Sep142021

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
PEMASYHURAN DARIPADA TUAN YANG DI-PERTUA
SALINAN TITAH DIRAJA

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera dan selamat pagi semua. Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan sukacitanya saya memaklumkan kepada Majlis ini iaitu pada hari Isnin, 13 September 2021, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah berkenan menyampaikan Titah Diraja dalam Parlimen. Saya telah menerima salinan Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong itu dan seterusnya sekarang saya mengarahkan supaya salinan Titah Diraja itu dibentangkan di atas meja Mesyuarat dan seterusnya dicetak dalam *Penyata Rasmi.

[Salinan titah diraja adalah seperti di* lampiran]

final • 10:00 AM
MEMPERKENANKAN AKTA-AKTA

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan akta-akta yang telah diluluskan oleh Parlimen dalam Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas yang lalu seperti berikut:

  1. Akta Perbekalan 2021; 2. Akta Kewangan 2020; 3. Akta Eksais (Pindaan) 2020; 4. Akta Zon Bebas (Pindaan) 2020; 5. Akta Kastam (Pindaan) 2020; 6. Akta Langkah-langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan

(Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) (Pindaan) 2020; 7. Akta Cukai Jualan (Pindaan) 2020; 8. Akta Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2020; 9. Akta Cukai Pelancongan (Pindaan) 2021; dan 10. Akta Koperasi (Pindaan) 2021;

final • 10:00 AM
PERUTUSAN DARIPADA DEWAN NEGARA

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Yang di-Pertua Dewan Negara yang menyatakan persetujuan Dewan itu kepada rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas 2020 yang lalu.

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

[Setiausaha membacakan Perutusan] “23 Disember 2020 Perutusan daripada Dewan Negara kepada Dewan Rakyat Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dewan Negara telah meluluskan rang undang-undang yang berikut tanpa pindaan:

  1. Rang Undang-undang Perbekalan 2021; Yang ikhlas, t.t YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA” “29 Disember 2020 Perutusan daripada Dewan Negara kepada Dewan Rakyat Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dewan Negara telah meluluskan rang undang-undang yang berikut tanpa pindaan:

  2. Rang Undang-undang Kewangan 2020; 2. Rang Undang-undang Kastam (Pindaan) 2020; 3. Rang Undang-undang Eksais (Pindaan) 2020; 4. Rang Undang-undang Zon Bebas (Pindaan) 2020; 5. Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19))

(Pindaan) 2020; 6. Rang Undang-undang Cukai Jualan (Pindaan) 2020; 7. Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2020; 8. Rang Undang-undang Cukai Pelancongan (Pindaan) 2020; 9. Rang Undang-undang Koperasi (Pindaan) 2020; Yang ikhlas, t.t YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA”

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima Kasih Tuan Setiausaha. Ahli-ahli Yang Berhormat, pihak Parlimen Malaysia telah mengambil langkah-langkah pencegahan dalam memastikan Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas ini dapat dilaksanakan dalam keadaan selamat. Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelaksanaan Persidangan Parlimen yang telah ditambah baik telah diedarkan ke atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat semua. Pasukan Pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia juga akan berada di Parlimen untuk memastikan persidangan berjalan dengan selamat dan SOP dipatuhi.

Oleh yang demikian, saya menasihatkan Ahli-ahli Yang Berhormat supaya mematuhi SOP ini dan Ahli-ahli Yang Berhormat digalakkan untuk sentiasa memakai pelitup muka berganda (double face mask) dan pelindung muka (face shield) sepanjang berada di dalam Kompleks Parlimen Malaysia terutamanya di dalam Dewan. Pengurusan

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Parlimen Malaysia juga telah membuat penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti udara dalaman dan memasang sistem yang dapat membasmi virus COVID-19 di udara.

Antara langkah yang telah diambil adalah seperti berikut;

(i) menukar penapis udara kepada jenis High-Efficiency Particulate Air (HEPA) dan memasang sistem Ultraviolet Germicidal Irradiation (UVGI) di kesemua air handling unit (AHU) sistem penyaman udara berpusat (centralized air conditioning)

(ii) membekalkan peralatan mudah alih UVGI; dan

(iii) memasang nano air generator di ruangan yang menggunakan sistem penyaman udara jenis Variable Refrigerant Flow (VRF)

final • 10:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya berharap dengan penambahbaikan dalam meningkatkan kualiti udara dalam Bangunan Parlimen Malaysia dan pematuhan ketat terhadap Prosedur Operasi Standard

(SOP) Parlimen, Ahli-ahli Yang Berhormat dan seluruh warga Parlimen adalah dilindungi daripada wabak penyakit ini. Semoga Ahli-ahli Yang Berhormat dapat menghadiri Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dengan lebih yakin sebagai wakil rakyat Malaysia.

Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, semalam 13 September 2021, saya mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Dewan yang dihadiri oleh Yang Berhormat Arau, Yang Berhormat Kuala Krai, Yang Berhormat Lanang dan Yang Berhormat Lumut. Mesyuarat ini turut disertai oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang).

Dalam mesyuarat itu, Ahli-ahli Jawatankuasa Dewan telah bersetuju dengan perkara-perkara seperti berikut– Pertama, bahawa Ahli-ahli Yang Berhormat adalah perlu menjalani ujian RTK-Ag saliva secara berkala sepanjang tempoh persidangan mesyuarat pertama ini.

Kedua, bahawa carta alir mengenai tatacara pengurusan individu yang memasuki Kompleks Parlimen Malaysia bagi ujian RTK-Ag saliva adalah seperti yang telah diedarkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum ini. Ini bagi memastikan segala urusan perjalanan ujian tersebut dapat berjalan dengan lancar.

Ketiga, Ahli-ahli Yang Berhormat berstatus Home-Surveillance Order (HSO) disebabkan oleh kontak rapat diberi pilihan untuk sesi undian, kalau ada undian, dengan memakai PPE. Perkara ini pernah dilakukan pada 14 dan 15 Disember yang lalu.

Keempat, mengesyorkan agar sistem penggiliran dalam Dewan Rakyat dilakukan setiap satu jam oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sebagai satu langkah berjaga-jaga dalam mengekang penularan COVID-19.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sehubungan itu, di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat ada diletakkan surat keperluan menjalani ujian RTK-Ag saliva secara berkala sepanjang tempoh persidangan mesyuarat pertama ini. Ujian ini untuk Ahli-ahli Yang Berhormat akan diadakan di Dewan Bankuet Parlimen Malaysia pada setiap hari Isnin dan Rabu dan ujian pertama akan bermula pada esok Rabu, 15 September 2021. Ujian ini akan mengambil masa sekitar 20 minit dan dibuat apabila Yang Berhormat tiba di Parlimen.

Oleh itu, adalah dipohon agar Ahli-ahli Yang Berhormat dapat hadir sedikit awal di Dewan Bankuet bagi mengelakkan sebarang kelewatan dalam urusan Dewan. Dalam pada itu, bagi pegawai-pegawai, ujian ini akan diadakan di Dewan Serbaguna.

Di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat juga diletakkan alat disinfeksi diri (personal disinfection tool) Mini DisMac yang nyah kuman barang harian dengan efektif. Alat ini adalah untuk kegunaan Ahli-ahli Yang Berhormat semasa persidangan Dewan berlangsung.

Saya juga ingin mengingatkan kepada semua Ahli Yang Berhormat agar tidak membuka pelitup muka semasa bercakap dan berbahas di dalam Dewan. Bercakap kuat tanpa pelitup muka meningkatkan jumlah jisim aerosol yang terhasil dan selanjutnya akan meningkatkan risiko penularan jangkitan COVID-19 di dalam Dewan yang mulia ini.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Semua Ahli Yang Berhormat dinasihatkan untuk menarik pengadang lut sinar yang dipasang semasa duduk di dalam Dewan bagi memastikan terdapat jarak pemisah antara Ahli-ahli Yang Berhormat dan tiada kontak rapat antara Ahli-ahli Yang Berhormat.

Pengadang lut sinar ini perlu ditarik atau ditolak dengan berhati-hati dan perlahan serta tidak diberi tekanan berlebihan kerana ia dipasang untuk sementara waktu sahaja.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sama-sama kita berdoa agar wabak COVID-19 ini segera dibendung sepenuhnya dan tidak lagi memberi ancaman kepada kita. Dengan izin Allah SWT, negara kita dapat kembali seperti sedia kala dan Parlimen dapat bersidang seperti biasa selepas ini.

Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Oh! Ya.

final • 10:10 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Selamat pagi Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas nasihat yang telah diberikan. Saya telah mendengar semua nasihat dan saya yakin semua Ahli Parlimen mengikuti nasihat-nasihat yang telah diberikan.

Cuma, saya ada satu persoalan kepada Tuan Yang di-Pertua sebelum kita mula bersidang berkenaan Peraturan 1(e) dalam Peraturan Mesyuarat iaitu Usul memerintah Ketua Polis Negara memberi kemudahan lalu-lalang kepada Ahli-ahli Dewan. Saya terpanggil untuk membawa perkara ini kepada Dewan yang mulia ini kerana hari ini kita lihat Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri hadir dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun hadir.

Sedarkah Tuan Yang di-Pertua bahawa berlaku satu insiden pada 2 Ogos 2021 apabila Ahli-ahli Parlimen pembangkang dalam perjalanan ke Parlimen, kita disekat oleh Polis Diraja Malaysia bukan di perkarangan Parlimen tetapi di Bulatan Bank Negara?

Pada hari itu, kali terakhir kita bersidang adalah pada 29 Julai 2021. Ketika itu, Dewan telah ditempohkan beberapa kali oleh Timbalan Yang di-Pertua dan kali terakhir pada pukul 5, Timbalan Yang di-Pertua memaklumkan bahawa Dewan akan bersidang semula pada 2 hari bulan.

Jadi, kebanyakan daripada kami telah meninggalkan barang-barangan kami di Dewan yang mulia ini dan ada juga yang tinggalkan barang di pejabat. Pada hari Ahad, kami dimaklumkan bahawa Dewan tidak akan bersidang. Bagi saya sendiri, saya dalam perjalanan ke Parlimen untuk berjumpa dengan Setiausaha Dewan dan Tuan Yang di- Pertua untuk mengetahui apakah yang berlaku. Bukankah boleh pada hari Sabtu dan Ahad, disinfeksi dilakukan di Dewan yang mulia ini? Walau bagaimanapun, kami disekat dan kami tidak dibenarkan untuk datang ke Dewan.

Cuma, permintaan saya kepada Dewan yang mulia ini, dalam kehadiran Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah untuk pastikan kejadian itu tidak berlaku sekali lagi. Saya tertanya-tanya, siapakah yang mengeluarkan arahan tersebut kepada pihak polis? Bukan sahaja satu jalan, semua jalan disekat di seluruh Kuala Lumpur. Semua jalan disekat. Kami sebagai Ahli Parlimen mempunyai hak untuk hadir di sini berjumpa dengan pegawai-pegawai lain untuk menguruskan hal-hal berkenaan Parlimen.

Jadi persoalan saya, kenapa perkara itu berlaku? Itu satu. Siapakah yang mengeluarkan arahan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk menyekat kami? Ketiga, bolehkah Tuan Yang di-Pertua memastikan perkara itu tidak berlaku lagi? Apakah jawapan Tuan Yang di-Pertua? Saya tunggu respons daripada Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, terima kasih. Saya masih ingat.

final • 10:10 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tambah sedikit saja berusul dengan yang dibangkitkan iaitu saya dalam perjalanan ke pejabat saya, Pejabat Ketua Pembangkang Parlimen. Sejak bila yang Pejabat Ketua Pembangkang itu diharamkan untuk dihadiri oleh Ketua Pembangkang? Oleh kerana Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri ada, saya ingat penjelasan itu lebih sesuai.

[Tepuk]

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, bagi pihak saya...

final • 10:10 AM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 10:10 AM

Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan isu ini, saya ingin menambah bahawa memandangkan Parlimen telah pun membuat keputusan seperti yang diusulkan oleh Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri supaya Ketua Polis diarahkan supaya tidak ada apa-apa halangan boleh dibenarkan dan memastikan semua Ahli Parlimen bebas ke Parlimen memandangkan ada satu keputusan Parlimen dibuat, dan oleh kerana semua Ahli Parlimen tidak dapat datang ke Parlimen, bukan semua, ramai yang telah berkumpul di Dataran Merdeka telah dikatakan melakukan kesalahan dan kompaun telah dikeluarkan, saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kerajaan.

Memandangkan polis pun telah melakukan kesalahan yang lebih besar iaitu telah melanggar seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana menghalang wakil rakyat dari menjalankan tugas, apakah tindakan yang telah diambil terhadap polis yang telah melanggar undang-undang? Apakah tindakan terhadap Ketua Polis Negara yang telah diarahkan memastikan tidak ada halangan kepada kita datang ke Parlimen? Melainkan undang-undang, we call rule of law, melainkan semua undang-undang dihormati oleh semua pihak, rakyat akan mengatakan negara kita ini ada double standard. Kalau antara Ahli Parlimen dengan kerajaan pun kerajaan berani mengamalkan double standard, apa lagi harapan negara kita? Saya ingin mendapat satu penjelasan.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Baik.

final • 10:20 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua, Padang Serai.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Padang Serai, is it yang sama?

final • 10:20 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Ya, sama.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Seminit sahaja, saya hendak jawab. Yang Berhormat Menteri pun hendak jawab.

final • 10:20 AM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Apa yang dimaklumkan, dapat makluman daripada Dewan Rakyat mengatakan Dewan ditangguh, okey setuju tetapi tidak mengatakan Parlimen akan tutup. Mengapa kita disekat, itu sahaja saya mahu jawapan.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sebelum Yang Berhormat Menteri jawab saya ingin jawab, sebenarnya Parlimen tidak tutup. Saya telah malam itu mengarahkan Tuan Setiausaha Dewan untuk membenarkan semua masuk pintu dibuka termasuk pintu Dewan ini kerana saya tahu ramai Ahli-ahli Yang Berhormat yang meninggalkan barang-barang untuk mengambil.

Pendapat saya juga ialah pejabat-pejabat MP itu sememangnya terbuka dan perlu diberi akses pada setiap masa yang munasabah, jadi itu pendirian saya. Jadi tentang bagaimana jalan itu ditutup itu, itu adalah di bawah tindakan polis dan kenapa mereka menutup saya tidak mempunyai pengetahuan tentang perkara itu. Saya rasa Yang Berhormat Menteri akan memberi penjelasan.

final • 10:20 AM

Menteri Dalam Negeri - Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya isu ini adalah isu kerajaan hendak menjaga Ahli-ahli Yang Berhormat supaya mereka dapat hadir pada hari ini.

final • 10:21 AM

[Dewan riuh]

Menteri Dalam Negeri - Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

Oleh sebab ketika itu sudah menjadi satu perkara yang telah diketahui ramai bahawa virus begitu...

final • 10:21 AM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Yang Berhormat Menteri, face mask. Pakai face mask lebih elok.

final • 10:21 AM

Beberapa Ahli

Arahan Speaker, arahan Speaker.

final • 10:21 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Arahan Speaker, arahan Speaker.

final • 10:21 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

Bahawa virus– Boleh saya..

final • 10:21 AM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Kita hendak pastikan supaya Yang Berhormat Menteri pun selamat. [Dewan ketawa]

final • 10:21 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

[Ketawa] Alhamdulillah, jadi kalau semua hendak selamat ketika itu virus merebak begitu ketara sekali di Parlimen. Apabila dimaklumkan kepada polis bahawa kalau boleh jangan ada orang masuk untuk kita memastikan bahawa virus itu dapat kita...

final • 10:21 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Siapa maklum kepada polis?

final • 10:21 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

Dapat kita lakukan dengan sebaik mungkin untuk kita buat sterilized semua di dalam Dewan ini.

Apa yang kita bagi kompaun kepada Ahli-ahli Parlimen bukan tidak boleh masuk adalah kerana gathering yang menyebabkan sesuatu kesalahan yang ketika itu ada SOP yang tidak boleh kita adakan gathering di mana-mana, di luar Parlimen.

Akan tetapi walau bagaimanapun atas sikap bekerjasama di antara kerajaan dan juga Ahli-ahli Parlimen, kompaun yang telah pun diberikan oleh polis kepada Ahli-ahli Parlimen ketika itu telah pun kita persetujui dalam perbincangan saya dan Menteri Kesihatan untuk kita turunkan kompaun.

final • 10:21 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Penjelasan, penjelasan.

final • 10:21 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

Kompaun masih lagi kena kerana tidak ada dua darjat di antara Ahli Parlimen dan rakyat lain yang juga ada buat gathering yang seperti itu. Jadi sebab itu kita terpaksa, saya minta maaf kita bagi kompaun kerana gathering yang disalah melanggar undang-undang SOP ketika itu.

final • 10:21 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Kalau benar masuk tidak adalah gathering itu.

final • 10:21 AM

Beberapa Ahli

Betul.

[Tepuk]

final • 10:21 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Kami hendak ambil barang, apa punya mangkuk.

final • 10:21 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Penjelasan, Yang Berhormat Menteri.

Penjelasan Yang Berhormat Menteri.

final • 10:21 AM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Lebih mem.... [Pembesar suara dimatikan]

final • 10:21 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya rasa Yang Berhormat Ipoh Timur last ya, kemudian kita hendak pergi MQT. Yang Berhormat Ipoh Timur last, maaf-maaf. Yang Berhormat Ipoh Timur.

final • 10:21 AM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Ya, terima kasih.

final • 10:21 AM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Lebih membahayakan Ahli Parlimen tindakan Yang Berhormat Menteri.

final • 10:21 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, saya .... [Pembesar suara dimatikan].

final • 10:21 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur dahulu. Yang Berhormat Ipoh Timur sudah bangun lama.

final • 10:21 AM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:21 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak habis lagi ini.

final • 10:21 AM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Ya.

final • 10:21 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

Saya tidak habis lagi nanti saya jelaskan dahululah.

final • 10:21 AM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Okey, Tuan Yang di-Pertua yang panggil, Yang Berhormat Menteri.

final • 10:21 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

Sekejap, sekejap.

final • 10:21 AM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Ya, boleh.

final • 10:21 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, benarkan Yang Berhormat Menteri untuk memberi penjelasan dahulu.

final • 10:21 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri dahulu, maaf, maaf. Yang Berhormat Menteri belum habis, sorry.

final • 10:21 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

Oleh sebab kalau kita benarkan ketika itu kerana saya lupa angkanya, saya difahamkan ketika itu sudah mencecah menghampiri 100 mereka yang positif dalam Dewan ini. Maka sebab itu kita tidak benarkan bukan hanya pembangkang, begitu juga Ahli-ahli Parlimen Kerajaan juga tidak dibenarkan masuk. Cuma Ahli-ahli Parlimen daripada kerajaan tidaklah buat demonstrasi kerana tidak boleh masuk, yang buat demonstrasi ini yang sebelah pembangkang, hendak masuk juga.

final • 10:21 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Bukan demonstrasi kami hendak berjalan kaki masuk. Apa!

final • 10:21 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

Dengarlah dahulu, kemudian ada gathering yang mereka lakukan. Jadi sebab itu kita bagi kompaun dan kemudian ada permintaan daripada rakan-rakan sebelah sana untuk menurunkan jumlah kompaun telah pun dipersetujui dalam perbincangan saya dengan Menteri Kesihatan, insya-Allah tidak lagi RM3,000 tetapi diturunkan sama seperti yang dibayar sebelum ini oleh rakyat jelata. Jadi insya-Allah selesai bab ini. Terima kasih.

final • 10:21 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Hendak masuk hari itu tidak adalah hendak kompaun tidak adalah hendak langgar, apa.

final • 10:21 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, sedikit. [Pembesar suara dimatikan]

final • 10:21 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Ipoh Timur, Yang Berhormat Ipoh Timur last, last. Maaf, maaf.

final • 10:21 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:21 AM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Terima kasih. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:21 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, tadi saya bangun dahulu, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:21 AM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Bagi saya satu minit sahaja.

final • 10:21 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Satu minit sahaja, satu minit sahaja, Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:21 AM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:21 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya nampak Yang Berhormat Ipoh Timur dahulu.

[Ketawa] So, bagi Yang Berhormat Ipoh Timur dahulu.

final • 10:21 AM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, pada pagi ini saya berdiri selaku Pengerusi PAC Parlimen. Pada 2 Ogos 2021, saya dan juga ahli-ahli saya hadir ke Parlimen dengan surat panggilan daripada pihak SUDR yang mana pada pagi itu kita ada dua saksi penting yang satu, Menteri Kesihatan pada ketika itu dan yang kedua, Ketua Pengarah Kesihatan untuk mengadakan prosiding Mesyuarat PAC yang telah disahkan akan dijalankan.

final • 10:21 AM

Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur

Apabila saya sampai di sekatan jalan, saya cuba untuk memberitahu pihak polis yang berada di sekatan jalan dengan surat panggilan. Saya tanya, “Tuan, saya ada Mesyuarat PAC, saya hendak minta untuk melepasi sekatan ini untuk masuk.” Dan pihak polis enggan untuk mendengar, Tuan Yang di-Pertua dan saya telah pun diberikan dua minit untuk beredar dari kawasan tersebut. Sekiranya tidak, saya akan ditangkap itu semua telah dirakamkan dalam video dan juga telah ditularkan.

Saya hendak tanya kepada Tuan Yang di-Pertua, sama ada Tuan Yang di-Pertua bersedia untuk melindungi hak-hak kepentingan Ahli-ahli Dewan, [Tepuk] khasnya pada hari itu ahli-ahli PAC. Saya selaku Pengerusi, Yang Berhormat Kluang semalam telah pun dipanggil untuk diberikan keterangan, ahli-ahli yang lain termasuk Yang Berhormat Seputeh menghadapi masalah untuk masuk.

Ahli dari Papar juga menghadapi masalah untuk masuk ke Parlimen untuk menghadiri sidang PAC dan kita pada pagi ini ada satu urusan mesyuarat yang standard yang kata mengarahkan supaya Ketua Polis Negara memberikan jalan yang sentiasa terbuka dan sekiranya isu yang berlaku pada 2 Ogos khasnya terhadap Ahli-ahli PAC ini tidak memberikan satu jawapan dan penjelasan yang sewajarnya the whole usul in front of us today will become futile, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

[Tepuk] So, itu sahaja daripada saya bagi pihak ahli-ahli PAC saya yang telah pun berjaya mengadakan mesyuarat dan prosiding kita pada 2 Ogos setelah saya sendiri diugut untuk ditangkap sekiranya saya tidak beredar dalam masa dua minit dari sekatan jalan. Saya minta penjelasan dan juga perlindungan daripada Tuan Yang di-Pertua dalam pada masa yang akan datang. Terima kasih.

final • 10:21 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, satu minit sahaja.

final • 10:21 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, sebagai orang yang telah membawa perkara ini saya mohon memaklumkan, kita berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri yang telah menjelaskan perkara ini tetapi biar saya ingin respond.

Saya ambil maklum kalau betul mereka ingin mereka mengambil perhatian ataupun memberi perhatian kepada keselamatan kami, kesihatan kami, perkara itu boleh dinasihatkan untuk kami beredar tetapi itu bukanlah cara mereka mengendalikan sekatan jalan pada hari itu, nombor satu. Nombor dua, seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur semua kami telah diminta beredar kalau tidak akan ditangkap itu adalah perkataan yang telah dikeluarkan.

Nombor tiga, adakah Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri mengetahui bahawa menyekat seorang Ahli Parlimen daripada jalan datang ke Parlimen untuk melaksanakan tugas merupakan satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.

final • 10:21 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

To obstruct a Member of Parliament on his way to Parliament to perform his duties is an offence under the Penal Code. So, saya cuma mahu Tuan Yang di-Pertua memberi janji melindungi semua Ahli Dewan Rakyat, pastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja satu minit.

Satu minit sahaja Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:30 AM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Akan ambil tindakan.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bayan Baru last bercakap, kemudian MQT. Saya terlepas pandang tadi Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 10:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

[Bangun]

final • 10:30 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selepas kita dapat penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua, dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, perkara ini menjadi jelas bahawa Tuan Yang di-Pertua sebenarnya membenarkan semua Ahli Parlimen masuk ke Dewan tanpa sebarang sekatan. Masalahnya adalah Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri yang memberi arahan kepada polis untuk menyekat Ahli Parlimen.

final • 10:30 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Adakah Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri ini– tolong jelaskan kepada rakyat Malaysia, telah menyalahgunakan kuasa Menteri untuk melanggar usul yang telah diluluskan dalam Dewan ini. Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri adalah bertanggungjawab memberi arahan. Saya minta Yang Berhormat Menteri jawab betul- betul, adakah Yang Berhormat Menteri telah menyalahgunakan kuasa daripada segi itu dan melanggar usul yang telah diluluskan dalam Dewan ini? Terima kasih.

final • 10:30 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Maaf, maaf. Sebelum...

final • 10:30 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Peraturan mesyuarat, Peraturan Mesyuarat 36(6) iaitu “Seseorang Ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas siapa-siapa ahli lain”. Saya minta Yang Berhormat Pokok Sena tarik balik perkataan mangkuk tadi.

Mangkuk tidak ada di dalam sini. Mangkuk ada di kantin, ada di dewan makan bukan di Dewan persidangan. Minta tarik balik. Itu kurang ajar.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 10:30 AM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Mangkuk pinggan lah...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sebagai menjawab Yang Berhormat Ipoh Timur, sebenarnya saya memberi...

final • 10:30 AM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Dalam Kabinet banyak...

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sebenarnya saya memberi arahan yang khusus untuk membenarkan PAC datang ke Parlimen pada hari itu. Saya sanggup berjumpa pihak polis untuk membantu penyiasatan tersebut untuk mengesahkan arahan saya ya. Last sekali, Yang Berhormat Menteri hendak beri sedikit penjelasan, kemudian kita MQT.

final • 10:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri...

final • 10:30 AM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Ketua Pembangkang, sila jawab.

final • 10:30 AM

Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

[Bangun]

final • 10:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Satu perkara sangat berbahaya bagi...

final • 10:30 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(6). Yang Berhormat Pokok Sena telah mengeluarkan perkataan ‘mangkuk’ yang tidak boleh dikeluarkan kepada mana-mana Ahli Parlimen yang...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pokok Sena kata mangkuk kah? Jangan katalah selepas ini mangkuk, tidak elok.

final • 10:30 AM

Menteri Wilayah Persekutuan - Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Tidak boleh.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Panggil mangkuk tingkat boleh, mangkuk jangan.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Pinggan, pinggan.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Kena tarik balik, tarik balik.

final • 10:30 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Mesyuarat Kabinet, ini KDN, apa nama...

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, Yang Berhormat Pokok Sena, lain kali jangan kata mangkuklah, tidak elok. Yang Berhormat Menteri, last, last.

final • 10:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua, tentang jawapan...

final • 10:30 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Cukup, cukup.

final • 10:30 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Yang Berhormat Pokok Sena seorang yang berpengalaman dalam Dewan, boleh bercakap unparliamentary macam itu memberi satu pendidikan kepada rakyat bahawa...

final • 10:30 AM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Dapatkan kebenaran daripada Tuan Yang di-Pertua, duduklah Yang Berhormat Pendang. Duduklah!

final • 10:30 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim

You pun duduk!

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Faham, faham. Yang Berhormat Pokok Sena, selepas ini mangkuk itu jangan katalah ya. Tidak elok, tidak elok. Yang Berhormat Menteri...

final • 10:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua...[Pembesar suara dimatikan]

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, last ya, last.

final • 10:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Hendak dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri tentang jawapannya tadi mengatakan...

final • 10:30 AM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:30 AM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Dia tarik, tak dengar ini.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat cukuplah. Sudah ramai sudah kata itu. Same issue kan. Cukup, cukup, Yang Berhormat Menteri.

final • 10:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tadi jawapan dia berbahaya.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Saya, saya...

final • 10:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Yang Berhormat Menteri, tadi Yang Berhormat Menteri mengatakan pihak polis demi menjaga kesihatan Ahli Parlimen telah tidak membenarkan kita masuk. Saya hendak kata ini satu jawapan yang merbahaya kerana kita mesti memastikan pihak polis tidak ada kuasa berkenaan dengan apa-apa hal dalam Parlimen.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Faham, faham, Yang Berhormat Beruas. Same issue, same issue.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Saya hendak jelaskan Akta 342 itu adalah sesuatu yang amat mustahak untuk menjaga kesihatan semua rakyat dalam negara.

Ketika itu adalah masalah wabak COVID-19. Saya tidak mengarahkan sesiapa tetapi di bawah akta itu apabila sesuatu perkara telah pun diumumkan oleh Kementerian Kesihatan, maka penguatkuasaan yang dijalankan polis adalah mengikut undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan.

Jadi, tidak timbul soalan sama ada siapa yang mengarahkan atau siapa yang mengeluarkan satu kenyataan untuk tidak membenarkan sesiapa masuk.

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Akan tetapi polis yang halang. Polis yang halang kita.

final • 10:30 AM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Akan tetapi tidak ada tindakan untuk mereka yang pergi di rumah Yang Berhormat Pagoh, rumah Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin.

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Polis yang halang kita.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Dengarlah dahulu. *You just sit down first.

[Pembesar suara dimatikan]*

final • 10:30 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Police as judge, jury and prosecutor…

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Microphone, microphone.

final • 10:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Nanti, nanti benarkan saya tanya.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Mikrofon, mikrofon.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Biarlah saya jawab dahulu.

final • 10:30 AM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Jangan marah.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Jadi Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:30 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

MQT, MQT, Tuan Yang di-Pertua, jalan.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Jangan marah Yang Berhormat Menteri, jangan marah.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Jadi, oleh kerana itu saya hendak menjelaskan oleh kerana Parlimen telah pun tidak lagi bersidang ketika itu kerana Parlimen telah pun ditangguhkan persidangannya. Maka kuasa apa yang telah diusulkan ketika itu tamat apabila Parlimen tidak lagi bersidang.

final • 10:30 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Belum lagi. Masih ada satu hari lagi, hari itu Yang Berhormat Menteri.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Apa yang hendak dipersoalkan tentang usul yang telah pun dibawa oleh Kementerian Dalam Negeri?

final • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Tuan Yang di-Pertua kata boleh.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

You must listen first.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Tuan Yang di-Pertua kata boleh.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Kemudian ada kekhilafan tentang Mesyuarat PAC. Mesyuarat PAC dengan persidangan Parlimen ketika itu ada kekhilafannya. Maka sebab itu apabila arahan untuk tidak dibenarkan masuk, polis mengambil kuasa dan telah pun mengarahkan mengikut enforcement yang patut dilakukan mengikut Akta 342.

Jadi, apa yang menjadi masalah kita di sini? Masalahnya adalah sama ada kita hendak mendengar daripada segi keputusan Akta 342 ataupun hendak mendengar untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara-perkara yang lebih menjadi masalah kepada rakyat iaitu untuk tidak ada gathering di mana-mana. Maka sebab itu polis melakukan sesuatu demi untuk kepentingan...

final • 10:30 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Siapa yang mai hendak buat gathering? Kami mai hendak masuk Dewan.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Dengarlah mangkuk.

final • 10:30 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Hendak masuk, Tuan Yang di- Pertua sendiri benar untuk Ahli Parlimen masuk ambil barang.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Sit down first lah.

final • 10:30 AM

Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan

Pohon penjelasan Yang Berhormat Menteri. Pohon penjelasan.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Ini yang masalahnya. Oleh sebab kita hendak memastikan semua berjalan dengan baik supaya segala sanitization yang hendak kita lakukan itu juga berlaku dengan baik, maka sebab itu telah pun diarahkan untuk tidak membenarkan sesiapa masuk.

final • 10:30 AM

Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan

Pohon penjelasan Yang Berhormat Menteri.

final • 10:30 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Keputusan itu bercanggah dengan kekhilafan yang berlaku apabila Tuan Yang di-Pertua minta Mesyuarat PAC terus dilakukan. Itu yang menjadi kekhilafan ketika itu. Jadi tidak timbul sama ada hendak menutup jalan, tidak membenarkan sesiapa kerana yang penting kepada kita ketika itu adalah untuk memastikan bahawa wabak COVID-19 tidak lagi menjadi sesuatu yang besar di Parlimen.

final • 10:30 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri, pohon penjelasan.

final • 10:30 AM

Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan

Pohon penjelasan Yang Berhormat Menteri.

final • 10:30 AM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

[Bangun]

final • 10:30 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Menteri hendak selamatkan Kerajaan Perikatan Nasional...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

All right, cukup, cukup. Setiausaha, sila teruskan dengan MQT sekarang.

final • 10:30 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Pergi berhimpun rumah Yang Berhormat Pagoh boleh pula.

final • 10:30 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Selamatkan diri sendiri, hendak selamatkan politik sahaja.

final • 10:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Polis tidak ada bidang kuasa tentang Parlimen.

Itu penting.

final • 10:30 AM
JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Tuan Wong Hon Wai [Bukit Bendera] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada kerajaan akan menyemak semula terhadap program MM2H berikutan rungutan komuniti MM2H dan industri ekonomi berkaitan terhadap syarat-syarat baru yang amat ketat dan kenapa kerajaan melaksanakan “Satu Negara, Dua sistem” di mana negeri Sarawak mempunyai dasar MM2H yang liberal berbanding dengan Kerajaan Persekutuan.

final • 10:30 AM

Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Dalam Negeri sentiasa cakna dan prihatin dengan keberadaan warga asing di Malaysia. Ini termasuklah peserta Program Malaysia Rumah Keduaku atau MM2H.

Hasrat murni kerajaan dalam menambah baik syarat-syarat penyertaan program MM2H adalah untuk memastikan setiap peserta Program MM2H yang ingin bermastautin di negara ini adalah terdiri daripada mereka yang berkualiti dan dapat menyumbang untuk menjana ekonomi negara.

Pemegang-pemegang MM2H sedia ada boleh dipertimbangkan kelonggaran daripada memenuhi dasar semasa seperti keperluan pemilikan akaun simpanan tetap sekurang-kurangnya RM1 juta dan pengeluaran maksimum sebanyak 50 peratus dibenarkan ke atas nilai prinsipal bagi tujuan pembelian hartanah, kesihatan dan pendidikan anak-anak. Manakala pengisytiharan aset cair mesti sekurang-kurangnya RM1.5 juta.

final • 10:30 AM

Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Pendapatan luar negara sekurang-kurangnya RM40 ribu sebulan dan lain-lain keperluan syarat yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, bagi semua peserta baru, mereka perlu memenuhi dasar baharu MM2H ini bagi memastikan peserta MM2H yang berada di Malaysia adalah benar-benar genuine, berkualiti tinggi dan dapat memberi sumbangan yang positif kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Perbezaan polisi Program MM2H dan peraturan Imigresen di antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak serta Sabah adalah disebabkan Sabah dan Sarawak mempunyai peruntukan istimewa atau special provision seperti mana yang telah digariskan di bawah Seksyen 64 dan 65 Akta Imigresen 1959-1963 untuk menguruskan hal ehwal Imigresen berkaitan kemasukan warga asing dan tempoh keberadaan warga asing di kedua-dua negeri. Justeru, Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak boleh menyesuaikan syarat-syarat penyertaan program bagi tujuan pengeluaran pas lawatan sosial. Walau bagaimanapun, saya dan juga negeri Sabah dan Sarawak akan duduk dan membincangkan perkara ini untuk kita menyesuaikan program ini bagi seluruh negara

final • 10:40 AM

Menteri Dalam Negeri - Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

supaya tidak timbul lagi ada dua syarat yang berbeza di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat ada soalan tambahan.

final • 10:40 AM

Tuan Wong Hon Wai - Bukit Bendera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan saya mendengar jawapan Yang Berhormat Menteri tadi. Sepatutnya dalam keadaan kegawatan ekonomi pandemik COVID-19, kita perlu merangka dasar untuk meramaikan lagi peserta MH2H. Ini tertakluk kepada ambang angka satu peratus populasi warganegara Malaysia supaya mereka boleh memberikan sumbangan ekonomi kepada negara kita .

Soalan saya. Kenapa, sudi kah Kementerian Dalam Negeri mempertimbangkan untuk urusan permohonan diserahkan balik kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MoTAC) kerana kementerian ini tidak mesra dari segi urusan, tapisan dan juga permohonan. Sebelum ini MoTAC telah menjalankan program ini dengan baik. Adakah MoTAC perlu drive this exercise dan bukan Kementerian Dalam Negeri? Sila berikan satu jawapan.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 10:40 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini adalah keputusan yang telah pun dibuat oleh Kabinet semasa Kerajaan PH lagi, bukan kerajaan sekarang ini. Tetapi, walau bagaimanapun, ianya boleh disesuaikan. Saya hendak menjelaskan di sini, sebenarnya jumlah peserta yang aktif ketika ini tidaklah seberapa ramai seperti yang diuar-uarkan oleh media massa. Yang ada hari ini, prinsipal hanya 34 ribu sahaja iaitu 27,894 merupakan peserta Program MM2H. Manakala peserta awal silver hair dahulu hanya 6,453. Jadi jumlahnya kecil sekali dengan 34,347 prinsipal. Lagi satu perkara adalah yang diuar-uarkan oleh semua orang, seolah-olah banyaknya jumlah kewangan yang disimpan dalam Bank Negara kita.

Hari ini pada tahun 2019, hanya ada RM921 juta sahaja. Jadi, tidak timbullah isu untuk kita melihat semula orang yang sudah pun menjadi peserta yang lama. Yang kita hendak adalah peserta yang baru, yang lebih genuine, yang benar-benar boleh membantu, the quality people. It is not the quantity yang kita perlukan. Maka sebab itu, apa yang kita lakukan adalah untuk melihat kejayaan program ini dengan menjemput mereka yang hendak duduk di sini diberikan taraf yang lebih sesuai keadaannya apabila mereka adalah yang benar-benar berkualiti.

Yang jadi kekhilafan di sini adalah di antara Program MM2H dengan expatriates yang datang di sini. Mereka yang datang dengan membawa investment sebagai investors. Itu adalah program lain yang kita lakukan. Itu juga adalah merupakan sesuatu yang akan kita lihat untuk memberikan penambahbaikan kerana dahulu the investors yang datang hanya dengan meletakkan RM100 ribu, formed a company, buat syarikat, telah pun mendapat visa yang begitu panjang yang kita berikan.

Itu semua adalah sesuatu yang akan kita lihat untuk menentukan keselamatan dalam negara. Ini kerana ada orang yang menyalahgunakan dengan segala visa yang dikeluarkan, sama ada tempoh panjang ataupun program MM2H. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ada soalan tambahan kedua dari sebelah sini.

final • 10:40 AM

Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kalau tidak ada, Yang Berhormat Balik Pulau, sila.

final • 10:40 AM

Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas penjelasan yang diberikan.

Saya cuma hendak bangkitkan tentang apa yang Yang Berhormat Menteri sebut bahawa prosedur baharu ini dibuat pada zaman PH. Sebenarnya tidak betul, ya. Zaman PH tidak ada perubahan dari segi jumlah deposit daripada RM150 ribu kepada RM1 juta. Ini baru dibuat, baharu ini. So, ini satu kenyataan yang salah, fakta salah. Adakah Yang Berhormat Menteri mengkaji tentang impak kepada imej negara kerana prosedur yang berubah-ubah.

final • 10:40 AM

Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik - Balik Pulau

You are shifting goalposts dan Sultan Johor sendiri pun menyatakan dalam FMT, 30 Ogos. Boleh saya baca dalam English, “The MM2H condition will dent the country’s revenues, frighten off investors and affect the country’s image overseas. Sultan Johor sendiri bangkitkan perkara ini. So saya harap Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dapat mengkaji semula tentang prosedur yang baru yang akan menyebabkan exodus of all the MM2H participants. Terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

final • 10:40 AM

Dato' Seri Hamzah bin Zainudin

Saya ucap terima kasih lah kepada Yang Berhormat Balik Pulau. Yang saya kata adalah daripada pengurusan yang diberikan pada MoTAC yang transfer semula kepada KDN. Itu telah dilakukan pada tahun 2019. Maka sebab itu saya kata itu adalah sesuatu yang telah diberikan kembali pada KDN semasa Kerajaan PH. Yang saya menjawab, apa yang dipersoalkan awal tadi tentang prosedur yang ada. Memang masih lagi ada prosedur yang sama. Cuma yang telah menjadi masalah ketika ini adalah sama ada ia boleh dipertingkatkan dan diberikan penambahbaikan. Ini yang sedang kita lihat dan kita lakukan untuk mereka yang baru hendak masuk dengan prosedur dan kriteria yang lebih ketat, yang baharu.

Manakala yang lama saya sudah kata tadi, kita bagi case-by-case basis untuk melihat dari segi masalah keselamatan. Ada mereka yang namanya peserta Program MM2H tapi hanya menggunakan ini sebagai transit sahaja dengan melakukan banyak perkara yang tidak diingini, masalah keselamatan. Maka sebab itu, fokus diberikan kepada keselamatan semula. Manakala untuk Program MM2H untuk membantu ekonomi negara, biarlah mereka yang berkualiti.

Apa salahnya kita memasukkan orang yang berkualiti? Yang kita hendak hanya 150 ribu sudah layak untuk duduk selama 10-15 tahun dalam negara kita ini, fasal apa?

Sepatutnya kita mesti fikirkan bahawa yang hendak duduk dalam negara kita adalah mereka yang berkualiti, dengan sekurang-kurangnya ada RM1 juta. Itu yang lebih baik daripada kita hanya berikan masalah yang lama.

Cuma kajian ini terpaksa dilakukan kerana program ini telah bermula pada tahun 2002, sudah hampir 20 tahun. Maka sebab itu, apa kriteria yang dahulu iaitu hanya sebanyak RM150 ribu ketika itu, mungkin sesuai. Tetapi sekarang pada saya, ianya tidak lagi sesuai. Oleh sebab itu kerajaan telah memikirkan untuk memberikan penambahbaikan dan untuk menentukan mereka yang ada di sini adalah yang berkualiti.

Kita telah mengumumkan kriteria baharu untuk Program MM2H yang baru. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sungai Siput.

final • 10:40 AM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya komen jawapan Yang Berhormat Menteri.

final • 10:40 AM

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Sikit saja, sikit saja. Seminit.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

30 saat.....

final • 10:40 AM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Jawapan Tuan Yang di-Pertua memberikan gambaran orang yang meletakkan RM1 juta, kalau ada masalah keselamatan pun tidak apa kerana memenuhi syarat RM1 juta.

final • 10:50 AM

Seorang Ahli

Pengedar dadah.

final • 10:50 AM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Pengedar dadah, penjenayah, dia letak RM1 juta, okey no problem sebab dia berkualiti. Kalau masalah keselamatan dalam negara adalah masalahnya, maka jangan kita kaitkan dengan jumlah berapa banyak yang dia deposit. Kalau dia letak RM150,000 pun timbul masalah, kita ambil tindakan atas keselamatan negara. Kalau datang dengan RM1 juta sekalipun, ada masalah maka kita ambil tindakan yang lain. Maka jawapan Yang Berhormat Menteri kurang memuaskan.

Ia seolah-olah hendak mencari...

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:50 AM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, terima kasih Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Shah Alam. Cukup, cukup. Tidak perlu jawablah...

final • 10:50 AM

Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin

Bukan. Saya hendak jelaskan sebab beberapa kriteria. Saya menjawab apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Balik Pulau tentang RM150,000. Sebab itu saya bercakap dari segi generalnya kita hendak melihat keselamatan adalah merupakan kriteria. Apa yang menjadi masalah kepada Yang Berhormat Shah Alam adalah hanya melihat kepada satu perkara yang dibangkitkan.

Kriteria sebenarnya banyak. Bukan itu sahaja. Jadi tidak perlu hendak komen kalau tidak tahu. Terima kasih.

[Tepuk]

final • 10:50 AM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Jawapan Menteri kurang memuaskan. Maaflah Yang Berhormat Menteri.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya persilakan Yang Berhormat Sungai Siput.

final • 10:50 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sungai Siput minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah sasaran yang diambil oleh Kementerian untuk mencapai tahap penyediaan katil hospital yang lebih tinggi.

Justeru memberikan kemudahan kesihatan yang lebih selesa untuk rakyat.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput.

final • 10:50 AM

2. Tuan Kesavan A/L Subramaniam [Sungai Siput] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah sasaran yang diambil oleh kementerian untuk mencapai tahap penyediaan katil hospital yang lebih tinggi, justeru memberi kemudahan kesihatan yang lebih selesa untuk rakyat.

final • 10:50 AM

Menteri Kesihatan - Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Kesihatan Malaysia menyasarkan nisbah katil hospital kepada 1,000 penduduk pada kadar 2.08 pada akhir Rancangan Malaysia Ke-12 pada tahun 2020 iaitu tahun akhir Rancangan Malaysia Ke-11. Nisbah yang tercapai adalah 2.01 di mana bilangan katil telah meningkat daripada 55,952 katil pada tahun 2016 kepada 65,508 katil pada tahun 2020.

Bagi mencapai sasaran yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia meneruskan inisiatif untuk menambah bilangan katil menerusi pembinaan hospital baharu dan menaik taraf hospital serta fasiliti sedia ada. Tumpuan diberikan kepada kawasan di mana hospital sedia ada mempunyai kadar penggunaan katil yang tinggi. Faktor lain yang turut diambil kira ialah kepadatan penduduk, akses kepada perkhidmatan di hospital sedia ada dan peruntukan kewangan kerajaan.

Selain meningkatkan bilangan katil di hospital dan fasiliti KKM, Kementerian juga menggunakan pendekatan untuk mengoptimumkan bil katil sedia ada menerusi perkhidmatan rawatan harian di hospital-hospital utama bagi mengurangkan keperluan terhadap katil pesakit dalam dan pelaksanaan Program Hospital Kluster yang mana perkhidmatan kepakaran dikembangkan ke hospital tanpa pakar yang mempunyai kadar penggunaan katil yang rendah. Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Soalan tambahan Yang Berhormat Sungai Siput.

final • 10:50 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri atas jawapan tadi. Yang Berhormat Menteri, seperti mana yang telah dimaklumkan dalam jawapannya, saya merujuk kepada standard antarabangsa di mana

final • 10:50 AM

Tuan Kesavan a/l Subramaniam - Sungai Siput

bagi setiap 1,000 penduduk adalah 2.5 katil. Jadi perbezaan di sebalik ini menunjukkan masalah ada keperluan untuk kita menambahkan jumlah katil tersebut.

Yang Berhormat Menteri, ini berkaitan dengan katil untuk kes COVID-19.

Sehingga semalam, jumlah kes COVID-19 yang mendapat rawatan di hospital adalah hampir 13,000 iaitu hampir 13,000 katil digunakan daripada jumlah yang sedia ada. Ini bermakna pesakit bukan COVID-19 dipindahkan ke hospital-hospital lain termasuk Hospital Sungai Siput kini berstatus hospital COVID-19 di mana pesakit luar harian diarahkan mendapat rawatan di klinik-klinik yang berhampiran.

Soalan tambahan saya Yang Berhormat Menteri, bagaimanakah untuk memastikan bahawa pesakit bukan COVID-19 mendapat rawatan yang mencukupi dan salah satu KPI Yang Berhormat Menteri adalah normalisasi rawatan bukan COVID-19 di Kementerian Kesihatan dalam tempoh 100 hari di bawah pentadbiran kerajaan baharu dapat dicapai. Bagaimana? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri.

final • 10:50 AM

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Terima kasih Yang Berhormat Sungai Siput. Walaupun kita berhadapan dengan pandemik COVID-19, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak menghentikan ataupun tidak mengurangkan perkhidmatan kesihatan kepada pesakit bukan COVID-19 terutamanya untuk kes-kes kecemasan dan juga kes separa kecemasan. Antara langkah-langkah yang telah pun dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memastikan bahawa non-COVID-19 patients dengan izin, mendapat rawatan yang mencukupi adalah:

(i) pemanjangan waktu operasi klinik pakar dan dewan bedah selepas waktu pejabat termasuk pada hari Sabtu bagi hospital- hospital tertentu. Jadi kita increase the working hours of hospitals tertentu untuk memastikan non-COVID-19 cases dapat dirawat dengan baik;

(ii) mengoptimumkan penggunaan hospital-hospital bukan pakar dan hospital Angkatan Tentera Malaysia untuk menjalankan prosedur pembedahan tertentu melalui konsep Hospital Kluster;

(iii) mobilisasi pakar KKM dan pakar swasta ke hospital yang tidak menyediakan perkhidmatan kepakaran tertentu. Jadi remobilization of staff ataupun pakar specialty KKM dan juga swasta;

(iv) outsourcing atau penyumber luaran perkhidmatan tertentu kepada hospital swasta untuk mengurangkan waktu menunggu prosedur ataupun pembedahan. Proses outsourcing ini dilaksanakan secara berperingkat mengikut keperluan dan kemampuan semasa kementerian berdasarkan kepada kriteria kes yang telah pun kita kenal pasti. Pada masa ini KKM bekerjasama dengan 76 buah hospital swasta seluruh Malaysia dan sehingga akhir bulan Julai sebanyak 3,974 prosedur telah pun di-outsource kepada hospital swasta; dan

(v) meningkatkan perkhidmatan secara maya melalui virtual clinic dan juga meneliti kebolehlaksanaan penyediaan hospital khas non COVID-19 untuk menjalankan prosedur pembedahan elektif yang tertangguh. Ini kita akan meminta peruntukan daripada Perbendaharaan untuk memastikan kes-kes yang tertangguh terutamanya pembedahan non-elective ini dapat kita selesaikan melalui outsourcing hospital-hospital swasta.

Terima kasih.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Semporna.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Saya ingin bertanya sama ada Yang Berhormat sedar ataupun tidak dan apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk

final • 10:50 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal

mengatasi masalah bukan hanya di beberapa tempat di Klang termasuk di peringkat negeri Sabah berhubung kait dengan masalah bukan hanya katil kemudahan, kesihatan yang amat mendesak. Contohnya kalau di peringkat negeri Sabah kita hanya Kota Kinabalu Queen Elizabeth, kita hanya mempunyai 38 katil yang fitted with oxygen yang membolehkan untuk menampung keperluan masyarakat. Cuma 38 sahaja. Di kawasan saya sendiri hanya lima katil. Selepas itu hendak bawa dari Tawau pun kadang-kadang ada patient dari Tawau pergi Semporna jammed up the whole area.

Apa yang membimbangkan saya ialah oleh kerana ketidaklengkapan perkara ini yang berhubung kait dengan keperluan untuk menyelamatkan nyawa manusia oleh kerana oxygen is not available dan kita mempunyai pendekatan tidak tahu betul atau tidak di mana usia yang 60 tahun ke atas is no longer a priority. Manakala yang 30, 40 tahun mungkin akan diberikan ruang untuk diberikan oksigen. Ada kes satu ketika dahulu seorang daripada bekas mendiang Menteri Undang-undang iaitu VK Liew’s brother bila request kena oksigen kena disambung, no the queue is too long Datuk Seri. We cannot drag more because we have to pull out.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal

Ini yang membimbangkan saya, tak akan dalam keadaan yang ada pada negara kita pada hari ini dan kita mendengar berbilion duit untuk berbelanja. Takat oksigen pun di peringkat, Queen Elizabeth Hospital, 38. Apakah langkah untuk mengatasi immediate – the sense of urgency must be there but what are the steps dengan izin yang perlu diambil oleh pihak pemerintah untuk mengatasi masalah ini? Ini termasuk saya bagi tahu congested area in east coast side Tawau.

Saya ada cadangkan supaya buka kem di Tawau yang mempunyai katil mencukupi but nobody to man that. Ini kerana Tawau sudah congested dengan pesakit yang ada, recorded one stage 45 orang meninggal dunia di Sabah. Oleh kerana keadaan yang begitu membimbangkan kita, ini katil, kemudahan-kemudahan yang saya berharap – saya bertanya apakah langkah-langkah untuk immediately mengatasi masalah menyelamatkan nyawa manusia. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Semporna. Yang Berhormat Menteri.

final • 11:00 AM

Menteri Kesihatan - Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Terima kasih Yang Berhormat daripada Semporna yang sungguh prihatin kepada apa yang sedang berlaku bukan hanya di Sabah tetapi di seluruh Malaysia.

Untuk makluman Yang Berhormat, saya sendiri telah melawat negeri Sabah baru- baru ini. Pada 7 hari bulan September, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menghantar tambahan sebanyak 480 silinder oksigen dan sebanyak 48 oxygen regulator kepada Sabah untuk menampung keperluan yang mendesak buat masa ini.

Namun demikian, saya faham bahawa isu ini sewaktu berlakunya surge of cases di Sabah, memang kurang katil dan juga kurang katil yang ada peralatan oksigen. Oleh sebab itu kita telah menghantar bekalan tambahan tersebut. Di Tawau, saya sendiri telah melawat Hospital di Tawau dan kita telah kenal pasti tapak untuk didirikan Hospital Medan mungkin sebanyak 100 katil yang mana kita akan juga pastikan bahawa kemudahan alat pernafasan dan oksigen yang cukup di kawasan untuk Pantai Timur di kawasan Tawau.

Saya ingin maklumkan bahawa mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di Sabah, mungkin kita akan melihat dari masa ke semasa ada negeri yang akan melihat peningkatan kes dan juga memerlukan kemudahan oksigen dan di samping kita memastikan bahawa katil yang tetap yang mempunyai kemudahan piped oxygen itu mempunyai jumlah yang selesa. Akan tetapi Kementerian Kesihatan Malaysia akan menubuhkan satu Rapid Deployment Unit di mana modular ICU boleh dihantar dengan cepat, oksigen boleh dihantar dengan cepat kepada mana-mana negeri yang selepas ini mungkin akan mengalami a spike of cases dengan izin sekiranya varian-varian baharu muncul.

Jadi, isu ini kita akan pastikan bahawa tidak berlaku seperti mana dahulu di mana tidak ada katil yang mempunyai kemudahan oksigen yang mencukupi seperti mana yang berlaku beberapa bulan yang lepas. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Machang.

final • 11:00 AM

3. Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub [Machang] minta Menteri Sumber Manusia menyatakan berapakah kadar pengangguran rakyat Malaysia mengikut negeri sehingga bulan Ogos tahun ini.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Machang, Yang Berhormat Menteri.

final • 11:00 AM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M. Saravanan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berdasarkan data terkini Kaji Selidik Tenaga Buruh oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran rakyat Malaysia pada suku kedua 2021 menurun sebanyak 0.3 peratus daripada sebanyak 5.1 peratus kepada 4.1 peratus pada suku kedua 2020.

Melihat kedudukan pengangguran di peringkat negeri pada suku kedua 2021, Wilayah Persekutuan dan Sabah mencatatkan kadar pengangguran lebih lapan peratus iaitu masing-masing pada kadar sebanyak 8.8 peratus dan 8.7 peratus. Ini menunjukkan daripada seramai 100 orang tenaga buruh di negeri tersebut, seramai sembilan orang daripadanya adalah penganggur.

Bagi tempoh yang sama, Perlis mencatatkan kadar pengangguran sebanyak 53 peratus manakala enam negeri mencatatkan kadar pengangguran lebih daripada 4.0 peratus iaitu Kelantan sebanyak 4.8 peratus, Kuala Lumpur 4.7 peratus, Perak dan Selangor dan Sarawak masing-masing sebanyak 4.4 peratus serta Terengganu, 4.2 peratus.

Enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan mencatatkan pengangguran di antara 3.5 peratus ke 3.9 peratus manakala kadar pengangguran terendah di Wilayah Persekutuan, Putrajaya pada kadar 1.7 peratus. Ini melibatkan tinggi penduduk di kawasan ini berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Secara keseluruhan sebanyak tujuh negeri mencatatkan kadar pengangguran di bawah 4.0 peratus yang menggambarkan ekonomi negeri tersebut masih beroperasi dengan guna tenaga buruh. Pada masa yang sama, penurunan bilangan penganggur direkodkan di tujuh negeri iaitu Sabah, Perak, Sarawak, Kedah, Johor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Walaupun mencatatkan peningkatan tertinggi bilangan penduduk bekerja namun bilangan pengangguran di negeri tersebut turut meningkat sebanyak 2.3 peratus iaitu sebanyak 3,700 orang daripada 191,000 kepada sebanyak 165,000 orang. Sementara itu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula mencatatkan sebanyak ‘43,600’ penganggur iaitu pertambahan seramai ‘10.4 peratus’ penganggur berbanding tahun sebelumnya.

Sekian, terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, Yang Berhormat Machang soalan tambahan?

final • 11:00 AM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Menteri. Saya ingin menarik perhatian berkaitan dengan pengangguran di kalangan para graduan. Jumlah graduan yang keluar daripada pusat-pusat pengajian dilihat tidak selari dengan peluang pekerjaan baharu yang diwujudkan yang telah mengakibatkan jumlah pengangguran semakin meningkat di kalangan para graduan.

Namun begitu, mengikut berdasarkan statistik siswazah 2020 menunjukkan siswazah menganggur telah meningkat begitu ketara sebanyak 22.5 peratus kepada 202,400 orang iaitu peningkatan seramai 37,200 orang. Kita sedar pihak kerajaan telah pun melaksanakan beberapa langkah yang patut dibuat bagi mengurangkan jumlah pengangguran di kalangan belia dan juga para graduan di dalam negara ini.

Akan tetapi, soalan saya kepada Yang Berhormat Menteri apakah langkah- langkah tambahan yang telah dirangka dan dirancang oleh pihak kerajaan bagi memastikan peluang-peluang pekerjaan ini dapat diwujudkan. Walaupun kita sedar di

final • 11:00 AM

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub - Machang

dalam keadaan pandemik COVID-19 ini suasana kemuraman ekonomi yang telah melanda dunia dan negara kita tetapi sudah tentulah kita mesti melakukan satu usaha tambahan bagi memastikan para-para graduan dan juga belia-belia kita ini tidak menganggur. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:00 AM

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M. Saravanan

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan penghargaan saya ke atas keprihatinan Yang Berhormat Machang. Negara kita menghadapi satu keadaan yang luar biasa bukan sahaja negara kita, ini adalah satu keadaan seluruh dunia.

Kita menghadapi masalah ini bukan sahaja sebab penularan COVID-19 dan seterusnya sebab kelembapan ekonomi yang sedia ada. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif di mana strategi menjana dan mengekalkan pekerjaan selaras dengan matlamat pertama Belanjawan 2021 iaitu kesejahteraan rakyat.

Majlis Pekerjaan Negara bertujuan memantau strategi penciptaan peluang pekerjaan dengan memastikan pemulihan dan rangsangan sektor-sektor ekonomi di Malaysia berjaya dilaksanakan secara menyeluruh.

Menerusi Majlis Pekerjaan Negara, pelbagai inisiatif telah dirancang oleh pihak kerajaan dalam mengekalkan dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baharu untuk rakyat Malaysia khususnya graduan-graduan. Inisiatif yang telah dipantau dan di bawah lima pasukan petugas-petugas khas yang mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing iaitu:

(i) Human Resource Entrepreneurship;

(ii) National Education;

(iii) TVET;

(iv) STF Real Economy; dan

(v) SCF ‘DeepTech’ dengan izin.

Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pembangunan Usahawan Koperasi MDEC telah dilantik sebagai Pengerusi bersama bagi STF HRD dan SCF HRD memainkan peranan yang amat penting untuk menyokong peranan NEC ataupun Majlis Pekerjaan Negara melalui beberapa objektif utama iaitu:

(i) meningkatkan pencapaian penciptaan pekerjaan,

(ii) memaksimumkan tahap pengekalan pekerjaan, job retention dengan izin,

(iii) membuat padanan pekerjaan secara komprehensif bagi mengatasi isu underemployment;

(iv) mengkaji dan merangka mekanisme perlindungan keselamatan sosial bagi pekerja sendiri self-employed dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Sehingga 9 Julai 2021, STF telah mencapai KPI sebanyak 73 peratus iaitu daripada sebanyak 296,742 daripada 367,500 jumlah penempatan pekerjaan dan penciptaan pendapatan. Terima kasih.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 11:00 AM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, sudah lama tadi tambahan kedua. Yang Berhormat Kapar.

final • 11:00 AM

Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Tuan Yang di-Pertua, soalan saya. Apakah langkah kementerian untuk memastikan pekerja yang dibuang layak mendapat SIP dipermudahkan serta mendapat peluang menjadi pekerja berkemahiran setelah tempoh waktu kelayakan tamat? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 AM

Datuk Seri M. Saravanan

Tuan Yang di-Pertua, minta Yang Berhormat Kapar ulang soalan dia. Tidak payah jeritlah, saya tidak faham.

final • 11:10 AM

Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid

Itulah kena tambahan masa. Apakah langkah kementerian untuk memastikan pekerja yang dibuang layak mendapat faedah Skim Insurans Pekerja (SIP) dipermudahkan serta mendapat peluang menjadi pekerja berkemahiran setelah tempoh waktu kelayakan tamat? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua masa yang diberi panjang ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 AM

Datuk Seri M. Saravanan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kebetulannya kelayakan SIP memanglah mudah buat masa ini. Mana-mana pihak yang memohon, PERKESO luluskan dengan kadar yang segera.

Kedua, Kementerian Sumber Manusia melalui PERKESO menjalankan latihan- latihan kemahiran untuk menambahkan kemahiran terhadap pekerja yang hilang kerja supaya mereka dapat peluang-peluang kerja melalui program Train and Place ataupun peluang-peluang kemahiran. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka

Tuan Yang di-Pertua, boleh tambah satu soalan?

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Oleh kerana ada masa, saya jemput Yang Berhormat Muar.

final • 11:10 AM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Hulu Langat.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Last soalan, Yang Berhormat Muar.

final • 11:10 AM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih. Kini lebih 800,000 orang rakyat Malaysia menganggur, dalam satu juta, dengan izin, suffer from underemployment. Ia bukan sekadar soal pengangguran sahaja tetapi pada masa yang sama kajian menunjukkan bahawa purata gaji graduan menurun dalam 18 peratus, pekerja menurun dalam 10 hingga 15 peratus.

Sambil semua perkara ini berlaku semasa musim COVID-19, 50 orang rakyat Malaysia terkaya naik purata kekayaannya sebanyak 14 peratus. Yang kaya makin kaya, yang miskin makin miskin semasa tempoh COVID-19. Apa tindakan kerajaan untuk turunkan jurang pendapatan? Bukan sahaja soal pekerjaan tetapi juga pendapatan.

Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih. Yang Berhormat Menteri.

final • 11:10 AM

Datuk Seri M. Saravanan

Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dengan pandangan Yang Berhormat Muar. Memang ini adalah satu keadaan yang kita tidak pernah mengalami sebelum ini. Maka kerajaan masih sedang mengkaji untuk mengambil pelbagai inisiatif dan langkah-langkah supaya kita mengurangkan keadaan yang sedia ada. Terima kasih.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih Yang Berhormat semua.

[Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat]

final • 11:10 AM
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

Dato' Haji Salim Sharif - Jempol

[Berpantun] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Melaksanakan tugas penuh saksama, Parlimen bersidang hujah berkata, Jempol diberi giliran pertama. Sekalung tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kesembilan.

[Tepuk] Semoga dipermudahkan segala urusan, serlahkanlah kepimpinan negara meletak harapan keluarga Malaysia menanti pembelaan. Jempol mohon jawapan. Terima kasih.

final • 11:10 AM

1. Dato' Haji Salim Sharif [Jempol] minta Perdana Menteri menyatakan kewajaran pembukaan semula 11 sektor ekonomi di negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara

(PPN) di kala kes harian baharu masih mencatatkan angka yang membimbangkan.

final • 11:10 AM

Perdana Menteri - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Yang Berhormat Jempol. Saya tidak ada apa hendak jawab apa yang disebutkan tadi.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:10 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Bawa dia naik kapal terbang sekejap lagi.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan

final • 11:10 AM

Mesyuarat] Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah mempertimbangkan pembukaan sektor tertentu sebagai salah satu cara untuk memulihkan kembali ekonomi negara.

Kita sedia maklum tentang kesusahan rakyat akibat daripada penutupan sektor- sektor ekonomi. Pembukaan semula 11 sektor ekonomi di negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara wajar berikutan dengan keputusan penerima vaksinasi yang tinggi ketika ini. Malah keputusan ini dibuat dengan mengambil kira data penilaian risiko yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengenai ekonomi.

Untuk makluman, sehingga bulan September ini, sebanyak 74.7 peratus rakyat dewasa telah menerima sebanyak dua dos vaksin, manakala untuk satu dos vaksin sebanyak 91.6 peratus rakyat telah pun menerimanya.

Selain daripada itu, sektor-sektor ini dibuka dengan SOP yang ketat termasuk hanya membenarkan pelanggan yang telah divaksin lengkap sahaja untuk masuk membuat urus niaga dan mendapatkan perkhidmatan. Manakala pekerja-pekerja di premis-premis yang berkaitan juga mesti telah pun lengkap dengan dua dos vaksin.

Langkah mengurung rakyat tidak lagi dilihat sebagai sesuai, malah dikhuatiri mendatangkan lebih banyak implikasi termasuk kesihatan mental. Sekali gus kita perlu memberi keutamaan dengan membuka sektor ekonomi. Pembukaan ekonomi bukan sahaja dapat membantu mempercepatkan pemulihan ekonomi, malah memberikan peluang dan ruang untuk rakyat memperbaiki hidup.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Sila Yang Berhormat Jempol soalan tambahan yang pertama, selama 30 saat.

final • 11:10 AM

Dato' Haji Salim Sharif - Jempol

Terima kasih saya ucapkan atas jawapan yang diberi. Menerusi ciapan Twitter milik Tan Sri Dato' Seri Dr Noor Hisham bin Abdullah,

final • 11:10 AM

Dato' Haji Salim Sharif - Jempol

Ketua Pengarah Kesihatan, telah memberi peringatan kepada orang ramai bahawa banyak tempat dibenarkan untuk dibuka adalah disebabkan faktor ekonomi, bukan faktor keselamatan. Sepertimana yang kita sedia maklum, vaksin berfungsi untuk melindungi penerimanya daripada mengalami gejala yang serius. Namun, penerima vaksin masih berisiko menjadi pembawa virus.

Soalan saya. Apakah keputusan tersebut telah mengambil kira risiko yang ditanggung oleh individu yang tidak divaksin iaitu pelajar yang berumur 17 tahun ke bawah? Adakah terdapat sebarang pendekatan baharu yang akan dilaksanakan oleh kerajaan bagi melandaikan kes jangkitan harian baharu agar keselamatan individu tidak divaksin dapat dijamin? Terima kasih.

final • 11:10 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, satu minit.

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti saya sebutkan tadi bahawa penilaian risiko telah pun dilakukan oleh KKM yang melihat dari segi kesihatan, malah juga kementerian-kementerian yang berkaitan dengan ekonomi.

Jadi, kita telah pun membuat pertimbangan dan perimbangan.

Lagipun, apabila kita buka, saya sudah sebut tadi, bahawa SOP yang ketat perlu dilaksanakan. Kita tahu, seperti kata Yang Berhormat tadi, walaupun telah mendapat dua dos vaksin, masih boleh dijangkiti dan masih boleh menjangkiti. Kawalan kendirilah yang paling penting. Rakyat mesti berdisiplin untuk membuat kawalan kendiri daripada segi menjaga SOP.

Baru-baru ini kita buka, hari pertama kita lihat di tempat percutian, tidak ada memakai mask pun, tidak memakai topeng pun. Ini bermakna masa depan negara kita ini dari segi COVID ini bergantung kepada kita sendiri. Kita tidak boleh mengharapkan vaksin semata-mata, tetapi kawalan kendiri itu sangat penting. Kalau tidak, ia akan menjadi sia-sia sahaja.

Oleh sebab itulah, walaupun kita membuat kawalan yang ketat― misalnya anak berumur 17 tahun tidak boleh bersendirian, mesti bersama ibu bapa dan mesti tiada gejala baru boleh keluar. Walau bagaimanapun, penguatkuasaan oleh pihak kerajaan tetapi yang protect diri kita adalah kita sendiri. Seperti yang kita sebutkan selalu bahawa satu hari nanti kita akan hidup bersama COVID-19. We have to live with COVID-19.

final • 11:10 AM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Jadi, untuk keselamatan kita semua, kita yang perlu menjaga diri, keluarga dan masyarakat. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Yang Berhormat, Bandar Kuching.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya jemput untuk soalan tambahan yang kedua kepada Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, 30 saat.

final • 11:20 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Yang Amat Berhormat Bera, soalan tambahan saya berkisar kepada pertama, hakikat bahawa Yang Amat Berhormat meletakkan Yang Berhormat Pagoh sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara menunjukkan keyakinan tinggi Yang Amat Berhormat kepada Yang Berhormat Pagoh, walaupun rekodnya saya pesimis menceritakan tentang kegagalan.

Kepimpinan yang lepas Yang Amat Berhormat Bera juga adalah pemain watak utama dalam soal pemulihan pandemik COVID-19 ini. Saya teliti dalam dokumen pemulihan itu ada dua kata kunci penting. Yang pertama, setiap keputusan kerajaan akan berpandukan sains dan data. Itu yang pertama. Yang kedua, berdasarkan kepada maqasid syariah.

Soalan tambahan saya ialah mendengar jawapan Yang Amat Berhormat Bera tadi pertimbangan membuka semula 11 sektor ekonomi berasaskan kepada angka yang di vaksinasi, penilaian risiko, SOP ketat, tidak boleh lagi kurung rakyat lama-lama risiko serangan mental dan sebagainya. Di manakah asas sains dan data dan pertimbangan maqasid digunakan. Saya contohkan ya. Maqasid syariah keutamaan nombor satu adalah menjaga nyawa. Sains dan data menunjukkan angka kematian masih lagi berlegar kepada

final • 11:20 AM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

tiga digit. Bermaksud angka masih membimbangkan. Kalau pertimbangan berdasarkan maqasid syariah kenapa mesti dibuka ketika data menunjuk angka kematian masih tinggi, yang pertama.

Yang kedua, sains dan data benar menunjukkan vaksinasi tinggi. Antitesis kepada vaksinasi adalah varian baharu. Sarawak adalah negeri yang paling tinggi vaksinasi di Malaysia tetapi hari ini juga mencatatkan kes positif harian yang tinggi juga. Bagaimana sains dan data memberikan justifikasi terhadap pembukaan sektor ekonomi ini. Saya mohon jawapan Yang Amat Berhormat Bera. Terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila, Yang Berhormat.

final • 11:20 AM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Yang Berhormat. Dari segi Pelan Pemulihan Negara yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Pagoh memang Yang Berhormat Pagoh telah pun mempengerusikan mesyuarat ini sejak daripada mula Majlis Pemulihan Negara ini diwujudkan. Jadi, sebab itu kita memberikan kepercayaan kepada Yang Berhormat Pagoh untuk meneruskan tugasnya.

Jadi, yang keduanya, soalan ini bersandarkan kepada 11 jenis aktiviti ekonomi yang kita benarkan. Dan seperti kata Yang Berhormat tadi, kita berdasarkan sains dan data yang menunjukkan iaitu apa yang kita lihat adalah dari segi kluster yang diwujudkan oleh 11 daripada sektor ekonomi yang telah kita buka.

Sebagai contoh, ramai yang mengatakan gunting rambut ini bahaya sebab close contact dan sebagainya. Akan tetapi sepanjang tahun 2020, hanya satu kes kluster yang melibatkan gunting rambut. Begitu juga dengan beauty salon. Ramai yang mengatakan ini bahaya tetapi tidak ada kes yang melibatkan– Hanya satu kes atau dua kes yang melibatkan beauty salon. Begitu juga dengan kedai cuci kereta. Ramai kata ini kedai cuci kereta pekerjanya Bangladesh dan sebagainya. Jadi, tentu jangkitan lebih mudah. Akan tetapi sepanjang tahun 2020, tidak ada satu pun yang melibatkan kedai cuci kereta.

Jadi, data-data seperti ini lah yang menyebabkan kita fokus kepada sektor-sektor tertentu untuk kita buka walaupun di tempat lain masih lagi ada kluster-kluster lain. Okey, terima kasih.

final • 11:20 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih.

Seterusnya saya menjemput Yang Berhormat Port Dickson.

final • 11:20 AM

2. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [Port Dickson] minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah yang diambil kerajaan dan penjelasan berkenaan pendapatan isi rumah kasar bulanan yang menurun sehingga 10.3 peratus.

final • 11:20 AM

Perdana Menteri - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Perangkaan Malaysia telah menerbitkan Laporan Anggaran Pendapatan Isi Rumah dan Insiden Kemiskinan pada Ogos 2021. Berdasarkan laporan tersebut, pendapatan purata kasar bulanan isi rumah telah menurun sebanyak 10.3 peratus seperti yang disebutkan tadi.

Daripada RM7,901 pada tahun 2019 kepada RM7,089 pada tahun 2020. Dan insiden kemiskinan juga telah meningkat kepada 8.4 peratus yang melibatkan 636,800 isi rumah berbanding dengan 5.6 peratus atau 405,400 isi rumah pada tahun 2019. Punca pandemik COVID-19 telah menyebabkan ekonomi rakyat Malaysia menguncup sebanyak 5.6 peratus pada tahun 2020.

Di samping itu, kadar pengangguran meningkat dengan ketara kepada 5.3 peratus pada Mei 2020 melibatkan 826,100 individu berbanding 3.3 peratus pada tahun 2019. Lebih kurang 600,000 isi rumah daripada kumpulan isi rumah M40 yang berpendapatan di antara RM4,850 dan RM10,959 sebulan telah turun ke kumpulan B40.

Bagi mengurangkan tekanan beban individu dan isi rumah yang terkesan, kerajaan telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan di bawah lapan pakej rangsangan ekonomi. Antaranya seperti berikut. Bantuan Prihatin Nasional, Bantuan Prihatin Rakyat, Bantuan Khas COVID-19 (BKC) fasa 1 pada keseluruhannya berjumlah RM24.9 bilion dan telah membantu 10.9 juta individu isi rumah, moratorium bayaran balik pinjaman daripada lebih tujuh juta peminjam, diskaun bil elektrik sebanyak 3.14 bilion yang memanfaatkan

final • 11:20 AM

Perdana Menteri - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

8.8 juta individu dan isi rumah, 106.8 juta bakul makanan oleh JKM dengan 1,121,385 penerima isi rumah malah RM300,000 disediakan untuk setiap Ahli Parlimen untuk melaksanakan bakul makanan yang memanfaatkan 375,000 penerima yang seterusnya mengekalkan dan mewujudkan pekerjaan termasuk program subsidi upah yang telah membantu kira-kira 300,000 makanan dan mengekalkan lebih daripada 2.7 juta pekerja.

Walau bagaimanapun, bantuan ini hanya lah bersifat jangka pendek.

final • 11:20 AM

Perdana Menteri - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Bagi jangka sederhana dan panjang, kerajaan akan meneruskan dasar dan strategi untuk meningkatkan pendapatan dan kuasa beli terutamanya isi rumah miskin dalam kalangan B40, dengan menyediakan program peningkatan pendapatan serta peningkatan keupayaan, menambah baik akses daripada keperluan asas termasuk pendidikan, kesihatan dan perumahan, menggalakkan keusahawanan dan akses kepada pembiayaan-pembiayaan kewangan dan meningkatkan perlindungan sosial. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila, soalan tambahan yang pertama.

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Terima kasih Yang Berhormat atas penjelasan yang agak teliti. Yang Amat Berhormat menjelaskan bahawa dengan Bantuan Prihatin Nasional Fasa 1, 2 dan lain-lain berjumlah RM24.9 bilion. Akan tetapi kenyataan sekarang, berdasarkan laporan Jabatan Statistik adalah penurunan. Maknanya jumlah kemiskinan yang bertambah dan menyusut 10.3 peratus.

Maka persoalan saya adalah apakah langkah yang diambil ini dianggap munasabah dan mencukupi? Jawapannya, tidak! Kerana penyusutan terus berlaku. Lebih parahlah negeri-negeri seperti Kelantan kerana penyusutan paling tinggi. Cuma Yang Amat Berhormat juga harus akui bahawa tidak semua kalangan rakyat menghadapi masalah kerana di kalangan T20, menurut laporan Jabatan Statistik ada peningkatan.

Maknanya dalam keadaan kemiskinan yang ketara, jumlah yang lebih parah, jumlah penganggur dan juga yang miskin dan M40 yang turun menjadi B40 tetapi golongan yang maha kaya telah mencatat pendapatan yang terus meningkat. Maka oleh yang demikian, saya ingin satu penjelasan daripada Yang Amat Berhormat bahawa pertama, langkah-langkah ini tidak mencukupi, ada kami usulkan langkah suntikan RM45 bilion untuk maksud ini dengan pemantauan jelas.

Yang Amat Berhormat juga menyebut tentang moratorium. Kalau tidak kita jelaskan, wang yang diberi itu akan digunakan untuk bayar hutang bank. Oleh sebab itulah kita harus beri moratorium tambahan yang bermakna supaya pembayaran hutang ditangguhkan agar pendapatan keluarga itu dapat ditingkatkan.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, sila Yang Berhormat.

final • 11:30 AM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang saya sebutkan tadi, kita ada short-term dan long-term plan. Short-term tadi kita kira untuk sementara.

Sebagai contoh, apabila kita memberikan bantuan kepada peniaga mikro, one-off cash, ia bertahan untuk beberapa waktu sahaja. That is why plan kita adalah supaya untuk jangka masa pendek, sederhana dan jangka panjang, untuk kita memberikan latihan keusahawanan, untuk latihan reskilling dan upskilling supaya mereka diberi ruang selepas itu untuk menambahkan pendapatan ataupun mencari punca pendapatan yang baru.

Begitu juga dengan kalau nak memulakan perniagaan. Mereka mesti mempunyai sedikit modal to start up business, mesti berikan kepada mereka. Jadi sebab itulah kita menyediakan, BSN menyediakan modal to start up dia punya business. MARA pun menyediakan dan yang lebih penting adalah untuk long-term iaitu membuka semula ekonomi.

Jadi, inilah yang kita jangka apabila kita buka ekonomi maka peluang mereka untuk mendapat pekerjaan, untuk memulakan perniagaan boleh membantu mereka untuk

final • 11:30 AM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

meneruskan hidup dan kita percaya akhirnya jurang kemiskinan ataupun peratusan kemiskinan itu dapat kita kurangkan. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Pasir Mas, Pasir Mas...

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih. Soalan tambahan yang kedua, saya jemput Yang Berhormat Pontian.

final • 11:30 AM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan daripada Yang Berhormat Port Dickson tadi mengenai pendapatan isi rumah. Soalan saya ialah mengenai hutang isi rumah. Hutang isi rumah di Malaysia ini amat tinggi iaitu 93.3 peratus daripada KDNK dan ketika COVID-19 ini, ia meningkat dengan pantas sebanyak 5.5 peratus.

Cadangan saya Yang Amat Berhormat Bera, Perdana Menteri, adakah kerajaan bercadang memberikan moratorium tanpa faedah terakru kepada rakyat supaya hutang- hutang rumah, hutang kereta, hutang macam-macam yang mereka tanggung itu boleh dibantu? Terima kasih Yang Amat Berhormat.

final • 11:30 AM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Terima kasih Yang Amat Berhormat. Insya- Allah, cadangan daripada Yang Berhormat tersebut kita akan bincang dengan Menteri Kewangan. Kita faham situasi yang dihadapi oleh rakyat. Insya-Allah, kita akan cuba membantu sebaik-baiknya. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Boleh? Soalan satu?

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Pertanyaan seterusnya, saya ingin menjemput Yang Berhormat Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir, Yang Berhormat Setiu.

final • 11:30 AM

3. Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir [Setiu] minta Menteri Luar Negeri menyatakan reaksi Wisma Putra susulan tindakan negara-negara besar menghantar kapal perang ke Laut China Selatan.

final • 11:30 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Saifuddin Abdullah

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Kementerian Luar Negeri maklum akan kehadiran kapal-kapal perang negara-negara asing di Laut China Selatan di mana kapal- kapal tersebut menjalankan operasi dengan izin, ‘freedom of navigation’ yang merupakan amalan biasa bagi kapal tentera laut di peringkat antarabangsa dan ini dibenarkan di bawah Konvensyen PBB Berhubung Undang-undang Laut 1982 atau The United Nations Convention on the Law of the Sea (1982) or UNCLOS, dengan izin.

Pendirian Malaysia berhubung Laut China Selatan adalah jelas. Secara ringkasnya pendirian ini merangkumi dua perkara utama. Pertama, semua pihak perlu memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan serta kebebasan pelayaran dan penerbangan atau dengan izin, ‘freedom of navigation and overflight’. Kedua, semua pihak perlu mengelakkan tindakan yang boleh menimbulkan ketegangan dan bersifat provokatif atau dengan izin mengamalkan self-restraint dan mengelakkan tindakan berkaitan dengan ketenteraan atau dengan izin militarisation.

Pendirian negara ini juga disuarakan dengan konsisten di platform-platform serantau dan antarabangsa. Kerajaan telah mengambil pendekatan diplomatik dengan negara-negara yang berkaitan di mana Malaysia menegaskan bahawa Laut China Selatan mesti kekal menjadi laluan perdagangan dan perairan yang aman.

Semasa Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN ke-54 dan mesyuarat- mesyuarat berkaitan, iaitu termasuk mesyuarat-mesyuarat bersama rakan-rakan dialog ASEAN, yang di sana juga ada kuasa-kuasa besar yang berkaitan, yang telah diadakan pada 2 hingga 7 Ogos 2021, Malaysia telah menegaskan sekali lagi pendirian negara berhubung Laut China Selatan yang mana isu ini perlu diselesaikan secara damai menerusi pendekatan diplomatik selaras dengan prinsip undang-undang antarabangsa.

Bagi memastikan keamanan dan kedaulatan di perairan negara kekal terpelihara, Kementerian Luar Negeri bersama-sama dengan Majlis Keselamatan Negara, Agensi

final • 11:30 AM

Menteri Luar Negeri - Dato’ Saifuddin Abdullah

Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia sentiasa komited dan memberikan perhatian yang khusus terhadap keselamatan di kawasan perairan negara.

Tindakan yang diambil termasuklah rondaan, pengawasan dan penguatkuasaan yang dilaksanakan secara berterusan selama 24 jam untuk memastikan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara sentiasa terpelihara. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih. Silakan Yang Berhormat Setiu, soalan tambahan pertama.

final • 11:30 AM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Berdasarkan Piagam ASEAN, negara-negara ASEAN diseru agar mengembangkan hubungan persahabatan dan kerjasama dengan dialogue partners termasuk negara-negara besar seperti Kesatuan Eropah, Jepun, Republik Korea dan lain- lain.

Oleh itu, sejauh manakah peranan Wisma Putra dalam memperkukuhkan dan mengembangkan lagi dialog-dialog ini bagi memastikan hubungan erat dengan negara- negara besar dapat membantu menyelesaikan isu ini. Sekian.

final • 11:30 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Silakan Yang Berhormat Menteri. Satu minit.

final • 11:30 AM

Dato’ Saifuddin Abdullah

Terima kasih Yang Berhormat Setiu. Dalam rundingan yang diadakan pada setiap tahun, antara negara-negara ASEAN dengan rakan-rakan dialog, perkara ini sentiasa, selalu ditimbulkan.

final • 11:30 AM

Dato’ Saifuddin Abdullah

Akan tetapi yang paling utama, dalam ramai rakan dialog itu di kalangan mereka yang mempunyai minat yang utama terhadap Laut China Selatan ialah negara China yang pada satu ketika telah mengumumkan dengan izin, nine-dash line. Ia seolah-olah sebahagian daripada perairan ataupun China mengaku seolah-olah Laut China Selatan adalah laut milik negara China. Ini merupakan perkara yang sentiasa dibahaskan dalam dialog dengan China dan sesama negara ASEAN.

Kalau suatu ketika dahulu kita mempunyai Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC), sekarang kita melangkah kepada mewujudkan suatu tatacara baharu yang dipanggil Rundingan Kod Tatalaku di Laut China Selatan (COC). Kita sudah pun mempunyai single draft negotiating text, dengan izin untuk digunakan sebagai asas rundingan dan rundingan tentang COC ini sedang dilaksanakan oleh negara-negara ASEAN dan China melalui mekanisme ASEAN-China Joint Working Group on the Implementation of the DOC, dengan izin. Walaupun rundingan ini telah tergendala selama lebih kurang 18 bulan berikutan pandemik COVID-19, namun rundingan berkenaan telah dapat diteruskan pada tahun ini.

Mutakhir sekali, selaras dengan persetujuan Mesyuarat Khas Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN-China di Chongqing, China pada 7 Jun 2021, dan mantan Menteri Luar pun ada di depan saya ini, rundingan COC telah diteruskan melalui persidangan video oleh mesyuarat ke-31 dan ke-32 JWJDOC pada Julai 2021. Kita berpandangan bahawa ini adalah pendekatan yang bijaksana, pendekatan diplomatik yang kita ambil bersama-sama dengan negara-negara ASEAN. Terima kasih.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Menteri.

final • 11:40 AM

Beberapa Ahli

Soalan tambahan.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Soalan tambahan yang kedua saya jemput Yang Berhormat Pulai.

final • 11:40 AM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Tuan Yang di-Pertua, semasa Tun Razak membina hubungan pertama diplomatik dengan Mao Tse-tung sewaktu itu, Chou En-lai sebagai Menteri Luar, dan sekarang saya rasa Yang Berhormat Menteri Luar, keadaan semakin baik. Semasa PH dahulu, kita pernah ke China dua kali, sewaktu itu Yang Berhormat adalah Menteri Luar.

Saya hendak bertanya, adakah konsep ZOPFAN (Zon aman, bebas dan berkecuali) yang dipelopori oleh ASEAN, ini, masih lagi menjadi suatu perimeter dalam

final • 11:40 AM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

demand kita, dalam isu China ini di peringkat antarabangsa? Saya faham negara kita menghadapi dilema di antara keselamatan serantau, kita kena baik, menunjukkan sikap dengan Amerika Syarikat tetapi dengan China, kita harus menjaga hubungan dagangan.

Jadi, adakah konsep-konsep seperti ZOPFAN itu masih lagi menjadi suatu elemen penting dalam Malaysia mengekalkan negara yang menjadi pengasas kepada zon aman, bebas dan berkecuali? Terima kasih.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pulai. Sila Menteri, satu minit.

final • 11:40 AM

Dato’ Saifuddin Abdullah

Kita daripada segi dasar luar, fundamental kita tidak berubah dan ini termasuklah kepercayaan dan keyakinan kita tentang apa yang dipanggil ZOPFAN itu. Walaupun ia mungkin sekarang ini jarang digunakan dan jarang diluahkan.

Jadi terima kasih Yang Berhormat mengingatkan kita kembali kepada ZOPFAN ini.

Ada dua perkara Tuan Yang di-Pertua. Pertama, fundamental. Itu kekal dan fundamental ini termasuklah apa yang kita panggil consensus ASEAN apabila kita berunding dengan China. Lazimnya kita akan merasa terkilan kalau ada mana-mana negara ASEAN itu yang cuba mewujudkan mekanisme yang tersendiri secara unilateral antara negara ASEAN tersebut dengan China. Malaysia memang berpegang kuat kepada consensus ini. Jadi apa-apa pun dengan China, harus dibincangkan secara consensus. Namun demikian Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua ialah ada waktunya, ada peristiwa-peristiwa yang menyebabkan kita harus berunding secara terus ataupun secara direct, dengan izin dengan China, terutamanya apabila ia melibatkan perkara- perkara kedaulatan negara. Yang Berhormat Arau semasa saya Menteri Luar dulu, setiap kali saya berdiri, dia akan berdiri bertanya tentang Beting Patinggi Ali. Sekarang Yang Berhormat Arau dia sudah duduk dah tentang Beting Patinggi Ali.

Akan tetapi maksud saya Tuan Yang di-Pertua, ada waktunya ZOPFAN kekal, namun ada waktunya kita harus berunding dengan sesetengah kuasa besar itu apabila berlaku sesuatu insiden yang khusus. Tidak kita mengetepikan ZOPFAN, namun soal kepentingan dua hala, kepentingan perdagangan dua hala itu harus juga kita ambil kira.

Terima kasih.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih.

final • 11:40 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi soalan tambahan, boleh?

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya hendak teruskan juga sebab sudah panjang dah.

final • 11:40 AM

4. Dato' Ngeh Koo Ham [Beruas] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan tindakan yang akan diambil untuk memastikan masalah kekurangan tenaga kerja di sektor perladangan dan pertanian dapat diatasi dengan segera.

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi I - Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebagai langkah penyelesaian jangka masa pendek, kerajaan telah memberikan kelonggaran kepada majikan-majikan yang terkesan dan tidak berkeupayaan untuk meneruskan penggajian pekerja asing untuk memindah atau menukarkan keseluruhan atau sebahagian pekerja asing mereka kepada syarikat lain yang mempunyai keperluan tenaga kerja melalui Permohonan Pertukaran Majikan (PTM).

Kerajaan juga telah melancarkan Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin

(PATI) yang bermula pada 16 November 2020 hingga 31 Disember 2021 yang merangkumi dua komponen utama program khas iaitu, satu, Program Rekalibrasi Pulang yang membenarkan PATI untuk pulang ke negara asal secara sukarela tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang ditetapkan. Kedua, Program Rekalibrasi Tenaga Kerja.

Program khas untuk meregularisasikan PATI di negara ini sebagai pekerja asing yang sah digaji oleh majikan yang layak tertakluk kepada syarat-syarat ketat yang diputuskan oleh kerajaan.

final • 11:40 AM

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi I - Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng

Selain daripada itu, kementerian juga akan mengadakan kempen untuk mengajak lebih ramai rakyat tempatan termasuk golongan Orang Asli bekerja di sektor ini. KPPK akan terus bergerak ke arah memberikan keutamaan kepada rakyat tempatan bekerja di sektor perladangan dan industri komoditi selain memperkasakan modal insan melalui latihan dan kursus di bawah Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC).

Kementerian juga turut menggalakkan penggunaan teknologi mekanisasi dan automasi bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing serta mengalu- alukan penglibatan agensi pekerjaan tempatan untuk tampil dan membantu kerajaan dalam menggalakkan lebih ramai rakyat tempatan bekerja di sektor ini. Sekian, terima kasih.

final • 11:40 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Soalan tambahan pertama, sila.

final • 11:40 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya minta kerajaan menjelaskan, kenapa dalam pelan pemutihan rekalibrasi PATI ini, diwujudkan syarat-syarat yang bukan-bukan dan keadaan yang menyusahkan sehingga mereka yang ingin memohon pemutihan mesti mendapat ejen yang ada kabel dengan orang dalaman KDN?

Jadi saya juga hendak minta penjelasan kenapa untuk tempoh Pelan Rekalibrasi PATI daripada 16 November 2020 hingga 30 Jun 2021, pemutihan hanya dibenarkan untuk pekerja yang sedang bekerja dengan majikan? Masalahnya, bagaimanakah majikan boleh menunjukkan pekerja itu sedang bekerja dengannya, kalau dia seorang PATI?

Nombor dua, syarat kedua ialah hanya boleh mendapat PATI daripada depot tahanan Imigresen. Masalahnya majikan mesti membayar kos untuk menghantar balik seorang lagi warga asing ke negara asal. Jadi, masalahnya ialah mana ada majikan yang sudi membayar beribu-ribu ringgit untuk menghantar balik warga asing apabila pekerja yang hendak digaji nya belum dia tahu siapakah dia.

final • 11:40 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Untuk pelan recalibration atau Rekalibrasi Pendatang Tanpa Izin (PATI) untuk tempoh 1 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021, disusahkan lagi. Prosesnya mesti dapat— Pertama, mesti berurusan dengan Jabatan Imigresen Malaysia tentang kelayakan PATI.

Kemudian baru boleh memohon untuk kuota daripada Kementerian Sumber Manusia.

Lepas itu, balik kepada Jabatan Imigresen akan disalurkan terus kepada sistem myIMMS Jabatan Imigresen Malaysia untuk diproses. Akan tetapi sampai hari ini, saya dapat aduan website untuk memohon kuota, Foreign Workers Centralized Management System

(www.fwcms.com.my) masih belum beroperasi. Sejak sistem baru ini dilaksana belum beroperasi lagi. Saya dapat aduan pihak KSM dan KDN mengatakan belum ada green light lagi. Sejak 1 Julai hingga hari ini, sudah dua bulan setengah. Kenapa permohonan ini tidak boleh dibuat lagi? Minta penjelasan.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng

Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat tadi menanyakan soalan berkaitan dengan segerakan pengambilan pekerja— kekurangan tenaga kerja. Akan tetapi berkaitan dengan program rekalibrasi biasa dilaksanakan di bawah Kementerian Dalam Negeri dan KSM. Jadi, persoalan yang ditanya oleh Yang Berhormat tadi mungkin kena rujuk kepada KDN ataupun Kementerian Sumber Manusia.

Akan tetapi bagi Kementerian, kami sentiasa mengambil berat terutama daripada sektor agrikomoditi ini. Memang kita tahu kekurangan pekerja yang mengakibatkan kerugian terutama daripada pengusaha ladang ini seperti ladang sawit, dikatakan hilang sehingga RM 13 bilion setahun.

Apa-apa pun, kementerian memang mengambil pelbagai inisiatif termasuklah menganjurkan Karnival Kerjaya Agrikomoditi 2021. Secara maya, ya. Kita tahu bagaimana nak bantu, bagaimana dapatkan pekerja untuk bantu kepada industri-industri ini. Jadi kita harap dengan usaha-usaha selain daripada apa yang dilakukan mungkin...

final • 11:50 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Jadi soalan saya ialah Yang Berhormat Menteri ada dalam Kabinet. Mungkin Dato’ Sri adalah timbalan, tetapi Menteri ada dalam Kabinet.

final • 11:50 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Masalah ini sudah berlanjutan dua bulan setengah. Apakah tindakan ataupun alasan?

Menteri mesti tahu. Kenapa— Tadi dikatakan setiap tahun, RM13 bilion kita rugi. Apa yang belum kita kira ialah ladang-ladang yang terbiar. Lagi berpuluh-puluh bilion. Ini...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Beruas. Yang Berhormat Beruas. Bagi Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng

Saya...

final • 11:50 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Jadi, harap Menteri dalam Kabinet mesti tahu ini sedang berlaku. Minta satu jawapan.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng

Saya ambil maklum perkara ini. Jadi, saya sudah katakan tadi program rekalibrasi di bawah Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia. Jadi saya ambil maklum dan bagaimana— mungkin nanti saya minta pegawai bagi satu jawapan bertulis dengan lebih jelas supaya dapat jawapan yang tepat.

Saya tidak boleh jawab sembarangan di sini berhubung kait perkara ini— bukan di bawah kementerian saya, ya. Sekian, terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Timbalan Menteri.

final • 11:50 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Satu lagi soalan tambahan.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Tumpat, insya-Allah.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Soalan tambahan, saya jemput Yang Berhormat...

final • 11:50 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sik.

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi - Tumpat

Tumpat.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Sik.

final • 11:50 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sik, ya. Ya, terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan saya berkaitan dengan kekurangan tenaga kerja di sektor perladangan ini. Adakah pihak kementerian dapat melihat satu ruang sumber manusia yang sedia ada di negara kita iaitu kumpulan pelarian yang kebanyakannya mereka tidak bekerja dan kita tidak dapat mengenal pasti kedudukan mereka dari segi pekerjaan dan tempat tinggal mereka.

Adakah pihak kementerian dapat berbincang dengan khususnya KDN, kita mengambil usaha untuk tenaga kerja daripada kumpulan pelarian ini untuk didaftarkan sebagai pekerja-pekerja di ladang yang kekurangan— apa ini— pekerja-pekerja asing yang kita sekat ketika tempoh ini. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Sik. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng

Terima kasih, Yang Berhormat. Saya tadi mengatakan bahawa kerana kekurangan tenaga kerja, mengakibatkan kerugian yang banyak di bidang perladangan. Saya ambil maklum apa yang dimaklumkan oleh Yang Berhormat. Saya nak beritahu ialah kita tahu contoh, bidang sawit, kita memang kurang banyak pekerja terutama daripada penuaian sawit. Saya dapat maklumat bahawa 48,000.

Akan tetapi pada ketika sebelum ini, sebenarnya kementerian telah mengambil satu pendekatan di mana telah membawa ke Kabinet untuk mendapatkan kelulusan mengambil pekerja asing sebanyak 32,000. Kita tahu bahawa— kalau katakan dalam negara mungkin Kementerian Sumber Manusia harus mencadangkan SOP sebab setakat ini sebab wabak COVID-19. Jadi, mereka mungkin boleh cadangkan SOP kepada MKN.

Pagi tadi, kementerian baru adakan post-Cab dan membincangkan perkara ini, bagaimana untuk segerakan pengambilan pekerja untuk bidang sektor-sektor agrikomoditi ini. Harus tahu ialah cabaran kita ialah sebab COVID-19. Kalau kita hendak ambil pekerja asing pun, satu cabaran ialah kerajaan mesti mendapat keizinan daripada negara sumber supaya mereka boleh benarkan pekerja mereka masuk ke Malaysia. Jadi setakat ini,

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng

cabaran kita ialah kerajaan perlu berbincang lagi antara negara-negara sumber berkaitan G2G bagaimana untuk dapatkan syarat-syarat kemasukan gaji dan sebagainya.

Apa-apa pun, saya harap dalam keadaan COVID-19, banyak pengangguran berlaku. Kita sudah menyeru kepada anak-anak muda kita dan juga kepada mereka yang sanggup bekerja di bidang-bidang ini, harus ambil peluang ini. Sebab kalau kita katakan gaji hanya RM1,200 tetapi ketika ini kalau di ladang sawit sudah sampai ke peringkat RM3,000 hingga RM4,000 tetapi masih lagi tidak dapat sambutan yang memberangsangkan ke bidang tersebut. Sekian, terima kasih.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih. Saya ingin teruskan pertanyaan jawab lisan. Menjemput Yang Berhormat Batang Lupar.

final • 11:50 AM

Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan nombor lima.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya jemput Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Sila. Tiga minit.

final • 11:50 AM

5. Dato’ Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim [Batang Lupar] minta Perdana Menteri menyatakan sejauh manakah pendekatan dan pemahaman Matlamat Pembangunan Lestari diketengahkan di kalangan pemimpin peringkat akar umbi, pembuat dasar dan keputusan dalam mencapai tahap ketersediaan indikator SDG negara bagi setiap rangka kerja yang telah dilakukan terutama menjelang baki 10 tahun pelaksanaan Agenda 2030.

final • 11:50 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) - Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Pada September tahun 2015, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara sebulat suara telah bersetuju untuk menerima pakai dokumen Transformasi Dunia Kita:

Agenda 2030 untuk Matlamat Pembangunan Mampan ataupun SDG. Sebanyak 17 Matlamat Pembangunan Mampan yang telah diperkenalkan.

Untuk memenuhi komitmen Malaysia di bawah agenda ini, kerajaan menerusi Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri telah membangunkan hala tuju pelaksanaan SDG di peringkat nasional. Dasar-dasar pembangunan negara telah dijajarkan dengan Matlamat SDG bermula pada tahun 2017 di bawah kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-11 dan sudah pasti ia merupakan asas yang penting dalam kita melaksanakan Rancangan Malaysia Ke-12.

Tuan Yang di-Pertua, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk memberikan kesedaran mengenai SDG kepada pemimpin akar umbi serta pembuat dasar dan keputusan kerajaan menerima pakai, menerapkan dan melaksanakan SDG. Kerajaan telah mendapatkan kerjasama erat daripada beberapa pihak, terutama syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat swasta, pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dan ahli akademik.

Badan antarabangsa juga telah membantu kita termasuklah UNDP, UNICEF dan badan-badan lain. Banyak libat urus telah diadakan bagi meningkatkan pemahaman dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan. Antaranya, persidangan SDG peringkat summit pada November 2019, Seminar Indikator SDG pada Disember 2020 dan beberapa siri webinar yang telah diadakan dan akan diadakan sepanjang tahun ini.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai program merakyatkan SDG atau SDG localization yang melibatkan pihak berkuasa tempatan, sektor swasta, badan bukan kerajaan dan CSO, ahli akademik, ia akan diperluaskan. Sukacita dimaklumkan bahawa pada Oktober 2019, saya sedia maklum sebuah Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia mengenai SDG telah ditubuhkan. Pada mulanya, ia dipengerusikan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya, sekarang Yang Berhormat Batang Lupar.

final • 11:50 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) - Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Kita ucapkan terima kasih kepada mereka kerana telah menjalankan tugas dengan baik. Hari ini di atas meja ada satu laporan yang dibentangkan oleh kumpulan ini.

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada Yang berhormat Batang Lupar dan semua ahlinya. Untuk menunjukkan sokongan kerajaan kepada inisiatif ini, tahun lalu

final • 12:00 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) - Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

diperuntukkan RM2 juta, tahun ini sebanyak RM5 juta untuk membantu kumpulan rentas parti ini menjalankan tanggungjawab di 10 kawasan Parlimen. Selepas ini 20 kawasan. Di Batang Lupar kawasan Yang Berhormat pun ada dua program. Pertama, e-preneur melibatkan 40 usahawan. Satu lagi ialah bahasa Inggeris, tuisyen yang melibatkan 36 guru dan lebih 1,000 orang pelajar. Ini contoh bagaimana kita merakyatkan SDG.

Tuan Yang di-Pertua, untuk masa hadapan Jabatan Perangkaan akan menerbitkan laporan bagi penggunaan Ahli Parlimen. Laporan ini disediakan untuk memastikan bahawa pencapaian kita dapat diteliti oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sila Yang Berhormat Batang Lupar. Soalan tambahan pertama.

final • 12:00 PM

Dato Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim - Batang Lupar

Terima kasih atas jawapan yang telah diberikan. Terima kasih juga sebab memaklumkan bahawa laporan tahunan 2020 telah berada di meja masing-masing sebagai contoh untuk melihat bagaimana kita boleh menjalankan tugas kita sebagai Ahli Parlimen di mana kita champion-kan SDG di kawasan masing-masing.

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi tahniah kepada kerajaan dan EPU di atas penyediaan laporan yang baik dan komprehensif di dalam Voluntary National Review (VNR) report yang telah diserahkan kepada United Nations pada bulan Julai yang lepas.

Soalan tambahan saya di dalam laporan VNR ada dinyatakan penyediaan pasukan petugas, penyampaian SDG antara agensi atau inter-agency SDG delivery task force multistakeholder di peringkat daerah. Mohon Yang Berhormat Menteri menyatakan pelan pelaksanaan yang dirancang oleh kerajaan di dalam perkara ini. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Menteri satu minit.

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, mengikut perancangan kita bercadang untuk mengadakan libat urus dan membangunkan pelan ini hujung tahun ini. Akan tetapi atas saranan Batang Lupar, insya-Allah kita akan mulakan tanggungjawab ini dalam masa dua tiga minggu lagi dan kita akan melibatkan Yang Berhormat Pengerusi iaitu Yang Berhormat Batang Lupar dan Ahli-ahli Parlimen yang lain. Ini penting untuk pastikan bahawa konsep ini difahami oleh seluruh rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kerana Ahli Parlimen semasa mempromosikan projek-projek yang telah diluluskan di bawah peruntukan RM2 juta tahun lepas dan RM5 juta tahun ini telah pun turun ke bawah melibatkan memberi pencerahan tentang SDG ini kepada masyarakat setempat, kepada agensi kerajaan negeri, kepada PBT dan kepada CSO. Ini telah banyak membantu untuk memberi pencerahan kepada masyarakat betapa pentingnya SDG dan apa dia SDG. Terima kasih kepada Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia atas saranan Yang Berhormat Batang Lupar. Insya-Allah kita akan mulakan tugas ini dalam masa dua atau tiga minggu lagi.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Soalan tambahan kedua, saya jemput Yang Berhormat Kubang Pasu.

final • 12:00 PM

Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya adalah – alhamdulillah Kubang Pasu adalah antara Parlimen yang telah dipilih untuk tahun ini dalam program yang telah disebutkan tadi.

Cumanya ada satu program yang kita cadangkan. Ia melibatkan satu kawasan penempatan dalam bandar di Jitra yang memerlukan suatu perancangan dan pelaksanaan yang sedikit di luar kotak untuk selesaikan masalah setinggan, selesaikan masalah pengairan – saliran sebagainya – penagihan dadah dan sebagainya.

Cuma bila kita cadangkan program yang kita hendak laksanakan ini ialah dengan kita engage sebuah universiti di utara untuk come up with a plan. Jawapan yang diberikan adalah sangat mendukacitakan kerana oh, ini tidak memberikan kesan dan impak terus kepada rakyat yang berada di kawasan itu. Jadi saya mohon supaya ia akan dapat diberi pertimbangan kerana untuk selesaikan ini ia memerlukan sesuatu perancangan yang memerlukan kita engage consultant, universiti yang memang dia caj pun tidaklah macam

final • 12:00 PM

Dato’ Wira Haji Amiruddin bin Haji Hamzah - Kubang Pasu

konsultan lain. Akan tetapi ia amat diperlukan. Akan tetapi ia telah ditolak. Saya mohon supaya ini dapat dipertimbangkan untuk menyelesaikan apa yang telah kita cadangkan itu. Terima kasih.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat Menteri.

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 20 kawasan Parlimen telah dipilih untuk menyertai program ini termasuklah Kubang Pasu dan kumpulan 20 ini meliputi kesemua parti politik dalam Dewan ini. Jadi, dengan lain perkataan, kumpulan ini mendahuluilah apa yang berlaku semalam, Majlis Tandatangan MoU di antara kerajaan dengan parti-parti utama di dalam Dewan Rakyat.

Tahniah kerana dua tahun lalu kumpulan ini sudah pun bergerak dengan cergas.

Mengenai masalah spesifik di Jitra seperti disebutkan oleh Yang Berhormat Kubang Pasu, saya yakin Yang Berhormat Batang Lupar dapat selesaikannya. Insya-Allah saya akan berbincang dengan Yang Berhormat Batang Lupar dan kita akan cari penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan satu isu yang kecil bagi saya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Baik. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 12:00 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pertanyaan seterusnya saya ingin...

final • 12:00 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Tuan Yang di-Pertua, Segambut hendak bangkitkan isu.

final • 12:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya hendak teruskan sebab – saya menjemput Yang Berhormat Datuk Ignatius Darell Leiking, Yang Berhormat Penampang.

final • 12:00 PM

6. Datuk Ignatius Darell Leiking [Penampang] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan apakah inisiatif yang diambil untuk merangka pelan pemulihan bagi sektor penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) memandangkan beberapa negara jiran telah melaksanakan langkah-langkah pemulihan sedemikian.

final • 12:00 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Lim Ban Hong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada keprihatinan Yang Berhormat Penampang terhadap sektor penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih ataupun MRO. Subsektor MRO adalah merupakan salah satu daripada lima subsektor utama industri aeroangkasa Malaysia di mana kita nampak krisis pandemik COVID-19 telah mengakibatkan industri aeroangkasa global menerima kesan yang sangat besar ekoran penutupan sempadan antarabangsa dan juga sekatan perjalanan domestik dan Malaysia tidak terkecuali.

Rantaian nilai aeroangkasa Malaysia turut terjejas dan mengalami penguncupan jualan kepada RM11.6 bilion pada tahun 2020 jika dibandingkan dengan RM16.7 bilion pada tahun 2019. Subsektor MRO merupakan penyumbang terbesar industri aeroangkasa pada tahun 2019 dengan jualan sebanyak RM7.97 bilion telah menguncup kepada RM4.93 pada tahun 2020.

Tuan Yang di-Pertua, langkah dan inisiatif yang telah diambil oleh MITI menerusi Pejabat Penyelarasan Industri Aeroangkasa Kebangsaan (NAICO) dan agensi lain untuk membantu pemulihan industri aeroangkasa adalah seperti berikut.

Pertama pembangunan SOP yang efektif bersama dengan pemain industri supaya aeroangkasa dan subsektor MRO dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) di mana ia dapat mengurangkan gangguan rantai nilai tempatan dan memelihara kedudukan Malaysia sebagai pusat baik pulih serantau.

Keduanya, penyerahan tenaga kerja aeroangkasa dalam segmen MRO yang terjejas ke sektor-sektor berkemahiran tinggi yang lain selain melaksanakan program- program latihan peningkatan kemahiran kepada kumpulan pekerja yang terjejas.

Ketiganya, menyelaras program vaksinasi sektor aeroangkasa di bawah program PIKAS. Keempat menangani krisis Malaysian Supply Chain Continuity dengan izin yang

final • 12:00 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Lim Ban Hong

dibangkitkan oleh pihak OEM pemain aeroangkasa global dan syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa.

Kelima, menyediakan geran padanan industri aeroangkasa dan peranti perubatan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) dengan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi menyokong syarikat aeroangkasa memperoleh pakej pekerjaan, pakej kerja baru. Keenam, program subsidi gaji di bawah Program Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA). Ketujuh, program bantuan majikan di bawah PENJANA iaitu penangguhan dan penstrukturan bayaran caruman syer majikan.

Kelapan, lanjutan tempoh galakan cukai bagi industri aeroangkasa dan MRO sehingga 31 Disember 2022 di bawah langkah cukai belanjawan 2021. Kesembilan, kelonggaran syarat-syarat insentif dan geran bagi memastikan syarikat MRO dapat meneruskan operasi sehingga fasa pemulihan. Terakhir, yang kesepuluh melaksanakan lima projek pembangunan aeroangkasa dengan peruntukkan sebanyak RM16 juta di bawah bajet 2021 yang akan membantu pemulihan industri aeroangkasa.

Tuan Yang di-Pertua, MITI komited untuk terus membantu pemulihan industri aeroangkasa dan tempatan dan mengekalkan daya saingan syarikat di peringkat global dan juga menjayakan Pelan Industri Aeroangkasa 2030. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:00 PM

Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang terang dan jelas.

Saya ingin bertanya sebagai soalan tambahan, saya difahamkan bahawa di Subang ada beberapa hangar yang tidak digunakan dan hangar ini boleh digunakan untuk maintenance, repair and overhaul (MRO) investment dari luar negara seperti General Electric yang sudah ada di sana dan beberapa MRO industry.

Tambahan soalan adalah adakah jika pelaburan dari luar negara untuk MRO boleh dibawa ke Sabah juga? Sebab, dengan izin, we are a nearby trajectory point bagi Philippines, Australia dan Indonesia dan juga dekat dengan South Korea. Seperti mana General Electric membuat MRO bagi LEAP Engine, kita boleh membawa sedikit kepada Sabah dan Sarawak juga. Adakah pelan dan perancangan MITI membawa pelaburan sedemikian?

Terima kasih.

final • 12:10 PM

Datuk Lim Ban Hong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk usaha membawa pelaburan bukan sahaja ke Sabah, Yang Berhormat Penampang, tetapi juga untuk seluruh Malaysia, kita akan teruskan usaha untuk menarik pelabur ini di bawah Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) di mana di bawah Aspirasi Pelaburan Nasional ini kita nampak kita memberi penekanan kepada lima teras iaitu:-

(i) Meningkatkan kompleksiti ekonomi;

(ii) mencipta pekerjaan bernilai tinggi;

(iii) menjana jalinan domestik yang kuat;

(iv) membangun kluster baharu dan kluster sedia ada; dan

(v) meningkatkan penglibatan menyeluruh.

Mengikut kerangka Aspirasi Pelaburan Nasional ini, aeroangkasa merupakan satu sektor yang diberi penekanan. Untuk makluman, kalau kita lihat pada statistik pelaburan sektor aeroangkasa pada tahun 2020, jumlah pelaburan yang telah ditarik adalah RM149.7 juta dan untuk tahun 2021, Januari hingga Jun, RM104.7 juta.

Jadi saya ingin menyatakan bahawa kita akan teruskan usaha kita untuk menarik pelabur-pelabur di industri aeroangkasa ini di bawah kerangka NIA dan juga di bawah usaha kita di bawah Malaysia Aerospace Industry Blueprint 2030 di mana Sabah tidak akan terkecuali.

final • 12:10 PM

Datuk Lim Ban Hong

Kita juga akan mempertimbangkan tadi cadangan Yang Berhormat Penampang tentang hangar di Lapangan Terbang Subang ini. Kita akan lihat macam mana kita dapat pembangunan yang lebih baik, penggunaan yang maksimum di bawah NIA, Rancangan Malaysia Ke-12 dan juga di bawah Malaysia Aerospace Industry Blueprint 2030.

Terima kasih.

final • 12:10 PM

7. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] minta Perdana Menteri menyatakan adakah Kerajaan akan menambah peruntukan JAKIM agar Bahagian Pengurusan Halal dapat diperkasakan bagi membanteras penipuan tanda halal kerana ia merupakan isu yang amat sensitif bagi masyarakat Islam di negara ini.

final • 12:10 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.

Tidak dinafikan bahawa dalam mendepani kemajuan perkembangan ekonomi dan industri produk serta perkhidmatan halal, terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab membuat penipuan atau sebarang bentuk cara yang boleh mengelirukan pengguna hingga boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Walau bagaimanapun, kerajaan sentiasa berusaha untuk menangani perkara ini melalui kaedah penguatkuasaan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] di bawah kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Kerajaan juga sentiasa berusaha untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dengan menyemak dan mengkaji prosedur-prosedur pensijilan halal standard Malaysia serta peruntukan undang-undang berkaitan halal dan sistem- sistem serta aplikasi yang tersedia di semua agensi yang berkaitan bagi memastikan ia mencapai objektif perkhidmatan.

Sebagai contoh, tahun 2021, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menguatkuasakan pelaksanaan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 untuk menggantikan manual prosedur yang dikeluarkan pada tahun 2014 bagi urusan pensijilan halal Malaysia. Sebagai langkah untuk memperkasakan perkhidmatannya, JAKIM juga telah memperoleh akreditasi ISO/IEC 17065 sebagai badan pensijilan halal yang diiktiraf di dunia.

Dalam mendepani cabaran dan kekangan untuk melaksanakan tindakan penguatkuasaan secara bersepadu, kerajaan menyambut baik cadangan penambahan peruntukan kepada JAKIM dan JAIN dalam memperkasakan bahagian pengurusan halal di kedua-dua agensi khususnya bagi menambah bilangan pegawai untuk memenuhi keperluan dalam menjalani tugasan pemeriksaan dan penguatkuasaan halal. Peruntukan tahunan yang diterima oleh Bahagian Pengurusan Halal JAKIM sejak tahun 2017 sehingga Ogos 2021 adalah sebanyak RM15,033,358.

Sekian, terima kasih.

final • 12:10 PM

Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris - Jerantut

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih atas penjelasan. Tahniah atas pelantikan jawatan.

Cuma, saya ingin bertanya, sejauh manakah ketersediaan para penguat kuasa kita dalam membuat pemantauan dan mengambil tindakan terhadap mana-mana pengusaha yang memanipulasikan sijil ini? Juga, adakah kerajaan bersedia untuk membenarkan pihak swasta mengurus dari soal sijil halal di Malaysia ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Jerantut.

Pertama, antara tindakan yang telah dilakukan iaitu penggunaan QR Code yang terletak pada setiap sijil halal yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM.

final • 12:10 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Soalan bocorkah ini?

final • 12:10 PM

Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad

Keduanya ialah carian produk halal dengan kita mengemukakan aduan melalui Portal Halal JAKIM.

Ketiga, memaklumkan yakni kita membangunkan aplikasi SmartHalal yang boleh dimuat turun melalui telefon pintar.

Keempat, kerjasama netizen terutama untuk melaporkan terus kepada pihak JAKIM ataupun jabatan agama Islam negeri (JAIN) ataupun KPDNHEP.

Kelima, menggunakan kekuatan medsos untuk merakam dan melaporkan kepada pihak yang berkuasa terhadap perkara-perkara yang tidak bertanggungjawab ini.

Untuk makluman kepada Tuan Yang di-Pertua, bahawasanya setakat hari ini, untuk mengeluarkan status berkenaan dengan logo halal ini ialah daripada pihak JAKIM dan juga jabatan agama Islam negeri sahaja.

Sekian, terima kasih.

final • 12:10 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya meneliti jawapan Yang Berhormat Menteri, rakan seperjuangan saya di Kolej Islam suatu ketika dahulu.

Prof. Madya Dr. Mohammad Nazir Ahmad dan juga felo penyelidiknya Dr. Ummul Hannan Mohamad daripada UKM ada membangunkan prototaip aplikasi MySelusuriHalal, di mana aplikasi ini memperkenalkan teknologi QR yang mana orang ramai dapat memastikan kesahihan sijil halal dengan mudah.

Adakah JAKIM bersedia untuk bekerjasama dengan agensi ataupun hasil-hasil penyelidikan seperti ini untuk memudahkan orang ramai dapat mengesan sijil halal lebih cepat dan lebih pantas lagi? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:10 PM

Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad

Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Hulu Langat.

Berkenaan dengan hal yang berkaitan dengan ini, memang kita mengalu-alukan kalau ada penemuan-penemuan dalam bentuk inovasi baharu yang boleh membantu bagi menangani soal halal ini. Terima kasih.

final • 12:10 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Ini ada pantun untuk Yang Berhormat Arau.

Jatuh menjatuh khianat mengkhianat, Sambil mengutuk Pakatan Harapan, Harap Menteri jawab secara tepat, Soalan saya nombor lapan.

final • 12:10 PM

8. Tuan Khalid bin Abd Samad [Shah Alam] minta Menteri Wilayah Persekutuan menyatakan status terkini bagi tahun 2021 mengenai cadangan pembangunan Kampong Bharu yang dirancang sama ada dapat diteruskan atau sebaliknya. Apakah pelan jangka masa pendek dan panjang pihak Kementerian mengenai cadangan pembangunan ini setelah permohonan peruntukan telah dibuat oleh pihak Kementerian mengenai perkara ini.

final • 12:10 PM

Menteri Wilayah Persekutuan - Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tak sempat jawab pantun tersebut tetapi saya bolehlah bagi sepatah perkataan.

Lompat melompat, Saya akan jawab dengan tepat. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menjawab soalan nombor lapan daripada Yang Berhormat Shah Alam bersama soalan nombor 50 daripada Yang Berhormat Lumut bertarikh 27 September 2021 berkaitan dengan cadangan Pembangunan Kampung Baru. Sukacita saya memaklumkan bahawa pembangunan

final • 12:20 PM

Menteri Wilayah Persekutuan - Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Kampung Baru sedang diteruskan melalui pendekatan baharu iaitu pembangunan secara organik dan berfasa mengikut blok pembangunan. Pendekatan ini mempunyai kebolehlaksanaan yang tinggi dan buat masa ini, 44 buah blok pembangunan telah pun dikenal pasti. Menerusi pendekatan ini, kerajaan tidak akan terlibat dalam pembelian tanah secara keseluruhan sebaliknya pembangunan Kampung Baru adalah secara usaha sama antara pemaju dan pemilik tanah atau petak mengikut blok-blok pembangunan tersebut.

Selaras dengan pendekatan baharu ini juga, peruntukan kerajaan hanya akan digunakan bagi pembangunan infrastruktur melalui penaiktarafan jalan-jalan utama Kampung Baru dan akses keluar masuk ke Kampong Bharu yang menjadi pemangkin kepada pembangunan semula Kampong Bharu. Nilai hartanah yang ditawarkan kepada pemilik tanah bergantung kepada mekanisme pembangunan yang akan dilaksanakan mengikut kesesuaian pembangunan. Pendekatan baharu ini dilaksanakan dalam tiga tempoh fasa pembangunan.

Pembangunan jangka pendek 2021–2025. Pembangunan jangka pendek adalah dalam tempoh lima tahun yang mana ia melibatkan cadangan pembangunan seperti berikut:

(i) pembangunan semula kawasan Sungai Baru;

(ii) pembangunan semula kawasan Flat PKNS Jalan Tun Razak;

(iii) pembangunan infrastruktur yang melibatkan cadangan pelebaran dan penaiktarafan Jalan Raja Uda Kampung Baru, Kuala Lumpur;

(iv) cadangan sambungan DUKE 2A dari Kampung Kuching ke Kampung Baru, Jalan Raja Muda Abdul Aziz;

(v) cadangan pembinaan akses keluar masuk Lebuhraya AKLEH di Sungai Baru; dan

(vi) pembangunan tapak klinik kesihatan dengan pembangunan yang lebih ekonomik.

Pembangunan jangka sederhana 2025–2034. Pembangunan jangka sederhana melibatkan tempoh masa 10 tahun dan ditumpukan kepada pembangunan kediaman yang kompetitif di Kampung Periuk dan pembangunan blok yang berpotensi di Kampung Pindah.

Pembangunan jangka panjang 2021–2040. Pembangunan jangka panjang melibatkan tempoh masa 20 tahun bagi mempromosikan dan membangunkan blok-blok pembangunan yang berpotensi daripada masa ke semasa bergantung kepada kesediaan pemaju.

Mengenai peruntukan Pembangunan Perbadanan Kampung Baru melalui Kementerian Wilayah Persekutuan, kementerian telah membuat permohonan untuk di bawah rolling plan kedua (RP2) RMKe-12 sebanyak RM148 juta dan masih menunggu kelulusan EPU. Permohonan ini adalah permohonan perolehan tanah di Kampung Pindah sebanyak RM100 juta untuk premium tanah dan permohonan sebanyak RM48 juta untuk pengambilan tanah bagi pelebaran dan penaiktarafan Jalan Raja Uda Kampong Bharu, Kuala Lumpur. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Wah, Yang Berhormat Arau sungguh beradab hari ini ya.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Soalan tambahan pertama.

final • 12:20 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Ya. Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Menteri Wilayah Persekutuan. Saya ucapkan tahniah atas pelantikan orang Arau sebagai Menteri Wilayah. Namun demikian, saya dapati bahawa jawapan itu jauh daripada memuaskan, walaupun menggunakan istilah-istilah yang kelihatan canggih seperti pembangunan secara organik dan sebagainya.

final • 12:20 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Hakikatnya, corak pembangunan yang ingin dilaksanakan adalah satu corak yang tidak dapat dilakukan secara yang terancang. Ianya pembangunan secara runcit yang dilaksanakan mengikut negosiasi dan perundingan di antara pemaju dan pemilik tanah.

Ini akan menjadi satu masalah apabila kita ingin mengadakan kawasan taman rekreasi yang besar yang boleh mendatangkan manfaat kepada penduduk-penduduk di situ kerana tidak ada pemaju yang akan beli tanah untuk jadikan sebagai taman.

Saya menganggap bahawa pendekatan yang ingin dilakukan oleh kerajaan sekarang bukanlah satu pendekatan yang akan memberikan tawaran yang terbaik bukan sahaja kepada pemilik-pemilik di Kampoung Bharu tetapi juga kepada penduduk di Kuala Lumpur kerana kawasan Kampong Bharu yang merupakan prime real estate yang prime value seluas hampir 200 ekar tidak akan dapat dibangunkan mengikut satu perancangan yang tersusun dan indah. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri Wilayah?

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Shah Alam, soalannya. Soalannya? Minta soalannya.

final • 12:20 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Saya tanya dia punya pandangan terhadap apa yang saya cakap. Itu soalannya.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih.

Sila, Yang Berhormat Menteri.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Ini soalan ke pandangan?

final • 12:20 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Saya minta pandangan Yang Berhormat Menteri terhadap apa yang saya nyatakan. Itu soalan saya.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, sila jawab Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam.

final • 12:20 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Mungkin bahasa Yang Berhormat Arau lain sikit kot.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Ya, okey. Terima kasih. Arahan Tuan Yang di-Pertua, saya ikuti. Yang Berhormat, yang pertama sekali Pelan Induk Kampung Baru sehingga 2040 telah pun diperkenalkan dalam bulan Julai 2020. Yang Berhormat, ada cadangan daripada Yang Berhormat dahulu. Saya cuma tidak dapat bertanya soalan sebab masa itu dibagi hanya MP dari Wilayah. Jadi, cadangan yang telah dibuat pada masa yang lepas itu adalah cadangan yang bagus. Akan tetapi kita terpaksa mencari peruntukan lebih daripada tujuh bilion untuk membeli semua tanah yang bernilai RM1,000 tetapi pendekatan baharu yang kita buat ini dan untuk membolehkan cadangan tersebut diterima, kita memerlukan 100 peratus pemilik tanah untuk bersetuju.

Apa yang telah berlaku pada masa yang lepas, hanya 61 peratus persetujuan.

Akan tetapi cadangan ini kalau sekiranya persetujuan didapatkan 50 peratus, maka kerajaan boleh menggunakan Akta Pengambilan Tanah di bawah seksyen 3(1)(b) dan 3(10(c). Jadi, pembangunan berfasa ini lebih menguntungkan...

final • 12:20 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Menteri.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

...Kerana kita terlampau lama bercakap tentang Kampung Baru tetapi kita tidak dapat memberi fokus kepada pembangunan yang sebenarnya. Yang boleh menaikkan nilai tanah ialah bila kita buat infrastruktur.

Infrastruktur ini termasuk jalan yang akan dibina di kawasan Kampong Bharu yang sudah pasti ia akan menaikkan nilai tambah dan pembangunan yang akan berlaku di persekitaran itu akan menggalakkan supaya pembangunan itu berterusan seterusnya.

Walaupun kita berfasa, kita menganggap ini fasa satu, dua dan tiga tetapi terdapat daripada kalangan mungkin fasa empat ingin nak majukan dahulu, tidak ada masalah.

Pembangunan bercampur ini lebih diterima oleh penduduk berbanding dengan cadangan untuk memiliki semua. Memiliki semua, sekarang ini hanya 61 peratus sahaja yang bersetuju.

final • 12:20 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Tak habis prosesnya 60 peratus.

Tadi, Yang Berhormat Menteri kata 50 peratus dah boleh guna Akta Pengambilan Tanah sedangkan Yang Berhormat Menteri mengatakan kami terlebih dahulu telah mendapat 61

final • 12:20 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

peratus. Maka jawapan Yang Berhormat Menteri tak begitu logik. Kalau 50 peratus boleh guna Akta Pengambilan Tanah, mengapa 61 peratus tak boleh?

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

61 peratus ini ialah cadangan yang diunjurkan oleh kerajaan.

final • 12:20 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Ya.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Oleh kerana kerajaan tidak mampu untuk berbuat demikian...

final • 12:20 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Kenapa tidak?

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

...Kita kena cari lebih daripada RM7.1 bilion.

final • 12:20 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Kita nak beri tawaran yang terbaik kepada pemilik-pemilik Kampung Baru.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Akan tetapi, untuk cadangan kedua ini...

final • 12:20 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Inilah masalahnya. Cakap Melayu, Islam...

[Sistem pembesar suara dimatikan]

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Shah Alam. Yang Berhormat Shah Alam, semasa Yang Berhormat Menteri menjawab, bagilah Yang Berhormat Menteri menjawab. Baik, terima kasih Yang Berhormat Shah Alam.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Tuan Yang di-Pertua, melalui tawaran yang dibuat, penduduk berunding dengan pemaju. Ini kita...

final • 12:20 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Ini masalahnya. Nak suruh penduduk berunding dengan pemaju. Mana boleh!

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Akan tetapi dia akan...

final • 12:20 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Memang pemaju akan makanlah dia orang!

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Tidak boleh sebab apa, ini...

final • 12:20 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Pemaju ini dia akan makan mereka!

Lagi baik kita yang runding dengan pemaju. Kita jaga kepentingan penduduk di Kampong Bharu.

[Tepuk]

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Okey, tetapi kita kena ingat bahawa kita ada Perbadanan Kemajuan Kampong Bharu. Ini mesti diselaraskan dengan pembangunan kemajuan Kampong Bharu.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 12:20 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Ini yang habiskan duit rakyat. Ada Perbadanan Kemajuan Kampong Bharu tetapi tak buat kerja dengan baik. Minta maaf.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Akan tetapi semasa kita membuat cadangan untuk mendapatkan seluruh tanah dengan harga RM1,000 kaki persegi, di mana sumber kewangannya?

final • 12:20 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Takkan tak pandai? Kan pandai cari duit. Banyak sumber duit yang boleh dipakai. Hari itu kata...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim

Ya, walau bagaimanapun...

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Menteri, masa dah tamat. Masa dah tamat, terima kasih.

final • 12:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Hai, hari pertama dah fail ke?

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Shah Alam telah menyebut lebih daripada dua soalan. Jadi, saya hendak meneruskan

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan ini kepada Yang Berhormat Tuan Lukanisman bin Awang Sauni, Yang Berhormat Sibuti.

final • 12:30 PM

9. Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [Sibuti] minta Perdana Menteri menyatakan adakah program banci penduduk dan perumahan di Malaysia 2020 yang terjejas akibat COVID-19 akan dilaksanakan semula dan adakah maklumat census secara atas talian mencukupi bagi kerajaan merangka dasar dan polisi bagi tempoh 10 tahun akan datang.

final • 12:30 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) - Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, Banci Penduduk dan Perumahan 2020 dilancarkan pada 7 Julai tahun lepas, ia merupakan banci keenam yang kita adakan. Banci ini adalah penting untuk kita mendapat profil penduduk dan perumahan yang komprehensif, penting untuk perancangan negara dan sosioekonomi.

Banci juga mengumpul maklumat secara terperinci. Ada 108 soalan mengenai maklumat, kemudahan dan perkhidmatan asas kerajaan seperti pendidikan, kesihatan, capaian Internet serta kemudahan awam seperti jalan raya, rekreasi, bekalan air dan elektrik. Data yang dikumpulkan ini seperti yang disebutkan tadi adalah penting untuk kita membuat perancangan negara.

Tuan Yang di-Pertua, COVID-19 telah menjejaskan pelaksanaan banci ini, dilancarkan pada 7 Julai tahun lepas, ditunda empat kali kerana COVID-19. Ini telah menjejaskan sedikit kerja-kerja kita. Pada masa ini iaitu 12 September 2021, seramai 26 juta orang penduduk Malaysia telah dibanci iaitu 79.7 peratus, patut 100 peratus tetapi baru dapat 79.7 peratus daripada kira-kira 32.6 juta jumlah anggaran penduduk Malaysia tahun lalu.

Pada pandangan kami, kita akan dapat selesaikan ini semua pada bulan Oktober, sebulan setengah lagi dan kita akan memastikan bahawa maklumat lengkap akan dapat diperoleh. Selain daripada e-Census yang merupakan kaedah utama, kita juga menggunakan kaedah Computer Assisted Telephone Interview (CATI) yang dilaksanakan secara berterusan. Kita juga akan terus cuba mengadakan banci secara bersemuka sehingga akhir bulan depan.

Antara masalahnya ialah masalah geografi, masalah capaian internet, ini antara masalah-masalah yang kita hadapi. Kita ada 20.3 peratus lagi penduduk yang masih lagi belum dibanci. Bulan Oktober kita akan selesaikan, insya-Allah bulan Januari tahun depan kita akan dapat keluarkan laporan awal tentang hasil banci.

Kita ucapkan terima kasih kerana kerajaan negeri, pejabat-pejabat daerah yang telah memberikan kerjasama yang cukup erat. Kita akan terus bekerjasama dengan mereka di kawasan-kawasan, di negeri-negeri yang belum kita dapat buat banci sepenuhnya. Kita berharap selepas banci diselesaikan, DOSM atau Jabatan Perangkaan akan dapat menerbitkan statistik bagi setiap 222 kawasan Parlimen dengan angka-angka secara terperinci berdasarkan 108 soalan yang ditanya.

Selain itu, kita juga akan menggunakan data pentadbiran seperti dari Jabatan Pendaftaran Negara, Suruhanjaya Pilihan Raya, Pertubuhan Keselamatan Sosial, Tenaga Nasional untuk melengkapkan data yang belum diperoleh. Insya-Allah kita berharap akan selesai hujung bulan Oktober dan awal tahun depan kita akan terbitkan hasilnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Soalan tambahan pertama, Yang Berhormat Sibuti sila.

final • 12:30 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Menteri, kita lihat ketika COVID-19 ini dan juga dalam proses vaccination nasional, kita melihat terdapat sebahagian kawasan yang telah menjangkau ataupun melangkaui populasi dan juga terdapat beberapa buah daerah proses vaksinasinya melebihi daripada 100 peratus. Ini saya berpandangan bahawa data yang disediakan adalah tidak mencukupi ataupun outdated dengan izin. Ini menyebabkan berlakunya underestimate berkenaan tentang proses vaksinasi.

final • 12:30 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Saya juga berharap agar perkara-perkara ini dapat diperbaiki pada masa-masa yang akan datang. Saya juga ingin mengetahui di dalam proses vaksinasi ini, apakah jaminan kerajaan bahawa pembanci ini dapat pergi ke kawasan luar bandar ataupun pedalaman? Adakah data-data ini bertepatan dan juga akan dapat membantu dari segi perancangan Malaysia yang seterusnya bahawa penduduk-penduduk di kawasan pedalaman ini tidak ketinggalan, memandangkan saya melihat agak sukar pembanci- pembanci untuk pergi ke kawasan-kawasan luar bandar dan juga pedalaman pada musim COVID-19 ini.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Menteri menjawabnya, satu minit.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Tuan Yang di-Pertua, ini kali keenam kita mengadakan banci, pada 2010 yang kelima. Pada masa itu kita dapat maklumat dari 100 peratus penduduk, sama ada kita tinggal di pedalaman tidak menimbulkan masalah yang besar. Isunya COVID-19 ya, oleh kerana ada arahan daripada Majlis Keselamatan Negara seperti disebutkan tadi, kita telah tunda empat kali.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pencapaian kita yang tertinggi ialah Johor, lebih 100 peratus. Wilayah Persekutuan Putrajaya juga lebih 100 peratus. Yang tiga paling rendah ialah negeri Sarawak – 61.6 peratus, Pahang – 59.2 peratus dan Sabah – 54.3 peratus. Bagi Sarawak umpamanya, antara kawasan yang paling rendah ialah di Betong, cuma 12.1 peratus, di Belaga – 38.10 peratus.

Jadi, Jabatan Perangkaan akan berusaha bersama dengan pejabat daerah, pihak berkuasa tempatan, mungkin dengan kerjasama pihak polis dan lain-lain. Insya-Allah kita cuba dalam beberapa minggu ini untuk memastikan kawasan-kawasan yang belum diliputi ini akan dapat dikumpulkan maklumat yang dikehendaki kerana seperti Yang Berhormat sedia maklum, ini adalah penting untuk setiap perancangan negara yang kita laksanakan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Soalan tambahan kedua saya jemput Yang Berhormat Hang Tuah Jaya.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri, berdasarkan 80 peratus tadi yang diberitahu bancian yang telah dibuat, dari segi kesimpulannya apakah mungkin Malaysia ini menjadi negara menua menjelang 2030 ini kerana kita tahu bahawa dari segi kesannya kepada ekonomi itu saya fikir kerajaan terpaksa menilai kerana kita tentunya dengan negara menua ini akan menjejaskan tenaga kerja misalnya dan juga program ekonomi kita. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed

Terima kasih Yang Berhormat Hang Tuah Jaya. Kita tidak boleh buat ramalan yang tepat pada ketika ini kerana maklumat terperinci belum dapat diperolehi. Kita cuma dapat 80 peratus maklumat daripada seluruh negara.

Akan tetapi mengikut anggaran yang telah dibuat oleh pihak-pihak yang berkenaan termasuklah Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kita akan mencapai status negara menua menjelang 2030.

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****] Ini sudah pasti akan berlaku dan ini akan memberikan kesan yang besar kepada dasar-dasar negara. Jadi insya-Allah bulan Januari tahun depan kita akan dapat memberi maklumat yang lebih tepat. Sekarang ini walaupun belum ada maklumat yang tepat, kita tahu bahawa menjelang 2030 kita akan menjadi sebuah negara menua atau aging society. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada hari ini. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat semua.

[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

final • 12:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

Saya merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 4 dan juga Federal Constitution Article 57.

Saya difahamkan bahawa ada satu usul yang telah dikemukakan untuk menggantikan Tuan Yang di-Pertua. Adakah ini benar? Jika benar, kenapa ia tidak ada disenaraikan dalam Order Paper?

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Itu sepatutnya kena tanya Timbalan Yang di-Pertua sebab saya recuse diri saya daripada membuat apa-apa keputusan mengenai perkara tersebut.

final • 12:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Bukan, soalan saya adakah usul tersebut dikemukakan?

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Usul untuk?

final • 12:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Untuk menggantikan Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada.

final • 12:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Adakah usul sedemikian kerana saya tengok dalam Order Paper tidak ada. Saya baca Peraturan Mesyuarat 4 dan artikel itu...

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Usul itu ada dibuat tetapi saya serahkan kepada Timbalan Yang di-Pertua untuk buat keputusan.

final • 12:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Article 57, Federal Constitution, ia membenarkan sedemikian. Adakah ia telah dikemukakan? Itu soalan saya.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Memang pemberitahu diberikan, yes.

final • 12:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Public knowledge is already there. Can you just confirm whether it is there? Then if it is so, why it is not on the Order Paper Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Itu sebab saya kata usul-usul itu pemberitahunya telah diberikan kepada pejabat saya dan saya telah menulis surat kepada semua pengusul bahawa saya tidak akan membuat apa-apa keputusan mengenainya dan keputusan mengenai usul-usul tersebut saya serahkan kepada Timbalan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, bila membuat keputusan sedemikian, at least datang ke Dewan ini untuk memberitahu semua Ahli Parlimen, baru kita tahu. Kita baca dalam surat khabar, speculative dan sebagainya.

Jadi adalah usul tersebut Tuan Yang di-Pertua?

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada.

final • 12:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Ada. Jadi kenapa ia tidak disenaraikan?

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh jadi kerana Timbalan Yang di-Pertua menolaknya lah saya rasa.

final • 12:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, kalau tolak pun mesti ada sekurang-kurangnya Tuan Yang di-Pertua boleh memberitahu kenapa ia ditolak.

final • 12:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tidak boleh beritahulah sebab saya tidak involve langsung tentang keputusan yang dibuat itu.

final • 12:30 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Can we have the Deputy Speaker now supaya membuat keputusan sebelum kita...

final • 12:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Ini baru berlaku. Saya antara Ahli Parlimen yang membawa usul itu dan saya menerima jawapan. Oleh sebab kita mahukan penjelasan daripada Timbalan Yang di-Pertua, saya rasa elok Timbalan Yang di-Pertua menjawab perkara ini. Kami perlu jawapan.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sepatutnya ditanya pada masa tadilah. Masa...

[Ketawa]

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Ini baru dibangkitkan. Ini baru dibangkitkan. Tadi Q&A. Saya faham kedudukan Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh jawab.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pukul 2.30 petang Timbalan Yang di-Pertua akan duduk.

Saya ada Kamar Khas, boleh ditanya pada waktu itu.

final • 12:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat yang sama. Tuan Yang di-Pertua, soalan yang diajukan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat cukup senang untuk kita faham. Pertamanya, adakah usul tersebut dikemukakan?

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Dibuat.

final • 12:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Jawapan itu adalah “ya.” Telah pun dikemukakan dan Tuan Yang di-Pertua sebagai Speaker di dalam... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Apabila keputusan dibuat oleh Timbalan Yang di-Pertua, sudah semestinya Tuan Yang di-Pertua tahu akan keputusan itu.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tidak tahu.

final • 12:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua ada satu tanggungjawab untuk ambil tahu.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tidak tahu dan saya tidak mahu ambil tahu.

final • 12:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua perlu ambil tahu kerana ini satu usul yang cukup penting dan saya hendak tahu...

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya serahkan kepada Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua...

final • 12:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya, tetapi..

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya sudah tulis surat kepada semua pengusul.

final • 12:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya, akan tetapi bukankah Tuan Yang di- Pertua juga hendak tahu sama ada atau tidak Tuan Yang di-Pertua, ada sokongan daripada semua Ahli Parlimen untuk menjadi Tuan Yang di-Pertua?...

[Tepuk]

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya lah, tetapi...

final • 12:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Itu sangat penting. Adakah Tuan Yang di- Pertua tidak berani untuk kita mengusulkan usul itu supaya kita dapat satu keputusan daripada Dewan ini?

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Usul itu telah pun dibuat dan saya serahkan kepada Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Sama ada Tuan Yang di-Pertua layak menjadi Tuan Yang di-Pertua untuk Dewan Rakyat.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 12:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

So, that is the question. Kenapa usul-usul yang penting begini diketepikan. Kita tidak boleh datang ke Dewan ini dengan mengetepikan begitu sahaja.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, kena tanya Timbalan Yang di-Pertua. Yang Berhormat, saya sudah kata, saya tidak melibatkan diri langsung dalam keputusan tersebut.

final • 12:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya, tetapi keputusan itu mesti tahu bukan melibatkan diri. Akan tetapi apa keputusan itu? Takkan Tuan Yang di-Pertua tidak tahu.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya diberitahu telah ditolak.

final • 12:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Alasannya?

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kena tanya dialah sebab saya tidak tahu...

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua perlu tahu.

Bagaimana Tuan Yang di-Pertua tidak tahu.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jangan suruh saya terangkan kenapa, sebab saya tidak involve dalam perbuatan tersebut. Tolong tanya Yang Berhormat Timbalan Yang di- Pertua.

final • 12:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Right.

final • 12:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua, kalau Timbalan Yang di- Pertua menolak usul, *that is a grave misconduct on the part of the Deputy Speaker.

[Pembesar suara dimatikan]*

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduklah. Tanya dialah. Tolong!

final • 12:40 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

*There cannot be tyranny...

[Pembesar suara dimatikan]*

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tolonglah.

final • 12:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara].

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tanya Timbalan Yang di-Pertua lah. Saya sudah cakap...

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, macam mana Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua buat keputusan, terus usul itu tidak ada. How can both of you make the decision? What are we here for?...

[Pembesar suara dimatikan] .

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Siapa kata both of us, satu sahaja Timbalan Yang di- Pertua. You, yourself know – you are a lawyer. I’m in a position of conflict. So, saya tidak boleh buat apa-apa keputusan mengenai perkara tersebut...

[Tepuk] I recuse myself. Kalau saya buat keputusan mengenai perkara itu, sure Yang Berhormat juga yang akan complain bukan. So, saya tidak mahu involve, saya sudah kata awal-awal saya tidak mahu involve diri saya. Saya serahkan kepada Timbalan Yang di- Pertua. Okey?

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Akan tetapi perkara itu perlu dibawa ke Dewan ini.

final • 12:40 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Macam mana Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua bincang, selepas itu terus lesap usul itu.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tidak bincang langsung dengan dia. Saya tidak sentuh langsung kecuali dengan menulis memorandum kepada beliau untuk membuat keputusan mengenainya.

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kalau begitu tempohkan Dewan, panggil Timbalan Yang di-Pertua datang untuk jawab usul ini sekarang juga.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tadi dia sudah ada..

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tempohkan Dewan sekarang.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pukul 2.30 petang dia ada, tanya dialah.

final • 12:40 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Tidak ada konflik Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tempohkan Dewan Tuan Yang di-Pertua, panggil Timbalan Yang di-Pertua untuk menjawab.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pukul 2.30 lah.

final • 12:40 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Hanya bawa usul dalam Dewan itu sahaja.

final • 12:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, sedikit boleh? Boleh?

final • 12:40 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Biar Dewan yang putuskan.

Bawa sahaja usul.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, pukul 2.30.

final • 12:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, mungkin pukul 2.30 nanti, giliran Timbalan Yang di-Pertua yang lain. Orang tidak tahu sudah.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Setiausaha.

final • 12:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat...

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya usulkan.

final • 12:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, this is Pejabat Tuan Yang di-Pertua bukan masalah Tuan Yang di-Pertua. Pejabat Tuan Yang di-Pertua, you should know. Kamu mesti tahu.

final • 12:40 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

There is no conflict actually, terus bawa sahaja.

final • 12:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, pleaselah Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Dewan yang akan membuat keputusan.

final • 12:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Kami rasa walaupun sudah berapa kali tukar kerajaan, tidak ada perubahan langsung Parlimen ini. Memalukan.

final • 12:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

You want to know whether you have the support of this House. Bukankah itu penting, Tuan Yang di-Pertua?

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

That is not for Speaker to decide, that is for Dewan to decide.

final • 12:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, saya cadangkan tempohkan, Tuan Yang di-Pertua. Kita tempohkan, tempohkan.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Tuan Yang di-Pertua, boleh, boleh?

final • 12:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tempohkan.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Usul yang dikemukakan ini, Tuan Yang di-Pertua bagi penjelasan dan saya terima penjelasan Tuan Yang di-Pertua iaitu Tuan Yang di-Pertua tidak mahu campur. Oleh yang demikian, recuse yourself dan Timbalan Yang di-Pertua buat keputusan. Akan tetapi munasabah bahawa keputusan itu dimaklum kepada Tuan Yang di-Pertua. You have to know the decision because you are the Speaker, right?

Tuan Yang di-Pertua kata tidak tahu, *which to me is not quite acceptable.

Nonetheless*, oleh sebab perkara ini dijelaskan oleh Tuan Yang di-Pertua, perkara ini mesti dijadikan first order of the day selepas soal jawab kerana yang dibangkitkan ini soal kedudukan Tuan Yang di-Pertua.

Jadi, saya oleh yang demikian, setuju dengan rakan-rakan, sekurang-kurangnya Timbalan Yang di-Pertua, sama ada melalui nota kepada Tuan Yang di-Pertua untuk membaca keputusannya, alasannya ataupun Tuan Yang di-Pertua menangguhkan sekejap supaya Timbalan Yang di-Pertua datang bagi penjelasan and therefore we can proceed...

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Setiausaha panggil dia.

final • 12:40 PM

Setiausaha

Aturan Mesyuarat dan usul-usul.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak, tidak, Setiausaha.

final • 12:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Point of order, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tunggu setiausaha check sama ada Timbalan Yang di-Pertua available atau tidak.

final • 12:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Dalam masa itu Tuan Yang di-Pertua, boleh saya kemukakan point of order yang berlainan.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 12:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, pada 28 Julai yang lalu, saya telah pun masukkan satu usul. Usul untuk merujuk Ahli Parlimen Kota Bharu kepada Committee of Privileges kerana apa yang berlaku di dalam Parlimen pada masa itu beliau telah pun memesongkan Parlimen dengan memberikan jawapan yang tidak benar dan tidak betul dan masa itu beliau Menteri Undang-undang. Ini bukan hal kecil, ini bukan perkara yang boleh diketepikan.

Saya hendak tahu, kenapa sampai sekarang tidak ada sebarang respons daripada Kamar Tuan Yang di-Pertua dan saya ada cap di mana saya telah pun beri surat itu, telah diakui terima. Apa yang telah berlaku dengan usul saya dan kenapa sehingga sekarang tidak ada jawapan Tuan Yang di-Pertua? Terima kasih.

final • 12:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, saya pun ada usul yang sama. Tidak ada jawapan, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Usul itu sebenarnya tamat dengan sidang yang berkenaan.

final • 12:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya tambah sedikit.

final • 12:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Is that...

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Isu itu tidak boleh dibawa..

final • 12:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, pada...

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Senyaplah saya hendak jawab.

final • 12:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya tambah sedikit.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Can I answer or not?

final • 12:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Sila, sila Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, I also...

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sesuatu usul itu tidak boleh dilangsungkan ke mesyuarat yang seterusnya kecuali telah dicadangkan dan telah dibahaskan.

final • 12:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Bukan Tuan Yang di-Pertua. Usul saya...

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bila usul itu belum dicadangkan lagi, maka ia mati dengan Mesyuarat itu, kena failkan semula.

final • 12:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

...Masih persidangan yang sama dan Tuan Yang di-Pertua telah pun memberitahu saya bahawa satu jawapan akan diberikan.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak, sebab tidak...

final • 12:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Dalam Dewan ini Tuan Yang di-Pertua kata saya akan baca dan bagi jawapan.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya ingat, saya ingat lagi apa yang terjadi. Oleh sebab usul itu expire dengan mesyuarat tersebut, maka saya pun tidak jawab.

final • 12:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

It does not expire, sir.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada peraturan, saya akan bagi.

final • 12:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Sila.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sekejap ya. Sekejap saya check.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Usul pun ada expiry date, Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Ingatkan makanan sahaja yang ada expiry date...

final • 12:40 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Tuan Yang di-Pertua, bilakah expire?

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Orang pun ada expiry date.

final • 12:40 PM

Tuan Su Keong Siong - Kampar

Tuan Yang di-Pertua, ada expiry date tidak?

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Dia kena pakai sijil halal pula.

final • 12:40 PM

[Dewan ketawa]

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua yang dahulu pun kami tidak dapat jawapan. Masa term yang lepas pun tidak dapat jawapan, yang mana bagi saya usul itu masih hidup.

final • 12:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ini ada lagi satu Tuan Yang di-Pertua, ada dua Tuan Yang di-Pertua dalam Dewan sekarang.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Boleh?

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sekejap hendak jawab usul itu. Setiausaha.

final • 12:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Mana boleh itu macam.

final • 12:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, study dalam biliklah.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Saya kasihan dengan Timbalan Yang di-Pertua ini. Kita lanyak cukup-cukuplah.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan Mesyuarat 15(5)..

final • 12:40 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Kita lanyak Timbalan Yang di-Pertua selepas ini.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Usul seseorang yang bukan ahli kerajaan yang telah dicadangkan dalam sesuatu mesyuarat tetapi belum putus, apabila pencadangnya memberitahu bahawa hendak disambung dalam mesyuarat yang akan datang, hendaklah didahulukan daripada usul-usul lain yang hendak dibawa oleh ahli yang bukan ahli kerajaan.

So, kalau usul tersebut telah dicadangkan dan belum diputuskan dan diberi pemberitahu bahawa usul itu hendak dibawa ke mesyuarat yang akan datang, hanya usul itu yang boleh datang yang boleh dibawa ke mesyuarat yang akan datang.

final • 12:40 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kalau Tuan Yang di-Pertua baca yang tersebut dalam peraturan itu cukup jelas. Tuan Yang di-Pertua, saya telah pun bangun dalam Dewan ini dan minta supaya keputusan dibuat atas usul saya.

final • 12:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya lah tetapi sebelum saya buat keputusan itu, mesyuarat sudah habis.

final • 12:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Sabar Tuan Yang di-Pertua, biar saya habis dahulu. Tuan Yang di-Pertua telah pun memberitahu saya bahawa satu keputusan akan dibuat.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 12:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kenapa keputusan tidak dibuat? Sehingga sekarang saya tidak dimaklumkan. That’s all I’m asking. Apa berlaku kepada usul saya?

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sebelum saya buat keputusan mengenai usul itu, mesyuarat itu sudah tamat.

final • 12:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tidak, saya tanya dalam mesyuarat itu dan Tuan Yang di-Pertua beri saya...

[Tidak jelas] untuk buat keputusan.

final • 12:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua sepatutnya duduk dalam jawatankuasa kerana bercakap tidak benar ini.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Mesyuarat tamat sebelum saya dapat buat keputusan.

final • 12:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

So, jadi Tuan Yang di-Pertua tidak hiraukan usul itu?

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi sudah tamat, maka tidak boleh dibawa kembali ke mesyuarat ini.

final • 12:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Usul itu penting. Itu berkaitan dengan Yang Berhormat Menteri Undang-undang yang buat satu kenyataan dalam Dewan ini, memesongkan Dewan ini.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Boleh difailkan semula, boleh difailkan semula.

final • 12:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Takkan kita hendak ketepikan begitu sahaja.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bukan saya ketepikan. Mesyuarat itu sudah habis. Sudah expired.

final • 12:50 PM

Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim

Tuan Yang di-Pertua, kalau macam itu kita tunggu sahajalah. Tunggu sampai habis, tidak payah buat apa-apa keputusanlah.

final • 12:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua memberikan kepada saya aku janji untuk menjawab pada sesi yang lalu. Jadi saya hendak tahu apakah jawapan itu.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Betul. Sebelum saya menjawab...

final • 12:50 PM

Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim

Janji macam itu pun tidak boleh tunai.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sebelum saya menjawab, mesyuarat itu sudah habis. Hari Isnin itu cancel ya.

final • 12:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua perlu buat keputusan pada sesi yang lalu. Saya hendak tahu apakah keputusan itu pada sesi yang lalu. Tuan Yang di-Pertua bagi janji akan buat keputusan pada sesi yang lalu. Apa keputusan itu?

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tidak buat keputusan. Saya tidak buat keputusan.

Yang Berhormat, saya tidak buat keputusan kerana, kerana...

final • 12:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tidak buat keputusan? Yang sangat penting perkara ini tidak buat keputusan Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat tidak dengar lagi. Dengar dahulu saya cakap.

final • 12:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Oleh itulah Tuan Yang di-Pertua kita ada usul untuk kita ketepikan...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, dengar dahulu saya cakap. Saya tidak membuat apa-apa keputusan mengenai usul tersebut kerana sebelum saya dapat

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

membuat keputusan mengenai perkara tersebut, mesyuarat itu sudah habis, sudah tamat.

Faham?

final • 12:50 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya hendak serahkan kepada Timbalan Yang di-Pertua sekarang ya.

final • 12:50 PM

Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim

Tidak perlu buat apa-apa keputusan kalau macam itu.

final • 12:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Timbalan Yang di-Pertua sudah ada.

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, adakah ini bermaksud Yang Berhormat Kota Bharu dilepaskan begitu sahaja?

final • 12:50 PM

Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim

Jangan lari Tuan Yang di-Pertua, jangan lari. Sila duduk.

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Boleh benarkan Yang Berhormat Kota Bharu menipu di Dewan yang mulia ini.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Tidak apa, tidak apa. Kita lanyak Timbalan Yang di-Pertua dahulu.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan

final • 12:50 PM

Mesyuarat] Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, boleh?

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, saya sudah faham. Saya sudah follow-up apa yang telah dinyatakan. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima surat daripada Tuan Yang di-Pertua untuk mengendalikan usul-usul yang datang mengenai dengan pengosongan kerusi Tuan Yang di-Pertua. Ada 11 usul datang serentak dan semua daripada Parti Amanah. Semua daripada Parti Amanah 11 usul.

Kemudian datang satu lagi daripada Amanah sebab tidak menepati peraturan mesyuarat.

Yang ke-12 pun tidak menepati peraturan mesyuarat.

Saya rujuk kepada penasihat undang-undang. Kemudian datang lagi dua soalan daripada PKR pun sama juga. Maka setiap yang memberikan usul tersebut telah pun saya jawab secara bertulis kepada setiap pengusul tersebut. Sila baca jawapan-jawapan tersebut dan keputusan saya adalah muktamad.

final • 12:50 PM

[Dewan tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Akan tetapi rayuan boleh dibuat tetapi tidak ada rayuan. Itu keputusan saya adalah keputusan yang muktamad. Sekiranya lulus, maka akan masuk dalam Aturan Urusan Mesyuarat. Jadi, saya tidak perlu buka dalam media dan memaklumkan kepada sesiapa. Saya hanya jawab kepada pengusul-pengusul itu sahaja. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

Baik Yang Berhormat. Saya hendak teruskan dengan urusan pada hari ini. Ya sila.

final • 12:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua perlu memberi jawapan. Ini Dewan Rakyat dan tingkah laku Tuan Yang di-Pertua diperhatikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

[Tepuk] Please, you must behave yourself. Kalau buat satu keputusan, saya hendak tanya apakah keputusan itu? Kenapakah tidak boleh dimaklumkan kepada Dewan sekarang?

Tuan Yang di-Pertua ada di sini. Ini satu perkara yang cukup penting usul berkenaan dengan sama ada kita percaya kepada Tuan Yang di-Pertua atau tidak. Ini satu perkara yang cukup penting, usul berkenaan sama ada kita percaya kepada Tuan Yang di-Pertua atau tidak. Kenapa macam ini? Datang dan tak nak jawab soalan dan kata rujuk kepada surat. Kita semua di sini.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Faham.

final • 12:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Rakyat semua hendak dengar soalan dan jawapan ini. Apa masalahnya?

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat Puchong. Saya telah pun jawab tadi. Saya bertanggungjawab kepada sesiapa yang mengusul, maka memang tidak mengikut peraturan mesyuarat secara teknikalnya. Baik, saya telah jawab tadi.

final • 12:50 PM

Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim

Mohon bertanggungjawab kepada Dewan, bukan bertanggungjawab kepada orang yang tanya soalan. Bertanggungjawab kepada Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, tanggungjawab kepada Dewan ini, tanggungjawab kepada rakyat Malaysia. Kenapa boleh diketepikan begitu sahaja? Bagi jawapan what is the problem. Explain to us apa masalahnya?

Kenapakah hendak senyapkan?

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya telah jawab tadi.

final • 12:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Kita hendak tahu kenapa begitu susah untuk...

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, dengar. Baik, saya jawab. Apabila media bertanya dengan saya— banyak media yang tanya dengan saya. Tidak, saya kata kenapa tidak dimaklumkan kepada media. Saya tidak jawab kepada media, saya jawab kepada setiap yang mengusulkan itu. Sila baca setiap surat yang telah saya berikan kepada semua pengusul tadi. Terima kasih. Sekarang, Setiausaha silakan.

final • 12:50 PM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 12:50 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua bukan sahaja bertanggung...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ada usul daripada Yang Berhormat Menteri.

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:50 PM

Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim

Belum habis lagi isu. Belum habis lagi isu Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:50 PM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Tuan Yang di-Pertua...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Tidak. Saya tidak benarkan. Saya hendak teruskan kepada aturan mesyuarat.

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, kenapakah keputusan-keputusan itu tidak dimasyhurkan oleh Tuan Yang di-Pertua sebelum Dewan bermula?

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik.

final • 12:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Jelutong, duduklah Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Jelutong duduk!

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Alasan-alasan kenapakah usul itu ditolak tidak dimaklumkan secara terbuka di Dewan ini?

final • 12:50 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tuan Yang di-Pertua sudah jawab tadi. Yang Berhormat Jelutong tidak mahu dengar.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik.

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Apabila pemasyhuran dibuat setiap pagi, hari ini pemasyhuran dibuat, langkah-langkah dan sebagainya, usul- usul yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Puchong dan usul-usul untuk menukar

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

atau menggantikan Tuan Yang di-Pertua adalah usul-usul yang penting. Kalau keputusan telah dibuat,...

final • 12:50 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Cakap mahu reform. Ini bukan reform.

Reform Parlimen ini.

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...Kenapakah perkara- perkara itu tidak dimaklumkan?

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya menjawab tadi, saya menjawab kepada mereka yang mengusulkan. Jawapan telah diberikan. So, it’s not a precedent untuk menjawab kepada Dewan. Jadi sekarang saya minta...

final • 12:50 PM

Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, *you are abusing your power!

[Pembesar suara dimatikan]*

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya hendak teruskan Mesyuarat.

final • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim

Tuan Yang di-Pertua ada tanggungjawab kepada Dewan yang mulia ini. Tidak boleh just push it aside like that.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Menteri. Sila teruskan.

final • 12:50 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Sudah jawab tadi.

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, jangan salah guna kuasa! People are watching you. Memalukan.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya minta Yang Berhormat Jelutong tarik balik ayat “memalukan”.

final • 12:50 PM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

Yang Berhormat Jelutong tarik balik!

final • 12:50 PM

Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim

Tarik balik apa? You kena keluar.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:50 PM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

Tarik balik Yang Berhormat Jelutong!

final • 12:50 PM

Tuan Su Keong Siong - Kampar

[Tidak jelas] kena keluar. You have no legality.

final • 12:50 PM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

Tarik balik Yang Berhormat Jelutong!

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak tarik balik. Itu adalah kelakuan yang memalukan!

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Warning! Yang Berhormat Jelutong tarik balik ayat “memalukan”.

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Heleh, sembang...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Senyap, senyap. Yang Berhormat Jelutong.

final • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Now you. Ini sekarang chair saya. Saya hendak minta supaya tarik balik ayat “memalukan”.

final • 12:50 PM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

Yang Berhormat Jelutong tarik balik!

final • 12:50 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, *[Tidak jelas] to answer the House. You cannot use your authority...

[Pembesar suara dimatikan]*

final • 12:50 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tambah...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya cakap dengan Yang Berhormat Jelutong.

final • 12:50 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Amat memalukan!

final • 12:50 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Jangan tarik balik Yang Berhormat Jelutong.

Jangan tarik balik.

final • 12:50 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Amat memalukan! Tuan Yang di-Pertua, jangan cemarkan Dewan.

final • 12:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tindakan Tuan Yang di- Pertua bukan sahaja memalukan di luar Dewan, memalukan di dalam Dewan.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Tiga kali. Yang Berhormat Jelutong. Saya arahkan bentara minta Yang Berhormat Jelutong keluar sekarang.

[Tepuk]

final • 12:50 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertualah keluar, letak jawatanlah. Letak jawatanlah!

final • 12:50 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Tuan Yang di-Pertua tidak boleh macam itu.

final • 12:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Sudah pukul 1.00 lah.

final • 12:50 PM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Letak jawatanlah!

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya minta bentara jalankan tugas keluarkan Yang Berhormat Jelutong sekarang. Dua hari.

final • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Tuan Yang di-Pertua letak jawatan.

final • 12:50 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh menghalau Ahli Parlimen keluar...

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Jalankan tugas, dua hari. Saya minta dua hari. Dia sebut “memalukan”. Usailah. *I also got the face.

[Tidak jelas]*

final • 12:50 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, saya minta semua Ahli Yang Berhormat sila duduk. Saya minta Ahli Yang Berhormat sila duduk. Saya minta teruskan.

final • 12:50 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Ahli Yang Berhormat, Tuan Yang di- Pertua...

final • 12:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Sudah pukul 1.00. Sudah pukul 1.00.

final • 12:50 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:50 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Memalukan, memalukan. Memalukan, memalukan.

final • 12:50 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Apa masalah dengan perkataan “memalukan”? Tidak ada masalah dengan memalukan.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:50 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Memalukan, memalukan. Memalukan, memalukan.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Okey sekejap. Sudah pukul 1.00. Ahli-ahli Yang Berhormat, masa menunjukkan jam pukul 1.00. Saya berhenti rehat. Terima kasih Ahli Yang Berhormat.

final • 12:50 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

**[****Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

final • 2:30 PM
USUL DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 90(2)
MERENTIKAN KUAT KUASA PERATURAN MESYUARAT 6 – MENANGGUHKAN PEMILIHAN TIMBALAN YANG DI-PERTUA

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tuan Yang di-Pertua, bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 90(2), dengan persetujuan Tuan Yang di-Pertua, saya mengemukakan usul untuk merentikan kuat kuasa Peraturan Mesyuarat 6 iaitu bagi menangguhkan pemilihan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat seperti perkara nombor 1 yang telah tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul hari ini ke Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas.

final • 2:33 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- undang) - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Tuan Yang di-Pertua, saya sokong.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 2:33 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Saya nak tanya Tuan Yang di-Pertua, kenapa Yang Berhormat Menteri bawa usul suspension of Peraturan Mesyuarat 6(1)? Ini kerana kita tahu bahawa ada kekosongan ya, Timbalan Speaker. Kita tahu bahawa urusan Parlimen ini sehingga ada Titah Diraja, ada RMKe-12.

Seterusnya ada bajet, sidang Dewan ini akan sampai Disember. Ini adalah kerja yang sangat berat buat untuk Speaker dan Timbalan Speaker. Kita akan mengadakan pelbagai Parliamentary Select Community. Jadi, banyak urusan di Dewan. Kita nak reform Parlimen, kita mahu lebih banyak participation tetapi kalau hanya Speaker dan Timbalan Speaker, kasihanlah banyak kerja. Kenapa kena postpone?

Kalau perlu kita buat sahaja, pilih sesiapa yang diusulkan. Kalau hendak tambah Speaker kah, buat bulan Disember atau apa-apa, it is okay. Akan tetapi sekarang biarlah pilihan itu supaya Parlimen itu boleh bergerak, dengan lebih banyak Speaker dan Timbalan Speaker boleh sama-sama angkat kerja yang lebih banyak. Terima kasih, minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri hendak jawab?

final • 2:33 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya tujuan kita untuk menggantungkan dahulu peraturan ini ataupun jadual yang ditetapkan oleh Parlimen terdahulu daripada ini ialah oleh kerana kita hendak membawa satu pindaan Perlembagaan ke Dewan yang mulia ini, untuk meminda Perkara 57(1)(b) untuk kita menambahkan jumlah Timbalan Speaker daripada dua kepada tiga.

Sebagaimana yang telah kita perbincangkan supaya kita menetapkan walaupun dalam Perlembagaan itu sendiri tidak menetapkan siapa yang akan menjadi Deputy Speaker kerana landasannya ialah dipilih oleh Ahli Dewan Rakyat dalam Dewan. Maka dengan itu, kita akan membuat satu peraturan mungkin, supaya salah seorang daripada Speaker yang tiga nanti setelah diluluskan akan disandangkan oleh pihak daripada pembangkang. Tidak kisah siapa jadi kerajaan, daripada pihak pembangkang ada seorang Timbalan Speaker. Itulah hasrat kerajaan untuk menanggguh. Saya sebenarnya sudah berbincang degan pihak AG supaya pindaan ini dibawa, kalau dapat di penghujung sesi ini, bacaan kali pertama dan diluluskan pada sesi bulan Oktober nanti. Terima kasih.

final • 2:33 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

Sedikit sahaja.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Perkara ini tidak perlu dibahaskan, maaf ya, mengikut peraturan itu.

final • 2:33 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Penjelasan sahaja.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 2:33 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:33 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:33 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Kita pohon belah bahagi.

final • 2:33 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Sebelum itu Tuan Yang di-Pertua, may I just– for clarification. Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada...

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah diputuskan Yang Berhormat.

final • 2:33 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya, tetapi hanya untuk rekod.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 2:33 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, if I may. Saya merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 90. Jadi, apa yang telah pun dipanggil untuk diluluskan tadi, adakah ia permohonan untuk kita mengetepikan standing order? Ataupun, adakah ia permohonan untuk kita tangguhkan? There are two different questions that have been put to the House. Ini kerana motion yang dibawa tadi tanpa notis is Peraturan Mesyuarat 92 yang saya dengar. Jadi perkara itu perlu diputuskan dahulu.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Peraturan Mesyuarat 92?

final • 2:33 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Peraturan Mesyuarat 92 harus diputuskan dahulu, only after suspension. Then the motion to– what do you call delay, that motion arises. So, just to check the record. Otherwise, what would be on record is just an agreement to suspend the standing order but nothing after that. I think that has to be checked.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ia untuk suspend– menghentikan Standing Order, Peraturan Mesyuarat 6.

final • 2:33 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Betul.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, sehingga Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat.

Meaning sehingga the budget sitting.

final • 2:33 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

All right. So, just to clarify the two items there, one is suspension and second is the deferment of the motion.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, the meaning Peraturan Mesyuarat 6 itu, sekarang telah dihentikan sehingga Mesyuarat Kedua, semasa bajet itu.

final • 2:33 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

All right. So, it is also the second one, is it?

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yes.

final • 2:33 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Because that one... [Berbincang tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Jadi, pengundian Timbalan Speaker itu akan berjalan semasa mesyuarat bajet nanti.

final • 2:33 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Right, very well. As long as it is clear Tuan Yang di-Pertua. Thank you.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 2:33 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:33 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya?

final • 2:33 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Saya bangun kerana saya ikut terlibat ya dalam perkara ini sebab saya telah memasukkan cadangan sebagai Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu untuk mencalonkan Yang Berhormat Teluk Intan, sesuai dengan Peraturan Mesyuarat 6(2) dibaca sekali dengan Peraturan Mesyuarat 41 sebab saya ikuti, memang sah berlaku kekosongan jawatan itu.

Okey, memang sah.

final • 2:33 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Satu jawatan yang kosong itu ahli-ahli Parlimen boleh memasukkan cadangan.

Jadi apabila Yang Berhormat Menteri mengemukakan usul untuk tidak meneruskan agenda ini dengan menempohkannya pada satu masa yang lain, sama ada hujung sesi ini dan sebagainya, saya mohon untuk diberikan sedikit penjelasan atas satu alasan. Satu Speaker dan dua Timbalan Speaker terutama dalam semangat yang kita meterai semalam untuk memperkasakan fungsi Parlimen terutama fungsi Parlimentary Select Commitee, maka Timbalan Speaker itu saya fikir wajib atau wajar disegerakan pelantikannya atas alasan itu.

[Tepuk] Menempohkannya itu mungkin menyelesaikan satu masalah dalaman kerajaan, itu saya tidak mahu campur. Akan tetapi rasional yang saya bawa adalah semalam antara komponen penting adalah memperkasakan dalam konteks reformasi Parlimen adalah fungsi Parliamentary Select Committee. Jadi dalam tempoh yang jawatan ini tidak diisi.

Beban yang besar terpikul kepada dua penjawat sekarang. Jadi, saya fikir ada kewajarannya pelantikan dibuat dan disegerakan, terima kasih.

[Tepuk]

final • 2:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat. Malangnya usul itu telah diluluskan tetapi sedikit penjelasan. Mengenai select commitee semua itu, pengerusinya ialah Speaker bukan Timbalan Speaker. Jadi walau ada tiga, empat timbalan Speaker pun mereka tidak akan involve dalam Select Committee. Hanya saya yang menjadi pengerusi jawatankuasa tetap dan yang menjadi pengerusi jawatankuasa pilihan khas adalah seperti yang dilantik oleh ahli-ahli jawatankuasa pilihan khas. Jadi sama ada jumlah Timbalan Speaker itu satu, dua atau tiga pun ia tidak memberi kesan kepada beban jawatan saya sekarang ini. Setiausaha, silakan.

final • 2:40 PM
USUL
JALAN-JALAN MASUK KE PARLIMEN

Timbalan Menteri Dalam Negeri II - Tuan Jonathan bin Yasin

Tuan Yang di- Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa Majlis ini memerintahkan Ketua Polis Negara menjaga supaya selama penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan-jalan melalui lorong-lorong menuju ke Dewan ini hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa-apa halangan menghalang ahli-ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini, jangan berlaku apa-apa kacau bilau di jalan-jalan menuju ke Dewan ini, dan supaya jangan ada huru- hara di bangunan Dewan ini dan berhampiran dengan bangunan ini dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampaikan perintah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut itu.” Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:42 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada yang menyokong?

final • 2:42 PM

Timbalan Menteri Kesihatan II - Datuk Aaron Ago Dagang

Saya mohon menyokong.

final • 2:42 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 2:42 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Hari itu, 2 hari bulan pun bukan kami yang buat huru-hara.

final • 2:42 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, boleh bahas tidak usul ini? Mohon bahas Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:42 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Boleh bahas tidak Tuan Yang di- Pertua? Boleh bahas tidak?

final • 2:42 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Mohon bahas Tuan Yang di-Pertua. Kami hendak bahas usul ini Tuan Yang di-Pertua. Perlu dibahaskan?

final • 2:42 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Ya.

final • 2:42 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, ini kita hendak bahas. Apa ini Speaker, bagi peluang bahaslah supaya tidak berbangkit lagi isu ini.

final • 2:42 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua, semua usul ada hak untuk dibahas sebelum dibuat keputusan.

final • 2:42 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya mempersilakan Yang Berhormat Beaufort. Masa perbahasan ialah 90 minit.

final • 2:42 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Speaker tidak ikut peraturan. Semua usul mesti ada hak untuk dibahas sebelum dibuat keputusan.

final • 2:42 PM
MENJUNJUNG KASIH TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam keluarga

final • 2:44 PM

Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, sukacita saya ingin mencadangkan

“Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong, demikian bunyinya:

“Ampun Tuanku, Patik, Tuan Yang di-Pertua dan ahli-ahli Dewan Rakyat Malaysia di dalam persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Rakyat mengucapkan berbanyak- banyak syukur dan menjunjung kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa pembukaan Penggal Keempat, Parlimen Yang Keempat Belas”.

*Naik perahu ke Pulau Bangi, Mari berdundun ke Kampung Darat, Titah Tuanku disanjung tinggi, Kepada rakyat kami berkhidmat.

Membujur lalu melintang patah, Perjuangan tetap kami teruskan, insya-Allah.* Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana telah memberi peluang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan menjunjung kasih titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Yang di-Pertuan Agong pada hari ini. Saya mendoakan agar Tuanku Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dianugerahkan kesihatan dan kekuatan yang berterusan untuk menaungi dan memayungi negara dan rakyat jelata tercinta serta meneruskan pemerintahan dengan adil, telus dan saksama serta mengutamakan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan dan barisan kabinet yang telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Saya bersama-sama rakan seperjuangan yang lain menzahirkan sokongan padu terhadap pimpinan Yang Amat Berhormat Bera sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kesembilan untuk menerajui dan memimpin negara. Sokongan ini melambangkan semua parti politik menyokong Kerajaan Perikatan Nasional bersama dalam menghadapi situasi pandemik COVID-19 dan cabaran ekonomi. Saya doakan semoga Allah memberikan perlindungan, kesihatan yang baik dan diberikan taufik dan hidayah dalam memimpin negara Malaysia yang tercinta. Amin ya rabbal alamin.

Saya juga ingin menzahirkan sekalung penghargaan kepada Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin bekas Perdana Menteri Malaysia yang kelapan atas jasa, khidmat bakti, kasih sayang Yang Berhormat Pagoh memimpin negara dalam keadaan yang penuh cabaran pandemik COVID-19 yang pertama kali dalam sejarah negara ini. Tiada kata seindah bahasa melainkan terima kasih Yang Berhormat Pagoh. Di atas kesempatan ini tahniah saya ucapkan di atas pelantikan terbaharu Yang

final • 2:44 PM

Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, sukacita saya ingin mencadangkan

Berhormat Pagoh sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara yang amat tepat bagi meneruskan kesinambungan pelan pemulihan negara.

Suka saya berkongsi kata-kata Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini seperti demikian. ‘Barisan Kabinet yang dibentuk hari ini merupakan pasukan pengurusan yang akan bekerja bersama rakyat’. Kabinet ini perlu bertindak pantas dan bersepadu dalam usaha membebaskan Malaysia daripada ancaman pandemik COVID- 19, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik. Kerajaan hendaklah belajar daripada sejarah melihat dengan mata hati, perjuangan besar yang membawa muafakat dan luhur bagi memastikan rakyat kekal sejahtera dan negara terus maju seiring dengan negara- negara jiran dan negara-negara yang sudah lebih maju dengan cara kita sendiri, the Malaysian way dengan izin.

Alhamdulillah, kematangan politik telah mula kelihatan dengan termeterainya memorandum persefahaman transformasi dan kestabilan politik di antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan pada 13 September 2021 untuk mengembalikan kestabilan politik negara demi menangani COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara melalui pendekatan kerjasama secara dwipartisan. Usaha yang telah dimulakan oleh Yang Berhormat Pagoh sebagai Perdana Menteri kelapan akhirnya menjadi kenyataan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Pagoh.

Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kepada wakil-wakil kerajaan yang diketuai oleh Yang Berhormat Larut yang telah berunding dengan wakil Pakatan Harapan untuk mencapai persetujuan yang bersejarah ini. Tahniah saya ucapkan.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang dititahkan oleh Baginda, bahawa pandemik COVID-19 masih merupakan ancaman kepada negara serta rakyat.

final • 2:44 PM

Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, sukacita saya ingin mencadangkan

Maka, kerajaan hendaklah segera melipatgandakan usaha untuk memerangi pandemik ini. Ia telah merubah begitu banyak aspek kehidupan dan menghimpit rakyat terutama di peringkat bawahan.

Patik menzahirkan rasa syukur dan terima kasih mewakili rakyat dari Parlimen Beaufort dan negeri Sabah atas keprihatinan baginda untuk kerajaan memberikan perkhidmatan terbaik bagi menyelesaikan isu rakyat di bawah. Sememangnya isu ini amat mendasar dan mencabar kehidupan rakyat bawahan terutamanya di luar bandar. Sebagai Ahli Parlimen dari kawasan luar bandar, saya melihat dan merasai detik kepayahan dan himpitan kehidupan yang turut sama-sama saya rasai.

Dalam keadaan pandemik ini, aktiviti ekonomi di luar bandar sangat terjejas, peluang pekerjaan amat terbatas dan mobiliti rakyat telah tersekat. Untuk mencari sesuap nasi, secupak beras atau rezeki mengalas perut amat terbatas. Mengharapkan bantuan bukan satu pilihan kerana ia amat terhad apatah lagi untuk mereka yang mempunyai jumlah isi rumah yang ramai.

Oleh kerana itu, apabila negara ke fasa pemulihan, saya berdoa agar kita semua bersatu demi rakyat menjayakan agenda survival rakyat. Lupakan pertelagahan demi rakyat, lupakan perbezaan demi mengisi perut anak-anak kecil dan lupakan sebentar kepentingan diri kita demi membina sejahtera sebuah negara yang bernama Malaysia.

Pelan Pemulihan Negara. Tuan Yang di-Pertua, kita masih lagi berhadapan dengan musuh yang satu yang tidak kelihatan iaitu COVID-19 yang mengganggu gugat kehidupan setiap lapisan masyarakat. Pandemik ini masih lagi melanda seluruh dunia termasuk negara kita yang tercinta ini. Perjuangan memerangi COVID-19 mesti diteruskan dan kita mesti menang.

Justeru, saya menyeru kepada semua rakan supaya bersama-sama merentasi sempadan politik memerangi musuh kita yang satu iaitu COVID-19 demi masa depan negara Malaysia yang tercinta. Ayuh, kita pimpin semua rakyat Keluarga Malaysia agar memberikan kerjasama yang utuh dalam memerangi COVID-19 sehingga kita berjaya.

COVID-19 is real and the best way to fight against COVID-19 is vaccination, dengan izin. Saya bersyukur kerana mengikut data dunia Our World in Data, peratusan

final • 2:50 PM

Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, sukacita saya ingin mencadangkan

kadar vaksinasi negara Malaysia antara yang terpantas di dunia mengatasi beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura, Jepun, Korea Selatan, termasuklah Kesatuan Eropah daripada segi kepantasan pemberian vaksin COVID-19 bagi 100 orang penduduk. Alhamdulillah, setakat ini, seperti kita semua maklum, 92.2 peratus penduduk dewasa negara sudah mendapat sekurang-kurangnya dos pertama, manakala 74.7 peratus telah mendapat dua dos yang lengkap.

Tuan Yang di-Pertua, perkembangan ini jelas menunjukkan bahawa tindakan Kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Yang Berhormat Pagoh telah berjaya dalam usaha melawan pandemik COVID-19 dan saya percaya usaha ini akan diteruskan di bawah kerajaan sekarang. Saya bersyukur di beberapa negeri di Malaysia sudah mencapai imuniti kelompok...

final • 2:50 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Yang Berhormat Beaufort, boleh mencelah?

final • 2:50 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

...Selepas lebih 80 peratus daripada penduduk dewasanya telah lengkap divaksinasi.

Sehubungan dengan itu, suka saya berkongsi dan meluahkan rasa bangga dengan komitmen dan kerjasama erat para pegawai, pegawai daerah, warga frontliners KKM dan pemimpin-pemimpin kampung dan juga team yang terlibat termasuk anggota PDRM, ATM, RELA, APM serta para sukarelawan Daerah Beaufort dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat atas dedikasi dan kerja keras dalam memastikan Program Vaksinasi Daerah Beaufort berjaya.

Tanggal 5 September 2021 yang lalu, Beaufort menjadi daerah pertama di Sabah mencapai imuniti kelompok selepas 89 peratus daripada penduduk dewasanya sudah lengkap divaksinasi. Pendekatan yang kami ambil di Beaufort ialah, “berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing”. Terkini, peratusan vaksinasi Beaufort adalah 100.89 peratus dan sekarang Beaufort dalam usaha kempen daftar vaksin bagi penduduk yang berumur 17 tahun ke bawah untuk mendapatkan vaksinasi. Alhamdulillah.

Insya-Allah, dengan bekalan vaksin yang mencukupi, peratusan vaksinasi negeri Sabah akan mencapai 80 peratus menjelang Oktober tahun ini. Terima kasih saya ucapkan bagi pihak rakyat Sabah kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan yang proaktif turun padang ke Sabah baru-baru ini untuk memastikan segala keperluan dihantar segera ke Sabah dan kerja-kerja vaksinasi dapat lancar lagi diteruskan.

Tuan Yang di-Pertua, cabaran pandemik ini menunjukkan kepada kita bahawa kemudahan kesihatan perlu dipertingkatkan di negara kita terutama sekali di kawasan- kawasan luar bandar khususnya di Sabah. Kerajaan perlu melihat secara serius keperluan perkhidmatan kesihatan di setiap daerah secara menyeluruh seperti ruang katil di hospital, pusat kuarantin, ubat-ubatan, alat bantuan pernafasan atau ventilator, peralatan perlindungan diri yang mencukupi bagi menangani sebarang kemungkinan.

Saya juga mencadangkan supaya kerajaan membina hospital di kawasan- kawasan luar bandar yang masih belum mempunyai fasiliti yang penting ini. Saya dengar tadi Yang Berhormat Menteri menyebut tentang ini berasaskan kalau ada peruntukan kerajaan. Kita perlu cari ini kerana ini adalah satu keperluan yang penting. Kita telah melihatnya melalui pandemik yang berlaku ini.

Saya juga difahamkan bahawa keputusan ujian saringan swab test mengambil masa selama tiga hingga empat hari dan ada juga sampai seminggu lamanya. Oleh itu, makmal yang mencukupi untuk ujian saringan perlu diwujudkan lagi di setiap negeri termasuklah di Sabah supaya keputusan ujian boleh didapati dengan lebih cepat dan tindakan selanjutnya dapat diambil dengan segera.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai persiapan pasca COVID-19, saya mencadangkan agar kerajaan mewujudkan makmal-makmal khusus bagi membuat kajian tentang penyakit-penyakit berbahaya dan menghasilkan ubat-ubatan yang berkesan untuk merawatnya. Saya yakin kita mempunyai pakar perubatan yang mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini supaya di masa akan datang kita tidak perlu mengharapkan bantuan dari luar untuk kita memulakan kerja-kerja seperti vaksinasi baru-baru ini.

final • 2:50 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Dalam pada masa yang sama, kita melihat ke hadapan untuk mendidik Keluarga Malaysia hidup bersama COVID-19 seperti mana juga penyakit-penyakit yang lain.

Sehubungan dengan itu, saya mengalu-alukan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan perkara ini.

Suka saya kongsikan di Dewan yang mulia ini bahawa Parlimen Beaufort sudah memulakan inisiatif ini dengan tema Warga Sihat, Parlimen Beaufort Sejahtera di mana pusat khidmat rakyat saya sudah mula membekalkan vitamin C berserta dengan garis panduan gaya hidup sihat kepada keluarga B40 di kawasan. Saya berharap rakan-rakan sekalian juga bersama-sama dalam membudayakan Agenda Nasional Malaysia Sihat

(ANMS) ini. Kalau kita benar-benar sayangkan rakyat kita, maka kita kenalah melakukan perkara-perkara yang benar-benar memberikan manfaat kepada rakyat kita.

Bersama membangun negara. Dalam krisis pandemik yang telah berlarutan hampir dua tahun ini, sudah banyak kerajaan laksanakan untuk membantu rakyat melalui pelbagai program seperti PRIHATIN, PENJANA, PEMULIH dan PEMERKASA serta penyaluran peruntukan khas di bawah insentif yang pelbagai dengan peruntukan berpuluh-puluh bilion ringgit. Program-program ini dilaksanakan oleh pelbagai agensi kerajaan termasuklah MARA.

Bagi pihak MARA, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Yang Berhormat Pagoh kerana sentiasa melibatkan MARA dalam apa jua inisiatif yang digerakkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat semasa berhadapan dengan keadaan yang unprecedented dan amat getir sekali.

Saya menggesa agar kerajaan pada hari ini meneruskan kesinambungan usaha membantu rakyat melalui agensi pembangunan sosioekonomi termasuklah MARA.

Usaha ini perlu diteruskan agar kesaksamaan ekonomi dapat diwujudkan. Pada masa yang sama, kita mampu merapatkan jurang antara masyarakat. Kita mahu seluruh rakyat tidak kira mereka dalam kumpulan B40 ataupun M40 terutamanya mereka yang berada di luar bandar turut merasai nikmat menjadi rakyat di negara yang bertuah ini.

Kerajaan hendaklah meneruskan apa jua inisiatif yang diperlukan untuk membantu rakyat kerana inisiatif ini bukan sekadar memberi manfaat kepada komuniti bumiputera dan kumpulan sasar tetapi limpahan nikmat ini turut dirasai oleh semua rakyat tanpa mengira kaum, budaya dan agama serta wilayah.

Untuk itu, suka saya menarik perhatian Dewan yang mulia pada hari yang berbahagia ini agar kerajaan fokus kepada pembangunan ekonomi secara mikro terutama di luar bandar.

final • 2:50 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Bagi memastikan perkara ini dapat dijayakan, perlu diperkenalkan bantuan segera dengan impak yang tinggi bagi membantu syarikat PKS di luar bandar agar kitaran ekonomi dapat terus bergerak.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Yang Berhormat Beaufort.

Sudah tajuk lain itu, saya ingin bertanya fasal COVID-19.

final • 3:00 PM

Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Yalah.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Boleh ya? Ada satu jam 15 minit lagi untuk Yang Berhormat Beaufort berucap. Jadi kita tolong Yang Berhormat Beaufort dengan membuat pencelahan. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya.

Saya ingin menarik perhatian kepada Yang Berhormat Beaufort boleh sampaikan kepada Menteri yang berkaitan berhubung dengan bila masa pandemik ini ingin menjadi endemik? Saya difahamkan bahawa kemungkinan pada bulan Oktober tetapi fakta yang ingin saya kongsikan di sini ialah di Indonesia seramai 272.2 juta orang rakyat, semalam kesnya cuma 3,779 kes dengan 188 kematian. Di Malaysia seramai 32.75 juta orang rakyat, semalam kesnya 16,073 kes dengan 413 kematian. Jadi, kadang-kadang kita kena belajar dengan negara jiran kita bagaimana negara 272 juta orang boleh 3,779 kes dan negara kita seramai 32 juta sebanyak 16,000 kes.

Jikalau kita melihat sebuah lagi negara iaitu New Zealand seramai lima juta orang rakyat, dalam masa enam bulan hanya satu kematian akibat COVID. Kita satu hari 413

final • 3:00 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

kematian semalam. New Zealand enam bulan hanya satu kematian. Ada sebanyak 33 kes semalam di Auckland bandar terbesarnya dengan dua juta orang penduduk baru ada 33 kes sudah ada lockdown. Jadi, ini perkara-perkara yang saya ingin nyatakan di sini kepada Yang Berhormat Beaufort bagaimana kita perlu mencari pengajaran-pengajaran daripada negara-negara lain. Negara Peru misalnya sudah mencapai herd immunity. Akan tetapi, walaupun sudah sampai herd immunity, kes masih lagi banyak.

Mengapakah Peru walaupun sudah sampai herd immunity kes masih lagi banyak kerana sistem imunisasi badan manusia yang telah di injek dengan vaksin hanya tahan tiga bulan hingga empat bulan sahaja. Itu yang saya difahamkan. Jadi saya harap perkara- perkara yang saya bangkitkan ini diberi perhatian oleh kerajaan dan saya harap bolehlah membantu Yang Berhormat Beaufort dalam ucapannya yang tinggal satu jam 13 minit lagi ini. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Saya percaya pihak berkenaan, Kementerian Kesihatan dan lain-lain lagi mendengar apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Pontian tadi. Saya tidak beranilah untuk komen tentang data dari Indonesia itu. Akan tetapi saya yakin data yang diberikan oleh negara kita adalah data yang telus dan ini adalah dalam usaha untuk memastikan bahawa kita tidaklah merasa bahawa kita selesa or kita sudah tidak kes lagi, kes kita sudah rendah, maka kita boleh buat sesuka hati dan ini boleh menyebabkan – ia akan berlaku lagi kes-kes baharu akan timbul lagi.

Jadi, saya percaya bahawa kerajaan kita akan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan bahawa usaha vaksinasi berjalan dalam masa yang sama SOP dijaga dan SOP-SOP lain yang memastikan supaya tidak berlaku jangkitan-jangkitan yang di luar kawalan kita akan berlaku dalam negara kita. Kita kena yakin dengan keupayaan negara kita, keupayaan frontliners kita dan para pakar kita yang bekerja keras untuk memastikan kesejahteraan rakyat dalam negara kita ini terjaga dengan sebaik-baiknya, insya-Allah. Saya difahamkan beberapa usaha kerajaan dalam tempoh pandemik ini telah menampakkan hasilnya. Mungkin boleh saya tambah lagi seperti United Kingdom merupakan sebuah negara yang menghasilkan vaksin AstraZeneca dan sudah begitu tinggi vaksinasi rakyat yang telah divaksinasi tetapi masih lagi berlaku kes-kes jangkitan di United Kingdom. Itulah yang disebutkan tadi, kita kena hidup dengan virus ini dan sepertimana yang disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Pontian bahawa kerajaan telah menyasarkan by Oktober kita akan sampai endemik, insya-Allah. Saya difahamkan beberapa usaha kerajaan dalam tempoh pandemik ini telah menampakkan hasilnya. Sebagai contoh, apabila hampir keseluruhan usahawan MARA– ini saya ambil contoh sahaja, masih terus beroperasi sehingga kini. Bahkan ada yang lebih maju dengan menggunakan platform pemasaran atas talian serta mengembangkan portfolio perniagaan sedia ada.

Kita bukan sekadar bantu usahawan tetapi kita juga sebenarnya telah menyelamatkan pekerja dari diberhentikan. Bayangkan, berapa ramai isi rumah yang masih dapat menyediakan makanan di atas meja, apabila PKS terus beroperasi dan dapat menggajikan pekerja mereka.

Untuk menyejahterakan rakyat pasca pandemik ini, usaha mempelajari pelbagai kemahiran amat perlu buat masa ini. Dunia sekarang adalah dunia digital, justeru itu dalam fasa pemulihan dan seterusnya, pasca COVID-19, program-program untuk melatih para usahawan terutamanya para belia dalam menggunakan platform aplikasi atas talian hendaklah dipertingkatkan lagi dan diperluaskan sehinggalah sampai ke luar bandar.

Walaupun pada masa ini memang sudah ada program-program ini dilaksanakan tetapi saya mendapat aduan daripada anak-anak muda di luar bandar bahawa apa yang dilaksanakan ini tidak sampai ke peringkat luar bandar.

Mungkin ini disebabkan oleh keadaan pandemik tetapi kita perlu menguasai keadaan ini demi kesejahteraan anak-anak muda kita yang memerlukan sumber kehidupan mereka dan membantu diri dan keluarga mereka.

Saya cadangkan kerajaan menggerakkan usaha melatih usahawan untuk celik teknologi dan memanfaatkan media sosial sebagai platform perniagaan untuk

final • 3:00 PM

Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

menghasilkan budaya baharu keusahawanan yang berjaya. Usahawan juga didedahkan dengan pelbagai platform pemasaran secara dalam talian, fintech dan pelbagai lagi.

Usaha mendigitalkan usahawan perlu terus dilipat gandakan dengan memperkenalkan pelbagai program yang sesuai. Program-program yang diwujudkan perlulah berteraskan platform peningkatan pendapatan secara holistik dengan meneroka pasaran baharu yang lebih terbuka melalui aktiviti pemasaran berstruktur. Kita tahu pada masa ini, kalau kita mahu makan, kalau kita mahu beli barang-barang semua secara online dan dihantar ke pintu rumah kita.

Jadi, dalam hal seperti inilah kita perlu mendidik anak-anak kita, usahawan muda kita, para usahawan semuanya supaya mereka dapat menggunakan cara ini. Modul- modul ini dan platform online ini untuk lebih berjaya lagi because pada masa akan datang beginilah caranya, bukan lagi cara yang dahulu.

Dalam usaha membantu usaha berkembang dengan lebih pesat dan menyediakan ekosistem yang lengkap kepada golongan belia menjalankan perniagaan mereka. Usaha dalam memberi sokongan dengan mempelbagaikan inisiatif perlu dilaksanakan untuk menggalakkan lebih ramai usahawan muda berniaga. Kita selalu bercakap tentang pekerjaan, tidak ada pekerjaan, menganggur anak-anak muda kita yang keluar dari universiti. Akan tetapi, mengapa kita tidak melihat kepada perniagaan sebagai satu cara untuk kita memberikan mereka kehidupan.

Inilah yang patut kita berikan perhatian semoga di masa akan datang anak-anak muda kita, instead of mencari pekerjaan, mereka akan cipta pekerjaan, mereka yang akan cipta pekerjaan dengan menjadi usahawan yang berjaya di dalam negara kita. Saya sudah tengok contoh kepada Mr.DIY anak-anak muda dalam negara kita, belajar dalam negara kita, sekarang mereka menjadi bilionair dalam perniagaan mereka. Misalnya, seperti latihan keusahawanan, khidmat nasihat daripada golongan pakar profesional dan penyediaan peluang pembiayaan perniagaan kepada anak-anak muda untuk celik dalam bidang ilmu dan kemahiran perniagaan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk memudahkan usahawan mendapatkan pensijilan halal dan Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP). Golongan usahawan yang baharu menceburi bidang perniagaan atau perusahaan kecil selalu menghadapi sumber kewangan yang terhad dan kepakaran yang tidak mencukupi untuk melaksanakan piawaian HACCP.

final • 3:00 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat, beri laluan.

final • 3:10 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Siapakah ya?

final • 3:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Muar.

final • 3:10 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Okey lah.

final • 3:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin cadangkan dua perkara. Saya setuju dengan cadangan Yang Berhormat untuk memperkasakan usahawan-usahawan muda dan supaya sektor keusahawanan ini dijadikan tempat untuk mencipta peluang pekerjaan baharu. Ada dua perkara.

Pertama sekali, saya berharap kerajaan baharu ini dapat mempertimbangkan pelantikan-pelantikan banyak wakil-wakil muda bukan sahaja dalam sektor politik atau dalam kerajaan tetapi juga dalam GLC dan jawatan-jawatankuasa seperti, dengan izin, National Economic Action Council.

Sebelum ini pada tahun 2018 sehingga 2020 ada tiga orang korporat muda yang dilantik dalam jawatankuasa NEAC tetapi selepas perubahan kerajaan, ketiga-tiga dikeluarkan. Itu tiada masalah kerana itu perubahan kerajaan tetapi sepatutnya Kerajaan Perikatan Nasional juga mencalonkan anak-anak muda. Bukan sekadar pencalonan itu sahaja. Saya juga berharap apabila kita bincangkan soal keusahawanan, anak muda perlu dibimbing dan dibantu.

final • 3:10 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Kalau kita lihat contohnya, tender-tender kerajaan lazimnya diberikan kepada mereka yang ada networking ataupun kabel yang begitu baik atau pengalaman yang agak luas tetapi dalam kontrak itu dia ada banyak jenis kelas. Kalau kerajaan juga boleh pertimbangkan salah satu cara untuk anak-anak muda khususnya memulakan syarikat- syarikat kecil SME diberikan kuota yang tertentu untuk mendapatkan kontrak ataupun bantuan daripada kerajaan supaya apabila tibanya masa mereka dapat bertanding dengan syarikat-syarikat lain khususnya yang telah pun bertapak berdekad-dekad dan ada bantuan dengan jalinan kerjasama berpuluh tahun sebelum ini.

It is an unfair playing field jika kerajaan dapat mempertimbangkan perkara ini, lebih mudah untuk usahawan muda di Malaysia bertanding dengan lebih adil untuk mendapat bantuan-bantuan kerajaan dan memasuki tender dengan cara yang lebih adil dan saksama. Terima kasih Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Terima kasih Yang Berhormat Muar. Saya bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat itu, orang- orang muda perlu kita berikan peluang. Bagi saya kalau orang muda datang menemui saya mengemukakan pelan dan cadangan baik yang mempunyai potensi, saya tidak ada masalah untuk memperkenankannya dan menyokong usaha mereka supaya mereka akan lebih berjaya kerana that is the way forward for our young people in Malaysia, insya-Allah.

Sehubungan itu disyorkan pengusaha premis makanan yang terlibat dapat pengilangan makanan dapat diberikan peluang dan dibantu dalam proses mendapatkan pensijilan halal serta HACCP, sama ada proses permohonan tempoh sah laku serta pembaharuan sijil. Ini adalah penting, dengan adanya sijil ini produk yang dihasilkan adalah selamat dan memenuhi keperluan pengeksportan makanan ke seluruh negara.

Kenapakah saya sebutkan ini? Ini kerana adalah penting bagi usahawan kita dalam negara kita Malaysia ini bukan setakat berjaya dalam negara kita tetapi mereka juga mestilah menjadi pemain global kerana saya rasa ada peluang besar di luar sana untuk usahawan kita yang menghasilkan produk-produk yang baik, yang bermutu tinggi, yang bernilai tinggi untuk berjaya di peringkat antarabangsa. Insya-Allah. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan hari ini juga perlu terus memperkasakan program pembangunan wanita seiring dengan perkembangan semasa khususnya bagi meningkatkan lagi penyertaan wanita dalam kemajuan ekonomi dan sosial dalam negara kita. Segala perancangan dan pelan tindakan seharusnya direncanakan dengan sebaik mungkin serta mampu mencapai sasaran dan mampu dilaksanakan. Ilmu kemahiran dan sistem sokongan yang ampuh mesti disediakan untuk memberikan mereka peluang menjana pendapatan dan dalam masa yang sama masih dapat memainkan peranan dalam keluarga mereka.

Wanita ini bagaikan pohon yang rendang dengan buah yang banyak. Mampu memayungi dan menjaga ramai di bawahnya. Oleh sebab itulah apabila seorang wanita itu diberikan peluang dia akan dapat membantu lebih ramai orang di bawahnya, insya- Allah. Oleh sebab itu, sekali lagi saya sebutkan di sini bahawa saya meminta kepada kerajaan supaya memberikan peluang yang besar kepada kaum wanita kita untuk mereka mencapai kejayaan dan insya-Allah kejayaan wanita akan menjayakan lebih ramai lagi, bukan sahaja keluarganya tetapi komunitinya dan negaranya.

Saya juga meminta dalam kesempatan ini kepada semua kementerian untuk mengambil inisiatif dalam memperbanyakkan peluang kepada kontraktor wanita untuk mendapatkan kerja-kerja di kementerian masing-masing. Selalunya kalau tadi disebutkan oleh Yang Berhormat Muar bahawa yang sudah berpengalaman, yang lebih dewasa yang diberikan peluang untuk kerja-kerja di kementerian-kementerian tetapi yang lebih sedih lagi wanita itu ketinggalan. Langsung mereka akan dilihat dengan sebelah mata sahaja.

Jadi saya meminta dalam ruang dan kesempatan ini supaya wanita diberikan peluang sebagai kontraktor untuk mendapatkan kerja-kerja di kementerian masing-masing.

Saya berharap tindakan ini akan diambil dan saya mohon supaya Kementerian Wanita memantau keadaan ini, memantau pendekatan ini, memantau dan memastikan pelaksanaan ini dapat dibuat dan dapat memberikan impak yang baik, impak yang berkesan kepada kontraktor-kontraktor wanita kita yang ada di luar sana. Saya yakin mereka boleh melaksanakan, insya-Allah.

final • 3:10 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Tuan Yang di-Pertua, the world is not just for men. It is for both men and women, dengan izin. Kadang-kadang ada orang yang selalu berkata. Dia kata, “Azizah, this is a man’s world”. Dengan erti kata lain tiada tempat untuk kaum wanita. Saya tidak bersetuju, Tuan Yang di-Pertua. Saya cakap lagi, the world is not just for men. It is for both men and women. Anak saya seorang gadis muda pun bagi tahu saya. Ibu, katanya bagi mereka dengar satu lagu itu yang mengatakan the world is for both men and women.

Sehubungan dengan itu, saya menyarankan agar penglibatan lebih ramai golongan wanita dalam peringkat politik atau membuat keputusan diberikan perhatian serius oleh semua pihak termasuk oleh Parlimen ini. Ia bukan semata-mata untuk kesaksamaan gender tetapi lebih daripada itu untuk memperjuangkan suara dan keperluan golongan wanita secara menyeluruh. Banyak perkara yang patutnya dibangkitkan untuk wanita tetapi tidak akan dibangkitkan kerana mungkin ada yang takut kerana tidak akan mendapat sokongan. Almaklumlah dalam Dewan ini beberapa orang sahaja wanita...

final • 3:10 PM

Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan

Yang Berhormat, mohon mencelah.

final • 3:10 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Siapakah ya? Yang Berhormat Kuantan. Wanita, sila.

final • 3:10 PM

Puan Fuziah binti Salleh - Kuantan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Beaufort. Saya tertarik dengan apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Beaufort berkenaan dengan wanita tadi dan perlu lebih ramai lagi suara-suara wanita yang ditampilkan dalam bidang politik terutamanya.

Saya ingin bertanya, adakah Yang Berhormat Beaufort bersetuju sekiranya kita membawa satu undang-undang yang diwajibkan untuk meminda akta pilihan raya yang membolehkan ada proportional presentation ataupun perwakilan daripada wanita yang membolehkan hasilnya kita mendapat sejumlah Ahli-ahli Parlimen wanita untuk mewakili dalam sidang Dewan ini. Terima kasih.

final • 3:10 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Terima kasih Yang Berhormat Kuantan. Saya bersetuju 100 percent. Dalam pilihan raya PRU Ke-14 daripada 222 orang Ahli Parlimen, hanya seramai 41 orang adalah daripada kalangan kaum wanita dan jumlah ini tidak mencapai 30 peratus. Maka, selaras dengan hasrat untuk mereformasi Parlimen.

Semua bercakap tentang reformasi Parlimen. Di sini bercakap, di sana bercakap tetapi tidak ada bercakap untuk bagi tempat pada wanita.

final • 3:10 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Beaufort, Yang Berhormat Kulai ingin minta laluan.

final • 3:10 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Kulai, Yang Berhormat Beaufort.

final • 3:10 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Yang Berhormat Kulai. Sila Yang Berhormat Kulai.

final • 3:10 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak meminta pandangan Yang Berhormat Beaufort tentang keputusan kerajaan atau AG Chambers untuk membuat satu rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di mana keputusan Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa anak yang dilahirkan oleh warga wanita Malaysia di luar negara berhak untuk dapat citizenship atau kerakyatan secara automatik. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Beaufort sama ada setuju dengan keputusan kerajaan dan juga AG Chambers untuk membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan.

final • 3:10 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Sekiranya Yang Berhormat Beaufort sama pandangan dengan kami, yang duduk di sini bahawa tidak patutlah kita buat rayuan, setuju tak Yang Berhormat Beaufort bahawa Ahli-ahli Parlimen wanita dalam Dewan Rakyat ini, kita buat satu rayuan secara bersama- sama kepada Menteri Dalam Negeri dan juga kepada AG Chambers supaya mereka hentikan rayuan ini supaya kita bolehlah- kalau perlu, kita bekerjasama membuat pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan untuk memberi hak sama rata kepada semua warga Malaysia. Saya harap dalam isu ini, kita boleh ketepikan pendirian politik tetapi

final • 3:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

bekerjasama untuk hak sama rata untuk semua rakyat Malaysia. Terima kasih Yang Berhormat Beaufort.

final • 3:20 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Terima kasih, Yang Berhormat Kulai. Sesuai dengan transformasi yang baru juga ditandatangani dan dwi-partisan ini, maka kita boleh duduk berbincanglah ya dalam hal ini. Menunjukkan kematangan kita dalam politik bahawa we can come up with something that is beneficial to the women out there. Let us sit down together. We make our decisions. Selaras dengan hasrat untuk mereformasi Parlimen, saya mencadangkan pada PRU akan datang, sekurang-kurangnya 30 peratus Kerusi Dewan Rakyat diisi oleh kaum wanita. Saya juga mencadangkan agar 30 peratus Ahli Dewan Negara terdiri daripada kaum wanita. Saya tak dengar pun wanita di sini tepuk tangan?... [Ahli-ahli Parlimen mengetuk meja] See what I mean? Only 41. Dalam kesempatan...

final • 3:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Saya lelaki pun setuju.

final • 3:20 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Siapakah yang setuju tadi?

final • 3:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat Muar.

Lelaki pun setuju.

final • 3:20 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Terima kasih Yang Berhormat Muar. Dalam kesempatan ini juga saya mencadangkan wakil wanita dilantik menganggotai Jawatankuasa Pelan Pemulihan Negara bagi memastikan isu dan keperluan wanita diambil kira dalam menentukan pelan selanjutnya. Saya ingin mencadangkan juga supaya semua jawatankuasa yang diwujudkan mestilah melibatkan kaum wanita, sekurang-kurangnya 30 peratus.

Tuan Yang di-Pertua, akses capaian jalur lebar. Kini internet merupakan satu keperluan utama dalam sistem perhubungan. Dalam musim pandemik ini, penggunaan gajet dan internet merupakan perkara penting yang perlu ada pada setiap individu. Oleh itu liputan internet dan perkhidmatan jalur lebar ini perlu segera ditambah baik dan diberi perhatian yang serius oleh pihak kerajaan. Kementerian berkenaan yang bertanggungjawab hendaklah mengambil tindakan segera untuk menaiktarafkan tahap capaian internet yang pantas, stabil dan mampu diakses oleh semua di seluruh negara, khususnya di kawasan luar bandar, terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Literasi ICT dan kemahiran teknikal teras pembelajaran sepanjang hayat.

Pendidikan juga tidak boleh terhenti setakat pendidikan formal sehingga ke menara gading. Definisi pendidikan perlu diperluaskan untuk menyejahterakan rakyat pasca pandemik ini. Usaha mempelajari pelbagai kemahiran amat diperlukan. Sehubungan dengan itu, saya ingin tahu sejauh manakah kejayaan usaha kerajaan melatih usahawan untuk celik teknologi dan sejauh mana media sosial dijadikan platform perniagaan.

Pada masa kini, pekerjaan berorientasikan pendigitalan banyak menyajikan skop penjanaan pendapatan yang lebih meluas dan menjanjikan adanya cahaya di hujung terowong. Apakah inisiatif-inisiatif yang pihak kerajaan telah dan akan usahakan untuk membantu khususnya orang muda untuk merebut peluang dalam dunia digital ini? Adakah program-program yang telah dilaksanakan, dan bilangan usahawan terutamanya orang muda yang menyertai program yang dilaksanakan dan nyatakan jumlah jualan yang terkumpul?

Kita tidak mahu dalam usaha pendigitalan dalam negara kita ini, hanya syarikat- syarikat besar sahaja yang diberikan perhatian tetapi anak-anak muda kita, start-up companies tidak diberikan perhatian dengan alasan mereka tidak berpengalaman. Tuan Yang di-Pertua, sekiranya kita selalu juga mengatakan tentang pengalaman ini, maka sampai bila pun orang-orang kita tidak akan mendapat pengalaman terutamanya orang muda.

Saya juga melihat apabila berlakunya pandemik ini, mereka yang mempunyai kemahiran teknikal, masih boleh meneruskan kehidupan. Program jangka pendek dalam pelbagai bidang teknikal perlu diteruskan dan ditambah baik agar rakyat dapat menggunakan kemahiran tersebut demi kelangsungan hidup. Antaranya kemahiran dalam baik pulih kenderaan, masakan, baik pulih alatan elektronik, dandanan, tatarias, jahitan

final • 3:20 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

dan sebagainya yang mampu membuka laluan untuk anak-anak muda Malaysia mencipta kekayaan.

Kita perlu mengerakkan semula program-program teknikal dan vokasional bagi membekalkan kemahiran untuk masyarakat dan pemain industri. Latihan yang berteraskan kemahiran dengan penglibatan secara langsung pihak industri, melalui program-program kerjasama yang dirancang, mampu meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan sehingga 92.72 peratus. Satu angka yang tinggi sekali, maka ini perkara yang perlu diberikan perhatian yang serius.

Luar bandar sejahtera, kurangkan migrasi ke bandar. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian seluruh Ahli Parlimen terutamanya yang mewakili kawasan luar bandar untuk kita jadikan pandemik pada kali ini sebagai pencetus bagi kita melakukan reset pembangunan sosioekonomi luar bandar. Selama ini kita melihat jumlah migrasi anak muda bagi membina kerjaya dan kehidupan ke bandar sebagai satu perkara biasa sahaja. Natijah daripada keadaan ini, kawasan luar bandar semakin mundur ekonominya. Pembangunan sosioekonomi terencat dan secara tidak langsung turut memberi kesan kepada pembinaan sistem keluarga yang lebih harmoni. Ya lah, berpisah di antara keluarga.

Kita perlu menggembleng usaha untuk merancakkan ekonomi setempat di luar bandar. PKS perlu kita hidupkan bagi menyediakan peluang pekerjaan. Kos permulaan bagi perusahaan di luar bandar juga sebenarnya secara relatif adalah lebih rendah berbanding di bandar. Kerana kos tenaga kerja, sewa dan sebagainya dapat menjadi strategic competitiveness dengan izin, kepada PKS dalam jangka panjang.

Kerajaan dan pihak swasta juga perlu mengambil langkah berani melaksanakan pelaburan dari pelbagai aspek terutamanya dalam memastikan wujud prasarana lengkap untuk menyokong keperluan industri kecil dan sederhana serta dilengkapi dengan kemudahan logistik dan keupayaan ICT bagi memudahkan interaksi dan komunikasi.

Apabila ini berlaku Tuan di-Pertua, kita bukan sahaja dapat menyejahterakan luar bandar, tetapi juga mengurangkan migrasi rakyat yang akan mengakibatkan pertambahan populasi di bandar besar sehingga di luar kawalan. Ia juga akan memudahkan kita menangani krisis seperti pandemik yang berlaku ini, sekiranya berulang. Semoga ia dijauhkan. Dalam masa yang sama mengelakkan pelbagai isu lain yang berkaitan seperti yang sedang dihadapi di kota metropolitan dan bandar yang besar, perumahan dan lain- lain lagi isu yang akan timbul disebabkan migrasi dari luar bandar.

Selain daripada kemudahan prasarana, pembinaan dan pembaikan rumah di kawasan luar bandar juga perlu diambil perhatian yang serius. Masih ramai lagi rakyat yang susah di luar bandar, yang tidak mempunyai rumah dan ada yang mempunyai rumah yang sangat daif, Tuan Yang di-Pertua. Sebagai wakil rakyat, kerap kali saya menerima permohonan untuk baik pulih bina rumah.

Saya juga percaya sahabat-sahabat yang lain dari luar bandar juga turut menerima banyak permohonan yang mendesak ini. Bayangkan, Tuan Yang di-Pertua, seorang ibu tunggal yang mempunyai ramai anak, tinggal di pondok yang hampir roboh, telah dimakan anai-anai dan mungkin boleh runtuh pada bila-bila masa sahaja.

Bayangkan sebuah keluarga enam orang, suami isteri, empat orang anak duduk dalam sebuah bilik yang kecil kerana mereka masih menumpang lagi dengan keluarga mereka.

Bayangkan Tuan Yang di-Pertua, terfikir kah oleh kita bagaimana kesusahan kehidupan mereka ini?

Justeru itu, kerajaan yang prihatin hendaklah bersedia untuk berbelanja bagi menyediakan tempat berteduh sebagai tempat perlindungan yang selesa bagi rakyat kita yang amat memerlukan ini. Inilah perkara-perkara yang perlu kita bawa ke Dewan yang mulia ini untuk diberikan pertimbangan dan diambil tindakan yang segera dan perbelanjaan diberikan untuk memastikan rakyat kita yang memerlukan ini dapat kita bela kehidupan mereka.

Kesaksamaan untuk Sabah dan Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, tidak lengkap ucapan saya kalau Sabah dan Sarawak tidak disentuh. Saya datang dari Sabah, tentulah suara Sabah itu saya bawa ke dalam Dewan yang mulia ini. Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, tinggi lagi hasrat kami.

final • 3:20 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Sebanyak 60 peratus bumi Malaysia terdapat di Sabah dan Sarawak, Tuan Yang di-Pertua dengan keluasan 198,070 kilometer persegi. Majoriti daerah di kedua-dua negeri merupakan kawasan luar bandar yang masih memerlukan perhatian yang sewajarnya demi kesejahteraan rakyat di kedua-dua negeri ini.

final • 3:20 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Bumi yang luas memerlukan prasarana yang baik terutamanya penyediaan sistem bekalan air bersih, jalan perhubungan dan akses komunikasi yang akan menelan perbelanjaan yang besar. Tidak dapat dinafikan bahawa perhubungan dan akses kepada kemudahan yang baik adalah amat diperlukan untuk kemajuan kawasan luar bandar.

Justeru dalam semangat Wawasan Kemakmuran Bersama, semangat Keluarga Malaysia, semangat Bulan Kebangsaan serta sempena perayaan Hari Malaysia, saya mencadangkan Sabah dan Sarawak diberikan agihan peruntukan yang sewajarnya daripada semua kementerian.

Maksud saya “sewajarnya” Tuan Yang di-Pertua, mestilah mengambil kira keperluan kami di Sabah dan Sarawak. Keperluan di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia ini berbeza. Sudah jauh maju ke hadapan tetapi Sabah dan Sarawak yang mempunyai keluasan yang begitu besar, 60 peratus daripada negara kita, tentulah mempunyai keperluan yang lebih banyak dan tinggi lagi dan wang diperlukan untuk memastikan kemajuan ini dapat dicapai.

Saya tahu akan ada yang berkata, ini adalah mengharapkan berapa wang yang ada pada kerajaan, peruntukan yang ada pada kerajaan. Akan tetapi saya rasa sudah tiba masanya kita tidak boleh berkata begitu lagi kerana sebagai Keluarga Malaysia, kita mestilah memastikan semua kawasan, wilayah di dalam negara kita ini maju sama-sama maju. Kalau mundur sama-samalah mundur. Akan tetapi kalau mahu maju, sama-samalah kita mahu maju.

Oleh kerana itu untuk kali ini, berikanlah perhatian yang khusus kepada permintaan kami di Sabah dan Sarawak supaya kami tidak lagi dikenali sebagai negeri- negeri yang ketinggalan, negeri-negeri yang miskin. Malulah kita semua kalau itu saja berkali-kali diperkatakan. Oleh itu, sama-samalah kita memperjuangkan untuk rakyat di negeri Sabah dan Sarawak supaya kedua-dua buah negeri ini juga mencapai kejayaan dan kemajuan seperti mana negeri-negeri yang lain di Semenanjung Malaysia.

Kelemahan yang terdahulu hendaklah dikaji semula dan diperbaiki lagi. Bagi memastikan tindakan ini diambil dan dilaksanakan, saya mencadangkan agar Kementerian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak mewujudkan satu jawatankuasa khas untuk memantau pematuhan dan pelaksanaan dasar yang saksama ini. Laporan berkala hendaklah dibuat kepada Parlimen dan juga kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.

Selaras dengan itu juga, saya menyokong perkara yang dibangkitkan dalam tuntutan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dalam mesyuarat khas majlis khas MA63 di antara Kerajaan Persekutuan dan kerana negeri mengenai isu kewangan dalam usaha menyemak semula pemberian geran khas, termasuklah pembayaran balik 40 peratus hasil yang diperuntukkan kepada Sabah seperti yang ditetapkan dalam Perkara 112B Perlembagaan Persekutuan.

Saya amat berharap ini akan diberikan perhatian dan saya yakin kerajaan kita yang ada sekarang ini akan memberikan perhatian. Sejak daripada Perikatan Nasional lagi dahulu, kita telah memulakan kerja ini dan sekarang mestilah diteruskan untuk menunjukkan bahawa Kerajaan Malaysia juga tidak meninggalkan Sabah dan Sabah.

Bahawa rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak juga disayangi oleh semua pemimpin.

Sehubungan dengan itu juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas pelantikan Yang Berhormat Kimanis sebagai Timbalan Menteri Pendidikan.

Kepada Yang Berhormat Sipitang sebagai Timbalan Menteri Kewangan. Alhamdulillah, dua-dua orang muda ini saya percaya akan dapat memperjuangkan nasib rakyat Malaysia di negeri Sabah dengan lebih hebat lagi seperti kata Yang Berhormat Arau.

Saya berharap dengan pelantikan-pelantikan ini akan banyak wang diturunkan daripada Kementerian Kewangan, daripada Kementerian Pendidikan untuk memastikan

final • 3:30 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

masalah-masalah pendidikan termasuk di kawasan saya sendiri. Sekolah-sekolah yang sudah sepatutnya diruntuhkan kerana menghadapi permasalahan daripada segi binaannya, cepat dilaksanakan bagi memastikan anak-anak kita apabila tiba balik masa bersekolah nanti, mereka ada tempat belajar yang selesa supaya anak-anak Sabah juga sama-sama mencapai kejayaan berada dalam keadaan situasi yang kondusif untuk mereka belajar dan mencapai kejayaan. Inilah harapan saya supaya apa juga permasalahan yang kita hadapi akan dapat dilihat dengan mata dan hati, supaya permasalahan itu dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.

Oleh itu saya juga berharap bahawa di masa akan datang akan lebih ramai lagi Menteri dilantik mewakili negeri Sabah dan Sarawak, untuk mewakili suara-suara kami di sana, untuk menyampaikan permasalahan yang mereka yang lain tidak akan tahu. Hanya orang Sabah dan Sarawak sahaja yang tahu apa masalah yang kita hadapi. Tuan Yang di-Pertua, satu hari nanti, saya jemput datanglah melawat supaya melihat keadaan supaya bukan sahaja mendengar apa yang kami suarakan tetapi melihat sendiri dengan mata hati dan dapat sama-sama berjuang dalam hal ini.

Tuan Yang di-Pertua, tidak sah kalau saya tidak menyebutkan tentang kawasan saya. Di kawasan saya sebagai Ahli Parlimen Beaufort, saya ingin mengutarakan satu- satunya isu yang panas diperkatakan oleh rakyat iaitu masalah bekalan air bersih.

Agaknya bosan sudah orang di dalam Dewan Parlimen ini mendengar saya menyebutkan tentang perkara bekalan air bersih di Beaufort ini. Walaupun sudah ada loji dibina dengan belanja yang besar, permasalahan air ini masih belum selesai, malahan makin berlarutan sehingga kini. Justeru itu saya mohon kepada kementerian yang bertanggungjawab untuk turunlah ke padang seperti mana Titah Tuanku, melihat sendiri permasalahan rakyat ini.

Sudah berulang kali saya suarakan isu ini di Parlimen.

Maka sekali lagilah bagi pihak rakyat Beaufort dan Kuala Penyu. Saya mohon kementerian berkenaan mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera, once and for all. Kurangkanlah birokrasi, dahulukan rakyat. Rakyat di kawasan Parlimen Beaufort bukan mengharapkan cahaya di hujung terowong tetapi mengharapkan adanya air keluar di hujung corong paip mereka, Tuan Yang di-Pertua. Itulah yang selalu menjadi permasalahan mereka dan itulah yang sentiasa mereka adukan kepada saya setiap masa dan waktu. Oleh itu saya rasa sudah tiba masanya masalah ini diselesaikan dengan segera untuk rakyat kita.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya sentuh ini semua adalah keperluan rakyat yang mengharapkan tindakan substantif daripada seluruh jentera pentadbiran kerajaan.

Sekarang ini kita sedang menggerakkan segala usaha membantu rakyat dalam bentuk jangka masa singkat demi kesejahteraan rakyat. Kita menggalakkan program bakul makanan, kita menggalakkan aktiviti ekonomi dengan memberi bantuan tunai serta pelbagai bantuan untuk rakyat.

Ini semua adalah bersifat sementara sahaja. Untuk maju terus ke hadapan dan memulihkan negara, maka cadangan-cadangan yang telah saya kemukakan hendaklah diberikan perhatian yang serius dan diambil tindakan oleh pihak kerajaan. Dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif untuk memulihkan negara dan mensejahterakan rakyat adalah disyorkan supaya kerja-kerja dibuat dengan pantas tanpa birokrasi yang menyulitkan.

Tuan Yang di-Pertua, kerap kali kita menerima aduan daripada rakyat bahawa bantuan-bantuan yang disediakan oleh kerajaan ini terlalu lambat untuk sampai kepada rakyat. Kerana apa? Ini kerana birokrasi yang terlalu menyulitkan mereka. Oleh kerana itu saya— bukanlah saya mengatakan bahawa supaya kita tinggalkan semua kaedah, peraturan-peraturan, tidak. Integriti itu mesti kita jaga dengan baik.

Peraturan itu kita jaga dengan baik tetapi saya selalu mengatakan bahawa peraturan ini kalau ia menyulitkan rakyat kita, menyulitkan kumpulan sasar kita, perlu kita lihat semula, perlu kita kaji dan kita ubah supaya ia dapat memberikan kemudahan kepada rakyat kita kerana kita mahu membantu rakyat. Kata kita, kita mahu membantu rakyat tetapi kita kenakan birokrasi yang sulit, peraturan-peraturan yang payah untuk diikuti dan dipatuhi, maka menyebabkan rakyat yang memerlukan tidak mendapat apa yang mereka perlukan.

final • 3:30 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya memintalah supaya perkara ini diberikan perhatian. Hanya Al-Quran sahaja yang tidak boleh diubah tetapi lain-lain peraturan semuanya boleh diubah. Asalkan ia adalah bertujuan yang baik untuk rakyat kita.

Untuk berjaya Tuan Yang di-Pertua, transformasi perlu dilakukan dalam dunia yang sentiasa berubah mengikut situasi semasa. Dunia sekarang sudah pun dalam dunia norma baharu. Maka kita tidak boleh ketinggalan lagi dalam takuk yang lama, masih lagi dengan cara yang lama. Bagaimanakah kita dapat mengatasi masalah dalam keadaan sekarang dengan norma baharu yang telah pun diperkenalkan kepada kita, terpaksa kita terima. Oleh kerana itulah, tiba masanya kerajaan juga kena melihat ini supaya apa yang dilaksanakan itu benar-benar menepati kehendak rakyat kita yang memerlukan dan sampai kepada sasaran dan dapat membantu rakyat yang memerlukan.

final • 3:30 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Tuan Yang di-Pertua, asas untuk kita bina negara ini adalah kesatuan. Kesatuan hanya terbentuk sekiranya seluruh pemimpin berperanan, tidak kira di peringkat mana kita berada. Saya mengucapkan tahniah kepada seluruh pemimpin politik pada hari ini, di mana kita berusaha mengetepikan seketika agenda politik demi rakyat hingga Kerajaan baharu terbina dalam keadaan yang tenang dan kita mampu bersidang kini, walaupun awal-awal tadi, banyaklah gangguan-gangguan juga.

Lama juga kita– Saya pun terpaksa menunggu lamalah untuk berucap ini, tapi ini mungkin adalah sesuatu yang tujuan untuk menggamatkan Dewan kita pada hari ini dan kita berharap supaya selepas ini kita akan terus berusaha, berbincang dalam Dewan ini untuk kebaikan rakyat kita dalam semangat Keluarga Malaysia. Kejayaan ini bukan sekadar di atas kematangan, tetapi yang lebih penting adalah betapa kita menjunjung dan menunjukkan taat setia atas titah Yang di-Pertuan Agong untuk memastikan bahtera negara ini terus gagah menerjah ombak ganas yang melanda kini.

Sekali lagilah, saya menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Titah baginda benar-benar melatah membawa hasrat rakyat jelata, memahami detik nadi dan cetusan hati rakyat, mendapati kehendak dan keperluan masyarakat, menjunjung tinggi kedaulatan pemerintahan baginda di atas lunas-lunas perlembagaan dan aspirasi sebuah daulah sejahtera.

final • 3:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Beaufort. Nampak Beaufort sudah hendak berhenti dari setengah jam lagi. Boleh saya mencelah?

[Ketawa]

final • 3:40 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

[Ketawa] Hendak habis sudah saya.

final • 3:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

[Ketawa] Ya. Datuk Speaker, saya mohon. Tadi Yang Berhormat Beaufort ada menyebut tentang Keluarga Malaysia dan kita tahu Keluarga Malaysia ini diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Cuma, saya melihat hari ini ada Menteri Perpaduan Negara hadir, pada petang ini.

Saya kira, Keluarga Malaysia ini belum lagi didefinisikan, ya, secara detailed apakah maksudnya. Jika dahulu kita ada program 1Malaysia, maka ada macam-macam di bawah 1Malaysia itu. Ada Klinik 1Malaysia, ada Kedai 1Malaysia, ada bantuan 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia, macam-macam, Pusat Transformasi 1Malaysia, macam-macam di bawah 1Malaysia itu.

Jadi saya mencadangkan kepada Kerajaan ini, melalui Kementerian Perpaduan Negara khasnya, supaya didefinisikan secara terperinci Keluarga Malaysia. Kemungkinan ada Klinik Keluarga Malaysia, ada Kedai Keluarga Malaysia, ada Sekolah Keluarga Malaysia, ada apa-apa yang menggunakan jenama Keluarga Malaysia supaya Keluarga Malaysia itu boleh disebarluaskan dan menjadi jenama yang cukup bagus, sebab konsepnya secara asas sudah bagus, Cuma kita menunggu perincian, pendetilan, terhadap konsep yang bagus itu. Apa pandangan Yang Berhormat Beaufort? Terima kasih.

final • 3:40 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Beaufort. Beaufort hendak respond Pontian atau saya– bagi saya? Terima kasih, Beaufort. Saya juga mengambil kesempatan untuk hendak mencelah ucapan daripada Beaufort– menyambung soalan dari Pontian

final • 3:40 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

berkenaan dengan kepentingan anak muda di dalam pentadbiran Kerajaan Keluarga Malaysia ini, kerana saya melihat bagaimana ucapan sulung Yang Amat Berhormat Perdana Menteri daripada Bera, menyebut bagaimana di antaranya ialah kerajaan pada hari ini akan lebih meraikan suara anak muda, tetapi melihat kepada kemunculan ataupun pembentukan Kabinet yang telah dibentuk oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, ia tidak menampakkan sangat penglibatan anak muda di dalam Kabinet walaupun kita tahu bahawa sudah tentu Perdana Menteri mempunyai haknya tersendiri dan mempunyai pertimbangannya.

So bagi saya, Perdana Menteri, di samping mendefinisikan, ataupun Kerajaan di samping mendefinisikan Keluarga Malaysia seperti yang telah disebut oleh Pontian sebentar tadi, saya kira perlu juga Kerajaan membentangkan satu pelan terperinci bagaimanakah penglibatan anak muda dan golongan belia seperti yang disebut oleh Perdana Menteri di dalam ucapan sulungnya. Apakah yang dimaksudkan dengan penglibatan ataupun meraikan suara anak-anak muda itu? Saya yakin bahawa hasrat suci Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini, insya-Allah akan disambut oleh anak-anak muda yang lihat bahawa yang paling penting ialah jaminan kepada mereka.

Anak muda tidak melihat kepada bagaimanakah jawatan-jawatan diagihkan, bagaimanakah si ‘A’ atau si ‘B’ mendapat posisi dan sebagainya, yang paling penting kepada golongan belia dan anak muda ialah bagaimanakah Kerajaan pada hari ini boleh menjamin masa depan mereka? Soal pekerjaan, soal pembelian rumah pertama mereka dan sebagainya. Itu agenda yang paling penting. Jadi, master plan ataupun suatu pelan yang sempurna perlu untuk dibentangkan oleh kerajaan apakah yang dimaksudkan meraikan suara anak-anak muda. Apa pandangan Beaufort? Terima kasih.

final • 3:40 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas, seorang anak muda juga dalam Dewan yang mulia ini. Saya yakin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Kabinetnya sedang meneliti perkara-perkara yang disebutkan di dalam ucapan sulung Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan mereka tentunya sedang merancang, mengatur pelan-pelan, bagaimana untuk memastikan anak muda terlibat di dalam segala usaha untuk kita mensejahterakan dan memulihkan semula negara kita, insya-Allah dan untuk di masa yang akan datang juga.

Begitu juga untuk wanita dan juga apa yang disebutkan tadi dalam Keluarga Malaysia itu, saya juga percaya Menteri yang bertanggungjawab, Menteri Perpaduan Negara di sini, dan sedang, saya rasa, sibuk untuk melihat apakah sebenarnya definisi Keluarga Malaysia ini, tapi bagi saya apa yang telah ditunjukkan di dalam Dewan mulia ini dengan termeterainya Memorandum Persefahaman pada hari semalam itu menunjukkan suatu kesedaran pada kita semua di sini. Kitalah sebagai pemulanya. Kitalah yang memberikan contohnya dalam satu Keluarga Malaysia yang erat hubungan kita, walaupun kita berlainan pandangan politik kita, tetapi kita boleh dapat bersama-sama dalam usaha kita untuk menyelesaikan masalah negara kita dan memulihkan keadaan negara kita.

final • 3:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Yang Berhormat–

final • 3:40 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Ini mungkin satu petunjuk supaya di luar sana mereka dapat melihat, kalau kita memberikan contoh yang terbaik di dalam Dewan yang mulia ini, maka rakyat kita juga akan ikut sama. Kalau kita di sini, tidak memberikan contoh yang baik, maka mereka melihat, “Hmm apalah guna mereka menjadi wakil rakyat kami tapi asyik mereka menjerit-jerit sahaja di antara satu sama lain”, di Dewan yang dikatakan Dewan yang mulia ini.

final • 3:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Yang Berhormat–

final • 3:40 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Itu, saya bersetuju dan– apa nama ini– masukkan ucapan Yang Berhormat Pontian dan juga Yang Berhormat Pasir Mas itu di dalam teks ucapan saya.

final • 3:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Yang Berhormat Beaufort, mohon kebenaran untuk mencelah sikit, boleh? Fasal Kementerian Perpaduan Negara.

final • 3:40 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Ah!

final • 3:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Terima kasih, Yang Berhormat. Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua. Saya mendengar celahan tadi dan juga pandangan daripada Yang

final • 3:40 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Berhormat Beaufort berkenaan dengan konsep Keluarga Malaysia, ya, yang di bawah– Suatu konsep baru yang diketengahkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru kita. Saya mohon cadangkan begini. Memandangkan ia satu konsep yang baru, tetapi kalau dilaksanakan dengan, bukan setakat konsep, dengan pelbagai garis panduan dan sebagainya, dengan cara yang proper, pastinya konsep Keluarga Malaysia ini akan menguntungkan rakyat Malaysia itu sendiri.

Ia akan membantu bukan setakat perpaduan rakyat kita, tetapi pembangunan berterusan negara kita dan di mana kita keluar daripada pandemik COVID-19 ketika ini.

Jadi saya mohon cadangkan, daripada semua Kementerian, saya tengok dua puluh lebih Kementerian, saya rasa Kementerian yang paling sesuai untuk diketengahkan, dijadikan Kementerian teras untuk konsep Keluarga Malaysia ini adalah Kementerian Perpaduan Negara.

Saya yakin, kalau kita tengok, tak ramai Menteri, tapi Menteri KPN ada sini dan beliau ada sini, saya mohon cadangkan supaya kita bagi lebih kuasa, bidang kuasa, tanggungjawab kepada beliau dan saya yakin beliau dapat memikul tanggungjawab tersebut. Sama-sama, akhirnya yang untung adalah rakyat Malaysia supaya konsep Keluarga Malaysia itu dapat diketengahkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Setuju tak, Yang Berhormat Beaufort? Terima kasih, Datuk Yang di-Pertua.

final • 3:40 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Saya mohon dimasukkan celahan daripada Yang Berhormat daripada Rasah dalam ucapan saya. Saya bersetuju, Yang Berhormat Menteri Perpaduan. Ini satu penghormatan.

final • 3:40 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Pengiktirafan bukan penghormatan. Pengiktirafan kepada seorang Yang Berhormat Menteri Wanita untuk melihat kepada konsep keluarga Malaysia ini. Insya- Allah ia akan membawa satu kejayaan kepada negara kita, dapat merapatkan hubungan harmonis di antara kaum yang dahulunya semasa kita mula merdeka. Inilah sebenarnya menjadi tunjang kepada kita mencapai kejayaan dan kemerdekaan. Ini mesti diteruskan.

Ini kerana sebenarnya di dalam perjalanan kita selepas merdeka itu kita terlupa perkara- perkara ini. Kita kemudian menjadi bukan lagi satu keluarga tetapi kita berpecah-pecah.

Akan tetapi sekarang ini kalau kita dapat kembalikan semangat keluarga Malaysia ini dalam erti kata yang sebenarnya maka negara Malaysia akan menjadi sebuah negara yang lebih masyhur, berjaya dan akan dipandang sebagai sebuah negara yang boleh dihormati di mana-mana juga oleh negara lain, insya-Allah.

final • 3:50 PM

Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu

Yang Berhormat Beaufort, izin laluan.

Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:50 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Okey, okey.

final • 3:50 PM

Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu

Okey. Jadi saya dari tadi sudah sejam lebih kita mendengar perbahasaan yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Beaufort.

Sedihlah saya dengar dan sayu mendengar keadaan penduduk di Sabah dan Sarawak seperti yang Yang Berhormat Beaufort nyatakan dan bukan sahaja Yang Berhormat Beaufort tetapi selalu sahaja kita dengar dari Ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak menyatakan keadaan di Sabah dan Sarawak yang macam tidak berubah daripada dulu.

Jadi, Yang Berhormat juga mencadangkan bahawa lebih ramai wakil-wakil dalam Kabinet yang dilantik dari Sabah dan Sarawak. Kita hendak tahu berapa ramai dalam Kabinet itu yang terdiri dari Sabah dan Sarawak sekarang. Saya rasa semakin ramai. Akan tetapi kenapa keadaan-keadaan ini tidak dapat diubah walhal Malaysia ini dia punya jumlah Kabinet adalah yang paling hebat dan besar di dunia– antara yang terbesar di dunia dengan penduduk seramai 32 juta. Akan tetapi kita punya kabinet 69 orang namun benda-benda macam ini masalah juga lagi dari Sabah dan Sarawak ini. Jadi apa pendapat Yang Berhormat?

final • 3:50 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Terima kasih Yang Berhormat Tangga Batu di atas keprihatinan terhadap rakyat Sabah dan Sarawak. Seperti yang saya sebut tadi, kami dua negeri ini luasnya 60 peratus berbandingkan 40 peratus sahaja di Semenanjung Malaysia. Oleh sebab itu, keperluan kami tentunya lebih besar.

final • 3:50 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Oleh sebab itulah kami meminta supaya sekarang ini diberikan perhatian yang khusus untuk Sabah, diberikan peruntukan yang lebih untuk Sabah dan Sarawak.

Ditambah Yang Berhormat Menteri-menteri kami dari Sabah dan Sarawak yang disebut Yang Berhormat tadi, baru sahaja mereka ini ditambah ini. Jadi bagilah chance. Sekarang baru sahaja kan.

Jadi kalau kita di sini boleh berada dalam keadaan yang keluarga Malaysia ini seperti mana telah dimeterai di dalam, apa nama ini, memang ada persefahaman semalam, kita di Dewan ini boleh berbincang baik-baik, tidak gaduh-gaduh. Maka tidak banyak berpolitik, jadi boleh kita tumpukan kepada keperluan rakyat di tempat yang masih memerlukan seperti Sabah dan Sarawak ini, insya-Allah. Itu yang penting.

Boleh Yang Berhormat. Saya minta Yang Berhormat juga semua dari sana sama- sama kita berikan tumpuan kepada rakyat kita, keperluan rakyat kita dan kita lupakanlah agenda politik itu buat sementara. Kita ada 20 bulan lagi, insya-Allah kita dapat membawa banyak lagi manfaat kepada rakyat kita. Di Sabah itu bukan saja daripada orang kerajaan ada juga wakil rakyat daripada bukan kerajaan. Mereka juga memerlukan, rakyat di kawasan mereka juga memerlukan.

Jadi apabila kita boleh berbincang dengan baik, dengan matang dan kita motivated untuk memajukan rakyat kita insya-Allah kita akan dapat capai kejayaan ini.

Saya yakin anak-anak muda yang tadi saya sebutkan baru dilantik sebagai Timbalan- timbalan Menteri ini akan dapat membawa perjuangan yang besar untuk negeri Sabah, insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya sudah sampai ke penghujung penutup ini dengan pantun yang ingin saya sampaikan.

Kuala Penyu pantainya indah, Pekan Beaufort tempat berbelanja, Badai pandemik bersama kita redah, Demi kesejahteraan bina negara. Kuala Penyu itu juga sebuah daerah di dalam kawasan Parlimen Beaufort.

Merdeka, merdeka, merdeka!

[Tepuk] Dengan itu saya mohon mencadangkan. Sekian, wabillahi taufiq walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 3:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Beaufort. Ada usul Menteri.

final • 3:50 PM
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Tuan Yang di-Pertua, “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan bahawa mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga jam 7.00 malam dan selepas itu Majlis mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Rabu 15 September 2021”.

final • 3:55 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

final • 3:55 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

final • 3:55 PM

[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]

Tuan Yang di-Pertua

Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Betong untuk berucap, 45 minit.

final • 3:55 PM

Datuk Robert Lawson Chuat - Betong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Selamat petang dan salam sejahtera Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Tuan Yang di- Pertua, terlebih dahulu izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kerajaan kerana memilih saya sebagai penyokong untuk membahaskan usul menjunjung kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada rakan saya Ahli Parlimen Beaufort yang telah berucap sebagai pencadang usul ini.

Tuan Yang di-Pertua, pada istiadat pembukaan Penggal Keempat, majlis Parlimen Keempat Belas pada 13 September 2021, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah bertitah kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Ahli- ahli Dewan Negara. Tuanku telah menggariskan betapa pentingnya untuk mengamalkan demokrasi bermesyuarah dalam mencari penyelesaian kepada apa jua permasalahan demi mencapai matlamat Malaysia makmur inclusive dan mampan.

Tuan Yang di-Pertua, dengan kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Ahli Parlimen Bera yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan serta tahniah juga kepada barisan kepimpinan Jemaah Menteri baharu yang berwibawa, amanah dan bertanggungjawab kepada negara terutamanya dalam menggalas tugas penting memerangi COVID-19 demi memulihkan ekonomi rakyat serta negara.

Kestabilan politik melalui kebersamaan bagi mengembalikan kesejahteraan rakyat sememangnya agenda penting kerajaan untuk memulihkan ekonomi tanah air demi keluarga Malaysia tercinta ini. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengambil langkah untuk mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin pembangkang bagi merealisasikan Titah hasrat Baginda Tuanku. Pihak pembangkang turut bersetuju dan memahami pentingnya bekerjasama sebagai satu pasukan demi mengharmonikan kebersamaan Malaysia yang lebih inclusive.

Seperti yang kita sedia maklum memorandum persefahaman transformasi dan kestabilan politik telah dimeterai pada 13 September 2021 antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan pada hari yang sama juga sejurus selepas perasmian Parlimen semalam. Ini menunjukkan betapa komited kedua-dua pihak demi mengharmonikan kebersamaan sehingga melakar satu sejarah negara yang cukup bermakna.

Negara kita menyambut baik keyakinan pelabur asing yang dipacu oleh perkembangan semasa yang cukup memberangsangkan apabila tahap penduduk menerima suntikan vaksin COVID-19 terus meningkat mendorong pembukaan lebih banyak sektor-sektor ekonomi bagi membolehkan lebih ramai rakyat mendapat pekerjaan dan mengurangkan masalah sosial yang berbangkit.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Pagoh, Mantan Perdana Menteri dan Ahli Jemaah Menteri sebelum ini atas jasa dan khidmat bakti mengemudi bahtera menerajui pentadbiran negara, menempuh gelora dan mengharungi cabaran pandemik COVID-19 yang sangat getir. Selama 18 bulan berjuang melawan musuh halimunan pandemik COVID-19 harus diakui bahawa banyak yang telah dilakukan oleh mantan Perdana Menteri untuk menyelamatkan negara. Belum ada lagi mana-mana pemimpin yang pernah melalui tiga krisis serentak iaitu krisis politik, kesihatan dan ekonomi.

final • 3:56 PM

Datuk Robert Lawson Chuat - Betong

Kejayaan terbesar Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Yang Berhormat Pagoh adalah pencapaian vaksinasi yang kita lihat agak tinggi berbanding negara Asia yang lain yang diiktiraf oleh World Health Organization kerana pantas menggerakkan vaksinasi kelompok. Seperti yang kita sedia maklum, Kerajaan Perikatan Nasional juga telah menempah lebih 87 juta dos vaksin melibatkan perbelanjaan sebanyak RM4.36 bilion dan

final • 4:00 PM

Datuk Robert Lawson Chuat - Betong

dijangkakan kehidupan rakyat akan menjadi lebih baik menjelang Oktober 2021 menerusi kejayaan program vaksinasi.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan Mesyuarat****] Dengan kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan tahniah di atas pelantikan Yang Berhormat Pagoh sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Pelantikan beliau ini merupakan suatu tindakan yang tepat sebagai pengiktirafan dan menghargai jasa beliau bergelut dengan krisis kesihatan dan ekonomi akibat pandemik COVID-19.

Negara kini berada atas landasan yang kukuh untuk menempa kejayaan dalam menangani pandemik COVID-19 berikutan pelaksanaan pelbagai program seperti Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta serta pakej bantuan kewangan dan rangsangan ekonomi kepada rakyat dan industri.

Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali, saya ingin membangkitkan isu transformasi Parlimen. Sudah tiba masanya negara kita Malaysia melaksanakan penambahbaikan dan transformasi yang perlu dalam sistem kerajaan dan Parlimen sesuai dengan keadaan sosial dan politik semasa yang cukup dinamik agar lebih bersedia dalam menghadapi cabaran-cabaran terkini. Seperti yang dimeterai di dalam Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimaktubkan kelmarin, antara perkara yang dipersetujui merangkumi transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman dan Perjanjian Malaysia 1963.

Oleh yang demikian, dalam tempoh pencapaian 100 hari, transformasi sistem kerajaan dan Parlimen serta meneliti Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) harus menjadi keutamaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) iaitu Yang Berhormat Santubong. Perlembagaan Malaysia perlu dibetulkan kerana tidak adil bagi orang Sabah dan Sarawak kalau apa yang dijanjikan pada MA63 tidak direalisasikan sama sekali sekarang. Perjuangan melaksanakan transformasi ini memberikan kita ilham dan rangsangan.

Justeru itu, pelantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Yang Berhormat Santubong memang tepat pada masanya.

Pengalaman beliau yang meluas dalam bidang perguaman dan juga selaku mantan Timbalan Yang di-Pertua, tinggilah harapan kita agar beliau akan mencatatkan legasi sebagai Menteri yang berjaya melaksanakan usaha transformasi Parlimen Malaysia yang memang dialu-alukan rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, tarikh 16 September 1963 menyaksikan pembentukan Malaysia dimeterai secara rasmi dalam perjanjian yang dipanggil Malaysia Agreement 1963. Keempat-empat wilayah iaitu Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura adalah equal partners atau rakan yang seangkatan.

Walaupun Sarawak terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza dari segi agama dan bangsa, namun rakyat di negeri ini dapat hidup dalam keadaan harmoni di antara satu dengan lain. Perpaduan di negeri ini begitu unik, khasnya dari segi kepelbagaian kaum yang sedia ada.

Salah satu tuntutan penting menjadi asas rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju membentuk Malaysia adalah tuntutan menjamin hak istimewa Orang Asal Sabah dan Sarawak. Tuntutan penting itu termaktub dalam Perkara 153(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut “Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa Orang Asal Sabah dan Sarawak”.

Makanya, satu daripada perkara asas dalam Malaysia Agreement 1963 ialah kesaksamaan pembangunan di antara Malaya, Sarawak dan Sabah. Perhatian rapi perlu diberi terhadap pengagihan pendapatan dan kekayaan kerana kemajuan ke arah mengurangkan kemiskinan akan terbantut melainkan penambahbaikan dalam

final • 4:00 PM

Datuk Robert Lawson Chuat - Betong

pengagihan pendapatan dan kekayaan wujud seiring dengan pengurangan kemiskinan.

Ini penting untuk memastikan supaya kesenjangan antara Sarawak, Sabah dengan Semenanjung Malaysia dirapatkan.

Tuan Yang di-Pertua, Sarawak Bumi Kenyalang negeri terbesar di Malaysia memerlukan perhatian dan peruntukan yang lebih khusus bagi mencapai status negeri maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030. Berdasarkan kepada State Socioeconomic Report 2018, Sarawak menyumbang 9.6 peratus daripada keseluruhan KDNK negara dan Sabah menyumbang 6.2 peratus. Bagi pungutan-pungutan hasil pula, Sarawak dan Sabah berada di kedudukan pertama dan kedua jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di seluruh negara. Pada tahun 2017, Sarawak mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM6.9 bilion dan Sabah mencatatkan kutipan RM3.9 bilion.

Namun, masalah infrastruktur asas seperti kemudahan perbankan, kesihatan, jalan raya, bekalan air dan elektrik, capaian internet dan komunikasi masih agak kritikal dan memerlukan intervensi daripada Kerajaan Persekutuan dengan segera. Ini bermaksud wujudnya ketidakseimbangan dari segi pembangunan wilayah. Seperti ungkapan kemakmuran bersama yang sentiasa disebut, biarlah ia dinikmati oleh semua rakyat Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, semasa negara dilanda oleh pandemik COVID-19 semenjak tahun 2020, pelbagai bantuan khas disalurkan oleh kerajaan kepada rakyat terutamanya yang tergolong dalam kumpulan B40. Seperti yang kita sedia maklum, ramai rakyat daripada kumpulan B40 tinggal di luar bandar. Pekan-pekan kecil luar bandar tidak mempunyai kemudahan perbankan yang baik dan kalau adapun hanya cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Justeru, banyak suara marah kedengaran dan aduan diterima daripada rakyat tentang masalah untuk mengeluarkan wang bantuan mereka. Di samping itu juga, ramai penerima bantuan yang tidak ada akaun bank. Ini menyulitkan lagi keadaan kerana pengagihan bantuan dibuat menggunakan baucar dan hanya dapat ditunaikan di cawangan Bank Simpanan Nasional.

Kebelakangan ini kita telah saksikan ramai penerima di luar bandar sanggup datang awal dan berbaris panjang sehingga berjam-jam hanya untuk mendapatkan perkhidmatan bank di cawangan BSN. Keadaan ini telah menimbulkan masalah dan amat terkesan dari segi kos dan masa kepada penerima B40 luar bandar.

Bagi mengatasi masalah ini, ingin saya gariskan beberapa cadangan seperti berikut― Pertama, mohon kerajaan menyediakan lebih banyak kemudahan bank bergerak di luar bandar.

Kedua, mohon dibuka lebih banyak cawangan BSN di pekan-pekan kecil luar bandar.

Ketiga, BSN perlu naik taraf sistem perbankan dan menambah kaunter sedia ada.

Keempat, mohon agensi pelaksana bantuan kepada rakyat untuk memastikan penerima bantuan ada akaun bank.

Kelima, mohon kerajaan mempertimbangkan agar baucar bantuan dapat ditunaikan di bank-bank selain BSN atau di kemudahan kerajaan seperti pejabat pos dan Rural Transformation Centre (RTC).

final • 4:00 PM

Datuk Robert Lawson Chuat - Betong

Tuan Yang di-Pertua, kita menyambut baik titah Baginda Tuanku yang menekankan bahawa bidang pendidikan tidak boleh diabaikan terutamanya pendidikan sains dan teknologi. Dalam era digitalisasi, pembangunan modal insan harus dititikberatkan agar memperkukuhkan tenaga sumber manusia yang lebih inovatif dan kompetitif di arena global. Pada masa yang sama, ini juga harus dipanjangkan kepada pembelajaran di sekolah-sekolah agar merangkumi bidang science, technology, engineering and mathematics (STEM) yang mula dipupuk di bangku sekolah lagi.

final • 4:10 PM

Datuk Robert Lawson Chuat - Betong

Kita juga sedia maklum bahawa secara am, wujudnya masalah kekurangan guru di seluruh negara seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan pengambilan khas seramai 18,702 orang pendidik DG41 bagi menyelesaikan masalah kekurangan guru yang sudah sekian lama membelenggu pendidikan negara. Oleh yang demikian, bagi Sarawak, kita menyeru Kementerian Pendidikan untuk mengkaji syarat pengambilan agar memberi keutamaan kepada graduan Sarawak di bawah pengambilan khas guru secara one-off untuk ditempatkan di Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk menzahirkan bahawa kami di Sarawak menghadapi masalah kekurangan guru mengajar dalam bahasa Iban. Bahasa Iban harus diberi perhatian oleh Kementerian Pendidikan Malaysia memandangkan bahasa itu sudah diiktiraf di peringkat tinggi dalam sukatan pelajaran di negara ini. Bahasa Iban diajar di sekolah rendah sejak 1957 dan sekolah menengah sejak tahun 1963 sebagai mata pelajaran tambahan untuk pelajar Darjah 1 hingga Tingkatan 5.

Sekiranya masalah ini tidak ditangani, ia dibimbangi menjejaskan usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Iban di kalangan generasi muda Sarawak. Saya percaya dan yakin dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan yang baharu daripada Kimanis, Sabah akan membantu kita untuk menyelesaikan isu-isu yang saya sebutkan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, capaian internet bukan isu yang asing lagi diutarakan dan dibahas di Dewan yang mulia ini. Namun, saya ingin membangkitkan semula isu ini memandangkan ianya masih menjadi masalah di kebanyakan kawasan kampung dan pedalaman negeri Sarawak. Capaian internet merupakan keperluan penting dalam era teknologi maklumat dan komunikasi terutama ketika negara dilanda pandemik COVID-19.

Hal ini demikian kerana hampir semua urusan adalah digalakkan secara maya sekali gus memerlukan penggunaan internet untuk berbuat demikian.

Permasalahan ini perlu diberi perhatian segera untuk keselesaan pelajar memandangkan ia turut melibatkan isu pendidikan secara tidak langsung. Hal ini adalah kerana kita sedia maklum yang sistem pendidikan sekarang menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara maya. Jadi, capaian internet yang terhad di sesetengah kawasan pedalaman sudah tentu menyukarkan proses PdPR. Kita tidak mahu berlaku keciciran pelajar memandangkan sekarang golongan ini berdepan dengan cabaran luar biasa kerana tidak dapat belajar secara bersemuka di sekolah akibat pandemik.

Bukan sahaja pelajar yang turut terkesan dengan masalah ini, malah penduduk- penduduk termasuk agensi kerajaan yang berkhidmat di luar bandar. Keadaan ini menyukarkan pelaksanaan sesuatu urusan yang memerlukan capaian internet yang memuaskan. Dengan ini saya mohon Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengemukakan status tindakan yang telah dan yang akan diambil oleh kementerian dalam menangani permasalahan ini.

Tuan Yang di-Pertua, Sarawak kini berdepan dengan COVID-19 varian Delta dengan lonjakan kes mendadak setiap hari. Kini varian ini menjadi varian dominan di Sarawak. Walaupun kes kebanyakan berada pada kategori satu dan dua namun kita tidak boleh ambil mudah situasi ini. Imunisasi dilihat berkesan dalam mengurangkan gejala lebih teruk kepada pesakit akibat jangkitan COVID-19 tetapi terhadap golongan yang belum divaksinasi di luar sana yang perlu dilindungi, tinggilah harapan kami di Sarawak agar Kementerian Kesihatan dapat mengendalikan penularan varian Delta ini.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya untuk turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pagoh yang telah meluluskan pengecualian pemakaian Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA) dan Akta Kawalan Bekalan 1961 (CSA) bagi memantapkan aktiviti kawal selia aktiviti pengedaran gas di Sarawak kepada Petrosniaga Sdn. Bhd berkuat kuasa daripada 1 Jun 2021. Mantan Perdana Menteri juga telah meluluskan kebenaran supaya SEDC Energy Sdn. Bhd.

menjadi syarikat minyak baharu.

final • 4:10 PM

Datuk Robert Lawson Chuat - Betong

Rasional di sebalik ini adalah supaya Sarawak dapat mengawal selia serta meningkatkan kecekapan dari segi tadbir urus industri minyak dan gas di Sarawak.

Mantan Perdana Menteri juga turut memberikan kebenaran kepada SEDC Energy Sdn.

Bhd. untuk menjual petrol dan diesel secara downstream dan bertindak sebagai syarikat minyak full fledged di bawah jenama sendiri. SEDC Energy Sdn. Bhd. merupakan entiti pelaburan milik Kerajaan Negeri Sarawak dan sudah tentunya sokongan begini akan membantu meningkatkan pendapatan Sarawak dan turut menyumbang kepada KDNK negara.

Sebagai lonjakan kepada usaha Kerajaan Sarawak untuk merancakkan lagi pertumbuhan sektor perdagangan domestik negeri, Kerajaan Persekutuan terus memberikan sokongan kepada Kerajaan Sarawak untuk bergiat lebih aktif dalam industri minyak dan gas melalui pengecualian pemakaian PDA 1974 dan CSA 1961 bagi aktiviti pengawalseliaan dan tadbir urus gas petroleum cecair LPG di Sarawak. Sebelum ini, semua pemborong dan peruncit LPG perlu memiliki kebenaran dua lesen daripada KPDNHEP iaitu yang pertama, lesen PDA bagi hal ehwal kawal selia petroleum termasuk produk gas seperti LPG dan kedua, lesen CSA bagi hal ehwal berhubung dengan bekalan petrol, diesel dan LPG dalam pasaran tempatan.

Manakala bagi pemain industri serta pengusaha gas cecair petroleum LPG dan gas asli cecair LNG di Sarawak turut perlu memohon lesen ketiga iaitu lesen DGO

(Distribution of Gas Ordinance 2016) dan dikeluarkan oleh Kementerian Utiliti Sarawak.

Oleh yang demikian, untuk memastikan proses operasi dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan efisien, tindakan operasi secara lebih streamline perlu dilaksanakan.

Hasil hubungan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak, rundingan yang dilaksanakan melalui Mesyuarat Majlis Khas Bagi Menyemak Perjanjian Malaysia 1963 pada 13 April 2021 yang dipengerusikan oleh mantan Perdana Menteri bersama Ketua Menteri Sarawak, Ketua Menteri Sabah serta Menteri-menteri Persekutuan telah bersetuju supaya pengecualian untuk memperoleh kebenaran lesen PDA dan lesen CSA diberikan kepada pemegang lesen DGO di Sarawak berkuat kuasa mulai 1 Jun 2021.

Saya turut berterima kasih kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kerana telah membuka peluang untuk mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif berasaskan ease of doing business yang begitu bermanfaat, khususnya kepada peningkatan kecekapan tadbir urus dan kawal selia minyak dan gas di Sarawak serta membantu merancakkan aktiviti perdagangan serta pelaburan domestik yang lebih kompetitif.

final • 4:10 PM

Datuk Robert Lawson Chuat - Betong

Tuan Yang di-Pertua, dasar toleransi agama Kerajaan Negeri Sarawak adalah sentiasa konsisten. Kerajaan Gabungan Parti Sarawak akan terus memelihara toleransi, menghormati dan menjamin kebebasan beragama di negeri ini kerana ia merupakan simbol kekuatan dan asas perpaduan masyarakat berbilang kaum. Di Sarawak, perbezaan latar belakang kaum, budaya, kepercayaan dan agama bukan menjadi satu masalah untuk rakyat menikmati hidup yang harmoni dan bekerjasama antara satu sama lain.

Kerajaan Negeri Sarawak juga turut menubuhkan Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain atau Unit For Other Religions (UNIFOR) dalam usaha memastikan semua rakyat dibela tanpa mengira bangsa dan agama. Hak kebebasan beragama di negara ini wajar dihormati sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 11(1).

Perlembagaan Persekutuan melindungi kebebasan beragama dan menyatakan setiap individu berhak menganuti dan mengamalkan agamanya.

Prinsip Rukun Negara, Kepercayaan Kepada Tuhan seharusnya menyatukan hubungan antara pelbagai kaum serta dapat membina jati diri yang padu kerana ajaran agama masing-masing menekankan kepentingan hubungan antara manusia. Pada kala rakyat dan negara sedang bergelut dalam pelbagai masalah akibat penularan wabak COVID-19, ini bukanlah masa yang sesuai untuk kita mengheret rakyat untuk berdebat berkenaan isu keagamaan yang begitu sensitif di kalangan rakyat di negara ini.

Sebaliknya, tumpuan harus diberikan kepada perkara yang lebih utama terutama yang

final • 4:20 PM

Datuk Robert Lawson Chuat - Betong

melibatkan krisis kesihatan dan ekonomi yang berlaku serentak. Kita sendiri belum melihat penghujungnya.

Terdapat pelbagai isu mendesak yang perlu diberi perhatian pada ketika ini yang memerlukan sokongan dan kerjasama semua pihak untuk kita sama-sama keluar dari kemelut masalah yang tercetus akibat COVID-19. Sekian lama, semua rakyat di negara ini telah dapat hidup secara harmoni dan bersatu-padu, menghormati satu sama lain dan bertolak-ansur dengan kepercayaan dan menganuti agama masing-masing. Ini masa untuk semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum dan agama untuk bersatu-padu berhadapan dengan cabaran membangunkan semula negara dan ekonomi yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Ini selari dengan aspirasi Keluarga Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri agar semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum bersama berganding bahu membawa keluar negara ini daripada kemelut yang kita hadapi waktu sukar ini. Di dalam kita meraikan dan menghayati pengertian Hari Malaysia yang bakal tiba, kita jangan pernah lupa bahawa nikmat dan hasil yang kita kecapi sehingga hari ini timbul hasil daripada semangat perpaduan serta pengorbanan semua kaum yang kita telah bersusah-payah mengharunginya bersama selama ini.

Saya turut mengharapkan agar hubungan serta persefahaman yang telah sekian lama terjalin antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak terus dieratkan berkekalan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang baharu terutama daripada aspek rundingan Perjanjian Malaysia 1963 yang masih berjalan, memerlukan sokongan dan perhatian Kerajaan Persekutuan untuk kemajuan negeri Sarawak dan Sabah.

Saya juga turut memohon sokongan berterusan dari Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri serta Kerajaan Persekutuan melalui dasar kerajaan seperti Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, Rancangan Malaysia Kedua Belas dan Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan tidak lama lagi untuk memberikan tumpuan khusus pada Sarawak dan Sabah melalui inisiatif dan bantuan agar dapat menyemarakkan aspek pembangunan sosioekonomi, kos sara hidup dan peningkatan pendapatan masyarakat mahupun di bandar atau luar bandar, merangkumi pertumbuhan sektor ekonomi dan perdagangan di Sarawak secara komprehensif ke arah yang lebih holistik dan progresif.

Sebagai Keluarga Malaysia, besarlah impian saya agar kemakmuran ini dapat dinikmati bersama dan tiada masyarakat terutamanya di negeri Sabah dan Sarawak yang terpinggir dan ketinggalan dari mengecapi agenda kemajuan yang dibawa oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, dengan ini Betong mohon menyokong...

final • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Yang Berhormat Betong, boleh?

final • 4:20 PM

Datuk Robert Lawson Chuat - Betong

Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13...

final • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Boleh sedikit Yang Berhormat Betong?

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Pontian hendak mencelah?

final • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Ya, mohon Tuan Yang di- Pertua. Isteri saya orang Sarawak, jadi saya minat tentang Sarawak ini. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Betong, tadi Yang Berhormat Betong ada menyebut tentang perbankan di Sarawak yang begitu daif dan kekurangan.

Adakah Bank Simpanan Nasional di bawah Kementerian Kewangan mengadakan apa yang disebut sebagai ejen bank berdaftar ataupun EB BSN kerana ejen bank pendaftar ini boleh dibuka di kampung-kampung kecil dan juga di kawasan pedalaman ataupun kawasan-kawasan rumah panjang yang mempunyai kedai-kedai di mana boleh dikeluarkan wang daripada ejen berdaftar itu walaupun ia adalah sebuah kedai runcit tetapi di situ adalah ejen berdaftar BSN.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Saya kira mungkin Yang Berhormat Betong boleh meminta kepada Kementerian Kewangan agar membanyakkan ejen BSN ini supaya lebih ramai rakyat di negeri Sarawak yang keluasannya lebih kurang sama dengan Semenanjung itu mempunyai ejen berdaftar, bank berdaftar dan memberikan khidmat perbankan walaupun terhad tetapi masih ada lagi khidmat perbankan.

Saya juga ingin bertanya kepada Yang Berhormat Betong bahawa Pan Borneo Highway yang melalui seluruh negeri Sarawak itu merupakan satu pencetus kepada pembangunan kerana ia merupakan satu apa yang dipanggil sebagai ribbon development sepanjang jalan lebuh raya itu. Setakat manakah Pan Borneo Highway yang melalui negeri Sarawak dilaksanakan? Adakah diteruskan dengan baik?

Bagaimana tentang R&R di sepanjang highway itu kerana kewujudan R&R di sepanjang Highway Pan Borneo itu boleh membantu mewujudkan ribuan agaknya atau jika tidak pun ratusan usahawan-usahawan kecil yang boleh menjual barangan di kawasan R&R itu dan menambahkan pendapatan kepada rakyat di sepanjang highway yang begitu panjang perjalanannya sepanjang negeri Sarawak. Dua perkara Yang Berhormat Betong. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pontian, sila Yang Berhormat Betong.

final • 4:20 PM

Datuk Robert Lawson Chuat - Betong

Terima kasih Yang Berhormat Pontian.

Mengenai masalah bank tadi, saya bersetuju dengan cadangan daripada Yang Berhormat Pontian bahawa pihak MOF patut mempertimbangkan, menyelesaikan masalah bank itu.

Mengenai Pan Borneo juga, sekarang Pan Borneo pun berjalan dengan lancar.

Memang ada slow kerana pandemik COVID-19. R&R tadi dicadangkan oleh Yang Berhormat Pontian, saya sangat bersetuju dengan itu. Jadi saya minta ucapan daripada Yang Berhormat Pontian dimasukkan dalam teks saya. Sekian, terima kasih.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Betong.

final • 4:20 PM

Puan Hannah Yeoh - Segambut

Tuan Yang di-Pertua, sebelum Tuan Yang di- Pertua memanggil pembahas seterusnya, saya ingin membangkitkan isu soalan-soalan Parlimen. Saya minta Tuan Yang di-Pertua buat ruling, setiap soalan yang tidak sempat dijawab setiap hari sepatutnya jawapan diletakkan di atas meja Ahli Parlimen pada hari yang sama. Soalan yang tidak sempat dijawab untuk hari ini kerana jawapan itu penting untuk kita bangkitkan dalam perbahasan kami. Kalau tidak kita tunggu sampai dua bulan pun jawapan tidak datang. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ya, saya akan ambil maklum.

final • 4:20 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Soalan 26 hari ini, saya.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Okey, terima kasih.

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa usul dari Yang Berhormat Beaufort sekarang ini terbuka untuk dibahas.

Oleh itu, saya ingin meminta Yang Berhormat Ketua Pembangkang untuk berucap selama 90 minit. Silakan Yang Berhormat Port Dickson.

final • 4:20 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Sebelum saya teruskan dengan perbahasan, tadi dalam pertemuan dalam Jawatankuasa Pemilih, saya ada sebut kepada Tuan Yang di-Pertua dan saya hendak sampaikan kepada Tuan Yang di-Pertua untuk menimbang semula keputusan menggantung dua hari Yang Berhormat Jelutong supaya dia boleh masuk dalam Dewan esok memandangkan istilah “memalukan” itu dipertikai, sama ada kasar atau tidak.

Saya tidak mahu pertikai keputusan Tuan Yang di-Pertua, tetapi oleh sebab yang sebut “memalukan” itu 4 hingga 50 orang. Jadi kalau hendak gantung, kena gantung 50

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

orang. Jadi untuk kebijaksanaan Tuan Yang di-Pertua kalau boleh, izinkan dia masuk esok.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Saya jawab sekarang.

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Boleh.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Saya ada terima mesej yang sama, Yang Berhormat Port Dickson ada memaklumkan cakap dengan Tuan Yang di-Pertua dan Tuan Yang di- Pertua ada memaklumkan kepada saya dan terpulang kepada saya untuk memberikan jawapannya.

Saya menghormati Dewan ini dan saya pun perlu dihormati oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat juga. Saya boleh mengambil budi bicara untuk saya putuskan untuk satu hari dan esok beliau boleh masuk tetapi dengan memberikan syarat Yang Berhormat Ketua Pembangkang boleh advice dia, kurang-kurangkanlah provoking, dengan izin, supaya kita dapat menyelesaikan banyak perkara dengan baik dan sempurna. Terima kasih Yang Berhormat, teruskan.

final • 4:30 PM

Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Tuan Yang di- Pertua...

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Saya hargai kebijaksanaan Tuan Yang di-Pertua membuat keputusan tersebut dan kita akan sampaikan kepada Yang Berhormat Jelutong.

Pertama, izinkan saya untuk menyampaikan...

final • 4:30 PM

Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali - Kuala Nerus

Tuan Yang di- Pertua, minta mencelah sekejap Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Dewan.

Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan apa yang disebut oleh Tuan Yang di-Pertua sebentar tadi. Cuma kalau kita merujuk pada peraturan mesyuarat kita, apa yang berlaku tadi melibatkan banyak perkara, iaitu Peraturan Mesyuarat 36(4), 36(6), 41(e), 44(2) dan sebagainya. Saya rasa ketika dibenarkan nanti Yang Berhormat Jelutong untuk masuk ke Dewan, perlu dia buat satu permohonan maaf secara terbuka kerana tindakan Yang Berhormat Jelutong bukan kali pertama seumpama ini, agar menjadi pengajaran kepada semua Ahli Dewan agar kita beradab dan tidak biadab dalam Dewan. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat Kuala Nerus. Kita ambil maklum yang itu. Sila, Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Menjunjung Kasih Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Agong semalam yang nyata lebih ringkas daripada biasa tetapi menyentuh beberapa isu pokok yang perlu diberi perhatian.

Pertama saya hendak jelaskan bahawa perubahan pimpinan negara ini diharapkan untuk membawa juga beberapa perubahan yang bererti dari sudut integriti yang disebut oleh Tuanku Agong. Keterbukaan dan pertanggungjawaban serta ketelusan yang tentunya dikhuatiri telah diabaikan sebelum ini. Ini termasuk beberapa proses tender besar, kita tahu tentang 5G yang saya harap dapat dibahaskan berikutnya dan juga bentuk pelantikan Jemaah Menteri yang tidak menampakkan apa-apa perubahan. Oleh yang demikian, saya ingin pada peringkat ini menggesa supaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga seperti kita yang lain mengambil kira pandangan dan teguran dan kemelut politik yang menyebabkan jatuhnya seorang Perdana Menteri.

Akan tetapi untuk mengulangi kesilapan yang sama seperti mana yang disebut oleh Albert Einstein dan mengharapkan jawapan dan hasil yang berbeza, itu dia guna istilah insanity. Jadi saya harap ada keupayaan bagi pimpinan negara ini untuk membuat perubahan. Beberapa langkah awal, umpamanya pelantikan Jemaah Menteri yang sama lebih kurang. Keduanya, pelantikan mantan Perdana Menteri sebagai Pengerusi MPN juga membimbangkan kerana antara hujah menjatuhkan beliau itu adalah kerana kegagalan termasuk menangani COVID-19 dan juga menangani ekonomi.

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, saya ucap terima kasih dan hargai kesediaan Perdana Menteri yang agak julung-julung kali berlaku dalam negara kita di mana ada kesediaan untuk mengundang Ketua-ketua Pembangkang mengadakan perbincangan yang lebih terbuka dengan beliau.

Saya bersama Yang Berhormat Kota Raja dan Yang Berhormat Bagan hadir dan beliau menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dalam beberapa isu pokok terutama dalam menangani COVID-19 dan ekonomi. Ini bermakna, langkah yang ada tanpa penglibatan semua pihak secara inklusif tidak meyakinkan, baik pelaburan dalam negeri ataupun pelaburan luar. Kalau kerangka atau premis itu diterima, maka ada kewajaran untuk kita bersama memanfaatkan suasana ini untuk membawa perubahan. Ini saya hendak betulkan kerana ada orang anggap bahawa kerjasama dalam bentuk Memorandum Persefahaman ini seolah-olah mengiakan apa yang dilaporkan.

Saya ucapkan terima kasih kerana Perdana Menteri pada pertemuan itu dan dalam Dokumen Memorandum ini tidak sedikit pun bermaksud kita sebagai pembangkang berganjak daripada pendirian kita untuk melaksanakan tugas semak dan imbang, membantah, membangkang, menyokong, mengusulkan seperti mana yang kita lakukan sebagai pembangkang yang sihat selama ini...

[Tepuk] Memorandum Persefahaman ini sekarang telah mencetuskan banyak polemik di luar, sebahagiannya kerana mereka belum lagi memperoleh dokumen.

Jadi saya ingin memulakan dengan menyebut tentang bentuk kerjasama yang dititahkan oleh Tuanku Agong dan sudah ditandatangani semalam, di antara Perdana Menteri dan Ketua-ketua Parti dalam Pakatan Harapan.

Namanya Memorandum Persefahaman- MoU iaitu memorandum of understanding, bukan lagi bentuk asal yang dihebahkan. Ada keliru yang mengatakan confidence and supply, saya hendak jelaskan perkara ini, penting Tuan Yang di-Pertua.

Dalam sistem Westminster Parliamentary Democracy, confidence and supply itu ialah usaha mengabsahkan dan memberi jaminan- confidence kepada kerajaan yang ada dan menyokong Belanjawan. Ini tidak berlaku dalam Persefahaman ini. Saya jelaskan kerana dalam usul yang dibawa oleh Mantan Perdana Menteri dulu, tujuh perkara, walaupun diperluaskan sedikit daripada CSA yang asal, itu mengandaikan kita tetap menyokong.

Dalam dokumen ini, kita tidak ada pengakuan untuk menyokong kalau ada usul percaya. Oleh sebab kita usulkan dari awal secara terbuka dalam pertemuan Yang di- Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong dengan Ketua-ketua- lapan buah parti. Sebahagian kami hadir termasuk wakil daripada komponen Barisan Nasional, Perikatan Nasional, GPS yang buat Zoom sebelum itu, WARISAN, PEJUANG ialah penegasan, adanya Undi Percaya dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Raja Nazrin menyebut harus menjadi tajuk pertama sebelum Parlimen diadakan.

Kita semuanya bersetuju dan tidak ada yang membantah dan ini disahkan dalam Titah Tuanku Agong. Ya, Peguam Negara berbeza pendapat, mengikut arahan Perdana Menteri seperti biasa dan ada mantan Ketua Hakim Negara mengatakan tidak perlu kerana boleh usul di Parlimen untuk undi tidak percaya. Saya rasa Ketua Hakim Negara yang mantan itu dia mungkin faham undang-undang tetapi tidak ada fakta.

final • 4:30 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Faktanya kalau saya usulkan hari ini kepada Tuan Yang di-Pertua, usul tersebut tidak akan dikemukakan kerana urusan kerajaan didahulukan. Kalau itu pun mantan ketua hakim tidak faham, macam mana hendak jadi hakim adil dalam negara ini? Ini masalahnya, mengelirukan rakyat. Jadi sebab itu bagi kita, kita bermula dengan asas ini.

Harus ada undi percaya. Baik, tetapi kita tidak mahu isu itu yang terkait dengan isu legitimacy keabsahan membatalkan usaha kerjasama dalam bidang-bidang utama termasuk COVID-19 dan ekonomi.

Oleh sebab itulah, saya sebut kepada Perdana Menteri walaupun kita tidak setuju dengan keputusan Perdana Menteri untuk tidak meneruskan dengan undi percaya, kita tetap akan berikan kerjasama, berbincang soal memorandum persefahaman.

final • 4:40 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Ketua pembangkang. Yang Berhormat Port Dickson, di luar sana mengatakan kita Pakatan Harapan sekarang setuju semua dengan kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Bera ini sebagai Perdana Menteri termasuk pelantikan Menteri yang begitu ramai...

final • 4:40 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Yang Amat Berhormat Bera.

final • 4:40 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Yang Berhormat Amat Bera ya yang bertaraf Menteri, yang begitu ramai dan juga beberapa insentif yang lain yang menyebabkan kita bersetuju semua. Betulkah itu ketua pembangkang yang menyebabkan kita setuju dengan semua apa yang dibuat oleh kerajaan sekarang dengan yang dikemukakan kepada rakyat kononnya Pakatan Harapan seolah-olah sudah tidak jadi pembangkang dan bersetuju semua Menteri ramai pun tidak apa, world record dalam Menteri ramai, taraf Menteri ramai pun tidak apa, kerana kita ini hendak kepada kesejahteraan maka kita setuju semua dengan kehendak mereka. Betulkah itu ketua pembangkang?

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Ini sebenarnya kerana mereka tidak baca lagi memorandum itu. Memorandum persefahaman baru diedarkan secara terbuka hari ini walaupun kita telah maklum perbincangan kami mulakan di kalangan pimpinan kepada jawatankuasa khas diwakili lima orang Menteri dan lima orang ketua parti dari Pakatan Harapan dan berterusan berbincang. Akan tetapi yang kita jelaskan hal yang kita tidak bersetuju, ada yang kita bersetuju, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah akan kita bangkitkan dan banyak hal yang kita bantah.

Jadi, saya rasa penjelasan Yang Berhormat Kota Raja itu penting kerana dalam dokumen ini pun kita tegaskan tajuk, peranan pembangkang dalam kerajaan.

final • 4:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat, izin laluan. Yang Berhormat, izin laluan Muar. Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin tegur sedikit. Ini adalah ucapan ulung ketua pembangkang dan selepas perjanjian semalam sepatutnya bilateral ataupun bipartisan relationship itu lebih baik. Akan tetapi pada hari ini apabila ketua pembangkang sedang berikan ucapan di depannya hanya seorang Menteri dan Timbalan Menteri. Yang lain semua hilang.

Saya ingat dahulu apabila ketua pembangkang Yang Berhormat Bera berucap dan apabila ada empat kelima orang Menteri pun kita diherdik kata mana kita, tidak menghormati institusi ketua pembangkang tetapi pada hari ini apabila ketua pembangkang berucap, institusi yang telah pun diiktiraf dalam perjanjian ataupun persefahaman semalam, mereka semua tiada.

Saya rasa rakyat sedang menilai dan melihat kerana dalam ucapan inilah jalan terbaik untuk kita cari titik persefahaman untuk menunjukkan bukan sahaja kita menghormati institusi pembangkang tetapi institusi Parlimen.

[Tepuk] Saya berharap sahabat-sahabat kerajaan ambil maklum perkara ini. This is respect towards the institution of opposition. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Saya hormat Ketua Pembangkang, don’t worry.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Terima kasih Yang Berhormat ada hadir dan boleh sampaikan. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Muar.

Sepatutnya ada wakil-wakil supaya dengar kerana ini isu yang penting. Akan tetapi saya rasa ini proses pendidikan dan pencerahan. Jadi walaupun banyak Menteri tetapi perlu ada pendedahan dan pencerahan dan Tuan Yang di-Pertua boleh bantu dalam bidang ini.

Baik, dalam mukadimah memorandum tersebut, satu perkara yang harus diingat Ahli Parlimen baik daripada pembangkang atau daripada kerajaan, isu-isu pokok atau asas yang dimaksudkan di sini sebahagian kecil telah disebut oleh kerajaan tetapi sebahagian besarnya adalah input kita. Ini kena jelas. Saya ucap terima kasih kerana akhirnya diterima.

Pertama, disebut di sini kerjasama pendekatan baharu dan ini saya akui boleh berlaku kerana sikap positif Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Bera. Kalau tidak, tentu ada kesukaran. Kedua, ada nasihat daripada Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Melayu tentang pentadbiran yang stabil. Akan tetapi tentunya pentadbiran yang stabil itu, stabil untuk apa? Untuk perintah dengan baik, macam orang sekarang bangkit kita mesti bersatu. Bersatu. Filem Ali Baba 40 orang penyamun pun begitu juga, 40 orang penyamun boleh bersatu, bersatu untuk merompak atau bersatu untuk tolong rakyat. Jadi sebab itu kita harus qualify matlamat bersatu itu untuk apa. Bukan saya maksud Parti Bersatu, tidak.

Saya kata bersatu, perpaduan.

Kemudian penumpuan isu kesihatan khususnya wabak COVID-19 dan ekonomi.

Tumpuan sepenuhnya perlu diberikan oleh kerajaan dan Pakatan Harapan pada kestabilan politik dan pentadbiran negara, usaha membendung COVID-19, pemulihan ekonomi, landskap politik yang baharu, transformasi dan pembaharuan— kerana ada fobia dia takut dengan istilah reformasi Tuan Yang di-Pertua. Maka banyak istilah reformasi itu ditukar serta diberi pembaharuan. Kita tolak ansur. Jadi saya tidak tahu pasal apa istilah ini menakutkan.

Baik. Saya tidak akan berikan penjelasan tentang maksud tetapi yang menariknya apa maksud transformasi yang disebut di sini? Ini yang ditandatangani oleh semua. Ia melucukan juga. Istilah reformasi tidak boleh disebut tetapi maksud transformasi ertinya semua reformasi perubahan, penambahbaikan— ini maksudnya. Alhamdulillah.

Tempoh masa ia terpakai sehingga pembubaran Parlimen dan kerajaan bersetuju tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen sebelum 31 Julai 2022. Kerajaan akan melaksanakan setiap satu transformasi yang dicadangkan dalam aturan masa yang dijelaskan. Ini juga harus kita teliti. Umpamanya Undi 18. Sekadar kerajaan menyatakan kami setuju kami tidak terima sebab ini perkara yang diputuskan sejak tahun 2019.

Sekarang sudah tahun 2021. Maknanya kelemahan pentadbiran kerajaan dan kelemahan SPR. Apa hendak dolak-dalik dah? Kita sudah putuskan. Parlimen sudah putuskan, semua parti memutuskan. Jadi sebab itu di sini kita letakkan tarikh pelaksanaannya.

Apakah yang diputuskan.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Yang Berhormat Port Dickson, Pontian. Pontian tanya tentang Undi 18 itu.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Yang Berhormat Pontian ini kita kena bagi.

final • 4:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya mengenai Undi 18. Ia berkaitan dengan apa yang dipanggil sebagai pendaftaran pengundi secara automatik. Kita difahamkan bahawa ada 5.6 juta orang rakyat yang belum mendaftar mengundi. Daripada 5.6 juta orang itu, 1.2 juta berumur antara 18 tahun ke 21 tahun dan 4.4 juta orang berumur antara 21 tahun dan ke atas.

Jadi, 5.6 juta ini adalah angka yang amat besar. Jika kita memastikan Undi 18 bersama dengan pendaftaran automatik dilaksanakan mengikut perintah Mahkamah Tinggi Kuching bahawa mesti dilaksanakan hujung tahun ini juga, maka kita menyuburkan demokrasi dengan menambah lagi 5.6 juta orang rakyat sebagai pengundi. Apa pandangan Yang Berhormat Port Dickson?

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Kalau Ahli-ahli Parlimen yang mewakili UMNO menyokong, kita ada majoriti kita boleh laksanakan segera. Jadi saya setuju dengan saranan Yang Berhormat Pontian kerana perkara ini bukan sahaja diputuskan. Sebenarnya tidak perlu mahkamah.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Mahkamah itu digunakan kerana tahu sikap kerajaan berdolak dalik, melengahkan, maka cadangan bulan Disember ataupun kalau hendak diteliti atau dicerakinkan, saya tidak ada masalah ditangguh beberapa bulan selepas itu. Asalkan dibuat suku pertama tahun depan, itu beres. Ada jawapan daripada SPR, pada peringkat awal ada macam-macam kerenah. Kalaulah lima atau enam bulan awal, tahun 2020 kita boleh terima. Akan tetapi kalau sekarang, saya tidak fikir ada alasan apapun untuk melengahkan.

Soal Belanjawan 2022, ada yang menganggap bahawa dengan memorandum ini kita wajib menyokong, tidak benar. Kalau kita baca memorandum ini, disebut kita boleh mengambil pendirian menyokong atau berkecuali bagi undi Belanjawan 2022 selepas

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

proses penggubalan rang undang-undang tersebut dirundingi dan dipersetujui. Ini kita kena jelas. Maknanya tanggungjawab Yang Berhormat Menteri dan tanggungjawab pembangkang. Mengambil sikap terbuka, bersedia, duduk berunding. Jangan umpamanya seperti mana pernah berlaku oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan, dia panggil ada perbincangan. Kemudian dia longgok dalam Belanjawan, dia anggap kita sudah setuju dan terima. No. Kalau hendak ada kerjasama untuk kita menyokong atau berkecuali, mesti ada proses rundingan dan kita bersetuju perkara-perkara asas, tentulah perkara-perkara kecil itu ataupun perbezaan pendapat. Begitu juga tentang usul kerajaan atau rang undang- undang yang kegagalan meluluskannya merupakan suatu bentuk ketidakpercayaan atau ketidakyakinan kepada kerajaan. Kita hendak elak, tetapi syaratnya proses penggubalan rang undang-undang tersebut dirundingi dan dipersetujui bersama secara dasarnya. Baik.

Jadi kerjasama harus diteruskan, mesyuarat harus dilakukan secara berkala dan berterusan. Dokumen ini kita telah nyatakan termasuk lampiran harus didedah kepada awam dan tidak dirahsiakan. Baik.

Satu perkara yang ditekankan di sini ada disebut Tuan Yang di-Pertua supaya mengelakkan pandangan perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Raja adalah kerajaan dan Pakatan Harapan bersetuju bahawa apa perkara sekalipun yang terkandung di dalam memorandum persefahaman ini yang akan memberi kesan terhadap peranan, hak dan tanggungjawab Pakatan Harapan untuk menyemak imbang, mengawasi, meneliti, memastikan kerajaan bertanggungjawab terhadap Parlimen termasuk memastikan ketelusan, integriti dan keberkesanan kerajaan dalam mengendalikan isu-isu rakyat. Ini di bawah tajuk Tugas dan Peranan Pakatan Harapan Sebagai Pembangkang. Jadi sebab itu kalau tadi ada sedikit pergelutan kecil Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:50 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Yang Berhormat Port Dickson.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

...ini sesuailah dengan pembangkang. Oleh sebab kalau tidak bunyi apa-apa, orang ingat kita pun sudah bertukar.

final • 4:50 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Yang Berhormat Port Dickson boleh saya...

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Tetapi yang saya boleh jamin adalah bentuk kerjasama dan perundingan. Dia ada lampiran.

final • 4:50 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Boleh Pasir Mas?

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Boleh, boleh.

final • 4:50 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Cuma saya ingin bertanya ringkas ya. Pada pandangan saya, apa yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada hari ini hanyalah merupakan huraian secara terperinci kepada tujuh tawaran dikemukakan oleh Yang Berhormat Pagoh sebelum daripada ini. Sebenarnya tidak ada beza. Jadi, bolehkah saya tanya kepada Yang Berhormat Port Dickson, kenapakah tawaran daripada Yang Berhormat Pagoh sebelum ini ditolak mentah-mentah tanpa ada perundingan? Kalau di runding saya rasa, saya kira mungkin huraian-huraian seperti ini boleh dipersetujui.

Terima kasih.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Kalau teliti dokumen ini bukan terperinci, bukan maknanya– ini ada fundamental issues yang berbeza. Apa yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pagoh, mantan Perdana Menteri bentuk CSA yang menuntut kami menyokong dan mengabsahkan kerajaan. Itu fundamental dan tidak ada. Di sini, persefahaman ini menegaskan peranan kita sebagai pembangkang untuk menolak kalau tidak ada rundingan. Kemudian dalam kes yang lalu, saya beritahu sendiri kepada Yang Berhormat Pagoh sebelum kita menghadap itu hari. Ini kerana saya kata pertama, tidak ada

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

rundingan dengan Pakatan Harapan. Rundingan harus rasmi dengan pimpinan Pakatan Harapan.

Keduanya, diumumkan masa sudah tenat, masa hendak tenggelam sudah.

Sudah hilang majoriti, sudah jelas, baru hendak utarakan. Tidak boleh. Apa yang dilakukan oleh Yang Berhormat Bera berbeza. Dia menang, dia dapat majoriti walaupun sangat kecil. Itu pun Tuan Yang di-Pertua tahu, hari ini mengundi untuk Timbalan Speaker pun tidak mahu, almaklum sebabnya. Akan tetapi sekurang-kurangnya tidak salah saya hari kedua atau hari ketiga, terus dia panggil.

Ada orang tegur, orang kritik saya, buat apa hendak susah-susah payah. Saya kalau dijemput, kita pergi, itu sikap saya yang cukup terbuka. Ada orang buat kecaman yang sangat-sangat kasar. Jadi saya sebut, kita ini baik-baik kita, kita ingat kita baik, kita tidak mungkin lebih baik daripada Nabi Musa a.s. Buruk-buruk mana-mana pemimpin yang kita caci pun, tidak mungkin lebih buruk daripada Firaun. Jadi kalau Nabi Musa bersedia jumpa Firaun, takkanlah kita tidak boleh jumpa, yang kerdil dan hina ini.

[Tepuk] Okey, itu yang pertama. Ini sebenarnya jawapan, saya percaya Yang Berhormat Pasir Mas tahu, ini jawapan yang dibuat oleh Sheikh Mohamad Al-Ghazali, seorang ulama dan pejuang besar Mesir bila dipanggil oleh Hosni Mubarak bertemu. Jadi penyokong- penyokong dia marah betul kepada dia. Jadi dia bagi misal tamsil yang sama, yang saya berikan. Jadi untuk kita agak lebih tawaduk sedikit, sekurang-kurangnya mendengar.

Dalam pendengaran itu, saya, Yang Berhormat Kota Raja dan Yang Berhormat Bagan itu mengeluarkan pandangan walaupun sopan tetapi tegas. Soal rasuah, soal undi 18 tahun, soal Anti-Hopping Law, soal keangkuhan dan apa lagi?

final • 4:50 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Reformasi Parlimen.

final • 4:50 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Ya, Yang Berhormat Port Dickson saya setuju tadi tetapi janganlah samakan Nabi Musa dengan Firaun, kasar sangat.

final • 4:50 PM

Seorang Ahli

[Ketawa]

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Tidak, tidak. Yang Berhormat Kota Raja tidak dengar tadi. Maksud saya kita bukan lebih baik daripada Nabi Musa.

Orang yang kita kecam pun tidak lebih buruk. Ini pandangan ini dibuat oleh Sheikh Mohamad Al-Ghazali tatkala penyokong-penyokong dia kecam dia kerana menemui Hosni Mobarak, diktator kejam Mesir pada ketika itu. Makna kalau tanya saya, Yang Berhormat Bera dibanding dengan Hosni Mobarak, jauhlah lebih baik Yang Berhormat Bera. Itu positiflah.

Baik, yang disebut transformasi ini, disebut umpamanya Majlis Pemulihan Negara, 50 peratus pakar sektor awam dan swasta, 25 peratus wakil kerajaan dan 25 peratus wakil pembangkang. Kemudian pembangkang kami usulkan seperti yang diutarakan sekian lama, RM45 bilion untuk mengurangkan beban orang miskin. Itu secara langsung ya dalam menghadapi COVID-19 ini dan juga dipersetujui. Kita juga – caveat dengan mengatakan kalau RM45 bilion itu diberi, kemudian moratorium faedah bank tidak diberikan, maknanya wang itu akan digunakan oleh rakyat membayar hutang bank. Balik kepada masalah asal. Oleh yang demikian, kita usulkan supaya ini dilakukan bersama dengan usul moratorium bank.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

[Bangun]

final • 4:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Jerlun.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Saya ingin sentuh tadi mengenai Majlis Pemulihan Negara.

Sepertimana yang kita sedia maklum sebelum ini Yang Berhormat Pagoh memegang jawatan Perdana Menteri dan dalam tempoh itu beliau juga telah berjaya yakinkan Ke Bawah Duli Yang Mulia Yang Di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun

Jadi kuasa seorang Perdana Menteri sewaktu darurat ini sangat-sangat besar dan luar biasa. Dalam keadaan itu pun usaha Kerajaan perikatan Nasional untuk menangani masalah COVID-19 boleh dikatakan gagal. Jumlah kematian meningkat dengan begitu mencanak sekali, jumlah jangkitan pun begitu tinggi. Adakah pada pandangan Yang Berhormat Port Dickson, dengan lantikan Yang Berhormat Pagoh sebagai Pengerusi MPN bertaraf Menteri berbanding dengan jawatan Perdana Menteri dalam keadaan darurat lebih baik dan akan membantu menurunkan kadar jangkitan COVID-19?

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Pandangan tepat daripada Yang Berhormat Jerlun kerana Perdana Menteri kuasa penuh darurat tetapi menangani dengan lemah dan banyak hal gagal seperti kita lihat sekarang jumlah mencecah 17,000, 18,000, 20,000 positif, tetapi yang lebih mempersulitkan ataupun merunsingkan adalah jumlah kematian yang kita sudah catat di antara yang paling tinggi di dunia. Itu saya sentuh fasal COVID-19.

Sebab itu kita beritahu kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga pasukan perbincangan, sebaiknya ambillah tokoh baharu, dari kerajaan tentunya, kita tidak cadang dari pembangkang ataupun ambil yang lain yang ada pengalaman yang mampu mengendali. Janganlah ambil yang sama dan harapkan cadangan baharu yang boleh menyelesaikan. Itu saya setuju dengan Yang Berhormat Jerlun telah kita kemukakan.

Jadi yang berikutnya adalah tentang menambah usaha menyaring kes COVID- 19, keberkesanan contact, pengasingan mereka yang positif, find, test, trace, isolate, support and vaccinate. Itu kita sebut kerana bagi kita persefahaman ini dilakukan tertumpu kepada masalah menangani masalah COVID-19 dan ekonomi. Jadi sebab itu kalau kita lihat dalam persefahaman ini isu pokok dan asas adalah isu-isu tersebut. Untuk bantuan kepada rakyat, bantuan tunai sebanyak RM10 bilion yang disalurkan...

final • 5:00 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Yang Berhormat Port Dickson.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

...Kepada 11 juta penerima dalam tempoh kedua tahun 2021 dan diteruskan pada tahun 2022 untuk golongan B40 meliputi bantuan bersasar kepada golongan miskin tegar, miskin bandar dan M40. Saya tidak bermaksud bahawa kerajaan selama ini tidak meluluskan tetapi kita gunakan persefahaman ini untuk menekan kerajaan menambah peruntukan langsung kepada rakyat. Sila Yang Berhormat Simpang Renggam.

final • 5:00 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Yang Berhormat Port Dickson, Ketua Pembangkang. Kita amat berbangga dengan apa yang telah dilakukan ini persefahaman demi kestabilan negara dan demi menangani wabak yang melanda dan sebagai sebahagian daripada Pakatan Harapan sendiri saya mendukung penuh. Cuma saya agak rasa mencari kewajaran apabila melihat butiran daripada perjanjian MoU ini, saya dapati isu yang agak penting juga di dalam menyingkap kemelut kehidupan dampak wabak COVID-19 ini tidak disentuh iaitu isu pendidikan.

Semestinya sebagai seorang yang konsisten memperjuangkan isu pendidikan negara ini walau di mana pun saya berada, saya merasakan sepatutnya isu pendidikan diberikan ruang di dalam perjanjian di antara PH dan juga dengan pihak kerajaan. Kalau kita lihat kepada titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong sendiri pun telah menyentuh di dalam perbahasannya beberapa perenggan berkaitan dengan pendidikan yang mana Tuanku sendiri mengatakan perlunya ada usaha kolaboratif di antara kerajaan dan juga pihak-pihak lain merentasi politik, merentasi kepakaran dan juga kepartian untuk membangunkan isu pendidikan. Isu pendidikan menerima dampak yang amat hebat daripada COVID-19.

Saya yakin di pihak Pakatan Harapan kita telah berbincang sebelum pihak pimpinan berunding dengan pihak kerajaan. Cuma mungkin kita inginkan penjelasan daripada Yang Berhormat Port Dickson di manakah kita ingin memetakan pendidikan di dalam kelangsungan perjanjian di antara pihak Pakatan Harapan dan juga pihak kerajaan.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam. Saya akui sepatutnya kita masukkan sebagai satu item yang penting walaupun dalam perbincangan mengatakan soal inklusif memperbaiki institusi dan tata kelola merangkumi kerana banyak yang tidak dimasukkan, IT dan lain-lain. Akan tetapi saya percaya dalam mesyuarat pertama jawatankuasa ini, isu pendidikan akan dibawa dan saya tidak akan lupa saya akan edarkan buku yang diberikan oleh Yang Berhormat Simpang Renggam tadi, diedar. Baik.

Berikutnya ialah kelangsungan perniagaan dan pemulihan ekonomi dana tambahan COVID-19 bagi membantu insentif pengambilan pekerja dan meningkatkan pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana termasuk kumpulan informal dan mikro. Ini saya tekankan supaya perkara ini jangan tinggalkan kerana saya akan sentuh juga tentang pengangguran yang serius termasuk pengangguran di kalangan anak-anak muda dan siswazah.

Meningkatkan Program Imunisasi COVID-19 (PICK) yang dilaksanakan dengan mempercepatkan pembelian tambahan sejumlah 6 juta dos vaksin yang dijangka akan diterima menjelang awal September 2021. Walaupun saya ada angka menunjukkan– walaupun titah Yang di-Pertuan Agong mengatakan ada peningkatan vaksin, tetapi angka- angka yang terakhir ini yang tidak dipersembahkan kepada Baginda adalah ada penurunan mendadak jumlah vaksinasi dalam beberapa hari yang kebelakangan.

Mengusahakan pengecualian bayaran faedah untuk moratorium pinjaman bank kepada kumpulan 50 peratus terbawah daripada keseluruhan rakyat untuk tempoh tiga bulan pada suku keempat tahun 2021. Perkara ini telah kita bangkitkan berulang kali.

Saya akan bangkitkan juga tentang keuntungan bank dan gaji upah pengurus bank yang tinggi yang terus meningkat.

Ini kerana kalau tidak diluluskan yang ini, ini sebab kita tekankan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan pasukan Menteri, apa pun masalahnya, wang yang kita suntik kepada rakyat sebahagian besar akan digunakan untuk bayar hutang. Jadi kedudukan keluarga kesihatan makanan, pendidikan akan terjejas. Maka sebab itu kita kaitkan peruntukan dana untuk dan supaya jangan gunakan wang itu untuk membayarkan hutang bank supaya hutang bank diberi pelepasan faedah sehingga akhir 2021.

Kemudian, mengehadkan tempoh jawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak melebihi 10 tahun, Rang Undang-undang Anti Lompat Parti, yang ini susahlah kerana yang lompat banyak sebelah sana tetapi dipersetujui. Timbalan Speaker mengangguk, terima kasih.

[Ketawa] [Tepuk] SPR mempercepatkan lagi tindakan pelaksanaan pendaftaran umur minimum. Ini kita ambil tahu, saya tekankan tadi sejak tahun 2019, tidak ada alasan bagi SPR berdolak- dalik lagi dan pendaftaran secara automatik termasuk memperhalusi pengecualian dari segi kaedah-kaedah yang lain. Bahagian lain ini kita sebut tentang bila harus dilakukan.

Mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen dan juga sebahagiannya sebelum akhir tahun ini.

Kemudian pembaharuan Parlimen. Ini pengerusi harus memberi perhatian dan istilah reformasi Parlimen tidak diterima tetapi dibubuh dalam kandungan ‘Parliamentary Reform’. Ah! Boleh because in English. Eh! Kadang-kadang orang istilah pun dia takut.

Membentangkan dan meluluskan undang-undang berkaitan perkhidmatan Parlimen. Ini sudah diusulkan lama Parliamentary Services Act. Tadi dalam mesyuarat saya bincangkan juga dengan Speaker supaya menyegerakan penubuhan jawatankuasa membincangkan kerana ini tertakluk kepada persetujuan kedua-dua Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen termasuk Jawatankuasa Pemilih, kita sudah setuju supaya mewakili jumlah Ahli Parlimen. Maknanya kalau boleh 5:4. Kalau sudah tinggal kurang daripada itu, 4:3. Jadi tiga daripada pembangkang. Jangan macam sekarang Jawatankuasa Pemilih, saya seorang sahaja yang hadir mewakili pembangkang, lima daripada kerajaan.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Tidak apalah, saya boleh lagi berdepan tetapi biarlah adil sekurang-kurangnya 3:2 atau 4:3 dia punya nisbah yang dibincangkan. Jumlah Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen harus lebih seimbang supaya terbayang di dalamnya kadar parti masing-masing di dalam Majlis seperti dalam perkara 82(1) Peraturan Mesyuarat. Jadi, ini telah saya sentuh tadi.

Kemudian, pindaan standing order.

final • 5:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Sekejap. Pindaan standing order ini, Tuan Yang di-Pertua, ialah kerana untuk elak daripada Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua menggunakan peraturan yang ada sewenang-wenang supaya mengekang kebebasan Parlimen. Jadi, peraturan ini harus dipinda. Jadi, setakat ini dipersetujui. Jadi, Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan dan wakil-wakil akan meneliti.

final • 5:10 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Setiawangsa ingin bertanya kepada Yang Berhormat Port Dickson, adakah Yang Berhormat Port Dickson setuju bahawa aspek reformasi Parlimen ataupun Parliamentary reform ini sangat penting? Ini kerana kalau kita lihat dalam keadaan Perdana Menteri sebelum ini yang tidak stabil, beliau telah menggunakan alasan darurat yang telah membuatkan kita sebagai Ahli-ahli Parlimen tidak dapat menjalankan tugas kita sekian lama. Dan ini dengan beberapa ketetapan yang ada, bagi saya, adalah satu langkah yang positif untuk kita memastikan, walaupun dengan bilangan majoriti yang kecil di peringkat kerajaan, Parlimen dapat terus berfungsi.

Minta pandangan Yang Berhormat Port Dickson juga tentang memastikan perjalanan select committee ini dengan lebih baik. Sebab, misalnya select committee yang saya anggotai sebelum ini hanya bermesyuarat untuk lantik Pengerusi sekali. Itu hanya sekali sahaja kita bermesyuarat. Jadi, adakah Ketua Pembangkang setuju bahawa kita perlu mengambil peluang ini untuk memperbaiki perjalanan select committee dan Parlimen kita?

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Saya dimaklumkan jawatankuasa yang mewakili kerajaan, lima Menteri dan lima pemimpin pembangkang akan teliti supaya memastikan ada mesyuarat yang ditentukan secara berkala. Pengerusi, jawatankuasa select committee itu sama, 50-50 dan jumlahnya itu lebih adil dan mesyuarat itu pun dipertanggungjawabkan. Sebab itulah ada cadangan supaya ada Timbalan Yang di- Pertua sekurang-kurangnya dipertanggungjawabkan untuk memantau hal ini supaya lebih berkesan.

Kemudian, peruntukan dan kedudukan Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli Dewan Rakyat seperti mana kelazimannya di sistem demokrasi baik di Australia, India ataupun UK itu, kedudukan Ahli Dewan Rakyat pada Ketua Pembangkang itu mestilah diberikan hak dan kemudahan yang sewajarnya supaya dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih efektif. Sekarang ini ada diskriminasi terhadap pembangkang.

Kebebasan Institusi Kehakiman. Ini kita masukkan dan tegaskan supaya― ada ura-ura untuk diperalatkan badan kehakiman untuk menguntungkan mana-mana pihak.

Oleh yang demikian, kita tegaskan supaya Perdana Menteri dan kerajaan memastikan terlaksana sepanjang masa kebebasan badan kehakiman.

Transformasi institusi dan tata kelola kerajaan yang baik bagi memastikan keadaan yang lebih kondusif untuk rakyat dan negara. Ini salah satu peruntukan yang dimasukkan untuk menekankan bahawa institutional reform itu sangat kritikal dalam negara kita dalam keadaan terhakisnya kepercayaan rakyat kerana kebebasan badan kehakiman, kebebasan badan penguatkuasaan dan institusi-institusi penting termasuk parlimen.

Sabah, Sarawak tentang perjanjian MA63. Itu kita tekankan kerana kita tidak fikir wajar setelah merdeka lebih setengah abad, kita masih belum tunai perjanjian yang dimeterai oleh bapa-bapa kemerdekaan dahulu. Jadi, dokumen-dokumen yang berkaitan yang dahulu dirahsiakan, bagi kita, harus didedahkan kepada awam dan dibahaskan dan dilaksanakan dalam kadar yang segera. Ini termasuklah keadilan dari segi mengekalkan fahaman tentang kedudukan wilayah yang belum lagi dipinda― Wilayah Semenanjung

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Tanah Melayu, wilayah Sabah dan Sarawak― dan kemudian pembangunan lebih seimbang dan adil.

Bagaimana kita hendak laksanakan? Maka, kerajaan dan pembangkang bersetuju menubuhkan jawatankuasa pemandu seramai 10 orang di mana lima orang Menteri mewakili kerajaan dan lima orang wakil pembangkang. Mereka akan bertindak sebagai jawatankuasa pemandu yang berkuat kuasa sepanjang memorandum persefahaman ini dilaksanakan.

Jadi, saya harap dengan penjelasan ini, tidak ada kekeliruan walaupun saya berikan beberapa kaveat tentang rundingan. Saya percaya wakil daripada pembangkang khususnya Pakatan Harapan dan juga kerajaan harus mengambil sikap yang lebih terbuka, lebih ikhlas untuk memastikan kita dapat perbaiki tata kelola, banteras rasuah, penyalahgunaan kuasa, pembaziran dan menjadikan politik dan kedudukan Ahli Parlimen itu tempat jual beli dan sogokan kerana ini akan memberikan dan memulihkan keyakinan rakyat kepada kita.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Yang Berhormat Port Dickson.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Sila.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Terima kasih. Saya lihat tadi Yang Berhormat Port Dickson telah hampir habis membaca isi kandung memorandum itu.

Semalam sewaktu kita tandatangan memorandum yang bersejarah ini, ramai penganalisis dan pengkritik politik, sejarawan juga mengatakan inilah dia detik bersejarah.

With due respect, Yang Berhormat Port Dickson sebagai orang lama dalam dunia politik.

Saya rasa selepas peristiwa 13 Mei yang melibatkan pertumpahan darah, Tun Razak waktu itu mengambil sikap inisiatif engage dengan pihak-pihak termasuk parti-parti politik demi negara dan nyawa rakyat pada waktu itu. Pada kali ini, kita rasa lebih penting untuk kita melihat tentang nyawa rakyat akibat daripada pandemik ini.

Jadi, adakah Yang Berhormat Port Dickson bersetuju bahawa kita sebenarnya telah sampai pada satu garis kita memikirkan tentang rakyat dan negara dan ini kita pamerkan kepada negara kita tanpa kita berkompromi tentang prinsip-prinsip asas?

Dua aset kita sebagai pembangkang, Yang Berhormat Port Dickson, yang kita pertahankan adalah setia kawan kita dalam persahabatan. Kita tidak terlompat ke sana ke mari. Kita bukan menjadikan Parlimen dan DUN sebagai sarang beruk untuk mana- mana individu bergayut.

Yang kedua adalah integriti kita. Kita tidak minta apa-apa jawatan Menteri, Timbalan Menteri, GLC tetapi kita bersedia tandatangan demi rakyat dan negara. Apa pandangan Yang Berhormat Port Dickson tentang pandangan itu? Terima kasih.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Terima kasih. Yang Berhormat juga adalah ahli jawatankuasa pemandu. Saya percaya Yang Berhormat boleh membantu dalam memastikan semangat ini diterima pakai.

final • 5:10 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar minta pencerahan.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Cuma, yang ditekankan oleh Yang Berhormat itu sangat relevan kerana bila hal ini semalam dimeterai dan ditandatangani, saya sebut kepada Perdana Menteri untuk menyegerakan penyebarannya tetapi ada proses-proses tertentu seperti cap dan sebagainya yang menyebabkan tertangguh penyebaran dokumen ini yang menyebabkan pelbagai tafsiran dan telahan. Ada yang mengatakan kita telah jual prinsip, ada yang mengatakan kita sangat mahu diiktiraf.

final • 5:10 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar minta pencerahan. Beri laluan.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Tetapi semua itu saya percaya dapat dileraikan sebaik orang membaca kerana tidak ada permintaan untuk kedudukan kita selain daripada mengikut prinsip yang lazim dipakai dalam mana-mana negara demokrasi.

final • 5:10 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Papar minta pencerahan. Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson.

final • 5:10 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Sepertimana yang kita tahu, pada tahun 2019 kalau saya tidak silap 9 April 2019 kita telah membuat satu pencerahan di mana dengan kalau kita dapat pada waktu itu memindahkan Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 1(2) yang memerlukan dua pertiga daripada Ahli-ahli Parlimen, maka Sabah, Sarawak dan juga Semenanjung akan dapat menjadi wilayah.

Di mana apabila kita menjadi wilayah, kita akan dapat semua apa yang telah termaktub di dalam perkara MA63. Persoalan saya, apabila sekarang, di mana kerajaan dan juga pembangkang telah membuat MoU dan MA63 juga telah dimasukkan dalam Perkara 7. Dalam tujuh perkara itu, saya ingin bertanya, apakah boleh apabila kerajaan dan juga pembangkang telah bersama untuk sama-sama untuk mengajukan dan sama- sama memberikan persefahaman, apakah kita akan dapat dua pertiga undian untuk – supaya kita dapat membuat pengundian supaya kita dapat melaksanakan pindaan Perkara 1(2) untuk menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai wilayah. Terima kasih.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Terima kasih Yang Berhormat Papar. Kita dalam perundingan itu memang memohon pengakuan ini kerana menuntut kepada pindaan Perlembagaan untuk memasukkan semenanjung, Sabah dan Sarawak itu sebagai wilayah dan memang ada pengakuan dan saya tidak fikir ia harus menimbulkan lagi masalah. Jadi, kalau berhasil, maka ini satu kemajuan yang besar dan sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Pulai tadi, satu pembaharuan kerana kesediaan kita bekerjasama untuk kebaikan rakyat termasuk Sabah dan Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin...

final • 5:20 PM

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Port Dickson minta penjelasan sedikit. Kita rasa sejarah yang dilakarkan semalam itu akan membawa natijah yang baik di peringkat politik nasional ini.

Persoalannya, juga berlaku kegusaran adalah di peringkat akar umbi termasuk di Dewan Undangan Negeri di seluruh negara kita.

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Port Dickson sama ada sebagai Pengerusi Pakatan Harapan, adakah Yang Berhormat Port Dickson bersedia untuk mengemudi dan menganjurkan perkara yang sama. Paling tidak pun di negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan supaya kita akan dapat melihat kebijaksanaan politik ini dilaksanakan di peringkat akar umbi dan disusuli oleh negeri-negeri lain, mungkin di bawah pentadbiran sebelah sana. Terima kasih.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Terima kasih. Ini masih di peringkat awal dan nampaknya perbincangan dengan lima wakil Menteri yang mewakili kerajaan dan kita ada kesediaan melaksanakan kalau ini dapat kita terapkan, saya percaya negeri-negeri boleh juga ikut semangat yang sama supaya hal-hal pembaharuan dan reform atau digunakan istilah transformasi itu dapat dilaksanakan. Ada beberapa langkah telah pun diambil sebelum ini seperti di negeri Johor tetapi satu permulaan yang baik.

Tuan Yang di-Pertua, saya mahu teruskan isu COVID-19 ini. Penting kita tekankan bahawa menangani masalah ini tidak mudah, benar. Akan tetapi ia memerlukan juga sikap yang agak tawaduk, jangan terlalu angkuh di kalangan pimpinan untuk merasakan pandangan mereka semua sudah pintar dan cekap sehingga tidak ada kesediaan untuk lebih inkslusif mendengar pandangan lain.

Ada sedikit perubahan sekarang, tetapi kita telah membazir waktu selama satu tahun, tidak ada kesediaan mendengar, hanya beberapa kerat orang memutuskan dan itulah yang mesti dipatuhi dan itulah yang terbaik. Padahal kita tahu dengan negara sekarang, di luar negara termasuk di kalangan pakar-pakar sedang mencari, meneroka idea baharu untuk menangani masalah ini.

Saya melihat umpamanya satu kajian oleh Society for Epidemiologic Research, professor epidemiology ini penting. Ratusan majalah dikeluarkan saya sebut di Parlimen dahulu kajian pun, puluh ribu kajian dibuat cara menangani COVID tidak ada satu pun mesti melalui darurat. Di Malaysia sendiri ada 700 hingga 800 kajian oleh pakar-pakar, satu pun tidak mencadangkan cara penyelesaian darurat. Akan tetapi sudah berlalu,

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

hendak tunjuk bahawa tidak ada kesediaan di kalangan pimpinan untuk mendengar hujah dan menilai cara yang lebih teliti.

Menurut kajian ini menyebut tentang Russian pathologist, Rudolf Virchow pada tahun 1848, dia masih berumur 26 tahun tetapi dia buat kajian teliti tentang epidemik taun, typhus epidemic. Apa yang disebut pada masa itu Upper Silesia sekarang ini Poland. Dia mengeluarkan hasil 190 muka surat yang menyebut sebenarnya kita bincang epidemik ini – Yang Berhormat Menteri Wilayah pun ada ialah masalah kemiskinan dan kesenjangan.

Kata dia, tidak boleh lari daripada kenyataan bermasalah epidemik apa pun dia berpunya kepada poverty and social exclusion kerana kemiskinan dan penyimpangan ataupun penyisiran kelompok-kelompok yang menyebabkan kesenjangan dan kemiskinan menyebabkan krisis itu memuncak. I am convinced that if you change these conditions, the epidemic would not occur. Jikalau kita lihat di negara kita yang paling banyak positif COVID, yang paling banyak meninggal dunia dan paling parah, brought-in-dead, mati semasa sampai ke hospital itu kelompok yang paling miskin. Tidak ada peluang kemudahan kesihatan. Jadi kita termasuk dalam pimpinan harus ingat, selagi tidak dapat kita tangani masalah kemiskinan, selagi kesenjangan itu berlaku terus menerus yang kaya di kalangan yang miskin, selagi projek-projek khas kemiskinan itu hanya tokenism, sedikit-sedikit dari masa ke semasa, selama itulah kita tidak dapat menyelesaikan masalah serius apa epidemik sekali pun.

Ini saya harap dapat diteliti kerana semua kajian tentang epidemik tidak terlepas daripada isu of poverty and social exclusion. Umpamanya ia sebut di sini number of excess death, kematian. Di negara seperti Peru, Bolivia, South African, Brazil itu lebih kerana politik yang lemah dan weak social institutions. Kemudahan perubatan, hospital, oksigen baru sekarang – tadi Menteri jawab kita akan hantar segera ke Sabah. Kita sudah pandemik ini sudah berapa tahun, setahun setengah. Kematian tinggi dan kes positif paling tinggi dan kematian paling tinggi di negeri paling miskin.

Vaksin, saya ada angka di sini yang paling rendah adalah di Kelantan. Kelantan adalah negeri paling miskin, vaksin paling rendah, walaupun Mercedes bertambah. Di Sabah negeri paling miskin, vaksin paling rendah kemudian barulah datang terburu-buru, yes, we are going to send now.

final • 5:20 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Masalahnya, sekarang ialah problem yang disebut dalam kajian ini, problem of abject poverty and social exclusion. Jikalau kita tangani masalah COVID ini dengan mengekalkan poverty and social exclusion dan tidak melihat ini sebagai priority areas, poorest in the country Sabah and Kelantan.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

The least vaccine, Sabah and Kelantan, it is something wrong with the system, something wrong with the planning. Tak payah melalak hendak hantar oksigen sana-sini.

Ini central problem. Setahun sudah kita bangkit perkara ini dan perkara ini tidak ditangani dengan baik.

final • 5:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Setiawangsa cuma ingin mencelah soal kaitan kemiskinan dan pandemik.

Kita boleh lihat bukan hanya di kawasan – saya pasti kawasan-kawasan seperti di Sabah dan di Kelantan masalahnya lebih serius.

Akan tetapi di kawasan bandar pun termasuk di kawasan Setiawangsa yang mana ketika Yang Berhormat Port Dickson menjadi Yang Berhormat Menteri Kewangan telah membina banyak PPR di sana. Kita lihat kesediaan kerajaan pada hari ini untuk memberikan bekalan makanan dan sebagainya tidak cukup sehingga bila berlaku PKPD dan sebagainya masalah-masalah basic kita rasa sudah habis kalau tidak pun di seluruh negara sekurang-kurangnya di bandar macam Kuala Lumpur yang mana pendapatan purata di Lembah Klang sudah mencapai negara-negara seperti negara maju di Asia tetapi poket-poket kemiskinan masih lagi serius.

final • 5:30 PM

Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa

Jadi, adakah Yang Berhormat Port Dickson setuju bahawa kerajaan telah gagal menangani isu ini termasuk di kawasan ibu kota Kuala Lumpur sendiri?

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Betul, ini dikata pockets of poverty in the midst of plenty. Maknanya satu kelompok-kelompok yang miskin yang terbiar, yang tersisih. Sekarang ini masalah selain daripada miskin desa saya sebut Kelantan dan Sabah. Ini miskin bandar di Lembah Klang, di Kerinchi dan Pantai Dalam, Setiawangsa, beberapa kawasan itu sudah ke tahap yang parah.

Tadi saya sebut tentang kajian dan Ahli Akademik kita Epidemiologist Malaysia Dato’ Profesor Dr. Adeeba Kamarulzaman juga menekankan hal yang sama dan research yang saya sebutkan tadi iaitu bila social institution itu rapuh dan lemah dan tidak ada ketegasan untuk menanganinya selain daripada retorik politik biasa dan terhakisnya trust in the government.

Bagaimana trust terhakis? Oleh kerana dua darjat tadi, dia sebut di sini trust in the government eroding especially after the rakyat reacted to double standard by politicians.

Jadi, saya harap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri ambil iktibar perkara ini...

[Tidak jelas] Umpamanya, U-turns in the SOPs were instrumental in erosion of trust. Jadi tak boleh pakai SOP yang berbeza.

Saya sebut tadi tentang jumlah vaksin. Paling rendah Kelantan, kalau ada Ahli- ahli Yang Berhormat dari Kelantan terutama dari penyokong kerajaan tidak tekan ini sebagai satu perkara yang basic saya tidak fikir mereka harus wakili lagi kawasan- kawasan mereka. Kelantan peratus vaksin 34.5, paling rendah di negara ini walaupun Kelantan paling miskin di negara ini.

Sabah, 36.1 peratus satu lagi negeri miskin, Terengganu di antara negeri miskin iaitu 45.1 peratus. Kedah, satu lagi negeri miskin iaitu 38.9 peratus. Akan tetapi kalau bicara kita ini parti Melayu akan selamatkan orang Melayu tetapi negeri-negeri yang hampir keseluruhannya orang Melayu vaksin ini paling terkebelakang. Saya tidak mahu sebut soal isu kaum di sini tetapi hendak menunjukkan logik yang dibawa untuk mempertahankan kepentingan Melayu itu sebenarnya memang rosak.

Baik, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Titah kata ada kemajuan dalam pemberian vaksin, saya terima kenyataan itu. Akan tetapi tidak kenyataan terbaharu. Jumlah vaksin harian yang diberikan lebih 500,000 pada bulan Ogos. Tuan Yang di-Pertua, ini dijanjikan sejak bulan Mac, kalau Tuan Yang di-Pertua ikuti saya ada buat Program Exit Strategy yang ikut bulanan, dia janji bulanan depan 200,000, yang ada 120,000.

Bulan Mei 400,000 yang datang 200,000. Jauh daripada target dan sasaran tetapi di sini 500,000 pada bulan Ogos. Ini yang dikaitkan dalam ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Akan tetapi sejak 18 Ogos di mana catatan paling tinggi 555,000 dos, angka harian mula menurun. Di bawah 300,000 sejak 10 September dan hanya 227,000, dua hari yang lalu.

Makna kalau kita terus dengan kadar begitu, kita tidak akan capai vaksin berkelompok herd community dan kita hendak tanya sebab apa lembap ini? Sebab apa kita mula begitu lambat? Betul, ada kejayaan sekarang tetapi while eight months to ten months behind time dan ini menyebabkan kematian begitu tinggi. Puluh ribu orang yang mati.

Saya percaya Yang Berhormat sahabat kita, keluarga kita ada yang terlibat dalam kematian. Ya, kita kata ini kerja Allah SWT kita terima nyawa dan sebagainya bukannya urusan kita tetapi ikhtiar kita, kemudahan di hospital, dikatakan yang brought in death majoriti dari kawasan yang tidak ada kemudahan.

final • 5:30 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan vaksin ini kita memang rasa bimbang kerana kadar vaksinasi menurun daripada 500,000 sehari sekarang sudah turun sampai 300,00 sehari. Ini bukan kerana tidak ada penerima.

Kalau kita lihat kepada data masih ada 2.45 juta, 2.45 juta yang telah daftar dan belum terima vaksin satu dos pun dan juga ada 2.16 juta mereka yang layak yang belum

final • 5:30 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

daftar dan sepatutnya kementerian harus meneliti khususnya kepada golongan ini, lebih kurang 4.6 juta orang dewasa yang sepatutnya diberikan vaksin secepat mungkin. Apa pandangan Yang Berhormat Ketua Pembangkang?

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Saya sebut tadi tentang ujian ya dan memang betul ujian kita tidak sampai tahap minima yang disebut dalam kajian WHO, 10 hingga 30 ujian setiap kes positif COVID-19, maknanya di antara 200,000 hingga 600,000 tetapi ketika ini tidak melebihi 180,000 yang berlaku bulan lalu, masih kurang. Kadar positif kes melebihi 13 peratus. Kalau ikut unjuran yang agak munasabah tidak boleh melebihi lima peratus, jadi kita harus tingkatkan.

Sekarang ini ternyata tidak cukup dan kena beli, ada sebahagiannya kena ditetapkan harga. Saya ingat bagilah untuk orang yang susah yang tak ada kerja Tuan Yang di-Pertua, RM17, RM18, dia tidak akan beli. Oleh sebab itu saya ucap terima kasih kerana Selangor Saliva Self-Test Kit percuma disediakan 60,000, Pulau Pinang 40,000.

Jadi, saya harap di negeri-negeri lain boleh bantu tetapi ini tanggungjawab Kementerian Kesihatan Malaysia dengan peruntukan yang besar patut lakukan.

Saya hendak berpindah kepada stok vaksin, saya ingat saya akan tinggalkan. Ini satu hal yang mesti dijawab oleh kementerian. Bagaimana dengan tentang vaksin untuk anak-anak 18 ke bawah, 16 ke bawah, 12 ke bawah? Dia jadi kontroversi di beberapa negara lain. Kita harus ada kajian yang jelas, beri keyakinan .

Ada yang membangkitkan orang yang dua vaksin pun ada penyakit terutama Sinovac. Akan tetapi oleh kerana tidak ada yang disebut data dan sains. Granular data tidak ada Tuan Yang di-Pertua. Kalau ada, berapa orang dari yang ambil Sinovac yang dapat? Kalau dapat apakah sebabnya? Pneumonia, diabetic, sebab heart failure? Jadi ini meyakinkan walaupun jumlahnya kecil ya.

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Kita ada angka menunjukkan bahawa yang fully vaccinated people, kalau di England, hanya 1.2 percent of COVID-19 death. Kalau di Malaysia, tak salah saya empat peratus. Saya ada angka tadi. Tapi maknanya jumlahnya kecil. Lebih selamat ada vaksin daripada tidak. Tapi di kalangan vaksin, kalau sakit sehingga membawa kematian, kita nak tahu kematian itu disebabkan COVID-19 ataupun kompleks...ataupun terkait dengan masalah diabetic, pneumonia, heart failure dan sebagainya. Itu kita kena teliti.

Jadi enam dan tujuh bulan dulu dalam ‘exit’ strategy, Tuan Yang di-Pertua, saya sebut tentang pertamanya biar transparent, ada ketelusan tentang bekalan vaksin.

Kemudian, peruntukan, kos, tender –supaya orang tahu betul-betul belanja. Oleh sebab kita belanja beratus bilion. Yang di-Pertuan Agong dalam titah sebut RM350 bilion. Tapi kita nak tahulah secara terperinci supaya jangan ada ketirisan. Kita tahu masalah kita ini.

Yang bocor, yang tiris, yang komisen. Ini semua kita kena elak, orang mati. Takkanlah masa ini juga kita nak fikir tentang soal perniagaan kita?

final • 5:40 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Berkenaan dengan data, Gopeng. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang kita tahu KKM telah pamerkan COVIDNOW untuk cuba menunjukkan data transparency. Akan tetapi setakat ini, data yang dipamerkan tidak cukup jelas dan tidak ada granular data seperti mana yang disebut oleh Ketua Pembangkang. Seperti mana yang disebut contohnya, kematian. Apakah jenis kematian dan kenapa? Sampai ada kes-kes di mana yang telah mati pada bulan April, semalam baru masuk dalam statistik kematian COVID-19. Jadi perkara-perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku.

Yang kedua, berkenaan dengan keberkesanan vaksin. Sepatutnya data tersebut mesti ada dalam MySejahtera. Mereka yang terima vaksin dan mereka yang telah mati selepas lengkap vaksin. Sepatutnya data-data tersebut, it should be automated. It should be dalam komputer. It should be dalam database. Kenapa tidak dipamerkan dan tidak dikongsi? Ini supaya kita lebih faham, sama ada vaksin yang berlainan ada kesannya berlainan. Apa yang dipamerkan setakat ini agak mengelirukan dan tidak mencukupi untuk kita membantu.

Saya harap KKM dapat menambah baik dari segi data transparency, granular data supaya bukan setakat di pihak kerajaan, di pihak universiti, di pihak swasta, sama-sama

final • 5:40 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

kita boleh menyumbang kepada analisis data dan memberikan cadangan yang lebih baik.

Sekian.

final • 5:40 PM

Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu

Celahan Yang Port Dickson. Tambahan kepada yang Berhormat Gopeng. Yang Berhormat Port Dickson, masih berkenaan vaksin. Dari hari awal lagi, Tuan Yang di-Pertua, polisi kerajaan adalah tidak ada paksaan. They don’t make it as a compulsory for every Malaysian to take up the vaccine. Itu asasnya. Walau bagaimanapun, mengambil vaksin itu, kita anggap membantu untuk menghadapi ancaman pandemik COVID-19. Jadi, keadaan sekarang, di negara kita adalah, kita sudah ada angka yang dah lengkap dua dos. Kita juga sudah ada angka yang mengambil satu dos dan tunggu untuk pengambilan yang kedua. Kita juga ada segmen yang ketiga, yang tidak mengambil apa-apa suntikan vaksin.

Soalan saya, saya tersentuh baru ini bila mengikuti dalam laporan berita, bagaimana seorang anggota tentera ditamatkan perkhidmatannya. Dengan hilang semua kelayakan pencen dan sebagainya kerana memilih untuk tidak mengambil suntikan. Jadi, dari sudut kemanusiaan, saya fikir, ketika kita boleh menggalakkan rakyat mengambil vaksin kerana itu membantu melegakan atau meredakan ancaman pandemik, di sisi lain, apakah tindakan itu dilihat sebagai sedikit tidak berperikemanusiaan atau ada cara lain untuk menguruskan segmen masyarakat yang memilih untuk tidak mengambil?

Pandangan Yang Berhormat Port Dickson.

final • 5:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Pertama, Yang Berhormat Gopeng menyebut tentang kelemahan MySejahtera data granular yang tidak tepat.

Umpamanya sekarang apabila mencecah 300 kematian, sebut “tidak...tidak...ini semua backlog”. Jadi maknanya angka bulan lalu, dua bulan yang lalu tidak betul. Ini problem kita. Kita ada satu sistem yang canggih, belanja yang tinggi tetapi kita bercakap soal granular ini, Tuan Yang di-Pertua, sudah lama. Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, Jawatankuasa Darurat yang dicadangkan oleh Yang di-Pertuan Agong, dipengerusikan oleh mantan Ketua Hakim Negara. Berpuluh kali minta data dari Kementerian Kesihatan dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Darurat. Sampai akhir tak dapat. Jadi akhirnya, sudah lepas lima dan enam bulan, baru terbongkar, ada kelemahan-kelemahan dasar. Datang, ada pengumuman baru yang meyakinkan. But we have lost time. Ini menyebabkan kesan kematian dan jangkitan yang bertambah. Itu yang untuk Kulim-Bandar Baharu. Vaksin ini betul. Ada orang yang merujuk kepada pandangan yang agak disebut anti vaksin. Saya lihat ada yang bagi pandangan agama, ada pandangan sains. Ada juga saintis dan medical experts yang pertikai. Saya fikir caranya ialah dengan memberikan penjelasan dan penerangan kerana ada orang yang tidak setuju. Saya tahu di Negeri Sembilan, dia kata kerana saudara dia dah ambil dua vaksin, dah mati. Buat apa dia ambil lagi?

Inilah sebab saya katakan granular itu penting. Peratus yang mati setelah di vaksin jauh sangat kecil. Kita belum tahu kerana kelemahan kita menyiapkan hujah atau fakta tentang komplikasi pesakit-pesakit itu. Tapi pendekatannya janganlah nampak kasar. Orang nak tahu, kita bagi penjelasan dan penerangan, saya fikir. Akan tetapi harus tegas. Saya fikir pendekatan yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini umpamanya orang yang dah dua vaksin ada kelonggaran dia. Saya ingat itu lebih baik.

Esok seperti negara Amerika, seperti negara-negara lain, nak naik kapal terbang kena ada dua vaksin. Esok nak naik bas pun kena ada dua vaksin. Jadi kita tidak hukum orang, tetapi kita berikan kelonggaran kepada yang sudah ada dua vaksin.

final • 5:40 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Port Dickson?

final • 5:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Yang Berhormat Kuala Selangor?

Ya.

final • 5:40 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Dato’ Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Port Dickson, Ketua Pembangkang. Saya memerhatikan beberapa hari yang lalu, Menteri Kanan Pertahanan dan juga bersama dalam sidang akhbar itu, Menteri Kesihatan, Menteri Kewangan dan Menteri Komunikasi yang menyebutkan tentang hal apa yang diistilahkan sebagai mewujudkan kelonggaran

final • 5:40 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

ataupun gelembung pelancongan untuk ke Langkawi. Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Port Dickson, yang saya kira tidak perlu dilakukan tergopoh-gapah seperti ini.

Sementara kita sangat memahami keperluan untuk menangani persoalan kemurungan dan sebagainya, untuk kita mengizinkan rakyat kita untuk bebas, namun disebutkan juga oleh Menteri Pertahanan itu, mereka di dalam saat-saat akhir untuk merumuskan SOP yang sejumlah 180 itu akan dikurangkan kepada 10 SOP yang saya kira perlunya, pastinya akan dapat dirangkum dengan baik. Cuma cara yang tergesa-gesa membuka seperti ini dengan antara lainnya tidak pula menuntut mereka yang ke Langkawi itu paling tidaknya menjalani ujian swab test sebelum ke Langkawi. Pastinya perlu mereka itu telah mendapat double dose. Juga termasuk persoalan kanak-kanak yang susceptible, kumpulan yang terdedah, diizinkan juga mereka. Kita tahu pergi ke mana, mereka adalah susceptible, kumpulan yang berisiko.

Jadi kesemua ini Yang Berhormat Port Dickson, apakah lebih baik perkara ini dirumuskan? Kalau benar-benar kita mahu transisi kepada fasa endemik, jangan dilakukan seperti ini, kerana kita belajar daripada Delta variant di Sarawak dan sebagainya. Lalu, perkara ini saya minta Yang Berhormat Port Dickson mengutarakan kerana sangat wajar perkara ini dicermati dan kita rumuskan dengan wise, dengan bijak berdasarkan sains dan sebagainya dan jangan dilakukan seperti mana yang dilakukan hari ini. Terima kasih.

final • 5:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Seperti mana yang ditekankan oleh Perdana Menteri pagi tadi, kita harus berikan sedikit ruang supaya ekonomi itu boleh meningkat. Saya setuju. Cuma yang ditekankan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor, biarlah peraturan diperketat.

Umpamanya ada dua vaksin. Kalau perlu ada swab dan kepada anak-anak yang mudah terdedah itu harus ada penelitian khusus. Saya lihat umpamanya bukan sahaja di Langkawi tetapi di pantai Port Dickson dan pantai Melaka sudah mula dikerumuni. Jadi kita— Betul, kita harus menggalakkan industri pelancongan dan saya setuju. Cuma haruslah diikat dengan peraturan yang sangat ketat. Kalau tidak, ia tidak dapat kita kawal kerana bila bawa keluarga dan anak-anak semua yang 90 peratus lebih belum divaksin.

Izinkan saya selesaikan sedikit lagi. Pertama saya hendak sebut tentang pengangguran dan kita hendak dengar secara khusus langkah yang diambil kerana pengangguran itu meningkat tinggi dan pada kadar walaupun terlebih perlahan tetapi masih meningkat. Jadi sekarang ini 7.8 daripada 7.68 sebelumnya. Kemudian kita juga lihat pengangguran dalam kalangan anak muda dan siswazah itu jauh lebih tinggi. Jadi pendekatan kita pengangguran itu tidak harus menyeluruh. Ada pendekatan yang umum tetapi juga pendekatan yang lebih tersasar kepada kelompok muda. Ini kerana bagi belia itu ada peningkatan yang mendadak. Bilangan penganggur belia bertambah sehingga sekarang ini 340,000. Jadi agak terlalu tinggi ya kalau dilihat secara keseluruhannya.

Saya hendak sentuh tadi tentang harga barang. Menteri tadi sudah keluar. Harga ayam dari 4 September – RM7.00, 11 September – RM10.00. Peningkatan lebih daripada 29.5 peratus dalam tempoh setahun walaupun keadaan inflasi katanya masih tiga peratus.

Saya tidak tahu dia kira ikut mana tetapi boleh jadi penduduk keseluruhannya bagi orang yang tidak pernah makan ayam ...

final • 5:50 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Ini semua ‘katak’ naik harga punya fasal, Yang Berhormat Port Dickson.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

[Ketawa] Okey. Tadi ada keterangan ini yang agak besar termahal di pasar basah. Ini kita harus beri penelitian lah ya.

Akan tetapi agak menarik kerana di Sarawak harga itu lebih terkawal. Ada yang memberikan penjelasan kepada saya— ini mungkin Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu lebih mahir bab ini. Ada yang menyatakan bahawa kerana pasarannya lebih terbuka dan di sini mungkin masih lagi dikongkong oleh monopoli import. Saya memerlukan penjelasan daripada Menteri, mengapa peningkatan semua cili merah Kulai— mana cili merah Kulai? Ya. Santan pekat, kelapa parut, semua naik. Akan tetapi kalau dibandingkan di Sarawak, naik itu paling minimum. Di Sabah naik. Jadi saya kurang

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

faham apa yang boleh dilakukan di Sarawak yang tidak dilakukan di sini kerana kenaikan itu sangat minimum dan kebanyakan harga itu masih di tahap yang sama tetapi itu soal kedua. Soal pertama, mengapakah langkah pengawalan harga itu sangat lemah sekarang sehingga kenaikan harga itu terlalu tinggi?

Saya juga ingin sentuhkan tentang ekonomi ini ya. Ekonomi ini seperti juga sains dan data COVID-19, ia mesti ikut angka. Kita uar-uarkan peningkatan— sebelum itu saya minta maaf. Gaji dan upah siswazah dulu sebelum ekonomi. Satu hal yang merunsingkan tentang keluhan wanita ini. Mengapakah sehinggakan tahun 2021, purata dan penengah gaji dan upah bagi siswazah lelaki masih lebih tinggi berbanding siswazah perempuan?

Kelayakan sama, kerja lebih kurang sama, tetapi upah bagi wanita itu jauh lebih rendah, relatif rendah dalam semua hal. Jadi oleh yang demikian, kita harus ada langkah— Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat harus lebih proaktif. Dia berani sedikitlah untuk menentukan bagi yang same qualifications, experience some jobs, itu sangat tidak adil dilakukan diskriminasi serupa ini dan mungkin di sektor swasta.

Terkait dengan soal wanita ini adalah soal keputusan mahkamah baru-baru ini yang menyentuh tentang ibu yang melahirkan anak. Ayahnya kalau— dan ibu— maknanya ada diskriminasi. Ibu melahirkan anak dan tidak dapat kewarganegaraan walaupun mahkamah sudah putuskan boleh. Saya tidak faham mengapa Perdana Menteri yang bercakap soal “keluarga, keluarga, keluarga” ini, mengizinkan Peguam Negara merayu menentang keputusan yang dibuat oleh mahkamah.

[Tepuk] Jadi dia beri signal yang sangat tidak baik. Soalnya kalau tidak boleh langsung, tetapi ini tidak, wanita.

Maknanya didiskriminasi ibu yang melahirkan anak. Jadi saya ingat satu yang fundamental bagi negara pada zaman sekarang ini yang lebih civilized, mengambil sikap yang diskriminasi terhadap wanita.

final • 5:50 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Yang Berhormat Port Dickson, tadi Yang Berhormat ada membicarakan tentang hak anak daripada ibu warganegara tetapi berkahwin dengan bukan warganegara. Ini anak tersebut akan membesar dan akan pergi ke sekolah. Selama bertahun anak-anak yang tidak ada dokumen dan bukan warganegara ini telah dinafikan hak mereka untuk masuk ke sekolah kerajaan.

Pada zaman Pakatan Harapan, kita telah memperkenalkan Zero Reject Policy ataupun Dasar Penolakan Sifar di mana kita benarkan supaya anak-anak ini masuk ke sekolah dan pihak sekolah serta PPD memudahkan urusan mereka untuk mendapatkan pendidikan. Saya tidak tahu di waktu ini, kedengaran sepi sejak 18 bulan yang lalu, pentadbiran PN tidak membicarakan tentang Zero Reject Policy lagi, Tuan Yang di-Pertua.

Saya tidak tahu lagi kini bagaimana. Mungkin apakah pandangan Yang Berhormat Port Dickson dalam isu ini? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:50 PM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Yang Berhormat Port Dickson, berkaitan dengan kes tadi yang disebut. Boleh saya sambung sedikit daripada Yang Berhormat Simpang Renggam? Ya, okey terima kasih.

Tadi memang saya setuju dengan Yang Berhormat Port Dickson bila sebut sepatutnya keputusan yang sangat baik itu, yang bijaksana itu sekarang dirayu oleh Peguam Negara. Saya ingin mencadangkan kepada Yang Berhormat Port Dickson sama ada satu langkah yang lebih wajar dalam keadaan ini yang patut dilakukan oleh kerajaan ialah pertama, tarik balik rayuan itu. Kedua, bagi aku janji kepada negara bahawa prinsip yang sedang diputuskan dalam kes itu akan menjadi dasar kerajaan daripada sekarang dan dilaksanakan oleh agensi-agensi yang berkenaan. Sekiranya peruntukan undang- undang perlu dipinda untuk merealisasikan prinsip itu, pihak pembangkang sedia menyokong apa-apa cadangan daripada kerajaan, kita draf bersama dan pastikan prinsip yang diputuskan dalam kes itu dijadikan undang-undang.

Setujukah Yang Berhormat Port Dickson itulah cara yang lebih baik untuk menyokong dan menentukan prinsip yang telah diputuskan dalam kes itu daripada merayu menentang kes itu? Minta pandangan daripada Yang Berhormat Port Dickson.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Terima kasih Yang Berhormat Simpang Renggam dan Yang Berhormat Sungai Buloh. Saya setuju dan saya percaya perkara ini boleh kita angkat dan saya juga akan minta kuasa yang mewakili Pakatan Harapan bangkitkan isu ini supaya memberikan mesej yang baik supaya kita tidak

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

melakukan diskriminasi dan menghormati. Ada dalam bentuk rayuan— saya teliti pendirian Peguam Negara awal. Ada rasionalnya kerana mereka itu terikat dengan beberapa kelemahan dalam peraturan undang-undang yang ada. Kalau itu yang berlaku, maka sebaiknya Jabatan Peguam Negara mengusulkan kepada kerajaan untuk membuat pindaan yang wajar supaya menjelaskan kedudukannya.

Tuan Yang di-Pertua, daripada segi ekonomi ini saya rumuskan kerana masa tidak mengizinkan dengan pendidikan. Pendidikan ini bukanlah saya hendak puji Yang Berhormat Simpang Renggam. Akan tetapi oleh kerana Yang Berhormat Simpang Renggam dan jawatankuasanya telah melakukan suatu kajian lebih mendalam berdasarkan bukan sahaja perencanaan, perancangan tetapi juga tentang input daripada di bawah oleh ibu bapa, guru dan pelajar-pelajar. Saya minta supaya ini diberikan perhatian.

final • 5:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Ya, di antara yang paling dikesalkan bila saya turun ke kawasan termasuk Port Dickson, ialah tidak ada suatu dasar dan hala tuju yang jelas oleh Kementerian Pendidikan. Dia– keputusan-keputusannya itu diumumkan cepat, ditarik cepat. Ini kalau dari segi pengumuman dan tarikan, yang paling berkesan ialah Kementerian Pendidikan.

Jadi oleh yang demikian, saya harap diberikan perhatian. Saya percaya Yang Berhormat Simpang Renggam akan memanfaatkan waktu untuk bangkitkan dan saya tidak dapat baca semuanya.

Begitu juga tentang ekonomi. Ekonomi kita harus sampai pada ketika, di mana kita akui beberapa kelemahan. Dari segi competitiveness atau daya saing, kita ketinggalan di rantau ini. Kita harus terima kenyataan itu dahulu, dan kita tengok sebab apa. Apakah sebab tidak ada kestabilan politik atau dasar yang tidak proaktif, atau tidak menggalakkan daya saing? Harus kita terima, tetapi kalau terus propaganda bahawa kita masih ada berpuluh-puluh bilion datang, yang merupakan hanya kenyataan-kenyataan awal yang belum dilaksanakan dan beberapa syarikat besar keluar ke Indonesia atau ke Vietnam, dan kita lihat, itu satu masalah yang besar.

Yang di-Pertua, kita– hal ini hal yang diketahui umum, syarikat-syarikat besar yang keluar. Oleh yang demikian, saya harap dalam perbincangan dan perbahasan nanti, rakan-rakan akan boleh bawa isu ekonomi dan merujuk kepada angka dan kenaikan yang kita perolehi cukup besar. Kalau kita lihat umpamanya, kita mula daripada threshold yang rendah ya, punya pertumbuhan minus 5.6 tahun lalu. Tahun ini first quarter, katalah kita naik, atau second quarter kita naik 16.1. Kita kena tengok dari segi itu. You don’t– apa, mislead. Statistics do lie, Tuan Yang di-Pertua. Jadi kita kena tengok itu supaya rakyat tahu.

Kemudian, kalau tengok Indonesia, kalaupun ia catat 7.1 year 2021, tetapi dia minus 2.1 sahaja pada tahun lalu. Jadi, oleh yang demikian, angka ini harus kita lihat dan tentunya satu yang membingungkan. Mengapa dahulunya Vietnam telah mengatasi kita dan sekarang Indonesia mengatasi kita? Mari kita umpamanya lihat supaya dapat kita memanfaatkan waktu dan pengalaman ini untuk membawa perubahan untuk mengangkat martabat rakyat melalui pemacuan ekonomi yang lebih meyakinkan. Terima kasih.

final • 6:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat Ketua Pembangkang. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Sabak Bernam, 15 minit.

final • 6:00 PM

Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam

15 minit, eh?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sungguhnya, tarikh 13 September 2021 yang baru lalu mencatatkan sejarah sekali lagi ya, kepada negara khususnya Parlimen Malaysia kerana buat kali yang ketiga Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong perkenan menyampaikan titah di perbukaan persidangan Parlimen Malaysia. Saya merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada

final • 6:03 PM

Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam

Allah SWT kerana izin dan limpah kurnia-Nya jua saya dapat berucap menjunjung kasih titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya memulakan ucapan ini dengan mengambil berkat memetik sepotong ayat daripada Al-Quran al-Karim yang bermaksud, “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang merampas kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau menghinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah sahaja adanya kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu.” Tuan yang di-Pertua, pertama saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kesembilan pada 21 Ogos 2021. Selaras dengan konsep Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Yang Amat Berhormat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob mencatatkan sejarah tersendiri sebagai Perdana Menteri yang kesembilan dan Perdana Menteri ketiga yang merupakan anak Pahang Darul Makmur. Tahniah.

Bagaimanapun, pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri adalah tepat pada masanya bagi meneruskan Pelan Pemulihan Negara, yang telah dirangka Perdana Menteri yang kelapan bagi mengekang COVID-19 dan menstabilkan negara yang sedang dilanda suasana politik yang bergelora. Saya mengalu-alukan dan menyokong pendekatan Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang kesembilan ini, kerana ia bersifat lebih inclusive dan merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum, serta budaya dan politik. Saya yakin konsep Keluarga Malaysia ini akan menjadi kunci kejayaan negara dan menjamin kestabilan dan keutuhan negara dengan menekankan nilai-nilai didikan dalam membina sesebuah keluarga iaitu Keluarga Malaysia.

Keduanya, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin, Perdana Menteri Malaysia yang kelapan, yang telah berjaya menerajui kerajaan bersama Perikatan Nasional dengan tenang dan tabah, telah berusaha dengan sepenuh tenaga dalam menghadapi kemelut yang melanda negara yang sedang menghadapi krisis pandemik COVID-19, dan suasana yang mencabar serta berjiwa besar untuk melepaskan jawatan beliau pada 16 Ogos 2021 yang lalu, untuk memastikan penurunan suhu politik negara kembali stabil dan lancar.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah ke atas pelantikan Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, dan yakin dengan kewibawaan beliau, bahawa Pelan Pemulihan Negara ini akan dapat mencapai sasaran dan matlamat dalam jangka waktu yang ditetapkan.

Tuan Yang di-Pertua, hakikatnya PRU-14 menyaksikan perubahan landskap politik negara secara tradisinya selama 61 tahun alah dibentuk dari kerajaan majoriti tetapi bertukar kepada kerajaan minoriti. Negara mencatatkan sejarah apabila parti-parti minoriti membentuk kerajaan. Negara juga mencatatkan sejarah apabila tiga orang Perdana Menteri dilantik dalam satu tempoh Parlimen. Gagasan Kerajaan Pakatan Harapan hanya bertahan 22 bulan, manakala kerajaan gabungan Perikatan Nasional hanya bertahan selama 17 bulan. Kerajaan hari ini yang mahu dikenali sebagai Kerajaan Malaysia, tetapi saya lebih tertarik untuk memanggilnya kerajaan perpaduan, ataupun unity government. Kerajaan ini hanya berbaki 21 bulan sebelum PRU yang ke-15.

Semuanya yang berlaku adalah dengan kehendak Allah. Allah Maha Berkuasa, memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendaki dan merampas kuasa pemerintahan itu dari sesiapa yang dikehendaki-Nya. Sebagaimana maksud ayat dari Surah Ali Imran ayat ke-26 yang saya bacakan di awal perbahasan tadi, ayat ini memberikan peringatan kepada kita semua bahawa kuasa pemerintahan hanyalah daripada Allah, dan sementara sahaja. Sebagai pemimpin, kita diingatkan bahawa kuasa ini adalah amanah dan tanggungjawab yang akan dipersoalkan di kemudian hari kelak.

final • 6:03 PM

Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam

Dalam titah ucapan baginda Tuanku telah menyentuh beberapa perkara ekosistem iaitu ekosistem kesihatan, keselamatan, ekonomi, sosial dan politik. Tuanku telah merakamkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang kelapan dan mengucapkan tahniah ke atas pelantikan Perdana Menteri yang kesembilan dengan harapan agar kerajaan hari ini dapat menangani pandemik COVID-19, dan mentadbir negara dengan berprestasi tinggi dari segi jangka pendek dan jangka panjang. Negara telah berjaya dalam menangani pandemik COVID-19, selain melaksanakan pakej bantuan kewangan dan rangsangan ekonomi kepada rakyat.

final • 6:03 PM

Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam

Kejayaan ini adalah hasil Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta. Tuanku turut meminta agar semua pemimpin merealisasikan kerjasama dwi-partisan dengan memperkukuhkan perpaduan, kesepakatan dan kebersamaan. Saya amat tertarik dengan nasihat Tuanku menasihatkan supaya mengamalkan demokrasi bermesyuarah. Ianya merupakan konsep baru demokrasi yang amat wajar dalam menyelesaikan apa jua masalah yang melibatkan semua pihak dalam tadbir urus negara.

Tuanku turut menekankan pentingnya Agenda Nasional Malaysia Sihat dalam mendidik warga Malaysia. Namun, Baginda menyuruh agar rakyat tidak terleka kerana wujudnya varian baru virus COVID-19. Rakyat perlu sentiasa berjaga-jaga, berdisiplin dan mematuhi SOP yang ditetapkan. Kes baru harian COVID-19 hendaklah diturunkan segara supaya memberi keyakinan kepada rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, Tuanku dalam Titah Baginda turut menyentuh pentingnya kawalan sempadan negara, kemasukan dan pemberian visa warga asing dan kemasukan pendatang tanpa izin. Berhubung dengan ekosistem ekonomi, Tuanku memuji kerajaan yang telah melaksanakan berbagai-bagai pakej rangsangan dan pemulihan ekonomi untuk kesejahteraan rakyat.

Melalui geran khas PRIHATIN Bantuan COVID-19 dan pakej PEMULIH negara, Tuanku turut menekankan bahawa inisiatif baharu dalam aktiviti tambah nilai menerusi penggunaan automasi dan teknologi untuk memajukan sektor perladangan, komoditi, pekebun kecil, pertanian, industri makanan, pelancongan dan...

[Tidak jelas] perlu dipercepatkan pelaksanaannya.

Tuan Yang di-Pertua, Tuanku akhirnya menzahirkan dan merakamkan amat menghargai taat setia dan sumbangan anggota-anggota perkhidmatan awam. Kerajaan serta petugas barisan hadapan negara khususnya perkhidmatan kesihatan yang terus bekerja keras.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya akan saya menyentuh tentang Kementerian Perpaduan Negara dan ini yang ditubuhkan asalnya sebagai Jabatan Perpaduan negara 1 Julai 1969 adalah ekoran daripada peristiwa berdarah 13 Mei 1969 sebagai kesedaran dan langkah untuk menyatupadukan semua kaum di negara ini. Seterusnya, Jabatan Perpaduan Negara menjadi kementerian pada tahun 1972. Selepas itu, menjadi Jabatan Perpaduan Negara dan integrasi Nasional sehinggalah Kementerian Perpaduan Negara ditubuhkan semula pada tahun 2020. Ini jelas membuktikan bahawa isu perpaduan kaum di negara ini amat penting dan kritikal sekali sehinggakan kerajaan memerlukan perhatian dan tindakan yang sewajarnya.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya berhubung Kementerian Perpaduan Negara, saya ingin menyentuh berhubung dengan konsep dan pendekatan warga Malaysia yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri. Tuanku, Yang di-Pertuan Agong dalam Titah turut menzahirkan betapa pentingnya konsep keluarga Malaysia ini.

Seterusnya, saya ingin menyentuh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu berhubung dengan Kementerian Kesihatan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah merealisasikan bahawa Sabak Bernam sebagai daerah terawal di negeri Selangor yang mencapai imuniti kelompok lebih daripada 89 peratus penduduk lengkap vaksinasi, alhamdulillah.

Berhubung dengan Kementerian Kesihatan Malaysia juga, saya ingin menyentuh berhubung dengan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan iaitu satu kempen

final • 6:10 PM

Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam

vaksinasi kebangsaan yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan sebagai satu pendekatan untuk membendung penularan Coronavirus serta menamatkan pandemik. Program imunisasi ini telah dilaksanakan secara berperingkat mulai 24 Februari 2021.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan kementerian juga saya ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa pada masa kini pegawai perubatan yang bertugas di pusat pemberian vaksin dan pusat pemberian COVID-19 iaitu menerima elaun sebanyak RM300 jika bertugas kurang daripada 15 hari dan RM600 jika bertugas melebihi sebulan. Saya mendapat maklum balas daripada pegawai perubatan bahawa kadar elaun adalah tidak setara dengan bebanan tugas di pusat pemberian vaksin dan selain waktu bertugas yang lebih panjang dan bilangan pesakit yang ramai.

Saya ingin mencadangkan agar kerajaan menimbangkan kadar elaun COVID-19 ini dinaikkan kepada RM500 jika bertugas kurang daripada 15 hari sebulan kepada RM1,000 jika bertugas melebihi 15 hari sebulan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya berapakah bilangan pegawai perubatan secara tetap dan kontrak yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia pada masa kini. Adakah bilangan ini mematuhi nisbah pegawai perubatan dan pesakit seperti yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Berapakah bilangan pegawai perubatan yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia sama ada tetap ataupun kontrak yang telah berhenti pada tempoh Januari tahun 2020 hingga tahun 2021 Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh tentang Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu saya ingin menyentuh berhubung Kementerian Pendidikan yang pertama saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pendidikan, khususnya kepada semua pelajar dan guru-guru yang telah mencapai kejayaan yang luar biasa di dalam keputusan peperiksaan SPM tahun 2020. Peperiksaan SPM tahun 2020 yang dijadualkan pada 5 Oktober hingga 19 November 2020 telah ditangguhkan dan diadakan bermula pada 16 Mac 2020 disebabkan oleh perintah gerakan akibat pandemik. Seramai 416,000 calon menduduki SPM tahun 2000 berbanding 400,105 pada tahun 2019.

Namun, di sebalik pelbagai kegusaran halangan dan rintangan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia adalah lebih baik berbanding dengan keputusan SPM tahun 2019 iaitu Gred Purata Nasional pada tahun 2020 adalah 4.80 manakala tahun 2019 adalah 4.86, perbezaan 0.06. Malah keputusan pelan luar bandar dan bandar juga bertambah baik dan jurang pelajar bandar dan luar bandar juga semakin mengecil.

Sebagai pembandingan SPM, keputusan SPM, pelajar luar bandar meningkat dan ini adalah merupakan [Tidak jelas] bandar dan luar bandar. Tahniah, sebagai bekas pendidik saya ingin menumpang bangga dengan keputusan yang cemerlang ini. Namun kejayaan ini adalah keajaiban...

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat...

final • 6:10 PM

Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam

...Ataupun miracle.

Saya juga ingin mendapatkan penjelasan bagaimanakah dan apakah faktor-faktor yang telah menghasilkan kejayaan gemilang SPM tahun 2020 dalam zaman COVID-19 ini digantikan dengan seterusnya.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Minta rumuskan Yang Berhormat. Minta rumuskan Yang Berhormat.

final • 6:10 PM

Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam

Ya. Tuan Yang di- Pertua, akhirnya sebagai tanda kita mencintai negara kita ini marilah membacakan doa keselamatan, kesejahteraan negara kita serta seluruh rakyat jelata lebih-lebih lagi kita dalam sesi wabak pandemik COVID-19 sekarang ini.

Saya menyeru dan mengajak Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini supaya mentaati Allah dan perintahnya serta menjauhi larangannya dan menghindarkan diri daripada perbuatan yang boleh mencetuskan huru-hara di dalam negara ini.

Saya akhirnya mengakhiri ucapan ini dengan memetik sepotong ayat al-Quran nur karim yang bermaksud, “Dan sekiranya penduduk negara negeri ini beriman serta bertakwa tentulah kami akan membuka kepada mereka pintu-pintu kurniaan yang

final • 6:10 PM

Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam

melimpah-limpah berkat dari langit dan bumi. Akan tetapi mereka yang mendustakan lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang telah mereka usahakan”. Sekian, wabillahi taufiq walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian, terima kasih.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Sabak Bernam.

final • 6:10 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Tuan Yang di-Pertua, sedikit.

Sedikit, Padang Serai.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Untuk apa?

final • 6:10 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Berkaitan dengan – kita lihat banyak kerusi-kerusi Ahli Parlimen kosong terutama sekali Ahli-ahli Yang Berhormat Menteri. Kita ada 70 Menteri, at least 10 percent Yang Berhormat Menteri mesti ada. Kita berbahas.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya.

final • 6:10 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Akan tetapi kita tengok kerusi sahaja dengar.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Tak, insya-Allah.

final • 6:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Insya-Allah...

final • 6:20 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Mesti ada 10 peratus Ministers atau Timbalan Menteri mendengar. At least rakyat nampak. Bila TV tunjuk kerusi semua kosong, rakyat dekat sana marah.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya, faham.

final • 6:20 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Yang Berhormat Menteri Perpaduan ada, tak apa.

final • 6:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Tolong duduk Yang Berhormat Padang Serai. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kota Raja. Masa 15 minit.

final • 6:20 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Tuan Yang di-Pertua, menjunjung Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Dalam Titah Baginda menyatakan, “Yang menang tak dapat semua, yang kalah tak hilang semua”.

Dalam pilihan raya yang lepas, yang menang itu kami PH. Akan tetapi, akibat daripada pergolakan politik, kami terpaksa menjadi pembangkang. Ertinya, kami bertindak dalam keadaan izin dalam paksa.

Kita lihat di sini, kita mahu sesuatu kerajaan yang dipilih sekurang-kurangnya kekal sehingga satu penggal. Akan tetapi, telah berlaku peristiwa-peristiwa di mana rakyat bertuah di Malaysia ini sekali mengundi dapat tiga Perdana Menteri. Bahkan kalau kita mahu, ada desakan-desakan sekarang untuk tukar Perdana Menteri yang ketiga. Ertinya, menjelang pilihan raya dua tahun lagi, kita boleh ada Perdana Menteri yang kesepuluh, Perdana Menteri yang kesebelas. Boleh tetapi rakyat semakin meluat kepada ahli-ahli politik. Ini kerana masalah yang besar dalam negara ini ialah masalah COVID-19, kemiskinan, masalah ekonomi tetapi tumpuan adalah soal kerajaan dan menukar kerajaan.

Oleh itu, saya beritahu kepada menteri yang baru dilantik kelmarin terutama Menteri Agama, sekurang-kurangnya kamu boleh jadi menteri sehingga pilihan raya akan datang. Kalau tidak, dua minggu lagi kamu kena bungkus tikar. Ini politik Malaysia sekarang ini.

final • 6:20 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Oleh itu, persefahaman yang ditandatangani semalam adalah cukup bererti iaitu kita yang telah lalu kita berkorban dan kita membina masa depan yang lebih gemilang dan kita dapat membentuk Malaysia yang lebih baik untuk rakyatnya pada masa akan datang.

Ahli-ahli Parlimen terutama sekali, mereka adalah pembuat dasar. Apa yang kita lihat mutakhir ini, Ahli-ahli Parlimen menjalankan kerja-kerja bukan sebagai Ahli Parlimen.

Ahli Parlimen adalah pembuat dasar. Yang melaksanakan dasar itu adalah pegawai- pegawai kerajaan. Sebab itulah kita lihat sekarang ini peranan ADUN dan Ahli Parlimen seolah-olah sudah menjadi pegawai kebajikan. Sebenarnya mereka Ahli Parlimen dan ADUN. Sebab itulah kita kena balik semula kepada fungsi sebenar Ahli-ahli Parlimen iaitu mereka pembuat dasar.

Misalnya, dasar kebajikan. Dibuat di Parlimen ini dasar kebajikan dan jawatankuasa-jawatankuasa yang terlibat memainkan peranan merangka dasar kebajikan. Bukan Ahli Parlimen dibebankan dengan turun bertemu untuk melaksanakan kebajikan sedangkan dasar tidak dirangka.

Saya memberi contoh. Saya melawat di kawasan saya Kota Raja. Ada suami isteri. Ibunya nama Kasthuri, suaminya nama Muniandy. Ada dua anak OKU lumpuh ketika sudah membesar dalam belasan tahun. Dua anak ini. Satu lelaki, satu perempuan.

Ibu bapanya kedua-duanya bekerja. Seorang terpaksa berhenti kerja untuk memelihara anak yang OKU kedua-duanya. Penyakitnya itu ada nama saintifiknya tapi dia lumpuh kaki dan tangan. Badannya elok dan cantik. Negara berkebajikan, polisi mesti kita buat bagi mereka yang ada keluarga seperti ini, kerajaan mesti bayar gaji penuh kepada salah seorang ibu atau bapa. Ini kerja sepatutnya Ahli Parlimen buat iaitu polisi kebajikan.

Pada masa yang sama, oleh sebab kita hendak mempertingkatkan kemakmuran kepada rakyat ini, saya cadangkan supaya pilihan raya majlis bandaran itu dihidupkan semula. Kalau ada dibimbangi kaum tertentu menguasai di kawasan bandar, kita boleh bincang dalam jawatankuasa yang dibentuk di Parlimen ini supaya tidak berlaku mana- mana kaum tertinggal bila ada pilihan raya majlis bandaran. Sekarang ahli-ahli majlis dia taat setia kepada pemimpin parti. Kalau daripada AMANAH, dia kena taat kepada saya.

Tak taat, saya boleh buang. Akan tetapi, kalau ada pilihan raya ahli majlis, dia kena berbakti kepada rakyat, memperkenalkan diri kepada rakyat. Baru dia boleh menang dalam pilihan raya ahli majlis.

Kita lihat negara-negara yang hebat muncul sekarang ini, presidennya bermula di peringkat pertandingan ahli majlis. Jokowi menang sebagai ahli majlis dahulu. Mahmoud Ahmadinejad menang dahulu di peringkat ahli majlis di peringkat Tehran. Begitu juga Recep Erdoğan, menang dahulu di peringkat ahli majlis di Istanbul. Ertinya, pilihan raya ini penting.

Dahulu dihapuskan atau dimansuhkan kerana dibimbangi sesuatu kaum akan menguasai sesuatu tempat. Kita boleh bincang hal-hal seperti itu pada masa yang akan datang supaya ada pengimbangan kaum bumiputera dan bukan bumiputera terutamanya kalau berlaku pilihan raya di Larut, misalnya di Daerah Taiping atau daerah pedalaman, semua Bumiputera menang. Bagaimana yang bukan Bumiputera yang ada di situ boleh berada dalam jawatankuasa, itu kita boleh bincang.

Tuan Yang di-Pertua, kita juga sekarang ini kena melihat perubahan dunia. Dunia sedang berubah daripada West ke East. Saya menghadiri sidang terakhir anjuran NATO di Munich, Jerman. Tajuk sidang mereka, Westlessness. Mereka sedang memikirkan bagaimana Barat sedang menurun dan perkembangan ekonomi dan teknologi dunia sedang datang ke timur khasnya China, Korea dan Jepun.

Kadangkala di kalangan kita, kita memikirkan soal misalnya lawan komunis.

Betul, kita lawan komunis. Jangan kita fikir yang kita lawan tahun 60-an itu sama seperti sekarang tahun 2021. Tahun 60-an, mereka ini satu mangkuk bubur share satu keluarga tiga orang makan. Sekarang China dia sudah hampir 500 juta mampu melancong, ekonominya begitu tinggi, bilionairnya begitu banyak. Mereka sudah boleh berada 90 hari di angkasa lepas. Supermarket mereka penuh dengan robot untuk mengambil barang- barang yang dipesan. Cash sudah tidak ada. Sudah jadi cashless.

Ini perubahan sekarang. Akan tetapi, pemikiran di kalangan Malaysia termasuk pegawai-pegawai tinggi beruniform masih berfikir soal Sandhurst dan West Point. Kerana

final • 6:20 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

perubahan telah berlaku. Kita juga kena bincang soal dasar luar bagaimana hendak menghadapi sekarang ini dengan mengekalkan hubungan baik kita dengan FPDA iaitu dengan New Zealand, Australia, Singapura dan Great Britain dan pada masa yang sama kita kena buat defence diplomasi yang hebat dengan kuasa baharu ini. Ini supaya kita tidak terjebak dalam pertarungan kuasa yang kita lihat telah meratah Timur Tengah dan ia tidak akan berlaku di rantau ini. Ini cukup penting sebab Britain yang kita lihat sekarang ini bukan Britain tahun 60-an. Sun never sets at British Empire.

final • 6:20 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Britain sekarang, Scotland pun nak keluar daripada Great Britain. Oleh itu, dalam hal dasar luar, hal keselamatan, hal future ini mesti ada jawatankuasa untuk bincang.

Yang Berhormat Menteri kita tahu, sibuk. Kita biasa jadi Menteri. Penuh dengan mesyuarat, tugas, lain-lain semua, dalam negeri dan luar negeri. Jawatankuasa Parlimen inilah yang akan merangkanya supaya mereka dapat mengetahui ke arah mana nak membawa Malaysia pada masa hadapan. Lihat sekarang, limpahan kemampuan China, kemajuan China dinikmati oleh Vietnam dan Kampuchea. Kenapa kita ketinggalan?

Ketua Pembangkang telah sebut tadi cara yang agak panjang hal-hal itu. Kita ketinggalan dalam limpahan ini. Kita tidak mahu Kampuchea pula mengatasi kita pada masa yang akan datang kerana kita dalam merangka dasar luar, merangka dasar ekonomi, kita tidak dipandu oleh jawatankuasa Parlimen. Sebab itu saya pergi ke Jakarta, saya jumpa Ahli Parlimen dari Jawa Barat. Mereka dibuat rumah di Jakarta, di Kalibata dekat dengan makam pahlawan. Ahli Parlimen kena berada di situ. Hari cuti mereka, mereka bincang hal-hal dasar negara, committee yang mereka sertai.

Kalau Ahli Parlimen ini, sana dipanggil DPRlah. Dr. Jalaluddin Rakhmat, dia balik ke Bandung, Jawa Barat. Rakyat akan bertanya, tuan tak kerja kah sebagai Ahli Parlimen?

Bererti, sebagai Ahli Parlimen kena duduk di Jakarta. Kena bincang di situ. Sekarang ini Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak, kena balik setiap minggu bertemu rakyat.

Sepatutnya kerajaan kena bina rumah untuk Ahli Parlimen, khasnya Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak supaya mereka dapat berada di sini bersama keluarga. Hari minggu atau jika mereka duduk dalam committee apa-apa, boleh berbincang. Bila keperluan mendesak, baru berada di dalam kawasan. Ini tugas Ahli-ahli Parlimen yang mereka ini pembuat dasar. Ya lah, kalau ada masa bolehlah angkat beras masuk kampung dan sebagainya. Itu bolehlah buat kalau ada masa.

Saya ingat mendiang Karpal Singh. Saya tanya dia, bila Yang Berhormat melawat kawasan? Dia kata hal longkang, hal jalan raya, itu kerja ahli majlis, saya peguam dan Ahli Parlimen. Akan tetapi kita lihat bila rakyat faham tugas Ahli Parlimen, beliau bertanding pilihan raya, lagi menang besar, lagi menang besar sehingga bila dia meninggal dunia, Tuan Ramkarpal Singh calon di situ, BN tak berani bertanding di kawasan itu. Ini kita lihat peranan Ahli-ahli Parlimen ini yang perlu kita tingkatkan daripada semasa ke semasa.

Sekarang isu besar dalam dunia ini ialah global warming, semua orang bercakap.

Tahun ini terbakar di merata-rata. Di Amerika, di Kanada, di Greece, di Itali, di Sepanyol, terbakar dan Amerika sampai meletakkan John Kerry, seorang bekas calon Presiden, dulu Naib Presiden Setiausaha Amerika untuk mewakili Amerika hal global warming ini walaupun sebelum itu George Bush tidak berminat. Sekarang kita, jawatankuasa hal global warming, hal cuaca dan sebagainya tidak diambil berat atau kurang diambil berat.

Kita mahu ada jawatankuasa berkaitan hal perubahan cuaca ini. Ada mesyuarat Geneva, ada mesyuarat di Los Angeles. Hantar Ahli-ahli Parlimen ini pergi dan kerajaan kena keluarkan belanjalah. Ini belanja yang patut dipertingkatkan kepada Ahli-ahli Parlimen soal tugas mereka.

Tugas mereka ke luar negara, tugas mereka bermesyuarat. Tugas mereka bertemu dengan jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat antarabangsa yang lain. Sebab itu sekarang ini kalau kita kata hal luar negara, apa yang berlaku di Afghanistan? Semua tak tahu jawab. Jawab ikut bacaan masing-masing. Tak ada panduan daripada satu jawatankuasa Parlimen nak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Kenapa Amerika lari keluar dengan sebegitu rupa? Adakah ada perundingan? Adakah ada perancangan?

Kenapa dia sanggup tinggalkan weapon dan bekalannya yang begitu banyak? Kita tak tahu.

final • 6:30 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Semua jawapan meraba mengikut bacaan peribadi, bacaan sendiri. Panduan daripada jawatankuasa Parlimen, tak ada. Sebab itu dengan perjanjian yang dibaca panjang oleh Ketua Pembangkang tadi, kita mulakan sesi Parlimen baru ini supaya kita dapat wujudkan sistem Parlimen yang hidup. Bukan lagi seperti yang telah lalu misalnya kita lihat fungsi Ahli-ahli Parlimen itu tidak begitu...

final • 6:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Minta rumuskan.

final • 6:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Sekejap sahaja.

final • 6:30 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

...Tidak begitu kita lihat dapat diperlihatkan sebagai fungsi Ahli Parlimen.

final • 6:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih Yang Berhormat. Soal reforms ini sangat penting dan salah satu perkara yang telah pun diputuskan bersama adalah untuk memberikan peruntukan yang adil dan saksama kepada semua kawasan Parlimen tidak kira kerajaan dan pembangkang. Saya ingat apabila kita dalam kerajaan pun, kita pulangkan hak kepada Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu. Kelantan sebanyak RM400 juta dan Terengganu sebanyak RM1.2 bilion. Di Kementerian Belia dan Sukan, kita pulangkan hak penganjuran SUKMA buat pertama kali dalam sejarah kepada negeri Kelantan dengan peruntukan sukan dalam RM200 juta.

Sambil kita bincangkan perjanjian di peringkat Persekutuan, rakyat di peringkat negeri khususnya juga bertanya dan ini kritikal kepada kita juga dalam blok pembangkang.

Adakah dengan perjanjian ini, negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan di Selangor dan Pulau Pinang turut akan membawa reformasi baru ini untuk memulangkan hak peruntukan yang adil dan saksama kepada semua kawasan tidak kira kawasan yang juga ditadbir oleh Ahli Dewan Undangan Negeri PAS ataupun UMNO. Jika kita inginkan reforms, reforms tak boleh kita pilih hanya apabila ia memihak kepada kita tetapi harus dibuat kepada semua. Terima kasih.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Muar.

final • 6:30 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Terima kasih. Saya bersetuju dengan pandangan rakan kita daripada Muar itu. Memang dahulu lagi teruk, Yang Berhormat Muar. Nak pergi minta bantuan kebajikan, dia tanya parti apa. Dahulu masa kami dalam ‘Pa Alif Sin’ dululah. Dia tanya parti apa dan sekarang kita harap tak ada dah nak tanya parti itu. Kita ikut kepada kelayakan. Begitu juga kedudukan negeri misalnya Kelantan, negeri yang terkebelakang, mesti dibantu lebih. Bila bantu lebih, jangan beli Mercedes dahulu. Lihatlah soal keadilan sosial (social justice). Yang mana perlu diutamakan, yang mana perlu dikemudiankan.

Begitu juga Terengganu. Terengganu, walaupun mantan Yang Berhormat Menteri Kewangan dikatakan DAP anti Melayu dan sebagainya, dia di antara dalam Kabinet yang kuat berlawan supaya kita tunaikan manifesto iaitu beri royalti mengikut apa yang kita janjikan. Sebab itulah Terengganu dapat satu bilion lebih daripada wang royalti ini. Ini yang kita lakukan. Apa boleh buat? Kerajaan kita umur pendek. Timbalan Yang di-Pertua pun lari. Akan tetapi yang penting, kita kena buat pembaharuan ini. Sebab dengan perjanjian yang berlaku ini, kita harap kita buat satu azam baru untuk membina Malaysia yang lebih baik dan kita lawan semua dalam bentuk corruption, penyelewengan dan sebagainya. Ini yang kita harapkan. Sekian, terima kasih.

final • 6:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Seterusnya saya jemput Yang Berhormat Pasir Mas kemudian yang terakhir diikuti oleh Yang Berhormat Papar. Sila Yang Berhormat Pasir Mas, sembilan minit.

final • 6:30 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

*Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.* Pertamanya saya menjunjung kasih di

final • 6:38 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

atas titah diraja yang telah disampaikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Musta'in Billah yang pada hemat saya telah merangkumi setiap aspek topik perbincangan di kalangan rakyat jelata pada masa kini.

Menyambut titah baginda, saya mulakan dengan dua rangkap pantun.

*Dahan yang patah kita betulkan, Daun selasih di tengah anjung, Raja bertitah kita bahaskan, Menjunjung kasih tiada penghujung.

Menyapu ranting di tengah laman, Daun sehelai hanyut di paya, Raja prihatin kerajaan budiman, Inilah nilai Keluarga Malaysia.* Tuan Yang di-Pertua, keabsahan kerajaan ini telah pun disahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong. Di dalam ucapan titah baginda dan tidak ada lagi pertikaian terhadap keabsahan kerajaan ini dan kita menyambut baik Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang telah pun ditandatangani semalam bersama dengan pimpinan Pakatan Harapan, pembangkang dan apa yang penting untuk kita nyatakan bahawa apa yang telah ditawarkan yang ditandatangani semalam ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah penerusan kepada agenda yang telah dimulakan oleh Yang Berhormat Pagoh sebelum daripada ini.

final • 6:38 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Sebenarnya, ia tidak ada apa-apa yang baru melainkan agenda yang sama. Jadi sebab itulah kerajaan yang ada pada hari ini hanyalah meneruskan apa yang telah diletakkan dasarnya oleh Kerajaan Perikatan Nasional sebelum daripada ini. Kalaulah sebelum ini dikatakan kerajaan yang gagal maka sudah tentu Yang Berhormat Pagoh tidak akan dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara sebagaimana yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Justeru Tuan Yang di-Pertua, kita ingin menyatakan bahawa dasar ini akan terus berjalan dan titah baginda meminta supaya Ahli-ahli Parlimen mengetepikan politiking yang melampau, memantau kejayaan program kerajaan.

Beberapa fakta yang tidak dapat dinafikan oleh semua dari sudut ekonomi negara.

Belanjawan 2021 adalah belanjawan terbesar bernilai hampir RM332.5 bilion dan ia telah menyumbang kepada hasil KDNK yang meningkat sebanyak 16.1 peratus. Di samping itu, pelaburan langsung asing atau foreign direct investment (FDI) telah pun meningkat secara drastik pada separuh tahun pertama 2021 dengan rekod pelaburan sebanyak RM107.5 bilion.

Dari sudut FDI, peningkatan sebanyak 220 peratus telah pun dilihat pada separuh tahun pertama 2021. Perkara ini perlu dibanggakan bukan sekadar dari sudut pelaburan tetapi dari sudut rakyat juga menikmati kesan baik iaitu anggaran 45 ribu peluang pekerjaan telah pun disediakan hasil daripada pelaburan tersebut. Namun dalam skala lebih besar, secara jujurnya adakah perkara ini cukup untuk kerajaan memperkasa atau memberikan jump-start ke atas keadaan ekonomi negara?

Hakikat data mikro ekonomik ini mungkin tidak mampu melambangkan semua keadaan sektor perniagaan dan rakyat di peringkat lapangan. Realitinya, angka kita lihat semakin naik tetapi rakyat secara realitinya di sana peluang pekerjaan yang semakin bermasalah dan rakyat yang semakin berdepan dengan isu yang hilang pekerjaan dan isu-isu yang menghimpit kehidupan mereka.

Justeru saya mencadangkan supaya Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), Pelan Pemulihan Negara dan Belanjawan 2022 perlu diselarikan dan disusun kembali keutamaan bagi memperkasakan kembali ekonomi Malaysia. Sebagaimana dari sudut vaksinasi, bantuan vaksinasi diberi keutamaan kepada mereka yang berisiko tinggi.

final • 6:40 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Saya suka untuk memberikan respons kepada ucapan Yang Berhormat Port Dickson sebentar tadi yang berulang kali menyatakan bahawa Kelantan mempunyai angka vaksinasi yang rendah. Ya, kita akui di atas kertas Kelantan mungkin di antara angka yang terendah. Akan tetapi perlu untuk dinyatakan secara jujur bahawa lebih kurang 20 peratus daripada mereka yang beralamat di Kelantan, mereka sedang berada di Lembah Klang pada hari ini. Oleh sebab itu kalau kita tengok bagaimana angka vaksinasi di Lembah Klang lebih 100 peratus. Daripada mana datangnya lebih 100 peratus ini? Daripada mereka yang beralamat di luar Lembah Klang tetapi berada di Lembah Klang dan di antaranya ialah rakyat Kelantan.

Mengikut data pengundi, lebih kurang 20 peratus rakyat Kelantan berada di luar dari Kelantan. Namun itu tidak menafikan bahawa angka vaksinasi di Kelantan masih merupakan angka yang rendah. Antara faktornya ialah permohonan Kelantan untuk mendapatkan dos vaksin tidak dipenuhi sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan dan MOSTI sehingga September 2021, barulah kita diberikan lebihan daripada apa yang diterima oleh Lembah Klang.

Saya suka menyambut persoalan daripada Yang Berhormat Port Dickson.

Kenapa Kelantan diberikan dos vaksin ini lewat dari negeri-negeri lain sedangkan inilah tempat berlakunya banjir yang memerlukan vaksin yang segera. Hari ini alhamdulillah, kita ucapkan terima kasih, kerajaan memberikan perhatian kepada Kelantan dengan memberikan dos vaksin setelah angka-angka ataupun setelah lokasi-lokasi lain telah pun di vaksin sepenuhnya terutamanya di Lembah Klang.

Begitu juga dengan apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat Kota Raja sebentar tadi. Saya asyik mendengar ucapan Yang Berhormat Kota Raja tadi. Kalau saya tidak melihat topeng mukanya berwarna oren, saya sangka Yang Berhormat Kota Raja masih berada bersama-sama saya dalam parti yang sama. Akan tetapi suka untuk saya ingatkan, kalau hendak sebut soal Mercedes pun bukan setakat Kelantan beli Mercedes, Pulau Pinang pun beli juga Mercedes. Saya bukan hendak menghalalkan apa yang disebut Mercedes atau tidak tetapi dalam kita menyindir itu, “Janganlah terpukul air di dulang, terpercik di muka sendiri”. Tuan Yang di-Pertua, antara bantuan yang perlu diambil cakna oleh kerajaan juga ialah jenis bantuan yang diberikan perlulah lebih utama, mampu menggalakkan perbelanjaan dalam aktiviti masyarakat. Perkara ini penting agar bantuan yang diberikan oleh kerajaan dapat terus digunakan untuk produktiviti negara melalui perbelanjaan rakyat dan sektor perniagaan.

Keutamaan negara kini adalah untuk memastikan lebih banyak berlaku perbelanjaan. Oleh itu saya percaya kerajaan perlu membuka ruang seluas-luasnya, konsultasi bersama pakar-pakar akademik dan profesional. Usaha membantu negara adalah usaha bersama dan saya percaya ramai pakar akademik di luar sana yang mampu menggembleng tenaga memberikan konsultasi mereka terhadap keadaan ekonomi negara.

Krisis COVID-19 jelas memberikan pandangan baru bahawa struktur ekonomi negara dan kelompangan yang ada dalam mentadbir negara. Ada syarikat terpaksa tutup, rakyat terpaksa merana, ada juga yang masih bergantung sepenuhnya dengan bantuan daripada kerajaan yang tidak cukup-cukup. Struktur ekonomi ini memerlukan pengkajian semula dan saya percaya ada polisi ekonomi negara yang memerlukan pengubahsuaian akibat daripada COVID-19 terutama sektor perbankan yang masih menjana keuntungan berbilion ringgit, mungkin memerlukan kepada windfall tax ketika berlakunya krisis seperti ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin merakamkan tahniah kepada seluruh frontliner, menyambung Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan ucapan yang tidak terhingga, penghargaan yang tidak terhingga kepada semua petugas barisan hadapan yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi sepanjang tempoh pandemik COVID-19. Kerajaan telah membelanjakan RM862.47 juta bagi elaun khas barisan hadapan yang telah disalurkan kepada doktor, jururawat dan kakitangan perubatan setakat 23 Julai 2021.

final • 6:40 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Elaun khas ini juga dipanjangkan kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, bomba, anggota pertahanan awam serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang terbabit secara langsung dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan. Termasuk di antara frontliner yang membantu rakyat ini ialah NGO-NGO dan juga sayap-sayap parti yang ada. Contohnya Jabatan Amal Malaysia. Saya bangun di sini untuk merakamkan tahniah khusus kepada Jabatan Amal Malaysia yang telah mempamerkan khidmat cemerlang.

[Tepuk] Sehingga hari ini terlibat dalam pengurusan jenazah yang mati akibat daripada COVID-19. Di Jerai baru-baru ini, terlibat membantu sepenuhnya pada hari yang kedua berlaku tragedi kepala air, Jabatan Amal Malaysia telah turut untuk membantu mangsa dan mereka ini sanggup naik ke atas bukit, bawa paip yang berukuran besar naik ke atas bukit, solat di atas batu walaupun ramai yang menyindir tetapi itulah satu-satunya tempat yang boleh solat pada masa itu. Saya kira mereka ini perlu untuk diberikan penghargaan sewajarnya oleh pihak kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, banyak kena potong ya. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh berkenaan dengan beberapa aspek atau bidang kementerian yang lain. Antara lainnya ialah soal capaian Internet di Kelantan.

Tuan Yang di-Pertua, zaman PDPR ini menyaksikan bagaimana kita terlampau keterbelakang dari sudut capaian Internet. Rakyat saya di Pasir Mas dan juga di Kelantan, ada yang terpaksa berada di luar dari rumah, berada di atas kubur. Tuan Yang di-Pertua, di Pasir Mas ini ada pelajar-pelajar yang keluar rumah di tengah-tengah malam untuk hendak dapatkan capaian Internet.

Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri KKMM, orang baru, orang Kelantan juga. Saya harap supaya tumpuan sepenuhnya dapat diberikan kepada Kelantan dalam isu capaian Internet ini. Saya dimaklumkan bahawa semenjak program JENDELA telah pun diumumkan, pembinaan 77 buah menara baru. Ini sasaran JENDELA tetapi difahamkan telah disiapkan sebanyak 23 buah menara sahaja. Sebanyak 54 buah menara masih menunggu tawaran tender oleh SKMM. Apa masalahnya? Apa isunya?

Menurut maklumat, tender ini juga lambat sejak tahun lalu lagi, tahun lepas, tahun 2020 lagi tetapi masih belum lagi di award, masih belum lagi dianugerahkan. Kenapa?

Apakah masalahnya yang berlaku di dalam SKMM sehingga tidak dapat untuk nak melaksanakan program JENDELA ini sebagaimana yang telah ditawarkan?

Begitu juga sasaran JENDELA Kelantan, sasaran fasa 1, tahun 2020/2022.

Liputan sebanyak 63 peratus premis atau 7.5 juta. Liputan 4G sebanyak 99.9 peratus dan purata kelajuan Internet serta perancangan 5G bermula 2022 tetapi realiti yang berlaku sehingga ke hari ini, gerak kerja itu masih lagi perlahan. Saya ingin menyatakan kepada Yang Berhormat Menteri SKMM, Yang Berhormat Menteri yang terlibat, Yang Berhormat dari Ketereh, cabarannya ialah sebagai anak Kelantan, mari kita pastikan bahawa Kelantan dalam masa setahun yang akan datang ini akan mendapat perkhidmatan Internet yang sesuai dan memberikan khidmat yang terbaik kepada anak Kelantan.

final • 6:40 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Alhamdulillah saya kira, saya terima kasih sebagai wakil daripada Kelantan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah melantik lima Menteri penuh daripada anak Kelantan tetapi ia tidak akan berguna kalau sekiranya kita tidak dapat memanfaatkan peluang ini dengan sebaik mungkin untuk menaik taraf perkhidmatan internet di Kelantan yang sehingga hari ini Tuan Yang di-Pertua, usahlah bercakap soal fiber optik dan sebagainya, untuk line 3G pun masih lagi tersekat-sekat.

Tuan Yang di-Pertua, kemudian yang berikutnya saya ingin bertanya berhubung dengan isu kenaikan harga ayam. Isu kenaikan harga ayam ini isu rakyat pada hari ini.

Yang di-Pertuan Agong menyatakan bahawa Ahli Parlimen perlu pantau program kerajaan. Hari ini ayam semakin mahal. Bukan setakat ayam mahal, harga binaan pun mahal, harga barang dan keperluan pun mahal. Mana hendak letakkan muka kita hendak berdepan dengan rakyat, kita bercakap soal kebajikan rakyat. Mana puncanya harga ayam ini menjadi mahal? Mana puncanya?

final • 6:50 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Tuan Yang di-Pertua, hari ini orang kerja tidak ada, duit tidak ada tetapi hendak beli ayam pun bermasalah. Jadi, di mana puncanya? Bila kita tanya kepada pihak yang berkenaan, mereka menuding jari. Penternak dan penjual ayam, mereka tuding jari kepada pemborong ayam. Pemborong ayam tuding jari kepada penjual, penternak dan sebagainya. Penternak tuding jari kepada pengeluar dedak dan sebagainya. Maka, jadilah kita cerita, ‘Bangau oh bangau’. Tuan Yang di-Pertua, jadi oleh yang demikian, saya mahu kementerian yang berkenaan, sama ada Kementerian Pertanian, MITI atau mana-mana kementerian berkenaan, mereka perlu jelaskan dalam Dewan yang mulia ini apa yang menyebabkan kenaikan kos barangan yang melampau pada hari ini. Perlu untuk kita nyatakan bahawa kalaulah di sana adanya isu-isu yang melibatkan kartel, kita dimaklumkan ada.

Wallahualam, perlu penjelasan.

Kalau ada isu melibatkan kartel-kartel berkenaan dengan dedak dan sebagainya, ini masanya untuk kita hapuskan segala kartel yang ada dan kita pastikan rakyat boleh memiliki harga barangan ini yang sesuai dengan mereka.

Berkenaan dengan pembangunan kawasan saya di Pasir Mas, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri KASA di atas progress pembinaan projek di Kampung Pohon Celagi di Pasir Mas. Satu progress yang cukup pantas, tanah runtuh berlaku bulan Februari dan pada bulan Ogos, semua rumah-rumah ataupun semua pemilik kediaman iaitu 22 pemilik ini telah pun mendapat pampasan daripada pihak Kerajaan Negeri hasil daripada bantuan daripada Kerajaan Pusat. Ini satu progress yang cukup pantas. Akan tetapi dalam masa yang sama, suka untuk saya ingatkan bahawa gerak kerja ini perlu untuk terus berjalan.

Dalam masa yang sama Pasir Mas ini berada di antara dua sungai iaitu Sungai Kelantan dan Sungai Golok, di tengah-tengahnya itulah Pasir Mas. Sungai Golok ini Tuan Yang di-Pertua, dalam masa dua bulan sahaja lagi pada adat katanya akan melimpahkan airnya dan akan menenggelami sebahagian daripada rakyat saya di Pasir Mas. Justeru, kita ingin bertanya bagaimana progress pembinaan tebatan banjir di Pasir Mas. Kepada Kementerian Luar Bandar, saya ingin bertanya berapakah peruntukan yang telah diberikan kepada kawasan saya di Pasir Mas setakat Kerajaan Perikatan Nasional ini ditubuhkan.

Kepada Yang Berhormat Menteri Agama, apakah status RUU 355? Apa rundingan kerajaan dengan negeri-negeri untuk pembukaan masjid, sedang kan panggung sudah dibuka. Ya, masjid ini berada di bawah kuasa negeri-negeri, kita tahu.

Akan tetapi Kerajaan Pusat juga harus berperanan untuk berunding dengan Kerajaan Negeri supaya tidak menjadi suatu isu yang ketinggalan jauh. Satu negeri sudah buka ikut kapasiti masjid sebagai contoh. Ada negeri membenarkan hanya beberapa orang sahaja, satu perbezaan yang jauh sedangkan dari sudut geografi hanya bersebelahan.

Kerajaan Pusat yang Menterinya ada, boleh berunding dengan negeri-negeri untuk kita bincang tentang isu bukaan masjid.

Apa status siasatan terhadap Tabung Haji? Menteri Undang-undang, kita hendak tahu apa status siasatan ke atas kematian anggota bomba, Allahyarham Adib.

Kementerian Belia dan Sukan, saya ingin tanya apa status permohonan saya untuk menaik taraf mini stadium Pasir Mas yang telah diluluskan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan yang lepas. Apakah langkah kerajaan bagi memastikan insiden kehilangan pingat emas oleh Ziyad Zulkifli baru-baru ini tidak berulang? Saya ucap tahniah kepada atlet Olimpik dan Paralimpik yang telah berjaya menggondol pingat di acara masing- masing. Akan tetapi kadang-kadang ada yang telah kita berjaya tetapi terlepas sebagaimana isu yang berlaku kepada Ziyad Zulkifli baru-baru ini.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat, masa sudah habis, minta tamatkan Yang Berhormat. Sila.

final • 6:50 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara].

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

On kan mic, sila.

final • 6:50 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Sedikit lagi. Kepada Menteri Pendidikan, saya ingin minta dikaji semula polisi murid berkeperluan khas yang terpaksa hadir secara fizikal yang boleh menyebabkan menularnya lagi COVID-19. Kepada Menteri Pengangkutan, apa status isu pemandu mabuk yang semakin menjadi-jadi pada hari ini.

Sekian, terima kasih.

final • 6:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Mas. Terakhir saya jemput Yang Berhormat Papar, 15 minit.

final • 6:50 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Bismillahi Rahmani Rahim. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diilhamkan sejak pentadbiran kerajaan pimpinan Yang Berhormat Pagoh telah gagal menggariskan pengisian yang mengutamakan pembangunan sosial dan ekonomi rakyat. PPN tersebut dilihat hanya ghairah mengejar misi peralihan fasa, tiada pelan perancangan yang spesifik yang ditumpukan oleh kerajaan untuk mengendalikan Pelan Pemulihan Negara secara holistik.

Dalam keghairahan kerajaan menjayakan kadar vaksinasi nasional, kami di Sabah masih lagi terkapai-kapai mencari sesuap nasi untuk kelangsungan hidup bagi hari- hari mendatang di waktu pandemik ini. Waktu PKPD dilaksanakan sangat lama, di mana tempat-tempat yang terlibat tidak dibagi Bakul Makanan terlebih dahulu. Begitu juga dengan bantuan kewangan untuk penduduk-penduduk yang tertekan terutamanya orang- orang yang sakit dan anak-anak yang memerlukan pampers, susu dan sebagainya, yang benar-benar memerlukan. Seharusnya disediakan peruntukan bantuan awal sebelum melaksanakan PKPD.

Inti pati pertama ucapan perbahasan saya, ditumpukan kepada perhatian Yang Berhormat Menteri Kerja Raya. Seperti Yang Berhormat Menteri sedia maklum, infrastruktur logistik di kawasan-kawasan luar bandar dan pendalaman di negeri Sabah masih lagi tidak memuaskan daripada aspek pelaksanaan berbanding dengan jalan-jalan yang ada di Semenanjung.

Di kawasan Parlimen saya, Papar masih ada lagi masalah-masalah yang diadukan kepada saya berkenaan dengan jalan penghubung yang belum lagi dimulakan kerja pembaikan semula. Di sini selalunya terjadi hujan lebat yang menyebabkan kampung-kampung ini akan dilanda banjir kilat yang sangat menyusahkan rakyat di mana harta benda banyak yang musnah dan ada juga nyawa yang melayang. Kampung- kampung yang selalu mengalami kebanjiran adalah seperti Kampung Sulim Kinarut, Kampung Mook, Kampung Anak, Kampung Tanaki, Kampung Padawan, Kampung Tomui, Kampung Sapat, Kampung Beringgis, Kampung Tempasat, Kampung Obai, Kampung Rampazan, Kampung Ganak, Kampung Limawan, Kampung Lengkuas, Kampung Sabuk, Kampung Seri Menanti dan juga bahkan Kinarut. Banyak-banyak lagi kampung yang saya tidak dapat sebutkan di sini.

Masalah-masalah ini bukan sahaja membantutkan pergerakan dua hala penduduk kampung untuk melakukan aktiviti ekonomi harian, malah pada waktu pandemik ini juga ia sukar melaksanakan program-program mobilisasi vaksinasi.

Saya berharap kepada kerajaan, supaya dapat melaksanakan apa jua yang telah dirancang bagi menyelesaikan kerja-kerja pembangunan jalan raya, tebatan banjir, perparitan di kawasan-kawasan luar bandar di Parlimen Papar khususnya. Saya juga ingin meminta Yang Berhormat Menteri berkenaan untuk memperjelaskan perkara-perkara berikut:

(i) apakah kerja-kerja pembaikan jalan, penghubung luar bandar dan jalan utama di Parlimen Papar yang belum lagi masuk fasa pembinaan;

(ii) apakah isu-isu yang menjadi sebab kepada pada penangguhan kerja-kerja pembinaan dan penstrukturan jalan raya di kawasan

final • 6:55 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Parlimen saya sedangkan notis permulaan kerja telah dikeluarkan seawal tahun 2019;

(iii) apakah usaha kerajaan, Jabatan Kerja Raya Persekutuan dalam mengenal pasti struktur-struktur pada jalan-jalan kampung yang sentiasa berhadapan dengan kerosakan pasca banjir yang turut menjejaskan tanaman-tanaman para pesawah dan kediaman mereka;

(iv) apakah bentuk teknologi baru yang dikenal pasti oleh Kementerian Kerja Raya bagi memastikan kerja-kerja penurapan dan pembinaan semua jalan raya di kawasan- kawasan pendalaman di negeri Sabah bersifat tahan lama dan mengambil kira keadaan persekitaran yang turut menjadi mortality factor sesebuah jalan raya yang dibina.

final • 6:55 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Tuan Yang di-Pertua, di Papar pertanian merupakan penyumbang kepada perolehan ekonomi rakyat setempat. Oleh sebab itu setiap kali datangnya musibah banjir, survival para pesawah dan pengusaha tanam-tanaman hijau terjejas teruk. Kegawatan hasil tani di negeri Sabah semakin membimbangkan, lebih-lebih lagi dalam keadaan di mana Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan di kawasan-kawasan luar bandar tertentu di Sabah dan kawasan-kawasan Parlimen saya tidak terkecuali seperti di Kampung Benoni, Kampung Takis dan Kampung Kelanahan juga telah tidak terkecuali daripada kesusahan ini.

Memandangkan Menteri yang bertanggungjawab dalam perihal pertanian adalah orang Sabah, saya ingin mengajukan beberapa soalan untuk respons Yang Berhormat Menteri. Pertama, berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan setakat Ogos 2021 untuk para pesawah dan petani di seluruh Sabah dari aspek bantuan tunai dan peralatan pertanian khususnya yang berkenaan yang terkesan disebabkan penutupan sektor ekonomi sepanjang tempoh darurat yang lepas.

Kedua, apakah bentuk pengenalpastian yang telah dilakukan bersama-sama dengan Kerajaan Negeri Sabah terhadap tanaman-tanaman pertanian berskala besar dan sederhana yang teruk terkesan disebabkan masalah bekalan air bersih dan banjir yang tidak menentu.

Ketiga, apakah bantuan bentuk perancangan yang boleh memanfaatkan para petani dan pesawah di kawasan Parlimen Papar dalam menjayakan Dasar Agromakanan Negara 2021 hingga 2030 yang membolehkan mereka berpartisipasi dalam menyumbang hasil-hasil tanaman mereka.

Dasar-dasar berkaitan pertanian seperti Dasar Agromakanan Negara perlu diperkukuhkan dengan perlibatkan petani-petani serta pesawah-pesawah di kawasan bandar Sabah yang tidak dilengkapi dengan jentera dan kelengkapan pertanian yang berteknologi tinggi. Di situ kementerian boleh meningkatkan keberkesanan penyaluran bantuan bersasar kepada golongan petani di samping memperkayakan hasil ekonomi tempatan menerusi aktiviti pertanian yang sewajarnya dijadikan fokus terpenting dalam pemulihan ekonomi rakyat luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, dalam berbicara soal ekonomi rakyat kita tidak terlepas daripada memikirkan soal pengangguran. Saya menyebut banyak penubuhan Majlis Pekerjaan Negara yang turut dikendalikan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan.

Namun, seperti majlis-majlis kelolaan kerajaan yang lain, MPN dilihat tidak memperincikan elemen kelestarian yang membolehkan penciptaan pekerjaan di bawah majlis tersebut bukan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Seperti Yang Berhormat Menteri sedia maklum, kadar pengangguran nasional telah meningkat kepada 4.8 peratus pada Jun lepas.

Kenaikan tersebut juga bermaksud jumlah rakyat Malaysia yang tidak mempunyai pekerjaan meningkat sebanyak 40,000 orang. Peningkatan tersebut juga merangkumi mereka yang hilang kerja disebabkan diberhentikan kerja oleh majikan yang bergelut dengan masalah aliran kewangan perniagaan yang tidak stabil. Berdasarkan dapatan

final • 7:00 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

kajian yang dilaporkan oleh portal ekonomi rakyat, golongan yang masih mempunyai pekerjaan tetapi direhatkan buat sementara waktu meningkat secara mendadak iaitu daripada 139,600 orang kepada 800,100 orang.

Awal Ogos lalu Yang Berhormat Menteri ada menyatakan bahawa sebanyak 320,000 peluang pekerjaan telah berjaya dicipta di bawah Majlis Pekerjaan Negara.

Berhubung dengan perkara di atas, saya ingin meminta Yang Berhormat Menteri menyatakan, pertama daripada jumlah pekerjaan yang berjaya dicipta oleh MPN, berapa jumlah pekerjaan yang disediakan buat rakyat negeri Sabah yang termasuk dalam kumpulan fully unemployed setakat Jun yang lalu.

Kedua, setakat sektor-sektor yang beroperasi di negeri Sabah yang terlibat dalam menjayakan penciptaan pekerjaan di bawah MPN.

Ketiga, bentuk gesaan dan galakan daripada kerajaan agar penyediaan peluang pekerjaan oleh pihak swasta benar-benar dibuat bersandarkan pendapatan garis kemiskinan negeri Sabah iaitu RM2,537.

Keempat, daripada angka tersebut, berapakah kuota yang tersedia buat graduan baharu di negeri Sabah dan apakah kerja yang terlibat dalam penyediaan tempat buat golongan fresh graduates dari Sabah khususnya graduan daripada Universiti Malaysia Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, dalam proses memulihkan negara, kerajaan perlu menumpukan soalan pendidikan anak-anak kita lebih-lebih lagi anak-anak daripada keluarga yang miskin. Sejak pandemik COVID-19 wujud, tahap pendidikan nasional terumbang ambing disebabkan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran di rumah atau PdPR yang melibatkan penggunaan internet.

Saya merayu dan memohon kepada Yang Berhormat Menteri supaya menunjukkan kesungguhan dalam menyelesaikan masalah kepayahan anak-anak di luar bandar di negeri Sabah untuk menimba pendidikan. Di Papar, terdapat beberapa buah kawasan luar bandar yang bermasalah daripada aspek pencapaian internet. Contohnya Kampung Mandalipau, Kampung Kawang, Kampung Kandingan dan banyak kampung lagi. Kampung-kampung ini telah menjadi tumpuan saya dan juga pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Daerah Papar di mana para pelajar yang menetap di kawasan tersebut terpaksa berjalan kaki menaiki bukit semata-mata untuk mendapatkan capaian internet yang juga tidak memuaskan demi mengikuti kelas-kelas dalam talian.

Ini bukan sahaja terjadi di luar bandar tetapi ia juga terjadi di kawasan-kawasan bandar. Saya berasa sedih kerana anak-anak di kawasan luar bandar di Sabah terpaksa bersengkang mata menelaah pelajaran secara bersendirian disebabkan mereka tidak memiliki kemudahan pembelajaran seperti komputer riba, tablet dan sebagainya.

Berkenaan dengan sekolah daif, saya harap dengan adanya timbalan menteri dari Sabah, isu sekolah daif ini tidak lagi menjadi isu berbangkit di dalam Dewan ini. Kita juga mengharapkan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kimanis akan menekankan dan menumpukan aspek continuity terhadap kerja-kerja pembaikan sekolah-sekolah daif di negeri Sabah. Ini adalah peluang yang terbaik untuk negeri Sabah.

Sejak sesi Dewan Rakyat yang pertama, isu sekolah daif ini akan menjadi inti pati wajib dalam perbahasan saya. Namun saya sehingga kini dengan baki tiga bulan sebelum kita memasuki tahun 2022, masalah sekolah daif masih lagi belum dapat diselesaikan. Di Papar, infrastruktur fasiliti sekolah harian berasrama masih lagi menyedihkan dan serba kekurangan. Persekitaran sekolah yang tidak kondusif turut berpunca disebabkan kedaifan fasiliti-fasiliti di asrama mereka. Katil, tilam, tandas dan macam-macam lagi belum dibaiki dan diganti biarpun aduan dan laporan bertulis sudah disampaikan secara kerap kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Kementerian Pendidikan sendiri.

Kedaifan itulah yang menjadikan punca kepada kemerosotan kualiti pendidikan di negeri Sabah.

Saya wakil mewakili anak-anak pelajar seluruh negeri Sabah, sekali lagi ingin menegaskan agar peluang kedua yang diberikan kepada Yang Amat Berhormat Menteri untuk mengemudi port folio pendidikan dapat dimanfaatkan dengan penuh rasa tanggungjawab dan keikhlasan.

final • 7:00 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan kesihatan banyak persoalan yang saya ingin utarakan berkaitan dengan Program Imunisasi Kebangsaan iaitu PICK yang mana Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Pertama, apakah koordinasi yang telah disediakan oleh kementerian bagi memastikan Program Mobilisasi Vaksinasi Komuniti atau MOVAK dapat memfokuskan pemberian vaksin CanSino yang telah pun tiba di negeri Sabah pada 25 Ogos yang lepas.

Kedua, apakah usaha yang telah digerakkan oleh KKM bagi mewujudkan pusat pemberian vaksin, PPV khas untuk pelajar-pelajar sekolah di kawasan luar bandar di Sabah seperti yang disarankan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia.

Ketiga...

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat, minta rumuskan Yang Berhormat. Satu minit lagi.

final • 7:00 PM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Ya. Ketiga, apakah dapatan daripada kajian yang telah dijalankan sendiri oleh makmal perubatan KKM terhadap keberkesanan ujian daya tahan badan untuk vaccinated person memandangkan di United Kingdom penggunaan antibody test tersebut sudah boleh digunakan oleh umum.

Keempat, daripada enam juta dos Sinovac yang dibekalkan oleh Pharmaniaga sebagai tambahan, berapa jumlah vaksin yang telah diagihkan secara berfokus untuk unvaccinated individuals di kawasan-kawasan luar bandar di Sabah khususnya di Papar.

Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja ucapan perbahasan. Saya menjunjung kasih Titah Yang di-Pertuan Agong. Saya menyokong dengan harapan agar segala yang baik untuk negeri Sabah dapat dipercepatkan.

final • 7:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Papar. Ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi esok, Rabu, 15 September 2021. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.

final • 7:00 PM

[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.10 malam]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

DR.14.09.2021 I

final • 7:10 PM

Hak Cipta Terpelihara © 2026