Katalog Hansard
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
1. Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang] minta Menteri Pengangkutan menyatakan secara terperinci:
(a) data dan statistik kemalangan jalan raya melibatkan kesalahan pemanduan lawan arus dari Januari 2021 sehingga setakat ini; dan
(b) faktor penyumbang terhadap kesalahan dan kemalangan yang berlaku serta langkah-langkah yang diambil untuk membendungnya
Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Tuan Yang di- Pertua, berdasarkan kepada data Kementerian Dalam Negeri, statistik nahas jalan raya yang melibatkan kesalahan pemanduan lawan arus dari Januari 2021 sehingga semasa adalah berjumlah 807 seperti pecahan kategori di bawah:
| KATEGORI | JUMLAH |
|---|---|
| Maut | 29 |
| Parah | 17 |
| Ringan | 49 |
| Rosak | 712 |
Kajian mendapati bahawa faktor manusia adalah merupakan penyumbang utama kepada berlakunya sesuatu nahas jalan raya terutamanya yang memandu melebihi had, memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah, pemanduan tidak fokus seperti menggunakan telefon bimbit dan aplikasi tunjuk arah dan tidak mematuhi peraturan jalan raya.
Faktor manusia ini pula boleh dikhususkan kepada dua penyebab iaitu aspek kompetensi melibatkan pengetahuan dan kemahiran memandu dan sikap yang menjurus kepada perangai dan mentaliti pemandu itu. Dalam kes berkaitan yang memandu lawan arus ini, kebelakangan ini telah kerap dilaporkan berlakunya kes-kes demikian yang disebabkan oleh pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan juga dadah dan perkara ini amat membimbangkan.
Dalam hal ini, Kementerian Pengangkutan telah pun menguatkuasakan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 mulai 23 Oktober 2020 yang lalu. Antara lain, pindaan ke atas hukuman sedia ada termasuk meningkatkan kadar denda serta tempoh penjara adalah dilaksanakan khususnya berkaitan dengan pemanduan di bawah pengaruh alkohol dan juga dadah.
Menteri Pengangkutan - Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Pindaan hukuman ini adalah bertujuan atau merupakan satu bentuk deterrent dan memupuk kesedaran dalam kalangan orang ramai supaya mereka mematuhi undang- undang dan apabila ia dilakukan, jalan kita akan kekal selamat. Selain daripada itu, nilai ambang melibatkan had kepekatan alkohol di dalam darah yang dibenarkan juga telah dipinda.
Selain daripada meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987, langkah-langkah berterusan lain juga telah dilaksanakan bukan sahaja oleh Kementerian Pengangkutan tetapi juga oleh pihak berkuasa dan pemegang taruh yang lain seperti contoh, PDRM dan JPJ telah menjalankan banyak penguatkuasaan untuk membendung faktor manusia dalam sesuatu nahas. Bertujuan meningkatkan tahap persepsi untuk ditangkap atau perception of being caught, seterusnya mengubah minda dan sikap manusia untuk mematuhi peraturan jalan raya.
MOT bersama dengan JPJ dan MIROS secara berterusan meneliti dan menilai semua aspek pembelajaran dan pengujian dan mendapatkan lesen memandu ke arah memastikan kompetensi pemandu yang bakal dilahirkan berada pada tahap yang tertinggi. JPJ juga mengawal aspek on roadworthiness dan kualiti kenderaan menerusi penguatkuasaan peraturan pembinaan dan penggunaan sesebuah kenderaan motor dan dalam peraturan pemeriksaan berkala ke atas kenderaan perdagangan.
Program-program advocacy dan kempen keselamatan juga dilaksanakan secara berasingan dan secara berterusan oleh pihak JPJ dan MIROS. Antaranya juga, MOT telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan yang telah memperkenalkan Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya bagi menanam sikap dan asas pemanduan berhemah serta pematuhan peraturan jalan raya bermula daripada peringkat prasekolah sehinggalah sekolah menengah. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Soalan tambahan pertama.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang menyeluruh tadi. Saya mendengar berkenaan dengan laporan statistik tadi menyebutkan hanya dari Januari sehingga bulan Ogos ini sahaja sudah ada 807 kes yang melibatkan pemanduan lawan arus sahaja. Ini satu jumlah yang agak tinggi dan pada masa yang sama, saya juga mendapat laporan banyak di negeri-negeri misalnya di negeri Melaka, dari bulan Januari hingga April sahaja ada 31 individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol sahaja. Ada tindakan yang telah dikenakan dan saya faham bahawa kita telah pun meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 pada 23 Oktober 2020 yang lepas.
Jadi, soalan tambahan saya ialah apakah pandangan kerajaan berkenaan dengan langkah lain yang lebih tegas kerana statistik masih menunjukkan bahawa keadaan ini masih berlaku dan masih berterusan terutamanya memandu di bawah pengaruh yang mana ada kes yang terbaru pada 6 September 2021, pemandu lori yang telah didapati memandu di bawah pengaruh alkohol menyebabkan lima kereta telah dirempuh dan menyebabkan kerosakan jalan raya dan sebagainya.
Jadi, apakah tindakan kerajaan yang lebih berkesan, yang lebih tegas berbanding dengan hanya meletakkan had lesen memandu bagi warga emas. Walaupun saya tahu itu bukan satu cadangan, hanya di peringkat langkah terakhir sebagaimana Yang Berhormat Menteri sebutkan.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Namun, apakah lagi langkah-langkah tegas yang boleh diambil memandangkan pemanduan penetapan hukuman lebih berat telah pun diadakan, tapi kes masih tidak berkurangan. Adakah boleh mempertimbangkan dasar kawalan alkohol walaupun itu bawah bidang kuasa yang lain? Ataupun mengurangkan daripada segi waktu penjualan alkohol.
Tuan Yang di-Pertua
Habiskan, habiskan.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih. Satu lagi Tuan Yang di-Pertua. Sorry, minta maaf. Saya tambah satu lagi. Apakah langkah khusus untuk mangsa kepada pesalah memandu ini sebab ramai daripada kes-kes ini adalah
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
melibatkan seorang yang melalukan kesalahan tetapi yang menjadi mangsa ramai.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Okey, terima kasih Yang Berhormat Ledang.
Soalan itu agak ada tiga yang perlu saya jawab. Saya jawab secara ringkas. Pertama, keberkesanan pindaan Akta 333. Daripada data yang kita perolehi dari Januari hingga Julai tahun ini, lebih kurang– ini daripada jumlah kematian secara keseluruhan untuk nahas jalan raya iaitu 2,560 dan 11 adalah kematian akibat pemanduan di bawah pengaruh alkohol dan juga dadah. Kita memandang berat walaupun sebelum itu mungkin ada lebih tinggi, 28 untuk keseluruhan tahun 2020, tapi kita melihat ini secara objektif.
Oleh sebab itu, saya mengarahkan MIROS membuat satu kajian sebelum dan selepas.
Maka, kajian ini sedang berjalan. Apa yang dapati ialah daripada kes-kes yang didakwa di mahkamah, tidak ada lagi– hanya dikenakan denda. Mereka wajib atau secara mandatori dikenakan hukuman penjara dan ini merupakan satu deterrent. Ramai telah mengubah daripada segi sikap, ramai yang dahulunya memandu dan pergi minum dan balik rumah tanpa mereka sedari.
Jadi, ini antara perkara deterrent yang telah kita buat. Kedua, Yang Berhormat mengatakan bahawa apakah tindakan yang diambil. Daripada segi jurisdiction MOT, kita lakukan secara advokasi, penguatkuasaan dan pindaan undang-undang. Selepas itu saya rasa kita boleh berbincang cara kita memberi pendidikan kepada anak-anak kita dan bagaimana kita memerihalkan, misalan MIROS boleh terangkan macam mana bahayanya seseorang itu memandu.
Bagi mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol, risikonya 13 kali lebih tinggi daripada memandu dalam keadaan biasa, terdedah kepada nahas jalan raya. Ini satu kenyataan. Kita lihat kecuaian ini sebenarnya dalam satu nahas kenderaan, 80 peratus disebabkan oleh faktor manusia, 13 peratus adalah disebabkan kenderaan dan 7 peratus adalah persekitaran.
Jadi, ini antara perkara yang ingin saya huraikan bukan kerana satu banyak.
Mengenai apa yang dicadangkan, sebenarnya, saya tertarik juga. MOT tidak pernah bagi arahan untuk mensyaratkan warga emas melebihi 70 tahun untuk mengembalikan lesen.
Tidak pernah. Ini kerana, kompetensi berlainan. Macam Yang Berhormat Langkawi, beliau dapat memandu lebih baik, jauh lebih baik daripada orang yang gila-gila bawa kereta di atas jalan raya. Ini tidak boleh ada diskriminasi bagi mereka yang umur 70 tahun.
Jadi, sebab itulah saya kata ini bukan pendirian MOT dan kita tidak berhajat pun tukar kerana kompetensi itu bukan berdasarkan kepada faktor umur dan kita juga lihat banyak sebab yang menyebabkan kemalangan ini berlaku. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Parit. Silakan.
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Okey, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Satu penjelasan yang cukup terperinci. Saya ingin bertanya, apakah sebab- sebab mereka ini daripada segi sudut pemanduan melawan arus selain daripada pengaruh alkohol. Mungkin daripada segi emosikah, stresskah ataupun apa saja dan apakah bentuk baharu silibus ketika ini, jika ada ketika mereka berada di kelas memandu selain daripada pindaan akta yang telah pun dibuat. Terima kasih.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Okey Yang Berhormat. Saya menjawab soal pendidikan dahulu. Sebenarnya mulai tahun 2007 kita sudah masukkan dalam di bawah Kementerian Pendidikan kurikulum dalam sekolah rendah. Tahun 2015 kita masukkan dalam kurikulum sekolah menengah dan daripada segi itulah kita menekankan aspek keselamatan jalan raya termasuklah pemanduan di bawah pengaruh alkohol dan dadah, bahayanya bagaimana kita hendak mengawal. Ini adalah satu tindakan ataupun proses pendidikan yang kita kena teruskan.
Balik kepada soalan yang pertama, kenapa mereka memandu lawan arus. Saya ingin bagikan dua senario. Pertama, kalau lawan arus untuk dua carriageway, di mana ada dua lorong, kiri, kanan ada divider di tengah-tengah. Kalau dia lawan arus, semestinya mereka disebabkan mereka ini di bawah. Kebanyakan dalam kes ini di bawah pengaruh
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
alkohol dan dadah. Terlalu high mereka bawa. Mereka sudah tidak boleh bezakan arah itu. Itu pertama dan itu sangat bahaya.
Tetapi dalam kes single carriageway di mana satu lorong pergi dan balik, bermaksud dalam keadaan ini memotong dengan berbahaya khususnya di kawasan double line mereka memotong. Ini tidak boleh dianggap lawan arus tetapi memotong dalam garisan berkembar. Ini juga berbahaya kerana ke arah kenderaan yang satu lagi.
Jadi, dalam dua senario kita melihat untuk mereka yang memandu di bawah pengaruh dan dadah kita tidak berkompromi dan Akta Pengangkutan Jalan daripada seksyen 41 hingga 45, semua hukuman menanti mereka dan kalau mereka dibuktikan mengambil dadah, mereka akan terus dituduh ke mahkamah.
Kalau menyebabkan kecederaan, dihukum benda lain. Kalau kematian, lebih teruk. Kalau sebelum, kita tidak membezakan antara kematian dan juga kecederaan. Akan tetapi, kali ini kita telah mencakupi semuanya untuk kita memberi kesedaran kepada pemandu bahawa ini tanggungjawab mereka.
Jadi, secara keseluruhannya ingin saya mengatakan bahawa kita akan teruskan kempen ini. Keselamatan atau pendidikan, keselamatan jalan raya itu perlu diteruskan kerana kita mendidik anak muda kita bertanggungjawab di atas jalan raya. Ini kerana, setiap kalau sebelum COVID-19, setiap tahun atau setiap hari 18 orang terkorban di atas jalan raya dan ini yang kita hendak bendung. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Tuan Loke Siew Fook.
2. Tuan Loke Siew Fook [Seremban] minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada kerajaan bersedia untuk mengkaji semula dasar ekuiti untuk syarikat penghantar fret yang sedang beroperasi memandangkan syarat ekuiti sedia ada sukar untuk dilaksanakan.
Menteri Kewangan - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Seremban, dalam menjawab soalan Ahli Yang Berhormat, ingin saya mengulas beberapa perkara sebagai konteks kepada isu yang dibangkitkan. Ia juga susulan daripada pelbagai soalan yang turut dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat yang lain baru-baru ini.
Sebagai latar belakang, isu ini bukanlah isu yang baharu dan sebarang keputusan yang ditentukan oleh Kementerian Kewangan haruslah mengambil kira pandangan semua pihak yang berkepentingan. Syarat penyertaan ekuiti bumiputera sebanyak 51 peratus ini telah dipersetujui oleh Majlis Ekonomi Bumiputera pada tahun 2015 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika itu.
Keputusan tersebut adalah selaras dengan hasil kajian yang dijalankan oleh TERAJU. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun yang sama, Persekutuan Penghantar Fret Malaysia (FMFF) telah memohon pengecualian terhadap syarat ini.
Melalui surat yang telah diutus oleh Kementerian Kewangan pada tahun 2016, syarikat tempatan yang memperoleh status perkhidmatan Logistik Bersepadu Antarabangsa (ILS) dikecualikan daripada syarat ini sehingga 31 Disember 2020. Justeru, pada Disember 2020, Kementerian Kewangan telah memaklumkan bahawa tempoh untuk memenuhi syarat penyertaan bumiputera ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.
Pada masa yang sama, syarat ini dikecualikan bagi ejen penghantaran kastam bertaraf ILS yang mempunyai majoriti pemilikan asing dan juga syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Baru-baru ini Kementerian Kewangan telah melanjutkan tempoh pengecualian ini buat kali kedua sehingga Disember 2022 supaya TERAJU dapat meneliti penyertaan bumiputera alam industri logistik ini dengan lebih lanjut.
Hasil kajian ini kemudiannya akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri bagi melakar hala tuju penglibatan bumiputera dalam sektor logistik serta memastikan industri ini terus berkembang. Ini terutamanya daripada segi menambah baik kecekapan industri, meningkatkan produktiviti dan mengekalkan asas kos rendah.
Menteri Kewangan - Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Selain itu, usaha ini akan memastikan bahawa kedudukan Malaysia sebagai sistem pelabuhan ketiga belas yang paling cekap di dunia berdasarkan Indeks Prestasi Pelabuhan yang diterbitkan oleh Bank Dunia dapat ditambah baik. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Soalan tambahan satu.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri. Seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri, semasa pentadbiran Yang Berhormat Pekan, sektor logistik telah pun diliberalisasikan dan seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri, syarikat IILS yang mempunyai ekuiti asing sehingga 100 peratus dikecualikan dari dasar ekuiti 51 peratus bumiputera. Tetapi syarat ini dikenakan terhadap syarikat tempatan yang berstatus IILS. Saya rasa dasar ini tidak adil kepada syarikat tempatan. Ini kerana kalau syarat itu dikenakan kepada syarikat tempatan tetapi bukan kepada syarikat asing, maka ini kepada syarikat tempatan yang dimiliki oleh bukan bumiputera adalah sesuatu yang tidak kompetitif.
Jadi, saya berharap pihak kerajaan boleh mengkaji semula keseluruhan dasar itu.
Walaupun saya faham ada agenda pemerkasaan bumiputera, tetapi di atas kertas walaupun kebanyakan syarikat yang ditubuhkan selepas 1990 itu adalah syarikat milik bumiputera dengan 51 peratus. Tetapi umum mengetahui bahawa kebanyakan syarikat ini adalah syarikat Ali Baba yang mempunyai pemilikan bukan bumiputera di belakang.
Jadi saya rasa, sudah sampai masanya kita perlu mengkaji keseluruhan dasar itu supaya ia mesti adil kepada semua pihak. Ini supaya yang bukan bumiputera boleh memiliki syarikat-syarikat logistik ini di atas semangat kebersamaan dan kalau dasar itu tidak konsisten dan tidak adil kepada syarikat bukan bumiputera, ia tidak selari dengan semangat Keluarga Malaysia yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Yang Berhormat Seremban. Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhan seperti yang telah saya nyatakan sebentar tadi, isu pegangan ekuiti bumiputera termasuklah sebarang keputusan yang ditentukan oleh Kementerian Kewangan, haruslah mengambil kira pandangan semua pihak yang berkepentingan.
Perkara ini haruslah diperincikan dan dikaji dengan lebih teliti dan memerlukan kerjasama pelbagai pihak dan kementerian. Seperti yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 semalam, selepas lebih 30 tahun Dasar Ekonomi Baharu diperkenalkan, pegangan ekuiti korporat bumiputera hanyalah 17.2 peratus. Oleh itu cadangan untuk memperkenalkan kerangka jaringan keselamatan ekuiti serta penubuhan bahagian kemakmuran bumiputera yang akan menyelaras semua inisiatif berkaitan perkara ini amatlah dialu-alukan. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pertamanya saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Menteri kerana bersetuju mengekalkan syarat 50 peratus ekuiti Bumiputera. Kita tahu tadi jawapan Menteri hanya 17 peratus pencapaian yang ada. Tetapi dalam isu yang ini, tidak seharusnya pihak pembangkang memainkan isu ini kerana perkara ini telah pun lama kita bersetuju dan keadaan ini pun, Kerajaan PH telah membangkitkan dalam tahun 2018.
Jadi soalan saya, soalan saya bolehkah Yang Berhormat Menteri perincikan langkah-langkah yang telah diambil sejak tahun 2018 sehingga kini berkaitan perkara ini kerana kita mahu ekuiti Bumiputera ini kekal dengan ekuitinya 51 peratus. Kita tidak mahu keadaan ini satu masa nanti ekuiti bumiputera, Melayu ini terus tergadai dengan peraturan-peraturan yang menyebabkan kelemahan ini berlaku. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kewangan sebenarnya telah menerima permintaan berulang kali daripada syarikat dan persatuan yang membangkitkan isu berkenaan syarat pemilikan bumiputera bagi sektor ini, termasuklah surat-surat yang diterima sejak Jun 2018.
Walau bagaimanapun, setakat ini seperti yang umum maklum, tiada penyelesaian jangka panjang yang telah diambil. Dari segi langkah yang telah diambil dengan segera, Kementerian Kewangan telah pun melanjutkan pengecualian untuk memenuhi syarat pemilikan ekuiti bumiputera sebanyak dua kali iaitu pada Disember 2021 dan selepas itu Disember 2022. Dalam mencari penyelesaian jangka panjang untuk perkara ini, kerajaan seperti saya sebut tadi telah mempertanggungjawabkan TERAJU untuk meneliti penyertaan bumiputera dalam industri logistik ini dengan lebih lanjut.
Hasil kajian itu nanti akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri, kita akan cuba melakar hala tuju penglibatan bumiputera dalam sektor logistik serta memastikan industri ini mestilah terus berkembang. Ini terutamanya seperti saya sebut tadi daripada segi menambah baik kecekapan industri dan juga meningkatkan produktiviti. Terima kasih Yang Berhormat.
3. Tuan Wong Hon Wai [Bukit Bendera] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan apakah sebabnya kedudukan Malaysia dalam Global Food Security Index jatuh dari tangga 28 pada tahun 2019 ke tangga 43 pada tahun 2020.
Apakah inisiatif Kementerian untuk memperbaiki Food Security dan harga makanan kepada lebih murah untuk kebajikan penduduk Malaysia?
Menteri Pertanian dan Industri Makanan - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Bukit Bendera. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, laporan Global Food Security Index (GFSI) yang dikeluarkan oleh The Economist Intelligence Unit (EIU) sejak tahun 2012 adalah bertujuan untuk menilai tahap kerentanan sesebuah negara terhadap sekuriti makanan.
Kedudukan sesebuah negara dalam GFSI ditentukan oleh purata skor keseluruhan daripada tiga dimensi sekuriti makanan iaitu affordability, availability and quality and safety. Skor ini menentukan prestasi keseluruhan sekuriti makanan serta kedudukan sesebuah negara secara global.
Walau bagaimanapun, pihak EIU telah membuat penyelarasan semula terhadap purata skor dari tahun 2012 hingga 2019 setelah menjadikan dimensi natural resources and resilience sebagai salah satu dimensi teras. Bermula pada tahun 2020 berdasarkan penyelarasan ini, kedudukan Malaysia pada tahun 2019 juga telah berubah daripada tangga ke-28 hingga tangga ke-44 dalam kalangan 113 buah negara.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, penyelarasan ini bukan sahaja mengubah kedudukan Malaysia pada tahun 2019, malah Singapore juga telah berubah daripada tangga pertama ke tangga 20 dan Australia dari tangga 12 ke tangga 26. Walaupun dimensi natural resources and resilience telah diperkenalkan sejak 2012, sebagai faktor pelaras, namun hanya pada tahun 2020 ianya telah dijadikan sebagai dimensi teras berdasarkan kepentingan untuk mengukur daya tahan negara terhadap kesan perubahan iklim dan kerentanan negara terhadap risiko sumber semula jadi.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kedudukan Malaysia dalam GFSI pada tahun 2020 adalah di tangga 43 iaitu telah meningkat satu anak tangga berbanding dengan tahun 2019. Kedudukan Malaysia dalam kalangan negara-negara Asia Pasifik adalah lapan terbaik, manakala kedua terbaik dalam kalangan negara Asia Tenggara iaitu selepas Singapura.
Kedudukan Malaysia pada tahun 2020 adalah lebih baik dibandingkan dengan Thailand, Indonesia, Vietnam, Myanmar, Philippines dan India. Namun demikian tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai cabaran yang perlu diambil perhatian dalam usaha memperkukuhkan sekuriti makanan negara seperti kebergantungan import makanan, peningkatan permintaan, perubahan iklim, kekangan sumber asli, kekurangan
Menteri Pertanian dan Industri Makanan - Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
tenaga kerja mahir dan penglibatan golongan belia, tahap penerima gunaan teknologi yang masih rendah dan amalan pertanian yang kurang lestari.
Dalam hal ini, kerajaan sentiasa komited dan terus memperkukuhkan sekuriti makanan negara supaya kekal terjamin dalam apa jua keadaan, sekali gus mempertingkatkan kedudukan Malaysia dalam GFSI dalam masa akan datang. Antara usaha yang diambil oleh kerajaan termasuk penubuhan Jawatankuasa Kabinet mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara (FACC) dan Pembangunan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara (DSMN) 2021- 2025 yang holistik dan mampan.
Elemen jaminan sekuriti makanan negara juga merupakan priority MAFI dalam usaha meningkatkan ketersediaan makanan negara yang telah dijajarkan dalam dokumen dasar utama MAFI iaitu Dasar Agromakanan Negara 2021- 2023. Sekian terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, soalan tambahan,
Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera
Terima kasih kepada jawapan Menteri.
Berdasarkan kepada jawapan Menteri, saya ingin mengetahui, apakah strategi terbaru untuk meningkatkan sekuriti makanan, terutamanya padi. Apakah pendekatan terkini yang dijalankan oleh kementerian untuk padi?
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat, dasar kerajaan untuk pengeluaran padi sekian lama adalah pada tahap 70 peratus pengeluaran tempatan dan 30 peratus import.
Akan tetapi dalam keadaan di mana borders are closed disebabkan oleh pandemik dan ada kerisauan tentang bekalan makanan dari luar, kementerian telah mengubah dan mengambil langkah untuk meningkatkan SSL negara ini untuk ditingkatkan daripada 70 peratus kepada 75 peratus menjelang lima hingga sepuluh tahun akan datang.
Beberapa langkah yang telah diambil oleh kementerian, oleh kerajaan adalah untuk mengundang penglibatan pihak swasta dan menjadikan industri padi beras negara ini sebagai satu industri yang diperbesarkan dengan penglibatan pihak swasta secara menyeluruh. Kita jangkakan pendekatan Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) yang sedang diolah oleh kementerian ini akan mampu meningkatkan pengeluaran padi beras negara ke tahap yang lebih tinggi daripada SSL pada ketika ini iaitu 70 peratus pengeluaran dan 30 peratus diimport.
Jadi, beberapa langkah yang sedang diusahakan oleh kementerian dengan penglibatan beberapa syarikat peneraju di kalangan mereka itu adalah agensi kerajaan, GLC dan pihak swasta. Dengan bantuan semua pihak, saya percaya dan yakin bahawa SSL padi beras negara akan ditingkatkan dan akan mengurangkan import daripada negara luar. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ada soalan tambahan itu?
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Papar.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Yang Berhormat Putatan.
Tuan Awang Husaini bin Sahari - Putatan
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri, selain daripada pembangunan teknologi untuk meningkatkan produktiviti kita, bagaimana tentang memaksimumkan penggunaan tanah terbiar ataupun tanah yang belum diterokai. Jadi, adakah kementerian ada data di antara negeri Sabah dan Sarawak dari segi pemaksimuman penggunaan tanah yang boleh diusahakan untuk tanaman padi ini? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Untuk menjawab soalan Yang Berhormat, saya tiada data pada ketika ini untuk berkenaan dengan tanah-tanah terbiar yang boleh dimaksimumkan sebagai tanah pengeluaran padi di negara kita. Walau bagaimanapun, data tersebut boleh dikemukakan secara bertulis selepas ini.
Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee
Secara umumnya Yang Berhormat, penumpuan terhadap pengeluaran padi negara seperti yang saya katakan tadi adalah merupakan tumpuan kerajaan pada ketika ini. Ia bukan sahaja penglibatan pihak swasta tetapi untuk mengadaptasikan teknologi- teknologi moden. Semalam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melakarkan bahawa pertanian haruslah bergerak ke arah aplikasi IR 4.0 iaitu Industrial Revolution 4.0 yang harus menjadi pegangan dalam semua sektor termasuk sektor agromakanan ini.
Jadi, kita harapkan agar penggunaan tanah-tanah terbiar, penggunaan tanah yang telah digunakan sebagai jelapang padi, sebagai tanah untuk perusahaan- perusahaan pertanian akan dapat ditingkatkan pengeluaran melalui penggunaan pertanian moden, teknologi-teknologi baharu, aplikasi teknologi IOT dan sebagainya akan dapat menghasilkan, mengeluarkan hasil yang lebih baik untuk SSL negara dalam semua sektor dalam sektor agromakanan ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat semua, sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih semua.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
Tuan Yang di-Pertua
Saya jemput Yang Berhormat Dato’ Hj Ahmad Nazlan bin Idris.
Dato’ Hj Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun.
RMKe-12 sudah dibentangkan, Kepada Menteri dan Perdana Menteri rakyat harapkan, Tuan Yang di-Pertua juga Menteri yang dimuliakan, Soalan satu Yang Berhormat Jerantut persembahkan.
1. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan peratusan isi rumah Orang Asli yang berada di bawah pendapatan garis kemiskinan di kawasan penempatan mereka mengikut negeri dan usaha kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup mereka.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I - Dato’ Sri Hj Abdul Rahman bin Mohamad
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jerantut.
Berdasarkan kepada rekod terkini Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), sehingga Disember 2020, bilangan penduduk masyarakat Orang Asli adalah seramai 206,777 orang dengan kadar isi rumah 59,936 ketua isi rumah. Kadar kemiskinan di kalangan masyarakat Orang Asli berdasarkan kepada survey pendapatan isi rumah dan kemudahan asas pada tahun 2019 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia adalah sebanyak 33.6 peratus dan pecahan mengikut negeri adalah seperti yang saya nyatakan sebentar tadi.
JAKOA selaku sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap kebajikan dan pembangunan masyarakat Orang Asli sentiasa berusaha meningkatkan taraf hidup mereka ke satu tahap yang lebih tinggi sesuai dengan misi JAKOA iaitu melaksanakan pembangunan secara inklusif bagi meningkatkan taraf sosioekonomi dan kualiti hidup ke arah kemajuan dan memartabatkan warisan yang umum masyarakat Orang Asli.
Pelbagai program dan inisiatif telah dilaksanakan bagi memastikan taraf hidup masyarakat Orang Asli setanding dengan masyarakat arus perdana. Antara program yang telah dan akan diteruskan adalah melibatkan sektor pekerjaan, keusahawanan,
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I - Dato’ Sri Hj Abdul Rahman bin Mohamad
pendidikan dan infrastruktur. Pada tahun 2020, JAKOA telah membelanjakan sebanyak RM14.6 juta di bawah Program Pembangunan Ekonomi Orang Asli. Selain itu, Program Pembangunan Usahawan Orang Asli juga telah dilaksanakan pada tahun 2020 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM1.18 juta.
Di samping itu, projek-projek pembangunan infrastruktur tetap diteruskan di samping menambah baik pelaksanaan program-program pembangunan dan peningkatan ekonomi masyarakat Orang Asli. Antara program yang telah dijalankan pada tahun 2020 adalah projek bekalan air terawat di perkampungan Orang Asli yang menelan belanja sebanyak RM1.03 juta dan program pembangunan infrastruktur dan ameniti sosial di perkampungan Orang Asli di Semenanjung Malaysia sebanyak RM3.49 juta.
Dalam bidang pendidikan pula, melibatkan enam buah negeri di Semenanjung Malaysia dari Januari hingga Ogos 2021 iaitu bagi sekolah rendah seramai 16,401 orang pelajar Orang Asli, sekolah berasrama penuh, 39 orang pelajar Orang Asli, Maktab Rendah Sains Mara, 35 orang pelajar Orang Asli, kolej vokasional, 91 orang pelajar Orang Asli, institut latihan awam (ILA), 199 orang pelajar Orang Asli dan institut pengajian tinggi
(IPT) seramai 1,019 orang pelajar Orang Asli sahaja iaitu seramai 113 orang pelajar Orang Asli telah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Daripada segi pelaksanaan Unit Latihan Kerjaya, kita memfokuskan technical and vocational education and training (TVET) dengan kerjasama Institut Latihan Perindustrian Jabatan Tenaga Manusia, Institut Kemahiran Belia dan Sukan, PENJANA, PERKESO, kursus TVET dan Program Latihan Kemahiran Kerjaya Orang Asli.
Tuan Yang di-Pertua, dalam bidang kerjaya masyarakat Orang Asli pula telah melibatkan dua sektor iaitu sektor awam (JPA) dan sektor profesional seramai 261 orang, sektor pelaksana seramai 2,011 orang manakala sektor badan beruniform sejumlah 1,019 orang. Bagi sektor swasta pula sektor perladangan berjumlah 1,228 orang, sektor perkilangan berjumlah 222 orang dan sektor pekerjaan PERKESO berjumlah 105 orang.
Bagi masyarakat Orang Asli yang bekerja sendiri adalah berjumlah 14,662 orang. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, soalan tambahan pertama.
Dato’ Hj Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan sebentar tadi. Cuma saya ingin bertanya lagi, apakah usaha-usaha yang telah dijalankan oleh pihak JAKOA dalam memastikan pendidikan ini tidak terlepas di kalangan anak-anak Orang Asli terutamanya mereka yang hidup secara berpindah-randah dan apakah program khusus tentang ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan atau yang akan dijalankan oleh kerajaan seperti rancangan FELCRA atau yang lain dan sebagainya?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Sri Hj Abdul Rahman bin Mohamad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Dalam soal perpindahan ini kita pernah merancangkan dan kita hendak mencadangkan supaya satu pelaksanaan seolah-olah seperti satu penempatan baharu sekiranya mereka bersetuju dalam keadaan sebegini rupa.
Akan tetapi kita semua faham bahawa masyarakat Orang Asli ini memang dia suka berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat. Ini yang kurang kita dapat penyelesaian daripada segi perpindahan dari satu tempat ke satu tempat.
Dato’ Sri Hj Abdul Rahman bin Mohamad
Daripada segi pendidikan, kita sedang berusaha memperkasakan kelas Program Penggalak Pembaca (3P) iaitu JAKOA, Program Literasi Fungsian Orang Asli (PLFOA) kerjasama dengan JAKOA dan KEMAS dan kelas komuniti berasaskan TVET yang saya nyatakan sebentar tadi iaitu satu saranan yang sangat penting kepada masyarakat Orang Asli.
Oleh sebab itu, dalam perbincangan kami di kementerian, saya sering menekankan bahawa tiada perubahan manusia ini sama ada Orang Asli atau kita di luar
Dato’ Sri Hj Abdul Rahman bin Mohamad
ini sekiranya kita tidak memberi pendidikan yang cukup baik kepada kita semua.
Sebenarnya yang sedemikianlah yang boleh merubahkan daripada tahap sedemikian rupa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ada soalan tambahan kedua?
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Rompin.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Tampin.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Soalan tambahan. Sungai Siput, soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sungai Siput bangun dahulu.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, Sungai Siput merupakan salah sebuah kawasan Parlimen yang mempunyai komposisi masyarakat Orang Asli yang agak besar iaitu hampir 10 peratus.
Berdasarkan kepada jawapan Yang Berhormat Menteri tadi, berkenaan dengan kadar kemiskinan, soalan tambahan saya adalah adakah statistik ini menunjukkan peningkatan atau penurunan kepada kadar kemiskinan masyarakat Orang Asli? Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Mohamad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sungai Siput. Sebenarnya daripada segi statistik ini yang saya nyatakan sebentar tadi, mengikut PGK pada tahun 2020 dan pada tahun 2021, ia agak meningkat jika dibandingkan kerana kenaikan pada tahun 2019 iaitu 2,181 kadar kemiskinan.
Sebelum ini, kalau tidak silap saya lebih kurang berjumlah 780.
Jadi, sudah pastilah dengan kenaikan PGK yang ditetapkan oleh pihak kita semua bahawa sudah mesti kenaikan berlaku. Oleh sebab itu, yang kita melalui Jabatan Perangkaan Malaysia membuat pengiraan daripada segi statistik yang mengambil kira daripada 9,000 ketua isi rumah yang kita membuat pengiraan dan juga anggaran ada sesetengahnya di tempat Orang Asli yang di luar, yang agak sedikit maju dan di dalam mungkin agak sedikit mundur.
Jadi, daripada segi keseluruhan 9,000 ketua isi rumah, kita dapati bahawa apa yang saya nyatakan tadi lebih kurang peningkatan daripada segi kadar kemiskinan tersebut. Insya-Allah sebagaimana soalan daripada Yang Berhormat Jerantut, inilah usaha kita dan kita cuba supaya rangkaian-rangkaian infrastruktur ke tempat Orang Asli ini kita berusaha untuk memudahkan mereka menjana ekonomi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
2. Dr. Ong Kian Ming [Bangi] minta Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memastikan bahawa Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019 [Akta 446] telah dipatuhi oleh syarikat-syarikat di sektor pembuatan dan pembinaan di mana banyak kluster COVID-19 telah berlaku.
Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M. Saravanan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Akta-akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446] bukanlah satu akta yang baru diwujudkan. Pada asalnya akta ini terpakai kepada sektor perladangan dan perlombongan yang melebihi 20 ekar.
Menerusi pindaan pada 21 Jun 2020, Akta 446 telah terpakai untuk semua sektor pekerjaan yang mana secara tidak langsung dapat mengekang penularan COVID-19 dalam kalangan pekerja asing. Selain itu, dalam memastikan pelaksanaan Akta 446 yang efektif, akta ini telah dimasukkan ke dalam Ordinan Darurat yang diperluaskan ke Sabah dan Sarawak yang memberi kuasa kepada Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia untuk melantik pegawai penguat kuasa tambahan.
Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M. Saravanan
Fokus Kementerian Sumber Manusia pada masa ini adalah untuk memantapkan penguatkuasaan Akta 446 bagi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan.
Kebenaran kuasa telah diberi kepada pelbagai agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia seperti Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM), Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM), Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja
(JHEKS) dan lain-lain jabatan yang melibatkan seramai 2,000 orang pegawai penguat kuasa tambahan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan tambahan pertama.
Dr. Ong Kian Ming - Bangi
Terima kasih. Soalan tambahan saya kepada Yang Berhormat Menteri ialah –Jawapan itu singkat sedikit lah. Apakah langkah yang telah diambil dan akan diambil oleh Kementerian Sumber Manusia untuk bekerjasama dengan kementerian dan agensi yang lain seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan juga PBT di setiap negeri supaya jumlah penginapan yang mematuhi Akta 446 boleh ditambah seperti permohonan bagi penyediaan penginapan pekerja secara jangka masa pendek di mana satu pekeliling (circular) telah dikeluarkan oleh KPKT pada 23 Mac untuk memberi garis panduan kepada pihak berkuasa tempatan atas isu ini? Boleh beri penjelasan? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri M. Saravanan
Tuan Yang di-Pertua, memandangkan Ahli Yang Berhormat kata jawapannya singkat, cuma maklumat tambahan sehingga 25 Ogos 2021 sebanyak 23,993 majikan telah diperiksa melibatkan 129,668 buah tempat penginapan yang didiami oleh 804,204 orang pekerja asing dan hampir 1.2 juta orang pekerja tempatan. Hasil pemeriksaan dan penguatkuasaan mulai 1 Jun 2020 sehingga kini, sebanyak 12,195 permohonan perakuan penginapan di bawah Akta 446 telah dibuat oleh majikan dan penyedia penginapan berpusat yang melibatkan 992,743 orang pekerja.
Susulan pemeriksaan tersebut juga, sebanyak 940 kertas siasatan telah dibuka dan sebanyak 618 kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. Antara kesalahan yang dikenal pasti adalah seperti kegagalan permohonan perakuan penginapan dan kegagalan memenuhi standard minimum penginapan seperti penyediaan almari, katil, tilam dan bantal serta lain-lain kesalahan di bawah akta ini.
Selain daripada itu, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, usaha sama di antara Kementerian Sumber Manusia dan KPKT akan memainkan peranan penting sebab apabila kita membuat penguatkuasaan, walaupun akta di bawah Kementerian Sumber Manusia tetapi daripada segi kebenaran untuk membina pusat-pusat penginapan ataupun centralized labor quarters (CLQ) adalah kelulusan di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Maka, kita ada pelbagai mesyuarat ataupun perjumpaan dengan pihak...
Dr. Ong Kian Ming - Bangi
Juga, PBT ya. PBT juga.
Datuk Seri M. Saravanan
Ya, PBT. Di mana KPKT akan menjadikan agensi kawal selia PBT. Masa depan untuk mengatasi isu-isu berkenaan perkara ini khususnya penginapan adalah dengan membina sebanyak 24,000 CLQ di seluruh negara. Usaha ini akan berjaya apabila kita ada usaha secara bersama Kementerian Sumber Manusia dan KPKT. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan tambahan kedua?
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tumpat.
Tuan Yang di-Pertua
Ada sesiapa? Yang Berhormat Tumpat ya.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya meneliti jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Menteri tadi dan mengucapkan terima kasih. Saya mengambil maklum terhadap pelbagai langkah penguatkuasaan yang dilakukan oleh kementerian sejak pindaan terhadap Akta 446 ini dilakukan dan masih ramai dalam kalangan majikan yang tidak dapat menyediakan kemudahan penginapan kepada para pekerjanya seperti yang tertakluk dalam akta tersebut.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Jadi soalan saya, apakah kementerian berhasrat untuk menyediakan ataupun mengadakan langkah penalti yang lebih ketat terhadap golongan majikan yang gagal mematuhi Akta 446 tersebut memandangkan isu ini berlarutan dan merupakan perkara yang cukup penting? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri M. Saravanan
Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat tetapi walaupun buat masa ini kita kenakan denda sebanyak RM50,000 apabila mana-mana syarikat tidak mematuhi dan RM50,000 ini adalah untuk setiap pekerja. Akan tetapi, daripada segi meningkatkan denda buat masa ini, mungkin bukan satu pendekatan yang baik memandangkan negara menghadapi kegawatan ekonomi dan banyak syarikat telah menghadapi masalah bukan sahaja disebabkan kegawatan ekonomi, tambahan pula kekurangan tenaga pekerja.
Kalau saya lihat sebelum MCO pertama, jumlah pekerja asing yang mencarum di bawah PERKESO adalah seramai 1.8 juta orang dan hari ini dalam masa setahun angka itu telah turun daripada 1.8 juta orang kepada 1.1 juta orang di mana negara betul-betul menghadapi krisis kekurangan tenaga kerja. Kalau apabila sepertimana saya sebut dalam Dewan yang mulia ini, kalau kita hendak baik pulih ekonomi, yang penting kita perlu meningkatkan produktiviti. Untuk meningkatkan produktiviti, kita perlukan tenaga kerja.
Datuk Seri M. Saravanan
Dalam keadaan seperti ini, mungkin memerlukan waktu dan masa yang sesuai untuk meningkatkan denda tetapi kementerian akan ambil maklum pandangan Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Dato' Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam.
3. Dato' Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam [Kuala Langat] minta Menteri Kesihatan menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi kekurangan pakar perubatan di hospital-hospital kerajaan serta tindakan-tindakan yang diambil untuk menilai serta menyerap pakar perubatan yang sedang bekerja sebagai pekerja kontrak di hospital- hospital kerajaan.
Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
[Membaca sepotong doa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat.
Tuan Yang di-Pertua, sehingga 30 Jun 2021, seramai 6,012 orang pakar perubatan berkhidmat di KKM. Daripada jumlah ini, seramai 5,993 orang adalah pakar perubatan lantikan tetap, hanya 19 orang lagi adalah pakar perubatan kontrak. Bagi menambah jumlah pakar perubatan di KKM, kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif.
Satu, meningkatkan slot tajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) yang membolehkan ramai pegawai perubatan melanjutkan pengajian dalam Program Sarjana Kepakaran. Hal ini sebanyak 1,300 slot telah diperuntukkan pada tahun 2021. Kita bermula pada 2010 dengan hanya 647 slot yang ditingkatkan secara staggered dengan izin. Pada 2017, kita telah memberikan 1,000 slot.
Selain Program Sarjana Kepakaran dengan HLP, pegawai perubatan juga boleh mengikuti pengajian kepakaran melalui Program Latihan Kepakaran Parallel Pathway.
Melalui program ini, seramai 189 orang pegawai perubatan telah berjaya menjadi pakar perubatan pada tahun 2020 berbanding hanya 98 orang pada tahun 2011.
Ketiga, melantik semula secara kontrak pakar-pakar yang telah bersara wajib dan juga mendapatkan perkhidmatan kepakaran daripada pihak swasta menerusi penyampaian perkhidmatan dan penyumberluaran (outsourcing) dengan izin.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pakar perubatan kontrak yang berkhidmat dengan KKM, mereka boleh ditawarkan pelantikan tetap tertakluk kepada
Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
kekosongan jawatan dan kelulusan pelantikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan tambahan satu.
Dato' Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan juga Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya, apakah langkah-langkah yang diambil sehingga sekarang untuk menyelesaikan isu skim- skim baru berkenaan dengan jawatan mereka, gaji mereka, waktu mereka bekerja dan sebagainya.
Saya minta soalan ini Tuan Yang di-Pertua, bila saya masuk skim juga pada tahun 1979, pada waktu itu pun dah doktor-doktor di dalam MMA, MBA, SCHOMOS dan SCODOS semua minta kerajaan untuk ada satu skim yang lain daripada perkhidmatan awam untuk sektor kesihatan. Kita telah nampak sekarang dengan pandemik yang kita telah lalui dua tahun ini, macam mana pentingnya pegawai-pegawai di dalam hospital ini dengan masa yang mereka kerja dan sebagainya untuk kita sudahlah sampai masanya untuk ada skim selain dari apa yang kita ada di perkhidmatan awam ini.
Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Kementerian Kesihatan dan juga saya rayu kepada Tan Sri KSN, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam dan Tan Sri KSB ini, tiga-tiga orang yang tertinggi dalam perkhidmatan awam ini untuk kaji balik.
Sesuailah pada masa sekarang untuk ada skim baharu untuk doktor-doktor yang kita ada sekarang. Kalau tidak ada, apa pun yang kita akan lakukan sekarang, kita akan nampak migration ini dari hospital awam kepada hospital swasta sebab mereka tidak berapa satisfied dengan gaji mereka dan juga promotions mereka di dalam Jabatan Kesihatan sekarang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Langat atas keprihatinan Yang Berhormat kepada para doktor khususnya doktor pakar.
Sebenarnya kerajaan amat prihatin tentang perkara ini dan kita amat bimbang jika berlaku lagi brain drains dengan izin iaitu doktor-doktor pakar berhijrah ke luar.
Pertamanya, kerajaan pada 20 Ogos telah mewujudkan satu jawatankuasa khas.
Ini untuk fokus khusus kepada doktor-doktor yang kontrak seperti mana kita telah bincangkan ini tentang pakar yang kontrak umpamanya iaitu bagaimana dapat ditambah baik lagi dengan keadaan sekarang ini dalam jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Jadi, fokusnya adalah:
(i) khususnya untuk doktor yang di bawah itu ialah peruntukan yang setara dengan HLP;
(ii) jawatan tetap untuk tambahan pada new facilities dan juga facility yang telah dinaiktarafkan, juga menyediakan pekerjaan
(job) kepada kementerian-kementerian lain, agensi dan swasta;
(iii) pindaan akta, pindaan akta ini melibatkan Akta Perubatan, Akta Pergigian 1951 dan juga Akta Farmasi 1950. Bagaimana tentang latihan siswazah, bagaimana tentang latihan kepakaran dan juga khidmat wajib. Kerajaan sedang mempertimbangkan, berbincang dengan JPA tentang pindaan Akta Pencen 1980 supaya menjadi lebih baik lagi.
Jadi ini benda-benda yang telah dilakukan oleh kerajaan. Kalau kita dapat lihat hari ini, saya hendak ucap tahniahlah kepada pakar-pakar yang masih lagi bersama-sama dengan kerajaan hari ini kerana ini satu pengorbanan yang besar, satu tanda kesetiaan yang hebat, saya ucapkan tahniah. Kerajaan melakukan beberapa perkara melibatkan penambahbaikan kepada pakar-pakar iaitu:
(i) bayaran insentif pakar dinaikkan sehingga RM3,000 – ini insentif;
(ii) bayaran elaun kerja luar atau on call dinaikkan daripada pada hari biasa RM230, cuti umum RM250;
(iii) insentif penempatan pakar-pakar yang sudi pergi ke Sabah dan Sarawak malah kalau di kawasan bandar diberikan
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
RM2,000 di kawasan luar bandar diberikan sehingga maksimum RM2,500;
(iv) pakar-pakar juga dibenarkan buat lokum seperti juga doktor- doktor yang lain;
(v) mereka yang memerlukan pembedahan elektif pada hari cuti umum, hari Sabtu diberikan ganjaran insentif khas sebanyak RM200 satu jam;
(vi) kerajaan melaksanakan full paying patient, bermaknanya ada 10 buah hospital KKM yang melaksanakan full paying patient, bermakna doktor-doktor ini boleh mendapat pendapatan tambahan jika ada lebih kerajinan untuk bekerja dan pesakit- pesakit ini membayar untuk doktor-doktor pakar ini;
(vii) kenaikan pangkat, ini bercakap tentang kenaikan yang khususlah kepada apa Yang Berhormat Kuala Langat tanya tadi, kenaikan pangkat lebih cepat berdasarkan tempoh perkhidmatan (time-based) dengan izin yang dimulakan pada tahun 2010. Contohnya bagi pegawai perubatan yang diwartakan sebagai pakar dan telah berkhidmat selama sembilan tahun, mereka boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat terus ke gred UD54;
(viii) menambah baik kenaikan pangkat Pegawai Perubatan Pakar dengan memperkenalkan gred lapisan Pakar Perubatan UD56 mulai 2017 dengan penambahan emolumen sebanyak RM2,000 sebulan; dan
(ix) memberi peluang kepada pakar-pakar untuk melanjutkan kepakaran kepada subkepakaran dan diberikan peluang dan juga peluang untuk latihan di luar negara bagi kursus-kursus yang pendek.
Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah dan berterima kasih banyak kepada pakar-pakar yang masih ada di kerajaan, di KKM dapat membantu kerajaan untuk menyelesaikan masalah pesakit dan rakyat Malaysia sekaliannya. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Saya dengar jawapan daripada Yang Berhormat Rembau pada 15 September menjawab soalan Yang Berhormat Tangga Batu dan kemudian saya membaca paparan media. Dia menyebut begini soal isu pakar.
“Jumlah doktor pakar di negara kita hari ini 13,000 orang, hari ini. Negara patut ada 28,000 orang doktor pakar pada 2030...”.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Tuan Yang di-Pertua, sembilan tahun lagi kita kena ada 28,000. Sekarang 13,000.
Jawapan Yang Berhormat Menteri tadi sebut doktor pakar di Kementerian Kesihatan ada 6,000 sekarang. Bermaksud 7,000 ada pada perkhidmatan swasta. Dalam masa sembilan tahun ini, apakah sasaran untuk meningkatkan 28,000 doktor pakar di negara kita? Satu sasaran yang realistik. Isu ini penting sebab kekurangan doktor pakar menyebabkan tempoh menunggu yang lama kepada rakyat, terutama di klinik-klinik kerajaan.
Cabarannya Tuan Yang di-Pertua ialah Yang Berhormat Menteri juga mengumumkan bahawa di antara 2016 hingga 2021, 5,000 doktor telah meletak jawatan.
Dalam 5,000 itu, seramai 1,000 doktor pakar yang resign daripada 2016 hingga 2021.
Soalan saya, apakah penjelasan dan usaha yang telah diberikan tadi dalam jawapan— latihan, pengajian kepakaran, lantikan kontrak, tawaran gaji dan sebagainya itu mampu untuk mencapai sasaran sembilan tahun dari sekarang 28,000 doktor pakar. Realistik atau tidak?
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Yang Berhormat Kulim- Bandar Baharu atas keprihatinan yang melihat kepada angka-angka yang realistik. Kalau kita lihat daripada peletakan jawatan 2016 hingga sekarang ini memang menghampiri iaitu 948 dan kadarnya berkurangan sejak 2019. Seperti yang saya sebutkan tadi, kerajaan pada hari ini memujuk, memberikan promosi, memberikan pengiktirafan dan memberikan penambahbaikan kepada pakar-pakar untuk return dalam kerajaan.
Itu, that is dengan izin reduce the brain drain dan juga usaha yang dilakukan untuk membolehkan ramai lagi doktor-doktor yang baharu ini mengikuti kursus kepakaran.
Memang kalau kita lihat tentulah dengan keadaan yang kita ada sekarang ini dan banyaknya yang telah berhijrah keluar dan kita hendak target sampai 28,000 satu mungkin angka yang agak kalau saya kata realistik pun agak terkejut. Akan tetapi kita dapat merapatkan jurang itu.
Begitu juga kita dapat melaksanakan kursus kepakaran sarjana yang sekian lama di adakan di negara ini dan juga kursus yang kita katakan sebagai latihan kepakaran parallel pathway yang mana hari ini jawatankuasa khas yang ditubuhkan pada 20 Ogos tahun ini memberi fokus kepada bagaimana kita dapat memohon daripada MOF atau daripada Ministry of Finance, dana yang lebih setara dengan hadiah latihan persekutuan ini. Dengan ini akan menimbulkan minat lagi dan kebolehlaksanaan doktor-doktor baharu ini melatih diri dalam bidang-bidang kepakaran yang diminati.
Jadi, Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu satu soalan yang baik, yang prihatin dan saya memang selalu berfikir tentang perkara ini. Bagaimana kita hendak menambahkan lagi doktor-doktor pakar kita dan mengurangkan penghijrahan doktor- doktor pakar KKM keluar dan memanggil balik kalau boleh doktor-doktor pakar yang hebat di luar negara dari Malaysia untuk pulang ke sini untuk menabur jasa bakti menolong rakyat di Malaysia ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Tuan Noor Amin bin Ahmad.
4. Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah bantuan yang diberikan kepada pengusaha sukan di seluruh negara dan berapa ramai yang terpaksa gulung tikar sejak Mac 2020.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Dato’ Sri Ti Lian Ker
Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Tuan Yang di-Pertua, pandemik COVID-19 memang memberi kesan dan impak yang besar pada ekosistem sukan dan pengusaha sukan. Perniagaan terjejas, pendapatan merosot, ada yang merugikan serta tekanan pembayaran balik pinjaman merunsingkan.
Kementerian Belia dan Sukan amat memahami keresahan yang dialami oleh para penggiat industri sukan kesan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa. Pelbagai kesulitan yang dialami oleh para pengusaha dan pekerja kerana tidak dapat beroperasi dan meneruskan perniagaan. Antaranya termasuklah tanggungan hutang dan pemberhentian kerja serta ada yang terpaksa menutup perniagaan.
Berdasarkan semakan yang dibuat oleh pihak kementerian bermula 1 Januari sehinggalah 31 Disember 2020, hampir 1,968 buah syarikat dan perniagaan berkaitan sukan terpaksa menamatkan operasi kerana kekurangan modal pusingan, tidak dapat menampung kos operasi dan sebagainya. Sebahagian besar daripadanya ialah promoter dan penganjur acara sukan, perniagaan runcit barangan sukan serta pusat kecergasan.
Kajian persepsi pemegang taruh ke atas kesan COVID-19 terhadap industri sukan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada tahun 2020 pula menunjukkan 93.2 peratus daripada pemain industri terkesan, dengan 58.8 peratus menyatakan bahawa mereka memerlukan kewangan yang sewajarnya bagi memastikan kelangsungan perniagaan dan operasi.
Bagi membantu penggiat industri sukan yang terjejas, Kementerian Belia dan Sukan pada 5 hari bulan 2021 telah mengumumkan beberapa inisiatif prihatin belia dan
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Dato’ Sri Ti Lian Ker
sukan khusus untuk penggiat industri sukan di Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID-19. Inisiatif-inisiatif tersebut telah diwujudkan sebagai usaha KBS dalam menambah nilai, menyokong pelaksanaan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang telah diumumkan oleh kerajaan pada 28 Jun 2021.
Inisiatif prihatin belia dan sukan yang ditawarkan adalah inisiatif pertama, Geran Prihatin Industri Sukan. Bantuan berbentuk secara one-off sebanyak RM3,000 dengan keutamaan kepada ‘operator’ dan pengusaha fasiliti sukan dan rekreasi komersial yang terjejas kerana tidak dapat beroperasi sepanjang tempoh PKP. Geran ini berupaya memanfaatkan kira-kira 6,000 syarikat perniagaan berdaftar berkaitan industri sukan dengan peruntukkan sebanyak RM18 juta. Bermula 5 Julai 2021 sehingga kini, KBS telah menerima sebanyak 4,618 permohonan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,432 permohonan telah pun diluluskan dengan sepenuhnya.
Inisiatif yang kedua, surat sokongan moratorium bagi pemain industri sukan.
Selaras dengan inisiatif PEMULIH, peminjam individu sama ada B40, M40 mahupun T20 dan juga usahawan mikro layak memohon pada pihak bank bagi mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik. Bagi memudahkan cara permohonan moratorium untuk pengusaha industri sukan, KBS menawarkan bantuan dengan menyediakan surat pengesahan KBS bagi menyokong permohonan moratorium di mana-mana bank pilihan.
Inisiatif yang ketiga, inisiatif sewaan dan operator perniagaan fasiliti sukan KBS.
KBS turut memberikan insentif sewaan fasiliti sukan dan sosial dan rekreasi di bawah seliaan KBS pada kadar 50 peratus sehingga Disember 2021. Insentif sewaan ini terpakai pada fasiliti sukan dan rekreasi di bawah seliaan Majlis Sukan Negara, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan dan Impact Integrated.
Dalam masa yang sama, operator perniagaan di fasiliti KBS turut mendapat kelebihan pengecualian 50 peratus kadar sewaan sehingga bulan Disember 2021.
Sehingga 22 September 2021, insentif ini telah memberi manfaat kepada 81 operator perniagaan di fasiliti sukan di bawah seliaan KBS melibatkan peruntukkan sebanyak RM1,372,044.60.
Inisiatif keempat, tawaran MyVac khusus untuk pekerja industri sukan. Dalam membela nasib dan penyokong para penggiat industri sukan yang terkesan khususnya para pekerja yang mungkin terpaksa mengambil cuti tanpa gaji atau ditamatkan perkhidmatan, KBS menyediakan 1,000 slot Malaysia Vaccine Support Volunteers
(MyVac) khas kepada para pekerja industri sukan yang berdaftar. Sehingga kini, sebanyak 591 permohonan telah diterima dan 192 sukarelawan dari kalangan para pekerja industri sukan telah diberi penempatan di PPV.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan - Dato’ Sri Ti Lian Ker
Inisiatif yang kelima, penambah baik skim pembiayaan industri sukan. Memahami kesulitan yang dialami oleh para pemain industri sukan, KBS dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) telah menyediakan skim pembiayaan mudah kepada pemain industri sukan dan rekreasi terutamanya operator pengusaha premis komersial yang terjejas akibat penutupan sektor sukan di bawah inisiatif skim pembiayaan industri sukan dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM20 juta.
Sehingga kini sebanyak 64 permohonan skim pembiayaan industri sukan telah diterima dengan pecahan 57 permohonan bagi pinjaman di bawah TEKUN Nasional dan tujuh permohonan bagi pinjaman di bawah Bank Rakyat. Daripada jumlah tersebut 50 permohonan telah diluluskan dengan pembiayaan RM5.24 juta.
Tuan Yang di-Pertua
Boleh ringkaskan.
Dato’ Sri Ti Lian Ker
Inisiatif keenam program vaksinasi industri juga sedang giat dijalankan oleh KBS bagi membolehkan pegiat industri sukan diberikan keutamaan untuk menerima vaksin inisiatif.
Inisiatif ketujuh penawaran kursus berkaitan sukan secara percuma yang melibatkan Coaching Foundation Programme, Communication Towards Professionalism in Sports, Program Bootcamp Golf Services, Sport Massage.
Dato’ Sri Ti Lian Ker
Akhirnya inisiatif yang kelapan iaitu melibatkan pengecualian fi pembaharuan lesen yang di mana 635 buah premis berlesen telah menjalankan aktiviti seperti aerobik, pusat kecergasan gimnasium, pusat permainan dan sukan dan menjual peralatan kecergasan dan sukan.
KBS amat memahami kesukaran yang dihadapi oleh penggiat industri sukan sepertimana industri lain yang terjejas teruk akibat daripada pandemik COVID-19. Satu- satunya jalan untuk memastikan...
Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan
Ini bagi taklimat atau jawab soalan.
Dato’ Sri Ti Lian Ker
Kita dapat keluar daripada keadaan...
Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan
Tidak tahu ikut masa kah?
Dato’ Sri Ti Lian Ker
...Adalah dengan pembukaan semula sepenuhnya sektor sukan dan rekreasi. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Saya harap lain kali apabila jawab soalan kita boleh terus ke poinnya, straight to the point ya kerana kalau panjang sangat soalan itu, maka soalan- soalan tambahan itu akan terpaksa tidak dibenarkan. Yang Berhormat Kangar silakan.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bertanya dengan pihak kementerian tadi disebutkan hampir 2,000 iaitu 1,998 syarikat terpaksa ditamatkan operasi dalam tempoh sejak daripada kita memperkenalkan PKP.
Bantuan-bantuan yang diumumkan tadi bermula daripada Jun 2021. Namun apakah nasib mereka yang telah terpaksa menamatkan operasi ini. Berapa ramai daripada kalangan mereka diberikan insentif untuk memulakan semula operasi.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, dipersilakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Sri Ti Lian Ker
Ini melibatkan angka saya akan jawab secara bertulis.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Saya tidak benarkan soalan tambahan kedua kerana sudah panjang tadi jawapan. Terima kasih. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Kinabatangan.
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam
Soalan tambahan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, sebelum kita teruskan dengan pertanyaan, saya mendapat usul dari Yang Berhormat Tenom mengenai perkataan ‘bodoh’ yang Yang Berhormat gunakan minggu lepas dan mengenai juga tuduhan Yang Berhormat bahawa Kerajaan Pakatan Harapan telah memotong peruntukan.
Saya telah melihat Hansard dan juga Hansard mengenai jawapan Menteri Kerja Raya mengenai isu yang sama. Isu itu saya akan menjawab kepada Yang Berhormat Tenom, cuma satu isu perkataan ‘bodoh’ itu, saya hendak minta Yang Berhormat Kinabatangan menarik balik perkataan itu dan meminta maaf kepada Dewan yang mulia.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya pun tidak tahu. Saya sedang berhujah, tiba-tiba satu orang yang tangkap mic tanpa berdiri. Jadi, siapa yang makan lada dia rasa pedaslah. Walau bagaimanapun untuk menghormati Dewan yang mulia saya tarik balik, saya akur dan saya memohon maaf kepada Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Maaf diterima.
5. Dato' Sri Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan apakah usaha kementerian dalam memastikan para peniaga kecil sederhana mampu berhadapan dengan cabaran perniagaan di kala pandemik COVID-19 dan apakah statistik perniagaan yang telah 'gulung tikar' ekoran terkesan dengan pandemik COVID-19.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Tan Sri Noh bin Haji Omar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon izin untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kinabatangan ini bersekali dengan soalan daripada Yang Berhormat Pontian dan juga Yang Berhormat Jerlun pada tarikh 28 September 2021 kerana isunya sama.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat MEDAC telah membentuk satu jawatankuasa khas atau task force di peringkat kementerian bagi membantu usahawan pasca pandemik COVID-19. Melalui pembentukan task force pihak kementerian sedang mengambil tindakan segera dalam tempoh masa jangka pendek di bawah sasaran KPI 100 hari dengan memberikan fokus kepada tiga pendekatan utama. Seperti berikut:
(i) memulihkan usahawan dan koperasi terjejas melalui bantuan pembiayaan di mana sebanyak 26 program dengan peruntukan sebanyak RM7.06 bilion, ini termasuk dengan moratorium lebih kurang RM5 bilion yang kita beri kepada usahawan-usahawan ini. Program ini akan melibatkan 192,541 yang akan menerima manfaatnya;
(ii) membantu golongan yang hilang pekerjaan, belia dan juga graduan, golongan asnaf dan juga OKU untuk diberi bidang keusahawanan yang mengandungi pelaksanaan 15 program dengan peruntukan sebanyak RM40.4 juta dan melibatkan 2,570 orang penerima manfaat; dan
(iii) memperkukuhkan daya tahan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melalui adaptasi teknologi digital yang merangkumi pelaksanaan 11 program dengan peruntukan sebanyak RM14.8 juta dan melibatkan 8,950 penerima manfaat.
Di antara program yang akan dilancarkan ialah program pemasaran online TEKUN, Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera, Program Pembangunan Usahawan Mikro (BizMe) Micro Corrector. Kajian Impak Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 ke atas landskap usahawan di Malaysia pada 15 Jun hingga 28 Jun 2021, menunjukkan terdapat hampir 37,415 perniagaan telah pun gulung tikar. Di mana majoritinya adalah usahawan mikro iaitu sebanyak 26,007 dan diikuti dengan perusahaan kecil dan sederhana sebanyak 2,738.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan pertama. Yang Berhormat Kinabatangan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Yang Berhormat Menteri di mana jelas kerajaan telah dengan begitu berkomitmen tinggi untuk membantu mempertingkatkan usahawan kecil dan sederhana ini. Yang Berhormat Menteri bahawa kita maklum di negara ini usahawan kecil dan sederhana adalah juga engine penyumbang ke arah untuk pemulihan dan mempertingkatkan ekonomi negara.
Soalan saya adakah kementerian ini telah dan ataupun mencernakan program- program yang lebih komprehensif dan drastik untuk memastikan bahawa mereka juga terbela untung nasib mereka sebab serangan COVID-19 ini telah menghancurkan berpuluh-puluh ribu usahawan kecil dan sederhana dan mereka perlu pembelaan yang seterusnya daripada kerajaan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri.
Tan Sri Noh bin Haji Omar
Terima kasih Yang Berhormat di atas keprihatinan Yang Berhormat Kinabatangan. Seperti yang telah saya nyatakan tadi, kita telah mengaturkan pelbagai program. Namun demikian saya tidak nafikan bahawa kadang- kadang kelewatan untuk melaksanakan program sebagai contoh apabila kita pihak MEDAC mendapat permohonan, kita kena semak sama ada CTOS ataupun ada pinjaman CCRIS pelajar yang membuat pinjaman pelajaran daripada PTPTN sebagai contoh ia senarai sebagai CCRIS.
Tan Sri Noh bin Haji Omar
Jadi untuk kita dalam tempoh pandemik, maka saya hendak maklumkan bahawa MEDAC akan mengetepikan proses CTOS dan CCRIS ini supaya dapat dipercepatkan permohonan-permohonan ini terutamanya kalau menggunakan peruntukan daripada pihak kerajaan, ini kita akan– So, kita harap jangan tidak adanya CTOS dan CCRIS, maka cepat untuk kita meluluskan permohonan.
Kita juga akan menubuhkan jawatankuasa pemantauan supaya hendak pastikan kalau agensi ini telah berjanji akan memberikan kelulusan dalam tempoh 10 hari. Kalau ada mana-man usahawan kompelin, dia minta sampai tiga bulan baru dapat kelulusan sebagai contoh. Maka jawatankuasa pemantau ini akan menyiasat mengapakah perkara ini boleh berlaku
Tan Sri Noh bin Haji Omar
Hendak memastikan bahawa usahawan yang sedang menghadapi masalah pada hari ini dapat dibantu setelah kerajaan memberikan pelbagai peruntukan dengan begitu banyak untuk membantu usahawan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat Kepong.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya apakah pandangan kerajaan dengan cadangan bahawa kerajaan memberikan microfinancing dengan kadar interest yang rendah kepada para peniaga kecil sederhana yang terjejas kerana COVID-19 ini? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Menteri.
Tan Sri Noh bin Haji Omar
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Saya hendak memaklumkan memang kita memberikan perhatian. Sebagai contoh, saya sudah lupa ada satu skim di bawah TEKUN yang memberikan kepada mikro zero interest, tak ada interest, ada satu skim. Dalam masa yang sama, kalau kita melihat dan memberikan bantuan untuk mengatasi masalah pandemik ini ada juga agensi yang hanya mengenakan dua peratus sahaja interestnya.
Jadi, memang kita mengambil kira kerana tujuan kita untuk menolong usahawan menghadapi pandemik ini, bukan hendak mencari untung tetapi hendak membantu usahawan dengan usaha ini, apabila mereka pulih semula walaupun mereka usahawan mikro tetapi dia akan dapat membantu peningkatan diri mereka sendiri dan juga membantu membangunkan semula ekonomi negara. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Seterusnya, Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad bin Hassan.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Sebelum saya meneruskan saya ingin berpantun; Kembang gula di tepi perigi, Untuk diminum dengan jamu, Ke mana pun Yang Berhormat Timbalan Menteri pergi, Soalan nombor 6 pasti menunggu mu.
6. Tuan Haji Ahmad bin Hassan [Papar] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan jumlah serta sumber keuntungan bersih FELCRA Berhad setakat 31 Ogos 2021 dan signifikasi setiap satu anak syarikat yang masih wujud terhadap kelangsungan operasi perniagaan FELCRA Berhad.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak boleh pergi mana.
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II - Datuk Haji Hasbi bin Habibollah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Papar.
Kami minta maaflah, kami ini cakap Brunei sedikit, endak ku dapat menjawab pantun kita itu.
[Ketawa] Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua, sehingga 31 Ogos tahun 2021 Kumpulan FELCRA Berhad telah menjana perolehan sebanyak RM1.277 bilion dengan keuntungan bersih selepas cukai berjumlah RM88.7 juta. Sumber utama di dalam
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II - Datuk Haji Hasbi bin Habibollah
penjanaan perolehan dan keuntungan Kumpulan FELCRA Berhad adalah daripada dua aktiviti utama syarikat iaitu perladangan dan perkilangan.
Sehingga kini, jumlah anak syarikat yang berstatus aktif adalah sebanyak 20 buah syarikat. Hampir keseluruhan anak syarikat adalah milik penuh FELCRA Berhad yang terdiri daripada pelbagai bidang. Anak syarikat yang memperolehi keuntungan pada setiap hujung tahun akan memberi pulangan berbentuk dividen kepada syarikat induk dan ini secara tidak langsung akan memberi manfaat kepada para peserta.
Anak-anak syarikat ini bertindak sebagai dengan izin, supporting vehicle di dalam memastikan teras utama FELCRA Berhad terus dipacu dan memberi impak kepada penjanaan keuntungan syarikat keseluruhannya. Manakala bagi projek-projek peserta di seluruh negara yang diuruskan oleh FELCRA Berhad atau dikenali sebagai Projek Penyatuan dan Pemulihan, FELCRA Berhad telah mengagihkan keuntungan projek dalam bentuk agihan bulanan dan agihan interim pertama untuk tahun 2021 ialah sebanyak RM78.48 juta.
Agihan interim pertama untuk tahun 2021 ini telah dibayar dalam bulan Ogos tahun ini dan merupakan keuntungan yang dijana bagi tempoh Januari hingga April tahun 2021 ini. Agihan interim kedua untuk tahun 2021 dijangka pada bulan Disember 2021 dan ketiga pula pada bulan Mac 2022. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, soalan tambahan pertama.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
[Bercakap dalam bahasa Brunei] Jelas benar jua tu jawapan atu. Jadi, soalan saya yang kedua ialah menerusi Program Tanggungjawab Sosial Koperasi (CSR) FELCRA Sabah, berapakah jumlah dana yang telah dibelanjakan untuk Program CSR di Sabah khasnya dan di P.175 amnya?
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, silakan.
Datuk Haji Hasbi bin Habibollah
Terima kasih Yang Berhormat Papar. Untuk di negeri Sabah, CSR sebagai mana yang di soal oleh Yang Berhormat, sehingga kini FELCRA Berhad telah memajukan kira-kira 7,000 hektar tanah di wilayah Sabah yang dapat memberi manfaat kepada 2,316 peserta.
Adalah menjadi tanggungjawab sosial FELCRA Berhad untuk memastikan peserta menerima bantuan CSR bagi memperkasa kesejahteraan mereka. Bagi tahun 2021 ini, sejumlah RM242,700 telah diperuntukkan bagi membiayai program-program menaik taraf amenity sosial seperti dewan orang ramai, surau dan kemudahan sukan. Di samping itu, terdapat juga program menaikkan taraf premis perniagaan untuk usahawan- usahawan dalam kalangan peserta.
Untuk makluman Yang Berhormat Papar, di Papar tiada projek dan penempatan FELCRA. Walaupun demikian, terdapat sebuah ladang berdekatan di Kampung Gana yang mana sekiranya dilaksanakan sebarang program melibatkan dengan izin, community engagement, masyarakat di Papar akan turut dijemput hadir ke program ini dan antaranya ialah seperti kenduri-kendara kampung, Program Kempen Kebersihan Kampung dan juga program pendidikan untuk pelajar seperti program tuisyen untuk luar bandar melalui Program Yayasan FELCRA. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Rompin.
Puan Rubiah binti Wang - Kota Samarahan
Kota Samarahan.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Rompin.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin - Rompin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Banyak rungutan daripada peserta-peserta FELCRA terutamanya di Rompin bahawa pengeluaran hasil ladang FELCRA tidaklah sebaik ladang FELDA ataupun ladang swasta.
Apakah usaha-usaha untuk meningkatkan lagi produktiviti dan pengeluaran hasil ladang FELCRA kerana dengan harga yang baik ini dapat memberi pulangan yang tinggi kepada peserta-peserta Tanah Rancangan FELCRA terutama di Rompin dan di seluruh negara.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat.
Datuk Haji Hasbi bin Habibollah
Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Saya melihat jawapan untuk jawapan ini ialah lebih kepada langkah-langkah pemulihan FELCRA itu sendiri ya secara umum.
FELCRA telah mengalami saat dan cabaran yang pelbagai. Di antara langkah- langkah utama yang telah dan sedang dan akan dilaksanakan untuk mengatasi-mengatasi cabaran-cabaran ini termasuklah sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Rompin, penghasilan dan juga produktiviti.
Satu ialah memperkasa operasi ladang secara maksimum dengan mengamalkan good agricultural practices. Keduanya, ialah menyusun semula struktur organisasi dengan jelas untuk memisahkan operasi mandat sosial dan komersial. Ketiganya, tidak lain dan tidak bukan ialah memohon bantuan suntikan dana pinjaman dan geran daripada kerajaan. Sekian, terima kasih.
7. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan rancangan kementerian untuk menyelesaikan masalah kesesakan penjara pada waktu ini berikutan penularan jangkitan yang pantas di kalangan banduan terutamanya jangkitan COVID-19.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, statistik Jabatan Penjara Malaysia sehingga 25 Ogos 2021 menunjukkan jumlah keseluruhan banduan di penjara adalah seramai 69,507 orang yang mana telah melebihi kapasiti sebenar sejumlah 61,242 iaitu pada kadar 13.50 peratus bersamaan dengan melebihi kapasiti sejumlah 8,265.
Jabatan Penjara Malaysia melalui Kementerian Dalam Negeri telah mengambil beberapa tindakan bagi mengurangkan kesesakan dan tindakan-tindakan berkenaan turut berkaitan dengan langkah mengurangkan penularan wabak COVID-19 di seluruh institusi penjara. Antaranya ialah pemindahan banduan dari satu penjara ke penjara lain yang tidak sesak.
Kedua, Jabatan Penjara Malaysia dengan sokongan Kementerian Dalam Negeri telah mewujudkan beberapa penjara sementara. Sebanyak 13 bekas kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah diubahsuai sebagai penjara satelit untuk penempatan banduan yang baharu untuk tujuan pengasingan sebelum dimasukkan ke penjara.
Penjara sementara ini telah diwartakan di bawah seksyen 3, Akta Penjara 1995 dan sebagai admission prison.
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Ketiga, selain itu Jabatan Penjara Malaysia turut mewujudkan pusat transit penerimaan (PTP) di institusi penjara bagi mengurangkan tahap kebolehjangkitan COVID- 19 dalam kalangan banduan serta mengurangkan kesesakan untuk menempatkan banduan sabitan dan reman kategori risiko keselamatan minimum dengan mengambil kira keperluan pengasingan berdasarkan tarikh-tarikh kemasukan.
Keempat, selaras dengan hala tuju Jabatan Penjara Malaysia iaitu dua per tiga banduan sabitan yang layak akan menjalani latihan di luar tembok penjara atau pemulihan dalam komuniti (PDK) dengan langkah-langkah mengurangkan kesesakan melalui pelaksanaan dan pemerkasaan iaitu;
(i) pelepasan secara perintah parol;
(ii) perintah kehadiran wajib;
(iii) pelepasan awal 14 hari keistimewaan bagi banduan peringkat khas;
(iv) Program Reintegrasi Penghuni-Industri;
(v) Program Corporate Smart Internship;
(vi) pelepasan banduan secara lesen;
Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
(vii) pusat pemulihan pemasyarakatan ataupun Program Reintegrasi Pengundi; dan
(viii) rumah perantaraan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan tambahan pertama.
Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli - Dungun
Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berikutan kesesakan penjara sekarang ini, dalam keadaan masih juga ada penyakit-penyakit berjangkit yang lain bukan sahaja COVID-19 seperti influenza, TB, Hepatitis C yang juga boleh membawa maut di kalangan banduan, apakah rancangan sekarang dan masa akan datang kementerian menangani masalah ini?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, bahawa memang setiap masa penjara mewujudkan beberapa buah bilik khas untuk menempatkan rawatan penyakit berjangkit sepertimana yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat untuk penyakit TB, kusta dan lain-lain penyakit yang berjangkit.
Kedua, kita mewujudkan klinik penjara iaitu pegawai perubatan KKM dan dilengkapi dengan fasiliti wad. Ketiga, iaitu bilik khas rawatan bagi banduan dan tahanan yang tidak mampu untuk menguruskan diri. Jadi, saya percaya bahawa selain daripada COVID-19, Jabatan Penjara Malaysia memastikan apabila ada penyakit berjangkit, kita akan asingkan banduan-banduan tersebut. Terima kasih.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Soalan tambahan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan
Mesyuarat] Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya terlebih dahulu ingin berterima kasih kepada Kementerian Kesihatan pada hari ini dan kelmarin, kita dapat pengumuman bahawa murid-murid sudah mula diberi vaksinasi. Ini adalah berita baik.
Sebagai seorang peguam yang selalu mengendalikan kes-kes capital punishment, kes 39B, kes bunuh dan sebagainya. Setiap kali apabila kes ditetapkan untuk bicara, kita dapati bahawa perbicaraan ditangguhkan kerana terdapat kes-kes COVID-19 berlaku di penjara, umpamanya di Penjara Pulau Pinang. Saya juga turut simpati dengan ahli keluarga yang masih menunggu perbicaraan mereka di mahkamah. Ramai daripada mereka dituduh untuk kesalahan-kesalahan berat dan juga kesalahan-kesalahan kecil.
Jadi, persoalan saya ialah bilakah berita baik akan diumumkan oleh kerajaan bahawa banduan-banduan di penjara juga akan diberi perhatian untuk mendapat vaksinasi. Ini adalah berita baik yang saya tunggu. Pada masa yang sama, soalan saya adalah bagaimana pula dengan banduan-banduan BA atau banduan akhir iaitu sudah pun didapati bersalah, dihukum hukuman gantung dan sedang membuat rayuan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk clemency dengan izin. Adakah mereka juga akan diberi perhatian dan diberi vaksinasi.
Jadi, persoalan saya dengan ringkasnya, bilakah banduan-banduan di penjara- penjara di Malaysia, sama ada kesalahan-kesalahan berat atau kesalahan-kesalahan kecil
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
akan mula diberikan vaksinasi. Satu lagi soalan ialah apakah vaksin yang akan diberikan kepada mereka.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Permintaan saya, mereka juga wajib dan wajar diberi vaksin yang terbaik iaitu Pfizer. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said
Terima kasih Yang Berhormat sahabat saya selalu ambil berat tentang masalah rakyat terutamanya sekali banduan- banduan yang berada di dalam penjara. Memang saya akui bahawa kumulatif kes positif COVID-19 yang melibatkan banduan dan juga kakitangan serta keluarga adalah sehingga kini adalah seramai 51,123 orang termasuk baby yang dilahirkan seramai sembilan orang.
Kita percaya bahawa Kementerian Dalam Negeri sentiasa memastikan semua anggota dan juga klien kita yang berada di dalam penjara akan menerima suntikan vaksin dan kita akan buat secara berkala dan memastikan supaya tindakan terus dapat dilakukan.
Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Pertanyaan jawab lisan seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Tuan Hassan bin Abdul Karim, Pasir Gudang.
8. Tuan Hassan bin Abdul Karim [Pasir Gudang] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan apakah langkah jangka panjang yang telah diambil, selain mengadakan kawalan harga untuk menentukan harga ayam di pasaran dapat mencapai keseimbangan antara kepentingan pengguna dan kepentingan pengeluar, pemborong serta peruncit dalam rantaian bekalan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, kementerian tidak memandang ringan isu ini dan sentiasa memastikan harga barangan keperluan terutamanya bahan makanan sentiasa berada di pasaran pada harga yang munasabah. Harga ayam dipantau pada setiap masa bagi memastikan ia tidak mengalami lonjakan dan peniaga tidak cuba menaikkan harga bagi mengaut keuntungan berlebihan.
Kementerian juga menguatkuasakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 ke atas mana-mana peniaga yang cuba mengaut keuntungan secara luar biasa. Penetapan harga kawalan melalui Skim Harga Maksimum Musim Perayaan
(SHMMP) juga merupakan antara langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan harganya tidak melambung tinggi pada saat musim-musim perayaan.
Antara langkah-langkah lain yang telah diambil oleh kementerian dalam memastikan bekalan mencukupi di pasaran adalah seperti berikut. Pertama, pemantauan di atas 20 buah syarikat pengeluar ayam pedaging utama yang merangkumi tiga syarikat integrator dan sebanyak 17 buah syarikat non-integrator pemantauan ini dilakukan bagi mengesan lebih awal risiko-risiko gangguan ayam pedaging di peringkat pengeluaran supaya tindakan sewajarnya dapat diambil bagi memastikan bekalan ayam di pasaran sentiasa stabil.
Kedua, unjuran pengeluaran ayam dilakukan setiap bulan bagi membolehkan kementerian merangka pelan tindakan sewajarnya sekiranya dijangkakan akan berlaku kekurangan bekalan ayam di pasaran. Unjuran pengeluaran secara bulanan tersebut mampu memastikan jumlah pengeluaran ayam mencukupi untuk keperluan rakyat Malaysia setiap bulan dan juga pada musim-musim perayaan.
Ketiga, kementerian sentiasa menjalankan kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi memastikan bekalan ayam mencukupi
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
melalui Mesyuarat Kumpulan Kerja Kluster Kebolehcapaian, Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara.
Keempat, pada 17 September 2021 yang lepas kementerian turut mengadakan perbincangan bersama dengan Federation of Livestock Farmers Associations of Malaysia untuk mendapatkan input bagi mencari jalan penyelesaian jangka panjang yang terbaik bagi isu ini. Kementerian juga telah menggerakkan lebih 1,000 orang pegawai pemantau harga dan lebih 2,000 orang anggota penguat kuasa khusus untuk memantau situasi ini.
Data yang telah dikemas kini menunjukkan sepanjang tempoh pemeriksaan Ops Catut 8.0 iaitu bagi pengeluar, penternak, pengilang dan pemborong ayam terlibat bermula 5 September hingga 22 September 2021 sebanyak 268 buah premis telah diperiksa membabitkan sebanyak 78 orang pemborong, sebanyak 38 orang penternak dan sebanyak 151 orang peruncit yang terlibat juga pengeluar dan pengilang. Daripada pemeriksaan tersebut, sebanyak 206 notis bertulis semakan harga kepada pemilik premis telah dikeluarkan. Sedikit lagi.
Kementerian turut mengambil pendekatan proaktif untuk mengadakan sesi libat urus dan perbincangan bersama peniaga di peringkat runcit.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Berdasarkan keterlibatan dan rundingan secara langsung ini, sebanyak 508 buah premis telah membuat penurunan harga di seluruh negara di bawah RM9.50. Kementerian juga menggalakkan pengguna untuk terus menyalurkan aduan kepada saluran yang telah disediakan. Pengguna juga boleh membuat perbandingan harga serta perbelanjaan harian mereka melalui aplikasi Price Catcher yang dibangunkan oleh kementerian.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Menteri.
Silakan, Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan saya ialah dalam RMKe-12, adakah telah dirangka dasar jangka pendek, sederhana ataupun jangka panjang untuk menentukan harga ayam di pasaran sentiasa stabil dan mampu dibeli oleh rakyat kita? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Gudang. Silakan Menteri. Masa. satu minit.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Gudang.
Tuan Yang di-Pertua, memang dalam RMKe-12 kesemua ini telah kami bincangkan dan kami membuat libat urus bersama industry players (stakeholders) untuk mendapat pelbagai options dan juga action plan, ya.
Tuan Yang di-Pertua, kenaikan harga ayam berlaku adalah disebabkan oleh pelbagai faktor. Antara faktor utama ialah kenaikan harga makanan ayam iaitu dedak, jagung dan soya yang hampir 100 peratus diimport dari luar– negara luar. Kementerian sentiasa mencari kaedah penyelesaian terbaik untuk membantu penternak-penternak berdasarkan masalah yang mereka hadapi ini. Jadi, hasil dari libat urus bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, juga keterlibatan bersama pihak industri seperti Federation of Livestock Farmers Associations of Malaysia pada 17 September yang saya sebutkan tadi.
Kementerian telah berbincang beberapa kaedah terbaik berhubung perkara ini.
Kementerian juga, Yang Berhormat menyambut baik pandangan Yang Berhormat dan juga pandangan Federation of Livestock Farmers Associations of Malaysia itu supaya mereka diberi dan akan kami teliti perkara-perkara yang dibincangkan.
Antaranya, kemudahan pinjaman mudah (soft loan) bagi tempoh dua hingga tiga tahun sepertimana hasrat yang dikemukakan oleh industri bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) bagi membantu industri mengekalkan jumlah pengeluaran ayam yang mencukupi dan menangani isu peningkatan kos pengeluaran ayam berikutan kenaikan harga. Jadi, harga komponen makanan yang diimport tanpa mengganggu harga ayam di pasaran. Turut juga
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
dibincangkan kaedah-kaedah lain dan kementerian berpandangan boleh disesuaikan dengan keperluan semasa.
Tuan Yang di-Pertua, sedikit lagi. KPDNHEP ada beberapa action plan dalam RM Ke-12 bagi menangani isu kenaikan harga ayam di pasaran. Langah-langkah ini akan kita laksanakan mengikut keadaan dan keperluan semasa, sebab dalam jangka masa yang panjang itu memang ada keadaan yang berbeza dan kita tidak seharusnya mengenakan one size fits all solution. Akan tetapi, kita melihat kepada keadaan semasa supaya kita adil kepada semua iaitu pihak pengguna, peruncit, pemborong dan juga pengeluar ternakan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Menteri.
Soalan tambahan kedua, saya menjemput Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih. Baru-baru ini, lima kali harga ayam naik dalam masa seminggu. Saya ingin bertanya, tadi Menteri sudah menyebut ada notis bertulis tetapi berapa ramai yang dibawa ke mahkamah dan didenda.
Menteri juga menyebut tentang kos jagung, soya, dedak dan ada satu lagi kos anak ayam yang disebut 100 peratus import. Bila kita ingin mengeluarkan dedak sendiri dan tidak mengimport? Ini kerana pasarannya sentiasa diganggu dengan pelbagai sebab. Kita boleh tanam jagung misalnya dan kita boleh memastikan harga ayam yang stabil. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Pontian. Sila, Menteri satu minit.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, yang disebut tadi ialah bukan harga anak ayam. Harga makanan ayam yang hampir 100 peratus kita import. Jadi, bukan harga anak ayam, ya. Jadi, ianya berbeza. Kenaikan harga sebanyak lima kali naik. Ini memang kerana dalam rantaian diberinya memang ada kaitan.
Penternak tidak boleh kita salahkan semata-mata sebab tanggungan mereka, kos sudah menaik kerana dedak ayam.
Akan tetapi, ada di peringkat orang tengah juga berperanan besar dalam kenaikan harga di pasar basah di peruncitan. Jadi, itu telah kami tangani. Jadi, Yang Berhormat Pontian, tidak ada angka yang tepat berapa telah kita hadapkan ke mahkamah. Akan tetapi saya ingin yakinkan, kita bukan menggunakan kaedah secara punitif, hendak bawa dia hadapkan ke mahkamah. Itu bukan cara terbaik sebab kita memahami dalam keadaan masa kita berdepan dalam masalah COVID-19 ini, janganlah KPDNHEP ataupun kerajaan menggunakan cara yang agak terlalu keras kepada mereka yang dalam rantaian ini.
Jadi, kami– saya rasa tidak ada sesiapa setakat hari ini yang di hadap ke mahkamah. Cuma, kita beri amaran yang tegas. Jadi, yang lain tanaman dedak ini satu masalah tapi lebih kepada Kementerian MAFI dengan isu ini. Akan tetapi, saya boleh beri pencerahan sedikit.
Setelah diteliti, negara kita tidak dapat mengeluarkan tanaman jagung yang sebegitu besar volume-nya untuk memberi kepada industri ini, Tuan Yang di-Pertua. Lebih murah untuk kita import sebab itu kita terpaksa import. Akan tetapi kita mengharaplah MAFI ini dalam program food security boleh memikirkan bagaimana pengeluaran makanan ayam ini – makanan jagung ini boleh kita laksanakan. Itu harapan kita. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Menteri.
Saya.. panjang dah jawapan itu
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tuan Yang di-Pertua, minta satu lagi Tuan Yang di-Pertua
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Tuan Yang di- Pertua, minta satu lagi...kenaikan harga bahan binaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
...Saya tidak hendak sebab panjang sudah jawapan itu. Saya ingin seterusnya menjemput Yang Berhormat menjemput Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem, Serian.
9. Dato' Sri Richard Riot anak Jaem [Serian] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah status terkini pembinaan Projek Klinik Kesihatan (Jenis 3) Serian, Sarawak?
Timbalan Menteri Kesihatan II - Datuk Aaron Ago Dagang
Tuan Yang di- Pertua, Ahli Yang Berhormat Serian ingin tahu progress terkini pembinaan klinik kesihatan jenis tiga di Serian. Untuk maklumat ahli Yang Berhormat, projek Klinik Kesihatan jenis tiga di Serian telah diluluskan oleh Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri di bawah Rolling Malaysia keempat pada tahun 2015.
Projek ini dimulakan dengan fasa pertama iaitu kerja-kerja tanah dengan kos RM880 ribu. Kerja-kerja ini di tender pada September 2016 dan kontraktor masuk pada November 2016 dan kerja fasa pertama ini telah pun siap pada Julai 2017. Seterusnya, fasa kedua kerja-kerja pembinaan untuk klinik ini, tender dibuka pada bulan September 2019.
Pelantikan kontraktor pada bulan Mac 2020. Kerja-kerja pembinaan telah pun dimulakan pada 10 Jun 2020 dan kemajuan projek sehingga 31 Ogos 2021 ialah 49.59 peratus berbanding dengan yang dijadualkan sebanyak 65 peratus. Bermakna, kita kelewatan dalam 15 peratus lebih.
Projek dijadualkan siap pada Jun 2022. Klinik kesihatan jenis tiga ini akan menawarkan perkhidmatan pakar luar, klinik ibu dan anak, rawatan pergigian, kecemasan, radiography dan farmasi. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan pertama. Yang Berhormat Serian.
Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem - Serian
Hanya satu. Sepertimana yang telah dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, walaupun sepatutnya progress pembinaan adalah 65 peratus dan setelah dijawab tadi, pencapaiannya ialah 49.5 peratus, namun saya amat berpuas hati kerana saya sendiri telah melihat apa yang berlaku di tapak pembinaan. Saya amat berpuas hati dan saya percaya klinik kesihatan jenis tiga ini akan dapat disiapkan mengikut jadual. So, tidak ada soalan tambahan hanya ucap terima kasih dan syabas kepada kementerian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Hendak respons sebab tiada soalan. Kalau tidak ada, saya teruskan dengan— baik, soalan tambahan yang kedua. Sila Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat Serian agak spesifik kawasan itu tetapi saya ingin mengambil peluang ini Tuan Yang di-Pertua untuk bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan, tentang bagaimanakah perancangan pembinaan dan juga penaiktarafan klinik-klinik ini ada di Sabah? Sebagai contoh, seperti apa yang telah dibuat di Serian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Tuaran, ini soalan spesifik. Ia kena tanya balik soalan asal. Kalau tidak berkenaan, saya tidak benarkan.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Ya, ya, tetapi saya mahu ambil ini...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik, saya tidak benarkan. Saya ingin menjemput seterusnya Yang Berhormat Tuan Lim Lip Eng, Yang Berhormat Kepong.
10. Tuan Lim Lip Eng [Kepong] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan status terkini pemindahan projek insinerator Taman Beringin Kepong dan apakah pampasan ganti rugi yang ditanggung oleh kerajaan susulan penukaran lokasi projek mengikut kontrak insinerator tersebut.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang baik hati.
Terima kasih Yang Berhormat Kepong atas keprihatinan terhadap kebersihan dan kelestarian negara kita.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Jun 2020 telah bersetuju dengan pemindahan lokasi projek loji rawatan sisa pepejal, waste-to-energy (WtE) di Taman Beringin. Perpindahan lokasi pembinaan loji ini ialah dari Taman Beringin, Kuala Lumpur ke Rawang Land 3, Rawang, Selangor.
Pembinaan loji WtE di Rawang Land 3, Rawang dilaksanakan atas tanah seluas 10 ekar daripada keseluruhan 67 ekar tanah yang telah dikenal pasti. Baki tanah akan dijadikan sebagai zon penampan sekurang-kurangnya 500 meter di antara kawasan loji WtE dengan kawasan perumahan berhampiran.
Oleh kerana negeri Selangor terletak di luar skop Akta Pembersihan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 ataupun Akta 672, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Peguam Negara dan pihak syarikat yang terlibat sedang membuat rundingan semula bagi penyediaan dokumen perjanjian pembinaan dan perkhidmatan yang bersesuaian.
Selain itu, berdasarkan rundingan yang sedang dilaksanakan antara pihak-pihak berkenaan dengan syarikat konsesi, tiada cadangan pemberian pampasan oleh Kerajaan Pusat akibat pertukaran lokasi projek dari Kuala Lumpur ke negeri Selangor. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan pertama, sila.
Tuan Lim Lip Eng
Terima kasih. Oleh kerana sebelum sisa sampah dihantar ke insinerator, ia kena diasingkan. Jadi soalan saya, apakah status penguatkuasaan pengasingan sisa sampah dan juga jumlah saman yang telah dikeluarkan setiap tahun bagi tahun 2019 sehingga tahun ini kerana gagal mengasingkan sampah? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kepong. Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Abd Muttalib
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kepong. Sebenarnya pihak kita, pihak berkuasa sentiasa menjalankan penyeliaan dan penguatkuasaan atas tindakan dan memastikan supaya kebersihan sentiasa dijaga dan sampah-sampah yang dibuang sentiasa diawasi, didaftar ke pusat-pusat pelupusan sampah.
Berkenaan dengan saman dan juga oleh kerana saya tidak mempunyai maklumat terkini Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Kepong, saya akan dapatkan maklumat ini dan saya beri kepada Yang Berhormat secara bertulis. Terima kasih banyak.
11. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Kesihatan menyatakan sejauh mana keberkesanan maklumat pelanggan yang menulis di buku catatan tanpa menggunakan imbas QR code yang disediakan di premis-premis dalam mengesan kontak rapat dan apakah keberkesanan alat penyukat suhu.
Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Yang di-Pertua, pada peringkat awal kejadian pandemik COVID-19, prosedur tetap operasi yang digariskan telah menyatakan mengenai keperluan untuk pengunjung premis merekodkan butiran ringkas apabila mereka memasuki premis. Tujuan utama pendekatan ini adalah untuk membantu aktiviti pengesanan kontak sekiranya terdapat kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan para pengunjung tersebut. Tidak dinafikan pada ketika itu apabila pengunjung merekodkan maklumat yang betul dan yang jelas dalam buku catatan tersebut, ia akan membantu pasukan yang akan menjalankan tugas.
Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Seterusnya, apabila telefon pintar MySejahtera telah dilancarkan oleh kerajaan pada 20 April 2020, aplikasi ini telah banyak membantu KKM dalam mengesan kes-kes positif COVID-19 melalui dua kaedah. Pertama, penilaian kesihatan kendiri oleh pengguna di mana kes COVID-19 dikesan apabila seseorang itu menilai risiko terhadap COVID-19 mengikut kriteria dalam garis panduan KKM. Kedua, pengesanan kontak rapat melalui semakan data oleh PKD dengan pangkalan data MySejahtera. Pengguna yang berpotensi sebagai kontak rapat dalam kes ini akan dikesan melalui aplikasi ini.
Kebanyakan pengunjung kini lebih selesa dengan menggunakan fungsi check-in yang disediakan oleh MySejahtera berbanding menulis ke dalam buku catatan. Tambahan pula, penggunaan aplikasi MySejahtera untuk merekodkan kehadiran individu di lokasi atau premis tertentu telah diwajibkan di kawasan yang capaian internetnya luas sejak Februari 2021.
Sehingga kini, tiada kajian khusus dilaksanakan oleh KKM bagi mengkaji keberkesanan penggunaan buku catatan tersebut berbanding fungsi MySejahtera. Namun bagi kawasan-kawasan yang mana capaian internet tidak bagus dalam kalangan pengunjung yang tidak menggunakan telefon pintar, sumber rujukan yang akan digunakan oleh KKM bagi aktiviti pengesanan kontak masih bergantung kepada maklumat yang direkodkan melalui buku catatan ini.
Justeru itu, KKM menyeru orang ramai untuk memberikan kerjasama yang diperlukan. Semasa pandemik COVID-19, termometer infrared tanpa sentuh dan pengimbas haba telah digunakan secara meluas dan penting sebagai salah satu kaedah saringan dalam pengawalan wabak COVID-19. Ia direka bentuk untuk mengesan dalam jarak isyarat sinaran inframerah daripada permukaan kulit yang diubah menjadi isyarat elektrik. Litar elektronik dalam termometer ini memproses elektrik tersebut untuk menentukan suhu tubuh manusia.
Pengukuran suhu badan dengan termometer infrared biasanya dilakukan sama ada di permukaan kulit dahi atau membrane tympanic. Walaupun bacaan suhu di membrane tympanic lebih tepat, kaedah pengukuran di permukaan kulit dahi lebih mudah.
Termometer infrared tanpa sentuh digunakan untuk menentukan suhu badan manusia adalah termasuk dalam definisi peranti perubatan dan tertakluk kepada pendaftaran di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 atau Akta 737. Namun dalam keadaan darurat semasa pandemik ini, pengimportan dan pembekalan termometer dilakukan melalui akses khas.
Sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua. Bagi pendaftaran dan pemasaran termometer di Malaysia ia perlu mematuhi pelbagai standard untuk menunjukkan keselamatan dan prestasi. KKM sedar tentang terdapatnya termometer infrared yang tidak berdaftar atau mendapat kebenaran akses dalam pasaran. Jadi, KKM mengingatkan bahawa pihak berkuasa peranti perubatan akan terus memantau situasi ini dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana perlanggaran undang-undang sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta 737. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sila, soalan tambahan pertama Yang Berhormat.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Isunya terdapat orang yang positif tetapi tidak bergejala. Sudah tentu alat penyukat suhu juga tidak dapat mengesannya. Jadi, apakah relevannya alat ini digunakan? Apakah terdapat SOP lain yang boleh membantu dengan lebih berkesan lagi?
Kedua ialah memandangkan negara kita akan berpindah daripada pandemik kepada endemik, adakah kerajaan akan terus menggunakan penggunaan buku catatan, imbas QR code dan alat penyukat suhu setiap kali memasuki premis? Adakah denda kesalahan akan turut berubah? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai.
Memang betul kita ini ke arah kepada situasi endemik. Pandemik bermakna di seluruh dunia, banyak tempat dan banyak negara. Akan tetapi endemik ini apabila kes sentiasa
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
ada tetapi tidak dalam angka yang tinggi. Apabila kes ada yang tinggi, bermakna dia sudah masuk epidemik ataupun wabak. Jadi inilah keadaannya yang kita pernah lalui juga. Kita ada kes-kes endemik seperti denggi dan sebagainya. Apabila endemik ini, bermakna kita berjaga-jaga.
Tuan Yang di-Pertua, hari ini rakyat Malaysia sudah sedar, alhamdulillah syukur.
Kalau kita hari ini masuk ke premis tidak buat check-in MySejahtera, semua orang akan tengok kita. Semua orang akan tengok kita, mereka akan tahu kamu tidak check-in lagi.
Oleh sebab apa? Kita telah buat benda ini berulang kali. Ia sudah jadi habit, ia sudah terbenam dalam minda kita dan sudah jadi norma dalam kehidupan kita.
Jadi insya-Allah, saya yakin dengan catatan MySejahtera ini saya tengok, 27.7 juta users dengan 20.5 juta premis telah didaftarkan dan 25.8 juta average check-in setiap hari dan total check-in berjumlah 8.2 bilion. Jadi bermaknanya rakyat sudah sedar dan insaf dan rakyat akan bersedia untuk meneruskan kehidupan dalam suasana endemik.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Maknanya kita jaga kita. Kita ambil vaksin, kita jaga kebersihan kita, ikut SOP dan sama-sama kita ingat mengingati antara kita. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Krai kerana soalan yang sangat penting untuk bagaimana rakyat hendak pergi masa depan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih. Ya, sila Yang Berhormat Kubang Pasu, soalan tambahan kedua. Silakan.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang soalan sangat bagus tetapi saya tidak nampak pun jawapan yang diberikan kepada soalan tersebut.
[Dewan riuh]
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, di mana-mana pun kita pergi sekarang ini, mereka masih lagi mencatatkan. Terdapat segelintir yang masih lagi mencatat menggunakan buku. Jadi, saya hendak tanya, setakat yang kita sudah lalui sekian lama ini, berapa peratus kes yang kita dapat kesan ataupun contact tracing dan sebagainya menggunakan buku ini?
Ini sebab saya bersetuju dengan Yang Berhormat Kuala Krai tadi. Kalau sebenarnya tulis itu hendak bagi jadi prosedur sahaja tetapi tidak ada maknanya, follow- up yang dibuat oleh KKM dan kita tahu bahawa hendak follow-up dengan buku-buku yang ada banyak ini pun, hendak go through satu persatu memang mengambil masa...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Kubang Pasu, soalannya, soalan.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
...Jadi, kalau ia tidak memberikan kesan, apakah kita hendak teruskan dengan perkara ini? Minta jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Panjang soalan itu. Tadi, jawapan tadi sebab endemik itu. Endemik telah menenggelamkan soalan-soalan yang lain. Jadi, kalau tempat tidak ada internet memang kita perlu pada buku. Malahan pada awal jawapan saya, saya telah menyatakan menulis dalam buku dengan betul dan jelas barulah orang boleh nampak. Ini nombor telefon pun tidak betul, nama pun tidak habis, tulisan pun tidak boleh baca. This, penting.
Oleh sebab itu, kita hari ini sebagai rakyat di bawah sana, kalau jika kita tidak ada, kita hendak check-in dengan MySejahtera, maka kita perlu tulis dan berharap semua premis menyediakan buku dengan baik. Ini supaya apabila penguat kuasa dan pekerja healthcare staff kita ini bergerak, mereka dapat buat perkara yang betul.
Jangan kita mempertikaikan kerja-kerja, memang pun telah dijalankan. Saya tengok di Parlimen pun Tuan Yang di-Pertua, pegawai-pegawai daripada Kementerian Kesihatan ada di bawah sana. Dia tengok sahaja siapa tidak ikut, siapa tidak pakai mask,
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
siapa pakai mask tidak betul dan sebagainya supaya kita semua selamat. Jadi, ini Yang Berhormat Kubang Pasu, MySejahtera kita boleh check-in tetapi tulis dalam buku boleh juga kita amalkan dengan baik, insya-Allah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli Yang Berhormat...
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya telah bagi soalan tambahan kedua sudah Yang Berhormat.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Akan tetapi, isu ini penting. Kita kena buat setiap hari dekat luar sana Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya beri 30 saat, sila.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Baiklah. Saya hendak tanya Kementerian Kesihatan mengenai SOP ini kerana ini adalah tahun kedua kita mengalami COVID-19.
Akan tetapi, SOP Kementerian Kesihatan masih berdasarkan SOP COVID-19 tahun 2020, Mac. Macam kita tidak pernah tahu apa-apa mengenai isu COVID-19. Hari ini kes COVID- 19 positif banyak tidak ada simptom tetapi kita kena check suhu. Jadi, soalan saya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, bukankah patut kita review SOP yang langsung tidak terpakai hari ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih Yang Berhormat Segambut. Sila.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Terima kasih Yang Berhormat Segambut, soalan yang sangat baik. Kita akan memasuki era– Kita akan memasuki endemicity. Jadi, soal tentang SOP banyak yang akan diperbaiki dan diperbaharui. MKN dengan nasihat KKM sudah pasti akan duduk memikirkan bagaimana SOP yang banyak itu dapat kita kurangkan dan menepati suasana endemik yang kita akan lalui nanti. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
Tuan yang di-pertua, “Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.30 malam. Selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 29 September 2021.”
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan.
Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Langkah-langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 2020; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Kewangan I [Tuan Mohd Shahar bin Abdullah]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat ini.
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:
"(a) Bahawa Dewan ini, Menyedari akan cabaran untuk memulih serta menjana semula ekonomi negara bagi mencapai pertumbuhan yang mampan, dengan mengambil kira landskap sosioekonomi pasca COVID-19 dan pencapaian Rancangan Malaysia Kesebelas, 2016-2020; Merestui usaha Kerajaan untuk merancang dan melaksanakan agenda pembangunan negara yang mampan selaras dengan semangat Keluarga Malaysia, aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Agenda Pembangunan Mampan 2030; dan Meluluskan Rancangan Malaysia Kedua Belas bagi tempoh 2021 hingga 2025 yang menetapkan hala tuju strategik bagi mencapai objektif “Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan” dengan memberi tumpuan kepada usaha untuk merancakkan kembali pertumbuhan ekonomi, memastikan kemakmuran negara dapat diagihkan secara lebih adil dan saksama serta mengekalkan kelestarian alam sekitar, menurut Kertas Perintah CMD. 1 Tahun 2021.
(b) Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kedua Belas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya berusaha dengan sepenuh komitmen dan iltizam yang jitu untuk membangunkan negara secara mampan bagi membolehkan setiap ahli Keluarga Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum menikmati taraf hidup yang wajar.” [27 September 2021]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini iaitu Usul Rancangan Malaysia Kedua Belas yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terbuka untuk dibahas. Saya dengan ini menjemput Yang Berhormat Port Dickson selaku Yang Berhormat Ketua
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Pembangkang untuk memulakan perbahasan dengan saya berikan masa 100 minit, 1 jam 40 minit.
Kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Pekan, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Damansara dan kemudiannya diikuti oleh Yang Berhormat Kuala Nerus.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Port Dickson.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya bangun untuk menyatakan pandangan terhadap pembentangan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semalam walaupun mengikut rencana adalah setahun sebulan lewat dari jadual.
Akan tetapi, saya harus menyatakan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberikan satu sikap yang lebih terbuka, memberi ruang termasuk kepada Ahli-ahli Yang Berhormat semua mendengar penjelasan lanjut oleh Unit Perancang Ekonomi semalam dan mengemukakan beberapa soalan.
Saya juga ingin menyatakan penghargaan kepada Unit Perancang Ekonomi kerana berbanding dengan beberapa laporan Rancangan Malaysia sebelumnya, laporan ini agar lebih teliti, ada angka-angka yang cukup granular tentang kemiskinan, pembangunan dan teguran-teguran termasuk tentang pelan industri yang mempunyai beberapa kelemahan.
Saya tertarik umpamanya dalam isu kemiskinan diberi perhatian yang lebih.
Cuma, seperti mana biasa kata T.S. Eliot, “Between the idea and the reality, between the motion and the act, falls the shadow.” Selalu masalahnya kita antara kenyataan yang lunak tetapi kenyataan pelaksanaan itu yang rasa membimbangkan.
Jadi, kalau kita menelusuri secara terperinci laporan memberikan gambaran yang agak baik tentang keadaan semasa. Akan tetapi, tidak menampakkan satu pendirian jelas bagaimana kita boleh bawa perubahan, menganjakkan paradigma, melihat kepada permasalahan yang sangat rumit sekarang ini.
Saya juga akan sentuh beberapa angka yang saya ingat mengelirukan yang disebut dalam kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang harus diteliti semula oleh kementerian-kementerian khususnya UPE. Umpamanya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyebutkan tentang harapan mendapatkan pendapatan isi rumah pada tahun 2025, RM10,000 bagi setiap keluarga.
Bunyinya lunak, banyak orang akan senang. Akan tetapi, kalau kita ikut angka kemiskinan, angka pengangguran dan kadar pertumbuhan yang lembap sekurang- kurangnya untuk satu, dua tahun ini, kita bimbang kenyataan itu dianggap realistik atau tidak, itu satu.
Kedua, angka purata ini yang banyak diguna pakai oleh ahli ekonomi dan statistik itu juga mengelirukan ya.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Dia boleh samakan purata di antara orang yang mencatat keuntungan berbilion ringgit dengan orang yang dapat RM500, diambil purata. Sebab itu saya lebih setuju bila Unit Perancang Ekonomi menekankan cara granular keadaan kemiskinan ketara daripada membuat suatu rumusan secara menyeluruh.
Berikutnya tentang kenyataan selain daripada saya kata pengangguran ialah kenyataan daripada KWSP mutakhir. Kebimbangan terhadap keselamatan persaraan rakyat Malaysia apabila 46 peratus ahlinya berumur 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000. Apakah orang yang dapat simpanan kurang daripada RM10,000 ini dalam empat tahun itu akan naik cara mengejut. Jadi, saya harap kenyataan-kenyataan seperti ini diberi perhatian yang lebih. Saya tidak akan tegaskan hal-hal yang sedemikian tetapi saya hendak membawa kepada apa yang saya sentuh tadi tentang Laporan UPE.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Sebanyak 10 daerah termiskin di Malaysia tahun 2019 dalam buku RMK ini, Chapter 5. Ini agak menarik. Ketiga-tiga negeri ini negeri pengeluar minyak. Akan tetapi disebut suatu keadaan yang sangat membimbangkan, Lojing di Kelantan, Pusa di Sarawak dan lapan daerah di Sabah, Kota Marudu, Kota Belud, Kudat, Pitas, Beluran, Telupid, Tongod dan Nabawan. Ia terikat juga dengan pengabaian dan kecuaian daripada pelaksanaan program atau projek dari Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
Satu soalan juga harus dibangkitkan oleh rakan-rakan kita di Sabah dan Sarawak, apakah semata-mata kecuaian di pusat ataupun kegagalan wakil-wakil mereka di pusat?
Keduanya, apakah benar dana itu sentiasa tidak mencukupi, padahal pemimpin-pemimpin negeri banyak yang kaya-raya. Kadang-kadang kekayaannya itu mencatat satu angka yang sangat melonjak yang mengejutkan. Ini juga harus dibahaskan.
Jika tidak, Parlimen ini akan hanya digunakan untuk menyerang satu pihak yang ada kebenarannya, kecuaian, pengabaian tetapi tidak terhadap kecuaian pengabaian dan hasil rompakan baik balak atau lain-lain kontrak yang dipunggah oleh dua atau tiga kerat pemimpin Sabah dan Sarawak. Dalam konteks ini mungkin terkena juga Kelantan dan Terengganu kerana keempat-empat negeri ini hasil minyaknya tinggi tetapi kemiskinan sangat ketara.
Menyentuh tentang angka yang disebut, purata 12,000. Saya sentuh juga tentang pengangguran yang terlalu tinggi. Di antara sebabnya tentu COVID-19. Akan tetapi sebelum COVID-19 pun ada beberapa prasarana ekonomi akibat kebijakan fiskal yang menyebabkan kita harus beri tumpuan bukan sahaja soal COVID-19. COVID-19 itu mempersulit permasalahan. Akan tetapi jangan kita andaikan keadaan sudah lumayan sebelumnya.
Kadar pengangguran belia mencatat peningkatan 13.7 peratus, sebanyak 344,000 orang, Jun 2021 dan lebih tinggi tentunya di kalangan yang lebih muda 15 hingga 30 tahun 8.5 peratus pengangguran. Saya percaya perkara ini dalam perhatian kerana ini angka dari Jabatan Perangkaan. Oleh yang demikian, saya minta Perdana Menteri dan kerajaan meneliti semula unjuran yang kita anggap mungkin tidak realistik.
Ini kerana kalau kita lihat sengaja saya cuba menyingkap semula pengalaman- pengalaman lalu dari umpamanya Rancangan Malaysia terutama Rancangan Malaysia Kedua yang diluncurkan oleh Almarhum Tun Abdul Razak yang memberikan keadaan kemiskinan, pertama kali menekankan permasalahan kemiskinan yang lebih realistik.
Kita tahu angkanya daripada sejak masa itu, tahun 1971 telah disebut soal rural development, employment generation, economic growth, economic diversification and social services dengan berkenaan tentang pembangunan desa dan kemiskinan. Setelah 50 tahun kemudian, kita bicara lebih kurang hal yang sama. Walaupun ada sedikit sebanyak peningkatan tetapi tumpuan terutama masalah kemiskinan dan kesenjangan tidak sehebat yang dilakukan pada ketika itu.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Boleh hendak tanya? Sebagai bekas Menteri Kewangan yang dianggap berjaya pada zaman Menteri Kewangan dahulu diberitahu kepada kita bahawa satu keluarga akan dapat tidak lama lagi RM10,000 isi rumah, satu angka yang menarik. Sekarang kadar upah didapati menurun sebelum COVID-19. Orang yang graduate engineer kalau 10 tahun dulu swasta terutamanya menerima memberi gaji sekitar RM3,000 hingga RM4,000, sekarang bawah daripada RM2,000. Itu sektor swasta. Seramai dua orang suami isteri, kedua-duanya graduate mendapat upah tidak sampai pun RM4,000 sekarang ini dan sebelum pandemik ini.
So, bagaimana kita hendak letakkan unjuran perkembangan ekonomi ini sedangkan upah semakin menurun. Bahkan di kalangan profesional kita sudah mula berhijrah di antaranya ke Indonesia untuk mendapat upah yang lebih tinggi. Jadi, apakah yang dibentangkan itu sesuai dengan perkembangan dan realiti semasa?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Terima kasih. Seperti mana yang saya tekankan – terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Angka ini bagi saya harus dikaji
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
semula kerana unjuran biasa mungkin. Akan tetapi unjuran dalam keadaan kemelesetan ekonomi sekarang saya fikir tidak berlaku begitu.
Apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kota Raja pengangguran dan juga underemployment dan kadang-kadang disebut umpamanya tiga jam satu minggu. Itu dianggap bekerja dalam kategori yang disebut dalam angka Jabatan Statistik tetapi tentunya tidak cukup untuk menyara kehidupan keluarga.
Satu hal yang saya hendak sebut tentang Rancangan Malaysia ini adalah Rancangan Malaysia Kesembilan yang dibentangkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menekankan tentang value chain, human capital, social economic inequities itu kesenjangan yang berlaku di antara golongan kaya dan miskin itu disentuh hampir tiap tahun tetapi kesannya jumlah pengangguran, jumlah kemiskinan kesenjangan terutamanya kesenjangan lebih ketara sama ada di kalangan sama etnik, Melayu kaya dengan Melayu miskin ataupun antara inter-ethnic. Pada tahun 2006 tatkala Rancangan Malaysia Kesembilan ditekankan tentang institutional reform. Agak ke depan sedikit tetapi bila lihat setelah dua, tiga, empat tahun tidak berhasil. Ada dibentuk SPRM dan sebagainya tetapi kesannya tidak berlaku. Itu yang membimbangkan saya dan saya rasa bertanggungjawab mengemukakan kerana Menteri Ekonomi tahu kita boleh kumpulkan Laporan Davos, Laporan Bank Dunia dan kita boleh belanja bilion ringgit untuk consultants.
Saya difahamkan lima atau enam tahun dulu sudah belanjakan RM1.8 bilion, jadi saya hendak tanya. Lebih RM2 bilion diberikan kepada konsultan untuk menyiapkan buku Rancangan Malaysia Ke-12 ini. Mungkin sebahagiannya kita boleh guna pakai tetapi saya masih yakin maklumat dan perancangan dalam negara boleh dan mampu dikendalikan oleh kepakaran dalam negara kerana mereka lebih faham masalah dalam negara.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Siapa yang boleh faham masalah kemiskinan dan kesenjangan dalam negara Malaysia? Bukan pakar-pakar konsultan luar.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Timbalan Yang di-Pertua saya mohon mencelah mengenai pendidikan dan kemiskinan.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada menyebut semalam bahawa beliau adalah anak penoreh getah. Sekarang beliau Perdana Menteri. Ia menunjukkan pendidikan menyamaratakan dalam Dewan ini. Ada anak Perdana Menteri, Yang Berhormat Port Dickson anak wakil rakyat.
Dari tahun 1986 sehingga tahun 1991, Yang Berhormat Port Dickson jadi Menteri Pendidikan. Dari tahun 1991 sehingga tahun 1998, Yang Berhormat Port Dickson jadi Menteri Kewangan. Jadi, pada ketika itu, bagaimana cara Yang Berhormat Port Dickson untuk membasmi kemiskinan melalui pendidikan ini?
Adakah sebagaimana yang saya sebut dalam soalan semalam ketika dialog, berlaku keciciran suku juta orang, 400,000 orang ambil SPM, 150,000 di IPTA, IPTS, TVET. Akan tetapi ada 250,000 yang tidak ke mana dan tercicir. Apa pandangan Yang Berhormat Port Dickson tentang perkara itu? Bagaimana pendidikan boleh menyamaratakan dan bagaimana yang tercicir itu boleh kita ambil semula dalam bentuk- bentuk yang tertentu supaya mereka tidak menjadi kumpulan B40. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Pontian.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Kalau kita terlurusi sekali lagi, istilah transformasi dalam buku ini, dan kaitannya– itu disebut 223 kali dalam buku 500 muka surat ini. Maknanya, dari sudut seolah-olah ada kesungguhan transform system yang lemah untuk kebaikan.
Ini terkait dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pontian. Saya teliti Tuan Yang di-Pertua, apa perubahan yang mendadak? Pendidikan masih sama cuma kemudahan tambahan. Tidak ada umpamanya, gabung kementerian-kementerian, fokus
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
tentang mutu pendidikan, pastikan anak-anak yang di desa, miskin bandar itu diberikan perhatian. Pastikan kemudahan itu dan kemudahan asas disamakan.
Kalau Yang Berhormat Pontian tanya semasa saya menjadi Menteri Kewangan, tumpuan dan lonjakkan itu sudah boleh dilihat di dalam rekod. Walaupun tidak mampu menyelesaikan semua dalam beberapa tahun.
Yang saya nak tekankan di sini, di antara kenyataan– sebab itu kita harus jangan mengandaikan apa yang diunjurkan ‘kelunakan bicara’ itu sebenarnya dapat diterjemahkan dalam bentuk amal dan tindakan.
Saya beri contoh satu lagi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyebut semalam 10,317 orang diisytiharkan muflis di antara Mac 2020 sehingga 2021, dan 1,246 syarikat perniagaan terpaksa tutup. Akan tetapi pada 11 November 2020, Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada masa itu, Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar menyebut di Parlimen, syarikat yang gulung tikar sebanyak 30,000 di antara Mac 2020 sehingga September 2020. Kita dengar estimate daripada industri kecil dan sederhana (IKS), Persatuan SME bahawa 500,000 SME yang tertekan untuk tutup.
Jadi, sekali lagi kenyataan ini yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu harus dikaji semula, diberi penjelasan kerana bercanggah dengan kenyataan Yang Berhormat Menteri dan bercanggah dengan kenyataan yang ada, termasuk daripada laporan SME.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Yang Berhormat Port Dickson.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Silakan Yang Berhormat Simpang Renggam.
Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam
Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Pontian berkaitan yang beliau katakan sebagai ‘golongan cicir’.
Sebenarnya bukan ‘golongan cicir’. Mereka yang tak masuk tertiary education tidak semestinya cicir. Namun, kecenaan tersebut perlu diberikan perhatian dan perlu kita rujuk kepada Bab 10, di RMKe-12 ini. Saya agak tertarik.
Sebelum ini Yang Berhormat Port Dickson telah timbulkan ketika perbahasan Titah Diraja dan juga ketika bertanyakan kepada Yang Berhormat Menteri Kerja Raya iaitu berkaitan TVET, yang mana TVET sebenarnya boleh menjadi game changer untuk merubah keadaan, mengangkat ekonomi golongan B50 pada waktu ini dan juga mereka yang tidak dapat meneruskan pendidikan tertiary.
Saya telah lalui apa yang dibawakan dalam RMKe-12, nampak begitu dengan izin impressive terhadap usaha untuk menaik taraf TVET namun, perlu ada keselarasan antara usaha menyingkapi dan menangani kemiskinan dengan TVET. Itu yang pertama.
Yang kedua, seperti mana Yang Berhormat Port Dickson pernah timbulkan dahulu, TVET perlulah industrial-led, dipacu, diterajui oleh industri. Ya, kita akur bahawa kerajaan tubuhkan Majlis TVET Negara, namun ia perlu diterajui oleh industri. Baru ia boleh berkesan. Industri harus dipandu oleh RMKe-12 dengan sasaran kembali kepada yang Yang Berhormat Port Dickson tekankan tadi, menyingkapi, menangani kemiskinan supaya kita boleh gunakan TVET sebagai wahana mengeluarkan rakyat daripada pengangguran dan juga kemiskinan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Silakan, nak beri peluang kepada...
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Yang Berhormat Port Dickson, saya minta laluan selepas Yang Berhormat Simpang Renggam.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Silakan Yang Berhormat Johor Bahru.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Port Dickson.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Walaupun baru bermula 20 minit ini, saya lihat, perhatikan terdapat kesungguhan daripada Yang Berhormat Port Dickson nak menyatakan realiti sebenar.
Kita kena akui kita nak bekerjasama, kita nak memulihkan keadaan negara ketika ini. Suasananya sebenarnya lebih teruk, ataupun lebih parah berbanding apa yang cuba digambarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semalam.
Cuma Yang Berhormat Port Dickson ada sebut beliau menyatakan bahawa pengangguran pada ketika ini luar biasa dan melangkaui 300,000 orang di kalangan anak muda. Akan tetapi kita kena faham bila Yang Berhormat Port Dickson ini bersungguh- sungguh mahu memperjuangkan nasib golongan miskin kerana pengangguran itu tidak mencakupi semua yang tidak ada pekerjaan.
Saya ambil dua contoh. Pertama, ada kumpulan anak muda terpaksa memilih untuk menyambung pengajian kerana keadaan market ataupun pasaran ketika ini sangat luar biasa. Cuma, mereka yang berpeluang untuk melanjutkan pengajian ini, mungkin peringkat master ataupun seterusnya adalah kebanyakan daripada yang mampu.
Manakala hanya sebilangan kecil sahaja yang dapat penajaan. Akan tetapi yang kedua juga, saya tertarik apabila Yang Berhormat Port Dickson minggu lepas, saya ikuti soalan beliau berkenaan dengan mismatch iaitu anak-anak muda ini terpaksa ambil apa segala jenis kerja asalkan ada gaji.
Oleh sebab itu, bila Yang Berhormat Kota Raja sebut bagaimana trend menurun gaji graduan itu dah berlaku sebelum COVID-19. Saya rujuk, memang ketika COVID-19 tahun lepas, Jabatan Statistik sebut gaji graduan ini ada yang sebenarnya di sekitar RM1,000 sehingga RM1,500 sahaja. Jadi, sebenarnya bila disebut RM10,000 sasaran untuk gaji seisi rumah, bila saya rujuk pandangan anak muda semalam di laman-laman media sosial, mereka kata; “Ini dengar boleh, percaya jangan”. Sebab hakikatnya anak muda nak memulakan kerja ketika ini sangat luar biasa dan kita tahu banyak syarikat yang “gulung tikar” Yang Berhormat Port Dickson dah sebut tadi.
Jadi saya mengharapkan kalau Yang Berhormat Port Dickson boleh bantu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk berpijaklah pada bumi yang nyata. Jangan hanya baca skrip sebab kita memerlukan political will untuk bawa perubahan ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru.
Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan
Yang Berhormat Port Dickson, sedikit. Teluk Intan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Teluk Intan, silakan.
Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan
Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selaku Ketua Pembangkang, saya rasa adalah penting dalam aspek transformasi Parlimen ini apabila Ketua Pembangkang berucap, negara kita mempunyai Kabinet paling besar di dunia mengikut jumlah bilangan penduduk. Seramai 69 orang Menteri dan Timbalan Menteri.
Bolehkah kita tetapkan sekurang-kurangnya Menteri dan Timbalan Menteri hadir untuk dengar perbahasan Ketua Pembangkang sebagai sebahagian daripada transformasi Parlimen. Ini merupakan satu kod etika yang cukup asas tetapi tidak dipatuhi.
Saya berasa sedih pagi ini apabila Ketua Pembangkang berucap, hanya satu, dua, tiga, empat, lima orang Menteri dan Timbalan Menteri. Mana yang lain 60 orang?
Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan
Ini persoalan yang perlu dijawab sebab satu amalan demokrasi yang menghormati sistem Raja Berperlembagaan Demokrasi Berparlimen. Ini pandangan saya dan saya harap ada langkah-langkah untuk diambil khususnya Ketua Whip dari kerajaan.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Teluk Intan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Pertama soal Yang Berhormat Simpang Renggam. Ada penekanan yang agak besar dalam buku Rancangan Malaysia Ke-12 ini tentang TVET agak lebih dari biasa tetapi yang tidak disebut ialah yang dibimbangi oleh Yang Berhormat Simpang Renggam ialah projek tindakan itu hampir sama, dia tidak ada penyelarasan. Tiga dan empat kementerian buat hal yang sama dan satu kementerian pun tidak penuh penggunaan latihan.
Terkait juga yang disebut oleh Yang Berhormat Johor Bahru tentang latihan dan mismatch. Saya tanya mengenai mismatch. Mismatch ini boleh diselesaikan sebahagiannya melalui TVET, sebahagiannya dengan penglibatan industri. Disebut daripada segi umum dalam Rancangan Malaysia Ke-12 tetapi saya tidak fikir ada transformasi yang telah disebut sebagai 223 kali.
Yang Berhormat Teluk Intan bagi peringatan yang baik. Saya semasa Menteri Kewangan on record, setiap kali Ketua Pembangkang berucap, saya akan hadir di hadapan dengar sampai habis.
[Tepuk] Walaupun sakit telinga tuhan yang tahu kerana masa itu Yang Berhormat Tuan Lim Kit Siang. Akan tetapi ini etika Parlimen, tetapi Menteri-menteri ini kalau dia orang sudah bijak, dia dengar satu pandangan sahaja, tidak bersedia untuk mendengar, kupas walaupun kita tidak setuju. Kita dengar sepenuhnya ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, tidak ganggu kerana dia agak sopan sedikit daripada sebelum-sebelum ini. Akan tetapi sepatutnya adalah, mungkin Yang Berhormat Menteri tersebut dia dengar dari bilik dia, beza. Baik.
Jadi oleh yang demikian, yang saya rumuskan bahagian pertama ini ialah daripada kita hendak perkotak-katikkan balik-balik soal kuota bumiputera dan sebaginya.
Saya bagi satu laluan, kerana orang anggap kita ini tidak setuju dengan dasar bumiputera.
Apa salahnya kalau kita tumpukan latihan mutu pendidikan, mutu kesihatan awam kepada golongan miskin desa dan bandar yang majoritinya bumiputera, orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Peruntukan itu, tetapi umpamanya kerana ditekankan soal kedudukan GLC, soal kontrak, soal hendak dapatkan, lahirkan ramai bilionair. Kita tidak peduli, ini yang ramai ini berjuta-juta bumiputera ini yang harus diberikan perhatian.
Parlimen ini harus dimanfaatkan sepenuhnya menuntut supaya Rancangan Malaysia Ke-12 ini diberikan tumpuan. Kalau perlu tangguhkan projek-projek besar, tangguh projek lapangan terbang, tangguh projek ECRL dan teliti semula MRT3, apa faedah kita hendak teruskan dalam keadaan orang kelaparan, menganggur, tidak cukup makan, tidak cukup mutu pendidikan yang ada sekarang.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Sebelum next...
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Ini yang disebut Tuan Yang di- Pertua, sebagai transformasi. Disebut 223 kali, saya ambil masa panjang kita cuba kira balik jumlah ini.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Boleh tanya?
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Berhormat Ketua Pembangkang.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Yang Berhormat Port Dickson, tidak ada saya dengarlah secara teliti soal imbuhan atau kenaikan gaji. Misalnya anggota polis. Dia mula sahaja bekerja di Kuala Lumpur dia sudah masuk B40, golongan termiskin. Sebab gaji minimum mereka konstabel ini RM1,014 campur dengan elaun RM580 lebih kurang mereka dapat RM1,500. Jadi bermula sahaja kerja di Lembah Klang ini seorang anggota polis itu bertaraf miskin. Kenapa wang yang ada ini tidak digunakan untuk melepaskan mereka daripada belenggu kemiskinan ini.
Kenapa banyakkan bertaraf Menteri, itu bertaraf Menteri? Nanti belah sana semua bertaraf Menteri. Ini ada lagi ini, ada lagi yang disebut-sebut akan jadi bertaraf Menteri tidak lama lagi. Kalau Ketua Pembangkang bertaraf itu sudah lama di Australia, di negara lain buat. Kita sahaja ketinggalan, makin jakun. Tetapi ini kita nampak. Ertinya anggota polis, termasuklah tentera mula sahaja bekerja di Lembah Klang mereka sudah jadi orang miskin. Bagaimana pandangan bekas Menteri Kewangan?
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Berhormat Port Dickson, minta laluan.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Yang Berhormat, minta mencelah.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Ya.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Berhormat Port Dickson, saya agak musykil dengan jalan penyelesaian kerajaan untuk membantu golongan bumiputera iaitu dengan mengambil ekuiti daripada golongan non-bumiputera atau memaksa 51 peratus ekuiti kepada golongan bumiputera dalam syarikat-syarikat flight atau semalam diumumkan juga di mana penjualan aset-aset GLC atau ekuiti GLC hanya kepada golongan bumiputera sahaja.
Saya musykil kerana tiga perkara. Pertama, bagaimana dasar ini akan membantu golongan susah di Malaysia? Bagaimana ia akan membantu nelayan di Tanjong Piai?
Bagaimana dasar ini akan membantu petani di Alor Setar atau di Jerlun? Bagaimana ia akan membantu peniaga-peniaga kecil di Muar? Realitinya kalau kita lihat dasar ini ia populis tetapi tidak sama sekali membantu golongan Melayu yang susah agak sama dengan dasar yang dikenalkan pada tahun 2016, 2017 apabila Lowyat dilihat dikuasai oleh satu bangsa, mereka menubuhkan Lowyat versi Melayu yang dikenali sebagai Digital MARA.
Akan tetapi lihat impaknya pada hari ini. Banyak Digital MARA sudah tutup.
Syarikat “gulung tikar”, yang susah siapa? MARA. Walhal wang tersebut boleh diperuntukkan untuk membantu anak-anak Melayu miskin dapat biasiswa dan hantar mereka ke luar negara datang balik berkhidmat dan berbakti kepada negara. Itu kerisauan saya yang pertama.
Yang kedua kerisauan saya, jikalau kita bincangkan isu GLC, agensi jual harta dan ekuiti, ini hanya akan membantu kroni dan golongan elit. Kita lihat Perikatan Nasional dan diteruskan oleh kerajaan ini, lantikan-lantikan politik dalam GLC dan GLIC. Contoh, bekas Pengerusi Prasarana dilucutkan sendiri oleh Menteri Kewangan di mana kontrak- kontrak ataupun bantuan diberikan kepada syarikat yang melibatkan keluarganya. So, kalau dasar ini diteruskan, siapa yang akan dapat nikmatnya? Kroni, keluarga ataupun rakyat yang susah?
[Tepuk] Itu perkara yang sangat tidak adil. Itu yang kedua.
Terakhir, kerisauan saya mana keadilan untuk golongan non-bumiputera juga?
[Tepuk] kerana pengecualian dasar pro-bumiputera ini diberikan kepada syarikat-syarikat asing. Semalam kita dengan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, dia sendiri akui bahawa ekuiti yang dipegang oleh non-Malaysians, ia adalah 45.5 peratus. Namun jalan penyelesaian, ambil ekuiti daripada non-bumiputera Malaysians dan berikan kepada bumiputera. Eh! Where is the fairness?
[Tepuk] Kita lebih pentingkan warganegara asing than our very own Malaysians hanya sebab mereka tidak dilahirkan bangsa Melayu dan beragama Islam.
Jalan ke hadapan is not the easy way out. Beri ekuiti yang kaya bilionair dapat.
The best way forward is capacity building. Hendak tolong orang Melayu, tolong peniaga- peniaga kecil, bantu capacity building, berikan anak-anak muda yang miskin biasiswa, kualiti pekerjaan. Bukan is the easy way out. Saya berharap bahawa Ketua Pembangkang dapat mendesak kerajaan do not find this coward way out kerana ia menyakiti rakyat Malaysia dan pembangunan Malaysia secara keseluruhan, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik Yang Berhormat Muar. Terima kasih Yang Berhormat Muar.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Tuan Yang di-Pertua, pendek sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Soalan saya ialah saya tahu bahawa Yang Berhormat Port Dickson telah lama memperjuangkan isu ini termasuk dalam membentangkan agenda ekonomi Malaysia. Adakah Yang Berhormat Port Dickson setuju bahawa pendekatan yang fokus kepada ekuiti bumiputera ini berasaskan andaian dan modal lama yang telah lama dicuba oleh kerajaan sebelum ini dan tidak berjaya dicapai dan kita lihat sendiri kesenjangan di kalangan bumiputera.
Tadi Yang Berhormat Port Dickson sebut tentang KWSP. Namun kita boleh tengok juga gene coefficient dalam ASB dan Tabung Haji yang kesemuanya sama ada bumiputera atau Melayu Islam yang menunjukkan jurang yang sangat besar antara
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
majoriti pencarum dan golongan elit. Jadi bukankah sebagaimana yang ada disebut, fokus untuk membina dari bawah capacity building lebih adil. Kita sebenarnya ada ramai usahawan bumiputera, lebih adil untuk mereka dapat menjual ataupun memilih strategi sendiri di dalam perniagaan dan dibantu dengan positif dan bukan pendekatan yang lapuk seperti ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Port Dickson, terus.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Yang Berhormat Kota Raja, tentang gaji. Kalau kita sebut paras kemiskinan dan kalau anggota kerajaan, penjawat awam itu tidak diberikan gaji minimum separa, itu persoalan yang harus kita selesaikan.
Bagaimana kita boleh minta swasta untuk menghormati prinsip ataupun melaksanakan dasar yang sama? Jadi saya setuju bahawa kalau hidup di Lembah Klang dengan gaji yang ditetapkan sekarang ini bagi kalangan yang miskin, itu memang membebankan mereka dan menimbulkan banyak masalah lain.
Yang Berhormat Muar menjelaskan tentang ekuiti. Saya tidak mahu pertikai usaha untuk meningkatkan upaya bumiputera dalam semua lapangan. Akan tetapi kita harus tekankan ya, pendekatan ini pendekatan 1971. Kejayaannya apa? Kejayaannya hanya sosial mobiliti Yang Berhormat Pontian sentuh awal tadi iaitu anak miskin diberi peluang belajar, dapat peluang pendidikan. Mobiliti sosial berlaku kerana dasar yang memilih, memihak, membantu golongan yang lebih susah termasuk the majoritinya Melayu, yang disebut affirmative action. Akan tetapi yang kedua ini, soal ekuiti dan sebagainya, kalau kita lihat dalam kenyataan yang berlaku dalam sejarah, itu banyak memberikan faedah kepada beberapa syarikat keluarga dan kroni. Tidak dapat dinafikan. Apakah orang yang susah, yang menganggur sekarang termasuk majoritinya anak-anak Melayu, itu akan senang kalau dua-tiga syarikat diberikan ganjaran, lebih-lebih lagi kalau syarikat itu pula menimbulkan banyak masalah, kerugian. Pengalaman kita beri kepada syarikat bumiputera, kemudian membebankan kita.
Saya akan sebut di sini tentang peranan Bank Pembangunan, Bank Islam dan sebelumnya, Bank Bumiputra ya. Jadi, kita kena belajar daripada pengalaman itu. Harus ada pendekatan baru Yang Berhormat Menteri. Jangan kita ikut kaedah lama. Memang semua kaum harus diberikan ruang termasuk kalau ada kegelisahan orang Melayu kerana tidak perlu ada peluang. Harus dicari jalan untuk memberikan.
Akan tetapi pendekatan yang ada sekarang ini ada dua ketempangannya.
Pertamanya, memberi kepada orang yang tidak punyai keupayaan dan kelayakan semata-mata kerana konteks kedudukan politik atau dukungan dan kedua, cara tidak sedar kita telah menolak dan menafikan hak orang lain. Saya masih ingat lagi, saya pimpinan mahasiswa masa itu, dalam dialog dengan Tun Razak di Seri Taman, dia sebut kita akan buat apa saja yang mungkin untuk membantu orang-orang Melayu dan bumiputera. Naikkan darjat mereka dalam bidang pendidikan dan perniagaan.
Akan tetapi kita tidak akan, dengan cara yang demikian menghalang atau merampas hak rakyat kita yang lain. Itu jelas ya tetapi pelaksanaannya kemudian itu lain ceritanya.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Port Dickson.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Satu hal tentang ekuiti ini saya hendak sebut, dalam angka yang disebut oleh Perdana Menteri semalam, dalam rekod buku Rancangan Malaysia Kedua Belas ialah kehadiran nomini hampir 12 peratus ini.
Nomini ini Yang Berhormat Menteri, itu cara tokoh-tokoh besar politik maha kaya untuk melindungi nama mereka, memadamkan nama mereka dengan meletakkan nomini.
Jadi, apakah wajar bagi orang yang ada kepentingan dalam kerajaan, GLC, GILC yang membuat keputusan kemudian mengizinkan nama nomini supaya menghilangkan nama mereka dan keluarga mereka daripada jumlah ini. Ini harus ada penjelasan yang teliti.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Sikit Yang Berhormat Port Dickson.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Yang Berhormat Setiawangsa menyebut tentang ekuiti bumiputera ini. Saya harus memerhati perkara ini dengan wajar kerana dia jadi suatu dialog, wacana yang kurang sihat. Satu pihak mesti menekankan kehadiran bumiputera termasuk cara ekuiti, termasuk mempertahankan kerosakan- kerosakan yang lalu dan satu pihak pula yang menafikan sama sekali seolah-olah ini akan mengorbankan kepentingan negara.
Saya rasa harus ada pendekatan dan jalan tengah. Apa yang kita minta ini tidak ada bumiputera atau bukan bumiputera yang akan mempertikai peruntukan besar dalam bidang pendidikan, kesihatan awam, walaupun bila kita berikan peruntukan besar sekolah bandar dan miskin bandar dan desa dan pedalaman Sabah dan Sarawak, ia akan menguntungkan bumiputera dan Melayu. Tidak ada orang yang berani mempertikai dan kalau kita pertikai, kita lawan mereka.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
[Bangun]
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
[Bangun]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Akan tetapi masalahnya ialah bila keuntungan itu atas nama kaum dipunggah sepertimana komisen ataupun potongan untuk perumahan bumiputera. Saya katakan guna wang itu bina rumah kos rendah, rumah awam walaupun majoritinya Melayu yang dapat, kita boleh terima.
Akan tetapi mengapa berikan potongan setengah juta, RM1 juta kepada Melayu yang kaya. Beli apartment harga RM2 juta atau RM5 juta tetapi ada potongan bumiputera.
Politik apa begini? Tidak munasabah. Menggunakan kuasa kerajaan, membantu golongan kaya. Kita gunakan kuasa kerajaan untuk membantu golongan miskin, itu boleh dibenarkan.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Minta Yang Berhormat Kuala Selangor dulu.
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Kuala Selangor.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Kuala Selangor.
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Yang Berhormat Port Dickson.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Kuala Selangor dulu.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
...Mencelah sedikit sahaja. Ya, kita masih lagi setelah Rancangan Malaysia Kedua Belas, masih lagi berbicara tentang isu dan polemik-polemik yang telah kita lalui untuk sekian lama. Masih lagi kita berbicara hal yang sama ya, pelakon yang berbeza tetapi terperangkap dalam tingkah laku yang akhirnya memangsakan kaum yang kononnya kita perjuangkan ya.
Yang Berhormat Port Dickson saya ingin tanya, saya terpaksa tanya apa yang dikatakan sebagai gajah dalam bilik ini, the elephant in the room, dengan izin. Disebutkan juga oleh Perdana Menteri dan saya mendapat– saya hanya sekadar untuk menyampaikan pandangan-pandangan kawan-kawan korporat, kawan-kawan business komuniti Melayu khususnya, menyebutkan bahawa apabila Perdana Menteri dengan izin menyebutkan only bumiputera will be able to buy bumiputera shares and firms, kata Perdana Menteri.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Lantas mereka menghantar WhatsApp kepada saya, this is the most ya, yang diistilahkan adalah this is the worst policy they said in this, nampak macam good idea but if killing the bumiputera companies economically is the intention, this is a sure way. Satu lagi memberikan pandangan bahawa we have to– this is the worst decision. Yang Berhormat Port Dickson, perkara ini perlu kita wacanakan. Nampak semacam membantu tetapi membunuh. Itulah perkara yang saya hendak sampaikan. Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson.
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Yang Berhormat Port Dickson.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Satu lagi, maaf Yang Berhormat Port Dickson. Mungkin saya menunggu tadi Yang Berhormat Port Dickson, hendak menyebutkan tentang RM10 ribu, pendapatan household, itu dengan dalam keadaan Perdana Menteri sendiri mengakui beberapa hari yang lalu, 580 ribu keluarga ya, yang telah terkeluar daripada menengah 40 atau M40 dan jatuh kepada golongan B40.
Dalam keadaan begitu juga ya, dalam keadaan itu Perdana Menteri bercakap tentang memacu RM10 ribu pendapatan sebulan household, isi rumah. Apakah ia satu yang munasabah? Itu saya tinggalkan kepada Yang Berhormat Port Dickson.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Okey, Yang Berhormat Kuala Selangor.
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Yang Berhormat Port Dickson, Parit Buntar mohon laluan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Tuaran hendak tanya. Saya bagi Yang Berhormat Tuaran dulu sebab dia yang bangun dulu.
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Yang Berhormat Tuaran dan kemudian Yang Berhormat Parit Buntar sikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik.
Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Terima kasih.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Terima kasih. Yang Berhormat Port Dickson, saya mohon mencelah sedikit. Soal ekuiti bumiputera ini dan penyertaan bumiputera dalam perdagangan dan industri. Ya, saya bersetuju sudah sekian lama dibincangkan dan sebagainya. Akan tetapi kita tidak melihat daripada segi pencapaian kita.
Rancangan Malaysia Kelapan kalau saya lihat, ia untuk kemakmuran. Cerita fasal bagaimana kita kembangkan ekonomi. Akan tetapi kalau kita lihat pencapaian kita daripada dulu tahun 1970 sampai sekarang pada ketika Malaysia dibentuk, GDP per kapita kita baru lebih kurang USD300 per kapita.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Hari ini Malaysia baru naik USD10,000. Singapura pula pada ketika itu baru lebih kurang USD900, hari ini Singapura sudah USD65,000. Begitu besar. Ekonomi sudah berkembang dan kemiskinan pun memang sudah terhapus. Akan tetapi, bagi kita, ekonomi tidak berkembang. Sabah sebagai contoh, GDP baru USD5,000. Lepas itu kita berebut. Kita ambil dan sebagainya. Kenapakah tidak ditumpukan dalam hal-hal bagaimana kita menarik pelaburan supaya ekonomi boleh berkembang?
Sabah sebagai contoh, saya – tiap-tiap kali Rancangan Malaysia, ini disebut. Ini untuk Sabah ini disebut tetapi kali ini, hari ini kita bercerita digital, digital. Yes, terima kasihlah ada beberapa bilion untuk digital ini tetapi ada satu perkara juga yang sangat penting untuk menarik pelaburan, hal bekalan air. Tidak disebut sini langsung. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa walaupun kita ada destinasi pelaburan, contohnya KKIP di Kota Kinabalu, POIC Lahad Datu.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Akan tetapi, adakah kerajaan sedar, pihak EPU sedar bekalan air pun dihantar dengan lori di POIC Lahad Datu. This is an investment destination. Pakai lori hantar air dan oleh sebab itu bagaimana kita mahu menarik pelaburan? Bagaimana– How to expand the economy jika perkara ini tidak dilihat? Saya lihat bila ada engagement di antara EPU dan pihak Kerajaan Negeri Sabah, saya tidak tahu hal bekalan air ini telah disebut atau tidak sebab tidak disebut langsung dalam ini. Terima kasih.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Baik Yang Berhormat, terima kasih.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Parit Buntar, sikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ya, Yang Berhormat Parit Buntar. Sila. Sikit.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Saya mohon mencelah kerana isu ini sangat relevan Yang Berhormat Port Dickson, Tuan Yang di-Pertua. Apabila kita membicarakan tentang soal bumiputera, saya merujuk kepada satu GLC yang 100 peratus orang Islam yang menjalankan aktiviti perniagaan dan kebajikan yang kita namakan sebagai Tabung Haji.
Apa yang saya ingin tegaskan di sini Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Port Dickson, isu orang Melayu khususnya kepada satu entiti Tabung Haji ialah soal orang Melayu sendiri yang ketika diberi kuasa tidak menjaga entiti ini dengan amanah. Oleh sebab itu, apabila diberikan peluang kepada kita, Pakatan Harapan, kita telah berjaya memulihkan Tabung Haji daripada ketidakpatuhan undang-undang dan juga isu governance yang sangat-sangat merugikan dan merosakkan satu entiti yang terhormat ini.
Jadi, ini membuktikan bahawa isu orang Melayu bumiputera boleh sahaja diuruskan jikalau adanya di sana keamanahan, integriti seperti yang difirmankan oleh Allah SWT, [Membaca sepotong ayat Al-Quran] yang bermaksud, “Sebaik-baik orang yang engkau beri amanah adalah yang berkelayakan dan yang beramanah”. Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Port Dickson, saya minta supaya dirakamkan di sini, selama dua tahun telah berjaya kita membuktikan inilah isu orang Melayu iaitu apabila tidak ada integriti dan tidak ada amanah dan ia dibuktikan dengan Laporan Audit 2019 baru-baru ini.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Parit Buntar.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Sebenarnya dalam penyampaian saya nanti, saya akan juga bangkitkan tentang pengalaman kita dalam pengurusan.
Sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Tuaran, Sabah dan Sarawak, kita mulakan dengan basic necessities. Tidak munasabah sekian lama berbicara soal ratus- ratus bilion tetapi masalah air, pelaksanaan asas pun belum selesai.
Jadi, saya fikir dengan rasa simpati kepada Yang Berhormat Tuaran– kalau kata ada komitmen, Yang Berhormat Menteri beritahu komitmen kepada EPU, we will start and do whatever it takes to finish this job. Ia boleh selesai. Daripada nak pertahankan ECRL sebab ECRL ini RM80 bilion. Sebelum selesai, RM100 bilion dalam keadaan kita tak ada wang. Oh! Dia kata tak. Tak bayar sekarang. Siapa yang hendak bayar? Anak muda nanti akan bayar...
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Yang Berhormat Port Dickson.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Ini RM100 bilion yang harus dibayar selama tujuh tahun.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Bila Yang Berhormat Port Dickson bercakap, Timbalan Tuan Yang di-Pertua angguk sahaja tetapi kenapa dia lari ke sebelah sana?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Tak apa, itu soalan tidak relevan, tidak perlu jawab. Itu cerita lain.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Itu sampingan.
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Tuan Yang di-Pertua, itu yang disebut ECRL. RM100 bilion kalau betul kita nak jaga pertumbuhan ekonomi, gunakan wang itu dalam prasarana seperti sekolah. Tingkatkan mutu sekolah. Baru-baru ini saya dapat daripada satu sekolah di Johor. Saya baru nak tulis surat kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan, terlalu daif, sekolah lama. Banyak juga di Port Dickson yang kemudahan asas tidak cukup, kedudukan tandas, terpaksa kita cari jalan.
Saya percaya Tuan Yang di-Pertua juga sama di Batu Pahat, dok cari jalan untuk baiki. Kalau ini kita berikan tumpuan umpamanya dalam satu ke dua tahun, Rancangan Malaysia Ke-12 ini tumpu hal ini. Perbelanjaan diteruskan, ekonomi dapat dijana tetapi di peringkat bawahan. Ini yang kita tekankan.
Soal Yang Berhormat Parit Buntar sebut tentang Tabung Haji, sama. Saya setuju sebab kalau Perdana Menteri serius– baik, kalau masih kita nak tekankan soal kepentingan bumiputera, kita urus dengan begitu baik Bank Islam, Bank Rakyat, Tabung Haji, MARA, institusi dan GLC yang bumiputera itu, kita bangun dan beri sokongan cukup kuat dengan uruskan dengan begitu baik, ia tak jadi sangat kontroversi.
[Tepuk] Akan tetapi, bila hal ini dikhianati, perbelanjaan untuk pengurusan dan sebagainya, ini perkara yang tak mungkin dimungkiri. Jadi, saya khuatir kalau hal ini tidak diberi tekanan dalam kita nak perbesarkan, nak perluaskan dan kita tak dapat buktikan pengurusan itu cekap.
Saya terkesan Tuan Yang di-Pertua, terutamanya Bank Islam kerana Bank Islam– saya juga ada sedikit sumbangan mendirikan, membantu semasa saya menjadi Yang Berhormat Menteri Kewangan dahulu, membesarkan tetapi pengurusan kemudian yang menyebabkan kerugian itu ratusan juta dan sekarang ini bila kita bercakap tentang moratorium bank– komersial bank semua boleh tetapi bank-bank yang di bawah kelolaan kerajaan termasuk yang dijaga dan dikawal oleh bumiputera, lingkup semua atau tak mampu nak berikan kemudahan itu kerana tanggungan besar. Bank Islam sekarang dipunyai oleh Tabung Haji dan kalau dia terheret rugi, dia kesan pula kepada Tabung Haji.
Jadi, problematic bagi kita.
Oleh sebab itu, saya minta ada kepastian untuk memberi tumpuan kepada soal- soal basic. Ekonomi harus dijana. Saya setuju, tetapi tak perlu dengan projek mega yang melibatkan syarikat-syarikat asing atau memberikan wang dan dana kepada syarikat- syarikat asing kerana kita lebih baik tumpu kepada kekuatan dalaman supaya penjanaan itu lebih meluas. Saya tidak pergi detail kerana ECRL juga disentuh oleh banyak hal tetapi soal ini ada kaitan dengan soal pendidikan yang disebut tadi sama ada TVET, mutu pendidikan yang mesti diselesaikan.
Tuan Yang di-Pertua, kita kehilangan hampir satu generasi sekarang. Dua tahun walaupun ada on-off, on-off, online-offline, online-offline, memang prestasi pendidikan itu rata-rata memang rendah. Kalau ada Ahli-ahli Yang Berhormat baik pembangkang ataupun kerajaan nak nafikan, mereka itu dalam keadaan state of denial melainkan anak- anak kaya di bandar, anak-anak di sekolah semua parah. Maknanya kalau betul memerlukan transformasi, adakan transformasi. Belanja yang secukupnya untuk betul- betul jamin anak muda generasi ini diberi perhatian jauh lebih daripada yang sebelumnya.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang ada kemudahan dan kedudukan. Tak perlu terlalu takut kalau nak buat perubahan-perubahan ini kerana kita akan bagi sokongan. Tak payah upah, tak payah lantik sesiapa jadi GLC. Tak nak bagi taraf Menteri kepada Ketua Pembangkang, tak ada masalah. Saya tak pernah minta.
Jangan dok jadikan ini isu, it’s not an issue. What is the primary issue ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengambil tindakan yang berani melakukan transformasi.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Port Dickson, kita ada satu minit sebelum kita break.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Ya. Jadi sebab itu kalau kita lihat umpamanya daripada Jabatan Perangkaan yang saya sebut tadi kemiskinan ini, saya rasa cukup mengaibkanlah. Sebagai Ahli Parlimen, kalau tak suarakan ini dan jadikan Parlimen
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
ini gelanggang mengatakan okey, peratus, peratus, peratus. Siapa peduli jumlah dan angka peratus? Bagi keluarga yang tertekan itu, dia mesti dijamin kehidupan dia.
Saya percaya ramai Ahli Parlimen juga tahu cuma nak ada tekad politik, the political will and courage to implement. Itu yang masalah dia. Kita sebut dan saya ingat penekanan diberikan dalam Buku Rancangan Malaysia Ke-12 ini, bagi saya tentang kemiskinan dan kesenjangan ini, agak baik kalau timbang rancangan sebelumnya. Akan tetapi, yang menjadi persoalan adalah pelaksanaannya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Port Dickson. Jam telah menunjukkan pukul satu. Dewan berhenti rehat dan disambung semula 2.30 petang. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Mesyuarat ditempohkan pada jam 1.00 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
[Dato’ Sri Azalina Othman Said (Pengerang) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Silakan Yang Berhormat Port Dickson.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyambung sedikit lagi. Saya mahu rumuskan bahagian pertama tentang keperluan kita memperkukuh institusi yang sedia ada dan jangan mempersulitkan dari segi hubungan antara kaum dan menimbulkan kegusaran tanpa penyelesaian yang jelas bagi orang Melayu atau bumiputera sendiri.
Saya sebutkan umpamanya dan menuntut supaya Perdana Menteri dan kerajaan consolidate, perkukuh institusi bumiputera yang sedia ada dahulu. Ini cabaran penting kerana sejarah kita itu sangat mengaibkan. Pilihlah bumiputera yang paling cekap, berpengalaman dan berprestasi baik untuk mengurus syarikat dan badan-badan kelolaan bumiputera. Orang yang rekodnya telah melingkupkan dana bumiputera, janganlah atas pertimbangan politik dan kroni memberi hadiah terus kepada mereka dan mengorbankan nama bumiputera walaupun slogan kita masih Melayu dan bumiputera.
Kita tahu pengalaman Bank Bumiputra dan bagi kita yang mengikuti perkembangan pada ketika itu Tuan Yang di-Pertua, cukup mengejutkan. Bank yang diasaskan untuk meletakkan satu imej yang baik bagi bumiputera telah terkorban. Laporan Allahyarham Tan Sri Ahmad Noordin pada masa itu, BMF, subsidiari Bank Bumiputra Hong Kong membelanjakan pada ketika itu USD1 bilion di antara tahun 1979 sehingga 1983 kepada peminjam dari Carrian Group dan George Tan. Ya, pemantauan tidak ada, pengurusan tidak ada.
Mengapa saya ungkit hal ini, Tuan Yang di-Pertua? Oleh kerana hal ini berulang, berulang terus. Kita patut belajar daripada pengalaman itu, tetapi tidak. Kita lihat umpamanya selain daripada bumiputera, saya tidak mahu tekankan hal itu kerana sudah sedia maklum walaupun ia menyakitkan kalau kita kaji umpamanya. Teguran tahun 1982 – 1983 itu tidak memberi kesan, sebentar kejutan, kemudian diulang dalam institusi yang baru, umpamanya Bank Pembangunan.
Melalui Bank Pembangunan setelah Belanjawan 2019 dibahaskan, membentuk satu - menatarkan satu dana RM3 bilion Industry Digitalization Transformation Fund. Baik, dari segi digital baik, makna kalau kita dengar pengumuman itu, kita akan sambut baik iaitu dengan subsidise interest rate of two percent, Tuan Yang di-Pertua dan untuk kita meneroka satu bidang baru. Ini dikelolakan umumnya sebagai institusi bumiputera. Jadi kita anggap keperluan ini untuk membantu anak-anak bumiputera dalam bidang digital technology, sejak tahun 2019. Umpamanya RM500 juta untuk Public Transport Loan Fund dan RM1 bilion untuk Sustainable Development Financing Fund. Kalau kita dengar hujah pada masa itu, tidak ada sebab kita harus menolak kerana cadangan-cadangan yang baik dan agak ke depan untuk memikirkan keperluan
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
negara kita menghadapi cabaran baru, modern transportation digitalization dan finance.
Akan tetapi apa yang berlaku ialah umpamanya pinjaman itu diberi, pertama, RM450 juta kepada Tan Sri K.Eswaran untuk membentuk satu network Asian Broadcasting Network yang baru yang sebenarnya lingkup sekarang.
Saya sebut hal ini, Tuan Yang di-Pertua, jangan kata ini melihat atau menyingkap pengalaman lama. Tidak, kerana kesan sekarang. Bila kita bincang dengan Menteri Kewangan tentang moratorium bank, bank komersial bersetuju dengan moratorium dan batalkan faedah. Akan tetapi bank di bawah kelolaan bumiputera dan di bawah kerajaan seperti Bank Islam, Bank Pembangunan, Bank Rakyat tidak mampu dan tidak mungkin melaksanakan kerana kerosakan yang berlaku dalam sistem, kecurangan yang berlaku tanpa sebarang tindakan diambil melainkan penggantian pengurusan.
Ada beberapa contoh lain pinjaman yang diberikan yang berakhir dengan keadaan lingkup termasuk umpamanya pinjaman kepada syarikat Indonesia, Garuda Suci dikuasai oleh Peter Sondakh melalui Eagle Rock Capital Berhad. Ini juga mengalami permasalahan dan akhirnya setelah dibuat kajian oleh McKinsey yang memberi amaran dan kita tahu berakhir dengan kerugian yang parah.
Saya sebut tadi tentang dana untuk consultance ini. Ia dua perkara. Pertamanya ada keupayaan, kalau pengalaman saya dahulu dalam kerajaan, Tuan Yang di-Pertua UPE ini menunjukkan prestasi yang cukup baik, minimum reference to foreign consultance.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Sekarang maksimum saya jangka, ini Yang Berhormat Menteri boleh sahkan almost RM2 bilion untuk consultancy fees. Itu satu, keduanya pandangan konsultan pun tidak boleh pakai. Impressive report, representation yang sungguh mengagumkan kalau kita baca seperti yang saya sebut pagi tadi, laporan Rancangan Malaysia Ke-12 dicerakin dengan begitu baik, kalau ditelusuri dengan terperinci memang cukup memuaskan.
Baik, kemudian Bank Islam Malaysia Berhad, itu yang paling lebih menyakitkan hati kerana kita tubuhkan itu sebagai satu cita-cita. Jadikan Malaysia ini sebagai hab, contoh terbaik bagaimana kita urus Bank Islam Malaysia Berhad.
Akan tetapi disebut akhirnya RM2.2 bilion hutang lapuk dengan izin, due to irregularities arising from weak client organization, origination and credit structuring, inadequate accounting monitoring and ineffective problem recognition processes, laporan.
Tuan Yang di-Pertua, bagaimana mungkin kita adakan satu bank, dikendalikan dan diuruskan oleh bumiputera kita, pengawasan Bank Negara minimum dan akhirnya menyebabkan kerugian yang besar. Sekarang seperti kita tahu tidak mungkin kalau dalam moratorium ini bersama kerana kedudukan yang sangat buruk.
Lebih teruk apa yang disebutkan skandal ini kerana Tabung Haji mempunyai kepentingan tetapi sebabnya kalau kita lihat keputusan-keputusan tidak seluruhnya pengurusan. Keputusan ini kerana campur tangan politik, pengurusan yang lemah dan *poor internal controls.
Years of regulatory indifference,* saya hanya rujuk McKinsey tetapi puncanya juga ialah kerana beberapa keputusan dibuat yang tidak mengikut peraturan dan campur tangan politik berlebihan termasuk pelaburan di Selatan Afrika dan Bosnia. Ini dibandingkan dengan prestasi bank komersial di Malaysia, Maybank keuntungan bersih RM1.96 bilion, CIMB RM1 bilion, Public Bank RM1.38 bilion, RHB RM701.3 juta, Hong Leong Bank RM2.8 bilion. Ini keuntungan-keuntungan dicatatkan semasa COVID-19.
Oleh sebab itu kita mengatakan janganlah Yang Berhormat Menteri Kewangan nampaknya ada kesan positif setelah perbincangan dengan team MoU ini beliau nampak setuju dengan moratorium. Saya ucapkan terima kasih kerana kerajaan tidak boleh dilihat sebagai memihak kepada tauke-tauke bank. Mesti melihat kepada keperluan peminjam dan rakyat dalam keadaan mereka tertekan dengan kehidupan ini.
Kalau kita lanjutkan dengan melihat keuntungan Top Glove Corporation, syarikat lain keuntungan besar RM1.9 bilion tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2020. Oleh sebab itu kita tekankan kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan dalam keadaan ekonomi
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
begini, janganlah bebankan rakyat dengan percukaian baharu, kurangkan beban rakyat dan haruslah mulakan satu bentuk percukaian yang progresif terhadap golongan yang kaya.
[Tepuk] Saya setuju dengan peringatan beberapa orang kawan supaya janganlah cukai itu menyebabkan orang kurang minat terhadap pelaburan. Ini pernah saya sebut dahulu tentang teori pemikir Ibnu Khaldun dan juga pemikir progresif Cina Wang An Shia yang mengatakan jangan sistem percukaian itu menyebabkan pelabur kurang minat untuk meneruskan pelaburan.
Akan tetapi kalau ia untung pada zaman ekonomi meleset dan orang sakit dan orang tidak ada pekerjaan maka eloklah dikenakan sedikit tambahan cukai bagi yang kaya. Ini kerana walaupun keadaan ekonomi kita dianggap meleset ataupun tidak memberangsangkan, peningkatan keuntungan sektor korporat adalah lebih tinggi berbanding pertumbuhan pampasan pekerja. Jangan fikir cukai, upah pekerja pun tidak meningkat, setimpal. Kadang-kadang tempat tinggal tidak diurus dengan begitu baik.
Sehingga masalah COVID-19 baru-baru ini baru nampak. Mustahil tidak tahu, mana Kementerian Sumber Manusia, mana jabatan-jabatan yang ada ini? Tidak tahu mana pekerja mereka duduk. Jadi kita hanya ingin catat pertama bawa pelabur, keduanya biar catat keuntungan besar. Kita tidak fikir upah kepada pekerja dan juga kedudukan mereka seperti tempat tinggal dan sebagainya.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Celahan.
Celahan Yang Berhormat Port Dickson. Tuan Yang di-Pertua, dalam mencelah tajuk upah dan gaji ini, saya sangat terkesan dengan hujah ini. Saya tamat belajar tahun 1987 jadi pengurus ladang, gaji RM1,680 pada tahun 1987.
Hari ini tahun 2021, apakah Yang Berhormat Port Dickson sedar dalam kajian yang dibuat oleh Bank Negara mengenai upah sebenar lepasan graduan? Ini laporan tahun 2018. Ia mengatakan trend gaji permulaan bulanan bagi kebanyakan siswazah semakin mengecil sejak tahun 2010. Mengecil itu tara mana? Lebih separuh daripada graduan mendapat gaji kurang daripada RM2,000. Ini dipanggil istilahnya ialah gaji permulaan bulanan, RM2,000.
Tahun 1987 dahulu gaji graduan saya ambil dalam kes saya RM1,680. Takkanlah 34 tahun kemudian gaji graduan RM2,000. Bermaksud ini masalah utama negara kita.
Upah mendatar, kalau naiknya sangat kecil. Jadi ini membabitkan keupayaan kuasa beli yang kecil ketika kos sara hidup melonjak tinggi.
Jadi saya fikir ini isu yang sangat fundamental dalam bercakap tentang masalah rakyat di negara kita kerana dari pagi saya dengar satu jam 10 minit sudah Yang Berhormat Port Dickson bercakap, temanya berkitar kepada tema kesenjangan atau ballooning in equality dalam serba serbi. Itu temanya tetapi dalam soal upah ketika sesi petang Yang Berhormat Port Dickson sambung, saya mohon sedikit pandangan, biarpun 30 tahun berlalu kita masih terperangkap dalam putaran upah gaji yang kecil menyentuh tentang segmen graduan ini. Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Terima kasih Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Pada tadi Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan Rancangan Malaysia ini, Yang Berhormat Pekan pun sudah ada dengan menekankan peranan Allahyarham Tun Abdul Razak tatkala meluncurkan Dasar Ekonomi Baru, Rancangan Malaysia Ke-2 pada tahun 1971 di mana ditekankan soal kemiskinan dan keadilan bagi rakyat terutama desa dan pedalaman.
Sekarang sudah jadi miskin bandar dan ia berkembang terus, miskin bandar secara serius. Jadi, seperti apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu ini diperkuatkan dengan kenyataan bahawa keuntungan sektor korporat dalam Rancangan Malaysia Ke-11 adalah RM583 bilion dan peningkatan ini ke timbang peningkatan upah pekerja tidak setimpal.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Jadi, kalau kita lihat umpamanya angka yang pernah saya sampaikan di sini, di Korea, di beberapa buah negara lain, ia sekurang-kurangnya hampir setimpal kalaupun tidak, lebih. Ini kerana kalau bila ada kesenjangan begitu, pendapatan dan upah masih
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
rendah, keuntungan melonjak tinggi, ia tidak akan menjamin peningkatan produktiviti. Ia ada correlation di antara upah dan produktiviti. Ini kajian cukup dibuat baik. Oleh sebab itu, saya sengaja menyebut tentang contoh syarikat-syarikat yang berkeuntungan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga sebut tadi tentang keperluan kerajaan menyegerakan tindakan menjamin pengurusan dan pengawasan syarikat-syarikat kerajaan, GLC dan GLIC terutama yang dianggap tonggak institusi bumiputera. Saya sudah sebut contoh di mana institusi bumiputera itu dikhianati sehingga terkorban. Akan tetapi, dalam langkah ini, Yang Berhormat Menteri ada, yang disebut transformasi ratusan kali itu tidak menunjukkan keupayaan kita untuk bertindak lain daripada yang lain. GLC masih diteruskan, masih ada pembahagian, kroni-kroni, politik itu ini. Kalau layak, saya tidak persoalkan. Kalau strict untuk menjadi pengurusan tidak soal. Akan tetapi, kalau dinilai umpamanya dari sudut berapa upahnya, berapa kemudahannya, berapa saham, berapa kontrak hendak beri pada anak, menantu dan keluarga dari Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sampai ke bawah? Kalau itu pertimbangannya, mustahil Yang Berhormat Menteri, transformasi ini akan berlaku.
Jadi sebab itu, saya syorkan supaya ada laporan dalam pemantauan ini dan kalau boleh Jawatankuasa Pilihan Parlimen hanya untuk memantau perjalanan badan-badan selain daripada kerajaan, juga GLC dan GLIC supaya lebih terus bertanggungjawab. Ini kalau tidak, namanya inklusif tetapi dasarnya tidak. Namanya ‘mampan’, ia berbeza dengan ‘mapan’. ‘Mapan’ ini sekadar kekal seperti biasa.
Mampan Tuan Yang di-Pertua, saya memperkenalkan istilah itu untuk bermaksud sustainable. Pada tahun 90-an saya perkenalkan dan terima kasihlah kerajaan guna sekarang. Jadi mampan (sustainable) itu dari sudut yang baik, maknanya ‘mampan’ itu lebih daripada ‘mapan’ kerana mapan itu sekadar pertahan prestasi, ‘kemampanan’ is sustainability yang boleh meningkat keupayaan dan nampak tahap kecekapannya.
Bagaimana boleh mampan kalau tidak ada pemantauan? Bagaimana ada makna Memorandum Persefahaman (MoU) kalau tidak dapat kita bekerjasama memantau perjalanan.
Saya ingat ini akan memberikan satu impak supaya orang yang menjalankan GLC dan GLIC ini, jangan anggap iaitu off-budget agencies dia boleh buat apa-apa. Lebih bahaya kerana government guarantee is required dan tidak dibentangkan di sini. Ini kerana ini di bawah non-guaranteed corporate bodies yang tidak memerlukan laporannya di sini. Oleh demikian, GG debt itu sudah meningkat. End of June 2018, outstanding GG debt registered was RM258.4 billion atau 18.1 GDP. Apa lagi cara kita hendak pantau kalau tidak Jawatankuasa Pilihan Parlimen boleh lakukan?
Jadi, saya harap perkara ini dapat pertimbangan khususnya dari Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menunjukkan kesediaannya, mengambil sikap yang lebih terbuka, kesediaannya untuk memberikan taklimat, kesediaan untuk mendengar dan memberi ruang yang cukup baik.
Akan tetapi, janganlah ini sekadar retorik sesat, nampak semuanya baik but when it comes to details, analyze, menilai itu tidak dapat kita lakukan. Itu akan menyebabkan persepsi rakyat bahawa kita gagal.
Contoh umpamanya macam COVID-19, ada kemajuan sekarang kita akui. Akan tetapi, kelengahan memberi vaksin yang menyebabkan kematian mencecah lebih 25 ribu.
Itu harus dijawab. Saya sebut di sini dua minggu yang lalu, kebanyakan yang mati itu orang miskin terutama brought-in-dead, tidak ada akses kepada kemudahan hospital.
Memang ada orang yang lain-lain pun meninggal, kita simpatilah tidak kiralah miskin kaya tetapi kebanyakannya itu tidak ada akses kepada Kementerian Kesihatan.
Maknanya public health itu satu masalah besar dan kalau berbicara soal transformasi menyelesaikan masalah COVID-19 ini, kita kena jawab masalah ini.
Janganlah ceritakan kejayaan hari ini. Kita kena tahu punca yang mati, sudah mati. Apa puncanya? Bagaimana kita boleh mengelak perkara ini berlaku dan seterusnya.
Jadi, sebab itu soal yang dibangkitkan oleh ramai Ahli Yang Berhormat. Pertama, kemudahan prasarana perubatan yang perlu ditingkatkan. Kedua, mental health issues yang dianggap baru di dalam negara kita. Soal bunuh diri, soal sakit, soal kehilangan ibu
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
bapa dan sementara kita rakyat, NGO, parti-parti politik bantu tetapi harus adalah satu dasar kerajaan yang jelas dalam perkara ini. Baik.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Yang Berhormat Port Dickson, Lembah Pantai. Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Apa pandangan Yang Berhormat Port Dickson bila kita lihat keadaan sekarang ini dengan yang disebut sebagai kita akan masuk endemic phase bagi wabak COVID-19?
Adakah Yang Berhormat Port Dickson melihat Rancangan Malaysia Ke-12 seperti yang dibentangkan mampu berhadapan dengan senario di mana varian-varian baharu yang mungkin lebih dahsyat daripada varian Delta yang ada sekarang ini ataupun ancaman- ancaman lain yang bersifat sama seperti COVID-19? Adakah Rancangan Malaysia Ke-12 ini business as usual? Apa pandangan Yang Berhormat Port Dickson?
Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang
Yang Berhormat Port Dickson, boleh ringkas sahaja? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Setakat ini saya belum mendengar komen atau ulasan Yang Berhormat Port Dickson tentang agihan kekayaan yang lebih adil kepada rakyat. Soalnya, adakah Rancangan Malaysia Ke-12 ini ada menangani hal ini? Terima kasih.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Yang Berhormat Lembah Pantai menyatakan varian baru. Saya akui saya tidak punya kepakaran tentang semua jenis varian dan kesan mereka. Akan tetapi, yang saya tahu daripada segi dasar ialah keperluan kita menyediakan kemudahan yang cukup dan membelanjakan cara besar untuk kemudahan kesihatan terutama bagi yang miskin bandar dan di luar bandar.
Oleh sebab itu, saya kata kalau ini memerlukan pembatalan atau penangguhan projek-projek besar, buatlah kerana tidak mungkin kita buat terus dengan projek-projek MRT3, ECRL, airport baharu di samping dalam masa yang sama kita buat projek-projek kesihatan secara besar. Nanti Yang Berhormat Menteri jawab, ini private initiative. Please dengan izin, *do not use that crap.
[Ketawa] Nothing is free*, maknanya kalau guna private initiative, seven to 10 years kita kena bayar.
Jadi, kalau gunakan ini, tidak memerlukan dana kerajaan sangatlah. Saya pun ada sedikit pengalaman sebagai Yang Berhormat Menteri Kewangan. There is no such thing as a free project or free initiative dan boleh private sector initiative is welcomed tetapi kita kena tahu apa kesan-kesannya. Saya pergi, begitu juga tentang Yang Berhormat Pasir Gudang, agihan.
Saya sebut daripada awal kesenjangan. Mengapa saya make reference kepada Dasar Ekonomi Baru dalam tahun 1971, konteks itu ialah kerana ini kali pertama setelah laporan daripada Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz, Syed Husin Ali tentang kemiskinan desa bangsa itu, maka respons yang positif daripada Almarhum Tun Abdul Razak adalah menangani masalah kemiskinan cara yang berkesan.
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Maka terus ada follow-up, Buku Hijau, Majlis Tindakan Daerah, semua ada. Jadi, kita tengok ada follow-up, ada perbezaan dengan sekarang. Sekarang kita umumkan, saya sebut tadi 280 kali transformasi tetapi kita belum yakin akan kesungguhan dan keupayaan melaksanakan di peringkat daerah termasuk isu yang tambahan. Dahulu kita tidak bercakap sangat soal kesenjangan atau kemiskinan. Sekarang kita tambah dengan soal inequality. Dalam isu COVID-19 pun saya pernah sebut di sini tentang kajian yang dibuat oleh Prussian Economies 1848 bahawa problem endemik termasuk masa itu typhus endemic, itu isu puberty and social exclusion, 1848 dan isu ini tidak berubah, besar. Kita mesti selesaikan masalah kemiskinan pada soal kesenjangan.
Akan tetapi soal miskin ini sekadar retorik cukuplah. Hendak laksanakan ini mesti ada clear plan of action. Kalau tidak, seperti mana disebut oleh Yang Berhormat Tuaran tadi, masalah bekalan air di Sabah pun belum selesai. Padahal kalau ada political will, tekad politik Tuan Yang di-Pertua, you just say with next month you start at all costs, whatever fund requires selesai masalah air di Sabah. We don’t have that unfortunately.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Mohon celahan Yang Berhormat Port Dickson. Ringkas, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Port Dickson, dalam berbahas tentang Rancangan Malaysia Ke-12 ini, apakah Yang Berhormat Port Dickson bersetuju bahawa satu komponen penting dalam memastikan bahawa pelan yang dirancang, pelaksanaannya jadi tuntas dan baik jika sekiranya kewibawaan institusi-institusi penting negara itu ikut diberikan penekanan terutama institusi-institusi penguat kuasa.
Baru-baru ini negara dikejutkan dengan penangkapan beberapa pegawai dalam SPRM bersabit dengan kehilangan wang bahan bukti terhadap satu kes. Kemudian, SPRM segera menjalankan siasatan. Kita bantah. Mana mungkin satu institusi yang terbabit dia sendiri yang buat siasatan. Kita pernah lalui tahun 1998. Yang Berhormat Port Dickson ditangkap oleh polis, dikurung oleh polis, dipukul oleh polis, polis siasat polis, tidak jumpa siapa yang buat. Takkan lah kita tidak belajar daripada pengalaman itu dalam kes SPRM.
Oleh sebab itu kita desak biar polis ambil siasatan, awal lagi akan tetapi ada Menteri yang pertahankan. Tidak apa lah, biar. Ini isu kewibawaan institusi. Sekurang- kurangnya Yang Berhormat Port Dickson, Tuan Yang di-Pertua, hari ini ada juga lah kenyataan saya terbaca dalam media hari ini dari Lembaga Penasihat SPRM yang juga melahirkan rasa keprihatinan yang amat sangat kebimbangan terhadap trend ini. Hujah saya, Yang Berhormat Port Dickson apakah bersetuju bahawa perancangan yang bagus, rapi, cermat, membabitkan masa dan tenaga tetapi komponen integriti institusi dan cabang penting demokrasi negara ini turut harus diberi penekanan. Terima kasih.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Terima kasih Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu. Perdana Menteri ada merujuk kepada Pelan Antirasuah. Walaupun di peringkat akhir, saya fikir sepintas lalu. Pada hemat saya, soal tata kelola atau governance ini soal sentral. Kita boleh sebut RM300 bilion, RM400 bilion atau RM800 bilion tetapi kalau isu ini tidak diselesaikan, maka kita lihat bukan sahaja di kementerian ataupun di GLC sekarang di SPRM pun sudah jadi masalah. Jadi, dia menghakis keyakinan rakyat. Jadi, saya akan sentuh sekarang soal Pelan Antirasuah ini walaupun ini saya hendak buat pada peringkat akhir.
Kontroversi terakhir ini melibatkan Ketua Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri.
Saya akui, saya faham dan saya ingat mantan Perdana Menteri pun ada di sini. Selalunya Bahagian Perisikan (Special Branch) ataupun Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri itu dikawal rapi dan dirahsiakan sebab dia melibatkan soal keselamatan dan juga hubungan antarabangsa dengan negara-negara lain. Jadi, apa yang berlaku saya minta penjelasan dari beberapa Menteri berkenaan dan khususnya Perdana Menteri.
Pertama, yang melibatkan pendakwaan mula kepada Datuk Hasanah. Itu melibatkan wang yang diambil dari mungkin negara lain untuk tujuan risikan. Itu defence dia. Bila ditarik balik pendakwaan, tiada penjelasan. Kemudian wang disimpan di SPRM.
Kemudian berlaku kecurangan kerana berlaku kepalsuan wang yang diganti dan oleh yang demikian dicuri. Itu tuduhan kepada pegawai SPRM. Jadi melibatkan tiga agensi sudah. Jabatan Perisikan, SPRM, polis. Ini kerana wang palsu kalau ringgit itu tanggungjawab Bank Negara dengan Kementerian Kewangan. Kalau US Dollar ia melibatkan Kerajaan Amerika Syarikat.
Jadi, untuk kita mengambil tindakan sambil lewa dan tanpa apa-apa kenyataan daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM, bagi saya tidak boleh diterima. Patut ada penjelasan, patut tindakan luar daripada SPRM untuk menjelaskan. Kalau ini yang berlaku kepada SPRM, apa yang diharapkan kepada tindakan isu-isu besar yang lain? Saya baca semalam guru besar didakwa kerana salah guna RM2,500. Saya pernah di Sungai Buloh.
Sungai Buloh itu penjara, Tuan Yang di-Pertua. Seorang anak muda...
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Tahu, tahu.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
...Ditangkap, ditahan berbulan- bulan kerana curi jeans. Bukan jin setan ini. Jeans seluar.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Seluar jeans.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Seluar jeans. Oleh kerana tidak ada wang untuk cari lawyer, dia kena reman hampir enam bulan. Jadi saya kata, “Oh! Di Malaysia ini bagus sebab kalau curinya lebih daripada RM500 juta, dia selamat. Kadang- kadang naik pangkat...”.
[Disampuk] Jadi, oleh yang demikian, tanpa prasangka kepada sesiapa pendakwaan harus bebas. Soalnya sekarang pun pendakwaan pun dipertikai. Ini masalah. SPRM terhakis kepercayaan, pendakwaan pun belum tahu. Salah tidak salah ada pendakwa atas arahan. Itu persepsinya begitu rupa. Badan Kehakiman begitu ada perubahan sedikit kemudian sekarang dipersoalkan. Jadi, kalau benar kita hendak institusi ini direformed, mesti pastikan enforcement, pendakwaan, badan kehakiman bebas dan telus. Selamatkan negara ini.
[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, kita bicara ini soal keselamatan negara.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Hidup Yang Berhormat Port Dickson!
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Bagaimana boleh kita jamin negara ini selamat kalau kita tidak tahu institusi mana boleh dipercayai. Yang Berhormat Kulim- Bandar Baharu sebut pengalaman masa itu Permatang Pauh, sekarang Port Dickson. Itu tidak apa. Saya ini senang, sudah, sudah lah. Maafkan dan move on. Akan tetapi janganlah sekarang berlaku lagi. Kalau terus jawapan Menteri sambil lewa. Ini sedang dalam siasatan dan kita tunggulah dahulu. Siapakah yang siasat? Ini membabitkan pelbagai agensi sebab itu ada cadangan untuk dibentuk Suruhanjaya Diraja. Saya belum ada pandangan khusus bab ini. Kalau jaminan pihak polis dan pihak pendakwaan Bank Negara itu betul-betul telus. Maka tidak ada keperluan dalam tiap kes kita adakan.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Yang Berhormat Port Dickson minta ini jangan lah menghina kerajaan. Ulama kan banyak dalam kerajaan, boleh nasihat.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
[Ketawa]
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Ini menghina kerajaan yang disokong oleh ulama ini. Kenapa ini?
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Kota Raja sudah sign MoU agaknya.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
[Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. MoU tidak menghalang kita mengkritik benda yang betul. Tentunya di antara yang sebab membaranya Yang Berhormat Kota Raja ini sebab judi ditambah 22. Jadi ini bagi saya membingungkan dan tidak ada suara. Sunyi sepi, lidah kelu tidak berkata. Entah sebab apa saya tidak faham. Baik, saya akan teruskan sedikit lagi dan saya minta tidak ada lagi pencelahan sebab sedikit lagi tentang terutamanya industri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Apa yang saya terima baik buku penyelidikan dan penelitian oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE) kerana beberapa masalah itu dikenal pasti cara yang sangat objektif.
Umpama yang kita lihat isu dan cabaran sebab produktiviti. Dia mengaku setelah enam dekad merdeka, produktiviti rendah, akses pasaran yang rendah dan firma kurang berdaya saing, pembangunan perindustrian yang tidak seimbang antara wilayah, tadbir urus dan mekanisme pelaksanaan yang kurang berkesan. Ini datang dari Jabatan Perdana Menteri bagi saya sangat menggalakkan. Soalannya, apa benar kita sedia ambil tindakan menyelesaikan masalah-masalah ini. Apa boleh kita adakan jawatankuasa yang saya cadangkan pilihan itu untuk memantau benar atau tidak supaya jangan mengulangi masalah yang berlaku sebelumnya.
Penyelesaiannya bukan disebut Comprehensive And Progressive Agreement For Trans-Pacific Partnership (CPTPP) bahawa kita sudah sign. Akan tetapi kita kena tanya juga, kita hendak tahu. Kita tidak menentang. Kalau mahu kita sokong, kita hendak tahu kerana Yang Berhormat Menteri itu di antara pelopor kuat untuk pertahankan tetapi kita hendak tahu umpamanya kesan dia apa. Apa risiko kepada pendapatan kerajaan seperti juga WTO. Bagaimana juga tentang subsidi nelayan?
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Kemudian, apakah benar dengan perkenalkan dengan bersetuju dengan Artikel 24 trade balance ini, kita ada kesan memperburuk imbangan pembayaran hampir RM10 bilion setahun. Apakah benar kita kehilangan hasil tarif RM6.9 bilion? Itu soalan-soalan tidak dijawab secara tuntas oleh kementerian dan saya percaya boleh dilakukan.
Kita juga ketahui umpamanya UNCTAD buat kajian hipotesis bahawa bilateral investment treaties (BIT), foster bilateral FDI itu dipertikai. Ada negara yang tidak tandatangani FTA dan perjanjian sedemikian yang masih terus mendapat pelaburan.
Mungkin kerana institusi lebih kukuh. Mungkin kerana kewibawaan, keabsahan kerajaan yang belum diuji di sini. Ini saya pendekkan untuk sekadar Yang Berhormat Menteri mengambil perhatian.
Ada isu-isu yang besar yang harus dijawab ini sepanjang empat, lima tahun yang lalu dan sepanjang darurat COVID, banyak tender-tender pembelian diberikan, dibeli dan dibuat tanpa peraturan yang munasabah. Umpamanya projek pembinaan enam buah kapal light combat ship sampai sekarang tiada jawapan.
[Disampuk] Ada lagi. Pembelian enam helikopter MD530G. Ini besar, ini berbilion-berbilion. Helikopter ini RM340 juta.
Jadual pembayaran untuk kapal light combat ship berubah. Pembayaran diteruskan, kapal tidak sampai. Sekurang-kurangnya dahulu sampai walaupun tenggelam, sampai la juga.
Ini tidak sampai langsung. Ini kena jawablah. Jangan jawab kata dalam perhatian.
Kemudian, ini serius dan saya tahu syarikat-syarikat ini saya tahu detail. Saya hendak tunggu Yang Berhormat Menteri jawab dan kita akan respond dari situ. RM1 bilion kontrak baharu Starstreak peluru berpandu. Saya ada detailnya Yang Berhormat Menteri, boleh sampaikan kepada Menteri Pertahanan. Jangan dia jawab sewenang-wenangnya kerana kita akan kemukakan pandangan yang berikut.
Kementerian Pengangkutan. Transit Acquirer Sdn. Bhd. Diperbadankan dana RM2.5 juta, kemudian rugi ya. Ke depan rugi, dibuang oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan yang lalu. Diambil balik oleh Menteri Pengangkutan yang baharu dan dia hendak memperkenalkan sistem yang lama nyata telah menyebabkan kerugian dan sebab itu kerajaan tidak boleh mengaktifkan ICPS 2.0. Saya ringkaskan tetapi saya hendak tunggu kerana monopoli oleh satu pengendali bukanlah satu peluang yang cekap dan berpotensi dan ini akan memungkinkan berlakunya rasuah. Kita menilai merumuskan Tuan Yang di-Pertua, kejayaan ini bukan daripada segi angka dan data.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Berhormat, 30 saat sahaja.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Ya, ya.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Untuk teruskan hujah Ketua Pembangkang, saya berharap Yang Berhormat Menteri Kewangan boleh berikan list dan senarai penuh sejujur dan setelus mungkin semua kontrak yang diberikan melalui rundingan terus ataupun rundingan terhad dan dimaklumkan kepada semua Ahli Parlimen kerana jika Menteri Kewangan boleh buat yang sama pada tahun lepas, saya agak yakin Menteri Kewangan dapat lakukan perkara yang sama pada tahun ini supaya ada sikap ketelusan. Terima kasih.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Saya cadangkan tadi jawatankuasa pemilih peringkat awal untuk dibentangkan secara terperinci dan semua termasuk kontrak dan kemudian untuk dibahaskan di Parlimen. Kalau tidak, tidak ada makna transformasi dan tidak bermakna MoU. MoU melibatkan— jadi kita hendak tanya.
Hendak suruh kita sokong tetapi kontrak berbilion-bilion lesap di bawah. Tidak boleh.
Orang kata kita seolah-olah bersengkokol.
Bagi saya fakta yang penting, orang pertikai. Kalau betul hendak kerjasama, tidak ada masalah. Apa yang hendak rahsiakan? Kontrak sudah bagi RM1 bilion. Kepada siapa? Mengapa? Apa track record dia? Berapa komisen dia? Siapa yang dapat komisen?
Syarikat mana? Daripada komisen itu dibahagi kepada bahagian mana? Semua yang itu tidak perlulah ya tidak. Semua maklum.
Baik jadi saya minta Tuan Yang di-Pertua, kerjasama kementerian untuk mengenal pasti penilaian dan penilaian itu boleh dibuat berdasarkan kaedah yang
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
lengkap. Sebab itu dahulu saya penah sebut apa yang penah disebutkan oleh Boston Consulting Group tentang sustainable economic development assessment (SEDA) yang tidak terikat hanya dari segi perumahan, kesihatan, pendidikan tetapi yang lebih menyeluruh tentang yang disebut well-being masyarakat kerana kita sampai keadaan, bukan sahaja dari segi pendapatan tetapi keselesaan dan kesejahteraan rakyat.
Ini memang disebut daripada segi buku ini secara yang agak menyeluruh tetapi saya hendak lebih spesifik apakah akhirnya penilaian— kaedah penilaian untuk menunjukkan ada kejayaan dan keberkesanan tindakan yang diambil. Saya akhiri dengan menyatakan dari sudut kajian dan penelitian oleh UPE Rancangan Malaysia Ke-12 ini, saya alu-alukan dengan semangat yang agak positif. Apa yang saya pertikai adalah dasar transformasi yang lompang dan yang saya tuntut adalah tindakan yang berkesan melalui suatu jawatankuasa yang boleh membuat penilaian— jangan tunggu separuh penggal dan setelah lima tahun tetapi dari bulan ke bulan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson, 100 minit. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pekan, 45 minit. Silakan.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnianya saya dapat berpeluang berdiri di Dewan yang mulia ini bagi membahaskan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12.
Tuan Yang di-Pertua, pada asasnya, matlamat dan sasaran Pelan Rancangan Malaysia Ke-12 adalah usaha yang terpuji. Syabas saya ucapkan pada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kerajaan termasuk penjawat-penjawat awam atas pembentangan rancangan yang komprehensif dengan sasaran yang murni ini.
Tuan Yang di-Pertua, namun hakikatnya kita sudah terlewat setahun membentangkan RMKe-12 yang merangkumi tempoh tahun 2021 hingga 2025 memandangkan kita kini sudah sampai ke penghujung tahun 2021. Ini disebabkan ketidaktentuan yang berpunca daripada pandemik COVID-19 yang belum selesai. Oleh itu, saya berpandangan ada keperluan bagi RMKe-12 ini disemak semula mungkin setahun, dalam masa setahun supaya ianya lebih tepat dan berdasarkan kepada keadaan sebenar semasa itu.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, purata pendapatan isi rumah seperti yang dinilai oleh Jabatan Perangkaan Malaysia adalah sebanyak RM3,686 sebulan pada tahun 2007. Namun, ia berjaya dinaikkan hampir sekali ganda ke RM6,958 sebulan pada tahun 2016 susulan pertumbuhan ekonomi yang mantap dalam tempoh tersebut. Akan tetapi, kadar pertumbuhan pendapatan rakyat telah jauh menyusut dan hanya naik ke RM7,089 sebulan pada tahun 2019 iaitu kenaikan hanya 1.8 peratus sahaja dalam tempoh tiga tahun dari 2017, walaupun kadar pertumbuhan ekonomi ketika itu begitu mantap.
Pada hemat saya, sasaran purata pendapatan RM10,060 sebulan seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semalam boleh dicapai menjelang akhir RMKe-12 pada tahun 2025 sekiranya kerajaan hari ini bertindak dengan lebih cekap, berani dan inovatif.
Tuan Yang di-Pertua, asas bagi RMKe-12 adalah berdasarkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dengan matlamat utama untuk mengurangkan jurang pendapatan antara semua rakyat dengan meningkatkan pendapatan golongan B40 dan M40. Sebenarnya matlamat ini juga adalah antara keutamaan Kerajaan Barisan Nasional dahulu. Jurang antara pendapatan golongan miskin dan kaya di negara ini melebar pada tahun 2019 buat pertama kalinya sejak tahun 2004. Demikian mengikut laporan terkini yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia.
Pekali gini atau gini coefficient adalah kaedah paling popular untuk mengukur ketaksamaan pendapatan yang mana nilai pekali gini berada di antara kosong dan satu.
Semakin kecil nilainya semakin saksama agihan pendapatan. Pekali gini negara telah menurun secara konsisten dari 0.441 pada tahun 2009 ke 0.399 pada tahun 2016.
Bagaimanapun, angka ini telah naik semula pada tahun 2019 iaitu kenaikan pertama sejak tahun 2004.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Di bawah Kerajaan Barisan Nasional, tempoh sebulan sebelum PRU-14 ialah tempoh pekali gini menjunam paling tajam atau paling ketara apabila dasar-dasar seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan-bantuan lain seperti bayaran bulanan kepada nelayan, bantuan persekolahan, bantuan antara musim bagi pekebun kecil dan pesawah padi diperkenalkan.
Di samping itu, kadar pelaburan asing yang paling tinggi dalam sejarah Malaysia berjaya mewujudkan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi. Manakala pelaksanaan sistem percukaian GST memberi kesan lebih besar kepada golongan kaya dan ekonomi gelap yang berbelanja lebih banyak. Mereka tidak lagi mudah untuk mengelak cukai seperti sistem percukaian SST.
Malangnya, akibat dasar-dasar kerajaan selepas PRU-14, untuk mengurang dan memansuhkan pelbagai bantuan bagi golongan berpendapatan rendah, dividen serta hibah tabung-tabung simpanan rakyat untuk tiga tahun berturut-turut mencatatkan rekod paling rendah dalam sejarah. Selain itu, menggantikan Sistem Cukai GST dengan SST menyebabkan pertumbuhan pendapatan golongan paling kaya atau T20 menjadi lebih tinggi berbanding golongan M40 dan B40 buat kali pertama sejak 10 tahun lalu. Akibatnya kesan daripada itu, pekali gini naik semula dan mencerminkan jurang pendapatan semakin melebar.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Memandangkan pekali gini pernah turun dari 0.441 ke 0.399 dalam masa sembilan tahun sebelum naik semula selepas PRU-14, saya berpendapat adalah tidak mustahil bagi sasaran pekali gini mencapai 0.387 di bawah RMKe-12 ditepati. Namun, kita perlu meneruskan strategi-strategi dan langkah-langkah utama yang lebih terbukti telah berjaya iaitu menaikkan pendapatan dan bantuan rakyat B40 dan M40, memastikan pertumbuhan ekonomi negara setiap tahun mantap serta sistem percukaian dan subsidi yang lebih adil dan telus.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Minta laluan Yang Berhormat.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tentang sistem percukaian saya ingin tanya, ajukan satu soalan.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Ini saya tidak bagi laluan ya.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Pekan.
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pekan tidak bagi laluan. Tolong duduk, tolong duduk. Teruskan Yang Berhormat Pekan. Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jelutong decorum please Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Pekan, silakan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Bayar cukailah, Yang Berhormat Pekan pun hutang cukai.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jelutong, first warning. Thank you.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat berani atau tidak berbahas dengan saya?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jelutong, warning kedua. Mikrofon, Yang Berhormat.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Tuan Yang di-Pertua, ucapan saya yang menyokong pembentangan RMKe-12 adalah berdasarkan kepada enam teras. Teras pertama yang saya ingin cadangkan ialah daya tarikan dan kedinamikan Malaysia.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Pada tahun 2008...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Tolonglah Ahli-ahli Yang Berhormat, beri peluang kepada Yang Berhormat Pekan kerana beliau mempunyai lantai percakapan sekarang. Kita hormatilah sesama sendiri ya. Sila Yang Berhormat Pekan.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Kadar cukai korporat Malaysia pada tahun 2008...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Akan tetapi Tuan Yang di- Pertua...
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Adalah kedua...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jelutong, tolong Yang Berhormat Jelutong. Please-lah, please.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Saya tidak beri izin kepada Yang Berhormat Jelutong ya.
Pada tahun 2008, kadar cukai korporat Malaysia adalah kedua paling rendah di rantau ASEAN. Singapura sebanyak 17 peratus, Vietnam sebanyak 28 peratus, Thailand sebanyak 30 peratus, Indonesia sebanyak 30 peratus dan Malaysia sebanyak 28 peratus.
Malahan kadar cukai korporat di ekonomi terbesar dunia iaitu Amerika Syarikat lagi tinggi iaitu sebanyak 35 peratus.
Akan tetapi, pada tahun 2020 kadar cukai korporat Malaysia menjadi paling tinggi di rantau ASEAN. Malah Amerika Syarikat pula menjadi lebih rendah berbanding kita.
Kadar cukai yang saya maksudkan itu ialah Singapura sebanyak 17 peratus, Vietnam sebanyak 20 peratus, Thailand sebanyak 20 peratus, Amerika Syarikat sebanyak 21 peratus, Indonesia sebanyak 22 peratus tetapi Malaysia sebanyak 24 peratus.
Tuan Yang di-Pertua, hasutan-hasutan bermotifkan politik yang membawa kepada pemansuhan sistem cukai GST telah menghalang hasrat Kerajaan Barisan Nasional dahulu untuk terus mengurangkan kadar cukai korporat cukai Malaysia secara berperingkat-peringkat. Step-by-step...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, saya gunakan Peraturan Dewan.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Sehingga 17 peratus...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jelutong, apa dia, apa dia?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Peraturan 36(12). Saya baca Yang Berhormat Pekan dengar. “Mana-mana Ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis”.
Tuan Yang di-Pertua
Apakah yang mengelirukan?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Penjelasan saya, GST membebankan rakyat.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, pencelahan bukan boleh untuk berbahas, untuk penjelasan sahaja dan Yang Berhormat Pekan tidak bagi laluan pun.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, adakah kita boleh benarkan Yang Berhormat Pekan terus berbahas mengatakan bahawa percukaian GST itu adalah baik.
Tuan Yang di-Pertua
Itu pendapat beliau. Itu pendapat beliau. Duduk, duduk.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jelutong, tolonglah. Jangan buang masa, jangan buang masa. Yang Berhormat Pekan tolong teruskan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Adakah kita hendak dengar...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat ‘Puchong’, Yang Berhormat Puchong pula. Yang Berhormat Jelutong, tolong. Yang Berhormat Puchong, kena dua, tiga kali daripada saya, maaf. Yang Berhormat Jelutong sebenarnya, Yang Berhormat Pekan, silakan. Last ya, tolong.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Tuan Yang di-Pertua, malangnya negara-negara jiran kita yang kesemuanya melaksanakan cukai GST telah berjaya menurunkan cukai korporat mereka ke paras lebih rendah daripada negara kita.
Menjadikan, Malaysia sebagai sebuah negara yang cukai perniagaan paling tinggi di ASEAN.
Seperti semua sedia maklum, sistem percukaian GST adalah lebih saksama dan progresif. Semakin banyak yang kita belanja, semakin banyak yang kita bayar. Hasil daripada cukai GST ini mampu memberi ruang kepada untuk mengurangkan cukai korporat dan cukai pendapatan peribadi ataupun personal income tax. Tuan Yang di-Pertua, antara pertimbangan utama bagi pelabur asing memilih destinasi pelaburan mereka iaitu saiz pasaran domestik, infrastruktur negara dan kadar cukai korporat antara faktor-faktornya. Dari segi infrastruktur negara, Malaysia masih mantap dengan projek-projek infra rakyat, masih berjalan dan semakin hampir selesai, yang akan memastikan kelebihan infrastruktur negara terjamin.
Akan tetapi, adakah pelabur-pelabur asing ini memilih Malaysia memandangkan saiz pasaran domestik kita lebih kecil tetapi pada masa yang sama cukai korporat kita pula tertinggi di kalangan negara-negara ASEAN pada ketika ini. Akibat faktor ini, syarikat- syarikat Malaysia pula mungkin lebih tertarik untuk melabur di negara jiran berbanding di dalam negara sendiri. Selain...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, saya minta mencelah.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Selain memberi ruang...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Mencelah sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Pekan tidak bagi. [Pembesar suara dimatikan]
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Maaf, mikrofon Yang Berhormat.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Selain memberi ruang untuk menurunkan cukai korporat dan cukai peribadi, sistem GST yang dipadankan dengan pakej bantuan rakyat sebenarnya memainkan peranan yang amat penting untuk mengurangkan jurang pendapatan. Ini berlawanan dengan propaganda yang telah menyebabkan sebahagian daripada rakyat termakan dengan hasutan, kononnya GST lebih memangsakan berpendapatan rendah dan menyebabkan kenaikan harga barang- barangan. Hakikatnya adalah sebaliknya, GST menyumbang kepada fiskal kerajaan...
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Minta laluan Yang Berhormat.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
...Dan lebihan pendapatan itu, dipulangkan kepada rakyat terutamanya golongan B40 dan M40. Di samping itu, sekejap ya Yang Berhormat, sekejap lagi. Di samping itu, apabila hasil negara meningkat, pada ketika itu saya berkemampuan untuk mengumumkan satu Kenaikan Gaji Tahunan Khas (KGTK) untuk semua penjawat awam pada tahun 2018. Ini bererti pada tahun itu, sepatutnya semua penjawat awam menerima dua kali kenaikan gaji tahunan. Ya, Yang Berhormat.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Yang Berhormat Pekan. Saya faham dan ikuti perbahasan Yang Berhormat Pekan dengan sangat rapat. Isunya bukan berkaitan GST semata-semata tetapi apabila GST diperkenalkan, ada tiga masalah yang amat besar.
Pertama sekali, apabila duit rakyat dicukai, duit itu dibelanjakan tetapi dengan ketirisan yang agak luar biasa. Oleh sebab itu, kita lihat Indeks Persepsi Rasuah negara menjunam ke tahap yang paling teruk dalam sejarah negara. Oleh sebab itu rakyat marah jikalau duit itu dikembalikan semula ke poketnya, saya tidak yakin ia boleh diterima.
Kedua, berkenaan rebat GST, di mana rebat yang sepatutnya diberikan semula khususnya kepada SMEs, peniaga-peniaga kecil agak lewat dan kerana apabila rebat itu lewat, kadar inflasi negara dan kos harga barang turut meningkat juga. Terakhir Yang Berhormat, ia bukan sekadar GST semata-semata tetapi apabila kadar pengangguran, khususnya pengangguran belia dalam tahap yang tertinggi sebanyak 13.4 peratus dalam negara. Kadar inflasi peningkatan yang tertinggi dalam tempoh masa dua tahun rakyat akhirnya susah.
Saya berharap perkara ini dapat dipertimbangkan khususnya sebelum pengenalan apa-apa cukai baharu yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan pada hari ini.
Terima kasih Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Pekan, saya Pontian ingin...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jelutong minta laluan Yang Berhormat Pekan. Boleh bagi atau tidak?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Yang Berhormat Jelutong, tidak mengapalah, Pontian dahulu ya. Yang Berhormat Jelutong boleh mencelah ketika saya berucap kemudian, pada hari Khamis. GST ini dilaksanakan oleh 170 daripada 194 buah negara atau sebanyak 85 peratus daripada kerajaan dalam dunia ini.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Bagaimana negara-negara 170 daripada 194 itu memilih sistem percukaian yang – jika ia tidak baik. Tentulah mereka memilih sistem percukaian yang terbaik, termasuk dalam negara jiran kita sekitar ini. Apabila disebut tentang inflasi, ketika GST dilaksanakan kadar inflasi sebenarnya turun. Itu adalah fakta yang boleh kita lihat kembali. Kutipan GST itu RM44 bilion dibandingkan dengan SST cuma RM21 bilion bererti ada tambahan RM23 bilion dan apabila dihapuskan GST pada tahun 2018 diganti dengan enam cukai baharu dan tiga kenaikan cukai yang juga membebankan rakyat. Apa pandangan Yang Berhormat Pekan?
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Yang Berhormat Pekan, Kangar hendak minta boleh? Kangar sokong GST.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Pekan, saya hendak tanya tentang 1MDB boleh tidak?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Kangar sokong GST.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Saya hendak teruskan. Saya tidak bagi Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Kangar saya hendak teruskan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kalau 1MDB tidak ada boleh kita beri gaji kepada...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jelutong.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Saya ambil kira pandangan Yang Berhormat Muar dan Pontian, saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Pontian...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Jelutong tidak boleh? Saya hendak tanya soalan tidak boleh?
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Yang Berhormat Muar, ada – saya hendak beritahu bahawa daripada segi yang disebut ketirisan itu sebenarnya GST menyebabkan penguncupan the black economy daripada 25 peratus kepada 10 peratus.
Jadi, ketirisan itu sebenarnya lebih teruk sebelum GST. Oleh sebab itulah GST memberi manfaat kepada negara dan kepada rakyat.
Setelah tiga tahun dimansuhkan, persepsi sebahagian rakyat bahawa GST merupakan punca utama kenaikan harga barang terbukti tidak benar dan meleset sama sekali apabila harga barangan asas naik ketara setelah SST diperkenal semula menggantikan GST. Kita tahu mutakhir ini harga daging naik, harga ayam naik, harga besi keluli naik, harga simen naik, lebih ketara lagi daripada zaman GST.
Tuan Yang di-Pertua, perlu disedari GST adalah cukai penggunaan atau consumption tax, lagi tinggi perbelanjaan seseorang lagi tinggi jumlah bayaran GST.
Golongan kaya dan berkemampuan akan berbelanja lebih dan akan membayar lebih GST.
GST juga menyasarkan ekonomi gelap dengan saiznya sebesar RM300 bilion setahun yang sebelum ini terlepas daripada membayar apa-apa cukai. Dengan GST saiz ekonomi gelap dapat dikucupkan yakni dianggarkan daripada 25 peratus KDNK kepada 10 peratus.
Inilah ketirisan yang paling teruk sekali untuk makluman Yang Berhormat Muar.
Dengan itu, kutipan-kutipan hasil GST ini mampu diagihkan kepada golongan B40 dan M40 dalam bentuk bantuan tunai rakyat yang jauh lebih besar berbanding dengan nilai GST yang dibayar mereka. Oleh sebab itu, kita perlu melaksanakan semula sistem GST secepat mungkin apabila negara pulih daripada COVID-19 sekiranya ingin mencapai matlamat mengurangkan jurang pendapatan, matlamat menarik pelaburan dan mengukuhkan kekuatan fiskal kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, pada pendapat saya selain usaha membina semula hubungan antarabangsa dengan ekonomi-ekonomi besar yang telah terkesan selepas PRU14, Malaysia perlu menarik semula perhatian dan minat dunia, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, Malaysia needs to excite the world again.
Tuan Yang di-Pertua, visi misi dan projek seperti HSR atau high-speed rail yang bakal menghubungkan dua ekonomi terbesar ASEAN perlu disambung semula mengikut konsep dan perancangan asal di samping memberi nafas baharu kepada Koridor Selatan Semenanjung seperti Iskandar Malaysia, Batu Pahat, Muar, Melaka, Seremban, dan sebagainya. Semasa pembinaan HSR dijangka mewujudkan 70,000 peluang pekerjaan secara langsung dan tidak langsung. Selepas HSR siap beroperasi, ia mampu memberikan keuntungan ekonomi sekadar USD1.6 bilion setahun mengikut kaji selidik Institute of Developing Economist Jepun dengan syarat landasan perlu dihubungkan dengan Singapura.
Menggantikan projek HSR dari Singapura ke Kuala Lumpur kepada KLIA ke Johor Bahru akan menjadikan projek ini tidak viable dan akhirnya merugikan negara apabila terpaksa membayar subsidi berbilion-bilion. Mengembalikan semula projek HSR kepada perancangan asal juga dapat menghidupkan semula projek Bandar Malaysia yang bernilai RM140 bilion daripada segi gross development value.
Saya mencadangkan tanggungjawab dan pemilikan projek pembangunan ini diberikan pada tabung-tabung seperti KWSP dan PNB. Kedua-dua badan ini terbukti dapat bekerjasama baik sehingga menjayakan pembangunan projek Battersea Power Station di London. Projek ini juga boleh dijayakan secara usaha sama dengan pelabur Singapura memandangkan HSR berhubung dengan negara itu jika KWSP dan PNB berpendapat ia memberi kelebihan. Sekiranya ini berlaku, saya cadangkan ia dijenamakan semula sebagai Bandar ASEAN sebaiknya ia meletakkan Malaysia menjadi pusat kepada ASEAN dalam usaha menarik perhatian komuniti antarabangsa.
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa gembira apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turut memberi perhatian kepada pembangunan Sabah dan Sarawak dalam RMK12 dengan pertumbuhan ekonomi yang diunjurkan lebih tinggi berbanding purata Malaysia. Namun begitu, saya mencadangkan supaya penekanan kepada pembangunan Sabah dan Sarawak ini dirangkumkan di bawah konsep ‘Pandang ke Borneo’ yang boleh difahami rakyat serta menarik minat pelabur dunia.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Tuan Yang di-Pertua, teras kedua. Saya cadangkan pada hari ini ialah membantu rakyat membina kekayaan. Perlu saya jelaskan bahawa usaha ini terbahagi kepada tiga komponen. Pertama, menaikkan pendapatan rakyat melalui active income, ini gaji dan elaun. Kedua, menambah passive income, ini pendapatan daripada dividen. Ketiga meningkatkan disposable income dengan mengurangkan kos sara hidup bulanan. Selain daripada mewujudkan peluang pekerjaan, dengan gaji yang lebih tinggi, melalui pertumbuhan ekonomi dan upskilling dan reskilling yang telah digariskan di bawah RMKe- 12 yang merupakan pendapatan aktif. Kita juga perlu membantu rakyat mencapai pendapatan pasif melalui pulangan pelaburan dan simpanan.
Di sini saya ingin mengulangi saranan yang saya lontarkan dua minggu lalu di dalam Dewan yang mulia ini untuk mengambil kesempatan ketika pasaran saham Malaysia sedang antara paling corot dalam dunia pada tahun ini. Seperti dimaklumkan oleh penganalisis pelaburan, saya percaya saham Malaysia berada di bawah nilai atau undervalued berbanding dengan negara-negara lain ketika ini.
Sementara harga komoditi dan eksport barangan pembuatan negara masih mengukuh. Ini bermaksud jika rakyat Malaysia berpeluang untuk sama terlibat dalam pemulihan sektor ekonomi negara kita. Pada ketika ini, harga saham masih berada pada paras yang rendah.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Ia bermaksud adalah banyak syarikat membayar dividen yang lebih tinggi berbanding caj perkhidmatan sebenar. Misalnya, kadar simpanan tetap cuma 1.9 peratus setahun. Manakala kebanyakan saham blue chip seperti Tenaga 4.1 peratus, Maybank 5.6 peratus dan Top Glove 5.7 peratus yang diramal mampu membayar dividen yang jauh lebih tinggi. Oleh itu, saya mencadangkan agar bank-bank memperkenalkan produk- produk mesra pembelian saham untuk membiayai sehingga 70 peratus pembelian dengan hanya kadar caj perkhidmatan sebanyak tiga peratus setahun. Ini untuk setiap rakyat yang berhasrat melabur dalam senarai saham di Bursa Malaysia yang di benar dan disyorkan oleh bank dan penganalisis pasaran. Ini samalah seperti Skim Pinjaman ASB yang sudah dilaksanakan sejak dahulu lagi.
Rakyat mampu mencipta kekayaan secara jangka masa panjang apabila harga saham naik. Jika tidak naik pun, kadar dividen masih boleh membiayai kos pinjaman bank.
Bagi menggalakkan rakyat menyimpan dan menjana pendapatan pasif, saya juga mencadangkan had maksimum pelaburan ASB dinaikkan daripada RM200 ribu kepada RM400 ribu. Maka dengan ini, jika seorang pelabur membuat pelaburan maksimum pada kadar enam peratus setahun, ini membolehkan pencarum memperoleh pendapatan pasif hingga RM2,000 sebulan. Bagi mencapai matlamat ini, Skim Pembiayaan ASB dan ASM sedia ada dari bank-bank perlu ditambah baik dengan mengambil kesempatan kadar caj perkhidmatan sebenar bank ketika ini yang paling rendah dalam sejarah supaya lebih ramai rakyat mampu membuat pelaburan sehingga ke tahap maksimum.
Seperti kita sedia maklum, berjuta-juta rakyat terpaksa mengeluarkan caruman dari akaun KWSP mereka pada tempoh pandemik ini melalui skim-skim seperti i-Sinar, i- Lestari dan i-Citra yang saya telah perjuangkan bersungguh-sungguh. Seandainya kerajaan memenuhi tuntutan rakyat untuk menaikkan pengeluaran maksimum i-Citra dari RM5,000 kepada RM10,000, maka tanggungjawab kerajaan adalah untuk mencari jalan memulihkan dan memastikan agar pencarum dengan baki simpanan yang rendah dapat menambah simpanan mereka dengan cepat. Ini supaya apabila mereka bersara nanti simpanan di dalam akaun 1 mencukupi.
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya pernah bangkitkan dalam perbahasan Bajet 2021 tahun lepas, perkara ini boleh dilakukan dengan tiga cara. Pertama, pasca COVID-19, kerajaan boleh membantu KWSP untuk meraih pendapatan yang lebih dengan memberi projek lebih lumayan kepada KWSP. Contohnya sebelum ini projek kuasa ‘.......’ atas tanah Lembaga Getah Malaysia dan projek Battersea di United Kingdom serta pemilikan 4.9 peratus di dalam syarikat PLUS bukan diberikan kepada kroni. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, ini selaras dengan cadangan saya sebentar tadi, supaya Bandar Malaysia ataupun cadangan baharu Bandar ASEAN diberi kepada KWSP dan PNB.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Kedua, menaikkan semula kadar caruman bulanan majikan dan pencarum.
Ketiga, mengubah struktur pembayaran dividen kepada struktur berperingkat dengan izin, multi-tier dividend structure yang mana baki simpanan yang lebih rendah akan menerima dividen yang lebih tinggi supaya pembahagian keuntungan KWSP akan lebih memihak kepada pencarum yang mempunyai baki simpanan rendah.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada pendapatan aktif dan pasif, kita perlu memberi perhatian kepada cara-cara untuk meningkatkan disposable income atau pendapatan boleh guna rakyat. Tidak bermakna jika pendapatan meningkat tetapi kos sara hidup turut sama meningkat. Program-program digemari rakyat umpamanya UTC, RTC, Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia dan lain-lain perlu diperkenalkan semula ditambah baik dengan melanjutkan waktu operasi terutama sekali UTC yang sepatutnya dibuka sampai pukul 10 malam dan pada hari Sabtu dan hari Ahad jua. Kalau hendak dijenamakan semula pun boleh. Sebagai contoh, Klinik 1Malaysia boleh diperkenalkan sebagai Klinik Keluarga Malaysia.
Selain itu, projek infra rakyat iaitu pengangkutan awam mampu mengurangkan kos pengangkutan bulanan serta mengurangkan kesesakan lalu lintas dan meningkatkan produktiviti rakyat. Oleh sebab itu, usaha kerajaan menggalakkan sistem penggunaan pengangkutan awam yang moden, efisien, mampu guna dan diyakini atau reliable, perlu diperhebatkan.
Tuan Yang di-Pertua, teras ketiga adalah keperluan kerajaan untuk mempermudah urus niaga. Beberapa malam lepas Tuan Yang di-Pertua, saya berkesempatan bertemu dengan beberapa orang perwakilan asing di negara ini, di mana salah seorang daripada mereka telah memaklumkan kepada saya bahawa proses untuk keluar dari Lapangan Terbang KLIA telah makan masa selama tiga jam akibat terlalu banyak borang yang berbeza, yang perlu diisi serta koordinasi antara jabatan kerajaan yang kurang lancar. Walaupun duta ini telah diberi layanan yang baik tetapi dia terpaksa menunggu selama tiga bulan dan dia beritahu saya bahawa pengalaman beliau di salah sebuah negara lain di Timur Tengah hanya memakan masa 15 minit sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, inilah contoh yang mana walaupun contohnya kecil tetapi kerenah-kerenah birokrasi ini terutama sekali di pintu masuk negara kita ini mestilah diperlihatkan dengan kaedah yang terbaik, yang paling efisien supaya sesiapa yang masuk dalam negara kita, akan terbentuk dalam fikiran, dalam minda dia bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berjaya.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
15 saat Yang Berhormat?
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Saya mengalu-alukan penegasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk memberi keutamaan untuk mengatasi kerenah birokrasi dan mempermudah proses mendapat kelulusan bagi memulakan perniagaan.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Berhormat, 15 saat.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Ini selari dengan hala tuju negara-negara lain di dunia untuk memulihkan ekonomi pada zaman— saya ada enam minit sahaja, banyak lagi Yang Berhormat. Minta maaf ya.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Malaysia juga perlu lebih proaktif berbanding negara lain dengan mengambil langkah mengeluarkan kelulusan awal memulakan perniagaan dengan izin, pre-approval for them to start business. Jadi apabila sudah beri kelulusan pre-approval, mereka diberi tempoh selama setahun untuk memenuhi semua dasar dan syarat-syarat yang ditentukan oleh kerajaan.
Saya juga menyokong titah saranan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor berhubung Skim Malaysia Rumah Kedua untuk mengekalkan syarat bagi orang asing yang sudah pun diluluskan dan telah lama berada dalam Malaysia. Pertukaran syarat bagi golongan ini yang sudah berada di Malaysia mampu menyebabkan ataupun boleh menyebabkan pengeluaran dana dan pergolakan-pergolakan sektor hartanah yang tidak diingini pada tempoh pemulihan ini. Walau bagaimanapun, untuk pemohon-
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
pemohon baru bolehlah dinaikkan syarat-syaratnya tetapi janganlah kita lebih berat ataupun lebih ketat daripada negara-negara lain di rantau ini.
Teras keempat, projek-projek infrastruktur seperti yang diulas oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semalam, projek-projek berskala besar, jalan raya, CSR, Lebuh raya Kuala Krai – Kota Bharu , Lebuh raya Pantai Barat, Lebuh raya Pan Borneo dan sebagainya. Saya suka membuat cadangan bahawa bukan sahaja projek-projek ini meningkatkan perhubungan di kawasan-kawasan tersebut, tetapi ia membuka peluang untuk kawasan tanah-tanah di sepanjang jalan dan lebuh raya itu dimajukan untuk digunakan sebagai kawasan yang ditanam makanan umpamanya — supaya kita dapat mencapai matlamat food security, membuka untuk perumahan, perniagaan dan pekerjaan.
Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak - Pekan
Tuan Yang di-Pertua, sistem kewangan yang moden termasuk kebangkitan cryptocurrency dan Fintech, saya telah cadangkan sebelum ini dan kita perlu menjadikan TRX yang visi asalnya sebagai pusat kewangan serantau. Syarikat-syarikat antarabangsa seperti HSBC, Prudential sudah bertapak di sana. Usaha perlu dipergiatkan lagi supaya visi asalnya tercapai.
Tuan Yang di-Pertua, teras kelima saya ialah komitmen kepada prinsip ESG iaitu alam sekitar, sosial dan tadbir urus. Perkara ini telah diperakui oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapan semalam dan saya menyokong usaha-usaha yang digariskan kerajaan. Bagaimanapun, saya kurang berpuas hati apabila Malaysia masih ketinggalan dalam penggunaan dan pengeluaran kenderaan elektrik (EV) walaupun kita antara negara terawal menceburi industri ini.
Sejak berapa tahun yang lalu, pelaburan bagi industri EV semakin mengalir ke negara-negara jiran. Perkara ini tidak boleh berterusan kerana kebanyakan negara dalam dunia telah mensasarkan tempoh peralihan kenderaan sedia ada kepada EV.
Tuan Yang di-Pertua, teras terakhir ialah kecekapan dan kestabilan kerajaan.
Pengajaran yang boleh kita ambil sejak PRU14, keperluan untuk memiliki kerajaan yang cekap, tahu buat kerja, berorientasikan Indeks Petunjuk Utama (KPI), mengutamakan kebajikan rakyat adalah lebih penting berbanding dengan berusaha sahaja tanpa pencapaian. Hasil dan pencapaian adalah paling utama.
Sehubungan dengan itu, adalah penting kita mempunyai sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh sekiranya kita berniat untuk mencapai sasaran RMKe-12. Sebagai penutup, sesungguhnya Tuan Yang di-Pertua, sesuatu rancangan bukan hanya kelihatan cantik atas kertas sahaja, yang paling penting adalah pelaksanaan atau execution serta pencapaian rancangan tersebut. Kerajaan perlu memastikan dan menjawab kepada rakyat segala prestasi pelaksanaan berdasarkan sasaran RMKe-12.
Sehubungan dengan ini, kaedah yang terbaik untuk mengukur pencapaian ialah kaedah Key Performance Indicator (KPI) yang boleh mengukur pencapaian ke arah setiap sasaran sekurang-kurangnya setiap enam bulan dan pencapaian keseluruhannya wajar dibentangkan pada rakyat sebagai report card tahunan kerajaan. Kita tidak mahu hanya sekadar usaha atau output semata-mata, kita perlu outcome atau keberhasilan dan pencapaian. Kita tidak mampu gagal lagi. Rakyat menuntut pembelaan dan jaminan masa depan bahawa hari esok adalah lebih baik dari hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong dan mengajak semua rakyat bersama-sama menjayakan RMKe-12 ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Pekan. Saya telah tetapkan setiap pembahas akan mempunyai 12 minit. Sekiranya kita semua mengikuti, mematuhi 12 minit ini maka saya rasa 17 orang pembahas lagi dapat didengar pada hari ini. Saya ingin mengumumkan supaya dapat bersedia.
Mereka ialah Yang Berhormat Damansara, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Kota Raja, Yang Berhormat Sabak Bernam, Yang Berhormat Lahad Datu, Yang Berhormat Parit, Yang Berhormat Bayan Baru, Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Teluk Intan, Yang Berhormat Sibuti, Yang Berhormat Kangar, Yang Berhormat Padang Rengas, Yang Berhormat Seremban, Yang Berhormat Igan, Yang Berhormat
Tuan Yang di-Pertua
Kuala Selangor, Yang Berhormat Alor Setar dan akhir sekali Yang Berhormat Papar, insya-Allah. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Damansara diikuti dengan Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
Terima kasih kepada Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, pada suatu masa semasa saya masih merupakan seorang penuntut di sekolah dan universiti, pencapaian ekonomi Malaysia merupakan satu kebanggaan kepada semua rakyat Malaysia. Antara tahun 1967 sehingga tahun 1977 sebelum Krisis Kewangan Asia, Malaysia mencapai purata pertumbuhan ekonomi sebanyak sembilan peratus setiap tahun.
Malaysia merupakan antara ekonomi yang berkembang terpantas seluruh dunia.
Akan tetapi pencapaian ekonomi Malaysia telah merosot sejak zaman gemilang tersebut.
Pertumbuhan ekonomi hanya bertumbuh empat peratus secara purata pada dekad sebelum krisis COVID-19 menimpa negara kita.
Kadar pertumbuhan ini adalah lebih rendah daripada kebanyakan negara lain yang berada dalam fasa pembangunan yang sama dengan Malaysia yang ingin mencapai tahap negara maju berpendapatan tinggi ataupun dengan izin a high-income developed nation. Mengikut kadar pertumbuhan sekarang, Malaysia akan memakan masa sebanyak 28 tahun untuk mencapai pendapatan per kapita Korea Selatan sekarang atau 43 tahun untuk mencapai tahap pendapatan rakyat Singapura sekarang. Menurut kajian Bank Dunia pada tahun lalu, pertumbuhan kadar produktiviti pekerja di Malaysia adalah lebih rendah daripada negara-negara lain yang setara dengan kita. Bank Dunia mengesyorkan bahawa dengan izin, increasing productivity growth will be critical to sustaining economic growth. Secara tidak langsung Bank Dunia telah memutuskan bahawa rancangan lima tahun sekali Malaysia sebelum ini telah gagal mencapai matlamat untuk memecut pertumbuhan produktiviti negara bersaing dengan negara setara dengan tahap pembangunan Malaysia dan akhirnya gagal untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang lebih memberangsangkan dan menghasilkan pendapatan yang lebih tinggi untuk rakyat Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun kita semua baru menerima buku RMKe-12 yang begitu tebal ini semalam, saya telah berusaha untuk membaca sebanyak mungkin isi kandungan yang penting, dokumen yang penting ini. Kalau berdasarkan bacaan awal RMKe-12, memang dipenuhi dengan visi, niat yang baik, matlamat yang murni dan kenyataan misi yang wajar dan wajib disokong kalau bukan 100 peratus pun, lebih kurang 90 peratus. Pasti ada dasar-dasar yang mungkin ada perbezaan.
Akan tetapi ada 90 peratus lebih yang wajib dan wajar disokong. Siapa yang akan menolak cadangan-cadangan RMKe-12 yang berbunyi seperti meningkatkan daya saing industri halal bagi merebut peluang pasaran halal global yang lebih besar? Setuju.
Merangsang industri e dan e, electrical dan electronics kepada rantaian nilai yang lebih tinggi melalui aktiviti reka bentuk dan pembangunan serta pembuatan front end, setuju, atau mentransformasikan perkhidmatan awam dengan mengkaji dan menyusun semula struktur dan fungsi kementerian dan agensi bagi mewujudkan organisasi yang lebih mendatar, mengurangkan kerenah birokrasi, meningkatkan ketelusan dan mengoptimumkan penggunaan sumber, setuju.
Sekarang, secara umum mungkin 80 peratus, 90 peratus daripada cadangan- cadangan yang dikemukakan dalam RMKe-12 adalah lebih kurang sama dengan RMKe- 11 dan sebelumnya RMKe-10 dan sebelumnya mungkin RMKe-9. So, kalau kita baca, kita lihat memang baik tetapi kalau kita baca balik RMK-RMK sebelumnya, sebenarnya apa yang terkandung dalam RMKe-12 ini seperti ada disebutkan sedikit oleh Yang Berhormat Pekan adalah sama dengan RMK-RMK yang dahulu. So, kalau begitu apakah faktor yang akan menjamin kejayaan RMKe-12 berbanding dengan RMK-RMK sebelum ini yang telah gagal mencapai matlamat yang sama?
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
Apakah polisi spesifik yang akan dilaksanakan yang berbeza dengan tahun-tahun yang lalu? Sekurang-kurangnya kerajaan mesti menjalankan dan mengumumkan punca dan sebab-sebab utama RMK-RMK sebelum ini yang telah gagal dalam misi mereka.
Hanya dengan fahaman sebab dan punca kegagalan, kerajaan dapat mengubah atau memperhalus dasar-dasar untuk menyempurnakan penyampaian dan menjayakan RMKe-12. Kalau kita tidak tanya, kita tidak jawab, mengapa RMK yang dulu tidak dapat mencapai matlamat, RMKe-12 akan gagal seperti RMK-RMK yang lalu. Malangnya, dasar-dasar spesifik langsung tidak disampingi dalam buku RMKe-12.
Oleh itu, saya hanya dapat membuat kesimpulan bahawa walaupun RMKe-12 dipenuhi dengan banyak cadangan dasar umum yang murni dan wajar disokong, ia akan gagal mencapai matlamatnya seperti RMK-RMK yang lalu sebab banyak kementerian masih dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri-menteri yang menjadikan Malaysia sebagai bahan jenaka seperti pengumuman kereta terbang ataupun baru-baru ini, bahawa Malaysia mampu mencipta vaksin COVID-19.
Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana masa perbahasan yang singkat, saya akan menumpukan ucapan saya kepada dua perkara sahaja yang pada saya merupakan antara faktor yang paling penting untuk memastikan supaya kita berpeluang untuk mencapai matlamat yang ditetapkan dalam RMKe-12.
Pertama sekali, saya amat tertarik dengan keputusan untuk memberikan ruang khusus satu bab untuk Sabah dan Sarawak iaitu Bab 7 yang bertajuk, ‘Memperkukuh Pembangunan Sosioekonomi di Sabah dan Sarawak’. Keutamaan yang diberikan adalah wajar kerana kedua-dua negeri tersebut telah dianaktirikan selama ini oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini dan menyebabkan kemunduran sosioekonomi Sabah dan Sarawak berbanding dengan Semenanjung Malaysia.
RMKe-12 berhasrat untuk mencergaskan semula aktiviti ekonomi dengan menggalakkan pembangunan industri-industri yang lebih saksama di Sabah dan Sarawak.
Akan tetapi, strategi dan cadangan yang dikemukakan adalah tidak mencukupi. Sabah dan Sarawak merupakan dua buah wilayah yang mempunyai potensi pertumbuhan ekonomi yang tertinggi di Malaysia sebab mereka masih berada di tahap pembangunan yang rendah. Akan tetapi, mereka tidak akan mencapai potensi pertumbuhan mereka dengan dasar pelaburan semasa yang terpakai untuk seluruh negara.
Saya berikan contoh. Secara umumnya, saya setuju bahawa Malaysia perlu memberikan fokus, menumpukan fokus kepada penarikan pelaburan berteknologi tinggi yang tidak bergantung pada tenaga buruh berkemahiran rendah. Kita semua memang mahukan dan mengharapkan pelaburan besar dan lebih daripada Intel ataupun Microsoft, daripada Amazon ataupun Facebook dan sedia memberikan pelbagai insentif termasuk cukai dan geran untuk menjadikan Malaysia sebuah destinasi pelaburan yang menarik untuk mereka.
Akan tetapi, syarikat-syarikat ini tidak akan bertapak di negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak terutamanya kerana kekurangan pekerja berkemahiran tinggi dan ekosistem industri yang tidak sesuai. Akibatnya, jika kita hanya bertumpu kepada dasar pelaburan negara, Sabah dan Sarawak akan terus tercicir dan hanya akan berjaya menarik pelaburan yang terhad di sektor petroleum dan industri berat yang tidak menjana peluang pekerjaan yang meluas dan mencukupi kepada rakyat di Sabah dan Sarawak.
Kita dapat lihat daripada data bahawa sektor pembuatan adalah hampir langsung tidak wujud di Sabah dan Sarawak. Walaupun sektor ini bakal menjana peluang pekerjaan yang paling besar. Ini merupakan sebab utama rakyat di Sabah dan Sarawak terpaksa meninggalkan tanah air mereka untuk berhijrah ke Semenanjung Malaysia untuk mencari pekerjaan. Saya ingin mencadangkan supaya RMKe-12 digubal sedikit supaya dasar pelaburan negara akan diperhalusi mengikut tahap pembangunan wilayah tersebut.
Di negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang, pelaburan sektor pembuatan yang amat bergantung kepada tenaga buruh adalah jelas tidak digalakkan. Akan tetapi, di Sabah dan Sarawak, insentif perlu diberikan kepada mereka yang mampu membekalkan peluang pekerjaan yang ramai kepada penduduk di kedua-dua buah negeri walaupun berteknologi rendah. Secara tidak langsung kejayaan dasar ini juga akan meningkatkan
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
jumlah pekerja wanita yang sebelum ini tidak mempunyai peluang pekerjaan yang sesuai untuk mereka di Sabah dan Sarawak.
Seperti yang disyorkan oleh Bank Dunia dan dalam RMKe-12, antara pemacu utama penubuhan ekonomi di Malaysia ialah meningkatkan jumlah penglibatan wanita dalam pekerjaan yang pada masa ini adalah terlampau rendah berbanding dengan negara-negara yang lain.
Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang saya ingin bangkitkan merujuk kepada Bab 10 di mana kerajaan telah bercadang untuk membangunkan bakat masa hadapan.
Sudah tentu ini merupakan visi penting yang harus dan wajib dipersetujui.
Akan tetapi, cadangan-cadangan yang dikemukakan tidak memberikan keyakinan yang lebih tinggi bahawa matlamat ini dapat dicapai. Pada asasnya, Kementerian Pendidikan Malaysia setiap tahun akan mengangkat diri dengan menghebohkan statistik keputusan peperiksaan di mana lebih ramai anak-anak kita mencapai lebih gred A. Semua A. Lebih A. Kita akan dengar dengan bangga jumlah yang berjaya masuk universiti yang meningkat setiap tahun.
Kesemua ini merupakan berita feel good di mana kononnya anak-anak kita telah menjadi lebih cerdik setiap tahun. Malangnya pencapaian ini tidak diiktiraf apabila dinilai oleh kajian-kajian antarabangsa seperti Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assessment (PISA). RMKe-12 sendiri mengaku bahawa pencapaian penilaian di atas masih berada di bawah purata antarabangsa. Secara jelas, ini menunjukkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberikan keutamaan kepada pencapaian kuantiti di mana angka pencapaian dapat diubahsuaikan berbanding dengan kualiti yang kian terjejas.
Malah, untuk kajian PISA 2015, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memalukan negara kerana didapati bahawa mereka cuba manipulasi keputusan ujian dengan meningkatkan sampel daripada sekolah berprestasi tinggi.
Kalau kerajaan benar-benar serius dengan hasrat untuk membangunkan bakat masa hadapan, kerajaan perlu merombak semula kesemua asas dan mindset pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) untuk menumpukan fokus kepada kualiti dan mengetepikan faktor-faktor permukaan seperti kuantiti.
Kerajaan juga perlu merombak semula dasar pengrekrutan guru-guru supaya hanya pemohon yang mempunyai kelulusan tinggi dan cemerlang akan diterima. Di negara maju seperti jiran kita di Singapura, sejumlah besar daripada penerima biasiswa kerajaan setiap tahun akan menjadi seorang cikgu di sekolah menengah. Ramai antara lain akan diserap ke dalam perkhidmatan awam. Mereka merupakan crème de la crème bakat negara.
Akan tetapi, di Malaysia, pemegang biasiswa JPA tidak dihargai dan keramaian mereka dilepaskan daripada keperluan untuk berkhidmat sebagai guru ataupun dalam perkhidmatan awam. Akibatnya, bakat negara terbazir dan anak-anak kita tidak dapat menikmati mutu pendidikan dan pentadbiran yang lebih baik.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengakhiri ucapan saya dengan memetik beberapa ayat daripada laporan Bank Dunia yang bertajuk, ‘Aiming High: Navigating the Next Stage of Malaysia's Development’, yang diterbitkan awal tahun ini.
“Malaysia needs to establish an enhanced social contract to realize its ambition of becoming a high-income developed economy. In the past, Malaysia experienced rapid growth that made it the envy of the developing world. However, it is undeniable that growth has moderated and that many of its citizens are not satisfied with the benefits they received from this growth.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
*Malaysia is at the critical juncture. What worked in the past will not work in the future. Malaysia needs to reckon with more diverse set of incentives and more dynamic heterogenous drivers of growth. Most importantly, it needs to provide equal opportunities for all Malaysians.
[Tepuk] . An enhanced social contract is necessary to provide the foundation for all the reforms detailed in this report. Success can be measured by*
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
outcomes. Better education and training for all segments of the population so that they can work the jobs of the future, accountable institutions that serve the interests of the people, and an improved safety net to help those in need. If Malaysia does not reorient its economic model, future growth will be slower and less resilient to external shocks and internal weaknesses.
Kita harap pihak kerajaan selain daripada menerbitkan satu buku RMKe-12 yang penuh dengan visi-visi, dasar-dasar yang pada permukaannya wajar dan wajib diterima pakai dan disokong, kita harap pelaksanaan, penyampaian, the delivery mechanism system untuk mencapai matlamat ini dapat diperhalus dan diperjelaskan dan ubahsuaikan supaya kita benar-benar akan mencapai matlamat-matlamat yang murni ini dan tidak lagi gagal seperti RMK-RMK yang lalu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Damansara, seterusnya Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
*Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Pinang seulas kita hidangkan, Dulang emas ditapak tangan, RMKe-12 kita bahaskan, Giliran Pasir Mas melontar pandangan.* Tuan Yang di-Pertua, isu kemiskinan negara boleh dilihat daripada dua punca.
Satu adalah mereka yang berada dalam generasi yang miskin dan perlu keluar daripada kepompong kemiskinan. Tidak dapat dinafikan bahawa ekonomi kita telah meletakkan satu jurang yang membuatkan golongan, miskin sukar untuk keluar daripada kepompong mereka. Golongan seperti ini hanya mempunyai accessibility terhad terhadap peluang pendidikan, pendedahan kewangan dan jauh sekali peluang perniagaan yang kompetitif.
Satu punca kemiskinan lagi yang perlu kita sedar adalah mereka yang miskinnya bersituasi iaitu yang disebabkan oleh bencana, kerugian perniagaan dan sebaginya.
Kemiskinan inilah yang memerlukan solusi yang pelbagai.
Walau bagaimanapun pandangan dalam usaha menangani punca kemiskinan, satu usaha yang kita tidak dapat dinafikan untuk diberikan kepada rakyat kita adalah berkaitan dengan literasi kewangan. Literasi kewangan tidak seharusnya menjadi satu agenda di pengajian tinggi sahaja atau pada mereka yang berumah tangga sahaja, sedangkan sudah menjadi satu budaya masyarakat remaja, sudah SPM meneruskan masa lapang mereka dengan melibatkan diri mencari duit. Maka di sini jelas anak muda digalaskan dengan tanggungjawab untuk mereka mencari duit mereka sendiri bukan selepas menamatkan pengajian atau selepas umur 20 tahun, tetapi sejak habis persekolahan lagi.
Di sebalik literasi kewangan diajar pula, hanya ditekankan ketika belia sudah melanjut usia 20 tahun ke atas, itu pun seandainya mereka memilih demikian. Hakikatnya rakyat kita sudah kerugian beberapa tahun tidak diberikan peluang tentang literasi kewangan dan kerugian masa kerana tidak memulakan pengurusan kewangan yang baik seawal mungkin. Di sinilah point ataupun butiran hujah saya yang pertama iaitu mendedahkan kepada rakyat berhubung dengan literasi kewangan yang sepatutnya.
Tuan Yang di-Pertua, situasi pada hari ini berdasarkan kajian selidik kesan PKP 1.0 pada isi rumah dan perniagaan oleh Kementerian Kewangan Malaysia menunjukkan bahawa kesan PKP 1.0 antara lain iaitu:
(i) menggugat mata pencarian 2.8 juta rakyat yang bekerja sendiri untuk mengambil upah harian;
(ii) satu pertiga isi rumah dan perniagaan tidak mampu untuk mengekalkan perbelanjaan lebih daripada sebulan;
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
(iii) 82 peratus pekerja sektor swasta hanya mempunyai simpanan kurang daripada dua bulan;
(iv) 68 peratus perniagaan melaporkan tiada jualan atau hasil langsung semasa PKP 1.0; dan
(v) 42.5 peratus perniagaan memerlukan lebih enam bulan untuk pulih.
Namun Pakej Rangsangan Ekonomi seperti pakej PRIHATIN RM250 bilion, pakej PRIHATIN PKS RM10 bilion, PENJANA RM35 bilion, KITA PRIHATIN RM10 bilion, PERMAI RM15 bilion, PEMERKASA RM20 bilion, PEMERKASA Plus RM40 bilion, PEMULIH RM150 bilion menjadikan semua jumlah ialah RM530 bilion. Jika di campur dengan peruntukan Belanjawan RM322.5 bilion menjadikan semua jumlah RM852.5 bilion menjadikan inilah dia bantuan terbesar yang pernah diberikan oleh Kerajaan Malaysia semenjak kita mencapai kemerdekaan tahun 1957. Itu tidak boleh dinafikan. Walau bagaimanapun, oleh kerana lubang yang hendak dikambus terlampau besar, air setasik pun masih nampak kurangnya. PKP 3.0 tetap mendatangkan kesan yang besar terhadap rakyat.
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menjangkakan bahawa, pertama lebih daripada tujuh juta rakyat Malaysia sedang dan bakal kehilangan pekerjaan.
Kedua kira-kira 580,000 perniagaan mewakili 49 peratus sektor perusahaan mikro kecil dan sederhana dijangka terpaksa gulung tikar sekiranya tidak dibenarkan untuk beroperasi menjelang Oktober depan. Banyak SME kini menderita sindrom keletihan perniagaan dan penyusunan keyakinan.
Ketiga, selain itu Persatuan Penggunting Rambut Bumiputera Malaysia juga menyatakan lebih 6,300 pengusaha kedai gunting rambut di seluruh Malaysia sedang gulung tikar.
Keempat, kesan terhadap sektor pelancongan. Sekurang-kurangnya 120 buah hotel telah ditutup termasuk 60 peratus daripada 80 pengusaha hotel bajet di Langkawi yang berdaftar dengan MyBHA menutup sementara operasi sepanjang pandemik COVID- 19. Belum lagi kita bincang kesan terhadap sektor pengangkutan, pengusaha bas sekolah, bas ekspres dan sebaginya.
Membuktikan Tuan Yang di-Pertua sektor ekonomi wajib dibuka sepenuhnya secara berperingkat menjelang Oktober 2021. Di dalam mendepani lima tahun ke hadapan ini saya mencadangkan pertama kita perlu beralih kepada ekonomi digital sepenuhnya. Penjualan sehari iaitu pada 11 November 2020 dua gergasi e-dagang di China Alibaba dan JD.com berjaya membuat transaksi penjualan bersama bernilai USD115 bilion iaitu sekitar RM474.15 bilion di platform e-dagang masing-masing.
Bayangkan satu hari RM474 bilion lebih besar daripada saiz Belanjawan Malaysia daripada Perlis sehingga ke Sabah kerana ekonomi digital.
Lebih mengejutkan ialah angka jualan Alibaba semasa pandemik COVID-19 pada 11 November 2020 jauh lebih tinggi daripada hampir dua kali ganda berbanding transaksi penjualan pada 11 November 2019 sebelum pandemik. Sebagai perbandingan jualan Alibaba JD.com ini jauh lebih tinggi daripada keseluruhan Belanjawan negara berjumlah RM320.25 bilion.
Data daripada MarketWatch syarikat yang mengendalikan aplikasi Zoom meeting memperoleh peningkatan pendapatan 2020 hampir USD1 bilion iaitu lebih daripada RM4 bilion. Pendapatan ini jauh lebih tinggi sekitar empat kali ganda daripada pendapatan yang diperoleh oleh mereka pada tahun 2019. Ertinya apa? Ertinya kita perlu beralih kepada perusahaan ataupun ekonomi digital sepenuhnya. Kalau kita berkunjung ke China dan India sudah mula ekonomi digital ini diperkenalkan secara sepenuhnya sampai ke peringkat bawah. Kita hendak beli sayur, kita hendak naik bas, naik kereta api, kita tidak perlu bawa lagi duit kertas. Cukup hanya bawa satu handphone dan scan barcode dan kita boleh gunakan perkhidmatan.
Ekonomi digital ini boleh menjimatkan penggunaan mata wang kertas dan lebih jauh daripada itu, kita boleh mempromosi kedai-kedai atau bantuan pihak kerajaan contohnya hendaklah dibelanjakan dengan tidak menggunakan wang kertas. Sebagai
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
contoh kedai-kedai orang kampung di bawah sana, di kampung-kampung sana kita boleh untuk mensyaratkan kepada penerima-penerima bantuan kerajaan, mereka berbelanja secara digital di kedai-kedai orang-orang kampung yang terpilih ini. Dalam masa yang sama bantuan yang kita berikan itu merangsang pergerakan ekonomi di peringkat bawah.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada pemulihan ekonomi Bumiputera.
Pengangguran graduan Bumiputera begitu serius 73,400 ataupun 27 peratus graduan Bumiputera dapat memenuhi peluang pekerjaan sektor swasta berbanding 103,900 atau 40 peratus pada tahun 2019. Data saya ambil daripada Peneraju Agenda Bumiputera iaitu TERAJU. Ertinya kebolehpasaran graduan Bumiputera ini jauh lebih lemah berbanding sebelum daripada ini. Belum lagi kita bercakap tentang kadar kemiskinan dan ekuiti Bumiputera yang masih mencatatkan kadar kemiskinan yang tinggi berbanding kelompok lain. Insiden kemiskinan Bumiputera pada tahun 2019 adalah 7.2 peratus berbanding dengan bukan Bumiputera yang jauh lebih rendah.
Bukan kita hendak menyatakan ada golongan tertentu yang istimewa berbanding dengan golongan yang lain tetapi tidak boleh dinafikan bahawa Bumiputera ialah golongan yang perlu untuk dibantu dalam masa kita menghadapi khususnya dalam menghadapi wabak pandemik COVID-19 ini bukan untuk menidakkan hak-hak orang yang lain. Saya menyokong cadangan Yang Berhormat Pekan tadi iaitu menaikkan kadar maksimum pelaburan PNB kepada RM400,000 untuk satu nama.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Ini satu cadangan yang bagus yang saya kira perlu untuk dipertimbangkan oleh kerajaan bagi mewujudkan pelaburan yang tidak berisiko. Cuma pelaburan di PNB dan sebagainya ini perlu diperhalusi dari sudut syariah compliance walaupun sudah ada fatwa yang berkaitan. Akan tetapi kalau adanya suatu pandangan yang lebih komprehensif, saya kira ramai pelabur-pelabur ataupun mereka yang terdiri daripada rakyat kita boleh untuk menyertai bersama pelaburan-pelaburan seperti ini.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya kita meneruskan bantuan tunai kepada mereka yang layak. Bantuan tunai diperkenalkan ini perlu untuk kita perluaskan dan teruskan kepada mereka yang layak dan mereka boleh berbelanja dengan bantuan tersebut untuk stimulate, untuk merangsang ekonomi di peringkat bawah. Kerana apa? Ini kerana kalau ekonomi tidak dirangsang, kita boleh dalam masa yang sama kita akan menyaksikan bagaimana kedai-kedai yang dimiliki oleh rakyat kita ditutup satu demi satu. Sedangkan orang lain boleh bersaing.
Sedar atau tidak, kedai runcit bangsa Aceh, dengan maaf saya menyebut. Kedai runcit milik orang Aceh di Malaysia ini dikatakan bahawa lebih daripada 230,000 kedai runcit. Macam mana mereka boleh survive dalam keadaan kita sedang berada di Malaysia pada hari ini. Ini satu benda yang perlu untuk kita pelajari.
Berikutnya luaskan jaringan percukaian. Contoh cukai pendapatan individu.
Sebagai contoh pendapatan tahunan RM1 juta hingga RM2 juta adalah 28 peratus daripada pendapatan bercukai. Saya cadangkan supaya dinaikkan kepada 20 peratus.
Walaupun cadangan ini mungkin agak tidak popular tetapi ia hanya melibatkan golongan tertentu sahaja. Boleh saya sebut bahawa mungkin ia hanya melibatkan golongan T10 sahaja. Jadi, kalaulah cukai ini dinaikkan sedikit, saya kira ia tidak memberikan satu impak yang besar terhadap golongan-golongan ini untuk meneruskan kehidupan mereka.
Begitu juga cukai pendapatan korporat. Di kala pemain industri mengalami kesukaran di masa COVID-19, terdapat peniagaan yang perolehi keuntungan seperti sebahagian sektor makanan dan komoditi. Ini dinyatakan dalam laporan oleh Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) berkenaan COVID-19 bertarikh 19 Mei 2020. Justeru, kerajaan dicadang menaikkan satu peratus kadar cukai korporat.
Begitu juga cukai pegangan saham. Kerajaan boleh secara perlahan untuk memperkenalkan cukai pegangan saham walaupun tidak secara drastik. Mungkin kita boleh perkenalkan secara tadaruj atau pelaksanaan secara berperingkat kerana saham diperdagangkan di Bursa Saham (BSKL) sekarang ini sebanyak RM350 bilion setiap tahun sementara jumlah nilai saham di Bursa Saham ialah RM1.66 trilion. Saya rujuk kepada Maybank share online. Kita boleh perkenalkan cukai pegangan saham ini untuk kita menaikkan pendapatan kerajaan.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Tidak perlu kerajaan memperkenalkan, meningkatkan cabutan judi. Ini satu langkah yang terbalik. Kita hendak memperkenalkan, hendak mengharmonikan kehidupan rakyat. Tiba-tiba kita menaikkan kadar judi daripada lapan kali cabutan kepada 22 kali cabutan. Walaupun ada hujah yang menyatakan bahawa pendapatan daripada judi ini digunakan untuk pendapatan ataupun untuk kegunaan-kegunaan tertentu. Walau apa pun hujah, judi tidak boleh dinaikkan kadar cabutan. Saya berdiri di sini untuk menyatakan bahawa kerajaan wajib untuk menarik balik langkah ini sebelum berdepan dengan tentangan yang lebih hebat sama ada di dalam Dewan ataupun di luar Dewan kerana judi dalam apa jua bentuk sekalipun, akan menyebabkan kesan jangka masa pendek dan jangka masa panjang terhadap keberkatan hidup rakyat.
Banyak lagi cara lain kalau kerajaan hendak cari duit, hendak cari pendapatan dan sebagainya. Begitu juga dengan tanah-tanah, saya kira. Mungkin kalau kita boleh fikir, kita boleh pindahkan sebahagian daripada institut pengajian di Kuala Lumpur, di Universiti Malaya sebagai contoh, tanah di Lembah Pantai. Jumlah 1,800 kaki persegi. Kenapa tidak dipindahkan ke lokasi-lokasi lain dan tanah ini kerajaan ini boleh bangunkan.
Mungkin apa yang saya sebut di sini agak tidak popular. Mungkin tidak disenangi oleh alumni-alumni Universiti Malaya termasuk Yang Amat Berhormat daripada Bera. Akan tetapi ini kerajaan boleh fikir. Tidak ada guna ataupun tidak ada keperluan lagi institusi pengajian berada di tengah-tengah Bandar Kuala Lumpur sedangkan dia boleh berada di negeri-negeri lain yang mampu untuk kita, yang boleh untuk kita stimulate, untuk kita rangsang ekonomi mereka.
Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberikan sedikit tumpuan kepada negeri-negeri yang agak terkebelakang. Contohnya sebagaimana Kelantan yang disebut di antara negeri-negeri yang masih lagi agak terkebelakang. Tumpu kepada negeri ini. Di antara lain Lebuh Raya Kuala Krai, semalam telah disebut. Cuma mungkin kerajaan tertinggal Lebuhraya Timur-Barat dari Gerik sampai ke Jeli sampai ke Pasir Puteh. Ini perlu ada perancangan. Saya nampak tidak ada dalam buku besar ini. Tidak ada perancangan untuk menaik taraf Lebuhraya Timur-Barat. Saya minta kerajaan untuk pertimbangkan sekali lagi. Lebuhraya Timur-Barat ini wajib untuk dibuat. Saya telah berucap di sini tahun lepas dan baru-baru ini saya telah melihat ada sedikit penambahbaikan kepada lebuh raya ini. Sudah pun ditar dengan tar yang baharu, dibuat penurapan dan sebagainya.
Akan tetapi apa yang kita mahu ialah lebuh raya yang bersaiz lebuh raya daripada Timur-Barat, dari Gerik naik ke Bukit Titiwangsa, terus sampai ke Jeli, terus sampai ke Pasir Puteh. Kalau ini dapat dilaksanakan, insya-Allah perjalanan daripada timur dan ke barat semenanjung akan menjadi lebih pendek. Orang dari Terengganu sebagai contoh, mereka boleh pergi ke Pulau Pinang dalam masa yang pantas tanpa perlu melalui seluruh Semenanjung Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, inilah di antara perkara yang boleh untuk kita sentuh dan saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan pemerkasaan gender yang dibangkitkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semalam. Saya ingin menyentuh langkah SUHAKAM untuk melaksanakan kajian The Feasibility of Having Legislation on the Recognition of a Third Gender in Malaysia, dengan izin. Kita lihat realiti masyarakat pada hari ini terjebak dengan LGBT. Meskipun kita masih ada undang-undang dan dasar untuk tidak mengiktiraf golongan ini, saya bimbang lama-kelamaan amalan songsang LGBT akan dinormalisasi. Jika tiada langkah yang patut 10 tahun, 20 tahun akan datang, LGBT akan menjadi normal dalam negara seperti mana berlaku dalam negara Barat.
Oleh itu dalam perancangan RMKe-12 ini walaupun kita bercakap soal ekonomi, tetapi dasar berkenaan LGBT ini perlu jelas. Saya ingin tegaskan bahawa langkah mengiktiraf tidak sama dengan langkah merawat. Program yang dibuat oleh JAKIM dan sebagainya itu bagus, iaitu mereka langkah merawat. Akan tetapi jangan sama sekali pergi kepada langkah mengiktiraf mereka yang menyebabkan LGBT ini dianggap sebagai amalan yang normal dalam masyarakat.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Yang Berhormat, boleh saya tanya satu soalan?
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Sila.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Saya hendak tanya adakah gender bukan hanya terhad kepada LGBT tetapi juga kepada wanita dan diskriminasi yang dihadapi oleh wanita. Itu yang penting dalam konsep gender dan bukan apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
Saya sependapat dengan Yang Berhormat Petaling Jaya, betullah itu. Gender itu ialah pemerkasaan wanita dan sebagainya. Itu tidak termasuk daripada konteks apa yang saya sebut. Wanita perlu diperkasakan, betul dan juga memberikan keadilan kepada golongan wanita itu betul kerana wanita tidak diciptakan daripada kaki untuk dipijak. Akan tetapi diciptakan daripada tulang rusuk yang dekat di hati untuk dikasihi, dekat di bahu untuk dilindungi. Itu beberapa patah yang disebut-sebut.
Akan tetapi apa yang saya sebut di sini ialah LGBT. Soal LGBT iaitu memberikan pengiktirafan kepada jantina yang ketiga. Ini tidak boleh. Tidak ada sebarang toleransi dan tolak ansur kepada mereka yang terlibat dengan transgender, yang terlibat dalam merubah jantina mereka. Itu tidak ada tolak ansur dan apa yang perlu kita perkenalkan ialah langkah merawat dan bukan langkah mengiktiraf.
Jadi saya kira setakat itu saja pada kali ini. Cuma Tuan Yang di-Pertua sebut Pasir Mas tadi dua kali. Saya tunggu giliran saya yang kedua. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Maaf.
[Ketawa] Sebenarnya Yang Berhormat Pasir Mas, nombor 10 itu sebenarnya Yang Berhormat Kuala Nerus. Seterusnya Yang Berhormat Kota Raja, 15 minit selaku ketua parti. Silakan.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia mengamalkan negara berkecuali sejak zaman Allahyarham Tun Razak sampailah sekarang dan Malaysia berada dalam kumpulan ASEAN. Alhamdulillahlah, 10 negara ASEAN kerap mengadakan mesyuarat sama ada hal ekonomi, dasar luar, pertahanan, disaster, semuanya ada jawatankuasa di peringkat ASEAN. Negara yang dekat ASEAN ini ialah Australia. Lebih kurang dari Kuala Lumpur tiga jam setengah sudah boleh sampai.
Dari Indonesia barangkali satu jam telah sampai. ASEAN kenal lebih rapat dengan Australia. Kita kurang gemar Australia yang berada di rantau dekat dengan ASEAN tetapi lebih mesra dengan rakan jauh ribuan kilometer terutama USA dan Britain. Sebab itulah kita tidak mahu negeri yang suka berperang memainkan peranan di rantau ini yang berada dalam keadaan aman dan tenteram.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
ASEAN mesti berusaha elak peperangan. Kita tahu United States berperang tetapi tidak pernah berperang di negaranya. Dia berperang di Vietnam, di Iraq, di Korea, di Afghanistan. Perang proksi di Iraq, di Syria, di Yaman yang kita turut terlibat di Yaman ini. Kita tidak mahu negara yang suka berperang itu mengacau rantau yang aman ini.
Sebab itulah kita kena berusaha supaya tidak ada provokasi di mana-mana pihak termasuk China yang ada tuntutan bertindih dengan Vietnam, dengan Malaysia, Indonesia dan Brunei supaya ia diselesaikan melalui jalan perundingan ataupun paling atas sekali ialah Mahkamah Antarabangsa bukan dengan menunjukkan kekuatan.
Kalau China menunjukkan kekuatan, maka seolah-olah menggamit kuasa besar yang lain untuk datang menunjukkan kekuatan. Inilah yang kita lihat timbulnya AUKUS iaitu Australia, United Kingdom dan Amerika yang cuba menyatukan kekuatan mereka, kononnya untuk menghadapi China. Peperangan amat membawa malapetaka yang dahsyat. Amerika jarang berperang seorang diri. Dia nak menyerang Iraq, dia ajak rakan- rakan negara Arab yang lain. Akhirnya hancur negara Arab untuk dibangunkan semula khasnya Iraq. Nak berperang di Vietnam, dia ajak rakan-rakan yang lain. Bagaimana Vietnam hancur, nak membangunkan semula, mengambil masa puluhan tahun.
Afghanistan, dia ajak NATO bersama untuk berperang di Afghanistan. Akhirnya ditinggalkan Afghanistan sebegitu rupa sehingga sekarang ini lebih 60 peratus rakyat Afghanistan memerlukan bantuan makanan, masalah kesihatan, persekolahan yang amat dahsyat. Oleh itu, kita yang tidak mahu tempias itu datang kepada negara kita, Malaysia
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
hendaklah lebih tegas bersama dengan ASEAN memainkan peranan supaya elakkan sebarang pertembungan fizikal di rantau ini.
Tuan Yang di-Pertua, kita lihat kenyataan Presiden Amerika selepas berundur dari Afghanistan, beliau mengatakan bahawa dia akan tumpu di rantau ini khasnya hadapi China. Kita tahu bahawa kuasa besar ini kalau boleh, dia hendak jadi kuasa utama. Dia tak boleh share dengan orang lain. Selalunya bila berlaku perang dingin antara kuasa besar terutama Soviet dengan Amerika, mereka tidak berperang tetapi proksi merekalah yang berperang. Ini yang kita tidak mahu. Begitulah juga Amerika dengan China.
Barangkali mereka gembar-gemburkan soal peperangan mereka tetapi yang kita bimbang, proksi merekalah yang akan bertarung. Kita lebih bimbang bila ada pengaruh kuasa besar itu melanda mana-mana negara kecil.
Dahulunya kita hadapi misalnya kumpulan KMM ataupun kumpulan Abu Sayyaf ataupun Yazid Sufaat. Bagaimana Kerajaan Malaysia bertindak keras terhadap mereka yang diperalatkan oleh mana-mana pihak untuk mengucar-ngacirkan negara kita. Sama ada di Sabah, di Sarawak atau di Semenanjung. Tindakan keras diambil bersama termasuklah dengan negara ASEAN seperti Indonesia, Filipina dan juga Malaysia.
Pertukaran maklumat antara pihak keselamatan negara-negara ini termasuk Thailand.
Maka digunakan maklumat itu untuk bertindak. Kali ini, kita terkejut dengan laporan terbaru yang kalau tidak ditangani dengan baik, apakah Malaysia satu hari nanti akan dipengaruhi oleh kuasa tertentu untuk menguasai pentadbiran atau memberi influence kepada kerajaan.
Misalnya penangkapan terhadap Ketua Penyelidikan JPM, pendakwaan kepada Hasanah. Kita tidak tahu berapa jumlah wang yang dirampas. Ada yang mengatakan USD12 juta, ada yang mengatakan RM12 juta. Soalnya dia melibatkan badan siasatan jenayah kita, polis, SPRM. Sudah tentulah perkara ini perkara besar apabila dikatakan bahawa ejen perisik negara asing yang membiayai orang yang disebutkan tadi itu.
Sebab itu kita harap kerajaan jangan buat cover-up hal ini sebab perkara ini cukup penting kerana ia memberi impak yang besar kepada soal keselamatan. Ini perkara yang saya rasa kedudukannya yang beroperasi di Jabatan Perdana Menteri amatlah penting kerana Jabatan Perdana Menteri ini nadi kepada sesuatu kerajaan. Kalau di Amerika sudah tentulah state department. Kalau di Malaysia ini ialah JPM.
Sebab itu perkara ini jangan dipandang ringan. Siasatan hendaklah menyeluruh, perlu didedahkan kepada Kabinet, kepada rakyat, kepada kerajaan ini semua sebab ianya amat penting untuk diketahui oleh kita semua. Bagi saya, ini adalah satu perkara yang berbahaya bila orang bertaraf sebegitu rupa boleh dikatakan menerima wang dan bagaimana pula katanya sekarang ini SPRM pula yang menyimpan wang itu. Semuanya itu spekulasi yang kita tidak tahu tahap mana kebenarannya tetapi siasatan menyeluruh mestilah dibuat.
Perkara yang seterusnya yang saya ingin sentuh ialah soal alat-alat pertahanan kita. Kita tahu bahawa alat-alat pertahanan kita kebanyakannya telah usang. Kalau kapal- kapal itu, telah tua. Ia perlu diganti dengan yang baru. Ganti yang baru ini kita lihat ada berbagai-bagai cara. Mesti dipertingkatkan industri pertahanan. Ertinya, mana-mana mereka yang membawa cadangan, kalau boleh cadangan itu biarlah berpaksikan sekurang-kurangnya alat yang hendak dibeli itu boleh dibuat di sini, kalau tidak 100 peratus pun, 60 peratus ke 70 peratus.
Misalnya bila dahulu kita beli 8x8, ada teknologi kerjasama antara Malaysia dengan Turki yang dibuat di Pekan, Pahang. Kereta 6x6, 4x4, mesti ada usahawan tempatan yang boleh kita dekati dan working paper mereka perlu dilihat. Kalau perlu bantu, kerajaan perlu membantu syarikat-syarikat yang berkeupayaan untuk mengeluarkan barangan hasil tempatan atau joint venture dengan rakan-rakan yang lain.
Selalunya, bila saya di Kementerian Pertahanan dahulu, yang datang hanyalah broker. Broker-broker peralatan, broker-broker senjata tanpa mereka dapat membuktikan, menunjukkan bahawa apa yang mereka cadangkan itu boleh dikeluarkan atau diusahakan di Malaysia dan juga hasil keluaran itu sekurang-kurangnya digunakan oleh negara- negara ASEAN yang lain.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Kita boleh mendekati negara-negara Arab yang banyak wang, terutama kita minta mereka menggunakan wang itu untuk terlibat dalam penyelidikan terutama kalau Kementerian Pertahanan, STRIDE supaya di situ dilaburkan dan dapat dibuat penyelidikan terutama dalam hal dron, hal-hal teknologi yang lain yang rakyat Malaysia agak terkenal dalam teknologi dron ini.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Kepakaran mereka kadangkala tidak dapat digunakan kerana kerajaan tidak ada duit untuk STRIDE dan sebagainya. Kita boleh berusaha sebab itulah kita mula dahulu membuat satu conference di antaranya KL Summit untuk menyatukan khasnya negara- negara dalam OIC yang mempunyai teknologi yang tinggi dalam bidang apa sekalipun supaya dapat disatukan tenaga mereka dan wang ringgit yang ada.
Kepada dunia Arab ini, janganlah terbakar di padang pasir akibat peperangan sesama mereka. Sepatutnya boleh digunakan wang itu untuk membuat research, untuk membuat kajian-kajian supaya dapat membantu negara-negara yang membangun dan negara yang lebih miskin.
Kita juga mahu negara China yang menjadi the new world power atau economic power ini, mereka mesti berada dalam keadaan kemakmuran bersama. Jangan jadi seperti Amerika Syarikat, dia naik maju tetapi negeri-negeri kelilingnya di biar miskin Panama, Nicaragua, Colombia dan Cuba. Akhirnya apa yang berlaku rakyat negeri miskin berjuta pergi ke sempadan untuk masuk mencari kerja di negara yang kuat dan kaya.
Tidak pernah berlaku peperangan dalam negeri itu iaitu Amerika.
Kita mahu China mesti bersikap seperti kata Menteri Pertahanan, “Kalau hendak jadi abang besar, biar dia melimpahkan kekuatan ekonominya itu kepada negara-negara jiran”. Cuma yang kita bimbang Malaysia agak perlahan dalam hal hendak menggamit kehebatan dan kemajuan teknologi China ini kepada kita. Janganlah ia melimpah kepada Vietnam, Cambodia dan Indonesia sahaja tetapi kita hendak bersama dengan China sendiri mestilah memainkan peranan menghormati negara-negara yang lain, bukan menunjuk kekuatan sebaliknya menghormati dan adanya perbincangan yang terbuka dengan negara-negara khasnya ASEAN yang dekat dengan mereka.
Kalau kemakmuran bersama ini dapat diterima oleh Kerajaan China maka kita akan jadikan rantau ini seperti yang kita tahu bahawa Selat Melaka sekarang menjadi laluan utama lebih 100,000 buah kapal melintasi Selat Melaka setiap tahun sekarang ini.
Negara kita dan kawasan perairan kita kawasan yang paling penting. Memang kuasa- kuasa besar ingin merebut atau menguasai kawasan ini. Biarlah kita ASEAN dan bersama rakan yang terdekat dengan ASEAN menguasai dan mengendalikan negara kita, rantau kita. Bukan orang daripada jauh yang datang untuk mengendalikan rantau kita ataupun negara kita.
Oleh sebab itulah, kita harap semua yang berlaku ini menjadi iktibar supaya perancangan RMKe-12 ini dapat berjalan kalau keselamatan terjamin. Seperti saya sebut tadi soal gaji terutama sekali sama ada polis atau tentera yang berpangkat rendah, kalau berada di Lembah Klang ini, mula sahaja bekerja mereka masuk dalam kumpulan B40.
Ertinya perlu difikirkan soal kedudukan mereka ini, kita mahu keamanan dan dapat memacu pembangunan yang lebih hebat pada masa yang akan datang.
Memanglah apa yang Perdana Menteri bentang itu baik, pelaksanaannya belum tentu. Oleh sebab itu kita lihat dahulu, Tuan Yang di-Pertua. Ini contohlah, masa saya mula masuk Parlimen dahulu bincang PPRT, cukup baik bantu rakyat miskin, bantu buatkan rumah. Pada waktu itu saya duduk dalam Public Accounts Committee. Apa yang didedahkan yang dapat bantuan PPRT itu orang yang ada banglo. Ertinya masa itu Pengerusi PAC kalau tidak silap saya Allahyarham Tan Sri Dato’ Sri Jamaluddin Jarjis.
Sudah ada banglo, dia buat apa wang PPRT RM5,000 itu? Dia buat garaj kereta.
Macam sekaranglah, garaj kereta sebab dia banglo, dia dapat PPRT. Sekarang dengar Perdana Menteri bentang, Allah seronoknya kita tetapi pelaksanaannya nanti akan berulang seperti RMKe-11 kalau tidak ada kesungguhan untuk kita memperbaikinya.
Sekian, terima kasih.
[Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat Kota Raja. Seterusnya Yang Berhormat Sabak Bernam.
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Rancangan Malaysia Kedua Belas.
Saya dengan rendah diri memulakan perbahasan Rancangan Malaysia Kedua Belas ini dengan memetik ayat Al-Quran supaya berkat yang dimaksudkan. “Dan mereka merancang, Allah juga merancang dan Allah sebaik-baik perancang”. Surah Ali Imran ayat yang ke-54.
Saya terlebih dahulu ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia Kesembilan yang telah membentangkan Rancangan Malaysia Kedua Belas pada 27 September 2021 yang baru lalu. Ia satu master plan yang amat tepat, eksklusif dan komprehensif untuk Keluarga Malaysia dalam menghadapi krisis pandemik COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.
Tuan Yang di-Pertua, semenjak merdeka pada 31 Ogos 1957, 64 tahun yang lalu negara kita telah merancang, membentang dan melaksanakan sebanyak 11 Rancangan Malaysia, bermula dengan Rancangan Malaysia Pertama dalam tahun 1960. Semenjak itu negara telah melalui beberapa fasa pembangunan negara dari segi sosioekonomi dan politik, selari dengan perubahan pucuk pimpinan negara.
Negara telah melalui beberapa fasa dalam Rancangan Malaysia. Fasa yang pertama meliputi tahun 1960 hingga 1970 yang merupakan langkah awal pengisian kemerdekaan. Fasa yang kedua dari tahun 1971 hingga 1990, negara telah melalui Dasar Ekonomi Baru. Fasa yang ketiga tahun 1991 hingga tahun 2000 diperkenalkan pula Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang melahirkan Wawasan 2020. Fasa keempat yang sepatutnya dari tahun 2011 sehingga tahun 2020 Dasar Transformasi Nasional sebagai falsafah teras kepada pentadbiran negara. Perubahan kerajaan telah melahirkan fasa yang kelima, bermula dari tahun 2018 sehingga terkini 2021. Terkini dibentangkan RMKe- 12 berteraskan Wawasan Kemakmuran Bersama.
Tuan Yang di-Pertua, menoleh ke belakang melihat Kajian Separuh Penggal RMKe-11 yang telah dibentangkan pada 18 Oktober 2018 berteraskan ekonomi reformasi ternyata tidak banyak perkara baru disebut dalam RMKe-11 tersebut. Malah ia berpandukan kepada kesinambungan apa yang telah dicapai oleh kerajaan terdahulu umpamanya walaupun dikatakan kerajaan terdahulu boros tetapi laporan RMKe-11 itu menyatakan hutang negara kerajaan telah berkurangan daripada 54 peratus KDNK kepada 50 peratus KDNK.
Hakikatnya, RMKe-11 tidak dapat menyediakan ruang yang terlalu besar untuk kerajaan baru mencorakkan seluruh perancangan baru kerana dalam banyak keadaan ini melibatkan perancangan sejak 2015 dan prestasi yang telah dicapai setakat ini.
Tuan Yang di-Pertua, semasa pembentangan Rancangan Malaysia Kesebelas iaitu pada 21 Mei 2015 yang berkesinambungan dan istiqamah pada landasan dan menuju matlamat yang sama, kerajaan ketika itu telah meletakkan beberapa indikator pencapaian negara dibentangkan. Antaranya termasuklah peningkatan nilai KDNK, perubahan dinamik struktur ekonomi, peningkatan pendapatan bulanan purata isi rumah, pemilikan rumah kediaman terutama bagi golongan B40 dan M40 serta penjawat awam.
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam
Akses kepada bekalan air bersih dan elektrik, kebolehan membaca dan menulis di kalangan rakyat Malaysia. Peningkatan pendidikan tenaga buruh, penurunan kadar pengangguran, peningkatan hak milik ekuiti bumiputera dan pengurangan kadar kemiskinan.
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam
RMKe-11 dirangka dengan Dasar Transformasi Nasional dari tahun 2011 sehingga tahun 2021 secara berstruktur, berstrategi dan bersasar dengan matlamat untuk mencapai lonjakan yang signifikan bagi mencapai pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan rakyat secara inklusif bagi membina tamadun holistik.
Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
Mengukur pencapaian RMKe-11 dari tahun 2017 hingga tahun 2021 – bagi tahun 2021 bagi projek-projek mesra rakyat, pembangunan infrastruktur dan sebagainya, menurap dan membaik pulih jalan, membaiki pagar masjid sementara bagi projek-projek mesra rakyat ataupun pembangunan sekolah dan sebagainya.
Tuan Yang di-Pertua, dalam Rancangan Malaysia Ke-12 yang telah dibentangkan adalah bagi tempoh tahun 2021 hingga tahun 2025 yang berpaksikan ‘Keluarga Malaysia ‒ Makmur, Inklusif dan Mampan’ yang telah menghadapi cabaran lebih dua tahun memerangi pandemik COVID-19 dan ketidaktentuan ekonomi.
Melihat kepada kerangka keseluruhan RMK yang pertama hingga RMKe-12, tidaklah keterlaluan kalau dikatakan model rancangan Malaysia yang diamalkan di negara ini sebenarnya sejak awal mengikut model perancangan tujuh tahun Nabi Yusuf AS yang mentadbir ekonomi negara Mesir dengan jayanya.
Suatu ketika dahulu dengan berasaskan pertimbangan keselamatan bekalan makanan ataupun food security, pelan ekonomi berjangka panjang, unjuran ekonomi yang tepat, penjimatan dan penggunaan sumber secara optimum dan nilai akhlak dalam ekonomi.
RMKe-12 adalah merupakan kesinambungan dasar-dasar kerajaan sebelum ini.
Kini RMKe-12 berprinsipkan dasar kemakmuran bersama dan memperkenalkan beberapa pembaharuan melalui tiga tema iaitu 14 pemacu perubahan dengan pendekatan keseluruhan negara dan whole-of-nation approach RMKe-12 mengetengahkan beberapa matlamat utama antaranya ialah pertumbuhan KDNK 4.5 peratus hingga 5.5 peratus dan purata pendapatan isi rumah dijangka RM10,000.
RMKe-12 memberikan sembilan fokus utama iaitu merancakkan pertumbuhan ekonomi, memperkukuhkan dan memangkin pertumbuhan, meningkatkan kesejahteraan keluarga Malaysia, memantapkan keselamatan dan ketenteraman awam, membasmi kemiskinan tegar dan merapatkan jurang pendapatan, memperkasakan agenda bumiputera dan ‘Keluarga Malaysia', melonjakkan pembangunan Sabah dan Sarawak serta negeri-negeri yang kurang membangun, mempercepatkan pertumbuhan hijau dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam dan memastikan pelaksanaan dasar yang berkesan.
Saya ingin menyentuh tentang Kementerian Pendidikan iaitu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang sentiasa prihatin dalam bidang pendidikan. Saya mengalu-alukan langkah kerajaan dalam RMKe- 12 ini kerana menekankan betapa pentingnya sistem pendidikan negara ini supaya mampu melahirkan modal insan yang berkualiti dan berkemahiran tinggi serta memperkukuhkan pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.
Tuan Yang di-Pertua, saya amat menghargai dan mengalu-alukan cadangan kerajaan dalam RMKe-12 ini untuk membina empat buah kompleks sekolah dan lima buah sekolah baharu di kawasan Parlimen Sabak Bernam.
Pertama, pertambahan penduduk di kawasan sekitar hasil daripada pembangunan dan penempatan di kawasan sekitar tersebut. Kedua, terdapat hanya sebuah sekolah sahaja iaitu sekolah harian di pekan Sabak iaitu SMK Engku Aziz setelah SMK Tengku Abdul Rahman Putra dijadikan kolej tingkatan enam sepenuhnya.
Ketiga, permohonan untuk membina pusat kokurikulum Sungai Besar di kawasan Mukim Pancang Perdana di Parlimen Sungai Besar. Pembinaan pusat kokurikulum ini akan memberi manfaat kepada rakyat di kawasan Parlimen Sabak Bernam kerana Parlimen Sabak Bernam dan Parlimen Sungai Besar berada di kawasan pentadbiran PBD Sabak Bernam.
Saya ingin menyentuh tentang Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Saya menyanjung tinggi komitmen kerajaan untuk memastikan kesejahteraan keluarga
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam
Malaysia dalam RMKe-12. Ini khususnya daripada segi penjagaan kesihatan kediaman.
Saya mengalu-alukan cadangan kerajaan untuk membina 500,000 buah rumah mampu milik sepanjang RMKe-12 ini. Sehubungan ini, saya ingin menyentuh beberapa dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang bertanggungjawab melaksanakan program dan projek penambahan infrastruktur di kawasan luar bandar. Saya juga mengalu-alukan langkah kerajaan menyediakan peruntukan untuk membina dan membaik pulih rumah sebanyak 75,000 buah rumah di kawasan luar bandar.
Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Saya berasa amat berterima kasih kepada kerajaan yang turut menyentuh berhubung dengan warga emas dalam RMKe-12 dan langkah kerajaan untuk memastikan warga emas terpelihara dan memperbanyakkan sistem sokongan kepada warga emas. Saya ingin membangkitkan berhubung dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu secara khusus mengenai bantuan warga emas.
Saya menyambut baik langkah kerajaan yang prihatin.
Untuk akhirnya, perancangan Rancangan Malaysia adalah merupakan perancangan keperluan rakyat yang hidup bukan sahaja pada zaman ini tetapi juga pada zaman akan datang yang berkemungkinan besar sangat berbeza dengan keperluan rakyat dalam jangka pendek dan sederhana. Namun, kesan daripada dasar pada hari ini berpotensi dirasakan pada akan datang. Sebagai contoh, perkembangan populasi negara kita. Kesan Rancangan Malaysia akan dirasai oleh kanak-kanak, warga emas yang pada masa ini tetap corak negara pada masa hadapan akan memberi kesan signifikan kepada generasi masa depan.
Sehubungan ini, apakah jaminan kerajaan bagi kehidupan keluarga Malaysia pada masa depan, kepada generasi pada masa kini yang melangkah ke masa hadapan daripada segi pendidikan, pekerjaan, kesihatan dan sebagainya. Apakah jaminan kerajaan bagi jaringan keselamatan sosial yang mencukupi ketika rakyat kini terus terperangkap dalam situasi hutang isi rumah rakyat negara ini yang amat diakui tertinggi di Asia kini dan mungkin berterusan di bawah pada masa akan datang.
Akhir kalam, saya mendoakan agar semua perancangan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 ini akan berjalan dengan lancar dan dapat dilaksanakan dengan jayanya demi kesejahteraan keluarga Malaysia keseluruhannya tanpa mengira agama, bangsa, keturunan dan fahaman parti politik.
Izinkan saya mengakhiri perbahasan RMKe-12 dengan memetik sepotong ayat daripada Al-Quran. “Barangkali kamu membenci sesuatu pada hal ini amat baik bagimu dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”. Surah Al-Baqarah. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Lahad Datu.
Datuk Mohamaddin bin Ketapi - Lahad Datu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang yang diberi kepada saya untuk turut sama membahaskan RMKe-12 dan menyampaikan suara dan hasrat rakyat di kawasan Parlimen Lahad Datu yang saya wakili.
Datuk Mohamaddin bin Ketapi - Lahad Datu
Tuan Yang di-Pertua, dalam tempoh RMKe-12, peruntukan pembangunan negara dianggarkan berjumlah RM400 bilion, agak besar. Namun untuk tahun pertama RMKe-12, Sabah diperuntukkan sebanyak RM4.66 bilion daripada RM69 bilion jumlah keseluruhan.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana peruntukan telah diberi sebanyak RM4.66 bilion. Jika dikira hanya 6.7 peratus sahaja peruntukan yang diberi kepada Sabah. Pada akhirnya, adakah sasaran kerajaan untuk merapatkan jurang pembangunan antara Sabah dan Semenanjung akan tercapai?
Datuk Mohamaddin bin Ketapi - Lahad Datu
Saya berdoa kepada Allah SWT, mudah-mudahan tercapai niat yang baik untuk merapatkan jurang pembangunan di antara Sabah dan Semenanjung. Akan tetapi sekiranya gagal, saya memohon supaya kerajaan dapat melihat balik dan juga kepada rakyat Sabah supaya membuka minda itu lebih luas dan melihat lebih jauh dan mengkaji semula berapa banyak kemajuan yang kita terima selama 58 tahun Sabah di dalam Malaysia.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan bahawa peruntukan kepada Sabah dan Sarawak merupakan yang paling tinggi berbanding negeri-negeri lain. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana Sabah dan Sarawak tidak dilupakan untuk pembangunan yang sebegini penting yang sepatutnya diberi kepada kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak. Sebenarnya, kalau kita kaji balik Malaysia Agreement 1963, Sabah ini sepatutnya diperuntukkan dalam perjanjian itu sebanyak 40 peratus. Kalau terlaksana 40 peratus ini, maka, tidak perlulah mahu diberi kepada Sabah RM4.66 bilion itu kerana 40 peratus daripada hasil negeri Sabah itu lebih daripada cukup untuk pembangunan negeri Sabah.
Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, saya sedikit hendak bicara tentang Hospital Lahad Datu di kawasan saya. Hospital Lahad Datu telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 2004 menggantikan sebuah hospital kecil yang dikenali sebagai Hospital Anne.
Saya bersyukur kerana hospital ini terlaksana. Pada tahun 1986, saya telah menjadi seorang daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah ketika itu meminta juga supaya hospital ini dilaksanakan dan dibangunkan bagi menggantikan hospital lama yang kecil pada waktu itu yang merupakan peninggalan penjajah British.
Hospital yang baru ini kalau kita lihat adalah satu hospital yang agak besar dan berstatus hospital pakar. Malangnya, hingga hari ini tidak ada pakar dihantar ke Hospital Lahad Datu. Oleh yang demikian, saya memohon kepada Kementerian Kesihatan, pakar yang diperlukan ini adalah cardiologist dan juga nephrologist. Pesakit-pesakit yang menghidap penyakit jantung perlu dihantar ke Kota Kinabalu. Apatah lagi kalau membuat bypass dan angioplasty, angiogram sekalipun kena hantar ke Kota Kinabalu supaya dapat dirawat. Demikian juga dengan pakar nephrologist yang perlu ditempatkan di Hospital Lahad Datu kerana pesakit-pesakit buah pinggang pun dihantar ke Kota Kinabalu untuk penyediaan tapak dialisis. Jadi saya mohon Kementerian Kesihatan Malaysia, tolonglah lihat masalah rakyat Malaysia di Sabah yang tinggal di Lahad Datu yang menghadapi masalah dan kesukaran seumpama ini.
Di samping itu, saya memohon juga agar kelengkapan hospital seperti respiratory machines, katil, dialysis machines dan banyak lagi perkara-perkara yang perlu diberi kepada Hospital Lahad Datu agar dapat dibantu. Saya yang sebetulnya selaku Ahli Parlimen P188 Lahad Datu, tidak ketinggalan untuk menyumbang dialysis machines, respiratory machines tetapi jauh tidak mencukupi. Jadi oleh yang demikian, saya mohon Kementerian Kesihatan dapat membantu Hospital Lahad Datu.
Keduanya, saya hendak sentuh tentang Lapangan Terbang Lahad Datu.
Lapangan Terbang Lahad Datu telah dibina oleh tentera Jepun pada tahun 1943. Selepas itu, apabila jatuh ke tangan penjajahan British, telah dibaiki oleh penjajahan British pada waktu itu. Pekerjaan dan pendapatan utama rakyat di Lahad Datu adalah perladangan, pertanian dan perikanan serta pelancongan. Seperti kawasan-kawasan lain di Malaysia, infrastruktur pengangkutan seperti jalan raya, lapangan terbang dan pelabuhan menjadi nadi dalam menggerakkan ekonomi di Lahad Datu. Tanpa ini semua, potensi utama khususnya pelancongan di Lahad Datu tidak dapat dioptimumkan. Satu daripadanya dan yang telah saya perjuangkan sejak hari pertama saya menjadi Ahli Parlimen Lahad Datu ialah pembesaran ataupun pembinaan baru Lapangan Terbang Lahad Datu.
Datuk Mohamaddin bin Ketapi - Lahad Datu
Saya mohon Kementerian Pengangkutan lihatlah sedikit. Berilah pertimbangan.
Oleh sebab orang Lahad Datu ini kalau dia hendak terbang ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat, dia kena naik kereta ke Tawau dua jam setengah untuk mendapatkan pesawat terbang direct ke Kuala Lumpur. Demikian juga atau dua jam setengah ke Sandakan untuk mendapatkan penerbangan direct ke Kuala Lumpur. Jadi, saya mohon satu lapangan terbang yang baharu dapat dibina di Lahad Datu atau sekurang-kurangnya
Datuk Mohamaddin bin Ketapi - Lahad Datu
kalau tidak dapat dibina baharu, the existing one dapatlah dipanjangkan dan dilebarkan landasan kapal terbang di Lahad Datu.
Tuan Yang di-Pertua, lapangan terbang di Lahad Datu memerlukan kerja-kerja pelebaran dan pemanjangan landasan untuk membolehkan pesawat seperti Boeing 737 dan juga AirBus A320 yang sekurang-kurangnya dapat menggantikan daripada dahulu sehingga hari ini kita menggunakan sahaja sama ada Fokker F27 atau jenis ATR yang ada sekarang ini.
Di samping itu, oleh sebab masa suntuk sedikit. Saya hendak, touching a little bit memohon supaya Sekolah Agama Rendah dan Menengah diadakan di Lahad Datu. Oleh sebab orang-orang di Lahad Datu ini untuk sekolah agama, mereka terpaksa sama ada pergi ke Kota Kinabalu atau ke Keningau untuk melanjutkan pendidikan dalam sekolah agama Islam. Jadi, saya mohon supaya dapat dipertimbangkan. Ada sedikit masa lagi saya hendak sentuh tanah Felda di kawasan saya.
Tuan Yang di-Pertua, Felda Sahabat di Lahad Datu merupakan kawasan Felda yang terbesar di Malaysia dengan keluasan kawasan 124, 389 hektar hampir menyamai saiz negeri Melaka. Tanah tersebut telah diberi oleh kerajaan Negeri Sabah kepada Felda pada tahun 1979 dengan syarat untuk dibangunkan sepenuhnya dengan penanaman kelapa sawit dan juga penerokanya sekali. Malangnya 98 peratus kawasan Felda tersebut dijadikan perladangan sepenuhnya dan hanya dua peratus sahaja dijadikan kawasan penempatan dan bandar. Kalau kita lihat pelanggaran terma syarat pemberian tanah Felda ini telah berlaku.
Walau bagaimanapun saya berharap supaya kerajaan negeri Sabah dapat melihat balik terma pemberian tanah Felda ini. Sekiranya berterusan pelanggaran terma syarat pemberian kepada tanah Felda ini, saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Segama juga akan mengusulkan perkara ini kepada Dewan Undangan Negeri supaya tanah Felda ini ditarik balik.
Tuan Yang di-Pertua
Tolong habiskan Yang Berhormat.
Datuk Mohamaddin bin Ketapi - Lahad Datu
Excuse me Tuan Yang di-Pertua, you just stop me if i’m exceeding the time. Please.
Tuan Yang di-Pertua
Sudah exceed sebenarnya.
Datuk Mohamaddin bin Ketapi - Lahad Datu
Oh ya? So, dengan ini saya menyokong. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya Yang Berhormat Parit. Silakan.
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Alhamdulillah, terima kasih di atas ruang untuk saya juga berbahas dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Satu bentuk pelan selama lima tahun dengan peruntukan perbelanjaan pembangunan RM400 bilion. Berlandaskan konsep keluarga Malaysia, saya yakin RMKe- 12 dilihat sebagai pemangkin merancakkan aktiviti ekonomi negara dengan pembentukan perbelanjaan pembangunan tertinggi dalam sejarah bagi pelan pembangunan lima tahun.
Saya melihat sembilan fokus utama RMKe-12 seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah diharapkan boleh memberi penyelesaian dan menjadi pemangkin pertumbuhan kepada golongan berpendapatan rendah, perusahaan mikro kecil dan sederhana, keseimbangan dan kemakmuran kawasan luar bandar serta ekonomi berasaskan mesra alam dan teknologi hijau serta pendidikan yang positif.
Tuan Yang di-Pertua, di bawah RMKe-12, fokus pertama ialah merancakkan pertumbuhan ekonomi. Antara yang disebut ialah PMKS seperti yang dimaklumkan tadi.
Pada tahun 2020, perusahaan mikro kecil dan sederhana telah mengalami kerugian sebanyak RM40.7 bilion ekoran pelaksanaan PKP. Jumlah kerugian ini adalah
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
berdasarkan 1.15 juta PMKS yang berdaftar. Ini bermakna setidak-tidaknya setiap syarikat PMKS menanggung penurunan purata pendapatan. Keadaan ini juga telah memberi kesan pengurangan sebanyak 50 peratus kepada keluaran dasar negara KDNK 30 peratus kepada nilai eksport negara.
Saya ingin bertanya apakah strategi baharu di bawah dasar keusahawanan nasional. Bagaimana dengan pengusaha baharu PMKS yang baru hendak memulakan peniagaan mereka tatkala COVID-19 ini? Bagaimana pula dengan peniaga PMKS yang telah gulung tikar tetapi masih bersemangat untuk meneruskan peniagaan masing-masing dan apakah mereka diberikan satu jumlah geran bagi memulihkan mereka? Bagaimana dengan usahawan-usahawan wanita dalam perniagaan PMKS ini kerana mereka adalah kelompok paling terjejas akibat kawalan pergerakan?
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyentuh berhubung memperkukuhkan pemangkin pertumbuhan seperti mana di dalam fokus kedua RMKe-12 yang menyasarkan kepada agenda MyDIGITAL dan dasar 4IR negara. Penggunaan jalur lebar sangat memainkan peranan yang besar sepanjang tempoh PKP dilaksanakan apabila semua pergerakan fizikal dihadkan di seluruh negara. Proses pendidikan juga turut melalui proses baharu impak daripada kesan pandemik COVID-19 ini. Hal ini pelajar melalui proses pendidikan menerusi pengajaran dan pembelajaran di rumah iaitu PDPR.
Namun begitu, terdapat berita-berita yang memaparkan kesukaran yang dihadapi oleh pelajar dalam proses mereka PDPR dan macam-macam tular di dalam media sosial dan sebagainya.
Saya ingin bertanya setakat mana keupayaan prasarana jalur lebar di kawasan- kawasan khususnya di Parlimen Parit serta di negeri Perak keseluruhannya dan apakah di bawah RMKe-12 ini negeri Perak berkeupayaan menyokong MyDIGITAL dan dasar revolusi perindustrian keempat negara. Apa sebenar yang berlaku dalam projek rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi dilancarkan sekitar tahun 2010 iaitu inisiatif jalur lebar telekom Malaysia berhad dan kerajaan yang kononnya menyediakan sekurang-kurangnya 80 peratus capaian internat di seluruh negara.
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan atau Kementerian Komunikasi dan Multimedia supaya melihat secara teliti rekaan menara atau pelan ke kawasan perkampungan yang bersekitar di daerah. Kita memerlukan penyelesaian infrastruktur baharu bagi memurnikan lagi kualiti capaian internet di kawasan terbabit. Kelulusan projek sebesar ini juga agak lambat dan hanya boleh dibuat pada peringkat pembuat dasar.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****] Tuan Yang di-Pertua, saya melihat kerajaan akan terus menyokong ekonomi gig sebagai sumber penting pertumbuhan ekonomi. Malahan, ekonomi gig yang saya lihat sebagai penyelamat sepanjang tempoh pandemik COVID-19 sehingga sekarang dan saya difahamkan hampir empat juta tenaga kerja di Malaysia telah terbentuk daripada sektor ekonomi gig. Ekonomi gig dijangka terus berkembang pada tahun 2021 selaras kadar pengangguran yang juga dijangka semakin tinggi sejak melandanya pandemik ini.
Kadar pemberhentian kerja yang tinggi ini menyebabkan platform ekonomi gig mula menjadi pilihan untuk mereka menyara kehidupan. Saya ingin bertanya kepada kerajaan, khususnya Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Ehwal Pengguna, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Kewangan yang perlu untuk mengadakan kerjasama erat bersama-sama peneraju- peneraju utama dalam ekonomi gig seperti Grab, Foodpanda, Shopee, Lazada dan sebagainya bagi membuka ruang yang lebih meluas dan mudah.
Malahan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Pertanian dan Asas Tani boleh memperkasakan dan mempergiatkan produk tani usahawan luar bandar bekalan pertanian kepada pasar awam difokuskan kepada platform online dalam bentuk berskala besar. Dalam waktu yang sama, kebajikan pekerja ekonomi gig juga perlu dilihat secara menyeluruh supaya tidak ada sebarang bentuk penindasan. Usaha sama
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
seperti KWSP dan PERKESO bersama syarikat gig, Foodpanda dan Grab sangat dialu- alukan dalam mendaftarkan rakan penghantar p-hailing dan e-hailing sebagai satu pakej melindungi dan keuntungan kepada pekerja gig jangka panjang.
Tuan Yang di-Pertua, di bawah fokus RMKe-12 ini, antara fokus utama ialah menambah baik sistem pendidikan negara sebagai lonjakan teras kepada negara beralih kepada berpendapatan tinggi serta mewujudkan pembangunan bakat. Dalam hal ini, kerajaan menyatakan antara langkah utama untuk dilaksanakan ialah membina sekolah dan sekolah baharu serta meningkatkan bangunan sekolah yang daif dengan lebih kondusif adalah sangat dialu-alukan.
Saya ingin menyuarakan khususnya di kawasan saya iaitu pembinaan dua buah sekolah iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah di Seri Iskandar. Dengan peningkatan penduduk ataupun murid-murid yang memerlukan kepada sekolah dan tempat. Memerlukan dua sekolah tersebut iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah.
Tuan Yang di-Pertua, antara yang ditekankan dalam fokus RMKe-12 ialah memperkukuhkan sistem penjagaan kesihatan dan memastikan rakyat sihat dan produktif.
Oleh itu, saya hendak bertanya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, meneliti semula perancangan untuk membina hospital dan klinik kesihatan awam di seluruh negara.
Antara keperluan yang mendesak ialah di kawasan Parlimen saya Parit iaitu membina pembinaan baharu Klinik Kesihatan Parit. Pada masa ini, keadaan klinik kesihatan yang agak lama dan memerlukan kepada yang baharu. Untuk itu saya mohon kepada kerajaan untuk memasukkan di dalam RMKe-12 ini.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, hampir 64 tahun negara mencapai kemerdekaan dan meskipun pahit untuk ditelan, hakikatnya masyarakat bumiputera masih belum setanding dengan kaum lain di negara ini terutama dari sudut ekonomi. Keadaan ini juga di sebalik pelbagai agenda bumiputera yang dilaksanakan sebelum ini agar masyarakat bumiputera setidak-tidaknya mampu “berdiri sama tinggi, duduk sama rendah” dengan kaum-kaum yang ada di dalam negara kita.
Paling ketara isu kemiskinan yang masih menghantui masyarakat bumiputera dengan insiden kemiskinan yang sering diperkatakan. Ekuiti bumiputera juga dalam keadaan yang agak lemah antara yang terendah sejarah dalam negara iaitu 16.2 peratus pada tahun 2020, berbanding 23 peratus pada tahun 2011 dan 19.3 peratus pada tahun 1990.
Saya ingin bertanya, apakah status setakat ini mengenai kewujudan Majlis Kemakmuran Bumiputera yang dipengerusikan sendiri oleh mantan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang dikatakan sebagai langkah proaktif dalam kerangka mempercepatkan pemerkasaan ekonomi bumiputera? Kita terlalu banyak dimomokkan dengan wawasan bagi mendukung inisiatif merapatkan jurang ekonomi bumiputera dengan kaum lain.
Namun, apakah jangkaan ini memberi kesan positif kepada bumiputera sedangkan dahulu kita juga telah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru dan Wawasan 2020? Apakah negara mempunyai satu formulasi yang lebih tinggi impaknya terutamanya di dalam Majlis Pemulihan Negara dan adakah satu keperluan bagi model baharu pembangunan ekonomi bumiputera?
Tuan Yang di-Pertua, saya juga mendapati kerajaan turut menekankan agar merapatkan jurang pendapatan dalam rancangan pembangunan negara tahun 2021 sehingga tahun 2025. Saya mengalu-alukan keputusan kerajaan menjadikan pembasmian kemiskinan tegar sebagai antara agenda utama dalam RMKe-12, khususnya mewujud unit khusus bagi tujuan berkenaan pada setiap peringkat termasuk daerah untuk menyelaras pangkalan data, program dan inisiatif secara bersepadu.
Saya ingin bertanya dalam hal penyelarasan pangkalan data dan sebagainya.
Sejauh manakah penglibatan Ahli-ahli Parlimen itu sendiri dan adakah kerajaan menggunakan data bersifat dinamik bagi membolehkan maklumat kemiskinan sentiasa diperbaharui dan terkini? Pada masa ini data sedia ada terlalu statik. Contohnya, daripada 20 peratus M40 yang jatuh ke B40 ketika pandemik, kebanyakan nama tiada dalam data sedia ada sekali gus tidak layak mendapat bantuan dan berlaku ketirisan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat, minta rumuskan Yang Berhormat, tinggal setengah minit lagi.
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Saya berpandangan ia perlu ditambah baik supaya bersifat dinamik dan ketua ataupun penduduk peringkat kampung juga boleh salurkan maklumat jika ada kemiskinan baru di kejiranan mereka dan terus dimasukkan dalam data kerajaan.
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi ingin membangkitkan permohonan iaitu memasukkan kawasan perairan padi, IADA, khususnya di kawasan saya di Parlimen Parit dan juga memasukkan peruntukan bagi tebatan banjir di dalam RMKe-12 khususnya di dalam kawasan Parlimen Parit. Paling penting juga, saya juga ingin memohon kepada pihak kerajaan khususnya di dalam RMKe-12 ini untuk permohonan sebuah Kompleks Sukan Seri Iskandar di dalam kawasan saya di Parlimen Parit.
Mudah-mudahan RMKe-12 ini akan memberikan sinar yang cukup baik, khususnya kepada negara kita tercinta Malaysia ini. Jadi, dengan itu saya, Parit menyokong. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Yang Berhormat Parit.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bayan Baru, kemudian diikuti dengan Yang Berhormat Kuala Nerus. 12 minit Yang Berhormat, terima kasih.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin memujilah Yang Berhormat Jeli, Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab dalam RMKe-12 ini. Masih duduk di sini untuk mendengar perbahasan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat ya. Tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Menteri.
[Tepuk] Hari ini, perbahasan saya dibahagikan kepada lima topik utama iaitu:
(i) Made in Malaysia sebagai next engine of growth;
(ii) pendidikan sains dan teknologi menuju negara maju;
(iii) institusi kerajaan menjayakan Made in Malaysia;
(iv) keperluan projek RMKe-12 untuk Pulau Pinang; dan
(v) meningkatkan urus tadbir yang baik, tender terbuka dalam semua projek RMKe-12.
Sejak merdeka, kita telah mengadakan 11 RMK dan ada projek yang berjaya.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Contohnya, pada tahun 70-an projek FELDA berjaya, pada tahun 80-an kita ada projek-projek perindustrian umpamanya di negeri Pulau Pinang yang membawa pelaburan dan mengurangkan pengangguran, itu berjaya. Pada awal tahun 90-an, di bawah usaha Yang Berhormat Port Dickson dahulu semasa menjadi Menteri Kewangan, Malaysia menceburi Islamic Banking dan melahirkan golongan bumiputera middle class dan upper class itu pun dikira berjaya. Akan tetapi ada RMK yang gagal. Contohnya dahulu kita ada BioValley yang kita ceburi bioteknologi, sekarang kita tidak tahu BioValley itu di mana?
Sejak tahun 2000 hingga tahun sekarang RMKe-9, RMKe-10 dan RMKe-11, kejayaan RMK baru-baru ini amat terhad. Selama 20 tahun, kita seperti kapal tanpa hala tuju dan ini boleh dikatakan the lost decade of Malaysia. So, pada masa yang sama negara-negara seperti Singapura, Korea Selatan, China dan Taiwan telah maju ke hadapan. Manakala negara-negara seperti Thailand, Vietnam, Indonesia yang dahulu dilihat kurang maju telah berdiri sama tinggi dengan Malaysia.
Pada tahun 2009 hingga tahun 2018, Malaysia pula ditimpa dengan pelbagai skandal raksasa seperti 1MDB, Tabung Haji, FELDA dan sebagainya. Hutang negara
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
melambung mendadak. Jadi, pada tahun 2020 pula kita seperti “sudah jatuh ditimpa tangga”. Dalam keadaan ekonomi yang penuh cabaran, negara dilanda dengan COVID- 19 yang paling serius di dunia. Jadi bagaimana kita boleh bangun semula, make Malaysia great again. Jadi, dalam keadaan inilah, kita menaruh harapan yang tinggi kepada RMKe- 12 dan kita perlulah lonjakkan ekonomi dan pendapatan yang lebih tinggi.
Jadi, selepas kita nampak RMKe-12 diumumkan, kita dapati bahawa ia selain daripada bahasa yang berbunga-bunga, angka-angka yang besar dan nampak menarik tetapi tidak banyak perubahan. Kita mengharapkan idea-idea yang baharu, kita harap projek-projek high-impact tetapi kita agak kecewa dan kita masih disaji dengan kitaran idea-idea lama yang telah terbukti gagal. Jadi, Malaysia memerlukan idea baharu, Malaysia memerlukan new engine of growth. Pada saya, saya rasa, saya ingin kongsikan dua perkara yang memberi impak yang besar kepada saya.
Saya pernah berjumpa dengan top executive Alibaba pada tahun 2019. Mereka melaporkan kepada saya bahawa the top five selling things di platform Alibaba Timo di China iaitu:
(i) White Coffee;
(ii) Julie Biscuits; dan
(iii) nombor tiga, nombor empat, nombor lima semuanya White Coffee. Mereka tanya apakah lagi yang Malaysia boleh jual kepada China. Saya juga tertanya-tanya tentang perkara ini.
Perkara kedua, kita ada setiap tahun ada online sales yang paling besar iaitu 11.11. Malaysia adalah pembeli yang terbesar dalam this online sales 11.11, eleven- eleven. Selepas China, Amerika Syarikat dan Rusia, Malaysia. Jadi, jikalau kita tengok rumah kita sekarang, rumah kita penuh dengan pelbagai barangan tetapi berapa yang made in Malaysia? Tidak banyak, kebanyakan adalah import. Jadi, ini bermaksud Malaysia menjadi negara pengguna. Consumer nation, bukan negara pengeluar, produceR nation. Itu sebab saya ingin mencadangkan dalam RMKe-12 ini, kerajaan harus menumpukan semula Malaysia sebagai negara pengeluar ataupun produce nation. Kita kena hidupkan semula usaha kita dalam projek Made in Malaysia. Ekonomi yang berdasarkan eksport dan pembuatan banyak manfaatnya. Ia membawa pendapatan kepada negara, mencipta pekerjaan yang berkualiti, pendapatan isi rumah juga akan bertambah kerana kita, jika keluarga kita menjadi pengeluar, kita akan mendapat pendapatan. Begitu juga jika negara kita menjadi pengeluar, negara akan menjadi kaya.
Seperti pepatah ekonomi rising tide lifts all boats. Jadi, saya harap bahawa kita fokus kepada export-led economy. Sebenarnya kita boleh menghasilkan banyak barang. Contohnya pertanian kita boleh memodenkan sektor pertanian kita supaya kita boleh menghasilkan barangan pertanian yang berkualiti.
Program Planted in Malaysia itu penting. Kita boleh produce durian, MD2, Harumanis dan sebagainya.
Daripada segi industri makanan pula, kita boleh hasilkan lebih banyak makanan yang berkualiti tinggi. Malaysia sekarang kita memang maju daripada segi 3in1 coffee kita tidak produce coffee tetapi kita boleh produce 3in1 coffee yang berkualiti tinggi, itu satu kejayaan ya.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Yang Berhormat.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Ya.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Sini Batu Gajah.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Tetapi saya kekurangan masa.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Sikit sahaja. Yang Berhormat, saya cuma hendak tanya sedikit tentang online business ini. Tadi Yang Berhormat kata kita banyak mengimport tetapi kurang mengeksport. Saya hendak tahu,
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
berapakah nilai sebenarnya kalau Yang Berhormat tahulah. Kalau tidak, saya mohon Yang Berhormat Menteri menjawab. Berapakah nilai barang-barang yang kita import melalui online dan eksport melalui online? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Batu Gajah.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih, sila masukkan soalan Yang Berhormat Batu Gajah ke dalam ucapan saya. Jadi, daripada segi barang perindustrian kita, kita pun boleh banyak menghasilkan– di Pulau Pinang kita ada E&E dan automation yang sangat hebat. Sekarang bagaimana kita tingkatkan usaha kita untuk produce lebih banyak barangan yang value-add, higher value-add into our industry product.
Jadi, kita boleh bergantung kepada FDI sahaja kerana kita perlu usaha untuk meningkatkan supaya SME kita boleh menjadi syarikat gergasi seperti Hyundai dan Samsung. Dahulunya mereka adalah syarikat kecil sekarang mereka telah berjaya. Jadi saya harap kerajaan fokus balik kepada usaha Made in Malaysia dengan subsektor seperti Design in Malaysia, R&D di Malaysia, Planted in Malaysia dan Halal Malaysia.
Kerajaan boleh tumpukan kepada 1,000 buah syarikat tempatan dahulu, memberi bantuan kepada mereka supaya mereka boleh berjaya. Saya juga harap bahawa usaha ini harus ditingkatkan dengan pendidikan sains dan teknologi yang lebih baik. Ini kerana kita perlukan lebih ramai engineer, food technologies, saintis untuk meningkatkan Made in Malaysia kita.
Daripada segi TVET juga, kita perlukan usaha untuk bantu. Sekarang TVET nampaknya walaupun dikatakan bantuan tetapi geran dan juga bantuan kerajaan pula turun, PSDC contohnya. Kita perlukan bantuan dengan lebih banyak, geran kepada mereka untuk mereka berjaya.
Tuan Yang di-Pertua, kita harap bahawa kerajaan juga dia kena membantu agensi kerajaan seperti MATRADE, MIDA dan Halal Malaysia. Mereka perlu diberi tanggungjawab yang lebih besar, geran insentif yang lebih banyak dan lebih agresif untuk membantu SME kita memasarkan produk-produk tempatan ke serata dunia. Jadi, ini adalah usaha dan peranan kerajaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat, minta rumuskan ada seminit.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Tuan Yang di-Pertua, boleh. Satu dua perkara sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Negeri Pulau Pinang, kita perlukan bantuan kerajaan juga dalam RMKe-12 ini kita tidak nampak ada projek langsung. Saya harap bahawa kerajaan boleh bantu, contohnya yang penting adalah LRT. Bantulah bagi geran, bagi bantuan untuk menjayakan projek LRT. Kita perlu juga di Bayan Baru, kita perlukan UTC kerana banyak yang terpaksa pergi ke KOMTAR, yang jauh atau daripada segi agensi kerajaan. Kalau boleh kita mohon supaya satu UTC di Bayan Baru.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Akhir sekali, saya hendak tanya status tentang lapangan terbang antarabangsa.
Itu dalam projek RMKe-11. Saya minta MOT jawab, apakah status yang terkini.
Akhir sekali adalah kita akan membelanjakan RM400 bilion. Ini perkara yang besar, serius. Jadi, kalau kita tidak adakan proses yang transparent, open tender. Kalau berlaku rasuah atau penyelewengan, semua duit pembangunan [Tidak jelas] itu akan dibazirkan dan akhirnya rakyat tidak mendapat apa-apa dan yang dapat itu adalah perasuah-perasuah besar. Dalam RMKe-11 dan dulu-dulu, kita telah nampak ada banyak skandal yang berlaku. Jadi, itu menyebabkan urus tadbir kerajaan sangat penting untuk memastikan yang miskin itu terbela.
Jadi, saya harap bahawa kerajaan betul-betul look into all these tender process.
Akhir sekali kalau kita hendak berjaya ia bukan sekadar-sekadar kerajaan sahaja. Rakyat
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
pun perlu bantu bersama-sama meningkatkan produktiviti untuk menjayakan RMKe-12.
Kita kena menggembleng negara kita demi berjaya.
Projek Made in Malaysia hala tuju kita. Mohon diangkat RMKe-12 sebagai agenda utama. Mudah-mudahan Malaysia yang kini di anak tangga, perlahan-perlahan beranjak ke puncak menara dunia. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Bayan Baru.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sekarang saya hendak menjemput— ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Aturan 18(1). Ketika— bolehkah saya bangkitkan dan mohon petua, “Siapa-siapa ahli selain Menteri bolehlah berdiri di tempatnya meminta kebenaran hendak merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan dengan membaca teks usul yang diluluskan oleh Tuan Yang di-Pertua.” Saya berdiri untuk membawa kepada Dewan yang mulia ini bahawa ada satu berita yang menggemparkan di laman sosial. Berkenaan dengan pengumuman oleh Polis Diraja Malaysia tentang satu kertas siasatan dibuka berhubung kejadian kecurian empat juta data awam daripada pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara yang dipercayai dijual di sebuah forum jual beli terkenal. Pangkalan data ini telah mendedahkan maklumat berkenaan empat juta rakyat Malaysia.
Jadi, saya mohon kalau boleh perkara ini juga dibahaskan dan diusulkan dan juga terdapat pengumuman bahawa menurut pegawai tersebut, beliau mengatakan bahawa siasatan mendapati bahawa ini mungkin disebabkan oleh kerja orang dalam, kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara yang telah membocorkan maklumat berkenaan dengan empat juta rakyat Malaysia iaitu alamat, nombor telefon dan butiran-butiran peribadi.
Bagaimanakah kebocoran ini berlaku? Apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk memastikan perkara ini tidak berlaku? Bolehkah Dewan yang mulia ini membenarkan saya membahaskan isu ini atau dipertimbangkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Terima kasih atas Aturan 18(1). Saya ingin menyebut Aturan 18(2) next to it is, “Seorang ahli hendaklah mengeluarkan pemberitahu bersurat yang tidak melebihi 300 perkataan kepada Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan perkara yang hendak dirundingkan itu...” Jadi, saya perlu Yang Berhormat Jelutong, you quickly write kepada Tuan Yang di-Pertua supaya aturan itu boleh diaturkan mengikut keputusan daripada Tuan Yang di- Pertua. boleh buat secepat mungkin.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya terima nasihat tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Jadi, saya ingin teruskan dengan menjemput Yang Berhormat Kuala Nerus, 12 minit.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
*Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah.
[Membaca selawat]* Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Allah Taala berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 261 [Membaca sepotong ayat] Maksudnya, “Bandingan orang yang menginfakkan, menafaqahkan dan mengeluarkan hartanya di jalan Allah SWT
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
seperti bandingan satu benih yang akan membenihkan tujuh tangkai. Pada setiap tangkai itu terdapat pula seratus benih yang lain dan Allah Taala menggandakan bagi siapa yang Dia mahu dan Allah Taala itu Maha Luas lagi Maha Mengetahui.” Pertamanya saya hendak ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah membentangkan RMKe-12 dan situasi kita berhadapan dengan COVID-19 dan juga berhadapan dengan pandemik melibatkan bukan hanya kesihatan pandemik ekonomi akibat daripada COVID-19. Tentulah pembentangan RMKe- 12 di saat berlaku pandemik ini di saat berlaku krisis ekonomi menjadi satu petanda aras untuk kita melihat bagaimanakah ekonomi dapat kita pulihkan dalam masa sehingga berakhirnya RMKe-12.
Apa yang berlaku dalam tempoh COVID-19 berlangsung hampir dua tahun, menunjukkan kepada kita bahawa ekonomi negara tidak sekukuh yang kita jangka. Ini kerana kita boleh lihat sebagai contoh bila berlakunya PKP 1.0, kita lihat satu per tiga isi rumah dan juga perniagaan tidak mampu mengekalkan perbelanjaan lebih daripada sebulan.
Kita juga telah lihat 82 persen pekerja swasta mempunyai simpanan kurang daripada dua bulan. Itu sebagai salah satu daripada indikator menggambarkan kelemahan dari sudut ekonomi negara melibatkan rakyat sehingga bila berlaku pandemik kesihatan yang menjurus kepada pandemik ekonomi rakyat tidak mampu bertahan.
Maka, apa yang berlaku itu menjadi pengajaran besar kepada kita untuk kita kembali menyusun ekonomi kita ataupun kita sebut sebagai reset economy ataupun susun kembali ekonomi untuk kita pastikan bahawa di kala berlaku pandemik seumpama ini, rakyat boleh bertahan dari sudut perbelanjaannya. Sebab itulah kalau kita rujuk kepada kaedah ekonomi yang disebut oleh Allah Taala dalam surah Yusuf, dalam kisah Nabi Allah Yusuf a.s. mungkin panjang kita boleh bahaskan.
Cuma saya petik kaedah yang difirmankan oleh Allah SWT tentang perbelanjaan manusia, pendapatan manusia di mana Allah telah berfirman [Membaca sepotong ayat] “Nanti akan datang satu keadaan yang sukar...” macam sekarang COVID-19 keadaan sukar “... yang akan makan apa yang kamu simpan dulu.” Kaedah ringkasnya dalam surah Yusuf menggambarkan kepada kita pendapatan mesti dibahagi tiga.
Satu pertiga kita belanja, satu per tiga simpan untuk kegunaan waktu krisis dan satu pertiga kita gunakan untuk bangkit semula selepas berakhir krisis. Akan tetapi apa yang berlaku pada hari ini rakyat tidak ada duit simpanan terutama melibatkan pekerja swasta dan juga B40, bahkan dipanggil B50 yang sedang berhadapan dengan masalah.
Maka ini yang perlu kita susun balik.
Oleh sebab itu, saya ingin meminta untuk pihak kerajaan untuk melihat kembali mengkaji satu sistem simpanan rakyat. Kalau hari ini kita telah ada dua simpanan sekurang-kurang. Satu simpanan KWSP yang kita potong daripada pendapatan bulanan bertujuan untuk rakyat ada tabungan di kala mana mereka tidak mampu bekerja, di waktu tua, di waktu pencen, satu.
Kedua, kita ada SOCSO yang bertujuan untuk membantu melindungi mereka yang berhadapan dengan ilat yang kekal, tidak mampu bekerja berusia tertentu, dua. Akan tetapi kita tidak ada tabungan untuk berhadapan ketika mana suasana pandemik seperti sekarang. Kita hanya bergantung kepada tabungan kerajaan atau kita bergantung kepada KWSP yang sepatut digunakan pada masa tua didahulukan, dikedepankan untuk kegunaan.
Maka sistem terbaik ini mesti kita lihat. Kita telah ada Tabung Haji sebagai contoh bagi orang Islam menabung di Tabung Haji. Satu sistem tabungan yang perlu kita perkasakan sebenarnya kerana itu boleh menjadi satu tabungan jangka masa panjang bukan hanya untuk waktu tua tetapi juga ketika mana berhadapan dengan krisis.
Dengan tabungan yang besar yang menjadi milik negara digunakan dalam program-program investment yang terjamin yang kita kata low-risk, risikonya rendah, maka rakyat boleh mendapat dividen-dividen yang besar sehingga mungkin mencapai 10 percent walaupun mungkin hari ini Tabung Haji bagi sekitar lapan percent saja paling tinggi. Akan tetapi kalau tabungan seumpama ini disistemkan balik oleh kerajaan, disusun
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
balik saya yakin bahawa rakyat ada satu lagi bentuk tabungan simpanan yang mereka boleh gunakan di kala berhadapan dengan krisis sepertimana sekarang.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Maka, saya mahu atau saya mohon untuk kerajaan melihat perkara ini dengan serius untuk kita memperkasakan lagi sistem tabungan rakyat untuk berhadapan dengan keadaan seperti yang kita hadapi pada hari ini. Itu yang pertama.
Kedua, di kala berlakunya krisis memang Allah SWT buat dunia ini ada orang kaya, ada orang miskin. Lebihan harta orang kaya sebenarnya disusun oleh Allah SWT cukup untuk membantu golongan yang tidak berupaya kerana itulah Islam meletakkan zakat hanya 2.5 persen, RM100 hanya RM2.50. Kalau RM1,000, RM25.00. Ertinya, lebihan harta orang kaya dibayar zakat 2.5 percent cukup hendak cover rakyat. Apatah lagi bukan hanya diwajibkan 2.5 percent, juga diberi galakan untuk memberi sumbangan- sumbangan yang bersifat kebajikan, yang bersifat voluntary hanya sukarela sahaja.
Oleh sebab itu saya bacakan tadi firman Allah SWT [Membaca sepotong ayat al- Quran] berbanding dengan orang yang membelanjakan harta ke jalan Allah SWT seperti [Bercakap dalam bahasa Arab] , seperti satu benih [Membaca sepotong ayat al-Quran] , beliau akan menumbuhkan lagi tujuh tangkai.
[Membaca sepotong ayat al-Quran] Setiap tangkai akan menghasilkan 100 lagi benih, erti semuanya satu ganda 700. Ini keyakinan kita bahawa bila mana mana-mana orang yang berduit, orang kaya yang boleh membawa harta mereka untuk infak, digunakan di jalan kebajikan rakyat maka harta tidak akan kurang. Kaedahnya, harta bila kita potong macam pokok, kita potong pokok, pokok itu akan bercambahkan tunas dan akan menyuburkan lagi pokok tersebut. Begitulah juga harta.
Harta orang kaya jika tidak dipotong untuk rakyat, harta itu akan mati. Jika dipotong untuk rakyat dalam bentuk cukai, dalam bentuk CSR, dalam bentuk kebajikan, maka harta itu akan berkembang. Inilah masanya harta-harta orang kaya diambil untuk membantu kumpulan sasar yang sedang berhadapan dengan masalah, menggunakan CSR. Cuma, apa yang saya lihat ialah CSR kita yang ada pada syarikat-syarikat besar, adakah disusun dengan teratur hingga manfaatnya sampai kepada semua kelompok yang memerlukan, itu persoalannya.
Oleh sebab itu, saya mengharapkan untuk kita melihat sistem ini. Untuk CSR yang ada pada korporat-korporat ini disatukan dengan baik dan akhirnya boleh digunakan untuk pembangunan. Saya ambil kisah pada zaman Nabi Muhammad SAW, kisah orang kaya bernama Abdul Rahman Ibnu Auf, salah seorang sahabat besar Nabi Muhammad SAW.
Kata anaknya, kekayaan Abdul Rahman ini.
[Bercakap dalam bahasa Arab] “Semua orang di bandar Madinah ini, mereka ini merupakan tanggungan kepada Abdul Rahman”. Macam mana tanggungan dia?
[Bercakap dalam bahasa Arab] “Satu pertiga rakyat Madinah diberi pinjam oleh sahabat Nabi bernama Abdul Rahman yang kaya tadi”.
[Bercakap dalam bahasa Arab] “Satu pertiga pula dia tolong bayar hutang-hutang mereka, satu pertiga lagi...” [Bercakap dalam bahasa Arab] “...satu pertiga lagi anak-beranak dia yang juga mendapat harta, mendapat duit ataupun sumbangan daripada Abdul Rahman Ibnu Auf”.
Hari ini kadar rakyat berhutang hingga terpaksa merujuk kepada along sama ada along yang berlesen atau tidak berlesen, ini yang sedang kita hadapi sekarang. Sekiranya banyak lagi sistem yang kita boleh wujudkan untuk membantu rakyat mendapat pinjaman modal sama ada untuk business ataupun untuk kegunaan peribadi maka inilah masanya untuk kita menggunakan itu.
Oleh sebab itu saya sebut dalam ucapan saya yang lalu ketika mana membahaskan titah diraja, saya sebut tentang dalam Islam ia ada dipanggil agihan zakat kepada Al-Gharimin, kepada orang yang berhutang. Ini yang kita kena perkasakan kerana orang berhutang ini disebabkan pandemik bukan hanya kumpulan biasa yang memerlukan makanan dan minuman tetapi orang-orang yang berniaga kecil-kecilan.
Mereka kehabisan modal, mereka perlukan bantuan sama ada daripada sebuah badan atau daripada korporat-korporat yang ada kewangan yang besar saya rasa untuk mereka juga membantu rakyat.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
Ketiga tentang dana wakaf. saya mengalu-alukan cadangan daripada Yang Amat Berhormat dalam pembentangan baru-baru ini tentang wakaf yang mesti kita perkasa kan.
Wakaf sebenarnya ialah sumber pendanaan bagi pembangunan rakyat. Harta wakaf ini tidak akan berakhir. Kita di Malaysia kita telah ada Yayasan Wakaf. Cuma saya sangat terkejut apabila saya melihat data yang ada daripada awal penubuhan Yayasan Wakaf ini dari tahun 2009 dengan kutipan RM75,000. Pada tahun 2019, selepas 10 tahun hanya berjumlah RM2.5 juta sahaja.
Kalau saya silap baca angka ini, mungkin saya minta maaflah tetapi yang ditulis di sini RM2.594 juta sahaja. Ini satu perkara yang perlu diambil perhatian. Saya minta penjelasan kerajaan tentang perkara ini daripada kementerian berkaitan untuk lihat kenapa berlaku keadaan yang sangat bagi saya yang tidak wajar. Sangat kecil kutipan sedangkan wakaf, satu benda yang sangat besar sebenarnya yang perlu kita gerakkan rakyat, perlu gerakkan masyarakat hatta dalam Islam ia ada kaedah dipanggil wakaf zuriat.
Seorang yang ada harta, kalau dia mengagihkan pusaka nanti harta itu akan hilang macam itu sahaja. Tanah yang asalnya satu ekar dibahagi tujuh maka akhirnya hilang begitu sahaja tetapi Islam ada kaedah yang dipanggil wakaf zuriat. Seorang ketua keluarga mewakafkan hartanya untuk zuriat dia sahaja punya manfaat, tidak boleh dijual beli dan hanya boleh dimanfaatkan dan mungkin dilaburkan untuk income jangka masa panjang anak-anak dia sampai bila-bila, wakaf zuriat. Jadi, kaedah wakaf inilah sebenarnya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta rumuskan Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus
...Yang boleh kita perkasa kan bagi tujuan pendanaan kepada rakyat. Jadi saya sebutkan tiga point tadi kerana masa pun tidak panjang untuk saya bercakap, mudah-mudahan dapat diambil perhatian oleh pihak berkenaan. Wallahu ta’ala, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Teluk Intan, 12 minit.
Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Indah berseri cincin delima, Bertatah permata elok dipakai, Malaysia kini 64 tahun merdeka, Semoga negara terus aman dan damai. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Jeli selaku Menteri EPU serta pegawai-pegawai kerajaan, kakitangan awam yang membuat perancangan yang rapi, cermat dan bertujuan murni untuk membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 yang bertemakan, ‘Makmur, Inklusif, Mampan’.
Tuan Yang di-Pertua, segala rancangan tanpa pelaksanaan yang berkesan tidak akan mencapai kejayaan. Mengikut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019, walaupun Kerajaan Persekutuan memperuntukkan ratusan bilion untuk Rancangan Malaysia Ke-11, tetapi akibat pelaksanaan yang lemah, banyak projek telah gagal mencapai sasaran dan akhirnya merugikan rakyat dan negara.
Seperti contoh negeri Perak telah memperoleh peruntukan sebanyak RM8.63 bilion untuk pembinaan 556 buah projek. Akan tetapi setakat akhir tempoh Rancangan Malaysia Ke-11, projek yang siap hanya 258 atau 46 peratus sahaja tetapi jumlah peruntukan yang telah habis digunakan sudah mencapai 94 peratus atau RM7.57 bilion.
Saya percaya perkara yang sama juga berlaku kepada negeri-negeri yang lain, di manakah kelemahannya?
Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan perlu mengambil tindakan yang tegas untuk mengelakkan pembaziran dan pembinaan projek gajah putih yang tidak produktif dan jelas membazir seperti Kompleks Sejarah di Pasir Salak yang menelan kos hampir RM60 juta tetapi kini telah dibiarkan usang, terbengkalai.
Tuan Yang di-Pertua, selain itu kerajaan perlu mencari sebab sebenar mengapa Rancangan Malaysia Ke-11 telah gagal mencapai sasaran. Rancangan Malaysia Ke-11 telah pun menetapkan enam key performance index seperti contoh Rancangan Malaysia Ke-11 telah menetapkan pertumbuhan KDNK sebanyak 5.5 peratus tetapi kadar sebenar hanya 2.7 peratus.
Kedua, pendapatan per kapita seharusnya RM47,720 tetapi angka sebenar hanya RM42,503. Ketiga, sumbangan gaji pekerja kepada KDNK sepatutnya 38 peratus tetapi kadar sebenar hanya 37.2 peratus. Keempat, jumlah pendapatan isi rumah sepatutnya RM8,960 tetapi angka sebenar hanya RM7,160. Pencapaian indeks kebahagiaan sepatutnya meningkat 1.4 peratus tetapi kadar sebenar hanya 0.5 peratus sahaja.
Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan
Ini semua telah gagal mencapai sasaran mencapai sasaran. Jika kerajaan mengulangi kesilapan yang lalu dan tiada acuan ataupun strategi baru, bagaimana Rancangan Malaysia Kedua Belas mampu menuju ke arah kejayaan?
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan perlu mengutamakan realiti rakyat dan bukan fantasi kerajaan. Umpamanya, kerajaan menetapkan sasaran pendapatan isi rumah mencapai RM10,000 sebulan tetapi realitinya, realiti rakyat lawan dengan fantasi kerajaan. Realiti rakyat ialah kini seramai 58 peratus pencarum KWSP, jumlah baki wang simpanan dalam akaun mereka adalah kurang dari RM10,000. Mengikut Bank Negara Malaysia, 70 peratus rakyat tiada simpanan wang tunai melebihi RM1,000 untuk menampung keperluan jika berada dalam keadaan kecemasan.
Tuan Yang di-Pertua, ramai Ahli Yang Berhormat membangkitkan isu kesihatan rakyat. Saya ingin bangkitkan isu kesihatan kewangan negara. Tuan Yang di-Pertua, mengikut jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan di Dewan Rakyat, jumlah hutang dan liabiliti Kerajaan Persekutuan sudah meningkat ke RM1.26 trilion setakat bulan Julai tahun ini. Dengan kata lain, setiap rakyat Malaysia kini terpaksa menanggung hutang kerajaan sebanyak hampir RM39,000 setiap orang.
Kerajaan kini juga dalam proses membentangkan Akta Langkah-langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) untuk menaikkan had amaun wang yang boleh didapati di bawah Akta Pinjaman 1959 dengan jumlah tambahan hutang bernilai RM45 bilion lagi. Ini salinannya. Oleh itu, hutang negara dijangka akan meningkat ke RM1.3 trilion menjelang akhir tahun ini.
Tuan Yang di-Pertua, selain itu, mengikut Bank Negara Financial Stability Review, kerajaan juga perlu memberi perhatian segera kepada jumlah hutang isi rumah yang kini berada di paras tertinggi dalam sejarah iaitu USD328.7 bilion ataupun 93.3 peratus daripada jumlah KDNK negara. Perlu ditegaskan, hutang isi rumah negara kini telah meningkat sebanyak 413 peratus sejak tahun 2002. Kadar hutang isi rumah di negara kita kini merupakan yang tertinggi di rantau Asia dan ia akan menjejaskan pemulihan ekonomi negara kerana beban kewangan yang berat akan menjejaskan daya pembelian dan pendapatan boleh alih atau disposable income Keluarga Malaysia khususnya golongan B40.
Tuan Yang di-Pertua, masalah pengangguran. Kini kadar pengangguran sudah melebihi 4.8 peratus. Jumlah bilangan yang sedang menganggur telah melebihi 770,000 orang. Fokus RMKe-12 wajar tumpu kepada perwujudan peluang pekerjaan yang berasaskan kepada sukatan pelajaran kemahiran, ilmu serta menepati kehendak pasaran.
Dengan izin, we need a competency-based syllabus on knowledge, skill development and mastering of the skill. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara penting yang saya ingin sentuh iaitu Sekuriti Makanan Negara. Walaupun tanah air kita sudah mencapai kemerdekaan sejak tahun 1957 tetapi sehingga hari ini penghasilan makanan dalam negara kita masih tidak
Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan
mampu untuk menampung keperluan domestik. Kedudukan negara dalam Global Food Security Index telah merosot dari tangga 28 jatuh ke tangga 43.
Jumlah import makanan dari negara asing kini mencatat RM51.4 bilion. Mengikut FAO Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, jumlah makanan juga meningkat – harga makanan telah meningkat 31 peratus sejak tahun lepas. Oleh sebab itu, langkah-langkah proaktif perlu diambil oleh kerajaan untuk memastikan rakyat dan negara mempunyai bekalan makanan yang mencukupi dan berkemampuan.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya isu penting adalah indeks tadbir urus negara.
Demi prinsip ketelusan dan akauntabiliti, indeks tadbir urus negara dan akta perkhidmatan awam perlu diperkenalkan segera. Semua Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri, ketua penguat kuasa undang-undang termasuk pegawai atasan SPRM dan juga Polis Diraja Malaysia wajib bertanggungjawab kepada Parlimen dan mengisytiharkan harta individu bersama isteri mereka kepada Parlimen setiap tahun.
Saya bagi contoh mengapa perkara ini begitu penting. Pertama, baru-baru ini negara kita digegarkan oleh kes Hasanah Abdul Hamid dari Malaysian External Intelligence Organization. Beliau membuat laporan polis jumlah duit yang dirampas oleh SPRM sebanyak hampir RM50 juta antaranya RM25 juta telah pun sudah hilang sebagai bahan keterangan dalam pengawasan SPRM. Inilah kata pepatah Melayu, “Harapkan pegar, pegar makan padi.” Kes yang kedua, tentang 1MDB. Penyelesaian dengan KPMG Partners, kerajaan membawa tuntutan sebanyak RM5.64 bilion tetapi bulan lepas selesai dengan out of court settlement. Cuma bayaran RM333 juta atau hanya lapan peratus daripada jumlah tuntutan. Kerajaan tuntut RM5.6 bilion, orang bayar RM333 juta, selesai, settled. Tidak ada ketelusan dan butir-butir penyelesaian wajar dibentangkan ke Dewan yang mulia ini supaya rakyat tahu apakah sebenarnya perkara yang berlaku atas prinsip ketelusan.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu transformasi GLC juga sangat penting.
GLC sepatutnya memberi peluang dan ruang kepada sektor swasta untuk bersaing dan bukan berebut peluang dengan sektor swasta. GLC haruslah hanya berkecimpung dalam bidang aset atau industri strategik yang penting untuk pembangunan negara seperti artificial intelligence, industry automation, electric car, pelaburan tenaga hijau dan lain- lain. Bukannya menceburi diri dalam bidang yang boleh dikuasai dan diusahakan oleh pihak swasta.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu amat penting sekali adalah Agenda Anak Malaysia. Kerajaan harus menghormati yang pertama, harus menghormati keputusan Mahkamah Tinggi yang memberikan kerakyatan kepada anak yang dilahirkan oleh ibu rakyat Malaysia di negara asing. Warga ibu tidak harus mengalami diskriminasi yang jelas mencabul keadilan khususnya untuk anak yang tidak berdosa.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya adalah agenda sekatan ke atas bumiputera.
Dalam Rancangan Malaysia Kesebelas, kerajaan bercadang untuk mengadakan sekatan ke atas bumiputera supaya mereka tidak dapat jual ekuiti ataupun saham mereka.
Sebenarnya dasar diskriminasi terhadap bumiputera ini telah memiskinkan golongan bumiputera. Setelah 50 tahun DEB dilaksanakan, jumlah pegangan bumiputera hanya 17.2 peratus.
Di mana silapnya? Ini adalah kerana sekatan demi sekatan yang telah dilakukan oleh kerajaan terhadap bumiputera. Saya bagi contoh, tanah di Kampung Baru harga RM1,000 per kaki. RM1,000 per square meter, KLCC RM3,000. Mengapa beza tiga kali walaupun kedudukannya, lokasinya jiran sahaja? Ini adalah kerana dasar kerajaan yang diskriminasi terhadap bumiputera, di mana bumiputera tidak ada kebebasan untuk jual beli.
Contoh kedua, katakan syarikat bumiputera bernilai RM1 juta. Sekarang ada pelabur asing hendak beli RM2 juta. Oleh kerana dasar sekatan kerajaan yang ada hari ini, bumiputera itu tidak boleh jual kepada syarikat pelabur asing. Dia kena tunggu. Tunggu siapa? Tunggu bumiputera lain mungkinlah kroni UMNO kah, kroni Perikatan Nasional kah untuk beli. Maka harganya rendah dan sekatan demi sekatan ini akhirnya menjadikan bumiputera lebih miskin. Sudah 50 tahun, tolonglah ambil daya pemikiran yang baru supaya kita dapat menjadikan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta rumuskan Yang Berhormat.
Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan
...Agenda Anak Malaysia ini semua rakyat Malaysia. Tuan Yang di-Pertua sangat penting, negara kita sudah merdeka 64 tahun.
Anak Melayu anak kita, anak Cina anak kita, anak India anak kita, anak Bajau anak kita, anak Kadazan anak kita, ini semua adalah bangsa Malaysia. Mengapa kita hendak adakan lagi amalan diskriminasi pada abad ke-21 ini?
Oleh sebab ini, sebelum saya akhiri, sedikit sahaja saya menggulung memandangkan Yang Berhormat Menteri yang tekun masih ada sini. Untuk negeri Perak saya minta tiga sahaja. Yang Berhormat Menteri sila yang pertama, naik taraf lapangan terbang di Ipoh, sudah lama. Peruntukan memang telah disediakan tetapi saya tidak tahu mengapa masih dilewat-lewatkan.
Kedua, pembinaan hospital baru di Kampar. Peruntukan dahulu diluluskan. Yang Berhormat Menteri pun Menteri juga dalam Pakatan Harapan, RM460 juta telah diluluskan. Ketiga, pembinaan blok baharu rawatan operasi di Hospital Teluk Intan.
Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan
Ketiga-tiga ini projek penting untuk manfaat dan juga kebajikan rakyat. Saya mohon pertimbangkan. Dengan ini, saya menyeru seluruh rakan menggembleng tenaga.
Marilah kita menjadikan RMKe-12 satu kejayaan dan bukan satu kegagalan. Sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Teluk Intan. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Sibuti, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Kangar, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Padang Rengas.
Silakan Yang Berhormat Sibuti. 15 minit.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih atas ruang yang diberi kepada Sibuti untuk memberi pandangan dan membahaskan inti pati Rancangan Malaysia Ke-12 yang merupakan satu dokumen perancangan yang penting bagi meneruskan pembangunan negara dengan tema Keluarga Malaysia – Makmur, Inklusif, Mampan.
Saya akan terus pergi ke isu yang dekat di hati saya iaitu pendidikan di negeri Sarawak. Pandemik COVID-19 memberi ruang kepada kerajaan untuk menilai semula apakah bentuk sistem pendidikan yang kita perlu sediakan kepada anak-anak kita. Jelas, isu pembukaan sekolah adalah merupakan isu yang sangat penting. Saya telah membangkitkan kepentingan untuk membuka sekolah di kawasan pedalaman dan luar bandar. Juga, kita perlu perancangan yang teliti, pendidikan pasca COVID-19.
Isu sekolah daif adalah merupakan isu yang konsisten, saya sampaikan dalam Dewan ini. Kerajaan Sarawak mencadangkan gantian penuh sekolah daif sebanyak 587 buah yang beranggaran RM7 bilion. Saya sedar bahawa jumlah ini merupakan satu jumlah yang besar. Sukar dicapai dalam satu Rancangan Malaysia. Akan tetapi, ini adalah isu yang berpanjangan. Sudah perlu kerajaan memuktamadkan masa, the last mile bagi gantian penuh sekolah daif di Sabah dan Sarawak bagi menyediakan pendidikan kondusif bagi anak-anak Malaysia Timur.
Saya menyarankan agar kerajaan memperkasakan penggunaan sains data bagi isu penggabungan sekolah di Sarawak yang memerlukan perhatian terperinci serta mempertimbangkan relokasi ataupun pemindahan sekolah di tebing sungai ke tapak baharu bagi mengelakkan isu hakisan dan banjir berulang.
Sebanyak 263 buah sekolah yang sesuai menerima penggabungan ini dengan membentuk 49 sekolah berasrama dengan anggaran RM2.4 bilion. Pihak kerajaan turut perlu memberi jaminan bahawa akan meningkatkan kemudahan asas seperti air, elektrik dan pastikan sekolah-sekolah yang berdekatan dengan grid elektrik dan water grid ini menerima penyambungan.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Sudah-sudahlah dengan pembaziran, dengan memberi subsidi diesel dan juga menyediakan telaga tiub yang kadang-kadang tidak berfungsi kepada anak-anak di kawasan pedalaman. Isu yang penting juga adalah mengurangkan sekolah dua sesi di Sarawak dan keperluan bagi membina sekolah tambahan bagi menyelesaikan isu tersebut. Saya juga menyarankan dan juga mengesyorkan agar diwujudkan sekolah sukan dibina di kawasan Sarawak terutama sekali di utara Sarawak seperti di Sibuti ataupun di Miri.
Ketika pandemik COVID-19, kerajaan harus sedar kekurangan peranti seperti lap- top sangat jelas terutama sekali kepada golongan B40 dan juga di kawasan luar bandar dan pedalaman. Maka, saya mencadangkan agar kerajaan mengulangi pemberian lap- top secara one-off atau mewujudkan skim pinjaman peranti seperti iPad dan juga laptop berkualiti tinggi kepada pelajar-pelajar.
Saya melihat kesan pandemik COVID-19 adalah kepada lepasan SPM, STPM pada tahun 2020. Juga kepada pelajar SPM 2021 ini. Saya melihat unfinished learning adalah merupakan isu utama. Saya tidak dapat memberi data yang terperinci berkenaan apakah yang akan terjadi kepada lepasan SPM ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Sibuti...
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Di Sarawak, telah mencatat 67.7 belia menganggur berada pada tahap sekolah menengah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Boleh...
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Mohon maaf Yang Berhormat Jelutong. Saya nak sampaikan isu-isu yang ingin saya bangkitkan. Juga, saya bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk memperkasakan TVET.
Saya juga tidak berpuas hati di dalam Rancangan Malaysia Ke-11, tercatat penurunan ke program TVET di Institut Latihan Kemahiran Awam dan dalam program khas bumiputera hanya 564 peserta menamatkan program perantisan. Ini merupakan satu angka yang sangat rendah, maka saya mencadangkan agar diwujudkan dan diperkasakan TVET ini di negeri Sarawak, Sabah dan juga seluruh Malaysia.
Seterusnya, saya ingin kepada pembangunan luar bandar di Sarawak. Saya meneliti bab khusus berkenaan tentang Sabah dan Sarawak iaitu bab ketujuh dalam Rancangan Malaysia Ke-12 ‘Memperkukuh Pembangunan Sosioekonomi di Sabah dan Sarawak’. Saya berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang memberi komitmen untuk membantu Sarawak, membangun Sarawak dan juga mendapatkan pembangunan yang bermaruah. Saya akui pembangunan luar bandar di Sarawak masih belum mencapai tahap terbaik. Banyak kesulitan daripada segi kewangan, perancangan yang tidak menepati keperluan penduduk.
Juga, saya ingin menyatakan bahawa bapa-bapa negara Malaysia dari Sarawak yang meletakkan tanda tangan mereka pada dokumen Perjanjian Malaysia 1963 bersetuju menyertai dan menubuhkan Persekutuan Malaysia disebabkan ingin mendapat pembangunan yang sama seperti keluarga di Semenanjung Malaysia ketika mereka memijak kaki ke Kuala Lumpur ketika itu. Setelah Vi tahun, terdapat keluarga-keluarga Malaysia di Sarawak sudah menerima pembangunan tetapi tidak mencukupi. Adanya elektrik. 93.4 persen di Sarawak tetapi masih ada lagi yang belum dihubungi dengan talian grid.
Bekalan air bersih masih belum mencukupi. Setakat ini 95.4 percent liputan air di Sarawak. Masih terdapat keluarga Malaysia yang bergantung kepada penggunaan tangki sementara menanti projek loji air dan juga paip sampai ke bilik mandi dan juga dapur.
Alangkah baik pelaksanaan ini disegerakan. Sakit hati apabila daerah-daerah di Sabah dan Sarawak menjadi subjek, objek kepada perbincangan di hotel-hotel mewah, webminar dan terkini di clubhouse tetapi belum ada mekanisme terbaik untuk menyelesaikan isu besar berkaitan dengan pembangunan luar bandar yang inklusif.
Dalam isi kandungan bab ketujuh RMKe-12, antara punca kelemahan pelaksanaan pembangunan di wilayah Sabah dan Sarawak adalah kurangnya kolaborasi yang berkesan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta penyampaian kurang cekap perkhidmatan awam di kedua-dua pihak. Sekali lagi dinyatakan cabaran
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
memberi pembangunan yang seimbang kepada wilayah Sarawak dan Sabah berpunca kepada integrasi dan data yang kurang serta penyelarasan yang kurang efektif antara agensi Persekutuan dengan agensi di Sarawak dan Sabah dalam proses pemantauan dan mendapatkan maklumat pembangunan.
Hal yang berulang dinyatakan dalam hal berkaitan kerajaan tempatan yang menyatakan perancangan strategik seperti perancangan spesial kebangsaan tidak diguna pakai sepenuhnya. Isi kandungan Rancangan Malaysia Ke-12 juga jelas dalam ketidakcekapan pengurusan sumber dalam pengurusan luar bandar termasuk Sabah dan Sarawak menyebabkan berlaku pertindihan program dan kumpulan sasar.
Data yang kurang berkualiti dalam Sistem Profil Kampung Peringkat Nasional
(SPKPN) menghalang perancangan pembangunan luar bandar yang komprehensif.
Persoalannya, mengapa setelah 58 tahun Malaysia ditubuhkan, soal kolaborasi masih menjadi penghalang utama. Adakah integrasi antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu disemak dan reengineering agar dapat membentuk kesepakatan selaras di bawah payung Keluarga Malaysia?
Ingin saya tekan, sains data adalah kunci kepada polisi yang mengambil kira semua aspek. Sekiranya kelemahan mengenai maklumat yang kurang baik adalah punca pembangunan luar bandar tidak dapat diberikan, maka sudah menjadi tanggungjawab kerajaan membaiki kelemahan ini. Juga saya ingin menyatakan terima kasih dan juga dinyatakan terdapat pencapaian yang luar biasa daripada segi pembangunan tanah adat di mana dicatatkan kenaikan sebanyak 613 peratus keluasan tanah Hak Adat Bumiputera
(NCR) diberi pemilikan kepada 19,240 orang pada tahun 2020. Ini adalah satu jumlah yang baik tetapi tidak mencukupi.
Saya ingin mengambil kesempatan juga di dalam Rancangan Malaysia Ke-12, dalam berbicara mengenai isu bumiputera, saya ingin membangkitkan isu penting berhubung kait dengan status bumiputera di Sarawak yang perlu mendapat perhatian kerajaan dan dilakukan pindaan Perlembagaan. Isu yang saya ingin bangkitkan adalah cadangan Kerajaan Negeri Sarawak untuk membuat perubahan kepada definisi ‘peribumi’ dalam Perlembagaan Malaysia untuk cerminan pelbagai kaum di Sarawak.
Dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Keluarga Malaysia merangkumi bumiputera Sabah dan Sarawak. Pindaan definisi dan kemas kini senarai kaum dalam perlembagaan amat perlu sekali supaya etnik Sarawak tidak lagi disebut dengan perkataan ‘lain-lain’. Signifikan pindaan Artikel 161A(7) akan memberi pengiktirafan kepada Keluarga Malaysia pelbagai etnik di Sarawak.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Merujuk kepada cadangan pindaan 161A(7) saya ingin merakamkan hasrat agar penambahbaikan etnik seperti Jatti Miriek disenaraikan sebagai ras ataupun etnik di Sarawak. Jatti Miriek untuk makluman adalah kaum tertua di utara Sarawak dan dominan di bahagian Miri dan Parlimen Miri juga adalah sempena nama bagi etnik Miriek ini. Begitu juga pengiktirafan kepada kaum Lun Bawang, Vai’e di Bintulu dan juga Berawan di Baram dan juga senarai etnik yang akan dikemukakan oleh Kerajaan Sarawak.
Maka saya menuntut kolaborasi dan libat urus yang cekap bagi menjayakan pindaan definisi peribumi bagi Artikel 161A(7) kelak. Implikasi pindaan ini juga akan membolehkan etnik-etnik yang tidak tersenarai dapat melabur ke Amanah Saham Bumiputera dan tidak lagi menumpang atas tiket Melayu ataupun Orang Ulu sahaja.
Selain itu saya ingin membangkitkan berkenaan dengan masalah dadah. Terima kasih, di dalam Rancangan Malaysia ke-12 masih dinyatakan keperluan untuk kita membasmi dadah terutama sekali dadah jenis new psychoactive substance. Tetapi dalam pada masa yang sama saya berpandangan kerajaan boleh mempertimbangkan polisi yang significant dan radikal bagi decriminalize drug untuk kegunaan peribadi bagi mengurangkan hukuman kepada penagihan dan melabelkan penyalahgunaan substance ini sebagai penjenayah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Satu minit lagi Yang Berhormat.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Selain itu juga saya ingin mengambil kesempatan untuk menyebut berkenaan tentang satu petikan dialog Jijo Alfonso Pareira Abdullah di dalam filem Rock Oo yang diarahkan oleh pengarah filem tersohor, Mamat Khalid. Ada tiga perkara yang menjatuhkan sebuah negara. Satu rasuah, dua tidak menepati masa dan yang ketiga chinggey. Mungkin chinggey ini kita boleh katakan skandal kewangan ataupun skandal rasuah dalam konteks negara kita. Saya menyambut komitmen yang baik Yang Amat Berhormat melaksanakan Pelan Anti Rasuah Nasioanal, Pelan Antirasuah Organisasi serta pembentukan Indeks Tadbir Urus Malaysia.
Saya ingin menyampaikan sedikit permintaan daripada negeri Sarawak iaitu berkenaan tentang menara telekomunikasi yang perlu ditambah di dalam Rancangan Malaysia sebanyak 800 unit dan juga memberikan hak laluan fiber optik di Pan Borneo kepada negeri Sarawak dan juga di kawasan Parlimen Sibuti.
Saya ingin menyenaraikan beberapa permohonan keluarga Parlimen Sibuti membina projek bekalan air bagi laluan pesisir Pantai Bakam Bekenu, pembinaan klinik jenis dua bagi Daerah Subis yang bernilai RM25 juta di Pekan Sepupok, pembinaan gantian penuh yang telah mendapat jawapan di dalam Parlimen. Saya ingin mendapat jaminan seperti SK Batu Niah, SK Sungai Saeh, SK Ulu Satap, SK Rumah Tinggi, SK Kuala Tanggap, SK Belia Ahad dan SK Bungai serta pembinaan asrama SK Lambir.
Saya juga ingin memohon projek hakisan Pantai Bungai pemecah ombak yang pernah dijanjikan oleh Kerajaan Barisan Nasional beberapa tahun lepas dan juga jaminan kepada projek JENDELA dilaksanakan dengan saksama dan juga menyambung semula Projek RTC Sibuti pada fasa kedua.
Akhir sekali, saya ingin memohon kepada Kementerian Belia dan Sukan supaya menaik taraf padang sedia ada kepada rumput sintetik di Padang Majlis Daerah Subis memandangkan sepanjang 2016 sehingga 2020 tidak ada satu pun projek KBS dari sudut infrastruktur dilaksanakan di kawasan Parlimen Sibuti. Dengan ini saya menyokong Rancangan Malaysia ke-12. Sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Sibuti. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kangar.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Bismillahi Rahmani Rahim. Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan yang dihormati. Kini adalah tahun ke-55 sejak Rancangan Malaysia diperkenalkan buat kali pertama pada tahun 1996. Sejak itu pengisian kemerdekaan dan pembangunan negara baharu menjadi lebih tersusun sehingga ia mencapai satu tahap yang boleh kita banggakan. Namun kita tidak boleh lalai dan mudah berpuas hati. Apa yang baik tetap boleh ditambah baik, even the best can be improved.
Kita tidak boleh menolak hakikat bahawa sejak sekian lama ada beberapa masalah dan isu yang perlu untuk kita teliti. Misalnya projek-projek gagal dan bermasalah yang tentunya menjadi faktor yang menyumbang kepada kedudukan kita dalam perangkap pendapatan pertengahan (middle-income trap), pendapatan rendah rakyat, kedudukan negara yang kian goyah berdepan kejutan ketidaktentuan ekonomi serantau dan antarabangsa dari semasa ke semasa serta tuntutan perkembangan zaman selaras dengan kemajuan sains dan teknologi.
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli sidang yang saya hormati, selaras dengan ini saya akan memberikan fokus perbahasan saya kepada tiga tema. Yang pertama tentang tata kelola kerajaan yang baik. Maka saya fikir wajar satu amalan tata kelola yang baik boleh dibuat oleh kerajaan dengan membuat satu pelaporan tentang apakah yang berjaya dicapai, yang kurang berjaya bahkan yang gagal dicapai dalam RMKe-11. Dewan perlu tahu tentang ini kerana padanya ada aspek-aspek penilaian yang lebih cermat dapat kita buat.
Kita ambil contoh misalnya Sekolah Sukan Malaysia Perlis di Bukit Cabang di Parlimen Padang Besar patut siap pada tahun 2014 semasa RMKe-10, tidak siap sampai
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
sekarang. Hospital Padang Besar dijanjikan sejak RMKe-9, pecah tanah berkali-kali, tetapi belum ada seketul bata pun diletak di sana. Banyak lagi yang belum dicapai.
Misalnya RMKe-12 yang menjanjikan lebih 12,000 peluang pekerjaan di Perlis, masih belum diterjemahkan sepenuhnya. Jadi kita mesti ingat bahawa perancangan yang baik hanya boleh dikatakan berjaya apabila ia dilaksanakan dan mencapai tujuannya.
Tiga masalah utama yang boleh ditangani ialah kalau kita tengok dalam analisis, projek-projek yang gagal, projek-projek yang sakit, kita kekurangan pekerja yang mahir, kita kekurangan kontraktor yang cukup modal dan juga pengurusan projek yang baik.
Saya fikir sebenarnya kita bukanlah lemah sangat dalam hal ini. Kita ada banyak institusi latihan seperti IKM, IKBN dan sebagainya.
Apa yang perlu ialah kita perlu menyusun semua tenaga kerja ini, kita memberikan suntikan modal melalui geran-geran kerajaan dan mengajar mereka dengan lebih baik dalam aspek pengurusan projek supaya projek-projek ini dapat dilaksanakan dan siap pada masanya. Lebih baik kita membayar lebih sedikit asalkan projek ini siap daripada kita membayar lebih tetapi lambat siap. Saya berpendapat antara punca kenapa semua ini berlaku ialah kerana lemahnya semak dan imbang dalam sistem kita.
Ya, kita ada Parlimen, namun umum tahu bagaimana terhadnya demokrasi di Malaysia dalam pelbagai aspek. Lihat sahaja dalam pelbagai indeks antarabangsa tentang ini dan realiti, kebebasan akademik, kebebasan media, kebebasan kehakiman dan sebagainya.
Semua tahu bagaimana parti-parti pembangkang sering diremehkan, ditekan, ditindas dan dinafikan hak walaupun sebahagian mereka sebenarnya adalah anggota legislatif iaitu sebuah cabang kerajaan dan mereka dipilih oleh rakyat.
Mujur kini kita sedang berada dalam satu tempoh bersejarah apabila kerajaan atau blok pembangkang terbesar melakukan Perjanjian Persefahaman iaitu MoU untuk sebahagiannya memulihkan kembali institusi demokrasi di negara ini. Kita tidak boleh lagi membiarkan pemulihan ini hanya berlaku kerana keadaan politik semasa atau kerana keterbukaan pemimpin tertentu. Ia mesti diinstitusikan agar tetap kekal menjadi amalan budiman ataupun gentleman practices dalam politik kita.
Soalan saya berapakah anggaran kos untuk mengembalikan semula Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen bagi membolehkan ia kembali berfungsi secara mandiri. Dalam memperkatakan tentang pertanggungjawaban, ketelusan dan integriti sistem ini, sudah tentu ia tidak terlepas daripada persoalan fiskal negara yang meruncing. Kita wajib sedar bahawa dokumen yang sedang kita bahaskan ini bukan sekadar untuk menyedapkan mata memandang atau telinga mendengar. Dokumen yang kita bahaskan ini adalah satu rancangan lima tahun yang secara keseluruhannya bernilai RM1.5 trilion.
Sebenarnya ini di bawah RMKe-11 pun kita merancang lebih daripada RM1 trilion dalam tempoh lima tahun. Bagaimanapun kita perlu sedar bahawa daripada jumlah ini kira-kira 95 peratus hingga 99 peratus hasil kerajaan digunakan untuk perbelanjaan mengurus. Manakala bakinya antara satu hingga lima peratus hasil kerajaan, digunakan untuk perbelanjaan pembangunan. Selebihnya kita perlu berhutang dan kita telah berhutang saban tahun sehingga hutang ini semakin menghimpit diri kita pada hari ini.
Inilah corak perbelanjaan yang berlaku sebelum PRU-14 meskipun sesetengah pihak mendakwa GST dapat meningkatkan hasil kerajaan. Sebagai seorang Ahli Parlimen yang memandang GST sebagai satu sistem cukai yang baik, persoalan besar yang perlu diberi penekanan sebenarnya ialah untuk apa hasil ini dibelanjakan. Jika kita telusuri semula tempoh antara 2009 hingga 2017, jelas walaupun sesetengah bantuan baharu diumumkan di bawah Program 1Malaysia.
Ia dibuat melalui agihan pelbagai bentuk subsidi yang diberikan sebelum itu.
Misalnya pelupusan subsidi gula. Jika kita teliti rekod perbelanjaan kerajaan dari tahun ke tahun, kita akan melihat pengurangan subsidi dan perbelanjaan sosial. Misalnya daripada jumlah RM74 bilion pada tahun 2009 kepada RM28 bilion pada tahun 2017. Satu pengurangan subsidi yang cukup besar. Tambahan lagi nisbah perbelanjaan pembangunan berbanding hasil menyusut dari 12 peratus pada tahun 2009 kepada antara satu hingga lima peratus menjelang PRU-14.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Selebihnya seperti yang saya jelaskan tadi, pembangunan dibuat secara berhutang. Maka tidak hairanlah Dato’ Sri Idris Jala, Menteri pada ketika itu pernah menyebut, sekiranya kerajaan meneruskan corak perbelanjaan sedemikian, kita mungkin bankrap pada tahun 2019. Maksud beliau sudah tentulah kita berada dalam situasi kewangan yang meruncing dan itulah realitinya selepas PRU Ke-14.
Kini bayaran khidmat hutang telah mencecah 15 peratus setahun sehingga 20 peratus. Dalam bahasa mudahnya, bagi setiap RM1 bilion, pelbagai hasil kutipan yang kita kutip, kita mengguna antara RM150 juta sehingga RM200 juta untuk membuat bayaran khidmat hutang. Justeru itu penting dalam memastikan tata kelola kerajaan yang baik ini, kita bersikap telus.
Soalan saya yang seterusnya, apakah langkah kerajaan untuk merasionalkan jumlah hutang dalam tempoh RMKe-12 ini. Minta senarai agensi-agensi yang hutangnya dijamin oleh kerajaan, jumlah hutang setiap agensi ini dan keupayaan mereka untuk membayar balik hutang mereka pada waktunya. Berapakah jumlah tanggungan hutang ini yang akhirnya perlu dibayar oleh kerajaan?
Tuan Yang di-Pertua dan sidang Dewan yang saya hormati, perkara kedua, tema kedua ialah tentang keseimbangan pembangunan. Dalam dialog bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi sebelum ini, saya pernah bangkitkan keperluan membuat suntikan lebih besar khusus kepada sekurang-kurangnya enam negeri termiskin untuk mengimbangi pembangunan.
Saya gembira mendengar komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kelmarin untuk memastikan hal ini berlaku dan mahu ulang bahawa selain daripada geran per kapita ataupun capitation grant berdasarkan jumlah penduduk dan panjang jalan, satu jumlah tetap yang signifikan. Misalnya RM500 juta atau RM1 bilion perlu diberikan kepada setiap enam negeri termiskin setiap tahun sepanjang RMKe-12 ini. Hanya dengan ini, keseimbangan pembangunan mungkin boleh berlaku. Saya minta penjelasan tentang kadar pertumbuhan negeri-negeri. Apakah rancangan kerajaan untuk meningkatkan KDNK di negeri-negeri yang pertumbuhan KDNK nya di bawah kadar purata Malaysia.
Sabah dan Sarawak misalnya lebih rendah daripada negeri Perlis. Meskipun belanjawan negeri mereka besar. Ini menunjukkan bahawa kurangnya suntikan projek yang bermakna di sana. Jika boleh saya mencadangkan kerjasama strategik Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan-kerajaan negeri bagi mengatasi masalah khusus.
Misalnya dengan mengambil kira unjuran pertumbuhan penduduk dan juga perancangan pembangunan negeri.
Di Perlis misalnya, kita banyak cakap, hari ini pun gelembung pelancongan dibuka di Langkawi tetapi sayangnya Jeti Kuala Perlis yang menjadi laluan utama ke Langkawi masih lagi kecil yang memerlukan satu perubahan untuk dibesarkan.
Dalam bidang pendidikan misalnya, jumlah kelas tidak cukup, terlalu sempit, ada bangunan rosak dan juga [Tidak jelas] sekolah. Misalnya di Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Perlis, ada satu bangunan yang sudah rosak, sampai sekarang belum dirobohkan.
Jadi kelas semakin tidak cukup, murid terpaksa bersesak untuk belajar. Juga dalam satu kes di Sekolah Kebangsaan Chuping, baru-baru ini murid-murid satu sekolah kena terpaksa dipindahkan kerana ada projek kuari yang terdekat yang mungkin mengancam keselesaan murid-murid dan juga guru-guru di sana.
Jadi ini menunjukkan seolah-olah tidak ada perancangan yang teliti sehingga menyebabkan kualiti pendidikan menjadi terabai. Kerjasama juga boleh dibuat bagi membolehkan tanah-tanah terbiar kerajaan di setiap negeri dimanfaatkan untuk menangani pelbagai isu misalnya bil import makanan yang tinggi iaitu sekitar RM50 bilion setahun sekali gus menjamin keselamatan makanan negara iaitu food security sekurang- kurangnya sepanjang RMKe-12 ini.
Kita juga mesti menyemak semula berapakah nisbah hasil kerajaan negeri yang diperolehi daripada kegiatan berasaskan pembalakan. Perlu disediakan insentif untuk kita mengekalkan hutan dan beri lebih banyak kuasa kepada negeri untuk menjanakan hasil mereka sendiri supaya mereka tidak bergantung kepada hasil pembalakan.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Jika mahu lebih bersasar, data bancian daripada Jabatan Statistik bolehlah dimanfaatkan untuk tujuan ini. Saya juga pernah mencadangkan bahawa sekurang- kurangnya kita memastikan teknologi 5G ada di setiap institusi pendidikan kerana inilah kumpulan yang pertama yang akan menjadi penggunanya pada masa akan datang.
Tuan Yang di-Pertua dan juga sidang Dewan sekalian, di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia yang memberi laporan pelaksanaan projek JENDELA mengikut Parlimen yang mana yang saya percaya semua Ahli Parlimen telah menerimanya sebentar tadi.
Saya percaya semua kementerian sepatutnya berbuat begini kerana dengan maklumat-maklumat beginilah kita dapat mengadakan interaksi antara wakil rakyat dan kementerian secara lebih bermakna bersandarkan data dan maklumat yang lebih lengkap.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Minta rumuskan Yang Berhormat.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Ya. Tema terakhir yang saya hendak sebut ialah tentang kemajuan sosioekonomi. Kita tahu apabila berlaku pandemik, lebih banyak, lebih jelas menunjukkan betapa data sebelum ini 65 peratus pencarum KWSP hanya mempunyai simpanan di bawah RM15 ribu dan hari ini mereka bergantung kepada anak-anak mereka, yang mana anak-anak mereka pun berpendapatan rendah, kurang daripada RM3 ribu. Jadi, ini hanya akan meneruskan kitaran ganas tentang kemiskinan dan ia hanya semakin menghimpit kita pada masa akan datang.
Jadi, saya harap kerajaan memberi lebih banyak perhatian. Kita bukan ada lagi B40, sebenarnya kita sudah ada B70, bukan juga B50. Saya, kita mesti lihat bantuan bukanlah pada satu kadar rata. Akan tetapi mesti menjurus kepada yang lebih khusus kerana dalam satu keluarga ini dia tidak semestinya miskin.
Dalam pengalaman saya yang terhad, bila kita pergi dalam keluarga miskin ini kadang-kadang ada yang OKU, kadang-kadang ada yang sakit terlantar. Jadi, kita mesti melihat bantuan ini mestilah bersasar dan juga mengambil kira faktor-faktor yang ada ini dan tidak dalam bentuk kadar rata. Ini apa yang orang putih kata the devil is in the details. Jadi saya berharap semua kelompok yang terkesan ini diberi perhatian dan satu pendekatan radikal diambil oleh kerajaan untuk menyemak semula supaya program jaringan keselamatan sosial dapat diadakan dengan lebih baik untuk pada masa akan datang dan ini tidak mengambil kira apa juga kaum dan juga agama.
Saya berharap yang terakhir sekali, RMKe-12 ini apabila kita bercakap tentang pembangunan, kita tidak hanya berfokus tentang ekonomi. Kita mesti mengambil kira pembangunan kita termasuklah dalam aspek memperkayakan seni sastera, sukan dan budaya kerana itulah yang akan melengkapkan kehidupan kita sebagai manusia yang lebih menyeluruh. Sekian perbahasan saya Tuan Yang di-Pertua dan sidang Dewan. Saya menyokong RMKe-12 ini. Insya-Allah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kangar. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Padang Rengas, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Seremban, kemudian Yang Berhormat Igan, kemudian Yang Berhormat Kuala Selangor. Sila Yang Berhormat Padang Rengas. 12 minit.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberikan kesempatan untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan RMKe-12 dan semalam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah membentang RMKe-12 dan di antara sektor yang disebut oleh beliau yang dapat memberikan sumbangan bagi memacukan ekonomi kita ialah tourism iaitu pelancongan.
Bagi pelancongan ini pula yang kita tahu juga ialah iaitu skim ataupun program Malaysia My Second Home (MM2H) juga merupakan penyumbang besar kepada perkembangan ekonomi sektor pelancongan ini.
Saya telah mendapat statistik. Mengikut statistik yang saya perolehi daripada Kementerian Pelancongan iaitu bahawa MM2H ini telah pun diperkenalkan pada tahun
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
2002 iaitu 17 tahun yang lalu dan daripada perincian yang saya lihat, sumbangan kewangan yang telah diberikan oleh MM2H ini dari tahun 2002 sehingga tahun 2019 telah menjangkau kepada jumlah RM37 bilion ya iaitu RM37,000 juta.
Semenjak tahun 2002 sehingga kini penyerta-penyerta terdiri daripada yang main person ialah 28,249 dan dependantnya datang daripada jumlahnya 29,229 dan jumlah besarnya ialah 57,478 orang peserta MM2H yang ada menyertai skim MM2H ini. Jadi kita tengok ini satu jumlah yang besar dan pentingnya mereka kepada kita ialah kerana mereka membawa wang daripada luar masuk ke dalam negara kita. Wang dari luar masuk kepada negara kita dan sumbangan yang telah diberikan mengikut statistik pada tahun 2018 iaitu sumbangan mereka daripada segi perbelanjaan, shopping dan berbagai- bagailah.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Pada tahun 2018, jumlahnya saya difahamkan iaitu RM4 bilion. Pada tahun 2018, jumlahnya ialah RM4 bilion dan pada tahun 2019 juga mencecah RM4 bilion. Jadi, pada tiap-tiap tahun, MM2H ini memberi sumbangan kepada ekonomi negara kita sebanyak RM4 bilion satu tahun. Oleh hal yang demikian, maka MM2H ini merupakan satu sektor yang semestinya kita pertahankan dan kalau boleh kita mesti mempermudah kan untuk mereka menyertai MM2H ini. Akan tetapi, pada akhir-akhir ini kita dengar iaitu bahawa KDN dikatakan, diura-urakan akan mengambil-alih MM2H ini diletak di bawah KDN dan tidak lagi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Saya merasa begitu bimbang iaitu kalau sekiranya diletak di bawah KDN, KDN yang akan menguruskan segala proses, segala perkara yang perlu diberikan untuk mendapat keizinan. Ini akan menyebabkan iaitu bahawa ia punya penglihatannya terhadap MM2H ini berbeza kalau ia diletak di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Kementerian Dalam Negeri akan melihat kepada safety dan security negara ya.
Saya difahamkan iaitu bahawa inilah sebabnya selalu apabila dahulu ia diproses oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya kemudian dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen Malaysia.
Setelah proses itu dijalankan, akhirnya Jabatan Imigresen Malaysia menolak tanpa memberi sebab mengapa permohonan itu ditolak walhal unit MM2H di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya telah pun melihat perkara itu, telah menjalankan segala proses untuk memastikan iaitu supaya tidak ada perkara yang boleh menyebabkan peserta itu menjadi threat kepada negara kita.
Akan tetapi, yang mengeluarkan keizinan nanti ialah Jabatan Imigresen Malaysia dan selalunya Jabatan Imigresen Malaysia menolak dan kadangkala tidak memberi alasan di atas penolakan itu. Jadi, sekarang pula kalau dahulunya MM2H di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menghadapi masalah yang telah saya sebut sebentar tadi, inikan pula kalau unit MM2H itu diletak pula di bawah Jabatan Imigresen Malaysia. Saya kira permohonan akan bertambah banyaklah yang akan ditolak oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, kita jangan fikirkan iaitu bahawa setiap orang yang mahu duduk dalam negara kita ini ialah kerana mereka akan melakukan sedikit sebanyak kesalahan yang akan merupakan threat kepada negara kita. Sepanjang yang saya tahu, daripada 57,478 orang yang telah menyertai program MM2H di dalam negara kita ini, tidak seorang pun yang telah disyaki ataupun didakwa atas kesalahan terhadap negara kita ataupun merupakan threat. Tidak siapa yang telah dibawa ke mahkamah, disiasat.
Daripada 57,478 ini, yang disiasat mungkin tidak ada seorang pun yang telah didakwa oleh kerajaan sebagai orang kata threat to the country. Jadi, saya tidak faham mengapa satu sektor yang cukup penting kepada kita, yang menyumbang RM4 bilion satu tahun hendak ditukarkan sekarang ini letak di bawah KDN. Saya difahamkan iaitu bahawa di bawah KDN ini, ada peraturan baharu itu telah pun menyatakan hendak dikenakan peraturan-peraturan ini kepada mereka yang telah pun duduk di negara kita semenjak tahun 2002 ataupun sebelum ini yang duduk di negara kita dengan syarat yang lama.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Akan tetapi, saya difahamkan iaitu bahawa mereka ini juga akan diperkenalkan dengan apabila datang renewal, dengan syarat-syarat baharu. Saya difahamkan antara sebab yang akan ditanya nanti ialah kalau dia nak renew, akan ditanya mengapa kamu mahu renew kamu punya keizinan duduk di negara kita. *I think this is ridiculous.
Why do you have to ask somebody, why do you want to renew your stay under MM2H programme,* dengan izin, walhal dia sudah duduk di sini lama sudah? Sudah lama dan memang tidak adillah kalau iaitu bahawa ditukarkan peraturan setelah dia duduk di sini begitu lama dan tidak menjadi masalah kepada kita, sekarang ini hendak dikenakan pula dengan peraturan, dengan syarat-syarat yang baharu.
Saya mendapat tahu iaitu bahawa di bawah syarat-syarat baru ini, kalau dahulunya tidak dikenakan pun, tidak dikenakan minimum stay. Dulu kita bagi orang itu duduk di sini tak ada minimum stay. Sekarang, mesti ada minimum stay 90 hari pula. Kita kena ingat, kalau orang itu suka duduk dalam negara kita, apa salahnya? Visa dia setahun sekali kah, you renewlah tetapi sekarang kena mesti 90 hari sahaja, tidak boleh lebih.
Kita panggil dia duduk di negara kita dengan membawa wang dan dia suka negara kita dan Malaysia adalah di antara negara yang dianggapkan sebagai a good place to retire. Saya lihat daripada segi retirees di Amerika meletakkan negara kita top five, dahulu iaitu pada tahun 2018. Top five countries to retire for the Americans.
Mereka pertamanya, Panama. Keduanya, Mexico. Ketiganya, Ecuador. Keempat, Malaysia dan kelima, Colombia. Malaysia sahaja sebuah negara luar daripada Benua Amerika di mana orang Amerika suka tinggal di sini dan mereka tidak ada masalah pun dilakukan terhadap keselamatan negara kita.
Akan tetapi hari ini kita nak beritahu kepada dia, kalau nak datang ke negara kita, cuma 90 hari sahaja dan saya tengok pula peraturan baharu, hanya diberikan kepada mereka yang di antara umurnya 39 tahun sampai 40 tahun lebih. Walhal program ini dahulu mula-mula kalau kita ingat ialah Silver-Haired Programme iaitu orang yang sudah hendak retire dan dia hendak retire, dia hendak keluar daripada negara dia, hendak duduk di Malaysia.
Ini silver-haired. Akan tetapi, syarat yang telah diberi baru-baru ini ialah iaitu bahawa mereka ini disyaratkan terdiri daripada atau mesti berumur di antara 39 tahun kalau tidak silap saya, hingga 45 tahun kah, 49 tahun. 35 to 49 years, mereka yang hendak menyertai ini.
Akan tetapi, macam mana dengan orang yang 50 tahun ke atas yang hendak retire? Program MM2H ini asalnya dahulu daripada Silver-Haired Programme. Rambut silver ini maknanya orang pencenlah tetapi sekarang kita tidak beri. Walhal orang inilah yang mula-mula dahulu yang kita panggil untuk duduk di negara kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat, minta rumuskan, Yang Berhormat.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Ya, okey lah.
Jadi, saya cuma hendak minta kepada kerajaan supaya janganlah menyusahkan kepada orang yang datang ke negara kita yang kita panggil untuk mereka menyertai. Apa yang kita bimbang pada hari ini ialah bukan Malaysia sahaja merupakan tumpuan kepada orang yang hendak datang retire di sini.
Kita ada Indonesia, kita ada Thailand di utara kita. Maka, oleh kerana itu, saya minta supaya Kementerian Dalam Negeri tolonglah, jangan lah fikirkan iaitu bahawa setiap orang yang datang, ambil kesempatan untuk MM2H ini, duduk di negara kita ini merupakan orang yang berpotensi menjadi threat kepada keselamatan negara kita.
Kita harus jemput mereka, permudahkan dan mereka menyumbang kepada negara kita setiap tahun, RM4 bilion. Kalau mereka yang ada pada hari ini tidak puas hati dengan peraturan baharu yang kita buat, kalau mereka jualkan harta mereka, mereka keluarkan dia punya deposit semua dan lain-lain lagi, kita akan kehilangan RM48 bilion yang akan keluar daripada negara kita, yang dibawa keluar pergi ke negara lain.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz - Padang Rengas
Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong tetapi saya minta kepada kerajaan supaya kembalikan balik MM2H ini balik kepada asal kepada Kementerian Pelancongan dan Kementerian Dalam Negeri hanya menolaklah iaitu permohonan itu kalau benar-benar ada fakta evidence yang menunjukkan iaitu bahawa mereka ini merupakan threat kepada negara kita. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Padang Rengas. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Seremban.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada saya. Tuan Yang di-Pertua, saya cuma hendak fokus kepada Bab 12 dalam Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu Memperkukuh Kecekapan Infrastruktur Pengangkutan dan Logistik.
Dalam industri pengangkutan ada pelbagai sektor. Salah satu sektor yang paling utama ialah sektor penerbangan kerana sektor penerbangan ini merupakan penghubung antara negara kita kepada negara luar. Bukan itu sahaja ia juga memainkan satu peranan yang agak strategik iaitu merupakan pemangkin kepada industri pelancongan. Oleh kerana sektor penerbangan yang dinamik, yang kuat akan dapat membawa lebih ramai pelancong ke negara kita.
Akan tetapi dengan dukacitanya saya membaca keseluruhan Bab 12 ini dalam RMKe-12, tidak ada satu perancangan yang spesifik untuk menaik taraf mana-mana lapangan terbang di seluruh negara kita. Setahu saya setakat ini ada projek yang sedang menaik taraf lapangan terbang hanyalah Lapangan Terbang Kota Bharu dan juga Lapangan Terbang Sandakan.
Akan tetapi di dalam dokumen RMKe-12 ini tidak ada apa-apa perancangan spesifik untuk mana-mana lapangan terbang tetapi saya melihat ini bahawa ada pelbagai permintaan semasa saya di Kementerian Pengangkutan. Saya faham bahawa setiap negeri meminta supaya dipertimbangkan untuk menaik taraf lapangan terbang mereka khususnya bandar-bandar sekunder seperti Pulau Pinang, Ipoh, Kuantan, Alor Setar, Sandakan, Tawau, Sibu, Miri, Bintulu dan sebagainya.
Semua lapangan terbang ini memang memerlukan penaiktarafan. Walaupun sekarang ini sektor penerbangan sedang menghadapi penguncupan kerana permintaan yang berkurangan dan sebagainya. Akan tetapi kita yakin bahawa post COVID-19 ini, sektor penerbangan ini akan naik semula, permintaannya akan meningkat semula dan sudah tentunya keperluan untuk lapangan terbang akan meningkat.
Jadi kita perlu merancang untuk masa depan kerana pembangunan lapangan terbang ini memakan masa. Ia bukannya hari ini kita rancang tahun depan kita terus dapat menaik taraf lapangan terbang. Ia mengambil masa bertahun-tahun. Sebelum ini banyak syarikat swasta yang sebenarnya telah pun memberikan pelbagai cadangan kepada kerajaan untuk mengoperasi lapangan terbang ataupun membangunkan lapangan terbang melalui private initiative. Akan tetapi kita tahu bahawa oleh sebab model lapangan terbang pada ketika ini, kerajaan terikat dengan operating agreement dengan MAHB iaitu syarikat operasi lapangan terbang di negara kita walaupun merupakan sebuah syarikat milik kerajaan tetapi ia merupakan satu syarikat tersenarai. Apa-apa keputusan yang melibatkan lari daripada log operating agreement ini, maka ia memerlukan keputusan daripada pemegang saham.
Saya hendak mencadangkan kepada kerajaan kerana kita tahu bahawa pembangunan lapangan terbang ini memakan belanja yang cukup besar dan oleh kerana kekangan peruntukan pembangunan dalam belanjawan kita setiap tahun, maka kerajaan memerlukan satu model pembangunan dan pembiayaan lapangan terbang yang baru.
Sebelum ini pernah pun ada kajian oleh pihak Khazanah untuk melihat bagaimana kita dapat melihat satu model baru.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Saya suka mencadangkan kepada kerajaan supaya melihat untuk mempertimbangkan, untuk menyahsenaraikan ataupun dalam bahasa Inggeris dengan izin, to take MAHB private kerana sekarang ini merupakan satu syarikat tersenarai. Kalau kita mengambilkan syarikat ini menjadi satu syarikat milik kerajaan secara penuh, tidak disenaraikan maka kerajaan mempunyai satu ruang yang lebih besar dan lebih bebas untuk lihat bagaimana kita dapat mencari syarikat-syarikat operasi yang lain untuk kita berusaha sama untuk membangunkan lapangan terbang.
Saya faham bahawa lapangan terbang ini merupakan aset strategik negara. Saya tidak mencadangkan bahawa lapangan terbang ini dijual dan bukannya seperti yang dicadangkan untuk Lapangan Terbang Subang tetapi ia mesti dikuasai oleh kerajaan melalui Khazanah tetapi Khazanah boleh mencari syarikat-syarikat swasta yang lain untuk berusaha sama supaya bersama-sama untuk menaikkan ataupun membangunkan lapangan-lapangan terbang.
Yakinlah bahawa terdapat banyak pihak swasta yang ada minta untuk membangunkan lapangan-lapangan terbang yang kecil termasuklah Kuantan, Ipoh, Sandakan, Tawau dan sebagainya supaya melebarkan landasan lapangan terbang itu dan juga membesarkan lapangan terbang.
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua yang saya hendak menyentuh ialah berkenaan dengan sektor rel. Dalam dokumen RMKe-12 ini dinyatakan bahawa salah satu projek menaik taraf landasan kereta api KVDT2 akan siap pada tahun 2026. Akan tetapi saya hendak mempersoalkan bagaimana kerajaan boleh memastikan projek ini siap pada tahun 2026 kerana sekarang ini projek ini tergendala.
Projek ini telah diberhentikan oleh pihak Kementerian Pengangkutan. Menteri Pengangkutan kononnya hendak menjadi hero, dia batalkan kontrak projek tersebut kepada Syarikat Dhaya Maju LTAT kononnya mendakwa bahawa projek ini diberikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan secara rundingan terus padahal projek ini telah dianugerahkan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Kita hanya menyambung dan kita merunding semula dengan satu kos yang lebih rendah.
Akan tetapi sekarang ini projek ini telah dibatalkan. Kontrak itu telah dibatalkan dan syarikat itu membawa kerajaan ke mahkamah dan terdapat banyak implikasi perundangan dan kewangan terhadap projek ini. Kemungkinan di mahkamah bertahun- tahun, projek ini tidak dapat jalan. Landasan itu tidak dapat digunakan. Jadi saya hendak mempersoalkan bagaimana kerajaan akan pastikan projek KVDT2 ini dapat disiapkan sebelum tahun 2026.
Perkara yang kedua berkenaan dengan sektor rel Tuan Yang di-Pertua ialah berkenaan dengan projek ECRL. Saya masih mengekalkan pendirian bahawa jajaran yang paling strategik untuk ECRL ialah menggunakan jajaran selatan yang telah pun dirundingkan semasa era pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan kerana ia bukan sahaja dapat memberikan tempias ekonomi ke Negeri Sembilan tetapi jajaran selatan ini adalah lebih strategik kerana jajaran ini akan sampai ke Westport secara terus melalui Pulau Carey dan Pulau Carey ini telah pun dilihat dan telah dipertimbangkan sebagai pembangunan pelabuhan ketiga untuk masa depan di Pulau Carey.
Jadi jajaran itu melalui Pulau Carey ia tentunya akan memberikan satu kepentingan strategik untuk negara. Salah satu perkara yang saya juga hendak mencadangkan kepada Yang Berhormat Jeli untuk melihat ialah kalau ia melalui jajaran selatan, ia melalui Putrajaya ia boleh disambung terus ke KLIA melalui KLIA Transit. Ini akan memberikan satu kelebihan kepada negeri-negeri Pantai Timur kerana dengan adanya sambungan ini maka ECRL boleh menghubungkan antara KLIA dengan negeri- negeri Pantai Timur. Sudah tentu ini memberikan satu impak positif kepada negara kita.
Juga jajaran yang dicadangkan oleh Kerajaan Persekutuan pada hari ini iaitu menggunakan jajaran utara, ia akan memberikan kesan dan impak sosial kepada alam sekitar yang cukup besar. Laporan EIA sedang dipamerkan sekarang ini. Banyak kesan alam sekitar terhadap Batu Dam, terhadap perkampungan Melayu di Jalan Kastam dan sebagainya. Jadi ada banyak kawasan perumahan yang perlu dikosongkan untuk projek ini.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Jadi kalau untuk meminimumkan kesan impak sosial dan juga alam sekitar yang paling baik kerajaan menggunakan cadangan Kerajaan Pakatan Harapan untuk mengalih jajaran itu ke jajaran selatan melalui Negeri Sembilan masuk balik ke selatan Selangor dan sampai ke Westport melalui Pulau Carey. Dengan itu, jajaran ini akan dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan lebih berkesan kerana pendirian Kerajaan Negeri Selangor ialah tidak menyokong jajaran yang dicadangkan oleh pihak kerajaan pada hari ini melalui Serendah.
Jadi saya harap dan saya pohon supaya pihak EPU melihat semula cadangan ini dan pastikan projek ECRL dapat dilaksanakan dengan mengambil kira kepentingan negeri Selangor dan juga Negeri Sembilan.
Tuan Yang di-Pertua, perkara ketiga ialah berkenaan dengan sektor logistik.
Sektor logistik ini memang mempunyai potensi yang cukup besar dan tinggi untuk dibangunkan.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Ini merupakan satu sektor yang amat penting untuk negara kerana bukan sahaja daripada segi ekonomi tetapi daripada segi strategik. Akan tetapi kita dibelenggu dengan pelbagai dasar-dasar ataupun kerenah birokrasi dan antara yang terbaharu ialah berkenaan dengan pemilik-pemilik syarikat freight forwarders ini yang disyaratkan untuk mesti melaksanakan dasar ekuiti 51 peratus pemilik bumiputera.
Akan tetapi pada masa yang sama, syarikat yang telah diberikan status International Integrated Logistics Services (IILS) yang dipunyai oleh syarikat asing dikecualikan daripada syarat ini. Jadi, adalah amat tidak adil kepada syarikat-syarikat tempatan dikenakan syarat yang sama tetapi syarikat asing tidak perlu.
Jadi di mana semangat Keluarga Malaysia? Seolah-olah kalau syarikat itu dipunyai oleh pemilik bukan bumiputera, mereka tidak boleh terus beroperasi dalam sektor ini. Saya tahu bahawa ada agenda untuk memperkasakan pemilikan ekuiti di kalangan bumiputera. DAP tidak membantah, DAP menyokong usaha kerajaan untuk memperkasakan ekuiti bumiputera tetapi caranya kena betul.
Pendekatan perlu dikaji semula dan dasar itu perlu dilihat semula kerana seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang, pendekatan yang diguna pakai hari ini ialah pendekatan tahun 1970-an. Sudah ketinggalan zaman dan ia disalahgunakan. Jadi, pada hari ini walaupun sejak tahun 1990, syarikat-syarikat logistik ini disyaratkan 51 ekuiti bumiputera.
Akan tetapi kita tahu, umum diketahui bahawa kebanyakan syarikat ini adalah syarikat Ali Baba di mana walaupun di atas kertas dimiliki oleh bumiputera tetapi di belakangnya dia pemilik bukan bumiputera. Jadi untuk membantu bumiputera, saya cadangkan dan saya pohon supaya kerajaan mengkaji untuk meliberalisasikan sektor ini.
Apabila diliberalisasikan, kerajaan akan mengetahui secara spesifik mana satu syarikat ialah milik bumiputera dan bantulah syarikat-syarikat bumiputera ini. Bagi geran kepada mereka untuk digitalization dan sebagainya. Ini untuk menjadikan mereka sebagai syarikat yang bertaraf antarabangsa, yang bertaraf boleh berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Jadi saya harap Tuan Yang di-Pertua, kerajaan akan mengkaji semula dasar ini supaya ia tidak menjadi satu polemik di kalangan rakyat kita. Pada satu pihak, kerajaan menguar-uarkan semangat Keluarga Malaysia tetapi dengan dasar seperti ini, ia akan menjadi satu polemik di kalangan bumiputera dan bukan bumiputera.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila rumuskan Yang Berhormat.
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
Jadi, saya pohon supaya kerajaan melihat semula dan mengkaji semula dasar-dasar ini.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua secara kesimpulan, saya mengucapkan terima kasih kepada EPU kerana mengiktiraf inisiatif yang dibawa oleh Pakatan Harapan untuk pengangkutan awam khususnya dalam dokumen ini ada disebut salah satu usaha utama yang telah dilaksanakan untuk meningkatkan perkongsian mod pengangkutan awam ialah
Tuan Loke Siew Fook - Seremban
pengenalan insentif pas tanpa had My100. Saya harap inisiatif ini akan diteruskan dan supaya pengguna pengangkutan awam terus mendapat manfaat dan faedahnya. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Seremban. Seterusnya, saya menjemput Yang Berhormat Igan, 12 minit.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi saya peluang untuk berbahas mengenai Rancangan Malaysia Ke-12 yang baru dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Pembentangan RMKe-12 telah mencatatkan satu sejarah baharu yang menjadi harapan kepada seluruh rakyat Malaysia. RMKe-12 merupakan satu informasi yang akan memperkukuhkan landasan pembangunan negara dalam tempoh lima tahun yang akan datang untuk mencapai objektif Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan berlandaskan semangat Keluarga Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, RMKe-12 adalah sebuah agenda besar pemulihan negara bertujuan menangani isu semasa serta memulihkan dan merancakkan semula pembangunan sosioekonomi Malaysia untuk kemakmuran dan kesejahteraan rakyat sepanjang masa.
Tuan Yang di-Pertua, pembentangan RMKe-12 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memberi sinar baharu kepada rakyat di negeri Sarawak di mana buat pertama kalinya dalam sejarah pembentangan Rancangan Malaysia lima tahun sebelum ini, ini adalah kali pertama bab khusus mengenai Sarawak dan Sabah dibentangkan di dalam RMKe-12 kali ini. Ini jelas dan nyata satu penghargaan yang besar dalam konteks semangat Perjanjian Malaysia 1963 dan semangat yang tersirat di dalam Keluarga Malaysia.
Perdana Menteri ketika membentangkan RMKe-12 jelas sekali menyebut bahawa kerajaan akan fokus di dalam lonjakan pembangunan di Sarawak dan Sabah demi menjamin kesejahteraan hidup rakyat khususnya di luar bandar Sarawak dan Sabah.
Sesungguhnya Sarawak dan Sabah sentiasa menagih dan memerlukan lebih banyak peruntukan pembangunan daripada Kerajaan Persekutuan untuk memastikan pembangunan sosioekonomi dan dalam masa yang sama untuk merapatkan jurang pembangunan ekonomi wilayah di antara Sarawak dan Sabah dan negeri-negeri yang lain. Untuk rekod, negeri Sarawak adalah negeri yang ketiga miskin di Malaysia selepas Kelantan dan Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, salah satu daripada fokus utama kerajaan di dalam RMKe- 12 ini ialah untuk memperkasakan agenda bumiputera dan Keluarga Malaysia. Oleh itu saya menyambut baik hasrat kerajaan untuk memastikan 27 kumpulan etnik di Sarawak akan diberikan perhatian dan dibela. Etnik-etnik seperti Bidayuh, Orang Ulu, Iban dan etnik saya iaitu Melanau dan lain-lain adalah merupakan etnik yang berpendapatan rendah yang mudah terjejas dan terkesan yang perlukan pembelaan dan bimbingan.
Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang telah saya sebutkan tadi Sarawak adalah negeri yang ketiga termiskin di Malaysia. Oleh sebab itu Kerajaan Sarawak amat fokus dalam merangka agenda pembangunan dan sosioekonomi untuk memastikan status ekonomi rakyat khususnya di luar bandar dapat dipertingkatkan.
Oleh yang demikian, bagi memastikan agenda membasmi kemiskinan dapat dicapai, Kerajaan Negeri Sarawak telah mencadangkan beberapa program dan projek untuk dilaksanakan. Di antaranya ialah:
(i) untuk menyediakan dan melaksanakan projek infrastruktur asas dan kemudahan-kemudahan lain di kawasan luar bandar;
(ii) untuk menyediakan sekurang-kurangnya 20,000 unit rumah untuk rakyat miskin dan berpendapatan rendah di luar bandar dalam tempoh RMKe-12;
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
(iii) untuk menyediakan latihan kemahiran khususnya untuk ibu bapa bertujuan meningkatkan pendapatan isi rumah dan peluang pekerjaan dan perniagaan; dan
(iv) menyediakan dana pembangunan kepada pusat industri komuniti.
Tuan Yang di-Pertua, adalah diharapkan Kerajaan Persekutuan menyambut baik cadangan program dan projek yang telah dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak dalam usaha untuk membasmi kemiskinan dan memakmurkan kehidupan rakyat di luar bandar. Oleh itu saya memohon kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar agar agenda untuk melonjakkan pembangunan Sarawak dan Sabah dan negeri-negeri kurang membangun sebagaimana yang digariskan dalam RMKe-12 dapat dilaksanakan. Ini termasuklah penyediaan infrastruktur asas dapat diperluaskan dengan membina jambatan dan menaik taraf 1,400 kilometer jalan berturap luar bandar dan menyiapkan pembinaan 1,150 kilometer Lebuhraya Pan Borneo.
Jaminan Perdana Menteri semasa membentangkan RMKe-12 amat dialu-alukan, di mana 50 peratus daripada keseluruhan peruntukan pembangunan asas Persekutuan akan diagihkan kepada negeri Sarawak, Sabah dan negeri-negeri kurang membangun.
Peruntukan ini akan digunakan untuk penyediaan infrastruktur asas, pendigitalan, pendidikan, perkhidmatan penjagaan kesihatan dan pembangunan ekonomi.
Tuan Yang di-Pertua, negeri Sarawak telah menetapkan sasaran menjadi negeri yang maju pada tahun 2030 iaitu lebih kurang sembilan tahun dari sekarang. Untuk memastikan objektif ini boleh dicapai, Kerajaan Negeri Sarawak telah merangka dan menggariskan beberapa cadangan program dan projek yang melibatkan sejumlah RM107.892 bilion daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan sehingga tahun 2030.
Jumlah ini daripada segi pecahan sektornya adalah seperti berikut:
(i) iaitu infrastruktur – RM61.992 bilion;
(ii) telekomunikasi – RM3.692 bilion;
(iii) utiliti – RM22.816 bilion;
(iv) penjagaan kesihatan – RM8.180 bilion; dan
(v) pendidikan – RM11.212 bilion.
Ini bermakna negeri Sarawak memerlukan sejumlah RM53.946 bilion sepanjang tempoh RMKe-12 dilaksanakan.
Tuan Yang di-Pertua, Sarawak sangat memerlukan jaringan jalan raya yang baik yang dapat menghubungkan penempatan-penempatan di luar bandar khususnya.
Keperluan infrastruktur jalan raya ini amat penting sekali sebagai pemangkin ekonomi lebih-lebih lagi negeri Sarawak luasnya hampir sama dengan Semenanjung Malaysia.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Oleh sebab itu, Sarawak telah mencadangkan untuk melaksanakan pembinaan 700 kilometer jalan raya baharu di dalam RMKe-12 ini yang menelan kos lebih kurang RM7 bilion. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri Sarawak bercadang untuk menaikkan taraf jalan-jalan raya yang rosak dengan kos dianggarkan RM8 bilion. Adalah diharapkan Kementerian Kerja Raya akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan segala cadangan projek infrastruktur yang dicadangkan dapat dilaksanakan.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan isu pendidikan di negeri Sarawak. Isu pendidikan di Sarawak amat sinonim sekali dengan isu sekolah daif. Masalah sekolah daif di Sarawak sewajarnya harus diberi perhatian dan keutamaan oleh Kerajaan Persekutuan kerana soal pendidikan adalah dalam bidang kuasa Kerajaan Pusat seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Masalah sekolah daif ini harus ditangani secara teratur kerana ia melibatkan prestasi para pelajar di luar bandar khususnya dalam peperiksaan di peringkat kebangsaan seperti peperiksaan UPSR dan SPM sebelum ini.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Untuk rekod, Sarawak sering menduduki tangga ke-14 dan 15 daripada 16 buah negeri dan jauh ketinggalan dari segi Gred Purata Nasional. Menyedari masalah ini sangat kritikal, Kerajaan Negeri Sarawak telah mencadangkan untuk membaik pulih dan membina baru sebanyak 587 buah sekolah daif yang telah dikenal pasti. Setiap sekolah memerlukan RM12 juta dengan kos keseluruhan dianggarkan RM7 bilion. Negeri Sarawak juga bercadang untuk membina lapan buah sekolah baru bagi mengurangkan jumlah sekolah yang masih mengguna pakai sistem dua sesi. Adalah dianggarkan sebanyak RM600 juta diperlukan dengan setiap sekolah menelan kos sebanyak RM75 juta. Oleh itu saya memohon kepada Kementerian Pendidikan agar mengambil maklum akan cadangan ini untuk dimasukkan di dalam RMKe-12 untuk dilaksanakan.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada isu sekolah daif, isu pendidikan yang amat kritikal di Sarawak pada masa ini ialah isu rendahnya kemasukan pendaftaran para pelajar di sekolah. Untuk makluman, ada 651 buah sekolah rendah di Sarawak pada masa ini berhadapan dengan masalah ini, di mana 461 buah sekolah kurang daripada 50 orang murid. Masalah kurang murid ini sudah pasti akan mendatangkan lagi masalah lain khususnya daripada segi konsentrasi guru-guru yang mengajar yang akhirnya menjejaskan prestasi akademik para pelajar. Menyedari masalah sekolah kurang murid ini perlu diselesaikan, Kerajaan Negeri Sarawak telah mencadangkan penggabungan sebanyak 206 buah sekolah kurang murid berasrama dengan kos dianggarkan RM2.4 bilion.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan tentang isu sekolah- sekolah yang tidak mempunyai kemudahan asas seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik, jaringan internet dan jalan raya yang baik. Sebagai makluman, sebanyak 331 buah sekolah di Sarawak masih tidak mempunyai bekalan elektrik dan bergantung pada bekalan minyak diesel di mana 10 buah sekolah adalah sekolah menengah. Manakala 428 buah sekolah tidak mempunyai bekalan air bersih dan 10 buah sekolah tidak mempunyai akses internet langsung. Manakala 803 buah sekolah mempunyai akses internet di bawah empat megabait.
Menyedari akan pentingnya keperluan kemudahan infrastruktur asas ini di sekolah, Kerajaan Negeri Sarawak telah mencadangkan untuk melaksanakan projek bekalan air bersih dan bekalan elektrik ke sekolah-sekolah berkenaan dengan kos yang diperlukan masing-masing sebanyak RM65 juta dan RM350 juta.
Selain daripada itu, Kerajaan Negeri Sarawak bercadang untuk melaksanakan Projek Perkhidmatan Internet yang memerlukan kos sebanyak RM57 juta. Oleh itu, saya memohon agar kementerian yang berkaitan iaitu Kementerian Alam Sekitar dan Air serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia dapat mengambil tindakan yang sewajarnya dengan memastikan cadangan-cadangan tersebut dapat dilaksanakan sepanjang RMKe- 12 ini.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu masalah tiada jaringan jalan raya yang menghubungkan sekolah-sekolah adalah isu yang harus ditangani oleh Kementerian Pendidikan, di mana daripada 1,450 buah sekolah di Sarawak, hanya 890 buah sekolah sahaja yang jalan rayanya berturap. Manakala bakinya 567 buah sekolah masih menggunakan laluan balak, laluan ladang, laluan sungai malah empat buah sekolah menggunakan laluan laut. Oleh itu, saya memohon kepada Kementerian Pendidikan untuk mengatasi masalah ini kerana kemudahan infrastruktur asas yang baik akan memberikan suasana pembelajaran yang kondusif kepada para pelajar dan guru-guru.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin memberi perhatian...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Minta rumuskan Yang Berhormat ya.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Mengenai sekolah-sekolah yang sering dilanda banjir di Sarawak. Untuk pengetahuan, sebanyak 216 buah sekolah yang terletak di tebing-tebing sungai yang selalu dilanda banjir malah ada yang melibatkan hakisan tanah yang teruk. Oleh itu, saya memohon kepada Kementerian Pendidikan untuk mengambil tindakan sewajarnya dalam merangka pembinaan sekolah-sekolah baru di Sarawak. Ini bukan sahaja melibatkan kos kerosakan yang tinggi tetapi melibatkan faktor keselamatan nyawa.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan kerana telah meluluskan tujuh buah projek yang berimpak tinggi di kawasan Parlimen Igan untuk dilaksanakan di dalam Rolling Plan Pertama RMKe-12. Projek-projek berkenaan adalah seperti:
(i) pembinaan Klinik Pergigian Daro;
(ii) pembinaan Klinik Kesihatan Jenis Empat Daro;
(iii) Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung Daerah Matu ataupun PROSPEK;
(iv) pembinaan gantian penuh 28 buah bilik darjah SMK Matu; dan
(v) pembinaan semula sekolah daif SK Kampung Tebaang Daro, SK Kampung Pergau Matu, SK Bawang Tian Matu.
Walau bagaimanapun saya ingin memaklumkan kepada Kementerian Pendidikan bahawa masih banyak lagi sekolah-sekolah daif di kawasan saya yang perlu diambil perhatian dan tindakan. Di antaranya ialah SK Kampung Pangtray Daro, SK Orang Kaya Selair Matu, SK Kampung Sawai, SK Sekaan Kecil, SK Sungai Pasin, SK Batang Lassa, SK Nanga Semah dan SK Sabena.
Tuan Yang di-Pertua, saya memohon kepada Kementerian Pendidikan supaya sekolah-sekolah yang saya nyatakan tadi dimasukkan dalam RMKe-12 untuk dibina kerana sekolah-sekolah ini berada di dalam keadaan yang sangat uzur.
Tuan Yang di-Pertua, terakhirnya saya dengan ini menyokong pembentangan RMKe-12. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Igan. Seterusnya sebagai pembahas terakhir, saya ingin menjemput Yang Berhormat Kuala Selangor, 12 minit.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera semuanya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Waalaikumusalam.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih atas kesempatan ini. Kuala Selangor bangkit untuk mengambil peluang ini meskipun tidak berkesempatan dalam menjunjung kasih titah Agong tempoh hari. Apa pun Kuala Selangor petang ini, di hujung-hujung ini akan mengambil hanya gaya bebas sahaja Tuan Yang di-Pertua untuk mengisi waktu yang ada ini.
Yang pertama-tama saya sebutkan, betapa setiap kali perancangan pembangunan seperti ini dibentangkan, semalam saya melepaskan ciapan saya mengatakan bahawa hasil kerja birokrat kita yang gigih mencerakinkan semua ini, menghasilkan rancangan-rancangan yang seperti ini. Kita sebagai sebuah negara Tuan Yang di-Pertua, tidak pernah miskin, bahkan kita terlalu kaya dengan rancangan- rancangan ini yang menyaksikan kalau ambil sahaja Rancangan Malaysia, ini kali kedua belasnya.
Ambil rancangan yang agak panjang, 10 ataupun asalnya 20 tahun, Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) ataupun OPP satu hingga tiga itu, kita dapat saksikan betapa dalam rancangan-rancangan itu juga di mana RRJP2 melancarkan Wawasan 2020 dan disusuli dengan Dasar Pembangunan Nasional. Sementara RRJP3 menyaksikan dan memperkenalkan Dasar Wawasan Negara. Sementara itu kita juga diperkenalkan dengan Model Ekonomi Baru (New Economic Model) dengan izin yang bersekali untuk menjayakan Wawasan 2020.
Tuan Yang di-Pertua, sepertimana yang saya telah tegaskan, namun malangnya hari ini kita kembali untuk berbicara tentang RMKe-12. Saya memerhatikan betapa begitu komprehensif, menyeluruh, agak holistik kalau saya izinkan guna istilah itu. Betapa setiap
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
satu sama ada dari sudut langkah temanya, strateginya, pemangkinnya, kita perhatikan semua ini di mana setiap satu perkara seumpama dalam bab memperkukuh asas ekonomi mikro (micro economics), Tuan Yang di-Pertua. Setiap satu yang diturunkan sebagai langkah-langkahnya, hala tujunya Rancangan Malaysia Ke-12 ini dimulakan dahulu dengan mengiktiraf segala kelemahan Rancangan Malaysia Ke-11.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Kalau saya boleh perincikan lebih baik tetapi tidak cukup waktu. Dalam 12 minit sahaja. Tuan Yang di-Pertua, menjana semula ekonomi, mengembalikan semula momentum pertumbuhan, melonjakkan pertumbuhan industri strategik, memperkukuhkan keselamatan dan kesejahteraan, inklusiviti dan sebagainya. Termasuklah perpaduan, mempertingkatkan keseimbangan, keterangkuman wilayah, memperkukuh pembangunan sosioekonomi khasnya di Sabah dan Sarawak dan melonjakkan kemampanan.
Tuan Yang di-Pertua, malangnya atas segala yang telah kita lalui selama hari ini ada yang tidak disebutkan dalam setiap rancangan seumpama ini. Itu akan menjadi fokus saya. Betapa segala yang baik ini akhirnya sepertimana yang kita saksikan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas yang menutup tahun 2020 itu. Di mana dua tahun itu berakhir dengan satu keberantakan politik yang sangat malang, yang dicetuskan bukan sahaja pandemik yang didatangkan oleh Allah sebagai bencana dan bahana yang telah menjerumuskan seluruh dunia, seantara dunia ini tetapi di dalam negara kita ini ditambah krisis dengan gelagatnya penguasa politik, elit politik.
Ini tidak termasuk dalam perkara faktor yang menjerumuskan, yang merupakan kritikal sukses faktor kalau saya dengan izin menyebutkan betapa research houses, kalau saya perhatikan satu contoh yang mana kita dapat saksikan. Saya ambil satu sahaja, the Malaysian Rating Corporation Berhad. Menyebutkan dengan izin, “We think recent political development beside the pandemic have shaken foreign direct investment (FDI) confidence in this country. It has been widely reported that some quality FDI bypass…” Tidak menyinggah di sini. “Bypass Malaysia recently and instead made a beeline.” Mereka beratur menuju apa yang dikatakan “towards our regional neighbors”.
Ini yang menjadi malang Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita perhatikan yang sebenarnya mensabotaj rancangan-rancangan pembangunan ini adalah elit politik.
Justeru, saya ingin tegaskan segera bahawa saya mengungkapkan kembali betapa persoalan memorandum persefahaman itu adalah sangat penting. Justeru, untuk menstabilkan. Justeru, untuk meredakan suhu politik, justeru untuk tidak mengizinkan perebutan kuasa yang secara sangat curang, sangat khianat yang kita saksikan, yang inilah menjadi faktor-faktor ataupun yang menjadi the single factor yang menjerumuskan segala perancangan umpama perancangan pembangunan RMK dan segala-galanya.
Termasuklah dalam tahun 2019, Parlimen ke-14 ini menyaksikan keberantakan politik yang unprecedented, yang tidak ada sebobrok ini. Lalu saya tegaskan bahawa memorandum sefahaman itu adalah satu yang bukan sahaja kemestian. Kita tidak ada option, sama ada sebelah sana ataupun sebelah sini. Andainya kita memerintah dan diangkat oleh rakyat. Kita mahukan persoalan menstabilkan negara dengan tidak setelah diangkat sebuah kerajaan yang dimandatkan rakyat boleh pula sama ada individu mahupun parti mengkhianati coalitionnya, lantas berlaku apa yang telah berlaku yang mana kita saksikan seterusnya bagaimana negara ini dalam keberantakan, bukan sahaja pandemik tetapi politik dan ekonomi.
Lalu Tuan Yang di-Pertua, saya tegaskan betapa memorandum persefahaman itu adalah suatu kemestian dan kewajipan. Ia bukan suatu pilihan. It is not a choice dan kita mesti tekad bersama sebabnya kalaupun kami memerintah ataupun PN, BN dan MN memerintah, kita tidak akan dapat membentangkan atau meluluskan dengan dua pertiga majoriti untuk meluluskan “rang undang-undang antilompat parti” dan juga sekali gus recall election yang diperlukan untuk benar-benar memberikan hormat kepada rakyat yang telah mengangkat kita sebagai kerajaan dan tidak dikhianati dalam pertengahan jalan.
Lalu kami tetap menjadi pembangkang. Pembangkang ini punya– this is our constitutional role to check and balance. Kalau saya ambil satu kalimat daripada Al-Quran.
Pembangkang dan semak dan imbang itu ada disebut dalam Al-Quran dengan izin.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Firman Allah. Andainya manusia itu tidak saling semak mengimbang, tolak menolak, check and balance, descend as the cardinal principle of democracy, the whole entire world, the whole earth, the whole negara ini, kalau bersatu atas sifat untuk membelakangi kebenaran seumpama apa yang kita lihat. Bersatu juga, bersatu untuk menjatuhkan kerajaan yang diangkat oleh rakyat. Itu adalah pengkhianatan dan kita akan terus berperanan sebagai pembangkang.
Kalaupun kita menandatangani, memeterai perjanjian ini sebab itu adalah tanggungjawab kami sebagai pembangkang. We are His Majesty’s opposition and they are the His Majesty’s government. Dengan izin, democracy ala Westminster.
Lalu jangan ada sesiapa pun yang mempertikaikan bahawa kami khususnya Pakatan Harapan dan kawan-kawan pembangkang yang lain, kita tidak memeterai perjanjian ini kerana kita percaya atau tidak. Percaya atau tidak bukan urusannya.
Percaya atau tidak bukan faktor untuk kita memeterai perjanjian ini. Percaya atau tidak bukan penentunya.
Apa yang menjadi penentunya adalah sama-sama bertekad untuk tidak menjatuhkan, untuk tidak menggugat, untuk tidak mencetuskan keberantakan supaya setiap kerajaan yang diangkat diberi masa lima tahun, bukan lima bulan, bukan 18 bulan, bukan 22 bulan untuk mentadbir. Supaya rancangan-rancangan seumpama RMK ini dapat kita lunaskan dan dapat kita penuhi segala kehendak dan matlamat ataupun aspirasi rakyat yang mengangkatkan kami.
Tuan Yang di-Pertua, dengan itu saya ingin saja untuk menguraikan perkara- perkara yang bersangkutan dengan ini. Namun, saya ingin menyinggung sedikit daripada apa yang diistilahkan dan diangkat sebagai keluarga besar.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, sedikit sahaja Yang Berhormat.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Tengah nak landing ini.
[Ketawa]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Walaupun waktu sudah lebih kurang 7.30 tetapi isu yang dibawa oleh Yang Berhormat adalah isu yang menarik.
Adakah Yang Berhormat setuju bahawa barang apa juga yang dirancang, bertapa tebalnya buku itu sekalipun dirancang oleh kerajaan ia tidak akan dapat dilaksanakan dengan baik untuk rakyat kalau ada di kalangan wakil rakyat yang mengkhianati mandat yang diberi oleh rakyat. Setuju tidak Yang Berhormat.?
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih sahabat saya saudara Yang Berhormat Jelutong. Itulah dia kunci kepada penyampaian perbahasan saya hari ini. Kestabilan dan reformasi itu mesti sama-sama kita angkat.
Bukan we have become friends, we are still government and opposition. Mereka tetap menjadi kerajaan buat hari ini, kami pembangkang tetapi yang mustahaknya kedua-dua secara dwipartisan, dengan tekad, dengan azam untuk benar- benar melaksanakan dan to legislate, to promulgate untuk kita taqnin kan rang undang- undang anti-hopping law itu supaya benar-benar mandat rakyat kita hormati. Apa yang dikatakan sebagai suhu politik, ada juga yang mengatakan, Yang Berhormat Pasir Salak menyebutkan kalau silap-silap hari bulan Yang Berhormat Bera pun akan hanya hadir 30 hari sahaja untuk mentadbir.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Baik, rumuskan Yang Berhormat.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Bayangkan perkara ini, bayangkan hakikat ini kalau kata-kata seperti ini terlaksana ataupun dengan apa pun sebab. Justeru, Pakatan Harapan, saya Kuala Selangor mengangkat akan perkara ini, memahamkan semua. Jangan gusar, kita tetap pembangkang yang akan menyemak dan mengimbang segala polisi dan dasar tetapi buat setakat ini kita mahu lihat. Kalau yang baik kita katakan baik, yang tidak pastinya kita akan lawan dan kita akan lawan habis- habisan. Itu yang menjadi mustahak untuk saya sebutkan.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sekadar itu yang mampu saya sebutkan dalam peruntukan had waktu yang ada. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Okey, terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Ahli Yang Berhormat, sebelum kita akhiri Majlis pada hari ini. Saya ingin menyebut untuk esok pembahas, Yang Berhormat Alor Setar dan Yang Berhormat Papar akan memulakan, pembahas pertama dan kedua.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 29 September 2021. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.40 malam]