Jul262021

Katalog Hansard

Dewan Rakyat
  Disahkan

[Tuan Yang di-Pertua **mempengerusikan Mesyuarat****]

final • 10:00 AM
PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA
PENERANGAN DARIPADA MENTERI-MENTERI

Tuan Yang di-Pertua

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Selamat Pagi semua. Ahli-ahli Yang Berhormat, seperti mana Ahli-ahli Yang Berhormat semua sedia maklum, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia mengadakan Mesyuarat Khas walaupun Proklamasi Darurat bertarikh 11 Januari 2021 masih berkuat kuasa pada masa ini.

Mesyuarat Khas ini akan membincangkan berkenaan penerangan daripada Menteri-menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat seperti dalam kertas makluman yang telah diedarkan kepada

final • 10:00 AM

semua Ahli Yang Berhormat iaitu seperti berikut

(i) penerangan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan dengan Pelan Pemulihan Negara pada hari ini;

(ii) penerangan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan berkenaan tindakan menangani pandemik COVID-19 esok;

(iii) penerangan oleh Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkenaan program vaksinasi pada hari Rabu, 28 Julai 2021;

(iv) penerangan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan berkenaan dengan pakej-pakej bantuan ekonomi pada hari Khamis, 29 Julai 2021; dan

(v) penerangan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan berkenaan pelaksanaan darurat pada hari Isnin, 2 Ogos 2021.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memohon untuk membenarkan Ahli-ahli Yang Berhormat meminta penjelasan dan memberikan pandangan pada setiap penerangan tersebut, oleh yang demikian saya akan membenarkan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk meminta penjelasan dan memberikan pandangan selepas selesai penerangan daripada Yang Berhormat Menteri-menteri dan ianya diakhiri Yang Berhormat Menteri-menteri yang berkenaan akan menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat semua.

Saya menggunakan peruntukan Peraturan Mesyuarat 100, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat untuk menaikkan perkara ini. Bagi tujuan itu saya mohon Blok Pembangkang dan Blok Backbenchers untuk memberikan senarai Ahli-ahli Yang Berhormat yang bercadang untuk meminta penjelasan dan memberikan pandangan kepada Setiausaha Dewan Rakyat secepat mungkin.

Untuk makluman Mesyuarat Khas ini juga telah membentangkan semua risalat Proklamasi Darurat dan Ordinan Darurat yang dibuat di bawah Proklamasi Darurat di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen atau dalam bahasa Inggerisnya, “Late before both Houses of Parliament”, untuk perhatian Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat di atas meja Ahli-ahli Yang Berhormat juga diletakkan takwim persidangan Dewan Rakyat bagi Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas Tahun 2021 untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat.

Ahli-ahli Yang Berhormat semua, Mesyuarat Penyelarasan bagi urusan berkaitan bagi Mesyuarat Khas bagi Dewan Rakyat berikutan penularan wabak COVID- 19 sebentar tadi telah diadakan bagi membincangkan perkara-perkara berkenaan dengan penyelarasan urusan Dewan Rakyat sepanjang Mesyuarat Khas ini berikutan perkembangan terkini mengenai penularan wabak COVID-19.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh saya sendiri dan dihadiri oleh Ahli-ahli Yang Berhormat seperti berikut: Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Menteri Kanan Luar Negeri, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Parlimen dan Undang-undang, Yang Berhormat Larut, Yang Berhormat Padang Terap, Yang Berhormat Kubang Kerian, Yang Berhormat Menteri Kerja Raya, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, Yang Berhormat Seremban, Yang Berhormat Kuala Selangor dan Yang Berhormat Labuan.

Mesyuarat ini juga dihadiri oleh kedua-kedua Timbalan Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk turut sama memberikan pandangan dan secara invitation mesyuarat itu juga dihadiri oleh Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Ketua Pengarah Kesihatan, Dr.

Noor Hisham dan juga pegawai daripada Majlis Keselamatan Negara.

Untuk perkara ini sebenarnya saya telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Dewan pada hari Jumaat lepas dan untuk membincangkan jumlah kehadiran yang dapat dibenarkan dan untuk membincangkan waktu persidangan. Pada masa itu, kita telah membincangkan di Jawatankuasa Dewan dan telah kita putuskan bahawa tidak akan ada had kehadiran di dalam Dewan dan waktu persidangan sehingga seperti biasa sehingga pukul 5.30 petang. Akan tetapi, saya juga ingin meminta kerjasama semua Ketua Parti agar dapat rotate keahlian di dalam Dewan setiap sejam.

Pada masa itu, saya ingin memberi sedikit penjelasan. Pada masa itu, keputusan swab test Parlimen yang dibuat pada hari Rabu, 21 Julai 2021 dan pada hari Jumaat, 23 Julai 2021 belum diketahui. Selepas keputusan itu diketahui semalam, maka saya telah memanggil Mesyuarat Penyelarasan ini pagi tadi untuk meminta pandangan Y.Bhg. Tan Sri Ketua Pengarah Kesihatan tentang keadaan COVID-19 dan tentang pandangan beliau mengenai bagaimana kita boleh bermesyuarat pada sidang kali ini.

final • 10:00 AM

semua Ahli Yang Berhormat iaitu seperti berikut

Keputusan yang akan diambil belum dapat dimuktamadkan sama ada untuk mengehadkan jumlah kehadiran pada sesuatu masa dan juga mengenai masa persidangan. Saya masih menunggu persetujuan daripada pihak sebelah sini mengenai perkara-perkara tersebut seperti yang telah dicadangkan dalam mesyuarat tadi. Jadi pada masa ini, keputusan Jawatankuasa Dewan pada hari Jumaat lepas masih berkuat kuasa tetapi saya ingin meminta sangat-sangat kerjasama daripada semua Chief WHIP ataupun ketua-ketua parti agar dapatlah kita rotate keahlian di dalam Dewan ini setiap jam kerana Tan Sri Ketua Pengarah Kesihatan amat bimbang dengan suasana penularan wabak COVID-19 di Parlimen.

Untuk pengetahuan semua, 12 orang staf Parlimen adalah positif dan 58 orang staf Parlimen terpaksa dikuarantin kerana menjadi kontak rapat. Dua orang Ahli Parlimen juga positif dan terdapat lima atau enam orang Ahli Parlimen yang terpaksa juga dikuarantin kerana menjadi kontak rapat. Itu adalah situasi COVID-19 di Parlimen setakat swab test yang kita adakan pada hari Jumaat yang lepas. Jadi untuk itu, saya tunggu keputusan pihak sebelah sini mengenai cadangan untuk meminimumkan risiko penularan wabak COVID-19 di Parlimen pada sidang kali ini. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua, boleh beri saya sedikit? Saya cuma nak pesan.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya belum habis, bagi saya habis sekejap. Semua Ahli Yang Berhormat digalakkan untuk sentiasa memakai double face mask tetapi mandatorinya single tapi double face mask itu digalakkan sepanjang berada di dalam Dewan. Ini kerana virus COVID-19 boleh merebak dan berjangkit melalui udara dengan jangka masa yang singkat terutamanya varian Delta.

Ahli-ahli Yang Berhormat juga perlu sedar bahawa kita mempunyai risiko untuk menjangkiti orang lain termasuk ahli keluarga kita dan orang-orang yang kita jumpa apabila Ahli-ahli Yang Berhormat balik ke hotel dan kawasan masing-masing nanti. Untuk makluman, terdapat kes kematian walaupun telah lengkap dua dos vaksin. Walaupun minimum tetapi adalah risikonya.

Ahli-ahli Yang Berhormat, perjuangan mengekang penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia termasuk Malaysia masih belum selesai sehingga semuanya memberi kesan dan menjejaskan banyak pihak termasuk rakyat negara ini. Walau bagaimanapun, pelbagai tindakan telah diambil termasuk tindakan pencegahan dan sedang dijalankan vaksinasi rakyat dalam memastikan Malaysia bebas daripada wabak bahaya ini.

Sehubungan itu, selaras dengan Pelan Pemulihan Negara Fasa 1, Prosedur Operasi Standard (SOP) pelaksanaan persidangan Parlimen telah diedarkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat semua bagi memastikan Ahli-ahli Yang Berhormat dapat bersidang dengan selamat dan terkawal seterusnya mencegah penularan wabak ini.

Saya berharap dan menasihatkan Ahli-ahli Yang Berhormat supaya sentiasa mematuhi SOP ini di samping terus melaksanakan penjarakan fizikal, menggunakan pelitup muka dan kerap membasuh tangan atau menggunakan hand sanitizer.

Suka juga untuk saya ingatkan kepada semua Ahli Yang Berhormat untuk menarik penghadang lut sinar yang dipasang semasa duduk di dalam Dewan bagi memastikan terdapat jarak pemisah di antara Ahli-ahli Yang Berhormat dan tiada kontak rapat antara Ahli-ahli Yang Berhormat. Penghadang lut sinar ini perlu ditarik atau ditolak dengan berhati-hati dan perlahan serta tidak diberi tekanan berlebihan kerana ia dipasang untuk sementara waktu sahaja.

Oleh itu saya mengajak semua Ahli Yang Berhormat tanpa mengira latar belakang dan khususnya fahaman politik mengetepikan segala perbezaan dan perbalahan untuk bersatu-padu dan bersatu hati memainkan peranan masing-masing membendung wabak COVID-19. Ini adalah demi keselamatan diri dan kesejahteraan negara yang kita cintai.

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya sekali lagi memohon jasa baik dan kerjasama semua Ahli Yang Berhormat untuk sentiasa mematuhi SOP bagi kebaikan kita bersama.

Ia adalah demi keselamatan dan kemaslahatan semua pihak agar kita sama-sama terhindar daripada wabak pembawa maut ini. Sama-sama kita berdoa agar wabak COVID-19 ini segera dibendung sepenuhnya dan tidak lagi memberi ancaman kepada kita. Dengan izin Allah SWT, negara kita dapat kembali seperti sedia kala dan Parlimen dapat bersidang seperti biasa selepas ini. Sekian, terima kasih.

final • 10:10 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Tuan Yang di-Pertua, saya...

final • 10:10 AM

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

[Bangun]

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat...

final • 10:10 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

...Peraturan 11.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya bagi Yang Berhormat Bandar Kuching dulu tadi.

final • 10:10 AM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Okey, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas perutusan tadi. Saya ingin mencadangkan kalau kita mengikut pengetahuan semasa tentang penularan wabak, isu ventilasi adalah satu isu yang sangat penting. Izinkan saya mencadangkan jika boleh dalam Dewan ini kita membuka semua pintu dan ini boleh menunjukkan satu teladan dan example kepada SOP-SOP untuk industri-industri di luar. Minta petua dari Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya boleh beri perhatian kepada itu. Saya kena discuss dululah ya sama ada kita boleh buka daripada segi peraturannya atau tidak. Terima kasih Yang Berhormat. Sila, Yang Berhormat Semporna.

final • 10:10 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Oleh kerana Tuan Yang di-Pertua juga minta kerjasama, saya juga minta kerjasama tentang Peraturan Mesyuarat 11, standing order yang menyatakan tentang persidangan. Tuan Yang di-Pertua tadi telah menjelaskan prosedur yang akan berlangsung sepanjang lima hari ini. Kalau mengikut standing order yang ada, persidangan ini iaitu setiap persidangan yang ditetapkan dan diisytiharkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Saya hendak tanya sama ada persidangan ini adakah selaras seperti apa yang telah dititahkan oleh Tuanku Agong untuk kita adakan persidangan?

Keduanya, berhubung kait dengan Perlembagaan Malaysia yang ada. Artikel 62 iaitu jelas di sini iaitu:

(1) ...Subject to the provisions of this Constitution and federal law, each House of Parliament shall regulate its own procedure. Jelasnya di sini bahawa dalam Perlembagaan Malaysia, there is a separation of powers iaitu Agong mempunyai bidang kuasa untuk menentukan bidang kuasanya manakala Parlimen juga mempunyai bidang kuasa tentang bukan hanya standing order yang ada prosedur. Executive cannot regulate dan dictate what happen in Parliament.

[Tepuk] Ini Perlembagaan, saya bukan persoalkan tentang politik, tidak.

Saya minta penjelasan, pertama sama ada persidangan ini selaras dengan titah Tuanku dan juga adakah persidangan ini selaras dengan Perlembagaan Malaysia?

Adakah ini selaras dengan peraturan? Kalau kita bercanggah dengan ini, kita dah melanggar persidangan yang kita bincangkan, pertama Ordinan Darurat contohnya.

Boleh dikatakan persoalan kita dalam keadaan darurat, but we must also realize for prevention of darurat Article 150 (1), jelas it’s specific iaitu hanya untuk mengatasi masalah COVID-19. It didn’t spell out suspend standing order, suspend Perlembagaan Malaysia. Kalaupun ada Artikel 18 bidang kuasa yang mutlak diberikan, ordinan kepada Agong, maknanya Agong mempunyai bidang kuasa untuk menentukan tarikh dan waktu dan cara persidangan itu.

Saya minta penjelasan kepada Tuan Yang di-Pertua, kalau sekiranya itu tidak berjalan, di mana kita hadkan 80 orang, di mana tidak ada perbahasan, di mana tidak ada pengundian. Saya faham dan tahu, you can let out in Parliament tentang darurat.

Saya sudah tujuh penggal di Parlimen ini, policymaker, bukan satu penggal. We have been doing all this, embedded all the Constitution, we change, begitu juga dengan peraturan yang ada. Saya hendak tahu bahawa adakah ini bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia? You cannot suspend Perlembagaan 62, you cannot suspend yang ada. Kalau sekiranya kita hendak ubah persidangan ini, *we have to call for voting.

[Tepuk] That is clear.* Begitu juga darurat yang telah pun proclaimed, it must be debated. You can just let out, it must be debated, it must be voted di Parlimen ini. We cannot be out of our stand untuk hanya meluluskan undang-undang di negara ini yang....... nyawa manusia. Saya bimbang, saya setuju dengan Tuan Yang di-Pertua, nyawa manusia macam sardin dah di hospital yang ada, bertindih-tindih. Anytime doctor can just decide when oxygen to be given to who. Ini yang penting kepada kita. Pertama, undang-undang yang ada.

Perlembagaan kita perlu laksanakan sebaik mungkin. Saya inginkan penjelasan Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:10 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Dengan izin, point of order.

final • 10:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bukit Gelugor dulu.

final • 10:10 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 11. [Membelek buku Peraturan Mesyuarat] Minta maaf, Peraturan Mesyuarat 14.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sorry, berapa?

final • 10:20 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

P.M.14(1)(h), di mana dinyatakan – saya membaca dalam bahasa Inggeris, Tuan Yang di-Pertua.

“Unless the House otherwise directs, the business of each sitting shall be transacted in the following order (a), (b) until so on dan (h) adalah request for leave to move the adjournment of the House on matters of urgent public importance”. Now, Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua juga merupakan seorang peguam, dulu. Tuan Yang di- Pertua faham betapa pentingnya ordinan-ordinan dan juga Proclamation of Emergency dibawa ke Dewan ini bila Dewan ini bersidang di bawah Artikel 150(3) Perlembagaan Persekutuan. Now, Tuan Yang di-Pertua perlu faham bahawa the rules which regulate the House tidak boleh supersede the Constitution. Sebagai seorang peguam, Tuan Yang di-Pertua telah pun tidak membawa ordinan-ordinan tersebut dan proclamation tersebut ke Dewan ini. Why is that? Are you a government lapdog?

final • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Are you a government lapdog?

final • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Tarik balik, tarik balik.

final • 10:20 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

You have disgraced this Dewan.

[Tepuk] You are not fit to sit on that chair.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tarik balik.

final • 10:20 AM

Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam

Tarik balik, tarik balik.

final • 10:20 AM

Tuan Haji Yusuf bin Abd Wahab - Tanjong Manis

Tarik balik.

final • 10:20 AM

Tuan Che Alias bin Hamid - Kemaman

Tarik balik.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tarik balik. Jangan bagi muka ini. Tarik balik! Mahu cakap besar! Angkuh! Biadab!

final • 10:20 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

You should resign as the Dewan Rakyat Speaker.

[Tepuk]

final • 10:20 AM

Seorang Ahli

Sokong, sokong.

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tarik balik!

final • 10:20 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Saya nak tahu, Tuan Yang di-Pertua –

final • 10:20 AM

[Dewan riuh]

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

. Saya nak tahu kenapakah, kenapakah...

final • 10:20 AM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Kurang ajar betul.

Tarik balik!

final • 10:20 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Kenapakah Proclamation of Emergency dan ordinan-ordinan di bawahnya tidak dibawa ke Dewan dalam masa ini?

final • 10:20 AM

Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam

Minta diri keluar, minta diri keluar. Bising sini.

final • 10:20 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Adakah Tuan Yang di-Pertua menerima arahan daripada kerajaan untuk tidak membawa perkara-perkara tersebut ke Dewan? Is that your agenda? If it is, resign.

final • 10:20 AM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa pembesar suara] Please resign.

final • 10:20 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Or we will submit a motion perhaps for you to relinquish your seat. Terima kasih.

[Tepuk]

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, terima kasih. Yang Berhormat Puchong.

final • 10:20 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Langkawi dulu, Yang Berhormat Langkawi.

final • 10:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Oh Yang Berhormat Langkawi dulu? Okey, sorry.

final • 10:20 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ikut senioritikah?

final • 10:20 AM

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menyatakan kepada hadirin bahawa Majlis ini bukanlah sidang Parlimen seperti yang dititah oleh Raja-raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong.

[Tepuk] Rakyat faham dan saya faham bahawa Titah Diraja ialah supaya Parlimen bersidang secepat mungkin.

Yang pertama, jelas kerajaan tidak hirau Titah Diraja supaya diadakan sidang Parlimen secepat mungkin. Kerajaan tentu sedar bahawa wabak COVID-19 ini meningkat beribu pada tiap hari. Yang mati berjumlah beratus tiap hari. Yang membunuh diri, berpuluh orang. Rakyat menderita dan tak dapat pendapatan, tak dapat makan, jiwa tertekan siang dan malam. Titah Diraja supaya Parlimen bersidang secepat mungkin tentulah kerana tiap hari, tiap jam masalah bertambah, tetapi kerajaan mengambil masa yang amat panjang dan cuba memperdayakan dunia bahawa mengadakan majlis taklimat di Dewan Rakyat Parlimen adalah sidang Parlimen.

Ini adalah satu penipuan.

final • 10:24 AM

[Dewan riuh]

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi

Lebih-lebih lagi apabila tekanan wabak COVID-19 yang menjadi alasan untuk pengisytiharan darurat tidak dibentang dalam Dewan ini untuk dibincang dan dibahas akan cara-cara yang boleh mengatasinya.

Berkenaan dengan Pelan Pemulihan Negara, ia tidak menunjukkan pandangan serius oleh kerajaan berkenaan dengan penderitaan rakyat. Jika kerajaan ingin maklumkan kepada Dewan ini berkenaan dengan sesuatu perkara, kebiasaannya ialah kerajaan mengeluarkan White Paper dan kita boleh baca White Paper. Tak perlu ada majlis penerangan selama lima hari. Kita tidak perlu kepada penerangan. Kita perlu kepada perbahasan berkenaan dengan penderitaan rakyat.

[Tepuk] Akan tetapi, ini tidak termasuk dalam agenda. Selama lima hari, kita akan dengar Menteri-menteri menjelaskan tentang pelan mereka dan pelan ini sudah tentu tidak berkesan.

Sejak pelan ini diumumkan, jumlah kes baharu meningkat daripada 6,000 kepada 17,000. Sampai bilakah lagi sebelum kita berbincang berkenaan dengan cara- cara mengatasi masalah COVID-19 ini? Akan tetapi bagi kerajaan, cuma penerangan.

Penerangan seperti yang saya katakan tadi, tak perlu diadakan melainkan dengan cara mengeluarkan White Paper. Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa pendirian yang serius perlu diberi kepada masalah yang dihadapi oleh rakyat sekarang ini. Tiap hari, 17,000 orang akan menghidap penyakit ini dan daripada 17,000 orang, sepatutnya semuanya dimasukkan dalam kuarantin dan dimasukkan dalam hospital tetapi jumlahnya terlalu besar sehingga tak pun seribu orang yang boleh dirawat dalam hospital. Yang lain terpaksa tinggal di rumah. Apabila mereka tinggal di rumah, mereka tidak dapat rawatan kerana keluarga tidak boleh berdekatan dengan mereka, takut dijangkit dengan penyakit ini.

Jadi dalam keadaan yang mana pesakit itu menjadi lebih teruk, tak ada bantuan, tak ada pertolongan yang boleh diberi, dia jadi semakin teruk dan memerlukan oksigen tetapi di rumah tidak ada oksigen. Dengan itu, dia menjadi lebih teruk dan sudah ada kes yang mana mereka yang tinggal di rumah ini yang dikatakan tidak begitu serius sudah pun meninggal. Saya berpendapat bahawa kes ini adalah istimewa, tidak seperti kematian biasa. Ini oleh sebab ia mudah jangkit, maka keluarga tidak pun dapat memandikan mayat, tidak pun dapat mengapankan mayat, tidak pun dapat sembahyang mayat dan selepas itu dibawa ke kubur dalam keadaan yang amat menyedihkan. Mereka tidak dapat lihat even muka, jauh sekali menyentuh mayat. Inilah yang dihadapi oleh rakyat sekarang ini.

final • 10:24 AM

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi

Setiap hari, 200 orang akan meninggal. Sampai bilakah? Sampai setiap hari 1000 orang mati baru kita hendak bertindak, hendak bercakap berkenaan cara-cara untuk mengatasi masalah ini? Akan tetapi ini tidak ditumpukan dalam persidangan ini yang bukan sebenarnya sidang Dewan Parlimen...

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi

Ia sebenarnya majlis penerangan, dan kita tidak perlu kepada penerangan kerana kita sudah pun baca pelan kerajaan itu. Kita tahu pelan kerajaan itu tidak berjaya...

final • 10:30 AM

Beberapa Ahli

[Tepuk]

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 10:30 AM

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi

Sebenarnya, kalau kita perhatikan sejarah C0VID-19 pada mulanya cuma ratusan sahaja. Selepas itu kerajaan adakan pilihan raya di Sabah, ia meningkat kepada 2000. Selepas itu kerajaan mengisytiharkan darurat, meningkat kepada 6000 kes. Selepas itu dikeluarkan pelan, meningkat kepada 9000 kes, dan sudah diceritakan bahawa pelan ini akan dilaksanakan, dibahas, sudah meningkat kepada 17,000 kes.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey Yang Berhormat. Kita ambil perhatian perkara itu.

Perkara itu Yang Berhormat boleh timbulkan semasa selepas penerangan Yang Berhormat Menteri nanti. Ini kerana Yang Berhormat yang telah pun menyentuh soal merit apa yang hendak dibentangkan nanti. Jadi boleh dibangkitkan nanti ya Yang Berhormat. Yang Berhormat, terima kasih.

Yang Berhormat Puchong pula.

final • 10:30 AM

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kita nak mengadakan sidang Parlimen, hendak berbincang berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat, bukan berkenaan dengan politik.

final • 10:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya Yang Berhormat. Okey. Point taken. Ramai lagi yang hendak bercakap Yang Berhormat. Maaf. Sorry Yang Berhormat. Yang Berhormat Puchong.

final • 10:30 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Bangun]

final • 10:30 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Boleh saya teruskan Tuan Yang di- Pertua? Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat kepada Aturan Urusan Mesyuarat yang ada di setiap meja Ahli Parlimen, ia cukup jelas Tuan Yang di-Pertua adalah bahawa, di dalam Aturan Urusan Mesyuarat ataupun apa yang akan berlaku dalam empat hari, hari ini sehingga hari Khamis, kemudian minggu depan, tidak ada sebarang undian yang akan diambil.

Jadi, soalan yang berbangkit Tuan Yang di-Pertua adalah, kenapa kita ada satu Aturan Urusan Mesyuarat sebegitu, walhal kita tahu bahawa memang benar kita ada masalah yang cukup besar di luar sana berkenaan dengan COVID-19. Saya rasa soal berkaitan dengan, sama ada betul atau pun tidak kerajaan yang ada hari ini telah pun berjaya untuk mengendali ataupun mengatasi masalah ini satu perkara yang perlu diputuskan melalui undi di dalam Dewan Rakyat ini.

Kita tahu, kita dengar apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Langkawi tadi, angka-angka kes-kes kita lihat mencecah 17,000. Ini cukup jelas menunjukkan kerajaan telah pun gagal. Ini satu perkara yang harus diputuskan oleh Dewan ini. Kalau tidak ada peluang untuk undi Tuan Yang di-Pertua, bagaimana kita boleh buat keputusan berkaitan dengan perkara itu walhal itulah sebenarnya kita ada forum ini supaya kita membuat keputusan adakah kerajaan ini gagal ataupun tidak.

Saya hendak bawa perhatian Tuan Yang di-Pertua kepada Peraturan Majlis Mesyuarat 100, di mana tadi Peraturan Mesyuarat 100 jelas memberikan Tuan Yang di- Pertua kuasa untuk membuat peruntukan bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan secara spesifik di dalam Peraturan Mesyuarat.

Saya baca P.M, “100. Semua perkara yang tidak disyaratkan terang-terang dalam peraturan-peraturan ini dan semua perkara berkenaan dengan menjalankan peraturan ini pada perkara satu persatunya, hendaklah diaturkan menurut cara yang tidak berlawanan dengan peraturan-peraturan ini, sebagaimana yang diperintahkan oleh Tuan Yang di-Pertua dari satu masa ke satu masa.” Saya lihat tadi Tuan Yang di-Pertua ada menyatakan bahawa, Tuan Yang di- Pertua ada memberikan ruang untuk soalan-soalan ditanya, dan juga hujahan-hujahan dibuat. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, kenapakah berhenti di situ?

Kalau Tuan Yang di-Pertua mengguna pakai budi bicara di bawah peraturan- peraturan ini untuk membenarkan kita ini menyuarakan pendapat dan juga untuk berhujah, kenapa tidak diberikan ruang kepada kita juga untuk membuat keputusan melalui Dewan ini, di mana kita ambil undi, satu keputusan dibuat berkenaan dengan apa berlaku.

Saya rasa itu adalah apa yang kita perlukan. Kalau benar kerajaan ini telah pun gagal, saya rasa masa sudah sampai untuk Perdana Menteri meletakkan jawatan...

final • 10:33 AM

Beberapa Ahli

[Tepuk]

final • 10:33 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Untuk perkara itu, kita perlukan forum untuk buat undi. Kalau Dewan ini bersidang untuk lima hari tetapi tidak ada peluang untuk ambil undi, adakah itu menunjukkan bahawa Dewan ini tidak berani untuk membuat keputusan berkenaan dengan kerajaan yang ada pada masa sekarang.

Kedua Tuan Yang di-Pertua, perkara berkenaan dengan kehadiran Ahli-ahli di dalam Dewan ini. Saya faham Tuan Yang di-Pertua, apabila kita bincang berkenaan dengan isu COVID-19 ini, itu masalah yang serius kita tahu. Akan tetapi dalam masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya, di manakah dalam peruntukan Standing Orders ataupun Peraturan Mesyuarat dibenarkan supaya Tuan Yang di-Pertua membuat keputusan mengehadkan jumlah Ahli Parlimen hadir dalam Dewan ini?

Kalau kita hadkan, maka kalau ada satu pengundian diambil, atau satu keputusan yang perlu dibuat, itu akan membawa masalah. Perdana Menteri kena menunjukkan beliau pada majoriti di dalam Dewan ini. Kalau Ahli-ahli yang dibenarkan masuk dalam Dewan ini dihadkan jumlahnya, bagaimana akan berlaku perkara itu.

Jadi, saya berpendapat bahawa, kalau kita mengehadkan Ahli Parlimen daripada hadir dalam Dewan Rakyat, ini cukup jelas menunjukkan bahawa Dewan ini mungkin akan dilihat, dalam bahasa Inggeris, you will be seen Tuan Yang di-Pertua, with respect bahawa ada usaha diambil supaya kita menyekat berlakunya satu undi, yang akan terus menunjukkan bahawa Perdana Menteri yang kita ada sekarang ini tidak mempunyai sokongan majoriti Dewan Rakyat Malaysia. Terima kasih...

[Tepuk]

final • 10:33 AM

Beberapa Ahli

[Berdiri]

final • 10:33 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Kepada Tuan Yang di-Pertua, selepas Tuan Yang di-Pertua jawab perkara yang dibangkit, saya akan bangkitkan soal Usul yang saya kemukakan bersama Yang Berhormat Beruas. Saya cuma hendak beri Notis itu. Terima kasih.

final • 10:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sepang, bukan Yang Berhormat Sepang. Yang Berhormat ....

final • 10:33 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Selayang.

final • 10:33 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Selayang.

final • 10:33 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Ramai telah membangkitkan isu bahawa penerangan mengikut P.M 14(1)(i) ini tidak mengikut Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan. Perkara ini boleh diselamatkan dengan Usul yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Port Dickson, dan Yang Berhormat Beruas, supaya Parlimen ini dapat membuat satu ketetapan mengikut Perkara 150(3).

Kalau tidak, Parlimen dihalang untuk menunaikan kewajipannya. Dan kita semua telah mengambil sumpah, Tuan Yang di-Pertua juga telah membuat sumpah untuk memelihara dan membela Perlembagaan.

Maknanya dengan jelas, Peraturan Mesyuarat tidak boleh mengatasi Perlembagaan dan tanggungjawab kita sebagai Ahli Parlimen.

Memang sudah jelas Tuan Yang di-Pertua, semalam 17,045 positive cases.

Jumlah orang yang mati 7,994 orang. Berapa lagi yang akan mati di dalam tempoh enam bulan? Ini menjadi tanggungjawab kita. The blood will be on our hands. Can it be washed? It can never be washed. Apakah yang kita akan beritahu kepada keluarga-keluarga mangsa yang akan mati dalam tempoh enam bulan ini? Di mana kita hari ini ada satu peluang untuk Parlimen tunaikan tanggungjawab kepada rakyat...

[Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, Dewan Rakyat- you are for all Malaysians.

final • 10:37 AM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

Tanggungjawab apa itu Yang Berhormat?

final • 10:37 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Saya meminta Tuan Yang di- Pertua kaji semula keputusan, supaya usul dari Yang Berhormat Port Dickson, dan Yang Berhormat Beruas dapat dibahas, satu pengundian dan satu ketetapan dapat dibuat.

final • 10:37 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

Lebih parah Tuan Yang di-Pertua, ialah bila usul ini ditolak, the basic structure of the Constitution is destroyed kerana hak perundangan adalah hak Dewan ini bukan hak eksekutif.

final • 10:40 AM

[Dewan Tepuk]

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

dan ini termasuk Undang-undang Darurat Mekanisme 150(3) ialah mekanisme bahawa Parlimen dapat memantau dan ada kuasa bila darurat berlaku bila Parlimen tidak bersidang, eksekutif boleh mengadakan Proklamasi Darurat dan juga Ordinan-ordinan.

Akan tetapi Undang-undang Darurat Mekanisme 150(3) berkata bila Parlimen bersidang, inilah hak dan tanggungjawab kita untuk membuat ketetapan.

final • 10:40 AM

[Dewan Tepuk]

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

. Kalau tidak, peranan Parlimen dimusnahkan. Oleh yang demikian saya meminta Tuan Yang di-Pertua I hope you know what you are doing

final • 10:40 AM

[Dewan Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua

I hope you know what you are doing also, thank you.

final • 10:40 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

You are a lawyer.

final • 10:40 AM

Seorang Ahli

You should know what you are doing.

final • 10:40 AM

Tuan William Leong Jee Keen - Selayang

How you are going to face the victims that are going to die in the next six month? So I hope you will make and reconsider your decision, allow the motions from Yang Berhormat Port Dickson and Yang Berhormat Beruas untuk dibentangkan supaya kita di sini menunaikan tanggungjawab kita, terima kasih.

final • 10:40 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Last, last, last.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kuala Krau.

final • 10:40 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sepang.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah, yang sebenarnya berita berulang-ulang sahaja, not ...

final • 10:40 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, ini isu yang penting.

Saya rasa kita perlu dengar daripada semua yang ingin...

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sepang.

final • 10:40 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya sudah dengar.

final • 10:40 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sudah enam bulan kita tidak bersidang, beri peluang.

final • 10:40 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kita hendak bersidang ini.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 10:40 AM

Beberapa Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sepang last ya sebab saya hendak jawab selepas itu Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan Yang Berhormat Beruas ya dua ya.

final • 10:40 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kami pun hendak bercakap juga takkan semua pembangkang berucap ini.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sepang sila.

final • 10:40 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Okey.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua [Tidak jelas]

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Perkara yang sama diulangkan.

Ulang benda yang sama.

final • 10:40 AM

Seorang Ahli

Diamlah [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Tuan Yang di-Pertua, Kuala Krau.

final • 10:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ulang-ulang itu sahaja.

final • 10:40 AM

Seorang Ahli

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kuala Krau hendak bercakap.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, ya.

final • 10:40 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:40 AM

Seorang Ahli

Yang Berhormat Sepanglah, Yang Berhormat Sepang.

final • 10:40 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Okey terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:40 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Tuan Yang di-Pertua, mohon Kuala Krau.

final • 10:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, ya sekejap Yang Berhormat Sepang dahulu.

final • 10:40 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan bahawa apabila kita mengadakan, apabila Tuan Yang di-Pertua memanggil sidang ini, izinkan saya membaca apa dikatakan oleh titah Yang Dipertuan Agong, kali yang ketiga setelah dua kali dipanggil diminta untuk sidang Parlimen tidak didengar, makna Yang di-Pertuan Agong telah memanggil kali yang ketiga dan telah ada satu kenyataan dari Istana Negara menyatakan bahawa, Ordinan Darurat, Proklamasi Darurat hendaklah dibentangkan di Parlimen.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa Tuan Yang di-Pertua pun sebagai seorang yang hebat dalam undang-undang memahami bahawa dalam negara kita ini ada Perlembagaan dan tadi pun dikatakan oleh Yang Berhormat bahawa Standing Orders dalam negara kita ini tertakluk kepada Perlembagaan. Ini boleh juga dalam Artikel 62 Perlembagaan Subject Constitution, is very clear. Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana kita bersidang sekarang dalam keadaan darurat dan dalam masa darurat masih lagi sedang berkuat kuasa, maka kita tidak boleh lari daripada Artikel 150. Artikel 150 (2B), (2C), (3) (7) ini adalah peruntukan-peruntukan yang Tuan Yang di-Pertua rasa sedar bahawa memang patut wajib dipatuhi. Sebagai contoh Artikel 150(3) jelas mengatakan bahawa hendaklah dibentangkan di Parlimen ini Ordinan yang Pengerusi sudah buat.

Tuan Yang di-Pertua, saya telah melihat wording yang berbeza di antara 150(3) dengan contohnya 107 berkaitan laporan audit. Kalau 107, mengatakan bahawa hanya dibentang tidak ada langsung perkataan selepas itu perkataan contohnya di revoke ke ataupun perkataan-perkataan seperti itu ataupun perkataan resolution. Akan tetapi dalam 150 ada perkataan-perkataan seperti di revoke, ada perkataan seperti resolution.

Ini semua menunjukkan bahawa perlu ada perbahasan. Bagaimanakah kita boleh mendapatkan satu resolution kalau tidak ada perbahasan, tidak ada resolution?

Jadi saya menyatakan bahawa...

final • 10:43 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Yang Berhormat Sepang, celah sedikit boleh?

final • 10:43 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Boleh celah ke masa ini?

final • 10:43 AM

[Dewan ketawa]

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Boleh, boleh celah sedikit?

final • 10:43 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tak nak, Yang Berhormat Sepang belum habis.

final • 10:43 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sedikit sahaja, satu minit sahaja.

final • 10:43 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua boleh celah ke? Saya tidak faham kalau boleh saya hendak, kalau tidak boleh tak apa.

final • 10:43 AM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Saya hendak highlight kepada Tuan Yang di-Pertua bahawa pada 16 Jun 2021, Titah Agong, Yang di-Pertuan Agong telah bertitah ya keluarkan satu kenyataan daripada Istana Negara dan Tuanku bertitah, “setelah memperhalus semua pandangan para pemimpin parti politik, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat para pakar dari agensi-agensi kerajaan maka Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin”.

Tuanku bertitah lagi, “ini untuk membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat”.

final • 10:43 AM

[Dewan Tepuk]

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

. Ini Titah Tuanku dan kita tahu bahawa Yang Amat Berhormat Pagoh telah derhaka kepada Titah Tuanku. Tidak bersidang secepat mungkin dan sekarang memberi arahan bahawa Dewan Rakyat ini tidak boleh berbahas Ordinan-ordinan Darurat.

Ini satu penderhakaan dan saya harap bahawa Tuan Yang di-Pertua jangan mengheret Parlimen ke arah penderhakaan dan Tuan Yang di-Pertua mempunyai tanggungjawab mempertahankan Perlembagaan Malaysia dan juga menjunjung Titah Tuanku, terima kasih.

final • 10:43 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bayan Baru yang mencelah.

final • 10:43 AM

Tuan Yang di-Pertua

Seminit ya.

final • 10:43 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Okey dia mencelah, dia mencelah ambil masa saya sudah, saya tambah lagi masa.

final • 10:43 AM

Tuan Yang di-Pertua

Seminit, seminit.

final • 10:43 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Okey Tuan Yang di-Pertua, saya akan cuba. Tuan Yang di-Pertua, jelas apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Bayan Baru memang Titah Tuanku adalah jelas perlu dibahas. Bermakna Yang di- Pertuan Agong faham Perlembagaan dan dalam Parlimen pun bermaksud Parlimen ini termasuk Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan juga Dewan Rakyat.

Jadi Yang di-Pertuan Agong sebagai anggota unit dalam Parlimen mengatakan perlu berbahas, di manakah kedudukan Tuan Yang di-Pertua yang boleh mengatasi Yang di-Pertuan Agong? Tak hendak bahas dan ini bukan satu penderhakaan tetapi satu hendak cakap apa pun saya sudah tak tahulah.

[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua jadi Tuan Yang di-Pertua sebelum Parlimen ini menjadi satu sarkas jadi saya harap kita mestilah mematuhi Titah Yang di-Pertuan Agong dan juga mematuhi Perlembagaan oleh sebab Tuan Yang di-Pertua dan semua Ahli Parlimen telah mengangkat sumpah untuk mempertahankan dan juga menjunjung Perlembagaan okey.

final • 10:43 AM

[Dewan Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua

Okey, terima kasih. Sebelah sini.

final • 10:43 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kuala Krau.

final • 10:43 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sebelah sini Yang Berhormat Kuala Krau tadi.

final • 10:43 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Sini Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:43 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, Yang Berhormat Kuala Krau.

final • 10:43 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 10:48 AM

Tuan Yang di-Pertua

Waalaikumusalam.

final • 10:48 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya percaya Tuan Yang di-Pertua dan semua rakan saya yang bijaksana.

final • 10:48 AM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Ini backbench tidak ada ke, backbench .

final • 10:48 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Bahawa...

final • 10:48 AM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Backbench sudah tidur dah ini.

final • 10:48 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Bagi peluang pada saya. Tadi kita mendengar hujah-hujah yang begitu baik daripada...

final • 10:48 AM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Mana boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab dalam Parlimen.

final • 10:48 AM

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu - Batu Gajah

Kenapa dengar Yang Berhormat Menteri jawab.

final • 10:48 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Kita dengar la pula sebelah sini.

final • 10:48 AM

[Dewan riuh]

Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim

Kenapa Yang Berhormat Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab? Mana Yang Amat Berhormat Menteri? Mana Yang Amat Berhormat Menteri? Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab apa ini?

final • 10:48 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Dia Yang Berhormat Timbalan Menteri Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:48 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Saya beri laluan kepada Yang Berhormat Kuala Krau.

final • 10:48 AM

Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim

Sekarang bukan penggulungan dan tidak ada...

final • 10:48 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tanjung Malim...

final • 10:48 AM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Jawab atau hendak minta penjelasan.

final • 10:48 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

...... Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk tidak boleh menyuarakan pandangan [Mengangkat buku Peraturan Mesyuarat]

final • 10:48 AM

Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim

Convention Parlimen takkan tak tahu Yang Berhormat Kuala Krau.

final • 10:48 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya hendak.

final • 10:48 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Tanjong Malim, sudahlah.

final • 10:48 AM

Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim

Tuan Yang di-Pertua kena buat keputusan.

final • 10:48 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya hendak....

final • 10:48 AM

Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim

Tuan Yang di-Pertua kena buat keputusan boleh ke tidak boleh Kuala Krau cakap.

final • 10:48 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya sudah buat keputusan.

final • 10:48 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya hendak rujuk Yang Berhormat bahawa Buku Peraturan ini semuanya kita faham telah diluluskan oleh kita semua dan dia bersesuaian dengan Perkara 62(1) Perlembagaan Persekutuan.

Tuan-tuan dan rakan-rakan sidang Dewan Rakyat sekalian, bahawa sidang kali ini kita merujuk kepada Peraturan 11(3). Boleh tengok Peraturan 11(3).

final • 10:48 AM

Timbalan Menteri Dalam Negeri I - Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Bahawa pada masa Majlis dalam tangguhan jika Perdana Menteri memaklumkan kepada Tuan Yang di-Pertua iaitu bagi faedah orang ramai mustahak Majlis mengadakan mesyuarat dahulu daripada tarikh yang telah ditetapkan. Ini kuasa Perdana Menteri maka Tuan Yang di-Pertua hendaklah dengan serta-merta mengeluarkan pemberitahu...

final • 10:50 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, boleh saya tanya soalan?

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

...Bahawa berapa hari bulan boleh diadakan mesyuarat itu.

final • 10:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ini adalah sidang khas...

final • 10:50 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kenapa Timbalan Menteri ada...

final • 10:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Dia menjawab soalan atau...

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Bagi saya habiskan dahulu.

final • 10:50 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kenapa Yang Berhormat Perdana Menteri tidak membuat apa-apa selama enam bulan. Sekarang sahaja selepas nombor kematian kes-kes naik...

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Puchong.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat...

final • 10:50 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

...Baru sekarang, baru bila diberitahu oleh Yang di-Pertuan Agong, baru hendak buat. Kenapa selama ini diam-diam untuk enam bulan. This is what we are asking you.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya, Yang Berhormat...

final • 10:50 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ada banyak kematian...

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya nak jawab Yang Berhormat. Duduklah Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Puchong, tidak apa, kita dengar sekejap.

final • 10:50 AM

[Dewan riuh]

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Puchong.

Teruskan, teruskan.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kenapa Yang Berhormat sebelah sana takut? Dengarlah hujah saya, siapa mahu takut.

final • 10:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua. Saya hendak tahu dia menjawab untuk kerajaan atau sebagai Ahli Parlimen dia berucap?

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Kita bagi Yang Berhormat, ini ahli pembangkang yang bermasalah. Dengarlah dahulu.

final • 10:50 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya lah...

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Dengar, duduk. Peraturan Mesyuarat duduk, saya tidak benarkan.

final • 10:50 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Peruntukan itu ada...

final • 10:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Boleh saya dapat satu penjelasan?

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Peraturan Mesyuarat, duduk.

final • 10:50 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

You are part of the government. You should answer. Timbalan Menteri kan, jawablah soalan.

final • 10:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

By convention you tidak boleh bercakap.

Tidak boleh berucap.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Perdana Menteri hendaklah berurusan...

final • 10:50 AM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Perdana Menteri berucap dahulu.

Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sekejap.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

...Urusan-urusan mesyuarat hendaklah ditetapkan oleh Perdana Menteri.

final • 10:50 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

What are you talking?

final • 10:50 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di- Pertua.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ini Peraturan Mesyuarat...

final • 10:50 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kenapa tunggu sampai sekarang, kenapa tidak buat awal.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

...Peraturan Mesyuarat 11(3).

final • 10:50 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

...Sehingga 17,000.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

...Kena faham ini sidang khas.

final • 10:50 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ini Perdana Menteri gagal.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya tidak hendak sebut...

final • 10:50 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Perdana Menteri gagal.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat...

final • 10:50 AM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

[Bangun]

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Puchong, kita bagi peluang kepada Yang Berhormat Kuala Krau sebab beliau mempunyai lantai percakapan sekarang.

Selepas ini Yang Berhormat Kota Raja, tidak apa.

final • 10:50 AM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Yang Berhormat...

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Sahabat saya ini Yang Berhormat...

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sekejap, sekejap.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya belum habis lagi Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Duduklah, duduk.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya belum habis lagi.

Yang Berhormat tadi berucap, kita duduk diam dengar dengan...

final • 10:50 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Kita ada untuk hak bercakap.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya. Saya tidak benarkan.

Tunggu saya habis dahulu Yang Berhormat. Yang Berhormat sudah bercakap panjang lebar.

final • 10:50 AM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Saya nak bagi tahu, ini adalah sidang khas. Saya hendak tanya, adakah sebelum ini tidak pernah dilakukan sidang khas? Pernah Yang Berhormat. Beberapa kali kita mengadakan sidang khas dan sidang khas itu kita lakukan mengikut Peraturan Mesyuarat 11(3) Yang Berhormat.

Baca ini Yang Berhormat. Baca.

[Tepuk]

final • 10:50 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Kita tidak melanggar Perlembagaan. Ini melanggar Perlembagaan.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ada usul...

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey Yang Berhormat Kuala Krau.

final • 10:50 AM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Seminit, seminit.

final • 10:50 AM

Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan

Tuan Yang di-Pertua, saya berasa Yang Berhormat Kuala Krau ini memesongkan Dewan.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Point kedua, sila rujuk Peraturan Mesyuarat...

final • 10:50 AM

Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan

...Jika sidang khas dia mesti ada kerajaan bawa usul. Mana ada usul dalam sesi penerangan ini?

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

...14(1)(r). Begitulah Yang Berhormat.

final • 10:50 AM

Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan

Sebagai bekas Timbalan Yang di-Pertua,

final • 10:50 AM

Seorang Ahli

Sebab dia fahamlah dia bercakap.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Patutnya bekas Timbalan Speaker faham peraturan mesyuarat. Ini apa memalukan peraturan mesyuarat.

final • 10:50 AM

Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan

Tidak faham ini Yang Berhormat. Jika sesi sidang khas dia mesti kerajaan bawa usul.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Point yang kedua saya nak sebut kita mengadakan mesyuarat Sidang Khas mengikut Peraturan Mesyuarat 11(3).

Kita sudah sebut. Kedua, kita mengadakan mesyuarat mengikut Peraturan 14(1)(r).

final • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Kuala Krau.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Cuba lihat peraturan mesyuarat.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Kuala Krau, Yang Berhormat Kuala Selangor boleh mencelah?

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Cuba lihat.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Kuala Krau...

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Ya.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sekejap.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Urusan-urusan bagi setiap persidangan mesyuarat...

final • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Kuala Selangor hendak mencelah boleh?

final • 10:50 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di- Pertua...

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

...Hendaklah mengikut aturan seperti di bawah ini kecuali Majlis Mesyuarat menetapkan aturan ini iaitu lain. Kita sebut, 14(1)(i) penerangan daripada Menteri-menteri. Tidak salah kita mengadakan Persidangan Khas dan ada penerangan Menteri-menteri dan ini telah kita lakukan.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Kuala Krau, boleh tanya?

final • 10:50 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di- Pertua...

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Krau.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Boleh tanya?

final • 10:50 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Tuan Yang di- Pertua...

final • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Yang Berhormat Kuala Krau boleh tanya?

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah habis? Masa sudah habis.

final • 10:50 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Penjelasan.

final • 10:50 AM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Point terakhir. Peraturan Mesyuarat 100, kuasa Tuan Yang di-Pertua untuk menjelaskan, menentukan apa-apa peraturan yang tidak disebut dalam Peraturan Mesyuarat. Sebab itu Yang Berhormat Puchong kita boleh hadkan masa dan juga kita boleh hadkan bilangan yang hadir dalam satu-satu persidangan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih, last-last.

final • 10:50 AM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Last ya. Dalam hal peraturan mesyuarat kuasa sepenuhnya kepada Tuan Yang di-Pertua. Kalau Menteri-menteri hendak ambil bahagian, Tuan Yang di-Pertua harus buat fatwa dahulu dengan peraturan mesyuarat. Ini pernah berlaku pada zaman Tun Dr. Mahathir bin Mohamad menjadi Perdana Menteri ketika kita membahaskan undang-undang mengehadkan kuasa Raja.

Tuan Yang di-Pertua angkat dahulu peraturan mesyuarat baharulah Menteri semua boleh berbahas. Sekarang ini Menteri tidak boleh menjawab bagi pihak Tuan Yang di-Pertua.

Menteri datang dari mana, kita pun tidak tahulah ini.

[Tepuk] [Ketawa]

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya sudah dengar semua, biar saya pula bercakap.

Sudah sejam.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Point of Order Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Seminit, seminit, seminit.

final • 10:50 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Bangun]

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Seminit.

final • 10:50 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Saya hendak mendapatkan penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua. Berasaskan kepada kenyataan dari Istana Negara pada 29 Jun 2021 yang disebut paragraph keempat, ini bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan Darurat yang telah dikeluarkan dapat di bentang di Parlimen seperti yang termaktub dalam Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

Baik, jelas. Tuan Yang di-Pertua, faham undang-undang, faham Perlembagaan. Disebut dalam 150(3) Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal 2(b) hendaklah dibentang di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen dan jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkai Proklamasi atau Ordinan. Saya hendak minta penjelasan Tuan Yang di-Pertua. Macam mana keadaan hari ini...

final • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di- Pertua...

final • 10:50 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

...Tuan Yang di-Pertua hendak buat ketetapan terhadap Proklamasi dan juga Ordinan.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Itulah saya hendak jawab ini.

final • 10:50 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Baik, baik. Adakah dengan letak atas meja ini, satu ketetapan, satu pengungkaian, adakah begitu? Ini bermakna bahawa kalau kita biarkan keadaan ini berterusan, kita bersidang hari ini seolah-olah Parlimen mengisytiharkan peperangan terhadap Perlembagaan dan menyerang Tuanku Yang di- Pertuan Agong.

[Tepuk] Ini satu jenayah. Parlimen melakukan satu jenayah yang besar.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Cukuplah Yang Berhormat Pokok Sena. Point yang sama sebenarnya.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di- Pertua...

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Kuala Selangor, cukup, cukup. Saya hendak jawab ini. Sudah sejam saya dengar.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun atas standing order dibenarkan. Saya juga bangun bagi pihak kerajaan. Yang Berhormat Puchong, I’m acting for the government to reply to whatever....

final • 10:50 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ini bukan waktu soal jawab.

final • 10:50 AM

Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim

We are not asking the government, kita tidak tanya government.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Sebenarnya dijawab oleh Tuan Yang di- Pertua...

final • 10:50 AM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Semua ini Tuan Yang di-Pertua kena jawab. Kita tanya Tuan Yang di-Pertua.

final • 10:50 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat semua, sekejaplah. Yang Berhormat, Yang Berhormat. Sekarang ini kita bukan berbahas mengikut Aturan Urusan Mesyuarat lagi. Ini semua point of order. Jadi Menteri pun ada hak untuk memberi pemikiran mereka. Sekarang bukan urusan mesyuarat lagi ini.

final • 10:50 AM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, masalahnya sekarang dia kata dia hendak jawab. Dia hendak jawab

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sekarang bukan urusan mesyuarat lagi.

final • 10:50 AM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Dia bagi pihak kerajaan.

final • 10:50 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, saya sudah buat ruling. Yang Berhormat Menteri last ya, kemudian saya pula hendak bercakap.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akan ambil masa yang ringkas dan juga precise untuk isu yang dibangkitkan sahaja.

Pertama, terima kasih kepada Yang Berhormat Langkawi. Saya hendak jelaskan kepada Yang Berhormat Langkawi bahawa mesyuarat pada hari ini namanya adalah Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 (2021). Penggal Ketiga, tetapi diadakan dalam tahun 2021. Sebagaimana yang saya disebut oleh rakan-rakan di sebelah sana, dan juga rakan saya Yang Berhormat Kuala Krau tadi, peruntukan adalah jelas sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat Semporna.

final • 10:50 AM

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi

Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Standing order kita ini adalah boleh dianggap sebagai sebahagian daripada Perlembagaan kerana standing order dibuat berdasarkan Perkara 62 Fasal 1 Perlembagaan. This is part of Constitution.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal

Tuan Yang di-Pertua, standing order.

final • 10:50 AM

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi

Tuan Yang di-Pertua...

final • 10:50 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak hendak baca sekali lagi.

final • 10:50 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Yang Berhormat Menteri, standing order.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Sekali lagi, saya tidak bagi laluan.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Sekejap.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Biar saya explain dulu. I’ve yet to explain Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Ini standing order. Saya sudah...

final • 11:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Saya dasarkan kepada...

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sekejap.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Peraturan Mesyuarat 11(3) yang telah dibaca oleh rakan-rakan pembangkang dan juga pihak backbencher tadi, jelas menyatakan bahawa dalam konteks Parlimen Malaysia ada sidang biasa dan ada sidang khas. Saya boleh bagi contoh pada tahun 2009, sidang khas diadakan untuk membincangkan isu Pencerobohan Israel.

final • 11:00 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 11:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Satu...

final • 11:00 AM

[Dewan riuh]

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Akan tetapi kenapa tidak ada undi...

final • 11:00 AM

[Dewan riuh]

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 11:00 AM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Agong suruh bahas.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:00 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tidak ada undi.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Agong suruh bahas.

final • 11:00 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Mana usul?

final • 11:00 AM

[Dewan riuh]

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Ya, Agong.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Pernah diadakan pada tahun... [Dewan riuh]

final • 11:00 AM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Agong suruh bahas, tidak faham.

final • 11:00 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sudahlah, duduk, duduk.

final • 11:00 AM

Beberapa Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk, duduk. Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Puchong.

final • 11:00 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Ini bukan main-main, kenapa tidak ada undi? Itu yang kita tanya. Sesi ini okey, kenapa tidak ada undi?

final • 11:00 AM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Tidak ada bahas. Agong suruh bahas.

final • 11:00 AM

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Tidak boleh bahas, dia takut.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Agong suruh bahas.

final • 11:00 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Menteri apa ini?

final • 11:00 AM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:00 AM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Agong suruh bahas, bahas.

final • 11:00 AM

[Dewan riuh]

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Buat ketetapan.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Derhaka kepada Agong.

final • 11:00 AM

[Dewan riuh]

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kita hendak undi. Kenapa tidak boleh undi?

final • 11:00 AM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Standing orders cannot supersede Constitution. You understand or not? What kind of a lawyer you are?

final • 11:00 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Kenapa tidak boleh undi? Jawab soalan itu. Itu soalan dia. Kenapa tidak boleh undi?

final • 11:00 AM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Jangan main-main dengan Perlembagaan.

final • 11:00 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Kerajaan hendak perang dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kah?

final • 11:00 AM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Ya.

final • 11:00 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Kerajaan hendak memerangi Perlembagaan? Adakah ini bermakna kerajaan hendak memerangi, perang dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Ini satu jenayah.

final • 11:00 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Cukup, all right. Yang Berhormat semua, sudahlah, cukup-cukup, cukup. Biar saya berkata sesuatu pula ya sebab sudah sejam sudah.

Sudah sejam sudah kan.

final • 11:00 AM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Yang Berhormat Menteri, jangan pilih peraturan mesyuarat mana yang kena dengan diri sendiri.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:00 AM

Seorang Ahli

Yang Berhormat Kangar diamlah.

final • 11:00 AM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim

Bukan tahu apa Yang Berhormat Kangar.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Dengarlah dulu. Tadi kita dengar pembangkang. Rakyat pun melihat kita semua. Bagi kerajaan jawab. Kalau tidak bagi jawab macam mana hendak menjelaskan.

final • 11:00 AM

[Dewan riuh]

Beberapa Ahli

[Bangun] [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:00 AM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Kita minta Tuan Yang di-Pertua keluarkan fatwa, bukannya kerajaan jawab.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

I will come to that.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Sekarang standing orders.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

I will come to that.

final • 11:00 AM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:00 AM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Speaker tolong jawab.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Listen to me first.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Itu saja.

final • 11:00 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ini yang kita lakukan...

final • 11:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

You all nak behaving like this in court, not in Parliament you behave like this.

final • 11:00 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

This is not something new. Apa ini Menteri?

final • 11:00 AM

Seorang Ahli

Yang Berhormat, Yang Berhormat Semporna.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Okey. Now...

final • 11:00 AM

Seorang Ahli

Yang Berhormat Semporna pula.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

[Bangun]

final • 11:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Mengikut Peraturan Mesyuarat 11(3), yang memberi kuasa kepada Perdana Menteri untuk meminta Speaker memanggil sidang khas. Maka ini adalah surat daripada Perdana Menteri kepada Speaker yang mengatakan bahawa...

final • 11:00 AM

Beberapa Ahli

[Bangun]

final • 11:00 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, mana usul.

final • 11:00 AM

Seorang Ahli

Itu kita faham.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Rakyat telah memainkan – salah satunya.

Yang Berhormat Puchong, you listen at me. Salah satunya ialah membentangkan Proklamasi Darurat dan juga Ordinan Darurat di bawah satu...

final • 11:00 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Undian perbahasan mana?

Undian perbahasan. Undian perbahasan tidak ada! Apa punya peruntukan ini?

final • 11:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Yang keduanya adalah...

final • 11:00 AM

Beberapa Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey, okey.

final • 11:00 AM

[Dewan riuh]

Beberapa Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:00 AM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Kena ada perbahasan.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Agong suruh bahas, Yang Berhormat Menteri.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Biar saya cakap pula sekarang.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Surat Agong suruh bahas.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Biar saya cakap pula sekarang. Biar saya cakap pula sekarang. Yang Berhormat Semporna pula. Last, last.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di- Pertua, sebelum Tuan Yang di-Pertua cakap boleh saya tanya Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya hendak buat rule ini.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Boleh saya tanya Tuan Yang di-Pertua?

final • 11:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Tuan Yang di-Pertua, dari awal...

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya hendak buat sekarang...

final • 11:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Dengan izin, I confine...

final • 11:00 AM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Tuan Yang di- Pertua, apakah yang difahami oleh Tuan Yang di-Pertua, yang diminta dan dituntut, dititahkan oleh YDPA itu adalah sidang khas kah atau sidang...

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk dahulu, duduk, duduk semua. Saya hendak jawab sekarang.

final • 11:00 AM

Beberapa Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Present my case…

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Bertanya kepada Tuan Yang di-Pertua....

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ini saya hendak jawab.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

...Bukan jawapan daripada kerajaan.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Faham, faham.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

[Bangun]

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya hendak jawab ini. Saya hendak jawab, saya hendak jawab.

final • 11:00 AM

Beberapa Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Dalam Perlembagaan 62.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

The government of the day cannot dictate the proceedings of Parliament.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

That was 62.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Who dictate, who dictate? We follow the procedure.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Yang kita hendak, saya tahu ada kuasa...

final • 11:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Follow the procedure.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Agenda, you can set the agenda, yes. I agree. Agenda can be set by the government...

final • 11:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

You are senior. Senior and please read this.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

But the law, declaration…

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Ya.

final • 11:00 AM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Must be debated.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, boleh saya jawab sekarang?

final • 11:00 AM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Semporna boleh saya jawab sekarang? Saya jawab sekarang. Saya hendak jawab sekarang ini.

Okey. saya telah mendengar beberapa point of order yang dibangkitkan oleh ramai Ahli Yang Berhormat. Yang Berhormat Semporna, Yang Berhormat Langkawi, Yang Berhormat Puchong, Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat Selayang dan Yang Berhormat Bukit Gelugor tadi yang panggil saya lapdog tadi.

final • 11:00 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Pokok Sena.

final • 11:00 AM

Seorang Ahli

[Berucap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sebenarnya terdapat beberapa isu yang diulang- ulangkan lah ya. Semuanya isu yang sama. Pertamanya, sama ada mengenai mesyuarat yang kita adakan ini kerana apakah itu mengikut Perlembagaan dan standing order, okey.

Perlu saya jelaskan bahawa mesyuarat ini mengikut Standing Order 11(3). Pertuturan Mesyuarat 11(3) ialah mengenai apa yang kita ketahui ataupun apa yang kita namakan sebagai Mesyuarat Khas ya. Mesyuarat Khas ini berlaku apabila Parlimen berada di dalam tangguhan. Parlimen kita ini sebenarnya Penggal Ketiga berada di dalam tangguhan sekarang ini ya. Kita belum prorogue Penggal Ketiga. Jadi kita masih di dalam, technically kita masih di dalam Penggal Ketiga yang ditangguhkan.

So, hari itu telah diedarkan takwim mengenai Penggal Keempat yang akan bermula insya-Allah 6 September.

Jadi selalunya amalan kita sebelum kita mulakan penggal baharu itu maka penggal yang sekarang ini akan di prorogue selama seminggu sebelumnya ya. Jadi sekarang oleh kerana belum di prorogued maka technically kita masih dalam Penggal Ketiga yang tertangguh. Jadi oleh itu 11(3) sememangnya terpakai kerana kita masih di dalam penggal yang tertangguh.

Mengenai sidang khas ini juga, 11(3) dia punya prosedur ialah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ya, bukan Ketua Majlis. Dalam peraturan-peraturan lain dia rujuk kepada Ketua Majlis. Akan tetapi 11(3 ) ini dia khas, dia very special. Dia spesifik, Perdana Menteri. So, dikatakan bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan memberi pemakluman kepada saya sebagai Tuan Yang di-Pertua bahawa di dalam pendapat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, untuk kepentingan awam atau masyarakat adalah penting atau adalah mustahak kita adakan satu sidang. Walaupun tarikh mesyuarat yang akan datang itu belum sampai, perlu diadakan satu sidang.

Pemakluman tersebut telah pun diberi kepada saya oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan yang paling pentingnya ialah 11(3) ini dia kata urusan Mesyuarat Khas itu ditetapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, itu prerogative beliau atau di dalam bahasa Inggerisnya, the business shall be appointed, bukan fixed. Bahasa yang digunakan adalah shall be appointed by the Prime Minister. Very specific ya. Jadi sidang khas ini adalah prerogatif, pertamanya prerogatif Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, nombor satu.

Keduanya, urusan sidang khas ini shall be appointed, mesti ditetapkan oleh Perdana Menteri. Bukan ditetapkan oleh saya, bukan ditetapkan oleh Yang Berhormat Menteri lain atau ditetapkan oleh siapa saja.

final • 11:00 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

[Bangun]

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ia mesti ditetapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri

final • 11:00 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua?

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sekejap, sekejap.

final • 11:00 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Boleh saya tanya berkenaan isu ini?

final • 11:00 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Duduklah, duduk.

final • 11:00 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Berkenaan isu ini.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat minta saya beri pendapat dan ruling. Ini ruling saya.

final • 11:00 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Ya, on this issue.

final • 11:00 AM

[Dewan riuh]

Beberapa Ahli

Duduklah.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk, duduk. Tunggulah.

final • 11:00 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Saya just hendak tanya berkenaan dengan isu ini.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Bagi lah saya peluang.

final • 11:00 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Apa yang Tuan Yang di-Pertua katakan tadi.

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat sudah tanya saya. Ini jawapan saya.

final • 11:00 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Saya katakan sama ada...

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak habis perkara, Yang Berhormat...

final • 11:00 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Peraturan 11(3) itu mengatasi Constitution.

final • 11:00 AM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tidak payah layanlah.

final • 11:00 AM

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Adakah 11(3) itu mengatasi, supersede the Constitution, under… [Tidak jelas]

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sekejap, you dengar dulu.

final • 11:00 AM

[Dewan riuh]

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh - Bukit Gelugor

Adakah yes or no?

final • 11:00 AM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk, duduk tolong. Beri peluang pada saya buat ruling ya, tolong, okey. Mengikut amalan – mengikut ramalan..

[Disampuk]

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa you sudah menyelewengkan Dewan lah.

final • 11:10 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Ya Allah.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

You mislead the house. [Dewan riuh] Di atas penjelasan itu saya rasa Tuan Yang di-Pertua telah menyelewengkan Dewan.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Kenapa saya menyelewengkan Dewan pula?

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Hal ini sebab ...

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya baca 11(3).

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Surat pertama yang sudah dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, menitahkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri buka Parlimen.

final • 11:10 AM

Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh

Duduklah.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

You mislead the house.

final • 11:10 AM

Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh

Duduk, duduk.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

I’m coming to that, sabar.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

I think you mislead the house, please.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Jangan tuduh. Tolong jangan tuduh saya mislead the house.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

You mislead the house.

final • 11:10 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Bagi Tuan Yang di-Pertua cakap dulu.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Dekat mana yang saya mislead the house, 11 (3) saya baca tadi.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Ya, tetapi surat Yang di-Pertuan Agong itu dalam kajian Sains Politik, Parlimen ini adalah tiga bahagian Yang Dipertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Ya?

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Yang di-Pertuan Agong menitahkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya buka Parlimen membahaskan segala ini.

final • 11:10 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ini hendak buka Parlimen ini.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Buka apa?

final • 11:10 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Sekarang sudah buka Parlimen.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Buka kelas tadika?

final • 11:10 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Ha lah.

final • 11:10 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Dengar duduk. Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Pulai, bagi saya jawab. Amalan sidang khas juga memang terdapat The House of Commons UK, di mana kita pun kadang-kadang mengikut konvensyen mereka. Di UK pun mengikut Standing Order, nombor 13, Sidang Khas boleh dipanggil oleh kerajaan.

Di sana oleh kerajaan bukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tetapi oleh kerajaan.

Position nya sama seperti kita, apabila kita ada sidang khas di sini dan juga House of Commons mengadakan sidang khasnya dan saya petik dalam bahasa asal ya, ‘’The business on the day of recall is appointed by the government’’ Serupa di sini appointed by the Prime Minister, di House of Commons ia *appointed by the government.

They say continue,* dengan izin bahasa asalnya.

‘’The business on the day of recall as appointed by the government and any government order of the day or notice and motion standing on the order both may also appear on the order paper’’ Government order sahaja, government motion sahaja yang boleh semasa sidang khas itu. Macam kita jugalah sendiri, it’s the same.

final • 11:10 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tunggulah saya..

final • 11:10 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

11(3), 11(3).

final • 11:10 AM

Tuan Su Keong Siong - Kampar

Rakyat di luar tidak hendak tahu hak kerajaan untuk adakan sidang khas. Mereka hendak kami bahas Ordinan Darurat ini.

final • 11:10 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Kalau perutusan dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, biar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberikan jawapan kenapa sedemikian, kenapa tidak ada undi dan sebagainya.

final • 11:10 AM

Tuan Su Keong Siong - Kampar

That is very clear. [Pembesar suara dimatikan]

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Apa yang menjerit-jerit ini? Saya belum selesai lagi cakap ini. Boleh dengar tidak saya cakap? Kamu bawa Peraturan Mesyuarat tetapi kamu sendiri tidak ikut Peraturan Mesyuarat.

[Tepuk] Peraturan Mesyuarat kata bila saya bercakap Yang Berhormat diam. Jangan ikut peraturan kamu apabila peraturan itu menyebelahi Yang Berhormat.

[Tepuk] It applies across the board.

final • 11:10 AM

Tuan Su Keong Siong - Kampar

Yes it applies across the board ....[pembesar suara dimatikan]

final • 11:10 AM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Marah kerajaan kah pembangkang.

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk. Oleh kerana tidak ada Yang Berhormat hendak dengar apa yang saya cakap, saya cuma hendak kata satu sahaja. Saya tidak bersetuju dengan semua Yang Berhormat cakap tadi. Kita teruskan dengan Aturan Mesyuarat sekarang.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Kami pun tidak bersetuju apa yang Tuan Yang di-Pertua cakap.

final • 11:10 AM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

[Bangun] Kami tidak bersetuju dengan Yang Berhormat.

final • 11:10 AM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

[Bangun]

final • 11:10 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tolong diam sekejap Yang Berhormat. Yang Berhormat Ketua Pembangkang.

final • 11:10 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, saya juga dengar dengan teliti, tidak mencelah atau tidak mengganggu apa yang cuba dijelaskan oleh Tuan Yang di-Pertua. Saya rujuk kepada usul yang saya kemukakan pada 12 Julai yang lalu dan yang ditolak oleh Tuan Yang di-Pertua. Saya faham tentang peruntukan yang disebut 11(3) yang disebut juga oleh Yang Berhormat Menteri dan ini bukan perkara yang baharu betul.

Akan tetapi 11(3) itu lebih merujuk kepada perkara-perkara yang spesifik dan khusus. Tidak national policy, tidak macam seperti mana kita hendak bincang hari ini.

Soal COVID-19, kesihatan, ekonomi dan kewangan. Ini untuk menyalahgunakan beberapa isu teknikal dan mengetepikan isu pokok. Ini kalau untuk falsafah ia kata, good for the particular, ignore the general principal. Ini yang dilakukan oleh kerajaan sekarang dan diperakui pula oleh Tuan Yang di-Pertua. Memang 11(3) kita tahu ada rekodnya, Kertas Putih dan tarikh-tarikh yang dibincangkan, tajuk-tajuk yang khusus dan kita tidak mempertikaikan soal kuasa dalam peraturan dan bagi semangat Peraturan Mesyuarat Dewan ini, di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada kuasa di bawah 11(3).

Hal yang kita bawa dan kemudian disusuli oleh Yang Berhormat Beruas ialah semangat Perlembagaan 150(3). Saya tidak mahu Tuan Yang di-Pertua nanti kata, ‘’Saya tidak setuju semua’’, seperti mana sebentar tadi. Jawapan Tuan Yang di-Pertua itu satu teknikal lah saya tidak cukup tarikh, Menteri bagi maklumat mesyuarat, tarikh diberikan bukan notis daripada Parlimen, saya akui. Kalau saya buat kemudian Tuan Yang di-Pertua nanti kata tidak cukup tarikh, tidak cukup jadual waktu.

Saya bagi dua minggu, you kata notis tidak ada. Ini technicalities sengaja untuk memadamkan prinsip yang kita hendak bawa. Prinsip itu prinsip Perlembagaan 150(3) [Tepuk] dan ini pula terpakai dan ini diulas oleh ramai orang. Kita dalam krisis politik, ekonomi dan Perlembagaan Tuan Yang di-Pertua. Jarang sekali dalam sejarah negara kita merdeka, Raja-raja Melayu, Baginda Yang di-Pertuan Agong terpaksa mengeluarkan kenyataan yang begitu tegas.

Ya, tiga kali. Melainkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh bangun mengatakan Yang di-Pertuan Agong tidak faham undang-undang dan Perlembagaan.

Yang di-Pertuan Agong memberi yang khusus minta diadakan segera sidang. Bahas, bahas maknanya sesi Parlimen biasa bukan 11(3).

[Tepuk] Titah itu kalau ikut, kalau melanggar prinsip Perlembagaan katalah kita memberi andaian Tuanku bertitah yang melanggar prinsip Perlembagaan, tidak memenuhi hasrat dan aspirasi rakyat. Ada ruang untuk kita kemukakan balik kepada Yang di-Pertuan Agong meminta tafsiran yang benar.

Akan tetapi kes ini Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu mengambil kira aspirasi rakyat, kegelisahan rakyat, penderitaan rakyat dan semangat Perlembagaan mengikut prinsip Raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen dan kemudian memberikan nasihat yang jelas, titah yang jelas. Kalau ingkar namanya derhaka. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri agak berani kerana dalam konteks ini derhaka kepada Titah Tuanku Agong dan saya tidak mahu Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat sama terpalit dengan penderhakaan ini.

[Tepuk] Oleh sebab itu, dengan mengambil kira semangat arahan kerana Tuan Yang di- Pertua, memang kami semua menghadap dan memang tanpa apa-apa tindakan dan suara atau kenyataan Yang di-Pertuan Agong, istana juga terpalit. Dianggap seolah-olah tidak mengambil tahu, tidak mempedulikan suara rakyat. Dalam hal ini, istana mengambil keputusan untuk menyuarakan pandangan mengikut Perlembagaan, bidang kuasa Raja berperlembagaan dan aspirasi rakyat.

Hal yang kita bincangkan apa? Pelan yang disebut oleh Yang Berhormat Langkawi. Pelan ini beberapa kali pelan sudah ekonomi tidak meningkat, mati bertambah, jumlah positif juga sudah 17,000 orang. Kemudian kita bincang fasal COVID- 19, vaksin, kelewatan keluar vaksin, sedikit kejayaan sekarang tetapi jauh daripada unjuran yang kita ingin capai, kesihatan dan kewangan.

Bagaimana hal ini boleh dibawa di bawah 11(3)? Tuan Yang di-Pertua buat memang satu keputusan baharu, luar biasa sebab kalau kita tengok pengalaman- pengalaman lalu memang tidak ada. Bila dibentangkan 11(3), dibentangkan dan ada pandangan sedikit dan tidak ada perbahasan.

final • 11:14 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Jadi, istilah ini Tuan Yang di-Pertua beri sedikit kelonggaran. Boleh Menteri sampaikan kemudian ada perbahasan, kemudian government menjawab tetapi tidak ada undi.

Hendak belanja berpuluh bilion tetapi tidak payah mengundi. Hendak tanya fasal COVID-19, keputusan setuju atau tidak setuju, tidak ada undi. Lebih kritikal Ordinan Darurat yang sepatutnya tamat pada 1 Ogos 2021 dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan sehingga hari ini belum memberi perakuan bahawa darurat akan tamat pada 1 Ogos [Tepuk] . Tuan Yang di-Pertua, mengambil kira satu perkara yang lain, yang saya suarakan ini soal darurat, soal perbahasan dan sidang Parlimen biasa, bukan sahaja daripada saya dan Ketua-ketua Pembangkang yang lain iaitu DAP, Amanah, Pejuang , Warisan, MUDA. Saya teliti kenyataan Presiden UMNO sendiri yang minta bahas dan minta terkam soal darurat

final • 11:20 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

. Maknanya, ia tidak lagi suara kecil, ia suara majoriti rakyat dan Tuan Yang di-Pertua hendak berlindung di bawah Peraturan Mesyuarat dan mengetepikan semangat Perlembagaan. Dalam konteks krisis seperti ini Tuan Yang di-Pertua, adalah keberanian moral, tenacity dan courage of conviction to go by the spirit of the Constitution to save this country from this crisis [Tepuk] . Jangan kita dalam keadaan at the state of the denial. Semua okey, tidak mengapa. Cari berlindung di bawah peraturan-peraturan kecil menyelamatkan diri. Ini bukan hendak selamatkan orang, ini selamatkan negara dan rakyat. Saya tidak perlu tegaskan semula berapa ramai orang-orang derita, mati, sakit, susah, bunuh diri, hospital tidak boleh muat – Ya betul, termasuk Selangor kerana prestasi Menteri Besar dahulu karut, sebab itu Selangor ada problem itu sekarang. Wang habis...

final • 11:20 AM

Dato’ Haji Mohd Fasiah bin Mohd Fakeh - Sabak Bernam

Ini berlaku Menteri Besar sekarang. Ini berlaku Menteri Besar sekarang.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri sebut kerajaan tempatan tidak ada kuasa. Saya kalau tidak salah Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri sebut melainkan dia nafikan sekarang bahawa apabila ada darurat, MKN dan keputusan kerajaan mengatasi. Sekarang hendak berdalih dan mengatakan tak ia Selangor kerana kerajaan tempatan. Ya kalau begitu, apakah cadangan kerajaan supaya Selangor melanggar pengisytiharan darurat? Saya hendak penjelasan daripada Timbalan Perdana Menteri.

Mahukah dia meminta Kerajaan Selangor sekarang mengambil tindakan melanggar Perintah Darurat yang beliau umumkan selaku Timbalan Perdana Menteri?

final • 11:20 AM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Sabah tidak dibenarkan...

final • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri jangan tutup pintu belakang.

final • 11:20 AM

Tuan Yang di-Pertua

Seminit.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Tuan Yang di-Pertua, saya rumuskan. Bahawa yang penting kita ambil...

final • 11:20 AM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Ya lah, MITI yang panas.

final • 11:20 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

...Yang berani membetulkan keputusan yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua dan minta supaya keputusan kita mestilah berdasarkan Perkara 150 (3) seperti mana yang saya usulkan dalam usul saya dan juga empat usul yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Beruas, terima kasih.

final • 11:20 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk membahaskan tentang empat usul ataupun kemukakan empat usul berkenaan dengan empat usul yang telah saya kemukakan kepada Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, saya setuju bahawa memandangkan Parlimen belum diprorog atau diberhentikan untuk sesi ketiga. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk memanggil sidang khas. Akan tetapi, Aturan Mesyuarat yang telah ditetapkan oleh beliau tidak menunjukkan peranan yang hendak dimainkan oleh Dewan Rakyat dan Parlimen.

Ini sebab Parlimen merupakan tempat badan tertinggi the highest body on the land dalam negara kita untuk membuat keputusan. Undang-undang dibuat oleh kita semua di sini dan apa yang telah dicadangkan ini bagi saya macam sembang-sembang kopitiam. Kita bincang tetapi tidak ada keputusan. Itu bukan peranan Parlimen. Setiap Persidangan Parlimen, wang rakyat berjuta-juta ringgit kita gunakan. Janganlah kita datang menjadikan Parlimen satu bicara kopitiam. Oleh yang demikian, saya telah membuat empat usul dan Tuan Yang di-Pertua, dalam apa-apa persidangan pun mana- mana Ahli Dewan Rakyat boleh membuat usul. Ini satu amalan ataupun satu hak yang memang ada pada setiap persidangan. Jadi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh menetapkan aturannya tetapi Ahli-ahli Dewan Rakyat mempunyai hak untuk membuat usul-usul yang perlu.

Tuan Yang di-Pertua, niat saya untuk membuat usul-usul ini – skop dan perbincangannya juga merangkumi semua yang pihak kerajaan hendak bentangkan dalam Dewan ini. Empat usul ini iaitu usul pertama ialah berkenaan dengan pengisytiharan darurat. Usul kedua berkenaan Ordinan Darurat 2021 dan usul ketiga adalah berkenaan dengan Ordinan Darurat (No. 2) 2021 dan usul keempat adalah berkenaan dengan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit)

(Pindaan) 2021.

Jadi, skop ini memang sangat luas dan merangkumi semua yang hendak kerajaan bincangkan. Saya hendak usulkan ini semua agar selepas perbincangan kita membuat keputusan, sama ada undang-undang darurat ini mesti atau tidak dibatalkan atau diberhentikan.

Tuan Yang di-Pertua, usul saya yang pertama – keempat-empat usul saya telah saya failkan pada 19 hari bulan...

final • 11:25 PM

Tuan Yang di-Pertua

Pendekkanlah, pendekkan.

final • 11:25 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:25 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

...Usul pertama saya ialah bahawa Deklarasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang Dipertuan Agong pada 11 Januari 2021...

final • 11:25 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Apakah kita boleh benarkan orang...

final • 11:25 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

...Ditamatkan menurut Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

final • 11:25 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Beruas...

final • 11:25 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:25 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Beruas, tidak payah bacalah.

final • 11:25 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:25 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Okey, Tuan Yang di-Pertua, selepas usul-usul ini telah dibuat, Tuan Yang di-Pertua telah menolak usul-usul saya...

final • 11:25 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, sampai giliran dia baca usul. Kami menunggu ini, saya juga wakil rakyat...

final • 11:25 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Bukan, bukan...

final • 11:25 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Tuan Yang di- Pertua...

final • 11:25 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Bukan, saya...

final • 11:25 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua menetapkan masa yang begitu lama kepada – semua orang bagi penjelasan yang sama. Sekarang ini kita dengar.

final • 11:25 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Isu saya sekarang adalah tentang rayuan saya pagi ini.

final • 11:25 PM

Tuan Yang di-Pertua

Seminit.

final • 11:25 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya juga bagi usul, hendak tunggu berapa lama?

final • 11:25 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Terus kepada...

final • 11:25 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Rakyat sedang menunggu untuk dengar perbahasan daripada kita.

final • 11:25 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua, ini floor saya. Saya akan habiskan dalam satu minit.

final • 11:25 PM

Tuan Yang di-Pertua

Seminit, seminit.

final • 11:25 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Lima minit, okey.

final • 11:25 PM

Tuan Yang di-Pertua

Lima minit sudah banyak.

final • 11:25 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua, usul-usul ini dibawa kerana ini satu hak yang diberikan oleh Perlembagaan kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk membuat keputusan tentang undang-undang darurat.

Jadi hak ini, tidak boleh diambil ataupun dibatalkan oleh siapa-siapa pun termasuk Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:25 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 11:25 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Tuan Yang di-Pertua telah menolak keempat-empat usul-usul ini atas tiga alasan. Dengan hormatnya, saya tidak setuju dengan ketiga-tiga alasan itu.

final • 11:25 PM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Di bawah peraturan – saya tidak perlu baca lah satu per satu. Tiga alasan yang telah diberikan oleh Tuan Yang di-Pertua ialah bahawa sidang khas bermula 15 Julai 2021 adalah menurut Peraturan Mesyuarat 11(3) dan urusan telah ditetapkan seperti perenggan empat, pemberitahuan sidang khas tersebut. Perenggan empat memberitahu sidang khas menyatakan Proklamasi Darurat bertarikh 11 Januari 2021 akan dibentangkan menurut Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

Memandangkan perkara Proklamasi Darurat ini adalah sebahagian daripada urusan sidang khas ini maka dengan hormatnya saya menyatakan usul yang dibawa oleh saya berkenaan dengan Proklamasi Darurat itu adalah teratur.

Nombor dua, alasan yang diberikan oleh Tuan Yang di-Pertua menolak usul saya bahawa saya tidak menyatakan secara jelas peruntukan spesifik di bawah Peraturan-peraturan Mesyuarat yang mana usul saya dibawa. Jawapan saya ialah ini adalah tidak benar kerana saya telah dengan jelas menyatakan usul saya di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3), Peraturan Mesyuarat 90 dan Peraturan Mesyuarat 26(1)(m) dibaca bersama.

Alasan ketiga bahawa usul saya tidak teratur menurut Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Jawapan saya ialah ini tidak betul kerana di bawah Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan semasa satu proklamasi darurat dibentangkan di Dewan Rakyat, Dewan Rakyat boleh membuat resolusi untuk membatalkan proklamasi darurat tersebut. Cara Majlis Dewan Rakyat membuat sesuatu resolusi adalah melalui sesuatu usul yang dibawa oleh ahlinya.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya faham dan tahu bahawa apa-apa keputusan yang Tuan Yang di-Pertua buat tidak boleh dipertimbangkan semula melainkan dengan satu usul substantive yang dibawa oleh Ahli Dewan. Tuan Yang di-Pertua, di bawah Peraturan Mesyuarat 43, the decision is final - Subject to an appeal to this House dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, ini satu hak rayuan yang Tuan Yang di-Pertua tiada kuasa untuk menghalang. Seperti di Mahkamah Tinggi, kalau kita di Mahkamah Tinggi telah buat satu keputusan, undang-undang kata ada satu hak ...

final • 11:30 AM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Seminit.

final • 11:30 AM

Dato’ Ngeh Koo Ham - Beruas

Untuk merayu kepada Mahkamah Rayuan.

Hakim Mahkamah Tinggi tidak ada kuasa untuk menghalang rayuan itu dibuat. Oleh yang demikian, satu-satunya cara atau hak Ahli Yang Berhormat di sini, kalau tidak bersetuju dengan keputusan Tuan Yang di-Pertua ialah untuk membawa usul untuk dibuat ketetapan atau keputusan muktamad oleh Dewan yang mulia ini. Sebab itu pagi ini saya telah memfailkan empat rayuan atau usul untuk membatalkan keputusan Tuan Yang di- Pertua dan supaya usul saya dapat dibentangkan di Dewan yang mulia ini. Usul saya ini bukan hanya membatalkan Ordinan-ordinan Darurat. Saya mohon Ordinan-ordinan Darurat ini dibawa sebagai rang undang-undang biasa untuk dipertimbangkan oleh Dewan yang mulia ini. Sama ada untuk menerimanya secara keseluruhan, sebahagiannya dipinda atau ditolak. Itulah harapan saya. Dewan yang mulia ini diberikan kuasa untuk menetapkan undang-undang yang baik untuk negara kita. Bukan dibuat oleh seorang dalam keadaan darurat.

Jadi, saya hendak dapat satu jaminan daripada Tuan Yang di-Pertua bahawa hak saya rakyat ini akan dihormati dan Tuan Yang di-Pertua akan membenarkan rayuan saya ini dibentangkan dalam aturan mesyuarat kali ini. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Tuan Yang di-Pertua, Sungai Buloh.

final • 11:30 AM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Saya ada tiga perkara sahaja.

Respons kepada yang saya hormati Yang Berhormat Ketua Pembangkang untuk memandu perjalanan mesyuarat ini. Baik, isu mengenai Titah Yang di-Pertuan Agong.

Saya ingin menunjukkan di sini secara bertulis bahawa pemberitahu daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kepada Tuan Yang di-Pertua yang berbunyi. Izinkan saya baca. “Dengan hormatnya, saya ingin memaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan untuk kerajaan memanggil Mesyuarat Khas Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 bagi Dewan Rakyat yang bersidang pada 26 Julai sehingga 2 Ogos 2021”. Dokumen speak louder than words. Ini adalah ...

final • 11:30 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Faham tidak?

final • 11:30 AM

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

Yang kedua, Tuan Yang di- Pertua, saya ingin mengesahkan pada hari ini di dalam Dewan ini – saya tertakluk kepada kalau saya bercakap tidak benar, bahawa Kerajaan Persekutuan memutuskan tidak akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat baharu apabila tamat 1 Ogos 2021.

[Tepuk] Yang ketiga, yang terakhir. Please listen to me. Kerajaan telah buat keputusan berdasarkan kepada Perkara 150(3) untuk membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dibuat semasa Proklamasi Darurat ini. Oleh sebab telah di revoked, maka isu ungkai ataupun annulment sudah tidak lagi relevan....

final • 11:30 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Takiyuddin bin Hassan - Kota Bharu

. Terima kasih.

final • 11:30 AM

Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli - Lumut

Ya, kita sudah berjaya.

final • 11:30 AM

Yang Berhormat Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Kenapa tidak diberitahu lebih awal?

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Okey Tuan Setiausaha sila teruskan dengan urusan Majlis. Saya pun satu jam setengah lebih sepatutnya satu jam sahaja. Silakan.

final • 11:30 AM
PENERANGAN DARIPADA YAB. PERDANA MENTERI DI BAWAH P.M. 14(1)(i)
PELAN PEMULIHAN NEGARA

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Point of order. Tuan Yang di-Pertua, point of order.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan memberi penerangan berkenaan Pelan Pemulihan Negara. Silakan.

final • 11:30 AM

Yang Berhormat Tuan Sivarasa Rasiah - Sungai Buloh

Peraturan Mesyuarat 14...

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah cukup, sudah cukup.

final • 11:30 AM

Perdana Menteri - Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tuan Yang di- Pertua, saya dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T. dan selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, saya dengan penuh takzim berdiri di Dewan yang mulia ini menurut Peraturan Mesyuarat 11(3) untuk menerangkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara atau PPN.

final • 11:30 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Point of order, Tuan Yang di-Pertua. ..... dan juga ke atas apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Menteri undang-undang tadi.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Cukuplah. Duduk, duduk.

final • 11:30 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Tidak boleh, tidak boleh. Ini point of order. Ini penting. Saya minta sekejap. Saya minta habiskan hujah secara elok. Saya minta Perdana Menteri berikan masa sedikit.

final • 11:30 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin

Pelan ini mengguna pakai pendekatan whole of nation bertujuan untuk menggembleng kerjasama seluruh anggota masyarakat dan kerajaan dalam mengatur strategi peralihan keluar daripada krisis berkembar kesihatan dan ekonomi yang sedang kita hadapi pada hari ini.

final • 11:30 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Point of order, Tuan Yang di-Pertua.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk lah.

final • 11:30 AM

[Dewan riuh]

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin

Sebelum saya memulakan penerangan, saya mewakili kerajaan dan seluruh Ahli Parlimen dengan perasaan sedih dan hiba ingin menyampaikan salam takziah kepada semua ahli keluarga mangsa COVID-19 yang telah diuji dengan kehilangan insan-insan tersayang.

final • 11:30 AM

[Dewan riuh]

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk kita semua bertafakur seketika dan membaca surah Al-Fatihah bagi mengingati mangsa-mangsa yang telah meninggal dunia. Al-Fatihah.

final • 11:30 AM

Tuan Yang di-Pertua

Masa point of order sudah habis.

final • 11:30 AM

[Dewan riuh]

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Mana ada masa point of order.

final • 11:30 AM

[Dewan riuh]

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

[Ahli-ahli membaca Al-Fatihah dan bertafakur]

final • 11:30 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan semua Ahli Dewan yang mulia.

final • 11:30 AM

[Dewan riuh]

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, point of order boleh dibangkitkan bila-bila masa dalam mesyuarat.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Mana boleh tolak point of order.

final • 11:40 AM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Masa untuk point of order.

final • 11:40 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Just one point.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

One point only.

final • 11:40 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin

Tuan yang di-Pertua, dan semua Ahli Dewan yang mulia.

final • 11:40 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua…

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, kena baca al-Fatihah kah?

final • 11:40 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Tak boleh tolak permintaan point of order.

final • 11:40 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Just a short point.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Tidak boleh tolak permintaan point of order.

final • 11:40 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Just a short point.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Saya sudah dengar, sudah sejam 40 saat.

final • 11:40 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Just 20 seconds, 20 saat.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

...Daripada pihak kami. Saya tanya dengan elok- elok. Itu sahaja.

final • 11:40 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ini penting. Just 20 seconds,

final • 11:40 AM

Seorang Ahli

Duduklah, semua penting.

final • 11:40 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Just 20 seconds. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi saya laluan. Ini Peraturan Mesyuarat 14.

final • 11:40 AM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 11:40 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yes. Peraturan mesyuarat Tuan Yang di- Pertua, Peraturan Mesyuarat 14. Tuan Yang di-Pertua, saya baru dengar Menteri mengatakan bahawa kerajaan telah pun membuat keputusan bahawa mereka tidak akan teruskan dengan Ordinan Darurat. Itu satu.

Nombor dua, saya juga dengar bahawa kerajaan telah pun buat keputusan supaya ordinan itu tidak akan dilanjutkan untuk enam bulan. Itu apa yang saya dengar.

Tuan Yang di-Pertua, Artikel 150(3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa keputusan untuk lanjutkan atau pun tidak, satu keputusan yang perlu dibuat oleh Dewan..*.

[Tepuk]* Ini cukup jelas.

final • 11:40 AM

Seorang Ahli

Tidak betul, tidak betul.

final • 11:40 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yes, it’s there. Izinkan saya baca Tuan Yang di-Pertua. Saya baca, “A Proclamation of Emergency and any ordinance promulgated under Clause (2B) shall be laid before both Houses…” Tuan Yang di-Pertua

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Unless revoked earlier.

final • 11:40 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ya, ya. “…and shall cease to have effect if resolutions are passed by both Houses.”

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Unless revoked earlier. Yang Berhormat, unless revoked earlier.

final • 11:40 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

That’s why. When they do revoke, it has to be individual revoke...

final • 11:40 AM

[Dewan riuh]

Seorang Ahli

Tuan Yang di-Pertua, minta diteruskan ucapan.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, tidak apa lah. Kita jangan argue. Artikel 150(3) kata...

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Rakyat hendak dengar Perdana Menteri.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Unless revoked earlier. It can be announced by both Houses.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Rugi. Kami nak dengar... [Dewan riuh]

final • 11:40 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Mana usulnya?

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Sila Yang Berhormat...

final • 11:40 AM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa ini cukup jelas...

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Cukuplah, cukup.

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Datang ini hendak buat apa? Apa nawaitu sebenarnya ini...?

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

The procedure of revocation, ada proses revocation...

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Nawaitu ini apa?

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Apa yang diberi itu, Menteri beri penjelasan.

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Sikit tidak ada bincang pasal COVID.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Betul, saya terima. Saya tidak pertikai tetapi ada prosesnya...

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak apa lah, kita...

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Sudahlah, cukuplah tu.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

For the House.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat...

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

You have to do it…

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat...

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Cukuplah, cukup, cukup.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Not under 11(3) ...

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Half day already gone.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Hari Isnin kita bercakap pasal darurat. Hari ini Yang Amat Berhormat telah menunggu lama.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Dia kena sebut tarikh. Tidak boleh...

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Sudahlah.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Selagi tidak dibatalkan. Dewan Rakyat yang akan batalkan.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Bagan, cukuplah cukup.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Satu lagi perkara yang kita hendak tahu...

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Bagan, duduklah.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Kita hendak tahu, di bawah asas apa Perdana Menteri bangun?

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Hendak dengar cakap dia sahaja...

final • 11:40 AM

[Dewan riuh]

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

...Diberi penerangan...

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, Undang- undang Darurat telah pun diusulkan.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

...Titah Diraja yang mahukan perbahasan.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Rakyat hendak dengar Perdana Menteri...

final • 11:40 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat...

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Bagan, duduk!

final • 11:40 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Sekejap sahaja. Tidak boleh ada perbahasan...

final • 11:40 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Pergi balik, angkat itu tong.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Tidak lebih daripada itu.

final • 11:40 AM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Angkat itu tong.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Duduk, duduk, duduk!

final • 11:40 AM

Seorang Ahli

[Menyampuk]

final • 11:40 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Amalan daripada..., hanya cakap lepas itu...

final • 11:40 AM

Seorang Ahli

“150(3)” duduk diam.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Yang Tuanku minta ialah perbahasan, bukan penerangan. Yang kita mahu, perbahasan...

final • 11:40 AM

[Dewan riuh]

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Perlembagaan, Artikel 150(3)...

final • 11:40 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya harap Tuan Yang di-Pertua boleh berikan penerangan, khususnya apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat, berapa kali hendak ulang perkara yang sama?

final • 11:40 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

[Menyampuk]

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, tolong...

final • 11:40 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

[Menyampuk]

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat...

final • 11:40 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Amat Berhormat, silakan.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

No, kita hendak jawapan. Ini satu perkara...

final • 11:40 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Rakyat, rakyat. You jadi Menteri Kewangan, apakah you buat?...

final • 11:40 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Duduk lah duduk, duduk.

final • 11:40 AM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Minta…

final • 11:40 AM

[Dewan riuh]

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Masa jadi Menteri Kewangan, apa you buat?

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Duduklah duduk...

final • 11:40 AM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat Bagan...

final • 11:40 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Dato’ Takiyuddin bin Hassan

Semua Ordinan Darurat dengan izin Tuan Yang di-Pertua, tadi saya tidak sebut. Semua Ordinan Darurat, sebanyak enam Ordinan Darurat yang dibuat telah diputuskan untuk direvoked berkuat kuasa 21 Julai 2021. Bukan hari ini – 21 Julai 2021.

final • 11:40 AM

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh - Ledang

Kena bawa usul. Bawa usul dalam Dewan ini.

final • 11:40 AM

Tuan Yang di-Pertua

Silakan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

final • 11:40 AM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Pembangkang sudah terperangkap sekarang. Cukuplah, dengarlah cakap Perdana Menteri pula.

final • 11:40 AM

Perdana Menteri - Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin

Tuan Yang di-Pertua, hakikatnya sudah lebih 18 bulan negara kita dalam musibah wabak COVID-19. Apa yang berlaku pada hari ini, dengan izin, is an unprecedented event at an unimaginable scale.

Ancamannya lebih besar jika dibandingkan dengan krisis ekonomi dan kewangan yang pernah melanda negara dalam tempoh empat dekad yang lalu. Malah, ketika dunia dilanda virus SARS pada tahun 2003, keadaan ekonomi dunia tidaklah seteruk yang berlaku pada hari ini.

Sehingga kini COVID-19 telah melanda lebih 200 buah negara, menjangkiti lebih 190 juta orang manusia dan meragut 4 juta nyawa. Lebih membimbangkan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran mengenai penularan variant of concern (VOC) yang mudah...

final • 11:45 AM

Tuan Haji Ahmad bin Hassan - Papar

Yang Berhormat keluar makan durian...

[Menunjukkan sekeping gambar saiz poster]

final • 11:45 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin

...Yang lebih agresif dan mudah menjangkiti seperti varian Delta atau varian mutasi berganda. Varian Delta dikatakan lebih mudah merebak dan menjangkiti individu lain dengan pantas.

United Kingdom misalnya telah menyaksikan kadar jangkitan meningkat kepada lebih 50 ribu kes sehari...

[Tepuk] India pula merekodkan jangkitan kes harian tertinggi sebanyak 414 ribu pada awal Mei yang lalu. Malah, Indonesia juga merekodkan kes kematian harian tertinggi melibatkan lebih 1,200 orang mangsa sehari. Malaysia, Tuan Yang di-Pertua, adalah tidak terkecuali daripada berdepan peningkatan kes yang mendadak ini.

Tuan Yang di-Pertua, biarpun dalam waktu sukar yang sedang kita hadapi kini, kerajaan sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik demi rakyat dan negara. Sejak Kerajaan Perikatan Nasional mengambil alih tampuk pemerintahan negara, kami diuji dengan krisis kesihatan, ekonomi dan juga politik yang getir. Kami mempunyai pelbagai kekangan termasuk daripada segi sumber manusia dan kewangan.

Namun, kerajaan sedar bahawa dalam keadaan yang sukar ini rakyat bergantung pada keprihatinan kerajaan untuk membantu mereka keluar daripada permasalahan yang dihadapi. Oleh itu, kerajaan telah melaksanakan lapan Pakej Rangsangan Ekonomi dengan pelbagai bantuan tunai kepada rakyat.

Bermula dengan Pakej PRIHATIN, kemudian PRIHATIN PKS Tambahan, dan diikuti dengan PENJANA, KITA PRIHATIN, PERMAI, PEMERKASA, PEMERKASA Tambahan dan terkini Pakej PEMULIH dengan nilai keseluruhan RM530 bilion...

[Tepuk] Semua ini dilaksanakan semata-mata untuk satu tujuan murni iaitu memastikan kehidupan dan kebajikan rakyat sentiasa terbela. Agenda prihatin rakyat merupakan antara tumpuan utama kerajaan yang bertujuan membantu kumpulan berpendapatan B40 dan M40 melalui beberapa langkah bantuan tunai secara langsung. Misalnya di bawah pakej terbaru iaitu PEMULIH, kita akan meneruskan pemberian bantuan PRIHATIN Rakyat atau BPR dan memperkenalkan Bantuan Khas COVID-19 atau (BKC) dan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP).

Seperti yang semua sedia maklum, setiap bulan mulai Julai hingga Disember yang akan datang ini, akan dipastikan rakyat dalam kategori B40 akan dibantu dan kerajaan bercadang menyalurkan bantuan bernilai sebanyak RM10 bilion...

[Tepuk]

final • 11:45 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin

Selain itu peruntukan bagi Program Bakul Makanan yang kini masih rancak dijalankan turut dipanjangkan kepada semua Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara tanpa mengira perbezaan parti politik. Saya menerima laporan ada beberapa buah kawasan Parlimen telah berjaya mengagihkan bantuan kepada kumpulan sasar dalam tempoh tidak sampai seminggu. Tahniah dan terima kasih saya ucapkan.

Kerajaan juga telah membenarkan moratorium pinjaman bank selama 12 bulan iaitu enam bulan pada tahun lepas dan enam bulan lagi melalui pengumuman pakej PEMULIH baru-baru ini. Kerajaan juga meneruskan pemberian diskaun bil elektrik dan subsidi minyak masak dan minyak petrol untuk manfaat rakyat. Di samping itu, pelaksanaan program latihan dan peningkatan kemahiran turut dilaksanakan sebagai persediaan dalam meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat jelata.

Bagi menyokong kelangsungan perniagaan dan mengekalkan pekerjaan terutamanya dalam sektor yang terjejas, kerajaan telah melaksanakan Program Subsidi Upah bagi menampung sebahagian kos majikan untuk membayar gaji pekerja. Kerajaan juga turut membantu menyalurkan bantuan kewangan secara bersasar kepada sektor khusus seperti pusat asuhan anak-anak, gym, kantin sekolah dan agensi pelancongan.

Khusus bagi PKS Tuan Yang di-Pertua, kerajaan memahami kesukaran yang dihadapi oleh para usahawan dalam menjamin kelangsungan perniagaan mereka. Oleh itu kerajaan bersetuju menyediakan bayaran tambahan di bawah Geran Khas Prihatin

(GKP) sebanyak RM1,000 yang akan dibayar masing-masing sebanyak RM500 pada bulan September dan November nanti. Selain itu, bagi menyokong agenda digitalisasi usahawan PKS, kerajaan turut menyediakan geran padanan sehingga RM5,000 bagi pembelian sistem ataupun langganan platform digital melalui program SME Digitalization Grant.

Tuan Yang di-Pertua, bagi terus menyokong sektor PKS mendapat kemudahan pembiayaan dan bangkit semula dalam fasa pemulihan, kerajaan akan meningkatkan had siling jaminan di bawah SJPP sebanyak RM20 bilion. Bank Negara Malaysia juga komited untuk menyediakan akses bantuan kewangan kepada usahawan PKS dengan menambah dana pinjaman mudah bagi PKS sebanyak RM4 bilion lagi untuk tahun 2021.

Setakat hujung bulan Jun 2021, masih terdapat baki keseluruhan dana pembiayaan PKS berjumlah RM8.6 bilion untuk dimanfaatkan oleh PKS.

Di bawah pakej PEMULIH, PKS juga boleh mendapatkan kemudahan mikro kredit sehingga RM1.1 bilion yang disediakan oleh Agrobank dan Bank Simpanan Nasional masing-masing berjumlah RM500 juta dan TEKUN sebanyak RM100 juta. Oleh yang demikian, adalah diharapkan dana-dana ini dapat memenuhi pelbagai keperluan PKS usahawan mikro dalam menggerakkan semula perniagaan selaras dengan pembukaan ekonomi di bawah Pelan Pemulihan Negara.

Semua pengumuman pakej rangsangan ini Tuan Yang di-Pertua, sebahagiannya telah dan akan dibiayai menggunakan Kumpulan Wang COVID-19

(KWC-19). Penubuhan KWC-19 adalah berlandaskan perundangan di bawah Akta Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan yakni Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020, Akta 830 yang diluluskan sebulat suara oleh Dewan yang mulia ini.

Penjelasan lanjut berhubung semua pakej bantuan dan perbelanjaan di bawah KWC-19 ini akan diperincikan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Seri Utama Menteri Kewangan semasa sesi penerangan pakej-pakej bantuan ekonomi pada 29 Julai nanti.

Apa yang penting adalah pelaksanaan semua pakej ini telah memanfaatkan lebih 20 juta rakyat serta 2.4 juta premis dan entiti perniagaan setakat ini. Lebih RM200 bilion telah dimanfaatkan dalam tempoh yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, pada 15 Jun yang lalu saya telah pun mengumumkan mengenai pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) sebagai sebuah road map dan strategi peralihan keluar daripada krisis COVID-19 secara berfasa. Peralihan ini merangkumi empat fasa, di mana peralihan sesebuah negeri daripada satu fasa ke fasa yang lain selanjutnya melibatkan pembukaan aktiviti ekonomi dan sosial secara beransur.

Peralihan ke suatu fasa tidak mengikut jadual masa tetapi berlandaskan pencapaian kita bersama untuk mengurangkan kadar penularan COVID-19, mengurangkan tekanan kapasiti sistem kesihatan serta meningkatkan tahap perlindungan rakyat menerusi suntikan vaksin.

Pelan pemulihan seperti ini turut dilaksanakan oleh banyak negara, antaranya United Kingdom, Australia dan Singapura. Kita belajar, meneliti dan mengambil amalan terbaik daripada negara-negara ini supaya acuan Pelan Pemulihan Negara ini dapat dijadikan panduan penting dan sebagai asas kepada proses pemulihan negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin jelaskan Pelan Pemulihan Negara ini dirangka berdasarkan lima ciri utama. Pertama, mengimbangi keperluan melindungi nyawa dan kehidupan iaitu sebuah pelan yang melihat ke hadapan atau dengan izin forward looking bagi memastikan keselamatan nyawa, kesejahteraan ekonomi dan kelangsungan hidup rakyat kita diambil kira. Prinsipnya juga menurut tuntutan agama di bawah maqasid syariah iaitu kaedah hifzunnas atau memelihara nyawa dan hifzulmal iaitu melindungi harta dan ekonomi...

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan

final • 11:50 AM

Mesyuarat] Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Pandan

Mohon mencelah. Bertanya sedikit Yang Amat Berhormat.

final • 11:50 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin

Biar saya habis dahulu, nanti selepas ini ada peluang untuk bertanya ya.

final • 11:50 AM

Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Pandan

Sedikit sahaja sebab saya hendak tanya sedikit sahaja sebelum Yang Amat Berhormat...

final • 11:50 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin

Kejap, biar saya habiskan dahulu.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Pandan, Tidak ada perkenan, bagi minta teruskan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

final • 11:50 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin

Keduanya sifat dinamik dan penyelesaian...

final • 11:50 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, peraturan Dewan.

final • 11:50 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin

...Iaitu sebuah pelan transformasi...

final • 11:50 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan Dewan...

final • 11:50 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin

...Kemas kini, relevan...

final • 11:50 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, peraturan Dewan.

final • 11:50 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin

...berteraskan sains dan data… [Tidak jelas] Situasi yang tidak menentu.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ya, saya hendak bagi peluang...

final • 11:50 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:50 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin

...Kesiapsiagaan...

final • 11:50 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, peraturan Dewan Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:50 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin

...Dan untuk tempoh peralihan fasa. Minta maaf Yang Berhormat, saya hendak teruskan.

final • 11:50 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, peraturan Dewan.

final • 11:50 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin

Pelan Pemulihan Negara akan disokong...

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri teruskan dahulu.

final • 11:50 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya ingin mencelah...

final • 11:50 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin

... Dengan fakta-fakta sains.

final • 11:50 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri...

final • 11:50 AM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Habis dahululah, bagi habis.

final • 11:50 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, peraturan Dewan.

final • 11:50 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin

...dan tidak sekadar andaian semata-mata. Ketiga...

final • 11:50 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, tolong jangan jadi Timbalan Speaker kerana Timbalan Speaker tidak boleh mematuhi peraturan juga.

final • 11:50 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Bagi habis dahulu, dengar dahulu, bagi habis dahulu. Jangan ganggu.

final • 11:50 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin

Sebagai panduan bagi memperincikan rancangan serta menekankan aspek ketelusan di atas setiap perkara bagi membina...

final • 11:50 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri...

final • 11:50 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin

...Semula kepercayaan.

final • 11:50 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Peraturan Dewan, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

final • 11:50 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Sabarlah Yang Berhormat Jelutong, sekejap lagi bagilah. Sabar.

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:50 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin

...Iaitu...

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

...Tidak ada sesiapa pun ...

final • 11:50 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin

...Melibatkan peranan...

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

...Standing order.

final • 11:50 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin

... Lapisan masyarakat.

final • 11:50 AM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua, point of order diberikan keutamaan. Doesn’t matter Prime Minister kah atau siapa, tidak kisah.

final • 11:50 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin

... Kepada peningkatan keseluruhan negara, a whole of nation dan kerjasama erat sama ada di pihak Kerajaan Pusat, kerajaan negeri, parti-parti politik...

final • 11:50 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua...

final • 11:50 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin

...pihak berkuasa tempatan, sektor swasta, NGO dan rakyat. Semuanya boleh memainkan peranan dalam usaha untuk memulihkan negara.

final • 11:50 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, kalau Tuan Yang di-Pertua tidak boleh mematuhi peraturan di luar Dewan, sekurang- kurangnya dalam Dewan patuhi peraturan lah.

final • 11:50 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin

...Membuat pemantauan.

final • 11:50 AM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Inilah masalahnya. Tuan Yang di-Pertua yang tahu mematuhi SOP PKP.

final • 11:50 AM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Ini tujuan hendak ganggu saja ini, Yang Berhormat Jelutong hendak ganggu saja ini Yang Berhormat Jelutong ini.

final • 11:50 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin

... Pelan yang menarik.

final • 11:50 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua tolong letak jawatan jugalah. You tidak boleh mematuhi peraturan di luar Dewan.

final • 11:50 AM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Jelutong duduklah, jangan ganggu.

final • 11:50 AM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin

...Yang berkesan.

final • 11:50 AM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya bagi dia 30 saat, minta. Sila Yang Berhormat Jelutong, bagi 30 saat sahaja.

final • 11:50 AM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat...

final • 12:00 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Apa dilayan ini?

final • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tuan Yang di-Pertua, pembentangan Tuan Yang di-Pertua takkan ada pencelahan...

[Tidak jelas] membentang kenyataan Menteri, itu adalah pencelahan. It is the convention of this Parliament.

final • 12:00 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Speaker, sebelum ini semua boleh ada pencelahan dan pohon penjelasan. Tuan Yang di-Pertua sebut.

final • 12:00 PM

Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee

Tuan Yang di-Pertua, sepatutnya selesaikan berkenaan kes.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Saya minta Yang Berhormat Jelutong sahaja kerana dia bawa point of order, itu sahaja.

final • 12:00 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Jelutong, 30 saat sahaja.

final • 12:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Memandangkan...

final • 12:00 PM

Timbalan Menteri Sumber Manusia - Datuk Haji Awang bin Hashim

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua…

final • 12:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Point of order, memandangkan Tuan Yang di-Pertua...

final • 12:00 PM

Datuk Haji Awang bin Hashim

Tuan Yang di-Pertua, sudah buat ruling. Bila Perdana Menteri membentangkan tidak boleh diganggu, habis celahlah.

final • 12:00 PM

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Duduklah, Yang Berhormat Pendang.

Duduk, mengarut sahaja.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Point of order...

final • 12:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jelas sekali Tuan Yang di-Pertua tidak boleh mematuhi peraturan dan akan berat sebelah.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Saya minta tarik balik kerana saya telah bagi point of order untuk you bercakap. Silakan.

final • 12:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua adalah seorang yang tidak boleh mematuhi peraturan di luar Dewan. Dalam Dewan pun Tuan...

final • 12:00 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sebutkan point of order mana?

final • 12:00 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Halau sahaja, halau.

final • 12:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, kenapa tidak benarkan Yang Berhormat daripada– mencelah tadi.

final • 12:00 PM

Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis

Order berapa, order berapa itu?

Cakaplah.

final • 12:00 PM

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman - Kuala Krai

Baik, tidak payah layan.

final • 12:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik, oleh kerana Yang Berhormat Jelutong tidak mahu menyebutkan point of order, saya minta supaya Yang Berhormat Pagoh teruskan.

[Tepuk]

final • 12:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

No, Tuan Yang di- Pertua.

final • 12:00 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:00 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, you cannot be impartial kerana kamu tidak memenuhi peraturan.

final • 12:00 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin

...Kesemua yang membuat pemantauan dan memastikan keberkesanan prestasi iaitu sebuah pelan yang menilai keberkesanan pelaksanaan melalui pelaporan dan strategi komunikasi yang berkesan.

Ringkasnya, PPN adalah sebuah pelan pemulihan yang menumpukan kepada strategi untuk keluar dari ancaman COVID-19 secara selamat dan sistematik. Fasal- fasal yang digariskan adalah tertumpu kepada usaha untuk meringankan beban di atas kapasiti sistem kesihatan awam. Membuka semula sektor ekonomi dan membenarkan aktiviti sosial dalam tempoh masa enam bulan sehingga akhir tahun ini. PPN tidaklah statik tetapi dinamik, komprehensif dan boleh ditambah baik mengikut keperluan dan situasi semasa.

Tuan Yang di-Pertua, PPN juga merupakan pelan hala tuju berfasa untuk menyokong peralihan keluar daripada krisis kesihatan dan ekonomi yang tidak hanya bergantung kepada pelaksanaan PKP secara menyeluruh. Sebaliknya kerajaan akan melaksanakan strategi yang lebih holistik, merangkumi program imunisasi serta pelaksanaan saring, jejak dan asing atau dengan izin, test, trace and isolate dengan skala besar serta kadar yang lebih pantas lagi. PPN akan menumpukan kepada lima objektif utama iaitu:

(i) melindungi sektor kesihatan awam dengan mengurus penularan wabak, mengurangkan kemasukan ke hospital dan meminimumkan kadar kematian;

(ii) memastikan sistem kesihatan yang mampan;

(iii) melaksanakan vaksinasi secepat mungkin bagi melindungi rakyat;

(iv) membuka semula ekonomi dan membenarkan aktiviti sosial secara berperingkat dengan kepatuhan SOP yang ketat; dan

(v) responsif dan fleksibel dalam mengadaptasi evolusi persekitaran.

Sebagai hala tuju ke arah membuka semula sektor ekonomi, PPN menggariskan empat fasa peralihan, merangkumi perincian SOP untuk setiap fasa.

Peralihan fasa bagi sesebuah negeri akan dinilai dan dipertimbangkan berdasarkan tiga indikator nilai ambang yang saya telah jelaskan tadi iaitu purata, bilangan kes harian, kadar penggunaan katil di wad ICU dan peratusan rakyat dewasa yang lengkap divaksinasi.

Bagi fasa pertama PPN, ia melibatkan PKP secara menyeluruh iaitu aktiviti sosial tidak dibenarkan sama sekali dan aktiviti ekonomi pula hanya dibenarkan beroperasi terhad kepada senarai perkhidmatan perlu seperti kedai runcit, pengilang barangan kesihatan, perkhidmatan utiliti dan lain-lain lagi. Kapasiti bekerja secara fizikal pula dihadkan kepada 60 peratus sahaja.

Untuk beralih daripada fasa pertama ke fasa kedua, sesebuah negeri itu hendaklah mempunyai ketiga-tiga nilai ambang iaitu mengurangkan kadar kes harian ke bawah angka 12.2 kes bagi setiap 100,000 penduduk. Menstabilkan kadar penggunaan katil di wad ICU ke tahap sederhana dan memberi dos vaksin yang lengkap kepada lebih 10 peratus daripada penduduk dewasa. Alhamdulillah, sehingga kini lapan buah negeri iaitu Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak sudah beralih ke fasa kedua.

[Tepuk] Fasa kedua PPN pula umumnya masih melibatkan pelaksanaan PKP yang ketat iaitu aktiviti sosial masih dihadkan dengan aktiviti ekonomi dibuka secara beransur-ansur dengan menambah bilangan sektor dalam senarai positif. Antaranya, termasuklah sektor pembuatan automotif dan barangan besi, kedai barangan elektrik dan gunting rambut serta lain-lain lagi. Kapasiti bekerja secara fizikal pula ditingkatkan kepada 80 peratus kehadiran di tempat kerja. Kelonggaran juga diperkenalkan bagi membenarkan beberapa aktiviti sukan dan riadah di kawasan terbuka.

Fasa ketiga PPN Tuan Yang di-Pertua, melibatkan pembukaan aktiviti sosial dan ekonomi yang lebih luas selaras dengan lebih daripada 40 peratus penduduk negeri yang berkenaan menerima dos lengkap vaksin. Semua aktiviti ekonomi akan dibenarkan beroperasi kecuali bagi senarai negatif iaitu sektor-sektor berjangkitan yang tinggi seperti spa dan kelab malam. Kapasiti bekerja secara fizikal masih dikekalkan pada kadar 80 peratus kehadiran di tempat kerja.

Fasa keempat merupakan fasa terakhir selaras dengan kadar vaksinasi negara pada tahap 80 peratus penduduk dewasa. Aktiviti-aktiviti sosial dan ekonomi akan dibenarkan beroperasi dalam suasana norma baharu. Aktiviti pelancongan domestik, persembahan dengan penonton serta aktiviti sukan kumpulan misalnya sudah boleh kembali dijalankan.

Dari semasa ke semasa, kerajaan akan terus memantau keadaan di setiap negeri dengan rapi termasuk mengambil langkah intervensi mengikut keperluan. Di samping itu, kerajaan akan tetap melaksanakan penilaian risiko termasuk menilai kesediaan mana-mana negeri untuk beralih ke fasa kedua, ketiga dan keempat. Insya- Allah dengan usaha berterusan untuk menggerakkan proses pemulihan dan program imunisasi yang sedang berjalan lancar, kita jangkakan kebanyakan negeri akan dapat beralih ke fasa keempat seawal bulan Oktober nanti, insya-Allah.

Saya juga ingin jelaskan kerajaan sudah memutuskan di Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara bagi negeri yang sudah berada di fasa kedua ia tidak akan kembali ke fasa pertama. Begitu juga dengan negeri yang beralih ke fasa ketiga, ia tidak akan berpatah balik ke fasa kedua. Ini adalah kerana peningkatan PPN menekankan dengan izin, “Exit strategy and no turning back”.

Walau bagaimanapun, manusia merancang tetapi perancangan Allah jualah sebaik-baiknya. Saya ingin memaklumkan, sekiranya berlaku semula peningkatan kes di negeri tersebut, kerajaan akan mengetatkan kawalan pergerakan berdasarkan lokaliti tanpa perlu membuat perintah kawalan menyeluruh ke atas negeri atau wilayah sepertimana yang dilaksanakan sekarang ini.

Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya PPN ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk memberi tumpuan kepada pembukaan semula ekonomi dan aktiviti sosial secara teratur dan berperingkat. Kesinambungan PPN dan langkah-langkah pemulihan ekonomi lain akan diperincikan semasa pembentangan Rancangan Malaysia Keduabelas dan Bajet 2022.

final • 12:00 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin

Insya-Allah RMKe-12 dijangka akan dibentangkan di Dewan yang mulia ini pada 20 September dan Bajet 2022 pada 29 Oktober yang akan datang.

Saya juga ingin memaklumkan, Bajet 2022 akan menumpukan kepada tiga fokus utama iaitu agenda memacu pemulihan ekonomi, membina semula daya ketahanan negara dan memangkin pembaharuan atau dengan izin recovery, resilience and reform. Sehubungan itu, tumpuan khusus akan diberikan kepada usaha untuk memulihkan sektor terjejas seperti pelancongan, meningkatkan keupayaan sistem kesihatan awam serta skop perlindungan sosial dan melancarkan ekonomi digital dalam usaha mengukuhkan daya saing negara dalam menghadapi norma baharu global.

Insya-Allah kerajaan menerusi Kementerian Kewangan buat pertama kalinya akan menerbitkan kenyataan prabajet (pre-budget statement) dengan izin termasuk dokumen konsultasi rakyat mengenai tumpuan dasar pada bulan Ogos nanti selaras dengan usaha meningkatkan ketelusan proses serta penglibatan rakyat dalam penyediaan bajet tahunan ini.

Selain itu, sebagai elemen utama penyampaian maklumat mengenai pelaksanaan PPN kepada masyarakat awam, sebuah portal Pelan Pemulihan Negara dibangunkan sebagai pusat rujukan sehenti yang memaparkan indikator-indikator terkini serta maklumat berkaitan PPN, manfaat dan juga SOP terkini dengan cara yang mesra pengguna.

Tuan Yang di-Pertua, bagi memastikan PPN berjalan seperti yang dirancang dan dipantau dengan teliti, Yang Berhormat Senator Datuk Seri Utama Menteri Kewangan telah dilantik sebagai Menteri Penyelaras PPN. Kerajaan juga telah menubuhkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dengan penyertaan wakil-wakil daripada sektor swasta, pakar industri, NGO, wakil Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.

Alhamdulillah, saya sendiri telah mempengerusikan mesyuarat pertama MPN pada 23 Julai yang lalu.

[Tepuk] Kerajaan juga bersetuju untuk menjemput tiga orang wakil pembangkang untuk menganggotai MPN ini insya-Allah. Suratnya akan dikeluarkan dalam sehari dua ini iaitu masing-masing seorang daripada Parti Pakatan Harapan, Warisan dan Pejuang untuk berkongsi pandangan dan nasihat dalam pelbagai aspek pelan pemulihan ini.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin menyentuh mengenai respons kerajaan terhadap penularan wabak COVID-19 melalui Kempen Imunisasi untuk seluruh rakyat Malaysia. Melalui pelan PPN, kerajaan akan memastikan proses vaksinasi dijalankan dengan teratur, cepat dan meliputi seluruh pelosok negara. Kita juga berharap penularan wabak COVID-19 ini tidak berterusan menjadi pandemik dan dapat beransur menjadi endemik iaitu keadaan di mana virus ini mungkin terus wujud, namun wabak ini boleh dikawal melalui adaptasi norma baharu, sistem kesihatan awam yang berkesan dan amalan kesihatan serta pematuhan SOP yang ketat.

Hakikatnya Tuan Yang di-Pertua, satu-satunya kaedah yang paling berkesan untuk negara segera keluar daripada kemelut ini ialah dengan mempertingkatkan kapasiti pemberian vaksin kepada rakyat. Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan terus diperkasa bagi memastikan proses vaksinasi berjalan dengan lancar dan cepat.

Sesungguhnya program vaksinasi ialah kunci utama kejayaan kita melawan COVID-19. Setakat ini, kerajaan telah menempah 79.9 juta dos vaksin. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 25.2 juta dos telah diterima dan dijangkakan kita akan menerima jumlah keseluruhan 37.3 juta dos lagi bagi bulan Ogos. Sebanyak 21.9 juta dos akan diterima bagi suku keempat 2021 dan baki selebihnya akan diterima pada suku pertama 2022.

Mengikut perancangan asal Tuan Yang di-Pertua, dijangkakan 80 peratus penduduk dewasa di Malaysia akan menerima dos lengkap vaksin menjelang suku pertama 2022. Insya-Allah, program PICK ini akan terus diperhebat supaya sasaran 100 peratus penduduk dewasa menerima dos lengkap vaksin dapat dicapai lebih awal lagi iaitu pada bulan Oktober tahun ini, insya-Allah.

[Tepuk] Pada ketika ini, kerajaan telah mencapai kapasiti kadar suntikan sebanyak lebih 500 ribu dos sehari.

Kerajaan juga sedar peningkatan kes yang berlaku ini disebabkan sebahagian besarnya oleh penularan di tiga buah negeri iaitu di Lembah Kelang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan sebahagian dari Negeri Sembilan. Ia juga mengundang lebih 70 peratus daripada keseluruhan kes jangkitan harian.

Melalui penubuhan dengan izin The Greater Klang Valley Special Task force, Kerajaan Pusat akan bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri yang berkenaan untuk memastikan penularan virus ini dapat dikawal dan yang paling utama, hospital- hospital mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk berfungsi dengan berkesan. Selain itu, di bawah Operasi Lonjakan Kapasiti (Operation Surge Capacity), dijangkakan 100 peratus penduduk dewasa di negeri Selangor dan Kuala Lumpur yang berjumlah 6.1 juta orang akan menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19 menjelang awal bulan Ogos nanti.

Alhamdulillah, setakat ini melalui pelaksanaan PICK, lebih 16 juta dos telah berjaya dibekalkan kepada rakyat Malaysia iaitu merangkumi 11 juta orang telah menerima dos pertama dan lima juta orang telah menerima dua dos lengkap suntikan vaksin. Kadar vaksinasi harian juga telah melebihi 500 ribu dos sehari.

Tuan Yang di-Pertua, fokus utama PPN juga turut melibatkan usaha meningkatkan kemampuan sistem kesihatan awam dalam memerangi COVID-19.

Merujuk kepada data global, purata kadar kematian berpunca daripada jangkitan COVID- 19 adalah sebanyak 2.2 peratus daripada keseluruhan kes manakala kadar bagi Malaysia adalah sebanyak 0.7 peratus.

Berdasarkan laporan Ketua Pengarah Kesihatan, didapati lebih 98 peratus daripada pesakit COVID-19 di negara kita tidak bergejala atau hanya bergejala ringan.

Dengan itu, kadar pemulihan di negara kita pada masa ini agak tinggi iaitu sebanyak 87 peratus.

Melihat kepada ancaman COVID-19 terhadap kesihatan rakyat, kerjasama seluruh anggota masyarakat dan kerajaan perlu digembleng bagi mengawal pandemik ini. Langkah-langkah yang diambil mestilah berpandukan kepada tiga paksi utama iaitu:

(i) memutuskan rantaian penularan wabak melalui pemerkasaan ujian saringan, pengesanan kontak dan langkah pengasingan;

(ii) mengurangkan kadar mobiliti dan kematian melalui peningkatan kapasiti sistem penjagaan kesihatan termasuk mengoptimumkan kapasiti hospital pelajar universiti, kapasiti di bawah Kementerian Pertahanan dan juga melalui penyumberan luar ke hospital swasta; dan

(iii) melindungi kesihatan rakyat secara keseluruhan dengan menyediakan sokongan yang mencukupi bagi keperluan selain COVID-19.

Kerajaan juga menyedari impak pandemik kepada aspek kesihatan mental rakyat Malaysia. Oleh itu, langkah-langkah khusus telah diambil bagi menyelesaikan cabaran yang dialami rakyat berkaitan dengan isu kesihatan mental seperti mewujudkan talian sokongan psikososial di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan penyaluran dana kepada NGO yang berkaitan dengan kesihatan mental.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan faham bahawa rakyat berada dalam keadaan resah dan bimbang apabila angka kes harian COVID-19 menunjukkan peningkatan.

final • 12:10 PM

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yassin

Kerajaan sedang berusaha sedaya mungkin untuk mengatasi kemelut yang kita hadapi ini dengan mempercepatkan program vaksinasi. Malaysia hari ini adalah antara negara yang terpantas memvaksinasi penduduknya.

[Tepuk] Memang benar kerajaan ini tidak sempurna tetapi apa yang benar ialah kerajaan hari ini tidak berpeluk tubuh membiarkan rakyat menderita malah sentiasa bergerak dan bertindak...

[Tepuk] [Dewan riuh]

final • 12:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Kerajaan tebuk atap.

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Sri Haji Mahiaddin bin Md. Yassin

...Kerana melibatkan nyawa dan kehidupan rakyat. Apa yang penting, kita mesti bersolidariti dalam menghadapi zaman yang sukar ini.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Tidak jelas]

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Sri Haji Mahiaddin bin Md. Yassin

Janganlah kita berbalah dan menuding jari kerana di sana ada rakyat yang jiwanya sengsara.

final • 12:20 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Bunuh diri.

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Sri Haji Mahiaddin bin Md. Yassin

Ada rakyat yang tenggelam punca, ada anak yang menderita manakala frontliners kita terus terbeban dan hospital kita semakin tertekan. Marilah kita berganding bahu mencari berkat dan meraih jaya pada setiap usaha sama kita.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Pandan

Yang Amat Berhormat Pagoh, boleh saya mencelah?

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Sri Haji Mahiaddin bin Md. Yassin

“Bulat air kerana pembetung, bulat kita kerana muafakat”. “Bersatu kita teguh dan bercerai kita roboh”.

Kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan rakyat Malaysia sekalian, pastinya sudah banyak perkara ini telah menjadi kebiasaan baharu kita. Keluar rumah perlu memakai pelitup muka, cecair sanitasi menjadi peneman setiap masa dan penjagaan kendiri mestilah diamalkan walau di mana sahaja kita berada.

Selain itu, saya menyeru kepada seluruh rakyat untuk mendapatkan vaksin dengan segera. Tidak kiralah apa jenamanya, ia masih vaksin yang berkesan untuk mencegah wabak yang berbahaya ini. Seganas mana pun wabak ini menakutkan manusia, insya-Allah vaksinasi adalah cara terbaik untuk melindungi nyawa kita.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mendoakan kejayaan dan keselamatan kontinjen negara yang sedang berjuang di Temasya Sukan Olimpik Tokyo.

[Tepuk] Semoga misi 64 barisan atlet, jurulatih dan petugas yang dipimpin oleh Datuk Lee Chong Wei selaku Ketua Kontinjen Negara dapat melakar sejarah kejayaan cemerlang buat negara kita dalam temasya Sukan Olimpik ini.

Tuan Yang di-Pertua, demikianlah ucapan dan penerangan saya mengenai Pelan Pemulihan Negara yang bertemakan #menangbersama. Saya berdoa ke hadrat Allah SWT agar mudah-mudahan kita dapat terus dilindungi daripada wabak COVID-19 dan diberikan kesihatan yang sempurna. Buat rakan-rakan saya Ahli-ahli Parlimen, pegawai-pegawai pengiring dan kakitangan Parlimen yang didapati positif COVID-19, saya doakan mereka semua diberikan kesembuhan segera. Begitu juga kepada rakyat Malaysia yang dijangkiti virus ini, saya doakan anda semua mendapat rawatan yang terbaik dan segera sembuh, insya-Allah. Amin ya rabbal alamin. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Tan Sri Dato’ Sri Haji Mahiaddin bin Md. Yassin

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pagoh.

final • 12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua, peraturan Dewan. Peraturan Dewan. Tadi semasa Tuan Yang di-Pertua memberi petua kita mula bersidang, Peraturan Mesyuarat 36(12), Tuan Yang di-Pertua telah menyatakan bahawa beliau akan membenarkan Ahli-ahli Parlimen untuk bangkit dan menujukan soalan apabila Yang Berhormat Pagoh menyentuh perkara- perkara.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, baik.

final • 12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ketika Yang Berhormat Pandan bangun tadi, kenapa Timbalan Yang di-Pertua enggan benarkan beliau untuk mencelah? Sebab itu saya nak mengatakan...

final • 12:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tuan Yang di-Pertua sebut tadi apabila selesai, Yang Berhormat Jelutong dengar elok-elok!

final • 12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Yang di-Pertua, biar saya habis dahulu. Saya sebenarnya ingin mencadangkan supaya Timbalan Yang di-Pertua tidak mempengerusikan mana-mana mesyuarat sebab Timbalan Yang di- Pertua bukan sahaja tidak mematuhi peraturan di luar Dewan, dalam Dewan pun gagal mematuhi peraturan!

final • 12:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jelutong dah melampau! Yang Berhormat Jelutong dah melampau!.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

No, no. Ini serius.

Timbalan Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua sendiri tidak mematuhi peraturan di luar Dewan. Ketika rakyat sengsara, Timbalan Yang di-Pertua pesta durian. Betul kah tidak? Makan bersama isteri, betul kah tidak? Pesta durian, betul kah tidak? Homestay, betul kah tidak? You cannot follow the law! You should not be here! Jangan mempengerusikan mana-mana sidang dalam Dewan ini. Berikan budi bicara kepada orang lain.

final • 12:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Tak bawa durian kah? Tak bawa durian?

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Okey, baik. Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Saya bagi penjelasan. Ayat yang digunakan, dibaca oleh Tuan Yang di-Pertua tadi, boleh saya nyatakan, “Oleh demikian, saya akan membenarkan Ahli-ahli Yang Berhormat untuk meminta penjelasan dan memberi pandangan selepas selesai penerangan daripada Yang Berhormat Menteri-menteri”.

final • 12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tidak, tidak.

final • 12:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Oh! Yang Berhormat Jelutong, Yang Berhormat Jelutong.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, penerangan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini terbuka untuk Ahli-ahli meminta penjelasan dan memberikan pandangan. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ada menerima senarai-senarai nama daripada pelbagai parti. Jadi, saya telah rangkumkan dan saya akan sebutkan the first seven, tujuh orang yang akan membahaskan.

Pertama, saya jemput Yang Berhormat Langkawi kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Jelebu. Kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Kota Raja, kemudian yang keempat Yang Berhormat Jempol. Kemudian Yang Berhormat Semporna, kemudian Yang Berhormat Tanjong Karang. Kemudian, Yang Berhormat Permatang Pauh.

Jadi oleh itu, saya menjemput Yang Berhormat Langkawi, tujuh minit.

final • 12:20 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon sebelum pergi kepada turutan, berilah sekejap Yang Berhormat Pandan nak bertanya. Tak ada salah pun. It is a question. Saya pasti Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersetuju. Sekurang-kurangnya bagi peluang kepada Yang Berhormat Pandan untuk bertanyakan soalan.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, saya ambil perhatian.

final • 12:20 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Timbalan Yang di-Pertua, tolonglah patuhi peraturan. Patuhi peraturan.

final • 12:20 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh

Kita dah dengar sampai habis, tak ada salah pun bagi lima minit. Boleh Tuan Yang di-Pertua?

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Boleh, boleh. Saya boleh bagi.

final • 12:20 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Berucaplah selepas ini.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Boleh, boleh. Saya boleh bagi. Selepas ini saya benarkan untuk Yang Berhormat Pandan untuk meminta penjelasan. Sila Yang Berhormat Pandan.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Pandan

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya tadi bila Yang Amat Berhormat mengatakan bahawa kita ada pelan pemulihan negara, pola bersasar, forward looking, future looking. Jadi saya nak tanya, kerana kalau kita nak jaga institusi kesihatan kita, kenapa kita tak jaga doktor-doktor?

[Tepuk] Kenapa kita ada doktor-doktor yang telah memberikan khidmat sumbangan yang begitu lama sampai ke tahap mereka boleh buatkan satu strike macam ini?

Sebab itu saya katakan bahawa jagalah pekerja-pekerja, frontliners kita ini.

Sebagai seorang doktor yang telah menjalani latihan, kita banyak memberikan khidmat tetapi apabila kerajaan tidak merasakan sedikit pun simpati, walaupun bagi sikit tapi macam melepaskan batok di tepi tangga sahajalah. Kalau boleh kita fikirkan, panggil mereka untuk bincang. Itu yang saya hendak tanya kerana apa pun dikatakan dalam pelan, kalau doktor-doktor ini tidak dijaga dengan baik, itu tidak akan membolehkan pelan ini realistic on the ground. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pandan.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Timbalan Yang di-Pertua, saya berhubung dengan Tuan Yang di-Pertua pada hari Jumaat dan diberi perakuan peraturan berikut. Setelah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berucap, diberi laluan kepada Ketua Pembangkang berucap tak lebih waktu daripada yang diucapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kemudian baru diikuti oleh orang lain. Itu memang perakuan yang diberikan oleh Tuan Yang di-Pertua kepada saya.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik. Sekejap ya, sekejap. Ahli Yang Berhormat, saya dimaklumkan memang ada senarai dan memang senarai ini saya akan ikuti ya.

final • 12:20 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Ikutlah...

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Nanti, selepas pun tak apa.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, Ketua Pembangkang diberi sepuluh minit untuk bercakap. Silakan.

final • 12:20 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

As long as Yang Berhormat Pagoh tadi sepatutnya.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, tak apa. Saya bagi Ketua Pembangkang dulu berucap.

final • 12:20 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Point of order.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua.

final • 12:20 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

I’m in the middle of point of order.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman semua, tiap-tiap hari ada tajuk yang berbagai-bagai. Jadi, kita ikut senarai yang kita hantarlah ya? Bukan hari ini sahaja, esok akan ada tajuk yang lain. Jadi, ikutlah senarai.

final • 12:20 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) - Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary

Pembangkang yang gagal.

final • 12:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bukan untuk Ketua Pembangkang boleh pilih mana-mana hari yang dia hendak. Dia juga Ahli Parlimen seperti saya. Terima kasih.

final • 12:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat Arau. Sila, ada standing order.

final • 12:20 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Standing Order 14(1). Penerangan daripada Yang Berhormat Menteri-menteri. Biasanya kalau kita ikut convention Parliament, sebaik sahaja penerangan yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri-menteri, tidak boleh ada sebarang perbahasan atau pencerahan. So, sekarang ini adalah satu departure dengan izin, daripada apa yang diamalkan sebelum ini. Adakah ini satu perbahasan?

final • 12:20 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Kalau bukan satu perbahasan, tidak patut dibawa P.M. 14(1)(i). Ini saya rasa memang salah. Ini yang pertama. Kedua, saya amat kesal bahawa semasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membentangkan NRP, beliau tidak sebut langsung tentang Ordinan Darurat sepertimana yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri Undang- undang. Ordinan Darurat telah pun dimasukkan pada 21 Julai.

Saya hendak tanya, adakah ini bermakna bahawa semua denda yang dikenakan, semua hukuman yang dijalankan selepas 21 Julai akan juga dibatalkan dengan sendirinya? Ini kerana setahu saya, masih dilaksanakan ke atas mereka yang dihukum oleh pihak berkuasa.

So, sekarang kita tidak ada sebarang penjelasan. I think this is a very important matter Tuan Yang di-Pertua. Ini satu perkara yang amat penting bahawa penjelasan harus diberikan oleh pihak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ini kerana adalah suatu perkara yang amat penting dalam keadaan Ordinan Darurat dan juga Proklamasi Darurat ini harus dijelaskan oleh Perdana Menteri kerana Perdana Menteri lah yang membuat rujukan ataupun mendapat perkenan daripada Istana. Tidak boleh oleh Menteri. Perdana Menteri kena jawab perkara yang begitu penting ini.

Saya harap, saya mohon Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berikanlah penjelasan. Pada 21 Julai, Kabinet telah mansuhkan semua Ordinan Darurat. Adakah ini telah disembahkan ke Istana? Kedua, darurat tidak akan dilanjutkan selepas 1 Ogos.

Adakah ini juga disembahkan ke Istana? So, itu perkara penting kerana negara hendak tahu kedudukan sekarang. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Saya benarkan Yang Berhormat Bagan sahaja mohon penjelasan.

Minta...

final • 12:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, boleh?

Penjelasan, penjelasan.

final • 12:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Just 10 saat.

final • 12:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat, Perlembagaan, boleh?

final • 12:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Isu yang sama dalam masa yang diambil untuk jawab persoalan berkenaan dengan Perkara 150(3). Kita juga ada Artikel 150(7) di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa walaupun satu ordinan itu ditarik balik ataupun tidak berkuat kuasa, tetapi undang-undang itu masih berkuat kuasa untuk enam bulan untuk selepas dari itu.

Jadi, soalnya kita hendak minta supaya diberikan penjelasan dengan apakah status ordinan ini setelah pengumuman dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Undang- undang tadi.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik.

final • 12:30 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Dalam keadaan tersebut juga termasuk soal-soal berkenaan dengan tindakan yang telah pun diambil. Terima kasih.

final • 12:30 PM

Tuan Hassan bin Abdul Karim - Pasir Gudang

Tuan Yang di-Pertua, ringkas sahaja Pasir Gudang.

final • 12:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, sedikit, sedikit.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Tidak. Saya hendak teruskan kepada Ketua Pembangkang untuk meminta penjelasan dan memberikan pandangan. Sesi ini akan dikumpulkan dan akan dijawab kemudian. There will be a session Yang Berhormat Bagan.

final • 12:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Ini kerana sekarang darurat kalau tidak dipakai itu bermakna dipulihkan seperti biasa. Ini dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri Undang-undang. Tidak boleh main-main dengan perkara ini. Ini perkara penting. Sila berikan penjelasan.

final • 12:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan bolehlah.

final • 12:30 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Proklamasi Darurat belum dibatalkan, yang dibatalkan Ordinan Darurat. Proklamasi Darurat sampai 1 Ogos.

final • 12:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Kalau Ordinan Darurat telah dibatalkan. Semua denda tidak boleh pakai. Hukuman tidak boleh dijalankan oleh pihak berkuasa...

final • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Ya lah, tidak boleh pakailah.

final • 12:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Oleh sebab masih dijalankan.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Tidak akan disambunglah.

final • 12:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

But you must inform. You do not inform.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Already revoked. Question of another six months tidak timbul lagi sebagaimana Yang Berhormat Puchong sebut.

final • 12:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

That’s why I said you have to– This is a shame.

Itu shame kerana masih berdasarkan enam bulan. Itu satu shame. Sungguhpun sudah dilengkapkan, tetapi masih berkuat kuasa mesti diputuskan dalam Dewan yang mulia ini.

final • 12:30 PM

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan

Enam bulan tak terpakai kerana telah direvoked ataupun di-anulled. Tidak timbul lagi...

final • 12:30 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Perdana Menteri kena jawablah Perdana Menteri. Perdana Menteri kena jawab. Bagi satu penjelasan yang jelas.

final • 12:30 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

You sudah kena– diputuskan ...berkuat kuasa enam bulan. So, kalau you revoke pun tidak ada makna. Itu sebab kita mahu undi dalam Dewan ini sama ada diluluskan atau dibatalkan.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Bagan. Nanti Yang Berhormat kita akan dikumpulkan semua permintaan dan penjelasan akan dijawab sebelum habis tajuk ini. Sekarang saya jemput Yang Berhormat...

final • 12:30 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Kepong, Kepong.

final • 12:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, seminit.

Tuan Yang di-Pertua, Perlembagaan, ikut Perlembagaan. Saya seminit.

final • 12:30 PM

Tuan Lim Kit Siang - Iskandar Puteri

Saya percaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri perlulah beri satu penjelasan yang memuaskan. Kenapa untuk lima hari Perbekalan Ordinan-ordinan Darurat tidak diumumkan. Parlimen negara ditipu oleh sebab apabila Yang Berhormat Beruas, usul beliau ditolak bukan atas alasan bahawa ordinan-ordinan sudah dibatalkan. Ini menunjukkan bahawa kerajaan ini tidak ikhlas, tidak honest. Saya rasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri perlulah memberi satu penjelasan kepada negara dan Parlimen.

Kalau tidak, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri patutlah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana sudah mengelirukan Dewan yang mulia ini.

final • 12:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Iskandar Puteri. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Port Dickson. Sila, 10 minit mula.

final • 12:30 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Saya masih berpegang kepada janji Tuan Yang di-Pertua dan saya akan teruskan iaitu pertama terima kasih atas pembentangan tadi dan ruang diberikan untuk Ahli-ahli Yang Berhormat mengemukakan pandangan dan saya anggap perbahasan walaupun tidak ada pengundian.

Pertama, saya masih perlu rujuk apa yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri dan juga yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan, Yang Berhormat Iskandar Puteri dan juga yang lain termasuk Yang Berhormat Puchong tentang Ordinan Darurat.

Saya percaya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri setuju bahawa pengisytiharannya ataupun pembatalannya adalah suatu yang serius, yang tidak boleh dibuat sewenang- wenang secara spontan.

Saya tahu keperluan Yang Berhormat Menteri mahu menjawab untuk mengelakkan perbahasan berterusan. Akan tetapi, untuk memberikan jawapan sebegitu rupa, saya fikir pertamanya memang unprecedented. Major policy decision seperti ini haruslah dibentangkan secara terhormat kepada Ahli-ahli Parlimen supaya kita sama ada perakui, bersetuju atau menyambut baik. Ini tidak berlaku.

Saya juga gusar. Saya bayangkan awal tadi kita di tahap krisis Perlembagaan sekarang ini. Sudah tahu tentang kenyataan-kenyataan Majlis Raja-raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong. Saya tidak pasti sama ada pertama, hal yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri telah dipersembahkan atau diperkenankan kerana tidak disebut. Dalam membawa Usul Darurat, kita persembah. Saya diberitahu Perdana Menteri, Menteri-menteri, Peguam Negara, beberapa orang datang mempersembahkan kepada Tuanku, meyakinkan Tuanku.

Apakah pembatalan ini dibuat dengan mempersembahkan dan mendapat perkenan? Saya belum pasti. Saya minta penjelasan kerana kalau ini belum berlaku, pengumuman ini tidak boleh dibuat dengan satu bentuk penghinaan kepada institusi Raja-raja Melayu, khususnya Yang di-Pertuan Agong. Ini bukan perkara politik yang ringan.

final • 12:36 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Permatang Pauh, boleh ini? Bagi izin, bagi izin.

final • 12:36 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Tuan Yang di-Pertua, kita di Parlimen ini sama-sama bertanggungjawab. Kalau ada yang mengatakan tidak ada masalah, mereka ini tidak bercakap benar. Semua orang tahu bahawa memang ada permasalahan. Permasalahan ini perlu dileraikan dengan hormat, dengan baik dan tidak dipertajam.

Saya fikir biar bersidang hari ini dengan pengumuman yang dibuat akan mempertajamkan krisis Perlembagaan yang sekarang kita hadapi. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri berkenaan harus bertanggungjawab kerana mengemukakan satu usul yang melibatkan kuasa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Perkara 105(3) tentang darurat ini tetapi mengetepikan institusi Raja daripada segi mempersembahkan dan mendapat perkenan terlebih dahulu. Itu yang pertama.

Kedua juga terkait adalah keperluan memaklumkan. Memaklumkan bukan kena pengumuman begitu. Tuan Yang di-Pertua, sedia maklum proses Parlimen ini. Tidak boleh buat, umpamanya hari ini kita umumkan, kita isytiharkan darurat. Datang satu sesi lagi kita sudah batalkan minggu lalu.

final • 12:36 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Ini pasar malam kah?...

final • 12:40 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Tidak boleh. Saya hendak lihat kertas pembentangan kelulusan dan kalau ini tidak dilakukan dan dianggap ini suara Yang Berhormat Ketua Pembangkang, sudah silap besar.

Saya hendak pertahankan semangat Perlembagaan. Saya hendak pertahankan semangat Raja Berperlembagaan dan supaya jangan krisis ini berpanjangan kerana parahnya untuk rakyat Malaysia...

[Tepuk] Kerajaan dalam konteks apa yang berlaku hari ini, tidak mungkin dapat mentadbir cara baik dan tersusun, kalau prinsip ini tidak dipatuhi dan dihormati. Ini yang berlaku dalam negara kita sekarang. Memang rakyat umum tidak tahu sepenuhnya kerana keadaan yang sensitif begitu rupa.

Akan tetapi kita, sekurang-kurangnya sebahagian besar daripada kita, tahu masalah ini dan nasihat saya mesti dileraikan kalau ini tanggungjawab bersama, semua Ahli-ahli Yang Berhormat dari semua parti. Dan ternyata dalam meleraikan masalah ini, pimpinan kerajaan sekarang gagal untuk menghormati semangat Perlembagaan yang ada.

Perkara 150(3) menyebut di antara lain, kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memasyhurkan Ordinan di bawah fasal (2B).

Kita jelas, Parlimen berkuasa membuat undang-undang tanpa menghiraukan tatacara perundangan. Akan tetapi, apa yang saya hendak sebut di sini ialah, keperluan membentangkan kepada kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Itu mungkin dilakukan, saya tidak pertikai hal itu boleh dilakukan dengan mudah, dengan maklumkan.

Akan tetapi yang saya pertikai sekarang, iaitu proses dalam menetapkan satu keputusan dasar yang besar telah ditolak dipatuhi.

Tuan Yang di-Pertua, kalau ini pun tidak dihormati, bolehkah kita bayangkan hal-hal lain kita bincang hari ini dapat dihormati. Soal yang agak asasi dan fundamental, tunggak dalam Perlembagaan negara. Sistem yang kita anuti oleh semua parti, apatah lagi parti-parti Melayu- UMNO, BERSATU yang lebih “gegak gempita” pertahankan ini, tetapi ternyata tidak dapat meyakinkan kita bahawa semangat ini dipatuhi. Itu yang pertama.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyebut dan saya sambut baik kenyataan kejayaan setakat ini vaksin sebanyak 16 juta dos. Apa yang tidak disebut ialah bahawa kita ketinggalan lima, enam bulan dengan negara-negara seperti Malta, Turki malah Indonesia yang ke hadapan pada peringkat awalnya tetapi kita dapat mengejar sekejap sehingga mencecah lebih 500 ribu suntikan satu hari. Satu prestasi yang baik dan saya ucapkan tahniah terutama kepada barisan hadapan.

Pengorbanan mereka yang besar dalam pastikan kerja dibuat dan kalau kita dapat lihat satu, dua buah tempat kalau belah petang itu, nampak mereka itu letih lesu kerana nak dapat mengejar masa, tak sempat makan minum. Saya masih ingat pergi ke Bagan Pinang di Port Dickson, beberapa orang doktor itu tidak sempat berhenti makan, ya. Satu, dua itu berhenti Zohor seketika, cepat dan terus sambung.

Jadi, inilah yang dibangkitkan dari Yang Berhormat Pandan. Kalau betul, berilah perhatian. Doktor kontrak ini kerja macam doktor biasa, bertungkus-lumus... [Dewan tepuk] Janji demi janji Yang Berhormat Menteri Kesihatan, kemudian dengan Yang Berhormat Menteri bawah Jabatan Perdana Menteri, macam masalah besar, tangguh demi tangguh. Orang itu kerja, kerja setengah mati dan banyak juga terkorban.

Jadi saya ingin gesa dan menggesa, janganlah sampai doktor-doktor itu buat Hartal dan mogok, kemudian ambil tindakan pula, ugut pula. Orang macam doktor ini, kalau sudah terpaksa mogok makna dia memang sudah kecewa betul, tak ada harapan.

Oleh sebab dia itu mungkin ada keyakinan beragama, dia tak lompat bunuh diri. Jadi janganlah kita pandang ringan. Jumlahnya seramai 23 ribu orang doktor kontrak. Sampai hari ini belum ada kepastian. Tiap-tiap minggu ambil keputusan untuk Hartal.

Jadi saya minta ada ketegasan. Ada ketegasan ini. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah menjawab untuk menyempurnakan program kesihatan, kita tahu sudah sesak...

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Minta penjelasan.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik, minta rumuskan Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Letak apa? Kertas apa ini?

Sekayu rentang...

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Sudah penuh...

[Tidak jelas]

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Keduanya tentang Program Pemulihan Ekonomi.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Minta penjelasan Yang Berhormat.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Kita ada kebimbangan antara keperluan menjaga kesihatan...

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, minta penjelasan.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

...Dan pemulihan ekonomi.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, minta penjelasan.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Saya ada dua minit lagi Yang Berhormat Arau. Saya ada dua minit lagi Yang Berhormat Arau. Terima kasih.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Arau, masa sudah tamat dah Yang Berhormat Arau.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Minta penjelasan.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Jadi, oleh yang demikian...

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila rumuskan.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, kita kawan kan?

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Ada usul daripada SME...

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tak sokonglah dia

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

...Daripada...

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

SME tak- Malaysia.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, minta penjelasan.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Kita harus jaga patuhi SOP.

Saya yakin.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat, minta penjelasan.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Antara malapetaka yang kita hadapi baru-baru ini...

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini bukan masalah berucap. Masa sekarang masa Yang Berhormat Langkawi berucap. Sekarang Yang Berhormat Langkawi yang berucap. Kenapa perbahasan begini panjang ini, Yang Berhormat Langkawi patut berucap.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

...Ialah kementerian, MITI bagi mengesan ikut pintu belakang ini, siapa sahaja akhirnya kluster yang besar termasuklah kluster kilang.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini majlis apa ini?

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Malah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri boleh mengesahkan...

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sekarang giliran Yang Berhormat Langkawi berucap.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh mengesahkan.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Patut Yang Berhormat Menteri kena jawab ini kluster kilang.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sekarang giliran Yang Berhormat Langkawi untuk berucap.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh sahkan.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Patut Kementerian Perdagangan dan Industri (MITI) kena jawab. Ini kluster kilang.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Sekarang giliran Yang Berhormat Langkawi untuk berucap.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Kemudian...

final • 12:40 PM

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

Itu fakta tidak betul itu.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Kedua...

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya ingin bertanya, semasa PH memerintah apa yang PH telah lakukan? Sekurang-kurangnya sekarang kerajaan sedang bagi perhatian...

final • 12:40 PM

[Dewan tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Ya, Yang Berhormat Arau tidak makan ubat ini Yang Berhormat Arau, sudahlah.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Terima kasih.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Masa PH memerintah, doktor- doktor ini tidak diberi perhatian tetapi sekarang...

final • 12:40 PM

Tuan Su Keong Siong - Kampar

Yang Berhormat Arau, jangan lupa makan ubat.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

...Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sedang bagi perhatian kepada doktor-doktor kontrak.

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Arau.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Terima kasih Yang Berhormat Arau.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kita jangan cuba jadi hero, usaha yang dibawa oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. PH tak buat apa,

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Hendak mengampu pun ada tempatlah.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

PH...

[Tidak jelas]

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih Yang Berhormat Arau...

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini Tuan Yang di-Pertua, sekarang giliran ini Yang Berhormat Langkawi berucap. Yang Berhormat Langkawi berucap, fasal apa penjelasan yang panjang.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Port Dickson.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Mana boleh Yang Berhormat Menteri minta penjelasan ini Tuan Yang di-Pertua?

Apa ini.. Tunggu your floor lah. Takkan panas kot?

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

Saya minta biarlah guna fakta, guna data yang betul.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Ini faktanya, pintu belakang.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

Tuan Yang di-Pertua, saya ada data bahawa sektor pembuatan antara penyumbang utama kepada...

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Abdullah Sani bin Abdul Hamid - Kapar

Tak payah. Duduklah Yang Berhormat Gombak, duduklah Yang Berhormat Gombak....

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Jawab, jawab. Jangan langsung ambil komisen sahaja. Fikir rakyat. Jangan fikir komisen.

final • 12:40 PM

Tuan Nga Kor Ming - Teluk Intan

Yang Berhormat Menteri, dengar dahulu Yang Berhormat Ketua Pembangkang berucap, sabar sahaja la. Baru balik dari Turki, rehat dululah.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

Kluster Pembuatan hanya sebanyak 35 ribu, iaitu hanya lapan...

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ahli-ahli Yang Berhormat, saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat semua duduk, semua duduk. Yang Berhormat Arau duduk Yang Berhormat Arau. Saya minta Yang Berhormat Port Dickson...

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Menteri ada giliranlah, tunggu giliran awak.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Engkau nak bagi kuliah kepada Yang Berhormat Menteri...

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

Jangan..., bentangkan fakta. Sebelum ini bentangkan fakta takut...

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

Guna emosi. Kita kenal siapa Yang Berhormat Port Dickson ini, faham.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

[Tidak jelas]

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Tahulah kecil hati tak dapat jadi TPM.

final • 12:40 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Yang Berhormat Port Dickson tadi Yang Berhormat Arau sudah cakap, cukuplah.

final • 12:40 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Jangan frust tak jadi TPM ya. Nak luahkan perasaan? Tunggulah giliran...

final • 12:40 PM

[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Masa sudah tamat habis.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

Saya bentang fakta bukan emosi. Saya sudah bawa statistik sebab saya tahu Pakatan Harapan...

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

...Association of Malaysia, tolong ajar Yang Berhormat Menteri ini ha.

final • 12:40 PM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

...Akan berbohong dalam Dewan Rakyat.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 12:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Ahli Yang Berhormat, masa Yang Berhormat Port Dickson sudah tamat. Saya hendak panggil Yang Berhormat Langkawi pula ini.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Saya tahu di antara menjaga kesihatan pertumbuhan ekonomi, saya setuju. Akan tetapi biarlah peraturan yang begitu agak telus dan jangan kira untung memihak kepada syarikat-syarikat di kilang-kilang besar sahaja. Terima kasih.

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Langkawi. Tujuh minit.

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kasi lipat Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Langkawi.

[Ketawa]

final • 12:50 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Langkawi sokong PN.

final • 12:50 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Lipat Menteri Kanan TPM.

[Ketawa]

final • 12:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Langkawi.

final • 12:50 PM

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Seperti yang saya sangka, penerangan yang telah diberi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah perkara yang sudah diketahui umum. Perkara yang penting yang perlu diberitahu kepada rakyat ialah peningkatan jumlah kes baharu sepanjang masa.

Walaupun ada angka-angka yang menunjukkan bahawa kerajaan sedang mengambil tindakan, tetapi amatlah jelas bahawa segala tindakan ini tidak berjaya untuk mengurangkan kes-kes baharu. Daripada hanya ratusan sudah meningkat kepada 17 ribu. Kalau adapun dialami di negara lain, saya fikir kerajaan sudah pun jatuh ataupun prosedur letak jawatanlah. Saya daripada orang yang letak jawatan dua kali. Jadi, apalah sangat. Letak jawatan lah kalau kamu gagal.

[Ketawa]

final • 12:51 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Langkawi ini ada hajat kah apa ini?

final • 12:51 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Pagoh letak jawatan.

final • 12:51 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Langkawi ada hajat kah hendak jadi Perdana Menteri balik?

final • 12:51 PM

Seorang Ahli

Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 12:51 PM

Datuk Seri Haji Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Letak jawatan kerana gagal. Gagal.

final • 12:51 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Langkawi ada hajat kah?

final • 12:51 PM

Seorang Ahli

Yang Berhormat Pasir Salak digugurkan jawatan.

final • 12:51 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Masih teringin hendak jawatan.

final • 12:51 PM

Seorang Ahli

Malulah Yang Berhormat Pasir Salak.

final • 12:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Saya minta apabila seorang Ahli Berhormat sedang bercakap supaya tidak ada gangguan. Silakan Yang Berhormat Langkawi.

final • 12:51 PM

Seorang Ahli

Jangan ganggu, makan durian boleh.

[Ketawa]

final • 12:51 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Sudahlah dahulu, sudah merasa lama. Cukuplah itu. Yang Berhormat Langkawi.

final • 12:51 PM

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi

Tuan Yang di-Pertua, kita lihat kerajaan ini meniru apa yang disebut di luar daripada kerajaan. Yang terakhir ialah apabila ada cadangan di luar untuk menubuhkan satu Majlis Pemulihan Negara, maka kerajaan pun menubuhkan Majlis Pemulihan Negara.

Kononnya akan dianggotai oleh ahli-ahli profesional, tetapi nampak jelas bahawa badan ini adalah badan politik dan disertai oleh pemimpin-pemimpin politik yang akan melaporkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Ini tidak menumpu kepada masalah yang kita hadapi. Masalahnya ialah masalah kesihatan. Masalah penyakit wabak yang begitu mudah dijangkiti sehingga boleh bertambah tiap-tiap hari beribu. Akan tetapi tidak ada banyak pun tumpuan yang diberi bagaimana untuk mengurangkan bilangan kes-kes baharu ini.

Sudah tentu tidak mungkin kerajaan adakan cukup katil dalam hospital untuk menampung tambahan setiap hari sebanyak 17,000 orang pesakit. Takkan ada 17,000 buah katil. Walaupun ada yang boleh dikeluarkan dari hospital setiap hari, tetapi keluaran itu berkurangan berbanding dengan jumlah kes-kes baharu ini. Untuk ini tindakan perlu diambil oleh kerajaan tetapi apa yang dilakukan amat kecil memandangkan kepada tambahan kes-kes yang terdapat setiap hari.

Oleh itu rakyat sekarang ini berada dalam ketakutan. Mereka melihat semakin lama semakin ramai orang yang dijangkiti kesan daripada pemerintahan kerajaan ini.

Rakyat takut sehingga mereka sekarang ini mencari-cari untuk perlindungan. Akan tetapi walaupun perlindungan boleh diberi melalui vaksin, tetapi untuk mendapat vaksin itu begitu susah. Walaupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berjanji iaitu vaksin ini percuma bagi semua. Akan tetapi sekarang ini dilaporkan bahawa satu vaksin akan dijual dengan harga RM350.00. Mana dia janji?

Tuan Yang di-Pertua, sekatan diadakan terhadap import vaksin hanya satu syarikat sahaja yang boleh import vaksin ini dan syarikat ini akan menjual. Sementara ramai orang mati, ramai orang hidap penyakit, ramai yang bunuh diri, kita duk kira macam mana hendak dapat duit daripada jualan vaksin. Inikah kerajaan yang prihatin yang menumpu kepada masalah yang dihadapi oleh rakyat.

final • 12:51 PM

Tan Sri Noh bin Haji Omar - Tanjong Karang

Yang jual itu Selangor.

final • 12:51 PM

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi

Saya harap kalaupun tidak diadakan sidang Parlimen yang sebenar, dalam sidang penerangan ini juga akan dilaporkan bagaimana kerajaan bercadang untuk mengurangkan bilangan kes baharu.

Akan tetapi saya tidak nampak apa yang dicadangkan oleh pihak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi menunjuk bahawa kerajaan memberi perhatian yang serius kepada penambahan pesakit-pesakit dalam negara kita. Mungkin angka di negara kita ini kurang, tetapi penduduknya juga kurang.

Kita mempunyai cuma 32 juta orang. Tidak usahlah banding dengan India.

Banding dengan India mempunyai 1.4 bilion orang. Ini kita dengan negara yang begini kecil, masih tidak mampu untuk mengawal penyakit ini. Sepatutnya dari awal lagi, kerajaan mengambil tindakan-tindakan di waktu jumlah pesakit baharu tidak pun sampai 2,000.

Akan tetapi sekarang angka ini sudah meningkat kepada 17,000 dan ada yang berpendapat bahawa tidak lama lagi akan meningkat kepada 25,000 orang. Sudah tentu kita tidak boleh rawat mereka. Kita tidak boleh ada cukup katil bagi mereka. Sebab itu usaha untuk mengurangkan jumlah pesakit baharu ini sepatutnya menjadi tumpuan kerajaan, tetapi tidak banyak yang dicadangkan melainkan dengan menubuhkan satu badan yang dianggotai oleh ahli-ahli politik dan membuat laporan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Laporan banyak sudah disampaikan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Setiap kali laporan dibuat dan tindakan kononnya diambil, jumlah pesakit meningkat. Daripada 200 hingga 300 meningkat sampai 17,000 dan akan meningkat lagi. Inilah yang menakutkan rakyat. Sepatutnya kerajaan memberi perhatian kepada masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Akan tetapi ternampak duit yang sebanyak RM350 bilion yang dibelanjakan oleh kerajaan. Kita tidak nampak apa-apa kesan daripadanya. Inilah masalah yang dihadapi oleh negara kita ini kerana kita mempunyai sebuah kerajaan yang ramai rakyat anggap sudah pun gagal. Jadi apabila kerajaan gagal, ada tempat baginya.

[Tepuk] Itulah harapan kita dan kita yakin bahawa kalau urusan berkenaan dengan....

final • 12:51 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Izin laluan.

final • 12:51 PM

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi

...Jangkitan ini diserah kepada badan profesional yang tahu berkenaan dengan jenis penyakit ini dan cara-cara untuk membendung perkembangan penyakit ini kepada lebih ramai daripada...

final • 12:51 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Izin laluan Yang Berhormat Langkawi.

final • 12:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Langkawi, masa sudah tamat. Minta rumuskan.

final • 12:51 PM

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi

Hari ini saya dapati bahawa bagi setiap 32 orang di Malaysia ini, satu sudah kena jangkitan kerana kita sudah sampai angka 1 juta. Ini akan bertambah kerana kerajaan entah kenapa setiap kali kerajaan bertindak, maka angka akan bertambah.

final • 12:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 12:51 PM

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad - Langkawi

Terima kasih.

final • 12:51 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat, masa sudah pukul 1. Kita akan tangguhkan mesyuarat pada tengah hari ini. Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Kita sambung semula pada jam 2.30 petang dengan menjemput Jelebu, kemudian Yang Berhormat Kota Raja, kemudian Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Semporna, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Sibuti.

Terima kasih Ahli Yang Berhormat.

final • 12:51 PM

[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 tengah hari]

[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Sri Azalina Othman Said) mempengerusikan

final • 2:30 PM

Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekarang saya hendak maklum pada semua, Yang Amat Berhormat akan menggulung jam 4.30. Jadi, saya jemput nama-nama di senarai. Tujuh minit ya, Yang Berhormat Jelebu.

final • 2:30 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

*Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh*. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada Yang Berhormat Jelebu untuk membahaskan ataupun memberi sedikit sebanyak pandangan dan juga cadangan kepada kerajaan, bagaimana mungkin kita untuk kita menambah baik dalam soal Pelan Pemulihan Negara.

Pada 15 Jun 2021, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan berkenaan dengan Pelan Pemulihan Negara, peralihan fasa. Saya hendak bagi penekanan peralihan fasa PKP secara berperingkat. Pada ketika itu semua rakyat bercakap tentang fasa 1, 2, 3, 4 dan mereka sentiasa mengikuti perkembangan kes baharu di negeri-negeri masing-masing. Lebih ramai rakyat yang peka dan cakna kadar vaksinasi. Semakin ramai yang mendaftar, semata-mata untuk pastikan bahawa pelan kerajaan yang diumumkan oleh kerajaan ini boleh mencapai matlamat, apatah lagi untuk mencapai imuniti untuk beralih fasa.

Harapan rakyat pada ketika itu Tuan Yang di-Pertua sangat tinggi tetapi majoriti rakyat dalam masa yang sama agak penat dan restless, dengan izin dengan cara hidup yang serba tidak menentu ketika ini. Namun begitu, situasi pada hari ini seolah-olah menunjukkan keadaan yang tidak ada pemulihan, yang tidak ada perkembangan yang menampakkan perkembangan dari semasa ke semasa.

Betul kata vaksinasi kita lebih cepat dan lebih ramai yang sudah memperoleh sekurang-kurangnya satu dos suntikan. Akan tetapi kes harian pula semakin meningkat kepada angka-angka yang tidak pernah kita sebagai Ahli Dewan ataupun rakyat khususnya, memikirkan bahawa angka yang meningkat dari semasa ke semasa.

Akan tetapi untuk berlaku adil kepada pihak kerajaan, saya hendak rujuk semula Tuan Yang di-Pertua untuk rekod Dewan ya, punca penularan COVID ini pada 22 Januari 2020, Menteri Pelancongan menyatakan tiada keperluan untuk menyekat pelancong China. Pada 20 Januari 2020, Menteri Kesihatan memaklumkan bahawa keadaan masih terkawal walaupun telah terdapat tiga kes di Malaysia. Pada 25 Januari 2020, Tun Mahathir iaitu Yang Berhormat Langkawi, memaklumkan keadaan masih terkawal dan tiada keperluan untuk menyekat dan melarang kemasukan pelancong China. Pada 28 Januari 2020, Menteri Pelancongan minta semua industri tidak melarang pelancong dari melawat lokasi tumpuan di Malaysia. Pada 22 Februari 2020...

final • 2:33 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Yang Berhormat Jelebu, mohon penjelasan. Sekejap.

final • 2:33 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Nanti bagilah saya habis sekejap.

final • 2:33 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Sikit, sikit.

final • 2:33 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Nanti, nanti. Mana ini? Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 2:33 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ya, sikit saja. Saya hendak tanya. Kita ini sekarang...

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 2:33 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Julai 2021...

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 2:33 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Duduklah.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Bayan Baru.

final • 2:33 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Ungkit perkara lama-lama. Perkara lama itu tidak payah. Macam hendak juga. Terima kasih.

final • 2:33 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Bayan Baru. Kena minta kebenaran Yang Berhormat Bayan Baru. The floor is not yours.

final • 2:33 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tuan Yang di-Pertua, saya sambung lagi satu tarikh Tuan Yang di-Pertua. Pada 22 Februari 2020, Yang Berhormat Langkawi menegaskan sekali lagi keadaan masih terkawal dan akan pantau kemasukan pelancong China. We have to be fair. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah sebut tadi unprecedented case. Maknanya ketika ini semua negara yang telah dilanda masalah COVID harus dimainkan peranan oleh Ahli-ahli Parlimen sama ada kerajaan dan pembangkang, macam mana kita hendak menyelesaikan masalah pandemik yang menjadi satu masalah dunia. Satu masalah yang harus diselesaikan, diambil peranan oleh semua orang.

Jadi maknanya Tuan Yang di-Pertua, kita hendak tengok salah. Bukan saya hendak kata salah ketika Pakatan Harapan, bukan saya hendak ketika Perikatan Nasional. Akan tetapi kita semua mesti main peranan. Menteri Kewangan baru masuk.

Sampai bertambah kurus saya tengok Menteri Kewangan, bagi pelbagai pelan dan juga pendekatan bagaimana untuk atasi masalah COVID.

Akan tetapi masalah ini pada saya semakin hari semakin meningkat, mempunyai punca dan juga permasalahan yang harus diselesaikan. Kementerian- kementerian harus collaborate antara satu sama lain. MCMC, Kementerian Komunikasi, tolonglah lakukan sewajarnya supaya penerangan kepada rakyat mesti dijelaskan sejelas-jelasnya berkaitan dengan perkembangan terbaru berkaitan dengan COVID.

Kementerian Belia umpamanya, gunakan semua sukarelawan kita, bantu frontliners kita. Ini frontliners kita separuh mati ini, saya hendak bagi tahu. Almost 24-7, di PWTC itu, COVID itu, almost 24-7 frontliners kita menjalankan tugas. Tambah lagi kita punya sukarelawan. Contoh, yang saya hendak sebut. Kementerian Pembangunan Wanita umpamanya, bantu dalam soal bekalan makanan dan sebagainya, biar be fair. Turun ke kawasan mestilah lengkap dengan apa yang dihasratkan oleh kerajaan.

Jadi kerana itu Tuan Yang di-Pertua, sewaktu Pelan Pemulihan ini dilancarkan pada 15 Jun yang lalu, di ketika itu COVID 5 ribu lebih. Kemudian, pada 25 Julai, COVID naik sampai 17 ribu. Kes aktif naik dua kali ganda berbanding dengan 15 Jun dan akhirnya kes kumulatif negara juga melepasi angkat 1 juta. Sangat memberikan kesan yang tidak baik pada perkembangan ekonomi, sosial, masyarakat dan juga keadaan suasana kehidupan masyarakat kita.

Bermula pada 5 Julai 2021 Tuan Yang di-Pertua, untuk rekod Dewan ini, saya sebut pada petang ini. Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang telah beralih ke fasa 2 Pelan Pemulihan Negara dan diikuti oleh beberapa negeri yang lain termasuk Sabah.

Akan tetapi saya hendak sebut dalam rekod, walaupun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah sebut, negeri yang masuk ke pelan fasa 2, tidak mungkin reverse semula ataupun balik semula kepada fasa 1. Akan tetapi kalau ikut rekod Tuan Yang di-Pertua, pada 25 Julai, Perak - 609, Pulau Pinang - 573, Sabah - 818. Saya hendak minta penjelasan daripada pihak kerajaan...

final • 2:33 PM

Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis

Yang Berhormat Jelebu, boleh sikit Yang Berhormat Jelebu?

final • 2:33 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Apakah langkah-langkah khusus?

final • 2:33 PM

Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis

Yang Berhormat Jelebu, sikit.

final • 2:33 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Apakah langkah-langkah khusus yang diambil oleh pihak kerajaan untuk pastikan supaya penularan dan pertambahan kes di negeri-negeri fasa 2 ini tidak bertambah ataupun kita boleh sekat tentang penularan ini.

final • 2:33 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Walaupun Menteri Kewangan, Menteri Kesihatan pada 14 dan 16 Julai telah buat keputusan termasuk statement daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa tidak mungkin fasa ini beralih kepada fasa… [kurang jelas]

final • 2:40 PM

Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis

Yang Berhormat Jelebu sikit.

final • 2:40 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Itu yang pertama. Kemudian saya hendak ke miskin bandar.

final • 2:40 PM

Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis

Kimanis, Kimanis. Boleh bagi Kimanis sikit?

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Jelebu.

final • 2:40 PM

Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis

Kimanis.

final • 2:40 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Ya.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Sudah habis masa.

final • 2:40 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Sikit sahaja Yang Berhormat Kimanis.

final • 2:40 PM

Datuk Mohamad bin Alamin - Kimanis

Terima kasih Yang Berhormat Jelebu.

Tadi sentuh soal kes Sabah. Jadi, ini memang membimbangkan kita di Sabah. Trend hari demi hari menunjukkan peningkatan kes walaupun Sabah sudah diisytiharkan sebagai fasa 2 tetapi saya hendak minta Yang Berhormat Jelebu. Adakah bersetuju dengan saya bahawa kerajaan kena lihat ke hadapan lebih. One more step ahead bagaimana untuk memastikan kes ini tidak akan terus meningkat dari ke hari.

Hal ini kerana kita tidak mahu apa yang berlaku sebelum ini apabila kes meningkat kita menjadi panik. Ini adalah satu masa dan satu ketika di mana kerajaan harus melihat cara macam mana untuk membendung. Jangan sampai ia meningkat lebih teruk lagi. Terima kasih.

final • 2:40 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Terima kasih Yang Berhormat Kimanis, masukkan dalam penyampaian saya. Tuan Yang di-Pertua, perkara point yang akhir yang saya hendak sebut dalam masa yang begitu singkat. Perkara yang paling merisaukan saya dan juga rakyat Tuan Yang di-Pertua, ialah kemampuan sistem kesihatan dan para frontliners kesihatan untuk kita terus bertahan dalam keadaan suasana sebegini.

Dengan kes aktif yang melebihi 160,000, ini satu perkara yang sangat berat untuk dipikul oleh frontliners kita sekarang. Saya faham tentang 20 November 2020, saya sudah sebut dalam Dewan yang mulia. Kementerian tolong buat sesuatu tentang 2,000 jururawat kontrak kita. Hari ini timbul 23,000 doktor kontrak dan Yang Berhormat Menteri ketika itu memberi jawapan bahawa masalah kontrak ini akan diambil tindakan segera oleh kerajaan dan saya hendak cadangkan kepada kerajaan supaya perkara ini perlu dibagikan satu keutamaan dan prioriti.

Tuan Yang di-Pertua, sudah sampai masanya bebanan yang ditanggung oleh kerajaan ini, yang ditanggung oleh hospital kerajaan ini dikongsi bersama dengan hospital swasta. Memang benar sudah ada hospital swasta yang menerima pesakit COVID-19 tetapi jumlahnya masih lagi kecil.

Saya hendak nyatakan untuk rekod Dewan, saya ingin memetik satu laporan yang dikeluarkan pada 6 Julai 2021. Yang Berhormat Menteri Kesihatan menyatakan sebanyak 112 atau 53.1 peratus daripada 211 hospital swasta di seluruh negara bersetuju menyediakan rawatan COVID-19.

Pertanyaan saya, apa yang berlaku kepada baki 46.9 peratus hospital swasta yang mesti berkorban untuk bersama dengan kerajaan dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat Tuan Yang di-Pertua. Kemudian saya hendak beritahu Tuan Yang di- Pertua...

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Jelebu sudah lebih masa. Ramai pembahas hari ini.

final • 2:40 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sebut satu perkara yang sangat penting, daripada maklumat...

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat, semua orang pun hendak berbahas.

final • 2:40 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Ya Tuan Yang di-Pertua, bagi saya sikit sahaja lagi.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Tolong Yang Berhormat.

final • 2:40 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Saya hendak gulung Tuan Yang di- Pertua. Syarikat…

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Last point Yang Berhormat, last point.

final • 2:40 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Last point?

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Last point.

final • 2:40 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Syarikat insurans seperti AIA, Prudential, mereka tanggung rawatan pesakit COVID-19 dengan pelbagai syarat. Fee and claim maknanya bayar dahulu claim kemudian. Ini mesti diselesaikan Tuan Yang di-Pertua kerana dalam keadaan ekonomi rakyat yang agak mendesak ini dan ditimpa musibah COVID-19, saya yakin dan percaya rakyat memerlukan penglibatan semua entiti swasta ini untuk bersama-sama dalam pelan kerajaan untuk menjayakan Pelan Pemulih Nasional ini.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Kota Raja, ketua parti, daripada tujuh minit saya bagi 10 minit. Silakan.

final • 2:40 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Tuan Yang di-Pertua, daripada awal lagi saya menyebut bahawa pengisytiharan darurat ialah untuk menyelamatkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Bukan untuk menangani COVID-19. Ternyata hujah itu betul sekarang di mana sebelum darurat, 6,000 paling tinggi sehari. Selepas darurat, 17,000 sehari. Ertinya pengisytiharan darurat sia-sia, yang untung Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin kerana dia selamat lagi sampai sekarang.

Bila beberapa orang di kalangan rakan mereka lompat atau tidak mengisytiharkan sokongan, maka cepat-cepat Yang Amat Berhormat menganggotai Kabinet menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk memohon darurat. Darurat ini darurat menyelamatkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, bukan menyelamatkan rakyat.

Sebenarnya tidak perlu darurat untuk kita hadapi masalah COVID-19 ini. Kita ada NADMA iaitu National Disaster Management Agency. Di situ boleh dikerahkan tentera, polis, APMM, bomba tanpa perlu pengisytiharan darurat. Bila kita kata darurat untuk selamatkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, orang tidak percaya.

Hari ini darurat ditarik senyap-senyap sebab kalau diundi, saya berkeyakinan pihak kerajaan akan kalah. Oleh sebab itu ditarik secara diam-diam. Inilah yang kita lihat apa yang berlaku sekarang ini. Kita lihat...

final • 2:44 PM

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi - Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Yang Berhormat, pakai mask.

final • 2:44 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

...Bila darurat disiarkan melainkan kalau benar-benar perlu seperti selepas 13 Mei, kita tahu itu amatlah penting. Bahkan darurat di Kelantan dahulu pun dipertikai sehingga Menteri dalam kerajaan letak jawatan dan menjadi pembangkang, Dato’ Asri Haji Muda dan rakan-rakannya.

Darurat kali ini darurat yang langsung tidak perlu. Darurat hal keselamatan, hal kesihatan tetapi seolah-olah Malaysia dilanda dengan satu bencana yang hebat.

Sekarang, bila sudah melebihi 1 juta dan kita boleh hadiahlah piala kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, selepas darurat angka telah sampai 1 juta.

Bukan kita gembira dengan angka ini. Hari-hari sahabat saya meninggal dunia ataupun berada dalam stage 4. Kami- Ketua Pemuda Pakatan Harapan sedang stage 4 di Melaka dan lain-lain lagi mereka sedang menderita.

final • 2:44 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Yang Berhormat, minta pakai mask walaupun tengah berbahas.

final • 2:44 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Saya patuh Yang Berhormat Datuk.

Yang Berhormat Datuk suruh apa pun saya patuh. Asalkan beri masa panjang.

final • 2:44 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Saya cuma...

final • 2:44 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Dia ada niat dengan Tuan Yang di-Pertua.

final • 2:44 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Abang Mat, bukan saya yang cakap ada orang dekat bawah yang cakap.

final • 2:44 PM

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin

Masjid Tanah, Masjid Tanah cakap.

final • 2:44 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Kalau Tuan Yang di-Pertua ada niat, apa salahnya.

final • 2:44 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Selamat pengantin baru.

final • 2:44 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Bila diisytiharkan darurat dalam keadaan tidak penting, apa pandangan penganalisis-penganalisis ekonomi. Kalau pembangkang kata kerajaan ini kerajaan gagal, tidak ada masalah. Pembangkang, bila pun tidak sokong kerajaan.

Kalau pihak kami memerintah dulu, pembangkang kata kerajaan yang tidak berjaya tidak apa. Akan tetapi beliau belum mengatakan kerajaan beliau sedang gagal dan menuju kegagalan, Menteri Kewangan kena jawab yang ini sebab beliau yang layak jawab, yang tahu hal ehwal ekonomi.

Bila berita ini tersebar di seluruh dunia, bagaimana sikap para pelabur terhadap Malaysia sekarang ini. Bila mereka melihat negara lain semakin pulih, walaupun di Amerika Syarikat, kematian mereka lebih daripada setengah juta tetapi setelah divaksin, sekarang kematian peratusnya menurun.

India suatu ketika sampai 400 ribu satu hari, sekarang di sekitar 40 ribu. Jumlah 40 ribu di India yang penduduk 1.4 bilion jauh Malaysia lebih tinggi. Malaysia semua hendak jadi johan, COVID-19 pun hendak jadi johan. Jadilah johan dalam badminton, renang yang sedang berlangsung di Tokyo sekarang. COVID-19 pun nak jadi johan.

Soalnya diulang perkara yang sama setiap hari.

Misalnya, kita lihat kita tidak faham MCO ini. Saya dengan isteri saya bukan setakat makan sekali, tidur sekali tetapi apabila pergi ke restoran tidak boleh duduk sekali, pelik. Jadi MCO ini hendak jaga siapa? Tidak diberi taklimat kepada pihak polis dengan betul barangkali. Orang yang sedang memancing di tengah sawah tidak pakai mask ditangkap dan didenda sedangkan banyak makhluk kayangan terlepas ataupun didenda dengan begitu rendah.

Pesta makan durian berlaku pada zaman MCO ini. Kalaulah orang kampung yang buat, bagaimana mereka hendak melepasi ini semua.

final • 2:44 PM

Tuan Mohamad bin Sabu - Kota Raja

Oleh sebab itulah kita lihat, sudah kita ulang sebut itu betul, sehingga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu melihat politik disalahgunakan untuk menyelamatkan. Sekarang kita sudah ada dua Perdana Menteri. Di sini namanya Mahiaddin, di bajunya Muhyiddin. Kita ada dua Perdana Menteri sekarang ni.

Jadi, kita lihat daripada pihak pemerintah atau pembangkang dalam hal menghadapi penyakit ini biarlah kita bersatu. Biarlah kita bincang secara yang betul, bagaimana MCO hendak dibuat. Singapura sekarang telah mengisytiharkan endemik, ertinya mereka hidup dalam suasana pandemik ini. Setelah divaksin, mereka boleh pergi ke kedai, mereka boleh pergi mana-mana. Hanyalah mengikut peraturan-peraturan yang disediakan.

Kita di sini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata setelah disuntik vaksin dua kali boleh pergi ke sana ke mari, ke sana ke mari. Bohong! Tidak malu bercakap bohong setiap hari. Ini yang kita hairan. Yang pentingnya kerana saudara Ahli-ahli Parlimen di sana hendak menyelamatkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, negara menderita. Apa perlu kita– mengapa kita tidak boleh korbankan seorang untuk selamatkan Malaysia ini. Kita tidak boleh berada dalam keadaan begini. Dok nafi-nafi dan kita– Menteri-menteri kita bolehlah berjalan dengan mudah ke luar negara terutama ke Timur Tengah sebab di sana demokrasi pun tidak berjalan.

Akan tetapi, kalau ke negara Eropah, kita lihatlah laman-laman web, Menteri dibelasah, dihentam kerana di sana mereka amat mementingkan demokrasi. Kita lihat di UK Tuan Yang di-Pertua, bercium bukan salah, tidak cium salah kalau bertemu lelaki dan perempuan dalam umur yang dewasa. Akan tetapi, Menteri Kesihatannya letak jawatan, bukan salah bercium, salah kerana langgar SOP. Di sini cakaplah apa pun, Spanish fly kah apakah, tidak ada masalah. Oleh sebab di Malaysia ini bebas, Menteri-menteri ini seolah-olah maksum.

Mereka boleh buat apa sahaja dan rakyat melihat, rakyat menderita. Rakyat sekarang sudah hilang ingatan pun ada. Sudah membunuh diri. Bukan main-main. Mana ada zaman saya membesar dahulu dengar orang Melayu bunuh diri. Itu Menteri Agama.

Sekarang orang Melayu Islam sudah mula bunuh diri, bahkan mengatasi kaum-kaum yang lain. Ini bermakna suasana sudah cukup panik tetapi kita di sini datang minta kuasa, datang minta tambahan. Buat darurat, sedangkan darurat membawa kegagalan. Jikalau tidak saya katakan tadi, Raja-raja tidak mengambil sikap yang sebegini rupa.

Kita tidak mahu sampai bila-bila pun Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu campur dalam hal ehwal urusan Parlimen. Akan tetapi, mereka terpaksa campur kali ini kerana ada Perdana Menteri yang ketegar, degil tidak mahu berhenti walaupun tidak cukup sokongan. Ya, kita boleh berbelanja berbilion, boleh lulus berbilion ringgit lagi tetapi kalau keadaan sebegini rupa, kita nampak kita akan hadapi masalah lebih besar.

Oleh sebab itulah, kita harap boleh buat perubahan. Memang Kerajaan PH dahulu dikatakan gagal dan tidak pandai memerintah, tidak mengapa. Tunggu pilihan raya, hukum Kerajaan PH, bukan curi di tengah jalan. Apabila curi di tengah jalan, ini tidak ikut prosedur Parliamentary Democracy. Kerajaan yang ditegakkan tidak stabil sampai bila-bila. Ya, boleh main sekarang sampai pilihan raya akan datang, tahun 2023.

Saya yakin kerajaan tidak akan stabil kerana diambil secara Sheraton Move ataupun langkah syaitan. Terima kasih.

final • 2:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Jempol. Yang Berhormat Jempol, kemudian Jelebu. Tujuh minit Yang Berhormat.

final • 2:50 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengambil bahagian dalam perbahasan pada hari ini.

Kerajaan perlu memberi kefahaman jelas kepada rakyat mengenai exit strategy ataupun Pelan Pemulihan Negara (PPN) kerana masih ramai di luar sana yang masih keliru dengan perkembangan SOP berfasa. Hal ini kerana sebelum ini kita mengguna pakai istilah PKP, PKPB, PKPP serta PKPD. Rakyat sudah biasa dengan istilah tersebut.

Tambahan pula peralihan fasa menerusi PPN tidak lagi bergantung pada satu- satu tarikh tetapi melalui tiga induktor yang telah digariskan. Penerangan khususnya kepada mereka yang tinggal di luar bandar juga sangat penting untuk memastikan rakyat tidak ragu-ragu dalam menjayakan perancangan negara. Di sini saya ingin menegur Yang Berhormat Menteri Komunikasi Multimedia.

Saya melihat Menteri ini tidak lagi berperanan untuk membantu menyebarkan segala maklumat. Kalau dalam keadaan ini yang paling penting, bagaimana peranan Menteri membantu Perdana Menteri. Kalau ia sekadar penyebaran maklumat, ada yang betul, ada yang tidak betul di mana keadaan ketika pandemik, ketika negara susah dilanda COVID-19, mana pergi Menteri yang saya maksudkan sebentar tadi.

Saya berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana banyak pakej prihatin seperti Prihatin PKS (Tambahan), PENJANA, Kita Prihatin, PERMAI, PEMERKASA, PEMERKASA Tambahan dan PEMULIH dengan nilai lebih kurang RM530 bilion semata-mata satu tujuan murni iaitu memastikan kehidupan dan kebajikan rakyat sentiasa terbela. Jadi, dalam keadaan ini ia belum tercapai lagi kerana tumpuan kita kerajaan ingin membantu B40 dan M40 dalam soal pemulihan keadaan ini.

Akan tetapi apa yang peruntukan yang banyak yang diumumkan tadi, mereka yang kehilangan pendapatan, mereka yang tidak ada bantuan makanan, di mana Menteri yang tenggelam, Yang Berhormat Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat contohnya.

Dinyatakan bahawa peruntukan berbilion untuk Bantuan Makanan yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pagi tadi. Kita berterima kasih dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana membantu semua Ahli Parlimen tidak kira kerajaan mahupun pembangkang. Jadi, di mana peranan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang mana mereka ini telah pun diperuntukkan untuk menyalurkan bantuan kit makanan.

Ini kerana di kawasan saya, masih ramai yang kena kontak rapat COVID-19 ini tetapi bantuan JKM tidak sampai. Di mana Menteri ini dalam ketika ini. Saya minta Menteri ini juga bertanggungjawab dalam keadaan ini. Jadi, saya harap dalam keadaan boleh dikaji beberapa orang Menteri tidak berperanan untuk membantu kerajaan dalam fasa pemulihan negara pada hari ini yang telah kita bincangkan dari pagi ini.

Seterusnya sebanyak 580 ribu PMKS berisiko “gulung tikar”. Berdasarkan survei yang dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, dianggarkan sebanyak 580 ribu peniaga yang mewakili 49 peratus dari segi sektor PMKS berisiko untuk menutup perniagaan menjelang Oktober depan sekiranya mereka masih lagi tidak dibenarkan beroperasi.

Lebih 7 juta orang rakyat Malaysia bakal kehilangan pekerjaan. Setiap orang pekerja mempunyai dua tanggungan, maka kehilangan pekerjaan seorang individu melibatkan 14 juta orang turut menerima kesan langsung. Kesannya PMKS ini tidak boleh bangkit semula, walaupun selepas ekonomi dibuka. Kegagalan PMKS ini menerusi operasi, memberi kesan kepada rakyat dan juga masyarakat. Jadi, apa peranannya. Apa peranannya yang perlu kita bantu mereka ini dalam pelan pemulihan tersebut.

Satu lagi saya ingin menyentuh soal murid sekolah yang akan dibuka sekolah.

Di mana keputusan kerajaan untuk membuka semula sekolah secara berperingkat- peringkat iaitu pengajaran pembelajaran secara bersemuka bagi setiap negeri beralih ke fasa kedua PPN perlu diperhalusi. Ini kerana pelajar ini tidak pun divaksin. Bagaimana tindakan kerajaan untuk vaksin pelajar-pelajar Tingkatan 5 bakal menduduki peperiksaan pada tahun ini. Adakah mereka ini tidak berisiko dan apa peranan kita untuk membantu pihak KPM ini membantu orang kampung, rakyat yang anak-anaknya akan menghadapi peperiksaan.

Kita tidak mahu sekolah hari ini buka, tutup, buka tutup, tutup tidak buka-buka lagi. Jadi, adakah semua peranti ini cukup, internet cukup, pencapaian jalur lebarnya cukup. Anak-anak di luar bandar ini masih keciciran kerana tidak ada capaian internet.

final • 2:54 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Jadi, saya harap Menteri yang bertanggungjawab, cari exit plan, bagaimana hendak menyelesaikan isu yang berkaitan dengan itu.

Jadi, saya ingin membangkitkan semula kepada perkara yang- ada satu minit lagi. Saya hendak beritahu, pelan yang disebutkan oleh Yang Berhormat Jelebu sebentar tadi. Kronologinya kenapa COVID-19 ini datang ke Malaysia ini banyak. Bukan zaman PN sahaja. Zaman PH pun sudah berlaku. Saya hendak tunjuk keratan akhbar tahun 2003. Tiga orang pelancong China, positif Coronavirus. Akhbar pada 25 Januari. Menteri Kesihatan bagi pula masuk ke Malaysia.

Kerajaan pantau kemasukan pelancong. Ini pun ada. Bagi masuk lagi. Ini kita hendak sebut apa puncanya. Jangan salahkan kerajaan yang sekarang...

final • 3:00 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Akan tetapi bila kita serahkan pada PN, sudah tidak ada kes. 11 hari tidak ada kes. Bila diserah kepada PN sudah tiada kes.

Ini fakta, Yang Berhormat. Kemukakan fakta. Bila diserahkan kepada PN sudah tiada kes. Ceritakan semua.

final • 3:00 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

...Kepada kerajaan sekarang,

final • 3:00 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Masa serah kepada PN, kosong kes. Bila PN ambil alih kosong kes- 11 hari tiada kes.

final • 3:00 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memberi ruang kepada saya. Terima kasih.

final • 3:00 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Cerita semua. Jangan cerita separuh.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat, saya tahu lah Yang Berhormat sudah dekat tujuh bulan tidak bertemu kan. Yang dekat di hati pun boleh merindu. Ini kan pula yang jauh di mata.

Akan tetapi Yang Berhormat, Yang Berhormat semua hendak berbahas. Saya tahu lah yang ini Sidang Mesyuarat Khas. Akan tetapi kalau semua berebut masa, ramai tidak dapat dengar suara. Jadi, saya kena beri kerajaan dan pembangkang berselang- selang. Selepas ini Yang Berhormat Semporna ya dengan masa 10 minit dan diikuti dengan Yang Berhormat Sibuti.

final • 3:00 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua, mengelirukan Dewan tadi. Faktanya tidak betul. Cerita separuh jalan. Mengelirukan Dewan. Dia kata memang betul zaman PH ada kes COVID-19. Akan tetapi bila kita serah ataupun bila PN rampas, sudah tidak ada kes dah. Sudah 11 hari...

final • 3:00 PM

Dato’ Haji Salim Sharif - Jempol

Bagi 10 minit saya boleh jawab ini.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat, tidak apa lah.

final • 3:00 PM

Seorang Ahli

Janganlah merapu.

final • 3:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat tidak boleh minum kopi kan sebab kita semua tengah COVID-19. Silakan Yang Berhormat Semporna. Masa 10 minit ya.

final • 3:00 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tentang ruang dan peluang yang diberikan.

Saya amat kesal dan sedih dari pagi persidangan Dewan ini. Bila saya melihat keadaan yang berlaku di negara kita, bukan hanya oleh sebab kematian orang yang bunuh diri, gantung diri di negara kita. Kita tidak amat prihatin. Walhal landasan yang sepatutnya Dewan yang mulia ini, membolehkan kita mengutarakan, bukan hanya pandangan kita menegur kerajaan, daripada segi bukan hanya pengurusan pentadbiran negara. Perbelanjaan wang yang tidak pernah berlaku di negara kita berbilion.

Can you imagine dengan izin. A government, hardly two years, spending more than RM800 billion almost 1 trillion, including moratorium, including EPF. Ini membebankan kita berbanding dengan negara-negara lain. Vietnam, Pakistan, negara- negara yang lain tidak sebanyak seperti negara Malaysia duitnya.

Namun, mereka tidak lah seburuk keadaan yang berlaku sehingga menggantung diri. Bunuh diri begitu besar. Dan ini berlaku bukan hanya oleh sebab masalah rakyat. The problem is the government. Not the people. The problem is the government. Kalau kita melihat, persoalan daripada segi trust. Rakyat tidak yakin dengan kerajaan pada hari ini untuk mengurus tadbir negara ini, sama ada berhubung kait dua perkara yang penting yang perlu diurus. Pertama ialah COVID-19, yang membabitkan nyawa manusia.

Kedua ialah ekonomi. Dua perkara ini is co-related. Dia tidak boleh diurus tadbir berasingan kerana dia membahayakan nyawa manusia begitu juga melumpuhkan keadaan ekonomi negara kita. Ini yang membimbangkan kita. Pengurusan kerajaan.

Bayangkan hari ini, kita baru difahamkan tadi tentang darurat. Sudah belanja wang government, amanah negara- kumpulan, yang hampir RM5 bilion. Dan belanja ini macam mana, it’s legal or illegal? Since darurat menggunakan ordinan yang sudah pun diluluskan. Saya hendak persoalkan.

Ramai bukan beratus, tapi beribu rakyat di negara ini compounded- 40 ribu, buka restoran, oleh sebab ada meja sebelum, selepas. Pada 21 hari bulan yang diturunkan tadi revoke. Yang proclaimed ordinan ialah Agong. You tell the world, the country that limitation is done, dengan izin. Ini kita tidak tahu. Kalau sebenarnya darurat itu sudah revoked, kenapa lagi masuk dalam agenda kita. Ini dibahaskan dan dinyatakan dalam agenda. Ini yang saya kesal, yang saya bimbang. Sama ada kebenarannya betul ataupun tidak.

Tuan Yang di-Pertua, saya bimbang kalau kita melihat pengurusan pentadbiran kerajaan tentang COVID-19 ini. There is no proper coordination Bayangkan COVID-19 ini tidak ada bezanya dengan influenza, dengan penyakit-penyakit yang lain. Lagi berat sakit jantung. Hendak potong jantung kita. Lagi berat kanser. Ini cuma poke the needle into your arm.

Masalahnya kita tidak dapat vaksin lebih awal. How to overcome this problem?

Saintis menyatakan, if you vaccinate the people, sekurang-kurangnya 70 to 80 percent of the lives will be saved, dengan izin. Tapi ini tidak ada vaksin diperoleh. Mengapa vaksin lambat kita peroleh? Negara lain awal. Vietnam dapat, Thailand dapat, Saudi dapat, Malaysia tidak dapat.

final • 3:04 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Masa sudah habis.

final • 3:04 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Saya tidak sebut. Saya tidak kata, adakah harga tidak patut. Tidak sesuai. Oleh sebab ada syarikat kerjasama di peringkat negeri Sabah untuk membekalkan, yang tidak ada kena mengena tentang hubung kait dengan untuk mengatasi masalah COVID-19 ini. Nyawa manusia yang kita rasa dan nampak dengan mata kita, sudah terbuka. Persoalan hendak dapat duit. Rasuah yang ada di negara ini masih berlaku di negara kita. Takkan kita tidak sedar. Takkan kita tidak insaf. Rakyat mati di negara ini. Rakyat gantung diri. How dare you are, want to make little people money put into your pocket.

Tuan Yang di-Pertua, saya kesal, there is no preventive measure. Dari awal saya nyatakan bila berlaku COVID-19 di Sabah, immediately you imagine, saya beli mask 10 million. Waktu itu belum ada vaksin. Saya beli reagent 5 million. Saya berhubung dengan Ketua Pengarah Kesihatan. Saya katakan, “If you can’t supply, I will buy my own, on the state. Jumlah RM5 juta kita belanja. Hendak bagi *mass test to everyone. The moment of test, there were 6,000 people were there. The spike was there. It’s okay. Don’t worry.

As long as you reach the road* yang *high, it will never go up, it will go down.

There are 32 million Malaysians* yang ada. Kita perlu testing. Akan tetapi masalah dia, bila manusia kita ditest, didapati mereka negatif, tidak bagi dos pun, minta balik dahulu.

Sepatutnya bagi dos. When you give dose to those people yang found negative, baru kita protected.

Sekurang-kurangnya hendak balik kampung, hendak datang lagi susah payahnya orang kampung hendak datang, nak buat testing. Selepas itu dijangkiti 14 days. Sepatutnya sistem yang ada, 14 hari orang kita positif, letak di pusat kuarantin.

Make sure they are vaccinated. Akan tetapi amalan ini tidak berlaku di negara kita. Tidak ada kerja sama bukan hanya dengan pihak swasta. There must be a mass mobilization- public services dengan private sectors yang ada.

Bayangkan kalau lah hospital seperti Subang Medical Centre, Prince Court, swasta yang lain, boleh melakukan pembedahan jantung manusia lebih berat, takkanlah hendak poke the needle, private sector, we can’t authorize them. Bayangkan kalau kita ada vaksin. Bagi 1 juta dengan bala tentera. Dia ada dia punya Unit Kesihatan dia.

final • 3:04 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Yang Berhormat Kota Raja pun bekas Menteri Pertahanan. Bagi dengan tentera tiga juta. The frontliners including dia punya keluarga, within two months they can settle that. Bagi dengan Kementerian Pendidikan, dia tahu di mana lecturer, dia tahu di mana students. Delegate to them. There are too many red tapes yang ada di negara ini.

Melibatkan nyawa manusia. Ini buka sekolah tadi Yang Berhormat sebut. Sekejap buka, sekejap tutup. Apabila ada spike, tutup. Vaccinate the people. Then you open up. Ini tidak. Kita menggunakan darurat, semakin banyak manusia mati. MCO can be used. Akan tetapi MCO ini kena diurus tadbir dengan baik. Kilang spike di Kluang, ada kes di Shah Alam, beribu batu Perlis punya kilang tutup. Manusia, kalau ada diabetic dia Tuan Yang di-Pertua, ada sakit diabetic, kaki dia yang sakit. Ini tubuh badan manusia.

Jangan potong kepala, potong kaki. Enclose them, Shah Alam is okay, ada spike. Hendak tutup dekat Perlis buat apa? Ini meruntuhkan ekonomi negara kita.

Mana kebijaksanaan pengurusan? The problem is with the government, not the people. Not the MPs yang kita ada. But they don’t know. They don’t have the wisdom untuk mengurus tadbir rakyat di negara ini sehingga manusia kita berhadapan dengan pelbagai gejala yang ada. Tinggal satu minit. Itu baru COVID-19 sahaja, saya belum sentuh tentang ekonomi. Ini yang saya harap sungguh tentang non-employment yang ada, saya bimbang yang tidak ada kerja pun sudah habis sudah. Mereka yang mencari kerja pun sudah habis sudah.

Apabila saya bersembang dengan anak saya, dia katakan, ‘Papa, dahulu ada francais PappaRich sekarang ini ‘papa poor’, there is no longer PappaRich punya francais’. Why? They are the income earner yang kita bina selama ini, ter-collapse sudah. Dibelanja dari RM300 bilion belanjawan yang lalu, sekarang ini hendak belanja lagi?

Tidak akanlah dapat minta kelulusan daripada Parlimen? Perundangan yang ada, halalkan semua perbuatan – they must be accountable. Question dibentangkan supplementary budget must be done immediately. Jangan tunggu belanjawan akan datang.

You imagine hutang negara kita more than RM1 trilion yang ada pada hari ini.

Kematian manusia. Macam mana kita hendak menghidupkan keadaan ekonomi negara kita? Private sectors dengan swasta kena bekerjasama. Dasar yang ada tidak selari. Ada syarikat yang kita katakan level [Tidak jelas] ada syarikat yang kita katakan automation, mechanization tetapi dasarnya bagi 30 peratus hanya boleh bekerja. Kalau labour intensive, pekerja dia sahaja 1000, kalau mechanization pekerjanya lima orang. You buat dasar 30 peratus, 1000 ada 300 orang boleh bekerja. Lima orang, 30 peratus tinggal satu orang. Mati dia bekerja.

final • 3:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Boleh mencelah?

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

They don’t look at all the structure the economy on the ground. It is not top-down, it is bottom- up. Dengarlah suara rakyat, dengarlah rintih

final • 3:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Minta pencelahan.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Jangan hanya kita menganggap diri kita semuanya kita tahu.

final • 3:10 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Boleh mencelah? Boleh saya mencelah?

Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya Yang Berhormat Semporna. Kita dengar apa Yang Berhormat Semporna kata khususnya berkenaan dengan kegagalan pengurusan antara pihak kerajaan, kita juga lihat bagaimana akibat daripada perkara itu maka kita lihat keadaan yang menekankan di bawah wabak COVID- 19 ini semakin membesar.

Kita juga ada mendengar pengumuman hari ini Yang Berhormat Semporna bahawa ordinan darurat ini dibatalkan. Jadi soalan saya, dalam enam bulan yang lalu bukankah sepatutnya kita ada sidang Parlimen supaya di situlah boleh kita bawa masalah-masalah ini dan kita juga boleh memberikan pendapat kita semua Ahli Parlimen supaya dapat mencari bagaimana kita boleh mengelakkan semua masalah ini daripada berlaku. Saya tanya pandangan Yang Berhormat Semporna.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Terima kasih [Bercakap tanpa pembesar suara] ... perkara itu sebenarnya jelas sekali hari ini petunjuk Tuhan, kita sudah tahu darurat ini diumumkan since when? Hari ini kita baru kita tahu revoke, where is the transparency in this government? Tidak ada Parlimen yang ada. Kenapakah tidak diadakan Parlimen secepat yang mungkin? Bimbang tentang keadaan kita hendak selamatkan – hendak bekerjasama dengan kita, kita bagi kerjasama tetapi kerjasama jangan satu hala. Ini kita bagi kerjasama, dia beli kita YB. Bagus punya orang.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya tahu masa saya pun bimbang yang lain walaupun banyak perkara yang saya hendak suarakan tentang ekonomi. Bukan hanya saya hendak mengkritik kerajaan, banyak pandangan. Ini landasan untuk memungkinkan kita hendak mengutarakan bagaimana sepatutnya vaksin yang ada yang perlu diedarkan kepada umat yang ada di negara ini yang kita bimbang nyawa. Bayangkan hari ini beribu, beratus contract medical officers walk out. Hari ini di hospital-hospital di negara kita is a new of press of button by the doctor to decide oxygen to be given to who? Siapakah hendak hidup siapa hendak mati? Tidak pernah berlaku dalam negara kita. Sehingga bayangkan di negara kita ...

final • 3:10 PM

Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang

Yang Berhormat Semporna.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

...Rakyat dikurung dengan barbed wire seumpama binatang. Is this how you work with your people?

final • 3:10 PM

Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang

[Menyampuk]

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

...Please, plus engage with the people sebaik mungkin.

final • 3:10 PM

Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang

Yang Berhormat Semporna, sedikit.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

...Untuk membolehkan kita..

final • 3:10 PM

Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Sudah habis masa Yang Berhormat.

final • 3:10 PM

Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang

Tetapi sedikit sahaja. Ini penting kerana berkaitan dengan...

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Akan tetapi ramai lagi hendak berbahas.

final • 3:10 PM

Datuk Ignatius Darell Leiking - Penampang

I just need Yang Berhormat Semporna untuk membawa juga isu ini berkenaan dengan supply oxygen, infrastructure di Sabah pun masalah besar. Selain dari kekurangan vaksin ataupun ketidaksamaan seperti di negeri yang lain, Sabah adalah negeri yang tercorot berkenaan dengan vaksinasi. So, infrastructure selain daripada doktor, infrastructure kita di hospital itu masalah besar Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Point yang last.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tunjukkan, saya tahu, saya yakin saya juga pernah menjadi Menteri selama 30 tahun di negara ini mentadbir di Semenanjung dan saya lihat bagaimana prasarana kita ‘we drop down I think’. Prasarana cukup, boleh kita katakan daif sangat di negara kita bukan hanya sekolahnya, hospitalnya. Semenjak Chua Jui Meng, saya masih ingat tidak ada kemudahan-kemudahan yang saya yakin ini sebahagian daripada permasalahan negara kita pada saat ini. Perlu kita utamakan berbilion-bilion duit.

Saya harap apa yang telah diutarakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ...

final • 3:10 PM

Datuk Seri Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Siapakah menteri luar bandar semasa itu?

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

...Must be balanced.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

Saya faham tetapi you tidak tahu berapa, FELCRA...

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Berbilion. RM16 bilion, RM20 bilion. Your Ministry Work was allocated.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

You don’t know. You don’t understand.

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

We know that.

final • 3:10 PM

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal - Semporna

You tidak tahu berapa saya belanja. Tidak akan saya –saya punya kawasan Pasir Salak bukan you tidak nampak. Terima kasih banyak.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Sibuti.

final • 3:10 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

You can talk to the people, you don’t know.

final • 3:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Silakan tujuh minit.

final • 3:10 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya petang ini berdiri untuk mengambil bahagian berkenaan tentang apa yang telah diterangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan tentang Pelan Pemulihan Negara. Saya juga ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat, persoalan rakyat di bawah adalah bila dan bagaimanakah pandemik COVID-19 ini akan berakhir?

Saya juga yakin 220 orang Ahli Parlimen di dalam Dewan ini mempunyai kisah pandemik COVID-19 masing-masing. Ada yang kehilangan rakan, ada yang kehilangan guru, ada yang kehilangan ibu, ada yang kehilangan bapa, adik, pemandu teksi, perniagaan dan macam-macam lagi. Ini adalah perkara yang kita nampak dan juga kita bawa dan datang hari ini untuk berbincang, bertanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri apakah langkah yang terbaik untuk kita menyelesaikan masalah ini.

Tadi saya mendengar daripada Menteri bahawa Ordinan Darurat ini telah ditarik dan juga dibatalkan. Saya memikirkan kebimbangan bagi negeri Sarawak pada 1 Ogos nanti secara automatik DUN Sarawak akan dibubarkan dan kami akan berdepan dengan pilihan raya dalam tempoh 60 hari.

Secara peribadi, saya melihat proses vaksinasi di Sarawak adalah sangat baik.

Kita telah mencapai satu angka yang sangat memuaskan dan Kerajaan Persekutuan walaupun kami bersedia untuk membeli vaksin tetapi Menteri yang bertanggungjawab, prihatin dan juga telah menghantar vaksin yang diperlukan. Walaupun angka yang baik dan kita pun boleh beralih kepada fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara tetapi saya agak bimbang sekiranya Pilihan Raya Negeri Sarawak ini dijalankan dalam tempoh 60 hari selepas 1 Ogos nanti, kita akan berdepan lagi dengan masalah jangkitan.

final • 3:18 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Lebih-lebih lagi delta varian telah muncul dan juga di kawasan saya seperti Miri dan Sibuti, kita telah dapati ada kes delta telah timbul. Ini saya berharap agar Yang Amat Berhormat dan juga rakan-rakan dalam Dewan dapat memberi pandangan dan juga kita tidak ingin mengadakan pilihan raya dalam masa terdekat walaupun kita harus menjalankan pilihan raya tersebut di negeri Sarawak kerana kita ingin mengutamakan nyawa rakyat Sarawak. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak pun...

final • 3:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Yang Berhormat, minta penjelasan.

final • 3:20 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Telah menyatakan bahawa proses vaksinasi adalah untuk melindungi nyawa rakyat.

final • 3:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Yang Berhormat Sibuti, sini. Minta penjelasan.

final • 3:20 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Tunggu dulu, tunggu dulu.

final • 3:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Stampin sini.

final • 3:20 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Okey, dan juga saya melihat di dalam Mesyuarat Khas kita ini, tidak dimasukkan penerangan berkaitan tentang Kementerian Pendidikan. Saya melihat isu pendidikan ini sangat penting ketika pandemik COVID-19. Kalau kita lihat di Sarawak, proses vaksinasi telah menghampiri nilai 60 peratus ke 70 peratus tetapi sekolah masih ditutup. Ramai kita lihat video-video ataupun gambar-gambar di social media anak-anak Sarawak mendaki bukit, memanjat pokok dan belajar di dalam ladang-ladang untuk mendapatkan connectivity tetapi mereka tidak dibenarkan untuk datang ke sekolah walaupun sekolah tersebut di dalam rumah panjang ataupun dalam 100 dan 200 meter daripada kampung.

Itu adalah masalah yang saya lihat di mana pihak kerajaan terutama sekali Menteri Pendidikan tidak dapat dengan izin, address the issue. Kita lihat bahawa pendidikan ini tidak berapa diberikan penumpuan ketika pandemik COVID-19 ini. Selain daripada itu juga, saya ingin...

final • 3:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Yang Berhormat Sibuti, minta penjelasan. Satu cadangan di mana adalah berkenaan pilihan raya negeri Sarawak.

Adakah Yang Berhormat Sibuti setuju bahawa untuk mengelakkan pilihan raya negeri Sarawak diadakan, adakah Yang Berhormat setuju bahawa localized darurat dilanjutkan untuk negeri Sarawak supaya pilihan raya negeri Sarawak tidak diwajibkan diadakan sampai mungkin untuk tempoh enam bulan supaya kita tidak terpaksa untuk mengadakan pilihan raya negeri Sarawak dalam masa ini.

final • 3:20 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Kita dapat melihat dalam pilihan raya...

final • 3:20 PM

Tuan Chong Chieng Jen - Stampin

Yang Berhormat setuju?

final • 3:20 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Pada pilihan raya negeri Sabah, kita dapat melihat bahawa keputusan untuk mengadakan pilihan raya tersebut telah mengakibatkan pandemik COVID ini semakin serius dan juga di negeri Sarawak apabila seorang daripada Johor balik ke Sarawak telah mencetuskan kluster Pasai. Ini adalah berpunca juga daripada kluster-kluster yang berlaku dan wujud selepas PRN Sabah.

Maka, saya berpandangan Yang Berhormat Stampin...

final • 3:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Hendak tanya, hendak tanya sedikit.

final • 3:20 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Bahawa sekiranya nyawa diutamakan ketika ini juga untuk mengadakan pilihan raya adalah satu perkara yang sangat tactical dan juga merupakan agak tidak selamat ketika ini. Walaupun Yang Berhormat Stampin pun tahu pencapaian vaksinasi kita adalah sangat baik tetapi kita tidak ingin sewenang-wenangnya membuka negeri kita untuk mengadakan pilihan raya.

Sekiranya pilihan raya dijalankan, saya mohon pihak SPR mempunyai SOP yang sangat teliti berkenaan tentang mengadakan pilihan raya ini dan juga sekiranya darurat secara locality atau pun secara berpilih ini perlu dilaksanakan, saya bersetuju sekiranya darurat ini dilakukan untuk menyelamatkan. Saya rasa kita juga belum bersedia lagi untuk mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari ini. Selain daripada itu, saya ingin mengucapkan terima kasih...

final • 3:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Hendak tanya sedikit Yang Berhormat Sibuti.

Kulai.

final • 3:20 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah menyediakan bakul makanan berjumlah RM300,000 kepada setiap Ahli Parlimen. Walaupun demikian, saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Jempol tadi.

Saya merasakan kementerian dan juga Jabatan Kebajikan perlu melakukan sesuatu yang luar biasa untuk membantu rakyat. Kita lihat banyak bendera putih bukan hanya berlaku di Selangor, di Kuala Lumpur di Johor, malah di Sarawak di luar bandar pun bendera putih dikibarkan kerana jumlah RM300,000 pada Ahli Parlimen kita tidak mencukupi.

Selain daripada itu juga, saya memikirkan banyak lagi persoalan-persoalan dan juga Ahli-ahli Parlimen lain juga ingin berbahas, saya ingin mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih dan saya juga saya berharap...

final • 3:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Yang Berhormat Sibuti, hendak tanya sedikit, Yang Berhormat Sibuti.

final • 3:20 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Yang Amat Berhormat dapat menjawab persoalan-persoalan...

final • 3:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Yang Berhormat Sibuti, isu pendidikan. Saya hendak tanya sedikit Yang Berhormat Sibuti. Sini, sini, sini.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Kulai.

final • 3:20 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Sedikit sahaja, satu ayat.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Yang Berhormat Sibuti, masa sudah tamat Yang Berhormat Sibuti.

final • 3:20 PM

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni - Sibuti

Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Sri Azalina Othman Said

Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Muar. Tujuh minit ya Yang Berhormat Muar.

final • 3:20 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Terima kasih. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucapannya memetik “We are not going to let the people suffer”. Sejujurnya saya rasa dia jarang turun padang dan sebab itu dia tidak tahu masalah sebenar di peringkat akar umbi. Tidak perlu tengok di peringkat Nasional, di kawasan Parlimennya sendiri di Pagoh, ramai yang sanggup datang ke Pusat Khidmat Parlimen Muar untuk minta tablet, laptop dan food basket.

final • 3:25 PM

[Dewan riuh]

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Saya tidak takut untuk kongsi kan list nama kerana list nama itu ada. Realiti pada hari ini sangat berbeza seperti apa yang digambarkan dalam ucapannya. Sesi perbahasan bukanlah sesi untuk kita mendengar taklimat khas. Hari ini purata kes 15,000. Sudah 200 mati setiap hari. Lebih seribu bunuh diri dalam tempoh masa satu tahun. Sebelum darurat purata kes 2,000 . Kini dalam tempoh masa darurat 15,000 ke 17,000 setiap hari. Jelas ini menunjukkan selepas tujuh bulan darurat diisytiharkan, pintu demokrasi ditutup, kes meningkat, lebih ramai yang meninggal, situasi ekonomi lebih teruk. Darurat jelas gagal.

Ini bukan situasi masalah kesihatan semata-mata. Kita juga perlu lihat situasi ekonomi negara. Kini lebih 1 juta rakyat Malaysia menganggur dan dianggarkan akan ada tambahan 500,000 lagi akan menganggur dalam dua, tiga bulan yang akan datang.

Bukan itu sahaja, kajian-kajian menunjukkan lebih 500,000 keluarga yang sebelum ini tergolong dalam kelas pertengahan kini tercicir masuk ke kelas B40. Kadar kemiskinan negara meningkat dua kali ganda lebih 600,000 has fallen through the cracks of poverty. Purata gaji rakyat Malaysia pada tahun ini menurun 17 peratus tetapi sambil rakyat sengsara, hilang kerja, purata gaji menurun, kajian juga menunjukkan bahawa 50 orang terkaya di Malaysia, purata hartanya meningkat 14 peratus. I am not just quoting numbers and figures. Ini adalah realiti pada hari ini di mana yang miskin terus jadi miskin, yang kaya terus kaya. Ini realiti pada hari ini. Pada masa yang sama, kita juga lihat sambil yang kaya terus kaya, kerajaan tidak ada iltizam politik

final • 3:25 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Muar, Sik minta sedikit penjelasan. Yang Berhormat Muar...

final • 3:25 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Selepas ini.

final • 3:25 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Satu minit.

final • 3:25 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Untuk mengenakan cukai luar biasa ataupun windfall tax kepada syarikat-syarikat gergasi who profiteer excessively semasa tempoh COVID. Kenapa takut? Saya cadangkan untuk kita membantu golongan hartal, doktor-doktor kontrak yang memerlukan peruntukan tambahan. Kerajaan jangan takut dengan tauke-tauke, syarikat-syarikat pengeluar glove, getah. Kenakan windfall tax ke atas mereka supaya akhirnya kita dapat berikan peruntukan itu untuk pastikan bahawa doktor-doktor kontrak kita kebajikan mereka berbiaya.

Saya lihat ucapan sebentar tadi ada mengatakan bahawa negara lain pun terkesan dengan COVID. Dengan itu, ini bukan salah kerajaan semata-mata. Itu tidak betul kerana kalau kita lihat jumlah purata jika hendak dibandingkan dengan negara- negara lain, purata di Malaysia jauh lebih teruk. Kita tidak perlu lihat purata kes COVID sahaja. Lihat purata kematian daripada kes COVID.

final • 3:25 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Purata kematian kes COVID-19 di Malaysia enam kali ganda lebih tinggi daripada purata kes kematian COVID-19 di seluruh dunia. Sepuluh kali ganda lagi tinggi daripada purata di negara-negara Asia.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Persoalannya ia jelas menunjukkan kerajaan ini bukan sahaja tidak stabil, tidak ada keabsahan, SOP cacamerba, ada yang adakan pesta durian, semalam pesta menari, bila hendak sampaikan bantuan hantar satu rombongan yang besar walhal hendak sampaikan food baskets sahaja. Perkara sebegini menghantar satu mesej yang teramat jelas bahawa kita gagal untuk menangani COVID-19 dengan baik. Dengan itu masalah yang kita timbulkan itu akhirnya menyebabkan for people to suffer and some families to die.

Impak COVID-19 bukan sahaja pada hari ini, jangka masa panjang khususnya dalam sektor pendidikan. Sambil kerajaan boleh memperuntukkan puluhan juta ringgit untuk bayar Cytro’s bawah J-KOM tetapi sampai hari ini pemberian 150,000 laptop itu masih tidak sampai-sampai lagi. Apabila kita persoalkan mana, Kementerian Kewangan kata ini bawah Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan kata ini bawah Kementerian Kewangan. It is not hard, hanya 150,000 laptop sahaja tetapi itu pun agak sukar daripada sudut koordinasi.

Akan tetapi apa yang kita boleh lihat dari sudut Kerajaan Perikatan Nasional don’t kid ourselves. Ini bukan Kerajaan Bersatu sahaja, mana UMNO? Dekat dalam sosial media pung-pang, pung-pang, pung-pang, dalam Dewan sunyi, diam tidak cakap apa-apa pun.

[Tepuk] Jangan takut, kalau mereka hendak ugut biarlah ugut, kita lawan!.

final • 3:30 PM

[Dewan riuh]

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

[Tepuk] . Ini kalau takut macam ini, kerajaan gagal, kerajaan gagal di sosial media, dalam Dewan diam.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bangun]

final • 3:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Muar, minta Sik.

final • 3:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Kita hendak lawan, betul-betul lawan. Rakyat menilai dan melihat. Apabila kamu membentuk kerajaan pertahankan kerajaan.

final • 3:30 PM

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Yang Berhormat Jelebu dan Yang Berhormat Jempol sudah cakap tadi.

final • 3:30 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Yang Berhormat Muar...

final • 3:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Dalam pembangkang, kita akan tuntut. Sebelum ini kata masalah COVID-19 bermula daripada PH, amboi.

Selepas Dr. Zul letak jawatan kosong kes, kini 17,000 sehari, 200 meninggal sehari.

Sudah lebih satu juta orang kena COVID-19.

[Tepuk]

final • 3:30 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Yang Berhormat Muar.

final • 3:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

...Daripada sesuatu fakta.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Penjelasan, penjelasan.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Muar, minta rumuskan masa sudah tamat.

final • 3:30 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Izinkan mencelah.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila rumuskan, Yang Berhormat Muar.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ahli Parlimen Muar, berbohong di Dewan ini. Dia berbohong dia kata masa kami letak jawatan kosong kes, bohong. Itu bohong, pembohongan.

final • 3:30 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Yang Berhormat Muar, izinkan saya mencelah.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Pembohongan yang mutlak.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila.

final • 3:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Saya hendak rumuskan ada seminit lagi.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila.

final • 3:30 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Muar, bagi Sik sedikit.

final • 3:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Wahai Yang Berhormat Arau yang jaga pintu negara adalah Kementerian Dalam Negeri, siapa Menteri Kementerian Dalam Negeri apabila rakyat China dibenarkan masuk, tolong jujurlah.

Dengan itu, saya rasa yang penting adalah ini. Daripada kita lihat ada masalah wujudnya kerana kerajaan tidak ada keabsahan...

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bekas Menteri Belia yang gagal masa itu.

final • 3:30 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Pada masa yang sama, cadangan-cadangan yang telah pun diketengahkan. Laptops yang harus disampaikan secepat mungkin, moratorium tanpa faedah, semua perkara ini telah pun dibincangkan dengan begitu panjang tetapi akhirnya tidak ada jalan penyelesaian ataupun tidak ada proses pelaksanaan langsung.

Dengan itu saya ingin cadangkan dalam Dewan ini khususnya pada minit-minit yang terakhir tadi, tiba-tiba diumumkan darurat telah pun ditamatkan ataupun diberhentikan minggu lepas. Dengan itu khususnya apabila Presiden UMNO dan UMNO mengeluarkan kenyataan, tidak lagi menyokong Perdana Menteri untuk kita ada kerajaan yang stabil, perlu ada undi percaya dalam Dewan Rakyat ini. Terima kasih, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, Yang Berhormat Muar. Sebelum saya menjemput Ahli Yang Berhormat dari Arau kemudian Yang Berhormat Permatang Pauh, saya ingin membuat satu pemakluman mengenai dengan antigent self-test.

Saya memaklumkan bahawa kemudahan ujian RTK Antigent Self-test Kit atau saliva ataupun air liur ada disediakan di Parlimen. Ini adalah berikutan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia membekalkan test kit tersebut kepada Parlimen Malaysia. Terima kasih saya rakamkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Yang Berbahagia Tan Sri Ketua Pengarah Kesihatan.

Bagi Ahli-ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai dan semua yang hadir ke Kompleks Parlimen sepanjang Mesyuarat Khas ini yang ingin membuat ujian ini sila hubungi Klinik Parlimen untuk maklumat lanjut. Terima kasih. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Arau, tujuh minit.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

10 minit tadi disetujukan.

final • 3:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Tujuh minit.

final • 3:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Saya ingat giliran saya selepas ini, saya dipanggil lebih awal saya ucap terima kasih. Pertama sekali, kami saya ingat bolehlah pembangkang boleh tumpang sekali, kita hendak ucap terima kasih yang tidak terhingga kepada frontliners yang telah berkorban jiwa dan raga mereka untuk sama-sama menangani pandemik COVID-19.

Terima kasih kepada semua frontliners. Kepada doctors, kepada nurses, kepada anggota keselamatan dan juga lain-lain pihak yang sentiasa berada di barisan hadapan dan tawakal untuk menghadapi keadaan.

final • 3:35 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Frontliners minta supaya tukar kerajaan.

final • 3:35 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini semasa COVID-19 ini saya ingat tadi disebut tentang penyakit mental, saya ingat juga elok dilihat perkara itu. Okey, yang pertama sekali ialah fakta. Faktanya bahawa kita kes yang tertinggi semalam 17,000. Kita ada fakta bahawa lebih daripada 200 buah negara yang telah dijangkiti oleh COVID-19, 190 juta orang yang positif COVID-19, empat juta kematian dan juga varian yang ditakuti sekarang, varian delta juga merebak dengan dahsyatnya di seluruh dunia.

Jadi sekarang ini kita tahu Malaysia menghadapi masalah di peringkat pertamanya ialah untuk mendapatkan vaksin. Dalam masa yang sama kita juga berusaha untuk memberi bantuan makanan dan juga lain-lain kepada rakyat untuk membela rakyat. Akan tetapi setelah melalui satu proses tertentu kita tahu vaksin ini dia bukan rakyat yang diberi vaksin itu, dia makin bukan kurang, dia akan bertambah.

Malaysia sekarang ini telah dikira sebagai salah sebuah negara yang terbaik di dunia dalam pemberian vaksin. Ini kenyataan, ini fakta. Jadi kalau sekiranya puak-puak pembangkang buat slogan kerajaan gagal, kerajaan gagal buktikan, apa yang mereka maksudkan dengan gagal, buktikan. Ya, buktikan.

final • 3:35 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Yang Berhormat Arau, pergi luar sana tengok Yang Berhormat Arau.

final • 3:35 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Tanya pada Bagan Datuk, tanya pada Bagan Datuk.

final • 3:35 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tanya Yang Berhormat Pekan, tanya Yang Berhormat Pekan.

final • 3:35 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Keluar pergi...

final • 3:35 PM

[Dewan riuh]

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Tanya rakyat.

final • 3:35 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Baru-baru ini...

final • 3:35 PM

Puan Teo Nie Ching - Kulai

Bukankah UMNO telah keluarkan satu kenyataan dan senaraikan tujuh kegagalan...

final • 3:35 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tanya Yang Berhormat Pekan, tanya Yang Berhormat Pekan.

final • 3:35 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

...sanalah dekat luar.

final • 3:35 PM

Tuan Ma’mun bin Sulaiman - Kalabakan

Banyak orang mati.

final • 3:35 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Kita malu tahu sana.

final • 3:35 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, ini mengelirukan Dewan. Mengelirukan Dewan, peraturan...

final • 3:35 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang gagal adalah...

final • 3:35 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, mengelirukan Dewan. Sebenarnya yang gagal bukan pembangkang cakap tetapi rakyat cakap. Siap cakap hashtag, “kerajaan pembunuh, kerajaan zalim, kerajaan bangsat, kerajaan gagal” ini semua bukan daripada pembangkang, daripada rakyat. Ini bohong ini, misleading Dewan.

final • 3:35 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ya.

final • 3:35 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, siapa berucap. Saya minta supaya kita juga, mereka-mereka yang ganggu saya pergi check dekat hospital tentang peraturan-peraturan...

final • 3:35 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, ini peraturan mesyuarat. Ini tidak faham tidak usah pergi hospitallah, pergi zoo boleh. Ini layak pergi zoo ini bukan hospital.

final • 3:35 PM

[Dewan ketawa]

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Sepang juga terkenal di Dewan ini sebagai orang yang tidak berfikiran betul.

final • 3:35 PM

Dr. Ong Kian Ming - Bangi

Yang Berhormat Sepang, jangan menghina haiwan di zoo, okey. Jangan menghina haiwan di zoo.

final • 3:35 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

[Ketawa] Saya menghina dia nampak lagi teruk daripada haiwan lagi apalah.

final • 3:35 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bangun, langgar peraturan.

Bangun, langgar peraturan. Apalah punya orang.

final • 3:35 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Sepang, Yang Berhormat telah tiga kali bangkit tanpa kebenaran Tuan Yang di-Pertua untuk...

Sila Yang Berhormat Arau teruskan.

final • 3:35 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, jangan ingatkan orang untuk patuhi peraturan, Tuan Yang di-Pertua kena ingat sendiri.

final • 3:35 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ini dalam Dewan.

final • 3:35 PM

Dr. Ong Kian Ming - Bangi

Tuan Yang di-Pertua, bila hendak makan durian.

final • 3:35 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

You follow the rules first.

final • 3:35 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Ini dalam Dewan.

final • 3:35 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini beberapa kenyataan.

Pertama tadi, kenyataan tadi, ada yang di pihak pembangkang saya tidak pasti dia kena tarik perkataan, “lap dog” yang telah digunakan sebentar tadi. Dia kena tarik perkataan ini. Kalau dalam bahasa Melayu mungkin anjing yang dibelaikan. Kita orang Islam mana boleh sebut macam itu, perkataan ini tidak boleh kena tarik balik. Esok saya akan tengok siapa yang menyebut perkataan “lap dog” tadi itu.

final • 3:35 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Perkataan itu dianggap haram ke?

final • 3:35 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Keduanya ialah...

final • 3:35 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Kamu hendak buat fatwa ke, perkataan itu haram ke?

final • 3:35 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Keduanya ialah... ini lagi seorang yang patut...

final • 3:35 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Sudah haram ke? Sudah buat fatwa ke?

final • 3:35 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Pengkhianat itu ikut Islam yang pengkhianat.

final • 3:35 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Janganlah cepat hendak buat fatwa, janganlah cepat hendak buat fatwa.

final • 3:35 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Iaitu Yang Berhormat Port Dickson menyebut bahawa terdapat...

final • 3:40 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Ada hadis Rasulullah SAW, seorang pelacur beri minuman kepada anjing, masuk syurga.

final • 3:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tidak payah Yang Berhormat Shah Alam.

final • 3:40 PM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Duduklah Yang Berhormat Shah Alam.

final • 3:40 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Takkan tak boleh sebut anjing?

Siapa yang ajar awak?

final • 3:40 PM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Duduklah Yang Berhormat Shah Alam.

final • 3:40 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Siapa yang ajar awak? Hadis Nabi kata...

final • 3:40 PM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Ala, sudahlah.

final • 3:40 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

...Pelacur beri anjing minum air.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Shah Alam, sila duduk. Sila Yang Berhormat Arau, teruskan, hanya tinggal dua minit.

final • 3:40 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Mengelirukan Dewan Tuan Yang di-Pertua. Mengelirukan Dewan macam seolah-olah orang Shah Alam tidak boleh sebut anjing.

final • 3:40 PM

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

...nak jadi ustaz ini.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Tidak apa.

final • 3:40 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Sedangkan Nabi sendiri pun sebut.

final • 3:40 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Tidak jelas] Tidak sesuai disebut.

final • 3:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Arau, you ini kelirulah.

final • 3:40 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya sebut saya akan bawa usul kepada orang ini.

final • 3:40 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Ini yang kata nak kena masuk hospital kot.

final • 3:40 PM

[Dewan riuh]

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, yang keduanya tadi Yang Berhormat Port Dickson menyebut bahawa terdapat...

final • 3:40 PM

Dr. Ong Kian Ming - Bangi

Yang Berhormat Arau, beri advance, so beri advance notice-lah. Yang Berhormat Bukit Gelugor yang cakap, Yang Berhormat Bukit Gelugor yang cakap, okey. Baca berita, baca berita.

final • 3:40 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...23,000 orang doktor kontrak tetapi fakta menunjukkan bahawa pada Julai 2021, 1,089 atau 42.8 peratus daripada 2,544 orang doktor telah dimasukkan ke jawatan tetap. Ini fakta. Akan tetapi, kalau kita sebut rakyat 23,000 tidak dapat jawatan, faktanya lain. Kerajaan terus berusaha untuk memberi mereka jawatan tetap, mengisi jawatan-jawatan yang dikosongkan.

Saya juga kesal tadi kepada Yang Berhormat Port Dickson tadi. Sepatutnya Yang Berhormat Langkawi berucap sebab Yang Berhormat Langkawi bekas Perdana Menteri. Sepatutnya Yang Berhormat Port Dickson bagilah Yang Berhormat Langkawi untuk berucap dulu. Walau bagaimanapun itu tidak apa, itu di kalangan pembangkang.

Mereka tidak menghormati antara satu sama lain.

Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya telah diganggu dengan dahsyatnya termasuk Yang Berhormat Shah Alam. Saya berjanji saya akan tunggu di sini, kalau Yang Berhormat bercakap, saya akan pastikan Yang Berhormat gagal bercakap sepanjang Yang Berhormat bercakap. Saya hendak bercakap bagi pihak rakyat, rakyat saya rakyat Arau, rakyat Perlis.

final • 3:40 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Kenapa tidak beri Yang Berhormat Pekan berucap? Kenapa Yang Berhormat Arau berucap? Berilah Yang Berhormat Pekan, Yang Berhormat Pekan bekas Perdana Menteri.

final • 3:40 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Berada di Parlimen. Tuan Yang di-Pertua, saya dapat RM300 ribu, Ahli Parlimen pembangkang dapat RM300 ribu. Saya tidak pasti apa yang mereka buat dengan RM300 ribu tetapi saya dapat RM300 ribu...

final • 3:40 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Yang Berhormat Arau, datang ke kawasan saya boleh tengok apa kita buat.

final • 3:40 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Kepada 6,000 orang.

final • 3:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Puncak Borneo mempertikaikan tidak cukup untuk Borneo lah, apalah? Ini gilalah.

final • 3:40 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya bagi hamper kepada 6,000 orang, 6,000 buah keluarga.

final • 3:40 PM

Tuan Mordi anak Bimol - Mas Gading

Bagi beras, bagi beras.

final • 3:40 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Ramai orang susah ya.

final • 3:40 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi rakyat di Parlimen Arau ada 6,000...

final • 3:40 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Yang Berhormat Arau, boleh saya tanya satu soalan? Yang Berhormat Arau, satu soalan.

final • 3:40 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...Jadi saya berusaha membolehkan supaya rakyat saya di Parlimen Arau dapat RM16,000 termasuk juga kawan-kawan [Tidak jelas] .

final • 3:40 PM

Tuan Pang Hok Liong - Labis

Yang Berhormat Arau, makan ubat-makan ubat.

final • 3:40 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya ingin bertanya kepada

final • 3:40 PM

rakan-rakan pembangkang apa yang mereka telah buat dengan duit yang diberikan. Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Shah Alam.

final • 3:40 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

RM300 ribu untuk Yang Berhormat Arau.

final • 3:40 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang mereka selalu kata kerajaan gagal tetapi mereka dapat duit...

final • 3:40 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Untuk Yang Berhormat Arau, penduduk hanya berapa ramai. Sejumlah RM300 ribu untuk Shah Alam, penduduk ada berapa ramai?

final • 3:40 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau macam ini...

final • 3:40 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Adakah kerajaan bertindak adil?

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Shah Alam, sila duduk Yang Berhormat Shah Alam. Sila, rumuskan Yang Berhormat Arau.

final • 3:40 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua tidak boleh macam ini. Saya belum bercakap, dia dah ganggu, belum cakap dah ganggu.

final • 3:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Ini bukan cakap, ini merapu.

final • 3:40 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Kalau Ketua Pembangkang membiarkan anak muridnya berperangai seperti orang-orang yang tidak bersekolah. Kita hendak tanya kepada pembangkang.

final • 3:40 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Sekolah tutup.

[Ketawa]

final • 3:40 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Apakah yang mereka buat dengan RM300 ribu yang dibagi? Saya dah beritahu, saya bagi pada 6,000 buah rumah.

Pembangkang bagi pada siapa? Saya bagi kepada semua rakyat saya.

final • 3:40 PM

Tuan Ma'mun bin Sulaiman - Kalabakan

Siapa peduli?

final • 3:40 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Kami bagi ke semua orang, kita tidak kira parti.

final • 3:40 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Tuan Yang di-Pertua, dia tanya boleh saya jawab?

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Arau, masa dah tamat Yang Berhormat Arau. Saya dah bagi tujuh minit tadi.

final • 3:40 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

[Bercakap tanpa pembesar suara]

final • 3:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Arau ini biasa bohong, dia ingat kita pun bohong.

final • 3:40 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ini, orang penyakit mental ini.

final • 3:40 PM

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali

Yang Berhormat Sepang duduklah, sakit Yang Berhormat Sepang ini.

final • 3:40 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya hendak beritahu bahawa saya menyokong, saya berterima kasih kepada Kementerian Kewangan, Perdana Menteri dan juga semua pihak yang telah berjaya membela rakyat sehingga kini. Terima kasih banyak-banyak dan apa juga usaha...

final • 3:40 PM

Tuan Chang Lih Kang - Tanjong Malim

Presiden UMNO kata gagal.

final • 3:40 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Saya dapat RM1 juta.

final • 3:40 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Gagal, gagal.

final • 3:40 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

...ditumpukan kepada rakyat kami akan bagi sokongan yang hebat dan dahsyat. Terima kasih.

final • 3:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Permatang Pauh, tujuh minit.

final • 3:40 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam hormat.

Tuan Yang di-Pertua, kita bertemu semula di Dewan dengan kes COVID-19 di Malaysia mencecah sejuta. Rekod tertinggi 17,045 orang setakat Ahad dan sudah 13 hari berturut-turut kes harian melebihi 10,000 sehari dengan kadar positif lebih 10 peratus. Pelan Pemulihan Negara diumumkan oleh Perdana Menteri pada 15 Jun yang lalu. Kita mendengar road map dan ada perancangan supaya boleh keluar daripada Perintah Kawalan Pergerakan secara berfasa. Ini memang amat dinantikan oleh rakyat termasuk juga sidang kita hari ini dan bergantung pada tiga faktor iaitu:-

(i) bilangan kes harian COVID-19;

(ii) kadar penggunaan katil di wad ICU; dan

(iii) peratusan rakyat yang lengkap terima vaksin.

COVID-19 terus menghasilkan varian yang baharu yang berbahaya. Disebut tadi mutasi berganda akibat varian Delta. Saya hendak tekankan penting di skala ini kerajaan memperincikan bahawa ia bukan lagi akan menjadi pandemik yang mungkin berakhir dalam sekejap masa lagi tetapi menjadi endemik. Maksudnya COVID-19 akan terus menular di kalangan masyarakat sebagaimana tularnya denggi. Ini penting untuk kita khabarkan kepada rakyat sedang kita mencapai 80 peratus populasi dapat vaksin.

Saya nampak juga strategi kerajaan bergantung dengan kejayaan program PICK. Alhamdulillah, kadar vaksinasi baik, kedudukan antara yang terpantas di dunia berbanding Korea, Australia dan negara jiran. Hanya, bimbang saya Tuan Yang di- Pertua, kalau kita buka secara terburu-buru, bergantung saja kepada kejayaan vaksinasi tanpa mengukur tahap sebenar kesusahan rakyat serta langkah-langkah kesihatan awam secara realistik, kita akan hadapi masalah yang sama sebagaimana negara lain yang menggunakan strategi sebegitu.

Pengalaman Iceland dan England. Iceland bergantung pada vaksin sebagai penawar utama, kemudian mereka buka negara. Akhirnya, jangkitan COVID-19 berganda sejurus selepas pembukaan termasuk apabila mereka terima pelawat luar negara sebelum mereka bergerak kepada cara-cara lain. Itu bila Iceland sudah capai 85 peratus populasi yang telah divaksin. Maksudnya kita kena bersedia. Ini adalah realiti yang dihadapi dan kita tidak boleh hanya bergantung pada pemvaksinan.

England buka ekonomi pada 19 Julai dan akhirnya bakal dibebankan dalam perangkaan dengan dalam empat minggu 175,000 kes sehari, sama macam awal Januari tahun ini. Jadi saya harap bila kita dengar permohonan – contohnya Yang Berhormat Bandar Kuching sebut, Parlimen ini cerminan rakyat. Kalau Parlimen pun kita tidak boleh adakan pengudaraan yang sewajibnya, yang sepatutnya, it’s hard to expect rakyat di luar sana mampu melakukan perkara yang sama. Jadi kita kena mulakan di sini Tuan Yang di-Pertua.

final • 3:44 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Permatang Pauh, sedikit.

final • 3:44 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh

Saya pergi kepada beberapa saranan. Maaf, tidak cukup masa Yang Berhormat, saya minta maaf sangat- sangat.

final • 3:44 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

10 saat sahaja.

final • 3:44 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh

Saya minta maaf sangat.

Kalau saya habiskan ini, saya habiskan pertama. Terima kasih Yang Berhormat Sepang.

final • 3:44 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

10 saat ya.

final • 3:44 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh

Okey, pertama isu prihatin sebenar bergantung pada realiti sebenar. Point saya yang pertama ialah kita perlu realistik. Bila bercakap tentang Pelan Pemulihan Negara, yang penting adalah pendapatan garis kemiskinan. Yang Berhormat Jeli pada 2019 telah membawa kepada pendapatan PGK yang lebih mencerminkan realiti semasa. Akan tetapi saya hendak tekankan sekarang adalah zaman COVID-19. Maksudnya rakyat di bawah akan menghadapi kehilangan pekerjaan. Kita nampak hampir 100 ribu orang hilang kerja dan 7,994 orang hilang nyawa, maka takkan pendapatan garis kemiskinan akan boleh kita guna pakai yang dulu, tidak boleh. It is not realistic. Jadi saya bimbang, kalau kita tidak ambil kira, kita tidak berlaku adil kepada rakyat.

Alhamdulillah, kami di Permatang Pauh selepas menghulurkan bantuan sebagaimana saya jelaskan kepada Yang Berhormat Jeli, dah selesai survey, kita turun, kita tanya, temu ramah setiap individu mengikut sampel. Bila kita bagi bantuan, kita tanya apakah bentuk kemiskinan? Apakah yang sedang anda, ibu, ayah hadapi selepas COVID-19 melanda hidup mereka? Jawab mereka, kedudukan untuk memberi makanan kepada anak-anak pun tidak cukup. Jadi, mereka memang memerlukan dukungan dan juga revisi kepada kerajaan. Profesor Fatimah Kari, anak Sarawak yang bantu kami jalankan survey ini.

final • 3:44 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh

Saya tekankan ya, penting kerana beliau buat survey dari Kerian, Hulu Terengganu, Besut, Kampung Kerinchi, bandar-bandar utama di Sarawak, semua kesimpulan yang sama. Kadangkala kita kena memperkenalkan pendapatan garis kemiskinan yang mencerminkan keadaan semasa, untuk mengupayakan kehidupan rakyat selepas COVID-19.

Kita juga jangan lupa, dalam pelan pemulihan termasuk semua skim yang diumumkan oleh kerajaan, sebenarnya kebanyakan skim- skim duit rakyat kerana menggunakan caruman dan juga simpanan masa depan rakyat. Maksudnya, subsidi untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia, subsidi rakyat untuk rakyat. Jadi pada saya, it’s okey. Kita faham tetapi harus ada perencanaan dan juga program yang lebih bersifat realistik. Kalau tidak, kita akan hilang dan kita tak mampu mencapai sasaran.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menanyakan kerana di sini akan tiba musim tengkujuh. Kalau dalam pelan pemulihan, tidak ada dicerminkan apa akan berlaku bila sampai kebanjiran, banjir di pelbagai kawasan. Pada November tahun 2020 hingga Januari 2021, seramai 40 ribu orang penduduk dipindahkan. Korban nyawa dicatatkan, semua pengangkutan darat di kawasan yang terlibat dengan banjir terputus. Strategi mitigasi banjir amat penting. Pada awal tahun ini sahaja, 46 ribu orang kehilangan tempat tinggal. Banjir teruk di Pahang, takkan Yang Berhormat Pekan tak tahu? Terengganu, Kelantan, Perak, Johor dengan enam orang terbunuh. Lebih 12,487 keluarga terpaksa ditempatkan di 426 Pusat Pemindahan Banjir.

Saya hanya mahu kita ambil kira, because this is coming. Kalaupun kita sampai 80 peratus, kita ambil kira juga peratusan pelajar yang akan divaksinasi. Kita tak boleh biarkan wujudnya kluster baharu bila kita hadapi krisis banjir.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat, minta rumuskan ya.

final • 3:50 PM

Puan Nurul Izzah binti Anwar - Permatang Pauh

Tuan Yang di-Pertua, di Pulau Pinang, kami sudah mengadakan kerjasama kerajaan negeri, NAHRIM, JPS, pejabat daerah, menyediakan pelan rapi perancangan menjelang banjir nanti.

Jadi, kena ada beberapa perancangan kerana kita akan mengalami banjir pada kala pandemik. Jadi kesiapsiagaan ini, saya minta sangat-sangat dalam pelan pemulihan diambil kira dengan serius khususnya oleh Kementerian Kewangan juga. Saya akan serahkan dapatan survey ke Jabatan Statistik Malaysia (Perangkaan) termasuk Kementerian Kewangan kerana pada saya, isu ini adalah isu you know, is once in a lifetime. Bila lagi nak dapat pandemik, kita lihat kerapuhan, kelemahan sistem dan kita ada peluang untuk perbaiki.

Tuan Yang di-Pertua, yang terakhir adalah bila berlakunya tekanan, bila banjir, malapetaka dan sebagainya, sudah tentu isu kebajikan sistem kesihatan kita perlu ambil kira. Saya ambil maklum bahawa kerajaan telah memperkenalkan penyelesaian jangka pendek yang dilakukan untuk melanjutkan tempoh kontrak semua Pegawai Perubatan tetapi ini tak menolak keperluan mendesak untuk memastikan mobiliti kerjaya mereka, termasuklah apa yang disebut oleh Perdana Menteri dalam pengumuman- apakah dia?

Ada perancangan blueprint yang sepatutnya dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan bagi mereformasi sistem kesihatan, dan kelemahan yang jelas in the bottleneck of the system. Jadi saya fikir kena buat serta-merta, Tuan Yang di-Pertua. Kita juga dalam dasar ini saya mahu kerajaan, kerajaan perlu prihatin secara sebenar. Tolonglah jangan ambil tindakan kepada para doktor yang telah menyertai dengan selamat protes. Bukan kata saya sokong hartal ini, hanya masa inilah nak tunjuk keprihatinan. Just settle it nicely. Saya harap amaran yang dikeluarkan oleh KKM tak perlulah kita ambil secara negatif. Kadangkala dalam hal ini, nak menyelesaikan krisis, nak menyelesaikan kemelut pandemik, kita kena buat kayu ukur, kata-kata kita pelaksanaan semuanya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Thank you.

final • 3:50 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh.

Seterusnya saya ingin menjemput Yang Berhormat Pasir Puteh kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam.

Mulai Yang Berhormat Pasir Puteh, Tuan Yang di-Pertua telah memberi nota untuk memaklumkan supaya kita mulakan hanya lima minit sahaja kerana memberi peluang kepada yang lain. Sila Yang Berhormat Pasir Puteh. Terima kasih.

final • 3:50 PM

Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Pertamanya, saya merakamkan ucapan tahniah kepada pihak kerajaan yang telah pun mengemukakan Pelan Pemulihan Negara yang saya anggap bersejarah. Yang terkandung di dalamnya lapan buah pakej yang menelan belanja sebanyak RM530 bilion, dan ini satu gambaran kerajaan yang berani, kerajaan yang tidak sebagaimana kerajaan terdahulu. Bila disebut, jawapannya tak ada duit. Bila disebut, tidak ada duit. Hari ini, alhamdulillah. Kerajaan negara kita lebih berani dan lebih peka kepada kesusahan yang dihadapi oleh rakyat.

Saya, dalam ucapan ini ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya sektor ekonomi yang dibekukan pada hari ini, dibuka berperingkat tetapi dalam jangka masa yang dekat. Di samping itu, supaya kerajaan memberi fokus kepada vaksinasi negara. Kalau hari ini kita telah pun mencapai angka lebih daripada 500 ribu untuk satu hari, cubalah usaha, ikhtiar supaya vaksinasi dalam negara kita ini berjaya dilaksanakan, mencecah kalau tidak sampai pun, kurang sedikit daripada satu juta untuk satu hari, supaya sektor ekonomi ini dapat berjalan dengan baik.

Ya, saya tidak nafikan bahawa sektor kesihatan ini penting dan mustahak kerana ia meragut nyawa rakyat. Satu perkara yang paling mahal dalam kehidupan manusia, dan saya ucap syabas kepada KKM yang telah pun berjaya membendung sebaik mungkin daripada rakyat menghadapi kematian ini. Namun kita juga perlu lihat dalam sektor ekonomi ini juga meragut nyawa rakyat. Banyak kita bincang. Ada yang bunuh diri, ini bukan kerana COVID-19 tetapi kerana ekonomi, kerana tekanan hidup.

Begitu juga Ahli-ahli Yang Berhormat, semua memahami. Ramai rakyat di dalam kawasan kita, ada yang tidak mampu datang ke hospital.

Ini tekanan, ini kerana tidak ada kekuatan kewangan menyebabkan mereka juga terdedah kepada kematian. Orang yang mempunyai sakit yang kronik terpaksa berhadapan dengan kematian. Sebab itu saya mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya membuka sektor ekonomi ini secara berperingkat tetapi dalam tempoh yang singkat dan dalam waktu yang sama kerajaan menyediakan vaksinasi yang secukupnya kepada rakyat di dalam negara kita.

Yang kedua, saya ingin menyentuh berkenaan dengan Pelan Pemulihan Negara, sektor ekonomi. Kita tahu waktu kita menghadapi pandemik COVID-19, sektor pertanian sebagai contoh sektor yang boleh diceburi oleh rakyat. Tanaman-tanaman pertanian boleh diteruskan oleh rakyat. Akan tetapi di dalam Pelan Pemulihan Ekonomi, sebagai contoh saya sebut. Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA) yang diisytiharkan pada 5 Jun 2020, ada 40 inisiatif. Daripada RM35 bilion, MAFI yang menjadi agen kepada ekonomi negara, menjadi agen ekonomi pertanian negara, hanya diperuntukkan sebanyak RM400 juta sahaja. Daripada RM35 bilion, RM400 juta sahaja diperuntukkan kepada MAFI.

Saya harap pihak kerajaan dapat memberi semak imbang dalam perkara ini kerana kalau dalam sektor yang lain, ya ia mendedahkan kepada jangkitan COVID-19 tetapi dalam industri pertanian ini, kita rasakan ia lebih berstrategi. Tuan Yang di-Pertua, masa sudah hendak habis.

final • 3:55 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Minta rumuskan.

final • 4:00 PM

Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh

Cuma saya rakamkan kepada rakan-rakan daripada pembangkang kalau kita bincang biarlah kita bincang untuk masa depan. Kalau kita hendak ungkit yang belakang, semua boleh ungkit.

Kerajaan boleh ungkit, boleh ungkit. Sebanyak 1001 macam kita boleh ungkit tetapi kalau kita ungkit yang telah berlaku, tidak ada gunanya. Kalau kita hendak ungkit jangkitan COVID-19, yang paling tinggi Selangor. Punca tersebar di Sabah, Semporna yang membubarkan Dewan Undangan Negeri.

[Tepuk] Kalau kita hendak bangkit Jadi, sebab itu saya tekankan kepada rakan-rakan pembangkang dan saya ucap ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Permatang Pauh. Itu ucapan yang matang yang mencadangkan ada agenda sekian-sekian. Kalau kita menyatakan kerajaan gagal menangani COVID-19, sediakan satu pelan yang belum lagi dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia melalui KKM, sediakan, apa benda yang belum lagi KKM kita sediakan, sila. Kita akan dengar, kita akan laksanakan. Apa yang saya dengar sepanjang hari ini komen.

final • 4:00 PM

Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya

Boleh saya mencelah?

final • 4:00 PM

Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh

Kalau hendak komen angka yang bercakap, budak sekolah rendah boleh komen macam ini. Budak sekolah menengah, sekolah rendah yang boleh komen.

final • 4:00 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Masalahnya kita sudah komen dahulu tetapi kerajaan tidak ambil tahu. Sudah lama kita suruh supaya vaksinasi ini dijalankan dengan cepat...

final • 4:00 PM

[Dewan Riuh]

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Bila kita hendak jumpa dalam Parlimen, tidak panggil Parlimen. Kamu yang gantung Parlimen. Bila kita hendak buat komen. Baru sekarang hendak buat. Baru sekarang kita hendak komen.

final • 4:00 PM

Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh

Yang Berhormat Shah Alam, saya cabar Yang Berhormat Shah Alam. Kalau Yang Berhormat Shah Alam [Tidak jelas] yang strategik, yang kerajaan boleh laksanakan untuk kita [Tidak jelas] angka kematian untuk kita menyekat rantaian COVID-19 dipersilakan. Saya tidak dengar lagi Yang Berhormat Shah Alam ini cadangkan.

final • 4:00 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Kita sudah komen tetapi kerajaan buat tidak tahu. Sudah berkali-kali kita sudah komen. Hangpa je pekak.

final • 4:00 PM

Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh

Ini pembangkang.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh.

final • 4:00 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Kita panggil buka Parlimen, kita suruh buka Parlimen supaya kita komen.

final • 4:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Sudah setahun baru hendak buka.

[Pembesar suara dimatikan]

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Baik. Saya minta yang Pasir Puteh. Yang Berhormat Shah Alam duduk. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh.

final • 4:00 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Yang Berhormat Pasir Puteh.

final • 4:00 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Sebanyak 17,000 kes baru hendak buka.

final • 4:00 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Bukit Mertajam. Kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Pontian, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Tuaran, kemudian Yang Berhormat Kuala Krai dan kemudian Yang Berhormat Pulai.

final • 4:00 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya sebenarnya ada menyediakan 15 muka surat tetapi ada empat, lima minit sahaja.

Akan tetapi memandangkan pada perkembangan terbaru saya rasa ada keperluan yang amat penting sekali untuk kerajaan terutama Perdana Menteri sendiri menerangkan, memberi satu penjelasan yang jujur terhadap isu Ordinan Darurat yang dikatakan telah di-revoked pada 21 Julai yang lalu.

Oleh sebab perkara ini dilakukan seakan-akan macam main-main. Kalaulah pengumuman Perdana Menteri masuk hospital kerana cirit birit pun boleh diumumkan melalui kenyataan media, tidak akan benda yang sepenting ini, revocation of the ordinance of Emergency tidak boleh diumumkan kepada rakyat. Jadi, saya harap kerajaan berikan perhatian yang serius terhadap perkara ini. Perdana Menteri sendiri nanti akan jawab kepada kita.

Keduanya, tentang vaksinasi. Saya rasa mungkin kalau secara jujurnya inilah satu-satunya benda yang kita kata nampak sedikit hasil. Tahniah kepada Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab. Akan tetapi masih lagi ramai rakyat di luar sana terutamanya di kawasan saya Bukit Mertajam di Pulau Pinang dan saya percaya di negeri-negeri lain masih belum mendapat vaksin walaupun dos pertama.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan bahawa mulai bulan Ogos, vaksin sudah boleh jual oleh penjual swasta. Ini semestinya bermakna bekalan vaksin sudah cukup.

Kalau bekalan vaksin tidak cukup, tidak akan kerajaan benarkan pihak swasta boleh jual.

Kalau vaksin sudah cukup, saya sarankan, saya gesa supaya kerajaan kalau boleh minggu ini juga berikan sekurang-kurangnya tarikh appointment, tarikh temu janji vaksin kepada semua rakyat Malaysia yang sudah daftar. Saya tidak kata hendak cucuk semua minggu ini tetapi sekurang-kurangnya bagi tarikh temu janji vaksin kepada mereka.

Kalau tidak bagi tarikh temu janji vaksin, rakyat tertunggu-tunggu dalam keresahan. Dalam keresahan ini, kalau kerajaan benarkan vaksin dijual, maka adakah kerajaan membuka peluang kepada penjual vaksin swasta mengaut keuntungan daripada keresahan rakyat yang belum dapat maklumat vaksin.

Jadi, saya harap dalam minggu ini sudah buat operation search capacity. Maka search capacity bagi tarikh vaksinasi yang munasabah. Saya hendak tekankan di sini, bagi tarikh vaksinasi yang munasabah kepada semua rakyat yang telah daftar dan belum dapat tarikh vaksin lagi.

Keduanya isu ....

final • 4:03 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Yang Berhormat Bukit Mertajam, boleh saya mencelah?

final • 4:03 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Okey silakan.

final • 4:03 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya tertarik dengan apa yang disebut oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam berkenaan dengan Artikel 150 tadi. Ada beberapa soalan saya hendak ajukan kepada Yang Berhormat dan kalau tidak berjaya atau tidak boleh mungkin Perdana Menteri apabila gulung boleh menjawab.

Pertama Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan isu Artikel 150(3). Tuan Yang di-Pertua, kita dengar daripada Yang Berhormat Menteri Undang-undang tadi bahawa apa yang berlaku adalah keputusan untuk batalkan Ordinan Darurat pada 21 hari bulan yang lalu tetapi tidak ada keputusan untuk membatalkan proklamasi. Maka proklamasi itu masih berkuat kuasa sehingga hari ini dan akan berkuat kuasa sehingga 1 Ogos iaitu minggu depan.

Jadi, dalam keadaan tersebut apabila proklamasi masih berkuat kuasa ,soal yang berbangkit adalah siapakah yang mempunyai kuasa untuk revoke ataupun membatalkan ordinan-ordinan yang telah pun digubal itu. Itu soal ataupun membatalkan ordinan-ordinan yang telah pun digubal itu. Itu soal undang-undang yang cukup penting untuk kita. Saya harap bahawa ia boleh dijawab oleh Yang Berhormat dan jika tidak boleh, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kemudian.

Keduanya Tuan Yang di-Pertua, apabila kita lihat kepada perkataan-perkataan yang digunakan khususnya dalam 150(3) dan 150(7) adalah cukup jelas bahawa soal berkenaan dengan keberkuatkuasaan undang-undang melalui ordinan ini perlu dijawab kerana ramai di luar sana ingin tahu, adakah mereka masih terikat dengan ordinan- ordinan ini khususnya di mana kita ada keadaan di mana proklamasi masih wujud, tidak ada sebarang kenyataan yang dibuat bahawa ia telah pun ditarik balik secara sempurna dan sama ada, ada atau pun tidak, hukuman yang dikenakan patut dibayar.

Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, soalan berkaitan dengan perkara yang sama.

Sekiranya benar bahawa pada 21 hari bulan ini, ordinan-ordinan tersebut telah pun dibatalkan, tidakkah perlu perkara itu juga di-tabled, ataupun keperluannya table, laid in the House of Parliament. Bukankah itu juga seharusnya diletakkan di hadapan kita di Dewan yang mulia ini supaya kita dapat tahu sebenarnya apakah ordinan itu, bila dibatalkan dan apakah kesan terhadap pembatalan itu. Ini sangat penting untuk masyarakat di luar sana. Saya harap soalan ini dapat dijawab. Terima kasih.

final • 4:03 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Terima kasih Yang Berhormat Puchong. Saya minta Tuan Yang di-Pertua masukkan dalam ucapan saya tetapi jangan kira dalam pengiraan masa saya.

final • 4:03 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Satu minit, satu soalan Tuan Yang di-Pertua.

Soalan singkat.

final • 4:03 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Tidak boleh, masa singkat. Kita hendak menghormati perjalanan urusan Dewan.

final • 4:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih.

final • 4:03 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Tentang isu industri sukan. Saya rasa tidak ada sesiapa pun Menteri, ataupun Timbalan Menteri yang telah membangkitkan kesusahan, keresahan industri sukan. Jadi saya minta, saya sudah bagi kenyataan media tentang perlunya ada RM100 juta untuk membantu industri sukan.

Kemudian saya juga hendak menyentuh tentang RM300,000 peruntukan Parlimen yang telah diterima. Sebenarnya itu kalau hendak kata terima kasih pun sebenarnya Ahli Parlimen tidak kiralah kerajaan ataupun pembangkang sebenarnya layak untuk menerima peruntukan Parlimen kita.

Malah sebenarnya bukan RM300,000, RM4 juta saya difahamkan diterima oleh Ahli Parlimen atau untuk kerajaan. Jadi saya minta supaya kerajaan berikan keseluruhan jumlah peruntukan Parlimen kepada kita. Jangan hadkan hanya kepada bantuan makanan sebab kalau Perdana Menteri dan menteri-menteri turun padang, mereka akan sedar bahawa keperluan semasa berbeza-beza.

Rakyat hari ini bukan sahaja lapar, ada yang telah terputus gaji, tidak dapat bayar sewa, bayar bil elektrik, bil api, bil air malah ada yang sakit tidak dapat bayar untuk pergi jumpa doktor. Jadi, saya harap berikan peruntukan penuh kepada semua Ahli Parlimen dan beri kelonggaran untuk Ahli Parlimen menentukan berdasarkan garis panduan yang diberikan menentukan bentuk-bentuk sumbangan yang boleh diberikan kepada rakyat di bawah sana.

Laptop tadi, saya sebenarnya ada tadi. Yang Berhormat Arau kata apa yang telah dilakukan oleh Ahli Parlimen pembangkang sebelum RM300,000 diberikan kepada saya Bukit Mertajam, saya telah dan saya percaya ramai rakan saya di sini telah pun memberikan pelbagai bantuan. Saya telah bagi bantuan makanan sebelum RM300,000 itu. Malah saya juga telah memberikan 600 buah peranti laptop, tablet kepada anak-anak Bukit Mertajam sebab kita suah tidak boleh tunggu lagi laptop yang dijanjikan oleh kerajaan. 150,000 buah laptop itu bila akan sampai? Saya mohon Perdana Menteri jawab nanti kepada kita.

final • 4:03 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Rumuskan Yang Berhormat Bukit Mertajam, sila. Rumuskan.

final • 4:10 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Akhir sekali saya hendak sentuh sikit tentang moratorium. Sebenarnya sebanyak 15 muka surat bukan senang hendak bentangkan dalam masa lima minit. Moratorium yang telah diberikan hari itu sebenarnya moratorium pemulih itu ia jauh berbeza dengan apa yang dikehendaki oleh rakyat.

Satu, dia bukan moratorium automatik sebab kena pohon dan juga you know, terpaksa menunggu kebenaran dan kelulusan bank.

Keduanya, dia bukan tanpa syarat. Syarat yang paling orang kata menyusahkan ialah moratorium ini mustahil dimanfaatkan oleh rakyat yang sebenarnya paling memerlukan iaitu peminjam yang mempunyai tunggakan bulan-bulan yang lepas.

Mereka ini sudahlah tak mampu hendak bayar tetapi oleh kerana ada tunggakan maka mereka tidak dapat memohon moratorium.

Jadi, moratorium tidak bersyarat tidak dilaksanakan, moratorium tanpa faedah tidak dilaksanakan. Jadi saya mohon supaya Yang Berhormat Menteri, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri laksanakan janji tuntutan rakyat, tuntutan Ahli Parlimen di sini. Saya percaya bukan sahaja di sebelah pembangkang tetapi juga di sebelah kerajaan, supaya berikan moratorium automatik tanpa syarat dan tanpa faedah untuk memudahkan, melonggarkan sedikit kehidupan rakyat yang begitu sempit. Sekian, terima kasih.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Mertajam. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pontian kemudian Yang Berhormat Tuaran, kemudian Yang Berhormat Pasir Mas. Yang Berhormat Pasir Mas ganti Yang Berhormat Kuala Krai.

final • 4:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Terima kasih. Pelan Pemulihan Negara perlu memastikan ekonomi rakyat diperbaiki, bukan hanya ekonomi negara.

(i) pengangguran diatasi, pekerjaan sementara dan tetap diberi kepada graduan dan mereka yang menganggur;

(ii) pastikan dengan PPN ini hutang kerajaan masih terkawal, defisit diatasi; eksport pelaburan dan ekonomi negara dipulihkan dengan kaedah V-curve;

(iii) menyegerakan pelbagai Bantuan Khas COVID-19 lebih awal daripada bulan September, meluluskan kedua kategori penerima BPR, BKC dan penerima Geran Khas Prihatin tanpa terlalu banyak halangan dan juga syarat;

(iv) program vaksinasi hendaklah dibuat secara lebih pantas dan besar-besaran bagi membolehkan sasaran mencapai sebanyak 80 peratus imunisasi kelompok diperoleh seawal bulan Oktober, kini baharu sebanyak 16.9 peratus dos kedua pada penduduk;

(v) sebanyak 644 PPV perlu ditambah terutama di negeri-negeri yang kurang kadar vaksinasi;

(vi) LHDN wajar mengemas kini data terkini rakyat terjejas pandemik COVID-19, ramai rakyat terutama golongan M40 telah jatuh ke dalam kategori B40 sejak awal tahun ini;

(vii) memudahkan proses rayuan untuk moratorium tanpa perlu banyak dokumen pembuktian pengurangan pendapatan;

(viii) kerajaan wajar menambah suntikan fiskal dengan meningkatkan Bantuan Khas COVID-19 kepada golongan M40 selain daripada B40;

(ix) Skim i-Citra wajar ditambah baik dengan dibenarkan keluaran secara lump sum berbanding berkala setiap bulan;

(x) pencarum KWSP mesti diberi akses kepada akaun 1 KWSP dan bukan hanya akaun 2 dan dipermudahkan pengeluaran i- Citra;

(xi) golongan T20 dan M40 wajar diberi akses untuk mengeluarkan caruman KWSP pada kadar lebih tinggi bagi tujuan melangsaikan komitmen seperti hutang;

(xii) moratorium pinjaman yang diberi oleh bank-bank hendaklah dikecualikan daripada kadar faedah. Dasar moratorium ini hendaklah dipanjangkan kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam dan agensi lain di bawah seliaan kerajaan;

(xiii) bantuan khas kecemasan tambahan diberikan kepada peniaga dan penjaja kecil yang mula gulung tikar. Kenal pasti siapa mereka dengan pantas daripada MKN negeri dan daerah;

(xiv) mempermudahkan syarat-syarat Bantuan Prihatin Rakyat supaya lebih ramai rakyat menerima dapat menerima BPR;

(xv) kadar faedah pinjaman perumahan yang diberi oleh bank- bank perdagangan diturunkan pada 2 peratus;

(xvi) geran one-off sebanyak RM3,000 diberi pada pengeluar hasil- hasil pertanian kampung yang tertinggal bukan hanya PKS yang berdaftar;

(xvii) hasil-hasil tanaman pertanian di luar bandar seperti nanas, jagung dan sebagainya diuruskan oleh FAMA untuk dibawa ke bandar bagi tujuan pemasaran;

(xviii) MDEC dan INSKEN mengadakan kursus online bagi melatih rakyat supaya mempunyai kemahiran dalam perniagaan online untuk memudahkan pemasaran barangan dalam talian;

(xix) geran khas diberi kepada belia-belia untuk mengusahakan tanah terbiar di luar bandar termasuk tanah sendiri;

(xx) cukai pendapatan individu dalam semua kategori hendaklah dikurangkan;

(xxi) cukai korporat dikurangkan kerana pendapatan syarikat kebanyakannya juga berkurang;

(xxii) kadar pelepasan cukai individu ditambah untuk pelepasan sendiri dan anak bawah umur yang belajar dan anak OKU;

(xxiii) syarikat pengeluar sarung tangan getah dikenakan syarat menggunakan peratusan getah asli Malaysia lebih tinggi sebagai bahan mentah dan bukannya menggunakan getah tiruan bagi membantu menambah pendapatan pekebun getah;

(xxiv) memastikan diwujudkan Geran Tanam Semula bagi memudahkan pekebun menukar tanaman getah kepada sawit, sawit ke getah atau sawit ke tanaman lain;

(xxv) kes-kes cubaan bunuh diri, sakit mental dan depresi hendaklah ditangani dengan mengguna kaedah lebih sistematik termasuk memastikan setiap hospital dilengkapi tempat rawatan dan kemudahan yang mencukupi;

(xxvi) mengadakan hotline atau talian bebas tol 24 jam untuk membolehkan mereka yang mengibarkan bendera putih mendapat khidmat nasihat dan khidmat bantuan bakul makanan;

(xxvii) memastikan arahan kebankrapan dalam tempoh semasa pandemik dihentikan supaya tekanan perasaan rakyat dapat dikurangkan;

(xxviii) memastikan agensi-agensi yang terlibat dalam pemberian pinjaman serta kredit komuniti menggunakan pendekatan yang lebih ketat dan cermat untuk memberi hutang had syiling faedah dikawal manakala agensi berkenaan tidak menggunakan kekerasan ketika meminta peminjam membuat bayaran balik;

(xxix) moratorium bayaran pinjaman diperluaskan pada agensi- agensi kredit yang memberi pinjaman kerajaan seperti TEKUN, Amanah Ikhtiar dan PTPTN;

(xxx) pembinaan rumah kos rendah dikendalikan semual oleh Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri dan bukan lagi oleh pemaju swasta bagi mengelakkan harga rumah murah melambung;

final • 4:10 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Mohon sedikit sahaja.

final • 4:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Kemudian...

(xxxi) membuka...

[Tidak jelas] kepada Jemaah untuk melakukan ibadah dan jumlahnya yang dibenarkan mengerjakan solat ditambah bilangan mengikut keluasan masjid.

final • 4:10 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Yang Berhormat Pontian.

final • 4:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Memulakan inisiatif memberi geran pada PIBG terutama membeli handphone serta peralatan berkaitan PDPR. PIBG kemudiannya mengadakan skim atau program meminjamkan peralatan berkenaan pada pelajar daripada keluarga susah. Seterusnya, syarikat-syarikat GLC dan syarikat-syarikat besar...

final • 4:10 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Yang Berhormat Pontian.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Pontian, masa sudah habis Yang Berhormat Pontian, minta rumuskan.

final • 4:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Banyak lagi.

final • 4:10 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Minta izin tujuh saat sahaja Yang Berhormat Pontian.

final • 4:10 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Ada banyak senarai, berpuluh-puluh tetapi cukuplah sekadar itu kerana hendak memberi peluang kepada kawan-kawan yang lain. Terima kasih.

final • 4:10 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Mohon izin Yang Berhormat Pontian.

final • 4:10 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Tuaran.

final • 4:10 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pelan Pemulihan Negara telah dilancarkan pada 15 Jun iaitu enam bulan selepas Proklamasi Darurat pada 13 Januari 2021.

Pertanyaan saya ialah kenapakah Pelan Pemulihan Negara ini tidak dibuat sebelum 13 Januari? Apakah sebenarnya niat kerajaan untuk mengisytiharkan darurat pada 13 Januari 2021? Apakah ini digunakan untuk memulihkan negara atau semata- mata untuk mengelakkan persidangan Parlimen pada bulan Mac yang lalu? Saya juga ingin bertanya kenapa selepas dilancarkan Pelan Pemulihan Negara pada 15 Jun itu pada ketika itu kes sehari COVID-19 ialah lebih kurang sebanyak 4,000.

Pada hari semalam sebanyak 17,000. Ini bererti bahawa berkali-kali gagal.

Berkali-kali tidak berjaya dan saya juga ingin tanya. Pelbagai pelan yang dibuat ini termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan memberi bantuan. Dikatakan bantuan dihantar ke Sabah sebanyak RM130 juta bantuan dalam bentuk makanan dan sebagainya. Akan tetapi sehingga hari ini kita tidak nampak. Kalau dahulu di Sabah semasa Kerajaan Barisan sebanyak RM20 juta untuk bantuan makanan kita boleh bagi berfasa sampai sebanyak lima kali. Akan tetapi hari ini sampai makanan di pejabat daerah pun busuk. Tidak dapat dihantar dan sebagainya.

Apakah sebenarnya masalah? Selepas itu, Kerajaan Negeri Sabah boleh mengumumkan satu pendirian bahawa boleh dine-in. Akan tetapi di situ dikatakan SOP will come later.

final • 4:17 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat, sekejap ya.

Yang Berhormat.

final • 4:17 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Ya Yang Berhormat Sepang.

final • 4:17 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat, minta celahan sedikit ya. Yang Berhormat, boleh tak Yang Berhormat bangkitkan adakah kerajaan ini sedar bahawa sekarang ini contohnya saya baru mendapat aduan pengusaha- pengusaha car wash menderita dan mereka minta bangkitkan supaya kerajaan boleh buka perkhidmatan car wash?

final • 4:17 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih, sila Yang Berhormat Tuaran teruskan.

final • 4:17 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Ini antara perkara yang rakyat keliru. Oleh sebab itu hal-hal yang menyatakan standard operating procedure

(SOP) bukan lagi standard operating procedure tetapi saat ini sudah dipanggil ‘semua orang pening’. Penguat kuasa pun pening, rakyat pun pening, tauke pun pening, semua pun pening?

final • 4:17 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Hari ini rakyat Sabah juga ingin bertanya RM130 juta itu pergi mana? Begitu juga dengan rakyat di luar bandar khususnya belia-belia, para pelajar tertunggu dengan pelaksana RM150 juta peranti yang telah pun diluluskan di Parlimen ini. Selain daripada itu, berilah apa juga peranti kepada orang-orang di luar bandar apa juga bentuk komputer, apa juga untuk PdPR dan sebaginya. Akan tetapi jika sekiranya masalah connectivity tidak diselesaikan, tidak diatasi, perkara ini tidak akan selesai. Apabila dinyatakan Pelan Pemulihan Negara, adakah perkara connectivity ini telah diambil kira?

So, saya difahamkan apabila pelaksanaan 5G dahulu, sepanjang tahun lepas 2020 sudah pun selesai. Selepas itu kerajaan baru, syarikat pemaju pun diganti daripada Huawei kepada Sony Ericson dan sebaginya. Dalam Pelan Pemulihan Negara ini kita ingin tanya, bagaimanakah hal-hal connectivity dapat di atasi?

final • 4:20 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Yang Berhormat Tuaran, izinkan saya mencelah.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Ya, ya. Silakan.

final • 4:20 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Yang Berhormat Tuaran, setujukah Yang Berhormat Tuaran kalau kita lihat bahawa di tempat-tempat pedalaman di kawasan-kawasan luar bandar pedalaman yang internet connectivity mereka rendah.

Sebenarnya pembelajaran atas talian yang diputuskan secara pukul rata oleh KPN tidak sesuai dan memangsakan anak-anak?

final • 4:20 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Saya sambung.

final • 4:20 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Oleh yang demikian, mereka perlukan kepada pendekatan baru kerana telah lebih setahun setengah untuk anak-anak ini iaitu sama ada jikalau kawasan itu selamat, berada di dalam kawasan hijau. Sekolah kurang murid berada di kawasan pedalaman dibenarkan untuk dibuka dengan nasihat daripada MKN dan juga diberikan autonomi kepada PPD dan juga pihak sekolah untuk membuat keputusan. Terima kasih.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Saya setuju dan minta untuk masukkan dalam ucapan saya. Silakan Yang Berhormat Sepanggar.

final • 4:20 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Yang Berhormat, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa dlm musim pandemik COVID ini, di antara syarikat yang tidak terkesan disebabkan oleh pandemik COVID ini sebenarnya terkesan tetapi tidak seteruk syarikat-syarikat yang lain, syarikat-syarikat telekomunikasi ini. Setujukah Yang Berhormat jika kerajaan mendesak syarikat-syarikat telekomunikasi ini untuk memberikan data percuma dalam tempoh masa tertentu untuk memastikan agar anak-anak di luar bandar dan di bandar juga dapat dibantu, terima kasih.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Bukan sahaja saya bersetuju, tetapi saya meminta dan saya berharap rakan-rakan di dalam Dewan ini bersetuju supaya syarikat-syarikat ini memberi data percuma. Sebab hari ini, walaupun ada connectivity tetapi begitu mahal. Contohnya daripada MEASAT.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Tuaran, sila rumuskan.

final • 4:20 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Ya. Walau bagaimanapun saya juga bersetuju dengan langkah yang telah dicadangkan iaitu jangan melibatkan pihak pembangkang dalam Majlis Pemulihan Negara ini. Cumanya hari ini yang dilantik cuma tiga wakil daripada pembangkang. PH ini ada berapa Ahli Parlimen?

Kenapa seorang sahaja wakil? Saya mencadangkan supaya tambah lagilah kepada tiga.

Selain daripada itu, cadangan daripada 55 Ahli Parlimen supaya Parliamentary Special Select Committee itu tambahkan kepada 13 seperti mana yang dicadangkan. Dengan cara ini dapatlah kita bersama-sama untuk menangani hal-hal pemulihan negara ini supaya kita sama ada di pihak pembangkang atau kerajaan kita sama-sama memberi pandangan, cadangan sama ada daripada segi dasar dan sebaginya untuk memastikan supaya kita sama-sama dapat pulihkan negara ini. Sekian, terima kasih.

final • 4:20 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Tuaran. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 4:20 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Pakej Rangsangan Ekonomi

(Economic Stimulus Package) adalah satu cara sebab kerajaan campur tangan dalam polisi fiskal dan monetari negara bagi mengurangkan impak kepada masyarakat. Dalam teori Economic Keynesian, sesebuah kemelesetan ekonomi tidak boleh diperbetulkan sendiri. Sebaliknya ini hanya boleh dikurangkan impaknya dengan campur tangan daripada kerajaan. Dengan itu negara-negara sedunia telah pun menyediakan Pakej Rangsangan Ekonomi bagi menangani kesan wabak ini dan tidak dapat dinafikan bahawa negara dunia mendapat kesan akibat COVID-19. Kesan pengangguran operasi syarikat yang terganggu menyebabkan kelangsungan hidup rakyat terjejas. Satu persoalan, adakah benar Malaysia telah melaksanakan usaha yang baik dari sudut Pakej Rangsangan Ekonomi?

Satu kajian dilaksanakan oleh LAKSANA satu perbandingan nilai Pakej Rangsangan Ekonomi berbanding GDP telah dikemukakan antara negara seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Vietnam, China, UK dan US. Data yang menarik ini menunjukkan Malaysia telah memperuntukkan bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi untuk rakyatnya sebanyak 22.7 peratus berbanding GDP. Peratusan ini lebih tinggi berbanding Indonesia 49 peratus, Filipina 13.8 peratus, Singapura 11.3 peratus dan Thailand 12.9 peratus. Jadi tidak betul untuk kita menyatakan bahawa kerajaan ini gagal. Pada saya kerajaan tidak gagal, cuma kerajaan masih belum berjaya sepenuhnya.

Tuan Yang di-Pertua, cuma di dalam kita mendepani situasi yang mendepan ini, saya mencadangkan beberapa perkara untuk kita laksanakan. Pertama ialah meningkatkan perbelanjaan pengguna. Selain daripada usaha kerajaan di dalam semua pakej yang telah diumumkan menjadi persoalan besar adalah bagaimana Malaysia mampu merangsang perbelanjaan pengguna pasca vaksinasi. Kita bercakap tentang selepas proses vaksin, dan saya mencadangkan beberapa perkara iaitu pertama Domestic Tourism Voucher Subsidy iaitu perkenalkan voucher untuk pelancongan domestik dan voucher pembelian barangan keperluan dan diskaun pembelian barangan mewah. Ini untuk meningkatkan tahap perbelanjaan di kalangan rakyat bagi kita memberikan suntikan kepada kegiatan ekonomi.

Walaupun demikian, perlu juga untuk kita meningkatkan bantuan kepada rakyat di bawah sana. Ya, kita akui bahawa RM300,000 diperuntukkan kepada setiap Ahli Parlimen, satu nilai yang mungkin agak besar tetapi ia masih belum cukup untuk memastikan dapur rakyat berasap dengan sepenuhnya. Kita mengucapkan terima kasih kepada kerajaan. Ini kali pertama bantuan sebesar ini diberikan kepada semua Ahli Parlimen tidak mengira kerajaan mahupun pembangkang. Ucapan tahniah kita kepada kerajaan, walaupun ketika era pentadbiran Pakatan Harapan pun kami Ahli Parlimen pembangkang hanya diberikan RM100,000 sahaja setahun pada masa itu. Tetapi itu pun saya ucapkan terima kasih. Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:24 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Yang Berhormat Pasir Mas, tujuh saat sahaja daripada saya. Boleh?

final • 4:24 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Tidak bagi laluan, maaf ya.

Kemudian ada beberapa lagi cadangan yang perlu untuk saya kemukakan Tuan Yang di-Pertua. Berikut adalah projek-projek perlu berjalan. Walaupun dalam keadaan kiat berhadapan dengan pandemik, projek-projek yang melibatkan kepentingan rakyat perlu untuk diteruskan untuk terus berjalan. Saya ambil contoh di Pasir Mas. Saya mengalami isu tanah runtuh di Pasir Mas pada bulan Februari 2021. Akan tetapi projek untuk hendak membaik pulih tanah runtuh ini masih tidak dapat berjalan sehingga ke hari ini. Apabila saya bertanya antara alasannya ialah PKP, lockdown, PKP dan lockdown dan sebagainya. Hampir pasti Tuan Yang di-Pertua, kalau projek ini tidak dimulakan dengan segera, akhir tahun ini Pasir Mas akan ditenggelami oleh banjir yang tidak pernah berlaku dalam masa 40 tahun ini. Ini saya minta dengan sungguh-sungguh dan saya berterima kasih dengan pihak Kementerian Alam Sekitar. Saya kira telah buat apa yang terbaik, Kementerian Kewangan dan sebagainya. Akan tetapi menjadi kewajipan kita untuk memastikan gerak kerja di peringkat pegawai-pegawai bawahan ini melaksanakan apa yang telah diputuskan oleh pihak kerajaan.

Berikutnya sektor ekonomi perlu dibuka sepenuhnya. Saya sokong cadangan Yang Berhormat Pasir Puteh tadi perlu dibuka dengan seberapa segera secara berperingkat. Walaupun ada sektor yang kita sifatkan sebagai essential service, tetapi sektor essential service ini pun tidak dapat beroperasi sekiranya sektor-sektor sokongan tidak dibuka dengan sepenuhnya. Begitu juga larangan tiga orang satu kereta. Saya kira kita boleh kelonggaran ibu bapa yang ada anak-anak kecil terkurung dalam rumah flat tiga bilik Tuan Yang di-Pertua. Terkurung anak-anak ini keluar masuk dapur, keluar masuk bilik air, masuk dapur balik tengok kartun sahaja. Menjadi keperluan untuk ibu- bapa bawa anak-anak bersiar-siar terutamanya orang bandar. Paling tidak...

final • 4:24 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat...

final • 4:24 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Yang berikutnya Tuan Yang di- Pertua...

final • 4:24 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Pasir Mas minta laluan.

final • 4:24 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

...Saya minta vaksinasi untuk ditumpukan kepada kawasan banjir.

final • 4:24 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Pasir Mas minta laluan.

final • 4:24 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Vaksin perlu diberikan kepada kawasan banjir terutamanya seperti kawasan saya, Pasir Mas, Rantau Panjang dan sebagainya. Berikan vaksin, tumpukan kepada kawasan ini kerana tiga bulan daripada sekarang kawasan ini pasti akan ditenggelami oleh banjir pada adab katanya. Berikutnya subsidi kerajaan perlu umumkan untuk RTK. Test RTK boleh test sendiri beli di farmasi.

Apa subsidi yang diumumkan oleh kerajaan? Rakyat beli sendiri alat test ini tetapi biar ada subsidi diumumkan oleh kerajaan.

final • 4:24 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Begitu juga saya bersama-sama bersolidariti merasai bagaimana perasaan doktor–doktor yang telah pun menyertai hartal pada pagi tadi walaupun saya menyatakan bahawa kita tidaklah menyokong tindakan ini, tetapi kita perlu untuk hendak merasai perasaan mereka. Saya cadangkan kerajaan melanjutkan kontrak ini terus umumkan empat tahun kontrak, bukan dua tahun untuk memberi kesenangan hati kepada mereka...

final • 4:30 PM

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin - Sepang

Yang Berhormat Arau tidak setuju, Yang Berhormat Arau tidak setuju.

final • 4:30 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Kita ada pelan untuk menaikkan perjawatan mereka daripada HO kepada MO, MO kepada pakar. Memberikan ketenangan dengan ada pelan untuk perjawatan mereka dalam masa kontrak itu.

final • 4:30 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Yang Berhormat Pasir Mas, boleh sikit.

final • 4:30 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Lantikan guru – Saya, tahniah kepada KPM mengumumkan...

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Pasir Mas boleh?

final • 4:30 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Yang Berhormat Pasir Mas boleh, 10 saat? Contract doctor.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Oleh sebab masa sudah habis, minta rumuskan.

final • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 4:30 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

10 saat saja Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Sila Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 4:30 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Landing sikit lagi. Lantikan guru – saya ucap terima kasih kepada KPM mengumumkan lantikan pengambilan guru seramai 17 ribu orang tetapi kita mahu isu guru duka lara ini diselesaikan terlebih dahulu.

Pertukaran guru ini tempatkan mereka di tempat yang mereka boleh berada tidak jauh daripada keluarga mereka. Barulah kita pergi ke fasa berikutnya iaitu pengambilan guru- guru. Saya juga mahu supaya kerajaan berunding dengan kerajaan-kerajaan negeri yang ada untuk isu pembukaan masjid dan madrasah kerana walaupun kita utamakan kesihatan, utamakan nyawa dan sebagainya, tetapi spiritual, semangat kejiwaan rakyat juga perlu untuk dijaga bagi memastikan kita dapat menjaga pelbagai aspek kepentingan dalam musim wabak pandemik COVID-19. Terima kasih.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas.

final • 4:30 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Point of order.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Mic, mic. Sila on mic.

final • 4:30 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Terdapat pelanggaran- pelanggaran Peraturan Mesyuarat yang telah dilakukan dan tengok Tuan Yang di-Pertua mendiamkan diri ya. Yang pertama P.M. 39(9) ya. Kita dalam apa-apa perbahasan tidak boleh disebut kelakuan dan sifat-sifat ahli Parlimen. Tadi mereka menyebut Timbalan Yang di-Pertua buat Speaker Durian. Ini adalah menyentuh sifat Ahli Parlimen yang ada di hadapan kita.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik.

final • 4:30 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Banyak juga kawan-kawan sini yang buat macam-macam pesta. Pesta arak dan lain-lain lagi tapi ini sifat mereka tidak boleh sentuh.

final • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:30 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Satu.

final • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...saya minta Yang Berhormat tarik balik kenyataan pesta arak .

final • 4:30 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Nama dua orang...

final • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tidak ada Ahli Parlimen pembangkang mengadakan pesta arak semasa PKP.

final • 4:30 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tidak menyebut pembangkang.

final • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya minta beliau tarik balik.

final • 4:30 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tidak sebut pembangkang.

Saya sebut ada...

final • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jangan buat tuduhan melulu.

final • 4:30 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya tidak sebut pembangkang, saya sebut ada.

final • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tadi beliau ada sebut.

Yang Berhormat beliau ada sebut. Saya minta beliau tarik balik.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Tidak. Ahli Yang Berhormat...

final • 4:30 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya sebut ada.

final • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya minta beliau tarik balik. Tidak ada. Itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

final • 4:30 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Okey, yang kedua...

final • 4:30 PM

Tuan Haji Awang bin Hashim - Timbalan Menteri Sumber Manusia

Yang Berhormat Arau sebut kawan-kawan kita saja.

final • 4:30 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, kita.....

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Saya hendak berhentikan perbahasan ini kerana saya terus menjemput kepada pembahas yang seterusnya.

final • 4:30 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa pembesar suara]

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

On kan.

final • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh. Jangan benarkan perkara ini berlaku, kita tahu siapa adakan pesta durian.

Akan tetapi kita tahu tidak ada mana-mana ahli Pembangkang mengadakan pesta arak.

Saya minta beliau tarik balik.

final • 4:30 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya minta dia tarik perkataan menuduh saya kata pembangkang. Ini sengaja hendak buat provokasi. Hey, jangan cari publisiti murahlah.

final • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Arau telah mengeluarkan kenyataan bahawa kita mengadakan pesta arak. Beliau telah menyatakan perkara itu.

final • 4:30 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya sebut kawan-kawan.

final • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

No, no, itu tidak betul.

Tuan Yang di-Pertua please. Jangan benarkan. Sebab itu saya katakan Tuan Yang di- Pertua tidak layak jadi Pengerusi dalam Dewan ini.

final • 4:30 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Pembangkang...

final • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kita tidak mematuhi peraturan. You don’t follow the rules.

final • 4:30 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Pembangkang.....

final • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Jangan benarkan beliau katakan perkataan itu Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:30 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Bila saya sebut kawan-kawan.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Saya minta kedua- duanya duduk. Saya minta kedua-duanya duduk. Sila. Yang Berhormat Arau, sila duduk Yang Berhormat Arau.

final • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, jangan macam itu Tuan Yang di-Pertua. Di luar tidak patuhi peraturan, dalam pun macam itu.

final • 4:30 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, P.M. 36(7).

final • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Come on Tuan Yang di- Pertua.

final • 4:30 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

P.M. 36(7). Nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah...

final • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua yang mengadakan pesta durian kita tahu.

final • 4:30 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Saya minta Peraturan Mesyuarat. Tuan Yang di-Pertua tolong tahan sama ada pihak yang cuba menggunakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam perbahasan tadi. Kita tidak boleh menggunakan nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mempengaruhi perbahasan. Akan tetapi, pagi tadi dibiarkan nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong digunakan dengan berleluasa dan kita telah melanggar P.M. 36(7).

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik, terima kasih.

final • 4:30 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Jadi saya minta dua ini. P.M.

36(7), P.M. 36(9). Saya tidak tuduh perkataan pembangkang. Saya kata ada kawan- kawan. Mana ada.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Baik Yang Berhormat Arau, Terima kasih Yang Berhormat Arau.

final • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tidak boleh buat kenyataan macam itu Yang Berhormat, irresponsible. Jangan buat kenyataan macam itu Yang Berhormat.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Arau. Ambil makluman.

final • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang keluar ke negara siapa dia? Yang luar negara New Zealand siapa dia? Yang pergi Paris siapa dia? Yang pesta durian siapa dia? Tanya belah sana. Malulah sikit.

final • 4:30 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Ya. Kenapa hendak menjerit?

Eh, kau ingat aku tidak ada mak bapakah menjerit macam itu. Cakaplah perlahan-lahan.

Elok-elok tidak boleh kah. Macam orang tidak terdidik. Cakap perlahan-lahan. Macam saya cakap.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Arau.

final • 4:30 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Tuan Yang di-Pertua, kalau saya – Saya tidak merujuk kepada pembangkang ya. Saya tidak merujuk kepada siapa-siapa, saya sebut kawan-kawan, macam itu. Jadi, tidak kira, tidak tahu....

final • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kawan-kawan sebelah sanalah yang pergi Paris, pergi New Zealand, tidak malu tiga bulan duduk di luar. Yang pesta durian siapa dia.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Arau.

final • 4:30 PM

Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Nampak, beliau telah melanggar Peraturan Mesyuarat sekali lagi. Jadi kalau kita biarkan orang macam ini termasuk dua pesakit mental tadi, kita teruk, Dewan ini macam mana kita hendak bersidang.

final • 4:30 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Yang Berhormat Arau tidak makan ubat.

final • 4:30 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato' Mohd Rashid Hasnon

Yang Berhormat Arau baik. Terima kasih Yang Berhormat Arau, baik. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Pulai. Lima minit.

final • 4:30 PM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Tuan Yang di-Pertua, Bismillahir Rahmanir Rahim. Apabila kita mengangkat sumpah, sama ada Perdana Menteri dan Menteri-menteri, antaranya ialah Sumpah Menyimpan Rahsia dan yang keduanya sumpah memegang jawatan. Itu prinsip dalam Kabinet yang diamalkan dalam negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.

Saya ingin membawa satu isu di sini Tuan Yang di-Pertua, sekiranya berlaku isu-isu besar dalam negara contohnya pembunuhan beramai-ramai di Kampung Memali tahun 1985 yang mengorbankan hampir 16 nyawa yang terbunuh pada waktu itu. Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri akan tampil berhadapan dengan isu itu. Mengambil tanggungjawab dan saya masih ingat Tun Musa bin Hitam sebagai Menteri Dalam Negeri sama ada di luar Parlimen ataupun dalam Parlimen membawa kertas putih. Kapal terbang kita, Malaysia Airlines, MH370 dan MH17 yang hilang dan terhempas. Menteri Pengangkutan tampil. Waktu itu Yang Berhormat Sembrong menjawab persoalan dalam Parlimen, di luar Parlimen. Menteri mengambil tanggungjawab.

Tentera Sulu yang dikatakan menyerang Sabah tahun 2012. Saya rasa Yang Berhormat Bagan Datuk pada waktu itu menjadi Menteri Dalam Negeri ataupun Menteri Pertahanan tampil memberikan penjelasan, memberikan taklimat, yakinkan rakyat dalam Parlimen dan di luar Parlimen. Tentera Merah Jepun yang menawan Bangunan AIA tahun 1975.Saya masih ingat lagi Tun Razali Shafie mengambil tanggungjawab, memberikan penjelasan. Al-Maunah yang dikatakan mereka yang dicaj di bawah Terrorism Act, Menteri Dalam Negeri memberikan penjelasan. Isunya di sini Tuan Yang di-Pertua, isunya di sini adalah tanggungjawab seorang Menteri, menunjukkan kepimpinan, to show his leadership dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang menjadi Ketua Kabinet yang mesti memberikan panduan, tanggungjawab.

Di sini, hari ini 15 ribu kes. Semalam 17 ribu kes dengan nyawa yang mati dan bunuh diri. Ini soal nyawa, ini soal rakyat. Di mana Menteri Kesihatan. Ini isunya.

final • 4:36 PM

Seorang Ahli

Hilang.

final • 4:36 PM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Di mana mereka? Setiap Menteri yang diberikan tanggungjawab mengangkat sumpah mesti mengambil tanggungjawab. Kalau MH370, MH17, kalau Mamali, sekiranya berlaku pertumpahan darah dalam isu Sulu, hanya melibatkan mungkin ratusan nyawa, ini rakyat Malaysia telah hampir hilang nyawa, kematian...

final • 4:36 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Yang Berhormat Pulai, minta laluan, minta penjelasan sikit.

final • 4:36 PM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

...yang saya rasa perlu untuk kita mengambil satu tanggungjawab dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga mesti bertanggungjawab.

final • 4:36 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Yang Berhormat Pulai, Yang Berhormat Setiu, Yang Berhormat Pulai.

final • 4:36 PM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Tadi, saya melihat bagaimana ada rakan-rakan daripada di sebelah sana pun mengkritik Menteri-menteri yang tidak bertanggungjawab. Macam mana Kabinet ini berjalan. Bagaimana kepimpinan Kabinet ini menunjukkan contoh. Saya tidak mempertikaikan soal personel, saya tidak mempertikaikan Ketua Pengarah Kesihatan.

final • 4:36 PM

Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Isu besar Menteri mesti tampil, isu besar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mesti tampil. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak boleh delegate kepada Ketua Setiausaha Negara jawab, tidak boleh. Isu nyawa rakyat mati hari-hari.

Ketua Pengarah Kesihatan yang tampil hari-hari. Di mana tanggungjawab leadership Menteri Kesihatan. Ini bukan masalah personel. Setiap Menteri yang ada di hadapan ini, dan kami di sini pernah jadi Menteri, kalau kita mengambil tanggungjawab nyawa manusia, tanam-tanaman yang rosak, Menteri bangun mengambil leadership. Hari-hari rakyat mati, di manakah Menteri Kesihatan?...

final • 4:40 PM

Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh

Yang Berhormat Pulai, Pasir Puteh minta laluan.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Saya rasa masa tidak cukup.

final • 4:40 PM

Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh

Bagilah.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Saya rasa di akhir...

final • 4:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Masa awak jadi Menteri hari itu apa buat.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Dapat kembali sebagaimana Kabinet ini berjalan.

final • 4:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Masa jadi Menteri hari itu apa buat.

final • 4:40 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Yang Berhormat Pulai, Setiu.

final • 4:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

[Bangun] Yang Berhormat Pulai, Sik minta laluan.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Kalau tidak rakyat akan menyatakan ini Kabinet half past six.

final • 4:40 PM

Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh

Bagi Pasir Puteh sekejap.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Kabinet half-cooked, Kabinet separuh masak, dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mesti...

final • 4:40 PM

Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh - Pasir Puteh

Kalau tidak suruh Yang Berhormat Pulai jadi Menteri.

final • 4:40 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Masak kah tidak masak?

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Bagaimanakah kita harus mengendalikan perkara ini? Rakyat sedang menghadapi COVID-19- ini pandemik melanda dunia, melanda negara. Ada Menteri-menteri yang saya rasa tidak bertanggungjawab harus...

final • 4:40 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Setiu, setiu.

final • 4:40 PM

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun - Beaufort

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Mengambil satu tindakan supaya rakyat Malaysia dapat diselamatkan.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Pulai.

final • 4:40 PM

Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Kalau Kabinet tidak bertanggungjawab you must go. You must go sama ada kita kalah atau kita menang tetapi rakyat mesti mengambil tempat dan rakyat mesti membuat keputusan. Terima kasih.

final • 4:40 PM

Timbalan Yang di-Pertua - Dato’ Mohd Rashid Hasnon

Terima kasih Yang Berhormat Kulai. Terakhir saya jemput Yang Berhormat Simpang Renggam.

final • 4:40 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua, dalam kita membicarakan tentang dampak wabak ini kita sering bicarakan isu ekonomi, isu keselamatan dan kesihatan. Amat malang apabila kita mengetepikan satu isu yang paling penting terkesan oleh wabak ini iaitu pendidikan.

Kita rasa agak kecewa juga apabila dibentangkan pelan pemulihan ini, isu pendidikan disentuh sekali lalu sahaja tanpa diberikan penumpuan yang serius. Izinkan saya dalam kesempatan yang terhad ini untuk membicarakan isu pendidikan dengan menumpukan kepada tiga isu terpilih. Sesi persekolahan, sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dan juga isu lost generation.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, dalam kesempatan ini saya mengambil maklum keputusan kerajaan untuk membuka sekolah pada 1 September. Banyak kegelisahan di luar sana. Di kesempatan ini saya menggesa agar jikalau kerajaan ingin membuka sekolah tidak kira pada bila tarikh pun, mengambil kira pertamanya, membentangkan terlebih dahulu SOP khas kepada rakyat keseluruhannya, agar hilang kerisauan ibu bapa, guru dan juga rakyat secara keseluruhannya.

Keduanya, selesaikan proses vaksinasi kepada semua guru, kepada pekerja sekolah tanpa berkecuali termasuk juga pengawal keselamatan, kakitangan kantin dan semua yang terlibat. Keselamatan dan kesejahteraan para guru dan pekerja sekolah perlu diberikan keutamaan.

Ketiga, kerajaan juga perlu mengkaji semula untuk membenarkan program vaksinasi kepada calon-calon kelas peperiksaan SPM, STAM dan STPM secara sukarela. Ramai ibu bapa yang belum bersetuju kerana mereka inginkan anak mereka yang bakal menduduki SPM, STAM dan juga STPM kembali ke sekolah tetapi kesihatan dan keselamatan mereka perlu diberikan keutamaan.

Ini selaras dengan janji yang dinyatakan oleh Menteri Penyelaras COVID-19 Kebangsaan, pada 18 Jun 2021, yang mana beliau mengatakan kerajaan akan cuba menyelesaikan dos pertama pada Julai ini yang membabitkan pelajar SPM 2021.

Malangnya perkara ini sehingga hari ini tidak berlaku lagi.

Keempatnya, KPM harus berbincang dengan banyak pihak sebelum membuat apa-apa keputusan. Pihak NUTP, pihak Kesatuan Guru-guru Malaysia Barat, Majlis Pengetua Sekolah Malaysia, Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia dan juga Malaysian Pediatric Association sebelum mereka mengambil apa-apa keputusan. Sikap jagung yang dipamerkan oleh KPM selama ini perlu diketepikan, dan jikalau KPM bertegas juga ingin membuka sekolah, pastikan ia dilakukan secara tersasar.

Rakan Yang Berhormat Sibuti telah sebutkan tadi, rakan Yang Berhormat Tuaran telah sebutkan tadi perlu kita pastikan sekolah di luar bandar, sekolah kurang murid, sekolah pedalaman diberikan keutamaan terutamanya mereka yang berada di kawasan hijau. Keduanya, kita pergi kepada sekolah-sekolah yang kurang murid, sekolah Orang Asli dan sebagainya dan ketiga barulah kita pergi kepada pembukaan sekolah di mana kadar penerima vaksinnya melebihi herd immunity kelompok. Pembukaan sekolah di seluruh negara secara serentak dikhuatiri akan mengulangi kluster sekolah seperti sebelum ini.

Ketujuh, harus difikirkan juga jadual sekolah bergilir iaitu banyak yang telah dicadangkan sebelum ini. Kita boleh cadangkan dalam seminggu tidak semua kelas itu pergi. Isnin untuk Darjah Satu, Darjah Dua, Selasa untuk Darjah Tiga, Darjah Empat begitu juga seterusnya. Begitu juga di peringkat sekolah menengah dan yang paling penting dalam apa pun keputusan untuk membuka sekolah, kuasa autonomi diberikan kepada pihak sekolah dengan kerjasama PPD.

Jangan Putrajaya buat keputusan pukul rata seperti sebelum ini. Kita telah lihat kesannya, dan orang yang bijak adalah orang yang tidak mengulangi kegagalan yang telah mereka lakukan.

Kedua, isu PdPR. Tuan Yang di-Pertua, amat dikesalkan setelah hampir dua tahun berlaku, kita lihat KPM tidak belajar seperti mana negara-negara lain. Laporan yang telah ditunjukkan oleh OECD tidak diambil kira, laporan yang telah dibentangkan oleh negara-negara anggota UNESCO berkaitan isu online learning ini juga tidak diambil kira. Kita lihat mereka masih lagi melakukan keputusan pukul rata yang ditentukan oleh Putrajaya untuk semua pihak Tuan Yang di-Pertua.

Di Dewan yang mulia ini, saya menggesa agar beberapa penambahbaikan untuk mata pelajaran waktu PdPR berlangsung di kala perintah berkurung. Pertamanya, banyakkan penerbitan bahan-bahan pendidikan di saluran-saluran TV kerajaan dan swasta, dan tidak hanya bergantung kepada Didik TV dan juga Okey TV semata-mata.

Kita mempunyai banyak saluran-saluran TV kerajaan dan swasta yang perlu dilambakkan dengan program-program pendidikan dan juga program-program yang mengajar kepada anak-anak life skill ketika mereka berada di rumah.

Keduanya, yang paling penting ialah bimbingan kepada ibu bapa sebagai support system, dengan izin, kepada ibu bapa yang berada di rumah kerana anak-anak lebih waktu bersama ibu bapa berbanding dengan guru sewaktu atas talian. Ibu bapa perlu dibimbing. Di beberapa buah negara seperti Mesir, Rwanda dan lain-lain negara memberikan latihan kepada ibu bapa melalui rancangan-rancangan yang diterbitkan di TV, di radio dan sebagainya. Membimbing mereka bagaimana ingin membantu dan juga mengajar anak-anak di rumah.

Ketiga, memaksimumkan hybrid learning. Kita lihat pada waktu ini, negara seperti Brazil contohnya menggunakan segala alat yang ada, seperti televisyen, pendidikan digital dan juga radio. Radio pada waktu ini di Malaysia bagaikan tiada peranannya dalam pendidikan dan ini perlu diubah untuk menghadapi hari-hari ke depan.

Keempatnya...

final • 4:42 PM

Tuan Yang di-Pertua

Masa sudah.

final • 4:42 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

...Perbanyakan bahan micro learning seperti pelantar digital ataupun yang mana.

final • 4:42 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, masa sudah tamat.

final • 4:42 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Jadi ini yang terakhir, ini last tentang lost generation ini paling penting Tuan Yang di-Pertua.

OECD bank dunia UNISCO bersetuju lost generation ataupun anak-anak keciciran pendidikan berlaku di seluruh dunia dan ini merupakan isu yang real. Dampaknya besar untuk masa-masa akan datang.

Malaysia sebagai contoh telah menutup sekolah selama 110 hari pada tahun 2020. Beberapa buah negeri menutup sekolah lebih daripada itu kerana PKPD dan PKP.

Fakta menunjukkan Malaysia adalah antara negara yang tertinggi menutup hari persekolahan sepanjang 2020 hingga 2021 dalam dunia. Menteri Kanan sendiri telah mengatakan bahawa pada tahun 2020, bilangan anak-anak kadar keciciran ini begitu tinggi iaitu sebanyak 0.13 peratus.

Akan tetapi setelah enam bulan berlaku kita tidak mendengar apa-apa lagi daripada KPM tentang data terkini, tentang murid cicir tetapi apakah yang boleh kita lakukan untuk mengatasi persoalan ini? Sehingga kini kita tidak lihat ada pelan yang jitu, ada pelan yang tuntas daripada KPM, daripada kerajaan untuk mengatasi isu lost generation ini.

final • 4:42 PM

Dr. Maszlee bin Malik - Simpang Renggam

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberikan solusi berkaitan murid cicir ini.

Pertamanya, dalam apa pun kita lakukan, hendaklah pendidikan berteraskan kepada lima prinsip utama.

(i) keselamatan dan nyawa rakyat wajib diberikan keutamaan;

(ii) akses pendidikan berkualiti untuk semua;

(iii) pendidikan adalah tanggungjawab semua pihak;

(iv) tidak ada satu contoh mithali yang boleh dikatakan terbaik maka usaha inovasi perlu sentiasa berjalan; dan

(v) pendidikan adalah proses holistik pembinaan kemanusiawian dan potensi dalam jiwa individual.

Maka saya cadangkan, pertamanya penubuhan Majlis Tindakan Pendidikan Kebangsaan.

Jikalau kita serius berkaitan isu pendidikan, perlu ditubuhkan majlis Tindakan Pendidikan Kebangsaan sebahagian daripada pelan pemulihan ini. Libatkan semua pihak, libatkan semua agensi yang terlibat di dalam Majlis tindakan Pendidikan Kebangsaan.

Kedua, libatkan semua pemegang taruh di dalam menyediakan solusi terhadap lost generation dan menyediakan master plan untuk pemulihan anak-anak yang masih buta huruf pada waktu ini.

Ketiga, berikan autonomi kepada pihak sekolah dan diperdayakan mereka ini dan bekerjasama dengan PPD untuk mengemukakan solusi yang terbaik untuk menyelamatkan anak-anak kita. Pendidikan adalah masa depan negara, pendidikan untuk semua, tanggungjawab kita bersama.

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Terima kasih.

final • 4:50 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua mohon Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Tuan Yang di-Pertua.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Maaf, maaf.

final • 4:50 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua mohon Tuan Yang di-Pertua isu wanita belum lagi disebut dalam Pelan Pemulihan Negara.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sudah habis, sudah habis, sudah habis.

final • 4:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Nama saya ada dalam senarai.

final • 4:50 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, isu wanita belum lagi disebut Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon petua... [Pembesar suara dimatikan]

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Minta maaf, minta maaf. Tadi kita rugi selama dua jam sebenarnya. Jikalau dua jam itu kita manfaatkan, seorang lima minit, seramai 24 orang kita boleh cakap lagi. Sayanglah, sayang. Saya hendak minta...

final • 4:50 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, isu wanita..

[Pembesar suara dimatikan] .

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Maaf, maaf. Esok ada lagi, lusa ada lagi. Maaf, maaf.

Saya hendak jemput Yang Berhormat Menteri untuk menjawab. Saya akan panjangkan selama 15 minit, jadi sampai 5.45 petang. Silakan.

final • 4:50 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:50 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Yang Berhormat Pagoh mana, Yang Berhormat Pagoh?

final • 4:50 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, banyak kali disebut isu wanita dalam Pelan Pemulihan Negara.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Esok boleh lagi.

final • 4:50 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Saya tidak boleh bangkitkan kah?

final • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita?

final • 4:50 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Saya ingin mohon pencerahan...

final • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

*Where is the Prime Minister?

[Pembesar suara dimatikan] .*

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Please, please, please. Tadi kita rugi selama dua jam. Ini pun saya sudah langgar nasihat dan recommendation Tan Sri DG, saya minta maaf, saya minta maaf sangat-sangat. Yang Berhormat Menteri, silakan.

final • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tan Sri DG is not – Speaker please, where is the Prime Minister? Di mana Yang Berhormat Pagoh, di manakah?

final • 4:50 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Speaker, please let us know.

final • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Perdana Menteri kita mana? Rakyat hendak tahu. Where is the Prime Minister?

final • 4:50 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Speaker, kita tidak buang masa..

[Pembesar suara dimatikan] .

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tolonglah! Jangan rugi, jangan – mari kita manfaatkan, ini sudah hendak habis sudah. Minta – silakan Yang Berhormat Menteri. Tidak mengapalah, esok ada lagi. Tolong, tolong.

final • 4:50 PM

Menteri Kewangan - YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Okey Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:50 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, saya minta supaya Tuan Yang di-Pertua jemput Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menjawab.

final • 4:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Baru ada makna.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, sini.

final • 4:50 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz]

Terima kasih.

final • 4:50 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Perdana Menteri.

final • 4:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

So, in seriousness lah kalau PM tidak datang nampaknya dia tidak mengambil ini perkara penting.

final • 4:50 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Atau dia takut datang.

final • 4:50 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Sudahlah Perdana Menteri tidak duduk di dalam Dewan ketika kita berbahas, beliau tidak ada di sini untuk menjawab perbahasan kita.

final • 4:50 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Perdana Menteri sini boleh lagi kah?

final • 4:50 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Saya mohon Tuan Yang di-Pertua ...

final • 4:50 PM

Tuan Lim Lip Eng - Kepong

Ada surat doktor?

final • 4:50 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Supaya Dewan... [Pembesar suara dimatikan].

final • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

No, where is the Prime Minster? Tolonglah hormati Dewan Rakyat.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Tuan Yang di-Pertua, a point of clarification, minta penjelasan sebelum Menteri Kewangan jawab. Yang dibangkitkan ini isu-isu termasuk COVID-19, pemulihan yang harus dijawab oleh Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya Timbalan Perdana Menteri. Ini soal prinsip, menghormati Parlimen.

Saya minta Speaker campur tangan dalam hal ini, kalau tidak boleh petang ini, jawab pagi esok.

Jangan duduk seperti ini...

final • 4:50 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Setuju.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

...Kalau bukan the fear of competence of Ministry of Finance to deal with this issue.

final • 4:50 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Setuju, setuju.

final • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Setuju.

[Tepuk]

final • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Speaker make a ruling please.

final • 4:50 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz]

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli-ahli Yang Berhormat yang...

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Speaker, Tuan Speaker...

final • 4:50 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz]

...yang telah memberi pandangan dan juga meminta penjelasan

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Speaker, tuan speaker...

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tolonglah duduk.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Speaker hanya sedikit penjelasan.

final • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Speaker di mana Perdana Menteri kita?

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Adakah hanya seorang menteri yang akan jawab ataupun ada pihak lain yang akan jawab?

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak tahu.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Ini kerana soal undang-undang semua dibangkitkan, tidak akan Yang Berhormat Menteri Kewangan yang hendak jawab.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak tahu.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Dia tidak tahu.

final • 4:50 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua...

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Only one?

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, silakan dahulu.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Apa ini, mana ini Perdana Menteri? Dia lari.

final • 4:50 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Tuan Yang di-Pertua, you have to make a decision.

final • 4:50 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

How la like this? Kita datang, kita tunggu untuk jawapan, yang beri kenyataan Perdana Menteri tetapi yang jawab orang lain yang tidak tahu berkenaan dengan perkara ini. This is a shame.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, silakan.

final • 4:50 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz]

Terima kasih.

final • 4:50 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di- Pertua, kita sudah tunggu selama sehari.

final • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, tolong kawal persidangan.

final • 4:50 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Apabila kita berbahas...

final • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

...Dan arahkan Perdana Menteri untuk hadir, rakyat hendak tahu di mana beliau.

final • 4:50 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, apa salahnya Perdana Menteri .....

final • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tolonglah hormati sidang Dewan, di mana Perdana Menteri kita, kenapa beliau tidak ada masa untuk menangani perkara-perkara ini. Beliau sepatutnya jawab. Ini melibatkan isu rakyat.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri sila jawab.

final • 4:50 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Bagi Timbalan Perdana Menteri Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Perdana Menteri ada dalam Dewan ini.

final • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Where is The Prime Minister now? Di mana Perdana Menteri kita.

final • 4:50 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

ini bukan isu semata-mata kewangan sahaja, ini adalah isu polisi, isu dasar [Pembesar suara dimatikan] .

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bagilah Yang Berhormat Menteri menggulung dahulu.

Menjawab dahulu.

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Kerjasama apa macam ini.

final • 4:50 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Kita sudah tunggu selama sehari suntuk, kalau kita hendak bahas...

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Tuan Yang di-Pertua, sepanjang sejarah Parlimen sejak merdeka, belum pernah berlaku...

[Tidak jelas]

final • 4:50 PM

Puan Kasthuriraani a/p Patto - Batu Kawan

Yang Berhormat Menteri kewangan hendak bagi jawapan on behalf of Perdana Menteri. Baik Yang Berhormat Menteri Kewangan jadi Perdana Menteri terus.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

.....seperti ini dijawab oleh menteri yang tidak berkenaan

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

.

final • 4:50 PM

Puan Wong Shu Qi - Kluang

Ataupun sekurang-kurangnya Timbalan Perdana Menteri yang jawab.

final • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Betul.

final • 4:50 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Sekurang-kurangnya Timbalan Perdana Menteri yang jawab.

final • 4:50 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Mengapa ada jawatan Timbalan Perdana Menteri? Perdana Menteri pun tidak ada, Timbalan Perdana Menteri ada tidak mahu jawab.

final • 4:50 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Tidak akan Perdana Menteri tidak ada, Timbalan Perdana Menteri tidak boleh jawab. Menteri Kewangan...

[Pembesar suara dimatikan] .

final • 4:50 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Jangan jadikan Timbalan Perdana Menteri sebagai boneka pula.

final • 4:50 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Jawatan Timbalan Perdana Menteri mahu, jawab tidak mahu. Takut ya?

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Noor Amin bin Ahmad - Kangar

Kalau macam itu bagi Yang Berhormat Arau jawab.

final • 4:50 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, adakah Perdana Menteri tidak memandang berat tentang Pelan Pemulihan Negara, ini perkara serius.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, silakan.

final • 4:50 PM

Dr. Ong Kian Ming - Bangi

Apakah proses Tuan Yang di-Pertua, apakah proses...

[Tidak jelas]

final • 4:50 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz]

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih. Saya sebagai Menteri penyelaras Pelan Pemulihan negara akan memberi...

[Disampuk] terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Seperti yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi...

final • 4:50 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Menteri Kewangan hari Khamis.

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz]

...Akan menjawab soalan-soalan yang telah dibangkitkan.

final • 4:50 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, adakah Perdana Menteri berminat untuk terus menjadi pemimpin negara ini?

final • 4:50 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz]

Tuan Yang di- Pertua.

final • 4:50 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Adakah Yang Berhormat Pagoh berminat terus menjadi Perdana Menteri?

final • 4:50 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Kami mahu Perdana Menteri. Menteri Kewangan hari Khamis nanti.

final • 4:50 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Sehari suntuk Yang Berhormat Pagoh tidak ada dalam Dewan dengar ucapan kami, sekarang sekurang-kurangnya Yang Berhormat Pagoh patut hadir untuk memberikan maklum balas.

final • 4:50 PM

Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus - Hulu Langat

Kami mahu Perdana Menteri yang jawab.

final • 4:50 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz]

Tuan Yang di- Pertua, isu pertama ingin saya jelaskan adalah berkenaan dengan...

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz]

.

final • 4:50 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat dengar dahulu, dengar dahulu.

final • 4:50 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Belum pernah dalam sejarah Dewan ini sejak merdeka dan Parlimen diadakan, soalan substantif kepada Perdana Menteri, soal Perlembagaan, soal darurat dijawab oleh Menteri Kewangan.

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Tuan Yang di-Pertua, jangan izinkan Parlimen ini dipermainkan...

[Tidak jelas] . Speaker mesti ada courage, you are The Speaker of the House. Mana pernah berlaku dalam sejarah..

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Ini kita sokong, Timbalan Perdana Menteri boleh...

final • 4:50 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 4:50 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri nanti hantar PDF.

final • 4:50 PM

Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pertahanan - Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Tarik balik itu ‘stupid’. Tajuk yang kita bincangkan hari ini adalah Pelan Pemulihan Negara, tetapi yang bercakap soal darurat, bercakap soal perlembagaan, itu luar dari tajuk yang dibincangkan.

[Tepuk]

final • 4:50 PM

Puan Maria Chin binti Abdullah - Petaling Jaya

Ini kerana...

[Tidak jelas] ada kaitan.

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Bentang tajuk Pelan Pemulihan Negara.

Pemulihan Negara bukan soal darurat. Jadi, Menteri kewangan adalah Menteri penyelaras Pemulihan Negara.

final • 4:50 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob

Jadi, sebab itulah Menteri Kewangan jawab sebagai Penyelaras Majlis Pemulihan Negara. Jadi, Menteri Kewangan yang tahu jawapannya. Jadi, kita serahkan.

final • 5:00 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Menteri Kewangan ada floor dia...

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Ucapan luar tajuk, cerita fasal darurat...

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Yang pagi tadi datang buat apa?

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Ini adalah Pelan Pemulihan Negara.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Pagi tadi PM datang!

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob - Bera

Kalau semua bercakap soal Pelan Pemulihan Negara maka Menteri Kewangan sebagai Penyelaras Pelan Pemulihan Negara menjawab...

final • 5:00 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Pagi tadi dia datang.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Sudahlah.

final • 5:00 PM

Dato’ Seri Haji Salahuddin bin Ayub - Pulai

Okeylah, PM tiada...

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Cukuplah itu, sebagai Penyelaras Majlis Pemulihan Negara, saya jemput Yang Berhormat Menteri Kewangan.

final • 5:00 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:00 PM

Tuan Sim Tze Tzin - Bayan Baru

Buat PDF sahajalah cukup. PDF sahajalah, tidak payahlah datang sini.

final • 5:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Yang disebut Menteri Undang-undang. Yang Berhormat Bera, itu yang kita hendak tahu kerana isu darurat ini penting. Ini bukan kita bangkit. Ini dibangkitkan oleh Menteri Undang-undang. Cakap bawah Ordinan Darurat telah dimansuhkan. Akan tetapi belum di perkenan oleh istana. Apa yang jadi ini? Itu yang kita hendak dapat penjelasan kerana kesannya besar. Apa akan jadi kepada undang-undang selepas 21 Julai?

Hanya Yang Berhormat Bera boleh jawab. Saya percaya Yang Berhormat Menteri Kewangan boleh jawab berkaitan ekonomi. Akan tetapi berkaitan dengan darurat, Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri ialah pemimpin yang baharu. Kena tunjuklah sedikit.

final • 5:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Jawab tentang darurat. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang baru.

final • 5:00 PM

Seorang Ahli

Tuan Yang di-Pertua...

final • 5:00 PM

Menteri Kewangan - YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

[Bangun]

final • 5:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Boleh atau tidak? Itu sahaja. Selepas itu boleh serah kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan.

final • 5:00 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Bera tadi bahawa darurat tiada kaitan. Kerajaan sendiri yang telah menyatakan mereka laksanakan darurat untuk pemulihan negara, untuk menyelamatkan negara daripada COVID-19. Kalau kita hendak bincang tentang pemulihan negara, maka isu darurat wajib dibincangkan. Ini isu penting.

final • 5:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Darurat itu...

final • 5:00 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Satu lagi, sepanjang hari ini kita sudah dengar...

final • 5:00 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Tuan Yang di- Pertua...

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sila, sila.

final • 5:00 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Saya hendak jawab...

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Duduklah, duduk. Kita dengar dahulu jawapan.

final • 5:00 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, kita dengar dahulu jawapan.

final • 5:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Kita menunggu sehari jaminan tentang darurat dijawab oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri kerana ini perkara penting.

[Disampuk] Nanti sekejap, nanti selepas Yang Berhormat Menteri Kewangan, Yang Berhormat Menteri Undang-undang akan jawab. Hari ini. Itulah sebabnya Yang Berhormat Bera adalah bertanggungjawab atas Majlis Keselamatan Negara. Ini berkaitan dengan darurat.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Siapa yang mempengerusikan Mesyuarat ini? Siapa yang Pengerusikan?

final • 5:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya minta Yang Berhormat Bera jawab.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Yang Berhormat Bagan kah? Yang Berhormat Bagan jadi Pengerusi sekarang kah?

final • 5:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru, harus ambil...

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat Bagan.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Dia pula hendak menunjuk arah. Sudahlah!

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri. Silakan.

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Jangan bagi chance lah.

final • 5:00 PM

Beberapa Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:00 PM

Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman - Pasir Salak

Diamlah kamu.

final • 5:00 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat Bagan.

final • 5:00 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Yang kena pecat itu tidak payah buat bisinglah. Yang kena pecat tadi...

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, silakan.

final • 5:00 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya akan jawab soalan-soalan mengenai Pelan Pemulihan Negara pada petang ini. Isu pertama yang saya ingin jelaskan adalah berkenaan isu doktor.

final • 5:00 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Pengerusi Pelan Pemulihan mana ada?

final • 5:00 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Port Dickson, Yang Berhormat Pandan, Yang Berhormat Jelebu dan juga Yang Berhormat Permatang Pauh. Terima kasih atas keprihatinan Ahli Yang Berhormat Port Dickson dan juga Yang Berhormat Pandan berhubung hal ehwal petugas kesihatan kita. Isu ini sebenarnya sudah lama, sejak 2016 lagi. Kerajaan sangat prihatin kepada tuntutan kumpulan petugas kesihatan berstatus kontrak ini dan sedar sumbangan dan peranan mereka sebagai barisan hadapan kesihatan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada rakyat terutamanya dalam situasi pandemik COVID-19.

Sehubungan dengan itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 23 Julai telah mengumumkan bahawa kerajaan antara lain bersetuju sebagai langkah penyelesaian segera supaya pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak ditawarkan pelantikan secara kontrak untuk tempoh dua tahun selepas melengkapkan tempoh khidmat wajib bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan dan persediaan untuk mengikuti pengajian kepakaran.

Keputusan lanjutan kontrak akan memanfaatkan lebih kurang tujuh ribu doktor perubatan, pergigian dan pegawai farmasi yang bakal tamat kontrak tahun ini. Lanjutan kontrak tujuh ribu orang pegawai ini untuk dua tahun akan melibatkan implikasi kewangan yang besar kepada kerajaan dengan anggaran RM1.2 bilion. Di samping itu...

final • 5:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Minta penjelasan.

final • 5:00 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Minta penjelasan.

final • 5:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya soalan berkenaan dengan sama ada ataupun tidak pelan ini akan ada apa- apa kesan dengan keputusan yang dibuat bahawa ordinan-ordinan yang digubal telah pun dibatalkan. Itu satu. Kedua, di bawah Artikel 150(3), siapa yang mempunyai kuasa untuk membatalkan ordinan-ordinan tersebut?

Ketiga, di bawah artikel yang sama, kalau telah pun dibatalkan, adakah ia perlu juga laid before the House hari ini? Akhir sekali, apabila kita lihat kepada Artikel 150(3) adakah perkenan didapatkan daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan soal pembatalan ordinan-ordinan tersebut? Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:00 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Puchong atas soalan yang telah ditanyakan kepada saya. Soalan ini akan dijawab oleh Yang Berhormat Menteri Undang-undang sekejap lagi. Seperti yang saya sebutkan tadi...

[Tidak jelas] Cuma soalan-soalan yang dibangkitkan semasa...

final • 5:00 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta. Ada Menteri lain yang akan jawab ya, selepas daripada ini? Saya ambil panduan daripada Menteri. Beliau kata Menteri Undang-undang akan jawab.

final • 5:00 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Boleh saya tanya tentang isu kontrak, Yang Berhormat Menteri? Bandar Kuching. Boleh Bandar Kuching?

final • 5:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Saya baru perasan. Dua kali Menteri Undang- undang jawab, ini perkara penting... Before the table, what is the… [Tidak jelas]

final • 5:00 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Yang Berhormat Bagan...

final • 5:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Harap jawab Yang Berhormat Menteri Undang- undang. Tadi Yang Berhormat Bera pun sudah berikan arahan. Menteri Undang-undang akan jawab...

final • 5:00 PM

Seorang Ahli

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:00 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Please answer.

final • 5:00 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Yang Berhormat Menteri, boleh tanya...

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Satu-satulah.

final • 5:00 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Boleh saya habiskan jawapan? Pada masa yang sama Yang Berhormat Perdana Menteri juga telah mengarahkan Kementerian Kesihatan, kementerian serta agensi yang berkaitan merangka sebuah pelan komprehensif merangkumi tindakan segera jangka pendek, sederhana dan jangka panjang bagi memulakan hala tuju bagi perkhidmatan- perkhidmatan. Isu kedua yang ingin saya jelaskan...

final • 5:00 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Penjelasan.

final • 5:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Penjelasan.

final • 5:00 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri tidak bagi jalan.

final • 5:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Yang Berhormat, saya hendak tanya. Bukankah lain-lain profesion di negara ini, semua diserap oleh kerajaan. Apakah sebab uniknya hanya doktor-doktor tidak diserapkan dalam servis? Itu yang pertama. Kedua, untuk belajar sebagai doktor lebih kurang RM1 juta digunakan. Berapa banyak ruginya kepada negara kalau mereka tidak diserapkan. Kompelin mereka adalah Yang Berhormat sendiri tahu.

final • 5:00 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Boleh tambah? Bandar Kuching.

final • 5:00 PM

Tuan M. Kulasegaran - Ipoh Barat

Adalah di mana mereka tidak dapat housing loan, tidak dapat melanjutkan pelajaran dalam specialty dan sebagainya. Maka bukankah ini sesuatu yang bagus dalam keadaan COVID-19 yang serius ini? Bukankah kita macam tidak gunakan akal langsung, pada masa ini kita tidak memberi keutamaan kepada mereka. What is the silly stand of the government?

final • 5:00 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Boleh minta tambah sedikit?

Bandar Kuching...

final • 5:00 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Terima kasih, seperti yang saya sebut tadi, kita telah melanjutkan selama dua tahun. Akan tetapi pada masa yang sama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Kesihatan dan juga agensi-agensi yang berkaitan kita rangka sebuah pelan yang lebih komprehensif dan inklusif merangkumi tindakan segera pelan jangka pendek, sederhana dan juga pelan jangka panjang bagi membolehkan hala tuju perkhidmatan perubatan dan – satu lagi point, which is a fair point from your side. Kerajaan juga bersetuju lanjutkan pelantikan secara kontrak untuk tempoh maksimum empat tahun ke atas pegawai perubatan dan pegawai pergigian yang diterima mengikut pengajian kepakaran dalam tempoh kontrak dua tahun pertama.

Jadi langkah ini bagi memastikan pegawai-pegawai yang berkenaan berjaya melengkapkan pengajian kepakaran masing-masing.

final • 5:00 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Yang Berhormat...

final • 5:00 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Mohon mencelah.

final • 5:00 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Isu yang satu lagi ialah isu kluster kilang seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Port Dickson.

final • 5:00 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Mohon mencelah, Gopeng.

final • 5:00 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Yang Berhormat Menteri boleh?

Selepas Gopeng.

final • 5:00 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Ini berkenaan dengan lantikan kontrak pada mereka yang dapat Hadiah Latihan Persekutuan. Empat tahun sebenarnya tidak cukup.

final • 5:00 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Betul, exactly.

final • 5:00 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Ini menunjukkan bahawa yang buat keputusan tidak tahu career pathway untuk pakar. Empat tahun ini tempoh minimum untuk habiskan master of medicine. Selepas itu tempoh untuk gazettement. Jadi empat tahun pasti tidak cukup. Sila kaji semula.

final • 5:00 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Ya, Bandar Kuching, Bandar Kuching.

final • 5:00 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Sebelum Yang Berhormat Shah Alam, saya jawab sekejap.

final • 5:00 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Boleh bagi Bandar Kuching? Saya tambah, Bandar Kuching.

final • 5:00 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Hanya doktor yang mendapat perkhidmatan wajib mengikut undang-undang dan dengan itu sejak dahulu tidak semualah yang menjalankan khidmat wajib akan kekal dalam perkhidmatan kerajaan. Dasar membenarkan peluang-peluang kontrak memberi lebih bilangan graduan doktor untuk menjalani latihan wajib ataupun this housemenship selaras dengan bilangan graduan perubatan yang kian meningkat.

final • 5:10 PM

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen - Bandar Kuching

Okey, boleh minta penjelasan.

Bandar Kuching, sini, sini. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ini satu isu yang sangat mustahak. Sebenarnya Perdana Menteri telah menjanjikan bahawa hanya memerlukan RM2 bilion untuk menyelesaikan isu kontrak ini. Kenapakah kerajaan tidak memperuntukkan RM2 bilion ini? Inilah doktor-doktor kita, petugas-petugas kesihatan kita yang telah merawat, telah menjaga kita dalam masa pandemik ini? Malah penyelesaian yang diberikan is half big, kenapa seperti yang dikatakan Yang Berhormat Gopeng tadi tidak cukup masa dan ada satu syarat di mana mereka boleh apply untuk HLP tetapi jika mereka tidak mendapat HLP dalam masa itu, mereka tidak dapat extension the contract. Saya beritahu in reality on the ground that two year extension, they will not get HLP sebab ada lagi permanent post yang juga applying for HLP. So how do you guarantee this? This is not a comprehensive solution dan Perdana Menteri kata RM2 bilion untuk menyelesaikan masalah ini, kenapa tidak memperuntukkannya untuk doktor muda kita? Hari ini saya nampak gambar dan video mereka hantar in a hospital. This is heartbreaking. When the doctors are walking, that shows that the system is broken and please do something on that. Dengan izin.

final • 5:10 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Boleh saya jawab soalan tadi? Tempoh masa lanjutan selama dua tahun seperti saya sebutkan tadi dibuat supaya penyelesaian yang lebih holistik dapat diperincikan kerana melibatkan aspek perundangan seperti tempoh perkhidmatan wajib selain yang lainlah. Akan tetapi saya terima komen tadi. Yang Berhormat Shah Alam.

final • 5:10 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Saya mudah sahaja soalan.

final • 5:10 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Empat tahun itu, empat tahun.

final • 5:10 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Saya bukan doktor, so saya punya soalan bukan bersifat seperti mana yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Bandar Kuching. Saya terkejut apabila Yang Berhormat Menteri menjawab bahawa kerajaan prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh doktor-doktor kontrak. Akan tetapi penyelesaiannya seolah-olah langsung tidak prihatin kerana doktor-doktor kontrak ini memohon penyelesaian yang muktamad di mana mereka tidak lagi menjadi sebagai pekerja kontrak yang masa depan mereka tidak terjamin dan penyelesaian yang diberikan empat tahun kontrak, it implies that for the next four years this practice will carry on. So bagaimana kita boleh kata kita prihatin?

final • 5:10 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad. - Kuala Selangor

Kuala Selangor.

final • 5:10 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Saya hendak menjawab soalan Yang Berhormat Port Dickson mengenai isu kilang tadi.

final • 5:10 PM

Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu

Tangga Batu.

final • 5:10 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Berdasarkan data...

final • 5:10 PM

Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu

Tangga Batu Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Yang Berhormat Menteri tidak faham soalan pakar.

final • 5:10 PM

Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:10 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Pentadbiran tidak akan seluruh kerajaan tidak ada orang yang tahu karier untuk seorang pakar. Kementerian Kesihatan ada orang yang melalui karier yang sama. DG mesti tahu. Semua doktor di Kementerian Kesihatan pun tahu, tidak akan tidak ada tanya.

final • 5:10 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

Empat tahun tidak cukup.

final • 5:10 PM

Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu

Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad. - Kuala Selangor

Terima kasih.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri, saya terpaksa mengajukan perkara ini kepada Menteri. Apakah Yang Berhormat Menteri sedar ataupun Yang Amat Berhormat Pagoh sedar bahawa dalam langkah-langkah yang dicadangkan dalam pelan pemulihan itu hampir seluruhnya telah dibangkitkan oleh 46 pakar-pakar perubatan yang telah mengemukakan cadangan-cadangan itu pada Januari 2021, tujuh bulan yang lalu ketika kes hanyalah 3,000. Hari ini kes sudah mencecah satu juta Yang Berhormat Menteri.

Apakah Yang Amat Berhormat Pagoh was sleeping on the job? Ini kerana perkara yang dibangkitkan, yang hendak dimasukkan dalam langkah-langkah pelan pemulihan itu antara lainnya saring, jejak, asing...

final • 5:10 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Selangor ini, Pengerusi task force Selangor ini. Gagal Selangor.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad. - Kuala Selangor

...Menunjukkan artikel Menteri dan perkara-perkara yang bersabit dengan meletakkan kategori satu dan dua jangan dibawa ke hospital termasuklah juga tentang vaccination yang mahu dicadangkan oleh 46 pakar itu sebagai mengambil pendekatan whole of government and whole of society approach tetapi hari ini Yang Berhormat Menteri tolong beritahu kepada Yang Amat Berhormat Pagoh bahawa he is seven months too late dan disebabkan kerana itu kita telah menyaksikan satu juta kes yang kematian hampir 6,000.

final • 5:10 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Terima kasih.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad. - Kuala Selangor

...Dan sangat malang this is why...

final • 5:10 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Pengerusi Task force Selangor.

Selangor meningkat.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

...Beritahu kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, he has lost touch. Dia telah aloof, disconnected daripada akar umbi seperti mana yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Muar kita tadi.

final • 5:10 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Yang Berhormat Kuala Selangor, saya...

final • 5:10 PM

Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir - Setiu

Task force Selangor gagal.

final • 5:10 PM

Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu

Tangga Batu.

final • 5:10 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Esok Yang Berhormat Menteri Kesihatan ada membuat penerangan. Dia mungkin beri...

final • 5:10 PM

Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu

Tangga Batu sedikit Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Ini pelan pemulihan yang dibangkitkan...

final • 5:10 PM

Puan Rusnah binti Aluai - Tangga Batu

Pemulihan, Tangga Batu. Boleh sedikit ya Yang Berhormat? Sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya apakah yang dipulihkan? Contohnya jika doktor kontrak ditamatkan kontrak sedangkan pandemik sedang menggila dan golongan-golongan muda yang profesional ini teraniaya. Bagaimana kita hendak menjawab kepada anak-anak yang bercita-cita menjadi doktor bahawa bidang ini tidak menjanjikan masa depan. Belajar bertahun-tahun dan menjadi hero semenjak pandemik namun disampahkan begitu sahaja.

final • 5:10 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Terima kasih.

Seperti yang saya sebutkan tadi, esok ada peluang lagi dengan Menteri Kesihatan yang akan memberikan penerangan. Saya hanya memberikan ulasan sebentar tadi mengenai apa yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Isu kedua kalau boleh saya jawab ialah isu perkilangan tadi, kluster kilang.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan bagi tempoh 1 Jun hingga 23 Julai iaitu tempoh pelaksanaan PKP 3.0 ataupun total lockdown, lebih 735 kluster tempat kerja telah dilaporkan melibatkan hampir 60,000 kes. Ini termasuk kes 373 ataupun 50.7 peratus kluster melibatkan sub kategori pengilangan dengan jumlah 35,642 kes. Jumlah ini adalah juga lebih tinggi berbanding kluster-kluster dalam kategori yang lain bagi tempoh yang sama.

Penetapan kategori bagi kluster-kluster adalah bagi mengenal pasti lokasi atau lokaliti di mana tindakan bersasar bagi kawalan dan pencegahan penularan jangkitan COVID-19 dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh KKM dengan kerjasama institusi yang terlibat. Sebagai contoh sekiranya sesuatu kluster dikenal pasti akibat penularan jangkitan di taska, masjid atau sekolah, KKM akan berurusan dengan pihak yang bertanggungjawab seperti jawatankuasa pengurusan masjid dan juga pejabat pendidikan daerah untuk penafsiran risiko di lokasi serta siasatan lanjut ke atas kes-kes dan kontak rapat yang dikenal pasti. Seterusnya tindakan akan disasarkan...

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Yang Berhormat Menteri fasal kilang tadi.

final • 5:10 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

...Di institusi terbabit. Begitu juga...

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Fasal kilang tadi ya sebelum berpindah ke tempat lain. Ini ada percanggahan sedikit. Ketua Pengarah Kesihatan bulan lalu menyebut sektor kilang rekod 95,156 kes, 639 kluster. Kemudian yang terakhir setelah Menteri Besar Selangor menyebut 80 percent of cluster in Selangor are from factories,maka Tan Sri Dr Noor Hisham memberikan penjelasan 91 peratus kes kluster di Selangor di tempat kerja dan 80 peratus di kilang, kluster kilang dan 11 peratus daripada sektor pembinaan.

Jadi oleh demikian, apa yang disebut oleh Tan Sri Dr Noor Hisham itu memang benar bahawa 80 peratus daripada kes besar di Selangor ini adalah dari kilang.

Sebanyak 11 peratus daripada sektor pembinaan. Ini yang saya bangkitkan. Maknanya dalam meluluskan, janganlah pakai lulus tidak ikut peraturan dan ada runding-runding.

Pastikan SOP dipatuhi supaya jangan menjejaskan nyawa orang dan kehidupan mereka.

Itu sahaja. Jadi saya gunakan hanya kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan.

final • 5:10 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Okey, terima kasih Yang Berhormat Port Dickson. Saya jawab Yang Berhormat Langkawi mengenai Majlis Pemulihan Negara.

final • 5:10 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Tidak respons kepada apa yang dibangkitkan...

final • 5:10 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Saya bersetuju dengan apa yang disebutkan oleh...

final • 5:10 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Adakah dipersetujui...

final • 5:10 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Ya, setuju.

final • 5:10 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

...Dan mengakui.

final • 5:10 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Dia menggunakan contoh. Saya setujulah apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat.

final • 5:10 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Maknanya tindakan MITI membenarkan kilang-kilang ini dibuka tanpa kawalan adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab? Adakah itu yang dimaksudkan?

final • 5:10 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Tidak, saya kata...

final • 5:10 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Sekiranya begitu, biar ia dijelaskan bahawa MITI, Menteri MITI telah melakukan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab membenarkan berlakunya tersebar COVID-19 ini oleh sebab diarah buka tanpa ada kawalan. Tidak payahlah tunjuk graf-graf, we are not interested, just explain.

final • 5:10 PM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

Tuan Yang di-Pertua, saya minta izin untuk membantu Yang Berhormat Menteri Kewangan memberikan penjelasan.

Pertama,...

final • 5:20 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Perlu bantuan kah? Kesian.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

...Semua keputusan yang dibuat adalah secara kolektif dalam Majlis Keselamatan Negara

final • 5:20 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

. Itu yang pertama.

Sebelum keputusan yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara, semua kementerian akan membentangkan...

final • 5:20 PM

Seorang Ahli

Betulkah Bera?

final • 5:20 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Pintu depan pintu belakang.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

Dengar lah

final • 5:20 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Yang Berhormat Shah Alam, dengar lah. Yang Berhormat Shah Alam.

final • 5:20 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Dia tutup pintu depan, ada yang buka pintu belakang.

final • 5:20 PM

Seorang Ahli

Yang Berhormat Bera kata tu pintu depan pintu belakang.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Sebelum MKN membuat keputusan, setiap kementerian dipanggil untuk membentangkan positive list dan juga negative list. Akhirnya setelah mendengar semua pandangan sama ada daripada sektor kesihatan, sektor ekonomi MKN akan menentukan yang mana yang positif dan yang mana negatif. Peranan MITI hanya untuk coordinate supaya senarai yang telah diputuskan sebagai positive list dibenarkan untuk beroperasi kerana pada ketika ini MITI mempunyai sistem yang bersepadu dengan penyelarasan semua kementerian dan agensi supaya ada satu one stop center untuk menentukan mana sektor dan sub sektor yang boleh beroperasi hasil daripada keputusan yang dibuat oleh MKN. Itu yang pertama.

Yang kedua...

final • 5:20 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Saya hendak ucapkan terima kasih kerana sekarang ini yang bersalah bukan sahaja MITI.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali - Gombak

Dengar dahulu...

final • 5:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Sekarang ini yang bersalah bukan sahaja MITI, seluruh Kabinet. Yang bersalah seluruh Kabinet.

final • 5:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

*Mic, mic.

[Sistem pembesar suara dimatikan]*

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

Ini kenyataan rasmi daripada Ketua Pengarah Kesihatan yang mengatakan – [Sambil menunjukkan sebuah plakat]

final • 5:20 PM

Tuan Gobind Singh Deo - Puchong

Tuan Yang di-Pertua, siapa boleh baca macam itu.

[Ketawa] . You ingat apa ini. Kalau you hendak baca, bacalah, saya hendak tunjuk buku kepada you macam inikah?

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

Sebab you tak faham. Please, don’t be silly. You are stupid. You don’t understand a simple… [Sistem pembesar suara dimatikan]

final • 5:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat. Yang Berhormat Shah Alam, Puchong.

final • 5:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Shah Alam, Shah Alam, tolonglah.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

Kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan jelas bahawa 69 peratus adalah sporadic dan hanya 31 peratus timbul daripada clusters.

Maka, saya hendak bagi lagi satu fakta...

[Sambil menunjukkan sebuah plakat]

final • 5:20 PM

Seorang Ahli

Tidak nampak. Tidak nampaklah. Ini Dewan tahu, ini bukan bilik hotel.

final • 5:20 PM

[Dewan riuh]

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

Daripada 1 Jun hingga...

final • 5:20 PM

Seorang Ahli

Tolong diam lah.

final • 5:20 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Tadi kata setuju dengan Yang Berhormat Port Dickson...

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Shah Alam. Tidak apa lah beri peluang kepada Yang Berhormat Menteri

final • 5:20 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

[Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat. Silakan.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Yang Berhormat Gombak, tolong baca. Kabur, tidak nampak, kabur. Tolong baca.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

Tuan Yang di-Pertua, ini adalah...

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Tidak apa, nanti kalau boleh Yang Berhormat edarkan semua itu kepada pihak pembangkang.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

Boleh, boleh.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Sebab kabur Tuan Yang di-Pertua, kabur. Macam video, kabur.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

Hendak tunjuk daripada satu ...

final • 5:20 PM

Tuan Cha Kee Chin - Rasah

Kena forensik check lah, forensik check .

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

1 Jun hingga 23 Julai. Ini data CPRC daripada Kementerian Kesihatan yang membuktikan dalam tempoh yang berkenaan ada 408,134 kes. Ada 1,203 kluster...

final • 5:20 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Sepatutnya, Yang Berhormat Pagoh [Tidak jelas] Gombak...

final • 5:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Dengar lah, Yang Berhormat tanya soalan bila Yang Berhormat Menteri beri penjelasan tetapi tak nak dengar.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

Sebanyak 35,968 kes baharu daripada 408,134 hanya 8.8 peratus sahaja daripada kes yang berlaku dalam tempoh yang berkenaan. Saya boleh bagi lagi sampling Tuan Yang di-Pertua sama ada harian, mingguan atau pun bulanan yang membuktikan...

final • 5:20 PM

[Dewan riuh]

Dr. Ong Kian Ming - Bangi

Yang Berhormat Menteri jangan menegakkan benang yang basah. Rakyat di luar tahu...

final • 5:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Tolonglah Yang Berhormat, jangan lah macam ini Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

Saya hendak tegaskan sekali lagi Tuan Yang di-Pertua, hendak bentangkan hujah. Apatah lagi datang pada Ketua Pembangkang. Ini bukan ketua ranting, ini kononnya bakal Perdana Menteri.

Bentangkanlah fakta, bentangkanlah bukti. Janganlah merapu, ceramah...

final • 5:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, mana Yang Berhormat Pagoh?

final • 5:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Where is Yang Berhormat Pagoh? Kalau Yang Berhormat Pagoh tidak berminat, letak jawatan.

final • 5:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

[Sistem pembesar suara dimatikan]

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Berhormat.

final • 5:20 PM

Tuan Karupaiya a/l Mutusami - Padang Serai

Yang Berhormat Menteri, tolong turun kilang, tolong turun kilang tengok, tengok.

final • 5:20 PM

Dr. Ong Kian Ming - Bangi

Tuan Yang di-Pertua, beri saya sedikit sebagai bekas Timbalan Menteri di...

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, masa sudah tinggal 20 minit sahaja, masa tinggal lagi 20 minit sahaja.

final • 5:20 PM

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad - Kuala Selangor

Menteri MITI tadi Tuan Yang di-Pertua sangat menyelewengkan Dewan ini kerana yang dimaksudkan itu sama ada kes-kes dalam factory dan industry itu tergantung kepada tarikh, tergantung kepada epiweek dan dia hanya menyebut satu snapshot of an event, tetapi sebenar- benarnya factory and industry adalah culprit antara yang terbesar.

final • 5:20 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Dan bercanggah dengan apa yang Yang Berhormat telah laporkan tadi.

final • 5:20 PM

Seorang Ahli

Menteri tidak faham.

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Cukuplah, cukup.

final • 5:20 PM

[Dewan riuh]

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Menteri, tolong sambung.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim - Port Dickson

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak jelaskan sahaja, saya hendak jelaskan di sini kerana Yang Berhormat Menteri MITI nampak emo tadi. Yang saya sebut Yang Berhormat Menteri Kewangan dengar betul-betul, saya tidak bagi fakta lain selain daripada Ketua Pengarah Kesihatan berikan.

[Tepuk] Janganlah panic tidak tentu arah. Ada buat salah besar itu yang jadi panic macam itu.

final • 5:20 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Yang Berhormat Port Dickson, mungkin saya ...

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Gombak betul, Ketua Pembangkang tidak betul.

final • 5:20 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Sedikit pencerahan yang lebih kritikal...

final • 5:20 PM

Dato’ Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sen

Yang Berhormat Menteri duduk sebelah kanan TPM.

final • 5:20 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Yang lebih kritikal ialah kes sporadic dalam komuniti. Kita tidak boleh nafikan itu. Sebenarnya menyumbang kepada 70 peratus kes keseluruhan COVID-19. Yang baki 30 peratus ini merupakan kes- kes kluster termasuklah kes-kes kluster termasuklah kluster-kluster daripada sektor pembuatan. So, dengan izin...

final • 5:20 PM

Dr. Ong Kian Ming - Bangi

Yang Berhormat Menteri, sedikit sahaja misleading.

final • 5:20 PM

[Dewan riuh]

Dr. Ong Kian Ming - Bangi

[Sistem pembesar suara dimatikan]

final • 5:20 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, Yang Behormat, kalau Yang Berhormat Menteri tidak bagi laluan, maka kita hormatilah. Lantai percakapan ada kepada adil kepada dua ya. Sudah banyak sangat kena mencelah tanpa memberi laluan pun. Yang Berhormat Menteri, kita akan habis 5.45 petang. Saya sudah panjangkan 15 minit dah.

final • 5:20 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Okey, terima kasih.

Jadi, kita hendak...

final • 5:20 PM

Dr. Ong Kian Ming - Bangi

Sedikit sahaja tentang kilang. Dua minit sahaja, dua minit mohon mencelah.

final • 5:20 PM

Dr. Lee Boon Chye - Gopeng

...tidak faham tentang kluster. Yang Berhormat Menteri tidak faham virus sebab itu what you say is misleading. Yang sporadic yang tidak dikesan. Dia bukan sporadic, out of nowhere. Dia berasal daripada kilang. You got the [Tidak jelas] sporadic.

final • 5:20 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Okey, terima kasih Yang Berhormat Gopeng tetapi itulah fakta dan data daripada isu kilang.

final • 5:20 PM

Dr. Ong Kian Ming - Bangi

Isu kilang. Yang Berhormat Menteri bagi bangun.

Ya, sebagai mantan Bekas Timbalan Menteri MITI, saya hendak mungkin bantu Yang Berhormat Gombak sedikit lah.

final • 5:20 PM

Seorang Ahli

Banyak bantu dah, semua tahu dah.

final • 5:20 PM

Dr. Ong Kian Ming - Bangi

Bantu sedikit sahaja kerana ada banyak salah faham di mana mereka ada ramai orang kata, okey kluster kilang itu adakah ia berasal dari proses pembuatan di kilang atau pun ia berasal daripada tempat penginapan pekerja dekat kilang. Saya rasa ini adalah sesuatu yang perlu dijelaskan oleh Yang Berhormat Gombak kerana apabila kilang itu ditutup seperti ramai di kawasan saya di Balakong dan Kajang dan sebagainya, apa yang berlaku ialah pekerja kilang itu kebanyakannya mereka orang asing, pekerja asing itu mereka di tempat penginapan yang share bersama dengan kilang yang lain. Apabila itu berlaku, mereka tidak ada kerja, mereka pergi ke flat atau pun apartment kawan-kawan lain untuk ambil makanan, untuk masak bersama dan sebagainya dan itu adalah salah satu sumber di mana wabak itu menular. Jadi, ini tidak bermaksud bahawa wabak itu ditular di kilang, tetapi mungkin adalah di penginapan. Jadi, the source is from the accommodation. Itu adalah isu yang perlu ditangani. Okey Yang Berhormat Gombak saya bantu sedikit lah okey.

final • 5:20 PM

Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali

Saya setuju.

final • 5:20 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Terima Kasih. Tuan Yang di-Pertua, boleh saya teruskan hendak jawab Yang Berhormat Langkawi dahulu walaupun dia tidak ada di sini. Ini berkenaan Majlis Pemulihan Negara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, walaupun Majlis Pemulihan Negara namanya sama seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Langkawi tetapi secara hakikinya tidak serupa kerana cadangan MPN oleh Yang Berhormat Langkawi mengetepikan peranan kerajaan.

Kerajaan berpandangan bagi memastikan Malaysia berjaya keluar dari kemelut pandemik COVID-19, pendekatan seluruh negara atau dengan izin whole of nation adalah amat penting.

final • 5:20 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Cadangan mengetepikan peranan kerajaan hanya akan memburukkan lagi keadaan malah akan menyebabkan usaha kita menjadi tempang. Atas dasar inilah kerajaan telah bersetuju untuk MPN diperkukuhkan dengan penglibatan pakar dari pelbagai sektor industri, sektor swasta dan juga NGO serta pakar-pakar ekonomi, sosial dan kesihatan. Mereka ini akan berkongsi kepakaran dan pengalaman masing-masing, malah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku pengerusi, telah menyatakan undangan beliau kepada pihak pembangkang iaitu PEJUANG sebagai ahli MPN, dan juga ahli Pakatan Harapan dan Warisan.

final • 5:30 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Menteri Kewangan, saya hendak sebut satu sahaja. Terima kasih.

Hujah itu secara rasional mungkin boleh dipertimbangkan kalau kita tidak ambil kira bahawa kerajaan yang sedia ada setahun lebih telah gagal. Apabila kerajaan ini telah gagal, at least clearly, clueless atas cara bagaimana cara hendak menangani pandemik ini, maka saya menganggap campur tangan kerajaan yang ada ini hanya akan menyulitkan.

final • 5:30 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Terima kasih, Yang Berhormat Shah Alam, saya ambil maklum.

Isu kesesakan di hospital juga dibangkitkan oleh Yang Berhormat Langkawi...

final • 5:30 PM

Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim - Arau

Yang Berhormat Shah Alam seolah-olah...

final • 5:30 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Yang Berhormat soalan. Tadi saya ada bangkitkan persoalan tentang wakil daripada pembangkang dalam Majlis Pemulihan Negara 3. Jadi satu daripada PH, cukupkah seorang wakil itu daripada PH? Dalam PH, ini pun ada tiga- parti di situ. Kenapa perlu ada satu sahaja dan saya mencadangkan tigalah.

final • 5:30 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Okey saya bentangkan cadangan di dalam Majlis Pemulihan Negara nanti. Terima kasih, Yang Berhormat.

Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Langkawi dan juga Yang Berhormat Jelebu mengenai kapasiti di hospital...

final • 5:30 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Tentang keanggotaan Majlis Pemulihan. Yang Berhormat Menteri Kewangan, terima kasih.

Saya hendak cadangkan juga bukan setakat menambahkan ahli dan juga hak untuk bercakap bagi pihak pembangkang tetapi juga memberikan peluang kepada pembangkang untuk mencadangkan anggota-anggota NGO dan pakar-pakar supaya tidak hanya ada satu cadangan daripada kerajaan sahaja. Terima kasih.

final • 5:30 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Terima kasih, Yang Berhormat Bukit Mertajam. Ingin sekali lagi, saya akan bangkitkan isu ini dalam MPN pada mesyuarat yang akan datang ini. Terima kasih.

Mengenai- balik kepada kesesakan kapasiti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Langkawi dan juga Yang Berhormat Jelebu, kesesakan kapasiti sistem kesihatan awam ini satu faktor yang amat penting. Justeru, kapasiti sistem kesihatan awam terutamanya penggunaan kapasiti ICU adalah satu daripada tiga indikator utama yang perlu dipantau rapi dalam Pelan Pemulihan Negara dalam konteks peralihan secara berfasa.

Ekoran penggunaan penuh kapasiti hospital khususnya di Lembah ‘Pantai’...

Eh, Lembah Klang, kerajaan telah menubuhkan...

final • 5:30 PM

[Dewan ketawa]

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Greater Klang Valley Special Task force [Ketawa] Untuk menangani tekanan tersebut.

final • 5:30 PM

Seorang Ahli

Nanti mimpi pun Lembah Pantai.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

...Lembah Pantai ya, Yang Berhormat Menteri.

final • 5:30 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Lain macam sahaja.

final • 5:30 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Sorry ya, Yang Berhormat Lembah Pantai.

final • 5:30 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Dimaafkan.

final • 5:30 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Pertama, kerajaan telah menyediakan peruntukan tambahan RM350 juta untuk Kementerian Kesihatan bagi meningkatkan kapasitinya merawat pesakit COVID-19.

Kedua, kerajaan juga telah mengamalkan pendekatan whole of government dan juga meningkatkan kapasiti rawatan COVID-19 melalui mengoptimumkan kapasiti hospital pengajar seperti di UKM dan UM dan juga Hospital Tentera Tengku Mizan dan juga penyediaan Hospital Medan oleh Kementerian Pertahanan dengan peruntukan setakat ini RM100 juta.

Ketiga, mengambil juga pendekatan whole of nation, dengan melaksanakan penyumberan luar kes, dari hospital kerajaan kepada hospital swasta dengan peruntukan RM210 juta.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, PPN memberi penekanan kepada vaksinasi rakyat yang secara tidak langsung akan mengurangkan kes bergejala, dan tekanan ke atas kapasiti hospital awam, insya-Allah. Daripada segi kadar vaksinasi seperti yang semua maklum, setakat ...

final • 5:30 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Yang Berhormat Menteri, hospital sedikit, beri izin, Hang Tuah Jaya.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin haji Mohd Akin - Hang Tuah Jaya

Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Ini tentang hospital tadi dimaklumkan, saya hendak tanya sedikit tentang Hospital Medan. Saya ingat Menteri Pertahanan pun ada di sini. Saya telah bangkitkan dalam dialog itu hari tentang kelambatan di sesuatu tempat itu untuk membangunkan Hospital Medan contohnya di Melaka.

Kita ada masalah di hospital dengan kapasiti ICU yang sekarang sudah berlebihan. Jadi Exco Kerajaan Negeri pada ketika itu mengumumkan bahawa mereka akan bangunkan Hospital Medan tetapi dalam masa 2 minggu, dan ini satu tempoh masa yang terlalu lama mengambil kira Melaka itu ada dua buah kem tentera, Kem Komando dan Kem Terendak. Jadi saya ingat adakah isu yang timbul isu kewangan ataupun birokrasi yang menyebabkan lambatnya untuk kita bangunkan Hospital Medan ini.

Terima kasih.

final • 5:30 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Terima kasih.

final • 5:30 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Yang Berhormat Menteri, Jelebu, Yang Berhormat Menteri.

final • 5:30 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Yang Berhormat Jelebu, silakan.

final • 5:30 PM

Dato’ Jalaluddin bin Alias - Jelebu

Soalan saya tadi. Yang Berhormat Menteri, saya minta penjelasan daripada kerajaan tentang peranan 46.9 buah hospital swasta yang masih lagi tidak terlibat dalam kes rawatan COVID-19 ini kerana ini boleh mengelakkan Yang Berhormat Menteri, kes yang berkaitan dengan brought in dead atau BID, ini kerana ini akan memberikan kesan yang sangat mendalam kepada masyarakat.

Saya cuma minta penjelasan apakah tindakan dan usaha kerajaan supaya 46.9 peratus ini turut memberikan kerjasama terhadap usaha kerajaan ini. Terima kasih.

final • 5:30 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Terima kasih, Yang Berhormat Jelebu. Seperti saya sebut tadi, kita dengan melaksanakan penyumberan luar kes- dari hospital awam kepada hospital swasta, kita telah memberi peruntukan sebanyak RM210 juta, dan sedang dijalankan, dan kalau kita lihat apa yang berlaku sekarang di Klang Valley, dan juga insya-Allah di negeri-negeri lain, penyumberan ini akan menolong sedikit sebanyak kapasiti kesihatan awam yang sekarang agak tertekan terutamanya di kawasan-kawasan yang masih lagi dalam fasa pertama.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kita kena memberi penekanan kepada vaksinasi rakyat yang secara tidak langsung ini juga untuk mengurangkan kes bergejala, dan tekanan ke atas kapasiti hospital awam. Daripada segi kadar vaksinasi setakat 24 Julai, Malaysia merekodkan 1.29 dos per 100 orang penduduk antara kadar vaksinasi yang tertinggi di dunia. Malah Malaysia juga telah berjaya merekodkan jumlah vaksinasi harian tertinggi pada 22 Julai yang lepas iaitu sebanyak 507,000, dos.

Perkara ini jelas diperhatikan di Negeri Sarawak yang setakat 25 Julai telah berjaya memberi vaksinasi lengkap kepada 55 peratus penduduk dewasanya dan seiring dengan peningkatan vaksinasi, negeri Sarawak telah menunjukkan penurunan ketara kes COVID-19 di mana...

final • 5:30 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri.

final • 5:30 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Nanti saya habiskan..

final • 5:30 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Bagi ruang dari Sabah.

final • 5:30 PM

Datuk Ignatius Dorell Leiking - Penampang

Terima kasih. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin mengaitkan dengan ucapan Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan Sarawak. Kenapa Sarawak sangat successful dengan vaksinasinya whereas di Sabah kami adalah paling lolos, dan kenapa tidak ada keseimbangannya dengan Sabah dan Sarawak. Maka kami di Sabah adalah producer minyak terbesar, contributed to the nation, but why you didn’t consider Sabah. Thank you.

final • 5:30 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Tambahan, tambahan, Yang Berhormat Menteri isu yang sama.

Kalau lihat kepada statistik Yang Berhormat Menteri, setakat ini peratusan populasi Sabah yang sudah divaksinasi hanya mencatat 9.7 peratus. Dewasa complete 13.7 peratus, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri menyasarkan bulan Oktober 2.7, but now, we are at 300,000 only. So, persoalan kita Yang Berhormat Menteri, kenapa Sabah ini rate vaksinasinya terlalu lambat. Jangan anak tirikan Sabah seperti selalu, Yang Berhormat tentang vaksinasi ini, please.

final • 5:30 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Sepanggar, saya rasa itu ada penerangan Menteri Vaksinasi pada hari Rabu.

final • 5:30 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Okey, mungkin saya boleh jawab sedikitlah, apa yang saya boleh ingat ini. Antara faktor yang menyumbang dengan kadar yang lebih rendah di Sabah, Yang Berhormat, kadar pendaftaran yang lebih rendah iaitu 39.2 peratus berbanding dengan Sarawak 86.8 peratus.

final • 5:30 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Yang Berhormat Menteri, minta dibetulkan. Ia lambat pendaftaran sebab itu Sabah ini kita menghadapi masalah network terutama khususnya di kawasan luar bandar, itu yang kita sebut. Masalah MySejahtera di kawasan pendalaman negeri Sabah tidak terpakai. Itu sebabnya pendaftaran MySejahtera agak rendah jika dibandingkan dengan negeri-negeri yang lain.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Perlu juga saya ini sebut, ada juga mendaftar di Sabah tetapi apabila vaksin dia kena suruh pergi Shah Alam dari Sabah. Ada beberapa kes, ini lagi satu ini bukan hal pendaftaran sahaja, Yang Berhormat. Mahupun hal pendaftaran ada pendaftaran yang dibuat oleh JPKK di peringkat kampung dan sebagainya tetapi masalahnya vaksin. Vaksin tidak ada, Yang Berhormat di Sabah bekalan vaksin yang masalah. Bukan sahaja pendaftaran jangan sebut pendaftaran sahaja.

final • 5:30 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Terima kasih, Yang Berhormat Tuaran. Di samping itu saya hendak jawab Yang Berhormat Tuaran tadi, Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk menyokong usaha Kerajaan Negeri Sabah dengan membekalkan vaksin single dose terutamanya untuk meningkatkan tahap vaksinasi di kawasan pendalaman untuk membantu negeri Sabah.

Saya hendak habiskan isu mengenai...

final • 5:30 PM

Datuk Mohd Azis bin Jamman - Sepanggar

Bila, bila kena sebut bila. Oleh sebab kita ini dijanjikan banyak kali tetapi mungkin 5,6 tahun daripada sekarang.

final • 5:30 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Jadualnya akan diperincikan oleh Yang Berhormat Rembau pada hari Rabu nanti.

final • 5:30 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Sebut apa nama vaksinnya. Apa nama? Sebut.

final • 5:40 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Yang Berhormat Khairy pada hari Rabu nanti.

final • 5:40 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Boleh sebut nama vaksin?

final • 5:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:40 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Nanti kalau Yang Berhormat...

final • 5:40 PM

Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau - Tuaran

Boleh sebut vaksin ini sudah diluluskan atau macam mana?

final • 5:40 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Okey, kalau saya nak juga sebut tapi saya hendak biar Yang Berhormat Khairy sebut tetapi kalau nak sebut juga hari ini, duanya ialah CanSino dan Johnson & Johnson. Inilah dua single dose vaksinasi yang akan dihantar ke negeri Sabah.

final • 5:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat Menteri.

final • 5:40 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Kita habiskan mengenai...

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, lima minit lagi ya.

final • 5:40 PM

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman - Muar

Yang Berhormat Menteri, ada dua soalan pendek. Pertama sekali, apa update janji sumbangan RM400 juta yang diumumkan pada belanjawan tahun ini yang patut disalurkan daripada syarikat-syarikat pengeluar getah kepada kerajaan, itu pertama.

Kedua, apabila Yang Berhormat Menteri dan kerajaan pun akui ada masalah fiskal untuk kita berikan bantuan yang penuh kepada doktor-doktor kontrak. Kita perlukan dalam RM2 bilion. Apakah cadangan untuk kita kenakan cukai keuntungan luar biasa kepada syarikat-syarikat gergasi yang profiteer excessively semasa tempoh COVID-19.

Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

final • 5:40 PM

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan - Pontian

Yang Berhormat Menteri, berkaitan. Saya harap dijawab segala apa yang kita cadangkan. Soalan saya tadi, cadangan saya ada 32 dan saya menunggu jawapan bertulis kepada semua 32. Kalau Yang Berhormat Menteri tentunya tinggal empat minit lagi, mana cukup masa. Saya menunggu jawapan 32 cadangan tadi. Terima kasih.

final • 5:40 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

[Bangun]

final • 5:40 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Terima kasih, boleh saya jawab dulu. Saya hendak habiskan dulu cerita fasal Sarawak so saya jawab soalan Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Tuan Sim Chee Keong - Bukit Mertajam

Empat minit saja lagi Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Yang Berhormat Bukit Mertajam, boleh saya jawab habiskan dulu? Ya, thank you. Dalam kapasiti kesihatan awam tadi, hampir 100 peratus sebenarnya di Sarawak pada awal Jun dan sekarang telah turun ke 33 peratus. Apa yang ketara di Sarawak sekarang adalah daripada jumlah kes yang melebihi 300 sehari, tidak sampai 10 atau tiga peratus yang melibatkan kes bergejala kategori empat dan lima.

Yang Berhormat Muar, cukai durian runtuh ya ataupun windfall tax. Bagi memastikan Pelan Pemulihan Negara berjaya dan kita dapat keluar dari kemelut pandemik ini, kerajaan akan memastikan bantuan yang perlu diberikan bagi membantu rakyat dan juga perniagaan. Ini akan ditampung sama ada dengan mengoptimumkan perbelanjaan atau dengan izin expenditure optimization ataupun pinjaman.

Dari segi windfall tax dengan izin, pada masa ini ia hanya dikenakan ke atas komoditi kelapa sawit berdasarkan threshold harga pasaran minyak sawit mentah bulanan. Sebarang pengenalan baru mengenai pengenaan windfall tax perlulah diteliti dengan berhati-hati kerana ia boleh memberi persepsi negatif kepada pelabur yang beranggapan kerajaan mengambil kesempatan atas keuntungan berganda yang dijana oleh syarikat berikutan krisis kesihatan yang melanda dunia.

Pengenaan windfall tax secara tiba-tiba boleh menggugat keyakinan pelabur yang telah membuat pelaburan di negara ini tanpa mengambil kira elemen windfall tax ke atas keluaran siap syarikat. Sekiranya pelabur sedia ada di Malaysia memilih untuk berkembang ke luar negara, ini boleh mengakibatkan kemungkinan negara kehilangan peluang pelaburan yang lebih tinggi pada masa depan oleh industri yang terlibat. Dalam kita hendak mempelbagaikan lagi hasil negara, kerajaan juga sentiasa meneliti percukaian sedia ada dan juga langkah-langkah yang perlu untuk membawa sektor ekonomi tidak rasmi atau informal economy ke dalam ekonomi arus perdana bagi menambah pendapatan negara.

Jadi tambahan lagi Yang Berhormat Muar, kerajaan akan terus berusaha memperkukuh dan memaksimumkan kutipan hasil cukai dan meningkatkan keapungan cukai melalui inisiatif pembaharuan cukai. Yang Berhormat Shah Alam.

final • 5:40 PM

Tuan Khalid bin Abd Samad - Shah Alam

Ya terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya rasa jawapan Yang Berhormat Menteri berhubung dengan windfall tax itu agak sukar untuk diterima kerana bila pelabur datang, dia dah ada dia punya protected profit. Selagi mana ia boleh mencapai lebih daripada itu, maka ia merupakan satu pelaburan yang berjaya. Maka windfall tax ini dikenakan bagi syarikat-syarikat yang mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda, yang unexpected oleh kerana krisis ini.

Maka saya merasakan bahawa ia tidak seharusnya menjadi isu untuk mana-mana pelabur kerana keuntungan yang telah pun diramalkan telah pun tercapai. Selagi mana itu dapat dijamin, maka ia tidak semestinya menjadi satu masalah.

Berhubung dengan masalah pendaftaran tadi, saya hendak komen satu sajalah.

Kalau dah ada daftar 39 peratus di Sabah dan kita buat hanya sembilan peratus, kita tidak boleh gunakan kurangnya pendaftaran itu sebagai alasan kerana kalau kita dah buat semua 39 peratus, lepas itu kita bolehlah kata pendaftaran itu satu masalah. Itu pandangan saya. Terima kasih.

final • 5:40 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Terima kasih Yang Berhormat Shah Alam.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, masa dah tamat. Boleh saya arahkan bahawa semua jawapan bertulis diberi kepada semua persoalan dalam masa 10 hari bekerja dari hari ini?

final • 5:40 PM

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Okey, boleh Yang Berhormat.

final • 5:40 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tadi kata Yang Berhormat Menteri Undang-undang nak jawab tadi.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sekejap, sekejap.

final • 5:40 PM

Seorang Ahli

Itu lain harilah.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Mengenai Yang Berhormat Menteri Undang-undang mengenai darurat itu, kita ada topik khas untuk darurat pada hari Isnin. Saya arahkan Yang Berhormat Menteri Undang-undang dan saya akan beritahu Setiausaha Dewan Rakyat untuk beritahu Yang Berhormat Menteri Undang-undang supaya beliau menjawab semua persoalan tentang darurat pada hari Isnin, 2 Ogos 2021.

final • 5:40 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, jadi dia akan bentangkan jugalah fasal darurat hari, hari akhir? Bukan Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang bentang?

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ada dalam Aturan Urusan Mesyuarat.

final • 5:40 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Aturannya Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang bentang.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Isnin, 2 Ogos. Saya arahkan Yang Berhormat Menteri Undang-undang untuk menjawab semua persoalan darurat yang dibangkitkan tadi, 2 Ogos ya.

final • 5:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:40 PM

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil - Lembah Pantai

Tuan Yang di- Pertua.

final • 5:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Boleh minta dijawab esok kerana ini perkara penting.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Darurat, hari darurat.

final • 5:40 PM

Tuan Lim Guan Eng - Bagan

Untuk memberikan pencerahan kepada semua.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, dah nak jawab saya bagi arahan kita ikut.

final • 5:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ikut atur caralah.

final • 5:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Saya hendak tanya satu penjelasan. Pagi tadi Tuan Yang di-Pertua telah memberi petua mengatakan bahawa Yang Berhormat Pagoh akan hadir untuk memberi ulasan selepas mendengar perbahasan. Yang Berhormat Pagoh tidak hadir.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Saya tidak bagi petua pun.

final • 5:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Ada Tuan Yang di-Pertua dan tadi Yang Berhormat Menteri Kewangan telah memberi jawapan, kita sedang mendengar. Tiba-tiba Tuan Yang di-Pertua mengatakan bahawa beliau tidak perlu untuk sambung dan jawapan akan diberikan secara bertulis tujuh hari dari hari ini.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sebab masa sudah habis. Kita buang masa dua jam pagi tadi.

final • 5:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Buang masa?

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ya, dua jam.

final • 5:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kita tidak membuang masa Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Kita tidak dengar persoalan ini, persoalan dalam agenda itu.

final • 5:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, kenapa Tuan Yang di-Pertua berlaku begini, kerana dalam Dewan ini rupa-rupanya Tuan Yang di-Pertua...

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat Jelutong.

final • 5:40 PM

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman - Sik

Tuan Yang di-Pertua, kita cadang berhenti Tuan Yang di-Pertua. Kita boleh tamatkan sidang kita.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Yang Berhormat, sudahlah.

final • 5:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

No, Tuan Yang di-Pertua.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Bila saya kata buang masa sebab...

final • 5:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Why are you hijacking the House Tuan Yang di-Pertua? You are hijacking the House. Benarkan Yang Berhormat Menteri untuk memberi jawapan.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Mana saya hijacking the House.

final • 5:40 PM

Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari - Pasir Mas

Balik, balik Jelutong.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

The House is here, everybody is sitting here. I’m not hijacking the House.

final • 5:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

No Tuan Yang di-Pertua, kenapa tidak membenarkan...

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

*You are standing up to talk. I think you are the one who is hijacking the House.

[Tepuk]*

final • 5:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Kami ingin tahu. You are hijacking the House Tuan Yang di-Pertua, kenapa menghalang memberhentikan Yang Berhormat Menteri Kewangan memberi ulasan?

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Sebab masa dah habis 5.45. Saya cuma ada kuasa saya melanjutkan 15 minit sahaja.

final • 5:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

Tuan Yang di-Pertua, tolonglah berlaku adil dan mengapa memberi arahan tujuh hari untuk memberi jawapan?

Perkara ini boleh disambung esok.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Hendak kena tulis semua kan?

final • 5:40 PM

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji - Jelutong

It can be continued tomorrow, kenapa tidak dibenarkan untuk sambung esok untuk kami mendengar penjelasan.

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Esok benda lain ya. Okey.

final • 5:40 PM

Dato' Mahfuz bin Haji Omar - Pokok Sena

Tuan Yang di-Pertua, yang buang masa tadi ini kerajaan. Kalau dia beritahu daripada awal yang...

final • 5:40 PM

Tuan Yang di-Pertua

Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menangguhkan Dewan, ingin saya memaklumkan bahawa esok adalah penerangan daripada Yang Berhormat Menteri Kesihatan berkenaan dengan tindakan menangani pandemik COVID- 19. Pukul 10 pagi.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa 27 Julai 2021. Terima kasih.

final • 5:40 PM

[Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.48 petang]

Hak Cipta Terpelihara © 2026