Katalog Hansard
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said)
mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said
Sebelum saya jemput Yang Berhormat Menteri, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin mengingatkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat supaya sentiasa memakai pelitup muka (face mask) semasa berada di dalam Dewan. Pemakaian double face mask adalah sangat digalakkan memandangkan virus COVID-19 ini boleh merebak dan berjangkit melalui udara dengan jangkaan masa yang singkat terutamanya varian Delta.
Suka juga untuk saya ingatkan kepada semua Ahli Yang Berhormat untuk menarik penghadang lut sinar yang dipasang semasa duduk di dalam Dewan bagi memastikan terdapat jarak pemisah antara Ahli-ahli Yang Berhormat dan tiada kontak rapat antara Ahli-ahli Yang Berhormat. Akan tetapi, yang mana berbahas rasa hendak bercakap buka face mask itu, terpulanglah kepada masing-masing ya. Sebelum itu, silakan Yang Berhormat Puchong.
Menteri Kesihatan - Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said
Sekejap Yang Berhormat Menteri.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Point of order.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said
Dia point of order, sekejap ya.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya bangkit di bawah Peraturan Mesyuarat 14 khususnya (1)(g) yang berkaitan dengan apa yang berlaku semalam di dalam Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, semalam kita dengar ada kenyataan dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Undang-undang bahawa Kabinet telah pun membuat satu keputusan pada 21 Julai 2021 untuk membatalkan Ordinan-ordinan Darurat seperti mana kita dengar semalam disenaraikan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membawa perhatian Tuan Yang di-Pertua kepada peruntukan Artikel 150(3) Perlembagaan Persekutuan dan saya ingin baca peruntukan di situ mengenai satu perkara yang sangat penting Tuan Yang di-Pertua.
Artikel 150(3), minta maaf saya baca Bahasa Inggeris. *“A Proclamation of Emergency and any ordinance promulgated under Clause (2B) shall be laid before both Houses of Parliament and, if not sooner revoked, shall cease to have effect if resolutions are passed by both Houses annulling such Proclamation or ordinance, but without prejudice to anything previously done by virtue thereof or to the power of the Yang di-Pertuan Agong to issue a new Proclamation under Clause (1) or promulgate any ordinance under Clause
(2B)”.* Jadi perkataan yang material dalam peruntukan ini Tuan Yang di-Pertua adalah perkataan ‘revoked’, ‘if not sooner revoked’. Jadi soalnya, apakah maksud revoked?
Semalam kita dengar Yang Berhormat Menteri menyatakan bahawa keputusan dibuat dan dibatalkan oleh Kabinet. Saya ingin membawa perhatian Dewan yang mulia ini kepada dua kes. Kes yang pertama Tuan Yang di-Pertua adalah kes Teh Cheng Poh v Public Prosecutor dan ia satu keputusan privy council dalam tahun 1979. The citation is 1979 1 MLJ page 50.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Ini adalah keputusan yang diumumkan oleh Lord Diplock pada masa itu, ini adalah satu rayuan daripada Malaysia dan juga mengaitkan soal berkenaan dengan takrifan yang diberikan kepada perkataan ‘revoked’ di dalam Artikel 150(3) tersebut. Ini apa yang disebut oleh mahkamah tersebut.
It has not appeared Tuan Yang di-Pertua, that the proclamation of emergency was ever expressly revoked nor was it anulled by resolution part by both Houses of Parliament under Article 150(3) of the Federal Constitution. Ini penting, the power Tuan Yang di-Pertua*, to revoke however, like the power to issue a proclamation of emergency rest in the Yang di-Pertuan Agong.
[Tepuk]* Itu kes di dalam tahun 1997. Kemudian kita ada satu lagi kes dalam tahun 1977, kes Mahkamah Persekutuan. Ini adalah kes Reapplication of Tan Boon Liat and others vs Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri and others di mana masa itu Lord Presiden Sufian the living judgement. Beliau mengatakan seperti berikut dan saya baca Tuan Yang di- Pertua. “The fact that the ordinance has not been reanacted as an act of Parliament is equally irrelevant as..” Tuan Yang di-Pertua, “...the Ordinance must necessarily by the express provision to the Constitution continue to have effect until such time as either Parliament resolves otherwise unless sooner revoked by His Majesty under Article 150(3).” [Tepuk] Jadi kepada saya Tuan Yang di-Pertua, ini satu soalan yang sangat penting dan melibatkan satu isu yang melibatkan kepentingan umum kerana kita hendak tahu adakah atau tidak apa yang berlaku pada 21 Julai diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong?
Adakah ia mengikut prosedur yang tertera di dalam Perlembagaan Persekutuan? Ini satu perkara yang cukup penting dan saya minta supaya ia dijawab kerana apa yang kita ada hari ini dan untuk dua atau tiga hari yang akan datang adalah penerangan berkenaan dengan ordinan-ordinan yang telah pun digubal melalui Proklamasi Darurat tersebut yang kononnya telah pun ditarik balik, dibatalkan tetapi kita tidak ada senarai ordinan-ordinan mana yang telah pun dibatalkan, apakah kesannya dan sebagainya.
I think that is what rakyat ingin tahu. Sekiranya telah pun dibatalkan, kenapa kita tidak dimaklumkan? Kenapa tidak ada diletakkan di meja setiap Ahli Parlimen supaya kita dapat tahu secara spesifik bila ia dibatalkan, siapa membuat keputusan, adakah ikut peraturan dan kesannya terhadap ordinan-ordinan itu khususnya kepada rakyat umum di luar sana. Saya minta penjelasan Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Sebenarnya saya pun sebagai Ahli Parlimen, saya pun dalam situasi yang agak sama. Saya percaya ramai peguam di sana, dan kalau kita tengok sosial media, bertanya tentang soalan yang sama. Akan tetapi, memandangkan kita adalah sistem parliamentary democracy, saya dimaklumkan oleh Tuan Yang di-Pertua bahawa Yang Berhormat Menteri Undang-undang akan memberikan penerangan dan jawapan kepada perkara ini tetapi pada...
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Takiyuddin bin Hassan
On Monday. On Monday, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Pada hari Isnin.
Itu yang akan dilaksanakan oleh kerajaan.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, saya ada bantahan lain sikit.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Satu, satu dulu.
Duduk dahulu, Yang Berhormat Puchong.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan
Tuan Yang di-Pertua, jika dibenarkan saya menjawab.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
You want the floor to respond?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, sebelum itu Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan
Terima kasih. Saya nak...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, bagi saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Sekejap. Point of order kah itu, Yang Berhormat Sepang?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Point of order, ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang mana itu, Yang Berhormat?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
P.M. 14(1)(l). Lepas itu bersama sekali dengan― P.M. 14(1)(l) itu penjelasan. Dan ada juga P.M. 21.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
(i) atau (l)?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
(l), pertanyaan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Dia tak ada...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
P.M. 14(i)(l)― eh, (i). Minta maaf.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
(h) atau (i)?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
(i). Sorry. Okey, boleh ya, Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Silakan baca.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Okey. Saya buka mask ya? Tak sedaplah nak baca.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Tak apa, tak apa.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya nak kata begini. Sebenarnya ada dua perkara yang saya rasa kita perlu jelaskan di sini, yang minta dapatkan penjelasan. Pertamanya, semalam apabila Yang Berhormat Menteri mendedahkan bahawa telah pun dibatalkan sedangkan― ada dua perkara. Pertamanya, adakah persoalan perkenan Yang di-Pertuan Agong, seperti mana kata oleh Yang Berhormat Puchong tadi, adalah jelas berdasarkan kes Teh Cheng Poh dan banyak kes lain menyatakan bahawa mesti daripada Yang di-Pertuan Agong? Itu jelas. Itu yang pertama.
Yang keduanya, katakan saya buat satu assumption bahawa adanya perkenan Yang di-Pertuan Agong. Adakah telah diwartakan? Tidak ada bukti diwartakan. Jadi, bermakna sekarang ini statusnya adalah ordinan-ordinan ini tidak lagi dibatalkan. Jadi apa kesannya kepada kes-kes yang berada di mahkamah yang mana ada orang didakwa di mahkamah? Jadi, pendakwa pun dalam keadaan serba salah sama ada nak proceed kah tak nak proceed. Jadi, ini saya rasa akan menyebabkan dan menimbulkan ketidaktentuan, uncertainty. It is not good for the country dan juga it is not good for the pelabur. Itu yang pertama.
Yang keduanya, berdasarkan Perkara 150(3), bukan sahaja ordinan yang perlu dibatalkan tetapi juga proclamation iaitu proklamasi. Tidak ada satu pengumuman pun daripada pihak Yang Berhormat Menteri semalam bahawa proklamasi telah pun dibatalkan. Jadi bila tidak dibatalkan, bermakna it shall be laid down dan juga mesti dibentangkan, dibahaskan dan juga ada resolution untuk proklamasi. Jadi, bila keadaan ini berlaku, saya rasa Parlimen ini tidak boleh lari daripada fungsi dia, tugas dia. Tugas Parlimen dalam Perlembagaan ini ialah untuk membentangkan, membahaskan dan juga mengundi ataupun melalui resolution ke atas proklamasi juga.
Jadi saya rasa berdasarkan dua faktor tersebut, saya mengharapkan bahawa Yang Berhormat Menteri kalau sekiranya betul ada kesilapan, sila minta maaf. We move from there. Terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
[Bangun]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bangun]
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Sekejap ya.
Saya rasa kita perlu berlaku adil. Saya tahu ramai nak tanya tapi kalau perkara yang sama seperti Yang Berhormat Puchong dan Yang Berhormat Sepang dah raised, saya rasa Yang Berhormat Menteri can respond immediately. Ada benda lain tak Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Lembah Pantai dengan Yang Berhormat Ipoh Barat? Is it anything new or all the same point?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Ya, something a bit different, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Different on revocation or different on the gazette?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
On the same point but different ...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Standing order.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
On the standing order?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Okey, saya berikan kepada Yang Berhormat Ipoh Barat. Which standing order, Yang Berhormat Ipoh Barat? Sekejap ya, Yang Berhormat Menteri.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
P.M. 14(1)(i) juga.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
(i)?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Ya. Tuan Yang di-Pertua, seluruh negara semalam terkejut bila diberitahu di Parlimen bahawa action telah diambil oleh kerajaan untuk revoke proklamasi tersebut tetapi serta-merta kita dapat tahu bahawa ia tidak digazet. That also satu perkara yang luar biasa. Yang menjadi lebih dahsyat adalah pendirian kerajaan sampai sekarang and even the order paper, kita tak nampak apa-apa pun disenaraikan bahawa ia telah direvoked dan sebagainya.
Maka menunjukkan adakah ini satu afterthought yang dibuat oleh kerajaan dan tidak ada direstui oleh Yang di-Pertuan Agong? Ini mustahak, Tuan Yang di-Pertua, kerana ia membawa...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Tak apa, sekejap. Satu, satu. Sekejap, sekejap. Jadi, Yang Berhormat Ipoh Barat, your point ialah afterthought?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Ya, ia membawa kekeliruan kepada semua pihak dan kita semua sebagai peguam, kita tahu Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
...Bahawa yang dibuat oleh kerajaan bukan sahaja luar biasa tetapi satu perkara yang aneh dan saya percaya kita perlukan satu jawapan serta-merta. Kita tak boleh tunggu hingga hari Isnin untuk memberi mereka untuk gazet, untuk mereka mengambil tindakan yang lain kerana rakyat fikir ini adalah satu afterthought. Saya pun percaya bahawa mereka tak berani datang ke parlimen untuk membawa rang undang-undang untuk annul it kerana kami percaya mereka tidak ada majoriti. Maka ini adalah satu cara untuk mengelak keadaan tersebut.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat, point of order means to the point. Jangan bagi ceramah. Kalau ceramah, kita buat dekat luar.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Tuan Yang di- Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Last sekali Yang Berhormat Puchong, kemudian saya bagi last kepada Yang Berhormat Lembah Pantai.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
P.M. 36.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Minta maaf.
Yang Berhormat Jelutong. Sila.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
P.M. 36(12), kenyataan- kenyataan yang mengelirukan Dewan. Kelmarin selepas diumumkan oleh Yang Berhormat Kota Bharu, saya telah berhubung dengan peguam-peguam di Pulau Pinang dan saya difahamkan bahawa penasihat undang-undang negeri masih meneruskan dengan pertuduhan-pertuduhan bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi di seluruh negara berkenaan dengan kes-kes yang telah dikeluarkan kompaun dan sebagainya. Juga, penasihat undang-undang negeri, ketua-ketua unit pendakwaan masih lagi belum dimaklumkan tentang penarikan balik ordinan-ordinan darurat ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya ingin tanya juga, kalau ordinan itu telah pun digazet, kalau telah digazet, telah diperkenan oleh Tuanku dan telah dimaklumkan kepada ketua unit pendakwaan dan penasihat-penasihat undang-undang seluruh Malaysia...
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Yang Berhormat Jelutong, tumpang soalan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya habiskan dahulu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Tak boleh, Yang Berhormat. Point of order tak boleh ada interruption soalan. Cukup, Yang Berhormat.
Yang Berhormat Menteri ada. Yang Berhormat cakap almost the same thing, dengan izin.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
[Bangun]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Saya ingin tanya. Tuan Yang di-Pertua merupakan seorang peguam juga. Maka, persoalan yang bermain di minda rakyat di luar sana adalah kalau saya menghadapi satu kes yang melibatkan kompaun RM10,000, saya perlu hadir di mahkamah esok, perlukah saya mengaku salah kepada kesalahan itu? Apa akan berlaku kepada kes-kes tersebut? So, saya ingin penjelasan, kalaulah benar kenyataan ini, tolong tunjukkan bukti. Kalau tidak, Yang Berhormat Kota Bharu bersalah mengelirukan Dewan yang mulia ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Terima kasih.
Last. Yang Berhormat Semporna nak cakap? Sekejap, Yang Berhormat Semporna. Biar saya bagi kepada Yang Berhormat Lembah Pantai, kemudian Yang Berhormat Semporna last. Kemudian Yang Berhormat Menteri jawab ya, Yang Berhormat Menteri?
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Terima kasih.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih.
P.M. 36(12) atas dua perkara. Pertama adalah berkenaan dengan jawapan pada hari Isnin, Tuan Yang di-Pertua. Mengikut laporan daripada media, setakat 21 ke 25 Julai 2021, sebanyak lebih daripada 2,200 kompaun telah dikeluarkan dan banyak daripada kompaun-kompaun ini lebih daripada nilai RM1,000 yang telah terkesan kepada semua yang telah dikompaun. Jadi, sekiranya kita tunggu sehingga hari Isnin, apakah yang akan berlaku seperti Yang Berhormat Jelutong sebutkan tadi? Jadi, kita tak boleh tunggu sehingga hari Isnin.
Kedua adalah apabila Yang Berhormat Kota Bharu semalam mengatakan bahawa Kabinet telah membuat keputusan untuk batalkan ordinan, ia memberi implikasi bahawa telah ada perkenan. Jadi, saya pohon Yang Berhormat Kota Bharu untuk menjelaskan, adakah Tuanku telah memberi perkenan pada ketika, at the material time, pada ketika Yang Berhormat Kota Bharu menyatakan bahawa Kabinet telah membatalkan ordinan-ordinan ini pada 21 Julai 2021? Juga, adakah ordinan-ordinan ini, sekiranya diwartakan, boleh backdated? Tak boleh. Pohon penjelasan segera sekarang.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Terima kasih Yang Berhormat Lembah Pantai. Last sekali Yang Berhormat Semporna.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua tadi hendakkan supaya ada jelas...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Point of order yang mana?
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Ini Perlembagaan. Berhubung kait dengan apa yang telah dibangkitkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Which point of order?
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
P.M.
14(1)(g). Iaitu berhubung kait dengan Perlembagaan Malaysia. Saya nak minta penjelasan sama ada perjalanan pengurusan pentadbiran negara ini adakah berlandaskan dengan pillar pentadbiran negara iaitu tiang Agong itu ada kuasa dia, Parlimen ada kuasa mutlak dia, Eksekutif ada kuasa mutlak dia?
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
Itu merupakan antara perkara yang kita faham dalam Perlembagaan Malaysia, separation of powers is very clear. Disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Puchong. The person who proclaimed darurat ialah Istana dan Agong. Hari semalam, it was announced
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
by Menteri, executive. Why was it not proclaimed by the King? So, there is no clarity on separation of powers here. Kita hendak perjalanan negara ini dengan baik, tertib mengikut undang-undang. Jangan kita hanya menggunakan undang-undang untuk kepentingan kita, tidak.
Otherwise, generasi akan datang akan melihat bagaimana perjalanan pentadbiran negara ini tidak menurut prinsip perundangan. Saya ada bangkit semalam, 62, very clear. Parliament has the power tetapi [Disampuk] . Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Point taken. Point taken Yang Berhormat. The Minister is here, biar Minister. Terima kasih. Yang Berhormat Menteri.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Okey terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua dan rakan-rakan saya, all my respected learned friends yang telah membangkitkan perkara-perkara ini. Rasa dalam mahkamah pula. Tadi Yang Berhormat Puchong pun sebut Yang Arif, tidak Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Itulah, macam Ketua Hakim Negara pula tiba-tiba.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Jadi Peguam Negara. Tuan Yang di- Pertua, dengan izin dan dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat dan juga Ahli-ahli Dewan bahawa semalam Tuan Yang di-Pertua sendiri telah membuat satu petua malahan beliau menyebutkan kalau boleh check dengan Hansard, mengarahkan Yang Berhormat Menteri Undang-undang memberi penjelasan pada hari Isnin sedangkan ...
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
[Bangun]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Nanti dahulu. Yang Berhormat Lembah Pantai tidak sabar. Sedangkan persoalan itu dibangkitkan semalam pun ...
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Orang kena kompaun setiap hari. Siapa hendak bayar. Yang Berhormat Kota Bharu hendak bayar kah untuk dia orang?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Kalau di mahkamah sudah kena contempt ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat minta Menteri, biarlah dia jawab.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Ya saya minta izin. Jadi dengan itu, I humbly pray, saya meminta dengan rendah diri supaya to be fair to kerajaan, saya diberi peluang untuk memberi penjelasan semua mengenai pelaksanaan darurat pada hari Isnin ini. Itu saya minta. Itu berdasarkan kepada petua.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Jawab sekaranglah.
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Penjelasan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Itu saya minta, minta bagi dapat ruling Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Sekejap. Yang Berhormat, Yang Berhormat sekejap.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua ...
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
In the first hand ...
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
That’s my request. Tuan Yang di-Pertua punya ruling.
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
In the first hand, kenapa Yang Berhormat Menteri who jumped the gun.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat, kalau saya Tuan Yang di-Pertua, biarlah saya bercakap. Yang Berhormat duduklah.
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Who jumped the gun?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat, cukuplah. Saya faham, semua orang tahu isu yang banyak orang bertanya, social media semalam semua kecoh pasal revocation, semua tahu.
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Kecoh pasal dia.
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Tidak mengapalah Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
You made the mistake.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat ...
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
You made a big mistake.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat, please sit down. Duduklah, duduklah.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Banding jangan emosi. Banding jangan emosilah, duduk.
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Tidak emosi. Kalau you tidak cakap, kalau you tidak jumped the gun, you mendahului Perdana Menteri, you lawan Agong ....
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
You tidak dengar lagi jawapan. Jangan kata macam itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat ...
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Jawapan hari Isnin. You cakap semalam. You destroyed everything.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Saya Tuan Yang Dipertua Majlis. Biarlah Yang Berhormat Menteri hendak jawab, biar saya buat ruling. Saya bagi Yang Berhormat enam orang untuk raise point of order. I have been very fair. Bagilah saya peluang buat kerja. Kalau tidak, Yang Berhormat gantilah saya jadi Tuan Yang di-Pertua.
[Tepuk] Yang Berhormat, dengar.
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Saya tak nak jadi Timbalan Yang di-Pertua. Saya tak nak.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Saya tahu, kita orang Johor ek. Yang Berhormat, ...
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Puchong please. Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua sudah buat ruling Isnin. Kalau Yang Berhormat masih tidak puas hati disebabkan oleh jangka masa kompaun dan sebagainya, Yang Berhormat pergi menghadap Tuan Yang di-Pertua, bincang dengan Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa Yang Berhormat Menteri akan ikut arahan Tuan Yang di-Pertua, betul?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Ya betul.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
The rule of the day. Saya minta maaf. Saya ada Aturan Urusan Mesyuarat today, saya kena proceed dengan Yang Berhormat Menteri Kesihatan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Sebagai alternatifnya sedikit sebagai alternatifnya Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan boleh membangkitkan isu berkaitan dengan ordinan ini semasa membahaskan penerangan daripada Yang Berhormat Menteri Kesihatan, kompaun dan sebagainya. He is the owner of the ordinance, it is not me.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
[Bangun] [Seorang ahli mencelah]
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
[Bangun]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Owner of the ordinance mengenai Perkara 342 itu adalah Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Boleh bangkitkanlah. So, isu yang lain saya akan jawab hari Isnin. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Ada point lain tak? That point saya sudah discussed, saya sudah jawab. Ada benda baharu tak? Is there anything new Yang Berhormat Puchong?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Peraturan Mesyuarat 80.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, boleh?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
[Bangun]
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Anything new Yang Berhormat Puchong? Which is? Hold on. Yang manakah Yang Berhormat?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua, ...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Which Point of Order now?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
I am referring to 40(G). Tuan Yang di- Pertua, 40 relates to the sequence of proceedings in the House of the day. Ia menyatakan and I said Tuan Yang di-Pertua, earlier I refer to 40(G) as well, it is questions to Ministers for all answers. So that is the provision for the Minister to provide an answer now. Itu yang apa saya buat rujukan kerana semalam apa yang berlaku adalah banyak soalan telah pun dibangkitkan.
So, I’m asking Tuan Yang di-Pertua to make a ruling now. I’m asking to answer that question just on that limited point sama ada ia telah pun diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, sudah tentu dia tahu sekarang. Tidak akan perlu tunggu sehingga hari Isnin untuk memberi jawapan. Undang-undang sangat jelas yang revoke itu adalah Yang di-Pertuan Agong.
[Tepuk] Akan tetapi apa yang disebutkan semalam adalah Kabinet and this is something which is very serious because I think the government must respect the fact that the law must apply – and if the Constitution suggests that it must be revoked by Yang di-Pertuan Agong then that must be done. Ini bukan main-main. We have to take it seriously. Ini soal Perlembagaan dan juga undang-undang yang ada, yang ada kesannya terhadap rakyat setiap hari. So, saya minta supaya soal itu kalau boleh beri jawapan kepada perkara itu.
Terima kasih.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
May I? May I address the Dewan....
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
You want to respond now Yang Berhormat Menteri?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Ya, *now. My learned friend refers to 41(G).
41(G)* ini adalah soalan-soalan lisan. It is not soalan begini ...
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Jawab sahajalah.
Jawab ...
[Dewan riuh]
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Ada perkenan dari Agong atau tidak?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Ada perkenan, tiada perkenan? Kena perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat ....
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yes or no? Jawab sahajalah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat ....
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Saya masih memohon untuk menjawab pada hari Isnin sebagaimana di-ruling Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Orang terkesan.
Jawab! Ada perkenan, tidak ada perkenan.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Buat *police report.
[Seorang Ahli menyampuk]*
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat, yang bangkang itu saya tidak boleh halang.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya celah?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
The same thing kah Yang Berhormat, Point of Order?
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Ya. Kami mendesak, soalannya itu melibatkan Parlimen, kuasa Yang di-Pertuan Agong. Jadi, oleh demikian soalannya spesifik. Kalau belum, kata belumlah. Umumnya Ahli-ahli Yang Berhormat sebelah sini dan sebelah sana tahu dengan perbahasan dua hari ini memang Tuanku Agong belum perkenan.
[Tepuk] Jadi mengapa Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri tidak boleh jawab dalam proses ataupun kerja-kerja sedang dijalankan untuk dipersembahkan. Ini akan memudahkan perbincangan kita. Ini urusan Parlimen Tuan Yang di-Pertua, jadi jangan buat helah umpamanya tunggu hari Isnin. Kita bincang hari ini yang terkait dengan ordinan. Kita bincang hari ini, semalam yang terkait dengan proclamation dan ordinance.
Yang Berhormat Menteri kata sudah batal.
Jadi kita hendak tahu, kalau belum, beritahu sahajalah bahawa saya tersilap.
Maksud saya Kabinet memutuskan, baru hendak dipersembahkan kepada Tuanku Agong dan beri ruang dan waktu kepada Tuanku Agong menimbang dan memperkenankan. Bukan mudah begitu?
[Tepuk] Ini hendak dolak-dalik, ronggeng ini apa?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat ..
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Ini yang Tuan Yang di-Pertua saya minta. Kalau tidak, there is absolutely, no confidence in the leadership of this House, no, I mean the leadership this government untuk bercakap apa-apa. Dia cakap apa pun orang tidak boleh percaya sudah. Perkara yang spesifik begini tidak boleh jawab. Kalau Yang di-Pertuan Agong benar-benar perkenan, saya percaya semalam lagi dia jawab. Ini dia surat, tetapi tidak ada. Jawablah tidak ada.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Perkara 36(12), Perkara 36(12).
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Tolong jangan bohong dalam Dewan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Tuan Yang di-Pertua, ya lah kalau hendak suruh saya jawab, saya minta jawab, boleh? Saya menghormati ...
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Peraturan Mesyuarat 99.
[Beberapa Ahli bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat, tidak boleh Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Tuan Yang di-Pertua ...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat hendak masuk rumah kena beri salam kan.
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Saya tidak bagi masuk rumah macam mana?
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Assalamualaikum.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Tidak bagi masuk rumah. Waalaikumussalam duduk Yang Berhormat. Biar Yang Berhormat Menteri jawab.
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Peraturan Mesyuarat 99.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Duduk Yang Berhormat. Duduk. Jangan. Yang Berhormat, saya sudah sabar ini, duduk.
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Okey, selepas dia, saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Diam. Biarlah, dia belum habis cakap. Silakan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Tuan Yang di-Pertua, kita di dalam Dewan ini kita ada peraturan.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Betul, ada peraturan.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Tuan Yang di-Pertua, Perdana Menteri, Ketua Pembangkang, everyone is subject to standing order.
[Dewan riuh]
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
Apa fasal semalam boleh jawab, hari ini tidak boleh jawab?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
You are also subject to the order.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
Apa fasal semalam boleh jawab, hari ini tidak boleh jawab!
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Antara yang ada dalam standing order ini ialah...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
The rules also apply to you, Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, kalau sudah tengah cirit ini kena pergi bilik tandas dengan segera.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Sepang, sudahlah, biarlah dia jawab.
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Antara yang ada dalam standing order ini adalah petua daripada Tuan Yang di-Pertua. Saya tertakluk kepada petua Tuan Yang di-Pertua semalam yang meminta saya memberi penjelasan pada hari Isnin. Itu petua sekarang ini.
Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan
Kita minta penjelasan.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Perkenan ataupun tidak, itu sahaja.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Perkenan ataupun tidak jawab sekarang.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Agong perkenan ataupun tidak, itu sahaja, simple.
[Dewan riuh]
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Peraturan 36(12) mengelirukan Dewan.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
I am legally – Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yes or no?
Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan
Yes or no?
[Dewan riuh]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Saya minta hari Isnin.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yes or no?
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Bukan saya lari, hari Isnin, takkan lari.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan
Terima kasih.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
Pengecut!
Seorang Ahli
Takut apa?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat...
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Jawab sekarang!
Ada perkenan, tidak ada perkenan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Perkara yang sama hendak suruh dia jawab...
Seorang Ahli
Jawab sekarang!
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Sekejap, sekejap. Yang Berhormat, saya sudah bagi ruling, Tuan Yang di-Pertua sudah buat keputusan Menteri jawab hari Isnin. Menteri sudah sahkan hendak jawab Isnin.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tidak boleh. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Sekejap, sekejap, saya tidak habis cakap.
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Baik, baik. Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Sekejap, sekejap, biarlah saya habis...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Saya bersetuju dengan Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat, saya tidak habis cakap ini, macam mana ini. Adui...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Relax, relax, relax.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat, Sabar. Saya tahulah tujuh bulan tidak masuk Dewan...
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju. Maknanya kerajaan telah mengaku mereka merampas kuasa Yang di-Pertuan Agong.
[Dewan riuh]
Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Sudah, duduk.
Saya...
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Point of order...
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Yang Berhormat Menteri ini betul-betul ‘wanan’ betul Yang Berhormat Menteri ini.
Seorang Ahli
Haprak betullah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Saya buat keputusan, Yang Berhormat tidak puas hati pukul 11.00 pagi Tuan Yang di-Pertua masuk. Then, Yang Berhormat hendak bawa isu urgency of the matter terpulang kepada Yang Berhormat tetapi Tuan Yang di-Pertua masuk pukul 11.00 pagi.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Saya tidak akan overrule ruling Tuan Yang di-Pertua. Dalam senarai, Menteri sudah jawab. Selepas ini yang lain semua duduk, saya hendak jemput Yang Berhormat Menteri untuk mulakan.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
I have made my decision. Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Beberapa Ahli
[Bangun]
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Penjelasan, Tuan Yang di-Pertua.
Penjelasan..
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Tuan Yang di- Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat, tolonglah Yang Berhormat.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Yang tadi itu tidak kisah, yang ini yang lain sedikit.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, punya ruling...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
I have made my decision, cukuplah...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Point of order yang lain...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak boleh paksa saya. You cannot force me, sit down.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
I am not going to force you.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat, cukup! Biar Yang Berhormat Menteri mula...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Penjelasan, penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Tuan Yang di- Pertua masuk pukul 11.00, there is another, platform bawalah kepada Tuan Yang di- Pertua to decide. Saya tidak akan overrule keputusan Tuan Yang di-Pertua semalam.
Silakan.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
You are not going to overrule the Speaker. Tuan Yang di-Pertua, you are not going to overrule the Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Menteri, silakan.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, you are not going to overrule the Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Menteri, berapa lama Yang Berhormat?
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Kita bukan minta dijawab semua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Menteri, berapa lama?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, we cannot ignore the decision.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
...Berhubung dengan ordinan itu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Menteri.
Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Ya, terima kasih.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Kita tidak minta dia jawab isu berhubung dengan ordinan. Kita minta dia jawab satu sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Menteri, Menteri Kesihatan.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Very simple question.
Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Yang Berhormat Menteri, soalan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Berapa lama?
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
You are not going to overrule the ruling of the Speaker.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Berapa lama?
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
At least, Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Berapa lama, satu jam kah?
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Apa susah sangat hendak jawab Yang Berhormat Menteri ini?
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Masa 45 minit, 45 minit.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Selama 45 minit?
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Saya diarahkan oleh Tuan Yang di-Pertua, selepas Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Ketua Pembangkang akan...
Seorang Ahli
Yang Berhormat Kuala Selangor.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Kuala Selangor, tetapi klausa daripada Pembangkang arahan daripada Tuan Yang di- Pertua ialah masa yang sama Yang Berhormat Menteri ambil. Akan tetapi arahan kepada Yang Berhormat Port Dickson bukan kepada Yang Berhormat Kuala Selangor.
Okey. Silakan, Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Ya, terima kasih.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Kuala Selangor pun boleh ya, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Masa 45 minit.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Kuala Selangor, bagilah 20 minit.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Tidak apa, biar Yang Berhormat Menteri, silakan, 45 minit.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Sebelum memulakan sesi penjelasan di dalam Dewan yang mulia ini, saya ingin menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat dan juga terutama kepada petugas barisan hadapan, semua kementerian, agensi kerajaan, pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan semua rakyat Malaysia yang sentiasa bersatu dalam membendung penularan COVID-19. Terima kasih kepada semua.
Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha membendung penularan COVID-19, kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia amat serius dan komited melaksanakan pelbagai perancangan dan tindakan bagi mengimbangi antara keutamaan melindungi nyawa rakyat dan keperluan menjamin kelangsungan hidup. Pandemik COVID-19 ini turut memperlihatkan peri pentingnya kerjasama di semua peringkat jentera pelaksanaan kerajaan dalam mencegah, mengesan dan menangani pandemik ini.
Setelah lebih setahun pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia, sebanyak 194.2 juta kes COVID-19 dengan 4.2 juta kematian direkodkan sehingga kini. Manakala sehingga 26 Julai iaitu semalam, Malaysia telah merekodkan keseluruhan sebanyak 1,027,954 kes positif dan 8,201 kes kematian. Selain daripada itu, jumlah kumulatif sembuh pula direkodkan adalah sebanyak 83.1 peratus iaitu 853,913.
Semenjak kes pertama COVID-19 dikesan di Malaysia pada 25 Januari 2020, Malaysia telah menghadapi tiga gelombang jangkitan COVID-19. Gelombang pertama 25 Januari 2020 hinggalah 15 Februari 2020. Hanya mencatatkan 22 kes COVID-19 dan tiada kematian. Seterusnya pada gelombang kedua iaitu 27 Februari 2020 hinggalah ‘19 September 2020’ terdapat sebanyak 10,145 kes COVID-19 dengan 130 kes kematian.
Pada masa ini negara kita sedang berdepan dengan gelombang ketiga COVID- 19 yang lebih mencabar lebih-lebih lagi dengan kemunculan beberapa varian baru yang agresif sekali gus meningkatkan kadar keberjangkitan virus COVID-19. Peningkatan jangkitan pada gelombang ketiga adalah melalui kes sporadic yang tiada kaitan dengan kes kluster. Gelombang ketiga yang bermula pada ‘20 September 2020’ dan masih berterusan hingga sekarang iaitu pada 29 Julai 2021 merekodkan sebanyak 1,017,787 kes positif dan 7,864 kes kematian.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Walaupun bilangan kes positif kes COVID-19 adalah agak tinggi, namun bilangan kes serius yang tergolong dalam kategori tiga, empat dan lima berdasarkan kadar klinikal kes semasa baharu didiagnosis atau di diagnosed adalah kecil berbanding dengan jumlah keseluruhan kes. Sebagai contoh semalam, 26 Julai jumlah kes harian adalah 14,516 kes, yang mana kes kategori tiga, empat dan lima sekitar 2.5 peratus.
Sehingga 26 Julai 2021 jumlah kumulatif kes-kes yang telah dijalankan penjujukan genom oleh Institut Penyelidikan Perubatan dan beberapa agensi adalah sebanyak 1,668. Pecahannya KKM sebanyak 707, MOSTI sebanyak 115, KPT sebanyak 846 iaitu merangkumi 0.17 peratus iaitu 0.17 peratus daripada semua kes positif.
Daripada jumlah ini bilangan variant of concern ataupun VOC, severe acute respiratory syndrome coronavirus 2 adalah 409 kes dan didapati bahawa kes yang melibatkan VOC semakin meningkat sejak Mei 2021.
Perkembangan ini adalah sejajar dengan situasi di negara lain di mana VOC seperti varian delta mempunyai kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi. Untuk meningkatkan lagi kapasiti penjujukan genom, satu konsortium yang melibatkan tiga kementerian iaitu KKM, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pengajian Tinggi telah ditubuhkan. Konsortium ini melibatkan beberapa institusi dan universiti telah menerima peruntukan sebanyak RM3 juta untuk menjalankan penjujukan genom SARS-CoV-2 sebanyak 3,000 sampel dalam tiga bulan bermula Ogos 2021 supaya bilangan sampel yang dijalankan penjujukan genom melebihi 100 peratus daripada semua kes positif.
Sebagai perbandingan, kapasiti penjujukan jenom di beberapa negara ASEAN adalah seperti berikut:
| BIL. | NEGARA | PERATUSAN |
|---|---|---|
| 1 | Singapura | 6.00 |
| 2 | Thailand | 0.43 |
| 3 | Vietnam | 0.30 |
| 4 | Indonesia | 0.11 |
| 5 | Cambodia | 0.82 |
Antara kriteria yang digunakan untuk pemilihan sampel termasuk sampel yang mempunyai kitaran ambang ataupun circle threshold value kurang daripada 25. Sampel daripada kluster positivity tinggi, kes kematian ataupun board index atau kes ICU.
Tuan Yang di-Pertua, varian baru yang wujud daripada virus SARS-CoV-2 kerap bermutasi bagi memastikan kelangsungan hidupnya dalam persekitaran bersama manusia. VoC amat membimbangkan yang mana boleh menyebabkan berlakunya penularan jangkitan yang pantas, jangkitan dengan gejala dan komplikasi yang teruk.
Walau bagaimanapun, pemberian vaksin akan dapat mengurangkan kesan teruk jangkitan COVID-19 termasuk kematian.
Tindakan menangani pandemik COVID-19 bagi menangani pandemik COVID- 19, kerajaan sentiasa mengambil pendekatan menyeluruh konsep whole-of-government and whole-of-society bagi melindungi nyawa bagi memastikan kelangsungan hidup rakyat serta memulihkan ekonomi negara. Mengambil kira situasi pandemik COVID-19 global dan dalam negara yang masih meningkat kerajaan telah mengambil pelbagai tindakan dalam memastikan rakyat Malaysia sentiasa dilindungi daripada risiko jangkitan dan seterusnya mencegah penularan COVID-19.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Mengambil kira situasi pandemik COVID-19 global dalam negara yang masih meningkat, kerajaan telah mengambil pelbagai tindakan dalam memastikan rakyat Malaysia sentiasa dilindungi daripada risiko jangkitan dan seterusnya mencegah penularan COVID-19.
Antara tindakan yang diambil adalah 20 perkara yang saya akan edarkan. KKM telah menggariskan lima strategi kesihatan awam bagi menangani COVID-19 sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 2.0. Strategi tersebut yang digariskan adalah memutuskan rantaian transmisi, mengurangkan mobiliti dan kematian, memperkukuhkan
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
diagnostik dan surveillance, mencapai imuniti berkelompok dan meningkatkan kesedaran serta pembudayaan norma baharu.
Manakala terdapat sebanyak sepuluh strategi kerajaan pelbagai agensi dalam menghadapi pandemik COVID-19 termasuklah pengurusan sektor ekonomi dalam fasa PKP 2.0. Strategi yang telah digariskan ialah:-
(i) Tindakan perundangan melalui Ordinan Darurat;
(ii) pengurusan tempat tinggal pekerja;
(iii) pematuhan SOP di tempat kerja;
(iv) pemantauan pematuhan menyeluruh;
(v) melaksanakan program saringan secara agresif;
(vi) Skuad Agen Basmi COVID-19 membabitkan sukarelawan;
(vii) penempatan sementara sektor awam;
(viii) Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan; dan
(ix) penggunaan teknologi dan hadiran pelaksana tindakan.
Selain itu, kerajaan menerusi Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Bilangan 31 2020 yang diadakan pada 17 Oktober 2020 telah bersetuju agar Yang Berhormat Menteri Kanan Pertahanan mempengerusikan kewujudan sebuah jawatankuasa yang meliputi kumpulan-kumpulan pekerja fokus.
Dalam hal ini KKM diberi tanggungjawab untuk menerajui kumpulan kerja satu iaitu sekuriti kesihatan bagi memastikan Malaysia mengurangkan risiko ancaman dan pulih daripada pandemik melalui tindakan bersepadu di peringkat antarabangsa, peringkat nasional negeri, daerah dan lapangan melalui perancangan yang strategik dan tindakan menyeluruh melibatkan semua pihak daripada sektor kerajaan, swasta, NGO dan setiap individu.
Pelan Tindakan Kumpulan Kerja 1, Kementerian Kesihatan mengandungi sebanyak lapan strategi, 35 program dan 141 inisiatif.
Tuan Yang di-Pertua, KKM sentiasa berusaha untuk meningkatkan kapasiti ujian bagi pengesanan COVID-19 iaitu melalui kerjasama berterusan dengan pelbagai agensi kerajaan dan pihak swasta. Sehingga 26 Julai 2021, terdapat sebanyak 51 buah makmal kerajaan di bawah KKM, KPT, Kementerian Pertahanan dan MOSTI dan sebanyak 43 buah makmal swasta mempunyai kapasiti untuk menjalankan ujian RT- PCR, SARS CoV-2 di seluruh negara dengan kapasiti ujian sebanyak 122,603 ujian sehari berbanding dengan kapasiti ujian RT-PCR pada bulan Mac 2020 yang hanya sebanyak 6,210 ujian sehari iaitu peningkatan sebanyak 1,874 peratus.
Berdasarkan peningkatan keupayaan ini, kapasiti ujian di setiap negeri telah ditingkatkan. Sebagai contoh di negeri Selangor bilangan ujian RT-PCR yang telah dijalankan pada tahun 2020 adalah sebanyak 840,165 dan jumlah ini meningkat kepada 2.43 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2021.
Malaysia adalah antara negara pertama yang menggunakan kaedah ujian RTK- Antigen, SARS CoV-2 untuk pengesanan COVID-19 di fasiliti kesihatan dan lapangan.
Ujian RTK-Antigen di Malaysia bermula pada Mei 2020. Sehingga semalam, 26 Julai ujian RTK-Antigen, SARS CoV-2 yang telah dijalankan di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta adalah sebanyak 8,114,769.
Selain itu, bagi memperkukuh surveillance COVID-19, terdapat sebanyak 35 jenis saringan yang dijalankan termasuklah Influenza-Like-Illness surveillance dan severe acute respiratory illness surveillance dalam mengesan awal kes dan kontak rapat bagi membendung penularan COVID-19.
Peningkatan kesihatan awam. Tuan Yang di-Pertua, dalam pengurusan pandemik ini, KKM telah menggunakan pendekatan kesihatan awam iaitu public health measure bagi melaksanakan tindakan affirmative. Peningkatan kesihatan awam ini melibatkan kesiapsiagaan dan respons terhadap sebarang jenis kegiatan kecemasan kesihatan awam termasuklah pengurusan pandemik COVID-19.
Sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi sebarang pandemik, Malaysia telah mengadakan WHO Joint External Evaluation (JEE) dan menjemput seramai 11 orang pakar yang dipilih oleh pihak WHO untuk menilai pelaksanaan International Health Regulation (2005) di Malaysia meliputi sebanyak RM19 bidang teknikal yang merangkumi keseluruhan 49 indikator pada 21 Oktober hinggalah 25 Oktober 2019. Pihak penilai juga telah membuat lawatan ke beberapa fasiliti yang terpilih daripada pelbagai kementerian agensi.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Hasil penilaian tersebut adalah seperti berikut:-
(i) Malaysia mempunyai sistem keselamatan kesihatan bermatlamat jangka panjang melalui pembangunan dan pelaksanaan Pelan Malaysia Strategy for Emerging Disease and Public Health Emergencies (MYSED) II Workplan dan rangka kerja berkaitan;
(ii) Malaysia mempunyai mekanisme yang baik dalam penyelarasan arahan serta kawalan kesiapsiagaan kecemasan kesihatan awam yang melibatkan pelbagai kementerian dan agensi berpandukan Arahan No. 20 Majlis Keselamatan Negara yang diselia oleh Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMA), Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC). KKM pula bertindak sebagai pusat bagi merancang aktiviti kesiapsiagaan pengumpulan maklumat, serta penyelarasan respons sektor kesihatan;
(iii) kerjasama melibatkan pelbagai kementerian agensi terhadap ancaman keselamatan kesihatan ialah di tahap yang baik di mana semua kementerian dan agensi yang terlibat dalam melaksanakan Pelan Malaysia Strategy for Emerging Disease and Public Health Emergencies (MYSED) II Workplan (2013-2021).
Dalam pengurusan pandemik ini secara sistematik dan seragam, Garis Panduan Pengurusan COVID-19 telah dikeluarkan oleh KKM pada 17 Januari 2020.
Garis panduan ini merangkumi aspek pengurusan klinikal, pengujian makmal, surveillance, pencegahan dan kawalan penyakit ataupun pencegahan dan kawalan jangkitan, aktiviti di pintu masuk antarabangsa, aktiviti pengurusan kes kontak di lapangan, dan pelaksanaan pemberian vaksin. Garis panduan ini telah dikemas kini sebanyak enam kali hingga terakhir berdasarkan perkembangan di dalam dan luar negara supaya kekal relevan.
KKM telah mewujudkan Standard Procedure Operating (SOP) kuarantin wajib ke atas pengembara yang tiba di Malaysia bagi menghalang penularan jangkitan ke dalam komuniti daripada individu yang terjangkiti bertujuan melindungi populasi dalam negara. SOP ini diperketat berikutan terdapat banyak negara seluruh dunia telah melaporkan penularan VOC dalam komuniti.
Manakala bagi pengawalan penularan COVID-19 ke dalam negara, mana-mana individu yang bergejala perlu melakukan ujian saringan COVID-19. Bagi individu yang positif, mereka akan dihubungi oleh pejabat kesihatan daerah atau diminta terus ke COVID-19 Assessment Center (CAC) yang berdekatan untuk tindakan lanjut.
Terkini, KKM telah melaksanakan Virtual CAC, Virtual COVID-19 Assessment Center untuk Greater Klang Valley yang meliputi kawasan-kawasan Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Seremban dan Negeri Sembilan. Manakala kontak rapat yang dikesan akan di kuarantin bertujuan untuk mengehadkan pergerakan mereka dan menjalankan pengawasan dan pemerhatian dalam tempoh inkubasi COVID-19 untuk mengelakkan penularan jangkitan dalam komuniti.
Pelaksanaan perintah kuarantin ini termasuklah di bawah seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 ataupun Akta 342. Bagi mana- mana lokaliti yang dikesan mempunyai kadar jangkitan COVID-19 yang tinggi, pihak kerajaan melaksanakan penutupan atau kawalan sempadan termasuklah apa yang dipanggil PKP diperketat di kawasan bersasar. Langkah ini bertujuan untuk mengawal pergerakan keluar masuk penduduk di kawasan berisiko tinggi seterusnya bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
Tuan Yang di-Pertua, pengaktifan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis
(CPRC). KKM telah mengaktifkan bilik gerakan COVID-19 di Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis Kebangsaan pada 23 Januari 2020 bagi menyelaras aktiviti serta memantau situasi wabak jangkitan COVID-19 dalam dan luar negara dan berfungsi aktif sehingga kini dan sehingga wabak dapat ditangani.
KKM telah menubuhkan sebanyak 180 buah CAC di seluruh negara bagi mengendalikan penilaian ke atas individu yang telah dikesan positif selepas menjalani ujian saringan COVID-19 bertujuan untuk:-
(i) mengenal pasti tahap keterukan ataupun severity pesakit mengikut kategori satu hingga lima bagi tujuan rawatan susulan bagi mereka;
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
(ii) mengenal pasti pesakit COVID-19 dalam kategori satu dan dua yang sesuai untuk menjalani pengasingan ataupun kuarantin di rumah dipanggil HSO selama 10 hari; dan
(iii) merujuk pesakit yang tidak memenuhi kriteria HSO, PKRC atau Pusat Kuarantin Berisiko Rendah atau ke hospital.
Secara puratanya kedatangan pesakit ke setiap CAC Lembah Klang adalah di antara 700 sehingga 3,000 pesakit sehari. Manakala purata kedatangan pesakit di setiap CAC di negeri lain adalah seramai 100 hingga 500 pesakit sehari.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
KKM sentiasa berusaha menambahbaikkan penyampaian perkhidmatan di CAC bagi menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat melalui:
(i) petugas kesihatan dari negeri lain ke CAC Lembah Klang yang mempunyai pesakit COVID-19 yang tinggi;
(ii) Pelantikan pengamal perubatan swasta iaitu private practice di bawah Seksyen 6 Ordinan Darurat (Kausa-kuasa Perlu) 2021 bagi membantu memantau dan memakaikan gelang tangan pengawasan oleh pesakit COVID-19;
(iii) Penglibatan sukarelawan dari pelbagai agensi kerajaan;
(iv) Mewujudkan call center berpusat untuk mengendalikan panggilan telefon berkenaan dengan COVID-19; dan
(v) Kolaborasi dengan pihak swasta mewujudkan CAC swasta atau private CAC.
Tuan Yang di-Pertua, bagi merawat individu yang didapati positif COVID-19, mereka perlu diasingkan dan rawat sama ada di PKRC, hospital bergantung pada keterukan ataupun severity pesakit. Dalam hal ini, KKM telah mewujudkan dua jenis PKRC ataupun Pusat Kuarantin Berisiko Rendah iaitu awam dan swasta. PKRC berisiko rendah untuk merawat pesakit COVID-19 kategori satu dan dua, PKRC Bersepadu di MAEPS Serdang yang diwujudkan pada 19 Januari 2021 untuk merawat pesakit kategori satu hingga empat. Manakala, pesakit kategori 5 yang memerlukan rawatan rapi dan alat banuan pernafasan akan dimasukkan ke hospital. Tujuan pewujudan PKRC adalah untuk menambah bilangan katil, menambah kapasiti dan keupayaan dalam merawat pesakit COVID-19 serta menempatkan pesakit COVID-19 yang tidak sesuai untuk menjalani kuarantin di rumah seperti pesakit yang mempunyai komobiditi dan juga keadaan rumah yang tidak sesuai bagi tujuan kuarantin. Sehingga 26 Julai 2021, terapat sejumlah 29,835 katil di semua 130 PKRC di seluruh negara iaitu dengan penambahan sebanyak 1,468 peratus berbanding 1,965 katil pada Mac 2020.
Setakat ini kapasiti penggunaan keseluruhan PKRC adalah 61 peratus.
Kesemua PKRC ini telah diwujudkan dengan kerjasama NADMA, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pihak berkuasa tempatan. Untuk hospital COVID-19 Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini terdapat 221 buah hospital di seluruh negara yang dikhususkan bagi rawatan pesakit COVID-19 iaitu 104 daripada 146 hospital KKM, enam hospital universiti, 112 hospital swasta dan sebuah hospital angkatan tentera. Sebanyak 11 hospital KKM adalah berstatus full COVID-19 dan selebihnya berstatus hibrid yang turut juga merawat pesakit bukan COVID-19.
Jumlah katil bukan ICU iaitu non-ICU bed bagi kesemua 221 buah hospital di seluruh negara adalah sebanyak 15,090 katil awam dan 1,288 swasta iaitu peningkatan sebanyak 373 peratus berbanding 4,395 katil pada 30 Mac 2020. Jumlah katil ICU adalah sebanyak 1,405 awam dan 128 swasta iaitu peningkatan sebanyak 485 peratus berbanding 316 katil ICU pada 30 Mac 2020. Bagi meningkatkan kapasiti katil merawat COVID-19 di hospital awam, seperti yang dinyatakan pengubahsuaian ruang tertentu apa yang dipanggil repurposed area di dalam dan di luar bangunan hospital untuk dijadikan wad dan ICU sementara telah dilaksanakan termasuk pembinaan hospital medan, ICU medan, modular ICU dan penggunaan ICU di hospital swasta. Setakat ini tiga modular ICU telah disediakan dan beroperasi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Hospital Kepala Batas Penang dan Hospital Melaka.
Bagi menampung peningkatan kes COVID-19 khususnya kategori empat dan lima, KKM telah menambah lima lagi modular ICU di beberapa hospital yang mempunyai kes yang tinggi termasuklah Hospital Tengku Ampuan Rahimah sebagai tambahan, Hospital Selayang, Hospital Selayang, Hospital Tengku Jaafar Seremban, Hospital Tawau dan Hospital Sibu. Selain daripada penyediaan fasiliti, peralatan-peralatan
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
perubatan seperti katil pesakit, katil ICU, ventilator, patient monitor dan sebaginya turut dipertingkatkan bagi memperkukuhkan keupayaan sebagai kesiapsiagaan dalam menangani pandemik COVID-19.
Kerjasama strategik rentas agensi kerajaan. Seperti yang telah dinyatakan, keupayaan negara menangani pandemik ini telah dibantu melalui kerjasama strategik rentas kerajaan dengan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan bagi memastikan setiap intervensi dan usaha yang diambil dalam menurunkan kes COVID-19 dengan cara yang lebih komprehensif.
Sehubungan dengan itu, selaras dengan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan atau PEMERKASA Plus kerajaan telah memperuntukkan RM450 juta bagi meningkatkan kapasiti dan memperkukuhkan sistem kesihatan awam melibatkan hospital seliaan KKM, Hospital Pengajar KPT, Hospital Pakar Kanak-kanak UKM dan hospital medan ATM. Sebanyak RM350 juta disediakan untuk hospital di bawah KKM, RM80 juta Hospital Pengajar, RM20 juta bagi Hospital Medan UTM. Sebahagian peruntukan yang disediakan kepada KKM juga turut digunakan membiayai perolehan bekalan ubat, reagent, consumable dan peralatan perubatan sebanyak RM30 juta untuk HPKK UKM dan RM20 juta untuk Hospital Pengajar UPM.
Angkatan Tentera Malaysia di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia turut terlibat dalam meningkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan dengan mewujudkan hospital medan di beberapa negeri yang mempunyai kes COVID-19 yang tinggi seperti di Pokok Sena Kedah, di Penjara Kepayan Sabah, Hospital Tawau, Hospital Kepala Batas, Hospital Kapit Sarawak, di Hospital Labuan, di Hospital Sultan Aminah Johor dan juga Hospital Tentera Tuanku Mizan Kuala Lumpur. Di samping itu, Hospital Pengajar Universiti ataupun SPU di bawah KPT seperti Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Universiti Sains Malaysia, Hospital UITM, Hospital Pengajar UPM, hospital swasta turut sama dalam memberikan rawatan kepada pesakit COVID-19. Kapasiti katil, Hospital Pengajar UPM telah ditingkatkan untuk merawat pesakit COVID-19. Daripada 119 katil kepada 246 katil, manakala hospital swasta telah menyediakan sebanyak 1,287 katil.
Pada 4 Jun 2021, sebagai langkah untuk meningkatkan kapasiti penyediaan kemudahan untuk merawat pesakit COVID-19, pemilikan sementara dan penggunaan sumber Hospital Pakar Kanak-kanak UKM telah dilaksanakan. Memahami bahawa usaha COVID-19 memerlukan kerjasama sepadu, Protect Health Cooperation Sdn. Bhd.
iaitu syarikat tidak berasaskan keuntungan milik KKM telah memperkukuhkan kerjasama awam-swasta untuk menjayakan Program Imunisasi Kebangsaan atau PICK. Sehingga 26 Julai 2021, sebanyak 1,654 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pengamal perubatan awam swasta, 31 PPV klinik pakar, 122 PPV hospital swasta, 25 PPV Pusat Jagaan Ambulatori, enam PPV AstraZeneca, 68 PPV integrasi, 48 PPV industri, 18 PPV mobile dan enam NGO kesihatan telah terlibat bagi mempercepatkan kadar vaksinasi serta memaksimumkan akses vaksin kepada rakyat di seluruh negara.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] KKM ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan di atas kerjasama semua pengamal perubatan swasta dan NGO kesihatan serta para sukarelawan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyokong dan menjayakan PICK yang diselaraskan oleh Protect Health Cooperation Sdn. Bhd.
Tuan Yang di-Pertua, Inisiatif The Greater Klang Valley Task Force. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia mengambil perhatian serius dengan situasi semasa pandemik COVID-19 di Malaysia sejak dua minggu lepas. KKM berhadapan dengan krisis khususnya di Lembah Klang. Dengan peningkatan kes yang mendadak terdapat keperluan untuk meningkatkan kapasiti COVID-19 dengan cepat termasuklah bekalan oksigen, peralatan yang berkaitan dan keperluan untuk mobilisasikan anggota kesihatan.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Justeru, kerajaan telah menubuhkan Pasukan Bertindak Khas ‘Greater Klang Valley’ bagi menangani situasi semasa di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Peranan GKVSTF ini adalah untuk menangani krisis dan impak kepada sistem kesihatan susulan peningkatan kes. Semasa krisis ini, adalah penting untuk memastikan pesakit COVID-19 yang mempunyai gejala teruk mempunyai akses kepada katil COVID- 19 di hospital atau PKRC bersepadu dan pesakit COVID-19 yang bergejala dipantau awal oleh KKM. Fungsi GKVSTF diperkukuh menerusi penggunaan Virtual CAC bagi memantau pesakit positif yang bergejala ringan atau tidak bergejala yang menjalani isolasi di tempat kediaman masing-masing. Sekiranya gejala mereka bertambah teruk, Virtual CAC akan menjadi platform pengesanan awal dan boleh membuat rujukan ke hospital untuk rawatan selanjutnya.
Tuan Yang di-Pertua, penyumberluaran ataupun outsourcing perkhidmatan kesihatan kepada pihak swasta. Kerjasama sektor swasta turut melibatkan penyumberluaran. Bagi tujuan tersebut, sebanyak RM56 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan pada tahun 2020 kepada KKM untuk penyumberluaran pesakit kepada hospital swasta bagi mengurangkan masa menunggu yang perlu menjalani pembedahan ataupun surgeon kritikal seperti urgent dan semi-urgent perawatan jantung dan kanser.
Penyumberluaran ataupun oustsourcing juga secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan kapasiti hospital-hospital KKM bagi tujuan merawat pesakit COVID-19. Pada tahun 2021, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta lagi kepada KKM bagi tujuan penyumberluaran perkhidmatan kesihatan ke hospital swasta dengan memberikan keutamaan kepada kes-kes di Lembah Klang.
Penyumberluaran bagi kes-kes lain daripada COVID-19 ini bertujuan untuk meningkatkan kapasiti hospital awam bagi merawat kes-kes COVID-19.
Tuan Yang di-Pertua, inisiatif pendigitalan dan analisis biodata raya. Aplikasi MySejahtera dan sistem amaran awal iaitu Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) adalah inisiatif pendigitalan dalam pengurusan COVID-19 negara.
Kedua-dua inisiatif ini membantu negara mendapatkan maklumat awal COVID-19 untuk menentukan tindakan yang akan diambil.
Aplikasi MySejahtera berfungsi mulai 20 April 2020 untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri atau self-apply. Sehingga 26 Julai 2021 iaitu semalam, MySejahtera telah berjaya mencapai 27.7 juta pengguna aktif yang berdaftar dan 2.44 juta premis perniagaan berdaftar. Selain itu, MySejahtera telah merekodkan 6.7 bilion jumlah kumulatif check-in ke premis berdaftar menggunakan imbasan kod QR dengan purata 19.3 juta check-in sehari.
Aplikasi MySejahtera juga digunakan untuk mengesan kes-kes positif COVID- 19 melalui penilaian kesihatan kendiri oleh pengguna dan pengesahan kontak rapat melalui semakan data oleh pejabat kesihatan daerah dengan pangkalan data MySejahtera.
Selain itu, sistem awal yang dipanggil HIDE atau Hotspot Identification for Dynamic Engagement juga telah dibangunkan pada April 2021 menggunakan data dan sistem MySejahtera. Sistem ini bertujuan memberi amaran awal dalam mencegah peningkatan jangkitan COVID-19 dengan menggunakan data daripada aplikasi MySejahtera. Sistem HIDE boleh mengenal pasti sesuatu kawasan dan premis yang berisiko atau berpotensi menjadi hotspot atau pusat penyebaran jangkitan melalui analisis data raya (big data) dan kecerdasan buatan (artificial intelligence). Kini, fungsi MySejahtera terus diperluaskan dalam pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebagai sijil vaksin digital bagi COVID-19. Sijil ini boleh diakses melalui paparan pada ikon profil di aplikasi Mysejahtara milik individu yang terlibat.
Selain itu, untuk memastikan pengurusan bekalan produk vaksin yang cekap, Vaccine Management System (VMS) telah dibangunkan. Semua penerimaan stok vaksin COVID-19 telah direkodkan melalui VMS yang juga berintegrasi dengan MySejahtera bagi memastikan pergerakan vaksin bermula dari pembekal hingga ke penerima vaksin boleh dipantau.
Daripada aspek pengurusan wabak COVID-19, elemen lokasi adalah amat berguna bagi mengenal pasti kawasan berisiko untuk menentukan corak penyebaran atau kluster yang berlaku. Melalui sistem GIS MyHDW, maklumat geospatial digunakan oleh CPRC di peringkat kebangsaan dan negeri dalam membuat keputusan bagi pemantauan bilangan kes serta langkah-langkah kawalan yang perlu diambil secara bersasar.
Tuan Yang di-Pertua, program vaksinasi merupakan langkah strategik yang dirangka oleh kerajaan bagi membendung wabak COVID-19 di negara ini. Sebelum
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
kerajaan membuat sebarang keputusan pemilihan vaksin bagi melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), vaksin-vaksin ini perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
NPRA akan menilai data-data klinikal dan bukan klinikal bagi memastikan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan vaksin tersebut adalah terjamin.
Menyedari akses kepada vaksin COVID-19 adalah sangat penting dan mendesak dalam keadaan pandemik, satu laluan baharu bagi pendaftaran bersyarat khas untuk rawatan COVID-19 telah diwujudkan. Pada 3 Disember 2020, satu direktif berserta dokumen panduan berkaitan proses pendaftaran bersyarat bagi produk farmaseutikal termasuklah vaksin semasa tempoh bencana telah dikeluarkan oleh NPRA. Di samping itu, NPRA juga mengiktiraf dan mendaftarkan vaksin yang telah mendapat kelulusan Emergency Use Listing (EUL) di bawah program COVAX WHO.
Susulan daripada itu, sehingga 19 Julai yang lepas, sebanyak enam jenis vaksin COVID-19 telah didaftarkan secara bersyarat oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah
(PBKD) iaitu vaksin Pfizer, Astra Zeneca, Sinovac, CanSino, Sinopharm dan Johnson & Johnson. KKM bertanggungjawab untuk membuat perolehan vaksin yang mencukupi bagi mencapai imuniti kelompok menjelang penghujung tahun 2021.
Berhubungan dengan kajian vaksin di Malaysia, sejak pertengahan tahun 2020, KKM melalui Clinical Research Malaysia (CRM) terlibat dalam perbincangan bersama beberapa syarikat farmaseutikal antarabangsa berhubung kajian vaksin di Malaysia.
Antaranya kajian vaccine inactivated buatan Institute of Medical Biology Chinese Academy of Medical Sciences (IMBCAMS) yang dijalankan di sembilan hospital negara kita dan telah berjaya mencapai sasaran penyertaan 3,000 sukarelawan kajian klinikal pada April. Kedua, kajian vaccine inactivated buatan Shenzhen Kangtai Biological Products Co. Ltd. yang dimulakan pada Jun yang lepas dan kini berada di fasa recruitment dalam lapan tapak kajian yang terlibat.
Ketiga, terdapat empat kajian klinikal vaksin COVID-19 lain yang dalam proses mendapatkan kelulusan daripada Jawatankuasa Etika Penyelidikan dan Perubatan
(MREC) serta Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Ini termasuklah vaksin CoronaVac buatan syarikat Sinovac untuk peserta kajian yang berumur tiga hingga 17 tahun. Vaksin m-RNA buatan ‘Walvax' Biotechnology, vaksin recombinant daripada WestVax Biopharma dan vaksin subunit protein daripada Anhui Zhifei.
Tuan Yang di-Pertua, dalam memastikan tahap kesihatan mental petugas kesihatan dan frontliners yang dimobilisasikan ke lapangan dalam keadaan terbaik, taklimat pre-deployment meliputi aspek kesihatan mental dan psikologi diberikan untuk memberi pendedahan awal berkaitan isu kesihatan mental dan penjagaan kesihatan mental kendiri. Setelah tamat tugasan, petugas akan diberikan taklimat post-deployment berserta mental health alert help dan saringan kesihatan mental akan dilakukan sekiranya perlu.
KKM telah mewujudkan program Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial ataupun Mental Health and Psychosocial Support (MHPSS) untuk membantu petugas barisan hadapan dan masyarakat yang terkesan dari segi emosi dan psikologi melalui mobilisasi pasukan MHPSS ke lapangan. KKM turut melaksanakan latihan bantuan awal psikologi ataupun psychological first aid kepada pemberi khidmat kesihatan dan sukarelawan agensi lain bagi memperkasakan pengendalian emosi semasa pandemik.
Selain itu, pelbagai sesi libat urus seperti kaunseling individu/berkumpulan serta webinar dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak dan masyarakat di mana sebanyak 68 sesi telah berjaya dilaksanakan.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
KKM juga telah mendapat kerjasama lebih daripada 20 orang NGO yang turut memberi perkhidmatan sokongan psikososial kepada masyarakat yang mengalami tekanan. Sejak 25 Januari 2020, KKM dengan kerjasama MERCY Malaysia telah mewujudkan talian bantuan sokongan psikososial yang berpusat di CPRC bagi memperluaskan bantuan sokongan psikologi melalui perkhidmatan atas talian untuk individu yang terkesan dengan COVID-19. Saya diberitahu terdapat agensi kerajaan lain iaitu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang mengendalikan talian kasih dan JAKIM yang mengendalikan talian KSK Care yang mana kedua-dua talian ini memberikan khidmat sokongan kaunseling dan terapi psiko-spiritual kepada mereka yang mengalami tekanan.
Pada tahun 2021, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM24 juta bagi pengurusan kesihatan mental untuk menangani isu masalah mental yang dihadapi
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
masyarakat akibat pandemik COVID-19. Peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta bagi tujuan yang sama juga telah diluluskan pada 13 Julai yang lepas iaitu tahun 2021 yang menjadikan sekarang peruntukan sebanyak RM44 juta.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai komitmen yang berterusan untuk membendung penularan COVID-19, kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM7.13 bilion iaitu sebanyak RM1 bilion pada tahun 2020 dan sebanyak RM6.13 bilion pada tahun 2021 untuk KKM melaksanakan tanggungjawab yang besar ini. Daripada jumlah RM7.13 bilion ini, sebanyak RM2.35 bilion disediakan bagi saringan dan rawatan pesakit COVID- 19. Manakala sebanyak RM4.78 bilion bagi tujuan perolehan vaksin COVID-19 serta tambahan consumable dan juga peralatan penyimpanan vaksin.
Tuan Yang di-Pertua, bagi aspek pengurusan sumber manusia pula, KKM ingin merakamkan penghargaan kepada pihak yang terlibat meluluskan perjawatan dan pelantikan sumber manusia di KKM seperti berikut. Kementerian Kewangan telah meluluskan peruntukan emolumen kepada pegawai di KKM yang kini berjumlah lebih RM18 bilion iaitu 63 peratus daripada peruntukan belanja menguruskan KKM. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menguruskan perkhidmatan tetap dan pelantikan kontrak kepada KKM, sehingga 31 April 2021 yang lepas, jumlah penjawat tetap yang diluluskan oleh KKM adalah sebanyak 278,023 jawatan. Selain itu, lebih daripada 40 ribu orang pelantikan secara kontrak telah diluluskan menyebabkan implikasi kewangan sebanyak RM4.3 bilion. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang melantik pegawai tetap dan kontrak di KKM.
KKM telah membuat penugasan semula ataupun dipanggil mobilisasi secara dalaman bagi petugas kesihatan dan bukan kesihatan dari negeri tertentu ke negeri dan fasiliti yang mempunyai sumber manusia tambahan.
Bagi tahun 2020, seramai 1,375 anggota perubatan dan seramai 276 anggota kesihatan awam dari pelbagai kategori dan skim perkhidmatan telah dimobilisasikan dari Semenanjung dan wilayah Sarawak ke Sabah. Langkah ini bagi menampung keperluan perkhidmatan semasa penularan COVID-19 di wilayah Sabah. KKM turut melaksanakan pembelian perkhidmatan daripada sejumlah 200 kaunselor dan doktor swasta bagi menyokong perkhidmatan kesihatan mental dan perawatan perubatan bukan COVID-19 mengikut daerah dan lokaliti. KKM juga berkolaboratif dengan agensi awam lain bagi mobilisasi pegawai di bawah agensi berkenaan.
JPA telah memberi kerjasama untuk mobilisasikan sejumlah 211 pembantu tadbir kewangan untuk melaksanakan tugas pertukaran fi di pintu-pintu masuk utama dan stesen kuarantin di seluruh negara termasuklah di Sabah. Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah juga telah dijemput untuk menyediakan seramai 69 orang pemandu kenderaan dari agensi awam di wilayah Sabah bagi menyokong khidmat logistik kesihatan di situ.
Bagi tahun 2021 sehingga 20 Julai 2021, seramai 2,210 petugas dalam pelbagai kategori telah dimobilisasikan ke Kelantan, ke Serawak, ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ke Hospital Kuala Lumpur, di negeri Selangor dan juga di Negeri Sembilan.
Selain itu, KKM telah melantik seramai 1,519 petugas kesihatan kontrak tambahan berdasarkan kelulusan agensi pusat untuk ditempatkan di fasiliti kesihatan Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Hospital Kuala Lumpur. Penempatan ini bertujuan bagi memenuhi keperluan tambahan sumber manusia di Lembah Klang agar kes-kes COVID-19 dapat dikendalikan dengan pantas, cekap dan berkesan.
Tuan Yang di-Pertua, Malaysia bukanlah satu-satu negeri yang mengalami peperangan melawan pandemik COVID-19 di dunia. Sehubungan itu, penting bagi Malaysia menjalinkan hubungan kerjasama antarabangsa dan berkongsi sumber dan pengalaman yang ada dengan luar negara.
Pada 24 November 2020, kerajaan telah menandatangani perjanjian bersama The Global Alliance For Vaccines and Immunization (GAVI) untuk menyertai fasiliti COVAX. Perjanjian ini membolehkan kerajaan Malaysia membuat perolehan vaksin COVID-19 bagi 10 peratus populasi penduduk Malaysia. Sehingga kini kerajaan telah menerima sejumlah 828,000 dos vaksin jenis AstraZeneca dari fasiliti COVAX yang dihantar ke Malaysia secara berfasa. Selain itu, Malaysia telah diberi peluang untuk menjadi ahli WHO Executive Board bagi tempoh tiga tahun, berkuat kuasa pada bulan Mei 2021 sehingga bulan Mei 2024. Penglibatan Malaysia sebagai ahli lembaga Executive WHO akan memberi kelebihan kepada Malaysia untuk menyumbang kepada proses membuat keputusan dan dasar-dasar kesihatan di peringkat tertinggi.
KKM juga ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua penyumbang di kalangan individu, syarikat swasta, badan korporat dan NGO yang telah
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
sudi menyumbangkan wang tunai ke dalam Tabung COVID-19 serta pelbagai peralatan perubatan dan bukan perubatan, PPE, reagent, bekalan makanan dan lain-lain untuk keperluan KKM dalam mengharungi pandemik COVID-19. Semoga sumbangan suci murni ini mendapat keberkatan Ilahi.
Tuan Yang di-Pertua, Institusi Kesihatan Negara (NIS) melalui institut penyelidikan sistem kesihatan telah menghasilkan empat naskhah penerbitan berkaitan pandemik COVID-19 seperti The COVID-19 Chronicles of Malaysia In The Face of Pandemic, The COVID-19 Chronicles of Malaysia Navigating The Storm, Malaysian Health Sector Response To COVID-19 Pandemic Country Report 1, Malaysian Health Sector Response To COVID-19 Pandemic, Perspective From The Field Country Report 2.
Semua penerbitan ini adalah berdasarkan aktiviti yang dilaksanakan oleh kerajaan sepanjang pandemik COVID-19. Pegawai dan para penyelidik KKM khasnya dari INS telah menerbitkan artikel-artikel saintifik pelbagai bidang dan aspek menangani COVID-19 di jurnal antarabangsa. Sehingga 25 Julai 2021, sebanyak 74 artikel saintifik juga telah diterbitkan. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Tuan Yang di- Pertua, boleh minta PDF tak? Yang Berhormat Menteri baca panjang dan banyak fakta.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Ya, inner account dia tidak tahu.
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba
Saya minta 45 minit.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Boleh minta PDF? Banyak, lama.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Sangat boringlah.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Yang Berhormat Menteri tengok jam berkali-kali.
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba
Ya. Hendak habis dah.
Yang Berhormat Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Tuan Yang di- Pertua...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Rakaman video ke?
Yang Berhormat Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Tuan Yang di- Pertua, on the same point. Peraturan Mesyuarat...
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba
Tuan Yang di-Pertua, antara strategi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pengambilan vaksin dan terus mematuhi SOP dan norma baharu ialah...
Yang Berhormat Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Peraturan Mesyuarat, Yang Berhormat Sungai Buloh. Peraturan Mesyuarat 14(1)(i), penerangan oleh Yang Berhormat Menteri, kita sudah dengar penerangan panjang dari 45 minit lebih daripada Yang Berhormat Menteri, kita ucap terima kasih. Banyak data dan banyak statistik semua. Akan tetapi, setakat ini kita belum terima hard copy dokumen itu. Rakan saya minta PDF. Sepatutnya, amalan di dalam Dewan ini dengan penerangan- penerangan kerja dulu di bawah Kerajaan Pakatan Harapan dan sebelum itu, hard copy mesti disampaikan di atas meja setiap anggota Dewan. Inilah juga amalan di Westminster. Di Westminster selewat-lewatnya bila Yang Berhormat Menteri bangun, dokumen itu mesti ada di hadapan anggota Dewan dan itulah terpakai untuk penerangan yang lima hingga sepuluh minit. Macam mana dengan penerangan yang 45 minit ini?
Tuan Yang di-Pertua
Nanti saya...
Yang Berhormat Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Semalam pun kita hanya melihat soft copy penerangan oleh Yang Berhormat Menteri. Sampai sekarang hard copy belum sampai.
Tuan Yang di-Pertua
Saya faham.
Yang Berhormat Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Inilah satu pelanggaran prosedur biasa. Saya minta Tuan Yang di-Pertua betulkan ini secepat mungkin. Kita akan memberi pandangan pada petang ini bukan esok. Kita tidak boleh tunggu Hansard. Jadi amalan ini mesti diberhentikan. Ini bukan rahsia, sudah dibaca.
Akan tetapi untuk membantu anggota Dewan bagi pandangan. Sampaikan hard copy sekarang. Ya, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Ya Yang Berhormat, boleh kita usahakan perkara itu, ya? Silakan, teruskan.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, walaupun kerajaan pernah mempunyai pengalaman menangani wabak Nipah, SARS, MERS-CoV ataupun H1N1.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Berapa jam lagi ini?
Berapa jam lagi taklimat ini?
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Sikit sahaja, sudah habis sudah, sabarlah.
Namun COVID-19 adalah satu pandemik yang sungguh dahsyat dan memberikan kesan kepada...
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
PDF Yang Berhormat Menteri, PDF. Bagi PDF.
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Tolonglah, tolong.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Jasa dan pengorbanan para petugas...
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Serius Yang Berhormat Menteri, bagi PDF.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Barisan hadapan kesihatan yang telah berhempas pulas dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada Malaysia tidak wajar disia-siakan. Antara...
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Pegawai lah yang bagi, pegawai.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Ada antara mereka yang telah berbulan-bulan tidak berjumpa dengan ahli keluarga dan terpaksa berjauhan demi merawat dan menyelamatkan nyawa pesakit sehingga ada di antara mereka sendiri yang dijangkiti.
Oleh yang demikian, saya seru marilah kita sentiasa mengamalkan disiplin kendiri yang tinggi walaupun sudah divaksinasi dan pakailah pelitup muka di tempat awam, elakkan berada di tempat sesak...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Menteri patut nasihat Ahli-ahli Parlimen sebelah sana.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Election Parlimen belum buat.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Dan berada di ruang yang mempunyai pengudaraan...
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Minum air suam dulu.
[Ketawa]
Tuan Yang di-Pertua
Tolonglah.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Kita perlu terus berjuang dan bersatu hati dalam memerangi COVID-19. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua, point of order. Tuan Yang di-Pertua, sebelum kami masuk untuk soal jawab ataupun untuk hujah bahas kementerian ini, saya hendak bangkitkan perkara di bawah Peraturan Mesyuarat 99.
Ruling of Tuan Yang di-Pertua, as follows, “The decision of Tuan Yang di-Pertua upon any point of interpretation of any of these standing orders, or upon any matter of practice, shall, subject to a substantive motion moved for that purpose, be final and Tuan Yang di- Pertua may from time to time issue rulings thereon.” Have you got that Sir, Standing Orders 99. That relates to decision… [Tidak jelas]
Tuan Yang di-Pertua
Yes.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
May I proceed?
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Thank you. Tuan Yang di-Pertua, semalam apabila saya tanya soalan berkenaan dengan siapa yang akan jawab bagi pihak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kita semua lihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak ada dalam Dewan sesi petang dan apa yang berlaku adalah Yang Berhormat Menteri Kewangan bangun untuk jawab.
Saya ada bawa perkara berkenaan dengan isu undang-undang yang dibangkitkan dan saya masih ingat Tuan Yang di-Pertua, masa itu diberi jaminan bahawa ia akan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri Undang-undang tetapi pada jam 5.45 petang, kita lihat masa sudah suntuk dan Yang Berhormat Menteri Undang-undang tidak ada di dalam Dewan. Dalam keadaan tersebut, Dewan telah pun ditangguhkan ke hari ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin minta petua, adakah satu ruling dibuat supaya Yang Berhormat Kota Bharu jawab soalan berkenaan kementerian semalam pada hari Isnin? Soalan yang dibangkitkan itu bukan berkenaan dengan ucapan Yang Berhormat Kota Bharu pada hari Isnin. Soalan yang dibangkitkan semalam adalah berkenaan dengan ucapan yang diberikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang dibentangkan semalam dan kita tidak mendapat jawapan kerana masa suntuk. Jadi, ada perbezaan.
Tuan Yang di-Pertua
Soalan yang mana itu?
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Berkenaan dengan 150(3). Boleh saya memberikan penjelasan Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, kita semua dengar apa yang disebut oleh Yang Berhormat Kota Bharu. Semalam beliau kata bahawa 21 Julai 2021, Kabinet memutuskan untuk membatalkan Ordinan Darurat di bawah Artikel 150(3). Saya telah membaca peruntukan itu. Saya tidak akan ulangi dan Tuan Yang di- Pertua juga telah pun menekankan perkataan-perkataan terpenting dalam artikel tersebut iaitu unless sooner revoked. Jadi, soalnya adalah satu soalan undang-undang.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
[Bangun]
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Apakah maksud dan tafsiran yang diberikan kepada perkataan revoked? Soalan ia, siapa yang diberi kuasa untuk revoked atau membuat pembatalan itu? Tuan Yang di-Pertua, pagi tadi saya telah pun membuat rujukan kepada dua kes. Kes pertama adalah kes Teh Cheng Poh lawan public prosecutor. The citation is 1979, 1 MLJ 50 dan saya telah pun kemukakan satu salinan kepada Tuan Yang di-Pertua.
Di situ cukup jelas Privy Council melalui ucapan Lord Diplock. Rujukan dibuat kepada soalan yang sama dan mahkamah di situ memutuskan bahawa ada dua cara sesuatu ordinan boleh ataupun proklamasi boleh dibatalkan tetapi khasnya berkenaan dengan perkataan ‘revoke’, mahkamah menyatakan dengan jelas bahawa kuasa tersebut tertakluk dan diberikan kepada Tuan Yang di-Pertua.
[Tepuk] Ini adalah keputusan mahkamah yang saya rasa perlu ikat kita semua.
Kemudian saya juga buat rujukan kepada kes lagi satu, kes Mahkamah Persekutuan. Decision of Lord Justice Sofian, Lord President of the time. Kes Re Tan Boon Liat 1977 MLJ. Saya juga telah pun kemukakan salinan. Di situ juga I highlighted the part Tuan Yang di-Pertua. Cukup jelas dinyatakan bahawa ‘Revocation’ by Yang di- Pertuan Agong (150(3)).
Jadi, dalam keadaan tersebut cukup jelas dan ini adalah satu perkara yang sangat penting kerana kita kena tahu apakah sebenarnya yang berlaku? Kalau seorang Yang Berhormat Menteri datang ke Dewan dan dengan cukup jelas yakin memberitahu bahawa sudah dibuat keputusan ia batal, maka tunjuk bukti bahawa ia telah batal. Ini bukan satu perkara yang memerlukan satu syarahan. Ini hanya satu perkara yang memerlukan jawapan yes or no. Soalnya adakah ia diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong and I have said Tuan Yang di-Pertua, it’s a matter of public importance kerana apa yang berlaku adalah keberkesanan undang-undang tersebut, ordinan-ordinan tersebut masih terpakai. Kita lihat ada protes semalam ataupun black protest, mereka dipanggil ke balai polis untuk statement diambil. Lagi-lagi kita lihat first time in this country kita ada doctors yang protes.
Adakah tindakan akan diambil terhadap mereka? Bagaimana dengan masyarakat di luar di situ? Rentas mereka diberhentikan, mereka disaman dan sebagainya. Bagaimana boleh kita membiarkan keadaan ini? Yang Berhormat Menteri datang dengan cukup yakin kata, “Yes sudah batal.” “Tidak payah tanya soalan hari ini.” Dia kata, “Tunggu sehingga hari Isnin.” Apa hendak tunggu? Ini satu soalan yang cukup
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
jelas and the most important thing is kita berbincang berkenaan dengan standing orders, ya saya setuju .
Akan tetapi jangan kita lupa bahawa perbincangan ini sebenarnya adakah berkenaan dengan Perlembagaan Persekutuan dan juga kuasa Tuan Yang di-Pertua.
Seorang Ahli
Kerajaan gagal.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Pada saya satu perkara yang sangat penting. Tuan Yang di-Pertua, I know Standing Orders 99 is there but I do not think yesterday’s decision was made when I stood up dan saya minta siapa yang akan jawab bagi pihak Yang Berhormat Amat Perdana Menteri. Jawapan diberi Yang Berhormat Menteri Kewangan dan kemudian Menteri Kewangan memberitahu kepada saya soalan saya akan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri Undang-undang.
To me, it is very clear for yesterday’s speech, that answer must be given. Bukan Monday. Monday is his speech, itu lain. Jadi, saya di sini membuat satu permohonan agar dikaji ataupun agar diberikan petua. Bolehkah Dewan yang mulia ini melalui Tuan Yang di-Pertua, minta dan arahkan Yang Berhormat Menteri Undang-undang jawab soalan itu hari ini [Tepuk] kerana kita semua hendak tahu apakah kedudukan.
Saya rasa ini satu perkara yang ingin diketahui oleh masyarakat umum di luar sana. Ini adalah tanggungjawab Yang Berhormat Menteri tersebut dan saya minta petua daripada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Izin Tuan Yang di- Pertua, berkaitan dengan standing order yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puchong. Boleh saya tambah ataupun tanya. Berkenaan dengan apa yang telah pun dibangkitkan, terdapat berita bahawa Tuan Yang di-Pertua telah pun menangguhkan jawapan Yang Berhormat Kota Bharu tersebut ke hari Isnin dan itu telah pun juga dilaporkan bahawa Yang Berhormat Kota Bharu telah pun menyatakan beliau terikat dengan keputusan Tuan Yang di-Pertua tersebut. Itu dilaporkan tetapi itu adalah soalan yang dibangkitkan oleh rakan saya dari Puchong sama ada satu ruling dibuat.
Saya mengalu-alukan satu jawapan daripada Tuan Yang di-Pertua, sekiranya ruling itu dibuat, kami ingin tahu di bawah peraturan mana? Di bawah peraturan mana Tuan Yang di-Pertua mendapat kuasa untuk menangguhkan atau membenarkan Yang Berhormat Kota Bharu menjawab soalan itu pada hari Isnin.
Because we don’t see that anywhere. Senarai penerangan dari setiap kementerian telah pun dimasukkan di dalam Order Paper. Order Paper itu sudah pun keluar. Jadi memandangkan keadaan tersebut, macam mana Yang Berhormat Kota Bharu boleh dibenarkan untuk menangguhkan jawapan dia ke satu tarikh yang lain? That is something important because seperti dengan izin Tuan Yang di-Pertua, yang dikatakan oleh Yang Berhormat Puchong tadi, isu ini adalah cukup penting berkenaan dengan revocation of the ordinance and the proclamation dan sama ada pihak Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan isu ini?
Jadi kita perlu satu jawapan dengan segera. Saya mengalu-alukan satu jawapan dengan segera. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Last ya.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Terima kasih.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
[Bangun]
Tuan Yang di-Pertua
Saya rasa Yang Berhormat Lembah Pantai bangun dulu tadi.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Dua oranglah Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Boleh ringkas.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, isu saya pun akan ringkas-ringkas, ya.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Peraturan 36(12) berkenaan dengan kenyataan yang mengelirukan Dewan kerana semalam Yang Berhormat Kota Bharu telah mengeluarkan satu kenyataan yang bukan sahaja telah mengelirukan Dewan yang mulia ini, akan tetapi juga seluruh rakyat Malaysia apabila beliau mengatakan bahawa enam buah ordinan telah dibatalkan pada 21 Julai. At the
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
material time, bila rakan-rakan peguam menyemak Warta Kerajaan, tidak ada sebarang pemakluman di situ ataupun warta telah dikeluarkan untuk mengumumkan bahawa sejumlah ordinan telah dibatalkan.
Jadi, perlu penjelasan segera ataupun Yang Berhormat Kota Bharu perlu dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana telah mengelirukan Dewan yang mulia ini.
Itu bagi seorang pemegang portfolio yang menjaga undang-undang dan Parlimen adalah truly this is very not knock-on ya, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya pohon Tuan Yang di- Pertua summon Yang Berhormat Kota Bharu ke dalam Dewan sekarang untuk memberi penjelasan kerana kesannya kepada seluruh rakyat Malaysia, sekarang.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Tuan Yang di-Pertua, Sungai Buloh, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Sepang dahulu.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Selepas ini.
Tuan Yang di-Pertua
Sudah habis dah. Saya rasa selepas ini cukuplah kan sebab isu yang sama sahaja.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Okey, Tuan Yang di-Pertua.
Minta maaf, saya minta izin untuk buka, Tuan Yang di-Pertua.
[Membuka pelitup muka] Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan kes ‘Trading and Co’, izinkan saya baca sedikit. The power to revoke however like the power to issue a proclamation of emergency, vest in the Yang di-Pertuan Agong. So clear. Sekarang ini, Tuan Yang di-Pertua, kalau betul semalam kata sudah dibatalkan, kenapa tidak diumumkan adanya perkenan Yang di- Pertuan Agong, satu.
Keduanya, Tuan Yang di-Pertua. Sekarang ini apa yang berlaku ialah bukan sahaja uncertainty kepada semua orang, akan tetapi juga masalahnya ialah kita telah meletak nama istana ataupun Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ini yang sebahagian dalam Perlembagaan ini dalam keadaan buruk sekali. Seolah-olah orang di sana akan membuat satu kesimpulan seolah-olah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkomplot dengan kerajaan ini untuk kata orang ignore the Constituition. Ia menimbulkan satu imej yang amat tidak baik kepada Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Jadi, saya rasa kita sebagai rakyat yang telah pun menjunjung prinsip constitution monarchy ini harus bersama-sama mempertahankan perkara itu.
Ketiga, Tuan Yang di-Pertua, hanya diumumkan tentang pembatalan ordinan.
Tidak langsung diterangkan tentang pembatalan proklamasi. Berdasarkan Perkara 150(3) adalah jelas bahawa proklamasi juga harus dibentangkan, laid down before the House yang bermaksud mestilah dibentangkan, dibahaskan dan ada satu keputusan untuk mencapai resolusi yang mana saya menghujahkan mesti ada satu undi.
Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua, saya mengatakan bahawa sepatutnya Menteri ini mesti jawab hari ini sebab ini isu Perlembagaan, Tuan Yang di-Pertua. Tidak boleh kita tangguh-tangguhkan. Isu Perlembagaan ini tidak boleh kita tangguhkan. Dalam mahkamah pun Tuan Yang di-Pertua tahu kalau ada isu Perlembagaan, mahkamah akan tentukan isu Perlembagaan dahulu. Mahkamah tidak akan teruskan perbicaraan jenayah kalau isu Perlembagaan tidak diputuskan dahulu. Sekarang saya minta supaya Menteri memberi penjelasan tentang isu Perlembagaan ini. Adakah beliau memang telah berbohong atau tidak dalam Parlimen ini? Kalau berbohong, sama ada dirujuk di bawah Peraturan 13(12) Jawatankuasa Khas ataupun dia... Terima kasih.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Sungai Buloh. Ringkas sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Sudah! Cukup.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, saya telah bangkitkan perkara ini pagi tadi. Timbalan Yang di-Pertua minta saya bangkitkan perkara itu ketika Tuan Yang di-Pertua hadir.
Tuan Yang di-Pertua
Saya tahu, saya tahu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Jadi, sebab itu saya tanya satu perkara sahaja. Pengumuman boleh dibuat kemudian. Apakah akan berlaku kepada kes-kes di mana orang-orang didakwa yang dibawa ke mahkamah esok, pada hari Khamis dan Jumaat? Ini disebabkan oleh pengumuman ini terdapat kekeliruan.
Pendakwaan-pendakwaan di seluruh negeri di Malaysia, mereka kurang pasti apa yang akan berlaku.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Tuan Yang di-Pertua, Perdana Menteri cirit pun dimaklumkan. Ini pula Proklamasi Darurat. Maklumkan segera lah.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Tuan Yang di-Pertua, untuk menangguhkan keputusan ini, bukan sahaja anggota Dewan–
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Saya tidak akan bawa isu baharu, tetapi sekadar menyebut tadi, selain daripada soal-soal peraturan-peraturan terperinci yang Tuan Yang di-Pertua sudah buat ruling untuk hari Isnin, saya terima.
Cuma yang kita bangkitkan ini ialah ramifications, keputusan. Kalau tidak diberitahu hari ini selain daripada yang disebut soal kompaun dan sebagainya. Yang saya sebut ini substantif soalan yang jelas disebut Jemaah Menteri memutuskan untuk membatalkan pada 21 Julai. Yang kita tanya bila diumumkan di Parlimen, sepatutnya diwartakan. Itu tidak berlaku. Tidak apa.
Akan tetapi yang saya tanya, kita hanya boleh mengumumkan sekiranya memperolehi perkenan daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Dia tidak berani jawab. Semalam pun tidak jawab. Hari ini pun tidak jawab. Soal itu sahaja. Jadi, anggapan umumnya ialah bahawa belum dapat lah. Sepatutnya seorang pemimpin kerajaan, harus ada keikhlasan, tanggungjawab dan etika untuk menyatakan ini dalam proses. Ini kerana ternyata semua rakyat tahu bahawa belum diperkenan.
Jadi, kita hendak tanya dan ini diminta tangguh. Soalan saya, kalau ada perkara yang sangat mudah. Akan tetapi dia tidak boleh berselindung di sebalik Tuan Yang di- Pertua. Sebab sekarang dia kata saya hendak jawab tetapi Tuan Yang di-Pertua yang beritahu hari Isnin. So, please. I mean–
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Dia merosakkan nama Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
So, dia guna sekarang alasan arahan Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya hendak bagi tahu, minta Tuan Yang di-Pertua beri pertimbangan sekurang-kurangnya dalam soal substantif ini, izinkan Menteri jawab sama ada Tuanku Agong perkenan atau belum. Ya, boleh kita terima. Dia ada proses.
Akan tetapi jangan mengelirukan Dewan. Jangan beri anggapan kepada Dewan dan rakyat seolah-olah ini sudah berlaku. Saya yakin dengan cara dia jawab dan mengelak dan bersilat memang belum. Saya hendak dengar daripada Menteri. Terima kasih.
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Jangan jadikan Tuan Yang di-Pertua scapegoat, “kambing hitam”.
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna
The fundamental issue as well dengan izin di sini bukan setakat kita minta supaya ini diawalkan. Akan tetapi *the proclamation of ... revocation must not be done by the Executive. It must be done by the King and the proclamation must be done by Palace.
There is no separation of powers here. That’s why I have been saying this.* Saya sudah katakan daripada awal perkara ini juga penting. Ini dilihat bahawa kita tidak ada pengasingan dari segi kuasa yang ada. Tuan Yang di-Pertua ada kuasa mutlak dari segi siapa hendak cakap, agenda. Akan tetapi perlu ada perubahan dia. Saya rasa untuk memperbetulkan perjalanan undang-undang di negara ini. Kalau sekiranya proclamation of any darurat is done by the Executive, then we must change the Constitution of this country. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Tuan Yang di-Pertua, ringkas sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Semua ringkas tetapi sudah 20 minit. Perkara yang sama Yang Berhormat. Boleh saya... last ya, seminit.
Tuan Lim Guan Eng - Bagan
Ringkas. Bila Yang Berhormat Menteri jawab semalam. Dia awalnya cakap semua Ordinan Darurat dimansuhkan. Selepas ini dia pula cakap enam yang kita tidak tahu, yang mana enam. Sekarang yang kita tahu ialah beliau sebut akan tunggu sampai hari Isnin untuk memberikan penjelasan. I mean this is unacceptable, Tuan Yang di-Pertua. Sebagai seorang lawyer yang juga pakar dalam bidang anda, Tuan Yang di-Pertua tahu justice delayed is justice denied.
Kita tidak boleh tunggu sampai hari Isnin kerana sekarang ada banyak kekeliruan. Apakah kedudukan undang-undang sekarang? Hari ini hari Selasa sampai hari Isnin. Takkan kita boleh biarkan keadaan ini berlarutan. Ini bukan kerajaan. Itu satu kerajaan yang gagal. So, can you please ask him to explain now. Rakyat tidak tahu mana Ordinan Darurat yang dimansuhkan.
Tuan Yang di-Pertua
Boleh saya jawab sekarang?
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Tuan Yang di- Pertua, point of order yang lain tetapi mengenai perkara yang sama. Saya bangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(7) yang jelas menyatakan nama Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong atau nama Raja-raja Melayu atau Tuan-tuan terutama Yang di-Pertua- Yang di-Pertua Negeri tidak boleh digunakan bagi mempengaruhi Majlis Mesyuarat. Saya ingin membangkitkan mengenai apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat Kota Bharu semalam.
Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Dr. Mahathir - Jerlun
Kita dengar bahawa ada kenyataan-kenyataan media yang telah dibuat kedua- duanya oleh Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja yang jelas menyatakan bahawa pada 16 Jun, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Istilah yang digunakan ialah persidangan Parlimen.
Begitu jugalah dengan Majlis Raja-Raja, kenyataan media pada hari yang sama, Raja-raja pemerintah menyokong dan senada dengan pendirian Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menitahkan agar Parlimen segera bersidang. Istilah yang digunakan sekali lagi bersidang. Yang di-Pertuan Agong juga pada 24 Februari menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa.
Akan tetapi, semalam kita semua telah dikelirukan oleh Yang Berhormat Kota Bharu apabila beliau menyatakan bahawa– saya hendak bacakan balik apa yang disebut dengan jelas kerana dia pegang sehelai kertas putih. Dia sebut, pemberitahu dari Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada Tuan Yang di-Pertua yang berbunyi izinkan saya baca. Ini dia yang kata, "Dengan hormatnya saya ingin memaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah perkenan untuk kerajaan memanggil Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas bagi Dewan Rakyat bersidang 26 Julai". Kemudian, disambung lagi "…document speaks louder than word". Tuan Yang di-Pertua, ini satu tindakan jelas bukan hanya untuk mengelirukan rakyat Malaysia dan Ahli-ahli Parlimen di sini tetapi juga menyalahgunakan nama baik Yang di-Pertuan Agong. Yang Berhormat Kota Bharu dan juga Yang Berhormat Pagoh perlu diberi amaran sekeras-kerasnya dan membenarkan sidang Parlimen ini berlangsung dengan undian di penghujung setiap perbahasan. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, boleh saya katakan sesuatu? Terima kasih semua. Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Puchong, rakan-rakan saya semua, sebenarnya, saya memang tahu tentang...
[Tidak jelas] itu Yang Berhormat Puchong dan juga Tan Boo Liat, serta juga Madhavan Nair dan sebagainya. Saya rasa the body of jurisprudence tentang emergency dan juga kuasa-kuasa Perdana Menteri serta juga kuasa-kuasa Yang di-Pertuan Agong adalah settle lah, adalah established kerana ini bukan sahaja Mahkamah Tinggi, sudah pergi ke Privy Council pun.
Saya sedar tentang perenggan Yang Berhormat Puchong baca tadi.
Sememangnya itu telah dikatakan oleh Lord Diplock tetapi selain daripada perenggan itu pun the power to revoke however like the power to issue a proclamation agency vested in the Yang di-Pertuan Agong selain daripada perenggan itu pun terdapat perenggan- perenggan lain di mana Lord Diplock menyatakan bagaimana kuasa Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong itu perlu dilakukan, perlu dilaksanakan, sememangnya.
Akan tetapi, saya tak nak rujuklah sebab perkara ini tidak patut saya argue on behalf of the Minister. Jadi, saya biarkan perkara ini ditangani oleh Minister sendiri.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Di manakah Yang Berhormat Menteri Tuan Yang di-Pertua? Panggil Yang Berhormat Menteri datang Dewan.
Tuan Yang di-Pertua
Tolonglah. Yang Berhormat Lembah Pantai selalu cari saya, saya tahu. Dia selalu cari saya tetapi saya tidak ada dekat situ.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, saya cuma ingin katakan bahawa semalam itu sepatutnya kita bercakap tentang Majlis Pemulihan Negara. Akan tetapi oleh sebab saya rasa sudah lama kita tidak berjumpa, maka jadi kucar kacir sedikit. Semua amat enthusiastic untuk bercakap. Maka, kita campur, rojakkan perkara-perkara dalam satu sesi di mana sesi ini kita telah ada lima hari yang telah ditetapkan dan telah dipublished Aturan Urusan Mesyuarat. Itu sebab saya kata semalam sepatutnya kita bercakap tentang Majlis Pemulihan Negara.
Tuan Yang di-Pertua
Kemudian hari ini Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Esok, Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Kemudiannya, hari Khamis penerangan oleh Menteri Kewangan. Kemudian hari Isnin,
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Ahli-ahli Yang Berhormat ingin saya ikut peraturan mesyuarat, marilah kita ikut peraturan mesyuarat. Aturan mesyuarat menyatakan aturan-aturan urusan itu akan dipublished sebelumnya dan perkara mengenai darurat ini, hari Isnin ini.
Oleh sebab itulah, saya hendak melancarkan prosiding ini supaya kita cukup masa untuk membahaskan sesuatu perkara itu. Jadi, hari Isnin ini saya pun telah beritahu semalam di Dewan ini dan juga selepas itu saya juga sudah beritahu Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), beliau perlu menjawab kesemua persoalan yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang, oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semua mengenai apa yang diperkatakan oleh beliau semalam.
Seperti Yang Berhormat Port Dickson tadi, beliau dipetik sebagai berkata- saya pun tidak ada Hansard dengan saya sekarang bahawa kerajaan telah memutuskan untuk membatalkan, untuk revoke dengan effect 21 Julai kah apa. So, beliau perlulah memberi penerangan tersebut dan prosedur-prosedurnya sama ada perkenan Baginda Yang di- Pertuan Agong atau pun belum atau sebagainya lah. So, mari kita tunggu hari Isnin ini.
[Dewan riuh]
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, ini soal yes or no sahaja. Yes or no sahaja. Yes or no.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Tidak boleh Tuan Yang di-Pertua. At the material time,...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Ada perkenan atau tidak ada.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, di manakah Yang Berhormat Kota Bharu?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Ini melibatkan kemuliaan Dewan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Di manakah Yang Berhormat Kota Bharu?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Ini simple question. Yes or no, itu sahaja.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, all due respect, kita faham bahawa ada Aturan Urusan Mesyuarat tetapi ini bukan berhubung dengan Aturan Urusan Mesyuarat. Ini berhubung dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri pada hari itu yang perlu dijelaskan pada hari itu. Apabila dia sebut, cerita dia kena jawablah...
Seorang Ahli
Dia jawablah.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
...Dia kena jawablah fasal apabila dia sebut, kita tanya, dia kena jawablah pada hari itu.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
He’s got nothing to do with dengan izin. He’s got nothing to do with the Aturan Mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua
Faham.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Masalahnya, pada masa tersebut, kita membahaskan Majlis Pemulihan Negara dan masanya pun sudah sampai 5.45.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Betul.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Kemudian Yang Berhormat Menteri sudah keluar...
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Tuan Yang di-Pertua, boleh?
Tuan Yang di-Pertua
...So, saya kata kita adakan hari Isnin ini.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya argue? Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Perkara itu tidak akan ke mana...
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh saya bantu. Parit Buntar.
Tuan Yang di-Pertua
Sekejap, sekejap. Perkara itu tidak akan ke mana.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, kalau kita rujuk…
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya...
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
...Parlimen ini diarahkan dibuka oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong Tuan Yang di-Pertua, bukan diarahkan oleh eksekutif. Sepatutnya sebab Duli Yang Maha Mulia telah mengeluarkan Titah agar Parlimen kena bersidang. Jadi, semua Peraturan Mesyuarat, persidangan seperti biasa.
Tuan Yang di-Pertua
Saya tak nak berpolemik tentang perkara itulah. Jangan kita polemikkan Istana Negara.
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Tuan Yang di-Pertua, ini adalah soal Perlembagaan Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Jangan kita...
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Saya tidak berhasrat...
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat...
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
...Untuk perluas…
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
...Telah bercanggah dengan Perlembagaan Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
...Perbincangan...
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa - Parit Buntar
Macam mana kita hendak bersidang di sini?
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
...Melainkan persoalan yang spesifik yang kita bangkitkan. Tuan Yang di-Pertua jawab. Apa Tuan Yang di-Pertua jawab? Ikutlah peraturan dan jadual.
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Kita sudah ulas jadual majlis pemulihan kesihatan, vaksin, ini semua dalam lingkungan Ordinan Darurat. Oleh sebab itu kita kata sepatutnya first order of the day harus membincangkan ini tetapi tidak apa, sudah diteruskan.
Sekarang ini apabila Yang Berhormat Menteri mengumumkan, kita tanya sama ada proses diikuti? Itu sahaja. Sama ada proses Kabinet persembahkan pada Yang di- Pertuan Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertuan Agong perkenan. Itu pun Tuan Yang di-Pertua tidak boleh setuju untuk dijawab. Never mind, the details saya setuju dengan Tuan Yang di-Pertua. Tidak apa lah yang details bincanglah hari Isnin...
Tuan Yang di-Pertua
Ya.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
...Tetapi kita hendak tahu yang substantive ini. Tidak boleh delay kerana proses itu kerana ia akan menyebabkan seluruh proses perbincangan lima hari ini salah. Kerana dia sudah batalkan 21 hari bulan. Akan tetapi kita daripada segi telekan, fahamlah sebenarnya. Sudah direnung di dalam kitab, sudah kurenung berdetup detap dan kita pasti sudah, dia tidak boleh jawab.
Kita tengok tadi di mana Yang Berhormat Menteri dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak boleh jawab.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Dia saya ingat mulanya hendak kata– kalaulah ada standard decency. Dia akan kata kita telah jalankan proses, kita tunggulah sedikit beberapa hari, kita akan menghadap untuk meyakinkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan mendapatkan perkenan. Orang boleh terima. Akan tetapi, itu pun tidak sanggup dilakukan dan berselindung di sebalik Tuan Yang di-Pertua. Ini yang saya bangkitkan ini.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Tuan Yang di-Pertua jangan izinkan kerusi yang mulia itu melindungi Menteri yang mengelirukan Dewan. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bantah banyak, tetapi dalam kali ini, saya tidak mahu krisis ini berterusan. Bukan krisis pembangkang dengan kerajaan, krisis kerajaan dengan institusi lain. Kalau tengok cara Menteri jawab, memang saya pasti 100 peratus bahawa belum ada perkenan Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong.
[Tepuk] Kalau itu tidak ada, apakah maknanya yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri itu. Memang satu yang mengelirukan Dewan dan Tuan Yang di-Pertua dengan kerusi yang mulia ini, jangan bersekongkol dengan orang yang mengelirukan Dewan.
[Tepuk] Oleh sebab itu, yang kita minta dari Tuan Yang di-Pertua hanya satu, yang kecil.
Ini kerana Yang Berhormat Menteri kata, dia boleh jawab tetapi Tuan Yang di-Pertua tidak bagi jawab, Tuan Yang di-Pertua kata hari Isnin. Jadi saya hendak putuskan Tuan Yang di-Pertua harus kata Menteri boleh jawab pada hari ini. Kalau itu pun Tuan Yang di-Pertua tidak sanggup, saya dukacitalah. Ada masalah besarlah kita dengan Tuan Yang di-Pertua kalau begitu.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Tuan Yang di-Pertua, saya menggunakan Peraturan Mesyuarat 99. Tidak bolehkah Tuan Yang di-Pertua menggunakan peraturan ini. Ini hak mutlak Tuan Yang di-Pertua. It is a special circumstance yang mesti Tuan Yang di-Pertua pertimbangkan. Rakyat di luar, netizen, rakyat tengok kita, pembohongan Menteri dalam Parlimen. Tidak bolehkah Tuan Yang di-Pertua menggunakan peraturan ini untuk menyelamatkan maruah Tuan Yang di- Pertua dan Parlimen. Kita hormat Tuan Yang di-Pertua, kita junjung Tuan Yang di-Pertua, sejak negara ini merdeka. Jangan Tuan Yang di-Pertua ini dipermainkan oleh kerajaan tebuk atap ini.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Koyak seluar Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
Please Tuan Yang di-Pertua.
You ada peraturan ini untuk...
Tuan Yang di-Pertua
Okey, last, last.
Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai
...Untuk menyelamatkan diri Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Tuan Yang di-Pertua, kami tidak ada masalah untuk menunggu. Kami boleh tunggu Yang Berhormat Menteri Undang- undang untuk datang.
Tuan Yang di-Pertua
Last, last.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Tuan Yang di-Pertua, saya hanya ingin menyatakan bahawa semalam floor Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Soalan yang saya tanya berkenaan dengan proklamasi dan sebagainya ordinance revocation adalah soalan yang ditujukan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai Ketua Kerajaan kerana ini melibatkan satu perkara yang sangat besar iaitu soal sama ada ataupun tidak kuasa itu sebenarnya pada pihak Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong.
Saya hendak jawapan itu datang daripada floor Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, bukan daripada orang lain. Pada hari Isnin that will be Minister of Law’s floor. Tuan Yang di-Pertua, saya melihat semua Ahli-ahli Kabinet, mereka semua duduk diam, tidak ada seorang pun yang berani bangun hendak beritahu kepada kita, apakah keadaan sebenarnya termasuk Yang Berhormat Menteri Penerangan. Yang Berhormat Menteri Penerangan ada di situ. bagilah penerangan, apa duduk situ diam-diam.
[Tepuk]
[Dewan riuh]
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Jadi soalnya...
Seorang Ahli
Kayu.
Tuan Gobind Singh Deo - Puchong
Ini berlaku kerana semalam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang lari tidak mahu jawab soalan. Oleh sebab itu, jadi apa yang kita mahu adalah satu jawapan daripada floor Perdana Menteri. Bukan floor Menteri Undang-undang Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Standing Order 99.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, kelmarin Yang Amat Berhormat Perdana Menteri lari, hari ini… [Sistem pembesar suara dimatikan].
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tolong hormati Yang di- Pertuan Agong Tuan Yang di-Pertua. Kalau tidak boleh, saya ulangi kenyataan Yang Berhormat Bukit Gelugor, letak jawatanlah, tolong letak jawatan.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Tuan Yang di- Pertua, peraturan mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua
Kita perlu ikut Aturan Urusan Mesyuarat, itu maksud saya. Okey, semalam apabila pertanyaan itu ditanya, of course diberikan kepada Yang Berhormat Menteri Undang-undang untuk menjawab kerana saya rasa itu hal undang- undanglah kan. Jadi, Yang Berhormat Menteri Undang-undang yang akan menjawab.
Saya telah perintahkan beliau untuk menjawab pada hari Isnin ini.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Peraturan mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua
Kalau… [Tidak jelas] kah apa kah, itu risiko yang dibawa oleh kerajaanlah.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Tuan Yang di-Pertua, yang mana lebih penting, negara atau Aturan Urusan Mesyuarat?
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Boleh saya tanya kembali kepada soalan saya tadi...
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Peraturan Mesyuarat 99.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
...Apakah peraturan yang Tuan Yang di-Pertua guna untuk menangguhkan jawapannya sehingga hari Isnin?
Tuan Yang di-Pertua
Sorry?
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
On what regulation, on what rule are you relying on, to allow him to answer on Monday?
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
What is the purpose to delaying the answer? Why are we delaying the answer?
Tuan Yang di-Pertua
Saya ikut Aturan Urusan Mesyuarat. Ini kerana, hari ini bukan kita cakap fasal darurat, semalam pun bukan kita cakap fasal darurat.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Soalan ditujukan kepada dia semalam.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Negara menunggu... [Sistem pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Can we– boleh kita sambung dengan Aturan Urusan Mesyuarat hari ini.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua
Tadi Yang Berhormat Menteri telah memberikan penerangan beliau untuk tajuk pada hari ini iaitu Tindakan Menangani Pandemik COVID- 19. Saya telah dapat semua senarai perbahasan. Selalunya, saya hendak bagi Yang Berhormat Port Dickson selaku Ketua Pembangkang masa yang sama dengan Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri ambil masa dalam 55 minit tadi. Akan tetapi, disenaraikan dalam senarai pembahas pembangkang, Yang Berhormat Kuala Selangor yang akan mendahului, maka 55 minit itu saya berikan kepada Yang Berhormat Kuala Selangor.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Peraturan mesyuarat.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Yang Berhormat.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
Tuan Yang di-Pertua, sebelum Yang Berhormat Kuala Selangor. Cuma satu ayat saya hendak rekod sahaja. Bagi Ahli-
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson
ahli Yang Berhormat pembangkang, Ahli Yang Berhormat kerajaan tidak ada yang bangun bahawa Parlimen pada hari ini rekod kenyataan yang tegas bahawa setelah diangkat soal isu darurat dan pembatalan darurat dan dipohon penjelasan sama ada Yang di-Pertuan Agong perkenan atau tidak, ternyata kerajaan tidak bersedia untuk memperakui bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan terhadap pembatalan itu. Parlimen harus rekod ini kerana sehingga sekarang belum ada keupayaan. Bukan sahaja Yang Berhormat Menteri atau Perdana Menteri, seorang Yang Berhormat Menteri pun tidak berani memberi pengakuan bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan.
Jadi rekod ini di Parlimen. Dengar semua Ahli-ahli Parlimen, dengar semua rakyat di Malaysia bahawa kerajaan ini telah mengumumkan sesuatu melanggar Perlembagaan dan tidak menghormati Institusi Yang di-Pertuan Agong.
[Tepuk]
Seorang Ahli
Ya, derhaka.
Tuan Yang di-Pertua
Kita perlu...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Tuan Yang di-Pertua, jangan derhaka Tuan Yang di-Pertua. Jangan derhaka Tuan Yang di-Pertua.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Jelutong.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, can I refer you Order Paper…
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kuala Selangor, silakan.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Where does it say dia akan jawab hari Isnin? Today’s Order Paper.
Tuan Yang di-Pertua
Saya cakap suruh jawab pada hari Isnin lah.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Dalam Order Paper tidak ada.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, tolonglah, saya sudah buat...
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
No, saya takut... [Sistem pembesar suara dimatikan].
Tuan Yang di-Pertua
...Saya sudah buat ruling, maaflah. Yang Berhormat Kuala Selangor, saya persilakan selama 55 minit.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, dalam Order Paper tidak ada dituliskan. Tidak disenaraikan.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Peraturan Mesyuarat 99.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tidak disenaraikan, macam mana? Today is Tuesday’s Order Paper.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kuala Selangor, silakan.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Boleh.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kuala Selangor, silakan.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Tuan Yang di-Pertua, boleh kami tahu justifikasi untuk menangguhkan jawapan itu diberikan pada hari Isnin.
Tuan Yang di-Pertua
Bukan tangguh, saya ikut Aturan Urusan Mesyuarat...
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
What is the justification of your decision.
Tuan Yang di-Pertua
Saya sudah kata banyak kali.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
It must be in Order Paper, tidak ada dalam Order Paper .
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Tuan Yang di-Pertua kata beri masa hari Isnin.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kuala Selangor, tolong.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Boleh. Tuan Yang di-Pertua, baik terima kasih.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
Tuan Yang di-Pertua, tidak ada dalam Order Paper macam mana?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Peraturan Mesyuarat 99.
Tuan Yang di-Pertua
Yang pemakluman ini.
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
It’s not given, I mean the Tuesday one.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Peraturan Mesyuarat 99.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kuala Selangor.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Peraturan mesyuarat.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, boleh saya cakap.
Tuan Yang di-Pertua
Cukuplah, cukuplah.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Saya hendak begini Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Masa saya berjalan..
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Benda yang betul, kita kena cakap betul. Ini Parlimen yang mulia. Yang Berhormat kata tadi ialah dalam Order Paper. Ini Order Paper semalam iaitu yang diedarkan semalam, tidak silap saya ini. Akan tetapi, pada hari ini punya Order Paper hari ini hari Selasa kan? 27 Julai 2021 sampai nombor empat sahaja, tidak ada nombor lima. Jadi yang mana satu?
Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat
That what I’m saying, tidak adapun.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Oleh itu Yang Berhormat...
Tuan Yang di-Pertua
Ya lah, sebab semalam sudah di...
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Okey, yang hari ini punya ...
Mula-mula ada lima, semalam dah habis, so hari ini tinggal empat.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ya, masuk keempat. Jadi bermakna dah ada perubahan. Kalau semalam boleh diletak sampai nombor lima, kenapa hari ini tidak boleh letak sampai nombor lima?
Tuan Yang di-Pertua
Sebab dah tinggal...
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Kedua, kalau betullah the writ ini telah direvoke ataupun telah dibatalkan, no point kita nak bincang lagi dah. [Dewan riuh]
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Tidak perlu bincang dah, Tuan Yang di-Pertua. Baik kita keluar. Tidak ada guna dah ini semua.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ketiga saya hendak sebut...
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Kita di sini disebabkan darurat.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Sabarlah. Saya hendak cakap ini.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Apa guna kita bincang di sini?
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Bagilah saya bercakap.
Perkara yang ketiga, saya jawatankuasa bebas yang dilantik menasihati Agong mengenai tamat darurat. Kalau ini, bagi sayalah, tidak guna saya dilantik sebagai Jawatankuasa Khas Mengenai Darurat.
[Dewan riuh]
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
[Tepuk] Keputusan hendak sambung darurat ataupun nak revoke ini biarlah Yang di-Pertuan Agong buat.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, Yang Berhormat bangkitkan hari Isnin inilah, Yang Berhormat.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Bukan. Saya kena bercakap perkara yang betul. Kita buang masa ini. Dah berapa lama masa dah?
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, hari Isnin ini fasal darurat. Jadi Yang Berhormat bangkitkan hari Isninlah. Hari ini fasal kesihatan. Yang Berhormat Kuala Selangor, saya minta teruskan. Maaf, Yang Berhormat.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua, saya cakap, betul-betullah buat aturan mesyuarat ini.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Yang di- Pertua, masa saya...
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Kejap ada, kejap tidak ada.
Macam mana buat aturan mesyuarat ini?
Tuan Yang di-Pertua
Semalam ada lima, hari ini tinggal empat. Esok tinggal tiga.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Kenapa tidak letak lima?
Kenapa tidak letak lima hari ini? Semalam boleh letak.
Tuan Yang di-Pertua
Sebab perkara semalam dah habis. Jadi hari ini tinggal empat.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Stop the clock, stop the clock.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Ya, maksud saya, semalam ada lima, ini sepatutnya letaklah lima.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Tuan Yang di-Pertua, can you stop the clock please?
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Okey, Tuan Yang di-Pertua, saya serah kepada Tuan Yang di-Pertualah.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Tuan Yang di- Pertua, Peraturan Mesyuarat 99. Saya cuma ingin merakamkan sekarang ini bahawa dalam Malaysia, setelah Yang Berhormat Kota Bharu membuat pengumuman semalam, wujud kekeliruan yang besar di dalam Dewan dan di luar Dewan. Bila Tuan Yang di- Pertua mengarahkan Yang Berhormat Kota Bharu untuk hanya membuat penjelasan pada hari Isnin, maka dosa yang ditimpa atau masalah kekeliruan itu sekarang ini terletak kepada Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua membenarkan kekeliruan itu berlanjutan di luar dan di dalam Dewan selama empat lima hari yang akan datang.
Tuan P. Prabakaran - Batu
Tuan Yang di-Pertua, you need to save the country. Don’t do like this.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kuala Selangor, tolong teruskan. Masa 55 minit. Kita mula balik. Lepas ini tidak ada stop ya.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
You only speak, you don’t listen.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Ya, mula balik.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson yang memberi laluan kepada saya. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera rakan-rakan Ahli Parlimen.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf. Saya kena tarik balik sebab saya salah baca tadi. Apa yang Tuan Yang di- Pertua cakap tadi betul. Saya tarik balik mengenai aturan mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Yang di- Pertua, saya mulakan dengan menyebutkan ciapan Tweet saya terakhir pada 24 Februari menyebutkan, “Dua kes pulih sepenuhnya hari ini, 20 jumlah pulih sepenuhnya, dua kes stabil di HKL...”― bukan di ICU― “Tiada kematian”. Itulah Tweet terakhir saya sebagai Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Terima kasih.
[Tepuk] Sebentar tadi Yang Berhormat Menteri Kesihatan menyebutkan gelombang pertama berakhir 15 Februari. Apakan daya, Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Membeli nanas di Kuala Sepetang, Pergi ke pekan sambil berlari, Ku sangkakan panas hingga ke petang, Rupa-rupanya hujan di tengah hari. Akibat daripada pengkhianatan yang dilakukan oleh rakan-rakan dululah di Pakatan Harapan, Kabinetnya, apa yang berlaku adalah tergendala segala perancangan Menteri-menteri Pakatan Harapan termasuklah mantan Yang Berhormat Menteri Kesihatan ini, Tuan Yang di-Pertua.
Antara lainnya, semalam kita saksikan hartal doktor kontrak. Saya ingin menyinggung persoalan ini pada awalnya. Tuan Yang di-Pertua, antara agenda reform yang tergendala yang difikirkan oleh The Health Advisory Council, Majlis Penasihat Kesihatan yang saya tubuhkan dan dipimpin oleh Tan Sri Abu Bakar Suleiman dengan tujuh magnificent anggota yang antara lainnya menampilkan satu cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan yang akan review, menyemak keseluruhan perkhidmatan kesihatan. Antaranya...
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Yang Berhormat Kuala Selangor, boleh saya celah? Berkenaan dengan hartal, contract doctors.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Ya, sila Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Sedikit saja.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Tidak apa.
Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor
Tadi Yang Berhormat Kuala Selangor telah menyentuh tentang isu doktor kontrak tersebut.
Semalam kita melihat mereka ada membuat protes. Sekarang akibat atau ekoran daripada protes tersebut, mereka sekarang menghadapi, dengan izin, disciplinary proceeding ataupun kemungkinan akan menghadapi discipline proceeding. Juga, mereka ada disiasat ataupun dikatakan akan disiasat untuk illegal gathering dan sebagainya.
Apakah pandangan Yang Berhormat Kuala Selangor berkenaan dengan isu ini?
Bukankah doktor-doktor kontrak ini sepatutnya diberi galakan dan sokongan untuk meneruskan dengan perkhidmatan mereka memandangkan COVID-19 sekarang dan diberi apa yang kita panggil security of tenure? Apakah pandangan Yang Berhormat Kuala Selangor?
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Yang Berhormat Kuala Selangor, minta pencelahan.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Gelugor. Saya hendak jawab. Duduk sekejap.
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Yang Berhormat Kuala Selangor, Kapar, Kapar.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Setiawangsa.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Kapar, ya sila. Sila.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Saya diberi waktu yang agak mewah sikit hari ini.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Kuala Selangor. Ada di antara hujah bila menyebut tentang masalah doktor kontrak ini mengatakan bahawa kita mempunyai terlalu ramai graduan perubatan. Akan tetapi, kalau kita memetik sebuah ciapan, “Underfunded, understaffed, underpaid, overworked, overstretched, overcrowded” bukan daripada orang lain tetapi daripada Ketua Pengarah Kesihatan kita sendiri pada beberapa tahun yang lepas, ini menunjukkan masalah kurangnya peruntukan untuk sektor kesihatan.
Jadi, itu sepatutnya menjadi tumpuan kepada pihak kerajaan dalam menangani masalah doktor kontrak ini. Juga, kita mahu Yang Berhormat Menteri Kesihatan
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad - Setiawangsa
menyatakan pendirian agar pihak berkuasa menghentikan siasatan dan tindakan terhadap mereka. Adakah Yang Berhormat Kuala Selangor bersetuju?
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Yang Berhormat Kuala Selangor, Kapar sekejap.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Yang Berhormat Setiawangsa. Ya, sila Yang Berhormat Kapar.
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Yang Berhormat Kuala Selangor, saya meneliti daripada perkembangan terkini yang melibatkan pekerja-pekerja kontrak doktor ini dan juga nurse kontrak yang sudah pun berlarutan bertahun-tahun. Melihat daripada perkembangan ini, kita dalam undang- undang, ia ada probation period tetapi saya nampak daripada kerajaan pada hari ini, bukan saja tidak dilayani disantuni mereka yang menjadi frontliners yang berkorban jiwa mereka dan keluarga mereka tetapi mereka diambil tindakan disiplin.
Saya hendak bersekali dengan sahabat-sahabat saya semua iaitu kita ada perutusan probation period ini perlu kita hargai mereka dan tindakan tidak boleh diambil kepada mereka dan kita tidak boleh berkompromi dalam soal disiplin. Ini bukan soal disiplin. Ini soal hak mereka. Jadi, Yang Berhormat Kuala Selangor, satu lagi.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Yang Berhormat Kapar, terima kasih.
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Saya hendak beritahu tentang elaun kritikal. Elaun kritikal ini sebenarnya telah pun ada tetapi mestilah dikaji semula kerana pengorbanan mereka yang telah mereka lakukan dalam COVID-19 ini.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Yang Berhormat Kapar, terima kasih.
Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Saya harap kerajaan ini jangan jadi merapu tak tentu arah yang menyebabkan kerajaan dan negara ini bobrok jadinya semua. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor.
Tuan P. Prabakaran - Batu
Sokong. Sokong Yang Berhormat Kapar, sokong.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Yang Berhormat Kuala Selangor, pendek saja.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Last. Last Yang Berhormat Johor Bahru. Ringkas ya.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor dan Tuan Yang di-Pertua. Pertama, sebab saya nak kena nyatakan bahawa doktor di luar sana menunggu-nunggu apabila Yang Berhormat Menteri bagi penerangan sama ada bagi sedikit pengiktirafan apa yang doktor-doktor muda buat semalam. Malangnya, masa yang diberikan sepanjang 55 minit langsung tidak disebut oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan pada hari ini.
Yang mana kalau kita lihat dari segi kekuatan doktor-doktor yang sedang bertugas, keseluruhannya dalam negara sekitar 71,000 orang. Daripada jumlah tersebut, dinyatakan 52,000 orang doktor berkhidmat dengan KKM. Masalah doktor kontrak ini melibatkan 23,000 orang. Maksudnya, lebih daripada 40 peratus yang sedang berkhidmat ini atas dasar kontrak.
Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir - Johor Bahru
Jadi walaupun diberi nasihat jangan buat hartal, jangan terlibat semalam, ternyata anak-anak muda profesional yang bertungkus-lumus menyelamatkan pesakit- pesakit kritikal ini langsung tidak diambil peduli oleh kerajaan pada hari ini. Saya mohon bekas Menteri Kesihatan angkat isu ini, tunjukkan bahawa isu pertama yang kita angkat hari ini adalah soal doktor kontrak. Tahniah Yang Berhormat Kuala Selangor.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Yang Berhormat Kuala Selangor, sedikit sahaja Yang Berhormat. Sedikit sahaja Yang Berhormat, sedikit.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Sikit ya? Yang Berhormat Batu Kawan, betul-betul sikit ya.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Sedikit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Dewan, doktor-doktor daripada perhimpunan aman hartal doktor semalam telah diberikan show cause letter daripada Pengarah Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Jadi, saya rasa ini sesuatu perkara yang sangat mendukacitakan
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
selain daripada harass oleh polis untuk memberi kenyataan, sekarang ini pengarah hospital juga memberikan show cause letter.
Saya minta apa pandangan Yang Berhormat Kuala Selangor. Show cause letter ini adalah untuk menunjukkan mengapa mereka menunjukkan perasaan seperti ini. I think the reason is very clear, they have been neglected by the system.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Okey, terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan.
Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan
Hari ini kalau Menteri Kesihatan sakit, Perdana Menteri sakit, bukan Yang Berhormat Menteri lain yang akan merawat mereka. Bukan wakil rakyat daripada Perikatan Nasional yang akan merawat mereka, doktor inilah yang akan merawat mereka. Apa pandangan Yang Berhormat Kuala Selangor? Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan, terima kasih Yang Berhormat Johor Bahru, Yang Berhormat Bukit Gelugor, Yang Berhormat Kapar dan rakan-rakan yang mencelah sebentar tadi. Keseluruhannya Tuan Yang di-Pertua, sebab itu saya angkat ini sebagai agenda pertama saya dalam ucapan ini. Justeru kerana memandangkan kemaslahatan mereka sehinggakan mereka sanggup untuk berdemonstrasi secara aman kerana umpama merayu kemaslahatan kebajikan mereka dipertahankan, dilindungi. Justeru saya mahu semua ucapan tadi dimasukkan dalam ucapan saya kerana saya sendiri memerhatikan perkara ini, sedari awal lagi dalam 22 bulan yang lalu.
Antara lainnya saya menyebutkan dan kita telah pun menampilkan satu usaha untuk membuat reformasi Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan ini yang dipimpin oleh Tan Sri Dato' Dr. Abu Bakar Suleiman dan atas tajuk dan agenda ini dipimpin oleh dengan izin kalau boleh saya sebutkan Prof. Datuk Dr. Adeeba Kamarulzaman yang keseluruhannya adalah satu usaha bersungguh dan jangan ada di kalangan yang menyebutkan lagi bahawa Pakatan Harapan tidak berusaha atau memandang sepi perkara ini.
Sebenarnya, pada tahap awal kami telah berjaya untuk mendapatkan satu kedudukan yang agak baik di mana contract workers itu diberikan daripada UD41 kepada UD43 dan dalam keadaan Perdana Menteri ketika itu mahukan downsizing, rightsizing kerajaan dan civil service, KKM Putrajaya mampu mendapat sejumlah 10,867 perjawatan yang antara lainnya adalah untuk perjawatan doktor dan juga perkhidmatan yang lain.
Tuan Yang di-Pertua, saya perlu menegaskan betapa dalam hal ini paling tidaknya seperti yang dituntut oleh MMA, seperti yang dituntut oleh hartal doktor dan code black dan yang lain itu, kita perhatikan apa yang mereka mahukan Tuan Yang di-Pertua, hanyalah sesuatu yang sangat munasabah. Di antara lainnya memastikan proses pelantikan mereka itu, pemilihan mereka itu telus dan adil berdasarkan merit.
Keduanya, mahukan supaya doktor kontrak itu diberikan peluang untuk menjalani program postgraduate mereka sama ada dengan masters of medicine ataupun parallel pathways di luar negara dan ketiga adalah untuk mendapatkan layanan yang adil dan saksama.
Tuan Yang di-Pertua, atas perkara ini saya mohon supaya kerajaan khususnya Perdana Menteri, dalam tweet saya semalam saya menyebutkan supaya jangan sampai sekali, saya sebutkan, “for all that it’s worth, I implore the PN government not to punish or take any disciplinary action on all doctors involved in hartal doktor kontrak ini. They are exercising their democratic rights in civil way as a last resort. Merayu kemaslahatan kebajikan mereka dilindungi”. Justeru, jangan ada pihak berkuasa yang mengambil tindakan ke atas mereka dan jangan jadikan mereka itu dalam pandemik ini seumpama PPE, dibuang. Diguna pakai sebagai consumable sepertimana gaun PPE itu diperlakukan begitu.
Saya ingatkan perkara ini dan ini menjadi satu noktah penting untuk saya bangkitkan kerana kita konsisten dalam memperjuangkan hak mereka dan insya-Allah kita mahukan tindakan ini dan Yang Berhormat Menteri Kesihatan masih ada lagi di sini walaupun tidak menyebut apa pun bersabit dengan hartal doktor kontrak semalam yang mereka lakukan demonstrasi itu. Saya minta beliau mengambil perhatian atas perkara ini dan semua yang disebutkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain tadi.
Tuan Yang di-Pertua, saya terus masuk kepada poin untuk saya perhatikan akibat juga daripada yang tergendala Pakatan Harapan ini. Justeru, kami tidak dapat melaksanakan program-program khususnya dalam menangani pandemik setelah kami ditumbangkan 24 Februari 2020 dan mereka mengambil alih pada 1 Mac 2020 itu.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Namun Tuan Yang di-Pertua, tidak siapa yang dapat menjangkakan, semalam 26 Julai 2021, Malaysia mencatat 1 juta kes dengan 8 ribu kematian.
Tiada siapa yang dapat meramalkan sungguh buruk akan management dan pengurusan atau gross mismanagement, dengan izin sehinggakan disebutkan 15,000 SMEs “gulung tikar”. Seramai 1.5 juta rakyat hilang pekerjaan. Dengan izin saya menyebutkan, Bloomberg menyebutkan, mengangkat satu judul artikel yang berbunyi, “Staggering Down the Road to Failed Statehood”. Negara yang gagal dek kerana kerajaan yang gagal.
Tuan Yang di-Pertua, justeru saya ingin menekankan akan apakah sebenar- benarnya punca dan sebab mengapa pada 1 Julai 2020, Ketua Pengarah dan team KKM Putrajaya mengangkat placard ‘1 Kes’ sahaja pada ketika itu. Ingatkah Ahli-ahli Yang Berhormat semua? Pada 1 Julai 2020, diangkat placard ‘1 Kes’. Itu pun daripada kes yang diimport, Tuan Yang di-Pertua.
Justeru, apa yang telah berlaku? Senggang waktu peluang yang diberikan dalam lockdown PKP ini. Kalau Klang Valley ini tak silap saya, saya hitung-hitungkan dalam semua jenis PKP, 230 hari lockdown Tuan Yang di-Pertua, yang mengakibatkan derita rakyat. Syarikat-syarikat besar sepertimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Muar mungkin selamat bahkan membuat keuntungan yang besar akibat sektor-sektor yang mereka ceburi.
Namun 150,000 SMEs “gulung tikar”. Rakyat menderita dan terhimpit dengan derita akibat hilang pekerjaan, hilang gaji dan pendapatan. Justeru, saya ingin sekadar hanya mengungkapkan analisis ataupun post-mortem yang disebut oleh Brigadier Jeneral Ketua Pengurusan Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera (ATM), Dr Mohd Arshil Moideen yang antara lainnya menyebutkan akibat ataupun punca daripada ketiadaan tindakan secara bersepadu dan arahan koordinasi daripada peringkat atas sehingga ke bawah menjadi punca mengapa negara tidak dapat keluar daripada gelombang ketiga COVID-19 yang disebutkan oleh Yang Berhormat MK sebentar tadi.
Beliau memberi pandangan apa yang dikatakan, "Apa yang saya nampak ialah ketiadaan unified action, dengan izin and coordination from top-down" dan dia menyebutkan bahawa dia memberi komen ini secara profesional di mana diperhatikan keputusan-keputusan di peringkat Persekutuan di Pusat tetapi tidak diimplementasikan di peringkat setiap negeri.
Justeru, begitulah antara perkara yang disebutkan oleh beliau sebagai kegagalan utama menangani pandemik COVID-19 pada gelombang ketiga ini. Walaupun kita awal-awalnya saya akui mempunyai prestasi yang agak baik namun respite waktu yang ada itu tidak dipergunakan seluruhnya, tidak dimanfaatkan sebaiknya untuk menangani gelombang ke hadapan itu dengan lebih baik lagi, Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Justeru, kita perhatikan akan perkara ini dan saya terpaksa menyebutkan juga hendak memperingatkan Dewan yang mulia ini kesihatan adalah jurisdiksinya ataupun kuasanya kerajaan Federal. Itu kita sedia maklumi. Kalau terbaik pun, at best kerajaan negeri, state exco atau kalau di Sabah dan Sarawak, Menteri Kesihatannya hanya boleh memainkan peranan complementary dan supplementary selama ada kerjasama yang baik.
Justeru, persoalan yang besar yang saya ingin bangkitkan di sini adalah kegagalan di samping apa yang disebutkan oleh Dr. Mohd Arshil itu adalah apa yang diistilahkan oleh mantera WHO dan hari ini cuba diungkapkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional hari ini diistilahkan dengan whole-of-government and whole-of-society approaches. Mantera ini bukan untuk diulang sebagai wirid dan zikir begitu sahaja Tuan Yang di-Pertua. Tolong, ia bukan retorika. Maaf sebab saya menggunakan istilah itu untuk menyebutkan betapa pentingnya dalam persoalan ini yang kita perhatikan kegagalan ini bersabit dengan kegagalan kerajaan melalui KKM Putrajayanya untuk benar-benar memanfaatkan expertise dan kepakaran yang ada di kalangan tokoh-tokoh, clinician, public health position, epidemiologist, data scientist dan semua kepakaran.
Ini termasuklah dalam bidang-bidang yang lain yang mana akibat daripada itu, keupayaan dan kapasiti yang ada hanya tertumpu kepada persoalan ataupun keupayaan di KKM Putrajaya. Saya memerhatikan perkara ini dengan jujurnya kerana saya berhubungan dengan mereka. Antara lain semalam saya lepaskan satu ciapan Tweet saya, apabila saya melihat dan memandang kepada Program Pemulihan Negara yang
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Pagoh. Kita perhatikan bahawa rata-ratanya adalah semuanya hampir… [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan
Mesyuarat] Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Tuan Yang di-Pertua, boleh celah?
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Boleh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila, dapat kebenaran. Silakan.
Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja
Saya tadi dengar WHO. Apakah Yang Berhormat Kuala Selangor bersetuju apa sahaja yang direkomenkan oleh WHO, diluluskan oleh WHO diterima pakai oleh Kementerian Kesihatan di Malaysia. Tidak ada sekatan atau monopoli, hanya vaksin jenis tertentu sahaja yang diizinkan.
Pakar-pakar juga mengatakan Ivermectin, sebutan itu betul ya. Takut silap nanti, kacau. Ivermectin boleh diguna pakai seperti yang telah berjaya di India, daripada 400,000 jangkitan turun kepada 40,000. Apakah ini Kementerian Kesihatan juga akan menerima Ivermectin yang lebih murah dan ia adalah satu ikhtiar untuk mengurangkan jangkitan COVID-19 ini. Minta bekas Menteri Kesihatan terang dengan betul-betul.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Yang Berhormat Kota Raja. Ya, terima kasih sekali lagi atas soalan itu yang saya kira sangat baik. Sebagai mantan Menteri Kesihatan, sebagai seorang medical scientist, saya sangat berpandukan kepada prinsip-prinsip sains untuk sama ada menerima apa pun dari sudut therapeutic ataupun drugs dan juga termasuklah akan persoalan vaksin dan juga sebagainya, ia mesti berpandukan the gold standard of randomized double blind studies ataupun paling tidaknya the clinical trials yang punya kewibawaan yang direview dalam jurnal yang dianggap autoriti dan pure review journals. Namun, saya bersedia menerima akan apa pun yang pernah juga dan saya juga mengikuti akan perkembangan Ivermectin ini daripada awal lagi. Saya pun telah memberikan pandangan-pandangan saya secara terbuka juga walaupun saya meletakkan perkara ini dalam jurisdiksinya Kementerian Kesihatan, DG dan pihak-pihak teknokrat ini untuk membuat keputusan.
Saya tahu juga bahawa KKM Putrajaya dengan segala pengiktirafannya sedang menjalankan ujian klinikal dan kita tunggu sebentar untuk mereka mengeluarkan dapatan-dapatan mereka. Begitu Tuan Yang di-Pertua, adapun saya tahu bahawa ada di kalangan GP yang menggunakan Ivermectin ini sebagai the early phase, COVID-19 ini biphasic, the acute phase itu adalah yang diperlukan the anti-inflammatory yang antara lainnya yang digunakan adalah Ivermectin ini di samping banyak yang lain.
Baik Tuan Yang di-Pertua, saya mahu Yang Berhormat Menteri memberikan pandangan kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kota Raja sebentar tadi.
Tuan Yang di-Pertua, saya sedang sebenarnya tadi baru hendak lajak kepada memahamkan persoalan ke depan nanti, the way forward setelah kita gagal, gagal bukan sahaja dengan lockdown, gagal dengan daruratnya sekali. Keseluruhan itu diukur, ukuran metriknya kegagalan itu adalah antara lain persoalan sama ada– saya tidak percaya dengan angka sahaja tetapi angka 100,000 orang penduduk kita pada 26 Mei tidak silap saya Our World in Data tidak akan kita melepasi nombor satu di dunia.
Di samping itu juga, kita perhatikan hari ini. Nah, persoalannya mengapakah diizinkan kegagalan ini sementara saya sebutkan tadi kita pada tahap yang sangat baik.
Walaupun Dr. Mohd Arshil menyebutkan bahawa yang dibangkitkan beliau adalah persoalan kegagalan, the chief in command – the commanders in chief maaf, yang gagal untuk ‘mengokestrasikan’, memobilisasikan seluruh supply chain from the front-end of the testing kepada the back-end of patient management yang saya sendiri dapat saksikan Tuan Yang di-Pertua.
Saya dapat saksikan kerana saya juga adalah dilantik sebagai Pengerusi STFC yang mana saya sebutkan tadi, kami adalah satu think tank yang berperanan membantu kerajaan negeri dan sebanyak mungkin. Much as we want to dengan izin, untuk membantu kita masih ingat dan kita diingatkan bahawa kita adalah kumpulan think tank,
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
bukan pelaksana, bukan eksekutif tetapi kita punya STFO, operation am untuk membantu mengoperasikan.
Justeru, apa yang kita dapat lihat persoalannya bukan sahaja persoalan yang dibangkitkan oleh Dr. Mohd Ashil tetapi kegagalan polisi-polisi yang sekali gus meletakkan keupayaan menangani pandemik ini tergendala. Antara lainnya yang boleh saya sebutkan dan hari ini selepas enam bulan lebih, nanti mungkin saya huraikan dengan lebih terperinci.
Akan tetapi saya perhatikan dalam Program Pemulihan Negara itu baru dilihat akan segala perkara yang telah kami sebutkan hampir setahun yang lalu. Sahabat saya Yang Berhormat Bandar Kuching bersama Jawatankuasa Kesihatan Pakatan Harapan dengan saya, Yang Berhormat Gopeng juga dengan kawan-kawan yang lain.
Berbuih mulut kami bercakap tentang perkara-perkara yang seharusnya telah dilaksanakan termasuklah data sharing yang sangat mengendalakan pihak-pihak seperti kami di negeri Selangor yang punya keupayaan untuk menganalisis, melakukan machine learning, AI atau artificial intelligence.
Kita ada program Acura-AI yang mana kita akan dapat melakukan secara prediction tempat-tempat yang dianggap sebagai hot breath, hotspot dan kita masuk dengan melakukan mass testing. Maaf, targeted testing ini tentunya adalah satu yang bukan hanya akibat daripada outbreak yang sepertimana dilakukan oleh KKM. Maaf saya sebutkan KKM melakukan kegiatan testing atas kontak rapat setelah berlaku satu-satu kluster. Mereka melakukan contact tracing lalu menjalankan ujian-ujian.
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
Yang Berhormat Kuala Selangor. Yang Berhormat Kuala Selangor, boleh mencelah sekejap Yang Berhormat Kuala Selangor?
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Baru hendak masuk gear. Sila.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Penampang.
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
Thank you. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan perbahasan Yang Berhormat Kuala Selangor tadi berkenaan dengan AI. The context of using AI is definitely the way forward dengan izin tetapi this is just a simple calculation. Saya ingin tambah bukti sepertimana Yang Berhormat Kuala Selangor cakap tadi berkenaan dengan kegagalan kerajaan ini.
Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang
In simple calculation, when I look at the data pada 1 Jun 2021, confirmed cases di Malaysia adalah 579,462. Kelmarin pada 26 Januari 2021, adanya peningkatan 77 peratus peningkatan ke 1,279,954. There’s an increase of 448,492 confirmed cases dalam masa dua bulan. You can imagine if we use AI, Yang Berhormat Kuala Selangor and how the government has failed in addressing masa darurat dan juga masa pandemik ini yang mana mereka cakap mereka telah berjaya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Penampang.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih, sahabat saya Yang Berhormat Penampang yang sangat peka dengan persoalan AI dan begitulah kami di negeri Selangor pada awalnya menggunakan akura AI untuk melakukan apa yang kami sebutkan sebentar tadi sebagai targeted testing, sebelum berlaku. Sebelum berlakunya sesuatu kluster dan ketika itu saya berkongsi sedikit dengan maklumat di sini, Tuan Yang di-Pertua, terkadang-kali positivity rate, kadar positif itu melangkaui 20 peratus.
Dengan kata lain, andainya kita tidak dapat melakukan ini, maka itulah tempat- tempat perebakan permulaan perebakan dan yang akan berlaku seterusnya apa yang dikatakan sebagai limpahan (spillover) kepada komuniti. Kalau tempatnya, workplaces maka yang akan bawa balik itu adalah workers dan sebaliknya janganlah salahkan hanya factories kadang-kali daripada rumah komuniti itu boleh pergi balik kah, it can work both ways, cut both ways, Tuan Yang di-Pertua dengan izin. Dia boleh sahaja berlaku di antara dua tempat ini.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Kuala Selangor, benarkan mencelah, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Shah Alam, sila.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Saya hanya ingin merakamkan betapa kecewa dengan ucapan panjang lebar oleh Menteri Kesihatan tadi selama 55 minit tetapi tidak ada dibentangkan satu analisa di mana kesilapan dan kegagalan kerajaan dalam menangani pandemik ini, sedangkan kita semua tahu bahawa keadaan sudah cukup terdesak dan meruncing.
But, dengan izin where did we go wrong? There is no analysis dari kes yang sebanyak 200-300 sehari, jadi sampai 17,000 sehari, no analysis. Where did we go wrong? Akan tetapi apa yang dikemukakan adalah apa yang sedang dibuat di hospital, tambah ini, tambah itu, but what are the steps that need, that should have been done. Di sinilah saya rasa apa yang sedang dibentangkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor ingin mendedahkan kesilapan-kesilapan dalam menangani pandemik ini yang tidak dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan dan saya ingin menegaskan bahawa segala komen-komen dalam tulisan pihak netizen khususnya daripada JKOM hendak menyalahkan Kerajaan Selangor, Kerajaan Selangor, Kerajaan Selangor sedangkan kita berada dalam keadaan darurat yang mana Kerajaan Selangor hendak bersidang pun tidak boleh, apatah lagi hendak menangani emergency yang sehebat ini.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
So, I want to make the statement.
I am very, very disappointed. Tempoh masa 55 minit tetapi tidak ada analisa, tidak ada penyelesaian.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Okey, Yang Berhormat Shah Alam.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Tambah sokongan kepada Yang Berhormat Shah Alam. Sebagai contoh untuk membuktikan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa apabila MKN mengumumkan bahawa- apabila Kerajaan Negeri Sabah mengumumkan untuk dilonggarkan tetapi MKN menyatakan kerajaan negeri tidak boleh menggubal dasar mereka. Kena ikut dasar yang telah diputuskan oleh MKN. Jadi, itu bukti apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Shah Alam tadi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat..
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih Yang Berhormat Sepanggar, mahu dirakamkan itu.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Yang Berhormat Kuala Selangor, sedikit sahaja, sedikit sahaja. Saya tidak akan mengambil masa. Yang Berhormat Kuala Selangor setuju dengan saya. Selain daripada semua langkah yang telah disarankan, perlu juga kita sebagai rakyat Malaysia mematuhi peraturan undang- undang. Bila adanya peraturan yang telah ditetapkan, umpamanya ke luar negara.
Kelebihan diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen Kerajaan, Menteri-menteri yang hilang tiga bulan di New Zealand, pergi ke Paris bercuti. Ada juga yang berpesta durian.
Perkara-perkara ini adalah perkara-perkara yang wajib kita patuhi. Kalau kita...
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Timbalan Yang di-Pertua, kena jawab ini, Timbalan Yang di-Pertua, pesta durian.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong
Kalau kita tidak menghormati langkah-langkah ini, kita juga membebankan doktor-doktor. Adakah Yang Berhormat bersetuju dengan perkara ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih. Sila, Yang Berhormat Ledang, Yang Berhormat Ledang.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Saya tertarik berkenaan dengan kes-kes yang berlaku yang disebutkan tadi oleh Yang Berhormat Kuala Selangor dan juga disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan terutamanya kes sporadik. Oleh kerana kita tahu kes ini tadi Yang Berhormat Menteri sebut merupakan punca kepada gelombang yang ketiga sejak September 2020.
Daripada maklumat yang saya perolehi, apabila kami sebagai Ahli Parlimen Johor bertemu dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor serta Jabatan Kesihatan Negeri, maklumat yang kita terima, pada April-Mei 2021 di Johor, kes
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang
sporadik telah meningkat sebanyak 119 peratus, April–Mei 2021. Selepas itu pada setiap hari kita mendengar ada kes-kes sporadik ini.
Jadi, kalau kita tengok kepada pendapat yang telah diberikan oleh Profesor Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman, bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Kesihatan Awam, disebutkan ada beberapa faktor kerana berlakunya kes sporadik ini.
Antaranya ialah tidak patuh kepada SOP, yang ini saya hendak sebut bukan hanya kita salahkan, jangan salahkan rakyat semata-mata, kena salahkan Yang Berhormat Menteri, Timbalan Yang di-Pertua yang langgar juga SOP.
[Tepuk] Jadi, jangan salahkan rakyat semata-mata. Akan tetapi ini antara faktor kerana berlakunya kes sporadik ini. Selain daripada faktor-faktor seperti kelemahan siasatan kes oleh KKM. Saya minta maaf saya sebut, saya tahu KKM, frontliners kita buat kerja yang terbaik. Antaranya ialah kelemahan siasatan kes dan juga kerana banyak faktor yang lain mungkin boleh diulas oleh Yang Berhormat Kuala Selangor. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Okey, okey.
Terima kasih Yang Berhormat Ledang.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Sedikit, Yang Berhormat Kuala Selangor.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Yang Berhormat Kuala Selangor, Merbok, Merbok.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih, Yang Berhormat Ledang. Yang Berhormat Kuala Selangor ada 20 minit sahaja lagi.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Kangar, Kangar 2 minit.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Yang Berhormat Kuala Selangor, Merbok satu sahaja.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Kangar 2 minit.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Merbok, Merbok.
Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar
Terima kasih, Yang Berhormat Kuala Selangor kalau kita tengok dalam banyak keadaan, termasuklah sidang Parlimen ini selalunya KKM akan dirujuk sebagai prosedur dan sebagainya. Tadi Yang Berhormat Ledang sebut tentang kes sporadik yang bermula pada September yang mana orang selalu merujuk bahawa kes pilihan raya negeri Sabah. Cuma saya hendak tarik ke belakang sedikit dalam pengalaman saya pada tahun 2020, ketika banyak SOP dilonggarkan, saya ada ke Sabah atas jemputan Majlis Belia Sabah.
Semasa itu di dalam flight ada penumpang yang bergelang pink di dalam itu dibenarkan naik untuk balik kerana ada surat daripada KKM untuk kuarantin diri di rumah.
Kalau kita ingat pada waktu ada kes Sivagangga yang mana juga kes balik luar negara yang dibenarkan kuarantin di rumah. Jadi, apakah alasan ataupun sebab KKM mengambil keputusan itu ? Oleh sebab sebelum itu kita kuarantin di pusat-pusat tertentu.
Jadi, banyak- saya ingat lagi kenyataan Menteri Pertahanan pada waktu itu yang mana kuarantin di rumah ini dalam laporan berita mengatakan lebih kurang 60 peratus tidak mematuhi kuarantin di rumah. Jadi saya ingat kes sporadik ini sebenarnya bermula pada waktu itu. Apakah alasan KKM benarkan?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kangar.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Itu satu perkara yang perlu Yang Berhormat Menteri Kesihatan jawab. Ya, saya.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Merbok satu sahaja.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Sedikit, Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Kuala Selangor, terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Kuala Selangor, saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Kuala Selangor untuk dimajukan kepada Yang Berhormat Menteri. Ada suatu yang agak pelik yang sedang berlaku, khususnya di
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
kawasan saya. Penduduk di Sungai Petani, Yang Berhormat Kuala Selangor lebih kurang 400,000 lebih, almost half a million. Mereka yang patutnya diberi vaksinasi ialah 360,000.
Akan tetapi sedarkah Yang Berhormat Kuala Selangor sehingga hari ini tidak sampai 10 peratus pun yang telah pun divaksin. Tidak sampai 10 peratus, Tuan Yang di-Pertua.
Tidak sampai.
Jadi, begitu ramai penduduk di Sungai Petani yang kebanyakannya tinggal di semi urban yang tidak mendapat vaksin. Malahan mereka yang telah mendaftar seawal Februari sampai sekarang yang berumur di antara 40 tahun ke atas masih tidak mendapat vaksin dan mereka menunggu lama. Itu yang pertama, Yang Berhormat Kuala Selangor.
Kedua, Program Imunisasi Industri COVID-19 (P.I.K.S), kerjasama awam dan swasta yang telah pun diumumkan oleh kerajaan, sudah berbulan sudah. Sungai Petani ialah di antara tempat yang mempunyai banyak kilang-kilang dan industri tetapi tidak ada satu pun yang diwujudkan di Sungai Petani.
Baik, seterusnya ada kawasan-kawasan yang telah pun kena lockdown, PKPD tetapi mereka yang kena lockdown ini tidak diberi prioritas untuk divaksinkan.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Bayangkan Yang Berhormat Kuala Selangor, selepas buka lockdown PKPD ini, depa ini kena keluar melirat. Depa ini keluar melewa.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Ya.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Orang Kedah kata melewa ini dia akan join dengan orang lain juga.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Ya.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Last sekali...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Berapa kali last?
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Last sekali. Last saya tengok polis buat kerja cukup teruk. Tahan orang, tahan tanya surat tetapi sedar kah Yang Berhormat Kuala Selangor yang kebanyakan kena tahan ini ialah orang bawa kereta. Mereka yang naik motor ini Yang Berhormat Kuala Selangor depa naik macam biasa la.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Oh!
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Jadi saya duk pikiaq takkan driver sahaja kena *check.
[Tidak jelas]* Mereka yang kerja kilang banyak ini juga naik motor.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Ya, betul.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Jadi yang lorong kereta ber-que, berapa kilometer.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Ya Sungai Petani.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
...Hendak check driver.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Mereka yang naik motor itu...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Okey Yang Berhormat Sungai Petani.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik Yang Berhormat Sungai Petani.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Saya tanya pendapat, kot-kot la.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Cantik, itu poin sangat penting sebenarnya. Superspreader naik motor. Merekalah yang berdepan dengan membuat interaksi dengan ramai orang.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Ya.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Mereka adalah superspreader...
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
...Dan kebanyakan mereka adalah kerja kilang ini naik motor.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
...Akan tetapi tidak apa kita dengar Yang Berhormat MK jawab ya. Terima kasih.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Sungai Petani.
Puan Nor Azrina binti Surip - Merbok
Yang Berhormat Kuala Selangor.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Merbok minta? Hendak bagi tidak? Tidak Yang Berhormat Merbok. Yang Berhormat Kuala Selangor tidak bagi. Sila Yang Berhormat Kuala Selangor teruskan.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Maaf Yang Berhormat Merbok ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Hanya 16 minit sahaja lagi.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
16 minit sahaja.
Saya sedikit mahu menyinggung persoalan sporadik. Kes-kes sporadik ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, jangan silap faham bahawa kes-kes sporadik ini adalah unlinked. Ia adalah unlinked atau tidak terkait dengan mana-mana kluster selama ia tidak dapat dikenal pasti.
Kenapa ia tidak dapat dikenal pasti? Antara lainnya adalah kerana ia tidak dapat mengekori apa yang dikatakan the chain of transmission itu. Di situlah peranannya contact tracing. Contact tracing sangat penting, kalaulah kita hanya berpandu, maaf cakap contact tracing secara semi manual, kalau tidak pun penuhnya manual. Minta maaf MySejahtera ya sebagai satu apps QR imbasan sahaja, imbas sahaja ya.
Sebenarnya tidak dapat kita automasikan. Kunci kepada kejayaan negara- negara seumpama Singapore mengguna Bluetooth TraceTogether. South Korea, Taiwan adalah antara lainnya terkait dengan persoalan contact tracing yang pantas dan tidak hanya meletakkan seorang pegawai di PKD mengangkat telefon tidak kurang daripada 300, 500 panggilan yang perlu dilakukan sehari.
Bayangkan inilah dia cara mana kita menunjukkan kasih sayang kita kepada frontliners Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya kita memerlukan, negara ini dengan apa yang berlaku sebanyak 1 juta ini. Satu juta kes negara ini sebenarnya sekali gus mendedahkan expose all shortcomings, segala kepincangan kelemahan sistem dan deliverynya, healthcare di negara ini. Antara lain adalah perkara yang saya bangkitkan sebagai reform yang mahu kita lakukan yang telah pun saya bentangkan kepada mantan Perdana Menteri Yang Berhormat Langkawi pada 14 Oktober 2019 Tuan Yang di-Pertua.
Ini pada awal lagi telah kita saksikan perkara ini dan kita telah bercakap tentang enhancing public healthcare termasuklah antara lainnya bukan sahaja infection disease, penyakit-penyakit berjangkit yang tidak sama sekali kita jangkakan. Virus SARS CoV-2 ini dengan penyakit COVID-19 itu tetapi terutamanya kami memberi fokus kepada the non-communicable diseases yang hari ini pesakit-pesakit itu telah kita perhatikan ketika kita semua tertumpu kepada COVID-19 patients. Kematian di kalangan NICD telah berlipat ganda, itu perkara yang perlu kita perhatikan.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Kuala Selangor.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Yang di- Pertua, saya...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Satu minit sahaja.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selango
Make sure one minute.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Half a second. Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
You’re a good friend, Yang Berhormat Klang.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Boleh Yang Berhormat Klang, satu minit.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Half a second cukup. Saya tertarik kepada pandangan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor tadi berkaitan dengan healthcare delivery. Akan tetapi sekarang kita dapati bahawa ada kekurangan peralatan perubatan di hospital, kekurangan ambulans, katil, pakar-pakar dan sebagainya di hospital khususnya di Klang Valley.
Kegagalan ini merupakan satu daripada masalah di mana kita dapati kebanyakan kematian...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Ya.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
...Ini adalah kerana peruntukan yang diberikan kepada hospital-hospital ini kurang.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Ya.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Soalan saya Yang Berhormat Kuala Selangor ialah adakah sekarang masa sudah sampai untuk rakyat saman kerajaan di mahkamah? Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Fuh! Semangat saya dengar Yang Berhormat Klang. Sebutannya sahabat saya Yang Berhormat Klang yang antara lain itulah perkara yang kita katakan tadi. Apa yang DG sebut, apa yang saya sebut understaffed, overworked, underpaid, overwhelmed, ini dia perkara yang telah terdedah dalam pandemik ini. Kalau dahulu disebut-sebut, hari ini segala-galanya dapat kita saksikan sendiri.
Tuan Yang di-Pertua, ini yang bertambah-tambah pentingnya reform untuk diperlakukan segera supaya berbilion yang kita dengar itu, saya mahu perkara itu dipertanggungjawabkan bagaimana telah dibelanjakan. Bukan sahaja ballpark numbers, gross numbers sahaja tetapi perinciannya perkara ini kerana didapati di jurisdiction di negara-negara lain, ketirisan dalam pengurusan pandemik itu sangat besar ya.
Jadi, saya tidak mahu memberi presumptuous tetapi saya mahu juga pertanggungjawaban itu dilakukan. Saya sebutkan tadi tentang sporadic cases yang disebutkan sporadik kerana selama kita tidak tahu di mana terkaitnya dengan kluster- kluster tertentu. Saya ingin menyebutkan bagaimana kalau saya boleh tunjukkan indeks kes– maaf cuba bayangkan ya. Indeks kes di Sungai Petani, di Kuala Selangor kah? Di Ijok kah? Apa yang berlaku pada 16 Jun, contoh.
Hanya akan ditakrifkan sebagai kluster terkadang kali sebulan setengah selepas indeks kes dikenal pasti. Apakah yang sebenar-benarnya berlaku? Perkara ini saya bangkitkan. Persoalan definisi kluster pun kadang kali tidaklah sepakat dan tuntas Tuan Yang di-Pertua. Justeru kerana itu persoalan di manakah gagalnya kita?
Saya bermula tadi dengan menyebutkan apa yang Dr. Arshil sebut. Itu the strategic and strategic level tetapi the methodological ataupun implementasi pelaksanaannya, kita dapati antara lainnya puncanya adalah testing. Apakah yang diistilahkan sebagai poor diagnostic policy? Ini perkara yang STFC Selangor bangkitkan.
Kalau dalam pandemik yang mencanak, tidak perlulah kalau seseorang itu RTK positif untuk diulang RT-PCR kerana jelas pandangan yang dibuat oleh WHO pun begitu.
Maka dalam keadaan itu, kerana kita– saya sebutkan tadi *the name of the game is speed.
Fighting virus* SARS Cov-2 is like fighting a war.
Saya sebutkan perkara ini pada hari pertama saya memimpin STFC di Selangor. It is not going to be easy, it’s not a sprint, it is a long haul, satu perjalanan yang jauh. Oleh sebab itu, ketika DG dan kawan-kawan daripada KKM Putrajaya mengangkat placard satu kes, saya perhati ini this is the beginning of the downfall kerana ada unsur- unsur– minta maaf over confidence. Kalau kita tak dapat memanfaatkan pandangan- pandangan pakar-pakar yang lain itu sudah masuk dalam unsur arrogance. Kalau kita tidak memahami benar-benar akan apa yang dikatakan sebagai– maaf cakap ignorance, saya mengakui dalam hal ini everybody is learning tetapi kita punya pakar-pakar seumpama Prof. Datuk Dr. Awang Bulgilba yang menyebut dua tiga kali jangan diguna angka sahaja, kalau angka sahaja pastilah Selangor yang tertinggi.
Sebabnya begini, Labuan penduduknya sebanyak 100,000 tetapi Selangor sebanyak 6.8 juta, faham ya. Satu kes di Labuan bersamaan dengan sebanyak 68 kes di Selangor untuk Labuan bersamaan dengan Selangor, sebanyak 100 kes Labuan sudah mencecah sebanyak 6,800 kes di Selangor. Itulah persoalan insiden, prevalence
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
case mesti dinisbahkan dengan penduduk. Jangan hari-hari dalam sidang akhbar Selangor tertinggi, Selangor tertinggi. Ditegur oleh Prof. Datuk Dr. Awang Bulgilba supaya berhenti melakukan itu. Lakukan ujian seluruh negara, seluruh negeri dan buat metrics yang tepat, yang betul dan jangan memangsakan Selangor kerana Selangor telah beberapa kali mencadangkan akan perkara-perkara yang fall along deaf ears dengan izin yang tidak diambil tindakan termasuklah perkara persoalan diagnostik.
Kita telah kata kalau RTK positif, RTK-Ag positif, cukup untuk kita tangani segera kes-kes itu. Jangan tunggu untuk dapat panggilan daripada PKD, pegawai untuk pergi pula kepada KK ataupun PKD, membuat ujian RT-PCR.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Dalam pada itu, saya perhatikan tidak kurang daripada on average tiga hingga lima hari. Itu dia, tiga hingga lima hari senggang waktu berlalu. The name of the game is speed and volume. You must have test yang cheap, fast and punya frequency yang tinggi, bukan satu yang kita hanya berpandukan kepada RT-PCR. RT-PCR is a clinical test, but RTK-Ag is a test for population management and for pandemic management.
[Tepuk] Jangan tidak faham perkara ini. Akan tetapi, alhamdulillah it took them one and a half year almost. Saya perhatikan hari ini sudah ada perubahan COVID-19 positive cases will be based on RTK-Ag test either from nasopharyngeal swab or saliva, no requirement for repeated RT-PCR confirmatory test. But it took you so long untuk memahami perkara ini.
[Tepuk] Inilah antara lainnya yang mengakibatkan mencanaknya kes. Saya pada awal mengatakan bila Selangor hendak turun, bila Selangor hendak turun. Ciapan tweet saya adalah buktinya. Saya kata Selangor tidak akan turun angkanya...
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Steady Kuala Selangor.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
...Tidak akan turun kenapa? Ini kerana kami memerhatikan kadar positivitynya bermula daripada 10, 13,15,17, satu masa 19 pun ada. Kita tidak malu kerana angka kita tinggi, tetapi kita malu kalau berlakunya kematian dan especially brought in dead dan *dead on arrival.
[Tepuk]*
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Selangor...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Yang di- Pertua, dengan rasa rendah hatinya saya meneruskan perkara ini. Dengan segala beratnya untuk saya memberikan kritikan-kritikan yang sangat kritis. This is saying without fear or favour atas demi rakyat dan demi negara, kita akan terus berkhidmat untuk memberikan yang terbaik kepada negara dan rakyat.
[Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Lima minit lagi.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Lima minit lagi.
Tuan Yang di-Pertua, saya beralih sedikit lagi kepada apa di antara perkara yang menjadi kepincangan yang berterusan. Ketika kita menyebutkan tentang keperluan mass testing, kami mulakan dengan targeted testing, kemudian Yang Amat Berhormat Menteri Besar mahukan mass testing. Mass testing untuk 56 DUN kita lakukan. Kita buat dengan dasar untuk mendapatkan satu baseline prevalence dalam state kami. Kemudian kami tumpukan kepada lapan DUN yang mempunyai kadar positivity lebih daripada lima peratus dan ada yang 10 peratus dan sebaginya.
Justeru dengan itu, dengan targeted kemudian mass testing, kemudian kembali targeted, inilah caranya mantra WHO menyebutkan akan keperluan untuk kita pergiatkan find, test, trace, isolate and support (FTTIS). Lambat betul KKM hendak belajar perkara ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua. Baru dalam PPN ini, baru saya lihat untuk pertama kalinya KKM mahu menjalankan mass testing. Too late, too little, too few dengan izin.
Akan tetapi, begitu jugalah ketika mereka menjalankan ini. Oleh sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, angka tidak akan turun. Angka tidak akan turun untuk sementara ini dan saya meramalkan angka akan terus mencanak. Saya meramalkan Selangor 10,000 ketika angkanya baharu 3, 4,000. Orang marah kepada saya.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Saya kata itulah data saya, itulah sains yang memberikan ingatan kepada saya.
Ini kerana, sedikit yang kami lakukan di dalam testing itu Tuan Yang di-Pertua, secubit sahaja, sekelumit sahaja. Bayangkan kami lakukan 100,000 orang 3,400 orang yang positif. Akan tetapi, positif di Selangor bukannya 100 atau 200 orang, 2, 3 ribu orang sehari. Yang kami dapat lakukan hanya 100,000 seluruhnya. Sebanyak 56 DUN di negeri Selangor. Maksudnya kalau kita tidak benar-benar menggembleng tenaga dalam whole of government approach, this is where the failure yang Yang Berhormat Shah Alam mahukan saya tekankan tadi. The failure of understanding the role. Peranan untuk kita benar-benar menggembleng tenaga kepakaran dan sebaginya.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Minta laluan Yang Berhormat Kuala Selangor.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Ya, sila sahabat saya Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Saya bagi ruang Yang Berhormat Kuala Selangor bernafas sedikit, sebelum mendarat.
Alhamdulillah,...
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Yang Berhormat Kuala Selangor tidak payah Spanish fly pun sudah bersemangat.
Don’t worry.
Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail - Kulim-Bandar Baharu
Kami bangga dengan Yang Berhormat Kuala Selangor yang sangat passionate. Yang Berhormat Kuala Selangor, saya fikir dua tiga minit terakhir penting untuk kita sampaikan kepada sahabat kita dari Tenggara, Yang Berhormat Menteri Kesihatan. Sedikit pengalaman kita dalam Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang dilantik oleh Yang di- Pertuan Agong mengikut fasal 2 Ordinan Darurat.
Bagaimana peritnya kita untuk mendapatkan granular data daripada kementerian. Waktu kita hendak membentangkan kepada jawatankuasa ini, input kita sebab input nanti hendak disampaikan dalam bentuk nasihat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Kita perlukan data sebab Yang Berhormat Menteri sebut pendekatan kerajaan adalah data dan sains. Kita perlu data.
Pejabat Ketua Pembangkang melalui barisan data saintis hendak buat satu kertas bertajuk, ‘The End Of Pandemic COVID-19, What The Data Says?’. Alangkah baiknya kalau kita diberikan capaian terhadap data di bawah Kementerian. Kita cuba dapat. Dikenakan– Mengikut Akta Kesihatan tidak boleh, perlindungan data peribadi tidak boleh. Apakah Yang Berhormat Kuala Selangor Bersetuju bahawa di luar sana yang disebut sebagai Centre for Systems Science and Engineering yang berpusat di Johns Hopkins University seluruh dunia, Negara-negara ini berkongsi data dengan pusat ini. Pusat data ini dirujuk oleh satu dunia. Pandemik COVID-19 ini melanda satu dunia. Kita hendak berkongsi amalan yang baik mengguna pakai pengalaman-pengalaman negara-negara berkongsi.
Malangnya, Malaysia tidak ada dalam sistem ini. Kita tidak ikut serta. Kita ingat di peringkat dunia sahaja Malaysia tidak terlibat, di peringkat dalaman pun para penyelidik tempatan hendak dapat data pun tidak dapat.
Ada seorang sahaja yang kuasainya, Ketua Pengarah. Yang lain tidak boleh.
Apabila saya tulis surat, dia minta buat kertas kerja. Kita tulis surat atas jawatan yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, segala kerenah red tape dan birokrasi. Jadi, kita tidak dapat. Oleh sebab itu, kita terpaksa ambil daripada open sources, dari Imperial College, Oxford, dari Johns Hopkins University, One World Data.
Tetapi itu cuma mewakili 80 peratus atau 85 peratus daripada data tentang Malaysia. Granular data itu penting. Apabila data ini kita analysis, kita boleh intercept, kita boleh predict. Kita hendak bantu sebab ini whole-of-society approach, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun sebut, tolong bagi input, bagi kerjasama. Atas position kita dalam jawatankuasa itu kita cuba bagi.
Sampai hari ini sudah enam bulan tidak dapat-dapat. Barangkali Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Tenggara tolong tengok perkara ini Yang Berhormat Menteri. Kita hendak sambut, kita hendak bagi sumbangan yang berkesan. Hakikatnya, kita tidak pernah dapat kerjasama. Terima kasih.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu, sangat baik input itu, sekali gus...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Kuala Selangor, habiskan tepat-tepat pukul 1. Ada dua minit lagi.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Tepat pukul 1 ya, baik. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sekali lagi. Apa yang dibangkitkan oleh sahabat saya Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu adalah satu kenyataan fakta yang tidak boleh dikongsi kecuali di Dewan yang mulia ini. Ini kerana, kita punya immunity kerana kita punya tanggungjawab kita di sini. Itulah akibatnya ketika dalam Jawatankuasa Khas Bebas Darurat pun, dari segi perkongsian data dikatakan sebagai granular epidemiological line listing data, saya sebutkan. Bukan data bersabit pesakit yang dijadikan alasan untuk berkongsi. Tidak sampai ke akhir bubarnya Jawatankuasa Khas Bebas Darurat, tidak dapat dilakukan.
Begitulah kami di Selangor apabila kita menjalankan kegiatan-kegiatan… [Tidak jelas] belajar tentang mobility, tentang movement menggunakan AI fourteen over variables dengan machine learning itu, datanya tidak ada Tuan Yang di-Pertua. Jadi, sepertimana yang pernah saya sebutkan, apabila kita punya perkongsian itu, you want us to fight, you push us in the ring, you close our eyes, you blind us, and you tie our hands behind.
Tangan kami diikat, mata kami ditutup. Itulah akibatnya kalau kita tidak membawa perkongsian data Tuan Yang di-Pertua. Ini kerana, perkongsian data itu sangat penting bukan sahaja untuk Selangor, bahkan kita boleh menyemak dan membuat pattern studies, membuat AI analytics untuk seluruh negara seperti mana yang disebut oleh Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu bagi mewakili Pejabat Ketua Pembangkang yang mempunyai data scientist yang sangat hebat. Justeru saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Masa sudah tamat.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
...simpulkan...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Masa sudah tamat.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
...betapa peperangan dalam– saya rumuskan. Betapa peperangan dalam menangani dan membanteras virus COVID-19 ataupun pandemik COVID-19 Tuan Yang di-Pertua, memerlukan bukan sahaja satu komitmen begitu sahaja, tetapi memerlukan strategik, memerlukan komitmen, memerlukan polisi-polisi yang betul tentang testing, contact tracing, tentang menjalani semua end-to-end. CACnya, MAEPSnya yang saya sebutkan tadi sampailah patient care-nya di ICU dan sebaginya.
Perlu ada kolaborasi antara public dan private. Public dan private ini kami sebutkan untuk hantar non-COVID-19 patient ke private hospital sejak lama, sejak awal lagi kita sebut. Baru sekarang ini sahaja dapat dilakukan. Tuan Yang di-Pertua, atas seluruhnya perkara yang saya sebutkan sebagai kepincangan-kepincangan yang menyebabkan kita gagal melandaikan keluk gelombang ketiga ini saya tidak mahu kita hanya melakukan ataupun meletakkan harapan kepada vaksin.
Jangan tidak tahu, Israel dan juga UK punya paras dan kadar vaksin yang tinggi, tetapi mereka kembali melihat akan epidemic ataupun clusters, outbreaks seperti itu. Jadi tidak cukup dengan vaksin. Ya, vaksin adalah silver bullet kalau kita bersekali strategi itu dengan public health intervention measures seperti testing, contact tracing tadi dan menjalankan segala workflow yang lain untuk kita benar-benar dapat berjaya menangani gelombang ketiga ini.
Sekian terima kasih atas semua celahan yang dibuat. Terima kasih sekali lagi untuk kita sama-sama tangani. The whole-of-government approach, the whole-of-society approach and the whole of nation approach. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Selangor. Ahli-ahli Yang Berhormat, jam telah tepat 1.02 minit. Majlis akan berhenti rehat. Sambung semula 2.30 petang dengan ucapan daripada Yang Berhormat Kuala Krai kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Langkawi. Terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
■1430
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said) **mempengerusikan Mesyuarat****]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said
Bismillahi Rahmani Rahim. Sekarang saya dimaklumkan bahawa Speaker telah maklumkan lima minit setiap daripada Ahli-ahli Parlimen ya. Jadi, saya jemput Yang Berhormat Kuala Krai. Silakan.
Tuan Abdul Latifff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Nabi bersabda...
[Membaca sepotong hadis] “Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar.” Saya menghadiahkan sebuah pantun sebagai renungan kita bersama...
Merenung Kampung Bahagia dari pinggir jeti, Rumput di kaki tumbuh melata, Marilah kita berbahas dengan penuh pekerti, Bersama menyelesaikan masalah rakyat jelata. Pertama, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada barisan hadapan.
Sesiapapun tidak akan mampu untuk menolak jasa pasukan barisan hadapan sebagai sebuah entiti utama dalam menangani pandemik COVID-19. Pihak doktor, jururawat, petugas kesihatan, polis, bomba, RELA, APM, penghulu, aktivis dan semua yang terlibat daripada pelbagai agensi. Saya ingin menghantarkan sekalung ucapan tahniah dan terima kasih daripada seluruh rakyat Malaysia kepada anda semua. Untuk jasa dan bakti kalian semua, saya dahulukan dengan ucapan jazakamullahu khairal jazak. Tuan Yang di-Pertua, isu berkaitan dengan jawatan kontrak pegawai perubatan.
Semalam di sebalik kekalutan di sidang Parlimen ini, berlangsung satu tunjuk perasaan daripada barisan doktor frontliner yang berstatus kontrak. Pertama, isu ini telah bermula sejak tahun 2016 lagi di zaman Kerajaan Barisan Nasional, berlarutan sehingga tahun 2018 di zaman Kerajaan PH dan sehingga hari ini zaman Kerajaan Perikatan Nasional.
Perlu diingat, hanya Kerajaan PN sahaja yang memberi respons kepada tuntutan doktor kontrak ini melalui arahan daripada Perdana Menteri kepada KKM untuk mengemukakan pelan komprehensif untuk menyelesaikan isu ini.
Saya secara peribadi menyanjung usaha rakan-rakan doktor-doktor kontrak ini yang berani menyuarakan pandangan mereka untuk membela masa depan kerjaya mereka, sama ada yang terlibat secara langsung dengan protes atau yang tetap menjaga pesakit mereka masing-masing. Inilah kualiti yang ada kepada para doktor yang tidak dimiliki oleh profesion yang lain.
PAS sebagai sebuah parti komponen Kerajaan Perikatan Nasional telah mengemukakan cadangan yang boleh dimasukkan dalam pelan komprehensif pada 28 Jun 2021 sebagaimana hasrat Perdana Menteri. Alhamdulillah, Perdana Menteri telah menerima baik cadangan dari PAS dan telah dimasukkan dalam arahan kajian oleh KKM.
Tuan Yang di-Pertua, bagi mengatasi masalah doktor kontrak untuk jangka panjang, ia memerlukan perancangan yang rapi kerana ia akan memberi impak yang besar kepada negara. Tentunya ia tidak boleh dilakukan atas dasar sentimen atau emosi. Perlu juga dilakukan secara menyeluruh kerana beban penggajian akan meningkat melebihi RM2 bilion setahun dengan jangkaan pertambahan RM250 juta setiap tahun untuk pengambilan semua graduan perubatan seramai 5,000 orang yang dihasilkan negara setiap tahun.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pengumuman rasmi kerajaan pada 23 Julai 2021. Kenyataan tersebut telah menyatakan komitmen kerajaan untuk mengatasi masalah doktor kontrak tersebut dengan reformasi yang menyeluruh perkhidmatan kesihatan negara. Komitmen yang tidak pernah dilakukan oleh kedua-dua kerajaan sebelum daripada ini.
Pada masa yang sama, Perdana Menteri telah memenuhi hampir kesemua persoalan doktor kontrak tersebut sama ada penyambungan tempoh kontrak, komitmen penerusan kontrak bagi menyambung kepakaran sehingga tamat hadiah latihan persekolahan bagi yang berjaya mendapat tempat kursus kepakaran dan gaji dan cuti yang setara dengan doktor berjawatan tetap.
Tuan Yang di-Pertua, kita harus bersatu dan bersama dalam menangani pandemik yang berlaku ini. Kerajaan telah membelanjakan RM70 bilion untuk
Tuan Abdul Latifff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Kementerian Kesihatan dalam menghadapi pandemik ini. Akhirnya, kunci utama kejayaan kepada semua perkara di atas ialah peranan bersama kita semua.
Saya tertarik dengan apa yang disebut oleh sahabat saya daripada Setiawangsa pagi tadi berkaitan dengan kenyataan Pengarah Kesihatan, “We are currently underfunded, understaffed, underpaid, overworked, overstretched and with overcrowded patients”. Saya meneliti kenyataan ini dan realitinya ini berlaku pada tahun 2019 lagi, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, tidak adillah menuduh bahawasanya ini berlaku di zaman Kerajaan Perikatan Nasional pada hari ini kerana siapakah kerajaan di waktu itu dan siapakah Menteri Kesihatan di waktu itu.
Yang terakhir, Tuan Yang di-Pertua, saya ada beberapa persoalan dalam persidangan pada petang ini. Pertama ialah apakah punca utama yang menjadikan peningkatan berterusan kes positif COVID-19 meskipun kawalan ketat sempadan dan kebanyakan negeri masih lagi berada pada fasa 1 dan 2 bagi Pelan Pemulihan Negara?
Kedua, berapakah kos untuk rawatan pesakit COVID-19 tahap 4 dan 5 yang ditanggung oleh kerajaan?
Ketiga, mengapakah terdapat rayuan pengurangan kompaun tidak dipertimbangkan?
Keempat, kerajaan digambarkan seolah-olah gagal mengawal penularan COVID-19 kerana tidak melaksanakan saringan besar-besaran. Mengapakah saringan pengesanan COVID-19 besar-besaran hanya dilaksanakan di Selangor dan tidak di negeri-negeri lain?
Kelima, cara pengendalian CAC adalah sangat konvensional dengan terpaksa beratur panjang. Kenapa penilaian COVID-19 ini tidak dibuat secara maya sahaja?
Keenam, mengapakah kesesakan boleh berlaku di CAC Stadium Melawati, Shah Alam?
Ketujuh, mengapakah KKM tidak menghantar pesakit bukan COVID-19 ke hospital swasta walaupun kerajaan telah meluluskan peruntukan kewangan untuk tujuan tersebut?
Kelapan, apakah perancangan KKM untuk memastikan sijil digital vaksinasi diiktiraf dunia?
Terakhir, sejauh mana keberkesanan penggunaan pengimbas suhu dan pengimbas MySejahtera yang diwujudkan oleh kerajaan di tempat-tempat awam?
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said
Sekarang saya jemput Yang Berhormat Langkawi, Ketua Parti, 10 minit. Silakan.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi
Pertamanya saya ingin ucap tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan yang telah ulas dengan panjang lebar tentang beratus tindakan yang telah diambil oleh kerajaan berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh negara hari ini. Akan tetapi, akhirnya kita dapati semua tindakan ini tidak menghasilkan sekatan terhadap perkembangan penyakit COVID-19 ini.
Sebaliknya, setiap kali kerajaan membuat sesuatu keputusan, angka meningkat beribu-ribu sehinggalah sudah sampai kepada seramai 18,000 orang kes baharu pada setiap hari. Ini sudah tentu akan menghalang usaha untuk mengurangkan bilangan kes baharu di negara kita. Saya berpendapat bahawa sebabnya tindakan-tindakan kerajaan ini tidak memberi hasil ialah kerana kerajaan berpendapat bahawa dengan mengambil tindakan politik, maka penyakit boleh hilang. Penyakit ini tidak boleh disekat dengan kerana political decision. Akhir-akhir ini kita dapati bahawa kerajaan bercadang untuk menjemput ahli- ahli daripada parti lawan untuk menyertai satu Majlis Pemulihan Negara. Ini adalah tindakan politik dan ia tidak akan berhasil. Sebaliknya apa yang patut diadakan ialah satu badan profesional yang dianggotai oleh pakar-pakar dalam bidang kesihatan, dalam bidang ekonomi dan juga sosial.
Ini kerana inilah masalah-masalah yang melanda negara kita. Ahli-ahli politik, walaupun mereka semua bijak-bijak belaka, tetapi nampak kurang arif dalam usaha untuk membanteras perkembangan wabak COVID-19 ini. Sepatutnya sepertimana saya katakan tadi, kita mengadakan Majlis Pemulihan Negara yang dianggotai oleh ahli-ahli
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi
profesional dan orang politik tidak harus campur tangan. Ini kerana orang politik biasanya lebih utamakan political mileage daripada menyekat perkembangan wabak ini.
Satu daripada contohnya ialah, apabila keadaan pulih sedikit maka orang politik cuba untuk menawan sebuah lagi negeri, Sabah umpamanya. Hasil daripada tindakan itu ialah peningkatan kepada seramai 2,000 pada satu hari. Kemudian diambil tindakan untuk isytihar darurat, angka meningkat kepada seramai 5,000 orang. Apabila diisytiharkan pelan pemulihan, angka meningkat sehingga seramai 17,000 orang. Ini menunjukkan bahawa, angka-angka ini, keputusan yang berasas kepada politik tak mampu untuk mengurangkan kes wabak ini. Oleh sebab itu, kita perlu ada badan yang dianggotai oleh pakar. Pakar dalam bidang membanteras wabak penyakit.
Kita sedar bahawa banyak perkara yang boleh dilakukan tetapi tidak dilakukan.
Umpamanya kita perkenalkan SOP. Memang pun SOP itu baik tetapi pelaksanaannya tidak begitu baik. Kebanyakan orang tidak mematuhi berkenaan dengan tindakan di bawah SOP.
Umpamanya mereka jarang patuh kepada arahan supaya mengasingkan diri daripada orang lain iaitu tiap kali berada sekurang-kurangnya satu meter antara mereka dengan orang lain. Akan tetapi, ini tidak dipatuhi di waktu tertentu. Umpamanya apabila ke masjid, waktu sembahyang memang mereka mengasingkan diri daripada ahli jemaah yang lain, tetapi apabila tamat sembahyang, mereka berjalan keluar bersama-sama, dekat-dekat dan waktu itulah jangkitan akan berlaku.
Di masa-masa yang lain juga begitu, pekerja umpamanya dalam bas, tidak asingkan diri daripada rakan-rakan mereka. Juga semasa berjalan masuk ke kilang juga begitu. Apabila mereka habis bekerja, balik kerja dan tinggal di rumah yang disediakan untuk pekerja, maka sekali lagi mereka berdekat-dekat dan pada masa itulah jangkitan berlaku.
Kita membaca bahawa setiap hari, ribuan orang didapati sudah pun mendapat penyakit ini, iaitu apabila diadakan test, swab test umpamanya. Kita dapati orang ini sudah pun mendapat penyakit COVID-19 ini. Akan tetapi, sebelum dia ditest, dia telah bergerak merata-rata tempat dan menjangkitkan orang-orang lain kerana waktu itu pun dia sudah ada penyakit ini sebelum dia ditest. Jadi, sebelum dia ditest, dia sudah jangkitkan ramai daripada orang yang berdekatan dengan mereka. Oleh sebab itu, angka yang kita beri ini tidak tepat. Mungkin bagi negeri Selangor tepat kerana diadakan test kepada lebih ramai orang. Akan tetapi, apabila kita ada test secara biasa, banyak orang yang tidak dikenakan test dan mereka sebenarnya sudah pun dijangkiti oleh wabak penyakit COVID-19 ini. Ini menunjukkan bahawa telah lebih ramai orang menghidapi penyakit ini daripada angka yang ditunjukkan kepada kita. Satu tindakan perlu diambil untuk menangani masalah ini supaya kita dapat detect lebih awal dan bukan setelah ianya berkembang pesat.
Berkenaan dengan satu cara lain untuk mengurangkan wabak ini ialah dengan suntikan vaksin. Akan tetapi, kita dapat bahawa terlalu banyak birokrasi dalam suntikan vaksin. Mereka perlu diregister dahulu, diberi tempat dan sebagainya. Ramai daripada orang biasa, terutamanya orang kampung mungkin tidak ada telefon bimbit ataupun tidak tahu menggunakan telefon bimbit untuk membuat registration dan kemudian mungkin tidak tentukan bahawa hari yang mereka patut berada untuk suntikan, mereka tidak baca betul-betul dan tidak hadir. Jadi ini bermakna bahawa ramai daripada orang yang sepatutnya disuntik dengan vaksin tidak disuntik pada waktu yang ditentukan. Oleh sebab itu, kita perlu memudahkan cara-cara rakyat dapat disuntik dengan lebih cepat.
Kalau kita dapat suntikan yang lebih cepat, lebih ramai, saya yakin kita dapat bendung sedikit jumlah kes-kes baharu yang terlibat. Waktu ini kita diberitahu hanya satu million sahaja yang didapati dijangkiti tiap-tiap hari, bermakna bahawa ada seramai 31 million lagi yang boleh kita suntik kerana mereka belum mendapat penyakit ini.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi
Oleh sebab itu suntikan perlu diadakan dengan lebih cepat supaya seberapa ramai yang mungkin akan dilindungi daripada dijangkiti dengan penyakit COVID-19 ini.
Hal ini sebab saya berpendapat bahawa kalau satu badan yang dianggotai oleh pakar- pakar yang tidak ada dipengaruhi dengan politik akan menjadi lebih berkesan untuk menangani masalah wabak ini.
Sebenarnya ada banyak cara yang boleh dilakukan yang boleh mengurangkan insiden kes-kes baharu. Kita perlu terutamanya melihat apa yang berlaku di negara- negara lain yang mana mereka lebih berjaya dalam membendung perkembangan penyakit ini. Kalau mereka menggunakan vaksin kepada lebih berjuta-juta orang tanpa
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi
masalah, tidak perlulah kita hendak buat ujian lain ataupun menolak vaksin kerana sebab-sebab lain.
Kalau vaksin itu sudah digunakan untuk million orang di negara lain, maka kita perlu terima sahajalah vaksin itu supaya dapat kita bekalkan vaksin dengan mencukupi supaya seberapa ramai yang mungkin akan disuntik dengan vaksin. Hal ini kerana cara ini sahajalah yang berkesan untuk mengurangkan perkembangan wabak-wabak ini, walaupun kita tahu kadang-kadang ada juga yang walaupun sudah dikenakan suntikan dua kali tetapi masih boleh dijangkiti.
Akan tetapi biasanya simptom yang mereka dapati adalah tidak begitu serius seperti yang belum disuntik. Oleh sebab itu rakyat sekarang ini berhajat untuk disuntik.
Masalahnya ialah kadang-kadang kita tidak mempunyai cukup vaksin dan kadang- kadang atas urusan birokrasi, agak sukar bagi orang yang belum dapat suntikan diberikan suntikan. Biasanya kalau mereka datang terlalu awal dan belum ikut jadual mereka, mereka disuruh datang kemudian.
Sebaliknya saya berpendapat kalau mereka datang ke tempat suntikan dan kita masih ada vaksin, sepatutnya kita suntikkan sahaja supaya dapat direkodkan seseorang itu sudah pun disuntik. Dengan cara-cara yang lebih agresif, maka kita dapat kurangkan wabak ini dengan mengadakan satu usaha untuk menyuntik seberapa ramai daripada rakyat yang mungkin. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Terima kasih.
Yang Berhormat Kemaman. Ada?
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Ada.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Lima minit.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan untuk menyampaikan beberapa pandangan dalam perbahasan ini. Kalau kita melihat kes-kes positif harian mencatat peningkatan dengan purata kes pada tujuh hari terakhir, berakhir pada 25 Julai 2021, yang mencecah kira-kira 13,800 kes dengan semalam sahaja 14,000 kes dan dua hari lepas 17,000 kes.
Kes positif di Selangor dan Kuala Lumpur sahaja melebihi paras 10,000 kes.
Statistik ini sememangnya mencetus kegusaran dalam kalangan rakyat yang sentiasa mengikuti perkembangan situasi COVID-19 apatah lagi dengan peningkatan kes saban hari meskipun negeri-negeri tertentu seperti Selangor, Kuala Lumpur dan Kedah masih lagi berada pada fasa yang pertama Pelan Pemulihan Negara.
Antara data lain yang boleh membantu bagi memahami situasi semasa COVID- 19 di negara ini pertama, purata tujuh hari bagi peratusan jumlah kes positif COVID-19 yang keseluruhan saringan adalah 11.05 peratus. Kedua, 97 peratus hingga 98 peratus kes harian yang dicatatkan menunjukkan mereka berada pada tahap yang ringan iaitu pada kategori satu dan dua.
Meskipun tahap peratusan kategori yang serius iaitu kategori tiga, empat dan lima adalah rendah, kes-kes pada kategori tersebut masih tinggi dan relatif. Tambahan pula hospital-hospital, khususnya di Lembah Klang telah mengalami kesesakan. Apa yang saya ingin tekankan di sini adalah kebergantungan kepada satu bentuk data semata-mata tidak memungkinkan kita memahami keseriusan situasi virus COVID-19 dalam negara ini.
Di sinilah pentingnya untuk kita meneliti aspek infodemic dengan memvariasikan paparan data-data harian supaya langkah-langkah intervensi seterusnya akan berlaku secara lebih berkesan dan strategik.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh berkenaan dengan korelasi kes harian dan kadar vaksinasi. Kadar keseluruhan penerima vaksin sekurang- kurangnya satu dos di Malaysia telah menghampiri 50 peratus populasi dewasa.
Peningkatan kadar vaksinasi khususnya di Lembah Klang masih mengalami masa untuk melihat kepada impaknya, kesannya.
Pada tahap ini kejayaan Fasa 2 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
(PICK) jelas kelihatan kepada golongan pesakit warga emas yang menunjukkan pengurangan kes hospitalisasi. Malah kita juga mempunyai model korelasi peningkatan vaksinasi dengan penurunan kes seperti yang berlaku di Labuan. Di beberapa negara
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
sebagai contoh di Eropah, kes vaksinasi juga mengambil masa beberapa bulan sebelum menampakkan impak yang ketara terhadap pengurangan kes positif, kes hospitalisasi dan kes ICU dan kematian.
Begitu juga di Itali, program vaksinasi bermula pada penghujung Disember 2020. Namun peningkatan kes berlaku pada penghujung Februari hingga April sehingga mencecah kemuncak kes 26,000 orang. Kes mulai menurun purata tujuh hari di bawah 10,000 pada awal bulan Mei, kes-kes hospitalisasi dan ICU mulai menampakkan penurunan yang ketara pada bulan Jun ketika kadar vaksinasi mencecah 50 peratus populasi.
Apa yang saya ingin tekankan di sini adalah pertama, kadar vaksinasi yang tinggi secara tidak langsung sememangnya memberikan impak terhadap penularan kes- kes hospitalisasi dan kes ICU termasuklah kes-kes kematian. Seterusnya korelasi antara kesemua pemboleh ubah yang nyata yang saya nyatakan di atas masih memakan masa yang tertentu dan ia tidak berlaku secara overnight. Seterusnya dalam tempoh yang ada ini langkah-langkah pengawalan kesihatan awam dan tindakan sosial perlu terus dipertingkatkan. Buying the time sebelum keberkesanan vaksinasi memperlihatkan impaknya.
Seterusnya meneliti aspek kebajikan kepada semua frontliners yang suka saya sebutkan dan tekankan kepada pihak kerajaan yang setiap masa sentiasa menabur bakti sebagai petugas barisan hadapan dalam menghadapi peningkatan kes ini. Mereka layak mendapat bantuan di atas komitmen mereka yang berterusan semenjak setahun yang lalu termasuklah golongan sukarelawan yang terlibat sama ada yang berada di fasiliti KKM, Kementerian Kesihatan mahupun pusat pemberian vaksin. Kita menghargai semua jasa khidmat yang diberikan.
Seterusnya, aspek infodemic melalui paparan data yang lebih jelas. Selain kategori kes termasuklah hubung kait vaksinasi dengan kategori kes semasa termasuklah ICU untuk meneliti kolerasi impak vaksinasi terhadap penurunan keseriusan kes COVID-19 ini. Seterusnya mengoptimumkan penggunaan, saya menyarankan supaya kita mengoptimumkan penggunaan fasiliti hospital swasta.
Dalam konteks penyaluran pesakit rawatan luar, malah kerajaan juga wajar mengkoordinasi hospital-hospital di bawah Kementerian Kesihatan, KPT, termasuk di bawah Kementerian Pertahan selain centralizekan kesemua aset dan guna tenaga yang terlibat ini.
Seterusnya, saya menyarankan penilaian semula terhadap pendekatan mass tracing khususnya kepada mereka yang tiada gejala dan juga saya menyarankan supaya pihak kerajaan dapat membangunkan serta memperluaskan penggunaan aplikasi MySejahtera kepada pengesanan kuarantin kendiri dan pengawasan pesakit pada kategori ringan bagi memantau pesakit tanpa memerlukan pengesahan pegawai perubatan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat, sudah terlebih masa tu.
Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman
Seterusnya saya mencadangkan kerajaan supaya cadangan perubahan ke fasa kedua pelan pemulihan negara melihat kepada kadar vaksinasi dan kes ICU sebagai keutamaan berdasarkan situasi yang saya sebut pada awal tadi.
Seterusnya yang terakhir, saya mengharap kerajaan dapat merangka tumpuan polisi ataupun dasar pasca COVID-19. Berakhirnya COVID-19 ini kerajaan perlu merangka satu polisi yang merangkumi aspek pendidikan kesan daripada COVID-19 ini, kesihatan sosial termasuklah dalam konteks kemiskinan bandar dan luar bandar, peluang pekerjaan serta impak serta aspek psikososial dan kesejahteraan mental rakyat, termasuklah di kalangan pendidik dan pelajar di universiti pendidikan. Sekian terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Terima kasih.
Yang Berhormat Pandan.
Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Pandan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana memberikan saya peluang. Assalamualaikum dan salam
Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Pandan
sejahtera, Alhamdulillah. Saya ingin mengambil bahagian kerana apa yang kita lihat, apa yang diberikan sebagai jawapan untuk menangani COVID-19 ini, tidak ada pendekatan yang holistik dengan izin. Seluruh jentera kerajaan mesti digemblengkan. Saya fikirkan tidak ada- nampak gaya dia tidak ada sambung kait antara satu sama lain. Kesan pandemik ini bukan sahaja ditangani melalui kes positif di hospital, klinik kesihatan tetapi juga dalam konteks saringan vaksin.
Akan tetapi kesan kemanusiaan ini yang kita hendak tekankan kerana apa yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri katakan, COVID-19 ini akan jadi endemik.
Apakah kesannya kepada rakyat Malaysia? Apa persiapan untuk menangani kesihatan mental yang kita tengok hari-hari kes kemurungan, kes bunuh diri, kes gangguan seksual, kes keganasan rumah tangga.
Jadi, apakah perkembangan dengan RUU Gangguan Seksual yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen ini? Moratorium cadangan yang diberikan ke atas Kanun Keseksaan 309 kerana cubaan membunuh diri. Sepatutnya tidak dijadikan satu jenayah cubaan membunuh diri kerana sekarang ini kesnya berkaitan mental. Mereka memerlukan pertolongan terutamanya dalam support system. Jadi, mestilah kita tangani bersama fakta-fakta ini. Satu juga dalam kes keganasan rumah tangga. Apakah faktor perumahan? Kita sekarang ini ada PPRT dua bilik. Sepatutnya ada sekurang-kurangnya tiga bilik. Dalam Islam, ustaz menyatakan bahawa sekurang-kurangnya satu bilik untuk anak lelaki, satu bilik untuk anak perempuan, satu bilik untuk ibu bapa. Ini yang kita fikirkan bagaimana kita hendak menangani secara holistik. Kesan stay at home, terpekup di situ akan membawa banyak masalah.
Duit tiada, makanan tiada. Kadang kita beri bantuan Bakul Makanan, gas tiada. Hendak masak siapa? Hendak masak macam mana? Keluar tidak boleh, apa semua ini semua yang memberikan kesan mental pada rakyat kita. Kita tiada kerja, tiada income, tiada pendapatan, gangguan seksual yang melibatkan kanak-kanak.
Kita hendak tahu, apakah perkembangan tentang Akta Pekerja Sosial. Oleh sebab kita hendakkan social structure ini satu social support. Dahulu ada dibentangkan kepada Majlis Sosial Negara. Akta Pekerja Sosial yang berkhidmat sebagai kaunselor
(Lay Kaunselor) memang ada dalam ini - Yang Berhormat Menteri mengatakan bahawa ada post-deployment to certain mental health alert card semua ini pada mereka yang bekerja. Akan tetapi pada rakyat biasa, masyarakat.
Kita dahulu ada rancangan Lay Kaunselor . Bagi mereka latihan (training), sekurang-kurangnya mereka menjadi barisan hadapan. Ada kemurungan, ada sesiapa yang memerlukan. Sekarang ini sudah PKP, duduk sorang-sorang, jadi satu loneliness, satu kemurungan yang berlaku. Kadang kala mereka hilang punca, mereka bunuh diri.
Ini yang kita tidak mahu berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Juga saya hendak tanya apakah perkembangan dengan dalam kes untuk ada moratorium.
Ada kes yang bunuh diri diiktiraf sebagai jenayah. Kalau mereka bunuh diri, mati satu hal lah. Kalau tidak mati, jadi jenayah pula kena bayar kompaun lah, denda dan sebagainya. Jadi saya hendak tanyalah. Itu yang saya kira banyak, yang lain itu adalah perincian. Yang Berhormat Menteri, ini adalah satu kes yang serius. Kes yang sepatutnya kita tangani bersama tetapi mestilah dilihat dengan seriousness supaya kita dapat keluar daripada pandemik ini dengan lebih baik lagi. Insya-Allah moga Allah memberikan kita segala kebaikan dunia akhirat. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Boleh saya mencelah kerana ada masa setengah minit.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Bawah apa Yang Berhormat?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tentang…
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Bawah peraturan mesyuarat yang mana, Yang Berhormat?
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Mencelah, mencelah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Macam mana mencelah. Dia sudah habis, Yang Berhormat.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Saya hendak mencelah lah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat dah habis lah.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Next one.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Yang Berhormat Sabak Bernam.
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam
Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi kebenaran kepada saya. Pertama sekali saya hendak merakamkan ribuan terima kasih kepada semua wira dan wirawati Kementerian Kesihatan yang telah terdiri daripada pegawai perubatan, jururawat dan semua kakitangan serta sukarelawan perubatan dan kesihatan yang terus tabah dan gigih bertugas merawat pesakit COVID-19 dalam masa yang sama memberi suntikan vaksin dan sebagainya.
Saya ingin juga merakamkan ribuan terima kasih kepada Timbalan Menteri Kesihatan yang hadir ke Parlimen Sabak Bernam dan melihat sendiri dan menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dan beliau melawat ke Dewan dan sebagainya.
Untuk makluman kementerian, bahawa di Parlimen Sabak Bernam sudah 72.5 peratus yang menerima dos yang pertama dan juga 21.9 peratus yang telah menerima dos yang kedua. Saya ingin juga menyentuh berhubung dengan bilangan Pegawai Perubatan termasuk Pegawai Perubatan Siswazah dan juga Pegawai Perubatan Pakar yang terdapat di negara ini. Kementerian Kesihatan mensasarkan satu Pegawai Perubatan kepada 450 penduduk menjelang tahun 2020 iaitu berjumlah 72,463 Pegawai Perubatan secara keseluruhannya diperlukan di negara ini, di mana 70 peratus atau 50,774 orang doktor adalah disumbangkan oleh KM dan 30 peratus disumbangkan oleh pihak lain termasuk swasta. Kementerian Kesihatan melaporkan sehingga 31 Mac 2020 terdapat 51,912 orang Pegawai Perubatan lantikan tetap dan kontrak yang berkhidmat di KM dan jumlah ini menunjukkan melebihi daripada sasaran 70 peratus yang ditetapkan.
Saya ingin mendapat daripada penjelasan Kementerian Kesihatan.
Berapakah bilangan Pegawai Perubatan secara kontrak dan tetap yang sedang berkhidmat dengan KKM pada waktu ini bagi menangani COVID-19. Setakat manakah kebenaran isu peletakan jawatan oleh Pegawai Perubatan yang sedang berkhidmat di KKM pada masa ini disebabkan oleh tekanan dan bebanan tugas menghadapi COVID- 19.
Berapakah bilangannya? Oleh kerana ini menjadikan isu yang hangat di kalangan masyarakat kita. Apakah langkah dan tindakan kerajaan bagi menangani kekurangan pegawai dan kakitangan perubatan di Kementerian Kesihatan termasuklah melantik Pegawai Perubatan secara tetap, Pegawai Perubatan berkhidmat kontrak.
Seterusnya saya ingin membangkitkan tentang bayaran swab test yang berbeza-beza ikut klinik persendirian dan juga hospital swasta. Umpamanya Rapid Test Kit Antigen ataupun RTK antigen bayarannya di antara RM80 hingga RM220.
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam
Manakala bagi swab test oleh Polymerase Chain Reaction (PCR) di antara RM220 hingga RM400. Tindakan klinik-klinik persendirian dan swasta ini adalah tidak bertanggungjawab kerana mengenakan bayaran yang terlalu tinggi ibarat “Menangguk di air keruh". Saya ingin mencadangkan agar kerajaan menetapkan harga yang berpatutan bagi perkhidmatan swab test ini memandangkan negara sedang menghadapi pandemik dan ramai rakyat yang terkesan daripada segi ekonomi.
Seterusnya, saya ingin menyentuh berhubung dengan program kesihatan awam atau pun public health khususnya penyakit tidak berjangkit (NCD) yang terkesan dan tertunda kerana KKM memfokuskan khidmatnya dalam COVID ini. Saya ingin mendapat penjelasan berhubung program kesihatan mental yang memerlukan perhatian pada masa kini termasuklah kes bunuh diri yang meningkat disebabkan tekanan perasaan disebabkan kehilangan ahli keluarga, hilang pekerjaan dan sebagainya.
Adakah KKM menyediakan peruntukan dan juga program khusus bagi menangani kesihatan mental akibat daripada pandemik ini?
Akhirnya saya ingin menyentuh berhubung dengan keadaan di negeri Selangor yang mana critical pandemic COVID-19 ini. Mengikut data pada 25 Julai 2021 baru-baru ini, Selangor menyatakan kes harian tertinggi iaitu 8,900 menjadikan jumlah kes sebanyak 367,469 atau pun 3.6 peratus. Selangor menyatakan kes kematian sebanyak
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam
6,508 atau pun 15 peratus. Selangor juga mencatatkan 5,187 kes kematian bagi tempoh tiga bulan– Mei hingga 2021.
Akhirnya, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan apakah faktor- faktor penyumbang kepada peningkatan kes harian COVID-19 di negeri Selangor meningkat begitu mendadak? Setakat manakah KKM telah bersiap siaga bagi menghadapi keadaan ini dari segi pegawai dan juga kakitangan perubatan, kemudahan dan facilities di hospital-hospital kerajaan? Setakat manakah Kementerian Kesihatan bekerjasama dengan hospital swasta dalam menangani COVID-19 di negeri Selangor ini? Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Terima kasih.
Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk berbahas, membuat pertanyaan. Pandemik ini telah memperlihatkan kita satu keadaan di mana urus tadbir kesihatan negara kita ini memerlukan satu kerjasama yang sangat kuat dan padu di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri malah di kerajaan tempatan.
Apa yang kita lihat pada hari ini ialah pentadbiran yang terlalu memusatkan di Putrajaya seperti juga dengan bahagian-bahagian lain atau pun bidang-bidang lain seperti pendidikan dan sebagainya. Insiden di mana Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Christina Rundi yang masih ada empat tahun lagi berpencen tiba-tiba ditukar ke Putrajaya dan pertukaran ini bukan naik pangkat tetapi setara. Pada ketika di mana kita berhadapan dengan pandemik yang begitu dahsyat, peningkatan kes setiap hari di seluruh negara termasuk di Sabah. Hari ini sahaja sudah meningkat kepada 700 kes di Sabah.
Dalam taklimat pagi tadi Yang Berhormat Menteri yang panjang lebar tidak menyentuh. Dia tidak menyentuh dan memberi penjelasan tentang pertukaran ini sebab rakyat Sabah hari ini bertanya, kenapakah perlunya ada pertukaran Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah pada ketika ini di mana kita berhadapan dengan kes yang begitu dahsyat.
Dalam hal ini, kita semua sedia tahu bahawa dalam Perlembagaan Persekutuan, hal-hal yang berkenaan dengan perubatan dan kesihatan ini memang hal Persekutuan tetapi dalam senarai bersama, hal-hal berkenaan dengan public health atau kesihatan awam dalam senarai bersama di mana kerajaan negeri juga mempunyai peranan bukan sahaja untuk membuat perundangan tetapi dalam hal-hal urus tadbir...
Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu
Yang Berhormat Tuaran, hendak minta pendapat daripada Yang Berhormat Tuaran.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Yang Berhormat Kota Kinabalu. Oh ya, silakan, silakan.
Tuan Chan Foong Hin - Kota Kinabalu
Permintaan Dr. Christina Rundi, mantan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah ini, pada pendapat Yang Berhormat Tuaran, adakah mungkin kerana beliau berani untuk menentang SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan dengan membenarkan kebenaran dine-in di Sabah? Adakah kemungkinan sebab itu yang menjadikan beliau dipaksa bersara?
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Bukan itu sahaja Yang Berhormat Kota Kinabalu. Terima kasih atas pandangan tadi. Akan tetapi juga dalam hal-hal lain. Saya tahu semasa saya berada dalam kerajaan negeri, dalam kerajaan pimpinan Warisan yang lalu bahawa dia memang tegas. Banyak permohonan, permintaan dan cadangan dari Jabatan Kesihatan Negeri Sabah ke Putrajaya bukan sahaja lambat tetapi tidak ditunaikan dan sebagainya.
Kita boleh lihat kes-kes mantan-mantan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah sebelum ini seperti Datuk Dr. Christina Rundi, dia akhirnya mengambil keputusan untuk bersara awal. Ada yang berpindah ke UMS sebagai pensyarah dan sebagainya.
Ini kerana mereka merasakan bahawa pandangan dan cadangan mereka, mereka yang lebih tahu tentang keadaan di negeri Sabah tidak didengar oleh Putrajaya.
Oleh sebab itu, dalam menangani hal-hal berkaitan dengan kesihatan ini dan seperti mana yang saya katakan tadi pandemik ini telah memperlihatkan kepada kita bahawa perlunya ada desentralisasi dalam urus tadbir kesihatan. Putrajaya tidak boleh
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
memaksa, tidak boleh memaksa dan try to impose their thinking dan kepentingan- kepentingan atau pun keutamaan-keutamaan kepada tempat-tempat, wilayah-wilayah yang besar seperti Sabah dan Sarawak. Mereka lebih tahu.
Oleh sebab itu saya sangat mengalu-alukan, Kerajaan Negeri Sarawak pun sudah mengorak langkah ke arah ini di mana mereka juga akan mewujudkan Kementerian Kesihatan seperti apa Kerajaan Negeri Sabah sebelum ini yang telah mewujudkan satu Kementerian Kesihatan Negeri Sabah tetapi kerajaan yang ada sekarang ini ditiadakan balik. Saya ingat ini satu langkah yang regresif.
Hal-hal yang kita hadapi hari ini berkenaan dengan masalah doktor kontrak ini.
Sebenarnya di luar-luar bandar di Sabah, di klinik-klinik dan pusat kesihatan tidak mempunyai doktor, di manakah silapnya? Kenapa di pusat-pusat kesihatan luar bandar tidak ada doktor atau lebih jelas lagi kita memerlukan pakar di tempat-tempat ini tetapi tidak dipenuhi. Ini bererti bahawa di dalam satu pelan komprehensif peringkat nasional hendaklah membuat elemen desentralisasi itu sebab– Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan supaya satu task force oleh Dewan Rakyat mengkaji hal-hal yang berkaitan dengan isu-isu desentralisasi di negara kita supaya kita dapat menurunkan kuasa bukan sahaja di peringkat kerajaan negeri tetapi juga di kerajaan-kerajaan tempatan dalam banyak hal iaitu hal kesihatan, hal pendidikan dan sebagainya supaya kita dapat menangani sebaik-baik mungkin cabaran-cabaran yang dihadapi oleh negara ini termasuklah hal-hal kesihatan dan pendidikan.
Dalam insiden 488 kes bunuh yang telah direkodkan, ini saya tidak dengar Yang Berhormat Menteri pagi tadi memberi penjelasan. Jadi, bagaimanakah kerajaan menangani ini khususnya Kementerian Kesihatan supaya dapat dikurangkan? Apakah langkah-langkah yang sedang diambil untuk mengani ini? Akhir sekali Tuan Yang di- Pertua ialah berkenaan dengan doktor kontrak ini. Saya mohonlah. Kelmarin dia protes, ia 10 minit sahaja. Dia angkat kertas 10 minit waktu rehat.
Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran
Selepas itu pada hari ini dia mahu ambil tindakan, jadi tolonglah. Mereka cuma mahu menunjukkan perasaan apa yang mereka tuntut. Janganlah pula hari ini mereka jadi mangsa lagi. Sudah jadi mangsa, “sudah jatuh ditimpa tangga”, tolonglah. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Terima kasih.
Yang Berhormat Kimanis.
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sidang khas pada kali ini merupakan satu sidang yang cukup istimewa. Jadi, saya ingin meminta kepada para pegawai setiap kementerian yang terlibat dalam sesi ini untuk ambil nota, ambil catatan apa yang saya ingin utarakan. Ini kerana, apa yang saya utarakan ini bukanlah semuanya soal Kementerian Kesihatan sahaja.
Di Sabah sejak kebelakangan ini Tuan Yang di-Pertua, trend menunjukkan bahawa ada peningkatan kes hari demi hari. Saya minta kepada kerajaan, khususnya Kementerian Kesihatan melihat secara serius cara macam mana untuk membendung lebih awal. Kita melihat one step ahead. Jangan sampai nanti sudah nak mendadak, baru kita menjadi panik dan kita teraba-raba cara macam mana untuk kita membendungnya.
Oleh sebab di Sabah ini sudah masuk ke fasa kedua, kita tidak mahu apa yang berlaku pada PRN yang lepas di mana kes kita cukup membimbangkan pada waktu itu.
Pada waktu itu Tuan Yang di-Pertua, kalau kita ingat waktu kes mendadak selepas PRN itu ramai tenaga perubatan dari Semenanjung telah pun dikerahkan datang ke Sabah untuk membantu negeri Sabah dalam menangani COVID-19 pada waktu itu.
Pada hari ini juga, saya mendapat maklumat dan mendapat berita bahawa ada di kalangan pasukan perubatan kita yang ada di Sabah juga sekarang sedang dikerah untuk datang ke Semenanjung untuk bantu di negeri-negeri yang kritikal seperti di Selangor. Jadi saya ingin meminta Kementerian Kesihatan supaya melihat perkara ini.
Jangan kita kerah para pegawai kita, para doktor kita dan juga pembantu perubatan di daerah-daerah yang agak berisiko tinggi untuk meningkat COVID-19.
Khususnya di Daerah Beauford umpamanya, saya diminta untuk menyampaikan point ini supaya jangan dikerah MA ataupun MO daripada untuk datang ke Semenanjung pada
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
waktu ini. Mereka mohon kerana tenaga yang ada di sana sekarang ini juga agak kurang dan kes juga sedang meningkat di daerah sana.
Tuan Yang di-Pertua, PPV di Sabah ini harus kita tambah secepat mungkin. Ini kerana, PPV yang ada ini tidak mencukupi. Kita faham satu PPV di Sabah– saya mendapat maklumat boleh menampung sehingga 59,000 dos per day, satu hari. Akan tetapi, pada hari ini mereka hanya dapat membuat suntikan itu maksimum pun dalam 30,000 dos sahaja. Jadi maknanya keperluan, keupayaan itu masih tinggi Tuan Yang di- Pertua.
Jadi, saya mintalah kepada kementerian yang terlibat dan juga kementerian yang terlibat dengan vaksin ini, kalau boleh bersama-sama dengan KKM bantu hantar secepat mungkin vaksin ke negeri Sabah. Oleh sebab PPV kita pasti berupaya untuk menampung sehingga 59,000 dos sehari. Jadi, sayang kalau kita tidak dapat memaksimumkan keupayaan ini.
Di Sabah ini geografinya sangat luas. Saya minta kepada KKM supaya menasihatkan, memberi pandangan kepada MOSTI bahawa one single-dose sangat diperlukan di Sabah. Kita mampu untuk membawa keluar setiap rakyat yang ada di pedalaman khususnya kerana mereka mempunyai kepayahan untuk keluar. Liputan internet pun boleh katakan susah, mereka tidak dapat menggunakan app MySejahtera secara maksimum.
Jadi saya minta one single-dose ini diperbanyakkan kuantitinya. Saya percaya telah pun diluluskan dan saya percaya MOSTI dan Kerajaan Pusat telah bersetuju untuk menghantar one single-dose CanSino ke negeri Sabah. Cuma permintaan saya, kuantitinya harus ditingkatkan kerana di Sabah negeri yang luas dan memerlukan one single-dose ini.
Tuan Yang di-Pertua, target kita by third week of August, saya dikhabarkan bahawa rakyat Sabah akan diberi vaksin sebanyak 750,000 orang rakyat negeri Sabah, by third week of August. Ini adalah suatu kadar yang masih terlalu rendah jika dibandingkan jumlah rakyat dewasa seramai 2.7 juta orang rakyat Sabah yang harus divaksinkan. Jadi, saya minta kepada KKM beri pandangan kepada MOSTI dan Kerajaan Pusat supaya hantar secepat mungkin. Hantar on time dan hantar lebih banyak vaksin ke negeri Sabah.
Tuan Yang di-Pertua, semalam Hartal Doktor Kontrak telah pun kita sama-sama dapat saksikan. This is another wake-up call for the government dengan izin. Saya minta kepada kerajaan supaya melihat perkara ini secara serius. Saya faham, isteri saya seorang doktor Tuan Yang di-Pertua. Saya tahu bagaimana kehidupan seorang doktor berhadapan dengan para pesakit, apatah lagi dalam pandemik yang cukup membimbangkan pada hari ini. Saya faham dan saya merasakan kesengsaraan itu.
Jadi, saya mintalah kepada kerajaan supaya serap mereka secepat mungkin ke jawatan tetap. Di samping itu, mereka juga mereka akan dapat peluang-peluang untuk melanjutkan pelajaran dan menjadi doktor-doktor pakar. Yang untungnya siapa?
Kerajaan– yang untungnya negara kita. Mereka boleh memberi khidmat bakti mereka pula kepada rakyat pada masa-masa yang akan datang.
Tuan Yang di-Pertua, saya setuju pandangan Yang Berhormat Tuaran tadi bahawa ada sentralisasi polisi yang harus dipraktikkan oleh Kerajaan Pusat. Bagi negeri Sabah saya minta polisi ini ataupun konsep ini dipraktikkan bahawa ada desentralisasi polisi. SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Pusat itu harusnya dilihat dengan kesesuaian negeri-negeri bahkan daerah-daerah juga. Di Sabah ini negerinya luas, daerahnya banyak bukan semua negeri itu boleh kita kuat kuasakan SOP yang seragam.
Akan tetapi, mungkin di Kota Kinabalu lain, di Beauford lain, di Kudat lain tetapi kita sekarang ini hanya sama rata. Jadi, saya mintalah kepada Kerajaan Pusat melalui KKM ini adanya– praktiklah desentralisasi polisi ini kerana ini akan dapat memperlihatkan bagaimana kita dapat membantu kerajaan, membantu rakyat kita yang tengah susah pada hari ini. Mereka juga ingin mengembangkan kehidupan yang baharu selepas pandemik yang cukup hebat ini.
Semalam– pada Isnin yang lepas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun bercakap soal Pelan Pemulihan Negara. Saya sukacitanya ingin merujuk kepada perkara yang kelima ataupun yang keempat yang disebut oleh beliau iaitu membenarkan pembukaan aktiviti ekonomi.
Ekonomi di Sabah ini cukup bergantung kepada IKS dan juga sektor pelancongan. Kalau kita melihat dua perkara ini dapat kita percepatkan proses vaksinasi untuk mereka yang terlibat dalam dua sektor ini, saya percaya ekonomi di negeri Sabah
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
nanti dirancakkan semula. Jadi, saya minta KKM memberi nasihat kepada agensi kerajaan yang terlibat, Kementerian Pelancongan kita, beri vaksin secepat mungkin kepada sektor-sektor yang tertentu ini supaya mereka dapat memulakan aktiviti ekonomi mereka dengan cepat apabila pandemik kita sudah mula reda nanti, insya-Allah. Jadi, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih secara amnya kepada kerajaan kerana dapat memberikan banyak bantuan kepada rakyat pada hari ini. Cuma saya mintalah kepada KKM, tolong beri keutamaan dan perhatian serius kepada kesihatan negeri Sabah. Saya faham, banyak daerah di Sabah ini masih memerlukan lagi peralatan kemudahan hospital.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat, panjang sangat, ini bukan ceramah.
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Kemudahan hospital yang masih lagi terlalu rendah Tuan Yang di-Pertua. Ini point terakhir saya...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Ramai lagi hendak bahas Yang Berhormat.
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Ya. Saya ucap ribuan terima kasih, saya mohon beri perhatian. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Damansara.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, saya tidak hentam Tuan Yang di-Pertua. Saya hentam kerajaan sebelah. Punca utama kegagalan kerajaan untuk menangani krisis pada hari ini, yang tidak disebut langsung oleh pihak Menteri ialah sebab kerajaan telah pun lewat membuat tempahan membeli vaksin daripada syarikat-syarikat vaksin.
[Tepuk] Negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Israel dan jiran kita Singapura mereka membuat tempahan pada bulan April, bulan Mei, bulan Jun dan bulan Julai.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
Bila tempahan dibuat awal, mereka dapat stok vaksin awal selepas vaksin diluluskan. Akan tetapi kita tidak. Kita berlengah-lengah, kita tunggu. Tak tahu tunggu apa.
[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Yang Berhormat, itu tajuk esok itu.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
Ini pembelian dan kelulusan untuk membeli vaksin daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Tidak tahu, jangan cakap.
Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
UK buat vaksin sendirilah.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
Seperti apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi, perjanjian pertama dengan COVAX hanya dibuat pada 18 November tahun lalu. Itu pun hanya untuk 10 peratus sahaja daripada jumlah vaksin yang mungkin kita perlukan. Selepas itu, beli dari Pfizer hujung bulan Disember.
Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Beli vaksin pun you tak nak luluskan kah?
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
Itu pun 20 peratus lagi sahaja. Yang bakinya hanya dibeli pada awal tahun ini. Itulah sebabnya bila kita start kempen vaksinasi pada bulan Mac, kita tidak cukup stok. Benar hari ini kita kempen vaksinasi berjalan dengan lancar dan baik, saya puji. Satu hari setinggi 500,000 orang dapat disuntik. Akan tetapi, sepatutnya apa yang berlaku hari ini berlaku tiga, empat bulan yang lalu dan ia akan dapat menyelamatkan begitu ramai nyawa yang terkorban atas kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional.
Dato' Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
You tak mahu luluskan bajet untuk beli vaksin.
Tuan P. Prabakaran - Batu
Yang Berhormat Damansara, celah. Sepuluh saat, Yang Berhormat Damansara.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
Tidak cukup masa, maaf. Saya ada dua poin sahaja. Saya hendak tegaskan dua poin ini. Ini poin yang pertama.
Poin yang kedua. Masa MCO ketiga bermula pada 24 Mei 2021, sepatutnya selepas adanya MCO, pihak Kementerian Kesihatan mempertingkatkan kerja-kerja untuk membendung penularan COVID-19. Akan tetapi, apa yang kita lihat, jumlah saringan yang dibuat pada minggu pertama MCO 3.0, not too bad, 109,000 saringan. Minggu yang kedua jatuh kepada 100,000. Minggu yang ketiga jatuh lagi kepada 90,000. Minggu yang keempat jatuh lagi kepada 80,000. Minggu yang kelima jatuh lagi jumlah saringan setiap hari purata. Untuk minggu yang keenam hanya 72,000.
Apa sebabnya Kementerian Kesihatan kurangkan saringan walaupun rakyat menderita di luar terkurung dalam rumah, tidak boleh buat apa-apa? MCO, lepas itu full MCO, lepas itu EMCO tetapi KKM kurangkan saringan. Kes meningkat, positivity meningkat. Ini terus menunjukkan dalam data bahawa KKM tidak menjalankan saringan yang mencukupi. Hanya selepas enam minggu, tujuh minggu baru sahaja macam KKM bangun― “Aiya, macam tak cukup”― baru meningkat pula jumlah saringan yang dibuat setiap hari selepas itu. Hanya dua minggu kebelakangan ini, jumlah saringan dibuat setiap hari melebihi apa yang dibuat pada minggu yang pertama MCO.
Rakyat sengsara di luar, Menteri Kesihatan dan Kementerian Kesihatan macam tak kisah. Macam sudah ada MCO terus COVID-19 akan fly to Spain. Dengan secara automatik tidak akan terjadi. Kementerian Kesihatan perlu menjawab apa sebabnya mereka telah pun tidak menjalankan saringan yang mencukupi semasa MCO yang menyebabkan hari ini kita ditimpa krisis sebegitu besar hari ini.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Mereka tidak faham dasar.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Boleh mencelah tak? Boleh mencelah?
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
Saya ada baca Pelan Pemulihan yang telah dibentangkan, PDF yang diedarkan semalam. Saya baca ada bab strengthening the healthcare response to the pandemic. To be truthful, saya baca saya ada rasa lega sedikit. Eh! Macam kerajaan ini ada dengar pendapat daripada pihak sebelah sini dan masuk dalam pelan. Dia kata dia akan buat emphasis FTTIS― find, test, trace, isolate and support. Dia akan menjalankan test yang lebih banyak, saya baca.
Mass expansion of testing through government and community effort. The government will continue mass testing on all high-risk areas dan lain-lain. Dia akan buat semua ini.
Akan tetapi, bila saya baca Pelan Pemulihan ini dan saya dengar ucapan daripada Yang Berhormat Menteri pagi ini, macam berbeza. Apa dalam Pelan Pemulihan yang disediakan oleh, saya rasa Menteri Pelan Pemulihan iaitu Yang Berhormat Menteri Kewangan dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan jauh berbeza. Yang Berhormat Menteri Kesihatan tidak cakap banyak tentang testing strategy. So, saya harap ini bukan dua buah kerajaan yang duduk di sebelah sana.
Adakah pihak Kementerian Kesihatan akan mengikut apa yang ada dalam Pelan Pemulihan ataupun Kementerian Kesihatan akan menjalani pelannya sendiri, tidak kisah apa yang telah pun dibentangkan semalam? Jadi, kita harap pihak Yang Berhormat Menteri akan menjawab nanti soalan-soalan yang saya bangkitkan. Terima kasih.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Boleh mencelah? Satu perkara lagi. Boleh benarkan setengah minit? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin tanya sama ada Yang Berhormat Damansara bersetuju bahawa lagi satu kegagalan pihak Yang Berhormat Menteri Kesihatan ialah kegagalan menjelaskan Akta 342 dengan baik iaitu Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit kerana sudah ada banyak kekeliruan di antara rakyat jelata. Malangnya, tadi saya mendengar ucapan Yang Berhormat Menteri Kesihatan, langsung tidak disentuh langsung.
Saya telah pun banyak kali bangkitkan beberapa isu yang saya harap pihak Yang Berhormat Menteri Kesihatan dapat menjawab. Ini kerana kuasa menguatkuasakan Akta 342 ini adalah kuasa Yang Berhormat Menteri Kesihatan dan juga Director General of Health. Jadi, isu yang saya nak bentangkan dan harap Yang Berhormat Menteri Kesihatan dapat menjawab ialah, pertama, saya pun melalui banyak sidang media menyatakan pihak polis tidak ada kuasa untuk mengeluarkan kompaun.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, tolong tamatkan Yang Berhormat.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Kedua, kerana di bawah akta ini, hanya Director General of Health yang ada kuasa.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Ini celah ataupun berucap ini?
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Ini satu isu yang saya nak...
Tuan Yang di-Pertua
Tolong tamatkan.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
...Bersama dengan Yang Berhormat Damansara untuk kegagalan...
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Orang lain pun hendak berucap, orang lain pun hendak berbahas.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Kerana saya tidak disenaraikan untuk berucap, just one point only.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Sik pun nak minta mencelah kalau begitu panjang.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Just one point only. Legal point.
Tuan Yang di-Pertua
Tolong, tolong.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Bear with me. Jadi, macam tidak ada kerajaan. Saya Ahli Parlimen telah mengeluarkan banyak kenyataan media (media statement) tetapi langsung tidak ada jawapan. Apakah undang-undang sebenar rakyat jelata nak tahu? Saya pun― dan media statement 24 Mac 2021...
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Soalan tidak payah jawab itu. Tidak ada poin.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Saya ada buat media statement bahawa pihak polis tidak ada kuasa untuk keluarkan kompaun.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, Yang Berhormat.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Nombor dua.
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Ramai lagi nak bahas.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Bahas kah apa ini?
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Berhentilah.
Orang lain pula.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Janganlah.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Dia cakap setengah minit tadi.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Half a minute. Let me finish.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Sudah lebih lima minit sudah.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
That is more than half a minute.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Okey.
Tuan Yang di-Pertua
30 seconds.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Jadi, saya kata kompaun ini mesti dapat persetujuan, consent from public prosecutor.
Dato' Haji Salim Sharif - Jempol
Oh! Lima minit dah mencelah.
Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Kemudian, saya kata, SOP ini yang tidak digazetkan itu bukannya undang-undang. Saya minta jawapan, tidak ada.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh
Okey, saya pun nak mencelah juga kalau macam ini.
Tuan Yang di-Pertua
Okey, Yang Berhormat, terima kasih.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua, saya terpaksa buat laporan polis.
[Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat, tolong. Please, please.
Seorang Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua
Nama Yang Berhormat tidak ada dalam senarai, maaf.
Yang Berhormat Arau. Oh! Yang Berhormat Tanjong Karang. Maaf ya.
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya pertama sekali nak ucapkan tahniah kepada pihak kerajaan yang telah merancang berbagai-bagai perancangan. Banyak duit telah pun dibelanjakan dengan nawaitu untuk kita nak memberi pembelaan kepada rakyat di negara kita ini menghadapi COVID-19 ini. Namun demikian, saya tengok dasarnya dah okey, hanya mungkin pihak kementerian kena melihat daripada segi pelaksanaannya bagaimana untuk mencapai matlamat sepertimana yang telah dirancang.
Saya ambil satu contoh mengenai tadi disebut bahawa daripada swab test ini, test PCR telah pun meningkat. RTK antigen pun telah meningkat, lebih lapan juta yang ambil. Jadi persoalan yang saya hendak tanya kepada pihak kementerian, apabila seseorang telah mengambil swab test atau RTK antigen ini, adakah pihak kementerian memberi pengiktirafan kepada mereka yang telah mendapat swab RTK ini?
Saya dimaklumkan sebelum ini bahawa apabila mendapat RTK walaupun positif tetapi pihak KKM masih tidak iktiraf. Masih nak kena buat lagi PCR barulah KKM datang untuk pakaikan gelang dan saya ada terbaca bahawa ada arahan telah diberi supaya memberi pengiktirafan kepada swab test RTK ini.
Bermakna, siapa yang RTK positif, kena pakai gelang. Adakah pihak kementerian telah buat kajian, adakah arahan ini sampai ke bawah kerana saya dimaklumkan bahawa tidak ada arahan yang jelas bagaimana pihak pelaksana di bawah, frontliner untuk nak melaksanakan arahan yang diberi.
Jadi kalau perkara-perkara semudah ini tidak dapat diatasi, maka sebab itu kita lihat angkanya semakin meningkat kerana saya lihat daripada vaksin, eh! Betul hal esok kita akan cakap vaksin. Hari ini pasal kementerian. Memang dua perkara berbeza. Vaksin memang untuk diri kita tetapi swab test untuk hendak pastikan kita tidak membawa virus.
Seperti kitalah hari ini, semua dah dapat dua dos vaksin tetapi bila nak masuk Parlimen, kita kena buat swab test lagi. Kita kena buat PCR. Jadi kalau dasar di Parlimen ini boleh dibuat, boleh tak kementerian mengubah sedikit SOP ini.
Selain daripada nak merentas negeri atau nak pergi kerja, saya ingat surat MITI ini berhentikanlah, MITI bagi surat tetapi apakah jaminan bahawa pembawa surat MITI ini bebas daripada virus? Boleh ataupun tidak kementerian melaksanakan dasar yang baharu, SOP yang baharu? Bahawa jadikan sesiapa yang hendak merentas negeri ataupun hendak pergi kerja, nak buka perniagaan mesti ada satu pasport.
Pasportnya bukannya surat MITI tetapi pasportnya ialah daripada Kementerian Kesihatan. Sekurang-kurangnya tunjuk, oh dah ada RTK. Nak pergi masuk kilang, oh!
Dah ada RTK. Jadi kemungkinan kalau ikut MITI, dia dok fikir pasal kilang tapi bagi saya, untuk bahagian ekonomi jangan tengok kilang sahaja. Perhotelan, usahawan-usahawan sederhana, usahawan-usahawan kecil, gerai-gerai. Macam mana nak buka? Kasihan mereka.
Akan tetapi kalau kita boleh buat SOP yang baharu di samping kekalkan SOP yang sedia ada ini bahawa boleh bergerak, boleh buka perniagaan, hotel boleh buka tetapi mesti ada pasport. Berapa lama RTK ini boleh diiktiraf? Kalau boleh diiktiraf kata seminggu, okey. Dia ada satu sistem, MySejahtera boleh buat. Hari ini saya buat, tujuh saya punya dalam MySejahtera. Esok tinggal enam, lusa tinggal lima dan akhirnya kosong. Bila kosong sahaja, tak boleh masuk, tak boleh pergi mana-mana. Kena buat balik semula.
Jadi, persoalannya ialah siapa nak bayar test ini, RTK test ini? Saya hendak merayulah kalau boleh why not kerajaan bagi subsidi. Kalau hari ini buat RTK boleh jadi kena RM60-RM80 tetapi kalau buat sendiri, kalau kerajaan bagi subsidi, okey. Separuh kerajaan bayar. Itu pun kalau B40, bagi free. Jadi, barulah ada rantaian pemisahan.
Kita tidak ragu-ragu, kita yakin. Macam kita dalam ini kita yakin semua dah negatif. Jadi itu saya nak cadang supaya buatlah pendekatan yang baharu, cara yang baharu selain daripada mungkin kita boleh terus mengamalkan cara memakai mask
Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang
seperti pada hari ini. Kemudian saya juga akhirnya, satu poin sahaja saya boleh cakap.
Ini saya nak tanya, dari segi undang-undanglah.
Kalau katalah betul Ordinan Darurat ini telah dibatalkan ataupun akan dibatalkan, apakah persiapan kementerian untuk menghadapi masalah ini? Sebagai contoh, kita dah tahu ada ordinan, kementerian boleh mengambil alih pihak hospital swasta dan kerajaan juga boleh menetapkan fi maksimum bagi ujian pengesan COVID- 19 di fasiliti kesihatan swasta termasuk makmal swasta.
Sekarang ini beberapa amendment telah dibuat, ordinan telah dibuat. Kalau dibatalkan, adakah pihak kementerian telah bersedia untuk mengatasi masalah ini?
Kerana kita tahu salah satu darurat dibuat ini dahulunya ialah untuk memastikan ordinan- ordinan yang dibuat dilaksanakan dengan segera. Jadi apabila tiba-tiba ditamatkan seperti ini yang mengejutkan kita semua, apakah persiapan kementerian untuk mengurangkan masalah-masalah yang akan dihadapi oleh rakyat?
Akhir sekali, saya ingat kerjasamalah. Macam saya tengok ada beberapa negeri macam dekat Selangor, dia pun nak tunjuk pandai juga. Jadi dalam masa bermasalah ini, kita janganlah hendak memandai-mandai. Kena ada kerjasama di antara kerajaan Federal dan juga dengan kerajaan negeri walaupun Kerajaan Negeri Selangor ini dia Kerajaan PH tetapi saya tengok macam masing-masing ada gaya masing-masing. Kita ada MySejahtera, Selangor pula dia buat MySelangkah pula lagi.
Jadi, tadi Yang Berhormat Kuala Selangor cerita pasal hartal tetapi kalau di negeri Selangor sendiri mempunyai MySelangkah, dia ada dia punya data dia sendiri mungkin bercanggah sikit dengan MySejahtera, jadi macam mana kita hendak buat penyelarasan? Jadi saya hendak merayu, dalam kita menghadapi COVID-19 ini, kita kena ketepikan fahaman politik.
Kerjasama mesti kita pertingkatkan, pelaksanaan mesti dilaksanakan dan dalam hendak memastikan penguatkuasaan ini berjalan, apa salahnya anggota-anggota beruniform duduklah depan hotel ke, depan kilang ke, di mana-mana nak masuk, di supermarkets hendak masuk, ada pihak tentera atau pihak penguatkuasaan.
Ini kita tengok semua beratur. Ambillah MySejahtera. Tengok-tengok hijau, masuk. Kalau merah, merah pun masuk juga. Siapa yang ada kuasa untuk menghalang?
Tapi kalau kita ada pasport dan yang jaga itu tentera misal kata ataupun pihak berkuasa beruniform, orang pun takut. Orang hormat. Kalau tambah kata pakai pasport, you kosong, you tidak buat RTK, tak boleh masuk. Barulah ada penguatkuasaan. Kalau setakat nak harap sekuriti sahaja yang jaga di kilang-kilang, di tempat-tempat tertentu, saya nampak apa juga yang kerajaan buat akhirnya mungkin sukar untuk mencapai pelaksanaan.
Jadi saya ucapkan terima kasih dan saya memberi penghargaan kepada Kementerian Kesihatan, frontliners yang bekerja siang dan malam untuk memastikan kita berjaya menghadapi pandemik COVID-19 ini. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya ada pertukaran sedikit bagi pihak di sini. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Teluk Intan.
Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan keizinan saya untuk bangun dan mengambil bahagian dalam perbahasan.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada para barisan hadapan yang telah pun bertungkus-lumus untuk cuba menyelamatkan nyawa dan menangani krisis COVID-19. Bagaimanapun saya rasa terpanggil bahawa, yang pertama, saya rasa sidang khas ini walaupun di dalam pandangan kalangan kawan-kawan kita, ia sidang istimewa tetapi bagi saya, ia adalah cacat dan tidak sempurna.
Pertama, sidang khas ini tak ada sesi soal jawab, tiada usul, tiada undi malahan pembatalan darurat dan juga enam Ordinan Darurat tanpa perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Jelas ia adalah bercanggah dengan prinsip Rukun Negara iaitu kedaulatan undang-undang dan kesetiaan kepada Raja dan negara.
Tuan Yang di-Pertua, Albert Einstein once said, dengan izin, “Insanity means repeating the same thing again and again but expecting different results.” Pagi ini saya meneliti sahabat saya, Yang Berhormat Menteri Kesihatan memberikan penerangan.
Saya terus nak tegaskan perkara pertama iaitu Parlimen bukan tempat untuk dengar
Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan
taklimat tetapi tempat untuk bahas dan membuat keputusan. Ini bukan bilik taklimat, kita bukan budak sekolah perlu disekolahkan oleh Yang Berhormat Menteri.
Kedua, apabila saya lihat dan meneliti ucapan Yang Berhormat Menteri, jelas tidak kelihatan apa pun muhasabah, tiada apa-apa analisa mengapa kerajaan gagal, tidak memberikan cara penyelesaian bagaimana mengatasi wabak COVID-19 ini.
Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan
Jelas depan mata, setakat petang ini marilah kita lihat laporan kementerian di bawah pimpinan Yang Berhormat Menteri, apakah keadaan sebenar. Tidak payah kita angkat bakul masuk sendiri tetapi lihatlah, rasakanlah penderitaan rakyat jelata di bawah sana.
Pertama, jumlah pesakit hari ini telah bertambah 16,117 kes, menjadikan jumlah pesakit COVID-19 negara ini mencecah 1.04 juta kes. Dengan kata lain, setiap 30 orang rakyat Malaysia, satu orang adalah pesakit COVID-19.
Kedua, jumlah kes ICU buat pertama kalinya mencecah angka lebih 1,000 iaitu 1,009 kes pesakit ICU. Ini adalah satu rekod baru. Kedua, kes kematian seramai 207 orang menjadikan jumlah kes kematian 8,201 orang. Ini adalah rekod baru juga.
Ketiga, kes aktif kini mencecah lebih 170,000 orang pesakit adalah kes aktif. Ini adalah rekod yang ketiga.
Keempat, jumlah saringan positive rate. Semalam cuma dibuat saringan ke atas 119,000 orang tetapi hari ini kadarnya dua kali ganda lebih daripada benchmark yang ditetapkan oleh WHO iaitu World Health Organization sebanyak 12.8 peratus. Ini adalah kad laporan di depan mata kita. Jika kita menggunakan acuan yang lama, bagaimana ada hasil yang baru?
Oleh sebab itu, don’t put the old wine in the new bottle. Saya boleh maafkan Yang Berhormat Menteri walaupun dengan kelakar air suam sebagai ubat mujarab, dengan mesyuarat dengan 500 buah negara termasuk Wakanda dan bolehlah dengan kelakar Spanish fly itu saya boleh maafkan tetapi nyawa rakyat 8,200 orang ini sarankan Yang Berhormat Menteri jika gagal, kerajaan gagal, sila letak jawatan.
[Tepuk] Ini permintaan ikhlas kita. If you are not fit for the job, nothing personal, please give the chance to others to prove, that to save the Malaysia! Ini adalah nyawa rakyat dan isu yang perlu saya bangkitkan juga pembekalan vaksin. Sekarang di Perak ini sembilan buah pusat pembekalan vaksin terpaksa ditutup kerana tidak cukup bekalan.
Akan tetapi pada masa yang sama kerajaan benarkan Pharmaniaga jual 14 juta dos vaksin Sinovac. Majuperak diberikan kebenaran jual satu dos RM388. Dengan kata lain, dengan penjualan 14 million dose ini, mereka boleh dapat hasil jualan RM2.71 bilion.
Adakah duit ini jika kerajaan ada bekalan lebihan itu tidak apa tetapi sekarang kurang lebihan, bagaimana kerajaan boleh benarkan perkara sedemikian? Ini tidak berperikemanusiaan. This is a crime against humanity!
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Boleh mencelah Yang Berhormat?
Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan
Tidak boleh, masa sudah habis. Akan tetapi yang pentingnya saya rasa sangat penting, khususnya sekiranya kita hendak capai herd immunity mengikut benchmark World Health Organization, 80 percent of at least the population must be vaccinated. Akan tetapi sekarang kerajaan macam mana? Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri. Until today, sejak PICK, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilancarkan bulan Februari, sudah enam bulan, kadar pendaftaran untuk ambil vaksin hanya 60 peratus sahaja.
Dengan kata lain, even if all this 60 percent all vaccinated, you still cannot achieve herd immunity. Apakah akan dilakukan? What is the way forward? Ini saya rasa Yang Berhormat Menteri gagal dalam pelbagai aspek yang telah kita terangkan. Saya harap supaya kerajaan yang gagal ini dapat memberikan kita cara yang lebih komprehensif supaya nyawa rakyat dapat diselamatkan, penderitaan rakyat dapat diakhiri. Selamatkan Malaysia. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Seterusnya Yang Berhormat Sibuti. Yang Berhormat Sibuti tidak ada? Yang Berhormat Kuala Langat. Yang Berhormat Kuala Langat dan selepas ini Yang Berhormat Gopeng.
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak mulakan dengan kata fakta yang COVID-19 ini telah bermula pada tahun 2019 dan sekarang kita berada pada tahun 2021 dan kes telah meningkat. Betul, kes telah meningkat.
Saya yakin, kemajuan dalam vaksinasi sekarang kita nampak telah capai satu tahap di mana negara kita khususnya di kalangan Klang Valley sudah meningkat. Akan tetapi saya harap ini akan diteruskan bukan sahaja di kalangan Selangor dan Klang Valley tetapi di negeri-negeri lain juga.
Walaupun negeri lain telah masuk kepada fasa 2, saya jangka kalau kita tidak meningkatkan vaksinasi di dalam negeri-negeri lain, kita akan nampak peningkatan kes COVID-19 pada masa hadapan yang akan datang. Kalau kita hendak capai herd immunity untuk 80 peratus penduduk di dalam negara kita, sekarang kita telah vaksinasi dekat 13 juta orang.
Malangnya saya hendak beritahu kepada Tuan Yang di-Pertua, penduduk kita ialah seramai 32 juta orang di dalam Malaysia. Daripada 32 juta orang itu, yang telah pun – target vaccination kita untuk dapatkan 80 peratus ialah 26.1 juta orang penduduk. Kita telah capai sampai 10,920,000 plus, minus yang telah pun mendaftar di dalam MySejahtera dan belum lagi divaksinasi ialah 8,600,000 lebih penduduk.
Akan tetapi malangnya Tuan Yang di-Pertua, kita terkejut dan juga is quite frightening ialah 13,300,000 orang penduduk masih belum berdaftar di dalam MySejahtera. Sekarang Kementerian Kesihatan dan kementerian-kementerian lain kena ada satu ketetapan apa yang berlaku kepada mereka ini yang belum mendaftar di dalam MySejahtera. Apa yang kita kena lakukan?
Saya ambil pendirian bahawa kita kena adakan carrot as well as the stick untuk tetapkan bahawa 13 juta ini akan dapat vaksinasi dan juga akan tetap didaftarkan dalam MySejahtera. Kalau kita hendak capai 80 peratus daripada penduduk maka herd immunity ini penting untuk kita lakukan.
Tuan Yang di-Pertua, sekarang kita ada satu masalah besar di dalam negara kita bahawa kategori 1, 2, 3, 4, 5 ini. Kategori 1 dan kategori 2 ini ialah satu kategori yang besar. Apabila mereka membuat pemeriksaan, mereka dinasihatkan untuk kuarantin di rumah. Itu yang kategori 1 dan kategori 2. Soalan saya ialah, siapa jaga mereka dan apakah ketetapan bahawa mereka akan kuarantin di dalam rumah sebab ramai daripada kategori 1 dan kategori 2 ini ialah dari B40 dan mereka kena ada bantuan. Adakah bantuan melalui bantuan bakul makanan ataupun kewangan?
Apabila mereka masuk CAC dan di dalam CAC mereka diberitahu kena kuarantin, saya ada satu cadangan kepada Kementerian Kesihatan. Data-data dari CAC yang telah didaftarkan dan kita pastikan positif, kalau boleh CAC ini tolong beritahu kepada Ahli-ahli Parlimen kes-kes berkenaan yang telah dikuarantin di dalam kawasan- kawasan kita masing-masing. Saya ingat kita sebagai Ahli Parlimen boleh jaga mereka, kakitangan kita boleh visit rumah mereka dan kita boleh pastikan bahawa mereka akan ada di rumah.
Kalau boleh, Kementerian Pertahanan pun boleh main peranan besar dalam isu ini di mana saya minta kerjasama daripada Kementerian Pertahanan untuk adakan katakan 20 orang anggota askar di dalam setiap Parlimen untuk bantu kita dengan orang- orang ini.
Dato’ Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam - Kuala Langat
Oleh sebab inilah caranya untuk kita menurunkan infection dari COVID-19 kepada orang lain. Akan tetapi saya hendak ucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan dan lain-lain kementerian yang telah kerja tungkus-lumus untuk menghadapi COVID-19. This is extraordinary circumstances dan kita ada satu isu yang baru yang kita hadapi dan macam mana kita hendak hadapi perkara ini, kita kena bekerjasama.
Saya harap untuk masa depan kita akan ada task force daripada beberapa kementerian untuk berbuat demikian di atas isu kesihatan. Kesihatan ini bukan satu isu sahaja yang boleh dijaga oleh Kementerian Kesihatan tetapi it has got multi-dimensional figures yang kita kena gunakan untuk masa depan yang akan datang. Saya harap Tuan Yang di-Pertua bahawa kita boleh memberi perhatian dan kerjasama daripada semua untuk kita atasi masalah tragedi ini di dalam negara kita. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih, Yang Berhormat Gopeng, silakan. Maaf, selepas ini Yang Berhormat Arau.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Pagi tadi semasa ucapan Yang Berhormat Menteri Kesihatan disebut tiga perkara yang membuktikan kesiapsiagaan Kementerian Kesihatan Malaysia semasa Yang Berhormat Kuala Selangor menerajui KKM.
Pertama, kesiapsiagaan menghadapi pandemik pada Oktober 2019.
Kementerian Kesihatan telah mengadakan joint-external evaluation under International Health Regulation oleh WHO yang membuktikan kesiapsiagaan yang baik. Kedua, virtual consultation untuk CAC. Kebetulan virtual consultation yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan juga dirasmikan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor pada awal bulan Februari 2020 tetapi kaedah ini telah diabaikan sekian lama sehingga sekarang.
Ketiga, Kementerian Kesihatan juga mengeluarkan garis panduan pengurusan COVID-19 pada 17 Januari 2020 sebelum kes pertama melanda tanah air dan seterusnya mengaktifkan apabila kes pertama wujud pada 23 Januari 2020. Jadi langkah-langkah kesiapsiagaan KKM ketika itu berjaya membendung jangkitan COVID- 19 sehingga jumlah kes harian semasa pertengahan bulan Februari 2020 sifar selama 10 hari. Situasi berubah selepas ‘Langkah Sheraton’ sehingga hari ini walaupun dengan PKP-PKP yang berterusan.
Pada 18 hari bulan Ogos tahun lepas, semasa Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen saya telah mencadangkan supaya peruntukan dan jawatan di Kementerian Kesihatan khususnya di Bahagian Kesihatan Awam ditambah untuk kawalan pandemik khususnya FTTIS. Ini adalah kerana sekiranya setiap contact rapat dapat dikesan, diuji dan diasingkan dalam masa 48 jam, pandemik COVID-19 dapat dikawal tanpa PKP ataupun Perintah Kawalan Pergerakan yang memudaratkan ekonomi.
Response kesihatan awam yang pantas adalah asas untuk menjaga kesihatan rakyat dan memulihkan ekonomi negara. Masa itu jumlah kes harian tidak sampai 100 sehari. Akan tetapi cadangan saya diketepikan dan negara kita kehilangan peluang keemasan untuk membendung pandemik COVID-19. Sehingga kini kapasiti pengesanan contact dan ujian masih jauh ketinggalan.
Akhirnya kerajaan terpaksa menggunakan kaedah PKP untuk mengawal pandemik dan apabila PKP juga gagal, terpaksa menaruh segala harapan ke atas vaksin.
Pandemik COVID-19 ini juga mendedahkan kegagalan kepimpinan yang luar biasa. Yang Berhormat Menteri yang menjaga kesihatan gagal menambah perjawatan sepanjang pandemik bahkan nasib doktor kontrak pun tidak terbela.
Pandemik COVID-19 juga disifatkan oleh Perdana Menteri sebagai unprecedented event yang mempunyai impak kesihatan, ekonomi, sosial yang luar biasa.
Krisis yang luar biasa seharusnya memerlukan response yang luar biasa. Malangnya sepanjang pandemik ini, Perdana Menteri telah gagal menggemblengkan segala tenaga kerja dan sumber sepanjang PKP untuk membantu KKM ataupun MOSTI, sama ada kawalan pandemik ataupun vaksinasi.
Kegagalan kepimpinan Perdana Menteri ini menyebabkan satu senario di mana barisan hadapan termasuk kakitangan KKM, polis dan sebagainya kerja setengah mati sehingga dilihat baring terlentang di atas lantai di persekitaran hospital. Pada masa yang sama pula, ada yang lain boleh pergi shopping, bercuti, berpesta dan berjoget di hotel semasa PKP.
[Tepuk] Selain daripada itu, ada syarikat besar yang menyebabkan beribu-ribu kes COVID-19 dibenarkan terus beroperasi dan terus mengaut untung berbilion-bilion ringgit.
Sementara peniaga kecil dan sederhana yang tidak ada kes ataupun kes jangkitan kecil dilarang berniaga sehingga menjadi bankrap.
Walaupun vaksin memberi harapan untuk membendung pandemik, akan tetapi kemungkinan besar virus ini akan menjadi endemik yang memerlukan response kesihatan awam yang berkesan pada sepanjang masa. Justeru itu saya cadangkan, pertama, penambahan kapasiti untuk rawatan COVID-19 dengan membina hospital sementara yang mencukupi, tambahlah jawatan di KKM hendak selesaikan masalah kontrak.
Kedua, meningkatkan keupayaan pengesanan contact dan ujian besar-besaran dan ketiga, memerlukan satu pendekatan baru untuk sektor ekonomi. Pembahagian sektor ekonomi kepada sektor essential dan sektor non-essential tidak lagi relevan
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
apabila PKP itu berlarutan. Seharusnya operasi sektor ekonomi harus mengikut tahap risiko serta menetapkan SOP pencegahan mengikut industri dan saiz syarikat berkenaan.
Sebagai contoh, SOP untuk kedai gunting rambut yang berjaya sejak SOP dilaksanakan tidak lagi ada jangkitan ataupun kluster untuk kedai gunting rambut.
Akhir sekali, saya mencadangkan supaya KKM harus melakukan kajian peratusan positivity antibodi di kalangan populasi yang masih belum menerima vaksin.
Ini akan, akhir last sentence..ini akan memberi gambaran yang lebih jelas untuk meramal bilakah masa negara akan mencapai puncak jangkitan virus..
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Gopeng, mencelah sedikit, celah sedikit.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Kalau ada masa saya beri...
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Terima kasih, Yang Berhormat Gopeng.
Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya cuma ingin membangkitkan satu isu yang penting kepada perhatian KKM. Kita tahu bahawa kapasiti ICU seluruh negara sangat kritikal. Kapasiti ICU sekarang masuk ICU sendiri, keadaan ICU.
Kita tahu daripada Selangor contohnya..
Tuan Yang di-Pertua
Apa penjelasannya, Yang Berhormat.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Ya, cepat sahaja.
Tuan Yang di-Pertua
Ya, cepat sebab Yang Berhormat tidak ada dalam senarai.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Kapasiti ICU di Selangor ada lah 320 tetapi permintaan, orang yang perlu masuk ICU ada lah 530. Ini bermaksud dua kali ganda dan sepanjang dua bulan daripada Mei, ini statistik daripada KKM sendiri. Daripada Mei sampai ke Julai tanpa usaha yang gigih untuk menambahkan katil ICU. Ini satu kegagalan bukan sahaja di Selangor, di Negeri Sembilan dan juga di Wilayah Persekutuan.
Tuan Yang di-Pertua
Apa penjelasannya?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
…dan juga tempat-tempat yang sangat serius.
Tuan Yang di-Pertua
Apa penjelasannya?
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Saya harap bahawa KKM, kita tahu bahawa...
Tuan Yang di-Pertua
Tolonglah, Yang Berhormat. Penjelasan, penjelasan.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Jadi saya harap bahawa KKM jelaskan apakah usaha untuk meningkatkan ICU mulai sekarang kerana kita tahu covid ini tidak akan selesai dengan kes yang begitu tinggi sekali.
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat telah salah gunakan prosedur untuk mencelah sebenarnya okey. Yang Berhormat Gopeng habiskan tolong.
Dr. Lee Boon Chye - Gopeng
Terima kasih saya setuju dengan Yang Berhormat Bayan Baru. Data-data berkenaan ICU itu penting untuk kita membuat perancangan yang seterusnya supaya kita mengadakan lebih katil untuk ICU, lebih katil untuk menampung pesakit yang dijangka akan meningkat. Data yang saya sebut tadi berkenaan dengan antibodi peratusan positivity antibodi di kalangan mereka yang masih tidak menerima vaksin harus ada supaya kita boleh meramalkan setakat mana pandemik ini akan langsung. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih Yang Berhormat Gopeng. Yang Berhormat Arau. Selepas ini selepas Yang Berhormat Arau saya ingin jemput dari WARISAN, Yang Berhormat Kota Belud.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin ucap terima kasih kepada kerajaan yang terus berusaha bertungkus-lumus
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
walaupun dikritik, walaupun dipuji tetapi mereka terus menjalankan kerja-kerja untuk menyelesaikan masalah yang merupakan masalah bersama.
Kita tahu bahawa masalah ini bukan sahaja masalah Malaysia, masalah dunia.
Kita ini kalau kita hendak kata pun kita second frontliner pun boleh. Kita hendak kata Ahli Parlimen ini juga frontliner pun boleh ya. Akan tetapi sudah pasti anggota kerajaan adalah sebahagian daripada frontliners. Yang Berhormat Menteri Kesihatan sendiri adalah frontliners. Jadi mereka ini di samping petugas-petugas yang lain adalah frontliners yang wajar kita bagi penghargaan kerana mereka terus berusaha untuk menyelesaikan perkara ini jadi saya hendak ucap terima kasih. Walaupun terima kasih daripada orang kecil macam saya tetapi ini adalah terima kasih ikhlas yang diiring dengan doa semoga Allah merahmati kita.
Tuan Yang di-Pertua, kelmarin kita tengok ada penyataan perasaan daripada doktor-doktor kontrak dan ramai daripada mereka ini yang saya kenali. Saya hubungi sebahagian daripada mereka. Saya kata, saya beritahulah bercakap-bercakap dengan mereka dan mereka beritahu mereka tidak benda ini dipolitikkan. Cuma, yang mereka minta pun bukan mereka minta benda yang politik, mereka minta dua perkara. Pertama, mereka minta berapakah jumlah yang telah ditetapkan? Keduanya ialah apakah syarat- syarat untuk membolehkan mereka masuk tetap? Itu sahaja, mereka tidak minta benda yang berlebih-lebihan sehingga berlaku jerit pekik di kalangan kita.
Mereka juga minta kalau boleh supaya semasa kontrak itu, diambil kira jumlah tahun itu sebagai tempoh untuk mereka mengambil ujian kepakaran. Mereka juga minta kalau boleh mereka juga layak untuk membuat pinjaman perumahan dan sebagainya.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Minta penjelasan Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Mereka minta supaya tidak ada mana-mana pihak mempolitikkan permohonan mereka.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Arau minta penjelasan boleh?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Boleh tetapi jangan lama sangat Yang Berhormat Kinabatangan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tidak, sedikit sahaja. Yang Berhormat Arau, isunya iaitu doktor yang tidak bekerja tetap ini memohon untuk diserapkan. Jadi saya rasa Yang Berhormat Arau boleh melontarkan pandangan. Kalau tidak membebankan duit kerajaan, bagi sahajalah apa masalah?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya setuju walaupun Yang Berhormat Kinabatangan baru muncul ini saya setuju. Ini pandangan yang baik daripada seorang Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri yang bertaraf negara ya. Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya sudah lama muncul Yang Berhormat Arau tadi pagi, ini sangkaan jahat.
[Ketawa]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Jadi, kita masukkan ucapan saya.
Jadi yang keduanya ialah kita tahu bahawa di Malaysia ini, doktor dia ada empat kementerian. Kementerian Kesihatan, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kewangan, IJN ya.
Jadi, kita tahu dengan empat orang ketua dan sebagainya, itu naik pangkat bagi mereka nombor dua. Mereka hendak supaya mereka dapat masuk jadi specialist. Jadi, macam Kementerian Kesihatan mereka terpaksa menunggu giliran untuk pergi ke Kementerian Pengajian Tinggi untuk buat kursus kepakaran. Jadi, saya minta KP PA dan juga KP kesihatan. Ini bukan salah mereka sekarang, ini telah menjadi mereka mewarisi benda ini, perkara yang lama.
Jadi, di samping masalah yang kita hadapi tolong perhati balik supaya doktor daripada pelbagai kementerian ini mereka juga bekerja dengan kerajaan diselaraskan supaya yang mereka hendak, setiap orang doktor ini supaya mereka ini menjadi specialist. Banyak yang doktor sampai pencen itu mereka tidak dapat giliran untuk menjadi specialist. Kemudian yang keduanya, bukanlah saya hendak puji Perlis tetapi saya hendak puji sedikit sahaja Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan juga majlis keselamatan yang mana tuan-tuan tahu ialah Perlis sudah masuk fasa yang kedua dan kita menunggu masa untuk fasa yang ketiga dan seterusnya. Akan tetapi, kita tidak boleh berbuat demikian
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
kerana vaksinasi, vaksin itu belum sampai ke tahap peratusan yang membolehkan kita masuk fasa ketiga dan seterusnya.
Akan tetapi apa yang Perlis minta yang ini sahaja, dia minta – tadi dia boleh beritahu saya, dia minta supaya rentas negeri ini maklum kepada pihak [Tidak jelas] cara online pun tidak apa. Sekarang ini kes yang berlaku di Perlis macam contohnya kes kelmarin dua kes. Dua kes ini orang dari negeri lain datang ke Perlis untuk melawat tanah dia. Dia positif akhirnya menjangkiti orang lain dan dia diisytiharkan positif. Kes positif di Perlis ini boleh kata di bawah dua ataupun tiga sahaja tapi kebanyakannya kes daripada luar dan yang mengeluarkan permit ini bukan orang Perlis, yang keluarkan permit di merata-rata, pihak polis mengeluarkan permit. Kita minta dia online kan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Masa habis.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
...Supaya mereka boleh menyiasat orang-orang ini sebelum mereka masuk ke negeri Perlis. Saya setuju dengan Yang Berhormat Tanjong Karang tadi. Di China, setiap orang kena buat RTK.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Panjang sangat ini, cukuplah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tiap-tiap minggu ya, tiap-tiap minggu dia kena buat test. Jadi kalau kita buat syarat yang sama di sini, macam di Parlimen kita kena buat test setiap minggu. Jadi kalau semua ikut proses yang kita lalui, saya percaya ini antara cara yang boleh mengurangkan bukan yang terbaik.
Kita ada macam-macam cara. Kita tidak mahu kata ini cara yang terbaik tetapi sekarang ini rakyat sama-sama membantu kerajaan untuk mencari cara-cara menyelesaikan masalah. Bukan kita bertempik di Parlimen boleh selesai masalah. Kita hendak kita selesaikan masalah ini bersama. Kerjasama kerajaan dengan rakyat yang terbaik bukan usaha-usaha untuk menggagalkan kerajaan itu agenda kita. Agenda kita datang ke Parlimen ini bagaimana kita hendak selesaikan masalah ini.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Ini bahas Kementerian Kesihatan bukan isu lain. Yang Berhormat Arau sudahlah.
Tuan Yang di-Pertua
Masa tamat Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Tidak, saya bukan pergi, saya bercakap ke atas kebenaran dan saya mencari keredaan Allah sebab saya hendak cari pahala bukan hendak cari dosa mai Parlimen ini. Terima kasih, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuan Yang di-Pertua
Waalaikumusalam, Terima kasih Yang Berhormat.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tuan Yang di-Pertua minta penjelasan sedikit...
Tuan Yang di-Pertua
Seterusnya Yang Berhormat Kota Belud.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan sedikit...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Boleh-boleh.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Saya keliru sedikit sebab Yang Berhormat Arau ini saya nampak hari-hari berbahas dalam topik yang sama.
Bolehkah begitu?
Tuan Yang di-Pertua
Chief Whip yang bagi senarai. Saya ikut sahaja.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Saya berbahas kerana yang saya pertama saya Pengerusi BN backbencher. Keduanya saya minta kebenaran Tuan Yang di-Pertua apabila – sepatutnya nama saya nombor satu, saya korbankan bagi juga semua kawan-kawan kita dan selepas tinggal habis hampas pulas itulah barulah saya berucap apabila kawan-kawan semua selesai berucap.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Oleh sebab yang lain tidak ada nama lagi sudah.
Tuan Yang di-Pertua
Ahli Yang Berhormat...
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Tuan Yang di-Pertua...
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Tuan Yang di-Pertua kita minta tambah masa...
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
...Boleh tambah masa?
Puan Hannah Yeoh - Segambut
...Ramai sedang menunggu Tuan Yang di- Pertua untuk peluang berbahas.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kota Belud, selepas Yang Berhormat Kota Belud Yang Berhormat Pontian.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Tuan Yang di-Pertua.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Bismillahir Rahmanir Rahim...
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Tuan Yang di-Pertua, boleh minta...
Tuan Yang di-Pertua
Yang Berhormat Kota Belud.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Bismillahir Rahmanir Rahim Tuan Yang di-Pertua terima kasih atas ruang perbahasan yang diberikan untuk saya menyuarakan perihal-perihal penting berkenaan dengan tindak-tanduk Kerajaan Perikatan Nasional atau lebih popular dengan gelaran #KerajaanGagal dalam mengendalikan malapetaka COVID-19 ini.
Yang Berhormat Menteri sudah terang lagi bersuluh, kelemahan kepimpinan Yang Berhormat dalam memimpin Kementerian Kesihatan telah mengundang padah kepada jutaan rakyat di negara ini. Hari ini, saya bercakap bukan sahaja sebagai Ahli Parlimen Kota Belud tetapi sebagai orang yang sayangkan negara saya Malaysia. Sejak darurat telah dilaksanakan, kita telah mendengar banyak keluhan dan rintihan berkenaan dengan masalah congested ICU daripada petugas-petugas barisan hadapan.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Berhubung dengan perkara tersebut, saya ingin membangkitkan beberapa persoalan untuk perhatian dan respons Yang Berhormat Menteri. Pertama, apakah dedicated plan atau pelan khusus berkenaan dengan pembekalan dan penyediaan tong- tong oksigen untuk digunakan di wad-wad yang menempatkan pesakit kronik bukan COVID-19 yang telah dirangka oleh Kementerian Kesihatan sejak perintah darurat berkuat kuasa awal Januari yang lalu.
Kedua, apakah justifikasi daripada Yang Berhormat Menteri berhubung isu pembelian oksigen yang diuruskan sendiri oleh ahli keluarga pesakit kritikal COVID-19 yang terpaksa berhutang hanya untuk mendapatkan tong atau tabung oksigen sesegera mungkin untuk survival orang kesayangan mereka di ICU. Kesesakan wad-wad ICU telah menjadi penyebab kepada kekurangan alatan oksigen yang amat penting untuk disediakan secara mencukupi bukan sahaja untuk menampung keperluan kritikal semasa malah untuk persediaan di masa akan datang. Ketiga, adakah KKM mempunyai bilangan pesakit dengan gejala yang serius yang sebenarnya mereka perlu dimasukkan ke dalam ICU, tetapi tidak dimasukkan ke ICU. Apa yang dilaporkan setiap hari adalah pesakit yang dapat masuk ICU, tetapi yang tidak? Tidak ada dalam laporan.
Adakah Yang Berhormat Menteri sedar dengan masalah yang kita hadapi sekarang? Kita tidak boleh bandingkan jumlah kes Sabah dengan jumlah kes Semenanjung kerana di sini sekurang-kurangnya banyak hospital kerajaan lain yang khusus untuk merawat COVID-19 berbanding dengan facility yang kami ada di Sabah.
Sekurang-kurangnya di sini ada Hospital Sungai Buloh yang khusus untuk merawat COVID-19. Kami bagaimana? Saya ambil contoh sekiranya ada kekurangan peralatan yang dihadapi di Hospital Sandakan. Sudah tentu pesakit akan dihantar ke Kota Kinabalu dengan perjalanan yang mengambil masa lebih kurang lima jam, jalan raya yang teruk, lain telefon yang sukar, bukan sahaja dari Sandakan, Pensiangan, malah Labuan semuanya dihantarkan ke Kota Kinabalu.
Nampaknya semua akan bertumpu di Hospital KK. Harus juga kita ingat bahawa kita bukan sahaja merawat pesakit COVID-19, kita juga merawat pesakit-pesakit yang mengalami penyakit lain. Jangan cerita pasal kekurangan doktor pakar dan medical officer. Saya kira kami di Sabah banyak kekurangan yang harus diambil perhatian oleh Kementerian.
Yang Berhormat Menteri, we should be ashamed to call this as Pelan Pemulihan Negara, di mana hakikat sebenarnya kita jauh dari fasa Pemulihan, malah semakin out
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
of control. Tuan Yang di-Pertua, berhubung isu Pusat Kuarantin Rawatan Berisiko Rendah (PKRC), terutamanya PKRC Kota Belud yang menjadi pusat penempatan pesakit COVID-19 berisiko rendah untuk seluruh Pantai Barat Sabah. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkaitan ketulusan dalam aspek perolehan alatan-alatan dan facilities di setiap PKRC .
Saya minta Yang Berhormat Menteri perincikan rantaian perolehan ataupun procurement chain bagi alatan, facility dan juga keperluan asasi harian di PKRC-PKRC Negeri Sabah. Memandangkan terdapat aduan yang disampaikan kepada saya berkaitan perbezaan tahap kualiti keperluan harian yang merangkumi makanan dan juga facility lain. Saya juga ingin mendapatkan maklumat, kurangnya penglibatan aset-aset kerajaan dalam menjaga pesakit di PKRC seperti kenderaan van, lori, pacuan empat roda, kebanyakan PKRC di Sabah tidak seperti di Semenanjung. Malah ketiadaan talian telekom di PKRC menyukarkan pengurusan organisasi.
Bayangkan Tuan Yang di-Pertua, even pihak PKRC juga terpaksa mencari sponsor untuk alat penapis air yang dipasang di PKRC bagi kemudahan para pesakit.
What kind of a government is this? Saya rasa sudah tiba masanya setiap hospital ataupun pejabat kesihatan daerah terutamanya di kawasan luar bandar diberi dana secara langsung untuk menampung kos luar jangka. Saya juga ingin mohon bertanya berapakah staf KKM yang ditempatkan di PKRC Kota Belud yang datang dari daerah lain untuk membantu kerana sudah tentu PKRC Kota Belud memerlukan lebih staf kerana menjadi penempatan seluruh Pantai Barat Sabah dan bergantung kepada kes harian. Soalan saya juga adakah KKM mempunyai perancangan untuk membuka satu lagi PKRC ini Pantai Barat Sabah.
Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk bertanya mengenai vaksin.
Saya sangat sedih melihat Sabah selalu ketinggalan dalam hal-hal penting begini dan kalau kita tengok Sabah masih lagi negeri wilayah yang tercorot dalam penerimaan vaksin ini. Di Kota Belud kami ada 74,400 orang yang berumur 18 tahun ke atas. Setakat ini hanya 12,648 yang telah mendapat dos pertama iaitu sebanyak 17 peratus.
Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar
Yang Berhormat, boleh mencelah tentang vaksin yang Yang Berhormat sebut tadi? Sekejap. Okey, mungkin Yang Berhormat tidak sedia maklum bahawa dalam kita memerangi COVID-19 ini, putting the right man into the right place is very important. Saya ingin merujuk kepada satu berita yang saya terbaca ini mengenai satu memorandum of understanding yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri Sabah dengan satu syarikat iaitu Kanger, kalau saya tidak silap sebutlah. Apabila saya melihat kepada syarikat ini, syarikat ini sebenarnya telah dilantik sebagai pembekal vaksin Sinopharm di negeri Sabah. Tetapi apabila saya melihat kepada kepakaran syarikat ini, syarikat ini merupakan syarikat yang terlibat dengan manufacturing trading of bamboo, flooring and related products. Bagaimana kita percaya kepada syarikat yang tidak tahu tentang vaksin telah dilantik oleh kerajaan untuk membekalkan vaksin ke negeri Sabah? Jadi, mungkin Yang Berhormat tanya kepada Yang Berhormat Menteri Kesihatan.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Saya mahu masukkan pertanyaan Yang Berhormat Sepanggar di dalam ucapan saya.
Tuan Yang di-Pertua
Tolong habiskan Yang Berhormat.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Saya sambung.
Tuan Yang di-Pertua
Tolong habiskan.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Setakat ini hanya 12,648 orang yang telah mendapat dos pertama iaitu sebanyak 17 peratus dan 10,648 dos kedua mewakili 14 peratus dan masih sangat rendah untuk mencapai herd immunity di komuniti Kota Belud. Saya membuat perkiraan secara kasar untuk melengkapkan vaksin kepada kami semua. Kami perlukan sekitar 127 hari itu pun sekiranya memvaksinkan orang setiap hari tanpa henti dengan purata 1,000 orang which obviously kita tidak dapat melakukan di Kota Belud dengan facility yang sedia ada. Our frontliners are limited. Saya tidak mahu frontliners di kawasan luar bandar tidak dipandang langsung. Oleh yang demikian, kita perlukan satu lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang dibuka di Kota Belud untuk menampung pemberian vaksin ini yang lengkap dengan facility yang sebaiknya sebagaimana di kawasan bandar juga terima.
Belum lagi kita bercakap tentang outreach di Kota Belud. Kami ada Pulau Mentanani, Lasau, Mukim Sayap, Mukim Melangkap, Mukim Kiau yang jarak Kampung Kiau ini dari pekan Kota Belud mengambil masa lebih sejam. Mukim Kaung, Mukim Dudar, Sarang dan Teboron. Baharu-baharu ini apabila kita buat outreach di kawasan
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Rosok kami terpaksa pinjam kerusi sekolah yang mana tidak mencukupi. Pergi ke Mukim Lasau pula para frontliners terpaksa pakai kenderaan sendiri. Belum lagi pergi ke Sayap.
Have you been to Sayap Yang Berhormat Menteri?
Dengan jalan yang begitu teruk dan kita juga tidak tahu di mana mahu rehatkan para penerima vaksin ini sampai ada yang terpaksa rehat di wakaf sahaja selepas menerima vaksin. Apa orang Kota Belud tidak layak untuk menerima facility sebegini?
Belum lagi kita bercakap tentang soal terpaksa pinjam khemah untuk memberi ruang untuk orang menunggu. Kami perlukan katil yang portable yang boleh dibawa ke mana- mana untuk program outreach ini. Lain lagi kenderaan yang membawa para frontliners ke tempat outreach. Saya percaya bukan sahaja Hospital Kota Belud dan juga Pejabat Kesihatan Kota Belud yang mengalami...
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Boleh bincang dengan DO lah itu.
Tuan Yang di-Pertua
Masa sudah habis Yang Berhormat.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Sekejap, sekejap. Saya habiskan. Saya percaya juga banyak lagi hospital dan pejabat kesihatan luar bandar di Sabah yang mengalami masih sebegini. Sebelum saya habiskan ucapan saya, saya ingin petik ucapan teks Yang Berhormat Menteri, muka surat dua, nombor enam berkata “Walaupun bilangan kes positif COVID-19 adalah agak tinggi, namun bilangan kes serius yang tergolong dalam kategori tiga, empat dan lima berdasarkan keadaan kritikal kes semasa baharu didiagnosis adalah kecil berbanding dengan jumlah keseluruhan kes. Sebagai contoh pada 26 Julai 2021 jumlah kes harian adalah 14,516 kes yang mana kes kategori tiga, empat dan lima hanya sekitar 2.5 peratus sahaja”. What kind of a mentality is this? What kind of a statement is this? Tidak ada seriusnya dalam kita buat kerja untuk menangani COVID-19.
Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis @ Fakharudy - Kota Belud
Kalau beginilah cara kita bekerja, saya juga ingin mengambil kata-kata daripada Yang Berhormat Taiping untuk kita minta dan saya mohon untuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk dibukakan pintu hati mereka untuk meletakkan jawatan dengan kadar yang segera.
[Tepuk] For the betterment of Malaysia, for the betterment of the people, berhentilah, sudahlah. Sekian, terima kasih.
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Kau ganti.
Tuan Yang di-Pertua
Terima kasih. Untuk ikut masa itu, sebenarnya kalau kita boleh reserve vaksinasi itu esok sebab hari ini langkah menangani pandemik sahaja.
Esok itu vaksinasi secara spesifiknya. Ya, Yang Berhormat Pontian. Selepas ini Yang Berhormat Bandar Kuching.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Kesihatan mesti mendapatkan daripada Kementerian Kewangan peruntukan yang sebanyak mungkin dan mencukupi. Setakat ini, peruntukan diberi untuk melawan COVID ini tentunya belum mencukupi sebagaimana yang disebut tadi RM7.13 bilion.
Kedua, frontliners kesihatan mesti diberi elaun khas tambahan dengan jumlah yang wajar. Setakat ini, berapa yang telah diberi dan adakah apa-apa cadangan untuk menambah lagi?
Ketiga, frontliners lain seperti polis, tentera, RELA, APM, bomba, Imigresen, Maritim mesti diberi juga elaun khas tambahan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) **mempengerusikan mesyuarat****] Keempat, sukarelawan dan bukan sukarelawan yang membantu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mesti juga diberi elaun khas.
Kelima, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) perlu dibanyakkan atau dibesarkan di kawasan padat penduduk dan kawasan yang masih rendah kadar vaksinasi seperti di
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Sabah. Berapakah kos untuk sewa PPV dan apakah pecahan-pecahan perbelanjaannya yang dibayar kerajaan?
Keenam, SOP di PPV wajar diketatkan terutamanya di kawasan PPV mega.
Berapa aduan kes jangkitan COVID di PPV yang telah diterima dan apakah tindakan proaktif yang dibuat?
Ketujuh, diberi kelonggaran khas kepada mereka yang telah disuntik dua dos vaksin. Contoh, boleh pergi berjalan ke sana ke sini, namun SOP perlu diamal seperti memakai pelitup muka dan lain-lain.
Kelapan, SOP perlu jangan ada dua darjat― SOP VIP, SOP kayangan, SOP marhaen. Jangan kelihatan wujud dua darjat, kompaun dua darjat, layanan dua darjat.
Harap ia mesti dielakkan.
Kesembilan, mesti ada ketentuan yang pasti terhadap ubat ivermection yang viral serata alam. Setakat mana ujian klinikal yang dibuat oleh kementerian dan bila pengumuman boleh dibuat mengenai keberkesanan atau tidak untuk mengubati COVID?
Kesepuluh, berikan senarai ubatan lain yang boleh diguna bagi mengurangkan kesan COVID atau boleh menambah imunisasi atau antibodi badan.
Kesebelas, menambahkan senarai test kit COVID guna RTK antigen air liur dan diperbanyakkan di pasaran negara. Pastikan ketulenan untuk manfaat rakyat. Elok dikawal harganya bawah KPDNHEP.
Kedua belas, pengurusan jenazah mangsa COVID perlu SOP yang membolehkan beberapa ahli keluarga turut hadir dengan pakaian PPE dan sudah divaksin.
Ketiga belas, sama ada memohon atau tidak, untuk warganegara Malaysia, segera beri Bantuan Khas Bayaran Prihatin kepada waris mangsa COVID yang meninggal dunia sebanyak RM5,000 yang diurus oleh NADMA, Jabatan Perdana Menteri. Lima hari lepas baru 1,232 kelulusan sedangkan yang meninggal ialah seramai 8,201.
Keempat belas, data COVID yang diumumkan oleh kementerian perlu diaudit oleh pihak yang bertauliah bagi memastikan kesahihannya. Jika data kewangan negara diaudit oleh Jabatan Audit Negara, maka perlu ada unit seperti itu untuk data COVID.
Dikhuatiri kes-kes yang diumumkan ada yang terkurang atau ada yang terlebih.
Kelima belas, proses penghasilan vaksin tempatan wajar disegerakan untuk pelbagai penyakit berjangkit, bukan hanya COVID. Teruskan usaha Malaysia dengan institute of medical research UPM, universiti-universiti lain dan pihak swasta.
Keenam belas, diwujudkan Unit Pemantauan Kawalan Covid (UPKC) di setiap daerah, mukim, kampung, taman-taman perumahan. Ia boleh dianggotai oleh DO, penghulu, ketua kampung, RELA dan klinik desa serta NGO-NGO tertentu.
Ketujuh belas, mewujudkan klinik online seperti WebMD di luar negara untuk rakyat mendapat nasihat rawatan kendiri dari rumah.
Kelapan belas, membentangkan di Parlimen dan Dewan Rakyat rang undang- undang baharu dengan segera iaitu perintah bagi memakai peranti pengesanan seperti gelang tangan. Ini kerana ordinan darurat mengenainya telah dibatalkan pada 21 Julai 2021.
Kesembilan belas, membentangkan di Parlimen rang undang-undang baharu berkaitan kuasa Ketua Pengarah Kesihatan untuk melaksanakan pelbagai SOP PKP dan lain-lain yang perlu di bawah ordinan sebelum ini agar semua peraturan dibincang secara mendalam oleh Ahli-ahli Parlimen.
Kedua puluh, PKP, PKPD, PKPB memang elok untuk pencegahan. Namun, PKP yang tepat daripada segi tempat dan masa wajar dibuat. PKP secara atas nama mukim wajar diteliti semula sebab melibatkan ramai pihak yang tidak perlu pun di-PKP- kan. Perlu PKP yang tertumpu secara spesifik.
Kedua puluh satu, perlu ada kawalan harga terhadap pusat-pusat kuarantin pesakit COVID dikendalikan oleh pihak swasta seperti di hotel-hotel tertentu agar tidak membebankan rakyat.
Kedua puluh dua, perlu ada kawalan harga terhadap test COVID seperti rapid PCR di hospital-hospital swasta. Baru-baru ini, saya dikenakan untuk satu test RM338.
Walau gembira kerana keputusan adalah negatif, namun eloklah jika kurang lagi kosnya.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Kedua puluh tiga, 85 peratus daripada panggilan diterima oleh agensi kerajaan membabitkan isu kesihatan mental. Contoh, kenyataan Menteri, daripada 145,173 panggilan mulai 25 Mac 2020 hingga 20 Mei 2021. Ia mesti ditangani segera dan sebaik mungkin untuk pastikan kesihatan minda rakyat boleh dibantu dan disembuhkan.
Kedua puluh empat....
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Masa sudah tamat, Yang Berhormat.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian
Sikit lagi. Kedua puluh empat, pada 24 Jun hingga 23 Julai, selama sebulan menyaksikan graf peningkatan sentiasa meninggi dalam kes COVID harian. Kluster tempat kerja khasnya kilang adalah penyebab utama. Langkah-langkah yang wajar mesti diambil untuk mengelak daripada berulang.
Terakhir, kedua puluh lima, khidmat doktor kontrak mestilah ditukar pada khidmat tetap dengan kadar segera kepada yang bersetuju. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bandar Kuching, kemudian yang terakhir Yang Berhormat Parit sebelum Yang Berhormat Menteri menjawab.
Silakan Yang Berhormat Bandar Kuching.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Tuan Yang di-Pertua, minta tambah masalah.
Banyak orang yang hendak berucap lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat Bandar Kuching.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Kenapa tidak boleh tambah masa untuk semua orang hendak ucap?
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebelum saya mula...
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan - Segambut
Tuan Yang di-Pertua, kita tunggu tujuh bulan untuk lima minit pun tidak dapat untuk bahas. Tujuh bulan kita tunggu untuk lima minit hendak bahas, tidak dapat bahas. Kita hendak rekodkan dalam Hansard ya kerana Tuan Yang di-Pertua bagi Menteri Agama satu minggu untuk jawab soalan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik.
Puan Hannah Yeoh Tseow Suan - Segambut
Kita hendak lima minit pun tidak dapat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila, Yang Berhormat Bandar Kuching.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih. Saya harap akan bagi sikit injury time lah.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Saya tunggu daripada pagi, Tuan Yang di-Pertua.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Tuan Yang di-Pertua, saya harap boleh panjangkan masa untuk berbincang.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Kita menunggu daripada pagi sampai sekarang tidak dapat. Kita pun ada banyak masalah dekat kawasan kita hendak kemukakan.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Okey, terima kasih. Okey.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Sila, Yang Berhormat Bandar Kuching.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Sila reset ya. Bagi injury time saya.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Kita mesti tambah hari bersidanglah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Masa berjalan.
Yang Berhormat Bandar Kuching, masa berjalan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Bersidang penuh 20 hari. Kita semua dapat peluang untuk berbahas. Itulah cadangan saya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Esok, esok. Esok ada lagi.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Okey, saya mulakan. Sebelum saya mula, saya ingin mengucapkan tahniah dan menyatakan kebanggaan saya terhadap doktor-doktor muda...
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
...Yang telah menunjukkan kematangan bagaimana protes dapat dilakukan secara aman tanpa menjejaskan kualiti penjagaan pesakit atau *patient care.
[Tepuk]* Ini adalah sebahagian daripada demokrasi yang sihat dan kita tidak boleh menghalangnya.
Oleh itu, saya menyeru dengan sekeras-kerasnya agar Kementerian Kesihatan akan memberhentikan semua siasatan ataupun tindakan tatatertib terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam hartal ini dan ini tidak akan memberikan kesan negatif pada mana-mana keputusan pada masa depan sama ada HLP, penempatan tetap mahupun biasiswa pada masa depan.
Yang Berhormat Menteri, saya menghargai bahawa Yang Berhormat Menteri duduk di sini mendengar. If you can do one right thing, Yang Berhormat Menteri, tolong mempertahankan hak dan kebajikan doktor-doktor dan pekerja kesihatan di bawah seliaan Menteri.
*[Tepuk] This is your most basic responsibility as a Health Minister.
Protect your fraternity and don’t,* jangan menyalahkan mereka kononnya membesar- besarkan keadaan seperti yang berlaku di Hospital Klang. Tugas Yang Berhormat adalah untuk menyiasat, menyelesaikan mana-mana isu, bukan menyalahkan mereka yang membongkarkan isu ini. Dengan izin, if we fail to protect our healthcare workers, how are we going to take care of our people, dengan izin?
Tuan Yang di-Pertua, isu kontrak ini telah banyak kali saya bahas di Dewan ini.
Jadi, saya tidak akan mengulangi isu-isu yang sama. Akan tetapi, izinkan saya untuk memberikan cadangan yang lebih komprehensif untuk view the systematic issue. Pertama, Kementerian haruslah membuat satu perancangan dan kajian sumber manusia yang lebih komprehensif. Ini merangkumi keperluan untuk KKM, hospital di bawah MOHE dan swasta. Kemudian, dasar dibuat berdasarkan keperluan tersebut.
Kedua, rasionalisasi bilangan sekolah perubatan awam dan swasta. Semak nombor sekolah perubatan yang disenaraikan dalam Jadual Kedua dan kita kena melihat semula dasar masuk sekolah perubatan.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Ketiga, kita kena menilai semula skop pekerjaan dan latihan kepakaran supaya untuk menjadi seorang pakar yang lebih spesifik terhadap disiplin yang diceburi. Saya akan berikan contoh, tidak semua perlu melakukan obstetrical and gynecological selama empat tahun jika mereka hanya ingin melakukan obstetrics sahaja. So it must be more specific, it has to be reformed.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Kuching, satu minit.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Tak ada, so sorry. I’m so sorry ya.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Tak sempat Yang Berhormat Klang. Yang Berhormat Klang, tidak sempat.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Jadi mungkin kerajaan dapat membuat satu program latihan kebangsaan. Ini bukan sahaja untuk pakar, tetapi untuk pegawai-pegawai perubatan secara keseluruhan. Mungkin boleh melatih semula GP secara besar-besaran. Dapatkan mereka untuk kepakaran dalam maybe family medicine, penjagaan … [Tidak jelas] , diabetes, NCDs dan lain-lain.
Keempat, hospital KKM dan hospital ‘MOHE’ haruslah mengimplementasikan satu sistem yang telus yang membolehkan satu rotation system untuk memastikan penjagaan keperluan dan perkhidmatan pesakit dan latihan adalah bersama dan seimbang.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Kelima, atasi halangan yang disebabkan peraturan oleh JPA untuk memastikan kelancaran perkhidmatan dan latihan pekerja kesihatan jangka panjang. Kita kena memperkasakan KKM dan mempertimbangkan untuk menempatkan semula skim perubatan daya sistem JPA ke KKM. Benarkan pihak kementerian untuk membuat keputusan sebab mereka lebih memahami keperluan sumber manusia bidang kesihatan di negara kita.
Terakhir, health financing reform. Saya tak akan huraikan lama. Tuan Yang di- Pertua, memang tidak lengkap kalau saya tidak bahas semua, dah habis COVID-19.
Saya tidak perlu mengingatkan semula betapa tenatnya keadaan COVID-19 ini. Ini kita kena tanya kenapa kita sampai ke tahap ini. The reason why sejak mulanya, asas dan prinsip kawalan penyakit berjangkit tidak diikuti iaitu fast detection, quick isolation.
Kerajaan masa itu telah melakukan kesilapan untuk tidak memperkasakan dan meningkatkan kapasiti contact tracing kita. Kita boleh mengarahkan tenaga kerja sekarang beribu-ribu untuk membuat vaksinasi, kenapa kita tidak kerahkan tenaga kerja pada masa itu untuk membuat contact tracing? Sebenarnya first liners bukannya pekerja- pekerja di hospital. First liners adalah contact chasers. Kalau contact chasers collapse, the hospital will collapse and this is what happening. The sporadic cases yang kita nampak disebabkan our first line contact tracing FTTI tidak dilakukan. Sekarang kita ada greater Klang Valley task force dan mereka lakukan satu search cost.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Yang Berhormat Bandar Kuching.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Akan tetapi kebimbangan saya, we cannot just look at Klang Valley. Apa yang berlaku di Selangor, di Klang Valley because of what happened from months before and trust me it is happening di negeri- negeri yang lain terutamanya di negeri Perak, di negeri Kedah dan juga di negeri Pulau Pinang.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Yang Berhormat Bandar Kuching.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Kita kena mempertingkatkan kapasiti hospital kita untuk membuat FTTIs untuk vaksinasi. Bukan sahaja vaksinasi, everything, they have to come together. Jangan saja letak semua eggs in one vaccination basket. Oleh itu saya menyeru pihak Kementerian Kesihatan...
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Bandar Kuching masa dah tamat, Yang Berhormat Bandar Kuching.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Adakah Yang Berhormat Bandar Kuching tahu bahawa di dalam daerah Kampar, pesakit COVID-19 tidak akan dirawat di kawasan Kampar kerana tiada hospital COVID-19. Apa yang akan berlaku jika pesakit disahkan pesakit COVID-19, mereka akan dihantar ke hospital Ipoh untuk dirawat. Di mana terdapat keperluan untuk hospital baharu telah pun dicadangkan dan dibentangkan pada tahun 2019.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Yang Berhormat Menteri letak jawatanlah.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Pada sesi Parlimen yang lalu, penting Tuan Yang di-Pertua. Sedikit sahaja. Pihak Kerajaan telah mengatakan sedang dalam proses mengenal pasti tapak hospital yang baharu. Sehingga hari ini, tapak hospital tersebut lagi belum dipastikan.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih Yang Berhormat Kampar.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Jadi saya tidak hairan kalau di situ banyak kes yang tidak dapat dirawat kerana hospital tapak tidak dapat dicari. Adakah kerajaan telah pun membatalkan cadangan pembinaan hospital tersebut secara senyap-senyap seperti apa yang telah dilakukan pada ordinan darurat ini?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kampar.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Yang Berhormat Menteri letak jawatan.
Tuan Su Keong Siong - Kampar
Itu saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri Kesihatan apa yang telah terjadi kepada Hospital Kampar sekarang ini?
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Saya akan rumuskan dengan empat cadangan. Cepat, sangat cepat. Satu, untuk memastikan disaster in Klang Valley
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
does not happen out else. Four things, mempertingkatkan FTTIS. Kedua, lebih banyak stok vaksin haruslah dihantar kepada negeri-negeri tersebut. Jangan hanya berdasarkan pendaftaran di aplikasi MySejahtera. Ketiga, memperkasakan pengurusan bencana peringkat negeri STFC, SDMC di Sarawak. Kita kena memperkasakan di setiap negeri.
Keempat, perkongsian data secara lebih menyeluruh, terperinci dan granular kepada semua negeri. Pakar-pakar perubatan dan rakyat tersendiri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Yang Berhormat Bandar Kuching, saya hendak bagi cadangan juga.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Terima kasih.
Tuan Lim Lip Eng - Kepong
Saya ada cadangan juga, Yang Berhormat Kepong.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Parit.
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat dipertua. Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua barisan hadapan kita yang telah pun bertungkus-lumus dalam menangani pandemik COVID-19 ini. Mudah-mudahan mereka kuat, tabah dan bersemangat. Tuan Yang di- Pertua, sungguhpun segala tindakan yang telah dijalankan oleh kerajaan adalah baik.
Namun saya lihat terdapat beberapa perkara lain juga yang perlu diambil perhatian serius oleh kerajaan dalam menangani isu COVID-19 ini. Di sebalik usaha kerajaan untuk mengekang penularan COVID-19 di Malaysia, terdapat peningkatan kes bunuh diri sebagaimana di Parlimen lain juga membicarakan yang semakin membimbangkan akibat dari desakan serta tekanan hidup yang dihadapi oleh rakyat.
Menerusi statistik Polis Diraja Malaysia sebanyak 631 kes bunuh diri telah direkodkan sepanjang tahun 2020. Manakala bagi tempoh bulan Januari hingga bulan Mei 2021 terdapat 468 kes. Saya mencadangkan agar kerajaan mempergiatkan usaha, penerangan di dalam media massa, televisyen dan juga radio agar rakyat mengetahui di mana tempat mereka boleh mengadu bagi meredakan tekanan. Saya ingin bertanya kepada kerajaan apakah kaedah yang akan diguna pakai bagi menangani masalah bunuh diri ini serta sejauh manakah peranan yang telah dimainkan oleh agensi berkaitan.
Tuan Yang di-Pertua, menurut satu kajian yang diterbitkan oleh satu jurnal menunjukkan terdapat peningkatan bagi kes kemurungan, cemas dan stress ketika dua bulan pertama pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun 2021 yang dilaksanakan.
Hasil kajian tersebut, mendapati seramai 59.2 peratus individu menunjukkan simptom kemurungan. Manakala 55.1 peratus individu menyatakan simptom cemas dan 30.6 peratus mengalami masalah stress. Ini jelas memperlihatkan keadaan tersebut. Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan agar menyediakan pelan khusus kepada rakyat bagi menghadapi situasi tekanan perasaan yang diakibatkan oleh PKP secara berulang- ulang. Saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, apakah usaha yang telah dilaksanakan bagi menangani masalah tekanan mental yang dihadapi oleh rakyat disebabkan oleh PKP ini serta sejauh manakah keberkesanan usaha tersebut?
Tuan Yang di-Pertua, menurut kenyataan Pengarah Kesihatan. Penggunaan katil bagi pesakit COVID-19 di ICU di hospital awam seluruh negara telah mencecah 104 peratus setakat bulan Jun 2021. Saya merasa bimbang melihat kadar penggunaan katil ICU yang melebihi 100 peratus ini akan mengakibatkan tidak semua pesakit yang memerlukan rawatan kritikal dapat ditempatkan di ICU. Melihat kepada kes jangkitan COVID-19 yang masih melebihi paras 10,000 kes sehari saya ingin mendapatkan kepastian daripada pihak kerajaan. Adakah kerajaan bersedia untuk menyediakan kapasiti kemudahan katil di hospital di seluruh negara bagi menerima pertambahan kes- kes baharu COVID-19? Saya juga ingin mengetahui apakah persediaan yang telah dibuat sekiranya...
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Yang Berhormat Parit.
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
...Kes baharu COVID-19 masih melebihi 10,000 kes sehari setakat ini?
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Yang Berhormat Parit, boleh bagi laluan sikit tentang hospital?
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Nantilah dulu.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Tentang hospital. Sekejap sahaja.
Sedikit, minta laluan.
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Tunggulah dulu, saya dah hendak habis.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Saya hendak tanya kepada Yang Berhormat, apa telah berlaku kepada janji kerajaan terhadap Hospital Medan yang telah diumumkan akan diberi kepada negeri Melaka. Akan tetapi setelah pengumuman, 12 hari ditangguhkan.
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Itu kemudianlah. Sudahlah itu.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Saya mintak supaya Yang Berhormat Menteri boleh timbang semula supaya adakan Hospital Medan di negeri Melaka juga.
Memandangkan kes mereka yang perlu masuk ke ICU begitu tinggi sekali. Terima kasih.
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Tak apalah nanti Yang Berhormat Menteri jawablah tu. Saya mana pula hendak jawabnya.
[Ketawa] Okey yang seterusnya Tuan Yang di-Pertua, akhir. Sekiranya kita lihat semalam juga terdapat 33 kluster baharu dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan dan 21 daripadanya adalah kluster tempat kerja.
Saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan sekiranya perlu, buatlah PKP ini dengan sebetul-betulnya.
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Kita tidak mahu kerana terlalu menjaga kepentingan ekonomi negara sehingga nyawa rakyat dikorbankan. Adakah kerajaan sedar melalui kluster tempat kerja ini juga akan turut mengakibatkan peningkatan kes COVID-19 di kawasan komuniti penduduk?
Adakah tidak terdapat langsung sebarang perancangan oleh pihak kementerian untuk menutup sementara sektor perkilangan bagi mengurangkan jumlah kluster tempat kerja dan kes COVID-19 secara keseluruhannya? Terima kasih. Masa pun sudah habis.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Parit, terima kasih.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Sikit, saya hendak tambah sedikit sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Masa sudah habis.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Sikit sahaja, sikit.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Masa sudah habis.
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Nanti kita tanya sebelah sahajalah.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ya.
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria - Parit
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Parit. Ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi meminta penjelasan dan memberi pandangan Yang Berhormat.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Standing order, peraturan mesyuarat.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
[Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sekarang saya menjemput..
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, dengar tak Tuan Yang di-Pertua?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk menjawab.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta yang mana-mana tidak ada peluang esok minta Ketua Whip masing-masing masukkan dalam senarai yang lebih awal.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Peraturan mesyuarat, peraturan mesyuarat.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Tuan Yang di-Pertua, kenapa kita tidak boleh lanjutkan masa pada hari ini? Esok adalah kementerian yang lain, takkan Tuan Yang di- Pertua ini pun tidak faham?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Tuan Yang di- Pertua, saya hendak bagi...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sekejap, sekejap, saya hendak bagi penjelasan. Kita kena tamat 5.30 petang dan saya boleh extend sampai pukul 5.45 petang, 15 minit. Oleh sebab itu kita beri masa untuk Yang Berhormat Menteri menjawab. Tadi di peringkat awal kita semua telah memberikan 55 minit untuk Yang Berhormat Kuala Selangor, telah beri ruang yang panjang. Sila.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua. Peraturan mesyuarat, Peraturan Mesyuarat 12(3).
Tuan P. Prabakaran - Batu
Tuan Yang di-Pertua, alasan tidak ada masa, tidak cukup masa ini...
[Tidak jelas] Banyak Ahli Parlimen belum berucap lagi. Kementerian Kesihatan merupakan kementerian yang penting.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon ya. Libaran hendak berucap sedikit.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Saya hendak beritahu kepada Tuan Yang di-Pertua...
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Yang saya difahamkan tersenarai dalam pemberi ucapan pada hari ini.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Pada zaman dahulu sama ada di bawah BN ataupun PH.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Sidang Parlimen boleh bersidang sampai pukul 12.00 malam, sampai pukul 3.00 pagi.
[Tepuk] Dalam keadaan tidak ada emergency, tidak ada pandemik. Sekarang ini rakyat sedang melihat dan menginginkan kita mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Faham.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Kalau dulu dalam keadaan tidak ada emergency, tidak ada pandemik pun kita boleh bahas sampai pukul 12.00 tengah malam, sampai pukul 3.00 pagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Kenapa dalam keadaan sekarang ini yang begitu mendesak, suasana yang begitu meruncing.
Tuan P. Prabakaran - Batu
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Kita hendak habis 5.30 petang.
[Tepuk]
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Betul, betul.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Saya tidak faham.
Tuan P. Prabakaran - Batu
Tuan Yang di-Pertua, tambah masa lagi Tuan Yang di-Pertua. Tambah masa lagi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, baik saya jawab. Saya jawab.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Sudah lah lima hari sahaja. Lima hari sahaja. Dulu kita bersidang sampai dua minggu.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Kenapa Tuan Yang di-Pertua?
Boleh tidak explain? Tidak rasa kah adanya emergency?
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Boleh.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Tidak rasa kah bahawa rakyat sedang susah?
Tuan P. Prabakaran - Batu
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Kenapa Dewan tidak *extend?
[Pembesar suara dimatikan]*
Beberapa Ahli
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Shah Alam, sebab emergency lah kita tidak boleh duduk lama-lama dalam waktu sekarang.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli Yang Berhormat, saya telah menjawab. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk menjawab.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, Parlimen untuk mencari penyelesaian...
[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan P. Prabakaran - Batu
Tuan Yang di-Pertua, memang tidak adil untuk backbenchers.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, itu sebabnya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Titah adakan sidang untuk cari penyelesaian, hendak bahas. Bukan macam ini.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tuan Yang di-Pertua, boleh lanjutkan masa.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta Yang Berhormat Menteri Kesihatan jawab.
Tuan P. Prabakaran - Batu
Kalau macam itu, benarkan kita untuk mencelah Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya hendak panggil Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk menjawab.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tuan Yang di-Pertua, biar Menteri buat usul untuk lanjutkan masa.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Tuan Yang di-Pertua, you are not serious about this.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Kita lanjutkan waktu sampai 12.00 tengah malam...
[Dewan riuh]
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Memang kita tahu bahawa Kerajaan Pakatan Nasional tidak hendak bersidang.
[Pembesar suara dimatikan] Tidak hendak bersidang.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta Yang Berhormat Menteri Kesihatan menjawab, teruskan.
Seorang Ahli
Ramai lagilah.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan P. Prabakaran - Batu
Tuan Yang di-Pertua, kita ada banyak isu kawasan berkaitan dengan Kementerian Kesihatan.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua, beri peluanglah Tuan Yang di-Pertua. Biar kita satu orang mati tidak apa... [Pembesar suara dimatikan].
Tuan P. Prabakaran - Batu
Lima minit pun tidak cukup... [Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Minta Yang Berhormat Kementerian Kesihatan on kan microphone dan teruskan.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua. Masa peperangan, World War 2, UK Parlimen tidak pernah berhenti Parlimen.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Masalahnya...
[Tidak jelas] hendak kami berbahas. Bercakap tentang masalah di kawasan.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Tuan Yang di-Pertua, kita minta kerajaan bawa usul lanjutkan masa.
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Tidak pernah berhenti... [Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta Yang Berhormat Menteri Kesihatan.
Tuan P. Prabakaran - Batu
Tuan Yang di-Pertua, ini hak kami, kita hendak berucap.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Kerajaan ini tidak serius.
Tuan P. Prabakaran - Batu
Ini hak kami.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Kena dengar suara rakyat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terus.
Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Duduklah.
Tuan P. Prabakaran - Batu
PKPD, ada banyak masalah, macam mana saya hendak bangkitkan?
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Yang Berhormat Menteri hendak jawab, duduk!
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya boleh off kan microphone, saya minta supaya Yang Berhormat Menteri Kesihatan menjawab.
Menteri Kesihatan - Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Terima kasih...
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri Kesihatan sudi tidak duduk dalam Dewan ini untuk menjawab soalan?
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Tuan Yang di-Pertua, Perang Dunia Kedua, Parlimen UK pun tidak pernah...
Puan Teo Nie Ching - Kulai
...Ataupun Yang Berhormat Menteri Kesihatan hendak balik rumah selepas 5.30 petang. Jawab soalan ini dulu Yang Berhormat Menteri Kesihatan!
Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim
Parlimen UK pun tidak pernah berhenti Tuan Yang di-Pertua. Perang...
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Selepas 5.30 petang hendak balik rumah kah?
Tidak boleh bekerja lagi? Ini sikap Menteri kita kah? Ini sikap... [Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Menteri Kesihatan tekan balik, bercakap.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Terima kasih pada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam Mesyuarat Khas ini.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Tuan Yang di-Pertua, apa salahnya kita berucap?
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Tidak...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Teruskan.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Kita membawa hasrat rakyat daripada bahagian.
Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai
Ya, betul.
Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau - Libaran
Nama pun sudah tersenarai.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Saya ucap terima kasih kepada 18 orang Ahli Parlimen...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Mohon lanjutkan masa Tuan Yang di-Pertua. Kita boleh lanjutkan sampai tengah malam.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Ahli-ahli Yang Berhormat yang dapat membantu Kementerian Kesihatan Malaysia dalam...
[Tidak jelas]
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Kecuali Tuan Yang di-Pertua hendak balik makan durian dulu, itu soal lainlah tetapi kami hendak duduk di sini, masalah rakyat.
Tuan P. Prabakaran - Batu
Tuan Yang di-Pertua, hanya 18 orang Ahli Parlimen yang berucap. Hanya 18 orang Ahli Parlimen yang berucap.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Teruskan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
...Satu hari 200 orang mati mana boleh.
Tuan P. Prabakaran - Batu
Yang Berhormat Menteri boleh jawab esok pun.
Hari ini biar Ahli Parlimen yang berucap. Yang Berhormat Menteri boleh jawab esok.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tidak kasihan kah Tuan Yang di-Pertua?
Tuan P. Prabakaran - Batu
Tidak adil, Ahli Parlimen...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Untuk rakyat di luar, apa yang kita buat dalam Dewan ini. Takkan masalah...
[Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Antara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor ialah berkaitan dengan...
Tuan P. Prabakaran - Batu
Kita hendak bangkitkan masalah rakyat, isu-isu hospital, isu doktor.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
[Tidak jelas] ...Makan durian.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Isu doktor kontrak yang telah pun...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Teruskan, teruskan.
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba
Mendapat perhatian Kementerian Kesihatan dan juga kerajaan dan...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Sudah tunggu tujuh bulan tidak bersidang, tidak bagi peluang langsung.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Tuan Yang di-Pertua, kita ada banyak isu SOP yang kita hendak bangkitkan.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
...Perkara berkaitan kontrak adalah merupakan...
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Saya tahu Tuan Yang di-Pertua tidak kira fasal SOP tetapi rakyat betul-betul hendak kita betulkan.
[Dewan riuh]
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Kita...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta Yang Berhormat Menteri Kesihatan switch on microphone.
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam
Yang Berhormat Menteri jawab.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Kerajaan akan menjawab tentang isu...
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua, bagi kita mati pun tidak apa janji rakyat boleh selamat sana.
[Dewan riuh]
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tuan Yang di-Pertua jangan buat macam itu...
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Biar kita mati tidak apa di sini, rakyat mesti selamat. Beribu-ribu rakyat selamat, itu penting!
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Kami di sini bawa suara rakyat. Bukan untuk pesta durian.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Satu orang mati tidak rugi, beribu-ribu kita boleh selamat sana.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Kalau Tuan Yang di-Pertua hendak... [Tidak jelas] Tuan Yang di-Pertua balik dulu. Biar kami bersidang di sini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Teruskan bercakap.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
]: Terima kasih Yang Berhormat semua yang mengambil bahagian. Kita tumpukan kepada...
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Kita seorang mati tidak jadi masalah, beribu yang kita selamatkan sana.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Berapa ramai wakil rakyat yang diberikan peluang? Kami semua ada suara rakyat.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Kita tumpukan kepada isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor berkenaan dengan doktor kontrak. Kita telah pun tahu bahawa beberapa keputusan pun telah diambil, yang penting mereka yang telah pun keluar untuk berhadapan dengan...
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Tuan Yang di-Pertua, kita betul-betul meminta kalau Kabinet boleh bermesyuarat sampai pukul 1 untuk kuasa politik, kenapa kita tidak boleh lanjutkan masa untuk...
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Kita boleh mengambil keputusan bahawa...
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Dengarlah, Yang Berhormat Menteri hendak jawab ini.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Bantu COVID-19, untuk bantu rakyat yang sengsara di luar sana.
Tuan Sabri bin Azit - Jerai
Teruskan Yang Berhormat Menteri, teruskan.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik
Kamu tidak faham bahasa, ulang benda yang sama sahaja.
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Banyak lagi isu SOP yang kita belum ada peluang untuk bangkitkan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Teruskan, Yang Berhormat Menteri Kesihatan terus jawab. Terus jawab.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Tuan Yang di-Pertua, boleh...
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan telah membuat pendekatan penyelesaian segera apa yang dibangkitkan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat tentang kontrak...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Saya minta Menteri dengarlah fasal kontrak dulu.
Kami...
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Tuan Yang di-Pertua, saya cadang Menteri boleh jawab esok pagi. Beri kita suarakan.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Penyelesaian jangka pendek yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita telah pun menyediakan pelan komprehensif merangkumi...
Puan Hannah Yeoh - Segambut
Ada Menteri Undang-undang boleh bawa usul untuk lanjutkan masa, ada Timbalan Perdana Menteri duduk sini buat apa? Bantu kita, kita hendak bantu rakyat.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Minta Menteri Undang-undang buat usul kita lanjutkan sampai tengah malam.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Itulah, ini jadi masalah kerana...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya ikut peraturan, tidak ada usul untuk extend lebih daripada 5.30 petang.
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik, saya minta supaya Menteri teruskan jawapan.
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam
Kacau sahajalah kau orang ini. Kacau, kacau...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tuan Yang di-Pertua, ini bukan soal makan durian. Ini soal rakyat, 200 orang mati kerana COVID-19 setiap hari.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Lepas 5.30 tidak boleh kerja, selepas 5.30 tidak boleh kerja kah Tuan Yang di-Pertua? Tidak boleh kerja kah Menteri Kesihatan? Pukul 5.30 hendak balik rumah, apa benda ini?
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Tidak ada usul untuk 5.30 petang. Tidak ada usul. Baik, saya minta Menteri Kesihatan teruskan.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tuan Yang di-Pertua, tidak kasihan kah 200 orang mati setiap hari kerana COVID? Tidak kasihan kah Tuan Yang di-Pertua?
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Ya, pelan untuk jangka masa pendek dan juga sederhana, jangka panjang perkhidmatan kesihatan dan keputusan yang dibuat untuk membantu doktor-doktor kontrak terhadap perkhidmatan kesihatan telah pun dibuat secara menyeluruh.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Ini masalah rakyat, kita hadapi bencana besar.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua, pagi sampai sekarang kita belum mati lagi. Apa mahu takut?
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Pada ketika ini langkah interim yang KKM cadangkan perlulah kita bawa untuk...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Kami tidak diberikan peluang...
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Takkanlah lagi dua jam lagi kita boleh mati?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Tengok ini saya sudah sediakan ucapan. [Sambil menunjukkan dokumen] Hendak bangkitkan tidak boleh.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Dibawa ke peringkat lebih tertinggi iaitu Akta Pencen 1980 dan Akta Perubatan 1971, boleh dibahaskan dan diluluskan dalam Dewan ini. Semua doktor kontrak mendapat extension dua tahun. Mereka housemanship tiga tahun, dua tahun khidmat wajib. Tambah lagi dua tahun. Dalam masa dua tahun, saya berjanji akan bawa kepada Parlimen untuk kita dapatkan mereka...
[Dewan riuh]
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Menteri sudah tukar masa itu, tunggu anda?
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Kerajaan ini... [Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, dengar apa Menteri hendak cakap.
[Dewan riuh]
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba
Kita minta Ahli-ahli Yang Berhormat semua....
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Dengarlah dulu...
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam
Halau sahaja.
Tuan Yang di-Pertua, halau, halau. Mengacau sahaja.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
...Dapat menyokong supaya semua doktor kontrak yang berada dalam sistem kesihatan Kementerian Kesihatan kita boleh berikan jawatan tetap dan kita boleh bantu mereka sama ada mendapatkan kaedah berpencen ataupun KWSP. Bagaimanapun kita perlu pinda Akta Pencen 1980 dan pada masa terkini kita perlu mendapat sokongan Ahli Yang Berhormat ya...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Menteri, ada soalan.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Dalam masa yang terkini...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Menteri, Kuala Selangor...
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Untuk mendapatkan sokongan...
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Bandar Kuching minta penjelasan.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Supaya perkara ini dapat dibawa dan diputuskan.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri, Kuala Selangor.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
dan diharap sokongan terhadap pindaan ini kelak supaya doktor kontrak dapat diserapkan ke jawatan tetap berdasarkan merit dan penilaian .....
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Walaupun...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri Kesihatan tolong tengok depan.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Walaupun keputusan tersebut ...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Kuala Selangor depan ini.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Nanti, saya habiskan ini.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Jangan baca, dengar dahulu.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Berkaitan dengan doktor kontrak tidak akan dikenakan ...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat, saya ada satu soalan.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Berkaitan dengan cadangan ...
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Untuk mendapat pencerahan berkaitan dengan doktor kontrak.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Berkaitan dengan cadangan .... tidak dikenakan apa-apa tindakan. Insya-Allah. Tidak akan ada tindakan kepada mereka walaupun.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Bagus.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Walaupun mereka telah pun keluar semalam demonstrasi.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Yang Berhormat Menteri jangan baca, minta penjelasan.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Baik. Sedikit.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Kementerian Kesihatan Malaysia...
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat pernah menjadi tukang baca ...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri. Kuala Selangor sini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri telah menjawab sepanjangnya tadi apa yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Sekarang ini dengar pula sesi Yang Berhormat Menteri menjawab. Sabar dahulu, dengar Yang Berhormat Menteri menjawab. Sila Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Jawapan Yang Berhormat Menteri memerlukan jawapan tambahan Tuan Yang di-Pertua. Ini kerana jawapan Yang Berhormat Menteri bercanggah dengan jawapan Menteri Kewangan yang mana Menteri Kewangan berkata, doktor-doktor kontrak ini akan ditawarkan kontrak tambahan. Akan tetapi, Yang Berhormat Menteri Kesihatan hari ini kata...
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Menteri Kewangan memberi tambahan.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Menteri Kesihatan hari ini kata akan diterima sebagai jawapan tetap.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Kita telah bawa ke Kabinet...
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang mana satu, ada dua kerajaan.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Extension selama dua tahun.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Biarlah kita tanya soalan.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Extension selama dua tahun telah diberikan.
Dalam waktu itu, kita akan bawa semua ke Dewan Rakyat ini.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Okey. Saya hendak tanya soalan.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Untuk mendapat sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat supaya Akta Pencen.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Akta Pencen.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Akta Pencen dan juga ...
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Saya hendak tanya soalan penjelasan...
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Perubatan...
Timbalan Menteri Kesihatan I - Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Sebab itu kena dengar dahulu.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Akta 50 dapat kita bahaskan dan dapat kita luluskan bersama-sama dan dapat membantu mereka.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Bandar Kuching hendak tanya soalan.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Untuk kita laksanakan supaya doktor-doktor kontrak ini dapat pembelaan yang sewajarnya.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Bandar Kuching minta izin.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri Kuala Selangor Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Kapar, Kapar Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Saya dimaklumkan bahawa apa yang telah pun ...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Janganlah satu hala sahaja berucap.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Telah dapat daripada penyelarasan gred antara tetap dan kontrak. Mereka telah pun dinaikkan sebagai jawatan gred Pegawai Perubatan (Kontrak) D41 sebelum ini kepada Pegawai Perubatan (Kontrak )D43...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Janganlah membaca sahaja Yang Berhormat Menteri, dengarlah juga.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Yang mana ini adalah setara dengan apa yang didapati oleh doktor tetap.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Berkait dengan doktor kontrak.
Tolong batalkan tindakan disiplin, boleh?
Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri ini, ini Yang Berhormat Menteri.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Yang Berhormat Menteri, Bandar Kuching.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri, soal depan ini ialah tolong batalkan tindakan disiplin terhadap doktor-doktor yang ...
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Sudah cakap tadi.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Klang, Yang Berhormat Klang. Dia sudah explain sudah tadi, you tidak dengar!
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Ya, saya sudah beritahu.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Itu masalahnya, kena duduk. Apabila Yang Berhormat Menteri cakap, tolong duduk!
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sudah, sudah. Ahli- ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat sila duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat sila duduk, Yang Berhormat Klang, sila duduk. Saya kata sila duduk. Yang Berhormat Menteri sudah explain sudah. Saya buat catatan apa Yang Berhormat Menteri cakap. You tidak dengar.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Dia sengaja tidak mahu dengar. Dia sengaja tidak mahu dengar.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Teruskan, teruskan.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Okey.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Boleh saya Bandar Kuching minta penjelasan. Ini isu penting, kontrak. Saya cuma ingin minta penjelasan Tuan Yang di- Pertua, izinkan saya satu soalan penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya kena tanya kepada Yang Berhormat Menteri yang menjawab.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Bandar Kuching hendak tanya dahulu.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Apa yang dibangkitkan tadi berkenaan dengan tindakan disiplin, kita tidak akan ambil tindakan disiplin.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Ye lah, kita dengar sudah. Yang Berhormat Menteri kita dengar sudah itu. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Itu perjanjian yang kita buat, mereka berhak untuk melaksanakan apa yang dilakukan.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri...
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Jadi, serahkan kepada ...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Alhamdulillah.
Yang Berhormat Menteri, soalan tambahan Yang Berhormat Menteri, Kuala Selangor kalau diizinkan.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Ya, tentang doktor kontrak.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Terima kasih tentang tidak ada tindakan kepada doktor-doktor kontrak. Terima kasih sekali lagi.
Tambahan kepada jawapan yang Yang Berhormat Menteri berikan sebentar tadi, yang diminta oleh MMA dan yang lain, bukan tambahan secara jangka pendek yakni selama dua tahun. Mereka memohon mendapatkan paling tidak lapan tahun hingga 10 tahun bagi memastikan post graduate study mereka....
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Yang Berhormat, saya telah maklumkan tadi bahawa...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Jadi, oleh sebab itu...
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Ini langkah interim yang telah kita beri. Dalam masa yang kita ada selama dua tahun ini, kita mohon sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat supaya saya boleh bawa kepada Parlimen...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Dua tahun tidak cukup...
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Supaya mereka...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Kita terus mohon untuk lapan tahun. Terus mohon.
Tuan P. Prabakaran - Batu
Kenapa hendak langkah interim? Kenapa temporary solution?
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Kita akan bawa supaya mereka dapat .... ya.
Mohon daripada Ahli-ahli Yang Berhormat nanti apabila kita bawa...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Insya Allah. Tetapi bukan dua tahun.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Ya, ya.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Bukan dua tahun.
Lapan tahun dan 10 tahun.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Penjelasan satu.
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Yang Berhormat, boleh.
Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort
Yang Berhormat Menteri saya hendak tanya, semasa Yang Berhormat Kuala Selangor menjadi Menteri, dia buat kah ini.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Dalam proses.
Jawapan kami, kami punya satu Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan untuk seluruhnya.
Bukan sahaja doktor, tetapi semua services. Itu jawapan kami.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Saya hendak sokong apa yang dilakukan [Pembesar suara dimatikan] .
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri Kesihatan teruskan dengan jawapan-jawapannya.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Apa yang diberitahu tadi betul...
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Boleh tanya satu?
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
kita laksanakan. Apa yang kita perlu sekarang ini ialah memastikan bahawa semua doktor-doktor yang merawat pesakit COVID-19, merawat non-COVID-19 di hospital, terus laksanakan tugas. Kita akan bantu mereka.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Final question. Satu soalan untuk ...
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Berkaitan dengan ...
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Yang Berhormat Menteri, tolonglah satu sahaja.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Itulah sepatutnya kita berikan Yang Berhormat Menteri.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Saya cuma hendak tanya, saya memang, saya memahami kerajaan akan membawa satu pelan komprehensif, mungkin akan bawa ke Dewan ini dan jika baik, kita akan sokong. Akan tetapi, apa yang mereka hendak tahu, apakah timeline yang disetujui. Jangan cakap kita mengkaji...
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof
Dengarlah dahulu.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Selama 10 tahun, apakah yang akan ...
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Kita sudah beri extension selama dua tahun mereka telah ada dalam tiga tahun housemanship, selama dua tahun ialah khidmat wajib.
Another two years, four years is khidmat wajib. Dalam masa dua tahun pertama ini saya
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
akan bawa ke Parlimen supaya mereka ini bukan sahaja kita bawa kepada jawatan tetap yang dipinda yang perlu meminda Akta JPA. Akta JPA perlu pinda. Jadi kita boleh buat.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Itu kita faham.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Saya faham semua.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Jadi kita boleh sesuatu yang terbaik untuk mereka.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Jadi bila...
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
dan juga Yang Berhormat, di situ juga kita boleh mulakan supaya mereka mengambil laluan parallel pathway ataupun mereka boleh membuat kepakaran...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Betul.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Dan kepakaran tersebut ...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Tetapi bukan dua tahun.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Dan kepakaran tersebut bergantung kepada Hadiah Latihan Persekutuan dan juga setara dengan bantuan-bantuan daripada pihak- pihak yang boleh...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Teruskan Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Memberikan perbelanjaan mereka.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Bukan dua tahun itu. Yang Berhormat Menteri jangan silap ya.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Yang Berhormat Menteri tidak faham itu.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Paling tidak selama lapan tahun.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Selama dua tahun, tidak cukup untuk mereka buat planning.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Kita boleh mulakan.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Mereka hendak buat planning, if you give them two years, it is not good enough.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri silap itu.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
They cannot do their planning.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Semasa inilah...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri, tolonglah faham.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Ini adalah interim, kita bawa.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Bukan, tidak boleh begitu, dua tahun, dua tahun.
Tuan P. Prabakaran - Batu
Terus pergi selama lapan tahun.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Ya, selama lapan tahun kita sokong. Kita akan sokong bersama Yang Berhormat Menteri, tetapi bukan dua tahun.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Sila sokong nanti kalau kita bawa.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Itu tidak cukup, kita minta selama lapan tahun. Itu yang dituntut oleh mereka paling tidak. Actually 10 tahun. Not two years. You cannot do postgraduate study in that time, please understand that.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
At the time being kita ambil selama dua tahun lagi.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
You bring it tomorrow; I will support tomorrow. Akan tetapi bila?
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Yang Berhormat Menteri, hujung tahun boleh atau tidak?
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Jangan kelirukan keadaan. Kita ada interim program. moderate program dan juga longterm program. So, tolong dengar apa yang diberitahu. Pertama sekali doktor kontrak ini perlulah menghabiskan khidmat wajib. Kita tambah lagi dua tahun lagi. Four years in khidmat wajib, sementara itu kita akan laksanakan tanggungjawab kita di Parlimen, untuk ubah Akta Pencen dan juga Akta 1971, Akta 50 supaya kita sama-sama bantu doktor-doktor ini. Saya sendiri pun doktor lah, saya pun doktor, anak saya pun doktor.
Tuan Cha Kee Chin - Rasah
Terus bagi lapan tahun boleh atau tidak?
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Jadi, kita boleh bantu, tidak ada *conflict of interest.
[Pembesar suara dimatikan] .*
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat sila duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain sila duduk untuk teruskan Yang Berhormat Menteri menjawab.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Ya. Setiap negara – berkaitan dengan perkongsian data.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Yang Berhormat Menteri, sudah jelas jawapan Yang Berhormat Menteri beri. Saya minta Yang Berhormat Menteri tukar jawapan, pergi ke jawapan saya Yang Berhormat Menteri. Sudah jelas sudah itu.
Tidak perlu layan sangat sebelah sana.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Berkaitan dengan perkongsian data – ya, Yang Berhormat Kuala Krai coming. Perkongsian data apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat ...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Masa PH dahulu apa pun dia tidak buat.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Setiap negara memang memerlukan data harian untuk kita pamerkan dan data klinikal supaya ia tepat dan sahih. Sistem pengurusan data yang digunakan pada ketika ini merupakan analisa yang berdasarkan kepada situasi setempat dan dikongsikan bersama dengan CPRC Kebangsaan.
Untuk itu Kementerian Kesihatan telah menyediakan data rasmi mengenai pandemik COVID-19 kepada umum, pada umum now melalui GIT Hub yang boleh didapati https://github.com/MoH-Malaysia/covid19-public.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Dengan itu KKM berharap sumber terbuka ini akan meningkatkan kemampuan analisis kementerian bersama rakan-rakan lain sekali gus dapat memanfaatkan artificial intelligence untuk semua pihak. Melalui halaman ‘GIT HAB’ KKM rasmi ini, seseorang akan dapat mencari data terperinci tanpa nama mengenai kemasukan ke hospital, rawatan kritikal ICU, dan analisis penghantaran berdasarkan kluster KKM. Apa yang
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri...
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
...Ditanya oleh Yang Berhormat Kulim Bandar Bharu tadi.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Sila Yang Berhormat.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri...
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Sehingga hari ini...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Sedikit sahaja untuk saya. Saya ucapkan jutaan terima kasih
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Terima kasih, terima kasih.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
... Di atas GIT HUB ini, cumanya, it is 10 months too late.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Tidak apa Yang Berhormat, at least ada.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Bukan persoalan itu.
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas
[Menyampuk]
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Persoalannya...
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
...Ini tiada.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
...Kerana tidak berkongsi data itulah kita dalam keadaan satu juta kes ini.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Yang Berhormat.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Itu perlu difahami.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Yang Berhormat ada dalam...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
...Oleh kerajaan ini.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Yang Berhormat ada dalam JKS Selangor.
JKS Selangor ada bersama dengan Yang Berhormat sebagai Pengerusi Task Force Selangor.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
JKS tidak diizinkan berkongsi data.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
...Dapat maklumat yang sama
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
...Data.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Dapat maklumat yang sama. Jangan hendak mengelirukan Dewan.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
JKS tidak diizinkan berkongsi data kerana KKM Putrajaya tidak izinkan.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
...Dengan...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
..Mungkin bukan YPMK...
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
...Dengan data Selangor tidak payah...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
... Tetapi ada yang tidak mengizinkan ...
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
...Data Selangor boleh didapati melalui....
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri kena tahu bahawa JKNS tidak berkongsi data dengan negeri Selangor.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Salah, Yang Berhormat mengelirukan Dewan ini.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Apakah yang mengelirukan Dewan?
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Yang Berhormat tidak mahu dengar.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Kita buat semakan dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Tolong dengar!
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri jangan tidak tahu. Don’t sleep on the job. You are sleeping on the job. It is your responsibility.
[Dewan riuh]
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Mereka ada data yang boleh diteliti. [Dewan riuh] bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam
Yang Berhormat Kuala Langat..... dalam dewan
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
JK Darurat pun tidak boleh berkongsi data.
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam
Duduk.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
...Apa lagi JKNS di Selangor.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Hari ini alhamdulillah. Yang Berhormat boleh...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
You are sleeping of the job.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Yang Berhormat boleh dapatkan daripada ...
daripada KKM dan juga kita rasa inilah peluang terbaik untuk kita semua dapat data daripada data daripada GIT HAB.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
12 months behind time, sudah satu juta kes hari ini !
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam
Yang Berhormat Kuala Selangor meroyan, Yang Berhormat Kuala Selangor meroyan.
Datuk Willie anak Mongin - Puncak Borneo
Better be late than never tahu.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Yang Berhormat Kuala Selangor, kita ucapkan terima kasih kerana memberi penghargaan kepada petugas kesihatan.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Sebenarnya better never late bukan better late than never. It is better never late.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Yang Berhormat ...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau
Selangor gagal.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Berkaitan dengan targeted mass testing yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Selangor gagalkan JKNS, federal agency.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
KKM telah mempertingkatkan surveillance sebenarnya COVID-19 dari semasa ke semasa. Kita ada 35 lebih jenis saringan sebenarnya yang kita buat dalam membuat contact tracing dan juga membuat ujian selain daripada reverse transcription-polymerase chain reaction (RT-PCR) dan juga RTK Antigen.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Reverse transcription polymerase , betul pronounce itu.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Ya, Reverse Transcript Trace Pulmonary Change Reaction. Okey? Terdapat 35 jenis saringan kita laksanakan untuk mengawal kes dan juga kontak rapat membendung COVID-19. Merujuk kepada isu yang dibangkitkan mengenai mass testing. Ini ialah satu inisiatif yang baik sebenarnya untuk dijalankan oleh KKM di setiap negeri sejak pandemik berlaku. KKM telah menjalankan mass testing bersasar dan juga testing berada di kawasan PKPD ...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Di manakah?
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
...Ataupun kumpulan...
[Disampuk]
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Di mana, di mana, di mana sudah...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Di manakah yang dibuat itu?
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
...Termasuklah...
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
[Menyampuk]
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Sudah ...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri jangan cakap sahaja.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
...Pusat dialisis ...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Manakah datanya?
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
[Menyampuk]
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Mass testing bersasar ialah dikenakan dari semasa ke semasa.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Jangan berbohong.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Bersasar, bersasar Yang Berhormat.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Jangan berbohong dalam Dewan yang mulia ini. Di mana di negeri-negeri lain dibuat?
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Ya. Yang Berhormat kalau hendak buat test ....
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
Data tidak menunjukkan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Jangan berbohong. Di negeri Selangor pun kami terkial-kial buat apatah lagi di negeri lain.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Negeri Selangor sebenarnya telah membuat 100,000 RTK Antigen Testing. 3,000 ini ....
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
Apa fasal semasa MCO testing dikurangkan.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Sebenarnya apabila dibuat concurrent testing dengan RT-PCR hanya 700 sahaja yang positif bukan 3,000.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Jangan – itu perlu -jangan...
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Jadi itu memerlukan.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Jangan mudah membuat tuduhan itu.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
... satu perkara yang didedahkan bahawa 700 sahaja yang positif concurrent RT-PCR bermakna ada 2,300 lagi yang sebenarnya positif tetapi sebenarnya negatif. Kita tidak boleh biarkan mereka berada di tempat ...
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Apa Yang Berhormat Menteri cakap apa ini?
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Yang Berhormat Menteri...
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Yang Berhormat Menteri, minta penjelasan.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri faham kah apa benda cakap ini.
[Dewan riuh]
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
... tentang public health measures.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Ini ialah ...
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Sudah 10, minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Selangor 100,000 ...
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
You know to deal with a pandemic?
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Jangan ulang macam pak turut gitu sahaja. Don’t repeat like a parrot? Do you understand what are you are talking about?
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri hendak minta penjelasan. Kulai di sini. Kulai hendak tanya Yang Berhormat Menteri ...
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Ya Yang Berhormat Kulai.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Saya hendak tanya pada bulan Mei ...
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
PH gagal, PH gagal
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Pada bulan Mei, saringan yang dijalankan adalah sebanyak 2.66 juta. Pada bulan Jun apabila PKP dilaksanakan saringan yang kami buat hanyalah 2.49 juta. Jadi, saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri kenapa sempena PKP, saringan dibuat tidak ditambah tetapi menjadi semakin kurang. Kenapakah saringan ini dikurangkan sebanyak 170,000 saringan? Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Baik.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Soalan kedua, selepas 5.30 petang hendak pergi mana ya?
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Baik. Mass testing yang dibuat – Yang Berhormat cukuplah cukup lah itu, dia tidak masuk, okey baik.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kulai. Sila Yang Berhormat Menteri.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Terima kasih Yang Berhormat Kulai. Setiap kes positif yang kita dapat, kita ada unjuran antara semua ...
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Jawab soalan saya Yang Berhormat Menteri, kenapa tidak jawab soalan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Kulai dia sedang menjawab lah itu.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Ini jawapan lah. Setiap satu kes positif, kita boleh unjurkan 10 hingga 30 negatif. Setiap kali kita buat testing atau pun ujian ia menepati apa yang terkandung dalam saranan WHO iaitu 10 negatif, 30 positif.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
WHO kata kalau positivity lima peratus kena tambah kan testing
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Ya.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
...Tetapi testing di Malaysia walaupun lebih daripada lima peratus...
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Yang Berhormat...
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
... KKM kurangkan testing.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Testing adalah dinamik. Setiap tempat yang berlaku kita laksanakan testing yang mencukupi.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
Angka keseluruhan...
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
...Dalam...
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
...Perlu meningkat.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Dalam julat 10 hingga 30 yang negatif, satu kes positif 10 hingga 30,
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Jangan ulang- ulang benda yang DG cakap itu kalau tidak faham.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Kita telah melihat bahawa ...
[Dewan riuh]
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
Yang Berhormat Menteri kata setiap hari kena minimum 150,000 ujian. Kenapa sampai sekarang kita nampak 90,000, 120,000 sahaja. Bilakah hendak sampai 150,000 ujian setiap hari? Itu kenyataan yang dikeluarkan.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Ya daripada awal wabak COVID-19,
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
...Oleh DG sendiri..
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
... 2020
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
...Bukan pada hari ini.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
... Kita dapat meningkatkan kapasiti hingga ke 122,000 ujian sehari.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Satu pencapaian yang sangat baik untuk negara kita.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Wong Kah Woh - Ipoh Timur
120,000 pencapaian yang amat baik tetapi kita tengok makmal ... kita lebih daripada 12 peratus setiap hari.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching
Yang Berhormat Menteri, if this is the appropriation government akan ambil, kita akan lihat apa yang ....
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam
Yang Berhormat Menteri tengah menjawab, tunggu jawapan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, bila Yang Berhormat Menteri menjawab, hendak bangun tanya kepada Tuan Yang di-Pertua. Saya minta beri laluan. Kalau tidak Yang Berhormat Menteri menjawab yang lain tidak boleh dengar.
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam
Yang senior pun buat macam pasar sahaja Parlimen ini.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Yang di- Pertua itu yang saya berdiri.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada Yang Berhormat Kuala Krai.
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam
Minta izin Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Yang Berhormat Menteri, teruskan.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Yang di- Pertua, tengok ... Kuala Selangor sudah minta izin.
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Teruskan, tidak payah layan.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Ada celahan daripada Yang Berhormat Kota Raja saya kena jawab juga iaitu berkaitan dengan ubat ivermectin.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Yang Berhormat Menteri jawab soalan sayalah senang...
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Yang Berhormat Kota Raja.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Saya hendak dengar ini.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Kota Raja, baik Yang Berhormat Kota Raja.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Orang lain tidak hendak dengar.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Berkenaan dengan ivermectin ubat ya.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Yang Berhormat Menteri, Kuala Selangor berdiri tadi tentang lima percent, satu percent tadi itu tidak ada jawapan. Saya berdiri lama tadi.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Yang Berhormat saya jawab sudah.
Seorang Ahli
Dia sudah jawab.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Tidak jawab. Itu bukan jawapan.
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam
Yang Berhormat Kuala Selangor ini bukan Menteri lagi. Duduk. Yang Berhormat Kuala Selangor ini bukan Menteri. Tunggu akan datang.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Sains tetap sains. Menteri atau bukan Menteri.
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam
Tunggu Yang Berhormat Menteri menjawab.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Ahli Parlimen boleh bertanya.
Sama ada Menteri atau tidak, Ahli Parlimen boleh bertanya.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Ya, boleh tanya.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Soal bekas Menteri kah soal bukan Menteri kah itu soalan ...
[Dewan riuh]
Seorang Ahli
Ikut peraturanlah.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
It is our right...
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Macam mana Yang Berhormat Menteri hendak menjawab.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Hak...
Seorang Ahli
Macam mana Menteri hendak jawab?
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Jawablah soalan.
Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam
Jawab lah itu soalan.
[Dewan riuh]
Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol
Hendak jawab apa semua bercakap.
Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof - Alor Gajah
[Bercakap tanpa pembesar suara]. Tanya Tuan Yang di-Pertua itu.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Soalan yang sama telah dijawab.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Yang di- Pertua, saya hendak tanya apakah Yang Berhormat Menteri sedar berapa peratus kadar positivity di Selangor hari ini? Apakah yang diperlukan untuk melandai keluk di negeri Selangor. Jawab Yang Berhormat Menteri.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Kalau jawapan yang diminta oleh Yang Berhormat Kuala Selangor ialah more testing dibuat. Itu sahaja, saya tahu. You hendak more – ya kita buat. Hari-hari kita buat.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Berapakah peratus sekarang ini...
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
…Positive rate di Selangor.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Saya tanya kepada Yang Berhormat Menteri, you know...
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Kita meningkatkan jumlah testing supaya denominated nya banyak.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
Sekarang kadar positive ....
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Berapakah peratus kadar positivity?
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Dia RTK Antigen dan juga RTK ....
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
You know how many what percent is that kadar positivity di negeri Selangor? Do you know that?
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
12.5%.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Kalau tidak tahu cakap tidak tahu, tidak apa.
Tuan Tony Pua Kiam Wee - Damansara
Kena gandakan jumlah ...[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Kuala Selangor, Yang Berhormat Menteri sudah beritahu jawapan tadi, you’re testing my ....
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Yang Berhormat, ...
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Saya minta teruskan soalan Yang Berhormat Kota Raja.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Berkenaan dengan Yang Berhormat Kota Raja tadi ada bangkitkan tentang ubat Ivermectin. Saya kena jawablah sebab benda ini jadi perhatian ramai.
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Tuan Yang di- Pertua, saya hendak jawapan tadi dirakamkan dalam Hansard ya.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Apa?
Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor
Sebab ini adalah satu perkara yang serius. Kalau bagaimana untuk kita melandaikan keluk kalau macam ini jawapan. Terima kasih.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Kita sudah berikan jawapan dalam penerangan Yang Berhormat Menteri dari tadi.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua, boleh ...
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Jadi, untuk ubat yang dipanggil Ivermectin Tuan Yang di-Pertua, kita telah pun memberi kelulusan khas penggunaan ubat Ivermectin secara off-label yang digunakan tetapi dalam kajian klinikal bagi rawatan pesakit COVID-19 bagi menentukan keberkesanan keselamatan ubat tersebut. Kajian tersebut dikenali sebagai Ivermectin Treatment Efficacy in COVID-19 High-Risk Patient.
Ia telah diluluskan oleh Jawatankuasa Etika Pendidikan Perubatan (MREC) dan kini sedang dijalankan di 18 buah hospital kerajaan. Seramai 500 pesakit COVID-19 yang berisiko tinggi dan bergejala ringan pada peringkat awal penyakit akan terlibat. Setakat ini kira-kira 200 pesakit COVID-19 telah menyertai kajian tersebut dan keputusan kajian dijangka bakal diperoleh pada bulan September tahun ini. Yang Berhormat Kuala Krai...
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Yang Berhormat Menteri, Sungai Buloh sini. Tuan Yang di-Pertua, Sungai Buloh. Yang Berhormat Menteri, berkenaan Ivermectin, permintaan daripada doktor-doktor – Ramai doktor-doktor bukan untuk off- label use untuk clinical study.
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
Boleh tunggu tak sehingga selesai kajian randomised controlled trial di hospital... Mereka boleh tunggu sehingga bulan September...
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Itu bukan point mereka. Mereka minta off-label use. No dengar faham point saya dahulu. Mereka minta off-label use untuk merawat orang. They want off-label use to treat people. To stop them from dying. It’s what they want.
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
Berilah kita peluang untuk membuat kajian kerana ini ubat untuk cacing parasit.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
You can do your – No, kerajaan boleh buat kajian. Tiada isu. Itu bukan isu. Yang ratusan doktor minta dibenarkan off- label use untuk merawat patients mereka yang sekarang parah akan mati di dalam hospital mereka.
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
Yang Berhormat, tidak apa. Ya, boleh. Tunggulah randomised controlled trial yang betul-betul siap...
Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Hendak tunggu sampai ramai mati lagi ke Menterikah? Ini bulan 10 keputusan ini.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Mereka minta boleh pakai kuasa Menteri ke tidak?
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali - Bagan Serai
Cuba dengar Menteri hendak jawab.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Menteri ada kuasa. Menteri boleh overrule- kah tidak? In the emergency tolonglah pakai kuasa Menteri. Jangan lah tunggu, tunggu, tunggu. Orang tengah mati tau.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Yang Berhormat Menteri ada kuasa untuk beri kelulusan.
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
Kita kena pastikan bahawa ubat ini selamat dari masalah keselamatan implikasi dan juga isu keberkesanan.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Ubat itu memang sah selamat.
Tak ada isu. Keselamatan tak ada isu.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Isu keberkesanan boleh dikaji. Itu bukan isu. Isu ialah memberi kebenaran.
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Mohd Rashid Hasnon - Batu Pahat
Saya hendak control. Yang Berhormat Sungai Buloh cakap dahulu. Silakan cakap.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. I think kena fokus pada isu yang sebenarnya, Yang Berhormat Menteri. Kerajaan boleh teruskan dengan kajian-kajian. Itu bukan isu dia. Sekarang seperti mana yang telah dibuat di negara-negara lain. Contoh, Indonesia, contoh Filipina, kerajaan di sana meluluskan off-label use kepada doktor-doktor individu, klinik-klinik individu untuk merawat patients mereka dengan Ivermectin on humanitarian compassionate ground supaya mereka boleh rawat patient itu tanpa dituduh dengan misconduct. Itu yang mereka mahu. Sekarang kementerian halang compounding on Ivermectin. Bermacam- macam halangan diletak di hadapan doktor-doktor dan pharmacists. Apa mereka minta berhentikan semua ugutan dan tindakan ini. Biar mereka – They are doctors biar mereka buat keputusan secara profesional as a medical professional untuk merawat patients mereka. But at the same time dalam masa yang sama kerajaan boleh teruskan dengan kajian. Itu tiada isu. Dua isu yang berbeza.
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Mohd Rashid Hasnon - Batu Pahat
Yang Berhormat Sungai Buloh terima kasih. Sekarang kita minta Menteri respons dan menjawab.
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai yang menyatakan perkataan dengan –
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Menteri boleh jawab tadi tidak?
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
...doktor kontrak dan juga latihan-latihan kepada –
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
Yang Berhormat Menteri, yang Yang Berhormat Sungai Buloh minta itu boleh jawab tak dahulu? Yang Berhormat Sungai Petani. Yang Yang Berhormat minta tadi boleh jawab dahulu tidak?
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
Saya membuat keputusan di sini bahawa kita tunggu randomised controlled trial bulan sembilan.
Dato’ Johari bin Abdul - Sungai Petani
My god.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Ini tunggu berapa ramai mati?
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
Sementara waktu kita akan laksanakan tanggungjawab. Kita ada ubat-ubatan.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Kalau they are willing to take benarkanlah mereka.
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
Yang Berhormat beritahu saya kesan sampingan apa Ivermectin.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Tiada. Nothing.
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
Jangan beritahu tiada. Ini mengelirukan Dewan. Ada kesan sampingan.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Apa dia?
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
Yang Berhormat nyatakan.
Yang Berhormat kata tiada tadi.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Tiada. Ubat ini telah diguna.
Pernah digunakan untuk benda lain.
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
Penggunaan dosage yang benar.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Isunya keberkesanan untuk tangani COVID-19. Apa dia kesan sampingannya? Yang lebih baik benarkan mereka mati daripada kena kesan sampingan?
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
Negara India telah menarik balik penggunaan Ivermectin. Yang Berhormat minta product insert adakah ada mengatakan bahawa boleh rawat untuk COVID-19?
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Memang lah dia kata tidak boleh.
That’s why you must do the clinical. Akan tetapi, there are no negative side effects.
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
Sudah kenapa kita menggunakannya kalau tidak ada dalam product insert. Tidak ada indications.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Laillahaillallah. Dia ni tidak faham lah.
Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Mohd Rashid Hasnon - Batu Pahat
Baik.
Saya minta Yang Berhormat Menteri teruskan.
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Tuan Yang di-Pertua, yang tadi Menteri kata ada kesan sampingan itu tidak betul. Yang Berhormat adalah doktor. Jangan mengelirukan Dewan.
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
Yes, Yang Berhormat –
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Listen to me first. Ivermectin has been in-use for 40 years.
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
Digunakan untuk apa? Untuk parasitic management. Ubat cacing.
Seorang Ahli
Menteri boleh jelaskan apa...
[Sistem pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Mohd Rashid Hasnon - Batu Pahat
Sudah, sudah. Faham-faham. Cukup dah. Baik, Yang Berhormat Sungai Buloh. Duduk, duduk. Dia faham, dia faham.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
So, biar saja patient mati. Sampai September biar dia orang mati. Sampai September kita benarkan dia mati sahaja.
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
Kadar kesembuhan kita lebih 80 peratus. Insya-Allah.
Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam
Sampai September kita benarkan dia mati sahaja tanpa apa-apa rawatan.
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
Ubat diberikan kepada mereka.
Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Mohd Rashid Hasnon - Batu Pahat
Teruskan Yang Berhormat Menteri.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
This is the case of life and death.
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
Bukan kerana ada Ivermectin sahaja. Jangan kelirukan Dewan dengan kebenaran untuk menggunakan Ivermectin sehingga randomised controlled trial yang telah pun kita laksanakan sekarang dan keputusannya akan ada.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Isu bahaya tidak timbul langsung.
Ubat ini telah dipakai 40 tahun.
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
Yang Berhormat, kerajaan India pun sudah tarik balik. Peru dah tarik balik penggunaan tersebut. India telah tarik balik penggunaan tersebut.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Isunya keberkesanannya sahaja.
Sebab itu saya sebut kerajaan boleh teruskan dengan kajian. Tidak apa. Biar doktor- doktor individu buat penilaian mereka. Judgment mereka. Medical judgement mereka dan dengan consent patient prescribed itu. Itu sahaja.
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
Untuk mereka yang mahukan sila mohon dengan NPRA, Yang Berhormat okey?
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Menteri ada kuasa. Kita minta Menteri pertimbangkan perkara ini secara serius dan bagi keputusan.
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
Sila mohon dengan (NPRA) National Pharmaceutical Regulatory Agency. Sila mohon.
Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Mohd Rashid Hasnon - Batu Pahat
Saya tidak benarkan. Saya minta teruskan Yang Berhormat Menteri. Go to the next subject.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua. Boleh mencelahkah?
Satu isu lain.
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
Yang Berhormat Kuala Kerai telah pun membangkitkan rawatan tahap empat dan lima di Kementerian Kesihatan untuk merawat kes-kes tahap empat dan lima di hospital kerajaan. Pada ketika ini kos rawatan untuk tahap empat yang memerlukan mereka berada di hospital selama 14 hari. Untuk kes-kes tahap lima memerlukan 21 hari untuk dirawat di hospital. Kos-kos rawatan melibatkan RM8 ribu untuk stage four dan juga RM25 untuk stage five. Untuk rawatan kes-kes melibatkan tahap empat dan lima.
Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew - Wangsa Maju
Menteri minta – Bagi peluang cakap sedikit.
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
Boleh.
Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew - Wangsa Maju
Ini berkenaan dengan isu Ivermectin.
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
Sudah habis tadi Yang Berhormat. Sudah selesai Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Mohd Rashid Hasnon - Batu Pahat
Sudah selesai, Yang Berhormat. Yang Berhormat Wangsa Maju, Ivermectin sudah selesai dah. Kita tengah subjek baharu.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Tuan Yang di-Pertua, saya ada satu soalan berkait dengan kos perubatan. Saya ada satu isu berlainan.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Bukan Ivermectin. Tuan Yang di-Pertua mohon –
Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew - Wangsa Maju
Bagi peluang saya menyuarakan permintaan daripada rakyat, anak buah kita. Minta peluang bagi masa untuk berbincang dengan isu ini.
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
Yang Berhormat, saya sudah beritahu tadi. Mohon dengan NPRA. National Pharmaceutical Regulatory Agency
(NPRA). Mohon okey?
Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew - Wangsa Maju
Berapa lama?
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
Mohonlah. Hantar pada NPRA permohonan.
Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew - Wangsa Maju
Akan tetapi, kan kita dibenarkan berbincang isu ini di Dewan ini?
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
Ya, Ivermectin tadi sudah dibincangkan. Saya tadi Yang Berhormat Kota Raja bangkit untuk menanyakan tentang Ivermectin.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua, saya hendak dapat penjelasan isu baharu.
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba - Tenggara
Yang Berhormat, saya hendak jawab fasal Langkawi ya.
Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas
Saya memohon YB Menteri menjawab satu perkara yang hendak saya bawakan. Boleh tidak?
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Yang Berhormat Menteri ada kuasa untuk overrule NPRA. Nyawa-nyawa yang akan hilang adalah tanggungjawab Yang Berhormat Menteri. Lives that will be lost because of your― are on your head.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Yang Berhormat, Yang Berhormat, jangan.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
The lives that are going to be lost because of your dilly-dally who don’t want to intervene...
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Yang Berhormat, jangan menyalahkan [Tidak jelas] atau menyalahkan Menteri.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Those lives are on your head from now.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Ini adalah ubat. Setiap ubat ada side effect.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
This is not a small issue.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Setiap ubat ada kebaikannya, ada indication, ada side effect.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
This is an issue of lives and death.
Tuan P. Prabakaran - Batu
Kalau ada side effect, bincang sekarang.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Yang Berhormat.
Tuan P. Prabakaran - Batu
Bagi penerangan sekarang.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Saya harap please take this issue seriously. Make a decision quickly to approve it as an off-label use, allow doctors to make their decision without threat of misconduct.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Yang Berhormat, kita tidak boleh berterusan begini, Yang Berhormat.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Don’t give me a bureaucratic response. Don’t give me that crap.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
This is now a question of lives, treatment.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Yang Berhormat boleh beritahu kita adakah mereka yang ambil Ivermectin telah berjaya dirawat?
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Memang ada.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Tidak ada.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Itulah soalan yang kita biarkan ini doktor-doktor individu untuk menjawab.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Saya boleh beri satu keadaan di mana dia mengambil Ivermectin dan masih lagi terus ke stage 3 and 4.
Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh
Yang Berhormat Menteri, I don’t think you understood what I said. Maksud saya ialah biar penilaian itu, keputusan itu dibuat oleh doktor-doktor.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Okey, itu saya sudah putuskan bahawa dengan...
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Sungai Buloh, Ahli-ahli Yang Berhormat, jam telah menunjukkan 5.30 petang. Ada 15 minit lagi. Saya extend 15 minit. Peraturan Mesyuarat 12(3).
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Yang Berhormat Kemaman, saya ucapkan terima kasih kepada...
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua, sebelum isu yang baharu, boleh saya dapat peluang untuk bangkitkan satu isu untuk penjelasan?
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
...Yang Berhormat Kemaman yang telah pun menimbulkan...
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh extend 15 minit, boleh...
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Tuan Yang di-Pertua, sebelum ke isu baharu, boleh saya bangkitkan satu isu untuk penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri?
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Yang Berhormat, ini perkara baharu. Kita nak jawab yang ditanya.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Betul, betul.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Yang ditanya oleh Yang Berhormat Langkawi.
Dia tidak ada, kita boleh bagi jawapan bertulis. Kita pergi kepada Yang Berhormat Kemaman. Yang Berhormat Kemaman ada membangkitkan tentang isu berkaitan dengan kolerasi antara kes harian dan juga vaksinasi.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Yang Berhormat Menteri, bagi satu minit saja permohonan saya.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Saya ingin menyatakan bahawa kedudukan kita semasa ini ialah dalam keadaan di mana kita telah melaksanakan program PICK iaitu Program...
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Tentang ucapan Yang Berhormat Menteri yang telah tertinggal satu perkara penting iaitu Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit. Satu minit saja saya mohon.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Yang Berhormat, ini perkara baharu.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Bukan. Bukan perkara baharu. Yang saya hendak nyatakan, Yang Berhormat Menteri telah tertinggal satu perkara. Mohon Yang Berhormat Menteri memberi penjelasan, mungkin bertulis, kerana ini sangat penting.
Mohon satu minit. Guarantee satu minit saja. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua, saya nampak daripada ucapan Yang Berhormat Menteri Kesihatan, beliau telah tertinggal satu perkara penting yang di bawah kuasa Menteri dan Ketua Pengarah Kesihatan iaitu tentang penguatkuasaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit. Ini kuasa Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan tetapi tidak langsung disentuh.
Jadi saya mohon― saya sudah buat sidang media banyak kali tetapi tidak ada respons. Saya buat laporan polis pun tidak ada respons.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih Yang Berhormat Beruas.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Saya mohon Yang Berhormat Menteri buat penjelasan. Saya sudah menyatakan pihak polis tidak ada kuasa mengeluarkan kompaun. Nombor satu. Kompaun yang dikeluarkan mesti dapat kelulusan pihak pendakwa raya (public prosecutor). SOP yang tidak diwartakan bukan undang-undang.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Okey, Yang Berhormat, kita akan jawab bertulis kepada Yang Berhormat.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Jadi hendaklah memberi notis ataupun warning sebelum dikeluarkan saman. Juga, laporan polis saya pada 000561/21 yang dibuat di Balai Polis Ayer Tawar pada 20 Mac 2021, mohon satu jawapan kerana rakyat sangat keliru sama ada polis boleh keluarkan saman atau tidak.
Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali
Tidak apa, Yang Berhormat Menteri jawablah. Tidak apa, Yang Berhormat Menteri jawablah. Duduklah, duduk. Cukup, cukup.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Jadi harapan saya, ini dapat dijelaskan.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Sekarang saya minta Yang Berhormat Menteri teruskan.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Terima kasih Yang Berhormat Beruas. Kita akan jawab secara bertulis apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Minta penjelasan juga tentang ordinan darurat.
Dato' Ngeh Koo Ham - Beruas
Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Jadi kita pergi kepada Yang Berhormat Kemaman tadi. Yang Berhormat Kemaman ada bangkitkan tentang...
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Yang Berhormat Menteri, tentang ordinan darurat.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Ya, ya, Yang Berhormat Kulai. My neighbour.
Puan Teo Nie Ching - Kulai
Terima kasih. Saya juga hendak tanya tentang ordinan darurat yang telah dibatalkan. Jadi bagaimana dengan klinik dan juga perubatan fasiliti swasta yang telah dilantik sebagai CAC? Sama ada mereka masih berkuasa untuk menjalankan tugas sebagai CAC? Ini kerana lantikan mereka adalah di bawah ordinan darurat. Ini soalan saya. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Baik, terima kasih Yang Berhormat Kulai.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Ya, saya akan jawab secara bertulis. Benda ini baharu ya.
Okey, Yang Berhormat Kemaman ada menyatakan tentang kolerasi antara vaksin dan juga kes harian. Saya hendak maklumkan bahawa― Yang Berhormat Kemaman, terima kasih kerana membangkitkan perkara ini. Kita telah mengemukakan nilai ambang iaitu kes harian tujuh hari dan juga threshold kapasiti respons ICU dan juga vaksinasi. Untuk kolerasi antara vaksin dan juga kes harian, kita telah pun menyatakan bahawa tumpuan kita ketika ini untuk memberi vaksinasi secepat mungkin dan juga kita boleh melaksanakan vaksin mengikut apa yang telah pun kita gariskan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Yang Berhormat Kemaman juga ada menyatakan tentang kebajikan semua frontliners yang layak untuk dapat bantuan. Insya-Allah, kita telah pun menggerakkan satu jawatankuasa untuk memastikan bahawa frontliners seperti sukarelawan seperti frontliners yang dibawa atau dimobilisasikan daripada kawasan-kawasan lain untuk diberikan bantuan dan juga elaun yang berpatutan. Ketika ini, setiap frontliners yang menjaga COVID-19 mendapat RM600 sebulan.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Yang Berhormat Menteri, saya ada soalan berkait dengan kebajikan.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Ya, sila.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya lebih luas daripada kebajikan khususnya berkait dengan kebajikan rakyat di Klang Valley khususnya di Klang dan sebagainya.
Kita dapati Klang Valley sekarang ditekan dengan tekanan COVID-19 kerana number yang terlalu tinggi dan kematian yang terlalu tinggi juga.
Saya telah cadangkan beberapa kali, dah tweet kepada Yang Berhormat Menteri, dah tulis surat kepada Yang Berhormat Menteri pun minta supaya semua hospital di Klang Valley diberikan RM20 million secara cepat dengan emergency. Ini disebabkan kita dapati kekurangan ambulans, kekurangan peralatan perubatan, extension of new ICUs, appointment of new doctors dan sebagainya.
Saya juga ingin memberitahu Yang Berhormat Menteri, tadi saya tweet Yang Berhormat Menteri mengatakan saya telah menerima satu tweet di Twitter dari seseorang yang telah dimasukkan kepada HTAR dan dia kata, saya bacakan, Yang Berhormat Menteri, “My brother is currently in quarantine for covid positive at HTAR. Yesterday no dinner served for all patients at his zone”. Ini just now, 10 minutes ago, I received another one from HTAR also saying there is no food. Jadi, ini jelas menunjukkan tidak ada peruntukan yang secukupnya untuk kebajikan rakyat yang sekarang menjadi pesakit di hospital kerajaan. Therefore, you have to give that urgent money urgently because the people who are coming, deaths are also increasing.
Dato’ Seri Dr. Adham bin Baba
Baik, terima kasih Yang Berhormat Klang.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Before they – brought-in-dead are also increasing.
Akhir sekali, Yang Berhormat Menteri, saya tweet isu ini, saya hendak bawa isu ini kepada perhatian Yang Berhormat Menteri juga. Ini adalah dari hospital HTAR, dia adalah doktor HTAR. Dia tulis macam ini, dia hantar tweet, “I am sending out SOS to whoever cares. Right now, we cannot provide a patient’s basic care as a human being with dignity. How blind and deaf can you be?” Ini saya fikir dia maksudkan Yang Berhormat Menteri dan kerajaanlah. “To those responsible for this and yet choose to look away, answer to Allah, the god, when you die”. Ini bukan saya yang tulis. Ini ditulis oleh seorang doktor yang kerja di HTAR di Emergency Department.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Terima kasih Yang Berhormat Klang. Terima kasih atas makluman Yang Berhormat.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Oleh itu, saya minta Yang Berhormat Menteri untuk memberikan RM20 juta kepada setiap hospital supaya mereka boleh menaik taraf dia punya standard untuk mempertahankan rakyat Malaysia.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Terima kasih atas cadangan. Terima kasih atas cadangan.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Yang Berhormat Menteri, Hang Tuah Jaya.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
So, is it a yes? Is it a yes?
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Yang Berhormat Menteri, sambung daripada Yang Berhormat Klang.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
*RM20 million for every hospital?
Yes?*
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Bukan, bukan.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Tidak boleh?
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Kita akan melihat satu persatu. Untuk Klang, Yang Berhormat, saya ada pergi pada dua minggu lepas. Kita dah buat repurposed Emergency Department (ED) supaya kes-kes yang datang emergency stage 4, 5 dan juga non COVID-19, kita dapat atasi. Akan tetapi, saya akan pergi lagi ke HTAR, mungkin bersama Yang Berhormat.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
That will be very nice.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Hang Tuah Jaya.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Yang Berhormat Menteri, ICU.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Selepas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri datang dan Yang Berhormat Menteri datang, semua nampak bagus tetapi selepas pergi, barisan dah panjang.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Kita datang tak payah beritahu dia orang.
Tuan Charles Anthony Santiago - Klang
Ya, okay, very good. Thank you.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Yang Berhormat Menteri, satu saja Yang Berhormat Menteri, sambung daripada Yang Berhormat Klang.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Yang Berhormat Menteri, sikit.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Menteri, ada enam minit lagi. Enam minit sahaja lagi. Silakan.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Yang Berhormat Menteri, Hang Tuah Jaya.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Ahli Yang Berhormat yang...
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Yang Berhormat Menteri, Hang Tuah Jaya, ICU.
Tuan P. Prabakaran - Batu
Tambah masa untuk Menteri.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Melaka, Melaka.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Okey, okey. My friend, ya.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
ICU, ICU.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Ya.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Ringkas sahaja, Yang Berhormat Menteri. Semalam Menteri Penyelaras iaitu
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Menteri Kewangan beritahu peruntukan RM200 juta kepada private hospital. Sekarang ini kita tahu terutamanya di Melaka, Hospital Melaka, ICU maksimum sudah. Jadi kita hendak tahu bagaimana persediaan kementerian kerana baru-baru ini diberitahu juga akan buat hospital medan tetapi dalam masa dua minggu baru siap.
Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya
Jadi saya fikir this is very serious. Saya minta Yang Berhormat Menteri tolong campur tangan kerana saya percaya ini juga membabitkan isu kebajikan. Terima kasih.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
20 saat, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Menteri.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Yang Berhormat, masuk dalam ucapan Yang Berhormat Kota Melaka kan? Hospital Melaka dalam Kota Melaka, ya.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Tuan Yang di-Pertua, boleh saya tanya?
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Menteri.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat, sini. Hospital 100 tahun.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Tuan Yang di-Pertua, Padang Serai.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Sekejap, Yang Berhormat Kota Melaka, Yang Berhormat Kota Melaka. Ia melibatkan kawasan beliau.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Yang Berhormat Menteri, tadi saya tanya tentang hospital medan. Sebab sebelum itu diumumkan akan dibina tetapi selepas 12 hari, dikatakan ditangguhkan. Jadi saya nak minta supaya Yang Berhormat Menteri ...
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Ya, saya nak maklumkan dan jelaskan di sini, Yang Berhormat ya. Kita telah pun membina ICU modular, 10 unit terbina dah. Dah berfungsi dan saya pergi pukul 11 malam di sana, Melaka, hari Sabtu yang lepas dan hospital medan hari ini kita tutup di Labuan, kita bawa balik hospital medan itu ke Melaka.
Okay? All right.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Oh, Yang Berhormat Bukit Mertajam. Sila.
Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam
Hospital Bukit Mertajam yang telah berusia 100 tahun baru di-convert kepada hospital hibrid. Jadi saya minta, sememangnya sebelum ini sudah memerlukan peruntukan untuk naik taraf. Saya minta peruntukan khas supaya Hospital Bukit Mertajam yang sudah berusia 100 tahun boleh menampung keperluan untuk menjadi hospital hibrid. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. Sila Yang Berhormat Menteri.
Tuan P. Prabakaran - Batu
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon jasa baik Tuan Yang di-Pertua untuk tambah masa kepada Yang Berhormat Menteri. Bagi masa sikit menggunakan peraturan mesyuarat.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Masa sikit, tambah sikit lagi 20 minit.
Tuan P. Prabakaran - Batu
Sebab banyak soalan yang hendak dijawab.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Yang Berhormat Menteri, ertinya akan dibina di Melaka?
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Ya, selain daripada modular ICU yang kita dah bina 10 unit, Yang Berhormat ya. Kita dah bina modular ICU di Hospital Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Jadi akan tambah berapa katil ICU?
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Yang itu 10 unit ICU, 10 unit ICU dah ditambah ya. Recently dah ditambah.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Di Melaka?
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Ya. Kita akan bawa hospital medan yang ditutup di Labuan. Labuan sekarang kes dah turun kerana vaksinasi dah naik, jadi kita akan ambil daripada Labuan ke Melaka. Okey? Terima kasih Yang Berhormat Kota Melaka.
Tuan Khoo Poay Tiong - Kota Melaka
Terima kasih.
Tuan P. Prabakaran - Batu
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon jasa baik Tuan Yang di-Pertua untuk bagi masa kepada Yang Berhormat Menteri.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Menteri, Padang Serai. Padang Serai tak dapat berucap tadi. Padang Serai.
Tuan Oscar Ling Chai Yew - Sibu
Yang Berhormat Menteri.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Ya, Yang Berhormat Padang Serai. Yang Berhormat Padang Serai, okey. Ha okey, yang depan itu.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Lepas itu Kinabatangan.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Okey, yang depan. Yang depan, yang depan.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said
Yang Berhormat Petaling Jaya, sila.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Ha, Yang Berhormat Petaling Jaya. Ya?
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Saya nak tanya dua soalan.
Satu adalah berkenaan dengan ...
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Soalan baharu ke lama?
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Ya, relevan kerana menyentuh kebajikan. Saya nak tanya apakah solution tentang ambulans yang tidak cukup untuk menghantar pesakit kepada hospital bila mereka adalah positif. Yang kedua ialah CAC. Bolehkah tukar CAC kepada untuk kes yang dalam kategori satu dan dua.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Boleh, boleh.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Boleh Yang Berhormat.
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Yang mana mereka boleh ada pakar-pakar melalui maya supaya mereka tahu macam mana akan melindungi diri sendiri.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Ya. Yang Berhormat, saya setuju dengan Yang Berhormat bahawa Greater Klang Valley Task Force telah mengusahakan – bahawa kebanyakan ambulans akan kita tambah dan juga kita dapat laksanakan kerjasama dengan pelbagai agensi. Keduanya...
Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya
Bila, bila? Bila kita akan dapat itu ambulans?
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Ya, Greater Klang Valley Task Force sedang berlaku sekarang. Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Menteri, Padang Serai, Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, satu lagi. Padang Serai.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Kinabatangan, last.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Yang Berhormat Menteri, Padang Serai.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Silakan Yang Berhormat Padang Serai, silakan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Lepas itu Kinabatangan, Yang Berhormat Menteri.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya tak nak komen apa-apa. Saya minta tolong daripada Yang Berhormat Menteri, selesaikan masalah di kawasan saya. Saya mendapat laporan daripada petugas Hospital Kulim bahawa kapasiti hampir penuh disebabkan kes baharu yang terus meningkat. Saya ingin mohon pihak kerajaan dapat memberi jaminan
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
agar masalah ini dapat diselesaikan dengan segera dengan wujudkan battlefield hospital dengan kerjasama daripada Kementerian Pertahanan atau ...
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai
Yang Berhormat Padang Serai, ini ucapan baharu. Ucapan baharu.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai
... gunakan dewan-dewan yang sedia ada bagi mengatasi masalah ini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Ya, terima kasih.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Yang Berhormat Menteri, last lah. Yang Berhormat Menteri, Kinabatangan.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Okey, Yang Berhormat Kinabatangan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ada satu isu ini di Pulau Banggi.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Ini yang baharu atau lama ini?
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Iaitu di mana ...
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Tak, yang baharu atau lama ini?
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Ha?
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Perkara baharu ke lama?
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Lama punya, lama.
Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis
Berkaitan, berkaitan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin - Kinabatangan
Berkaitan, ia related dengan peruntukan kerajaan iaitu di Pulau Banggi ini dia ada pusat kesihatan, klinik kesihatan tetapi malangnya tidak ada bot. Banggi ini pulau, apabila tidak ada bot, maka orang sakit sukar dihantar. Yang bersalin, bersalin di merata tempat. Yang Berhormat tolonglah bagi mereka satu bot untuk perkhidmatan klinik kesihatan di Pulau Banggi.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Yang Berhormat Menteri, ICU. Yang Berhormat Menteri, ICU.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Pulau Banggi, Pulau Banggi.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Sekejap. Yang Berhormat Menteri, Bayan Baru, mengenai ICU.
Dato' Seri Dr. Adham bin Baba
Ya.
Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru
Kita di Selangor ini kekurangan ICU beds sebanyak 200, 200 ICU beds. Bagaimana kerajaan boleh tambah 200 ICU beds dalam masa terdekat untuk kepentingan dan permintaan yang begitu tinggi? Mohon penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Yang Berhormat Menteri, saya dimaklumkan sini, mana-mana soalan yang tidak dapat dijawab, diberikan secara bertulis dalam tempoh masa 10 hari bekerja. 10 hari bekerja mesti jawab mana- mana soalan secara bertulis.
Tuan P. Prabakaran - Batu
Yang Berhormat Menteri, satu sahaja. Tuan Yang di-Pertua, satu. Yang Berhormat Menteri, satu sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon
Ahli-ahli Yang Berhormat, masa sudah 5.45. Maka Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menangguhkan Dewan, ingin saya maklumkan bahawa esok adalah penerangan daripada Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkenaan dengan program vaksinasi.
Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu, 28 Julai 2021. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat.
[Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.46 petang]