Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat]
1. Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [Batu Gajah] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan, mengenai peluang pendidikan tinggi yang disediakan terutamanya ke universiti-universiti awam bagi lepasan diploma daripada politeknik-politeknik tempatan.
Didapati ramai yang memperoleh keputusan yang cemerlang dari politeknik tidak mendapat tempat melanjutkan pelajaran di menara gading tahun ini. Mohon penjelasan.
Menteri Pengajian Tinggi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Batu Gajah.
Secara umumnya pelajar-pelajar politeknik disediakan untuk memenuhi keperluan industri. Namun pihak kementerian juga menggalakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Antara inisiatif KPT adalah dengan membuat kerjasama artikulasi program diploma politeknik ke program Ijazah Sarjana Muda Malaysian Technical University Network (MTUN).
Untuk makluman Yang Berhormat, Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA menyelaras permohonan kemasukan pelajar ke universiti awam melalui sistem UPU Online. Penyelarasan ini merangkumi permohonan, pemilihan, penawaran, hebahan dan rayuan bagi program pengajian lepasan STPM, asasi, matrikulasi dan diploma untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di universiti awam. Kejayaan mendapat tempat pengajian bergantung sepenuhnya kepada markah merit, bilangan tempat yang disediakan serta kelayakan calon selain kecemerlangan dalam proses temu duga yang dilaksanakan di universiti awam bagi sesetengah program pengajian yang memerlukan kompetensi.
Pada sesi akademi 2021/2022, KPT telah menerima sebanyak 7,652 orang calon lepasan politeknik yang memohon dan layak untuk melanjutkan pengajian ke universiti awam. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 5,103 ataupun 67 peratus telah ditawarkan tempat pengajian. Bilangan ini menunjukkan peningkatan sebanyak lima peratus berbanding 4,445 daripada 7,175 orang calon yang memohon pada sesi akademi 2020/2021. Daripada analisa KPT, calon tidak ditawarkan tempat berkemungkinan disebabkan oleh beberapa faktor. Di antaranya:
(i) persaingan yang sengit di antara pelajar diploma, asasi, matrikulasi dan STPM untuk mendapatkan tempat di IPTA;
(ii) tidak berjaya semasa sesi temu duga yang dijalankan secara bersemuka atau secara dalam talian;
(iii) memilih program yang sangat kompetitif dengan permintaan yang tinggi akan mengehadkan peluang calon untuk mendapat tempat; dan
Menteri Pengajian Tinggi - Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
(iv) tempat yang ditawarkan bagi tiap bidang pengajian adalah terhad.
Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih juga diucapkan kepada Yang Berhormat Menteri. Saya juga ingin tahu, adakah rancangan kerajaan dalam mengembangkan pendidikan politeknik di negara kita. Adakah kursus-kursus peringkat ijazah dan ijazah tinggi akan diperluaskan lagi di institusi politeknik? Sejauh manakah kebolehpasaran lepasan daripada politeknik dalam pasaran buruh hari ini berbanding dengan institusi-institusi yang lain? Mohon Menteri jawab, terima kasih.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih banyak atas soalan tambahan dan atas keprihatinan daripada Yang Berhormat Batu Gajah. Tuan Yang di-Pertua, dalam kita hendak mengembangkan pendidikan politeknik negara ini, kolaborasi merentas kementerian bersama pihak industri telah diperkukuhkan melalui penubuhan Majlis TVET Negara. Urus setia Majlis TVET Negara ini KPT sendiri.
Bagi memastikan kurikulum pendidikan politeknik sentiasa relevan dengan perkembangan teknologi terkini, Majlis Penasihat Industri juga telah ditubuhkan bagi memberi input dan berkongsi maklumat-maklumat terkini berkaitan dengan keperluan industri. Memang betul KPT akan memperluaskan penawaran program ijazah sarjana muda di politeknik melalui work-based learning (WBL) di politeknik premier Yang Berhormat.
Manakala untuk tadi soalan mengenai kebolehpasaran pula, kebolehpasaran graduan politeknik bagi tempoh lima tahun adalah melebihi 90 peratus. Saya hendak bagi contoh, pada tahun 2018, kebolehpasaran ialah 96.1 peratus. Pada tahun 2019 pula, kebolehpasaran 96.7 peratus. Ada sedikit pengurangan pada tahun 2020 disebabkan cabaran kita menghadapi pandemik COVID-19 iaitu 91.4 peratus.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Ini menunjukkan bahawa kebolehpasaran graduan daripada politeknik ini memang sangat tinggi kalau kita bandingkan dengan institusi-institusi lain, Yang Berhormat. Terima kasih.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Yang Berhormat Jerai.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya jemput di sebelah sini.
[Merujuk kepada blok kerajaan] Saya jemput Yang Berhormat Sibuti, sila.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Ketika ini negara kita sedang menuju ke arah pemulihan selepas pandemik COVID-19. Saya melihat TVET adalah merupakan salah satu cabang ataupun bidang yang akan menjadi pilihan pengusaha-pengusaha dan juga menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat.
Saya ingin mengetahui pandangan dan juga jawapan daripada pihak kerajaan, apakah usaha-usaha kerajaan untuk menjadikan TVET ini sebagai pilihan perdana pelajar-pelajar dan juga apakah langkah untuk memberi pengiktirafan kepada pelatih- pelatih TIVT di bawah Malaysia Qualification Agency (MQA). Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
Terima kasih Yang Berhormat Sibuti di atas soalan yang telah diberikan. Memang kementerian sentiasa bekerjasama seperti dalam jawapan asal saya– sentiasa bekerjasama dgn industri dalam memperkasakan TVET terutamanya dari segi sudut kurikulum supaya ia dapat memenuhi kehendak industri tersebut.
Untuk makluman Yang Berhormat, graduan daripada program aliran TVET yang melalui penilaian jaminan kualiti sama ada daripada MQA ataupun daripada KSM iaitu daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan disenaraikan dalam Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) adalah diiktiraf untuk bekerja di dalam mana-mana GLC dan sektor awam, tidak tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang melantik. Jadinya, kelayakan aliran TVET ini juga boleh digunakan untuk melanjutkan
Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad
pengajian ke peringkat yang lebih tinggi melalui artikulasi yang ditawarkan oleh universiti berkenaan.
Akan tetapi, reputasi laluan TVET ini sedang diperkukuh supaya ianya setanding juga dengan laluan akademi yang lain dan insya-Allah kami di kementerian sentiasa berusaha supaya TVET ini bukan pilihan kedua tetapi TVET ini dipilih oleh pelajar berdasarkan pada kemahuan dan potensi mereka selepas mereka mendapat pekerjaan itu nanti. Terima kasih banyak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Pertanyaan- pertanyaan Menteri seterusnya. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Kemaman.
2. Tuan Che Alias bin Hamid [Kemaman] minta Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan tindakan strategik bagi memastikan dasar harga karbon yang sentiasa kompetitif dalam pelan perdagangan karbon yang akan diperkenalkan kelak bagi menarik penyertaan pasaran karbon global.
Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Ahli Parlimen Kemaman membangkitkan persoalan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jemaah Menteri telah pun bersetuju dengan pembangunan Panduan Pasaran Karbon Sukarela Antarabangsa pada 17 September 2021.
Pembangunan panduan ini adalah sebagai asas rujukan kepada pihak dalam negara seperti kerajaan negeri, pihak-pihak swasta yang ingin terlibat dalam mekanisme pasaran karbon sukarela antarabangsa atau voluntary carbon market dengan izin VCM.
Panduan Pasaran Karbon Sukarela yang dibangunkan menyenaraikan tanggungjawab pihak dalam negara seperti kerajaan negeri atau pihak swasta yang ingin membangunkan atau melaksanakan projek karbon secara sukarela. Dalam masa yang sama, panduan ini turut menyenaraikan terima kasih Kementerian Alam Sekitar dan Air selaku kementerian yang bertanggungjawab ke atas perubahan iklim dan dasar berkaitan mekanisme pasaran karbon negara.
Panduan ini turut menyenaraikan keperluan teknikal asas bagi melaksanakan projek karbon secara sukarela dan makluman berkaitan projek karbon secara sukarela yang perlu dilaporkan kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air. Dalam masa yang sama, KASA juga dalam fasa membangunkan Skim Perdagangan Karbon Peringkat Domestik atau dengan izin Domestic Admission Trading Scheme (DATS) dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan pihak-pihak lain yang berkaitan seperti Bursa Malaysia.
Pembangunan DATS merupakan sebahagian daripada pembangunan dasar penetapan harga karbon atau dengan izin carbon pricing negara. Pelaksanaan DATS adalah melalui pembangunan satu platform tunggal atau dengan izin single platform bagi urus tadbir kredit karbon di pasaran domestik secara berfasa.
Untuk makluman Yang Berhormat, pembangunan DATS akan menjadi inisiatif kepada pihak dalam negara seperti kerajaan negeri dan pihak swasta yang ingin mencari alternatif kepada pasaran karbon secara sukarela yang mempunyai kos transaksi yang tinggi dan keperluan teknikal yang lebih ketat. Hal ini, pembangunan DATS akan membolehkan harga karbon di pasaran domestik sentiasa berdaya saing dan kompetitif.
Selain itu, saya juga ingin maklumkan kepada Dewan yang mulia ini peningkatan dalam permintaan kredit karbon oleh pihak swasta susulan daripada pelaksanaan mekanisme kawalan karbon di peringkat perdagangan antarabangsa oleh negara-negara maju seperti Kesatuan Eropah, Kanada dan USA juga akan meningkatkan daya saing harga karbon di pasaran domestik.
Saya ingin beri penegasan bahawa sebarang transaksi mestilah mematuhi tatacara yang diputuskan oleh kementerian kerana sebarang transaksi di peringkat negeri dan swasta mesti dikawal selia supaya pemindahan kredit karbon tidak menjejaskan
Menteri Alam Sekitar dan Air - Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara yang mencapai sasaran carbon neutral pada satu tarikh yang akan dimaklumkan nanti. Terima kasih Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan pertama, sila Yang Berhormat Kemaman.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana berjaya merealisasikan satu panduan Pasaran Karbon Sukarela Antarabangsa (ECM) dan Skim Perdagangan Karbon Peringkat Domestik serta meletakkan perkara ini sebagai salah satu daripada 10 sasaran utama KASA sepanjang satu hari pentadbiran ini. Perdagangan karbon (carbon trading) merupakan satu pendekatan yang dapat menangani isu perubahan iklim (climate change) dunia. Soalan saya sejauh manakan libat urus antara negeri industri dan juga Kementerian Tenaga dan Sumber Asli telah dilaksanakan. Terima kasih.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Terima kasih Yang Berhormat. Oleh kerana urus niaga karbon melibatkan pelbagai pihak dan agensi dan bukan sahaja Kementerian Alam Sekitar dan Air, maka satu libat urus bersama dengan pihak-pihak yang berkepentingan ataupun yang terlibat diadakan di mana kita telah mengadakan suatu perbincangan bersama dalam Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara atau ringkasnya MyCAC yang diadakan pada 13 April 2021.
Ia dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Untuk makluman Yang Berhormat, sesi ini juga melibatkan semua Menteri-menteri Besar seluruh negara dan kementerian-kementerian yang terlibat. Insya-Allah ia akan menjadikan suatu panduan yang sangat penting bagi urus niaga dan pasaran dan karbon negara pada masa hadapan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri, soalan tambahan yang kedua, saya kena panggil sebelah sini.
[Merujuk kepada blok pembangkang] Saya menjemput Yang Berhormat Permatang Pauh.
Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan. Kita sudah tentu mahu mendukung sepenuhnya daripada segi perdagangan karbon dan pelan yang lestari.
Persoalan saya, pada tahun 2017 Malaysia telah mencatatkan pendaftaran syarikat kredit karbon pertama, namanya Climate Change Protector (CCP) Sdn Bhd.
Mereka telah mengadakan perjanjian dengan Kerajaan Negeri Kelantan, dikatakan ketika itu di bawah inisiatif REDD PBB bagi memastikan 396,000 hektar hutan dilibatkan dalam usaha untuk memastikan isu atau dasar karbon ini dipelihara. Mohon maklum balas Yang Berhormat tentang status terkini kejayaan ataupun kelemahan dan apa yang dapat kita lakukan sehingga hari ini untuk memastikan kelestarian perdagangan karbon ini. Terima kasih.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh yang membangkitkan isu. Kita akui bahawa tahun 2017 sebagaimana yang dimaklumkan tadi suatu perbincangan telah diadakan dengan kerajaan negeri oleh sebuah syarikat. Walau bagaimanapun, perundingan kepada usaha ini terhenti kerana beberapa perkara, sama ada melibatkan kawasan yang dimaklumkan sebanyak 396,000 hektar. Saya kebetulan ada bertemu dengan Menteri Besar beberapa hari lepas dan membincangkan isu ini, di mana sebenarnya kita negara perlukan satu mekanisme yang dibuat di peringkat negara.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Oleh sebab kita ada komitmen dengan UNFCCC dan pelaporan kita yang mesti memenuhi perkara tersebut. Oleh itu, kita perlu membangunkan sistem dahulu supaya mana-mana negeri dan mana-mana pihak swasta yang ingin melakukan penjualan karbon, dia mesti melalui kementerian supaya kita dapat, pelaporan kita memenuhi syarat- syarat. Jadi kalau sekiranya kita benarkan tanpa kawalan menyebabkan akhirnya laporan kita kepada UNFCCC terjejas.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Jadi oleh sebab itu, untuk maklumat Yang Berhormat bahawa perkara ini terhenti kerana beberapa faktor dan kita perlukan mekanisme yang sedang dibangunkan oleh pihak kementerian. Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh.
Puan Yeo Bee Yin - Bakri
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya perlu teruskan kepada pertanyaan seterusnya.
3. Tuan Cha Kee Chin [Rasah] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan, adakah kementerian akan menurunkan lagi harga maksimum kit pengujian kendiri secara berperingkat daripada harga siling yang ditetapkan pada RM19.90 ketika ini memandangkan kit ini telah menjadi satu keperluan masa kini.
Penurunan harga secara berperingkat ini diyakini akan membolehkan lebih ramai rakyat mampu membeli kit ini, khasnya golongan B40.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyambut baik cadangan Yang Berhormat Rasah, dan untuk makluman Yang Berhormat, kementerian memutuskan untuk menurunkan harga kit ujian pantas antigen COVID-19 ujian kendiri ini lebih rendah daripada harga maksimum yang ditetapkan sekarang iaitu RM16 seunit bagi peringkat borong manakala RM19.90 seunit bagi peringkat runcit yang telah berkuat kuasa pada 5 September 2021.
Kerajaan prihatin dan senantiasa mendengar luahan rakyat supaya kit ujian pantas antigen COVID-19 ujian kendiri ini dapat dibeli pada harga mampu milik. Sebagai ‘Keluarga Malaysia’, sudah semestinya kerajaan mengharapkan agar tahap kesihatan rakyat berada pada tahap yang baik dalam norma kehidupan baharu ini dan rakyat mampu menjalani ujian ini secara berkala dengan kos yang tidak membebankan mereka.
Pada 19 September 2021 iaitu Ahad lepas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri turut mengumumkan Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) dengan peruntukan lebih RM471.6 juta kepada Keluarga Malaysia kategori B40 bertujuan untuk meringankan beban kewangan perbelanjaan isi rumah golongan ini. Ini merupakan suatu berita gembira buat golongan ini dan pakej ini dijangkakan bakal memanfaatkan lebih kurang 3.6 juta keluarga B40.
Ahli Yang Berhormat, keputusan untuk menurunkan harga kit ujian pantas antigen COVID-19, ujian kendiri ini, haruslah dilaksanakan dengan penelitian dan tidak tergesa- gesa memandangkan kementerian perlu mengambil kira kepentingan semua pihak serta merumuskan pendekatan menang-menang ataupun, dengan izin, win-win situation di mana dalam kita memberikan perlindungan kepada pengguna agar mereka sentiasa sihat dan bebas daripada jangkitan COVID-19. Kementerian perlu juga mengambil kira sudut pandangan industri yang berkaitan agar mereka dapat meneruskan kelangsungan perniagaan mereka.
Kementerian akan terus mengadakan sesi libat urus bersama Kementerian Kesihatan serta mengambil kira perbincangan dan pandangan pemegang-pemegang taruh dalam industri kit ujian kendiri COVID-19 termasuk fasiliti, farmasi dan klinik.
Penelitian daripada segi kos pengeluaran dan kos pengimportan perlu turut diambil kira sebelum kita merumuskan harga maksimum yang baharu.
Sepanjang tempoh pemeriksaan serta pemantauan ke atas penjualan ujian kendiri, kit ujian pantas antigen COVID-19 bermula 5 September 2021 hingga 20 September 2021, sebanyak 2,261 buah premis telah diperiksa membabitkan 123 buah premis borong dan 2,138 buah premis runcit, dan daripada pemeriksaan tersebut, sebanyak 10 amaran dikeluarkan kerana menjual melebihi harga maksimum yang ditetapkan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Sila Yang Berhormat Rasah, soalan tambahan pertama.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang bagi saya agak lengkap tadi. Cuma sedikit cadangan saya, kalau boleh kita turunkan harga kit ujian kendiri tersebut secara berperingkat, mungkin pada awal bulan depan kepada RM15, ini harga runcit. Selepas itu November mungkin RM10 dan akhirnya mungkin RM5 supaya semua rakyat boleh beli.
Itu sedikit cadangan daripada saya. Saya setuju Yang Berhormat sebut tadi kena ambil kira kepentingan semua pihak.
Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, selain daripada kit ujian kendiri antigen ini, disebabkan oleh pandemik COVID-19, ada benda-benda lain seperti alat sanitasi, spray gun ataupun mesin pembersih udara- air purifier dan juga pulse oximeter yang menguji tahap oksigen dalam badan kita. Benda-benda ini sebelum ini tak digunakan ataupun jarang digunakan oleh rakyat biasa tetapi ia menjadi satu keperluan semasa disebabkan oleh pandemik COVID-19 ini.
Jadi, apa pendirian, adakah kerajaan khasnya kementerian ini akan mengambil satu tindakan supaya harga siling perkara-perkara ini, item ini akan dihadkan pada paras maksimum tertentu sebagaimana kit ujian kendiri ataupun pelitup muka yang telah dilakukan pada tahun lepas? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Rasah. Sila Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi
Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Rasah, sebenarnya banyak yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Rasah tadi merupakan cadangan yang terbaik dan telah saya rasa makluman ataupun telah terjawab dalam jawapan asal tetapi saya mengambil pandangan Yang Berhormat tadi dengan serius juga.
Kita menghargai dan KPDNHEP akan memperhalusi perkara-perkara yang telah disebut tadi dengan sewajarnya kerana ia merupakan suatu cadangan yang baik.
Menurunkan lagi harga test kit ini dan juga alat-alat lain yang telah disebut tadi, kementerian akan mengkaji kesemua faktor yang telah saya nyatakan tadi sebagai mengambil kira pendekatan yang terbaik.
Pendekatan yang terbaik, kita membuat libat urus bersama semua lapisan ini sebab kita tak nak mana-mana yang akan merasakan dianiaya ataupun terjejas sama ada peniaga, pengguna, pemborong dan juga siapa-siapa yang memerlukan.
Kementerian akan meneruskan pemantauan harga bagi produk-produk ini daripada semasa ke semasa dan tindakan boleh diambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 ke atas mana-mana peniaga yang cuba mengambil keuntungan secara tidak munasabah, yang mencatut sehingga menyebabkan kenaikan harga yang mendadak yang boleh menjejaskan kepentingan pengguna dan kesemua yang memerlukan alat-alat ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Tanjong Manis.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Papar, Papar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kepada pihak kerajaan atas pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri pada hari Ahad yang lalu berkaitan dengan bantuan kepada B40 untuk kit ini.
Soalan yang saya ingin kemukakan ini ialah adakah kit-kit ujian secara kendiri ini mendapat perakuan daripada pihak KKM dari sudut ketepatannya dalam mana-mana brand ataupun mana-mana jenama yang berada di pasaran ini? Terima kasih.
Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi
Tuan Yang di-Pertua, semua brand yang sekarang di pasaran adalah brand yang diluluskan untuk dijual. Sekarang lebih 16 jenama yang sudah diluluskan peringkat pertama dan Yang Berhormat Menteri Kesihatan juga inginkan kita lipat gandakan nama-nama brand supaya ada persaingan dan ia juga akan memberi tekanan kepada penurunan harga nanti kalau lebih banyak lagi brand dalam pasaran.
Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi
Kesemua test kit ujian kendiri ini adalah mesti diluluskan oleh Medical Device Authority (MDA), ia tak boleh sebarang kerana perkakas ini ataupun alat ini adalah amat penting dan ia mesti diiktiraf oleh MDA di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis
Soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ia tidak ada soalan tambahan, ia cuma dua saja.
Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar
Soalan tambahan satu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]
1. Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan status terkini Perkongsian Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP) dan apakah rancangan bagi meningkatkan kerjasama antara negara- negara perjanjian RCEP.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
Tuan Yang di-Pertua, Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) telah ditandatangani oleh 15 buah negara iaitu 10 negara anggota ASEAN dan lima buah negara rakan FTA ASEAN sewaktu Sidang Kemuncak RCEP Ke- 4 pada 15 November 2020. Lanjutan daripada itu, negara-negara anggota RCEP mengambil langkah-langkah domestik bagi meratifikasi perjanjian tersebut mengikut lunas-lunas perundangan negara masing-masing.
Berdasarkan peruntukan yang terkandung dalam perjanjian RCEP, ia akan berkuat kuasa 60 hari setelah sekurang-kurang enam negara anggota ASEAN dan tiga negara rakan FTA ASEAN menyerahkan Surat Cara Ratifikasi (Instrument of Ratification) kepada Sekretariat ASEAN. Sehingga kini, negara-negara yang telah meratifikasi perjanjian adalah Singapura, China dan Jepun. Thailand telah melengkapkan proses ratifikasi domestik dan akan menghantar Surat Cara Ratifikasi kepada Sekretariat ASEAN pada hujung tahun ini. Manakala, Myanmar telah pun menghantar Surat Cara Ratifikasi kepada Sekretariat ASEAN.
Semasa mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi ASEAN ke-53 pada 9 September 2021, negara-negara anggota ASEAN telah mensasarkan tarikh kuat kuasa perjanjian RCEP pada 1 Januari 2022. Negara-negara seperti Brunei, Filipina, Indonesia, Kemboja dan Vietnam telah memaklumkan hasrat untuk melengkapkan proses ratifikasi domestik menjelang November 2021. Malaysia pula memberikan komitmen untuk melengkapkan proses ratifikasi pada pertengahan Disember tahun ini.
Proses ratifikasi RCEP bagi Malaysia memerlukan pindaan dibuat ke atas tiga akta di bawah bidang kuasa KPDNHEP. Ini adalah bagi memastikan akta-akta tersebut sejajar dengan obligasi negara di bawah perjanjian tersebut. Dalam hal ini, MITI telah dimaklumkan oleh pihak KPDNHEP bahawa draf pindaan akta-akta tersebut sedang diperhalusi oleh Jabatan Peguam Negara. Sekiranya Malaysia tidak meratifikasi perjanjian ini, negara akan tidak menikmati faedah dan layanan keutamaan (preferential treatment) seperti yang terkandung dalam RCEP.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
Antara manfaat yang dapat dinikmati sekiranya Malaysia meratifikasi perjanjian ini adalah:
(i) pengurangan tarif ke atas barangan eksport;
(ii) akses pasaran perdagangan perkhidmatan;
(iii) pergerakan pekerja profesional dan berkemahiran tinggi; serta
(iv) peluang meningkatkan aktiviti pelaburan di kalangan negara- negara anggota RCEP.
Setelah perjanjian ini berkuat kuasa, antara kerjasama yang dirancang termasuklah peningkatan kapasiti bagi pelaksanaan penurunan atau penghapusan kadar tarif import, pengurangan halangan-halangan berbentuk bukan tarif seperti melalui penerimaan pakai standard dan piawaian industri setiap negara. Seiring dengan matlamat utama perjanjian untuk mengukuhkan aktiviti rantaian nilai serantau, di samping menjadikannya lebih mesra pengguna serta lebih mudah digunakan.
Selain daripada pengurangan tarif ke atas barangan eksport, negara anggota RCEP juga komited untuk mengurangkan halangan-halangan bukan tarif atau dengan izin, non-tariff measures melalui penyelarasan tatacara import dan eksport bagi memudah cara pergerakan barangan rentas sempadan termasuklah menyesuaikan serta menerima pakai standard atau piawaian industri setiap negara anggota atau harmonization of rules and standards. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, RCEP melalui bab Standards, Technical Regulations and Conformity Assessment Procedures telah menekankan keperluan mengadakan kerjasama antara badan-badan piawaian negara anggota serta perbincangan di peringkat teknikal untuk memastikan piawaian dan standard industri negara masing-masing tidak menjadi penghalang atau meningkatkan kos barangan yang dieksport. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan pertama, sila Yang Berhormat Bintulu 30 saat.
Dato' Seri Tiong King Sing - Bintulu
Terima kasih Yang Berhormat Menteri Kanan atas jawapan yang diberi. Soalan tambahan, RCEP dan CPTPP merupakan plurilateral trade agreement yang dilihat sebagai saling lengkap-melengkapi antara kedua- duanya. Baru-baru ini, negara China yang juga anggota RCEP telah memohon secara rasmi untuk menyertai CPTPP. Apakah pandangan Malaysia terhadap penyertaan negara China dan apakah kesan terhadap industri tempatan? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Menteri Kanan, satu minit.
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
Terima kasih Yang Berhormat Bintulu.
Memang benar Tuan Yang di-Pertua, negara China telah pun mengumumkan secara rasmi untuk menyertai CPTPP pada 16 September yang lalu. Pada pandangan saya, penyertaan China dalam CPTPP akan memberikan dampak pengaruh ekonomi yang kuat dalam perjanjian perdagangan. Ini adalah negara yang kedua selepas United Kingdom memohon untuk menyertai CPTPP pada awal tahun ini dan kita menjangkakan China akan memulakan accession negotiations bersama negara-negara anggota RCEP pada awal tahun hadapan.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, walaupun Malaysia mempunyai FTA bersama China iaitu ASEAN-China FTA, namun di bawah CPTPP, China perlu menawarkan akses pasaran tanpa sebarang pengecualian awal, di mana China perlu membuat tawaran akses pasaran yang lebih menyeluruh, berkualiti tinggi dan juga menepati piawaian perjanjian CPTPP. Oleh yang demikian, akses pasaran yang bakal kita nikmati dengan penglibatan China dalam CPTPP kelak, dijangka lebih luas, komprehensif dan menguntungkan Malaysia berbanding dengan ASEAN-China FTA.
Di bawah peraturan Rules of Origin sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, setiap produk yang diiktiraf sebagai berasal ataupun originating dari Malaysia atau negara anggota CPTPP akan mendapat layanan duti berkeutamaan (preferential duty). Sebagai
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali
contoh, dengan kemasukan China ke dalam CPTPP, ia akan membolehkan pengilang- pengilang dan pengeluar-pengeluar dari Malaysia untuk menggunakan bahan mentah dari China bagi pengeluaran produk akhir yang turut diambil kira dalam melayakkan produk berkenaan mendapat layanan duti berkeutamaan (preferential duty).
Jadi pada pandangan kementerian, Malaysia sebagai salah satu rakan dagang yang terbesar dengan China, dasar dan agenda pembangunan China ini adalah penting di mana ianya akan memberikan impak kepada Malaysia dan negara-negara serantau.
Dalam hal ini, kemasukan China ke dalam CPTPP dijangka memberi impak yang cukup positif dan signifikan ke atas Malaysia, sekiranya Malaysia meratifikasi perjanjian CPTPP dalam masa yang terdekat.
Saya juga hendak memaklumkan baru-baru ini, Federation of Malaysian Manufacturers merupakan satu pertubuhan yang besar mewakili pengilang-pengilang di Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya quote kenyataan FMM, “We firmly believe that early ratification of CPTPP would assist Malaysian exporters to secure preferential market access within CPTPP countries to remain competitive over our regional competitors and help to build investors confidence in Malaysia during this time of uncertainty”.
Jadi, alhamdulillah nampaknya pihak industri, pihak swasta juga telah melihat kepentingan CPTPP dan kita akan meratifikasinya dalam masa yang terdekat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan yang kedua.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Minta soalan tambahan. Yang Berhormat Sik mahu soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya jemput Yang Berhormat Kuala Kedah.
Dr. Azman bin Ismail - Kuala Kedah
Ya. Terima kasih Timbalan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan saya ialah dengan kita meratifikasikan RCEP dan juga dengan bersamanya Myanmar dalam meratifikasikannya, apakah itu akan menghalang kita untuk bersuara atau mengenakan tekanan kepada Myanmar atas tindak tanduknya yang merupakan ancaman juga kepada kestabilan dan keselamatan di Asia Tenggara, khususnya...
[Tidak jelas] Terima kasih.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Kedah.
Saya mengambil maklum pandangan ini. Malahan, pemimpin-pemimpin negara-negara ASEAN juga telah membincangkan tentang situasi politik di Myanmar dan ada beberapa buah negara anggota ASEAN telah mengambil pendirian yang keras dan tegas tidak menerima kepimpinan yang ada pada hari ini.
Namun dalam konteks meratifikasi perjanjian RCEP, saya telah sebut secara cermat sebentar tadi bahawa yang telah meratifikasi dan diterima oleh Sekretariat ASEAN adalah Singapura, China dan Jepun manakala Thailand telah melengkapkan proses meratifikasi dan telah mengemukakan surat cara ratifikasi kepada Sekretariat. Namun dalam konteks Myanmar, mereka telah menghantar surat cara ratifikasi kepada Sekretariat ASEAN dan ini akan diputuskan di peringkat kepimpinan pemimpin-pemimpin negara-negara ASEAN tentang situasi di Myanmar.
Jadi, perkara ini perlu dilihat secara menyeluruh walaupun ia melibatkan perdagangan dan juga trade di antara negara-negara ASEAN dan juga anggota rakan FTA ASEAN. Namun, situasi di Myanmar itu amat membimbangkan dan kita sedang memantau untuk mengambil ketetapan yang lebih tegas dan meletakkan tekanan yang lebih kuat kepada kepimpinan di Myanmar pada hari ini supaya kembali menjadi sebuah negara yang demokratik dan memberikan hak kepada rakyat di Myanmar. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Mohon satu lagi soalan tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya ingin teruskan.
Pertanyaan jawapan lisan seterusnya...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Sebelum soalan kedua Timbalan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya menjemput Yang Berhormat Puchong.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Timbalan Yang di-Pertua, sebelum soalan yang kedua, saya ingin tahu– Timbalan Yang di-Pertua, saya minta penjelasan.
Siapakah Menteri Kanan yang telah masuk campur salah guna kuasa di mana mengikut satu laporan, ada seorang Menteri Kanan telah sekat Speaker daripada mengundang Yang Berhormat Teluk Intan sebagai Speaker semalam? Jadi saya hendak tahu, adakah Menteri Kanan tersebut ada dalam Dewan pagi ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta maaf Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Hari ini saya ada lihat dua Menteri Kanan di sini. Adakah mereka salah satu daripada Menteri Kanan tersebut?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat Gombak lah.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kita perlu tahu. Sebagai Ahli Parlimen, kita ada hak untuk tahu. Siapakah Menteri Kanan yang begitu memalukan, salah guna kuasa, tidak jaga kementerian dia...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta maaf Yang Berhormat Kota Melaka. Kita dalam sesi Pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Ya. Kita hendak tahu sama ada Menteri Kanan tersebut ada dalam Dewan ini atau tidak. Ya atau tidak? [Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta Yang Berhormat Kota Melaka duduk dahulu.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta Yang Berhormat Puchong untuk bertanya. Sila on kan mic.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kita mesti ada maruah Timbalan Yang di-Pertua.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Mabuk kah?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kita mesti ada maruah Timbalan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta Yang Berhormat Kota Melaka duduk dahulu.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Saya tidak mahu pakai perkataan “memalukan” tetapi saya kata, kita mesti jaga maruah kita.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka. Terima kasih.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jadi boleh bagi jawapan atau tidak siapa Menteri Kanan tersebut? Adakah dia ada dalam Dewan sekarang?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya tidak boleh bagi jawapan ini.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Dalam Dewan ini ada dua Menteri Kanan sekarang. Adakah mereka antara satu daripadanya?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Kota Melaka, jangan ganggu sesi sekarang.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Timbalan Yang di-Pertua, ini tiada kaitan dengan soal jawab pagi ini.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta teruskan Yang Berhormat Puchong.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua, saya mencabar Ahli Parlimen Gombak, adakah beliau Menteri Kanan tersebut? Berdiri dan bangun menjawab soalan itu sekarang.
[Tepuk] Kalau berani sebagai Menteri Kanan, stand up and answer the question now.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Saya berani kerana ikut peraturan.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Bukan peraturan. Answer the question.
Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali
Ini sesi soal jawab. Kamu sebagai peguam...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Jawab sahaja lah. [Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya tidak benarkan sesi untuk perbahasan ini.
[Dewan riuh]
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat Gombak, semalam ada call Speaker atau tidak? Mengaku atau tidak ada call Speaker semalam?
Tuan Teh Kok Lim - Taiping
Kalau ada, mengakulah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, sila hormati Dewan.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ini peraturan mesyuarat Pertanyaan- pertanyaan Jawab Lisan. Saya minta teruskan Yang Berhormat Puchong.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Menteri Kanan yang tidak hormat Speaker. Dia ganggu keputusan Speaker.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jangan ganggu lah. Awal pagi sudah ganggu.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Kenapa Timbalan Yang di-Pertua tidak mahu mempertahankan maruah Dewan ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Puchong, sila.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Timbalan Yang di-Pertua, Menteri tidak berani hendak jawab. Saya teruskan dengan soalan saya. Soalan saya nombor dua.
Terima kasih.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tadi dia hendak bahas. Tadi Yang Berhormat Gombak hendak bahas.
2. Tuan Gobind Singh Deo [Puchong] minta Perdana Menteri menyatakan apakah status pelaksanaan undi 18 dan langkah-langkah seterusnya yang akan diambil untuk melaksanakannya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Suruhanjaya Pilihan Raya sedang dalam persiapan untuk melaksanakan pindaan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan iaitu berhubung dengan umur kelayakan mengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik.
Sebagaimana yang diluluskan oleh Parlimen pada Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen Keempat Belas, persiapan yang sedang dilaksanakan oleh SPR ini adalah meliputi:
(i) pindaan kepada Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan undang-undang lain yang berkaitan; dan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
(ii) penyediaan standard operating procedure dan menyediakan sistem serta infrastruktur bagi melaksanakan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik.
Di samping itu, SPR juga mengenal pasti beberapa tindakan yang perlu dilaksanakan sebelum pelaksanaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik. Antaranya ialah:
(i) membuat semakan maklum bakal pemilih;
(ii) semakan di lapangan yang melibatkan bakal pengundi berumur 90 tahun ke atas;
(iii) semakan di lapangan ke atas alamat untuk memastikan penentuan bahagian pilihan raya yang tepat;
(iv) sesi libat urus dengan semua pihak yang berkepentingan;
(v) program pendidikan pengundi kepada bakal pemilih; dan
(vi) penyemak keperluan logistik bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 yang akan datang.
SPR memanjangkan semua persiapan yang sedang diambil tindakan termasuk menangani isu – Isu yang berkaitan ini akan dapat diselesaikan dan seterusnya melaksanakan umur kelayakan 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik selewat-lewatnya September 2022. Namun demikian Timbalan Yang di-Pertua, keputusan semakan hakim isu undi 18 di Mahkamah Tinggi Kuching telah memerintahkan supaya umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik dilaksanakan selewat lewatnya pada 31 Disember 2021.
Justeru, walaupun dengan kekangan dan kekurangan, SPR komited untuk memastikan umur kelayakan pengundi 18 tahun, pendaftaran pemilih secara automatik dilaksanakan berdasarkan kepada keputusan mahkamah. Sekian, terima kasih.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua.
Saya mengalu-alukan jawapan daripada Yang Berhormat Menteri tadi. Saya ingin tanya Yang Berhormat Menteri, adakah sedar bahawa satu keputusan dibuat Timbalan Yang di- Pertua pada 3 September tahun ini oleh Mahkamah Tinggi Sarawak, Kuching. Di mana ada satu keputusan yang menyatakan bahawa dua perkara susulan daripada pindaan kepada perlembagaan tahun 2019. Dua perkara, satunya ialah penurunan had umur daripada 21 tahun kepada 18 tahun dan juga pendaftaran pengundi secara automatik, ini kedua duanya perlu dilaksanakan selewat-lewatnya 31 Disember tahun ini.
Soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri, adakah kerajaan akan akur kepada keputusan ini kerana keputusan ini adalah arahan mahkamah? Apakah langkah-langkah untuk pastikan ia akan berlaku? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya sebenarnya sudah baca Yang Berhormat, kes report berhubung dengan apa yang berlaku di Kuching baru-baru ini dan saya juga mendapati bahawa dari sudut perundangannya tidak ada perbezaan stand ataupun pendirian pihak Peguam Negara dengan pihak mahkamah. Hanya yang tinggal ialah memendekkan masa sahaja.
Oleh sebabnya dalam SPR punya program awal ialah pelaksanaannya hingga ke September 2022 tetapi hakim telah mengarahkan mesti disiapkan pada 31 Disember 2021. Saya telah berbincang dengan pihak SPR. Kita sekarang ini patuh kepada arahan mahkamah. Itu sahaja dan lagi Yang Berhormat saya memaklumkan bahawa para Jemaah Menteri, kita telah memutuskan yang kita tidak membuat rayuan kepada keputusan hakim.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan kedua saya jemput Yang Berhormat Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang sangat baik. Cuma
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Berhormat Menteri kalau saya boleh merayu, pihak SPR memanjangkan tempoh pelaksanaan sampai September 2022 kerana isu undi automatik tetapi apabila kita pisahkan undi automatik dengan undi 18, pelaksanaan undi 18 itu sepatutnya dapat dilakukan secara serta-merta.
Saya berharap walaupun mungkin akan ada permasalahan daripada pelaksanaan isu undi automatik, kita dapat memisahkan dan melaksanakan undi 18 secepat mungkin supaya rakyat dapat menikmatinya dan supaya kerajaan juga dapat menyediakan the ground daripada segi pendidikan dan yang lain dan kita semua boleh duduk bersama titik persefahaman untuk memastikan bahawa penyediaan isu undi 18 itu dapat dibuat secepat mungkin bukan beberapa bulan sebelum pilihan raya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Menteri, satu minit.
Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Untuk makluman Dewan, bahawa keputusan mahkamah di Kuching mengatakan bahawa undi 18 dan juga bersekali dengan undi automatik mesti disekalikan tidak boleh dipisahkan. Jadi kalau kita hendak memisahkan perkara ini kita kena pinda perlembagaan sekali lagi. Jadi akhirnya kerajaan membuat keputusan tidak payah dipisahkan, kita laksana mengikut apa yang mahkamah telah beri arahan kepada kita.
Keputusan ini telah dibuat oleh pihak kerajaan dan pelaksanaannya saya sudah berbincang dengan pihak SPR bahawa dengan izin, we try our best to implement apa yang mahkamah telah tetapkan dan mungkin ada libat urus yang mungkin kita hanya laksana bukan tiga bulan tetapi satu bulan. Perancangan untuk pergi ke sekolah-sekolah dahulu berpuluh ribu buah sekolah di seluruh Malaysia tidak dapat mungkin kita laksanakan– daripada lain sahaja Yang Berhormat tetapi insya-Allah kita akan laksanakan mengikut apa yang mahkamah telah arahkan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pertanyaan jawab lisan seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau, Yang Berhormat Libaran.
3. Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [Libaran] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan jumlah perbelanjaan yang telah dibelanjakan untuk program vaksinasi di seluruh negara mengikut PPV.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Terima kasih Yang Berhormat Libaran atas soalan yang dikemukakan.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat 30 Ogos 2021 daripada sejumlah wang yang diperuntukkan iaitu RM1 bilion untuk program PICK ataupun Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, sebanyak RM314 juta telah dibelanjakan yang merangkumi sewaan utiliti perkakasan, peralatan pakai habis, pembersihan dan sanitasi serta perkhidmatan makan minum petugas yang merangkumi sejumlah yang besar iaitu 83.2 peratus.
Kedua ialah perbelanjaan bayaran token bulanan sukarelawan dan keselamatan yang merangkumi sebanyak 9.7 peratus. Ketiga ialah integrasi data dan sistem sebanyak 6 peratus dibelanjakan dan sekitar 1.1 peratus diperuntukkan bagi bayaran perkhidmatan jangkauan luar komuniti dan perkhidmatan lain.
Yang Berhormat, perbelanjaan ini dikendalikan oleh COVID-19 Immunization Task Force Persekutuan (CITF) dan penyaluran kepada negeri-negeri dan juga jabatan serta agensi-agensi yang terlibat seperti Jabatan Belia dan Sukan, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM). Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan pertama, sila Yang Berhormat Libaran.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Terima kasih dan saya mengalu-alukan atas jawapan Yang Berhormat Menteri. Untuk soalan tambahan saya,
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
minta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi jelaskan keupayaan kapasiti PPV mencecah lebih 500,000 dos sehari berdasarkan kapasiti PPV yang sedang beroperasi.
Adakah berlakunya pembaziran dos vaksin di PPV akibat penerima vaksin tidak hadir diri atau peruntukan dos vaksin untuk penerima walk-in terlebih? Berapa pula jumlah sukarelawan yang terlibat dengan Pusat Pemberian Vaksin semenjak program vaksinasi dijalankan sehingga hari ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Terima kasih Yang Berhormat. Berkenaan dengan keupayaan kapasiti PPV yang kini mencecah 500,000 sehari, saya bagi detailnya iaitu kita ada 11 jenis ataupun 12 jenis PPV daripada PPV mega tier yang kapasitinya boleh sampai 93,000 sehari, PPV bukan kesihatan 262,000 sehari, PPV klinik kesihatan 29,500 sehari dan juga beberapa PPV lain yang keseluruhannya menjangkau 586,247 kapasiti boleh diberikan vaksin sehari. Pelbagai vaksin yang kita beri yang selamat iaitu Pfizer, CanSino, AstraZeneca (AZ) dan juga Sinovac dan kita juga ada PPV iaitu PPV Mobile Industry serta PPV Bergerak iaitu Program Jangkauan Luar.
Berkenaan dengan jumlah sukarelawan yang telah terlibat Yang Berhormat, ketika ini dengan kapasiti yang kita ada iaitu sebanyak 500,000 dos sehari boleh kita beri, kita perlukan 34,054 orang petugas dan petugas ini datang daripada penjawat awam, daripada Kementerian Belia dan Sukan dalam MyVac, anggota keselamatan, Angkatan Pertahanan Awam (APM), anggota keselamatan RELA serta anggota keselamatan seperti ATM ataupun PDRM.
Setakat ini apa yang kita telah beri vaksin sudah dikeluarkan sebanyak 40 juta dos yang kita keluarkan. Pembaziran ataupun overdose vaksin diberikan adalah minimal risikonya dan kita dapat atasi dengan baik.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Soalan tambahan kedua saya jemput Yang Berhormat Kalabakan, dia bangun dahulu.
Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Saya meneliti jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Sabah adalah di antara yang paling tercorot dalam program vaksinasi kita. Kita masih di bawah 50 peratus dan saya ingin bertanya dua perkara.
Apakah kriteria yang diguna pakai dalam pembahagian bekalan vaksin kepada negeri-negeri yang dilihat tidak adil dan saksama dan bilakah vaksin-vaksin yang mencukupi boleh dihantar ke Sabah terutamanya Pantai Timur Sabah? Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Kita telah pun mengunjurkan pemberian vaksin melalui fasa iaitu fasa PICK. Fasa pertama ialah golongan frontliners, kedua ialah komorbid dan juga orang dewasa melebihi 60 tahun. Ketiga, the rest of the population ataupun dewasa.
Jadi untuk Sabah, sehingga September tahun ini kita akan menghantar lebih 2 juta dos vaksin dan sebelum ini bulan Ogos juga 2 juta dos vaksin telah pun diberikan.
Jadi untuk Sabah selain daripada vaksin Sinovac dan juga Pfizer, kita juga memberi vaksin satu dos iaitu CanSino dan kita yakin pada penghujung September ini, 60 peratus penduduk Sabah dapat complete dua dos vaksin kepada mereka. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Minta soalan ketiga.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Minta maaf Yang Berhormat Rasah. Saya benarkan dua soalan sahaja. Saya ingin teruskan dengan menjemput Yang Berhormat Lumut.
4. Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [Lumut] minta Menteri Luar Negeri menyatakan adakah Malaysia akan mengiktiraf negara Afghanistan di bawah pemerintahan baharu Taliban.
Menteri Luar Negeri - Dato’ Saifuddin Abdullah
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Lumut. Izinkan saya menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan oleh Yang Berhormat Julau, Yang Berhormat Sibu dan juga Yang Berhormat Pasir Mas, masing-masing bertarikh 27 September, 30 September dan 12 Oktober kerana pertanyaan tersebut menyentuh isu yang sama. Saya rasa ada seorang lagi Yang Berhormat juga yang bertanya tetapi tarikhnya ialah sebelum hari ini dan belum dijawab.
Ada tiga isu utama yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat iaitu pertama tentang bantuan kepada rakyat Malaysia di Afghanistan, kedua pengiktirafan kerajaan sementara Emiriah Islam Afghanistan dan ketiga peranan Malaysia melalui OIC berhubung dengan isu Afghanistan.
Berkenaan bantuan kepada rakyat Malaysia di Afghanistan, sehingga hari ini terdapat hanya dua orang warganegara Malaysia yang berada di Afghanistan. Kedua-dua mereka ini berkhidmat dengan organisasi kemanusiaan antarabangsa iaitu pasukan Palang Merah Norway dan International Federation of Red Cross and Red Crescent
(IFRC). Mereka telah pun melaporkan kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi tentang keberadaan mereka dalam keadaan selamat.
Mereka membuat keputusan untuk kekal di sana bagi meneruskan tugasan dan pada masa yang sama terus mengambil semua langkah bagi memastikan keselamatan mereka. Kami telah meminta mereka supaya sentiasa berhubung dengan suruhanjaya tinggi kita di New Delhi atau terus ke Wisma Putra sekiranya memerlukan apa-apa bantuan konsulat.
Soal pengiktirafan, kerajaan sentiasa melaksanakan dasar luar yang bebas, berprinsip dan pragmatik berasaskan nilai keamanan, kemanusiaan, keadilan dan kesaksamaan. Kementerian Luar terus meneliti perkembangan terkini di Afghanistan.
Sebagaimana kita tahu, pihak Taliban telah menguasai Afghanistan pada 15 Ogos 2021 dan pada 7 September 2021 telah menubuhkan sebuah kerajaan sementara.
Sehingga kini, masih tiada negara luar yang mengiktiraf kerajaan di Kabul. Ini termasuk negara-negara jiran yang terdekat dengan Afghanistan. Malaysia juga mengambil pendirian untuk berhati-hati dan meneliti perkembangan semasa. Sebelum kerajaan membuat keputusan muktamad berhubung isu pengiktirafan ini, terdapat beberapa pertimbangan atau dengan izin, parameters yang harus diperhalusi.
Pertama, tahap penerimaan rakyat Afghanistan sendiri terhadap penguasaan dan penubuhan kerajaan oleh Taliban.
Kedua, kita dapati bahawa kerajaan sementara yang dibentuk masih tidak bersifat inklusif dengan tidak merangkumi penyertaan golongan-golongan etnik utama yang lain.
Ketiga, kita melihat soal memastikan inklusiviti ini termasuklah tentang peranan wanita bukan sahaja dalam pentadbiran, tetapi juga daripada segi penjagaan dan promosi hak-hak wanita dan anak-anak perempuan juga daripada aspek peranan dan sumbangan mereka kepada masyarakat dan negara.
Keempat, Malaysia sentiasa berpegang bahawa kerajaan di Kabul itu mestilah berdasarkan pendekatan dengan izin, Afghan-led, Afghan-owned and Afghan-controlled, peace and reconciliation process. Kelima, sebagai anggota OIC, Malaysia juga memberi tumpuan kepada pendirian yang ditetapkan secara bersama melalui mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif OIC pada 22 Ogos 2021 yang secara ringkasnya, saya sebutkan di sini soal:
(i) mengukuhkan komitmen dan sokongan OIC terhadap Afghanistan;
(ii) mengetengahkan harapan masyarakat antarabangsa daripada kepimpinan baru di Afghanistan untuk mempromosikan
Menteri Luar Negeri - Dato’ Saifuddin Abdullah
perdamaian nasional dan mematuhi undang-undang antarabangsa dan resolusi serta Piagam PBB; dan
(iii) menggariskan kepentingan untuk melindungi dan menghormati hak kehidupan, keselamatan dan maruah rakyat Afghanistan dalam mematuhi deklarasi sejagat hak asasi manusia.
Keenam, soal peranan Malaysia menerusi OIC ini saya telah sebutkan tadi kerjasama yang kita berikan kepada usaha-usaha dalam OIC dan kita juga akan terus memainkan peranan melalui platform-platform antarabangsa yang lain.
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua ialah tumpuan kita untuk membantu sambil belum membuat keputusan tentang pengiktirafan ialah untuk membantu daripada segi kemanusiaan. Terima kasih.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penjelasan yang agak menyeluruh mengenai suasana di Malaysia bersama dengan apa yang ada di Afghanistan. Kita boleh sahaja menunggu reaksi daripada negara dan organisasi lain, tetapi sebagai sebuah negara yang merdeka, kita boleh sahaja mencari jalan pendahuluan bagi memastikan apa yang dituntut dalam ucapan Menteri tadi dapat dilaksanakan.
Jadi, apakah hubungan yang sedang ada kerana kita pun katanya masih ada Duta Afghanistan di Malaysia, belum dipecat oleh Kabul. Kita juga mempunyai pandangan daripada Duta Khas bertaraf Menteri yang menjaga Timur Tengah bahawa Afghanistan hari ini lain daripada yang dahulu. Mereka sudah mula menunjukkan perubahan- perubahan. Adakah ini juga merupakan pandangan daripada kerajaan kita dan bagaimana langkah seterusnya oleh kerajaan? Terima kasih.
Dato’ Saifuddin Abdullah
Terima kasih Yang Berhormat Lumut. Saya bersetuju yang kita harus membuat keputusan sendiri sambil kita menimbang keadaan yang berlaku. Kita tidak terlalu terlibat secara langsung, malahan kita tidak terlibat secara langsung dalam rundingan-rundingan Doha dan sebagainya. Akan tetapi kita berusaha untuk berbincang dengan negara-negara yang terlibat dalam perundingan itu.
Pada waktu yang sama, kita juga mempunyai hubungan-hubungan yang tidak rasmi, antara misalnya tokoh-tokoh tertentu daripada negara kita yang bukan ada hubungan dengan Taliban tetapi ada hubungan dengan kumpulan-kumpulan lain yang berada di Afghanistan. Sebahagian daripada Ahli Parlimen di sini juga ada hubungan yang baik dengan mereka.
Jadi, ini jangan disalahfahamkan. Bukan mereka berhubungan dengan Taliban, mereka berhubung dengan pihak-pihak yang lain. Ini termasuklah Yang Berhormat Marang, Yang Berhormat Kota Raja dan Yang Berhormat Port Dickson. Ini semua ada hubungan-hubungan dengan pelbagai kumpulan sebab kita tahu Afghanistan ini ada banyak kumpulan sejak lama mereka ini tertekan dahulu, dengan Rusia, kemudian oleh Amerika Syarikat.
Jadi, kita menggunakan semua connection itu yang boleh memberi kita gambaran lebih jelas. Penting ialah pengiktirafan kita itu tidak boleh berdasarkan gambaran yang diberi oleh pihak-pihak tertentu atau naratif pihak Barat atau pihak Timur dan sebagainya.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya difahamkan bahawa sembilan buah negara telah memulakan komunikasi dengan Afghanistan iaitu China, Rusia, Turki, Qatar, UK, German, Pakistan, India dan Indonesia. Apakah pandangan Malaysia terhadap toleransi yang berubah kepada wanita khasnya, dari segi sudut pendidikan dan pekerjaan di Afghanistan?
Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebut bahawa bantuan kemanusiaan oleh Malaysia. Saya ingin tahu, apakah bentuk bantuan kemanusiaan oleh Malaysia yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri. Kita juga tahu bahawa PBB telah mula mengadakan penerbangan kemanusiaan ke Afghanistan baru-baru ini. Terima kasih.
Dato’ Saifuddin Abdullah
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Saya katakan tadi kita harus ada kefahaman sendiri tentang apa yang berlaku di sana, termasuklah soal wanita yang rata-ratanya tentu kita tidak berpuas hati dengan perkembangan yang berlaku sekarang.
Dato’ Saifuddin Abdullah
Tetapi begitu juga dengan label pengganas. Kita harus ingat apa definisi pengganas, siapa yang memberi definisi, ada yang bukan pengganas tapi dilabel sebagai pengganas. Ada yang melabel orang lain sebagai pengganas, tapi sebenarnya dia lagi besar sebagai satu pengganas. Ada kumpulan yang dilabel secara blanket sebagai pengganas, tapi kita tahu tidak semua dalam kumpulan itu adalah pengganas.
Jadi, kita tidak mahu terperangkap. Begitu juga kita melihat soal wanita dari sudut pandangan kita dan dari sudut pandangan kepentingan Afghanistan. Kita tidak boleh lihat kedudukan wanita di Afghanistan dari sudut pandangan orang luar yang mungkin nilai budayanya berbeza dengan apa yang berada di Afghanistan. Jadi itu kita harus perhatian.
Ringkas saja Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Daripada segi kemanusiaan, pertama kita telah pledge sebanyak USD100 ribu melalui organisasi kemanusiaan PBB dan yang kedua kita juga telah berjanji akan membantu dari segi penghak upayaan wanita, pendidikan dan capacity building dengan izin. Ini kita buat melalui Malaysia Technical Corporation Programme (MTCP), bersama dengan negara ketiga yang lain seperti yang pernah kita lakukan dengan Australia untuk melatih guru-guru di Afghanistan dan juga melalui NGO kita.
Sebagai contohnya Mercy Malaysia pernah berada di Afghanistan. Mereka juga berhasrat untuk kembali berkhidmat di Afghanistan dan juga contohnya Global Peace Mission yang sekarang ini sudah pun menghantar sebilangan aktivis mereka ke Afghanistan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, pertanyaan jawab lisan seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Puan Rubiah binti Haji Wang, Kota Samarahan.
Puan Rubiah binti Haji Wang - Kota Samarahan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan Yang Berhormat Kota Samarahan nombor lima.
5. Puan Rubiah binti Haji Wang [Kota Samarahan] minta Perdana Menteri menyatakan persediaan terkini kerajaan untuk urusan rakyat Malaysia menunaikan fardu haji dan umrah di Tanah Suci Mekah setelah hampir dua tahun negara tidak berpeluang menghantar jemaah ekoran pandemik COVID-19.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Samarahan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan melalui Lembaga Tabung Haji telah memutuskan untuk membuat persediaan yang sebaiknya bagi operasi Haji pada tahun 1442 Hijrah, sebelum Kerajaan Saudi membuat keputusan untuk mengehadkan jemaah Haji kepada warganegara dan warga asing yang bermastautin di Arab Saudi sahaja.
Persiapan ini termasuk menganjurkan 14 siri kursus haji secara dalam talian, melengkapkan suntikan wajib dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia melibatkan bakal Haji dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, menyediakan bekalan ubat dan Personal Protective Equipment (PPE) bagi penjagaan kesihatan jemaah haji serta rombongan petugas haji yang bersiap siaga untuk beroperasi di Tanah Suci dalam situasi pandemik COVID-19.
Bagi musim haji 1443 Hijrah, Tabung Haji telah memulakan persediaan sebaik sahaja tamat ibadah haji pada tahun ini. Perancangan utama Tabung Haji adalah pemilihan bakal haji di mana ianya tertakluk kepada kuota rasmi daripada Arab Saudi kepada Malaysia dan lain-lain kriteria pemilihan yang akan diumumkan oleh Kerajaan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary
Arab Saudi pada masa akan datang. Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, keutamaan menunaikan Haji musim tahun hadapan akan diberi kepada bakal haji yang tahun giliran mereka adalah tahun 1441 Hijrah ataupun tahun 2020 lepas dan masih tertangguh. Bagi bakal haji yang tahun giliran mereka adalah tahun ini, mereka akan turut diberi peluang pada tahun 2022, tertakluk kepada kekosongan kuota tahun semasa.
Selain itu perancangan Tabung Haji bagi persediaan awal menghadapi musim Haji 1443 Hijrah adalah seperti berikut. Yang pertama, mengadakan pasca penilaian post- mortem urusan ibadah haji tahun ini untuk memahami dengan lebih mendalam prosedur operasi standard dan protokol kesihatan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Arab Saudi.
Yang kedua, menganjurkan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan untuk menyeragamkan hukum hakam ibadat haji dalam suasana wabak. Yang ketiga, menganjurkan Kursus Asas Haji untuk bakal-bakal haji secara dalam talian. Yang keempat, perancangan dengan pihak KKM bagi urusan pemeriksaan kesihatan dan vaksinasi bakal haji berasaskan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Ministry of Health Arab Saudi. Tabung Haji juga telah merangka lawatan ke Tanah Suci dalam masa terdekat untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak berkuasa Arab Saudi bagi mendapatkan penjelasan terperinci berkaitan peraturan-peraturan urusan Haji dan persiapan untuk musim Haji pada tahun hadapan. Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa kepada Allah SWT supaya wabak COVID-19 ini diangkat dan rakyat Malaysia dapat sekali lagi pergi ke Tanah Suci bersama umat Islam di seluruh dunia.
Sekian, terima kasih.
Puan Rubiah binti Haji Wang - Kota Samarahan
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang begitu jelas. Soalan tambahan saya, adakah kos mengerjakan ibadah Umrah dan Haji akan meningkat dalam fasa endemik COVID-19. Jika berlaku kenaikan kos, berapakah kadar peningkatan yang dijangkakan.
Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kos haji untuk musim 1440 iaitu 2019 bagi jemaah haji muassasah adalah sebanyak RM22,900 seorang dan tiada kos haji untuk dua tahun seterusnya kerana ibadah haji ditangguhkan untuk rakyat Malaysia. Lembaga Tabung Haji sedang menyemak dengan terperinci kos-kos menunaikan haji yang terkesan akibat peraturan dan cukai baharu yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Arab Saudi. Ini termasuk caj visa haji bermula Haji pada tahun 2020 dan kenaikan kadar cukai tambahan nilai (value-added tax) di Arab Saudi daripada lima peratus kepada 15 peratus bermula Julai tahun 2020.
Selain itu, kos haji juga dijangka akan meningkat disebabkan kadar inflasi dan perkembangan terkini peraturan haji di Arab Saudi khususnya yang berkait dengan prosedur operasi standard, susulan keadaan pandemik COVID-19 yang masih belum reda. Ianya termasuk keperluan ujian PCR dan suntikan vaksin untuk masuk ke Arab Saudi serta penjarakan fizikal di dalam bas, bilik penginapan hotel dan khemah-khemah semasa menunaikan Haji. Walau bagaimanapun, pihak Tabung Haji akan memaklumkan kos haji pada musim 2022 apabila dimuktamadkan satu masa nanti. Sekian.
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada satu perjumpaan Konsul Haji Malaysia di bawah Lembaga Tabung Haji dengan Kementerian Haji dan Umrah pada 6 September 2021. Tapi kita tidak dapat laporan daripada kementerian mengenai isi kandungan perbincangan tersebut kerana rakyat di Malaysia menanti-nanti tentang kalau kita lihat sekarang ini banyak Syarikat Umrah dan Haji sedang mengiklankan bahawa umrah akan diadakan pada Disember 2021, walaupun sebenarnya mereka tidak boleh mengiklankan lagi sebab perlu mendapat kelulusan daripada Pesuruhjaya Pelancongan.
Mungkin soalan ini kena dibahagi kepada dua sebab urusan haji di bawah Yang Berhormat Menteri Agama dan urusan umrah di bawah MoTAC. Jadi, kita harap MoTAC juga dapat memberi jawapan tentang soalan nombor lima ini mengenai pandemik ataupun urusan umrah selepas pandemik ini. Sekian, terima kasih
Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary
Terima kasih kepada Yang Berhormat di atas soalan. Mengenai perkara yang dinyatakan tadi, ianya dalam pemakluman pihak
Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary
Lembaga Tabung Haji. Kita masih lagi menunggu kebenaran daripada kerajaan kita sendiri untuk memula dan membenarkan operasi umrah, sebagaimana yang dimaklumkan tadi bahawa umrah boleh dilaksanakan pada penghujung tahun ini. Walau bagaimanapun kita masih lagi dalam merangka beberapa SOP yang perlu dan juga beberapa syarat yang diperlukan untuk melaksanakan umrah pada penghujung tahun ini. Untuk lebih terperinci, saya akan jawab secara bertulis kepada Yang Berhormat, insya-Allah. Sekian, terima kasih.
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Mungkin minta pihak MoTAC juga menjawab mengenai umrah. Jawapan bertulis.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Assalamualaikum dan salam sejahtera Tuan Yang di-Pertua. Soalan Setiawangsa nombor enam.
6. Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan tentang bilangan pemohon yang menunggu untuk mendapatkan unit PPR di Wilayah Persekutuan.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan - Datuk Seri Jalaluddin bin Alias
Bismillahi Rahmani Rahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada soalan Yang Berhormat Setiawangsa.
Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah mempertimbangkan sebanyak 9,948 permohonan dari tahun 2019 sehingga Ogos 2021 untuk menyewa unit perumahan awam ataupun dan juga perumahan Projek Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Daripada jumlah permohonan tersebut, sebanyak 1,547 pemohon telah diluluskan di mana 627 pemohon telah pun ditawarkan unit perumahan awam dan juga Projek Perumahan Rakyat di bawah DBKL. Manakala, bakinya 920 pemohon yang lulus masih menunggu tawaran unit kosong. Antara sebab tawaran tidak boleh ataupun belum lagi diberi kepada 920 pemohon ialah terdapatnya beberapa unit yang sedang dibaik pulih dan juga ada di antara penyewa yang telah melepasi kadar kelayakan yang masih di dalam proses yang dipulangkan unit mereka.
Untuk rekod Dewan yang mulia juga, suka saya nyatakan pada pagi ini ialah dari tahun 2019, 2020 dan 2021. Antara permohonan yang paling banyak sekali adalah tahun 2020 yakni sebanyak 6,922 pemohon yang layak memohon unit perumahan awam dan PPR ini dan daripada 6,922 itu, hanya yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pemilihan sebanyak 736 sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebagai mana kita semua sedia maklum, kalau dilihat secara menyeluruh pendapatan di Kuala Lumpur ini setara dengan banyak negara-negara maju di Asia yang lain. Akan tetapi, jurang kaya miskin juga ketara dan kalau diambil definisi B40 di peringkat nasional, maka ramai di kalangan mereka di Kuala Lumpur akan terkeluar daripada B40.
Jadi kita juga sedar, banyak sudah dasar-dasar perumahan di negara kita selama ini terlalu tertekan atau fokus kepada sudut pemilikan rumah dan bukan penyewaan rumah. Jadi, apakah rancangan pembinaan PPR baharu di kawasan Kuala Lumpur khususnya dalam Rancangan Malaysia Ke-12 yang Setiawangsa maklum ialah PPR di Sungai Udang, di Jalan Sembilang dan di Taman Desa. Selain daripada PPR yang disebut tadi, adakah wujud rancangan-rancangan lain untuk membina PPR di kawasan Kuala Lumpur?
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias
Terima kasih di atas soalan tambahan Yang Berhormat Setiawangsa. Untuk makluman Dewan, kita ada sejumlah 63 projek PPR. Ini pun tidak mencukupi bagi menampung permohonan yang semakin bertambah dari tahun ke tahun.
Walau bagaimanapun, pihak kementerian melalui agensi-agensi DBKL mempunyai rancangan untuk membina Rumah Residensi Wilayah ataupun Residensi
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias
Prihatin yang mana jumlah secara keseluruhannya 15,926 unit yang akan dibina di kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Ini adalah bagi menampung kumpulan, antara kumpulan B40 ataupun rumah kos sederhana rendah.
Di antara rumah PPR dan juga rumah mampu milik dan juga bagi mereka, golongan di antara golongan yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM5,000.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Kepong.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Setiu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Soalan tambahan kedua, saya...
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Kepong, Kuala Lumpur ini.
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Labuan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya jemput Yang Berhormat Labuan.
Datuk Rozman bin Isli - Labuan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Di Labuan sekarang ada 500 unit PPR disewa dalam pembinaan. Saya sangat setuju ia dijadikan PPR disewa. Berapakah permohonan sudah dibuat dan bilakah PPR dijual pula akan dibuat di Labuan? Ianya sangat diperlukan juga. Terima kasih.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Labuan, saya perlukan. Saya akan berikan jawapan bertulis dari segi angka yang tepat ya.
Untuk makluman Yang Berhormat Labuan, di Labuan juga kita mempunyai perancangan untuk membina 1,716 lagi Rumah Residensi Wilayah bagi menampung keperluan pemohon-pemohon dari Wilayah Labuan. Insya-Allah di dalam jangka masa yang terdekat. Terima kasih.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Satu lagi.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Setiu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Saya benarkan dua sahaja. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman, Yang Berhormat Sik.
7. Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Menteri Luar Negeri menyatakan langkah-langkah proaktif bersama badan antarabangsa termasuk negara anggota OIC bagi mengukuhkan komitmen bersama untuk bantuan pembangunan semula Gaza, Palestin pasca perang 2021.
Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato’ Kamarudin bin Jaffar
Assalamualaikum, salam sejahtera. Terima kasih kepada Yang Berhormat Sik di atas soalan berkaitan dengan Palestin, khususnya Gaza.
Tuan Yang di-Pertua, isu perjuangan rakyat Palestin dan penderitaan yang mereka lalui selama berdekad-dekad di bawah penjajahan rejim Israel memang sentiasa menjadi satu keutamaan kepada kerajaan dan Dasar Luar Malaysia. Kita di Dewan Rakyat dan keseluruhan rakyat Malaysia mempunyai persefahaman yang teguh berhubung isu Palestin.
Malaysia akan terus menyokong perjuangan rakyat Palestin demi mencapai kemerdekaan tanah air mereka melalui pelbagai usaha di peringkat nasional serantau dan antarabangsa di samping menghulurkan bantuan kemanusiaan pembangunan kapasiti serta sokongan politik kepada mereka.
Konflik yang baharu antara Palestin, Israel di Gaza pada bulan Mei 2021 lalu telah mempamerkan bagaimana tekanan berterusan masyarakat antarabangsa telah berjaya menghentikan keganasan rejim Israel terhadap Palestin.
Timbalan Menteri Luar Negeri - Dato’ Kamarudin bin Jaffar
Semasa konflik tersebut, Malaysia telah secara aktif di peringkat serantau dan antarabangsa mendesak Israel untuk menghentikan serangan tidak berperikemanusiaan khususnya ke atas Gaza dan ancaman berterusan ke atas Masjidil Aqsa sehingga terhasilnya gencatan senjata pada 21 Mei 2021.
Pada tahun ini, terutamanya selepas serangan Israel terhadap Gaza, kerajaan terus menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada Palestin. Ini termasuk sumbangan RM5 juta daripada Kerajaan Malaysia kepada Kerajaan Palestin bagi pembinaan semula Klinik Al-Rimal, satu-satunya makmal pengujian COVID-19 di Gaza yang telah musnah dibom.
Selain itu, Malaysia juga telah membuat sumbangan kewangan berjumlah USD50,000 kepada Masjidil Al-Aqsa melalui Kementerian Awqaf, Jordan pada bulan Ogos 2021 dan sumbangan berjumlah USD60,000 kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin pada bulan Jun 2021 yang merupakan sumbangan bersama daripada Kementerian Luar Negeri USD30,000 dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, juga USD30,000.
Kita percaya bahawa sumbangan ini akan melengkapkan usaha bantuan kemanusiaan sedia ada Malaysia kepada Palestin sama ada melalui platform dua hala, pelbagai hala dan menerusi badan-badan bukan kerajaan (NGO).
Malaysia juga giat bekerjasama dengan negara-negara di rantau Timur Tengah yang terlibat dalam proses pembangunan semula Gaza seperti Mesir, Jordon, Turki dan Qatar. Malaysia melalui Kedutaan Malaysia di Kaherah, Mesir dan Amman Jordan juga terus bekerjasama dengan Kerajaan Mesir dan Jordan bagi koordinasi dan memudahcara bantuan kemanusiaan NGO Malaysia ke Palestin termasuk Gaza.
Dalam pada itu sebagai usaha untuk memperkukuhkan hubungan dua hala Malaysia dan Palestin, kerajaan sedang dalam proses terakhir untuk menubuhkan sebuah Unit Hal Ehwal Palestin di Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan yang akan melaksanakan aktiviti-aktiviti pengukuhan hubungan dua hala Malaysia dengan Palestin serta memudah cara bantuan kemanusiaan Malaysia ke Palestin.
Pejabat tersebut akan dibantu oleh Konsul Terhormat Malaysia yang pertama di Ramallah Palestin yang telah pun dilantik. Proses lantikan Konsul Terhormat kedua Malaysia pula di Gaza juga akan diselesaikan dalam masa yang terdekat.
Selanjutnya kita akan terus menyatakan pendirian tegas Malaysia dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin di platform antarabangsa terutamanya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM).
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Kita sedar bahawa penyelesaian terbaik isu ini adalah menerusi platform antarabangsa kerana masyarakat antarabangsa bertanggungjawab secara kolektif dalam memastikan hak rakyat Palestin dan kedaulatan negara mereka terjamin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Soalan tambahan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang sangat kukuh menyatakan komitmen Malaysia membantu Palestin.
Dalam laporan oleh Kerajaan Palestin sendiri termasuklah laporan langsung daripada sukarelawan rakyat Malaysia di Gaza saudara Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.
Perang pada bulan Mei yang lalu menyebabkan lebih USD210 juta diperlukan untuk membangunkan semula Gaza. Ini kerana serangan udara hampir lebih 1,450 itu menyebabkan kerosakan yang parah.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Soalan saya Yang Berhormat Timbalan Menteri, ramai di antara kita rakyat Malaysia yang sangat prihatin telah membuat kutipan dana termasuk yang diusahakan oleh Aid4Palestine, PASRelief, inisiatif yang dilontarkan ataupun diusahakan oleh Yang Berhormat Marang sebagai Duta Khas ke Timur Tengah. Namun, ada kesulitan dan kerenah birokrasi ketika sukarelawan ini hendak masuk ke Gaza bagi membantu atau menyalurkan sumbangan apabila pintu Rafah iaitu satu-satunya pintu untuk ke Gaza ini perlu mendapat kebenaran langsung daripada Kerajaan Mesir.
Jadi, saya bertanya adakah pihak kerajaan kita akan meneruskan langkah proaktif bagi hubungan lebih erat dengan Mesir dan melalui platform OIC ini untuk Kerajaan Mesir lebih mudah memberi ruang kepada sukarelawan antarabangsa masuk untuk bersama membantu membangunkan kembali Gaza pasca perang ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Silakan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Haji Kamarudin Jaffar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Sik yang secara peribadi pun saya tahu banyak membuat kerja-kerja amal, khususnya di negara-negara dan rakyat-rakyat yang tertekan di seluruh dunia termasuklah di Palestin ini.
Saya amat bersetuju dengan pandangan dan cadangan daripada Yang Berhormat Sik supaya kita meneruskan lagi usaha-usaha kita ini dan juga tentang peranan NGO-NGO Malaysia yang banyak terlibat berusaha untuk membantu rakyat di Palestin, khususnya di Gaza. Saya boleh melaporkan bahawa kerajaan sedang dan telah menyelaraskan kegiatan NGO-NGO ini yang berhasrat untuk ke Palestin khususnya ke Gaza. Malah kerajaan telah pun meluluskan setakat ini sebanyak tujuh buah NGO yang berhasrat untuk ke Gaza untuk memberi bantuan iaitu seperti:
(i) Pertubuhan Kasih Umat Malaysia (PKUM);
(ii) Yayasan Makmum Malaysia (YMM);
(iii) Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BiKUM);
(iv) Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM);
(v) Sekretariat Aid4Palestine;
(vi) Pertubuhan Wilayah Ummah Malaysia atau One Nation; dan
(vii) Yayasan Al-Amin.
Mereka ini telah kita luluskan tetapi sebagaimana Yang Berhormat Sik telah bayangkan tadi, apa yang akhirnya membolehkan mereka masuk ke Gaza khususnya ialah kerjasama dan urusan dan kelulusan oleh kerajaan negara jirannya iaitu Kerajaan Mesir. Maka kita sedang dan masih terus lagi mengadakan hubungan supaya kemudahan untuk masuk ke Gaza ini dapat berjalan dengan lancar.
Yang Berhormat Menteri Luar Negeri dalam kerajaan sebelum ini, Yang Berhormat Sembrong telah pun membuat lawatan ke Mesir dan telah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat beliau di Mesir ketika itu. Kita berharap bahawa dengan hubungan yang baik dan meningkat ini, kita dapatlah menggalakkan dan melicinkan kemasukan penolong ataupun NGO-NGO Malaysia secara lebih mudah ke Mesir yang terpaksa menimbangkan hal-hal keselamatan dan sebagainya supaya apabila NGO kita dibenarkan masuk ke Palestin, mereka akan tidak diancam keselamatan nyawa mereka khususnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Soalan tambahan Yang Berhormat Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Tuan Yang di- Pertua, selepas ini tolong bagi Baling sebab Gaza.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, Yang Berhormat Ledang dahulu.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih. Saya mendengar jawapan tadi dan juga soalan daripada Yang Berhormat Sik dan juga daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya percaya pendirian Malaysia sangat kukuh apabila berkenaan dengan Palestin.
Saya cuma ingin bertanya soalan tambahan berkenaan dengan sokongan politik.
Saya tahu daripada segi bantuan kemanusiaan kita amat ke hadapan. Cuma daripada segi sokongan politik, pendirian politik ini juga penting untuk kita memberikan tekanan kepada pihak yang berkenaan khususnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, OIC dan lain-lain.
Jadi dalam hal ini, apakah langkah-langkah kerajaan untuk menentukan pendirian apabila berkenaan dengan isu-isu semasa di Palestin. Contohnya, berkaitan dengan banduan Palestin yang telah pun melarikan diri dari Penjara Gilbao kemudiannya telah ditangkap semula. Namun, terdapat tekanan yang amat berat ke atas banduan-banduan Palestin yang sebenarnya adalah tahanan politik yang dikenakan ke atas mereka. Jadi, apakah tindakan kita untuk memberikan hak-hak kepada banduan Palestin yang sebenarnya adalah merupakan tahanan politik di Palestin?
Selain itu juga, satu lagi Tuan Yang di-Pertua, apakah juga pendirian Malaysia terhadap pencerobohan Masjid Ibrahim di Hebron, Tebing Barat yang baru-baru ini telah diceroboh dan jemaah telah diusir keluar daripada masjid, dipukul dan akhirnya menyebabkan berlakunya kekacauan di sana. Jadi, apakah pendirian dan langkah Kerajaan Malaysia terhadap isu-isu semasa juga? Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Dato’ Haji Kamarudin Jaffar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Ledang yang sentiasa juga ke hadapan dalam memperjuangkan hak dan kedudukan rakyat di Palestin.
Sebagaimana jawapan awal saya tadi, memang kerajaan daripada dahulu lagi senantiasa menganggap isu Palestin ini sebagai isu yang kita berikan keutamaan dalam pelbagai hal yang berkaitan dengan negara dan rakyat tersebut. Oleh itu, kes-kes yang dibangkitkan seperti kes banduan seramai enam orang yang lari dan tidak dapat meninggalkan atau melepasi negara haram Israel itu dan ditangkap sekarang ini dan juga kes pencerobohan masjid di Hebron itu, sudah tentu dalam perhatian kita.
Kita sudah tentu sentiasa dengan sokongan NGO-NGO dan Ahli-ahli Parlimen yang hadir seperti hari ini untuk menekankan kepada Israel tentang hak untuk mereka berikan kepada rakyat Palestin dan juga kepada mewujudkan negara Palestin yang bebas dan merdeka pada satu masa yang terdekat. Insya-Allah.
Tuan Yang di-Pertua
Isu Palestin ini isu yang dekat di hati kita, Yang Berhormat Baling.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Selama 30 saat.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya tahu Yang Berhormat Timbalan Menteri pun sedar yang saya telah pun ke sana kali keempat baru-baru ini, sejak tahun 2010 saya masuk ke Gaza. Akan tetapi pada kali ini kami tidak dapat masuk dan untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, kami telah memberi sumbangan sebanyak USD200,000 di Masjid Al- Aqsa. Ini adalah sumbangan UMNO Malaysia. Saya bawa ke sana, telah membina balik semula iaitu masjid yang dirobohkan dan tempat wuduk, klinik dan juga tempat siar raya dan saya telah pastikan ia telah tukar dan diubahsuai.
Selepas itu saya ke Rafah untuk masuk ke Gaza, saya duduk di sana hampir 25 hari. Sedar atau tidak Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa di sana bahawa kekangan utama yang semua NGO tidak boleh hendak masuk adalah kerana kita tidak mempunyai military attache di sana, dahulu kita ada. Bilamana sudah tidak ada, jadi kerajaan itu yang dikelolakan oleh tentera, itulah antara sebabnya kita tidak ada networking yang rapat. Jadi, saya sedar baru-baru ini Yang Berhormat...
Tuan Yang di-Pertua
Rumuskan, rumuskan.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang Berhormat Menteri Pelancongan iaitu Yang Berhormat Sembrong telah pergi ke sana baru-baru ini atas nama Menteri Luar. Saya yakin dan percaya dan amat bertepatan sekiranya Yang Berhormat Sembrong sekarang selaku Menteri Pertahanan, yang paling layak untuk berbincang dengan Kerajaan Mesir untuk meletakkan balik military attache kita...
Tuan Yang di-Pertua
Pendekkan Yang Berhormat.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Untuk kita dapat laksanakan perkara itu, untuk masuk ke sana kita mesti ada networking dengan tentera.
Tanpa tentera kita tidak mungkin dapat masuk. Itulah antara sebab Ustaz Ebit Liew dapat masuk, tentera bantu dia untuk masuk. Apabila kami sampai, kami tidak dapat bantu dan lebih ramai lagi tidak dapat. Jadi, saya harap kalau kita hendak selesaikan bantuan...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, tamatkan.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim - Baling
Yang penting – last. Apa yang penting UMNO tidak bermain politik. Kita tidak kira Fatah, kita tidak kira Hamas. Kita hendak bantu dalam humanitarian, benar-benar atas nama kemanusiaan ini iaitu kita hendak bantu bantuan kemanusiaan kepada rakyat kita di sana khususnya rakyat di Gaza. Itulah yang saya rasa Yang Berhormat Timbalan Menteri harus laksanakan pada waktu dan ketika ini. Terima kasih.
Dato’ Haji Kamarudin Jaffar
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Baling. Saya fikir kita tidak ada apa-apa pun perasaan ragu dan tanpa apa-apa pun syarat kita mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh Yang Berhormat Baling dan badan kebajikan UMNO untuk memberikan sumbangan sebanyak USD200,000 dalam lawatan mereka ke Gaza dan ke Tebing Barat Palestin baru-baru ini.
Dato’ Haji Kamarudin Jaffar
Ini adalah suatu usaha dan contoh kepada NGO-NGO malah badan-badan politik untuk memberi sumbangan kepada kes yang amat memerlukan sumbangan di Palestin ini. Berkaitan dengan peranan yang dimainkan oleh kerajaan, saya dapat memaklumkan bahawa kedutaan kita sama ada di Amman, Jordan ataupun di Kaherah Mesir cuba sedaya upaya. Saya fikir Yang Berhormat Baling pun mengakui bahawa duta dan kedutaan kita di Mesir, duta dan kedutaan kita di Amman telah memberikan kerjasama dan pengiktirafan sokongan yang sepenuhnya pada rombongan-rombongan yang pergi ini.
Tetapi tentang perlunya military attache diwujudkan kedutaan kita di Mesir ini, insya-Allah saya yakin Yang Berhormat Menteri Kanan Pertahanan kita, Yang Berhormat Semberong akan memberi perhatian yang secukup-cukupnya akan keperluan jika ianya dapat kita memberikan justifikasi yang baik untuk jawatan itu diwujudkan di kedutaan kita di Mesir. Insya-Allah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
8. Puan Yeo Bee Yin [Bakri] minta Menteri Alam Sekitar dan Air menyatakan National Determined Contributions (NDC) baru Malaysia untuk Paris Agreement. Adakah kerajaan akan mengenal pasti sasaran untuk mencapai Net Zero Carbon pada tahun tertentu seperti US, European Union (EU) dan China.
Menteri Alam Sekitar - Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Terima kasih Yang Berhormat Bakri, Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat sekalian bahawa NDC merupakan suatu komitmen sebuah negara, termasuk dalam meletakkan sasaran pengurangan pelepasan gas rumah kaca atau green house gas dengan izin GHG menyumbang kepada matlamat Perjanjian Iklim Paris 2015 di bawah Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(UNFCCC).
Matlamat utama Perjanjian Iklim Paris ialah mengehadkan purata peningkatan suhu global abad ini supaya tidak melebihi 2 darjah celsius dalam merangka jangka panjang serta meningkatkan usaha untuk mengehadkan peningkatan suhu tidak melebihi
Menteri Alam Sekitar - Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
1.5 darjah celsius berbanding tahap era praindustri. Pandemik COVID-19 yang melanda negara dan seluruh dunia sejak tahun 2020 memberi cabaran kepada proses mengemas kini NDC pertama Malaysia.
Walau bagaimanapun kerajaan telah pun berjaya melengkapkan proses tersebut dan telah mengemukakan pengemaskinian NDC pertama negara pada 30 Julai 2021. Malaysia telah meletakkan sasaran yang lebih bercita-cita tinggi bagi mencerminkan komitmen negara yang lebih progresif. Sasaran NDC negara ini adalah untuk mengurangkan intensiti pelepasan GHG berdasarkan keluaran dalam negara kasar sebanyak 45 peratus pada tahun 2030 berbanding intensiti pelepasan GHG pada tahun 2005.
Penetapan sasaran ini adalah tanpa syarat iaitu 10 peratus lebih tinggi daripada sasaran NDC sebelum ini. Dengan kata lain, ini bermakna Malaysia akan melaksanakan tindakan mitigasi pelepasan GHG bagi mencapai keseluruhan sasaran tersebut dengan keupayaan dan kemampuan negara tanpa bantuan luar. Ini penting untuk kita jelaskan di sini komitmen negara kepada perjanjian yang telah kita meterai.
Selain daripada itu, pencapaian sasaran NDC negara juga akan dilaksanakan melalui tindakan-tindakan mitigasi perubahan iklim dalam negara dan tidak melibatkan pembelian kredit karbon dari luar negara. Di samping itu, skop GHG juga kita lebarkan kepada 3 sebelum ini kepada 7 jenis GHG berbanding 3 sebelumnya dalam NDC yang telah kita laporkan sebelum ini.
Bagi menjawab bahagian kedua soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat yang berkaitan dengan sasaran untuk mencapai net zero karbon. Sebagaimana yang telah pun kita maklum bahawa negara mempunyai komitmen terhadap usaha-usaha tersebut dan insya-Allah oleh kerana beberapa kementerian terlibat sama dalam perkara ini, ia akan diumumkan Perdana Menteri dalam Belanjawan dalam RMKe-12 nanti dan insya-Allah juga dalam Persidangan COP26 yang akan diadakan di Glasgow pada awal November 2021 ini. Terima kasih.
Puan Yeo Bee Yin - Bakri
Terima kasih. Ini adalah berita baik di mana Malaysia akan ada net zero carbon target. Tetapi saya hendak ambil satu soalan tambahan yang berkaitan dengan soalan ini dan juga MQT sebelum ini kerana pasaran perdagangan karbon adalah salah satu strategi yang baik untuk melangkah ke hadapan net zero carbon. Tetapi saya ada beberapa soalan.
(i) bilakah pasaran karbon ini akan bermula untuk transaksi?; dan
(ii) berapakah anggaran harga karbon per tan?
Sekarang kalau kita tengok China emissions trading scheme, anggaran mereka yang baru-baru lancar ini adalah USD4 per tan. Apakah anggaran karbon dalam Malaysia? Dan yang paling penting ialah apakah mekanisme yang akan diambil oleh kerajaan untuk memastikan ofset karbon di pasaran kita adalah diiktiraf antarabangsa kerana kalau kita hendak demand pasaran kita, kita perlu memastikan bahawa ofset karbon ini diiktiraf antarabangsa, di mana NDC di Malaysia boleh beli ofset karbon di pasaran karbon di Malaysia dan mengambil kira ofset karbon ini dalam kiraan net zero carbon antarabangsa mereka. So, apakah mekanisme yang akan diambil oleh kerajaan?
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Terima kasih. Untuk pasaran karbon sebagaimana yang telah saya umumkan tadi sebenarnya dalam usaha mencapai net zero daripada 197 negara yang telah meratifikasi. Kita setakat ini ada lima puluh sembilan negara telah meletakkan sasaran net zero dan ini, insya-Allah akan diumumkan oleh Perdana Menteri sepertimana yang saya maklumkan tadi.
Dalam soal pasaran karbon, kita sebagaimana yang kita maklum jawapan soalan awal tadi bahawa kita memerlukan satu panduan sasaran karbon sukarela yang perlu kita bina dan pada waktu yang sama kita juga perlu meletakkan satu garis panduan dan akta yang melibatkan pasaran karbon ini. Usaha di peringkat kementerian kita sedang membangunkan karbon tersebut dan insya-Allah pada hujung tahun ini kita akan membentuk rangka kerja ke arah pasaran karbon domestik dan antarabangsa.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Sehubungan dengan itu, mekanisme yang kita bina untuk ofset karbon kita masih lagi bergantung kepada hutan kita sebagai ofset utama. Alhamdulillah negara kita sebagaimana yang telah dimaklumkan di dalam Dewan yang mulia ini, hutan negara masih lagi lebih daripada 55 peratus. Walau bagaimanapun kita perlu bangunkan mekanisme untuk perkara-perkara lain supaya pengeluaran karbon dapat kita kurangkan termasuklah kita melancarkan contohnya bandar rendah karbon yang kita gerakkan di seluruh negara dan juga termasuklah kenderaan rendah karbon yang juga akan diusahakan oleh pihak kementerian ke arah itu. Bagi pasaran ataupun nilai semasa per tan USD ini, saya akan memaklumkan secara bertulis. Terima kasih.
Puan Yeo Bee Yin - Bakri
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa Menteri sudah salah faham soalan tambahan saya tadi. Soalan tambahan yang ofset karbon itu adalah ofset karbon dalam perdagangan karbon dalam carbon market. Bagaimana kita memastikan bahawa ofset karbon yang dibeli di pasaran kita diiktiraf antarabangsa, dengan apa mekanisme ataupun kita sign dengan apa. Ini adalah sangat penting sebab dia bukan ofset yang kita kira untuk laporan UNFCCC tetapi ofset yang kita akan jual dan beli dalam pasaran karbon yang kita akan adakan nanti dengan perdagangan karbon.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Terima kasih. Untuk ofset karbon dalam konteks negara kita, kita masih terikat dengan apa yang laporan kita pada UNFCCC dan syarat-syarat yang diletakkan oleh mereka. Soal nilai karbon tersebut sebenarnya kita ada piawaian tertentu untuk dibangunkan sebab kita kena control. Untuk makluman Dewan yang mulia, sekarang ini pasaran karbon yang menjadi tarikan oleh semua banyak negara dan dalam konteks negara kita, kita perlu bangunkan sistem itu dan kita perlu meletakkan piawaian tertentu sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bakri. Terima kasih dan ini kita akan jelaskan perkara tersebut.
Puan Yeo Bee Yin - Bakri
Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh saya perlukan satu jawapan bertulis secara terperinci.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Ya, terima kasih.
Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah
Saya hendak tambah.
Saya hendak bertanyakan kepada Yang Berhormat Menteri. Kita sebutkan sasaran tadi itu. Berapakah penjanaan karbon equivalent di negara kita dan kalau itu angka yang kita ketahui, maka kerajaan boleh merancang dengan jadual berkala untuk memastikan apa yang kita hendak meniagakan bila kita sebut perdagangan karbon itu. Mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Ya, terima kasih kepada yang bertanya soalan. Soal kita ialah bagaimana kita perlu ada selain mekanisme tentang ofset karbon ini yang kita keluarkan dari negara kita. Untuk makluman, buat masa ini Malaysia masih lagi berada pada paras kawalan di mana pengeluaran karbon dengan ofset yang kita buat masih lagi dapat kita jaga. Tentang jumlah dan detil terhadap sesuatu perkara itu saya akan jawab secara bertulis sebab maklumat ini memerlukan fakta-fakta dan angka-angka yang tepat. Jadi, saya akan jawab secara bertulis pada Yang Berhormat. Terima kasih.
Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah
Saya hendak membantu sedikit. Penjanaan karbon untuk diperakui di negara kita ini.
Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah
Setakat yang saya tahu, lebih daripada 200 juta tan setahun. Inilah barangan yang perlu kita niagakan dari sudut insentif-insentif untuk membawa pelabur asing untuk membangunkan industri dari sudut perdagangan karbon. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Alor Gajah. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Bachok. Silakan.
9. Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [Bachok] minta Menteri Kanan Kerja Raya menyatakan perkembangan terkini Projek Jalan Universiti Malaysia Kelantan
(UMK) bypass dan jalan Jelawat bypass di Bachok, Kelantan.
Timbalan Menteri Kerja Raya - Datuk Arthur Joseph Kurup
Selamat pagi dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Bachok kerana mengemukakan soalan ini.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cadangan Projek Jalan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Bypass dan juga jalan Jelawat Bypass di Bachok, Kelantan tidak ada dalam perancangan di bawah Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya atau Highway Network Development Plan (HNDP) 2030. Kementerian ini juga mendapati bahawa kedua-dua projek ini tidak ada dalam senarai keutamaan projek yang dipohon oleh negeri Kelantan untuk Rolling Plan 1 atau Rolling Plan 2 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.
Bagi cadangan projek jalan Jelawat Bypass, kementerian ini mendapati bahawa cadangan jalan pintas ini akan menghubungkan antara dua buah jalan negeri iaitu menghubungkan jalan D14 dengan D141. Oleh yang demikian, daripada segi hierarki jalan, kementerian ini berpandangan bahawa cadangan untuk jalan ini lebih sesuai dilaksanakan oleh kerajaan negeri.
Manakala bagi cadangan Projek Jalan Universiti Malaysia Kelantan Bypass yang menghubungkan Jalan Persekutuan FT189 dan juga Jalan Negeri D141, maka kementerian ini boleh mempertimbangkan dan akan meneliti dengan lebih lanjut cadangan ini sekiranya dimohon dalam Rolling Plan yang akan datang dan akan dipertimbangkan untuk diangkat kepada agensi pusat, jika memenuhi syarat dan keperluan teknikal untuk dilaksanakan. Sekian dan terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan satu.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Saya amat berharap supaya kedua-dua projek jalan raya ini dapat dijalankan dengan kerjasama di antara Kerajaan Pusat dan negeri.
Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, kesesakan trafik di Pekan Jelawat hari ini dijangka akan terus meningkat pada masa akan datang akibat pembangunan yang semakin pesat seperti pembinaan Bandar Baru Jelawat, pusat pengajian UMK dan terbaharu, pembinaan Hospital Bachok yang dijangka siap dua tahun lagi. Oleh itu, sememangnya perlu ada beberapa buah jalan alternatif bagi menyuraikan kesesakan yang amat sangat sama ada yang sedia ada ataupun akan datang.
Soalan tambahan saya, adakah kerajaan bercadang untuk membina jalan alternatif baharu dari Kampung Rusa, Jelawat ke Kampung Budi-Tawang? Pembinaan ini selain daripada maksud penyuraian trafik di Pekan Jelawat tadi yang lebih efisien, ia juga akan memendekkan perjalanan dari Besut dan Pasir Puteh ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Silakan Yang Berhormat.
Datuk Arthur Joseph Kurup
Terima kasih Yang Berhormat Bachok.
Kementerian mengambil maklum tentang perancangan pembangunan yang sedang dilaksanakan di kawasan yang disebutkan tadi iaitu Mukim Jambal, Mukim Beris Kubor Besar dan juga Mukim Rusa. Maka dengan itu, kementerian sedang membuat perancangan untuk mengurangkan kesesakan jalan yang dijangka akan meningkat dalam tahun-tahun yang akan datang.
Semakan di peringkat kementerian mendapati bahawa sekarang ini ada cadangan untuk membina jalan Jelawat Bypass dari Mukim Rusa ke Mukim Jembal melalui Beris Kubor Besar iaitu selari dengan perancangan yang ada sekarang untuk projek Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3). LPT3 ini sedang dalam peringkat kajian awal yang melibatkan skop kerja seperti light detection and ranging, ground survey, soil investigation, environmental impact assessment study, social impact assessment utility mapping, building information modeling dan juga traffic study. Kajian awal ini dijangka akan siap sepenuhnya pada bulan April 2022 dan pembentangan laporan penuh dapatan kajian awal kepada agensi pusat dijangka pada
Datuk Arthur Joseph Kurup
pertengahan tahun hadapan bagi mendapatkan hala tuju pelaksanaan projek ini. Sekian dan terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ada soalan tambahan nombor dua? Kalau tidak ada, saya ingin menjemput Yang Berhormat Jerai.
[Soalan No. 10 – YB. Datuk Christina Liew Chin Jin (Tawau) tidak hadir]
11. Tuan Sabri bin Azit [Jerai] minta Perdana Menteri menyatakan apakah status terkini guru KAFA yang berkhidmat secara kontrak ke jawatan tetap seperti yang dijanjikan sebelum ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Jerai yang bertanya. Dengan izin, saya memohon untuk menjawab soalan ini bersekali dengan soalan Nombor 33 yang telah ditetapkan untuk dijawab pada 30 September memandangkan kedua-dua soalan ini menjurus kepada isu dan perkara yang sama.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan pada hari ini amat prihatin bagi menambah baik status perjawatan guru-guru di bawah program Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA). Namun beberapa proses penting perlu diteliti dan dilaksanakan terlebih dahulu secara terancang dan holistik bagi menjamin kebolehlaksanaan penambahbaikan status perjawatan tersebut. Penambahbaikan ini melibatkan aspek deskripsi tugas, penetapan jam mengajar, kelayakan guru dan keperluan ikhtisas bagi guru KAFA serta kesesuaian premis.
Pada masa yang sama, kerajaan sentiasa melaksanakan inisiatif bagi pemerkasaan guru-guru KAFA daripada aspek meningkatkan kompetensi melalui pelaksanaan Kursus Pemetaan Guru KAFA Sebagai Jurulatih Daerah bagi melahirkan guru yang kompeten dalam profesion keguruan. Sehingga tahun 2021, seramai 591 orang guru KAFA telah dilatih di bawah program ini bagi memantapkan ilmu kemahiran, pengajaran dan kemahiran teknologi serta berupaya menjadi pembimbing kepada rakan sekerja guru KAFA yang lain.
Selain itu, guru-guru KAFA juga perlu memenuhi kelayakan ikhtisas yang merupakan elemen terpenting bagi memenuhi syarat dan kelayakan yang ditentukan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Kerajaan juga komited dalam membela kebajikan guru-guru KAFA. Mulai tahun 2020, kerajaan melalui JAKIM telah memperuntukkan sebanyak RM6,993,000 bagi caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada seramai 35,000 orang guru KAFA. Selain itu, melalui peraturan-peraturan pelaksanaan Program KAFA Tahun 2021, JAKIM memberikan kemudahan cuti bersalin berelaun kepada guru KAFA wanita yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2022.
Justeru, bagi merealisasikan kesungguhan kerajaan terhadap usaha tersebut, maka sesi libat urus bersama agensi kementerian yang berkaitan sebelum melaksanakan projek rintis pemerkasaan KAFA sedang giat dilaksanakan. Kerajaan berharap agar usaha murni untuk menaik taraf perkhidmatan guru KAFA dapat direalisasikan dengan sokongan padu daripada semua pihak yang berkaitan termasuk Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini dan kita doakan supaya ia akan menjadi realiti. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Soalan tambahan.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan.
Soalan tambahan saya ialah sejauh manakah keberkesanan pengajaran guru KAFA dapat dimaksimumkan ke arah memartabatkan Islam yang syumul dalam kalangan anak-anak sekiranya amalan pemberian one-off tahunan diteruskan dengan mengabaikan amanah imbuhan tetap seperti yang diperoleh oleh rakan guru terlatih anjuran KPLB iaitu tabika?
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Keduanya, adakah tempoh masa yang tertentu pihak kementerian bagi membolehkan perjawatan tetap ini dilaksanakan? Sekian.
Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary
Terima kasih kepada Yang Berhormat Jerai di atas soalan tambahan. Melalui Pelan Strategik JAKIM 2019 hingga 2025, di bawah Teras Tiga Strategi Dua iaitu memperkasakan pendidikan KAFA, menerusi empat aspek iaitu kurikulum, buku teks, pentaksiran dan latihan keguruan. Melalui strategi tiga pula, aspek penghayatan nilai dan adab dalam pendidikan Islam diperkasakan dengan membangunkan dan melaksanakan modul nilai dan adab bagi murid KAFA. Kurikulum baharu KAFA dibina bagi memenuhi keperluan Pendidikan Islam secara hands-on, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diperkenalkan dalam sistem pendidikan negara.
Melalui dapatan kajian, keberkesanan pelaksanaan KAFA penambahbaikan kurikulum baharu lebih menumpukan kepada aspek adab dan nilai menerusi pendekatan, penghayatan, pembudayaan ilmu dan merentasi kurikulum. Oleh kerana minat masyarakat terhadap tahfiz, maka mata pelajaran Tahfiz Al-Quran diperkenalkan sebagai pendedahan awal kepada kanak-kanak di peringkat rendah. Mulai tahun 2020, JAKIM telah melaksanakan kurikulum baru dan menyeragamkan buku teks KAFA bagi penyeragaman pengajaran dan pembelajaran KAFA di seluruh negara.
Untuk makluman Yang Berhormat dalam Dewan mulia, pelantikan guru KAFA diurus oleh agensi pelaksana negeri dan tidak disandarkan kepada mana-mana skim perkhidmatan awam dan menerima elaun bulanan termasuk KWSP dan PERKESO. Pada masa yang sama, bantuan khas secara one-off diberikan mengikut jumlah yang diumumkan oleh kerajaan. Kerajaan sangat komited memastikan kebajikan guru-guru KAFA terus terbela untuk memastikan keberkesanan guru-guru KAFA dalam memberikan pendidikan agama dan fardu ain kepada anak bangsa. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat...
Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan
Tambahan, Kuantan.
Tuan Yang di-Pertua
Maaf, tiada masa sudah.
Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan
Soalan tambahan Kuantan pun...
Tuan Yang di-Pertua
Sekejap ya, 30 saat boleh?
Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan
Boleh?
Tuan Yang di-Pertua
Boleh, boleh. 30 saat.
Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Timbalan Menteri. Saya ingat dalam satu jawapan Yang Berhormat Menteri pada saya pada bulan Julai 2020, ada dinyatakan dan ini disahkan dalam Hansard bahawa penyerapan kepada kontrak guru-guru KAFA ini akan dilakukan pada tahun ini, tahun 2021.
Berkenaan dengan jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, kelayakan guru, kesesuaian premis, itu semua sudah diaudit pada tahun 2019. Daripada 30,000 lebih orang guru-guru KAFA itu sudah diketahui berapa ramai yang ada degree, ada ijazah, ada diploma, berapa ramai ada SPM dan sebagainya.
Juga premis sudah pun diaudit bagaimana guna sekolah kebangsaan, yang mana guna masjid, yang mana guna premis persendirian. Saya tidak lihat apa-apa jawapan tadi menunjukkan political will, kehendak yang sungguh-sungguh untuk menyerapkan guru- guru KAFA ini kepada jawatan kontrak. Selama 30 tahun mereka hanya menerima elaun.
Harap Yang Berhormat dapat beri tumpuan, kesungguhan untuk melaksanakan ini.
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat.
Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary
Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuantan. Apa yang kita nyatakan tadi ialah sebahagian daripada proses yang sedang berjalan. Kerajaan tidak pernah mengabaikan soal tuntutan dan keperluan mereka ini
Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary
untuk diserap tetap dan juga diberikan imbuhan yang setimpal. Sebagaimana kita tahu, bahawa kemampuan semasa kerajaan pada waktu ini ialah kita memberikan antaranya one-off dan juga kita menaikkan elaun-elaun guru KAFA tidak sebagaimana sebelum daripada ini.
Apa pun keputusan yang akan dibuat oleh kerajaan perlu mengambil kira juga soal bebanan kewangan yang akan ditanggung oleh pihak kerajaan. Namun di peringkat kita, JAKIM khususnya sentiasa mencari jalan dan peluang untuk melaksanakan apa yang dituntut ini berdasarkan kepada kemampuan yang kita ada dan itulah kalau kita katakan sebagai political will yang tidak perlu kita henti untuk melaksanakan yang terbaik untuk kebajikan guru-guru KAFA. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada hari ini. Terima kasih semua Yang Berhormat.
[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang), - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 8.00 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Rabu 22 September 2021.”
Tuan Yang di-Pertua
Ada yang menyokong?
Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon sokong.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 7(3) yang berbunyi seperti berikut Tuan Yang di-Pertua, “Pada bila-bila masa mesyuarat bersidang, Tuan Yang di-Pertua boleh meminta seseorang Ahli mempengerusikan mesyuarat itu bagi sementara dengan tidak payah diberitahu Majlis Mesyuarat dengan secaranya dan ahli yang mempengerusikan ini tetaplah terserah kepadanya semua kuasa-kuasa Tuan Yang di-Pertua sehingga Tuan Yang di-Pertua balik semula mengetuakan mesyuarat.”
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua, saya dimaklumkan bahawa melalui surat bertarikh 20 September 2021, Tuan Yang di-Pertua telah pun menjemput Yang Berhormat Teluk Intan, Yang Berhormat Nga Kor Ming untuk mempengerusikan sementara persidangan Dewan Rakyat Mesyuarat Pertama Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas. Satu surat dikeluarkan kepada beliau dan surat itu dengan jelas mengatakan, “Sukacita saya dengan segala hormatnya menjemput Yang Berhormat untuk mempengerusikan sementara Mesyuarat pada Isnin, 20 September 2021 jam 2.30 hingga 4.00 petang.” Of course, rujukan dibuat kepada Peraturan Mesyuarat 7(3).
Tuan Yang di-Pertua, semalam saya hadir di dalam Dewan Rakyat dan saya lihat di antara jam 2.30 sehingga jam 4.00 petang, Dewan tidak dipengerusikan oleh Yang Berhormat Teluk Intan sepertimana diarahkan oleh Tuan Yang di-Pertua melalui surat tersebut. Jadi, soal yang berbangkit Tuan Yang di-Pertua adalah, adakah prosiding semalam di antara jam 2.30 hingga 4.00 petang menjadi sah ataupun tidak? Ini kerana ada satu surat bertulis daripada Tuan Yang di-Pertua yang menyatakan secara spesifik bahawa Yang Berhormat Teluk Intan yang seharusnya mempengerusikan Dewan Rakyat.
So, itu soalan saya.
Kemudian Tuan Yang di-Pertua, saya juga diberitahu pagi tadi ada dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Melaka bahawa seorang Menteri Kanan telah pun masuk campur urusan Speaker di mana keputusan yang dibuat Tuan Yang di-Pertua itu telah pun ditarik balik. Saya ingin tahu di dalam Dewan yang mulia ini, bukankah Tuan Yang di- Pertua yang membuat keputusan, khususnya berkenaan dengan peraturan mesyuarat?
Apabila kita sebagai Ahli Parlimen bangkitkan peraturan mesyuarat, Tuan Yang di-Pertua buat keputusan dan Tuan Yang di-Pertua mengatakan keputusan saya muktamad. Itu adalah apa yang berlaku dalam Dewan dan dalam Dewan yang mulia ini kita lihat Tuan Yang di-Pertua buat satu keputusan kepada saya keputusan yang betul. Menjemput seorang Ahli Parlimen untuk mempengerusikan Dewan Rakyat...
Tuan Yang di-Pertua
Boleh saya jawab?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Jadi dalam keadaan tersebut Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengatakan bahawa Ahli Parlimen Gombak ada di sini pagi tadi.
Tuan Yang di-Pertua
Boleh saya jawab?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Saya hendak tahu, adakah beliau Menteri yang bertanggungjawab? Ini kerana beliau tidak berani hendak jawab soalan itu tadi. Tuan Yang di-Pertua, kita kena lihat kepada apa yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan reform, reform, reform, tetapi apabila berlaku hal sebegini and Tuan Yang di-Pertua, I am raising this because it was reported in the press yesterday. I think the members of the public are entitled to know what actually happened. Boleh saya minta satu penjelasan dari Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan pertama...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya tambah sedikit...
Tuan Yang di-Pertua
Cukup, cukup, cukup. Semalam kita lambat, sampai Yang Berhormat Tampin tidak sempat cakap, dia tunggu sampai pukul 8.10 semalam. Cukup ya.
Yang Berhormat Puchong, Peraturan Mesyuarat 7(3) memang kuasa saya untuk meminta sesiapa untuk mempengerusikan mesyuarat bagi sementara sehingga Tuan Yang di-Pertua balik semula mengetuai mesyuarat. Jadi, saya memang bagi surat kepada Yang Berhormat Teluk Intan.
Tuan Yang di-Pertua
Saya berterima kasih kepada beliau kerana beliau bersedia untuk menerima permintaan saya. Saya menukar fikiran last minute, kemudian kira untuk soalan yang pertama sememangnya prosiding itu sahlah sebab saya balik semula mengetuakan Mesyuarat. Ya?
Mengenai soalan kedua, saya sebenarnya tidak didorong ataupun di— apa perkataan yang digunakan— pressure, ditekan oleh sesiapa untuk menukar fikiran itu. Ya.
Saya cuma menggunakan kuasa saya untuk bertukar fikiran. Terima kasih, ya?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, saya minta penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua
Cukuplah, cukup.
[Beberapa Ahli bercakap tanpa pembesar suara] [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Cukuplah, cukup. Same point. Saya sudah buat. Saya sudah buat itu. Tolong. Kita hendak— Kita hendak...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tuan Yang di- Pertua.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Kita hendak teruskan dengan perbahasan, masalah ini, ya? Teruskan.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Puan— Tidak ada panggilan.
[Beberapa Ahli bercakap tanpa pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Tuan Setiausaha. Silakan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua. Boleh kita tahu apa yang— [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Tolong duduklah.
[Dewan riuh]
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua. Boleh tahu kenapa...
[Tidak jelas]
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Tuan Yang di-Pertua. Kalau benar Yang Berhormat Gombak tidak campur tangan, mengapa...
[Pembesar suara dimatikan]
Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah; “Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya:
“Ampun Tuanku, Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada
Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas”.
[20 September 2021]
Tuan Yang di-Pertua
Semalam oleh kerana Yang Berhormat Tampin menunggu sehingga 8.10 malam, tidak dapat. Saya minta maaf kerana ramai yang melebihi masa. Jadi, hari ini tinggal— terpaksalah seorang saya beri 10 minit. Yang Berhormat Tampin, oleh kerana menunggu hingga 8.10 malam tadi, saya akan mempersilakan sekarang untuk memulakan ucapan beliau. Saya bagi 15 minit. Silakan Yang Berhormat Tampin.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, kita hendak tahu apakah yang menyebabkan...
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat...
Tuan Yang di-Pertua
Cukuplah, cukup, cukup. Saya dah beritahu. Yang Berhormat Tampin, silakan.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu perkara yang serius.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Tampin, silakan. Kamu duduk.
[Beberapa Ahli berucap tanpa pembesar suara]
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Kami hendak tahu, adakah Yang Berhormat Gombak call Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Tampin, silakan.
[Dewan riuh]
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Kalau Yang Berhormat Gombak ada call Tuan Yang di-Pertua, kami nak rujukkan dia ke...
[Pembesar suara dimatikan]
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Tolong duduk. Duduk. Duduk. Duduk. Yang Berhormat Tampin, silakan.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kita bersimpati kepada Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Saya faham.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Kita rasa kasihan kepada Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Tampin.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Tuan Yang di-Pertua, just a question.
Tuan Yang di-Pertua
Could you please sit down? Saya nak sambung dengan perbahasan. Yang Berhormat Tampin, tolong. Silakan. Lima belas minit.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Tuan Yang di-Pertua, I cuma nak tanya kenapa sebelum ini surat di...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Tampin. Yang Berhormat, tolong duduk.
Yang Berhormat Bukit Gelugor, tolong duduk. Duduk. Duduk. Duduk. Duduk! Saya gunakan kuasa saya bawah Peraturan Mesyuarat 7(3). Saya tukar fikiran. Yang Berhormat Tampin, tolong. Silakan.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Bismillahi Rahmani Rahim. [Membaca sepotong doa] Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang dan kesempatan kepada Yang Berhormat Tampin untuk turut serta membahaskan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika Majlis Pembukaan Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 kali ini.
Banyak isu yang dibangkitkan oleh Yang di-Pertuan Agong namun dalam masa yang singkat dan terbatas, Tampin ingin membangkitkan beberapa isu yang difikirkan amat dekat di hati Parlimen Tampin untuk diketengahkan.
Pertama, isu pendidikan. Kedua, isu luar bandar. Ketiga, kalau ada kesempatan, akan dibangkitkan soal isu perpaduan. Tuan Yang di-Pertua, pendidikan memainkan peranan yang penting di dalam menentukan kelangsungan dan ketamadunan sesuatu bangsa.
Sekiranya sistem pendidikan tidak dicermati dengan lebih baik, teliti dan tuntas, sudah pasti hasrat tujuan pendidikan untuk melahirkan segolongan insan kamil dan syamil tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.
Isu pendidikan disentuh secara jelas oleh Yang di-Pertuan Agong dalam Perkara 50, berkait dengan akses pendidikan lebih inklusif. Perkara 51 merujuk kepada pendidikan akhlak dan kerohanian dan pendidikan pasca COVID-19 disentuh dalam Perkara 52.
Ini bermakna Yang di-Pertuan Agong amat peduli akan permasalahan pendidikan semasa wabak COVID-19 yang boleh menjejaskan asuhan anak-anak...
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Yang Berhormat Tampin...
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
...dan tata kelola persekolahan.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Yang Berhormat Tampin, boleh minta laluan sekejap? Tanjong Malim.
Cuma saya nak minta pinjam floor Yang Berhormat Tampin tentang perkara tadi, Peraturan Mesyuarat 7(3). Kalau...
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Tolonglah Yang Berhormat Tanjong Malim, duduk!
Sudah! Tolong! Ini mencelah untuk penjelasan sahaja.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Kalau ia tidak berkaitan dengan pendidikan, saya tidak benarkan.
Tuan Yang di-Pertua
Sudahlah. Yang Berhormat Tampin, silakan.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Gejala serangan wabak pandemik COVID-19, memaksa kita melaksanakan sesi persekolahan melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang kebanyakannya dilaksanakan berasaskan dalam talian atau maya dan kaedah-kaedah yang lain yang lebih sesuai dengan keutamaannya kepada capaian internet dan ketersediaan alat bantu mengajar ataupun belajar. Setelah lebih satu tahun pelaksanaan pembelajaran melalui PdPR, sudah pasti ketersediaan kita dalam menangani isu pendidikan telah dan dapat diselesaikan sekurang-kurangnya sebahagian besar perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan.
Namun, apa yang Yang Berhormat Tampin dapati, kementerian ataupun kerajaan masih terkial-kial dalam mencari solusi yang meyakinkan banyak pihak. Tidak ada perancangan yang jelas, arahan yang tuntas dan dasar yang merangkum. Saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah pelaksanaan PdPR tersebut mampu dan berjaya
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
dilaksanakan dengan sempurna dan telah memberi impak yang positif kepada pembangunan mental, spiritual dan fizikal anak-anak murid?
Apakah sistem pengajaran dan pembelajaran kepada anak-anak tidak lagi berhadapan dengan persoalan yang remeh-temeh, yang dibangkitkan setahun yang lepas, masih dibangkitkan oleh pemegang taruh pendidikan? Apakah kajian yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 18 April 2020 yang data menunjukkan bahawa 36 peratus bersamaan 1.85 juta orang murid, tidak mempunyai peranti langsung di seluruh negara telah dapat diselesaikan? Manakala 90 peratus orang murid-murid tidak mempunyai peranti peribadi. Mereka terpaksa berkongsi dengan ibu bapa, atau dikongsi bersama adik-beradik yang lain yang telah dirungkai dengan semaksimum mungkin.
Kalau kita masih tercari-cari jalan penyelesaian, ini bermakna pada ketika itu, sekali gus akan menyukarkan mereka untuk mengikuti kelas dalam talian. Saya ingin bertanya kepada kerajaan, bagaimana perkara ini telah dapat diselesaikan setelah setahun ia berlaku. Apakah janji-janji pemberian peranti kepada mereka yang amat memerlukan telah dapat diselesaikan sedangkan pandemik COVID-19 belum menampakkan pengurangan malahan bertahan ataupun bertambah daripada semasa ke semasa.
Demikian juga dengan kuasa capaian internet, kita harus menyelesaikan masalah ini secara serentak dan menyeluruh. Bagaimana murid-murid hendak belajar dengan baik dan tenang, dan harmoni sekiranya dua aspek ini tidak dapat diselesaikan dengan baik? Kita tidak tahu bagaimana murid-murid hendak belajar sekiranya capaian internet laju tetapi murid tidak mempunyai peranti. Begitulah sebaliknya. Sekiranya murid mempunyai peranti yang lengkap tetapi tidak ada capaian internet ataupun kelajuan capaian yang lemah.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Semuanya itu memberi kesan kepada pembelajaran mereka, khususnya murid- murid luar bandar yang jauh ketinggalan. Bagaimanakah kementerian memastikan capaian internet seluruh negara di negara ini dapat diselesaikan secepat mungkin?
Sekiranya tidak dapat diselesaikan, ia akan memberi kesan kepada keseimbangan pembelajaran antara satu wilayah, dengan wilayah yang lain. Jangan kita hanya bercakap sekadar dalam perancangan, dalam perancangan, dalam perancangan. Tidak ada jalan penyelesaian sampai ke penghujung.
Kajian yang dilakukan oleh KPM, NUTP dan pasukan pengkaji daripada Fakulti Pendidikan UKM pada April 2020, membuktikan majoriti ibu bapa dan guru-guru tidak bersedia untuk melaksanakan PdPR. Banyak faktor yang mempengaruhi ketidaksediaan pemegang taruh ini dengan PdPR. Antaranya perkara yang berkait dengan interaksi sosial dalam kalangan murid-murid terbantut. Tekanan emosi bukan sahaja kepada anak-anak tetapi juga kepada guru dan ibu bapa yang berkerjaya terhadap pembelajaran anak-anak.
Di samping para pelajar mengalami ketagihan kepada gajet disebabkan tempoh belajar yang panjang.
Saya ingin bertanya kepada kementerian, adakah tindakan yang telah dilakukan dalam menyelesaikan masalah ini kepada guru, ibu bapa dan bagaimana ia dapat diatasi?
Saya merasa risau pada bulan Oktober ini sekolah akan dibuka. Apakah kerisauan ibu bapa juga tentang keselamatan anak-anak mereka terjamin daripada dijangkiti COVID- 19? Mungkin kah terdapat ibu bapa yang enggan menghantar anak-anak mereka pergi ke sekolah secara fizikal atas alasan keselamatan?
Bagaimanakah kementerian menangani masalah tersebut? Bagaimana kementerian hendak menyelesaikan masalah emosi, psikologi anak-anak yang telah selesa tidak hadir secara fizikal di sekolah? Apakah kementerian telah bersedia untuk mendepani fasa endemik ketika sekolah dibuka? Apakah kementerian telah merangka metode pembelajaran yang hendak dilaksanakan pasca COVID-19 dan endemik?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat Tampin?
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Oleh sebab pandemik COVID-19 ini telah memberi kesan kepada psikologi dan emosi para pelajar, apakah tindakan kerajaan
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
menyelesaikan masalah ini? Apakah kementerian bersedia untuk menambah guru-guru kaunseling di sekolah-sekolah dalam mendepani permasalahan psikologi dan emosi anak-anak?
Satu perkara yang amat penting sebelum sekolah dibuka secara fizikal supaya pemegang taruh rela hari dan suci perasaan menghantar anak-anak mereka bersekolah secara fizikal. Apakah kementerian telah menyediakan satu lakaran menyeluruh bagaimana pendidikan dilaksanakan? Wajarkah kementerian menyediakan peta pembelajaran, road map, yang tepat dan menyeluruh dalam memastikan pendidikan dapat dilaksanakan mengikut dasar dan hala tuju yang jelas? Sekiranya ada, adakah road map yang telah dirangka itu telah dimaklumkan kepada ibu bapa agar mereka yakin dan bersedia menghantar anak-anak mereka ke sekolah secara fizikal?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat Tampin.
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Mohon mencelah?
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Mohon mencelah, isu yang sama.
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Boleh mencelah.
Boleh?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Siapakah dulu?
Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau
Boleh ya? Baru-baru ini Yang Berhormat Tampin, Kementerian Pengajian Tinggi menyatakan bahawa terdapat kajian yang menyatakan 78.14 peratus pelajar IPT tidak berasa tertekan dengan PdPR secara dalam talian. Saya hendak tanya kajian ini dijalankan di mana? Siapakah responden? Berapa ramaikah responden? Kita dengar banyak rungutan pensyarah- pensyarah yang menyatakan bahawa pelajar-pelajar mereka tertekan. Jadi, kita hendak detil daripada KPT tentang kajian ini. Sekian, terima kasih.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat Tampin.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Terima kasih Yang Berhormat Balik Pulau dan apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Balik Pulau dalam ucapan saya.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat Tampin sedikit sahaja.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Masa saya sikit.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tidak apa, sikit sahaja. Isu yang sama Yang Berhormat. Sudah berdiri.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tidak. Sikit sahaja Yang Berhormat, topik yang sama, bolehlah.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Rasah, dia tidak bagi.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Okey.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Isu kedua yang hendak saya bangkitkan, perkara yang berkait dengan pembangunan luar bandar yang disinggung secara jelas dalam titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong pada Perkara 46.
Semua rakyat terkesan dengan serangan pandemik COVID-19. Masyarakat luar bandar tidak terkecuali, sekali pun mereka mempunyai tanah untuk diusahakan seperti bercucuk tanam, sayur-sayuran ataupun tanaman lain bagi menampung keperluan harian keluarga mereka.
Namun terdapat juga di kalangan mereka sememangnya berkerjaya bercucuk tanam. Tanahlah menjadi sumber pendapatan. Bercucuk tanam telah menjadi rutin kerja mereka harian. Mereka terus berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.
Namun hasil yang mereka usahakan tidak dapat dijual ataupun dipasarkan kerana semuanya dibatasi oleh pergerakan.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Dalam mendepani masalah ini, apakah tindakan yang boleh dan telah dan akan dilakukan oleh kerajaan? Bagaimana kerajaan hendak menyelesaikan masalah ini agar hasil usaha yang dilakukan, dapat dipasarkan.
Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan menyusun satu tindakan yang menyeluruh agar hasil yang diusahakan oleh masyarakat luar bandar dapat dipasarkan.
Di mana dengan tindakan tersebut sekurang-kurangnya dapat menyelesaikan isu pendapatan dan tanggungan mereka seharian. Kerajaan hendaklah mengemukakan penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang yang menyeluruh dalam mendepani persoalan tersebut di dalam kita menghadapi COVID-19.
Titah Yang di-Pertuan Agong pada Perkara 39 mengajak agar kerajaan memajukan sektor perladangan, komoditi, pekebun kecil, pertanian dan industri makanan.
Saya ingin menarik perhatian kerajaan agar melihat perkara ini secara holistik dan terfokus. Kita sedia maklum, kesan daripada pandemik COVID-19 ini telah mendorong ramai rakyat di negara ini terutama mereka yang kehilangan mata pencarian termasuk anak-anak muda, telah mula berjinak-jinak dengan pertanian dan industri makanan.
Walau bagaimanapun, keinginan mereka ini terbantut kerana kekangan modal untuk menyediakan fasiliti pertanian.
Kerajaan harus mencari jalan yang sesuai untuk membantu golongan ini melaksanakan keinginan mereka untuk menjadi petani ataupun pengusaha makanan yang berjaya. Kerajaan harus meneliti semua perkara yang berkaitan dengan pengimportan barang-barang keperluan seperti lada, cili, kentang, kelapa dan sebagainya yang menyebabkan terganggunya harga hasil tanaman masyarakat tempatan.
Apabila kerajaan membenarkan terus menerus mengimport barang-barang keperluan dengan harga yang jauh lebih murah kesan penanam sayur, cili dan lada di negara ini tidak dapat bertahan mendepani hasil pertanian mereka yang tidak dapat dipasarkan. Oleh sebab harga yang ditawarkan oleh pengimport, lebih rendah daripada harga tempatan. Situasi ini memberi kesan yang besar kepada para petani di negara ini.
Saya mencadangkan supaya kerajaan menilai dan mengkaji semua pengimportan hasil tani dari luar negara.
Tuan Yang di-Pertua, poin yang terakhir yang saya hendak sebut ialah isu perpaduan. Isu perpaduan kaum juga disentuh oleh titah Yang di-Pertuan Agong pada Perkara 14. Perpaduan menjadi teras kepada kemajuan, pembangunan dan ketamadunan sesuatu bangsa. Saya ingin mengingatkan kerajaan supaya bertindak dengan sewajarnya kepada mana-mana pihak yang memainkan isu kaum dan agama.
Sama ada agenda politik ataupun agenda peribadi.
Sudah sampai masanya kerajaan mempunyai tekad politik yang kuat untuk mewujudkan satu bentuk bangsa Malaysia yang tulen. Berhentilah meleteri dan memomokkan kata-kata demi Melayu, demi agama, demi Islam terancam, Melayu tergugat yang boleh menyebabkan keberantakan sesama kita.
Sudah sampai masanya negara ini mempunyai satu bangsa iaitu bangsa Malaysia. Insya-Allah perpaduan akan dicapai sekiranya kita berusaha bersungguh- sungguh meletakkan kita adalah satu bangsa, satu keturunan dan menghormati pelbagai agama. Sama-sama kita akan menyelesaikan masalah.
Fasal 2 dalam Perlembagaan...
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tumpat minta laluan.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
...Mengungkapkan penduduk Madinah- satu umat menuntut kita menghayati perkara tersebut. Marilah sama-sama kita menghayatinya.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat
Tumpat minta laluan.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom - Tampin
Justeru itu, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan membawa satu rang undang-undang keharmonian kaum dan agama untuk dibentangkan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Tampin. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Kinabatangan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Mendengar Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa perasmian Dewan baru-baru ini, banyak isu yang telah disentuh. Antaranya bagaimana isu memulihkan ekonomi, memerangi serangan COVID-19, melebarkan akses jalur lebar, Perjanjian Malaysia (MA63), rumah mampu milik, sekolah daif, isu kemiskinan, peningkatan pengangguran dan sebagainya.
Saya ingin menyentuh beberapa perkara Tuan Yang di-Pertua iaitu berhubung dengan Perjanjian Malaysia 1963 di antara empat ‘S’; Wilayah Semenanjung, Wilayah Singapura, Wilayah Sarawak dan Wilayah Sabah dan akhirnya tinggal tiga wilayah; Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Melalui perjanjian itu sudah tentu banyak perkara yang telah diberi penekanan.
Antaranya Kerajaan Persekutuan akan membangun negeri Sabah dan Sarawak.
Akan tetapi saya fokus kepada pembangunan di Sabah. Baru-baru ini kita telah menyambut Hari Malaysia yang ke-58 Tuan Yang di-Pertua. Malangnya di Sabah semasa menyambut Hari Malaysia ini banyak daerah tenggelam. Sampai hari ini hujan lebat masih melanda di sekitar Kota Kinabalu dan banyak jalan telah terputus Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh dilalui. Jambatan runtuh, air bersih tidak boleh dibekalkan, elektrik putus.
[Beberapa Ahli berucap tanpa pembesar suara]
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Apa ini, dengarlah.
Puan Teresa Kok - Seputeh
Kerajaan negeri gagal.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Justeru itu saya minta Kerajaan Persekutuan tunaikan janji kita. Bangun bersama-sama negeri Sabah dengan negeri-negeri yang lain.
Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan
Yang Berhormat, siapa Timbalan Ketua Menteri Sabah ini?
Tuan Yang di-Pertua
Tolong jangan ganggu lah.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Jangan ganggu. Kalau tak sedap dengar, tutup telinga. Nanti saya belasah ya [ketawa] . Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya meminta Kerajaan Persekutuan, Menteri Kewangan, bantu kami selesai masalah. Kementerian Air– bantu masalah. Sebab banjir ini berlaku apabila perparitan tersumbat berpuluh-puluh tahun maka akan berlaku banjir sebab hujan tidak berhenti.
Demikian juga dengan soal-soal naik taraf sekolah daif. Dahulu sewaktu Barisan Nasional, kita janji RM1 bilion. BN kalah, PH naik– kosong. Satu lagi yang saya pelik Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beritahu ialah waktu Kerajaan Barisan Nasional janji untuk memanjangkan Lapangan Terbang Sandakan.
Naik Pakatan Harapan, potong. Tiba-tiba PRK Sandakan. Inilah Yang Berhormat Bagan. Pergi Sandakan umum, dapat projek, lulus. Sampai sekarang tak ada– kosong.
Saya mahu kerajaan tunai janji ini. Antara Lapangan Terbang Tawau dan Sandakan.
Panjangkan. Jangan umum-umum. Inilah masalah kalau politik dendam, beginilah jadinya.
Apabila PH memerintah, projek baik pun dia potong. Last, last negara jadi miskin papa kedana, tak tentu hala tuju. Ini semua disebabkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Jadi begini segala-galanya. Ekonominya musnah, rakyat menderita, terlalu main politik. Politik yang tidak masuk akal.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin meminta kerajaan iaitu Kementerian Kerja Raya. Berikan JKR Negeri Sabah pengiktirafan teknikal setaraf dengan negeri-negeri yang lain. Jangan aniaya kami di Sabah. Mana boleh– Jabatan Kerja Raya Sabah mempunyai beribu-ribu engineer yang qualified, yang ber-degree. Ada yang master macam-macam tetapi tidak diiktiraf oleh Kerajaan Persekutuan sebagai satu jabatan teknikal yang bertauliah. Saya minta Menteri Kerja Raya dari Sarawak tolong jangan jaga Sarawak
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
sahaja. Tengok juga Sabah itu. Timbalan Menteri Sabah kalau ada, buat perkara ini, jangan tidak buat.
Demikian juga Tuan Yang di-Pertua kenapa Sabah ini selalu dilanda bencana alam. Sebab jalan rayanya tidak teratur, tidak tersusun. Sebab itu waktu Barisan Nasional memberi Projek Pan Borneo dan peruntukan ada, Pakatan Harapan naik– potong. Ini masalah. Di Sarawak dia tidak potong pula.
[Beberapa Ahli berucap tanpa pembesar suara]
Dato’ Sri Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan
Orang bodoh sahaja tak tahu buktinya. Kalau Yang Berhormat bodoh, Yang Berhormat bodoh lah. Tanya bukti. Itu makanya mereka bodoh Tuan Yang di-Pertua. Jadi, kalau jadi Yang Berhormat di sini jangan jadi bodoh, jadi orang bijaksana. Be a wise man. Saya marah Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Cakap tanpa bukti pun bodoh.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan
Sebab Pan Borneo di Sabah sudah tidak ada peruntukan. Jadi sekarang apa yang kita cadang sebab ini janji kita kepada rakyat negeri Sabah melalui perjanjian MA63. Maka Kerajaan Negeri Sabah cadangkan Pan Borneo Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 supaya dibuat secara PFI. Cepat. Sebab rakyat Sabah sudah tidak tahan lagi menunggu. 50 tahun merdeka seolah-olah belum merdeka. Saya harap Perdana Menteri, Menteri Kerja Raya, Menteri Kewangan ambil tindakan segera. Kita sudah buat proposal, laksanakan. Kita tidak boleh tunggu lama-lama lagi. Sebab makin ditunggu lama makin menderita rakyat negeri Sabah.
Salah satu lagi Tuan Yang di-Pertua, iaitu saya nampak Kerajaan Persekutuan macam tidak ada ambil tahu tentang kemunculan bahawa Indonesia akan memindah ibu negaranya ke Kalimantan. Sudah tentu bordernya border negeri Sabah di Kalabakan dan di Sarawak. Kalau di Sabah, antara ibu negara ini dengan Kalabakan hanya 460 kilometer dan Indonesia telah membuka jalan lebuh raya mereka. Kita belum ada apa-apa tindakan.
Kalau Kerajaan Federal rasa ini adalah hubungan antara Sabah dan negara Indonesia, maka empowerkan kita. Bagi kita kuasa berunding. Sebab macam tidak ada movement daripada Kerajaan Persekutuan. Kita minta– ini pun satu. Ini pun projek yang telah diputus oleh kerajaan. Datang PH– Yang Berhormat Bagan potong. Ini masalah.
Yang Berhormat Bagan ketika itu buta matanya, dia tidak nampak kebaikan. Semua projek kebaikan pun dia potong. Dendam kesumat dalam jiwanya– hai! Sakit hati saya. Mahu bukti lagi?
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
50 tahun bawah BN, berapa tahun sangatlah bawah PH. Janganlah merapu.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan
Jadi kami mahu peruntukan untuk CIQ dan untuk jalan menuju ke Indonesia ini dapat disegerakan sebab kita tidak mahu pendatang berduyun-duyun datang tanpa ada hala tujunya. Saya mintalah supaya dapat dilaksanakan. Boleh tambah sedikit Tuan Yang di-Pertua? Masa.
[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, COVID-19 ini sudah tentu menjadi halangan besar kepada pertumbuhan ekonomi dan pergerakan manusia. Akan tetapi kita diminta berikhtiar, berusaha dan bekerja keras. Kita lihat beberapa negara Eropah, Australia dan sebagainya mengisytiharkan Oktober ini mereka membuka seluruh border mereka kepada seluruh rakyat di dunia ini tanpa kuarantin. Jadi, saya ingin bertanya dengan Kerajaan Malaysia, apakah kita akan terus berkurung, “seperti katak di bawah tempurung” ataupun kita juga akan mengikuti langkah-langkah negara yang mengisytiharkan bahawa kena membuka border mereka untuk memastikan ekonomi negara ini meningkat.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan
Kalau tidak dibuka, ekonomi kita teruk. Rakyat ramai menderita, yang ada kerja sudah hilang pekerjaan. Oleh sebab itu pengangguran meningkat. Peluang pekerjaan tidak ada. Macam mana ada peluang pekerjaan? Semua tidak boleh. Kita terlampau ketakutan dengan serangan COVID-19. Sebetulnya kita harus berikhtiar dan SOP kena keras sedikit. Tidak perlulah kita kunci diri kita dalam satu sangkar yang boleh memisahkan kita daripada hubungan dunia luar.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Raden - Kinabatangan
Datang dari luar negara, balik sini kuarantin. Mana orang mahu datang? Mana peniaga mahu datang? Menteri Kesihatan, Menteri yang jaga vaksin, tengok perkara ini secara bijaksana, secara rasional. Negara kita ini sudah hampir pupus, hampir musnah ekonomi dia. Orang kampung kasihan. Mana tahan, kerajaan negeri pun bankrap, hari- hari bagi bakul makanan, bankrap. Di negara lain tidak ada bantuan bakul makanan, hanya di Malaysia.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Ini mengeluh PH ke BN? You are complaining about which government now?
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatagan
Tunggu Yang Berhormat berucaplah. Kita berucap ini. Itulah apa yang berlaku di bawah, Yang Berhormat Shah Alam ini saya ingat spesies terakhirlah. Kalahlah di pilihan raya.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, seminit lagi ya.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatagan
Ya. Tuan Yang di-Pertua, saya mintalah supaya kerajaan melihat beberapa perkara ini. Usahakan, vaksinkan semua rakyat Malaysia, sama ada warganegara atau bukan warganegara, selepas itu kita bukalah border kita. Kita bukalah perniagaan kita, bukalah ekonomi kita supaya pelabur- pelabur dari luar datang untuk melabur di negara kita.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, beberapa saya nyatakan, saya minta kerajaan ambil tindakan segera. Bantu kami menangani masalah-masalah di Sabah dan bantu kami juga untuk memastikan bahawa semangat Perjanjian MA63 dapat dipenuhi dengan saksama. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Selepas ini Yang Berhormat Ledang, disusuli Yang Berhormat Lubok Antu. Pada pukul 2.30 petang kita akan mulakan dengan Yang Berhormat Kampar, disusuli Yang Berhormat Libaran. Kemudian, Yang Berhormat Kalabakan dan Yang Berhormat Pasir Salak, selepas itu Yang Berhormat Sungai Buloh.
Persilakan Yang Berhormat Ledang, Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Sebelum saya mulakan, apabila saya dengar perbahasan Yang Berhormat Kinabatangan tadi, saya teringat seni kata lirik oleh arwah seniman SM Salim. Dalam seni kata itu mengatakan, “Ku kira hati jiwa nurani, suci seindah wajah terbayang, ku kira puji seikhlas budi, ku lupa lidah tidak bertulang”.
[Tepuk] Pada hari ini, saya ingin menumpukan kepada tiga perkara. Pertama ialah berkenaan dengan Demokrasi Berparlimen, yang kedua berkenaan dengan wabak COVID-19 dan yang ketiga, Projek 5G.
Tuan Yang di-Pertua, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memulakan Titah Baginda dengan mengangkat prinsip Raja berperlembagaan dan demokrasi Berparlimen. Dua prinsip ini pula menekankan konsep pemisahan kuasa antara tiga cabang utama, eksekutif, legislatif dan kehakiman. Pemisahan kuasa ini pula membawa kepada elemen penting demokrasi iaitu sistem semak dan imbang atau check and balance.
Di sinilah duduknya peranan institusi Parlimen, institusi bebas dan tanpa prejudis membincangkan tentang penggubalan undang-undang dasar yang berobjektifkan kerajaan dan rakyat. Institusi Parlimen ini ialah tonggak demokrasi dan konsep semak dan imbang. Tempangnya Parlimen boleh menggugat demokrasi dan yang lebih malang keyakinan rakyat, sebabnya mudah. Rakyat yang memilih Ahli Parlimen melalui sistem demokrasi pilihan raya.
Ahli Parlimen menjadi wakil rakyat. Daripada rakyat untuk rakyat kepada rakyat.
Tidak ada maknanya prinsip ini jika fungsi Parlimen ini dilumpuhkan. Sidang ditiadakan.
Kita asyik sebut prihatin rakyat, santuni rakyat, bela nasib rakyat tetapi kita nafikan peranan wakil rakyat terutama pembangkang yang juga dipilih oleh rakyat dalam usaha itu terutama dalam waktu krisis. Apabila fungsi Parlimen tempang sebab tiada
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
persidangan, di manipulasi cabang kuasa eksekutif seperti tadi yang kita dengar Tuan Yang di-Pertua atau ditiadakan fungsi semak dan imbang termasuk kewujudan jawatankuasa-jawatankuasa pilihan khas.
Tiadanya pengawasan dan penelitian terhadap tanggungjawab kerajaan kepada Parlimen, kepada rakyat dan kepada negara maka di manakah erti Demokrasi Berparlimen itu? Ini apa yang berlaku sebelum ini, amat menyedihkan. Akan tetapi dalam usaha kita melangkah ke hadapan, saya melihat inisiatif Memorandum Persefahaman
(MoU) antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan sebagai pembangkang harus diberikan perhatian dan dilihat sebagai satu yang berpotensi.
Seperti yang dititahkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin pada 18 Ogos 2021, semua pihak sepatutnya sedia bekerjasama demi kemaslahatan dan keselamatan rakyat. Apa yang famous sekarang ialah yang disebut sebagai ungkapan “Yang menang, tidak menang semua, yang kalah tidak kalah semua”. Saya tidak tahu sama ada semua faham dengan maksud ini sebenarnya.
Tuan Yang di-Pertua, MoU ini seperti gentleman’s understanding. Dipersetujui atas prinsip bergerak ke hadapan demi rakyat. Jika benar terlaksana, jika benar dihormati mengikut klausa-klausa dan jangka masanya, seperti antaranya RUU Anti-Lompat Parti, Undi 18, tambahan dana COVID-19 sebanyak RM45 bilion dan beberapa reformasi Parlimen seperti Akta Perkhidmatan Parlimen maka sebenarnya ia memberi kelebihan buat rakyat. Ia memberikan pemulihan untuk COVID-19, pemulihan ekonomi dan juga kestabilan politik.
Namun begitu, persefahaman ini bukan lesen untuk mendiamkan pembangkang.
Apa yang perlu diteliti kita kena teliti, apa yang perlu dibahaskan kita akan bahaskan. Apa yang perlu diundi, kita akan undi, apa yang perlu dibangkang, kita akan tetap laksanakan.
Peranan pembangkang tetap diutamakan, malah diperkasakan seperti jelas dalam perkara 9, MoU. Justeru Tuan Yang di-Pertua, bola sebenarnya dalam gelanggang kerajaan sekarang. Ada tempoh masa yang cukup untuk laksanakan MoU.
Pembangkang akan pantau dan saya percaya rakyat juga akan menilai kejujuran dan kesungguhan kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan wabak COVID-19. Sebelum ini negara- negara seperti Taiwan dan New Zealand dipandang tinggi, menjadi contoh sebagai negara dengan polisi zero COVID-19 yang berjaya. Kadar jangkitan kematian mereka rendah.
Namun, menyedari bahawa wabak COVID-19 ini tidak akan lenyap dalam masa terdekat ini, kebanyakannya sudah mula mengambil pendekatan, adapt and move forward dari pandemic ke endemic.
Langkah pencegahan Taiwan dan New Zealand kini mendapat kritikan daripada segenap penjuru pula. Ia dikatakan tidak membantu dari aspek kesihatan mental, kewangan dan pergerakan negara. Walaupun kadar jangkitan mereka rendah, namun kadar vaksinasi juga rendah, menjadi satu kebimbangan. Alhamdulillah, cuma di Malaysia setakat 19 September, kadar vaksinasi kita lengkap dua dos, sudah hampir 79 peratus daripada populasi dewasa. Saya ucapkan terima kasih kepada semua frontliners.
Namun kita harus ingat, kadar jangkitan harian kita masih melebihi 10,000. Kadar kebolehjangkitan kita, R-naught ialah 0.92 dan ada banyak negeri, enam negeri yang merupakan kadar R-naught lebih daripada satu. Jadi kita harus ingat kadar vaksinasi pada masa yang sama tidak sekata mengikut negeri.
Kita sudah dengar dalam Dewan ini ada yang menyebutkan yang terendah di Sabah dan beberapa negeri di Kelantan juga kadar vaksinasinya agak rendah. Jadi maknanya walaupun kita rasa kita sudah ada kadar imunisasi yang tinggi tetapi sebenarnya tidak sekata. Pada masa yang sama negara yang dengar kadar vaksinasi yang tinggi juga seperti Israel dan Singapura, mereka sedang alami kenaikan kes akibat daripada varian baharu. Jadi ukuran kadar vaksinasi sahaja tidak memadai untuk kita ke arah endemik.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Tuan Yang di-Pertua, bagi saya SOP harus diperkemas dan diperincikan sebaik yang mungkin. Penyampaian maklumat kepada rakyat harus lebih telus dan efektif. Sistem pengesanan wabak atau FTTIS harus diperkasakan. Aplikasi berkaitan sistem seperti mySejahtera juga harus memenuhi kehendak pengguna. Saya hairan sekarang kita sudah fungsi check out, tetapi saya tidak faham apa fungsi sebenarnya. Mungkin pihak kerajaan kena jelaskan kerana ada yang check-in tetapi tidak check out berhari-hari. Apakah sebenarnya makna check out itu? Sektor kesihatan awam wajib diberikan perhatian dan diperkukuhkan.
Perkara yang ketiga Tuan Yang di-Pertua yang ingin saya sebutkan ialah berkenaan dengan Projek Demonstrasi 5G (5GDP).
Saya terpanggil untuk membangkitkan ini kerana sementara saya faham bahawa pelaksanaan rangkaian 5G ini dikatakan sebagai satu lompatan saujana ataupun the next quantum leap untuk ekonomi dan juga untuk rakyat Malaysia. Namun saya agak skeptical terhadap beberapa perkara dan mohon penjelasan kerajaan.
Pertama, dari mana sumber kewangan Digital Nasional Berhad sebagai syarikat bertujuan khas Kerajaan Malaysia dan pemborong tunggal rangkaian- single wholesale network, bagaimanakah untuk membiayai pelaksanaan infrastruktur dan rangkaian 5G di seluruh negara yang bernilai berbelas bilion Ringgit dalam tempoh 10 tahun?
Kedua, saya difahamkan antara tahun 2021 hingga 2024, kos operasi DNB ialah RM6.1 bilion. Setelah ditolak anggaran keuntungan, RM2.1 bilion hasil perjanjian borong dengan pembekal rangkaian mudah alih, maka terdapat kekurangan RM4 bilion dalam keadaan pandemik dan juga ekonomi yang muram. Apakah kekurangan ini sangat berisiko dan boleh menjejaskan kelancaran pelaksanaan rangkaian 5G?
Ketiga, siapakah yang menanggung kekurangan itu? Sekiranya pihak DNB gagal untuk mendapatkan pembiayaan kewangan, adakah pihak kerajaan?
Keempat, mengapa kerajaan harus mewujudkan entiti baharu bagi membantu inisiatif ini sedangkan kerajaan mempunyai pegangan saham dalam syarikat-syarikat telekomunikasi yang sedia ada. Apakah kemampuan dan kelebihan yang ada pada DNB untuk memastikan perjalanan berjalan lancar melalui pemborong tunggal rangkaian?
Bagi saya Tuan Yang di-Pertua, jelas pendekatan ini akan mencetuskan polemik monopoli pasaran yang mungkin membawa kerugian. Banyak negara yang menggunakan pendekatan yang sama dan telah menggugurkannya kerana masalah rollout delays ataupun kelewatan dalam penyampaian seperti Kenya, Rusia, Afrika Selatan, Belarus dan juga Mexico.
Kelima yang terakhir, saya mohon pihak kerajaan memperincikan peruntukan RM11 bilion yang diberikan kepada Syarikat Ericsson, memandangkan pendekatan ini memperuntukkan sejumlah besar dana kepada satu pihak. Kita bimbang menimbulkan banyak persoalan. Saya mohon penjelasan, sebelum kita memberikan apa-apa kritikan ataupun teguran.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai rumusannya, saya telah membangkitkan soal Demokrasi Berparlimen, COVID-19 dan juga 5G. Saya mohon penjelasan daripada pihak kerajaan semuanya wajib dilaksanakan dengan tata kelola yang terbaik, dengan penuh bertanggungjawab, ketelusan demi rakyat dan negara.
Akhirnya lirik lagu daripada arwah seniman SM Salim, “Inikah dia lakonan hidup, di pentas dunia insan berpura. Tipu dan daya pencapai maksud, budi dan harta merangkum noda.” Sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Ledang. Seterusnya Yang Berhormat Lubok Antu, silakan.
Tuan Jugah a/k Muyang @ Tambat - Lubok Antu
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk berbahas di Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang baharu Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob yang menggalas tugas yang begitu berat di dalam menangani pandemik COVID-19 serta turut mentransformasikan agenda ‘Keluarga Malaysia’. Jutaan terima kasih juga kepada barisan hadapan negara- frontliners, khususnya di kawasan Parlimen Lubok Antu yang telah menjalankan tugas dengan penuh komited dan sepanjang tempoh negara memerangi pandemik COVID-19.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan terdahulu kerana telah banyak melaksanakan pelbagai inisiatif di dalam membantu rakyat sama ada dari segi meningkatkan ekonomi serta menangani penularan pandemik COVID-19. Apa yang kita sedia maklum pandemik COVID-19 telah menjadi sinonim dengan norma baharu kehidupan kita. Namun demikian, kerajaan sentiasa berusaha memberi bantuan yang terbaik.
Apa yang menyedihkan ada di antara mereka yang mengambil kesempatan melalui pengurusan jenazah korban COVID-19. Hal ini telah berlaku baharu-baharu ini di mana pihak hospital dengan pihak pengurusan jenazah ataupun funeral service, dengan izin, telah mengenakan satu jumlah bayaran yang besar iaitu di antara RM7,000 hingga RM10 ribu bagi tujuan pengebumian jenazah COVID-19. Waris dikehendaki menyelesaikan kos tersebut dalam tempoh masa seminggu. Ini satu perkara yang tidak boleh diterima oleh mana-mana waris sama ada dari golongan yang berkemampuan atau kurang berkemampuan. Saya melihat perkara ini sebagai satu yang membebankan rakyat. Oleh itu saya ingin memohon pihak kementerian untuk meneliti perkara ini agar tidak timbul di masa akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, saya turut gembira dengan peratusan bilangan orang dewasa yang telah mendapat suntikan vaksin sama ada dos lengkap ataupun dos pertama di kawasan luar bandar terutamanya di kawasan saya di Lubok Antu. Namun demikian, saya turut ingin menyuarakan kesukaran yang dihadapi oleh petugas-petugas KKM atau barisan hadapan yang lain di dalam melaksanakan Program Outreach pemberian vaksin ini.
Di kawasan saya sendiri secara khususnya, para petugas KKM terpaksa menggunakan jalan balak dan keadaan jalan yang teruk serta sangat berisiko namun mereka tetap gigih demi dalam menjalankan tugas. Oleh yang demikian, saya menyeru agar kementerian yang berkenaan agak kerja-kerja menaiktarafkan jalan balak seperti yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia kesebelas diteruskan. Jalan yang saya maksudkan ialah Jalan Sebeliau-Ulu Engkari-Jalan Lemanak, serta ingin bertanya, adakah kerajaan bercadang untuk menaiktarafkan Jalan Basi Sri Aman.
Tuan Yang di-Pertua, keselamatan sempadan negara perlu diperketat lagi terutama di kawasan persempadanan Lubok Antu dan Badau Indonesia. Sehingga kini terdapat beberapa tangkapan yang telah dibuat di beberapa buah jalan tikus yang telah dikenal pasti. Pencerobohan ini sering dikaitkan dengan isu pemerdagangan manusia dan penyeludupan barang haram malah turut menggugat keselamatan rakyat serta berkait rapat dengan usaha negara membendung penularan COVID-19 pada jiran Indonesia.
Justeru itu saya mohon pihak kementerian untuk menambahkan lagi pos kawalan keselamatan di persempadanan Lubok Antu dan Badau.
Selain daripada itu antara isu yang turut menjadi perhatian di Lubok Antu ialah isu buang daerah. Saya mohon perhatian daripada kementerian supaya mengkaji semula, supaya Lubok Antu tidak dijadikan sebuah lokasi kes buang daerah. Senario itu telah menimbulkan rasa resah dan fobia di kalangan masyarakat setempat.
Tuan Yang di-Pertua, secara peribadi saya berpendapat bahawa pelaksanaan PdPR sebagai satu pendekatan yang kurang relevan di peringkat luar bandar, berikutan permasalahan pencapaian Internet. Saya mengambil contoh di kawasan Lubok Antu,
Tuan Jugah a/k Muyang @ Tambat - Lubok Antu
meskipun telah banyak didirikan tiang telekomunikasi, namun demikian masih belum dipasang piring pemancar. Ini merupakan satu sebab kenapa peraturan yang ada daripada segi kelajuan dalam radius liputan Internet masih berada dalam kategori lemah.
Seperti mana yang saya katakan tadi, isu ini bukan sahaja menjadi satu beban kepada pelajar malah turut membebankan warga pendidik. Selain daripada itu, saya turut ingin menyentuh tentang isu sekolah di kawasan saya yang masih mendapat...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat boleh kita hentikan sekarang dan sambung pukul 2.30 petang sebab Yang Berhormat hendak masuk ke isu baharu ya, boleh ya? Atau hendak habiskan?
Tuan Jugah a/k Muyang @ Tambat - Lubok Antu
Boleh habiskan?
Tuan Yang di-Pertua
Okey, habiskan.
Tuan Jugah a/k Muyang @ Tambat - Lubok Antu
Okey. Selain daripada itu, saya turut ingin menyentuh tentang isu sekolah di kawasan saya. Masih terdapat banyak sekolah yang menggunakan generator untuk tujuan bekalan elektrik dan ini telah mengakibatkan peralatan seperti komputer rosak kerana bekalan elektrik yang tidak stabil.
Antara sekolah yang sering mengutarakan masalah seperti di SK Kompang, sekolah di Ulu Engkari. Nanga Kumpang, Basi serta banyak lagi. Justeru itu saya ingin mohon tindakan segera daripada pihak kementerian agar setiap sekolah terutamanya di kawasan luar bandar dapat disambung dengan bekalan elektrik.
Tuan Yang di-Pertua, sejajar dengan slogan Keluarga Malaysia yang ditransformasikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya percaya transformasi ini menitikberatkan tentang kesaksamaan serta tiada yang tertinggal.
Menyentuh tentang aspek pengambilan guru dan Gred JUSA C, terdapat ramai keluarga dalam kalangan kaum Iban yang berpengalaman luas dalam kumpulan Gred DG54.
Akan tetapi tidak pernah diberi peluang, kenaikan pangkat ke Gred JUSA C. Mata Pelajaran Bahasa Iban merupakan mata pelajaran yang telah termaktub dalam Akta Pendidikan Negara. Namun demikian, masih terdapat kekurangan guru bagi mata pelajaran tersebut. Merujuk kepada sumber tertentu, bilangan keperluan guru di sekolah rendah untuk mata pelajaran ini adalah sebanyak 395 orang, namun demikian hanya 212 permohonan yang telah diterima di mana masih ada kekurangan 182 untuk diisi. Manakala di sekolah menengah, terdapat 120 kekosongan yang terbuka, tetapi hanya 72 pengisian dan kekurangan 48 orang lagi. Saya mohon kementerian agak melantik penyelia bagi menentukan mata pelajaran ini terancang dan holistik dalam kalangan kaum Iban khususnya di luar bandar.
Akhir sekali saya ingin bertanya status Balai Bomba Lubok Antu dan Engkelili yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia kesebelas. Keperluan ini amat penting memandangkan lokasi yang jauh dari Balai Bomba Betong dan Sri Aman serta kemudahan ATM perlu ditambahkan di kedua-dua pekan ini. Dengan itu, saya sudahi ucapan saya dengan menyokong penuh Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Sebelum saya menghentikan Majlis ini, saya ingin umumkan pada 2.30 petang sekali lagi Yang Berhormat Kampar, Yang Berhormat Libaran selepas itu disusuli Yang Berhormat Kalabakan, Yang Berhormat Pasir Salak, Yang Berhormat Sungai Buloh dan Yang Berhormat Bintulu dan kemudiannya akan diumumkan pada petang nanti.
Dengan itu saya hentikan persidangan ini dan akan disambung semula pada pukul 2.30 petang ini.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.03 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Tuan Yang di-Pertua
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan
Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, kita sambung perbahasan...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tuan Yang di-Pertua, peraturan Dewan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
...Dengan menjemput...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ya.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Ikut pengamatan saya, tidak cukup 26 orang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Peraturan mesyuarat berapa?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tidak cukup 26 orang sekarang ini, Tuan Yang di- Pertua. Mohon Tuan Yang di-Pertua minta Setiausaha, tolong check.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Untuk check? Baik.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terutama di Backbenchers dan juga pihak Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebelah situ, saya nampak empat, lima orang sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih Yang Berhormat Rasah.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Okey, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat, saya minta Bentara, tolong kira. Terima kasih Yang Berhormat Rasah.
[Bilangan ahli dikira - kurang daripada 26 orang hadir]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik. Kiraan didapati ada 19 orang, kurang daripada 26. Jadi saya minta supaya loceng dibunyikan untuk memanggil Ahli-ahli Yang Berhormat mencukupkan kuorum. Sila tekan loceng.
[Loceng dibunyikan]
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Manakah Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri? Jangan ponteng Parlimen.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Patut depa tak mau bukak Parlimen.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Pembangkang selamatkan kerajaan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Pembangkang lebih ramai ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat, saya minta supaya Setiausaha Dewan Rakyat membuat bilangan.
[Bilangan ahli dikira - lebih daripada 26 orang hadir]
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Tuan Yang di-Pertua, hendak tanya. Berapa Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri hadir hari ini sekarang?
Manakah mereka?
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya menerima laporan jumlah sekarang telah melebihi 26 orang. Ada 27 orang...
[Tepuk] Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
Sekarang kita sambung perbahasan dengan menjemput Yang Berhormat Kampar, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Libaran, kemudian Yang Berhormat Kalabakan, kemudian Yang Berhormat Igan. Tadi disebut Yang Berhormat Bintulu tetapi digantikan dengan Yang Berhormat Igan. Kemudian Yang Berhormat Sungai Buloh, kemudian Yang Berhormat Jerai. Dipersilakan Yang Berhormat Kampar.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Tuan Yang di-Pertua, salam sejahtera kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya mengucapkan terima kasih atas peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang berlaku pada 13 September 2021, sempena Istiadat Pembukaan Parlimen, Keempat Belas, Penggal Keempat.
Tuan Yang di-Pertua, pada hari ini, negara kita sedang menghadapi pandemik COVID-19 yang melanda negara bermula awal Mac 2020 yang lalu iaitu lebih daripada 19 bulan yang lalu. Kerajaan telah menubuhkan Majlis Keselamatan Negara yang telah diterajui oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang dan juga penyelaras melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk menangani pandemik ini. Namun begitu, rakyat Malaysia masih khuatir apabila kadar jangkitan masih tidak menurun walaupun hampir 80 peratus rakyat dewasa telah menerima suntikan vaksin COVID-19 melalui program PICK yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong juga telah bertitah bahawa kita tidak harus leka dan kerajaan hendaklah terus berusaha untuk menurunkan kes jangkitan harian COVID-19 dan mencapai imuniti kelompok dengan seberapa segera. Baginda turut bertitah bahawa satu strategy whole-of-society effort perlu dipergiatkan dengan naratif komunikasi yang lebih berkesan.
Saya menjunjung kasih Titah Yang di-Pertuan Agong yang amat tepat sekali. Kita harus mengetepikan persengketaan politik dan menumpukan perhatian dan komitmen sepenuhnya demi kebaikan negara dan juga mempergiatkan lagi usaha untuk memerangi wabak COVID-19 ini.
Dalam hal ini, saya menerima baik pelaksanaan Memorandum Persefahaman
(MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara pihak kerajaan dan pembangkang yang telah dimeterai pada minggu yang lalu. Dengan termeterainya MoU ini, kedua-dua pihak dapat memberi kerjasama yang lebih erat dan baik demi kebaikan rakyat jelata. Saya juga yakin segala penambahbaikan urus tadbir kerajaan dan sistem Demokrasi Berparlimen adalah demi kebaikan negara yang tercinta ini.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Selanjutnya, segala peruntukan yang akan disalurkan kepada Ahli Parlimen Pembangkang akan memanfaatkan pengundi-pengundi kawasan masing-masing dan agar kita dapat memberi tumpuan untuk memberi bantuan kepada rakyat yang amat terkesan dan terjejas akibat penularan pandemik COVID-19 ini. Ramai yang telah kehilangan pekerjaan ataupun terputus punca pendapatan. Sebagai wakil rakyat, kita harus prihatin dan membantu meringankan beban mereka dengan memberi segala bantuan yang kita mampu.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh satu perkara yang sering dibangkitkan oleh saya dalam Dewan yang mulia ini sejak beberapa persidangan yang lalu iaitu isu berkenaan keperluan yang mendesak untuk pembinaan sebuah hospital kerajaan yang baharu di kawasan Kampar.
Walaupun demikian, sehingga hari ini jawapan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan adalah amat tidak memuaskan kerana setiap kali kami hanya diberitahu bahawa pihak Kementerian Kesihatan masih dalam proses mengenal pasti tapak ataupun lokasi
Tuan Su Keong Siong - Kampar
yang bersesuaian untuk pembinaan hospital di daerah tersebut. Walaupun proses ini telah berlarutan semenjak awal Januari 2020 iaitu sejurus sebelum ‘Langkah Sheraton’ berlaku.
Tuan Yang di-Pertua, semasa pembentangan Bajet 2020 pada bulan Oktober 2019, mantan Menteri Kewangan, Yang Berhormat Bagan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion untuk membina hospital baharu di Kampar serta membesarkan hospital sedia ada di Klang, Labuan dan Pusat Kardiologi Hospital Queen Elizabeth II di Sabah. Penduduk Kampar yang telah menunggu sekian lama menyambut baik pengumuman tersebut dan amat bersyukur atas kelulusan Kerajaan Pakatan Harapan untuk membina hospital baharu di Kampar kerana ia merupakan sebuah hospital kerajaan di daerah Kampar dan juga di kawasan sekitar.
Hospital kerajaan- Kampar, yang sedia ada tidak dapat lagi menampung ataupun merawat jumlah pesakit yang kini semakin ramai sehingga rawatan sering lambat diterima.
Ada kalanya pesakit-pesakit perlu tunggu terutamanya di unit kecemasan. Hospital Kampar sedia ada adalah amat usang, amat kekurangan kelengkapan kemudahan perubatan, penuh sesak dan pesakit sering kali perlu mendapat perkhidmatan rawatan di Hospital Ipoh yang agak jauh dari Kampar terutamanya kes-kes kemalangan jalan raya yang melibatkan kecederaan diri.
Kesemua pesakit yang mengalami kecederaan serius seperti kecederaan kepada kepala dan lain-lain perlu dihantar ke hospital untuk rawatan khusus dan selalunya kelambatan untuk menerima rawatan yang wajar mengakibatkan kesan sampingan yang lebih teruk kepada pesakit-pesakit. Saya difahamkan banyak kes sedemikian tidak dapat dirawat di Hospital Kampar kerana ketiadaan kelengkapan kemudahan seperti mesin pengimejan yang moden.
Selanjutnya, turn overtime iaitu masa untuk rujuk pesakit-pesakit Hospital Ipoh adalah sekurang-kurangnya tiga hingga lima jam selepas dihantar ke Hospital Kampar.
Malah Unit Wad Kecemasan (A&E) Hospital Kampar terpaksa menumpang di wad biasa sekarang kerana bangunan wad kecemasan Hospital Kampar sedia ada telah diisytiharkan oleh Jabatan Kerja Raya sebagai bangunan yang tidak selamat dan membahayakan sejak beberapa tahun yang lalu.
Selanjutnya, pengetahuan umum bahawa Hospital Kampar sedia ada tidak dapat merawat pesakit COVID-19 yang memerlukan rawatan di masa pandemik COVID-19 sedang melanda. Hospital Kampar langsung tidak ada unit rawatan pesakit COVID-19 kerana kekurangan kelengkapan hospital yang bersesuaian. Semua pesakit COVID-19 terpaksa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh ataupun kawasan lain seperti Tapah untuk rawatan. Akibatnya Hospital Ipoh dan juga di Tapah mengalami kesesakan yang amat terhingga kerana kesemua pesakit COVID-19 terpaksa dihantar ke hospital tersebut dan juga hospital yang lain.
Setelah beberapa janji kosong oleh Kerajaan Barisan Nasional yang terdahulu iaitu semenjak tahun 2012 untuk membina Hospital Kampar yang baharu yang tidak ditunaikan, akhirnya warga Kampar mula nampak penyelesaian dengan adanya peruntukan yang diumumkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan untuk merealisasikan hasrat penduduk Kampar untuk mendapatkan sebuah hospital yang dapat memberi perkhidmatan rawatan kesihatan yang efisien dan wajar.
Setelah pengumuman peruntukan kewangan untuk membina Hospital Kampar pada bulan Oktober 2019, sebagai perancangan pembinaan hospital berkenaan, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah giat dalam proses mengenal pasti lokasi yang bersesuaian sebagai tapak pembangunan hospital baharu Kampar. Terdapat beberapa buah lokasi yang sedang dan telah dipertimbangkan. Malangnya proses ini telah tergendala apabila Kerajaan Perikatan Nasional mengambil alih tampuk pimpinan Kerajaan Malaysia pada akhir bulan Februari 2020. Kemudiannya, pandemik COVID-19 melanda negara kita.
Segala perancangan dan perbincangan telah ditangguhkan sehingga ke hari ini dan dalam setiap persidangan Parlimen, pihak kerajaan akan memberi jawapan yang sama iaitu, “Pada masa ini pihak kementerian sedang dalam proses mengenal pasti tapak yang bersesuaian untuk pembinaan hospital baharu.”
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Tuan Yang di-Pertua, saya rasa jawapan sebegini budak sekolah rendah pun boleh menjawab isu ini sekarang kerana sekiranya ia berlarutan tanpa keputusan dalam proses mengenal pasti tapak lokasi hospital baharu tersebut, seluruh warga Kampar amat dukacita dengan jawapan dan komitmen kerajaan dalam hal ini. Pada 14 Januari 2020 yang lalu iaitu lebih kurang 20 bulan yang lalu, saya selaku Ahli Parlimen Kampar telah dijemput oleh Kementerian Kesihatan untuk menghadiri satu mesyuarat penyelarasan cadangan tapak dan pembangunan Hospital Kampar di Putrajaya yang telah dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KKM untuk membincangkan lokasi pembinaan tapak hospital yang baharu yang telah diperuntukkan dalam Bajet 2020.
Dalam mesyuarat tersebut, terdapat dua bidang tanah sebagai tapak lokasi hospital yang sesuai telah dikenal pasti sebagai cadangan untuk tapak pembinaan Hospital Kampar baharu tersebut iaitu:
(i) di kawasan Changkat Baru yang berkeluasan 11 ekar; dan
(ii) tanah berdekatan dengan Bandar Agasia yang dikenali sebagai PT18682 seluas 30 ekar yang telah ditawarkan secara percuma kepada pihak Kementerian Kesihatan secara bertulis.
Dalam perbincangan tersebut, ia adalah didapati bahawa tanah yang ditawarkan percuma oleh pihak swasta adalah amat bersesuaian kerana ia tidak melibatkan perbelanjaan tambahan oleh kerajaan untuk kos tanah tersebut.
Sementara itu dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perak yang telah berlangsung baru-baru ini, EXCO Kesihatan Kerajaan Negeri Perak dalam jawapan beliau telah mengatakan bahawa tanah di Changkat Baru tersebut akan mengakibatkan kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan lebih daripada RM10 juta untuk pengambilan balik tanah daripada pemilik individu kerana surat hak milik telah dikeluarkan kepada 12 orang individu di atas tanah tersebut.
Jadi saya tidak faham kenapa ia perlu mengambil masa yang begitu lama untuk membuat keputusan berkenaan lokasi Hospital Kampar tersebut. Apabila kesemua pertimbangan dan cadangan lokasi-lokasi tapak hospital telah berada di hadapan kami sejak lebih dari satu tahun yang lalu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat, masa dah tamat. Minta rumuskan.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Sedikit saja, satu perenggan saja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik, sikit lagi baik.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Dalam keadaan apa jua pun, saya bagi pihak penduduk Kampar menyeru dan amat berharap Yang Berhormat Menteri Kesihatan iaitu Yang Berhormat Rembau mengambil inisiatif penekanan dan menyegerakan proses perancangan pembinaan Hospital Kampar tersebut. Saya berharap Yang Berhormat Menteri Kesihatan dapat memberitahu bilakah cadangan tapak hospital baharu ini dapat dimuktamadkan agar pembinaan Hospital Kampar baharu dapat dijalankan dengan secepat mungkin.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput Yang Berhormat Menteri Kesihatan mengadakan lawatan kerja rasmi ke Hospital Daerah Kampar sekarang untuk meninjau sendiri keadaan hospital ini di samping menilai sendiri keperluan hospital baharu di Kampar. Rakyat di Kampar akan menyanjung baik kehadiran Yang Berhormat Menteri Kesihatan di Hospital Kampar agar ia menjadi pemangkin kepada pembinaan hospital baharu di Kampar ini demi kesejahteraan dan kesihatan warga Kampar. Sekian, terima kasih. Dengan itu, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kampar. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Libaran.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada Libaran untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja, sempena pembukaan penggal Parlimen.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada mantan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pagoh, Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin atas usaha beliau memikul tanggungjawab yang berat dalam masa yang paling mencabar dan kekal semangat juang hadapi cabaran pandemik COVID-19 demi menjaga keselamatan rakyat dan negara kita Malaysia.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Kesembilan, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob serta barisan Kabinet yang dilantik untuk memikul beban yang berat dalam masa yang genting ini untuk memerangi pandemik COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara Malaysia.
Saya juga ingin memanjangkan ucapan tahniah saya kepada rakan saya dari Sabah, Yang Berhormat Tuan Haji Yamani Hafez bin Musa, Ahli Parlimen Sipitang dan Yang Berhormat Datuk Mohamad bin Alamin, Ahli Parlimen Kimanis, atas pelantikan kedua-dua rakan saya sebagai Timbalan Menteri Kewangan Kedua, dan Timbalan Menteri Pendidikan Kedua.
Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur memutuskan anak-anak yang lahir daripada ibu warganegara Malaysia, di luar negara secara automatik akan diberi status Kewarganegaraan Malaysia. Saya ingin menambah di sini bahawa kewarganegaraan Malaysia diberi juga secara automatik tanpa mengira ibu atau bapa kepada anak yang berkenaan.
Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan juga menetapkan...
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Berhormat, izin laluan.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
...Yang lahir pada atau selepas Penubuhan Malaysia yang memiliki kelayakan dinyatakan dalam Bahagian 2, Lampiran 2, secara automatik menjadi warganegara Malaysia mengikuti undang- undang...
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Berhormat, izin laluan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Daripada Yang Berhormat Muar, hendak bagi laluan atau tidak?
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Saya diberi masa hanya sedikit, saya habiskan dahulu. Kalau ada masa insya-Allah saya akan bagi.
Mengikut undang-undang Malaysia. Jadi saya juga ingin menyeru supaya kerajaan dapat mempercepatkan proses Kad Pengenalan Merah, yang telah lama ditunggu.
Tuan Yang di-Pertua kes COVID-19...
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Berhormat, 15 saat sahaja. Sedikit sahaja.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Bagi peluang kepada saya.
Saya hanya sedikit masa untuk saya habiskan.
Mencatatkan puluhan ribu angka setiap hari malah kes positif harian COVID-19 di Sabah turut menunjukkan tren yang menaik dengan empat angka. Keadaan ini sangat juga membimbangkan, malah kadar kematian kes COVID-19 per 100 ribu populasi di Sabah juga menunjukkan tren yang kian menaik.
Walau bagaimanapun, kita faham bahawa kadar vaksinasi merupakan faktor utama bagi negara keluar daripada kemelut pandemik COVID-19 ini, dan membuka semula sektor ekonomi. Namun jika dibandingkan dengan Sabah dengan negeri yang lain, kadar vaksinasi di Sabah merupakan negeri yang paling rendah daripada segi jumlah populasi pada dewasa ini, menerima suntikan dos pertama dan juga dos kedua.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Justeru, saya ingin menyeru kepada kerajaan supaya dapat memperuntukkan lebih banyak lagi vaksin dan mempercepatkan juga kadar vaksinasi di negeri Sabah. Tidak lupa juga kadar penggunaan alat bantuan pernafasan (ABP), dan kadar penggunaan katil juga menunjukkan tren menaik. Kerajaan harus membuat persiapan dan memperuntukkan lebih banyak lagi peralatan perubatan dan tenaga kerja di hospital- hospital di negeri Sabah.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Pusat Khidmat Parlimen Libaran telah mengadakan program vaksinasi untuk penduduk di luar bandar dan kawasan yang terpencil. Program ini merupakan satu usaha sama dengan doktor-doktor tempatan, umpamanya pasukan Pusat Khidmat Parlimen Libaran telah pergi ke Pulau Nunuyan di kawasan Libaran untuk memberi penerangan, membuat pendaftaran dan mengatur doktor-doktor pergi ke pulau tersebut untuk memberi vaksinasi. Jadi program ini mendapat sambutan begitu baik.
Namun, selaku Ahli Parlimen, wujud juga kekangan dan serba kekurangan daripada segi logistik mahupun tenaga kerja. Justeru, saya minta dan ingin memohon jasa baik kerajaan supaya memberi pertimbangan mempertingkatkan lagi program vaksinasi ini bergerak di kawasan terpencil di negeri Sabah juga di Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks pembangunan, pembangunan infrastruktur dan keperluan asas Bumi di Bawah Bayu, demi kesejahteraan rakyat dan merapatkan lagi jurang pembangunan supaya setanding dengan Semenanjung.
Seterusnya, saya ini bertanya tentang status persiapan menaik taraf bangunan Hospital Duchess of Kent di Sandakan, setiap pembinaan asrama baru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Libaran.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kedua-dua projek ini telah pun diluluskan oleh kerajaan. Seterusnya dalam konteks sumber pertumbuhan baharu yang berkembang pesat seperti teknologi 5G, kecerdasan, buatan ataupun artificial intelligence (AI), dan Internet of Things. Pembangunan teknologi internet dan laman web tidak lagi terpisah daripada kehidupan kita dan ini jelas sekali ternyata bahawa terutama kita dalam keadaan dilanda oleh pandemik ini.
Bagaimana teknologi internet dan jalur lebar memainkan peranan yang penting dalam sektor perniagaan, pendidikan, perubatan dan impaknya juga ke atas kehidupan manusia.
Teknologi membolehkan kita juga bekerja dari rumah semasa tempoh pandemik- Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mengadakan mesyuarat dalam talian, peniaga juga dapat menjual barang kepada orang ramai dan orang ramai juga dapat membeli barang atas talian, pengajaran dalam talian dan sebagainya.
Justeru, saya ingin menyeru kerajaan supaya memberi tumpuan dan fokus kepada penambahbaikan serta penyelenggaraan infrastruktur komunikasi di kawasan pedalaman Sabah. Hal sedemikian juga bukan untuk mendapat untuk perseorangan, malah membolehkan sekolah-sekolah di Sabah membangun menjadi tempat bagi kanak- kanak bumi di Negeri Bawah Bayu ini mengejar ilmu tanpa batasan.
Tuan Yang di-Pertua, belia juga merupakan golongan yang terbesar struktur masyarakat kita di negara ini. Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, yang pesat juga membangun dan sedang menghadapi cabaran ke arah pembinaan Bangsa Malaysia yang bersatu padu, sangat bergantung kepada golongan belia yang ada sekarang, golongan belia yang aktif berdisiplin dan progresif.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Berhormat, izin laluan.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Sehubungan dengan itu, saya ingin minta jasa baik Kementerian Perpaduan Negara supaya memberi pertimbangan untuk membangunkan Sekolah Wawasan di kawasan Parlimen Libaran demi menyediakan belia menjadi tulang belakang kepada keutuhan dan kekuatan sesuatu bangsa di negara kita Malaysia ini. Dalam usaha mempromosi aktiviti sihat sekali gus kita juga mengelakkan belia terjebak dengan gejala negatif yang kita tidak ingini.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Saya juga ingin minta supaya satu fasiliti sukan berbentuk mini kompleks dapat dibangunkan di Parlimen Libaran sebagai kemudahan dan tempat beriadah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Libaran, masa sudah tamat.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Hanya 30 saat, mencelah 30 saat.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Terima kasih. Sebelum saya mengakhiri perbahasan saya, sesungguhnya saya ingin melafazkan selamat maju jaya kepada negara kita yang tercinta walaupun pada hari ini kerajaan baharu menghadapi cabaran politik, menghadapi pandemik dan ekonomi dalam keadaan yang begitu mencabar.
Dalam masa yang sama juga...
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
Yang Berhormat, minta 30 saat, Yang Berhormat.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
...Namun dapat juga mengatasi demi kesejahteraan masyarakat. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Tidak ada celahan daripada Yang Berhormat Muar. Minta maaf, Yang Berhormat Muar.
Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar
[Ketawa] Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat, saya ingin teruskan, sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kalabakan, 10 minit.
Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan
Masa 10 minit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ya.
Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Kalabakan juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena Pembukaan Parlimen pada 13 September 2021.
Tuan Yang di-Pertua, seperti biasa, Ahli-ahli Parlimen dari Sabah akan berbahas dengan dialog yang sama memohon pembaikan dan perwujudan infra-infra asas, sekolah, klinik kesihatan, jalan raya dilaksanakan dan dana peruntukan dapat diturunkan secara sewajarnya kepada negeri Sabah selaras dengan pemodenan negara, peredaran masa dan pertambahan penduduk.
Isu-isu yang sama kita utarakan dalam setiap perbahasan tahun demi tahun tanpa ada kesan yang positif untuk memenuhi tuntutan dan permintaan masyarakat kita di Sabah. Kita semakin jauh tertinggal dalam banyak perkara dan negeri Sabah terus dikategorikan antara negeri termiskin di Malaysia Di manakah silapnya?
Apakah Sabah kekurangan sumber pendapatan daripada aktiviti-aktiviti ekonomi yang diusahakan di Sabah? Atau Kerajaan Persekutuan sengaja tidak mahu memberi keutamaan daripada segi peruntukan secukupnya untuk kemajuan penduduk Malaysia yang bergelar warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah. Kebanyakan kementerian penting di Sabah adalah di bawah urus tadbir dan kuasa persekutuan seperti Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan sebagainya.
Kita di Sabah juga ingin bertanya sama ada pengarah-pengarah serta pegawai- pegawai yang dilantik untuk menerajui Jabatan-jabatan Persekutuan di Sabah dapat melihat masalah-masalah kita di Sabah secara terang dan faham agar mereka boleh merancang dan mencadangkan pelan-pelan pembangunan dan melaksanakan apa yang diperlukan oleh rakyat Sabah kepada kementerian masing-masing.
Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan
Mungkin Kerajaan Persekutuan tidak pernah ada dasar polisi yang jelas untuk Sabah selama ini, yang ada mungkin hanya polisi-polisi yang selalu jauh tersasar. Jika penjawat-penjawat awam tidak berupaya sila bantu mereka. Jika Menteri-menteri di Sabah termasuk Ketua Menteri Sabah juga kurang berupaya sila bimbing mereka.
Tuan Yang di-Pertua, setiap kali datangnya pilihan raya, rakyat Sabah sering dimomokkan dengan kenyataan bahawa kerajaan negeri harus sehaluan dengan Persekutuan agar negeri Sabah dapat dimajukan tetapi kenyataannya ini tidak berlaku dan kenyataan ini tidaklah benar sama sekali. Sehaluan atau tidak, negeri Sabah yang lama diperintah oleh Barisan Nasional dan sekarang Perikatan Nasional masih juga tertinggal dalam banyak hal sehingga ramai yang sudah bersuara menyatakan kekecewaan mereka atas janji-janji yang sebenarnya tidak dapat ditunaikan.
Akan tetapi sudah tentu rakyat Sabah lebih bijak sekarang dan boleh membanding cara urus tadbir dan pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah yang ada sekarang dengan kerajaan di bawah Parti Warisan. Dengan kerajaan baharu di persekutuan menggantikan kerajaan yang telah dilabelkan sebagai kerajaan gagal selama 17 bulan, rakyat di Sabah juga menaruh satu harapan baru untuk urus tadbir negara dan negeri yang lebih baik, adil dan saksama.
Di seluruh dunia, kita menghadapi penularan wabak COVID-19 dan kita juga antara negara yang amat terkesan teruk dengan pandemik ini. Lebih 17 bulan kita ditadbir dengan Kerajaan Perikatan Nasional 1.0 dan tidak dapat dinafikan urus tadbir negara yang bercelaru selama 17 bulan itu tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada rakyat malah sangat menyusahkan kehidupan.
Kita disajikan dengan carta dan graf yang sangat kreatif, mempamerkan status harian wabak COVID-19 dan kadar vaksinasi negara. Kes-kes harian di Sabah masih tetap tinggi iaitu empat digit selama beberapa bulan kebelakangan ini, hingga hari ini dan kadar vaksinasi di Sabah masih paling yang tercorot.
Akan tetapi dengan kerajaan baharu ini kita melihat ada sedikit sinaran perkembangan baik dengan Menteri Kesihatan yang baru dilantik telah melawat dan melihat sendiri keadaan dan situasi penanganan pandemik di Sabah. Menteri Kesihatan dengan segera mengarahkan dan melantik Pengarah Operasi Program Imunisasi Negeri Sabah. Walaupun agak lewat selepas lapan bulan program vaksinasi negara dimulakan tetapi kita dapat menyaksikan pemberian suntikan vaksin semakin rancak di Sabah.
Selain perwujudan banyak PPV di bandar-bandar utama ditambah dengan program-program outreach, masuk ke kampung-kampung dan penempatan warga di pendalaman. Apalagi bila Menteri Kesihatan telah menjanjikan bekalan dos-dos vaksin sebanyak 2.8 juta dalam bulan September ini. Diharap pengarah baru ini terus meminta kerjasama dan tanggungjawab Menteri Kesihatan supaya dapat terus membekalkan vaksin secukupnya ke Sabah seperti negeri-negeri lain terutama jiran kami, Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin utarakan masalah kami yang semakin getir di Parlimen Kalabakan terutamanya ketika kita sedang bertarung menghadapi pandemik COVID-19. Di seluruh Parlimen Kalabakan, kita tidak mempunyai walaupun satu atau sebuah hospital. Kita terpaksa berkongsi sebuah hospital yang terletak di Parlimen Tawau atau dengan erti kata lain dua buah kawasan Parlimen dengan penduduk yang lebih 500 ribu orang bergantung harap dengan hanya satu hospital.
Saya juga merasa sedih dan kecewa bila sahaja saya mendapat berita kematian- kematian warga kami di Pulau Sebatik kerana tidak sempat dibawa keluar menggunakan bot dari pulau ke Tanah Besar sebagai usaha menerima rawatan di Hospital Tawau.
Penduduk di Pulau Sebatik tidak disediakan dengan walau satu buah jeti yang baik dan selesa yang boleh diguna pakai pada saat diperlukan ketika pasang atau surutnya air laut.
Warga Pulau Sebatik sebuah pulau yang berlokasi di perbatasan negara sudah dijanjikan pembinaan sebuah klinik kesihatan jenis enam yang memiliki wad-wad pesakit yang telah diluluskan pembinaannya sejak tahun 2016 tetapi malangnya kelulusan hanya tinggal kelulusan tanpa pelaksanaan projek dimulakan. Mungkin kita harus tunggu lima tahun lagi sehingga perwujudan klinik tersebut dapat direalisasikan melainkan Kementerian Kesihatan mengambil maklum dan berusaha dengan segera atas pembinaannya. Berusahalah agar penduduk kita di pulau ini tidak terseksa lagi. Klinik-
Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan
klinik kesihatan yang disediakan di Pekan Merotai Besar dan Pekan Kalabakan adalah dalam keadaan yang usang, kurang lengkap dan perlu dinaiktarafkan. Lokasi klinik-klinik kesihatan ini adalah jauh dari hospital yang ada di bandar Tawau.
Tuan Yang di-Pertua, masalah murid-murid sekolah dalam situasi pandemik juga amat menggusarkan warga Kalabakan. Perjalanan proses pembelajaran melalui PdPR boleh dikatakan kurang berkesan terutamanya di kawasan luar bandar Sabah. Dengan kadar cakupan dan rangkaian internet di Sabah hanya pada kadar 30 peratus partisipasi murid dalam pembelajaran atas talian sudah pasti amatlah rendah.
Kementerian Pendidikan haruslah merangka pelan-pelan perancangan jangka pendek dan jangka panjang yang lebih komprehensif dan bersifat mikro margin dalam pembukaan sekolah disebabkan tiada pilihan baik jika kaedah PdPR yang sedang dilaksanakan tidak dapat membantu pembelajaran secara berkesan dan efektif. Mintalah pegawai-pegawai pendidikan daerah turun ambil maklumat sebenar di lapangan untuk diajukan kepada Kementerian Pendidikan. Mereka lebih faham permasalahan yang dihadapi cuma mungkin mereka kurang berani menyuarakan kepada pihak atasan atas sebab-sebab tertentu.
Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan
Kita tidak boleh gunakan satu polisi untuk diguna pakai di seluruh negara dalam merangka dan merancang pembukaan sekolah. Aktiviti perekonomian negeri Sabah juga harus dibuka secara berperingkat mengikut situasi pandemik di kawasan-kawasan kurang kes COVID-19. Hampir dua tahun kita menjalani kehidupan dalam suasana yang sangat mengesankan kepada aktiviti harian.
Kita sudah sepatutnya ada sedikit pengalaman dan pelajaran yang boleh menjadi panduan untuk kita menjalani kehidupan dalam pandemik. Ramai peniaga terkesan dan tidak kurang juga warga yang hilang punca pendapatan. Walaupun kerajaan ada menghulurkan bantuan, adalah lebih baik untuk kerajaan membuat kajian lebih mendalam untuk pembukaan lebih banyak sektor-sektor ekonomi dalam kawasan-kawasan berisiko rendah.
Sabah adalah negeri yang sangat bertuah dan beruntung dengan anugerah Tuhan yang melimpah ruah. Tanah-tanah kita sangat subur. Banyak hasil galian dan mineral serta tempat-tempat yang memiliki keindahan alam yang tersendiri. Lokasi dan kedudukan geografi Sabah juga boleh dimanfaatkan untuk kepentingan negara. Sabah terletak di utara kepulauan Borneo yang sangat dekat dengan ekonomi besar seperti negara Jepun, Korea dan China.
Jiran Sabah seperti Kalimantan Indonesia dan Selatan Filipina merupakan potensi pasaran barangan jika kita mula mewujudkan perindustrian berat dan industri pembuatan di Sabah.
Negara Republik Indonesia sudah membina ibu kota baru mereka di Penajam, Balikpapan Kalimantan dan dijangka perpindahan ibu kota ini bermula pada tahun 2024.
Kalabakan terletak di selatan Sabah dan berjiran dengan Kalimantan. Sudah tentu jika perkembangan yang sedang rancak di negara jiran ini diambil kira, kita bakal dapat limpahan ekonomi yang besar. Oleh yang demikian, perancangan kerajaan dahulu yang meluluskan pembinaan Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) dan jalan raya bernilai RM600 juta di Serudong, Kalabakan dapat diutamakan oleh kerajaan sekarang. Harus juga diingat, perairan Sabah...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Masa sudah tamat Yang Berhormat.
Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan
Satu minit.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, sila.
Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan
Harus juga diingat, perairan pantai timur Sabah juga berpotensi berposisi utama sebagai laluan perkapalan antarabangsa yang menggunakan Selat Makasar. Pertambahan kapal-kapal tanker besar bermuatan pelbagai kargo yang melalui Laut Sulu di Sabah terus ke Selat Melaka dan Selat Sunda di Lombok di Indonesia dilihat sebagai alternatif laluan kepada laluan Singapura dan Selat
Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan
Melaka yang semakin sibuk dan tidak dapat menampung kapal-kapal laut bersaiz besar yang memerlukan kedalaman lautan.
Sebagai yang terakhir, tiada gunanya Kerajaan Sabah yang baru ini menggunakan slogan Sabah Maju Jaya jika hanya tinggal kata-kata slogan yang kosong.
Sabah tetap di tangga tercorot dan kita mempunyai rakyat yang paling miskin di Malaysia iaitu sebanyak 23.9 peratus yang dicatatkan pada tahun 2016 dan sedikit pengurangan pada tahun 2020 pada kadar 19.5 peratus daripada 3.9 juta orang penduduk negeri Sabah. Itu sahaja daripada saya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Igan.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas peluang serta kesempatan yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan pada hari ini. Menjunjung kasih juga atas kebijaksanaan dan kearifan Yang di-Pertuan Agong dalam menyelesaikan kemelut politik negara baru-baru ini.
Alhamdulillah seramai 114 orang Ahli Dewan Rakyat telah memberikan kepercayaan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Ahli Parlimen Bera untuk menjadi Perdana Menteri ke-9. Tahniah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dan tahniah juga kepada semua barisan Kabinet yang telah dilantik.
Tuan Yang di-Pertua, konsep keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam mengajak seluruh lapisan rakyat untuk bersama- sama berganding bahu membawa keluar negara daripada kemelut COVID-19 dan membangunkan negara merupakan satu pendekatan yang inklusif yang merentasi sempadan agama, bangsa, kaum dan kefahaman politik.
Konsep ini memperlihatkan sikap prihatin serta nilai-nilai kasih sayang dalam sebuah keluarga besar Malaysia dan ia sangat dekat di hati rakyat. Di sini peranan dan komitmen setiap pemimpin dan ahli politik sangat penting. Jangan sampai kita menjadi ketam yang mengajar anak berjalan lurus. Konsep keluarga Malaysia mengajak semua ahli politik supaya berfikiran terbuka dan berlapang dada menerima, mencungkil persamaan serta mengetepikan perbezaan.
Komitmen ini juga, komitmen kita semua sangat dituntut. Rakyat yang cukup tertekan dengan kemelut pandemik sudah muak dengan sandiwara politik dan perebutan kuasa. Cukuplah kita bertukar sampai tiga Perdana Menteri pasca pilihan raya umum ke- 14. Marilah kita fokus bekerja bersama rakyat sebagai sebuah keluarga Malaysia untuk menjayakan agenda pemulihan negara.
Tuan Yang di-Pertua, demi menjunjung pendekatan keluarga Malaysia, sejarah telah tercipta apabila kerjasama bipartisan di antara kerajaan dan pembangkang telah dimeterai menerusi Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan Pakatan Harapan. Ia juga selaras dengan Titah Yang di-Pertuan Agong sempena pembukaan sidang Dewan Rakyat kali ini. Transformasi yang diperkenalkan kerajaan ini pastinya mampu mengetepikan segala perbezaan politik, sekali gus memastikan pemulihan negara berjalan secara holistik dan inklusif.
Semua ahli politik harus meletakkan kepentingan rakyat dan negara mengatasi segala-galanya. Kestabilan kerajaan dan kestabilan politik negara merupakan teras kepada segala-galanya. Tanpanya, Malaysia bakal terjerumus ke dalam kemelut politik dan ekonomi tidak berkesudahan yang akhirnya akan merugikan rakyat dan negara. Ini juga sejajar dengan Titah Baginda Tuanku yang menyebut dengan jelas agar jangan sama sekali kita meletakkan masa depan negara dan rakyat sebagai taruhan dalam percaturan untuk mencapai agenda tertentu. Baginda juga menasihatkan Ahli-ahli Dewan Rakyat supaya terus fokus kepada usaha memerangi COVID-19, demi keselamatan rakyat.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Tuan Yang di-Pertua, saya juga turut gembira bila mana perkara berkenaan Perjanjian Malaysia 1963 dimasukkan dalam memorandum persefahaman seperti yang disepakati oleh kerajaan dan Pakatan Harapan. Ini jelas menunjukkan bahawa isu ini yang melibatkan tuntutan hak Sarawak dan Sabah seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 wajar diberi keutamaan dan menjadi agenda yang penting.
Oleh itu, saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab supaya isu-isu tertunggak dan belum selesai dapat diselesaikan secara tuntas atau, dengan izin, once and for all, Perjanjian Malaysia 1963 merupakan asas kepada Perlembagaan Persekutuan 1963 dan asas kepada pembentukan Persekutuan Malaysia.
Asas ini harus dihormati agar semangat federalisme terus kukuh demi mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama.
Tuan Yang di-Pertua, kemudahan capaian internet sudah menjadi satu keperluan dalam menjalankan aktiviti dalam kehidupan harian, apalagi ketika pandemik COVID-19 ini. Malangnya liputan internet terutama di seluruh kawasan luar bandar di negeri Sarawak termasuk di kawasan Parlimen Igan masih lagi mendukacitakan. Malah isu liputan internet yang lemah bukan perkara baru di kawasan saya. Ia menjadi rungutan di kalangan usahawan online, guru-guru dan pelajar yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran dari rumah. Malah isu mengenainya pernah viral di Parlimen saya baru-baru ini apabila tiga orang pelajar di Kampung Sawai Matu terpaksa mengikuti PdPR di dalam bot di dalam sungai dalam keadaan hujan lebat untuk mendapatkan liputan internet.
Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memohon kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia supaya dapat mengambil tindakan pantas agar masalah capaian internet di kawasan luar bandar di Sarawak dapat ditangani segera. Kementerian juga harus ingat bahawa pembinaan menara telekomunikasi sahaja, tidak dapat menyelesaikan masalah liputan internet jika syarikat telekomunikasi enggan menyediakan perkhidmatan. Isu ini perlu ditangani bersama oleh kementerian dan syarikat telco yang sepatutnya menyediakan perkhidmatan.
Tuan Yang di-Pertua, kes positif COVID-19 di Sarawak pada masa ini masih tinggi dengan Varian Delta menjadi varian yang dominan. Sejak tiga minggu yang lalu kes positif COVID-19 di kawasan saya, Parlimen Igan khususnya daerah Matu dan Daro naik secara mendadak dan drastik sekali dengan kes positif berlaku setiap hari. Pada masa ini mereka yang didapati positif COVID-19 akan dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID- 19 Berisiko Rendah atau PKRC di Sibu dan Mukah yang memakan masa tiga jam perjalanan. Keadaan ini amat menyusahkan mereka.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Oleh itu saya memohon Kementerian Kesihatan supaya dapat menyediakan PKRC di Daerah Matu dan Daro untuk memudahkan pesakit mendapat rawatan dan pengawasan rapi. Ini juga sebagai langkah kesiapsiagaan bagi menghadapi peningkatan kes pada masa hadapan, lebih-lebih pandemik COVID-19 akan menjadi endemik.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Yang Berhormat Igan. Yang Berhormat Igan.
Yang Berhormat Sibu sini.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Yang bermakna kita akan sentiasa hidup bersama-sama dengan...
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Yang Berhormat Sibu sini, boleh mencelah, kah?
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
...Virus COVID-19 sepanjang masa. Menjadi harapan agar Kementerian Kesihatan...
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Yang Berhormat Igan.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
...Dapat mewujudkan PKRC ini secepat mungkin demi memberi kemudahan kepada pesakit. Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Yang Berhormat Igan, Yang Berhormat Sibu sini.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Minta maaf, masa tidak...
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Sibu.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Masa tidak cukup untuk saya.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Sikit saja, sikit saja.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah di dalam Dewan yang mulia ini kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Daru, Matu, Sarikei dan Maradong yang diketuai oleh Pegawai Daerah serta seluruh anggotanya termasuk petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan, RELA, polis, APM dan semua yang terlibat kerana telah berjaya melaksanakan Program Imunisasi dan Vaksinasi kepada seluruh penduduk di Parlimen Igan. Saya telah dimaklumkan bahawa kawasan Parlimen Igan telah mencapai imuniti kelompok dengan peratusan vaksinasi kira-kira 95 peratus.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh mengenai projek pembinaan...
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Yang Berhormat Igan.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
...SMK Matu baharu yang dijangka bermula pada April 2022 dan siap sepenuhnya pada Oktober 2024.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Yang Berhormat, ia mengenai kes COVID- 19 di Sarawak.
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kerajaan sebelum ini kerana telah meluluskan pembinaan sekolah ini dengan kos sebanyak RM75 juta. Walau bagaimanapun, pada sesi pembentangan projek pada 9 September yang lalu, saya telah hadir bersama-sama dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, konsultan dan pihak Jabatan Kerja Raya Sarawak sebagai agensi pelaksana.
Pihak JKR Sarawak telah memaklumkan bahawa peruntukan berjumlah RM75 juta ini tidak mencukupi disebabkan kos rawatan tanah diperlukan berdasarkan laporan siasatan tanah dan kos cerucuk yang tinggi termasuk pemilihan bahan M&E yang bersesuaian kerana lokasi sekolah ini berdekatan dengan laut. Dengan kos asal RM75 juta, ia hanya dapat membina komponen-komponen yang penting. Akan tetapi, komponen yang lebih penting sekali lagi ialah pembinaan sebuah blok lapan unit Kuarters Guru.
Sekiranya pembinaan termasuk lapan unit blok kuarters ini, maka jumlah kos keseluruhan projek dianggarkan RM87.15 juta dengan anggaran pertambahan RM12.15 juta. Pembinaan lapan unit kuarters ini adalah penting kerana sekolah ini agak jauh dari penempatan kampung supaya dapat memberi keselesaan kepada guru-guru. Oleh sebab itu saya memohon kepada Kementerian Pendidikan agar dapat meluluskan penambahan kos sebanyak RM12.5 juta untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya masih lagi ada dua perkara yang ingin saya sampaikan kerana masa tidak mengizinkan, sebab itu saya memohon agar semua isu berkaitan yang telah saya bangkitkan melibatkan kawasan Parlimen Igan khususnya, mendapat perhatian dan tindakan sewajarnya daripada kerajaan dan kementerian yang berkaitan. Sebelum saya mengakhiri perbahasan ini, saya ingin menitipkan tiga rangkap pantun buat Baginda Tuanku.
*Nasihat Tuanku jadi pedoman; Sentiasa tersemat di sanubari; Selagi hayat dikandung badan; Sumpah setia ketaatan diberi.
Dari Pahang pergi ke Sunda; Dari Igan ke Hulu Kinta; Raja dan rakyat berpisah tiada; Tuanku menaungi negara tercinta.*
Tuan Haji Ahmad Johnie bin Zawawi - Igan
Dari Segamat pergi ke Limbang; Hajat mulanya pergi ke jeti; Tidaklah rakyat gusar dan bimbang; Wakil Rakyat berbakti sepenuh hati. Dengan ini saya menjunjung kasih dan menyokong Titah Diraja, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Igan.
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sungai Buloh. Sepuluh minit.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memberi saya ruang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan berkenaan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja yang disampaikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada minggu lepas kepada Dewan yang mulia ini.
Malangnya saya serupa rakan-rakan lain diberi hanya sepuluh minit sahaja dan saya rasa ini merupakan satu perubahan yang kita perlu buat pada masa depan di mana kita dapat masa yang lebih untuk membangkitkan isu-isu yang penting bagi pihak rakyat dan kawasan. Saya faham ada batasan, sebab batasan di Parlimen ini sebab nombor hari yang kita sidang ini terhad dan sebab itu masa pun perlu dihadkan.
Jadi, inilah antara perubahan yang saya hendak cadangkan untuk dipertimbangkan oleh kerajaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob sekarang yang kita boleh runding iaitu buat penambahan kepada jumlah hari yang kita bersidang. Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, di United Kingdom, sebagai contoh- di House of Commons yang kita selalu gunakan sebagai contoh. Mereka secara purata, mereka bersidang 160 ke-170 hari setiap tahun. Itulah cara yang kita kena ikuti. Kita baru sampai 60 lebih hari sahaja. Oleh sebab itu, masa sangat terhad bagi kita untuk berucap. Saya rasa semua akan setuju kalau kita tambahkan hari-hari ini.
Ini akan menjadikan Parlimen kita lebih berkesan dalam peranan kita sebagai sistem semak dan imbang atas kerajaan, atas perjalanan pentadbiran kerajaan yang sedia ada. Jadi inilah juga saya nampak daripada Titah-titah yang telah dikeluarkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melalui kenyataan daripada istana dan juga dalam titah diraja di Dewan ini. Inilah hasrat dari Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga yang melihat Parlimen menjadi lebih berkesan, lebih efektif dan untuk memastikan perjalanan kerajaan menjadi lebih telus. Jadi perjalanan Parlimen pun mesti jadi telus dan lebih berkesan dan inilah antara cadangan-cadangan yang saya hendak bentang di sini.
Yang kedua selain daripada tambah hari, yang penting ialah sekarang kita ada cadangan yang bagus untuk menambahkan Jawatankuasa Pilihan Khas dan juga Pengerusi dibahagikan separuh daripada pembangkang, separuh daripada kerajaan, itu bagus. Akan tetapi, saya hendak cadangkan perubahan yang penting sekali yang kita perlu lakukan ialah perjalanan jawatankuasa-jawatankuasa ini mesti dijadikan telus.
Macam Dewan Rakyat, sekarang rakyat boleh perhatikan apa yang kita cakap di sini, media boleh ikut, boleh laporkan esok. Akan tetapi, untuk semua jawatankuasa kita, termasuk PAC yang sangat penting, semua dijalankan di belakang pintu tertutup, secara rahsia. Ini amalan-amalan yang tidak, mesti berhentikan dan kita mesti tukar.
Di mana-mana Parlimen, kita pergi ke Indonesia, kita pergi Australia, kita pergi ke UK, semua jawatankuasa mereka berjalan secara terbuka, telus macam Dewan mereka juga, macam ini. Jadi, kenapa kita bezakan Dewan di mana kita jalan dengan telus dengan jawatankuasa kita berjalan secara rahsia. Jadi, pada masa Pakatan Harapan perintah, kita sudah buat draf pindaan untuk memastikan perubahan ini tapi malangnya tidak dapat dilaksanakan.
Jadi, saya harap perubahan sangat penting ini akan dilaksanakan secepat mungkin dalam semangat di mana kita sudah lihat dalam Memorandum Transformasikah, Reformasikah, dan inilah penting. Sebagai contoh semalam, PAC bermesyuarat ada
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
berkaitan tuduhan penyelewengan kontrak besar di Sarawak. Akan tetapi, rakyat tidak tahu, Dewan ini pun tidak tahu, Ahli-ahli Parlimen di sini tidak tahu.
So, pemerincian inilah. Ini yang kita mesti tukar dan ikut amalan biasa di dunia di mana semua jawatankuasa berjalan secara terbuka dan telus. Cadangan lagi ialah dari hari-hari yang diperuntukkan untuk sidang Dewan ini, kita perlu ada hari-hari yang diperuntukkan khususnya untuk urusan pembangkang juga. Macam di United Kingdom ya, mereka bersidang 160 hari setahun dan di antara itu 13 hari Jumaat, mereka sidang hari Jumaat juga- 13 hari Jumaat diperuntukkan kepada urusan Pembangkang.
Sejumlah 20 hari daripada 160 hari itu dikhususkan untuk urusan Pembangkang di mana Ahli Parlimen Pembangkang boleh kemukakan Rang Undang-undang Persendirian, usul-usul untuk membawa isu-isu penting dan menunjukkan pendirian pembangkang dan perbahasan akan dibenarkan. Sekarang kita hanya benarkan perbahasan ataupun perbincangan urusan kerajaan saja, dan ini pun satu amalan yang mesti diubah untuk masa hadapan.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Jadi, sekarang saya beralih daripada ini, semua saya sebut di bawah topik reformasi Parlimen yang saya harap akan dibincangkan oleh kerajaan. Sekarang saya beralih kepada soalan serta isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan dan minta jawapan daripada Kementerian Pendidikan.
Pertama, isu sekolah berasrama penuh di mana kerajaan masih melaksanakan dasar yang melanggar semangat kononnya dasar Keluarga Malaysia ini, yang mana studen atau pelajar-pelajar daripada sekolah aliran agama, aliran Cina dan aliran Tamil tidak dibenarkan memohon untuk mendapat tempat di sekolah berasrama penuh. Ini sangat tidak adil dan perlu diubah serta-merta. Kita ada 69 buah sekolah macam ini, SBP dan yang menampung 50 ribu orang pelajar.
Kenapa pelajar-pelajar daripada aliran ini tidak dibenarkan memohon dan dapat tempat padahal MRSM ada sistem yang lebih kurang serupa sudah- dibuka pada masa Pakatan Harapan dan sehingga sekarang pun buka pada semua aliran- sekolah Tamil, sekolah Cina, sekolah agama. Semua pelajar yang layak, ada pencapaian yang bagus, ada apa-apa kemahiran, mereka dipertimbangkan untuk tempat di sekolah-sekolah ini.
Saya minta jawapan daripada kementerian sama ada sanggup tukar dan pastikan kononnya slogan semangat Keluarga Malaysia ini betul-betul Keluarga Malaysia lah ya, bukan anak yatim kan pelajar-pelajar dari sekolah aliran-aliran lain.
Saya juga hendak membangkitkan isu tentang outsourcing perkhidmatan keselamatan di sekolah dan juga perkhidmatan pembersihan. Saya hendak tumpu pada kontrak-kontrak untuk keselamatan yang mana semua di outsource kepada dekat syarikat swasta. Saya difahamkan kementerian sekarang membayar lebih kurang RM1.5 bilion kepada syarikat-syarikat swasta untuk membiayai perkhidmatan lebih kurang 40 ribu orang pengawal keselamatan atau security guard ya. Mereka dibayar hanya gaji minimum, paling rendah dibayar oleh syarikat swasta ini.
Akan tetapi, jumlah gaji, kita bayar kepada- kerajaan bayar RM1.5 bilion tetapi bila kita jumlahkan gaji-gaji yang diberi oleh syarikat swasta ini kepada pengawal ini hanya RM1 bilion. Sebanyak RM500 juta merupakan potensi untuk untung lumayan syarikat- syarikat ini. Jadi, kenapakah dasar ini terus dilaksanakan? Sepatutnya kerajaan harus pertimbangkan kita mengajikan mereka direct, secara langsung, supaya kita boleh bagi mereka gaji yang lebih bagus, syarat perkhidmatan yang lebih bagus. Bukan macam just, hanya bagi mereka peluang untuk bekerja di bawah syarikat-syarikat swasta ini ya, yang tidak berminat sangat atas kebajikan pekerja-pekerja ini.
Jadi, saya minta kerajaan mesti lebih bertanggungjawablah dengan beribu-ribu pekerja ini dan kita mesti pertimbangkan macam mana kita balik kepada sistem lama dahulu yang mana pengawal keselamatan, pembersih sekolah, semua digaji secara langsung. Employed directly, dengan izin, oleh kerajaan dengan syarat, dengan terma kerja yang baik dan mereka ada peluang untuk gaji ditambahkan dan bukan sahaja gaji minimum. Mereka boleh dapat hidup yang dengan lebih baik daripada apa yang kita melihat sekarang.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Jadi, saya juga minta jawapan daripada Kementerian Pendidikan, apakah mereka sedia untuk mengubah dasar ini yang perlu dikaji semula?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Masa sudah tamat, baik.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Akhir sekali just ringkas sahaja. Ini berkaitan dengan Mahkamah Tinggi yang dibawa oleh Family Frontiers iaitu kumpulan ibu-ibu yang telah menuntut di mahkamah hak untuk memberi kewarganegaraan kepada anak-anak mereka bila anak ini dilahirkan di luar negara tetapi mereka berkahwin dengan- mereka ialah warga Malaysia, ibu-ibu ini. Suami warga asing dan mereka dinafikan hak itu dan mereka pergi ke mahkamah dan menang, sekarang kerajaan hendak buat rayuan.
Saya mintalah ya, kerajaan harus menghentikan rayuan ini dan melaksanakan dasar dalam keputusan kes ini yang cukup jelas ya dan perlu diselaraskan dengan hak sama rata ibu dan ayah. Jadi, itulah isu yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, saya minta kerajaan menjawab ini secara terang-terang. Tarik balik rayuan dan melaksanakan keputusan dalam kes itu secara- satu dasar bagi pihak kerajaan dan bagi membenarkan semua ibu-ibu Malaysia ini, yang berwarganegara Malaysia untuk memberi hak kewargaan Malaysia kepada anak-anak mereka.
Jangan menafikan hak mereka itu. Mereka hendak jadikan anak mereka anak Malaysia kenapa kita hendak halang itu? Jadikan itu sebagai dasar supaya ratusan ibu ini tidak perlu menunggu kes-kes, keputusan ini dari mahkamah dan boleh puas hatilah, hak mereka akan diiktiraf oleh kerajaan.
Dengan itu, saya ucap terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas masa yang diberikan. Saya pohon menyokong. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Buloh. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Jerai, diikuti oleh Yang Berhormat Bentong, Yang Berhormat Gua Musang dan kemudian Yang Berhormat Sepang.
Sila Yang Berhormat Jerai.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mulakan dengan sepotong ayat dari Surah Al- Ankabut...
[Membaca sepotong ayat Al-Quran] Maksudnya, “Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan berkata kami beriman sedangkan mereka tidak diuji?” Menjunjung kasih atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa pembukaan Dewan Rakyat yang menyentuh berbagai-bagai isu dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob atas pelantikan. Dengan ayat yang saya bacakan tadi, hujan musibah limpahan air dari Gunung Jerai yang meragut enam nyawa akibat banjir kilat.
Terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri-menteri, parti-parti politik, NGO dan semua yang terlibat, yang turun melihat sendiri kesan-kesan banjir lumpur yang mengambil masa dua hingga tiga minggu untuk dibersihkan.
Seramai lebih 1,300 orang terlibat bencana melibatkan dua Parlimen, Jerai dan Merbok. Di Jerai melibatkan dua DUN, di DUN Guar Cempedak berlaku di Yan, manakala di DUN Gurun, sepanjang persisiran sungai di Kampung Baru, Sungai Kunyit dan Sungai Badak. Bantuan-bantuan yang diberikan dari seluruh negara meringankan beban keluarga yang terlibat.
Tuan Yang di-Pertua, isu kepala air berskala tsunami yang di kategori bencana tahap satu berpunca di puncak gunung akibat hujan lebat yang mengakibatkan 69 runtuhan di puncak gunung yang mengubah warna air kemerahan akibat runtuhan tanah yang membawa bersama-sama pokok kecil dan besar. Saya dimaklumkan oleh pihak Jabatan Perhutanan Negeri bahawa tidak ada satu lesen pun diberi kepada sebarang
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
aktiviti penerokaan hutan untuk mengambil kayu balak kerana ia berada dalam Hutan Simpan Gunung Jerai.
Terima kasih kepada kerajaan kerana meluluskan RM75 juta. Saya mohon bersungguh-sungguh agar kelulusan ini dipercepatkan kerana rakyat yang terkesan sentiasa dirundung kerisauan akibat hujan yang masih lagi turun dengan lebatnya pada waktu ini.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Tuan Yang di-Pertua, beralih kepada Kementerian Pendidikan. Pendidikan era COVID-19 amat penting. Dasar kerajaan mewujudkan biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) telah berjaya membangunkan ilmuwan di negara kita untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada negara. Dalam hal ini, Bahagian Tajaan dan Pembiayaan Kementerian Pendidikan Malaysia sedang giat melaksanakan operasi penguatkuasaan perjanjian terhadap penerima biasiswa HLP.
Pertanyaan saya kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan, berapakah bilangan penerima Hadiah Latihan Persekutuan peringkat kedoktoran yang telah tamat pengajian dan memperoleh Ijazah Doktor Falsafah melebihi enam tahun daripada permulaan cuti belajar sehingga 31 Disember 2018.
Saya menggesa Kementerian Pendidikan mengekalkan keputusan Mesyuarat Lembaga Biasiswa pada tahun 2018 yang memutuskan pengecualian tindakan penguatkuasaan kepada penerima HLP peringkat kedoktoran yang telah menamatkan pengajian dan mengemukakan dokumen pengesahan tamat pengajian sehingga 31 Disember 2018.
Pegawai-pegawai pendidikan ini telah berusaha menamatkan pengajian selepas tamat tempoh cuti belajar. Membayar sendiri yuran pengajian dan menyempurnakan pengajian dalam tempoh yang dibenarkan oleh universiti dalam penuh kekangan telah berkhidmat secara terbaik memberikan kepakaran dalam bidang pendidikan di negara kita dengan amat bermakna. Kini Tuan Yang di-Pertua, mereka diburu dan dipaksa membayar sebanyak RM120,000 hingga RM160,000 walaupun telah memperoleh Ijazah Doktor Falsafah disebabkan telah melepasi enam tahun bermula daripada tarikh cuti belajar. Kita perlu hargai warga pendidik kita yang telah membangunkan modal insan negara.
Peneroka FELDA pun pihak kerajaan boleh melupuskan hutang mereka dengan sebab menghargai sumbangan dalam bidang pertanian. Apatah lagi sepatutnya warga pendidik yang amat berjasa pun diberikan hak yang sama.
Dari segi hal ehwal agama pula Tuan Yang di-Pertua, pendidikan agama dan tahfiz dalam kategori Sekolah Agama Rakyat perlu diambil berat dan distrukturkan semula. Kita perlu memandang jauh untuk membangunkan sekolah agama rakyat dan pendidikan tahfiz ini. Saya mencadangkan agar Yayasan Wakaf Malaysia dibesarkan peranan dan objektifnya dengan tambahan untuk menangani masalah pendidikan agama rakyat dalam kalangan umat Islam secara progresif dan produktif. Khususnya bagi memperkasakan Sekolah Agama Rakyat di Malaysia. Dalam hal ini, saya menggesa agar diusahakan;
(i) menubuhkan Majlis Jemaah Pengelola Sekolah Agama Malaysia;
(ii) menubuhkan Dana Wakaf Sekolah Agama Malaysia; dan
(iii) menyediakan latihan kepimpinan pengurusan sekolah dan latihan perguruan kepada sekolah tahfiz dan Sekolah Agama Rakyat.
Pendidikan agama Islam untuk murid berkeperluan khas (MBK). Ini juga agak ketinggalan. Kelompok ini tidak mengikuti kelas KAFA seperti murid tipikal yang lain. Saya difahamkan, terdapat sebuah sekolah kebangsaan yang mengendalikan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Kebangsaan Putrajaya, Presint 8 (1) atas inisiatif awal ibu bapa. Saya juga difahamkan JAKIM telah melatih seramai 40 orang guru KAFA untuk mengajar murid berkeperluan khas atau dengan kata lain murid OKU dan telah bersedia dengan sukatan pelajaran KAFA Murid Berkeperluan Khas (MBK).
Sehubungan dengan itu, saya menggesa agar JAKIM mengadakan kerjasama dengan
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Kementerian Pendidikan untuk membuka kelas KAFA di semua 28 buah Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) dan diprogramkan Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI) di seluruh Malaysia.
Kedua, membuat penempatan semula seramai 40 orang guru KAFA yang telah dilatih untuk mengajar murid berkeperluan khas di SKPK atau PPKI yang berdekatan dengan mereka. Ketiga, membuat tambahan pelantikan guru KAFA bagi mengisi keperluan Murid Berkeperluan Khas di seluruh negara.
Golongan orang kurang upaya perlu diberi tumpuan tentang agama mereka, sesungguhnya dengan sistem yang ada, sikap dan persekitaran yang menghalang OKU untuk belajar dan memahami agama ini adalah tanggungjawab kita untuk membina OKU beragama.
Seterusnya, cadangan yang pertama memberi ruang yang lebih panjang kepada – seperti mana yang saya sebutkan tadi golongan HLP untuk menyelesaikan pengajian.
Walaupun melebihi tempoh enam tahun berdasar tempoh sah pencalonan di universiti.
Saya ulang balik yang tadi, tempoh yang dicadangkan ialah lapan hingga 10 tahun.
Memandangkan terdapat universiti yang boleh memberi ruang rayuan pencalonan pengajian sehingga 10 tahun.
Cadangan yang kedua untuk golongan Hadiah Latihan Persekutuan ini, perlanjutan ini merupakan peluang kedua kepada warga pendidik untuk meneruskan pengajian dengan tenang tanpa tekanan. Ketiga, perlanjutan tempoh ini adalah sebagai penghargaan kepada pemegang HLP.
Terakhir, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon KPM menyatakan apakah bentuk inovasi dalam sistem pendidikan kita agar pembangunan modal insan anak-anak murid kita yang digelar sebagai generasi yang hilang. Generasi ini terbentuk akibat daripada pelbagai sekatan yang terpaksa dilalui manusia pada ketika ini demi menghentikan penularan wabak COVID-19. Ia adalah fenomena yang berlaku di seluruh dunia.
Justeru, kajian terperinci perlu dilaksanakan bagi menghasilkan formula terbaik dalam merangka pelan sistem pendidikan pasca COVID-19. Tidak dapat tidak inovasi perlu kita laksanakan bagi menyesuaikan kembali dengan realiti semasa. Strategi-strategi baru perlu diguna pakai bagi menangani anak-anak murid yang tercicir daripada sistem pendidikan khususnya mereka yang berada di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai internet berkelajuan untuk PdPR.
Begitu juga dengan nasib anak-anak murid yang berada dalam kelompok keluarga B40 dan M40 yang perlu diberikan perhatian sewajarnya kerana mereka ini tidak mampu untuk memiliki gajet dan laptop yang secukupnya untuk PdPR. Akhirnya, saya mengucapkan terima kasih kepada barisan hadapan dalam kawasan Jerai yang begitu bersungguh-sungguh untuk melaksanakan suntikan vaksin dalam kawasan saya.
Sekian, saya mencadangkan agar Titah ini disokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Jerai. Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Bentong selama 10 minit.
Tuan Wong Tack - Bentong
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sejak COVID- 19 melanda kita, fokus seluruh dunia termasuk negara kita adalah selamatkan nyawa dan ekonomi. Selalunya dalam situasi seperti ini, isu alam sekitar akan dipinggirkan. Oleh itu ucapan saya pada hari ini hanya akan tertumpu kepada isu alam sekitar. Satu isu yang telah saya lawan sejak kerajaan BN ke PH hingga kerajaan kini, satu isu yang rakyat tidak akan lupa dan tidak akan lupa dan tidak akan putus asa iaitu Lynas.
Pada 10 tahun lalu, seramai empat orang menteri Dato' Sri Liow Tiong Lai mantan Menteri Kesihatan, Dato' Sri Mustapa Mohamed mantan Menteri MITI, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili mantan Menteri MOSTI dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas mantan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dengan jelas mengatakan sebanyak tiga kali sisa Lynas mesti dihantar balik ke Australia. Jika gagal, lesen Lynas akan ditarik balik. Pada 10 tahun yang lalu, empat orang menteri yang sama juga
Tuan Wong Tack - Bentong
menyatakan bahawa lokasi Permanent Disposal Facility (PDF) mesti dikenal pasti dalam tempoh 10 bulan dari tarikh TOL Lynas dikeluarkan, jika gagal lesen Lynas akan ditarik balik. Jelas all these are talk only.
Tuan Wong Tack - Bentong
Pada tahun 2018, syarat sama diulangi. Atomic Energy Licensing Board (AELB) sekali lagi meminta Lynas mengenal pasti lokasi PDF. Jika gagal, license tidak akan dilanjutkan. Bukit Ketam telah dicadangkan oleh Dr. Maketab Mohamed, seorang pakar kualiti air terus memberi amaran bahawa ia merupakan kawasan tadahan air. Akan tetapi AELB went ahead and bulldoze two or three years licence extension for Lynas. Selepas itu, bagi masa satu tahun untuk buat EIA. Setelah cadangan Bukit Ketam ditolak, kita diberitahu Lynas kini dicadangkan kawasan 30 meter dari kilang mereka pula. This is total madness. How could we allow Lynas to store millions of tons of radioactive for instance, a long line coastal wetland in a developed industrial park, close to fishing community and resort, two kilometers away from the nearest residential area and a 700 thousand population within 25 kilometers radius, dengan izin.
Saya ingin mengingatkan AELB bahawa pada 15 Ogos 2018, kamu sendiri yang memberi amaran bahawa kawasan ini tidak sesuai sebab risiko banjir besar. Pembinaan PDF Lynas perlu disegerakan untuk meminimumkan risiko timbunan sisa radio aktif WLP yang kini terkumpul melebihi 580 ribu tan di kemudahan penstoran sementara yang terdedah kepada ancaman bencana alam seperti banjir besar. That is what AELB said.
Pada Julai tahun lepas, seorang Menteri yang muda dan dinamik, lulusan Oxford, Yang Berhormat Rembau Menteri MOSTI ketika itu, memberitahu Dewan yang mulia ini bahawa Lynas mesti mula pindah PDF mereka sebelum 2 Mac tahun ini. Kalau gagal, lesen akan ditarik balik for 10 years, dengan izin. For 10 years, Lynas has violated the same licence condition. For 10 years, Lynas has failed to find a solution to its radioactive waste. For 10 years, from one government to another, for one Menteri to another, all failed to see the seriousness of this problem. Saya mohon kepada Menteri baharu, please right the wrong. Gantung lesen Lynas sehingga syarat ini dipatuhi. There should be no more compromise. Enough is enough. Tuan Yang di-Pertua, isu kedua yang ingin saya bangkitkan adalah berkenaan anugerah Tuhan untuk semua iaitu hutan kita. Pada tahun 1992, di Rio Summit, negara kita telah memberi komitmen untuk kekalkan 50 peratus keluasan tanah negara diliputi hutan semula jadi. Untuk sepanjang 30 tahun sejak itu, pemimpin kita sering mengulangi komitmen ini di pentas dunia. Akan tetapi di kawasan saya, di Hutan Simpan Lentang, kawasan tadahan air terletak di tepi Karak Highway, sebelah kuarters pejabat hutan sahaja, betul-betul depan mata, pembalakan boleh berlaku. Tasik Chini yang telah diisytiharkan sebagai UNESCO Biosphere Reserves, pun boleh dimusnahkan. Yang Berhormat Bentong meminta Menteri Tenaga dan Sumber Asli menjelaskan, apakah kriteria yang ditetapkan untuk ‘perbelanjaan’ kerajaan negeri di bawah program Ecological Fiscal Transfer (EFT)? Adakah program tersebut digunakan untuk memastikan perlindungan hutan khasnya di negeri Pahang?
Industri eksport utama kita terutamanya minyak sawit dan perabot juga sering diserang oleh komuniti antarabangsa. Kita dituduh memusnahkan hutan dan alam sekitar.
Dengan perkembangan teknologi hari ini, kita mempunyai alatan kemampuan untuk kenal pasti sempadan dan keadaan hutan kita. Kenapa kita tidak menggunakannya sebagai bukti untuk meyakinkan komuniti antarabangsa terhadap komitmen kita?
Semasa Kerajaan Pakatan Harapan memerintah, mantan Menteri Industri Utama, Yang Berhormat Seputeh telah mencadangkan dasar untuk mengehadkan kawasan tanaman sawit kepada 6.5 juta hektar menjelang 2023. Saya gembira kerana Menteri baharu, Yang Berhormat Ampang telah memberi respons positif terhadap cadangan ini tetapi cakap sahaja tidak berguna. Kita mesti mengambil langkah segera untuk melaksanakan dasar ini.
Mengenai industri kayu kita, kayu dari Malaysia adalah world-class. The best. It is a scarce resource. Why are we wholesaling our timber by the shiploads? Worst still, they are sold to our wood and furniture industry competitors outside. Untuk memastikan
Tuan Wong Tack - Bentong
keutuhan industri kayu dan perabot, saya sarankan total ban on sawn timber exports immediately. Tuan Yang di-Pertua, kebelakangan ini, kita melihat insiden pencemaran sungai sering berlaku. Di kawasan saya Bentong, hampir semua sungai sudah jadi seperti teh tarik disebabkan aktiviti pembalakan, perlombongan, pasir, batu, timah. Tidak tahulah apa lagi. Pembangunan khasnya di kawasan curam seperti di kawasan Gohtong Jaya.
Baru-baru ini juga, EIA untuk sebuah kilang kertas telah diluluskan, walaupun ia terletak di kawasan tadahan air yang membekalkan dua juta liter air mentah setiap hari ke loji rawatan air Langat 2 di Selangor. Sekiranya situasi begini dibiarkan berterusan, negara kita pasti akan menghadapi krisis air pada satu hari nanti. Maka, adalah amat penting kita mengambil langkah-langkah untuk memastikan sekuriti air negara kita dijamin. Pertama, KASA mesti memantapkan lagi pengurusan lembangan sungai serta ‘menjaran’ analisis river basin yang komprehensif. Kedua, kita perlu wartakan kawasan tadahan air tanpa sebarang bentuk pembangunan bagi mengelakkan berlakunya pencemaran.
Tuan Yang di-Pertua, melihat kepada bencana alam yang telah berlaku di Yan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Habiskan Yang Berhormat. Masa sudah habis.
Tuan Wong Tack - Bentong
Sedikit ya. Di Sabah baru-baru ini, kita tidak boleh lagi elak daripada memberi perhatian serius kepada isu perubahan iklim. More disasters will come and it will be more intense. Impact perubahan iklim akan merampas apa yang telah kita bina selama ini. Sama seperti pandemik COVID-19, semua akan terkesan tidak kira kaya atau miskin. Tuan Yang di-Pertua, sampai hari ini, kita tidak ada select committee untuk alam sekitar dan perubahan iklim. Ini menunjukkan how little we care for an issue that will greatly impact on the survival of humanity. Walaupun kita selalu dengar pemimpin kita kata betapa mereka cinta kan tanah air, sayang anak cucu. Memang, kita sudah lambat sedikit tetapi ini masanya untuk kita sedar dan ambil tindakan yang serius dan tegas. We cannot go on business as usual.
Sekian, terima kasih. Yang Berhormat Bentong mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Bentong. Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Gua Musang. Sila Yang Berhormat.
Tengku Razaleigh Hamzah - Gua Musang
Tuan Yang di-Pertua, kita kini sedang menghadapi krisis di mana rakyat menganggap Dewan Rakyat gagal menjalankan tugasnya. Keadaan ini seolah-olah seperti sudah jatuh ditimpa tangga, oleh kerana orang ramai berada di dalam keadaan terdesak di mana mereka menghadapi penderitaan amat sangat yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara.
Dalam keadaan sebegini, percaturan politik Malaysia seharusnya berjalan lancar sekiranya politik yang didendangkan di Dewan Rakyat dan oleh parti-parti politik itu sumbang, maka tidak mungkin kita boleh menyelesaikan masalah dihadapi rakyat. Lebih dari itu, orang ramai tidak akan ada tempat untuk bergantung dan tiada badan di mana mereka boleh berteduh untuk merayu, meminta pertolongan dalam usaha mereka mencari penyelesaian. Pada pandangan orang ramai, Dewan Rakyat tidak lagi dihormati dan disanjungi seperti suatu ketika dahulu. Orang ramai sering merasakan bahawa Dewan Rakyat kini dipengaruhi dan di manipulasi melalui korupsi politik. Mereka juga merasakan bahawa ia adalah cara memperkaya beberapa orang sahaja, sementara orang ramai keciciran.
Orang ramai percaya bahawa Dewan Rakyat kini dilanda kekotoran korupsi politik. Korupsi politik ini tidak mudah ditakrif. Ini berlaku dalam pelbagai bentuk. Bukti berlakunya korupsi politik ini ada kalanya kelihatan dan ada kalanya tertutup. Seorang hakim ternama menyifatkan korupsi politik dengan izin sebagai worm in the bud, yang boleh merosakkan demokrasi kita. Oleh itu, kita haruslah mencari jalan untuk
Tengku Razaleigh Hamzah - Gua Musang
menghapuskan ulat-ulat yang mengerumuni Dewan Rakyat. Tugas ini bukan senang dilaksanakan. Kita perlu memulakannya dengan memastikan kita mengamali politik betul dan lurus. Cara ini akan membantu kita dalam menentukan amalan dasar-dasar betul, baik dasar ekonomi mahupun dasar kesihatan ataupun pendidikan. Politiklah akan menentukan apakah dasar-dasar ini dan bagaimana ia harus dilaksanakan. Sekiranya politik terjebak di jaringan korupsi, segala kenyataan mulut-mulut di Dewan Rakyat, tiada gunanya kepada rakyat. Aktiviti politik kita dengan parti-partinya hendaklah bergerak dengan betul, oleh kerana inilah asas kewujudan negara kita.
Saya merujuk kepada makalah nukilan Profesor Shamsul Amri Baharuddin, siaran Sinar Harian pada 13 Januari 2021 mengenai kemerosotan UMNO dan ketidakupayaannya membetulkan kesilapan serta kesukaran untuk terus-menerus menjadi relevan kepada orang Melayu. Kini katanya UMNO berpecah belah dan tidak mempunyai kepimpinan yang mampu menyelesaikan krisis seperti diperlukan negara.
Saya tidak cadang bertentangan pendapat dengan beliau tetapi saya kira ia memerlukan pencerahan. UMNO yang beliau maksudkan itu bukannya UMNO tertubuh pada tahun 1946, UMNO tersebut merentasi beberapa peringkat perkembangan termasuklah perubahan asas terhadap visinya untuk orang Melayu, ia merangkumi segala-galanya dan ia juga komited terhadap demokrasi berperlembagaan serta pemerintahan berlandaskan undang-undang.
Rentetan sejarah menunjukkan bahawa nasionalisme Melayu memainkan peranan progresif dan UMNO banyak dipengaruhi oleh idea sejagat. Ahli-ahli UMNO pada waktu itu faham bahawa mutu kepimpinan merupakan asas dalam mencapai matlamat parti untuk berkhidmat kepada negara dan tugas kepimpinannya. Pemimpin yang dipilih sama ada di peringkat cawangan mahupun bahagian atau peringkat nasional adalah berdasarkan integriti dan keluhuran, kebolehan, pengetahuan serta keupayaan memikul tanggungjawab kepimpinan tersebut di samping menonjolkan wawasan masa hadapan orang Melayu dan kedudukan mereka di kalangan masyarakat Malaysia. Barang diingat bahawa wawasan tidak beku jauh sekali bersandarkan kepada keperibadian seseorang.
Pengharaman Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada tahun 1948 membawa titik perubahan terhadap politik negara ini. Dengan penghijrahan beramai- ramai ahli PKMM ke UMNO. Perubahan terhadap keahlian ini menghasilkan kesan penting kepada parti dengan kemasukan nilai-nilai ideal. Bagaimanapun para sejarawan masih belum mengkaji kesan perubahan ini. Hanya UMNO menjadi semakin nasionalistik dengan perwujudan rancangan ekonomi dan sosial untuk memajukan kaum Melayu. Ia berjaya menarik yang terbaik dan paling cerdik untuk menerajui UMNO. Dengan perkembangannya ke setiap pelosok ia merupakan bermulanya persejarahan hebat parti.
UMNO juga mula mengembang sebagai badan mewakili orang Melayu dengan visi sejagat. Para ahli dan pemimpin memperkukuh kedudukannya dengan sumbangan kewangan.
Di samping itu, ahli-ahli amat menghormati para pemimpin dengan sifat ketulusan dan integriti mereka. UMNO juga menerima pakai visi untuk bekerjasama dengan rakyat bukan Melayu. Dalam usaha membangunkan negara, Perlembagaan Persekutuan hasil rundingan UMNO memperuntukkan kewarganegaraan kepada semua penduduk serta mewujudkan persetujuan bersama dengan tujuan membetulkan kemunduran ekonomi Melayu serta mempertingkatkan kemajuan mereka untuk berdikari.
Sayangnya, pada tahun 1988, 42 tahun selepas tertubuhnya parti kesayangan Melayu itu, UMNO diharamkan. Ia merupakan satu keputusan aneh dan tidak masuk akal.
Ketika itu UMNO adalah parti pemerintah dengan tiga juta ahli. Parti berkuasa yang dipilih menurut Peraturan Perlembagaan, UMNO lah kerajaan dan ia tidak sekali-kali boleh waima atas apa sebab sekalipun di isytihar menyalahi undang-undang dan dibatalkan pendaftarannya. Keputusan mahkamah dan Pendaftar Pertubuhan Malaysia itu tidak berasaskan undang-undang tetapi berlandaskan politik demi menyokong kepimpinan semasa. Apa yang berlaku ini telah menjadikan orang Melayu kaku.
Dalam pada itu, sebuah parti baharu dengan nama sama telah dibentuk oleh mereka yang bertanggungjawab terhadap pembatalan UMNO. Jelaslah sekarang UMNO di isytihar menyalahi undang-undang dan dibatalkan pendaftarannya demi tujuan tersirat untuk mendapatkan kepimpinannya secara tidak demokratik dan bercanggah dengan undang-undang. Keputusan ini tidak sah. Ia sebenarnya penyalahgunaan kuasa politik.
Tengku Razaleigh Hamzah - Gua Musang
UMNO Baru menjadi parti kepada suatu golongan politik baharu yang menyalahgunakannya untuk memperkaya diri. Ia mula bersifat seolah-olah seperti perusahaan komersial. Sekali gus ini merosakkan jiwa kemelayuan. Perangai tamak haloba mengatasi segala-galanya. Di samping itu, prinsip akhlak hancur berkecai. Begitu juga halnya dengan mutu kelakuan mereka yang cuba meraih jawatan awal dan kuasa politik.
Tengku Razaleigh Hamzah - Gua Musang
Kehancuran ini amat terasa di bidang dasar ekonomi berkaitan dengan penswastaan harta awam iaitu aset nasional untuk faedah rakyat jelata. Saya membuat imbasan kepada dasar ekonomi dan faktor kewangan yang menyebabkan kemerosotan UMNO 88 oleh sebab kemerosotan tersebut hanya dapat difahami sekiranya kita arif tentang dasar ekonomi dan faktor kewangan yang saya sebutkan tadi.
Amat menyedihkan apabila amalan politik kita berbaur menjadi rasuah politik di mana kuasa politik ditukar ganti dengan sokongan untuk mendapatkan kedudukan dalam parti. Ini dilaksanakan dengan pewujudan sistem berat sebelah dan ganjaran kewangan berperingkat. Rasuah politik sebagai perbuatan haram dan membahayakan demokrasi berperlembagaan kita masih tidak mendapat pengiktirafan seperti yang terdapat di negara-negara lain. Kita harus menghapuskan musuh dalam selimut ini sekiranya kita benar-benar hendak mempertahankan sumpah berperlembagaan untuk menyimpan, menjaga keselamatan dan mempertahankan Perlembagaan kita.
Para pemimpin parti politik, kehakiman, ahli-ahli Kabinet, kerajaan dan Ahli Parlimen harus ingat bahawa mereka berkewajipan terhadap negara dan rakyat.
Sekiranya mereka tidak menegakkan kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan, itu bermakna mereka melakukan pengkhianatan. Keadaan semasa Dewan Rakyat dan penderitaan rakyat ini adalah akibat penyalahgunaan politik dan kuasa. Kita haruslah menukar cara kita berpolitik untuk menyelamatkan rakyat dan negara.
Demi membolehkan UMNO memainkan peranan nasional, kita perlu membetulkan ketidakadilan sejarah dan menebus kembali hak politik, undang-undang dan perlembagaan UMNO asal. Hak menebus kembali ini berasaskan kepada hak undang- undang UMNO untuk menebus bahawa keputusan oleh mahkamah dan pendaftar tidak mempunyai kuasa undang-undang. Ia tidak mempunyai apa-apa kesan undang-undang dan tidak sah. Sebenarnya ia adalah rampasan kuasa melalui sistem undang-undang dan institusi kita yang lemah. Kita perlu menukar keadaan ini demi memastikan ia tidak berulang lagi. Sesungguhnya ia merupakan satu perangkap terhadap parti politik dan kerajaan dengan tujuan untuk mendapatkan bekalan kekayaan bagi maksud memperkayakan mereka yang mengawal sistem pentadbiran kerajaan.
[Dato’ Sri Azalina Othman Said (Pengerang) **mempengerusikan Mesyuarat****] Saya tidak sekali-kali berhenti dan meninggalkan UMNO asal. Saya pernah bertanding jawatan Presiden pada tahun 1987, maka itu saya berhak mengaku diri saya sebagai wakil keperluan atau agent of necessity untuk UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 dan juga wakil terkanannya di Dewan Rakyat. Saya ini sebahagian asal daripada lepas, daripada parti UMNO...
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Mulia...
Tengku Razaleigh Hamzah - Gua Musang
...Di Parlimen...
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Mulia Gua Musang...
Tengku Razaleigh Hamzah - Gua Musang
...Dengan tujuan...
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Saya hanya diberikan kuasa untuk masa 10 minit.
Tengku Razaleigh Hamzah - Gua Musang
Ada lagi dua perenggan kalau diizinkan.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Dua perenggan okey, silakan.
Tengku Razaleigh Hamzah - Gua Musang
Dengan tujuan mengembalikan hak undang-undang dan perlembagaan UMNO dan membuat apa juga apa yang patut bagi mengembalikan kedudukan di bidang politik nasional dan dalam kepentingan nasional.
Persoalan yang mungkin timbul ialah apakah pentingnya atau relevan kah UMNO?
Pertubuhan yang diasaskan 74 tahun dahulu dan kemudiannya diharamkan pada 30 tahun yang lepas, dihidupkan kembali. Soalan ini penting dan harus dijawab.
UMNO yang tertubuh pada tahun 1946 adalah sebuah pergerakan dan bukan hanya sekadar nama sebuah parti politik. Sebenarnya UMNO lebih besar daripada parti itu sendiri. Ia adalah pertubuhan yang mendukung parti. UMNO merupakan simbol politik lebih besar daripada parti atau keahliannya. Dalam tanggapan orang Melayu, UMNO itu masih lagi sebuah pergerakan yang terdapat di setiap kampung, pekan dan bandar raya.
Jika ikon ini diketepikan, akan timbul kekosongan berbahaya yang boleh disalah guna oleh para populis dan oportunis. Oleh itu, UMNO seharusnya mempertahankan kekukuhan politik yang dibina.
Saya telah memberi penjelasan politik dan undang-undang secara menyeluruh mengenai tuntutan UMNO berkaitan hak pewujudannya dari segi politik dan undang- undang. Dalam memberi penjelasan itu, saya telah merujuk kepada prinsip tidak ada kuasa di sisi undang-undang ataupun nullity untuk mencabar keputusan mahkamah dan pendaftar pertubuhan. Mahkamah Persekutuan telah menerangkan undang-undang berkaitan nullity ini dalam kes Eu Finance Berhad lawan Lim Yoke Foo pada tahun 1982, 2 MLJ 37.
Petikan berkaitan mengenai keputusan mahkamah dalam kes tersebut menyatakan secara am, sekiranya sesuatu perintah itu merupakan nullity rayuan terhadapnya tidak berguna. Oleh sebab apa pun keputusan terhadapnya, perintah tersebut boleh ditangkis dengan jayanya oleh tindakan undang-undang berdampingan daripada mana-mana mahkamah atau tribunal berkenaan. Ini bermakna, ia tertakluk kepada kritikan berdampingan mengikut tindakan undang-undang berdampingan mahkamah boleh mengisytiharkan tidak wujud sesuatu tindakan yang kononnya diwajibkan daripada segi undang-undang. Prinsip nullity ini berdasarkan kepada prinsip undang-undang bahawa sesuatu keputusan itu tiada kuasa untuk dipatuhi sekiranya mahkamah atau kuasa yang memulakannya tidak mempunyai kuasa di sisi undang- undang.
Kita kini berada dalam kesukaran dari segi perpaduan nasional, perhubungan kaum, toleransi keagamaan, visi bersama ekonomi nasional, keyakinan terhadap sistem institusi, kestabilan sistem politik dan parti politik untuk menyokong demokrasi berperlembagaan. Kejayaan demokrasi bergantung kepada sebahagian besar daripada warganegara bertanggungjawab dan berpengetahuan luas, mengambil bahagian dalam politik demi menegakkan kesejahteraan nasional.
Masalah yang kita hadapi sekarang ialah sistem politik kita merosot dan mutu biasa-biasa sahaja dan tidak begitu baik semakin menonjol. Mereka yang terbaik ini kehilangan harapan dan yang paling teruk dan tidak berguna amat ghairah dengan lagak mereka untuk mendapat kuasa. Keadaan ini menyebabkan terdapatnya sedikit sebanyak krisis kepimpinan. Dengan secara tidak langsung, keadaan ini telah menimbulkan kecemasan di kalangan rakyat. Dalam pada itu, visi perkauman dan agama merupakan suatu khayalan berbahaya sekiranya ia ditonjolkan ke hadapan.
Barang diingat bahawa politik bertanggungjawab adalah prasyarat dalam menegakkan pemerintahan dan demokrasi berperlembagaan. Sekiranya terdapat krisis dalam politik, ia bermakna pemerintahan juga mengalami krisis. Maka itu, sekiranya kerajaan tidak berfungsi ini bermakna tiada sesuatu pun dapat berfungsi. Pokoknya, sistem politik berparti memerlukan transformasi dengan segera tetapi kita kesuntukan masa. Dengan kekuatan UMNO di serata pelosok termasuk luar bandar, pekan dan bandar raya, kita mungkin dapat mengamalkan politik baharu sekiranya kita mampu mengatur kepimpinan di semua peringkat untuk menyatukan negara tersayang ini.
Barang diingat, UMNO yang dimaksudkan itu ialah UMNO yang hilang tetapi kita berkemampuan mengembalikannya. Ini bukanlah persoalan undang-undang. Ia tidak pernah merupakan persoalan tersebut. Sebenarnya ia adalah persoalan politik walaupun ada yang cuba menyifatkannya sebagai persoalan undang-undang.
Tengku Razaleigh Hamzah - Gua Musang
Saya telah menjelaskan asas politik dan undang-undang dalam ucapan saya ini untuk menzahirkan semua dari UMNO 46. Sebenarnya asas undang-undang ini, sah atau tidak UMNO, ada hadnya. Saya akan memberitahu Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Peguam Negara, Pendaftar Pertubuhan dan Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa saya berhak daripada segi perlembagaan untuk mengisytihar diri sebagai wakil rakyat parti parlimen UMNO di Dewan Rakyat. Dengan keseluruhan hak undang-undang dan hak Perlembagaan.
Akhir sekali, saya merayu kepada keseluruhan orang Melayu agar menerima pandangan dan pendapat saya ini, serta berdiri bersama saya untuk menegakkan segala apa yang telah dizahirkan demi kebaikan negara.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Terima Kasih Yang Berhormat Mulia, sekarang saya jemput Yang Berhormat Sepang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi izin saya turut berbahas dalam titah diraja ini. Saya ingin mulakan dengan membaca apa yang terkandung dalam kenyataan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 18 Ogos 2021. Antara lain, Seri Paduka Baginda bertitah bahawa Perdana Menteri yang telah dilantik oleh Baginda, menurut Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan hendaklah secepat mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengesahkan beliau mendapat kepercayaan majoriti di Dewan Rakyat. Ini adalah ucapan yang diberikan pada 18 Ogos 2021.
Selepas itu pada 4 September 2021, Peguam Negara, abang kepada Tuan Yang di-Pertua menyatakan bahawa tidak lagi perlu diadakan usul undi percaya kerana pelantikan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah mengikut undang-undang berdasarkan budi bicara Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya rasa tidak ada masalah untuk kita menerima kenyataan daripada Peguam Negara itu, keranalah itulah hakikatnya kedudukan undang-undang. Akan tetapi, bagi saya isu ini bukan melibatkan isu perundangan semata-mata, tetapi, dengan izin, adalah isu good practice. Amalan yang baik yang cuba diperkenalkan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam konteks kita menghadapi satu kemelut politik yang berpanjangan, maka dicadangkan selepas pelantikan itu, hendaklah diadakan satu undi percaya.
Saya rasa ini bukan satu perkara yang luar biasa tapi saya merasa amat keliru kerana apakah dalam titah Yang di-Pertuan Agong yang baru-baru ini, tidak ada dinyatakan tentang perkara ini.
Bagi saya, tidak salahnya untuk kita adakan undi tidak percaya ini dan sebagai sebuah kerajaan yang nampaknya bersungguh mengatakan ingin untuk memperakui kedudukan Raja Berperlembagaan ini, sepatutnya kita mengambil berat tentang kenyataan Yang di-Pertuan Agong ini.
Kita mengadakan undi tidak percaya ini bukan semata-mata untuk kita nak katakan ini adalah isu perlembagaan semata-mata. Sebab Perlembagaan ini tidak boleh dibaca secara terpisah dengan keadaan yang berlaku sekarang ini.
Jadi saya merasakan bahawa, dan saya minta supaya kalau betul kita semua menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, hendaklah kita melaksanakan titah ini iaitu diadakan usul undi percaya di Dewan Rakyat ini untuk mengesahkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mendapat kepercayaan majoriti di Dewan Rakyat. Ini selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong pada 18 Ogos 2021.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya apa yang berlaku sekarang ini, sama ada kita suka atau tidak suka, bukan berpunca daripada yang sering difitnahkan kononnya seseorang itu ingin berkuasa tanpa mengambil kira keadaan rakyat sekarang.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, pada 9 Mei 2018, setelah rakyat bersuara dan memberikan undi mereka kepada Pakatan Harapan pada masa itu untuk menjadi kerajaan, saya dapat rasakan pada masa itu betapa seluruh dunia amat mengagumi Malaysia.
Kebetulan setengah daripada kita telah pun menjadi kerajaan pada itu dan telah memegang jawatan seperti menteri, timbalan menteri dan sebagainya, dan kita sering berjumpa dengan rakan sejawat kita di luar negara dan mereka amat memuji tentang politik di Malaysia.
Malahan saya masih ingat dalam satu markalah ekonomi meletakkan 2018 itu sebagai satu keadaan happening di Malaysia, di mana Malaysia hampir jadi juara tentang happening itu.
Akan tetapi malangnya, semuanya itu hancur setelah ada pihak-pihak yang sebenarnya tidak menunjukkan semangat kesukanan dalam pertandingan berpolitik. Tak boleh kalah. Bagi mereka, kalau bertanding mesti menang.
Bila mereka ditolak oleh rakyat, mereka mula resah. Mereka mula jadi macam orang gila. Sebelum ini mereka gila dengan kuasa dan sekarang mereka gila kerana tak ada kuasa. Jadi mereka mula membuat satu perancangan yang dikenali sebagai Langkah Sheraton.
Bagi saya Tuan Yang di-Pertua, pada masa itulah bermulanya demokrasi Malaysia hancur sehingga sekarang. Akan tetapi malangnya, apa yang diucap oleh sebelah sana, saya lihat, tidak langsung memperlihatkan realiti ini. Seolah-olah apa yang berlaku pada Langkah Sheraton itu bukan satu- it’s a non-event, dengan izin.
Akan tetapi apa yang berlaku sebenarnya memang begitu. Lepas Langkah Sheraton itu, kita dapat melihat bagaimana tamaknya atau betapa gelojohnya sesetengah ahli politik dalam negara ini, mereka tidak boleh hidup tanpa ada kuasa.
Jadi saya rasa kalau sekiranya keadaan ini ingin kita pulihkan, saya harap selepas inilah, saya harap apa yang berlaku sekarang ini adalah terakhir dalam politik Malaysia ini. Selepas ini tidak lagi berlaku keadaan seperti ini di mana kita akan melihat pada masa akan datang, kerana kita rakyat telah menolak kita.
Kita nak sabar menunggu pilihan raya seterusnya untuk mendapat kemenangan baru. Akan tetapi malangnya, kita lihat apabila rakyat menolak, mereka tidak sabar dan mereka mula bercakap, “Oh, kita sekarang nak perjuangkan rakyat”. Kalau kita betul-betul nak perjuangkan hak rakyat, kepentingan rakyat, nasib rakyat, kita mesti pertamanya mengakui dan menghormati mandat rakyat. Itu sebenarnya yang patut berlaku.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak akan melayan pada mana suara-suara sumbang itu, Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kerajaan ini sekarang, saya merasa malulah. Sesetengah daripada ahli politik di sini khususnya mereka yang jadi menteri ini berkhususan daripada negara-negara Barat yang mereka dibesarkan dengan sistem demokrasi.
Tetapi malangnya, walaupun belajar lama di luar negara, mereka masih lagi tak faham asas demokrasi. Asas demokrasi adalah rakyat! Asas demokrasi adalah kita menghormati suara rakyat, itu asas demokrasi. Bukan kita menghormati benda lain. Kita menghormati rakyat. Demokrasi is about rakyat.
Tetapi sekarang ini, bila kalah sahaja, terus buat Langkah Sheraton dan lepas itu sekarang gunakan nama rakyat untuk sebenarnya menipu rakyat.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga beralih kepada tajuk lain, iaitu berkaitan dengan isu SOP yang melibatkan ibadat di masjid. Saya mendapat banyak aduan daripada rakyat yang meminta supaya kalau boleh, saya minta Menteri Agama lah, walaupun saya tidak harapkan dia akan membawa RUU 355, tetapi sekurang-kurangnya saya harap setelah jadi Menteri Agama ini, dia mesti cuba mencari jalan macam manakah masjid-masjid ini kita boleh buat satu pindaan terhadap SOP.
Ramai rakyat yang mengatakan mereka nak sembahyang dan mereka sering diugut. Malahan apabila berlaku pula insiden di mana seorang VIP dibenarkan sembahyang, ada tempat reserved pula. Ini sebenarnya memang menunjukkan satu
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
keadaan yang memang memalukan. Rakyat beratur panjang untuk mendapat tempat untuk sembahyang, VIP datang lambat boleh sembahyang.
Seterusnya saya juga telah diminta, saya menyampai satu maklumat daripada satu sumber. Saya tak pasti sama ada sumbernya sahih atau tidak, dan saya minta penjelasan daripada Menteri Undang-undang. Saya difahamkan salah seorang peguam yang diberikan fiat peguam daripada private sector, yang diberikan fiat untuk terlibat dalam pendakwaan kes Yang Berhormat Pekan. Saya difahamkan, saya telah mendapat maklumat beliau sekarang ini telah digugurkan. Dia punya fiat ditarik balik.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Saya hendak tanya adakah benda ini benar? Kalau benar, saya ingin mendapatkan penjelasan kenapakah- saya sebut nama lah- Peguam itu VT Sithambaram.
Seorang peguam senior yang saya difahamkan telah- seorang peguam senior yang begitu mahir dalam perundangan yang telah membawa pendakwaan secara berjaya ke atas Yang Berhormat Pekan sehingga telah mendapatkan satu keputusan disabitkan bersalah ke atas Yang Berhormat Pekan atas isu 1MDB.
Sekarang ini saya difahamkan, fiat iaitu kebenaran untuk dia appeal di court telah pun ditarik balik. Kalau betul, saya minta disahkan. Kalau tidak betul pun juga, minta disahkan. Kalau betul, saya hendak bertanya, kenapakah fiat itu ditarik balik? Sekian, terima kasih. Itu sahaja.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Habis?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Saya menjaga masa.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Wah. Yang Berhormat Sepang sudah habis lah? Menyokong kah, menolak Titah Tuanku?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Ketawa] Saya dari segi Titah tiada masalah, saya menyokong....
[Kurang jelas] Yang Berhormat Pengerang ini.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
[Ketawa] Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Jerantut, ada? Silakan.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.*
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat. Saya minta maaf. Arahan daripada Tuan Yang di-Pertua semua tujuh minit selepas ini.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana turut memberikan ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja ketika perasmian sidang Dewan ini pada 13 September yang lalu.
Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob daripada Bera atas amanah baharu yang diberikan kepada beliau. Mudah- mudahan kita doakan agar dapat menunaikan amanah dengan sebaik mungkin. Terima kasih juga saya hendak rakamkan di Dewan ini kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah membawa idea ‘Keluarga Malaysia’ dalam kepimpinannya. Mudah- mudahan ia dapat melakarkan manfaat kepada kita bersama untuk rakyat Malaysia dan juga pada hemat saya ada kemungkinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menggunakan pendekatan ini selaras dengan semangat yang telah ditunjukkan oleh pemimpin besar kita, Nabi Muhammad SAW dalam mencari kebaikan, dan kemaafan.
Juga mungkin mengambil iktibar daripada semangat yang ditunjukkan oleh Nelson Mandela yang begitu bertahan dengan semangat mempertahankan dasar aparteid yang dibuat oleh pemimpin Afrika terdahulu. Ini kerana kalau kita lihat Nelson Mandela dalam memaafkan saingan politik beliau untuk memberikan keselesaan kepada rakyat Afrika Selatan. Antara petikan yang banyak mungkin kita boleh dapat ialah saya hendak petik satu, yang mendalam pada saya, “Orang harus belajar untuk membenci, dan jika mereka belajar untuk membenci mereka juga dapat diajar untuk mencintai.”
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
Tuan Yang di-Pertua, dalam melestarikan semangat ‘Keluarga Malaysia’ ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah meletakkan KPI kepada semua Menteri dan Timbalan Menteri- memberikan tempoh 100 hari untuk menunjukkan prestasi mereka yang sebenar. Kita harap mereka ini boleh mencapai matlamatnya. Sekarang sudah berlalu 30 hari, tinggal lagi 70 hari.
Pada rakan-rakan Menteri dan juga Timbalan Menteri agar mereka dapat membuktikan hasrat yang telah dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Kita hendak ingatkan juga kepada Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri ini, bukan sahaja Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memerhatikan tetapi juga rakyat ramai turut memberi perhatian.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga mengharapkan agar Yang Berhormat Menteri- menteri kita dapat mengagihkan juga kerja-kerja di kementerian kepada Timbalan- timbalan mereka agar kepada Timbalan-timbalan mereka dapat berprestasi dengan baik.
Kalau tidak, mana mungkin kalau agihan kuasa tidak diberikan, sudah pastilah pencapaian mereka tidak sampai ke mana.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada kerajaan, cabaran ujian yang Allah SWT- beri pada kita ini amat payah untuk kita lalui, bukan senang untuk Menteri dan Timbalan Menteri mencapai hasrat yang dikehendaki oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang saya ingin tanya kepada kerajaan.
Sejauh manakah kemampuan kerajaan dalam menangani kuasa beli rakyat yang semakin merosot? Hari ini kita lihat kenaikan harga barang seolah-olah tidak ada penghujungnya. Bermula dengan kenaikan harga ayam, telur dan hari ini sayur-sayuran pula yang tak patutnya mengalami kenaikan kerana negara kita banyak bekalan sayur- sayuran ini. Masalahnya tidak boleh dipasarkan. Masalahnya pula harga makin meningkat. Mengapakah ini berlaku? Kita berharap pihak kerajaan dapat menangani isu ini.
Apakah alasan pihak Kementerian Pendidikan dalam hendak memanjangkan tempoh persekolahan ke 20 Mac 2022 untuk tahun persekolahan tahun 2021? Sedangkan sebelum ini pihak kementerian khususnya Yang Berhormat Menteri menyatakan sistem pendidikan, sistem pembelajaran di sekolah-sekolah kita berjalan dengan baik.
Tambahan pula, kementerian Yang Berhormat Menteri telah memaklumkan ketika keputusan SPM 2020 dahulu mengatakan yang terbaik jika dibandingkan lima tahun sebelum ini. Sebahagian daripada sekolah pun mungkin sekarang akan menghabiskan sukatan pelajaran mereka. Tiba-tiba hendak disambung balik tempoh pembelajaran di sekolah. Atas alasan apa kementerian tiba-tiba memanjangkan tempoh persekolahan ini.
Ini sudah pasti akan membebankan para guru dan para pegawai kita di peringkat pelaksana.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya dan memohon kepada pihak kerajaan agar memberikan sedikit kemudahan pendaftaran kelahiran bagi anak-anak masyarakat Orang Asli kita, khususnya mereka yang masih menjalani kehidupan pindah- randah di kawasan-kawasan pedalaman dan di luar-luar bandar, khususnya di kawasan Parlimen Jerantut yang meliputi kawasan Hutan Taman Negara. Mudahkanlah sedikit cara pendaftaran. Mereka ini bukan pergi ke mana pun.
Mengapa kita perlu hendak tahu sejarah keluarga mereka melalui penemuan ahli- ahli keluarga sedangkan ahli keluarga mereka ini mungkin berselerak dalam hutan di seluruh negara. Kalau ini tidak dapat kita mudahkan untuk mengesahkan kelahirannya, mungkin pada saya memadai dengan kita ambil pengesahan daripada Tok Batin atau pemimpin-pemimpin setempat mereka. Cukuplah, tak payah lagi hendak cari maklumat- maklumat yang panjang yang tidak membolehkan kelahiran mereka didaftarkan. Bila kelahiran tak dapat didaftarkan, sudah pastilah perkara-perkara seperti kemudahan- kemudahan lain mereka tidak dapat dilaksanakan.
Yang terakhir Tuan Yang di-Pertua, oleh sebab masa sudah tiada, saya hendak bertanya kepada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Apakah status pelaksanaan peruntukan Koridor Lateks Wilayah Timur? Bagaimanakah pelaksanaannya? Adakah hasil lateks negara ini dapat ditingkatkan 10 peratus
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut
pengeluaran, daripada keperluan negara sebanyak 450 ribu tan metrik itu? Ini kerana hari ini- sikit sahaja Tuan Yang di-Pertua. Kerana hari ini syarikat-syarikat pengeluar barangan getah mengaut keuntungan sehingga salah satu daripada syarikat ini saya difahamkan mendapat kenaikan 346 peratus- keuntungan sebanyak RM1.75 bilion. Bagaimanakah pendapatan para penoreh kita? Adakah mereka masih lagi berharap kepada insentif pengeluaran harga getah ataupun bantuan musim tengkujuh? Jadi saya harap kementerian dapat memberikan penerangan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Terima kasih Yang Berhormat.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Putatan. Silakan. Mic, mic.
Tuan Awang Husaini bin Sahari - Putatan
Assalamualaikum dan selamat petang. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas peluang pada petang ini.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di dalam Titah Baginda amat menitikberatkan soal ekonomi negara dan juga kesejahteraan hidup rakyat. Izinkan saya memulakan dahulu perbahasan saya bercakap tentang ekonomi negara terutamanya di dalam foreign direct investment. Malaysia sejak beberapa dekad yang lalu telah menjadi tumpuan pelabur antarabangsa dari beberapa buah negara besar. Walaupun dalam ekonomi yang dilanda kemelesetan dunia, para pelabur ini terus bertahan di negara kita dan memacu industri ekonomi negara dengan jayanya.
Tuan Awang Husaini bin Sahari - Putatan
Mengikut statistik dari Jabatan Perangkaan Malaysia, FDI kita telah menurun terus daripada RM16.6 bilion pada tahun 2020, berbanding RM36.4 bilion pada tahun 2019. Satu trend menurun yang dialami oleh kebanyakan negara di dunia kini.
Walau bagaimanapun, yang menjadi kerisauan rakyat Malaysia dan Putatan ialah apabila terdapat beberapa chambers telah memberi gambaran untuk meninggalkan negara kita dan berpindah di tempat yang lain. Antaranya chambers tersebut, The Japanese Chamber of Trade & Industry Malaysia, Malaysian Dutch Business Council, American Malaysian Chamber of Commerce, Malaysian-German Chamber of Commerce & Industry dan juga beberapa chambers yang lain.
FDI mempunyai peranan yang amat penting dalam kesejahteraan negara dan pembangunan ekonomi rakyat. Daripada FDI ini kita dapat melihat pertumbuhan.
Pertumbuhan dalam kadar pengangguran, pertumbuhan dalam kadar pekerjaan, pertumbuhan dalam keselesaan hidup rakyat dan seterusnya yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar. Untuk rekod, kejatuhan Malaysia di dalam foreign direct investment ini 55 peratus. Kejatuhan yang amat sekali jika dibandingkan negara-negara ASEAN yang lain seperti Indonesia, Vietnam dan Singapura.
Oleh yang demikian, Putatan ingin tahu langkah-langkah kerajaan yang terutama MITI dalam menangani masalah ini dalam berdepan dengan kenyataan yang dibuat oleh chambers ini kerana jikalau kita tidak dapat berdepan dengan masalah ini, masalah yang besar akan dihadapi oleh ekonomi negara.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya terus kepada soal Sabah, Sarawak dan Persekutuan Malaysia. Pertama kali dalam sejarah Malaysia terdapat dua Kabinet yang mana kedua-dua Menteri daripada Kabinet ini terdiri daripada Menteri-menteri daripada Borneo states. Kita mempunyai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bahagian Parlimen dan Undang-undang iaitu daripada Yang Berhormat Santubong dan juga kita mempunyai Menteri Bahagian Hal Ehwal Sabah iaitu dari Kota Marudu.
Tentu rakan-rakan sekalian pun bertanya kenapa ada Menteri Hal Ehwal Sabah tetapi tidak ada Menteri Hal Ehwal Selangor ataupun Menteri Hal Ehwal Kedah. Jawabnya kerana Borneo states Sabah dan Sarawak mempunyai hak keistimewaan di dalam Perlembagaan Malaysia. Soalan yang lain lagi, kenapakah perlu ada kementerian itu diwujudkan semula? Jawabnya kerana terlalu banyak amanah yang terletak di dalam Perlembagaan belum dilaksanakan.
Tuan Awang Husaini bin Sahari - Putatan
Rakyat Sabah dan Sarawak amat mengharap sesuatu besar akan berlaku dengan adanya gandingan dua kementerian ini dan adanya dua kementerian ini secara kebetulan pula diduduki Yang Berhormat Menterinya dari Sabah dan Sarawak. Jikalau pada pemerintahan PH dahulu, Yang Berhormat Menteri yang menduduki di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Undang-undang Parlimen adalah dari Sabah iaitu dari Batu Sapi, mendiang Datuk VK Liew.
Walaupun kurang daripada setahun menduduki kementerian berkenaan, Datuk Liew Vui Keong dari Batu Sapi telah berjaya membentangkan satu usul pindaan Perlembagaan 1(2). Saya tidak bercakap tentang berjaya atau tidak pada waktu itu, tetapi sekurang-kurangnya mendiang Datuk VK Liew telah berjaya membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa kesungguhan itu adalah amat penting untuk merealisasikan satu impian.
Oleh yang demikian, rakyat Sabah mengharapkan di dalam beberapa belas bulan sahaja kerajaan ini tinggal agar Yang Berhormat Menteri yang ada sekarang ini dapat mencontohi Yang Berhormat Menteri yang telah lalu yang telah membukti kesungguhan untuk membentangkan sekali lagi- sekali pindaan Perlembagaan Perkara 1(2). Saya yakin- saya yakin pada akan datang ini pindaan Perlembagaan ini akan dapat diluluskan dengan adanya keikhlasan kesemua Ahli-ahli Parlimen di Dewan yang mulia ini.
Perkara kedua yang saya ingin sentuh satu janji yang termaktub di dalam clause di dalam Perjanjian Malaysia iaitu ‘review’. Di dalam Perjanjian Malaysia itu ada dikatakan satu review tentang pelaksanaan perjanjian ini hendaklah diadakan 10 tahun selepas ia ditandatangani. Tun Abdul Razak pada ketika itu telah pun mengamanahkan Almarhum Allahyarham Tun Dr. Ismail untuk membuat satu review tentang perjanjian ini. Akan tetapi, kerana sesuatu yang tidak dapat dielakkan review itu tidak dapat dijalankan hinggalah ke hari ini selepas 50 tahun berlalu tidak ada apa-apa tindakan yang dijalankan untuk melaksanakan review tersebut.
Saya memohon kepada Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak dan juga Menteri Undang-undang Parlimen agar di Dewan Parlimen ini dapat dilihatkan kepada rakyat Malaysia perjanjian untuk review itu akan dapat dilaksanakan dan kalau boleh bentanglah di Dewan yang mulia ini. Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia tahu apakah benda yang belum dilaksanakan. Kalaupun sudah dilaksanakan sejauh manakah keberkesanannya?
Sikit masa lagi.
Kedua, rakyat Sabah mengalu-alukan adanya tiga Timbalan Menteri dari Sabah yang mana ketiga-tiga portfolio yang dipegang itu adalah berkait rapat dengan pembangunan negeri Sabah. Setinggi-tinggi tahniah kepada Ahli Parlimen dari Sipitang, Ahli Parlimen daripada Pensiangan dan juga Ahli Parlimen daripada Kimanis yang mana masing-masing memegang portfolio pendidikan. Pendidikan amat perlu di Sabah daripada segi fizikalnya yang mana memerlukan sentuhan daripada Kementerian Kerja Raya di mana jalan raya di Sabah pun kurang separuh diaspal dan juga adanya kehadiran Timbalan Menteri Kewangan dari Sabah. Ketiga-tiga mereka ini rakyat Sabah mohon agar dapat bekerjasama untuk membina sesuatu kekuatan baharu demi pembangunan negeri Sabah.
Apabila kita bercakap tentang sekolah kita tahu di sekolah di negeri Sabah ini ada 1,290 buah sekolah dan hampir separuhnya merupakan sekolah daif. Daripada hampir separuh sekolah daif itu 90 telah diisytiharkan tidak dapat digunakan. Begitu juga dengan jalan-jalan raya di Sabah, cuma 60 peratus yang sudah diaspal sepenuhnya.
Terakhir, doktor kesihatan. Kita menerima laporan baru-baru ini bahawa terdapat 100 orang doktor yang telah menolak untuk ditawarkan perkhidmatan di negeri Sabah dan Sarawak. Ingin bertanya kepada Kementerian Kesihatan apakah cara kementerian untuk menangani masalah ini.
Terakhir soal vaksinasi. Saya telah berhubung dengan beberapa pihak di negeri Sabah. Soal vaksinasi di negeri Sabah berjalan dengan rancak walaupun terdapat banyak masalah tetapi satu masalah yang perlu dilihat di sini merupakan sebuah masyarakat di Sabah dikenali sebagai masyarakat ‘Palau’ ataupun masyarakat gipsi. Pernah dibentangkan di dalam satu briefing kerana masalah gipsi ini di perairan kita, esok di perairan Indonesia. Selepas itu di perairan Filipina.
Tuan Awang Husaini bin Sahari - Putatan
Jadi, kebetulan di sini pun ada Timbalan Menteri Luar. Adakah langkah kerajaan Malaysia untuk menangani masalah ini kerana jumlah mereka ini bukannya sedikit.
Difahamkan mereka ini hampir 100 ribu berada di perairan ketiga-tiga buah negara ini.
Terakhir daripada...
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat, sudah tiga kali yang “terakhir”...
Tuan Awang Husaini bin Sahari - Putatan
Okey, all right. Terima kasih. Saya menjunjung kasih Titah Diraja.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Terima Yang Berhormat.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Setiu. Satu kali sahaja ‘yang terakhir’ Yang Berhormat semua. Tujuh minit silakan.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
Alhamdulillahi rabbil 'alamin, wassalatu wassalamu ala asrafil ambiya iwal mursalin, wa 'ala alihi wasahbihi ajma'in. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang pada Setiu untuk sama-sama berbahas menjunjung Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat, Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas.
Sebelum saya memulakan perbahasan, ingin saya merakamkan ribuan terima kasih kepada mantan Perdana Menteri Malaysia Kesembilan, Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin atas jasa dan bakti yang telah dicurahkan terutama dalam mendepani pandemik COVID-19. Semoga Allah membalas seluruh pengorbanan Yang Berhormat selama ini dengan penuh keberkatan dari-Nya. Saya juga ingin menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga-keluarga mangsa yang terlibat dan yang meninggal dunia akibat COVID-19. Semoga kita semua dilindungi Allah.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan hari ini kerana buat julung kalinya dalam sejarah Malaysia, Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan daripada barisan pembangkang memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik bagi menstabilkan kerajaan ini, berfungsi dengan baik dan sekali gus nasib rakyat terbela. Perkara ini juga bagi menyahut seruan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar pemerintah sentiasa bermusyawarah dalam segenap hal.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membahaskan mengenai kesihatan mental petugas kesihatan dalam tempoh pandemik COVID-19 dan isu kesihatan awam negara.
Petugas kesihatan atau frontliners dengan izin, merupakan antara entiti penting untuk kita ambil cakna. Apatah lagi dalam suasana COVID-19 ini, golongan inilah yang boleh kita analogikan sebagai askar yang telah turun ke medan perang. Namun, berita tular di media massa baru-baru ini mengenai hampir 70 ribu orang petugas kesihatan mengalami pelbagai gangguan emosi sejak pandemik COVID-19 amat mendukacitakan kita. Ada petugas kesihatan terdesak akibat gangguan emosi lantaran COVID-19 telah mengambil dadah jenis syabu dan pil tidur bagi mengurangkan tekanan.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin membahaskan mengenai Pelan Pembangunan Vaksin Negara. Pada tahun 1940-an, institut patologi yang dikenali sebagai IMR telah melakukan kajian terhadap malaria dan mengeluarkan vaksin kolera atau taun.
Kemudian, sekitar tahun 70-an, IMR terus diberi kepercayaan menjalankan kajian latihan dan mengeluarkan vaksin untuk kegunaan setempat melalui Unit Pengeluaran Vaksin. Bagaimanapun, Unit Pengeluaran Vaksin di IMR ini telah ditutup pada tahun 1990 dan sehingga kini Malaysia tidak ada lagi infrastruktur khusus dan unit mengeluarkan vaksin kepada negara. Justeru itu, pandemik COVID-19 yang berlaku hari ini seharusnya
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu
menjadi titik tolak untuk kerajaan bertindak melengkapkan kembali fasiliti kemahiran dan prasarana kajian.
Selain itu juga Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan isu di mana ramai rakyat yang mengeluh terutama warga emas dan masyarakat luar bandar yang telah lengkap dua dos walau bagaimanapun tidak mempunyai aplikasi MySejahtera. Oleh itu, mereka tidak mendapat akses untuk memasuki pasar raya mahupun mana-mana agensi walaupun telah menunjukkan kad vaksinasi yang lengkap dengan dua dos.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang kawasan saya, Setiu iaitu jeti pendaratan ikan di Sungai Merang. Setiu merupakan satu-satunya daerah di pesisiran pantai di negeri Terengganu yang tidak mempunyai jeti pendaratan ikan sedangkan penduduk Setiu mempunyai 500 buah bot nelayan termasuk fiberglass. Kedua, isu jentera bomba yang sangat uzur dan sering kali tidak berfungsi dengan baik. Sepatutnya setiap kawasan mempunyai dua buah jentera tetapi di Setiu hanya mempunyai sebuah jentera sahaja dan jentera tersebut amat uzur dan membahayakan penduduk Setiu.
Ketiga, saya ingin menyebut tentang gaji anggota bomba di mana gaji yang diterima oleh mereka di bawah paras yang diterima anggota polis dan anggota tentera.
Sedangkan anggota bomba juga turut dibebani tugas yang berat seperti mana anggota polis dan tentera. Begitu juga daripada segi jumlah anggota yang tidak mencukupi di satu- satu kawasan dan kenaikan pangkat anggota bawahan juga sewajarnya dikaji semula.
Tuan Yang di-Pertua, daerah Setiu mempunyai 5,200 ekar tanah yang telah dirizabkan untuk tujuan pertanian tetapi tanah tersebut sukar untuk dimajukan kerana ketiadaan infrastruktur asas seperti jalan masuk, jalan ladang dan sistem pengairan. Saya ingin bertanya berkenaan status pembinaan 13 buah menara baru serta menaik taraf 57 pemancar di menara yang sedia ada yang telah diluluskan melalui program JENDELA pada sidang tahun lepas. Apakah punca kelewatan sehingga kini projek-projek tersebut masih belum dilaksanakan sepenuhnya?
Tuan Yang di-Pertua, kedudukan bekalan air di Setiu dalam keadaan kritikal disebabkan sebahagian kawasan yang tinggi atau di penghujung sistem agihan mengalami tekanan air rendah. Dalam masa yang sama, Loji Rawatan Air Sungai Tong I dan Loji Rawatan Air Sungai Tong II pula sedang beroperasi pada kapasiti penuh. Sebagai makluman, sebelum ini pihak...
[Suara kurang jelas] Telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar bagi pengaktifan semula Loji Rawatan Air Bukit Kemudu bagi mengatasi masalah ini dengan segera. Namun, sehingga kini tiada kelulusan bertulis diberikan.
Untuk akhirnya, saya memohon Yang Berhormat Menteri yang berkait dengan perkembangan kelulusan mekanisme penetapan tarif, PSM. Tuan Yang di-Pertua, berkenaan keluasan kawasan Ketara di bawah Projek Ketara Fasa III. Daerah Setiu mempunyai 1,000 hektar tanah sawah namun malangnya disebabkan ketiadaan infrastruktur, rakyat Setiu tidak boleh memaksimumkan potensinya. Sistem pengairan padi yang tidak sempurna juga memberi kesan kepada pengeluaran.
Oleh itu, saya memohon agar kerajaan segera memberikan peruntukan bagi meningkatkan infrastruktur pertanian di kawasan tersebut sekali gus hasil pengeluaran dapat dipertingkatkan. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Terima kasih Yang Berhormat.
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja. Saya ada beberapa isu yang ingin saya timbulkan tetapi saya perlu memendekkan perbahasan saya memandangkan masa suntuk.
Isu pertama yang ingin saya timbulkan di sini adalah berkenaan dengan isu kerakyatan, citizenship ruling, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, yang baru-baru ini telah pun dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan bahawa bayi yang
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
lahir di luar negara oleh wanita warga Malaysia dan bapa bukan warga Malaysia secara automatik berhak mendapat kewarganegaraan Malaysia ataupun *Malaysian citizenship.
Now*, dalam kes tersebut, hakim yang mendengar kesnya, Akhtar Tahir telah memutuskan bahawa wanita warga Malaysia yang berkahwin dengan lelaki asing mempunyai hak yang sama dengan lelaki warga Malaysia yang berkahwin dengan wanita asing untuk memberikan kewarganegaraan melalui operasi undang-undang ke atas anak- anak mereka yang lahir di luar negara.
Justeru, hakim itu berkata Tuan Yang di-Pertua, bahawa selaras dengan Artikel 82 Perlembagaan Persekutuan, saya akan memetik apa yang penting daripada artikel tersebut sebentar lagi yang dibaca bersama dengan Artikel 14(1)(b), Perlembagaan Persekutuan, yang tidak bercanggah dengan Bahagian (1)(b), Bahagian 2, Jadual Kedua, Perlembagaan Persekutuan.
Hakim tersebut telah pun mengambil pendekatan ataupun interpretasi yang harmonious, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, untuk mendapat ataupun sampai kepada keputusan bahawa seseorang ibu itu juga berhak untuk anaknya dijadikan seorang citizen.
Bukan sahaja bapa seperti mana yang merupakan kedudukan undang-undang sebelum kes ini telah pun diputuskan.
Now Tuan Yang di-Pertua, saya dengar bahawa kerajaan telah pun mengambil ataupun Attorney General Chambers (AGC) telah pun mengambil tindakan untuk merayu keputusan tersebut yang saya amat mengesali keputusan tersebut.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Saya bersetuju dengan colleagues saya, ramai yang telah pun menyuarakan rasa kesal hati atas keputusan rayuan tersebut. Saya ingin menambah di sini Tuan Yang di- Pertua bahawa pada pandangan saya, isu di dalam kes tersebut timbul kerana tafsiran
(interpretation) Artikel 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan dan dengan bahagian (1)(b) Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan. Peruntukan-peruntukan ini memang tidak jelas (ambiguous) dengan izin Tuan Yang di-Pertua yang ini telah pun memberi hak kerakyatan kepada seorang anak tersebut dalam keadaan hanya sekiranya bapa anak tersebut adalah seorang rakyat Malaysia. Kita perlu sedar bahawa walaupun sekiranya rayuan ini ditarik balik, keputusan Mahkamah Tinggi ini tidak mengikat Mahkamah Tinggi yang lain. It is not binding on other High Court of concurrent jurisdiction, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.
Now, ini bermakna adalah bahawa Mahkamah Tinggi yang lain dalam masa depan boleh membuat tafsiran yang berbeza atau berlainan daripada tafsiran Yang Arif Hakim Dato’Akhtar bin Tahir tersebut dan boleh revert back dengan izin kepada keadaan sebelum keputusan tersebut di mana hak citizenship itu hanya diberi kepada anak seorang bapa dan bukannya seorang isteri yang merupakan seorang rakyat Malaysia.
Dalam keadaan tersebut, saya membuat cadangan (proposal) agar Perlembagaan Persekutuan dipinda. Ini kita semua tahu memerlukan satu majoriti dua pertiga tetapi ini sekiranya perlembagaan, terutamanya Artikel 14(1)(b) tersebut dipinda untuk mengeluarkan kekeliruan atau the ambiguity berkenaan dengan bapa dan dipinda untuk mengatasi masalah ini, maka dalam masa depan perkara ini tidak akan berlaku lagi.
Jadi walaupun rayuan ini sekiranya ditarik balik atau tidak, masalah ini masih tidak akan diatasi sekiranya tidak ada pindaan Perlembagaan Persekutuan dibuat dalam Dewan ini. Saya menggesa kerajaan agar mengambil tindakan untuk membuat pindaan tersebut dan saya yakin bahawa kesemua Ahli Parlimen terutamanya Ahli Parlimen pembangkang akan menyokong pindaan tersebut.
Isu kedua Tuan Yang di-Pertua ialah berkenaan dengan isu mental health. Ini adalah berkaitan dengan the decriminalization dengan izin of attempted suicide. Ini adalah satu masalah yang amat penting, amat serius kerana attempted suicide dan suicide merupakan satu hakikat yang melanda negara ini, bukan sahaja negara ini tetapi di seluruh dunia. Kalau kita lihat kepada beberapa statistik Tuan Yang di-Pertua, Malaysia telah pun merekodkan 468 kes suicide lima bulan pertama dalam tahun ini.
Ini adalah satu peningkatan dalam bilangan kes kalau kita bandingkan dengan tahun 2020 dan tahun sebelum itu. Jadi apa yang penting ialah kami telah pun mendapat
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
bahawa Seksyen 309 yang outlaw attempted suicide masih dikuatkuasakan. Seperti di dalam satu kes di Mahkamah Kuala Lumpur tahun lepas di mana seorang unemployed person telah pun dihukum satu bulan untuk attempted suicide, juga di Terengganu dalam bulan Februari 2020 di mana seorang...
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Bukit Gelugor, sedikit?
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Very well.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Saya ingin rujuk kepada jawapan yang saya terima daripada pihak kerajaan mengenai isu yang sama, isu untuk dengan izin decriminalize suicide. Akan tetapi isu yang saya ingin timbulkan ialah isu moratorium terhadap pendakwaan.
Jawapan yang saya terima adalah bilangan kes cubaan membunuh diri yang didakwa daripada tahun 2018 sehingga Jun tahun ini adalah 902 kes. Daripada jumlah keseluruhan tersebut, sebanyak 261 kes telah didakwa pada tahun 2018, 243 kes telah didakwa pada tahun 2019, 223 kes telah didakwa pada tahun 2020 dan sebanyak 175 kes telah didakwa dalam tempoh Januari hingga Jun.
Apa pandangan Yang Berhormat Bukit Gelugor memandangkan orang yang mahu membunuh diri itu sebenarnya tidak ada niat pun hendak mati, dia mahu kesakitan itu, dia mahu dugaan itu, dia mahu cabaran itu berakhir, they want the pain to end, not to end their lives but to charge them, 902 kes, I think this is a crime. This is something that should never happen, not at this time particularly. Apa pandangan Yang Berhormat Bukit Gelugor?
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan. Saya bersetuju bahawa mangsa-mangsa di dalam kes ini sebenarnya memerlukan bantuan. Mereka memerlukan pertolongan daripada segi perubatan, psikiatri dan sebagainya. Mereka sepatutnya tidak dihukum. Saya menggesa kerajaan agar mengambil tindakan untuk menangani masalah ini.
Seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Batu Kawan tadi, kita boleh lihat statistik nombor-nombornya telah pun meningkat dan kami perlu mengelakkan masalah ini dan caranya bukanlah adalah untuk menghukum mereka di bawah Seksyen 309 tersebut. Saya berharap ini akan dipinda dan dikeluarkan daripada Penal Code. Saya tidak ada masa lagi Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua sekali lagi.
Dato' Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Terima kasih. Yang Berhormat Parit. Selepas itu Yang Berhormat Tangga Batu, Yang Berhormat Bukit Gantang dan Yang Berhormat Kota Kinabalu. Silakan.
Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
*Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh* dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pertama, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua di atas mengambil bahagian dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena istiadat pembukaan Penggal Keempat Parlimen Ke-14. Di kesempatan ini juga saya ingin merafak sembah dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas keprihatinan baginda terhadap nasib rakyat di Malaysia sepanjang wabak COVID-19 melanda negara.
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya juga merakamkan penghargaan terima kasih kepada para pejuang barisan hadapan yang telah bertungkus lumus bekerjasama menghadapi pandemik wabak COVID-19 sejak pertama kali ia melanda negara. Saya juga ingin menyatakan penghargaan kepada kerajaan di atas
Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
usaha yang berterusan yang telah dijalankan bagi memastikan rakyat dilindungi dari wabak COVID-19 ini.
Tuan Yang di-Pertua, alhamdulillah pengenalan Keluarga Malaysia amat tepat dan sangat wajar diterjemahkan. Ketika kita semua dalam keadaan resah memikirkan apa yang akan berlaku pada esok harinya, terjemahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengembalikan kita kepada perkara yang sangat asas iaitu permulaan kehidupan dan keutuhan adalah bermula daripada keluarga. Ia merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum demi kebersamaan negara dengan nilai-nilai didikan yang sempurna dalam sebuah negara. Menerusi satu Keluarga Malaysia, ia mengajak kita untuk terus bersatu hati dan memperbaiki segala kelemahan dan mengembalikan kekuatan yang sedia ada.
Saya ingin bertanya kepada kerajaan, apakah kerajaan menerusi Kementerian Perpaduan Negara dan juga kementerian-kementerian yang lain bersedia memberi satu dokumen lebih jelas tentang konsep Keluarga Malaysia dalam memastikan lebih teratur penghayatannya dan tidak disalahtafsirkan? Apakah konsep Keluarga Malaysia akan dijadikan teras atau pegangan rakyat Malaysia keseluruhannya, sama seperti Rukun Negara?
Sejauh manakah pendekatan kekitaan dalam Keluarga Malaysia itu akan mempengaruhi setiap lapisan masyarakat? Apakah cadangan program itu akan dilaksanakan kelak? Setakat mana idea inovasi kerajaan dalam memastikan konsep Keluarga Malaysia ini bukan setakat bertahan di bawah pucuk pimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob semata-mata tetapi kita hendak melihat konsep Keluarga Malaysia terus segar dan relevansi waima negara mencapai 100 tahun kekal kemerdekaan mahupun 100 tahun pembentukan Malaysia itu sendiri.
Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Tuan Yang di-Pertua, bukan mudah untuk negara Malaysia mempertahankan kemerdekaan yang kini sudah mencecah angka 64 tahun dengan rakyat yang berbilang kaum, sekiranya tiada asas perpaduan yang kukuh.
Namun begitu, apa yang menjadi kebimbangan saya sejak akhir-akhir ini, apabila terdapat banyak isu sensitif dipertontonkan di media sosial sehingga mengguris perasaan antara kaum sehingga menyemarakkan perasaan saling mencurigai antara kaum. Saya merasakan sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas terhadap perkara ini.
Hal ini selari dengan apa yang dititahkan oleh tuanku supaya kerajaan memberikan tumpuan kepada pendidikan akhlak dan kerohanian bagi membendung pelbagai agenda negatif yang menyimpang daripada tatasusila masyarakat. Saya pohon penjelasan, apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan penghayatan terhadap prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara dapat diterjemahkan dalam kehidupan setiap warga Malaysia?
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan di atas pengumuman bantuan Geran Khas Prihatin 4.0 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) berjumlah RM500 juta yang akan memberi manfaat kepada satu juta PKS mikro. Ini merupakan satu inisiatif yang baik dan saya berharap agar inisiatif ini dapat diteruskan pada masa depan dan juga nilainya ditambah lagi supaya lebih ramai lagi peniaga dapat dibantu untuk menstabilkan semula perniagaan mereka.
Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah terdapat sebarang sesi libat urus antara kerajaan dengan penubuhan kerajaan, NGO perniagaan bagi membincangkan secara terperinci mekanisme dan langkah pemulihan terbaik bagi membantu usahawan PKS yang terjejas? Apakah bentuk sokongan lain yang akan dilaksanakan oleh kementerian bagi memastikan kelangsungan perniagaan usahawan PKS ini?
Tuan Yang di-Pertua, saya percaya rakyat juga menaruh harapan supaya Majlis Pemulihan Negara ini dapat melaksanakan Pelan Pemulihan Negara secara berfasa bagi membantu rakyat dalam menangani pandemik COVID-19 di negara kita. Dengan adanya
Dato' Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
perancangan ini, saya berharap ia dapat meningkatkan kredibiliti dan keyakinan rakyat supaya boleh kembali menjalankan aktiviti ekonomi, sosial.
Selain itu daripada segi ekonomi, pengumuman kerajaan dalam menangani pandemik secara berfasa ini, diharap dapat memberi signal positif kepada peniaga dan syarikat yang terjejas akibat pandemik serta memulihkan keyakinan pelabur. Sehubungan itu, Pelan Pemulihan Negara ini diharap dapat memberi satu penjelasan terus kepada rakyat mengenai perancangan kerajaan dalam menangani pandemik khususnya melalui program vaksinasi dan pemulihan ekonomi.
Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana masa tidak mencukupi, dalam kesempatan ini saya selaku Ahli Parlimen Parit ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana hospital baharu Seri Iskandar, Parlimen Perak Tengah dan juga Jalan Parit-Siputih telah pun diluluskan dan akan dilaksanakan insya-Allah pada tahun ini.
Namun sebagai wakil rakyat, sudah pasti saya juga ingin menyuarakan permohonan kepada kerajaan iaitu mengenai status kawasan padi di bawah seliaan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) yang masih lagi belum ada statusnya. Saya mohon pertimbangkan permohonan ini agar diletakkan di bawah seliaan IADA Seberang Perak ataupun Perak Tengah.
Kedua, saya juga ingin membangkitkan mengenai kompleks sukan di Parlimen Parit Perak Tengah di mana tapak telah pun sedia ada. Insya-Allah, dengan adanya kompleks sukan ini akan memberikan kemudahan khususnya kepada generasi muda kita untuk memanfaatkan kompleks sukan, khususnya di Parlimen Parit.
Ketiga, saya juga memohon sekali lagi untuk pihak kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan dapat meluluskan sekolah rendah dan sekolah menengah di Seri Iskandar yang sering saya utarakan.
Terakhir iaitu Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah yang memerlukan kepada bangunan yang baharu.
Jadi itulah perkara yang ingin saya sampaikan. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya hendak berpantun, Anak Melayu berdagang lada, Singgah berehat di tepian sumur, Raja dan rakyat berpisah tiada, Negara maju, aman dan makmur. Dengan itu, Yang Berhormat Parit menyokong.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Terima kasih Yang Berhormat Parit. Yang Berhormat Tangga Batu.
Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua Dewan, terima kasih kepada peluang yang diberikan untuk membahaskan Menjunjung Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong.
Konsep baharu yang diperkenalkan di dalam titah baginda ialah demokrasi bermusyawarah. Apakah sebenarnya maksud istilah ini? Kita faham maksud demokrasi adalah daripada rakyat kepada rakyat, untuk rakyat, memperjuangkan nasib rakyat mengikut suara rakyat terbanyak. Hala tuju negara perlu dibawa musyawarah. Bermakna, kita perlu bincang atas kepentingan-kepentingan rakyat dan mengetepikan perasaan marah kerana kita ditipu dengan permainan kotor kawan-kawan yang dahulu sama berjuang kononnya atas idealisme yang sama. Ia menjadi sejarah hitam yang akan tercatat dalam sejarah negara. Namun, sejarah ditulis oleh orang yang berkuasa.
Tuan Yang di-Pertua, anak-anak dan generasi muda jangan diajar dengan prinsip tujuan menghalalkan cara kerana mereka yang akan mewarisi kepimpinan ini daripada kita. Amat sukar kita menerangkan kepada mereka dari sudut mana dalam Rukun Negara
Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
boleh menghalalkan amalan ini. Jangan kubur kita dikencingkan oleh anak cucu kerana merosakkan prinsip ini.
Tuan Yang di-Pertua, merujuk titah baginda, “biduk lalu kiambang bertaut”. Bijak pandai berkata, “kadang-kadang kita memaafkan seseorang bukan kerana dia betul tetapi kerana kita sayangkan silaturahim”. Kita bekerjasama melalui MoU ataupun Memorandum Persefahaman bukan kerana di sebelah sana betul, namun akur kepada seruan Yang di- Pertuan Agong dan demi kepentingan rakyat terbanyak.
Kerajaan yang bersalah kepada rakyat perlu meminta maaf kepada rakyat dengan cara bersungguh. Dalam erti kata sebenar, membetulkan keadaan. Sudahlah rakyat menderita akibat pandemik yang melanda, kerajaan pula bertukar-tukar memburukkan lagi kehidupan rakyat dengan polisi-polisi yang tidak menentu, melompat-lompat hingga beruk pun terperanjat.
Kejayaan negara mencapai status kadar terpantas vaksin di dunia adalah berita gembira. Namun kelewatan enam bulan program vaksin telah mengakibatkan 23,443 kematian. Kematian, kesan yang tidak boleh diterbalikkan hakikatnya. Benar kata cendekiawan, dengan izin “do the right thing right at the very first time”. Kesilapan yang berlaku mungkin berpunca semasa COVID-19 menggila, Ahli-ahli Parlimen di sebelah sana sibuk tawar menawar berjual beli harga diri sehingga terkesampingkan keutamaan.
Yang Berhormat Tangga Batu juga ingin menyinggung seperti yang diutarakan oleh Yang Berhormat Lembah Pantai, mengapa Ahli Parlimen, kami tidak mendapat dengan izin, first hand info tentang siapa yang meninggal akibat COVID-19 di kawasan Parlimen. Sekurang-kurangnya, kami dapat membuat langkah-langkah segera membantu apa yang patut kepada keluarga si mati.
Saya juga ingin menyentuh sekali lagi tentang kesungguhan kita memartabatkan Bahasa Kebangsaan. Saya melihat dan mendengar masih ramai Ahli Parlimen menggunakan bahasa Inggeris dengan tanpa meminta izin dari Dewan. Mengikut fasal 8, bahasa rasmi Majlis adalah bahasa Malaysia. Kita juga ada melihat Menteri-menteri menggunakan bahasa Inggeris yang kurang fasih dan menjadi bahan lawak netizen di TikTok. Kita tidak perlu malu kerana English is not our mother tongue. Maybe it is our father tongue, dengan izin. Adalah lebih wajar kita gunakan bahasa kebangsaan dan boleh memanfaatkan khidmat penterjemah dan membuka lebih peluang pekerjaan.
Isu-isu kawasan. Pertama, saya ingin mengulangi isu kawasan yang pernah saya utarakan pertengahan tahun 2020 iaitu mengenai jalan persekutuan daripada Bulatan Klebang ke simpang Tangga Batu dan sebaliknya yang semakin teruk keadaannya. Pada belanjawan yang lepas, Menteri menyatakan peruntukan untuk jalan tersebut adalah RM340 ribu daripada peruntukan RM1.54 juta dan RM340 ribu itu digunakan untuk FT005 seksyen 229 hingga seksyen 230. Peruntukan itu hanya untuk penyelenggaraan rutin dan dilaksanakan oleh syarikat selia selenggara.
Penduduk Tangga Batu terutamanya di DUN Pantai Kundor adalah golongan nelayan. Mereka selalu menaiki bot. Kita tahu bagaimana naik bot laju dari lautan melambung-lambung dan terhentak-hentak.
Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
Ini tidak jauh bezanya apabila melalui jalan raya utama di kawasan DUN Pantai Kundor itu dalam Parlimen Tangga Batu. Kami perlukan jalan baharu bukan jalan yang ditampal-tampal yang mungkin menyebabkan kemalangan jalan raya. Masalah ini tidak wajar dihadapi Tangga Batu dalam Melaka yang telah diisytiharkan sebagai Negara Maju pada 20 Oktober tahun 2010, pukul 2010. Ini amat memalukan apabila keadaannya begini.
Kedua, Tangga Batu juga ingin menekankan semula mengenai masalah banjir kilat di kawasan Paya Rumput, Tangga Batu. Setiap kali hujan lebat dalam masa beberapa jam sahaja akan berlaku banjir kilat. Kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir kilat dan menjejaskan kebajikan penduduk kampung di kawasan persimpangan CIMB Cheng, Taman Rambai Utama, Taman Rambai Indah yang berada di DUN Klebang juga terjejas teruk.
Dicadangkan juga perparitan dari hulu sungai Paya Rumput dilebarkan dan diubah daripada perparitan asal yang perlu dibersihkan setiap tahun dan melibatkan kos
Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu
yang tinggi dalam jangka masa yang panjang. Ada kemungkinan ianya ditukar kepada longkang simen ataupun culvert, dengan izin berukuran 10 hingga 12 kaki lebar.
Saya ingin tahu, setakat manakah masalah penyebab banjir ini telah dikenalpasti.
Adakah dan setakat manakah kerja-kerja bagi mengatasi masalah ini telah dibuat dan bilakah agaknya jangka masa yang telah ditetapkan bagi menyelesaikan masalah ini dan menghentikan degupan jantung penduduk setiap kali hujan lebat.
Tuan Yang di-Pertua, kita juga berterima kasih atas bantuan kit makanan dengan peruntukan RM300,000 dan di Tangga Batu saya dapat menyediakan 4,500 kit. Tangga Batu beruntung kerana ada tiga Ahli Parlimen mendapat peruntukan ini. Selain saya, ada dua orang lagi Senator Dewan Negara yang mendapat peruntukan yang sama dan diharap kit tersebut diagih tanpa mengira parti, bangsa dan agama. Satu kit makanan mungkin bertahan seminggu sahaja namun rakyat kehilangan kerja atau terjejas jika dikira daripada 1 Jun sudah hampir 20 minggu.
Saya kagum dengan mereka yang kita senaraikan namun mereka menolak kerana mereka kata masih boleh bertahan. Kesungguhan golongan ini yang jujur dan berhempas pulas sudah tentu akan ada cahaya di hujung terowong.
Kaki lompat membentuk kerajaan, Betulkan niat jangan terpesong, Tangga Batu akhiri perbahasan, Titah tuanku patik junjung. Terima kasih.
Dato’ Sri Azalina Othman Said - Pengerang
Yang Berhormat Bukit Gantang.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Tuan Yang di-Pertua, syukur kepada Allah SWT saya berpeluang mengambil bahagian membahaskan usul menjunjung kasih atas titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, sekalung penghargaan ditujukan kepada kerajaan atas Pelan Tindakan Vaksinasi yang telah dilaksanakan bagi menyelamatkan rakyat daripada belenggu pandemik COVID-19 yang sudah melanda negara hampir dua tahun lamanya.
Di Parlimen Bukit Gantang, Pejabat Daerah dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
(PICK) dengan bergerak ke setiap mukim bagi memudahkan penduduk kampung menerima vaksin. Hasilnya kadar capaian vaksinasi di Daerah Larut, Matang dan Selama yang melibatkan Parlimen Bukit Gantang meningkat kepada 78.8 peratus.
Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri Dr.
Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia yang bersama-sama turun ke padang memberikan semangat dan memberikan vaksin kepada nelayan dengan menaiki bot yang tinggal di Pulau Pasir Hitam baru-baru ini.
Tuan Yang di-Pertua dan sahabat saya Yang Berhormat Menteri Agama, akibat PKP yang dilaksanakan sudah hampir dua tahun, masih ada yang tidak dapat menunaikan solat Jumaat dan ada yang telah lupa adanya hari Jumaat. Masjid sudah sekian lama mengehadkan bilangan kehadiran jemaah. Kuota solat Jumaat perlu ditambah mengikut kapasiti masjid. Jika masjid masih tidak dapat menampung jemaah berilah kebenaran kepada mereka untuk solat Jumaat secara bergilir-gilir dua atau tiga kali atau berilah kebenaran kepada komuniti di kawasan tersebut menunaikan solat Jumaat di ruang yang terbuka seperti padang ataupun dewan.
Tuan Yang di-Pertua, kita tidak seharusnya berasa takut untuk membuka semula masjid seperti biasa kerana bimbang timbulnya fitnah kepada agama kerana masjid
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
mengikut SOP yang ketat. Justeru marilah kita bersama-sama memperbaiki hubungan kita dengan Allah SWT dan mengunjurkan global taubah serta berusaha menghidupkan semula fungsi masjid kerana Rasulullah SAW sendiri mengajar kita, “Apabila berlaku sesuatu bencana, masjidlah tempat pertama yang perlu kita hidupkan”.
Perkara yang sangat dinanti-nantikan oleh rakyat khususnya ibu bapa adalah pembukaan sekolah secara berperingkat. Saya ingin mencadangkan supaya Kementerian Pendidikan mengambil pendekatan yang berbeza mengikut kluster sekolah. Bagi sekolah asrama penuh yang mempunyai kemudahan lengkap, selepas ini tidak perlu ditutup lagi walaupun berlaku peningkatan kes COVID-19 kerana sekolah asrama penuh boleh dijadikan sebagai kawasan yang telah capai imuniti kelompok. Perkara yang sama juga boleh dilaksanakan di universiti-universiti, politeknik, kolej dan institut latihan yang lain yang mempunyai kemudahan asrama penuh.
Tuan Yang di-Pertua, saya amat bersetuju dengan cadangan Yang Berhormat Pontian supaya kementerian menganjurkan Hari Bersama Ahli Parlimen bagi membawa suara rakyat secara lebih berkesan. Banyak cadangan projek yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Parlimen dalam Dewan ini lambat dilaksanakan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memohon penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, adakah permohonan MyTravelPass (MTP) telah dipermudahkan.
Pengalaman saya baru-baru ini, saya telah disoal siasat selama dua jam di KLIA walaupun mempunyai MTP yang sah. Saya mencadangkan bagi merancakkan kembali ekonomi negara, prosedur keluar masuk negara tidak disusahkan setelah permohonan mendapat MTP dan dipermudahkan bagi sektor perniagaan selepas ini.
Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh satu lagi perkara yang hangat diperkatakan oleh beberapa orang pembahas baru-baru ini iaitu isu katak. Isu katak melompat ini sebenarnya bermula dari zaman PH lagi, kenapa Yang Berhormat Bagan pula sekarang ini sibuk sangat hendak wujudkan Akta Anti-Lompat? Kenapa PH tidak melaksanakan akta ini semasa mereka berkuasa tetapi sebaliknya menyediakan suasana untuk melompat.
Bagi saya isu perpindahan, pertukaran dan lompat parti ini adalah proses demokrasi yang dinamik. Demokrasi juga adalah ruang kebebasan untuk Ahli-ahli Yang Berhormat memilih parti bagi membentuk kerajaan. Pada saya apa yang lebih penting ialah Ahli-ahli Yang Berhormat dapat berkhidmat kepada rakyat dengan sebaik-baiknya.
Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Bagan, kejatuhan PH bukan disebabkan oleh katak melompat atau langkah Sheraton, kejatuhan Kerajaan PH adalah bermula dengan Yang Berhormat Langkawi meletakkan jawatan tanpa menamakan penggantinya. Sepatutnya Yang Berhormat Langkawi menamakan Yang Berhormat Port Dickson sebagai Perdana Menteri sebagaimana yang dijanjikan. Saya simpati dengan Yang Berhormat Port Dickson.
Dalam perbahasan semalam, Yang Berhormat Langkawi ada menyebut, kerajaan yang terbentuk hari ini adalah daripada katak yang melompat dengan orang yang kalah dalam Pilihan Raya Ke-14 jadi kerajaan. Sebenarnya bukan itu puncanya. Jika Yang Berhormat Langkawi tidak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, perkara ini mungkin tidak berlaku.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Minta laluan sedikit Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Masa hendak habis, ya. Dalam suasana kekalutan politik...
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Bagilah laluan.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
...dan ketiadaan kerajaan, muncullah Yang Berhormat Pagoh yang merupakan individu yang dilihat sebagai jalan keluar dan penyelamat negara dan kuasa politik Melayu.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Dia yang lompat.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Sepatutnya Yang Berhormat Pagoh tidak dilabel sebagai pengkhianat kerana beliau bukan pengkhianat tetapi hakikatnya adalah penyelamat negara daripada kekosongan Perdana Menteri yang ditinggalkan oleh Yang Berhormat Langkawi. Yang Berhormat Pagoh patut diangkat sebagai wira apabila beliau mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan, beliau menjadi Perdana Menteri ketika COVID-19 mula melanda negara.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Yang Berhormat Pagoh berani dan sanggup mencari dana kewangan bagi menangani masalah COVID-19 dengan membelanjakan sebanyak RM530 bilion untuk membantu rakyat, walhal sebelum itu Kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Menteri Kewangannya Yang Berhormat Bagan mengatakan kerajaan tidak punya wang. Kononnya hutang negara sudah mencecah RM1 trilion sehinggakan buat kali pertama dalam sejarah pentadbiran negara Malaysia, pihak kerajaan terpaksa mewujudkan tabung bagi memohon sumbangan daripada rakyat kepada kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua
Masa sudah tamat Yang Berhormat. Pendekkan, ya.
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Dua, dua perenggan lagi. Dalam suasana ugutan untuk menjatuhkan kerajaan, Yang Berhormat Pagoh muncul sekali lagi sebagai wira apabila beliau bersedia untuk meletakkan jawatan Perdana Menteri dan mencadangkan Yang Berhormat Bera sebagai calon Perdana Menteri Ke-9.
Yang Berhormat Bera telah menyambung legasi kepimpinan Yang Berhormat Pagoh bagi menyelamatkan negara. Setinggi-tinggi tahniah Yang Amat Berhormat Bera yang sanggup mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan demi kepentingan rakyat dan berusaha mewujudkan kestabilan politik.
Tuan Yang di-Pertua, tidak perlulah kita mengocak dan mengeruhkan lagi suasana Dewan yang mulia ini semata-mata mencari jalan pintas untuk menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kabinet. Tunggulah sehingga PRU ke-15 yang akan datang tidak lama lagi.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Ya, sepertimana Yang Berhormat Pagoh tunggu ya.
[Ketawa]
Dato’ Syed Abu Hussin bin Hafiz Syed Abdul Fasal - Bukit Gantang
Saya cadangkan supaya Ahli-ahli Yang Berhormat memberikan sokongan sepenuhnya kepada Yang Berhormat Bera sebagai Perdana Menteri supaya beliau dapat mentadbir kerajaan dengan stabil sehingga PRU ke-15. Semoga negara dan rakyat Malaysia terus diberkati dan dianugerahi oleh Allah SWT dengan taufik dan hidayah, aman sentosa serta hidup bersatu padu di bawah lindungan-Nya. Saya menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Sudah jadi katak, janganlah puji katak lagi.
Tuan Yang di-Pertua
Seterusnya Yang Berhormat Kota Kinabalu. Sembilan minit. Sembilan.
Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu
Okey. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. So, hari ini merupakan Pesta Tanglung yang dirayakan oleh masyarakat Tionghoa dan saya merayakan Pesta Tanglung di Kuala
Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu
Lumpur tetapi rakyat saya di Kota Kinabalu hari ini masih sengsara kerana dilanda banjir kilat yang berkali-kali tiada kesudahan.
Bukan sahaja Kota Kinabalu tetapi juga Putatan, Penampang, Sepanggar, Papar sampai ke Kota Belud semua pun dilanda oleh banjir kilat. Saya tidak tahu kenapa pagi ini Yang Berhormat Kinabatangan dia marah Yang Berhormat Bagan kerana cancel project masa Pakatan Harapan tetapi saya rasa dia marah kerana beliau tidak dapat jawab kenapa berkali-kali banjir kilat berlaku sedangkan beliau memegang jawatan Jabatan Kerja Raya (JKR) di Sabah.
Selain banjir ini, untuk projek tebatan banjir di Lido yang bernilai RM76 juta dan juga projek tebatan air di Tamai, Presint 8 yang bernilai RM48 juta, kedua-dua projek ini sudah diluluskan pada RMKe-11 tetapi pelaksanaannya sampai sekarang belum jadi.
Hendak masuk tahun depan, tahun kedua RMKe-12 baru jalan kedua-dua projek ini.
Dengan keadaan yang begini, macam mana Kota Kinabalu hendak tunggu sampai RMKe- 13 baru masalah banjir kilat ini dapat diselesaikan.
Projek flagship Likas Barrage yang dicadangkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah bersama dengan Ahli Parlimen Keningau yang juga Timbalan Ketua Menteri di Sabah langsung tidak disenaraikan dalam RMKe-12. Saya dimaklumkan bahawa cadangan Likas Barrage ini masih dalam feasibility study. Saya telah dengar taklimat daripada JPS Sabah berkaitan dengan cadangan Likas Barrage ini dan ia sangat penting untuk membasmi masalah banjir di Likas, Kolombong, Inanam, Darau dan kawasan lain di Kota Kinabalu. Saya minta masukkan Likas Barrage ke bawah RMKe-12.
Selain daripada banjir, saya juga ingin membangkitkan secara ringkas berkenaan bencana kebakaran yang sering berlaku di Kota Kinabalu, tidak kira rumah setinggan atau rumah teres. Pada pagi 8 September, suatu kebakaran telah berlaku di Taman Hungab Penampang. Dilaporkan bahawa pihak bomba tersasar tempat kejadian dan lewat sampai sehingga mengorbankan empat orang sekeluarga dan juga kerosakan rumah jiran.
Apakah tindakan yang akan diambil terhadap pihak bomba yang didakwa lewat sampai? Pihak bomba mendakwa diberikan alamat yang salah. Saya ingin memohon kerajaan menyatakan butir-butir terperinci bagi keempat-empat panggilan kecemasan MERS 999 bagi kejadian tersebut dan adakah keempat-empat panggilan tersebut tersalah memberikan alamat? Lebih penting ialah penambahbaikan SOP, MERS 999.
Terdapat permintaan atau cadangan supaya SOP Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999 yang berpusat di Kuala Lumpur dikaji semula bagi mengelakkan kelewatan tindak balas kecemasan berikutan masalah komunikasi.
Sepatutnya apabila tahu panggilan adalah dari Sabah dan ada kecemasan, kenapa tidak terus sambung kepada pihak yang berkaitan seperti balai bomba daerah atau negeri terbabit atau berikan nombor telefon yang boleh dihubungi. Adakah Kerajaan Persekutuan akan menyemak semula SOP MERS 999 yang berpusat di Putrajaya?
“Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. Baru-baru ini Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan kita sama-sama menandatangani MoU.
MoU untuk membawa kestabilan politik dan juga transformasi untuk Parlimen dan pentadbiran kerajaan. Akan tetapi tadi saya khuatir selepas saya dengar Yang Berhormat Bukit Gantang mengatakan bahawa lompat ini merupakan dinamik politik.
So, saya minta sedangkan Kerajaan Persekutuan yang sign the document, sign the MoU dengan pihak Pakatan Harapan, saya harap Kerajaan Persekutuan boleh memastikan kesemua backbenchers ikut dengan disiplin untuk menghormati apa yang kita sudah persetujui dalam MoU tersebut.
Untuk MoU ini, satu perkara saya hendak bangkitkan untuk pindaan Perlembagaan Perkara 1(2). Ini kalau boleh kita dapat diperkenalkan balik sekali lagi dalam Dewan ini kalau boleh pada persidangan yang bermula pada 25 Oktober nanti dan kali ini kita luluskan ia dan naikkan Sabah Sarawak setaraf dengan Tanah Melayu.
Begitulah tinggi harapan saya taruh kepada Yang Berhormat Kota Marudu dan juga Yang Berhormat Santubong untuk berjaya dalam perkara yang merupakan low-hanging fruit ini.
Saya juga ingin membangkitkan isu berkenaan Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2021 atau RUU 355 dan juga RUU
Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu
Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam. Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa agama Islam ialah agama bagi persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan.
Ini jelas Islam diiktiraf sebagai Agama Persekutuan namun penganut agama lain masih bebas untuk menganut dan mengamalkan agama mereka secara harmoni. Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan beragama pula menyatakan bahawa setiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan mengembangkan agamanya tetapi tertakluk kepada fasal 4 iaitu menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganut agama Islam.
Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu
Penduduk Malaysia adalah terdiri daripada berbagai-bagai keturunan dan kepercayaan dan mereka adalah bebas untuk mengamalkan kepercayaan masing- masing. Dalam konteks Sabah ini, penyertaan Sabah dalam Malaysia dengan syarat- syarat yang terukir dalam Batu Sumpah termasuk agama bebas dalam Sabah, dana-dana dalam Sabah dikuasai oleh Kerajaan Negeri Sabah serta adat istiadat rakyat Sabah dihormati dan dipelihara oleh kerajaan.
Manakala rakyat-rakyat Sabah ini di interior, di pedalaman bersumpah taat setia kepada Kerajaan Malaysia. Selepas cadangan pindaan sekarang agama bukan Islam ini diuar-uarkan, bukan sahaja Presiden Majlis Gereja-gereja Sabah, Datuk Jerry Dusing malah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dari BERSATU juga menyuarakan bantahan.
Saya amat risau dengan perkembangan yang begini dan dulu Menteri Undang- undang Perikatan Nasional dari PAS, tapi sekarang Menteri Undang-undang Keluarga Malaysia ini dari Sarawak. Mengapakah isu ini tiba-tiba hangat dan dibangkitkan sekarang? Satu lagi isu untuk krisis pandemik di Sabah. Sabah ini masih serius untuk pandemik.
Untuk statistik yang terbaru. Dari 5 September ke 18 September, brought in dead, case brought in dead, kes yang kematian sebelum dihantar ke hospital tertinggi di Sabah.
Daripada 517 kes seluruh negara ini, 134 kes dari Sabah, 25 peratus dan satu lagi berita yang saya baru baca, PPV sangat kekurangan di Semporna sampai orang di sana kena berbaris menunggu dari awal pukul 2.00 pagi sampai ke pukul 5.00 petang baru dapat suntikan untuk vaksin.
Saya harap Menteri Kesihatan boleh mengarahkan seberapa banyak sumber yang boleh ke Sabah untuk menyelamatkan Sabah daripada krisis pandemik COVID-19.
Dengan kata ini saya ingin mengatakan, saya memohon untuk menyokong titah diraja.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Kota Kinabalu. Seterusnya Yang Berhormat Serian, selepas beliau Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Bachok, Yang Berhormat Kapar dan Yang Berhormat Stampin. Silakan Yang Berhormat Serian.
Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem - Serian
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana telah memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan titah diraja. Saya mulakan dengan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang di- Pertuan Agong di atas perkenan baginda berangkat merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas pada 13 September yang lalu. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Ahli Parlimen Bera atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-9. Semoga dengan pelantikan beliau, situasi politik di negara kita akan kembali menjadi stabil.
Tuan Yang di-Pertua, langkah pertama dan langkah berani yang diambil oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Kesembilan ialah dengan mengadakan MoU
Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem - Serian
dengan pihak pembangkang. Minggu lalu satu Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan telah dimeterai. Ini Tuan Yang di-Pertua adalah detik bersejarah kerana buat julung kalinya MoU di antara kerajaan dan pembangkang dapat dimeterai. MoU berpartisan ini harus dipuji dan harus disanjung tinggi kerana melalui MoU ini kerajaan dan pembangkang boleh sama-sama menggembeleng tenaga untuk mencari jalan bagaimana kita hendak menyelamatkan negara.
Bagi rakyat di kawasan Parlimen Serian, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan. Saya yakin MoU ini disenangi oleh kebanyakan rakyat yang sudah cemuh dengan persengketaan politik sejak Mac 2020.
Tuan Yang di-Pertua, jurang pembangunan. Jurang pembangunan dan isu kemiskinan di Sabah dan di Sarawak masih jauh ketinggalan berbanding dengan di Semenanjung. Sabah dan Sarawak masih merekodkan jumlah golongan yang miskin yang paling ramai. Sabah dan Sarawak masih tertinggal dalam pelbagai aspek. Masih banyak yang perlu dilakukan untuk meletakkan Sabah dan Sarawak setara dengan Semenanjung Malaysia. Kerajaan perlu mencari jalan untuk mengurangkan jurang perbezaan ini.
Tuan Yang di-Pertua, dasar Keluarga Malaysia yang disarankan oleh Baginda Tuanku dan menjadi teras pentadbiran kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Kesembilan, saya percaya dan saya yakin akan dapat mengurangkan jurang perbezaan ini kerana Keluarga Malaysia bermatlamat untuk mewujudkan Malaysia makmur, inklusif serta mampan. Isu Sabah dan Sarawak yang jauh ketinggalan dalam pelbagai aspek, hampir semua aspek hendaklah menjadi isu yang perlu dibendung, yang perlu ditangani oleh kerajaan. Dalam perkara ini Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih kepada kerajaan kerana mengekalkan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Sabah dan juga Sarawak.
Bagi kami di Sarawak dan di Sabah, jawatan ini amat penting. Portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Sabah dan Sarawak bukanlah calang-calang portfolio. Portfolio ini hendaklah berfungsi bukan saja sebagai Biro Pengaduan Awam akan tetapi lebih-lebih lagi sebagai penyelesai masalah. Tumpuan hendaklah ditumpukan untuk memastikan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diterjemah. Dalam pada ini, saya juga mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah atas usaha yang dimainkan oleh Majlis Khas Malaysia Agreement (MKNA63). Saya juga penuh yakin Majlis ini akan dapat menyelesaikan perkara-perkara yang terkandung dalam MA63.
Tuan Yang di-Pertua, saya pergi ke politik. Isu atau istilah katak lompat adalah istilah yang diberikan kepada wakil rakyat dan yang berpaling tadah, iaitu melompat parti.
Sejak bulan Mac 2020, istilah ini menjadi buah mulut, menjadi buah mulut rakyat. Tuan Yang di-Pertua, ada istilah lompat parti. Oleh yang demikian, perkataan berpaling tadah dari seorang wakil rakyat melompat parti yang dipanggil sebagai katak lompat. Tetapi kalau parti itu, seluruh wakil rakyat dalam parti itu melompat parti, apakah istilah yang boleh digunakan untuk mereka ini? Parti lompat, Bossku lompat atau kita semua lompat?
Inilah yang saya ingin tahu.
Saya menyatakan demikian Tuan Yang di-Pertua kerana saya percaya bila mana PRU15 diadakan, mungkin tujuh bulan dari sekarang, mungkin sehingga berakhirnya riwayat Parlimen Keempat Belas ini pada tahun 2023, saya percaya perkataan katak lompat, perkataan parti lompat akan kembali.
Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem - Serian
Maka dengan yang demikian Tuan Yang di-Pertua, saya cadangkan dan saya setuju ada ura-ura untuk kerajaan membentangkan Rang Undang-undang Anti-Lompat.
Saya percaya bila rang undang-undang ini dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan yang mulia ini, ia akan menjadi akta dan dengan terlulusnya akta nanti, maka saya percaya perkataan katak lompat dan lompat parti tidak akan timbul.
Tuan Yang di-Pertua, saya pergi sedikit kepada liputan jalur lebar dan juga talian telefon. Tuan Yang di-Pertua, dengan nada sedih, saya ingin memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa liputan jalur lebar di kawasan luar bandar negeri Sarawak, saya tidak tahu di Sabah, saya fikir Sabah pun begitu, amat-amat mengecewakan.
Dato’ Sri (Dr.) Richard Riot anak Jaem - Serian
Jalur lebar- perkataan 3G, 4G tidak timbul dan ini termasuk di kawasan Parlimen saya sendiri yang hanya 15 kilometer dari Bandar Serian. Hanya 15 kilometer dari Bandar Serian, liputan jalur lebar 3G tidak ada, 4G tidak ada, apatah lagi perkataan 5G. Oleh yang demikian, saya ingin menyeru kepada kementerian melalui Program-program Jendelanya, saya tahu berbilion ringgit telah diperuntukkan kepada MCMC iaitu untuk memastikan liputan jalur lebar termasuk di kawasan luar bandar lebih-lebih lagi di luar bandar Sarawak hendaklah dipertingkatkan.
Di luar bandar Sarawak saya sebut sekali lagi di kawasan Parlimen Serian di kampung saya sendiri, sudah ada menara (tower) komunikasi yang cantik, tetapi tidak berfungsi. Saya difahamkan menara yang berada di kampung saya sendiri, Kampung Pichin adalah miliki Sacofa. Menara yang cantik tetapi tidak berfungsi. Maka, dengan Program Jendela, saya mohon kepada kerajaan supaya liputan jalur lebar di kawasan luar bandar dinaikkan. Bagi menara-menara yang sudah sedia ada, pasanglah alat-alat pemancar yang berkesan yang mampu memberi teknologi sekurang-kurangnya 4G.
Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana signal telah menyuruh saya untuk duduk maka dengan ini saya menyokong Titah Diraja. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Serian. Yang Berhormat Shah Alam. Silakan.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Bismillahi Rahmani Rahim, Alhamdulillahi rabbil ‘alamin wassalatu wassalamu ‘wla sayidina Muhammadin wa’ala alihi wasahbihi ajma’in. Pada mulanya saya ucapkan terima kasih atas peluang menjunjung kasih terhadap titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Dalam titah itu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memberikan tumpuan kepada persoalan cara hendak menangani pandemik COVID-19. saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Selangor Task Force COVID-19 (STFC) yang telah mengamalkan dan memperkenalkan pendekatan iaitu find, test, trace, isolate and support (FTTIS).
Pendekatan ini telah pun kita masukkan dalam MoU yang ditandatangani di antara Pakatan Harapan dan kerajaan kerana kita melihat bahawa kerajaan gagal 1.0 di bawah Yang Berhormat Pagoh memang tidak mempunyai kaedah dan strategi yang jelas untuk menangani pandemik COVID-19 itu. Maka, kita masukkan pendekatan ini dalam MoU itu supaya kerajaan di bawah Yang Amat Berhormat Bera tidak akan mengalami masalah yang sama dalam menangani pandemik COVID-19 itu kerana akhirnya kalau dia tak dibantu, maka rakyat akan menjadi mangsa.
Pendekatan FTTIS ini sudah mula memperlihatkan hasilnya yang dahulu Selangor sering dikutuk, dikatakan jumlah yang tertinggi, jumlah yang tertinggi tanpa mengambil kira bahawa penduduk di Selangor adalah di antara yang tertinggi. Akan tetapi, sekarang ini dapat dilihat bahawa jumlah kes positif di Selangor makin menurun. Kerana apa? Ini kerana kita ada satu kaedah dan pendekatan yang berkesan.
Inilah di antara sebab kenapa MoU itu perlu, kerana kita melihat kerajaan yang dibentuk di bawah Yang Berhormat Pagoh dan sekarang di bawah Yang Amat Berhormat Bera amat lemah dan dalam keadaan clueless ataupun kabur, tak tahu apa hendak buat.
Kerana apa? Kerana mereka merupakan kerajaan yang di tubuh dengan raison d’etre nya hanya satu iaitu menafikan Kerajaan Pakatan Harapan berkuasa. Dia tidak tahu hendak buat kerja, hendak tangani masalah ekonomi. Hendak tangani masalah pandemik, maka kita masukkan strategi tangani COVID-19, strategi masalah hendak tangani masalah ekonomi kita masukkan dalam MoU itu supaya akhirnya, insya-Allah mereka tahulah apa hendak buat.
Saya hendak sebut berhubung dengan MoU ini, ada yang mengatakan tanpa MoU, kerajaan ini akan bertahan hanya 30 hari. Ini bukan datangnya daripada PH tetapi datangnya daripada Ahli Parlimen UMNO itu sendiri. Ia nya merupakan satu kenyataan yang amat memalukan. Ini kerana MoU ini yang pertama, semua kena faham kita bukan
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
sokong Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob maaf, kita bukan menyokong Yang Amat Berhormat Bera, kita hanya mengatakan kita akan bekerjasama untuk menangani masalah COVID-19 dan masalah ekonomi tetapi soal sokongan terhadap Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob sebanyak 115 Ahli Parlimen ataupun 114 Ahli Parlimen itu masalah kamu.
Kalau kamu berbalah-balah antara kamu seperti mana yang berlaku pada zaman Yang Berhormat Pagoh dan saling menjatuh-jatuhkan, itu nasib awaklah. Bukan kami yang menyokong kamu. Jangan ada yang memberikan gambaran bahawa MoU ini menyelamatkan Yang Amat Berhormat Bera, minta maaf hendak sebut pula nama ya.
Jangan beri gambaran MOU ini hendak selamatkan Yang Amat Berhormat Bera, bukan itu matlamat dia.
Dia ada majoriti 114. Kalau 114 ini tidak saling khianat mengkhianati sepertimana merupakan budaya politik Perikatan Nasional, Barisan Nasional maka dia akan selamat.
Selamatnya dan berterusannya sebagai Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bukan atas kami, atas kamu. Atas Perikatan Nasional dan Barisan Nasional supaya kamu lebih berdisiplin dan jangan mengamalkan budaya khianat, tikam di belakang sesama sendiri sepertimana yang telah diamalkan semasa hasil langkah Sheraton. Ada Yang Berhormat Bukit Gantang tadi hendak kata, oh! Tak ada salahnya.
Eh! Awak diundi oleh rakyat untuk bersama dengan Pakatan Harapan, awak menang pilihan raya dengan undi penyokong-penyokong Pakatan Harapan, awak khianat setelah awak menang dan awak lompat sehingga menyebabkan Kerajaan Pakatan Harapan pilihan rakyat dijatuhkan. Saya cabar Yang Berhormat Gombak bertanding di Gombak dalam PRU ke-15. Saya cabar Yang Berhormat Bandar Tun Razak bertanding di Bandar Tun Razak dalam PRU ke-15.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Kamu telah menang dengan sokongan Pakatan Harapan dan kamu khianat dan itulah sebabnya undang-undang anti-lompat ini perlu diadakan.
[Dewan riuh]
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Saya hendak baca pantun. Relaks dahulu.
*Kalau ingin menyeluk pekasam, Biarlah sampai ke pangkal lengan.
Teruslah bergelut sampai lebam, Libatkan Pakatan Harapan jangan.* Kami tidak ada kena mengena dengan amalan dan budaya itu.
Tuan Yang di-Pertua, budaya lompat melompat dimulakan melalui Langkah Sheraton ini yang jatuhkan Kerajaan PH. Selepas itu, kerajaan di bawah Yang Berhormat Pagoh dijatuhkan juga, bukan oleh PH tetapi oleh 14 orang Ahli Parlimen UMNO yang tarik sokongan daripada Yang Berhormat Pagoh. Ada kemungkinan Yang Amat Berhormat Bera juga dijatuhkan kembali dan kalau ia berlaku itu adalah kerana budaya politik yang buruk dan rosak yang diamalkan sesama mereka.
Apa yang kita lihat, politik lompat melompat ini telah menghasilkan sebuah kerajaan yang lemah, majoritinya amat tipis dan inilah sebabnya sepatutnya undi percaya dilakukan dalam Parlimen. Sepertimana yang dititah oleh Yang di-Pertuan Agong untuk hendak buktikan bahawa kerajaan ini ada sokongan yang mantap dan kukuh. Akan tetapi, tidak berani hendak buat, kerana apa? Ini kerana, dia sedar, dia duduk bersama a gang of thieves yang tidak boleh dipercayai, minta maaf. Oleh sebab itu, dia tidak hendak buat undi percaya.
Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebut tentang Kementerian Wilayah Persekutuan. Saya hendak Yang Berhormat Menteri Wilayah– hari itu dia ada sebut apabila saya timbulkan soalan, mana hendak dapat sebanyak RM7 bilion untuk membeli tanah di Kampung Baru. Saya hendak beritahu Yang Berhormat Menteri Wilayah, kamu belanja sebanyak RM7 bilion, kamu beli tanah hampir 200 ekar. Gross Development Value
(GDV) hasil pembangunan Kampung Baru itu, boleh mencecah sampai RM40 bilion.
Maknanya apa? Maknanya beli tanah Kampung Baru itu bukan soal kebajikan, tetapi ianya satu perniagaan yang boleh mendatangkan keuntungan dan kerajaan perlu
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
memimpin supaya penduduk di Kampung Baru tidak menjadi ‘lauk’ kepada pemaju- pemaju sepertimana yang telah berlaku setelah sekian lama.
Jikalau ia dilakukan dengan baik, maka hasil DBKL akan bertambah kerana dari 5,000 buah rumah akhirnya boleh dapat sebanyak 50,000 buah rumah kerana plot ratio one is to 10 dengan izin. Boleh dapat sebanyak 50,000 buah rumah, bererti pendapatan DBKL juga akan bertambah. Dengan cukai pintunya, dengan cukai stratanya dan sebagainya. Akan tetapi malangnya, kerajaan yang ada katanya Melayu Islam tetapi tak nak tolong orang Melayu dalam perkampungan yang terakhir di tengah-tengah Bandar Kuala Lumpur.
Terakhir, yang terakhir, last one Tuan Yang di-Pertua. Banyak minta maaf ya, saya kagum dengan dasar Kementerian Wilayah Persekutuan yang dahulu saya menjadi Menteri Wilayah Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak tahu ada dasar prosper-thy-neighbour
(kayakan jiran kamu). Sepertimana yang kita sudah dengarlah video, di mana jiran mantan Yang Berhormat Menteri Wilayah telah mendapat tanah sebanyak 2.9 ekar di Jalan Peel.
Sedangkan syarikatnya hanya paid-up capital sebanyak RM100 sahaja. Akan tetapi, dia ada dasar prosper-thy-neighbour (kayakan jiran kamu). Maka dia berikan projek itu kepada jiran dia di Kelantan. Ini sepertimana yang dilaporkan oleh UMNO Wilayah Persekutuan Tuan Yang di-Pertua.
Selain daripada itu, saya hendak cerita pula, saya Presiden KLFA. Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur dipajakkan kepada seorang lagi jirannya yang duduk di Damansara Height. Inilah prosper-thy-neighbor Kementerian Wilayah Persekutuan yang dipimpin oleh mantan Menteri. Bukan mantan Menteri itu saya, tetapi di antara saya dengan yang ada sekarang ini. Kalau saya tahulah Tuan Yang di-Pertua, ada dasar prosper-thy-neighbor, saya pun ramai jiran-jiran Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi, saya tidak tahu. Akan tetapi, inilah kelebihan UMNO. Saya harap Menteri Wilayah akan jawab tentang isu-isu ini.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Seterusnya Yang Berhormat Bachok, silakan.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim, *Alhamdulillahi rabbil ‘alamin.
[Berselawat]* Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi Penggal Keempat. Pelbagai perkara telah diangkat oleh baginda demi memastikan negara kita Malaysia yang sejahtera makmur dan maju, insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, kejayaan Program Vaksinasi di negara kita sememangnya sesuatu yang wajar diberikan perhatian. Meskipun berhadapan dengan masalah bekalan vaksin pada bulan April dan Mei tahun lalu, namun dalam beberapa bulan sahaja kita telah berjaya meningkatkan kapasiti bekalan dan pusat pemberian sekali gus menyaksikan populasi dewasa yang telah menerima satu dos hampir mencecah sebanyak 100 peratus.
Manakala, dos lengkap pula semakin hampir mencecah sebanyak 80 peratus.
Kita perlu sedar bahawa aspek ketidakseimbangan perolehan vaksin sangat jelas berlaku di peringkat global dengan kadar vaksinasi di negara-negara kurang membangun kebanyakannya masih rendah. Malaysia juga hampir terperangkap dalam senario ketidakseimbangan tersebut. Walaupun kemudiannya berjaya mengatasi kemelut dan menjadi antara negara tertinggi kadar vaksinasi di peringkat global. Oleh sebab itu, kejayaan vaksinasi di Malaysia bukan sekadar cerita pemberian vaksin dalam kapasiti yang optimum, tetapi ia juga kejayaan melawan ketidakseimbangan global terhadap Program Vaksinasi itu sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, para saintis mengingatkan masyarakat dunia tentang mutasi virus COVID-19 dan sejauh mana vaksinasi pada hari ini masih ampuh untuk bertahan. Kajian-kajian klinikal sedang menumpukan kepada pelaksanaan dos ketiga dan tidak mustahil akan dilaksanakan kelak. Saya mengucapkan penghargaan kepada
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok
kerajaan kerana terus prihatin dalam menyediakan langkah intervensi mendepani fasa endemik dengan pemberian pakej penjagaan COVID-19 kepada keluarga Malaysia kategori B40. Dalam aspek fasa mendepani fasa endemik ini, saya ingin menyentuh beberapa aspek utama yang perlu dijadikan tumpuan kepada kerajaan.
Pertama berkenaan tumpuan data berkaitan COVID-19 oleh kerajaan, saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan seperti KKM, MOSTI, JKJAV dan sebagainya yang telah membangunkan laman sesawang COVIDNOW yang lebih interaktif, updated dan transparent. Pembangunan laman sesawang sebegini membantu kefahaman masyarakat awam terhadap perkembangan data-data berkaitan COVID-19 di negara ini.
Walau bagaimanapun, tumpuan data kerajaan perlu diperhalusi khususnya melibatkan laporan kes-kes kumulatif harian. Di sesetengah tempat, laporan kes harian tidak lagi menjadi perhatian kerana kita juga sedia maklum golongan yang menerima dos lengkap tidak terkecuali daripada turut dijangkiti. Cuma apa yang perlu kita fokuskan adalah kes-kes hopitalisasi dalam kategori tiga, empat dan lima. Kes-kes kematian termasuklah kes kategori satu, dua yang mempunyai sejarah penyakit comorbidity.
Oleh sebab itu, dalam era endemik kelak sewajarnya laporan kes hanya tertumpu kepada kes-kes kritikal sahaja supaya intervensi dasar lebih tepat dan terarah. Endemik bermaksud, hidup bersama dengan virus untuk tempoh tertentu.
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok
Jadi untuk menghapuskan virus secara terus di bumi Malaysia dan global ini telah menjadi strategi jangka sederhana dan juga panjang. Bukan lagi dalam tempoh sebulan yang akan datang. Saya juga meneliti perkara ini yang telah dibangkitkan. Minta maaf. Tuan Yang di-Pertua, saya terpaksa potong-potong.
Pelbagai perkara memerlukan kepada butang reset setelah hampir 2 tahun dihimpit pandemik COVID-19. Cara kita mengendalikan urusan seharian perlu diselaraskan, memenuhi acuan norma baharu. Perkara ini tidak terkecuali juga kepada aspek-aspek pemikiran dan ketatanegaraan yang lebih besar, mustahak dan memerlukan kepada penekanan butang reset supaya kita kembali bertaut di bawah satu teras, prinsip dan konsep Keluarga Malaysia yang bersatu padu.
Penghayatan terhadap perlembagaan negara serta prinsip dalam Rukun Negara yang merangkumi aspek “Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang dan Kesopanan dan Kesusilaan” perlu terus dipertahankan oleh generasi demi generasi. Kepelbagaian agama, kaum dan etnik memerlukan kepada sikap tolak ansur yang tinggi serta saling hormat- menghormati di antara satu sama lain. Pembinaan landskap terhadap pengukuhan perpaduan negara memerlukan kepada penglibatan bersama atau whole-of-society bagi melahirkan masyarakat yang bersatu padu dalam mengharungi cabaran mendatang.
Inilah antara aspek yang memerlukan butang reset pasca pandemik COVID-19.
Selain soal perpaduan, nilai integriti juga tidak wajar dipandang sepi. Saya perhatikan sangat banyak perbahasan-perbahasan mengenai nilai integriti serta pencegahan rasuah dibahaskan dan dibincangkan termasuk di dalam Dewan yang mulia ini. Ia suatu perbahasan yang boleh menyuburkan kesedaran kepada masyarakat dan pemimpin di pelbagai peringkat. Namun, tentunya perkara ini juga perlu disimpul secara rapi dalam bentuk polisi dan dasar negara serta perundangan bagi memastikan impian negara bebas rasuah ini bukan satu omongan kosong.
Kita wajar bertanya sejak lebih 60 tahun negara kita mencapai kemerdekaan, sejauh manakah dasar-dasar anti rasuah benar-benar dapat dikuatkuasakan? Jika kes- kes rasuah dalam kalangan ahli politik pun masih ada yang disapu di bawah karpet atau wujud dakwaan berlakunya pendakwaan terpilih yang mencemarkan wajah pembaharuan politik dalam negara kita. Ini semua persoalan besar yang perlu ditanggapi sebaiknya.
Saya mengharapkan agar kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Bera meneruskan legasi integriti kerajaan Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin sebelum ini. Insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membawa perbahasan ini kepada isu sosial dan agama yang berlaku di negara kita. Saya merasa bimbang dengan usaha pihak
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz - Bachok
tertentu untuk turut mengiktiraf golongan LGBT di negara ini. Pada Jun yang lalu, SUHAKAM telah membuka tawaran pencarian penyelidik bagi sebuah penyelidikan bertajuk, “the Feasibility of Having Legislation on the Recognition of a Third Gender in Malaysia”. Dengan menyasarkan output kajian iaitu cadangan untuk memberikan hak kepada golongan transgender dari sudut perundangan dan dasar kerajaan.
Ironinya, kajian tersebut dikelolakan oleh pihak SUHAKAM yang merupakan badan penting dalam menjaga hak asasi manusia di negara ini. Adakah orientasi seksual dan identiti gender yang diperjuangkan dalam kerangka fikir golongan LGBT ini adalah tertakluk daripada sebahagian hak asasi manusia.
Sejak bila negara kita perlu tunduk sepenuhnya kepada piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan peruntukan di bawah Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1946? Sejak bila pula piagam ini benar-benar mengikat pengamalan dan perundangan di negara ini supaya menuruti keseluruhan kehendak antarabangsa tanpa mengambil kira pengamalan agama dan juga budaya masyarakat Timur di sebelah negara kita. Inilah yang kita bimbangkan terhadap pembentukan generasi pelapis negara pada masa akan datang.
Sedikit demi sedikit normalisasi berlaku dalam masyarakat meskipun undang- undang tidak membenarkannya. Munculnya golongan mak nyah yang berleluasa di media sosial tanpa ada rasa bersalah berpakaian seperti seorang perempuan. Adakah perundangan dalam negara hari ini terlalu longgar untuk mengekang aktiviti sedemikian rupa? Oleh sebab itu, saya berpandangan program-program di bawah JAKIM seperti Mukhayyam serta pendidikan agama perlu terus diperkasakan bagi membimbing mereka pulang ke pangkal jalan. Bukan mengambil jalan sebaliknya iaitu untuk mengiktiraf golongan ini. Ia wajar terus mendapat perhatian daripada pihak kerajaan hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, kita masih berada pada fasa-fasa akhir sebelum menjengah ke fasa endemik. Pelbagai perkara memerlukan kepada pembangunan semula penstrukturan dan pemulihan pasca pandemik. Kesemua ini tidak akan berjaya direalisasikan jika kita masih berpecah belah. Semoga usaha pemupukan semangat kerjasama di antara pihak kerajaan dan pihak pembangkang di Dewan yang mulia ini akan memberikan kekuatan kepada pembangunan negara kita. Insya-Allah.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Bachok. Selepas ini ialah Yang Berhormat Kapar. Saya ingin umumkan selepas Yang Berhormat Kapar ialah Yang Berhormat berikut, Yang Berhormat Setampin, Yang Berhormat Kubang Pasu, Yang Berhormat Lumut, mengikut giliran ya. Yang Berhormat Ipoh Barat, Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Mas Gading, Yang Berhormat Jelutong kalau beliau sempat sampai dan yang akhir sekali Yang Berhormat Ipoh Timur. Sekarang Yang Berhormat Kapar, silakan.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi ruang kepada saya bersama-sama Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Menyinggung kepada perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh baginda. Pertama ialah apakah perancangan untuk kita menghadapi COVID-19?
Pertama, saya ingin menyinggung tentang dana SIP atau Skim Insurans Pekerja dan ini adalah satu langkah untuk kita memperlihatkan untuk membantu mereka-mereka yang telah dibuang kerja yang telah hampir pada setakat ini sudah mencecah satu juta, Tuan Yang di-Pertua. Ini betul membimbangkan. Amat membimbangkan dan saya tidak nampak Kementerian Sumber Manusia melakar satu cadangan, kerangka yang membolehkan kita yakini bahawa pembelaan pada satu juta lebih pekerja ini dapat dibela.
Kedua, saya ingin mendapat makluman tentang langkah-langkah untuk menghidupkan kembali syarikat-syarikat IKS ini kerana bila hidup syarikat IKS ini maka pekerja-pekerja itu dapat diselamatkan dan satu dana besar perlu diwujudkan untuk membantu syarikat-syarikat ini.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Ketiga, saya ingin mendapat maklumat untuk memastikan Kementerian Kesihatan membenarkan syarikat-syarikat memberikan vaksin kepada pekerja-pekerja mereka supaya mempermudah melengkapkan sasaran kita pada Oktober ini 100 peratus untuk kita melebar luaskan pada rakyat kita untuk mendapat peluang vaksin dengan secara yang lebih mudah. Saya ingin juga menyertakan perkara yang saya bimbangi bilamana saya dimaklumkan di sekolah-sekolah, PIBG diminta menanggung kos vaksin sedangkan kita telah meluluskan bajet vaksin ini puluhan juta.
Jadi, saya minta Kementerian Kesihatan untuk tidak membebankan PIBG yang deskripsinya berbeza dengan apa yang sepatutnya mereka lakukan. Saya tidak boleh terima kalau Kementerian Kesihatan mendesak kalau benar– PIBG untuk membiayai, saya rasa itu keterlaluan dan saya harap Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan supaya bercermat dan lebih bersifat adil ketika menyarankan atau menegaskan kepada PIBG untuk membayarnya.
Saya dimaklumkan di Klang, Tuan Yang di-Pertua, PIBG diminta untuk mengeluarkan wang RM1,600 di setiap sekolah. Ini nampaknya begitu meruncingkan tetapi saya berbalik kepada Kementerian Pendidikan supaya jangan membebankan pihak PIBG yang sekarang ini sudah susah untuk collect duit yuran pun susah Tuan Yang di- Pertua. Sekarang ini banyak mak ayah yang tidak bekerja. Jadi, faham-fahamlah Kementerian Pendidikan, jangan membebankan.
Keempat, saya ingin menegaskan bahawa Kementerian Sumber Manusia supaya memastikan kemahiran pekerja yang terlibat, pemberhentian pekerja dan lepasan pelajar peringkat menengah serta menyediakan pekerjaan terhadap pengangguran yang hampir satu juta itu. Apa kerangkanya Tuan Yang di-Pertua? Kita hendak lihat apa yang dilakukan supaya mereka ini melepas fasa kedua.
Ini fasa pertama, kita tengok pembuangan kerja begitu luar biasa berlaku dan sekarang ini fasa kedua pemulihan dan fasa ketiga persiapan untuk kita hendak menyediakan ruang-ruang pekerjaan kepada mereka yang memerlukan. Di sini saya ingin menyinggung satu Syarikat United Industries di Meru tempat saya, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Dia paksa orang cuti. Kemudian kalau tidak ambil cuti, dia potong gaji. Kemudian apabila saya bagi makanan, dia bagi warning letter kepada pekerja-pekerja di sana. Saya rasa bilamana gaji tidak dibayar, bila pergi kepada Jabatan Buruh dia bayar. Kemudian— tetapi tindakan itu tidak cukup lengkap kerana penganiayaan mereka lakukan begitu berterusan terutama sekali kepada pekerja tempatan.
Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, syarikat ini hampir 80 peratus pekerja asing dan ini juga membuat saya keliru dengan keadaan-keadaan yang berlaku dalam syarikat-syarikat yang ditegaskan oleh kerajaan tetapi tidak dilaksanakan. Apa yang saya lebih berasa keperluan itu ada ialah kementerian-kementerian terlibat mesti melaksanakan tugas membuat pemantauan, membuat siasatan sama ada benar atau tidak laporan-laporan ini. Kemudian mengambil tindakan kerana mereka ini sebenarnya pengkhianatan terhadap kezaliman pekerja-pekerja. Jadi saya minta kementerian supaya menyudahkan kerja mereka dengan cara yang baik.
Ruang kepada kos sara hidup Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kos sara hidup ini begitu meruncing. Dahulu sebelum dibicarakan soal harga minyak masak naik begitu luar biasa sampai 30 peratus Tuan Yang di-Pertua, gaji pekerja-pekerja dipotong, pekerja- pekerja hilang pekerjaan tetapi kos sara hidup ini terus meningkat. Apabila kita tanya kepada Menteri pada waktu itu, Menteri kata 30 peratus naik itu kemampuan rakyat Malaysia untuk menerima ataupun mendapatkan barangan-barangan tersebut. Kenaikan harga barang, minyak masak, cili, petroleum, dan macam-macam semuanya meningkat hingga 30 peratus. Jadi, lebih 30 peratus.
Saya minta Menteri supaya— Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ini, dia jadi berguna betullah. Jaga kerja elok-elok sikit supaya rakyat tidak terkesan dan terbeban dalam suasana ataupun keadaan sekarang ini. Saya harap ia memberikan kesan baik kepada barangan untuk dikawal selia supaya tidak membebankan rakyat.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Kedua, saya hendak beritahu tentang— saya ingin menyinggung juga tentang elaun peruntukan Ahli Parlimen ini bila kita telah pun bersetuju untuk diberikan kesaksamaan untuk kita reform Parlimen. Saya minta semua Ahli Parlimen terlibat secara langsung, jangan dianaktirikan atau diketepikan beberapa Ahli Parlimen untuk mereka mendapat hak mereka dalam reform Parlimen ini. Termasuklah peruntukan-peruntukan yang begitu dituntut oleh Ahli-ahli Parlimen.
Saya hendak pergi pada kawasan saya Tuan Yang di-Pertua. Saya berterima kasih kepada Kementerian Kerja Raya kerana telah pun menurap ataupun penambahbaikan jalan-jalan raya di 52 kilometer di seluruh Kapar menuju ke Meru tetapi saya hendak beritahu, tidak sepenuhnya. Saya minta supaya bajet yang telah diluluskan pada tahun 2019 diberikan kembali ataupun disudahkan kerja itu supaya selesakan penduduk-penduduk Kapar. Ini telah pun dilakukan tetapi separuh jalan. Saya mohon supaya dilaksanakan secara total dengan jumlah RM460 juta itu yang telah pun diluluskan sebelum ini.
Hospital sudah pun dikenal pasti tempatnya tetapi masih lagi belum ada langkah untuk menyediakan apa yang dipanggil hospital untuk diberikan kepada kawasan Kapar.
Begitu juga dengan IPD Klang Utara. Jadi tidak nampak— kenampakan perjanjian itu ada tetapi langkah untuk penyegeraan itu perlu diproaktifkan supaya ia cepat disiapkan.
Keempat, sekolah di Kapar ini Tuan Yang di-Pertua, pelajar satu-satu sekolah sampai 3,000 lebih, 4,000 lebih. Kapar ini Tuan Yang di-Pertua punyalah padat dan saya tidak nampak melengahkan waktu untuk menyediakan persekolahan yang pada keadaan pandemik waktu ini amat meruncingkan. Saya cukup takut ia akan memberikan kesan beban baru kepada pelajar-pelajar dan juga kepada guru-guru yang menjadi pengajar kepada sekolah-sekolah demikian. Saya minta Kementerian Pendidikan supaya buat satu perancangan yang lebih teratur di mana langkah-langkah untuk menambahkan— terutama sekali bagi sekolah-sekolah yang mempunyai kepadatan pelajar-pelajar.
Terakhir untuk pekerjaan—saya ada satu minit lagi, insya-Allah akan habis ini.
Akta Kerja 1955 saya hendak tanya, Akta Kerja 1955 bila hendak dilaksanakan? Bila hendak dilaksanakan itu Yang Berhormat Menteri kena jawab. Ini kerana kita percaya mantan Menteri Sumber Manusia telah pun memaklumkan sebelum ini untuk di-submit- kan, untuk dibahaskan atau diluluskan dalam pindaan Akta Kerja 1955.
Terakhir sekali ialah hospital COVID-19 ini, saya berpandangan bahawa ia perlu diwujudkan di semua daerah ataupun sekurang-kurangnya negeri untuk kita asingkan pesakit dengan pesakit-pesakit selain daripada COVID-19 diberikan perhatian dan tidak didedahkan dengan jangkitan yang berganda. Oleh sebab itu kalau kita tengok kalau pesakit dari hospital itu disumbatkan semua dalam satu hospital Tuan Yang di-Pertua, daripada sakit jantung sakit COVID-19 datang.
Daripada perubatan kencing manis datang kencing tawar dengan COVID-19 pun datang. Jadi itulah yang saya sarankan supaya kita tengok negara-negara luar terutama sekali negara China yang mengadakan satu hospital khusus untuk COVID-19. Saya minta kalau boleh seluruh negeri ada empat belas ini dimulakan dahulu, setiap satu negeri kemudian daerah-daerah 159 itu. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Kapar. Yang Berhormat Stampin. Tidak ada? Yang Berhormat Stampin? Tidak ada.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Boleh saya mengambil alih? Dia sebenarnya dalam mesyuarat...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kupang Pasu dahulu ya? Yang Berhormat. Silakan.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang untuk saya turut berbahas dalam Usul Menjunjung Kasih atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Pertamanya, saya hendak sentuh tentang belanja yang dikeluarkan untuk menghadapi pandemik COVID-19 ini. Dalam keratan akhbar New Straits Times pada 10 September disebut— Yang Berhormat Menteri Kewangan menyebut, “Masih ada berbaki RM300 bilion wang yang hendak dibelanjakan untuk rakyat dan juga businesses berkenaan dengan COVID-19. Antara Mac 2020 hingga Jun 2021, selama enam belas bulan sebanyak RM260 bilion telah— being disbursed dengan izin, yang mana memberikan kesan kepada 20 juta orang rakyat dan 2.4 juta businesses.” Selama enam belas bulan, RM260 bilion, sekarang ini kita tinggal lagi dalam Julai hingga Disember, enam bulan masih berbaki RM300 bilion yang hendak dibelanjakan.
Jadi saya hendak tanya, yang telah dibelanjakan ini 20 juta dan 2.4 juta businesses yang terkesan atau mendapat nikmat ini. Sebenarnya RM260 bilion ini direct fiscal injection daripada kerajaan banyak mana? Kalau moratorium termasuk dalam ini, minta dicerakinkan. Sejumlah RM300 bilion yang hendak dibelanjakan selepas ini di mana ia akan dibelanjakan dan sekali lagi saya hendak tahu ialah tentang— cerakinan tentang direct fiscal injection yang dibuat oleh pihak kerajaan terhadap perkara ini.
Bagi saya, ya alhamdulillah telah dibelanjakan tetapi nampaknya macam a bit too little too late dengan izin. Oleh sebab contohnya, Bantuan Khas COVID-19 yang diberikan, miskin tegar diberikan RM1,300, RM500 dalam bulan September, bulan ini. Sejumlah RM500 bulan November dan RM300 dalam bulan Disember. B40 dapat RM800, RM500 September dan RM300 Disember. M40 dapat RM250. Single, orang yang single B40, M40 dapat RM200 one-off. Kalau kita buat perkiraan Tuan Yang di-Pertua, untuk enam bulan dapat RM200, maknanya RM33 sebulan ataupun lebih kurang RM1 sehari. Hendak belanja apa? RM1 sehari.
Jadi, oleh yang demikian kita kena tahu bahawa sebenarnya pemberian terus ini walaupun ada setengah mengatakan tidak berapa bagus, tetapi bagi mereka yang mempunyai pendapatan yang rendah dan mungkin hilang langsung pendapatan ini, marginal propensity untuk consume bagi orang-orang yang seperti ini Tuan Yang di- Pertua, hampir satu. Maknanya apa yang kita beri itu semuanya akan dia spend.
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Ini baik untuk ekonomi. Berbanding dengan orang yang mempunyai pendapatan yang agak besar, kita bagi RM100 kepada dia, mungkin dia belanjakan RM50, RM50 lagi dia simpan. Akan tetapi ini kita beri 100 percent, dia akan gunakan untuk dibelanjakan dan this is good for economy, untuk manfaat yang lain.
Bantuan kepada SME disebutkan 2.4 juta businesses yang mendapat manfaat.
Saya mohon diberikan pecahan ini kerana banyak rungutan daripada SME, di mana apabila mereka hendak memohon semua yang disebutkan dalam pakej-pakej ini, orang Negeri Sembilan kata, banyak songeh. Macam-macam ditanya dan akhirnya, kalau macam moratorium itu mereka minta, sudah tidak automatik. Apabila minta rupanya, akhirnya, jadi macam refinancing. Jadi maknanya interest reflected dan sebagainya.
Jadi dalam tourism related industry pada tarikh 20 Ogos, hanya 3.6 peratus daripada jumlah syarikat-syarikat yang berdaftar di bawah tourism related industry ini yang mendapat bantuan daripada ini ataupun 11.2 peratus sahaja daripada RM600 juta yang dijanjikan. Oleh yang demikian, kita mengharapkan supaya ini dapat dilihat kembali. Kalau kita perlu spend, spend lah sebab kalau mereka sudah menggulung tikar, tidak ada gunanya lagi.
Disebutkan dalam National Employment Council mengatakan 350,000 job baharu being created. Kita hendak tahu di bidang apa. Ini disebabkan kalau kita tidak membantu yang sedang tenat ini, yang kemudiannya “gulung tikar”, menyebabkan hilang pekerjaan dan sebagainya, sehingga bulan Oktober 2020, Perdana Menteri ketika itu menyebutkan 800,000 orang telah hilang pekerjaan. Kalau kita baru boleh hendak mewujudkan 350,000 dengan spend macam-macam untuk create yang sudah ada tetapi perlu dibantu, kita bantu dan kita dapat save 800,000 pekerjaan ini.
Saya juga hendak bertanya di bawah pakej PRIHATIN, RM1 bilion diberikan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menyediakan keperluan makanan dan sebagainya. Kita hendak tahu, RM1 bilion ini dibelanjakan di mana? Apakah kesannya yang telah dapat diberikan?
Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu
Tuan Yang di-Pertua, saya pergi kepada– dua minit lagi tinggal. Saya pergi kepada perkara yang kedua tentang kenaikan harga barangan. Sepintas lalu, masa tidak cukup. Walaupun purata pendapatan isi rumah telah merosot sehingga 10.3 peratus dan juga pendapatan penengah yang merosot 11.3 peratus dalam tahun 2020 dan saya yakin 2021, keadaan lebih teruk. Maka apabila berlaku pendapatan makin kurang, kemudiannya kos sara hidup semakin meningkat.
Latest yang kita dengar harga ayam naik sampai RM10 lebih sekilo. Kemudian, harga sayur-sayuran yang ada di sini kalau boleh saya bacakan daripada Department of Statistics Malaysia, sawi hijau naik sampai 27 peratus. Banyak sayur yang naik harganya.
Itu barang makanan. Minyak masak seperti mana yang kita ketahui, memang kita tahu naik 100 peratus.
Kemudiannya bukan setakat bahan makanan tetapi juga bahan binaan juga meningkat dengan cukup ketara. Jadi saya hendak tanya, apakah tindakan yang diambil?
Sudahlah pendapatan semakin berkurangan, kemudian tidak pula ditangani kenaikan- kenaikan harga kos ini dan mungkin ada intervention yang boleh dibuat oleh pihak kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, ketiganya, saya hendak sebutkan tentang peralihan kerajaan yang ada daripada kerajaan sebelum ini PN, kepada kerajaan yang baharu, kita mengharapkan adalah sesuatu yang baharu hendak kita lihat daripada segi pengurusan dan pentadbirannya yang lebih menguntungkan kepada rakyat. Akan tetapi akhirnya nampak serupa sahaja dan mungkin lebih teruk apabila bilangan Ahli Kabinet, Menteri dan Timbalan Menteri, ingatkan hendak dikurangkan tetapi bertambah. Ingatkan sudah tidak ada lagi special envoy bertaraf Menteri, ada lagi. Kita hendak tanya, apakah sumbangan yang telah diberikan sebelum ini sehingga perlu mengekalkan special envoy dengan bertaraf Menteri ini?
Kita juga hendak bertanya, yang saya ingat icing di atas kek ini, yang paling saya rasa lucu Tuan Yang di-Pertua ialah apabila seorang yang kami istilahkan gagal sebagai seorang Perdana Menteri akhirnya– mungkin sebahagian scheme of things, akhirnya dilantik menjadi Pengerusi kepada MPN. Apakah yang saya hendak tanya setakat ini ialah sudah berapa kali membuat mesyuarat? Apakah tindakan-tindakan yang telah diambil?
Rakyat hendak tahu. Kalau gagal sebagai Perdana Menteri, setakat hendak jadi bertaraf Menteri, jadi Pengerusi MPN, saya ingat, habislah.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua ialah masalah di kawasan Bukit Kayu Hitam yang bersempadan dengan Thailand. Memang Bukit Kayu Hitam merupakan pintu masuk kepada kontena-kontena dari selatan Thailand. Masalah yang berlaku ialah lori yang masuk ini, setelah clearance di ICQS, mereka akan pergi meletakkan kontena di kontena depot di kawasan perindustrian Bukit Kayu Hitam yang dibenarkan.
Di bawah Akta JPJ ini, seksyen 21(5), Akta Pengangkutan Jalan dan seksyen 90(1), lori ini kalau tanpa insurans, hanya dibenarkan dalam perimeter dua kilometer sahaja daripada sempadan. Untuk sampai ke kontena depot ini, dia kena pergi sampai 3.7 kilometer, corner masuk.
Jadi untuk memastikan bahawa mereka tidak ditahan oleh JPJ, mereka shortcut masuk dalam kawasan taman yang menimbulkan kacau ganggu, jalan rosak, keselamatan dan sebagainya. Saya mencadangkan, hendak meminta kepada pihak Yang Berhormat Menteri Pengangkutan untuk melihat dan memberikan sedikit kelonggaran kepada lori-lori ini agar dibenarkan sampai ke traffic light yang ada itu, sekitar 3.7 kilometer. Kemudian corner masuk dalam kawasan perindustrian tanpa mengganggu lalu lintas yang ada dalam kawasan taman. Jadi, saya harap ini dapat diberikan perhatian.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun ada isu-isu yang lain tetapi oleh sebab masa tidak mengizinkan, saya mengucapkan terima kasih. Yang Berhormat Kubang Pasu turut menyokong titah menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Kubang Pasu. Saya jemput Yang Berhormat Lumut. Silakan.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Pertamanya, saya juga ingin turut berbahas dalam perbahasan Menjunjung Kasih Titah Yang di- Pertuan Agong di majlis perasmian sidang kita baru-baru ini.
Seperti yang telah disebutkan oleh Speaker pada suatu ketika di awal persidangan dahulu, ada 11 orang Ahli Parlimen AMANAH yang mengemukakan usul supaya Speaker digugurkan, diganti tetapi Speaker recuse himself dengan izin, menyerahkan urusan ini kepada Timbalan Speaker. Jadi, pada hari ini saya hendak menyentuh sedikit yang berkaitan dengan kakanda Speaker. Jadi, adakah Speaker akan recuse himself?
Tuan Yang di-Pertua
Sorry.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Tidak ya.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau saya tidak perlu buat ruling, tidak apa.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Tidak payah buat ruling, okey. So, dengar sahajalah apa yang kita cakap ya. After all, it is towards the end of the day.
Tuan Yang di-Pertua
Saya tidak masuk campur.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Ya. Apabila kerajaan baharu ditubuhkan, semua mengharapkan supaya Perdana Menteri nya berani untuk kembali ke Dewan mencari sokongan walaupun telah dikatakan mendapat sokongan di hadapan tuanku Yang di-Pertuan Agong. Akan tetapi untuk mendapat keabsahan daripada segi konteks demokrasi berparlimen ini, kita menjangkakan dia akan berjiwa besar dan berani untuk membawa undi percaya tetapi nampaknya dia dengan disokong oleh Peguam Negara mengatakan tidak perlu. Jadi kita masih lagi dalam keadaan tertanya-tanya, apakah kerisauan Perdana Menteri untuk membawa usul ini.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
Tadi Yang Berhormat Shah Alam telah mengatakan bahawa ada pandangan daripada Ahli Parlimen UMNO, kalau tidak kerana MoU antara kerajaan dengan Pakatan Harapan, kerajaan yang ada bertahan 30 hari sahaja. So, itulah puncanya. Jadi, kita harap MoU yang ditandatangani untuk mewujudkan kestabilan politik dalam negara kita dan kejayaan menangani COVID-19 yang masih berleluasa akan tercapai. Kalau boleh, dan kalau berlaku juga ketidakstabilan ini, ia adalah berpunca daripada dalaman kerajaan sendiri. Jadi, kita harap kita tidak dilabel sebagai pengacau tetapi kita nak melihat negara kita berkembang baik menangani masalah yang ada.
Tuan Yang di-Pertua, saya telah membangkitkan dalam soalan di Parlimen baru- baru ini mengenai cadangan supaya kerajaan mengambil inisiatif dan bersungguh- sungguh membuat kajian, menyediakan rakyat dan negara ini untuk hidup post-COVID- 19 ya. Tidak kiralah endemik atau totally eradicated kah, tetapi kita akan hidup selepas daripada pandemik ini. Jadi, kita lihat sepanjang hampir dua tahun ini, norma baharu yang kita ikuti. Ada yang tidak berapa seronok, tetapi kita lihat negara kita masih lagi boleh bertahan dengan norma baharu, bekerja dari rumah.
Ada syarikat besar di dalam negara kita ini, yang di HQnya, di Petronas Tower itu hampir majoriti atau majoriti daripada pekerjanya bekerja dari rumah. Untuk bekerja dari pejabat pula mohon kebenaran. Ertinya, secara defaultnya, mereka bekerja dari rumah.
Melainkan di kawasan-kawasan di mana ataupun di tempat-tempat perindustrian mereka, jana kuasa dan sebagainya, ataupun di tempat-tempat petroleum dan gas, maksimum 60 peratus pekerja.
Ertinya bekerja dari rumah ini sudah menjadi norma baharu. Kita dapat melihat kemungkinan kalau buat kajian yang menyeluruh, penjimatan penggerakan rakyat kita, jalan yang semakin tenang, tidak sibuk dan kos-kos lain yang berkurang kerana norma baharu ini. Jadi, adakah kerajaan sudah bersedia membuat kajian supaya selesai pandemik ini, kita nak kembali kepada norma lama atau nak terus dengan norma baharu
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
dan mengubah suasana kehidupan dan kos hidup kita. Jadi, saya harap kerajaan mengambil serius perkara ini.
Seterusnya ialah mengenai kos pendidikan. Kita dah bertanya di dalam Parlimen beberapa hari lepas bahawa norma baharu ini juga membolehkan kita mengurangkan kos pendidikan. Hasil kajian awal oleh Kementerian Pengajian Tinggi menunjukkan ada unsur- unsur penjimatan tersebut dan lebih ramai para pelajar baharu boleh diambil dalam keadaan kita mengamalkan online education ini.
Jadi, untuk menjadikan negara kita ini negara yang berpendidikan tinggi, rakyatnya yang ramai dapat peluang untuk pendidikan tinggi, maka ini juga harus diambil secara serius supaya kita dapat meneruskan cara kaedah pendidikan online ini, menyediakan prasarananya, dari segi high-speed telecommunicationnya supaya mudah menjalankan perkara ini apabila kita sudah mengambil sikap yang sedemikian. Ini juga memerlukan kajian yang teliti daripada kerajaan.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, ekonomi kita terjejas. Saya nak memandang dari sudut industri pelancongan yang banyak diperkatakan dalam Dewan ini. Kawasan saya ada Pulau Pangkor, Pulau bebas cukai. Walaupun barangan bebas cukai yang tak banyak itu, coklat – siapa nak datang ke Pulau Pangkor nak dapat coklat yang bebas cukai? Itu sahaja ya. Tidak menarik. Jadi, minta MoTAC memikirkan, dan kerajaan atau Kementerian Kewangan memikirkan apa lagi yang boleh menarik perhatian masyarakat untuk datang ke Pulau Pangkor yang bebas cukai ini di samping kita menyediakan prasarana pelancongan yang baik.
Taxi drivers kita mengalami masalah. Beach boys kita mengalami masalah.
Penyelenggara chalet dan hotel mengalami masalah besar. Pulau Pangkor bukan ada pertanian. Bukan ada benda lain. Perikanan pun terjejas kerana pekerja asing tidak dapat membantu, kata nelayan-nelayan kita. Jadi, saya memohon kerajaan mengambil perhatian ya untuk menyegerakan Pulau Pangkor ini dibuka semula mengikut apa yang telah dibuat di Pulau Langkawi supaya penduduk Pulau Pangkor dapat menjalani kehidupan yang lebih baik ya. Ini perlu disegerakan.
Seterusnya, Tuan Yang di-Pertua, di kawasan saya juga, banyak tempat dikenakan PKPD. MCO secara intensif ini. Sekarang ini pun ada satu taman dengan 2,000 lebih buah rumah, 10,000 lebih orang penduduk dikenakan PKPD. Memang menimbulkan masalah yang besar apabila di awal penggunaan PKPD itu, SOP itu lambat. Bayangkan 2,000 buah rumah mengharapkan bantuan makanan daripada pihak kerajaan. Mana bisa kita menyediakan sejumlah itu.
Jadi, kita mengharapkan supaya kalau nak melakukan PKPD ini biar berstruktur dan kalau boleh, di-limit-kan kawasannya supaya hanya kawasan-kawasan sekarang ini, kita boleh buat mapping di mana kes-kes itu berlaku ya. Tidak semestinya nama taman itu, seluruh taman dikenakan. Mungkin PKPD yang khusus kepada lorong-lorong atau jalan-jalan tertentu di dalam kawasan tersebut. Kalau dikenakan keseluruhan kawasan, sampai timbul khabar angin kata “Taman sebelah, 2,000 lagi rumah”. Kalau ini yang berlaku Tuan Yang di-Pertua, ertinya kita tidak memikirkan kepentingan maslahat kepada penduduk-penduduk di situ yang mengalami masalah. Tidak boleh pergi kedai, tidak boleh keluar kawasan.
Ada setengah PKPD dibenarkan seorang keluar. Hanya setelah beberapa hari mengalami masalah ini, setelah diminta oleh penduduk, barulah dibenarkan membeli makanan secara order, COD. Bukan online, COD. Telefon dan dihantar ke rumah. Ini mungkin menjejaskan kehidupan mereka. Tambah lagi mereka yang bekerja harian, sebulan tak bekerja, Tuan Yang di-Pertua. Memang menimbulkan masalah besar daripada segi pendapatan mereka. Jadi diharapkan kalau masih lagi PKPD ini akan dilaksanakan di mana-mana, ambil semua sudut difikirkan dahulu untuk tidak menyusahkan lagi selepas mereka dilanggar atau dilanda oleh bencana pandemik ini.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali kita berharap suasana yang diminta oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam ucapannya. Baginda mengatakan dalam tempoh baginda, dah dua kali tukar kerajaan ya. Dua kah tiga? Dua kali ya. Sudah tiga Perdana Menteri. Jadi apa yang kita buat, apa yang Pakatan Harapan masuki, satu
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut
perkara yang tak pernah berlaku di negara ini kerana kerajaan yang ada itu, ada majoriti seperti disebut oleh Yang Berhormat Shah Alam.
Kalau tidak ada majoriti, minority government, maka kita masuk sebagai CSA. Kita tengok dua hari lepas pilihan raya di Kanada. Parti kerajaan ya, liberal hanya mendapat 47 peratus kerusi. Walaupun ia merupakan parti yang terbesar, tapi tidak sampai 50 percent. Jadi mereka, tentulah akan mencari partner. Partner inilah yang akan mencukupkan numbernya dan di situlah apa yang dikatakan CSA.
Akan tetapi di dalam konteks kita Malaysia, kerajaan itu ada majoriti. Tak timbul CSA. Cuma apa yang kita di dalam Pakatan Harapan buat pengorbanan sedikit ialah untuk memastikan, yes, untuk tempoh tertentu, kita tak akan terlibat dengan usaha-usaha untuk menjatuhkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Dalam tempoh yang tertentu, kita minta tidak ada pilihan raya sampai satu tarikh yang kita persetujui bersama.
Jadi, ini adalah suatu pengorbanan yang besar yang kita buat di pihak pembangkang ini, yang pada suasana lain tak ada sebab kita nak prop out ataupun memperteguh mana-mana kerajaan yang sudah ada majoriti. Kerajaan yang ada majoriti yang tak confident dengan diri sendiri itulah yang sebenarnya bermasalah. Jadi Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja saya mohon menyokong usul menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong. Assalamualaikum warahmatullah.
Tuan Yang di-Pertua
Walaikumsalam. Terima kasih Yang Berhormat Lumut.
Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, soalan yang ditanya adalah “Adakah masyarakat sekarang menghadapi kebuluran?” Adakah kebuluran di Malaysia? Saya kata ada. Apa asas saya? Ini kerana ramai di antara masyarakat sekarang menghadapi masalah tidak ada kerja. Lebih dari satu juta orang dikatakan tidak ada kerja. Jadi apa yang perlu dibuat oleh kerajaan?
Kerajaan patut memberi pertolongan terus kepada mereka. Adakah ini dibuat? Saya kata tidak. On the face value, mungkin ada. Saya difahamkan bila dulu ada tiga sarapan sehari, sekarang ada dua atau satu.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Saya tengok di kawasan saya sendiri semi-urban area di Ipoh. Saya mulakan lebih kurang satu tahun dahulu Tuan Yang di-Pertua, makanan percuma setiap hari. Satu minggu setiap hari. Sekarang sudah jadi empat hari satu minggu. Ratusan orang datang untuk mendapatkan bantuan makanan. Makanan secara— Just the meal alone, don’t say the dry food dan ini adalah masalah yang tenat yang dihadapi oleh masyarakat. Jadi apakah kekurangan yang dibuat oleh kerajaan?
Saya rasa kita perlu mengambil iktibar bahawa ada masalah structural dalam negara ini. Satu antaranya adalah bila kerajaan kata ada lebih kuran 4.8 peratus yang menganggur, kita perlu faham bahawa tindakan perlu diambil untuk menolong orang yang menganggur. Dalam yang terlibat dengan tourismlah, more or less standstill sudah. Tak ada kerja langsung.
Dulu Tuan Yang di-Pertua, kita ada juruterbang, high fly. Sekarang menjadi Grab driver. Human Resources (HR) officer sekarang menjadi security guard. Ini adalah masalah yang berterusan di seluruh negara. Perhatian yang lebih perlu diberi dan lebih wang perlu diagihkan kepada mereka dalam keadaan yang unik ini.
Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, pada minggu dahulu Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia telah kata 1.5 juta orang telah membuat permohonan dengan MYFutureJobs. Dikatakan ini adalah asas untuk menunjukkan bahawa dynamite economy— Akan tetapi beliau juga mengatakan, “Saya tidak akan benarkan pekerja asing masuk ke negara untuk bekerja di sini pada masa sekarang.” Akan tetapi adakah ini benar kerana dua hari dulu dalam surat khabar kita tengok The Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia (ACCCIM) mengatakan 32 ribu orang pekerja asing telah dibenarkan masuk.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Kenapa sedemikian? Walhal kita ada lebih kurang empat juta orang dalam Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Ada lebih kurang ratusan dalam depot imigresen.
Bukankah ini boleh dialihkan, diberi peluang untuk bekerja di negara ini. Mereka faham bahasa Malaysia, faham cultural kita, faham semua situasi dalam tetapi ini tidak diutamakan. Kenapa? Oleh sebab kerajaan memberi galakan kepada pihak-pihak ketiga untuk membawa orang dari luar negara. Oleh sebab ada insentif-insentif yang tertentu.
Kita patut berhentikan tersebut.
Kalau kita terlanggar dengan Trafficking in Persons Report (TIP) tahun ini dari 2.2 tier kita masuk ke third tier. Apa dengan masalah syarikat-syarikat besar— kemungkinan besar tidak dibenarkan mengeksport barang ke Amerika dan Eropah? Oleh sebab forced labour, kerana isu-isu berkaitan dengan pekerja, exploitation. That bondage bila mengambil pekerja dari luar negara perlu bayar fi kapal terbang, fi komisen, fi macam- macam. Ini semua di atas kepala pekerja. Bila dia datang ke sini dia menjadi seorang hamba hingga dia habis kerja.
That bondage is not overcomed at all. Jadi kita perlu mengatasi masalah tersebut.
Perkara ini perlu diselesaikan di negara ini sebelum kita membawa pekerja-pekerja asing.
Betul, syarikat-syarikat memerlukan pekerja-pekerja kerana Menteri kata produktiviti pekerja-pekerja negara Malaysia ini sangat kurang. Kalau sedemikian, apakah usaha- usaha dibuat untuk meningkatkan produktiviti tersebut? Kalau cakap sahaja, jawab sahaja, katakan produktiviti mereka tidak tinggi, itu tak ada makna. Very easy. Saya boleh beri jawapan tetapi tengok esok macam mana jawapannya. Cantik atau tidak kita hentam sama dia.
Tuan Yang di-Pertua, dalam negara ini kita ada *structural unemployment.
Structural unemployment* maknanya when it occurs there is a mismatch in the skills that employees have and what employers need with technological advances and those shifting demographies among its underlying structures. Adakah ini perkara telah diambil alih dan faham oleh kerajaan? The underlying structural changes— ini sangat serius.
Kalau tidak, lebih ratusan orang akan menganggur. Saya juga ingin beritahu bahawa baru-baru ini kerajaan bagi bakul makanan. Terima kasih. Akan tetapi apakah exit plan dia? What is the long-term plan for this? Tiap-tiap kali kita bagi bakul makanan dan saya difahamkan Tuan Yang di-Pertua kita hanya diberi RM300,000. Ada lain-lain ahli politik di kerajaan diberi lebih banyak.
Seorang Ahli
[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Apa? Itu diskriminasi lah, I do not know. Jadi kita ingin tahu, ada ahli-ahli politik juga diberi lebih daripada RM300,000 bakul makanan. Apa asasnya? Dia bukan Ahli Parlimen tapi mungkin dia Tan Sri dan sebagainya, ia diagihkan. Adakah ini benar? Macam mana kita mengatasi— saya berterima kasih kepada Kementerian...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Minta laluan Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
...Usaha-usaha yang dibuat oleh Kementerian.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
...Akan tetapi kita perlu untuk mencari jalan untuk satu exit plan...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Ipoh Barat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yeah! You must be fast.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Adakah benar Yang Berhormat tentang pemberian bakul makanan ini saya difahamkan yang disebut adalah— Saya difahamkan Tan Sri Dato’ Sri Vigneswaran a/l M. Sanasee saya difahamkan telah diberi bakul makanan untuk diedarkan di kawasan Sungai Siput walaupun beliau bukanlah merupakan Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Saya masukkan permintaan Yang Berhormat dalam ucapan saya.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia does not fully meet the minimum standards for the elimination of trafficking and it is not making significant efforts. This is the Trafficking in Persons Report. Ini perlu kita mengatasi masalah tersebut. Bila kita menerajui Kementerian, kita mengadakan macam-macam dialog apa yang dibuat untuk mengatasi masalah ini.
Tuan Yang di-Pertua, dua hari dahulu kita telah berjumpa dengan Malaysian Trades Union Congress (MTUC) dan mereka telah bercadang di antaranya dengan izin:
(i) saya difahamkan tidak ada satu national level advisory meeting sejak kerajaan ini satu tahun lebih— Tidak ada satu perjumpaan pun. That means no discussion dengan stakeholders. Where got meetings? Semasa kita dalam kerajaan, setiap bulan kita mengadakan perjumpaan dengan MTUC, dengan employers dan sebagainya;
(ii) certain amendments in industrial sect has not been gazetted;
(iii) cleaners have to be outsourced— have stagnant wages;
(iv) there is a need for workers’ voices in other government-linked companies (GLCs). Currently their voices are only heard in SOCSO and EPF;
(v) do not discriminate workers who do not want to be vaccinated;
(vi) can an employee be regarded as insubordinate if you refuse to be vaccinated?;
(vii) there is a need for integrated approach or labour reform that involves human rights, social security and human capital development;
(viii) hotel industry is severely hurt. Kita perlukan insentif tertentu;
(ix) workers who have close contact with COVID-19 are told to go on nine to 10 days unpaid leave. Apa tindakan Kementerian?; dan
(x) need to increase minimum wage. Ini adalah antara perkara yang saya bawa untuk perhatian dan saya harap perkara ini dapat perhatian dan jawapan yang menyeluruh esok. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Barat. Kita ada enam orang lagi...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, satu lagi. Saya hendak berterima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana bila kita dengar bahawa ada usul untuk to— against you, you have recused and asked your Deputy to do it and I think that is very admirable. I just want to put it on record.
Tuan Yang di-Pertua
Thank you. Terima kasih. Ada enam orang lagi. Jadi kalau seorang 10 minit cukup-cukup sejam. Yang Berhormat Sibu, Yang Berhormat Bandar Kuching, Yang Berhormat Mas Gading, Yang Berhormat Jelutong dan mungkin Yang Berhormat Stampin akan datang sekejap lagi dan akhir sekali Yang Berhormat Ipoh Timur.
Sekarang Yang Berhormat Sibu. Silakan.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin menyentuh tentang kes COVID-19 di Sarawak. Walaupun vaksinasi di Sarawak sudah mencapai lebih kurang 90 peratus untuk populasi dewasa tetapi apa yang kita
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
tengok sekarang ialah kes COVID-19 semakin meningkat dan sudah mencapai satu tahap yang amat membimbangkan.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Jadi saya ingin bertanya kepada Kementerian Kesihatan apakah kesimpulan yang boleh dapat daripada kes Sarawak ini? Mengapa sudah di vaksinasi dengan kata yang begitu tinggi tetapi kes semakin teruk macam sekarang dan amat membimbangkan.
Ada orang yang bertanya adakah ini disebabkan oleh vaksin Sinovac yang kurang berkesan berbanding dengan Pfizer? Jadi kalau vaksin Sinovac ini tidak begitu berkesan berbanding dengan vaksin Pfizer, adakah kita akan memberikan dos ketiga dengan kadar yang lebih cepat? Biasanya, *the usual practice is six months after the second dose to give the third dose.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon)* **mempengerusikan Mesyuarat****] Jadi saya rasa sekarang kita perlu mempertimbangkan memberikan dos ketiga kepada sesiapa yang mendapatkan vaksin Sinovac ini lebih kurang three month later, tiga bulan selepas dos kedua diberikan dos ketiga.
Kita tidak mahu tengok kes di Sarawak ini macam sekarang sudah tidak dapat dikawal. Jadi saya rasa kita harus mencari jalan atau langkah untuk mengawal kes COVID di Sarawak ini. Sarawak sekarang ialah juara di seluruh Malaysia.
Kita tengok kes kematian di Sarawak sekarang sudah meningkat. Dalam bulan lepas kita hanya tengok lebih kurang dua kes kematian tetapi sekarang 10 kes, 20 kes.
Hari ini 12 kes kematian di Sarawak. Jadi apabila kes positif meningkat kes kematian juga akan meningkat. Jadi kerajaan harus mengawal kes positif ini. Kita tidak harus terlalu bergantung pada vaksinasi. Vaksinasi bukan solution, the only solution to fight the COVID. Selepas vaksinasi ini kita juga perlu ada perancangan bagaimana kita untuk mengawal kes COVID ini supaya ia tidak meningkat.
Tuan Yang di-Pertua, sekarang kita juga akan menghadapi pembukaan sekolah.
Kes Sarawak pada hari ini sudah mencatat 3,700 lebih kes. Jadi pembukaan sekolah akan diadakan bulan depan. Jadi ini juga merupakan satu kebimbangan kepada ibu bapa.
Adakah mereka harus hantar anak-anak mereka ke sekolah?
Jadi saya menyeru kepada Kementerian Pendidikan supaya pembukaan sekolah ini ditundakan, ditangguhkan apabila kes COVID ini di Sarawak sudah menurun kerana sekarang masih tinggi. Pembukaan sekolah ini boleh bergantung kepada daerah. Saya ada dengar banyak perbahasan dari Ahli-ahli Yang Berhormat dalam Dewan ini, ada kawasan mungkin kes tidak begitu serius. Kawasan itu mungkin sekolah boleh buka. Akan tetapi kawasan macam Sibu, Kuching— Kuching hari ini ada 1,500 lebih kes di Kuching, Kuching alone. Jadi ini merupakan satu tempat yang tidak sesuai untuk kita membuka sekolah pada bulan depan. Jadi saya minta Kementerian Pendidikan menimbang semula keputusan mereka untuk membuka segera sekolah pada bulan depan.
Tuan Yang di-Pertua, banyak lagi perkara mengenai COVID ini harus kita mengambil perhatian. Saya rasa kita sekarang harus memikirkan apa yang kita perlu melakukan post vaccination. Selalu kita hanya bergantung kepada vaccination is a the only hope for us to fight COVID. Akan tetapi sekarang apa yang berlaku di Sarawak itu bukan vaksinasi bukan the only solution to fight COVID. Kita harus continue untuk control, testing control, mengawal. Kalau kita tidak testing, kita tidak mengawal kes akan semakin meningkat.
Sekarang kita sudah memasuki kepada peringkat pemulihan ekonomi. Jadi banyak ekonomi kita sudah buka. Jadi ini merupakan satu cabaran. Kita buka ekonomi orang sudah keluar, bergaul jadi ini akan meningkatkan jangkitan. Jadi saya rasa kita harus terus untuk testing dan mengawal.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat, minta.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Ya, Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih, atas cadangan ini. Saya merupakan seorang peminat bola sepak. Saya percaya Tuan Yang di-Pertua juga merupakan seorang peminat bola sepak.
Liga Perdana Inggeris, kita lihat bahawa semua stadium sudah penuh dengan ramai peminat. Saya ingin tahu bagaimanakah Kerajaan United Kingdom dapat berjaya mengatasi COVID ini. Berjaya memberi vaksinasi kepada semua rakyat di United Kingdom.
Apakah pendapat Yang Berhormat kalau kita dapat menjemput pengamal perubatan di sana untuk memberi pendapat bagaimana mereka dapat berjaya mengatasi masalah COVID dan memberi vaksinasi kepada rakyat mereka sehingga semua stadium di UK itu kita lihat dalam siaran langsung penuh dengan peminat-peminat bola sepak.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Kita jemput Cristiano Ronaldo juga.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Apakah pendapat Yang Berhormat kalau kita boleh menjemput pengamal perubatan di sana, pakar-pakar untuk memberi pendapat kepada kerajaan kita, bagaimanakah kita ingin mengatasi masalah COVID ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Okey Yang Berhormat Jelutong. Sila Yang Berhormat Sibu.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong.
Mungkin ini Kementerian Kesihatan boleh memberikan keterangan bagaimana mereka boleh berlaku dengan begitu baik kita tidak dapat.
Saya rasa kita juga mesti berhati-hati dengan varian yang baru yang mungkin akan masuk ke negara kita. Di Sarawak sudah dijangkiti oleh varian Delta yang mudah menjangkiti orang. Jadi banyak lagi atau varian Mu yang baru yang mungkin yang lebih teruk dari varian Delta. Jadi saya rasa kita masih perlu berhati-hati. Jangan hanya bergantung pada vaksin untuk menyelamatkan kita.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang satu hal tentang kebajikan. Kerajaan ada mengeluarkan satu polisi bantuan warga emas. Bantuan warga emas ini boleh memohon secara online. Akan tetapi apa yang saya temui ialah di Sarawak dikecualikan untuk memohon bantuan warga emas secara online. Jadi Sarawak ada sistem tersendiri. Jadi kalau orang Sarawak hendak memohon bantuan warga emas ini mereka perlu pergi ke Jabatan Kebajikan untuk memohon. Mereka tidak dapat memohon secara online. Jadi saya ingin tahu mengapa ini boleh berlaku? Ini amat mengelirukan. Apabila mereka tengok ini ada satu bantuan melalui laman web. Mereka hendak apply tidak ada itu pilihan untuk orang Sarawak. Jadi mereka harus pergi ke Jabatan Kebajikan.
Jadi saya ingin— banyak pertanyaan tertimbul. Jadi adakah dana ini untuk Sarawak punya juga dana daripada Federal Government or the Sarawak punya ialah keluar dananya ialah keluar dari state government. Jadi saya hendak tahu bagaimana ini diuruskan? Mengapa Sarawak harus pergi ke pejabat kebajikan, tidak dapat memohon secara online tapi lain negeri mereka boleh.
Saya juga diberitahu Sarawak ada sistem tersendiri. Sistem itu akan juga amat mengelirukan. Kalau seorang orang Sarawak, Sarawakian mereka memohon bantuan warga emas ini di Semenanjung mereka sudah lulus sudah dapat bantuan itu. Apabila mereka balik ke Sarawak mereka pergi ke pejabat kebajikan lagi mereka memohon lagi mereka akan dapat lagi. Jadi mereka akan dapat dua. Jadi ada dua sistem yang dijalankan dalam masa yang sama. Jadi ini memang mengelirukan. Jadi saya hendak tahu apakah berlaku dan, bagaimanakah mereka menguruskan hal ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat, minta rumuskan Yang Berhormat, ada 33 saat.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Okey. Perkara yang terakhir ialah tentang harga. Harga di Semenanjung dan di Sabah, Sarawak banyak harga adalah berbeza— harga barang adalah berbeza. Harga barang di Semenanjung biasanya adalah lebih murah berbanding dengan harga di Sabah dan Sarawak.
Faktor utamanya ialah kerana kos pengangkutan yang tinggi. Jadi ini merupakan satu saya rasa— Malaysia sudah terbentuk lebih kurang 60 lebih tahun tetapi mengapa kalau satu Malaysia ini kita masih ada dua harga yang berbeza. Kalau hendak beli kereta Semenanjung lebih murah. Sabah dan Sarawak lebih mahal. Banyak lagi, kereta ini, motosikal ini semua merupakan barang essential sekarang.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Jadi, mengapakah harga barang-barang essential ini di Sabah dan Sarawak masih lebih mahal? Memang dahulu kerajaan ada usaha untuk menyeragamkan harga di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Jadi, saya rasa usaha itu belum lagi cukup kerana banyak barang masih lagi lebih mahal di Sabah dan Sarawak. Kos pengangkutan ini, kerajaan harus memikirkan satu cara untuk mengurangkan kos. Bagaimanakah untuk mengurangkannya? Mungkin kementerian harus fikirkan cara dia.
Saya boleh berikan satu cadangan. Mungkin syarikat-syarikat yang boleh menyerap kos pengangkutan itu, kerajaan atau Kementerian Kewangan boleh memikirkan adakah boleh memberi insentif secara pemotongan cukai kepada mereka supaya barang- barang dari Semenanjung yang datang ke Sabah dan Sarawak boleh diseragamkan harganya. Jadi ini cadangan saya. Mungkin Kementerian KPDNHEP boleh fikirkan, adakah ini merupakan satu cara yang boleh dijalankan. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Sibu. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bandar Kuching.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana diberikan peluang untuk membahaskan Usul Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas titah tuanku di Dewan ini.
Saya nak tambah daripada Yang Berhormat Sibu. Banyak kali kita lihat iklan kalau kita beli online, ‘free delivery nationwide’ tetapi kalau nak pergi Sabah dan Sarawak kena bayar lebih. Jadi, bagaikan Sabah dan Sarawak bukan dalam Malaysia dan itu haruslah diperbetulkan.
Tuan Yang di-Pertua, pada 31 Julai 2021 yang lalu, Yang di-Pertuan Agong telah berkenan melaksanakan Proklamasi Darurat di Sarawak bermula 2 Ogos 2021 hingga 2 Februari 2022, tahun depan. Jadi, Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) Sarawak 2021 merupakan ordinan baru yang khusus untuk Sarawak, bukan lanjutan daripada Ordinan Darurat yang dikuatkuasakan di seluruh negara.
Jadi saya nak minta penjelasan, kalau kita mengikut ketetapan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, bukankah Ordinan Darurat (Kuasa- kuasa Perlu) Sarawak ini haruslah dibentangkan di Parlimen? Dibahaskan dan juga diundi. Bukan saya menentang localized emergency ini, dengan izin, malah saya sendiri bersetuju bahawa ini bukan masanya untuk mengadakan pilihan raya tetapi saya berpendapat semua proses dan prosedur haruslah dilakukan secara betul berdasarkan Perlembagaan yang sedia ada. Maka saya minta petua daripada Tuan Yang di-Pertua dan penjelasan mungkin daripada pihak Yang Berhormat Menteri.
Namun apa yang saya paling bimbang adalah ketidaksediaan kerajaan untuk melakukan satu pilihan raya yang selamat apabila tiba masanya untuk mengadakan contohnya pilihan raya negeri di Sarawak, mahupun persekutuan. Bagi saya, SPR telah gagal untuk mengambil langkah proaktif untuk melaksanakan reformasi pilihan raya untuk menjamin supaya hak pengundi untuk mengundi dalam keadaan yang lebih selamat terutamanya pada musim pandemik ini.
Bagi saya, sepatutnya SPR berani untuk melakukan pembaharuan, reformasi untuk menjamin keselamatan pengundi di seluruh Malaysia. SOP-SOP yang saya lihat
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
yang sedia ada yang dikatakan oleh SPR, baik penjarakan sosial, pengambilan suhu, semuanya baik. Akan tetapi kita lihat dengan jelas ia tidak cukup dan satu contoh yang baik Pilihan raya Negeri Sabah. Jadi bagi saya, saya menyarankan SPR berani mengambil pembaharuan dan adaptasi untuk musim pandemik ini. Jika boleh, lakukan sekarang.
Nombor satu, mereka haruslah membenarkan kaedah undian pos ataupun undi secara advanced atau absentee voting, supaya pengundi contohnya rakyat Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung tak perlu merentas negeri untuk balik mengundi.
Ini bukan sahaja baik untuk menjimatkan kos terutamanya mereka yang mengundi di kawasan pedalaman tetapi kita tahu di Sabah, contoh paling baik apabila kita merentas negeri, merentas daerah, kita mungkin ada risiko membawa virus itu masuk dan mungkin ada satu lagi outbreak berlaku.
Ini, SPR hanya perlu gazet, dengan izin, off region voters as advance voters eligible for postal voting di bawah Peraturan 3.1(E) Peraturan Pilihanraya (Undi Pos) Peraturan 2003. Saya ada tulis satu soalan kepada Parlimen dan SPR telah menjawab saya. Apakah yang SPR jawab? Dia kata mereka tidak bercadang untuk melakukan pembaharuan ini, malah mereka menasihati pengundi-pengundi untuk menukar alamat mereka ke tempat mereka bermastautin. Bagi saya, ini alasan. Kita haruslah mencari jalan supaya jika saya rakyat Sarawak, saya nak undi di Sarawak, bagilah peluang untuk saya mengundi di Sarawak. Carilah jalan supaya saya dapat undi dengan selamat. If not, this is a form of voters’ suppression, dengan izin.
Cadangan kedua saya, SPR haruslah memanjangkan masa mengundi. Mungkin sehingga satu minggu dan kita buat pengundian secara scheduled voting, mengundi secara berjadual. Mungkin saluran satu dan dua untuk hari ini, saluran ketiga dan keempat untuk hari yang lain dan sebagainya. Ini dapat memanjangkan masa dan mengurangkan kesesakan di tempat mengundi. Inilah cadangan saya.
Tuan Yang di-Pertua, saya dengar banyak Ahli Parlimen terutamanya Sabah dan Sarawak yang membincangkan tentang MA63 malah satu MoU telah ditandatangani oleh pihak kerajaan dan pihak pembangkang dan satu klausa yang sangat penting adalah tentang MA63. Memang saya mengalu-alukan fokus terhadap MA63 tetapi sebagai seorang rakyat Sarawak, saya ingin tahu, apakah yang akan dilakukan oleh kerajaan sekarang? Dan apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Perikatan Nasional untuk memulihkan hak kita dalam masa lebih satu tahun setengah.
Malah, kita ada kementerian yang khusus untuk Hal Ehwal Sabah Dan Sarawak.
Dapat gaji Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Timbalan Menteri, pegawai- pegawai, driver. Ada yang kita lihat ada dapat peruntukan untuk renovate pejabat mereka.
Akan tetapi, apakah telah dilakukan sehingga kini? Jangan gunakan COVID-19 sebagai alasan kerana kementerian lain, mereka bertanggungjawab untuk jaga COVID-19. Malah di bawah PH dahulu, ada 17 perkara daripada 21 perkara telah dipersetujui dan hendak diimplementasikan.
Akan tetapi di bawah Perikatan Nasional, laporan pula dimasukkan ke dalam OSA. Bagi saya, ini tidak masuk akal. Jadi, saya cadangkan langkah pertama, kalau kita hendak menghormati MoU yang telah ditandatangani dan ikhlas untuk melihat sama ada kerajaan benar-benar hendak implementasi MA63, saya tahu Yang Berhormat Kota Kinabalu, beliau telah berbahas kata langkah pertama haruslah pindaan Artikel 1(2).
Saya setuju tetapi bagi saya, langkah pertama paling senang boleh lakukan ialah Laporan MA63 tersebut dikeluarkan daripada OSA. Declassify that laporan, biar kita lihat.
Dengan izin, it can be done today, it can be done tomorrow. Itulah langkah pertama dan bagi saya, kerajaan haruslah ikhlas, declassify. Saya tahu ada Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak di sini. Saya rasa mereka juga bersetuju. Saya juga minta Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Sabah dan Sarawak untuk bukan sahaja tunjukkan KPI untuk 100 hari, kita nak tengok kad laporan untuk satu tahun lebih yang telah dilakukan.
Tuan Yang di-Pertua, kita tahu sekarang ada satu keperluan untuk memohon MyTravelPass untuk mendapatkan kebenaran untuk masuk atau keluar dari negara bagi warganegara dan juga warga asing. Malah tahun ini kita melihat peningkatan mendadak dalam kebenaran yang diberikan dan ini memang berkaitan dengan keputusan kerajaan
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
untuk memberi kelonggaran kepada golongan peniaga, pelabur, urusan kerajaan, latihan ketenteraan, pelajar pergi belajar dan sebagainya. Akan tetapi sekarang Tuan Yang di- Pertua, saya memahami keperluan mungkin untuk mereka mohon masuk ke Malaysia tetapi adakah kita perlu untuk memohon MTP ini untuk mereka yang keluar dari negara kita?
Bagi saya, ini menambahkan birokrasi dan jika kita nak rekod, rekod keluar imigresen itu dah cukup. Kenapa nak tambah lagi satu lapisan birokrasi yang menyusahkan banyak pemohon. Saya dah lakukan beberapa kes seperti ini. Saya tahu Yang Berhormat Menteri Kanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menyeru bahawa imigresen untuk mengkaji semula kategori-kategori pemohon supaya ada yang diberikan kelonggaran tetapi bagi saya, terus sahaja memansuhkan keperluan MyTravelPass ini untuk mereka yang keluar negara. Yang masuk itu, kita mudahkan proses permohonan.
Tuan Yang di-Pertua, banyak yang dah bahaskan tentang decriminalize attempted suicide. Maka saya tak akan huraikan dengan panjang. Akan tetapi bagi saya, kita kena pastikan satu moratorium untuk pendakwaan kes ini sehingga undang-undang dipinda. Saya cadangkan mereka yang telah cuba membunuh diri, sebelum mereka dilepaskan dari hospital, mereka haruslah menandatangani satu perjanjian yang mana mereka sanggup mendapatkan terapi ataupun sokongan yang diperlukan. Dengan perjanjian tersebut, maka pihak pendakwa raya dan pihak polis tidak akan membuat pendakwaan. Bagi saya, ini sangat penting.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak rumuskan perbahasan saya dengan satu perkara yang sangat penting iaitu bagaimana kita hendak transisi negara ke fasa COVID- 19 endemik. Salah satu- parameter yang sangat penting, satu Pelan Saringan Kebangsaan atau, dengan izin, National Testing Plan yang sangat komprehensif. Ini termasuk bagaimana kita boleh memberikan insentif kepada rakyat untuk melaporkan keputusan test RTK kendiri mahupun air liur dan sebagainya di MySejahtera. Kita tahu sekarang ramai orang beli, mereka gunakan, tetapi bila negatif mereka tidak lapor. Ini satu isu yang sangat serius kerana bermaksud data dan kadar positif tidak dapat direkodkan dengan betul.
Maka, saya cadangkan kerajaan bukan sahaja haruslah memberikan subsidi kepada test kit ini. Sejak lama saya kata kita kena kurangkan harga test kit ini mungkin ke RM10 tetapi untuk memberikan insentif untuk mereka laporkan, mungkin kerajaan akan memberikan satu cashback apabila rakyat melaporkan keputusan mereka di MySejahtera.
How does that work? Supaya mechanism tidak disalahgunakan. Mungkin seperti saya katakan tadi, harga satu test kit disubsidi ke RM10 tetapi ia dijual dengan harga yang mungkin sedikit lebih tinggi, mungkin RM12 atau RM15.
Akan tetapi, bila digunakan dan kita laporkan, RM2 atau RM5 tersebut akan dikreditkan semula- cashback. Ini akan memberikan insentif kepada mereka untuk melaporkan supaya kita merekodkan data mereka dan kadar positif kita lebih tepat.
Saya akhiri dengan ini, isu yang saya katakan tadi sangat penting untuk kejar contact tracing. Saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Bagi saya, ada lima parameter yang sangat penting untuk kita buat sebelum kita bersedia untuk transisi ke endemik iaitu:
(i) kita kena menambah baik sistem kesihatan awam- public health capacity – FTTS, banyak kali dibahas;
(ii) kita perlu ada satu Pelan Saringan Kebangsaan yang sangat komprehensif;
(iii) kita haruslah mengintegrasikan imunisasi COVID-19 ini kepada Program Imunisasi Kebangsaan yang mainstream, bermaksud setiap tahun kita ada vaksin tersebut;
(iv) haruslah ada keeratan kerjasama dalam sistem kesihatan awam dan swasta; dan
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
(v) kita haruslah ada komunikasi strategik tentang bagaimana rakyat dapat hidup dalam musim endemik ini.
Bagi saya, saya minta penjelasan secara terperinci tentang setiap parameter yang saya katakan tadi daripada Yang Berhormat Menteri. Apakah pelan kerajaan untuk setiap parameter tersebut?
Teguran terakhir saya, saya mendengar banyak keluhan dan rintihan daripada pekerja-pekerja kesihatan. Saya berharap semua kementerian, semua agensi dapat bekerjasama sebagai satu transministry, satu kumpulan bersama, whole-of-society, whole-of-government, and whole-of-agency. Kita tidak boleh lagi bekerjasama secara silo.
Contohnya untuk melancong di Langkawi, apabila MoTAC buat satu keputusan, baru KKM last minute buat satu keputusan lain. Kita kena bersama-sama membuat keputusan. Fikir dulu polisi yang ingin diumumkan sebelum diumumkan. Jangan umum dulu baru fikir, macam itu susah untuk kita menang perang yang kita lawan ini. Jadi interministry, intergovernment, interagency, this is so, so important, kita perlukan.
Jadi saya akhiri dengan satu proactive Coordinated National Plan, bukan sahaja responsif, bukan sahaja symptomatic tetapi address the core disease, dengan izin.
Dengan izin, last sentence. What we need is a dynamic multistakeholder collaboration to translate this National Plan through interlinked coordination, leadership and integration of digital technology solutions to drive delivery at a national level and be resilient and readiness for the future, dengan izin.
Dengan itu, saya mengakhiri dan menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Saya bagi lebih masa sikit kepada Yang Berhormat Bandar Kuching. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya jemput Yang Berhormat Jelutong dan kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Stampin dan Yang Berhormat Ipoh Timur. Itu adalah tiga terakhir. Oleh sebab kita ada masa, saya bagi lebih kepada ketiga-tiga ini selama 13 minit. Silakan Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan ucapan saya dengan mengucapkan jutaan terima kasih atas ruang dan peluang yang diberikan kepada saya untuk juga turut serta dalam perbahasan Menjunjung Kasih di atas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Pertamanya bagi pihak Ahli Parlimen pembangkang, saya ingin menyusun 10 hari memohon maaf dan juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua frontliners di negara kita yang telah bertungkus-lumus sejak negara kita dilanda dengan wabak COVID- 19. Ucapan saya ini dipanjangkan kepada doktor, jururawat, Polis Diraja Malaysia, bomba, APM, semua sukarelawan dan semua wakil rakyat yang telah turun ke kawasan masing- masing termasuk Tuan Yang di-Pertua sendiri untuk menghulurkan bantuan.
Sesungguhnya, apabila berlaku pandemik seperti ini, ia menjadi satu perkara yang membawa kita bersama sebagai rakyat Malaysia. Apa yang berlaku baru-baru ini antara pihak kerajaan dan pembangkang menunjukkan bahawa kita menjunjung kasih dan menerima Titah Tuanku bahawa kita perlu bersatu-padu, berganding bahu untuk memastikan negara kita yang tercinta, rakyat kita yang tercinta diselamatkan daripada wabak COVID-19 ini.
Di kesempatan yang diberikan, saya bagi rakyat Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Pulau Pinang memanjangkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan yang telah turun padang ke Pulau Pinang. Saya percaya lebih kurang dua ke tiga kali. Memang saya perlu rekodkan prestasinya lebih baik dan memberangsangkan daripada Yang Berhormat Menteri Kesihatan sebelum ini kerana dengan lawatan-lawatan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan, kita lihat bahawa baru-baru ini hospital sementara telah pun dibina oleh pihak angkatan tentera untuk kita menampung pesakit-pesakit COVID-19 yang sedang meningkat di Pulau Pinang.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya mengambil juga kesempatan ini untuk melontarkan beberapa soalan.
Pertamanya, saya minta maaf kalau telah membuat kenyataan yang mungkin tidak berasas berkenaan dengan pengedaran peranti kepada para pelajar. Saya percaya Tuan Yang di-Pertua sendiri sebagai bekas wakil rakyat di Pulau Pinang prihatin tentang peranti yang telah diedarkan kepada pelajar-pelajar kerana ia merupakan satu alat, yang begitu penting. Maklumlah kita belajar- kebanyakan pelajar belajar dari rumah.
Jadi, persoalan yang saya ingin tanya dan juga saya percaya Tuan Yang di-Pertua sendiri ingin tahu adalah daripada 150 ribu, orang peranti atau komputer riba yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, berapakah yang telah diedarkan kepada pelajar-pelajar di Pulau Pinang? Kalau boleh berikan kepada saya perincian, sekolah agama berapa yang dapat, sekolah kebangsaan berapa yang dapat, sekolah jenis Tamil dan Cina berapa yang dapat kerana perkara ini merupakan sesuatu yang saya rasa perlu diumumkan secara terbuka di Dewan yang mulia ini supaya kita dapat mengetahui berapakah pelajar Pulau Pinang yang telah dapat mengecap dan menikmati peranti yang telah diedarkan dan digunakan dalam pembelajaran mereka.
Pada masa yang sama, saya ingin bertanya kepada Kementerian Pendidikan. Kita dikejutkan dengan berita bahawa kementerian bercadang untuk mengambil tindakan terhadap guru-guru yang enggan mengambil vaksinasi. Saya difahamkan terdapat 2,500 orang guru-guru yang enggan mengambil vaksinasi. Saya percaya isteri Tuan Yang di- Pertua sendiri merupakan seorang guru juga.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jadi gesaan saya kepada kerajaan adalah tolonglah jangan ambil tindakan. Kita mengambil cara bermuzakarah, berbincang seperti apa yang telah dilakukan oleh Yang Mulia Tengku Mahkota Johor di mana beliau telah berbincang dengan guru-guru di Johor Bahru yang enggan mengambil suntikan vaksin.
Saya percaya selepas mendapat nasihat dan pandangan daripada beliau, Yang Mulia Tengku Mahkota Johor telah berjaya meyakinkan guru-guru di Johor untuk melalui proses vaksinasi. Jadi, rayuan saya sebagai seorang wakil rakyat, ahli pembangkang adalah janganlah ambil apa-apa tindakan terhadap guru-guru yang enggan mengambil vaksinasi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya di sini ingin juga membangkitkan satu lagi perkara Tuan Yang di-Pertua.
Baru-baru ini saya telah mengusulkan kepada Dewan yang mulia ini di bawah Peraturan 18 untuk membincangkan tentang kes arwah Adib. Di mana usul saya telah pun ditolak oleh Tuan Yang di-Pertua. Kita tahu bahawa arwah Muhammad Adib Mohd Kassim telah meninggal dunia pada 17 Disember 2018 dan sehingga sekarang, persoalan saya kenapakah tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap mana-mana suspek yang terlibat?
Saya membawa perkara ini kepada Dewan yang mulia ini kerana pada masa yang sama ucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Dalam Negeri yang telah bertindak dengan pantas dalam satu kes yang melibatkan seorang pengawal keselamatan yang bernama Thava Sagayam yang berlaku di Ipoh. Tuan Yang di-Pertua tahu, di mana suspek yang terlibat yang pada asalnya disiasat dan dituduh di bawah seksyen 326 telah pun kemudian dihadapkan ke mahkamah di bawah pertuduhan seksyen 320 iaitu kesalahan membunuh.
Polemik yang timbul di luar sana adalah kalau dalam kes Thava Sagayam kerajaan ini dapat mengambil tindakan dengan begitu pantas, kenapakah dalam kes seorang penjawat awam iaitu arwah Muhammad Adib Mohd Kassim, seorang kakitangan Jabatan Bomba. Sehingga sekarang tidak ada keputusan, tiada sebarang tindakan diambil mana-mana suspek.
Ketika itu saya ingat tahun 2018, Yang Berhormat Pagoh merupakan Menteri Dalam Negeri dan sehingga sekarang kita telah tukar, Kementerian Dalam Negeri telah bertukar dua kali tetapi Menteri adalah Menteri yang sama. Di mana pada bulan Ogos tahun lalu dan bulan Disember tahun lalu, apabila saya membangkitkan perkara ini di
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dewan Yang Mulia ini jawapan yang diberikan adalah seramai 12 atau 13 orang suspek akan dituduh di mahkamah untuk kesalahan merusuh.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, mungkin Tuan Yang di-Pertua bukan merupakan seorang peguam tetapi kesalahan merusuh itu bukanlah kesalahan membunuh. Di sini kita berbincang tentang seorang anggota bomba yang dikatakan telah dibunuh kerana Mahkamah Koroner mendapati bahawa ia bukan kematian mengejut. Ia adalah kematian yang boleh diklasifikasikan sebagai kesalahan membunuh di bawah seksyen 302, Kanun Keseksaan.
Maka, persoalan saya adalah kenapakah sehingga sekarang pesalah-pesalah, suspek-suspek yang melakukan perkara ini terhadap arwah Muhammad Adib Mohd Kassim tidak dituduh? Tuan Yang di-Pertua, saya di sini merayu supaya Menteri Dalam Negeri memberi jawapan kepada perkara ini kerana saya ingin– semua Ahli-ahli Parlimen pembangkang ingin membela keluarga arwah Muhammad Adib, nasib yang menimpa beliau dan memastikan bahawa suspek-suspek yang terlibat itu dihadapkan ke mahkamah dan dituduh.
Tuan Yang di-Pertua juga tahu bahawa kes Teoh Beng Hock tidak ada sebarang penyudah. Baru-baru ini juga terdapat kes-kes kematian dalam lokap, melibatkan Benedict Thanilas yang mati dalam lokap. Kes yang melibatkan T. Vinaiyagar, kematian dalam lokap. Kes-kes kematian dalam lokap juga telah makin meningkat bermula daripada kes Kugan.
Kita ingin tahu apakah suspek-suspek yang terlibat, tidak kira siapa mereka, sama ada mereka adalah suspek-suspek yang bekerja dengan SPRM, dalam kes Teoh Beng Hock. Suspek-suspek yang bekerja dengan PDRM, dalam kes-kes T. Vinaiyagar, Benedict Thanilas ataupun orang awam. Suspek-suspek yang terlibat dalam kes kematian arwah Muhammad Adib Mohd Kassim perlu dihadapkan ke mahkamah dan dituduh di mahkamah. Saya mohon jawapan daripada Menteri Dalam Negeri, Saya juga di kesempatan ini ingin bertanya kepada Menteri Pengangkutan, apakah keperluan untuk kita membina sebuah lapangan terbang yang baru di Kulim?
Bukankah wang itu boleh digunakan bagi naik taraf lapangan terbang yang sudah ada di Kedah, bukankah wang yang ada boleh digunakan untuk menaik taraf lapangan terbang di Bayan Lepas, Tuan Yang di-Pertua dahulu Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Jerjak.
So, saya di sini ingin tanya Menteri Pengangkutan, adakah tindakan mencadangkan satu lapangan terbang yang baru di Kulim itu adalah tindakan mensabotaj Kerajaan Negeri Pulau Pinang, persoalan pertama saya.
Kedua, saya ingin tanya adakah ini disebabkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini adalah kerajaan pimpinan Pakatan Harapan? Bukankah wang itu boleh digunakan terutamanya masa sekarang. Wang yang boleh digunakan untuk kerja-kerja amal yang lain, melibatkan pembasmian kemiskinan dan sebagainya, melibatkan rakyat jelata yang menghadapi macam-macam masalah disebabkan oleh pandemik COVID-19.
Maklumlah Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mahu mengatakan bahawa lapangan terbang di Kedah itu tidak penting, cuma saya cadangkan bahawa wang yang ada boleh kita jimat dan gunakan untuk menaik taraf lapangan terbang yang sedia ada di Pulau Pinang dan Kedah dan bukan merancang lapangan terbang yang baru di Kulim, yang dekat sahaja. Tuan Yang di-Pertua adalah orang Pulau Pinang dahulu. Tuan Yang di- Pertua tahu dari Kulim ke Pulau Pinang kita boleh ulang-alik dalam masa kurang daripada 45 minit. So, apakah keperluan membina satu lapangan yang baru di Kulim?
Saya juga di sini mengambil kesempatan untuk bertanya kepada Tuan Yang di- Pertua, memang ramai Ahli yang telah mencadangkan perkara berkenaan anti-lompat parti. Ini adalah topik yang menarik. Saya tidak mahu Tuan Yang di-Pertua salah faham tentang niat saya. Akan tetapi saya di kesempatan ini juga mengambil peluang ini untuk menjunjung kasih dan mengucapkan terima kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong kerana beliau dalam kewibawaan beliau telah berjaya mengatasi masalah politik di negara kita yang terumbang ambing dan kucar kacir tiga tahun ini. Maklumlah Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Last, one minute ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya akan habiskan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, insya-Allah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Dalam tiga tahun, kita telah tukar tiga Perdana Menteri. Apakah yang menyebabkan perkara ini ialah disebabkan oleh Ahli-ahli Parlimen yang telah lompat parti. Ramai telah berbicara tentang perkara ini. Saya cuma ingin mencadangkan make it a criminal offence to do party hopping. Jadikannya ia satu jenayah kalau seseorang itu melompat parti di mana beliau boleh dihadapkan ke mahkamah dan dituduh untuk kesalahan jenayah. Make it a law, bukan sahaja unlaw, make it unlawful to do party hopping. Akan tetapi saya mencadangkan supaya sesiapa Ahli Parlimen yang melompat parti itu diheret ke mahkamah dan dituduh di mahkamah.
So, saya cuma merayu supaya kalau undang-undang anti-party hopping atau lompat parti itu digubal dan dibentangkan, supaya dipertimbangkan to make it a criminal offence to do party hopping. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan masa yang tidak mencukupi, saya berterima kasih di atas ruang yang diberikan. Saya sekali lagi mohon menjunjung kasih di atas titah Duli Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Jelutong mohon menyokong, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Stampin. Masa tiga belas minit.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Pertama sekali saya ingin minta maaf kerana tadi nama saya disebut dan tidak ada di sini kerana hadir dalam satu sesi libat urus dengan Kementerian Kewangan di pejabat beliau.
Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Yang di-Pertua, minggu lalu Pakatan Harapan dan Kerajaan Persekutuan telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik dan beberapa hari lalu kita juga menyambut Hari Malaysia ke-58 pada 16 September 2021. Memandangkan rakan-rakan saya telah menyebut terma-terma lain pada MoU itu serta Pelan Pemulihan Negara, tambahan pula saya hanya mendapat 13 minit dan kesuntukan masa. Oleh itu saya hanya akan menumpukan perbahasan saya pada item kelima dalam lampiran MoU iaitu pelaksanaan-pelaksanaan perkara di bawah Perjanjian Malaysia (MA63).
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Setelah 58 tahun pembentukan Malaysia Tuan Yang di-Pertua, kita menjangkakan sebuah negara yang lebih bersatu padu dengan rakyat dari Malaysia Timur dan Malaysia Barat. Bercakap dengan kemakmuran bersama dan pembinaan negara, itu jangkaan kita tetapi malangnya ini bukan apa yang terjadi.
Bukan sahaja wujud banyak perpecahan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia ekoran tindakan UMNO dan PAS yang berterusan memainkan isu-isu kaum dan agama, wujud juga lagi lebih banyak perpecahan antara timur dan barat. Lebih ramai rakyat Malaysia kini ada berbincang tentang kemerdekaan, independence of Sarawak, pemisahan Sarawak daripada Malaysia.
Inilah satu topik yang amat hangat dibincangkan, kalau kita tengok social media, kalau kita tengok WhatsApp itu memang satu topik yang amat hangat dibincangkan dan ini bukan satu perkara yang kita dapat abaikan. Salah satu faktor utama yang membawa kepada sentimen independence of Sarawak adalah kemajuan yang tidak ada dan sebelah pihak antara Malaysia Barat dan Sarawak sehingga ramai rakyat Sarawak merasakan bahawa pada 16 September 1963, kita telah beralih dari jajahan Kerajaan British ke jajahan Kerajaan Malaya. Itulah perasaan sentimen yang telah dikeluarkan oleh ramai orang Sarawak.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Hakikat bahawa rakyat Sarawak kekal menjadi antara yang termiskin di negara ini juga tidak membantu melembutkan sentimen tersebut. Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan bahawa pendapatan boleh guna isi rumah sederhana untuk Sarawak pada tahun 2019 iaitu medium household of disposable income hanyalah RM3,994 sementara pendapatan boleh guna isi rumah sederhana untuk negara iaitu the national figure for disposable household income adalah RM5,116. Ini menunjukkan bahawa purata pendapatan isi rumah rakyat Sarawak jauh di bawah paras sewajarnya berbanding dengan pendapatan isi rumah purata negara.
Sudah tentu Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab terhadap situasi yang tidak seimbang ini. Namun begitu Kerajaan GPS Sarawak yang selama ini merupakan BN Sarawak telah memerintah negeri selama 58 tahun juga harus dipersalahkan. Lebih-lebih lagi apabila Kerajaan Negeri telah menubuhkan simpanan sebanyak RM26 bilion sambil memastikan rakyat Sarawak miskin dan berpendapatan di bawah standard kebangsaan kita. Apa maksudnya untuk rakyat Sarawak walaupun kerajaan kaya tetapi rakyatnya miskin di bawah paras pendapatan nasional.
Untuk mengelakkan daripada dipersalahkan sebagai pihak yang menyebabkan rakyat Sarawak miskin, para pemimpin GPS berterusan menyalahkan Kerajaan Persekutuan atas situasi ini. Bagi menangani masalah pembangunan ekonomi yang tidak seimbang antara wilayah ini, saya rasa peruntukan yang lebih banyak daripada suntikan tambahan RM45 bilion yang kita cadangkan, yang kita Pakatan Harapan cadangkan di dalam MoU itu harus diberikan kepada untuk membantu masyarakat dan perniagaan di Sarawak dan lebih besar proportion-nya haruslah disuntik untuk Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, Selama 2 tahun pentadbiran PH, kami telah meningkatkan bahagian proportion peruntukan pembangunan nasional untuk Sarawak. Saya berharap tren ini dapat diteruskan oleh kerajaan sekarang.
Yang Berhormat Kapit mungkin hendak membantah apa yang diusahakan oleh kami, PH tetapi angka itu tidak berbohong. Kalau tengok angka yang bajet yang kami luluskan semasa kami menjadi kerajaan berbanding dengan bajet yang diluluskan oleh kerajaan PN memang proportion untuk Sarawak daripada segi peruntukan pembangunan adalah lebih banyak.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Itu Yang Berhormat Kapit setuju sekarang, okey. Sejak beberapa pakej berkenaan Pakej Rangsangan Ekonomi COVID-19 yang lalu yang telah diumumkan dan diperuntukkan sejak Mac 2020, saya juga meminta Menteri- menteri dalam jawapan mereka untuk memberikan perincian mengenai angka dan perkadaran yang diperuntukkan untuk Sarawak.
Faktor utama kedua Tuan Yang di-Pertua, yang membawakan kepada peningkatan sentimen pemisahan dalam kalangan rakyat Sarawak adalah kekhuatiran dan ketakutan terhadap cara Kerajaan Persekutuan menguruskan soal berkaitan agama.
Sejak akhir-akhir ini terdapat cadangan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri dari PAS yang mengumumkan bahawa kerajaan sedang mengusahakan empat undang-undang syariah merangkumi sekatan penyebaran agama bukan Islam.
Association of Churches in Sarawak iaitu Persatuan Gereja-gereja di Sarawak telah memberi respons yang saya akan quote di sini. “As Malaysians come together to celebrate our 58th Malaysia Day, Association of Churches in Sarawak (ACS) consider such of any further attempts to introduce syariah abuse affecting non-Muslim religions as directly contravening the various spirit of the formation of Malaysia where Sabah, Sarawak and Malaya are equal partners”.
Tuan Yang di-Pertua, Artikel kelapan dalam MA63, Malaysia Agreement itu ada memperuntukkan bahawa, “The Governments of the Federation of Malaya, North Borneo and Sarawak will take such legislative, executive, or other actions as may be required to implement the assurances, undertakings and recommendations contained in Chapter 3 of,
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
and Annexes A and B to, the Report of the Inter-Governmental Committee signed on 27th February 1963, in so far as they are not implemented by express provision of the Constitution of Malaysia.” Apakah terdapat dalam Chapter 3 of the IGC Report? Perkara pertama yang diperuntukkan dalam bab ketiga dalam IGC report ini adalah hak yang dijamin untuk kebebasan beragama di Persekutuan. Langkah Yang Berhormat Timbalan Menteri PAS ini yang disokong oleh Perdana Menteri dilihat sebagai satu langkah untuk menggoncang dan memusnahkan asas pembentukan Malaysia malah ada yang melabelkan sebagai satu langkah untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Taliban.
Perkara ini tidak menghairankan kerana ia dikeluarkan oleh PAS yang dibuat oleh PAS kerana ada pemimpin PAS mengucapkan tahniah kepada kerajaan Taliban yang menguasai atas penguasaan mereka di Afghanistan tidak lama kebelakangan ini.
Tuan Yang di-Pertua, kita membentuk Malaysia pada tahun 1963 sebagai satu negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi negara. Sarawak tidak bergabung untuk membentuk Malaysia bagi menjadi satu negara Taliban. Sekiranya Kerajaan Persekutuan dengan PAS sebagai rakan kongsi dan GPS memberikan sokongan penuh berhasrat untuk meneruskan agenda PAS sebegini...
Dato Sri Alexander Nanta Linggi
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
...Terdapatlah alasan bagi Sarawak untuk berpisah dari negara ini kerana ia telah memusnahkan asas pembentukan Malaysia.
[Dewan riuh]
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Tuan Yang di-Pertua, kenyataan Yang Berhormat Menteri Undang-undang daripada GPS mendakwa tidak tahu mengenai kerja-kerja mendraf undang-undang seumpama itu, dilihat tidak membantu. GPS merupakan sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan dan menerusi sokongan GPS juga, PAS menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan. Bagaimana seseorang itu boleh kata beliau tidak tahu atau mengelakkan tanggungjawab susulan tindakan rakan kongsinya dalam kerajaan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat, minta rumuskan Yang Berhormat. Ada 40 saat lagi.
Tuan Chong Chieng Jen - Stampin
Okey. Sebagai kesimpulan, untuk kita mengusahakan perkara-perkara dan implementasi MA63, saya ingin mengatakan bahawa, kita semua mahu Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dengan kemakmuran bersama. Common prosperity for all. Bukan sahaja di antara semua kaum tetapi juga di antara wilayah yang berlainan iaitu the east and the west. Terdapat juga perkara-perkara yang kita sebagai rakyat Sarawak, yang berpegang teguh di hati dan antaranya kebebasan untuk beragama. Sehubungan dengan ini, saya menggesa kerajaan untuk tidak melanggar batas dan hak ini bagi mengelakkan daripada perpecahan lebih banyak lagi di antara rakyat.
Untuk menangani apa yang dibuat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri PAS itu, saya menggesa supaya Perdana Menteri perlu tampil memberi jaminan kepada seluruh rakyat Malaysia sebagai Perdana Menteri yang mengaku sebagai Keluarga Malaysia bahawa tiada undang-undang seumpama itu akan di draf, dibentangkan dan diluluskan di Parlimen. Perdana Menteri perlu mengeluarkan kenyataan tegas seumpama itu bagi meredakan kekhuatiran dan ketakutan orang-orang bukan Islam di negara ini dan untuk meyakinkan seluruh rakyat Malaysia bahawa beliau benar-benar ikhlas terhadap apa yang diperkatakannya sebagai Keluarga Malaysia.
Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Stampin. Saya jemput Yang Berhormat Ipoh Timur sebagai pembahas terakhir.
Silakan Yang Berhormat 13 minit.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Ya terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang memberikan peluang kepada saya untuk menyertai perbahasan selaku pembahas yang terakhir pada malam ini.
Isu pertama yang ingin saya bangkitkan Tuan Yang di-Pertua adalah berkenaan dengan aplikasi MySejahtera. Apabila aplikasi MySejahtera diperkenalkan pada lebih kurang bulan Mac yang lepas, dalam sidang Parlimen yang pertama, ramai di antara kita daripada kalangan Ahli Dewan Rakyat telah pun bertanya kepada kerajaan, berapakah kos untuk pembangunan aplikasi MySejahtera. Pada ketika itu, kita telah pun diberitahu bahawa aplikasi ini dibangunkan secara CSR dan tidak membabitkan apa-apa kos kepada kerajaan. So, pada masa itu memang setiap antara kami pun berasa lega kerana kerajaan tidak membelanjakan satu sen pun.
Akan tetapi jawapan yang saya dapat pada hari ini, Pertanyaan Lisan saya soalan 46 pada hari ini, saya telah pun mendapat jawapan daripada pihak kerajaan yang mana kerajaan kata tempoh CSR ini untuk aplikasi MySejahtera telah pun tamat dan telah pun luput pada 31 Mac 2021. Dengan kata yang lain, pada 1 April 2021, kerajaan hendaklah dan perlu untuk membayar kepada pihak yang membangunkan aplikasi MySejahtera ini.
Bagi saya, ini merupakan sesuatu yang amat mengejutkan kerana apabila aplikasi MySejahtera ini dibangunkan pada tahun lepas dan telah mengumpulkan data-data dan menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat dan selepas setahun, kerajaan sekarang pula menyatakan bahawa we are going to pay. The government is going to pay, dengan izin. Ini sesuatu yang tidak harus berlaku walaupun saya percaya bahawa mungkin aplikasi MySejahtera ini mungkin perlu digunakan untuk beberapa tahun yang akan datang.
Saya mencadangkan kepada kerajaan, instead of paying the developer of MySejahtera, dengan izin, apa yang kerajaan patut buat sekarang adalah untuk mengambil alih keseluruhan aplikasi data dan juga maintenance bagi aplikasi MySejahtera ini. Ini kerana kita tidak mahu ada satu situasi yang mana apabila pada tahun lepas, aplikasi MySejahtera wujud dan dikatakan ia sebagai suatu CSR, tidak payah bayar. So, kerajaan terus memberikan kontrak ini ataupun khas assignment ini kepada developer MySejahtera. Sekarang pula kerajaan dikenakan satu bayaran selepas tempoh CSR telah pun berakhir.
So, maka dengan ini saya mencadangkan kerajaan, janganlah membayar apa- apa tetapi apa yang penting adalah saya percaya bahawa kerajaan ataupun Kementerian Kesihatan mempunyai sumber ataupun resources yang mencukupi untuk mengambil alih keseluruhan maintenance dan juga data di aplikasi MySejahtera untuk kita gunakan untuk rakyat Malaysia bagi beberapa tahun yang akan datang.
Kita tidak mahu membuka satu ruang ataupun mencipta satu precedent, yang mana developers ataupun yang mana kontraktor-kontraktor sebegini masuk sebagai satu CSR untuk satu tempoh satu atau dua tahun, selepas itu, terus mendapat kontrak itu. We have no way to go out from MySejahtera, dengan izin. Apa yang penting adalah sekarang untuk kerajaan ambil alih dan supaya untuk mengelakkan satu situasi yang mana tidak ada mana-mana pihak yang menggunakan pintu belakang untuk mendapatkan kontrak tersebut. We have no way to go from here, dengan izin. Apa yang penting, kita teruskan menggunakan aplikasi MySejahtera dengan diambil alih oleh pihak kerajaan. Itu nombor satu, Tuan Yang di-Pertua.
Nombor dua Tuan Yang di-Pertua, dalam aplikasi MySejahtera ini, saya percaya bahawa rakan-rakan Ahli-ahli Dewan Rakyat di sebelah sini dan sebelah sana menghadapi masalah daripada pengundi-pengundi ataupun rakyat di bawah itu, apabila setiap kali pengguna MySejahtera cuba untuk mendapatkan ataupun membangkitkan persoalan di dalam Helpdesk. Apa yang akan dijawab adalah, persoalan tersebut akan dijawab dalam masa dua hari dan kena tunggu, tunggu sampai dua minggu pun tidak ada jawapan.
Sebelum ini ramai mereka yang hendak mendapatkan vaksinasi lebih awal untuk sebab-sebab tertentu, katakan mereka yang hendak pergi ke luar negara untuk belajar, kena dapat vaksinasi lebih awal. Mereka yang pregnant, ibu yang mengandung, mereka
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
perlu mendapatkan vaksinasi sebelum minggu ke-33. Kesemua ini, mereka masuk dalam Helpdesk MySejahtera, tunggu, tunggu, tujuh hari tidak dapat, 14 hari tidak dapat, dua minggu pun tidak ada apa-apa jawapan.
Bagi Ahli-ahli Dewan Rakyat juga, ramai antara kita yang memang tidak mempunyai apa-apa connection untuk menyelesaikan masalah ini secara terus dengan MySejahtera. Saya dengan itu menyeru supaya pihak Kementerian Kesihatan untuk memastikan bahawa aplikasi MySejahtera ini, khasnya daripada segi Helpdesk adalah betul-betul akan dapat menyelesaikan masalah daripada rakyat dan juga mempunyai satu mekanisme untuk menyelesaikan persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat ataupun ADUN-ADUN.
Tuan Yang di-Pertua, minggu ini kita telah pun masuk ke dalam satu fasa vaksinasi baharu iaitu fasa vaksinasi remaja. Dalam fasa vaksinasi remaja ini sememangnya bagi saya, kita boleh bermula dengan lebih awal. Contohnya di negeri Perak, lebih kurang pada 12 September yang lepas, lebih kurang 10 hari yang lepas, kesemua PPV awam di negeri Perak telah pun dibuka untuk walk-in.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Itu bermaksud bahawa mereka yang mendapat appointment ataupun temu janji sudah selesai divaksinasikan dan pusat PPV sudah bersedia untuk menerima mereka secara walk-in. Akan tetapi pada masa itu saya percaya bahawa apabila PPV awam bersedia untuk menerima mereka secara walk-in maksudnya PPV awam itu juga bersedia untuk menerima mereka yang di bawah umur 18 tahun. Katakan umur 16 tahun hingga 17 tahun untuk walk-in atau untuk dapatkan temu janji di MySejahtera supaya mereka boleh divaksinasikan.
Akan tetapi apa yang berlaku, sudah sepuluh hari berlepas, barulah sekarang kita nampak bahawa ada satu polisi, polisi baharu yang dibuat supaya kanak-kanak ini yang berumur 16 tahun hingga 17 tahun boleh walk-in ke PPV awam. Apabila kita hendak lawan COVID-19 ini, setiap saat pun adalah emas. We should waste no time dengan izin Tuan Yang di-Pertua dan sudah sepuluh hari kita berlepas and it is time for us to actually work together dengan izin untuk mengembalikan ataupun untuk menebus kembali masa yang telah pun dibazirkan, sepuluh hari yang telah pun dibazirkan sebelum ini.
Di sini saya juga hendak bangkitkan. Saya tidak faham kenapa pihak MOSTI ataupun CITF dan juga ProtectHealth dalam perkara ini apabila kita masuk ke satu fasa vaksinasi remaja. Kebanyakan PPV integrasi, PPV bukan awam telah pun ditutup. Saya tidak faham kenapa. Ini kerana sekiranya PPV integrasi ini ke semuanya telah pun di set up, mempunyai set-up dan organisasi mereka sendiri, patutlah untuk beberapa minggu yang akan datang ini, patutlah untuk PPV integrasi yang masih berjalan, patutlah mereka diberikan peluang untuk membantu dalam program PICK dan juga melaksanakan vaksinasi kepada remaja-remaja.
Akan tetapi apa yang saya diberitahu adalah, sekarang ada satu kementerian masuk lagi, Kementerian Pendidikan yang mana sekarang sudah ada satu sistem baharu yang mana murid-murid ataupun pelajar-pelajar ditempatkan untuk mengambil vaksinasi mereka di sekolah dan di Daerah Kinta saya nampak ada satu senarai. Lapan buah sekolah telah pun dipilih tetapi malangnya hanya satu sekolah sahaja yang mula kerja- kerja vaksinasi pada hari semalam iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Izzuddin Shah, Ipoh. Di mana yang tujuh lagi?
Ini kerana saya memang faham kerana adalah tidak sempat untuk pasukan dari KKM untuk menubuhkan pasukan vaksinasi mereka di suatu tempat yang baharu. So, persoalan saya, kenapa struktur yang sedia ada tidak dapat digunakan. Struktur yang sedia ada termasuk PPV integrasi dan PPV awam lain di bawah penyeliaan MOSTI dan juga CITF. Kenapa struktur yang sedia ada tidak digunakan secara optimum.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin hendak bangkitkan satu isu yang mana kita tahu dua bulan yang lepas, sejak bulan Ogos jika tidak silap saya, rakyat telah pun boleh membayar untuk mendapatkan vaksinasi mereka dengan vaksin jenama Sinovac yang dibekalkan oleh Pharmaniaga dan apa yang kita dapati bahawa harga yang dikenakan oleh mereka untuk yang ingin mendapatkan vaksinasi secara private, secara sendiri adalah dalam lingkungan RM350 sehingga RM388. Saya nampak satu sirkuler daripada
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Pharmaniaga yang mana Pharmaniaga telah menawarkan kepada klinik-klinik swasta untuk dua dos Sinovac lengkap ditawarkan dengan harga RM300.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun kita ada satu non-disclosure agreement tetapi saya percaya bahawa kesemua Ahli-ahli Dewan di sini memahami dan mengetahui berapakah kos satu dos Sinovac yang dikenakan oleh Pharmaniaga kepada kerajaan apabila dibekalkan kerajaan. Dia tidak akan sampai satu kos RM300 untuk dua dos pun dan RM300 untuk dua dos ini bagi saya adalah melampau, adalah terlalu tinggi dan adalah membebankan rakyat dan saya berasa kesal kenapa kerajaan tidak mengambil satu tindakan yang tegas untuk menetapkan harga siling bagi vaksin Sinovac yang dijual di pasaran.
Kenapa RM300 untuk dua dos? Kita tahu ini jauh lebih tinggi daripada harga ataupun kos sebenar dia. Of course Pharmaniaga perlu mendapatkan keuntungan perlu mendapat itu saya tidak ada masalah tetapi janganlah sampai dua dos RM300, itu sesuatu harga yang terlalu dan terlampau tinggi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat, minta rumuskan Yang Berhormat.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Saya dengan ini memohon supaya pihak kerajaan dapat mengambil berat berkenaan dengan isu ini dan supaya sekiranya kita ada booster dose dan sebagainya, sekiranya rakyat dibenarkan untuk mengambil booster dose secara private, maka harga yang dikenakan ke atas klinik-klinik swasta ataupun rakyat haruslah pada suatu harga yang amat rendah, yang tidak membebankan rakyat.
Dengan itu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Tuan Yang di-Pertua yang memberikan peluang kepada saya untuk menyertai dalam perbahasan ini. Sekian daripada saya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Ipoh Timur. Ahli Yang Berhormat, maka dengan ini tamatlah sesi perbahasan ke atas Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Ahli Yang Berhormat, esok 22 September 2021 dan Khamis 23 September 2021, selama dua hari giliran Yang Berhormat-Yang Berhormat memberi jawapan di atas perbahasan-perbahasan Titah Diraja. Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Rabu, esok 22 September 2021. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.07 malam]