kalau boleh?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Soalan sama, tidak payah tanya.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat. Tolong. Silakan Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya setuju apa yang disebut oleh Yang Berhormat Jerlun tadi. Saya pernah hadir beberapa kursus di Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri di Kem Langkawi, di beberapa buah kem yang dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Langkawi pada ketika itu. Beliau pada ketika itu Yang Amat Berhormat Kubang Pasu. Perkara yang masih ingat sampai sekarang apa yang disebut oleh Yang Berhormat Langkawi. Beliau menyebut, “Jatuh bangun, gagal jaya sebuah negara, sebuah bangsa bergantung pada nilai-nilai yang diamalkan oleh negara bangsa itu”. Jika nilai yang diamalkan itu ialah seperti bersih, cekap, amanah dan nilai- nilai yang murni seperti gigih dan tekun, maka negara bangsa itu akan jadi negara bangsa yang maju. Jadi, saya setuju apa yang disebut oleh Yang Berhormat Jerlun.
Mengenai keciciran. Saya telah menyebut baru-baru ini ketika dialog di Dewan Bankuet di bawah. Sebanyak 421,706 orang mengambil SPM pada 2018 dan yang melanjutkan pengajian hanya sebanyak 170,878 orang. Sebanyak 250,828 orang tercicir.
Yang Berhormat Simpang Renggam menyebut itu bukan tercicir dari satu sudut tetapi maksud saya tercicir ialah mereka tidak boleh dan mereka tidak dapat masuk universiti.
Mereka tidak dapat masuk IPTS. Mereka tidak dapat masuk TVET.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ini satu perkara yang amat besar. Pada tahun 2017, seramai 443,883 orang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), yang melanjutkan pelajaran 182,409 orang, manakala yang tercicir 261,474 orang.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Pada tahun 2020 yang mengambil SPM seramai 401,105 orang – yang patut ambil SPM. Yang mengambil 381,894 orang, 19,211 orang tidak ambil SPM. Ini belum lagi yang saya sebut tercicir 250 ribu orang. Kalau dalam masa empat tahun, sejuta orang, Tuan Yang di-Pertua. Mereka ini menjadi kumpulan B40 dalam masyarakat. Kalau empat tahun sejuta orang, lapan tahun dua juta orang. Berapa lama sudah negara kita ini wujud dan kita kalikanlah lebih kurang jumlahnya begitu banyak yang menjadikan mereka ini merupakan golongan B40.
Saya ingin mencadangkan supaya diwujudkan subjek Asas Perniagaan daripada Tingkatan 1 sampai Tingkatan 5. Kita ada STEM – science, technology, engineering, mathematics. E itu ialah juga entrepreneurship, Yang Berhormat Jeli, supaya anak-anak kita yang keluar suku juta orang ini daripada lepasan SPM tidak masuk mana-mana, mereka boleh menjadi usahawan dan mereka boleh menjadi bangsa usahawan.
Satu lagi, banyakkan kolej komuniti yang telah dimulakan, disambung oleh Yang Berhormat Pagoh mewujudkan kolej komuniti, tetapi seluruh Malaysia ini, kolej komuniti ini baru ada 102. Daripada 222 buah kawasan Parlimen, kita hendak kawasan Parlimen semuanya ada kolej komuniti tetapi masih 120 lagi kawasan Parlimen belum lagi ada kolej komuniti, termasuk kawasan saya sudah mohon banyak kali, Yang Berhormat Jeli.
Tolonglah luluskan kali ini, supaya ada satu buah Kolej Komuniti di Benut, Pontian.
Untuk apa kolej komuniti? Mereka yang tidak dapat masuk universiti, mereka yang tidak dapat masuk IPTS ini, Tuan Yang di-Pertua, mereka boleh masuk kolej komuniti. Ini kerana ada 114 program dalam kolej komuniti, daripada belajar komputer, belajar memasak, belajar perakaunan, belajar bahasa Arab dan macam-macam perkara yang boleh dibuat dalam kolej komuniti. Jadi itu dua cadangan untuk mengatasi keciciran.
Yang Berhormat Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih, Yang Berhormat Pontian. Saya setuju bahawa pendidikan merupakan jalan yang terbaik untuk keluarkan sesebuah keluarga daripada belenggu kemiskinan. Dengan itu, adakah wajar untuk kerajaan Keluarga Malaysia ini fokus untuk menaikkan peruntukan pendidikan, biasiswa bagi semua keluarga miskin jika hendak dibandingkan dengan jalan penyelesaian sekarang iaitu memberikan ekuiti kepada golongan bumiputera ataupun isu Government-Linked Companies (GLC) yang hanya melibatkan golongan terkaya di Malaysia? Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih. Saya setuju tetapi Kementerian Pendidikan sudah dapat RM50 bilion.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Sebanyak RM50 bilion ini banyak, ya. Seluruh kementerian yang paling banyak dapat peruntukan ialah Kementerian Pendidikan. Ya, bekas Yang Berhormat Menteri Pendidikan?
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Pontian. Boleh saya mencelah sedikit, Yang Berhormat Pontian?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya rasa saya hendak kena sampai pukul 1 lah, paling kurang.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Tidak, sedikit sahaja. Tadi Yang Berhormat Pontian ada sebutkan bahawa di Pontian tidak ada kolej komuniti. Mungkin saya ingin betulkan sedikit, yang namanya Kolej Komuniti Pontian memang tidak ada.
Namanya Kolej Komuniti Tanjung Piai tetapi bertempat di pekan Pontian dan saya pernah pergi dan pernah rasmikan. Terima kasih.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Kalau itu, hendak kena tukar namalah. Tanjung Piai, Parlimen lain. Pontian, Parlimen lain, ya. Okey, tidak apa. Terima kasihlah. Saya pun banyak kali pergi.
Seterusnya, ialah wajibkan mengundi. Mengundi ini, Tuan Yang di-Pertua, wajibkan. Ada 22 buah negara yang telah mewajibkan mengundi, Argentina, Australia, Belgium, Bolivia, Brazil, Congo, Costa Rica, Dominican Republic, Ecuador, Mesir, Greece, Honduras, Lebanon, Luxembourg, Mexico, Nauru, Panama, Paraguay, Peru, Uruguay,
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Thailand dan Singapura telah mewajibkan mengundi. Kenapakah saya kata kita perlu pinda Perlembagaan dan wajibkan rakyat Malaysia mengundi? Lima tahun sekali tidak pergi mengundi, Tuan Yang di-Pertua. Apakah bendanya ini? Bukan sebulan sekali pergi mengundi ini.
Pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, yang keluar mengundi 82.32 peratus, 14.9 juta orang pengundi, yang keluar cuma 12.2 juta orang, 2.7 juta orang tidur kah? Ya, mereka tidak keluar mengundi walaupun lima tahun sekali. Balakong, pilihan raya kecil
(PRK) 43 peratus keluar, Seri Setia PRK 44 peratus keluar, Sungai Kandis PRK 49.4 peratus keluar, Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 2009, 46 peratus sahaja keluar mengundi. Semua bawah 50 peratus keluar mengundi. Di Port Dickson, Ketua Pembangkang, 58.2 peratus sahaja yang keluar mengundi. Mereka yang tidak keluar...
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Tuan Yang di-Pertua, mereka yang tidak keluar ini kita kena kenakan denda. Contoh, RM100. Contoh, RM200.
Contoh, tidak boleh memperbaharui lesen memandu, contoh.
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Yang Berhormat Pontian, saya hendak...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Dan contoh-contoh lain.
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Hendak sokong, hendak sokong, Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Sokong, ya? Terima kasih kalau menyokong. Okey seterusnya ialah tentang syiar Islam. Saya ingin bertanya tentang universiti Al-Quran, saya ingin bertanya Quran Village di Putrajaya, saya ingin bertanya tentang Pendidikan Islam guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA)...
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Yang Berhormat Pontian tidak bagi.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
...Dasar Pendidikan Tahfiz Negara, peranan wakaf dalam pembangunan, sistem kewangan Islam bank, insurans dan juga sukuk, institusi patuh syariah seperti hotel, pentadbiran dan Majlis Halal Malaysia. Itu antara pertanyaan-pertanyaan saya dengan Yang Berhormat Menteri baru.
Kemudian, cadangan seterusnya ialah orang muda dan pengangguran.
Pengangguran bertambah, apakah yang orang muda inginkan? Mereka inginkan pendidikan. Mereka inginkan kemahiran. Mereka inginkan pekerjaan. Mereka inginkan perumahan. Perumahan ini sepatutnya setiap keluarga, sebuah rumah.
Kita ingin, dalam masa lima tahun, 500 ribu buah rumah kos rendah. Tidak cukup, Tuan Yang di-Pertua. Tidak cukup, Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Jeli. Kita perlu paling kurang satu juta buah rumah mampu milik dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas ini dan kita kena kawal harga rumah dan juga kawal sewa rumah. Kajian CUEPACS, hanya 53 peratus daripada 1.6 juta orang penjawat awam yang ada rumah.
Tuan Yang di-Pertua
Saya bagi dua minit, ya.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Selebihnya tidak ada rumah.
Tuan Yang di-Pertua
Dua minit, Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Okey. Jadi itu penting.
Orang-orang muda hendak rumah. Orang-orang muda hendak keluarga. Orang-orang muda hendak kenderaan. Jadi penting orang-orang muda ini perlu ada rumah.
Akhir ialah, Akta Pembiayaan Dana Politik. Saya merupakan mangsa. Saya merupakan mangsa kerana dana politik tidak diaktakan. Mujurlah semalam saya dibebaskan dan dilepaskan. Akan tetapi kena bayar kompaun.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Yang Berhormat Pontian. Boleh minta laluan, Yang Berhormat Pontian? Hendak minta penjelasan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya hendak...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kalau Yang Berhormat Pontian ialah mangsa, kenapa...
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kota Melaka. Tolong.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
...Ingin maklumkan di sini bahawa...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Yang Berhormat Pontian, boleh minta laluan?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kota Melaka.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya ingin maklumkan di sini bahawa jawapan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Yang Berhormat Pontian, boleh minta penjelasan?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
... Perdana Menteri. Akta...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kalau Yang Berhormat Pontian... [Sistem pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kota Melaka. Yang Berhormat Kota Melaka. Tolong duduk.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Kota Melaka, selepas ini kita makan di luar.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kalau mangsa, kenapa hendak... [Sistem pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kota Melaka!
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Ya, apakah dia?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kalau mangsa, kenapa hendak bayar kompaun RM1.1 juta?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Kalau saya hendak...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kalau anda ialah mangsa... [Sistem pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Cukuplah.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Saya telah ditawarkan kompaun. Apabila saya ditawarkan kompaun pada Oktober 2019, saya lawan, kerana apa saya lawan, kerana ada yang dikompaun itu dapat RM50 ribu, dikompaun 50 kali ganda oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Saya rasa Yang Berhormat Langkawi pun pada ketika itu, dia tidak tahu tentang perkara itu. Macam mana 50 kali ganda kompaun, ada orang yang menerima RM100 ribu dia kompaun 25 kali ganda. Maka saya lawan, pada ketika itu, tetapi saya melihat lambat betul proses. Saya mengaku pada SPRM, saya terima RM1.1 juta. Saya tidak mengaku saya terima RM2 juta. Kemudian...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kamu mengaku kamu terima.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
...Tanya kepada orang yang bagi iaitu Yang Berhormat Pekan. Yang Berhormat Pekan mengesahkan terima RM1.1...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pontian. Manakah wang itu datang?...
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kota Melaka, tolonglah.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
...Sebanyak RM1.1 juta dan oleh sebab saya telah membayar, maka saya lepas dan bebas. Itu keputusan mahkamah yang patut kita hormati dan ini disebut oleh...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Saya rasa SPRM... [Sistem pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kota Melaka, duduk.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
...Disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa Akta Pembiayaan Dana Politik...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ya, Yang Berhormat Pontian.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kota Melaka. Amaran satu.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
...Akta Pembiayaan Dana Politik akan diperkenalkan oleh kerajaan dengan mengambil kira juga pandangan...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, saya... [Sistem pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kota Melaka, tolong.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
...Bagi memastikan mekanisme pelaksanaan yang berkesan, ya. Maka saya ingin mengesyorkan supaya Akta Pembiayaan Dana Politik diadakan dalam penggal ini dan ada rang undang-undangnya oleh sebab telah disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa ia akan diperkenalkan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat Pontian. Sebenarnya saya hendak mulakan dengan Yang Berhormat Kuantan supaya saya boleh lebihkan sehingga Yang Berhormat Kuantan tamat tetapi oleh sebab masa pun sudah pukul 1 tengah hari, Yang Berhormat Kuantan belum boleh mula.
Maka saya terpaksa tangguhkan persidangan ini sehingga pukul 2.30 petang.
Maaf, Yang Berhormat Kuantan. Itu sebab banyak sangat gangguan yang tidak ada kena- mengena dengan Rancangan Malaysia Kedua Belas.
Saya tangguhkan sehingga pukul 2.30 petang. Assalamualaikum. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Tuan Yang di-Pertua
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, kita sambung semula perbahasan. Saya dengan ini menjemput Yang Berhormat Kuantan, 12 minit.
Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bismillahi Rahmani Rahim. Saya turut serta dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kedua Belas ini dengan mengingatkan kita bahawa Rancangan Malaysia Kedua Belas ini, kita berada di fasa awal. Dalam proses kita menuju ke arah Wawasan Kemakmuran Bersama serta juga Sustainable Development Goals yang berakhir pada tahun 2030.
Dalam masa 10 tahun ke hadapan ini, segala tindakan kita, segala keputusan yang kita buat sebagai sebuah negara akan menentukan arah dan hala tuju negara serta juga nasib anak-anak kita dan generasi masa hadapan.
Maka, penting bagi kita untuk melihat ke belakang berkenaan dengan kejayaan Rancangan Malaysia Kesebelas, Rancangan Malaysia Kesepuluh, dan sebelumnya, sama ada kita telah berjaya mencapai segala matlamat yang ditetapkan ataupun tidak ataupun ia kekal dalam lembaran buku-buku yang cantik dan indah. Mampukah kita mengemudi negara kita melalui Rancangan Malaysia Kedua Belas ini keluar daripada keadaan ekonomi, keadaan kesihatan, segala bagai ini dan memulihkan negara? Itu terpulang kepada kita bersama.
Saya ingin memulakan perbahasan saya ini dengan membuka tajuk yang pertama iaitu berkenaan dengan kesaksamaan gender. Buat permulaan, saya ingin menegaskan
Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan
berkenaan dengan kesaksamaan gender ini. Saya ucap terima kasih kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyebut berkenaan dengan kesaksamaan gender di dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas.
Kerana apa penting perkara ini? Kerana mengikut World Economic Forum dalam laporan Global Gender Gap Report 2021, Malaysia di tangga 112 daripada 156 buah negara. Jatuh lapan mata- berbanding tahun 2020 di mana kita di tangga 104. Jadi, kita turun ke bawah. Bukan sahaja dalam Global Gender Gap Report tetapi dalam report yang lain, Sustainability Report kah, Corruption Index Report kah, negara Malaysia jauh ke belakang.
Jadi kesaksamaan gender ini, semalam saya ada dengar seorang Ahli Parlimen berbahas bercakap tentang gender yang ketiga.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tegaskan, apabila kita bercakap tentang kesaksamaan gender, kita bercakap tentang lelaki dan wanita bukan tentang gender yang ketiga. Jadi, harus ditegaskan di sini bahawa itulah perjuangan berkenaan dengan kesaksamaan gender. Yang tentang gender ketiga itu termasuk bawah bab hak asasi manusia. Dia bukan berkenaan dengan kesaksamaan gender.
Tuan Yang di-Pertua, berjaya atau tidak kita mencapai kesaksamaan gender ini, sekiranya kita berjaya melakukan gender mainstreaming ataupun mengarusperdanakan gender. Kita gagal selama ini untuk naik dalam Global Gender Gap Index ini kerana kita tidak melakukan monitoring dan evaluation.
Kita tidak memantau kesan dan impak daripada segala polisi ataupun dasar yang kita buat. Dasar yang kita buat ataupun rang undang-undang yang kita gubal ada kesan yang berbeza kepada lelaki dan wanita. Jadi kita tidak monitor, kita tidak nilai, tidak evaluate. Oleh sebab itu kita tak tahu kesan dasar tersebut ataupun peruntukan kewangan yang kita berikan di dalam satu-satu dasar.
Jadi, perlu sangat-sangat kita memahami proses pemerkasaan gender ini- gender mainstreaming. Mengarusperdanakan gender perlu kepada satu gender focal lens.
Melihat satu-satu keperluan itu daripada kaca mata gender. Saya bagi contoh, di sinilah Gender Responsive Budgeting itu yang saya sedang banyak bercakap kebelakangan ini amat-amat perlu untuk kita bawa kerana Gender Responsive Budgeting ini dibawa pada tahun Rancangan Malaysia Kelapan, Tuan Yang di-Pertua. Ia dibantu oleh United Nations Development Program (UNDP) dan dibuat satu pilot project pada tahun 2004-2005 tetapi selepas daripada itu, 15 tahun kita ketinggalan.
Oleh sebab itu, mata ranking kita, the gap ataupun jurang kesaksamaan gender ini makin jatuh dan makin jatuh. Laporan daripada World Economic Forum juga mengatakan bahawa hasil daripada pandemik ini, satu dunia ini memerlukan 135 tahun ini total untuk merapatkan jurang worldwide. Di Malaysia kalau berkenaan dengan political empowerment, kita memerlukan 145 tahun untuk merapatkan jurang. Daripada segi economic participation, Malaysia nombor 104 daripada 156 buah negara di dunia berkenaan dengan economic participation. Jadi kita jauh ketinggalan.
Sebab itu gender responsive budget perlu dibawa semula kerana ia merupakan satu buah alat yang boleh membantu kita menilai, mengukur bagaimana kita berjaya dalam proses mengarusperdanakan gender dan akhirnya sekiranya itu berjaya, kita bolehlah mencapai satu keadaan di mana kita mencapai kesaksamaan gender.
Tuan Yang di-Pertua, dalam satu artikel yang dibuat oleh kajian UNICEF bertajuk Families on the Edge bahagian IV, kajian dibuat ke atas 500 buah keluarga daripada 16 flat kos rendah di Kuala Lumpur. Didapati bahawa ketua isi keluarga wanita lebih miskin sewaktu pandemik berbanding dengan ketua isi keluarga lelaki. Ini semua orang susah, low-cost flat di Kuala Lumpur.
Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan
Akan tetapi ketua isi keluarga rumah yang wanita, lebih miskin. Malah lebih miskin daripada lelaki, malah lebih miskin daripada ketua isi keluarga OKU. Itu menunjukkan betapa disadvantage dan bagaimana wanita terkesan. Kalau kita tidak ada cara untuk menilai effectiveness program kita seperti bakul makanan, bagaimana kita hendak pastikan ketua isi rumah wanita yang miskin ini mendapat akses yang sama kepada
Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan
bantuan. Oleh sebab itu gender responsive budget ini penting kerana ia menilai keberhasilan ataupun impak bajet itu kepada lelaki, wanita, perempuan, kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki.
Oleh sebab keperluan setiap kelompok ini, kalau disable lelaki, disable perempuan pun lain keperluannya, ketua isi rumah lelaki ketua isi rumah perempuan pun lain keperluannya. Kalau ketua isi rumah perempuan itu pula miskin, ada anak perempuan ramai pula, masuklah pula period poverty pula, hendak beli sanitary towel pun, tidak ada duit. Jadi penting kita faham kesaksamaan gender, gender main streaming, faham berkenaan dengan kenapa perlunya kepada gender responsive budgeting. Itu berkenaan dengan kesaksamaan gender. Saya harap Yang Berhormat Menteri dengar berkenaan dengan perkara ini dan bersungguh-sungguh untuk lakukan apa yang patut untuk kita merapatkan jurang antara gender ini.
Perkara yang kedua Tuan Yang di-Pertua saya hendak bercakap berkenaan dengan wakaf yang disebut dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan dengan Pelan Induk Wakaf Nasional akan diwujudkan, tetapi dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas itu tidak ada berkenaan dengan Pelan Induk Wakaf Nasional. Malah dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas itu, saya lihat idea-idea masih yang ditakuk lama berkenaan dengan kegunaan wakaf. Masih tidak dapat mengatasi cabaran-cabaran seperti State-Federal punya hubungan dan sebagainya, masih bercakap tentang tanah, masih bercakap tentang program-program.
Akan tetapi dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada disebut lebih daripada itu dan saya amat gembira mendengarnya dan nampak seolah-olah segala apa yang diperjuangkan oleh Kerajaan PH sebelum ini nampak didengari oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang. Saya ingin menyarankan Yayasan Wakaf Malaysia serta JAWHAR diperkasakan. Berkenaan dengan wakaf ini sekiranya kita lakukan dengan betul dan dengan kehendak yang bersungguh-sungguh, ia merupakan amal soleh yang tidak habis yang akan berterusan seperti sungai yang mengalir.
Jadi, ia boleh mewujudkan keadaan yang win-win. Oleh sebab itu Rang Undang- undang Wakaf ini amat penting. Seharusnya kerajaan pada hari ini, Perdana Menteri dengar, serius dalam membawa Rang Undang-undang Wakaf kerana ia akan memberi satu garis panduan kepada bagaimana kita hendak mengembangkan instrumen wakaf sebagai salah satu daripada instrumen ekonomi Islam dan boleh menjadi the third sector of the economy. Jadi perlu kita perkasakan, perlu kita lihat bagaimana kita hendak mengatasi masalah kemiskinan. Dahulu dalam Kementerian kita sudah mula buat membasmi kemiskinan menggunakan multidimensional poverty index dengan menggunakan wakaf dan zakat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat, minta rumuskan Yang Berhormat ya.
Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan
Ya. Jadi bagaimana- kita bercakap tentang kemiskinan, bagaimana wakaf dan zakat boleh digunakan untuk memastikan orang miskin ini ada akses kepada pendidikan yang baik, khidmat kesihatan, persekitaran yang selamat, rumah yang selesa, menggunakan dua buah instrumen ini. Kita boleh bina bukan setakat baitulmal yang simpan duit zakat, tetapi the house of mal yang boleh digabungkan zakat dan wakaf. Kita boleh gunakan itu untuk selamatkan sekolah-sekolah daif.
Kita juga boleh guna itu untuk bina hospital dan untuk membina ekonomi negara.
Saya harap sangat bahawa wakaf ini dapat diperkasakan dan kita sanggup bekerjasama membantu sebab tidak ada masalah selama kita dalam kerajaan PH memang tidak ada masalah antara Kerajaan Persekutuan dengan negeri. Kalau adapun itu cuma persepsi yang mengatakan ada cabaran-cabaran tersebut.
Jadi dengan itu Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih dan sama- samalah kita membangunkan negara kita dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kuala Krai, diikuti oleh Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Rompin dan Yang Berhormat Tampin.
Sila Yang Berhormat Kuala Krai. Masa 12 minit.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Bismillahi Rahmani Rahim.
Tuan Yang di-Pertua.
Berkembanglah payung sebuah kerajaan; Berkandarkan emas kemuncaknya intan; RMKe-12 Kuala Krai bahaskan; Buat kebaikan rakyat sekalian.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan kesempatan kepada saya bagi mewakili rakyat Kuala Krai yang saya kasihi untuk turut serta dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kedua Belas. Kuala Krai terlebih dahulu ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah pun membentangkan RMKe-12 pada 27 September yang lalu dan tentunya juga kepada Yang Berhormat Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed sebagai Menteri yang bertanggungjawab merangka RMKe-12 dengan begitu jayanya. “Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan” adalah sebuah prakarsa yang amat tepat. Inklusif lagi komprehensif untuk keluarga Malaysia buat menghadapi perang pandemik COVID-19 dan semestinya ia merupakan ubat mujarab buat memulihkan rencam ekonomi yang sedang kesakitan.
Topik saya pada hari ini Tuan Yang di-Pertua ialah pertama berkaitan dengan Lebuh raya CSR. Pastinya saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih seluruh rakyat Kelantan atas pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkait dengan pembinaan Lebuhraya CSR Bentong-Kuala Krai, dan Lebuhraya Kota Baharu-Kuala Krai yang bakal siap sepenuhnya pada 2025. Semestinya ini merupakan penantian seluruh rakyat Kelantan selama ini. Semoga nanti bakal menjadi pemangkin ekonomi pada Kelantan. Selain itu tentunya mimpi ngeri pulang berhari raya selama 20 jam sang perantau hanya akan tinggal kenangan. Alhamdulillah, dan terima kasih.
Dalam begitu pada masa yang sama, saya menyimpan sedikit kerisauan dan sangat berharap jangkaan untuk siap pada 2025 tidak lagi diganjakkan sebagaimana terjadi sebelumnya. Kementerian Kerja Raya harus tegas memastikan impian dan harapan rakyat Kelantan ini tidak lagi menjadi impian dan harapan yang kosong kerana sebahagian pakej projek ini masih lagi dalam perancangan, sedangkan masanya ada sekitar empat tahun sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, kejayaan vaksinasi kepada rakyat Malaysia dan kaitannya dengan pertumbuhan ekonomi. Alhamdulillah data hari ini menunjukkan program vaksinasi yang dibuat oleh kerajaan mula memberi kesan yang positif. Hasil daripada usaha berterusan dan vaksinasi secara besar-besaran yang mana setakat ini hampir 61 peratus populasi Malaysia telah menerima dua dos lengkap. Menurut Menteri Kesihatan, Malaysia bakal memasuki fasa endemik bermula hujung Oktober nanti. Peralihan fasa ini dijangka berlaku selepas 80 peratus populasi dewasa ini lengkap menerima dua dos vaksin. Sudah tentu permulaan yang sangat baik ke arah pemulihan ekonomi negara.
Ternyata COVID-19 adalah racun yang sangat berbisa yang menyerang seluruh dunia tidak hanya negara kita mengalaminya.
Pada tahun lepas, ekonomi Britain merosot sebanyak 9.9 peratus akibat wabak ini dan yang terburuk dicatatkan semenjak tahun 1709. Dalam tempoh satu tahun, ekonomi Britain telah menunjukkan pemulihan iaitu perkembangan ekonomi mereka pada tahap 4.8 peratus, pada suku tahun kedua 2021. Ekonomi Britain berkembang pada kadar terpantas dalam 80 tahun.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Bagaimanakah perkara ini berlaku? Jawapannya ialah terletak pada program vaksinasi mereka. Britain telah menyelesaikan vaksinasi penuh lebih daripada 67 peratus populasi penduduk mereka. Begitu juga di Malaysia, dapatan terkini menunjukkan berlakunya pemulihan pertumbuhan ekonomi negara daripada negatif 0.5 peratus pada suku pertama tahun 2021 kepada 16.1 peratus pada suku kedua, tahun 2021.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kumulatif Keluaran Dalam Negara Kasar negara sehingga Jun lalu yang direkodkan -dua peratus akan berada pada unjuran lingkungan sasaran KDNK keseluruhan tahun ini iaitu 3.0 peratus. Jangkaannya KDNK negara akan lebih baik pada suku keempat 2021 apabila lebih banyak sektor ekonomi mula dibuka. Pemulihan ekonomi ini juga membantu memulihkan ekonomi rakyat dan negara serta ia juga mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan
(OECD).
Melihat kepada data tersebut Malaysia berada di dalam landasan yang paling tepat untuk memulihkan kembali ekonominya, insya-Allah. Meningkatkan kesejahteraan Keluarga Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, Rasulullah SAW mengingatkan kita melalui Sabdanya...
[Membaca sepotong hadis] Ertinya, “Sebaik-baik di antara kamu adalah yang terbaik kepada keluarganya, dan aku adalah sebaik-baik di antara kamu terhadap keluargaku”. Hadis riwayat Tirmidhi. Hadis di atas jelas menunjukkan Rasulullah SAW sangat baik melayani keluarga dalam semua hal termasuk isteri dan anak-anak baginda.
Sebagai seorang Muslim, Rasulullah SAW selayaknya menjadi contoh terbaik dalam semua perkara termasuk dalam pembinaan keluarga.
Ibu bapa memainkan peranan utama untuk membina sebuah negara yang harmoni dan bahagia. Keluarga yang baik inilah merupakan permulaan menjadi Keluarga Malaysia yang kita impikan. Pendidikan pertama anak-anak pastilah di rumah. Peranan ibu bapa amat besar dalam membina generasi yang berjaya. Anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga yang tenteram, diliputi oleh rasa kasih sayang, pasti akan menjadikan anak-anak ini membesar dengan baik dan matang keperibadiannya. Sebaliknya bagi anak-anak yang hidup dalam kegelisahan, kebencian dan kekejaman dalam rumah tangga kelak membawa kepada kesan yang negatif. Tentunya ini akan menjadikan usaha pembinaan Keluarga Malaysia akan gagal sepenuhnya.
Jika semua keluarga dalam negara kita memainkan peranan yang sepatutnya, maka akan terbinalah sebuah keluarga besar yang harmoni dan saling hormat- menghormati dan akan terbinalah sebuah negara yang bertamadun dan dihormati. Dalam masa yang sama, perlu diikatkan dengan maqasid syariah bagi menyempurnakan kehidupan. Maqasid syariah ialah matlamat yang ingin dicapai oleh syariat demi kepentingan umat manusia. Antara hal yang sering disebut dalam maqasid syariah ialah pembahagian di bawah cabang Al dharuriyat al-khams ataupun tujuan asas yang lima.
Menurut Imam Ghazali, tujuan syariah itu adalah lima iaitu untuk memelihara agama, nyawa, keturunan, harta dan akal. Maka dengan terlaksananya maqasid syariah akan menyempurnakan kehidupan sebuah Keluarga Malaysia yang diimpikan, insya- Allah. Tuan Yang di-Pertua, isu berkaitan dengan pasca COVID-19. Menyongsong kesan selepas jangkitan COVID-19, kita dapat melihat ada individu yang merasai dampak kesihatan mereka jangka panjang setelah dijangkiti COVID-19. Walaupun telah disahkan sembuh, ada segelintir yang masih mengalami masalah kesihatan termasuklah masalah pernafasan, trauma dan sebagainya.
Bayangkanlah sekiranya 10 peratus daripada jumlah lebih dua juta orang yang telah dijangkiti menghadapi masalah kesihatan selepas COVID-19, kita akan mempunyai lebih kurang 200 ribu orang yang terkesan akibat pasca jangkitan. Mereka berkemungkinan mengalami simptom yang berpanjangan seperti sakit dada serta lesu atau lemah ingatan dan kurang daya tumpu. Ada juga pesakit yang masih mengalami kesukaran bernafas serta tidak dapat melakukan aktiviti yang biasa dilakukan sebelum mereka dijangkiti.
Kumpulan ini tentulah akan mengalami masalah untuk bekerja seperti biasa.
Malah lebih teruk ada yang mungkin harus terus duduk di rumah sehingga ke akhir mereka. Kerajaan harus memikirkan apa yang perlu dilakukan kepada kumpulan ini.
Mereka perlu dibantu bukan sahaja daripada segi psikologi tetapi juga material untuk meneruskan kelangsungan hidup. Seperti yang kita tahu, misalnya ada anak-anak kecil yang tiba-tiba menjadi yatim piatu setelah ibu bapa mereka dirampas oleh COVID-19. Ada isteri yang kematian suami, tidak ada tempat bergantung kerana hanya seorang suri yang tidak ada pendapatan lain.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Warga emas yang kehilangan anak-anak kerana COVID-19, golongan B40, malahan M40 yang terkesan dan tentunya golongan OKU. Mereka kehilangan tempat bergantung dan sangat perlu dibantu. Kebajikan mereka harus dijamin oleh kerajaan dan kerajaan perlu menubuhkan pasukan khas untuk memantau golongan ini.
Selain itu saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan khususnya melalui Kementerian Pembangunan Wanita agar dapat membela golongan armalah ataupun ibu tunggal yang kematian suami sama ada kematian akibat COVID-19 ataupun sebab lain dan mereka mempunyai anak-anak kecil yang masih bersekolah agar dapat dibantu dan dibimbing mereka untuk memulakan hidup baru. Bukan saja bantuan bulanan tetapi tempat tinggal dan kerja buat mereka juga perlu diberi perhatian.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin menyebut beberapa isu di dalam kawasan saya. Kuala Krai ingin mencadangkan kepada kerajaan agar dimasukkan dalam RMKe-12 ialah sebuah Pusat Transformasi Bandar ataupun UTC.
Memandangkan kedudukan geografi Kuala Krai yang sangat luas, pembinaan UTC tentunya akan memudahkan urusan untuk rakyat Kuala Krai. Sebagai sebuah negeri yang digelar Serambi Mekah, tentunya sebuah pusat pengajian Islam bertaraf universiti juga perlu diadakan. Sudah sampai masanya UMK ataupun Universiti Malaysia Kelantan mempunyai jurusan agama dan saya cadangkan Kuala Krai dipilih untuk tujuan tersebut.
Terdapat sebidang tanah di Kuala Krai yang sesuai untuk pembinaan pusat pengajian tinggi ini.
Selain itu, saya ingin menyenaraikan beberapa projek yang sangat mendesak untuk keperluan rakyat Kuala Krai bagi dipertimbangkan oleh kerajaan dalam RMKe-12 ini. Pertama, membina jejambat sepanjang 1,000 meter di persimpangan lampu isyarat Guchil bagi meningkatkan sistem aliran trafik dan mengelakkan kesesakan terutamanya pada waktu puncak.
Kedua, pemulihan sungai serta kerja berkaitan di Sungai Durian bagi memberi perlindungan kepada penduduk serta menjana ekonomi masyarakat setempat dan mengekalkan kelestarian sungai.
Ketiga, pembangunan pusat pemprosesan durian kerana Kuala Krai merupakan antara kawasan tumpuan setiap kali musim durian dan salah sebuah kawasan pengeluar durian di Kelantan. Malah, durian kunyit Kuala Krai mempunyai kualiti sebaik Musang King.
Keempat, pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat di Laloh dalam Dun Manek Urai kerana balai bomba yang berhampiran iaitu di Kuala Krai jaraknya 30 kilometer.
Kelima, pembinaan balai polis baharu Kuala Krai memandangkan balai polis sedia ada sudah terlalu lama dan kedudukannya yang tidak lagi sesuai. Tapak baru telah tersedia milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan seluas lebih tiga hektar yang terletak di Kampung Pahi, jalan utama Kuala Krai ke Gua Musang dengan reka bentuk baru dan mesra pelanggan.
Keenam, dengan bermulanya kerja-kerja projek jambatan Pasir Era ke Pasir Kelang maka saya ingin mencadangkan agar pihak kerajaan dapat membina jalan baharu dari Pasir Kelang ke Bahagia dan dari Pasir Kelang ke Sokor di Tanah Merah agar jambatan baharu yang sedang dibina dapat dimanfaatkan sepenuhnya apabila terdapat jalan yang bersambung dengan jambatan Pasir Kelang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat, minta rumuskan Yang Berhormat.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Ya. Sebagai penutup Tuan Yang di-Pertua, akhirnya sebelum berakhir ingin saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh pegawai dari Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri kerana bekerja siang dan malam untuk menyiapkan RMKe-12. Kenyataan Ketua Pembangkang yang mendakwa menggunakan konsultan luar dan melibatkan perbelanjaan RM2 bilion untuk menyiapkan buku RMKe-12 telah menyinggung perasaan dan merendahkan kebolehan pegawai dan kakitangan awam kita.
Saya mohon Ketua Pembangkang agar menarik balik tuduhan ini. Ini hasil libat urus dan kebijaksanaan pegawai-pegawai kita yang diketuai oleh Yang Berhormat Jeli
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
selaku Menteri bertanggungjawab dalam bidang ekonomi yang memberikan jiwa raga untuk membina kembali negara kita dalam keadaan yang amat mencabar akibat pandemik COVID-19, mereka berjaya menyiapkan rancangan yang akan menentukan hala tuju pembangunan sosioekonomi negara untuk tempoh lima tahun akan datang.
Dalam masa yang sama, saya pohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkaitan perkara tersebut agar fitnah ini dapat dihentikan. Dengan lafaz...
[Bercakap dalam bahasa Arab] Maralah dengan memohon keberkatan daripada Allah SWT. Kuala Krai dengan penuh hati menyokong Rancangan Malaysia Kedua Belas.
Sekian. Wassalamualaikum.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Walaikumsalam warahmatullah. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Klang, 12 minit.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, pada awal tahun ini rakyat Malaysia menyaksikan inisiatif akar umbi yang berinspirasi iaitu fenomena bendera putih ataupun white flag. Ini satu inisiatif solidariti rakyat bagi memberikan sokongan makanan kepada keluarga B40 dan mereka yang kehilangan pendapatan sepanjang tempoh PKP. Inisiatif ini juga menunjukkan bahawa situasi rakyat marhaen amat terdesak akibat usaha-usaha kerajaan yang tidak mencukupi atau disifatkan sebagai gagal.
Pada masa yang sama, ketidaksamarataan dan kemiskinan juga bertambah buruk. Kemampuan kesihatan awam pula melangkaui breaking point sehingga ke tahap kritikal pada waktu puncak wabak dan sistem perlindungan sosial yang sedia ada tidak mencukupi dan tidak berkesan untuk menangani masalah kehilangan pekerjaan, mata pencarian atau pendapatan orang ramai sewaktu wabak melanda.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Let’s be clear Tuan Yang di-Pertua. The victims of the pandemic are the poor and the small businesses. They have been left significantly worse off as compared to year 2019, dengan izin. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, ribuan keluarga masih as we speak, masih menghadapi kekangan kewangan untuk membeli barang-barang makanan untuk keluarga mereka. *This is how bad the situation is.
So*, cabaran Rancangan Malaysia Kedua Belas adalah sama ada rancangan pembangunan ini dapat mengatasi kemelesetan ekonomi termasuk kehilangan pekerjaan, pendapatan dan wang simpanan orang ramai dan juga menutup jurang pendapatan di antara orang kaya dan orang miskin.
Tuan Yang di-Pertua, beberapa trend harus diketengahkan, harus dilontarkan dalam Dewan yang mulia ini yang berlaku pada tahun 2020, 2021:
(i) peningkatan kemiskinan mutlak dalam negara kita;
(ii) jurang pendapatan di antara golongan kaya dan miskin menjadi lebih luas walaupun dalam keadaan krisis;
(iii) wang simpanan pekerja lenyap 46 peratus di bawah usia 55 tahun hanya mempunyai wang simpanan kurang daripada RM10 ribu.
UNICEF juga melaporkan bahawa keluarga berpendapatan rendah lebih vulnerable kepada kemelesetan ekonomi, mereka terpaksa ikat perut dan memilih cara pemakanan yang tidak sihat. Apakah yang mereka makan? Mereka makan- hanya makan sekali sehari dengan nasi goreng dan telur. Ini masalah di negara kita. Ini isu yang penting yang harus kita bahaskan Tuan Yang di-Pertua.
Pada suku kedua- tahun 2021, Department of Survey Malaysia menunjukkan bahawa terdapat 143 ribu orang penganggur dalam kumpulan 45 tahun hingga 64 tahun.
Manakala penganggur belia adalah lebih kurang 283 ribu orang. Kedua-dua kumpulan ini yang menyumbang sebanyak 56 peratus daripada jumlah pengangguran akan terus
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
bersaing antara satu sama lain untuk mencari kerja yang sama di pasaran buruh sekarang.
This poses a toxic competition, a toxic competition and has the tendency to push wages further out dalam masa krisis. Dalam masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, kita dapati bahawa gaji perburuhan graduan menurun secara mendadak, lebih rendah daripada gaji minimum sebanyak RM1,200.
Kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, kita sedang menghadapi empat masalah utama di Malaysia yang kritikal dalam waktu pandemik ini iaitu jurang pendapatan di antara orang kaya dan miskin menjadi lebih besar, pengangguran tinggi, ketiadaan wang simpanan dan kebanyakan keluarga tidak berkemampuan untuk membayar sewa dan makanan asas. Akan tetapi adakah nasib golongan ini dibela dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas?
Saya tanya soalan dan saya berpendapat jawapannya ialah tidak. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan beliau memberi tumpuan kepada konsep Keluarga Malaysia dan shared prosperity, tetapi beliau tidak menggariskan bagaimana rakyat Malaysia yang miskin dapat manfaatkan dalam kemakmuran ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan beberapa pandangan yang boleh diguna pakai oleh EPU dan juga Yang Berhormat Jeli yang tidak ada di sini untuk memperkukuhkan sistem perlindungan sosial untuk mengurangkan kemiskinan, ketidaksamarataan dan keretakan di pasaran buruh.
Pertama, kaji semula pendapatan kemiskinan iaitu poverty line index, kaji semula poverty line index, itu yang pertama. Then we need a granular data on COVID-19 induce poverty and equality Tuan Yang di-Pertua, dengan izin.
Kedua, pendaftaran pekerja informal. Sekarang kita dapati di Malaysia kita ada 4.9 juta atau lima juta orang pekerja dalam sektor informal. Pendaftaran ini boleh dibuat dalam aplikasi mudah alih untuk memberikan bantuan melalui Bantuan Sara Hidup. Saya juga cadang supaya kerajaan membentuk skim insurans pekerjaan untuk pekerja tidak rasmi ataupun informal. So, skim insurans pekerja untuk informal workers ataupun pekerja tidak rasmi.
Ketiga, menambah baik program Bantuan Sara Hidup. Kerajaan harus mempertimbangkan cash transfer bulanan sebanyak RM1,000 kepada setiap isi rumah keluarga miskin mutlak dan miskin tegar berdasarkan data yang terkini termasuk mereka yang telah kehilangan pendapatan akibat pandemik.
Keempat, job guarantee. Kerajaan boleh mengurangkan pengangguran dengan Job Guarantee Scheme berjumlah RM10 bilion, boleh diperuntukkan untuk memastikan penganggur-penganggur dapat masuk balik ke pasaran buruh dan majikan yang mengupah golongan ini boleh memohon subsidi kerajaan untuk membayar gaji mereka termasuk suara medium industri termasuk kesatuan sekerja dan juga termasuk NGOs.
Juga kelima, kaji semula gaji minimum. Kaji semula gaji minimum dan juga untuk granular data mengenai impak COVID-19 kepada rakyat Malaysia supaya kita dapat mengguna pakai untuk policy-making.
Dua isu saya sudah bangkit dan isu yang kedua Tuan Yang di-Pertua, memberi peruntukan sebanyak tujuh peratus daripada KDNK untuk sektor kesihatan. Tuan Yang di-Pertua, pembentangan Rancangan Malaysia Kedua Belas oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri jelas menunjukkan pemapanan sektor kesihatan merupakan kunci untuk memulihkan ekonomi.
Sehubungan dengan itu, saya mencadangkan agar kerajaan meningkatkan perbelanjaan sasaran untuk sektor kesihatan sebanyak tujuh peratus daripada KDNK meliputi kerajaan dan swasta secara berperingkat dalam tempoh lima tahun yang akan datang. Ini adalah recommendation daripada World Health Organization.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Yang Berhormat Klang..
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Port Dickson.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya hendak ambil kesempatan ini hendak tanya Yang Berhormat Klang kerana
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Yang Berhormat Klang menekankan soal kepentingan pekerja tempatan. Ini ada kaitan dengan kenyataan saya yang juga- saya minta pandangan Yang Berhormat Klang yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Menteri Ekonomi dan tadi Yang Berhormat Kuala Krai kata fitnah kenyataan saya, yang saya minta Yang Berhormat Klang ulas.
Saya sebut, saya difahamkan lima atau enam tahun lalu, kerajaan sudah belanja RM1.8 bilion dan saya hendak tanya, saya hendak tanya lebih RM2 bilion diberikan kepada konsultan untuk menyiapkan Buku Rancangan Malaysia Kedua Belas dan seterusnya. Kita tidak menafikan kenyataan bahawa staf Unit Perancang Ekonomi, penjawat awam menjalankan tugas, menyempurnakan tugas, malah saya beri komentar yang positif, terima kasih kepada mereka.
Saya hendak Yang Berhormat ulas perkara ini juga kerana Rancangan Malaysia Kedua Belas merangkumi banyak aspek, termasuk kepentingan pekerja tetapi bila Yang Berhormat Kuala Krai kata fitnah, ini masalah tidak buat kerja homework ini. Dia ingat ceramah di surau kampung, dengar baik-baik.
November 2013 Tuan Yang di-Pertua, 12 November Yang Berhormat Kelana Jaya mengemukakan soalan tentang syarikat perunding, apakah jawab Menteri Kewangan ketika itu? Tahun 2009 RM1.2 bilion untuk bayaran perunding, tahun 2010 RM1.6 bilion, tahun 2011 RM1.7 bilion, tahun 2012 RM1.8 bilion dan tahun 2013 hingga Oktober sudah RM721. Maknanya dalam lima tahun, RM7.2 bilion yang telah dibelanjakan. Jadi kalau saya buat unjuran itu. No, pertama kenyataan itu apa maknanya?
Sebulan kerajaan bayar kepada perunding luar, perunding asing RM125 juta purata. Satu hari, RM4 juta...
[Tepuk] Jadi...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat, masa sudah tinggal seminit lagi. Cepat sedikit.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Ya, ya boleh. Ini kerana ada kaitan yang penting kerana saya jawab juga Yang Berhormat Kuala Krai. Baik, terima kasih. Jadi jangan kita kaitkan prestasi kewibawaan penjawat awam yang menjalankan tugas. Saya cuma hendak katakan di sini itu kenyataan lalu.
Yang terbaru 1 April 2021, Yang Berhormat Menteri Kewangan buat kenyataan kalau perunding itu perunding tempatan IPTA dan IPTS, bayarannya tidak boleh lebih daripada RM500 ribu. Akan tetapi untuk syarikat perunding asing boleh beri RM50 juta atau lebih daripada RM50 juta.
Jadi akhirnya Tuan Pengerusi, saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Klang, perkara ini menunjukkan pilihan kita sama ada untuk bantu perunding tempatan, universiti tempatan untuk kita bantu ataupun untuk terus mengharapkan kepada juruaudit asing.
Jadi saya menggesa Kerajaan Persekutuan, adakah Yang Berhormat Klang setuju kalau saya katakan kita harus desak supaya kerajaan jangan hanya bergantung kepada perunding asing yang meluas kerana ada keupayaan menggunakan perunding tempatan, kepakaran tempatan, universiti tempatan dan juga penjawat awam yang berkemahiran. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Tuan Yang di-Pertua, saya sokong pandangan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Port Dickson. Saya ingat isu yang dibangkitkan itu terlalu penting dan saya minta Yang Berhormat Menteri menjawab dan memasukkan pandangan Yang Berhormat Port Dickson ke dalam ucapan saya. Akan tetapi saya minta satu minit sebab saya ada dua isu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Satu minit baik.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Dua isu lagi saya hendak bangkit tetapi bukan banyak saya hendak bangkit. Pertama saya ingin mengatakan bahawa adalah perlu untuk memberi peruntukan sebanyak tujuh peratus KDNK untuk sektor kesihatan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Kedua, saya diminta juga kerajaan untuk membentuk Dana Kanser Nasional yang penting sebab saya tidak ada masa untuk bahas tetapi saya mahu mengemukakan kepada Dewan yang mulia ini dan minta kerajaan untuk menjawab.
Akhir sekali saya juga minta Rancangan Malaysia Kedua Belas perlu menerapkan beberapa cadangan untuk meningkatkan taraf hidup kaum India seperti berikut. Pada amnya saya ingin mencadangkan agar kerajaan mengemas kini, update the Malaysian Indian Blueprint, dan kesan COVID-19 terhadap masyarakat India.
Kedua, saya cadangkan supaya satu Jawatankuasa Teknikal dibentuk di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk pantau dan memastikan golongan India mendapat tujuh peratus daripada kontrak yang ditawarkan oleh setiap kementerian, tempat dan kerusi di institusi pengajian tinggi seperti MRSM dan juga pekerjaan di sektor kerajaan.
Saya juga minta kerajaan untuk memberi peruntukan untuk pelajar-pelajar India B40 untuk menghadiri prasekolah dan juga pengambilan minimum 10 peratus untuk pelajar India dalam program TVET khususnya untuk pelajar India yang tercicir daripada golongan B40.
Akhir sekali peruntukan dan pinjaman TEKUN untuk kaum India perlu ditingkatkan dan juga mewujudkan keperluan untuk kaum India dalam ekonomi hijau melalui geran perniagaan, latihan kemahiran dan akses kepada kontrak kerajaan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Klang. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Rompin. Bagi saya senaraikan dahulu siapa yang akan berbahas.
Selepas Yang Berhormat Rompin, Yang Berhormat Tampin, kemudian Yang Berhormat Baram, kemudian Yang Berhormat Simpang Renggam, kemudian Yang Berhormat Kuala Langat, kemudian Yang Berhormat Tuaran, kemudian Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Hulu Selangor, kemudian Yang Berhormat Cameron Highland.
Sila Yang Berhormat Rompin.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesempatan ini untuk sama-sama menyokong Usul yang dibawa oleh Perdana Menteri bagi Rancangan Malaysia Kedua Belas.
Penyampaian yang cukup mudah difahami dan ia mencakup semua sektor ekonomi dalam negara kita ini dan mengambil kira kepentingan netizen bagi seluruh rakyat, sesuai dengan moto yang diutarakan oleh Perdana Menteri iaitu Keluarga Malaysia.
Saya berharap Rancangan Malaysia Kedua Belas ini akan menjadi sebuah dokumen yang penting dalam rangka kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara.
Selama lima tahun dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas ini harus digunakan sepenuhnya untuk menyusun semula struktur ekonomi dan sosial negara dan menggunakan kesempatan ini untuk menyelesaikan masalah pembangunan yang tidak seimbang di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung dan beberapa buah negeri yang cukup jauh ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia.
COVID-19 telah meninggalkan satu kesan yang sangat mendalam kepada struktur ekonomi negara dan menyebabkan banyak rakan kita yang mengatakan bahawa kadar kemiskinan semakin bertambah. Jadi saya berharap EPU akan bersetuju dengan rakan Yang Berhormat Klang tadi mengkaji semula data kemiskinan negara.
Angka B40 yang selalu disebut mungkin sudah tidak sesuai lagi, dia menjadi B50 sekarang ini dan M40 sebenarnya tinggal M30 sekarang ini. Kalau dahulu kita menghadapi
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
masalah middle income trap di mana middle income society tidak boleh kita lonjakkan kepada menjadi ke atas kerana faktor-faktor struktur ekonomi yang perlu disusun semula.
Jadi COVID-19 ini menyebabkan perkara ini sukar dilakukan kerana kemiskinan semakin melebar, jurang di antara orang kaya dengan orang miskin semakin melebar dan saya sangat setuju bahawa gaji minimum ini harus dikaji semula.
Mungkin gaji minimum ini merupakan instrumen penting bagi kita menyusun semula industri dalam negara kita. Industri yang tidak penting, yang berdasarkan kepada labour intensive harus- yang boleh kita katakan dengan istilah natural death, supaya mereka mati dengan sendirinya dan industri-industri yang berteknologi tinggi, capital intensive harus digalakkan dan ini sahaja yang boleh melonjakkan pendapatan ekonomi bagi golongan miskin B40.
Kita tidak mahu negara kita terus terperangkap dalam low-income economy.
Kalau kita terperangkap dalam low-income economy, agak sukar untuk kita menghapuskan kemiskinan. Jadi usaha-usaha menghapuskan kemiskinan kita boleh bahagikan kepada dua. Satu kemiskinan bandar dan juga kemiskinan luar bandar.
Kemiskinan luar bandar yang menjadi satu sektor pertanian merupakan sektor yang sangat penting, yang boleh membantu untuk menghapuskan kemiskinan di luar bandar. Sektor pertanian tidak harus dilihat sebagai satu sektor tradisional. Sektor pertanian harus diperkenalkan dengan pengurusan baharu.
Umpamanya petani-petani harus memahami apa pengurusan ladang, field management, apa dia produktiviti, apa dia pasaran dan dengan kemudahan IT saya percaya agensi seperti Lembaga Pertubuhan Peladang boleh memainkan peranan yang sangat penting untuk mengubah mindset petani-petani luar bandar dengan sistem pengurusan ladang yang lebih cekap, selain produktivitinya tinggi dan ia boleh akses kepada pasaran dengan pengetahuan pasaran semasa, jadi ia tidak terperangkap dengan orang tengah apabila mereka memasarkan barang-barang pertanian mereka ke bandar ataupun ke luar negara. Ini harus dilakukan dengan bersungguh-sungguh oleh agensi seperti Lembaga Pertubuhan Peladang.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Manakala di bandar pula, kemiskinan bandar nampaknya makin tinggi. Kalau kita ambil angka, sebenarnya kemiskinan bandar lebih tinggi daripada kemiskinan luar bandar.
Masyarakat bandar, orang Melayu khususnya, baru berhijrah ke bandar mungkin baru dua generasi. Mereka tidak boleh bersaing dengan mungkin pendatang asing yang datang ke sini.
Pendatang asing dari Myanmar, pendatang asing dari Bangladesh, pendatang asing dari Indonesia yang datang ke bandar dan mereka berlatar belakangkan mereka telah lama tinggal di bandar. Mereka punya daya tahan yang kuat bagaimana untuk survive dalam kawasan bandar. Manakala orang Melayu baru satu ataupun dua generasi sahaja yang tinggal di bandar, mereka tidak mempunyai kelengkapan daripada segi institusi keluarga mereka tidak lengkap untuk menghadapi cabaran semasa di bandar.
Oleh itu, mereka harus diberi latihan. Kemahiran adalah sangat penting kepada masyarakat khususnya di kalangan orang Melayu yang tinggal di bandar supaya mereka boleh bersaing. Umpamanya dalam kerja-kerja interior decoration, umpamanya, yang memerlukan skil. Kita lihat ia dikuasai oleh orang Indonesia. Kenapakah masyarakat kita tidak boleh menguasainya? Kerana tidak ada proper pengurusan tenaga kerja, tidak diberi latihan dan pendedahan dan sebagainya. Jadi, kemahiran di pelbagai bidang ekonomi dalam bandar adalah sangat penting untuk menghindarkan kemiskinan terus melebar di kawasan bandar.
Daripada segi polisi fiskal negara, saya berharap kerajaan tidak terlalu terikat dengan mandatory fiscal policy yang tidak menetapkan tidak lebih daripada 60 percent daripada KDNK negara. Kita harus lebih terbuka. Apa salahnya kita sampai 60 percent sampai 70 percent daripada KDNK negara dan kita punya defisit harus boleh sampai ke- 10 percent kerana kita mempunyai asas ekonomi yang kuat.
Kebolehan negara untuk membayar hutang adalah sangat kuat. Ekonomi kita kuat sebenarnya. Kita ada PETRONAS, kita ada komuniti yang sekarang ini mempunyai harga
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
yang sangat baik iaitu kelapa sawit, furniture industry kita, electrical appliances mempunyai kekuatan dari segi itu. Jadi, kemampuan untuk kita membayar hutang itu adalah munasabah untuk kita memikirkan semula supaya dasar fiskal kita itu ditingkatkan tidak sampai ke-10 percent atau paling kurang 78 percent untuk kita mengumpul dana untuk menyusun semula ekonomi dan sosial, dan saya berharap daripada segi infrastruktur ini biarlah private sector terlibat. PFI harus digalakkan dan jawatankuasa swasta dan kerajaan harus dihidupkan semula dengan aktif supaya bagaimana swasta dan kerajaan boleh memainkan peranan penting dalam keadaan yang sukar ini untuk membantu memulihkan ekonomi negara.
Tidak syak lagi bahawa peranan sektor swasta adalah sangat penting ketika ini dalam kerangka untuk memulihkan ekonomi negara. Di samping itu, kerajaan juga harus berhati-hati dalam public spending iaitu perbelanjaan kerajaan harus lebih telus. Soal ketirisan ini harus menjadi agenda penting dalam ekonomi yang tidak baik ini, dalam revenue kerajaan yang kurang ini. Soal ketirisan merupakan satu perkara yang sangat- sangat harus diteliti oleh kerajaan. Kalau kita boleh selamatkan lima percent daripada government spending daripada soal ketirisan ini, ia sudah cukup untuk membantu membina sekolah yang baharu di Sabah dan di Sarawak umpamanya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta rumuskan, Yang Berhormat.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Jadi, dalam sektor pertanian, saya juga ingin bertanyakan kepada kerajaan. Saya katakan tadi betapa infrastruktur ekonomi luar bandar bagi membantu peningkatan ekonomi masyarakat luar bandar. Ada dua projek di Rompin yang terbengkalai iaitu, satu, membina mini bilik sejuk yang boleh menyimpan barang-barang pertanian, hasil akuakultur. Jika harga rendah, ia boleh disimpan dahulu.
Rompin terkenal dengan cash cropnya, sayurnya sampai ke pasaran Singapura. Jadi kalau harganya turun, kita boleh simpan dan bila harga naik, kita boleh hantar.
Keduanya ialah Rompin telah diisytiharkan sebagai jelapang padi yang baharu oleh kerajaan beberapa tahun lepas. Saya ingin tahu, apakah jadi kepada projek sawah padi yang baharu iaitu seluas 6,000 ekar yang telah siap designnya yang ketika itu telah dalam proses untuk tender tetapi telah dibatalkan? Saya harap kerajaan dapat memberi jawapan kepada dua persoalan kawasan pertanian di kawasan Rompin itu.
Akhirnya, saya menyokong usul yang dibawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan berharap dan saya percaya Rancangan Malaysia Kedua Belas ini mampu untuk meletakkan asas yang baik semula kepada ekonomi negara, menyelesaikan masalahnya dan Malaysia mampu untuk membuat pertumbuhan ekonomi yang lebih baik pada tahun-tahun 2022, 2023, 2024 dan 2025.
Saya menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tampin.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Bismillahi Rahmani Rahim... [Membaca sepotong doa] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas ruang yang diberikan pada Tampin untuk turut membahaskan RMKe-12. Keinginan Tampin untuk turut serta membahaskan RMKe- 12 ini atas rasa tanggungjawab bagi mengemukakan pandangan dan memastikan serta mengingatkan kerajaan agar pelaksanaan RMKe-12 ini dikendalikan dengan cekap, berprinsip, jujur, penuh berintegriti, bertanggungjawab dan mengutamakan negara.
RMKe-12 yang tertangguh pembentangannya telah menggariskan beberapa isu penting dalam melakar pembangunan lima tahun yang akan datang bertemakan ‘Keluarga Malaysia Makmur, Inklusif dan Mampan.’ Banyak isu disentuh yang terangkum dalam 10 bab yang dijadikan sasaran.
Sekali pun rancangan tersebut merangkumi semua aspek, namun Tampin mengharapkan RMKe-12 ini dapat dilaksanakan dan dapat diurus dengan penuh
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
kebertanggungjawaban dan realistik untuk dicapai. Ia bukan sahaja bermain dan berlegar dalam bahasa dan angka yang cantik dan menyeluruh namun pelaksanaannya Tampin khuatir tidak mampu direalisasikan dan mencapai sasaran yang sebenarnya.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Tuan Yang di-Pertua, negara mesti bebas daripada sebarang bentuk penyelewengan, ketirisan dan salah guna kuasa. Untuk memastikan tadbir urus kerajaan yang baik, Tampin menggesa kerajaan supaya memperkasa badan penguatkuasaan seperti SPRM, institusi polis, Jabatan Kastam ataupun jabatan-jabatan yang bersangkutan dengan penguatkuasaan.
Semua institusi tersebut mestilah diperkukuh dalam pelbagai aspek agar institusi tersebut betul-betul bebas untuk memastikan perancangan yang telah diatur dapat dicapai ataupun dapat mencapai matlamatnya. Untuk memastikan organisasi yang melaksanakan mengikut peraturan yang telah ditetapkan, pasukan penguatkuasaan ini amat penting untuk diperkasa dan bebas daripada sebarang bentuk tekanan supaya kita dapat mengelak daripada berlakunya penyelewengan atau ketirisan.
Setiap anggota yang melaksanakan tanggungjawab ini mestilah mempunyai prinsip yang kukuh, integriti yang tinggi, kejujuran dan tahap kebertanggungjawaban yang tinggi dengan meletakkan kepentingan dan mengutamakan negara daripada kepentingan peribadi.
Tuan Yang di-Pertua, kebebasan semua institusi tersebut mestilah dilakukan serentak dengan perancangan yang hendak dilaksanakan. Institusi tersebut mestilah bebas daripada pengaruh dan tekanan politik. Kita tidak mahu lagi mendengar badan- badan tersebut dipengaruhi oleh kuasa orang politik yang menyebabkan institusi tersebut dipertikai kewibawaannya.
Justeru itu, kerajaan mestilah meletakkan negara ini bebas daripada nilai rasuah, salah guna kuasa. Kita mahu melihat kesungguhan kerajaan untuk meletakkan negara kita yang disayangi ini dalam kelompok 10 buah negara teratas bebas rasuah.
Tuan Yang di-Pertua, adakah kita masih mahu terpegun dalam kedudukan yang statik sejak RMKe-11 iaitu tahun 2016 sehingga tahun 2020 masih di tahap 49, 47, 47, 53, 51 skor indeks rasuah negara kita. Adakah kerajaan- dalam meletakkan tanda aras yang jelas dalam menurunkan skor indeks rasuah ini atau apakah kerajaan tidak berkeinginan merealisasikan hasrat agar sejajar dengan pencapaian negara-negara yang bebas rasuah seperti New Zealand, Denmark, Switzerland dan lain-lain negara 10 yang teratas yang bebas rasuah.
Sebagai sebuah negara Islam yang agresif, kita mestilah bertekad untuk menjadi contoh kepada gerakan penghapusan rasuah semaksimum di peringkat global untuk memastikan supaya setiap lapisan masyarakat di semua peringkat membenci dan jijik dengan rasuah. Saya mencadangkan supaya kurikulum silibus pendidikan di peringkat awal prasekolah ataupun sekolah dimasukkan berkaitan dengan rasuah.
Tuan Yang di-Pertua, kesejahteraan hidup merupakan satu bentuk pengukuran kualiti hidup yang diukur secara psikologi atau dalaman yang melibatkan beberapa dimensi seperti kegembiraan, kepuasan hidup, harga diri, kecekapan diri, kehidupan berkeluarga, pekerjaan pendidikan dan kewangan.
Namun, apa yang berlaku sejak kebelakangan ini, kesejahteraan hidup mula dipertikai di mana kita dapati terdapat peningkatan dalam kematian akibat kes bunuh diri yang dilaporkan di Malaysia pada tahun 2020 iaitu sebanyak 631 kes berbanding 609 kes pada tahun 2019. Sehingga Julai 2021, sejumlah 638 kes bunuh diri telah dilaporkan oleh PDRM, berbanding 262 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2020 iaitu peningkatan sebanyak 143 peratus iaitu 1.3 kali lebih banyak daripada yang sebelumnya.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun Laporan Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia 2019 telah menunjukkan peningkatan sebanyak 0.6 peratus disokong pertumbuhan positif dan kesejahteraan ekonomi sebanyak 2.3 peratus. Namun apa yang berlaku, kesenjangan pendapatan dan pembangunan masih ketara yang mempamerkan ketidakseimbangan di antara bandar dan desa, antara wilayah dengan wilayah yang lain, antara bangsa dengan bangsa yang lain.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Oleh sebab itu saya mendesak kerajaan supaya menyejajarkan keseimbangan pembangunan yang akan dilakukan dalam RMKe-12 ini mengikut keutamaan ataupun aulawiyat yang lebih realistik. Kalau desa kurang membangun, maka kerajaan harus memberi keutamaan kepada pembangunan desa tersebut. Kalau wilayah timur kurang membangun, maka kerajaan wajar mendahulukan wilayah timur tersebut. Kalau kita mahu melihat kualiti hidup yang lebih seimbang antara desa dan wilayah, inilah Keluarga Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, negara memiliki kewajipan untuk memberikan kesejahteraan sosial kepada penduduknya. Pelaksanaan langkah-langkah ini memerlukan politik yang kuat, yang memungkinkan pengagihan semua pendapatan dan pengembangan layanan awam untuk kesejahteraan sosial. Masyarakat dapat dilaksanakan lebih tuntas dan bermakna. Apa ertinya sebahagian dari wilayah kita membangun, sedangkan kawasan yang lain tidak mencerminkan kita ini sebagai satu wilayah.
Tuan Yang di-Pertua, kebelakangan ini rakyat kita berhadapan dengan kesihatan mental. Statistik Kesihatan Dunia (WHO) menunjukkan lebih daripada 300 juta orang seluruh dunia mengalami keadaan gangguan emosi atau kemurungan. Kita tahu, kebanyakan mereka yang dilanda kemurungan menerima persepsi negatif daripada kebanyakan masyarakat dan stigma ini menjadikan mereka dilanda kemurungan ataupun malu mendapat bantuan perubatan.
Sekali gus menyembunyikan gejala kemurungan supaya tidak dikategorikan sebagai sakit jiwa. Sudah tiba masanya negara mempunyai alat pengukur kesejahteraan psikologi rakyat kerana kita harus memastikan segala yang menyumbang kepada pembangunan negara mempunyai pemikiran yang positif, matang dan kemampuan menjadi produktif, kreatif serta inovatif.
Untuk akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh pembangunan di Tampin. Dalam perkara terakhir ini Tampin ingin membangkitkan beberapa perkara yang berkaitan dengan pembangunan kawasan Parlimen Tampin. Apa yang selalu dibangkitkan oleh masyarakat setempat, bagaimana beberapa projek yang tertangguh yang telah diluluskan dalam RMKe-11 atau peruntukan dialihkan ke tempat yang lain.
Saya memohon penjelasan kerajaan berkaitan dengan jalan pintas Gemas, jalan FELDA Bukit Jalur ke Gemas. Kampus Penyelidikan Agro Universiti Malaya masih belum dijalankan.
Walaupun telah diluluskan, bilakah akan dilaksanakan? Mengapakah perkara ini masih tertangguh? Justeru itu, saya mengharapkan projek tersebut dapat dilaksanakan dalam RMKe-12.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Rumuskan Yang Berhormat. Ada 1 minit.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Satu lagi perkara yang saya hendak bangkitkan walaupun sudah dijawab oleh Yang Berhormat Menteri yang berkenaan iaitu menaik taraf Jalan Gemas Tampin. Jalan ini sering saya bangkitkan dalam persidangan ini. Walaupun telah mendapat jawapan daripada kementerian, namun saya masih meminta supaya kerajaan mempertimbangkan dan meletakkan sesuatu keutamaan dilaksanakan dalam RMKe-12.
Perkara ini perlu saya bangkitkan kerana Gemas mempunyai sebuah kem tentera yang besar dan banyak peralatan yang strategik yang terdapat di kem tersebut. Perkara ini berkaitan dengan keselamatan negara. Seandainya berlaku perkara yang boleh mencemaskan negara, Bagaimanakah mungkin kedaulatan negara dapat dipertahankan?
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Sekiranya kemudahan dan jajaran untuk menaik taraf jalan tersebut tidak dilakukan, buatlah pertimbangan yang sesuai dan keutamaan ini ialah keselamatan negara. Lebih-lebih lagi, kita dapati ramai di kalangan anggota tentera yang mendapat kemalangan kesan daripada keadaan jalan tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Masa habis.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Justeru itu, saya mengharapkan Rancangan Malaysia Ke-12 ini dapat dijalankan mengikut landasan yang telah ditetapkan.
Tampin menyokong. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Saya hendak sambung tadi selepas dari Yang Berhormat Cameron Highlands ialah Yang Berhormat Penampang. Kemudian Yang Berhormat Betong, kemudian Yang Berhormat Rasah, kemudian Lubok Antu, kemudian Yang Berhormat Selangau, kemudian Yang Berhormat Sekijang, kemudian Yang Berhormat Taiping dan kemudian Yang Berhormat Sepang. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Baram, 12 minit.
Tuan Anyi Ngau - Baram
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi laluan kepada saya untuk turut membahas Rancangan Malaysia Ke-12 seperti yang telah pun dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Ke-12 merupakan sebuah dokumen. Saya kata sebuah dokumen yang begitu penting kerana dengan adanya Rancangan Malaysia Ke-12 ini, maka jika dilaksanakan mengikut peraturan yang betul, maka negara kita ini akan menjadi makmur, inklusif dan mampan.
Tuan Yang di-Pertua, saya percaya bahawa apabila Yang Amat Berhormat Bera mengumumkan inisiatif-inisiatif dalam Rancangan Malaysia Ke-12 ini, segenap lapisan masyarakat, khususnya mereka yang mendiami di kawasan luar bandar dan mereka yang tergolong dalam B40 dan M40, sudah pasti merasa lega dan positif bahawa mereka— apa orang kata, they see the light at the end of the tunnel. Ini adalah kerana RMKe-12 menekankan kepada usaha kerajaan Keluarga Malaysia ini untuk menjarakkan ataupun untuk merapatkan lagi jurang pembangunan di antara wilayah-wilayah dan negeri-negeri tanpa mengira kita punya bangsa, budaya dan agama.
Umum tahu, bahawa negeri Sarawak ataupun wilayah Sarawak adalah tergolong dalam wilayah ataupun negeri yang miskin. Kita juga tahu di kawasan pedalaman Sarawak seperti di kawasan saya, seperti di kawasan Baram dan lain-lain kawasan di luar bandar, tahap pembangunan yang kita capai ataupun yang kita menikmati sehingga hari ini setelah 58 tahun negara Malaysia ini ditubuhkan, masih lagi ketinggalan kalau dibandingkan dengan kawasan-kawasan yang lain. Saya ambil contoh Tuan Yang di-Pertua, di kawasan pedalaman di mana ada sebuah keluarga yang B40, yang mempunyai ahli keluarga bilangan dalam empat atau lima orang, mereka ini duduk dalam sebuah rumah yang diperbuat daripada kayu dan separuh daripada konkrit dan beratapkan zink. Rumah yang cukup sederhana tetapi apabila hujan, air— atap ini pun bocor.
Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, B40 ini juga dia mempunyai— dia tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Dia hanya bergantung kepada pertanian-pertanian ataupun kerja-kerja pertanian yang kecil-kecilan dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap ini. Oleh kerana hasil pertanian itu pun memang it is not up to the scale ini.
Di samping itu, apabila anak ataupun cucu mereka B40 ini pergi ke sekolah, sekolah yang mereka naiki itu ialah sekolah yang daif, di mana jaringan internetnya pun memang lemah ataupun langsung tidak wujud sekali.
Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, apabila ada daripada ahli keluarga mereka ini sakit ataupun apabila mereka perlu berurusan dengan agensi-agensi kerajaan, mereka ini perlu menumpang, membayar tambang yang cukup mahal, melalui jalan yang cukup tidak selamat untuk sampai ke pusat di mana perkhidmatan-perkhidmatan ini diberikan.
Inilah gambaran, inilah situasi yang kita dapati, bukan di semua tempat tetapi ada pockets of poverty yang wujud di kawasan pedalaman, termasuk kawasan saya.
Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong penuh agar RMKe- 12 ini yang menekankan kepada pembasmi— for education of poverty ini dapat dilaksanakan. Saya difahamkan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak telah pun mencadangkan kepada pihak Persekutuan supaya satu bilangan, satu jumlah peruntukan yang besar diluluskan untuk melaksanakan beberapa projek di kawasan pedalaman di Sarawak supaya negeri Sarawak akan menjadi maju menjelang tahun 2030.
Tuan Anyi Ngau - Baram
Untuk rekod, saya difahamkan bahawa kerajaan negeri mencadangkan kepada pihak atasan, khususnya dalam RMKe-12 ini, dalam lingkungan RM61 bilion untuk buat jalan ataupun untuk menaikkan taraf jalan di negeri Sarawak ini. Di samping itu, telekomunikasi RM3.6 bilion. Untuk utiliti seperti api, elektrik dan air diperlukan RM22 bilion dan untuk sekolah dan kesihatan masing-masing memerlukan hampir-hampir RM20 bilion ini. Bukan juta, bilion ini untuk melaksanakan semua infrastruktur ini di negeri Sarawak. Agar apa yang saya perkatakan awal tadi, supaya B40 yang hidup dalam keadaan yang seperti bayang yang saya terangkan tadi itu, dapat ditingkatkan. Supaya mereka ini juga hidup dalam sebuah keluarga yang cukup makmur, mampan dan inklusif ini.
Jadi, inilah saya percaya dan saya merayu melalui Rancangan Malaysia Ke-12 ini supaya peruntukan-peruntukan diberi kepada kawasan-kawasan seperti Sarawak, kawasan-kawasan luar bandar ini diutamakan untuk RMKe-12 ini.
Tuan Anyi Ngau - Baram
Untuk kawasan Baram, kawasan Baram adalah seluas 22,000 kilometer persegi.
Di kawasan Baram sekarang ada tiga buah daerah dan dua daripada daerah ini belum ada agensi-agensi kerajaan kecuali mungkin agensi-agensi di negeri sahaja. Kalau adapun agensi Persekutuan seperti polis, pendidikan, kebajikan, hospital, dan Kementerian Kesihatan. Kalau adapun tahap yang ada tempat-tempat ini adalah yang boleh kita katakan subdistrict punya standard ini.
Maka, saya merayu supaya dalam Rancangan Malaysia Ke-12 ini agensi-agensi Persekutuan ini diwujudkan ataupun dinaik taraf di Pekan Long Lama dan juga di Pekan Beluru sebab ini adalah the administrative centre for the districts, dengan izin dan mohon supaya jalan,saya mohon supaya jaringan jalan di kawasan luar bandar diperhebatkan lagi. Saya difahamkan dalam kawasan saya, kawasan Baram mungkin tidak sampai 150 kilometer sahaja jalan yang ber-seal ini. Saya mohon supaya keutamaan diberi untuk menaikkan taraf jalan ini dan juga membina satu yang saya rasa paling penting ialah untuk membina jalan yang sepanjang dalam lingkungan 40 kilometer dari Pekan Lapok ke Long Ayak ini. Ini perlu diutamakan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta rumuskan Yang Berhormat.
Tuan Anyi Ngau - Baram
Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 ini. Di samping itu, hospital Long Lama, klinik kesihatan yang ada sekarang ini pun sudah kena soil erosion pada satu masa dahulu dan terpaksa menggunakan dewan masyarakat untuk berkhidmat kepada masyarakat. Saya minta dalam Rancangan Malaysia Ke-12 ini, dalam bajet yang akan dibentangkan tidak lama lagi, perkara-perkara ini perlu diutamakan. Dengan itu, saya sokong RMKe-12. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Baram. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Simpang Renggam. 12 minit.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, RMKe-12 adalah perancangan yang amat penting demi melakarkan landskap hala tuju negara pasca COVID-19. Ia sepatutnya menjadi satu pelancaran untuk negara segera bangkit dari satu mehnah masa sama ada dari segi ekonomi, sosial mahupun pendidikan. Bak kata sasterawan negara, Muhammad bin Haji Salleh dalam sajak beliau Musim Panas, “Menang kerana kalah, megah kerana bekerja, luas kerana menyeberang sempadan.” Di sebalik kesengsaraan wabak COVID-19, RMKe-12 sepatutnya menjadikannya satu peluang untuk negara melakukan penjajaran semula hala tujunya dalam pelbagai aspek terutamanya dalam ranah pendidikan. Kita masih lagi menantikan satu pelan jalan keluar dan pelan jangka masa panjang pendidikan daripada kemelut wabak COVID-19 ini bagi kedua-dua sektor pendidikan dasar, dan juga pendidikan tinggi. Sehingga kini kita masih menantikan. Belum ada lagi. Harapan saya agar kerajaan segera menubuhkan Majlis Tindakan Pendidikan Kebangsaan untuk mengemukakan masterplan pendidikan dasar dan pendidikan tinggi termasuk juga TVET pasca COVID-19 yang disejajarkan dengan RMKe-12. Usaha penjajaran semula pendidikan pasca COVID-9 melalui wahana
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
RMKe-12 ini mestilah bersifat terangkum, komprehensif, mampan, dan holistik demi membina kembali negara selepas wabak untuk jangka empat tahun ke hadapan.
Tuan Yang di-Pertua, banyak yang ingin saya sentuh kalau berkait dengan isu pendidikan. Namun, waktu yang terhad dan saya ingin tumpukan hanya kepada tiga perkara utama. Pertamanya, sarapan pagi percuma di sekolah rendah. Keduanya, penerusan usaha reformasi pengajian tinggi dan yang ketiganya pendidikan TVET.
Tuan Yang di-Pertua, laporan dan kajian mengenai isu bantut (morbidity) dan malnutrisi di kalangan murid sekolah rendah di Malaysia bukan baharu. Telah diterbitkan banyak kali oleh badan antarabangsa dan badan tempatan semenjak beberapa tahun yang lalu lagi. Pertama yang paling awal mendedahkan isu yang penting ini ialah Laporan Kanak-kanak Pinggiran oleh UNICEF dan DM-Analytics Sdn. Bhd. pada tahun 2018.
Kemudiannya diikuti dengan Laporan Memahami Pemakanan Sekolah di Malaysia oleh Khazanah Research Institute pada Februari 2020. Ketiga, Laporan Keluarga di Pinggiran, isu bersatu terbitan UNICEF dan United Nations Population Fund
(UNFPA) pada Ogos 2020. Keempat, Laporan Analisis Situasi Wanita dan Kanak-kanak di Malaysia 2020 oleh UNICEF pada September 2020. Kelima, Laporan Keluarga di Pinggiran, Isu 2 juga oleh UNICEF dan UNFPA pada Oktober 2020. Antara isu pokok yang telah dibawa oleh kesemua laporan ini ialah pendedahan dapatan yang sama iaitu wujudnya isu bantut, kebantutan (morbidity) dan isu kurang zat yang amat serius di kalangan murid sekolah rendah di negara Malaysia ini. Ini adalah disebabkan oleh faktor ekonomi, faktor sosial dan lain-lain lagi.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, atas kesedaran inilah Program Sarapan Percuma untuk semua pelajar sekolah rendah pernah diutarakan oleh KPM pada tahun 2019 untuk menurut rencananya dilaksanakan pada tahun 2020. Hakikat yang pahit mengenai wabak COVID-19, yang melanda kita ialah keadaan ekonomi rakyat menjadi semakin parah.
Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), bilangan T20 telah merosot lebih 12 peratus. Manakala 20 peratus daripada golongan M40 pula telah beralih menjadi B40 akibat dampak pandemik ini. Hal ini secara tidak langsung menjejaskan tumbesaran anak-anak dan juga pendidikan mereka. Proses pembesaran anak-anak melalui makanan bergizi juga termasuk dalam proses bersepadu pendidikan.
Tuan Yang di-Pertua, bertitik tolak dari kesedaran inilah, Program Sarapan Percuma untuk murid-murid sekolah rendah perlu dilaksanakan semula di bawah RMKe- 12. Diminta kerajaan untuk melaksanakannya di bawah lembayung RMKe-12.
Pelaksanaan Program Sarapan Pagi ini dijangkakan akan memberikan manfaat kepada lebih 2.7 juta murid untuk tempoh 200 hari setahun. Ini menurut kajian pada tahun 2019.
Manfaat yang lebih besar lagi bilangannya dijangkakan pasca COVID-19.
Tambahan pula, selain daripada manfaat kesihatan, anak-anak juga mendapat nilai tambah daripada proses didikan kesetaraan dan nilai yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun. Ini juga bakal memberikan manfaat kepada 50,000 orang guru di seluruh negara. Jikalau Program Sarapan Pagi ini dilaksanakan secara keseluruhannya, 7,772 sekolah bakal terlibat. Program ini akan menguntungkan pembekal ayam, pembekal daging, ikan serta bahan basah yang lain seperti sayur, roti, beras tempatan di dalam lokaliti sekolah-sekolah yang terlibat. Daripada ribuan pembekal ini, ratusan ribu pekerja daripada pekerja pembekalan termasuk pekerja kantin akan dapat menstabilkan semula pendapatan keluarga mereka yang teruk dihenyak dampak COVID-19. Secara purata, terdapat lebih kurang 100,000 orang pekerja kantin di seluruh negara anggaran. Sekitar 500,000 ahli keluarga pekerja akan mendapat manfaat secara langsung daripada Program Sarapan Pagi ini.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Tuan Yang di-Pertua, RMKe-12 juga sepatutnya digunakan sebagai peluang untuk Malaysia bangkit meneruskan usaha reformasi pengajian tinggi. Ia pernah dimulakan pada tahun 2019. Di atas kesedaran tersebut, saya mencadangkan agar kerajaan menyegerakan melalui Kementerian Pendidikan Tinggi; pertamanya, penubuhan
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
kembali Majlis Pendidikan Tinggi Negara yang termaktub dalam Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 (Akta 546). Usaha ini pernah dimulakan pada tahun 2019.
Keduanya ialah, demi menjamin kewibawaan dan kredibiliti institusi pengajian tinggi di mata awam dan di persada antarabangsa keanggotaan Lembaga Pengurusan Universiti Awam juga hendaklah bebas daripada lantikan politik dan dihadkan hanya pada dua penggal saja bagi setiap lantikan.
Ketiganya, ialah imej ahli akademik Malaysia yang pernah tercalar kerana isu penerbitan di ‘jurnal pemangsa’ (predator journal) dan isu plagiarisme perlu ditangani secara serius dan sistematik. Jawatankuasa Integriti Penyelidikan Kebangsaan yang pernah dicadangkan oleh Majlis Sains Negara pada tahun 2017 perlu diwujudkan segera.
Akta 605 perlu dipinda untuk menjamin kebebasan akademik dan menjaga integriti para akademik. Juga usaha meneruskan usaha yang pernah dilakukan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) 1971(Akta 30) dan digantikan dengan undang-undang yang lebih berkomprehensif bersekali dengan Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996. Ini perlu diteruskan. Kemudiannya, meneruskan usaha penubuhan persatuan pelajar di semua IPT atau student union, seperti mana telah bermula sejak tahun 2019. Kerajaan juga perlu memberikan penumpuan untuk memperkasakan IPTS berdasarkan IPTS Roadmap 2020-2025.
Institusi pengajian tinggi bukan sekadar mengajar. Sektor ini bahkan menjadi penyumbang besar dalam KDNK negara dan dijangka memainkan peranan lebih besar dalam pertumbuhan ekonomi negara pada masa hadapan. Sehingga 2020, IPTS menjadi pilihan lebih separuh daripada populasi pelajar pengajian tinggi negara. Daripada yuran pengajian dan kos sara hidup, sektor ini menyumbang RM31.5 bilion kepada ekonomi Malaysia. Pada tahun 2018, kira-kira lima sehingga enam peratus pertumbuhan tahunan dijangka diterjemahkan kepada RM65 bilion yang akan disumbangkan menjelang tahun 2025 dan RM84 bilion menjelang tahun 2030.
Namun begitu, IPTS terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan dan halangan terutamanya cabaran kenaikan kos, persaingan daripada negara jiran, kelangsungan program, dan juga kemudahan program berkualiti tinggi terutamanya selepas COVID-19.
Kesannya, institusi ini meletakkan harapan tinggi kepada kerajaan untuk memastikan kedudukan negara tetap unggul sebagai hab pendidikan serantau supaya mereka terus menjadi penyumbang utama kepada negara.
RMKe-12 perlu melakukan penjajaran semula agar IPTS selari dengan apa yang dilakarkan oleh dokumen *The Way Forward for Private Higher Education Institutions:
Education As An Industry (2020-2025).* Begitu juga terdapat beberapa IPTS yang sedang bergelut dan ada yang berada di sisa-sisa umurnya. Oleh sebab itu, perlu kita lakukan tindakan berani untuk menukarkan mereka menjadi pusat latihan TVET.
Tuan Yang di-Pertua, di dalam dunia pasca COVID-19 dan dalam keadaan ekonomi yang mula bangkit selepas kegawatan akibat wabak memerlukan pendekatan bukan konvensional. Antara keperluan utama industri di seluruh dunia termasuk Malaysia ialah pekerja berkemahiran tinggi dan juga para pekerja yang mesra dan berorientasikan IR4.0. Bukan apa itu 4.1R kah? Ini bermakna kemahiran yang diperlukan oleh industri mungkin berubah dengan cepat. Maka, sektor pendidikan TVET negara harus berubah dengan radikal untuk memenuhi tuntutan pasaran kerja agar dapat menampung permintaan industri. Tahniah kepada kerajaan kerana memasukan TVET dalam RMKe- 12.
Namun, perlu diberikan perhatian konsep-konsep yang indah sahaja tidak memadai. Kita perlu melihat mekanisme pengoperasian konsep-konsep tersebut dan juga pelaksanaannya. Kita perlu akur bahawa negara yang terkehadapan dalam bidang TVET, yang telah berjaya sepanjang tahun ini dan sepanjang kurun ini adalah Jerman. Mahu ataupun tidak mahu, kita mestilah mencontohi kejayaan model Jerman di dalam membangunkan TVET. Antara punca kejayaan TVET di Jerman ialah TVETnya diterajui industri dan bukan kerajaan. Logiknya, industri lebih memahami apa yang mereka mahukan daripada tenaga kerja dan kualiti graduan TVET. Maka, lebih layak untuk mereka menentukan corak TVET negara. Maka, apa yang lebih penting ialah amalan German Dual Vocational Training di mana para pelatih ditempatkan di industri untuk dilatih dan kemudian diserapkan ke dalam pekerjaan.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Penarafan TVET pula ditentukan oleh badan yang diterajui oleh industri. Dengan program sedemikian, para pelatih terjamin kerjanya sebelum bergraduasi lagi. Mereka juga mewujudkan centre of excellence di setiap tempat untuk digunakan oleh semua pusat latihan TVET dan ini diuruskan oleh industri. Diharapkan Majlis TVET Kebangsaan yang diisytiharkan oleh Kerajaan Malaysia akan mengambil model Jerman ini. Ia mestilah diterajui oleh industri. Begitu juga halnya penyelarasan soal penarafan kelayakan dan pengurusan centre of excellence hendaklah diserahkan kepada industri.
Kita telah pun mempunyai model mithali sebenarnya untuk program seperti ini iaitu PSDC di Pulau Pinang. Model PSDC perlu dikembangkan ke setiap negeri di Malaysia. Jika kita ingin mengatasi masalah pengangguran, masalah kebolehpasaran graduan dan juga jika kita ingin benar-benar membantu bumiputera terbanyak TVET adalah caranya.
Tuan Yang di-Pertua
Habiskan ayat.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
TVET yang dipacu oleh industri kerana TVET adalah masa depan negara. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin habiskan sedikit.
Besar harapan saya agar sumbang saran ini dapat dimasukkan dan dilaksanakan di bawah lembayung RMKe-12 demi kesejahteraan nusa dan kebangkitan semula bangsa berbekalkan semangat Keluarga Malaysia. Tiada yang mustahil untuk kita capai sekiranya kita mempunyai impian yang jelas dan membekas serta kita lakukan bersama dengan penuh semangat jitu seperti kata Sasterawan Argentina, Jorge Luis Borges.
Beliau mengatakan dengan izin, “Nothing is built on stone; All is built on sand, but we must build as if the sand were stone”. Pendidikan untuk semua, tanggungjawab bersama.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat Simpang Renggam.
Seterusnya Yang Berhormat Kuala Langat.
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Mula-mula saya hendak ucapkan tahniah dan syabas kepada Perdana Menteri untuk bentangkan RMKe-12 baru-baru ini. Apa yang kita kena faham ialah walaupun RMKe-12 ini ialah dari tahun 2021 ke 2025, kita sudah sampai hujung 2021. Saya nampak bagi kehilangan satu tahun dan kita ada lagi empat tahun sahaja untuk memenuhi semuanya yang telah dibentangkan dan dicadangkan oleh kerajaan beberapa hari dulu.
Saya hendak mulakan dengan keadaan kemiskinan di dalam negara kita. Di dalam dua tahun ini kita telah dengar banyak Ahli-ahli Parlimen yang telah sebut bahawa sekarang bukanlah lagi B40 tetapi adalah menjadi B50 ataupun B60. M40 itu menurun kepada B30 atau B20.
Ramai daripada B40 ini dan M20 ataupun M40 ialah orang-orang yang duduk di dalam bandar. Malaysia sekarang kalau kita tengok populasi kita, kurang-kurang 75 peratus daripada penduduk kita sekarang duduk di dalam bandar. Keadaan ini telah pun kita nampak dengan dalam dua tahun ini dengan ada pandemik yang luar biasa yang kita tidak jangka dan kita tidak ada pengalaman apa yang terjadi kepada kita. Ini ialah satu pengajaran yang besar kepada negara dan khususnya kepada kerajaan.
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
Macam manakah kita hendak atasi masalah ini yang kita hadapi sekarang? Apa yang saya nampak ialah sebab kita ada satu sistem yang telah pun menunjukkan bahawa beberapa tahun ini baik. Contohnya, Kementerian Kesihatan Malaysia dan industri kesihatan kita dan industri perbankan (the banking industry) di dalam Malaysia, Bank Negara Malaysia dan semua itu kita to a certain extent dengan izin, kita telah pun berjaya mengatasi masalah COVID-19 ini di dalam dua tahun ini.
Akan tetapi dengan pandemik ini, apa yang kita lihat sekarang ialah satu realiti di dalam kawasan-kawasan bandar di mana kemiskinan bandar telah meningkat. We have
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
to pay attention to this whole phenomenon of urban poverty. Saya harap apa yang telah dicadangkan dan ditentukan di dalam Rancangan Malaysia Ke-12, kita akan beri tumpuan kepada golongan B40 ini untuk mereka keluar dari kemiskinan dengan cara-cara atau program-program tertentu yang kita akan laksanakan yang telah kita baca dan dengar di dalam Rancangan Malaysia Ke-12.
Tuan Yang di-Pertua, masalah kemiskinan di dalam negara kita, tumpuannya kita kena beri kepada golongan ini melalui pendidikan. The only way out of poverty is through education. Sistem pendidikan kita sekarang di dalam negara ini— tadi Yang Berhormat Simpang Renggam telah bincang dengan panjang lebar tentang program TVET dan sebagainya. Memang betul tetapi apa yang kita nampak sekarang dengan sistem pendidikan ini, sudah kita nampak sebuah sistem yang sudah uzur sikit, *if I may use the word.
So,* kita kena tengok sistem pendidikannya sekarang. Adakah ia cukup ataupun adakah ia boleh guna pakai seterusnya untuk 10 ke 15 tahun yang akan datang? Ataupun kita sudah sampai kepada satu tahap di mana kita kena kaji sistem pendidikan kita yang ada dan if you need to change the system we have now, saya ingat kita kena berani untuk katakan, sistem ini kena ditukar. Kita mesti adakan satu sistem baharu di dalam negara kita.
We live in the globalised world...
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Kuala Langat, boleh saya sentuh sikit?
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
Sikit, sikit.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Okey. Ini sebab tadi Yang Berhormat sebut nama saya ya. Ya, saya setuju dengan Yang Berhormat Kuala Langat Tuan Yang di-Pertua, bahawa kita perlukan sistem yang baharu. Ini pernah kita mulakan sewaktu pada zaman PH itu hari. Kita hampir-hampir ingin bawa ke Kabinet, new education model dan ini telah saya sebutkan di dalam pernyataan polisi saya [Merujuk kepada senaskhah buku] yang saya telah serahkan kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan kita dan juga kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi dan sebentar lagi saya akan serahkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Saya harap Yang Berhormat Kuala Langat berada dalam kerajaan, boleh suarakan kepada kerajaan. Teruskan apa yang kita telah buat. New education model, supaya pendidikan kita setaraf dengan negara maju. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Memang saya sebagai seorang individu pun saya setuju sebab sistem pendidikan kita, kena tengok pembaharuannya atau *we have to have a new dynamic towards how we think about education in Malaysia for the future.
So,* saya harap dengan Rancangan Malaysia Ke-12 ini, kita akan bekerjasama dengan semua pihak. Adakah ia swasta ataupun di dalam kerajaan, untuk pastikan bahawa kita akan adakan satu sistem pendidikan yang membawa keuntungan kepada negara kita dan dengan anak-anak kita untuk masa depan yang akan datang. This is quite important in the sense that, economic stability and the social economic of the country is brought forward with a change in the education policy. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sentuh sikit juga tentang isu yang telah disebutkan iaitu transformasi sektor air untuk tahun 2023 ataupun sampai tahun 2040.
Saya nampak sekarang isu air di dalam negara kita ini, sekarang adalah di antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri. Apabila kita telah rancang banyak program yang kita hendak laksanakan dalam sistem industri air ini, kita lemah dalam perancangan dan juga pelaksanaannya ialah sebab kita ada tentangan di antara negeri dengan Pusat. Apabila kita hendak buat sesuatu, kita ada masalah di antara kedua-dua kerajaan ini.
So, saya harap bahawa Akta WASIA yang telah diluluskan pada tahun 2000— sudah 20 tahun Akta WASIA ini diluluskan. Saya minta untuk kementerian kaji balik Akta
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
WASIA ini untuk kita bagi kekuatan ataupun kuasa yang lebih kepada Kerajaan Persekutuan untuk menjadi satu sistem ataupun satu sektor yang boleh gunakan kuasanya dengan penuh dan dengan peruntukan yang besar untuk pastikan industri air ialah satu industri yang kita boleh beri tumpuan dan tidak ada masalah di dalam negara kita untuk masa akan datang.
Saya hendak tegaskan ini sebab dalam isu air ini dengan apa yang kita faham bahawa kita akan ada satu isu besar dengan climate change dan pertukaran cuaca dan sebagainya di dalam negara kita. Kita kena gunakan semua idea ataupun semua kuasa yang kita ada untuk pastikan kita akan ada air selama 24 jam dan 365 hari setahun. Oleh sebab ini akan jadi kenyataan, kita mesti ada kuasa yang diberi lebih kepada kerajaan untuk pastikan ini boleh dilakukan.
Saya beri contoh Tuan Yang di-Pertua, sekarang kita ada kekurangan air di dalam negeri Kedah. Kalau kita tidak buat sesuatu di dalam tempoh yang terdekat, Pulau Pinang pun akan ada masalah air pada masa akan datang. Negeri Melaka juga akan berhadapan dengan kekurangan air dan negeri Johor, kalau kita tidak buat sesuatu pun akan menghadapi masalah air pada masa depan yang mendatang.
*We have to learn to share the resources in this country. The resources are all one.
It is by rain that we get water.* Tidak boleh dah negeri-negeri katakan, “You tidak boleh ambil air dari negeri saya”, ataupun tidak boleh ambil air dari negeri lain. “Saya jual saja air mentah dan bukan air terawat”, ataupun, “Saya jual air terawat saja dan saya tidak jual air mentah”. Ini ada kesannya untuk industri air di dalam negara kita.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Adakah Yang Berhormat Kuala Langat setuju bahawa perkhidmatan bekalan air adalah satu-satunya utiliti yang paling rendah pelaburan untuk infrastrukturnya berbanding dengan utiliti yang lain?
Adakah Yang Berhormat setuju, sekiranya boleh Kerajaan Persekutuan pertimbangkan untuk menghapus kira semua hutang berkait dengan infrastruktur air yang sudah puluhan tahun sebenarnya?
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
Saya ingat kalau kita hendak hapuskan— dengan pengalaman yang saya ada. Saya kira kalau kita hendak hapuskan dengan hutang keseluruhannya, Kerajaan Persekutuan kena dapat lebih kuasa untuk kita berdepan dengan industri air. Adakah di dalam negeri dan juga untuk negara?
Memang negeri-negeri tidak tumpu, tidak ada fasiliti yang besar untuk majukan industri ini sebab perbelanjaannya besar. Kerajaan Pusat saja boleh belanja. Saya tengok kita akan belanja dekat RM400 bilion di dalam empat tahun yang akan datang untuk projek-projek infrastruktur. Akan tetapi ini kena digunakan dengan baik dan cepat. Kita kena gunakan semua resources yang kita ada. Kita ada air mentah, kita ada air di bawah tanah dan ini semua kena digunakan dan kita kena guna pakai industri ataupun sistem terbaharu yang ada di dalam dunia ini untuk atasi masalah. Kita kena bekerja bersama untuk isu ini. Saya harap kita boleh bekerjasama dan kita boleh adakan transformasi industri air.
Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya akhiri pembentangan saya, satu lagi yang saya hendak bawa ialah industri pembetungan, IWK ataupun pengurusan sisa-sisa kumbahan di dalam negara kita.
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
Malangnya, tiap-tiap tahun kerajaan kena bagi dekat RM100 juta kepada IWK untuk kejayaan company itu. Kalau boleh saya minta sangat kepada semua ahli wakil rakyat ini, kita kena adakan dan tentukan untuk naikkan tarif air dan juga tarif pengurusan sisa kumbahan ini sebab kita boleh mengurangkan yang kita forward ataupun bayar kepada IWK setiap tahun RM100 juta. Can you imagine if you have RM100 million a year, in five years you have RM500 million yang kita boleh gunakan untuk projek lain di dalam negara. Untuk pendidikan, kesihatan, research dan ini yang lebih penting untuk negara.
Apa masalah kalau kita naikkan tarif air ataupun Indah Water rates dengan RM10 ataupun RM5. It is sad yang saya hendak katakan Tuan Yang di-Pertua, di Golden Triangle ini orang yang beli apartmen-apartmen yang berharga berjuta-juta ringgit, bayar RM8 sahaja sebulan untuk Indah Water. It is not fair. So, saya minta kita kaji balik dan
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
kalau boleh kita menaikkan tarif ini untuk kita adakan satu industri di mana kita boleh guna pakai untuk masa depan yang akan datang.
Saya mengakhiri ucapan saya dengan sokongan untuk RMKe-12 yang telah dibentangkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat. Yang Berhormat Tuaran. Sebagai ketua parti walaupun Yang Berhormat Tuaran hanya berkeseorangan, saya beri juga 15 minit. Tidak ada diskriminasi. Masa sudah berjalan.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang pada Tuaran untuk turut serta membahaskan RMKe-12 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada Isnin, 27 September 2021 yang lalu.
Sejak Rancangan Malaysia Pertama sehingga ke Rancangan Malaysia Ke-12, perenggan pertama dalam mukadimah dalam dokumen Rancangan-rancangan Malaysia tersebut telah meletakkan perpaduan sebagai objektif utama dan penting.
Dalam dokumen RMKe-12, perkataan “inklusif” telah digunakan. Walaupun dokumen-dokumen Rancangan Malaysia sebelum ini telah menggunakan perkataan yang lain seperti “perpaduan”, “bersatu-padu” dan sebagainya, namun tujuannya adalah sama iaitu mencapai perpaduan nasional.
Namun setelah 11 Rancangan Malaysia dilaksanakan, perpaduan masyarakat serta perpaduan nasional di Malaysia bukan pula bertambah baik sebaliknya bertambah buruk. Kalau dulu tidak kedengaran suara-suara seperti Sabah Sarawak Keluar Malaysia
(SSKM), hari ini sudah ada parti politik yang menjadikan agenda keluar Malaysia sebagai agenda perjuangan mereka. Kenapa semua ini berlaku? Apakah yang sudah terjadi?
Selama 58 tahun pembentukan Malaysia dan setelah 11 Rancangan Malaysia dilaksanakan. Kesemua Rancangan Malaysia tersebut cantik-cantik di atas kertas tetapi apabila sampai proses pelaksanaannya, tiba-tiba dibangkitkan dasar-dasar dan program- program anti perpaduan dan anti inklusiviti seperti Pekeliling 1982 yang menghalang kaum tertentu daripada menggunakan beberapa kalimah ataupun perkataan.
Tiba-tiba program Digital MARA ekoran daripada insiden Low Yat dilaksanakan dan sekarang tiba-tiba dasar 51 peratus bumiputera dalam sektor logistik dan penghantaran mahu dilaksanakan. Saya ingin bertanya kepada Perdana Menteri, apakah dasar 51 peratus yang dicadangkan itu telah terkandung dalam Rancangan Malaysia Ke- 11. Pada Tuaran, jawapannya tidak ada. Saya tidak nampak. Justeru, kenapa tiba-tiba dibangkitkan sekarang? Apakah ini disebabkan adanya agenda politik? Apakah sengaja mahu bangkitkan sentimen kaum? Bukankah ini anti perpaduan? Bukankah ini anti inklusiviti?
Bukankah ini tidak mengikuti dasar-dasar yang diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 dan kini Rancangan Malaysia Ke-12. Apakah dasar-dasar ini yang membantu mencapai objektif Rancangan Malaysia Ke-12? Tuaran minta jawapan dari Menteri EPU, Menteri Kewangan dan Menteri Perpaduan Negara dalam perkara ini.
Di sesetengah negara seperti Singapura tidak ada Kementerian Perpaduan Negara sebaliknya pelbagai cabaran perpaduan ditangani melalui pelaksanaan dasar, program dan projek oleh setiap kementerian. Bermula daripada Perdana Menteri, semua Menteri bercakap fasal perpaduan, kemakmuran dan inklusiviti. Tuan Yang di-Pertua, pendekatan seperti ini bukan sahaja berjaya menjimatkan kos pembangunan tetapi juga sangat berkesan mencapai objektif perpaduan nasional.
Oleh itu Tuaran mencadangkan supaya diwujudkan unit perpaduan di setiap kementerian seiring dengan Unit Penyertaan Bumiputera di setiap kementerian. Akan tetapi Tuaran mintalah agar Unit Penyertaan Bumiputera tersebut supaya dinamakan semula sebagai Unit Bumiputera dan Orang Asal. Ingat, Orang Asli tidak dimasukkan dalam konsep bumiputera dan ditadbir urus dan hanya satu agensi yang bernama JAKOA.
Ingat juga apabila bercerita dengan konsep bumiputera ini dan terjumpa nama-nama
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
seperti ‘Peter Ninte’. Dia hanya dianggap sebagai bumiputera kelas ketiga. Apabila berjumpa dengan nama seperti Masidi Manjun, dia dianggap bumiputera kelas kedua.
Nama-nama bumiputera kelas satu itu semua orang tahu.
Objektif kedua dalam kesemua Rancangan Malaysia ialah kemakmuran. Dalam Rancangan Malaysia Ke-12 ini ditunjangi pula dengan kemakmuran bersama. Kunci utama untuk menghasilkan kemakmuran ialah meningkatkan pelaburan terutama sekali pelaburan dalam sektor pembuatan. Pertanyaan Tuaran pada Menteri EPU, Menteri Kewangan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ialah apakah dasar strategi dan program dalam RMKe-12 ini untuk mengatasi setiap penghalang kepada pelaburan dalam sektor pembuatan terutama sekali untuk membawa pelaburan FDI ke taman-taman perindustrian di wilayah-wilayah tanah besar Malaysia yang least developed iaitu in the Borneo territories. Bagaimanakah masalah logistik pengangkutan dapat diatasi? Apakah tindakan untuk mengatasi masalah bekalan air, masalah bekalan elektrik, masalah jalan raya, masalah broadband connectivity dan masalah keselamatan? Dalam perkataan lain, apakah tindakan-tindakan untuk mengurangkan kos dan untuk melabur di taman-taman perindustrian di tempat-tempat yang saya maksudkan tadi?
Bayangkanlah Tuan Yang di-Pertua, di mana perumahan di sekitar kawasan Parlimen Tuaran, Parlimen Sepanggar, Parlimen Penampang, Parlimen Kota Kinabalu dan Parlimen Putatan di mana puluhan taman perumahan seperti Taman Sri Rugading, Taman Telipok Ria, Taman Putrajaya, Bandar Sierra dan sebagainya di mana perumahan tersebut berhampiran dengan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP). Terpaksa dilaksanakan catuan air kerana masalah sumber air sehinggalah nanti siap Loji Rawatan Air Telibong 2 iaitu hanya pada tahun 2023. Setiap hari di taman-taman perumahan ini penduduk mengeluh bila ada catuan air.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Air masuk hanya 9.00 malam dan dihentikan 6.00 pagi dan sebagainya.
Bayangkanlah bagaimana kehidupan seperti ini. Bayangkanlah apabila para pelabur terdengar dengan keadaan seperti ini. Di POIC Lahad Datu Tuan Yang di-Pertua, masih berlaku air dihantar ke kilang-kilang pada waktu tertentu juga kerana masalah sumber air, digunakan lori. Bayangkanlah ini taman perindustrian ini.
Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 22 daripada 84 buah loji rawatan air di Sabah sudah lapuk dan tidak berfungsi sepenuhnya. Non-revenue water (NRW) di Sarawak mencecah 52 peratus tertinggi di Malaysia. Tuaran mahu tanya Menteri EPU, apakah 22 buah loji rawatan air ini telah diberikan peruntukan? Apakah tindakan untuk mengatasi 50 peratus non-revenue water tersebut? Kekurangan sumber air sebanyak 56 Mld setiap hari di Lahad Datu yang ada kesan terhadap taman perindustrian POIC Lahad Datu hendaklah diselesaikan dengan segera jika sekiranya kita mahu menarik pelabur-pelabur ke taman perindustrian tersebut.
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
Yang Berhormat Tuaran, minta sedikit. Sedikit sahaja berkaitan dengan air. Just a short.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Okey.
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih rakan saya dari Tuaran. Adakah problem dengan izin, di jabatan air ini juga terjadi begini kerana there is no proper enforcement of the abuses semasa kes skandal jabatan air? Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Sebenarnya Yang Berhormat Penampang— Terima kasih atas soalan tersebut. Masalah bekalan air di Sabah begitu besar. Dia ditadbir di bawah satu jabatan air. Di Semenanjung Malaysia ini ditadbir dengan satu suruhanjaya. Dia satu statutory body. Bila dalam jabatan dahulu, terbukti dengan skandal dulu itu, saya ingat pegawai-pegawai kanan sana hanya memikirkan macam mana mahu curi duit. Terbukti duit-duit termasuk dalam icebox dan sebagainya. Saya ingat pada hari ini tiada penyelesaian. Bagi saya untuk menyelesaikan masalah ini, Jabatan Air Negeri Sabah kena transform. Dia kena jadi statutory body. Yang Berhormat Kinabatangan, Timbalan Ketua Menteri dan juga Menteri yang bertanggungjawab pada jabatan air juga telah mencadangkan ini dan kita menyokong.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Persoalannya ialah sama ada pihak EPU dan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 ini, perkara ini telah dibincangkan atau tidak. Apabila kalau betullah sampai RM2 bilion kos yang dibayar kepada perunding dalam Rancangan Malaysia Ke-12 ini, apakah perkara ini telah dibincangkan? Ini sebab jika sekiranya masalah air Sabah tidak diselesaikan, saya fikir cita-cita kemakmuran itu tidak tercapai. Cita-cita untuk melonjakkan peratusan IFDI ataupun sumbangan sektor pembuatan atau GDP tidak akan tercapai.
Jadi persoalan saya Tuan Yang di-Pertua, apakah kerajaan bersungguh-sungguh menggembleng segenap tenaga dan kekuatan untuk mengoptimumkan potensi pelabuhan di perairan Lahad Datu dengan pelabuhannya yang sudah dikenali sebagai Rotterdam of the East. Sekali gus untuk memaksimumkan potensi Lombok, Makassar Straits terutama sekali dengan adanya perpindahan ibu kota Indonesia daripada Jakarta ke Kalimantan Timur. Apakah langkah-langkah untuk mengembalikan kekuatan lokasi geografi Sabah yang begitu dekat dengan negara China? Malah, lokasi geografi Sabah yang terletak di tengah-tengah Brunei, Indonesia, Malaysia, Philippines, East ASEAN Growth Area or BIMP-EAGA. Tuaran akui Kerajaan Negeri Sabah dan juga dewan bandaraya, majlis-majlis perbandaran dan majlis-majlis daerah di Sabah memainkan peranan penting dalam hal ini. Oleh sebab itulah agenda desentralisasi dalam tadbir urus kerajaan sangat kritikal.
Selama ini pemikiran yang mengatakan kerajaan tahu segala-galanya dengan agenda pemusatan kuasa yang keterlaluan di Putrajaya, terbukti gagal menyelesaikan banyak masalah dan cabaran pembangunan terutama sekali yang bersifat lokal.
Oleh sebab itulah agenda desentralisasi dalam tadbir urus kerajaan yang melibatkan semua kerajaan negeri di seluruh negara, Tuaran minta supaya dilaksanakan di bawah satu majlis bernama Majlis Urus Tadbir Persekutuan Negeri dan Desentralisasi. Khusus untuk wilayah tanah besar Malaysia yakni the Borneo territories, Tuaran mencadangkan supaya Intergovernmental Committee 2.0 (IGC 2.0) perlu diwujudkan dengan segera untuk mengkaji semula terma-terma dalam hal yang melibatkan kuasa negeri, kuasa Persekutuan dan senarai bersama seperti mana terkandung dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Proses merancang RMKe-12 ini bermula sebelum pandemik COVID-19 dan setelah diluluskan Dewan yang mulia ini nanti, akan dilaksanakan dalam keadaan di mana negara kita dan dunia sejagat berada dalam pemulihan ekonomi. Oleh sebab itu, RMKe- 12 ini perlu disesuaikan dalam keadaan ekonomi semasa yang hendaklah dibuat dalam mid-term review nanti.
Dalam usaha meningkatkan pelaburan dalam sektor pembuatan khususnya untuk mencapai sasaran 30 peratus sumbangan sektor pembuatan kepada GDP, Tuaran mencadangkan supaya pihak EPU menubuhkan satu permanent secretariat RMKe-12 dan pegawai-pegawai EPU hendaklah turun padang berbincang dan pegawai-pegawai yang terlibat secara langsung dengan taman-taman perindustrian seperti K.K.I.P. Sdn Bhd., POIC Sabah Sdn. Bhd., SOGIP ataupun SEDCO di Sabah dan juga pegawai- pegawai di Invest Sabah Berhad. Untuk mendapatkan maklum balas secara berterusan, apakah kekangan-kekangan menarik pelabur FDI ke destinasi pelaburan tersebut?
Seiring dengan itu, Tuaran mengulangi cadangan supaya wilayah-wilayah tanah besar Malaysia khususnya Sabah, diisytiharkan sebagai the least developed territories. Dengan itu, satu pengecualian cukai dalam beberapa perkara diberikan kepada para FDI dalam sektor pembuatan yang melabur di sana.
Apa pun Tuan Yang di-Pertua, RMKe-12 ini pastinya akan diluluskan oleh Dewan yang mulia ini hanya kerana adanya memorandum of understanding di antara Kerajaan Persekutuan, Pakatan Harapan dan Ahli-ahli Parlimen. Pakatan Harapan dan Ahli-ahli Parlimen pula memberi sokongan bermula daripada Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, RMKe-12 ini dan juga nanti Bajet 2022 setelah pihak kerajaan bersetuju melaksanakan 18 perkara reformasi bermula sekarang hingga Julai 2022.
Apa yang Tuaran ingin tanya kepada Perdana Menteri ialah kenapakah hanya kerana mahu mempertahankan kuasa dan kedudukan, baru mahu melaksanakan reformasi. Nampaknya di negara kita ini, reformasi hanya dibuat apabila terpaksa dan bukannya atas keyakinan, bukannya atas perancangan. Di Dewan yang mulia ini,
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
semakin ramai yang bercakap tentang jurang pembangunan wilayah di antara tanah besar Malaysia dan Semenanjung Malaysia, hanya kerana mereka memerlukan sokongan dan undi dari Sabah dan Sarawak. Dulu kalau ada yang bercakap tentang hak-hak Sabah seperti 20 perkara dan Perjanjian Malaysia 1963, nescaya dia dilabel sebagai antifederal.
Tuan Yang di-Pertua
Tolong habiskan ya Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Di last para sudah.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Dan pasti diambil tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Syukurlah hari ini di Dewan yang mulia ini, ada sudah yang mencadangkan supaya kerajaan perlu pandang ke Borneo supaya pembangunan di wilayah-wilayah Borneo dapat ditingkatkan. Kepada rakan-rakan yang turut memperjuangkan hak-hak Sabah dan Sarawak di Dewan yang mulia ini, Tuaran mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan ucapan terima kasih.
Namun pada Tuaran, memandang sahaja ke Borneo tidak cukup. Kerajaan mesti juga mendengar denyutan nadi rakyat terutama sekali pandangan akar umbi dari wilayah- wilayah Borneo. Oleh sebab itu desentralisasi dalam tadbir urus Persekutuan Malaysia amatlah penting. Untuk itu, Tuaran mencadangkan supaya salah satu daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang telah pun dipersetujui untuk ditambah di bawah MOU, ialah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Desentralisasi dan Majlis Urus Tadbir Persekutuan Negeri (Special Parliamentary Select Committee on Federal State Council and Decentralisation).
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Melalui Jawatankuasa Khas Parlimen ini kerajaan akan dapat mengambil perspektif tanah besar Malaysia untuk membina dan membangun Malaysia yang makmur, inklusif dan mampan. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Yang Berhormat Jerai seterusnya. Silakan.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
*Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Membaca selawat]* Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan kepada saya untuk membahaskan RMKe-12 kali ini. Fokus utama perbahasan Jerai ialah tema kedua: memperkukuh keselamatan, kesejahteraan dan inklusiviti dalam fokus keempat: memantapkan keselamatan dan ketenteraman awam.
Tuan Yang di-Pertua, PDRM, ATM, APMM, dan Jabatan Imigresen adalah antara agensi penguat kuasa yang berperanan penting dalam mengawal keselamatan sempadan. Kita amat menghargai jasa besar mereka yang turut menjadi frontliner, berkorban jiwa raga, masa dan tenaga khususnya ketika mana negara berhadapan dengan pandemik COVID-19. Kita bukan sahaja berhadapan dengan kes COVID-19 tetapi negara turut dilanda peningkatan kes rasuah berskala besar seperti sindiket jenayah dan kartel ketika wabak ini.
Namun demikian, timbul juga isu integriti salah guna kuasa dan rasuah yang kian meningkat melibatkan anggota penguat kuasa. Perkara ini seperti barah, kian lama ia dibiarkan ia akan menjadi kian parah. Kita tidak mahu kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Amanah yang diberikan tidak boleh sesekali dikhianati kerana kegagalan penguat kuasa dalam mengawal sempadan boleh menyebabkan berleluasanya kegiatan penyeludupan manusia, dadah dan jenayah rentas sempadan.
Jadi, saya ingin tahu apakah langkah tegas kerajaan dalam menangani isu integriti anggota penguat kuasa? Apakah punca mereka menerima wang rasuah? Apakah status terkini Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang ditubuhkan sejak tahun 2009 dahulu mencapai objektif penubuhannya. Berapakah jumlah aduan yang telah diterima dan diambil tindakan oleh EAIC?
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Persoalan modal insan dan integriti amat perlu dititikberatkan. Sejauh mana kerajaan memandang serius hal ini? Adakah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) yang ditubuhkan pada 1 Jun 2018 itu masih berfungsi dengan kuku dan taring yang secukupnya? Hal ini kerana kita tidak mahu hanya indah khabar daripada rupa. Banyak agensi, jabatan, dan institut ditubuhkan tetapi bertindih fungsi dan bidang kuasa serta tidak pula mencapai tujuan utama penubuhannya. Hasilnya wang rakyat dibelanjakan tetapi tidak membuahkan hasil dalam usaha memerangi rasuah.
Seterusnya, saya ingin mendapatkan pencerahan daripada KDN berkenaan isu kematian tahanan dalam lokap. Ketelusan PDRM amat penting dalam hal ini kerana ia melibatkan persoalan kepercayaan orang awam terhadap imej institusi polis yang perlu dipelihara dan dipertahankan. Antara langkah penting dalam hal ini ialah Rang Undang- undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang akan menggantikan cadangan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
Persoalannya apakah perbezaan utama antara kedua cadangan rang undang-undang ini?
Seterusnya penubuhan IPCC amat penting kerana ia adalah langkah reformasi PDRM yang sekian lama tertangguh, 16 tahun dahulu seperti mana yang diusulkan dalam Laporan Suruhanjaya Diraja untuk meningkatkan operasi dan pengurusan PDRM yang dipengerusikan oleh Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah pada tahun 2005.
Saya juga ingin menyentuh persoalan kebajikan warga PDRM, ATM dan anggota penguat kuasa. Semakan gaji, elaun dan kemudahan kuarters kepada mereka wajar menjadi pertimbangan utama kerajaan. Hal ini kerana kita perlu sedar dalam usaha kerajaan mahu mencapai matlamat RMKe-12, purata pendapatan isi rumah RM10,000 sebulan pada tahun 2025 kelak, maka pendapatan anggota penguat kuasa kini perlu diberikan nilai yang sewajarnya dengan realiti cabaran kos sara hidup yang kian meningkat.
Usaha pencegahan jenayah antara perkara penting yang perlu dititikberatkan untuk mewujudkan suasana negara yang selamat dan tenteram. Persepsi rasa selamat dalam kalangan penduduk bandar dan luar bandar hanya boleh dicapai sekiranya wujud kerjasama erat antara PDRM dengan orang ramai. Perjuangan menentang jenayah bukanlah tanggungjawab PDRM sahaja, maka program penyertaan komuniti dan kesukarelawanan rakyat perlu diperkasakan.
Secara fokusnya, saya ingin tahu prestasi program Community Policing di Kedah termasuk di Parlimen Jerai. Kesedaran orang awam perlu dipergiatkan lagi melalui kempen mega untuk menyertai program Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang kini berjumlah 800,000 lebih orang sukarelawan.
Sasaran RMke-12 untuk Malaysia berada pada tangga kesepuluh kedudukan dalam Global Peace Index dalam tahun 2025 boleh dicapai sekiranya kita berjaya mewujudkan persekitaran yang selamat malah perasaan selamat itu perlu wujud dalam diri.
Seterusnya saya ingin menyentuh isu membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah, musuh nombor satu negara. Sungguh meruntun hati melihat nasib masa hadapan anak bangsa yang musnah angkara dadah. Selagi mana kita gagal mengekang kemasukan dadah khususnya melalui sempadan yang bolos, maka selagi itulah isu dadah ini tidak akan berakhir. Undang-undang yang tegas dan langkah bersepadu bagi mencegah pengedaran dadah perlu terus dipergiatkan oleh pihak berkuasa. Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Sekali mereka terjebak, bukan mudah untuk keluar daripada dunia itu tetapi tetap peluang kedua wajar kita berikan kepada mereka.
Saya menyokong langkah kerajaan untuk meminda undang-undang agar penagih dadah yang tidak terlibat dengan jenayah tidak disenaraikan dalam data penjenayah dan orang yang tidak diingini. Bekas penagih dadah wajar diberikan peluang kedua untuk meneruskan kehidupan di luar pusat serenti dengan pekerjaan yang selayaknya.
Justeru, saya amat mengharapkan agar modul program rawatan pemulihan yang digunakan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) AADK dikemas kini dengan cabaran realiti semasa. Modul pembangunan kerohanian perlu seiring dengan program kemahiran yang boleh diaplikasikan apabila mereka keluar dari PUSPEN.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Kempen Dadah Musuh Negara juga perlu terus dijayakan secara besar-besaran dan semua platform media yang ada khususnya media baharu. Saya berpandangan program kesedaran menentang dadah ini perlu dipupuk seawal anak kecil di tadika.
Kemudiannya ia berkesinambungan hingga ke sekolah, IPT, tempat kerja, komuniti, taman, desa dan setiap ceruk rantau seluruh negara.
Statistik Jabatan Siasatan jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berkaitan kes dadah pada tahun 2020 menunjukkan kumpulan umur 30-an paling ramai ditangkap atas kesalahan dadah. Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) pula mendedahkan statistik seramai 1,275 orang positif pelbagai jenis dadah daripada 42,409 murid sekolah menengah di seluruh negara yang disaring pada tahun 2019. Justeru, saya ingin tahu apakah status terkini pelaksanaan projek rintis AADK yang diterajui pegawai daerah dalam merealisasikan Dasar Dadah Negara agar kita berjaya mencapai sasaran dadah terkawal 2020.
Seterusnya, saya ingin bangkitkan apa yang saya sebutkan sebelum ini berkenaan isu Hadiah Latihan Persekutuan (HLP). Dalam jawapan bertulis baru-baru ini, pihak lembaga biasiswa masih mengekalkan keputusan untuk mendenda pemegang PhD dan sarjana kerana melebihi masa tempoh yang ditetapkan. Difahamkan denda RM120,000 hingga RM160,000.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Sebelum keputusan mendenda, saya dimaklumkan telah ada keputusan melepaskan penerima HLP Kohort 2014 dan sebelumnya yang telah menyiapkan pengajian dengan jayanya sebelum 31 Disember 2018. Keputusan baharu sepatutnya ialah untuk menerima HLP kohort baharu bermula tahun 2015 dan ke atas. Mohon pihak kementerian menangani isu ini dengan kadar segera.
Seterusnya, saya ingin menarik perhatian Dewan agar pengusaha bas sekolah dan ekspres dibantu selepas pasca COVID-19. Apakah langkah drastik pihak kementerian bagi menstabilkan semula pengusaha bas sekolah dan ekspres selepas pandemik ini?
Seterusnya, apakah langkah-langkah ke hadapan untuk menstrukturkan semula pegawai penyelaras masjid daerah di seluruh negara yang masih lagi bertaraf kontrak?
Seterusnya, dalam sistem pendidikan untuk RMKe-12, apakah langkah-langkah yang efektif untuk meletakkan tulisan jawi mampu dikuasai oleh pelajar di seluruh negara.
Ini kerana apabila jawi di peringkat SPM telah ditiadakan, soalan yang membawa 10 markah yang mengakibatkan tulisan jawi tidak lagi menjadi tulisan yang serius untuk dipelajari. Saya merayu agar pihak KPM dapat mencari jalan agar tulisan jawi tidak hilang untuk dikuasai oleh generasi akan datang. Saya sentiasa membangkitkan isu ini melalui Dewan ini agar khazanah warisan bangsa tidak dilupakan.
Untuk akhirnya, saya juga ingin membawa suara keluhan rakyat Jerai yang menjadi mangsa kepala air pada Ogos lalu. Mudah-mudahan apa yang disuarakan dapat didengari oleh pihak kerajaan kerana sehingga sekarang hujan masih lebat dan sungai- sungai masih belum diperdalam. Mudah-mudahan dengan usaha-usaha cepat― katanya duit telah pun turun sebanyak RM1.8 juta. Mudah-mudahan dengan musim hujan yang turun ini dapat menyelesaikan masalah rakyat di Parlimen Jerai yang terkena musibah banjir.
Tuan Yang di-Pertua, dengan ini, saya menyokong usul RMKe-12. Sekian, wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Waalaikumsalam. Terima kasih Yang Berhormat Jerai.
Seterusnya Yang Berhormat Hulu Selangor ada? Yang Berhormat Hulu Selangor, silakan.
Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tanpa membuang masa, Hulu Selangor ingin terus kepada perkara utama yang perlu dibangkitkan dalam perbahasan RMKe-12.
Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor
Tuan Yang di-Pertua, isu pembekalan vaksin. Sehingga kini, pandemik COVID- 19 masih lagi melanda dunia dan kelihatan pakar-pakar kesihatan mula menimbangkan untuk mengklasifikasikan virus ini sebagai endemik. Manusia perlu membiasakan diri hidup di dalam wabak ini. Strategi negara pada masa ini adalah memaksimumkan bilangan penerima vaksin dan telah mula berusaha untuk pemberian vaksin tambahan.
Diharap dengan langkah ini dapat mengurangkan impak penularan wabak tersebut.
Walau bagaimanapun, belum ada kenyataan jelas daripada pihak kerajaan apakah hala tuju kerajaan pada masa hadapan bagi memerangi wabak ini. Adakah vaksin ini perlu diambil setiap tahun dan kekal diberikan secara percuma pada masa depan?
Adakah sebarang program subsidi vaksin akan diperkenalkan? Selain itu, apakah tahap kemampuan negara kita untuk menghasilkan sendiri vaksin COVID-19? Ini antara persoalan yang mula dibangkitkan oleh masyarakat yang harus kita perhalusi bagi menangani krisis kesihatan di masa hadapan.
Terkini mengenai isu pemberian vaksin untuk remaja. Terdapat beberapa persoalan yang diutarakan oleh ibu bapa yang risau akan keselamatan anak-anak mereka. Kegusaran mereka mengenai kesan sampingan sekiranya remaja diberikan vaksin COVID-19. Ada juga kes ibu bapa yang takut untuk menandatangani borang persetujuan suntikan vaksin anak mereka kerana terdapat pernyataan di dalam borang tersebut bahawa risiko pengambilan vaksin harus ditanggung sendiri oleh ibu bapa.
Adakah kanak-kanak ini tidak dilindungi daripada sebarang pampasan jika mengalami kesan dari vaksin COVID-19? Adakah anak-anak ini dibenarkan belajar di sekolah atau akan diasingkan semasa di sekolah? Di antara persoalan ini, yang perlu dijawab segera dan kerajaan harus mengumumkan ialah apakah SOP yang akan dilaksanakan agar ibu bapa dapat membuat keputusan yang terbaik untuk membenarkan pemberian vaksin kepada anak mereka. Mohon pencerahan terhadap isu ini.
Tuan Yang di-Pertua, isu akses terhadap mod pengangkutan awam masih lagi tidak berkesudahan sehingga kini lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar. Jika akses ada, isu kekerapan jadual perjalanan menjadi persoalan. Hal ini mengakibatkan rakyat kita kurang gemar untuk menggunakan pengangkutan awam terutamanya bagi kawasan luar bandar yang setiap hari berulang alik untuk pergi bekerja di sekitar Lembah Klang.
Di Lembah Klang terutamanya di kawasan Kuala Lumpur, pengangkutan awam amat mudah untuk didapati dan menjadi pilihan utama untuk rakyat bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Namun, situasi di luar bandar, ketersambungan batuan pertama hingga ke akhir masih membelenggu masyarakat. Ini adalah punca utama masyarakat luar bandar tidak menggunakan pengangkutan awam kerana akses terhadap mod jalan dari kawasan penempatan penduduk.
Maka, sudah tiba masanya untuk RMKe-12 memfokuskan pembangunan akses pengangkutan awam di luar bandar terutamanya yang berdekatan di Lembah Klang seperti Daerah Hulu Selangor dan Tanjung Malim. Tingkatkan kecekapan dan kekerapan mod pengangkutan awam ini agar pembudayaan menggunakan pengangkutan awam dapat dipertingkatkan juga terutamanya di kawasan luar bandar.
Seterusnya, isu nasib pemandu lori, bas dan teksi masih lagi berlegar-legar di dalam negara kita. Mereka antara golongan yang hilang pendapatan menyeluruh apabila dilaksanakan PKP. Hulu Selangor mengambil maklum bahawa kerajaan telah memberi insentif kepada mereka dan pengecualian duti eksais dan cukai jualan bagi tujuan pindah milik, pelupusan dan kegunaan persendirian.
Hulu Selangor mencadangkan bentuk bantuan tambahan bagi membantu para pemandu lori, bas dan teksi untuk memulakan kembali perniagaan mereka. Dicadangkan agar pihak kerajaan dapat memberi pengecualian ataupun bantuan berbentuk subsidi ke atas kos pembaharuan lesen kenderaan motor dan lesen memandu Malaysia khusus untuk pemandu lori, bas dan teksi yang terkesan.
Sepanjang tempoh PKP yang telah dilaksanakan hampir dua tahun ini, mereka tidak dapat beroperasi seperti biasa. Hal ini kerana banyak sektor ekonomi yang ditutup.
Malah kenderaan mereka tidak beroperasi untuk tempoh lama. Kini, apabila dibenarkan beroperasi semula, ada di antara mereka terpaksa menanggung kos membaik pulih kenderaan kerana kerosakan kenderaan yang lama tidak beroperasi. Justeru itu, bantuan
Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor
berbentuk wang tunai dilihat begitu umum dan terhad. Maka diharapkan cadangan ini dapat dipertimbangkan kerana ia dilihat dapat membantu meringankan beban mereka.
Tuan Yang di-Pertua, Hulu Selangor mengambil maklum pelaksanaan pelan JENDELA yang akan merapatkan jurang digital di negara kita. Hulu Selangor juga menyokong...
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Yang Berhormat. Yang Berhormat, mencelah.
Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor
Okey, baik.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Terima kasih. Tadi Yang Berhormat Hulu Selangor meminta bantuan bagi golongan yang memerlukan. Jadi, saya juga hendak minta Yang Berhormat Hulu Selangor untuk menyokong cadangan saya.
Saya mencadangkan untuk merujuk isu ini ke Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tentang kos perbelanjaan RM30.5 juta menaik taraf dan ubah suai Kompleks Seri Perdana. Saya hendak minta PAC menyiasat adakah perlu sekarang renovate Kompleks Seri Perdana? Adakah bumbung bangunan itu bocor atau dinding retak? Siapakah kontraktor? Adakah tender terbuka telah dijalankan? Mengapakah kos begitu tinggi? Apakah brand lampu yang akan diberi? Adakah tandas automatik akan dipasang?
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Saya hendak minta sokongan daripada Yang Berhormat Hulu Selangor. Terima kasih.
Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor
Baik terima kasih. Sokong cadangan daripada Yang Berhormat Kepong. Tuan Yang di-Pertua, Hulu Selangor ambil maklum pelaksanaan pelan JENDELA yang akan merapatkan jurang digital yang di negara kita. Hulu Selangor juga menyokong usaha agar perkhidmatan telekomunikasi ini juga diangkat sebagai utiliti awam dan kemudahan asas masyarakat. Hulu Selangor menggesa agar kerajaan memberi tumpuan untuk memperluaskan liputan jalur lebar luar bandar terutamanya di kawasan berpenduduk kerana jurang yang amat besar.
Era pandemik ini sedikit sebanyak mengubah landskap ekonomi negara kita.
Dahulu pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia amat perlahan. Mungkin ada faktor kurangnya pendedahan terhadap perkara ini serta persepsi bahawa ekonomi digital ini hanya penting jika ingin melebarkan perniagaan ke pasaran antarabangsa. Oleh itu, jurang ekonomi digital ini amatlah ketara. Setelah pandemik melanda, negara melaksanakan PKP, dari situ kita lihat kesedaran betapa pentingnya pemerkasaan ekonomi digital di negara kita untuk dilaksanakan dengan segera.
Bagi pengusaha yang bermula dengan ekonomi digital, mereka dapat meneruskan survival dalam bidang perniagaan. Namun, kebanyakan pengusaha terutamanya PKS amat terkesan dan tidak mampu untuk menyerap ekonomi digital hingga ada syarikat yang dilanda muflis. Justeru itu, selain daripada insentif yang telah dilaksanakan pada ketika ini, apakah hala tuju kerajaan dalam membimbing para usahawan untuk berkecimpung dengan aktif dalam ekonomi digital. Apakah wajar sekiranya kerajaan menetapkan satu dasar untuk mewajibkan seluruh perniagaan terutamanya PKS yang sedia ada terlibat secara langsung dalam ekonomi digital?
Tuan Yang di-Pertua, Hulu Selangor mempunyai kepelbagaian hasil komuniti dan terbesar adalah tanaman kelapa sawit dan keluasan 35,000 hektar. Ia merangkumi empat buah gugusan FELDA dan lebih lima buah ladang swasta. Tahun 2021 memberi sinar kegembiraan buat industri kelapa sawit apabila harga Minyak Sawit Mentah (MSM) berada di paras dagangan melebihi RM3,000 satu tan walaupun negara kita masih bergelut dalam menangani wabak COVID-19. Harga MSM kini melebihi RM4,000 satu tan sejak Januari hingga September 2021. Ia dijangka akan berterusan hingga Disember 2021. Walaupun harga MSM di paras yang baik pada tahun ini, kebiasaannya ia bukanlah satu trend yang kekal selamanya. Namun, apabila harga pasaran tinggi, pastinya keuntungan akan dikenakan kutipan levi keuntungan luar biasa. Dijangkakan juga hasil kutipan dengan izinnya windfall tax ini akan mencecah lebih RM1.2 bilion berikutan dengan peningkatan harga MSM sepanjang tahun 2021.
Puan June Leow Hsiad Hui - Hulu Selangor
Oleh itu, Hulu Selangor ingin minta pencerahan. Pada tahun lepas, Yang Berhormat Menteri Kewangan memberi keterangan bahawa ia tidak suka menggunakan windfall tax ke atas industri lain seperti industri sarung tangan getah. Ini kerana pengusaha akan kehilangan para pelabur. Akan tetapi bagi industri kelapa sawit, windfall tax ini diteruskan. Ia tidak logik dan tidak konsisten. Bagaimana industri kelapa sawit berterusan dibelenggu windfall tax tetapi tidak terpakai pada industri yang lain? Apakah hala tuju kerajaan dalam melaksanakan windfall tax di dalam negara kita? Adakah kerajaan berhasrat turut memperluaskan windfall tax terhadap sektor lain memandangkan pelaksanaan sedia ada hanya mengenakan cukai ini terhadap kelapa sawit yang diketahui umum keuntungannya tidak stabil ekoran harga pasaran yang sering naik dan turun mengikut permintaan semasa?
Seterusnya, eksport kelapa sawit dilihat berkembang positif dan rancak pada tahun ini. Namun, masih ada gerakan kempen anti sawit terutamanya oleh Kesatuan Eropah yang mengklasifikasikan industri sawit sebagai tidak mampan. Realitinya, hingga hari ini lebih 88 peratus industri sawit di negara kita telah memiliki Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO). Ini jelas menunjukkan bahawa industri kelapa sawit di Malaysia merupakan industri yang mempunyai standard tinggi dan menjaga kelestariannya untuk jangka masa panjang. Justeru itu, apakah tindakan kerajaan untuk menangkis tohmahan dan asakan daripada pihak luar terhadap industri sawit di negara kita?
Apakah kayu ukur MSPO itu tidak cukupkah untuk kita membuktikan kepada luar dunia bahawa industri kelapa sawit di Malaysia mematuhi syarat ketat yang digariskan bagi memastikan kemapanan industri ini untuk jangka masa panjang? Jika tidak, apakah solution yang akan dilaksanakan oleh kerajaan dan bagaimana garis panduan kemapanan Rancangan Malaysia Ke-12 hendak dicapai? Kerajaan harus memandang serius isu ini kerana rata-rata pengusaha industri sawit di negara kita melibatkan sebilangan besar kaum bumiputera khususnya warga Felda. Eksport hasil ini di antara 60 hingga 100 bilion setahun, bergantung pada harga MSM semasa. Eksport ini amat penting dan turut menjadi penyumbang kepada hasil negara. Apabila eksport negara meningkat, secara tidak langsung ia juga dapat mengukuhkan mata wang negara kita. Maka, kerajaan perlu memperhalusi dan mengatur strategi yang berkesan agar tidak terjejas mengukuhkan ekonomi negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, satu minit saya minta ya. Apakah kerajaan telah mula melaksanakan pelan pemulihan pendidikan di negara kita? Hampir dua tahun para pelajar bergelut dalam mendapatkan pendidikan yang sempurna. Malah, hingga kini masih ada para pelajar yang tidak dapat belajar secara atas talian kerana tidak mampu untuk melanggan internet atau tidak mempunyai peranti yang bersesuaian. Keciciran pelajar dalam pendidikan formal kian meningkat. Ini bukan trend yang sihat buat generasi baharu.
Kita tidak mahu melihat anak bangsa kita mundur dalam pendidikan. Justeru itu, kerajaan harus menilai semula dasar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran atas talian tersebut. Pastikan setiap murid mempunyai akses lengkap sebelum meneruskan kaedah pembelajaran.
Dengan itu, tamat di sini. Saya mohon menyokong. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Hulu Selangor. Seterusnya, saya jemput Yang Berhormat Cameron Highlands. Silakan.
Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan Cameron Highlands terlibat dalam perbahasan RMKe-12 ini. Pertama sekali Cameron Highlands ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan kerana dapat menyediakan RMKe- 12 ini. Walau sedemikian, ada berbagai-bagai perkara yang ingin saya bangkitkan. Dalam konteks masyarakat Orang Asli Semenanjung Malaysia, mereka sehingga kini masih ketinggalan dan tercicir dalam segala aspek berbanding dengan kaum-kaum lain.
Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Masyarakat Orang Asli Malaysia adalah di dalam kelompok miskin tegar. Pada tahun 2019, kadar kemiskinan Orang Asli adalah sebanyak 33.6 peratus. Ia merupakan satu jumlah yang sangat tinggi. Pelan pembangunan sosioekonomi Orang Asli yang kurang holistik dan bersepadu telah melambatkan pembangunan mereka. Di samping itu, tahap pendidikan di kalangan Orang Asli yang rendah mengurangkan mobiliti sosial dan kebolehpasaran kumpulan ini. Pencapaian Orang Asli dalam pendidikan adalah jauh ketinggalan dan tidak berada dalam pembangunan arus perdana. Infrastruktur asas yang tidak mencukupi, kekurangan amenity dan perkhidmatan seperti jalan perhubungan, bekalan elektrik, bekalan air terawat serta telekomunikasi telah menjejas kesejahteraan komuniti ini.
Dasar yang berbeza bagi pemetaan tanah antara negeri dan kurangnya sensitiviti terhadap keperluan Orang Asli juga melambatkan pembangunan mereka. Selain itu, beberapa agensi yang terlibat dalam membangunkan Orang Asli juga dilihat tidak mempunyai kemampuan dalam menyampai perkhidmatan yang lebih berkesan. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membangun status sosial ekonomi masyarakat Orang Asli ke tahap sewajarnya setanding dengan masyarakat majmuk yang lain.
Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada RMKe-12 Bab Lima, Bidang Keutamaan E, ia meningkatkan pembangunan masyarakat Orang Asli. Kerajaan bercadang untuk merangka pelan pembangunan sosioekonomi Orang Asli dengan menumpu kepada usaha mengurangkan kemiskinan serta menyediakan infrastruktur, kemudahan dan perkhidmatan asas yang lebih baik.
Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Bagi merealisasikan hasrat ini, Cameron Highlands ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya menubuhkan satu perbadanan yang khusus untuk kemajuan ekonomi, spesifik, dengan izin, for the development of the economy of the Orang Asli serta menyeluruh dan komprehensif, menjangkau aspek pembangunan sosioekonomi, beyond socioeconomic development, dengan izin, demi kesejahteraan masyarakat Orang Asli setanding dengan masyarakat majmuk negara ini. Ini adalah sejajar dengan Malaysia makmur, inklusif, dan mampan dalam hala tuju pembangunan negara ini ke arah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Untuk makluman, cadangan penubuhan perbadanan ini telah dibentangkan semasa Kongres Ekonomi Bumiputera pada 1 Oktober 2020 lepas dan telah diangkat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia ketika itu yang bersetuju atas dasar-dasar dan pandangan Majlis Perundingan Melayu (MPM). Tujuh resolusi dasar yang dicapai oleh kepimpinan cerdik pandai Orang Asli Semenanjung, hasil daripada Bengkel Satelit Kluster Orang Asli pada 18 September 2020 adalah:
(i) penubuhan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Orang Asli;
(ii) resolusi politik iaitu pembangunan politik Orang Asli;
(iii) kepimpinan Orang Asli;
(iv) isu-isu kesihatan Orang Asli;
(v) infrastruktur dan kemudahan asas;
(vi) tanah; dan
(vii) pendidikan.
Ingin Cameron Highlands tekankan cadangan penubuhan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Orang Asli ini merupakan sebahagian inti pati dasar dibentangkan oleh MPM yang mana telah dipersetujui secara dasar oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kelapan. Susulan berikutannya itu, sebuah jawatankuasa kerja iaitu working committee, dengan izin, telah bermesyuarat pada 10 Mac 2021 dan telah memutuskan konsep cadangan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Orang Asli Semenanjung Malaysia ini disediakan dan perlu diangkat kepada pihak kerajaan.
Konsep penubuhan ini telah dibentangkan kepada Unit Perancang Ekonomi
(EPU) pada tarikh 16 April 2021 dan secara dasar, pihak Yang Berhormat Menteri iaitu
Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor - Cameron Highlands
Yang Berhormat Jeli dan EPU bersetuju. Juga telah dibentangkan kepada pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) pada tarikh 17 Jun 2021 sebagai kementerian pemegang taruh kepentingan masyarakat Orang Asli Semenanjung.
Berikutan itu juga, pada 14 Ogos 2021, jawatankuasa kerja peringkat KPLB telah diadakan. Kuorum mesyuarat dipengerusikan oleh pegawai dari KPLB dan ahli MPM iaitu Datuk Dr. Hasan Mad, Dato’ Dr. Mohamad Yusof Md. Kassim, Dato’ Faridah A. Jabbar, Dato’ Muhammad Olian bin Abdullah, saya sendiri Cameron Highlands dan penasihat Cameron Highlands.
Malangnya, ketika itu dan waktu itu pengerusi pegawai kerajaan berkenaan tidak memahami kenapa perlunya Perbadanan Kemajuan Ekonomi Orang Asli itu wujud. Amat jelas dari feedback mesyuarat tersebut dan mukadimah pengerusi dan pegawai kerajaan yang terlibat dalam mesyuarat, mereka tidak memahami dan menerima secara logik kenapa kena wujud perbadanan ini dan bersikap amat negatif. Jelas juga pegawai kerajaan ini tidak sehaluan dan kurang senang dengan dasar-dasar yang ditentukan hala tuju yang telah dipersetujui oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri EPU dan pihak EPU.
Saya di sini ingin menyarankan kepada Ketua Setiausaha Negara, anda ialah ketua kepada semua penjawat awam negara ini. Pelik. Peringkat kementerian, Ketua Setiausaha (KSU) setuju, pelaksanaan tidak bersetuju secara holistiknya. There must be something wrong. Dengan ini, saya pohon Ketua Setiausaha Negara melihat perkara ini.
Tuan Yang di-Pertua, terdapat tujuh objektif cadangan penubuhan ini, iaitu
(i) mewujudkan mekanisme melalui perbadanan sebagai platform utama untuk merancang, mengatur, memimpin dan mengawal dengan matlamat untuk mencapai visi dan misi penubuhan perbadanan ini;
(ii) menyediakan pelan induk pengurusan dan pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli secara komprehensif, teratur, mampan serta diselia dengan tadbir urus yang bertanggungjawab;
(iii) pengurusan dan memajukan pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli secara pencapaian jangka pendek dan jangka panjang untuk mencapai tahap ekonomi mampan bagi masyarakat Orang Asli Semenanjung;
(iv) memacu, melaksana perkembangan ekonomi konvensional dan mewujudkan peluang ekonomi iaitu creating economic opportunities, modern, contemporary dan baharu khusus untuk masyarakat Orang Asli;
(v) mendedahkan dan melatih masyarakat Orang Asli kepada cara dan teknologi baharu dalam urusan pembangunan ekonomi;
(vi) menyediakan latihan asas kepada usahawan-usahawan baharu yang sedia ada kepada teknik pendekatan terkini selari dengan perkembangan semasa; dan
(vii) menyedia dan membantu modal dan dana bagi usahawan baharu dan sedia ada dalam bidang, khususnya ekonomi.
Tuan Yang di-Pertua, komuniti Orang Asli ialah masyarakat tertua yang menghuni Semenanjung Malaysia. Kini terdapat lebih kurang 200,000 lebih orang menetap merata tempat di Semenanjung Malaysia. They represent about 0.7 percent of the national population, dengan izin. Secara rasminya terdapat 18 suku kaum Orang Asli di negara ini dan hanya diklasifikasikan sebagai kumpulan utama mengikut bahasa dan adat.
Kehidupan dan aktiviti ekonomi mereka teradun dalam ekonomi dan pasaran kebangsaan.
Dalam kata lain, pembangunan negara ini telah mempengaruhi dan mengubah gaya hidup Orang Asli. Oleh itu, senario ini perlu dilihat dan dianalisis dalam nilai pembangunan ekonomi komuniti Orang Asli. Pembangunan komuniti perlu dilihat daripada segi meningkatkan kualiti dan taraf hidup kepada tahap yang lebih baik dan selesa, serta
Tuan Yang di-Pertua, terdapat tujuh objektif cadangan penubuhan ini, iaitu
membawa kepada perubahan sosioekonomi dalam kalangan komuniti yang berdaya upaya untuk terus maju dan membangun.
Hari ini komuniti Orang Asli tidak boleh dianggap sebagai komuniti yang terasing.
Lebih-lebih lagi telah terdapat usaha kerajaan dalam mengintegrasikan mereka dalam sistem kebangsaan dan dalam pembangunan arus perdana negara. Usaha untuk pembangunan komuniti Orang Asli daripada segi ekonomi, pendidikan, kesihatan dan infrastruktur fizikal sedang dilakukan oleh kerajaan melalui agensi pembangunan iaitu Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Walau bagaimanapun, inisiatif ini masih terkebelakang dan gagal mencapai objektif, khususnya terhadap ekonomi masyarakat Orang Asli.
Matlamat penubuhan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Orang Asli ini adalah tidak bertujuan untuk mengambil langsung tanggungjawab JAKOA. Biarlah JAKOA itu khusus kepada memberi perkhidmatan dan kebajikan, memantau pembangunan sosioekonomi, infrastruktur dan sebagainya. Manakala Perbadanan Kemajuan Ekonomi Orang Asli akan khusus dalam membangunkan perkara-perkara berkaitan ekonomi. Konsep yang saya cadangkan adalah biarlah ia sebagaimana mirip Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang telah berjaya mengangkat martabat kedudukan masyarakat Bumiputera Malaysia 60 tahun dahulu sejak tahun 1970-an. Why not guna itu sebagai platform? Establish that, dengan izin, establish that vehicle untuk membantu meningkatkan kemajuan masyarakat Orang Asli dan perspective per se economy, dengan izin.
Kesimpulan. Tuan Yang di-Pertua, masalah dihadapi oleh masyarakat Orang Asli bukan sesuatu yang baru. Masalah ini setelah sekian lama wujud dan masih berpanjangan. Kerajaan telah memperuntukkan berjuta-juta ringgit pada setiap tahun kepada agensi terlibat untuk masyarakat Orang Asli tetapi masih wujud kejurangan.
Penubuhan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Orang Asli yang dicadangkan oleh Cameron Highlands ini adalah wajib dilaksanakan oleh kerajaan. Contoh, seperti mana model Majlis Amanah Rakyat yang telah berjaya mengangkat pembangunan ekonomi masyarakat Melayu dan bumiputera selepas tragedi berdarah negara 13 Mei 1969.
Dengan ini, Cameron Highlands mewakili masyarakat khusus Cameron Highlands dan amnya masyarakat Orang Asli Semenanjung Malaysia sebagaimana ditafsir di bawah Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan dan sebagaimana hak keistimewaan diperuntukkan kepada kami seperti dinyatakan di bawah Perkara 8(5)C Perlembagaan Persekutuan, memohon kerajaan supaya menubuhkan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Orang Asli ini melalui akta perundangan yang diluluskan oleh parlimen ini.
Tuan Yang di-Pertua, terdapat tujuh objektif cadangan penubuhan ini, iaitu
Ingin ditekankan dan dinyatakan bahawa penubuhan perbadanan ini tidak sama sekali bermatlamat untuk mengambil alih tugas dan tanggungjawab JAKOA. Malah perbadanan ini akan membantu serta memudah cara JAKOA dalam mencapai matlamat mempercepatkan pembangunan sosioekonomi masyarakat Orang Asli.
Cameron Highlands juga sebelum penutup ini, ingin menyarankan kepada kerajaan supaya EPU mempermudah projek pembangunan keperluan asas yang melibatkan kaedah PFI melalui UKAS, EPU supaya pembangunan asas yang jauh di perkampungan Orang Asli dilaksanakan segera tanpa tunggu peruntukkan besar daripada kerajaan. Dengan ini, Cameron Highlands menyokong RMKe-12 dengan pindaan agar Perbadanan Kemajuan Ekonomi Orang Asli ditubuhkan. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Cameron Highlands. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Penampang.
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Kopivosian kotohuadan...
[Ucapan kata-kata aluan dalam bahasa Dusun] Tuan Yang di-Pertua, saya ingin minta izin bahawa saya akan bahas dalam mix language- Bahasa Malaysia dan juga bahasa Inggeris.
Tuan Yang di-Pertua - Datuk Azhar bin Azizan @ Harun
Silakan.
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
Okey. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih terhadap keprihatinan dan komitmen yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia sama ada daripada kumpulan politik, penjawat awam, NGO, academician, aktivis dan netizen yang gigih mengutarakan isu-isu kemunduran dan juga kemiskinan yang sedang dihadapi oleh Wilayah Sabah melalui pelbagai platform seperti media sosial, kenyataan akhbar dan forum.
Perbincangan dan perdebatan selama hampir sedekad lamanya mengenai isu- isu Sabah ini telah membolehkan drafters RMKe-12 membuat kesimpulan mengenai cabaran-cabaran yang sedang diharungi oleh rakyat Sabah pada hari ini seperti mana yang mereka nyatakan dalam buku RMKe-12 ini. Walau bagaimanapun, saya dan juga rakan-rakan saya di Penampang, di Sabah kecewa dengan iltizam Kerajaan Pusat pada Wilayah Sabah melalui RMKe-12 ini kerana walaupun cabaran-cabaran untuk membangunkan dan memakmurkan Wilayah Sabah ini telah dinyatakan, saya tidak melihat sebarang aspirasi yang didukung oleh ketetapan yang mengakui potensi Wilayah Sabah untuk menjadi sebuah wilayah perindustrian setaraf dengan negeri Selangor, Johor, Pulau Pinang dan beberapa lagi negeri.
Tuan Yang di-Pertua, when we were in the government, we brought in many investors to Sabah and while they love Sabah and they did invest, the common complaints were Sabah’s poor power infrastructure, water, and our connectivity including our unskilled workers. This is just unbelievable Tuan Yang di-Pertua kerana these basic things were the very things that were deprived of dalam pelan-pelan dan juga many RMK announcements sebelum ini. In other words, RMKe-12 which is in my opinion, lacks substance and their aspiration by the current Federal Government to Sabah is at best rhetoric and mediocre. Tuan Yang di-Pertua, kita tahu bahawa Rancangan Malaysia Kedua Belas ini, will be within the five years. Kami di Sabah selalu inginkan, bukan just normal rhetoric dan juga announcement tetapi satu revolusi pembangunan yang membawa impak kepada semua warga Malaysia dan juga Sabah. Kerajaan Pusat patut faham dengan aspirasi warga Sabah terutama mereka yang berada di kawasan pedalaman, luar bandar dan kepulauan yang mahukan satu revolusi pembangunan ini.
Lihatlah dalam buku ini Tuan Yang di-Pertua,yang menjadi persoalan dalam hal ini ialah adakah pemimpin-pemimpin Kerajaan Pusat secara jujur telah membayangkan Wilayah Sabah di mana Tuan Yang di-Pertua, Sabah disebut, perkataan ‘Sabah’ disebut 347 times dalam buku ini.
Adakah Wilayah Sabah ditarafkan separa maju dalam lima tahun di mana segala sasaran untuk Sabah yang terkandung dalam buku ini boleh diterjemahkan dalam bentuk artist impression sahaja? Let us just think. Daripada 10 districts yang termiskin di Sabah, Sabah has the unfortunate label of being a sickly wilayah, where we have eight districts which are considered the poorest in this Federation. Why and what happened to all these promises made in all Rancangan Malaysia just before this? We are clearly not treated as equal as we had agreed to in the formation of the Federation of Malaysia. Saya pasti ada di kalangan drafters kepada RMKe-12 ini yang tidak pernah melawat Sabah akan membayangkan Wilayah Sabah ini sama seperti negara-negara yang termiskin di dunia atas peperangan or salah guna pemimpin-pemimpin negara- negara itu.
Tuan Yang di-Pertua, it saddens me that the unseen preferential treatment system in this Federation of Malaysia continues also to cause the migration of talented non- Bumiputeras in Malaysia— of Malaysians to leave to other countries. These Malaysians have made astonishing scientific and technological global discoveries in their new place abroad. This unseen preferential system is in my opinion very obvious for the case of Sabah where the Federal Government despite all that has been said, chooses to be ignorant of Sabah’s potential. Peribahasa bahasa Melayu mengatakan, ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’.
Sekiranya Kerajaan Pusat mengakui potensi Wilayah Sabah sebagai wilayah perindustrian dan membuat pelaburan strategik yang lebih besar melalui RMKe-12 ini we will, sorry Tuan Yang di-Pertua. *This is the problem when we use the iPad...
[Ketawa]*
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
Untuk memodenkan Wilayah Sabah ini, bukankah Kerajaan Pusat akhirnya juga akan menerima pulangan berlipat ganda nanti?
Contoh-contoh yang kita cadangkan untuk memodenkan Sabah sebagai wilayah industri adalah Pelabuhan Kudat. Buku ini telah pun mengatakan bahawa Wilayah Sabah mempunyai kedudukan geografi yang amat strategik untuk perdagangan laut di kawasan BIM-EAGA. This is something that they should consider- seperti mana Ahli Parlimen Semporna telah cadang waktu beliau Ketua Menteri Sabah.
A Cyberjaya 2.0. Kita sedar bahawa kita tidak dapat bersaing dengan rakan-rakan dagang dalam BIM-EAGA seperti Filipina, Indonesia daripada segi pengeluaran makanan laut, buah-buahan ataupun minyak kelapa sawit tetapi Sabah boleh menjadi pembekal cloud data service di kawasan perdagangan ini dengan membina hab teknologi setaraf dengan Cyberjaya. Malah dengan adanya hab ini, kita juga akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat pemantauan keselamatan dunia untuk memantau sempadan negara kita yang boleh dibolosi oleh PTI dan segala ancaman but Tuan Yang di-Pertua, we can see even our internet connectivity pun masih dalam keadaan merudum dan tidak canggih. We will recall all the complaints from Sabah seperti Veveonah Mosibin, dan sekian.
Industri halal. Kerajaan Pusat should take full advantage of this kerana kerancakan ekonomi yang sedang berlaku di Filipina Selatan, Kalimantan serta kawasan yang melalui Makassar Streets, Sulawesi dan negara-negara yang berdekatan. We can take full opportunity of the halal industry in Sabah. The Chinese are excited over the halal food market and I think this is something the RMKe-12 should consider. Look into the East Coast of Sabah for this new industry especially the halal industry. Seperti mana yang telah dibahaskan oleh rakan saya, Yang Berhormat Muar, beliau telah membawa isu industrial hub dan juga medical marijuana. This industry can be considered as a new cash crop bagi Malaysia dan juga Sabah and I do propose bahawa kerajaan kalau adanya bantahan di Persekutuan Malaysia di Wilayah Semenanjung, why not give it to Sabah? Sikit masa sudah.
Tuan Yang di-Pertua, I will jump to other subjects because of the short time. There are some questions that I like to ask, yang saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri-menteri yang berkenaan khususnya kepada Yang Berhormat Menteri Jabatan Kerja Raya (JKR). Saya telah mendapat maklumat bahawa adanya cadangan untuk menangguhkan satu projek flyover yang sering disebut sebagai Projek Flyover Sigah, di roundabout Bandar Donggongon di Parlimen Penampang.
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
Jika benar, kenapa projek ini ditangguhkan yang mana kita telah mendapat kelulusan pada waktu Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan dan WARISAN. This was the catalyst to reduce our traffic in Penampang as well as new connectivity bagi kawasan- kawasan yang berdekatan dan juga untuk me-revive-kan membawa balik ekonomi di Donggongon dan segala-galanya. I do hope that the Minister akan jawab.
Merujuk kepada keputusan kerajaan untuk memperkenalkan polisi pegangan saham ekuiti bumiputera sebanyak 51 peratus dan juga syer 30 peratus yang mesti dijual kepada bumiputera. I think we have to relook into this. We are here to build a nation. We should no longer divide our nation. We should in fact be skilling our people. If they really are serious Tuan Yang di-Pertua, untuk memberikan peluang dan menolong warga bumiputera, saya pun bumiputera adalah we look into existing policies.
Dalam MITI kita faham, satunya polisi kerajaan adalah untuk memberikan insentif cukai dan juga peluang kepada pelabur-pelabur ataupun domestik and also international investors to ensure that 80 peratus pekerja mereka merupakan warga Malaysia. Why not look into existing policy and make 30 percent bumiputera requirement workers dalam 80 peratus itu. These are existing policies. Just improve those policies so that we are going to help the ordinary Malaysians who are suffering, not the elite bumiputera. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin tanya Menteri Kesihatan baharu-baharu ini juga mendapat maklumat yang terdapat arahan melalui surat bertarikh 22 September 2021 daripada pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah untuk tidak mendaftarkan kontak rapat pesakit COVID-19 yang asimptomatik dan didapati positif COVID-19 menggunakan kit ujian sendiri.
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
Adakah arahan ini terpakai untuk Sabah sahaja atau arahan daripada Kementerian Kesihatan untuk dilaksanakan di seluruh negara. Adakah mereka tidak ambil kira dalam laporan harian bilangan mereka yang positif COVID-19 dan adakah status MySejahtera mereka kekal biru yang membolehkan mereka memasuki premis-premis perniagaan dan pejabat. Sekiranya ya, arahan ini akan membuat statistik jangkitan COVID-19 tidak tepat dan memberikan false sense of security kepada rakyat yang mentafsirkan statistik tersebut yang menggambarkan bilangan mereka betul-betul positif adalah menurun. Mereka yang asimptomatik positif ini akan bebas bergerak dan menjangkiti orang lain.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya dan- this is to put this right. Ini kerana, dari pagi tadi saya cuba mencelah mendapat jawapan daripada Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak tetapi beliau tidak menjawab soalan atau tidak memberi peluang.
Let’s put these facts right, pada waktu Pakatan Harapan dan WARISAN we had never made the Laporan MA63 as rahsia. The late Ahli Parlimen Batu Sapi, the late Datuk VK Liew had told us the Cabinet dan juga dalam perbincangan MA63- Jawatankuasa, bahawa dokumen dan laporan MA63 ini mesti dibentangkan di Parlimen untuk semua Ahli Parlimen dan juga warga Malaysia untuk mengetahui apa yang telah dipersetujui dan apa yang telah dicadangkan dalam MA63 documents. So, let’s put this right. Let’s no longer hide it with reason for Official Secrets Act dan sedemikian. In fact, to remind the Minister, my friend dari Kota Marudu bahawa yang rahsia itu Cabinet Minutes bukannya Laporan MA63. Tuan Yang di-Pertua, kalau betul bahawa adanya subsequent to that, kena *classified- declassified it once and for all, for all Malaysians to know, and for all Malaysians to know that MA63 is important.
Before that, sebelum saya end Tuan Yang di-Pertua, banjir di Penampang pada 15 September 2021 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Yang Berhormat Bera tahu pasal ini kerana dia pergi ke kawasan saya. Hingga ke hari ini, there are a lot of peoples suffering. They have not cleaned up the house. We tried through NGO, our* Pusat Khidmat to clean for them, to help them with our limited resources sebagai wakil pembangkang.
We implore, we ask the Federal Government to help us by cleaning up those houses, to fix their houses and to send in the army especially now, because we don’t have enough work forces to clean. Terima kasih, dan kotohuadan.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Penampang. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Betong.
Datuk Robert Lawson Chuat - Betong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut serta membahaskan Rancangan Malaysia Kedua Belas yang amat bermakna ini.
Pertama sekali, izinkan saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kerajaan Perikatan Nasional atas pembentangan RMKe- 12 bagi tempoh 2021 hingga 2025 pada hari Isnin yang lepas yang menetapkan hala tuju strategik bagi mencapai objektif, ‘Keluarga Malaysia – Makmur, Inklusif dan Mampan’.
Hala tuju strategik Keluarga Malaysia adalah jelas dan berfokus kepada usaha memacu pertumbuhan yang mampan yang membina semula daya ketahanan negara pada era pasca pandemik. Rakyat Sarawak amatlah menghargai keprihatinan terhadap keperluan pembangunan di Sabah dan Sarawak. Tinggilah harapan kami rakyat Sarawak ke atas cadangan program dan projek yang akan dilaksanakan di bawah fokus utama ketujuh RMKe-12 iaitu melonjakkan pembangunan Sabah dan Sarawak dan negeri-negeri kurang membangun. Kita mengalu-alukan komitmen daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menyelesaikan secepat mungkin isu-isu berhubung tuntutan Sabah dan Sarawak berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 dan semua pelan yang digariskan dalam RMKe-12 akan dilaksanakan dengan jayanya dalam tempoh lima tahun yang akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, bagi tujuan ini saya akan memfokuskan kepada cadangan program-program pembangunan utama yang diperlukan oleh Sarawak di bawah sektor pertanian. Baru-baru ini Ketua Menteri Sarawak telah melancarkan Post COVID-19
Datuk Robert Lawson Chuat - Betong
Development Strategy 2030 (PCDS 2030) atau Strategi Pembangunan 2030 Pasca- COVID-19. PCDS 2030 bertujuan untuk menjadikan Sarawak negeri maju menjelang 2030 yang mana fasa pertamanya akan dilaksanakan bermula tahun 2021 hingga 2025.
Sasaran PCDS 2030 adalah untuk mencapai perkembangan ekonomi dengan purata enam hingga lapan peratus setahun. Salah satu daripada enam sektor ekonomi pemacu pertumbuhan utama di bawah PCDS 2030 merupakan pertanian komersial, dan agrokomoditi.
Bagi sektor ini, kita menyasar sektor pertanian Sarawak sebagai, dengan izin, “Technology-driven and sustainable agriculture sector that will ensure food security and safety, create wealth for the agro-based community and establish Sarawak as a net food exporter by 2030”. Maka aspirasi rakyat Bumi Kenyalang adalah supaya Kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan yang sewajarnya demi menjayakan pelaksanaan program PCDS 2030 ini.
Berhubung dengan itu, perbahasan saya akan menghuraikan beberapa inisiatif utama yang terkandung dalam Strategi Pembangunan 2030 Pasca-COVID-19 Sarawak.
A. Pembangunan industri padi dan beras.
Pertama, kerajaan harus mengambil langkah segera untuk memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi dengan harga yang berpatutan kepada pengguna. Umum mengetahui bahawa negeri Sarawak tanahnya luas berpotensi untuk menjadi hab makanan utama negara.
Bagi mencapai hasrat ini komitmen, perhatian, sokongan dari Kerajaan Persekutuan terutamanya melalui peruntukan kewangan amatlah diperlukan bagi meningkatkan keupayaan dan kecekapan dalam sektor pertanian. Antara lain Sarawak mampu menjadi pengeluar utama beras negara bagi mendukung hasrat kerajaan untuk mencapai tahap sara diri bagi beras kepada 75 peratus menjelang 2030. Namun, berbanding dengan keadaan di Semenanjung, kawasan di Sarawak jauh ketinggalan daripada aspek infrastruktur sawah. Hampir kesemua kawasan penanam padi bergantung sepenuhnya kepada sumber air hujan kerana ketiadaan atau disebabkan kerosakan sistem perairan yang tekah usang.
Datuk Robert Lawson Chuat - Betong
Maka negeri Sarawak memerlukan perbelanjaan, sama ada bagi membangunkan kawasan baru atau memulihkan, dan menaik taraf infrastruktur pengairan dan saliran di kawasan skim penanaman padi sedia ada. Terdapat 18 buah kawasan skim pengairan dan saliran penanam padi sedia ada di seluruh Sarawak yang telah dikenal pasti dengan keluasan 7,515 hektar yang memerlukan kerja pemuliharaan, (rehabilitation) bagi membolehkan kawasan tersebut ditanam semula dengan padi. Jika infrastruktur di kawasan ini dapat dipulihkan, dan dinaiktarafkan, ia berpotensi untuk mengeluarkan sekitar 22,545 metrik tan padi pada anggaran tiga metrik tan hasil sehektar semusim. Jika dinaikkan taraf ke peringkat infrastruktur tertier yang membolehkan penanaman dua musim setahun, maka pengeluaran akan meningkat sekali ganda. Anggaran kos pemuliharaan dan menaik taraf infrastruktur di kawasan sedia ada adalah sekitar RM236 juta.
B. Program Pembangunan food basket development area di Bahagian Betong, Sarikei dan Mukah. Begitu juga kerajaan negeri telah mengenal pasti 14 buah kawasan baru, khususnya di kawasan food basket development area di bahagian Betong, Sarikei dan Mukah. Dengan keluasan 40,555 hektar, kajian yang telah dijalankan menunjukkan kawasan ini sangat berpotensi dibangunkan untuk pengeluaran makanan seperti padi dan buah-buahan yang berorientasikan eksport contohnya, nanas dan pisang.
Bagi tujuan ini, negeri Sarawak memerlukan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion bagi membangunkan infrastruktur asas seperti sistem pengairan, saliran dan jalan akses.
Semoga pertimbangan sewajarnya dapat diberi di bawah pelaksanaan RMKe-12.
C. Mempergiatkan pembangunan infrastruktur pengairan dan saliran di kawasan Batang Lupar, Sri Aman. Tuan Yang di-Pertua, Sarawak juga memohon supaya pembangunan infrastruktur pengairan dan saliran bagi pembangunan jelapang padi di kawasan Batang Lupar, Sri Aman dipergiatkan.
Datuk Robert Lawson Chuat - Betong
Setakat ini hanya 196 hektar sahaja yang telah lengkap dibangunkan di bawah Projek EPP 11 Batang Lupar daripada 5,100 hektar keseluruhannya keluasan kawasan.
Pertambahan pembangunan kawasan yang lengkap dengan infrastruktur tertier ini nanti akan membolehkan pembangunan secara komersial melalui Projek Smart Sawah berskala besar Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia (MAFI) yang berteraskan mekanisasi dan automasi bagi meningkatkan pengeluaran dan produktiviti padi.
Peruntukan sebanyak RM6.3 juta yang telah diluluskan sebelum ini kepada IADA Batang Lupar untuk penyediaan kawasan tanaman, pengurusan teknologi dan kelestarian pertanian di dalam kawasan sedia ada amatlah dihargai. Namun peruntukan tambahan amat diperlukan bagi menggiatkan lagi kerja pembangunan infrastruktur pengairan dan saliran kawasan selebihnya untuk mempercepatkan pencapaian.
Pencapaian sasaran jelapang padi Batang Lupar ini jika dipercepatkan bakal menyumbang kepada sasaran 75 peratus tahap diri (SSL) beras negara. Dalam masa yang sama, pendapatan seramai 1,154 orang pesawah di kawasan Batang Lupar juga dapat dipertingkatkan selaras dengan fokus utama kelima RMKe-12 ini iaitu membasmi kemiskinan tegar dan merapatkan jurang pendapatan penduduk luar bandar dan bandar.
Saya turut memohon agar seed processing and packaging centre (SPPC) di Stumbin, Sri Aman dibaik pulih dengan kadar segera bagi menyediakan kemudahan lepas tuai penghasilan benih padi berkualiti tinggi.
Ini adalah kerana selain daripada pembangunan infrastruktur yang baik serta penggunaan mekanisasi, pengeluaran benih padi berkualiti tinggi adalah penting ke arah peningkatan produktiviti padi.
Tuan Yang di-Pertua, pembangunan infrastruktur, fasiliti dan kemudahan yang berkualiti penting dalam memberikan manfaat kepada petani kerana ia mampu meningkatkan penyertaan syarikat swasta di dalam industri pengeluaran makanan khasnya padi dan beras. Ini juga selaras dengan Dasar Jaminan Bekalan Makanan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) dan peranan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang diberikan penekanan di dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas ini.
Tuan Yang di-Pertua, D. Program Pembangunan Precision Farming Park. Bagi meningkatkan pengeluaran tanaman agro makanan, Kerajaan Sarawak telah merancang untuk menubuhkan sembilan buah Taman Pertanian Pintar atau Precision Farming Park di seluruh negeri. Program ini juga merupakan sebuah inisiatif untuk melonjakkan aktiviti pertanian pintar agar dapat menarik lebih ramai lagi penyertaan daripada golongan belia ke dalam sektor pertanian. Sehingga kini, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan untuk membangunkan tiga buah daripada sembilan jenis tanaman tersebut.
Justeru itu Kerajaan Persekutuan perlu membantu untuk menyediakan peruntukan tambahan bagi membangunkan taman tersebut yang juga akan dilengkapi dengan teknologi IoT terkini di bawah RMKe-12.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat, minta rumuskan Yang Berhormat.
Datuk Robert Lawson Chuat - Betong
Minta seminit lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik.
Datuk Robert Lawson Chuat - Betong
...Anggaran kos untuk membangunkan taman ini ialah lebih RM25 juta bagi sebuah taman.
Ketiga, Sarawak juga berpotensi besar dalam meningkatkan pengeluaran daging lembu, kerbau dan kambing dengan status disease-free state serta mempunyai tanah yang luas, Sarawak mampu menyumbang kepada permintaan daging negara yang semakin meningkat. Bagi tujuan ini, Sarawak memohon supaya peruntukan ditambah di bawah RMKe-12 bagi membeli baka berkualiti lembu, kerbau dan kambing untuk meningkatkan bilangan induknya ke arah meningkatkan tahap sara diri daging dan mengurangkan kebergantungan kepada import.
Sehingga kini, tahap sara diri daging lembu Sarawak adalah sekitar 15 peratus dengan hanya sekitar 17 ribu ekor sahaja. Sarawak menyasarkan untuk meningkatkan
Datuk Robert Lawson Chuat - Betong
bilangan lembu dan kerbau kepada 150 ribu ekor bagi mencapai 50 peratus tahap sara diri daging menjelang 2030. Oleh sebab masa terhad, saya mengakhirkan ucapan saya dengan menyatakan sokongan saya kepada Rancangan Malaysia Kedua Belas. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Betong. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Rasah, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Lubok Antu. Sila Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberikan untuk saya turut serta dalam perbahasan pada petang ini.
Terlebih dahulu saya hendak menyatakan bahawa ini merupakan satu pembentangan untuk Rancangan Malaysia Kedua Belas- RMKe-12, telah lewat lebih setahun. Kalau ikutkan jadual asal, sepatutnya dibentangkan oleh, yang waktu itu Yang Amat Berhormat Langkawi. Lepas itu ada berlaku perubahan kerajaan sepatutnya oleh Yang Amat Berhormat Pagoh tapi beliau tidak berani buat sidang Parlimen dengan pelbagai alasan dan akhirnya Yang Berhormat Bera, Perdana Menteri Ke-9 yang membentangkannya.
Cuma sebagai mukadimah saya hendak menyatakan Tuan Yang di-Pertua, sepatutnya waktu yang lebih diperuntukkan kepada setiap ahli Dewan. Jangan disebabkan RMKe-12, kita bagi 12 minit. Kalau lima tahun dari sekarang RMKe-13, kita bagi 13 minit. Saya rasa itu bukan cara yang sesuai dan sekurang-kurangnya setiap ahli Yang Berhormat perlu diperuntukkan 30 minit untuk membentangkan ataupun memberikan hujahan sebab banyak isu. Tuan Yang di-Pertua saya harap ada tambah baik untuk masa akan datang...
Tuan Yang di-Pertua
Insya-Allah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Oleh sebab ia melibatkan satu rancangan jangka sederhana untuk lima tahun dan sepatutnya hari untuk perbahasan bukan empat hari, sepatutnya sekurang-kurangnya 12 hari. Sebab banyak isu di seluruh negara yang perlu diketengahkan oleh wakil rakyat yang mewakili seluruh negara.
Saya akan menyebut empat fokus. Fokus pertama adalah fokus ketiga di bawah tajuk, Meningkatkan Kesejahteraan Keluarga Malaysia. Pandemik COVID-19 pada ketika ini telah mengubah corak pembangunan dan juga bidang-bidang yang wajar diberikan keutamaan. Ia juga telah mengajar kita supaya mengubah daripada apa pendekatan yang telah digunakan selama ini. Sektor kesihatan misalnya, kalau sebelum kurang diberikan perhatian atau tidak diberikan keutamaan, sekarang ini sektor perubatan ataupun kesihatan wajar diberikan keutamaan yang pertama.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Disebabkan, kita nampak, disebabkan pandemik COVID-19 ini kekurangan katil, kekurangan bilik ICU, wad ICU, kekurangan peralatan yang lain di banyak hospital, bukan terhad pada satu hospital dan keadaan ini sepatutnya menjadi iktibar dan pengajaran kepada kita. Daripada kita mempersembahkan buku Rancangan Malaysia Kedua Belas dengan data-data yang menggembirakan kita tetapi masalah asasi, masalah hakiki sebegini yang sepatutnya diberikan keutamaan.
Jadi, saya memohon supaya pada kali ini keutamaan yang lebih diberikan kepada sektor perubatan dan kesihatan di bawah RMKe-12 yang sewajarnya disokong oleh bajet pada tahun 2022 dan seterusnya empat tahun yang akan datang. Saya menyambut baik pembinaan Institut Penyakit Berjangkit Malaysia yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari Isnin di Bandar Enstek. Ia dijangka dibina pada tahun depan- saya mengalu-alukan sebab Bandar Enstek adalah di bawah Parlimen Rasah. Itulah satu-satunya projek yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang terletak di Parlimen Rasah.
Jadi saya hendak tanya, bilakah ianya akan disiapkan dan berapakah kos keseluruhan projek ini? Bagi saya Bandar Enstek adalah sebuah kawasan baru yang
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
sangat sesuai. Institut Aminuddin Baki ada di situ dan saya ingin menyarankan supaya kerajaan khasnya Menteri Ekonomi ada di sini supaya Bandar Enstek menjadi hab ilmiah ataupun hab penyelidikan untuk negara akan datang. Oleh sebab lokasinya yang sangat strategik dekat dengan Putrajaya, dekat dengan the Greater Klang Valley. Fokus seterusnya yang saya hendak sebut adalah fokus kelapan iaitu mempercepat pertumbuhan hijau. Saya menyambut baik komitmen daripada kerajaan yang saya nampak komitmen daripada kerajaan untuk menjadikan alam sekitar ini terhindar daripada pencemaran dan sebagainya. Memang menjadi tanggungjawab setiap daripada kita. Kita mempunyai tanggungjawab hakiki untuk memastikan alam sekitar ini sesuai didiami oleh generasi akan datang. Sesuai untuk kehidupan harian anak-anak dan cucu-cucu kita pada suatu hari nanti.
Oleh sebab itu, segala perancangan dan pembangunan kita pada hari ini kita kena pastikan ia tidak mencemarkan alam sekitar. Komitmen yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam teks ucapan beliau, saya memetik satu ayat sahaja, “Bagi tujuan ini, kerajaan telah memberikan komitmen untuk tidak lagi membina loji jana kuasa arang batu yang baru.” Saya anggap ini satu komitmen yang sangat baik.
Saya mohon supaya komitmen turut diperluaskan ke arah memastikan ataupun kerajaan tidak akan memberikan kelulusan lagi untuk pembinaan incinerator di mana- mana kawasan. Saya ingin mendapatkan komitmen daripada kerajaan khasnya daripada Kementerian Alam Sekitar dan Air sebab benda ini perlu komitmen yang cukup tinggi daripada kerajaan agar alam sekitar kita sentiasa dalam keadaan yang terbaik.
Saya menyokong Pelan Tindakan Bandar Hijau yang dinyatakan di bawah fokus kelapan ini, yang mana 120 buah bandar di sasarkan akan menjadi Bandar Hijau. Saya menyokong usaha ini dan saya harap Bandar Seremban sebab Parlimen Rasah ini sebahagian dari Bandar Seremban dapat menjadi antara bandar perintis yang diberikan gelaran Bandar Hijau ini.
Oleh sebab itu, saya ingin memohon komitmen daripada KASA dan Jabatan Alam Sekitar, pastikan tiada pembinaan ataupun pembukaan industri yang akan mencemarkan alam sekitar termasuk incinerator di Daerah Seremban. Daerah Seremban ada banyak kawasan perindustrian seperti di Bandar Enstek, Taman Tuanku Jaafar, Senawang, Nilai dan sebagainya tetapi semua perindustrian ini tidak sesuai didirikan apa-apa kilang ataupun loji seperti incinerator yang bakal mencemarkan alam sekitar sebab yang pertama, kawasan industri ini terletak dekat dengan kawasan komersial dan kawasan perumahan yang padat dengan kependudukan. Jadi, saya berharap kerajaan boleh memberikan komitmen ini.
Di bawah fokus yang sama, saya juga ingin mengemukakan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Linggi Fasa 5. Pada hari Isnin yang baharu lepas, saya telah mendapat jawapan daripada pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air yang mengatakan bahawa sebanyak RM150 juta akan diperuntukkan di bawah PLSB Fasa 5 di bawah RMKe-12 ini. Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan sebab saya percaya dan saya yakin dengan adanya peruntukan yang besar ini kawasan Parlimen Rasah akan terhindar daripada banjir.
Saya masih ingat pada 4 November tahun lepas, banjir telah menyebabkan lebih 1,000 buah rumah ditenggelami air ketika itu. Satu musibah yang patut kita usahakan agar dapat dielakkan pada masa akan datang. Cuma saya nampak jawapan yang diberikan oleh kementerian, dia kata, “Peruntukan sebanyak RM150 juta sekiranya diluluskan kelak”. Jadi, saya nampak Menteri Ekonomi ada di sini, Menteri EPU ada sini, saya mohon supaya diluluskan.
Jangan jika diluluskan, saya minta diluluskan dan saya juga nampak ada dalam jawapan itu pengambilan balik tanah. Saya mohon sekiranya betul ada pengambilan tanah, lakukan dengan memberikan notis yang awal kepada penduduk supaya persiapan dapat dilakukan dan tidak berlaku kekecohan selepas itu.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya hendak sebut fokus kedua, memperkukuh pemangkin pertumbuhan. Saya menyambut baik pendigitalan dan teknologi termaju untuk dimajukan bersesuaian dengan keperluan semasa termasuk teknologi 4IR. Pandemik yang berlaku mengajar kita betapa pentingnya dunia digital hari ini dan kita sama-sama
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
mengalu-alukan kerajaan mempunyai komitmen untuk liputan 4G di seratus peratus kawasan yang didiami dan ke arah 5G dalam RMKe-12 supaya sembilan juta- premis mendapat liputan 5G menjelang 2020.
Kita sokong, saya rasa tidak ada bantahan daripada mana-mana segmen dalam masyarakat Malaysia akan membantah usaha ini. Cuma hari ini saya hendak kemukakan.
Di Bandar Seremban, Bandar Seremban adalah di bawah Parlimen Rasah, saya hendak sebutkan. Dua buah sekolah yang akan dibuka semula sebab Negeri Sembilan sudah masuk Fasa 4- pada 18 Oktober akan datang, masih menghadapi masalah tiada perkhidmatan UniFi di Bandar Seremban. Di bawah Parlimen Rasah, satu buah kawasan Parlimen yang dikatakan kawasan bandar. Macam mana dengan kawasan luar bandar kalau kawasan bandar ada masalah ini? Jadi, saya mohon KKMM supaya mengambil tindakan segera untuk atasi masalah ini.
Tuan Yang di-Pertua, di bawah fokus ini juga saya hendak menyebut satu lagi iaitu Jalan Lingkaran Tengah Seremban. Jalan ini telah memasuki ataupun telah disempurnakan Fasa 3B Bahagian 1 lebih kurang 5 tahun yang lepas. Ia ada jalan lingkaran tengah dengan sebuah bulatan yang menghubungkan keseluruhan Daerah Seremban.
Akan tetapi sejak 2016 ia terhenti, ia ada lagi fasa-fasa. Kalau jalan lingkaran tengah sepatutnya dia satu lilitan tetapi setakat ini hanya separuh sahaja. Jadi mungkin Menteri Ekonomi boleh merujuk kepada Timbalan beliau yang juga penduduk kawasan Rasah. Jalan lingkaran ini sangat penting. Saya mohon supaya ia dihidupkan semula untuk fasa-fasa seterusnya sebab impaknya bukan sahaja untuk pengguna jalan raya bila siap nanti tetapi akan membawa limpahan ekonomi dan impak kepada pembangunan setempat.
Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab ada dua minit lagi, saya juga hendak tanya sedikit di bawah tajuk yang sama berkenaan dengan pendidikan. Kita sedia maklum pendidikan adalah bidang yang paling penting untuk memastikan kemajuan dan pembangunan masa depan. Jadi, saya hendak tanya, daripada empat buah kompleks sekolah dan lima buah sekolah baharu yang bakal dibina di bawah RMKe-12 dengan kos RM848 juta tersebut, ada atau tidak sekolah untuk Parlimen Rasah? Khasnya SK S2 High, dan SMK S2 High, yang pernah diluluskan ataupun dicadangkan oleh KPM pada tahun 2019. Begitu juga pembinaan SKJ(C) dan SJK(T) di kawasan Rasah.
Tuan Yang di-Pertua, masa sangat mencemburui untuk saya terus...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Satu minit lagi.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya tahu saya ambil masa sedikit. Ini fokus keenam iaitu memperkasakan agenda bumiputera dan Keluarga Malaysia. Saya rasa agenda Keluarga Malaysia ini satu yang sangat penting. Saya tidak mahu ia menjadi konsep ataupun slogan kerajaan ataupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semata-mata. Saya mohon supaya konsep ini diperluaskan menjadi satu dukungan dan semua pegangan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang politik.
Jadi saya hendak katakan, memperkasakan agenda bumiputera itu saya rasa betul, perlu diteruskan. Oleh sebab apa? Kita tahu ramai yang miskin itu majoritinya bumiputera. Kalau kita hendak mempunyai Keluarga Malaysia yang sihat, yang sama- sama maju ke depan, bumiputera kena maju baru Malaysia akan maju.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Jadi saya memohon supaya perkara ini kita teruskan dan semua rakyat Malaysia kena berlapang dada. Saya juga ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebab beliau ada sebut Tuan Yang di-Pertua saya minta satu minit. Ada sebut isu isi rumah kaum Cina khasnya Kampung Baru. Saya hendak katakan Kampung Baru masih ramai kaum keturunan Cina yang memerlukan bantuan.
Saya cukup berharap supaya kerajaan boleh menambah baik skim pinjaman khas penduduk Kampung Baru. Saya percaya dan yakin sekiranya bidang kuasa untuk Kampung Baru ini kita pindahkan daripada KPKT kepada Kementerian Perpaduan Negara, saya yakin dan saya percaya pemerkasaan untuk Kampung Baru ini akan dapat dilakukan dengan lebih berjaya lagi.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya yakin, kalau kita tengok menteri yang ada di sini...
[Tepuk] Tok Pa memang seorang menteri yang jaga RMKe-12 saya nampak dua atau tiga hari memang beliau ada.
Menteri KPN sudah petang pukul 6, menteri lain saya tidak tahu dekat mana. Yang Berhormat Menteri KPN semalam ada, kelmarin ada, petang ini ada. Menteri sebegini kita patut memberikan lebih banyak kuasa kepada beliau. Sebab saya nampak komitmen beliau untuk mendengar hujahan dan juga cadangan daripada semua wakil rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, last point...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Akan tetapi saya tidak bagi lebih masa ya.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Last point, okey 30 saat.
Berkenaan dengan MITRA. MITRA pun bawah KPN. Saya mohon supaya untuk MITRA ini peruntukan kita tahu RM100 juta, tidak cukup. Saya minta Tok Pa, RM100 juta tidak cukup. Kalau boleh, dalam bajet akan datang EPU bagi RM300 juta kepada MITRA...
[Tepuk] Sebab apa? Sebab di bawah konsep Keluarga Malaysia, kalau Malaysia hendak maju, kita tidak boleh satu kaum sahaja maju ataupun mana-mana kaum ketinggalan, terpinggir dan tercicir...
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Kita hendak yang maju, sama-sama kita maju ke depan. Tidak kira apa kaum dan latar belakang sekalipun.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Jadi saya mohon supaya KPN juga diperkasakan dan menjadi kementerian teras di bawah konsep Keluarga Malaysia supaya semua rakyat Malaysia mendapat peluang yang sama adil untuk sama-sama kita mengorak langkah maju ke hadapan dan kementerian ini saya difahamkan kementerian ini dalam usaha merangka atau merencanakan Pelan Tindakan Masyarakat India. Saya cukup yakin selepas pelan ini digubal sepenuhnya, dibentangkan, diumumkan khasnya di bawah pimpinan menteri yang kita ada, masyarakat India akan mendapat limpahan dan akhirnya akan memanfaatkan kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat, masa sudah tamat Yang Berhormat. Sudah lebih masa Yang Berhormat.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya minta maaf ya ambil masa sedikit sebab tadi ada puji-puji sedikit, ambil masa sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, Baik. Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Lubok Antu. Saya hendak sebut sambungan yang bakal berbahas hari ini. Selepas Yang Berhormat Lubok Antu, Yang Berhormat Selangau, kemudian Yang Berhormat Sekijang, kemudian Yang Berhormat Taiping, kemudian Yang Berhormat Sepang diikuti oleh Yang Berhormat Kota Belud, kemudian Yang Berhormat Selayang dan saya jangka mungkin yang terakhir .Yang Berhormat Seputeh.
Silakan Yang Berhormat Lubok Antu.
Tuan Jugah a/k Muyang @ Tambat - Lubok Antu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi ruang kepada saya berucap dalam perbahasan belanjawan Rancangan Malaysia Kedua Belas di Dewan yang mulia ini. Menjejaki langkah rakan- rakan Ahli Yang Berhormat yang lain, saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan serta tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pembentangan Rancangan Malaysia Kedua Belas yang dilihat sebagai- sebuah pelan jangka panjang yang banyak memfokuskan kepada kelestarian rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, bila berbicara tentang agenda pembasmi kemiskinan dalam negara saya rasa terpanggil untuk menyuarakan pendapat berkenaan permasalahan ini.
Pada saya, permasalahan ini bukan satu yang mudah untuk diselesaikan. Namun
Tuan Jugah a/k Muyang @ Tambat - Lubok Antu
demikian, ia bukan satu permasalahan yang langsung tidak ada jalan penyelesaian. Lubok Antu merupakan salah satu dari daerah termiskin di Malaysia. Ia bukan lagi satu perkara yang asing. Namun apa yang paling mendukacitakan sehingga kini kedudukan tersebut masih lagi sama meskipun daerah ini mempunyai potensi yang luas untuk dibangunkan.
Kemiskinan di Lubok Antu bukan sekadar tertumpu kepada pendapatan per kapita yang rendah malah turut merangkumi aspek pembangunan kemudahan asas. Keadaan ini lantas menimbulkan persoalan di kalangan masyarakat setempat. Sampai bilakah keadaan sebegini akan berlarutan? Adakah Daerah Lubok Antu atau daerah lain yang tersenarai di dalam kelompok daerah termiskin di Malaysia terus terpinggir daripada arus pembangunan. Bagaimanakah kerajaan hendak menangani isu ini?
Tuan Yang di-Pertua, rendah gunung tinggi harapan. Demikianlah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan betapa besarnya harapan penduduk dari kawasan luar bandar yang saban tahun mendambakan pembangunan infrastruktur asas dari kerajaan.
Pembangunan yang berlaku di Malaysia tampak lebih menjurus kepada kawasan bandar sahaja sehingga kurang memberi perhatian terhadap keperluan di luar bandar.
Saya mencadangkan kepada kerajaan baharu ini supaya menteri turun padang sendiri untuk menilai dan melihat sendiri keadaan sebenar di kawasan saya. Saya tidak nafikan bahawa ada pembangunan di kawasan Lubok Antu namun jurang pembangunan tersebut begitu jauh ketara jika dibandingkan dengan kawasan bandar. Kita tidak minta untuk dirikan bangunan pencakar langit, jalan raya berkembar mahupun LRT. Namun kita sentiasa ingin dilengkapkan dengan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik, jaringan telekomunikasi serta bekalan air bersih yang berterusan di kawasan pedalaman.
Bukankah ia hak semua rakyat untuk mendapatkan kemudahan sedemikian.
Sebagai seorang wakil yang mendapat mandat daripada rakyat, saya sentiasa ingin membawa perubahan lebih banyak pembangunan daripada aspek infrastruktur asas.
Perubahan ini landskap ekonomi setempat serta menuntut hak sebagaimana yang telah diperuntukkan di dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan serta turut ingin menuntut agar setiap kandungan yang tertulis dalam Perjanjian Malaysia 1963 dirangkumkan sejajar dengan slogan kelayakan Keluarga Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon agar projek yang telah diluluskan di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas lalu, diteruskan pelaksanaannya sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 ini. Projek yang saya maksudkan tadi merupakan projek bekalan air bersih serta elektrik di beberapa buah sekolah seperti SK Ijok, SK Empelam, SK Basi, SK Nanga Tibu dan juga di sekitar kawasan Lipat, Skrang serta pelaksanaan pembinaan Balai Bomba Engkilili yang sehingga kini masih belum dimulakan lagi. Jalan Lidong, Skrang, Sri Aman akses jalan ke rumah panjang di setiap jaringan Ulu Batang Ai perlu disegerakan.
Tuan Yang di-Pertua, pendidikan yang berkualiti tidak hanya berpaksikan kepada model pengajaran dan pembelajaran yang up-to-date, dengan izin, tetapi turut berkaitan dengan menyediakan kemudahan seperti persekitaran sekolah yang selesa dan kondusif.
Oleh yang demikian, saya ingin menegaskan agar pihak kerajaan memberi perhatian terhadap isu ketiadaan sambungan elektrik dan bekalan air bersih dan kedaifan beberapa buah sekolah di pedalaman Lubok Antu.
Saya mohon Kerajaan Pusat menghantar lebih ramai lagi pelajar Dayak ke luar negara khususnya bidang kejuruteraan. Dengan itu, ilmu yang dituntut dapat diaplikasikan dan digunakan di kawasan kita di negeri sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, pembabitan masyarakat di Lubok Antu dengan aktiviti penanaman kelapa sawit dilihat sebagai satu perkara positif. Ia boleh membantu mempertingkatkan lagi pendapatan per kapita setiap pekebun kecil ini. Sebagaimana kita sedia maklum, harga komoditi tersebut kini berada di paras terbaik, sekali gus membantu meringankan sedikit beban tatkala negara berhadapan dengan pandemik.
Saya sarankan supaya kerajaan mengkaji semula pengawalan harga sawit di rem dan di kilang di setiap bahagian. Hal ini berikutan tidak mahu sesetengah pihak mengambil kesempatan mengaut keuntungan daripada golongan pekebun kecil yang memerlukan penjualan tunai. Tidak dinafikan masih terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh golongan pekebun kecil ini.
Tuan Jugah a/k Muyang @ Tambat - Lubok Antu
Oleh yang demikian, saya mohon agar kerajaan memikirkan jalan penyelesaian atau alternatif lain yang relevan bagi memudahkan golongan ini mendapat geran atau pinjaman, atau bantuan berbentuk subsidi agar mampu diperluaskan lagi tanaman mereka.
Saya menyeru agar Kerajaan Pusat berunding dengan Kerajaan Negeri Sarawak di dalam mencari mekanisme bagaimana menggunakan tanah adat- NCR, sekali gus menggalakkan lagi lebih ramai penyertaan masyarakat luar bandar di dalam industri ini.
Sudah tiba masanya kerajaan persekutuan memperuntukkan dana bagi menyukat tanah adat bagi mengangkat industri penanam sawit luar bandar khususnya di kawasan saya di Lubuk Antu. Satu lagi isu kad pengenalan masih ramai lagi penduduk yang jauh di pendalaman belum mendapat IC sehingga sekarang ini.
Saya mohon kerajaan mengadakan outreach programme di kawasan-kawasan terutama di kawasan di Lubuk Antu untuk memastikan semua rakyat diiktiraf sebagai penduduk tetap sebagai keluarga Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua sebelum saya mengakhiri ucapan saya sekali lagi saya ingin menekankan agar segala projek yang telah diluluskan di dalam Rancangan Malaysia Kesebelas disertakan bersama dalam agenda Rancangan Malaysia Kedua Belas.
Demi kesejahteraan bersama kesinambungan ini amatlah penting kerana ia merupakan sebuah tangan yang telah lama dinantikan oleh penduduk-penduduk Lubok Antu. Sebagai anak jati Lubok Antu saya tidak mahu lagi menunggu hingga ke tempoh yang baharu untuk pembangunan infrastruktur di kawasan yang dilaksanakan sebab apa yang dijanjikan selama ini jawapan telah diluluskan.
Apabila ditanya masih dalam reka bentuk itu masalahnya. Jadi rakyat sekarang hanya menunggu keputusan setiap kali saya bersuara di Dewan ini saya tiap-tiap kali saya menanyakan tentang masalah infrastruktur klinik, bomba. Satu pun belum dapat dilaksanakan dalam Rancangan yang lepas.
Saya mengulangi sekali lagi untuk kerajaan amat peka kepada keadaan ataupun rayuan daripada rakyat khususnya wakil rakyat dari luar bandar. Saya minta daripada Dewan yang mulia ini supaya permohonan saya dapat diambil kira atau diambil pertimbangan khususnya bagi kawasan saya yang termiskin di Malaysia ini. Sekian walaupun masa sudah masih ada saya beri peluang kepada yang lain untuk ucapan saya.
Saya menyokong penuh RMKe-12.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Lubok Antu. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Selangau.
Tuan Baru Bian - Selangau
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam membahaskan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas yang menggunakan tagline, ‘Malaysia Yang Sejahtera, Inklusif, Mampan.’ Tuan Yang di-Pertua saya ingin memulai dengan Perjanjian Malaysia 1963 dekat di hati rakyat Sabah dan Sarawak.
Saya menerima baik kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang berjanji akan menyelesaikan isu MA63 ini di bawah konsep Keluarga Malaysia. Saya mencadangkan sekiranya kerajaan serius mengenai perkara ini supaya mengutamakan perkara-perkara berikut di bawah MA63:
(i) melaksanakan 17 daripada 21 isu berkenaan MA63 ini yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa yang dilantik semasa zaman Kerajaan PH, dan mengeluarkan laporan Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai MA63;
(ii) memutuskan kenaikan royalti minyak dari lima peratus;
Tuan Baru Bian - Selangau
(iii) memansuhkan Akta Laut Wilayah 2012;
(iv) meminda balik Perkara 1(2), Perlembagaan Persekutuan kepada perkataan asal sebelumnya dipinda pada tahun 1976;
(v) mengembalikan kedudukan Kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak ke-34 peratus seperti mana yang telah dipersetujui oleh nenek moyang kita dari asalnya kita menubuhkan Malaysia.
Ini merupakan hak veto Singapura, Sabah dan Sarawak sebelum Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia dalam tahun 1963.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya untuk menunjukkan bahawa kerajaan ini mengamalkan dan melaksanakan konsep Keluarga Malaysia yang inklusif, kerajaan harus mengiktiraf hak kebebasan beragama untuk semua rakyat Malaysia dan menghentikan sebarang cadangan Rang undang-undang yang bertujuan untuk mengawal dan menyekat pembangunan agama bukan Islam seperti mana yang telah termaktubkan di bawah Perkara 11(1), Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak kepada setiap orang untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan tertakluk pada Fasal 4 untuk menyebarkannya.
Sementara itu masyarakat orang asal atau asli di negara ini juga berhak untuk mendapatkan hak mereka, dihormati dan dilayan secara sama rata dan inklusif dalam Keluarga Malaysia ini...
[Rakaman kurang jelas] Dalam hal ini kerajaan perlu menyokong dan melaksanakan Deklarasi Hak Orang Asal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDRIP) yang telah dipersetujui oleh Malaysia pada tahun 2007. Pelanggaran prinsip UNDRIP masih berlaku khusus di antara orang asal atau orang asli di negara ini tentang hak atas tanah adat mereka.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya beberapa isu spesifik Sarawak. Infrastruktur.
Saya amat gembira apabila mengetahui bahawa RMKe-12 mengakui bahawa infrastruktur merupakan salah satu faktor utama yang boleh menyemarakkan sektor ekonomi di negara ini. Oleh itu adalah wajar Lebuhraya Pan Borneo ini disebut secara khusus sebagai penambahbaikan kepada infrastruktur di Sarawak.
Saya juga gembira mengetahui awal bulan ini bahawa pembinaan Sarawak- Sabah Link Road (SSLR) dijangka bermula pada bulan ini dan akan disiapkan pada tahun 2026, walaupun tidak mengikut perancangan jajaran asal dengan memendekkannya dari 90 kilometer kepada 77 kilometer iaitu berakhir di Long Luping dan bukannya di Pa’ Berunut.
Walau bagaimanapun, Fasa 2 SSLR dari Long Luping ke Limbang dan seterusnya ke Long Lama mesti dilaksanakan dalam RMKe-12 ini. Seperti yang telah saya sebutkan sebelum ini, ini adalah satu-satunya jalan tanpa melalui Negara Brunei, dan membantu Limbang berhubung dengan seluruh Sarawak. Pandemik COVID-19 telah memberi pengajaran kepada kita tentang keperluan agar menyegerakan pelaksanaan SSLR ini.
Saya bagaimanapun kecewa kerana kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk meneruskan Lebuhraya Trans-Borneo yang mana belanjawan awal sebanyak RM600 juta telah diluluskan oleh Kerajaan PH untuk lebuh raya dari Tawau ke Semenggaris.
Di Indonesia, Presiden Indonesia- Jokowi, mengumumkan pada bulan Ogos bahawa kerajaan Indonesia akan meneruskan rancangan bernilai 30 bilion dolar untuk memindahkan ibu negara Indonesia dari Jakarta ke Pulau Borneo. Lebuhraya Trans- Borneo jika dibina akan menghubungkan Sarawak, Sabah, Brunei dan Kalimantan.
Jajaran yang akan amat strategik dan penting apabila Kerajaan Indonesia memulakan proses pemindahan ibu negara dari Jakarta ke Kalimantan Timur.
Pengarah eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) pada awal tahun ini berkata bahawa projek rangkaian pengangkutan ini bakal menjadi tulang belakang kawasan itu. Mewujudkan pelbagai kesan limpahan di dalam industri seperti logistik, pelancongan, perdagangan borong dan runcit hinggalah kepada pembangunan bandar baru.
Beliau menambah bahawa cadangan penempatan semula ibu negara Indonesia Kalimantan dari Jakarta pada tahun 2024 akan mempercepatkan kesan dan membawa
Tuan Baru Bian - Selangau
kesan berganda kira-kira dua hingga tiga kali- ganda kepada pertumbuhan ekonomi Sabah dan Sarawak.
Dalam pada itu saya menggesa kepada kerajaan untuk meneruskannya sekurang-kurangnya di sebelah Sarawak yang jajarannya dari sempadan di Long Midang/Buduk Nur, Ba'kelalan menghubungkan Bario dan kembali ke Long Semado dan menghubungkan Sabah melalui tanah tinggi di Long Pasia sekali gus menembusi jajaran terakhir or (the last frontier), dengan izin, seperti yang dirancangkan.
Ini akan memacu pembangunan Sarawak sehingga beberapa tahap. Dia berkata kesannya akan jauh lebih tinggi daripada kesan Lebuhraya Utara-Selatan di Semenanjung disebabkan oleh keadaan pembangunan yang perlahan di Sarawak dan Sabah.
Tuan Baru Bian - Selangau
Jalan keselamatan sempadan. Tuan Yang di-Pertua, Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak pada tahun lepas di dalam DUN Sarawak mengatakan bahawa kementeriannya sedang mendapatkan pembiayaan persekutuan sebanyak RM24 bilion di bawah RMKe-12 untuk membina jalan keselamatan sempadan dari Biawak ke Lubok Antu melalui Bahagian Kapit dan Ulu Batang Baram sebelum ke Bario dan akhirnya dihubungkan dengan Sarawak-Sabah Link Road.
Menteri menjelaskan bahawa, jalan ini penting untuk membolehkan kita melindungi aset berbilion-bilion Ringgit hasil bumi negeri seperti Sabah-Sarawak Gas Pipeline (SSGP) dan empat buah empangan hidroelektrik iaitu Empangan Bakun, Murum, Baleh dan Batang Ai yang semuanya terletak berdekatan dengan sempadan antarabangsa dengan Indonesia.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyokong Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak ini dalam permohonan ini kerana ia selaras dengan beberapa perkara diutamakan dalam RMKe-12 mengenai keselamatan negara.
Seperti yang kita tahu, sempadan antara Sarawak dan Kalimantan adalah panjang, amat longgar dan sebahagian besarnya sangat terpencil dan tidak boleh dihubungi. Jalan keselamatan sempadan yang dicadangkan adalah sepanjang 1,032 kilometer dengan 610 kilometer feeder roads.
Telah dimaklumkan bahawa Kerajaan Indonesia merancang untuk membina rangkaian jalan sempadan sepanjang 966.59 kilometer di sempadan kita. Adalah sangat penting bahawa kita mengambil langkah yang sama di samping sebagai persediaan penempatan semula ibu negara Indonesia dan yang pastinya meningkatkan aktiviti rentas sempadan. Adakah projek ini akan dilaksanakan di bawah RMKe-12 ini nanti?
JENDELA. Tuan Yang di-Pertua, kita ambil maklum bahawa pada 16 September 2021, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM7.7 bilion bagi merealisasikan objektif-objektif di bawah inisiatif JENDELA. Kita juga ambil maklum bahawa sebanyak RM4.09 bilion telah diperuntukkan untuk inisiatif ini di Sarawak untuk tujuan yang serupa. Dalam pengumuman yang sama, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa sebanyak 2,117- infrastruktur digital sudah siap dibina di Sarawak. Kita berharap agar liputan internet jalur lebar kepada seluruh pelosok di Sarawak terutama di sekolah-sekolah luar bandar dapat dicapai dalam separuh pertama tahun 2022.
Tuan Yang di-Pertua, daripada permulaannya pandemik COVID-19 di Sarawak pada bulan Mac 2020 sehingga sekarang, pengajaran untuk murid-murid sekolah rendah di kawasan luar bandar di Sarawak terganggu kerana masalah tiadanya liputan internet dan juga kemampuan ibu bapa membekalkan untuk anak-anak mereka dengan alat telekomunikasi yang wajib supaya anak-anak mereka boleh mengikuti pembelajaran secara atas talian.
Perlu diingatkan di sini bahawa hampir kesemua keluarga di kawasan luar bandar Sarawak merupakan keluarga B40. Ini bermakna selain daripada masalah liputan internet, kerajaan juga perlu meneliti dan berusaha untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan kemampuan ibu bapa menyediakan alat-alat telekomunikasi seperti komputer riba, telefon pintar atau peranti tablet.
Tuan Baru Bian - Selangau
Saya ingin mencadangkan supaya khidmat internet dikategorikan sebagai satu keperluan asas sama seperti air dan elektrik secara rasmi melalui satu undang-undang khas. Dengan adanya undang-undang khas ini, kemampuan kerajaan mengawal dan mengurus perkhidmatan internet dalam sektor pendidikan seperti mengawal kos servis internet dan juga harga alat telekomunikasi dapat dipertingkatkan.
Kemiskinan di Sarawak...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat, satu minit lagi, Yang Berhormat. Rumuskan.
Tuan Baru Bian - Selangau
The last point. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, adalah menjadi kebimbangan besar bahawa Sarawak merupakan negeri ketiga termiskin di negara ini selepas Sabah dan Kelantan. Kawasan saya di Selangau telah disenaraikan sebagai salah satu daripada 28 buah daerah termiskin di Malaysia oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2019.
Kita kini berada di RMKe-12 dan selepas 58 tahun menubuhkan Malaysia, Perdana Menteri kita kelapan masih bercakap tentang ketidakseimbangan pembangunan antara timur dan barat. Kita masih sekurang-kurangnya 20 tahun di belakang Malaysia Barat daripada segi pembangunan ekonomi.
Laporan RMKe-12 menyatakan bahawa tahun 2019, kadar kemiskinan tegar di Sarawak sembilan peratus iaitu melebihi paras kebangsaan 5.6 peratus. Maksudnya, Tuan Yang di-Pertua, RMKe-1 ke RMKe-11 langsung tidak memberi manfaat kepada negeri Sarawak.
Untuk membantu penduduk di luar bandar khusus di Sabah dan Sarawak keluar daripada kepompong kemiskinan dan meningkatkan taraf kehidupan mereka, kita perlu menyediakan infrastruktur yang baik termasuk jalan raya, air, elektrik, internet, penjagaan kesihatan dan pendidikan yang kukuh.
Adalah amat mendukacitakan bahawa di Sarawak hanya 13.4 peratus penduduk luar bandar mempunyai pendidikan tinggi. Perkara ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti jarak jauh ke sekolah dan kekurangan jalan raya dan pengangkutan yang baik dan kekurangan kemudahan sekolah. Inilah sebabnya saya bangkitkan semua isu ini pada hari ini dengan besar harapan, kerajaan mengambil serius melaksanakan semua perkara yang dirancang untuk Sarawak dalam RMKe-12 ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Baru Bian - Selangau
Tuan Yang di-Pertua, RMKe-12 menawarkan perkara yang lebih kurang sama seperti rancangan Malaysia sebelumnya. Persoalannya, mengapakah kita tidak mendapat manfaat yang memuaskan daripada rancangan masa lalu? Apakah yang membuat RMKe-12 ini berbeza?
Isu-isu pelaksanaan, pengawasan yang baik dengan keupayaan ketelusan dan bertanggungjawab mencegah ketirisan dan menghapuskan penyangak yang menguntungkan sebilangan kecil individu sahaja harus ditangani sepenuhnya sebelum kita boleh memberi jaminan bahawa RMKe-12 akan membawa perubahan kepada rakyat Sarawak terutamanya penduduk di kawasan luar bandar.
Tuan Yang di-Pertua, semoga keadilan dan kebenaran mengalir dari Dewan yang mulia ini ke seluruh pelosok negara tercinta ini khusus melalui pelaksanaan RMKe-12 ini.
Selangau menyokong RMKe-12. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Selangau.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sekijang.
Puan Hajah Natrah Ismail - Sekijang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih atas
Puan Hajah Natrah Ismail - Sekijang
kesempatan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk turut dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).
Tuan Yang di-Pertua, pembentangan Rancangan Malaysia Kedua Belas yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia – Makmur, Inklusif dan Mampan’ oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari Isnin lepas menyaksikan kerajaan menggariskan empat matlamat utama dalam tempoh lima tahun pembangunan negara. Namun, kerajaan harus melakukan pengelasan secara terperinci akan beberapa perkara.
Berdasarkan kepada Laporan Anggaran Pendapatan Isi Rumah dan Insiden Kemiskinan Malaysia pada tahun 2020, sebanyak 20 peratus atau kira-kira 580 ribu isi rumah daripada kumpulan M40 yang berpendapatan di antara RM4,850 dan RM10,959 telah beralih kepada had pendapatan kumpulan B40. Insiden kemiskinan mutlak pula meningkat 8.4 peratus pada tahun lalu ekoran daripada pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berbanding 5.6 peratus pada tahun 2019.
Oleh yang demikian, usaha-usaha yang lebih komprehensif perlu dilaksanakan.
Pendapatan isi rumah boleh ditingkatkan dengan cara menggalakkan pasangan isi rumah khususnya suri rumah sepenuh masa dengan melibatkan diri dalam usahawan mikro. Hal ini memperlihatkan bagaimana golongan wanita berperanan sama dalam menyumbang kepada pendapatan keluarga seterusnya kepada ekonomi negara. Mereka perlu didedahkan dengan penggunaan teknologi terkini, latihan kemahiran dan kursus perniagaan.
Di samping itu, bantuan modal perniagaan bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan perlu diberikan.
Puan Hajah Natrah Ismail - Sekijang
Bantuan ini meliputi skim bantuan tunai dan peralatan berniaga untuk memudahkan golongan ini berniaga secara kecil-kecilan dan apabila pendedahan pada teknologi bagi tujuan pemasaran dan latihan diberikan ia secara langsung dapat membawa mereka keluar daripada perniagaan secara kecil-kecilan kepada industri kecil dan sederhana ataupun IKS. Setelah latihan diberikan, mereka juga boleh berdikari dengan memasarkan produk sendiri hasil daripada bantuan dan galakan daripada pihak kerajaan. Langkah ini secara tidak langsung dapat memperkasakan golongan wanita melalui usahawan seterusnya dapat menyumbang kepada KDNK negara.
Tuan Yang di-Pertua, generasi FELDA sememangnya penting dalam menyumbang kepada ekonomi negara. Dasar Ekonomi Baharu ataupun DEB yang dilancarkan pada tahun 1970 bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud di negara ini.
Dasar Ekonomi Baharu ini juga dirancang untuk membasmi kemiskinan dan memperbaiki ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain.
Pencapaian DEB telah membuktikan bahawa generasi FELDA sememangnya telah berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan. Sedari hakikat ini, generasi kedua dan ketiga FELDA dilihat tidak mendapat perhatian yang khusus oleh kerajaan.
Isu perumahan generasi kedua bagi warga FELDA masih tiada kesudahannya.
Saya ingin tahu berapa ramai golongan generasi kedua masih belum mendapat hak pemilikan tanah dan rumah. Berapa ramai anak-anak peneroka yang masih lagi hidup terumbang-ambing mencari punca pendapatan tetap bagi menyara kehidupan keluarga mereka.
Pembangunan sosioekonomi antara FELDA-FELDA juga masih lagi tidak seimbang. Ada kawasan FELDA yang begitu maju dengan mendapat segala akses dan kemudahan yang diperlukan. Sebaliknya, masih lagi terdapat kawasan FELDA yang jauh dari kawasan bandar dan tidak menerima pembangunan seperti di kawasan bandar.
Generasi peneroka boleh dianggap berjaya membawa mereka keluar daripada hidup kemiskinan. Namun, bagaimanakah pula dengan generasi kedua ini? Apakah perancangan kerajaan dalam membantu mereka? Dalam kerajaan melihat warga FELDA hanya terkenal dengan menjalankan aktiviti ekonomi berunsurkan perusahaan
Puan Hajah Natrah Ismail - Sekijang
perladangan dan komoditi seperti kelapa sawit dan getah, golongan wanita FELDA juga harus diperkasakan dalam bidang keusahawanan.
Golongan wanita FELDA yang sebelum ini merupakan suri rumah perlu dilibatkan dalam bidang keusahawanan bagi meningkatkan pendapatan keluarga mereka. Produk makanan, tanaman kontan dan produk hiliran merupakan bidang perniagaan yang boleh diceburi oleh golongan wanita FELDA.
Pelbagai aktiviti latihan dan kursus boleh dilaksanakan oleh pengurusan FELDA.
Namun, hakikatnya aktiviti dan program yang dijalankan sentiasa dipolitikkan oleh golongan tertentu. Ketepikanlah hal-hal politik ini ataupun idea politik dalam hidup bermasyarakat. Sokongan dan penglibatan oleh semua pihak dapat memajukan diri, keluarga dan masyarakat secara keseluruhannya.
Saya yakin kebolehan dan keupayaan golongan wanita dalam bidang keusahawanan boleh ditonjolkan sekiranya usaha-usaha yang diambil oleh pihak kerajaan dalam membantu golongan ini. Hal ini memperlihatkan bahawa wanita FELDA bukan sahaja sebagai suri rumah sepenuh masa. Sebaliknya, mereka juga berhak untuk mendapat peluang yang sama dalam usaha meningkatkan pendapatan keluarga.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian semua berkaitan projek perumahan swasta yang terbengkalai di Taman Tengku Abdul Rahman, Segamat, Johor.
Untuk makluman, kerja-kerja pembinaan projek perumahan ini telah dilakukan pada tahun 2003 dan sepatutnya siap sepenuhnya pada Oktober 2005.
Namun, projek perumahan ini tergendala pada 16 Mac 2012. Apa yang dikesali ialah terdapat pembeli-pembeli rumah yang masih lagi membayar ansuran pinjaman perumahan sehingga kini melalui potongan akaun simpanan mereka walaupun projek perumahan ini tidak lagi diteruskan oleh pemaju. Hal ini telah menghampakan harapan pembeli-pembeli rumah yang sentiasa menanti hari demi hari untuk memiliki rumah yang mereka idamkan.
Saya juga difahamkan bahawa pembeli hartanah telah menghantar surat aduan kepada Yang Berhormat Menteri Besar Johor dan Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kajian Tempatan yang masing-masing bertarikh 24 Julai 2018. Namun, sehingga kini tiada sebarang makluman dan tindakan diambil. Baik dari pihak kerajaan mahupun pihak Kementerian Perumahan dan Kajian Tempatan ke atas isu ini.
Tuan Yang di-Pertua, permasalahan yang sama telah saya utarakan di dalam kamar khas pada sidang parlimen yang berakhir tahun lepas. Namun, jawapan Menteri pada ketika itu seolah-olah tiada tindakan yang boleh diambil oleh pihak kerajaan ataupun pihak kementerian. Saya mohon agar pihak Yang Berhormat Menteri turun ke kawasan parlimen Sekijang untuk melihat sendiri keadaan projek perumahan tersebut. Saya berharap agar pihak kementerian meneliti kembali isu projek perumahan yang terbengkalai ini dan mengambil tindakan yang perlu bagi menyelesaikan masalah pembeli hartanah yang telah berlarutan lebih daripada 15 tahun.
Tuan Yang di-Pertua, pada saat ini, negara berdepan dengan pelbagai isu seperti krisis kesihatan COVID-19, kemelesetan ekonomi, jumlah pengangguran yang tinggi terutamanya dalam kalangan graduan dan nilai mata wang yang rendah. Persoalannya, adakah mampu sasaran tersebut dicapai atau ia hanya boleh dianggap sesuatu yang tidak pasti. Tiada maknanya jika RMKe-15 yang dibentangkan oleh kerajaan mengunjurkan pendapatan purata isi rumah Malaysia meningkat ke angka RM10 ribu sebulan pada tahun 2025...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat, minta rumuskan, Yang Berhormat. Last, one minute.
Puan Hajah Natrah Ismail - Sekijang
Baik, sedikit lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik.
Puan Hajah Natrah Ismail - Sekijang
...Andai isu pokok iaitu kadar kemiskinan terus meningkat dan diabaikan oleh kerajaan tanpa membuat apa-apa. Oleh itu, laporan keberhasilan RMKe-12 secara tahunan atau untuk tempoh enam bulan perlu dibentangkan agar pencapaian RMKe-12 ini akan sentiasa dipantau dan dipinda mengikut
Puan Hajah Natrah Ismail - Sekijang
keperluan dan situasi semasa supaya matlamat RMKe-12 ini tidak jauh terpesong daripada landasan yang asal. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Sekijang.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Taiping. 12 minit.
Tuan Teh Kok Lim - Taiping
Salam sejahtera dan terima kasih Tuan Yang di- Pertua atas peluang yang diberi pada Taiping mengambil bahagian dalam sesi perbahasan RMKe-12.
Rancangan Malaysia Kedua Belas yang dibentangkan pada hari Isnin, 27 September 2021 dengan tempoh lima tahun. Sepatutnya bermula awal tahun ini hingga tahun 2025. Telah kehilangan tahun pertamanya iaitu titik permulaan yang begitu penting untuk mencapai perubahan yang lebih memanfaatkan seluruh masyarakat Keluarga Malaysia.
Tuan Teh Kok Lim - Taiping
Dengan jelasnya, pelaksanaan RMKe-12 ternyata amatlah mencabar.
Bagaimanakah kerajaan hari ini akan menyiapkan rancangan lima tahun dalam tempoh masa sebenar empat tahun sahaja? Memerlukan perancangan yang lebih teliti dan terperinci.
Tuan Yang di-Pertua, kini ketika pembentangan RMKe-12 telah hampir memasuki tahun kedua tetapi dukacitanya pihak kerajaan masih belum dapat mengemukakan rancangan terperinci dengan jelas untuk memulakan pelaksanaan RMKe-12 yang diperuntukkan RM400 bilion dengan segera.
Walaupun ramai dari sebelah sana memilih untuk kambing hitamkan pandemik COVID-19 sebagai punca utama penangguhan pembentangan RMKe-12, pada pendapat saya kelewatan tersebut ialah akibat kemelut politik yang dialami 18 bulan yang lalu, di mana bukan sahaja negara kita kehilangan pertumbuhan, malahan mengalami kemelesetan ekonomi yang begitu teruk. Keadaan ekonomi negara kita hari ini jelas membuktikan kelemahan dan kegagalan pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional.
Sekiranya berbanding negara jiran kita, Singapura yang juga mengalami pandemik, di mana Berita Harian Online pada 14 Julai 2021 telah membawa laporan, menurut Kementerian Penerangan dan Industri (MTI) republik pulau kecil tersebut, ekonomi Singapura mencatat pertumbuhan setinggi 14.3 peratus tahun ke tahun pada suku kedua 2021.
Tuan Yang di-Pertua, selepas perbahasan Ketua Pembangkang, ramai yang tertanya-tanya mengenai kos penyediaan Buku RMKe-12 yang setinggi RM2 bilion seperti yang dibangkitkan oleh beliau dalam perbahasan RMKe-12. Taiping berpendapat, Buku RMKe-12 tidak mempamerkan idea yang kreatif dan berkesan atau menggariskan kaedah yang bakal meyakinkan seluruh masyarakat terhadap pemulihan ekonomi negara setanding dengan kos penyediaan setinggi RM2 bilion. Oleh itu, Taiping berharap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan memberi satu penjelasan yang memuaskan berkenaan kos penyediaan RMKe-12 semasa sesi menjawab.
Tuan Yang di-Pertua, Taiping juga mendapati negeri Perak turut tercicir dan dianaktirikan daripada RMKe-12. Semakan menunjukkan perkataan “negeri Perak” hanya wujud sebanyak lapan kali dalam buku Rancangan Malaysia Kedua Belas yang tebalnya sebanyak 556 muka surat.
Dalam Buku RMKe-12, wujud tajuk khas untuk Sabah dan Sarawak dalam topik, ‘Memperkukuhkan Pembangunan Sosial Ekonomi’ pada bab 7. Manakala untuk negeri Perak, langsung tiada projek yang khusus dalam pembangunan RMKe-12.
Saya memohon agar kepentingan pembangunan negeri Perak turut dilihat dan dikaji semula. Taiping juga mencadangkan EPU menyediakan senarai projek-projek mengikut negeri masing-masing untuk memulakan kerja semakan.
Tuan Teh Kok Lim - Taiping
Tuan Yang di-Pertua, didapati hanya satu ayat mengenai Perak yang menyebut, “Tarikh siap Lebuhraya Pantai Barat (WCE) dari Banting ke Taiping ditangguhkan lagi ke tahun 2024.” Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Lebuhraya Pantai Barat yang mula diuar- uarkan sejak tahun 2006 oleh Kerajaan Barisan Nasional hanya dirancang secara rasmi dalam RMKe-10. Pecah tanah dirasmikan pada tahun 2014 dan dirancang siap dalam masa lima tahun. Pada 5 Julai 2017, diumumkan akan dibuka sepenuhnya pada tahun 2019. Dua tahun yang lalu, ia ditangguhkan ke tahun 2021 tetapi dukacitanya kini ditangguhkan lagi tiga tahun ke tahun 2024 seperti yang tercatat dalam buku RMKe-12.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada tempoh siap projek, ia pasti juga melibatkan peningkatan kos projek. Kegagalan menepati tarikh siap projek yang begitu teruk dan lama sekali dalam pelaksanaan seperti ini harus dikaji secara mendalam dan kawalan yang ketat harus diguna pakai demi memastikan kelewatan bertahun-tahun dielak daripada projek yang bakal dilaksanakan dalam RMKe-12.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia dahulunya dikenali sebagai Harimau Asia kini semakin hilang taringnya. Indah khabar daripada rupa, itulah gambaran sebenar keadaan negara kita hari ini. Pelan Anti Rasuah Nasional merupakan idea asal yang tercetus selepas PRU14 di mana Kerajaan Pakatan Harapan memberikan penekanan kepada usaha untuk memastikan Malaysia dikenali kerana integriti dan bukan rasuah.
Akan tetapi hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Akibat tindakan manusia yang bersifat mementingkan diri sendiri, sebaik mana pun pelan atau sistem, pasti juga akan hancur di tangan golongan itu.
Tuan Yang di-Pertua, peranan SPRM adalah untuk memastikan setiap penjawat awam menjalankan tugas secara integriti agar tidak berlaku salah guna kuasa.
Malangnya, ‘harapkan pegar, pegar makan padi’. Berita tergempar MalaysiaKini bertarikh 27 September, seorang pegawai SPRM ditahan susulan kehilangan RM25 juta wang bahan bukti disifatkan sebagai bermasalah dan dikait rapat dengan orang ternama.
Kenyataan ini memberikan gambaran salah guna kuasa yang sangat jelas tentang masalah dalaman yang cuba disembunyikan.
Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2020 Indeks Rasuah Negara tergelincir ke tangga 57 berbanding di bawah Pakatan Harapan yang menduduki tangga ke-51. Dengan berita seperti ini, sudah pasti Indeks Rasuah Negara akan terus menjunam. Masalah seperti ini umpama penyakit kanser, jika tidak dirawat pasti akan mendatangkan kesan jangka masa panjang. Tambahan pula, semalam seluruh Keluarga Malaysia dikejutkan lagi dengan cara penyelesaian kes Yang Berhormat Pontian yang agak pelik dan mengelirukan.
Pada masa yang sama, pada pendapat umum akan sekali lagi menjejaskan kewibawaan badan SPRM kerana jumlah yang terlibat dalam kes tersebut adalah amat besar dan dakwaan yang dibawa ke mahkamah itu juga berasas kukuh. Ramai yang tertanya, adakah semua salah laku bakal diselesaikan dengan wang ringgit? Justeru, Taiping mohon tanya, apakah tindakan kerajaan bagi menangani masalah ini untuk membuatkan rakyat kembali percaya dengan badan SPRM ini, khususnya kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Bera?
Tuan Yang di-Pertua, walaupun pelbagai mekanisme diambil bagi memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi dan terkawal, pada hakikatnya masalah sering kali berbangkit dengan kenaikan harga barang yang seolah-olah tiada noktah. Contohnya, kenaikan harga daging ayam yang berlipat ganda sehingga membebankan rakyat.
Tuan Teh Kok Lim - Taiping
Sejak penubuhan Jawatankuasa Kabinet mengendalikan Dasar Sekuriti Makanan Negara pada tahun 2002, soalan yang sering ditanya apakah pencapaian sepanjang 20 tahun yang lalu serta perbandingan di peringkat antarabangsa.
Dukacitanya, kedudukan Global Food Security Index (GFSI) Malaysia kini jatuh ke tahap 44 berbanding dengan 28 pada tahun 2019. Tambahan pula, jumlah kos pengimportan makanan tahunan yang dicatat oleh kerajaan semakin meningkat setiap tahun sehingga ke tahap RM51.4 bilion.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat, minta rumuskan Yang Berhormat.
Tuan Teh Kok Lim - Taiping
Minta satu minit lagi. Jelasnya, tibalah masa kerajaan mengkaji semula kaedah yang sedia ada untuk mencari jalan penyelesaian.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya berkesempatan membangkitkan masalah pembangunan Tanah Rizab Melayu yang terkandung dalam laporan Ketua Audit Negara 2019, Siri 2.
Menurut laporan tersebut, 94.6 peratus pembangunan Tanah Rizab Melayu masih tertumpu kepada kategori pertanian. Manakala untuk kategori pembangunan dan industri hanya 1.7 peratus.
Tuan Yang di-Pertua, dilaporkan semakan audit mendapati bahawa pasaran pembangunan di atas Tanah Rizab Melayu yang terhad kepada orang Melayu sahaja menyebabkan nilai pasaran Tanah Rizab Melayu jauh lebih rendah berbanding tanah terbuka.
Maklum balas PTG yang diterima pada 8 Mac 2021 jelas menyatakan pembatalan Tanah Rizab Melayu membolehkan harga pasaran tanah tersebut meningkat. Pendapat audit tersebut turut membuktikan syarat rizab Melayu yang telah menjejaskan nilai pasaran Tanah Rizab Melayu berbanding tanah terbuka dan juga turut menggagalkan pembangunan Tanah Rizab Melayu.
Dengan ini, ternyata syarat Tanah Rizab Melayu bukan sahaja merupakan batu halangan pembangunan tanah milikan rakan-rakan kaum Melayu malah lebih teruk lagi menjejaskan nilai pasarannya. Izinkan Taiping cadangkan agar satu Jawatankuasa diwujudkan untuk membuat kajian secara terperinci demi kepentingan rakan-rakan kaum Melayu khasnya mereka yang tergolong dalam B40.
Disebabkan kesuntukan masa Taiping mengakhiri dengan harapan cadangan dan pertanyaan yang dibangkitkan akan diberi perhatian demi kepentingan Keluarga Malaysia dalam usaha mencapai kemakmuran bersama pada tahun 2030. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Taiping. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua pertamanya saya ingin mengucapkan tahniah jugalah kepada kerajaan kerana akhirnya dapat- pertama, dapat mengadakan sidang Parlimen dan keduanya dapat mengadakan Rancangan Malaysia Kedua Belas dan membenarkan pihak-pihak untuk berbahas.
Tuan Yang di-Pertua, saya hanya akan membincangkan berkenaan isu integriti iaitu yang disentuh dalam muka surat 12, Buku RMKe-12 ini. Dalam muka surat 12 di bawah tajuk “Integriti” ada dinyatakan bahawa Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada 2020 oleh Transparency International (TI) telah meletakkan Malaysia pada kedudukan yang ke- 57 dalam kalangan 180 buah negara. Ini juga memang ada dilaporkan oleh Sinar Harian pada 28 Januari 2021.
Tuan Yang di-Pertua, pada masa kerajaan Pakatan Harapan yang dipilih oleh rakyat pada 9 Mei 2018 jadi kerajaan Transparency International (TI) telah pun membuat satu kajian, satu Persepsi Rasuah mengenai negara kita dan ketika itu Malaysia telah di bawah kerajaan yang baharu telah berjaya menduduki kedudukan yang amat baik iaitu kedudukan pada tangga ke-51.
Saya ingin menyatakan di sini Tuan Yang di-Pertua, apa yang dikatakan oleh seorang Pengerusi Persatuan Pemeriksaan Freud bertauliah Malaysia iaitu seorang ‘Datuk’, ya. Saya tidak ingat nama dia. Dia mengatakan skor yang dicapai oleh Malaysia pada CPI 2019 iaitu angka ke-51, merupakan yang terbaik bagi Malaysia semenjak 20 tahun dahulu.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Kalau sekiranya kerajaan PH yang dikatakan kerajaan yang macam-macamlah yang dituduh oleh pihak sebelah sana sehinggalah menimbulkan ‘Langkah Sheraton’ dan sehinggalah apa yang berlaku sekarang ini. Kalau kerajaan tidak baik, bagaimana sebuah satu pertubuhan Transparency International yang berpusat di Berlin telah mengatakan bahawa Malaysia pada masa di bawah pemerintahan Pakatan Harapan yang dipilih oleh rakyat telah berjaya mencapai satu skor yang terbaik sejak 20 tahun yang lalu.
Jadi, ini menunjukkan bahawa selama ini segala tuduhan bahawa kononnya kerajaan PH ini tidak baik dan sebagainya ini semata-mata merupakan permainan propaganda semata-mata. Di sebabkan itulah saya ingin mengatakan Tuan Yang di- Pertua kalau sekiranya kerajaan ini benar-benar ingin berlaku telus sepatutnya dalam laporan RMK ini iaitu di bawah tajuk Integriti ia seharusnya menyatakan tentang kedudukan Malaysia pada tahun 2018 sebelum kerajaan PH diambil alih oleh kerajaan yang ada sekarang.
Akan tetapi, malangnya kita lihat ia hanya menyatakan tentang angka 57 sedangkan semasa kerajaan PH mengambil alih antara 2018. Ketika itu kerajaan PH telah pun mewarisi satu angka juga tidak baik iaitu pada tahun 2018, kedudukan Malaysia adalah di tangga 61. 61 ketika kerajaan di bawah Kerajaan Barisan Nasional memerintah, kedudukan 61. Apabila kita perintah 2018 sampai 2019, kita berjaya turunkan sampai 51.
Sekarang ini, bila kerajaan ini ambil alih terus jadi 57- balik.
Apa yang berlaku sekarang saya ingin menyatakan, Tuan Yang di-Pertua menurut pakar-pakar antara faktor yang diambil kira bagi meletakkan ranking kedudukan sesebuah negara itu antaranya ialah pendakwaan kes-kes di mahkamah. Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ya, sila.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Ini dikatakan oleh Datuk Muhammad Mohan iaitu Presiden Tranparency Malaysia (TI-M). Dia mengatakan, dilaporkan oleh akhbar, ya. Saya baca.
Ia mengatakan antara faktor yang menyebabkan kedudukan Malaysia pada tahun 2019 berjaya mendapat skor yang baik sampai ke angka 51 antaranya ia mengatakan kerana terdapatnya pendakwaan ke atas mereka yang terlibat dalam kes-kes yang dilihat kes rasuah iaitu kes-kes 1MDB dan sebagainya.
Kedudukan Malaysia yang jatuh itu pula dikatakan kerana terdapat pembebasan tokoh-tokoh berprofil tinggi dalam kes-kes yang melibatkan kes rasuah juga. Kes Musa Aman, ia ada sebut kes Musa Aman dan Riza Aziz kes yang melibatkan sekarang yang terbaru pula ini kita lihat mereka yang terlibat dengan pengubahan wang haram iaitu Yang Berhormat Pontian di kompaun sahaja sebanyak RM1.1 juta.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sentuh sedikit kes Yang Berhormat Pontian ini kerana dalam kes ini ada dua pertuduhan. Satu pertuduhan di bawah Seksyen 4(1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, money laundering. Satu lagi pertuduhan di bawah Seksyen 32(8)(I) di bawah akta yang sama.
Saya tidak ingin mempersoalkan- itu budi bicara Peguam Negara. Saya boleh menghormati.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Akan tetapi, saya ingin bertanyakan, kenapa dalam kesalahan yang melibatkan Yang Berhormat Pontian didakwa menipu, memalsukan ataupun memberikan maklumat yang salah kepada pegawai penyiasat SPRM, dibebaskan. Kalau betul SPRM betul-betul ingin menjaga integritinya sebagai sebuah badan bebas, sebuah badan yang tidak boleh ditipu oleh mana-mana pihak.
Sepatutnya, pendakwaan ke atas yang melibatkan Yang Berhormat Pontian, ke atas kesalahan di bawah seksyen 32(8)(c) dan (i) tidak ditarik balik. Ini kerana, ia melibatkan isu integriti. Bagaimana sebuah badan seperti SPRM yang menyiasat seorang ahli politik, tiba-tiba ia ditipu oleh ahli politik itu menyebabkan, hear pendakwaan, selepas itu ditarik balik. Oleh sebab bayar RM1.1 juta. Takkan harga SPRM RM1.1 juta saja.
Memalukan. Saya ingin menyatakan, saya ingin mendapatkan penjelasan kenapakah pihak SPRM, pihak pendakwa menarik balik pertuduhan ke atas Yang Berhormat Pontian
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
bagi kesalahan memalsukan fakta kepada pegawai penyiasat? Saya hendak tanya. Itu yang pertama.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua- tetapi saya hendak terang sikitlah. Walaupun kedudukan Malaysia sekarang ini teruk, tetapi ada juga yang baik iaitu ia berjaya meningkatkan pencabutan cabutan khas judi daripada tangga ke-28 kepada tangga ke- 22. Ada peningkatanlah. Not bad-lah. Itu kita boleh terima. Kita ingat dan harap Kerajaan Melayu Islam ini, yang ada PAS ini, boleh menjawablah.
Kenapakah- pada zaman Kerajaan Melayu Islam ini, tiba-tiba daripada lapan jadi 22? Ini saya harus salute- tabiklah. Saya Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) boleh jawablah. Kenapakah- sekarang ini banyak ada satu desakan daripada pemimpin-pemimpin PAS supaya mereka menarik balik diri daripada kerajaan ini kerana mereka telah gagal untuk mempertahankan Islam, sebagai parti Islam, tidak berjaya mempertahankan Islam untuk menentang penambahan cabutan khas judi.
Sedangkan mereka dalam Parlimen ini, sentiasa membacakan ayat Al-Quran.
Baca ayat judilah...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Judi ini merupakan najis syaitan.
Jangan baca ayat lainlah, baca ayat untuk judi. Tuan Yang di-Pertua, SPRM merupakan badan yang penting. Akan tetapi, apabila berlakunya pendedahan di Parlimen ini dan juga di media massa tentang bagaimanakah kehilangan wang dan proses penyiasatan yang menimbulkan banyak tanda tanya, sekarang ini, orang tertanya-tanya. Adakah SPRM ini betul-betul independent atau tidak?
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bacakan satu- saya terjemah sahajalah ya.
Terjemah satu pepatah Arab. Mereka mengatakan, pepatah ini very popular, begitu popular. Orang-orang yang membela kambing ini, mereka akan melantik seorang penjaga kambing daripada dimakan oleh serigala. Siapa yang bela kambing, mereka akan jadi penjaga kambing untuk mengelakkan kambing dimakan oleh serigala. Akan tetapi, bagaimanakah kalau sekiranya yang jaga kambing itu serigala? Macam mana- dan adakah kambing akan selamat?
Ini yang berlaku sekarang. Bercakap tentang integriti ini sekarang mereka yang bermasalah dengan integriti. Orang yang ada integriti tidak akan merampas hak rakyat iaitu yang memilih Pakatan Harapan untuk dijadikan kerajaan. Kalau tidak ada integriti, kita tidak akan pilih walaupun kamu belajar dekat Oxfordkah, dekat Cambridgekah, dekat Australia pun tetapi kalau kamu tidak memahami asas politik ini, baik jangan jadi ahli politiklah.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Yang Berhormat Sepang, boleh mencelah dan minta penjelasan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Boleh, silakan.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Ini berkaitan dengan penarikan balik pertuduhan atas Ahli Parlimen Pontian seperti yang dirujuk tadi oleh Yang Berhormat.
Saya hendak daripada Yang Berhormat, minta pandangan. Kalau boleh, kita tujukan kepada Yang Berhormat Menteri untuk jawab. Kalau kita teliti undang-undang sekarang ya, kita pergi terus kepada undang-undang. CPC memang ada peruntukan kompaun, buat kompaun.
Akan tetapi, di CPC, jelas seksyen 260, memberitahu bahawa kompaun boleh dibuat walaupun sudah lepas pertuduhan yang dibawa ke mahkamah. Itu jelas dan kita tidak boleh mempertikaikan. Akan tetapi, di bawah Akta AMLA – AMLA digunakan untuk pertuduhan terhadap Yang Berhormat Pontian.
Akan tetapi, AMLA berbeza, berbeza sangat kalau kita bandingkan peruntukan- peruntukan itu, seksyen 92(3) to be specific, dengan izin. Kita nampak wording di sana jauh berbeza dan memberi gambaran kalau hendak kompaun kesalahan itu, kena buat sebelum pertuduhan. Selepas pertuduhan, tidak boleh dibuat. Jadi, saya hendak tanya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat, tolong, tolong, ringkas Yang Berhormat. Masa sudah...
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Kepada Yang Berhormat Sepang. Ya.
Apa pandangan Yang Berhormat Sepang?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Yang boleh soalan ini ditujukan Yang Berhormat Sepang kepada Yang Berhormat Menteri untuk dijawab. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ini floor Yang Berhormat Sepang. Sila.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Okey. Terima kasih kepada Yang Berhormat sahabat saya, Yang Berhormat daripada Subang ya?
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Sungai Buloh.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sungai Buloh. Dulu Subang. Saya amat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Sungai Buloh...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Seminit lagi Yang Berhormat. Seminit. Baik.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Okey. Yang Berhormat juga mrupakan seorang peguam yang biasa bermitigasi di mahkamah dan saya amat bersetuju. Saya ingin mengatakan bahawa kalau betullah- saya tidak mempertikaikan kalau hendak kompaun pun seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat daripada Sungai Buloh tadi. Akan tetapi, proses ini mestilah dilihat adil dan dilihat meyakinkan rakyat.
Sekarang ini dengan pembebasan begitu ramai ahli politik yang didakwa di bawah zaman Kerajaan PH tetapi dibebaskan dengan mudah di bawah kerajaan yang ada sekarang ini. Jadi, ini menunjukkan timbul tanya. Kadang-kadang, pertuduhan begitu banyak. Semua ditarik balik. Contohnya, dalam kes yang melibatkan Yang Berhormat Pontian, saya katakan tadi.
Kalau betul dua pertuduhan ini, satu hendak tarik balik, saya boleh terima lagi tetapi kenapakah pertuduhan yang melibatkan memberikan maklumat yang tidak benar kepada SPRM- SPRM sebagai badan yang patut ia menjaga integritinya, sepatutnya ia tidak akan membenarkan pendakwaan ini ditarik balik. Jadi, Peguam Negara yang ada sekarang ini, saya merasakan beliau sepatutnyalah, kalau beliau ada integriti, saya minta beliau- letak jawatanlah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Jadi, saya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengatakan bahawa selagi mana kerajaan ini tidak boleh melepaskan imej mereka daripada sebuah kerajaan yang tidak ada integriti, tidak cakap fasal integritilah.
Buang masa saja. Okey, saya ingin mengatakan bahawa Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
RMK...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Sebelum saya hendak tamatkan Tuan Yang di-Pertua, saya minta dua point untuk saya bercakap bagi pihak kawasan saya ya. Boleh Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Masa sudah...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tidak. Sekejap saja. Dua saja.
Tuan Yang di-Pertua, come on-lah Tuan Yang di-Pertua. Dua saja dan sekejap saja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya beri seminit.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Pertamanya, Tuan Yang di- Pertua, saya minta hendak tanya kalau ada di sini Kementerian Pendidikan Malaysia, saya ingin tanya, bagaimanakah status pembinaan di sekolah menengah di Kota Warisan?
Saya harap dapat dipercepatkan. Itu yang pertama.
Keduanya, saya difahamkan, pembinaan hospital di Cyberjaya telah pun siap tetapi masih belum dibuka. Saya hendak tanya bilakah akan dibuka? Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Kota Belud.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang yang diberikan untuk saya membahaskan Rancangan Malaysia Kedua Belas. Kali ini saya ingin menyampaikan beberapa isu yang telah menjadi kebiasaan yang saya rasa berkali-kali dibangkitkan oleh rakan-rakan saya dari Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, menangani kemiskinan dan membangunkan masyarakat yang inklusif adalah antara fokus yang saya lihat di dalam kerangka Rancangan Malaysia Kedua Belas. Kalau kita buka paparan 512...
[Merujuk dokumen berkaitan] Dalam 10 buah daerah termiskin di Malaysia, pada tahun 2019, lapan daripadanya ada di Sabah. Yang paling menyedihkan daripada lapan yang terdapat di Sabah, satu daripadanya adalah Kota Belud, daerah saya.
Tuan Yang di-Pertua, baru beberapa hari yang lalu, kita sambut Hari Malaysia yang ke-58 tahun tetapi apa yang Sabah dapat, apa yang Kota Belud dapat, anugerah ‘daerah termiskin’, seolah-olah tiada penghujung soal kedaifan dan kemiskinan kami.
Apak yang kita lihat kepada golongan B40 ini. Pertama, terdedah kepada hutang. Hutang ini kerana apa? Adakah sebab business, hutang membeli rumah atau barang keperluan?
Hutang pendidikan anak-anak. Kemudian, mereka terdedah kepada simpanan yang rendah.
Gaji minimum Sabah dan Sarawak merupakan RM1,100 sedangkan kalau kita lihat dalam paparan 53, dengan gaji minimum ini pun, tidak dapat melepasi PGK makanan iaitu sebanyak RM1,169 yang disebut di dalam buku RMKe-12. Macam manakah kita boleh harap golongan B40 ini dapat keluar daripada kepompong kemiskinan sedangkan perbelanjaan makanan pun tidak cukup?
Apatah lagi kemiskinan ini diwarisi kerana ibu bapa tidak dapat hantar anak-anak ke pendidikan yang lebih tinggi. Kita lihat insiden kemiskinan mutlak tahun 2019. Sabah sebanyak 19.5 peratus, Sarawak sembilan peratus melebihi Kadar Kemiskinan Nasional sebanyak 5.6 peratus. Kebanyakan isi rumah yang miskin ini adalah dalam kalangan anak negeri Sabah dan Bumiputera Sarawak.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Kebanyakan isi rumah yang miskin ini adalah dalam kalangan anak negeri Sabah dan bumiputera Sarawak. Kumpulan ini jugalah yang jauh ketinggalan daripada segi pendidikan serta kemahiran teknikal dan keusahawanan.
Soalan saya, adakah yang membezakan RMKe-12 secara signifikan tentang peranan kerajaan dalam menangani kemiskinan compare to the previous RMK’s. Data cantik tetapi penyelesaian tiada. Dalam ucapan RMKe-12, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, ada menyatakan antara projek yang akan dilaksanakan dan siap dalam tempoh RMKe-12 merupakan kem tentera baharu- Kem 5 Briged di Kota Belud.
Saya mahu tanya apa rasionalnya keperluan menaik taraf atau bina baharu bangunan sedangkan tidak ada ancaman yang jelas di daerah Kota Belud. Nama pun ‘Kem Paradise’, kenapa kita tidak bina pangkalan tentera di sebelah pantai timur Sabah, yang sering kita dengar mengenai penculikan, serangan lanun dan sebagainya.
Saya rasa Kota Belud lebih memerlukan bangunan pejabat daerah baru yang lebih berfungsi, yang menjadi pusat pentadbiran daerah berbanding kem tentera sendiri.
Kami perlukan industri bukannya kem tentera yang baharu. Kami kaya dengan hasil minyak yang boleh dibangunkan tetapi kenapa kerajaan tidak ambil peluang untuk invest?
Ini akan memberi banyak peluang pekerjaan kepada bukan sahaja anak-anak Kota Belud tetapi kawasan di sekitar. Akan tetapi malang sekali baru minyak pun orang Kota Belud tidak pernah hidu.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya, adakah kerajaan akan meneruskan projek berskala besar IADA Kota Belud yang dijangka bermula pada hujung tahun ini yang
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
mencecah kos RM36 juta. Pemberian projek ini diperuntukkan sebanyak RM350 juta pada RMKe-11 dan sudah dibelanjakan separuh iaitu RM159 juta dan baki lagi RM203 juta yang akan diselaraskan pada RMke-12.
Pada 58 tahun penubuhan Malaysia, selayaknya saya bahas dengan bangga mendabik dada bahawa inilah kemajuan, kemakmuran Sabah peroleh atas nama Malaysia. Namun saya rasa malu kerana pada bahas saya ini juga masih meminta agar kemiskinan di tempat kami diatasi.
Tuan Yang di-Pertua saya ingin ulang semula apa yang telah pernah saya katakan di Dewan yang mulia ini. Kota Belud merupakan daerah yang sangat cenderung kepada banjir setiap kali hujan sejak gempa bumi Sabah pada tahun 2015. Banjir ini semakin lama semakin teruk. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kadamaian telah pun diumumkan sejak November 2017 lagi dengan peruntukan RM50 juta. Sekarang selepas lima tahun peruntukan diumumkan, Kajian Bersepadu Sumber Air dan Tebatan Banjir di Kota Belud hanya baru dilaksanakan bermula 15 Julai 2021 dan dijangka siap pada 15 Januari 2023. Tender berkenaan, Kajian Kemungkinan Feasibility Study Bersepadu, Sumber Air dan Tebatan Banjir di Kota Belud telah pernah dipanggil pada September 2019. Namun dukacita keputusan tender yang dikeluarkan pada April 2020 tiada penender yang layak. Kerja-kerja fizikal pula hanya di tender pada sukuan pertama tahun 2023.
Soalan saya, adakah kajian ini masih lagi valid pada tahun 2023- nanti apabila kerja-kerja fizikal dijalankan sedangkan paten banjir sekarang ini juga sudah berlainan dengan apa yang kita hadapi pada tahun 2017. Dalam teks ucapan pembentangan RMKe- 12 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini, menyebut beberapa projek dengan kos sebanyak RM16 bilion bagi tempoh RMKe-12, RMKe-13 akan dilaksanakan di bawah Program Tebatan Banjir, Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu dan Kawalan Hakisan Pantai serta Program Ramalan dan Amaran Banjir.
Soalan saya, jumlah dan nilai projek yang diperuntukkan untuk Sabah, Kota Belud? Berapakah yang telah siap semasa tempoh RMKe-11 dan yang akan dibawa ke RMKe-12? Mengapakah proses lambat? Apakah cabaran yang dihadapi? Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri KASA yang telah sudi turun padang di Kota Belud sendiri pada 15 September 2021 dan juga sudah berjumpa dengan saya.
Saya berjumpa dengan beliau sebanyak dua kali pada tahun lepas dan tahun ini untuk membincangkan isu banjir. Dalam masa yang sama, apakah perancangan jangka masa pendek sementara kajian ini dijalankan? Adakah Kerajaan Federal juga bersedia untuk membenarkan pengeksportan pasir ke luar negara, K2 kerana pengorekan pasir di muaralah yang paling penting. Tiada gunanya meninggikan jalan kalau pasir di muara tidak dapat dialihkan. Saya faham bahawa isu banjir ini isu yang complicated dan akan mengambil masa bertahun mengatasinya namun saya juga tidak mahu peruntukan isu banjir ini di umum hanya bila datang pilihan raya iaitu pada tahun 2017 juga seperti pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini pada RMKe-12.
Tuan Yang di-Pertua, isu yang ingin saya bangkitkan seterusnya merupakan isu pendidikan yang berkait rapat dengan isu kemiskinan. Pernah ada cadangan membina sebuah politeknik di Kota Belud suatu ketika dahulu. Apakah kerajaan akan meneruskan cadangan ini? Kita tahu tahap pendidikan dan kemahiran yang rendah dalam kalangan B40 juga mengehadkan peluang untuk mendapatkan pekerjaan berpendapatan tinggi dan mengekang peningkatan mobiliti sosial. Pada tahun 2019 hanya 12.8 peratus daripada ketua isi rumah B40 mempunyai pendidikan tertiary manakala 21.2 peratus bersekolah untuk tempoh yang minimum.
Soalan saya, apa strategi yang diguna pakai untuk memastikan mereka mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi, especially selepas pandemik COVID-19 melanda dunia? Jumlah peranti yang telah diagihkan di daerah Kota Belud, daerah termiskin di Malaysia? Adakah kerajaan akan menggunakan peruntukan sendiri berbanding sekarang melalui Yayasan Hasanah under Khazanah? Saya mendapat maklum bahawa laptop-laptop yang diagihkan ini adalah refurbish? Adakah maklumat ini benar? Saya mohon penjelasan daripada Menteri. Kita belum bercakap lagi soal keadaan bangunan sekolah daif yang menghalang murid untuk menikmati persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Tuan Yang di-Pertua, mantan Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah pernah berkata Sabah memerlukan lebih kurang RM3 bilion untuk membaiki sekolah-sekolah daif di seluruh Sabah. Saya minta sekolah-sekolah ini dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12. SK Tamu Darat, SK Melangkap, SK Mengkulat, SK Pandasan, SK Peladuk yang rata-rata sekolah ini melibatkan pembinaan bangunan gantian bilik darjah, blok pentadbiran, makmal sains, kantin dan lain-lain lagi. Saya ingin maklumkan di Dewan yang mulia ini, sekolah yang saya sebutkan ini Tuan Yang di-Pertua masih lagi sekolah kayu selepas 50 tahun pembentukan Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik usaha transformasi kawasan luar bandar di mana untuk RMKe-12, infrastruktur luar bandar akan dipertingkatkan dengan membina dan menaik taraf 2,800 kilometer jalan berturap. Antaranya Jalan Dudar ke Taburan ke Mendawang di Kota Belud dengan kos sebanyak RM101 juta. Akan tetapi bagaimana pula untuk jalan-jalan berikut? Jalan Kampung Talungan-Terintidon-Sayap, Jalan Kampung Gendukut-Tengkurus Lahanas yang mana telah pun pernah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11. Jalan Kampung Mengkulat- Pinolubu-Podos.
Berapa banyak jalan raya di Sabah terlibat dalam RMKe-12 dan juga berapa banyak jalan raya yang sepatutnya dibina pada RMKe-11 yang lalu, tetapi tidak siap dan tidak dapat dilaksanakan. Apakah status 3,000 kilometer yang pernah di umum RMKe-11 yang lalu?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat, minta rumuskan Yang Berhormat.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Jangan hanya sebut daerah termiskin. Tuan Yang di-Pertua, sekejap.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Jangan hanya disebut dan tulis dalam buku RMKe-12 untuk nampak cantik tetapi status projek tidak dapat dilaksanakan pun. Adakah akan dibawa ke RMKe-12? Sepatutnya perlu ada badan yang memantau projek-projek disenaraikan ini dalam RMKe-12. Satu- badan yang bebas yang melaporkan jumlah kos sebenar projek. Satu- badan yang akan melaporkan mengapa projek-projek ini tidak dapat dilaksanakan pada RMKe-11 atau RMKe-12.
Di Semenanjung rangkaian rel dan jalan raya akan disepadukan, menyediakan ketersambungan yang lebih baik antara lapangan terbang, pelabuhan, kawasan perindustrian dan bandar. Di Sabah, jalan raya asas pun belum selesai. Ini jurang yang sangat besar.
Tuan Yang di-Pertua saya ingin mengulang semula apa yang pernah saya katakan di Dewan yang mulia ini bahawa pandemik COVID-19 menampakkan jurang fasiliti dan kepakaran perubatan yang sangat besar antara Semenanjung dan Wilayah Sabah. Saya ingin bertanya, apakah kerajaan akan membina sebuah hospital baharu di Kota Belud? Saya mendapat maklumat bahawa yang menjadi kekangan kepada pembinaan hospital baru ini merupakan masalah tanah sedangkan penempatan pesakit COVID-19 berisiko rendah di seluruh Pantai Barat di Sabah dari Kota Marudu, Papar, Sipitang, Sepanggar, KK semua ditempatkan di Kota Belud.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Apakah kami tidak layak mendapatkan hospital baru? Saya kira kita harus ada political will untuk melakukan ini. Tiada lagi alasan itu ini, saya seru kerajaan membina kemudahan ini dengan segera.
Tuan Yang di-Pertua, dalam buku Rancangan Malaysia Kedua Belas, perkataan Sabah disebut dalam Malay version sebanyak 371 kali berbanding Pulau Pinang 14 kali, berbanding Selangor 26 kali dan Sarawak 357 kali. Ini menunjukkan betapa pentingnya pembangunan wilayah Sabah itu sendiri dalam konteks Rancangan Malaysia Kedua Belas tetapi jangan kita penuhkan dan cantikkan buku ini sekadar menyedapkan hati rakyat Sabah.
Sabah merupakan wilayah yang kaya dengan sumber asli tetapi miskin daripada segi pembangunan. Janganlah sesiapa di antara kita berfikir bahawa kita lebih besar dari
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Malaysia itu sendiri. Jangan jadikan RMKe-12 ini sebagai rancangan mengayakan kroni.
Putrajaya is sucking Sabah dried of it rich resources. Berlaku adillah kepada kami, kembalikan hak-hak rakyat negeri Sabah. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Terakhir saya menjemput Yang Berhormat Selayang.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk membahaskan RMKe-12.
Perkara pertama yang saya ingin sentuh ialah sama ada kerajaan cukup keazaman politik untuk melakukan pembaharuan mengikut RMKe-12 ini.
Inilah sebab sebuah golongan elit politik dan peniaga telah wujud akibat penyalahgunaan DEB dan tindakan affirmative mengikut kaum. Ini telah jelas dinyatakan di dalam buku Model Ekonomi Baru, bahagian satu, muka surat 12 yang mana satu senarai kesan negatif DEB telah diberikan dan antaranya ialah ‘merentir’, dengan izin, rent seeking, kuasa penaungan, political patronage dan proses perolehan kerajaan yang tidak telus. Hal ini mengakibatkan rasuah menular.
So, apa yang penting kita hendak tanya kerajaan adalah apakah langkah dan cadangan yang akan diambil supaya apabila golongan elit ini membantah, kerajaan boleh berjaya untuk melaksanakan reformasi atau transformasi yang dinyatakan di dalam RMKe-12 ini.
Perkara kedua ialah isu dan cabaran yang dinyatakan di dalam buku RMKe-12 ini termasuk
(i) produktiviti dalam kalangan perusahaan mikro kecil dan sederhana yang rendah;
(ii) kualiti pelaburan yang rendah;
(iii) peralihan struktur ekonomi yang perlahan serta jurang pembangunan antara negeri yang melebar;
(iv) pendidikan tidak menjana kemahiran dan skill set yang diperlukan oleh industri dan
(v) kadar pengangguran yang tinggi serta masalah skill mismatch. Masalah ini berpunca daripada kekhuatiran pelabur tempatan bahawa saham mereka atau perniagaan mereka akan terpaksa dijual kepada bumiputera atau dirampas oleh kerajaan. Ini berbangkit oleh sebab kekurangan keyakinan kepada kerajaan bahawa pelabur tempatan dapat mengawal perniagaan mereka. Oleh sebab kekhuatiran itu, mereka enggan menambahkan pelaburan atau menggunakan teknologi moden.
Baru-baru ini, isu syarikat penghantaran barang yang diwajibkan pindah 51 peratus saham kepada bumiputera telah menunjukkan bahawa kekhuatiran itu berasas.
Pelaburan tempatan bukan bumiputera yang terpaksa menyerahkan kawalan syarikat dan tidak dapat lesen kastam, ini menjadi satu pengagihan yang tidak adil. Apa yang harus dibuat ialah kerajaan membantu usahawan bumiputera dengan memberikan sokongan, dorongan, dana dan latihan kepada mereka untuk membina perniagaan mereka sendiri supaya mereka dapat bersaing dengan peniagaan lain tetapi ini tidak dilakukan. Apa yang terjadi ialah mereka yang bukan bumiputera dipaksa untuk pindah kawalan syarikat kepada bumiputera.
Ini merupakan rampasan harta daripada pemilik bukan bumiputera kepada bumiputera. Apa yang perlu dibuat ialah untuk meningkatkan keyakinan pelabur tempatan bukan bumiputera dengan mengadakan satu pendekatan baru iaitu bukan tindakan affirmative mengikut kaum tetapi tindakan affirmative mengikut keperluan. Kerajaan harus memberikan jaminan kepada pelabur tempatan bukan bumiputera bahawa mereka tidak akan dipaksa untuk memindahkan saham kepada bumiputera di bawah undang-undang, peraturan atau memenuhi syarat lesen untuk menjalankan perniagaan mereka. Perkara ketiga...
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Sedikit, mencelah sedikit.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Ya.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Sedikit sahaja, sedikit. Soalan saya, sebagai bukan pengamal undang-undang, adakah ini peraturan baru, 51 peratus ekuiti ini? Terima kasih.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Pada saya tidak perlu kerana usahawan bumiputera memang hendak dibantu tetapi bukan dengan cara mengambil perniagaan atau harta orang lain.
Perkara yang ketiga yang saya hendak sentuh ialah tentang dasar yang telah diamalkan selama ini yang bercanggah dan memberikan kesan negatif dan akhirnya kita tidak dapat mencapai RMKe-10, RMKe-11 dan sekarang apa yang kita hendak untuk mencapai RMKe-12. Pertama, dasar kerajaan telah mengikut supply-side economics, mengikut Ronald Reagan dan Margaret Thatcher untuk melakukan deregulations dan privatisation. Ini sistem economy neoliberal yang mana kerajaan tidak akan campur tangan dalam ekonomi.
Bersama dengan dasar ini, kerajaan telah melakukan dasar development state model iaitu Look East Policy di mana kerajaan bekerjasama dengan swasta untuk mengadakan intervensi. So, dasar ini bercanggah dengan neoliberalism. Dasar yang ketiga ialah tindakan affirmative dengan memilih individu tertentu, picking the winners untuk memberikan projek privatisation dan concession kepada mereka. Ketiga-tiga dasar ini bercanggah dan akhirnya dengan kemelesetan ekonomi subprime pada 2008, ini telah menunjukkan bahawa ketiga-tiga dasar ini telah gagal. Apa yang perlu dibuat ialah kita hendak mengikut sistem ekonomi pasaran sosial iaitu kerajaan menjadi referee untuk peraturan, jangan campur tangan, apa yang penting mengesahkan kebebasan individu dan mendorong persaingan berasaskan keupayaan serta kelayakan dengan prinsip keadilan.
Selain itu, enam prinsip yang disokong oleh dasar ini ialah kestabilan kewangan dan mata wang, pasaran terbuka, jaminan pemilikan harta, kebebasan kontrak, liabiliti individu penuh, consistency dasar ekonomi.
Tuan William Leong Jee Keen - Selayang
Kalau kita mengikut ini, apa yang sedang diadakan seperti cadangan untuk hanya memberikan penjualan saham bumiputera kepada bumiputera sahaja. Ini adalah satu dasar yang bercanggah dengan dasar open market. Akhirnya pemegang saham bumiputera akan rugi kerana tidak ada nilai, tidak ada pasaran. So, kalau kita mengikut dasar ekonomi pasaran sosial ini tidak akan berlaku.
Kedua juga ialah tentang pengurusan GLC. Pengurusan GLC- nilai aset mereka adalah lebih daripada RM1 trilion. Ini adalah lebih daripada empat buah bank dan kalau ini digunakan dengan berkesan, ramai lagi bumiputera akan dapat mengatasi kemiskinan, kita akan ada lebih ramai usahawan bumiputera. Malangnya sebab naungan politik dengan kronisme, ini tidak berlaku. Masa telah sampai untuk tukar cara untuk memilih pengurusan, jangan memberikan kepada ahli politik. Berikan kepada profesional. Memang cukup profesional bumiputera yang ada juga penjawat awam yang bersara yang ada pengalaman supaya mereka boleh dengan sebenarnya menggunakan kuasa dan kewangan yang ada untuk membina dan membantu kaum bumiputera.
Akhirnya, saya meminta kerajaan melihat kepada projek untuk kawasan saya Selayang terutamanya projek untuk meluaskan FT 3209 yang selama ini lebih daripada 20 tahun tidak diluaskan dan memberikan kesesakan setiap hari. Kedua ialah juga B1, antara Bandar Baru Selayang ke Rawang untuk membina satu-lorong untuk lori mendaki bukit yang setiap hari memberikan masalah kepada pengguna jalan itu. So, inilah kesimpulan saya. Yang penting sekali untuk RMK ini, keazaman politik itu lebih penting daripada rancangan di atas satu buku 500 lebih muka surat supaya akhirnya kita dapat mencapai objektif yang kita perlukan. Dengan ini saya ucapkan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Selayang. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya hendak berpantun boleh?
Beberapa Ahli
Boleh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
*Dinner malam ini lauk ikan kuah; Esok pagi nasi lemak buat sarapan; Idea, pandangan dan kritik YB sudah luah, Bersambung lagi hari Isnin depan...
[Tepuk]*
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin, 4 Oktober 2021. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.34 malam]